"Resepi nasi briyani umumnya sama sahaja, namun ada satu resepi nasi briyani yang bila sekali anda cuba mesti teringin buat kerana penyediaannya senang dan hasil sangat lazat.\n\nResepi yang dikongsikan oleh Puan Arma Abdul Rahman\u200e di laman Facebook ini sesuai sangat untuk anda yang baru pertama kali cuba buat. Disini anda tidak perlukan bahan-bahan yang rumit, hanya dengan rempah 4 sekawan dan bawang tumis dan satu resepi rahsia sudah boleh buat nasi briyani sedap.\n\nApakah resepi rahsia itu? Ialah perencah maggi nasi briyani. Perencah ini menambah enak rasa nasi briyani jadi lebih lazat dan yummy! Bahkan orang India sendiri ikut bagi nasihat untuk guna perencah tersebut. Perencah ini menaikkan aroma nasi serta memberi rasa enak yang bikin ketagih.\n\nMaka, mulai sekarang apabila teringin makan nasi briyani terus masak sahaja guna perencah nasi briyani Maggi. Selamat mencuba.\n\nSelain nasi briyani Maggi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Makanan yang seimbang ialah diet makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan bagi seseorang menjalani urusan seharian dan membesar. Namun, setiap orang mempunyai keperluan makanan yang tertentu, contohnya mengikut peringkat umur. \n\nOleh itu, artikel ini akan mengupas mengenai kepentingan makanan seimbang mengikut peringkat umur dan jenis makanan seimbang yang sesuai bagi setiap daripada mereka. Olahan artikel ini adalah berdasarkan penerbitan kajian saintifik lepas.\n\nKepentingan Makanan Seimbang Bayi Berusia 0-6 Bulan\n\nPada peringkat umur ini, susu ibu merupakan makanan semula jadi yang terbaik buat bayi. Susu ibu adalah selamat, tidak perlu mengeluarkan kos dan menyediakan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh bayi bagi tempoh 6 bulan pertama dalam hidup mereka.\n\nAntara kepentingan utama susu ibu kepada bayi ialah meningkatkan ketahanan bayi terhadap penyakit kerana si ibu menurunkan faktor imun kepada si anak melalui susu tersebut. Selain itu, bayi pada usia ini selesa dengan susu yang diberikan ini sahaja sambil menyediakan dan mematangkan sistem penghadaman mereka sebelum boleh menjamah makanan selain susu ibu.\n\nKolostrum merupakan susu ibu yang terhasil pada detik anak mula dilahirkan. Kandungan vitamin A dan bahan antioksidan yang lain membantu melindungi bayi yang baru lahir ini daripada serangan penyakit dan jangkitan kuman. Di samping itu, susu ibu didapati lengkap dengan amaun protein, lemak, karbohidrat dan nutrisi yang lain bagi perlindungan dan perkembangan si bayi.\n\nBagi si ibu yang kurang bernasib baik tidak mampu memberikan susu badan, masih terdapat cara untuk memberikan zat dan nutrisi yang secukupnya kepada anak yang baru lahir ini. Khidmat nasihat pakar perubatan boleh dirujuk untuk mencari pengganti susu badan. Kini, terdapat pelbagai susu formula di pasaran yang boleh dijadikan alternatif susu ibu.\n\nKepentingan Makanan Seimbang Bayi Berusia 6-24 Bulan\n\nSusu ibu merupakan makanan asas yang penting bagi bayu tetapi semakin si bayi membesar, susu ibu tidak memadai untuk membekalkan nutrisinya untuk membesar. Namun, adalah disarankan supaya si bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sehingga sekurang-kurangnya berusia 18 bulan kerana sistem penghadaman dan sistem imun bayi yang masih belum matang.\n\nPemberian makanan secara kerap (4-5 kali sehari) kepada bayi yang sedang membesar ketika usia ini sebagai tambahan kepada susu badan adalah amat penting supaya mereka terus membesar dengan normal dan sihat.\n\nPada 12 bulan pertama kelahiran, berat bayi akan berganda sebanyak 3 kali dan menambah ketinggian sebanyak 50%. Penambahan kalori, protein dan zat besi beserta vitamin dan mineral yang lain adalah penting untuk memenuhi keperluan tumbesaran ini.\n\nMakanan yang disediakan buat mereka hendaklah bersih, lembut, mudah ditelan dan dicerna serta berkhasiat. Antara cadangan makanan seimbang yang boleh diberikan ialah puri makanan daripada:\n\nApabila si bayi mula mengeluarkan gigi, makanan semi pepejal dan makanan pepejal boleh diberikan ke dalam diet mereka. Namun, penyediaan makanan ini perlulah tanpa menggunakan garam lagi kerana sistem penghadaman mereka pada usia ini masih belum boleh mencerna garam dengan baik.\n\nKepentingan Makanan Seimbang Kanak-kanak Berusia 2-10 Tahun\n\nDi usia ini, kanak-kanak memerlukan makanan seimbang yang boleh membekalkan mereka tenaga dan nutrisi mencukupi. Namun, perut mereka masih bersaiz kecil dan tidak boleh mengambil makanan dalam kuantiti yang besar pada satu-satu masa.\n\nOleh itu, kanak-kanak pada usia ini perlu diberi makanan yang kaya protein dan nutrisi lain sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan 2-3 snek makanan ketika siang hari. Walaupun mereka sedang membesar, hakikatnya kadar pertumbuhan mereka adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan usia 12 bulan selepas kelahiran tadi.\n\nKanak-kanak tanpa mengira jantina memerlukan jumlah makanan yang sama ketika ini sehinggalah mereka mencecah akil baligh. Mereka juga memerlukan makanan seimbang kerana mereka sedang dalam fasa bersekolah yang memerlukan mereka memberikan perhatian dan memahami ilmu yang baru dipelajari.\n\nKepentingan Makanan Seimbang Remaja Berusia 11-17 Tahun\n\nWaktu remaja merupakan waktu tumbesaran yang paling cepat dan menuntut keperluan nutrisi dan tenaga yang paling tinggi. Tempoh tumbesaran bagi perempuan bermula pada usia 10 atau 11 tahun, manakala lelaki bermula pada usia 12 atau 13 tahun dan berlanjutan selama 2 tahun setengah berikutnya.\n\nGolongan remaja memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk menempuh usia akil baligh, antaranya:\n\nTempoh waktu ini juga adalah amat penting untuk melatih tabiat pemakanan remaja supaya dapat diteruskan corak pemakanan yang sihat sehingga dewasa.\n\nKepentingan Makanan Seimbang untuk Orang Tua\n\nDiet makanan seimbang ketika usia lanjut bermula dewasa boleh meningkatkan kebolehan individu untuk kekal aktif dan sihat. Sesetengah orang yang berusia mula hilang selera makan terutamanya apabila mereka tidak mempunyai banyak aktiviti fizikal yang memerlukan mereka mendapatkan kalori dan nutrisi dari diet makanan. Namun, sistem tubuh masih memerlukan zat dan nutrisi tersebut supaya sistem tubuh kekal bertenaga.\n\nMalah, vitamin D dan kalsium adalah sangat diperlukan bagi mengatasi isu kehilangan kalsium daripada tulang. Makanan kaya protein pula amat penting bagi membaiki tisu badan dan melawan jangkitan penyakit yang mudah menyerang golongan berusia. Pemilihan makanan perlulah dalam julat yang pelbagai seperti:\n\nKeperluan makanan seimbang untuk kesihatan sebenarnya bergantung kepada peringkat umur masing-masing. Selain itu, jenis aktiviti seharian menentukan keperluan makanan yang mencukupi untuk tubuh. Ditambah dengan gaya hidup dan aktiviti fizikal yang tetap, amalan makanan seimbang ini boleh menjadikan tubuh kita terus sihat dan kekal bertenaga. Amalan hidup sihat ini perlu diterapkan kepada anak-anak yang masih kecil supaya mereka terbiasa dan jadikannya sebagai cara hidup."
"Muka cantik tapi ketiak berbau. Rendah diri dibuatnya bila ada masalah ketiak berbau. Bukan apa, bukannya kita ni jenis pengotor atau malas mandi. Bukan juga sebab kita tak pakai deodoran tapi nak buat macam mana memang dah jenis ketiak berbau. Tidak dinafikan, memang ada jenis manusia yang mempunyai masalah ketiak berbau. Ada yang kata ianya disebabkan oleh genetik atau mungkin juga disebabkan oleh pemakanan.\n\nJika anda mempunyai masalah ketiak berbau dan tetap tak dapat diselesaikan walau pun anda dah berusaha pakai deodoran dan pakai wangian badan, jom cuba petua ketiak berbau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda dan didoakan semoga ada salah satu daripada petua ini serasi dengan anda.\n\nTawas adalah sejenis batu mineral semulajadi yang berwarna putih. Ia merupakan sejenis batu yang mempunyai 1001 khasiat dan salah satu daripadanya ialah membantu untuk menghilangkan masalah ketiak berbau. Dalam masa yang sama tawas juga membantu mencerahkan ketiak yang gelap dan melambatkan pertumbuhan bulu ketiak. Menarik kan? Untuk menghilangkan ketiak berbau dengan tawas, berikut adalah cara yang boleh anda lakukan:\n\nSelain tawas, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketiak berbau. Sifat limau nipis yang berasid dan mempunyai bau sitrus yang harum akan membantu mewangikan ketiak anda. Cara menggunakan limau nipis untuk mengatasi masalah ketiak berbau adalah sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nPetua ketiak berbau yang seterusnya ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dengan menggunakan asam keping iaitu bahan masakan yang biasanya ada di dalam setiap dapur di Malaysia. Untuk menghilangkan masalah ketiak berbau dengan menggunakan asam keping, caranya adalah seperti berikut:\n\nPetua ketiak berbau yang seterusnya ialah dengan menggunakan cuka epal. Cuka epal adalah satu bahan masakan semulajadi yang kaya dengan pelbagai khasiat. Jika anda google tentang cuka epal, pastinya anda akan menjumpai pelbagai khasiat cuka epal. Salah satu daripada kebaikan cuka epal ialah untuk mengatasi masalah ketiak berbau. Caranya juga adalah sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut:\n\nSoda bikrabonat adalah satu bahan yang biasanya digunakan untuk membuat kek dan kueh. Namun tak ramai yang tahu bahawa ia juga boleh digunakan sebagai salah satu petua ketiak berbau yang sangat mujarab. Caranya juga sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nSelain limau nipis, lemon juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketiak berbau. Apa yang perlu anda lakukan ialah ambil sebiji lemon dan belah kepada dua bahagian. Gunakan satu bahagian untuk menggosok bawah ketiak kanan. Tonyohkan dan lakukan sehingga semua jus lemon keluar dari kulitnya. Biarkan dan gunakan bahagian yang satu lagi untuk menyental ketiak sebelah kiri pula. Biarkan jus lemon kering sebelum dibasuh sehingga bersih.\n\nPetua ketiak berbau yang seterusnya ialah dengan menggunakan sengkuang. Selain sedap dimakan sengkuang juga terkenal dengan khasiat yang mampu mencerahkan ketiak dan menghilangkan bau. Caranya ialah:\n\nPetua ketiak berbau yang terkahir ingin kami kongsikan ialah dengan cara menjaga pemakanan. Elakkan daripada makan makanan yang berbau kuat seperti bawang putih, bawang merah, petai, serta semua rempah ratus yang biasa dimasukkan ke dalam masakan terutamanya halba. Pemakanan adalah salah satu punca kita mengalami masalah ketiak berbau.\n\nItulah dia perkongsian tentang petua ketiak berbau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami\u00a0 tentang petua tegangkan payudara dan petua nenek moyang."
"Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Di sini, kami senaraikan 10 kawasan air terjun yang menarik di sekitar Selangor untuk anda lawati bersama keluarga.\n\nAnda sukakan cabaran? Air Terjun Chilling sesuai untuk anda. Untuk sampai ke air terjun ini, anda perlu merentasi 5 batang sungai terlebih dahulu. Mencabarkan? Jika hari hujan, air sungai akan menjadi deras. Sebelum itu, anda perlu merentasi hutan. Ya, mencabar. Tapi, anda akan disajikan dengan kepuasan saat melihat air terjun bertingkat itu di depan mata. Ada tapak perkhemahan disediakan. Jadi, jika mahu bermalam, dipersilakan. Cuma dapatkan kebenaran dari renjer terlebih dahulu.\n\nAlamat: Santuari Ikan Sg Chilling, Kuala Kubu Bharu\n\nKerana kedudukannya yang berhampiran Kuala Lumpur dan mudah pula sampai dengan kenderaan, maka ia menjadi lokasi pilihan ramai penduduk tempatan terutamanya keluarga. Air terjunnya bertingkat. Air terjun di bahagian paling atas adalah yang paling cantik tetapi tidak semua usia sesuai mandi di situ kerana agak dalam. Jadi, perlu berhati-hati mengenai keselamatan. Kemudahan tempat meletak kenderaan dan bilik air juga disediakan. Surau juga turut dibina di situ.\n\nIa lokasi perkelahan keluarga semasa cuti terutamanya hujung minggu. Ini kerana mudah untuk sampai dengan kenderaan. Ia tidak jauh dengan mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Terdapat 7 air terjun dengan kolam-kolam kecil. Setiap tingkat ada bezanya. Hendak ke tingkat paling atas memerlukan anda merentasi hutan terlebih dahulu. Tingkat bawah pula amat sesuai untuk keluarga.\n\nAlamat: Hutan Lipur Kanching, di antara Selayang dan Rawang.\n\nAir Terjun di dalam hutan simpan kebiasaannya memang menarik. Air terjun di sini bertingkat-tingkat. Anda perlu berjalan menuju ke air terjun namun ia bukanlah mencabar. Bagi ibu bapa, kanak-kanak boleh bermain air di kawasan yang lebih cetek. Selain itu, terdapat kolam untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ada tapak perkhemahan dan memancing selain tandas dan tempat meletak kenderaan bagi kemudahan pengunjung.\n\nAlamat: Hutan Rimba Templer, di antara KL dan Rawang\n\nTidak sehebat air terjun yang lain tapi cukup selesa untuk berkelah dan bersantai. Kawasannya tidaklah besar, namun masih ada kemudahan asas disediakan. Pada hujung minggu, memang ramai pengunjungnya. Mungkin kerana persekitaran yang bersih dan lebih selamat untuk kanak-kanak. Jika tidak mahu bermain air, taman permainan pun ada. Bagi orang dewasa pula, bolehlah memanjat sedikit untuk ke bahagian atas. Bahagian atas juga cetek tapi lebih santai kerana tiada ramai orang.\n\nAlamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah\n\nAir terjunnya cantik menyebabkan ia dikategorikan sebagai air terjun bertingkat yang terkenal. Tidak mustahillah ia sering dikunjungi ramai. Dibinakan juga tangga batu bagi memudahkan anda memanjat. Keadaan air yang cetek dan tidak deras, menjadikan ia lebih sesuai sebagai tempat permainan anak-anak.\n\nAlamat: Hutan Rekreasi Sungai Tekala, berhampiran Empangan Semenyih\n\nIa terletak di Kawasan Perkelahan Hutan Lipur Sungai Tua. Air terjun ini sesuai bagi seluruh keluarga. Untuk kanak-kanak, ada sungai yang cetek. Jadi, ia lebih selamat untuk mereka. Di seberang jalan pula ada Taman Rekreasi. Oleh itu, lokasinya dikira amat baik.\n\nAir terjun bertingkat ini amat sesuai untuk aktiviti perkelahan, mandi-manda, merentas hutan dan perkhemahan.\n\nAlamat: 5km dari Ulu Yam Bharu.\n\nLokasinya di dalam Hutan Lipur Perdik. Ia lebih sesuai untuk aktiviti merentas hutan dan perkhemahan. Tempat meletak kereta juga tidak jauh. Kesimpulannya ia memang bagus untuk perkelahan dan perkhemahan.\n\nAlamat: Hutan Lipur Perdik, Hulu Langat\n\nAir Terjun Komanwel terletak di dalam Hutan Rimba Komanwel. Lokasinya berhadapan dengan Hutan Lipur Kanching. Di Taman Rimba ini ada disediakan penginapan selain tapak perkhemahan. Mereka juga ada aktiviti-aktiviti seperti berakit, menunggang kuda, merentas hutan, paintball, flying fox, abseiling, dan menunggang mountain bike.\n\nAlamat: Taman Rimba Komanwel, Km23, Jalan Kuala Lumpur \u2013 Rawang, 48000 Rawang\n\nSebelum pergi ke mana-mana air terjun, pastikan anda memastikan keadaan cuaca atau ramalan cuaca terlebih dahulu. Hari hujan boleh mendatangkan bahaya seperti kepala air."
"Pada hari ini kita akan berkongsi resepi puding tiramisu dengan anda semua. Sebagai seorang peminat manisan sudah tentu anda tidak boleh terlepas untuk merasai puding tiramisu. \n\nPuding tiramisu ini sangat berlemak, manis dan mengandungi sedikit rasa kopi. Kebaikan anda menyediakan sendiri puding tiramisu ini di rumah adalah anda dapat menyediakannya mengikut selera anda sendiri. \u00a0Jika anda tidak menggemari puding tiramisu yang manis anda bolehlah mengurangkan sedikit penggunaan gula. Jadi tanpa membuang masa lagi mari kita lihat cara penyediaan puding tiramisu ini.\n\nResepi puding tiramisu ini telah dikongsikan oleh Siti Aisyah Mohd Fadhzli di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan juga like.\n\nCampurkan nescafe bersama air dan kacau sehingga larut\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat banyak lagi resepi yang boleh anda cuba di rumah yang telah kami kongsikan di sini. Jangan lupa kongikan resepi yang telah anda cuba bersama rakan-rakan anda."
"Choco Jar merupakan salah satu manisan yang telah diubah suai mengikut kepada cita rasa orang Malaysia. Ianya juga terdapat banyak di pasaran, dan harganya bergantung kepada saiz dan kualiti chocolate tersebut. Namun begitu, masih lagi terdapat choco jar yang tidak memuaskan hati kita dan timbullah rasa ingin menghasilkan sendiri choco jar ini. \n\nKali ini kami bawakan resepi choco jar style mudah yang boleh diikuti oleh setiap lapisan masyarakat. Resepi ini amat senang, dan tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Norafniza Hasni dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang \u2013 alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial."
"Sesungguhnya kecintaan Allah terhadap hambaNya dapat datang dengan sebab-sebab yang disebutkan oleh Allah dalam kitab-Nya.\n\nAku cuba untuk mentadabburi dan memutar rahsia tentang hal itu yang terdapat di dalam al Qur\u2019an. Aku berusaha mengukur diriku terhadap ayat-ayat itu dengan harapan aku menemukan jawapannya.\n\nAku menemukan ayat al Qur\u2019an yang mengatakan bahwa Allah mencintai orang yang bertaqwa. Namun sayang, langsung batinku berkata dengan jujur, aku tidak termasuk ke dalam golongan ini.\n\nAku ketemu ayat yang mengatakan bahwa Allah mencintai orang yg sabar. Dengan penuh pengakuan tulus batinku langsung mengakui; teramat jauh diriku dari kelompok ini. Betapa aku tidak mampu bersabar dalam menghadapi segala hal.\n\nAku menemukan ayat yang mengatakan bahwa Allah mencintai orang yang bersungguh-sungguh di jalan-Nya. Batinku langsung terkulai mengakui betapa aku lebih banyak dikalahkan oleh rasa malas dari pada bersungguh-sungguh.\n\nAku menemukan ayat al Qur\u2019an yang mengatakan bahwa Allah mencintai orang yang berbuat baik. Batinku pun tersenyum getir sambil merenung penuh insaf, kebaikan apa yang sudah ku lakukan? Aku masih malu untuk tidak mengaku-ngaku termasuk kelompok orang baik.\n\nDi saat itu aku berhenti merenung, Aku takut kalau-kalau aku tidak menemukan di dalam diriku sifat yang membuat Allah cinta kepadaku.\n\nKemudian aku membuka lembaran amal apa saja yang pernah aku lakukan?\nNamun, telingaku menjadi merah sendiri, keringat dingin mulai bercucuran, aku berusaha langsung melupakannya.\n\nAku malu dengan diriku sendiri. Ternyata semuanya bercampur dengan kemalasan, kekurangan, cacat, belum lagi perbuatan yang semata-mata itu dosa dan maksiat.\n\nKetika aku akan mengakhiri perenunganku, tiba-tiba tangan ku membalik mushaf al Qur\u2019an yang berada di pangkuanku.\n\nSaat itu mataku langsung tertuju kepada potongan ayat yang berbunyi:\n\n\u201c...Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat..\u201d\n(al Baqarah: 222)\n\nSeolah-olah aku tersentak, kalau ayat itu diturunkan kepadaku saat itu, untuk menghilangkan gundah di hatiku dan menimbulkan harapan kalau Allah juga cinta kepadaku.\n\nAir mata haru tidak dapat terbendung dari mataku. Perasaan lembut menjalar dari hulu jantung sampai keseluruh urat-urat di tubuhku. Hatiku bergumam; ternyata aku juga dicintai Allah. Aku sampai terisak menahan haru.\n\nAku pun mulai melantunkan kalimat istighfar:\n\n\u0623\u0633\u062a\u063a\u0641\u0631 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0630\u064a \u0644\u0627 \u0627\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0627 \u0647\u0648 \u0627\u0644\u062d\u064a \u0627\u0644\u0642\u064a\u0651\u0648\u0645 \u0648\u0623\u062a\u0648\u0628 \u0625\u0644\u064a\u0647\n\nAku minta ampun kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang Maha Hidup dan Maha Mengatur, dan aku bertaubat kepada-Nya.\n\nAku betul-betul berharap, meskipun aku jauh dari empat kriteria sebelumnya, jangan sampai aku juga tersingkir dari kelompok orang terakhir ini. Orang yang bertaubat atas segala dosanya.\n\nYa Allah, jadikan lah kami termasuk orang yang bertaubat dan jadikanlah kami termasuk orang yang mensucikan diri..Aamiin."
"Limau gedang ialah sejenis buah sitrus yang mempunyai rasa yang masam sama seperti oren, lemon dan limau. Namun, limau gedang biasanya dijual di emporium berbanding di pasar malam atau pasar tani. Harganya juga agak mahal.\n\nLimau gedang atau dikenali sebagai grapefruit ialah kacukan buah limau bali dan buah oren. Isinya berwarna merah keorenan dan mempunyai saiz yang agak besar. Ada juga yang berwarna putih dan merah jambu.\n\nIa mempunyai bau yang wangi dan unik. Jusnya agak masam dan sedikit pahit. Ada pula jenis yang manis. Limau gedang mempunyai kandungan air yang banyak sehingga 92 peratus berbanding buah-buahan yang lain.\n\nLimau ini mengandungi asid sitrik, minyak (limonene, citral dan pinene) dan gula semula jadi. Malahan khasiatnya juga tinggi kerana mengandungi vitamin C, A, B kompleks, E dan K serta kalsium, asid folik dan potasium.\n\nJusteru, dalam artikel ini akan berkongsi khasiat limau gedang untuk kesihatan manusia. Teruskan pembacaan anda.\n\nDalam sebuah kajian mendapati bahawa dalam limau gedang terdapat bioflavonoid yang boleh memusnahkan sel-sel kanser. Ia dikatakan mampu menyingkirkan estrogen yang berlebihan di dalam tubuh untuk menghentikan sel-sel kanser payudara daripada merebak.\n\nPesakit diabetes tidak digalakkan memakan buah-buahan secara berlebihan. Namun, limau gedang bagus untuk pesakit diabetes. Ini kerana jus buah limau gedang dikatakan mampu mengurangkan tahap gula dalam darah. Jika kita rajin minus jus limau gedang, ia bagus sebagai langkah pencegahan diabetes.\n\nJika anda ada masalah pencernaan, minumlah jus limau gedang kerana ia mampu merangsang peningkatan edaran cecair gastrik. Serat buah ini juga bagus untuk kesihatan usus. Oleh itu, jangan lupa makan buahnya bersama-sama serat putihnya sekali.\n\nKandungan vitamin C yang tinggi dalam jus limau gedang mampu mengubati demam dan selsema. Caranya potong separuh daripada limau gedang dan ambil jusnya. Campurkan dengan secawan air suam. Sakit tekak akibat demam dan selsema juga boleh pulih.\n\nJika penat bekerja seharian atau lesu menguruskan rumah tangga, minumlah segelas jus limau gedang untuk memberi energi. Untuk menikmati jus limau gedang, bolehlah disejukkan dulu. Minum sedikit demi sedikit untuk memberi kesegaran kepada tekak. Jangan lupa dapatkan rehat yang mencukupi juga.\n\nWanita yang hamil mudah mengalami bengkak kaki dan pengumpulan air. Oleh itu, mereka amat digalakkan untuk minum jus limau gedang kerana kandungan bioflavonoid dan vitamin di dalamnya sangat bagus untuk mengatasi masalah tersebut.\n\nSama seperti lemon yang bagus untuk kuruskan badan, limau gedang juga sangat terkenal di kalangan selebriti Hollywood. Malahan, ada diet khas yang dipanggil Diet Grapefruit. Namun, pakar pemakanan tak menggalakkan diet ini diambil secara berlebihan kerana dikhuatiri tidak mendapat khasiat yang cukup.\n\nApa yang boleh dilakukan ialah minum jus limau gedang sebagai minuman harian tanpa mengganggu pemakanan harian anda. Jusnya mempunyai enzim yang mampu mempercepat pembakaran lemak dan menyerap gula dalam darah.\n\nPektin yang terdapat di dalam limau gedang mampu menurunkan paras kolestrol di dalam darah. Ia dikatakan dapat mengurangkan penyerapan kolestrol di dalam usus. Selain oats yang baik untuk mengurangkan kolestrol, limau gedang juga pilihan alternatif.\n\nSesiapa yang mengalami masalah insomnia atau sukar untuk tidur boleh mencuba petua ini. Minum segelas jus limau gedang yang dicampurkan dengan air suam. Jus limau ini dikatakan dapat merangsang tidur dan meringankan masalah insomnia.\n\nJika anda sentiasa stres dan mudah sakit-sakit, apa kata cuba segelas jus limau gedang. Dikatakan bahawa pengambilan jus ini dengan kerap dapat merangsang sistem imun dan mengawal tubuh daripada serangan penyakit.\n\nKhasiat di dalam jus ini membantu tubuh membina rintangan melawan agen jangkitan penyakit dan serangan radikal bebas.\n\nVitamin C dan pektin di dalam limau gedang berkesan untuk menguatkan dan menganjalkan arteri. Vitamin C juga berfungsi untuk membaiki tisu-tisu dan mampu mempercepat proses penyembuhan luka.\n\nJika anda ada masalah kelemumur, anda mesti berasa tak selesa dan rendah diri. Jangan risau, esktrak biji limau gedang dapat atasi masalah ni. Caranya ialah sapukan esktrak biji limau ni pada rambut dan kulit kepala.\n\nFolikel yang tersumbat akan dibersihkan dan pertumbuhan rambut menjadi lebih sihat. Rambut juga lebih bersinar dan tidak mudah gugur.\n\n13. Kulit Wajah Cerah dan Cantik\n\nSelain vitamin C, limau gedang juga kaya dengan asid amino yang boleh memberi kesan kulit yang cantik, lembut, licin dan tona kulit sekata. Ia dapat membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengatasi masalah jerawat.\n\nJika anda mempunyai masalah kulit yang sangat berminyak, anda boleh mencuba petua kecantikan menggunakan jus limau gedang . Anda boleh menggunakan jusnya sebagai masker wajah.\n\n14. Mengawal Kadar Jantung dan Tekanan Darah\n\n100g buah limau gedang mempunyai 135 elektrolit potasium. Potasium penting untuk pengekalan keseimbangan bendalir dan elektrolit di dalam tubuh. Ia membantu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.\n\nKekurangan potasium melalui tindak balas natrium akan menyebabkan mudah marah, tekanan darah tinggi dan keletihan.\n\nInilah 14 khasiat limau gedang untuk kesihatan dan kecantikan. Jika tak mampu untuk minum atau makan buahnya yang masam, anda boleh pelbagaikan cara penyediaan. Misalnya dicampurkan dengan sedikit madu asli, dijadikan salad dan sebagainya.\n\nYang paling penting, dapatkan dulu nasihat pakar perubatan jika ada sebarang masalah kesihatan yang serius. Amalkan minum jus gedang secara sederhana dan jangan pula berlebihan.\n\nJika anda ada petua yang lain, boleh juga kongsikan dengan kami. Semoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel khasiat limau mandarin ,khasiat susu badam dan khasiat halba untuk kulit muka"
"Mencari resepi coleslaw ala KFC yang sedap dan mudah?\n\nPernah terjumpa tetapi rasanya tidak sama?\n\nMungkin anda boleh cuba resepi ini.Coleslaw ini selalunya kita makan di KFC.Tidak sah makan KFC kalau tidak pesan benda ini.\n\nTetapi ianya juga menarik dibuat sebagai sidedish masakan western seperti chicken chop.\n\nSebenarnya tidak sukar untuk membuat coleslaw yang sedap. Antara ciri coleslaw yang sedap adalah ianay mestilah ebrkrim dan berlemak. Bahan yang digunakan mestilah tepat\n\nPerkongsian resepi Puan Afrina Zulqarnaen di Masak Apa Hari Ini menarik untuk dicuba. Semoga ianya membantu anda di rumah meneyediakan makanan kesukaan ramai.\n\n2 sb bawang holland potong dadu\n\n\u00bc cawan susu full cream (dutch lady)\n\n1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.\n\n2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.\n\n3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.\n\n4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.\n\nAnda ada resepi coleslaw yang sedap atau tips yang boleh digunakan? Jika ada jangan lupa untuk kongsi bersama kami."
"Mencari resepi rendang daging yang sedap? Rendang adalah juadah yang wajib untuk ada semasa hari raya, terutamanya hari raya pertama. Sudah menjadi adat orang melayu untuk menyediakan rendang bersama dengan lemang, ketupat atau pulut pada hari raya. Terdapat pelbagai jenis rendang. Antaranya, rendang ayam, rendang daging, rendang udang atau ketam.\n\nSebagai rakyat malaysia, rendang adalah antara makan kegemaran kita. Kalau bukan pada hari raya sekalipun, rendang boleh dimakan bersama dengan nasi pada waktu makan tengahari, ataupun dimakan pada sarapan pagi, bersama nasi lemak. Kombinasi rendang bersama juadah \u2013 juadah diatas adalah kombinasi yang terbaik.\n\nDisini kami bawakan resepi rendang daging yang mudah, ringkas dan lazat. Anda boleh mencubanya untuk dijadikan juadah berbuka puasa, atau untuk majlis rumah terbuka pada hari raya. Jangan lupa untuk hidangkan kepada yang tersayang!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Norsiah Zakaria dan telah mendapat lebih 1 ribu perkongsian di laman Facebook. Wah! Sudah tentu menjadi dan lazat.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nResepi rendang daging ini amat mudah cara pembuatannya bukan? Jadi, di sini kami sertakan beberapa resepi lain yang mudah untuk dimasak dalam pada masa yang sama, menjaminkan rasa yang enak. Anda boleh menghidangkannya kepada yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Oh, dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama sahabat handai dan menekan butang Like."
"Ayuh ketahui nama-nama syurga dan tingkatannya. \n\nSyurga adalah nikmat Allah S.W.T yang sangat istimewa yang disediakan untuk para hamba-Nya yang taat beribadah kepada Allah di dunia, manakala neraka adalah balasan untuk golongan yang sebaliknya. Allah menegaskan dengan jelas tentang kewujudan syurga serta kenikmatan yang menanti para penghuninya kelak. Dan sebagai umat Islam kita wajib mempercayai serta memburu syurga sebagai matlamat kehidupan di dunia.\n\nMelalui hadis Qudsi, Allah S.W.T, berfirman:\n\n\u201cAku telah sediakan buat hamba-hamba-Ku yang soleh syurga yang tidak ada mata pernah melihatnya, tidak ada telinga yang pernah mendengarnya dan tidak terlintas dalam jantung hati manusia.\u201d\n\nBetapa hebatnya gambaran syurga sehinggakan tidak terbayang dan tergambar di fikiran lantaran tidak akan pernah menemukan sesuatu di dunia ini yang sama seperti difirmankan Allah S.W.T. Maka, setiap manusia sangat berharap dan mendambakan agar dapat menjadi penghuni syurga nanti.\n\nDengan itu sebaik-sebaiknya setiap umat Islam sedia mengetahui akan nama-nama syurga serta tingkatannya. Terdapat tujuh syurga yang akan Allah ganjarkan kepada umat-Nya yang bertaqwa. MAri kita lihat nama syurga dan penghuninya.\n\nSyurga ini merupakan syurga tertinggi dan dicipta daripada emas merah. Sungai-sungai syurga mengalir dari sini. Sesiapa yang beriman akan menghuni syurga ini selama-lamanya. Dalam surah al-Mukminun (1-11), Allah menyatakan dengan jelas mengenai syurga Firdaus;\n\n\u201cSesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barang siapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.\u201d\n\nPenghuni syurga Firdaus adalah terdiri daripada golongan yang:\n\nSyurga \u2018Adn diciptakan oleh Allah S.W.T dari intan putih. Perkataan \u2018Adn\u2019 bermaksud tinggal atau menetap. Penghuni syurga ini adalah umat Islam yang;\n\nSyurga Na\u2019im bermaksud syurga yang penuh dengan kenikmatan. Kenikmatan yang diberikan iaitu nikmat zahir dan batin. Diciptakan oleh Allah S.W.T dari perak putih. Menurut al-Quran, antara bakal penghuni syurga ini ialah:\n\n\u201cSesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.\u201d\n\n\u201cSesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan.\u201d\n\n\u201cKekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan.\u201d\n\nSyurga Ma\u2019wa dicipta oleh Allah dari zamrud hijau.\u00a0 Firman Allah S.W.T:\n\n\u201cYang di sisinya terletak syurga al-Ma\u2019wa.\u201d\n\n\u201cBagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.\u201d\n\n\u201cDan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (nya)\u201d\n\nSyurga ini dicipta Allah dari yakut merah iaitu sejenis permata yang mahal.\n\nDar al-Salam merupakan salah satu dari 99 nama Allah. \u2018Dar al-Salam\u2019 bermaksud tempat yang penuh dengan kedamaian dan keselamatan, iaitu di rumah Allah.\n\n\u201cBagi merekalah syurga Dar al-Salam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dialah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.\u201d\n\nSyurga Darul Muqamah dicipta Allah S.W.T dari permata putih. Firman Allah:\n\n\u201cDan mereka berkata:\u201d Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada berasa lelah dan tiada pula berasa lesu.\u201d\n\nPara penghuni syurga ini merupakan mereka yang banyak melakukan kebaikan.\n\nSyurga ini diciptakan Allah dari permata putih. Dinamakan Dar al-Qarar kerana penghuninya tidak mati dan tinggal buat selama-lamanya di dalamnya. \u00a0Firman Allah:\n\n\u201cWahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itu sahaja negeri yang kekal.\u201d\n\nSyurga ini diciptakan oleh Allah S.W.T dari emas. Calon penghuninya merupakan orang yang sangat beriman (muttaqin), iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah S.W.T.\n\n\u201cSesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.\u201d\n\nMenjadi penghuni syurga merupakan doa dan impian setiap umat Islam. Namun untuk menjadi salah seorang ahli syurga bukanlah sesuatu yang mudah. \u00a0Dengan itu, setiap masa kita mestilah berusaha untuk meningkatkan iman dan amal serta menanam sedalamnya rasa takwa terhadap Allah S.W.T. \u00a0\n\nMudah-mudahan dengan amalan kita di dunia ini membuatkan kita dipilih oleh Allah sebagai salah seorang tetamunya di syurga kelak. Amin ya rabbal alamin.\n\nJika anda menyukai artikel nama syurga ini, pasti anda juga menyukai perkongsian kami yang lain tentang;"
"Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak-anak kita dengan baik dengan mengajar nilai-nilai murni seperti bertolak ansur, menghormati orang lebih tua, kasih sayang dan lain-lain lagi.\u00a0 Karakter anak-anak bergantung kepada cara ibu bapa melayan mereka, jika ibu bapa layan dan didik mereka dengan baik maka anak tersebut akan menjadi baik seperti yang dimahukan.\n\nTetapi dalam masa ibu bapa mendidik anak-anak, mereka tidak sedar bahawa ada sifat negatif yang memberi kesan kepada anak-anak. Kesan tersebut boleh memberi membuatkan anak tersebut terluka dari segi hati dan mental. Apakah sifat-sifat tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5\u00a0 sifat yang sangat beracun kepada anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Sifat negatif yang sangat beracun kepada anak-anak\n\n1. Favouritism \u2013 Sifat suka pilih kasih dengan anak anak.\n\nTanpa sedar kadang kita terpilih kasih dengan anak yang lebih \u2018pandai\u2019 dalam akademik. Kadang juga mungkin terlebih bagi perhatian hanya pada yang lebih bongsu sehingga abaikan kakak dan abangnya. Dan banyak lagi penyebabnya. Benda ni nampak remeh tapi boleh buatkan anak kita ada konflik hati sesama mereka bila dah dewasa nanti.\n\n2. Negative Labelling \u2013 selalu gunakan ayat panggilan negatif kepada anak.\n\nContohnya \u201d mari sini awak budak nakal \u201d atau \u201d awak bukan pandai mana pun \u201d atau \u201d lembapnya kamu ni hish! \u201d Kata kata macam ni nampak macam mainan kata sahaja tapi ianya boleh melekat masuk ke dalam subconscious mind anak kita. Paling teruk sekali benda ni boleh jadi Self Fulfilling Prophecy pada anak kita tau.\n\nApa tu Self Fulfilling Prophecy ? Ianya adalah satu istilah yang mana semua yang kita duk kata tu jadi REALITI dan KENYATAAN pada anak kita tanpa kita sendiri sedari!\n\n3. Comparing \u2013 selalu bandingkan anak satu sama lain\n\nKadang benda ni terjadi tanpa sedar pun. Kadang kita banding anak bongsu dengan anak sulung. Kadang kita banding anak kita dengan jiran. Paling banyak kita duk banding dengan sepupu sepupunya. Padahal setiap anak ni unik dan mempunyai Intelligence dan potensi yang pelbagai dan tersendiri.\n\n4. Overly Critical \u2013 kritik semua benda yang anak buat\n\nItu tak kena. Ini tak kena. Semua benda yang anak tu buat tak kena di mata kita . Nampak kecil kan tapi kalau kita berlebihan kritik anak kita, anak kita tu akan develope \u2018 harsh inner critic\u2019. Dia akan kritik diri dia sendiri dan dia akan salahkan diri dia sendiri sampai dewasa. Anak gini biasanya akan ada masalah dengan emosi dia di kemudian hari.\n\n5. Fail to provide Security \u2013 tanpa sedar anak kita tak rasa selamat dengan kita\n\nKadang kita marah anak tapi kita lupa untuk \u2018topup\u2019 balik emotional defisit ataupun hutang emosi yang kita dah ambil ketika kita tengking, marah ataupun cubit anak kita. Dah termarah anak tu sepatutnya kita\u00a0peluk balik anak atau minta maaf balik pada anak kerana mereka juga punya hati, emosi dan perasaan seperti kita juga. Ini penting untuk anak rasa \u2018Safe & Secure\u2019 dengan kita.\n\n*Jika anda mempunyai sifat-sifat negatif seperti di atas, cepat-cepat buang sifat tersebut sebelum ia serasi dengan diri. Sifat yang suka pilih kasih dan membanding-bandingkan anak dengan orang lain adalah satu sifat yang amat buruk dan memberi kesan kepada anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Masyarakat pada masa kini mungkin sudah tidak asing lagi apabila mendengar orang menyebut mengenai penyakit Talasemia. Hal ini kerana sudah menjadi perkara yang wajib untuk melakukan ujian saringan sebelum melangkah ke alam perkahwinan di mana kita dapat mengetahui jika terdapat sebarang masalah kesihatan seperti penyakit Talasemia.\n\nMari kita lihat info menarik dengan lebih jelas daripada Dr Asmah mengenai Penyakit Talasemia. \n\nTalasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. \n\n*Diharapkan dengan perkongsian ini akan dapat memberikan manfaat kepada anda dan orang yang tersayang supaya lebih bersedia dalam menghadapi dugaan.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk sumber yang asal, boleh rujuk di sini."
"Anda selalu teringin nak makan ayam masak paprik? Jika ya anda datang ke tempat yang betul kerana hari ini kami akan kongsikan resepi ayam masak paprik yang mudah dan sedap. Paprik ini boleh dimakan bersama dengan nasi putih mauhupun nasi goreng.\n\nAnda boleh cuba sendiri resepi ini di rumah dengan hanya menggunakan bahan bahan yang ada di dapur sahaja. Mudah bukan? Sememangnya ia memudahkan urusan untuk ibu ibu di luar sana. Sekejap jer dah boleh siap. Kini anda tidak perlu keluar ke rumah lagi untuk makan nasi goreng paprik. Anda hanya perlu ke dapur sahaja! Apa tunggu lagi. Ayuh cuba resepi ini sekarang.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Zura Dzn\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSelain resepi ayam goreng berempah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share dan komen di bawah ya."
"Mencari koleksi resepi ikan kembung yang menarik? Ikan kembung merupakan jenis ikan laut yang disukai orang ramai. Ikan ini miliki rasa manis dan wangi bila digoreng garing. Daging ikan kembung yang warna putih itu boleh tahan tebal dan banyak, makan satu ikan kembung saiz sedang boleh makan untuk dua orang. Selain itu harganya pula berpatutan buat ramai mak suka beli ikan kembung.\n\nAmat senang dapatkan ikan kembung kerana ia dijual di semua kedai-kedai runcit mahupun pasaraya besar. Resepi masak ikan kembung ada bervarian pula. Tidak hanya digoreng garing sahaja, tapi ikan kembung juga boleh buat masak asam pedas, bakar, pais ikan, dan banyak lainnya.\n\nLebih senang lagi jika kami tuliskan 10 resepi ikan kembung yang sedap dan lazat di bawah ini, resepi mudah dan dapat perkongsian ramai di laman Facebook. Ayuh cubakan masak ikan kembung resepi di bawah.\n\nSerunding ikan kembung mudah dan murah. Beli ikan 3 kilo RM 10 sahaja. Ambil sekilo cukup buat serunding makan dengan nasi panas-panas sedapnya. Nor Dieana berkongsikan resepi serunding ikan kembung yang lazat di Facebook. Mari kita lihat resepinya.\n\nIkan Kembung Bakar Golek Terengganu @ Percik Ikan\n\nMenu ini ada yang panggil ikan golek ada yang panggil percik ikan. Anak-anak perantau terengganu mesti rindu masakan terengganu bukan? Kami sertakan resepi daripada Rosziema Ibrahim yang berkongsi di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nResepi pais ikan ini menggunakan 12 ekor ikan kembung yang comel. Kalau anda guna ikan banyak, lebihkan bahan ya. Resepi pais ikan menggunakan bahan agak-agak dikongsikan oleh Nur Suhadah Sanusi di laman Facebook.\n\nIkan kembung percik kelate sedap sungguh, sesuai untuk menu wajib bulan puasa, anak-anak pun lalu makan nasi kalau ada ikan percik, bahan perap pula boleh guna untuk percik ikan atau percik ayam. Rasanya sedap sangat, tak cuba tak tahu. Resepi oleh Suhasnida Ismail di laman Facebook.\n\nIkan kembung masak asam utara menu kegemaran ramai orang utara betul? Yang ingin masak asam utara cara Ana Mariana Ismail di Facebook boleh cuba resepi ini.\n\nSambal Ikan Kembung Pulut Panggang Terengganu\n\nSeterusnya kita akan masak pulut panggang style Terengganu dengan sambal ikan menggunakan ikan kembung. Ini resepi pulut panggang sedap sangat dikongsikan oleh Suhada Ghads di laman Facebook. Pulut lemak masin sedap sangat digandingkan dengan sambal ikan kembung.\n\nTeringin buat ikan celup tepung versi sendiri tapi macam kedai? Kalau anda teringin makan tidak perlu susah-susah cari resepi. Kami kongsikan resepi yang confirm jadi dan rangup semestinya. Resepi dikongsikan oleh Aze Jijie di laman Facebook.\n\nAsam pedas sedap letak asam keping atau asam jawa? Kalau tanya Shuhaidah Ibrahim, mesti lah lebih sedap letak asam jawa. Jom cubakan resepi mudah asam pedas ikan kembung yang dikongsikan di laman Facebook.\n\nMasakan asam memang mampu membangkitkan selera makan. Hijrah\u00a0berkongsi resepi ikan kembung goreng asam jawa yang simple tapi menjadi pembuka selera di laman Facebook. Jika ada lauk ini, lauk lain tidak pandang sudah. Walaupun simple cara menyediakan nya tapi sangat menambat selera ramai dan rasa ketagih ingin makan selalu.\n\nIkan Kembung Air Asam Merecik Pedas\n\nMasak ikan kembung paling simple namun sedap dan menyelerakan terakhir ialah ikan kembung air asam. Ini bukan air asam biasa. Rasa pedas dan asam air ini amat merangsang. Kami kongsikan resepi oleh Azlina Hamid di laman Facebook.\n\nResepi ikan kembung di atas menyelerakan bukan? Kami ada resepi lain yang tidak kalah menarik dan anda mesti cuba. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Safron adalah sejenis rempah yang sangat ekslusif dan biasanya digunakan dalam masakan Timur Tengah. Mengikut kajian sejarah, safron telah mula dijumpai semasa Zaman Gangsa Yunani lagi. \n\nBunga ini juga bersifat triploid, iaitu ia tidak tumbuh secara liar dan tidak dapat membiak dengan sendirinya. Ia hanya berbunga setahun sekali dan hanya beberapa negara yang mempunyai cuaca yang sesuai untuk menanam pokok bunga ini seperti Iran, Maghribi, Sepanyol dan Greece.\n\nSaffron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai \u2018King Of Spices\u2019. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda. Namun demikian, saffron juga baik untuk ibu mengandung. Jom lihat khasiat saffron untuk ibu mengandung.\n\n1. Membantu Menyembuhkan Demam Kuning Bayi Yang Baru Dilahirkan\n\nKhasiat saffron untuk ibu mengandung dapat membantu menyembuhkan demam kuning pada bayi yang baru dilahirkan. Saffron boleh mengubati masalah darah merah yang mudah pecah pada bayi yang mempunyai demam kuning. \n\nTamsilnya, saffron mengandungi vitamin c, iron, dan magnesium. Oleh itu, khasiat yang terdapat dalam saffron ini dapat memulihkan darah merah yang berada dalam badan bayi supaya bayi yang baru dilahirkan tidak mengalami demam kuning yang berpanjangan.\n\n2. Pertumbuhan Akal Dan Fizikal Bayi Serta Kanak-kanak\n\nSaffron mempunyai khasiat yang tersendiri dalam pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, khasiat saffron dapat mengawal ibu mengandung dari mengalami stress yang mengakibatkan masalah pada pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak. \n\nMengikut kajian, herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal adalah saffron. Oleh itu, saffron amat bagus dalam mengembangkan lagi minda dan memulihkan fizikal bayi dan kanak-kanak supaya dapat berfikir dengan baik dan bergiat aktif selalu.\u00a0\n\nKhasiat saffron untuk ibu mengandung juga adalah membantu melancarkan pencernaan. Ibu mengandung sentiasa mengalami gangguan pencernaan dan saffron inilah pengubatnya. Jika ibu mengandung minum susu bercampur saffron, maka pencernaan dapat diatasi dengan baik. \n\nMengikut kajian, ahli nutrisi sekaligus ilmuwan British Nutrition Foundation Dr \u00c1ine O\u2019Connor, mengesyorkan bahawa wanita mengandung hanya boleh makan 5-6 kali sehari, tapi dalam bahagian kecil sahaja untuk mencegah asam lambung naik. Oleh itu, khasiat saffron ini juga dapat mengatasi masalah sembelit juga kepada sesiapa yang mengalaminya.\n\nSaffron juga dapat mengurangkan tekanan darah. Semasa kehamilan, tekanan darah ibu mengandung sering berfluktuasi, campuran saffron pada makanan dapat melemaskan otot ibu mengandung sebagai stimulan rahim. \n\nMengikut kajian, tekanan darah tidak terkawal pada ibu mengandung boleh mengakibatkan terkena sawan atau bacaan gula terlalu rendah sehingga pengsan tidak sedarkan diri. Oleh itu, perkara ini dapat menjejaskan anak dalam kandungan, tetapi dengan khasiat saffron juga tekanan darah\u00a0akan menjadi stabil.\u00a0\n\nSaffron ini amat berkesan kepada ibu mengandung dalam menurunkan morning sickness. Aroma saffron ini dapat menenangkan hati apabila mengalami sakit yang kerap ketika mengandung ini. \n\nSebagai contoh, ibu mengandung mengalami mual, pening dan tidak sedap badan. Saffron yang mempunyai aroma tersendiri ini dapat membantu supaya mereka yang memakannya atau membuatnya sebagai minuman tidak berasa mual atau sebaliknya.\n\nTahukah anda, Saffron juga berkhasiat untuk mencegah anemia? Sifat zat besi dalam saffron membuatkan sel-sel darah merah pada ibu mengandung bertambah. \n\nMemakan saffron dapat meningkatkan hemoglobin. Justeru, saffron ini bukan juga berkesan kepada ibu mengandung yang mengalami anemia tetapi pada sesiapa sahaja yang mengalami penyakit anemia juga boleh memakan saffron ini.\n\nSaffron membantu untuk tidur lebih berkualiti. Saffron bekerja sebagai ubat penenang kepada wanita yang mengandung kerana mereka sering mengalami penyakit sukar tidur seperti insomnia. Khasiat saffron untuk ibu mengandung amat berkesan. Pastikan anda minum segelas susu saffron sebelum tidur supaya tidur anda lebih berkualiti.\n\nSaffron dapat menghilangkan alergi untuk ibu mengandung. Ibu mengandung akan menghadapi serangan alergi seperti gatal-gatal, ruam kulit, batuk dan sebagainya. Oleh itu, ibu yang mengandung akan menyapu saffron pada tempat yang terkena alergi itu supaya alergi kembali reda.\n\nKhasiat saffron untuk ibu mengandung adalah membalas rangsangan pada bayi. Jika ibu ingin merasakan pergerakan aktif dalam kandungan, pastikan ibu mengandung minum saffron secara rutin. Namun, disarankan tidak minum secara berlebihan. Saffron dapat membuatkan bayi bergiat aktif semula supaya bayi akan sentiasa kekal sihat selalu.\n\nSelain itu, khasiat saffron untuk ibu mengandung adalah ia dapat mencegah nyeri pada ibu mengandung. Harus anda ketahui, saffron adalah salah satu ubat yang digunakan dalam perubatan islam. \n\nIa dapat mengatasi rasa tidak selesa pada bahagian sendi, punggung dan perut. Malah, Saffron menjadi pengubat dalam semua penyakit sendi.\n\n11. Kulit Bayi Dalam Kandungan Cerah, Lembut dan Sihat\n\nSaffron menjadikan kulit bayi yang berada dalam kandungan menjadi cerah, lembut dan sihat. Dek kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin, ia amat berkhasiat untuk ibu mengandung.\n\nBerdasarkan kitab Tibbul Imama A\u2019li, Saiyidina Ali, ia menyatakan bahawa barang siapa yang memakan \u200eza\u2019faran dan makan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya \u200esehingga di tuduh melakukan sihir. Oleh itu, saffron ini telah terbukti sesuai untuk semua jenis kulit supaya mereka dapat meletakkan saffron ditempat produk yang paling bagus sekali.\n\nBagi para ibu yang ingin meningkatkan pengeluaran susu badan , pengambilan saffron amat digalakkan. Saffron dapat meningkatkan hormon bagi membanyakkan susu badan ibu mengandung.\n\nSaffron ini dapat mengurangkan keletihan pada ibu mengandung. Hal ini kerana, saffron mengurangkan anemia dan hemoglobin di dalam sel darah merah yang berkurangan yang menyebabkan ibu mengandung cepat letih. \n\nSelain itu, ibu mengandung juga berasa letih berpunca dari cara pemakanan yang tidak sihat, tekanan hidup atau stress, kegemukan atau obesiti, pekerjaan yang memenatkan dan insomnia. Pengambilan saffron dapat mengurangkan keletihan supaya badan akan menjadi lebih cerdas berbanding hari-hari biasa.\n\nItulah dia 13 khasiat saffron untuk ibu mengandung. Sekali sekala, apa kata anda amalkan makan makanan sunnah seperti saffron ini! Terbaik untuk bayi juga. Jemput baca buah baik untuk ibu hamil, senaman wanita hamil, tanda hamil anak perempuan dan Kelebihan asid folik untuk ibu mengandung."
"Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Walaupun kanak-kanak adalah sebaya, tetapi mereka sebenarnya tidak sama daripada pelbagai segi.\n\nDengan kelebihan yang ada dalam diri anak, adakah salah jika pada usia seawal 3 tahun, anak sudah pandai membaca?\n\nAdakah ibu bapa kepada anak yang bijak membaca di usia 3 tahun ini memaksa anak mereka untuk pandai belajar membaca?\n\nAdakah salah apabila ibu ayah \u2018mengajar\u2019 anak mereka membaca terlalu awal?\n\nAyuh kita kupas perkara ini dengan lebih mendalam agar kita dapat lebih memahami isu yang sedang hangat diperkatakan ini.\n\nKETAHUI 3 PERKARA UTAMA TENTANG KANAK-KANAK\n\nBerikut merupakan tiga perkara utama yang kita perlu tahu tentang kanak-kanak.\n\nSepertimana yang kita ketahui, secara fitrahnya, kanak-kanak sememangnya suka bermain. Mereka tidak seharusnya dilarang daripada bermain.\n\nSebagai ibu ayah, kita wajib membenarkan dan menggalakkan anak-anak kecil untuk bermain pelbagai medium permainan.\n\nTidak semestinya kita perlu membelikan mereka permainan atau membawa anak ke taman permainan berbayar setiap hujung minggu.\n\nKita sebenarnya boleh \u2018DIY\u2019\u00a0 sendiri permainan untuk mereka dengan menggunakan bahan terpakai dan bawa mereka meneroka alam semulajadi secara percuma.\n\n2. PUNYA SIFAT INGIN TAHU DAN EKSPERIMENTASI YANG TINGGI\n\nKanak-kanak secara naturalnya mempunyai sifat ingin tahu dan eksperimentasi yang tinggi dalam diri mereka. Ianya jelas kelihatan pada kanak-kanak.\n\nAnda tidak percaya? Luangkan masa bersama anak-anak dengan lebih banyak dan anda akan lihat betapa \u2018curious\u2019 dan eksperimentalnya anak-anak terhadap sesuatu perkara itu.\n\n3. SETIAP ANAK MEMPUNYAI \u2018MULTIPLE INTELLIGENCES\u2019\n\nSecara teorinya, manusia cenderung untuk mempunyai kepelbagaian kecerdasan natural (Multiple Intelligences). Teori ini turut diguna pakai oleh ramai pendidik.\n\nJika kita sering berada di sekitar anak-anak, kita akan akui bahawa seorang anak, menunjukkan kecenderungan jenis kecerdasan yang agak pelbagai, tidak rigid dan tidak terhad.\n\nDi bawah disertakan petikan penerangan tentang teori \u2018Multiple Intelligences\u2019 oleh Howard Gardner ini.\n\nJOM KITA GABUNGKAN KETIGA-TIGA POIN DI ATAS\n\nDengan gabungan tiga perkara utama tentang kanak-kanak ini, adakah \u2018possible\u2019 untuk anak-anak pandai membaca pada usia 3 tahun tanpa rasa \u2018stress\u2019?\n\nBERMAIN + SIFAT INGIN TAHU & SUKA EKSPERIMEN + KEPELBAGAIAN KECERDASAN NATURAL\u00a0(MULTIPLE INTELLIGENCES)\n\nJika dilihat pada kecenderungan kecerdasan verbal-linguistik yang dicadangkan dalam teori Prof. Gardner,\u00a0ianya merujuk kepada seseorang yang mempunyai keupayaan verbal yang baik dan sensitif terhadap bunyi, maksud dan ritma perkataan.\n\nJadi, menurut teori Prof. Gardner ini, memang ada anak-anak yang mempunyai kecenderungan kecerdasan ini, minatnya adalah pada bermain bahasa. Anak-anak ini :\n\nMaka, membaca dengan membunyikan huruf menjadi lebih mudah buat mereka.\n\nJadi, kenapa perlu halang anak-anak ini? Mereka seronok BERMAIN bunyi-bunyi perkataan, seronok BERMAIN baca-baca apabila terjumpa perkataan di pasar raya. Memang kecenderungan kecerdasan anak itu pada kemahiran verbal-linguistiknya.\n\nUsah dikecam ibu ayah yang mengajak anak kecilnya bermain dengan bunyi huruf untuk mendedahkannya dengan kemahiran pra-membaca.\n\nMereka bukan mengajar, tetapi mengajak anak bermain dengan kaedah tertentu dalam proses membaca ini \u2013 ajak dan ajar adalah 2 perkara yang berbeza.\n\nJADI, KITA BOLEH AJAR ANAK 3 TAHUN MEMBACA?\n\nKita tidak ajar anak 3 tahun membaca. Kita AJAK anak 3 tahun MAIN BACA-BACA.\n\nMacam mana nak main baca-baca? Terdapat banyak kaedah belajar membaca sambil bermain mengikut tahap perkembangan natural kanak-kanak tanpa paksaan. Kaedah-kaedah itu digunakan dengan syarat meletakkan anak sebagai matlamat, bukan pandai membaca sebagai matlamat.\n\nContohnya adalah dengan kaedah ReadEasy atau Bacalah Anakku, ianya adalah kaedah yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.\n\nYang penting, jangan paksa anak. Ikut \u2018pace\u2019, tahap perkembangan dan tahap kemampuan anak.\n\nSebagai ibu ayah, ayuh kita raikan apa jua kecenderungan kecerdasan natural anak-anak. Terdapat anak-anak yang kecenderungannya bukan pada verbal-linguistik tetapi pada bidang kecerdasan natural yang lain. Jadi, dengan pemahaman kita tentang perkara ini, dalam konsep membaca, mungkin anak ini agak lewat berbanding rakan sebaya mereka.\n\nUsah dibanding beza anak kita dengan anak orang lain. Fahamkan \u2018milestone\u2019\u00a0 perkembangan anak-anak dan\u00a0\u2018be positive\u2018\u00a0, In Sha Allah kita akan sentiasa bersyukur serta\u00a0tidak \u2018stress\u2019\u00a0 jika perkembangan anak kita tidak sama dengan kanak-kanak lain. Setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.\n\nPerjalanan menjadi ibu ayah adalah \u2018continuous learning\u2019, maka jom kita sama-sama belajar dan gali ilmu \u2018parenting\u2019\u00a0 setiap hari. Semoga kita menjadi ibu bapa hebat buat anak-anak kita.\n\n\u2018Let\u2019s read, research, learn and be wise!\u2019"
"Jika anda mencari idea bilik tidur anak perempuan anda, fikirkan tentang apa yang anak perempuan anda suka. Anda juga harus lihat bilik tidur mereka dari perspektif mereka minati. Ingatlah apabila umur mereka semakin meningkat, tema bilik tidur yang dikehendaki oleh mereka pasti berbeza.\n\nBila bercakap mengenai anak perempuan yang berusia 8 tahun, mereka pasti menginginkan suasana yang ceria. Mereka tidak lagi menjadi bayi atau kanak-kanak kecil, tetapi belum lagi menjadi remaja dengan sikap yang sama. Untuk mereka, bilik tidur adalah tempat yang mencerminkan statusnya sebagai \u201caku bukan lagi seorang anak gadis kecil\u201d. \n\nManakala remaja pula mempunyai pandangan yang berbeza dari bilik tidur daripada gadis kecil. Susah juga nak penuhi mood bilik tidur anak perempuan ni kan? Jom kita ketahui beberapa idea bilik tidur anak perempuan simple untuk anda realisasikan kepada bilik anak perempuan anda.\n\n1. Bilik Tidur Bertemakan Warna Merah Jambu\n\nSiapa yang tidak suka warna merah jambu? Kebanyakan orang perempuan akan tertarik dengan warna ini dan ia merupakan warna yang paling disukai di dunia. Apatah lagi dalam kalangan anak perempuan. Ini adalah cara mudah untuk menghiasi bilik tidur anak perempuan simple iaitu dengan warna merah jambu di bilik tidur anak perempuan anda.\n\n2. Bilik Tidur Bertemakan Warna Ungu\n\nSama seperti merah jambu, ungu adalah warna kegemaran kedua untuk para perempuan biasanya. Ramai yang tertarik kepada warna ungu ini kerana mereka menganggap warna ini seperti mempunyai perasaan yang elegan di dalamnya. \n\nIdea bilik tidur anak perempuan simple yang bertemakan warna ungu juga merupakan pilihan terbaik jika anda masih mencari inspirasi yang elegan untuk anak perempuan anda.\n\n3. Bilik Tidur Bertemakan Gaya Bohemian\n\nIngin mencipta memori yang benar-benar indah bersama anak perempuan anda dalam menyediakan bilik tidurnya? Apa kata anda mencuba tema gaya bohemian. Pasti dapat menggamit memori yang indah nanti.\n\nDekorasi yang diilhamkan oleh Bohemian ini pasti membuatkan pandangan sesiapa yang memasuki bilik ini akan terasa segar dan ceria. Letakkan sentuhan warna yang lembut kerana warna yang lembut akan membuatkan fikiran kita tenang. \n\nDi lantai pula, pilih corak lantai yang ada unsur-unsur tema kayu kerana ianya akan mengindahkan lagi suasana bilik anak perempuan anda ditambah dengan permaidani yang cantik-cantik.\n\nAkhir sekali, jangan lupa lampu! Gantungkan candelier dan beberapa buah mentol di atas siling untuk menambahkan lagi kecantikkannya. Sekarang, bilik tidur anak perempuan simple bertemakan gaya bohemian sudah siap untuk anak perempuan anda.\n\n4. Bilik Tidur Yang Bertemakan Bunga Yang Cantik\n\nUntuk bilik tidur yang bertemakan bunga, anda boleh mencubanya dengan menggunakan kertas dinding corak bunga. Nak hasil yang lebih menarik, anda letakkan kertas dinding tersebut di satu dinding yang anda rasa sesuai sahaja. \n\nUntuk bahagian dinding yang lain, anda cat lah dengan warna-warna yang lembut serta dapat memberi ketenangan apabila melihatnya. Tema bunga ini sesuai untuk bilik tidur anak perempuan simple dan cantik. Anda juga boleh meletakkan lukisan bunga ataupun melukis bunga yang cantik di dinding yang anda mahu. \n\nUntuk hiasan perabut pula, gunakan bingkai katil logam, ini akan membuat pemandangan bergaya yang berwarna-warni serta menggunakan cadar katil yang bercorak bunga yang menarik. Nak lagi menaikkan lagi seri bilik tidur, gunakan perabut-perabut yang ala-ala vintage, pasti menarik.\n\n5. Bilik Tidur Yang Bertemakan Unicorn\n\n\u2018Unicorn\u2019 adalah kumpulan kuda putih bersayap yang mempunyai tanduk yang sememangnya amat digemari oleh peminat cerita-cerita fantasi. Jika anak perempuan anda salah seorang yang amat suka dan mengagumi unicorn dengan begitu banyak, ini adalah salah satu idea bilik tidur anak perempuan simple yang akan membawa semua fantasinya ke dunia nyata yang pasti sangat indah.\n\nPerkara pertama yang perlu anda lakukan ialah menghiasi biliknya dan menukar cadar tempat tidur biasa kepada cadar yang bercorak unicorn. Bukan hanya setakat cadar katil itu sahaja, malahan kertas dinding bercorak unicorn akan menaikkan lagi seri bilik yang bertema unicorn ini. Anda juga boleh letakkan aksesori pelangi untuk melengkapkan tema yang indah ini.\n\n6. Bilik Tidur Yang ala-ala V.I.P\n\nSiapa yang tidak suka reka bentuk bilik tidur yang mewah? Ia juga merupakan idea bilik tidur anak perempuan simple. Jika anda mahukan bilik anak perempuan anda lebih mewah dan menarik, anda hendaklah pilih jubin marmar atau granit yang akan menonjolkan suasana yang paling mewah. \n\nBiarkan warna bilik menjadi agak pucat tetapi di ruangan dinding diletakkan hiasan 3D yang akan menaikkan suasana bilik tersebut. Gunakan perabot yang mempunyai ruang yang luas serta warnanya tidak menonjol. Manakala untuk kerusi pula, pilihlah warna merah jambu yang \u2018pinkish\u2019. Akhir sekali, hiasi dengan cahaya lampu yang cantik.\n\n7. Bilik Tidur Yang Bertemakan Disney Princess\n\nPasti anak perempuan anda akan mengenali watak Snow White, Cinderella, Fa Mulan ataupun Ariel Si Puteri Duyung kan? Apa kata anda menghiasi bilik tidur mereka dengan tema Disney Princess, jika anak anda merupakan penggemar watak tersebut. \n\nHiasi dinding dengan kertas dinding Disney Princess disamping mengecat seluruh ruang dengan warna merah jambu pasti mengindahkan lagi suasana bilik tersebut. Perabut-perabutnya pula dihiasi dengan warna-warna yang lembut. Menarik kan idea bilik tidur anak perempuan simple sebegini?\n\n8. Bilik Tidur Yang Bertemakan Tempat Permainan\n\nSetiap anak perempuan pasti mahu bilik tidur dengan kawasan permainannya berdekatan. Pastinya idea bilik tidur anak perempuan simple ini sesuai untuk anak anda yang aktif bermain! \n\nTambah-tambah lagi anda menjadikannya seperti katil dua tingkat dengan tangga untuk memanjat dan tingkat dibawahnya sebagai tempat belajarnya. Pasti menyeronokkan.\n\nKetahuilah apa yang dimahukan dan apa yang diperlukan oleh anak perempuan anda. Lebih baik jika dia mahu bekerjasama dengan anda untuk membuat bilik tidur mengikut tema kesukaannya. \n\nSemoga anda mendapat banyak inspirasi dari idea-idea di atas! Jom baca Tabung Raya adik beradik, Cara mengurus anak bermain gajet dan Resepi pau goreng untuk anak."
"Sekali lagi kami angkat menu tradisional sajian istana silam ini. Resepi gulai ikan masin tumis darat. Resepi sedap yang mampu mengenang memory lama.\n\nGulai ikan masin pula paling sedap kalau dicampur nenas. Sesiapa yang pernah makan gulai ikan masin tumis darat ini, jangan pernah pikir ingin diet. Apalagi kalau dapat makan dengan nasi panas, lupa dunia dibuatnya.\n\nTeringin mencuba resep gulai ikan kering?\n\nPada tulisan kali ini kami hadirkan resepi gulai ikan kering tumis darat yang dikreditkan kepada Mariana Zainal yang berkongsi di laman Facebook. Selepas sahaja resepi ini dikongsikan, ia terus mendapat sambutan ramai terutama dari penggemar gulai ikan.\n\nTanpa membuat anda tertunggu, jom cubakan resepinya di bawah ini. Sila kongsikan gulai ikan air tangan anda kepada jiran-jiran. Selamat mencuba.\n\nResepi Gulai Ikan Masin Tumis Darat\n\nSelain resepi gulai ikan masin tumis darat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Adakah ibu teringin masak bihun PAMA homemade? Bihun PAMA adalah antara jenama bihun segera yang popular. Bihun segera ini dijual dalam pek dan sedia dengan perencahnya.\n\nDengan citarasa lazat perencah, bihun PAMA sesuai dimasak berkuah. Ramai orang suka yang beli bihun PAMA jenis segera. Masak sekejap terus siap untuk dihidang.\n\nNamun kepada anda yang tidak suka makan bihun segera namun teringin juga makan bihun PAMA. Maka, pada perkongsian kali ini kami sediakan resepi bihun PAMA homemade berasaskan bihun putih Jasmine pula. Bihun jasmine bukanlah bihun segera namun akan diolah jadi bihun PAMA segera.\n\nHanya perlukan masa 10 minit sahaja, boleh menghasilkan rasa bihun PAMA sebenar. Aroma wanginya juga macam bihun PAMA. Bikin tergoda selera ingin makan. Kesemua ahli rumah mesti suka. Selamat mencuba resepi daripada Cik Pooja di laman Facebook ini. Penyediaan untuk 2 orang makan.\n\nSelain resepi bihun PAMA homemade, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia, selepas Sarawak. Terlalu banyak tempat menarik yang boleh dilawati di negeri ini. Tambahan pula, negeri ini masih kaya dengan sumber alam semula jadi malah penduduknya juga berbilang etnik dan budaya. Semestinya ia sesuatu yang unik untuk kita lihat.\n\nOleh sebab itu, post kali ini, kami senaraikan 22 tempat menarik di Kota Kinabalu sahaja memandangkan Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah.\n\nJesselton Point Waterfront merupakan salah satu tarikan utama pelancong di pusat bandar Kota Kinabalu. Selain dari pusat pengangkutan utama feri ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini mempunyai bangunan dengan binaan yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki di atas air.\n\nSambil-sambil anda bersantai-santai dan makan di tepi laut ditiup angina sepoi-sepoi bahasa, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik diwaktu senja di sini.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (6.00pagi \u2013 2.00pagi)\n\nLokasi: Ferry Terminal, Jalan Haji Saman, 88000 Kota Kinabalu\n\nPerkampungan Budaya Mari-Mari ini dibina dalam suasana hutan terpencil di Kionsom, Inanam, kira-kira 30 minit memandu dari Kota Kinabalu. Tempat ini wajib anda singgah untuk mengenali etnik dan budaya rakyat Sabah dengan lebih dekat. Di Perkampungan Budaya Mari-Mari, anda akan dapat melihat sendiri kepelbagaian rumah komuniti etnik Sabah, antaranya Bajau, Lundayeh, Murut dan Dusun.\n\nPelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Salah satu acara kemuncak yang dipertunjukkan kepada anda adalah permainan Trampolin atau Lansaran (trampolin kayu dan buluh) oleh masyarakat Murut.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi \u2013 6.00 petang)\n\nLokasi: Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu\n\nRumah terbalik bukan lagi suatu tarikan yang asing di Malaysia. Banyak tempat selain di Kota Kinabalu juga mempunyai rumah terbalik. Tetapi, keunikan Rumah Terbalik Tamparuli adalah beberapa hiasan dan ciri khas Sabahan yang dipamerkan di rumah ini. Selain itu, Rumah Terbalik Tamparuli juga telah dimasukkan ke dalam\u00a0Malaysia Book of Records\u00a0kerana seni bina yang unik ini merupakan yang pertama di Malaysia.\n\nTarikan terbaru di persekitaran Rumah Terbalik ialah 3D Wonders Museum. Muzium Keajaiban 3D ini bukan hanya pameran seni 3D terbesar di Malaysia Timur tetapi juga merupakan yang pertama dan memberi tumpuan kepada pendidikan orang ramai tentang kepentingan melindungi biodiversiti, ekosistem dan sumber semula jadi.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (7.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nBayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kank RM5\n\nLokasi: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli,\n\nPlatform ini merupakan tempat yang tertinggi di Kota Kinabalu. Dari sini, anda dapat melihat pemandangan sekitar Kota Kinabalu. Kota Kinabalu sememangnya sebuah bandar yang cantik panoramanya. Anda juga boleh menyaksikan pemandangan matahari terbenam di sini.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi \u2013 11.00malam)\n\nLokasi: Jalan Bukit Bendera, 88400 Kota Kinabalu\n\nCowboy Town Tuaran terletak lebih kurang 40km dari bandaraya Kota Kinabalu. Ia merupakan salah satu tempat menarik yang mesti anda kunjungi apabila berada di Kota Kinabalu, Sabah. Anda disajikan dengan suasana pekan cowboy di sini. Selain itu, landskap di sini juga sangat cantic untuk anda abadikan dalam gambar sebagai kenangan.\n\nSelain itu, Jangan lupa membawa bersama tiket pembayaran kerana ianya boleh ditebus dengan minuman teh ais di restoran berdinding buluh di sekitar\u00a0tempat menarik ini.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nBayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5\n\nLokasi: Jalan Shah Sabandar, Tuaran, 89200 Kota Kinabalu\n\nKeluasan Perdana Park ini kira-kira 18 ekar. Kawasan ini merupakan salah satu daya tarikan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Di taman ini, anda boleh melihat air pancut berirama seawal pukul 7.00 malam.\n\nSelain itu, Perdana Park juga menyediakan trek untuk berjogging, taman permainan kanak-kanak serta landskap yang cantik untuk anda bergambar di sini. Terdapat juga kemudahan lain seperti tandas awam dan kedai makan di sini.\n\nLokasi: Jalan Melati, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu\n\nKota Kinabalu Wetland Centre dahulunya dikenali sebagai\u00a0Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Tempat ini merupakan kawasan hutan bakau berkeluasan kira-kira 60 ekar. Titian sepanjang 1.5 km dibina khas untuk pengunjung bagi menikmati udara segar, melihat burung-burung dan juga binatang kecil. Terdapat hampir 80 spesis burung di sekitar kawasan paya bakau ini.\n\nSelain itu, di sini juga terdapat menara pemerhati untuk melihat kawasan sekitar hutan bakau ini. Anda juga boleh ke bird-hide utuk meneropong dan melihat aksi burung-burung yang rare. Antara burung yang boleh didapati adalah Purple Heron dan beberapa spesies Egrets.\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (8.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nLokasi: Jalan Bukit Bendera Upper, Taman Likas, 88400 Kota Kinabalu\n\nSalah satu keistimewaan yang terdapat di Sabah adalah makanan lautnya yang segar dan murah. Untuk menikmati kesegaran ketam dan udang galah dengan harga yang sangat berpatutan, anda boleh ke Pasar Malam KK. Bukan sahaja makanan, tetapi anda juga boleh shopping cenderahati di sini.\n\nAntara pasar malam yang popular di sekitar KK adalah Pasar Malam Sinsuran, Pasar Malam Segama dan Pasar Malam Kampung Air.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (6.00petang \u2013 12.00malam)\n\nLokasi:\u00a0Sinsuran Kompleks, 88000 Kota Kinabalu\n\nMonumen ini dibina sempena memperingati tragedi menyedihkan melibatkan Pejuang Sabah, iaitu Tun Mohd. Fuad Stephens dan 6 Menteri Sabah yang terbunuh dalam kejadian helikopter terhempas pada 6 Jun 1976. Kawasan ini bersih dan terjaga, anda boleh bergambar kenangan di sini berlatarbelakangkan monument ini.\n\nLokasi: Grace Garden, 88100 Kota Kinabalu\n\nMenara Jam Atkinson ini telah siap dibina pada 20 April 1905 sempena memperingati Pegawai Daerah Jesselton di suatu ketika dahulu iaitu Mendiang Francis George Atkinson yang meninggal dunia pada umur 28 tahun disebabkan oleh Borneo Fever iaitu Malaria.\n\nMenara setinggi 50 kaki ini sangat penting padazaman itu. Ini kerana, kedudukannya di atas bukit, menjadikan ia sebagai panduan untuk kapal berlabuh. Namun kini, teknologi semakin canggih, bangunan tinggi juga sudah banyak di Kota Kinabalu, jadi menara ini sekadar menjadi menara jam dan tumpuan pelancong kerana kisah sejarahnya.\n\nLokasi: Atkinson Clock Tower, 88400 Kota Kinabalu\n\nMuzium Sabah merupakan tempat yang wajar anda lawati jika bercuti di Kota Kinabalu. Ini kerana, muzium ini bukan sekadar mempamerkan pelbagai artifak sejarah sahaja, tetapi juga terdapat Pusat Sains dan Teknologi, Kampung Warisan, Ethno-Botanical Garden dan Muzium Tamadun Islam.\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Sabtu (9.00pagi \u2013 5.00 petang)\n\nBayaran: Dewasa RM2 | Kanak-kanak Percuma\n\nLokasi: Sabah Museum Complex, Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu\n\nPantai Tanjung Aru\u00a0merupakan pantai ikon bagi Kota Kinabalu. Ia terletak kira-kira 6km dari Bandar Kota Kinabalu. Pesisiran pantai ini menjadi pilihan utama orang ramai untuk beriadah, berjogging, berjalan-jalan, mandi-manda serta bersantai-santai bersama keluarga.\n\nNamun begitu, ibubapa perlu mengawasi anak-anak mereka yang mandi di tepi pantai kerana terdapat obor-obor yang menyengat.\n\nLokasi: Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu\n\nPulau Sapi merupakan salah satu pulau yang terdapat di di Kota Kinabalu. Pulau ini sangat diminati oleh pelancong asing kerana air lautnya yang tenang sepanjang tahun.\n\nBanyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini, antaranya snorkeling, scuba diving, parasailing, flying fox dari pula uke pulau. Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak dan air, pastinya Pualu Sapi menjadi pilihan destinasi anda sekiranya ke Kota Kinabalu.\n\nPulau yang terkenal di Kota Kinabalu adalah Pulau Manukan, malah pulau ini diwartakan sebagai taman laut negara.\n\nPulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam. Kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, padang bola sepak, bola tampar dan sepak takraw. Kemudahan infrastruktur termasuk sokongan air bersih, elektrik, penyahgaraman tumbuhan, sistem pembetungan yang tersusun, dan juga\u00a0telefon awam\u00a0yang menggunakan tenaga solar. Pulau ini juga dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan tebal dan mempunyai laluan mendaki.\n\nAkuarium & Muzium Marin merupakan sebuah platform untuk pendidikan biodiversiti,\u00a0penyelidikan dan pendekatan awam dibawah kelolaan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ia mempunyai tiga bahagian utama iaitu: Diorama Menyelam, Pameran Akuarium dan Muzium Marin.\n\nTangki pameran akuarium\u00a0dapat memberi anda gambaran tentang apa yang berada di dasar\u00a0laut. Manakala, bahagian muzium marin pula mempamerkan spesimen\u00a0flora dan fauna marin yang telah diawet. Pastinya anda akan dapat belajar banyak perkara berkenaan hidupan laut melalui lawatan ini.\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Sabtu (9.00pagi \u2013 4.00petang)\n\nBayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5\n\nLokasi: Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu\n\nBalai Seni Lukis Sabah ini terletak di Kota Kinabalu Sabah iaitu lebih kurang 7 km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Bangunan Balai Seni Lukis Sabah telah dibina dengan reka bentuk dan corak kebudayaan masyarakat Sabah. Ia menempatkan kira-kira 3000 hasil lukisan dan ukiran.\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Ahad (9.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nBayaran: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1\n\nLokasi: 14, Jalan Shantung, 88300 Kota Kinabalu\n\nKeretapi stim pernah menjadi salah satu pengangkutan yang terpenting di dunia.\u00a0Oleh kerana perkembangan teknologi, keretapi ini tidak lagi digunakan sevara meluas, malah boleh dianggap sebagai \u2018barang antik\u2019. Di Kota Kinabalu, anda diberi peluang untuk merasai sendiri menaiki keretapi antik ini.\n\nKeretapi North Borneo Railway adalah di bawah pengurusan Sutera Harbour Resort, tetapi anda tak perlu menginap di hotel tersebut untuk merasai pengalaman menarik ini. Cukup dengan membeli tiket dan berada di stesen mereka pada tarikh dan masa yang ditetapkan.\n\nLokasi: \u00a0Jalan Utama Sutera Harbour 88100 Kota Kinabalu\n\nMasjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah\u00a0masjid\u00a0utama kedua yang dibina di bandar\u00a0Kota Kinabalu selepas\u00a0Masjid Negeri. Masjid ini terletak di persisiran pantai Likas dengan keluasan 14.83 hektar. Masjid ini boleh menampung 12,000 orang jemaah pada satu masa.\n\nLokasi: Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu\n\nSabah sangat kaya dengan flora dan fauna. Jadi, anda boleh manfaatkan percutian anda di sini untuk lebih dengan dekat alam. Taman Rama-rama Kipandi dilaporkan mempunyai lebih 100 spesis rama-rama, 1500 spesimen rama-rama. Ia juga menempatkan lebih daripada 3000 jenis kumbang yang hanya boleh ditemui di Banjaran Crocker seperti Kumbang Cyclommatus Chewi. Di sini juga turut ditanam lebih kurang 500 jenis orkid, pelbagai jenis bunga dan tumbuh-tumbuhan.\n\nWaktu Operasi: Rabu \u2013 Ahad (9.00pagi \u2013 4.00petang)\n\nBayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5\n\nLokasi: Kipandi Butterfly Park, Jalan Tambunan \u2013 Kota Kinabalu, 89500 Penampang\n\nTaman Hidupan Liar Lok Kawi terletak di Putatan, hanya kira-kira 25 km dari pusat bandar raya\u00a0Kota Kinabalu. Istimewanya taman hidupan ini kerana ia ditempatkan di kawasan hutan semula jadi iaitu tempat habitat asal haiwan tersebut. Terdapat haiwan yang berasal dari Borneo seperti orang utan, monyet Belanda, gajah terkecil di dunia iaitu gajah Pygmy serta spesies Badak Sumbu Sumatera\u00a0dan pelbagai lagi haiwan lain.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9.30pagi \u2013 5.30petang)\n\nBayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5\n\nLokasi: 63, Jalan Penampang, 88200 Penampang\n\nTempat menarik di Kota Kinabalu ialah Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Tempat ini sering dikunjungi oleh masyarakat setempat mahupun pelancong. Disebabkan pemandangan yang begitu cantik dan indah sekali telah menjadi satu tumpuan masyarakat apabila datang berrcuti di sabah, dengan kejernihan air yang begitu menenangkan jiwa bercelaru telah berjaya membuat masyarakat gembira dan seronok melihat pemandangan ini. \n\nTidak ketinggalan juga, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga dan kawan kawan bagi mengisi masa percutian semasa berada di sabah.\n\nAkhir sekali, tempat menarik di Kota Kinabalu ialah Lok Kawi Wildlife. Tempat ini amat popular dalam kalangan masyarakat setempat mahupun pelancong yang datang bercuti di Sabah. Jadi mereka yang datang bercuti di sabah ,jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini kerana terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama kawan mahunpun keluarga.\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Kota Kinabalu yang dikongsikan? Anda teruja? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati iaitu tempat Menarik di perlis dan tempat Menarik di Taiping"
"Wanita ini dilahirkan sebagai manusia yang istimewa kerana mereka sahaja yang boleh mengandung dan melahirkan anak. Untuk mengandung, wanita perlu mempunyai rahim yang kuat, tubuh badan yang sihat dan kehadiran haid yang stabil setiap bulan. Maka, wanita perlu membuat pemeriksaan kesihatan setiap bulan bagi memastikan tubuh badan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.\n\nNamun, ada sebilangan wanita yang mempunyai masalah kedatangan haid setiap bulan yang tidak stabil. Ia boleh memberi kesan kepada masalah tubuh badan dan untuk mengandung nanti. Apakah punca tidak datang haid?\n\nMari kami kongsikan info sebenar punca tidak datang haid. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nSecara umum ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu\n\n1. Primary Amenorrhea (wanita yang langsung tak pernah datang period)\n\n2. Secondary Amenorrhea (wanita yang pernah ada period, tetapi kini sudah tidak ada period lagi)\n\nPrimary Amenorrhea biasa dikesan sejak awal remaja. Bila waktu sepatutnya akil baligh, tetapi masih tiada period. Kebanyakan kes seperti ini adalah disebabkan oleh masalah genetik dan kongenital. Masalah pada kelenjar hypothalamus, pituitary dan ovari mungkin menjadi punca Primary Amenorrhea.\n\nYang lebih kerap berlaku adalah secondary amenorrhea. Dulu ada period macam biasa, sampai satu masa, period dah takde. Punca utama masalah ini adalah mengandung. Bila mengandung, period akan berhenti dan tidak datang lagi.\n\nSelain itu, masalah perubatan lain seperti\n\n\u2013 Hypothyroidism, hyperprolactinoma akibat brain tumor\n\n\u2013 Asherman\u2019s Syndrome (penyakit dimana lapisan rahim menjadi parut akibat procedure seperti cuci rahim selepas keguguran) juga adalah punca berlakunya secondary Amenorrhea.\n\nSelain itu masalah lain juga boleh menyebabkan period tidak datang seperti\n\n\u2013 emosional atau fizikal stress yang melampau\n\n\u2013 berat badan yang turun mendadak\n\n\u2013 sedang mengalami penyakit yang teruk\n\nAmenorrhea juga boleh berlaku akibat pengambilan pil-pil hormon seperti pil perancang. Namun ia biasanya bersifat sementara.\n\nAda kesan tak jika amenorrhea ni berpanjangan?\n\nSeorang wanita berisiko mengalami osteoporosis atau tulang rapuh akibat amenorrhea yang berpanjangan. Selain itu, mereka juga berisiko untuk mengalami kesukaran untuk hamil.\n\nJadi bagaimana nak rawat? Rawatan amenorhhea adalah dengan merawat punca mengapa amenorrhea itu berlaku. Jika puncanya adalah stress melampau, maka perlula buat sesuatu agar stress menjadi terkawal dan berkurang. Jika ia melibatkan masalah perubatan seperti PCOS, hypothyroid dan lain-lain, maka dapatkan rawatan untuk masalah tersebut.\n\n*Berikut adalah keterangan mengenai ketidakdatangan haid dan punca-puncanya. Sebaik-baiknya, jika anda adalah salah seorang yang mempunyai masalah ini, pergilah berjumpa doktor pakar puan yang berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut. Doktor pakar lebih tahu\u00a0 dan faham dengan situasi penyakit ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tiada idea untuk menu masakan ikan? Nah, kami kongsikan resepi ikan menarik patut anda cuba. Semuanya dapat SHARE yang tinggi tau. Sesuai untuk makan satu keluarga, kenduri ataupu niaga. Jom tengok resepi di bawah ini.\n\n1. Resepi Ikan Masak Kuah Pekat\n\nFavorite gila ikan masak asam kuah pekat pekat ini. Satu lauk sudah cukup untuk makan satu keluarga. Siapa yang sukakan juga lauk macam ini boleh cuba resepi ikan masak kuah pekat yang dikongsikan oleh Nur Atiqah Hamid\u200e di Facebook.\n\n2. Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan\n\nAda sebahagian orang tidak suka masak kari letak santan. Mesti pelik kan, tapi resepi ini sudah turun-temurun daripada \u200eNurQatrunnada Haryanti Abd Basir\u200e di Facebook dan selalau dipakai hingga sekarang. Resepi ini dapat memikat hati suami dan mertua. Tentunya anda patut cuba resepi ini.\n\nIkan percik paling diminati rama. Banyak yang cuba resepi yang dikongsikan \u200eAfy AL Habibi\u200e di Facebook dan kata mereka hasilnya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli. Kami hadirkan untuk anda resepi ikan percik dari proses perap ikan sehinggalah siap sepenuhnya. Selamat merecik.\n\n4. Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak\n\nAda petua rahsia untuk mendapati ikan masak tempoyak yang tidak cair, Puan Hana Ismail\u200e di Facebook telah mengongsikan petua-petua antaranya; air jangan banyak sangat, cukup-cukup bagi ikan tenggelam saja; tempoyak kena letak lebih baru kuah pekat; kuah kena reneh lama sikit dengan api yang kecik baru pekat. Selamat mencuba.\n\n5. Resepi Ikan Siakap Stim Limau\n\nResepi yang satu ini sangat memuaskan hati dengan rasanya yang cukup masam, manis, masin dan rasa fresh dari bawang putih dan daun ketumbar. Marina Ismail\u200e di Facebook telah mengongsikan resepi ikan siakap stim limau, di mana tip masakan Thailand ini ialah banyakkan bawang putih dan kurangkan bawang merah. Setengah menu memang langsung tak letak bawang merah. Jom tengok resepi campak campak jadi ini.\n\nIkan sumbat boleh dijadikan menu masakan untuk di rumah dihidang kepada suami dan anak-anak. Walaupun banyak anak-anak yang susah makan ikan, namun dengan ikan sumbat ini confirm anak-anak anda akan suka ikan dan request lagi sebab sedap. Oleh itu, anda yang ingin menghidang ikan sumbat sedap untuk keluarga sila rujuk resepi yang dikongsikan oleh Rima Zafira\u200e di Facebook ini. Step by step ikan sumbat inti kelapa.\n\nTips : kalau tak ingin inti-inti terkeluar daripada ikan, letakkan putih telur dekat inti yang sudah disumbat tadi.\n\nResepi ikan tenggiri jeruk yang dikongsikan oleh Yuss Aisya\u200e ini menggunakan daun sage, mengapa daun sage? kerana menurutnya daun sage ada aroma yang sangat strong dan ada khasiat tersendiri, bersifat remedy, menenangkan, menurunkan tekanan darah tinggi. Sangat sesuai untuk orang berpantang. Resepi ini biasa digunakan untuk berniaga. Jom tengok resepinya.\n\nSangat mudah dan menarik bukan. Sila cuba resepi di atas dan manjakan selera anda. Selamat memasak.\n\nResepi ikan bakar berempah yang dikongsikan oleh Zaa Zafwan\u200e di laman Facebook ini amat menarik. Jika dilihat dari tampilannya, resepi ini amatlah menggiurkan. Paling sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas, makin berselera makan.\n\n9. Resepi Ikan Kembung Bakar Cili Api\n\nResepi ikan kembung bakar menggunakan santan jadi lebih juicy dan berkrim. Makanan ini pula paling sesuai dimakan dengan nasi putih.\u00a0Tanpa tunggu lama, mari kita lihat resepi ikan kembung bakar yang dikongsikan oleh Rosma Ros\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nMasakan ini sesuai sangat untuk anda yang sibuk tidak punya banyak masa berlama-lama di dapur. Mari cubakan masak ikan singgang Kelantan dengan resepi yang dikongsikan oleh Ismi Fiza Kamijo di laman Facebook. Selamat mencuba dan kongsikan hidangan anda kepada jirat dan kerabat.\n\nResepi mudah yang boleh dicubakan oleh suri rumah. Ikan kembung digoreng kemudian digaul sambal, sedap dimakan bersama nasi putih. Gandingkan dengan sayur dan ulam, makin sedap makan. Jom kita lihat resepi sedap yang telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook.\n\n12. Resepi Ikan Dori Sweet Sour\n\nIkan dori yang telah digoreng garing ini kemudian dihidangkan dengan sos sweet sour yang disiramkan ke atasnya. Merangsang rasanya ikan dori sweet sour berkuah masam manis. Anda patut cuba resepi dori sweet sour yang dikongsikan oleh Ana Azly di laman Facebook.\n\nBahan Untuk Sos Sweet Sour :\n\n13. Resepi Ikan Selar Goreng Sambal Cili Pedas\n\nEffinorlianawati Rosdzali\u00a0berkongsikan resepi ikan selar masak sambal cili padi di Facebook. Sedap baunya sampai pada jiran sebelah rumah.\n\n14. Resepi Ikan Pari Bakar Bersambal\n\nIkan pari bakar menggunakan pes sambal yang power ala Marina Ismail yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Resepi sambal yang menjadikan ikan pari bakar ini sekelas restoran mahal. Makan pula dengan sambal kicap cili api dan nasi panas. Pergh pengsan saking sedapnya. Berpeluh-peluh!\n\n15. Resepi Ikan Kukus Sambal Thai\n\nMieza Azlan di laman Facebook berkongsikan resepinya, tidak hanya ikan kukus sahaja namun ia juga berkongsikan resepi sambal Thai yang dimakan bersama ikan kukus. Mesti anda tertunggu resepinya, selamat mencuba.\n\n16. Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa\n\nManis, pedas dan masam menjadi satu. Lagi kalau ikan yang digunakan ialah ikan siakap yang memang terkenal paling sedap dimasak tiga rasa. Resepi ikan siakap tiga rasa daripada \u200eAfy AL Habibi\u200e di laman Facebook ini antara yang mendapat perkongsian ramai kerana ia menggunakan resepi yang sedikit berbeza berbanding resepi lain.\n\n17. Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap\n\nCara sama macam ayam masak kicap namun kali ini kita menggunakan ikan cencaru. Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook berkongsikan resepi ikan cencaru masak kicap mudah dan sedap.\n\n18. Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka\n\nNorizah Saad berkongsikan resepi ikan tenggiri masak cuka. Sesetengah orang panggil masak cuka ini dengan jeruk ikan. Masakan ini boleh tahan untuk satu hari. Masak hari ini esok masih boleh makan lagi. Mahu hidangan ikan yang sedap? Sila cuba ikan tenggiri masak cuka ini.\n\nPernahkan anda makan taucu? Taucu ialah sejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya yang telah direbus, dihaluskan dan kemudian diperam.\u00a0Taucu sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.\u00a0Taucu tidaklah pedas. Bahkan kanak-kanak boleh makan ikan masak taucu ini. Mari tengok resepi ikan taucu yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy\u200e di laman Facebook.\n\nRamai orang malas menggoreng ikan keli sebab ianya meletup. Macam orang perang pula di dapur, perang dengan ikan rupanya. Tapi masalah ini boleh diatasi dengan tips menggoreng yang kami kongsikan di bawah ini. Juga disediakan resepi ikan keli berlada yang sedap daripada Zur Ain Salim\u200e di laman Facebook. Selepas ini mesti jadi berani menggoreng ikan keli. Konfirm tidak akan meletup lagi.\n\nBahan yang bertanda * ditumbuk atau blender kering.\n\n21. Resepi Ikan Siakap Masak Pedas\n\nJom cuba resepi ikan siakap pedas ini. Bangkit selera makan, pedasnya mampu buat mandi peluh. Resepi sedap mampu melelehkan air liur\u00a0dikongsikan oleh MadamCt Suratman di laman Facebook.\n\n22. Resepi Ikan Bilis Rangup Kering\n\nMasak ikan bilis sangat senang, resepi bilis masak pedas yang dikongsikan oleh Bunga Tanjung di Facebook sangat mudah. Di mana ikan bilis dan bahan-bahannya digoreng hingga rangup kemudian dihancurkan.\n\nKalau daging ikan lembut, tidak bau hanyir dan kuah kari pekat, makin terliur dibuatnya ingin makan kepala ikan. Tanpa tunggu lama, mari tengok resepi kari kepala ikan yang dikongsikan oleh Mas Aura\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\n24. Resepi Asam Pedas Ikan Kembung\n\nMana lagi sedap antara asam pedas letak asam keping atau asam jawa? Apapun itu terpulang kepada kesukaan masing-masing. Namun resepi yang dikongsikan oleh Shuhaidah Ibrahim\u200e\u200e di laman Facebook ini menggunakan asam jawa.\n\nNota : Kuah kalau cair sangat tidak sedap. Kuantiti asam jawa terpulang anda, jangan masam sangat.\n\nMencari resepi serunding ikan untuk buat inti popia simpul atau karipap mini? Kami ada resepinya. Resepi didatangkan daripada Husna Anisa\u200e di laman Facebook. Yang menarik daripada resepi ini ialah cik Husna menggunakan periuk nasi untuk keringkan air. Idea yang bagus bukan? Senang, tidak perlu risau serunding berkerak atau hangit dan boleh buat kerja lain pula sambil tunggu kering.\n\nBanyakkan resepi ikan untuk dicuba? Kami harap anda menyukai artikel koleksi resepi ikan ini. Selain resepi ikan, ada lagi koleksi masakkan menarik yang boleh anda cuba. Semuanya menarik."
"Ayuh kenali Sumayyah binti Khibat dan kehebatan beliau mempertahankan keimanannya. Kami kongsikan biodata saidatina Sumayyah di sini.\n\nSumayyah binti Khibat merupakan sosok seorang mujahidah yang kental mempertahankan akidahnya sehingga titisan darah yang terakhir. Beliau merupakan isteri kepada Yassir bin Amir al-Kinani dan ibu kepada Ammar bin Yassir, iaitu tiga sosok yang bermatian mempertahan akidah dengan sejuta siksaan, sehingga akhirnya syahid dan syurga menjadi milik mereka.\n\nSumayyah menjadi lambang dalam menegakkan agama suci Allah. Beliau termasuk dalam tujuh orang yang pertama menunjukkan keislamannya di Mekah; Rasulullah S.A.W, Abu\n\nBakar as-Siddiq, Bilal bin Rabbah, Khabbab bin al-Arat, Shuhaib ar-Rumi, Ammar bin Yassir dan Sumayyah. Bahkan Sumayyah menjadi wanita pertama yang gugur syahid.\n\nIbnu Hajar berkata dalam kitabnya, Al-Ishabah;\n\n\u201cSumayyah bekas hamba sahaya Huzaifah bin al-Mughirah bin Makhzum. Beliau adalah ibu Ammar bin Yassir orang yang masuk Islam pada hari ke-7. Sumayyah diseksa Abu Jahal dan ditusuk tombak pada kemaluannya hingga meninggal dunia. Ia adalah wanita yang pertama sekali mati syahid dalam Islam.\u201d\n\nSumayyah merupakan hamba kepada daripada Abu Huzaifah bin Mughirah al-Mahzumi, seorang ketua kabilah Mahzum. Abu Huzaifah telah mengahwinkan Yassir bin Amir al-Kinani yang berasal dari Yaman dengan Sumayyah, dan tidak lama kemudian memerdekakan Sumayyah. Yassir dan Sumayyah hidup aman dengan jaminan keamanan dari bani Mahzum. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata, Ammar.\n\nKeluarga Yassir yang Terawal Menyahut Seruan Islam\n\nSelepas Rasulullah S.A.W menyebarkan syiar Islam (yang ketika itu masih dijalankan secara bersembuyi) mereka sekeluarga antara yang terawal beriman dengan ajaran baginda lalu menjadi golongan pertama yang memeluk Islam\n\nBermula dengan Ammar yang ketika itu sedang meningkat dewasa sangat senang mendengar dakwah Rasulullah S.A.W di rumah Arqam bin Abi al-Arqam. Pertama kali mendengar ajakan baginda, Ammar terus menghulurkan tangan dan mengucapkan syahadah. Lalu Ammar pulang dan menerangkan kepada ibunya tentang Islam, Sumayyah terus menerima dengan hati terbuka.\n\nKemudian Ammar berdakwah kepada bapanya, ketika itu jugalah bapanya memeluk agama Allah. Maka, seluruh kaum muslimin menyambut gembira dengan Islamnya keluarga Yassir.\n\nTetapi, apabila berita pengislaman ini sampai kepada pengetahuan bani Mahzum, mereka bersumpah untuk membawa keluarga ini kembali kepada agama nenek moyang mereka.\n\nIbnu Sa\u2019ad meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Mujahid, berkata;\n\n\u201cWanita yang pertama sekali mati syahid dalam Islam ialah Sumayyah, seorang wanita tua yang lemah. Ketika Abu Jahal terbunuh dalam peperangan Badar, Rasulullah bersabda; \u2018Allah membunuh orang yang membunuh ibumu\u2019.\u201d\n\nKaum Bani Mahzum mengetahui menangkap Sumayyah bersama anak dan suaminya dan diseret ke tengah-tengah padang pasir, kaki dan tangan mereka diikat. Mereka dipakaikan dengan baju besi dan dijemur di bawah terik mentari, langsung tidak diberi air sehinggakan mereka pengsan menangung kepanasan.\n\nBahkan Kulit mereka juga terkoyak lantaran melekat pada baju besi yang dipakaikan. Setiap hari mereka diseksa mengikuti keinginan Abu Jahal sehingga tidak sedarkan diri. Namun tidak sekalipun keluar kata-kata kufur daripada mulut mereka. Penyeksaan yang dilakukan hanya menambah ketakwaan dan keberanian mereka, terutamanya Sumayyah.\n\nSuatu hari, Rasulullah S.A.W melihat penderitaan mereka. Betapa hancur luluhnya hati baginda. Lalu baginda membisikan kata-kata yang membahagiakan\u00a0 mereka;\n\n\u201cBesabarlah wahai keluarga Yassir, sesungguhnya telah dijanjikan syurga buat kalian.\u201d\n\nBerita ini membuatkan mereka tenang dan gembira. Kemudian datang Abu Jahal memaki dan mencerca Sumayyah. Sumayyah kemudian membalas cercaan tersebut dengan kata-kata yang sangat menyakitkan hati Abu Jahal serta menyatakan beliau tetap berpegang teguh kepada keimanannya. \u00a0Disebabkan terlalu marah, Sumayyah ditikam pada bahagian rahim dengan tombak sehingga tembus ke bahagian belakang. \u00a0\n\nAkhirnya Sumayyah dibunuh dengan penyeksaan yang menyedihkan dan gugur sebagai syahid. Sebenarnya Abu Jahal yang kejam dan bengis itu berasa sangat terhina kerana dicabar oleh seorang wanita tua yang lemah. Selepas membunuh Sumayyah, Yassir dan anaknya berterusan disiksa demi membuatkan dua beranak itu meninggalkan Islam.\n\nMereka mengikat kedua-dua tangan Yassir pada seekor ekor kuda, manakala kakinya pada kuda yang berasingan. \u00a0Lalu menusuk besi yang panas pada kuda-kuda itu,\u00a0 maka berlarilah dua ekor kuda tersebut ke arah yang bertentangan sehingga tercabut kaki dan tangan Yassir. Lantas gugur syahid Yassir.\n\nAmmar yang menyaksikan gugur syahid kedua-dua orang tuanya itu, masih tetap kuat dan tabah mempertahankan akidahnya. \u00a0Sehinggalah satu hari Ammar dilepaskan dan beliau segera \u00a0bertemu Rasulullah S.A.W dalam keadaan yang sangat sedih.\n\nBaginda lalu bertanya \u201cWahai Ammar, keresahan apakah yang sedang engkau bimbangi?\u201d\n\n\u00a0\u201cYa Rasulullah, ketika \u00a0aku diseksa oleh musuh-musuh Allah dengan seksaan yang aku tidak mampu lagi untuk menahannya. Mereka menyimbah minyak ke tubuhku lalu membakar seluruh tubuhku sehingga aku tidak mampu menanggungnya dan terkeluar kata-kata kufur dan menghina engkau ya Rasulullah.\u201d \u00a0Kata Ammar.\n\nBaginda lantas bertanya, \u201cBagaimanakah hatimu semasa keluar kata-kata kufur itu?\u201d\n\nAmmar menjawab, \u201cKetika itu hatiku tetap teguh dengan keimanan dan kepercayaanku kepada hanya kepada Allah dan Rasul.\u201d\n\nMaka baginda berkata \u201cSekiranya begitu, tidak ada masalah. Sesungguhnya kamu tidak bersalah.\u201d\n\nAllah S.W.T telah memuliakan Ammar melalui surah al-Nahl:\u00a0 106, yang bermaksud:\n\n\u201cSesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman.\u201d\n\nMelihatkan kekuatan cinta Sumayyah terhadap imannya, di manakah tahap iman kita? Adakah seteguh iman Sumayyah?\n\nRiwayat Sumayyah dalam lembaran sejarah sangat wajar diteladani oleh setiap muslim yang mengakui mencintai Islam. Beliau bukan sahaja wanita pertama yang syahid lantaran menegakkan keimanan beliau, bahkan semakin dirinya disiksa semakin kuat keyakinannya.\u00a0 Sehinggakan musuh Islam tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana malu dengan kekuatan semangatnya yang luar biasa.\n\nBukan sahaja sebagai motivasi tetapi sosok seorang Sumayyah sangat wajar dicontohi dan dijadikan idola kepada setiap muslim.\n\n Jika anda menyukai artikel ini, pasti anda juga menyukai perkongsian kami yang lain tentang;"
"Kuih Kaswi merupakan antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Boleh dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Tekstur nya yang lembut dan disalut kelapa parut mampu menarik perhatian orang ramai untuk menjadikannya sebagai kuih kegemaran terutama sekali golongan kanak-kanak dan warga emas. Mudah nak makan lah katakan.\n\nCara nak buatnya pun taklah susah mana. Main campur-campur bahan, masak, tuangkan atas loyang dan kukus. Dah siap masak, sejukkan dan boleh lah potong. Kemudian golekkan kuih kaswi yang telah dipotong tadi dengan kelapa yang telag diparut. Nak lagi sedap, campurkan sedikit garam pada kelapa parut tadi. rasa lemak-lemak, masin gitu. Memang naik umph lah.\n\nResepi yang dikongsi oleh Sabariah Bahasar sangat mudah difahami dan diikuti. Jom tengok bahan-bahannya dan cara penyediaanya. Bolehlah nanti buat jamu selera sekeluarga.\n\nMudahkan caranya? Rasa boleh buatkan? Selamat mencuba. Nak lagi seronok, proses membuat kuih kaswi ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti dengan anak-anak. Mesti anak-anak seronok punya. Hanya sediakan bahan, campur, kukus dan golekkan dengan kelapa.\n\nOh ya, selain dari resepi Kuih Kaswi Goyang ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain."
"Pada masa kini, pizza merupakan salah satu makanan pilihan rakyat Malaysia. Makanan\u00a0 yang berasal daripada barat ini secara asasnya merupakan roti dan digabungkan serta dihiasi dengan pelbagai jenis rencah yang boleh diletak di atasnya. Ianya amat mudah dibuat serta rasanya dapat menarik minat sesiapa sahaja. Sekiranya anda meinginkan kelainan, bolehlah cuba untuk membuat pizza.\n\nNamun, apa yang uniknya tentang resepi yang kami ingin bawakan kali ini adalah resepi ini tidak memerlukan ketuhar malahan hanya menggunakan kuali untuk membuatnya. Resepi ini dapat menyediakan sehingga 5 keping pizza dan ianya telah menjadi viral di media sosial. Pada sesiapa yang belum lagi discover mengenai resepi ini, dimana ianya mudah dan lazat, bolehlah check it out sekarang!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Murni Rahmat dan terdapat lebih daripada 108 ribu perkongsian di Facebook. Wah! Gerenti kena cuba.\n\nNota: Uli bahan di atas sekurang \u2013 kurangnya 5 minit\n\nAnda juga boleh letak macam \u2013 macam topping seperti\n\nNota: Tumiskan bawang holland dan bawang putih. Apabila sudah wangi, masukkan bahan basah yang lain. Contohnya seperti ayam, hotdog dan cendawan. Tumis sampai masak. Perasakan dengan garam dan lada hitam kemudian ketepikan.\n\nNota: sukatan air perlukan 2 cawan, tetapi 1cawan air tu, tuang mauripan didalam, masukkan secubit gula. Selepas 2-3 minit, dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi ini, terdapat pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk\u00a0share resepi ini kepada kenalan anda ya!"
"Ikan cencaru biasanya enak digoreng dan dibakar. Kulit luarnya yang keras menjadikannya sangat sesuai untuk dibakar dan digoreng. Apabila ikan sudah masak, isi dalamnya masih lagi lembut dan sedap untuk dimakan. Jarang orang kita guna ikan cencaru untuk dibuat gulai atau sup kerana kulit dan tulangnya sangat keras yang boleh membahayakan kita terutama anak-anak yang masih kecil.\n\nIkan cencaru sangat sedap jika dibuat resepi cencaru sumbat. Banyak versi yang boleh kita cuba untuk cencaru sumbat ini. Ada yang sumbat dengan sambal kelapa dan ada juga yang sumbat dengan sambal lada hidup atau lada kering. Tak kesahlah yang mana satu pilihan hati anda, yang penting, ikan cencaru yang disumbat itu memang marvelous sangat!\n\nIkan cencaru sumbat boleh digoreng atau dibakar. Jika suka ikan yang garing, anda boleh buat versi ikan cencaru goreng sumbat. Jika suka masakan bakar-bakar dan ingin jaga kesihatan, bolehlah buat versi ikan cencaru sumbat bakar. Keduanya memberi rasa yang sedap. Yang penting, anda mampu menyediakan sambal sumbat yang superb untuk menjadikan ikan cencaru sumbat anda terlajak sedap.\n\nUntuk membantu anda menyediakan juadah ikan cencaru sumbat yang sedap, kami akan kongsikan resepi sedap yang disediakan oleh saudari Sharifah Nurul Shahida di Facebook. Resepi ini jugalah yang digunakan oleh beliau untuk menjual ikan cencaru sumbat di tapak perniagaannya. Semoga bermanfaat.\n\nResepi Ikan Cencaru (5 ekor ikan)\n\n*Cili kering 10-15tangkai\n*1 bawang besar\n*2 biji bawang putih\n\n2 biji bawang besar (di potong dadu)\n2 sudu serbuk cili babas\n2 sudu sos cili\n2 sudu sos tomato\nGaram,gula dan minyak masak.\n\n1) Blender halus semua bahan yang bertanda*\n2) Panaskan 3 sudu besar minyak masak.\n3) Masukkan semua bahan blender dan letakkan sedikit air.\n4) Kemudian masukkan serbuk cili babas (wajib pakai cap babas baru warnanya akan merah menarik), sos cili, sos tomato dan bawang yg didadu.\n5) Masukkan garam dan sedikit gula. Masak hingga kekeringan. Siap\n6) Kemudian, bolehlah di sumbat kan ke dalam ikan yg dah di goreng/dibakar. Kalau nak lagi sedap, sumbat dulu inti dalam ikan pastu goreng bersama.\n\nSelain resepi yang sedap ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang sedap. Jemput lihat kesemua resepi dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE."
"Mee Kari Ayam adalah salah satu juadah yang amat sesuai untuk dihidangkan kepada sanak saudara. Malahan, anda juga boleh menyediakan hidangan kepada keluarga anda. Resepi ini dapat memberikan kekenyangan kerana ianya merupakan sebuah hidangan yang lengkap. \n\nMee Kari Ayam selalunya dimakan bersama dengan telur dan sawi, memberikan protein dan serat yang mencukupi. Jadi, anda juga boleh sediakan hidangan ini kepada anak anda yang tidak sukakan sayur. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Wan Ricik dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!\n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nAda pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!"
"Ramai\u00a0mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?\n\nKetahuinya dengan terus membaca artikel ini bersama khasiat kesihatan telur ayam yang dikongsikan berdasarkan kajian sains lepas.\n\nAyam betina mula menghasilkan telur seawal usia 5 bulan. Proses penghasilan telur di dalam sistem badan ayam tersebut mengambil masa selama 26 jam bagi sebiji telur. Ayam jantan hanya diperlukan untuk menyuburkan telur di dalam badan ayam betina menjadi anak ayam.\n\nHal ini bermaksud, sekiranya tiada ayam jantan ketika ayam betina sedang menghasilkan telur di dalam badannya, telur yang terhasil tidak akan bertukar menetas menjadi anak ayam kerana tiada persenyawaan berlaku.\n\nSebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.\n\nSejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.\n\nCara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.\n\nTelur ayam mengandungi banyak lagi khasiat lain yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Tidak hairanlah, banyak penyelidikan saintifik yang telah dan sedang dijalankan bagi melihat perkembangan khasiat telur ayam ini.\n\nBerikut merupakan manfaat telur ayam berdasarkan kajian sains yang telah dijalankan dan diulas secara menyeluruh oleh sekumpulan penyelidik di Manchester, UK pada tahun 2010.\n\n1. Telur sebagai Sumber Makanan Diet yang Sihat\n\nPengambilan telur dalam diet makanan seharian menyumbang kepada diet yang sihat.\n\nSebiji telur bersaiz medium mengandungi 78 kcal tenaga dengan 6.5 gram protein, 5.8 gram lemak (2.3 gram daripadanya ialah lemak mono tidak tepu) dan pelbagai lagi mikronutrien penting.\n\nHal ini bermakna, satu hidangan telur memberikan hampir kesemua keperluan diet yang diperlukan oleh tubuh.\n\nKajian-kajian lepas mendapati bahawa telur ayam kaya dengan vitamin A, folate, biotin dan iodin jika dibandingkan dengan sumber protein yang lain seperti tofu, ikan, daging dan ayam.\n\nAntara kesemua sumber makanan protein tersebut, telur mengandungi asid amino yang paling kaya. Kandungan asid amino yang tinggi ini sangat penting bagi tumbesaran kanak-kanak, remaja dan golongan muda bagi membentuk protein, membina otot dan mencegah degenerasi otot rangka.\n\nPengambilan telur yang konsisten mampu menurunkan berat badan.\n\nHal ini dibuktikan melalui kajian Vander Wa et al. pada tahun 2008 yang melihat kesan pengambilan telur dalam sarapan pagi selama 8 minggu, 5 hari seminggu.\n\nDalam kajian yang melibatkan 152 peserta itu, dicatatkan penurunan berat badan yang signifikan sebanyak 61% bagi kumpulan yang mengambil diet telur dalam makanan mereka.\n\nTerdapat banyak kajian yang menumpukan peranan telur yang dikatakan boleh memberikan kesan satiety iaitu rasa kenyang yang berpanjangan. Perkara ini ternyata boleh membantu mengurangkan lagi berat badan.\n\n4. Mengurangkan Risiko Penyakit Koronari, Jantung dan Kardiovaskular\n\nWalaupun telur dikatakan tidak bagus untuk kesihatan kerana mengandungi kolestrol, kajian lepas menyangkal persepsi ini dengan menyatakan bahawa telur mempunyai kandungan tenaga yang rendah dan diperkaya dengan nutrisi lain.\n\nMalah, tambah menarik, mengikut model anggaran risiko yang dibangunkan oleh para penyelidik, pengambilan sebiji telur sehari menyumbang kepada penurunan 1% risiko penyakit koronari jantung.\n\nDi samping itu, pengambilan diet telur selama 13 minggu pada kadar 3 biji telur sehari menunjukkan peningkatan tahap kolestrol baik dalam badan.\n\nTelur mengandungi antara sebatian utama yang dipanggil kolina.\n\nAntara khasiat kesihatan kolina menurut kajian lepas ialah membantu melawan kanser payu dara dan menghalang kerosakan DNA.\n\nSelain itu, kolina amat bermanfaat bagi ibu mengandung.\n\nDilaporkan, kolina adalah penting bagi proses pembiakan sel dan susun atur genetik yang mencegah masalah dan ancaman kesihatan. Kajian tersebut menerangkan keupayaan kolina untuk menderma kumpulan metil kepada DNA fetus kandungan dalam perut ibu untuk mewujudkan keadaan hypermethylation yang menyingkirkan kod genetik yang boleh mendatangkan penyakit.\n\nTelur ayam ialah sumber makanan yang kaya dengan pelbagai nutrien dan boleh didapati dengan murah dan mudah di negara kita.\n\nTerdapat banyak khasiat dan manfaat kesihatan pengambilan telur dalam diet seharian kita.\n\nNamun, dos pengambilannya mestilah secara bersederhana supaya tidak timbul masalah kesihatan yang lain.\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Bukan sahaja dari segi makan minum, pakaian dan tempat tinggal tetapi adab anak-anak terhadap kita dan orang sekeliling juga perlu diambil berat. \n\nKelakuan anak-anak mencerminkan bagaimana kita sebagai ibu bapa mendidik mereka di rumah. Jika mereka diberikan contoh yang baik maka baiklah kelakuan mereka dan juga sebaliknya. Anak-anak ini bagaikan satu kain putih di mana kita sebagai ibu bapalah yang perlu mencorakkanya. \n\nPada perkongsian kali ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang perlu dielakkan jika kita tisak mahu anak kita menjadi biadap. Kita boleh sama-sama mencuba dan menjadi ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak kita. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat tips-tips untuk mengelakkan anak kita menjadi biadap daripada Dr Taufiq Razif.\n\n5 Perkara Perlu Dielakkan Jika Tidak Mahu Anak Jadi Biadap\n\n*Kita perlulah memberikan didikan yang terbaik sejak dari kecil lagi kepada anak-anak kita sepadan dengan peribahasa yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bolehlah kita praktikkan perkara yang bermanfaat kepada anak-anak kita supaya mereka dapat menjadi seorang yang berdisiplin dan beradab di masa hadapan.\n\nDengan perkongsian ini, diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak ibu bapa diluar sana supaya sama-sama kita dapat mendidik anak dengan baik dan tidak menyesal dikemudian hari.\n\n Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di\u00a0sini. \n\nTerdapat juga artikel-artikel lain yang menarik tentang kekeluargaan yang boleh anda baca disini. Jangan lupa untuk baca artikel yang telah kita kongsikan di bawah ini. Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini."
"Jom ketahui khasiat makan kacang parang!\n\nKacang parang atau Vicia faba datang dari keluarga Fabaceae. Ia mempunyai banyak nama dalam Bahasa Inggeris termasuk fava bean, broad bean, English bean, horse bean, dan pigeon bean.\u00a0Ia berasal dari kawasan Mediterranean atau barat daya Asia.\n\nKacang parang pernah menjadi makanan bagi penduduk Mesir, Greek dan Rom sebelum tersebar sehingga ke utara India dan China. Pasti ada sesuatu yang menarik mengenai kacang parang sehingga ia begitu popular.\n\nAntara cara masakan kacang parang yang popular di serata dunia ialah stim, kering, goreng, rebus atau dimasak bersama hidangan lain.\n\nKacang parang merupakan bahan utama dalam resepi makanan Arab yang terkenal iaitu falafel. Selain itu, masyarakat Ethiopia menjadikan tepung daripada kacang parang untuk dijadikan pelbagai kegunaan lain seperti bakeri dan savouri.\n\nMasyarakat Malaysia pula lebih menggemarinya dalam bentuk snek ringan setelah dikeringkan, digoreng dan ditambah garam sebagai perasa.\n\nKacang parang mengandungi serat, vitamin K, vitamin B6, zink, kuprum, zat besi, magnesium, kalori, karbohidrat, protin, lemak, serat, mangan, kurpum, fosforus, thiamine, riboflavin, kalsium, potassium dan banyak lagi.\n\nAnalisis makmal melaporkan bahawa setiap 100 gram hidangan kacang parang membekalkan sebanyak 341 kalori.\n\nKacang parang secara semulajadinya baik untuk bakal ibu. Ia mengurangkan risiko kecacatan lahir kepada bayi. Jadi, ia sesuai berada dalam diet para ibu.\n\nAnalisis komposisi kacang parang menunjukkan kandungan asid folik yang tinggi dalam kacang parang. Bagi setiap 100 gram kacang parang, terdapat jumlah asid folik yang mencukupi (106%) khususnya bagi ibu yang mengandung untuk tumbesaran janin yang baik.\n\nMereka yang makan kacang kuda mempunyai risiko yang kurang untuk menghidap penyakit jantung, kanser dan tekanan.\n\nMenurut kajian penyelidik dari Perancis pada tahun 2010, kacang parang mengandungi tinggi protein berbanding jenis kekacang yang lain yang dipengaruhi oleh kandungan tannin.\n\nKajian mereka turut mengulas usaha-usaha yang dijalankan oleh industri khususnya pertanian dan perladangan dalam menghasilkan baka kacang parang yang kurang tannin bagi menghasilkan kacang parang tinggi protein untuk keperluan pasaran.\n\nSatu cawan kacang parang mengandungi 36% keperluan harian mangan. Mangan mengurangkan masalah kekurangan kalsium. Justeru, ia bagus untuk mendapatkan tulang yang sihat.\n\nHipertensi boleh menyebabkan sakit jantung dan strok. Untuk mendapatkan jantung yang sihat, kita memerlukan magnesium. Magnesium boleh merendahkan tekanan darah sekaligus membantu mendapatkan jantung yang sihat.\n\nKuprum yang ada di dalam kacang kuda membantu mengekalkan sel darah sihat. Sel darah putih adalah penting untuk memusnahkan patogen yang menjadi punca penyakit.\n\nTanpa sel darah putih yang sihat, tubuh mudah dijangkiti penyakit. Kuprum memainkan peranan memastikan sel-sel darah putih ini berfungsi dengan baik iaitu dengan melawan radikal bebas yang merosakkan.\n\nSelain itu, kacang parang kaya dengan jumlah flavonoid dan fenolik. Berdasarkan hasil kajian sekumpulan penyelidik di Sepanyol pada tahun 2011, jumlah antioksidan ini juga berbeza mengikut tahap kematangan pokok dengan pemerhatian semakin matang pokok, semakin tinggi jumlah antioksidan tersebut.\n\nMereka turut merumuskan bahawa kacang parang adalah sangat sesuai dijadikan makanan yang menjadi sumber antioksidan bagi tubuh.\n\nKandungan zat besinya pula memberikan kita tenaga harian yang diperlukan. 1 cawan sudah cukup memberikan kira-kira 14% keperluan harian.\n\nZat besi diperlukan untuk menghasilkan haemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan kepada sel-sel. Kekurangan zat besi menyebabkan proses ini agak sukar.\n\nKita akan berasa letih dan tidak aktif. Kesannya, kita mungkin akan menghidap anemia.\n\nBeberapa kajian menunjukkan kacang parang mungkin dapat mengawal simptom penyakit Parkinson. Ini juga menunjukkan kemampuannya dalam memperbaiki fungsi motor.\n\nKacang parang memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita. Namun begitu, kacang parang turut mempunyai kekurangan iaitu ia boleh menyebabkan alergi dan memberi kesan negatif kepada mereka yang mempunyai masalah tekanan.\n\nJusteru, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat sekiranya ada keraguan atau khuatir mengenai kesihatan anda.\n\nRisiko Kesihatan dan Ketoksikan Kacang Parang\n\nSeperti jenis kekacang yang lain, kacang parang mengandungi sebatian yang dipanggil phytohaemagglutin tetapi dalam kandungan yang sedikit.\n\nMenurut kajian lepas, dengan merebus kacang panjang sekurang-kurangnya 10 minit, sebatian ini tidak akan memberi ancaman ketoksikan.\n\nSelain itu, para penyelidik dari Iran pada tahun 2005 mengingatkan bahawa kacang parang tidak sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai masalah favism iaitu sejenis keadaan pemecahan sel darah merah.\n\nKacang parang mengandungi alkaloid glikosida visin yang akan mencetuskan keadaan berbahaya ini yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas, kemabukan, pitam dan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam tubuh.\n\nSelain kacang kuda, kami juga menulis artikel kesiatan dan khasiat yang lian. Jom abca. Jangan lupa untuk share dan kongsikan jika menarik ya.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Kencing manis merupakan salah satu penyakit kronik yang ditakuti oleh rakyat Malaysia. Ianya agak susah untuk disembuhkan, dan perlu dikawal bagi mengelakkan berlakunya komplikasi yang tidak diingini seperti pemotongan anggota badan. \n\nSalah daripada cara mengawal kencing manis ialah dengan menjaga pemakanan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan makanan untuk pesakit kencing manis sebagai panduan.\n\nSalah daripada cara mengawal kencing manis ialah dengan menjaga pemakanan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan makanan untuk pesakit kencing manis sebagai panduan.\n\nPenyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah satu penyakit yang berpunca daripada kadar glukos yang tinggi dalam darah dan kegagalan fungsi pankreas untuk menghasilkan insulin seperti yang sepatutnya. \n\nMenjaga pemakanan dapat membantu mengawal penyakit kencing manis kerana apabila anda mengamalkan diet dan pemakanan yang betul, kadar gula dalam darah juga dapat dikawal.\n\nApakah makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit kencing manis supaya tidak menjadi semakin teruk?\n\nSebagai pesakit kencing manis, anda perlu mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan pengambilan gula dalam menu seharian. Ini adalah sangat penting bagi mengawal kencing manis anda dan mengelakkan berlakunya komplikasi yang tidak diingini. Di antara jenis gula yang perlu anda elakkan ialah:\n\nSeperti yang kami nyatakan di atas tadi, penyakit kencing manis berlaku kerana paras gula atau glukos yang terlalu tinggi dalam darah pesakit. Oleh itu, jika anda disahkan mempunyai masalah kencing manis, anda perlu mengelakkan makanan yang mempunya kadar gula yang tinggi. Ini kerana mengambil makanan yang mempunyai gula yang tinggi akan menyebabkan bacaan gula anda bertambah tinggi.\n\nDi antara makanan tinggi gula yang perlu anda elakkan atau kurangkan pengambilannya ialah:\n\nSelain makanan tinggi gula, buah-buahan tinggi gula juga merupakan musuh utama pesakit kencing manis. Tidak dinafikan, buah-buahan adalah baik untuk kesihatan, namun bagi pesakit kencing manis, anda perlu memilih buah-buahan yang kurang kandungan gula dan mengelakkan buah yang tinggi dengan gula. \n\nDi antara buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan perlu anda jauhi ialah:\n\nMinuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi juga perlu anda elakkan bagi memastikan kencing manis anda tidak menjadi semakin teruk. Di antara minuman yang tinggi dengan gula yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah:\n\nMakanan bergoreng yang tinggi kadar kolesterol\n\nMakanan bergoreng merupakan satu lagi jenis makanan yang perlu dijauhi oleh para pesakit kencing manis. Ini kerana makanan bergoreng mengandungi kolesterol dan kalori tinggi yang boleh meningkatkan masalah kencing manis yang anda hadapi dan meningkatkan risiko obesiti dan sakit jantung. Selain itu, makanan bergoreng juga mempunyai Aktilamida.\n\nAkrilamida adalah sejenis toksik yang boleh terbentuk dalam makanan disebabkan oleh proses menggoreng dengan suhu yang tinggi. Ia terbentuk apabila berlakunya tindak balas kimia di antara gula dan asid amino yang dikenali sebagai asparagin. \n\nMakanan berkanji seperti kentang goreng telah dikenal pasti sebagai memiliki kandungan akrilamida yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa Akrilamida memberikan anda risiko mendapat kanser.\n\nDi antara makanan bergoreng yang perlu anda elakkan ialah:\n\nMakanan yang tinggi dengan kandungan lemak trans \n\nTahukah anda bahawa makanan berproses sangat tinggi dengan kandungan lemak trans fat yang boleh membahayakan kesihatan manusia dan membuatkan penyakit kencing manis yang anda alami menjadi semakin teruk, malah boleh menyebabkan berlakunya komplikasi. Lemak trans fat terbentuk apabila lemak tak tepu mengalami satu proses yang dikenali sebagai hidrogenasi. \n\nPengilang makanan biasanya menghidrogenkan lemak menggunakan tekanan tinggi dan gas hidrogen untuk meningkatkan jangka hayat dan kestabilan makana tersebut. \n\nProses menghidrogen makan yang dilakukan telah mengubah struktur kimia lemak dan menyebabkan ia sukar untuk dipecahkan oleh badan anda. Ianya akan menyebabkan masalah kesihatan dan meningkatkan risiko anda mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis, dan obesiti.\n\nDi antara makanan berproses yang tinggi dengan lemak trans fat ialah:\n\nPesakit kencing manis juga perlu mengalkkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan makanan yang mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi kerana karbohidrat yang berlebihan tidak mampu dicernakan dengan sepenuhnya oleh tubuh badan lalu tersimpan dalam badan dalam bentuk gula. \n\nGula yang terkumpul akan masuk ke dalam sistem darah lalu menyebabkan kandungan gula dalam darah anda mengingkat. Di antara makanan tinggi karbohidrat yang tidak sesuai diambil oleh pesakit kencing manis ialah:\n\nItulah dia tadi info tentang makanan untuk pesakit kencing manis yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang makanan sunnah dan makanan karbohidrat."
"Apabila tiba hari istimewa buat isteri anda, pastinya anda tercari-cari apakah hadiah best yang boleh diberikan kepada isteri sebagai tanda penghargaan. Tak kisah sama ada hari lahir, ulang tahun perkahwinan, atau pun hari ibu. \n\nSalah satu daripada hadiah istimewa yang boleh anda berikan ialah handbag. Jom kami kongsikan jenama handbag yang diminati oleh isteri sebagai panduan anda sebagai suami.\n\nMungkin anda akan menelan air liur bila jenama ini kami pilih sebagai pilihan pertama. Siapa tak kenal dengan jenama mewah ini? Harganya boleh tahan. Namun percayalah kalau anda hadiahkan handbag jenama ini kepada isteri anda, pasti isteri anda akan meompat kegirangan dan tersenyum lebar sehari semalam. Silap haribulan, minggu depan pun belum habis senyum lagi. Begitulah betapa hebatnya penangan jenama Louis Vuitton.\n\nDi antara pilihan handbag yang ditawarkan oleh Louis Vuitton ialah:\n\nPastinya anda teringin nak tahu berapakah anggaran harga untuk sebuah handbag jenama Louis Vuitton. Harganya adalah ribuan ringgit, malah ada yang mencecah sehingga RM10,000.00. Kalau anda mampu, apa salahnya belikan satu untuk isteri anda. Kalau anda tak mampu tak mengapa, ada banyak lagi handbag jenama lain yang disukai oleh isteri yang anda boleh pilih.\n\nAnda nak tahu berapa harga handbag jenama Michael Kors? Berita baik untuk anda, ada handbag yang berharga RM1000.00 sahaja. Insya Allah anda mampu untuk membelinya. Nak lagi murah? Apa kata anda luangkan masa untuk membeli-belah di mana-mana outlet seperti Johor Premium Outlet atau Genting Premium Outlet. Harga di outlet adalah jauh lebih rendah berbanding harga di butik.\n\nAnda biasa dengan jenama ini? Kalau belum pernah, ketahuilah bahawa isteri anda pasti suka kalau anda hadiahkan handbag jenama ini. Jika anda pergi ke outlet seperti Johor Premium Outlet atau Genting Premium outlet, barisan yang beratur untuk masuk ke butik Coach adalah sangat panjang terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum.\n\nCoach menjadi pilihan wanita di Malaysia kerana design handbagnya yang membuatkan dipemakai kelihatan muda dan feminin. Di antara handbag yang ditawarkan ialah:\n\nBagaimana dengan harganya? Anda boleh dapat handbag jenama Coach dengan harga permulaan RM1,250.00 dan ke atas. Namun berita gembiranya ialah di outlet selalu diberikan diskaun, terutamanya pada hujung minggu. Oleh itu, anda boleh ke mana-mana outlet yang berdekatan dan lihat kalau ada handbag Coach yang anda berkenan untuk diberikan kepada isteri.\n\nMichael Kors adalah satu lagi jenaka handbag yang menjadi kegilaan para isteri di Malaysia, malah di seluruh dunia. Berita baik untuk anda, harganya tidak semahal Louis Vuitton atau Coach. Di antara pilihan handbag yang ditawarkan oleh Micharl Kors ialah:\n\nUntuk handbag jenama Michael Kors, pastinya monogram juga menjadi pilihan para isteri. Untuk pengetahuan anda, monogram adalah jenis handbag yang menjadi kegilaan para wanita bagi tahun 2018 dan 2019. Mungkin juga ia akan berterusan sehingga ke tahun 2020 dan seterusnya.\n\nBonia adalah handbag jenama tempatan namun mempunyai nama yang cukup gah kerana handbagnya mempunyai kualiti setanding dengan handbag jenama luar negara. Jenama Bonia telah bertapak sejak tahun 1974. Jika di media sosial terutamanya facebook, terdapat banyak group untuk para pencinta Bonia berkumpul. Di situ adalah lubuk untuk mereka menyertai kutu, dan membeli handbag Bonia preloved.\n\nDi antara jenis handbag yang ditawarkan oleh Bonia ialah:\n\nHarga bagi handbag Bonia adalah sangat berpatutan. Ada handbag yang berharga serendah RM600.00 sahaja. Oleh itu, pada kami handbag Bonia adalah pilihan yang terbaik untuk anda jadikan sebagai hadiah buat isteri tercinta.\n\nJenam handbag terakhir yang ingin kami kongsikan ialah jenama Carlo Rino. Ini adalah satu lagi jenama buatan Malaysia namun ianya sangat diminati oleh isteri-isteri di Malaysia. Di antara handbag yang ditawarkan oleh Carlo Rino ialah:\n\nHarga untuk handbag Carlo Rino adalah sangat berpatutan. Dengan harga RM200.00 ke atas anda sudah dapat membeli hadiah istimewa untuk isteri anda. Walau pun harganya tidak semahal jenama lain di atas, namun percayalah pemberian anda pastinya akan membuatkan isteri berasa sangat dihargai.\n\nSedikit tips untuk anda. Kalau anda memilih untuk membelikan handbag Carlo Rino sebagai hadiah buat isteri, kami cadangkan anda membeli secara online diwebsite Carlo Rino. Lagi untung kalau anda beli di sana kerana kebiasaannya ada jualan murah dengan diskaun hebat di sana. Rugi kalau anda tak grab.\n\nItulah dia jenama handbag yang disukai isteri yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Kalau anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang serum terbaik dan nafkah isteri"
"Tidak pasti adakah anda pernah makan masakan kampung kerabu pucuk janggus atau tidak. Tapi yang pasti, hidangan ini memiliki citarasa sendiri yang betul-betul menggamit selera.\n\nBila memakan masakan kampung ini mesti teringat kampung terus. Terutamanya para perantau yang duduk di bandar, perlu sesekali makan masakan kampung ini supaya sentiasa ingat kampung.\n\nKerabu daun pucuk janggus/gajus dan sardin ini selalu dihidangkan di Kedah. Mula-mula tengok kerabu ini memang macam tidak lalu makan. Tapi apabila rasa sekali, boleh jadi ketagih sedapnya!\n\nDi bawah ini kami tuliskan kerabu daun pucuk janggus/gajus dan sardin yang dikongsikan oleh Eila Rostam di laman Facebook. Lawan dengan nasi panas-panas menu berkuah memang mengancam.\n\nResepi Kerabu Daun Pucuk Janggus/Gajus & Sardin\n\nSelain resepi masakan kampung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Steamboat merupakan salah satu hidangan yang berasal daripada China. Ianya merupakan makanan yang terus dimakan sejurus selepas memasaknya. Kebiasaannya, steamboat ini dimasak didalam hot pot. Kalau di restoran, biasanya mereka akan menyediakan hot pot dan bahan \u2013 bahan masakannya dimasukkan oleh anda sendiri. \n\nCara pembuatannya amat mudah. Bahan \u2013 bahannya pula mengikut kepada citarasa anda. Steamboat juga amat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet memandangkan ianya menggunakan minyak yang sangat sedikit. \n\nKuah steamboat juga terdapat pelbagai jenis. Dalam resepi steamboat kali ini, kami bawakan dua jenis kuah iaitu kuah merah ataupun tomyam serta kuah putih. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Parmiati Binti Suyudi dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. \n\nNota: Cara menyediakan pati udang \u2013 rebus kulit dan kepala udang sehingga mendidih. Ambil kulit dan kepala udang kemudian kisar sehingga halus. Tapis dan ambil patinya.\n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Oh, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!"
"Amalan tradisi Hari Raya Aidilfitri, pastinya dilakukan setiap kali menyambut perayaan ini. Bagi mereka yang beragama islam, Hari Raya Aidilfitri pastinya menjadi salah satu perayaan yang ditunggu. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula setelah habisnya ibadat puasa di bulan Ramadhan. Aidilfitri merupakan hari yang istimewa kerana mengandungi pelbagai peristiwa yang bermakna.\n\nKebiasaannya, pada Hari Raya, umat islam akan balik ke kampung halaman untuk berkumpul bersama keluarga. Mereka akan menikmati makanan tradisi seperti rendang, lemang, ketupat dan kuih raya. Pada hari ini juga, anak-anak akan bermaaf-maafan sesama mereka.\n\nLebih menarik lagi, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut oleh semua individu yang beragama islam tanpa mengira pangkat. Mereka akan memakai baju tradisional seperti baju kurung dan baju melayu yang baru. Sama seperti sambutan perayaan agama lain, agama islam juga menyambut perayaan mereka pada setiap tahun. Senarai di bawah merupakan antara amalan tradisi Hari Raya Aidilfitri yang selalu dilakukan oleh setiap individu.\n\nMemberikan duit raya pada kanak-kanak menjadi kebiasaan yang dilakukan semasa Raya Aidilfitri. Walaupun sebenarnya memberikan duit bukan satu kemestian, tetapi ia memberikan rasa gembira kepada kanak-kanak.\n\nPemberian duit raya dianggap sebagai sambungan sedekah ketika berakhirnya bulan Ramadhan. Ramai yang beranggapan dengan memberikan duit raya dapat merapatkan ikatan dan mewujudkan interaksi di antara kanak-kanak dan orang dewasa.\n\nLebih menarik lagi, kanak-kanak akan mengunjungi rumah-rumah jiran untuk mengutip duit raya. Hal ini secara tak langsung mendidik mereka untuk belajar mengunjungi jiran-jiran. Secara tak langsung, perbuatan ini dapat merapatkan silaturahim di antara jiran-jiran.\n\nWalau bagaimanapun, duit raya hanya akan diberikan pada usia tertentu sahaja. Kebiasaannya, duit raya akan diberikan sehingga mereka tamat sekolah menengah. Tetapi ada juga keluarga yang memberikan duit raya selagi seseorang itu tidak bekerja. Jika anda belum bekerja, ada kemungkinan untuk anda mendapatkan duit raya!\n\nPada Hari Raya Aidilfitri, ramai yang balik ke kampung untuk menyambut raya bersama keluarga besar. Disebabkan ramai sahabat dan sanak saudara yang balik, tuan rumah cenderung mengadakan rumah terbuka.\n\nSemasa mengunjungi rumah terbuka juga, ramai yang melakukan konvoi. Rumah terbuka secara umumnya dibuat bagi menjamu tetamu yang datang ke rumah mereka. Kunjung mengunjung semasa hari raya menjadi tradisi yang diikuti sehingga kini.\n\nDisebabkan kesibukan bekerja atau belajar menyebabkan kita jarang meluangkan masa dengan keluarga besar, Tetapi pada hari raya, mereka akan mengunjungi rumah sanak-saudara yang jauh mahupun dekat. Ini dilakukan untuk merapatkan silaturrahim dan bertanya khabar.\n\nTradisi kunjung mengunjungi ini bukan sahaja dilakukan sesama saudara-mara jauh mahupun terdekat, ia juga dilakukan sesama jiran tetangga. Walaupun amalan kunjung mengunjungi ini memenatkan, namun tradisi ini sangat seronok untuk dilakukan kerana dapat berjumpa dengan keluarga yang jauh.\n\nAntara amalan tradisi Hari Raya Aidilfitri ialah bermaaf-maafan. Bulan syawal juga dianggap sebagai bulan kemaafan. Disebabkan itu, semasa 1 syawal, ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk bersalam-salaman dan meminta maaf.\n\nAmalan ini kebiasaannya dilakukan mengikut turutan iaitu dari tua ke muda. Semasa bersalam untuk meminta maaf, mereka akan mengucapkan \u201cSelamat Hari Raya\u201d yang juga diikuti dengan kata \u201cMaaf Zahir dan Batin\u201d. Amalan ini telah dilakukan sejak dahulu dan sehingga kini masih menjadi adat yang wajib dilakukan setiap kali Raya menjelma.\n\nSebab bermaafan ialah untuk melupuskan kesalahan kita kepada individu yang tertentu. Meminta maaf juga dapat mengurangkan rasa bersalah dalam diri seseorang. Manakala, bagi yang memberikan maaf pastinya akan mengurangkan terasa hatinya kepada seseorang yang melakukan kesalahan kepadanya.\n\nKad raya merupakan antara tradisi yang akan dilakukan ketika Raya Aidilfitri. Kad raya kebiasaannya mengandungi ucapan yang ditulis kepada keluarga mahupun rakan-rakan yang berada jauh dari kita. Mereka yang menerima kad raya pastinya akan merasa gembira.\n\nKad raya boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk dan kata-kata. Lebih menarik lagi, terdapat juga kad raya dengan lagu raya apabila kad dibuka. Kad raya dengan kagu raya dianggap sebagai kad yang paling mahal pada zaman dahulu.\n\nTradisi menghantar kad raya sangat popular pada zaman dahulu. Pada masa Ramadhan, para posmen kebiasaannya sudah mula sibuk untuk menghantar kad raya pada bulan puasa. Kad raya yang diterima juga ada yang diperagakan di dinding-dinding semasa hari raya.\n\nWalaupun pemberian kad raya semakin berkurang, tetapi amalan ini masih ada yang melakukannya sehingga kini.\n\nPemasangan pelita pada malam raya telah menjadi amalan tradisi bagi memeriahkan suasana kampung semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Malah, terdapat juga pertandingan yang dianjurkan bagi melihat kampung mana yang paling cantik dan meriah.\n\nPelita yang dipasang juga terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna. Ada yang diperbuat dari buluh, pelita tempurung, pelita plastik serta pelita elektrik yang berfungsi untuk menyinari rumah pada malam raya. Pelita ini juga kebiasaannya akan ditusuk ke tanah depan rumah mahupun diikat pada pagar-pagar.\n\nPemasangan pelita juga masih menjadi amalan wajib terutamanya mereka yang duduk di sebelah Timur. Munculnya idea-idea yang menarik dengan Menyusun pelita menjadi bentuk wau bulan, ketupat dan banyak lagi. Kebiasaannya, pada musim raya, kecerahan cahaya pelita dan lampu yang menghiasi jalan dapat dilihat pada malam raya.\n\nJuadah raya yang menjadi kebiasaan ialah kuih raya. Kuih raya akan dibuat bersama-sama keluarga seminggu sebelum raya menjelma. Masyarakat dulu akan meluangkan masa bersama keluarga bagi membuat kuih raya bagi dihidangkan kepada mereka yang datang beraya. Kuih raya yang biasa dibuat adalah kuih tart, kuih suji, kuih buah gajus dan banyak lagi.\n\nTerdapat pelbagai biskut raya yang kebiasaannya dihidangkan oleh tuan rumah. Rasa kuih yang berbeza juga menjadi tarikan kerana kuih raya dibuat dengan air tangan mereka sendiri. Pada masa dahulu, setiap rumah akan menyajikan kuih raya yang berbeza. Jadi anda boleh merasai sendiri pelbagai jenis kuih ketika beraya.\n\nWalaupun Nampak sukar, aktiviti membuat kuih raya ini dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini kerana kita akan berinteraksi dan meluangkan masa yang lama semasa proses pembuatan kuih raya. Walaupun kini ramai yang lebih suka untuk membeli kuih yang telah siap, tradisi membuat kuih sendiri ini masih kekal dalam diri sesetengah individu.\n\nTradisi raya ini masih ramai yang melakukannya. Ketika malam raya, ramai diantara kita yang akan menyediakan bahan-bahan untuk memasak rendang, lemang, menganyam ketupat dan banyak lagi.\n\nKaum wanita kebiasaannya akan berkumpul di dapur dan bergotong royong untuk menyiapkan bahan-bahan juadah raya. Pada malam raya juga, mereka akan mula mengisi balang-balang kuih untuk dihidangkan pada hari esok.\n\nLebih menarik lagi, pada zaman dulu, mereka akan mula memasak dodol dan rendang di dalam kawah yang besar. Kaum lelaki akan membantu untuk membakar lemang. Walaupun sesi membuat dodol tidak banyak dilakukan pada malam raya, masih ada diantara mereka yang masih memegang tradisi ini untuk merapatkan silaturrahim.\n\nKalau bercakap mengenai bermain bunga api mahupun mercun, aktiviti ini menjadi satu hal yang sememangnya akan dilakukan pada malam raya. Aktiviti ini bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak, malah orang dewasa turut mengambil bahagian dalam memeriahkan malam raya.\n\nPada malam raya, hampir semua jiran akan berkumpul untuk melihat mercun dibakar. Kanak-kanak pula kebiasaannya akan diberikan bunga api untuk bermain di tengah laman rumah. Suasana bermain bunga api pastinya menjadi aktiviti yang dapat memeriahkan malam raya.\n\nWalaupun mercun kini lebih pelbagai, namun fungsinya untuk memeriahkan malam raya adalah sama. Pada masa dahulu, orang dewasa akan membakar mercun buluh yang pastinya akan didengari oleh orang kampung kerana bunyi letupan yang kuat. Hari Raya dan mercun sememangnya tidak dapat dipisahkan.\u00a0\u00a0\n\nWalaupun tradisi raya pada masa kini tidak seperti dahulu, namun kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih meriah seperti masa dahulu. Kita seharusnya mengekalkan amalan tradisi Hari Raya Aidilfitri ini untuk generasi yang akan datang supaya tidak ditenggelami zaman.\n\nKemeriahan sambutan Raya Aidilfitri pada asasnya adalah untuk merapatkan silaturahim diantara umat islam dan keluarga yang jauh. Sangat penting untuk memahami dan menghargai amalan dan tradisi pada zaman dahulu agar kemeriahan semasa Hari Raya Aidilfitri dapat dirasai tidak kira tua atau muda.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Tidak tahu hendak ke mana waktu cuti sekolah? Nah apa kata pergi membawa keluarga ke Tasik Kenyir.Banyak tempat meanrik di Tasik Kenyir boleh anda jelajah.\n\nAda apa di sana? Apa yang boleh dibuat?\n\nHa,inilah hendak kami kongsikan.Aktiviti-aktiviti menarik di sana.\n\nDengan keluasan 26000 hektar, Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara. Flora dan faunanya memukau pandangan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.\n\nJika anda mahu ke Tasik Kenyir, anda boleh memandu kenderaan sendiri, dengan kapal terbang atau dengan menaiki bas ke Kuala Terengganu. Ada bas dan juga teksi yang boleh anda sewa dari Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir.\n\nTiba di Tasik Kenyir atau Pengkalan Gawi, bersedialah untuk aktiviti-aktiviti berikut:\n\nTasik Kenyir bukan sekadar ada tasik tapi ada 14 air terjun! 5 air terjun yang paling popular di antara 14 itu ialah Air Terjun Lasir, Air Terjun Tembat, Air Terjun Saok, Air Terjun Sungai Buweh, dan Jeram Lata Terap.\n\nAir Terjun Lasir mempunyai air terjun setinggi 500 kaki serta bertingkat-tingkat. Lantas menjadikan ia yang tercantik dan sesuai pula untuk mandi-manda. Tarikan Air Terjun Lasir ditambah dengan Menara tinjau dan jambatan gantung.\n\nUntuk ke tempat air terjun, anda hanya perlu ke Pengkalan Gawi dan menyewa bot dari situ kecuali Air Terjun Sungai Buweh di mana pengunjung boleh pergi dengan kereta.\n\nHarga yang perlu dibayar sangatlah murah iaitu kira-kira RM5-RM10 mengikut jenis kayak. Dengan harga semurah itu, pengunjung dapat berkayak selama mana yang mereka mahu.\n\nJadi, berkayaklah sepuas hati di sini sambil menghayati keindahan tasik dan sekitarnya.\n\nTidur di dalam hutan, mandi sungai, dan makan ikan yang ditangkap dan dibakar sendiri \u2013 Bagi mereka yang suka aktiviti perkhemahan, ada banyak tapak perkhemahan disediakan di sekitar Tasik Kenyir.\n\nAntaranya ialah Tapak Perkhemahan Gunung Lawit, Pengkalan Gai, Pulau Poh, Tanjung Bewah, Saok, Lasir dan Pulau Petang.\n\nMungkin keluarga anda suka berjalan di dalam hutan dan tidak akan terlepas dengan aktiviti mendaki. Gunung Gagau berketinggian 4,514 kaki dari paras laut dan kaya dengan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan selain haiwan seperti tapir. Letaknya di sebelah Taman Negara, Pahang.\n\nMendakinya merupakan ujian fizikal dan mental tetapi sesuatu yang mengujakan bagi para pendaki. Namun begitu, gunung ini tidaklah terkenal sepertimana gunung yang lain di Malaysia kerana dikatakan kosnya yang tinggi menghalang minat sesetengah pendaki.\n\nNamun, jika anda mahu mendakinya, pastikan anda mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara dan khidmat jurupandu khas terlebih dahulu.\n\n5. Meneroka Gua Bewah dan Gua Taat\n\nIni gua bersejarah di mana para pengkaji arkeologi menemui barangan purba lalu menunjukkan adanya penempatan di sini suatu ketika dulu.\n\nGua Bewah ada banyak kelawar yang mengeluarkan najis sesuai untuk tujuan pembajaan. Jadi, anda dinasihatkan membawa penutup hidung. Pengunjung berjalan di tangga yang disediakan dengan cahaya lampu solar.\n\nAnda juga boleh bawa lampu suluh anda sendiri. Seperti biasa, anda mungkin akan dapat melihat haiwan lain di dalamnya seperti ular putih.\n\nGua Taat pula berkedudukan 50% sehingga 70% di bawah paras air. Bila paras air naik, gua ini pun tenggelam. Jadi, pastikan anda mendapat maklumat di Pusat Penerangan Pelancongan atau di Pengkalan Gawi sebelum berkunjung ke gua ini.\n\nGua ini lebih mencabar daripada Gua Bewah. Ia lebih gelap dengan kedudukan tanah tidak sekata. Tapi di dalamnya anda akan menemui pelbagai jenis stalaktit dan akan menangkap bunyi air mengalir.\n\nTasik Kenyir sememangnya dikenali sebagai syurga memancing bagi kaki pancing. Spesis ikan air tawar seperti toman dan kelisa adalah antara jenis ikan air tawar yang terdapat di sini.\n\nApa yang menyeronokkan adalah pemancing boleh menyewa bot rumah yang akan menyusuri sungai sampai ke air terjun. Selepas memancing, boleh mandi di air terjun dan berBBQ.\n\nTasik Kenyir bukan sahaja syurga kaki pancing untuk mendapatkan ikan air tawar. Ia juga menjadi lokasi untuk peminat burung memerhati burung. Kira-kira 290 spesis burung ditemui di Tasik Kenyir dengan 9 spesis enggang yang sebelum ini hanya ditemui di Sarawak.\n\nIni menambah satu lagi tarikan kepada pelancong terutamanya yang datang dari luar negara. Dikhabarkan bahawa Pulau Terengganu Mati dipilih menjadi lokasi Taman Burung Kenyir.\n\nCerita mengenainya sudah banyak terpampang di dada akhbar. Justeru, jika tidak singgah ke sini mungkin tidak lengkap percutian ke Tasik Kenyir. Lebih 5000 ikan kelah ada di kawasan ini. Ikan-ikan ini sangat jinak dan tidak takut untuk mengerumuni anda.\n\nTapi, hanya 100 orang yang dibenarkan masuk setiap hari di mana 80 orang terdiri daripada pelancong dari rumah bot. Manakala selebihnya pula yang memohon dari Kenyir Travel.\n\nMereka menutup santuari ini dari bulan November sehingga Februari untuk tujuan pemuliharaan dan akibat musim tengkujuh.\n\n15 minit perjalan dari Pengkalan Gawi akan membawa anda ke Taman Herba yang terletak di Pulau Sah Kecil. Dengan keluasan 15000 hektar, anda akan melihat sebanyak 26000 pokok herba!\n\n10. Bermain air di Kenyir Water Park\n\nTaman Tema Air Kenyir adalah tarikan terbaru di Tasik Kenyir. Pembinaan berfasa dengan kos lebih 7 juta ini amat sesuai bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka beriadah.\n\nAda permainan air yang sesuai untuk anak kecil dan ada juga yang sesuai untuk remaja seperti Lake Playstation.\n\nHarga Tiket: RM25 (dewasa), RM15 (Kanak-kanak),\n\nAlamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.\n\nRamai orang walaupun rakyat tempatan yang tidak mengetahui wujudnya aktiviti-aktiviti ini di Tasik Kenyir. Jika anda salah seorang daripada mereka, ambil peluang ini untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan.\n\nKami di Bidadari.my pasti anda akan berasa seronok jika berada di sini.\n\nTasik Kenyir bukan sekadar sebuah tasik. Ia penuh dengan aktiviti meriangkan.\n\nSelesai menulis sahaja artikel ini, kami tiba-tiba rasa semangat untuk ke sana pula. Jom kita pergi ke Tasik Kenyir sekarang!"
"Air fryer ialah alat super canggih masa kini yang membuat masak jadi mudah. Hebatnya alat ini, bahkan orang yang tidak pandai masak pun boleh jadi pakar di dapur.\n\nSelalunya orang gunakan air fryer untuk masakan simpel-simpel dan selalu dibuat misalnya ayam goreng, ayam/ikan panggang dan lain-lain. Kali ini kami akan kongsikan resepi menarik yang boleh anda cuba buat dengan air fryer iaitu burnt cheesecake.\n\nSebelum ini, membuat burnt cheesecake selalunya guna oven dan cantik kejadiannya. Namun bagaimana pula kalau guna air fryer? Guna air fryer mestilah cantik juga kejadiannya. Bahkan kek jadi lebih lembut luar dan dalam dan moist sangat, macam burnt cheesecake restoran pun ada. Jom cubakan buat burnt cheesecake yang dikongsikan oleh \u200e\u200eEikha Zakaria di laman Facebook.\n\nSelain burnt cheesecake air fryer, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, ramai yang memilih untuk melakukan kerja sambilan untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Malah ibu-ibu suri rumah dan pelajar juga sudah mula mendapat kesedaran bahawa kita boleh menambah pendapatan dari rumah dengan mudah tanpa perlu keluar dari rumah. Nak tak kalau kami kongsikan cara menambah pendapatan dari rumah yang sangat mudah, semua orang boleh lakukan.\n\nHari ini semuanya di hujung jadi termasuklah membeli-belah. Orang tak perlu bersiap untuk keluar rumah dan menghabiskan masa menghadap kesesakan lalu lintas untuk sampai ke pusat membeli-belah. Cuma klik klik sahaja, pilih yang mana berkenan di hati, buat bayaran secara online, siap. Tunggu barabf sampai di depan pintu. Anda boleh mengambil kesempatan di atas fenomena baru ini untuk menambak pendapatan dengan cara berniaga online.\n\nTerdapat beberapa platform berniaga online yang sedang hangat pada hari\u00a0 ini seperti:\n\nApa yang anda nak jual? Berapa banyak modal nak ke keluar sebelum dapat untung? Kami cadangkan anda bermula sebagai drosphip di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok. Sebagai dropship anda Cuma perlu buat promosi. Bila ada order anda hantar order ke ibu pejabat dan ibu pejabat akan poskan bagi pihak anda. Mudah kan? Sudahlah tak perlu keluarkan modal untuk menyimpan stok, malah anda tak perlu keluar untuk mengepos barang. Nanti bila perniagaan anda mula berkembang, anda boleh naik taraf kepada ejen dan stokis.\n\nBerkenaan apa yang hendak dijual, terpulang kepada anda untuk memilih produk yang anda minati sama ada pakaian, kosmetik, penjagaan kulit muka, barang hiasan rumah, dan sebagainya.\n\nAnda suka mengajar? Jika anda berminat untuk mengajar, anda boleh menambah pendapatan dengan memberikan khidmat home tutor kepada anak-anak yang tinggal di kawasan rumah anda. Pada hari ini ibu bapa lebih cenderung untuk memilit home tutor berbanding menghantar anak ke pusat tusyen memandangkan dengan home tutor, anak akan diberikan focus yang lebih berbanding pusat tusyen yang mana kelas dijalankan untuk jumlah murid yang ramai.\n\nAnda boleh memilih beberapa subjek yang anda minati dan selesa. Malah anda juga boleh memilih sama ada mahu menyasarkan peringkat umur kanak-kanak tadika, sekolah rendah, atau sekolah menengah. Jika anda tidak selesa pelajar datang ke rumah, anda boleh pergi ke rumah pelajar mengikut keselesaan kedua-dua belah pihak.\n\nAnda sukakan anak kecil? Kalau anda jenis yang penyayang dan sukakan budak-budak, menjadi pengasuh adalah pilihan yang tepat untuk anda menambah pendapatan bulanan. Nasihat iami jadilah pengasuh yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana kebiasaannya ibu bapa akan lebih yakin untuk menghantar anak kepada pengasuh terlatih dan berdaftar dibawah JKM. Malah apabila bergelar pengasuh berdaftar, anda boleh meletakkan kadar bayaran yang lebih tinggi berbanding pengasuh yang tiada kelayakan. Untuk mendapatkan kelayakan ini, apa yang anda perlukan ialah:\n\nCara menambah pendapatan yang seterusnya ialah dengan menjadi guru mengaji. Anda boleh pilih sama ada untuk pergi ke rumah pelanggan atau menunggu pelanggan datang ke rumah anda. Dewasa ini guru mengaji yang boleh datang ke rumah menjadi pilihan ramai memandangkan masing-masing sibuk dan mempunyai kekangan masa untuk ke masjid dan surau untuk meghadiri kelas mengaji.\n\nAnda boleh pilih untuk mengajar kanak-kanak, orang dewasa, atau pakej sekeluarga. Bayaran pula adalah bergantung kepada kawasan. Jika di Kuala Lumpur, bayaran adalah dalam anggaran Rm50-100 untuk satu sesi. Atau anda boleh juga kenakan bayaran bulanan.\n\nTahukah anda bahawa hari ini ada ramai home baker yang beroperasi tanpa perlu mengeluarkan duit untuk menyewa kedai. Jika anda suka membuat kek, pastry, roti, krimpuff dan sebagainya, ini adalah pilihan yang sangat tepat untuk anda. Malah trend sekarang ialah pembeli lebih suka membeli dari home baker kerana harga yang lebih murah berbanding makanan yang dibeli dari bakeri. Jika anda tidak mempunyai kemahiran, anda boleh menyertai kelas PJJ atau jarak jauh yang ditawarkan oleh sifu-sifu baking di Malaysia.\n\nDengan bayaran yuran semurah Rm10 untuk satu kelas, ianya bukanlah satu jumlah yang mahal. Berbaloi sangat jika dibandingkan dengan keuntungan yang akan anda dapat di kemudian hari. Di antara makanan yang menjadi trend sekarang ialah:\n\nItulah dia info tentang cara menambah pendapatan dari rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Pilihlah mana satu yang sesuai dengan anda. Mulakan dengan satu pilihan yang paling anda minati dan lihat macam mana perkembangannya.\n\nKalau tak sesuai anda boleh bertukar kepada pilihan yang lain. Apa yang penting anda berusaha sebaiknya. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang keberkatan rezeki."
"Makin dekat nak bersalin, makin berdebar-debar dibuatnya. Anda dah ada tanda-tanda nak bersalin? Jom baca 13 petua cepatkan bukaan rahim supaya cepat bersalin & tak sakit lama yang berikut.\n\nKajian menunjukkan aktiviti berjalan kaki membantu sehingga 32% dari 663 wanita lebih cepat bukaan rahimnya dan lebih cepat proses bersalin mereka. Secara teorinya, berjalan kaki membantu bayi untuk tertarik ke laluan bersalin dengan bantuan graviti.\n\nTetapi, ianya perlu dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru. Jangan terlalu aktif kerana anda memerlukan tenaga yang banyak untuk meneran nanti.\n\n\u00a0Duduk atas gym ball\u00a0membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.\n\nIbu yang menggunakan gym ball semasa hamil dan bersalin akan melalui peringkat bersalin pertama yang lebih pendek, kurang memerlukan epidural dan mengurangkan risiko bersalin melalui pembedahan.\n\nSeperti duduk atas gym ball, mencangkung juga\u00a0membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.\n\n4. Rangsangan payudara atau bersama suami\n\nSemasa merangsang payudara atau melakukan seks bersama suami, anda akan merembeskan satu hormon yang dinamakan\u00a0oxytocin.\u00a0Hormon ini akan membantu proses kontraksi uterus anda. Selain itu juga, sperma dari suami mempunyai prostaglandins yang akan melembutkan rahim anda dan membuatkan rahim lebih bersedia untuk bersalin.\n\nKaedah ini berasal dari zaman Mesir kuno bagi membantu mempercepatkan bersalin. Satu kajian yang telah berjalan selama 5 tahun telah dilakukan sekumpulan saintis di mana 60ml minyak castor yang dicampur 200ml air suam telah diberikan kepada ibu hamil yang terpilih.\n\nHasilnya, wanita yang mengamalkan minyak castor lebih tinggi keberangkalian untuk bersalin antara 24 jam selepas minum minyak tadi. Cara ini lebih selamat dan tidak menggunakan sebarang ubatan kimia dan sintetik.\n\nApa-apa pun, kajian ini tidak boleh dikira sebagai satu kajian yang signifikan. Rujuk doktor terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan.\n\n6. Berfikiran positif & banyakkan berzikir\n\nBerfikiran positif dan membayangkan secara visual bukaan serviks anda. Ulangi ayat berikut:\n\n\u201cServiks saya mudah terbuka, umpama bunga. Pelvis saya mengembang dan terbuka. Otot saya tenang dan rileks.\u201d\n\nBagi mereka yang beragama Islam, banyakkan\u00a0berzikir\u00a0ketika ini, berdoa supaya dipermudahkan urusan bersalin. Amalkan juga\u00a0teknik pernafasan yang betul\u00a0untuk kekal tenang dan bersedia.\n\nMandi air panas akan membantu menenangkan otot\u00a0dan menghilangkan stress. Badan anda akan lebih bersedia untuk melalui proses bersalin.\n\nMinta suami anda untuk memberikan\u00a0urutan lembut\u00a0kerana ia membantu untuk menenangkan anda. Ia juga bermanfaat untuk proses pembukaan serviks. Anda boleh memilih sama ada untuk\u00a0duduk\u00a0atau berbaring dalam posisi yang selesa. Mainkan juga muzik atau zikir yang menenangkan.\n\nPundi kencing yang penuh akan menghalang rasa sakit kontraksi yang memberikan sedikit tekanan pada serviks, dan akibatnya melambatkan proses bukaan. Jadi,\u00a0kosongkan pundi kencing\u00a0anda dengan membuang air kecil dengan kerap.\n\nBerlutut membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.\n\nPosisi bersujud\u00a0membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.\n\nBidan anda mungkin mencadangkan untuk memecahkan ketuban bagi mempercepatkan kelahiran. Ini selalunya tidak disarankan pada peringkat awal kelahiran kerana ia meningkatkan risiko jangkitan jika anda tidak bersalin serta-merta.\n\nWalaubagaimana pun, memecahkan ketuban boleh mempercepatkan proses bersalin kurang 1 jam. Selepas pecahkan ketuban, doktor akan periksa jantung bayi dan periksa sama ada proses tersebut mengganggunya.\n\nKontraksi anda akan bertambah kuat selepas air ketuban pecah dan anda perlu bersedia untuk bertenang dan bernafas.\u00a0Doktor akan menggunakan alat plastik bercangkuk dan memotong kecil membran. Kemudian doktor akan memasang alat bagi memeriksa denyutan jantung bayi bagi memastikan bayi selamat dan tidak cemas.\n\nJika bergerak banyak dan memecahkan ketuban tidak mempercepatkan proses bersalin, doktor akan sarankan anda mengambil titisan hormon untuk membuatkan kontraksi anda\u00a0lebih efektif.\n\nJika anda mengambil titisan hormon, bidan perlu memeriksa jantung bayi dengan lebih kerap kerana titisan ini boleh merangsang rahim. Anda akan mendapat kontraksi yang lebih kerap dan kuat yang mungkin akan memberi tekanan kepada anak anda.\n\nOleh itu selalunya, doktor akan sarankan anda untuk mengambil epidural sebelum memberi titisan hormon. Hormon oxytocin akan dimasukkan melalui saluran IV\u00a0 dan biasanya kontraksi akan bermula dalam 30 minit selepas itu.\n\nHormon ini akan merangsang uterus dan menyebabkan kontraksi yang kuat dan sengat sakit. Atas sebab ini doktor juga akan mencadangkan ubat tahan sakit melalui kaedah epidural.\n\nItulah dia 13 petua cepatkan bukaan rahim yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Selamat bersalin!"
"Menjadi suri rumah sepenuh masa bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ia memerlukan banyak tenaga fizikal dan mental. Bukan semua wanita boleh menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia satu pekerjaan yang tidak ada sijil yang dikeluarkan dari mana-mana universiti atau kolej.\n\nDari sudut pandangan orang, suri rumah ini adalah kerja biasa membuat kerja-kerja membersihkan rumah, memasak dan menguruskan anak. Tetapi tahukah anda, kera-kerja yang dilakukan oleh suri rumah ini amat mencabar, penat dan memerlukan kesabaran yang tinggi?\n\nWanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa ini mempunyai kehebatan yang bukan semua wanita ada pada diri. Apakah kehebatan itu?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 kehebatan menjadi suri rumah yang ramai tidak tahu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Kehebatan menjadi suri rumah sepenuh masa\n\n#1 \u2013 Support system terbaik\u00a0bagi suami\n\n\u2013 Personaliti lelaki ni berbeza beza. Ada suami yang memang perlukan isteri yang betul betul boleh fokus pada dia sahaja. Kalau tak, dia tak boleh nak fokus 100% pada kerjaya dia\n\n#2 \u2013 Personal assistant terbaik\u00a0bagi suami\n\n\u2013 Isteri ni mempunyai Emotional Connection yang sangat\u00a0hebat\u00a0pada seorang suami. Sebab tu lah sebaik mana pun lelaki tu, aib dan kelemahan suami tetap dipegang rapi oleh isterinya sendiri\n\n\u2013 bila isteri tahu kelemahan suami, disitu lah letaknya kehebatan isteri sebab hanya dia sahaja yang tahu bagaimana nak kuatkan si suami\n\n#3 \u2013 Coach\u00a0terbaik\u00a0anak anaknya sendiri\n\n\u2013 Anak anak kita pun ada bermacam jenis personaliti dan setiap jenis personaliti tu kena \u2018manage & coaching\u2019 dengan cara yang berbeza\n\n\u2013 Walaupun si ibu tak pernah belajar ilmu parenting sekalipun, naluri keibuan dan \u2018Gut Feeling\u2019 mereka biasanya betul kalau si ibu betul betul fokus pada si anak. Itu yang membuatkan mereka lebih faham personaliti anak anak mereka dan coach\u00a0terbaik\u00a0untuk anak anak mereka sendiri\n\n#4 \u2013 Mediator\u00a0terbaik\u00a0pasangan dan anak anak\n\n\u2013 Mediator ni adalah orang yang urus konflik antara 2 pihak yang sedang bergaduh dan pakar dalam mendamaikan mereka.\n\n\u2013 Isteri dan surirumah ni sebenarnya ada potensi menjadi Mediator\u00a0terbaik\u00a0sebab mereka lah yang hadap anak bergaduh 24 jam sehari, 7 hari seminggu.\n\n\u2013 Potensi menjadi Mediator ni akan lebih menyerlah bila mereka banyak mendengar, kurang judgemental dan suka selami perasaan anak anak dan pasangannya sendiri\n\n\u2013 Bila dah jadi Mediator\u00a0terbaik\u00a0ni, pergi masuk bisnes ataupun company mana pun mereka akan jadi sangat disukai ramai dan akan jadi penyejuk hati semua orang di sekeliling mereka\n\n\u2013 Sekarang ni ajar cara urus rumah pun dah boleh buat banyak duit. Ada yang ajar cara urus rumah gaya minimalist, ada yang ajar cara urus rumah gaya KonMari dan banyak lagi\n\n\u2013 Ya, kerana specialist mengemas rumah ni hanya ada seorang isteri terutamanya surirumah. Kerana jam terbang mereka dalam mengemas rumah ni dah lebih daripada 10,000 jam dah\n\n\u2013 Pegang kata kata saya ni \u2018 It takes 10,000 hours to master your craft. That\u2019s 8 hours a day, 5 days a week, 44 days a year for 5 and half years\u2019. Bila dah cukup lengkap dah jam terbang ni, anda dah dikira level Mastery dah dan layak untuk ajar orang lain walau hanya mengajar orang melipat kain atau mengurus rumah sekalipun.\n\n*Kehebatan-kehebatan ini dapat dipelajari dan dikuasai apabila menjadi suri rumah. Ramai yang kata tidak pandai menguruskan hal rumah seperti mengemas dan memasak. Tidak perlu bimbang, hal tersebut kita akan pandai apabila sudah berkahwin kerana kita belajar dari membuat kesilapan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Setiap bayi mempunyai ragamnya yang tersendiri seperti ada yang kuat menangis dan juga yang kurang menangis. Jika bayi menangis secara tiba-tiba, itu bermakna bayi tersebut tidak selesa dengan badannya atau lapar. Oleh sebab kerana mereka masih belum boleh bercakap, maka hanya dengan menangis sahaja yang boleh memberikan \u2018signal\u2019 kepada ibu bapa.\n\nPerkara yang memeningkan kepala adalah apabila bayi menangis tidak berhenti walaupun sudah minum susu dan salin lampin. Bagaimana mahu memberhentikannya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar 5 cara untuk menghentikan tangisan bayi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n5 Cara untuk menghentikan tangisan bayi\n\n1) Bedungkan dia dan peluk dengan kuat\n\nBayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.\n\nDalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak \u2018hingar putih\u2019 yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.)\n\nKebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.\n\nMengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.\n\nBagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. \u201cHisapan penyelesa\u201d boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.\n\n*Berikut adalah 5 cara untuk menghentikan tangisan bayi dalam masa yang sama dapat menenangkan bayi sedikit. Mengasuh bayi bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan banyak kesabaran dan teknik. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bagi kita Rm2 kecil tapi masih ramai orang yang Rm2 bagi mereka amat besar\n\nSaya jumpa seorang makcik tua umur 70 tahun jalan kaki 20 km dalam hujan balik dari ambil ubat untuk anak sakit. Cuma ada Rm2. Tiada duit dalam bank. Rm1 guna di hospital. Rm1 bayar bas. Saya menangis mendengar kisah makcik tu. Rumahnya buruk. Jaga seorang anak yang banyak buat masalah.\n\nSaya pernah jumpa beberapa kali orang di stesen minyak tiada duit nak isi minyak. Hanya air mata dan muka malu-malu untuk minta pertolongan.\n\nSaya pernah lihat anak sekolah tak makan macam kawan lain. Dia duduk seorang diri pergi solat Dhuha kerana tiada duit nak makan. di ajak makan dia menolak. Katanya nak solat dhuha rupanya dia tiada duit. Mereka berdoa sambil menangis. Dari kecil hidupnya begitu.\n\nSeorang hafiz Al-Quran sedang belajar lari sana sini kerja. Semua orang marahkannya sebab risaukannya. Tapi siapa tahu apa yang dia tanggung menanggung ibunya yang dah tua. Tinggal dalam pondok buruk dikelilingi bahaya dalam pedalaman dengan sedikit duit zakat dan menjual kuih. Menangis waktu malam. Semua orang ada kisah\n\nSaya pernah jumpa sekeluarga sentiasa buka puasa di masjid kerana tiada duit langsung..\n\nSaya pernah bawa beberapa anak muda belajar agama. Dompet mereka kosong. Gaji sikit lepas tu semua bagi pada mak ayah di kampung. Bila dapat upah sikit untuk menolong kerja sikit sikit. Mereka bersyukur dan ulang-ulang cakap terima kasih.\n\nSaya pernah lihat seorang yang baik diminta oleh bos poskan sesuatu. Boss nya terlupa bagi duit. Akhirnya dia cakap, dia langsung tiada duit. Dah seminggu duit habis. Cuma makan nasi dengan masak kuah air kosong di rumah.\n\nSaya lihat orang kena saman kena tinggalkan motor sebab tiada lesen. Di suruh naik bas. Menangis merayu sebab semua duit dah jadi minyak. Kerja sara keluarga. Hidup susah.\n\nMasih ramai orang tak keluar rumah dan tak pergi kenduri sebab tiada duit nak isi minyak kereta dan rumah. Anak-anak tak pernah merasa mainan dan ipad macam anak orang lain. Takdir kita semua tak sama. Kita semua terus berusaha tapi jangan pandang hina pada orang lain.\n\nAllah menerangkan siapakah manusia penipu pendusta dalam agama. Iaitu orang yang tidak mengasihi orang miskin dan anak yatim dan lalai dalam solat.\n\nPenipu yang tak suka tengok orang lain tolong orang susah. Lebih teruk dah susahkan orang tapi tak rasa apa-apa lagi sebab dah terlalu lama hidup senang. Lebih teruk tak pernah langsung rasa susah dalam hidup ini. Benci dan pandang lekeh orang miskin dan susah.\n\nKita yang kaya terlupa mungkin kita diberikan rezeki kerana doa orang miskin dan lemah di kalangan kita.\n\nIngat baik-baik sementara diberi peluang. Saya jumpa ramai orang kaya yang tak faham bagaimana orang miskin ni pemalas. Memang ada yang malas tapi bukan semua. Mungkin bila Allah ambil semua kembali baru mereka faham.\n\nAda kerana rm2 makan nasi kosong tanpa lauk apa pun. Kerana rm2 ramai yang tidak mampu nak beli susu anak. Pergi kedai setiap barang tanya harga. Kerana duit cukup-cukup. Ada seorang anak bayar yuran madrasah dengan duit sendiri hasil kutip duit raya. Itupun belum cukup. Keluarkan duit syiling bayar yuran.\n\nKata ketua pendeta di zaman kegemilangan Islam.\n\nJika ingin kalahkan orang Islam senang sahaja. Saat pemimpin mereka mengutip cukai sedangkan mereka hidup mewah dan senang itulah zaman kehancuran dan kekalahan mereka. Dengan mudah mereka akan kalah kerana mereka tiada bantuan dari tuhan lagi.\n\nDi zaman sahabah rhum dan orang soleh dulu saat menjadi pemimpin dan pembesar mereka kata kamu boleh belah anggota aku dan lihat darah aku yang mengalir tiada di dalamnya dari harta rakyatku. Itulah Islam dulu-dulu sehingga semua kerajaan lain ingin diperintah oleh orang Islam.\n\nIslam ialah kasih sayang tuhan. Kasih sayang Allah dizahirkan dengan orang Islam beriman yang sayang orang lemah. Indahnya Islam.\n\nMarilah kita menarik rahmat Allah dengan kita tambah sedekah dan cari mana-mana orang susah dan bantu mereka. Terbaik kita bantu ahli keluarga kita yang rapat. Ahli keluarga isteri kita. Rezeki kita bertambah dengan sedekah. Allah janjikan dalam taat.\n\nKita doakan hidayat buat semua ketua dan pembesar supaya Allah berikan hidayah buat mereka dan mereka bertaubat atas kesalahan mereka menzalimi ramai orang. Janganlah benci sesiapa. Kerana Tuhan sayang dan memaafkan kita selagi kita mudah memaafkan orang Islam lain. Kita semua saudara satu kalimah.\n\nSemua orang buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun. Buatlah dakwah dan doalah hidayah buat 5 bilion orang yang belum Islam.\n\nYa Allah maafkanlah kami semua. Kami semua bertaubat kepadaMu. Ya Allah paling kami takutkan kemurkaanMu. Yang paling kami inginkan ialah keredhaanMu. Hanya KegembiraanMu atas kami membuat segalanya berbaloi.\n\nBegitulah lebih-lebih lagi nilainya iman di akhirat nanti. Itulah hari penentuan segalanya. Tiada beza antara orang kaya dan miskin melainkan takwa. Setiap amalan menjadi begitu bernilai. Semuanya akan dihitung. Tiada satu masa yang berlalu yang tidak ditanya oleh Allah.\n\nMungkin hari ni kita mati, marilah kita semua bertaubat pada Allah. Tiada masalah yang lebih besar dari mati tanpa mengenal Allah. Itulah masalah paling besar dan paling dahsyat. Tiada bahagia yang lebih besar selain dari mencintai Allah. Mencintai Nabi saw. ya Allah rindunya kepadaMu..Terima kasih beri kami Islam.\n\nYang bersyukur pasti mulia dan yang bersabar pasti berjaya\n\nUbat bagi setiap orang kaya dan miskin ialah beri masa berdakwah di jalan Allah. Duduk dan makan bersama orang miskin. Melihat dan memahami keadaan manusia ini"
"Mencari resepi masakan ayam yang menarik? Anda berkunjung ke laman web yang tepat kerana kami akan mengongsikan kepada anda resepi yang sangat menarik iaitu resepi ayam masak tomato sedap.\n\nRasa pedas, manis, masam tomato segar yang berbaur dengan cili pedas membuat masakan ini kaya akan rasa. Resepi ayam masak tomato memiliki kuah pekat walau tidak menggunakan santan. Sekilas bentuknya seperti rendang ayam.\n\nOrang yang menyukai tomato confirm akan sangat menyukai resepi ini. Ayam masak tomato pula sesaui dihidangkan untuk kenduri dan majlis-majlis lainnya.\n\nAnda yang teringin membuat ayam masak tomato boleh merujuk resepi yang dikongsikan oleh Makcik Ratu di Facebook yang kami bentangkan lebih detail pada resepi di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nUntuk bahan kisar tambahkan 1 cawan air.\n\n1. Ayam basuh bersih dan toskan. Gaulkan dengan garam dan kunyit.\n\n2. Goreng ayam. Jangan goreng terlalu garing nanti jadi keras.\n\n3. Tumis bahan kisar sehingga wangi selama 15 minit dengan api perlahan.\n\n4. Kemudian tambah 1/2 cawan tomato puri, masak sehingga pecah minyak. Kalau mahu pekat boleh renihkan.\n\n6. Masukkan 3/4 tin cawan susu cair.\n\n7. Tambah serbuk secukup rasa Megi/garam.\n\n9. Gaul semua sehingga rata dan biarkan mendidih.\n\n10. Tutup api. Tambahkan tomato yang dibelah dan kacang peas tin jika suka. Siap.\n\nSelain resepi ayam masak tomato, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
"Persoalan\u00a0harta suami isteri (harta isteri harta\u00a0suami) nampaknya masih lagi belum jelas. Ini berlaku bila mana ada suami yang dengan sengaja lepas tangan soal nafkah dek kerana si isteri berkerja dan punya gaji. \n\n\u201cSaya seorang\u00a0isteri\u00a0yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Bolehkah suami saya lepas tangan dalam soal nafkah?\u201d\n\nJawapannya adalah TIDAK! Seorang suami wajib memberi nafkah setahap yang dia mampu pada isterinya walau si isteri berkerja dan punya pendapatan sendiri. Suka ataupun tidak, tiada alasan untuk suami lepas tangan untuk soal nafkah ini, termasuk sekali untuk nafkah anak-anak. \n\nPersoalan Harta Isteri Milik Siapa Masih Jadi Persoalan\n\nWalaupun sudah diterangkan oleh agama yang harta isteri si suami tidak boleh usik kerana harta isteri adalah milik mutlak isteri itu sendiri namun masih ada dikalangan suami yang masih tidak faham atau mungkin sengaja buat tak faham. \n\nDi sini akan dikongsikan maksud, ciri-ciri dan hukum yang berkaitan dengan harta isteri dan harta suami. Semoga dengan adanya penjelasan ini para pasangan suami isteri akan menjadi semakin jelas tentang isu yang berkaitan dengan harta masing-masing ini. \n\nMaksud Dan Ciri-Ciri Untuk Harta Milik Suami\n\nDefinasi Dan Pencerahan Untuk Harta Kepunyaan ISTERI\n\nHukum Beri Dan Belanjakan Harta Suami Untuk Keluarga Isteri \n\nSetiap individu termasuk suami dan\u00a0isteri\u00a0berhak memiliki sebarang\u00a0harta. Lagi-lagi untuk harta yang dimiliki atas susah payah dari duit gaji atau simpanan sendiri. Untuk harta sebegini si suami dan isteri kena faham had limit masing-masing untuk harta-harta tersebut. \n\nWalaupun keduanya boleh menjadi waris untuk tuntut harta tersebut selepas kematian, namun soal hak milik selagi masih hidup perlu di beri perhatian. Seorang isteri itu juga perlu menjadi penjaga untuk harta milik suaminya dan jangan pula dibelanjakan pada adik beradik dan keluarga sendiri tanpa keizian si suami itu sendiri. \n\nUntuk pengetahuan, seorang isteri yang mengambil apa saja harta suaminya untuk di beri atau dibelanjakan pada keluarganya sendiri tidak ubah seperti seorang pencuri dan perilaku ini sememangnya sangat berdosa. Kerana itu, tolong jangan belanja apa saja harta suami kepada keluarga sendiri melainkan dengan meminta izin dari suami terlebih dahulu. \n\nIsteri Kena Hormat Dan Kena Faham Status\n\nSebagai seorang isteri, harta milik suami perlu isteri jaga. Contoh paling mudah bila mana seorang surirumah duduk di rumah berserta dengan perabot yang disediakan oleh si suami. Maka tugas isteri adalah untuk menjaga rumah dan segala harta di dalamnya termasuk kehormatan dirinya sendiri sepanjang suami keluar mencari nafkah. \n\nSegala harta benda yang ada tidak boleh diberi pada sesiapa dengan sewenang-wenangnya tanpa keizinan si suami itu sendiri. Isteri kena faham yang harta benda suami tetap tidak boleh digunakan untuk kepentingan diri sendiri melainkan jika suami beri keizinan. \n\nWalau Miskin\nDari Isteri, Suami Tetap Wajib Beri Nafkah Yang Sepatutnya\n\nUntuk suami pula, harta seorang isteri tidak boleh dianggap sebagai harta sendiri. Harta isteri tetap harta isteri dan jika isteri tak beri dengan relahati si suami tidak boleh ambil untuk kegunaannya sendiri. Suami juga tidak boleh lepas tangan dalam soal nafkah! \n\nWalau setinggi mana status perkerjaan isteri namun suami tetap perlu beri nafkah pada si isteri mengikut tahap kemampuannya. Jika ditakdirkan isteri ada gaji yang jauh lebih besar maka duduklah berbincang kalau-kalau isteri dapat bantu untuk ringankan beban si suami. Si isteri pun janganlah dek kerana gaji besar mahu tunjuk lagak. Ingat! Isteri yang beri zakat/sedekah pada suaminya akan dilimpahkan pahala yang sangat besar oleh Allah SWT. \n\nJangan Bergaduh Kerana Harta Tapi Bersamalah Dengan Penuh Cinta\n\nNabi Muhammad SAW telah sampaikan ajaran dari Allah SWT untuk panduan hidup berumahtangga dengan cara yang sangat indah. Ikutlah dan tetapkanlah hati untuk bersama kerana agama dan cinta. Janganlah dipersia-siakan hubungan yang di bina dek kerana harta. \n\nSemoga dengan pencerahan ini dapat memberi info tentang harta istri dan suami untuk para pasangan suami isteri di luar sana."
"Anak-anak ada masa mereka memerlukan perhatian penuh daripada ibu bapanya. Mereka boleh bermain sendiri atau bersama adik beradik yang lain tetapi bila tiba masanya, mereka akan mula bosan dan merengek. Ketika itu, ibu bapa perlu memujuk mereka untuk tenang dan hentikan rengekkan mereka.\n\nSesetengah ibu bapa runsing kenapa anak mereka merengek walaupun telah diberi makan dan mainan untuk mereka berhenti merengek supaya ibu bapa boleh fokus membuat kerja. Jangan bimbang, sebelum anak anda mula merengek, ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa mereka akan mula merengek.\n\nKemudian, anda boleh menggunakan 3 cara untuk memujuk anak untuk berhenti merengek. Apakah tanda-tanda anak mula merengek dan cara untuk memujuk mereka?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tanda-tanda anak memerlukan perhatian dan cara untuk tenangkan anak yang merengek. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nBoleh jadi Tangki Emosi ( Emotional Tank ) anak sedang kosong sebab :\n\nAnak kita ni umpama handphone. Walaupun mereka nampak tak kisah, tetapi sampai satu masa \u2018bateri dalaman\u2019 mereka akan habis. Ketika itulah anak anak kita sedang dalam keadaan CONNECTION SEEKER :\n\nItulah kenapa kita sebagai mak ayah WAJIB buat benda ni :\n\n1. Ambil masa 15 \u2013 30 minit setiap hari untuk fokus 100% pada seorang anak kita. Jadi kalau ada 2 orang anak 30 minit x 2 = 60 minit setiap hari\n\n2. Peluk anak kita sekurang kurangnya 8 kali sehari. Ketika peluk anak, akan ada beberapa jenis hormon seperti Oxytocin, Endorphin dan banyak lagi hormon yang akan bantu menstabilkan emosi kita dan anak anak\n\n3. Ketika kita terlampau sibuk, bagitahu anak kita. Jelaskan baik baik. Sampai suatu masa, mereka akan ada empati untuk memahami keadaan kita.\n\n*Berikut adalah tanda-tanda anak kita akan mula merengek. Walaupun anak kita merengek kerana penat atau bosan, ibu bapa jangan hiraukan mereka. Pujuk mereka secepat yang mungkin dan tenangkan mereka dengan menggunakan 3 cara seperti di atas. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tahukah anda bahawa menara Kuantan 188 merupakan bangunan kedua tertinggi di Malaysia dan yang tertinggi di pantai timur dengan ketinggian 180 meter. Menara ini terletak di tebing Sungai Kuantan, Pahang.\n\nDibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kolaborasi bersama kerajaan negeri Pahang, menara ini telah siap dibina pada September 2019 dan telah dirasmikan pada Februari 2022.\n\nPada asalnya menara ini dinamakan sebagai Menara Teruntum namun telah ditukar ke Kuantan 118 dan yang pasti lebih banyak tarikan menarik buat pelancong tempatan mahupun antarabangsa.\n\nHanya dalam satu tempat, pelbagai aktiviti anda boleh lakukan bersama keluarga seperti skywalk, menaiki lift kaca dengan ketinggian 104 meter serta melihat pemandangan 360 darjah sekitar Bandar Kuantan serta Laut China Selatan yang memukau.\n\nBerita menarik buat bakal pengunjung Kuantan 188 dan penduduk sekitar Pahang, Kuantan 188 akan menganjurkan Kuantan 188 International Extreme Challege bermula 27 Ogos 2022 hingga 4 September 2022. \n\nFestival ini diadakan sempena melancarkan aktiviti mencabar terbaru di menara ini iaitu aktiviti \u2018base jump\u2019 yang melibatkan pengunjung dari pelbagai latar dan segenap lapisan umur.\n\nSepanjang festival yang berlangsung selama 9 hari ini, banyak aktiviti menarik dan mencabar diadakan mengikut jadual. Nak tahu aktiviti apa? Layari laman web Kuantan 188 atau Facebook Kuantan 188!\n\nLebih banyak aktiviti menarik akan diadakan untuk semua peringkat umur termasuklah paintball, aerobik, zipline dan hammock zone. Buat anda yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar, ini peluang untuk anda menonjolkan bakat anda!\n\nSelain aktiviti lasak, anda juga boleh menonton pertunjukan base jump dan membeli-belah di kawasan Merdeka bazaar.\n\nBanyak kemudahan disediakan termasuklah tandas, surau, restoran dan parkir. Jadi mudah untuk anda meluangkan banyak masa anda di sini!\n\nJangan lepaskan peluang untuk menghadiri aktiviti kemuncak iaitu Pesta Kuantan 188 pada 3 September 2022 bermula 8.30 malam hingga 11.00 malam. Anda akan dihiburkan dengan persembahan gempak dari barisan artis terkenal Malaysia seperti Aina Abdul, Raihan, Joe Flizzow, Man Bai dan ramai lagi!\n\nUntuk Pesta Kuantan 188, tiket yang dikenakan serendah RM 58 sahaja! Dapatkan segera kerana tiket adalah terhad. Cara untuk mendapatkan tiket senang sahaja, hubungi nombor +609 513 5821 atau +609 531 5921.\n\nTunggu apa lagi? Jom rancang perjalanan anda ke sini dan uji keberanian anda dengan pelbagai aktiviti mencabar. Jangan lupa ajak pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk turut merasai kemeriahan Kuantan 188 International Extreme Challenge!"
"Saya tahu ramai ibu bapa diluar sana memang rajin mengajar anak-anak di rumah, lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah kelewatan bahasa. Tetapi, adakah teknik yang digunakan untuk mengajar itu betul?.\n\nBerikut adalah 6 kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa ketika berinteraksi dengan anak-anak semasa mengajar (hasil dari pemerhatian saya)\n\n#1 Bertanya Banyak Soalan Tanpa Memberikan Jawapan\n\nKebanyakan kita memang gemar bertanya soalan pada kanak-kanak. Saya faham kenapa ini berlaku, kerana dengan cara bertanya soalan kita akan menggalakkan kanak-kanak untuk bercakap. Tak salah untuk bertanya soalah, tetapi pastikan anda memberi jawapan jika kanak-kanak tidak menjawab apa yang ditanya.\n\nJika mahu menduga anak anda, anda boleh beri pilihan jawapan berkenaan soalan yang anda Tanya. Contohnya,\n\nIbu : ini apa?\nAnak : **senyap\nIbu : ini bola atau kasut\nAnak : *senyap\nIbu : Ini bola...jom main bola..\n\nSentiasa beri jawapan untuk soalan yang anda tanya. Jangan biarkan soalan tergantung begitu sahaja di tambah dengan bunyi cengkerik *krik krik krik.\n\n#2 Bertanya Soalan Atau Memberi Arahan Secara Berulang Ulang\n\n\u201cbagi mama bola, bagi bola, bola, tu bola, ambik bola bagi mama, bola tu, adik ambik\u201d\n\nPernah tak dengar arahan sebegini panjang bila mengajar anak dan anak lambat pula memberi respon. Agak-agak nya sempat tak otak kanak-kanak untuk proses arahan sepanjang itu. Apabila kita rasa anak tidak memahami apa yang disuruh atau ditanya, kita akan mempunyai kecenderungan untuk mengulang soalan atau arahan tersebut. Ya, memang tak salah untuk mengulang, tapi ada caranya.\n\nApabila bertanya soalan atau memberi arahan, pastikan kanak-kanak memberi tumpuan terlebih dahulu dan berada dalam keadaan bersedia. Sebut ayat yang jelas sekali sahaja dulu. Tunggu, jika tiada respon baru ulang dengan ayat yang sama seperti yang pertama tadi dan tunggu jika tiada respon terus bantu anak untuk buat arahan itu atau bagi jawapan pada soalan yang ditanya tadi.\n\nSama juga, jangan biarkan cengkerik berbunyi jika arahan yang diberikan tergantung tanpa sebarang aksi. Bantu anak untuk faham apa yang disuruh dengan memberikan model yang betul.\n\n#3 : Tidak Sabar Menunggu Jawapan Anak\n\nKanak-kanak perlu berfikir untuk memberikan jawapan tentang apa yang ditanya / disuruh. Lebih-lebih lagi kanak-kanak dengan kelewatan bahasa, prosesnya akan menjadi lebih perlahan berbanding kanak-kanak normal. Sabar, sabar dan sabar. Beri masa untuk kanak-kanak memperoses informasi yang diberikan.\n\nKomputer pun kadang-kadang memerlukan masa untuk memproses arahan kita, samalah juga dengan otak manusia. Oleh itu diharapkan anda bersabar dan teruskan bacaan untuk poin seterusnya.\n\n#4 : Memberi Arahan Yang Terlalu Panjang Untuk Anak\n\nSaya pernah dengar seorang bapa memberi arahan pada anaknya (mild autism, bercakap dengan kata tunggal). Bunyinya begini \u201ctake the car give it to teacher put it back in the box\u201d dengan nada yang monotonus. Agak-agaknya kanak-kanak tu faham tak? \u2013 contoh sahaja, jangan terasa pula.\n\nKetika bercakap dengan kanak-kanak, elakkan untuk menggunakan ayat yang terlalu panjang. Lihat kebolehan kanak-kanak itu sendiri. Jika kebolehan bahasa kanak-kanak itu sangat bagus, tidak mengapa untuk memberi arahan sebegitu, tetapi jika kanak-kanak baru becakap menggunakan perkataan tunggal, gunakan ayat 2 \u2013 3 perkataan sahaja untuk memberi arahan. Itupun kanak-kanak masih memerlukan bantuan untuk memahami arahan yang kita beri.\n\n#5 : Melonggokkan Mainan Depan Anak\n\nIni memang biasa saya Nampak ketika ibu bapa bermain dengan anak. Jangan sesekali melonggokkan mainan di depan anak kerana anak anda tidak akan mempedulikan anda selepas itu. Ternyata mainan itu lebih menarik dari kita, terutama bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk bersosial.\n\nBagaimana kita hendak mewujudkan interaksi 2 hala jika kanak-kanak hanya melihat mainan dan tidak pedulikan kita. Jadi, cara yang terbaik adalah, pegang mainan dan berikan satu persatu kepada anak.\n\nContohnya, jika bermain blok kayu, beri satu persatu blok dan susun. Sambil beri, galakkan kanak-kanak untuk melihat anda dan anda juga boleh mengajar perkataan pada masa itu. Bila focus anak pada anda, dia akan dengar apa yang anda sebut, dan lebih cepat dia akan belajar.\n\n#6 : Bercakap Dengan Nada Yang Mendatar\n\nTidak semua orang mempunyai kebolehan untuk bercakap dengan pelbagai intonasi, tetapi apabila mengajar kanak-kanak, cuba untuk bercakap dengan berintonasi untuk menarik minat mereka.\n\nAlasannya senang sahaja, kenapa kanak-kanak lebih mudah meniru sebutan lagu kanak-kanak yang panjang berbanding sebutan kita yang pendek?. SEBAB, kanak-kanak memang sukakan sesuatu yang berlagu dan berintonasi. Ianya menarik perhatian mereka."
"Pau merupakan sebuah jenis kuih yang berasal daripada kaum Cina. Ianya sudah lama terdapat di Malaysia. Rasanya juga telah berevolusi selari dengan cita rasa orang kita. Terdapat banyak perisa pau yang boleh didapati sekarang. Ada perisa kari ayam, rendang daging, kacang merah, dan kaya. Namakan sahaja, pasti ada yang menjualnya. \n\nWalaupun pau selalunya boleh didapati di pasaran, ada kalanya ia tidak kena dengan tekak kita. Atau mungkin, kita inginkan pau dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, eloklah sekiranya kita menyediakan sendiri pau tersebut. \n\nResepi yang ingin kami ingin bawakan kali ini merupakan resepi pau kampung gebu yang telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Resepi ini telah dikongsikan oleh Danisha Dhia Darwish. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi pau kampung gebu ini, pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Selamat mencuba!"
"Telur bungkus kalau beli di kedai boleh tahan juga harganya. Memang senang dan berbaloi kalau buat sendiri. Boleh makan puas-puas\n\nHidangan ini diberi nama telur bungkus kerana ianya berupa sayur-sayuran dan ayam cincang yang dibungkus dengan telur. Telur yang dibuat ialah telur dadar.\n\nKesedapan telur bungkus sangat bergantung kepada isi dalam yang berupa sayur dan ayam cincang tersebut. Oleh itu pada perkongsian ini kami hadirkan resepi telur bungkus yang sedap dan semudah ABC kepada anda.\n\nTelur bungkus sedap dimakan bersama nasi putih panas. Lagi-lagi kalau orang yang suka makan telur, mesti akan suka resepi hidangan ini. Jom tengok resepi telur bungkus daripada \u200eNor Shakinah Md Zainal\u200e di laman Facebook.\n\n1. Mula-mula panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih.\n2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sekejap.\n3. Lalu masukkan 2 sudu besar sos cili jagung atau sos cili apa saja.\n4. Tambahkan 2 sudu besar sos Thai life.\n5. Masukkan lagi 1 sudu besar sos tiram, sedikit air dan secubit garam. Kacau sebati.\n6. Setelah itu masukkan carrot dan bawang besar. Biarkan masak selama dua minit.\n7. Akhir sekali masukkan tomato dan cili.\n8. Kacau-kacau dan siap bahagian isi telur bungkus.\n\nCara Membuat Telur dan Membungkus :\n\n1. Basuh 2 biji telur dan pecahkan dalam mangkok.\n2. Tambah sedikit garam dan pukul sebati telur.\n3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.\n4. Lenggang telur hingga memenuhi kuali.\n5. Letakkan bahan isi tadi di atas telur.\n6. Tutup/bungkus.\n7. Angkat. Siap untuk dihidangkan.\n\nSelain resepi telur bungkus, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Nona manis merupakan sejenis kuih yang menggabungkan rasa manis dan wangi pandan, lemak dan masin santan pekat di mana gabungan rasa \u2013 rasa ini menjadi dambaan penggemar. Pasti tak cukup satu. Pasti nak lagi dan lagi.\n\nJangan tak tahu, kuih ini juga boleh dijadikan jualan ya. Pasti laku keras kerana cara pembuatannya sedikit rumit.Tapi jangan kuatir, bahan \u2013 bahannya mudah untuk didapati dan juga murah, membolehkan sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan ini. Di sini kami memberikan resepi langkah demi langkah supaya mudah untuk anda ikuti.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Along Fiza. Jom tengok resepi beliau! Langkah per langkah okay!\n\nCampurkan semua bahan dan diadun sebati. Masuk kan telur akhir sekali, pukul manja sahaja. Sebab tak nak bila dikukus dia naik meruap. Ketepikan bahagian ini.\n\nBahan B (bahagian bermasak \u2013 akan dicampurkan dengan Bahan A, menjadikan adunan hijau)\n\nCampurkan semua bahan. Masak di atas dapur, kacau sehingga likat dan berkilat tutup api. Adunan ini masukkan ke dalam adunan A tadi, adukkan sebati. Jadikan 1 adunan. Inilah adunan hijau.\n\nCampurkan semua bahan. Masakkan diatas dapur, sentiasa dikacau. Supaya tidak berketul. Kacau sehingga ianya sedikit likat. Adunan ini akan dipaipkan ke dalam adunan hijau.\n\nSelain resepi nona manis, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya ."
"\u201cTak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba merajuk, tak tahu apa salah yang kita buat, tak fahamlah dengan isteri ni\u201d\n\nRamai suami tertanya-tanya apa yang si isteri nak sebenarnya. Mana tidaknya, suami sendiri tak faham kenapa isteri merajuk. Apa punca isteri merajuk dengan suami sebenarnya, adakah mereka ada buat salah, apakah kesalahan suami dan pelbagai lagi persoalan pasti berlegar-legar di minda suami.\n\nKalau nak diikutkan, wanita adalah seorang yang rumit, hal kecil pun akan jadi besar dan panjang jika tidak mendapat perhatian atau layanan dari orang lain berhubung sesuatu perkara. Sedangkan bagi suami, perkara yang remeh temeh berakhir di situ dan tiada apa-apa masalah lagi. \n\nSuami silap! Jangan fikir isteri semudah itu. Banyak punca isteri merajuk dengan suami sebenarnya. Mungkin salah satu sebab ini adalah kerana kesilapan suami sendiri yang remeh, tetapi dianggap serius oleh si isteri, lalu isteri merajuk dengan suami. Ops, sebelum terlambat, jom lihat 15 punca isteri merajuk dengan suami.\n\nIsteri pasti merajuk dengan suami sekiranya terasa dirinya diabaikan. Walaupun isteri pandai berdikari, tetapi isteri tetap mempunyai perasaan inginkan perhatian daripada anda. Selalulah ambil berat tentang mereka, berbual sentiasa dan jangan abaikan mereka.\n\n2. Lebih Mementingkan Handphone Berbanding Isteri\n\nLetih ada suami macam ni, pagi petang siang malam asyik berkepit dengan fon je. Atas katil pun dengan fon, main game dan lain-lain lagi. Mana isteri tak merajuk, sebab suami lebih pentingkan handphone berbanding isteri. Hari-hari pasti rasa nak merajuk dengan suami selagi suami masih fanatik tengok fon.\n\n3. Lepak Dengan Kawan Dalam Masa Yang Lama\n\nTak salah suami nak melepak, tapi jangan terlalu lama. Isteri mengira setiap detik masa ketika anda keluar. Jika suami maklumkan untuk pulang pada jam 11 malam, lebih dari jam 11 malam jika suami belum pulang, pastinya isteri akan merajuk dengan suami. Jangan lepak terlalu lama ok!\n\nTak tentu pasal isteri merajuk dengan suami secara tiba-tiba. Ketahuilah bahawa isteri amat letih dengan kerja rumah yang cukup banyak dan membebankan. Rajin ringankan tulang membantu isteri anda di rumah ya walaupun sekadar tolong angkat pinggan basuh.\n\nAda juga isteri merajuk dengan suami sebab nafkah zahir tak cukup dari segi wang, tempat tinggal dan keperluannya sepanjang perkahwinan. Wajiblah anda berusaha sesuatu kerana nafkah zahir adalah wajib. Mintalah kepada Allah SWT, isteri pasti akan faham situasi anda.\n\nPastikan nafkah batin yang diberikan cukup dan memuaskan isteri anda. Jika nafkah batin tidak memuaskan berlarutan dan isteri tidak puas hati, berjaga-jagalah kerana isteri bakal merajuk dengan suami pada masa-masa yang tertentu. Mereka juga akan turut berasa dingin.\n\n7. Suami Tak Faham Dan Tak Sependapat\n\nSedihkan kalau pendapat kita tidak diterima oleh orang yang rapat dengan kita, tambah-tambah suami sendiri. Banyak kes-kes yang berlaku menyebabkan isteri merajuk dengan suami kerana sudah tidak sehati sejiwa dan tak sependapat. Suami mungkin tak faham akan kemahuan isterinya.\n\nIsteri konfirm akan merajuk dengan suami kalau suami lakukan sesuatu yang membuatkan isteri terasa tidak dihargai. Sebagai contoh, anda sudah masak makan malam dan menunggu suami, tetapi katanya dia pulang lambat dan sudah makan. Makanan yang dimasak terpaksa simpan sahaja atau beri kepada jiran sedangkan anda masak khas untuknya.\n\nBerikan isteri anda \u2018Me\u2019 time walaupun mereka akan keluar bersama kawan-kawan mereka. Berikan ruang dan peluang untuk mereka bebas bersama kawan-kawan untuk window shopping dan sebagainya. Isteri pasti takkan merajuk dengan suami lagi jika mereka dapat bersama kawan-kawan.\n\nPunca isteri merajuk dengan suami juga adalah kerana suami mementingkan orang lain secara sedar mahupun tidak sedar. Kadang-kala kita terlepas pandang apa yang kita telah buat, mungkin anda lebih utamakan kawan-kawan atau keluarga sendiri berbanding isteri anda.\n\nMinat isteri perlulah disokong sepenuhnya oleh suami. Bukan sahaja minat, apa sahaja berkaitan isteri, suami perlulah jadi penyokong yang tegar selagi perkara tersebut tidak bertentangan dengan Islam. Cuba anda munasabah diri, cukupkah sokongan anda kepada isteri selama ini?\n\nPunca isteri merajuk dengan suami adalah disebabkan oleh tindakan suami yang seakan-akan tidak menerima isteri seadanya. Apa kesalahan yang telah dilakukan oleh isteri sebenarnya boleh dimaafkan dan diperbaiki dengan baik. Suami perlu tegur isteri dengan betul dan menerima kesalahan yang telah dilakukannya. \n\nAda suami yang asyik nak menang sahaja, semua dia nak betul. Apa sahaja dia cakap dan buat, semuanya betul. Macam mana isteri tak makan hati, mestilah isteri merajuk sebab semua yang isteri cakap dikatakan tak betul. Sekali sekala cubalah rendahkan ego anda, fikirkan mana sebenarnya betul dan tak betul.\n\n14. Tidak Dimanja Dan Diberi Perhatian\n\nJika isteri kelihatan dingin, pastinya dia kurang perhatian oleh anda. Secara zahirnya, isteri kelihatan serius tetapi anda harus melayannya dan memanjanya seperti kanak-kanak. Jika sudah lama tidak dimanja dan dibelai, itu salah satunya punca kenapa isteri merajuk dengan suami.\n\nItulah dia punca isteri merajuk dengan suami yang mungkin anda tak tahu. Mana satu sebab isteri anda merajuk? Ketahui, fahami dan atasi masalah isteri merajuk dengan segera. Jom baca juga rawatan kesuburan suami isteri, tanda isteri curang dan tips jadi isteri seksi."
"Hakikatnya, terdapat banyak penyakit jarang jumpa yang tidak diketahui umum termasuklah\u00a0HENOCH SCHONLEIN PURPURA (HSP). Demam? Kadang-kadang ia boleh merujuk kepada masalah atau komplikasi kesihatan lain.\u00a0\n\nBukan itu sahaja, tidak semua jenis demam boleh dibiarkan sembuh sendiri tanpa penggunaan ubat. Maksudnya, sekiranya rawatan yang sesuai lambat atau tidak diberi langsung, keadaan kesihatan yang lebih serius boleh berlaku. Perkara malang inilah yang telah menimpa anak perempuan Puan Adhwa Adnin yang bernama Melinna. Luluh hati melihatnya.\n\nBismillahirrahmanirrahim. Saya pernah janji nak tulis tentang ini, tapi aduhhhh perinciannya panjang. Tapi, saya rasa tak sedap pula kalau tak tunaikan, jadi saya tulis juga, moga-moga bermanfaat. Tapi, panjang ya, saya ni orang detail, tak pandai saya nak ringkaskan. Nak baca buat pedoman, bacalah, tak nak tak apa, simpanan buat kenangan saya.\n\nApakah Antara Simptom-Simptom Yang Dialami Penghidap HSP?\n\n~HARI PERTAMA~Melinna demam, Ammar pun demam. Musim budak-budak sakit di taska, almaklum musim raya. Tapi, macam biasalah saya tak bagi dia ubat, jaga makan, bagi rehat, madu + lemon dan beberapa kaedah rawatan alternatif yang lain. Saya harap tubuhnya akan lawan demam dan jadi lebih kuat, tak mengharap bantuan ubat, macam saya adik beradik, mak ajar kami lawan penyakit daripada kecik.\n\n~HARI KEDUA~Dia masih demam, mengadu sakit kepala, mual (nak muntah) dan sakit perut (tak teruk). Saya pujuk supaya dia kuat dan sabar, peluk dan beri dia keselesaan. Tak boleh nak fokus sangat sebab Ammar pun demam, meragam dan sentiasa mahu menyusu (df).\n\n~HARI KETIGA~Demam, bintik-bintik dah mula muncul, dia gatal dan tak selesa. Saya bimbang sebab habuk atau hama, saya buka semua cadar dan sarung bantal, basuh bersih, jemur. Penat tak terkata.\n\n~HARI KEEMPAT~demam Ammar nampak dah kebah tapi Melinna makin lemah. Dia mengadu perutnya makin sakit, tapi, saya salahkan dia kerana tak mahu makan\u00a0\ud83d\ude2d\u00a0(my bad!), saya ingat dia masuk angin. Bintik-bintik purple kemerahan di kaki dan tangannya semakin merebak dan jelas. Bukan di atas kulit, dalam, di bawah kulit. Menjelang tengah hari, dia makin kesakitan, kakinya sudah bengkak tak boleh berjalan. Saya terkejut!\n\nASTAGHFIRULLAH! Anak saya tak boleh menjejakkan kakinya ke lantai. Jari jemari kakinya tak boleh digerakkan. Bintik-bintik (purpura) penuh di tapak kaki, betis hingga ke punggung. Melinna menangis-nangis kesakitan. Saya bingung tak keruan, call suami mohon bantuan, agar anak kami segera dibawa jumpa pakar.\n\nPetang itu, kami jumpa PAEDIATRICIAN (pakar kanak-kanak) di Bangi. Lepas pemeriksaan dan soal jawab, dr sahkan Melinna terkena satu penyakit yang RARE\u00a0\ud83d\udc49HENOCH SCHONLEIN PURPURA. Tubuhnya terdedah kepada virus (berasal drp penyakit batuk/demam/selsema), kemudian virus tersebut trigger sistem pertahanan tubuhnya (antibodi) jadi gila/pening lalu menyerang tubuh badannya sendiri. Kata doktor, penyakit ini umpama askar makan tuan, antibodi yang patut serang penyakit serang tubuh badan sendiri.\n\nKesannya kapilari darahnya (yang halus) bengkak (inflame) dan pecah menyebabkan purpura (bintik2 purple merah muncul di bawah kulit), mual, muntah, pening, tak selera, sakit pada sendi (arthritis) upper limb lower limb, sakit perut.\n\nKetika itu, ketika kami bawa dia jumpa doktor, dia cuma sakit sendi dan bengkak di bahagian kaki, tak boleh jalan serta tak selera makan, simptom lain belum muncul. Doktor kata nanti akan baik sendiri, boleh jadi sekejap, sehari dua hari atau boleh juga jadi lama (sebulan), tak ada ubat, pantau keadaannya, doktor yang cakap begini, sebutir-sebutir saya ingat.\n\nKami pun lega, balik rumah. Ikut pemahaman saya, kalau kena penyakit akibat virus, once dah masuk, kena tunggu dia settle, baru baik, tak ada ubat. So terpaksa hadap simptom dia, saya ingat macam tu lah. Jadi, bersedia mental fizikal nak hadapi segala simptom dengan harapan satu-satu akan settle dan Melinna akan baik sendiri.\n\n~HARI KELIMA~\u00a0Hari Jumaat, tangannya sakit, jari jemari tak boleh bergerak. Pegang botol susu pun tak boleh. Bayangkanlah, tak boleh berjalan dan tak boleh pegang apa-apa. Punyalah dia sakit, kalau kita sentuh sahaja jarinya, dia menjerit sekuat hati. Kata suami, macam orang kena gout. Jari jemari dan tapak tangannya bengkak macam belon. Kali ini, ayahnya pula ambil giliran jaga, kata ayahnya, nampak betul-betul Melinna terseksa.\n\nPetang itu, sakit kakinya dah hilang dia dah boleh jalan. Tapi, malamnya pula dia sakit perut yang maha dahsyat. Dia tak tidur satu malam. Merintih-rintih sakit, paling sedih terdengar dia cakap seorang-seorang di tengah malam \u201cAllah, Allah tolonglah adik. Adik sakit sangat Allah. Ayah, tolonglah adik, buatlah apa pun ayah, perut adik sakit sangat ayah\u201d. Pecah empangan air mata mama, dik.\n\n~HARI KEENAM~Sabtu, tangannya dah boleh digerakkan. Masih sakit perut dan simptom seterusnya keluar, dia muntah-muntah dan muntah, sebanyak-banyaknya. Lebih 8 kali dia muntah hari tu. Melinna lemah, tak selera, tangan dah boleh gerak dan pegang, kaki dah boleh jalan. Mama dan ayah sedikit lega, petanda baik, maybe virus dah hampir selesai \u2018buat kerja\u2019 dan dah nak keluar daripada badan adik.\n\n~HARI KETUJUH~Ahad, nampak tak ada simptom baru keluar, dan semua simptom dah hilang kecuali purpura dan tak selera makan. Saya legaaaaaaaa sangat ingat dia dah nak sihat. Jiran saya, seorang pensyarah kejururawatan (nursing lecturer) dah bising nasihatkan agar kami bawa ke hospital, dia bimbang takut ada internal bleeding. Tapi, saya optimis, harap sangat anak saya dah okay, saya percaya pakar kanak-kanak yang kami rujuk sebelum ini.\n\nApakah Yang Boleh Berlaku Pada Minggu Ke-2 Jika Penghidap HSP Tidak Mendapat Rawatan Sesuai?\n\n~HARI KELAPAN~Isnin, saya minta suami jaga dia bawa ke office, tak berani nak lepas ke taska lagi. Dan perkara yang paling ditakuti terjadi, petang itu, serangan kedua berlaku, sakit perutnya datang semula. Menjerit-jeritlah dia dalam bilik ayahnya, kakinya bengkak semula dan tak boleh berjalan, tangannya juga, kali ini dahsyat sebab semua simptom serang serentak!\n\nSebaik ayahnya khabarkan pada saya, terus saya tersentak! Wake up call, saya kena cari pendapat kedua, bawa jumpa pakar lain. Saya tak sanggup nak lalu sekali lagi cycle simptomnya keluar.\n\nSaya whatssapp kawan saya\u00a0Azlina Nekmad, mohon pendapat. Terus dia rujuk kepada seorang pakar (prof) ppum di tempatnya bertugas. MasyaAllah, lepas saya dapat respon daripada dia, barulah saya tahu keadaan anak saya teruk dan saya tak sepatutnya biarkan dia tanggung kesakitan. Wallahi, saya tak tahu. Dia gesa agar saya terus ke hospital, sama juga dia bimbang ada internal bleeding atau kesan pada ginjal. Kami ke KPJ Kajang berjumpa Dr Asmuni, jiran kami (nursing lecturer) tu yg suggest.\n\nApakah Rawatan Yang Penghidap HSP Boleh Dapat Sementara Menunggu Keputusan Ujian?\n\nDi hospital, doktor periksa Melinna dan dia terus ditahan. Malam itu juga dia diberi steroid untuk kurangkan azab sakit dia. Malam itu buat pertama kalinya dalam seminggu ini dia tidur nyenyak senyenyaknya. Ada 3 jenis ubat yg diberi sepanjang kami di sana, hydrocort utk redakan inflammation, ubat demam dan ubat sapu.\n\nApakah Punca Yang Boleh Menyebabkan HSP Serta Rawatan Sesuai?\u00a0\n\nMelinna buat semua ujian, ujian darah, ujian air kencing dan ultra sound. Alhamdulillah tak ada pendarahan dalam perutnya dan ginjalnya juga selamat. Hasil ujian darah mendapati Melinna terdedah dengan STREPTOCOCCUS punca yang trigger antibodinya menggila menyebabkan HSP.\n\nDoktor beri antibiotik untuk Streptococcus. Dari mana Melinna dapat ni? Daripada orang yang batuk, sakit tekak, selsema atau ada pneumonia. Sangat subjektif sebab kami hidup dalam persekitaran begini. Mungkin orang lain kena tak jadi apa, tapi apabila dia yang terdedah, tubuh badannya bereaksi begini. Hampir 2 minggu dia bertarung.\n\nSepanjang di hospital, dia tak menangis saat dicucuk diambil darah, atau dimasukkan ubat melalui salur darahnya, dia tahan saja. Jadi saya tak boleh bayang bagaimana agaknya tahap kesakitan semasa simptom-simptom HSP menyerang sampai dia menjerit-jerit begitu. Kasihan Melinna. 4 hari sahaja kami di KPJ, seterusnya kami discharge, sambung habiskan ubat di rumah ikut tempoh dan preskripsi doktor serta berterusan pantau keadaannya.\n\nSaya ambil cuti separuh gaji jaga anak saya di rumah. Biar dia sihat betul-betul barulah saya lepaskan dia ke taska semula. Doktor pun dah pesan HSP boleh berulang, 6 bulan baru boleh declare bebas sepenuhnya. \n\nSeminggu dia di rumah, selera makannya mencanak-canak, balas dendam barangkali. Saat bertemu doktor utk pemeriksaan susulan, doktor terkejut melihat dia sudah montel dan beratnya naik begitu cepat. Doktor sahkan dia dah sihat dan boleh kembali ke taska. Alhamdulillah.\n\nSetakat hari ini Melinna sihat dan cergas. Saya dan ayahnya usahakan segala yang boleh kami lakukan untuk tingkatkan antibodi dan fungsi tubuhnya. Kami hidup dalam kawasan membangun, kaya debu dan pencemaran, maka perlu tentang dengan ilmu untuk pencegahan.\n\nSorry kalau ada kesalahan dari segi penerangan perubatan, saya bukan doktor tapi saya cuba memahami penyakit anak saya daripada apa yg saya saya lihat, lalui dan kata-kata doktor. Cara kerja penyakit, beza virus dan bakteria, hubungan virus dan bakteria tidaklah begitu saya kuasai (bukan bidang saya). Justeru, sekiranya terdapat kekurangan, harap dimaafkan.\n\n*Wah, bahayanya! Jadi, supaya lebih ramai lagi yang berpengetahuan mengenai Henoch Schonlein Purpura (HSP), tunggu apa lagi, share ya!"
"Salam semua, semoga sentiasa dalam keadaan sihat selalu. Pagi ini kami ingin berkongsi resepi masak 3 rasa menggunakan ikan temenung. Sedap juga ikan temenung ini dijadikan masak 3 rasa. Tidak semestinya ikan talapia sahaja, yang memang mahal kalau ingin beli, ikan temenung pun sedap juga.\n\nResepi kali ini kami datangkan daripada Siti Fatimah yang berkongsi resepi di laman Facebook. Resepi yang lebih sedap dan menarik tidak akan menyesal anda cuba. Kami tuliskan cara-cara masak yang sesuai untuk ikan temenung 3 rasa di bawah.\n\nIkan temenung 3 rasa sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas untuk makan tengah hari atau makan malam. Gerenti siapa yang cuba mesti akan bertambah-tambah makan. Jom cubakan resepi di bawah.\n\nSelain ikan temenung 3 rasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Apakah anda mempunyai masalah dengan obesiti?\nDan apakah anda mencari-cari menu diet yang sangat berkesan dan tidak menyiksa?\nMaka kami sarankan anda untuk mencuba diet atkins.\n\nBerdasarkan sumber, diet atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. Ini berarti berat badan anda akan mula menyusut.\n\nPrinsip diet atkins adalah menyekat karbohidrat, jadi tubuh kita seolah-olah dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan. Pendekatan diet atkins boleh memberi kesan positif kepada kehidupan orang menghadapi risiko berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan masalah gastrousus, dan alahan tertentu, sakit kronik dan lemah sistem imun.\n\nDiet atkins terdiri daripada 4 fasa. Sekarang pula kami akan mengongsikan kepada anda resepi sihat diet atkins fasa 1 iaitu chicken chop yang simple. Resepi yang dikongsikan oleh Fafae Mimie di Facebook ini tidak menggunakan tepung dan aji sama sekali. Sehingga kadar karbohidratnya pun rendah dan sesuai untuk diet atkins. Sila cuba resepi ini.\n\nResepi Chicken Chop Ala Diet Atkins Fasa 1\n\n1. Perap ayam dengan lada hitam, garam dan cajun (pilihan) lepas itu grillkan.\n\n2. Cairkan butter. Tumiskan bawang hingga wangi.\n\n3. Masukkan serbuk lada, whipping cream, sedikit air dan sedikit garam.\n\n6. Untuk coleslow. Gunakan 1 sudu whipping + mayonis secukupnya.\u00a0 Siap.\n\nSelain resepi Chicken Chop Diet Atkins Fasa 1, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Jika ada seorang pencinta fotografi, pastinya anda sangat teruja dengan model baru yang dikeluarkan oleh Canon ini. Canon EOS R10 Mirrorless Camera Body adalah kamera pertama dalam siri R yang memperkenalkan penggunaan sensor APS-C. Canon memperkenalkan 2 kodel baru dengan ciri ini iaitu EOS R7 dan EOS R10. Namun EOS R10 lebih mencuri perhatian kami. Jom kami kongsikan harga dan spesifikasi Canon EOS R10 Mirrorless Camera Body.\n\nOleh kerana kamera ini menggunakan sensor APS-C yang lebih kecil, maka ia mempunyai lensa yang lebih kecil dan seperti yang dijangka, Canon turut memperkenalkan 2 lensa baharu dalam siri RF-S iaitu RF-S 18-45mm F4.5-6.3 IS STM dan RF-S 18-150mm IS STM. Ia adalah kit lense yang boleh dibeli dalam pakej yang berkaitan. Namun anda boleh saja gunakan lensa sedia ada. \n\nBagi kategori Canon EOS R, R10 boleh dikatakan sebagai salah satu kamera dalam kategori entry yang sesuai untuk mereka yang baru mula menceburi dunia fotografi. Namun tak perlu risau, sistem autofokus EOS R10 adalah setanding dengan EOS R yang lain. Untuk harganya, harga permulaan yang diletakkan oleh Canon Malaysia ialah RM3969.00 sehingga RM5699.00, bergantung kepada yang mana satu pakej pilihan anda. \n\nEOS R10 dilengkapi dengan sensor 24.2MP APS-C CMOS. Ia adalah sensor yang digunakan oleh model EOS-M yang diperkenalkan sebelum ini. Kemampuan merakam kamera ini ialah pada kadar 4K UHD (6k oversampling) dan 4K 60p.\u00a0Crop factor\u00a0 EOS R10 ialah 1.56x. Sementara EVF kamera ini ialah OLED 2.36MP dengan kadar segar semula 120Hz. \n\nBagi panel LCD di bahagian belakang, ialah boleh dikilas dan bersaiz 3\u201d dengan resolusi 1.04MP. Untuk fungsi continuous shooting, kemampuan kamera ini ialah pada kadar 23 fps dengan AF/AE tracking. EOS R10 mempunyai 1 slot kad SD.\n\nEOS R10 + RF-S 18-45mm F/4.5-6.3 IS STM: RM4.827\n\nDengan pembelian pakej ini, anda akan mendapat semua yang ada dalam pakej body, dan tambahan lensa RF-S 18-45mm F4.5-6.3 IS STM. Lensa ini akan memberikan anda pengalaman fotografi yang menarik, berbanding penggunaan lensa sedia ada pada badan EOS R10.\n\nEOS R10 + RF-S 18-150mm F/3.5-6.3 IS STM RM6,057\n\nDengan pembelian pakej ini, anda akan mendapat semua yang ada dalam pakej body, dan tambahan lensa RF-S 18-150mm IS STM. Ini adalah lensa terbaik yang anda boleh cuba dengan EOS R10. Pastinya anda akan menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti tinggi setaraf dengan jurugambar profesional.\n\nItulah dia harga dan spesifikasi Canon EOS R1 Mirrorless Camera Body yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga membantu anda dalam mencari kamera yang terbaik. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kamera mirrorless terbaik di Malaysia dan kamera 360 terbaik di Malaysia."
"Ayuh kenali tentang Abu Bakar as-Siddiq serta sumbangan besarnya kepada Islam.\n\nNama sebenar Saidina Abu Bakar as-Siddiq ialah Abdullah bin Abu Quhafah\u00a0 bin Amir bin Amr bin Ka\u2019b bin Sa\u2019d bin Taim bin Murrah bin Ka\u2019b bin Luwai bin Ghalib bin Fihr.\u00a0 Sebelum pengislamannya, Nama beliau Abdul Kaabah bin Usman yang bermaksud hamba Kaabah. Beliau berketurunan\u00a0 bangsawan dari bani Tamim.\n\nSaidina Abu Bakar dilahirkan dua tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW di Mekah. \u00a0Beliau diberikan gelaran \u2018as-Siddiq\u2019 kerana sentiasa membenarkan kata-kata dan perbuatan Rasullullah SAW tanpa sedikit pun keraguan.\n\nAbu Bakar as-Siddiq juga adalah lelaki pertama yang memeluk Islam serta tergolong dalam golongan bijak pandai di kota Mekah. Beliau juga memiliki banyak sikap terpuji seperti jujur dan amanah,\u00a0 adil dan baik budi pekerti serta dihormati dalam kalangan masyarakat Mekah.\n\nSaidina Abu Bakar juga seorang usahawan yang kaya dan berjaya dalam urusan perdagangan seperti perniagaan kain, penternakan unta dan sebagainya.\n\nSaidina Abu Bakar juga \u00a0merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling rapat serta banyak mengharungi dugaan bersama Baginda dalam menyebarkan Islam. Antaranya semasa \u00a0Nabi Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah, hanya beliau yang menjadi peneman setia dan sanggup menggadaikan nyawanya demi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sangat mengasihi Saidina Abu Bakar.\n\nSaidina Abu Bakar juga sangat menyayangi dan menyanjungi Rasulullah SAW, sehinggakan saat Baginda dicaci dan dicemuh dengan tuduhan menyampaikan cerita karut, Abu Bakarlah yang terawal muncul dan menyatakan kebenarannya. Selain sahabat sejati, Saidina Abu Bakar juga merupakan bapa mentua Rasulullah SAW kerana Baginda mengahwini Saidatina Aisyah selepas berhijrah ke Madinah.\n\nSemasa Rasulullah sedang tenat, Baginda mengarahkan Saidina Abu Bakar mengimamkan solat kepada penduduk Islam. Selepas Baginda wafat, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam melalui majlis syura dan\u00a0 dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin.\n\nSelepas dua tahun memerintah\u00a0 (11-13 Hijrah atau 632-634 Masihi) Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Jamadilakhir 634 Hijrah di Madinah. Beliau dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad SAW di Masjid an-Nabawi, Madinah.\n\nWalaupun tidak lama memerintah, namun jasa dan sumbangan beliau sangat besar terhadap umat Islam. Antara sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam siri pemerintahannya adalah:\n\nSelepas memeluk Islam, Saidina Abu Bakar a.s sangat bersungguh dalam menyebarkan dakwah Islam, sama ada secara bersendirian mahupun secara tertutup. Beliau juga banyak membantu orang lain dalam aspek kewangan. Ramai yang menemuinya untuk meminta bantuan kerana beliau sangat terkenal dengan sikap dermawan.\n\nDengan cara ini, beliau mengambil kesempatan untuk mengajak para sahabatnya mengenali dan memeluk Islam, seperti Usman bin Affan, Zubair bin Awwam, Talha bin Ubaidah, Abdurahman bin Auf dan\u00a0 Saad bin Abi Waqqas serta ramai lagi.\n\n#2. Mendermakan Semua Hartanya Untuk Perang Tabuk\n\nPerang Tabuk adalah peperangan menentang kerajaan Rom yang merupakan tentera terkuat ketika itu. Bagi membuat persediaan yang besar itu Rasulullah SAW membuat kutipan derma lalu para sahabat dan ramai kaum muslimin tampil untuk mendermakan harta mereka. Saidina Abu Bakar telah menyerahkan seluruh harta beliau. Apabila ditanya apakah yang beliau tinggalkan untuk ahli keluarganya?\n\nBeliau menjawab; \u2018Aku telah tinggalkan Allah dan Rasul-Nya untuk mereka\u2019.\n\nDalam perjuangan menyebarkan Islam. Saidina Abu Bakar tidak pernah berkira membelanjakan puluhan ribu dirham untuk membebaskan hamba-hamba yang memeluk Islam daripada disiksa oleh orang kafir. Antara yang dibebaskan oleh beliau ialah Bilal bin Rabbah dan Ammar bin Yasir.\n\nAntara perintah pertama yang dikeluarkan Saidina Abu Bakar sebaik sahaja diangkat sebagai khalifah adalah mengarahkan agar perjalanan Usamah bin Zaid dan para tentera Islam diteruskan. Pasukan ini telah dipersiap oleh Rasulullah SAW untuk menggempur tentera Rom di perbatasan utara.\n\nSumbangan terbesar Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah mengumpulkan semua naskah al-Quran. Usaha ini berikutan kemunculan golongan murtad dan nabi palsu serta pelbagai ajaran baru, beliau bimbang akan berlaku campur aduk dan kesesatan lalu segera mengarahkan Zaid bin Thabit mengumpulkan semua tulisan ayat al-Quran serta menyalinnya semula.\n\nBeliau sendiri menyimpan salinannya,\u00a0 selain diamanahkan kepada Saidina Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri kepada Nabi Muhammad) dan Saidina Uthman bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada jasanya itu, beliau digelar sebagai \u2018Penyelamat Umat Islam\u2019. Jasa beliau inilah yang menjadi rujukan dan panduan umat Islam sehingga hari ini.\n\nSemasa kewafatan Rasulullah SAW berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam lantaran muncul golongan yang mengakui diri mereka sebagai nabi yang baharu, serta ramai yang murtad serta tidak beriman dengan Allah SWT dan Rasulullah.\n\nSaidina Abu Bakar juga mengisytiharkan perang terhadap golongan yang digelar \u2018ar- Riddah\u2019 pada masa sama merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah.\u00a0 Musailamah al-Kazzab merupakan antara yang mengaku dirinya sebagai nabi serta mempunyai begitu ramai pengikut. Namun, mereka\u00a0 berjaya ditumpaskan oleh pasukan Khalid al-Walid dalam suatu pertempuran atas arahan khalifah.\n\n#7. Memerangi Golongan Yang Enggan Membayar Zakat\n\nKhalifah Abu Bakar a.s turut bertindak tegas dalam memerangi golongan yang\u00a0 enggan membayar zakat. Ketika itu ramai yang tidak mahu solat, tidak mahu berzakat, hampir murtad ataupun melepaskan Islam keseluruhannya sehinggalah terpaksa diperangi.\n\nGolongan ini percaya mereka hanya perlu beriman dan menuruti Islam semasa Rasulullah SAW masih hidup sahaja, serta membayar zakat pun hanyalah kepada Rasulullah SAW dan selepas kewafatan Baginda mereka tidak perlu berzakat lagi.\n\n#8. Membebaskan Islam Cengkaman Rom Dan Parsi\n\nKhalifah Abu Bakar as-Siddiq telah berjaya membebaskan negeri-negeri atau wilayah Islam yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi. Ketika itu Islam sangat bangga dengan kekuatan panglima Khalid al-Walid yang begitu bersungguh sehingga berjaya mempertahankan kota Madinah daripada kuasa luar seperti Parsi (sebelah Timur) dan serangan Byzantine (Rom Timur) di sebelah Barat.\n\nKhalifah Abu Bakar turut memudahkan pentadbiran dengan membahagikan lagi Tanah Arab kepada 10 wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman, Zabid, Khalwan, al-Jund, Bahrin, Jarsh, Hadhramaut dan Nijran.\n\nDi samping itu, turut dilantik seorang amir ataupun ketua untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut.\u00a0Amir yang juga bertindak sebagai gabenor akan merujuk serta melaporkan setiap perihal wilayah kepada khalifah, cara ini lebih memudakan pentadbiran dan pemantauan.\n\nKhalifah Abu Bakar as-Siddiq merupakan antara\u00a0 para sahabat yang terawal digelar \u2018Amirul Hajj\u2019. Tugas Amirul Hajj adalah memimpin jemaah haji ke Mekah, mengawal keselamatan para jemaah, \u00a0membimbing \u00a0para jemaah melaksanakan urusan haji serta pelbagai lagi. Jika hari ini lebih dikenali sebagai mutawif.\n\nKhalifah juga memperkenal bayaran gaji kepada pasukan tentera melalui wang ghanimah atau harta rampasan perang. Selain itu, diwujudkan juga undang-undang tanah seperti bayaran cukai al-kharaj atau cukai tanah dan jizyah atau cukai perlindungan terhadap orang kafir dan melindungi golongan Mawali iaitu orang bukan Arab yang beragama Islam.\n\nJemput baca artikel menarik kami yang lain seperti Sumbangan Umar al-Khattab dan Biodata Salahuddin al-ayyubi\n\nAbu Bakar As-Siddiq; Insan Hebat Yang Sentiasa Membenarkan Nabi"
"Sepertimana yang kita ketahui, tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Sekiranya anak menunjukkan kelewatan perkembangan di mana ianya tidak selari dengan \u2018milestone\u2019\u00a0 perkembangan asas kanak-kanak, mereka perlu dirujuk kepada pakar.\n\nSalah satu kelewatan perkembangan kanak-kanak yang seharusnya diberi perhatian serius adalah berkaitan dengan kemahiran komunikasi mereka iaitu kelewatan pertuturan (speech delay).\n\nREALITINYA, IA BUKAN SEKADAR \u2018SPEECH DELAY\u2019\n\nRamai ibu bapa yang bertanya tentang anak mereka yang \u2018speech delay\u2019\u00a0 dan bagaimanakah \u2018team\u2019\u00a0 terapis kami boleh membantu anak-anak ini.\n\nTerdapat juga ibu bapa yang menekankan bahawa anak mereka \u2018HANYA SPEECH DELAY\u2019.\n\nTahukah anda, lebih kurang 9 daripada 10 kes yang datang ke pusat terapi kami atas sebab \u2018speech delay\u2019\u00a0 juga mempunyai kelewatan dalam \u2018milestone\u2019\u00a0 perkembangan yang lain?\n\nBerikut merupakan dua situasi mengapa saya katakan kelewatan pertuturan ini bukan hanya sekadar \u2018speech delay\u2019, malah turut melibatkan beberapa lagi isu lain.\n\n1. ANAK TURUT MEMPUNYAI KELEWATAN SENSORI \u2013 MOTOR\n\nTerdapat ibu bapa yang apabila kami (saya dan team) jelaskan kepada mereka bahawa anak \u2018speech delay\u2019nya juga mempunyai kelewatan sensori-motor, mereka akan memberikan jawapan-jawapan seumpama ini :-\n\nNamun, ibu bapa yang sama juga akan termenung dan mula kerunsingan apabila kami bertanyakan tentang kemahiran sensori-motor anak mereka dengan lebih terperinci :-\n\nDi sini, kita dapat lihat bahawa anak tersebut sebenarnya bukan sekadar mempunyai isu \u2018speech delay\u2019\u00a0 sahaja, tetapi juga turut mempunyai isu dari segi sensori-motornya.\n\nTerdapat juga ibu bapa yang datang apabila anak sudah masuk ke USIA PRA-SEKOLAH dengan senarai masalah berikut :-\n\nAda ibu bapa yang kerunsingan, anak \u2018speech delay\u2019nya sudah bergraduasi dengan terapi pertuturan dan sudah banyak perkataan dikeluarkan, tetapi mengapa anak masih ketinggalan di sekolah? Apakah lagi perkara yang tidak dipenuhi atau tidak mencukupi?\n\nKelewatan bertutur sering berkait rapat dengan kelewatan kemahiran sosial-komunikasi. Kanak-kanak yang lewat bertutur akan mempunyai banyak permasalahan sekunder (kesan daripada satu-satu kondisi) yang berkemungkinan akan mengganggu kefungsiannya yang lain :-\n\nINTERVENSI UNTUK MEMBANTU ANAK \u2018SPEECH DELAY\u2019\n\nIntervensi berbentuk individual akan meninggalkan kesan yang berbeza dengan intervensi berbentuk kumpulan kecil.\n\nIntervensi yang mencabar keupayaan sensori-motor dan berbentuk banyak pergerakan akan meninggalkan kesan yang berbeza dengan intervensi yang hanya duduk fokus di meja selama 45 minit.\n\nOleh itu, kita perlu memahami keperluan anak.\n\nJika satu terapis sudah \u2018discharge\u2019\u00a0 anak anda sebelum ini, mungkin ada isu lain yang perlu dilihat oleh terapis lain.\n\nBoleh jadi juga, 2 bulan lepas terapis sudah \u2018discharge\u2019\u00a0 anak anda, tetapi tiba-tiba bulan ini anak menunjukkan perilaku yang merunsingkan atau regresif dalam perkembangannya. Hubungi semula terapis anak anda untuk penilaian semula dan berbincang tentang kerunsingan anda ini.\n\nSebagai ibu ayah, apa jua isu yang membelenggu diri kita tentang anak-anak, segera berusaha cari jalan\u00a0penyelesaian\u00a0untuk membantu mereka. Usah bertangguh kerana ia mungkin boleh menyebabkan isu tersebut bertambah kritikal.\n\nSemoga dengan penerangan tentang isu \u2018speech delay\u2019\u00a0 ini, ia membantu kita semua sebagai ibu ayah untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak tercinta."
"Nota Editor : Sebagai ibubapa, menjadi tanggujawab kita untuk peka terhadap perkembangan anak-anak. Antaranya adalah dari sudut konumikasi. Tanpa kita sedar, perkara yang nampak enteng ini mampu memberi kesan mendalam kepada perkembangan anak-anak.\n\nArtikel ini berkongsi fasa-fasa pertumbuhan komunikasi seorang kanak-kanak. Dengan ini, kita dapat mengambil tindakan dengan lebih cepat apabila mengetahuinya.\n\nPada kebiasaannya, kanak-kanak yang baru belajar untuk bertutur akan mengalami masalah untuk menyebut setiap bunyi perkataan dengan betul. Setiap proses dan bunyi pertuturan mempunyai julat umur tersendiri untuk kanak-kanak menyebutnya.\n\nKesalahan sebutan pada bunyi-bunyi perkataan ini dikenali sebagai proses fonologi . berikut adalah jenis-jenis proses fonologi yang biasanya dilakukan oleh kanak-kanak dan umur dimana proses tersebut sepatunya sudah hilang.\n\nProses ini terjadi apabila kanak-kanak tidak menyebut bunyi pertama perkataan. Sebagai contoh:\n\nProses ini biasanya sudah hilang pada usia 3 tahun 6 bulan ke 4 tahun\n\nSekiranya proses-proses fonologi tersebut masih berterusan melebihi julat umur yang sepatutnya, sila rujuk kepada Terapis Pertuturan-Bahasa berhampiran anda untuk penilaian dan nasihat."
"Ada tetamu nak datang? Tak tahu nak hidang apa? Buntu? Sebab menu-menu yang terfikir semuanya leceh dan makan masa. Jangan risau kami di bidadari boleh membantu anda. Ini dia menu mudah untuk tetamu sekelip mata sahaja dah siap. Tapi bukan menu biasa-biasa ya. Masih grand orang putih kata. Menunya adalah Mee Rebus Daging. zup zap zup zap siap. Kalau ada periuk pressure cooker macam Noxxa tuh lagilah. Siap boleh berehat tau. Dan yang paling penting bahan-bahannya pun tak susah nak mencari. Ok. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Nasuha Mustaffa\n\n1) Rebus daging sampai empuk, kemudian daging dipotong kecil dan ketepikan air rebusan daging tadi. Masukkan semua bahan kisar, serbuk rempah dan cili kisar ke dalam periuk dan tuang dalam 500ml air (ikut citarasa memasing), masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan letak atas api .\n\n2) Kacau semua bahan sehingga sebati, baru masukkan daging yang telah dipotong, biarkan kuah hingga mendidih, masukkan garam, gula, kiub ayam @ bilis. Masak sehingga ianya secukup rasa.\n\n3) Bancuh tepung gandum @ tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah yang mendidih. Kacau dan rasa sehingga puas hati. Tutup api dan boleh makan.\n\nSenang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Mee Rebus Daging ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
"Anda pernah dengar tentang daun semambu? Mungkin anda biasa dengar orang kata daun semambu boleh digunakan untuk mengatasi gatal-gatal akibat chicken pox. Namun kenalkah anda bagaimana rupanya? Dan tahukah anda bahawa yang sebenarnya daun semambu mempunyai 1001 khasiat selain digunakan untuk mengatasi demam cacar dan demam campak. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tentang kelebihan khasiat daun semambu.\n\nPokok Semambu atau juga dikenali sebagai daun mambu adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Nama saintifik bagi daun semambu ialah Azadirachta indica. Daun semambu dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Terdapat pelbabagi nama lain bagi daun semambu seperti:\n\nDaun semambu adalah sejenis pokok perubatan yang digunakan dalam kaedah perubatan alternatif di seluruh dunia kerana terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan tersebut. Sifat anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus adalah kelebihan yang tidak dapat dijumpai dalam tumbuhan lain menjadikan pokok semambu begitu istimewa. Tak hairanlah kenapa ia telah digunakan sejak ratusan tahun yang lalu.\n\nDaun semambu adalah pokok 1001 kegunaan yang selalunya didanam di halaman rumah. Jika anda mempunyai pokok semambu, jangan terkejut kalau rumah anda sering dikunjungi oleh orang yang tidak dikenali untuk meminta sedikit daun semambu yang anda tanam. Di antara kegunaan daun semambu ialah:\n\n1.Mengurangkan kegatalan akibat demam campak dan demam cacar\n\nIni adalah kegunaan daun semambu yang paling diketahui ramai. Bila ada ahli keluarga yang terkena dua penyakit ini, pasti ada yang akan mencadangkan anda untuk mencari daun semambu untuk mengurangkan kegatalan yang dialami. Bagaimana cara untuk menggunakan daun semambu bagi dua penyakit ini? Anda boleh gunakan daun semambu dengan cara:\n\nDaun semambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan penyakit kulit dengan berkesan. Di antara penyakit kulit yang boleh diatasi dengan daun semambu ialah:\n\nCaranya ialah dengan cara menumbuk daun semambu sehingga lumat dan ditampal pada bahagian kulit yang bermasalah. Anda juga boleh amalkan mandi dengan air daun semambu yang telah diramas. Amalkan selalu dan anda akan melihat kesannya kepada kulit anda.\n\nMungkin anda tidak tahu bahawa daun semambu boleh digunakan untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran. Ia boleh digunakan sebagai rawatan kecemasan sebaik sahaja terbakar dan boleh juga digunakan untuk luka terbakar yang lama dengan tujuan untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan parut. Caranya ialah:\n\nKegunaan daun semambu yang seterusnya ialah sebagai rawatan kulit kepala bagi mencegah dan mengurangkan masalah keguguran rambut, mengurangkan uban , mengtasi kegatalan kulit kepala dan merawat kelemumur. Caranya:\n\nDaun semambu juga sangat berkhasiat untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Ianya membantu mengatasi masalah penghadaman dan pencernaan, mengatasi sembelit dan memulihkan fungsi usus. Caranya ialah dengan meminum air rebusan daun semambu apabila berasa perut tidak selesa.\n\nAnda pasti terkejut jika kami katakan bahawa daun semambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan toksin dari darah. Toksin yang terkumpul dalam tubuh badan akan menjadi racun lalu menyebabkan tubuh badan berasa lemah dan tidak bertenaga, malah lama-kelamaan toksin akan bertukar menjadi penyakit. Itulah sebabnya kenapa toksin perlua dikeluarkan dari tubuh badan. Untuk menghilangkan toksin dari badan, amalkan meminum air rebusa daun semambu dan amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu.\n\n7. Mengawal paras gula dalam darah\n\nKhasiat daun semambu yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah untuk mengawal paras gula dalam darah. Adalah sangat penting untuk kita memastikan bahawa paras gula dalam darah berada dalam bacaan yang normal. Ini kerana bacaan gula yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menjejaskan kesihatan. Cara untuk mengawal paras gula dalam darah ialah dengan cara minum air rebusan daun semambu setiap hari pada waktu pagi dan petang sehingga bacaan gula anda menjadi normal.\n\nItulah dia perkongsian tentang daun semambu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pokok dukung anak dan idea pokok hiasan dalam rumah"
"Selalunya orang membuat spaghetti carbonara menggunakan cheese. Namun tidak semua orang suka cheese. Lagi kanak-kanak yang tidak suka cheese sebab rasa muak. Oleh itu kami bawakan kepada anda resepi spaghetti carbonara tanpa cheese yang rasanya amat lazat seperti pakai cheese.\n\nSpaghetti carbonara menjadi kegemaran ramai. Hidangan itali ini berasaskan keju, lada hitam dan susu full cream. Rasanya yang penuh krim memang favorit sehingganya kalau buat jamuan/majlis menu ini akan habis lebih dulu.\n\nLain halnya dengan resepi spaghetti carbonara yang dikongsikan oleh Zila Rahim\u200e di Facebook. Meskipun resepi ini tanpa cheese, namun rasanya tetap kental dan creamy kerana dipengaruhi oleh susu dan sos carbonara yang asalnya memang penuh krim.\n\nMakan satu pinggan mesti takkan cukup. Lagi kalau diberi sosej, daging dan meatball. Pergh, memikat sungguh! Sila cuba resepi perkongsian di bawah ini.\n\nSelain resepi spaghetti carbonara tanpa cheese, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Demam, batuk, dan selesema? Hal-hal ini tdak dapat dinafikan boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan boleh mengurangkan produktiviti kerja seharian kita. Mari kita sama-sama baca perkongsian daripada Dr. Suri Roowi mengenai langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk meringankan kesan-kesan daripada masalah-masalah tersebut.\n\nMemandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.\n\nBawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.\n\nSelepas itu barulah ditambah air suam. Sebaiknya diambil bersama madu.Dapatkan madu yang asli\n\n2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.\n\nCaranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.\n\nCara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit.\n\nEnzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.\n\nMadu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.\n\n5. Minum yoghurt atau madu kelulut\n\nLactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus\u00a0banyak juga dalam madu kelulut.\n\nTerdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk.\n\nTips seterusnya akan dikongsikan dalam posting akan datang (Tips 7-12).\n\nSelamat mencuba dan dapatkan nasihat doktor anda.\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di link-link berikut: Tips 1, Tips 2-3, Tips 4-6"
"Sesiapa sahaja pasti berasa tenang apabila mendengar anak-anak berbicara dengan menggunakan kata-kata yang indah. Kata-kata kesat yang keluar daripada mulut anak-anak pula, pasti menjadi kurang enak pada halwa telinga kita.\n\nKetahuilah bahawa segala-galanya bermula daripada rumah. Kita sebagai ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak agar berbicara dengan menggunakan kata-kata yang baik setiap hari.\n\nBerikut merupakan 3 kata-kata \u2018magic\u2019 iaitu perkataan yang cukup mudah tetapi sangat penting dan memberikan kesan yang mendalam dalam diri kita dan anak-anak. Ayuh ajarkan 3 kata-kata \u2018magic\u2019 ini kepada mereka sejak kecil lagi.\n\nSetiap hari, pasti kita akan meminta pertolongan daripada anak dan anak juga akan meminta bantuan daripada kita.\n\nSetiap kali kita ingin meminta pertolongan anak, selitkan perkataan \u2018tolong\u2019 tersebut dan didik mereka untuk mengucapkannya juga apabila ingin meminta bantuan.\n\nPercaya atau tidak, ajaibnya ayat yang mempunyai perkataan \u2018tolong\u2019 ini, ianya pasti mendatangkan kelainan rasa yang sukar untuk diungkapkan di hati kita dan anak-anak, berbanding dengan tiadanya perkataan tersebut ketika ingin memohon bantuan.\n\nBayangkan, sekiranya kita telah menolong seseorang atau memberikan sesuatu kepadanya, tetapi tiada sedikit pun ucapan terima kasih diungkapkan oleh mereka, hati kita sebagai manusia biasa pasti berasa terkilan.\n\nOleh itu, ajarkan ucapan terima kasih kepada anak-anak setiap kali mereka menerima sesuatu barang atau pertolongan daripada individu lain.\n\n\u2018Magic\u2019 sungguh ucapan terima kasih ini, kerana ia dapat menerbitkan rasa dihargai kepada si pemberi dan menyemai rasa bersyukur di hati penerima.\n\nKita semua tidak sempurna. Selagi kita bernafas di muka bumi ini, kita pasti akan melakukan kesilapan demi kesilapan dan belajar daripada kesilapan tersebut.\n\nMungkin sebahagian daripada kita berasa sangat sukar untuk meminta maaf kepada orang lain sekiranya kita melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, kita seharusnya mengajarkan anak ucapan maaf ini dengan cara mempraktikkannya bersama anak-anak.\n\nSekiranya kita secara tidak sengaja membuat kesilapan terhadap anak-anak, tidak salah untuk kita memohon maaf kepada mereka. Ya, ianya mungkin bukan perkara yang mudah. Tetapi percayalah, sekiranya anak telah dibiasakan dengan ucapan maaf ini, mereka juga pasti akan menjadikan ianya sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka kelak.\n\nKeajaiban ucapan maaf ini jika kita terima seikhlasnya, ia dapat menyejukkan dan melembutkan hati, serta mengubati hati yang terluka.\n\nKita sebagai ibu bapa perlu sedaya upaya berusaha menjadikan diri sebagai contoh teladan terbaik buat anak-anak. Anak-anak adalah amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas ibu bapa. Kita seharusnya mencorakkan mereka dengan akhlak terpuji dengan dihiasai didikan ucapan kata-kata yang indah.\n\nSekiranya anak-anak berbicara yang kurang enak kerana terikut-ikut dengan persekitaran mereka, nasihati dan perbetulkan kesilapan mereka dengan cara yang baik.\n\nSemoga atas kesopanan budi bahasa anak-anak kita, mereka akan menjadi hamba yang diredhai Allah, tidak meninggi diri dan menjadi insan yang dihormati masyarakat kelak."
"Pengalaman mengandung anak pertama pastinya akan sentiasa menjadi memori yang paling indah dalam hidup seorang wanita. Bayangkan dalam hidup anda, ini adalah pertama kali buat banyak perkara. \n\nPertama kali tahu ada seorang insan sedang membesar dalam rahim anda, pertama kali merasai pengalaman mengandung, pertama kali merasa morning sickness, dan yang paling manis pertama kali anda akan berasa bayi bergerak dalam rahim anda.\n\nJika anda baru disahkan mengandung dan sekarang berasa berdebar-debar, risau, takut, gundah gulana dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jom kami bantu anda. Mungkin sedikit coretan tentang pengalaman mengandung anak pertama yang akan kami kongsikan sebentar lagi dapat membantu anda.\n\nPastinya anda nak tahu macam mana kami sedar yang kami sedang mengandung. Apakah tanda-tanda dan simptom yang kami alami sebaik sahaja ada janin yang menghuni rahim kami. Yang sebernarnya Allah mencipta tubuh badan wanita dengan sangat unik di mana tubuh badan kita akan mengeluarkan signal untuk memberitahu bahawa kita sedang mengandung. Di antara tanda-tandanya ialah:\n\nApa yang perlu dilakukan apabila mengandung?\n\nPertama sekali, kami ucapkan tahniah kerana anda sudah mengandung dan bakal menimang cahayamata lambang cinta anda berdua. Mengikut pengalaman mengandung anak pertama kami dahulu, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan sebaik sahaja mengetahui bahawa anda mengandung:\n\nApakah persediaan untuk bersalin yang paling penting untuk anak pertama?\n\nSemasa mengandung anak pertama pastinya anda akan berasa sangat teruja terutamanya semasa membeli persiapan bersalin, berpantang, dan barangan bayi. Namun ketahuilah bahawa yang sebenarnya anda tak perlu membazirkan duit untuk membeli kesemua barang ibu dan bayi yang ada di pasaran. Anda boleh berjimat dengan membeli barang yang betul-betul perlu sahaja. \n\nBerdasarkan pengalaman mengandung anak pertama kami dahulu, berikut adalah di antara barang yang wajib anda beli bagi memudahkan perjalanan urusan harian anda semasa berpantang nanti. Di antaranya ialah:\n\nSebagai ibu yang pertama kali mengandung, pastinya anda tak tahu apakah tanda nak bersalin. Di antara tanda nak bersalin yang biasanya akan dirasai oleh ibu ialah:\n\nApabila air ketuban anda pecah, atau anda mula berasa sakit, ia adalah petanda anda dah nak bersalin. Bolehlah anda bersiap-siap untuk ke hospital dan bersedia dengan beg hospital. \n\nItulah dia info tentang pengalaman mengandung anak pertama yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini pastinya anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang alahan ibu mengandung, khasiat safron untuk ibu mengandung, dan asid folik untuk ibu mengandung."
"Asas makeup untuk memastikan wajah kekal lembab dan cantik berseri-seri adalah dengan menggunakan foundation. Ia juga digunakan sebagai bedak asas mengikut kesesuaian kulit masing-masing.\n\nSelain mencantikkan wajah, foundation terbaik berfungsi mengurangkan masalah kulit wajah berminyak supaya kelihatan lebih normal dan flawless. Barulah pakai makeup pun tahan lama sampai setengah hari! \n\nJom kami kongsikan 13 jenis foundation terbaik paling berkesan dan dipercayai ramai. Jangan risau jika tak tahu pilih foundation terbaik, jenama di bawah pasti membantu anda.\n\nFoundation Alha Alfa mempunyai peminatnya tersendiri dan mempunyai khasiat yang bagus. Bukan sahaja mencantikkan, tetapi ia juga dapat memutihkan wajah sekiranya anda kerap memakainya.\n\nMaybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation\n\nFoundation terbaik ini merupakan antara jenama yang sudah dipercayai ramai dan berkesan digunakna. MAYBELINE hadir dengan faoundation yang terdiri dari 19 warna untuk dipilih. \n\nFoundation ini menjanjikan kemasan serbuk matte bagi menghasilkan rupa kulit yang lebih cantik dan licin. Ia sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit wanita Asia walaupun berkulit normal dan berminyak. \n\nELIANTO Whitening Stick Foundation (04 Classic Beige) \n\nFoundation terbaik Elianto sangat mudah diguna dan ia amat sebati pada permukaan kulit. Teksturnya sangat ringan dan cantik apabila dipakai malah tidak melekit pada kulit wajah.\n\nUntuk pengetahuan anda, Elianto ini juga boleh dijadikan pemutihan kulit kerana adanya kandungan SPF60 + / PA ++. Bukan sahaja terlindung dari cahaya matahari, tetapi juga kulit lebih lembab semulajadi dan menutup cela-cela kulit wajah.\n\nL\u2019Oreal Paris True Match Liquid Foundation SPF16\n\nFoundation terbaik berkesan dan dipercayai dari L\u2019oreal Paris ini menjadikan kulit tampak semulajadi, berseri dan lebih sihat. \n\nSelepas memakainya, anda bebas ke mana sahaja kerana ia memiliki perlindungan UV untuk kulit selama 24 jam. Tona warna kulit juga nampak lebih cantik dan berbeza.\n\nSangat terkenal suatu masa dahulu, OKAYA adalah foundation terbaik sekiranya anda ingin nampak kulit putih dan licin. Ia esuai untuk semua jenis kulit dengan tujuan untuk melembutkan, menyeimbangkan kulit dan menghaluskan wajah tanpa meninggalkan kesan berminyak ketika dipakai. \n\nSelain itu, ia boleh membaiki kerosakan pada permukaan kulit walaupun kulit jenis kering, berminyak dan sensitif. Kaya dengan vitamin E,C, minyak omega, masalah penuaan yang cepat juga dapat dielakkan.\n\nNars Foundation sangat terkenal sebagai foundation terbaik untuk bakal-bakal pengantin yang mengambil servis mekap. Tekstur kulit nampak lebih licin, flawless dan putih tanpa bercapuk. Ia dapat mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah dan sesuai untuk semua jenis kulit.\n\nFoundation terbaik yang berfungsi sebagai krim asas solekan ini mampu menutup kesan jerawat dan melindungi cela jerawat. Wajah akan tambah lebih bersih, cerah dan cantik berseri.\n\nTiada lagi kulit kusam dan tidak bermaya. Ia sesuai digunakan untuk kulit jenis normal mahupun sensitif. Foundation dari ELF ini mengandungi sid Salicylic, Witch Hazel, Camphor, Tea Tree dan Soothing Aloe. Foundation yang berfungsi sebagai full coverage. Ia juga dapat menghapuskan sel kulit mati dan jerawat.\n\nMAC Pro Longwear Nourishing Waterproof Foundation \n\nsiapa kata foundation bersifat kalis air tidak ada! Ini adalah foundation terbaik yang kalis air iaitu dari jenama MAC. ia turut boleh digunakan sebagai concealer bagi menutup cela dan pemakaiannya boleh bertahan sehingga 24 jam paling maksimum. \n\nTekstur foundation ini sangat ringan dan semulajadi apabila dipakai pada kulit. Ia juga turut menyediakan penghidratan segera dan sesuai untuk pemakaian jangka panjang kerana sifatnya yang bebas minyak. \n\nPinkflast foundation ini terkenal sebagai foundation ringan yang tahan lama sepanjang hari serta dapat mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah. Terdapat 5 jenis tona warna foundation yang sesuai untuk jenis warna kulit yang berbeza boleh anda pilih.\n\nG9 BIOAQUA Super Wearing Water Flawless BB Cream\n\nFoundation terbaik ini sangat selesa dipakai, tidak berminyak dan tidak mudah luntur. Percaya ataupun tidak harganya hanyalah RM4.90! Didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Gading Putih, Kuning Cerah dan juga Warna Semulajadi. \n\nKapasitinya adalah seberat 30ml. Ia berfungsi untuk menutup cela terutama pada kawasan dahi dan juga pipi. Jom cuba!\n\nSILKYGIRL Skin Perfect Liquid Foundation (02 Natural) \n\nFoundation terbaik dari Silky Girl ini mengandungi Nano Seaweed Plus Vitamin E yang merupakan ejen anti-oksidan yang kuat menghalang kotoran radikal bebas terbentuk.\n\nFoundation ini mengandungi SPF 30 dan PA +++ dimana kulit akan terlindung dari sinar UVA dan UVB yang berbahaya. Pasti sekali, kulit bukan sahaja terlindung, tetapi lebih cantik dan mekap akan tahan lama.\n\nL\u2019Oreal Paris Infallible 24H Fresh Wear Foundation\n\nL\u2019Or\u00e9al Paris dengan produk Infallible 24H Fresh Wear Foundation terbaik ini sangat sesuai digunakan untuk kulit wajah dewasa dan berusia. Wajah akan tampil ceria, cantik dan segar, tak kusam lagi. Walaupun memakai selama 24 jam, wajah masih lagi berseri dan mekap tahan lama.\n\nTahan sehingga 24 jam sememangnya menjadi pilihan wanita bekerjaya, untuk mekap kekal cantik di wajah. Foundation Revlon juga merupakan salah satu foundation terbaik untuk tampak wajah flawless dan lembab sepanjang hari. \n\nBerikut adalah foundation terbaik yang sesuai untuk kulit wajah wanita di Malaysia atau orang asia. Jom baca juga stroller travel terbaik Malaysia, termometer terbaik di Malaysia, seterika terbaik dan microwave oven terbaik Malaysia.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my"
"Pasta Carbonara selalunya memakan masa untuk menyediakannya. Kalau kita hendakkan ianya cepat pasti kita akan membeli sos segera sahaja. Walaubagaimanapun, anda juga boleh menyediakan pasta carbonara yang lazat, tanpa sos segera dalam masa 10 minit sahaja!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Aida Magdalina dan telah mendapat perkongsian yang ramai di laman Facebook milik beliau. Jom kita lihat!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!"
"Hari ini macam sedap kalau dapat makan tomyam seafood dengan nasi putih panas-panas. Kalau makan di kedai mesti rempah atau kuahnya lebih banyak daripada isi seafood bukan?\n\nTak salahkan mereka.Mestilah orang kedai kena fikir tentang untung rugi juga bukan.\n\nSupaya dapat puas makan, memang sebaiknya buat sendiri tomyam seafood. Berselera tengok tomyam di dapur, puas makan dengan nasi putih, tambah pula makan dengan telur dadar, amboi makin sedap makan!\n\nUntuk dapatkan citarasa tomyam seafood yang sedap, kami cadangkan anda untuk meniru resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi didatangkan daripada Fara Amirullah di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi tomyam seafood, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jom buat popia hari ini! Resepi daripada Mem Nurr Laila\u200e di laman Facebook.\n\nPopia isi sayur macam biasa namun menggunakan sambal yang menyalut popia. Berbeza dengan popia biasanya yang tanpa disalut. Resepi ini menggunakan sambal yang rasanya pedas dan manis.\n\nOlahan popia sayur ini sangat menarik perhatian ramai. Kerana walaupun popia disalut sambal, ianya sentiasa rangup dan garing. Rahsianya ialah popia digoreng extra garing tapi bukan hangit supaya kekal rangup.\n\nResepi sambal ini untuk 1 kg gula. Nanti kalau anda buat sendiri boleh pecahkan nisbahnya. Popia sayur pula sesuai untuk dihidangkan sebagai hidangan pencuci mulut pada mesyuarat misalnya atau pada acara tertentu. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi popia sayur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bihun antara makanan ruji orang Malaysia. Boleh direbus dibuat sup dimasak sebagai bihun sup utara popular. Atau dimasak dengan sup soto dijadikan bihun soto. Paling mudah dijamu pada tetamu kerana bihun kering tahan lama dan boleh dihidangkan pada tetamu terutama yg datang mengejut tanpa notis. Memasaknya juga mudah malah sedap.\n\nPaling penting bihun masakan popular dalam menu kenduri atau majlis-majlis kerana ia mengenyangkan, mudah dimasak dan tidak mudah basi. Mari cuba bihun popular belah selatan iaitu bihun goreng Singapura. Berwarna putih dan menggunakan lada hitam untuk menghasilkan rasa pedas sensasi lada hitam. Harus dicuba.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Habeebah Md Daud dan telah mendapat 9.3 ribu perkongsian! Katanya resepi ini diturun daripada mak mertua beliau. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi ini dan mencubanya.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nWah, mudah dan cepat bolehlah dicuba minggu ini sebagai menu sarapan pagi atau dijamu pada tetamu. Pasti menjadi bualan tetamu nanti. Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk menekan butang \u201cshare\u201d dan mencuba resepi ini ya!"
"Jom kita lihat perbezaan lelaki dan perempuan.\n\n\u201cBetul ke saya tak nampak gemuk pakai baju ni? Awak saja nak ambil hati saya kan? Cakaplah betul-betul. Janganlah puji untuk sedapkan hati saya.\u201d\n\nAgak-agak kalau anda seorang lelaki dan berada dalam situasi macam ni. Apa yang anda akan jawab? Misalnya isteri anda bertanyakan soalan cepu emas ni. Mesti berpeluh-peluh dibuatnya.\n\nKalau memang benar badan isteri agak gempal, nak berterus-terang rasa serba-salah. Kalau cakap kurus, nampak menipu di situ. Jika isteri anda memang kurus, tetap ada masalah di situ. Jika anda kata kurus, berkali-kali dia akan tanya sehingga puas hati.\n\nSebenarnya, apakah jawapan yang perempuan inginkan? Nak tahu mereka gemuk atau tak, betul ke? Sebenarnya, inilah permainan psikologi seorang perempuan yang lelaki perlu tahu.\n\nSebenarnya bukan jawapan gemuk atau kurus yang diharapkan kerana mereka sedia maklum tentang saiz badan mereka. Soalan ni bertujuan untuk melihat kesanggupan suami menjaga hati mereka. Adakah sang suami gembira dengan saiz badan isteri.\n\nSelain itu, mereka nak tahu pandangan suami tentang baju yang dipakai. Adakah menarik hati suami dan sesuai dengan mereka. Banyak jawapan yang diharapkan daripada 1 soalan tu.\n\nBayangkan pula situasi ni, yang dituturkan oleh seorang suami.\n\n\u201cAbang pakai baju ni sesuai tak? Sayang suka tak?\u201d\n\nApa perbezaan yang paling ketara berbanding dialog isteri tadi? Tentunya soalan yang pendek dan direct to the point. Soalannya tentang pandangan isteri tentang baju yang dipakainya dan sama ada isteri suka atau tak.\n\nMereka tak kisah tentang saiz badan. Tak kisah sangat jika baju itu tak begitu bersesuaian untuk dipakai. Soalan yang ringkas tanpa mengharapkan jawapan yang panjang lebar.\n\nJusteru, tujuan artikel ni ditulis untuk mengupas perbezaan sudut psikologi antara lelaki dan perempuan. Allah menciptakan setiap benda di dunia ni secara berpasangan. Jika lelaki dan wanita mempunyai persamaan dalam semua aspek, maka kurang harmonilah hubungan.\n\nKita memerlukan perbezaan untuk saling melengkapi. Kekurangan isteri ditampung oleh suami dan kelebihan suami dimanfaatkan oleh isteri. Perbezaan inilah yang menerbitkan perasaan sayang dan kasih.\n\nSeorang seperti api, seorang lagi mestilah menjadi airnya. Bayangkan jika kedua-dua api. Pastinya api sentiasa marak hingga hangus terbakar. Jika sama-sama air pula, hambar pula hubungan. Jom tambahkan pengetahuan tentang psikologi lelaki dan perempuan.\n\nJika ada masalah, lelaki lebih suka berdiam diri dan menyimpan dalam hati. Mereka tidak suka membebankan orang di sekeliling dan juga tak mahu nampak lemah. Oleh itu, seboleh-bolehnya mereka akan mencari jalan untuk menyelesaikannya sendiri.\n\nKaum perempuan lebih cenderung untuk berterus-terang jika ada masalah yang menimpa. Mereka tak boleh menyimpannya lama-lama dalam hati. Selain ibu, adik-beradik perempuan, sahabat akrab menjadi tempat luahan perasaan.\n\nCuba tanya pasangan anda bila dan di mana kali pertama bertemu. Pasti mereka akan termenung panjang. Ini kerana daya ingatan orang lelaki lebih lemah berbanding perempuan. Ini disebabkan bagi mereka mengingati tarikh atau sesetengah perkara nampak remeh.\n\nFitrahnya lelaki banyak memfokuskan perkara yang berat dalam hidup seperti pekerjaan, masa depan keluarga, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Oleh itu, ingatan mereka lebih ringkas tetapi bekerja dengan kompleks.\n\nUniknya perempuan mereka boleh ingat berat anak-anak masa dilahirkan, lengkap dengan tarikh dan masa. Ini kerana perkara-perkara sebegini memberi memori indah dalam hidup mereka. Itulah sebabnya mereka ingat tarikh lahir pasangan, tarikh tunang dan nikah.\n\nApabila berkomunikasi secara berdepan atau dalam mesej, lelaki cenderung menggunakan ayat-ayat yang pendek dan mudah. Jarang kedengaran mereka membebel dan menjawab sesuatu dengan penerangan panjang lebar.\n\nBerbeza pula dengan perempuan, bagi mereka lebih banyak bertanya menandakan mereka mengambil berat. Sebab itulah mereka gemar menaip panjang-panjang, jika jawapan lelaki pendek, memang cari gaduhlah.\n\nLelaki lebih suka sembunyikan emosi berbanding menunjukkannya, lebih-lebih jika sedang sedih atau marah. Mereka amat bijak mengawal emosi. Itulah sebabnya apabila bergaduh, mereka lebih tenang dan tidak gemar mengungkit semua perkara.\n\nPerempuan dan air mata sukar dipisahkan. Walaupun kuat beremosi secara luarannya, namun dari segi kekuatan emosi mereka lebih baik. Itulah sebabnya walau sedang demam, mereka masih boleh masak dan mengemas rumah.\n\nEmosi yang diluahkan ketika marah bukannya untuk menunjukkan kekurangan diri atau pasangan tetapi untuk menarik perhatian. Kadangkala, tu saja cara nak menyedarkan kaum lelaki yang ego dan sukar difahami.\n\nHobi orang lelaki dan perempuan agak berbeza. Ini sesuai dengan bentuk fizikal, kekuatan, kemampuan dan sebagainya. Mereka lebih berminat dengan sukan seperti bola sepak, tinju dan bola keranjang. Ada juga yang suka mengubah suai kereta, menukang, memancing dan sebagainya.\n\nManakala perempuan lebih meminati hobi yang memberi manfaat kepada orang lain seperti memasak, membuat kek dan biskut serta menjahit. Ada juga yang suka membaca buku, menghias rumah dan sebagainya. Minat mereka lebih ringkas dan mudah.\n\nIni ialah topik yang paling digemari oleh lelaki. Fakta ni tak boleh disangkal. Mereka suka melihat perempuan yang cantik (bukan semua) dan seks merupakan perkara yang selalu bermain dalam fikiran.\n\nBagi perempuan pula, lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin, memandang lelaki bukan lagi keutamaan. Nafsu mereka lebih kepada pakaian, beg tangan, hiasan rumah, barang kemas dan sebagainya.\n\nAnda bersetuju dengan semua kenyataan yang diberikan ni? Sebenarnya, tiada kajian khusus yang mengatakan terdapat perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan dari sudut psikologi.\n\nKesemua ciri-ciri ni bergantung kepada agama, bangsa, budaya, persekitaran, cara didikan dan pendidikan seorang lelaki dan perempuan. Ada lelaki yang suka membaca buku dan ada pula perempuan yang suka menonton perlawanan bola sepak.\n\nAda lelaki yang suka bergosip dan banyak cakap. Manakala, ada perempuan yang lebih pendiam dan bercakap yang perlu saja. Semua ni berbeza antara setiap individu. Senarai yang dinyatakan di atas hanyalah gambaran umum perbezaan psikologi lelaki dan perempuan.\n\nJemput juga baca lelaki idaman wanita tanda jodoh dan punca masalah rumahtangga"
"Kadang teringin rasanya menjamu selera dengan pancake pisang ala Thailand yang terkenal di Krabi itu. Pancake pisang yang seakan roti canai nipis yang berintikan pisang.\n\nRamai orang sukakan pancake pisang Thai ini. Namunnya, entah bila dapat sampai ke sana. Nasib lah baik orang yang boleh makan original pancake pisang di Thailand. Kita yang jauh ini boleh buat apa.\n\nHal demikian itu jangan dibuat pening. Baik buat sendiri pancake pisang ala Thai di rumah. Rasa sama macam pancake Krabi tersebut.\n\nSyazwAni DaRwiny berkongsikan resepi pancake pisang di laman Facebook. Gerenti sedap, rangup, manis, dan mudah dibuat. Mari tengok resepinya di bawah ini. Jom kita buat pancake pisang ala Krabi.\n\nSelain resepi pancake pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Alamak!! Buntulah nak masak apa untuk open house ataupun jamuan makan-makan dengan keluarga. Asyik-asyik nasi putih berlauk, nasi ayam, nasi minyak. Nak cuba menu baru? Jadi anda bolehlah mencuba resepi Nasi Tomato mudah dan sedap yang dikongsi oleh Aida Fasyee . Pasti tak menyesal.\n\n## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan. Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan .\n\nResepi dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur\n\nBoleh juga cuba versi resepi nasi tomato yang lain.\n\nSelamat mencuba ya. Ok, selain dari resepi nasi tomato ini, terdapat juga resepi menarik yang lain yang telah dikongsikan dalam blog Bidadari ini. Boleh cari di bahagian resepi ya."
"Dalgona milo merupakan hidangan yang telah diubah suai daripada resepi Dalgona coffee. Dalgona milo lebih mesra untuk kanak \u2013 kanak dan sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Dalgona milo juga mempunyai rasa yang sedap tau!\n\nTekstur milo tidaklah sama seperti tekstur serbuk kopi yang lebih ringan. Ianya berat dan jika anda hanya menggabungkan milo dan gula, ia tidak akan memberi hasil yang sama seperti dalgona coffee. Jadi nak tahu cara yang betul untuk menghasilkan dalgona milo? Jom tengok resepi ini.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Tee No-e dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!"
"Pada perkongsian kali ini kami akan berbagi resepi kudapan minum petang berbahan asas ikan dibalutkan kulit popia. Kudapan ini terkenal dengan nama satar g[email\u00a0protected] satar. Makanan ini senang didapatkan di pasar malam.\n\nSiti Zubaidah Hassan\u200e sebagai seorang peniaga satar yang sudah berpengalaman berkongsikan resepi popia satar gulung yang beliau jual. Bahkan perkongsian resepi dia telah mendapat share yang ramai di laman Facebook.\n\nSatar diperbuat dengan menghancurkan isi ikan, namun dalam perkongsian ini cik Siti menggunakan cara ringkas iaitu menggunakan isi ikan segera sebanyak 3 kilo. Isi ikan kemudian dicampurkan dengan bawang, cili padi, halia, dan daun kesum yang dikisar kasar hingga merata. Akhir sekali gulung dengan kulit popia. Satar ini rangup diluar pedas di dalam. Selamat mencuba.\n\nResepi Satar Gulung @ Popia Satar\n\nSelain popia satar, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan \u00a0penghasilan nanah atau abses.\u00a0 Bisul boleh merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah.\n\nBisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak. Jom kami kongsikan petua hilangkan bisul dengan cepat tanpa perlu berjumpa doktor.\n\nMasukkan\u00a0satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.\n\n2. Campuran madu, tepung & kuning telur\n\nUntuk petua ini, anda memerlukan 1 sudu madu, 1 sudu tepung dan 1 biji kuning telur. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati & sejukkan didalam peti ais. Apabila sudah sejuk, sapukan ke atas bisul dan biarkan sehingga kering. Apabila campuran kering, letakkan yang baru. Ulang sehingga bisul anda kecut.\n\nSapukan kapur sirih ke atas bisul supaya cepat kecut. Apabila kapur sirih kering, sapukan lagi. Ulang sehingga bisul anda kecut.\n\nAmbil seulas bawang putih & tumbuk sehingga halus. Letakkan di atas bisul dan balut supaya bawang tidak jatuh. Ulang sehingga bisul anda mengecut.\n\nAmbil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Biarkan semalaman. Mungkin anda akan terasa pedih sedikit. Kalau tak tahan pedih, basuh dengan kedar segera. Ulang sehingga bisul anda kecut.\n\nRendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup didalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Apabila kering, gantikan dengan campuran yang baru. Ulang sehingga bisul anda hilang.\n\nKunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul. Biarkan sehingga kering. Kepada anda yang tak pernah makan sirih, apabila dikunyah, rasanya agak pedas. Kena tahan sikit. Ulang sehingga bisul anda tiada lagi.\n\nRendamkan uncang teh dalam air panas sehingga kembang. Apabila sudah suam, tekapkan uncang teh tadi ke atas bisul. Apabila uncang teh menyejuk, rendam semula sehingga panas. Ulang setiap 3 jam. Uncang \u00a0teh tadi jangan pula diminum selepas tu, ada banyak bakteria.\n\nMinyak tea-tree telah digunakan selama berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Namun harus diingat, minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika rasa sakit atau bisul menjadi semakin merah.\n\nUbat homeopati juga boleh digunakan untuk menghilangkan bisul. Di antara ubat homeopati yang berkesan untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris, silicea 30c dan Bryonia 200c. Apa salahnya mencuba, kan? Mana tahu kot serasi.\n\nTeh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria yang menjadi punca bisul. Kalau anda terkena bisul. minum teh herba untuk membunuh bakteria yang ada dalam badan anda.\n\nUbat salap yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan yang disebabkan oleh bisul.\n\nTumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul hilang.\n\n14. Buah delima & daun lidah buaya\n\nAsah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.\n\nMengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Gunakan sabun antibakteria bagi individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.\n\nElak diri dari memakai pakaian yang ketat kerana pakaian ketat boleh menyebabkan anda banyak berpeluh. Peluh yang banyak menyebabkan banyak bakteria ada pada tubuh badan.\n\nJangan menggaru kulit kerana kulit yang terluka akan menyebabkan bakteria punca bisul masuk ke dalam kulit.\n\nGunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang luka untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.\n\nCuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan nanah dari bisul yang pecah.\n\nJangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menyebabkan jangkitan masuk lebih jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh menyebabkan bisul merebak ke tempat-tempat lain.\n\nApabila bisul terjadi, tuamkannya dengan tuala panas selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul & menggalakkannya untuk pecah dengan sendiri. Selain itu, anda juga boleh menggunakan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan kesakitan akibat bisul.\n\nMakan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.\n\nApabila bisul telah pecah, cuci bahagian tersebut secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain. Teruskan menuam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.\n\nCuci tangan sehingga betul-betul bersih sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yang terkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.\n\nJika terkena bisul, mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.\n\nItulah dia 25 petua hilangkan bisul yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga perkongsian kami bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel petua sakik tekak, petua hilangkan migrain dan petua hilangkan gastrik"
"Musim durian telah pun tiba, gerai jualan durian pula sangat ramai diburu peminat durian di mana saja berada. Selalunya kalau beli durian mestilah tidak cukup satu, kena beli banyak juga.\n\nNamun kadang makan durian satu saja sudah cukup kenyang dan kadang mulai bosan makan terlampau banyak. Apakata kalau anda simpan dulu durian tadi untuk kemudian dibuat jadi durian crepe?\n\nCrepe ialah dessert sejenis pancake yang sangat nipis, ia terbuat daripada pelbagai jenis tepung. Crepe dibuat senipis mungkin dan biasanya diberi inti seperti nutella, pisang, strawberry, butter dan lain-lain.\n\nDurian crepe pula ianya menggunakan inti durian dengan whipping cream dan dibalut dengan kulit crepe yang sangat nipis. Semakin nipis kulit maka semakin sedap rasa crepe.\n\nSila buat resepi crepe durian lemak berkrim yang sangat viral ini, dengan inti durian yang sangat sedap dan aroma yang merangsang selera. Resepi yang dikongsikan oleh \u200eShah Sue\u200e di laman Facebook ini sangat mudah untuk dicuba. Kesemua gambar dalam resepi ini dikredit oleh\u00a0Syazwani Awang.\u200e\u00a0\n\n1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam satu bekas.\n\n2. Masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati dan masukkan air, susu segar serta pewarna kuning. Blenderkan. Kemudian tapis.\n\n3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17 cm diameter tapak) api sederhana. Sapu kuali dengan sedikit minyak. (Oles guna tisu).\n\n4. Apabila kuali dah panas, angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali sehingga adunan rata dan nipis. Pastikan crepe tadi memenuhi permukaan kuali.\n\n5. Letak kembali kuali di atas dapur untuk seketika dan kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti crepe akan hangit. Crepe ini tidak perlu diterbalikkan kerana ia nipis dan mudah masak.\n\n6. Ulangi langkah sehingga habis. Boleh ditindih bertindan sebab tidak melekat.\n\nCara Membuat Inti Durian dan Whipp Cream :\n\n1. Dalam bekas lain, masukkan isi durian dihancurkan. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya tidak cair.\n\n2. Untuk whipp cream pula, dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500 gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing.\n\n3. Kemudian pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tidak cair.\n\n4. Seterusnya, paipkan whipp cream, isi durian ditengah dan paipkan lagi whipp cream.\n\n5. Balut. Ulangi langkah untuk crepe yang berikutnya.\n\nSelain resepi durian crepe, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bila kita marah berlebihan anak-anak kita, cuba selami diri anda, adakah kerana betul anak-anak itu bersalah seteruk yang dimarah dan dihukum?\n\nSelalunya, ini terjadi kerana kita takut yang tidak berpatutan. Atau kerana kita berasa marah kepada sesaorang. Atau kerana kita benci kepada seseorang. Atau kerana kita khuatir perkara buruk yang mungkin boleh menimpa anak kita.\n\nMarah anak bila anak tidak pandai belajar. Pukul kepala, rotan bagai. Keluar kata-kata yang tidak baik\n\nMungkin kerana sayang sangat pada anak, takut dia bodoh sampai ke tua dan tidak dapat hidup bagai manusia lain\n\nMungkin, apa kata orang lain, bila anak asyik corot. Kasihan pada anak. Kasihan pada diri sendiri juga atau mungkin semasa kita kecil, kita pun dimarahi seperti itu dan sekarang kita menjadi seorang yang tiada keyakinan.\n\nFEAR, FEAR, FEAR, takut kepada yang belum terjadi.\n\nTakut anak bodoh sampai tua, Takut orang kutuk. Takut cikgu denda berlebihan. Takut kalah dengan kawan, sebab anak dia pandai. Takut mak kata tak pandai jaga anak takut, takut, takut\n\nSayang, itu hanya mainan di kepala. Ia bukan kejadian lagi. Ianya hanya movie di minda.\n\nKetahuilah movie di minda anda, ANDALAH directornya. Oleh itu jadilah director yang membina diri anda dan orang di sekeliling anda.\n\nBila anak susah nak faham pelajaran. Tarik nafas dan kuatkan movie dalam minda itu. Movie apa? Movie anda mengajar anak anda dengan baik, dan lihat mukanya gembira kerana dia sudah faham.\n\nTak jadi macam tu pun Ibu.\n\nMemanglah tak jadi, sebab tak percaya dan tak bersedia. Yang tidak percaya itu lebih besar dari yang percaya. Jadilah seperti kereta yang bergerak tapi handbrake on.\n\nJanganlah buat sekali jer. Ia mesti dilakukan dengan yakin dan dengan sungguh-sungguh.\n\nBuat berkali-kali setiap hari, sebelum tidur, bangun tidur, selepas solat, semasa berdoa, semasa menghantar anak ke sekolah, latih minda kita. Kuatkan movie yang anak anda senang faham bila diajar dan suka belajar.\n\nAllah itu Maha Pengasih. Dia mentadbir alam ini dengan Hukum Alam yang tidak berubah-ubah. Dan hukum alam ini bertindak ke atas semua ciptaanNya.\n\nThe Law of Attraction dan The Law of Deliberate Creation, adalah diantara hukum alam itu. Ia mengatakan bahawa, kita akan menarik ke dalam hidup kita apa yang paling kuat dan selalu kita fikirkan. Kita mencipta kejadian perkara yang paling banyak kita fikirkan.\n\nJika yang paling banyak movie di dalam minda itu ialah suami curang, anak pemalas, hidup penuh masalah, maka kita mengundang perkara itu menjadi kenyataan.\n\nKadang-kadang, kita tidak sedar pun kita berfikiran begitu. Namun, kalau kita berada di dalam environment begitu, dengar lagu begitu, tengok tele-novella begitu, baca novel-novel begitu, siap nangis lagi maka ia wujud di dalam minda di bawah sedar kita. Ia menjadi semakin kuat untuk termanifestasi di dalam fizikal.\n\nKata Imam Al-Ghazali; Bila ada sebuah pemikiran di dalam minda dan dikuatkan dengan kusyuk di dalam hati, maka akan wujud satu molekul di alam fizikal. Jika berkali-kali maka molekul itu menjadi benda yang kita nampak sebagai realiti.\n\nLagi satu, kata-kata terlafaz dan tidak terlafaz seorang ibu dan bapa kepada anak-anak mereka adalah merupakan DOA. Maka lafaz dan tidak lafazlah perkataan yang baik-baik. Jika ter, jika ter lafaz atau terfikir yang tidak baik, cancel cancel dan minta berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.\n\nOleh itu sebelum anda hendak marahkan anak dan ini memerlukan anda mendisiplinkan diri anda: Lakukan ini\n\nTapi susahlah nak buat ni semua. Automatik saja terus marah!\n\nMaka jawapan kepada yang mengeluh begitu\n\nSayang nak bagi syaitan kawal diri sayang ke senantiasa dan sampai bila-bila?\n\nBangunlah dari suntikan jarum syaitan dan beristigfarlah. Kita boleh kendalikan diri kita dan berusahalah, kerana Allah kasih kepada mereka yang berusaha memperbaiki diri mereka.\n\n\u201cAllah tidak akan mengubah nasih sesuatu kaum itu sehingga mereka menggubah apa yang ada di dalam diri mereka.\u201d\n\nSemoga kita ambil kembali kemudi hidup kita."
"Jom cuba resepi puding karamel ini!\n\nPuding karamel ialah sejenis pencuci mulut yang sangat enak dinikmati ketika cuaca panas seperti sekarang. Ianya diperbuat daripada bahan \u2013 bahan yang mudah untuk didapati dirumah.\n\nDengar sahaja mengenai puding karamel, sudah tentu mengingatkan kita tentang teksturnya yang lembut dan licin, karamel yang mempunyai sedikit rasa pahit, tetapi sangat manis digabungkan dengan rasa lemak puding yang ramuannya terdiri daripada susu yang berkrim.\n\nWalaubagaimanapun, ianya tidak seperti aiskrim yang akan cair, sebaliknya ia tidak mudah cair. Puding karamel sedap dimakan selepas disejukkan. Lazatnya!\n\nResepi ini telah dikongsi oleh Rohani Ibrahim dan telah mendapat perkongsian sebanyak lebih 2000 di Facebook.\n\nResepi ini daripada Chef Ezani, tetapi dia buat kek puding karamel. Saya tak buat kek, saya buat pudingnya sahaja.\n\n(Gula dipanaskan sehingga cair keperangan. Angkat sejurus gula cair dan biarkan sejuk.)\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat variasi resepi di Bidadari.my yang mudah dan dijamin lazat. Jangan lupa untuk melawat, menekan butang share dan mencubanya. Pasti anda tidak akan menyesal!"
"Daging ialah makanan padat nutrisi. Ia tak rosakkan buah pinggang bagi orang yang sihat walaupun makan tiap-tiap hari. Makan ikut keperluan dan jangan berlebihan.\n\nTiada dalil naqli mahupun saintifik menafikan kesempurnan ciptaan Tuhan ini. Malah kerisauan makan daging sebab kolesterol juga tidak saintifik kerana kolesterol dalam makanan tiada bukti merosakkan kesihatan mengikut garis panduan pemakanan USDA 2015.\n\nAda beberapa golongan perlu berwaspada pada daging:\n\n1) Mereka yang alah: Perlu makan tapi daging segar dalam kuantiti sikit.\n\n2) Mereka yang ada gout: Boleh makan bila badan dah sihat.\n\n3) Masalah buah pinggang: Makan ikut syor doktor/pakar diet.\n\n4) Leaky gut: Ini mungkin sebabnya pesakit autoimun keradangan jika byk ambil daging, sup tulang ataupun kolagen. Pulihkan dulu usus. Tips di bawah amat berguna untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan insha Allah.\n\n1) Daging terbaik sudah semestinya organik dan jenis bebas (free range).\n\nLemaknya boleh dimakan tanpa was-was. Jika tiada kemewahan sedemikian, kurangkan makan bahagian lemak tempat biasa terkumpulnya bahan kimia dan bahan pengganggu hormon (xenoestrogen).\n\n2) Pilih daging segar seperti daging korban\n\nMasak dengan sempurna. Daging segar dan masak sempurna amat penting bagi yang sensitif atau alah daging.\n\n3) Masak menggunakan minyak yang lebih sihat seperti minyak kelapa atau sawit. Elakkan masak menggunakan minyak tak tepu yang senang rosak dan membebaskan toksik aldehyde apabila dipanaskan seperti minyak matahari dan minyak jagung.\n\n4) Sesetengah kuali non stick jika dipanaskan lama terutamanya membebaskan bahan toksik PFOAs DAN PFAs yang berkumpul dalam badan. Pilih kuali lebih selamat seperti seramik atau kuali stainless steel.\n\n5) Elakkan masak pada suhu terlalu tinggi. Membakar terlalu lama menghasilkan PAH dan HCA yang dikaitkan dengan beberapa jenis kanser. Tapi jangan risau..kuantitinya tidak lah begitu banyak..sekali sekala xpe cuma jgn amalkan selalu.\n\n1) Ambil buah dahulu sebelum makan untuk meningkatkan asid perut dan enzim yang membantu pencernaan daging. Makan dengan air asam, belacan juga membantu.\n\nKecuali jika anda ada alahan, migrain, gastritis atau refluks, skip cara langkah ini.\n\n2) Kunyah banyak kali sebelum telan dengan perlahan-lahan menjadikan makanan lebih mudah dihadam dan enzim pencernaan lebih bersedia.. Langkah kritikal ini sering dipandang remeh namun kesannya besar kepada kesihatan.\n\n3) Jangan ambil daging dengan susu. Susu mempunyai protein casein yang sukar dicerna. Beban bertingkat-tingkat tu. Perut/usus senang rosak dan penyerapan zat akan berkurang.\n\n4) Bagi yang nak tambah darah merah (haemoglobin), makan lah dengan vitamin C atau buah sitrus meningkatkan penyerapan zat besi yang tinggi dalam daging ini.\n\nOh terlupa pula, bagi yang zat besi terlebih seperti hemosiderosis atau thalassemia beta selalu buat transfusi darah, perlu waspada juga pengambilan daging kerana risau overload zat besi.\n\n5) Elakkan minum air lepas makan daging kecuali tercekiklah. Cair asid perut dan enzim pencernaan nanti.\n\n6) Elakkan bersenam berat atau tidur sejurus selepas makan daging. Beri masa sejam hingga 3jam untuk pencernaan protein. Qailulah takpelah kejap je tidur.\n\nBaik, begitulah sedikit sebanyak tips makan daging semoga bermanfaat. Perkongsian ini hanyalah sebagai pengetahuan am dan bukan nasihat perubatan ya. Bertanyalah doktor dan pakar diet anda untuk maklumat lanjut."
"Ramai orang tertanya-tanya apakah penyakit ain dan sebabnya? Bagaimana boleh terjadi penyakit ain? Penyakit yang jarang didengari oleh kita tidak mustahil tidak wujud. Ia cuma belum terkena kepada kita. Minta dijauhkan segala penyakit terutamanya penyakit ain ini! Kesannya sangat bahaya dan belum tentu ada ubatnya.\n\nPenyakit ain adalah penyakit yang berlaku akibat iri hati dan hasad orang terhadap nikmat Allah swt yang kita terima tetapi tidak tahu gunakan. Pendek kata, penyakit ain bermula dari mata orang melihat diri kita sehingga menyebabkan satu perasaan kurang senang di hati dalam masa yang sama kita leka dipuji.\n\nAda rupa yang cantik, suami baik dan hensem, kerjaya pula tengah meningkat, kekayaan melimpah ruah., apabila dipuji dia suka. Orang lain melihat kehidupannya yang dipamerkan tetapi dia terlupa ada orang yang dengki dan berharap sebaliknya. Itu bahaya! Tiba-tiba jika ditimpa penyakit, wajah tidak cantik lagi dan lain-lain yang mengejutkan, itulah penyakit ain yang dimaksudkan.\n\nYa, penyakit ain sememangnya wujud dari dahulu lagi dan zaman nabi lagi. Cuma ia jarang berlaku di negara kita ataupun ia memang berlaku, kita sahaja tidak tahu ia adalah penyakit ain. Rujuk hadis di bawah:\n\nPenyakit ain ada ubatnya tetapi sukar, redha dan tawakallah kepada Allah dan ikhtiarlah. Kesannya melibatkan orang yang dipuji dan seronok dipuji. Sebagai contoh, anda bercakap bagus mengenai anak anda dan terlalu berbangga dan berlagak, penyakit ain akan hadir dengan memberi kesakitan atau kesan yang tidak baik kepada anak anda. Mohon dijauhkan daripada memuji-muji dan meninggi diri.\n\nKisah Penyakit Ain \u2013 Kisah Benar\n\nPerkongsian dari Puan Sharifah Fuhaira berkaitan dengan penyakit ain, katanya dahulu dia tidak percaya dan tidak ambil kisah tentang penyakit ini, namun sekarang beliau banyak melihat dan mengambil iktibar. Beliau berkongsi beberapa buah kisah penyakit ain yang boleh kita jadikan teladan. Jom ikuti kisah-kisah penyakit ain.\n\nAda seorang wanita yang terlalu cantik dan menjadi rebutan ramai lelaki. Wajahnya menjadi igauan kaum lelaki sehingga ramai wanita terlalu hasad dengannya, tiba-tiba wajah yang cantik itu berubah, mulutnya menjadi herot dan senget. Pandangan asad dan pandangan benci orang pada kita atas nikmat yang kita ada adalah sangat bahaya.\n\nBerlaku di Tarin, seorang pelajar memiliki rambut yang amat cantik, lebat, hitam, lawa dan lurus. Rata-rata orang memuji rambutnya. Namun suatu hari rambutnya bernanah, buruk dan busuk sehingga gugur. Bahaya sekiranya pujian tidak disandarkan kepada Allah swt.\n\nDi Tarim juga, setiap bayi yang lahir akan ditulis nama Allah atau MasyaAllah pada dahi bayi tersebut. Sekiranya bayi tersebut dipuji gebu, comel dan sebagainya, mereka akan memuji Allah. Ia akan menjauhkan bayi dari sakit dan meninggal serta penyakit ain.\n\nSahabat Rasulullah SAW sendiri pernah dipuji akan keelokan tubuh badannya. Akhirnya beliau jatuh pengsan selepas dipuji-puji. Semoga kita semua terhindar dari penyakit ain ini.\n\nJika anda perasan, jarang ada kereta yang berkilat dan terlalu cantik di Mesir (selain faktor debu). Sebenarnya kebanyakan daripada mereka sengaja membiarkan calar dan kotor bahkan ada yang sanggup mencalarkan kereta masing-masing kerana takut penyakit ain yang boleh menyebabkan eksiden jika jiran tidak senang dengan mereka.\n\nBegitu sekali mereka, sedangkan ramai di antara kita yang berlumba-lumba nak jadikan kereta yang paling cantik, paling hebat dan dipuji ramai. Semoga dijauhkan daripada penyakit ain.\n\nCara Rawat Penyakit Ain Yang Harus Anda Lakukan\n\nPenyakit ain dari mata jatuh ke hati sehingga terpanahnya racun hati terkena pada orang yang dibenci mempunyai cara rawatannya yang tersendiri. Jika terkena pada diri sendiri dan anak-anak, ikhtiarlah berubat sehabis mungkin.\n\n1. Amalkan Bacaan Ini Kepada Pesakit \u2013 Anak Atau Diri Sendiri\n\nDiriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi shallallahu allaihi wa sallam memohon perlindungan ALLAH untuk Hasan dan Husain dengan doa :\u0623\u064f\u0639\u0650\u064a\u0630\u064f\u0643\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0643\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u064d \u0648\u064e\u0647\u064e\u0627\u0645\u064e\u0651\u0629\u064d \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u064a\u0652\u0646\u064d \u0644\u064e\u0627\u0645\u064e\u0651\u0629\u064d\n\n\u201cU\u2019idzukuma bi kalimaatillaahit taammati min kulli syaithonin wa haamatin wa min kulli \u2018ainin laamatin.\u201d\n\n\u201cAku berlindung kepada ALLAH untuk kalian berdua dengan kalimat \u2013 kalimat ALLAH yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.\u201d (HR. Abu Daud)\n\n2. Tutup Kelebihan Anak Dan Diri Sendiri\n\nImam Ibnul Qoyyim dalam Zadul Ma\u2019ad 4/159 pernah menyebut bahawa ibu bapa harus tidak menampakkan kelebihan yang menakjubkan dari anak mereka. Ini kerana untuk mengelakkan iri hati dalam kalangan orang sekeliling.\n\nUtsman bin Affan Radhyallahu \u2018anhu pernah berkata, \u201cTutupilah (jangan ditampakkan) lubang dagu (yang membuat orang takjub) pada anak itu.\u201d tatkala Beliau meihat anak itu sangat elok rupanya.\n\nPernah pada zaman nabi SAW, \u2018Amir bin Rabi\u2019ah\u00a0telah memuji kecantikan kulit Sahl sehingga tiba-tiba Sahl jatuh pengsan. Nabi memarahinya dan memintanya mandi lalu dimandikan Sahl menggunakan air mandian \u2018Amir bin Rabi\u2019ah. Sejurus itu, Sahl sedarkan diri dan kembali sihat seperti sediakala.\n\nDari \u2018Aisyah radliyallaahu \u2018anhu ia berkata : \u201cOrang yang melakukan \u2018Ain diperintahkan agar berwudlu kemudian orang yang terkena \u2018Ain mandi dari air (bekas wudlu tadi)\u201d (HR. Abu Dawud)\n\nLetakan tangan ke atas kepala penderita \u2018Ain dengan membaca ruqyah: \n\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0642\u0650\u064a\u0652\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u064a\u064f\u0624\u0652\u0630\u0650\u064a\u0652\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064d \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u064e\u064a\u0652\u0646\u064d \u062d\u064e\u0627\u0633\u0650\u062f\u064d \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u064a\u064e\u0634\u0652\u0641\u0650\u064a\u0652\u0643\u064e \u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0642\u0650\u064a\u0652\u0643\u064e\n\n\u201cDengan nama ALLAH, aku meruqyahmu dari setiap sesuatu yang menyakitimu dan dari kejelekan setiap jiwa atau mata yang dengki. ALLAH-lah yang menyembuhkanmu. Dengan nama ALLAH aku meruqyahmu\u201d (HR. Muslim)\n\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u064a\u064f\u0628\u0652\u0631\u0650\u064a\u0652\u0643\u064e \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u062f\u064e\u0627\u0621\u064d \u064a\u064e\u0634\u0652\u0641\u0650\u064a\u0652\u0643\u064e \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u062d\u064e\u0627\u0633\u0650\u062f\u064d \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u062f\u064e \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0630\u0650\u064a\u0652 \u0639\u064e\u064a\u0652\u0646\u064d\n\n\u201cDengan nama ALLAH, mudah-mudahan Dia membebaskanmu, dari setiap penyakit, mudah-mudahan Dia akan menyembuhkanmu, melindungimu dari kejahatan orang dengki jika dia mendengki dan dari kejahatan setiap orang yang mempunyai \u2018Ain (mata dengki)\u201d (HR. Muslim)\n\nBaca juga Al-Falaq, Al-Ikhlash dan An-Naas, Ayat Kursi, bagian penutup surat al \u2013 Baqarah (dua ayat terakhir) dan mendo\u2019akan dengan do\u2019a ruqyah yang syar\u2019i.\n\nItulah dia maksud penyakit ain, kisah dan cara rawat penyakit ain harus anda tahu. Sesungguhnya ia adalah penyakit yang sangat bahaya. Jemput baca juga Penyakit HFMD, Penyakit Tetanus dan Penyakit SLE."
"Dewasa ini, dunia semakin tinggi cabarannya. Justeru itu, pelbagai langkah insentif telah diambil oleh ibubapa untuk mendidik anak mereka untuk bersedia dengan dunia lebih bercabaran.\n\nSalah satunya adalah dengan menggalakkan anak menjadi Al-Hafiz. Disini dikongikan 7 tips menjadi hafiz secara praktikal yang boleh dicuba setiap ibubapa.\n\n1. Luangkan masa setiap hari dengan hanya 30 minit bersama anak selepas solat. Adalah dicadangkan masa yang bersesuaian adalah selepas solat Maghrib.\n\n2. Bermula seawal 2 tahun. Ajak anak bersolat bersama-sama. Tidak mengapa anak yang masih belum mumayyiz ikut/meniru ibubapanya bersolat tanpa kefahaman yang betul.\n\n3. Selepas bersolat, luangkan masa. Ajak anak-anak untuk mengaji bersama atau mendengar bacaan Al-Quran yangg dibaca oleh kita ibubapanya.\n\n4. Luangkan masa untuk mengajarnya mengenal huruf-huruf asas dalam Al-Quran dengan cara yang seronok sambil bergurau senda dan ketawa. Dicadangkan penggunaan Kad Imbas Khadijah kerana mempunyai elemen yg pelbagai untuk menjadikan suasana pembelajaran amat menyeronokkan.\n\n5. Bacakan 1 surah pendek dari Juzuk \u2018Amma yg diulang 3 kali atau lebih dengan tajwid yg betul supaya anak-anak dapat mendengarnya dan ikut mengulanginya seberapa banyak yangg boleh hingga anak-anak dapat mengingatinya.\n\nTidak mengapa jika anak-anak mahu memegang Al-Quran sendiri sambil menunjuk-nunjuk pada mukasurat yang dibukanya walaupun entah apa yang ditunjuknya. Jangan marah. Tunjukkan sahaja cara yg betul memegang Al-Quran dengan baik.\n\n6. Ajak anak mengulangi surah pendek yang dihafaznya pada bila-bila masa supaya ingatannya dapat ditukar menjadi memori.\n\n7. Berikan anak masa untuk menyimpannya sebagai memori kerana ia harus kekal menjadi memori jangka panjang hingga ke akhir hayat. Tapi, sebelum itu kita harus faham yg memorinya hanya baru tersimpan di peringkat memori jangka pendek.\n\nTidak mengapa jika kita bermula dengan surah yg pendek-pendek dahulu. Pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut kemampuan dan ia harus bersifat \u2018sedikit demi sedikit\u2019 dalam jangka masa panjang.\n\nDengan kesabaran dan keinginan yg tinggi serta doa kepada Yang Maha Pemberi, Insha Allah, anak-anak permata syurga kita boleh menjadi penyelamat kepada kita dan memakaikan kita mahkota terindah di Dunia abadi kelak."
"Masyarakat sebenarnya sudah arif tentang bahaya merokok termasuklah dalam kalangan perokok sendiri. \n\nBanyak kajian yang telah membuktikan bahawa merokok boleh meningkatkan risiko banyak penyakit berbahaya termasuklah kanser paru-paru. \n\nTambahan pula, golongan bukan perokok juga kurang gemar mendekati asap rokok kerana sedar akan risiko asap rokok kepada diri dan keluarga mereka terutamanya kepada anak- anak kecil. \n\nBagi perokok pula, ramai dalam kalangan mereka yang mula sedar dan berusaha untuk menghentikan tabiat ini. Namun begitu, usaha untuk berhenti merokok bukanlah semudah yang disangka.\n\nIa memerlukan pengetahuan, ketabahan dan sokongan daripada kenalan rapat. Nasihat dan bimbingan dari pakar juga amat diperlukan bagi memastikan perokok berjaya berhenti dari tabiat yang kurang sihat ini.\n\nNamun begitu, usah khuatir kerana kini, terdapat ubatan dan rawatan yang boleh membantu perokok untuk mencapai hasrat mereka untuk berhenti merokok. \n\nDapatkan dahulu nasihat dari doktor dan ahli farmasi sebelum mengambil ubatan tertentu ya! Kami kongsikan 3 ubat berhenti merokok farmasi yang boleh diciba.\n\nNRT (Ncotine Replacement Therapy) adalah antara rawatan yang berkesan dalam merawat ketagihan merokok. \n\nRawatan ini akan memberikan perokok kadar nikotin yang lebih rendah dari rokok biasa tanpa bahan-bahan berbahaya seperti tar, karbon monoksida dan bahan karsinogen yang lain. Kesan sampingan berhenti merokok seperti gangguan emosi dan nafsu merokok boleh dikurangkan dengan pengambilan nikotin gantian.\n\nNikotin gantian boleh didapati dalam pelbagai bentuk termasuklah penampal, gula-gula getah, tablet, lozeng dan penyembur.Nikotin dalam bentuk penampal mengeluarkan nikotin secara perlahan manakala penyedut, gula-gula getah dan semburan bertindak lebih pantas untuk mengurangkan keinginan merokok. \n\nMenggunakan lebih dari satu jenis nikotin gantian adalah lebih berkesan berbanding hanya menggunakan satu jenis sahaja. \n\nSebagai contoh,penggunaan penampal nikotin boleh digandingkan dengan mengunyah gula getah nikotin untuk kesan yang lebih baik. \n\nRawatan dengan terapi nikotin gantian mengambil masa 8 hingga 12 minggu sebelum dos dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya berhenti.Kebanyakan orang boleh menggunakan terapi ini. \n\nWalaubagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terutamanya jika anda mempunyai masalah berkaitan buah pinggang, hati ataupun jantung.\n\nTerapi gantian nikotin boleh menyebabkan kesan seperti berikut. Akan tetapi, usah risau kerana kesan-kesan ini biasanya tidak serius dan tidak berlarutan.\n\n\u2013 Iritasi kulit jika menggunakan tampalan nikotin\n\n\u2013 iritasi pada hidung, tekak atau mata jika menggunakan semburan\n\nUbat ini biasa digunakan untuk merawat pesakit kemurungan dan kini didapati mampu membantu dalam menghentikan tabiat merokok. \n\nCara ubat ini berfungsi masih belum diketahui, tapi ia dipercayai memberi kesan kepada bahagian otak yang berkaitan dengan masalah ketagihan. Bupropion perlu diambil 1 atau 2 minggu sebelum berhenti merokok.\n\nPenggunaan bupropion tidak digalakkan untuk golongan di bawah:\n\n\u2013 kanak-kanak berusia 18 tahun kebawah\n\n\u2013 wanita yang mengandung dan sedang menyusukan bayi, pesakit epilepsi\n\n\u2013 tertekan, cemas, gelisah, agresif, hiperaktif\n\nBupropion mungkin boleh berinteraksi dengan ubatan lain.\n\nOleh itu, anda perlu memaklumkan kepada pakar mengenai ubatan lain yang diambil untuk memastikan tiada interaksi yang berbahaya. \n\nVarenicline membantu untuk menghentikan tabiat merokok dengan cara mengganggu reseptor nikotin pada otak.\n\nOleh itu, ia membantu mengurangkan keinginan merokok dan mengurangkan simptom-simptom pengurangan nikotin dalam badan.Kebiasaannya, ubat ini diambil selama 12 minggu. \n\nAda juga yang perlu mengambil pada minggu-minggu seterusnya bagi meningkatkan peluang untuk tidak kembali merokok.\n\nSesetengah kajian mencadangkan pengambilan varenicline bersama NRT adalah selamat. Namun begitu, banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk memastikan perkara ini.\n\nMeskipun usaha untuk berhenti merokok penuh dengan cabaran dan memerlukan tekad yang kuat, ia bukanlah sesuatu yang mustahil.\n\nPenggunaan e-cigarette juga sekurang-kurangnya boleh membantu para perokok untuk menghindari rokok secara beransur-ansur. \n\nTambahan pula, kandungi nikotinnya lebih rendah dan tidak mempunyai bahan berbahaya seperti tar dan karbon monoksida dalam rokok sebenar.\n\nJika anda seorang perokok dan masih tidak bercadang untuk menghentikan tabiat ini, sekurang-kurangnya fikirkan kesannya kepada keluarga dan insan yang tersayang.\n\nAnda masih belum terlambat untuk melakukan perubahan demi kesihatan anda dan orang lain!"
"Saya catit disini beberapa sebab seseorang itu boleh jadi pembuli. Rasanya ada lebih dari ini. Mungkin pembaca boleh tambahkan dalam komen.\n\n1. Pembuli sendiri tertekan dan ada banyak perkara yang dia tidak puas hati dengan layanan ibu/bapa penjaga atau guru maka membuli adalah cara melepaskan geram.\n\n2. Pembuli kurang mendapatkan perhatian yang diperlukan dari rakan, guru atau dirumah dan aktivit membuli adalah untuk dapatkan perhatian dari kawan supaya nampak seperti berkuasa.\n\n3. Pembuli belajar dari ibu/bapa atau penjaga serta Cikgu dan merasakan itu perkara yang tidak salah. Jiwa sudah menjadi keras oleh kerana pendedahan pada kekasaran. Mereka juga mungkin melihat itu cara untuk menjadi berkuasa dan berpengaruh.\n\n4. Pembuli juga mangsa buli dan melepaskan geram terhadap orang yang bulinya dengan membuli orang lain.\n\n5. Oleh kerana dibesarkan dalam suasana kasar dan kurang kasih sayang, mereka belajar untuk suka melihat rakan mereka sengsara. (sadist)\n\n6. Banyak melihat cerita ganas dalam media dimana kaki pukul dan hero vigilante diagungkan.\n\nApa yang kita lihat ada puncanya dan puncanya ada dalam masyarakat kita, sama ada di sekolah atau di rumah.\n\nCuba kita mulakan dengan rumah sendiri. Adakah rumah kita penuh dengan kepedulian dan kasih sayang?\nSudahkah kita kawal pendedahan anak kepada media?\n\nPenulisan ini adalah umum. Bukan untuk tuding jari kemana-mana pihak tetapi untuk self reflection dan self correction jika perlu."
"Apakah ciri-ciri orang bijak yang ada pada diri setiap dari kita? Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa ciri umum yang biasanya terdapat pada diri orang yang bijak.\n\nPerbezaan antara pandai, bijak dan genius\n\nBunyi macam sama tetapi sebenarnya pengertian antara pandai, bijak dan genius mempunyai perbezaan yang ketara untuk ketiga-tiganya.\n\nSeseorang yang pandai adalah mereka yang menguasai perkara yang dipelajarinya yang sinonim dengan pencapaian dalam akademik. Mereka memperoleh gelar pandai dari proses pembelajaran seperti orang lain juga.\n\nDari segi IQ, seseorang yang pandai memiliki tahap IQ yang biasa tetapi kerana kesungguhannya untuk belajar dan memahami apa yang dipelajari, maka mereka boleh menjadi pandai.\n\nSeseorang yang bijak boleh dipengaruhi oleh faktor genetik dan keturunan. Kebijksanaan bukan sahaja dari segi akademik semata-mata, tetapi mereka juga mampu untuk berfikir dengan cemerlang untuk menyelesaikan masalah.\n\nBeza antara orang bijak dan orang pandai adalah dari cara mereka menyelesaikan masalah. \n\nOrang pandai menyelesaikan masalah menggunakan pemahaman dan teori yang telah dipelajari. Sedangkan orang bijak menyelesaikan masalah tanpa melihat teori dan membawa kepada pemikirannya sendiri.\n\nGenius pula ada adalah seseorang yang memiliki IQ tinggi. Secara umumnya, seseorang yang genius adalah mempunyai bakat istimewa semula jadi dalam apa jua bidang yang dikuasainya tanpa perlu dipelajari.\n\nCiri-ciri orang bijak yang ramai terlepas pandang\n\nTerdapat beberapa ciri-ciri orang bijak yang boleh anda jadikan rujukan. Cuba check diri anda, mana tahu sekiranya tanda-tanda seperti berikut ini ada pada diri anda.\n\nMalas seakan sudah menjadi identiti biasa dalam ciri-ciri orang yang bijak. Kita mengambil contoh misalnya yang berlaku pada Steve Jobs.\n\nDisebabkan Steve Jobs mengambil masa yang sangat lama dan suka berlengah dan bermalasan, beliau mampu menghasilkan idea-idea baru yang sangat kreatif sehingga menjadikan jenama Apple terkenal seperti ini.\n\nKajian dari Psychology Today, \u201cWhy Night Owls Are More Intelligent Than Morning Larks\u201d, menunjukkan bahawa manusia pintar lebih gemar untuk tidur lewat.\n\nCiri-ciri orang bijak yang biasa kita dengar adalah mereka ini lebih suka untuk bersendiri berbanding bersosial bersama orang ramai.\n\nUmumnya, interaksi sosial akan menjadi pengukur kepada kegembiraan dalam kalangan manusia. Namun sebaliknya bagi seseorang yang mempunyai IQ tinggi, mereka akan lebih gembira bila bersendiri.\n\n4. Terlihat ganjil di mata orang\n\nSemakin aneh diri anda dimata orang lain, maka semakin tinggi IQ anda sebenarnya. Anda terlihat aneh adalah kerana diri anda sukar untuk diterima oleh masyarakat sekeliling yang ada.\n\nKidal cenderung dikaitkan dengan mereka yang memiliki pemikiran \u201cdivergent\u201d iaitu sangat kreatif dan mampu untuk menghasilkan pelbagai idea baru dalam masa yang singkat. \n\nPenyelidik, Frank Zhu mengatakan bahawa ciri-ciri orang yang bijak adalah tidak mudah terganggu. Mereka ini mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam jangka masa yang lama tanpa sebarang gangguan.\n\nSalah satu keburukan bagi mereka yang memiliki tahap IQ yang tinggi adalah mudah untuk berasa bosan. Hal ini terjadi disebabkan oleh mereka mudah untuk menyelesaikan masalah, teka-teki, dan masalah lain dalam masa yang singkat.\n\nSelain dari ciri-ciri orang bijak ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan dengan kecerdasan dan kepintaran anak seperti:"
"Siapa yang tidak kenal ikan tongkol. Ikan tongkol merupakan ikan laut yang ramai dijual selain di Malaysia, juga menjadi kegemaran di Indonesia bahkan jepun sekali pun. Ikan tongkol pula ada beberapa jenis, ada tongkol hitam dan tongkol putih. Namun secara amnya ikan tongkol bersaiz agak besar dan isinya tebal.\n\nDi Malaysia, ikan tongkol identik dimasak gulai untuk nasi dagang. Selain itu ada pula ikan tongkol sambal yang disajikan dengan nasi lemak mahupun nasi kuning. Isi ikan yang tebal dan padat jadikan ia tidak mudah berderai jika dipotong kecil, namun begitu isi ikan tongkol amat wangi dan lembut.\n\nSesiapa yang teringin masak simpel dengan ikan tongkol, boleh cubakan resepi yang kami tuliskan di bawah. Tidak hanya gulai dan sambal, ada juga bakar, masak asam, asam pedas, dan banyak lagi. Jadi inspirasi idea untuk masakan anda.\n\nIkan Tongkol Sambal Cili Api Bersantan\n\nJangan ingat masakan bersantan itu berkuah sahaja. Rosma Ros berkongsi resepi masakan bersantan versi sambal. Rasa lauk ini lazat ada lemak pedas masin, sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan ulam-ulaman.\n\nDekat terengganu memang sinonim dengan rempah cap bunga ros ini. Sedap kalau buat gulai ikan untuk nasi dagang. Gulai ini selalunya dimakan dengan nasi dagang/nasi kuning/pulut kuning/nasi putih. Resepi dicubakan oleh Siti Noor Hidayah Samah di laman Facebook.\n\nSambal Ikan Tongkol @ Ikan Aye\n\nNasi lemak Terengganu biasanya dimakan dengan sambal ikan tongkol. Sesiapa yang rindu makan nasi lemak dengan sambal ikan tongkol terpaksa buat sendiri. Tapi jangan risau, Siti Noor Hidayah Samah berkongsi resepi sambal ikan tongkol sedap. Juga boleh dimakan dengan nasi lemak, nasi kukus, nasi kuning dan lain-lain. Cara mungkin berbeza dengan sesetengah orang tapi memang sedap. Gula ialah petua untuk bagi sambal merah menyala.\n\nAntara resepi cepat dan sedap buat yang teramat sibuk. Makan dengan nasi panas-panas, sambal belacan dan telur dadar pun sedap. Anak-anak pun boleh ikut makan sekali kerana tidak pedas langsung. Resepi dikongsikan oleh Raha Md Sarip di laman Facebook.\n\nSingang ikan tongkol versi kelate letak budu lebih nikmat dan mabeles. Selera masakan kampung sangat. Makan dengan nasi putih panas sedap pula hirup kuah dia. Resepi singgang dikongsikan oleh Norasikin Jusoh di laman Facebook.\n\nIdea masak ikan tongkol ini selain masak singgang boleh juga masak rendang asam. Resepi senang tapi sedap terangkat. Kalau sudah makan ini, tak ada lauk lain pun tak apa. Resepi didatangkan daripada Zaimah Zakaria di laman Facebook.\n\nKalau tidak ada selera makan harus cuba buat lauk ini. Kerana rasa asam dapat merangsang selera makan dari yang tiada selera jadi berselera sangat. Macam biasa ikan kena digoreng garing dulu baru disiram dengan kuah cuka. Resepi dikongsikan oleh Zara Zyad Bundle di laman Facebook.\n\nMasak rendang bukan ayam dan daging sahaja, ikan pula boleh dimasak rendang. Ikan yang paling sedap untuk masak rendang ialah tongkol. Ikan tongkol isinya padat dan wangi sangat. Makan dengan nasi impit amat sedap. resepi dikongsikan oleh Siti Fairuz di laman Facebook.\n\nGulai Ikan Tongkol @ Aya Kelate\n\nDapat masak gulai kunyit lengkuas ikan tongkol diletak bendi timun cili dan telur rebus, tidak payah lauk lain, satu lauk ini pun sudah cukup. Ada pula sambal belacan apa nak kata sedap tidak terkata. Adakah yang suka dan minat sama? Resepi dibuat oleh Azizah Daud di laman Facebook.\n\nSiapa teringin makan Asam Pedas Nyonya? Wan Muhammad Hafiz Satar berkongsikan resepi asam pedas menggunakan ikan tongkol dan cili lebih sebab ingin pekatkan kuah dan pedas.\n\nSelain kumpulan resepi ikan talapia, kami juga menulis resepi menarik lain yang patut anda cubakan. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Malaysia yang terletak sipi dengan garisan katulistiwa sememangnya menjadi perkara yang normal jika cuaca panas terik. Walaupun sudah memasang kipas angin mahupun pendingin hawa, tetap juga berasa panas. Baik di dalam mahupun luar rumah!\n\nKeadaan ini pasti akan menyebabkan badan kita berpeluh, terasa haba di dalam badan, tekak kering dan yang paling teruk lagi boleh menyebabkan demam. Dengan itu, mari kami kongsikan kepada anda 8 cara sejukkan badan yang berkesan dan boleh anda ikuti.\n\nAir kelapa muda amat berkesan untuk menyejukkan badan. Hal ini kerana air kelapa muda mempunyai elektrolit yang tinggi dan berfungsi untuk menghilang serta menyembuhkan haba panas di dalam badan.\u00a0\n\nSelain merupakan cara sejukkan badan yang berkesan, air kelapa muda juga mampu menyegarkan tubuh, mengatasi kekeringan dan meneutralkan suhu badan. Untuk mendapatkan khasiat yang lebih baik, anda boleh minum air kelapa muda dengan mencampurkan sedikit madu ke dalamnya.\n\nPenggunaan fabrik cotton terbukti berkesan untuk menyejukkan badan ataupun persekitaran anda. Selain menyejukkan badan, fabrik cotton juga mampu dengan mudah sekali untuk menyerap peluh. \n\nHal ini kerana fabrik cotton dibuat menggunakan serat kapas. Sekaligus ia dapat menjadikan kulit anda bernafas dengan baik.\u00a0 Perasan tak, pelajar universiti suka pakai baju kurung yang diperbuat dari fabrik cotton! Salah satunya sebab ia tidak panas!\n\nDisamping itu, anda juga boleh menukar langsir, selimut, cadar, sarung bantal dan lain-lain lagi dengan fabrik cotton agar persekitaran anda juga sejuk.\n\nUntuk pengetahuan anda, perkakasan di rumah anda termasuk gadjet juga menjadi penyumbang kepada haba yang memanaskan sekitar tubuh anda. Oleh sebab itu, tutuplah segala peralatan jika tidak digunakan. \n\nAnda dinasihatkan agar menutup lampu yang tidak digunakan pada waktu malam.\u00a0 Begitu juga dengan plug elektrik yang lain. Jangan caj telefon bimbit ketika waktu malam.\n\nPastikan anda cabut segala plug dan wayar yang ada agar rumah anda terbebas daripada medan elektro magnetik. Selain dapat sejukkan badan anda, ia juga mampu menjimatkan kos elektrik anda. Cara sejukkan badan ini mempunyai banyak manfaat kepada anda sekeluarga.\n\nCara ini mampu membuatkan badan anda sejuk dengan mendadak sekali. Kaedahnya adalah meletakkan ais pack kepada beberapa anggota badan. Anda boleh meletakkannya di leher, pergelangan tangan, siku, buku lali dan belakang lutut. Bahagian-bahagian ini boleh menyerap haba dengan cepat.\u00a0\n\nDisamping itu, cara sejukkan badan juga adalah dengan merendamkan tapak kaki ke dalam air sejuk sebelum tidur. Tahukah anda, sejuk di tapak kaki mampu menjalarkan ke seluruh badan? Ia sememangnya benar!\n\nRamai yang tidak tahu bahawa mandi pada larut malam mampu menyejukkan badan. Tetapi pastikan anda mandi di antara selepas jam 12 hingga sebelum waktu subuh. \n\nPada waktu ini dikatakan bahawa jantung kita sedang berehat. Banyak kajian menganjurkan mandi pada waktu ini. Selain menyejukkan badan ia juga mampu menyihatkan tubuh serta menghilangkan penyakit.\n\nDiingatkan juga di sini agar jangan mandi selepas maghrib dan sebelum jam 12 malam. Perbuatan ini berisiko untuk memyebabkan tubuh anda dimasuki air dan diserang penyakit. Kadang-kadang itulah yang menjadi punca jantung berlubang dan sebagainya.\n\nTidak ada cara lain yang lebih efektif lagi melainkan dengan pengambilan air putih yang mencukupi. Pengambilan air masak secara kerap adalah salah satu cara sejukkan badan yang berkesan apabila anda berasa badan panas.\n\nMinum air putih mampu menjaga keseimbangan cairan dalam badan sekaligus menurunkan suhu badan. Rata-rata seorang manusia memerlukan 3.7 liter air setiap hari. Pastikan anda minum air putih secukupnya setiap hari.\n\nAnda boleh membuat pack ais sendiri untuk menyejukkan badan. Caranya mudah, masukkan 3/4 beras ke dalam stokin bersama hirisan daun pandan kemudian sejukkan di dalam peti ais. Keluarkan apabila sejuk dan boleh digunakan. Letakkan di mana-mana bahagian tubuh yang mampu menyerap haba.\u00a0\n\nCara sejukkan badan juga adalah dengan memastikan persekitaran anda dalam keadaan sejuk. Misalnya jika anda tidak mempunyai aircond, anda boleh gunakan pelembab udara (humidifier) ataupun kipas. \n\nSedikit petua, jika anda gunakan kipas angin, letakkan di tepi tingkap rumah anda kerana ia akan menolak haba di dalam rumah. Anda juga boleh membuat aircond sendiri dengan meletakkan semangkuk ais di depan kipas. Mudah kan?\n\nBerikutlah 8 cara sejukkan badan yang pastinya berkesan dan mudah dilakukan ketika badan anda terasa panas. Ia amat berguna sekali terutama jika musim panas. Pastikan anda mencubanya untuk mengatasi masalah yang sering terjadi ini. Semoga bermanfaat!\n\nJom baca juga contoh kad ucapan hari ibu, jadual diet , idea penyangkut baju dan cara suami hilangkan penat isteri."
"Tanyalah mana-mana wanita, pasti mereka bercita-cita untuk menjadi isteri solehah yang menjadi penyejuk hati dan mata bagi si suami.Jom semak checklist tanggungjawab isteri.\n\nMana tidaknya, dalam hadith Nabi saw sendiri menyebut yang bermaksud, \u201cSesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita (isteri) solehah.\u201d\n\nUntuk mencapai maqam isteri solehah yang menjadi bidadari buat sang suami, seorang isteri perlu amanah dalam melakukan tanggungjawabnya.\n\nApakah tanggungjawab bagi seorang isteri? Seperti dalam hadith Nabi saw yang bermaksud, \u201cJika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan dan menjaga kehormatan diri, serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang disukai.\u201d (HR. Ahmad dan Thabrani)\n\nSelain daripada tanggungjawab seorang hamba kepada Khaliqnya, isteri juga perlu faham tanggungjawabnya dalam memelihara maruah diri dan keluarga serta taat kepada suaminya. Isteri wajib taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.\n\nKetaatan isteri kepada suami inilah tanggungjawab utama yang perlu dilunaskan oleh para isteri. Betapa kedudukan suami bagi seorang isteri itu begitu tinggi sehingga Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud,\n\n\u201cSekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.\u201d\n\nDari kecil, wanita dijaga oleh ibu bapa yang menjaga dan membesarkan mereka. Ketaatan mereka diberikan kepada ibu bapa. Namun, setelah berkahwin, mereka perlu memberikan ketaatan kepada suami yang merupakan orang asing baginya.\n\nSeorang lelaki yang berbeza keluarga, berbeza latar belakang dan berbeza dari pelbagai sudut. Itulah sebabnya isteri yang taat kepada suami, Allah berikan ganjaran yang tinggi nilainya iaitu syurga abadi.\n\nDi sini, kami senaraikan 10 pesanan isteri Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya yang bakal berkahwin buat para wanita jadikan panduan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah mendirikan rumahtangga kelak.\n\n10 Tanggungjawab Isteri Menurut Pesanan Isteri Auf bin Muhlim Ashaibani Kepada Puterinya\n\nSebagai seorang isteri, anda perlu mendidik hati untuk berkhidmat kepada suami dan keluarga dengan hati yang redha. Kadang-kadang, apabila penat melakukan kerja rumah dan menguruskan anak-anak, mulut akan ringan untk mengungkit segala kerja yang dibuat.\n\nJadi, sebagai isteri solehah, menjadi tanggungjawab anda untuk sentiasa mendidik hati agar ikhlas melakukan kerja hal ehwal rumahtangga. Sekiranya tidak mampu melakukan tugas di rumah kerana kepenatan, mintalah pertolongan dari suami anda dengan penuh hikmah. Tanggungjawab mengurus keluarga perlu digalas oleh suami isteri bersama-sama.\n\nSetelah berkahwin, menjadi tanggungjawab utama untuk para isteri memberi ketaatan kepada suami. Selagi mana suami tidak meminta sesuatu yang melanggar syariat, maka wajib bagi seorang isteri untuk memberi ketaatan kepada suaminya.\n\nNamun begitu, hubungan suami isteri ada ruang komunikasi dan diplomasi. Sebagai isteri yang bijak lagi solehah, anda boleh berbincang dengan suami secara baik untuk mencari kesepakatan yang terbaik dalam rumahtangga.\n\n3) Memerhatikan tempat pandangan matanya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu.\n\nMenjadi tanggungjawab isteri untuk menjaga \u2018mata\u2019 suami. Bukan sekadar memastikan mata suami memandang persekitaran rumah yang bersih dan kemas, tetapi juga perlu pastikan suami tidak memandang yang buruk terhadap diri si isteri.\n\nSelain daripada kecantikan rumah, para isteri solehah juga perlu menjaga penampilan diri. Sekalipun berada di dalam rumah, berhias-hias untuk suami bukan satu perkara remeh. Biar suami memandang yang cantik-cantik sahaja pada isterinya.\n\n4) Memerhatikan bau yang diciumnya. Jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.\n\nKita biasa dengar orang mengatakan, isteri di rumah bau bawang, bau belacan. Ini menunjukkan bahawa isteri kalau di rumah, sentiasa memasak untuk menyediakan makanan buat keluarga tercinta. Tetapi, sebagai isteri solehah, menjadi tanggungjawab anda untuk berwangi-wangian di depan suami.\n\nKebanyakan orang berwangi-wangian ketika hendak keluar rumah sahaja. Namun, bagi isteri solehah, mereka berwangi-wangian di dalam rumah, khas untuk suaminya.\n\n5) Memerhatikan waktu makannya kerana lapar yang berlarutan mengganggu emosi.\n\nOrang tua-tua ada berpesan, terdapat dua perkara perlu dijaga untuk suami, iaitu mata dan perutnya. Jaga mata suami supaya dia tidak memandang perkara yang boleh mendatangkan dosa. Jaga perutnya agar dia tidak berlapar, kerana lapar akan membuatkan emosi mudah terganggu dan naik marah.\n\nOleh itu, menjadi tanggungjawab isteri untuk memastikan suami tidak berlapar. Sekiranya anda sibuk dan kesuntukan masa untuk memasak makanan, sekali-sekala beli makanan di kedai juga tidak mengapa. Asalkan suami dapat makan pada waktunya dan tidak kelaparan.\n\n6) Memerhatikan waktu tidurnya kerana tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.\n\nTanggungjawab isteri untuk prihatin terhadap waktu tidur si suami. Jika suami perlukan rehat, berilah masa untuk mereka berehat. Apabila suami yang penat bekerja mendapat rehat dan tidur yang cukup, emosi mereka akan lebih stabil. Setelah keletihan suami telah hilang, barulah isteri boleh meminta bantuan suami untuk sama-sama melakukan kerja rumah pula.\n\nMenjadi tanggungjawab isteri solehah untuk bijak menjaga dan mengurus harta suaminya. Wang yang banyak diurus sebaiknya, manakala wang yang sedikit pula dibelanjakan secara cermat dan berhemah. Isteri perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki dan harta yang dimiliki oleh suami. Jangan meminta-minta benda di luar kemampuan suami.\n\nTanggungjawab isteri bukan sekadar menjaga kehormatan suami dan keluarga, tetapi juga menjaga maruah keluarganya sendiri dan keluarga mertua.\n\nRahsia dan aib keluarga mertua, bukan untuk dicanang pada keluarga sendiri. Sebagaimana anda sayang dan menjaga kehormatan keluarga anda, begitu juga yang perlu anda lakukan kepada keluarga mertua yakni keluarga suami anda.\n\n9) Jangan membangkang perintahnya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya.\n\nLelaki ada egonya yang tersendiri. Sebagai isteri, anda harus bijak berdiplomasi dan seni komunikasi dengan suami. Sekiranya ada perbezaan pendapat, janganlah anda keras menentangnya. Tetapi ibaratnya \u2018tarik rambung dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak bersepah\u2019.\n\n10) Jangan membuka rahsianya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.\u00a0\n\nRahsia suami harus disimpan rapi oleh isteri. Apatah lagi, kisah-kisah dalam kamar tidur. Sebagai isteri, anda tidak boleh menceritakan perihal suami anda kepada orang lain. Biarlah manis masam suami anda, hanya anda seorang yang tahu.\n\nTanggungjawab isteri yang paling utama kepada suami adalah mentaatinya selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak. Manakala, berkenaan tanggungjawab isteri dalam kerja-kerja menguruskan rumah tangga, ia adalah hasil diplomasi antara anda dan suami.\n\nSetiap rumah, ada peraturannya. Tidak semua cara dan amalan keluarga orang lain, sesuai dengan keluarga kita. Sebagai isteri, anda perlu berkomunikasi secara jelas dengan suami berkenaan pembahagian tugas kerja-kerja di rumah, lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja.\n\nMudah-mudahan 10 pesanan ini boleh menjadi panduan buat para wanita dalam melakukan tanggungjawabnya sebagai isteri.\n\nUntuk membaca teks penuh ucapan isteri Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya, sila klik link ini Jendela Hikmah"
"Semua orang mempunyai tabiat membuang air besar yang berlainan. Ada yang membuang air besar sehari sekali, dua kali sehari atau lebih dari tiga kali sehari. Bagi orang yang normal, tabiat membuang air besarnya juga normal. Jadi, ia tidak menjadi satu masalah besar bagi orang yang normal.\n\nBagi orang yang tidak mempunyai tabiat membuang air besar yang normal, ia menjadi masalah besar baginya. Kadang-kadang, lebih dari dua hari tidak membuang air besar. Bukan sahaja orang dewasa yang mengalaminya malah kanak-kanak juga mengalami sembelit. \n\nSemestinya, ibu bapa rasa bimbang apabila anak-anak mereka mengalami sembelit. Bagaimanakah cara untuk mengatasi sembelit anak-anak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar 10 cara selamat atasi sembelit anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita. \n\n1. Atasi sembelit dengan minum air kelapa\n\nAir kelapa perlulah yang segar dari buahnya. Bukan yang dibeli dikedai yang ada tambahan gula. Seeloknya bagi anak setengah cawan \u2013 1 cawan sebelum mula makan makanan berat yang lain.\n\n2. Atasi sembelit dengan buah betik\n\nUntuk anak atas 6 bulan yang belum ada gigi, boleh lenyek betik masak dan jadikan puri. Beri anak makan puri betik dulu sebelum beri bubur nasi atau susu botol.\n\n3. Atasi sembelit dengan minum banyak air putih\n\nWalaupun anak minum susu tepung, anak haruslah diberi air putih juga. Anak usia 1- 3 tahun memerlukan antara 1 liter air putih setiap hari. Orang dewasa pula memerlukan paling minimum 3 liter sehari.\n\nSelain makanan ada juga balm atau minyak ubat yang boleh melegakan sembelit dengan segera. bahan dalam balm atau minyak ubat ini perlulah mempunyai bahan yang bagus untuk perut seperti tangerine, serai dan bergamot. \n\nSediakan buah nanas yang sudah masak, untuk atasi sembelit hanya perlu meminum jusnya sahaja, seratnya perlu ditapis dan dibuang. jadikan amalan 2 kali sehari untuk pembuangan air besar yang lancar. Untuk anak pula hati- hati beri jus nanas dibimbangi anak akan sakit perut dan cirit birit pula.\n\nSetiap malam sebelum tidur boleh minum 1 sudu minyak zaitun. Untuk anak kecil boleh juga beri minyak zaitun sesudu kecil setiap malam. Minyak zaitun akan rasa tidak sedap, tapi sangat membantu melancarkan penghadaman dalam tubuh. Najis jadi lembut dan mudah untuk kita membuang.\n\nKunyit boleh buat jus atau makan begitu sahaja. Antioksidan yang ada di dalam kunyit mampu menjaga dan melindungi usus. Selain itu jika rasa sakit kerana sembelit vitamin daripada kunyit boleh meredakan rasa sakit itu.\n\nJangan amalkan makanan segera selalu walaupun hanya kentang goreng. Bahan pengawet dalam makanan segera memang boleh menyebabkan sembelit kerap berlaku.\n\n9. Makan makanan yang banyak mengandungi prebiotik dan probiotik\n\nMakanan yang mempunyai kandungan prebiotik yang tinggu ialah arabic gum, pisang, bawang dan bijirin. Manakala probiotik ialah yogurt, budu, dan makanan yang diperap seperti kimchi dan jeruk.\n\nSenaman yang mudah ialah kayuh basikal. Untuk anak kecil boleh buat senaman gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal. Selain itu boleh mulakan aktiviti berjalan kaki selama 20 minit setiap hari.\n\n*Mudahkan tips yang dikongsikan oleh Puan Aminah. Tips ini bukan sahaja boleh digunakan untuk atasi sembelit anak, malah sesuai juga untuk orang dewasa. Tips ini sesuai digunakan oleh semua lapisan umur dan masyarakat. Insyaallah, tips ini dapat membantu anak anda yang mengalami sembelit. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Buat pengemar tomato atau sesiapa yang berminat untuk mencuba cara tanam tomato yang betul, ini adalah artikel terbaik untuk anda cuba dan amalkan sendiri.\n\nTomato atau nama saintifiknya (Solanum lycopersicum) adalah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae. Ia berasal dari Amerika Selata dan kini penanamannya telah meluas ke semua negara beriklim tropika.\n\nBuah tomato ini biasa digunakan sebagai sayur-sayuran dalam masakan, ulam-ulaman yang dimakan mentah, dan minuman kesihatan yang lain. \n\nIa digemari kerana terkandung pelbagai sumber nutrien penting yang baik untuk tubuh badan seperti Vitamin C, Vitamin A, Vitamin K, Kalium, dan Likopen, sejenis antioksidan yang memberikan warna merah pada buah tersebut.\n\nBuah tomato juga rendah kalori dan kaya dengan serat makanan, menjadikannya pilihan yang sihat untuk dimasukkan dalam pelbagai hidangan dan diet.\n\nTomato adalah salah satu tanaman yang paling popular untuk ditanam. Jika anda ingin mencuba menanam tomato sendiri, berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda.\n\nApabila memilih jenis tomato untuk ditanam, pastikan anda memilih jenis yang sesuai dengan keperluan anda. \n\nTerdapat pelbagai jenis tomato yang boleh dipilih, termasuklah tomato cherry, beefsteak, roma, dan banyak lagi. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk saiz tanaman, masa berbuah, dan keperluan penjagaan.\n\nMemilih bekas yang sesuai untuk menanam tomato adalah penting bagi keberhasilan penanaman. Bekas haruslah besar dan dalam untuk memberi ruang yang mencukupi bagi sistem akar tomato berkembang. \n\nPastikan bekas itu mempunyai lubang penyaliran yang baik untuk memastikan air tidak bertakung dan akar tidak membusuk.\n\nTomato memerlukan cahaya yang mencukupi untuk tumbuh dengan baik. Pastikan tempat semaian anda terletak di kawasan yang terkena matahari secara langsung untuk sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari. \n\nJika cahaya matahari tidak mencukupi, pertimbangkan menggunakan lampu tumbuhan untuk memberikan cahaya tambahan kepada tomato anda.\n\n4. Tanam dalam medium yang berkualiti\n\nMemilih medium tanam yang berkualiti adalah penting bagi pertumbuhan tomato yang baik. Campuran tanah yang baik sepatutnya mempunyai keseimbangan antara penyaliran dan keupayaan mengekalkan kelembapan. \n\nAnda juga boleh mempertimbangkan penggunaan campuran tanah khas untuk tomato yang boleh dibeli dari kedai kebun.\n\nTomato memerlukan kelembapan yang konsisten untuk tumbuh dengan baik, tetapi jangan terlalu banyak sehingga tapak semaian banjir. Pastikan anda memberikan air dengan bijak dan elakkan akar tomato daripada terlalu basah atau kering.\n\nBagi memeriksa tahap kelembapan tanah, sentuh sedikit tanah dengan jari anda. Jika ia terasa lembap, jangan siramnya lagi. Jika ia terasa kering, siramlah dengan berhati-hati.\n\nTomato mampu tumbuh dengan baik apabila diberikan sokongan yang baik. Sekiranya anda menanam jenis tomato yang menjalar atau mempunyai berat buah yang besar, pastikan anda memberikan sokongan yang mencukupi seperti tiang atau pagar. \n\nCara ini akan membantu mencegah tanaman daripada jatuh atau pecah.\n\nTomato memerlukan baja untuk menyediakan nutrien yang diperlukan bagi pertumbuhan yang optimum. Mulakan dengan menggunakan baja organik atau baja pelepasan perlahan semasa penanaman. \n\nSetelah itu, anda boleh memberi baja tambahan setiap beberapa minggu untuk menyokong pertumbuhan tanaman. Pastikan anda mengikut arahan penggunaan baja dengan teliti dan tidak melebihi dos yang ditetapkan.\n\nSerangga seperti ulat, kutu daun, dan lalat buah boleh merosakkan tanaman tomato anda. Untuk mengawal serangga ini, anda boleh menggunakan kaedah organik seperti menyembur larutan sabun cecair pada tanaman atau menggunakan serangga pemangsa semula jadi seperti lebah atau kumbang. \n\nJika serangan serangga teruk, pertimbangkan penggunaan racun serangga organik yang selamat dan berkesan.\n\nTomato tumbuh dengan baik dalam suhu yang selesa antara 21 hingga 27 darjah Celsius. Pastikan tapak semaian anda mempunyai pengudaraan yang baik untuk mencegah suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. \n\nJika suhu di luar terlalu sejuk, pertimbangkan menggunakan penutup kaca atau penutup rintangan sejuk untuk melindungi tanaman anda.\n\n10. Pantau dan berikan pemeliharaan yang berkala\n\nPantau tanaman tomato anda secara berkala untuk mengesan sebarang masalah seperti penyakit atau kekurangan nutrien. \n\nJika terdapat tanda-tanda penyakit seperti bintik-bintik pada daun atau buah yang membusuk, ambil langkah segera untuk mengatasinya. \n\nSelain itu, pastikan anda menghapuskan dedaunan yang layu atau mati dan memangkas tanaman jika perlu untuk menggalakkan pertumbuhan yang baik.\n\nApabila buah tomato sudah matang, anda boleh memetiknya dengan berhati-hati dari tanaman. Pastikan anda tidak memetik buah yang masih belum matang sepenuhnya, kerana kualiti dan rasanya tentu tidak sama.\n\nSebaik sahaja anda memetik tomato, gunakanlah ia dalam masa yang singkat untuk menikmati kelazatan mereka. Anda juga boleh menyimpan tomato yang sudah matang dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayatnya.\n\nDalam mana-mana bidang pertanian sekalipun, pengalaman dan eksperimentasi adalah kunci kejayaan dalam menghasilkan kualiti penanaman terbaik. \n\nTeruskan mencari pengetahuan baru, baca buku, ikuti laman web atau forum tamanan, dan berinteraksi dengan komuniti tukang kebun lain. \n\nDengan cara ini anda akan peluang untuk belajar dan meningkatkan teknik penanaman dari semasa ke semasa.\n\nSelain dari cara tanam tomato ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan ilmu perkebunan seperti:"
"Tuhan telah menciptakan tubuh badan manusia dengan fungsi-fungsi tertentu. Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk menjaga amanah kesihatan dengan sebaik-baiknya. Hanya kita sahaja yang tahu jika ada sebarang perubahan pada anggota tubuh badan kita.\n\nBagi kaum wanita, bahagian yang paling sensitif ialah payudara. Tak hairanlah terdapat macam-macam produk kesihatan dan kecantikan khas untuk payudara di pasaran. Jika rasa sakit, bengkak dan sebagainya, pastinya kita tidak akan senang duduk.\n\nJangan risau! Bukan semua kelainan pada bahagian payudara disebabkan oleh ketumbuhan atau lebih menakutkan, kanser. Pastikan anda terus membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat sebenar sebab payudara menjadi bengkak dan sakit.\n\nKebanyakan wanita akan berasa tak selesa dan sakit di bahagian payudara sebelum datangnya \u2018tetamu bulanan.\u2019 Kadangkala kita berasa sekitar payudara menjadi sensitif terhadap sentuhan walaupun terkena air ketika sedang mandi.\n\nKenapa masalah ini berlaku? Ini adalah salah satu tanda Premenstrual Syndrome (PMS). Kesakitan di bahagian payudara sebelum kedatangan haid biasanya disebabkan oleh perubahan hormon. \n\nKedengaran remeh, bukan? Sebenarnya cara tidur yang salah akan memberi kesan terhadap kualiti tidur. Salah satunya cara tidur secara meniarap. Memang tidur lena dibuatnya apabila menyembamkan muka di bantal yang empuk. Dengan kedua-dua tangan disisipkan di bawah bantal.\n\nNamun lebih banyak buruk daripada baik apabila tidur dengan cara ni. Kita akan menekan otot di sekitar payudara terlalu lama. Ini akan mengakibatkan dada menjadi sakit. Oleh itu, tidur mengiring lebih baik, malah digalakkan dalam Islam.\n\nApabila kita baring di sofa ketika menonton televisyen misalnya, mungkin tanpa sedar ada serangga yang merayap. Kadangkala gigitan semut dan pepijat akan meninggalkan kesan kemerahan, gatal dan bengkak. Serangga ni tak pilih tempat ye!\n\nJangan menggaru bahagian payudara yang digigit tu, takut bengkak menjadi lebih teruk. Kulit di sekitar payudara sangat lembut dan sensitif. Sapukan krim gigitan serangga yang boleh dibeli di farmasi.\n\nSemasa awal kehamilan, biasanya para wanita akan mengalami bengkak dan nyeri di bahagian payudara. Malahan, saiz payudara juga akan membengkak termasuk juga di bahagian puting.\n\nSepanjang tempoh kehamilan, payudara menjadi terlalu sensitif hingga langsung tak boleh disentuh. Kesakitan ni akan berkurangan selepas trimester pertama. Hal ini disebabkan badan kita menghasilkan lebih banyak hormon estrogen dan progesteron.\n\nKeadaan ni sama macam sebelum kedatangan haid. Selain itu, payudara semakin membengkak sebab kelenjar susu dan darah sedang aktif. Kelenjar susu sedang bersiap sedia dalam proses penyusuan bayi.\n\nSebagai seorang wanita, kita jangan hanya fokus kecantikan dan penampilan luaran saja. Sedangkan kebersihan diri langsung diabaikan. Ada tak wanita yang pakai bra yang sama hampir seminggu? Pastinya ada.\n\nPeluh yang terperangkap dan pengudaraan yang tak tersekat sudah pastinya menjemput bakteria untuk bersarang. Bakteria yang terkumpul dalam fabrik bra boleh mengakibatkan kegatalan, bengkak dan melecet. Salah siapa? Salahkan diri sendiri.\n\n6. Saiz Bra Yang Tak Betul\n\nRasanya ramai wanita yang tak tahu saiz bra mereka yang sebenar. Nampak cantik, murah dan berjenama terus saja capai. Jika tak pasti, dapatkan pandangan jurujual di situ. Apa yang akan berlaku jika saiz bra yang dipilih tak kena dengan payudara? \n\nTentunya lemak payudara akan terkeluar dari mangkuknya, tali bra menjadi tegang dan besi penyangkuk ketat. Kesannya dah tentu payudara menjadi sakit. Malahan, ia memberi kesan kepada leher, bahu dan belakang badan.\n\nAktiviti senaman memang bagus untuk membakar lemak dan menjadikan badan langsing. Ada juga senaman yang khas untuk bahagian payudara. Tujuannya untuk menganjal dan mencantikkan bentuk payudara.\n\nNamun yang menjadi masalah, apabila kita bersenam secara berlebihan tanpa ilmu. Cara senaman yang esktrem akan mencederakan anggota tubuh termasuk juga payudara. Lebih-lebih lagi buat wanita yang memiliki payudara yang besar.\n\nOleh itu, pastikan anda mempunyai pengetahuan atau dapatkan nasihat instruktor gim sebelum melakukannya.\n\nApabila berat badan naik atau turun, kawasan sekitar payudara juga mendapat kesannya. Ini kerana payudara terdiri daripada tisu lemak dan tisu payudara. Oleh itu, jika berat badan naik, payudara akan mengembang.\n\nManakala jika berat turun pula, payudara juga turut mengecut. Ada wanita yang akan merasakan regangan kulit semasa proses ni. Pada awalnya, sekitar payudara nampak kemerahan, namun nanti ia akan hilang.\n\nBengkak susu terjadi apabila susu tak keluar secara lancar dan hanya sedikit-sedikit saja. Ini menyebabkan payudara menjadi keras dan membengkak. Sakitnya juga bukan kepalang. Namun, ni perkara normal.\n\nDisebabkan susu ibu berlebihan tapi ia tak dapat dikeluarkan, maka payudara menjadi bengkak. Biasanya bengkak susu ni berlaku di kawasan dada hingga ke ketiak. Keadaan yang teruk boleh menyebabkan si ibu mengalami demam.\n\nMasalah ni boleh diatasi dengan cara mengurut perlahan payudara dan memerah dengan tangan supaya puting menjadi lembut. Selain itu, tuam payudara dengan air suam untuk lancarkan pengeluaran susu.\n\nBiasanya wanita menjadi sangat risau apabila ada ketulan di bahagian payudara. Jangan risau. Kebanyakan daripada ketulan ni mudah dirawat, malah ada yang tak perlu pembedahan.\n\nIni kerana kebanyakan ketulan ni tiada risiko menjadi kanser. Ketumbuhan pada payudara yang bersifat benigna membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Biasanya bagi wanita yang berumur bawah 40-an.\n\nAntara tanda ketulan benigna ialah ketulan hilang selepas haid, ketulan lembut, lebih satu ketulan dan terdapat ketulan di payudara sebelah lagi.\n\nInilah yang paling digeruni oleh kaum wanita dan juga lelaki. Untuk memastikan sama ada ketulan tu berbahaya atau tak, terus dapatkan pemeriksaan doktor.\n\nAntara tanda yang boleh dilihat ialah ketulan terasa keras di payudara atau bawah ketiak, hanya 1 ketulan, kulit payudara mengecut, keluar cecair dari puting payudara dan tiada ketulan di payudara sebelah.\n\nJika terdapat tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa doktor. Anda juga boleh memeriksa sendiri di rumah. \n\nAkhir kata, ada banyak sebab payudara menjadi bengkak dan sakit. Oleh itu, pastikan anda tak mengabaikan mahkota anda itu. Diharapkan informasi yang diberikan dapat memberi gambaran tentang masalah payudara yang sering berlaku ni."
"Teringin membuat burger homemade? Kali ini kami akan berkongsikan resepi prosperity burger homemade yang kebaboom!\n\nResepi burger homemade yang dikongsikan oleh Amie Samuri di laman Facebook ini menggunakan cara bakar. Dimana bun burger dibakar pada suhu 170\u00b0C atau mengikut suhu oven masing-masing.\n\nDengan cara mudah dan resepi yang senang dari perkongsian ini anda dengan mudah boleh menghidangkan burger bakar untuk kudapan di rumah. Anak-anak mesi akan suka burger air tangan anda. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi burger bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Makan bersama lauk ikan kerapu jadi cadangan untuk makan tengah hari mahupun makan malam. Lauk ini pula semestinya lazat sangat dimakan bersama nasi putih dan ulam-ulaman. Terdapat pelbagai resepi masak ikan kerapu yang lazat dan mudah untuk anda cuba di rumah. Sila pilih antara 10 resepi di bawah yang jadi kegemaran anda.\n\n1. Ikan Kerapu Celup Tepung DSV\n\nSiapa peminat ikan kerapu mari kami kongsikan resepi ikan kerapu sedap. Resepi ini diberi nama ikan kerapu celup tepung 10 rasa ala dato\u2019 Seri Vida. Resepi menarik kerana menggunakan campuran air asam jawa dan gula melaka. Setelah dicubakan oleh Zurina Zulkefli didapati bahawa resepi ini sangat sedap! kuah dia memang sedap, tapi tidak tahu pula kenapa nama dia 10 rasa. Mari cubakan.\n\n2. Ikan Kerapu Goreng Halia dan Bawang Putih\n\nHidangan ini amat sedap kalau makan dengan nasi putih panas konfirm makan bertambah-tambah. Yan Alif berkongsi resepi ikan kerapu goreng halia dan bawang putih di laman Facebook. Jom masuk senarai masak minggu ini.\n\nSiapa suka makan kengsom ala Thai? Kengsom ialah makanan asal Thailand yang berkuah pedas. Kengsom sedap dimakan dengan nasi putih di waktu tengah hari. Mar Maria berkongsi resepi kengsom mudah di laman Facebook. Sesiapa yang pertama kali cuba gerenti menjadi.\n\n4. Resepi Kari Kepala Ikan Kerapu Tanpa Santan\n\nMasak sejenis lauk ringan-ringan. Kari kepala ikan kerapu tanpa santan. Siapa peminat kari ikan masak tanpa santan sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Ezan Jelita di laman Facebook.\n\nIkan kerapu kukus/stim untuk makan malam disediakan oleh Zulfazdli Md Noordin di laman Facebook. Lagilah kalau dapat ikan segar lepas mancing mestilah sedap sangat.\n\n6. Resepi Kerapu Masak Cili Api\n\nAntara resepi ikan kerapu yang paling biasa dibuat adalah masak cili api. Ikan kerapu cili api sangat mudah untuk disediakan. Tidak memakan masa di dapur. Jom kita tengok resepinya dikongsikan oleh Shazana Hassan di laman Facebook.\n\n7. Resepi Ikan Kerapu Masak Asam Pedas Johor\n\nSesiapa mencari idea masak ikan kerapu. Asam pedas Johor boleh masuk senarai menu hari ini. Serai dan daun kesum ialah wajib ada. Sila cubakan dan makan bersama nasi putih panas. Sedapnya hirup kuah dia. Resepi dikongsikan oleh Cik Puan Eta di laman Facebook.\n\n8. Resepi Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa\n\nMasak kerapu 3 rasa ala thai memang bikin terliur. Menu ini amat sedap dimakan dengan nasi putih panas. Kena letak nenas supaya dapat rasa masamnya itu. Resepi kerapu masak ikan 3 rasa dikongsikan oleh Nur Fadila di laman Facebook.\n\n9. Resepi Ikan Kukus Halia ala Chinese\n\nMenu ini merupakan menu kegemaran di restoran cina muslim. Tapi harganya boleh tahan mahal juga. Buat sendiri lebih puas dan jimat bukan? Mari kami tunjuk ajar cara masaknya dengan resepi daripada Na Haryiani Long Man di laman Facebook.\n\n10. Resepi Ikan Kerapu Bakar Sambal\n\nIngin makan hidangan makan malam yang lazat? Apakata masak ikan bakar pula. Ikan diperap dengan bahan simple serai dan kunyit hidup sahaja. Sangat senang menyediakan hidangan ini. Selain itu Adnil Sam juga berkongsi cara buat sambal ikan bakar sedap. Ayuh cubakan resepi ini.\n\nSapukan rata bahan-bahan perap pada ikan. Perap ikan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dibakar. Tapi tidak perlu letak di bahagian beku.\n\nSelain resepi di atas kami juga menulis resepi menarik lain. Sila cubakan."
"Daun sup dan daun ketumbar, sekilas pandang rupanya kelihatan sama. Malah ramai ibu-ibu yang tak dapat membezakan yang mana satu daun sup, yang mana daun ketumbar kecuali jika mencium bau daun tersebut.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan kepada anda perbezaan di antara daun sup dan daun ketumbar serta khasiat keduanya.\n\nApakah perbezaan daun sup dan daun ketumbar dari segi rupa, bau, rasa, dan kegunaan dalam masakan?\n\nDaun sup atau nama saintifiknya Apium Graveolens mempunyai rasa lebih kurang sama seperti daun parsli. Ia kaya dengan protein dan biasanya digunakan sebagai hirisan untuk mengharumkan dan menambah perisa makanan seperti sup. Di antara khasiat daun sup ialah:\n\nAroma yang naik apabila daun sup dimasukkan kedalam masakan panas pasti membuatkan anda berselera untuk makan walau pun sedang sakit dan takde selera.\n\nDaun sup bersifat deuretik iaitu membantu mengatasi masalah water retention atau lebihan air dalam badan yang menjadi punca muka kelihatan sembab, dan badan menjadi kembang.\n\nTahukah anda, ekstrak minyak daun sup merupakan salah satu bahan utama yng digunakan dalam proses membuat minyak wangi.\n\nDaun sup kaya dengan vitamin c yang membantu meningkatkan imuniti badan iaitu kekuatan untuk melawan penyakit. Mereka yang mempunyai imuniti yang rendah lebih mudah dijangkiti demam, seksema, dan batuk.\n\nSakiranya anda mempunyai masalah sakit buah pinggang, boleh berikhtiar dengan menggunakan daun sup. Caranya:\n\nSekiranya anda menghidap sakit jantung, boleh juga mengamalkan minum jus akar daun sup setiap pagi. Cara menyediakannya sama seperti jus akar daun sup untuk pesakit buah pinggang.\n\nDaun sup membantu mengurangkan kadar gula yang berlebihan dalam darah penghidap penyakit kencing manis.\n\nOleh kerana salah satu daripada khasiat daun sup ialah menurunkan kadar gula dalam darah, secara automatik ia juga membantu menurunkan berat badan.\n\nPengambilan daun sup dalam diet setiap hari membantu meningkatkan sistem perkumuhan dengan menggalakkan pembuangan air kecil & memudahkan proses membuang air besar.\n\nJika anda mempunyai masalah kolesterol, jadikan daun sup sebagai ulam setiap hari kerana ia mampu menghapuskan kolesterol jahat dalam badan.\n\nDaun sup sudah lama digunakan sebagai rawatan alternatif kepada dialisis. Ianya juga murah dan tidak menyakitkan. Caranya:\n\nJika anda batuk berpanjangan, boleh minum air rebusan daun sup & madu. Cara menyediakannya:\n\nSekiranya anda dijangkiti sakit mata, boleh juga gunakan daun sup sebagai altrnatif kepada ubat titis yang diberikan oleh doktor. Caranya:\n\nNama saintifik bagi daun ketumbar ialah\u00a0Coriandrum sativum. Di antara khasiat daun ketumbar ialah:\n\nJika anda mempunyai masalah nafas berbau, kunyah sedikit daun ketumbar. Nafas anda akan kembali segar.\n\nUntuk mereka yang senggugut, amalkan minum air rebusan daun ketumbar untuk melegakan kesakitan yang dialami. Caranya:\n\nDaun ketumbar mampu meningkatkan inumiti & antobodi anda.\n\nDaun ketumbar mengandungi antioksida yang mampu merencatkan sel kanser dalam tubuh badan.\n\nJIka anda mengalami masalah kulit seperti kegatalan atau elergik, boleh jadikan daun ketumbar sebagai pes dan tampalkan pada bahagian kulit yang bermasalah.\n\nAmalan minum air daun air ketumbar mampu menstabilkan tekanan darah anda.\n\nDaun ketumbar boleh digunakan untuk mengubati cirit-birit. Anda boleh jadikan daun ketumbar sebagai ulam.\n\n8. Menurunkan kadar kolesterol dalam darah\n\nSeperti daun sup, daun ketumbar juga membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam darah.\n\nFaun ketumbar kaya dengan zat besi yang membantu penghasilan sel darah merah.\n\nDaun ketumbar menstabilkan paras insulin dalam darah & meningkatkan metabolisma badan.\n\nItulah dia info tentang daun sup & daun ketumbar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat jambu batu, khasiat lobak putih, dan\u00a0khasiat lobak merah."
"\u0648\u064e\u0671\u062e\u06e1\u0641\u0650\u0636\u06e1 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0646\u064e\u0627\u062d\u064e \u0671\u0644\u0630\u064f\u0651\u0644\u0650\u0651 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0671\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u06e1\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0644 \u0631\u064e\u0651\u0628\u0650\u0651 \u0671\u0631\u06e1\u062d\u064e\u0645\u06e1\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u064a\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a \u0635\u064e\u063a\u0650\u064a\u0631\u0657\u0627 \u0662\u0664\n\nDan rendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, \u2018Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.\u00a0(Surah Al Isra\u2019: 24)\n\nBegitu Allah swt meminta kita untuk menjaga dan mengasihani ibu bapa sebagaimana mereka telah menjaga dan mendidik kita sejak kecil. Walaubagaimanapun mereka, mereka tetap ibu bapa kita yang merupakan malaikat yang telah menjaga kita di dunia ini. \n\nSelain dari membalas jasa ibu bapa, sebagai anak, kita dituntut untuk berbuat baik dengan cara menjaga adab terhadap kedua ibu bapa. Terdapat banyak adab terhadap ibu bapa yang perlu kita pupuk sejak kecil lagi.\n\nIslam juga telah menyarankan dan menyuruh kita untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Ia adalah sebuah tanggungjawab dan kewajipan yang berkait rapat dengan adab terhadap ibu bapa.\n\n\u06de\u0648\u064e\u0671\u0639\u06e1\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0634\u06e1\u0631\u0650\u0643\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0628\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u0634\u064e\u064a\u06e1\u200d\u0654\u0657\u0627\u06d6 \u0648\u064e\u0628\u0650\u0671\u0644\u06e1\u0648\u064e\u0670\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u06e1\u0646\u0650 \u0625\u0650\u062d\u06e1\u0633\u064e\u0670\u0646\u0657\u0627\n\nSembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa.\u00a0(Surah An-Nisa\u2019 : 36)\n\n\u06de\u0648\u064e\u0642\u064e\u0636\u064e\u0649\u0670 \u0631\u064e\u0628\u064f\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0644\u064e\u0651\u0627 \u062a\u064e\u0639\u06e1\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0653\u0627\u0652 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0622 \u0625\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u0648\u064e\u0628\u0650\u0671\u0644\u06e1\u0648\u064e\u0670\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u06e1\u0646\u0650 \u0625\u0650\u062d\u06e1\u0633\u064e\u0670\u0646\u064b\u0627\u06da \u0625\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u064a\u064e\u0628\u06e1\u0644\u064f\u063a\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0639\u0650\u0646\u062f\u064e\u0643\u064e \u0671\u0644\u06e1\u0643\u0650\u0628\u064e\u0631\u064e \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0647\u064f\u0645\u064e\u0622 \u0623\u064e\u0648\u06e1 \u0643\u0650\u0644\u064e\u0627\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u064f\u0644 \u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0622 \u0623\u064f\u0641\u0651\u0656 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0646\u06e1\u0647\u064e\u0631\u06e1\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0644 \u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0648\u06e1\u0644\u0657\u0627 \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u0657\u0627 \u0662\u0663 \u0648\u064e\u0671\u062e\u06e1\u0641\u0650\u0636\u06e1 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0646\u064e\u0627\u062d\u064e \u0671\u0644\u0630\u064f\u0651\u0644\u0650\u0651 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0671\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u06e1\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0644 \u0631\u064e\u0651\u0628\u0650\u0651 \u0671\u0631\u06e1\u062d\u064e\u0645\u06e1\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u064a\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a \u0635\u064e\u063a\u0650\u064a\u0631\u0657\u0627 \u0662\u0664\n\nDan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan perkataan \u2018ah\u2019 dan jangan\u00adlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh rasa kasih sayang dan ucapkanlah \u201cWahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.\u00a0(Al-Isra\u2019:23-24)\n\nJangan sesekali mengatakan \u2018ah\u2019 atau membentak mereka tetapi ucapkanlah perkataan yang mulia bagi mereka. Jaga setiap butir percakapan anda dengan mereka. Cara bercakap dengan ibu bapa juga menjadi penentuan seseorang ke syurga atau neraka. Jagalah adab terhadap ibu bapa dari segi percakapan dan layanan.\n\nAdab Ketika Berada Bersama Ibu Bapa\n\nAsma\u2019 binti Abu Bakar Radhiallahu\u2019anhuma telah berkata (yang bermaksud):\n\nAku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik (belum masuk Islam) di zaman Rasulullah Salallahu\u2019alaiwasallam, lalu aku minta fatwa daripada Rasulullah Salallahu\u2019alaiwasallam. Aku berkata, \u201cAku telah bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?\u201d Jawab Rasulullah, \u201cYa, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya.\u00a0(Muttafaq alaihi)\n\nSetiap anak diwajibkan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa mereka walaupun mereka bukan Muslim. Sudah menjadi satu tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dimana anak harus menjaga kebajikan ibu bapa walau apa agama mereka sekalipun. Hormat dan berlemah lembutlah dengan mereka.\n\nSehingga ibu bapa meninggal pun, adab terhadap ibu bapa masih ada dan harus dilaksanakan. Semoga kita mendapat pahala dan keberkatan dunia akhirat dengan menyempurnakan adab terhadap ibu bapa.\n\nJom baca juga Cara membalas jasa ibu bapa, Tips anak solehah, Doa anak periksa dan Hadiah hari jadi anak perempuan."
"Banyak benda nak uruskan dalam satu hari? Penat? Tak sempat nak masak? Bolehlah cuba masakkan lauk mudah dan ringkas seperti ikan bilis goreng. Nak lagi sedap hanya tambahkan bahan-bahan tambahan supaya ikan bilis goreng tersebut tak rasa \u2018kosong\u2019.\n\nSekarang nih kita boleh tengok pelbagai resepi ikan bilis goreng yang telah divariasikan dengan pelbagai bahan tambahan. Ada kerabu ikan bilis,salad ikan bilis, sambal garing ikan bilis dan lain-lain lagi. Lauk mudah dan ringkas ini tak memerlukan bahan yang banyak dan leceh untuk dicari. Cara masaknya pun senang. Simple kan? Simple tapi marvellous. Siapa yang tak nak.\n\nBolehlah jadikan menu ikan bilis goreng ini menu untuk seisi keluarga malam nih. Pasti tambah nasi punya. Rasa ikan bilis yang rangup dengan perasa tambahan dari bawang, limau nipis dan cili mampu menaikkan selera makan. Yang nak diet pun mesti tak tahan punya. Sangat berbaloi untuk \u2018Cheat Day\u2019 satu hari.\n\nJom tengok resepi dari Soo Lee Hin . Ramai yang sudah mencubanya. Para suami pun boleh cuba masak menu ini. InsyaAllah senang dan mudah untuk difahami dan diikuti. Resepinya boleh tengok di bawah. Pasti tak kan menyesal. Sekali cuba pasti nak buat lagi.\n\nDah siap. Pastu jangan tunggu lama-lama. Baca doa dan boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain. Selain dari resepi ikan bilis goreng ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami."
"Artikel ini adalah tentang misi hidup dan cara mencipta misi hidup diri sendiri.\n\nSebelum ini saya kongsikan cerita bagaimana misi hidup menjadi kunci untuk mengekalkan momentum dan semangat.\n\nSaya yakin, bila saya lulus dan tamat pengajian, sebenarnya bukan sebab saya \u2018terer\u2019 melepasi segala halangan. Tapi Tuhan yang \u2018make it happen\u2019. Sebab Dia tahu saya ada misi penting yang seterusnya.\n\nItulah pentingnya punya misi hidup yang murni. Jadi asbab untuk menjemput pertolongan Tuhan. Bila tulis journal article, senang untuk diterima oleh pihak Journal. Bila nak buat kajian, idea datang mencurah-curah. Nak tulis tesis, sedap saja ayat yang keluar. Nak dapat kerja atau scholarship, lembut saja hati orang yang interview untuk pilih kita.\n\nTapi satu perkara yang saya perhatikan..kebanyakan orang tidak tahu apa misi hidup mereka. Katanya masih tercari-cari. Macam anak didik saya kata, misi hidupnya untuk jadi \u2018engineer\u2019. Dia masih confused nampaknya. Sebab itu bukan misi hidup, tapi hanya salah satu step untuk capai misi hidup.\n\nJadi macamana nak cari atau cipta misi hidup? Apa sebenarnya misi hidup?\n\nSecara asasnya, misi hidup perlu mematuhi 3 syarat penting ini:\n\n#1 Misi Hidup Perlu Mempunyai Dua Elemen Penting Iaitu:\n\nSiapa yang akan dibantu, dan apa yang akan dibantu atau bagaimana caranya. Ia juga perlu jelas dan spesifik.\n\n#2 Misi Hidup Mestilah Sesuatu Yang Memberi Kesan Mendalam Kepada Kita. \n\nMengingatkannya sahaja mampu menyentuh perasaan dan memberikan motivasi dan semangat yang tinggi untuk berjuang mencapai misi tersebut. Yang kalau kita tengah malas, tak bersemangat, tiba-tiba jadi semangat balik.\n\n#3 Misi Hidup Tersebut Perlulah Dikaitkan Dengan Tujuan Hidup Yang Sebenar Iaitu Mendapatkan Redha Allah.\n\nSupaya ia lebih jelas, saya akan berikan beberapa contoh. Dari contoh ini, insha Allah anda mudah untuk mencipta misi hidup anda. Jangan terperanjat jika tiba-tiba anda ada 3 misi hidup hehe.\n\nPokok pangkalnya, tengok orang di sekeliling kita..orang yang kita sayang. Apa yang boleh kita lakukan untuk mereka? apa sumbangan terbaik kita kepada mereka? yang sangat menggembirakan mereka?\n\nDan sebenarnya, kita bukan hanya menggembirakan mereka. Tapi lebih penting, kita sedang mendaki tangga meraih redha Ilahi.\n\n\u201dRasulullah saw bersabda,\u2019Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.\u201d\n\nUntuk menjadi manusia yang bermanfaat untuk orang lain, kita perlu ada misi. Tanpa misi, sumbangan kita hanya ala kadar. Semangat kita tenggelam timbul. Paling takut, kita tak sedar pun dan tahu-tahu kita sudah tua tanpa melakukan apa-apa yang signifikan untuk orang lain.\n\nJemput membaca artikel lain seperti :"
"Di dalam surah al-Kahfi terdapat pelbagai kisah yang boleh dijadikan ibrah kehidupan dan antara kisah yang menarik adalah kisah diantara Nabi Khidir dan Nabi Musa.\n\nSebelum meneruskan penulisan mengenai kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa, mari kita kenali dahulu misteri Nabi Khidir sebenarnya.\n\nSiapakah Nabi Khidir menurut al-Quran dan Hadis?\n\nAda diantara ahli agama didunia meragui kewujudan Nabi Khidir kerana Nabi Khidir merupakan seorang yang sangat misteri. Namun ulama ahli sunnah waljamaah mengakui kewujudan Nabi Khidir berdasarkan surah al-kahfi dan beberapa hadis sahih.\n\nIbnu Asakir dari Mujahid meriwayatkan \u201cdinamakan khidir (hijau) kerana dimana dia berada maka tempat sekitarnya menjadi hijau\u201d.\n\nDan menurut hadis Imam Bukhari ; \u201cdan apabila khidir duduk diatas jerami yang sudah kering, maka jerami itu akan berubah menjadi hijau kembali.\u201d \n\nIbnu Abbas meriwayatkan bahawa; \u201cKhidir adalah nama seorang anak cucu Adam as yang taat beribadah kepada Allah swt dan ditangguhkan ajalnya.\u201d\n\nBerdasarkan ketiga-tiga hadis diatas , jelaslah bahawa Nabi Khidir sebenarnya wujud dan keberadaannya menjadi topik perdebatan hingga ke hari ini.\n\nKisah Nabi Khidir dan Nabi Musa menerusi surah al-Kahfi.\n\nDi dalam surah al-Kahfi, bermula ayat 65 hingga ayat 82 telah menceritakan bagaimana \u00a0Nabi Musa memulakan perjalanannya untuk menimba ilmu dengan mengikut Nabi Khidir bermusafir. Sebelum diperintahkan untuk menimba ilmu dengan Nabi Khidir, Nabi Musa telah melakukan sesuatu sehingga beliau ditegur Allah swt menerusi firmanNya.\n\nMenurut Ibnu Abbas, Ubay bin Ka\u2019ab mendengar Nabi Muhammad saw bersabda ; \u201c sesungguhnya pada suatu hari , Musa berdiri di khalayak Bani Israil dan bertanya , \u201c Siapakah orang yang paling berilmu?\u201d Jawab Nabi Musa, \u201cAku\u201d. Lalu Nabi Musa ditegur Allah swt melalui firmanNya; \u201cSesungguhnya di sisi-Ku ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.\u201d \n\nNabi Musa diperintahkan untuk bermusafir diantara dua lautan sehingga ikan yang dibawanya di dalam sangkar hilang untuk bertemu dengan Nabi Khidir.\n\nMendengar firman Allah swt, Nabi Musa membawa seekor ikan di dalam wadah dan berangkat ke lokasi yang diperintahkan bersama-sama dengan muridnya iaitu Yusya bin Nun. Setelah menempuh perjalanan yang jauh dan tiba di sebuah batu, Nabi Musa as memutuskan untuk berehat .\n\nKetika mereka berdua berehat, ikan yang berada di dalam wadah tiba-tiba bergerak-gerak dan akhirnya terjatuh ke dalam air dan terus berenang ke arah laut. Murid Nabi Musa terpegun melihat kebesaran Allah swt menghidupkan semula ikan yang telah mati itu.\n\nAkibat kepenatan Yusya akhirnya tertidur dan dia terlupa untuk menceritakan kepada Nabi Musa akan peristiwa yang dilihatnya.\n\nLalu mereka berdua meneruskan perjalanan dan sampailah di suatu kawasan, Nabi Musa berkata kepada muridnya untuk membawa makanan . Dan ketika itulah Yusya menceritakan mengenai peristiwa ikan di dalam wadah kembali hidup dan berenang ke dalam lautan.\n\nMendengar kata-kata Yusya, Nabi Musa sedar bahawa disitulah tempat pertemuan dengan Nabi Khidir. Lalu Nabi Musa dan Yusya kembali semula ke tempat batuan tersebut.\n\nSetelah tiba semula ditempat batuan tersebut, mereka berdua melihat seorang hamba Allah swt memakai jubah berwarna putih bersih.\u00a0 Lalu Nabi Musa memberi salam dan Nabi Khidir menjawab dengan penuh bijaksana;\n\n\u201cDari mana datangnya kesejahteraan di bumi yang tidak mempunyai kesejahteraan?Siapakah kamu? \n\nNabi Musa menjawab beliau adalah Musa dan tujuannya mencari Nabi Khidir adalah untuk mempelajari ilmu dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Nabi Khidir.\n\nBerdasarkan ayat 67 surah al-kahfi ; Nabi Khidir menjawab bahawa Nabi Musa tidak akan dapat bersabar untuk bermusafir (menuntut ilmu) bersama-sama Nabi Khidir.\n\nDan Nabi Khidir menambah lagi bahawa ilmu yang dimilikinya adalah ajaran Allah swt dan tidak diajarkan kepada Nabi Musa dan sebaliknya ilmu yang dimiliki Nabi Musa as juga tidak diketahui oleh Nabi Khidir.\n\nMenerusi ayat 69 surah al-kahfi; Nabi Musa menjawab bahawa Nabi Khidir akan mendapati dirinya seorang yang sabar dan beliau tidak akan menentang Nabi Khidir dalam sebarang urusan.\n\nAkhirnya Nabi Khidir memberi kebenaran kepada Nabi Musa untuk mengikutinya dengan syarat bahawa Nabi Musa tidak akan mengajukan sebarang soalan tentang perbuatannya sehingga Nabi Khidir sendiri yang akan menerangkan kepada Nabi Musa.\n\nMaka kembara Nabi Khidir dan Nabi Musa bermula dan berlakulah beberapa peristiwa yang menguji kesabaran dan janji Nabi Musa untuk tidak mempersoalkan tindakan Nabi Khidir.\n\nPeristiwa pertama adalah dimana Nabi Khidir memusnahkan perahu yang mereka naiki bersama. Akibat sifat ingin tahu yang kuat, Nabi Musa terlupa akan janjinya dan bertanya mengenai tindakan Nabi Khidir. Nabi Khidir mengingatkan Nabi Musa akan janjinya dan Nabi Musa minta maaf atas sikapnya yang tidak sabar dan lupa akan janji.\n\nKembara mereka diteruskan dan sampailah di daratan dan Nabi Khidir telah membunuh seorang kanak-kanak yang sedang bermain bersama kawan-kawannya.\n\nTindakan Nabi Khidir mencetuskan tanda tanya kepada Nabi Musa lalu beliau bertanya dan Nabi Khidir mengingatkan sekiranya Nabi Musa masih bertanya, Nabi Musa perlu akur untuk tidak turut serta dalam kembara seterusnya.\n\nPeristiwa terakhir adalah dimana mereka tiba disebuah kampung dan mereka meminta bantuan \u00a0dari penduduk kampung namun tidak diendahkan oleh penduduk kampung.\n\nNabi Musa berasa kesal dengan tindakan penduduk kampung. Nabi Khidir mengajak Nabi Musa untuk membaiki tembok rumah yang rosak. Akibat tidak puas hati Nabi Musa terhadap sikap orang kampung, beliau enggan membantu. Nabi Khidir menegaskan bahawa dia tidak dapat menerima Nabi Musa sebagai muridnya dan mereka harus berpisah.\n\nAkhirnya Nabi Khidir menjelaskan akan setiap tindakannya kepada Nabi Musa. Dan tahulah Nabi Musa bahawa setiap yang dilakukan ada sebabnya.\n\nIbrah Dari Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa\n\nDi dalam kehidupan kita seharian terdapat pelbagai pengajaran yang kita boleh pelajari dari masyarakat sekeliling. Mengambil iktibar dari sikap Nabi Musa yang mengaku bahawa dia adalah manusia yang paling berilmu menimbulkan penyakit riak dan berupaya mendatangkan kemurkaan Allah swt.\n\nRiak merupakan penyakit hati yang berupaya menyebabkan kita kufur nikmat dan memandang rendah terhadap orang lain.\n\nSeterusnya adalah adab dalam berguru. Tindakan Nabi Musa yang tidak menepati janji dan sering mempersoalkan tindakan Nabi Khidir menyebabkan Nabi Khidir memutuskan untuk tidak lagi membawa Nabi Musa dalam kembaranya. Setiap tindakan yang dilakukan Nabi Khidir mempunyai sebab tertentu dan Nabi Khidir mendapat petunjuk dari Allah swt sebelum melakukan perbuatan tersebut."
"Kali ini kita bersiar-siar ke Bali pula, terokai makanan yang terkenal di Bali kali ini ialah rendang Bali. Apa yang istimewa daripada rendang Bali ini?\n\nAsasnya cara masak semua rendang ialah sama dari segi bahan dan cara namun ada beberapa bahan dan cara berlainan yang membuat rasa rendang jadi berbeza dan menarik.\n\nRendang Bali tidak sama seperti rendang umumnya kerana rendang Bali menggunakan kemiri, jintan, dan lada hitam sehingga juga terhasil rasa yang berlainan. Namun tidak kalah sedap dan lazat untuk mengisi perut.\n\nRendang Bali sedap dijadikan hidangan hari raya atau kenduri, dimakan bersama ketupat nasi, ketupat palas, pulut, roti, lemang atau bahkan makan macam itu sahaja. Jom cubakan resepi yang dikongsikan oleh \u200eJimmy Haneul di laman Facebook.\n\nSelain rendang Bali, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pastinya anda berasa teruja dan diawang-awangan apabila disahkan mengandung. Pasangan suami isteri mana yang tak bahagia bila dapat perkhabaran gembira tersebut. \n\nPastinya anda akan mula menjada diri dan melakukan yang terbaik untuk anak dalam kandungan anda. Namun entah apa nasib, tiba-tiba anda mengalami pendarahan. Seolah-olah anda sedang mengandung tapi datang period. Apa yang berlaku sebenarnya? \n\nAdakah ini\nbermakna ada sesuatu yang tak kena dengan kandungan anda? Adakah ini bermakna\nanda sedang keguguran dan kandungan anda sudah tidak dapat diselamatkan? Apa\nyang perlu anda lakukan sekarang? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan\nkongsikan maklumat lengkap tentang mengandung tapi period.\n\nAdakah\npendarahan semasa mengandung sesuatu yang merbahaya dan boleh menjejaskan\nkandungan?\n\nPertama\nsekali, anda perlu tahu bahawa tidak semua pendarahan semasa mengandung adalah\nmerbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda. Ada pendarahan yang normal dan\nada pendarahan yang tidak normal dan boleh menjadi bahaya. Walau apa pun,\nnasihat kami ialah segera pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan\npemeriksaan dari doctor jika anda tiba-tiba mengalami pendarahan semasa\nmengandung.\n\nPemeriksaan\nsegera adalah sangat penting bagi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan\nberada dalam keadaan yang baik. Apa yang paling penting, anda kekal bertenang\ndan jangan panik. Minta suami temankan anda dan sentiasa berada di sisi semasa\nanda mengalami pendarahan. Kehadiran suami bukan sahaja menenangkan anda malah\nboleh memberikan anda kekuatan.\n\nApakah punca\nberlakunya pendarahan semasa mengandung?\n\nYang\nsebenarnya terdapat pelbagai perkara yang boleh menjadi punca seorang wanita\nmengalami pendarahan semasa mengandung. Di antara punca yang paling kerap\nberlaku ialah:\n\nBilakah anda\nperlu berjumpa dengan doktor?\n\nAnda\u00a0 dinasihati untuk terus berjumpa doctor sebaik\nsahaja berlaku pendarahan semasa mengandung kerana dikhuatiri ia adalah petanda\nada sesuatu yang tak kena dengan kandungan anda. Lebih-lebih lagi kalau anda\nberdarah dengan banyak dan disertai dengan rasa sakit. Atau pun semakin lama\ndarah anda semakin banyak. Ia bukanlah satu keadaan yang baik.\n\nApakah tips\nuntuk mengelakkan pendarahan semasa mengandung?\n\nAnda boleh\nmengelakkan pendarahan semasa mengandung dengan mengamalkan beberapa tips\nberikut:\n\nItulah dia info tentang mengandung tapi period yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Smeoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang susu kambing untuk ibu mengandung, alahan ibu mengandung, dan khasiat safron untuk ibu mengandung."
"Cuaca panas yang dihadapi sekarang ini boleh mengakibatkan penyakit iaitu bawaan haba atau bahasa barat adalah Heat Illness. Tahukah anda tentang penyakit bawaan haba? Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira muda atau tua. Info sebenar mengenai bawaan haba.\n\nMari kami kongsikan info ini yang ditulis oleh Dr. Suhazeli Abdullah mengenai penyakit bawaan haba.\n\nPerlu diingatkan bahawa stress haba (heat stress) juga boleh berlaku di dalam keadaan cuaca bukan panas, iaitu di suasana persekitaraan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ini adalah kerana persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menghalang penyejatan peluh berlaku dengan sempurna. Terutamanya apabila seseorang itu berada dalam lautan manusia. Haba panas setiap individu akan mempengaruhi persekitaran yang sudah sedia panas.\n\n(i) Merasa kepala huyung, pening kepala.\n\n(v) Kehilangan kebolehan daya dan kordinasi/kekalutan ataupun hilang keseimbangan badan yang jelas.\n\n(vi) Kekeliruan dalam percakapan dan tingkahlaku\u00a0\n\n(vii) Bertindak agresif ataupun menunjukkan perangai yang tidak rasional.\n\n(x) Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan.\n\nJika berlaku tanda-tanda di atas; Dapatkan bantuan segera dari ahli yang mahir dalam merawat pesakit. Panggil pasukan perubatan dengan mendial 999 untuk tindakan segera.\n\nSementara itu, langkah berikut wajar diikuti:\n\n(i) Bawa keluar mangsa daripada padang/ tempat berhimpun yang sesak dengan orang ramai.\u00a0\n\n(ii) Baringkan/rehatkan mangsa terbabit di persekitaran yang nyaman.\u00a0\n\n(iii) Meninggikan kedua-dua kaki dan pinggul untuk melancarkan tekanan darah.\u00a0\n\n(iv) Melonggarkan/menanggalkan lebihan pakaian yang ketat\n\n(v) Membasahkan kulit dengan air/ais dan pengipaskan badan.\n\n(vi) Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha. Ais tidak bahaya. Badan kita akan beradaptasi dengan segera apabila diletakkan ais kepada badan atau kulit.\n\n(vii) Memberikan air minuman sekiranya sedar. Tiada masalah memberikan air sejuk atau air suam. Ianya tidak mendatangkan mudarat kepada mangsa. Malah membantu memulihkan hidraasi badan.\n\nWalau bagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan wajiblah diperolehi dengan kadar segera.\n\nPerlu diingatkan bahawa Strok Haba tidak sama dengan Strok (Angin Ahmar). Angin ahmar adalah melibatkan salur darah di bahagian otak mangsa samada tersumbat atau pecah. Manakala Strok Haba tidak berlaku sedemikian, mangsa pengsan akibat kepanasan yang melampau.\u00a0 \n\n Amat disarankan kepada semua mangsa, sebelum terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness), ianya boleh dielakkan,\n\nLangkah-langkah pencegahan penyakit bawaan haba (heat illness):\n\n(i) Menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas terik atau menggunakan pelindung dari panas terik matahari seperti payung atau khemah.\u00a0\n\n(ii) Mengelakkan melakukan aktiviti pada masa cuaca paling panas pada siang hari, pada kebiasaannya di antara jam 11 pagi \u2013 3 petang.\n\n(iii) Memastikan badan sentiasa mendapat air yang secukupnya iaitu dengan meminum air kosong sebelum, semasa dan selepas aktiviti/kerja luar. Minima keperluan meminum air seharian adalah 2 liter atau 8 gelas.\u00a0\n\n(v) Pemakaian seharuslah berkebolehan untuk menyejat peluh daripada kulit dengan baik, berwarna cerah, ringan dan tidak ketat serta memberikan perlindungan daripada sinaran matahari. \n\n*Kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang. Sekarang kita tidak pernah menghadapi bawaan haba tetapi mungkin satu hari nanti kita atau orang-orang terdekat akan terkena bawaan haba. Sebelum terkena, mari kita ikuti nasihat doktor seperti minum air yang bersih secukupnya. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Orang Melayu kaya dengan adat. Ini termasuklah dalam urusan peminangan dan perkahwinan. Ada tiga langkah utama yang sering dilakukan dalam masyarakat Melayu yakni merisik, bertunang dan juga berkahwin. Dan ketiga-tiga acara untuk peminangan ini akan memerlukan cincin. Setiap jenis cincin dalam perkahwinan ini sering dijadikan sebagai simbolik dalam sesuatu acara yang melibatkan peminangan.\n\nJenis Cincin Dalam Perkahwinan Untuk Masyarakat Melayu\n\nTerdapat 3 jenis cincin dalam adat perkahwinan melayu ini iaitu :\n\n#1 \u2013 Cincin Belah Rotan Untuk Merisik\n\nCincin belah rotan ini bermaksud cincin yang sangat simple dan ringkas. Ia dipanggil cincin belah rotan bukannya disebabkan diperbuat daripada rotan. Ia masih juga cincin\u00a0 daripada emas cuma reka bentuknya sangat ringkas tanpa sebarang batu, berlian mahupun permata.\n\nMudah cakap, cincin belah rotan ini adalah cincin emas kuning kosong biasa yang sangat ringka. Harganya pun lebih murah berbanding cincin tunang dan juga cincin nikah. Jika pergi ke kedai emas, sebut cincin belah rotan memang setiap kedai emas tahu cincin bagaimana yang diperlukan. Tapi awas, jangan pula di beli cincin belah rotan dari jenis emas putih kerana takut nanti pihak pengantin perempuan tersalah anggap yang itu adalah cincin diperbuat dari perak.\n\nTujuan merisik ini adalah untuk bertanyakan sama ada bakal pengantin perempuan itu masih belum ada yang punya ataupun belum. Sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri atau tidak.\n\nIa juga bagi menyampaikan hasrat pada bakal pengantin perempuan termasuk ahli keluarganya sekali bahawa saat itu ada seorang lelaki ingin menyunting si perempuan tersebut. Maka jika setuju cincin akan disarung sebagai tanda awal sebelum rombongan pertunangan di hantar pada tarikh yang dibincangkan.\n\nCincin nikah adalah yang paling grand sekali berbanding dengan cincin merisik dan juga cincin bertunang. Sesuailah dengan majlis pernikahan itu sendiri yang jauh lebih penting daripada majlis merisik dan juga pertunangan. Selalunya cincin perkahwinan dibeli dengan letakan batu di atasnya. Tidak kisahlah hanya berbatu satu yang agak besar ataupun batu kecil-kecil yang agak banyak.\n\nUntuk zaman sekarang, cincin kahwin banyak di pilih dari jenis emas putih dengan letakan batu berlian di atasnya. Cincin sebegini dikenali sebagai Solitaire ring.\n\nAda juga cincin kahwin yang di tempah khas secara berpasangan untuk si pengantin lelaki dan si pengantin perempuan. Pemakaian cincin yang sedondon begini sering di pilih dengan cincin perempuan dari emas putih dan cincin si lelaki dari perak bermutu tinggi ataupun platinum.\n\nKenapa Cincin Penting Dalam Urusan Perkahwinan?\n\nCincin ini sering digunakan sebagai simbolik kepada sebuah pakatan janji di antara pihak bakal pengantin lelaki dan juga pihak bakal pengantin perempuan. Malah dalam agama Islam itu sendiri amat melarang mana-mana perempuan yang telah ditunangkan untuk menerima lelaki lain di dalam hidupnya. Dalam istilah lebih mudah, si perempuan yang telah bertunang ini tidak boleh berlaku curang kepada bakal suaminya.\n\nIkatan pertunangan ini juga merupakan sebuah janji untuk menyatukan dua buah keluarga dan jika berlaku apa-apa yang tidak sepatutnya maka tindakan lanjut boleh di ambil. Malah pernah terjadi kes putus tunang yang turut di bawa sehingga ke mahkamah disebabkan oleh sesuatu peristiwa hingga timbul rasa malu.\n\nUntuk urusan pernikahan, cincin ini digunakan dalam acara membatalkan air sembahyang. Jika kebetulan tak nak cincin maka boleh saja digunakan barangan emas yang lain seperti rantai leher, rantai tangan dan gelang tangan.\n\n4 Panduan Memakai Cincin Risik dan Cincin Tunang Untuk Wanita\n\nIni cara yang betul untuk memakai\u00a0cincin tunang dan risik untuk bakal si pengantin perempuan yang sudah dilamar orang. Ada empat pilihan cara memakainya dan terpulanglah nak pakai dengan cara yang mana satu.\n\nCincin Ini Hanyalah Adat Maka Janganlah Hingga Tahap Menyusahkan\n\nPaling penting kena ingat yang cincin ini hanyalah sekadar adat. Jika diikutkan ajaran dalam Islam, sebut akad dan lafaz itu adalah yang paling penting sekali. Maka janganlah si pengantin perempuan meminta cincin yang agak keterlaluan saiz dan harganya hingga boleh menyusahkan diri bakal si pengantin lelaki.\n\nLebih afdal berikan kuasa membeli cincin ke atas si pengantin lelaki hanya dengan memberitahu saiz kerana cincin itu sendiri adalah hadiah yang ingin di beri sebagai tanda cinta, kasih, sayang dan sebuah tanggungjawab yang bakal di pikul."
"Jom pelajari tanda sakit jantung yang mungkin menyerang seseorang.\n\nPenyakit jantung adalah digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat pada bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit biasanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.\n\nSebab sebenar berlakunya rasa kesakitan ini adalah disebabkan oleh kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut.\n\nSekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan serangan sakit jantung.\n\nApabila usia seseorang wanita bertambah, kurang senaman dan berat badan meningkat secara beransur-ansur, ini menyebabkan masalah seperti sesak nafas atau sukar untuk bernafas. Ramai juga dalam kalangan wanita yang mengadu darah menjadi panas semasa menopaus.\n\nTetapi simptom ini boleh dianggap sebagai isyarat masalah jantung apabila ia berlaku dalam keadaan tertentu. Antaranya, masalah pernafasan yang semakin melarat dari masa ke masa, sesak nafas ketika berbaring dan bertambah baik ketika duduk.\n\nBakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak di dalam pembuluh darah jantung dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Ini berkemungkinan jantung anda mempunyai masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. Individu yang mengalami penyakit periodontal, dua kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang menyebabkan serangan jantung.\n\n3. Kebas pada tangan kiri dan lengan\n\nPernahkah anda rasa tangan kebas selang 10 minit. Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. Namun biasanya bagi wanita, anda akan rasa kebas di kedua-dua belah tangan. Jika anda pernah merasa kebas berpanjangan di bahagian tangan kiri dan kanan, anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan lanjutan bagi pencegahan awal.\n\nMenurut pembacaan sebelum ini, jika kadar denyutan tidak teratur, ia adalah sesuatu yang sangat membimbangkan kerana menunjukkan ada masalah yang sedang terjadi. Tambahan pula, apabila ianya disertai dengan sesak nafas, pening, ataupun letih. Ini merupakan tanda seseorang mengalami serangan jantung atau aritmia. Jika tidak diubati dengan segera, dapat membuat penderita mengidap stroke dan bahkan mengalami kematian secara mendadak.\n\nMengalami kesukaran untuk tidur juga sering dialami oleh penderita penyakit jantung. Hal ini dilihat berdasarkan hasil survey dari sejumlah wanita, yang mana 50% mengalami gangguan tidur pada beberapa hari sebelum positif mengidap serangan jantung. Sekiranya gangguan tidur anda berlanjutan, sila dapatkan rawatan lanjut.\n\nTanda yang mungkin anda rasa ialah pedih ulu hati. Rasa tidak selesa dan pedih di bahagian dada, di belakang tulang dada. Ini merupakan keadaan yang serius dan harus di kenal pasti sama ada pedih ulu hati ini serius atau tidak.\n\nAngina ialah sakit dada disebabkan oleh kekurangan aliran darah ke jantung dan ianya mirip dengan rasa pedih ulu hati. Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua penyakit ini, perhatikan jika anda rasa pedih ulu hati semasa melakukan kerja-kerja berat atau melakukan aktiviti ringan.\n\n7. Loya-loya dan hilang nafsu makan\n\nDisebabkan berlakunya pembengkakan pada perut, hal ini membuat pesakit tidak mempunyai selera makan, rasa mual dan ingin muntah. Gejala penyakit jantung ini merupakan ciri-ciri yang dapat dilihat secara fizikal dan mudah untuk dikenal pasti dengan lebih awal.\n\nKadang-kadang orang beranggapan bahawa sakit perut adalah disebabkan demam, atau salah makan. Namun ada beberapa kes serangan jantung, seorang wanita mengalami tekanan perut yang teruk seperti ada benda berat di atas perut. Malah, ada yang menyamakan kesakitan umpama gajah menimpa perut sehingga sukar bernafas. Jika perkara ini terjadi dan anda tidak mengalami haid, sila dapatkan pengesahan daripada doktor untuk kepastian.\n\nBerpeluh pada waktu sejuk selalu terjadi walaupun tanpa sebarang pergerakan fizikal. Kenapa ianya berlaku? Apabila jantung mengepam darah melalui laluan yang tersumbat, ia memerlukan daya yang lebih dan untuk memastikan badan berada dalam keadaan selesa, badan akan mengeluarkan peluh untuk mengurangkan pergerakan.\n\nBagi wanita terutamanya, berpeluh pada waktu malam adalah perkara biasa bagi individu yang ada masalah jantung. Ramai yang akan salah faham dan menganggap ianya akibat daripada kesan menopaus.\n\nSakit kepala yang menyerang secara tiba-tiba boleh menyebabkan seseorang rasa pening dan pusing sehingga hilang daya keseimbangan dan jatuh. Punca yang berkait dengan pening dan serangan jantung ialah penyakit darah rendah. Selain itu, kekurangan darah dalam badan juga berkait rapat dengan penyakit koronari jantung.\n\nJika anda mengalami pening seperti ini, anda perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin. Pastikan anda membuat pemeriksaan awal bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan dan mengurangkan risiko serangan jantung.\n\n11. Sakit pada bahagian leher, rahang dan belakang\n\nSama seperti sistem tubuh badan kita yang rumit, mereka sangat mahir memberi isyarat apabila terdapat sesuatu yang tidak kena. Apabila terdapat masalah dengan jantung, ia akan mencetuskan kesakitan saraf di kawasan tersebut, tetapi kadang-kadang anda merasa sakit di tempat lain.\n\nSakit di rahang, belakang atau lengan boleh dikaitkan dengan keadaan jantung, terutamanya jika ia sukar untuk dijumpai seperti tiada otot atau sendi tertentu yang sakit. Sakit ini kadang terasa dan boleh membuatkan anda terjaga pada waktu malam.\n\nAnda mungkin merasa sakit yang spesifik di sebelah kiri, bahagian bawah rahang. Jika anda mula merasa tidak selesa, anda perlu dapatkan rawatan.\n\nSeperti kebanyakan wanita, anda semestinya sibuk melakukan tugasan seharian dan menguruskan keluarga. Ini adalah rutin harian normal wanita. Jika anda mengalami kepenatan yang luar biasa, anda mungkin memerlukan pemerhatian. Keletihan yang melampau selalunya dianggap letih atau sebahagian dari simptom demam dan bukannya sakit jantung.\n\nTekanan dan stres pada jantung juga berlaku apabila jantung cuba mengepam darah di mana terdapat aliran yang tersumbat dan boleh menyebabkan anda mengalami kepenatan yang melampau. Jika anda selalu merasa penat, tanpa sebab yang munasabah, ini mungkin tanda serangan jantung.\n\nItulah dia tanda sakit jantung yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0 Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat timun, khasiat pisang, dan khasiat avokado."
"Kebanyakan wanita mempunyai kesukaran untuk memilih dan mencari hadiah untuk lelaki yang sesuai dan mengikut bajet yang ada. Sebenarnya terdapat banyak barangan sesuai yang boleh diberikan sewaktu hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan atau sekadar penghargaan buat mereka.\n\nJangan risau, kami telah menyediakan 50 idea hadiah untuk lelaki yang boleh anda pilih mengikut citarasa dan kemampuan anda. Idea yang dipilih semestinya bermanfaat buat kaum lelaki. Jom baca senarai yang boleh anda pilih.\n\nDompet merupakan hadiah yang selalu muncul atau lazim diberikan untuk lelaki. Jadikan dompet sebagai hadiah luar biasa dengan memilih dompet yang boleh ukirkan dengan muka penerima tersebut agar kelihatan eksklusif.\n\nSelain gambar, anda juga boleh letak logo ataupun ayat-ayat manis. Ukiran gambar pada dompet kulit ini dibuat menggunakan laser. \u00a0Terdapat empat pilihan warna dompet yang cantik dan boleh anda pilih.\n\nSudah menjadi trend kini memakai kurta untuk menghadiri sebarang majlis atau perayaan. Ramai lelaki lebih memilih memakai kurta kerana selesa dan kelihatan moden.\n\nKurta yang diperbuat daripada kain jenis premium como crepe ini sangat selesa, sejuk dan mudah digosok.\u00a0 Bertangan pendek dan \u2018loose\u2019 memang sesuai untuk lelaki yang tidak suka memakai baju yang ketat atau fit.\n\nTerdapat dua poket di bahagian atas dan bawah kurta. Saiz yang ada dari S sehingga 3XL dengan lapan warna yang memukau.\n\nSneakers menjadi pilihan ramai lelaki untuk dipakai sewaktu pergi kerja atau menghadiri sebarang majlis. Sebut sahaja sneakers, jenama Converse sudah tentu menjadi bualan dan pilihan ramai kerana kualitinya bagus, design yang cantik, selesa dan tahan lama sesuai dengan harganya.\n\nHi-top sneaker antara yang popular dalam kalangan peminat lelaki Converse. Beli sahaja di Shopee Mall, ketulenan dan keaslian kasut dijamin sepenuhnya.\n\nBagi jam tangan sebagai hadiah untuk lelaki pasti tidak akan mengecewakan mereka. Sekali-sekala, berilah jam tangan yang berjenama agar tahan lama dan kelihatan eksklusif. Jangan risau tentang harga kerana Wishdoit adalah salah satu jam tangan berjenama yang berharga bawah RM 100.\n\nCiri khas yang ada adalah kalis air. Boleh dibawa mandi atau berenang. Jam besi ini disertakan dengan kotak khas dan tali kulit. Tambah kad ucapan dengan penjual dibawah agar hadiah jadi lebih bermakna.\n\nJika penerima hadiah ini kaki motor, memang sangat sesuai anda beri topi keledar atau helmet. Nak naik motor pun perlu bergaya. Shoei adalah salah satu jenama helmet yang berkualiti tinggi dan ringan.\n\nHelmet ini dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik membuatkan pengguna lebih selesa memakainya. Pakej pembelian helmet Shoei di kedai ini termasuk manual penggunaan, beg shoei dan kotak.\n\nTak perlu tunggu hari raya untuk beli songkok baru, bagi je pada hari istimewa mereka. Setidaknya boleh pakai ketika hendak solat Jumaat, hadiri majlis keagamaan dan majlis berkaitan yang lain.\n\nSongkok Daffa Imran antara songkok yang amat berkualiti kerana diperbuat daripada baldu khas dari Jepun yang tahan lasak dan kalis air. Lining dalam songkok diperbuat daripada PU Leather yang membuatkan pemakai lebih selesa dan tidak sakit kepala.\n\nRamai lelaki yang suka pakai cap atau topi yang mempunyai stail baseball caps tak kira kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas. Pakai topi membuatkan si pemakai lebih bergaya dan terlindung dari cahaya.\n\nTopi dari HealthGuru antara topi yang terlaris yang diperbuat daripada nylon dan cotton. Terdapat beberapa design dan warna yang boleh anda pilih. Topi ini juga sesuai untuk perempuan. Bolehlah anda beli yang sama agar sedondon bersama pasangan.\n\nMinyak rambut juga merupakan hadiah yang pasti digunakan oleh kaum Adam. Hadiahkan mereka set penjagaan rambut pasti mereka suka kerana mahkota bagi mereka adalah rambut.\n\nBad Lab adalah antara minyak rambut atau pomade terbaik di Malaysia. Bukan hanya untuk bergaya malah minyak rambut ini membantu merawat kulit, anti-bakteria, anti-jerawat dan pelbagai kelebihan lain. Terdapat 7 jenis minyak rambut dengan tekstur,bauan dan fungsi berlainan.\n\nBeri hadiah istimewa seperti baju atau t-shirt berjenama pasti penerima suka. Jangan risau, bukan semua barang berjenama dijual dengan harga yang mahal. Harga standing kualiti pasti tak menyesal untuk dijadikan hadiah.\n\nBeli baju dari Al-Ikhsan je, pasti jenama asli dan berkualiti. Al Men Thiso Polo antara t-shirt yang terlaris di Al-Ikhsan. Walaupun design yang simple, namun selesa dan cantik bila dipakai. Kolar yang ada membuatkan si pemakai boleh memakainya untuk keluar bersama pasangan, menghadiri sebarang majlis dan lain-lain.\n\nMinyak wangi dari Mistixmen membuatkan si penerima dan pemakai lebih konfiden dengan bau yang harum. Bauan premium khas untuk lelaki ini memiliki isipadu sebanyak 30 ml dan penggunaan boleh bertahan sehingga 2 bulan.\n\nSekali sembur bauan boleh tahan selama 8 hingga 12 jam. Yang penting boleh di bawa ketika solat. Terdapat dua jenis bauan iaitu Light & Dark. Jika pasangan anda sukakan bauan yang lembut dan segar, Light pasti sesuai untuk mereka.\n\nRay-Ban adalah sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam kalangan pemakai dan pecinta cermin mata. Design yang unik dan klasik yang menjadi gaya utama dalam penghasilan cermin mata jenama ini menjadi tumpuan buat ramai peminat.\n\nCermin mata Ray-Ban dapat melindungi dari cahaya matahari dan silau. Pasti pasangan seronok menerima hadiah yang berjenama dan berkualiti. Lebih konfiden untuk bergaya.\n\nKalau anda menjalani perhubungan jarak jauh dengan pasangan atau ahli keluarga lelaki, beli sahaja bouquet coklat di Shopee mengikut bajet anda. Coklat bukan sahaja menjadi pemanis, malah terbukti dapat menghilangkan stress.\n\nHarga serendah RM 11.11 sehingga RM 85.89 mengikut pakej yang ada. Anda boleh memilih aneka coklat untuk diberi seperti Kit Kat, Cadbury, Snicker dan sebagainya.\u00a0 Anda tak perlu lagi susahkan diri untuk menghias coklat ini kerana bouquet yang dijual lengkap, cantik dan turut menyediakan kotak hadiah dan kad ucapan.\n\nSejadah sudah tentu ada di setiap rumah. Namun ianya akan menjadi sejadah teristimewa jika diberi oleh anda. Sejadah Rawda khas diterbangkan dari Madinah pasti disukai oleh pemakai.\n\nSejadah ini antara sejadah yang paling laris terjual kerana memiliki corak seperti karpet yang terdapat di kawasan Raudhah di Masjid Nabawi. Kain sejadah lembut dan selesa. Tak perlu balut untuk diberi hadiah kerana kotak eksklusif yang disediakan sangat cantik dan kemas.\n\nKhas untuk lelaki yang kaki game pasti mereka suka apabila dihadiahkan kerusi gaming ini. Sudah menjadi trend ramai kaki game memiliki ruang gaming tersendiri yang sangat eksklusif.\n\nHadiahkan kerusi gaming yang cantik, besar dan lembut pasti membuatkan mereka selesa untuk bermain game sepanjang hari. Beli kerusi yang mempunyai LED pasti menambah feel untuk berada di alam maya.\n\nWireless earbuds ini sesuai dijadikan hadiah buat lelaki yang suka mendengar musik. Sesuai dipakai ketika bersenam, memandu kereta atau sewaktu bekerja. Wireless earbuds mempunyai mikrofon dan boleh berfungsi ketika membuat panggilan.\n\nFungsinya yang kalis air seperti hujan dan peluh juga boleh digunakan sehingga 5 jam. Bukan itu sahaja, produk ini mudah untuk dikawal melalui sentuhan. Jenama dari Aukey pasti tidak menghampakan anda.\n\nTali\u00a0 Pinggang adalah salah satu aksesori bagi lelaki untuk kelihatan lebih bergaya. Jenama dari Lancestor Polo amat berkualiti kerana diperbuat daripada microfiber.\n\nIstimewanya tali pinggang ini kerana dapat diselaraskan sehingga 37 saiz berbeza dan boleh dipotong dengan mudah mengikut kepanjangan yang anda mahukan tanpa menggunakan tali ukur.\n\nTerdapat lima design yang mempunyai logo yang kemas dan rapi. Harga semestinya bawah RM 70 memang tulen dan asli dari Lancestor Polo. Tie sesuai diberikan kepada lelaki yang bekerjaya dan bekerja di pejabat. Bukan itu sahaja, ianya sesuai untuk dipakai bersama suit ketika menghadiri sebarang majlis formal, menghadiri seminar, konvokesyen, majlis perkahwinan dan sebagainya. Tie dari Emmer Zecna mempunyai kualiti yang baik.\n\nDiperbuat 100% daripada microfiber yarn memang sangat mudah untuk diseterika. Design dan warna yang dikeluarkan pula dipilih dari gaya Eropah.\n\nTak pelik jika ada lelaki yang suka memotong rambut sendiri kerana lebih jimat, selamat dan dapat mengikut citarasa yang diingini. Jika pasangan anda salah satu golongan tersebut, berikan hair trimmer dari jenama Kemei ini sebagai hadiah pasti seronok. \n\nSetiap pembelian anda akan peroleh 11 item lain. Bukan sahaja dapat memotong rambut, malah dapat mencukur misai, janggut, bulu hidung dan sebagainya.\n\nBukan wanita sahaja yang perlukan set penjagaan diri, malah lelaki turut memerlukan set ini agar lebih bergaya, segar dan berseri.\n\nSet asas penjagaan diri dari Nivea sangat berbaloi dijadikan hadiah. Harga bawah RM 50 anda boleh dapatkan pencuci muka, deodoran dan krim rambut. 3 produk ini sangat diperlukan oleh setiap lelaki dan menjadi keperluan harian bukan untuk orang lain, tetapi untuk keselesaan diri. \n\nSmart watch adalah hadiah untuk lelaki yang terbaik lebih-lebih lagi lelaki yang pentingkan kesihatan dan suka bersenam. Hal ini kerana, kebanyakan smart watch termasuk dari jenama Realme mempunyai fungsi untuk bersukan.\n\nJam tangan pintar Realme mempunyai skrin yang besar dan mengandungi lebih 90 mode bersukan seperti mendaki, berbasikal dan yoga.\u00a0 Keistimewaan jam ini adalah bateri mampu bertahan sehingga 12 hari, kalis air dan dapat mengawal oksigen dalam darah dan lain-lain.\n\nTak perlu membazir masa, duit dan tenaga untuk ke gym membina badan.\u00a0 Hadiahkan pasangan anda kerusi six pack care ini pasti berbaloi dan puas hati. Tak perlu lagi berebut alat di gym.\n\nAB Six Pack Care mempunyai pelbagai fungsi untuk melakukan pelbagai senaman seperti press-up, sit-up, reverse crunch, leg raise dan sebagainya. Hanya dengan satu alat, pengguna boleh melakukan banyak senaman untuk mengurangkan berat badan, membakar lemak, membentuk tubuh six pack dan sebagainya.\n\nJuicer juga boleh dijadikan hadiah buat mereka yang pentingkan penjagaan makanan yang sihat dan kesihatan diri. Bukan sahaja sihat, malah minum minuman berjus yang dibuat sendiri akan lebih segar dan berkhasiat kerana 100% tanpa bahan pengawet atau pewarna.\n\nJuicer dari Imbaco pasti berkualiti dan menjadi pilihan ramai. Walaupun kecil namun boleh menghasilkan sehingga 500ml isipadu jus. Pembelian dari penjual di bawah akan mendapat 9 item lain yang akan memudahkan proses menghasilkan jus.\n\nBuat pasangan anda yang gilakan musik, anda boleh hadiahkan mereka sebuah gitar. Gitar merupakan alat musik yang perlu ada buat penggemar musik untuk menyanyi dan menghasilkan lagu.\n\nLagi istimewa jika gitar yang diberikan mempunyai logo atau nama penerima. Pasti ianya menjadi sebuah hadiah bermakna buatnya. Gitar yang berkualiti ini mempunyai enam pilihan warna dan dijual dengan harga yang berbaloi.\n\nSalah satu aksesori kereta yang perlu ada dalam sesebuah kereta adalah phone stand holder. Dengan alat ini, pengguna dapat menonton drama dalam telefon bimbit serta melihat waze tanpa memegangnya.\n\nPhone stand ini boleh diletakkan pada cermin depan, dashboard atau mana-mana permukaan yang rata. Selain itu, ianya kukuh dan boleh diputar sehingga 360 darjah. Reka bentuk yang padat dan fleksibel tidak akan menghalang pandangan pemandu.\n\nJika pasangan anda seorang yang bekerja kuat pasti selalu lenguh-lenguh badan dan jika anda tiada masa nak mengurutnya, hadiahkan mesin urut badan sahaja padanya. Tak perlu ke spa untuk hilangkan rasa sengal, mesin ini sudah cukup membantu.\n\nMesin ini boleh mengurut tengkuk, bahu, belakang badan, pinggang dan lain-lain. Sesuai digunakan semasa di rumah atau pejabat. Hadir dengan remote memang senang untuk dikawal. Warga emas, dewasa dan remaja juga boleh menggunakannya.\n\nBuat pasangan anda yang menggilai jam tangan, apa kata anda berikan organizer atau kotak jam agar segala koleksi jam dapat dikumpul pada satu tempat. Lebih mudah mencari dan jam tangan juga terlindung dari habuk dan debu.\n\nKotak ini boleh memuatkan 12 jam tangan, 4 tali jam dan ada laci di tingkat bawah dengan 5 kotak. Bukan jam sahaja boleh letak, cincin dan aksesori yang lain pasti muat. Design sangat eksklusif setanding kualitinya.\n\nPowerbank sudah menjadi satu keperluan kerana fungsinya yang memudahkan setiap individu dan boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Gamer atau mereka yang sering keluar bekerja di luar kawasan terutamanya amat memerlukan powerbank.\n\nPowerbank jenama Pineng tidak asing lagi dalam kalangan pengguna kerana berkualiti dan mampu bertahan dengan lama. Kapasiti sehingga 30000mAh yang boleh mengecas sehingga 8-10 kali.\n\nKain pelikat antara barang yang pasti digunakan oleh kaum Adam. Apa kata anda belikan kain baru dan hadiahkan kepada mereka. Kain pelikat yang berjenama, terkenal dan mempunyai kualiti yang bagus adalah Gajah Duduk.\n\nKain pelekat dari Gajah Duduk sangat lembut, tak panas dan tidak jarang. Edisi hitam & putih merupakan antara yang terlari kerana warna dan corak yang cantik. Yang penting kain pelikat ini siap jahit. Pembelian disertai dengan kotak eksklusif.\n\nSekali sekala bagi hoodie berjenama pasti tidak akan membazir. Malah menjadi hadiah yang sentiasa diingati kerana kualitinya yang baik dan jenis kain yang tahan lama.\n\nPlain hoodie dari jenama Champion ini mempunyai warna hitam dan putih serta berlengan panjang. Kainnya selesa, sejuk dan lembut. Pastikan original baru berbaloi untuk dijadikan sebagai hadiah.\n\nKad hadiah Netflix sesuai dijadikan hadiah memandangkan ianya kini tidak memerlukan kad kredit atau debit untuk membelinya. Jika pasangan anda seorang kaki movie, pasti mereka gembira menerimanya.\n\nHot wheels atau dikenali sebagai diecast merupakan model kereta miniatur bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak, dewasa terutamanya lelaki juga mempunyai hobi mengumpul barangan ini. Kebanyakan lelaki suka mengumpul hot wheels yang merupakan kereta idaman mereka.\n\nReka bentuk hot wheels sangat kukuh dan menarik kerana dapat dimainkan di trek. Beli dengan seller di bawah, anda boleh dapatkan 5+1 hot wheels yang eksklusif.\n\nTak perlu tunggu raya untuk beli baju melayu. Hadiahkan saja pada bila-bila masa kerana ianya sesuai untuk dipakai sewaktu menghadiri majlis perkahwinan, solat Jumaat dan majlis lain. Baju melayu bersama sampin songket pasti memukau setiap mata yang memandang.\n\nSongket Dunia cukup terkenal dalam dunia baju melayu. Pembelian baju melayu ini termasuk kotak eksklusif, butang baju, sarung dan sarung tangan.\n\nKain sangat selesa dan sejuk kerana diperbuat daripada premium duchess dengan potongan slim fit. Jangan lupa tambahkan samping pada setiap pembelian kerana gayanya yang sangat mewah, berbaloi dengan harganya.\n\nTak kurang hebat, jubah juga menjadi pilihan ramai lelaki untuk memakainya terutama ketika menghadiri majlis keagaamaan dan solat jumaat.\n\nJubah dari Starvilion ini mempunyai potongan regular fit, satu poket di bahagian atas dada dan dua poket di sisi membuatkan baju ini kelihatan simple tetapi menarik dan terletak kemas. Kainnya tebal, tidak jarang dan kelihatan mewah.\n\nTidak menjadi masalah jika anda memberikan selipar sebagai hadiah untuk lelaki kerana barangan ini sudah tentu bermanfaat dan dapat dipakai oleh penerima tersebut setiap hari.\n\nSelipar berjenama Tropix antara selipar yang selesa dipakai walaupun harga bawah RM 30. Senang dipakai kerana hanya perlu disarung. Material kasut lembut, selesa dan anti-slip.\n\nJika pasangan, adik lelaki atau mungkin ayah anda seorang yang aktif dengan sukan terutama bola sepak, hadiahkan kasut bola yang baru dapat menjimatkan bajet mereka. Mana tahu mungkin kasut bola yang kini sudah rosak.\n\nKasut bola dari PUMA antara yang terlaris di pasaran. Pelbagai design dan warna yang menarik setanding dengan kualitinya. Beli dengan seller di bawah tentu original.\n\nBean bag sofa ni lagi selesa untuk duduk atau baring berbanding sofa biasa. Sangat lembut, gebu dan tidak panas. Memang best untuk merehatkan diri sehingga kadangkala boleh tidur dengan lena di atas sofa ini.\n\nBean bag sofa mampu menampung sehingga 250kg dan mempunyai waranti selama setahun jika ada tetasan jahitan dan kerosakan zip. Tengok movie sambil baring atas sofa gebu ini pasti terlena.\n\nKhas untuk kaki game, keyboard memang sesuai dijadikan hadiah buat mereka. Paling spesial, gaming keyboard ini mempunyai lampu LED dan disertakan dengan mouse LED.\n\nSetiap gamer sudah pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai ruang atau bilik game tersendiri. Apa kata anda menyumbang salah satu alat yang memang diperlukan sebagai menyokong minat terhadap hobi mereka.\n\nPelajar atau sesetengah pekerjaan memang memerlukan kad nama diri yang digantung pada leher. Namun kini, sudah menjadi trend memakai lanyard kerana kelihatan lebih bergaya terutama golongan remaja.\n\nHadiahkan lanyard yang mempunyai kata-kata hikmah atau semangat pasti menaikkan motivasi mereka setiap hari sambil bergaya dengan konfiden. Lanyard ini sesuai untuk menggantung telefon bimbit, keychain, mp3, kamera dan sebagainya.\n\nTak pelik sekiranya ada lelaki yang lebih gemar memakai clutch berbanding dompet. Hal ini kerana clutch mempunyai ruang yang besar dan boleh memuatkan pelbagai barang seperti kunci, telefon bimbit, mini ipad, sikat, powerbank dan sebagainya.\n\nOxwhite clutch bag yang diperbuat daripada nylon mempunyai kualiti yang baik. Terdapat dua poket di dalam clutch dengan satu poket berzip. Penggunaan clutch sesuai di bawa ke mana-mana seperti ke majlis korporat, majlis formal, pasar dan lain-lain.\n\nBaju jersey bukan sahaja sesuai untuk dipakai sewaktu bersukan, malah pakai harian di rumah atau sewaktu berkebun juga selesa kerana kainnya yang ringan, sejuk dan lembut.\n\nJersey keluaran Al-Ikhsan antara jersey terbaik. Harga sememangnya setanding dengan kualitinya yang bagus.\n\nSejadah sudah menjadi satu keperluan lagi-lagi ketika mengunjungi masjid ketika pandemik ini. Hadiahkan pasangan atau ahli keluarga dengan sejadah poket memang memudahkan kerana senang dilipat, kecil, ringan dan mudah dibawa.\n\nLetak sahaja sejadah poket dalam kereta agar mudah untuk anda solat jika pergi bercuti di tempat yang jauh. Beli sejadah poket yang mempunyai corak seperti sejadah atau karpet di Raudhah, Masjid Nabawi pasti dapat mengimbau kenangan sewaktu berada di sana.\n\nBackpack sangat sesuai dijadikan hadiah untuk lelaki yang suka mengembara, berkhemah atau mendaki gunung. Hanya dengan satu beg yang mempunyai banyak ruang penyimpanan barang pasti dapat memudahkan mereka untuk mengemas pakaian dan alatan lain.\n\nBeg yang kalis air ini mampu memuatkan pelbagai barangan seperti khemah, portable gas, laptop, kasut dan sebagainya.\n\nRamai yang memilih aktiviti berbasikal sebagai senaman kerana dapat layan keindahan sekeliling sambil mengeluarkan peluh dan meningkatkan stamina. Jika pasangan anda seorang yang gemar berbasikal, hadiahkan mereka basikal lipat agar mudah dibawa ke mana-mana. \n\nBasikal 26 inci ini mempunyai 21 tahap kelajuan dengan berat 19kg-21kg mengikut jenis basikal. Walaubagaimanapun sangat mudah untuk dilipat dan disimpan di dalam kereta mahupun di rumah. Basikal lipat ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ketinggian 150cm ke atas.\n\nLelaki terutama remaja dan dewasa sudah tentu ada yang suka mendengar musik yang kuat untuk menghilangkan stress dan menghiburkan hati. Dengan harga tak sampai RM 50 anda boleh dapat 3 set speaker yang mempunyai bunyi yang kuat dan jelas.\n\nLebih menarik apabila speaker ini boleh disambungkan dengan Bluetooth. Speaker dari jenama Vinnfier sememangnya berkualiti dan memuaskan.\n\nBaju kemeja sesuai dipakai untuk ke pejabat, menghadiri majlis formal dan untuk keluar bersama pasangan. Pakai baju kemeja kelihatan lebih segak dan bergaya.\n\nKemeja dari jenama Forest sangat berkualiti dan diperbuat daripada kain cotton dan woven. Kolar yang klasik mencantikkan lagi design kemeja ini dengan lengannya yang pendek.\n\nBuat anda yang mempunyai pasangan yang suka bermain game, pasti mereka seronok jika menerima hadiah 3D VR. Alat ini mampu membuatkan pemakai merasai pengalaman sebenar dalam game walaupun realitinya berada di alam maya kerana memaparkan pandangan 360 darjah.\n\nProduk ini mempunyai kanta blu-ray dimana dapat melindungi mata dari cahaya biru yang terhasil daril skrin yang merbahaya. Pembelian termasuk VR 3D, kain pencuci dan controller.\n\nTak dinafikan ramai peminat kopi terutama dalam golongan lelaki, tak kira warga emas mahupun dewasa. Kopi dapat menyegarkan mata dan memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan. Namun jika berlebihan, pasti dapat memudaratkan diri.\n\nWalaupun begitu, jika pasangan anda gemarkan kopi berikanlah mesin kopi sebagai hadiah. Mesin kopi dari Konka antara yang terbaik kerana fungsi dan bentuknya yang minimal namun dapat menghasilkan pelbagai jenis kopi yang sedap, mudah dan cepat.\n\nButang baju melayu juga seperti pin tudung wanita yang sering hilang ketika hendak digunakan. Solusinya, anda boleh borong banyak butang baju dengan harga yang murah di Shopee dan jadikan koleksi di rumah.\n\nWalaupun murah, kualitinya terjamin serta tahan lasak dengan pelbagai design dan warna yang memukau. Antara design yang laris adalah butang keris membuatkan baju kelihatan lebih eksklusif.\n\nPasti ramai lelaki akan suka jika dihadiahkan set alatan bertukang termasuk cordless screw driver ni. Pelbagai alat lain juga diletakkan dalam satu beg ini seperti penukul, plier, tali pengukur dan banyak lagi.\n\nCordless screw driver mampu digunakan sebanyak 250 kali jika di caj penuh selama 60 minit. Tak perlu lagi mencari plug point ketika bertukang, dengan alat ini semua kerja bertukang menjadi mudah.\n\nBelikan jam loceng buat lelaki yang mempunyai masalah sukar untuk bangun pagi. Jam digital pasti dapat membangunkan mereka dengan pelbagai fungsi lain.\n\nIstimewanya, jam loceng digital ini mempunyai fungsi Bluetooth, speaker dan cermin bersama lampu LED. Memang sesuai dijadikan lampu tidur. Setiap pembelian akan peroleh 1 jam digital, 1 usb dan panduan penggunaan.\n\nSapu tangan bukan sahaja digunakan untuk mengelap, malah kini menjadi trend untuk berfesyen terutama sewaktu memakai suit atau tuxedo. Sesuai untuk lelaki bekerjaya atau yang sering menghadiri majlis korporat.\n\nGundam atau turut dikenali sebagai Gunpla adalah model mini atau miniatur anime yang perlu dipasang sendiri. Ianya menjadi satu hobi khususnya buat pencinta anime walaupun cara pemasangannya agak sukar tetapi memuaskan. Setiap gundam boleh dicipta mengikut citarasa dan kreativiti sendiri.\n\nMassage gun sering digunakan untuk mereka yang aktif bermain atau bersenam di gym. Kalau ada di rumah macam-macam boleh buat. Contohnya, jika mengantuk dan penat urut guna massage gun ini terus segar.\n\nMassage gun boleh digunakan untuk mengurut seluruh badan menggunakan enam kepala berlainan seperti fork head, flat head, shavel head, bullet head dan lain-lain. Terdapat 30 kelajuan berbeza mengikut jenis urutan yang anda mahukan. \n\nKaki pancing pasti memerlukan alatan yang lengkap untuk memancing pada waktu lapang. Hadiahkan untuk suami set memancing yang baru pasti beliau suka. \n\nSet memancing di atas lengkap dengan beg memancing, joran, kelili, mata kail dan lain-lain. Memang mudah di bawa ke mana-mana kerana rekabentuk joran yang boleh diselaraskan dengan sepanjang 33cm sahaja.\n\nKini bukan sahaja golongan wanita yang sukakan fotografi dan videogarfi, malah golongan lelaki turut mempunyai hobi seperti ini. Jika pasangan anda salah satu yang memiliki minat yang sama, hadiahkan Go Pro yang mudah di bawa bersama kerana bentuknya yang kecil.\n\nWalaupun kecil namun kualiti gambar dan video sangat jelas dan cantik. Sesuai untuk rakam gambar, buat vlog dan sebagainya. Antara kelebihan Go Pro adalah mempunyai wide angle, kalis air, mampu merakam gambar dari jauh dan aktiviti lasak. \n\nGo Pro Hero 10 Black merupakan go pro terbaru yang mempunyai berat 153g dan kamera aksi yang menawarkan 5.3K rakaman video. Antara kelebihan Go Pro Hero 10 Black adalah salutan kanta hidrofobik serta kadar bingkainya meningkat.\n\nKomik bukan sahaja digemari oleh golongan kanak-kanak, golongan dewasa turut menjadikan ia sebagai hobi pada waktu lapang. Khas untuk penggemar anime, hadiahkan mereka siri-siri anime yang menarik di pasaran.\n\nSalah satu komik yang terlaris di pasaran adalah Attack On Titan yang mempunyai 33 volume. Borong sebanyak mana yang anda mampu untuk hadiahkan buat yang tersayang.\n\nPlanner sangat sesuai untuk golongan yang bekerjaya, ahli perniagaan dan lain-lain. Dalam kesibukan bekerja, planner diperlukan agar setiap urusan disusun teratur, catat perkara atau peristiwa penting dan sebagai peringatan terhadap apa yang ingin dilakukan.\n\nPlain planner yang berbentuk segi empat tepat sesuai untuk lelaki kerana tidak terlalu besar dan mudah untuk di bawa. Planner ini menggunakan kualiti kertas yang tinggi serta mempunyai penanda buku.\n\nSet stoking dari jenama Nike juga boleh dijadikan hadiah untuk lelaki. Terdapat 5 pasang stoking yang mempunyai logo Nike. Design yang simple tapi kelihatan eksklusif. Kualiti selesa yang tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Sesuai dipakai untuk bersukan, kasual dan lain-lain.\n\nElectric Cooker ini sangat efisyen dan sesuai untuk lelaki yang baru belajar untuk memasak atau selalu kerja ke luar kawasan. Mudah untuk digunakan kerana menggunakan elektrik dan tidak perlu dikawal tahap kepanasan. Sistem keselamatan juga baik kerana jika melebihi paras 200 degree celsius, electric cooker ini automatik akan ditutup sendiri. \n\nSelain itu, ianya tidak mudah melekat, mudah dibasuh dan boleh digunakan untuk menggoreng, mengukus dan rebus. Dengan sekali tekan pada butang on/off sahaja sudah boleh digunakan.\n\nDashcam juga merupakan salah satu aksesori kereta yang amat diperlukan sekarang. Ianya penting sebagai bukti rakaman jika berlaku sebarang kemalangan atau sesuatu kejadian berlaku terhadap diri atau orang sekeliling. \n\nDdpai dash cam antara model yang terlaris dan terbaik di pasaran. Bentuknya yang minimal tidak menyesakkan pandangan pemandu. Kualiti gambar jelas walaupun dalam gelap. \n\n60 hadiah untuk lelaki sudah kami sediakan untuk anda dengan link pembelian di Shopee agar urusan anda lebih mudah. Idea hadiah tersebut sudah tentu bermanfaat buat penerima dan tahan lama. Kami juga ada menulis artikel lain seperti hadiah untuk ibu, hadiah untuk ayah dan hadiah untuk suami\n\nPendapat di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia merupakan pendapat dan pandangan penulis."
"Kalau kita mengidam akan chocolate chip cookies, pasti sahaja kita akan ke kedai seperti Famous Amos ataupun Subway. Namun begitu, cookies ini tidaklah murah dan sekiranya kita perlu membeli dalam jumlah yang banyak, pasti menelan kos yang tinggi. \n\nOleh itu, ada satu lagi alternatif untuk anda yang ingin jimat akan tetapi masih lagi menyediakan sesuatu yang lazat dan menyelerakan. Ya, anda boleh menyediakan sendiri chocolate chip cookies ini! \n\nResepi yang kami bawakan kali ini telah dikongsikan oleh Zulaikha Ika dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Cara pembuatannya juga mudah dan boleh diikuti oleh sesiapa sahaja. Tanpa membuang masa, jom! Let\u2019s check it out! \n\nNota: Campurkan bahan bertanda * dahulu dan kacau sehingga sebati.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nTerdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!"
"Apabila\u00a0anak lambat berjalan, mesti ibu bapa akan mula berasa risau kan? Mana tidaknya, berjalan adalah salah satu fasa yang boleh memberitahu kita bahawa anak sedang membesar dengan baik dan jika sudah lambat berjalan begini sudah tentu pelbagai andaian muncul dalam diri setiap ibu bapa yang sedang mengalaminya. \n\nAnak Lambat Berjalan, Normal Atau Tidak?\n\nSebenarnya setiap anak itu berbeza tahap perkembangan masing-masing. Kerana itu ada anak yang cepat berjalan dan ada juga yang sedikit lambat atau ketinggalan di belakang usia kanak-kanak yang sebayanya. Sebab itu ada kanak-kanak yang sudah mula boleh berjalan seawal 10 bulan dan sebaliknya. \n\nMaka ibu bapa janganlah cepat membuat andaian bahawa lambat berjalan itu adalah tidak normal. Ada baiknya cuba untuk faham situasi sebelum membuat sebarang kesimpulan. Apa yang kita perlu risau adalah apabila anak tidak tahu berjalan selepas usia\u00a0 18 bulan. Maka pada ketika itu ibu bapa akan di minta untuk berjumpa dengan pakar bagi mengenalpasti punca kelewatan anak berjalan. \n\nDi rumah, ibu bapa boleh melakukan pemeriksaan awal untuk tahu apakah anak ada masalah atau tidak dengan memeriksa bahagian tapak kakinya. Sebagai contoh, apabila\u00a0anak\u00a0dah masuk umur setahun dan\u00a0lambat jalan boleh check bahagian tapak kaki anak tu kalau-kalau ada sebarang tanda lain yang tidak sepatutnya seperti bengkak dan lain-lain lagi. \n\nAntara Punca Mengapa Anak Lambat Berjalan Berbanding Kanak-Kanak Lain\n\nUntuk pengetahuan anda juga, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini lewat bejalan. Antara faktor-faktor tersebut adalah : \n\nSekiranya ibu atau bapa kanak-kanak itu lewat berjalan semasa mereka kecil, maka anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama.\n\nBayi yang dilahirkan pramatang lazimnya mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan termasuk lewat berjalan.\n\nMasalah saraf disebabkan kecederaan pada otak kanak-kanak yang sedang berkembang. Ia menjejaskan koordinasi otot dan pergerakan.\n\nPenyakit seperti muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy menyebabkan banyak otot menjadi lemah.\n\nKekurangan zat dan penyakit berlarutan menjejaskan perkembangan fizikal kanak-kanak dan secara tidak langsung jejaskan pergerakannya.\n\nKondisi seperti keting bengkok (bow leg), tinjit (talipes equinus), CTEV, kaki tidak sama panjang (leg length discrepancy) yang ketara.\n\n6 Tips Untuk Ajar Anak Berlatih Hingga Pandai Berjalan Sendiri\n\n1 \u2013 Mulakan Dengan Aktiviti Merangkak Bersama\n\nSebelum boleh mula berjalan, anak-anak perlu pandai merangkak dulu. Ini penting supaya anak akan berasa lebih yakin untuk menapak dengan menggunakan ke dua-dua kakinya. Ohya elakkan guna dari guna walker bagi menggalakkan anak merangkak dan menjelajah untuk mengetahui apakah benda yang ada di sekelilingnya dengan rasa bebas.\n\nAnda juga boleh lumba merangkak dengan anak. Caranya adalah dengan meletakkan barang atau permainan yang baby suka sedikit jauh. Kemudian biarkan si anak merangkak ke arah objek tersebut dan anda juga boleh ikut sama merangkak bersamanya.\n\n2 \u2013 Ajak Anak Bermain Di Sofa Rumah\n\nPerkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan. Nak lagi mudah ajak anak bermain di sofa dengan kaedah turun naik.\n\n3 \u2013 Bawa Anak Main Pasir Pantai\n\n Ajak anak berjalan di permukaan kasar, sejuk dan berpasir. Ini bagi anak tahu bahawa tidak semua permukaan itu sama. Si anak juga dapat mula membiasakan diri dalam apa juga keadaan permukaan. \n\n4 \u2013 Ajak Anak Bermain Di Atas Hamparan Rumput Hijau\n\nKerap berjalan berkaki ayam di atas rumput juga dapat membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman. \n\n5 \u2013 Pegang / Pimpin Tangan Anak Selalu\n\nPegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi. \n\n6 \u2013 Urut Kaki Anak Dengan Minyak \n\nIbu bapa juga boleh melakukan urutan lembut pada anak untuk membantunya bersedia dengan lebih awal. Urutan sebegini boleh dilakukan dengan bantuan minyak aromaterapi dan sebagainya. Bayi bukan saja bertambah tenang malah terasa lebih selesa dan bersedia. \n\n7 \u2013 Pakaikan Bayi Dengan Kasut Pertama Yang Sesuai\n\nDapatkan kasut untuk anak berlatih berjalan di luar dengan memastikan yang kasut itu di beli dalam saiz yang sesuai. Cara paling mudah adalah dengan memakaikan kasut tersebut ke kaki anak sendiri sebelum di buat bayaran. \n\nSeperkara lagi, dikatakan juga yang tapak kaki boleh membesar sebanyak 5% berbanding awal pagi. Jadi, seelok-eloknya dapatkan saiz kaki bayi yang paling stabil pada waktu petang.\n\nAdakah\u00a0\u2018Walker\u2019\u00a0Boleh Membuatkan Bayi Lebih Cepat Berjalan?\n\nJawapan mudahnya, TIDAK! Walaupun\u00a0\u2018walker\u2019\u00a0atau apa-apa jenis kerusi yang membantu bayi duduk ini dapat membantu kita memudahkan kerja, para penyelidik bersepakat bahawa ia sama sekali tidak membantu kepada perkembangan bayi. Sebaliknya, bayi akan menjadi lebih kuat apabila mereka dilatih untuk bangun dan menahan badan sendiri di atas lantai atau katil."
"Membesarkan bayi memerlukan kos yang sangat tinggi. Ia adalah kenyataan yang perlu kita semua hadapi. Kita perlu membayar yuran taska atau pengasuh, membeli susu dan lampin pakai buang, malah pemeriksaan dan imunisasi juga bukan murah harganya. \n\nOleh itu, kami faham bahawa anda cuba untuk berjimat selagi yang mampu. Salah satu daripada perkara yang boleh dijimatkan ialah lampin bayi yang dipakaikan kepada bayi setiap hari.\n\nPernah tak anda kira berapa ringgit yang anda belanjakan untuk membeli lampin bayi anda setiap bulan? Pastinya anda terkejut kalau kami katakan total duit yang anda keluarkan untuk membeli lampin bayi anda setiap bulan, kalau disimpan boleh dapat sebentuk cincin emas setiap bulan. Anda mesti teruja nak tau tips jimat beli lampin bayi yang nak kami kongsikan sekejap lagi, betul tak?\n\nGunakan lampin kain pada waktu siang, gunakan lampin pakai buang pada waktu malam sahaja\n\nPernahkah anda terfikir bahawa anda boleh berjimat dengan sangat banyak jika bertukar kepada lampin kain yang boleh dibasuh dan digunakan semula? Malah harga lampin kain adalah sangat murah dan tidak membebankan untuk dibeli. Jika anda ingin menggunakan lampin kain, di antara perkara asas diperlukan ialah:\n\nWalau bagaimana pun, walau pun lampin kain adalah murah dari segi kos, tidak ramai ibu yang memilih untuk menggunakannya memandangkan lampin kain perlu dibasuh dan dibersihkan setiap hari. Ianya adalah amat memenatkan. \n\nTambahan lagi, lampin kain tidak sehebat lampin pakai buang dalam aspek serapan. Lampin kain perlu disalin dengan lebih kerap berbanding lampin pakai buang, jadi pada waktu malam pastinya ia akan menjejaskan tidur si ibu akibat perlu menukar lampin bayi dengan kerap.\n\nOleh itu, kami sarankan agar anda menggunakan lampin kain pada waktu siang sahaja. Pada waktu siang anda berada dalam keadaan jaga maka tiada masalah untuk selalu menukar lampin bayi jika memakai lampin kain. \n\nPada waktu malam atau jika membawa bayi anda keluar berjalan-jalan, pakai lampin pakai buang seperti biasa bagi memudahkan urusan anda. Bijak kan idea kami?\n\nSelain menjimatkan wang, pemakaian lampin kain juga mengurangkan risiko bayi anda terkena ruam bayi kerana ia tidak mempunyai bahan kimia seperti lampin pakai buang. \n\nJika bayi anda dipakaikan lampin pakai buang, setiap kali bayi anda membuang air kecil atau air besar, najis akan bertindak balas dengan bahan kimia yang ada dalam lampin pakai buang tersebut lalu menyebabkan kerengsaan pada kulit. Akibatnya bayi anda akan mula mengalami ruam lampin. \n\nItulah puncanya kalau anda perasan, bayi anda cuma serasi dengan jenama lampin yang tertentu sahaja. Jenama yang lain akan menyebabkan bayi anda mengalami ruam lampin. Jika bayi anda dipakaikan dengan lampin kain, kebiasaannya masalah ruam lampin sangat jarang berlaku kerana tiada bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kulit bayi anda yang lembut. Maka anda tidak perlu lagi risau dengan masalah ruam lampin yang memeningkan.\n\nWalau bagai mana pun jika anda meninggalkan bayi dengan taska atau pengasuh, disarankan supaya anda berbincang dengan mereka terlebih dahulu sebelum menukar lampin bayi anda kepada lampin kain semasa menghatar bayi anda untuk dijaga. Ini kerana pemakaian lampin kain agak leceh. Malah ada taska yang mempunyai polisi yang melarang sama sekali penggunaan lampin kain. \n\nBeli lampin pakai buang secara online\n\nSetiap kali membeli lampin pakai buang untuk bayi anda, pastinya anda akan membandingkan harga di antara setiap kedai dan pasaraya, bukan? Kat mana harganya paling murah, di situlah anda akan beli setiap bulan. Atau pun jika anda dengar ada jualan murah lampin pakai buang bayi, anda akan memborong setakat yang mampu untuk berjimat.\n\nNamun tahukah anda bahawa pada zaman moden ini, membeli lampin pakai buang secara online di laman web seperti shopee dan lazada adalah jauh lebih murah memandangkan ada ramai penjual yang bersaing untuk mendapatkan jualan yang banyak. Persaingan yang wujud akan menyebabkan lampin pakai buang bayi dijual dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga yang dijual di kedai atau pasaraya.\n\nApa yang lebih menarik, laman web seperti shopee selalu mengadakan jualan murah. Dah lah harganya memang sedia murah daripada harga yang dijual di kedai dan pasaraya, ada jualan murah lagi. Untung berganda-ganda untuk anda. \n\nOleh itu, selepas ini jika anda nak membeli lampin pakai buang untuk bayi anda, sila beli secara online untuk mendapat penjimatan yang banyak. Kalau anda bernasib baik, anda juga akan mendapat free gift yang menarik dari penjual di sana.\n\nItulah dia info tentang tips jimat membeli lampin bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang ruam bayi dan bayi tidak berak"
"Perkongsian kali ini iaitu popia kacang hijau a.k.a. batang buruk. Kenapa dipanggil batang buruk ya?\n\nBentuknya yang panjang menyerupai batang. Diambah taburan kacang hijau menambah andaian seakan ia sebuah batang pokok yang buruk.\n\nNamun rasanya tidaklah seburuk tampilannya. Batang buruk dibuat menggunakan kulit popia menjadikan ia rangup. Taburan gula aising dan susu tepung membuat ia terasa lemak manis.\n\nBatang buruk sedap untuk dijadikan camilan hari Raya. Tidak bosan makan dan tetamu mesti suka. Kanak-kanak hingga orang dewasa selalu menginginkannya. Selamat mencuba resepi perkongsian daripada Sarina MdNayan\u200e di laman Facebook.\n\nSelain resepi batang buruk , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Masakan berbahan asas ayam memang selalu digemari. Hampir seluruh masyarakat malaysia sangat menyukai ayam dan menjadikannya makanan harian.\u00a0 Daging ayam yang wangi dan lembut serta perpaduan rempah-rempah dalam masakan sangat membangkitkan selera.\n\nAneka resepi ayam viral yang menarik dan banyak dicari oleh rakyat Malaysia telah kami tuliskan di bawah ini. Secara keseluruhan resepi ini sangat mudah diikuti.\n\nDengan 25 resepi ayam viral yang gempak ini, anda boleh mencipta hidangan sedap dan menarik macam restoran di rumah anda. Konfirm ahli keluarga akan suka hidangan ayam yang anda sajikan, selamat mencuba.\n\n1. Resepi Ayam Goreng Kedai Mamak\n\nSiapa yang tak suka ayam goreng mamak. Kerangupan dan kriuk-krik nya yang lazat sangat disukai tekak orang melayu. Berikut ini resepi ayam goreng ala kedai mamak yang dikongsikan oleh\u00a0\u200eNurul Syafiqah\u200e\u00a0di Facebook. Sila cuba resepi ini.\n\nAyam goreng kunyit selalu menjadi lauk pilihan di kedai makan melayu.\u00a0 Ayam ini dimasak dengan menggaulkan rempah kunyit dan pelbagai rempah lainnya dengan bahan lauk sehingga menampakkan warna yang kekuningan. Kami hadirkan untuk anda resepi ayam goreng kunyit yang mudah dikongsikan oleh\u00a0\u200eNina Mahdar di Facebook. Selamat mencuba.\n\nMasakan asal Jawa ini merupakan salah satu makanan terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bagaimana tidak, rasanya yang garing dikombinasi dengan pelengkap dan ratus rempah, sangat disukai untuk dijadikan makanan tengah hari. Merujuk resepi yang dikongsikan oleh\u00a0Nur Alyani\u200e\u00a0di Facebook, sila ciptakan ayam penyet sedap buatan anda.\n\nMasakan ayam satu ini juga merupakan makanan yang famous dalam kalangan masyarakat Melayu. Yang paling menarik dari makanan ini ialah serdak-serdaknya yang kaya akan rempah.\u00a0 Ayam goreng berempah sangat sesuai dimakan bersama nasi putih. Sila cuba dirumah anda resepi ayam goreng berempah yang dikongsikan oleh\u00a0\u200eMurni Rahmat\u200e\u00a0di Facebook.\n\nBoleh juga cuba resepi ayam goreng berempah versi lain di sini yang menarik.\n\nMendengar namanya saja sudah menarik apalagi memakannya. Kerana rasa yang unik inilah chicken mango menjadi salah satu antara makanan yang paling dicari 2018. Kami tuliskan untuk anda resepi chicken mango yang paling mudah dan sedap dikongsikan oleh\u00a0\u200eZuraini Mat Arshad\u200e\u00a0di Facebook. Selamat mencuba.\n\nAyam masak merah dapat dijumpai dimana-mana kedai Melayu. Ayam masak merah biasa dijadikan lauk untuk nasi putih mahupun nasi lemak. Sila baca dan ikuti resepi ayam masak merah yang dikongsikan oleh\u00a0Maimunah Binti Zulkifli\u200e\u00a0di Facebook seperti di bawah ini.\n\nBoleh cuba juga resepi ayam masak merah viral ini.\n\n7. Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers\n\nIni ialah resepi yang paling dicari. Ayam bakar Kenny Rogers telah menarik hati orang ramai. Mulai sekarang anda tak perlu lagi pergi restoran untuk menyantap hidangan ini. Sila cuba resepi ayam bakar yang dikongsikan di Facebook oleh\u00a0Cik Pooja\u200e\u00a0di bawah ini dan ciptakan ayam bakar restoran di rumah anda.\n\nBoleh juga cuba versi resepi ayam bakar lain yang menarik di sini.\n\n8. Resepi Ayam Masak Cili Kering\n\nAduhai! Tiba-tiba sahaja rasa terliur terbayang jika dapat makan ayam masak cili kering tengah hari ini. Ayuh buat ayam masak cili kering untuk makan tengah hari ini. Resepi dibagikan oleh Fatin Pauzi di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\n9. Resepi Ayam Goreng Pedas Korea\n\nFafae Mimie berkongsikan cara memasak ayam goreng pedas Korea mudah di laman Facebook. Dengan resepi ini anda boleh masak dan mengisi perut tanpa harus pergi ke restoran Korea, sudahlah harganya mesti mahal bukan?\n\n10. Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style\n\nMasakan ini sedap dimakan dengan nasi panas. Ianya berkuah dan kuahnya pula sedap jadi makin menambah nafsu makan, anak-anak pun suka. Tanpa buang masa, mari lihat resepi yang dikongsikan oleh IsMa Lyeza di laman Facebook sekarang juga. Selamat mencuba.\n\nResepi ayam percik Kelantan menggunakan teknik Chef Wan yang sangat simple yang dicubakan oleh Yuss Aisya di laman Facebook. Tekstur ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy. Tidak hairanlah mengapa ramai beratur panjang di kedai ayam percik di sekitar Kelantan. Resepi di bawah ini ialah untuk satu ekor ayam.\n\nLumur bahan tumbuk dengan ayam, biarkan satu jam.\n\nSenang cara buat ayam bakar berempah ini. Rasa enak yang berasal daripada rempah perapan ayam yang dilumurkan bersama ayam membuat ayam terasa amat juicy dan beraroma merangsang semasa dibakar. Resepi perkongsian ramai di laman Facebook dikongsikan oleh Cik Epal di laman Facebook.\n\nKalau suka ayam bahagian dada, masa yang diambil untuk masak lagi singkat. Sebab dada ayam cepat masak. Masa untuk bakar bergantung kepada jenis ayam atau size ayam. Kalau guna thigh macam maka sama dengan resepi ini.\n\n13. Resepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam\n\nRamai sangat yang cari resepi ini. Oleh itu, pada perkongsian ini kami hadirkan resepi ayam madu bakar khas pasar malam untuk anda cubakan di rumah. Resepi mudah daripada Yaya VictoryYaya di laman Facebook.\n\nAyam panggang BBQ biasanya selalu menjadi peneman acara kemah mahupun acara outdoor lainnya. Tentunya kepiawaian dalam memasak menggunakan resepi yang sedap adalah sangat penting. Resepi daripada \u200eRosma Ros\u200e ini dibuat dengan penuh kasih sayang dan khas untuk anda pecinta BBQ.\n\n15. Resepi Ayam Kukus Chinese Style\n\nBerbicara tentang sihat, ayam kukus memang antara hidangan yang cukup sihat. Ia tidak berminyak, tiada kolesterol tinggi. Sesuai untuk orang yang sedang dalam masa berpantang. \u200eHairul Nizam Ijam\u200e\u00a0dan Illyani Daud telah berkongsikan resepi menarik ini di laman Facebook tentang resepi ayam kukus. Selamat mencuba.\n\nAyam masak kicap biasa dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi. Ayam masak kicap boleh disantap pada waktu petang mahupun malam. Kanak-kanak sangat menyukai ayam masak kicap kerana rasanya tidak pedas. Resepi ini dikongsikan oleh Zur Ain Salim di Facebook. Sila cuba dan buat ayam masak kicap versi anda.\n\nBoleh juga cuba versi resepi ayam masak kicap yang lain.\n\nMakan tengah hari dengan nasi putih dan asam pedas ayam, siram dengan kuah pekat yang merecik menjilat jari, makan jadi berpinggan-pinggan. Tidak terasa habis 3 pinggan sekali. Bukan main sedap resepi Shashika Alia yang dikongsikan di laman Facebook.\n\nNota : Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak itu.\n\nMengikut selera masing-masing janji sedap dan kenyang. Resepi kari ayam mamak kali ini dikongsikan oleh Nazhatulshima Hashim\u200e di laman Facebook. Resepi senang untuk ditiru. Selamat mencuba.\n\n19. Resepi Stew Ayam versi Tengku Puan Pahang\n\nMesti ramai yang inginkan resepi stew ayam Tengku Puan Pahang versi cik \u200eShiela Husin\u200e yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Jom cuba resepinya. Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti chicken pie.\n\n20. Resepi Rendang Ayam Cili Api\n\nLain macam resepi rendang ayam cili api. Kami hadirkan kepada anda resepi rendang cili api yang dikongsikan oleh Ainun Sanusi di Facebook. Resepi rendang ayam cili api yang telah mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cuba resepi ini.\n\n21. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi\n\nAyam masak lemak cili padi nogori style. Saking mudahnya resepi ini hanya campak semua bahan kemudian biar mereneh dan jadilah dia. Mari lihat resepinya daripada Anith Natasha\u200e di laman Facebook. Jemput baca dan selamat mencubanya.\n\n22. Resepi Ayam Paprik Ala Restoran\n\nAyam paprik menu paling senang, sebab tak perlu masak menu tambahan lain. Cukup semua ada, termasuk sayur dan ayam. Masyarakat malaysia dengan ayam paprik berpisah tiada. Resepi perkongsian ramai hingga 4.4K ini dikongsikan oleh \u200eNora Abdullah\u200e di laman Facebook. Sila cuba resepinya.\n\nBoleh juga cuba versi resepi ayam paprik lain di sini.\n\nHidangan jawa ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi putih panas. Makan bersama kuah, bahkan minyak dalam kuahnya itu pun lagi sedap. Kami hadirkan resepi ayam masak ungkep yang dikongsikan oleh \u200eAtier Syah\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba resepi yang mendapat perkongsian ramai ini.\n\n24. Resepi Ayam Goreng Seringgit Rangup Krup Krap!\n\nBukan main sedap resepi ayam goreng seringgit cik Murni Rahmat Murni Rahmat\u200e yang berkongsi di laman Facebook. Bahkan ayam KF* pun kalah sedap. Anda patut cuba resepi laris yang dikongsikan ini. Rangup dan lazat.\n\nResepi seterusnya amat senang dan cepat masak. Resepi ayam sos tiram dikongsikan oleh Nur Sarah Nur Sarah di laman Facebook. Lauk macam gini budak-budak mesti suka.\n\nSelain aneka resepi ayam, ada lagi koleksi masakkan menarik yang boleh anda cuba. Semuanya menarik."
"Anda kena cuba resepi sotong goreng kunyit ini. Lauk pembuka selera dan pemusnah diet anda. Sotong goreng kunyit bersama petai. Mendengar namanya saja bisa menitik air liur ini.\n\nRasa jangan disoal lagi. Memang terbaik. Paling sedap dijadikan lauk makan dengan nasi putih. Makan tengah hari dengan sotong goreng kunyit petai sangat sedap.\n\nBersotong pada tengah hari. Konfirm bertambah makan nasi. Imah Rahman telah berkongsikan resepinya di laman Facebook. Dan tidaklah hairan resepi ini mendapat perkongsian ramai kerana memang rasanya sungguh enak.\n\nSelain resepi sotong goreng kunyit petai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Selain Sydney dan Melbourne, Perth merupakan di antara bandar di Australia yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Nak tahu apa yang best di sana? Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Perth yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.\n\nHyde Park\u00a0yang terletak di Perth ini terkenal dengan pokok-pokok hijau yang tua dan rendang.Ada juga yang mengatakan bahawa taman ini merupakan yang terindah di Perth dengan tumbuhan yang berbunga warna-warni, dan kawasan berjalan kaki di sekitar tasik.\n\nSambil anda dan keluarga berkelah di sekitar tasik di sini, anda boleh melihat kecomelan itik-itik dan burung yang terdapat di sini. Bukan orang dewasa je yang seronok di sini, kanak-kanak pun turut teruja melihat fauna yang ada.\n\nSetibanya anda di Avon Valley, anda akan dapat melihat keindahan kawasan perkampungan yang sangat menenangkan jiwa. Lagi best kalau anda ke sini pada musim bunga, anda dapat melihat pelbagai tumbuhan dan bunga kembang mekar, bolehlah dijadikan latar belakang untuk anda bergambar.\n\nBanyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga untuk melihat pemandangan di sekitar Avon Valley dari sudut yang berbeza seperti menaiki belon udara panas, paragliding dan skydiving. Kalau dah puas memacu adrenalin, anda juga boleh membawa keluarga melawat galeri-galeri seni, kedai-kedai antik, muzium dan tarikan bersejarah yang banyak terdapat di sini.\n\nHillarys Boat Harbour adalah lokasi pilihan ramai orang untuk beraktiviti bersama keluarga. Di sinilah juga terletaknya AQWA ataupun The Aquarium of Western Australia yang menempatkan pelbagai hidupan laut yang terdapat di lautan Western Australia.\n\nAntara tarikan lain yang terdapat di\u00a0Hillarys Boat Harbour\u00a0adalah penerbangan helicopter,\u00a0 menaiki kapal layar atau bot, memancing, bermain gelongsor air, menyelam skuba dan banyak lagi! Tak kisahlah berapa pun usia anda, ada sahaja aktiviti yang sesuai untuk dibuat di sini.\n\nTak perlu pergi menyelam, pengalaman di sini terasa seperti berada dalam air laut dalam. Melalui kaca akuarium anda dapat melihat ikan jerung, ikan pari dan banyak lagi hidupan laut yang lain dengan dekat. Bukan sikit ikan-ikan yang ada di sini sebab anda boleh melihat lebih daripada 4000 kesemuanya yang terdiri daripada 400 spesies yang berbeza.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am \u2013 5.00pm)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa (16 Tahun Dan Ke Atas) AUD 30 | Kanak-kanak (4-15 Tahun) AUD 18\n\nDi sini anda dapat berseronok dengan aktiviti sandboarding. Anda cuma perlu pergi ke kawasan pasir yang lebih tinggi, kemudian berdiri di atas papan luncur ini dan meluncurlah anda sepuasnya di kawasan padang pasir ni.\n\nLebih kurang je seperti snowboard cuma sandboard ini boleh dikatakan versi hipster untuk aktiviti meluncur. Kalau anda tak ada board sendiri, anda boleh menyewa board dengan harga AUD 10 untuk 2 jam. Anda juga boleh menyewa basikal dengan harga AUD 50 untuk 30 minit. Apa-apa pun, jangan lupa untuk memakai pelindung mata dan sunblock!\n\nSekitar 3 jam perjalanan dari bandar Perth, anda akan sampai ke kawasan padang pasir\u00a0The Pinnacles\u00a0yang mana terdapat banyak batuan besar yang unik untuk anda jadikan subjek atau latar belakang foto. Kalau anda bernasib baik, mungkin anda dapat bertembung dengan kanggaru yang menjadikan kawasan ini habitat mereka.\n\nSekiranya anda ke sini pada musim panas, lebih baik untuk anda datang pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan sinaran mentari yang terik. Tapi musim yang paling best untuk ke sini adalah antara bulan Ogos ke Oktober iaitu pada musim bunga untuk melihat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini hidup mekar.\n\nNasihat untuk anda sebelum ke sini, jangan lupa juga untuk membawa air minuman yang secukupnya kerana tiada air yang disediakan di sini.\n\nPusat sains di Australia yang diberi nama\u00a0Scitech Discovery Centre\u00a0ini tidaklah besar mana, tapi mudah untuk anda melihat anak-anak bebas bergerak menerokai alam sains dalam set-up yang\u00a0 cukup interaktif dan menyeronokkan.\n\nCukup padat dengan lebih daripada 160 jenis pameran yang kesemuanya interaktif dan khas untuk kanak-kanak. Memang tak sempatlah kalau satu jam je kat sini. Antara yang terdapat di sini adalah simulasi taufan, permainan atau eksperimen fizik dan kejuruteraan, ruang bacaan, lego, stesen buih, kereta pintar, dan lain-lain lagi.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Jumaat (9.30am \u2013 4.00pm) | Sabtu & Ahad (10.00am \u2013 5.00pm)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa AUD 19 | Kanak-kanak AUD 12 | Kanak-kanak (Bawah 4 Tahun)\n\nDibina pada tahun 1830, Round House merupakan bangunan yang pertama dibina di Swan River Colony. Dikatakan bahawa bangunan\u00a0Freemantle Round House\u00a0ini merupakan yang tertua sekali di Western Australia. Pada asalnya bangunan ini digunakan sebagai penjara bagi tahanan-tahanan penduduk asli dan penjajah sehinggalah tahun 1990. Selepas itu, ia dijadikan kuarters bagi ketua konstabel\u00a0 dan keluarganya.\n\nNamun kini ia dijadikan destinasi pelancongan sebagai penjara pertama yang dibina di Fremantle. Jika anda datang ke sini, anda boleh memasuki terowong yang terletak di bahagian bawah bangunan dan berjalan-jalan di bahagian penjara yang turut lengkap dengan foto-foto lama dan informasi berkaitan penjara di sini.\n\nKalau dah puas berjalan, anda boleh naik di tingkat atas bangunan untuk menikmati pemandangan indah lautan yang terletak berdekatan dengan Round House sambil menikmati bayu laut. Alang-alang dah sampai ke sini, jangan lepaskan peluang melihat meriam dibunyikan pada setiap pukul 1.00pm.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.30am \u2013 3.30pm)\n\nMula dibina pada tahun 1835,\u00a0Old Mill\u00a0merupakan tempat pemprosesan tepung sehinggalah tahun 1859. Kilang ini kemudiannya telah banyak diubah kegunaannya dari sebuah hotel, kepada tempat tinggal dan bermacam lagi. Namun pada tahun 1992, Old Mill ini telah dibaikpulih dan diletakkan di bawah penjagaan National Trust. Nak kembali ke masa silam? Jom ke sini!\n\nWaktu Operasi:\u00a0Selasa \u2013 Jumaat (10.00am \u2013 4.00pm) | Sabtu & Ahad (1.00pm \u2013 4.00pm) | Cuti Umum (Tutup)\n\nKalau dah sampai ke luar negara tu, mesti nak bawa pulang sesuatu untuk orang tersayang bila balik nanti kan? Jadi, jangan lupa singgah ke Fremantle Markets. Dekat sini anda boleh jumpa pelbagai barangan dari barang-barang antik, hasil kayu, barangan kulit sehinggalah ke barangan basah untuk dimasak sepanjang percutian anda di Australia ni.\n\nBukan itu sahaja tarikan Fremantle Markets ni ya, sebenarnya, bangunan pasar ini dibina pada tahun 1897, pada waktu ketika masih ramai orang menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan utama. Masih terasa aura klasik pasar ini bila anda sampai ke sana nanti.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Jumaat (9.00am \u2013 8.00pm) | Sabtu & Ahad (9.00am \u2013 6.00pm) | Isnin \u2013 Khamis (Tutup)\n\nPerth Zoo yang berkeluasan 41 ekar ini telah lama dibuka, sejak 1898 lagi. Oleh sebab itu, tersangatlah banyak haiwan yang dapat dilihat di sini iaitu lebih daripada 1250 ekor haiwan yang terdiri daripada 164 spesies yang berbeza.\n\nPerth Zoo terbahagi kepada 3 bahagian berbeza iaitu Australian Walkabout, African Savannah dan Asian Rainforest serta beberapa pameran mini yang melibatkan burung-burung dari selatan Amerika, kura-kura Galapalagos dan bermacam lagi. Ambil masa 2 atau 3 jam juga kalau anda nak habis melihat semua haiwan yang terdapat di sini, memang berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.00am \u2013 5.00pm)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa AUD 31 | Kanak-kanak (4-15 Tahun) AUD 15 | Warga Emas AUD 24\n\nJaraknya hanya 45 minit perjalanan dari Perth dengan menaiki feri. Sepanjang perjalanan, anda dapat melihat singa laut dan ikan lumba-lumba yang berkeliaran di sekitar perairan. Sampai sahaja di\u00a0Penguin Island\u00a0anda dapat mendekati penguin-penguin yang tercomel dan terkecil di dunia.\n\nDah puas bermain-main dengan penguin, anda boleh menghabiskan masa di pulau ini dengan aktiviti snorkeling, berenang, berjalan-jalan untuk menikmati flora dan fauna atau bersantai sambil menikmati pemandangan di sekitar pulau yang cukup mengasyikkan.\n\nWaktu Operasi Penguin Island Discovery Centre:\u00a0Setiap Hari (10.00am- 3.30pm)\n\nBayaran (Penguin Island Ferry & Discovery Centre):\u00a0Dewasa AUD 27 | Kanak-kanak (3 \u2013 12 Tahun) AUD 20 | Warga Emas AUD 24\n\nKawasan perikanan ini telah wujud sejak tahun 1919 lagi. Pemandangan di sekitar Fishing Boat Harbour ini cukup menyegarkan pandangan mata. Untuk menikmati pemandangan indah di sini, anda boleh menaiki bot atau feri yang disediakan ataupun berjalan-jalan di ruang berjalan kaki di atas papan kayu yang terdapat di sini.\n\nKalau dah puas menikmati keindahan panorama, jangan lupa\u00a0 untuk ke The Western Australian Maritime Museum Shipwreck Galleries yang juga terletak di sini. Rugi kalau tak pergi!\n\nItulah dia 13 tempat menarik di Perth. Menarik sungguh kan? Jom kita bercuti ke Perth!\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Korea yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Pergaulan bebas di kalangan generasi sekarang amat aktif dan diluar kawalan. Oleh kerana pergaulan bebas ini, banyak kes mengenai anak luar nikah, hubungan intim sesama jantina dan banyak lagi. Bukan sahaja di luar negara yang mengalami krisis ini, malah di Malaysia juga tidak kurang juga dari negara luar.\n\nBerdasarkan statistik, seramai sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan cergas dalam hubungan seks. Ini menunjukkan hal ini amat serius. Seawal umur 12 tahun, mereka sudah tahu apa itu seks.\n\nIbu bapa perlu memantau anak-anak, lebih-lebih lagi semasa mereka melayari internet. Selain itu, ibu bapa juga perlu memberi pendedahan awal kepada anak-anak agar mereka tidak salah faham maksud seks tersebut.\n\nBagaimanakah kita mahu memberi pendedahan awal kepada anak-anak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 asas pendedahan awal tentang pendidikan seksual. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. \n\nTiga buku penulisan beliau yang berjudul \u201c3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna\u201d, \u201cWhy So Serious Parents?\u201d dan \u201cParents, Welcome To My World\u201d sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. \n\n6 Asas awal pendedahan pendidikan seksual\n\nIni 6 basic rules yang ibu bapa boleh buat untuk slowly jadi contoh dan beripendedahan awal pada anak2 tentang sex education:\n\n1. Jaga aurat depan anak (pusat ke lutut). Seeloknya dedahkan anggota wudhu sahaja (lengan, kaki, kepala). Yg lain, tutup. Dan elak pakaikan anak pakaian yang dedahkan terlalu banyak kulit badan. Biar dia biasa pakai sopan dari kecil.\u00a0\n\n2. Setiap kali bawa anak pergi toilet\u2013 TUTUP PINTU. Walaupun kita mandikan atau teman dia membuang, always remember to close the door. WALAUPUN TAKDE ORANG LAIN DALAM RUMAH.\u00a0\n\n3. Minta izin anak sebelum peluk cium dia. Simply ask, \u201cMama nak peluk sekejap, boleh?\u201d Dan sila hormat pendirian anak jika dia TAK MAHU. This will teach the child to respect themselves and to respect other people\u2019s privacy.\n\n4. Izinkan anak salam cium tangan HANYA DENGAN ORANG YANG DIA SELESA. Dan kalau ada orang yang dia pilih untuk tak bersalam, tanya anak, find out why, hormat keputusan dia, and never paksa.\u00a0\n\n5. Never bogelkan anak depan orang. NEVER. Budaya bogelkan anak utk pakaikan diapers/seluar di depan mata orang lain, dengan alasan anak masih kecik dan bontot masih hijau,\u00a0PATUT DIHENTIKAN. Apatah lagi membiarkan orang lain memegang kemaluan anak yg kononnya comel.\n\n6. Ajar anak untuk menjaga 4 bahagian ini: kemaluan, punggung, dada, mulut. Dan ajar mereka untuk beritahu ibu bapa secepat mungkin jika mana2 bahagian itu disentuh oleh orang lain.\u00a0 \n\n*Didikan ibu bapa di rumah lebih baik berbanding didikan di sekolah. Anak-anak akan mengikuti kata-kata dan tingkah laku yang diajar oleh ibu bapa. Jika anak sudah mencapai umur akhil baligh, ibu bapa perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka kerana waktu itu mereka akan lebih sensitif. Bertanya dan berbual dengan mereka tentang sekolah dan aktiviti harian mereka seperti seorang kawan. Cara ini dapat membuat mereka lebih selesa untuk berkongsikan masalah.\n\nSemoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tidak kira yang beragama Islam mahupun bukan, semua orang mengenali insan hebat ini. Tokoh agama ini sangat terkenal keperibadiannya dalam menyantuni masyarakat. Malahan, beliau juga sering membantu orang yang hidup susah tanpa mengira agama dan bangsa.\n\nInsan yang dimaksudkan sudah tentunya pendakwah bebas terkenal negara, Ustaz Ebit Lew. Figura hebat ini telah berjaya membuka mata kita tentang akhlak yang perlu ada dalam diri seorang muslim.\n\nDalam artikel kali ini, penulis ingin mengajak para pembaca yang dikasihi untuk mengenali lebih dekat Ustaz Ebit Lew. Beliau yang sering menggunakan tagline \u2018Keluarga Sunnah\u2019 sering mengajak masyarakat agar mencontohi keperibadian Rasulullah.\n\nPastinya ramai yang hendak tahu sejarah hidup beliau. Dalam slot \u2018Islam Agamaku\u2019 di ruang udara radio IKIM.fm, beliau pernah berkongsi kisah hidupnya serba ringkas.\n\nUstaz Ebit Lew merupakan seorang lelaki berbangsa Cina dan beragama Buddha. Beliau mula meminati Islam seawal usia 12 tahun. Insan yang banyak mengubah pandangannya tentang agama dan kehidupan ialah guru matematiknya, Muhamad Noor.\n\nGurunya itu bukan sahaja mengajar subjek matematik di sekolah tetapi juga sentiasa berdakwah kepada anak-anak muridnya. Beliau sering menyebarkan kepentingan penerapan ilmu dan akhlak yang baik kepada pelajarnya.\n\nAntara nasihat cikgu yang memberi kesan dalam diri Ustaz Ebit Lew ialah akibat buruk jika meninggalkan solat 1 waktu. Jika kita lalai, Allah akan masukkan umatnya yang ingkar ke dalam neraka selama 80 tahun.\n\nKata-kata itu benar-benar buat beliau risau dan menangis ketakutan. Itulah titik permulaan Ustaz Ebit Lew mendekatkan diri dengan surau dan masjid. Walaupun tiada pendidikan formal dalam bidang keagamaan, beliau gigih belajar agama ketika berumur 13 tahun.\n\nDemi mencapai matlamat itu, beliau belajar agama di beberapa madrasah di Thailand dan Pakistan. Setiap kali cuti persekolahan, beliau akan ke negara berkenaan untuk mendalami agama bersama jemaah tabligh.\n\nDi bawah ini disertakan sekali 15 nasihat yang dititipkan oleh Ustaz Ebit Lew untuk manfaat dan pengajaran kita semua.\n\nDiharapkan kita semua dapat mencontohi keperibadian Ustaz Ebit Lew yang mulia. Penulisan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengenali siapakah dia Ustaz Ebit Lew yang wajahnya sering terpampang di media sosial dan cetak.\n\nYang paling penting nasihat dan pesanan beliau sentiasa dingati dan dipraktikkan dalam kehidupan harian. Kemampuan beliau untuk mengajak masyarakat yang terpesong agar kembali ke pangkuan jalan amat dikagumi.\n\nIni bukannya tugas yang mudah. Kita perlu memberikan contoh dan tauladan yang baik sebelum mengajak orang ke arah kebaikan. Semoga Ustaz Ebit Lew akan terus gigih berdakwah dan membantu kebajikan masyarakat yang memerlukan.\n\nHanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan budi baik beliau. Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau terus dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah. Aamin.\n\nAnda suka artikel biodata Ebit Lew ini? Jemput juga baca kisah Imam Syafie dan ibu susuan Nabi Muhammad"
"Mencari tempat menarik di Terengganu? Artikel ini ada jawapannya. Banyak tempat sebenarnya boleh dilawati di Terengganu. Pantai, pulau dan sinonim juga dengan penyu. Pulau Perhentian dan Pulau Redang, misalnya merupakan nama besar di Terengganu.\n\nBegitu juga Tasik Kenyir. Berikut adalah sebahagian tempat menarik yang boleh dilawati serta tempat-tempat yang dinyatakan.\n\nAir terjun ini terletak di kawasan Hutan Lipur Lata Tembakah yang luasnya 300 hektar. Ia mempunyai tujuh tingkat air terjun dan kolam-kolam takungan kecil. Kolam-kolam ini sesuai untuk kanak-kanak kerana ia lebih selamat.\n\nLata Tembakah sudah lama menjadi pilihan penduduk tempatan sama ada untuk berkelah atau berkhemah serta \u2018jungle trekking\u2019\n\nMendengar i-City, ramai yang cuba membandingkannya dengan i-City di Shah Alam. Namun, ia sebenarnya agak berbeza. Pulau Warisan Terengganu merupakan pulau buatan manusia yang terletak di belakang Kampung Cina.\n\nIa menjadi pelengkap Taman Tamadun Islam yang berada di Pulau Wan Man. Menariknya di Pulau Warisan antaranya adalah terusan yang dibina bagi menyusuri sungai yang bermula dari Taman Tamadun Islam.\n\nKemudian ada pula jambatan merentasi terusan ini persis di Putrajaya. Pulau ini tidaklah sesak dengan aktiviti sebagaimana i-City Shah Alam, tapi sesuai untuk tujuan bersantai dan merakamkan foto bersama keluarga.\n\nAlamat: belakang Pasar Payang, 20300 Kuala Terengganu\n\nSains dan kreativti adalah bidang yang menarik dan besar sumbangannya kepada dunia. Kerana itu, penubuhan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini amat diperlukan. Pameran dibahagikan kepada beberapa bahagian dan maklumat Sains disampaikan dengan kreatif.\n\nAlamat: Jalan Kampung Laut, Taman Chendering Utama, 21080 Kuala Terengganu\n\nMungkin sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kampung kecil ini cukup terkenal sebagai lokasi penyu bertelur diantara bulan Mei dan Ogos suatu masa dulu. Tapi, jumlahnya semakin berkurang walaupun penyu masih datang.\n\nPantainya yang cantik elok menjadi tempat bersiar-siar dan bersantai untuk seisi keluarga. Hendak ke sini hanya perlu menaiki bas dari Kuala Terengganu, jika tidak memandu.\n\nTaman Tamadun Islam membawakan masjid-masjid terkemuka di dunia kepada anda. Replika masjid Suleymen dari Turki, Alhambra dari Sepanyol, Masjid Sultan dari Singapura serta 23 yang lain dipamerkan di ruang terbuka. Itu di Zon A.\n\nZon B pula terletaknya Masjid Kristal, Pusat Konvensyen, Arked Terengganu, Restoran, Rumah Tetamu, dan Warrior Park.\n\nTerdapat juga aktiviti menaiki \u2018buggy\u2019, menunggang basikal, menaiki trem, menonton Light & Show Sound, serta TT River Cruise yang menghubungkan ke Taman Warisan.\n\nHarga Tiket: RM21.20 (dewasa), RM15.90 (kanak-kanak)\n\nAlamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu.\n\nWaktu Operasi: 10am-7pm (Isnin, Rabu, Khamis), 9am-7pm (Jumaat-Ahad)\n\nBanyak tempat di Malaysia yang memberikan anda pengalaman menyaksikan kelip-kelip. Ini \u2018wakil\u2019 dari Terengganu. Beribu kelip-kelip menemani pengunjung yang menelusuri Sungai Chukai. Tempat ini merupakan tempat menarik di Terengganu pada waktu malam.\n\nTanpa bunyi bot dan suara manusia, pandangan hanya tertumpu kepada beribu kelip-kelip yang berterbangan di pohon berembang, putat dan bebaru.\n\nAlamat: Sungai Yak Yah, Kg. Ibok, Mukim Hulu Cukai, Kemaman\n\nTerengganu memang terkenal dengan lokasi pelancongan mereka. Semak juga jadual-jadual pesta dan festival yang diadakan di sana pada bulan-bulan tertentu di laman web Tourism Malaysia.\n\nIa meliputi kawasan hutan seluas 256 hektar, namun hanya 10% sahaja dibangunkan. Bakinya dikekalkan sebagai hutan untuk menjadi tempat tinggal gajah.\n\nGajah-gajah yang berada di sini adalah gajah tempatan yang kebanyakannya tertinggal daripada kumpulan atau sesat di dalam hutan, selain kematian keluarga akibat perbuatan pemburu haram. Ketika ini, 13 ekor gajah berada dalam jagaan KECV.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm), Ditutup sementara pada pukul 1230pm \u2013 230pm\n\nHarga Tiket: RM40 (dewasa 12tahun ke atas), RM20 (kanak-kanak 7-12thn), RM5 (kanak-kanak 1 \u2013 6thn)\n\nMereka yang menyukai kraftangan tempatan, pasti mahu melawat Pusat Budaya ini. Ia menyatukan semua keperluan berkaitan kraftangan Malaysia.\n\nDi dalamnya ada banyak barangan kraftangan termasuk maklumat mengenai bagaimana menghasilkan semua barangan ini. Antara kraftangan yang dihasilkan ada dalam bentuk tekstil, logam, kayu, dan seramik.\n\nAntara aktiviti lain di sini adalah penyelidikan dan pembangunan kraf Malaysia serta program pembangunan usahawan kraf.\n\nAlamat: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering, Peti Surat 69, 20700 Kuala Terengganu\n\nSungai Yak Yah adalah habitat semulajadi kelip-kelip atau kunang-kunang. Kerana itulah ia dijadikan salah satu lokasi pelancongan di Terengganu. Penduduk tempatan menawarkan khidmat membawa pengunjung bagi menyaksikan kecantikan malam di sepanjang sungai yang dihiasi cahaya kunang-kunang. Bermula jam 8 malam, anda akan dibawa menaiki bot bagi merasai pengalaman ini. Pengunjung juga diberikan kemudahan tandas, wakaf dan surau.\n\nTaman Rekreasi dan Zoo Terengganu (Mini Zoo Kemaman)\n\nZoo ini merupakan satu -satunya zoo yang terdapat di Zon Pantai Timur. Tapi, zoo ini agak berbeza berbanding zoo yang lain. Kawasan ini menggabungkan zoo mini dengan taman, buah-buahan, tanaman herba, bunga anggerik, bonsai, taman tema air dan habitat semulajadi dalam kawasan seluas 35 ekar.\n\nTaman Rekreasi dan Zoo Terengganu menempatkan kira-kira 54 jenis haiwan termasuk singa, harimau, gajah dan buaya.\n\nAlamat: Majlis Perbandaran Kemaman, 24000 Kemanan, Terengganu\n\nHarga Tiket: RM10 (dewasa), RM7 (kanak-kanak 5 \u2013 12), RM5 (kumpulan 20 orang)\n\nIkan Kelah mengalami masalah kepupusan akibat perbuatan manudia dan kemusnahan alam sekitar. Pembukaan Santuari Kelah adalah bertujuan untuk mengawal ancaman tersebut terhadap ikan kelah.\n\nSantuari Ikan Kelah terletak di Lubuk Kejor di Sungai Petang dalam kawasan Tasik Kenyir. Ia dibuka kepada orang ramai kecuali pada musim tengkujuh yang berlaku antara November sehingga Februari.\n\nInilah juga masa untuk ikan-ikan ini bertelur. Bagi menjaga persekitarannya dan juga ikan kelah di sini, hanya 100 pengunjung sahaja dibenarkan pada setiap kali kunjungan. Ikan-ikan ini amat manja dengan pengunjung.\n\nIa akan mengelilingi pengunjung dan anda boleh bermain-main dengannya serta memberikannya makanan.\n\nAlamat: Lubuk Kejor, Sungai Petang, Tasik Kenyir\n\nWaktu Operasi: Mac sehingga Oktober (9am \u2013 12pm)\n\nIa antara pulau yang terbesar terdapat di Pantai Timur. Ia juga pulau yang terkenal di Terengganu selain Pulau Perhentian.\n\nPulau Redang amat dikenali kerana airnya yang biru, pasirnya yang halus dan lokasi kegemaran bagi para penyelam. Ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu Teluk Bakau, Teluk Kalong, Pasir Panjang, dan Teluk Dalam.\n\nPasir Panjang menjadi lokasi tumpuan kerana terdapat banyak hotel dan chalet di sepanjang pantainya.\n\nSebagaimana namanya, Masjid Kristal dibina dengan gabungan besi, kaca dan Kristal. Senibinanya bertambah indah ketika ia memantulkan sungai yang mengelilinginya.\n\nInilah yang menjadikan masjid ini unik dan amat terkenal di Terengganu dan Malaysia. Masjid Kristal terletak di Taman Warisan Islam. Ia mengambil masa selama dua tahun untuk dibina iaitu 2006 sehingga 2008.\n\nDi sekeliling masjid ini juga ada banyak tarikan seperti replika senibina-senibina hebat di dunia.\n\nAlamat: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu\n\nHutan Lipur Sekayu / Air Terjun Sekayu\n\nHutan Lipur Sekayu adalah lokasi perkelahan yang memiliki sungai yang cantik. Airnya jernih sejuk serta dikelilingi pohon-pohon yang menyamankan.\n\nIa terletak di dalam kawasan hutan simpan Hulu Terengganu Tambahan. Kawasan ini sentiasa dijaga dengan baik jadi persekitarannya dikekalkan dalam keadaan bersih.\n\nSelain itu, mereka juga menyediakan penginapan khas buat pengunjung yang mahu lebih daripada sekadar perkelahan.\n\nAir Terjun Chemerong terletak di Hutan Lipur Chemerong. Ia lokasi tumpuan untuk perkelahan dan mandi-manda yang menarik. Pengunjung juga dibenarkan untuk bermalam, berkhemah dan mendaki Gunung Berembun.\n\nNamun, ketiga-tiga aktiviti ini mestilah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhutanan terlebih dahulu.\n\nAlamat: Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Tingkat 7, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 5pm)\n\nHarga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)\n\nLetakkan tempat ini dalam senarai lawatan anda jika anda menggemari lokasi bersejarah atau pun senibina. Ia dibina oleh Dato\u2019 Biji Sura iaitu seorang pegawai kanan Pentadbiran Negeri Terengganu.\n\nRumah ini unik kerana ia satu-satunya rumah yang dibina dengan batu-bata di daerah ini. Ia digelar Kota Lama kerana binaannya yang dikelilingi oleh tembok batu.\n\nBinaan ini meliputi dua aras utama yang menempatkan beberapa ruang di rumah dan ruang pameran juga.\n\nAlamat: Pulau Duyung Kecil, 7km dari Kuala Terengganu\n\nWaktu Operasi: Sabtu \u2013 Khamis (8am \u2013 6pm), Ditutup pada hari Jumaat\n\nNama Noor Arfa tidak asing dalam dunia fesyen batik. Kompleks yang menelan belanja sebanyak RM10 juta ini merupakan impian Noor Arfa yang mahu produknya dipasarkan dan dipamerkan di bawah satu bumbung.\n\nSelain membeli produk batik, Noor Arfa juga menyediakan ruang demonstrasi batik di mana pengunjung dapat cuba mencanting dan mewarna batik. Kompleks ini turut membuka ruangnya untuk produk kraf lain seperti tenunan, anyaman, pembuatan blok dan kraf kaca.\n\nBanyak produk hasil seni tempatan yang dapat dibeli oleh mereka yang berkunjung ke Kompleks Kraf Noor Arfa. Restoran Garden Chendering melengkapkan lagi kunjungan anda di sini.\n\nAlamat: Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nLa Hot Spring (Kolam Air Panas)\n\nLa Hot Spring berada di kawasan yang cantik iaitu dikelilingi pepohon hijau semulajadi dengan batu-batuan sungai. Suasananya amat mendamaikan. Tambahan pula, ia dijaga dengan rapi bagi mengelakkan pencemaran.\n\nAir panas semulajadi ini mengandungi sulfur yang dikatakan boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti penyakit saraf, strok, tekanan darah tinggi, penyakit kulit dan lumpuh.\n\nAirnya mempunyai suhu kepanasan 50 sehingga 75 darjah celcius. Tandas, gerai makan dan cenderamata serta chalet turut disediakan bagi kemudahan pengunjung.\n\nLata Tembakah merupakan satu lagi sungai yang sering dikunjungi pelancong. Ramai yang datang ke sini bagi tujuan perkelahan.\n\nPerkhemahan juga dibenarkan, tetapi perlu menghubungi Unit Hutan Lipur dan Rekreasi terlebih dahulu. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menyediakan kemudahan chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, dan lorong pejalan kaki untuk pengunjung yang ke sini.\n\nPengunjung juga boleh mendapatkan maklumat kawasan ini dengan mengunjungi pondok informasi.\n\nAlamat: Hutan Simpan Pelagat, Jertih, Terengganu. 24km dari Bandar Jertih melalu Jalan ke Kuala Terengganu \u2013 Jertih dan 130km dari Kuala Terengganu.\n\nNo. telefon Unit Lipur dan Rekreasi Terengganu: 09-6274155\n\nPantai ini sering dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara kerana pasirnya yang putih dan airnya yang biru. Kecantikannya tidak diragui kerana dari sini anda dapat melihat Pulau Perhentian iaitu antara pulau tercantik di Malaysia.\n\nOleh itu, ia menjadi pilihan ramai yang mahu melakukan aktiviti perkelahan dan bermandi-manda. Pengunjung juga selesa berada di sini kerana terdapat gerai-gerai jualan, taman permainan kanak-kanak, wakaf, tandas, dan kerusi bagi kemudahan pengunjung.\n\nSelain itu, terdapat beberapa chalet dan homestay di sekitarnya bagi mereka yang mahu bermalam.\n\nAlamat: 4km dari Kuala Besut dan 3km dari Bukit Keluang\n\nHujung minggu adalah masa terbaik untuk berada di sini. Ini kerana keindahan pantainya menenangkan hati sesiapa sahaja yang berada di sini.\n\nGua, batu-batu besar, bukit yang terdapat di sini menambah lagi kecantikan pantai ini. Pantai Bukit Keluang turut dikenali sebagai Pantai Dendong. Pengunjung yang ke sini melakukan banyak aktiviti termasuk luncur air, jet ski, mandi, memancing, meneroka gua dan bermain wau.\n\nAda jambatan kayu sebagai laluan pengunjung yang cantik untuk dirakamkan dalam foto kenangan anda.\n\nAlamat: Kampung Bukit Keluang, Besut, Terengganu\n\nBukit Keluang terkenal dengan pemandangan indahnya. Selain pantainya yang cantik, pemandangan dari puncak bukitnya juga amat memukau pandangan sesiapa sahaja.\n\nMelihat lautan biru yang terbentang luas dan kehijauan pulau-pulau sekitarnya memberi terapi kepada hati yang memerlukan rehat. Sebab itulah ramai pengunjung yang mengambil peluang merakamkan gambar mereka di sini terutama pada waktu petang.\n\nAdakalanya sukar juga hendak bergambar kerana terpaksa menunggu \u2018barisan\u2019 yang panjang. Jika takut terlepas peluang, bermalamlah di resort atau chalet berhampiran.\n\nTidak lengkap kunjungan ke Terengganu jika tidak mendapatkan produk dari Terengganu. Pasar Besar Kedai Payang memang terkenal di kalangan pelancong yang mahu mendapatkannya.\n\nBanyak hasil kraftangan ada dijual disini seperti batik, kain sutera, songket, kain broked, dan logam. Malah, sayur-sayuran turut dijual di sini.\n\nPasar ini bersaiz besar jadi ia mungkin boleh memakan masa sehingga berjam-jam untuk anda berjalan-jalan di dalamnya. Jangan lupa dapatkan keropok lekor asli dari Terengganu!\n\nDesa Murni merupakan pengeluar dan penjual batik yang sudah wujud sejak 1974. Ia berkembang dari menghasilkan batik secara tradisional iaitu menggunakan blok sehingga kepada batik lukis tangan yang bermula pada 1990.\n\nOleh kerana ada peningkatan dalam permintaan, Desa Murni mula membina kilang berteknologi yang baharu. Dengan teknologi moden, mereka menghasilkan pula batik sutera yang sebelum ini dimonopoli pengusaha dari Itali dan Jepun.\n\nDesa Murni sudah mengeluarkan kira-kira 100,000 rekaan sehingga kini. Mereka mempunyai dua cawangan di Terengganu iaitu di Kuala Terengganu dan Kemaman. Jemput membeli-belah di sini untuk mendapatkan antara batik yang terbaik di Malaysia.\n\nAlamat: 1929-A, Pengadang Baru, Kuala Terengganu (Caw. Kuala Terengganu), 7750 Taman Bersekutu, Jalan Kubang Kurus, Cukai, 24000 Kemaman (Caw. Kemaman)\n\nTaman ini amat sesuai untuk perkelahan. Ia juga menjadi lokasi mereka yang suka memancing.\n\nAnda juga akan melihat ada pengunjung mandi-manda di sini walaupun kebanyakannya lebih suka bersenam dan bersantai di bawah pepohon rendang terutamanya pohon rhu.\n\nMuara sungainya cantik dan lokasinya juga menarik iaitu bersebelahan dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah. Kerana kesesuaiannya sebagai taman rekreasi, maka beberapa kemudahan disediakan untuk orang awam.\n\nTaman permainan, pondok-pondok untuk pengunjung berehat, dan juga gerai-gerai untuk mendapatkan snek.\n\nAlamat: 20, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu\n\nKuala Terengganu Waterfront berkeluasan 2 hektar ini berhadapan Sungai Terengganu dan dibina dengan konsep taman.\n\nPengunjung datang ke sini untuk makan di medan selera yang dibuka bermula lewat petang sehinggalah ke malam. Namun, itu bukanlah satu-satunya aktiviti yang boleh dilakukan di sini.\n\nTaman ini merupakan taman rekreasi di mana pengunjung melakukan pelbagai aktiviti seperti berjogging dan memancing sambil melihat pemandangan indah di sekelilingnya. Kemudahan lain yang disediakan termasuk tempat meletak kereta, pentas persembahan, tandas, jeti dan taman permainan.\n\nAlamat: Jalan Hiliran, Pulau Kambing, Kuala Terengganu\n\nIstana Maziah dibina pada lewat abad ke-19. Ia menjadi tempat berlangsungnya peristiwa-peristiwa bersejarah. Istana Maziah terletak di pinggir sebuah bukit yang terkenal dengan pemandangan indahnya iaitu Bukit Puteri.\n\nIstana Maziah dibina menghala ke Laut China Selatan. Kebanyakan kayu untuk pembinaannya diambil dari Dungin. 20 orang tukang mahir dari bangsa Melayu dan Cina terlibat dalam pembinaannya.\n\nIstana ini masih dikekalkan bentuknya sehingga kini, termasuklah pintu gerbangnya.\n\nAlamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20000 Kuala Terengganu\n\nMuzium terbesar di Asia Tenggara ini ditubuhkan pada tahun 1976. Ia dibina di atas tapak seluas 27 hektar dengan senibina melayu tempatan yang amat menariki iaitu Rumah Tele. Ia boleh dikatakan muzium tercantik yang ada di Malaysia.\n\nMuzium Negeri Terengganu dibahagikan kepada empat buah blok iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, Rumah Tradisional dan kawasan landskap. Setiap muzium menyimpan galeri-galeri menarik.\n\nMuzium Utama, contohnya, mempunyai galeri seperti Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Diraja, Galeri Petroleum, dan Galeri Ilmu Kejadian. Muzium Maritim pula ada Galeri Perikanan dan Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.\n\nAlamat: Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu\n\nWaktu Operasi: Sabtu \u2013 Khamis (9am \u2013 5pm), Jumaat (9am \u2013 12pm, 3pm \u2013 5pm), Cuti umum (9am \u2013 5pm)\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)\n\nTerengganu memiliki banyak pantai yang cantik. Pantai Tok Jembal ini salah satu daripadanya. Ia sudah pun terkenal di kalangan pelancong tempatan dan asing. Ramai orang berkongsi gambar pemandangan indah di pantai ini.\n\nLebih-lebih ketika dengan \u2018hiasan\u2019 bot-bot nelayan yang tersadai di tepi pantai. Mereka yang datang ke sini tidak melepaskan peluang mandi di pantainya.\n\nMendapatkan makanan juga tidak sukar kerana ada banyak gerai menjual makanan ringan seperti keropok, aiskrim dan sate.\n\nAlamat: Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu.\n\nPantai Pandak memang diminati oleh mereka yang menyukai fotografi. Pantainya landau dengan bentuk batu-batan yang dikatakan membuatkan anda berasa berada di luar negara.\n\nPemandangannya indah sama ada pada waktu pagi, petang atau pun malam. Pantai yang cantik ini selalu menjadi pilihan untuk perkelahan bagi para pengunjung. Walaupun begitu, pengunjung dinasihatkan untuk berhati-hati jika mahu mandi di sini.\n\nCari tempat yang landai, tidak dalam dan tidak berbatu untuk mengelakkan kemalangan yang sudah pun meragut beberapa nyawa setakat ini.\n\nAlamat: Chendering, Kuala Terengganu (berhampiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia dan kira-kira 2km dari Masjid Kuala Ibai)\n\nTeluk Bidara mempunyai keadaan pantai jernih yang sesuai untuk bermandi-manda. Sebagaimana pantai-pantai yang lain di Terengganu, Teluk Bidara juga memiliki pemandangan yang indah. Ia dihiasi batu-batan dan gua.\n\nIa juga dikatakan antara yang tercantik di Terengganu. Ini terbukti dengan lokasinya yang berdekatan dengan resort terkemuka iaitu Tanjong Jara Beach Resort.\n\nAda rumah api di puncak bukit berhampiran pantai ini yang mana anda boleh menyaksikan panorama yang indah. Dari puncak ini juga anda dapat melihat Pulau Tenggol. Pulau ini mempunyai banyak kemudahan asas untuk pelanggan termasuk tandas, bilik persalinan dan gerai.\n\nPulau Tenggol mungkin tidak terkenal sebagaimana pulau yang lain di Terengganu walaupun ia mempunyai pantai berpasir yang jernih airnya.\n\nIa hanyalah pulau kecil tanpa penempatan di dalamnya kecuali dua buah resort untuk pengunjung yang bermalam di sini. Tarikan utama pulau ini adalah keindahan dasar lautnya yang menarik ramai penyelam.\n\nPulau Tenggol mempunyai lebih daripada 20 lokasi menyelam! Jika menyelam bukan dalam aktiviti anda, anda masih boleh melihat batu karang dan ikan-ikan yang cantik menerusi aktiviti snorkeling.\n\nAtau, anda boleh bersiar-siar di pantainya dan menikmati pemandangan indah yang mendamaikan.\n\nWaktu Operasi: Mac sehingga Oktober. Ditutup dari Februari sehingga November kerana musim tengkujuh.\n\nPenginapan: Tenggol Coral Beach Resort dan Tenggol Island Beach Resort\n\nTidak lengkap rasanya jika Pantai Batu Buruk tidak dimasukkan dalam senarai ini. Ini kerana namanya sudah cukup popular sejak lama dahulu. Ia sering mendapat kunjungan pelancong dalam dan luar negara.\n\nKedudukannya yang tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu juga adalah salah satu sebab ia mempunyai pengunjung yang ramai. Pengunjung tidak dibenarkan mandi di sini kerana keadaan lautnya yang berbahaya.\n\nNamun, ini tidak menghentikan kedatangan pengunjung yang datang untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan indah. Tambahan pula, banyak aktiviti lain boleh dilakukan di sini termasuk menunggang kuda.\n\nGunung Tebu adalah puncak tertinggi di Terengganu dengan ketinggian 1039 meter. Ramai pendaki yang datang ke sini untuk menjadikan ia salah satu puncak gunung yang perlu ditawan di Malaysia.\n\nWalaupun laluannya dikatakan mudah berbanding gunung-gunung yang lain, ia tetap menjadi tarikan terutaman kerana kekayaan flora dan faunanya. Pendakian memakan masa kira-kira 5 jam.\n\nDi penghujung pendakian, pendaki dihadiahkan dengan pemandangan indah Laut China Selatan. Dari situ juga kelihatan Pulau Perhentian.\n\nJika anda di Kuala Terengganu, singgahlah di Bukit Panorama untuk menjamu selera di puncaknya. Restoran Puncak Panorama yang menyediakan makanan citarasa tempatan dan antarabangsa.\n\nSuasana malam dari puncaknya amat indah kerana anda dapat melihat cahaya-cahaya lampu dari seluruh bandar Kuala Terengganu.\n\nPada waktu pagi pula, ramai yang datang ke sini untuk berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan mengambil udara nyaman.\n\nAnda beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara. Pertama, merentis hutan di mana anda boleh menyaksikan keindahan flora dan fauna. Kedua, meneroka Gua Bewah dan Gua Taat untuk sedikit kelainan.\n\nApa yang menarik di gua ini adalah ada artifak purba berusia 4000 tahun yang pastinya bukan perkara biasa. Jika anda suka aktiviti air, gunakan peluang berada di\n\nTaman Negara untuk mandi di air terjun, berkayak, berkenu dan menaiki bot. Aktiviti memancing juga dibenarkan kecuali di Sungai Cacing.\n\nAlamat: Pekan Kuala Berang. Masuk melalui dua jeti pilihan iaitu Pengkalan Gawi atau Jenagor.\n\nKeindahan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara ini telah menarik ramai pelancong. Ia berkeluasan 260,000 hektar dengan 340 buah pulau di dalamnya.\n\nMereka yang ke sini adalah mereka yang mahu menikmati keindahan alam semulajadi di mana terdapat sungai yang kaya dengan pelbagai jenis ikan, hutan yang meriah dengan flora dan fauna, pemandangan bukit dan gunung yang memukau, gua dan air terjun yang mententeramkan jiwa selepas aktiviti tasik yang panjang.\n\nSelain chalet dan resort, tapak perkhemahan, banyak juga rumah bot yang disediakan untuk pengalaman yang lebih menarik.\n\nAlamat: Hulu Terengganu. Masuk dari jeti Pengkalan Gawi atau Jenagor\n\nHutan rekreasi dari jenis hutan dipterokarpa bukit ini amat sesuai untuk bersantai bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Sungainya yang jernih menarik bagi tujuan perkelahan. Air terjunnya pula tinggi dan bertingkat.\n\nMata tidak akan puas memandang kecantikannya. Bagi kemudahan pengunjung, pondok rehat, surau, taman permainan dewan serbaguna dan denai ke Gunung Berembun disediakan untuk mereka.\n\nMalah, pengunjung juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti perkhemahan dan pendakian. Tapi mestilah berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi yang terletak di Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu terlebih dahulu. Hubungi mereka di 09-6274155.\n\nAlamat: Hutan Simpan Pasir Raja. 30km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah melalui Jalan Jabor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 5pm)\n\nLata Belatan merupakan satu lagi lokasi yang sesuai untuk tujuan perkhemahan dan berehat sambil dikelilingi kehijauan dan ketenangan alam. Ia dari jenis hutan dipterokarpa bukit dan konifer.\n\nOleh kerana ia kawasan untuk beriadah, maka tandas, kemudahan elektrik dan gerai disediakan kepada pengunjung. Lata Belatan adalah pintu masuk kepada para pendaki yang hendak mendaki ke Gunung Tebu.\n\nJika anda berminat untuk berkhemah atau bermalam di sini serta mendaki gunung, sila hubungi Unit Hutan Lipur dan Rekreasi di 09-6274155.\n\nAlamat: Hutan Simpan Gunung Tebu. 24km dari Bandar Jertih melalui Jalan Kuala Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 5pm)\n\nPulau Perhentian adalah pulau pelancongan yang amat terkenal sama ada di kalangan pelancong tempatan atau pun asing.\n\nIa meliputi beberapa buah pulau dengan pemandangan indah serta isi lautan yang digemari oleh penyelam. Antara bahagian pulau yang terkenal adalah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.\n\nPerhentian Besar menjadi kegemaran mereka yang menyukai aktiviti mendaki dan jungle trekking kerana adanya hutan tropika yang memenuhi pulau. Ia juga menjadi pilihan penyelam dan mereka yang tidak terlepas daripada aktiviti air yang lain seperti snorkelling, belayar, dan berkenu atau sekadar untuk berenang dan memancing.\n\nPerhentian Kecil pula mempunyai pantai yang panjang dengan pasir putih dan air yang jernih.\n\nPenyu adalah haiwan yang dilindungi. Empat daripada tujuh jenis penyu di dunia singgah di perairan Malaysia. Dibuka kepada umum pada tahun 1998, kawasan perlindungan penyu ini terletak di Pantai Chendor.\n\nApa yang menarik adalah anda dibenarkan untuk datang ke sini pada waktu malam. Oleh kerana penubuhannya adalah untuk mendidik orang awam mengenai penyu dan memastikan penyu-penyu terus hidup, maka orang awam akan dimaklumkan jika ada penyu yang singgah ke pantai untuk bertelur.\n\nMereka juga menyediakan ruang pameran yang mempunyai banyak maklumat mengenai penyu bagi tujuan yang sama.\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (930am \u2013 430pm), Ditutup pada hari Isnin dan cuti umum\n\nDari atas bukit ini anda akan menyaksikan keindahan bandar dan muara Sungai Terengganu. Bukit Puteri adalah lokasi bersejarah yang ada di Kuala Terengganu.\n\nIa dibuka oleh Tuk Raja Menteri, seorang ketua suku yang berasal dari Johor. Tujuannya adalah untuk melantik Sultan Zainal Abidin I sebagai Sultan Terengganu yang pertama ketika itu.\n\nAntara yang menanti pengunjung ialah singgahsana, tempat simpanan bedil dan meriam, kubu, loceng besar yang dikenali sebagai Genta, rumah api, tiang bendera dan Meriam yang datang dari pelbagai negara seperti Sepanyol dan Portugis.\n\nAlamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 6pm), Harga Tiket: RM1 (dewasa), 50sen (kanak-kanak)\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Cameron Highland yang dikongsikan? Anda teruja?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati."
"Syariat Islam mewajibkan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji dalam seumur hidup sebagai refleksi keberimanan seseorang dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Sebelum seseorang itu tunaikan haji, mereka perlu memahami akan rukun haji, serta syarat-syarat penting sepanjang ibadah tersebut.\n\nJusteru itu, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang rukun haji, syarat wajib haji, syarat sah haji, dan manfaat besar yang boleh kita perolehi.\n\nKata haji berasal dari Bahasa Arab yang mempunyai erti secara bahasa dan istillah. Dari segi bahasa beerti menyengaja, dari segi syari\u2019i haji bermaksud menyengaja mengunjungi kaabah untuk mengerjakan ibadah yang meliputi tawaf, sa\u2019i, wukuf, dan ibadah-ibadah lainnya untuk memenuhi perintah Allah SWT dan mengharapkan keredhaan Nya dalam masa yang tertentu.\n\nHukum haji adalah fardhu ain, wajib bagi setiap Muslim yang mampu, wajibnya sekali seumur hidup. Haji merupakan bahagian dari Rukun Islam yang kelima, iaitu pada rukun yang kelima yang wajib dikerjakan bagi setiap Muslim.\n\nHal ini termasuklah bagi lelaki mahupun perempuan yang mampu dan telah memenuhi syarat. Orang yang melakukan ibadah haji wajib memenuhi ketentuan-ketentuannya. \n\nMengenai wajibnya haji telah disebut dalam Al-Quran, hadis dan ijma\u2019 (kesepakatan para ulama).\n\nAllah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 97:\n\n\u201cMengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.\u201d\n\nDari Abu Hurairah RA, ia berkata:\n\n\u201cRasulullah SAW pernah berkhutbah di tengah-tengah kami. Beliau bersabda, \u201cWahai sekalian manusia, Allah telah mewajibkan haji bagi kalian, maka berhajilah.\u201d Lantas ada yang bertanya, \u201cWahai Rasulullah, apakah setiap tahun (kami mesti berhaji)?\u201d \n\nBeliau lantas diam, sampai orang tadi bertanya hingga tiga kali. Rasulullah SAW lantas bersabda, \u201cSeandainya aku mengatakan \u201ciya\u201d, maka tentu haji akan diwajibkan bagi kalian setiap tahun, dan belum tentu kalian sanggup.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Muslim, No. 1337)\n\nDalam masa yang sama para ulama pun bersepakat bahawa hukum haji itu wajib sekali seumur hidup bagi yang mampu. Bahkan kewajipan haji termasuk perkara al ma\u2019lum minad diini bidh dhorurah (dengan sendirinya sudah diketahui wajibnya) dan yang mengingkari kewajipannya dinyatakan kafir.\n\nMampu yang dimaksudkan kepada individu-indivudu yang wajib mengerjakan haji adalah:\n\nTerdapat tiga jenis haji yang perlu anda tahu iaitu:\n\nMengerjakan ibadah haji dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah. Cara ini tidak wajib membayar dam.\n\nMengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan ibadah haji di tahun yang sama. Cara ini wajib membayar dam.\n\nBerniat ihram haji dan umrah serentak pada bulan haji, kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji.\u00a0Cara ini wajib membayar dam.\n\nIhram adalah berniat mengerjakan ibadah haji dengan memakai pakaian ihram, pakaian berwarna putih bersih dan tidak dijahit. Pakaian yang tidak dijahit hanya berlaku untuk lelaki. \n\nWukuf maksudnya hadi di Padang Arafah pada waktu zuhur, dimulai sejak tergelincir matahari tanggal 9 sampai matahari terbit tanggal 10 Zulhijjah. \n\nTawaf adalah mengelilingi kaabah tujuh kali putaran dimulai dari Hajar Aswad dengan posisi kaabah di sebelah kiri yang bertawaf (berputar kebaikan arah jarum jam).\n\nOrang yang tawaf harus menutup aurat serta suci dari hadas najis. Antara tawaf adalah seperti:\n\n4. Sa\u2019i antara Safa dan Marwah\n\nSa\u2019i iaitu lari kecil diantara Bukit Safa dan Marwah. Ketentuan sa\u2019i harus dimulai dari Bukit Safa dan diakhiri di Bukit Marwah. Ia dilakukan sebanyak 7 kali dan dikerjakan setelah tawaf.\n\nTahallul ialah diperbolehkan atau dibebaskannya seseorang itu dari larangan atau pantangan ihram.\n\nPembebasan tersebut ditandai dengan tahallul iaitu dengan mencukup atau memotong rambut sedikit sekurang-kurangnya 3 helai rambut.\n\nTertib maksudnya kesemua rukun haji secara berurutan dari awal sampai akhir.\n\nDi antara hikmah disyariatkannya haji adalah untuk membersihkan jiwa seorang Muslim dari ekses-ekses dosa sehiingga jiwa layak menerima kemuliaan Allah SWT. Di dunia dan akhirat.\n\nRasulullah SAW bersabda dalam hadis, \u201cBarangsiapa haji ke rumah ini (baitullah), kemudian tidak berkata kotor, dan tidak fasik, ia keluar dari dosa-dosanya seperti hati ia di lahirkan ibunya.\u201d\n\nDiriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda:\n\n\u201cBarangsiapa berhaji ke Baitullah tanpa berkata keji, tanpa bersetubuh dan tanpa berbuat kefasikan (selama ihram), maka dia pulang (tanpa dosa) bagaikan bayi yang baru lahir.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Al-Bukhari)\n\n\u201cOrang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan \u2018umrah adalah tamu-tamu Allah. Allah memberi kepada mereka apa yang mereka minta, dan Dia mengabulkan semua doa mereka; kemudian Dia akan mengganti semua harta yang mereka belanjakan untuknya, satu dirham menjadi sejuta dirham.\u201d \u2013 (Hadis Riwyaat Baihaqi)\n\nSelain dari panduan rukun haji ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan haji dan umrah seperti:"
"Anak-anak membawa penyeri dalam kehidupan seharian kita. Setiap perbuatan dan percakapan mereka yang pertama akan membuatkan kita rasa gembira dan ingin merakamnya sebagai memori. Memori terindah yang tidak akan dilupakan.\n\nSetiap kanak-kanak mempunyai ragam dan kemahiran yang berbeza. Tidak semua kanak-kanak dianugerahkan untuk cepat bercakap atau berjalan. Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu tanda-tanda anak lambat bercakap. Apakah tanda-tanda anak lambat bercakap?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tanda-tanda anak lambat bercakap. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor. Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya. \n\nTanda-tanda anak lambat cakap mengikut umur.\n\n\u2013 Tidak ketawa atau menghasilkan bunyi\n\n\u2013 Tidak mencari sumber bunyi spt nama dipanggil\n\n\u2013 Tidak memberi respon pada nama\n\n\u2013 Tidak mengenali objek2 mudah spt susu, baju etc\n\n\u2013 Tidak pandai menggunakan gesture spt angguk, geleng, lambai tngn, menunjuk, dan lain-lain.\n\n\u2013 Menyebut perkataan kurang dari 50 perkataan\n\n\u2013 Tidak berminat dengan interaksi sosial\n\n\u2013 Tidak boleh menyambung ayat 3 perkataan\n\n\u2013 Tidak boleh menjawab soalan mudah spt apa, mana dan siapa\n\n\u2013 Tidak boleh bercerita cerita yg mudah\n\n\u2013 Belum menyambung ayat sekurang kurangnya 5 perkataan\n\n\u2013 Pertuturan sukar difahami (sepatutnya 90% blh difahami)\n\n\u2013 Tidak boleh menjawab soalan apa, mana, siapa, kenapa, bila dan macam mana\n\n\u2013 Tidak boleh mengikut arahan 3 langkah tanpa kiu gesture (cth: ambil bola, pergi dapur dan letak dalam sinki)\n\n\u2013 Tidak boleh memberi tumpuan pada cerita dan memahami cerita\n\n\u2013 Tidak boleh bercerita perkara lepas dan menggunakan kata hubung\n\n*Sebagai ibu bapa kita perlu memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak. Jika anak lambat bercakap, tidak perlu rasa risau. Sekarang ini sudah banyak program atau sekolah khas untuk kanak-kanak sebegini. \n\nIbu bapa juga boleh mendidik di rumah secara perlahan-lahan agar mereka boleh belajar dan bercakap dengan lancar. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Adakah anak anda di antara mereka yang disahkan menghidapi tonsil? Jadi, persoalan seterusnya perlukah anak anda dikuarantin di dalam rumah, mengelak pergaulan dengan orang lain seperti untuk penyakit-penyakit tertentu?\n\nMesti ibu bapa risau dan bingung jadinya, takut nanti anak-anak tidak dapat masuk belajar ke sekolah pula seperti buda-budak lain pada usia mereka. Mari kita lihat pendapat pakar telinga, hidung dan tekak iaitu Dr Ezairy M.Sallih mengenai tonsil pada kanak-kanak.\n\nMenurut beliau, kadang-kadang berlaku juga pembengkakan pada kelenjer di bahagian leher apabila berlaku jangkitan pada tonsil.\n\nTahukah anda walaupun anak anda mempunyai saiz tonsil yang besar, ia mungkin tidak perlukan pembedahan? Tidak semua masalah sakit tekak perlu kepada pembedahan.\n\nJika terlalu kerap alami jangkitan dan demam, serangan sawan, mengganggu pernafasan, menyebabkan jangkitan nanah di kawasan sekitar \u2018peritonsillar abscess\u2019, ia mungkin perlu dibuang.\n\nWalaupun saiz tonsil besar, jangan bimbang jika anak anda :\n\n1. Tiada masalah di sekolah dari segi pembelajaran.\n\n2. Tidak mengadu kerap mengantuk di siang hari\n\n3. Tiada masalah pernafasan dan berdengkur yang teruk\n\n4. Tidak kerap alami demam dan sakit tekak\n\n5. Makan dan minum seperti biasa, tiada gangguan ketika menelan\n\n6 Aktif di rumah dan sekolah\n\nDapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor. Anda akan dibantu.\n\nMaklumat yang tepat hanyalah hasil daripada pemeriksaan doktor. Jumpalah, kami akan bantu.\n\n*Jangan lupa share ya! Berguna bagi ibu bapa di luar sana yang ragu-ragu \u00a0samada mahu menyekolahkan anak mereka atau tidak, khuatir memudaratkan tonsil yang mereka hidapi.\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Anti bakteria di sana sini. Takut kepada kuman menjadikan kita benci dan takut segala jenis kuman yang secara fitrahnya mungkin mempunyai fungsi menyihatkan badan. Mungkin strategi untuk kita lebih sihat patut mengambil kira kepentingan kuman komensal penghuni asal badan kita.\n\nKuman Kawan Yang Patut Kita Kenali\n\n1) Kuman perut membantu pencernaan, berfungsi sebagai sistem pertahanan badan penting dan mengawal pelbagai fungsi agen pemancar saraf (neurotransmitter) badan. Agen ini penting dalam pelbagai fungsi badan termasuk mood, respon badan, kawalan stres, aktiviti automatik badan seperti pergerakan usus dan sebagainya.\n\nPenggunaan antibiotik perlu indikasi kritikal kerana ia bukan sahaja membunuh kuman baik, malah merosakkan lapisan dan hidupan sistem pencernaan. Elakkan mengambilnya tanpa preskripsi doktor perubatan.\n\nAppendiks dikatakan tiada fungsi sejak sekian lama. Kajian tahun 2007 dan 2017 juga menunjukkan appendiks mungkin berfungsi sebagai simpanan kuman baik @ \u201creservoir\u201d. Di samping itu, apendiks juga penting dalam mengimbangi sistem imuniti badan.\n\n2) Kuman telinga terkandung dalam lilin cerumen (tahi telinga) memerangkap dan membunuh kuman patogenik. Begitu juga di hidung mukus dan pergerakan bulu hidung melindung daripada jangkitan kuman.\n\n3) Kuman mulut membantu penghasilan nitrik oksida yang mengembangkan salur serta melancarkan perjalanan darah. Luis Ignarro yang menjumpai nitric oxide ini memenangi hadiah nobel perubatan pada tahun 1998. Paras optimum nitrik oksida ini mampu mencegah dan mungkin merawat penyakit jantung dan salur darah.\n\nPenggunaan ubat kumur antikuman adakah saintifik? Mungkinkah ia mengganggu keseimbangan flora dalam mulut kita? Wallahua\u2019lam.\n\n4) Kuman pada kulit mengawal pH kulit dengan merembeskan asid lactic. Antikuman pada kulit juga berfungsi secara optimum pada pH berasid. Jika bunuh kuman baik dengan sabun, lebih mudah sebenarnya kulit terkena jangkitan kuman terutama di bahagian celahan.\n\n5) Kuman pada faraj wanita mengandungi kuman lactobasilus yang berfungsi mencegah jangkitan kulat keputihan seperti kulat candida dan juga kuman penyebab penyakit \u201ckencing kotor\u201d.\n\nMerosakkan keseimbangan keasidan faraj menjadi lebih daripada pH 4.5 menggunakan sabun/cecair yang bersifat alkali menyebabkan kuman asal lactobasilus ini menjadi lemah. Maka kulat dan bakteria akan mengambil alih. Apatah lagi jika sabun/jamu/bahan kimia yang anda gunakan mengandungi pengganggu hormon xenoestrogen.\n\nBanyak kajian menunjukkan bahan mimik hormon estrogen ini meningkatkan pembiakan kulat jenis candida ini. Sebab itu wanita datang bulan ataupun wanita mengandung senang mengalami masalah keputihan.\n\nKuman badan mempunyai banyak fungsi isyarat arahan atau \u201csignaling\u201d dalam badan yang penting untuk fungsi badan yang sihat. Kuman juga mampu mengubah ekspresi genetik sama ada jadi lebih sihat..ataupun mungkin bermutasi menjadi penyakit kronik, kanser dan sebagainya.\n\nMekanisma ini masih lagi dalam kajian dan banyak lagi yang belum kita ketahui. Apa yang pasti, keseimbangan hidupan \u201cmakhluk halus\u201d ini amat penting dijaga supaya tidak mendatangkan penyakit.\n\nKita harus yakini ialah ciptaan Tuhan itu tidaklah sia-sia.. pasti ada hikmahnya terutama bagi mereka yang berfikir. Wallahua\u2019lam."
"Kita adalah apa yang kita makan. Pastinya anda bersetuju dengan kenyataan ini. Adalah sangat penting untuk kita menjaga pemakanan agar tubuh badan kekal sihat dan cerdas serta mendapat semua nutrien yang diperlukan. Apatah lagi sekiranya anda sedang mengandung. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan diet ibu mengandung terbaik agar bayi lahir dengan sihat dan bijak.\n\nJangan lupa makan vitamin prenatal yang dibekalkan oleh klinik\n\nAdalah sangat penting untuk anda makan semua vitamin prenatal yang dibekalkan oleh klinik agar anda dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan mendapat semua nutrien yang diperlukan, terutamanya jika anda sedang mengalami morning sickness dan tidak dapat makan dengan normal seperti biasa. Di antara vitamin yang penting ialah:\n\nAmalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan\n\nAdalah sangat penting untuk setiap ibu mengandung mengamalkan amalan pemakanan seimbang mengikut garis panduan yang diberikan oleh piramid makanan. Menurut piramid makanan, diet anda harus terdiri daripada makanan yang mengandungi:\n\nSelain vitamin prenatal yang dibekalkan oleh klinik, adalah sangat penting untuk ibu mengandung mengamalkan amalan pemakanan yang baik serta mengambil makanan sebenar atau real food. Di antara makanan yang baik untuk ibu mengandung ialah buah-buahan. Pastinya anda nak tahu apakah jenis buah yang terbaik untuk dimakan sepanjang tempoh kehamilan. Berikut ialah di antara buah-buahan yang baik untuk kesihatan ibu mengandung dan membantu perkembangan bayi di dalam kandungan:\n\nSelain buah-buahan, sayur-sayuran juga adalah sangat baik untuk ibu mengandung. Di antara sayur-sayuran yang boleh anda amalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah:\n\nIbu mengandung juga perlu memasukkan produk tenusu kedalam diet seharian. Di antara prosuk tenusu yang boleh anda ambil setiap hari ialah susu segar, keju, dan juga yogurt. Jika anda minum susu segar setiap hari, kami cadangkan anda pilih susu rendah lemak kerana ianya lebih baik berbanding susu penuh krim.\n\nAkhir sekali, kekacang juga adalah makanan yang baik untuk diet ibu mengandung. Anda boleh jadikan kekacang sebagai snack selain buah-buahan dan sayur-sayuran. Di antara kekacang yang baik untuk ibu mengandung ialah kacang gajus, kacang badam, kacang tanah, kacang parang, dan sebagainya.\n\nItulah dia info tentang diet ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang pantang-larang ibu mengandung, surah amalan ibu mengandung, dan tanda keguguran."
"Siapa makan ikan pari? Sebahagian orang punya pendapat ikan pari punya bau busuk. Namun sebenarnya ikan pari yang bau hancing itu disebabkan ikan tersebut tidak segar, di mana ikan itu disimpan dalam peti ais dalam masa yang cukup lama sehingga makin lama ianya akan berbau tidak sedap. Lain halnya bila anda beli dan masak ikan pari yang segar maka tidak ada lah bau tersebut. Oleh itu, beli ikan pari kena cium bau dulu.\n\nAda banyak resepi ikan pari namun yang paling banyak dicuba antaranya ialah ikan pari masak asam pedas dan ikan pari bakar. Untuk masak ikan pari lebih beragam, kami hadirkan resepi ikan pari menarik lainnya yang telah dikemas dalam 10 resepi kumpulan di bawah. Beragam resepi dari laman Facebook ini sangat patut untuk dijadikan rujukan di masa hadapan.\n\nSelepas ini tidak pening pikirkan resepi ikan pari, boleh dicuba bila-bila masa sahaja. Lauk ini memang sesuai sangat dimakan dengan nasi putih. Beli lauk ikan pari di kedai pula boleh tahan mahal bukan? Ayuh baca resepi ikan pari di bawah.\n\nAsam pedas ialah resepi handalan mak-mak bila dihadapkan dengan ikan pari, sebab memang lauk ini yang paling terkenal, bahkan di kedai-kedai makan pun senang jumpa asam pedas ikan pari. Ayuh tengok resepi asam pedas Johor ikan pari yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di laman Facebook. Campur sayur bendi makin lazat.\n\nIkan pari bakar marvelous ini pula guna kuali pemanggang ajaib sahaja. Namun jika ingin guna oven pun boleh. Balut ikan dengan daun pisang dulu baru aluminium foil untuk dapatkan wangi ikan yang melazatkan. Erma Azizie berkongsikan resepi ikan pari bakar sambal di laman Facebook.\n\nHati Ikan Pari Masak Pais Cili Api\n\nAda yang makan? Kalau ada yang makan boleh geng dengan Hayati Hj Hasnan di laman Facebook. Dipersilakan mencuba pada yang teringin mencuba. kena rendam dan basuh dengan air asam banyak-banyak baru hilang hanyir dia. Sebelum masak pun kena buang hempedu dia dulu, kalau tidak pahit dia tidak boleh bawa bincang. Lauk ini memang unik, masak macam resepi cik Hayati ini sedap tidak terkata.\n\nIkan pari dimasak cekur pula beri kelazatan berlainan. Gerenti akan ketagih apabila makan masakan ini. Wangi cekur amat menambah selera makan. Ikan pari pula lembut hingga ke tulang. Sedap jadi lauk makan tengah hari. Khaulah Abdullah berkongsikan resepi ikan pari masak pecal di Facebook.\n\nJarang-jarang orang buat ikan pari masak gulai. Suriani Mohd mencuba resepi berlainan tersebut dan berkongsi di laman Facebook. Rasa dia tidak pelik pun, lemak sedap gulai amat sesuai dengan ikan yang lembut ke tulang.\n\nPari Bakar Air Asam Belimbing Itang\n\nBakar-bakar ikan pari untuk makan malam mesti seronok bukan? Apatah lagi dapat ikan pari segar baru siap mancing dekat sungai makin lazat. Makan ikan pari bakar dengan air asam belimbing itang. Sedap ada rasa pedas-pedas manis. Sila cubakan resepi air asam belimbing untuk cicah dengan pari bakar ala Nurulhidayah Abd Wahab di laman Facebook.\n\nJenjalan ke pantai timur Sabah pula kita. Menu ikan pari ayam masak sinagol namanya. Menu ini dibuat dengan ikan yang direbus dan dipotong-potong dan kemudian ditumis dengan bawang, cili, halia, kunyit, dan serai. Kawan-kawan semenanjung ada yang pernah makan sinagol? Sherilyn Aidala berkongsikan resepi di laman Facebook.\n\nKelainan ikan pari seterusnya ialah ikan pari goreng seperti dimasak oleh Nurul Shuhada Nsar yang dikongsi di laman Facebook. Walaupun resepi ini simple tapi sedap ya amat. Rasa lemak pedas manis makan dengan nasi putih memang sedap betul.\n\nMasak asam kali ini kita guna air asam jawa. Lauk ini lebih sedap jika dibuat agak berair. Bila ikan pari kering direndam dengan air asam jawa maka akan mencetuskan rasa asam masin pedas yang memikat. Nikisyaron Nikiysa berkongsi resepi ikan pari masak asam di laman Facebook.\n\nLain negeri lain masaknya. Asam pedas melaka ini kalau letak belacan lagi sedap. Kalau ingin rasa kesedapan lagi biar masak awal [email\u00a0protected] jam sebelum dimakan, lagi lama lagi sedap kerana baru sebati rasa dia. Gunakan ikan segar, lagi terasa kesedapannya sampai boleh hirup kuah. Ayuh kita cubakan resepi daripada Nazarina Che Man di laman Facebook.\n\nSelain resepi ikan pari, kami juga menulis resepi menarik lain yang patut anda cuba. Terima kasih sudah berkunjung ke website kami. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Terdapat pelbagai cara untuk menghidangkan pisang. Salah satu antaranya ialah dengan menyediakan pisang dengan sos kastard. Jom cuba resepi pisang kastard sos.\n\nPisang kastard sos senang amat menyediakannya. Hanya dengan mencampurkan kesemua bahan maka jadilah ia. Paling sedap jika dimakan dengan pisang nangka.\n\nRasa hidangan pencuci mulut ini manis dan segar. Apalagi kalau dihidangkan sejuk-sejuk jadi makin segar dan lazat rasanya.\n\nPisang kastard sos berkrim sedia menghiasi hari anda. Sila cubakan resepi mudahnya yang dikongsikan oleh Yati Koondari di laman Facebook.\n\nSelain resepi pisang kastard sos, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Cuti-cuti ni nak jalan di mana?Nah kami kongsikan 5 bandar menarik di Johor serta 55 tempat menarik di Johor wajib anda pergi.\n\n5 daerah menarik di Johor untuk dilawati bersama keluarga\n\nNah! 5 Senarai Bandar Menarik Di Johor Untuk Dilawati Cuti Sekolah\n\nSetiap daerah di negeri Johor mempunyai keunikan tersendiri. Kerana itulah, senarai ini ditulis berdasarkan daerah dan bukan tempat-tempat tertentu. Menerusi setiap daerah, penulis senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di sana:\n\nBandar Maharani merupakan nama rasmi bagi bandar bersejarah, Muar. Ia terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah, makanan, dan kopinya. Antara aktiviti yang menarik di sini ialah\n\nIbu negeri Johor ini tidak kurang hebatnya dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Bagi mereka yang mahu percutian di bandar di mana ada banyak penginapan atau kemudahan pengangkutan, ada beberapa aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah:\n\nDaerah terbesar di Johor ini letaknya kira-kira 40km dari Johor Bahru. Bukan sahaja dikenali kerana sejarahnya tetapi juga beberapa lokasi untuk berekreasi. Antara yang menarik di sini ialah:\n\nMersing terkenal dengan pantai-pantai dan pulau-pulaunya yag cantik. Pulau-pulaunya kerap muncul di media sosial sebagai destinasi yang menyamai pulau-pulau indah di luar negara. Namun, Mersing lebih awal dikenali kerana pengunjung boleh mendapatkan keropok lekor di sana. Antara aktiviti menarik di Mersing ialah:\n\n55 Tempat Menarik Di Johor Yang Wajib Pergi\n\nNama Lego memang cukup dikenali di serata dunia. Bermain dengannya amat menyeronokkan. Apalagi jika berada di dalam dunia yang dipenuhi dengan Lego! Legoland menyediakan semua keseronokan dalam satu tempat.\n\nMereka ada taman tema termasuk taman tema air dengan berpuluh permainan menyeronokkan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa, taman kota mini yang pastinya mengagumkan, kedai yang menjual cenderamata comel secomel permainan Lego anda, dan tempat untuk anda makan selepas penat bermain.\n\nBukan itu sahaja. Mereka turut mengadakan banyak aktiviti seperti aktivit mewarna, membina lego, perbarisan kostum, malam untuk menonton filem dan banyak lagi. Memandangkan terlalu banyak tarikan ada di sini dan anda mungkin tidak mampu menghabiskan semuanya hanya dalam masa sehari, jadi anda digalakkan untuk tinggal di hotel mereka.\n\nAlamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Iskandar Puteri (Nusajaya), Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10am \u2013 6pm)\n\nDouble Park (Theme Park & Sea Life)\n\nTriple Park (Theme Park + Water Park + Sea Life)\n\nJohor memang terkenal dengan negeri yang mempunyai banyak taman tema air. Desaru Gold Coast juga tidak ketinggalan kerana mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Sesuai untuk seisi keluarga merehatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik bersama.\n\nTerdapat 5 zon iaitu Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef, Tidal Wave Beach dan Kids Ahoy. Antara tarikan dan permainan yang lain dari taman tema air yang lain adalah Kraken\u2019s Revenge. Satu-satunya roller coaster di Malaysia yang menjunam dengan laju menerusi kolam air.\n\nAlamat: No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor.\n\nBanyak tarikan yang ada di Menara JLand dan salah satunya adalah Skyscape. Jom uji keberanian anda bersama rakan atau keluarga berdiri dan berjalan di lantai kaca berketinggian 149 meter. Nak tengok permandangan sekitar bandar ini pun boleh. Bahkan anda boleh turut melihat landskap negara jiran, Singapura.\n\nJangan lepaskan peluang untuk bergambar dari ketinggian yang cukup mendebarkan. Datang seawal mungkin kerana sesi akhir pembelian tiket adalah pada pukul 4.00 petang.\n\nAlamat: Level 34, Menara JLand Johor Bahru City Centre (JBCC, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, Johor.\n\nNak aktiviti lagi mencabar dan luar biasa di JB? Mungkin aktiviti lasak di air pasti memenuhi citarasa percutian anda. Di Flyboard City Watersport, aktiviti utama adalah flyboard. Pasti seronok bila seakan terbang di atas air.\n\nDengar kata memang senang nak belajar main flyboard ni. Cuma ambil 5 minit untuk terapung atas air manakala 20 minit seterusnya anda boleh terapung dengan mudah dan seimbang.\n\nJika anda bawa anak-anak, jangan risau kerana pelbagai aktiviti lain mereka boleh cuba seperti kayak, towable, jetski dan flyboard tandem. Suasana pantai juga sangat cantik. Sesuai untuk mereka yang suka bergambar.\n\nAlamat: Flyboard Watersport, Forest City, 81550 Kampong Tanjong Kupang, Johor, Malaysia.\n\nTaman tema air yang berkonsepkan dinasour ini berada di perkarangan KSL Hotel dan Resort. Jika anda sedang mencari penginapan sesuai dengan bajet anda, hotel ini antara yang sesuai boleh anda diami. \n\nBanyak replika dinasour yang sangat besar dan kanak-kanak pasti teruja untuk bermandi-manda di sini kerana terdapat air pancut yang keluar daripada mulut dinasour. Paling menarik, audio atau bunyi dinasour sebenar turut diperdengarkan kepada pengunjung. \n\nAlamat: 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor.\n\nMuzium berkonsepkan lukisan 3D ini pasti memberi bayangan ilusi yang pasti memukau dan menguji penglihatan anda. Terdapat 9 zon dengan tema dan latar berbeza yang sangat menarik. Ada latar laut, dinasour dan cupcakes gergasi yang comel.\n\nBerada di tingkat 5 City Square, anda boleh bergambar sepuasnya sambil melakonkan watak sesuai dengan latar yang dipilih. Pastikan memori telefon anda kosong kerana banyak sudut dan gaya menarik yang perlu dirakamkan sebagai memori.\n\nAlamat: Johor Bahru City Square, M5-02, LEVEL 5, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor\n\nTaman Laut Sultan Iskandar (Sultan Iskandar Marine Park)\n\nTaman Laut Sultan Iskandar meliputi 13 pulau di gugusan 6 buah pulau utama iaitu Pulau Tinggi, Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Rawa.\n\nSemua kawasan ini mempunyai hutan bukit, paya bakau, dan hutan pesisir pantai. Selain mandi dan menyelam, aktiviti lain seperti memberi makanan kepada ikan, mendaki bukit, trekking, dan barbeku turut mengisi masa pelancong.\n\nKunjungan ke pulau-pulau utama yang terletak di Mersing ini memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Air yang jernih, pasirnya yang putih, kaya dengan batu karang dan hidupan laut, lalu menjadikan ia lokasi kegemaran bagi penyelam dan pencinta laut.\n\nTidak banyak penginapan di setiap pulau, malah ada pulau yang tiada penginapan langsung. Ini menjadikan kecantikan pulau-pulau dan hidupannya terpelihara.\n\nKahang Organic Rice Eco Farm (KOREF)\n\nJika anda mahu lari dari kesibukan bandar tapi pulau atau laut bukan pilihan, KOREF adalah pilihan terbaik untuk anda. KOREF memberikan anda pengalaman eko pelancongan berkonsepkan perladangan dan akuakultur, siap dengan chalet terapung dan tapak perkhemahan.\n\nAda sawah padi, kolam ikan dan udang, dan haiwan ternakan seperti lembu dan itik.\n\nTerlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Anda dapat merasai kehidupan petani dengan aktiviti penanaman padi. Berseronok dengan menyertai sukan air seperti berakit, menangkap ikan, dan water walking ball.\n\nTambah cabaran anda dengan flying fox dan nikmati keindahan alam dengan jungle trekking. Pemandangan di sekitarnya amat mendamaikan apa lagi jika anda memilih untuk berbasikal di sekitarnya.\n\nAlamat: KM42, Jalan Kluang, Kg. Sri Lukut, 86700 Kahang, Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nHutan Lipur Gunung Arong menyediakan beberapa tarikan kepada pengunjung iaitu sungai untuk perkelahan dan tapak perkhemahan bagi menikmati keindahan hutan dipterokarpa tanah pamah ini.\n\nAktiviti trekking memberi peluang kepada pengunjung untuk menelusuri hutan sambil mengenali jenis-jenis pokok di dalamnya. Jadi, hutan lipur ini juga sesuai bagi tujuan kajian dan pendidikan juga. Banyak kemudahan di sini iaitu tandas, masjid, parkir, pondok rehat, chalet dan dewan serbaguna.\n\nAlamat: Hutan Simpan Gunung Arong, 86800 Mersing, Johor (17km dari Bandar Mersing melalui Jalan Mersing \u2013 endau dan 151km dari Bandaraya Johor Bahru)\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (8am \u2013 6pm)\n\nPeminat kopi digalakkan ke sini untuk mendapatkan pelbagai jenis kopi yang turut disukai Sultan Iskandar saat kali pertama ia dihidangkan kepada Baginda. Jenama ini sudah wujud sejak 1966 dengan televisyen menjadi logonya.\n\nTelevisyen dipilih kerana pada zaman itu, televisyen merupakan barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh semua orang. Orang ramai berkumpul untuk menonton bersama-sama. Jadi, kopi ini dicipta untuk meraikan momen itu.\n\nAlamat: 76, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 5pm)\n\nBangunan bersejarah ini dirasmikan pada tahun 1942 sebagai pusat pentadbiran negeri Johor. Ia mempamerkan senibina gabungan barat dan timur (Melayu Johor dan Islam). Tiangnya diukir dengan bunga cengkih dan lada hitam yang menjadi hasil utama negeri Johor ketika itu.\n\nBangunan Sultan Ibrahim direka oleh firma British iaitu Palmer dan Turner. Ia menelan kos RM2 juta dengan keluasan bangunan 60,000 kaki persegi. Bangunan ini gah sebagai bangunan tertinggi di Johor Bahru suatu masa dahulu sehinggalah tahun 1970an.\n\nAlamat: Jalan Bukit Timbalan, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor\n\nSebagaimana namanya, Pekan Nanas dikenali kerana sumbangannya sebagai pengeluar nanas di Malaysia. Dengan perkembangan agro pelancongan di Malaysia, ladang nanas di Pekan Nanas turut mendapat perhatian.\n\nAgro pelancongan memberi pengalaman kepada pelancong untuk melawat dan menyaksikan sendiri ladang yang terbentang luas.\n\nLadang milik kerajaan ini berkeluasan 300 ekar dan turut dijadikan tempat membuat kajian baja dan penyakit nanas. Pemandangan ladang nanas yang luas ini tampak amat menarik. Setelah puas bergambar, dapatkan juga nanas yang datang daripada pelbagai jenis yang dijual di gerai untuk dibawa pulang.\n\nAlamat: Alor Bukit, pekan Nanas, 81500 Pontian, Johor\n\nWaktu Operasi: Ahad \u2013 Khamis (9am \u2013 5pm)\n\nTaman Herba Nasuha (Nasuha Spices and Herbs Paradise)\n\nLadang seluas 1,295 hektar ini telah dinobatkan sebagai ladang herba yang terbesar di Asia. Ia memiliki lebih 10,000 tanaman herba dan pokok kayu berkhasiat. Tapi, pengunjung yang ke sini bukan sahaja untuk melihat tanaman herba, mereka juga menyediakan penginapan dari jenis log kabin dan set dormitori.\n\nUdara segar yang sejuk daripada tiupan angin gunung menjadikan ia lokasi pilihan untuk aktiviti hari keluarga. Tambahan pula, terdapat restoran di ladang ini yang menyediakan menu berasaskan herba seperti beriani herba ayam dan sup herba bersama-sama teh daripada pelbagai jenis herba.\n\nTubuh yang letih dan lemah pula boleh disegarkan dengan urutan tradisional di pondok Spa Herba dan Terapeutik yang terletak di puncak bukit.\n\nAlamat: KM13, Jalan Muar \u2013 Pagoh, 84500 Muar, Johor\n\nHarga Penginapan: RM250 \u2013 RM600 untuk satu malam\n\nIa merupakan taman negara kedua terbesar di Malaysia selepas Taman Negara. Ia meliputi kawasan seluas lebih 80,000 hektar. Taman Negara Endau \u2013 Rompin berusia 250 juta tahun lalu menjadikannya antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Ia kaya dengan flora dan fauna termasuk yang jarang-jarang ditemui.\n\nDi sini ada harimau, tapir, gajah, badak, dan juga Beruang Matahari serta 230 jenis burung, 43 jenis ikan, 26 jenis katak, 14 jenis ular, 9 jenis cicak, dan 3 jenis kura-kura. Lebih menarik adalah di sini juga ada air terjun. Berada di taman negara membolehkan anda menyertai banyak aktiviti luar yang sihat seperti berkayak, night walk, jungle trekking, mandi di air terjun dan berbabeku.\n\nAlamat: Taman Negara Endau \u2013 Rompin, Mersing, Johor\n\nApabila anda tiba di Taman Negara Tanjung Piai, ada sebuah tugu yang menyatakan anda sedang berada di penghujung benua Asia. Taman negara ini merupakan gabungan 526 hektar kawasan bakau dan 400 hektar tanah lembut dan berlumpur. Ia menjadi tempat tinggal bagi kira-kira 20 spesis tumbuhan bakau sebenar dan 9 spesis bakau berkaitan.\n\nTaman Negara Tanjung Piai turut tersenarai dalam senarai Ramsar iaitu senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap.\n\nAktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah mengelilingi hutan paya bakau, melihat sekeliling hutan dari menara tinjau, berkhemah dan memancing. Ada banyak haiwan yang anda boleh lihat di sini termasuk, siput laut, burung, ketam dan ikan tembakul. Jadi, taman ini amat sesuai untuk mereka yang menyintai alam semulajadi.\n\nAlamat: Mukim Serkat, 82030 Pontian, Johor\n\nHarga Tiket: RM5 (warganegara), RM10 (bukan warganegara)\n\nPulau ini 647 hektar dan dikelilingi oleh 800 hektar tanah paya. Walaupun ia kecil, ia adalah pulau hutan bakau kedua terbesar di Dunia. Ia juga tersenarai dalam senarai tapak Ramsar.\n\nTaman Negara Pulau Kukup menjadi kawasan pembiakan bagi 12 spesis fauna dan 76 spesis burung. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengelilingi hutan paya bakau, menyusuri Sungai Ular dengan menaiki bot, dan menyaksikan pemandangan pulau dari menara tinjau.\n\nAlamat: Lot 1319, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor\n\nHarga Tiket: RM5 (warganegara), RM10 (bukan warganegara)\n\nBangunan yang dibina pada tahun 1910 ini menyimpan banyak sejarah. Asalnya ia adalah kediaman Menteri Besar Johor yang ketiga, Dato\u2019 Abdullah Jaafar. Ia juga pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun, pejabat sementara RISDA, dan asrama kakitangan serta pelajar Jabatan Pendidikan.\n\nPada tahun 1994, ia dijadikan galeri seni yang menyimpan artifak berkaitan seni dan budaya negeri Johor, sebelum diubah sepenuhnya menjadi Galeri Seni Lukis yang mengumpulkan, mempamerkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti seni lukis.\n\nAlamat: JKR 144, Jalan Petrie, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, JohorWaktu Operasi: Ahad \u2013 Khamis (9am \u2013 5pm), ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu\n\nKalau mahu melihat dan membeli ikan, Nanyang Fish Farm merupakan kedai menjual ikan peliharaan yang sangat besar dengan pelbagai jenis ikan termasuk yang jarang-jarang ditemui. Kanak-kanak suka berada di sini.\n\nNanyang Fish Farm juga ada kolam ikan untuk kaki pancing. Anda boleh menjangkakan untuk memperolehi ikan patin, rohu, tongsan sisik ikan, dan ikan pacu semasa memancing.\n\nAlamat: MLO 197, Air Bemban, 81020 Kulai, Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 5pm)\n\nSama ada anda mahu memakainya untuk majlis tertentu atau harian, menyimpannya sebagai koleksi, menghadiahkannya untuk seseorang, semuanya sesuai untuk anda. Galeri Terompah Mastor amat digemari peminat terompah dan mereka yang suka untuk memiliki barangan bercirikan Jawa Klasik.\n\nMereka menyiapkan lebih 1000 tempahan terompah setiap bulan untuk pelanggan mereka. Galeri Terompah Mastor ada tujuh rekaan dengan warna-warna yang menarik. Harga sepasang terompah mencapai RM45.\n\nIstana Bukit Serene merupakan kediaman rasmi Sultan Johor. Ia lokasi popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Anda tidak boleh masuk ke dalamnya kerana ia dikawal rapi oleh askar Diraja. Walaupun begitu, anda boleh mengambil gambar yang menarik terutama di hadapannya terutama dengan pemandangan menaranya yang setinggi 35 meter.\n\nReplika mahkota di puncaknya selalu menarik perhatian pelancong. Jika anda bernasib baik, Sultan Johor akan bertemu dengan pelancong di pintu masuk dan berbual-bual dengan anda.\n\nAlamat: Jalan Straits View, Bukit Serene, 80200 Johor Bahru, Johor\n\nLadang lebah ini memberikan anda pengalaman dan pengetahuan penghasilan dan pengurusan madu lebah selain anda dapat membeli madunya yang unik di penghujung lawatan.\n\nApa yang menarik dan unik mengenainya adalah madu lebah di sini mempunyai rasa seperti nanas disebabkan oleh proses penghasilannya yang melibatkan nektar daripada pokok nanas. Jadi, anda juga akan dibawa melawat ladang nanas yang mengkacukkan nanas dari Johor dengan nanas dari Sarawak.\n\nAlamat: Parit Sikom, 82010 Pontian Kecil\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 5pm)\n\nAsalnya ia kilang yang mengeluarkan bateri Eveready. Kini, ia menjadi lokasi menyeronokkan terutama bagi anak muda. Hiasannya dianggap hipster bagi ramai pengunjungnya. Suasananyalah yang menarik ramai pengunjung untuk ke sini.\n\nSelain membeli-belah, ia lebih dikenali sebagai lokasi makan kerana ada pelbagai menu lazat dengan hiasan kedai yang membangkitkan selera. Selain makanan tempatan, ada shell out, makanan Thai, barbeku, dan banyak lagi. Banyak acara diadakan di sini seperti persembahan live, konsert, dan sambutan Tahun Baru.\n\nAlamat: No. 83, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (12pm \u2013 12am)\n\nZoo Johor dibina pada tahun 1928 dan merupakan zoo tertua di Malaysia. Ia menempatkan lebih 100 jenis haiwan. Antara haiwan yang ada di sini termasuk singa, harimau, gajah, kuda dan haiwan-haiwan eksotik yang lain.\n\nJadi, bawalah anak-anak anda ke sini untuk memperkenalkan mereka dengan haiwan-haiwan yang ada di Malaysia.Alamat: Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nMuzium Bukit Kepong membawa anda untuk mengimbau kembali sejarah pahit negara ketika Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh komunis. Kunjungan anda ke sini adalah untuk mempelajari lebih banyak sejarah mengenai Bukit Kepong dan menghargai pengorbanan wira-wira negara untuk keselamatan dan keharmonian negara ini.\n\nBagi para pelajar atau pengkaji, ini adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan bahan-bahan rujuakan yang dijaga dengan baik di muzium ini. Antara barangan pameran adalah senjata, bilik lokap, peralatan polis, dan artifak.\n\nAlamat: Jalan Muar \u2013 Labis, Bukit Kepong, 84600 Muar, Johor\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (10am \u2013 6pm)\n\nMuzium Diraja Sultan Abu Bakar (Royal Abu Bakar Museum)\n\nPengunjung berpeluang melihat koleksi milik kesultanan Johor sejak 1800 di Muzium Diraja Sultan Abu Bakar. Ia merangkumi hampir 60,000 harta termasuk peralatan memburu, kulit binatang, lukisan dan gambar. Sesiapa sahaja yang mengunjunginya akan berasa kagum dengan koleksi milik Sultan Johor ini.\n\nMuzium ini menyimpan banyak sejarah termasuk hiasan dalamannya. Bangunannya mengikut gaya Renaissance yang dibina oleh rakyat tempatan dengan seliaan arkitek Eropah, manakala permaidaninya mempunyai motif lada hitam dan gambir yang menjadi sumber ekonomi negeri Johor suatu ketika dulu.\n\nAlamat: Jalan Seri Belukar, Kebun Merah, 80000 Johor Bahru, Johor\n\nWaktu Operasi: Sabtu \u2013 Khamis (9am \u2013 5pm)\n\nIa sudah berusia lebih 120 tahun dan terletak di puncak bukit yang menghadap Selat Johor. Masjid Sultan Abu Bakar dibina sekitar tahun 1892 sehingga 1900. Rekabentuknya dihasilkan oleh arkitek tempatan bernama Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak.\n\nSenibinanya menggabungkan beberapa jenis gaya termasuk Melayu dan Moor, serta zaman Viktoria. Malah, menaranya juga mengambil bentuk menara jam British abad ke 19.\n\nGaya bangunan masjid adalah mirip dengan beberapa bangunan dan istana di Johor pada waktu itu. Masjid Sultan Abu Bakar boleh memuatkan sehingga 2000 jemaah pada satu-satu masa.\n\nAlamat: Jalan Abu Bakar, 80100 Johor Bahru, Johor\n\nHutan Bandar MBJB merupakan hutan di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru yang amat sesuai untuk tujuan riadah. Ia meliputi kawasan seluas 50 ekar. Banyak kemudahan disediakan di dalamnya termasuk laluan jogging, taman dengan alatan senaman, beberapa kolam ikan dan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak.\n\nRamai penduduk tempatan datang ke sini untuk sekurang-kurangnya mengambil udara segar di bawah pepohon hijau, makan di restoran, dan melihat kecantikan orkid di taman khas bunga orkid mereka. Pemandangannya yang indah juga menyebabkan ramai pasangan pengantin juga suka untuk mengambil gambar hari bahagia mereka di sini.\n\nAlamat: Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, JohorWaktu Operasi: Setiap hari (6am \u2013 10pm)\n\nTaman Rekreasi Tanjung Emas menghadap Sungai Muar. Dari Jeti Tanjung Emas, pengunjung dapat menaiki bot menusuri Sungai Muar selama kira-kira 45 minit dengan pemandangan pokok bakau di sepanjang sungai. Taman ini turut memiliki sebuah kelab golf dengan 9 lubang.\n\nAlamat: Jalan Puteri, 84000 Muar, Johor\n\nTaman Negara Gunung Ledang (Mount Ophir)\n\nGunung Ledang terkenal dengan kisah seorang puteri cantik yang mendiaminya dan telah menolak peminangan Sultan. Namun, Gunung Ledang memiliki lebih daripada itu. Pada tahun 1854, seorang ahli alamiah terkenal, Alfred Russel Wallace, telah pergi ke Gunung Ledang dan telah terpesona dengan keindahan hutan Gunung Ledang.\n\nAnda yang ke sini bukan sahaja boleh melakukan aktiviti pendakian gunung setinggi 1276 meter, malah anda juga boleh memilih untuk aktiviti yang lebih santai iaitu menikmati kesegaran air sungai dan mandi di bawah air terjunnya.\n\nKota Iskandar gah dengan senibina bangunan-bangunan di dalamnya. Ia merupakan kota pentadbiran sebagaimana Putrajaya. Senibina bangunan-bangunan di sini mengambil elemen kesenian Islam dan mengharmonikannya dengan sejarah dan budaya negeri Johor. Kota Iskandar menjadi bandar destinasi ikon untuk dikunjungi pelancong dari merata tempat.\n\nAlamat: Kota Iskandar, 79000 Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali cuti umum (830am \u2013 530pm)\n\nPantai ini mendapat namanya daripada kisah mengenai lanun yang singgah di pantai ini dan diceritakan turun-temurun. Oleh itu, terdapat juga kisah yang lanun-lanun ini telah menyembunyikan harta karun di dalam gua yang ada di situ.\n\nWalaupun begitu, kebenarannya tidak dapat dipastikan selain pintu gua itu juga semakin tertutup oleh pasir. Dari pantai ini, pengunjung dapat melihat beberapa buah pulau termasuk Pulau Acheh. Pantai ini sering dikunjungi penduduk tempatan bagi tujuan perkelahan atau bersantai.\n\nTanjung Balau merupakan antara pantai yang sering menerima kunjungan orang ramai untuk beriadah. Jika tidak mahu mandi di laut atau bermain laying-layang, menikmati pemandangan di sekitarnya pun sudah mencukupi.\n\nDi sini jugalah tempat seluruh keluarga berkumpul, berkelah dan berbabeku. Ia tenang, jauh dari kesibukan bandar, dengan penginapan ada banyak di sekitarnya. Ini sudah tentu memudahkan pengunjung yang datang dari luar daerah.\n\nAlamat: Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor\n\nDesaru terkenal dengan pantainya. Peminatnya bukan sahaja datang dari Johor, tapi kebanyakannya dari Singapura. Ia sudah menjadi tempat berehat bagi warga negara jiran. Ini kerana terdapat banyak aktiviti untuk dilakukan di sini seperti berenang, menaiki bot, memancing, jungle trekking, menunggang kuda, bermain golf, dan berkayak.\n\nJika tidak mahu terlibat dengan mana-mana aktiviti air, cukuplah untuk menikmati pemandangan dan tiupan angin laut sepanjang hari.\n\nAir Terjun Kota Tinggi merupakan lokasi yang sentiasa dipenuhi pengunjung terutama ketika hujung minggu. Ia merupakan air terjun yang popular di kalangan rakyat Johor terutama bagi tujuan perkelahan.\n\nAir Terjun yang bertingkat dengan kedalaman yang berbeza memberi pilihan kepada para pengunjung untuk memilih bahagian yang mereka gemari. Namun, bahagian yang agak dalam dan berbahaya telah dipasang dengan jaring bagi tujuan peringatan dan amaran.\n\nPengunjung juga boleh menyewa pelampung dengan harga dari RM5 sehingga RM8 sebuah. Gerai makanan turut disediakan memandangkan pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa makanan dari luar. Ini bertujuan untuk menjaga kebersihan air terjun dan sekitarnya.\n\nAlamat: KM16, Jalan Lombong, 81900 Kota Tinggi, Johor (15km dari Bandar Kota Tinggi)\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 7pm)\n\nHarga Tiket: RM7.50 (dewasa mykad), RM10 (dewasa antarabangsa), RM3.50 (kanak-kanak mykid), RM5 (kanak-kanak antarabangsa)\n\nPercutian yang menyeronokkan adalah makan makanan yang sedap-sedap. Jika dapat makan buah-buahan tempatan yang segar dari dusun tentulah lebih menyeronokkan. Desaru Fruit Farm mempunyai lebih 100 jenis pokok buah-buahan tempatan dan ladang sayur-sayuran. Desaru Fruit Farm turut menambah keseronokan dengan menyediakan tarikan lain seperti permainan go-kart, paint ball, ATV dan melihat kunang-kunang serta bermain di taman tema air.\n\nAlamat: Sungai Camaran, Desaru, 81900 Kota Tinggi, Johor\n\nLadang buaya ini telah dibina sejak tahun 1979. Ia menempatkan kira-kira 1000 ekor buaya di mana ada di antaranya yang sudah berusia 130 tahun dan tidak bergigi. Buaya-buaya di sini adalah dari jenis buaya air masin.\n\nAnda akan melihat, malah merasai pengalaman bermain dengan anak buaya, memegang dan menyentuh buaya. Semua ini dilakukan di bawah seliaan staf berpengalaman. Kedai cenderamata turut disediakan agar anda dapat mengingati pengalaman baharu yang menyeronokkan di sini.\n\nAlamat: Lot 1289 & 1290, Jalan Sembilan, Kampung Belading, Teluk Sengat, 81940 Kota Tinggi, Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM8 (dewasa), RM4 (kanak-kanak)\n\nLokasi muziumnya menarik kerana hanya beberapa meter sahaja dari pantai. Muzium yang dibuka sejak 1992 ini membawa anda mengenali kehidupan masyarakat yang hidup sebagai nelayan atau secara umumnya aktiviti lautan.\n\nMuzium Nelayan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Galeri Nelayan, Galeri Geologi, Galeri Lautan, dan Galeri Kapal Karam. Galeri Nelayan ada perahu dan sampan sebenar selain alatan yang digunakan untuk menangkap ikan.\n\nLebih 100 jenis batu dipamerkan di Galeri Geologi. Galeri Lautan pula adalah untuk mereka yang mahu mempelajari mengenai komunikasi dan navigasi di lautan. Manakala Galeri Kapal Karam mempamerkan barangan daripada sebuah kapal China yang karam pada tahun 1830an.\n\nAlamat: Tanjung Balau, 81920 Kota Tinggi, Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nPulau Rawa destinasi yang sesuai untuk backpackers, mereka yang mencari lokasi berbulan madu dan sebagainya. Walaupun pulau ini kelihatan kecil, namun tempatnya sangat cantik dan pasti memukau setiap mata memandang.\n\nTerdapat dua buah penginapan di sini iaitu Rawa Island Resort dan Alang\u2019s Rawa Resort. Tempat ini sesuai jika anda ingin bersantai jauh dari kesibukan kota. Pasir pantai yang putih dan air laut kehijauan, kebiruan dan jernih memang sangat indah.\n\nNak ke Pulau Rawa, anda perlu menaiki boat dari jeti Mersing selama 30 minit. Banyak aktiviti boleh dilakukan di Pulau Rawa seperti snorkeling, bermain bola pantai, hiking, kayak dan sebagainya.\n\nBawa anak-anak anda ke sini dan mereka pasti akan menyukainya. Puteri Harbour Theme Park mempunyai 2 tarikan utama di dalamnya iaitu Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town. Rambang mata apabila melihat terlalu banyak produk Hello Kitty, Pingu, Bob the Builder, Thomas the Tank Engine dijual di kedai khas di tingkat satu.\n\nLebih menyeronokkan apabile memasuki rumah Hello Kitty yang sudah tentu bertemakan warna merah jambu. Terdapat jug ataman permainan indoor dan pentas khas di mana Hello Kitty atau Barney tampil membuat persembahan dan berkenalan dengan kanak-kanak yang mengunjungi mereka.\n\nBegitu juga semasa memasuki dunia Thomas Town. Ada permainan-permainan khas sesuai dengan tema yang menyeronokkan kanak-kanak.\n\nAlamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, 79000 Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: Sanrio Hello Kitty Town \u2013 RM68 (Mykad), Thomas Town \u2013 RM68 (Mykad)\n\nMereka yang hendak ke Tanjung Piai melalui mukim Kukup, pasti akan teruja apabila lalu di hadapan sebuah rumah tradisional Bugis. Rumah yang diberi nama Seri Salewangeng ini menelan kos berjumlah RM2.3 juta dan 80 peratus mirip rumah asal yang dibina sejak 75 tahun dahulu.\n\nRumah ini sering dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara yang mahu melihat sendiri keindahan rumah tradisional sama ada pada bahagian luar mahupun bahagian dalamannya yang mempamerkan budaya masyarakat Bugis.\n\nMereka turut dikunjungi pengkaji baik dari dalam dan luar negara. Rumah ini dibina sepenuhnya menggunakan kayu belian dari Jambi dan Kalimantan, Indonesia.\n\nAlamat: Kampung Sungai Kuali, 82000 Pontian\n\nBazar Karat di Johor Bahru terletak di tengah-tengah bandar. Ia meliputi Jalan Tan hiok sehingga Jalan Segget. Ramai orang mengunjungi tempat ini bagi mendapatkan pelbagai barangan termasuk makanan dan minuman yang dijual oleh kira-kira 560 orang peniaga.\n\nMaka, tidak mengejutkan apabila jumlah yang mengunjunginya mencecah 6000 orang pada hari biasa dan 10,000 pada hujung minggu dan cuti umum. Sambil membeli-belah, anda akan dihiburkan dengan pemuzik jalanan. Bazar Karat ini sememangnya berjaya menghidupkan malam di Johor Bahru.\n\nAlamat: Jalan Segget, 80000 Johor Bahru, Johor\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Jumaat (6pm \u2013 12pm), Sabtu \u2013 Ahad (730pm \u2013 12pm)\n\nWalaupun ia dipanggil sebagai gunung, namun ketinggiannya hanyalah 654 meter sahaja. HUtan Lipur Gunung Pulai menang pada sisi hutan dipetrokarpanya di samping mempunyai air terjun yang menarik kedatangan ramai pengunjung kepadanya.\n\nMelihat hutan dan berada di tengahnya cukup mendamaikan. Ia kaya dengan tumbuh-tumbuhan hutan yang menarik terutama bagi pencinta alam. Bagi yang suka mendaki, anda boleh mendaki sampai ke puncak bukit.\n\nJika pendakian bukan pilihan, pilih untuk berada di air terjunnya yang mempunyai ketinggian sehingga 40 hingga 50 meter dan bertingkat. Ia sering menjadi pilihan keluarga dan rakan-rakan untuk tujuan perkelahan.\n\nMuzium ini terletak di Kota Johor Lama iaitu sebuah kawasan yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Oleh itu, bukan sahaja muzium ini menyimpan bahan penting berkaitan sejarah, malah lokasinya juga memainkan peranan penting dalam sejarah negara.\n\nMuzium dengan rekabentuk rumah tradisional ini dibahagikan kepada beberapa segmen yang merangkumi pengenalan Kota Johor Lama sehingga kepada kajian-kajian arkeologi yang pernah dijalankan oleh penyelidik tempatan dan luar negara di kawasan ini.\n\nMuzium Kota Johor Lama menyediakan lawatan berpandu atas permohonan pengunjung, tandas dan tempat meletak kereta.\n\nAlamat: Lot 1468, Kampung Johor Lama, 81940 Kota Tinggi, Johor\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Ahad (9am \u2013 6pm), ditutup pada hari pertama Aidilfitri dan Aidiladha\n\nIa dibuka pada tahun 2002 dan merupakan muzium pertama seumpamanya di Malaysia. Muzium ini berfungsi sebagai monumen untuk semua pemain layang-layang di seluruh dunia.\n\nOleh itu, ia dipenuhi dengan banyak perkara mengenai layang-layang termasuk sejarah layang-layang dunia dan video tentang Festival Layang \u2013 Layang Antarabangsa yang dijalankan setiap tahun di Pasir Gudang. Pengunjung sudah tentu dapat melihat pelbagai jenis layang-layang dari pelbagai bentuk dan negara termasuk wau.\n\nMereka turut mempamerkan peralatan dalam permainan layang-layang.\n\nAlamat: Kompleks Pusat Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 5pm)\n\nHarga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)\n\nTarikan utama muzium tokoh ini adalah rekabentuk bangunannya dan landskap yang menarik. Bangunan muzium ini asalnya merupakan merupakan kediaman Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Dato\u2019 Jaafar bin Muhammad.\n\nOleh itu, nama bangunan ini iaitu Bangunan Dato\u2019 Jaafar adalah bersempena nama beliau. Muzium Tokoh Johor terletak di atas Bukit Senyum di kawasan berkeluasan 100 ekar.\n\nBangunan ini dibina pada tahun 1893 dengan rekabentuk menyerupai bentuk bangunan keluarga Diraja Inggeris iaitu Mahligai Matlock dan Hardwick Hall di England. Muzium Tokoh mengisi semua maklumat mengenai Kesultanan Melayu Johor.\n\nAlamat: Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum, 80400 Johor Bahru\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 5pm)\n\nGaleri Glulam mempunyai rekabentuk bangunan yang menarik. Ia tersenarai dalam Malaysia Book of Records kerana menggunakan perekat atau glulam sebagai bahan struktur menanggung beban melebihi 80% penggunaan kayu.\n\nBangunan yang menelan kos RM24.061 juta ini dijadikan rujukan dan pameran kepada pakar profesional dari kalangan arkitek, jurutera, dan kontraktor serta pemegang saham dan agensi-agensi kerajaan.\n\nStruktur utama bangunan menggunakan kayu resak dan keruing dengan bumbung daripada kayu belian. Dindingnya pula diperbuat daripada kayu kekatong dan kayu balau, belian. Bangunan ini memiliki kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, 3 dewan serbaguna, surau dan bilik mesyuarat eksklusif yang boleh disewa.\n\nAlamat: Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru\n\nBangunan yang kini menjadi Muzium Mersing telah dibina pada tahun 1920an. Ia pernah menjadi pejabat pentadbiran daerah Mersing dan pernah berfungsi sebagai markas operasi Tentera Imperialis Jepun semasa Jepun menjajah Tanah Melayu. Antara yang dipamerkan di sini ialah peralatan perang, pakaian, dan banyak lagi. Muzium Mersing turut menjalankan pelbagai pameran khas yang menarik dalam tempoh masa tertentu seperti pameran kapal karam dan seni.\n\nAlamat: 243, Jalan Ibrahim, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor\n\nWaktu Operasi: Sabtu \u2013 Khamis (9am \u2013 5pm)\n\nTaman Merdeka merupakan antara taman rekreasi yang terdapat di Johor Bahru. Ia dibina bagi memperingati usaha negara dalam mencapai kemerdekaan. Taman Merdeka adalah antara lokasi pilihan untuk berjogging, berenang, memanjat dinding batu, menaiki bot, berkayak dan senaman berkumpulan seperti aerobik dan Tai Chi. Ia sibuk dengan program kemasyarakatan, aktiviti sekolah dan sukan.\n\nTaman Merdeka mempunyai kemudahan tandas awam, gerai makanan, taman permainan kanak-kanak, alatan senaman, dan tempat duduk serta arca dan catatan sejarah. Landskap di sini amat menarik. Ia dipenuhi pokok dan tasik buatan serta air pancuran berirama yang cantik, sesuai untuk ketenteraman jiwa. Taman Merdeka dibahagikan kepada 12 zon yang mana setiap satunya mewakili peringatan kepada sejarah kemerdekaan.\n\nAlamat: Jalan Kolam Ayer, 80200 Johor Bahru\n\nSebagaimana namanya, Chinese Heritage Museum mempamerkan barangan dan maklumat yang menceritakan sejarah kaum Cina di Johor. Antara barangan yang dipamerkan di sini termasuk foto, syiling lama, alat muzik dan porselin.\n\nAntara maklumat yang menarik adalah kaum Cina yang datang ke Johor berasal daripada pelbagai tempat. Ini menyebabkan kaum Cina yang menetap di Johor bertutur dalam dialek yang berbeza iaitu Kantonis, Hakka, Hainan, Hokkien, dan Teochew. Muzium empat tingkat ini mewakili pameran secara kronologi mengikut tingkat.\n\nAlamat: 42, Jalan Ibrahim, Johor Bahru, Johor\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (9am \u2013 5pm)\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak dan warga emas)\n\nJohor Premium Outlet (JPO) merupakan antara kompleks membeli-belah barangan berjenama antarabangsa. Ia adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Kompleks ini mempunyai 130 kedai semuanya dan memiliki landskap yang menarik iaitu pokok-pokok dan air pancuran.\n\nIa lantas memberikan pengalaman berbeza semasa pengunjung membeli-belah. JPO turut menyediakan medan selera kepada pengunjungnya.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10am \u2013 10pm)\n\nUK Farm dikenali sebagai ladang kambing dan biri-biri terbesar di Malaysia. Ia memiliki 100 ekar padang rumput yang mampu menempatkan 4000 biri-biri pada satu-satu masa. Selain itu, mereka juga mempunyai 15 ekar tanah yang ditanam dengan pokok buah markisah, kelapa, betik, jambu batu dan banyak lagi.\n\nUK Farm turut menanam sayur-sayuran. Antaranya seperti cili, bendi, bayam dan kacang panjang. Jika anda mahu merasai tinggal di ladang, UK Agro Resort memberikan anda pengalaman itu. Mereka menyediakan chalet dan bilik asrama siap dengan dewan makan, kawasan BBQ, pentas terbuka, restoran, kafe, dan bilik mesyuarat.\n\nAlamat: Plot 8, Project Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor\n\nHarga Tiket: Layari www.ukfarm.com.my untuk mendapatkan harga mengikut pakej serta promosi menarik\n\nIa sering dikunjungi penduduk setempat kerana airnya yang bersuhu 50 hingga 70 darjah celcius didakwa mampu merawat kaki yang lenguh dan sakit sendi.\n\nWalaupun begitu, pengunjung juga suka ke sini sekadar untuk berehat dan menghilangkan keletihan. Air kolamnya mengandungi mineral yang tinggi. Pejabat Daerah Muar menaiktaraf kawasan Kolam Air Panas Sungai Gersik dengan menyediakan kemudahan parkir, tandas, bilik persalinan, wakap, chalet, medan selera dan kolam berbumbung.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (830am \u2013 7pm)\n\nAustin Height Water & Adventure Park\n\nAustin Height Water & Adventure Park merupakan taman tema yang sesuai untuk seluruh keluarga. Taman tema ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu taman tema air, taman cabaran, dan taman sukan.\n\nSetiap bahagian mempunyai pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan sesuai untuk setiap peringkat umur. Mereka juga menyediakan ruang bagi mereka yang mahu aktiviti merehatkan.\n\nContohnya, Lazy River di taman air. Taman cabaran sesuai untuk mereka yang tidak takut dengan ketinggian dan suka aktiviti memanjat serta berjalan di udara. Taman sukan pula ada aktiviti seperti geluncur ais, go-kart, dan trampoline.\n\nAlamat: No. 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10am \u2013 10pm)\n\nHarga Tiket: Harga berbeza mengikut usia dan taman. Layari https://www.funtime.my untuk tempahan tiket.\n\nBawa anak-anak anda ke sini untuk melihat banyak dinasour. Ini tempat yang akan menyeronokkan mereka. Don Hu Jrassic Park dibina di kawasan tapak semaian pokok yang dihias dengan patung dinasour yang ditempah khas dari China.\n\nDon Hu Jurassic Park memiliki kira-kira 20 ekor replika dinasour bersaiz gergasi yang bergerak dan mengeluarkan bunyi. Mereka turut menjual cenderamata bertemakan dinasour dan baju-T dengan gambar dinasour yang comel.\n\nJika anda bernasib baik, ada maskot dinasour yang berjalan-jalan dalam kawasan taman.\n\nAlamat: 2700, Jalan Pintasan Muar, Kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor\n\nWaktu Operasi: Jumaat \u2013 Ahad (8am \u2013 8pm)\n\nCari mural-mural yang terkenal ini apabila anda berada di Muar.\n\nIa merupakan mural terbesar di Malaysia. Pelukis, Julia Volchkova telah melukis dua adik-beradik iaitu Nur Najwa dan Nur Najiyah untuk mural ini.\n\nLokasi: 1986, Jalan Arab, Pekan Muar, 84000 Muar\n\nPelukis Thomas Powell telah melukis 2 lelaki dan 2 wanita yang mewakili setiap kaum utama di Malaysia.\n\nLokasi: Taman Sri Tanjung, 84000 Muar\n\nMural 3D yang terletak di lorong antara dua bangunan ini memaparkan pembangunan yang berlaku di situ. Terus berjalan di lorong ini untuk melihat mural lain di sepanjang laluannya.\n\nMural yang sangat cantik ini menggambarkan perkembangan industri perabot di Muar. Ia dihasilkan oleh empat orang pelukis.\n\nLokasi: Jalan Haji Abu, Pekan Muar, 84000 Muar\n\nMural ini meraikan budaya opera Kantonis. Ia dilukis oleh seorang pelukis dari Taiwan.\n\nLokasi: Wisma Kwong Sui Koon, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor\n\nMural yang memaparkan seorang wanita berbaju kurung menaiki harimau ini dilukis oleh pelukis dari Sepanyol iaitu Alberto\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Johor yang dikongsikan? Anda teruja?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati."
"Selain muka berminyak, muka naik jerawat dan parut kesan jerawat, masalah kulit kering turut merupakan salah satu masalah kulit yang dialami ramai orang khususnya wanita. Masalah kulit kering juga boleh berlaku di permukaan kulit yang lain seperti di bahagian kulit kepala, siku, tapak kaki, lengan dan sebagainya. Ayuh teruskan bacaan artikel ini untuk mengetahui punca kulit kering.\n\nKulit wajah merupakan aset yang paling penting terutamanya sebagai penampilan diri dan keterampilan semasa berkomunikasi. Penjagaan kulit muka bukan setakat pada penjagaan masalah acne atau jerawat, tetapi merangkumi kebersihan kulit daripada noda dan kulit yang sihat serta lembap.\n\nSebagai organ paling luar yang melindungi tubuh daripada ancaman fizikal, lapisan epidermis kulit berperanan sebagai lapisan penghadang.\n\nEpidermis terdiri daripada lapisan nipis dan rentan terhadap air yang dipanggil stratum corneum. Terdapat 4 lapisan epidermis iaitu:\n\nKulit yang sihat mengandungi tahap korneosit (sel pada lapisan stratus corneum) yang mempunyai kepekatan Natural Moisturizing Factor (NMF) atau Faktor Kelembapan Semula Jadi yang tinggi.\n\nIni menjadikan kulit sentiasa lembab dan sihat.\n\nKeadaan kulit kering ini menyebabkan rasa tidak selesa dengan kemunculan gatal-gatal, rekahan dan sisikan. Banyak faktor yang menjadi punca kulit kering, malah boleh berlaku secara semula jadi.\n\nIroninya, bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, anda masih boleh mendapat masalah kulit kering dari semasa ke semasa, menurut pakar perubatan kulit.\n\nAntara bahagian kulit yang selalu menghadapi masalah kekeringan ialah tangan, lengan, kaki dan muka.\n\nAnda boleh merasakan sendiri perubahan kulit jika berlaku kekeringan. Kulit merasa kesat dan keras secara amnya.\n\nNamun, terdapat kes kulit kering yang ekstrim dalam dunia perubatan yang digelar dermatitis atau keradangan kulit.\n\nTerdapat 3 jenis dermatitis yang boleh berlaku, iaitu:\n\nJenis ini berlaku apabila kulit anda bersentuhan atau berhubungan dengan sesuatu yang boleh menyebabkan keradangan setempat. Antara bahan merengsakan yang boleh mendatangkan keradangan tersebut ialah agen kimia, contohnya peluntur.\n\nBoleh jadi juga mereka yang mengalami alahan, mendapat masalah dermatitis sentuhan ini apabila kulit anda terdedah kepada bahan yang mendatangkan alahan dan gatal-gatal.\n\nMasalah ini muncul apabila kulit anda menghasilkan terlalu banyak minyak.\n\nHal ini mengakibatkan kemerahan dan ruam bersisik, khususnya di bahagian kulit kepala. Jenis dermatitis ini banyak dilaporkan dalam kalangan bayi yang baru lahir.\n\nNama lain bagi dermatitis atopik ialah eczema. Jenis ini merupakan keadaan kulit yang paling kronik yang menyebabkan tompokan bersisik yang kering pada permukaan kulit.\n\nHal ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan boleh berlaku ke atas orang dewasa.\n\nPunca Kulit Kering dan Faktor Risiko\n\nPada tahun 2000, penyelidik bersama Beford, UK dan New Jersey menulis kertas kajian mengenai fenomena kulit kering ini dan diterbitkan dalam International Journal of Cosmetic Science.\n\nBerdasarkan kertas kajian tersebut dan kajian lepas yang lain, berikut ialah punca kulit kering dan faktor risiko yang perlu diambil perhatian:\n\nIndividu berusia lebih mudah mengalami masalah kulit kering. Ini disebabkan sistem tubuh badan yang kurang menghasilkan minyak di permukaan liang pori. Seterusnya, meninggikan risiko mendapat kulit kering.\n\nKeturunan atau genetik boleh mewariskan masalah kulit kepada anda. Selain itu, jika anda pernah mengalami masalah kulit sewaktu kecil, insiden sama boleh berulang apabila anda meningkat dewasa.\n\nBagi masyarakat negara Barat, mereka memerhatikan bahawa masalah kulit kering banyak terjadi semasa musim luruh berbanding musim sejuk. Ketika itu, tahap kelembapan adalah rendah. Musim sejuk yang mempunyai kelembapan tinggi membantu kulit kekal lembap dan tidak kering.\n\nSementara itu bagi kita di Malaysia, keadaan cuaca panas bahang boleh menyumbang kepada masalah kulit kering.\n\n4. Tabiat penjagaan kebersihan diri dan mandi\n\nKekerapan mandi atau mencuci tangan akan meningkatkan kadar kulit kering. Mandi dengan air panas juga boleh menyebabkan kulit kering jika diamalkan dengan kerap. Hal ini menyingkirkan kandungan minyak yang sepatutnya melembabkan kawasan kulit.\n\nTerdapat kajian yang mengaitkan penyakit dengan respon kulit menjadi kering. Antaranya ialah psoriasis dan kencing manis. Kawalan penyakit ini didapati mampu mengurangkan faktor risiko kulit kering yang lebih teruk.\n\nSelain penggunaan produk pelembab di pasaran, masalah kulit kering boleh dielakkan dengan mengubah gaya hidup. Antaranya:\n\nMasalah kulit kering ini boleh memberi kesan ke atas semua orang tanpa mengira lapisan umur atau jantina.\n\nJika anda mengalami masalah kulit kering secara bermusim dan tidak berlarutan, anda boleh merawat atau mencegahnya dengan penggunaan produk pelembap dan mengubah gaya hidup seharian. Walau bagaimanapun, bagi kes yang mengalami masalah kulit kering sehingga menimbulkan keradangan, anda sangat disarankan untuk berjumpa dengan pakar perubatan bertauliah dengan segera.\n\nRawatan awal dapat membantu anda untuk merasa lebih selesa dan mengurangkan risiko komplikasi lain seperti jangkitan kulit dan luka akibat kulit kering.\n\nJemput juga bac artikel tentang punca hormon tidak stabil , punca jerawat pasir dan masalah kulit sensitif"
"Siapa suka makan sushi? Sushi ialah makanan khas berasal dari Jepun. Ianya terdiri dari nasi (menggunakan beras khas sushi) yang digulung dengan seaweed bersama bahan-bahan pelengkap lain seperti ayam, crab stick dan sayur.\n\nNamun tidak semua masyarakat Melayu suka sushi di mana budaya dan selera masyarakat Melayu dengan Jepun memang berbeza. Oleh itu Siti Nor \u2018Ain Mayan di laman Facebook berkongsikan resepi sushi yang sesuai tekak Melayu. Jangan risau ianya masih guna resepi asas sushi asli Jepun dengan modifikasi sedikit saja pada resepi.\n\nResepi Puan Siti menggunakan secret weapon iaitu sambal bilis hitam yang membuat rasa sushi buatan air tangannya ini digilai ramai. Kalau malas buat sambal bilis boleh ganti dengan sambal nasi lemak ataupun guna sos apapun yang sesuai. So, shushi anda akan lebih sedap dan tidak rasa tawar.\n\nTips penting agar sushi sedap ialah elok guna timun jepun kerana timun jepun bentuknya kecil-kecil. So, kurang berair berbanding timun biasa. Cuka pula penting untuk elakkan nasi cepat basi.\n\nSeaweed pula kena pandai beli kerana ada yang untuk makan saja dan bukan untuk buat shushi. Boleh tengok tanda halal dan rujuk gambar di belakang plastik untuk arahan buat sushi. Lain kalau anda pandai baca hiragana boleh terus beli.\n\nPisau pula kena tajam. Kalau tidak tajam maka potong shushi tidak cantik. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sushi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Masakan Indonesia amat popular di Negara kita boleh dikatakan semua makanan disana menjadi kegemaran rakyat kita. Mungkin kerana berkongsi rasa yang sama menyebabkan kita mudah terima dengan makanan mereka. Antara makanan Indonesia yang popular di Malaysia ialah nasi ayam geprek. Tak perlu susah lagi nak kesana, kerana kami akan kongsikan resepi nasi geprek ini. \n\nAnda jangan keliru antara ayam geprek dan ayam penyet. Kedua-dua menu ini berbeza dari segi sambal dan penyediaan ayam goreng. Bagi ayam geprek ini, Ayam akan dicelup tepung dan digoreng, manakala sambal nasi ayam geprek ini hanyalah cili dan bawang putih sahaja.\n\nUntuk anda penggemar makanan pedas, menu ini khas untuk anda. Pasti membuatkan anda berpeluh-peluh ketika makan. Pasti anda dah kecur air liur kan, jom follow resepi popular Indonesia yang dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadila Sari\n\nKami yakin anda pasti dah kecur air liur kan bila membaca resepi ini. Jangan lupa cuba buat jika anda penggemar makanan pedas. Kalau nak tahu banyak lagi resepi menarik dan padu kami sediakan untuk anda sebagai rujukan. Terima kasih juga ye singgah dan jangan lupa share dan like jika anda rasa resepi ini beri manfaat untuk anda."
"Apakah tanda ada cacing dalam perut? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi mengenai 10 tanda perut yang mempunyai cacing dan langkah pencegahan yang boleh diambil.\n\nMungkin kita sudah terbiasa dengan penyakit berjangkit yang datangnya dari virus atau bakteria. Namun masalah jangkitan cacing dalam badan jarang sekali kita ambil serius. Sedangkan penyakit ini turut mengakibatkan risiko kematian yang tinggi di Malaysia khususnya.\n\nBahaya terkena tanda ada cacing dalam perut!\n\nCacing yang masuk ke dalam tubuh manusia akan mencuri nutrisi mikro dan mineral dalam badan. Hal ini justeru sehingga menyebabkan simptom jangkitan seperti kekurangan darah merah (anemia), sakit perut, dan kegatalan pada bahagian dubur.\n\nApa yang mungkin orang dewasa terlepas pandang adalah, masalah kecacingan tidak hanya terjangkit pada kanak-kanak bahkan orang dewasa juga tidak terkecuali. \n\nCacing boleh berjangkit melalui sesiapa sahaja dari faktor pemakanan dan sentuhan. \n\nPerbuatan sering atau kerap menggaru di kawasan dubur adalah tanda ada cacing dalam perut. Kekerapan kita menggaru akan mengakibatkan ruam atau kemerah-merahan dari jangkitan telur cacing. \n\nSeseorang yang ada cacing dalam perut biasanya akan mudah diserang sakit perut atau kembung perut. Sakit perut kerana cacing disebabkan jangkitan usus pada mulanya.\n\nNamun, ia sedikit demi sedikit akan menular ke mana-mana organ badan tertentu yang lain. Implikasinya, kita akan mudah kembung perut dan cirit-birit atau bahkan terjadinya kesan lebih parah dengan usus menjadi tersumbat.\n\nAda sesetengah kes juga, najis akan menjadi tidak normal dan mengeluarkan bau busuk yang terlalu busuk. \n\nTerlalu kerap demam tetapi lambat pulih\n\nCacing dalam badan akan menjejaskan sistem kekebalan tubuh badan. Larva cacing yang bebas bergerak dari satu organ ke satu organ yang lain akan memberi kesan berbeza-beza pada tubuh badan seseorang.\n\nDan sudah semestinya kerana ketahanan antibodi yang rendah, mereka yang terkena jangkitan cacing kemudian demam akan lambat untuk pulih.\n\nTanda ada cacing dalam perut yang seterusnya adalah kurang nafsu makan. Jangkitan cacing boleh menggangu malnutrisi seseorang. \n\nMalnutrisi\u00a0ini secara umumnya, ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau nutrien yang tidak mencukupi. \n\nCacing atau parasit masuk ke tubuh manusia dengan memberi kesan kepada gangguan pencernaan seperti sembelit. \n\nIa berpotensi untuk menyekat laluan nutrien ke dalam badan, dan bahan buangan dari badan keluar di pelbagai tempat dalam sistem penghadaman. Bila kita makan, sukar untuk makanan itu dihadamkan.\n\nTekanan perasaan seperti kemurungan, kebimbangan, sakit badan, sakit kepala, sakit mata, halusinasi visual, perubahan tingkah laku, dan bayangan aneh bahawa ada sesuatu yang tersangkut di kepala menjadi perkara biasa jika seseorang dijangkiti masalah cacing.\n\nDalam usus manusia, ia mempunyai \u00a0kedua-dua neuron dan neurotransmitter, khususnya serotonin.\u00a0Kesemua ini membentuk menjadi sebuah sistem saraf enterik. \n\nJusteru tidak hairan jika kita simpulkan bahawa usus dan otak mempunyai hubung kait secara tidak langsung. \n\nSindrom IBS ( irritable bowel sydnrome) dan artritis reaktif adalah gangguan pada \u00a0autoimun yang berkaitan jangkitan usus. Biasanya, parasit usus akan duduk di kawasan dinding usus.\n\nHal semacam ini akan membawa kepada keradangan dan kerengsaan pada kawasan ini. Bahkan dalam tempoh yang lama juga membawa kepada kekejangan dan usus tersumbat.\n\nGangguan tidur, sukar tidur atau bahasa sainsnya adalah insomnia sering menjadi salah satu tanda perut yang mempunyai cacing. Ini semuanya kerana, gangguan kepada sistem saraf yang disebabkan oleh parasit.\n\nOleh kerana parasit mengurangkan bekalan nutrien pada tubuh, ia membawa kepada keletihan pada tahap mental, fizikal dan emosi. \n\nSeseorang yang letih, tidak akan mampu untuk fokus pada kerja atau apa jua yang mereka lakukan pada ketika itu. \n\nBruxism adalah istilah perubatan yang diberikan kepada tabiat asah gigi ketika tidur. Pada pandangan pertama, hubungan antara pengisaran gigi dan parasit mungkin tidak jelas dan tak logik.\n\nPerbuatan mengasah gigi ketika tidur berlaku disebabkan oleh kebimbangan dan keresahan oleh parasit melepaskan sisa dan toksin ke dalam badan.\n\nBerikut adalah beberapa langkah penting yang boleh anda ambil peduli untuk diri dan keluarga anda bagi mengelak daripada terjangkit masalah cacing dalam perut.\n\nSemoga perkongsian mengenai tanda ada cacing dalam perut dapat memberikan anda maklumat yang bermanfaat khususnya bagi semua tidak kira dewasa atau kanak-kanak. \n\nSelain dari artikel berkenaan dengan tanda ada cacing dalam perut ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan kesihatan seperti:"
"Setiap orang yang memiliki rumah, premis perniagaan termasuk kedai, hotel dan restoran, tanah kosong dan sebagainya perlu membayar cukai pintu. Namun cukai pintu ini hanya perlu dibayar oleh pemilik yang mana asetnya terletak di dalam kawasan Majlis.\n\nOleh itu, sekiranya anda ingin membeli rumah atau kedai \u2018second hand\u2019, pastikan pemilik asal sudah menyelesaikan segala bayaran tunggakkan cukai pintunya. Pertukaran hak milik perlu dilakukan kerana selepas tukar nama, aset itu akan menjadi milik anda. Anda pula perlu membayar cukai pintu tersebut.\n\nArtikel ini akan berkongsi cara tukar nama cukai pintu boleh dilakukan. Diharapkan penulisan ini dapat membantu memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang cukai pintu.\n\nCukai pintu juga dipanggil sebagai cukai taksiran. Ia merupakan bayaran yang dikenakan ke atas pemilik atau penghuni pegangan berkadar yang terletak di kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.\n\nMalah, jika kita memiliki bangunan atas tanah yang tiada dokumen hak milik berasingan, cukai pintu tetap perlu dibayar. Selain itu, cukai pintu juga perlu dilunaskan jika kita memiliki tanah rizab untuk tujuan awam.\n\nNilai cukai pintu bergantung kepada jenis bangunan, keluasan lantai, lokasi, bahan-bahan pembinaan dan kegunaan bangunan.\n\nJika kita membeli bangunan rumah kedai atau rumah secara langsung dengan pemaju, tiada masalah untuk tukar nama cukai pintu. Ini kerana anda merupakan pemilik pertama aset tersebut. Bagaimana pula jika anda membeli aset \u2018second hand\u2019?\n\nPembeli aset \u2018second hand\u2019 perlu membuat beberapa pertukaran nama pada dokumen dan bil. Antaranya ialah cukai pintu. Ramai yang terlepas pandang aspek paling penting ini.\n\nSebagai pemilik yang baru, anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk membuat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu. Di bawah ini disenaraikan beberapa perkara penting yang perlu dilakukan.\n\nSebelum Membeli Bangunan atau Tanah Kosong\n\nBuat semakan dengan Majlis untuk mengetahui pemilik yang berdaftar dan sebarang tunggakkan yang berbaki bagi aset tersebut. Di bawah Seksyen 146 Akta 171, menegaskan bahawa semua jumlah tunggakkan menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu.\n\nOleh itu, sebelum membuat sebarang urus niaga pembelian, pastikan dengan agen yang dilantik untuk menyemak sebarang tunggakkan. Jika masih ada tunggakkan, minta pemilik asal menyelesaikan bayaran dulu.\n\nCara Tukar Nama oleh Pemilik Asal\n\nTerdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pemilik asal bangunan atau tanah tersebut, iaitu:\n\na. Isi Borang I dan J yang boleh didapatkan di kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah yang berkenaan. Boleh juga dimuat turun dari laman web Majlis Daerah.\n\nb. Lampirkan dengan salinan penuh semua muka surat S & P (Perjanjian Jual Beli) atau salinan geran.\n\nc. Pastikan Borang I dan J diisi dengan lengkap termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon dan ditandatangani oleh penjual dan pembeli.\n\nd. Telah menjelaskan bayaran semasa cukai pintu dan semua tunggakkan yang terlibat.\n\nCara Tukar Nama Atas Dasar Kasih Sayang\n\nAda juga kes yang melibatkan pemberian aset seperti rumah atas dasar kasih sayang yang melibatkan pewarisan harta, hadiah dan sebagainya. Untuk situasi ini, apa yang perlu dilakukan oleh pemilik dan penerima?\n\na. Penerima pindah milik perlu memberi notis dalam Borang I, Jadual Pertama, Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) kepada Pihak Berkuasa Tempatan.\n\nNotis perlu diberikan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik disempurnakan sebelum tukar nama dalam bil cukai pintu boleh dibuat.\n\nb. Pemilik pula perlu kemukakan Borang 14A (Borang Pindah Milik Tanah, Bahagian atau Pajakan).\n\nBorang tersebut mestilah lengkap ditandatangani dan diperakui sah salinannya bagi membuktikan kesahihan pindah milik tersebut.\n\nHarta yang belum ditukar milik, tempoh 3 bulan diberikan untuk membuat pertukaran nama. Namun, jika pemilik asalnya telah meninggal dunia, tempoh masa dilanjutkan selama 1 tahun.\n\nJika gagal membuat pertukaran dalam tempoh yang diberikan, denda akan dikenakan.\n\nAnda perlulah membuat bayaran untuk setiap proses pindah milik. Bayaran bergantung kepada negeri. Misalnya Johor (RM 50.00), Selangor (RM 20.00) dan sebagainya.\n\nBayaran juga boleh dibuat menggunakan cek atau wang pos (sila rujuk negeri masing-masing).\n\nDokumen-Dokumen yang Diperlukan untuk Tukar Nama\n\nPastikan anda menyediakan kesemua dokumen ini untuk memudahkan proses tukar nama dijalankan, iaitu:\n\nb. Salinan geran hak milik terkini, surat perjanjian jual beli atau Borang 14A dan resit bayaran di Pejabat Tanah dan Galian.\n\nd. Salinan kad pengenalan pemilik baru\n\ne. Surat pengesahan pemilik (tuan tanah) yang disetemkan bersama salinan kad pengenalan bagi tanah yang disewakan daripada pemilik.\n\nNama pemilik yang baru akan diproses dan seterusnya dibilkan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) melalui surat atau sistem pesanan ringkas (SMS).\n\nAnda boleh membuat bayaran cukai pintu melalui beberapa kaedah, iaitu:\n\nd. Kiosk dan Terminal Tanpa Tunai\n\nDiharapkan perkongsian tentang cara tukar nama cukai pintu untuk pembelian aset \u2018second hand\u2019 ini memberi maklumat yang berguna kepada para pembaca. Jangan terlalu seronok untuk membeli harta tanpa mengambil kira aspek yang penting ini.\n\nJika sambil lewa saja, kita sebagai pemilik baru pula yang terpaksa menanggung tunggakkan pemilik asal. Oleh itu, dapatkan maklumat yang lengkap daripada agen yang dilantik.\n\nIni kerana jika tukar nama telah dilakukan, secara automatik kita yang bertanggungjawab atas semua hutang yang ditinggalkan. Oleh itu, ambil langkah berjaga-jaga dengan menyemak di Majlis Daerah atau Perbandaran tentang rekod bayaran pemilik asal.\n\nJangan lupa kongksikan artikel ini kepada rakan-rakan atau saudara mara yang ingin membeli aset \u2018second hand\u2019.\n\n*Jemput juga baca artikel tentang dekorasi rumah dan cara servis aircond rumah\n\nSoalan Lazim Cukai Taksiran. https://www.mdhs.gov.my/ms/mdhs/pusat-media/pengumuman/soalan-lazim-cukai-taksiran (link)"
"Tak pernah tak jatuh cinta dengan kek lumut ini. Kek lumut berasal daripada Sarawak, dipanggil kek lumut mungkin kerana warna hijaunya yang serupa macam lumut.\n\nKek lumut sudah jadi favorit ramai dari dulu hingga sekarang. Jika teringin makan kek lumut kena rajinkan diri dan cuba resepi kek lumut sedap dan moist yang kami kongsikan ini.\n\nTerdapat pelbagai versi resepi untuk membuat kek lumut. Ada setengah resepi menggunakan tepung suji, ada yang menambah serbuk Almond, tapi asas yang sama mesti ada horlick dan nestum, dan untuk rasa yang lembab dan lemak berkrim mesti menggunakan butter.\n\nTapi pada resepi yang di kongsikan oleh Mazliza Ahmad di Facebook ini tidak menggunakan nestum, hanya horlick dan butter sahaja sudah memberikan bau dan rasa yang sedap dan lembut. Kalau anda tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula.\n\nKek lumut sudah siap untuk dihidangkan bersama keluarga anda, sila kongsikan kepadan jiran supaya mereka tahu sedapnya kek lumut buatan anda.\n\nSelain resepi kek lumut, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
"Mencari telefon Asus terbaik untuk tahun ini? Anda berada di laman yang tepat kerana kami menyediakan informasi berkaitan spesifikasi dan harga yang boleh anda bandingkan dan pilih mengikut bajet dan citarasa anda.\n\nKesemua model yang kami paparkan adalah model yang dikeluarkan untuk tahun 2022 dan 2021. Buat pengetahuan anda, model pada dua tahun tersebut terdiri daripada siri ZenFone dan ROG Phone.\n\nBerita baik buat para gamers kerana pada tahun ini Asus menumpukan dan mengeluarkan banyak model yang mempunyai perincian khas untuk anda bermain permainan dalam talian dengan puasnya, sesuai dengan nama sirinya ROG iaitu Republic Of Gamers.\n\nNak tahu perbezaan setiap model Asus ini? Jom teroka spesifikasi dan harganya.\n\nAsus ZenFone 9 dilancarkan pada September 2022, antara telefon model Asus terbaik terbaru dikeluarkan untuk tahun ini. Jika anda menginginkan telefon bersaiz poket, kalis calar dan kalis air, ini pilihan yang tepat buat anda!\n\nSmartphone ini dikuasakan oleh chipset Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1, iaitu pemproses yang terbaik dan terbaru setakat ini. Dengan storan 256GB, ia dipadankan dengan 8GB RAM. Jika tidak mencukupi, pilih saja 16GB RAM.\n\nBateri pula berkapasiti 4300 mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W berwayar. Paling menarik adalah pada bahagian kameranya. Mana tidaknya kerana kamera utama dengan 50MP Sony IMX766 manakala kamera selfie 12 MP. \u00a0Ia lengkap dengan panorama, HDR dan penstabilan. Harga Asus Zenfone 9 pada masa ini adalah bermula RM2969.\n\nAsus ROG Phone 6 dan Asus ROG Phone 6 Pro\n\nMencari smartphone terbaik untuk bermain video game yang terkini? Asus ROG Phone 6 dan Asus ROG 6 Pro perlu dimasukkan ke dalam senarai pilihan anda! Tengok sahaja reka bentuk luarannya, memang cantik dan melambangkan ciri gamers. Banyak perincian khas dalaman dan aplikasi buat pemain dengan Asus ROG Phone 6 Pro ini.\n\nSalah satu sebab smartphone ini sesuai untuk para gamers adalah kuasa penyegarannya meningkat berbanding model Asus ROG sebelum ini dengan kadar 165Hz dan hadir dengan ciri touch sampling rate 720Hz dan input lag. Dengan ciri AMOLED dan HDR10+ yang dikuasakan pemproses Pixelworks i6, pasti layar atau paparannya memuaskan.\n\nPeranti ini beroperasi dengan chipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan GPU Adreno 730 yang sudah pasti anda tahu keupayaannya yang sempurna. Bukan itu sahaja, ia hadir dengan ciri dwi pembesar suara hadapan dengan bicu audio 3.5mm serta kapasiti bateri yang mantap iaitu 6000mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W.\n\nJika anda hanya menumpukan untuk bermain game, kualiti kameranya juga tidak menjadi masalah. Kamera utama 50MP dengan Sony IMX766 manakala kamera selfie 12MP dengan IMX663. Gambar yang dihasilkan masih berkualiti dan jelas.\n\nAsus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro\n\nTak banyak perbezaan antara Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro. Antara perbezaan dua model ini adalah Asus ROG Phone 5s menggunakan paparan monokrom manakala Asus ROG Phone 5s Pro menggunakan paparan belakang dari panel PMOLED .\n\nKedua-dua model Asus terbaik ini menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 888+ yang pasti menghasilkan prestasi yang pantas. Kapasiti storan sebanyak 512GB UFS 3.1 beserta 18GB RAM LPDDR5. Sistem audionya juga sangat berkualiti kerana dibekalkan dengan ciri pembesar suara stereo bersama GameFX dan Dirac HD Sound.\n\nBukan itu sahaja, dengan ciri input sentuh kedua-dua model dapat beroperasi dengan lebih pantas dengan kadar 360Hz. Para gamers pasti berpuas hati untuk bermain video game dengan lama kerana kapasiti baterinya 6000mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas HyperCharger dengan 65W.\n\nDikeluarkan pada 2021, kamera utama dengan 64MP manakala kamera selfie adalah 24MP. Cukup untuk menghasilkan gambar yang jelas, warna yang baik dan tidak pecah. Tak hairanlah telefon ini terdapat dalam senarai Asus terbaik pada masa kini.\n\nDikategorikan sebagai salah satu smartphone \u2018flagship\u2019 terbaik masa kini, Asus ZenFone 8 Flip dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888 5G dengan GPU Adreno 660. Kapasiti storan yang dibekalkan adalah 256GB dengan 8GB RAM.\n\nSalah satu kelebihan yang terdapat pada model ini adalah kamera belakang yang boleh dijadikan kamera hadapan dengan cara \u2018flip\u2019 kameranya, sama seperti Asus ZenFone 7 sebelum ini. Sesuai untuk pengguna yang sering membuat video atau vlog. 64MP kamera utama dengan sensor Sony IMX686 manakala kamera hadapan 16MP, pasti menghasilkan gambar berkualiti.\n\nPaparan pada peranti ini juga menakjubkan hingga digelar NanoEdge Display dengan ciri 6.67\u201d Super AMOLED. Kadar penyegarannya adalah 90Hz. Dengan kapasiti bateri 5000mAh, ia pasti bertahan dengan lama.\n\nDari segi kamera, Asus ZenFone 8 Flip menampilkan Sony IMX686 dengan kamera utama 64MP, kamera ultrawide 12MP dengan sensor Sony IMX363 serta kamera telefoto dengan sensor 8MP yang membolehkan zoom 3 kali optikal.\n\nTerdapat beberapa perbezaan ketara terhadap Asus ZenFone 8 dan Asus ZenFone 8 Flip. Salah satunya adalah pada kameranya. Kamera pada Asus ZenFone 8 tidak boleh dikilas, sama seperti model biasa yang lain. Terdapat dua kamera belakang iaitu 74MP kamera utama serta 12MP kamera ultrawide manakala kamera hadapan 12MP.\n\nModel ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888 dipadankan dengan GPU Adreno 660. Peranti ini sesuai untuk kegunaan harian atau bermain permainan video.\n\nPaparan pada model ini adalah Super AMOLED yang menampilkan mod always on display. Kadar penyegarannya lebih tinggi berbanding Asus ZenFone 8 Flip iaitu 120Hz. Kapasiti bateri pula sekadar 4000mAh namun masih menyokong pengecasan pantas 30W beserta teknologi QC4.0 dan PD dengan pengecas pihak ketiga.\n\nAntara kelebihan model ini adalah saiznya yang kecil dan bersaiz poket, sesuai untuk mereka yang suka akan smartphone kecil dan boleh memegang dengan satu tangan. Walaupun bersaiz kecil, jangan pandang rendah dengan prestasinya yang sangat mantap.\n\nBukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan ciri DC dimming yang baik untuk mata terutama buat pengguna yang banyak menghabiskan masa dengan telefon. Paling best, peranti ini menggunakan sistem operasi ZenUI 8 dengan Android 11 yang membolehkan banyak perincian terkini seperti twin-apps, smart key, game genie dan lain-lain.\n\nSecara ringkasnya, Asus terbaik dengan model ROG sesuai untuk gamers dan yang suka akan reka bentuk smartphone yang unik dan kelihatan garang. Model ZenFone pula sesuai untuk kegunaan harian dan kelihatan mewah.\n\nSemua model Asus di atas memang terbaik dari segi reka bentuk luaran dan perincian dalamannya. Memang berbaloi untuk digunakan pada tahun ini dan akan datang. Telefon pintar Asus mana yang menjadi pilihan anda?\n\nKami juga ada menulis artikel mengenai smartphone yang lain seperti:"
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi popia nestum step by step yang paling senang dan sedap. Pasti menjadi kesukaan tetamu, suami dan anak-anak. Krup krap makan camilan ini.\n\nKami pasti ianya menjadi kegemaran ramai. Ianya garing dan rangup. Popia digoreng hingga rangup kemudian ditaburkan nestum kisar ke atasnya. Rasanya manis-manis rangup manja. Sedap sangat!\n\nSelain itu, popia nestum juga boleh dibuat untuk hidangan raya. Konfirm sekejap saja sudah licin berbalang-balang. Anak-anak paling suka kudapan seperti ini.\n\nAnda sudah tidak sabar bukan ingin tahu resepinya? Mari tengok resepi perkongsian ramai daripada\u00a0Adriana Qistina Zamri\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi popia nestum, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Wanita kian keliru dan celaru memikirkan jenis bedak compact terbaik yang sesuai dengan wajah mereka. Apa tidaknya, kulit wanita asia tak sama macam kulit mat salleh. Pakai apa pun cantik! Tetapi tidak bermakna tiada bedak compact terbaik yang sesuai untuk kulit wanita asia. \n\nTerdapat banyak bedak compact terbaik untuk kulit wanita asia namun begitu terdapat beberapa faktor penting perlu anda titik beratkan dalam pemilihan bedak compact. \n\nFaktor Penting Untuk Memilih Bedak Compact Untuk Kulit Anda\n\n11 Bedak Compact Terbaik Untuk Kulit Wanita Asia\n\nMari kami cadangkan 12 bedak compact terbaik untuk anda yang khasnya orang Asia! Bedak compact ini sudah pastinya selamat dan diyakini ramai. Ia juga telah mendapat tempat dalam pasaran Malaysia sejak dari dulu lagi sehingga sekarang.\n\n 1. MAC Studio Fix Powder Plus Foundation\n\nTahukah anda, MAC Studio Fix Powder Plus Foundation adalah bedak compact terbaik untuk semua kulit wanita asia. Ia berfungsi 2 dalam 1 iaitu anda boleh gunakannya sebagai foundation dan bedak juga. Liang roma dan pori-pori wajah anda akan tertutup cantik dan licin.\n\nBedak Compact Terbaik ini tidak akan mengeringkan kulit wajah anda justeru kulit anda lebih segar dan lembab. L\u2019OREAL Infallible Pro-Matte Powder terdiri daripada pelbagai ton warna sesuai untuk semua jenis kulit anda. Ia juga boleh digunakan sebagai foundation.\n\n3. MAYBELLINE Super BB Cushion Fresh Matte\n\nMAYBELLINE Super BB Cushion Fresh Matte yang merupakan bedak compact terbaik ini mempunyai SPF 25+ dan sesuai digunakan untuk wanita asia yang berkulit sensitif. Ia juga tahan lama sehingga 12 jam. Amat sesuai untuk anda gunakan di tempat kerja dan ke mana sahaja.\n\nBedak Compact Terbaik untuk kulit wanita Asia yang boleh anda cuba adalah Sephoracolour Compact Powder. Sephoracolour Compact Powder\u00a0merupakan bedak compact berjenama dan eksklusif. Ia diperbuat daripada bahan berkualiti serta dapat melembabkan kulit dengan sempurna.\n\nREVLON ColorStay\u2122Pressed Powder\u00a0ini amat sesuai diaplikasikan pada wajah wanita yang kulit berminyak. Ia dapat mengawal minyak di wajah dan menutup lubang-lubang kulit muka. Anda boleh menggunakannya ketika mekap natural mahupun mekap tebal. Pasti cantik!\n\nRamai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan Pixy atas alasan ia ringan, tidak panas, tidak berpeluh dan amat selesa. Anda juga boleh memilih tona warna yang sesuai mengikut warna kulit wajah anda.\n\n7. NARS Cosmetics Makeup Double Layer Oil Control Face Foundation Compact Powder Cake (2 in 1)\n\nPergh! Memang berbaloi beli bedak compact terbaik di Malaysia ini. Artis pun ramai yang gunakannya apatah lagi mekap artis di luar sana. Bukan sahaja dijadikan sebagai foundation, tetapi dah macam flawless sangat bedak ni! Nampak natural dan nice.\n\n8. Lancome Teint Miracle Natural Light Creator Compact SPF 15\n\nTekstur bedak compact terbaik di Malaysia ini sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang dan tidak terlalu putih. Dengan SPF 15, kulit akan lebih lembab dan segar sepanjang hari. Lancome Teint Miracle ini memberikan kecerahan semulajadi kepada semua jenis kulit wanita.\n\n9. Etude House \u2013 Secret Beam Powder Pact 16g\n\nJenama Etude dikatakan mesra pengguna untuk semua jenis kulit wajah wanita. Bagaikan mutiara, kulit wajah anda kelihatan lebih putih dan cerah setelah memakai bedak compact terbaik ini. Bedak compact ini terbukti selamat digunakan oleh semua jenis kulit wanita asia.\n\n10. SILKYGIRL Hydra White 2-Way Foundation\n\nSelain dijadikan bedak compact, Silkygirl Hydra White ini juga dijadikan foundation untuk anda yang sukakan mekap ringkas! Tekstur bedak amat ringan sekali dan tidak panas. Muka tidak berpeluh malah tampak lebih berseri-seri kerana vitamin dan kandungan bedak compact terbaik ini. Ia amat sesuai untuk semua peringkat umur bagi wanita Asia.\n\n11. L\u2019Oreal Paris True Match Two Way Powder Foundation\n\nJangan risau kenapa kebanyakan bedak compact terbaik boleh dijadikan foundation. Ia adalah berita baik untuk kulit wajah anda. Liang pori-pori tidak tersumbat lagi dengan bermacam produk yang lain. L\u2019Oreal Paris True Match Two Way Powder Foundation mampu meratakan warna kulit anda untuk lebih gebu, halus dan cantik!\n\nItulah dia 11 bedak compact terbaik sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia. Bedak compact terbaik untuk semua wanita ini amat mampu milik dan tidak terlalu mahal. Apa kata anda pilih mana satu bedak yang menjadi pujaan hati anda!\n\nSemoga artikel ini memudahkan untuk anda membuat pilihan bedak compact terbaik untuk kecantikan dan wajah anda. Jemput baca Moisturizer Terbaik, Serum Terbaik dan juga Sunblock Terbaik."
"Apa yang anda tahu tentang panduan kalori makanan? Jika anda seorang yang menekankan aspek kesihatan, pastinya isu ini sangat penting untuk anda. Anda tentunya akan berhati-hati dalam pemakanan harian.\n\nBagaimana pula dengan orang yang tidak kisah tentang kalori. Yang penting nasi lemak, roti canai atau teh tarik kaw menjadi menu sarapan yang wajib. Itu belum lagi makan tengah hari dengan lauk banjir. Makan malam pula burger saiz xxl dan makanan segera yang lain.\n\nJusteru, dalam penulisan kali ini penulis dengan besar hati ingin menyentuh topik panduan kalori makanan. Tujuannya supaya rakyat Malaysia lebih celik tentang kesihatan berkaitan pemakanan.\n\nTahukah anda bahawa penyebab utama kematian dan morbiditi di Malaysia adalah disebabkan penyakit kronik. Antaranya ialah penyakit jantung, darah tinggi, diabetes dan kanser.\n\nYang paling menakutkan kebanyakan penyakit ini menyerang disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat dan gaya hidup yang kurang aktif. Dalam agama Islam, kita diseru makan secara bersederhana dan tidak berlebihan.\n\nSebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam Riwayat Ad-Dailami:\n\n\u201cPerut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.\u201d\n\nDiharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca yang dikasihi. Teruskan pembacaan anda.\n\nTerdapat beberapa saranan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan panduan kalori makanan.\n\nPastikan anda mengamalkan diet harian berdasarkan gabungan pelbagai jenis kategori makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia (boleh rujuk MyNutri). Setiap kumpulan makanan mestilah perlu ada dalam hidangan kita dan diambil ikut jumlah yang ditetapkan.\n\nMakanan yang diambil mestilah seimbang dari segi karbohidrat, protein, vitamin, kalsium, lemak dan sebagainya. Ini bertujuan agar anda mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.\n\nPilih saiz makanan yang sesuai dengan keperluan harian. Jangan makan secara berlebihan sekiranya anda seorang yang tidak aktif dan mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang tinggi.\n\nWanita yang tidak aktif dan golongan yang sudah berusia memerlukan 1500 kcal setiap hari. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja yang tidak aktif memerlukan 2000 kcal sehari. Manakala, bagi lelaki, wanita dan remaja yang sangat aktif memerlukan 2500 kcal sehari.\n\nPilih cara masak yang lebih sihat seperti kukus, rebus, panggang dan bakar. Elakkan menggoreng kerana penggunaan minyak yang banyak tidak baik untuk kesihatan. Kalori sepinggan ikan goreng lebih tinggi daripada ikan kukus.\n\nKurangkan pengambilan garam dan gula dalam makanan atau minuman. Gunakan herba, rempah dan buah-buahan sitrus untuk memberi lebih rasa pada masakan. Lagi satu, elakkan menyalut makanan dengan tepung untuk menggoreng kerana ia menambah lemak dan kalori.\n\nKurangkan pengambilan ayam dan daging. Lebihkan makan ikan untuk sumber protein. Jika anda memasak ayam, pilih bahagian yang kurang lemak. Begitu juga ketika hendak memasak daging, paling bahagian batang pinang.\n\nBuang sebanyak mungkin lemak yang terdapat pada ayam dan daging. Buang juga kulit ayam kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Dada ayam tanpa kulit ialah bahagian yang paling baik berbanding peha dan kepak.\n\nTahukah anda air masak tidak mempunyai sebarang kalori? Selain diperlukan oleh tubuh, minum air secukupnya akan membuatkan perut terasa kenyang. Ini dapat mengelakkan anda untuk mengambil makanan secara berlebihan.\n\nAir kopi, teh atau jus buah-buahan tetap boleh diambil. Cuma anda perlu elak menggunakan gula berlebihan dan susu pekat. Sebaliknya gantikan dengan susu segar dan sedikit madu.\n\nAnda boleh menggunakan Panel Maklumat Pemakanan (PMP) untuk membantu membuat pilihan makanan. Dalam PMP anda akan dapat maklumat tentang jumlah kalori dan jenis nutrien yang terkandung dalam produk yang ingin dibeli.\n\nPMP terdapat pada bahagian bungkusan atau kotak setiap makanan atau minuman. Jangan tertipu dengan sesuatu jenama yang popular kerana kemungkinan nutrien yang terdapat dalam produk tersebut sangat rendah.\n\nSentiasa membuat perbandingan PMP ketika membeli produk. Jangan terus ke rak dan capai makanan tanpa menyemak maklumat yang disertakan.\n\nDi sini, penulis akan kongsikan beberapa fakta pemakanan yang perlu anda tahu. Semoga dengan pendedahan ini, kita akan lebih berhati-hati ketika memilih makanan. \u00a0Jom baca!\n\n1 set makanan segera yang mengandungi 2 ketul ayam goreng, 1 senduk kentang kenyek, 1 senduk salad, sebiji bun dan segelas minuman karbohidrat 1300 kcal. Nilai kalori ini bersamaan 65% keperluan tenaga harian.\n\nItu belum dicampur makanan tengah hari, makan malam dan sebagainya. Bayangkan berapa kalori yang telah diambil bila dicampur kesemuanya.\n\nSebungkus mi segera mengandungi sodium sebanyak 1540 mg. Maksudnya ia mengandungi 77% had pengambilan sodium sehari (<2000 mg). Ini hanya untuk sebungkus mi, tidak termasuk sodium daripada makanan yang lain).\n\n1 tin minuman berkarbonat mempunyai jumlah gula sebanyak 30 g. Ini merupakan 60% had pengambilan gula sehari iaitu 50 g. Jangan lupa nasi yang dimakan ketika sarapan dan tengah hari juga mempunyai kandungan gula. Belum lagi kek, biskut dan minuman lain.\n\n4. Fakta sos cili dan tomato\n\nResepi ikan masam manis yang menggunakan sos cili dan tomato mengandungi 10 g gula dan 1286 mg sodium. Disebabkan rasanya yang enak, kita terlupa tentang kalorinya juga.\n\nBagi sesiapa yang bercadang untuk mengamalkan diet deficit calorie (kurangkan kalori), anda boleh cuba idea menu mengikut kalori.\n\nSetakat ini saja perkongsian penulis tentang panduan kalori makanan. Semoga kita mendapat manfaat daripada kupasan artikel ini. Ingat, apabila kita jaga perut, maka jauhlah kita daripada pelbagai jenis penyakit.\n\nJemput juga baca tentang menu diet untuk kurus dan jadual diet. Moga bermanfaat."
"Tanda alami tekanan perasaan patut diketahui oleh semua orang. Tekanan perasaan ini adalah situasi di mana seseorang itu sedang mengalami gangguan pada mental dan ia boleh berpunca daripada tekanan di tempat kerja, menjadi mangsa buli di sekolah atau tempat pengajian dan sebagainya. \n\nWanita juga boleh mengalami masalah kemurungan selepas bersalin. Paling sedih apabila terjadi banyak kes di mana ibu yang dalam berpantang ini boleh membunuh anak kecil mereka sendiri yang baru saja dilahirkan itu. Dalam kalangan masyarakat Melayu ia lebih dikenali dengan nama meroyan. \n\nPenyakit mental terdiri daripada pelbagai jenis seperti skizofrenia, kemurungan yang teruk dan bipolar. Skizofrenia berlaku apabila individu berhadapan masalah halusinasi. \n\nSedang Alami Tekanan Perasaan, Kenali 10 Tanda Ini\n\n#1 \u2013 Menyendiri Dan Melakukan Perkara Yang Pelik\n\nJika ada dikalangan sahabat, saudara atau pasangan kita mula bersikap ingin menyendiri dengan tanda-tanda kurang keyakinan diri dan sudah tidak mahu ambil peduli tentang dunia luar, maka ada baiknya kita cuba pantau akan perkembangannya. Takut juga kalau dia sedang ke arah kemurungan. \n\nPerhatikan juga jika beliau ada sesuatu perkara yang sebelum ini tidak dilakukan. Ini mungkin untuk cuba mencari perhatian dengan melakukan pekara yang bukan-bukan. Awas, petanda ini mungkin disebabkan oleh kesihatan mentalnya yang sudah mula terganggu.\u00a0\n\n#2 \u2013 Hidup Rasa Tidak Lagi Gembira \n\nTanda seseorang sedang alami tekanan perasaan yang seterusnya adalah apabila hidupnya seakan sudah tidak gembira dan tidak bahagia lagi walaupun sudah berada disamping orang-orang tersayang termasuk pasangan dan anak-anak. \n\nBaginya keseronokan dalam hidup sudah hilang. Apa yang ada sekarang hanyalah rasa susah dengan tanggungjawab dan bebanan yang berat untuk dipikul.\n\n#3 \u2013 Hidup Dengan Rasa Penuh Keraguan\n\nSeseorang yang sedang mengalami tekanan perasaan akan turut\u00a0 mula rasa keliru dengan hidupnya sendiri. Beliau seakan sudah hilang arah tuju pada semua benda seperti kerjaya, hubungan dengan pasangan, ikatan dengan keluarga dan sebagainya. \n\nBaginya dia sudah tidak berdaya untuk membuat apa-apa keputusan kerana dan dia juga tidak akan sesekali percaya dengan orang-orang sekeliling termasuklah juga pada dirinya dia sendiri.\u00a0\n\n#4 \u2013 Cepat Melenting Atau Naik Angin\n\nAntara\u00a0 tanda alami tekanan perasaan, dia akan jadi cepat meleting dan menjadi seorang pemarah, berubah sikap, tak boleh silap sikit dia akan mengamuk tak tentu pasal malah kemarahannya sangat sukar dikawal.\u00a0\n\n#5 \u2013 Tidak Bertenaga Dan Nampak Lesu\n\nJika seseorang mula kemurungan dia mula hilang semangat dalam hidup,Tidak bertenaga lagi untuk pergi kerja, rasa letih dan lesu sepanjang masa, hilang nafsu makan\u00a0\u00a0Dia mula rasa penat dari segi fizikal dan mental.\n\n#6 \u2013 Mudah kecewa dan beremosi \n\nBila seseorang mudah tertekan dengan pekara kecil itu tanda alami tekanan perasaan Contoh bila sesuatu perancangan yang dirancang tidak jadi dia akan bersedih sepanjang hari, dan suka membesarkan masalah masalah-masalah kecil, malah suka menyalahkan diri sendiri.\n\n#7 \u2013 Terlampau risau akan hari ini dan masa depan\n\n Jika dia mudah berasa risau itupun boleh menjadi tanda alami tekanan perasaan dan kemurungan, Risau tentang semua pekara. Risau yang tak boleh dikawal dan suka fikir yang bukan-bukan. \n\nKesedihan adalah tanda masalah\u00a0 kemurungan yang paling jelas, Bila seseorang bersedih terlampau lama, Dan dia cuba menutup kesedihan itu dengan senyuman. Dia akan rasa hidupnya paling menyedihkan\u00a0Rasa kehilangan harapan untuk teruskan hidup. Ini tanda-tanda\u00a0 yang paling bahaya.\n\n#9 \u2013 Mula ada sifat tidak ambil peduli\u00a0\n\nSekiranya seseorang mula tidak ambil peduli dengan hidupnyaIni tanda alami tekanan perasaan yang serius, dia mula minum arak, ambil dadah, tidak mahu mendengar nasihat,\u00a0 abaikan kerja, abaikan keluarga dan nak lari dari masalah hidup. \n\n#10 \u2013 \u00a0Rasa diri tidak cukup sempurna \n\nKalau seseorang mula rasa rendah diri, rasa dia tidak sempurna, rasa tidak berjaya,\u00a0Itu tanda-tanda awal kemurungan, dia mula membandingkan diri dengan orang lain,\u00a0Rasa hidupnya serba kekurangan dan keseorangan.\n\nTanda Alami Tekanan Perasaan Boleh Dikenali Melalui Soalan \n\nDi sini turut disenaraikan beberapa perubahan dalam bentuk soalan yang boleh diajukan pada diri sendiri. Ia juga boleh diperhatikan pada ahli keluarga tersayang dan jika ada simptom di bawah, hendaklah segera diberi perhatian yang khusus.\n\na. Adakah anda tidur sepanjang masa atau sukar untuk tidur?\n\nb. Adakah berat badan anda bertambah atau tidak berasa lapar sepanjang masa?\n\nc. Adakah anda menunjukkan reaksi keterlaluan apabila dikritik?\n\nd. Jika anda pelajar, adakah anda tiba-tiba hilang keinginan untuk ke kelas?\n\ne. Adakah gred dan prestasi di sekolah merosot?\n\nf. Adakah anda kini kerap menangis tanpa sebab munasabah?\n\ng. Adakah anda tidak pedulikan lagi penampilan atau tidak menjaga kebersihan diri sendiri?\n\nh. Adakah anda mengambil dadah atau minum banyak minuman beralkohol?\n\ni. Adakah anda menunjukkan perlakuan yang boleh membahayakan diri atau orang sekeliling?\n\nj. Adakah anda mengancam untuk mencederakan diri sendiri atau bercakap mahu mencederakan atau membunuh diri?\n\nk. Adakah anda ada bercakap atau menulis mengenai bunuh diri yang biasanya tidak dilakukan oleh orang normal?\n\nh. Adakah anda pernah mencari jalan untuk membunuh diri dengan melihat akses kepada pil, bahan bakar dan lain-lain?\n\nMasalah Buli Boleh Menyebabkan Punca Tekanan Yang Drastik \n\nBaru-baru ini dunia dikejutkan dengan kes kematian seorang pelakon Korea popular\u00a0dengan nama Sulli yang meninggal akibat bunuh diri dek kerana tekanan dan kemurungan. Sedihnya Sulli baru saja berusia 25 tahun.\n\nIni bukan kejadian pertama artis bunuh diri sebab tekanan, terutamanya di Korea Selatan. Faktor utama Sulli membunuh diri bukan saja kerana tekanan, tetapi lebih kepada tekanan emosi dan kemurungan akibat di kritik teruk oleh nitizen di sosial media. \n\nRata-rata setiap post Sulli di sosial media di hentam teruk setiap masa, jadi sedarkah anda bahawa jari yang menulis boleh membunuh manusia. Ingatlah kritikan, komen dan body shaming adalah jenayah\u00a0 buli cyber yang tidak patut dilakukan. \n\nMasalah Tekanan Perasaan Boleh Membunuh Dalam Diam, Awas!\n\nSetiap tiga daripada 10 rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (atau 29.2 peratus) mengalami pelbagai masalah kesihatan mental. Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar membahayakan rakyat negara ini selepas penyakit jantung. \n\nIni sememangnya satu info yang agak mengejutkan. Nampaknya majoriti masyarakat sekarang cenderung ke arah rasa tertekan dengan kehidupan. Awas! Ini sangat bahaya kerana masalah tekanan perasaan boleh membunuh diri seseorang individu dalam diam. \n\nAgama Adalah Sebaik-baik Pelindung Yang Paling Ampuh\n\nAnda pernah rasa ada lintasan di fikiran untuk membunuh diri? Ini sebenarnya satu tanda yang sangat bahaya dan perlukan rawatan segera. Tolong jangan biarkan ini berterusan. Jika anda ada rasa kerap sakit kepala, masalah penghadaman dan juga kesakitan yang kronik tanpa ada rasa kurang walau dah ambil ubat dan dah jumpa doktor untuk rawatan biasa, jangan tunggu!\n\nYa, jangan tunggu sebaliknya dapatkan rawatan dari pakar dan paling baik dekatkan segera diri dengan Allah SWT. Sejukkan kembali tubuh tu dengan curahan wudhu, tenangkan semula hati tu dengan menyebut nama Allah SWT dan tenangkan semula fikiran tu dengan kalimah suci Al Qur\u2019an. InshaAllah segala yang berlaku akan kembali reda kerana agama adalah sebaik-baik pelindung yang paling ampuh!"
"Antara mandi air panas dengan air paip yang sejuk, rata-rata akan mandi dengan air paip yang sejuk saja. Fenomena mandi air panas di negara kita ini tidak meluas seperti di negara yang lain. Mandi, walaupun sama perbuatannya tetapi mandi dengan menggunakan\u00a0air panas dan air sejuk ternyata sangat berbeza.\n\nDan tahukah anda yang mandi air panas ini banyak kelebihannya. Bahkan menurut pembacaan , mandi dengan air panas ini seakan sama manfaatnya seperti berjalan kaki selama 30 minit. Bagi yang punya alasan tak ada air panas tak boleh nak mandi, eh kalau dah susah sangat rebus air paip yang sejuk tu sampai panas untuk di mandi. Apa susah!\n\n5 Kelebihan Mandi Air Panas Berbanding Air Sejuk\n\nBagi anda yang tertanya-tanya apakah kelebihan mandi air panas berbanding dengan air sejuk, di sini akan dikongsikan beberapa sebab sebagai info untuk diri masing-masing. Harap-harap anda akan dapat memahami akan kelebihan mandi air panas ini untuk kesihatan diri sendiri. Antara kelebihan mandi air panas tersebut adalah ;\n\n#1 \u2013 Dapat Memberi Tidur Yang Lena\n\nAnda ada masalah tidur tidak lena? Jika ya, bolehlah cuba atasinya dengan cara mandi menggunakan air panas ini. Untuk pengetahuan, waktu malam biasanya suhu badan kita akan menurun kerana faktor hormon tidur yang turut dikenali sebagai melatonin.\u00a0\n\nMaka dengan berendam dalam air panas ini, ia dapat meningkatkan suhu badan kita ke tahap yang normal untuk memberikan keselesaan pada tubuh bagi mendapatkan tidur yang nyenyak. Kalau sebelum ini anda gemar mengamalkan mandi sebelum tidur dengan menggunakan air sejuk, kali ini tukarkan kepada mandi menggunakan air panas.\u00a0\n\n#2 \u2013 Dapat Merehatkan Otot Badan\u00a0\n\nAntara kelebihan mandi air panas yang lain ialah dapat merehatkan otot badan. Sudah seharian suntuk menggunakan otot badan, tak kiralah sama ada bekerja mahupun bersukan. Jadi sebelah malam adalah masa untuk anda merehatkan otot supaya tidak berlaku apa-apa kecederaan yang serius.\u00a0\n\nSalah satu cara nak rehatkan otot adalah dengan berendam dalam air panas. Ia juga dapat merawat keredangan pada otot anda. Bukan itu sahaja, dengan menambah garam pada air panas ia dapat merawat luka di badan dan membunuh kuman atau bakteria.\n\n#3 \u2013 Dapat Melegakan Demam Dan Selsema\u00a0\n\nSelsema dan demam pastinya akan membuatkan anda rasa tidak selesa kan? Kadangkala tu, dah bermacam cara di buat tetapi demam dan selsema tetap tidak hilang. Bila mandi air sejuk semasa selsema, akibatnya keadaan akan menjadi semakin teruk.\u00a0\n\nJadi penyelesaiannya ialah dengan mandi air panas. Kalau nak tahu, mandi air panas ini dapat membuka rongga hidung anda yang tersumbat. Haba yang dihasilkan dari air panas dapat memberikan kelegaan dan keradangaan pada hidung. Bukan itu sahaja, dengan berendam dalam air panas ia dapat membunuh bakteria jahat dan menggantikannya dengan bakteria yang baik.\u00a0\n\n#4 \u2013 Dapat Membantu Bakar Kalori Pada Tubuh\n\nPercaya tak kalau dikatakan dengan mengamalkan mandi air panas, ia dapat membakar kalori yang terdapat dalam badan anda. Ini juga antara salah satu kelebihan mandi air panas yang mungkin anda di luar sana tidak tahu. Haba yang ada pada air panas sebenarnya dapat membakar kalori dan juga lemak yang ada dalam badan seseorang.\u00a0\n\nHaba ini juga dapat menjadikan badan anda lebih sihat dan terhindar dari penyakit. Jadi jika sebelum ini anda gemar mandi air sejuk, kini dah tiba masanya anda mandi air panas. Bagi yang suka mengamalkan hidup yang sihat dan gemar bersenam, anda juga boleh mengamalkan tips ini untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan kalori. Bagus juga untuk anda yang ingin kuruskan badan.\u00a0\n\n#5 \u2013 Dapat Mengurangkan Tekanan Darah\u00a0\n\nSelain dari empat kelebihan yang sudah diberitahu tadi, kelebihan mandi air panas yang ke lima pula adalah mengurangkan tekanan dalam darah. Bila tekanan darah sudah berkurangan ia dapat mengelakkan anda daripada penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat kenapa di negara Jepun mereka mengamalkan mandi menggunakan air panas supaya mereka tidak terkena penyakit yang merbahaya.\u00a0\n\nWaktu Sesuai Untuk Mandi Air Panas\u00a0\n\nRamai sudah tahu yang orang Jepun amat menitik beratkan soal kesihatan mereka. Bila difikirkan semula kenapa rakyatnya kurang terkena penyakit berbahaya ya? Tidak mustahil, salah satunya adalah kerana mereka gemar mandi menggunakan air panas bagi mengantikan air sejuk. Lagi-lagi di negara Jepun ini memang ada banyak kolam air panas semulajadi. Patutlah ramai pelancong gemar ke Jepun untuk mandi dalam kolam air panas.\u00a0\n\nAir panas sering menjadi pilihan di waktu pagi dek kerana tak berani nak tanggung rasa sejuk. Tapi sayangnya masih ramai yang belum tahu akan kelebihan mandi air panas ini. Tetapi dalam masa yang sama ada juga yang sudah terbiasa dengan mandi air panas hinggakan tak nak lagi mandi dengan air sejuk.\n\nSelain dari waktu pagi, air panas ini juga bagus untuk diamalkan sebagai rutin sebelum tidur pada waktu malam. Tak kisahlah apapun alasannya, yang penting khasiat atau manfaat akibat mandi air panas ini harus kita ketahui."
"Lumrah menjadi manusia, kita lebih fokus akan perkara yang kita tidak ada berbanding perkara yang kita ada. Begitu juga dalam aspek keibu bapaan. Kita lebih cenderung untuk membandingkan anak kita dengan anak orang lain.\n\n\u201cKenapa anak saya tidak lancar bercakap macam anak si Timah tu?\u201d\n\u201cMacam mana nak buat anak aku mendengar kata macam anak kau, Siti?\u201d\n\u201cApa yang patut saya lakukan bila anak saya mengamuk di kedai jika tidak dapat apa yang diberi?\u201d\n\nKerap kali, ibu bapa akan menjadi terlalu fokus dalam mendisiplinkan anak mereka \u2013 termasuklah saya. Sedangkan hakikatnya, terdapat banyak lagi perkara yang lebih penting dalam mencorakkan budi pekerti anak kita berbanding teknik-teknik untuk mengubah tingkahlaku mereka.\n\nDisini saya kongsikan 6 perkara yang lebih penting berbanding mendisiplinkan anak. Saya percaya, jika kita memperbaiki 6 perkara ini, inshaAllah proses mendisiplinkan anak anda akan menjadi lebih mudah di masa hadapan.\n\nKerana satu masalah bukan sahaja harus diselesaikan dari aspek luaran semata. Aspek dalaman juga harus diperbaiki.\n\nPendedahan agama adalah sangat penting dalam mana-mana individu. Secara peribadi saya berpendapat, sekiranya asasnya tidak kukuh, maka sangat sukar untuk mencorakkan perkara lain.\n\nMemberikan ilmu agama pada anak bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama, atau menjemput ustaz datang mengajar al-Quran pada anak kita.\n\nSemuanya bermula dengan ibu bapa sendiri. Kita dan pasangan hendaklah menjaga solat dan solat berjemaah dengan konsisten. Si bapa pula mestilah kerap bersolat jemaah dimasjid.\n\nLebih cantik sekiranya anak lelaki diajak menurut serta. Jangan takut sama ada anak anda akan menggangu jemaah lain atau belum lagi pandai bersolat.\n\nIkatan hubungan ibu bapa dan anak-anak memberi impak yang sangat penting dalam membentuk karekter anak tersebut. Sekiranya anak tersebut membesar dengan penuh hormat, kasih sayang, empati, ehsan dan iman, kita telah meletakkan satu standard kepada mereka.\n\nHubungan yang baik dengan mereka juga memberi impak yang besar terhadap pengaruh ibu bapa dengan anak-anak. Anak-anak akan lebih mahu mendengar kata dan bekerjasama dengan orang dewasa yang rapat dengan mereka.\n\nDalam erti kata lain, sekiranya kita membina kepercayaan dan komunikasi yang kuat semenjak anak-anak masih kecil, mereka akan sentiasa mencari kita walaupun mereka sudah membesar.\n\nIngat, anak-anak bagaikan cerminan diri kita sendiri. Jika kita melayan anak mengikut mood anda semasa mereka masih kecil, jangan berharap untuk mereka melayan anda dengan baik apabila anda sudah berusia kelak.\n\nCuba renung jauh pada muka setiap anak anda. Apa yang anda lihat? Segala yang baiknya, atau segala yang buruknya?\n\nKetahuilah, tanpa anda sedari, apa yang anda fikirkan pada mereka akan mempengaruhi cara anda melayan mereka. Pemikiran anda juga akan mempengaruhi emosi dan fizikal anda sebagai ibu bapa.\n\nPadangan \u201cAngah di nakal. Susah nak kawal\u201d, akan menyebabkan anda kerap mencari kesalahannya dan cuba memperbetulkannya \u2013 setiap masa.\n\nCuba ubah pemikiran negative anda 360 darjah. Cuba cari kebaikan dari setiap perlakuan anak anda.\nIslam juga menggalakkan kita supaya sering bersangka baik dengan orang lain, apatah lagi dengan anak sendiri.\n\n\u201cAngah mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan cergas! Alhamdulillah\u201d\n\nPaling penting, jaga bahasa dan tona suara anda dengan mereka.\n\nAwas! Jangan melabel anak anda dengan label seperti \u201cpemalas\u201d, \u201cbodoh\u201d, \u201cnakal\u201d ataupun \u201clembap\u201d. Mereka akan mudah melihat diri mereka sepertimana yang anda labelkan sekaligus merendahkan keyakinan diri mereka.\n\nIngat, anak sentiasa memerhati kita dan belajar darinya. Sekali lagi, anak kita adalah cerminan diri kita.\n\nMulakan menunjukkan contoh yang baik dengan melayan pasangan anda dengan sebaiknya. Sekiranya anak anda melihat anda dan pasangan mempunyai hubungan yang sangat baik, saling menghormati dan menyokong, tidak mustahil anak-anak akan melayan adik-beradik lain dan rakan-rakan dengan cara yang sama.\n\nTunjukkan juga contoh yang baik dengan memperbaiki cara kita melayan orang lain. Makcik cleaner, orang gaji dirumah, posmen yang datang menghantar barang, makcik menjual pisang goreng di gerai, pelayan restoran atau sesiapa sahaja.\n\nPendek kata, untuk memperbaiki tingkah laku anak-anak, mulakan dengan diri sendiri dahulu. Anak-anak pasti akan menyusul kemudian.\n\n#5 Pengaruh Rakan-rakan dan Media Sosial\n\nAnak-anak zaman sekarang pasti tidak akan terlepas dari pengaruh youtube, internet, tv atau apa sahaja. Zaman bermain congkak, batu seremban, tarik upih atau guli sudah lama berlalu. Semestinya cabaran yang mereka hadapi juga berbeza.\n\nTidak bermakna anda harus menyekat semuanya dari mereka. Cuma anda perlu sentiasa memantau dan berjaga-jaga apa yang anak anda tonton atau lihat. Sedikit sebanyak, ia pasti memberi impak dalam membentuk karekter mereka.\n\nRakan sebaya mereka juga memainkan peranan penting dalam hidup mereka \u2013 lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Kenalpasti rakan-rakan mereka dan cuba mengenali mereka dengan lebih rapat.\n\nDengan cara ini, anda bukan sahaja tampak cuba berbaik dengan rakan mereka, anda juga boleh memantau sejauh mana mereka mempengaruhi anak-anak anda.\n\nJangan memandang rendah peranan keperluan asas yang cukup dalam membentuk sifat peribadi anak-anak. Anak-anak semestinya wajib dilengkapi dengan nutrisi, tidur dan senaman yang mencukupi.\n\nIa bukan sahaja penting untuk membentuk karakter mereka, ia juga memberi impak pada kesihatan fizikal dan mental mereka untuk jangka masa yang panjang sekaligus mempengaruhi tingkah laku mereka.\n\nTidak terlambat untuk mengubah tingkah laku anak anda.Bina keyakinan diri anak-anak terlebih dahulu, barulah sibuk memikirkan untuk membina rumah.\n\nLebihkan menghabiskan masa dengan anak-anak, kurangkan menunding jari mencari kesalahan sesiapa.Banyakkan memeluk, hindarkan membebel. Paling penting, positifkan diri, jauhkan pemikiran yang negatif.\n\nJika kita sering bersangka baik dengan Allah serta memperbetulkan kembali niat dan hati kita, inshaAllah Allah akan mempermudahkan semua urusan kita."
"Tawau bukanlah destinasi perlancongan yang popular di Malaysia. Kalau kami minta anda berikan satu tempat menarik di Tawau, pasti anda tak dapat bagi jawapan.\n\nBetul tak? Yang sebenarnya terdapat banyak destinasi menarik di Tawau. Jom kami kongsikan 21 tempat menarik di Tawau yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.\n\n1. Teck Guan Cocoa Village & Cocoa Museum\n\nTawau sememangnya terkenal sebagai pengeluar utama koko di Malaysia. Di muzium ini ada diceritakan sejarah bagaimana Tawau menjadi pengeluar utama koko. Selain sejarah, muzium ini juga ada mempamerkan proses pengeluaran dan pengilangan koko. Anda berpeluang melihat proses penghasilan koko dari seawal dipetik sehingga menjadi coklat kegemaran ramai. Menarik kan?\n\nBagi pencinta coklat, anda boleh membeli pelbagai coklat di sini. Di antara yang menarik di sini ialah jem koko dan minuman koko.\n\nPasar Tanjung Tawau adalah bangunan pasar terbuka empat tingkat antara yang terbesar di Malaysia. Memandangkan Tawau bersempadan dengan Indonesia (Sungai Nyamuk, Nunukan, Tarakan) banyak barangan dari Indonesia diperdagangkan di pasar ini.\u00a0Kuih-muih dan makanan yang dipamerkan di pasar ini dipek dengan kemas. Di antaranya ialah kuih bangkit bugis (bangkek), baulu gula merah, amplang, kerepek pisang sekaki, gajus, belinju, gula merah dan lain-lain.\n\nPasar ikan yang menjual makanan laut dengan harga murah terletak di belakang Pasar Tanjung, sementara UTC Tawau berada di atas pasar ini.\n\nTaman Bukit Tawau atau Tawau Hill Park merupakan destinasi yang wajib anda kunjungi jika sampai ke Tawau.\u00a0Taman Bukit Tawau terletak banjaran Brassey telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979. Ianya terletak 22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat. Taman Bukit Tawau adalah pusat ekoperlancongan dan menjadi habitat flora dan fauna yang unik.\n\nBagi yang sukakan aktiviti outdoor seperti jungle trekking dan bird watching, anda wajib pergi ke Meliau Basin. Di sini terdapat 12 jenis hutan. Jika anda memilih untuk berjungle trekking di sini, anda akan sampai ke puncak Air Terjun Meliau Basin yang mempunyai 7 tingkat. Pemandangannya, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Anda kena pergi sendiri untuk merasainya.\n\nBagi pencinta alam sekitar, satu lagi tempat wajib anda singgah ialah Hutan Simpan Bukit Gemok.\u00a0Bukit Gemok merupakan salah satu Hutan Simpan yang boleh dikunjungi dan mempunyai keluasan seluas 445 hektar dan ketinggian 428 meter dari paras laut. Terletak kira-kira 20 minit jika memandu dari bandar Tawau di Jalan Merotai.\n\nTerdapat juga Jalan di Kanopi iaitu Titian Silara sepanjang 231 meter panjang dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak sejauh 1 kilometer. Permandangan seluruh bandar Tawau dapat dilihat dari atas puncak bukit. Ia merupakan permandangan yang amat cantik.\n\nJalan masuk ke Bukit Gemok dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok getah serta pokok koko. Ketika menaiki Titian Silara, ia dikelilingi dengan pokok-pokok tropika.\n\nCentral Market Tawau juga dikenali dengan nama Pasar Gantung yang menjual pelbagai barangan perhiasan dan kraftangan seperti perhiasan dari mutiara atau kraftangan dari siput-siput laut dari daerah Semporna. Kalau anda nak membeli barangan cenderamata, bolehlah shopping di sini.\n\nBagi yang pernah ke Balung River Eco Resort Tawau, pusat percutian itu menawarkan pakej percutian unik berbanding dengan resort-resort lain di negara ini. Selain menawarkan penginapan selesa kepada pengunjung, Balung River Eco Resort juga mengusahakan tanaman pertanian di resort berkenaan di kawasan seluas 1,295 hektar.\n\nAntara tanaman yang diusahakan adalah kelapa sawit, koko, kopi, kayu jati, serai, pandan, gaharu dan pelbagai jenis ulam serta buah-buahan seperti buah naga, ciku, manggis, limau dan lada. Lebih menarik, bagi kaki pancing mereka dibenarkan melayan joran di kolam buatan khas di situ.\n\nJika anda sampai ke Tawau, anda wajib bergambar dengan Menara Jam Loceng Tawau.\n\nDi antara tempat bersejarah di Tawau ialah monumen Menara Loceng yang dibina pada tahun 1898. Monumen di pinggir Padang Bandaran Tawau yang dahulunya terletak berhadapan dengan Pejabat Residen Inggeris yang kini tapaknya menjadi pejabat Pos 2020. Menara loceng yang berusia lebih 100 tahun ini adalah monumen paling lama pernah wujud di Tawau dan menjadi bukti sejarah kewujudan Tawau dan pemerintahan Inggeris di Tawau sebelum kemerdekaan Sabah bersama Malaysia.\n\nTempat bersejarah di Sabah ini adalah kawasan perkuburan tentera Jepun yang terkorban semasa perang dunia kedua.\u00a0Tugu Peringatan Tentera Jepun dan tapak perkuburan ini selalu menerima kunjungan saban tahun dari warga-warga Jepun yang mempunyai hubungan tali kekeluargaan dengan mereka yang dikebumikan di tapak perkuburan itu. Tempat ini sebenarnya menjadi bukti yang Tawau pernah menjadi sebahagian mangsa kekejaman tentera Jepun. Mendiang Stephen Tan (pemimpin bangsa Cina di Tawau) dan Allahyarham Habib Hussein (pemimpin masyarakat Melayu di Tawau) adalah sebahagian mangsa kekejaman pemerintahan tentera Jepun. Nama-nama kedua pemimpin berjasa yang dibunuh tentera Jepun ini telah diabadikan pada dua buah jalan utama di bandar Tawau pada ketika ini.\n\nTempat bersejarah di Sabah ini dibina pada tahun 1969 sebagai monumen memperingati kehilangan 11 perajurit negara yang terkorban ketika peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia.\n\n12. Tawau Mural Art di Bangunan Majlis Perbandaran Tawau bersebelahan HSBC Bank Tawau\n\nStreet art sememangnya semakin popular di Malaysia. Tidak ketinggalan juga di Tawau. Jika anda sukakan street art, jangan lupa untuk berkunjung ke Tawau Street Art di Bangunan Majlis Perbandaran Tawau, bersebelahan dengan HSBC Bank Tawau.\n\n13. Columnar Basalt, Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos\n\nDi sini terdapat batu unik batu-batu yang terbentuk dari lava gunung berapi. Columnar Basalt adalah batuan igneus jenis ektrusif terbentuk daripada penyejukan lava basalt yang terdedah sangat dekat dengan permukaan planet atau bulan. Menariknya apabila setiap saiz batu bulat-bulat lebih kurang sama saiz dan membentuk seperti tangga di tebing sungai.\n\n14. Taman Rekreasi Air Panas Tawau\n\nAntara daya tarikan utama pengunjung ke taman yang jauhnya lapan kilometer dari bandar Tawau ini ialah penyediaan beberapa petak kolam air panas untuk mandi atau merendam kaki mengikut cita rasa anda sendiri.\n\nPetak-petak kolam air panas berkenaan mempunyai kepanasan berbeza iaitu antara 30 hingga 60 darjah selsius dan sesuai untuk orang dewasa atau kanak-kanak berendam di dalamnya, yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.\n\nSelain mandi air panas, anda juga boleh menikmati kesegaran udara hutan kecil berhampiran yang diliputi dengan pokok kayu tropika selain pelbagai jenis bunga- bungaan yang indah. Itulah dia 11 tempat menarik di Tawau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Kalau anda pergi ke Tawau, jangan lupa untuk singgah di lokasi yang kami senaraikan di atas.\n\nAnda juga boleh berjoging di trek joging yang disediakan dan jika terasa letih dan ingin berehat boleh singgah di lebih 20 pondok rehat yang disediakan. Harga:\n\nTeringin nak pergi ke gunung berapi? Di Tawau pun ada. Anda boleh pergi ke Gunung Berapi Bombalai. Berkedudukan pada ketinggian 530 meter di atas paras laut, anda cuma perlu mengambil masa satu jam untuk sampai ke atas. Dari puncak gunung ini, anda akan dapat menikmati pemandangan Lautan Sulawesi dan seluruh Pekan Tawau.\n\nUntuk kaki hiking, Air Terjun Bukit Gelas adalah destinasi wajib untuk anda lawati jika pergi ke Tawau. Ianya terletak di Taman Bukit Tawau. Bayaran masuk ialah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk 18 tahun ke bawah bagi warganegara. Jika anda pelancong dari luar Malaysia, bayarannya ialah RM10 dewasa dan RM5 untuk 18 tahun ke bawah.\n\nAir Terjun Teck Guan terletak di Bukit Quinn, Tawau. Apa yang menarik, jumlah air yang melalui air terjun ini boleh dikawal oleh pekerja ladang di kawasan tersebut. Kalau kawasan tadahan air ( empangan ) dibuka, maka banyaklah air yang lalu di air terjun ini. Meriah. Tapi kalau musim kemarau atau empangan tak dibuka, air terjunnya akan kecil sahaja. Namun pemandangan di sini tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Airnya sangat sejuk, seronok untuk bermandi-manda.\n\nTaman tema air ini terletak di Jalan Hotspring dan berdekatan dengan Taman Rekreasi Air Panas Tawau.\u00a0Bayaran masuk ialah RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Anda akan dapat kupon makanan bernilai RM10. Warga emas 60 tahun ke atas masuk dengan percuma.\n\nKolam di sini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Anda tak perlu risau kerana kedalamannya cuma separas lutut orang dewasa. Makanan di sini boleh tahan sedapnya. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan yang dijual di restoran di sini.\n\nRumah api ini dibina pada tahun 1916 oleh orang British dan masih digunakan untuk membantu kapal-kapal masuk ke daerah Tawau sehingga tahun 2007. Rumah api yang unik dan bersejarah ini terletak di sebelah Sungai Kinabutan Besar. Struktur yang mempunyai ketinggian sebanyak 9 meter ini dibina oleh syarikat Chance Brothers and Co, iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Birmingham, England.\n\nRumah api ini telah dibaikpulih sebagai warisan sejarah dareah Tawau pada tahun 2011. Kalau tangkap gambar disini, memang cantik. Lagi-lagi kalau pakai kamera DSLR. Sangat nostalgia.\n\nKalau anda datang ke Tawau membawa anak-anak kecil, memang sesuai sangat melawat ke sini. Mini Zoo Yuk Chin terletak di belakang sekolah SJKC Yuk Chin, Tawau. Kami sendiri pernah melawat zoo berkenaan, dan ianya memang menarik. Banyak haiwan seperti burung merak, arnab dan macam-macam lagi terdapat di dalam zoo itu.\n\nAnda juga boleh menangkap gambar yang cantik berlatar belakangkan patung-patung dinosaur besar yang ada di dalam zoo berkenaan. Lokasi dari bandar hanya 8 minit sahaja. Memang seronok tempat ni. Ohsem!\n\nIni adalah tempat yang paling happening di Tawau setiap hari Ahad. Kalau datang ke Tawau memang tak sah lah kalau tak ke tempat ni. Pasar Minggu ini terletak di perkarangan Pertama Commercial Complex, atau lebih di kenali sebagai Takada. Di sini macam-macam ada. Dari makanan basah, sayuran, daging payau, pakaian, benda unik dan pelik, semuanya ada.\n\nJadi tidak hairanlah tempat ini menjadi tumpuan seawal jam 6 pagi lagi setiap hari Ahad. Dijangka hampir seribu lebih orang menyerbu pasar ini setiap hujung minggu. Jadi pastikan anda menjadi salah seorang dari mereka. Tempat ini memang best, rugi kalau tak datang.\n\nItulah dia 21 tempat menarik di Tawau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Kalau anda pergi ke Tawau, jangan lupa untuk singgah di lokasi yang kami senaraikan di atas.\n\nJemput juga baca artikel mkami tentang tempat menarik yang lain."
"Mahu hasilkan dan etrcari resepi kulit karipap yang rangup?\n\nBeza orang beza pula kesukaannya. Macam kulit karipap. Tidak semua orang suka kulit karipap yang mulus, bersih dan halus. Kata rasanya bukan macam karipap kalau kulit terlalu halus sangat. Logiknya bukankah bagus yang halus itu? Namun begitulah faktanya.\n\nSiapa peminat karipap jerawat batu? Diberi nama itu kerana kulitnya tidak mulus dan ada bonggol-bonggol macam jerawat gitu. Ayuh datang ke laman ini, kerana kami akan berkongsi kulit karipap jerawat batu perkongsian daripada Mariani Said\u200e di Facebook.\n\nKeenakan karipap bukan hanya bergantung pada isian intinya sahaja. Namun tekstur kulit luaran karipap juga berperan dalam kelazatan karipap. Kulit yang rangup garing namun lembut saat dikunyah, itulah jenis yang paling banyak disukai.\n\nDengan resepi perkongsian mudah dan lazat\u200e ini, sudah boleh lah anda buat karipap ala kedai Melayu. Namun resepi ini hanya setakat kulit karipap sahaja, tidak dengan isian.\u00a0 Kulit yang rangup dan kriuk masa dimakan. Sila cuba.\n\nSelain resepi kulit karipap, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Buat guru-guru, sudah pasti setiap tahun anda akan merancang program lawatan sambil belajar bersama dengan para pelajar. Program lawatan seperti ini sangat bagus dalam membantu memberi pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan yang berbeza dengan apa yang diajar di dalam bilik darjah.\n\nTahukah anda terdapat pelbagai tempat yang menarik boleh dilawati di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tanpa memerlukan kos perbelanjaan yang besar?. Jom kita lihat senarai lokasi menarik di bawah untuk merancang lawatan para pelajar anda pada tahun ini.\n\n1. Kg. Sg. Hj. Dorani, Sg. Besar\n\nBawa pelajar anda merasai suasana kampung dengan melawati Kg. Sg. Hj. Dorani yang terletak di daerah Sg Besar, Selangor. Bukan sahaja ada homestay yang bercirikan kampung di sini, malah pelbagai aktiviti kampung turut disediakan untuk para pengunjung yang ingin mencubanya seperti menampi padi, menggagau ikan, mandi palong di bendang.\n\nPara pelajar juga akan berpeluang untuk melawat pelbagai kilang IKS yang terdapat di sana seperti Kilang Nata D\u2019 Coco, Minyak Kelapa Dara, Kerepek dan Baulu. Mereka akan dapat melihat secara langsung bagaimana setiap produk IKS ini dihasilkan.\n\nPengalaman yang berharga ini terutamanya buat para pelajar yang tinggal di bandar pasti akan memberi kenangan dan memori manis buat mereka. Jom lihat pakej yang ditawarkan oleh Syarikat Dorani Homestay Resouces untuk sesiapa yang ingin membuat lawatan ke sini.\n\n2. Kg. Sg. Sireh, Tg. Karang\n\nLebih kurang sama konsepnya dengan lawatan ke Kg. Hj. Dorani, Kg. Sg. Sireh juga memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai suasana kampung dan melihat sendiri cara kehidupan orang kampung.\n\nJika para pelajar datang melawat ke sini, sudah pasti mereka akan merasai pengalaman yang berbeza daripada kehidupan seharian mereka. Melihat sawah padi, belajar cara memproses padi dan sebagainya.\n\n3. Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya\n\nLokasinya terletak di Bestari Jaya, Selangor. Mempunyai kawasan yang sangat luas dengan pelbagai daya tarikan yang menanti para pengunjungnya. Para pelawat akan dibawa menaiki tram untuk menikmati kawasan sekeliling dengan pelbagai aktiviti menarik. \n\nAntara aktiviti yang sesuai untuk pakej lawatan sekolah ialah:\n\nPengunjung juga akan berpeluang untuk merasai pelbagai jenis buah tempatan antaranya nangka, belimbing, jambu batu serta merasai kenikmatan meminum air kelapa yang sangat segar yang disediakan di sana.\n\nPara guru boleh membawa para pelajar merasai pengalaman sendiri membuat pizza di setiap cawangan Domino\u2019s Pizza yang berdekatan. Program ini adalah salah satu bahagian di dalam Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat mereka. \n\nPengalaman mengadun doh pizza, meletak topping di atas pizza sendiri dan membakarnya di dalam ketuhar industri yang berganda besar daripada ketuhar biasa di rumah, sudah pasti memberi pengalaman yang mengujakan buat pelajar.\n\nSushi King juga mempunyai Educational Programme mereka sendiri untuk pelajar sekolah jika ingin membuat lawatan ke stor mereka. Program yang dibangunkan memberi peluang kepada pelajar membuat beberapa jenis sushi yang mudah secara hands on. \n\nAntara kandungan program yang dibangunkan oleh pihak Sushi King ialah:\n\nBoleh hubungi Customer Service Sushi King untuk tempahan program seperti ini ya.\n\nKilang Roti Gardenia telah lama mengalukan masyarakat untuk mengadakan lawatan ke kilang mereka. Bukan hanya terhad kepada lawatan sekolah sahaja, malah terbuka kepada orang awam. Mereka mengajak masyarakat untuk melihat secara lebih dekat bagaimana pemprosesan roti kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.\n\nKilang yang terletak di Seksyen 26 Shah Alam ini merupakan kilang roti yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara. Dengan kelengkapan yang moden dan canggih sudah tentu kilang Gardenia ini sangat sesuai dijadikan salah satu destinasi lawatan para pelajar untuk melihat pelbagai kelengkapan mesin yang digunakan dalam pemprosesan roti. \n\nKilang ini turut dilengkapi auditorium, bilik jamuan dan laluan khas untuk melihat terus ke bahagian produksi. Sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi 03-5542 3228 sambungan ke 161 atau 166.\n\nUntuk melawat ke Kilang Vitagen, anda perlulah membuat permohonan 3 bulan lebih awal sebelum tarikh lawatan untuk dihantar ke pihak pengurusan. Tiada sebarang lawatan walk in atau pembelian terus dari kilang untuk produk-produk yang dihasilkan. \n\nNamun begitu, jika anda berpeluang ke sini pasti dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru tentang bagaimana produk vitagen dihasilkan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. \n\nPara pengunjung akan diberi taklimat awal oleh pegawai yang terlibat tentang syarikat dan seterusnya akan dibawa melawat sekitar kilang untuk melihat bahagian produksi. Di akhir lawatan, sudah pasti pihak syarikat akan menyediakan pelbagai cfcenderahati buat pengunjung. Mesti penuh beg!\n\nLokasinya hanya terletak berdekatan dengan Pusat Bandar Kota Damansara. Namun, pasti ramai yang tidak perasan akan kewujudannya kerana bangunannya berada di dalam kawasan industri perkilangan.\n\nPengunjung akan dibawa menerokai sejarah awal pembuatan coklat apabila masuk ke dalam muzium ini serta beberapa peralatan dan mesin yang digunakan dalam pemprosesan coklat mengikut peredaran zaman. \n\nApa yang menarik jika membawa para pelajar ke sini ialah pihak muzium akan mengadakan demostrasi membuat coklat secara live buat pengunjung. Selesai demostrasi, sudah pasti pengunjung akan dapat merasai coklat yang dihasilkan. Pasti sedap!.\n\nLokasinya berdekatan dengan Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Mudah diakses kerana terletak di tengah ibu kota. Apa yang menarik disini, para pengunjung berpeluang merasai dan melihat tayangan tentang angkasa lepas dan berasa seolah-olah anda berada di sana. Wajib datang untuk merasai kelainannya!.\n\nPeluang memasuki bilik anti graviti juga adalah satu pengalaman yang menyeronokkan buat para pelajar dan pengembaraan ke angkasa lepas dengan menaiki space pod juga pasti meninggalkan kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh mereka.\n\nLokasinya terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Dari jauh sudah nampak gahnya bangunan ini dengan seni bina yang menarik. Kedatangan pengunjung akan disambut dengan ikan-ikan dari pelbagai spesies yang terdapat di dalam akuarium yang besar.\n\nDibahagikan kepada beberapa tingkat, setiap tingkat terdapat ruang pameran yang berbeza. Pelbagai informasi tentang dunia sains dan teknologi dapat diperolehi di sini. Tambahan lagi, terdapat ruang makmal yang akan mengadakan demostrasi eksperimen-eksperimen mudah bersama para pengunjung.\n\nJika anda selalu ke KLCC pasti sangat familiar dengan Petrosains. Tempat ini memang kerap dikunjungi oleh para pelajar bersama guru pengiring mereka. Menurut pihak Petrosains, purata sehari mereka akan menerima kunjungan lawatan sekolah ialah antara 5 hingga 10 buah sekolah.\n\nDibahagikan kepada beberapa seksyen, para pelajar akan didedahkan dengan dunia sains dan teknologi dari pelbagai cabang bermula dengan penerokaan angkasa lepas, bahan galian, simulasi di pelantar minyak sehingga dunia automatif.\n\nRasanya memang sejak dahulu lagi lawatan ke balai bomba adalah lawatan wajib terutamanya bagi taska atau tadika. Kanak-kanak kecil ini memang seronok apabila pihak bomba yang terlibat mengadakan demostrasi pembakaran dan cara memadamkan api. Lagi-lagi apabila mereka juga dapat \u2018menumpang\u2019 mandi hujan dek siraman air oleh pihak bomba.\n\nPara pelajar juga akan diberi peluang untuk mengeksplorasi kenderaan bomba dan mengenali dengan lebih dekat lagi segala kelengkapan yang ada di dalamnya.\n\n Elemen permainan olok-olok, pretend play juga boleh diselitkan apabila mereka dipakaikan seragam bomba. Secara tidak langsung akan mengalakkan daya imaginasi mereka tentang profesyen seorang ahli bomba.\n\nSiapa sangka di tengah-tengah hiruk piruk kotaraya Kuala Lumpur ada sebuah hutan yang kini mejadi tumpuan warga kota untuk beriadah. Laluan Taman Tugu telah dibuka kepada orang awam setiap hari dari 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk adalah PERCUMA!\n\nSudah pastinya, hutan ini mesra kanak-kanak.\u00a0Taman Tugu menjadi lokasi terbaharu untuk riadah sekeluarga sambil mendidik generasi muda mengenai hutan dan kelestarian alam. Terdapat juga buaian dan tempat duduk untuk berehat di dalam laluan hutan untuk melepaskan lelah. \n\nKini, Taman Botani Shah Alam memang menjadi daya tarikan buat ibu bapa, para guru atau pelajar untuk berkunjung ke sini kerana dengan adanya pelbagai aktiviti menarik terutamanya kunjungan ke Rumah 4 Musim.\n\nJika musim sejuk, pengunjung berpeluang merasai bermain dengan salji ibarat berada di luar negara. Dekorasi akan berubah berdasarkan musim-musim yang ada di dunia seperti musim panas, luruh dan bunga. \n\nSelain itu, pelbagai lagi kemudahan yang disediakan kepada pengunjung seperti poster di bawah. Pusing satu hari di sini tidak cukup ye. Wajib datang lagi baru puas bereksplorasi.\n\nMuzium ini terletak di tengah nadi bandaraya Shah Alam. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. \n\nPameran bermula dengan sejarah negeri Selangor dan pelawat boleh mempelajari sejarah tanah melayu juga di sini. Replika basikal dan beca lama juga dapat dilihat untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang kenderaan yang ada pada zaman dahulu.\n\nPengunjung juga boleh belajar adat istiadat dan budaya orang Melayu, bermula daripada amalan menyambut kelahiran sehinggalah cara pengurusan jenazah. Replika kubur mengisahkan alam kematian sangat mengujakan kerana kanak-kanak diberi peluang melihat lebih dekat lagi bagaimana urusan pengurusan jenazah dilakukan sehingga proses pengebumian.\n\nTerdapat juga tempat untuk pengunjung berehat setelah penat meneroka sejarah demi sejarah di dalam muzium ini. Sememangnya, Muzium Shah Alam ini sangat sesesuai untuk lawatan sekolah kerana banyak informasi boleh diperolehi oleh para pelajar.\n\nLokasinya terletak di Bank Negara Malaysia iaitu di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin ada yang baru maklum akan muzium ini dan tidak menyangka Bank Negara Malaysia juga mempunyai muzium mereka sendiri. \n\nUntuk pengetahuan anda semua, pihak muzium memang aktif menganjurkan pelbagai program pendidikan untuk pelajar sekolah terutamanya untuk 7 tahun dan ke atas.\n\nContohnya, Program Sains, Energy Experiment. Para pelajar akan belajar bagaimana menjana kuasa daripada tenaga angin dan tenaga air. Program seperti ini memang kerap diadakan terutamanya pada musim cuti sekolah.\n\nLokasinya bersebelahan dengan Masjid Negara. Pelbagai pameran yang terdapat di sini dan pastinya para pelajar akan mendapat pelbagai ilmu dan informasi tentang keindahan Islam itu sendiri.\n\nPihak muzium juga kerap menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak bagi menarik minat mereka mendekati muzium terutamanya pada musim cuti sekolah. Jangan ketinggalan untuk membawa anak atau pelajar ke sini ya!\n\nSiapa yang tidak tahu tentang Zoo Negara Malaysia?. Saya pasti anda semua tahu dan pernah datang melawat ke sini. Kawasan yang luas dan pelbagai spesies haiwan dapat dilihat secara dekat oleh para pengunjung.\n\nSelain aktiviti melawat sekitar zoo negara, pihak zoo juga ada menyediakan program pendidikan untuk para pelajar. Program ini dinamakan Zoo Camp Programme. Antara pengisiannya ialah:\n\nBerminat untuk menyertainya? Anda boleh email terus ke [email\u00a0protected] untuk informasi lanjut.\n\nTidak perlu rasanya diperkenalkan lagi akan lokasi ini. Taman Burung Kuala Lumpur memang terkenal dan menjadi perhatian lokasi percutian untuk seisi keluarga. Pelbagai spesies burung ada di sini. Memang tidak puas menjelajah sekitar Taman Burung KL jika pergi hanya sekali. Harus datang berkali-kali!\n\nApa yang menariknya, pihak taman burung telah menawarkan pakej khas untuk lawatan sekolah atau berkumpulan minimum 15 orang peserta. Pakej yang disediakan sangat berbaloi dari segi harganya. \n\nTentatif program lawatan juga padat antaranya Free flying Birds Feeding, Bird Show dan Milky Stork Feeding. Layari laman web Taman Burung KL http://www.klbirdpark.com untuk maklumat lanjut akan pakej ini.\n\nLokasinya juga berdekatan dengan Taman Burung KL, Taman Rama-Rama ini juga turut menjadi daya tarikan utama lokasi percutian di ibu kota. Sentiasa menjadi pilihan seisi keluarga dikala hujung minggu untuk bersiar-siar.\n\nTahukah anda dimana Taman Rama-Rama, KL ini adalah terbesar di dunia yang menempatkan hampir 5000 spesies rama-rama. Wah!menarikkan?. Memang sesuai untuk bawa lawatan pelajar ke sini, tambahan lagi harga tiket sangat berbaloi.\n\nKuala Lumpur dan Selangor memang terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Rancang takwin sekolah anda untuk bawa para pelajar mengadakan lawatan di luar bilik darjah, sekaligus menimba pengalaman baru yang menyeronokkan."
"Sekarang ini banyak di viral kan makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebagainya tidak baik untuk kesihatan berikutan cara pembuatannya yang menggunakan bahan yang tak berkualiti seperti urat, lemak dan sebagainya. Tapi apakan daya, nak berhenti 100% memang tak dapatlah. Tambah-tambah untuk kanak-kanak dan orang muda.\n\nTahukah anda? Sebenarnya kita boleh cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Bahan dan caranya pun mudah. Mesti terkejut punya bila tengok resepi di bawah nanti. Tak sangka dek akal rupa-rupanya nak membuatnya semudah abc dan 123. Siap boleh simpan lagi tuh. Bolehlah untuk beberapa kali makan. Yang paling penting yakin berkhasiat, bersih dan sedap. \n\nJom tengok resepi Nugget Homemade dulu. Resepi ini daripada Shai Anne Ahemed. InsyaAllah sama macam yang dijual di luar tuh. Jom tengok resepinya. Yang penting, homemade & bebas bahan pengawet. Nugget Homemade 100%. \n\nDah siap. Bila-bila nak makan bolehlah defrost dan goreng. Kalau nak bekalkan ke anak-anak pun boleh. Nugget Homemade yakin, bersih dan sihat. Selain resepi Nugget Homemade ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya."
"Di mana jua, mesti ada orang yang lebih suka makan ikan berbanding lauk lain. Mesti ada yang pantang makan ayam dan daging, sedangkan ikan ialah keutamaan.\n\nDan banyak antara penggemar ikan ini selalu mevariasikan resepi masakan ikan yang ada. Namun pernahkah anda terfikir masak bebola ikan? Mesti anda pernah makan. Apakata kalau kali ini anda buat sendiri bebola ikan sendiri. Mesti lebih puas bukan?\n\nBebola ikan biasanya dijadikan makanan gandingan dengan mee sup, mee bakso dan lain-lain. Selain makanan berkuah, bebola ikan juga sedap kalau di bakar dengan sos dan dimakan dengan kuah kacang.\n\nKepada anda penggemar ikan sejati, sila perhatikan resepi bebola ikan di bawah ini. Dikongsikan oleh Ilya Nornid Lieya, baca, fahami dan cuba. Resepi ini mudah untuk pemula. Selamat mencuba.\n\nCara Menyediakan Sup Bebola Ikan :\n\nSelain resepi bebola ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Hubungan bapa dengan anak merupakan faktor penentu peranan seorang ayah dalam kehidupan. Kebanyakan ayah secara semulajadi melindungi, menyokong dan bertanggungjawab. \n\nMana-mana lelaki boleh sahaja menjaga anak, tetapi peranan sebagai seorang bapa sebenarnya tidak senang. Sebagai ketua keluarga yang bergelar suami dan ayah, anda mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.\n\nTanggungjawab seorang bapa terhadap anak sangat penting sekali dalam keluarga. Mengikut psikologi, cara seorang bapa mendisiplinkan anak juga berbeza dari ibu. Bapa akan lebih suka menegakkan keadilan, kesaksamaan dan tanggungjawab. \n\nBapa akan menggunakan kaedah-kaedah sistematik dan tegas untuk mengajar anak akan perbuatan yang baik dan yang salah. Manakala, ibu lebih ke arah simpati, penjagaan anak ,ingin membantu, lembut dan selalu memberi harapan. Jom lihat beberapa tanggungjawab seorang bapa terhadap anak.\n\nBapa bertanggungjawab untuk menjaga kestabilan dalam keluarga. Hal ini demikian, bapa adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab dalam\u00a0 menguruskan semua perkara dan boleh memperbaiki hubungan sesama keluarga ataupun urusan kewangan.\n\nKajian ini menunjukkan bahawa jika bapa seorang penyayang,\u00a0 seorang yang selalu memberi sokongan dan suka melibatkan diri dengan aktiviti keluarga, dia boleh memberi sumbangan besar kepada anak. Tamsilnya, aktiviti harian seperti makan malam bersama-sama, menonton TV dan bermain di halaman.\u00a0\n\nTanggungjawab bapa adalah untuk menjadi pelindung kepada anak-anak. Dengan ini, bapa seolah-olah menjadi hero yang boleh menjauhkan segala keburukan dari memudaratkan anak.\u00a0\n\nTahukah anda, Rob Palkovitz iaitu seorang pakar psikologi telah memberitahu The Atlantic bahawa Para sarjana yang selalu menggunakan ketiadaan seorang bapa, sebagai faktor penyumbang kehamilan remaja muda.\u00a0\n\n\u00a0Ini menunjukkan bahawa apabila bapa lebih terlibat, mereka boleh memantau apa yang berlaku di dalam kehidupan anak mereka termasuk interaksi anak dengan rakan sebaya dan orang lain. Oleh itu, bapa bertanggungjawab dalam melindungi anak supaya mereka tidak tercedera atau disakiti oleh orang lain.\n\nBapa adalah model kepada anak-anak. Tanggungjawab bapa dalam hubungan antara anak dengan bapanya boleh mempengaruhi corak interaksi anak dengan kawan-kawan, kekasih dan pasangan.\u00a0\n\nJika ayah seorang yang panas baran, suka mengawal dan memerintah, inilah ciri-ciri yang akan ditiru dan dicontohi. Oleh itu,\u00a0 bapa bertanggungjawab memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.\n\nTanggungjawab bapa terhadap anak juga adalah seorang berdisplin. Bapa yang bertanggungjawab haruslah menjadi pendisiplin kepada keluarganya untuk menyingkirkan tabiat-tabiat buruk yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka.\u00a0\n\nContohnya, si ayah perlu mendidik anak-anaknya bahawa sikap tamak, menipu, berbohong, mencuri, bersikap kurang ajar serta tingkah laku buruk adalah sikap-sikap yang tidak baik.\u00a0\n\nBak kata peribahasa, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Tujuan seorang bapa yang bertanggungjawab adalah dengan\u00a0 mendisiplinkan anaknya supaya mereka menjadi orang yang berguna kelak.\n\n5. Menyediakan Tempat Tinggal, Pakaian Dan Makanan\n\nSeorang bapa memang menjadi tanggungjawabnya dalam menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan kepada anak. Memberi keselesaan kepada anak-anak juga adalah nafkah yang bapa perlu sediakan.\n\nDalam surah al-Talaq ayat 6 menyatakan bahawa:\n\nTempatkan mereka di mana kamu bertempat tinggal sekadar menurut kemampuanmu dan janganlah kamu mempersulitkan mereka supaya sempit kehidupan mereka.\u00a0\n\nOleh itu, Ia menjadi tanggungjawab bapa dalam menyediakan keperluan tersebut supaya mereka tidak merasa terlalu susah dalam menempuh kehidupan yang akan datang.\n\n6. Memberi Nafkah Sekadar Yang Mampu\n\nTanggungjawab bapa adalah dengan memberi nafkah kepada anak-anak mengikut kemampuan. Bapa bertanggungjawab dalam menanggung nafkah anak dalam apa jua keadaan walaupun hak penjagaan diberikan kepada bekas isteri.\u00a0\n\nBerdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith, sependapat menyatakan bahawa seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat bahawa anak itu belum boleh berdikari dan bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehingga ia ada pekerjaan.\n\n7. Mendidik Anak Menunaikan Kewajipan Fardhu Ain\n\nSelain itu, seorang bapa juga bertanggungjawab mendidik anak menunaikan kewajipan fardhu ain. Fardhu ain wajib dilaksanakan dan menjadi tanggungjawab bapa untuk mengajar anak mereka.\n\nAntaranya adalah solat, berpuasa, menunaikan zakat , menimba ilmu dan sebagainya.\u00a0 Tanggungjawab bapa ini sangat berat dalam mendidik anak mengenai kewajipan fardhu ain supaya anak lebih mengeratkan hubungan dengan Allah Swt.\n\n8. Bergaul Dengan Anak Dengan Cara Baik\n\nSetiap bapa bertanggungjawab untuk bergaul dengan anak dengan cara baik. Sebagai anak yang merupakan darah daging kepada bapa, ia menjadi tanggungjawab bapa untuk mengeratkan lagi hubungan antara bapa dan anak.\u00a0\n\nBapa boleh berbual dengan anak tentang perkara yang mereka suka seperti bola, mewarna, melukis dan sebagainya. Dengan ini, ia dapat mendekatkan lagi anak dengan bapa. Bapa juga bertanggungjawab melatih anak untuk mudah bergaul supaya mereka merasa selesa dengan semua orang.\n\nMemberi pendidikan yang baik adalah salah satu tanggungjawab seorang bapa terhadap anak. Tanggungjawab seorang bapa untuk menjadikan anak seorang yang berguna apabila sudah meningkat dewasa nanti adalah dengan pendidikan.\n\nMenghantar ke sekolah tadika, kelas tambahan dan sekolah berpendidikan tinggi adalah contohnya. Tanggungjawab bapa juga dalam memberi pendidikan supaya anak berkemahiran tinggi dan dapat membantu ibubapa suatu hari nanti dengan ilmu yang ada.\n\nBapa bertanggungjawab untuk bersifat rahmah kepada anak-anak memandangkan bapa adalah ketua keluarga. Sebagai contoh, bersifat belas kasihan, adil, baik hati dan sebagainya amat penting. Sifat rahmah perlu ada pada bapa yang bertanggungjawab supaya dapat meningkatkan nilai murni dalam diri anak. \n\nBapa yang bertanggungjawab akan menjadi penasihat buat anak. Hal ini demikian kerana, nasihat bapa yang bertanggungjawab amat berguna sekali.\u00a0 Ketika anak berada dalam kesusahan, kesedihan, kecewa, marah dan sebagainya, bapa perlu menjadi penasihat. \n\nBeri semangat dan kekuatan kepada anak! Semangat dan kekuatan dari bapa yang bertanggungjawab akan memberi impak yang mendalam terhadap anak.\u00a0Pada saat anak bersedih, sukar menghadapi peperiksaan dan sebagainya, waktu itulah bapa memberi semangat dan kekuatan untuk mereka terus berjuang berjaya. \n\nMemberi keyakinan kepada anak adalah tanggungjawab bapa. Hal ini demikian kerana, tanggungjawab bapa dalam memberi keyakinan dapat membantu anak untuk menghilangkan rasa takut.\u00a0\n\nKeyakinan boleh diberi semasa anak membuat persembahan, pencapaian hadiah, memberi ucapan, dan lain lagi situasi. Oleh itu, bapa yang bertanggungjawab akan sentiasa tidak putus asa untuk memberi keyakinan kepada anak supaya anak dapat menempuh segala rintangan\u00a0 dengan penuh keyakinan dan berani.\n\nItulah dia 13 tanggungjawab seorang bapa terhadap anak perlu anda tahu. Jom baca Statistik anak luar nikah Malaysia, Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dan Cara pikat hati mak mertua."
"Isteri saya yang bekerja di unit onkologi (kanser) telah berkongsi cerita tentang pesakitnya, seorang ibu muda yang menghidap kanser meninggal dunia dalam dakapan suaminya (Sinar Harian 2.8.15).\n\nSoalan biasa yang terkeluar dari lisan saya \u2013 \u2018berapa umurnya?\u2019.\u2019Muda lagi, baru 35 tahun, anak kecil-kecil lagi, seorang 3 tahun, seorang 6 bulan\u2019 jawab isteri saya.\n\nSambil memandu ke tempat kerja, fikiran saya tertumpu kepada anak-anak kecil yang saya tidak pernah kenal itu. Mendengarnya sahaja sudah cukup meruntun naluri. Apatah lagi bagi ibubapa yang menghadapinya sendiri.\n\nKisah ringkas itu telah mengilhamkan saya membaca dan menulis serba sedikit tentang tips berkongsi cerita sakit serius kita (seperti kanser) kepada anak-anak.\n\nBerbual tentang topik ini memang sukar, tetapi percayalah ia adalah isu yang mesti disampaikan kepada anak-anak. Tidak ada cara betul atau salah, namun komunikasi yang baik oleh ibubapa mampu memberi kesan positif kepada anak-anak.\n\nKanak-kanak bijak mengesan sebarang perubahan dalam dinamik keluarga. Apa yang ditakuti, bila mereka bersangka-sangka tanpa maklumat yang tepat. Mereka mungkin menyangka sesuatu yang lebih buruk ataupun menyalahkan diri mereka sendiri.\n\n#3 Cipta Suasana Perbincangan Yang Terbuka.\n\nGalakkan mereka bertanya. Akan tetapi jangan memaksa mereka memahami sesuatu yang mereka tidak bersedia.\n\n#4 Mulakan Perkongsian Dari Hati Ke Hati\n\nBerkongsi secara jujur dengan bahasa yang mudah dan jelas mengikut kesesuaian umur mereka.\u00a0Jangan mereka-reka cerita kerana ia akan menghakis kepercayaan mereka terhadap anda. \u2018Tak tahu\u2019 juga adalah jawapan.\n\n#5 Beritahu Mereka Apa Yang Bakal Berlaku\n\nMaklumkan pada mereka rawatan anda dan apa yang akan terjadi \u2013 kesan sampingan, keadaan anda pada waktu itu.\n\n#6 Bersedia untuk mengulang maklumat berkali-kali.\n\nKanak-kanak memerlukan masa untuk memahami sesuatu perkara baru. Adakalanya mereka hanya perlukan \u2018reassssurance\u2019.\n\n#7 Beri Ruang Untuk Mereka Meluahkan Perasaan Dan Emosi Mereka. \n\nMinta pandangan mereka, berikan ruang seperti menulis dan melukis untuk mereka mempamerkan emosi dalaman mereka.\n\n#8Pastikan Aktiviti Harian Anak Tidak Terganggu\n\nApa pun yang berlaku, cuba pastikan rutin anak-anak seperti sekolah, waktu bermain dan sebagainya tidak terjejas. Ini akan membantu mengelakkan masalah penyesuaian atau gangguan emosi kepada mereka.\n\nAnda sendiri perlukan sokongan pasangan dan keluarga dalam menyelesaikan isu ini bersama anak-anak. Kenalpasti limitasi anda dan jangan bebankan anda dengan perasaan bersalah atau emosi negatif yang lain. minta bantuan sewajarnya atas perkara yang bukan dalam kemampuan anda.\n\nMonitor perkembangan emosi anak anda.\u00a0Jika mereka terkesan secara emosi, dapatkan bantuan yang sepatutnya untuk mereka.\n\nSiapapun anda, jika anda merasakan apa yang tertulis ini bernilai untuk waktu sukar anda, saya doakan Allah mempermudah urusan anda dan anak-anak. Ingat, sesukar mana pun laluan hidup anda, \u201cAllahkan ada!\u201d."
"Nota Editor: Arikel tentang penyakit ini telah menarik pihak Bidadari.my utnuk dikongsikan. Semoga ianya membantu ara ibubapa untuk memahami tentang apa itu sebenarnya penyakit ini. Sumber datangnya daripada myhealth.gov.my\n\nPenyakit pneumokokal atau pneumococcal disease (PD) merupakan penyakit kronik berpunca daripada bakteria streptococcus pneumoniae.\n\nKini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10 peratus boleh menyebabkan penyakit yang serius di seluruh dunia.\n\nBakteria ini boleh menyebabkan beberapa komplikasi pada tubuh berbeza seperti meningitis (jangkitan selaput otak dan saraf tunjang), bakteremia (jangkitan dalam darah), pneumonia (jangkitan paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).\n\nKonsultan Neonatologist dan Paediatrik, KPJ Damansara Specialist Hospital, Datuk Dr. Musa Mohd Nordin berkata, di seluruh dunia setiap tahun sebanyak 1.6 juta pesakit meninggal kerana dijangkiti bakteria streptococcus pneumoniae ini.\n\nKatanya, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, PD menjadi penyebab utama kepada kematian kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah di seluruh dunia.\n\n\u201cSebanyak lima peratus kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun yang dijangkiti meningitis meninggal atau sebahagian mereka akan mempunyai masalah buta kedua-dua belah mata dan hilang pendengaran.\n\n\u201cSementara itu, jangkitan kuman pada hidung dan jangkitan telinga tengah (otitis media) selalunya berada pada tahap biasa dalam kategori penyakit PD,\u201d jelasnya.\n\nTambah Dr. Musa lagi, selain kanak-kanak PD juga boleh menjangkiti orang dewasa.\n\nIndividu yang dijangkiti PD lebih berpotensi untuk menyebarkan virus berkenaan kepada individu berdekatan melalui bersin dan batuk.\n\n\u201cBegitu pun tidak semua yang individu yang berada dengan pesakit PD akan dijangkiti. Risiko tinggi untuk dijangkiti adalah di kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun, khususnya kepada kanak-kanak berumur dua tahun atau lebih muda daripada umur tersebut.\n\n\u201cOrang dewasa yang berumur lebih daripada 55 hingga 65 tahun juga mempunyai risiko mendapat jangkitan PD.\n\n\u201cMereka yang tidak menyusu badan, pendedahan terbuka kepada asap rokok, banyak menghabiskan masa di pusat jagaan harian kanak-kanak dan kekurangan imunisasi pneumokokal akan lebih berisiko untuk dijangkiti,\u201d jelasnya.\n\nDr. Musa menambah, keempat-empat jenis jangkitan daripada PD yang menyerang kanak-kanak ini mempunyai simptom berbeza yang perlu dikenal pasti oleh penjaga pada anak-anak mereka.\n\n\u201cBagi meningitis, apabila kanak-kanak tersebut telah diserang dia akan mengalami sakit kepala, muntah-muntah, demam, dan dalam beberapa kes yang kritikal dia akan mengalami koma.\n\n\u201cKanak-kanak yang berumur bawah setahun mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti dengan meningitis dengan purata 10 kes daripada 100,000 kanak-kanak.\n\n\u201cOtitis media iaitu jangkitan berkaitan dengan telinga tengah boleh dikenal pasti melalui simptom berlaku pembengkakan pada gegendang telinga yang menyebabkan mereka mengalami sakit telinga. Apabila terkena jangkitan ini mereka akan demam, sentiasa mahu tidur, meragam dan tidak selesa.\n\n\u201cPneumonia dan bakteremia juga adalah penyakit serius yang menyebabkan kanak-kanak yang dijangkiti demam, meragam dan kadar pernafasannya laju,\u201d katanya\n\nTambah Dr. Musa lagi, PD boleh dirawat dengan antibiotik, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini bakteria tersebut didapati bersifat kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan.\n\nIni membuatkan rawatan menjadi lebih sukar dan mengakibatkan tempoh rawatan di hospital yang lebih panjang dan kos yang tinggi.\n\nBeliau berkata, cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit pneumokokal adalah melalui suntikan vaksin.\n\nKini terdapat dua jenis vaksin pneumokokal untuk kanak-kanak iaitu Vaksin Konjugat Pneumokokal 10 Valen (PCV10) bagi melindungi kanak-kanak daripada 10 jenis bakteria pneumokokal dan Vaksin Konjugat Pneumokokal 13 Valen (PCV13) iaitu untuk melindungi kanak-kanak daripada 13 jenis bakteria pneumokokal.\n\nVaksin polysaccharide pula digunakan kepada orang dewasa."
"Menantikan resepi pau cendawan? Kali ini kami tunaikan permintaan resepi pau cendawan sedap dan mudah.\n\nRupa macam cendawan tapi isi pau. Rupanya ramai lagi yang tidak tahu resepi langkah demi langkah untuk membuat pau cendawan gebu dan sedap. Ianya tidak sukar sebenarnya. Boleh sahaja buat di rumah dengan versi lebih banyak.\n\nOleh itu, resepi pau cendawan daripada Khaled M. A. Abdul-jawad\u00a0di laman Facebook dapat ditiru dan dicubakan di rumah. Resepi ini menghasilkan pau yang lembut dan gebu.\n\nCorak cendawan diperbuat menggunakan serbuk koko cair. Macam menarik bukan? Jom buat resepinya.\n\nSelain resepi pau cendawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Nak tahu cara mengajar anak membaca dengan cepat?\n\nTetapi sebelum itu, amri kita hadam statistik di bawah dahulu.\n\nTahukah anda, menurut kajian, belajar membaca merupakan satu cabaran untuk\u00a0lebih daripada 40 peratus kanak-kanak? Oleh itu, jangan risau sekiranya anak anda belum\u00a0pandai membaca seperti anak rakan-rakan anda.\n\nPaling penting, jangan membandingkan anak anda dengan mereka kerana dikhuatiri anak anda akan hilang keyakinan diri dan menyebabkannya hilang minat untuk belajar lagi. Ingatlah, setiap anak-anak mempunyai potensi diri yang berlainan.\n\nKita sebagai ibu bapalah bertanggungjawab untuk mencungkil dan mengasah potensi mereka supaya menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan, inshaAllah.\n\nArtikel kali ini adalah berkenaan 10 tips supaya anak cepat pandai membaca. Sekiranya anda menyedari anak anda lambat membaca berbanding rakan sebaya, jangan diabaikan sahaja mereka. Ini kerana, semakin meningkat usia anak-anak itu, semakin sukar untuk mereka belajar membaca.\n\nOleh itu, pendidikan awal adalah sangat penting bagi mereka. Semoga tips ini bermanfaat pada ibu bapa diluar sana, inshaAllah.\n\n#1 Peruntukkan masa tetap setiap hari untuk membaca pada anak\u00a0\n\nKajian mendapati bahawa membacakan buku pada anak setiap hari\u00a0boleh\u00a0meningkatkan pemahaman anak dan membolehkan anak menangkap kosa kata atau beberapa perkataan yang rumit. Selain itu, dengan membacakan buku pada anak-anak, ia boleh mencetus sifat kreativiti dan minat mereka untuk membaca.\n\n>Tidak kira sama ada anak anda masih belum bersekolah atau sudah meningkat remaja, cara ini boleh meningkatkan keinginan anak untuk membaca dengan sendiri.\n\nKita sering melihat orang barat gemar membacakan buku cerita fantasi atau cerita kanak-kanak pada anak mereka sebelum tidur. Apa kata kita pula mengaplikasikan cara ini pada anak kita pula.\n\nBezanya, sebelum mereka tidur, kita bacakan ayat al-Quran mudah atau doa tidur, dituruti dengan membacakan\u00a0kisah Nabi dan Rasul pada mereka. Disamping boleh menggalakkan mereka pandai membaca, kita juga boleh mengajar mereka kisah teladan dan sejarah Nabi.\n\nSelain itu, tahukah anda,\u00a0antara perkara yang boleh meninggalkan kesan dalam ingatan anak-anak adalah membacakan mereka buku! Rujuk artikel ini untuk bacaan lanjut: 10 Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak.\n\n#2 Besarkan anak dalam persekitaran yang penuh dengan bahan bacaan\n\nKanak-kanak yang dibesarkan di rumah yang mempunyai sumber bahan bacaan yang banyak didapati lebih cemerlang dalam pelajaran. Galakkan anak anda membaca dengan melengkapkan rumah anda dengan pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, komik dan buku.\n\nLebih elok sekiranya wujudkan perpustakaan kecil di rumah, atau letakkan bahan bacaan di sekeliling anak anda\u00a0seperti dalam bilik tidur, ruang tamu ataupun dalam kereta!\n\nWujudkan waktu membaca keluarga yang tetap. Sebagai contoh, setiap Jumaat malam, anda sekeluarga menetapkan satu jam dimana semua orang membaca bersama-sama dalam keadaan senyap.\n\nDengan melihat anda membaca, anak anda juga akan terdorong untuk membaca. Hanya 15 minit setiap hari pun memadai bagi meningkatkan tahap kelajuan pembacaan anak anda.\n\n#4 Galakkan pelbagai aktiviti membaca yang menarik\n\nJadikan membaca itu sebahagian daripada hidup anak anda. Galakkan mereka membaca menu makanan di restoran, papan tanda atau iklan di tepi jalan, tajuk rancangan kegemaran mereka atau apa sahaja informasi yang praktikal.\n\nAnda juga boleh memberikan apa sahaja bentuk bacaan diwaktu lapang mereka\u00a0sementara mereka menunggu temujanji doktor gigi atau dalam perjalanan menaiki keretapi.\n\nPelbagaikan bahan atau sumber yang boleh membantu mereka cepat belajar seperti flashcard, permainan atau\u00a0ipad apps yang sesuai. Dengan cara ini, anak anda akan lebih teruja untuk belajar membaca sekaligus menarik minat mereka.\n\n5) Menanam kebiasaan untuk ke perpustakaan\n\nTerimbau kenangan saya semasa zaman kanak-kanak dahulu. Dahulu, kami tidak mempunyai kereta, jadi, jika mahu kemana-mana kami akan menaiki bas. Teringat kesusahan ibu saya membawa kami tiga beradik yang masih kecil ke perpustakaan seminggu sekali.\n\nTidak kira apa jua keadaan, perpustakaan menjadi tempat wajib kami kunjungi setiap minggu. Sewaktu cuti sekolah, ibu memilih untuk menghantar kami ke perpustakaan setiap hari. Di penghujung hari, selepas pulang dari pejabat barulah ibu menjemput kami.\n\nMeletihkan dan kami juga tidak dapat pergi bermain. Tetapi dengan cara tersebut, kami lebih berminat untuk membaca berbanding aktiviti lain.\n\n6) Pantau setiap perkembangan anak anda\n\nKetahui secara terperinci setiap perkembangan anak anda. Dapatkan maklumat dari guru di sekolah berkenaan sejauh mana perkembangan yang anak anda tonjolkan di sekolah. Kenalpasti kemahiran membaca yang sepatutnya mengikut peringkat umur.\n\nKebanyakan ibu bapa gemar meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mengajar anak mereka di bahu guru di sekolah tanpa mengambil tahu perkembangan anak mereka sendiri.\n\nHakikatnya, itu adalah perbuatan yang\u00a0salah! Sesi pembelajaran dan pengajaran tidak sepatutnya berlaku hanya disekolah. Ia sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah pendidik terawal dan utama bagi anak mereka.\n\nPembelajaran di sekolah hanya untuk perkara yang tidak mampu diajar oleh ibu bapa di rumah. Apalah gunanya anda belajar tinggi sehingga ke peringkat Ijazah dan Doktor Falsafah jika anak anda sendiri diajar oleh pembantu rumah Indonesia yang tidak pernah bersekolah.\n\nKenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak anda semasa proses membaca. Mungkin, anak anda tidak boleh menyebut suatu huruf dengan betul. Mungkin, dia sendiri tidak faham apa yang dia baca.\n\nDan mungkin juga anak anda keliru dengan huruf-huruf yang ada. Kenalpasti masalah ini dan dapatkan kerjasama dari guru di sekolah sekiranya anda tidak tahu cara terbaik untuk menanganinya.\n\n#7 Jujur pada diri dan letakkan sasaran yang realistik\n\n\u201cSaya mahu anak saya pandai membaca dalam masa satu bulan!\u201d. Sekadar berimpian tidak boleh menyebabkan anak anda membaca dengan cepat. Jujur pada diri, dan letakkan matlamat yang realistik. Hanya anda mengetahui sejauh mana potensi dan tahap perkembangan anak anda.\n\nAnda boleh meletakkan matlamat seperti \u2018berusaha melatih anak membaca 15 minit setiap hari\u2019 atau \u2018menggalakkan anak membaca tiga buah buku sebulan\u2019. Apa sahaja matlamat mengikut kemampuan anak anda.\n\nTerlalu mendesak anak mencapai matlamat yang anda tetapkan sendiri bukan sahaja menyebabkan anak tertekan, malah boleh meragut minat mereka untuk membaca. Jadikan membaca ini suatu perkara yang menyeronokkan, bukan merunsingkan.\n\n#8 Memberi galakkan dan motivasi, bukan merendahkan\n\n\u201cAnak saya membaca terlalu perlahan\u201d. Antara keluhan yang sering diluahkan oleh ramai para ibu. Tidak mengapa untuk anak anda membaca lambat. Setiap anak-anak mempunyai keupayaan belajar yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat.\n\nJangan sesekali membanding-banding anak anda dengan anak orang lain \u2013 lebih-lebih lagi dihadapannya. Dikuhatiri, semangat dan minatnyanya untuk belajar hilang sedikit demi sedikit.\n\nJangan terlalu bimbangkan selaju manakah anak anda membaca. Sebaliknya, tumpukan lebih perhatian pada bagaimana anak anda menyebut sesuatu perkataan dengan tepat dan betul.\n\nJangan terlalu memberi tekanan pada anak anda supaya laju membaca. Lebih baik sekiranya anda boleh membantunya mengingati apa yang dia baca sebentar tadi. Sebagai contoh, anda boleh menulis beberapa perkataan atau melukis sesuatu yang menggambarkan apa yang berlaku. Dengan cara ini, minat anak anda untuk membaca boleh bercambah hari demi hari.\n\nReaksi dan respon dari anda mempunyai pengaruh yang besar dalam menggalakkan anak anda membaca. Pastikan anda memuji dengan ikhlas setiap usaha mereka. Sekali sekala, hadiahkan barang impian mereka untuk mengiktiraf segala usaha mereka dan membuatkan mereka rasa dihargai. Ingat, usaha yang kecil tetapi diamalkan setiap hari boleh menyumbang pada kejayaan yang besar dikemudian hari.\n\n#9 Berkongsi kesusahan dan cabaran anda dengan anak-anak\n\nAnak anda tidak mahu membaca? Fahami perasaan mereka. Kebiasannya apabila sesuatu perkara tersebut dianggap terlalu sukar untuk dilakukan, ditambah lagi dengan tekanan pelbagai pihak termasuk guru di sekolah dan ibu di rumah, anak anda seringkali memilih untuk tidak melakukannya lansung!\n\nKongsikan pada anak anda apa jua perkara yang anda tidak pandai atau menghadapi masalah untuk melakukannya. Akui padanya, sebagai manusia biasa, tidak mengapa untuk tidak pandai \u2013 asalkan berusaha dan mencuba.\n\n10) Raikan setiap kejayaan dan usaha\n\nPaling penting, raikan setiap kejayaan dan usaha anak anda \u2013 setiap satu kejayaan! Jangan hanya bergantung pada kad kemajuan sekolah anak anda untuk mengetahui tahap kemajuan mereka dalam pelajaran.\n\n*Raikan apabila anak anda berjaya menyebut satu perkataan yang sukar dengan betul.\n\n*Raikan apabila beliau sudah semakin membaca dengan lancar.\n\n*Raikan apabila mereka memperbetulkan sebutan bacaan sendiri.\n\n*Raikan apabila mereka menghabiskan banyak buku untuk dibaca,\n\nDalam mendidik anak membaca, saya mendapati diri saya kerap memuji walau sedikit pun kejayaan\u00a0yang dilakukan oleh mereka. Bukan memuji untuk menggalakkan sikap riak dalam diri mereka, tetapi memuji untuk menghargai setiap usaha yang mereka lakukan.\n\nKerana hakikatnya, dalam apa jua perkara, Allah memberi pahala pada hamba-Nya berdasarkan usaha, bukan pada hasil semata-mata. Hanya manusia yang mengharapkan hasil yang baik. Sedangkan, kita hidup kerana Allah, bukan hidup untuk memenuhi apa yang diharapkan manusia.\n\nSaya sendiri tidak begitu meletakkan harapan yang tinggi pada anak-anak saya terutamanya dalam\u00a0pelajaran mereka. Saya percaya, asalkan mereka berusaha, mereka sudah pun berjaya di mata saya. Kejayaan tanpa usaha adalah rezeki. Tetapi kejayaan dengan usaha lebih manis nilainya dan lebih dihargai.\n\nSaya juga percaya, setiap anak mempunyai bakat dan kemampuan tersendiri. Membanding dan menghakimi mereka berdasarkan bilangan A yang diperolehi adalah tidak adil pada mereka sama sekali.\n\nAnak-anak bukan dilahirkan untuk memenuhi segala kehendak dan impian kita. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa hanyalah sekadar melatih dan mendidik mereka menjadi manusia yang lebih baik dikemudian hari. Asalkan mereka berusaha untuk memperbaiki diri, itu sudah memadai.\n\nWalau apa pun cara yang anda praktis bagi membolehkan anak anda membaca dengan cepat sekaligus memupuk minat mereka membaca, semuanya terletak pada diri anda sendiri. Anak-anak akan dicorak mengikut acuan anda sendiri. Sekiranya anda sendiri malas membaca, bagaimana untuk berharap anak anda mengikut seperti yang anda mahukan?\n\nBak kata pepatah English, \u201cwe must lead by example\u201d. Sekiranya kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik, walau dipaksa sekalipun, anak anda tidak akan melakukan perkara baik tersebut.\n\nKredit gambar: Arnau M. Bertran, Subhendu Sarkar, Yasser Chalid, Farrukh"
"Pernah dengar tentang kolostrum? Jika belum tahu, kolostrum\u00a0adalah cecair yang dihasilkan oleh semua mamalia (termasuk manusia). Kolostrum hanya akan ada dalam masa beberapa hari pertama selepas melahirkan. Manfaat kolostrum susu ibu ini juga sangat banyak. Disebabkan itu ibu-ibu yang baru bersalin akan dinasihatkan untuk susukan bayi masing-masing terutama pada hari-hari awal kelahiran. \n\nUntuk pengetahuan, kolostrum akan muncul sebelum susu ibu yang sebenarnya dan jumlahnya hanyalah sedikit saja berbanding dengan susu ibu yang berwarna putih biasa. Manfaat kolostrum susu ibu ini pada bayi sangat banyak dan disebabkan itu cecair kolostrum ini sangat \u2018mahal\u2019 harganya dan sangat rugi jika tidak di beri pada anak secara langsung. \n\nApakah Maksud Dan Manfaat Kolostrum Susu Ibu Ini Sebenarnya?\n\nJika dibaca pada wikipedia, Kolostrum\u00a0merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Untuk pengetahuan anda juga, kolostrum adalah \u2018makanan\u2019 yang paling baik untuk semua bayi yang baru lahir. \n\nDari segi manfaat kolostrum susu ibu ini pada bayi, ia dapat memberikan sistem pertahanan yang lebih baik untuk melawan penyakit yang ada di sekeliling bayi. Lagi-lagi bila bayi baru dilahirkan di mana bayi perlu sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ditambah pula dengan pelbagai penyakit yang ada di persekitaran. \n\nAntara Ciri-Ciri Utama Yang Ada Pada Kolostrum \n\nTubuh seorang ibu mampu memberikan susu badan yang hebat manfaatnya. Ini termasuklah dengan kolostrum yang hanya akan dihasilkan oleh tubuh dalam masa beberapa hari selepas melahirkan anak. Namun sayangnya ada ibu yang membuang kolostrum ini dengan alasan ianya adalah susu yang telah rosak. Eh, jangan di buang tau! Rugi sangat-sangat. \n\nMaka untuk membantu para ibu mengenali apakah kolostrum ini sebenarnya, di sini turut disertakan sekali antara ciri-ciri yang ada pada kolostrum sebagai rujukan. Antara ciri-ciri yang ada pada kolostrum ibu tersebut adalah :\n\n#1 \u2013 Cecair Ini Lebih Pekat Berbanding Susu Ibu Yang Biasa\n\nAnda boleh lihat perbezaan antara\u00a0susu\u00a0badan dengan\u00a0kolostrum\u00a0ini dengan mata kasar. Walaupun kedua-duanya merupakan cecair yang keluar dari payudara si ibu namun kolostrum mempunyai tekstur yang lebih pekat berbanding susu ibu yang biasa. \n\n#2 \u2013 Mempunyai Warna Kekuningan Seakan \u2018Emas\u2019\n\nKolostrum\u00a0tidak sama dengan warna\u00a0susu\u00a0matang.\u00a0Susu lebih kepada warna putih sedangkan kolostrum lebih kepada warna kuning. Kerana itu kolostrum ini turut digelar sebagai cecair emas disebabkan oleh warna dan khasiatnya. \u00a0\n\n#3 \u2013 Rupanya Kelihatan Seakan Susu Yang Telah Rosak / Basi\n\nUntuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan\u00a0susu ibu, kolostrum adalah susu awal terbaik yang sangat bagus untuk kuatkan sistem imuniti bayi kita. Rugi besar jika bayi tak dapat kolostrum ini dan jangan terkejut dengan rupanya yang seakan susu basi. \n\nBeri susu badan secara terus pada anak mana nak timbul isu susu basi kan? Jangan risau dan beri saja susu secara terus dari badan pada bayi terutama di hari-hari teawal kelahiran. \n\n#4 \u2013 Sangat Kaya Dengan Kandungan Protein Yang Bagus\n\nCecair kolostrum yang berwarna kuning ini bukan saja pekat malah berlemak dan bersifat rendah tinggi karbohidrat juga. Selain dari itu ia turut kaya dengan kandungan vitamin K dengan kandungan rendah yang lemak dan menyihatkan. \n\nManfaat Kolostrum Susu Ibu Pada Bayi\n\nCara Untuk Susukan Bayi Baru Lahir Dengan Kolostrum Untuk Pertama Kali\n\n Sebagai ibu bapa yang baru pertama kali mendapat baby, tak dinafikan ia merupakan satu cabaran. Soalan tentang penyusuan susu ibu seperti berapa kerap kena menyusu\u00a0bayi baru lahir\u00a0dan bagaimana pula cara\u00a0menyusukan\u00a0bayi baru lahir ini sudah biasa sangat di dengar. \n\nMenyusukan\u00a0bayi\u00a0boleh terus dilakukan sejurus selepas\u00a0bayi dilahirkan. Jangan bimbang kerana baby sudah ada naluri untuk menghisap yang telah Allah SWT kurniakan. Tugas si ibu yang baru melahirkan ini adalah untuk fokus kepada kepada\u00a0cara\u00a0menyusu badan yang betul untuk keselesaan bayi dan diri sendiri. \n\n Langkah atau cara\u00a0menyusukan\u00a0bayi baru lahir dengan betul itu adalah :\n\nMenyusu bayi boleh dilakukan sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi itu sendiri. Bayi juga memiliki usus perut yang masih kecil maka mereka perlu di beri susu dengan kerap. Waktu paling ideal adalah 2 jam sekali.\n\nMenyusu\u00a0bayi baru lahir\u00a0tidaklah serumit yang disangka sebenarnya cuma ia memerlukan kesabaran dan praktik dengan merujuk kepada beberapa tips dan panduan menyusu dengan betul. Dengan adanya pengetahuan asas tentang cara untuk menyusukan\u00a0bayi ini, pasti semuanya akan menjadi mudah dan menyeronokkan."
"Nak tahu khasiat susu kambing? Artikel ini adalah tentang khasiat ssusu kambing dari sudut kesihatan dan sains.\n\nDi negara-negara Asia, susu kambing masih belum mendapat tempat sebagai pilihan utama dalam diet makanan seharian. Susu lembu lebih menjadi pilihan kerana lebih mudah didapati dan murah harganya. Namun, di kebanyakan negara Eropah, susu kambing berada pada kedudukan yang lebih premium dan dinikmati sebagai produk istimewa.\n\nDisebabkan susu lembu lebih banyak dikomersialkan, ramai yang tidak menyedari akan manfaat susu kambing ini. Bahkan, susu kambing sering dikaitkan dengan baunya yang kurang menyenangkan dan rasanya yang kurang enak berbanding susu lain.\n\nNamun, kini bertepatan dengan teknologi dan kecanggihan, susu kambing boleh didapati dalam pelbagai bentuk serbuk serta dalam pelbagai campuran perisa yang tentunya lebih sedap. Selain diminum sebagai susu begitu sahaja, susu kambing juga selalu diproses menjadi keju, mentega, aiskrim serta yogurt.\n\nSelain susu yang rendah kolesterol, terdapat banyak kebaikan susu kambing kepada kesihatan. Fakta-fakta ini diolah daripada kertas penerbitan saintifik oleh penyelidik Amerika Syarikat pada tahun 2004.\n\nSusu kambing mempunyai kalsium yang tinggi yang mampu menjaga tulang ke tahap optimum, berbanding susu lain. Umum mengetahui yang kalsium amat baik untuk menghalang masalah osteoporosis atau kerosakan tulang.\n\nSatu gelas susu kambing mengandungi lebih 300 mg kalsium yang merupakan 1/3 daripada keperluan untuk kanak-kanak, berbanding\u00a0 kalsium dalam susu lembu sebanyak 125mg.\n\nKajian ke atas 38 kanak-kanak selama 5 bulan yang mengambil diet susu kambing menggantikan susu lembu mendapati kesan perbezaan yang positif dari segi pertambahan berat, ketinggian, pembentukan mineral dalam tulang dan kandungan darah yang tinggi dengan vitamin A, kalsium, sel darah merah dan sebatian antioksidan yang lain.\n\nDengan meminum susu kambing juga dapat mengelakkan keradangan atau ketidakselesaan kepada perut yang biasanya terjadi kepada mereka yang minum susu lembu.\n\nMenurut kajian, dalam susu kambing terkandung prebiotik semulajadi yang dapat mengurangkan keradangan usus lalu menjadikan sistem pencernaan lancar dan sihat.\n\n#3 Komposisi Yang Lebih Hampir Pada Manusia\n\nKomposisi kimia susu kambing lebih dekat kepada susu manusia berbanding susu lembu. Oleh itu, badan kita mendapat lebih nutrien menerusinya. Menurut kajian, susu kambing juga mempunyai khasiat yang hampir menyamai susu ibu.\n\nSusu kambing kurang memberikan tekanan kepada proses pencernaan. Selain itu susu kambing sendiri juga mudah dicerna. Proses pencernaan susu kambing hanyalah 20 minit berbanding susu lembu yang melebihi 2 jam.\n\nTambahan pula, kajian klinikal di Perancis dalam tempoh pemantauan 20 tahun mendapati bahawa susu kambing lebih mudah dicerna kerana tidak menyebabkan alahan sebagaimana yang disebabkan oleh susu lembu. Terdapat peningkatan sebanyak 93% bagi kanak-kanak yang mengambil susu kambing berbanding susu lembu.\n\n#5 Satu Cawan Pun Sudah Hampir Cukup\n\nSatu cawan susu kambing memberikan hampir 40% keperluan kalsium harian kita, 20% pengambilan vitamin B, selain fosforus dan potassium.\n\nBagi mereka yang menghidap anemia, susu kambing sangat baik dan sesuai untuk anda kerana ia boleh meningkatkan kadar zat besi.\n\nDi Sepanyol pula, penyelidik mereka mengkaji serapan susu kambing oleh sampel tikus makmal. Pencernaan dan serapan zat besi dan kuprum didapati meningkat.\n\nHal ini ternyata membantu dalam pencegahan anemia dalam tubuh.\n\n#7 Mengimbangkan Asid Lemak Dalam Tubuh\n\nSusu kambing dapat mengimbangkan asid lemak \u00a0dalam tubuh. Ini dapat mengelakkan kita daripada penyakit strok, jantung, dan pelbagai lagi komplikasi koronari.\n\nJika dibandingkan dengan susu lembu, susu kambing menyeimbangkan pertambahan lemak dan berat. Kandungan kolesterol didapati berkurangan manakala kandungan kolesterol baik yang lain adalah kekal normal.\n\nKajian saintifik menemui kehadiran rantaian trigliserida medium (36% dalam susu kambing berbanding 21% dalam susu lembu) yang berperanan menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.\n\nKandungan potassiumnya yang tinggi membantu merendahkan tekanan darah.\n\nSelenium dalam susu kambing melindungi kita daripada penyakit dan menghalang jangkitan. Ini kerana selenium merupakan komponen penting dalam sistem ketahanan badan.\n\nSusu kambing kaya dengan protein yang penting untuk pertumbuhan. Ia membentuk sel, tisu, otot, dan tulang. Oleh itu, proses metabolisme kita dilindungi, pertumbuhan dirangsang, dan sekaligus memastikan kesihatan tubuh secara keseluruhan.\n\nNamun, komposisi protein dalam susu kambing ini sebenarnya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti baka genetik, peringkat pemerahan susu, iklim cuaca dan usia kambing tersebut.\n\nProtein dalam susu kambing adalah lebih kurang dengan susu lembu dan berbeza pada struktur molekul sahaja. Namun, perkara ini yang membezakan alahan susu lembu yang lebih teruk kepada manusia berbanding susu kambing.\n\n#11 Asid Lemak Yang Lebih Tinggi\n\nAsid lemak yang ada dalam susu kambing lebih tinggi berbanding yang ditemui dalam susu lembu. Tapi, ia kurang lemak jahat. Ini bermaksud yang ia membantu dalam menurunkan berat badan tanpa mengabaikan keperluan nutrien.\n\nJadi, anda boleh mula menyimpan susu kambing \u00a0dalam peti sejuk anda untuk mendapatkan keperluan nutrisi harian anda. Ia juga pengganti yang bagus bagi mereka yang tidak suka minum susu lembu tapi mahu mendapatkan khasiat daripada susu.\n\nKandungan Dalam Susu Kambing Yang Perlu Anda Tahu\n\nNilai pH\u00a0 susu kambing adalah beralkali. Dalam kajian yang dijalankan, didapati kandungan asid lemak dalam susu kambing adalah\u00a0 lebih tinggi berbanding dalam susu lembu. Kandungan selenium pula adalah paling tinggi berbanding semua jenis susu\n\nBerikut kandungan gizi dalam susu kambing adalah lebih tinggi berbanding susu lembu, iaitu:\n\nSebelum itu, suka untuk diingatkan bahawa kanak-kanak sangat tidak digalakkan untuk meminum susu kambing semasa mereka masih menyusu badan sama ada menggunakan botol, mereka juga tidak digalakkan meminumnya selepas berhenti menyusu.\n\nTunggulah sehingga usia mereka meningkat pada tahap komposisi nutrien susu kambing lebih serasi dengan mereka. Justeru, pilihlah susu yang lebih sesuai untuk kanak-kanak dan bayi.\n\nIni kerana terdapat kajian yang membuktikan susu kambing tidak sesuai diminum oleh kanak-kanak kerana keperluan nutrisi yang tidak sesuai dalam tempoh perkembangan mereka.\n\nKesimpulannya, susu kambing adalah susu yang sangat digemari oleh Rasulullah SAW, bahkan jika diamalkan ianya menjadi perbuatan sunnah. Pasti ada sebabnya Baginda sangat menggemari susu kambing ini berbanding susu lain. Selain itu, ada pendapat menyatakan susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu.\n\nJadi dengan segala kebaikan khasiat dan keistimewaan kandungannya kita mestilah menghargai anugerah Allah ini dengan menjadikan susu \u00a0kambing ini sebagai diet tambahan ataupun sumber makanan utama seharian. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Jenis susu kambing terbaik? Banyak sahaja, boleh dapatkan di Shopee atau Lazada pada harga yang berbaloi.\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof.\n\nSelain artikel ini, ada beberapa artikel lain yang boleh anda baca."
"Beli ikan talapia tapi pening ingin masak apa? Setakat ini resepi goreng-goreng sahaja yang tahu? Oleh itu, kami sediakan resepi mulai dari masakan kampung melayu hingga ala Thai. Cara masak mudah serta bahan-bahan pula senang beli.\n\nIkan talapia merupakan spesies ikan air tawar biasa hidup di air payau, sungai kecil, tasik, dan muara. Ikan talapia merupakan sumber protein yang tinggi dan merupakan kesukaan orang ramai.\n\nMungkin ada beberapa orang yang tidak suka rasa hanyir ikan talapia, namun jika dibersihkan dengan betul dan dimasak dengan resepi yang betul mesti sedap. Kami ada tuliskan resepi talapia yang mudah selain daripada goreng-goreng. 10 kumpulan resepi di bawah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook boleh jadi idea masak ikan talapia anda.\n\nMakan malam dengan talapia masak pedas Thai terus tak pandang orang sebelah. Tengku RosElyza Raja Muhammad berkongsi resepi talapia masak pedas Thai sedap. Seperti biasa masakan Thailand mesti ada ciri masam sama ada daripada daun limau mahupun serai. Rasa masam dan wangi masakan ini bangkitkan selera.\n\nAfy AL Habibi berkongsi resepi ikan bakar kegemaran yang paling mudah. Cicah isi ikan dengan air asam mabeles. Guna pes ikan bakar Adabi sahaja dan sedikit bahan tumbuk bagi sedap lebih. Rencahnya terasa hingga ke tulang, isi ikan pula langsung tidak kering.\n\nPaih pakai tempoyak dan rempah-rempah macam cili, bawang merah, kunyit, daun kesum, dan daun kunyit diracik halus. Pais ikan talapia dibuat cara Zanna Shapeai di laman Facebook memang sedap. Dapat makan dengan nasi putih panas-panas dan ulam-ulaman, terus tak mahu pandang belakang.\n\nIkan Talapia Hitam Tumis Sambal Belacan\n\nMasak talapia hitam tumis kena dengan sambal belacan. Sambal belacan versi Amy Aurora Qaisarah II yang berkongsi di laman Facebook amat sedap dan memikat selera. Guna air asam jawa supaya rasa lebih ngam ya.\n\nAmaran jangan makan depan mertua, takut-takut terpapar muka tidak senonoh mak mertua lalu kita tidak perasan. Tempoyak berlada boleh buat siram pada ikan bilis goreng juga. Resepi campak-campak Pia Sofieya ajar, walaupun campak-campak tapi sedap. Pekena pulak ada petai makin sedap.\n\nPada sesiapa yang sudah muak makan yang berlemak-lemak dan bersantan. Ayuh cuba yang masam-masam pula. Bila sudah masak, makan panas-panas dengan telur dadar ais batu. Resepi dikongsikan oleh Adnan Bin Mat Abu di laman Facebook.\n\nIni antara menu kesukaan keluarga. Resepi versi Yusma Mustafa paling simpel dan sesuai sangat bila suntuk nak masak. Percaya tidak percaya menu talapia masak tiga rasa dalam 10 minit siap.\n\nIni menu terkenal di Cambodia. Meriah makan ramai-ramai, sedap sampai menghirup pinggan. Nampak mudah sangat cara dan bahannya. Cukup masam, masin, manis dan pedas. Sesuai sangat dipadankan dengan isi talapia yang segar dan sedap. Resepi dikongsikan oleh Marina Ismail di laman Facebook.\n\nIkan Talapia Masak Lemak Belimbing Buloh\n\nKalau ingin jadi menantu orang nismilan, masak gulai jangan sampai pecah minyak. Kunyit kalau boleh yang hidup. Masak lemak talapia campur belimbing buloh jadi makin sedap. Bagi pedas cili api biar makin sedap. Resepi dikongsikan oleh Nur Aisya di laman Facebook.\n\nRasa jemu makan nasi? Boleh cuba buat ini pula. Myira Idora masak miang pla pao, iaitu masak ikan talapia digoreng garing yang dimakan dengan sambal hijau yang diperbuat dengan cili hijau, bawang putih, gula perang, sos ikan, dan paling penting ialah daun ketumbar dan akar ketumbar ciri masakan Thailand.\n\nSelain kumpulan resepi ikan talapia, kami juga menulis resepi menarik lain yang patut anda cubakan. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Bagi menjimatkan masa bersiap, hair dryer diperlukan untuk mengeringkan rambut setiap hari. Untuk mencari hair dryer terbaik, pastikan ia berkualiti tinggi dan tahan lama. Sama ada untuk kegunaan sendiri atau ingin menghadiahkannya kepada insan yang tersayang, jom lihat antara hair dryer terbaik yang boleh anda cuba.\n\nPengeringan yang dilakukan oleh hair dryer GHD Air Hair Dryer dikatakan dua kali lebih pantas daripada hair dryer biasa. Ramai yang gemar hair dryer ini kerana habanya boleh dilaraskan dengan mudah justeru dapat mengeringkan rambut dalam sekelip mata. Bunyinya juga tidak terlalu bising.\n\nDengan penggunaan hair dryer ini, rambut akan kelihatan lebih licin kerana muncung hair dryer ini mengarahkan aliran udara dengan tepat. Haba yang digunakan juga selamat dan tidak merosakan kulit kepala.\n\nHair dryer Flower Ionic Pro Dryer ini diasaskan oleh bintang Hollywood terkenal iaitu Drew Barrymore. Beliau amat arif tentang penjagaan rambut dan kerana itulah hair dryer ini dicipta untuk memenuhi penjagaan rambut yang sangat sempurna.\u00a0\n\nMenariknya, hair dryer ini dikatakan antara hair dryer terbaik untuk rambut yang jenis kerinting secara semulajadi. Ia juga mampu mengeringkan rambut jenis kerinting dengan cepat dan rambut menjadi lebih lembut serta lebih sihat. Jadi, bagi anda yang memiliki rambut kerinting, hair dryer ini amat sesuai untuk digunakan oleh anda.\n\nRambut kusut dan kerinting memerlukan lebih banyak TLC dalam mengeringkan rambut, di mana ciri-ciri tersebut dimiliki oleh hair dryer Panasonic EH-NA98. Kebanyakan pengguna yang memiliki rambut kerinting amat menyukai mod panas dan sejuknya.\n\nIa boleh dilaraskan secara automatik agar rambut tidak rosak. Juga dilengkapi dengan mod yang dapat menurunkan suhu supaya tidak membakar kulit kepala dan membuatkan rambut agar kekal berkilat, lembut dan utuh sepanjang hari.\n\nCloud Nine The Airshot Pro Hair Dryer\n\nKita pasti inginkan rambut yang cantik selepas melakukan dandanan rambut. Jadi, hair dryer Cloud Nine The Airshot Pro Hair Dryer ini akan merealisasikan impian tersebut dengan menjadikan rambut lebih sihat, licin dan lembut selepas menggunakannya.\u00a0\n\nWalaupun hair dryer ini mengeluarkan bunyi yang agak kuat tetapi kesannya dalam mengeringkan rambut amat pantas. Ia juga boleh digunakan untuk semua jenis rambut. Suhunya yang panas sejuk juga dapat mengeringkan rambut secara semulajadi.\n\nBrand GHD sememangnya amat popular dalam kalangan mereka yang gemar bergaya.\u00a0 Baru-baru ini GHD telah mengeluarkan hair dryer terbaru untuk mengatasi masalah rambut bercabang dan melicinkan sel-sel rambut agar kelihatan anggun dan berseri. Hair dryer tersebut adalah GHD Helios Professional Hair Dryer.\n\nIa terbukti menjadikan rambut berkilat dan lembut selepas menggunakannya dan proses pengeringannya sangat bagus. Dari sudut pandangan estetik, ramai yang mengagumi rupa bentuk hair dryer yang cantik ini. Ia tersedia dalam beberapa warna yang berbeza yang menarik.\n\nHair dryer terbaik ini sesuai dimasukkan ke dalam beg gim atau bagasi anda untuk percutian di mana ia boleh dilipat dengan sangat kecil. Hair dryer T3 Compact ini juga sangat ringan dan selesa untuk dipegang. Walaupun kecil, ia berfungsi mengeringkan rambut.\n\nNamun, hasilnya tidaklah begitu pantas dan tidak mampu menandingi kecepatan hair dryer terbaik yang lain. Oleh itu, ia hanya sesuai untuk mereka yang sering bercuti dan kerap berada di luar rumah.\n\nHair dryer Remington Proluxe Ionic Hair Dryer pula direka dengan bentuk yang premium dan mewah. Tiupan udara hair dryer ini sangat kuat yang sememangnya dapat membantu mengeringkan rambut pada kadar terbaik. Sekaligus ia menjadikan rambut lebihlembut dan segar.\n\nHair dryer ini mempunyai tetapan dengan 5 fungsi yang boleh disesuaikan dengan jenis rambut yang diingini. Bagi anda yang turut mencari hair dryer terbaik untuk dijadikan hadiah majlis perkahwinan, kami syorkan hair dryer Remington Proluxe Ionic Hair Dryer.\n\nHair dryer Babyliss 2100W Hydro-Fusion Dryer sangat hebat dalam membantu anda mengeringkan rambut.\u00a0 Ia amat sesuai untuk mereka yang sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengeringkan rambut.\u00a0\n\nRamai pelanggan memberi komen bahawa hair dryer terbaik ini sangat pantas mengeringkan rambut basah dan membuatkan 83% rambut kelihatan lebih berkilat dan lembut.\n\nBentuknya kelihatan sangat mewah dan mudah untuk dikendalikan. Walaupun ia sedikit perlahan untuk mencapai suhu maksimum tetapi ia tidak menjejaskan kelajuan pengeringannya.\n\nAlfa Italia Forza Pro Hair Dryer\n\nAlfa Italia Forza Pro Hair Dryer mempunyai kelebihan dalam menjadikan rambut kelihatan bersinar. Selain itu, hair dryer terbaik ini dapat mengurangkan kerinting dan mengembalikan kesegaran rambut. Reka bentuknya amat selesa untuk dipegang tetapi ada juga yang mendapati hair dryer ini terlalu berat.\n\nHair dryer terbaik pilihan ramai seterusnya ini adalah Hair dryer Dyson Supersonic. Hair Dryer ini mengagumkan semua pihak kerana ia dapat menghilangkan kekusutan pada rambut dan menjadikan rambut kekal lembut sepanjang hari. Seronoknya, ia juga sesuai untuk semua jenis rambut.\n\nJenama T3 memiliki hair dryer terbaik untuk wanita iaitu T3 Cura Luxe Hair Dryer. Ia telah mengagumkan ramai pihak dengan aliran udara yang senyap, pemegang yang selesa dan reka bentuk yang cantik.\u00a0\n\nHair dryer terbaik ini dapat mengeringkan rambut dengan cepat dan menjadikan rambut lebih lembut, berkilat serta mengekalkan bentuk semulajadinya. Selain itu, tetapan suhu pada hair dryer ini juga sangat mudah untuk dikendalikan dan mesra pengguna.\n\nAkhir sekali dalam senarai kami adalah hair dryer Revamp Progloss 4000 Advanced Protect & Care Hair Dryer DR-4000. Ia sangat terbaik dalam mengeringkan rambut dan mengurangkan bentuk rambut kerinting. Bunyinya tidak terlalu kuat dan selamat digunakan walaupun suhunya mungkin sedikit panas daripada hair dryer terbaik yang lain.\n\nBerikut adalah 12 mesin pengering baju terbaik di Malaysia yang berkualiti tinggi. Mesin pengering baju , Mesin basuh terbaik dan Air Fryer terbaik. \n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Tidur dalam keadaan yang lebih selesa adalah penting untuk mereka yang penat bekerja seharian. Kualiti rehat bergantung kepada beberapa faktor seperti suasana dan tempat yang baik seperti katil dan bantal.\u00a0\n\nBantal terbaik bukan sahaja membuatkan kita tidur dengan selesa, tetapi juga dapat melancarkan peredaran darah serta membuatkan badan terasa sangat segar. Jom lihat antara 12 bantal terbaik berkualiti di Malaysia pilihan ramai.\n\nBantal Peluk Kartun Berbentuk Hotdog Washable\n\nBantal peluk kartun berbentuk hotdog \u2018washable\u2019 ini bukan sahaja bercorak kartun yang menarik, malah ia juga diperbuat dari kapas yang sangat lembut dan fabrik berbulu gebu. Bantal terbaik ini sangat nyaman dan menyejukkan apabila dipeluk ketika tidur.\u00a0\n\nDengan menggunakan bantal peluk ini, pasti akan lebih selesa dan tenang ketika tidur. Ia mudah dicuci dengan mesin basuh. Terdapat pelbagai corak bantal dan amat sesuai dijadikan bantal terbaik untuk anak anda.\n\nBantal u-shape maternity pillow ini direka khas untuk ibu mengandung agar dapat menyokong perubahan kontur dan lengkung badan. Ia menawarkan sokongan kepada pinggang. Bentuk rekaannya jenis tahan lama dan boleh gunakan pada bila-bila masa sahaja kerana mudah dibawa.\u00a0\n\nAntara kebaikan bantal ini adalah badan akan lebih selesa dan tidak tertekan dengan tekanan yang dialami di bahagian badan, meningkatkan peredaran darah dan boleh digunakan selepas bersalin.\u00a0\n\nSelepas anda bersalin, bantal ini juga sesuai digunakan semasa menyusu bayi anda. Wah, memang bantal terbaik untuk digunakan oleh para ibu!\n\nSesuai dibawa ke mana sahaja ketika melancong atau menyertai aktiviti luar seperti berkhemah, pastinya Bantal Inflatable Outdoor Travel Pillow.\u00a0 Bantal terbaik ini diperbuat daripada bahan yang dilapisi dengan bahan lembut dan sejuk (bahan sintetik).\n\nIa mudah disimpan tanpa memerlukan ruang yang banyak. Oleh kerana bantal ini menggunakan angin, ia akan menyokong leher anda ketika tidur dan memberikan waktu rehat menjadi lebih selesa.\n\nBantal 2 in 1 Nursing + Sitting Baby Soft Cushion\n\nBantal bayi dwifungsi ini direka khas untuk melatih si kecil agar duduk dengan posisi yang betul dan digunakan juga oleh para ibu supaya bayi berada dalam keadaan selesa ketika menyusu.\u00a0\n\nReka bentuknya yang tinggi dan condong dibahagian belakang menghalang bayi dari tergolek ke belakang. Bantal terbaik ini juga membantu si kecil membentuk tulang serta otot yang lebih kuat sememangnya menjadi antara bantal terbaik untuk bayi anda.\n\nBantal Ikea sememangnya terasa amat lembut dan selesa kerana ia diperbuat daripada bahan berkualiti seperti kekabu atau bulu binatang. Dengan produk bantal terbaik ini, anda dapat tidur malam dengan lebih selesa.\u00a0\n\nBagi anda yang gemar tidur secara meniarap, bantal ini sesuai untuk anda.\u00a0 Ia membantu menyamai kedudukan kepala dan tulang belakang anda supaya leher anda tidak lenguh jika bangun dari tidur pada keesokkan harinya.\n\nBantal Porcelain Patterned Sofa Throw Pillow\n\nTerdapat 5 jenis corak yang berbeza sememangnya amat sesuai digayakan di ruang tamu dengan bermotifkan bantal corak porselin cina yang menarik.\u00a0\n\nBantal terbaik Porcelain ini diperbuat daripada material fabrik linen yang bersifat tahan lama dan harganya pula sangat berpatutan. Jadi, anda mampu merealisasikan dekorasi idaman rumah anda dengan hiasan bantal terbaik ini!\n\nBantal leher dari jenama Ogawa ini merupakan bantal yang mempunyai motor pengurut didalamnya yang mampu mengurut leher dan bahu anda.\u00a0 Ia membantu mengurangkan tekanan pada otot serta menenangkan.\u00a0\n\nBahagian dalaman bantal terbaik ini dilengkapi dengan teknologi yang direka khas untuk membantu si pemakai agar tidur dengan selesa dalam waktu yang lama. Dengan fungsi mod getaran rendah, ia menjamin keselesaan dan ketenangan anda ketika tidur.\n\nBantal terbaik untuk kegunaan ibu yang mempunyai bayi kecil adalah bantal Realeos Anti-Roll Baby Pillow. Ia mengelakkan bayi kecil daripada tergolek jatuh daripada katil.\u00a0\n\nReka bentuk bantal terbaik ini direka dengan sudut darjah yang sesuai supaya bayi tidak mengalami masalah ketika berbaring. Selain itu, bantal ini juga dilengkapi dengan penghadang lembut dibahagian kiri dan kanan untuk si kecil bergerak bebas tanpa pengawasan ibubapa.\n\nRamai pakar kiropraktik telah mengesyorkan bantal Itata Bamboo Fibre Slow Rebound Memory Foam ini kerana ia menyokong kepala anda untuk tidur dengan lebih selesa dan nyaman.\u00a0\n\nBantal terbaik ini amat sesuai digunakan di hotel kerana ia dapat mengekalkan bentuknya walaupun telah berkali-kali digunakan dan tahan lasak. Menariknya, harganya juga tidak jauh berbeza dengan harga bantal biasa.\n\nMempunyai ruang untuk posisi kepala dan leher yang betul, Ia memiliki kesan penyejukan kerana terdapat gel khas di dalam bantal ini. Dengan penggunaan bantal ini, keletihan akan berkurangan, sakit di bahagian leher hilang dan lebih bertenaga.\n\nBantal terbaik ini sesuai untuk kegunaan dewasa dan terdiri dari 3 saiz. Untuk pengetahuan anda juga, bantal ini sangat popular di seluruh dunia.\n\nBantal jenis Coppento ini merupakan bantal terbaik yang memenuhi semua standard antarabangsa dan harganya pula sangat berpatutan. Ia menawarkan keselesaan yang optimum bagi mereka yang menggunakannya. Kebanyakan pengguna berpuas hati dengan bantal terbaik berkualiti ini kerana fungsinya. Ia dapat menghilangkan sakit kepala dan menjadikan seseorang itu lebih sihat.\n\nSesuai untuk mereka yang ingin mencegah osteochondrosis dan meningkatkan kualiti tidur, bantal terbaik ini adalah Togas Royal. Ia juga berfungsi mengikut bentuk kepala dan tulang belakang anda. Namun, apa yang mengecewakan adalah ia tidak sesuai bagi anda yang mempunyai alahan kerana diperbuat daripada bulu.\n\nBerikut adalah antara bantal terbaik berkualiti yang ramai tak tahu. Jom baca juga Seterika wap terbaik, Mesin pengering baju terbaik, Vacuum Terbaik dan Blender Terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Mencari resepi mee sanggul sedap? Mee sanggul amat popular di kawasan belah utara. Ianya biasa dimasak cara goreng.\n\nPada perkongsian kali ini pula kami akan berkongsikan resepi mee sanggul goreng basah. Resepi sedap dan menyelerakan kali ini didatangkan daripada Akma Abdullah di laman Facebook.\n\nMee sanggul teksturnya nipis dan lembut. Ramai yang suka mee sanggul kerana lebih sedap daripada mee kuning biasa. Jom masak mee sanggul untuk makan petang ini. Gerenti ramai yang suka masakan anda. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi mee sanggul, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi creamy butter cheese prawn. Mendengar namanya saja sudah sangat menggiurkan bukan? Ya, bukan hanya nama dan gambar saja tampak menggoda namun rasanya juga sangat teramat menarik dan lazat.\n\nKelazatan udang butter resepi daripada \u200eAzlan Syazani Adanan\u200e di laman Facebook ini sangat terkenal kerana ia menggunakan creamy cheese yang berlemak. Kesedapan udang butter ini sangat menjilat jari.\n\nYang paling menarik daripada resepi ini ialah sarang telur yang ditabur meraup di atas udang butter. Banyak yang tertanya-tanya cara membuat sarang yang rangup tersebut. Maka dalam resepi ini akan kami kupas semua rahsia memasak udang butter yang viral ini.\n\nTanpa membuat anda tertunggu-tunggu, sila baca resepi perkongsian ramai di bawah ini. Jadikan hidangan untuk makan petang. Konfirm siapapun yang makan suka dan mahu lagi.\n\nCara Membuat Kuah Creamy Cheese :\n\nSelain resepi udang butter creamy cheese, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anda pernah mengalamai masalah ini? Anak tidak mahu ke sekolah. Telah pelbagai cara dipujuk dan dibuat, namun semuanya gagal? Di sini dikongsikan artikel dan tips anak tidak mahu ke sekolah. Kredit kepada DoktorBudak.\n\nSaya mempunyai seorang anak yang bernama Siti, 9 tahun dan tidak mahu ke sekolah. Pada awal tahun, Siti sangat bersemangat untuk ke sekolah. Masuk minggu ketiga, Siti telah ditegur oleh guru kerana tidak membawa buku sekolah.\n\nSiti tidak mahu ke sekolah pada keesokan hari, dan juga pada hari-hari selepas itu. Puas papa dan mama memujuk, Siti tetap tak mahu ke sekolah. Siti mengadu sakit kepala, dan kadangkala sakit perut.\n\nSelalunya sakit bermula pada malam sebelum sekolah. Doktor telah mengesahkan Siti tidak mempunyai apa-apa masalah dengan perut, atau kepala. Di rumah, Siti akan menonton tv, atau bermain dengan komputer.\n\nTips anak tidak mahu ke sekolah [Claudio]\n\nSchool refusal (tidak mahu ke sekolah) sangat merisaukan ibubapa, dan juga guru. School refusal kerap berlaku terutamanya di awal tahun, atau di masa permulaan sekolah (ketika tadika, darjah 1-2) atau di masa transisi (pertama kali ke sekolah; atau dari tadika ke sekolah rendah; atau dari sekolah rendah ke sekolah menengah)\n\nApakah maksud di sebalik keengganan ke sekolah? Cuba fahami apa agaknya sebab dan meaning of the behaviour yang cuba disampaikan oleh anak?\n\nDibuli di sekolah, kerja sekolah yang banyak, guru yang garang, atau kawan-kawan, dan lain-lain. Ibubapa boleh bertanya dan berbincang dengan cikgu atau kawan-kawan di sekolah untuk mengetahui tentang anak di sekolah.\n\nAdakah terdapat apa-apa perubahan di rumah? Kadangkala anak nak duduk rumah kerana mahu \u2018melindungi\u2019 ahli keluarga (terutamanya ibu). Ia boleh berlaku jika ahli keluarga sakit, atau ada krisis di rumah. Contohnya pertengkaran kecil antara ibubapa, walaupun pertengkaran kecil, tetapi kanak-kanak boleh melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.\n\nAda 4 sebab utama kenapa anak tidak mahu ke sekolah: Kearney and Silverman (1999)\n\n1. Untuk mengelakkan emosi tertentu (anxiety, takut, risau)\n\n2. Untuk mengelakkan situasi tertentu (peperiksaan, dan sebagainya)\n\n3. Untuk mendapatkan perhatian (terutamanya anak yang kecil, yang mempunyai separation anxiety)\n\n4. Untuk melakukan aktiviti tertentu (menonton tv, bermain video games).\n\nIbubapa perlu cuba dapatkan pola/ pattern kelakuan tidak mahu ke sekolah. Ada hari-hari tertentu, atau masa-masa tertentu? Adakah subjek pelajaran atau seseorang yang anak cuba hindari?\n\n1. Cari punca/ sebab. Cuba fahami apa yang merisaukan anak. Kanak-kanak selalu sukar bercerita secara lisan mengenai apa yang dirisaukan, terutama kalau ditanya \u2018kenapa tak nak pergi sekolah?\u2019.\n\nTetapi ibubapa boleh memahami dengan mengajak anak bercerita, atau melukis mengenai sekolah atau rumah. Dari lukisan, kanak-kanak akan \u2018bercerita\u2019.\n\n2. Berbual mengenai perasaan dan fear (ketakutan) beliau. Ini membantu.\n\n3. Tekankan aspek-aspek positif sekolah: boleh berjumpa & bermain dengan rakan-rakan, subjek kegemaran dan sebagainya.\n\n4. Berjumpa & berbincang dengan guru dan guru kauselor di sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah. Work together, not against each other. Sekiranya masalah utama adalah buli, berbincanglah bersama dengan pihak sekolah bagaimana untuk menangani buli di sekolah.\n\n5. Tangani isu-isu keselamatan di sekolah melalui program antibuli dan anti keganasan, bersama-sama dengan pihak sekolah.\n\n6. Sekiranya anak murid mempunyai masalah pembelajaran yang menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah, pastikan mereka mendapat bantuan untuk masalah itu.\n\n7. Bersama-sama dengan pihak sekolah, jadikan sekolah satu persekitaran yang welcoming, engaging. Ini membantu pelajar merasa connected kepada sekolah dan guru.\n\n8. Kenalpasti satu tempat selamat safe place di sekolah (seperti di pusat sumber, di bilik kaunselor). Anak yang merasa sangat stressed atau overwhelmed boleh menggunakan safe place tersebut.\n\n9. Buat perancangan bersama guru untuk membenarkan anak ke sekolah secara berkala (progressive reentry).\n\n10. Sekiranya anak di rumah sebab tidak mahu ke sekolah, pastikan dia tidak terlalu selesa di rumah. Anak perlu mengikuti rutin sekolah & jadual sekolah di rumah. Jangan biarkan dia menonton tv, tidur, bermain komputer. Masa Mathematik, buat latihan mathematik, masa English, buat latihan English, masa rehat, baru boleh rehat.\n\n11. Mulakan \u2018reward system\u2019 seperti \u2018Star Chart\u2019. Setiap hari ke sekolah akan mendapat satu bintang. Cukup bilangan bintang (seperti yang dipersetujui oleh anak), akan dapat hadiah (reward). Reward tidak semestinya barang atau sesuatu yang mahal. Antara contoh reward yang tidak memerlukan wang adalah masa eksklusif bersama ibubapa, atau bermain bersama ibubapa.\n\n12. Sekiranya masalah tidak mahu ke sekolah berlarutan dan anak mempunyai masalah psikologi seperti anxiety dan depression, dapatkan rawatan."
"Seperti yang kita tahu, seorang suami berperanan sebagai ketua keluarga untuk menjaga keluarga dan juga merupakan imam bagi isteri dan anak-anaknya. Syurga seorang isteri juga di bawah telapak kaki suaminya. Seorang isteri yang menurut perintah suami insyaallah akan lebih mudah untuk masuk ke syurga yang dijamin oleh Allah SWT.\n\nYa, mungkin ada sesetengah daripada suami yang elok perangainya. Syukur dan bertuah pada para isteri yang berjaya berdampingan dengan seorang suami yang soleh. \n\nNamun\u00a0ada juga dikalangan lelaki yang bergelar suami ini dengan sengaja menyakiti isterinya dengan sifat yang tercela. Sifat yang benar-benar boleh biki hati isteri merana. Sifat yang memang akan menggangu kehidupan rumah tangga dan yang paling menyedihkan hingga menyebabkan si isteri tidak boleh memaafkan kesilapan si suami lagi. \n\nSuami Tidak Berhak Untuk Menyakiti Hati Isteri\n\nPerkahwinan adalah untuk hidup bahagia bersama. Tetapi ada juga diantara suami yang suka menyakiti hati si isteri hanya kerana merasa dia berhak berbuat demikian. Kadang-kadang dengan tanpa rasa bersalah setiap perbuatan dan kelakuan suami telah menyebabkan si isteri susah untuk memaafkan mereka. \n\n Jom baca 15 di antara sifat suami yang tercela hingga boleh menyebabkan suami berasa sakit hati dan kecewa hingga tahap meruntun jiwa.\n\n15 Sifat Suami Tercela Yang Patut Dijauhkan\n\nIni adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap isteri. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga suami yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai \u2018teman tapi mesra\u2019. Ada juga yang sanggup menipu dirinya masih bujang dan sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai isteri.\n\n2. Kerap menggunakan bahasa yang kasar tahap maki hamun\n\nJika dilihat ada sesetengah diantara suami yang suka berbahasa kasar dengan isteri. Dah jadi 1 rutin untuk bercakap kasar dan kadang-kadang disumpah seranah si isteri dikhalayak ramai. Sampai tiada 1 pun perkataan yang lembut dan manis keluar dari mulut si suami. Cuba belajar untuk menyumpah seranah dan buang segala bahasa kasar.\n\n3. Ego dan tidak boleh menerima pendapat isteri dalam apa jua hal\n\nIni adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan,isteri selalu dipersalahkan. Tidak mahu mengaku salagh dan semua kesalahan terletak atas isteri.\n\nJika kita lihat, masalah yang ini memang boleh merosakkan rumah tangga. Perlu dielakkan kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah . Perbuatan yang salah dan boleh diri sendiri dan masa depan juga. Takut terjebak dengan perkara yang tak sepatutnya terjadi. Jika si suami terperangkap dengan ketagihan terhadap pornografi, perlu jumpa kaunselor untuk atasi masalah ini. Daripada dok tengok pornografi, lebih baik tengok\u2018 bini sendiri.\n\n5. Membuka kisah hubungan suami isteri yang peribadi pada orang lain\n\nHubungan suami isteri salah 1 perkara yang tak boleh kita ceritakan kepada orang lain. Mungkin si suami tak puas hati hubungannya dengan si isteri lalu diceritakan kepada orang lain. Suami wajib menjaga kehormatan isteri dan menjaga rahsia hubungan antara mereka berdua saja.\n\n6. Kerap menipu isteri dengan pelbagai helah dan alasan\n\nSifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Ada saja semua nak ditipunya semua ada alasannya. Munkin di awalnya saja suka-suka. Lama-kelamaan perbuatan akan menjadi sebati dalam diri mereka.\n\n7. Lebih mementingkan kawan daripada isteri dan anak-anak\n\nYa..memang sering terjadi perkara ni. Bila si suami sanggup lebihkan kawan-kawan dari isteri dalam segala hal. Kedengaran macam perkara remeh tapi boleh menjejaskan hubungan suami isteri.\n\n8. Suka bandingkan isteri sendiri dengan isteri orang lain\n\nBuat para suami, jangan suka bandingkan isteri anda dengan isteri orang lain. Tak kira dari segi fizikal dalam segala hal. Perbandingan itu lambat laun akan merendahkan harga diri isteri anda. Terimalah isteri anda dengan seadanya.\u00a0\n\n9. Panas Baran dan suka naik tangan\n\nPantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat naik nak tunjuk dia yang berkuasa. Lama kelamaan si isteri akan hidup dalam keadaan tertekan. Jadi, si suami perlulah belajar untuk mengawal sikap panas barannya itu. Memukul juga jangan sesekali di cuba ye, awas dah boleh jadi kes polis tau!\n\n10. Tidak tahu menghargai kelebihan dan jasa baik isteri\n\nAda sesetengah suami yang tak tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan isterinya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Si ister dah buat sehabis yang baik dalam menjaga hubungan rumah tangga dan semuanya tapi tak diendahkan dan tak dihargai oleh suami.\u00a0\n\nSegala gerak-geri isteri dikawal. Hendak keluar ke mana mana pun tidak boleh. Buat apa pun tak boleh. Segalanya dikawal sampai isteri tak boleh bergerak ke kanan atau ke kiri. Segala keputusan semuanya di tangan suami.\n\n12. Fitnah dan suka buruk sangka\n\nSalah satu perbuatan yang tak boleh dimaafkan. Bila suami dengan sengaja membuat fitnah tentang si isteri. Tak kira dari segi apa pun, bila mana fitnah tu mendatangkan mudarat kepada isteri maka ia bukanlah satu sifat yang terpuji. Buruk sangka juga seeloknya janganlah di amalkan. Tolonglah beri rasa percaya tu pada isteri. \n\n13. Curiga dan suka mencari salah isteri dengan sengaja\n\nBila si suami terlalu curiga dengan isteri. Apa sahaja yang isteri buat mesti ada curiga. Tidak percaya dengan apa yang isteri lakukan dan kerap mencari kesalahan ai isteri. Ada sahaja tidak kena di mata suami.\n\nHanya tidak suka dan berminat terhadap isteri. Tanpa rasa bersalah si suami menceraikan isterinya dengan sesuka hati tanpa persetujuan si isteri.\n\nSeorang suami perlu membimbing isteri kearah kebaikkan dan isteri mengharapkan tunjuk ajar dari si suami tetapi si suami pula yang mengajar dan menyuruh isteri melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa.\n\nJanganlah Menjadi Suami Tercela Wahai Lelaki \n\nSebuah kehidupan rumahtangga adalah untuk saling lengkap melengkapi. Allah SWT telahpun memberi panduan di dalam AlQuran atas apa yang patut di lakukan oleh si suami dan juga si isteri itu sendiri. Di sini suami adalah pembimbing, imam (ketua keluarga) dan juga pelindung maka jalankanlah tanggungjawab itu sebagai satu amanah yang patut di pikul dengan penuh berhemah.\n\nSi isteri pula jika ditakdirkan anda mendapat seorang suami yang solehah maka bersyukurlah. Itu tanda anda sangat bernasib baik dan janganlah dengan sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan suami. \n\nPerkahwinan bukan untuk dicuba-cuba tetapi hingga ke akhir hayat. Semoga Tuhan sentiasa melindungi perkahwinan kita semua."
"Qunut\u00a0(\u0642\u0646\u0648\u062a) berasal daripada perkataan Bahasa Arab. Ia membawa beberapa maksud, namun dalam hal ini, Qunut bermakna membaca doa ketika berdiri di dalam solat. Manakala Nazilah pula bermaksud bencana yang sangat berat seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.\n\nDoa Qunut Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah ruku\u2019 (sewaktu i\u2019tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah hai\u2019ah (jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa musibah yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan.\n\nTerdapat banyak hadis sahih yang menceritakan tentang amalan Nabi saw membaca doa Qunut Nazilah dalam solat ketika ditimpa musibah. Antaranya,\n\n1) Riwayat Abu Hurairah r.a, Abu Hurairah berkata:\n\n\u201cKetika solat Subuh, selepas Rasulullah saw selesai membaca (al-Fatihah dan surah), baginda bertakbir (untuk rukuk) dan mengangkat kepalanya kembali, lalu baginda membaca: \u201cSami\u2019allahuliman hamidahu, rabbana walaka al-hamdu\u201d.\n\nKemudian, baginda membaca doa dalam keadaan berdiri: \u201cYa Allah, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisham, \u2018Iyash bin Abi Rabia\u2019h dan semua golongan yang tertindas dari kaum mukminin. Wahai Allah, hancur dan musnahkanlah kaum kafir yang memberi mudharat, dan jadikanlah ke atas mereka tahun-tahun yang sengsara seperti yang berlaku pada zaman nabi Yusuf\u201d. (HR Bukhari dan Ahmad)\n\nDi dalam hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah saw mendoakan supaya Allah swt menyelamatkan beberapa orang sahabat Baginda yang masih tinggal di Mekah. Selepas masuk Islam, orang Muslimin diseksa dan diazab oleh kafir Quraish. Dengan keberkatan doa Rasulullah saw, mereka semua selamat dan kemudian terus berhijrah kepada baginda di Madinah.\n\n2) Riwayat Anas bin Malik r.a, Muhammad bin Sirin berkata:\n\n\u201cAnas bin Malik pernah ditanya: Adakah Nabi saw membaca doa qunut dalam solat Subuh? Jawab Anas: Ya. Ditanya lagi: Adakah baginda berqunut sebelum atau selepas rukuk? Anas menjawab: Selepas rukuk dalam tempoh yang sekejap sahaja.\u201d (HR Bukhari & Muslim)\n\nYang dimaksudkan dengan \u2018tempoh yang sekejap\u2019 ialah selama sebulan seperti yang dijelaskan dalam riwayat \u2018Asim. Boleh juga dikatakan maksudnya ialah dalam kadar masa yang sekejap sahaja iaitu tempoh antara rukuk dan sujud.\n\n3) Dalam riwayat lain ada menyebut, Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi saw pernah mengutuskan seramai 70 orang yang terdiri daripada para qurra\u2019 (yang alim dan mahir dalam bacaan al-Quran). Kumpulan para qurra\u2019 ini dihantar untuk memenuhi permintaan beberapa kabilah seperti Ri\u2019l dan Zakwan. Apabila rombongan tersebut sampai kepada kabilah Ri\u2019l dan Zakwan berhampiran dengan sebuah telaga, dikenali telaga Mau\u2019nah (Bi\u2019r Mau\u2019nah), kabilah tersebut berkata: \u201cDemi Allah, bukan kamu semua yang kami perlukan, sesungguhnya kami inginkan Nabi saw.\u201d\n\nKabilah-kabilah tersebut telah menipu dan khianat kepada Rasulullah saw. Mereka telah membunuh semua 70 orang para qurra\u2019 tersebut. Apabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda amat sedih. Lalu, baginda berdoa (laknat) ke atas kabilah-kabilah tersebut selama sebulan di dalam solat Subuh. Maka, inilah permulaannya doa qunut. (Rujuk kisah ini dalam Sahih al-Bukhari (4088).\n\nJumhur Ulama\u2019 sepakat menyatakan hokum membaca Doa Qunut Nazilah adalah tidak wajib, dan meninggalkannya tidak membatalkan solat.\n\nNamun begitu, para fuqaha\u2019 berbeza pendapat tentang hukum membaca Doa Qunut Nazilah ketika umat Islam dilanda musibah. Walau bagaimanapun, pendapat yang lebih tepat (rajih) ialah pendapat para ulama\u2019 dari mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali iaitu disyariatkan untuk membaca Doa Qunut Nazilah\nketika berlakunya musibah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi saw.\n\nMenurut pendapat majoriti ulama\u2019, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah. Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu. Sebagai contoh, ketika rakyat Palu di Indonesia yang ditimpa bencana alam, kita oleh mendoakan khusus untuk mereka di dalam Doa Qunut Nazilah yang dibaca. Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.\n\nNamun begitu, terdapat teks Doa Qunut Nazilah yang biasa diajarkan kepada kita, seperti dalam lagu kumpulan nasyid UNIC. Doa tersebut ialah;\n\nBolehkah Qunut Nazilah dibaca dalam semua solat fardhu?\n\nPara ulama\u2019 berbeza pendapat dalam hal ini. Menurut pendapat yang rajih, doa Qunut Nazilah boleh dibaca di dalam semua solat fardhu. Pendapat ini dipegang oleh para ulama\u2019 mazhab Syafie, ulama\u2019 mazhab Hanbali, sebahagian ulama\u2019 mazhab Maliki dan majoriti ulama\u2019 hadis.\n\nSebagai contoh, hadis riwayat Ibn Abbas, Ibn \u2018Abbas berkata bahawa Rasulullah saw membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut di dalam solat Zohor, Asar, Maghrib, \u2018Isya\u2019 dan Subuh di penghujung setiap solat. (HR Ahmad & Abu Daud). Menurut Al-Albani di dalam kitabnya Irwa\u2019 al-Ghalil 2/163, hadis ini adalah hasan).\n\nOleh itu, doa Qunut Nazilah ini boleh dibaca pada rakaat terakhir dalam semua solat fardhu. Pendapat ini jugalah yang dipegang oleh Ibn Taimiyah, Ibn al-Qayyim, Ibn Hazm, al-Syaukani dan lain-lain lagi.\n\nIslam sangat menitik beratkan persaudaraan sesama Muslim.\n\nDari Nukman bin Basyir ra, ia berkata Rasulullah saw bersabda, \u201cPerumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam.\u201d (HR Muslim)\n\nOleh sebab itu, bila mana terdapat saudara semuslim kita yang dilanda musibah, kita juga turut bersedih dengan kejadian yang menimpa mereka. Doa Qunut nazilah merupakan suatu bentuk keprihatinan dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya yang dilanda musibah sekalipun mereka berada jauh daripada kita. Qunut Nazilah adalah doa yang dipanjatkan kepada Allah swt, yang mana di dalamnya terdapat kebergantungan kepada Allah swtndan persaudaraan terhadap sesama muslim.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Doa Qunut Nazilah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Selalunya, apabila kita menyediakan chicken grill, salah satu isu yang akan menjadi masalah adalah ianya akan menjadi terlebih masak. Kemudian, apabila ayam itu tidak gebu dan keras, maka kuranglah selera kita untuk makan hidangan itu. \n\nKini, tiada lagi masalah itu. Kami datang dengan solusi yang anda boleh cuba bagi menyediakan chicken grill yang gebu dan berjus. Bukan setakat itu, ayam yang digril juga lebih sihat jika hendak dibandingkan dengan ayam yang digoreng. Jadi, anda bolehlah mencubanya bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Nor Ezra Erlyna Ibrahim menerusi Facebook dan diperoleh daripada Imanannur Kitchen. Resepi ini telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di Facebook. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!\n\nNota: Rasa dulu sebelum letak garam sebab kesemua bahan sudahpun ada bahan perisa. Kalau kurang rasa, barulah letak garam. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba: \n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Oh, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!"
"Layanlah ibu bapa mu sebagai raya, nescaya rezeki yang diberi kepadamu akan melimpah ruah\n\nSering kita terdengar ayat sebegitu tetapi kita tidak yakin akan kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa. Sedarlah seketika, sebenarnya setiap kali kita berbuat baik kepada ibu bapa, semakin mencurah-curah rezeki kita, malaikat mencatatkan rezeki terhadap kita malah kita berada dalam lindungannya.\n\nSebagai seorang anak, kita haruslah berbuat baik kepada ibu bapa. Banyak cara untuk anak berbuat baik kepada ibu bapa, tetapi masih ramai yang tidak sedar akan hal ini. Lebih menyedihkan lagi, ramai yang menganggap ibu bapa sebagai bebanan dan tidak berbuat baik kepada mereka.\n\nJom lihat 15 cara berbuat baik kepada ibu bapa yang boleh anda praktikkan.\n\nJagalah kebajikan ibu bapa dari segi menyediakan tempat tinggal, makanan, memberikan duit belanja, barang dapur dan lain-lain kebajikan ibu bapa anda. Membawanya ke klinik atau hospital jika ibu bapa sakit juga merupakan kebajikan mereka yang harus anda jaga. Ia adalah cara berbuat baik kepada ibu bapa yang ramai tak sedar.\n\nTefelon ibu bapa anda selalu dan bertanya khabar adalah salah satu cara berbuat baik kepada mereka. Kadang kala, cukuplah anda menghubungi ibu bapa anda sahaja, mereka amat merindui anak-anak dan berharap ingin bercakap dengan anak-anak.\n\n3. Menjaga Ibu Bapa Ketika Sakit\n\nCara berbuat baik kepada ibu bapa yang anda boleh praktikkan adalah sentiasa mengambil berat akan kesihatan ibu bapa. Jagalah mereka ketika mereka sakit dan belilah ubat-ubatan mereka. Kebaikan menjaga orang sakit amat banyak, apatah lagi anda menjaga ibu bapa anda yang sakit.\n\n4. Sering Ada Di Sisi Ibu Bapa\n\nJangan tinggalkan ibu bapa anda dan tidak menghubungi mereka terus. Walaupun tinggal berasingan, selalunya melawat mereka dan berada di sisi mereka. Cara berbuat baik kepada ibu bapa ini amat digalakkan dalam Islam.\n\nBersikap taat kepada ibu bapa ada dinyatakan di dalam Al-Quran. Ia adalah salah satu cara untuk anda berbuat baik kepada ibu bapa. Allah swt juga memuliakan orang yang taat kepada ibu bapa.\n\nJelas dinyatakan di Surah Luqman (31:14)\n\nDan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Luqman 31:14)\n\n6. Bercakap Dengan Baik Dan Sopan\n\nCara percakapan yang baik juga menunjukkan bahawa anda berbuat baik dengan ibu bapa atau sebaliknya. Cakaplah dengan sopan dan lembut untuk menenangkan hati ibu bapa anda. Perkataan seperti \u2018ah\u2019, \u2018cis\u2019 dan cacian juga akan menyebabkan malaikat mencatitkan dosa buat anda.\n\nBantulah ibu bapa anda melakukan kerja-kerja rumah, memasak, basuh baju dan sebagainya. Walaupun anda bekerja, curilah masa untuk membantu mereka pada hari cuti. Berbuat baik kepada ibu bapa dengan cara sebegini amat mudah dan juga dianggap sedekah kerana membantu mereka.\n\nCara berbuat baik untuk kedua ibu bapa adalah dengan mendoakan mereka. Doa yang baik-baik kepada kedua ibu bapa anda seperti dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati Allah dan dibahagiakan hidup mereka.\n\nSekiranya orang tua anda sudah jauh dari agama, jangan malu untuk mengajar mereka kembali akan ilmu agama. Nasihati mereka untuk menunaikan solat dan sebagainya adalah cara anda berbuat baik kepada ibu bapa.\n\nBawalah ibu bapa anda bersiar-siar mengambil udara segar dan merasai keseronokan di luar. Mereka pasti selalu menghabiskan masa yang banyak di rumah. Dengan membawa ibu bapa bersiar-siar, anda telah berbuat baik kepada ibu bapa.\n\nSayanglah ibu bapa anda sepenuh hati, jangan lakukan perkara yang menyakitkan hati mereka. Tunjukkan juga sayang anda dengan cara menyentuh tangan mereka dan mencium mereka.\n\n12. Meminta Restu Dan Redha Ibu Bapa\n\nRestu dan redha ibu bapa sangat penting untuk anda mendapat keberkatan hidup. Ibu bapa redha bermaksud Allah swt pun redha. Minta mereka doakan anda sementara masih hidup, doa ibu bapa tiada tandingannya.\n\n13. Menunaikan Umrah Dan Bersedekah Bagi Ibu Bapa\n\nBawalah ibu bapa anda menunaikan umrah dan haji. Pastinya ia adalah idaman untuk semua ibu bapa. Sekiranya ibu bapa telah tiada, anda boleh melakukan upah umrah untuk mereka. Ia adalah cara berbuat baik kepada ibu bapa tanpa anda sedari.\n\n14. Berikan Hadiah Kepada Ibu Bapa\n\nSekali sekala, apa kata berikan ibu bapa anda hadiah. Hadiah berupa barang-barang atau makanan juga tidak mengapa. Sebagai contoh, berikan set buah-buahan untuk mereka. Berbuat baiklah kepada ibu bapa selagi anda mampu dan sihat.\n\nMuliakanlah ibu bapa anda setiap hari. Junjungilah mereka sebagai idola anda dengan cara memberikan yang terbaik buat mereka dan berbuat baik kepada mereka. Allah swt suka orang yang memuliakan ibu bapa dan berbuat baik kepada ibu bapa.\n\nJom lakukan 15 cara berbuat baik kepada ibu bapa yang telah kami kongsikan. Mungkin kehidupan anda akan menjadi lebih baik dan lebih bahagia. Jom baca juga Adab terhadap ibu bapa, Cara balas jasa ibu bapa, Adab ziarah kubur dan Senarai hadiah untuk ayah."
"Anda perasan tidak, yang berdengkur ni lain orang lain iramanya, lain juga paras kekuatan bunyinya. Kadang-kadang, terasa lucu mendengarnya. Tetapi, boleh juga terganggu kan terutamanya apabila hendak tidur waktu malam.\n\nKita yang sudah dewasa ini bolehlah cuba untuk tidur dengan menutup telinga menggunakan bantal atau selimut. Kalau ada bayi atau kanak-kanak di rumah tu, hmmm boleh terbangun jadinya.\n\nSelagi dapat tahan dengan dengkuran mereka, tahanlah. Tetapi, kami kongsikan juga petua berguna bagi mereka yang ingin melakukan sesuatu mengenainya, dipetik khas untuk anda dari laman Facebook Dr Ezairy M.Sallih. Disertakan juga imej pandangan sisi struktur hidung dan tekak dari facebook beliau bagi pemahaman semua.\n\nBagaimana Struktur Di Dalam Mulut Anda?\n\nAnda boleh lihat bagaimana struktur di dalam mulut seperti lidah, tonsil dan kawasan sekelilingnya. Apabila ia bersaiz besar, sekatan semasa kita bernafas akan mengakibatkan sekatan dan menghasilkan bunyi seperti berdengkur. Ini lebih kerap dan biasa berlaku ketika kita keletihan dan mereka yang mengalami masalah obesiti.\n\n1. Cuba turunkan berat badan. Ramai pesakit saya dapat dibantu setelah berjaya menurunkan berat badan. Cuba ya.\n\n2. Jalani aktiviti sihat. Ini bukan sahaja memastikan tubuh dan sistem tubuh sentiasa baik, tetapi pada masa sama memberi kita berat badan yang ideal.\n\n3. Lakukan pemeriksaan doktor. Kita mungkin dah lama alami masalah berdengkur, tetapi tidak pernah lakukan pemeriksaan. Jumpalah doktor, kenal pasti punca. Anda akan dibantu.\n\n*Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tidak susah jika anda dedikasikan diri anda untuk kesihatan yang lebih baik. Jom share info ini!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Ikan tenggiri merupakan jenis ikan laut kegemaran ramai di penjuru negeri. Ikan tenggiri bentuk moncongnya agak panjang, tidak punya sisik, dan lumayan memipih.\n\nIsi ikan tenggiri putih dan lembut. Ikan ini sesuai dimasak berkuah seperti gulai, kari, masak asam, mahupun sup. Ikan ini pula jadi pilihan utama orang berpantang.\n\nIkan tenggiri termasuk ke dalam jenis ikan mahal. Ikan tenggiri mentah dapat dijual RM25-RM35 sekilo. Bahkan harga masakan ikan tenggiri di kedai makan pula boleh tahan mahal. Namun, rasanya yang lazat tidak hentikan kemahuan untuk beli ikan tersebut.\n\nOleh itu kami telahpun adakan 10 resepi ikan tenggiri daripada laman Facebook yang lazat dan patut anda cuba. Resepi tenggiri mudah, sihat dan sedap, sedia di atas meja anda. Dapat makan dengan nasi putih panas-panas memang paling syok.\n\nSesiapa suka masakan asam jawa pedas sedikit, boleh cuba masak tenggiri guna resepi ini. Cuba bayangkan lauk ini dapat makan dengan nasi panas, agak-agak menambah tidak? Makan pula bersama sambal belacan, memang meletop. Resepi daripada Nurul Ateekah di laman Facebook.\n\nPernah cuba masakan ini? Kalau pernah cuba mesti tahu rasanya ada sedikit kelainan daripada rasa sambal tumis. Yang belum cuba, jom masak dan cuba rasa sendiri masak merah ikan tenggiri. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.\n\nIni bukan lemak cili padi atau lemak kuning, tapi masak lemak Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Guna rempah-rempah senang saja. Kalau masak ikan tenggiri, bahagian ekor sampai ke tulang jadi kegemaran. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.\n\nSedap ikan tenggiri berlado makan dengan nasi putih panas. Lauk ini pedas-pedas membangkitkan selera. Apalagi dapat makan dengan ulam-ulaman makinlah merecik. Ayuh cuba masak tenggiri berlado ala Nurul Ateekah di laman Facebook.\n\nMenu seterusnya ialah ikan tenggiri masak taucu. Lauk kegemaran ramai ini memang lazat sangat. Wangi taucu itu mampu bangkitkan selera makan. Dapat makan dengan nasi putih sambal belacan memang meletop. Resepi dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook.\n\nSeterusnya ada ikan tenggiri goreng masak berempah citarasa Laila Aznam di laman Facebook. Resepi masakkan ini tidak ada sukatan, main letak sahaja. Kalau masak jangan lokek rempah ratus ya.\n\nMasakan paling simple dan senang ikan tenggiri masak cuka nama diberi. Bahan yang diguna pula senang dapat di dapur. Paling penting jangan lupa cuka. Resepi simpel dikongsikan oleh Roskaryati Abu Bakar di laman Facebook.\n\nMasak ikan tenggiri paprik ala Thai minta ampun sedap. Lagi kalau masak resepi cara Hairul Nizam Ijam di laman Facebook makin menjadi sedap. Ikan kena goreng dulu dan sementara tunggu itu sediakan bahan-bahan paprik lain.\n\nBayangkan dapat makan asam pedas ikan tenggiri bubuh bendi, tomato, dan daun kesum. Dapat hirup kuah pedas Umphh! rasa terbang ke langit. Anda yang suka asam pedas, cubalah petua dari Azizah Daud di laman Facebook, iaitu air jangan buang.\n\nAyuh buat stock tenggiri jeruk untuk makan dengan nasi putih, pulut, bubur nasi, nasi goreng ikan masin, atau kailan ikan masin dan banyak lagi lainnya. Resepi dikongsikan oleh Sherry Aini di laman Facebook. Bahan perapan ikut anggaran untuk 8 keping isi ikan. Kalau ingin kurangkan atau lebihkan terpulang masing-masing.\n\nSelain resepi di atas, kami juga menulis kumpulan resepi lain yang tidak kalah sedap dan menarik. Sila cubakan. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Para ibu semestinya suka menghias halaman rumah. Salah satu daripada hiasan yang menjadi pilihan utama para ibu di Malaysia ialah bunga-bungaan dan pokok yang redup dan rendang. Kehadiran pokok bunga yang berwarna-warni dan pokok yang menghijau rendang bukan sahaja membantu mencantikkan suasana malah membantu memberikan efek ketenangan dan menyejukkan halaman rumah anda. Salah satu pokok yang menjadi pilihan ialah pokok ketapang.\n\nPokok ketapang menjadi kegemaran ramai kerana rupanya yang cantik dan sangat mudah untuk dijaga. Selain itu pokok ketapang juga mempunyai 1001 manfaat yang tak ramai orang tahu. Bukan sahaja daun ketapang boleh digunakan malah buah dan akarnya juga sangat berguna.\n\nRamai yang menanam pokok hiasan cantik ini tapa mengetahui apakah kebaikan dan manfaatnya. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang manfaat pokok ketapang serta tips hiasan rumah dengan pokok yang cantik dan rendang ini.\n\nPokok ketapang berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditemui hidup secara liar di tepi pantai dan kawasan tanah berpasir. Namun yang menariknya, walau pun pokok ini menyukai kawasan tanah berpasir, \u00a0ia juga mampu untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan tanah yang lain menyebabkan ia boleh ditanam di mana-mana sekali pun tak kira apa jenis tanah.\n\nPokok ketapang membiak melalui biji benih, keratan batang dan juga ranting. Sangat mudah untuk membiakkan pokok ketapang. Itulah sebabnya ia merupakan di antara pokok yang paling popular untuk menghiasi lanskap di Malaysia. Pokok ketapang biasanya ditanam oleh Majlis Perbandaran di sepanjang jalan dan juga di taman-taman.\n\nJika anda ingin menghiasi halaman dengan pokok ketapang, pastikan anda menanam ia jauh sedikit dari rumah kerana ia merupakan sejenis pokok yang tinggi, besar dan rendang. Jika ditanam terlalu dekat dengan rumah, dahannya akan terkena rumah anda dan perlu dipotong dengan kerap.\n\nSeperti yang kami nyatakan di atas, pokok ketapang mempunyain 1001 khasiat dan seluruh pokokya boleh digunakan dari daun sehingga ke akar. Di antara khasiat pokok ketapang yang pasti membuatkan anda terkejut adalah seperti berikut:\n\nKayunya yang keras digunakan dalam pembuatan perabot, bahan binaan dan bahan bakar. Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya buah ketapang ini boleh dimakan samada kulit luar atau bijinya. Bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan. Minyak yang terhasil daripada biji buah ketapang ini boleh dijadikan minyak masak.\n\nItulah dia info tentang pokok ketapang\u00a0 yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pokok dukung anak, idea pokok hiasan dalam rumah, dan manfaat bunga telang."
"Tubuh bayi biasanya akan mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap jenis susu bayi yang diberikan. Lebih memeningkan untuk para ibu di luar sana, tindak balasnya tidak sama untuk bayi yang berbeza dan terdapat susu tepung yang tidak sesuai hingga menyebabkannya muntah, kembung perut, alahan, sembelit & sebagainya. \n\nOleh itu, kami akan kongsikan 15 susu formula untuk bayi bagi membantu anda memilih susu bayi terbaik untuk bayi anda.\n\nDari pengalaman kebanyakan ibu di Malaysia amat berpuas hati dengan susu formula S26 ini. Kandungan susu ini diperkaya dengan pelbagai khasiat seperti, AA, DHA, S Nucleotides, Lutein dan banyak lagi. Harga susu formula S26 ini adalah diantara RM55.00 bagi pek 600g.\n\n2. Susu Enfalac A+ Gentlease S1\n\nSusu Enfalac A + Gentlease S1 yang sesuai untuk bayi di bawah 12 bulan ini telah menjalani proses hidrolisis protein. \n\nKandungannya tidak jauh berbeza dengan susu Enfalac A+ yang biasa namun apa yang membezakannya adalah susu ini khusus untuk bayi dengan masalah pencernaan. Harga susu Enfalac A+ Gentlease S1 dengan berat 1.2kg ini adalah berharga RM148.00.\n\n3. Susu Enfalac A+ Step 1\n\nSatu lagi susu Enfalac iaitu susu Enfalac A+ Step 1 yang sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur satu tahun. Kandungan dalam susu ini dapat membantu kepada tumbesaran bayi dan harganya adalah RM78.69 untuk pek 600g.\n\nSusu NAN 1 Pro ini sesuai untuk bayi berusia 0 hingga 12 bulan dan sekiranya anda tidak mempunyai sejarah alahan keluarga, susu ini mungkin terbaik untuk bayi anda. Susu ini amat sesuai untuk bayi yang tidak mengalami alahan dan harga untuk pek 900g ialah RM90.50.\n\n6. Susu NAN HA 1 BL\n\nSusu NAN HA 1 BL pula khas untuk bayi yang baru lahir yang mempunyai alahan. Susu ini mungkin mempunyai sedikit rasa yang berbeza berbanding susu lain kerana telah menjalani proses hidrolisis tetapi rasanya mudah diterima oleh bayi. Formula susu NAN HA 1 BL ditambah dengan Nucleotides, Asid Docosahexaenoic (DHA) dan Asid Arachidonic (ARA).\n\nIanya juga mengandungi probiotik yang membantu memperbaiki mikroflora usus dan dapat mengurangkan cirit-birit. Harganya pula adalah sekitar RM107.90 untuk pek 800g.\n\n7. Susu Similac 1 Infant Milk Formula\n\nSusu langkah 1 Similac adalah susu bayi untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan. Ianya mengandungi AA, Omega 3 & 6, Taurine, Choline, dan diformulasikan dengan gabungan DHA & Lutein. \n\nSusu ini juga disokong oleh campuran minyak sayuran untuk membantu penyerapan nutrien dan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Harganya dianggarkan RM110.90 untuk pek 900g.\n\n8. Susu Wyeth S-26 Gold SMA\n\nSusu Wyeth S-26 Gold SMA adalah satu susu bayi yang paling mahal di Malaysia. Susu ini mengandungi lebih banyak nutrien yang bermanfaat bagi bayi dan yang paling penting ianya mengandungi lipid alfa. \n\nBahan ini bermanfaat untuk pengembangan sistem saraf dan menyumbang kepada penyambungan sel otak bayi yang lebih pantas. Harga bagi setiap pek 600g susu ini adalah sekitar RM78.\n\n9. Susu Lactogen 1 Infant Milk Formula\n\nSusu Lactogen 1 Infant Milk Formula juga amat sesuai untuk bayi yang berusia bawah 12 bulan. Susu Lactogen 1 ini mengandungi lactobacillus untuk membantu membuatkan usus bayi lebih sihat. Harga bagi pek 650g susu Lactogen 1 ini ialah RM24.40.\n\n10. Susu Dutch Baby 0-6 Bulan\n\nBagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak, susu bayi ini menjadi pilihan mereka kerana harganya lebih murah. Ianya dilengkapi dengan nutrien penting yang sangat diperlukan oleh anak-anak kita seperti DHA, AA, protein dan banyak lagi.\n\nSusu Pre Nan adalah merupakan susu untuk bayi pramatang daripada Nestle. Ianya adalah salah satu pilihan susu formula terbaik untuk bayi pramatang dan dapat memenuhi keperluan pemakanan untuk perkembangan bayi pramatang sehingga berat badan mereka naik sehingga 4kg. \n\nIa juga diperkaya dengan DHA dan ARA yang penting untuk pertumbuhan khas bayi pramatang.\n\nSusu Similac Neosure ini juga merupakan salah satu susu khas untuk bayi pramatang dari Abbott. Ia mengandungi nutrien yang diperlukan oleh bayi pramatang dan tidak mengandungi hormon pertumbuhan yang tidak wajar. \n\nAntara nutrien yang terdapat dalam susu ini adalah DHA untuk perkembangan otak, lutein untuk kesihatan mata dan vitamin E untuk tumbesaran bayi.\n\nSusu Anmum Infacare Step 1 Infant Formula Milk Powder mengandungi nutrien yang penting untuk bayi tetapi harganya jauh lebih murah berbanding dengan susu bayi bawah 12 bulan yang lain. \n\nSusu formula bayi ini kurang manis dan tidak menyebabkan sembelit atau cirit-birit pada bayi anda. Ianya mengandungi DHA & AA, Omega 3 & 6, Nukleotida, Lutein, Vitamin E dan Asid Folik. Harga untuk setiap pek 900g adalah RM100.\n\n14. Susu Soya Formula Bayi Isomil\n\nSusu Soya Formula Bayi Isomil ini bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi ianya juga formula susu berasaskan soya 100% laktosa. Bahan tambahan dalam susu ini termasuklah duo karbohidrat untuk memudahkan penyerapan lutein (untuk penglihatan) dan prebiotik (FOS) yang sesuai untuk bayi bawah 12 Bulan. Harga susu Isomil ini pula adalah RM71 untuk pek 850g.\n\nSusu formula Dumex Mamex Cherish ini direka khas untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan. Sekiranya anak anda berusia 6 bulan ke atas, susu ini juga telah ditambah dengan makanan cerai susu seperti bijirin, bubur dan buah-buahan. Harga susu Dumex Mamex Cherish ini dianggarkan berharga sekitar RM 158.49 untuk pek 1.5kg.\n\nSusu premium dari Dutch Lady ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 bulan ke bawah. Ianya mengandungi Vitamin B6 & C, zat besi, zink, DHA dan banyak lagi nutrien penting untuk bayi. Harga susu Frisolac 1 untuk setiap pek 600g adalah sekitar RM71.20.\n\nEh eh lain macam je nama susu formula ni kan? Susu Formula S26 SMA Langkah 1 ini adalah keluaran daripada Wyeth yang dirumus khas untuk bayi baru lahir hingga si bayi meningkat usia 12 bulan. \n\nIa bagus untuk bantu tingkatkan tumbesaran terutama pada perkembangan awal bayi. Ia turut diperkaya dengan pelbagai khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida yang bagus untuk anak. \n\nJom baca juga\u00a0hadiah untuk ibu. dan\u00a0ayah,\u00a0serum terbaik\u00a0dan\u00a0moisturizer terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my"
"Gegata juga dikenali sebagai sopak garam, kelopak garam, dan ludah jin. Dalam terma perubatan, gegata dikenali sebagai urticaria. Gegata boleh timbul secara tiba-tiba.\u00a0Alih-alih kulit berbintat macam kena gigit nyamuk. \u00a0Makin digaru makin membesar dan mula bengkak.\u00a0Daripada satu biji bintat, boleh jadi peta merebak satu badan.\n\nYang sebenarnya gegata terjadi kerana bahan kimia bernama histamine telah dibebaskan ke dalam darah. Kehadiran\u00a0histamin akan menyebabkan salur darah menjadi kembang lalu menyebabkan tisu di bawah kulit membengkak. Kesannya kulit jadi kemerahan dan gatal yang amat sangat.\n\nBiasanya didapati pada bayi-bayi dan kanak-kanak. Berlaku disebabkan oleh mendapat jangkitan virus ataupun alahan makanan seperti susu lembu, telur dan kacang tanah.\n\nMelebihi enam minggu. Boleh berlaku secara spontan tanpa pencetus.\n\n1. Hama pada tilam atau karpet\n\nGigitan hama dari tilam atau karpet adalah punca pertama gegata.\u00a0Purata hama yang mendiami sesebuah tilam ada sekitar 100,000 hingga sejuta ekor. Bergantung pada berapa lama kita dah guna tilam tersebut.\n\nKitaran hidup hama ialah 100 hari. Dalam tempoh 100 hari ia akan bertelur dan membiak membentuk di katil sehingga mencapai berjuta-juta hama dalam sebuah katil. Bahkan hama juga boleh masuk dan bersarang di liang kulit manusia.\n\nDalam sehari Hama \u00a0membuang kotorannya sebanyak\u00a020 kali. Najis hama\u00a0mengandungi enzim-enzim terutamanya protease yang boleh menjadi alergen atau penyebab gegata.\n\nSesetengah orang terkena gegata disebabkan oleh alahan kepada makanan atau pun dikenali sebagai\u00a0reaksi imunologik. Anda mungkin terkena gegata keranaalahan kepada telur, kekacang atau makanan laut. Kehadiran bahan pewarna, serbuk perasa, atau bahan pengawet juga seringkali dikaitkan dengan gegata.\n\n3. Terdedah kepada cuaca sejuk dalam tempoh yang lama\n\nPendedahan kepada cuaca sejuk dalam tempoh yang lama juga boleh menyebabkan gegata. Contohnya berenang terlalu lama atau bermain ski terlalu lama.\n\n4. Terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama\n\nPendedahan kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama adalah punca gegata yang seterusnya. Sinar matahari, sinar uv, sinar radiasi dan panas pembakaran adalah antara pencetus gegata.\n\nAnda mungkin terkena gegata disebabkan alahan kepada ubat atau antibiotik. Contohnya\u00a0 aspirin, penisilin, analgesik, pencahar hormon dan diuretik. Ada juga ubat yang menyebabkan badan kita melepaskan histamin ke dalam darah, contohnya kodein, opium dan zat kontras.\n\n6. Reaksi kepada bahan-bahan tertentu seperti latex\n\nJika anda mempunyai alahan kepada bahan-bahan tertentu seperti latex contohnya, ia boleh menjadi punca gegata jika tersentuh latex secara tidak sengaja.\n\nSelain itu, sengatan dan bisa binatang seperti lipan, kala jengking dan ular juga boleh menyebabkan gegata.\n\nGigitan nyamuk atau pepijat adalah di antara punca yang biasa dijumpai.\n\nBahan seperti sabun mandi, sabun cuci baju, kosmetik dan produk kecantikan, debu, bulu binatang dan debunga boleh menyebabkan alahan lalu menyebabkan anda mengalami gegata.\n\nJangkitan disebabkan oleh virus dan bakteria juga boleh menyebabkan gegata.\n\nJika anda mengalami kecacingan, biasanya akan timbul masalah kulit termasuk gegata.\n\nJika ibu bapa atau nenek moyang anda pernah terkena gegata, anda juga berisiko untuk mempunyai masalah yang sama.\n\nTekanan pada tubuh badan yang dimaksudkan ialah urutan atau getaran.\n\nHabuk, debu, asap, kotoran, dan pencemaran udara juga boleh menyebabkan anda mendapat gegata.\n\nSekarang kami akan kongsikan petua menghilangkan gegata. Anda boleh mencuba salah satu daripada petua dibawah:\n\nCaranya, ambil sesudu bedak sejuk dan sesudu garam. Campurkan sedikit air ke dalam bedak sejuk dan garam tDI. Pastikan campuran bedak sejuk, garam dan air tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cari bagi memudahkan ianya melekat pada kulit. Sapukan pada tempat yang gatal.\n\nCaranya, bersihkan & potong lengkuas. Kelas ataupun guris-guriskan dengan pisau pada permukaan lengkuas yang dipotong. Gosok lengkuas tadi pada tempat yang gatal. Ulang setiap kali air lengkuas kering.\n\nCampurkan tepung beras dengan sedikit air. Uli dan kepal tepung sehinggalah menjadi doh. Golekkan tepung beras pada kulit yang terkena gegata.\n\nCaranya, kupas dan tumbuk bawang merah sehingga lembut kemudian sapukan di seluruh badan yang terkena gegata. Kaedah ini dilakukan selepas mandi setiap hari dan gegata anda akan sembuh dalam masa seminggu.\n\nCaranya, campurkan 1 penutup cuka epal dengan satu gayung air suam. Jadikan campuran ini sebagai bilasan terakhir semasa mandi. Tidak perlu dibilas dengan air biasa. Atau boleh juga\u00a0sapukan campuran air tadi pada kulit yang gatal dan biarkannya kering sendiri.\n\nCaranya, ambil\u00a0 seinci kunyit dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian tambahkan setengah sudu kapur makan.Sapu di tempat yang gatal atau terkena gegata.\n\nCara pertama, campurkan segenggam garam ke dalam separuh baldi air. Kemudian, campuran air garam dijadikan sebagai bilasan terakhir setiap kali mandi. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.\n\nCara kedua ialah dengan mengambil secubit garam dan campurkan dengan setengah gelas air. Kacau sehingga larut dan sapukan pada kulit yang gatal.\n\nItulah dia info gegata yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga perkongsian kami bermanfaat buat anda."
"Selalunya, roti bun hanya boleh didapati di bakeri. Rasanya amat lazat dan ianya boleh dimakan dengan apa apa sahaja. Namun begitu, anda juga boleh menyediakan sendiri roti bun. \n\nRoti bun ini boleh dihidangkan diwaktu minum petang dan dihidangkan kepada sesiapa sahaja. Ianya juga mungkin boleh menjadi pendekatan kepada anak \u2013 anak anda untuk makan. Haruman daripada roti bun yang dibakar ini juga dapat menarik minat sesiapa sahaja. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Noorsam Mairan dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook milik beliau. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMenarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Jom cuba resepi cream puff yang pasti mengecurkan air liur anda.\n\nCream puff sering dimasak dan dihidangkan sebagai pencuci mulut terutamanya selepas main dish. Ianya mnggunakan bahan- bahan yang ringkas dan nampak mudah. Walaubagaimanapun, cara\u00a0 pembuatannya agak rumit dan mencabar.\n\nAkan tetapi, sekiranya anda berjaya sudah pastinya ia akan dapat memberi kepuasan yang berbaloi. Practice makes perfect dan tidak salah untuk kita mencuba. Semestinya, ianya akan menjadi sesuatu yang lazat digemari ramai. Jadi jom! Mari kita cuba resepi cream puff ini.\n\nResepi ini telah dikongsi oleh Noraida Durani dan telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook. Wah, sudah tentu menjadi!\n\nNota: Jangan keluarkan puff sebelum puff betul betul masak kerana ianya akan turun dan penyek.\n\nCara \u2013 cara memasak creamy custard:\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik dan anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi cream puff ini, anda juga boleh mencuba resepi yang bervariasi yang terdapat di dalam Bidadari.my! Jangan lupa untuk kongsikan resepi bersama yang tersayang dan menekan butang Like."
"Jangan risau kalau anak mudah menangis. Sebenarnya ia peluang untuk tanamkan satu karakter yang sangat power.\n\nAnak saya Yaya memang cepat menangis. Empangan air matanya cepat pecah. Lutut tergores kecil pun menangis macam kaki tu kena potong.\n\n\u2018Macamana nak buat?\u2019 Soalan ini yang saya selalu tanya. Sebab saya taknak dia terus membesar dengan karakter \u2018cepat menangis\u2019 walaupun sebenarnya masalah yang dihadapi kecil.\n\nBiarlah dia ada \u2018kekuatan dalaman\u2019. Nanti apa pun masalah yang datang, dia tak mudah down dan lost.\n\nMacam-macam tips saya dapat dari seminar parenting. Saya cuba, ada yang berjaya ada yang sebaliknya.\n\n\u201cYaya, Allah suka orang yang syukur. Orang yang syukur dia happy. Sebab Allah baik sangat kat dia, bagi dia rumah, mata, tangan\u201d\n\nSaya teringat satu ayat Quran yang sangat power. \u201cCuba Yaya baca surah Fatihah\u201d\n\nDia pun baca dan selepas ayat \u2018Alhamdulillahi rabbil \u2018alamin\u2019 saya mencelah\n\n\u201cSee, Allah pun suruh kita cakap Alhamdulillah\u201d\n\nCuba Yaya cakap \u2018Alhamdulillah\u2019.saya mengajaknya, siap dengan nada lagi hehe.\n\nAnda pun tahu magiknya perkataan ini. Bila kita sebut, secara automatik hati akan menjadi lebih tenang, lebih happy, lebih positif.\n\nMuka \u2018cemek\u2019 Yaya mula hilang selepas dia menyebutnya.\n\n\u201cHa..kan comel macam tu..\u201d Dia mula tersenyum.\n\n\u201cSebab tu Yaya tak boleh nangis-nangis selalu. Allah bagi Yaya banyak sangat yang best..tengok yaya tidur pun ada aircond. Ingat tak kawan yaya yang kat Soup Kitchen tu..tidur pun tepi-tepi jalan, atas kotak\u201d\n\nDia angguk perlahan. \u201cSebab tu yaya kena syukur. Nak syukur kita kena happy. OK sayang?\u201d\n\nAlhamdulillah, banyak perubahan pada Yaya. Dia masih akan menangis tapi tak secepat dulu. Yang paling saya suka, bukan menangis atau tidaknya tu. Tapi bila dia mula tahu yang dalam hidup ni kita perlu bersyukur. Sebab Tuhan baik sangat dengan kita.\n\nIa adalah satu karakter yang sangat power. Yang kalau anak ada masalah pun, \u2018live goes on as usual\u2019. Sebab mindsetnya penuh syukur. Dia faham yang memang masalah ada, tapi masalah cuma 1, sedangkan nikmatnya beribu. Takkan sebab masalah yang satu terus rasa hambar dalam hidup.\n\nSebab itu saya melihat \u2018cepat menangis\u2019 ini sebagai peluang untuk menanam \u2018rahsia hidup bahagia\u2019 ini dalam diri anak: syukur.\n\nDan yang paling penting, dia perlu tahu yang rahsia ini datang dari Al-Quran, kalam Tuhannya.\n\nSemoga perkongsian ini membawa manfaat buat semua"
"REZEKI DI TANGAN TUHAN, kita seringkali mendengar ayat itu. Rezeki ini juga ada kaitan dengan usaha. Bak kata pepatah melayu, usaha itu tangga kejayaan. Tapi bayangkan bila mana usaha sudah cukup kuat namun rezeki masih juga sempit. Adakah ini bermakna Allah SWT sedang himpitkan rezeki? Jika ya, kenapa? Apakah pula punca rezeki kurang ini?\n\nBagi anda yang tertanya-tanya akan soal ini, di sini akan disenaraikan 13 sebab rezeki kurang atau sempit untuk sama-sama kita renungkan. Walaubagaimanapun, suka untuk diingatkan yang Allah SWT itu tidak pernah kejam! Malah Allah SWT merupakan sebaik-baik pencipta yang ingin kita selamat di sana kelak. \n\nKerana itu Allah SWT datangkan ujian dalam pelbagai cara untuk kita terus sentiasa mengingatiNya. Ya, jika ada masalah rayulah pada Dia. Begitu juga dengan masalah yang berkaitan dengan rezeki sempit ini. \n\nAntara Sebab Mengapa Rezeki Menjadi Sempit (Rezeki Susah Nak Masuk)\n\n10 Amalan Untuk Murah Rezeki Yang Patut Dipraktikkan \n\n Nabi Nuh berkata kepada kaumnya, Firman Allah SWT maksudnya :\u00a0 \n\n \u201cMohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).\u201d(Surah Nuh ayat 10 \u2013 12) \n\n \u201cBarangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa\u2019i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a) \n\n#2 \u2013 Menjaga Ibadah Kepada Allah Agar Tidak Ditinggalkan\n\nBagaimana mahu mendapatkan rezeki dari Allah SWT seandainya segala perintah tidak dituruti. Allah meminta kita untuk solat kepadanya sehari lima waktu juga susah, bagaimana nak dipermudahkan urusan untuk mendapat rezeki dariNya.\n\n Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : \n\n \u201cWahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu\u201d.(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a) \n\n#3 \u2013 Hindari Dosa Dan Maksiat\n\nDosa dan maksiat juga boleh menjadi salah satu punca kenapa rezeki tersekat. Dosa dan maksiat boleh membawa ke arah neraka, bertaubatlah! Jangan terus mengejar seronok dunia hingga nikmat syurga menjauh.\n\n \u201cTidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu\u2019allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya\u201d( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan) \n\n #4 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa \n\nSelalu doakan ibubapa yang telah bersusah payah untuk kita. Berdoalah untuk mereka dan tidak mustahil berkat doa yang baik itu akan menyebabkan pintu rezeki kita ikut terbuka.\n\n Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : \n\n \u201cApabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.\u201d(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) \n\nAmalan bersedekah sudah diterangkan oleh Rasulullah SAW sebagai salah satu cara untuk memperbanyakkan harta. Banyakkan bersedekah, jangan takut dan kedekut kerana amalan bersedekah ini akan menyucikan dan memperbanyakkan lagi harta kita. \n\n \u201cPerumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.\u201d(Al Baqarah: 261) \n\n#6 \u2013 Berbuat Baik Pada Orang Lain Dan Bantu Mereka Yang Lemah\n\nJika ada dikalangan saudara, kenalan mahupun sesiapa saja yang baru dikenali, berbuat baiklah pada mereka. Jika jumpa orang yang lemah dan sedang memerlukan bantuan, bantulah mengikut kadar kemampuan masing-masing. \n\n \u201cTidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.\u201d(Hadis Riwayat Bukhari) \n\n#7 \u2013 Mudahkan Urusan Orang Lain Dan Penuhkan Hajat Mereka\n\nKita permudahkan urusan orang lain maka Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita. \n\n \u201cSiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya.\u201d (Hadis Riwayat Muslim) \n\nTetamu yang datang akan membawa bersama rezeki maka layanilah tetamu dengan baik dan sopan santun. Muliakan tetamu kerana ia datang dengan rezeki ke rumah kita. \n\n Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali, \n\n \u201cWahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. \n\nSolat dhuha juga boleh bantu untuk membukakan pintu rezeki. Mereka yang rajin solat dhuha tidak akan berasa rugi kerana ia memang dapat bantu bukakan pintu rezeki dengan luas.\n\n\u201cWahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.\u201d(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)\n\nSyukur selalu. Sebutlah alhamdulillah dan bersyukurlah juga pada waktu sujud semasa tunaikan solat. Sujud sambil ucapkan syukur adalah satu amalan yang baik. \n\n \u201cDemi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.\u201d (Surah Ibrahim ayat 7) \n\nDoa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh\u00a0Rasulullah SAW Kepada Anas Bin Malik\n\n\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u0650\u0631\u0652 \u0645\u064e\u0627\u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u0648\u0627\u0644\u0633\u0639 \u0644\u0647 \u0641\u064a \u062f\u0627\u0631\u0647 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u064a\u0645\u0627 \u0627\u0639\u0637\u064a\u062a\u0647 \u0648\u0627\u062d\u0633\u0646 \u0627\u0639\u0645\u0627\u0644\u0647 \u0648\u0627\u0644\u063a\u0641\u0631\u0644\u0647\n\n\n\nMaksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.\n\nUbah Sikap Dan Amalkan Yang Baik Supaya Rezeki Tidak Sempit Lagi\n\nJika sebelum ini tidak pernah amalkan apa yang telah diberitahu tadi, jangan risau kerana kita masih punya peluang. Dengan Allah SWT selagi hayat masih di badan, berubahlah! Jika dulu tidak solat kini boleh mula kenal tikar sejadah untuk sembahyang. \n\nJika dulu rajin naik tangan ke muka isteri kini taubat dan layanilah isteri dengan baik. Ini semua tidak mustahil yang pasti jangan lupa untuk berubah sikap dan jangan lupa untuk terus berusaha dengan tubuh badan yang telah Allah SWT ciptakan ini. InshaAllah, rezeki yang dulu sempit akan mula menampakkan diri, aamiin."
"Saya pernah menerima satu soalan dari pembaca. Ya Allah seronok rasanya, sebab sebenarnya beliau adalah \u2018adik angkat\u2019 saya di sekolah dulu yang dah lama lost-contact. Kali terakhir kami berjumpa ialah ketika saya pulang dari US, kami lunch sama-sama.\n\nDipendekkan cerita, adik angkat saya mengadu tentang masalah yang beliau hadapi. Beliau menjaga ibu mertuanya yang sakit. Mula-mula ok, beliau tidak berkira untuk membantu. Dijaganya ibu itu seperti ibunya sendiri.\n\nTapi makin lama semakin adik beradik yang lain buat \u2018donno\u2019 dan semua \u2018lepas tangan\u2019 sehinggalah hanya beliau seorang saja yang menjaga ibu mertua tersebut. Boleh anda bayangkan perasaannya?\n\nDengan izinnya, saya mohon untuk kongsikan di sini. Sebab saya percaya sebenarnya bukan beliau seorang yang berhadapan dengan situasi macam ni.\n\nBerhadapan dengan orang yang lepas tangan. Tidak memikul tanggungjawab.\n\nBila saya baca mesej adik angkat ni, saya teringat pada seseorang yang saya kenali secara tak sengaja tahun lalu. Sebenarnya saya hampir lupa tentang kisah ini. Entah kenapa, tiba-tiba wajah seorang adik muncul semula di ingatan.\n\nWaktu itu saya kerap ke Perpustakaan Awam Bangi untuk buat kerja. Adakalanya marking, sebab kalau marking di office ada saja orang yang mengetuk pintu. Saya takut nanti markah yang saya bagi tak fair antara student, so saya perlu fokus.\n\nMaka Perpustakaan Awam Bangi selalu menjadi \u2018port\u2019 saya. Saya pilih tingkat atas, sebab view mengadap tasik boleh mengurangkan stress marking.\n\nBeberapa kali saya ke sana, saya perasan ada seorang adik ni. Selalu ada. Duduk sorang-sorang dengan buku-buku SPM yang tersusun di hadapannya. Memang biasanya agak ramai juga orang yang menggunakan tingkat atas ni, tapi saya memang cam beliau.\n\nSebab orang lain sibuk buat kerja sambil bergurau. Ada yang duduk berdua lelaki-perempuan. Ada yang bersembang lebih.\n\nTapi adik yang seorang ni lain. Memang tekun habis. Kalau anda nak tahu macamana tekunnya dia, bayangkan orang tengah ambil SPM dalam dewan periksa. Ha macam tu lah dia.\n\nSaya tidak nampak walau satu minit pun dibazirkan dengan berangan-angan atau bergurau. \u2018Fuh dasyat. Rajin betul adik ni, untung mak ayahnya\u2019 saya memuji-muji di dalam hati.\n\nSatu hari saya duduk di hadapannya. Kebetulan waktu itu tiada meja lain yang kosong. Adik itu hanya tersenyum bila saya menegurnya. Tengah-tengah saya kusyuk marking, tiba-tiba dia bertanya \u201ckak, nak pinjam kalkulator kejap boleh? saya tertinggal kalkulator di rumah\u201d\n\nSaya ambil kalkulator dan terus pass kat dia \u201cGunalah, akak pun tak guna sekarang\u201d. Itulah permulaan perbualan kami.\n\nPetang itu bila saya nak keluar dari perpustakaan, saya ternampak dia sedang duduk seorang diri di tangga di luar perpustakaan. Entah kenapa, tiba-tiba saya terdetik untuk duduk di sebelahnya.\n\nHobi saya memang suka berkenalan dan mengorek rahsia bila jumpa orang yang luar biasa. Sebab saya percaya, ada sesuatu yang saya boleh pelajari.\n\n\u201cTunggu parents ke dik?\u201d Saya duduk sambil offer adik tu gula-gula. Beliau tersenyum dan ambil gula-gula tu satu. \u201cA ah tunggu mak ambil\u201d\n\n\u201cAkak, thank you tadi bagi pinjam kalkulator\u201d Dalam hati saya puji lagi adik ni. Pandai dia berbudi bahasa. Siapalah mak ayahnya.\n\n\u201cMmm..takpe. Akak pun tak guna\u201d Saya lihat dia tersenyum sambil menikmati gula-gula yang saya bagi. Sedap agaknya.\n\nKami berborak seketika. Saya tanya dia duduk mana, sekolah di mana. Dia bercerita macam dah lama kenal saya. Siap minta gula-gula lagi. Katanya memang itu gula-gula kegemarannya.\n\n\u201cDik, boleh tak akak nak tahu kenapa adik rajin betul belajar?\u201d Entah kenapa ringan saja mulut saya bertanya. Mungkin sebab adik tu pun dah mesra berborak dengan saya.\n\nTiba-tiba saya tengok adik tu berhenti menguyah gula-gula dalam mulutnya. \u2018Alamak, aku salah tanya ke?\u2019 Saya dah risau semacam dalam hati.\n\nBaru saja nak say sorry, saya tengok dia mula tersenyum. Fuh lega.\n\n\u201cSebab saya kasihan tengok mama\u201d jawabnya sepatah.\n\nSaya diam, hoping dia akan sambung cerita. Ikutkan hati nak je tanya, \u2018kenapa, mama adik tak sihat ke?\u2019 tapi takut pula salah tanya.\n\nSeketika suasana sunyi. Orang lalu pun takde.\n\n\u201cMama kerja keras nak besarkan saya dengan adik-adik. Saya kasihan tengok mama, semua benda mama kena buat\u201d cerita adik itu, nadanya mula beremosi.\n\n\u201cAyah ada sama macam takde, kak. Yang dia tahu dia nak marah mama. Tapi mama tak pernah melawan ayah. Ayah je yang suka-suka hati nak marah mama. Dahla hal kami adik beradik dia buat tak tahu. Saya kasihan tengok mama, kak\u201d\n\nCeritanya perlahan. Suaranya sudah mula sebak. Ada kemarahan dalam hati yang ditahan-tahan anak remaja ini. Dia seperti ingin meluahkan satu rasa yang dipendam. Tiba-tiba saya tak tahu nak cakap apa dan hanya mampu membiarkan beliau meluahkan perasaannya.\n\nAllahuakbar, tak sangka saya di sebalik ketekunannya itu rupanya ada cerita yang tersembunyi. Di sebalik senyumannya itu rupanya ada kepahitan yang sedang ditelan.\n\n\u201cSaya selalu bengang dengan ayah. Kenapa buat mama macam tu. Tapi mama selalu cakap dengan saya takpelah ayah macam tu. Dia tetap ayah saya. Dia tetap suami mama. Yang penting mama kata mama tetap akan jadi isteri yang baik untuk ayah.\u201d\n\n\u201cSebab mama kata mama nak masuk syurga\u201d\n\nAllahuakbar. Tersentuhnya hati saya. Kali ini air mata saya jatuh juga akhirnya.\n\n\u201cTiap-tiap kali kami solat bersama, mama akan minta saya doakan mama masuk syurga\u201d Ceritanya dengan air mata yang mengalir laju. Sesekali disekanya.\n\nSaya betul-betul tidak sangka dengan apa yang saya dengar. Baru tadi saya melihat adik ini gigih menjawab soalan latihan SPM. Rupanya di sebaliknya ada seorang ibu yang berhati cekal.\n\nSeorang isteri yang faham bahawa syurga di bawah telapak kaki suaminya. Seorang wanita yang faham bahawa tidak apa-apa masalah yang dihadapinya, asalkan dia \u2018lulus\u2019 di sisi Tuhan Rabbul Izzati.\n\n\u201cSebab tu saya nak belajar rajin-rajin kak. Saya nak hadiahkan kejayaan saya untuk mama. Saya nak mama gembira\u201d\n\nKatanya lagi dengan air mata mengalir laju. Saya peluk dia, tidak tahu nak kata apa apa. Sungguh Tuhan memang baik. Diberinya seorang anak yang berhati baik untuk membahagiakan seorang ibu.\n\n\u201cInsha Allah dik. Adik teruskan apa yang adik buat. Akak doakan adik berjaya\u201d kata saya perlahan sambil menepuk bahunya.\n\nDikesatnya air mata cepat-cepat. \u201cTerima kasih kak\u201d\n\nSaya lihat dia mula tersenyum \u201coklah kak, kita cerita benda lain pulak. Akak kerja mana?\u201d\n\nOh adik, sungguh tabah hati mu. Pastinya setabah hati ibu mu.\n\nSaya rasa ada dalam sepuluh minit saya berborak dengannya. Cerita pasal sekolah, pasal kerja saya sebagai pensyarah. Baru saya tahu rupanya adik ni bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi.\n\nTengah syok-syok cerita, tiba-tiba phone saya berbunyi. Bibik call, sebab anak saya aqif nangis tidak henti dan badannya mula panas. Saya bergegas minta diri untuk pulang.\n\nDalam hati saya mengomel \u2018Allah..ruginya tak dapat jumpa mak dia\u2019\n\nYa, sebenarnya saya stay berborak dengan adik ni sebab saya teringin nak jumpa mamanya. Saya nak salam dan cium tangannya. Orang yang hidupnya cukup Allah baginya.\n\nYang faham benar bahawa hidup ini hanya sementara. Biarlah orang lain melayannya bagaimana, yang penting adalah redha Tuhan ke atas dirinya.\n\nSubhanallah. Sungguh akak ini adalah idola saya.\n\nSejak itu saya tidak berkesempatan ke perpustakaan dan itulah kali terakhir saya berjumpa dengan adik itu. Sekarang bila saya pergi ke sana saya dah tak nampak beliau lagi.\n\n\u2018Maybe dah masuk u\u2019 saya meneka di dalam hati. Semoga beliau berjaya dalam mengejar cita-citanya untuk membahagiakan mama tercinta.\n\nKini cerita ini segar semula di ingatan. Kepada adik angkat saya, saya katakan, apa yang dihadapi adalah satu cara Allah nak tengok sejauh mana dia mengejar redhaNya. Setiap orang ada \u2018part\u2019 masing-masing.\n\nTugas kita untuk melaluinya dengan ikhlas, sabar, syukur dan redha. Sebab kita boleh mati anytime, semoga bila masanya tiba Tuhan redha dgn kita. Seperti mama kepada adik ini yang faham benar bahawa tiada yang lebih penting dari \u2018lulus\u2019 di sisi Tuhan.\n\nBukan maksudnya membiarkan orang lain lepas tangan.\n\nTapi ayuh kita berhenti memeningkan kepala dan menekan perasaan kita dek sikap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebab pening kepala kita itu tidak akan mampu mengubah sikap mereka.\n\nSebenarnya orang yang lepas tangan itulah yang sepatutnya berfikir, bagaimanakah nanti bila ajal menjemput mereka. Adakah mereka lulus penilaian Tuhan?\n\nLets care about ourselves in the right way. Care, that we have the blessing from Allah."
"Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, dan sebagainya. Sedapnya kalau dapat makan kek coklat. Rasa coklatnya boleh buat kita gembira selalu kot. dari mood sedih boleh tukar ke mood happy. Tapi kan selalu sangat dah makan kek coklat moist. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Coklat Karamel. Lain sikit.\n\nJom tengok resepi dari \u200ePrincess Scha Zura. Selamat mencuba.\n\nBahan C: Bahan untuk di ayak\n\n1 cwn tepung gandum1 sudu kecil soda bikarbonat1 sudu kecil baking powder\n\nBahan D: Bahan lain yang diperlukan\n\nSelain resepi Kek Coklat Karamel, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Sekiranya anda dijemput untuk menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan umrah, tahniah kami ucapkan. Pastinya anda sedang bersiap sedia untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai barang umrah untuk wanita sebagai panduan anda dalam menyediakan kelengkapan sebelum berlepas.\n\nSudah pasti anda sudah menyertai kursus umrah sebagai salah satu persediaan sebelum anda menunaikan umrah. Namun adalah lebih baik sekiranya anda bawa sekali buku panduan umrah bersama-sama anda. Bolehlah anda baca dalam perjalanan atau pun anda rujuk sekiranya berlaku sebarang kekeliruan.\n\nBarang kedua yang anda perlukan ialah passpost yang sah dan mempunyai tarikh luput melebihi 6 bulan. Sekiranya anda tidak mempunyai passport yang cukup syarat, anda tidak akan dibenarkan berlepas.\n\nTelekung adalah di antara pakaian utama anda semasa di Tanah Haram nanti. Oleh itu bawalah 2 atau 3 pasang telekung yang berwarna putih. Selakkan daripada memakai telekung berwarna-warni dan terang.\n\nBarang keperluan umrah untuk wanita yang seterusnya ialah jubah atau baju kurung. Kedua-dua pakaian ini adalah selesa dan menutup aurat dengan sempurna. Sesuai untuk anda pakai semasa menunaikan umrah. Warna putih dan hitam adalah pilihan utama.\n\nSelain jubah dan baju kurung, jangan lupa untuk membawa tudung yang cukup labuh untuk menutup dada anda dengan sempurna. Elakkan membawa tudung yang jarang atau penuh dengan batuan yang akan menjadi perhatian Jemaah yang lain di sana nanti.\n\nJangan lupa untuk bawa stokin kaki. Kaki adalah aurat seorang wanita. Ianya wajib ditutup dari pandangan lelaki bukan mahram, lebih-lebih lagi semasa anda menunaikan ibadah umrah.\n\nStokin tangan juga adalah salah satu barang keperluan umrah buat wanita yang wajib anda bawa bersama, terutamanya jika anda memakai baju tanpa butang di lengan. Stokin tangan akan mengelakkan lengan anda kelihatan apabila lengan baju anda tersingkap.\n\nKasut tawaf atau saie yang juga dikenali sebagai Kuff adalah satu lagi barang keperluan yang penting untuk anda semasa menunaikan umrah. Ia adalah bagi mengelakkan kaki anda daripada melecet atau menggelupas.\n\nBuku doa juga merupakan satu lagi kelengkapan umrah buat wanita yang ingin kami cadangkan untuk anda bawa. Ini kerana sepanjang menunaikan umrah, kita digalakkan untuk banyak berdoa kepada Allah. Dengan adanya buku doa, anda boleh buka sahaja buku tersebut dan pilih doa yang menjadi pilihan.\n\nSelain berdoa, para Jemaah juga digalakkan untuk banyak berzikir dan berselawat semasa di Tanah Haram. Oleh itu, bawalah tasbih bersama anda agar mudah untuk and berzikir dan berselawat. Boleh bawa tasbih biasa atau tasbih digital.\n\nSelain itu, sebelum berangkat anda juga boleh memuat turun aplikasi yang boleh membantu anda semasa berada di Mekah dan Madinah seperti aplikasi untuk menyewa kenderaan dan penghantaran makanan.\n\nSemasa anda berada di luar negara, anda boleh membeli simkad prabayar untuk anda pakai sementara berada di sana memandangkan international roaming menelan kos yang tinggi. Dengan adanya simkad sementara semasa di sana, bolehlah anda berhubung dengan orang yang tersayang.\n\n13. Sedikit duit simpanan dalam akaun\n\nPastikan juga ada sedikit duit simpanan dalam akaun yang mempunyai kad agar anda mempunyai back up sekiranya anda kehabisan wang semasa menunaikan umrah. Manalah tahu kot ada barang yang anda berkenan untuk dibawa pulang sebagai kenangan.\n\nBawa juga bantal kecil untuk mengalas kepala anda semasa tidur di mana-mana. Ia adalah untuk keselesaan anda.\n\nBorol spray boleh digunakan untuk mengambil wuduk sekiranya tandas sesak dan anda tidak berpeluang untuk masuk ke dalam untuk berwuduk. Spraykan sahaja anggota wuduk anda, selesai.\n\nMemandangkan dunia masih deselubungi pandemic Covid-19, jangan lupa untuk membawa hand sanitizer yang secukupnya untuk perlindungan diri anda. Pastikan anda membasuh tangan dan menggunakan hand sanitizer dengan kerap memandangkan ramai Jemaah semasa di sana.\n\nSeperti hand sanitizer, pelitup muka juga adalah sangat penting untuk perlindungan diri.\u00a0 Bawa sekurang-kurangnya sekotak. Peliput muka tidak mempunyai tarikh luput, maka tak rugi kalau anda bawa lebih.\n\nKeperluan umrah buat wanita yang seterusnya ialah plastik kecil. Kegunaannya ialah untuk menyimpan kasut anda. Di sana banyak berlaku kejadian kecurian kasut. Selain itu, plastik juga boleh digunakan untuk menyimpan sampah kecil anda.\n\nJarum dan benang adalah satu lagi barang penting yang perlu anda bawa. Manalah tahu kalau ada pakaian anda yang terkoyak, bolehlah anda jahit sendiri. Bawa lebih supaya boleh dipinjamkan kepada Jemaah lain yang memerlukan.\n\nKebiasaannya makanan disediakan bersama pakej umrah anda namun nasihat kami bawa sedikit makanan untuk dimakan semasa berada di hotel. Bawa makanan kering yang sedia untuk dimakan seperti biskut, roti kering, dan air 3 in 1. Semasa menunaikan umrah biasanya anda banyak melakukan qiamullail, dan pastinya anda akan berasa lapar.\n\nItulah dia info \u00a0tentang senarai barang umrah untuk wanita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:"
"Mencari resepi ikan selar yang sedap untuk makan tengah hari? Ikan selar digoreng garing bersama-sama sambal cili padi. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.\n\nLauk yang simple tetapi kami pasti inilah yang sedap.\n\nIkan digoreng garing macam keropok. Makan sampai bertambah nasi 2 pinggan. Bikin lupa dunia makan ikan selar macam ini.\n\nEffinorlianawati Rosdzali berkongsikan resepi ikan selar masak sambal cili padi di Facebook. Sedap baunya sampai pada jiran sebelah rumah.\n\nResepi Ikan Selar Goreng Sambal Cili Pedas\n\nSelain resepi ikan selar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kawasan tanah tinggi dikatakan sebagai kawasan yang sejuk dan dingin bagi mereka yang sukakan travel atau kaki jalan. Pastilah cuacanya sejuk kerana kawasan tanah tinggi selalunya terletak di atas bukit, gunung dan seolah-olah seperti luar negara.\n\nKali ini, kami akan berkongsi 10 kawasan tanah tinggi terbaik di Malaysia untuk percutian. Anda boleh membuat ranking tempat peranginan tanah tinggi kesukaan anda dan mengunjunginya suatu hari nanti. \n\nJangan lupa bawa baju sejuk ke tempat menarik di kawasan tanah tinggi di Malaysia ini. Anda bakal kesejukan dek anginnya yang menghembus-hembus riang bersama kabus-kabus putih. \n\nNamanya Bukit Tinggi tetapi strukturnya juga agak tinggi berada di atas kawasan bukit. Di sini, anda boleh melawat dan berjalan-jalan sambil menikmati udara yang amat segar. Ia turut dijadikan tempat peranginan untuk anda bergambar dengan menarik dan penuh kreatif. \n\nAntara tarikan utama di Bukit Tinggi ini adalah\u00a0Colmar Tropicale yang dicipta berdasarkan seni reka bina bangunan di Colmar, Japanese Tea House & Botanical Garden, Perancis dan Animal Park.\n\nBukit Larut terletak di daerah Taiping, Perak yang juga dikenali sebagai Bukit Maxwell. Maxwell adalah nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884,\u00a0iaitu William Edward Maxwell. \n\nAnda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak di sini. Salah satunya adalah aktiviti jungle tracking. Sambil beraktiviti, anda boleh menikmati keindahan alam di sini.\n\nBroga Hill terkenal sebagai tempat pendakian yang boleh anda terjah. Lebih sesuai lagi, jika anda berkunjung ke sini pada waktu pagi dan petang. Masa itu adalah pemandangan terbaik untuk anda lihat. Tidaklah jauh, ia terletak di Broga, Semenyih dimana mengambil masa tidak sampai 1 jam dari Kuala Lumpur.\n\nSangat sejuk apabila berada di puncak Gunung Jerai. Walaupun anda masih mendaki, suhu badan sudah dikelilingi suhu antara 19 hingga 24 darjah celcius. Bolehlah anda bersantai dan mendapatkan udara sejuk pada dingin hari di sini. Anda juga dapat melihat keindahan semulajadi seperti sawah padi, hutan dan lain-lain lagi di sini. \n\nGunung Ledang terkenal dengan alam flora dan faunanya yang indah, gunung yang tinggi lagi mencabar serta hidupan eksotif pelbagai spesis. Anda boleh menaiki gunung setinggi 1,276 m dari paras laut dan berkelah di Air Terjun Sagil. Unik kan? Jangan lupa juga untuk mencuci mata melihat panoraa pantai sumatera dan selat melaka.\n\nBukit Bendera adalah salah satu kawasan tanah tinggi terbaik di Malaysia untuk percutian. Terletak di Pulau Pinang, anda boleh menaiki Bukit Bendera dengan kereta api yang disediakan di sini. Ia berketinggian 830 meter dan 3 darjah lebih sejuk dari tempat yang berdekatan pantai.\n\nApa yang ada di Bukit Fraser? Tanah tinggi di Pahang ini takkan mengecewakan anda. Terdapat aktiviti rekreasi yang boleh anda lakukan seperti Allan\u2019s Water iaitu anda boleh mendayung bot merentasi tasik keruh. \n\nSelain itu, Paddock memberikan anda pengalaman memanah dan menunggang kuda. Ada juga boleh berkunjung ke Air Terjun Jeriau di Bukit Fraser.\n\nCameron highland sangat terkenal sebagai tanah tinggi yang paling tenang, sejuk dan \u2018strawberi\u2019. Bukan apa, jika berkunjung di sini, pasti anda boleh merasai kemanisan strawberri yang segar dan manis. \n\nSepanjang berada di tanah tinggi ini, anda boleh melawat ladang strawberi, taman rama-rama, ladang teh, ladang lebah madu dan lain-lain lagi. Hotel yang disediakan juga sangat klasik, moden dan antik. Tempat makan malam ala Tudor juga terdapat di sini.\n\nIngin bercuti di kawasan tanah tinggi, negeri di bawah bayu pula? Kundasang War Memorial yang terletak 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan 12 kilometer dari pekan Ranau, Sabah adalah tempat terbaik untuk anda lawati. \n\nAnda boleh berkunjung ke\u00a0pasar sayur-sayuran yang dibuka setiap hari dan melihat barangan yang dijual di sana. Nak beli sayur-sayur yang segar dan susah didapati di negeri sendiri? Beli sahaja di tanah tinggi Kundasang!\n\nLihat dari jauh, hati saya rindu.\n\nMemang rindu berkunjung ke Gunung Kinabalu, cuaca yang sejuk dan dingin membuatkan anda berasa tenang. Umumnya, kepanasan kawasan tanah tinggi di Gunung Kinabalu tidak terasa membuatkan ramai yang teruja untuk mendaki gunung tersebut. \n\nApa kata kali ini anda bercuti di Gunung Kinabalu dan meluangkan masa bersama tersayang dengan mendaki tanah tinggi ini? Pasti menyeronokkan dan takkan dapat anda lupakan. Datang bersama pasangan, keluarga, kawan-kawan membuatkan suasana percutian anda lebih meriah.\n\nGunung tertinggi di Malaysia adalah Gunung Kinabalu. Beruntunglah jika anda dapat merasa mendaki Gunung Kinabalu sampai ke puncak. Pernahkah anda terfikir, dari manakah nama \u2018Gunung Kinabalu\u2019 didapatkan? Ya, sungguh ada kisah di sebalik nama kawasan tanah tinggi ini.\n\nKisah seorang isteri bernama Kina yang menanti suaminya yang merupakan seorang nelayan. Suaminya tidak pulang-pulang dari lautan dan dikatakan telah mati di lautan. \n\nNamun, Kina sering mendaki gunung tersebut untuk melihat-lihat bot suaminya dengan harapan suaminya pulang ke kampungnya. Akhirnya, gunung tersebut diberi nama \u2018Gunung Kinabalu\u2019 kerana Kina yang dikatakan menjadi balu sering naik ke situ.\n\nItulah dia 10 kawasan tanah tinggi terbaik di Malaysia untuk percutian. Anda boleh memilih mana-mana kawasan menarik ini untuk mengatur perjalanan percutian anda! Jemput baca Tempat menarik di Kota Tinggi, Tempat menarik di Pahang dan Homestay di Cameron Highland."
"Nak tahu makanan tinggi serat? Jom kita lihat makanan tinggi serat serta kepentingannya yang diulas dalam artikel ini. Serat dalam makanan banyak datang dari sumber tumbuh-tumbuhan. Terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak larut yang kedua-duanya sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh. \n\nMenariknya, serat tumbuhan yang dimakan ini tidak boleh dicerna oleh enzim tubuh manusia, lalu akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan nyahtinja kita. Hal ini yang menjadikan seseorang yang cukup sumber serat dalam diet makanan, lancar dari segi penghadamannya. Masalah sembelit atau cirit-birit boleh diatasi dengan pengambilan serat yang mencukupi ini.\n\nKandungan serat larut biasa dikenal pasti dengan keupayaannya larut di dalam air. Apabila dimakan, serat larut akan ditapai di dalam usus untuk menghasilkan gas dan produk biokatif untuk kegunaan tubuh oleh bakteria dalam perut.\n\nAntara contoh serat larut ialah (1) beta glukan yang boleh ditemui dalam oat, barli dan cendawan dan (2) gam guar mentah yang dijumpai dalam kacang guar. Psyllium pula merupakan sejenis serat larut yang tidak ditapai dalam usus tetapi akan mengandungi air yang melalui saluran pencernaan dan memudahkan proses membuang air besar.\n\nSeterusnya, antara sumber makanan yang kaya dengan serat larut ialah:\n\nSementara itu, serat tidak larut tidak boleh dicerna oleh enzim dalam badan dan tidak pula boleh terlarut dalam air. Antara contoh serat tidak larut ialah bran gandum, selulosa dan lignin. Permukaan \u2018kasar\u2019 molekul serat tidak larut ini akan menggalakkan penghasilan mukus pada usus besar yang akan bergumpal dengan bahan lain dan memudahkannya disingkirkan dalam bentuk najis.\n\nTerdapat juga sesetengah serat tidak larut seperti kanji boleh dicerna enzim dan ditapaikan dalam usus besar.\n\nMakanan yang mempunyai serat tidak larut yang tinggi boleh diperolehi melalui sumber makanan berikut:\n\nBerdasarkan analisis makmal dan laporan kajian lepas, berikut merupakan jenis serat beserta sumber makanan yang boleh anda ambil bagi memastikan diet seharian anda cukup dengan keperluan serat bagi sistem penghadaman yang sihat.\n\nSerat makanan boleh dijumpai dengan banyak dalam buah-buahan, sayuran-sayuran dan bijirin penuh. Jumlah kandungan serat yang terdapat dalam makanan-makanan tertentu adalah seperti berikut:\n\nSerat makanan mempunyai ciri-ciri fizikokimia yang berbeza. Kebanyakan makanan semi-pepejal, serat dan lemak ialah kombinasi unsur-unsur yang membentuk serat makanan. Buah-buahan dan sayuran segar merupakan bahan selular semula jadi yang membentuk serat ini.\n\nBerdasarkan kajian lepas, serat memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh, antaranya:\n\nDiet yang mengandungi serat perlulah diamalkan oleh setiap daripada kita untuk mendapatkan kualiti kesihatan yang terbaik. Malahan, makanan yang tinggi serat ini boleh didapati dengan mudah di sekeliling kita dan dijual dengan harga yang berpatutan. Banyak manfaat kesihatan boleh diperolehi dengan menjaga diet makanan yang seimbang ini. Semoga artikel makanan tinggi serat ini membantu."
"Sudah menjadi lumrah masyarakat Arab ketika itu dimana bayi seseorang disusukan oleh wanita lain. Muhammad SAW disusukan oleh Ummu Aiman pada mulanya. Kemudian, Thuwaibah. Selepas itu, Nabi Muhammad SAW juga mempunyai seorang ibu susuan yang sangat sayang akannya iaitu Halimatus Sa\u2019diyah. \n\nPasti anda pernah mendengar nama wanita ini bukan? Ibu susuan Nabi Muhammad SAW adalah orang penting yang juga telah membesarkan Nabi sejak bayi lagi. Mari kita lihat satu persatu kisah ibu susuan Nabi Muhammad SAW. \n\nIbu Susuan Nabi Muhammad SAW \u2013 Ummu Aiman\n\nUmmu Aiman Barakah Al-Habasyiyah adalah ibu susuan pertama Nabi Muhammad SAW. Setelah dilahirkan dan disusukan selama 3 atau 7 hari oleh Aminah, ibu Nabi Muhammad SAW, Ummu Aiman menyusukan Nabi SAW. \n\nSetelah meningkat dewasa, Rasulullah SAW sering dirindui oleh Ummu Aiman. Beliau sendiri telah memerdekakan Ummu Aiman. Ummu Aiman setelah ibu bernikah dengan Zaid bin Haritsah. Selepas Rasulullah SAW meninggal dunia, Ummu Aiman juga meninggal dunia lima bulan selepasnya.\n\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0633\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0628\u064f\u0648 \u0628\u064e\u0643\u0652\u0631\u064d \u0631\u064e\u0636\u0650\u064a \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0648\u064e\u0641\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0644\u0650\u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064e \u0627\u0646\u0652\u0637\u064e\u0644\u0650\u0642\u0652 \u0628\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064f\u0645\u0650\u0651 \u0623\u064e\u064a\u0652\u0645\u064e\u0646\u064e \u0646\u064e\u0632\u064f\u0648\u0631\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u064a\u064e\u0632\u064f\u0648\u0631\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0646\u0652\u062a\u064e\u0647\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0643\u064e\u062a\u0652 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0628\u0652\u0643\u0650\u064a\u0643\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u0650\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e\u062a\u0652 \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0628\u0652\u0643\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0643\u064f\u0648\u0646\u064e \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u0650\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0652\u0643\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u062d\u0652\u064a\u064e \u0642\u064e\u062f\u0650 \u0627\u0646\u0652\u0642\u064e\u0637\u064e\u0639\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0641\u064e\u0647\u064e\u064a\u064e\u0651\u062c\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064f\u0643\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0641\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0628\u0652\u0643\u0650\u064a\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627\n\nDari Anas\u00a0radhiyallahu \u2018anhu, ia berkata, \u201cSetelah Rasulullah\u00a0shallallahu \u2018alaihi wa sallam\u00a0wafat, Abu Bakar pernah berkata kepada Umar, \u201cMarilah kita pergi mengunjungi Ummu Aiman, sebagaimana dahulu Rasulullah\u00a0shallallahu \u2018alaihi wa sallam\u00a0mengunjunginya\u201d. Tatkala kami sampai kepadanya, Ummu Aiman menangis. Maka keduanya berkata kepadanya, \u201cApa yang membuatmu menangis wahai Ummu Aiman? Sedangkan apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah\u00a0shallallahu \u2018alaihi wa sallam.\u201d Kemudian Ummu Aiman menjawab, \u201cAku menangis, bukan karena aku tidak tahu bahwa apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah\u00a0shallallahu \u2018alaihi wa sallam.\u00a0Tetapi aku menangis karena wahyu telah terputus dari langit.\u201d Maka Ummu Aiman menggerakkan Abu Bakar dan Umar untuk menangis, sehingga keduanya menangis bersama Ummu Aiman.\u201d (HR. Muslim, no. 2454)\n\nIbu Susuan Nabi Muhammad SAW \u2013 Tsuwaibah (Mawla Abu Lahab)\n\n\u201cAku dan Abu Salamah telah disusui oleh Tsuwaibah.\u201d (HR. Bukhari, no. 5101. Lihat\u00a0Fath Al-Bari, 9: 144)\n\nTsuwaibah menyusui Muhammad SAW dari puteranya yang pertama lagi iaitu Masruh. Beliau juga telah menyusui Hamzah bin \u2018Abdul Muthallib sebelumnya. Abu Salamah bin \u2018Abdil Asad juga telah disusuinya setelah Muhammad SAW. (Ar-Rahiq Al-Makhtum, hlm. 72)\n\nTsuwaibah telah dimerdekakan oleh Abu Lahab sebelum menyusukan Nabi Muhammad SAW. Sehingga dewasa, Rasululullah SAW amat memuliakan Tsuwaibah. Setelah menikah dengan Khadijah, beliau juga pernah menemui Tsuwaibah. Khabarnya, Tsuwaibah dan Masruh menghembuskan nafas terakhir setelah peperangan Khaibar (Fath Al-Bari, 9: 145)\n\nDari Urwah bin Az-Zubair\u00a0radhiyallahu \u2018anhuma,\n\n\u0648\u062b\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0628\u064e\u0629\u064f \u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627\u0629\u064c \u0644\u0650\u0623\u064e\u0628\u0650\u064a \u0644\u064e\u0647\u064e\u0628\u064d \u060c \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u0628\u064f\u0648 \u0644\u064e\u0647\u064e\u0628\u064d \u0623\u064e\u0639\u0652\u062a\u064e\u0642\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0639\u064e\u062a\u0652 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u060c \u064e\u0644\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0645\u064e\u0627\u062a\u064e \u0623\u064e\u0628\u064f\u0648 \u0644\u064e\u0647\u064e\u0628\u064d \u0623\u064f\u0631\u0650\u064a\u064e\u0647\u064f \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064f \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0628\u0650\u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u062d\u0650\u064a\u0628\u064e\u0629\u064d \u2013 \u0623\u064a \u0628\u0633\u0648\u0621 \u062d\u0627\u0644 -\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f : \u0645\u064e\u0627\u0630\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0642\u0650\u064a\u062a\u064e \u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0628\u064f\u0648 \u0644\u064e\u0647\u064e\u0628\u064d : \u0644\u064e\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0644\u0652\u0642\u064e \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e \u0623\u064e\u0646\u0650\u0651\u064a \u0633\u064f\u0642\u0650\u064a\u062a\u064f \u0641\u0650\u064a \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0628\u0650\u0639\u064e\u062a\u064e\u0627\u0642\u064e\u062a\u0650\u064a \u062b\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0628\u064e\u0629\u064e\n\n\u201cTsuwaibah adalah budak yang telah dimerdekakan oleh Abu Lahab, ia menyusui Nabi shallallahu \u2018alaihi wa sallam. Setelah Abu Lahab meninggal dunia, beberapa keluarganya melihat Abu Lahab dalam mimpi bahwa keadaannya nanti buruk, sewaktu dia ditanya, \u201cApa yang telah kamu temukan?\u201d Dia menjawab, \u201cSaya tidak menemukan sesuatu pun setelah kamu. Hanya saja saya telah mendapatkan minuman sebagai balasan dari memerdekakan Tsuwaibah.\u201d (HR. Bukhari, no. 5101\n\nIbu Susuan Nabi Muhammad SAW -Halimah bin Abi Dzuaib As-Sa\u2019diyah \n\nIbu susuan Nabi Muhammad SAW yang paling terkenal sekali adalah Halimatus Sa\u2019diah. Beliau adalah Halimah binti Abi Dzuaib As-Sa\u2019diyah\u00a0radhiyallahu \u2018anha yang berasal dari desa pedalaman. \n\nBeliau mengikuti rombongan wanita bagi mencari bayi susuan dan akhirnya ditemukan dengan Nabi Muhammad SAW setelah tiada lagi bayi lain yang diberikan. Masyarakat Arab ketika itu mengamalkan amalan bayi harus disusukan oleh ibu susuan yang lain untuk lebih sihat tubuh badan.\n\nNamun begitu, kehadiran Muhammad SAW membawa berkah kepada kehidupan Halimah. Halimah meminta untuk Muhammad tinggal bersama mereka walaupun saat itu dia harus kembalikan Muhammad kepada keluarganya. Akhirnya beliau tetap bersama Muhammad SAW iaitu sehingga nabi Muhammad SAW berumur empat atau lima tahun dan sehingga peristiwa dimana hati baginda dicuci oleh Malaikat Jibril.\n\nHalimah Sa\u2019diah juga disifatkan sebagai ibu susu yang bertuah dimana sebagai ibu susuan Rasul junjungan mulia dan dapat menetap bersamanya, beliau adalah orang yang dikira paling rapat dengan Nabi SAW juga. \n\nTahukah anda, Nabi SAW juga pernah dibawa pulang ke perkampungan Bani Saad oleh Halimatus Sa\u2019adiah. Beliau dibesarkan di sana sehingga usia baginda 4 tahun 2 bulan iaitu lebih kurang 50 bulan. Disebabkan itu, pertuturan Nabi SAW dalam bahasa Arab sangat lancar dan fasih.\n\nItulah dia kisah ibu susuan Nabi Muhammad SAW serta sedikit biodata mereka. Betapa untungnya ibu susuan Nabi Muhammad SAW kerana dapat memberikan jasa yang menjadi darah daging Nabi Muhammad SAW.\n\nJom baca juga Kisah Nabi Yusof dari kecil, Senarai isteri Nabi Muhammad SAW, Kisah Nabi Adam dari Al-Quran dan Kepentingan selawat Nabi Muhammad SAW."
"Malam ini teringin makan asam pedas ikan kembung. Siapa tercari resepi asam pedas ikan kembung, mari cuba resepi di bawah ini.\n\nMana lagi sedap antara asam pedas letak asam keping atau asam jawa? Apapun itu terpulang kepada kesukaan masing-masing. Namun resepi yang dikongsikan oleh Shuhaidah Ibrahim\u200e\u200e di laman Facebook ini menggunakan asam jawa.\n\nIkan kembung dagingnya enak dan lembut jika dimasak betul-betul. Makin terasa sedapnya jika ikan kembung dimasak asam pedas. Makan dengan nasi putih panas makin merangsang selera. Tanpa tunggu lama, mari cubakan resepi di bawah ini.\n\nNota : Kuah kalau cair sangat tidak sedap. Kuantiti asam jawa terpulang anda, jangan masam sangat.\n\nSelain resepi asam pedas ikan kembung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sedekah adalah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Terdapat pelbagai jenis jenis sedekah dan sedekah ini merupakan pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah ketika masih hidup sama ada dalam bentuk wakaf, hibah atau hadiah.\n\nSadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: \u0635\u062f\u0642\u0629\u200e) yang bermaksud benar.\n\nManakala dari segi syarak pula sedekah adalah suatu pemberian kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.\n\nApa Jenis Jenis Sedekah Yang Boleh Kita Lakukan\n\nRamai yang menyangkakan sedekah adalah dengan memberi harta dan wang ringgit. Sebenarnya sedekah terbahagi kepada banyak jenis. Malah sedekah tidak perlu keluar wang ringgit malah ada juga aktiviti harian yang kita lakukan juga boleh dijadikan sebagai sedekah. Antaranya ;\n\nBagi yang nak tahu, teruskan membaca di bawah ini.\n\nJenis Jenis Perbuatan Yang Boleh Dianggap Sebagai Sedekah\n\nBila sebut sahaja mengenai sedekah, ramai yang akan memilih untuk memberi harta serta wang ringgit. Pada masa kini ramai badan kerajaan serta badan bukan kerajaan sudah mula memberikan bantuan wang ringgit serta barang keperluan kepada mereka yang memerlukan. Pada bulan puasa pula kita akan melihat ramai yang akan berpusu-pusu memberi sedekah kepada anak yatim dan juga fakir miskin. Ia dapat mendekatkan diri kita dengan Allah dan dapat meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.\n\nSenyuman juga merupakan salah satu daripada jenis jenis sedekah. Mungkin kita tidak mampu untuk sedekah wang ringgit atau harga, kitab oleh memberikan senyuman kepada orang lain. Ia juga boleh di anggap sebagai sedekah dan mendapat pahala. Bukan itu sahaja, dengan senyuman juga boleh melembutkan hati orang yang sedang merah dan juga mampu merapatkan ukhuwah sesama islam.\n\n#3 \u2013 Membuang Benda Yang Menghalang Jalanraya\n\nMembantu membuang perkara yang boleh menghalang jalan raya juga boleh dianggap sebagai sedekah. Antara benda yang boleh menghalang jalan adalah paku, kaca, atau apa-apa benda yang boleh memudaratkan pengguna jalan raya yang lain. Justeru itu, tidak hairanlah kenapa ada antara mereka yang sanggup membantu membuang benda-benda yang boleh memudaratkan pengguna jalan raya. \n\n#4 \u2013\u00a0 Membantu Meringankan Masalah Orang Lain\u00a0\n\nSiapa sangka dengan membantu mereka yang sedang menghadapi masalah juga merupakan salah satu dari jenis jenis sedekah.\u00a0 Dengan membantu orang yang berada dalam kesempitan dan dalam kesusahan, ia dapat meringankan lagi beban mereka dan dapat dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah yang mereka hadapi.\n\n#5 \u2013 Membantu Mengangkat Barang Atau Memberi Perkhidmatan\u00a0\n\nSatu lagi jenis sedekah ialah dengan membantu mengangkat barang atau memberi perkhidmatan secara percuma. Dengan bantuan yang kita berikan ia juga merupakan salah satu sedekah kita. Anda pasti pernah dengar doktor yang memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma di kawasan luar-luar bandar atau luar negara. \n\nBukan semua orang mampu untuk pergi melakukan pemeriksaan kesihatan. Disebabkan itu ada pihak-pihak NGO yang mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan di kawasan pedalaman dengan memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma.\n\n\u00a0Adab Dalam Memberi Dan Menerima Sedekah\n\nBagaimana Cara Terbaik Untuk Memberi Sedekah Ini?\n\nSaban hari orang yang memberi sedekah sudah bertambah ramai. Ramai yang mengetahui dengan memberi sedekah kehidupan kita akan bertambah baik. Jangan takut untuk untuk memberi sedekah kerana Allah akan gantikan sedekah kita dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Ini bertepatan dengan surah Al Hadid ayat 18 yang berbunyi:\n\n\u201cSesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (Ikhlas) akan digandakan balasanya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia\u201d\n\nPasti ramai yang nak tahu macam mana cara terbaik untuk kita beri sedekah. Bagi anda yang nak tahu jawapanya teruskan membaca di bawah ini\n\ncara beri sedekah yang pertama adalah dengan meletakkan sedikit makanan dan minuman di hadapan rumah. Ia bertujuan untuk memberi makan kepada kucing atau burung. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli sebungkus makanan kucing dan bawa bersama dengan anda jika anda hendak keluar ke mana-mana. jadi bila anda terjumpa dengan kucing terbiar di tepi jalan anda boleh memberikan mereka makan.\n\ncara beri sedekah yang seterusnya adalah dengan mengasingkan sedikit duit dari gaji anda pada setiap bulan. Ia bertujuan untuk anda dapat memberikan sedekah kepada mereka yang memerlukan atau mewakafkan ke projek pembangunan islam.\n\nJika anda merupakan seorang majikan tidak salah jika sekali sekala anda belanja staff anda makan. Ia bukan sahaja dapat pahala tetapi lebih mengeratkan hubungan antara majikan dan juga pekerja. Ia merupakan salah satu dari cara beri sedekah yang boleh diamalkan oleh majikan.\n\ncara beri sedekah yang seterusnya adalah dengan membeli barang untuk kemudahan Jemaah masjid atau surau. Jika anda mempunyai bajet yang lebih apa kata jika anda beli barang-barang untuk kegunaan masjid dan surau. Barang seperti kerusi Alquran, buku Yasin dan sebagainya pasti digunakan oleh para Jemaah masjid. Pahala dari anda sedekah itu juga akan sentiasa mengalir kepada anda.\n\ncara beri sedekah yang seterusnya pula adalah dengan memberikan sedekah makanan dan minuman. Jika anda menghadiri sebarang majlis apa kata anda berikan sedikit makanan dan minuman dengan niat untuk bersedekah kerana Allah. Ia bukan sahaja dapat pahala tetapi juga dapat beri makan kepada mereka yang kurang berkemampuan."
"Mencari tahu punca hidung berdarah? Teruskan pembacaan anda di artikel ini kerana kita akan sama-sama berbincang bagaimana hidung berdarah terjadi dan apa punca yang menyebabkan gejala ini masih berlaku hingga ke hari ini.\n\nSebelum kita terus siasat apakah punca hidung berdarah mari kita kenali anatomi hidung dahulu. Hidung adalah salah satu organ dalam sistem pernafasan yang mempunyai banyak saluran darah.\n\nHidung berdarah atau dalam bahasa perubatannya dikenalli sebagai epitaksis adalah situasi dimana kapilari (salur darah kecil) di rongga hidung pecah dan menyebabkan darah keluar dari rongga hidung.\n\nEpitaksis dibahagikan kepada dua iaitu pendarahan dibahagian hadapan hidung (\u2018nosebleed anterior\u2019) \u00a0dan satu lagi dibahagian belakang hidung (\u201cnosebleed posterior\u201d).\n\nHampir 90 peratus mereka yang mengalami pendarahan hidung adalah pendarahan bahagian hadapan. Pendarahan dibahagian hadapan hidung selalunya melibatkan hanya sebelah rongga hidung dan ia mudah untuk diubati.\n\nManakala pendarahan dibahagian belakang hidung ia lebih serius dan merbahaya kerana biasanya ia melibatkan saluran darah yang lebih besar seperti arteri.\u00a0 Pendarahan teruk dibahagian belakang hidung berupaya menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan darah tersebut boleh masuk ke dalam paru-paru.\n\n10 punca Hidung Berdarah Anda Wajib Tahu\n\nHidung tersumbat akibat jangkitan yang menyebabkan kita menghembus hidung dengan terlalu kuat sehingga menyebabkan saluran darah di rongga hidung pecah dan menyebabkan pendarahan. Mereka yang menghidapi alahan resdung juga mengalami masalah saluran darah di hidung mudah pecah.\n\nSeperti yang kita sedia maklum lapisan kulit dibahagian agak nipis dan mudah terdedah kepada jangkitan bakteria. Selesema yang disebabkan jangkitan bakteria\u00a0 boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan pecah.\n\nLokasi atau kawasan yang mempunyai udara kering boleh menyebabkan iritasi pada lapisan dalam hidung. Kelembapan yang rendah akan menyebabkan lapisan mukosa dan saluran darah mudah pecah dan terjadinya pendarahan.\n\nApabila seseorang tertekan atau merasa cemas secara berlebihan akan menyebabkan saluran darah disekitar hidung kembang dan pecah.\n\nApabila seseorang merasa tertekan tekanan darah di dalam sistem badannya akan menjadi tinggi yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang.\n\nKanser darah juga boleh menjadi salah satu penyebab pendarahan hidung.\n\nTrauma boleh berlaku apabila seseorang itu suka mengorek hidung yang membawa kepada pembentukan ulser dan menyebabkan pendarahan. Trauma akibat ditumbuk pada bahagian hidung juga boleh menyebabkan pendarahan yang serius dan tidak terkawal.\n\nPerbezaan pembekuan darah atau dalam terminologi perubatan dikenali sebagai hemofilia merupakan satu situasi dimana darah pesakit sukar membeku.\n\nKebiasaanya apabila seseorang luka selepas beberapa ketika darah akan membeku dan darah akan berhenti.\n\nTetapi bagi mereka yang menghidapi hemofilia darah mereka lambat membeku dan pendarahan akan terus berlaku.\n\nSelain boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh akibat kekurangan kalsium, pendarahan hidung juga boleh berlaku dengan mudah.\n\nBagi mereka yang menghidapi penyakit tekanan darah tinggi juga mempunyai kebarangkalian untuk menghadapi masalah hidung berdarah. Walaupun ia tidak kerap berlaku namun ia tidak mustahil.\n\nPenyakit von Willebrand merupakan penyakit genetik di mana darah seseorang penghidapnya sukar untuk beku. Sekiranya pesakit von Willebrand mengalami luka pada rongga hidung mereka akan mengalami kesukaran untuk menghentikan pendarahan tersebut.\n\n5 Kaedah Rawatan Segera Menghentikan Pendarahan Hidung\n\nSekiranya ada diantara ahli keluarga mahupun sahabat yang mengalami pendarahan hidung anda boleh melakukan rawatan segera ini sebelum dirujuk kepada doktor.\n\nSekiranya berlaku pendarahan hidung elakkan untuk panik sebaliknya tenangkan diri dan duduk di atas kerusi dalam posisi tunduk ke hadapan.\n\nPicit batang hidung selama 5 hingga 10 minit dan bernafaslah menggunakan mulut. Letakkan pek ais atau ais yang dibaluti dengan tuala di atas hidung.\n\nLetakkan pek ais itu di bahagian hidung antara kedua mata. Suhu rendah (sejuk) akan menyebabkan saluran darah mengecut dan sekaligus menghentikan pendarahan.\n\nSelepas 10 minit memicit hidung periksa sama ada darah masih keluar atau sudah berhenti.\n\nSekiranya pendarahan hidung masih juga tidak berhenti selepas rawatan awal digalakkan untuk menggunakan kaedah \u2018nasal packing\u2019.\n\nKain yang dibasahkan dengan ubat epinephrine dimasukkan ke dalam lubang hidung yang berlaku pendarahan.\n\nFungsi ubat epinephrine adalah untuk mengecilkan saluran darah supaya pendarahan hidung dapat dihentikan.\n\nSekiranya pendarahan hidung tidak juga dapat dihentikan selepas anda mengambil inisiatif diatas, segeralah berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan pembakaran salur darah untuk merawat pendarahan hidung.\n\nAnda perlu berjumpa segera dengan doktor sekiranya anda mengalami situasi di bawah;\n\nHidung masih berdarah walaupun sudah memberi tekanan selama 20 minit.\n\nSebenarnya pendarahan hidung ini merupakan satu situasi yang sering kita lihat dalam kehidupan seharian. Ia bukanlah satu peristiwa yang pelik.\n\nJadi amat penting untuk kita ambil tahu mengenai punca dan\u00a0 kaedah rawatan segera bagi mengatasi pendarahan hidung.\n\nSemoga dengan sedikit perkongsian info di dalam artikel ini dapat membantu mereka yang sedang mencari maklumat mengenai pendarahan hidung.\n\nJemput juga baca tulisan lain kami mengenai kanser. Antara artikel kanser yang ditulis adalah kanser hati, kanser usus dan kanser darah."
"Setiap kali selepas bersalin doktor akan bertanyakan pada si ibu, apakah perancangan seterusnya untuk jarakkan kehamilan. Adakah dengan cara memakan pil perancang keluarga, meletakkan implan dan sebagainya. Soalan ini mungkin nampak normal tetapi ianya sangat perlu untuk aturan masa depan. \n\nNamun tidak dinafikan ada dikalangan para ibu ini yang telah berjaya menjarakkan kehamilan mereka tanpa ada sebarang bantuan pil dan alatan untuk jarakkan kehamilan sama sekali. \n\nKaedah yang mereka guna pakai tidak lain dan tidak bukan adalah dengan belajar mengira waktu subur diri masing-masing. Ternyata kejayaan mereka dengan cara kira waktu subur itu telah dapat elak kehamilan pada waktu yang tidak sepatutnya. \n\nApakah Yang Dimaksudkan Dengan Waktu Subur Ini?\n\nMenurut Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, ovulasi adalah proses pelepasan ovum atau benih wanita daripada kilang telur ovari. \n\nIa berlaku hasil daripada perubahan hormon LH (peluteinan) dan FSH (perangsang folikel) dalam badan wanita yang menyebabkan perubahan bukan saja pada ovari bahkan pada dinding rahim.\n\n\u201cPerubahan pada dinding rahim penting untuk memastikan wanita bersedia menempuh fasa kehamilan. Apabila persenyawaan berlaku, proses penempelan akan menyusul. Tetapi jika tiada persenyawaan, dinding rahim yang tebal kesan perubahan hormon ini akan luruh dan keluar sebagai darah haid,\u201d katanya.\n\nBilakah Sebenarnya Waktu Subur Untuk Seseorang Wanita Itu?\n\nJelas Dr Muhammad Izzat lagi, wanita yang mengalami kitaran haid normal (28 hari) lazimnya melalui tempoh ovulasi sekitar hari ke-14. Keadaan ini terjadi kira-kira 36 jam selepas hormon LH meningkat secara tiba-tiba.\n\n\u201cKitaran haid normal adalah antara 24 hingga 38 hari. Ini bermakna, anggaran hari ke-14 ini masih tidak tepat. Ia tidak boleh dipakai untuk semua wanita, lebih-lebih lagi jika kitaran haid mereka tidak teratur.\n\n\u201cJika kitaran haid mereka tepat 28 hari sekalipun, tempoh ovulasi masih boleh berubah. Ini kerana setiap wanita mempunyai waktu ovulasi tersendiri dan tidak boleh disamakan dengan orang lain,\u201d katanya.\n\nApakah Tanda Wanita Sedang Berada Dalam Keadaan Sedang Subur?\n\nAntara tanda seseorang itu sedang berada di dalam waktu subuh adalah dengan mendapati ada kehadiran lendir yang banyak. Ini adalah tanda amaran bahawa ovum akan dikeluarkan dari ovari.\u00a0Waktu ini jika sperma hadir maka perjalanannya ke tempat persenyawaan akan menjadi sangat lancar dengan adanya kehadiran lendir yang sesuai di serviks.\n\nSifat lendir ini adalah jernih, licin dan melekit seperti putih telur. Selepas hari kemuncak, lendir ini akan menjadi kelam, melekit atau terus hilang. \n\nMaka jika ingin elakkan diri dari hamil maka jangan sesekali bersama dengan suami pada waktu kemuncak ini namun andainya diri benar inginkan zuriat maka bersamalah dengan suami di waktu-waktu istimewa ini dalam usaha untuk mendapatkan zuiat tersayang.\n\nBagaimana Cara Untuk Ketahui Waktu Subur Bagi Wanita? \n\nPanduan Untuk Kira Waktu Subur Dengan Kaedah Paling Mudah\n\n1- Catatkan bilangan hari kedatangan haid, iaitu dengan mengira bilakah hari pertama kedatangan hari (untuk kitaran tersebut) sehingga tibanya hari pertama untuk kitaran berikutnya (bulan depan)\n\n2- Dapatkan bilangan purata berapa hari haid tersebut berlaku\n\n3- Kemudian tolakkan sebanyak 18 hari dari bilangan hari dalam putara haid yang terpendek.\n\n4- Angka ini adalah hari pertama waktu subur. Contohnya jika putaran haid yang terpendek adalah 24 hari maka tolak 18 daripada angka 24 tersebut. Maka akan dapatlah jawapan yang hari ke 6 adalah merupakan hari pertama untuk waktu subur terbabit.\n\n5- Kemudian dapatkan jarak kitaran haid yang terpanjang pula. Caranya adalah dengan menolak 11 hari daripada hari yang terpanjang. Angka yang bakal diperolehi ini merupakan jawapan untuk hari terakhir di waktu subur.\n\nBagi mana-mana wanita yang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur, adalah lebih baik untuk mendapatkah khidmat nasihat daripada doktor yang tauliah terlebih dahulu. \n\nKuasai Ilmu Cara Kira Waktu Subur Untuk Masa Depan Masing-Masing\n\nIlmu cara kira waktu subur ini bukan saja dapat bantu hindari diri dari memperoleh zuriat dalam jarak masa yang rapat tetapi juga ia dapat membantu untuk mereka yang telah lama berusaha untuk dapatkan zuriat juga. Kiranya, kaedah ini juga sesuai jika anda ingin mengetahui hari\u00a0subur untuk\u00a0merancang\u00a0kehamilan bersama-sama dengan suami. \n\nNamun harus di ingat yang perkara ini tetap agak sukar jika tidak mendapat kerjasama daripada suami. Berbincang untuk menjayakannya adalah langkah yang paling baik dan sama-sama berusaha adalah satu cara untuk rancang kehamilan yang bagus demi keharmonian rumahtangga bersama."
"Siapa sahaja tidak suka akan kek kan? Jika hendak ke kedai pasti mengambil masa, dengan keadaan lalu lintas yang sentiasa sibuk, kedai kek yang jauh pasti memenatkan. Lagi \u2013 lagi bila ada sambutan hari jadi, sudah pasti kita sibuk untuk menguruskan banyak hal. Jadi, untuk ke kedai yang jauh daripada rumah pasti memakan masa dan tenaga yang banyak.\n\nHa, apa kata jika kali ini, anda masak kek coklat kukus? Caranya mudah, bahan \u2013 bahannya mudah untuk didapati, dan rasanya terjamin lazat. Tambahan lagi, kebersihannya lebih terjamin dan pasti anak \u2013 anak kita makan air tangan kita. Jika anda seorang pelajar atau tidak mempunyai ketuhar, jangan risau, anda masih lagi boleh membuat kek coklat yang amat lazat ini.\n\nJom kita tengok resepi yang telah dikongsikan oleh Rashidah Kamaruddin. Nampaknya resepi ini telah mendapat banyak perkongsian di media social dan juga mendapat komen \u2013 komen positif.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang boleh menarik minat anda. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda!"
"Menjadi ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Anak-anak adalah amanah dari Allah yang akan dipersoal di akhirat kelak. Sebagai ibu bapa, kita bukan sahaja bertanggung jawab untuk memastikan anak-anak menjadi manusia yang berjaya di dunia malah juga di akhirat.\n\nIstimewa untuk anda ibu bapa yang hebat, hari ini kami akan menulis tentang tazkirah pendek untuk mak ayah. Semoga menjadi panduan untuk kita bersama.\n\nAda yang menyangka bahawa anak adalah hak dan harta untuk dibanggakan di dunia. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya anak-anak adalah amanah dari Allah. Sebagai ibu bapa, kita bertanggung jawab untuk mendidik dan mencorakkan hidup mereka. Bagaimana didikan kita, begitulah akhiran hidup mereka nanti. Malah didikan kita akan menentukan anak-anak menjadi ahli syurga atau ahli neraka.\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar\u201d. (al-Anfal: 27-28)\n\n\u0625\u0630\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627\u062a\u064e \u0627\u0644\u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064f \u0627\u0646\u0652\u0642\u064e\u0637\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064f\u0647\u064f \u0625\u0644\u0627\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064e\u0629\u064d: \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064d \u062c\u064e\u0627\u0631\u0650\u064a\u064e\u0629\u064d\u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u064d \u064a\u064f\u0646\u0652\u062a\u064e\u0641\u064e\u0639\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650\u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u064d \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064d \u064a\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648 \u0644\u064e\u0647\u064f\n\n\u201cApabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya, anak soleh yang mendoakan untuknya\u201d.\n\n(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)\n\nDidik anak untuk mengenal Allah dan Rasul\n\nPerkara pertama yang perlu kita lakukan sebagai ibu bapa ialah untuk mendidik anak supaya mengenal Allah. Apa yang dimaksudkan dengan mengenal Allah? Mengenal Allah bermaksud anak-anak tahu bahawa kita semua adalah hamba Allah dan hidup kita haruslah berlandaskan islam, agama yang diturunkan oleh Allah.\n\nSeawal anak-anak kita masih bayi, ajar anak-anak untuk menyebut kalimah Allah. Jadikan kalimah Allah sebagai di antara perkataan pertama yang boleh disebut oleh anak selain perkata ibu dan ayah.\n\nApabila anak semakin membesar, kenalkan anak-anak dengan Asmaul Husna atau nama-nama Allah. Ajar juga anak-anak tentang sifat wajib dan mustahil bagi Allah. Tanamkan perasaan cinta kepada Allah di dalam diri anak-anak. Ajar anak-anak supaya sentiasa takut untuk melakukan dosa kerana Allah. Insya Allah, anak-anak yang mengenal dan sayang kepada Allah akan bersih jiwa dan hatinya daripada dosa.\n\nSelain mengenali Allah, anak-anak juga wajib didik untuk mengenal dan mencintai Rasul. Selalu ceritakan tentang sirah Nabi Muhammad kepada anak-anak aga anak-anak kenal dengan keperibadian mulia rasul junjungan kita. Sirah nabi juga ada menceritakan tentang perjuangan Nabi Muhammad dalam menegakkan syiar islam. Pastikan anak-anak tahu siapa Rasul kita, dan tanamkan rasa cinta kepada rasul dalam diri. Pesan kepada anak-anak untuk berselawat kepada rasul setiap hari.\n\nSesungguhnya solat adalah tiang agama. Jika kita tidak menjaga solat maka runtuhlah agama. Solat juga merupakan perkara pertama yang akan dihisab semasa di akhirat nanti. Tak kira banyak mana pun ibadat dan kebaikan yang kita lakukan, sekiranya kita tidak menjaga solat, maka semuanya akan menjadi sia-sia. Oleh itu, sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memastikan anak-anak menjaga solat dengan sempurna.\n\n\u0645\u064f\u0631\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0644\u0627\u064e\u062f\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u0627\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0652\u0646\u064e\u0627\u0652\u0621\u064f \u0633\u064e\u0628\u0652\u0639\u0650 \u0633\u0650\u0646\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0636\u0652\u0631\u0650\u0628\u064f\u0648\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0652\u0646\u064e\u0627\u0652\u0621\u064f \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0633\u0650\u0646\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\n\n\u201cSuruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun\u201d. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)\n\nPerlihara anak-anak daripada azab api neraka\n\nSebagai ibu bapa, salah satu daripada tanggung jawab kita ialah untuk memelihara anak-anak dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimana caranya? Untuk mengelakkan ahli keluarga kita daripada diazab dengan api neraka, apa yang perlu kita lakukan ialah menerapkan ajaran islam kepada anak-anak seawall mereka masih kecil supaya anak-anak menjadi muslim dan muslimah yang menjadikan islam sebagai panduan hidup.\n\nApabila anak-anak kita menjadikan islam sebagai cara hidup, sevara automatic mereka akan berasa takut untuk melakukan dosa dan berlumba-lumba untuk mengumpul pahala. Ketahuilah bahawa azab api neraka dan azab kubur adalah sangat berat. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata, dan tak mampu untuk kita bayangkan di dunia.\n\n\u201cWahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu.\u201d. (At-Tahrim: 6)\n\nMenurut sebuah kitab yang bernama Tafsir Ibu Kathir, menjauhkan anak-anak dan ahli keluarga daripada api neraka bermaksud:\n\nItulah dia perkongsian tentang senarai tazkirah pendek untuk mak ayah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga keluarga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips didik anak lelaki dan ragam ibu mertua"
"Tidur pada waktu malam sememangnya satu nikmat yang sukar dicari ganti. Sehari kalau tak boleh tidur malam, boleh menyebabkan rehat yang tidak cukup dan kelesuan sepanjang hari. Jom ketahui punca tak boleh tidur malam menerusi bacaan artikel ini.\n\nTidur merupakan satu tempoh tubuh badan kita merehatkan diri selepas seharian menghadapi urusan dunia. Ketika tidur, sistem fisiologi tubuh masih berjalan tetapi pada kadar yang lebih perlahan.\n\nDi samping itu, waktu tidur inilah tubuh badan kita membaiki sel-sel yang rosak dan meningkatkan pertumbuhan diri.\n\nSeorang manusia dewasa memerlukan tidur yang cukup selama lebih kurang 6-8 jam sehari. Waktu yang disarankan untuk tidur bagi kita umat Islam ialah selepas Isyak dan bangun sebelum Subuh.\n\nBagi mereka yang mengalami masalah tak boleh tidur malam, mereka akan resah gelisah dan sentiasa dalam keadaan letih. Maka, punca tak boleh tidur malam perlulah diketahui bagi mencari langkah penyelesaian masalah ini.\n\nJam biologi ini bermaksud kefahaman tubuh badan kita yang mengenal pasti tempoh waktu tertentu dengan tugas tertentu.\n\nMaksudnya, badan kita sudah faham dan bersedia, contohnya bila waktu makan tengah hari? Jika kita tidak makan, perut akan berkeroncong.\n\nSama halnya, tubuh badan kita faham bahawa waktu malam ialah waktu untuk melelapkan mata.\n\nBiasanya terjadi dalam kalangan bayi yang baru lahir. Mereka belum pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran siang dan malam kerana sebelum ini mereka berada di dalam kantung rahim. Tidak hairanlah jika ibu bapa yang baru menimang cahaya mata akan ikut berjaga dengan anak mereka.\n\nSelain itu, jam biologi akan bertukar jika anda mengamalkan tabiat khususnya tabiat tidak tidur malam selama 3 hari berturut-turut atau lebih.\n\nHal ini biasa dilakukan oleh para pelajar sekolah dan universiti yang berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran di musim peperiksaan. Menjelang habis waktu peperiksaan, mereka sukar kembali kepada amalan tidur sebelumnya kerana sistem badan sudah biasa dengan rutin baharu tidak tidur pada waktu malam.\n\nKafein merupakan sebatian yang dijumpai dalam minuman seperti kopi dan teh. Sebatian ini akan merangsang reseptor pada saraf otak untuk memberikan rasa kecergasan dan berjaga.\n\nRamai yang menggunakan tips ini untuk kekal berjaga bagi tujuan ulang kaji pelajaran atau bekerja di syif malam.\n\nMenurut kajian penyelidik USA pada tahun 2005, sebatian kafein akan terurai separuh selepas 4 jam berada dalam tubuh badan. Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin minum kopi, sila pastikan senggang waktu 4 jam sebelum waktu tidur anda.\n\nHal ini supaya mengelakkan anda terus segar tak boleh tidur malam kerana masih kekal berjaga!\n\nDiabetes atau kencing manis merupakan keadaan kandungan gula yang tinggi dan tidak terkawal dalam tubuh. Hal ini disebabkan kepekaan insulin yang rendah apabila pesakit pernah mengambil makanan yang tinggi gula sebelum ini.\n\nPesakit kencing manis sering mengadu masalah mereka tak boleh tidur malam. Hal ini ditambah dengan gejala sampingan diabetes seperti kebas, kelesuan dan masalah darah tinggi yang menjejaskan mood ingin tidur.\n\nOleh sebab itu, dinasihatkan pesakit diabetes untuk terus mengambil ubatan atau suntikan insulin sebagaimana yang disarankan oleh doktor bagi mengawal kandungan gula.\n\nIroninya, bagi mereka yang tidak mempunyai diabetes, masalah tak boleh tidur malam ini boleh meninggikan risiko penyakit diabetes sebagaimana yang ada dilaporkan oleh sekumpulan penyelidik dari Boston, USA pada tahun 2003.\n\nBudaya melepak di mamak, aktiviti jualan gerai makanan larut malam dan berjaga untuk menonton rancangan TV atau ulang kaji atau bermain media sosial, semua ini menjurus kepada pengambilan makanan pada waktu lewat malam.\n\nApabila kita makan, hormon pencernaan akan dihasilkan bagi mencerna makanan yang memasuki sistem penghadaman. Sekiranya kita makan makanan berat, lebih lama masa yang diambil untuk mencerna makanan.\n\nRingkasnya, aktiviti pencernaan ini akan mengaktifkan reseptor otak supaya masih aktif dan berjaga. Sekurang-kurangnya, anda perlu makan 3-4 jam sebelum waktu tidur anda bagi mengelakkan sistem penghadaman anda bekerja keras pada waktu malam.\n\nTambah membimbangkan bagi mereka yang terus tidur selepas makan larut malam, sistem penghadaman anda akan terjejas. Apabila kita tidur, sistem otak akan menghantar isyarat untuk memperlahankan aktiviti sel termasuklah hormon dalam penghadaman.\n\nMaka, kebanyakan makanan karbohidrat yang dimakan akan terus disimpan sebagai tisu adipos atau dikenali juga sebagai lemak. Ini menunjukkan bahawa tidur terus selepas makan malam boleh mengakibatkan masalah berat badan berlebihan atau obesiti.\n\nMasalah psikologi dan emosi turut memainkan peranan menjadi punca tak boleh tidur malam.\n\nPenyelidik dari University Hospital of North Staffordshire, UK menyenaraikan beberapa kesan emosi yang menjejaskan kualiti tidur, antaranya:\n\nKeadaan bilik tidur dan persekitaran sekeliling merupakan antara faktor mempengaruhi punca tak boleh tidur malam.\n\nMenurut kajian yang sama juga, penyelidik UK tersebut mendapati bahawa keadaan terang, bunyi bising dan suasana persekitaran di hospital tidak membantu para pesakit mendapatkan tidur yang lena.\n\nAntara tips yang boleh diambil dalam mewujudkan persekitaran bilik tidur yang selesa ialah:\n\nSecara keseluruhannya, punca tak boleh tidur malam, antaranya jam biologi yang bertukar, pengambilan kafein, penghidap diabetes, makan larut malam, tekanan emosi dan persekitaran yang tidak selesa.\n\nTidur yang berkualiti sangat penting untuk kesihatan kita. Kita boleh mula mengubah gaya hidup yang lebih sihat bagi mendapatkan tidur yang berkualiti tanpa terlalu bergantung kepada pil tidur."
"Sebagai ibu bapa, pemilihan alatan permainan anak-anak perlulah bijak. Alatan permainan itu haruslah dapat membantu perkembangan mereka juga. Bukan hanya setakat bermain, malah anak-anak turut mendapat manfaat daripadanya.\n\nPermainan edukatif atau educational toys memang sering menjadi pilihan ibu bapa kerana membantu dalam\u00a0perkembangan awal kanak-kanak terutamanya dari segi rangsangan deria dan kognitif mereka. Oleh itu, tidak mustahil kedai-kedai yang menjual peralatan permainan bercorak edukatif ini menjadi pilihan ibu bapa samada membeli secara terus di atas talian atau walk in ke kedai fizikal.\n\nMari lihat senarai kedai permainan kanak-kanak yang wajib anda kunjungi kerana memang penuh dengan pelbagai permainan edukatif atau bahan bantu mengajar untuk digunakan dalam sesi pembelajaram kanak-kanak.\n\n1. Azam Perkasa Resource Sdn Bhd\n\nSyarikat ini merupakan pembekal peralatan keperluan taska,tadika dan pra sekolah. Namun, orang awam juga boleh walk in ke kedai untuk melihat pameran\u00a0 peralatan yang dijual.\n\nSaya yakin ibu bapa dan para pengusaha taska dan tadika pasti rambang mata melihat pelbagai perabot, bahan bantu mengajar dan permainan kanak-kanak yang dijual di sini. Bukan sahaja menawarkan harga yang berpatutan, malah mereka turut memberikan perkhidmatan khidmat pelanggan yang terbaik. Jom singgah!\n\nAlamat: Jalan TP 7/2, Taman Perindustrian UEP, 46720 Subang Jaya, Selangor.\n\n2. USL Educational Supplies (M) Sdn Bhd\n\nLokasinya terletak di Semenyih, Selangor. Ruang kedai yang luas menempatkan pelbagai jenis permainan edukatif dan bahan bantu mengajar yang menarik.\n\nJika anda mengikuti mereka di laman sosial, pasti sering melihat pelbagai tawaran diskaun yang disediakan oleh syarikat ini buat para pelanggan mereka seperti 11.11 Sale baru-baru ini.\n\nJangan ketinggalan untuk mendapatkan harga runtuh untuk Jualan Mega Akhir Tahun dan pelbagai free gift yang disediakan buat pelanggan setia mereka. Wow! Sungguh menarik!\n\nAlamat: Wisma USL, Jalan Kajang Perdana 3A, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor.\n\nMula tertarik dengan kedai online syarikat ini dengan pelbagai tawaran permainan edukatif yang dijual. Mereka aktif mempromosikan kedai mereka dengan pemberian harga dan diskaun menarik buat pelanggan.\n\nBagi saya, barangan yang dijual merupakan antara koleksi yang terbaru di pasaran dan sedikit berbeza dengan kedai-kedai lain yang menjual dan menawarkan servis yang sama.\n\nTestimonial daripada para pelanggan mereka turut tidak mengecewakan antaranya\u00a0tagline\u00a0 \u2018Bayar hari ini, Esok barang sampai\u2019. Siapa yang tidak suka bukan? Memang pantas dan terbaik!\n\nAlamat: No.29, Jalan Tukul N/15N, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.\n\nPerkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Moms & Tots Shoppe ialah menjual dan membekal alatan terapi, bahan bantu mengajar, edutoys, buku panduan terapi carakerja dan terapi pertuturan untuk kanak-kanak autism, slow learner, ADHD, ADD (Attention Deficit Disorder), Sensory Processing Disorder (SPD) , Cerebral Palsy, PREM baby, Down Sindrom.\n\nMereka juga adalah salah seorang pembekal alatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Terapi, Playgroup Center Dan Tadika di Malaysia.\n\nApa yang menarik lagi, Moms&Tots Shoppe juga turut menawarkan sesi terapi oleh Terapis Carakerja yang bertauliah pada setiap hari Ahad dan Isnin.\n\nBukan hanya menjual alatan permainan, malah turut menawarkan servis oleh mereka yang bertauliah. 2 dalam 1!.\n\nTidak rugi anda singgah di kedai ini. Bukan hanya bawa pulang permainan buat anak, malah bawa pulang ilmu juga\ud83d\udc96\n\nAlamat:\u00a03A-2, Jalan PPS 1 Pusat Perdagangan Selaseh Batu Caves, Selangor.\n\nSemoga senarai kedai-kedai ini dapat membantu para ibu bapa dalam mendapatkan pilihan yang pelbagai dalam membeli permainan yang bagus buat si jantung hati."
"Saya kagum dan terkesan lihat isteri, wanita yang sangat tabah. Saat suaminya sedang sibuk bekerja dia menguruskan anak-anaknya. Mereka juga bekerja tapi tetap kena uruskan semuanya.\n\nBangun pagi dia uruskan suaminya ke tempat kerja. Siapkan anak-anak ke sekolah. Kejut anak-anak bangun setiap pagi. Bukan sehari tapi dah bertahun lamanya. Tidak pernah jemu menguruskan semua ini. Kadang-kadang di marahi atau dikasari suami dan anak-anak ketika mengejutkan mereka. Dia terus memujuk hati dan terus menguruskan keluarga.\n\nSiapkan minum pagi dan barang-barang suami dan anak-anak. Gosokkan pakaian suami dan anak-anak. Kadang-kadang terasa letih dan nak marah bila kena marah. Duduk sekejap tadah tangan\n\n\u201cYa Allah. Tolonglah Ya Allah. Tolonglah\u201d\n\nKemas rumah yang bersepah dan melayan anak-anak. Pastinya rumah ni akan bersepah semula bila anak-anak balik nanti. Siapkan makanan tengah hari. Anak-anak balik selalunya akan campak beg. Campak baju. Campak stokin. Campak semua barang mereka. Terus sibuk bermain atau nak makan. Wanita tadi terus menguruskan rumahtangga.\n\nBegitulah sepanjang hari. Basuh baju, jemur baju, angkat baju. Lipat baju, kemas baju dalam almari. Kadang-kadang terasa rumah macam dobi, restoren, panggung wayang buat anak-anak. Taman permainan kerana riuh rendah tangisan dna jeritan anak-anak. Setiap hari bergurau adik baradik selepas tu bergaduh.\n\nMaafkanlah wanita ini jika mereka menjerit. Mereka marah. Mereka tak cantik. Mereka membebel. Mereka kurang senyum. Bantulah mereka dan doakan mereka. Urutkan mereka dan belai mereka.\n\nTapi kadang-kadang mereka terlebih penat. Mereka cubit anak-anak. Jerit kuat-kuat. Suami tambah marah dan tak faham dan tak bantu. Suami tidur dalam keadaan marah.\n\nIsteri menangis seorang diri kadang-kadang. Isteri belum tidur dan buka beg tangan dan ambil wristlet/ beg duit mereka keluarkan di celah-celah tu gambar suami mereka dan menangis. Abang minta maaf. Saya salah. Cakap seorang diri.\n\nIsteri solehah mereka sentiasa nak gembirakan hati suami. Apa sahaja yang menggembirakan hati suami mereka. Itu kegembiraan mereka. Seorang suami yang soleh juga sentiasa berusaha memenuhkan keperluan dan bahagiakan isteri mereka. Dan paling utama mereka ingin redha Allah dan cinta Allah. Ingin bersama dalam syurga.\n\nMereka tadah tangan pada Allah. Mereka sangat tabah dan kuat. Wanita dilahirkan dengan sifat yang sangat kuat untuk berkorban. InsyaAllah tempat yang tinggi buat mereka dalam syurga. Doa dan kerana Allah buat mereka sentiasa kuat. Mereka tak macam wanita biasa. Walau adakalanya mereka juga menangis dan bersedih. Tapi mereka cepat kuat kerana mereka ada Allah.\n\nSuami mereka terjaga dari tidur kerana merasai sedang didoakan. Mereka berpelukan dengan perasaan semakin rapat dan berkasih sayang. Cinta Allah segala-galanya.\n\nYa Allah berilah ibu, isteri, semua wanita yang kami cintai dan semua wanita dalam dunia terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan ini sehingga sampai syurga. Berilah wanita ini semua syurga paling tinggi. Mereka tidak akan pernah menyesal atas setiap susah dan pengorbanan yang mereka berikan.\n\nWahai wanita seluruh dunia teruslah buat baik pada Allah dan suami. Takkan rugi orang buat baik dan bersangka baik. Allah jaga dan takkan sia-siakan kamu wahai wanita"
"Jika anda penggemar nasi goreng dan jika anda antara orang yang suka masakan pedas. Anda patut cuba resepi nasi goreng cili padi yang kami kongsikan ini. Soal rasa dia tak perlu tanya lagi. Soal pedas dia, boleh berlinang air mata makan nasi goreng ini.\n\nRamai orang suka masakan pedas. Tidak hanya setakat sambal sahaja yang pedas, namun nasi goreng juga disajikan dengan cili padi sehingga ia memiliki rasa pedas yang luar biasa.\n\nTentunya tak hanya itu sahaja. Nasi goreng ini juga disajikan dengan ikan biasanya ikan bilis yang digoreng kemudian ditumbuk halus. Resepi nasi goreng cili padi yang dikongsikan oleh Norashikin Ekin\u200e di laman Facebook ini patut anda cuba.\n\nRasa pedasnya mampu membuat anda menangis dan tergenang air liur. Tanpa buang masa, jom tengok resepinya di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nResepi Nasi Goreng Cili Padi (Berlinang Air Mata)\n\nNota : Siapa nak bubuh sayur boleh bubuh segala sayur yang ada.\n\nSelain resepi nasi goreng cili padi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bila Anak-Anak Cakap \u2018bohong\u2019 apa kata Ilmu Psikologi?\n\n\u2018kakak dah ambil wudhu\u2019?\u2019 \u2018dah\u2019\n\u2018sapa yang tumpahkan air?\u2019 \u2018bukan kakak..\u2019\n\u2018tadi dah makan vitamin kan?\u2019 \u2018belum lagi..\u2019\n\u2018ye ker ni???\u2019\n\n\nBila mak ayah tahu anak-anak tak cakap benar, atau bahasa lainnya berbohong, ia akan jadi drama yang boleh memecah keheningan rumah.\n\nAda yang akan naik suara, lawan hujah macam laywer, soal jawab macam penyiasat dan ada yang naik marah sampai didik anak dengan \u2018tangan\u2019. Bagi yang emosi, ada yang terluka dengan perilaku anak lantas menyalahkan diri.\n\n\u2018Bercakap benar\u2019 adalah sifat/akhlak yang abstract. Kanak-kanak tidak terus memahaminya secara lahiriah. Ianya adalah konsep yang berkembang, sebagaimana perkembangan minda dan personaliti mereka.\n\nOleh itu, ibubapa perlu faham bahawa ianya tidak akan terjadi secara automatik, tetapi \u2018develop\u2019 sedikit demi sedikit berdasarkan pendidikan, pengalaman dan persekitaran.\n\nSilap ibubapa yang cepat menghukum ialah LUPA bahawa anak-anak tidak semestinya memahami dunia sebagaimana kita faham. LUPA kita juga pernah kecil, pernah curi-curi minum air masa mandi di bulan ramadhan dan tak mengaku bila calarkan kereta ayah masa main basikal.\n\n#1 Keliru Dengan Apa Yang Betul/Salah\n\nKanak-kanak bertindak mengikut persekitaran dan interaksi dengan ibubapa/cikgu. Respon mereka pada sesuatu persoalan bergantung kepada reaksi kita. Sebab itu bila kita tanya soalan dalam nada marah, mereka tend untuk menjawab sesuatu yang \u2018menyelamatkan\u2019 diri.\n\nPada kita BOHONG, pada mereka TAK MAHU AYAH MARAH. SALAH pada kita, tetapi bagi mereka inilah yang SEPATUTNYA dilakukan. Bila kita hukum mereka tanpa menjelaskan hal sebenar, mereka jadi lebih keliru.\n\nAntara teori pendidikan yang famous ialah \u2018modelling theory\u2019 \u2013 teknik belajar dari orang yang lebih besar.\n\n\u2018nanti ayah belilah\u2019, \u2018kalau bising nanti polis datang\u2019, kalau buat lagi ayah hantar dekat luar\u2019, \u2018polis tak bagi duduk depan\u2019\n\nSemua ini ialah ayat penyedap yang jadi zikir dan wirid ramai ibubapa.\n\nJadi bila anak-anak kena piat telinga bila bohong, si ibu tolong piat telinga ayah juga bila ajar anak bohong. Siayah juga jangan lupa piat telinga ibu. (metafora je ni, jangan buat betul-betul!)\n\nBila kita dimomokkan dengan dunia serba sempurna dalam media, kita cuba didik anak-anak kita bahawa hidup ini tiada ruang untuk silap, salah sebut, tertumpah air, terconteng dinding dan terpukul adik. Semua akan berakhir dengan mak berleter, ayah naik suara.\n\nApa yang lebih teruk, bila hukuman mendahului penjelasan, soal selidik dan budi bicara. Tambah pula dengan \u2018perasa\u2019 emosi dan panas baran mak ayah.\n\nBila Kita cipta budaya itu dalam keluarga, anak-anak akan takut \u2018buat silap\u2019, when imperfection does happen..jalan paling selamat- bohong.\n\nTerutama zaman remaja, pengaruh rakan sebenarnya mendahului pengaruh ibubapa dan guru. Apatah lagi kalau anak-anak tidak nampak sinar bahagia dalam rumah. Kawan bohong dan ajar berbohong adalah sebahagian \u2018ilmu\u2019 yang mereka akan saling pelajari dan ulangkaji bersama-sama.\n\nSebelum menghukum, fikirkan dulu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa ia berlaku. Sudah tentu jalan mudah marah, tengking dan hukum. Tapi jangan harap ia akan jadi kemarahan, tengkingan dan hukuman yang terakhir anda.\n\nNak jadi ibubapa kena jadi macam psikologis juga, kena fikir, analisa dan cari punca, baru ubah."
"Bila dah ada tanda nak bersalin, berdebar-debar sungguh rasanya. Rasa takut ada, rasa tak sabar untuk berjumpa orang baru lebih kuat. \n\nApabila tarikh dijangka bersalin semakin dekat, pastinya anda tertanya-tanya apakah tanda nak bersalin dan ada tak cara cepatkan bersalin secara semulajadi yang boleh bantu anda bersalin dengan mudah dan mengurangkan rasa sakit.\n\nApakah tanda-tanda nak bersalin yang perlu anda perhatikan?\n\nSemakin dekat dengan tarikh bersalin, tubuh badan anda akan mula memberikan beberapa tanda supaya anda bersedia. \n\nOleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah tanda nak bersalin dan memerhatikan jika anda sudah mempunyai tanda berkenaan. Di antara tanda nak bersalin yang selalunya akan berlaku ialah seperti berikut:\n\nApakah cara cepatkan bersalin cara semulajadi yang boleh anda amalkan?\n\nPastinya anda inginkan proses bersalin yang cepat, mudah, kurang rasa sakit dan tanpa koyakan yang besar. Yang sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Jom kami kongsikan cara cepatkan bersalin yang boleh anda amalkan:\n\nHubungan seks yang dilakukan akan membebaskan hormon kasih sayang atau dikenali sebagai hormon oksitosin yang sangat membantu rahim anda mengembang dan mengecut dan mempercepatkan bukaan rahim agar anda mudah bersalin. \n\nSelain itu, air mani yang memasuki rahim anda juga akan merangsang bukaan rahim yang cepat. Itulah sebabnya kenapa kita digalakkan untuk aktif melakukan hubungan seks di trimester akhir kehamilan, nak-nak lagi apabila semakin dekat dengan tarikh dijangka bersalin.\n\nCara cepatkan bersalin secara semulajadi yang kedua ialah dengan duduk dalam keadaan bersujud. Apabila anda meletakkan kepala di lantai dan menaikkan punggung ke atas, ia akan merangsang rahim untuk mengecut dan mengembang dengan aktif lalu mencepatkan bukaan rahim agar anak cepat bersalin. \n\nSelain itu, ia juga mampu mengurangkan rasa sakit bersalin semasa anda mengalami kontraksi. Minta bantuan suami untuk berada di sisi anda supaya lebih stabil.\n\nKedengaran seperti kelakar namun tahukah anda bahawa duduk dalam posisi mencangkung sangat membantu untuk anda cepat bersalin. Ini kerana posisi mencangkung membantu meluaskan bukaan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. \n\nDalam masa yang sama ia akan membenarkan tarikan graviti untuk menarik bayi be bawah dengan keluar dari laluan dengan cepat. Sebagai bonus, posisi mencangkung akan mengurangkan koyakan pada vagina semasa bayi anda keluar.\n\nDuduk di atas gym ball sambil melantunkan diri adalah cara cepatkan bersalin secara semulajadi yang boleh anda lakukan kerana ianya sangat berkesan dan terbukti secara klinikal. Malah hospital di negara barat seperti United Kingdom menyediakan gym ball di dalam bilik bersalin bagi membantu ibu yang sedang dalam proses bersalin. \n\nBagaimana melantunkan diri di atas gym ball membantu kita cepat bersalin? Apabila kita melantun di atas gym ball, aktiviti tersebut akan membantu meluaskan bukaan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. \n\nSama seperti posisi mencangkung. Selain itu tarikan graviti akan membantu bayi masuk ke dalam laluan dan turun ke bawah dengan cepat.\n\nSelain melakukan hubungan seks, ransangan pada payudara terutamanya pada bahagian puting adalah sangat membantu untuk mempercepatkan proses bersalin. Ini kerana ransangan pada payudara akan menyebabkan tercetusnya kontraksi uterus lalu membantu mencepatkan bukaan rahim. Anda tidak akan mengalami sakit bersalin dalam tempoh yang lama. \n\nKajian menunjukkan bahawa aktiviti berjalan kaki membantu sehingga 32% untuk mudah bersalin. Ini kerana apabila kita banyak berjalan, tarikan graviti akan menarik bayi ke bawah dan memasuki laluan bersalin. Oleh itu rajinkan diri untuk banyakkan berjalan. Elakkan daripada menaiki lif tapi pilih untuk menaiki tangga. \n\nSelain itu, di hujung minggu banyakkan berjalan-jalan di taman atau window shopping di pusat membeli-belah. Ianya jauh lebih baik daripada menghabiskan masa berbaring dan bersantai di rumah. Semasa anda sedang sakit bersalin, banyakkan berjalan di sekitar bilik dan elakkan daripada asyik terbaring di atas katil.\n\nMandi air panas bukan sahaja akan menyegarkan tubuh badan kita malah dalam masa yang sama akan merelaxkan diri serta mencepatkan proses bersalin. \n\nAjak suami masuk mandi bersama dan nikmati moment sebelum bersalin yang indah dan pastinya akan menjadi kenangan manis bersama yang akan diingati sampai bila-bila. Jika anda mempunyai tab mandi, berendam dalam air panas juga sangat membantu."
"Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan makanan untuk diet yang boleh anda amalkan setiap hari.\n\nAnda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan? Percayalah bahawasanya untuk menurunkan berat badan, sifir yang wajib anda lakukan ialah 80% pemakanan, 20% bersenam. Kalau anda jaga pemakanan, peluang anda untuk kurus akan bertambah.\n\nSekiranya ansa sedang menurunkan berat badan, pilih makanan bersup kerana ia akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging, dan sayur-sayuran. Apabila anda dah kenyang dengan semua makanan sihat tersebut, secara automatik anda akan kurang makan nasi.\n\nMakanan yang dibakar, grill dan dipanggang adalah jauh lebih sihat berbanding makanan yang digoreng atau makanan bergulai. Kandungan kalorinya berbeza seperti langit dan bumi. Tambahan lagi, memasak dengan cara panggang, grill atau bakar juga jauh lebih mudah. Anda sediakan bahan perapan, perap, letakkan di atas api dan tinggal. Tak perlu dikacau macam gulai.\n\n3. Makanan yang dimasak secara stim\n\nMakanan yang dimasak secara stim juga sangat baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menguruskan badan. Terdapat pelbagai resepi masakan stim yang boleh anda cuba. Gilir-gilirkan menu antara sup, makanan dibakar, dan makanan stim.\n\nSelain makanan yang dimasak secara stim, makanan berkukus juga sangat baik untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermaksud ianya baik untuk anda yang sedang berdiet. Memasaknya pun senang. Masukkan ke dalam pengukus, set timer, dan tinggalkan. Siap, terus makan.\n\nBagi mereka yang sedang berdiet, cuka epal atau apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing. Cuka epal membantu meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan proses penurunan berat badan. \u00a0Selepas bangun tidur, minum satu gelas air kosong diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Ulang sebelum tidur malam.\u00a0Selain itu, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.\n\nTerimalah hakikat bahawa roti wholemeal adalah lebih menyihatkan dan membantu anda untuk kurus berbanding roti putih biasa. Mungkin rasa roti wholemeal kurang sedap berbanding roti putih biasa, tapi lama-kelamaan anda akan biasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk berdiet yang wajib ada dalam dapur anda.\n\nNak kurus bukan bermakna anda tak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tapi dengan sukatan sebesar satu penumbuk untuk setiap kali pinggan. Nak lagi cepat kurus? Tukarkan beras yang anda makan kepada beras perang. Ya, rasanya mungkin tak sesedap beras biasa, tapi yang paling penting anda masih boleh makan nasi. Lama-kelamaan tekak anda akan boleh menerima rasa beras perang.\n\nNak kurus? Jangan ambil gula putih kerana gula putih merupakan musuh utama bagi mereka yang berdiet. Sebagai alternatif, anda boleh gantikan gula putih biasa dengan stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori. Stevia datang dalam bentuk cecair. Cuma masukkan satu titis ke dalam secawan air, sudsh mencukupi. Rasanya juga tak ubah seperti gula.\n\nSelain stevia, anda juga boleh gantikan gula putih yang biasa anda gunakan dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tapi jauh lebih menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.\n\nGula perang \u00a0merupakan alternatif kepada gula putih yang sangat sedap. Rasanya saling tak ubah seperti gula putih tapi kalorinya adalah jauh lebih rendah. Takdelah anda rasa bersalah sangat waktu membancuh air.\n\nMadu juga boleh dijadikan sebagai pemgganti gula putih. Madu merupakan makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat terhadap kesihatan. Oleh itu, pastikan anda sentiasa ada stok madu di dapur.\n\nKurma merupakan satu lagi makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil semasa sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah tapi merupakan energy booster yang sangat bagus. Anda boleh makan kurma setiapa pagi atau kisar menjadi jus.\n\nDi media sosial, ramai yang mendakwa berjaya mengurangkan berat badan dengan mengamalkan diet telur. Persoalannya adakah benar makan telur setiap hari membantu mengurangkan berat badan? Macam mana? Bukankah telur ada banyak kolesterol, tak takut nanti dapat penyakit?\n\nKajian terbaru menunjukkan bahawa kaitan antara telur dan kolesterol adalah mitos semasa-mata. Telur mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh badan setiap hari menjadikannya sebagai makanan sihat yang baik untuk tubuh badan.\n\nNamun ini tak bermakna anda perlu makan telur sahaja setiap hari. Diet terlalu ekstrem seperti memakan telur sahaja untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam kerana dikhuatiri akan memberikan kesan buruk untuk jangka masa panjang.\n\nSatu lagi makanan untuk diet yang wajib anda ambil ialah plain yogurt. Pengambilan plain yogurt setiap hari\u00a0dapat menghalang tubuh \u00a0badan anda daripada merembeskan hormon leptin yang merupakan antara punca utama \u00a0obesiti.\n\nTerdapat pelbagai cara untuk anda makan yogurt. Anda boleh makan ia begitu saja, jadikan sebagai overnight oat, atau gantikan santan semasa memasak.\n\nPisang merupakan buah murah yang kaya dengan potasium dan serat. Ia memberikan rasa kenyang yang lama dan dalam masa yang sama pisang juga adalah energy booster. Kalau anda tak sempat nak bersarapan pagi, cuma minum satu gelas air kosong dan makan 2 biji pisang.\n\nAvokado kaya dengan lemak sihat yang membantu menurunkan berat dengan lebih cepat. Anda boleh makan begitu sahaja atau kisar menjadi jus.\n\nItulah dia perkongsian kami tentang makanan untuk diet.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang tips kurus tanpa, cara kempiskan perut, dan khasiat cuka epal."
"Anda pernah dengar tentang penyakit angin pasang? Penyakit ini turut dikenali dengan nama hernia dikalangan para doktor. Untuk pengetahuan anda hernia ini adalah salah satu jenis penyakit yang banyak berlaku dan hingga kini ia terus berlaku di mana-mana. \n\n Bagi anda yang tertanya-tanya apakah sebenarnya hernia ini dan bagaimana pula ianya boleh berlaku, di sini akan dikongsikan beberapa info mengenai hernia dan semoga dengan perkongsian ini dapatlah anda lebih faham apakah hernia ini sebenarnya. \n\nMaksud Hernia Dan Antara Punca Bagaimana Hernia Ini Boleh Berlaku\n\nHernia ini selalunya akan berlaku disebabkan oleh kelemahan atau kecederaan pada otot. Serangan juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian pusat di celah kelangkang atau bahagian perut yang mempunyai rongga seperti diafram antara dada atau perut.\n\nSebahagian besar komponen hernia ini pula adalah organ yang terdapat di dalam perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus. Serangan ini disebabkan satu benjolan organ atau tisu yang masuk melalui bukaan abnormal. \n\nAda beberapa jenis hernia dan ianya adalah bergantung kepada tahap pesakit itu sendiri. Ada hernia yang berlaku secara dalaman dengan berada di dalam bahagian tubuh hingga tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Dan ada juga hernia yang berlaku pada secara luaran terutama pada bahagian otot pemisah antara bahagian perut dan dada hingga menyebabkan pembentukan diafragma yang tidak sempurna. \n\nYang pasti, antara jenis hernia yang paling kerap berlaku adalah hernia inquinal yang selalunya akan muncul pada bahagian lipatan paha dan yang keduanya pula adalah umbilical hernia yang sering muncul pada kawasan pusat (umbilikus).\n\nGolongan Lelaki Antara Yang Paling Kerap Berisiko Dengan Hernia\n\nHernia ini lebih banyak dihidapi lelaki kerana risiko seorang lelaki menghidap hernia inguinal adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding golongan kaum wanita. \n\nMalah sebahagian besar bayi baru lahir yang menghidap masalah ini adalah dari kalangan bayi lelaki juga jika hendak dibandingkan dengan bayi perempuan. Golongan kanak-kanak lelaki turut tidak terkecuali dengan jumlah yang agak besar untuk penyakit ini.\n\nManakala hernia yang terjadi pada orang dewasa pula biasanya akan berlaku di saat ketika usia telah semakin lanjut. Ini kerana pada waktu tersebut otot dinding rongga abdomen telah mula menjadi lemah. Seiring dengan usia yang semakin berumur maka organ dan jaringan tubuh juga akan ikut mengalami proses kemerosotan untuk terus berfungsi dengan baik seperti di usia muda.\n\nHernia boleh dikesan secara luaran oleh pesakit itu sendiri. Mengesan hernia pada golongan lelaki dewasa pula adalah jauh lebih mudah daripada mengesan hernia pada bayi. Ketika membuang air besar pula contohnya, orang lelaki dewasa boleh merasai ada benjolan yang muncul pada bahagian perut. \n\nJangan Pandang Remeh Kerana Hernia Ini Sangat Berbahaya\n\nMungkin ada yang menganggap hernia ini adalah penyakit biasa yang sering berlaku pada golongan lelaki. Namun percaya ataupun tidak hernia ini sebenarnya adalah sangat berbahaya. Menurut info, hernia ini jika terus dibiarkan tanpa mengambil langkah awal yang sewajarnya akan menyebabkan masalah pada pembuluh darah di kawasan yang berkenaan.\n\nMalah hernia ini juga akan menyebabkan pesakit mengalami masalah iskemia di mana tisu yang ada pada tubuh akan mengalami masalah kekurangan oksigen. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan berlakunya lambakan toksin yang kemudiannya akan tersebar melalui pembuluh darah sehingga ke serata tubuh. \n\nKenali Simptom Awal Yang Sering Berlaku Sebagai Tanda Peringatan\n\nAntara simptom yang boleh dijadikan sebagai tanda peringatan awal bahawa diri sedang berhadapan dengan masalah hernia ini adalah seperti :\n\nRawatan Pulihkan Hernia Telah Ada Untuk Sesiapa Saja Yang Memerlukannya\n\nPada masa ini, telah ada beberapa jenis rawatan untuk bantu pulihkan pesakit dari masalah hernia. Ianya adalah dalam bentuk pembedahan dan terdapat dua kaedah pembedahan untuk merawat hernia ini iaitu secara konvensional (memerlukan torehan yang agak besar) dan juga secara teknik laparoskopik (hanya perlu lakukan torehan kecil).\n\nTidak kira sama ada secara konvensional mahupun laparoskopik, si pesakit tidak perlu bimbang kerana pembedahan ini akan dilakukan dengan cara pesakit di bius sepenuhnya. Dalam erti kata lain pesakit tidak akan berasa apa-apa kerana akan di bius secara keseluruhan. \n\nMalah proses pemulihan juga akan berlaku dengan sangat cepat. Ramai pesakit telah melaluinya dan selepas pembedahan pesakit telah boleh menjalani aktiviti normal dalam kehidupan semula hanya dalam masa beberapa minggu sahaja selepas selesai pembedahan. \n\nBagi pesakit yang menjalani rawatan dengan cara teknik laparoskopik pula, sebanyak tiga torehan kecil sepanjang lima hingga 10 milimeter akan dilakukan dan sememangnya rawatan ini memerlukan kepakaran yang tinggi dari doktor pakar yang terpilih. \n\nBagi pembedahan laparoskopik, pesakit mengalami kesakitan amat kurang manakala risiko jangkitan kuman juga rendah berbanding pembedahan konvensional. Ini kerana luka yang dilakukan hanya kecil saja dan proses penyembuhan juga akan berlaku dengan lebih cepat. \n\nAdakah Pesakit Hernia Masih Berisiko Untuk Mengalaminya Semula?\n\nJangan risau kerana risiko untuk penyakit ini berulang adalah sangat rendah. Walaubagaimanapun peratus kes ulangan masih tinggi. Sememangnya pesakit hernia masih berisiko untuk mengalaminya semula dalam masa yang tertentu bergantung kepada tubuh si pesakit itu sendiri. \n\nKerana itu setiap pesakit yang telah selesai menjalani pembedahan untuk hernia amat dinasihatkan supaya mulakan amalan gaya hidup sihat dengan segera. Pesakit hendaklah berhenti merokok dan jika sukar membuang air, segera berubat dan elakkan meneran ketika sedang membuang air besar. \n\nPara pesakit ini juga disarankan untuk melakukan kerja yang lebih ringan dan cuba juga turunkan berat badan kerana berat yang berlebihan dengan kerja yang berat-berat boleh menyebabkan organ berkenaan pecah sehingga boleh membawa maut."
"Ramai orang kata diet itu susah. Namun tahukah anda, diet sebenarnya amat mudah sekiranya anda pandai menguruskannya. Salah satunya, mestilah melalui pemakanan. Makanan yang tidak bergoreng adalah lebih sihat. Selain daripada itu, pelbagai lagi pendekatan perlu diambil untuk berdiet. \n\nKali ini kami bawakan resepi ayam panggang yang amat mudah dan cepat. Resepi ini amat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba untuk berdiet, atau sesiapa sahaja yang ingin untuk mulakan gaya hidup yang sihat. Resepi ini juga amat sesuai untuk sesiapa yang malas untuk masak memandangkan bahan bahan dan cara pembuatannya yang mudah. Paling penting sekali, resepi ayam panggang ini, walaupun ianya mudah, ianya masih menjamin rasa yang lazat dan mengenyangkan. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Raja Amanina di Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen yang positif. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat! \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi ini, terdapat pelbagai lagi resepi yang semestinya anda boleh cuba! Variasikan hidangan anda dengan idea resepi yang terdapat di Bidadari.my! Oh, dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama ahli keluarga dan rakan \u2013 rakan anda ya. Selamat mencuba!"
"Al-Quran adalah peneman kita sepanjang hayat. Terkandung dalam Al-Quran, ayat Al-Quran paling indah untuk menjawab segala kesedihan, kedukaan, kegembiraan, kegelisahan, dan lain-lain perasaan yang kadang kala menganggu jiwa dan sanubari kita sebagai manusia.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan himpunan ayat Al-Quran paling indah dalam kehidupan yang boleh anda jadikan pegangan untuk menjadi seorang yang bertakwa. \n\n\u064a\u0670\u0653\u0627\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u062d\u064e\u0642\u064c\u0651 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u063a\u064f\u0631\u064e\u0651\u0646\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u0670\u0648\u0629\u064f \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627\u06d7 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u063a\u064f\u0631\u064e\u0651\u0646\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u0631\u064f\u0648\u0652\n\n\u0641\u064e\u0627\u0635\u0652\u0628\u0650\u0631\u0652 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u062d\u064e\u0642\u064c\u0651 \u0648\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u062e\u0650\u0641\u064e\u0651\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0648\u0652\u0642\u0650\u0646\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u08d6\n\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u0651\u0670\u06e4\u0640\u0650\u0654\u064a\u0652 \u064a\u064e\u0649\u0650\u0655\u0633\u0652\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062d\u0650\u064a\u0652\u0636\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0646\u0650\u0651\u0633\u064e\u0627\u06e4\u0649\u0650\u0655\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0627\u0650\u0646\u0650 \u0627\u0631\u0652\u062a\u064e\u0628\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u062a\u064f\u0647\u064f\u0646\u064e\u0651 \u062b\u064e\u0644\u0670\u062b\u064e\u0629\u064f \u0627\u064e\u0634\u0652\u0647\u064f\u0631\u064d\u06d9 \u0648\u064e\u0651\u0627\u0644\u0651\u0670\u06e4\u0640\u0650\u0654\u064a\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u062d\u0650\u0636\u0652\u0646\u064e\u06d7 \u0648\u064e\u0627\u064f\u0648\u0644\u064e\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0627\u064e\u062c\u064e\u0644\u064f\u0647\u064f\u0646\u064e\u0651 \u0627\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0651\u0636\u064e\u0639\u0652\u0646\u064e \u062d\u064e\u0645\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f\u0646\u064e\u0651\u06d7 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0651\u062a\u064e\u0651\u0642\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u064a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0644\u064e\u0651\u0647\u0657 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0647\u0656 \u064a\u064f\u0633\u0652\u0631\u064b\u0627\n\n\u064a\u0670\u0653\u0627\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0670\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0630\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627\u06d9\n\n\u06de \u0648\u064e\u0627\u0650\u0644\u0670\u0649 \u062b\u064e\u0645\u064f\u0648\u0652\u062f\u064e \u0627\u064e\u062e\u064e\u0627\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0635\u0670\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u06d8 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u064a\u0670\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0627\u0650\u0644\u0670\u0647\u064d \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f\u0647\u0657 \u06d7\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u064e\u0646\u0652\u0634\u064e\u0627\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0631\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0652\u0647\u064f \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062a\u064f\u0648\u0652\u0628\u064f\u0648\u0652\u0653\u0627 \u0627\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u06d7\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u064a\u0652 \u0642\u064e\u0631\u0650\u064a\u0652\u0628\u064c \u0645\u064f\u0651\u062c\u0650\u064a\u0652\u0628\u064c\n\n\u0648\u064e\u0627\u064e\u0642\u0650\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0670\u0648\u0629\u064e \u0637\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u064a\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0632\u064f\u0644\u064e\u0641\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u0650 \u06d7\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u0670\u062a\u0650 \u064a\u064f\u0630\u0652\u0647\u0650\u0628\u0652\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u064a\u0650\u0651\u0627\u0670\u062a\u0650\u06d7 \u0630\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u0670\u0649 \u0644\u0650\u0644\u0630\u064e\u0651\u0627\u0643\u0650\u0631\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\n\n\u0648\u064e\u0627\u0650\u0630\u0652 \u0627\u064e\u062e\u064e\u0630\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u064a\u0652\u062b\u064e\u0627\u0642\u064e \u0628\u064e\u0646\u0650\u064a\u0652\u0653 \u0627\u0650\u0633\u0652\u0631\u064e\u0627\u06e4\u0621\u0650\u064a\u0652\u0644\u064e \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0648\u064e\u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0650\u062d\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0651\u0630\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0628\u0670\u0649 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u062a\u0670\u0645\u0670\u0649 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0633\u0670\u0643\u0650\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0648\u0652\u0644\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0644\u0650\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u062d\u064f\u0633\u0652\u0646\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0651\u0627\u064e\u0642\u0650\u064a\u0652\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0670\u0648\u0629\u064e \u0648\u064e\u0627\u0670\u062a\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0632\u064e\u0651\u0643\u0670\u0648\u0629\u064e\u06d7 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062a\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0642\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0644\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0627\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064f\u0651\u0639\u0652\u0631\u0650\u0636\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u062a\u064e\u0651\u0642\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0651\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064f\u0651\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u08d6\u00a0\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e \u0648\u064e\u063a\u064e\u0641\u064e\u0631\u064e \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0630\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0644\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0632\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0627\u064f\u0645\u064f\u0648\u0652\u0631\u0650 \u08d6\n\n\u0648\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0643\u064e\u0651\u0644\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u06da \u0648\u064e\u0643\u064e\u0641\u064e\u0649\u0670 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0643\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627\n\n\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062e\u064e\u0627\u0641\u064e\u0622 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0646\u0650\u064a\u0652 \u0645\u064e\u0639\u064e\u0643\u064f\u0645\u064e\u0622 \u0627\u064e\u0633\u0652\u0645\u064e\u0639\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0631\u0670\u0649\n\n\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0633\u064e\u0628\u0652\u0639\u064e \u0633\u064e\u0645\u0670\u0648\u0670\u062a\u064d \u0637\u0650\u0628\u064e\u0627\u0642\u064b\u0627\u06d7 \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0670\u0649 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0642\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u0670\u0646\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0641\u0670\u0648\u064f\u062a\u064d\u06d7 \u0641\u064e\u0627\u0631\u0652\u062c\u0650\u0639\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e\u06d9 \u0647\u064e\u0644\u0652 \u062a\u064e\u0631\u0670\u0649 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0641\u064f\u0637\u064f\u0648\u0652\u0631\u064d\n\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0651\u0643\u0652\u0633\u0650\u0628\u0652 \u062e\u064e\u0637\u0650\u064a\u0652\u06e4\u0640\u064e\u0654\u0629\u064b \u0627\u064e\u0648\u0652 \u0627\u0650\u062b\u0652\u0645\u064b\u0627 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0631\u0652\u0645\u0650 \u0628\u0650\u0647\u0656 \u0628\u064e\u0631\u0650\u064a\u0652\u06e4\u0640\u064b\u0654\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064e\u062f\u0650 \u0627\u062d\u0652\u062a\u064e\u0645\u064e\u0644\u064e \u0628\u064f\u0647\u0652\u062a\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0651\u0627\u0650\u062b\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0645\u064f\u0651\u0628\u0650\u064a\u0652\u0646\u064b\u0627 \u08d6\n\n\u0648\u064e\u0627\u0628\u0652\u062a\u064e\u063a\u0650 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e\u0622 \u0627\u0670\u062a\u0670\u0649\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0627\u0644\u062f\u064e\u0651\u0627\u0631\u064e \u0627\u0644\u0652\u0627\u0670\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0646\u0652\u0633\u064e \u0646\u064e\u0635\u0650\u064a\u0652\u0628\u064e\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u064e\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0622 \u0627\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0627\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0628\u0652\u063a\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0633\u064e\u0627\u062f\u064e \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u06d7\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0641\u0652\u0633\u0650\u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\n\n\u0642\u064f\u0644\u0652 \u064a\u0670\u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0670\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0627\u062a\u064e\u0651\u0642\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0647\u0670\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064c \u06d7\u0648\u064e\u0627\u064e\u0631\u0652\u0636\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0633\u0650\u0639\u064e\u0629\u064c \u06d7\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0648\u064e\u0641\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0635\u0651\u0670\u0628\u0650\u0631\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0627\u064e\u062c\u0652\u0631\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u062d\u0650\u0633\u064e\u0627\u0628\u064d\n\n\u0648\u064e\u0648\u064e\u0635\u064e\u0651\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0627\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u06da \u062d\u064e\u0645\u064e\u0644\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f \u0627\u064f\u0645\u064f\u0651\u0647\u0657 \u0648\u064e\u0647\u0652\u0646\u064b\u0627 \u0639\u064e\u0644\u0670\u0649 \u0648\u064e\u0647\u0652\u0646\u064d \u0648\u064e\u0651\u0641\u0650\u0635\u064e\u0627\u0644\u064f\u0647\u0657 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0639\u064e\u0627\u0645\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0627\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a\u0652 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u06d7 \u0627\u0650\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0635\u0650\u064a\u0652\u0631\u064f\n\n\u064a\u0670\u0653\u0627\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0670\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062f\u0652\u062e\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0628\u064f\u064a\u064f\u0648\u0652\u062a\u064b\u0627 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e \u0628\u064f\u064a\u064f\u0648\u0652\u062a\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062d\u064e\u062a\u0651\u0670\u0649 \u062a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0623\u0652\u0646\u0650\u0633\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064f\u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0639\u064e\u0644\u0670\u0653\u0649 \u0627\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u0647\u064e\u0627\u06d7 \u0630\u0670\u0644\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0630\u064e\u0643\u064e\u0651\u0631\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n\u064a\u0670\u0653\u0627\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u0652\u0646\u0670\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0643\u064e\u0631\u064d \u0648\u064e\u0651\u0627\u064f\u0646\u0652\u062b\u0670\u0649 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u0670\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0634\u064f\u0639\u064f\u0648\u0652\u0628\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0651\u0642\u064e\u0628\u064e\u0627\u06e4\u0649\u0650\u0655\u0644\u064e \u0644\u0650\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0631\u064e\u0641\u064f\u0648\u0652\u0627 \u06da \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u064e\u0643\u0652\u0631\u064e\u0645\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0627\u064e\u062a\u0652\u0642\u0670\u0649\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0645\u064c \u062e\u064e\u0628\u0650\u064a\u0652\u0631\u064c\n\n\u0627\u064f\u062a\u0652\u0644\u064f \u0645\u064e\u0622 \u0627\u064f\u0648\u0652\u062d\u0650\u064a\u064e \u0627\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u0650\u062a\u0670\u0628\u0650 \u0648\u064e\u0627\u064e\u0642\u0650\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0670\u0648\u0629\u064e\u06d7 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0670\u0648\u0629\u064e \u062a\u064e\u0646\u0652\u0647\u0670\u0649 \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u062d\u0652\u0634\u064e\u0627\u06e4\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0646\u0652\u0643\u064e\u0631\u0650 \u06d7\u0648\u064e\u0644\u064e\u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0627\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u06d7\u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0635\u0652\u0646\u064e\u0639\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n\u0648\u064e\u0627\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0627\u064e\u0648\u0652\u0627 \u062a\u0650\u062c\u064e\u0627\u0631\u064e\u0629\u064b \u0627\u064e\u0648\u0652 \u0644\u064e\u0647\u0652\u0648\u064b\u0627 \u06e8\u0627\u0646\u0652\u0641\u064e\u0636\u064f\u0651\u0648\u0652\u0653\u0627 \u0627\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0631\u064e\u0643\u064f\u0648\u0652\u0643\u064e \u0642\u064e\u0627\u06e4\u0649\u0650\u0655\u0645\u064b\u0627\u06d7 \u0642\u064f\u0644\u0652 \u0645\u064e\u0627 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0652\u0648\u0650 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u062a\u0650\u0651\u062c\u064e\u0627\u0631\u064e\u0629\u0650\u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u0631\u0651\u0670\u0632\u0650\u0642\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u08d6\n\n\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0670\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0635\u0651\u0670\u0644\u0650\u062d\u0670\u062a\u0650 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u062c\u064e\u0646\u0651\u0670\u062a\u064c \u062a\u064e\u062c\u0652\u0631\u0650\u064a\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062a\u064e\u062d\u0652\u062a\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0646\u0652\u0647\u0670\u0631\u064f \u06d5\u06d7 \u0630\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0648\u0652\u0632\u064f \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0652\u0631\u064f\u06d7\n\n\u0644\u064e\u0647\u0657 \u0645\u064f\u0639\u064e\u0642\u0650\u0651\u0628\u0670\u062a\u064c \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652\u06e2 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u064a\u064e\u062f\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0641\u0650\u0647\u0656 \u064a\u064e\u062d\u0652\u0641\u064e\u0638\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u0647\u0657 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u06d7\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u063a\u064e\u064a\u0650\u0651\u0631\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u062d\u064e\u062a\u0651\u0670\u0649 \u064a\u064f\u063a\u064e\u064a\u0650\u0651\u0631\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652\u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0650\u0630\u064e\u0622 \u0627\u064e\u0631\u064e\u0627\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0628\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0633\u064f\u0648\u0652\u06e4\u0621\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0631\u064e\u062f\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0647\u0657 \u06da\u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u062f\u064f\u0648\u0652\u0646\u0650\u0647\u0656 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0648\u064e\u0651\u0627\u0644\u064d\n\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u0670\u0648\u0629\u064f \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0622 \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0644\u064e\u0639\u0650\u0628\u064c \u0648\u064e\u0651\u0644\u064e\u0647\u0652\u0648\u064c \u06d7\u0648\u064e\u0644\u064e\u0644\u062f\u064e\u0651\u0627\u0631\u064f \u0627\u0644\u0652\u0627\u0670\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u064f \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u0650\u0651\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u064a\u064e\u062a\u064e\u0651\u0642\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u06d7 \u0627\u064e\u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0642\u0650\u0644\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n\u0627\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0642\u0652\u0630\u0650\u0641\u0650\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0627\u0628\u064f\u0648\u0652\u062a\u0650 \u0641\u064e\u0627\u0642\u0652\u0630\u0650\u0641\u0650\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0645\u0650\u0651 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064f\u0644\u0652\u0642\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0645\u064f\u0651 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0627\u062d\u0650\u0644\u0650 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062e\u064f\u0630\u0652\u0647\u064f \u0639\u064e\u062f\u064f\u0648\u064c\u0651 \u0644\u0650\u0651\u064a\u0652 \u0648\u064e\u0639\u064e\u062f\u064f\u0648\u064c\u0651 \u0644\u064e\u0651\u0647\u0657 \u06d7\u0648\u064e\u0627\u064e\u0644\u0652\u0642\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0645\u064e\u062d\u064e\u0628\u064e\u0651\u0629\u064b \u0645\u0650\u0651\u0646\u0650\u0651\u064a\u0652 \u06d5\u06da \u0648\u064e\u0644\u0650\u062a\u064f\u0635\u0652\u0646\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0644\u0670\u0649 \u0639\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\u064a\u0652 \u06d8\n\n\u064a\u0670\u0653\u0627\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0670\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0653\u0627 \u0627\u064e\u0648\u0652\u0641\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u0642\u064f\u0648\u0652\u062f\u0650\u06d7 \u0627\u064f\u062d\u0650\u0644\u064e\u0651\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u064e\u0647\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u062a\u0652\u0644\u0670\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e \u0645\u064f\u062d\u0650\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u064a\u0652\u062f\u0650 \u0648\u064e\u0627\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u062d\u064f\u0631\u064f\u0645\u064c\u06d7 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u064a\u064e\u062d\u0652\u0643\u064f\u0645\u064f \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0631\u0650\u064a\u0652\u062f\u064f\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u0657 \u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u0670\u0648\u0670\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650\u06d7 \u0648\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u0644\u064c \u0644\u0650\u0651\u0644\u0652\u0643\u0670\u0641\u0650\u0631\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064d \u0634\u064e\u062f\u0650\u064a\u0652\u062f\u064d\u06d9\n\n\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0647\u0657 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0644\u064e\u0647\u0657 \u0633\u064f\u0644\u0652\u0637\u0670\u0646\u064c \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0670\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u0670\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0647\u0650\u0645\u0652 \u064a\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0643\u064e\u0651\u0644\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\nSelain dari panduan ayat Al Quran paling indah ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain surah-surah dalam Al-Quran seperti:"
"Nota Editor: Disini kami kongsikan tips belajar untuk anak yang dapat diaplikasikan. Secara ringkasnya, terdapat tiga perkara yang dapat digunakan.\n\nAnak akan mudah faham bila sesuatu divisualkan atau digambarkan namun cabaran berat di bahagian ini adalah anak kurang fokus dan mudah hilang tumpuan, juga mudah tertarik pada aktiviti lain.\n\nBantulah anak-anak visual dengan menetapkan matlamat dan niat terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran. Contohnya jika anak harus membaca petikan dan kurang tumpuan.\n\nCadangkan kepada anak untuk mencari 5 isi penting berkaitan dengan tajuk. Anak akan mula fokus daya visualnya mencari 5 isi penting tersebut dan menamatkan bacaan dengan mudah.\n\nAnak-anak turut belajar melalui pendengaran, terkadang anak buat tak endah atau tak dengar apa yang dikatakan oleh ibubapa mahupun guru. Itulah antara cabaran bagi deria belajar auditori.\n\nBantulah anak dengan membina ayat yang sesuai difahami, pendek dan ringkas, serta melibatkan empunya diri. Biasanya panggil namanya untuk cetus perhatian, ayat yang lebih mudah perlu digunakan.\n\nLetak diri kita ditempat anak dan pilih ayat yang kita nak dengar jika kita berada di tempatnya, beri kata galakan dan semangat. Guna tona dan nada suara yang sesuai menurut keadaan.\n\nSuasana dan suara ceria bila mula lihat mereka, suara serius bila sampaikan mandat dan nasihat, suara mesra bila berbincang dan sebagainya.\n\nAnak-anak kinestatik belajar melalui pengalaman dan peluang melakukan sesuatu dengan tangan dan fizikalnya sendiri. Cabarannya adalah kita tiada masa untuk pantau apa yang anak ingin lakukan dan kurang percaya serta rimas jika anak melakukan kesilapan.\n\nBantulah anak dengan memperuntukkan 15 minit setiap hari untuk explore atau meneroka pelajarannya. Bersedia juga untuk terima kesilapan mereka yang penting anak tak mudah putus asa.\n\nGalakkan anak aktiviti praktikal untuk menguasai subjek dan matapelajaran. Beri kepercayaan kita dan fokus pada pencapaian usaha bukan pencapaian keputusan.\n\n3 bantuan ini dinilai dari 3 bahagian rukun solat\n\n1. Rukun Qalbi -niat & Matlamat\n\n2. Rukun Qauli- Bacaan yang betul dengan nada yang sesuai (kuat @ perlahan)\n\n3. Rukun Fi\u2019li \u2013 Perbuatan. Melakukan dengan sendiri, bersedia untuk mengalaminya sendiri dan melakukan kesalahan serta bersedia untuk dibetulkan."
"Mencari kata-kata semangat untuk motivasi diri? Kata kata semangat untuk berjaya? Motivasi kejayaan? Ramai orang kecewa dengan kehidupan dan kerjaya atas perkara yang tidak disukai. \n\nYa, kadangkala pasti kita akan berasa down\u00a0atau\u00a0sedih malah kita memerlukan semangat dari kawan-kawan dan keluarga. Namun, tidak semua orang sekeliling kita adalah positive circle buat kita.\n\nKata-kata semangat penting untuk menaikkan semula semangat motivasi diri dan membangkitkan kita ketika jatuh. Apatah lagi jika kita kecewa dengan kehidupan dan kerjaya. Jom lihat senarai kata-kata semangat untuk kehidupan dan kerjaya anda.\n\nKata-kata semangat untuk membina kerjaya atau bangkit semula sebagai seseorang yang berjaya juga penting. Ada boleh amalkan membaca kata-kata semangat setiap pagi sebelum bermulanya kerja dan juga berkongsi dengan kawan-kawan untuk aura positif. Jom baca kata-kata semangat untuk kerjaya pula! \n\nItulah dia kata-kata semangat untuk motivasi diri berkaitan kehidupan dan kerjaya. Anda haruslah bersemangat untuk mengecapi kejayaan dalam hidup serta mendapat tempat di arena kerjaya. Semoga kata kata semangat dan motivasi kejayaan untuk berjaya yang dikongsi membantu anda."
"Siapa suka makan sup cendawan? Atau nak nama mat salleh sikit, mushroom soup gitu! Biasanya kalau makan pizza, mesti rasa tak lengkap kalau tak ada sup cendawan yang pekat berkrim tu kan. Sup cendawan tu kalau dicicah dengan roti memang sedap dan mengenyangkan. Lagipun, sup cendawan ni x muak sangat. Dah habis, rasa nak lagi je. Nyum nyum!\n\nMacam mana nak jadikan sup cendawan korang tu lebih berkhasiat dan lebih sedap? Of course lah kena buat sendiri. Beli cendawan yang fresh tu, hiris-hiris letak dalam sup. Cendawan ni sangat bagus untuk kesihatan kita. Ia boleh meningkatkan system imuniti badan dan membantu dalam memulihkan system badan kita. Kalau baca khasiat tentang cendawan ni, memang banyak lah. Jadi, rajin-rajinlah membacanya ya.\n\nApa yang lainnya sup cendawan ini ialah ia pekat berkrim; bukan macam yang sup sayur tu. Yang sup sayur cendawan tu nanti kami kongsikan di entry yang lain yer. Sup cendawan pekat berkrim ni sangat sesuai untuk dicicah dengan roti atau dimakan begitu sahaja. Kalau time tak lalu nak makan, InshaaAllah ia sangat membantu. Haa pasni bolehla tambah koleksi menu ketika kurang sihat. Moga cepat je proses penyembuhannya nanti.\n\nKali ini kami kongsikan resepi sup cendawan yang pekat berkrim yang telah diupload oleh saudari Rozila Ibrahim di Facebook. Katanya, sejak beliau pandai buat sendiri, memang tak layan dah mushroom soup Pizza nyer tu. Haaa best tau! Selamat mencuba!\n\n3 biji bwng holand\n2 biji bwng putih\n1 paket Cendawan tiram\n1/2 paket cendawan shitake segar\n3 SB butter\n1 cwn tepung jagung\n1 liter air\n\n(1) Cairkan butter, masukkan bawang dan cendawan. Apabila dah layu masukkan tepung.\n(2) Tunggu sehingga sejuk dan blend dengan 1liter air sampai betul2 halus dan creamy\n(3) Masukkan ke dalam periuk dan reneh atas api perlahan2 sampai mndidih.\n(4) Kemudian, masukkan bahan-bahan 2.\n\n1 tin Cendawan butang (potong halus)\n1 tin susu cair\n1 kiub ayam\nGaram\nLada hitam blend\nPasley flakes( optional)\n\n(1) Masukkan dalam semua bahan yg dah diblend. Kalau agak pekat tambah air lagi.\n(2) Perasakan semua biar balance semua rasa.\n\n# bila sejuk sup akan lebih pekat..\n# kalau cair, ambik sedikit kuah masak semula dgn tepung dlm bekas lain kemudian blender.. jgn direct tambah tepung dlm kuah..\n\nTeruja dengan resepi ini? Semestinya WAJIB untuk anda cuba! Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang terdapat di blog eksklusif kami ini. Jemput untuk lihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
"Produk hilangkan parut pilihan ramai yang mungkin anda perlu ketahui. Kulit kita sering terdedah kepada persekitaran yang tidak baik dan menjadikan parut kekal sukar dihilangkan. Menghilangkan parut bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia memerlukan masa yang lama bergantung pada kedalaman dan ukuran parut tersebut.\n\nParut berlaku kerana reaksi pengeluaran kolagen semula jadi yang berlebihan akibat luka. Produk hilangkan jerawat biasanya dapat memberikan kelembapan yang cukup untuk melembutkan dan meratakan bahagian yang berparut. \n\nBagi anda yang mempunyai luka parut, parut jerawat atau apa sahaja jenis parut disarankan menggunakan produk hilangkan jerawat. Sekiranya anda mencari produk hilangkan parut yang berkesan, pastikan ia mengandungi bahan seperti silikon, vitamin E, vitamin A (retinol), madu dan asid salisiklik.\n\nIa akan menghasilkan kelembapan dan melembutkan bahagian yang berparut tersebut dengan mudah. Jom kami kongsikan antara produk hilangkan parut boleh anda cuba.\n\n1. Mama\u2019s Choice Stretch Mark Cream\n\nKrim Stretch Mark ini merupakan produk anti-stretch mark pertama yang menggunakan inovasi Lipobelle Soyaglycone yang dapat meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit. Kandungan kolagen yang terdapat dalam produk ini menjadikan garisan stretch mark sukar untuk timbul. Menariknya lagi, ia juga mampu menyembuhkan dan memperbaiki koyakan kecil pada kulit yang menyebabkan tanda regangan.\n\nJenama Mama\u2019s Choice ini bukan sahaja dapat menjadikan kulit anda lebih tebal sebanyak 12%, malah ia juga melindungi kulit anda daripada merenggang secara berlebihan ketika hamil. Kelebihan krim ini ialah kaya dengan antioksidan dan komponen pembinaan kolagen. Krim ini juga mempunyai struktur yang tidak berminyak, melekit dan cepat meresap ke dalam kulit.\n\nSelain itu, kandungan krim yang kaya dengan bahan semulajadi seperti aloe vera, minyak zaitun dan minyak jojoba yang meningkatkan keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit sepanjang hari. Krim ini juga mempunyai cooling effect yang dapat melegakan kegatalan yang selalunya merupakan tanda bahawa stretch mark akan muncul.\n\nMenariknya mengenai krim ini, kandungan bahan semula jadinya menjadikan krim ini selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung dan menyusu. Krim ini juga dijamin halal kerana bebas dari paraben, alkohol dan pewarna tiruan. Krim ini juga telah diuji secara dermatologi di makmal Singapura. Krim ini juga mengandungi Hypoallergenic yang menjadikan krim ini sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.\n\nProduk hilangkan parut ini mengandungi 100% Vitamin E semulajadi dari sumber soya yang mempunyai daya antioksidan 50% lebih banyak. Justeru, ia menyerap lebih baik berbanding Vitamin E sintetik. \n\nSerum ini juga bertindak dari dalam dan mendorong sel parut naik ke permukaan paling atas kulit untuk proses penukaran kulit.\n\nPada awal penggunaannya, kulit akan mula menggelupas dan terasa sedikit sakit kerana merupakan proses untuk membuang sel-sel kulit mati. Namun, serum ini akan memberikan kelembapan yang cukup agar tidak mengalami kekeringan yang menyebabkan kegatalan atau kerengsaan.\n\n3. Shaklee Essential Herbal Blend Multi Purpose Cream\n\nProduk hilangkan parut ini yang mempunyai banyak kebaikan sesuai untuk bayi dan juga orang dewasa. Antara kebaikannya ialah semua jenis parut seperti gigitan nyamuk, eksim dan luka bakar dan banyak lagi. Iajuga dapat melembutkan kulit kasar, terutama di bahagian lutut dan telapak kaki.\n\nNB Acne Scar Serum dapat memudarkan dan menghilangkan bekas luka, mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat, mengecilkan pori-pori, melembapkan kulit kering dan merawat masalah kulit alergik dan ekzema.\n\nBahan-bahan yang terdapat dalam produk hilangkan parut ini dijamin selamat untuk semua jenis kulit dan dapat mengekalkan penghidratan sambil merawat dan memperbaiki kerosakan pada kulit anda.\n\n5. Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil\n\nCosmoderm Vitamin E Cream adalah merupakan krim wajah yang berfungsi untuk melembapkan jauh ke dalam kulit wajah untuk mengelakkan kesan penuaan pramatang. \n\nProduk hilangkan patut ini juga dapat mengurangkan kedutan, garis halus dan parut sambil menegangkan kulit wajah. Dengan ramuan khas yang mampu merangsang penyembuhan parut, kehitaman dan parut jerawat yang sesuai untuk semua jenis kulit.\n\n6. Palmer\u2019s Cocoa Butter Stretch Mark Lotion\n\nKrim Palmer\u2019s Cocoa Butter Stretch Mark Lotion ini dapat mengembalikan kelembapan pada kulit, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif. \n\nIa juga dapat mengurangkan penampilan stretch mark dan menjadikan kulit anda kelihatan berseri dan bertenaga. Krim ini juga dapat mengurangkan rasa gatal pada kulit dan juga dapat digunakan sebagai pelembap kulit agar kulit kekal anjal dan terhidrat sepanjang hari.\n\nProduk hilangkan parut pilihan ramai yang lain ialah daripada Mederma Proactive Gel adalah krim yang disyorkan oleh pakar dermatologi di Amerika Syarikat dan diuji secara klinikal. \n\nKrim ini dapat mengurangkan masalah parut pada kulit sambil memperbaiki kerosakan pada penampilan kulit anda dengan lebih baik. Ianya mengandungi Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera yang dapat meratakan warna kulit dan merawat tekstur kulit yang bermasalah.\n\nKrim ini juga berfungsi bagi merawat parut akibat luka, luka bakar, melahirkan anak dan banyak lagi dan kesannya diperolehi hanya dalam masa beberapa minggu sahaja. Ianya bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti alkohol dan tidak akan menyebabkan masalah kulit yang serius.\n\nKrim dari Derma Health ini mempunyai tekstur lembut, kaya dengan pelembap dan merupakan krim antioksidan yang dapat memperbaiki kerosakan kulit dengan sangat baik. \n\nSelain itu, produk ini juga mengandungi 10,000iu Vitamin E pekat tinggi yang dapat melindungi kulit anda daripada bahan radikal bebas. Diformulasikan untuk merawat kulit yang bermasalah, mengurangkan penampilan parut, stretch mark, mencegah kekeringan, keretakan dan juga masalah kerosakan kulit.\n\nKrim Dermatix Advanced Scar Formula ini mengandungi bahan daripada teknologi CX5 yang inovatif dan mengandungi ramuan unik Vitamin C. Ia sarat dengan manfaat perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit. \n\nProduk ini amat sesuai untuk anda yang mengalami pelbagai jenis parut dan teknologi silikon pada krim ini dapat membantu mengurangkan kesan parut tersebut. Walaupun kesannya sedikit lebih perlahan daripada krim lain, namun ia tetap dijamin selamat digunakan untuk semua jenis kulit.1\n\n10. Rosken Skin Repair High Potency Vitamin E Cream\n\nKrim produk hilangkan parut ini mendorong pertumbuhan semula sel untuk parut, kesan regangan dan cela kulit. Selain itu, ia juga dapat mencegah proses penuaan pada kulit dengan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus yang muncul di permukaan wajah. \n\nDisamping itu juga, bahan antioksidan yang terdapat dalam produk hilangkan parut ini juga mampu melindungi sel membran kulit dan memberikan keanjalan agar kelihatan awet muda.\n\n11. Shiseido White Lucent Multibright Night Cream\n\nKrim Shiseido White Lucent Multibright Night Cream ini merupakan salah satu produk hilangkan parut pilihan ramai. Krim Shiseido White Lucent Multibright Night Cream dengan proses pelbagai fungsi untuk mencerahkan kulit sekaligus mengurangkan penampilan bintik hitam dan parut jerawat. \n\nSelain itu, Semasa tidur, proses kulit akan berjalan dengan baik, pastikan pakai sebelum tidur ya. Ia juga tidak menyebabkan masalah kegatalan atau kerengsaan pada kulit setelah memakainya.\n\nAnda disyorkan untuk menggunakan krim ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit yang diinginkan.\n\nPasti ramai yang merasa kurang yakin dengan adanya parut di wajah anda. Jangan risau, Olumes cream pastinya dapat membantu anda. Jenama ini merupakan antara jenama yang terbaik antara krim penghilang parut yang lain. \n\nLebih menarik lagi, krim ini mengandungi bahan semulajadi yang pastinya dapat membantu menghilangkan parut anda. Hal ini menjadikan produk ini sebagai salah satu produk hilangkan parut pilihan ramai.\n\nSelain itu, cream ini bukan sahaja membantu menghilangkan parut, malah ia juga dapat membantu untuk mengecilkan liang pori serta menganjalkan kulit muka anda. Bagi mereka yang mempunyai kulit muka sensitif juga sangat sesuai untuk menggunakan cream ini. \n\nBahan yang terdapat di dalam cream seperti 10 jenis peptide dan asid hyaluronic yang berfungsi sebagai agen anti penuaan, menjadikan kulit wajah anda agar sentiasa kelihatan muda.\u00a0Kulit anda juga akan lebih terhidrasi selepas menggunakan cream ini.\n\nBerikut adalah antara produk hilangkan parut yang boleh anda pilih. Pasti berkesan untuk kulit wajah anda! Jom baca juga\u00a0Day Cream Terbaik,\u00a0skincare Korea Terbaik, \u00a0serum terbaik untuk kulit kering\u00a0dan\u00a0Serum terbaik untuk whitehead.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Setiap ibu mengandung mengimpikan untuk bersalin normal tanpa sebarang koyak atau perlu guntingan episiotomi selain mengharapkan proses bersalin yang mudah dan cepat tanpa sebarang komplikasi. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips bersalin normal tanpa koyakan yang boleh anda amalkan.\n\n1. Minta maaf dan mohon keredhaan dari suami\n\nApabila sampai masa untuk anda melahirkan, mohon maaf kepada suami dan minta supaya diampunkan semua dosa dan kesalahan yang pernah anda lakukan sepanjang bergelar suami isteri. Mohon keredhaan dari suami dan minta suami doakan supaya proses bersalin berjalan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi.\n\n2. Minta maaf dan mohon keredhaan dari ibu bapa\n\nSelain kemaafan dan keredhaan dari suami, anda juga perlu menghubungi ibu bapa dan laukan perkara yang sama. Minta ibu doakan semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah, dengan berkat doa seorang ibu, anda dan bayi yang bakal dilahirkan pasti selamat dan sihat.\n\n3. Minta maaf dan mohon keredhaan dari mertua\n\nDalam islam, kedudukan ibu dan bapa mertua adalah sama taraf dengan ibu bapa anda sendiri. Oleh itu, sebelum masuk ke dewan bersalin, jangan lupa untuk menghubungi kedua mertua untuk meminta maaf dan mohon keredhaan dari mereka.\n\nSenaman kegel atau senaman otot lantai pelvis merupakan satu senaman yang membantu menguatkan stamina supaya anda tidak mudah penat semasa meneran. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu membuat kemutan seperti sedang menahan air kencing. Caranya:\n\nSenaman kegel boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, pejabat, dan sambil memandu.\n\nJika anda ingin bersalin normal dengan mudah dan cepat, anda perlu belajar teknik meneran dengan betul. Anda ada masa 9 bulan untuk menguasai teknik tersebut. Cara meneran dengan betul ialah:\n\nSepanjang tempoh bersalin, anda boleh belajar teknik pernafasan yang betul semasa melahirkan. Tujuannya ialah supaya anda meneran dengan betul tanpa menghabiskan tenaga untuk perkara yang tidak sepatutnya. Teknik pernafasan yang betul semasa bersalin ialah:\n\nTeknik pernafasan yang betul bukan sahaja membantu memudahkan proses bersalin malah ia membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.\n\nUntuk bersalin normal dengan mudah dan cepat, anda boleh amalkan urutan perinium sepanjang tempoh bersalin, terutamanya di hujung kehamilan di mana anda semakin hampir dengan tarikh dijangka bersalin. Urutan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri atau dibantu oleh suami.\n\nTujuan urutan perinium ialah supaya otot di sekeliling vagina menjadi lebih elastik dan anjal lalu memudahkan proses mengeluarkan bayi tanpa sebarang koyakan atau potongan. Caranya ialah:\n\nAnda juga digalakkan untuk mengamalkan Surah Yusuf sepanjang tempoh kehamilan supaya mendapat kemudahan semasa proses melahirkan.\n\nSelain Surah Yusuf, Surah Maryam juga merupakan surah yang boleh anda amalkan semasa mengandung.\n\n10. Zikir Nabi Yunus semasa berada dalam perut ikan yu\n\nIngat tak kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan yu? Semasa berada dalam perut ikan yu, Nabi Yunus tak putus-putus berzikir kepada Allah memohon jalan keluar dengan selamat. Akhirnya, Allah mengizinkan Nabi Yunus keluar dari perut ikan yu tersebut dengan selamat. Zikir tersebut ialah:\n\nTidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk\u00a0 orang-orang yang zalim.\n\nAnda juga boleh amalkan doa mudah bersalin yang berikut:\n\n\u0641\u064e\u0643\u064f\u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0627\u0634\u0652\u0631\u064e\u0628\u0650\u064a \u0648\u064e\u0642\u064e\u0631\u0651\u0650\u064a \u0639\u064e\u064a\u0652\u0646\u064b\u0627 \u06d6 \u0641\u064e\u0625\u0650\u0645\u0651\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0631\u064e\u064a\u0650\u0646\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0634\u064e\u0631\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u0650\u064a \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0646\u064e\u0630\u064e\u0631\u0652\u062a\u064f \u0644\u0650\u0644\u0631\u0651\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0670\u0646\u0650 \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064f\u0643\u064e\u0644\u0651\u0650\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0625\u0650\u0646\u0633\u0650\u064a\u0651\u064b\u0627\n\n\u201cMaka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini\u201d. ( Surah Maryam: 26 )\n\n\u0647\u064f\u0646\u064e\u0627\u0644\u0650\u0643\u064e \u062f\u064e\u0639\u064e\u0627 \u0632\u064e\u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0651\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0647\u064f \u06d6 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0645\u0650\u0646 \u0644\u0651\u064e\u062f\u064f\u0646\u0643\u064e \u0630\u064f\u0631\u0651\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064b \u0637\u064e\u064a\u0651\u0650\u0628\u064e\u0629\u064b \u06d6 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u0633\u064e\u0645\u0650\u064a\u0639\u064f \u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u0650\n\nKetika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:\u201d Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan\u201d. ( Doa Nabi Zakaria )\n\n\u0627 \u062a\u064e\u0636\u064e\u0639\u064f \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u0650\u0647\u0650 \u06da \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0639\u064e\u0645\u0651\u064e\u0631\u064f \u0645\u0650\u0646 \u0645\u0651\u064f\u0639\u064e\u0645\u0651\u064e\u0631\u064d \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0646\u0642\u064e\u0635\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064f\u0645\u064f\u0631\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0643\u0650\u062a\u064e\u0627\u0628\u064d \u06da \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0633\u0650\u064a\u0631\u064c\n\nDan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah. ( Surah Faatir: 11 )\n\nItulah dia 11 petua bersalin normal yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang doa mudah bersalin, amalan ibu mengandung, dan senaman kegel."
"Lagi, kali ini kami akan berkongsikan resepi telur kegemaran anak-anak. Ialah kurma telur hidangan yang lazat dan mendapat perkongsian ramai di laman Facebook.\n\nLayaknya masakan kurma ayam atau daging, kurma telur dimasak dengan santan, kentang, rempah dan bahan masak kurma di mana telur direbus bulat-bulat dan digoreng terlebih dulu.\n\nKurma telur sesuai untuk anda yang ada alahan ayam/daging, boleh gantikan dengan telur. Makan nasi putih dengan kurma telur sedap sungguh merangsang selera.\n\nDi bawah ini kami kongsikan resepi kurma telur senang, mudah dan lazat dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi telur kurma, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Yang tengah ramai dibincangkan, ialah cornflakes salted egg. Nampaknya salted egg tengah naik daun sekarang sehingga apapun menu yang pakai salted egg gerenti banyak disukai. Siapa suka meratah cornflakes salted egg rangup lagi lazat?\n\nCornflakes ialah makanan/kudapan yang memiliki tekstur keras dan rangup. Apabila dimasak dengan salted egg, cornflakes yang tadi keras kering jadi lebih lembut namun tetap crunchy ketika dikunyah. Salted egg berkrim lapisi permukaan cornflakes jadi seronok dikunyah tidak sakit gigi. Pemakaian daun kari ialah penting dalam semua resepi salted egg ya.\n\nResepi cornflakes salted egg dikongsikan oleh Ija Hafiza Ismail di laman Facebook. Budak-budak pun boleh makan. Namun jika anda suka lagi pedas, anda boleh tambahkan cili padi lebih lagi. Maka jadilah ia spicy salted egg cornflakes. Seronok sangat mengudap cornflakes salted egg ini. Dapat cornflakes yang bulat-bulat besar syok ngunyah botol bersih dalam sekejap. Mesti cuba tau, kalau beli mahal.\n\nSelain salted egg cornflakes, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Udang masak diraja merupakan favorit semua ahli kelaurga. Dihidangkan bersama nasi dimakan waktu tengah hari mahupun sebagai makan malam.\n\nUdang galah memiliki saiz yang besar bahkan sampai sebesar tapak tangan orang dewasa. Kerana saiz yang besar seperti ini ramai orang yang bingung mahu diolah jadi hidangan apa udang galah ini.\n\nAntara resepi udang galah yang terkenal ialah udang masak diraja. Sekilas resepi ini menyerupai resepi kari udang. Namun resepi udang masak diraja hanya menggunakan sedikit santan sehingganya sangat pekat kejadiannya, hampir menyerupai rendang.\n\nAnda yang memiliki bahan udang galah di rumah namun bingung mahu masak apa, sila cuba resepi yang dikongsikan oleh \u200eAryati Sarah\u200e di laman Facebook ini. Pastikan udang yang digunakan masih segar. Tengok jika udang berkilat dan bila ditekan terasa kenyal maknanya udang masih segar.\n\nKisar kesemua bahan di atas kecuali udang.\n\nSelain resepi udang galah masak diraja, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Jemput abca artikel resepi makanan bayi 10 bulan. Bayi berusia 10 bulan, sudah memiliki lebih banyak gigi susu yang comel-comel, membuatkan mereka mampu untuk mengunyah makanan enak yang bertekstur padat. Memberi makanan padat yang telah dipotong-potong (finger food)\u00a0seperti buah pear atau puding.\n\nSelain mengenyangkan, finger food\u00a0juga akan membantu bayi anda mengembangkan kemampuannya dalam menggenggam sesuatu di tangan. Pergerakan bayi memegang makanan dan memasukkan makanan ke dalam mulut boleh melatih koordinasi motor halusnya.\n\nUsia 10 bulan adalah saat yang tepat untuk memperkenalkan pebagai jenis makanan pada bayi anda seperti lebih banyak jenis buah, sayuran, biji-bijian, dan daging. Namun, ibu bapa\u00a0perlu hati-hati dengan makanan yang dapat menyebabkan bayi tersedak, seperti kismis, anggur atau kekacang.\n\nGambar sekadar hiasan. Imej via pama\n\nKredit Resepi : Nonie Noor Aienie\n\nGambar sekadar hiasan. Imej via healthykadai\n\nGambar sekadar hiasan. Imej via oldworldgardenfarms\n\nImej dan resepi via Nonie Noor Aienie\n\nGambar sekadar hiasan. Imej via mymilk\n\nGambar sekadar hiasan. Imej via eyeni\n\n6) Sup Bihun, Ubi Keledek dan Sayuran\n\nGambar sekadar hiasan. Imej via ummiaira\n\nGambar sekadar hiasan. Imej via sukaresepmasakan\n\n8) Nasi Kuning Dan Ayam Masak Merah\n\nGambar sekadar hiasan. Imej via sahabatnestle\n\nGambar sekadar hiasan. Imej via lifestyle\n\nGambar sekadar hiasan. Imej via dapur-elena\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Resepi Makanan Bayi 10 Bulan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Anak-anak hari ini \u2018sibuk\u2019 memenuhi jadual yang disusun oleh ibubapa mereka. Sekolah, tuisyen, kelas petang dan pelbagai jadual akademik anak-anak menjadi penanda aras \u2018the perfect child\u2019 idaman ibubapa. Sehinggakan kita kadangkala \u2018menyekat\u2019 anak-anak dari bermain.\n\nKadang-kadang kita terlupa, hari ini kita jadi \u2018hebat\u2019 kerana sebahagian perjalanan kanak-kanak kita dulu diisi dengan main \u2018polis-sentri\u2019, main masak-masak bawah rumah, \u2018main tanah\u2019, main biji saga, main cakap depan kipas, berebut colour power rangers dan macam-macam lagi permainan yang kita cipta sendiri.\n\nImej \u2018the perfect parents\u2019 yang kita sendiri cipta melupakan kita bahawa melalui permainan, sebenarnya kita dahulu belajar berimaginasi, bertolak ansur, menunggu giliran, menghormati hak orang lain, mencuba pelbagai \u2018watak\u2019 lakonan dan pelbagai nilai yang tidak ada dalam \u2018buku akademik\u2019.\n\nDr Maria Montessory, pakar pendidikan anak-anak menekankan bahawa permainan penting untuk menjadikan anak aktif, pandai membuat pilihan dan membantu perkembangan otak. Terutamanya permainan yang menggalakkan perkembangan sensory-motor, cognitive dan social-emotional anak-anak. Di sinilah peranan permainan dan pembentukan psikologi sihat anak-anak.\n\nDalam psikiatri, kalau berhadapan dengan kanak-kanak yang mengalami trauma, gangguan emosi, autism dan sebagainya, antara sebahagian dari \u2018rawatan\u2019 yang kami berikan ialah \u2018play therapy\u2019. Ya, rawatan BERMAIN! That\u2019s how therapeutic play can be for the children.\n\nKalau kita rujuk sirah, kita akan bertemu dengan hadith kisah Aisyah R.A dengan anak patungnya, Abu Umair dengan burung \u2018nughar\u2019 dan Hussain R.A dan binatang kecil. Kesemuanya disaksikan oleh Baginda SAW. Sahabat yang hebat, tetapi ada sisi lain dalam usia kecil mereka bersama dengan permainan mereka.\n\nPengarang buku Cara Mendidik anak mengikut Sunah rasulullah SAW, Muhammad Nur Abdul Hafiz Suwaid menggariskan 3 kkriteria mainan yang baik untuk anak-anak.\n\n\u2013 mainan yang melatih jasmani dan kesihatan anak-anak\n\u2013 mainan yang melatih anak-anak menyusun dan mengawalnya sendiri\n\u2013 mainan yang mendorong fikiran dan mempelajari/mencuba kemahiran orang dewasa\n\nTak perlu berhabis dengan mainan yang mahal untuk anak-anak. Kadang-kadang kotak, pinggan plastik, pasir, \u2018buble wrap\u2019 dan sebagainya lebih memberi \u2018kepuasan\u2019 buat anak-anak ni berbanding mainan dengan brand mahal.\n\nBersikap adil dengan anak-anak, beri ruang mereka menikmati zaman kanak-kanak tanpa mengabaikan tuntutan yang lain.\n\nKadangkala kita perlu tolak ego kita ketepi dan katakan, \u201cmainlah\u201d, sambil dalam hati niatkan semoga Allah kurniakan dari permainan ini suatu pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah kelak."
"Sumber artikel adalah daripada myhealth dan artikel ini telah ditulis oleh Siti Aishah Yusoff [Utusan Malaysia 6/12/13]. Semoga kita berhati-hati tentang penyakit yang dialami walaupun kecil.\n\nMasalah mata, resdung dan saraf bukanlah penyakit yang perlu diambil mudah. Malah, menyedari kesakitan dan mencari rawatan berkesan dapat membantu mengubati penyakit ini.\n\nJika anda pernah mengalami kebas-kebas kaki dan tangan, lenguh pada bahagian badan yang berlaku dalam tempoh yang sekejap mahupun berlarutan sehingga beberapa hari, sudah cukup menimbulkan perasaan kurang senang pada diri anda.\n\nDalam usaha membantu orang ramai merawat ketiga-tiga masalah tersebut, Al Ansar Health mempunyai rawatan alternatif untuk mengurangkan masalah berkenaan dalam waktu yang cepat dan berkesan.\n\nPenasihat Pusat Terapi Al Ansar Health, Adnan Abdul Wahab berkata, seseorang yang sering menanggung kesakitan akibat kebas pada bahagian tertentu pada badan bukanlah perkara biasa.\n\n\u201cKebas perlu dirawat dengan segera. Rasa sakit akibat kebas merupakan petanda seseorang mempunyai penyakit saraf. Jika rasa kebas tidak dirawat dan dibiarkan berlarutan ditakuti akan memudaratkan kesihatan.\n\n\u201cSehingga sampai satu tahap, jika rasa kebas yang dialami pesakit tidak dirawat akan mengundang bahaya kerana boleh menyebabkan darah beku pada bahagian otak.\n\n\u201cWalaupun ada antara kita mengalami situasi demikian, namun kita jarang memikirkan rasa kebas sebagai suatu tanda penyakit, malah kita menganggap keadaan ini pernah dialami oleh setiap orang,\u201d jelas Adnan.\n\nTambah Adnan, pelanggan yang mempunyai masalah saraf akan melalui proses rawatan fisioterapi dengan ahli terapi yang berpengalaman dan berkemahiran di pusatnya.\n\n\u201cKaedah menggunakan urutan saraf magnetik aura bersama-sama minyak terapi mujarab akan digunakan pada bahagian badan yang sakit dan kebas.\n\n\u201cUrutan untuk masalah saraf bertujuan melancarkan kembali darah dan sel dalam badan supaya kembali cergas dan sihat bertenaga. Alhamdulilllah selepas menjalani urutan di sini, didapati pesakit boleh kembali tersenyum kerana bahagian kebas dan lenguh kembali baik.\n\n\u201cContohnya, terdapat pesakit yang tidak boleh mengangkat tangan akibat masalah urat, namun selepas menerima rawatan di sini tangannya kembali elok dan boleh angkat selepas diurut,\u201d katanya.\n\nUjar Adnan lagi, masalah resdung juga tidak perlu dipandang enteng oleh individu yang menghidapnya. Resdung yang teruk jika tidak dirawat akan menjejaskan kesihatan dan mendatangkan kesakitan yang berlarutan.\n\n\u201cAntara tanda-tanda seseorang mempunyai masalah resdung yang perlu dirawat dengan segera adalah sentiasa gatal pada bahagian muka dan telinga, kerap bersin, rambut gugur dan sakit kepala,\u201d kata Adnan.\n\nSebahagian individu katanya, menganggap sakit kepala adalah disebabkan \u00e2\u0080\u0098migrain\u00e2\u0080\u0099, tetapi sebenarnya sakit ini terjadi kerana dalam rongga muka tersimpan banyak lendir.\n\n\u201cUntuk rawatan resdung, rawatan akan dilakukan jika keadaan memerlukan bergantung kepada masalah resdung yang dihidapi pesakit.\n\n\u201cSemasa melakukan rawatan, ibu resdung akan ditarik keluar dari hidung. Selepas proses ini selesai dilakukan pesakit akan rasa kepala lebih ringan , nafas lebih baik dan mata kembali jelas dan tenang,\u201d ujarnya.\n\nBeliau menambah, punca seseorang mempunyai masalah resdung adalah melalui pengambilan makan yang berjeruk seperti, belacan dan budu, persekitaran yang tidak bersih dan juga faktor genetik.\n\nSementara itu, Adnan juga mengulas bahawa lebih 90 peratus dalam kalangan kita akan mempunyai masalah mata dalam tempoh waktu tertentu.\n\n\u201cMasalah mata terjadi akibat mata tidak mempunyai rehat yang cukup, air mata yang tersumbat dan juga saluran darah di sekeliling mata tidak berjalan dengan lancar.\n\nSemoga perkongsian ini dapat membantu yang lain"
"Selalu ibu bapa pening bila anak asyik-asyik nak mengadap phone, ipad, laptop. Saya menerima pertanyaan dari ibu bapa yang risau,\n\n\u2018Macam mana nak buat supaya anak saya taknak main game?\u2019\n\nSaya ingin kongsikan satu aktiviti yang bukan saja membuang kerisauan kita jauh-jauh, malah jangan pelik jika kita pula yang akan galakkan anak untuk ber-gadget.\n\nSebenarnya pasal gadget ni, saya juga melalui kerisauan yang sama. Saya perasan bila saya sibuk buat kerja menggunakan laptop, yaya pun sibuk nak ber-gadget juga. Tapi, bila fikir-fikir balik memang ada logiknya. Kalau kita mak ayah selalu dengan laptop dan smartphone, anak pun mesti nak tahu \u2018apa yang bestnya laptop ni? Saya nak try juga\u2019.\n\nAha, dari situ saya terfikir why not saya gunakan minatnya, rasa ingin tahunya untuk menggilap potensi yang ada dalam diri anak?\n\nSejak itu sesuatu yang terbalik berlaku: saya yang offer yaya untuk guna laptop hehe. Saya kata \u2018yaya nak guna laptop mama kan? Yaya tulis-tulis macam mama buat, nak?\u2019\n\nSaya ajar dia guna Microsoft Word. Macamana nak tulis, nak tukar warna tulisan, saiz\n\nYang memeranjatkan saya ialah, kalau selalunya yaya liat untuk belajar mengeja, kali ini dia sangat seronok menaip itu dan ini. Saya beri kebebasan apa yang dia ingin tulis dan dia perlu tahu bagaimana ejaannya.\n\nThere you go, latihan mengeja yang paling berkesan.\n\nGambar: yaya sedang menulis ucapan selamat hari raya untuk cikgu-cikgu di sekolahnya. Esok kan anak akan ke sekolah. Jadi saya cadangkan kepadanya untuk tuliskan ucapan. Dah siap kita print, esok bagi kat cikgu.\n\nYang paling best pada saya ialah, kita sedang menggilap potensi dalam diri anak. Mungkin saja anak kita boleh menjadi seorang penulis hebat, yang menulis banyak buku-buku yang memberi manfaat kepada orang lain. Mungkin ini caranya untuk menyumbang kepada masyarakat apabila dewasa kelak?\n\nAyuh kita gilap potensi itu sejak mereka kecil tanpa perlu risau bila anak suka gadget."
"Jom ketahui cara selesaikan hutang. Perkara yang paling menyerabutkan otak ialah apabila kita dibebani hutang yang bertimbun. Masalah hutang bukan saja dihadapi oleh golongan dewasa tetapi juga para pelajar. Kebanyakan orang akan berhutang apabila keadaan kewangan mendesak.\n\nNamun, yang menjadi masalah ialah orang yang menerima hutang seakan-akan lupa pada janji mereka. Pemberi hutang pula yang terpaksa meminta wang mereka tanpa malu. Perkara sebegini tak sepatutnya berlaku.\n\nDalam artikel ni, penulis akan mengupas topik tentang hutang. Yang paling menarik, cara-cara selesaikan hutang dengan cara yang mudah juga akan dikongsikan. Sebelum tu, jom kita baca hukum hutang dari konteks agama Islam.\n\nDalam Islam, perbuatan memberi dan meminta hutang dibenarkan dalam syarak. Jika kita dalam kesempitan wang, kita dibenarkan dan disunatkan meminta tanpa perlu rasa bersalah. Biasanya kita akan berhutang dengan ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan.\n\nMengapa Islam membenarkan perbuatan berhutang? Hikmahnya ialah Islam amat menggalakkan umatnya untuk bersikap tolong-menolong untuk tujuan kebaikan. Malahan, dengan bantuan yang diberikan, hubungan sesama umat Islam akan lebih kukuh.\n\nSelain itu, hikmah pensyariatan amalan memberi hutang dapat mengajak mereka yang berkemampuan menghulurkan bantuan kepada orang yang susah. Justeru, amalan memberi hutang digalakkan dalam Islam dengan tujuan kebaikan.\n\nApabila penerima hutang tak membayar wang yang dipinjamnya, perbuatan mereka amat berdosa di sisi agama. Ini kerana membayar hutang adalah wajib. Amalan yang awalnya bertujuan memberi pertolongan berakhir dengan persengketaan yang boleh memutuskan hubungan siraturrahim.\n\nBukan saja ia membawa keretakan dalam hubungan kekeluargaan dan persahabatan, tetapi juga memusnahkan kepercayaan yang diberi. Jika pemberi hutang pula yang mengalami masalah kewangan, sudah tentu mereka mengharapkan duitnya dipulangkan semula.\n\nOleh itu, janganlah kita mengambil mudah isu ni sehingga mengabaikan amanah yang diberikan. Dalam Hadis Riwayat Muslim (1886), \u201cDiampunkam semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).\u201d\n\nBegitu besar tanggungjawab orang yang berhutang untuk membayar hutangnya dalam Islam. Jadi, bagi anda yang mempunyai masalah untuk membayar hutang tak kiralah pada adik-beradik atau kawan-kawan, bank dan pinjaman pendidikan, boleh amalkan tips-tips ini.\n\nKita sedia maklum untuk membayar hutang bukanlah mudah. Lebih-lebih jika kita tiada sumber kewangan yang banyak. Namun, jangan risau. Setiap masalah pasti ada jalan keluar.\n\nApa yang anda perlu lakukan ialah berusaha untuk membayar hutang dengan 8 tips cara selesaikan hutang di bawah. Pastikan anda bersungguh-sungguh dan jangan separuh jalan pula.\n\nIni merupakan langkah pertama yang perlu dibuat iaitu menulis semua punca pendapatan. Anda boleh menulis semua maklumat tentang hutang anda di dalam sebuah buku. Ia berguna sebagai rujukan pada masa akan datang.\n\nPendapatan yang perlu disenaraikan termasuklah gaji bersih, elaun, bonus, pendapatan sampingan dan sebagainya. Cara ini memberi pandangan yang jelas kepada anda tentang jumlah pendapatan yang anda terima setiap bulan.\n\nLangkah seterusnya ialah menyenaraikan semua komitmen bulanan. Komitmen bulanan ini bermaksud apa sahaja bayaran yang perlu dijelaskan secara bulanan. Antaranya ialah:\n\nd. Ansuran rumah atau sewa rumah\n\nh. Bayaran pakej perkhidmatan televisyen berbayar\n\nj. Perbelanjaan pendidikan anak-anak (bas, buku, duit makan dan sebagainya)\n\nSetelah membuat senarai semua pendapatan dan komitmen bulan yang anda tanggung, kira baki pendapatan yang tinggal. Misalnya selepas membayar kesemuanya, baki wang anda tinggal RM500.\n\nPastikan sekurang-kurangnya separuh (RM250) atau suku (RM125) daripada jumlah itu dibuat tabungan. Cara yang paling baik ialah simpan di dalam bank. Wang inilah yang akan digunakan untuk membayar semula hutang anda itu.\n\nJika baki selepas ditolak pelbagai perbelanjaan masih tidak mencukupi atau baki menjadi negatif, anda perlu melakukan sesuatu. Caranya ialah membuat pekerjaan sampingan.\n\nJika sudah berumah tangga, anda bersama-sama pasangan boleh membuat bisnes online dari rumah. Jika mempunyai kepakaran dalam membuat kek, biskut atau masakan, anda boleh menggunakan kelebihan itu. Selain itu, anda juga boleh menjual tudung, pakaian, minyak wangi dan sebagainya.\n\nJika mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, kenapa tidak mencuba untuk menjadi tutor secara part time? Malah banyak lagi pekerjaan yang boleh anda lakukan dari rumah sahaja. Sudah tentu, anda dapat meningkatkan pendapatan keluarga.\n\nSehingga anda melunaskan semua hutang, pastikan anda berbelanja secara berhemah. Potong perbelanjaan yang tak perlu seperti bercuti di luar negara, tukar kereta baru, membuat ubah suai rumah dan sebagainya.\n\nFokus untuk menyimpan duit. Anda perlu menganggap dalam pendapatan anda, ada wang milik orang lain yang bukan hak anda. Anda perlu pulangkan semula wang tersebut sebagai amanah yang dipikul.\n\nLangkah seterusnya ialah senaraikan kesemua hutang bermula yang paling sedikit hingga yang paling banyak. Anda boleh membayar hutang yang paling sedikit dahulu. Kemudian, barulah fokus untuk bayar hutang-hutang yang lain.\n\nSetelah memperoleh pendapatan yang selesa, anda boleh membuat bayaran hutang secara ansuran jika tak mampu bayar penuh. Yang paling penting ialah usaha anda untuk keluar daripada beban hutang.\n\nTindakan lari dari hutang adalah tidak wajar sama sekali. Malahan, orang yang memberi hutang boleh saja menuntut wang mereka bila-bila masa. Namun, sebaliknya pula berlaku, orang yang memberi hutang pula terpaksa memujuk untuk mendapatkan wang mereka kembali.\n\nJika tak mampu dan masih berusaha untuk mengumpul wang, maklumkan pada pihak terbabit. Ini dapat mengelakkan permusuhan dan salah faham. Malahan tindakan berdiam diri dan tidak memberi respons, boleh menyebabkan anda diheret ke muka pengadilan.\n\nJika anda membuat pinjaman pendidikan, namun masih belum dapat pekerjaan yang sesuai atau gaji yang rendah, maklumkan kepada institusi terbabit. Tulis surat formal dan nyatakan masalah yang anda hadapi. Pihak terbabit akan memberi nasihat dan pandangan cara anda boleh membayarnya kelak.\n\nSentiasa berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Jika tak mampu pulangkan wang yang dipinjam, cari jalan untuk menyelesaikannya. Walaupun Islam tak melarang amalan memberi dan menerima hutang, jangan jadikan ia sebagai tabiat dalam diri.\n\nJika anda mampu memulangkan semula wang tersebut, tak jadi masalah. Namun, yang memeningkan kepala bila anda berhutang keliling pinggang tapi tiada usaha untuk membayarnya semula.\n\nJika sudah keluar dari bebanan hutang, tekad dalam hati untuk berusaha sendiri tanpa meminta-minta. Paling penting berdoa dan tawakal kepada Allah.\n\nDiharapkan kesemua 8 tips yang diberikan ini memberi panduan berguna untuk anda yang dibebani hutang. Paling penting berdisiplin dan berusaha untuk selesaikan hutang-hutang tersebut. Semoga bermanfaat.\n\nJemput juga baca artikel tentang tips isteri boros dan punca kemurungan"
"Baru-baru ini dunia kudapan dikejutkan dengan menu baharu yang amat tular di mana-mana. Makanan ini berasaskan ketam dihancurkan dan dibungkus dengan kulit popia. Nampak sederhana namun ianya amat sedap dan lazat.\n\nCrab Rangoon nama diberi di negara omputih sana, dekat sini pula biasa dipanggil dumpling. Ada dua cara biasa dilakukan untuk masak crab Rangoon ini sama ada dibakar mahupun digoreng. Makanan ini memang simpel sebab menggunakan kulit popiah sahaja untuk bungkusnya. Namun, kelazatan sesungguhnya kudapan ini bergantung kepada resepi inti ketam yang ada di dalamnya.\n\nMemandangkan ramai yang tercari-cari resepi crab rangoon sedap. Maka kami ingin berkongsi resepi crab Rangoon yang terpaling sedap yang mendapat perkongsian seramai 12K di laman Facebook. Gerenti tidak akan menyesal jika ikut cara Fienaz Shafie ini. Justeru anda akan dapat crab Rangoon yang rangup sedap menjilat jari. Sila cubakan.\n\nSelain resepi Crab Rangoon, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Sejauh mana anda kenali diri sendiri? Adakah anda tahu kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri? Adakah anda yakin bahawa anda benar-benar mengetahui potensi yang ada dalam diri? Kebanyakan daripada kita mendakwa sangat mengenali diri sendiri namun hakikatnya masih ramai yang tidak mengenali diri sendiri.\n\nTidak mengenali diri sendiri adalah punca kenapa ramai yang mengalami masalah kurang yakin dan tidak berusaha sebaiknya kerana merasakan diri tidak mampu atau tak layak untuk melakukannya.\n\nJemput baca artikel tips kenali diri sendiri yang boleh anda amalkan untuk membantu anda lebih mengenali siapakah anda yang sebenarnya dan dalam masa yang sama akan membantu membuka kunci potensi diri yang telah lama terkurung di dalam. Malah ia juga akan membantu anda untuk lebih memahami kelemahan serta kelebihan yang ada dalam diri. Semoga bermanfaat.\n\nSebagai orang islam yang melafazkan syahadah dan berpegang bahawa Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mengenali diri sendiri adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana mendekatkan diri kepada Allah membantu kita untuk mengenali diri dengan lebih baik?\n\nCuba perhatikan, berapa ramai yang berasa tidak tenang dan tercari-cari erti sebenar kehidupan? Salah satu daripada puncanya ialah kerana kita lupa kepada Allah dan tidak beribadat kepadanya. Ibadat seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan sebagainya adalah makanan jiwa yang akan membuatkan kita berasa lebih tenang.\n\nSemakin banyak kita beribadat, semakin dekat diri kita dengan Allah. Secara automatik kita akan berasa lebih tenang dan akan lebih melihat dengan jelas apakah hala tuju hidup kita. Malah seseorang yang dekat dirinya dengan tuhan akan berasa seolah-olah diberikan hidayah dalam membuat keputusan dalam aktiviti harian. Kita akan lebih mengenali diri sendiri apabila mendekatkan diri kepada Allah.\n\nTerima segala kekurangan yang ada dalam diri\n\nSebagai manusia, kita tidak sempurna. Pastnya ada banyak kekurangan dalam diri kita. Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan cara menerima segala kekurangan yang ada dalam diri dengan seadanya dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengatasi kekurangan tersebut. Bagaimana cara untuk melakukannya? Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah senaraikan segala kekurangan diri yang anda rasakan.\n\nSetelah disenaraikan, baca semula dengan tenang dan pilih kekurangan yang boleh diatasi. Usaha untuk mengatasi masalah tersebut dan menjadi manusia yang lebih baik. Sebagai contoh, katakana salah satu daripada kekurangan yang anda senaraikan ialah suka menipu. Jika anda sudah mengaku kelemahan yang ini, langkah seterusnya ialah dengan berusaha untuk tidak menipu lagi. Cuba untuk menjadi seorang yang jujur apabila berkata-kata. Ianya tak mudah namun tak mustahil.\n\nSenaraikan kelebihan yang ada dalam diri\n\nTips kenali diri yang seterusnya ialah dengan cara menyenaraikan semua kelebihan yang ada dalam diri. Tak perlu bimbang kalau anda menjadi seorang yang perasan diri sendiri bagus. Senaraikan setiap kebaikan dalam diri yang anda boleh fikirkan. Lagi panjang senarainya lagi bagus. Apabila anda sudah habis menulis tentang kebaikan diri, baca semula. Anda boleh tampal kertas tadi di tempat yang anda selalu lihat. Melihat senarai kebaikan diri adalah salah satu cara yang terbaik untuk anda mengenali diri.\n\nIa membantu anda untuk lebih mengenali diri dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keyakinan diri. Selepa sini pastinya anda tidak akan mudah rasa tidak yakin diri atau memandangan rendah kepada diri sendiri lagi.\n\nTidak dinafikan bahawa dalam hidup kita, ada manusia bertoksik yang sentiasa membuatkan kita berasa rendah diri dan menyebabkan potensi dalam diri kita tidak dapat diasah. Siapakah manusia bertoksik yang kami maksudkan? Meraka adalah manusia yang memberikan pengaruh buruk kepada diri anda, seperti rakan-rakan yang mengajak anda melakukan perkara negatif. Mereka membuatkan anda menjadi manusia yang semakin negatif dan bukannya menjadi seorang yang lebih baik.\n\nManusia bertoksik juga adalah manusia yang selalu membuatkan anda berasa rendah diri, tidak yakin pada diri sendiri, malah malu dengan diri sendiri melalui kata-kata dan layanan mereka kepada anda. Kalau ada manusia sebegini dalam hidup anda, sila jauhkan diri daripada mereka. Ini kerana mereka memberikan kesan yang sangat negative kepada diri anda dan akan menyebabkan anda tidak kenal diri sendiri.\n\nJangan terlalu fokus kepada kekurangan diri sehingga terlupa kelebihan yang ada\n\nTips kenali diri yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dengan cara jangan terlalu fokus kepada kekurangan diri sehingga terlupa kepada kelebihan yang ada. Ketahuilah bahawa walau pun mempunyai banyak kekurangan, anda juga mempunyai terlalu banyak kelebihan dan kebaikan dalam diri. Anda adalah seorang yang istimewa dan hebat. Jangan pernah lupa!\n\nJika anda terlalu fokuskan keburukan yang anda, akan menjadi seorang yang rendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. Anda tidak akan berani mencuba dan akhirnya akan sentiasa berada di tahap yang sama dalam hidup tanpa sebarang perkembangan. Sedangkan yang sebenarnya ada potensi yang besar dalam diri anda. Sayang sungguh jika potensi yang ada dalam diri anda dibazirkan semata-mata kerana anda terlalu memikirkan tentang kekurangan diri.\n\nItulah dia perkongsian tentang tips kenali diri sendiri yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kata-kata semangat dan ayat motivasi untuk wanita"
"Pisang adalah buah yang membekalkan tenaga banyak dan amat digemari ramai.\u00a0 Sebagai tanaman botani yang sama seperti beri (berry), ia tergolong dalam beberapa jenis tumbuhan berbunga herba besar dalam genus Musa.\u00a0\n\nDi sesetengah negara, pisang yang digunakan dalam masakan dipanggil \u201cplantains\u201d dimana ia membezakan antara pisang dan pencuci mulut. \n\nBuahnya bervariasi dalam pelbagai saiz, warna dan rupa. Biasanya buah pisang ini mempunyai bentuk memanjang dan melengkung, dengan isi lembut yang kaya dengan kanji yang ditutupi dengan kulit.\u00a0\n\nWarna jenis pisang mungkin berubah kepada hijau, kuning, merah, ungu atau coklat ketika matang. Pisang tumbuh di dalam tandan yang tergantung dari puncak pokoknya.\n\nSelain itu, terdapat juga pisang yang tidak boleh dimakan iaitu berasal dari dua spesies liar, Musa acuminata dan Musa balbisiana.\n\nSebut sahaja mengenai pisang, pasti ada antara anda yang belum mengenali jenis pisang ini kan? Baiklah, mari kami kongsikan jenis pisang yang terdapat di Malaysia dan gambar-gambarnya.\u00a0\n\nAda yang menyangkakan pisang rastali ini dan pisang emas adalah jenis pisang yang sama. Namun sebenarnya ia merupakan dua jenis pisang yang berbeza. Pisang emas isinya berwarna kuning-kuningan manakala pisang rastali pula isinya berwarna putih. Rupa bentuk luarnya juga mempunyai kelainan.\n\nDi pantai Timur, jenis pisang ini lebih popular dengan nama pisang kelat keling. Sebahagian tempat pula menyebutnya dengan nama pisang meda. Ada sesetengah pendapat pula menyatakan bahawa pisang ini terdapat 3 jenis. Pisang tersebut adalah pisang kelat keling, pisang kelat air dan pisang kelat lega. \n\nPerbezaannya dengan pisang kelat lega adalah pisang kelat lega biasanya dibuat goreng pisang atau disira manakala pisang rastali tidak sesuai untuk digoreng.\n\nAda juga yang mengelar pisang ini dengan nama pisang Perak, pisang kelat siam dan pisang kelat lega. Pisang ini sangat enak dibuat cekodok, pengat pisang dan sebagainya. Pisang ini juga amat sedap jika direbus dan dibuat lempeng pisang, tak sabar nak mula buat kan.\n\nPisang raja boleh dimakan segar dan ianya lebih sedap jika digoreng. Jenis pisang ini tidak banyak di pasaran tempatan. Ianya juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih ataupun kek. Ia kelihatan agak besar berbanding dengan pisang yang lain.\n\nPisang tanduk biasanya hanya mempunyai satu atau dua sisir buah sahaja. Jenis pisang ini memerlukan masa lebih kurang lapan bulan untuk berbunga manakala buahnya memerlukan tiga bulan untuk masak. Pisang tanduk sesuai disajikan sebagai pisang goreng dan dijadikan kerepek. Ianya juga boleh direbus dan amat sedap dimakan dengan kelapa parut.\n\nStruktur isi jenis pisang ini sangat halus dan rasanya amat manis dan sedikit masam. Ia boleh dimakan sebagai pembersih mulut. Selain itu, ianya boleh dibuat cekodok pisang, lempeng atau kek pisang sama seperti pisang kapas.\u00a0\n\nBuahnya yang belum masak boleh dibuat kerepek tetapi tidak sesuai dijadikan pisang goreng. Ada pelbagai cerita tentang asal usul warnanya dan ada juga yang mengatakan jenis pisang ini tidak boleh dimakan oleh mereka yang berketurunan Melayu Rawa. Pisang ini sangat jarang ditemui.\n\nApabila buah ini masih muda, buah ini akan berwarna unggu atau kemerahan-merahan seolah-olah udang yang sedang dibakar. Pisang ini juga sering dikaitkan dengan kisah tahyul dalam zaman masyarakat Melayu dahulu kala. Pisang ini mempunyai khasiat dan keistimewaan tersendiri iaitu penambahan tenaga kepada manusia.\u00a0\n\nJika anda sering melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga, pastikan anda mengamalkan dua buah pisang sebagai penambahan tenaga pada waktu pagi.\n\nJenis pisang ini sememang enak, manis dan rasanya berlemak. Pisang ini jarang dilihat dan dimakan, amat sukar untuk ditemui. Pisang susu mempunyai saiz yang sederhana yang sama seperti pisang emas atau pisang berangan.\u00a0\n\nKetinggian pokoknya amat rendah dan biasanya boleh dicapai dengan tangan. Warna buahnya apabila matang adalah berwarna kuning terang. Ianya mudah dikupas dan tidak sesuai digoreng tetapi amat sesuai dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang.\n\nJenis pisang ini kulitnya amat tebal tetapi mudah dikupas. Pisang berangan biasanya disajikan di majlis-majlis keramaian dan jamuan. Ia juga sesuai dijadikan bahan untuk membuat roti canai berperisa pisang.\u00a0\n\nPisang berangan juga enak dijadikan pisang goreng kerana teksturnya tidak lembik. Buah pisang berangan mengandungi pelbagai nutrien. Secara umumnya, ia dapat memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada kita semua.\n\n8.\u00a0 Pisang Nipah / Pisang Abu\n\nSeringkali kita melihat pisang bewarna hijau, salah satunya adalah pisang nipah.\u00a0 Pisang nipah merupakan salah satu jenis pisang yang popular untuk digoreng dan dibuat kerepek pisang. Jantung ini sesuai untuk dijadikan sayuran atau ulam-ulaman. Ini kerana rasanya tidak pahit atau kelat.\n\nPisang emas biasanya ditanam untuk mendapatkan buah yang sangat sedap. Nama saintifiknya ialah Musa acuminata Colla atau dikenali sebagai \u2018Lady\u2019s Finger\u2019. Ia sangat terkenal dalam masyarakat Malaysia malah ada pantun yang dicipta juga menyebut pisang emas dibawa belayar.\n\nPisang Embun merupakan jenis pisang yang besar dan sedap yang turut digemari ramai serta boleh dimakan secara mentah. Untuk pengetahuan anda, biarpun sedap namun pisang ini tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum isinya menjadi lembik dan tidak sedap.\n\nRupa bentuk pisang ini mungkin pernah dilihat oleh sesiapa sahaja. Namanya mungkin kedengaran sedikit unik dan janggal. Kulit pisang yang berwarna hijau dan kuning pucat ini akan mudah ditanggalkan setiap kali dikupas apabila sudah masak. Rasa manis dan segar membuatkan pisang toman ini sesuai dijadikan bahan kuih atau kek.\n\nPasti anda tak percaya melihat pelbagai jenis pisang yang wujud bukan? Itulah dia 11 jenis pisang yang terkenal di Malaysia. Jom baca juga Resepi Pisang Kastard Sos, Resepi Muffin Pisang, Resepi Pisang Goreng Cheese dan Resepi Pancake Pisang."
"Anda pernah makan kuih lapis yang istimewa? Yang biasa biasa mungkin banyak tapi untuk jumpa yang sedap mesti susah bukan. Ayuh cuba resepi kuih lapis ini!\n\nBukan mudah untuk mendapatkan kuih lapis yang sedap. Selalunya pasti akan ada masalah dari segi tekstur kuih lapis itu sama ada terlalu keras atau pun terlalu lembik.\n\nJika susah untuk di jumpa di kedai, apa kata anda buat sendiri kuih lapis dengan menggunakan resepi ini.\n\nMemang terbukti kesedapan resepinya hinggakan mendapat 6.1 ribu share di media sosial. Apa anda tunggu lagi. Ayuh ke dapur segera untuk mencuba resepi ini!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Suharni Yusof\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nKuih lapis.\u00a0Pertama kali cuba.\u00a0Alhamdulillah.\n\nIni resepi yang saya guna. Sedap.\u00a0Campuran santan dan susu cair. Kalau guna santan original sahaja pun sedap jugak, lemak manis amboi. Sesiapa yang ingin mencuba boleh guna resepi ni.\n\nSelain resepi kuih lapis, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Jika selama ini telah sibuk dengan resepi ayam pedas Korea, kali ini apa kata pula kami akan sibukkan anda dengan resepi bingsu Korea pula.\n\nMakan ayam goreng Korea dengan bingsu mangga ala Korea jadi makin sedap tiada imbangan.\n\nJika dilihat tampilan bingsu mangga yang pekat, berais, creamy, lengkap dengan potongan mangga yang manis dan segar, seakan sukar untuk dibuat bukan?\n\nNamun sebenarnya, resepi bingsu mangga Korea ini senang dibuat.\n\nKalau beli di kafe Korea, harga bleh jadi lebih kurang sekitar RM20-RM40. Buat sendiri di rumah lagi puas dan jimat. Jom cubakan resepi bingsu mangga ala Korea dikongsikan oleh Nor Diyana Zakariya di laman Facebook.\n\nSelain resepi bingsu mangga Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jom cuba resepi rendang ayam ini.\n\nKalau dengar tentang rendang ayam sudah tentunya akan mengingatkan kita tentang hari raya. Walaubagaimanapun, ianya juga boleh dimakan pada bila bila masa.\n\nWarnanya yang keemasan berserta ayam yang empuk dimasak amat enak dimakan bersama nasi putih. Selain daripada nasi putih, ianya juga boleh digabungkan bersama dengan nasi lemak, nasi minyak atau boleh sahaja dicicah bersama roti. Sedapnya!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Miya Aira\u00a0dan post beliau telah mendapat sebanyak 2.8 ribu perkongsian.\n\nBahan bahan A (untuk seekor ayam):\n\nNota : Sekiranya hendak buat untuk dua atau tiga ekor ayam, lebihkan kuantiti bahan ya. Kuantiti saya buat khas untuk seekor ayam.\n\n14.1 .Masak kuah sahaja. Masukkan asam keping\n14.2. Masukkan satu sudu besar kerisik\n14.3. Sentiasa kacau rendang tersebut. Amaran keras! Proses ini mengambil masa yang sangat lama.\n14.4. Rendang mulai pecah minyak.\nNota : Step ini memang mengambil masa dalam satu jam atau satu jam lebih bagi mendapatkan pecah minyak. Ingat jangan dibiarkan dan sentiasa kacau rendang itu. Gunakan api kecil untuk memasak.\n\nResepi \u2013 Resepi Lain Yang Menarik:\n\nSelain daripada resepi rendang ayam ini, terdapat banyak lagi resepi yang menarik dan mudah untuk anda mencuba. Selamat mencuba!"
"Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Arab-Melayu Dewan, purdah itu bermaksud kain penutup muka perempuan. Orang Indonesia pula menggelarkannya sebagai cadar, asalkan ia bertutup.\n\nSecara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesorang perempuan melainkan matanya sahaja.\n\nHukum memakai Purdah mengikut Mazhab Syafi\u2019ie\n\nMengikut mazhab imam Syafi\u2019ie, \u201caurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan\u201d.\n\nMaksudnya disini, Sebilangan ulama berpendapat bahawa muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Ya, memang benar memakai purdah itu tidak digalakkan tetapi memakai purdah dapat mengelakkan diri dari difitnah. \n\nJadi tidak salah untuk anda cuba memakai purdah. Jom lihat beberapa tips mula memakai purdah.\n\n1. \u00a0Berkawan Dengan Rakan-Rakan Berniqab/ Berpurdah\n\nKawan adalah pengaruh paling besar dalam dunia ini. Apabila kita sudah berkawan dengan orang yang memakai purdah, sudah tentunya kita mula merasa minat untuk memakainya. Sebagai manusia, pastinya ada rasa sifat ingin mencuba dalam diri. \u00a0\u00a0\n\nBerkawan dengan yang mereka yang memakai purdah mungkin memudahkan seseorang untuk berubah. Kita dapat melakukan aktiviti bersama dengan mereka. Aktiviti bersama mereka selalunya berfaedah seperti membaca al-quran, mendengar ceramah dan pergi kuliah.\n\nWalaupun ini adalah pertama kali memakai purdah, pasti akan ada yang tidak menyukai kita. Pasti mereka mencaci, mengejek, mengutuk dan sebagainya. Itu adalah perkara biasa bagi orang yang hendak berubah ke jalan Allah. Jangan risau, kawan yang baik pasti akan menyokong kita dari belakang untuk kita teruskan berhijrah.\n\nBerdasarkan pengalaman, kita dapat belajar tentang sesuatu perkara. Bak kata orang dulu-dulu, ilmu itu berada dimana-mana sahaja. Oleh itu, carilah ilmu dengan mendengar pengalaman orang lain. \n\nAnda boleh mendengar pengalaman dari mereka yang telah memakai purdah. Ini juga merupakan permulaan untuk anda mula memakainya. Bacalah kisah-kisah pengalaman si pemakai purdah yang lain.\n\n3. Belajar Cara Berpurdah Dan Cara Makan Di Youtube\n\nMemang penting untuk anda melihat cara berpudah di Youtube. Apatah lagi jika tiada siapa yang mengajar anda. Semua maklumat berkaitan purdah harus anda cari sendiri. Cara menggayakan purdah dan cara makan dengan memakai purdah boleh dipelajari melalui video.\n\nMedium terbaik untuk anda gunakan adalah youtube. Belajar memakai purdah dan makan dengan memakai purdah di Youtube sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih mahir dan cekap dengan mengenakan purdah.\n\n4. Hadiri Kelas Agama Untuk Kuatkan Diri \n\nDengan menghadiri kelas agama, anda dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan purdah dan istiqamah. Pelbagai faedah yang diperolehi dengan menghadiri kelas agama.\n\nAntaranya adalah anda akan lebih istiqamah, kuatkan pendirian dan lebih selesa mengenakan purdah kerana ramai rakan-rakan yang menyokong dan serupa seperti anda.\n\nSelain itu, kita dapat mengenali agama dengan lengkap dan berdakwah di jalan Allah. Sambil itu, anda dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. \n\nAdakah kita memakai purdah hanya untuk mengikut trend atau fesyen semata-mata? Sekiranya anda berniat begitu maka berubah lah. Niat untuk memakai purdah ini adalah untuk memelihara diri dari perkara yang mendatangkan maksiat dan untuk menjaga keselamatan diri bukan sekadar mengikut trend semata-mata.\n\nBagi pemula pemakai purdah, buatlah hal yang wajib dahulu. Sekurang-kurangnya purdah adalah sehelai kain menutupi wajah bagi menjaga kemaslahatan agama anda. Ia adalah untuk menjaga luaran sekaligus dalaman anda.\n\nPurdah atau niqab ini adalah pakaian sunnah para isteri Rasulullah SAW. Jadi, kita wajib untuk memeliharanya. Jangan jadikan pakaian sunnah ini sebagai fitnah. \n\nSebagai contoh, masih ada sebahagian muslimah ini yang memakai niqab untuk tutup muka tetapi lengannya masih nampak, bentuk dada nampak, pakaian ketat, jarang, akhlak tak dijaga. Ia sudah mendatangkan fitnah buat para niqabi yang lain kerana nila setitik rosak susu sebelanga.\n\nMenjalankan aktiviti lasak tidak menghalang kita daripada memakai purdah. Biasakan persekitaran anda dengan sentiasa memakai purdah. Sesetengah tempat belajar seperti di universiti ada yang mengizinkan untuk berpurdah manakala sesetengah lagi tidak mengizinkannya atas sebab tertentu. \n\nIa tidak menjadi masalah,anda boleh sahaja memakai purdah di luar sana. Mungkin anda boleh sesuaikan diri dengan persekitaran luar selain dari universiti atau kolej. Sebaiknya, pakailah dimana sahaja anda pergi dan ketika keluar.\n\nBagi pemula pemakai purdah, anda harus berfikiran positif untuk memulakan hidup baru. Adakalanya kehidupan kita tidak sama seperti dulu lagi. Mungkin ada rakan yang tidak menyenangi kita dan kita tidak boleh bersosial seperti dulu lagi.\n\nNamun begitu, anda harus berfikiran positif kerana anda melalukan benda yang baik. Fikiran positif juga akan membuat seseorang menerima keadaan dirinya dengan besar hati. Apa yang ada pada dirinya adalah sumber motivasi luar biasa yang dapat menampung diri dan hatinya untuk tetap bertahan dalam keadaan apa pun.\n\nJadikanlah niat memakai purdah ini sebagai sebuah titik permulaan hijrah untuk diri anda. Semoga semuanya dipermudahkan! Semoga artikel kali ini bermanfaat dan menjadi panduan buat anda.\n\nJemput baca juga Aurat Perempuan, Kisah Nabi Yusuf yang lengkap dan Pengasas Sendayu Tinggi."
"Pagi ini sarapan dengan nasi goreng telur masin mesti sedap. Resepi daripada chef Eka ZahraFiza di laman Facebook memang terbaik.\n\nResepinya mudah dan pantas. Menyediakannya juga mudah. Sangat sesuai untuk ibu yang ingin masak pantas dan cepat untuk sarapan.\n\nJika ada nasi yang tidak habis dan sejuk, daripada nasi jadi basi dan terbuang, baik buat nasi goreng telur masin saja.\n\nDi bawah ini kami sediakan resepi mudahnya. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi nasi goreng telur masin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tangisan bayi adalah di antara perkara yang paling merisaukan dan menyusahkan hati ibu bapa. Sebaik sahaja bayi anda menangis, pastinya anda akan memujuk bayi anda sambil memeriksa apakah punca bayi anda menangis. Jika bayi anda terlalu kerap menangis, pastinya anda tertanya-tanya jika ada yang tidak kena dengan bayi anda.\n\nTangisan adalah satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi dengan anda memandangkan mereka masih belum boleh bercakap. Istimewa untuk ibu bapa prihatin seperti anda, kali ini kami ingin kongsikan sebab bayi kerap menangis sebagai panduan anda.\n\nTahukah anda bahawa bayi adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat dahagakan kasih sayang. Bayi dilahirkan dengan naluri untuk disayangi dan ingin dibelai selalu. Oleh itu, mungkin anda perasan bahawa jika anda terlalu sibuk dengan urusan lain dan kurang memberikan perhatian kepada bayi anda, bayi anda akan mula menangis untuk menarik perhatian anda.\n\nMalah, jika anda meninggalkan bayi anda untuk tempoh yang lama, katakan untuk pergi bekerja, setelah anda pulang ke rumah dah berjumpa semula bayi anda, bayi anda akan asyik menangis ingin dipeluk dan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh anda.\n\nPunca bayi kerap menangis yang seterusnya ialah disebabkan oleh kebosanan. Walau pun dia hanya seorang bayi, ketahuilah bahawa bayi juga pandai untuk berasa bosan. \n\nPada zaman moden ini ramai ibu bapa yang memberikan gadget kepada bayi dengan harapan agar bayi anda duduk diam dan anda boleh menyelesaikan urusan lain. Namun jika diperhatikan, lama-kelamaan bayi anda akan mula bosan dan menagis inginkan perhatian dari anda.\n\nBegitu juga jika anda tinggal kan bayi anda untuk bermain dengan mainan kegemarannya untuk tempoh yang lama. Akhirnya dia akan berasa bosan lalu menangis inginkan perhatian dari anda.\n\nSelain kebosanan, kepenatan juga adalah punca bayi anda kerap menangis. Sekiranya anda membawa bayi anda membeli-belah dalam masa yang terlalu lama, akhirnya bayi anda akan mula meragam dan menangis untuk memberitahu anda bahawa dia sudah kepenatan diletakkan di dalam stroller atau digendong. \n\nBegitu juga jika anda membawa bayi anda dalam perjalanan yang lama. Bayi anda akan mula menangis akibat kepenatan diletakkan di dalam carseat atau dipangku untuk masa yang lama. Bayi anda ingin berbaring di atas tilam yang rata atau dipeluk untuk meluruskan pinggangnya.\n\nPersekitaran juga boleh menyebabkan bayi anda kerap menangis. Suasana yang terlalu bising, suasana yang terlalu gelap atau terang, malah cuaca yang terlalu sejuk atau panas juga akan menyebabkan bayi anda menangis. Bayi anda memerlukan suasana yang selesa agar dia berasa selamat. Oleh itu, sentiasa pastikan bayi anda berasa selesa agar dia tidak meragam dan mengganggu urusan anda.\n\nTempat baru akan menyebabkan bayi anda bersa tidak selesa lalu menangis untuk menceritakan ketidak selesaan yang dialami. Sebagai contoh, jika anda menghantar bayi ke taska atau pengasuh baru, bayi anda akan menangis dengan kerap untuk beberapa hari yang pertama memandangkan dia masih belum biasa dengan tempat baru.\n\nMalah, jika anda membawa bayi anda pulang ke kampung atau bercuti, bayi anda mungkin akan menangis untuk beberapa jam yang pertama memandangkan dia belum biasa dengan tempat baru tersebut. Namun, jika bayi anda berterusan menangis dan tidak berjaya dipujuk, mungkin ada sebab lain yang menjadi punca bayi anda kerap menangis.\n\nKerap menangis adalah cara untuk bayi memberitahu anda bahawa dia berada dalam kesakitan. Jika bayi anda tiba-tiba menangis dengan kerap dengan suara yang keras tanpa henti, ia mungkin petanda bahawa ada yang tidak kena dengan bayi anda. Periksa seluruh tubuh badannya untuk mengesan jika anda yang tidak kena.\n\nDi antara masalah kesihatan dan kesihatan yang biasa dialami oleh bayi ialah:\n\nBayi yang mengalami masalah kembung atau kolik akan kerap menangis tak kira siang atau malam, namun tangisannya akan semakin teruk menjelang malam sehingga ke awal pagi. Bayi yang kekembungan akan menangis dengan kerap kerana perutnya sentiasa berasa sakit, pedih, dan tidak selesa.\n\nJika bayi anda kerap menangis disebabkan oleh masalah kembung, ini adalah apa yang boleh anda lakukan:\n\nItulah dia info tentang sebab bayi kerap menangis yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang muntah susu , urutan bayi dan ujian personaliti anak"
"\u201cHmmm, tidak datang bulan\u201d, fikir anda. \u201cAdakah saya hamil?\u201d\n\nSekarang mungkin masa terbaik untuk melakukan ujian kehamilan di rumah jika anda terlewat haid anda dan pada masa yang sama, anda aktif melakukan hubungan seks.\n\nUjian kehamilan memeriksa jumlah hormon yang dipanggil sebagai Human Chorionic Gonadotropin (HCG). Kit yang berbeza menunjukkan hasil dengan cara yang berbeza. Jadi, baca dan ikutlah arahan dengan berhati-hati.\n\nUntuk kebanyakan wanita, hamil adalah sesuatu untuk diraikan. Untuk sesetengah wanita, ia boleh membawa kepada kejutan. Walaupun anda sudah merancang untuk mendapat bayi, berita anda hamil boleh membawa pelbagai emosi atau ketidaktentuan tentang apa yang akan berlaku pada masa depan.\n\nPengalaman kehamilan anda boleh dipengaruhi oleh perkata-perkara lain yang berlaku di dalam hidup anda seperti:\n\nMinggu ini anda mungkin akan mengalami beberapa tanda-tanda awal kehamilan, termasuklah:\n\nSetiap wanita berbeza dalam hal mabuk hamil. Sesetengah wanita tidak mengalaminya langsung, dan sesetengahnya pula mengalaminya sepanjang hari. Sedikit sahaja (kira-kira 1%) yang mengalami mabuk hamil yang amat teruk sehingga tidak boleh menyimpan makanan dan apa jua cecair. Ini dipanggil hyperemesis gravidarum.\n\nJika anda mengalami simptom-simptom yang amat teruk, jumpalah GP anda.\n\nBayi Anda Semasa Anda Hamil 5 Minggu\n\nMulai dari hari ini, bayi anda dipanggil sebagai embrio. Di dalam kantung amnion ini, dari kepala kepada ekornya, ia sepanjang 2.5mm pada hujung minggu ini. Otaknya, jantung dan tulang belakangnya sudah mulai terbentuk."
"Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya oleh Allah dan ianya adalah berbeza-beza mengikut setiap manusia. Janganlah, kita merungut atau angkuh apabila dikurniakan rezeki. Sebagai manusia, kita hendaklah yakin dan percaya bahawa rezeki Allah itu amat luas. Kita boleh mengubahnya dengan usaha dan doa. \n\nMari kita lihat serba sedikit perkongsian mengenai jenis-jenis rezeki daripada Puan Nora Zyan agar minda kita akan lebih terbuka tentang rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita iaitu hambaNya.\n\n8 Jenis Rezeki yang patut diketahui ialah:\n\n*Kita hendaklah sentiasa yakin bahawa rezeki dikurniakan oleh Allah itu selalu ada cuma ianya daripada pelbagai bentuk. Tidak semestinya rezeki itu merupakan rezeki yang boleh nampak dengan mata kasar tetapi harus dilihat dengan mata hati.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Antara menu yang digilai ramai. Kami hadirkan resepi Almond Cluster namanya. Menurut yang punya resepi puan Lyla Qaishah di laman Facebook, kudapan ini ialah menu wajib dibuat setiap tahun.\n\nSelain hanya semata menggunakan kacang badam, anda boleh juga berkreativiti dengan menambah cornflakes sekali. Bahan dan cara menyediakan memang paling senang.\n\nRamai juga permintaan menu ini terutamanya kanak-kanak sebab ada coklat manis dan kacang garing, kanak-kanak suka. Kalau buat menu ini kena senyap-senyap kalau tidak nanti banyak masuk mulut daripada masung cup. Jomlah kita cuba buat resepinya.\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Kedai perabot terpakai sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan perabot ketika berpindah rumah, pejabat dan sebagainya. Suatu ketika dulu, kedai perabot terpakai atau secondhand ini dianggap menjual perabot atau barangan lama dan murah.\n\nKini, anggapan sebegini tidak boleh dipakai lagi. Jika anda bercadang hendak mencari kerusi kayu jati buatan tahun 1960-an, tidak mustahil di sinilah tempatnya. Perabot yang dijual ada yang baru dipakai, keluaran lama yang sudah tiada lagi dan rare.\n\nHarganya bergantung kepada tempoh digunakan, kualiti dan tahap permintaan. Misalnya, pada suatu ketika dulu pada tahun 1980-an, kerusi rotan tidaklah begitu mahal. Jangan terkejut jika harga kerusi rotan terpakai lebih mahal daripada sofa baru.\n\nDalam artikel ini, penulis akan kongsikan beberapa buah kedai perabot terpakai yang popular di seluruh negeri. Untuk memudahkan para pembaca, senarai yang diberikan adalah mengikut negeri. Sebelum, mari kita fahamkan dulu maksud barangan terpakai.\n\nBarangan terpakai juga disebut sebagai secondhand atau preloved. Ia merujuk sebagai apa saja barang yang pernah dimiliki oleh orang lain terlebih dulu sebelum berubah tangan. Barangan terpakai ini biasanya dijual dengan harga yang rendah oleh pemilik asal kepada syarikat barangan terpakai.\n\nAntara barangan yang dijual ialah perabot, barangan elektrik, gadget, buku, pakaian dan sebagainya. Kini, terdapat pelbagai jenis kedai barangan terpakai sama ada di kedai fizikal atau secara online. Kalau di kedai perabot terpakai, ada yang mencari sofa yang unik dan klasik atau sekadar untuk mendapatkan perabot yang murah.\n\nNak tahu antara kedai-kedai perabot terpakai yang popular di Malaysia? Jom semak!\n\nKedai Perabot Terpakai Popular Di Malaysia\n\nAlamat: 14, Jalan Satria , Taman Perindustrian JB Perdana, 81300 Johor Bahru, Johor.\n\nAlamat: 33, Jalan Sri Perkasa 2/1 Tampoi Utama, 81110 Johor Bahru, Johor.\n\nAlamat: 59, Jalan ASR 1, Taman Arked Seri Rambai, 75250 Bukit Rambai, Melaka.\n\nAlamat: 4, Jalan TTC 12 A/1, Taman Teknologi Cheng, Melaka\n\nAlamat: 22, Jalan Desa Dahlia 1/8, Taman Desa Dahlia, 70450 Senawang, Negeri Sembilan\n\nAlamat: Jalan Lingkaran Tengah, Kampung Pasir Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan\n\nAlamat: 23, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor\n\nAlamat: 32, 34 Jalan Rugbi 13/30, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor\n\nAlamat: 67 Lorong Scott, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur\n\nAlamat: 7, Lorong 2A, Off, Jalan 2, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur\n\nAlamat: Perkampungan Kempadang Perdana 2, 26060 Kuantan, Pahang\n\nAlamat: Lot 2467/B2, Batu 6, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang\n\nAlamat: Lot 3599, Jalan Tawang, Kampung Budi, 16020, Kelantan\n\nAlamat: AH18, 17030 Pasir Mas, Kelantan\n\nAlamat: 7710, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Kampung Banggul Tuan Muda, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nAlamat: PT 37824, Tingkat 1, Jalan Rimba Square, Kawasan Perindustrian Gong Badak, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nAlamat: Lot 1330, 75, Lorong Am 6, Changkat Jering, 34850 Taiping, Perak\n\nAlamat: 35, Jalan Putra D/1, 31200 Chemor, Perak\n\nAlamat: Batu 18, Gurun, 06900 Guar Chempedak, Kedah\n\nAlamat: 12, Plaza Gunung Indah, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah\n\nAlamat: 1, Jalan Arowana 1, Kawasan Perniagaan Arowana, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang\n\nAlamat: TS 7110 Mukim 20 Guar Perahu, Jalan Arumugan Pillai, 14400 Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang\n\nAlamat: Lot 492/1, Kampung Terus Teritip, Jalan Kuala Perlis, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis\n\nAlamat: 5, Taman Putera Puteri, Jalan Santan Repoh, Kangar, 01000 Kangar, Perlis\n\nAlamat: KM 11, Jalan Tuaran, Kampung Tebobon, 88450 Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah\n\nAlamat: Lot 1 Mile, 10, Jalan Tuaran, Menggatal, 88450, Kota Kinabalu, Sabah\n\nAlamat: 89, Jalan Burung Rawa, Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak\n\nAlamat: Min Chu Garden, 93200 Kuching, Sarawak\n\nSenarai yang diberikan ini merupakan antara kedai-kedai perabot terpakai yang terkenal di Malaysia. Jika anda tinggal jauh dari kedai-kedai tersebut, jangan risau. Biasanya perkhidmatan penghantaran dan pengeposan disediakan. Anda cuma perlu membayar kos pengangkutan dan pos.\n\nBiasanya perabot yang dijual masih elok dipakai dan jauh lebih murah. Bagi pasangan yang baru berkahwin, pengusaha homestay atau chalet, inilah tempatnya. Tentunya lebih menjimatkan dan anda tak perlu mengeluarkan kos yang tinggi.\n\nJika terdapat kerosakan pun biasanya tak begitu ketara dan masih boleh dibaiki. Jika terdapat perabot yang calar atau terkopek, anda boleh mengecatnya menggunakan cat kayu. Gunakan kreativiti anda untuk menyembunyikan kekurangan itu. Biasanya perabot yang ada kecacatan minimum dijual dengan harga yang agak murah.\n\nDiharapkan perkongsian ini memberikan idea untuk anda mencari kedai perabot terpakai yang terbaik. Rata-rata kedai tersebut mendapat rate tinggi dalam Google Review. Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang perabot yang ingin dibeli anda boleh menghubungi nombor telefon yang disertakan.\n\nJangan lupa juga baca tentang tips kemas rumah cara KonMari dan tips urus rumah dengan efektif. Moga bermanfaat."
"Hari ini kami ingin bagi resepi Nue Nam Tok. Nue nam tok ialah makanan yang berasal dari Thailand yang bermaksud hirisan daging lembu panggang pedas dengan taburan bawang merah dan pudina.\n\nAda 2 jenis hidangan nam tok di Thailand iaitu sup yang menggunakan darah lembu mentah dan kedua iaitu daging panggang pedas. Kedua-dua hidangan ini amat tersohor di Thailand. Oleh kerana itu \u200erasa teruja sangat untuk berkongsi resepi nue nam tok, daging panggang pedas yang ditulis Puan Nora Azni di laman Facebook, di mana resepi ini halal lagi menyihatkan tentunya.\n\nMengingat betapa lazatnya hidangan ini jika dimakan dengan nasi putih panas-panas, ada rasa pedas, masam, manis dan segar khas masakan Thailand. Kami tuliskan resepi lengkapnya di bawah ini, selamat mencuba.\n\nResepi Nue Nam Tok @ Kerabu Daging Pedas\n\nSemua bahan di atas dicampur sekali dengan daging yang sudah dipanggang dan dipotong. Pastikan semua rasa dia cukup. Sedap, pedas, masam,manis dan segar gituu.\n\nSelain nue nam tok, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Negeri Sembilan popular dengan tempat bernamaPort Dickson. Namun, selain daripada Port Dickson, banyak lagi tempat menarik yang terdapat di Negeri Sembilan untuk anda lawati. Negeri Sembilan terdiri daripada 7 buah daerah. Setiap daerah ada tempat-tempat menarik yang anda kunjungi.\n\nMuzium Negeri Sembilan terletak di Kompleks Taman Seni Budaya, di Jalan Sungai Ujong, Seremban. Tidak lengkap sekiranya anda melawat ke Seremban tanpa mengetahui sejarah Negeri Sembilan dengan lebih dekat. Di muzium ini, anda dapat lihat pelbagai artifak sejarah berkenaan Negeri Sembilan. Bangunan utama kompleks ini dikenali sebagai Teratak Perpatih yang dibina berdasarkan kediaman Minangkabau tradisional, seperti yang ditunjukkan oleh senibina atapnya.\n\nLokasi: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, Seremban\n\nWaktu Operasi: Selasa-Ahad (10.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nMasjid Negeri Sembilan yang dibina pada tahun 1966. Uniknta masjid ini kerana senibinanya seperti sebuah stadium. Binaan bangunan ini juga agak simbolik dengan sembilan buah tiang, sembilan anjung tambahan, dan sembilan ruang yang mencerminkan sembilan daerah pentadbiran yang dimiliki Negeri Sembilan. Masjid yang memiliki reka bentuk Minangkabau ini memiliki 3 tingkat dengan ruangan solatnya yang menawarkan pemandangan indah Taman Tasik Seremban.\n\nTaman Tasik Seremban merupakan salah satu tasik yang tertua di Malaysia, Taman Tasik Seremban ini dihiasi dengan pohon-pohon tropika yang menghijau dan bunga-bungaan yang tumbuh mekar. Di samping itu, di sini juga terdapat dua buah tasik indah dan wakaf untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan.\n\nLokasi: Taman Tasik Seremban, Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban\n\n4) IJM Hill Park Seremban 2 Height\n\nHill Park Seremban 2 Heights adalah taman yang dibina dan diselengara oleh IJM Land khusus untuk aktiviti rekreasi keluarga, bersantai dan untuk menikmati pelbagai aktiviti luar yang disediakan kepada pengunjung.\n\nHill Park ini terbahagi kepada 3 zon. Setiap zon dibahagikan ikut ketinggian. Zon 1 berwarna hjau, Zon 2 warna biru dan Zon 3 berwarna pink.\n\nDi Zon 1 terdapat taman permainan untuk anak-anak. Zon 2 terkenal sebagai Dinosaur Zone. Di kawasan ini, anda dapat melihat pelbagai jenis dinasour. Dinasour ini tidak bergerak-gerak, ia statik sahaja. Tetapi pihak IJM ada sediakan informasi seperti nama dan asal-usul bagi setiap dinasour yang terdapat disitu.\n\nDi Zon 2 juga, pihak IJM menyediakan Flying Fox untuk kanak-kanak. Selain itu, Climbing Cube untuk anak-anak juga disediakan di sini. Sekiranya anak anda bermain aktiviti lasak ini, pastikan mereka dibawah pantauan orang dewasa untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.\n\nZon 3 adalah tempat untuk bersantai. Di sini disediakan tempat Picnic Pavilions iaitu tempat berkelah, dan tempat duduk untuk pengunjung. Selain berehat dan bersantai anda boleh lihat pemandangan 360 darjah daripada Zon 3 ni.\n\nLokasi: Hill Park Seremban 2 Heights\n\nWaktu Operasi: Isnin-Ahad (6.30pagi \u2013 9.00malam)\n\nPantai Teluk Kemang merupakan pantai paling besar dan popular di Port Dickson. Banyak tempat penginapan terdapat di sepanjang pantai ini. Hal ini membuatkan Pantai Teluk Kemang menjadi sasaran pelancong yang menginap di Port Dickson.\n\nSelain daripada aktiviti mandi-manda di laut, Pantai Teluk Kemang juga menawarkan pelbagai aktiviti air seperti jet ski, banana boat dan macam-macam lagi.\n\nLokasi:\u00a0Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson\n\nStudio 3D sering menjadi pusat tumpuan di mana-mana tempat pelancongan, termasuklah Port Dickson. Sekiranya anda seorang peminat selfie atau suka menangkap gambar menarik semasa bercuti, Alive 3D Art Gallery wajib menjadi tempat untuk anda lawati.\n\nTerdapat sebanyak 50 lukisan 3D yang beraneka tema di sini. Antara 5 tema yang anda boleh jumpai di sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan eksotik.\n\nLokasi:\u00a0No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, Port Dickson\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10\n\nMuzium Tentera Port Dickson terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia. Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari sedikit sebanyak mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera negara kita.\n\nDisini terdapat 9 galeri berbeza yang membawa anda pulang ke zaman penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun. Disamping itu, anda juga dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium.\n\nLokasi:\u00a0Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan\n\nWaktu Operasi:\u00a0Rabu-Ahad (10.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nKompleks Baitul hilal merupakan balai cerap yang terletak bersebelahan dengan resort Klana Beach Resort. Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutama bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi.\n\nPada mulanya ia didirikan sebagai tempat penyelidikan astronomi dan kemudian dibuka kepada orang awam dengan tujuan mempromosi edu tourism di Port Dickson. Tempat ini menampilkan pameran artifak yang digunakan pengkaji ilmu falak dari zaman dahulu hingga ke zaman moden.\n\nLokasi: Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 5, Tanjung Tanah Merah\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin-Ahad (9.00pagi \u2013 12.00 tgh hari)\n\nSebelum ini, rumah terbalik popular di Borneo. Kini, bagi orang Semenanjung, anda tidak perlu naik kapal terbang untuk melawat rumah terbalik. Ini kerana rumah terbalik kini sudah ada di Port Dickson, Negeri Sembilan.\n\nRumah Terbalik Port Dickon\u00a0merupakan sebuah rumah kedai namun telah diubah suai menjadi tarikan pelancong. Disini anda boleh menjumpai semua bilik yang ada di rumah biasa, bezanya semua bilik terbalik seolah-olah anda berjalan di atas bumbung.\n\nLokasi:\u00a0No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Batu 9\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin-Ahad (10.00pagi \u2013 9.00malam)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15\n\n10) Taman Tema Wild West Cowboy\n\nAntara tarikan luar biasa yang terdapat di Port Dickson adalah\u00a0Taman Tema Wild West Cowboy. Terdapat 4 tayangan 5D yang boleh anda tonton di sini. Setiap tayangan berdurasi 7 minit.\n\nDi sini juga terdapat 4 Escape Room dimana anda diberi masa yang singkat untuk menyelesai teka-teki untuk bebas dari bilik tersebut.\n\nLokasi:\u00a059-64, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Ahad (11.00pagi \u2013 10.00malam)\n\nBayaran: Dewasa RM35 | Kanak-kanak RM25\n\n11) Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang\n\nBuat anda yang meminati hidupan air dan ikan hiasan, Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang\u00a0pasti menjadi tempat wahib untuk anda lewati. Ini kerana, di sini menampilkan pameran ikan laut tempatan yang eksotik.\n\nTidak ramai tahu tentang Pusat Ikan yang di urus oleh Jabatan Perikanan Port Dickson ini. Ia merupakan sebuah tempat tertutup yang penuh dengan akuarium dan mempamerkan berbagai jenis hidupan laut yang menarik.\n\nIkan-ikan ini bukan sahaja untuk dilihat, tetapi anda juga berpeluang untuk menyentuh beberapa jenis ikan terpilih.\n\nLokasi:\u00a0Batu 7, Jln Pantai, Teluk Kemang\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin-Ahad (9.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nSungai Timun Fireflies dikatakan antara kawasan melihat kunang-kunang yang terbesar di Malaysia.\n\nDi sini, anda bukan sahaja boleh melihat kunang-kunag berterbangan diwaktu malam, tetapi juga anda boleh memancing udang galah.\n\nKalau malas nak memancing, anda singgah sahaja ke kedai-kedai makanan laut yang terdapat di sekitar Sungai Timun. Banyak makanan laut yang sedap dihidangkan sebagai contoh ikan bakar, udang galah dan kupang.\n\nLokasi:\u00a0Sungai Timun Fire Flies, Rembau\n\nBayaran: RM15-RM200 (bergantung saiz bot dan pekej)\n\nRembau Crystal yang terletak di Perkampungan Kristal ini menawarkan pelbagai kraftangan yang diperbuat daripada kristal oleh rakyat Malaysia sendiri.\n\nBagi anda yang meminati dekorasi rumah, pasti Rembau Crystal menjadi tempat wajib untuk anda membeli-belah.\n\nAlamat:\u00a0Lot 1432, Perkampungan Crystal, Jalan Kampung Mulia\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Jumaat (9.00pagi \u2013 5.30petang)\n\nMuzium Diraja Seri Menanti merupakan sebuah istana lama iaitu kediaman rasmi DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dari tahun 1908 hingga 1931 (Selepas tahun 1931, kediaman rasmi DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipindahkan ke istana baharu yang tidak jauh dari istana lama).\n\nIstana Lama Seri Menanti adalah bangunan kayu yang mempunyai 99 batang tiang dan juga 4 batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki (panjang tiap-tiap satu tiang seri). Kayu yang digunakan ialah kayu penak. Istana Lama Seri Menanti dibuat tanpa menggunakan paku. Setiap sambungan yang perlu dibuat menggunakan kayu pasak.\n\nIstana Lama Seri Menanti pernah digunakan sebagai bangunan Sekolah Menengah Agama Tinggi dari tahun 1959 hingga 1964.Istana Lama Seri Menantikan dijadikan Muzium Diraja pada 14 Julai 1992.\n\nWaktu Operasi: Isnin-Ahad (8.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nGunung Angsi yang menyajikan anda dengan panorama indah banjaran-banjaran gunung yang menyejukkan pandangan mata.\n\nTerdapat dua jalan yang anda bolehigunakan untuk menakluki Gunung Angsi. Pertama, melalui trek Hutan Lipur Ulu Bendul dan yang kedua adalah melalui trek Bukit Putus. Kalau anda inginkan cabaran, anda boleh menggunakan trek Ulu Bendul.\n\nPusat Rekreasi Ulu Bendul terletak di kaki Gunung Angsi. Hutan lipur ini dipenuhi pepohon rendang dan aliran sungai yang menyegarkan. Di samping panoraman yang menenangkan jiwa, anda juga boleh bermandi-manda di kolam besar yang turut dialirkan oleh air sungai.\n\nSelain itu, anda juga boleh mendaki ke atas bukit untuk ke Snake Garden yang menempatkan beberapa ekor ular dan unggas. Yang paling best sekali, anda berpeluang melihat depan mata ular besar Anaconda! Ya, sangat besar. Namun jangan risau, ular-ular diletakkan ditempat yang selamat dan tidak akan membahayakan pengunjung.\n\nLokasi:\u00a0Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah\n\nMuzium Adat Jelebu terbahagi kepada empat buah galeri berbeza iaitu, Pengenalan Adat di Malaysia, Kitar Hidup yang mempamerkan adat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain, Galeri Tradisi Intelektual/ Kerajaan serta akhir sekali adalah Galeri Adat Perpatih iaitu adat yang hanya wujud di Negeri Sembilan kalau di Malaysia.\n\nBukan sekadar bahan pameran, malah pusat sumber yang dipenuhi koleksi buku tentang adat pun ada di muzium ini.\n\nLokasi:\u00a0Muzium Adat Jabatan Muzium Malaysia 196, Jalan Dato\u2019 Umbi, Kuala Klawang, Jelebu\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin-Ahad (9.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nTeratak Za\u2019ba yang dibina dengan menggunakan kayu Cengal. Walaupun dibina pada zaman moden dan dirasmikan pada tahun 2001, tapi seni binanya nampak klasik, tambahan lagi dengan hasil pertukangan Melayu yang ditonjolkan pada sekitar bangunan ini.\n\nDi sini, anda dapat melihat pameran bibliografi,pPeribadi dan pakaian Pendeta Zaa\u2019ba. Selain itu, terdapat juga Sudut Umum yang menempatkan barangan klasik yang wujud sewaktu kehidupan Pendeta Za\u2019ba.\n\nAlamat:\u00a0Teratak Za\u2019ba, Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol\n\nRantau Eco Park\u00a0merupakan taman yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah untuk anda dan keluarga menjalankan aktiviti rekreasi. Malah, di sini juga terdapat mini zoo yang menempatkan pelbagai jenis binatang seperti rusa, ayam, kuda dan banyak lagi. Aktiviti lasak juga turut disediakan seperti berkayak. Lengkap pelbagai aktiviti untuk anda lakukan hanya di dalam 1 taman.\n\nLokasi:\u00a0Rantau Eco Park, Kampung Kuala Sawah Pasir, Rantau\n\nWaktu Operasi: Isnin-Ahad (12.00tgh hari \u2013 11.30malam)\n\nBayaran: RM5.00 (Kolam mandi) |RM10-RM15 (Kayak)\n\nPasar Borong Nilai 3 merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi jualan borong, dan syurga membeli belah kepada para pelancong yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.\n\nInilah dia syurga membeli-belah buat kaum wanita. Pelbagai barangan dijual di sini antaranya pakaian, barangan hantaran dan perkahwinan, langsir, dan segala keperluan rumah ada di sini.\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Negeri Sembilan yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Kita lihat sekarang, bagaimana kanak-kanak yang berusia\u00a0 3 tahun tahu untuk menggunakan aplikasi Youtube? Ia kerana mereka fokus dan mudah tangkap dengan perkara yang selalu dilihat di depan mata mereka setiap hari. Begitu hebat sekali tahap mereka belajar pada usia yang muda. Namun, daya fokus mereka di salah gunakan.\n\nKita lihat kanak-kanak kini akan lebih menjadi lasak dan susah untuk ajar mereka untuk fokus melakukan aktiviti indoor. Sebagai contoh, aktiviti mewarna, melukis, bina lego, menyusun puzzle dan lain-lain lagi. Pening kepala ibu bapa yang ingin melakukan aktiviti indoor bersama mereka. Tetapi ada caranya kita boleh mengajar anak-anak untuk lebih fokus. Bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 teknik asas mengajar anak jadi fokus dan tenang. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.\n\n3 Teknik asas mengajar anak jadi fokus\n\n1) Kenal pasti jangka masa anak untuk fokus\n\nFokus yang normal adalah dalam lingkungan (3-5 minit x umur anak ) : iaitu jika anak berumur 1 tahun, fokus yang sepatutnya mereka perlu adalah 3-5 minit dan anak yang berumur 2 tahun mereka boleh memberikan tumpuan selama 6-10 minit. Jadi tingkatkan sedikit demi sedikit fokus anak semasa melakukan aktiviti.\n\n2) Mainan yang sesuai dan disukai anak\n\nMainan juga mempengaruhi fokus anak. Cari mainan yang anak gemari tetapi ibu bapa harus kawal rentak permainan.\n\n3) Guna intonasi dan interaksi yang menarik\n\nAnak-anak memang sukakan intonasi, sebab itu mereka tertarik apabila tengok Youtube. Jadi gunakan intonasi dan berinteraksi dgn menarik dalam tarik perhatian dan fokus anak.\n\n*Anak-anak akan mudah fokus apabila ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Ibu bapa memainkan peranan utama untuk mendidik anak menjadi fokus apabila melakukan sesuatu perkara. Musim PKP ini, harap ibu bapa akan banyak luangkan masa bersama anak di rumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mungkin sebahagian orang terbiasa dengan kerabu manga, kerabu timun dan lain-lain. Tapi pernahkah anda cuba resepi kerabu kacang panjang?\n\nSedap rasa kerabu kacang panjang. Saya Lieynda berkongsikan resepi kerabu kacang panjang di Facebook. cara mudah buat kerabu kacang panjang. Kacang panjang dihiris kecil-kecil. Jika ingin banyak boleh dicampur dengan sedikit kubis.\n\nMacam kerabu biasa, kerabu kacang panjang dibuat dengan mencampurkan kacang panjang dengan ikan, bawang, halia dan lada yang dihancurkan. Kacang pula mentah tidak perlu direbus dulu.\n\nJom buat resepi kerabu kacang panjang dengan resepi di bawah. Makan dengan nasi panas-panas memang tidak sedar makan bertambah. Resepi untuk sukatan makan 2-3 orang sahaja. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kerabu kacang panjang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Semasa hamil, kita selalu mengusap-usap di kawasan perut kita,bukan? Ia sebenarnya bagus untuk kesihatan bayi dalam kandungan dan ibu hamil tersebut. Lebih-lebih lagi apabila perut kita mula masuk ke fasa trimester ketiga. Waktu itu kita sudah mula rasa pergerakan bayi dalam kandungan. Rasa seronok bila ada pergerakan bayi dalam kandungan.\n\nKita biasa rasa bayi dalam kandungan bergerak aktif setiap hari. Tetapi bagaimana jika bayi kita kurang aktif hari ini? Adakah ia disebabkan aktiviti harian kita atau pemakanan kita? Semestinya ia membuatkan kita rasa bimbang dan membuat kita rasa tak keruan. Apakah puncanya bayi kurang aktif?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 punca bayi dalam kandungan kurang aktif. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n5 Punca bayi dalam kandungan kurang aktif\n\nBayi dalam kandungan biasanya ada rutin tidur. Sama la macam kita kan. Kebiasaannya bayi tidur dalam 20-40 minit, dan tidak lebih daripada 90 minit. Masa tidur, memang bayi akan kurang bergerak. Kalau perasan la, semakin kita sibuk dan aktif bergerak, bayi akan semakin kurang bergerak. Ini adalah normal. Tapi jika ibu risau akan keadaan bayi, segera hubungi doktor anda ok!\n\n\u2611 Kekurangan Nutrisi dan Stress Semasa Hamil\n\nPerasan tak, emosi dan keadaan fizikal ibu sangat mempengaruhi pergerakan bayi? Kalau ibu stress, anak dalam kandungan pun akan kurang aktif. Sebab hormon yang dikeluarkan oleh ibu yang sedang stress akan mempengaruhi pergerakan bayi. Haa baru tau ke?\n\nSelain itu, ibu-ibu yang kekurangan air dan sedang berpuasa juga akan membuatkan bayi kurang aktif dalam kandungan. Sebab tu ibu hamil digalakkan minum air kosong banyak. Jika berpuasa, semasa sahur, pastikan ibu mengambil makanan yang boleh menjadi sumber tenaga seperti KURMA dan lain-lain.\n\nAda sesetengah kes berlaku air ketuban ibu leaking sebelum masanya. Leaking atau bocor ini kadang-kadang agak bahaya sebab kita tak perasan. Kita sangka kan hanya air kencing biasa. Bila leaking, air ketuban tak keluar dengan banyak sekaligus, tapi akan keluar sedikit-sedikit. Jadi sebab itu ibu kena selalu pantau pergerakan bayi.\n\nSalah stau kemungkinan serius yang berlaku ialah \u201cPlacental Abruption\u201d, situasi di mana placenta atau uri terpisah dari dinding rahim. Jika ini berlaku, situasinya adalah sangat serius dan akan menyebabkan bleeding. Situasi ini kadang kala berlaku bila si ibu terlampau lasak dan aktif semasa hamil atau mengalami tekanan perasaan yang mendalam yang boleh memberi kesan kepada kandungan.\n\nDalam sesetengah kes, bila berlaku placental abruption, bayi akan terputus bekalan oksigen dan darah dan boleh menyebabkan kematian. Pantau pergerakan bayi ye ibu-ibu.\n\nBiasa dengar tak tali pusat terbelit? Haa itu antara punca utama yang menyebabkan Fetal Hypoxia ini. Ia berlaku bila tali pusat yang membekalkan oksigen kepada bayi telah terbelit dan menyebabkan bekalan oksigen terputus. Situasi ini boleh menyebakan kesan jangka panjang kepada perkembangan otak dan tumbesaran bayi.\n\n*Pemakanan dan aktiviti harian perlu dipantau dan dijaga dengan baik. Setiap pergerakan yang kita lakukan akan memberi kesan kepada kandungan. Lakukan senaman ibu mengandung untuk mengekalkan kesihatan kandungan. Pemakanan seperti makanan yang berminyak perlu dielakkan dan banyakkan makan sayur-sayuran. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bagi Khadijah Jaafar, dalam banyak-banyak resepi yang beliau sudah cuba. Resepi ini merupakan resepi cupcake chocolate yang sangat sedap dan moist sesungguhnya. Menurut beliau lagi, rugi kalau tak mencubanya. Cumanya kalau nak kurang manis, boleh kurangkan sukatan gulanya.\n\nResepi menarik selain resepi Cupcake Chocolate Moist, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Habbatus sauda merupakan perkataan Arab bagi jintan hitam. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama bijan hitam di Malaysia. Ia amat terkenal sebagai salah satu rempah-ratus tertua yang banyak kebaikan kepada kesihatan.\n\nRempah ini berbentuk butiran biji kecil berwarna hitam. Ia telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan, dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai jenis penyakit secara tradisional.\n\nJenis tanaman ini digelar sebagai tanaman ubat dalam sejarah perkembangan awal\u00a0agama Islam.\n\nHabbatus sauda mempunyai banyak nama lain, antaranya black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, bijan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru dan lain-lain.\n\nIa digunakan sebagai herba ubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi.\n\nKhasiat habbatus sauda banyak tercatat dalam catatan ilmuwan terdahulu. Ibnu Sina adalah antara pengkaji manfaat habbatus sauda untuk kesihatan dan perubatan. Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga telah mencatat manfaat habbatus sauda untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.\n\n9 Kebaikan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan\n\nMenurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard pada tahun 2010, mereka mendapati habbatus sauda kaya dengan vitamin B dan zat besi. Manakala, kebanyakan orang yang kekurangan vitamin B dan zat besi dalam badan akan menunjukkan simptom seperti rambut cepat beruban, rambut gugur dan kurang daya ingatan. Simptom-simptom ini menunujukkan ciri-ciri penuaan. Jadi, habbatus sauda yang kaya dengan vitamin B dan zat besi dapat membantu melambatkan proses penuaan.\n\nSelain itu juga, orang Cina turut mempercayai bahawa nutrisi dalam jintan hitam mampu melambatkan proses penuaan. Ia membantu mencegah pembentukan pigmen dan kedut. Malah, ia juga melindungi kulit daripada kesan sinar ultra violet matahari.\n\n2. Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman\n\nDr. Amol Ghosh dari N.R.S. Hospital di Kolkata, berkata, \u201cJintan hitam dapat membantu mengubati sembelit kerana serat yang tinggi dan asid lemak tak tepu yang terkandung di dalamnya. Minyak yang terdapat dalam habbatus sauda dapat melicinkan usus anda, sementara seratnya pula membantu melancarkan pergerakan usus.\n\nBiji-bijian ini juga membantu membersihkan cacing di saluran usus anda dan memperbaiki proses pencernaan.\u201d Habbatus sauda yang dikisar dan direndam semalaman akan menyebabkan ia mudah dicerna.\n\nHabbatus sauda kaya dengan magnesium yang membantu menghalang hipertensi. Lemak poli tidak tepu dan sebatian sesamin yang terdapat pada minyak bijan hitam diketahui dapat mengekalkan tekanan darah pada tahap normal.\n\n4. Kulit dan Tulang Yang Sihat\n\nKalsium dalam habbatus sauda membantu tulang menjadi kuat. Manakala, zink membantu menguatkan dan meningkatkan ketumpatan tulang. Bijan hitam ini sangat digalakkan kepada lelaki tua dan wanita menopause kerana golongan ini berisiko tinggi untuk menghidap osteoporosis.\n\nHabbatus sauda juga kaya dengan Vitamin E, yang menjadikan kulit anda sihat dan bertenaga. Minyak bijan hitam juga disyorkan untuk digunakan pada bayi. Bayi yang diurut dengan minyak bijan akan merasa selesa dan dapat tidur yang lena. Selain itu, ia juga baik untuk kulit bayi yang naik ruam.\n\nJintan hitam kaya dengan sesamolin dan sesamin, iaitu bahan-bahan yang dikenal pasti mampu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga mengandungi magnesium yang membantu menstabilkan tekanan darah. Penyelidikan menunjukkan bahawa dalam kebanyakan biji dan kacang yang digunakan di Amerika Syarikat, habbatus sauda adalah biji yang mengandungi jumlah phylosterols tertinggi.\n\nPhylosterols menurunkan tahap kolesterol. Phylosterols dari tumbuh-tumbuhan dan kolesterol daripada haiwan mempunyai struktur kimia yang serupa. Namun, jika anda makan makanan yang kaya kandungan phylosterols, maka hanya sedikit kolesterol yang akan diserap ke dalam darah anda. Secara tidak langsung, anda telah mengurangkan tahap kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko penyakit jantung.\n\nAntioksidan (serat dan lignans) dan phytochemicals (phylosterol) dalam habbatus sauda memberi perlindungan terhadap kanser tertentu seperti kanser kolon.\n\nBiji ini juga mengandungi sesamin yang dapat melindungi hati dari kesan radikal bebas. Hati yang sihat sangat penting untuk menyahtoksin dan melawan penyakit seperti kanser. Phylosterols pula membantu menurunkan risiko kanser dengan menguatkan sistem imun.\n\nMagnesium dan kalsium dalam bijan hitam dapat melegakan tekanan.\n\nTryptophan dan thiamin dalam bijan hitam membantu dalam pengeluaran serotonin, iaitu sejenis sebatian dalam tubuh manusia yang membantu mengurangkan kesakitan, mengimbangi mood, dan membuatkan tidur lebih lena.\n\n8. Penggalak Susu (Milk booster) Semulajadi\n\nHabbatus sauda memang terkenal dalam kalangan ibu menyusu sebagai penggalak susu semulajadi.\n\nKandungan kalsium, zink, besi, magnesium, kuprum, vitamin B, lemak tak tepu, dan protein dalam habbatus sauda semuanya bermanfaat, terutamanya dalam membantu wanita untuk menyusukan bayi mereka.\n\nSekumpulan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ada membuat tinjaun terhadap pengalaman ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan sunnah antaranya amalan pemakanan habatus sauda untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Mereka mendapati peningkatan yang berkadar terus dan mencadangkan kajian lebih saintifik untuk terus membuktikan korelasi ini.\n\n9. Mengurangkan Sindrom Pramenstruasi (PMS) Dan Migrain\n\nKalsium dalam jintan hitam ini sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah sindrom pramenstruasi dan migrain.\n\nTerdapat ramai ilmuwan dalam bidang kesihatan membuat kajian mengenai habbatus sauda, antaranya:\n\nIbnu Sina \u2013 Habbatus sauda dapat merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina \u201cCanon of Medicines\u201c)\n\nIbnu Qayyim \u2013 Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk bronchitis, masalah perut dan cacing, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim \u201cMedicine of the Prophet\u201c)\n\nDr Ahmad Elkadi \u2013 Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).\n\nProfessor G. Rietmuller \u2013 Bahan ekstrak habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai \u201cbio-regulator\u2019. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)\n\nDr. Haq \u2013 Beliau menjalankan kajian terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Riyadh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa habbatus sauda berupaya meningkatkan kadar di antara \u2018helper T-cells\u2019 dan \u2018suppresser T-cells\u2019 sebanyak 55%. Aktiviti \u2018natural killer cells\u2019 juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.\n\nDr. Peter Schleicher \u2013 Habbatus sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit alahan. Kebanyakan pesakit-pesakit ini menghidap alahan terhadap debunga dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher seorang pakar immunisasi di Munich. Beliau telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)\n\nProfessor Michael Meurer \u2013 Habbatus sauda berupaya menghentikan keradangan dan masalah saraf kulit (neurodermitis). (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany) Telah banyak kajian yang membuktikan habbatus sauda mempunyai khasiat yang sangat banyak kepada kesihatan. Namun, bagi anda yang mengalami sakit kronik, disarankan untuk berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengamalkan habbatus sauda sebagai makanan tambahan harian anda.\n\nBagi anda yang ingin mengamalkan habbatus sauda sebagai makanan tambahan untuk mendapatkan kesihatan optimum, terdapat banyak cara untuk masukkan habbatus sauda dalam diet harian anda. Anda boleh tabur habbatus sauda di atas roti. Anda juga boleh mencampurkannya ke atas bijirin atau salad. Boleh juga ditabur pada pencuci mulut seperti kek dan ais krim. Malah, anda juga boleh menggabungkan habbatus sauda ke dalam minuman ringan atau memakannya dengan yoghurt.\n\nSelain khasiat habbatus sauda, kami juga menulis khasiat sumber lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"KERJA! Kerja kerja kerja. Ya masing-masing berlumba cari kerja untuk kehidupan masing-masing. Mendapatkan pekerjaan\u00a0saat ini bukanlah perkara yang\u00a0mudah. Kerja memang ada tetapi banyak yang kurang sesuai dengan tahap pendidikan dan minat.\u00a0\n\nMasih ramai graduan yang menjadi penganggur akibat belum berjaya mendapatkan pekerjaan. Walau bergelar lepasan universiti dengan segulung ijazah namun belum tentu dapat menjamin pekerjaan dengan cepat untuk masa depan. Kerana itu, bila dah\u00a0dapat\u00a0peluang untuk interview\u00a0kerja\u00a0jangan sesekali disia-siakan peluang tersebut. \n\nTerus Usaha Lamar Kerja Tanpa Putus Asa\n\nSelain daripada berusaha memohon pekerjaan di sana sini, janganlah lupa yang rezeki dalam pekerjaan ini juga ada kaitan dengan Allah SWT. Allah suka mendengar rintihan hambaNya dan Dia-lah juga tempat kita bergantung harapan. Maka apalah salahnya jika turut berdoa agar dimurahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan.\n\nTerdpat juga amalan doa mendapatkan pekerjaan yang boleh diamalkan. Doa ini sangat elok dipraktik oleh golongan \u2018job hunting\u2019. Manalah tahu asbab dengan doa yang di baca kerja tersebut berjaya diperolehi. \n\nTerdapat 3 Doa Mudah Dapat Kerja Yang Bagus Untuk Dibaca\n\nInilah dia 3 (TIGA) amalan doa yang anda boleh dibaca dan praktikkan sebelum anda pergi ke mana-mana temuduga kerja. Doa-doa ini juga sesuai dibaca sebagai doa dapat kerja baru, doa supaya dapat diterima kerja, doa agar lulus interview kerja baru, doa agar cepat dipanggil kerja dan sebagainya. Tiga doa mudah dapat kerja tersebut adalah;\n\nDoa #1 \u2013 Baca Sebelum Temuduga (Supaya Temuduga Berjalan Lancar)\n\nBacalah doa ini dengan penuh keyakinan dan kesungguhan. Ingat matlamat anda untuk cari kerja demi rezeki yang halal. Sebelum melakukan apa-apa niat tu kena betul-betul jelas ya.\u00a0\n\nDoa #2 \u2013 Doa Selepas Temuduga (Supaya Diterima Kerja)\n\nDoa mudah dapat kerja yang kedua pula elok di baca selepas temuduga. Bacalah doa ini selepas anda tamat temuduga sesuai dengan maksud doa yang dikenali sebagai membuka pintu,. Bukan pintu rumah ya tetapi doa ini adalah untuk membuka pintu-pintu rezeki, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keberkatan dan sebagainya.\n\nBanyak mafaat doa ini dan dengan membacanya harap dapatlah juga di buka pintu hati bakal majikan untuk menerima anda sebagai salah seorang pekerjanya. \n\nDoa #3 \u2013 Doa Setelah Diterima Kerja (Agar Mendapat Rezeki Yang Banyak)\n\nSelain Doa, Faktor Penampilan Dan Persediaan Diri Juga Penting!\n\nDoa mudah dapat kerja yang ketiga adalah doa yang paling utama doa agar mendapat peluang rezeki yang banyak. Rezeki itu memang di tangan tuhan tapi Allah SWT tak suka hambaNya yang malas. Allah SWT lebih suka akan hambaNya yang rajin berusaha. Jadi jangan mengharap yang rezeki itu bagai bulan boleh jatuh ke riba. Usaha itu tangga kejayaan.\n\nSelain daripada bacaan doa tadi, anda juga harus menitikberatkan soal penampilan dan persediaan diri. Ini bagi memastikan anda lebih bersedia untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Di sini turut disertakan juga beberapa tips ringkas yang boleh anda praktikkan demi untuk berdepan dengan pegawai yang akan menemuduga anda. \n\n7 Tips Untuk Berdepan Dengan Pegawai Temuduga Kerja \n\nTahniah kerana berjaya mendapat panggilan untuk temuduga kerja. Jaga-jaga, jangan pergi temuduga tanpa persediaan yang cukup! Persiapkan diri juga penting kerana ia boleh menjadi salah satu faktor untuk anda diterima berkerja.\n\nTips #1 : Kemaskan Penampilan Diri Sendiri \n\nSetelah mendapat panggilan untuk pergi temuduga kerja, perkara nombor satu anda perlu buat adalah kemaskan penampilan diri. Rambut yang panjang eloklah di potong kemas bagi si lelaki. \n\nMisai dan janggut juga elok dirapikan supaya diri anda nampak lebih segak dan sedap mata memandang. Barulah si penemuduga juga berasa lapang dada saat bertentang mata dengan anda nanti. \n\nTips #2 : Berpakaian Kemas Mengikut Etika Yang Sesuai Dan Betul \n\nSetelah siap merapikan diri kini soal berpakaian pula. Ciri-ciri ini sangat penting kerana ia adalah perkara pertama yang akan di lihat dalam temuduga tersebut. \n\nBila anda berpakaian kemas begini ia turut dapat memberi gambaran kepada personaliti diri anda untuk penilaian yang baik termasuk soal disiplin dalam berkerja.\n\nTips #3 : Sediakan Resume Yang Lengkap Sepenuhnya\n\nBanyak yang sambil lewa tentang resume sedangkan resume itu sangat penting sebagai pengenalan diri anda. Resume yang kemas dan lengkap sangat penting dalam temuduga dan jangan lupa untuk turut kepilkan bersama sekeping gambar diri sendiri bersaiz pasport yang terkini.\n\nTips #4 : Baca Maklumat Profile Syarikat / Bakal Majikan Tersebut \n\nOhya, jangan lupa juga untuk turut membaca profile syarikat yang bakal anda pergi temuduga itu. Ini bagi memastikan anda mempunyai info yang cukup dan ini semua boleh digunapakai semasa sedang melalui proses temuduga tersebut. \n\nJawapan yang tepat sesuai dengan situasi syarikat tersebut pastinya dapat membuat si penemuduga berasa lebih yakin dengan jawapan yang di beri. \n\nTips #5 \u2013 Jadi Diri Sendiri Dengan Tampilkan Kelebihan Peribadi\n\n\n\nPekara pertama jadilah diri sendiri semasa temuduga,\u00a0 jawab soalan dengan penuh keyakinan dan bersedia, jadilah diri anda dan tidak perlu berpura-pura.\n\n\n\nTips #6 \u2013 Jawab Soalan Dengan Tenang Dan Yakin\n\nSemasa menjawab soalan ketika interview, jangan sesekali kelam kabut dan gopoh. Fokuskan minda untuk dengar dengan jelas soalan yang di tanya dan ambil sedikit masa untuk memikirkan jawapan yang sesuai. Setelah itu jawablah dalam ayat yang tersusun dengan suara yang jelas dan terkawal. \n\nTips #7 : Minta Restu Dan Doa Dari Ibubapa Dan Pasangan \n\nTak lupa juga, dapatkan restu dan doa dari ibu bapa serta pasangan. Ingatlah yang doa seorang ibu itu tiada hijab. Apapun anda perlu terus usaha dan janganlah pernah berputus asa. Banyak peluang kerja di luar sana cuma mungkin belum menjadi rezeki anda. \n\nJangan Terlalu Memilih Kerja Dan Semoga Rezeki Menyebelahi\n\nPerlu percaya yang satu hari nanti anda akan dapat kerja yang baik kerana rezeki itu milik Allah SWT. Mintalah dari-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan janganlah pernah berhenti berdoa. \n\nSemoga dengan perkongsian 3 doa mudah dapat kerja dalam artikel\u00a0 ini, anda akan dapat kerja yang diidam-idamkan. Semoga juga anda dapat kerja dari bos yang baik berserta dengan rakan-rakan kerja yang baik juga. \n\nJadi juga terlampau memilih kerja dan bersyukurlah dengan apa saja peluang kerja yang datang. Anda juga boleh menimba pengalaman baru dan jangan pula terlalu kuat berkerja sehingga orang kesayangan merasa terabai. Apapun, semoga anda berjaya dalam temuduga nanti. Aamiin."
"Kali ini kami akan berkongsi menu ringkas iaitu banana lumpia. Siapa pernah makan menu ini?\n\nNama menu ini Turon atau juga dikenali dengan nama \u201cbanana lumpia\u201d, selalunya orang Filipino buat untuk kudapan waktu petang atau Meryenda kata diorang. Selain untuk kudapan petang, banana lumpia sedap juga untuk sarapan. Gerenti kanak-kanak suka.\n\nMenyediakan banana lumpia amatlah mudah. Letak pisang dan buah nangka, kemudian dibalut dengan kulit popia. Sesiapa suka pisang dan nangka, ini ialah resepi yang patut anda cuba. Jom cek resepi banana lumpia yang dikongsikan oleh Haslinda Johari di laman Facebook.\n\nMakan panas-panas sedap sangat. Kalau makan dengan ice-cream pun sedap, drizzle caramel atau chocolate sauce pun sedap.\n\nSelain banana lumpia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Jom ketahui khasiat minyak argan yang boleh dijadikan amalan harian kita.\n\nMinyak argan atau argan oil adalah salah satu minyak kecantikan yang terkenal di kalangan wanita Malaysia. Kebiasaannya ia digunakan sebagai salah satu bahan dalam produk kecantikan kulit dan rambut.\n\nTahukah anda bahawa yang sebenarnya minyak argan telah digunakan untuk kecantikan sejak zaman dahulu lagi?\n\nSebelum bercerita tentang khasiatnya, apa kata kalau kami ceritakan tentang dari mana minyak berkhasiat ini datang.\n\nMungkin anda tak tahu bahawa yang sebenarnya, minyak argan dibuat daripada buah pokok Argan (Argania spinosa). Uniknya, pokok argan hanya terdapat di Moroccco, Afrika Utara dan tidak akan dijumpai di tempat lain di seluruh dunia. Pokok argan telah ditemui dan digunakan sejak 200 tahun yang lalu.\n\nOleh kerana keunikannya, tak hairanlah kalau pokok ini dilindungi oleh UNESCO. Kenapa minyak argan mahal harganya? Harganya mahal kerana minyak tersebut agak susah untuk diperolehi.\n\nPokok argan hanya mula berbuah ketika berumur 30 hingga 50 tahun. Malah, untuk mendapatkan 1 liter minyak argan, kira-kira 30 kilogram buah argan diperlukan.\n\nProses untuk mengekstrak minyak argan dari buahnya pula mengambil masa selama 15 jam.\n\nPatutlah minyak argan mahal harganya. Ok, sekarang jom kami kongsikan kepada anda apakah khasiat minyak argan yang sangat terkenal dalam dunia kecantikan di seluruh dunia. Di antaranya ialah:\n\nKulit yang sihat akan menghasilkan kulit yang berseri, bercahaya, bersinar, dan tidak kelihatan kusam. Kulit sihat adalah idaman setiap wanita. Tak cerah tak mengapa, yang penting kulit kesihatan sihat dan cantik.\n\nOleh itu, tak hairanlah mengapa pada hari ini banyak produk penjagaan kulit yang menjadikan minyak argan sebagai salah satu daripada bahan utamanya.\n\nJika anda nakkan kulit yang sihat, cantik, dan berseri, sapukan minyak argan ke wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bukan sahaja untuk wajah, malah anda boleh sapukan minyak argan ke seluruh tubuh badan untuk kecantikan kulit.\n\nTambah menarik, sekumpulan penyelidik dari universiti-universiti terkemuka di Morocco membentangkan hasil kajian mereka tentang kesan pengambilan minyak argan dalam diet makanan dan penggunaan luaran oleh wanita yang sudah menopause di jurnal Clinical Intervention of Aging pada tahun 2015.\n\nSeramai 60 wanita mengambil bahagian ini untuk melihat kesan penggunaan minyak argan ke atas keelastikan kulit wajah. Hasilnya, terbukti secara saintifik bahawa minyak argan menjadikan kulit lebih elastik dengan penggunaan terus secara sapuan pada kulit.\u00a0\n\nKulit kelihatan lebih anjal elastik dan apabila dilihat dari segi biologi, keelastikan kulit ternyata bertambah baik.\u00a0\n\n2. Melembutkan, memerahkan dan mencantikkan bibir\n\nSelain kulit, bibir juga merupakan di antara aset seorang wanita. Wanita mana yang tidak mahukan bibir yang merah, mungil, dan lembut.\n\nAmalan menyapu minyak argan ke bibir setiap hari membantu mengatasi masalah bibir yang hitam dan lebam. Malah kalau anda mempunyai masalah bibir pecah dan merekah, minyak argan juga dapat membantu. Kini terdapat gincu bibir yang mengandungi minyak argan.\n\nIa adalah di antara kosmetik yang wajib ada dalam beg tangan anda.\n\n3. Mencantikkan, menyihatkan, dan menguatkan kuku\n\nKecantikan kuku tidak kurang pentingnya bagi seorang wanita.\n\nMasyarakat di Morocco telah menggunakan minyak argan sebagai rejim kecantikan untuk penjagaan kuku sejak 200 tahun yang lalu. Caranya sangat mudah, sapukan minyak argan ke kuku anda dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan setiap hari. Hasilnya? Anda akan mendapat kuku yang cantik, berkilat, sihat, dan kuat.\n\n4. Melebatkan, menghitamkan, dan mencantikkan rambut\n\nAda perumpamaan yang mengatakan bahawa rambut adalah mahkota seorang wanita. Ianya sangat benar kerana rambut yang rosak, jarang, dan tidak cantik boleh menyebabkan wanita hilang serinya. Oleh itu, anda boleh jadikan minyak argan sebagai salah satu rutin kecantikan setiap hari.\n\nAmalkan menyapu minyak argan ke rambut yang telah dikeringkan setiap kali selepas mandi. Anda juga boleh menggunakan syampu dan perapi yang mengandungi minyak argan.\n\nJika anda konsisten menyapu minyak argan ke rambut setiap hari, lama-kelamaan anda akan mendapati bahawa rambut anda kelihatan cantik, bersinar, lembut, mudah diurus, berkilat. lebat, dan kelihatan hitam menawan. Siapa yang taknak, kan? Rugi sangat kalau anda tak jadikan minyak argan sebagai sahabat baik rambut anda.\n\nMenurut hasil penemuan kajian sekumpulan penyelidik Perancis dan Morocco pada tahun 2010, minyak argan memberikan nilai kosmetik yang tinggi dan diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat di sana berikutan kandungan sebatian bioaktif yang tinggi dan berkualiti.\n\nAntara sebatian bioaktif minyak argan yang membantu memberikan kesan kosmetik yang baik ialah polyphenols, tocopherols, sterols, squalene dan alkohol triterpene.\n\n5. Melebat dan memanjangkan bulu mata\n\nKhasiat minyak argan yang seterusnya ialah ia mampu melebatkan, memanjangkan, dan mencantikkan bulu mata. Dewasa ini ramai wanita yang memilih untuk melakukan prosedur eyelash extension iaitu memanjangkan dan melebatkan bulu mata dengan cara melekatkan bulu mata palsu secara kekal.\n\nMalah ramai yang menggunakan bulu mata palsu dan memakai maskara dengan tebal untuk mencantikkan bulu mata.\n\nNamun tahukah anda bahawa yang sebenarnya amalan menyapu minyak argan ke bulu mata sebelum tidur setiap malam boleh menjimatkan wang anda. Tak perlu lagi keluarkan duit yang banyak untuk melakukan eyelash extension atau membeli maskara dan bulu mata palsu yang mahal.\n\nHasilnya bulu mata anda akan semakin lebat dan panjang.\n\nOleh kerana minyak argan kaya dengan vitamin A, vitamin E, anti oksidan, Omega 6 dan asid linoleik, ia adalah sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit yang serius seperti:\n\nCaranya ialah sapukan minyak argan ke kawasan kulit yang bermasalah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Cara yang terbaik ialah sapukan minyak argan setiap kali selepas mandi.\n\nAnda juga boleh memilih sabun mandi dan syampu yang mengandungi minyak argan. Dewasa ini ada banyak produk penjagaan kulit yang berasaskan minyak argan di pasaran.\n\nPemerhatian keberkesanan minyak argan untuk merawat penyakit kulit tersebut adalah berdasarkan petua tradisional masyarakat Morocco. Belum ada kajian klinikal yang menyeluruh untuk mengesahkan perkara ini tetapi masih boleh dijadikan amalan selagi tidak mendatangkan mudarat.\u00a0\n\nMenurut ulasan dalam artikel saintifik di European Journal of Lipid Science and Technology pada tahun 2008, minyak argan mengandungi lemak cis tidak tepu yang sangat dicadangkan untuk mencegah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung atau pembuluh darah tersumbat.\n\nKandungan asid oleik dan asid linoleik telah banyak dibuktikan menerusi kajian lepas dalam model haiwan makmal yang berupaya mencegah tahap kolesterol yang tinggi dan bersifat hipotensif (melancarkan peredaran darah dengan menurunkan tekanan darah tinggi).\n\nItulah dia khasiat minyak argan yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat gamat, khasiat peria, dan khasiat kacip fatimah\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Daging bakar merupakan hidangan berkhasiat yang sesuai dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu sahaja bersama-sama sos homemade. Bau nya yang harum dan wangi serta rasanya yang \u2018kaya\u2019 dengan \u2018manis\u2019 daging sememangnya mampu untuk menaikkan selera sesiapa pun. Menu ini sangat-sangat sesuailah dengan sesiapa yang nak diet.\n\nCara nak sediakan menu ini pun mudah sangat. Hanya perapkan daging dengan bahan perapan. Lagi lama perap lagi sedap. Terasa perapannya pada daging. Kemudian bakar daging secara perlahan supaya lebih juicy. Sambil-sambil menunggu daging dibakar, bolehlah sediakan sos homemadenya.\n\nResepi Daging Bakar dan Sos Homemade yang dikongsi oleh Diaz Yushazlina di laman muka buku ini mudah dan sedap. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya. \n\nResepi Daging Bakar dan Sos Homemade\n\n# daging dibakar menggunakan pemanggang ajaib (20 hingga 30 minit) dengan api yang perlahan# Untuk daging cepat lembut bila nak masak. Perap semalaman dan hiris halia keping2-keping.. Perap sekali dgn daging.\n\nSelain resepi Resepi Daging Bakar dan Sos Homemade ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Kaedah fonik memang terkenal pada masa kini jika ingin mengajar kanak-kanak membaca diawal usia. Kenapa kaedah fonik amat sesuai untuk mengajar si cilik?\n\nMenurut kajian yg dijalankan di Universiti Yale, otak membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf (gabungan bunyi) yang dilihat bagi membaca perkataan tersebut.\n\nKaedah fonik itu pula membawa maksud mengajar kanak-kanak membaca dengan menggabungkan bunyi-bunyi yang ada di dalam perkataan. Jadi, jelas kaedah fonik ini sesuai untuk mengajar\u00a0 anak kecil membaca dan selaras dengan fungsi otak manusia itu sendiri.\n\nTambahan lagi, tidak mustahil bagi sesetengah kanak-kanak boleh membaca diawal usia kerana setiap manusia mempunyai kecerdasan, potensi dan kecenderungan sendiri terhadap sesuatu perkara berdasarkan teori yang dibahaskan oleh Howard Gardner tentang Multiple Intelligences (MI).\n\nMereka mungkin dikategorikan sebagai kanak-kanak yang \u2018word smart\u2019, kecerdasan linguistik dimana \u00a0gaya pembelajaran lebih berkesan dalam bentuk penulisan, pembacaan dan percakapan.\n\nNamun, pentingnya sebagai ibu bapa, guru, pengasuh untuk mengetahui kaedah yang betul dalam memberi pendedahan literasi awal kepada si kecil agar selaras dengan perkembangan otak mereka.\n\nTiada PAKSAAN dalam mendidik anak membaca. Pastikan mereka telah BERSEDIA untuk memulakannya kerana tahap kesediaan kanak-kanak itu berbeza. Sesi pembelajaran juga perlu dalam suasana yang SERONOK buat mereka.\n\nUntuk mengetahui kaedah yang betul dalam mengajar kanak-kanak membaca, kita perlulah \u2018berguru\u2019 dengan mereka yang pakar dalam bidang ini dan terlatih melalui kursus-kursus yang dianjurkan.\n\nMari saya kongsikan latar belakang mereka bagi memudahkan ibu bapa dan guru mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dalam mengajar anak membaca terutamanya dengan menggunakan kaedah fonik.\n\n1. Puan Nik Eliani Nik Nawi\n\nMerupakan penulis dan pengasas Bacalah Anakku & Readeasy Phonics hasil daripada kajian serta pengalaman berkenaan perkembangan intelek kanak-kanak.\n\nPengalaman lebih 20 tahun membesarkan anak-anak sendiri ditambah dengan pengalaman sebagai guru Bahasa Inggeris selama 7 tahun serta pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan tadika sendiri telah menjadi faktor utama dalam diri beliau merangka satu kaedah yang efektif dalam mengajar anak kecil membaca.\n\nBeliau aktif mengendalikan kursus dan bengkel pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan kaedah fonetik kepada guru-guru di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.\n\n2. Puan Azlina Nawi @Mofazz Readerz (Lisensi Phonicsmart Skudai, Johor, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)\n\nSetelah mengikuti pelbagai kursus intensif berkaitan Kaedah Mengajar Bacalah Anakku dan Readeasy,\u00a0 Puan Azlina telah dlantik sebagai Certified Trainer Bacalah Anakku dan Readeasy Readnetwork pada 13 April 2018.\n\nSeterusnya dengan bimbingan dan ilmu fonik yang dipelajari, beliau telah membantu lebih 170 orang pelajar yang mempunyai masalah membaca dan menulis sehingga kini. Semoga terus sukses!\n\n3. Encik Fazli Ghazi @ Mofazz Readerz (Lisensi Phonicsmart Skudai, Johor, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)\n\nMerupakan pengasas bersama Mofazz Readerz Phonicsmart Centre di Skudai, Johor. Pemegang Program Lisensing berdaftar Phonicsmart sejak 1 Mei 2016.\n\nDilantik sebagai Certified Trainer Bacalah Anakku dan Readeasy Readnetwork pada 13 April 2018.\n\nBeliau bersama isteri sebagai pengasas bersama Mofazz Readerz juga telah menghadiri kursus sebagai pengusaha Bacalah Anakku Playschool di Readnetwork pada 5-8 Sept 2017.\n\nAntara pencapaian En. Fauzi selepas menceburkan diri dalam dunia fonik ini ialah beliau telah membantu lebih 170 orang pelajar yang mempunyai masalah membaca dan menulis sehingga kini.\n\nSebagai seorang pendidik pula, beliau turut memainkan peranan dalam membantu guru Bahasa Melayu memulihkan murid yang tercicir bagi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku.\n\n4. Puan Nur Atikah Ishak @Read Republic Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Jerantut, Pahang, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)\n\nBeliau telah memulakan karier sebagai Guru Tabika Kemas (2009 \u2013 Dec 2017) dan Jurulatih Utama Bahasa Inggeris Kemas Daerah Jerantut (2015-Jun 2017).\n\nDengan berlatar belakangkan dunia pendidikan, beliau telah menggunakan modul Bacalah Anakku dan Readeasy sejak tahun 2012 lagi. Sejak dari itu, beliau mula aktif berkongsi video-video kejayaan anak-anak kecil di tadika membaca di laman sosial.\n\nAkhirnya, atas kesungguhan dan usaha berterusan dalam menyebarkan ilmu fonik ini, pada tahun 2017 beliau telah diberi kepercayaan oleh Pihak Readnetwork untuk menjadi Certified\u00a0Trainer untuk menyebarkan ilmu fonik melalui kursus-kursus anjuran pihak syarikat di seluruh negara.\n\n5. Puan Masturah A.Latib @Magic Phonics (Lisensi Phonicsmart Johor Bahru, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)\n\nSiapa tidak kenal dengan Teacher Mas?, Kelatahnya dalam mendidik anak-anak kecil membaca sangat mencuit hati. Jika tidak kreatif, masakan perkongsian beliau di media sosial sering sahaja menjadi viral oleh netizen.\n\nBeliau sangat kreatif dalam menyampaikan ilmu fonik dan sangat gigih dalam memastikan anak-anak prasekolah boleh membaca diawal usia. Semoga Teacher Mas sentiasa bersemangat dalam menyampaikan ilmu fonik dan mendidik anak bangsa!.\n\n6. Puan Rohani Anie Wahab @ Kelas Cepat Baca Cik Ani (Lisensi Phonicsmart Cheras, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)\n\nMerupakan pemilik, pengurus dan guru di Kelas Cepat Baca Cik Ani Easyphonics Kajang, Selangor.\n\nMula menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku dengan mengajar anak sendiri membaca. Hasilnya, dua orang anak beliau telah boleh membaca pada usia 3 tahun lagi.\n\nBeliau menyebarkan lagi kebaikan dan manfaat ilmu fonik ini dengan mula mengajar anak-anak jiran dan rakan-rakan terdekat sehinggalah dapat membuka kelas membaca sendiri di rumah. Kelas sentiasa penuh hanya melalui iklan mulut ke mulut dari bekas pelajar dan ibu bapa.\n\nBeliau berpegang dengan jelas visinya dalam menyebarkan ilmu fonik ini iaitu,\n\n7. Puan Nor Azleen Abd Rahim @Whiztots Cepat Baca (Lisensi Phonicsmart Pasir Gudang, Johor, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy, Bekas Guru Pemulihan Khas KPM)\n\nMenetap di Pasir Gudang, Johor.\nPemilik dan pengurus Whiztots Cepat Membaca, Taman Kota Masai Johor.\n\nMemulakan Whiztots Cepat Membaca secara sambilan di rumah bermula November 2016 dengan 18 orang pelajar untuk Program Intensif Bacalah Anakku Cuti Sekolah.\n\nKini, Whiztots beroperasi di premis perniagaan sendiri dengan lebih 70 orang pelajar dalam Program Bacalah Anakku dan Readeasy yang dikendalikan oleh 4 orang tutor.\n\nAntara kelayakan fonik yang dimiliki beliau ialah:\n\n8. Puan Shima Aziz @Miema Heaven Reading Centre (Lisensi Phonicsmart Bangsar, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)\n\nMerupakan pemilik Miema Heaven Reading Center yang terletak di Bangsar. Telah mendidik ramai kanak-kanak untuk mahir membaca dengan menggunakan kaedah fonik yang dipelajari.\n\nLihat sahaja gambar dan video yang dimuatnaik oleh beliau di media sosial, dimana anak-anak sangat seronok belajar membaca dengn kaedah fonik.\u00a0 Kaedah belajar sambil bermain yang diamalkan telah berjaya menarik minat si kecil untuk mahir membaca. Tahniah!\n\n9. Puan Yusfiza Mazni Ishak @Phonics Education Family Yusfiza (Lisensi Phonicsmart Putrajaya, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)\n\nPuan Yusfiza merupakan Lisensi bagi Phonicsmart Presint 9, Putrajaya. Aktif dalam menyampaikan ilmu fonik di media sosial melalui video-video sesi pembelajaran bersama anak-anak didik beliau.\n\n10. Puan Siti Haryani Mohd @Cahayaku Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Jerantut, Pahang, Guru Pemulihan Khas KPM)\n\nMerupakan pemilik Kelas Seronoknya Membaca by Cikgu Yani di Jerantut, Pahang.\u00a0Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan bermula dengan menjadi\u00a0 guru di SK Abai, Kinabatangan, Sabah dan kini menjadi\u00a0\u00a0Guru Pemulihan Linus NKRA, SK LKTP Tekam Utara, Jerantut.\n\nMemulakan kelas membaca secara sambilan pada awal Januari 2018 setelah melihat kejayaan anak sendiri dan murid pemulihan asli dalam membaca Bahasa Melayu pada tahun 2017.\n\nKini, bercadang akan membuka cawangan kelas membaca di Bandar Pusat Jengka,Pahang tidak lama lagi. Semoga dapat membantu lebih ramai anak-anak yang tidak boleh membaca.\n\n11. Puan Nur Hafizah Rahman @GeniusKids Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Bukit Mertajam, P. Pinang)\n\nPuan Nur Hafizah menjadi Lisensi Phonicsmart Malaysia pada Ogos 2017. Beliau merupakan pemilik dan pengurus Geniuskids Phonicsmart Reading Centre di Taman Penanti Indah, Bukit Mertajam.\n\nBeliau dan rakan-rakan sangat komited dalam membantu anak-anak untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.\n\nPada Disember 2017, beliau telah diberi peluang oleh ReadNetwork menjadi Personal Coaching dalam membantu memberi pendedahan kepada ibu bapa berkenaan Fonik Gabung Bunyi.\n\nBukan setakat itu sahaja, beliau sangat aktif dalam berkongsi Alat Bantu Mengajar(ABM) di Facebook dan turut menjual ABM permainan Dadu dan Bingo untuk membantu cikgu-cikgu dan ibu yang ingin mengajar anak-anak di rumah sambil bermain.\n\n12. Puan Nass Zawawi @Nasskidz Reading Centre (Lisensi Phonicsmart Pasir Putih, Kelantan)\n\nPemilik dan pengurus NassKidz Reading Centre, Pasir Puteh Kelantan. Mempunyai pengalaman menjadi tutor Kelas Cepat Membaca di Skudai, Johor selama 2 tahun.\n\nSekaligus telah melebarkan sayap dengan menubuhkan NassKidz Reading Centre bermula bulan April 2018 di premis sendiri dengan 15 orang pelajar untuk Kelas Cepat Membaca Bacalah Anakku.\n\nKini, NassKidz mempunyai 28 orang pelajar dan telah juga berjaya membantu pelajar kelas pemulihan untuk belajar membaca.\n\n13. Puan Ema Anuar @PhonicSmart Edukids (Lisensi Phonicsmart Putrajaya)\n\nPemilik dan Pengurus PhonicSmart Edukidz Read di Presint 11, Putrajaya.\u00a0 Memulakan Kelas membaca Edukidz Read pada Disember 2017 secara sambilan di rumah dengan 10 orang pelajar.\n\nKini, Kelas Membaca Edukidz Read telah pun beroperasi di premis perniagaan sendiri dengan pelajar seramai 25 orang untuk Program Bacalah Anakku dan ReadEasy dan dikendalikan oleh 2 orang tutor separuh masa.\n\n14. Puan Khadijah Kamaluddin @Aulad Readers (Lisensi Phonicsmart Setia Alam)\n\nPuan Khadijah merupakan pemilik dan pengurus Aulad Reader yang terletak di Bandar Setia Alam.\n\nBermula dengan menjual produk pendidikan awal kanak-kanak sejak 2013. Kini telah membuka kelas membaca sejak awal tahun 2018 dan mempunyai lebih 30 orang pelajar dan 2 tutor.\n\n15. Puan Siti Zuraidah A Razak @NZ Gen-Phonics Reading Centre (Lisensi Padang Setai, Kedah)\n\nMerupakan Pemilik dan Pengurus NZ Gen-Phonic Reading Centre (Kelas Cepat Membaca Taman Lagenda Padang Serai). Beliau mula mengikuti kursus Certified Tutor bagi Program Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Read Easy pada bulan Ogos 2018.\n\nMemulakan Kelas Cepat Membaca secara sambilan di rumah bermula 2018, dengan 10 orang pelajar dan setiap kelas dikendalikan sepenuhnya oleh beliau sebagai Reading Tutor.\n\n16. Encik Saini Bolly (Guru Pemulihan Khas KPM), (Certified Trainer Bacalah Anakku & Read Easy)\n\nBerasal dari Sarawak, Encik Saini merupakan seorang Guru Pemulihan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.\n\nBeliau menggunakan kaedah fonik sejak tahun 2014. Kerap berkongsi aktiviti fonik bersama anak-anak murid di sekolah dan turut mengadakan bengkel intensif di sekitar Sarawak bersama guru-guru fonik yang lain.\n\n17. Raja Erniyanti @ BStar Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Kempas, Johor)\n\nPemilik dan Pengurus BStar PhonicSmart yang sebelum ini dikenali sebagai Kelas Cepat Membaca Cikgu Yanti. Merupakan Certified Reading Tutor Bacalah Anakku & ReadEasy, BARE sejak tahun 2017 sehingga kini.\n\nBermula dengan mengenali buku Bacalah Anakku ketika mengajar di sebuah tadika dan mengalami sedikit \u2018tekanan\u2019 dengan prestasi murid yang lambat membaca, beliau mula mencari dan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan fonik Bacalah Anakku dan Readeasy yang dianjurkan.\n\nSejurus itu, tertubuhlah Bstar PhonicSmart bermula pada awal tahun 2017 secara sambilan dengan 2 orang anak-anak jiran sahaja. Pada Ogos 2017 sehingga kini BStar PhonicSmart beroperasi sepenuhnya di kediaman sendiri dengan lebih 20 orang pelajar bersama seorang tutor.\n\nBeliau juga merupakan Certified Coach BARE dengan mengadakan sesi personal coaching buat ibubapa yang tiada peluang dan ruang untuk ke kursus intensif BARE.\n\n18. Puan Hasnizom @Ummi Read 4 Learn (Lisensi Phonicsmart Batu Berendam, Melaka)\n\nMerupakan pemilik dan pengurus Ummi Read4Learn Center, Melaka. Mula berkenalan dengan fonik pada hujung tahun 2016 apabila anak pertama ketika itu berumur 5 tahun mempunyai masalah untuk membaca perkataan walaupun sudah menghafal suku kata dengan kaedah mengeja.\n\nSetelah mengikuti kursus intensif yang dianjurkan oleh ReadNetwork di Setapak, dalam masa 3 bulan, anak\u00a0pertama berjaya membaca dengan lancar tanpa perlu mengeja suku kata lagi.\n\nSecara tidak langsung, beliau terus jatuh cinta dengan kaedah fonik ini. Puan Hasnizom mula melibatkan diri dengan membuka kelas cepat membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy pada Mei 2017.\n\nSatu keseronokan dan kepuasan buat dirinya apabila anak-anak mudah membaca dengan\u00a0mengikut kaedah fonik. Dengan kaedah yang betul dan\u00a0tidak mengabaikan fitrah anak yang suka bermain,\u00a0 kaedah fonik yang diajar adalah menggunakan kaedah belajar sambil bermain.\n\nBeberapa orang ibu prihatin yang telah mengambil personal coaching dengan beliau untuk mengajar anak di rumah juga telah berjaya mengajar anak mereka sendiri sehingga dapat membaca.\n\nHasil sepanjang setahun lebih penglibatan\u00a0 dengan kelas cepat membaca kaedah fonik gabung bunyi ini, ramai anak yang mempunyai pelbagai masalah dan pelbagai latar belakang telah dapat dibantu untuk menjadi pembaca yang berdikari.\n\nSatu analogi bagi kaedah fonik iaitu ibarat sebuah kereta automatik dimana ianya sangat membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk memandu kereta menuju ke sesuatu tempat seperti orang normal.\n\nApatah lagi kalau orang normal sendiri yang memandu kereta automatik, pastilah sangat memudahkan mereka yang memandu. Jadi, mengapa perlu menggunakan kereta manual lagi kalau kereta automatik lebih memudahkan.\n\nBegitulah dengan kaedah fonik gabung bunyi, dimana sangat memudahkan semua anak-anak tidak mengira masalah dan latar belakang untuk belajar membaca dengan baik dan menjadi pembaca berdikari.\n\nSumber: Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal\u00a0oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Encik Othman Ahamad"
"Jom kenali khasiat durian, yang dikenali sebagai raja buah ini.\n\nDurian atau nama saintifiknya\u00a0Durio zibethinus Murr\u00a0 berasal dari keluarga\u00a0Bombaceae.\u00a0Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis.\n\nBuah durian mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Buah durian kaya dengan karbohidrat, lemak dan protein.\n\nSelain itu, buah durian juga mengandung zat-zat lain seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, kalium, magnesium, fosfor, thiamin, riblofavin, omega 3 dan 6. Selain itu durian juga banyak mengandung phytonurient, polyphenol, phytosterol, antioksidan, organosulfur, dan tryptophan.\n\nDurian kaya dengan sumber vitamin C. Vitamin C merupakan sumber antioksidan yang baik yang bersifat mencantikkan kulit malah melambatkan proses penuaan kulit.\n\nTambah menarik, menurut hasil kajian daripada sekumpulan penyelidik bersama dari Chile, Poland dan Korea Selatan pada tahun 2011, kandungan antioksidan seperti polifenol, flavonoid, anthosianin dan flavanol adalah meningkat dengan keranuman buah durian.\n\nKulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Buah durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi antioksidan tinggi yang mampu mencerahkan kulit.\n\nAntioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.\n\nMalah, berdasarkan kajian daripada Jabatan Farmasi di Universiti Jambi, Indonesia, kulit buah durian mengandungi bahan organik yang mempunyai kesan antibakteria, khususnya membasmi bakteri penyebab acne dan masalah kulit seperti bakteria Propionibacterium acne.\n\nBintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan petua tradisi menggunakan buah durian.\n\nCara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi buah durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.\n\nWanita yang sedang dilanda PMS akan lebih mudah marah dan emosional. Emosi mereka tidak dapat dikawal. Mereka menjadi sangat sensitif jika hati dan perasaannya terganggu. Lain kali, kalau anda mengalami PMS, cepat-cepat makan durian.\n\nVitamin B6 yang ada dalam durian membantu memberikan mood baik sekali gus mengurangkan efek PMS.\n\nDurian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan.\n\nSelain itu,\u00a0trypopan yang terdapat dalam durian juga membantu meningkatkan produksi hormon kebahagiaan seperti serotonin, melatonin, dan dopamine.\n\nJadi buah durian dapat bertindak untuk menjadi ubat tekanan secara semulajadi.\n\nKandungan vitamin B1 dalam buah durian juga bermanfaat untuk menaikkan selera makan. Takde selera makan? Jom cari durian.\n\nBagi yang pernah mencuba sambal durian, hal ini turut membuka selera anda, lebih-lebih lagi jika dihidangkan dengan nasi panas!\n\nKandungan riboflavin atau vitamin B2 dalam durian bermanfaat untuk mencegah terjadinya migrain.\n\nKandungan riboflavin yang seimbang membantu proses penguraian oksigen untuk kegunaan tubuh yang lebih baik.\n\nKandungan serat dalam durian adalah sangat tinggi dan membantu organ pencernaan berjalan dengan lebih lancar.\n\nDalam hidangan 100 gram durian, terdapat 9 gram serat dan\n\nBagi mereka yang sentiasa sembelit dan sukar buang air besar, boleh cuba makan buah durian.\n\nDalam satu kajian, 200 pelajar di Twickenham Middlesex School diberi makan durian ketika sarapan, tengahari dan juga waktu rehat.\n\nHasil kajian menunjukkan kandungan kalsium dalam buah durian yang tinggi berjaya membantu pelajar untuk lebih fokus kepada pelajaran.\n\nDurian tinggi dengan karbohidrat. 100 gram durian bersamaan 21% karbohidrat. Badan kita memerlukan karbohidrat untuk menghasilkan tenaga.\n\nSelain itu, setiap 100 gram hidangan durian akan membekalkan sebanyak 84-185 kcal tenaga.\n\nDi dalam buah durian terdapat zat\u00a0phytonutrient yang berfungsi merencatkan perkembangan sel kanser dalam badan.\n\nKehadiran zat ini akan menyebabkan sel kanser lambat membesar dan tidak dapat merebak.\n\nSelain itu, menurut ulasan daripada penyelidik UniSZa Terengganu, kandungan polifenol dalam durian membantu memberi kesan antikanser.\n\n13. Mengawal paras kolesterol dalam badan\n\nNutrisi yang bernama\u00a0organosulfur yang terdapat dalam buah durian berfungsi untuk mengawal paras kolesterol dalam darah.\n\nMenarik sekali, menurut analisis, durian mengandungi sifar gram kolestrol.\n\nNutrisi dalam buah durian juga membantu mengurangkan risiko strok.\n\nDengan kandungan mineral dan vitamin yang kaya dalam durian, gejala awal dan simptom risiko strok boleh dikurangkan.\n\nSelain mengurangkan risiko strok, buah durian juga mengurangkan gejala diabetes.\n\nKandungan potassium dalam durian dipercayai membantu homeostasis glukosa atau kawal aturan gula dalam darah bagi menjaga tahap gula di paras normal bagi tubuh.\n\nKandungan\u00a0phytonutrient dalam buah durian membantu meningkatkan imuniti sekali gus melawan bakteria dan virus yang menjadi punca anda mendapat jangkitan.\n\nImuniti yang kuat juga menghalang anda daripada kerap jatuh sakit.\n\nBagi anda yang sering mengalami insomnia, anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian.\n\nBuah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.\n\nPerasan tak, lepas makan durian badan kita akan terasa panas. Ini kerana dalam durian mempunyai satu bahan yang hampir menyerupai alkohol, contohnya fenol.\n\nSebab tu juga kalau banyak makan durian, kita boleh jadi kemabukan.\n\nBuah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi.\n\nKomponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.\n\n20. Menjaga kesihatan sendi dan tulang\n\nKandungan potasium dan kalsium dalam durian sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan sendi dan tulang.\n\nKalsium dalam durian sebanyak 6 gram bagi setiap 100 gram hidangan dan ini setanding dengan kandungan kalsium dalam buah-buahan import lain seperti epal (6 mg).\n\n21. Mengawal keseimbangan gula dalam darah\n\nBuah durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal. Organosulfur yang terdapat dalam durian merupakan salah satu komponen yang ada di dalam insulin.\n\nFungsinya ialah untuk meningkatkan penyerapan glukosa dan membantu menstabilkan metabolisma gula dalam darah. Ia juga menstabilkan paras gula dalam darah.\n\nSelain organosulfur, kandungan mangan dalam durian juga membantu menstabilkan darah.\n\nDurian sangat sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai masalah tekenan darah tinggi dan rendah.\n\nKandungan folat dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh atau anemia. Bagi anda penghidap anemia, sila makan durian banyak-banyak.\n\nItulah dia khasiat durian yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda enjoy membaca artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel tentang khasiat petai, khasiat aloe vera dan khasiat tembikai susu\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Jom cuba resepi puding raja. Berpuding pula kita hari ini. Puding raja merupakan\u00a0 hidangan tradisi orang Pahang. Sejarahnya puding ini dihidangkan untuk keluarga diraja negeri Pahang.\n\nBahan asasnya ialah pisang lemak manis, pisang ini ialah yang terbaik untuk membuat puding raja, susu, buah prun, ceri dan kacang mete. Puding dihiasi dengan jala mas dan dihidangkan dengan sos yang dibuat dari susu.\n\nPada masa kini pula, puding raja popular dihidangkan semasa Ramadan serta menikmati teh petang khas untuk keluarga pada hujung minggu.\n\nMari rasakan kenikmatan puding raja dengan resepi yang dikongsikan oleh Shikin Jaiz\u00a0di laman Facebook. Resepi sangat sedap yang menggamit selera. Selamat mencuba.\n\nSangat mudah dan menarik bukan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0Jangan lupa like dan share resepi ini ya.\n\nSelain resepi puding raja, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya."
"Anda membawa anak-anak bermain di rumah sepupunya. Separuh hari berlalu, dan anda harus pulang kerana anda mempunyai urusan penting yang harus dilakukan.\n\nAnda sudah mengingatkan pada anak-anak, \u201csiap cepat. Lagi 10 minit kita balik\u201d.\n\nAnda berharap semuanya berjalan dengan lancar.\n\nMenjelang waktu pulang, salah seorang anak mula membuat perangai.\n\n\u201cTaknak balik! Saya benci mak!\u201d, katanya sambil menjerit.\n\nDarah memuncak naik. Anda menjerit kembali \u201cBerani cakap macam tu dengan mak!\u201d.\n\nDia menyambung, \u201cSaya benci mak! Mak jahat! Semua tak boleh! Semua tak boleh!\u201d.\n\nAnda sudah mula geram dan malu pada saudara lain. Anda mengheretnya ke dalam kereta dan bergelut dengannya yang mengamuk dan menendang semua benda.\n\nSemestinya sebagai ibu bapa, kita mahu mendidik anak-anak melayan orang lain dengan baik dan penuh hormat.\n\nNamun, mendidik mereka haruslah kena pada masanya. Mereka tidak boleh dididik dalam suasana yang tegang seperti dalam situasi yang saya gambarkan tadi.\n\nJadi, bagaimana untuk respon apabila anak anda bersikap kurang ajar?\n\nDisini saya kongsikan 7 perkara yang patut anda lakukan apabila keadaan tersebut berlaku selain dari memalukan mereka dengan menengking dan memukul mereka didepan orang lain.\n\nKedengaran mudah tetapi hakikatnya, inilah yang paling sukar kan? Lebih-lebih lagi apabila anak sendiri kurang ajar.\n\nNamun, memberi respon yang negatif pada mereka menyebabkan tiada bezanya kita dengan mereka.\n\nIngat, kita adalah ketua di dalam rumah ini. Memimpinlah melalui teladan, bukan dengan paksaan.\n\nTunjukkan contoh yang baik dengan cuba tarik nafas dalam-dalam, dan banyakkan berzikir di dalam hati.\n\n#2 Cuba Lihat Dari Sudut Perspektif Anak\n\nFikirkan sejenak, adakah kita juga akan memberikan respon sedemikian sekiranya kita berada ditempatnya?\n\nAdakah dia rasa dimalukan dihadapan orang ramai? Adakah dia terlalu penat? Adakah apa yang anda suruh itu sesuatu yang sukar untuk dia lakukan?\n\nHakikatnya, respon anak anda sebenarnya menggambarkan perasaan sebenarnya. Cuma adakalanya, dia tidak mampu menzahirkannya dengan perkataan yang lebih sesuai.\n\n#3 Menyelami Dan Fahami Perasaan Anak\n\nBantu anak anda memahami sendiri perasaannya dengan memberi respon yang berbentuk empati.\n\n\u201cUmi tahu, memang susah nak balik bila along tengah syok bermain dengan kawan-kawan. Lagipun, bukan selalu jumpa, kan?\u201d\n\nTidak semestinya anda kena bersetuju dengan semua tindakannya. Tetapi sekurang-kurangnya, anda boleh cuba untuk menyelami perasaannya dan cuba buatnya tahu bahawa anda memahami perasaannya.\n\nCuba fikirkan sebentar, apa sebenarnya yang tidak kena. Adakalanya anak terlalu leka bermain dan terlupa untuk makan sehingga mereka akhirnya baru tersedar mereka terlalu lapar atau dahaga.\n\nAda juga yang terlalu penat dan tidak cukup tidur. Kenalpasti punca masalah. Hanya anda mengetahui karekter anak anda.\n\n#5 Dengar Apa Yang Dia Luahkan\n\nLebih mudah untuk mengamuk dan marah dalam situasi itu. Tetapi adalah lebih baik sekiranya anda mendengar apa yang dia mahu luahkan.\n\nSuruh anak anda bertenang, dan beritahu padanya untuk meluahkan apa yang terbuku dihati.\n\nAdakalanya, tidak memberi respon lansung adalah respon yang terbaik \u2013 lebih-lebih lagi apabila anda tahu dia berperangai sedemikian akibat terlalu lapar atau penat.\n\nNanti apabila dia sudah bertenang, anda boleh berbincang dengannya mengapa dia bertindak sedemikian dan menerangkan padanya nilai negatif tersebut adalah tidak elok untuk dilakukan.\n\nApabila anak bersikap kurang ajar, semestinya perkara terakhir yang anda lakukan adalah mahu memeluknya. Pasti terasa bagai mahu dirotan-rotan sahaja untuk memuaskan hati anda. Jangan!\n\nApi dibalas dengan api akan menyemarakkan lagi api tersebut. Menghukumnya dengan cara yang kasar boleh menyebabkannya lebih menyimpan dendam di dalam hati. Ia tidak akan mengubahnya menjadi insan yang lebih baik.\n\nTahukah anda, ikatan yang kuat adalah perkara yang paling dia perlukan di saat itu. Peluklah dia dan tenangkannya dengan membaca ayat suci al-Quran padanya.\n\nKetepikan ego anda. InshaAllah anda akan dapati anak anda boleh bertenang dengan cepat.\n\nJangan terburu-buru menghukum apabila anak bersikap kurang ajar. Tidak terus menghukum bukan bermakna anda ibu bapa yang dipijak anak atau tidak tegas. Bukan juga bermakna anda bertolak ansur dengan sikap tersebut.\n\nOtak yang tenang memudahkan si anak dan anda sendiri menyerap informasi dengan lebih baik.\n\nTugas ibu bapa adalah menghukum anak dengan bertujuan untuk mendidik mereka, bukan untuk membalas perbuatan mereka atau melepaskan geram kita.\n\nWalau apa pun, mereka masih anak-anak \u2013 individu yang belum mencapai kematangan seperti orang dewasa. Di mana kematangan kita sebagai orang dewasa, jika tidak mampu menahan nafsu dan amarah sendiri?\n\nOleh itu, mendidik dalam keadaan tenang memudahkan lagi proses pembelajaran tersebut.\n\nSebaik sahaja kedua-dua pihak bertenang, bincangkan semula dengannya mengapa dia bertindak sedemikian. Beritahunya perbuatan tersebut adalah tidak elok. Bincang dengannya respon yang lebih baik sekiranya situasi tersebut berlaku lagi.\n\nInshaAllah, anak anda akan mudah menerima dan lebih menghormati anda."
"Apam\u00a0secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu. Terdapat pelbagai jenis apam yang berbeza bentuk, rupa dan rasa yang popular. Di antaranya adalah apam balik, apam pisang, apam beras, apam berkuah, apam manis dan sebagainya. Tetapi kalau ada sedikit nasi lebihan semalam, nak buat nasi goreng tak lepas, cubalah buat Apam Beras.\n\nApam Beras ini bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan pemanis mulut untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun. \n\n Jangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Kartini Ismail Apam Beras sentiasa nampak cantik dan gebu. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Jom tengok resepi nya. \n\nRingkas dan mudah kan? Bahan-bahan pun tak banyak perlu disediakan. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Apam Beras ini dan resepi kami yang lain ya."
"fashiondujourdaily\n\nYang ini tiada magiknya. Ini adalah suatu yang bersangkut dengan akhlak.\n\nJika anda mendapati anak-anak pada usia ini masih buruk akhlaknya, maka sesuatu perkara perlu anda lakukan walaupun payah.\n\nPertama, walaupun susah muhasabah diri. Cari dan ingat kembali bagaimana cara anda menangani anak ini semasa dia masih kecil, masih di dunia 2 tahunnya. Bila dia mengamuk, memukul orang, mengigit orang, menendang atau menangis minta dibelai, bagaimana cara anda melayan dia?\n\n\u201d Oleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.\n\nLantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam \u2018dunia\u2019 dia. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun \u2013 3 tahun.\u201d\n\nAnak itu masih keliru dan masih duduk di dalam dunia itu.\n\nHARAP MEMAHAMI JUGA.bila pada usia 2 tahun itu bila dia menendang tidak dilarang dengan baik dan diberitahu bahawa perbuatan itu tidak baik, ianya juga boleh menyebabkan keadaan ini.\n\nMaksudnya ; cara keibubapaan yang terlampau keras tau terlampau lembut tidak \u2018bertulang belakang\u2019, boleh menyebabkan keadaan ini.\n\nCuba perhatikan dari mana dia ambil perangai ini. Ada tidak orang dewasa atau kawan-kawan yang melakukan kepadanya atau kepada orang lain, meyepak, menerajang, bercakap kasar dan yang sama dengan itu. Jika ada, maka itulah puncanya.\n\nTidak ditegur dan dibetulkan semasa anak itu berusia 4 tahun ke atas. Kerana pada masa ini, dia sudah boleh memahami dan boleh diterangkan kesan dan natijah.\n\nDia ada masalah yang merundung perasaan dan perbuatan itu adalah ledakan emosinya.\n\nApa Yang Hendak Dibuat Untuk Membetulkan Keadaan Ini?\n\nPertama apa yang anda perlu tahu, anak itu telah mempunyai hati yang tertutup. Tertutup disebabkan oleh luka atau manja yang berlebihan.\n\nOleh itu untuk membuka balik hati ini perlu bersabar dan berstrategi.\n\nIni caranya.Sedutan dari Buku Ibu \u2018 Membina Anak-anak Cemerlang\u2019.\n\nApabila anda telah melakukan kesalahan, tiada perbuatan lain yang lebih baik melainkan dengan meminta maaf. Sekiranya anda tahu hati anak anda telah terluka kerana perbuatan anda dan anda sedar anda bersalah, minta maaf daripadanya atas segala kesilapan anda.\n\nSaya tahu, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana anda terpaksa menelan ego dan maruah anda. Walau bagaimanapun, sekiranya saya diberikan dua pilihan, iaitu menyebabkan tertutupnya hati dan semangat anak saya atau mengetepikan perasaan ego, saya akan memilih pilihan yang kedua itu.\n\nAnak yang telah tertutup semangatnya akan mencetuskan kacau-bilau dan memporak-perandakan kehidupan keluarga anda dengan berbagai-bagai masalah seperti dadah, arak, merokok dan pelbagai masalah lagi.\n\nDr. Gary Smalley di dalam bukunya The Key to Your Child\u2019s Heart memberi anda lima langkah untuk membuka kembali pintu hati anak-anak kita. Saya akan berkongsi dengan anda secara ringkas apa yang tertulis di dalam bukunya.\n\nNamun, saya amat mengesyorkan agar anda membaca buku ini kerana buku ini sangat baik sebagai panduan keibubapaan dalam membina hubungan kekeluargaan yang erat dan mantap.\n\nLangkah 1 \u2013Jadilah seorang yang lembut hati\n\nGunakan nada suara, bahasa tubuh, dan berkomunikasilah dengan lembut. Biarkan dia merasai dirinya penting kepada anda dan pada masa yang sama anda sedar ada sesuatu yang tidak kena.\n\nAkuilah kesakitan di jiwanya dan fahamilah pandangannya tentang bagaimana dia melihat tindakan kasar anda terhadapnya.\n\nLangkah 3 \u2013 Kenali perbuatan kasar anda\n\nAkuilah kesalahan anda. Perkara ini mungkin sesuatu yang sukar, terutama bagi kita yang dibesarkan dengan kepercayaan di mana kita tidak patut mengakui kesalahan-kesalahan kita di hadapan anak-anak kita kerana bimbang dia tidak akan menghormati kita.\n\nSebaliknya, anak-anak akan lebih menghormati kita apabila kita berani mengakui kesalahan kita kerana mereka sedar bahawa seseorang itu lebih budiman sekiranya dia mengaku bahawa dia telah membuat kesilapan.\n\nLangkah 4 \u2013 Berusaha melakukan sentuhan\n\nSentuhan fizikal ialah satu daripada bahasa kasih sayang yang cukup berkesan. Sentuhlah dengan kelembutan.\n\nWalau bagaimanapun, pastikan telah wujud tanda-tanda anak anda telah bersedia untuk menerima sentuhan kasih yang sedemikian. Lebih mudah sekiranya hubungan anda dengan anak anda baik sebelum ini dan sentuhan dan pelukan kasih ialah sesuatu yang lumrah dalam keluarga.\n\nWalau bagaimanapun, sekiranya hubungan anda dengan anak anda telah tegang sekian lama, ambillah sedikit masa. Perhatikan tanda-tanda yang dia semakin pulih dan hadirkan diri kepadanya secara perlahan-lahan. Usap dan sentuhlah tangannya dahulu, selain terus mendakapnya. Ini boleh diumpamakan seperti memecahkan dahulu air batu yang wujud yang memisahkan dunia anda dengan dunianya.\n\nMohon kemaafan dengan seikhlas hati dan beri masa kepadanya untuk bertindak balas. Sekiranya dia berdiam diri, ini ialah petunjuk ada sesuatu perkara yang lebih parah. Oleh itu, tanyakan kepadanya perlahan-lahan, apakah wujud masalah yang lebih parah daripada apa yang anda ketahui?\n\nJangan terhenti di situ sahaja dan hanya berkata, \u201cSekiranya kamu tidak mahu memaafkan, tidak mengapalah, ibu/ayah telah melakukan tanggungjawab ibu/ayah. Sekiranya kamu mahu berdendam, itu pilihan kamu.\u201d\n\nSikap yang sebegini tidak akan membawa keharmonian dalam keluarga dan sebagai ibu bapa, kita yang sepatutnya menjadi contoh. Memohon kemaafan bukanlah bererti kita lemah, tetapi satu petanda bahawa kita seorang yang berhati besar.\u201d\n\nJika setelah anda berlembut dan berusaha membetulkan keadaan tetapi anak anda masih dengan perangai buruknya, di sini anda perlu tegas dan claim your leadership. Anda perlu tegas menghukumnya jika dia berperangai buruk.\n\nKerana ada anak-anak yang menyangka bila ibu bapa mereka meminta maaf, bermaksud mereka selepas itu boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu lakukan termasuk membuli ibu bapa.\n\nOleh itu, berdiri tegap dan bertindak tegas dalam masa yang sama penuh kasih sayang. Itulah yang dinamakan TOUGH LOVE."
"Tercari-cari resepi 3 budak gemok? Jom baca perkongsian resepi di bawah.\nSejak kebelakangan ini telah viral resepi ayam ala 3 budak gemok. Ada yang panggil resepi ayam kicap ala 3 budak gemok. Apa yang buat resepi ini jadi tular sangat?\n\nLauk ini bukan sama macam ayam masak kicap biasanya. Rempah dan bahan yang dipakai lebih bermacam-macam sehingganya rasa hidangan ini lebih mengancam. Sesiapa yang tidak sabar boleh terus tengok resepi di bawah dikongsikan oleh \u0bb0\u0bcd.\u0b9a\u0bbe\u0bb0\u0bcd\u0bae\u0bbf\u0bb3\u0bbe \u0bb0\u0bbe\u0bae\u0b9a\u0bbe\u0bae\u0bbf di laman Facebook.\n\nSungguh resepi ini amat sedap, dapat pula makan dengan nasi putih panas-panas makin seronok makan. Menu yang tampak simple namun lazat sangat. Tidak hairan ianya jadi tular di enjin gelintar.\n\nResepi Ayam Ala 3 Budak Gemok\n\nSedia dihidang bersama nasi panas. Ok jom makan.\n\nSelain ayam 3 budak gemok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Nota Editor: Perkara ini merupakan antara soalan popular yang sering ditanya oleh kebanyakkan ibu bapa yang ingin menambah bilangan anak.Jadi di sini kami kongsikan jarak umur anak yang ideal menurut pakar parenting iaitu Ibu Rose.\n\nDari Al-Quran, kita boleh dapati anak-anak digalakkan disusu badankan hingga 2 tahun penuh. Penyusuan badan adalah salah satu cara birth control yang semula jadi.\n\nOleh itu jika kita ambil dari situ; setelah usia anak itu 2 tahun, maka bolehlah untuk merancang anak seorang lagi. Pada ketika ini, kesihatan ibu pun sudah lebih baik. Seorang ibu itu sudah boleh tidur malam yang tidak begitu ternganggu.\n\nIni bermakna, jika bermula dari usia anak itu 2 tahun, anak itu akan mendapat adik usia dia sudah hampir 3 tahun. Pada usia ini, anak itu sudah boleh lebih memahami perasaan dan arahan. Dia juga boleh mengawal gerakan tangan dan kakinya dengan lebih baik.\n\nOleh itu, tidaklah terjadi kes seperti dia berniat untuk membelai adik, terkasar jadi macam nak pukul adik.\n\nDari segi perkembangan otak, bahagian tengah dari 3 bahagian otaknya sudah berkembang. Ini adalah bahagian otak emosinya. Dan bahagian otak tertingginya iaitu otak berfikir sudah mula berkembang. Ini bermaksud, keupayaan berfikir sudah mula terbina.\n\nIni bermakna, anda lebih senang memberi dia faham apa yang dia boleh lakukan kepada adiknya dan apa yang tidak.\n\nDalam masa yang sama kebijaksanaan ibu bapa dan orang di sekelilingnya menyediakan dirinya untuk menerima adiknya adalah juga penting. Sebenarnya, memang ada naluri untuk anak itu cemburu. Perasaan itu datangnya dari \u2018keinginan untuk survive\u2019 yang memang wujud dalam diri setiap kita manusia ini.\n\nNamun, ibu bapa yang bijak, akan menangani perasaan ini dengan keupayaan mengawal diri \u2013 \u2018self-control\u2019 pada anak-anak sekecil 3 tahun, dengan limpahan kasih sayang dan penerangan penuh kasih sayang kepada si abang atau si kakak.\n\nAnak boleh tidak cemburu, malah akan membantu ibu bapa menjaga adiknya. Tentu ramai diantara anda yang melalui pengalaman indah ini. Sharelah pengalaman anda di sini.\n\nSupaya apa yang Ibu katakan di atas ini tidak disalah fahamkan, Ibu nyatakan di sini, bahawa Penyusuan badan adalah SALAH SATU cara birth control yang semula jadi. Namun ada yang mengatakan hanya efektif untuk 6 bulan pertama.\n\nNamun, ada yang berjaya ada yang tidak. Sama seperti memakai condom dan ubat perancang. Ada yang efektif, ada yang tidak.\n\nOleh itu anda boleh lakukan bersama itu, other options yang suitable.\n\nNamun, jika anak itu hendak lahir juga, dia akan terjadi juga. Kerana kita hanya mampu merancang namun Allahlah Maha Berkuasa. Jika ia berlaku, maka terimalah dengan hati terbuka anugerah itu.\n\nNamun, perbincangan kita bukan mengenai cara untuk birth control. Perbincangan kita mengenai jarak anak yang sesuai untuk better handling anank dan kesihatan badan ibu."
"Tidak hanya pada hari raya, hari biasa pun kuih makmur sentiasa dicari. Kali ini kami ingin berkongsikan resepi kuih lejen dambaan ramai iaitu resepi kuih makmur.\n\nKuih Makmur popular di Kelantan dan Terengganu. Ialah sejenis kuih kering berbentuk bebola agak bulat diperbuat daripada ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan berintikan kacang tanah goreng, badam dan sebagainya.\n\nKuih makmur menggunakan gula aising digunakan untuk menepung atau menyalut kuih ini, gula kisar juga kadang dijadikan alternatif sebagai bahan gantian untuk gula aising.\n\nFatimah Az Zahra\u200e berkongsikan resepi kuih makmur sedap dan mudah di laman Facebook. Tanpa tunggu lama, mari tengok resepinya di bawah ini.\n\nNota : Untuk rasa yang sedap guna susu tepung full-cream/whole milk. Biasa di kedai bakery jual 2 jenis, skim milk/whole milk. Skim milk warnanya lebih pucat daripada whole milk.\n\nSelain resepi kuih makmur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mencari resepi aiskrim paling mudah? Anda berada di laman web yang tepat. Hari ini kami akan suguhkan untuk anda resepi aiskrim coklat paling senang dan mudah.\n\nResepi aiskrim ini menggunakan bahan Hershey\u2019s Chocolate Syrup sebagai bahan utama perisa coklat. Berganding susu dan coklat, sangat sedap manis memikat. Resepinya sangat senang cuma 5 minit sahaja dapat menghasilkan aiskrim sedap memikat.\n\nPara ibu yang ada masa boleh cuba buat aiskrim ini petang-petang untuk anak-anak di rumah. Konfirm anak-anak anda akan sangat suka. Resepi perkongsian ramai daripada \u200eAzarimah Ismail\u200e\u00a0di Facebook. Jom buat resepinya.\n\nSelain resepi kek batik nestum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anda mungkin biasa membuang air kecil sebanyak 4 hingga 8 kali sehari. Ia mungkin disebabkan anda minum banyak air sebelum itu. \n\nTapi, jika anda membuang air kecil lebih daripada 10 kali sehari dan tidak rasa puas semasa kencing, mungkin anda sedang menghadapi masalah kencing yang lebih serius. Ini juga mungkin tanda yang anda mempunyai masalah kesihatan yang lain.\n\nContohnya\njika kekerapan membuang air kecil ini disertai dengan demam dan rasa ingin\nkencing dengan segera serta rasa tidak selesa atau sakit pada abdomen, anda mungkin\nmengalami infeksi trek kencing.\n\nInilah masa terbaik untuk anda berjumpa dengan doktor. Bagi memastikan yang anda benar-benar mempunyai masalah kerap kencing dan bukan sekadar kerana minum banyak air, doktor akan bertanya soalan-soalan seperti berikut terlebih dahulu:\n\nMasalah\nkerap kencing juga datang dengan simptom-simptom tertentu. Antara\nsimptom-simptom lain yang anda boleh perhatikan dan turut diambil perhatian\noleh doktor ialah;\n\nPerkara\nyang turut diberi perhatian juga adalahsejarah perubatan pesakit. Doktor lebih\nmudah mengetahui tentang masalah anda sekiranya mereka jelas dengan sejarah\nperubatan pesakit. Selepas itu, barulah doktor menjalankan ujian yang lain bagi\nmemastikan sekiranya masalah kerap kencing itu ada. Antara ujian yang\ndijalankan ialah;\n\nTerdapat banyak sebab yang menjadi punca kepada kekerapan membuang air kecil. Antaranya adalah kerana anda mungkin sedang menghadapi antara masalah kesihatan yang berikut;\n\nJika\nanda kencing pada jumlah banyak yang lebih daripada biasa, anda berkemungkinan sedang\nmengalami simptom awal diabetes jenis 1 atau jenis 2. Anda kerap kencing pada\nmasa ini kerana tubuh anda cuba membuang glukosa yang tidak digunakan menerusi\nair kencing anda.\n\nHamil\nboleh menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil. Dari awal kehamilan,\nuterus yang mengembang memberikan tekanan kepada pundi, lalu menyebabkan anda\nkerap kencing. Menurut kajian, hampir 40% wanita mengalami masalah kerap\nkencing semasa hamil.\n\nProstat\nyang membesar boleh menekan uretra dan menghalang aliran air kencing. Ini\nmenyebabkan dinding pundi merengsa. Pundi mula mengecut walaupun apabila ia\nhanya mengandungi air kencing yang sedikit. Ini menyebabkan anda lebih kerap\nkencing.\n\nKeadaan\nyang tidak diketahui puncanya ini digambarkan dengan kesakitan pada bahagian pundi\ndan pelvis. Antara simptomnya ialah kerap membuang air kecil.\n\nUbat\nini digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan pembentukan cecair di\ndalam buah pinggang dan membuang lebihan cecair dari dalam tubuh. Ini\nmenyebabkan mereka kerap kencing.\n\nKerosakan\npada saraf pada pundi boleh membawa kepada masalah fungsi pundi termasuk kerap\nmembuang air kecil.\n\nPunca-punca\nlain berlakunya kerap kencing juga termasuk:\n\nKerap\nkencing juga mungkin disebabkan oleh masalah pundi kencing aktif atau OAB.Sebanyak\n64% rakyat Malaysia mengalami masalah pundi kencing aktif. Manakala, jika\ndilihat statistiknya di seluruh dunia, 17% orang dewasa mengalami masalah ini.\n\nPenghidap\nOAB menerima rangsangan daripada pundi kencing terlalu cepat walaupun pundi\nkencing masih tidak penuh. Pundi kencingnya akan mengecut secara tidak sedar dan\nboleh berlaku pada bila-bila masa tanpa amaran. Ini menyebabkan pesakit kerap\nkencing. Untuk masalah yang lebih serius, pesakit mengalami ketirisan air\nkencing di luar kawalan dan terpaksa memakai pad atau lampin. \n\nMasalah\nkerap kencing boleh diatasi dengan bantuan daripada doktor. Doktor akan\nmembantu pesakit dengan memberikan nasihat dalam mengubah gaya hidup selain\nrawatan perubatan yang bersesuaian.\n\nPesakit\njuga akan diminta untuk menurunkan berat badan sekiranya berat badan mereka yang\nberlebihan menjadi punca kekerapan kencing itu berlaku. Teradapat juga latihan\nfisioterapi kepada sesetengah pesakit bagi mengatasi masalah ini.\n\nJika\nanda tiada masalah kencing pada masa ini, anda pasti mahu mengelakkan masalah\nitu daripada berlaku kepada anda. Ini kerana masalah kerap kencing boleh\nmenjejaskan emosi, mengganggu kerja anda dan urusan harian anda. Ia sekaligus\nmenjadikan anda kehilangan keyakinan diri dalam hubungan anda dengan orang\nlain. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengatasinya daripada merawatinya. Terdapatbeberapa\ncara yang anda bolehlakukan iaitu;\n\nWalau apa pun puncanya, masalah kerap kencing adalah masalah yang boleh dirawati. Ini menolak sangkaan sesetengah orang yang menyangkakan bahawa masalah kerap kencing ini tidak dapat diubati. Apa yang penting adalah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai dengan punca berlakunya masalah tersebut.\n\nKami juga menulis artikel lain. Jemput baca artikel seperti punca sakit belakang , punca cyst dan punca senggugut."
"Perkongsian kali ini kami akan membawa anda melawat hidangan western iaitu spaghetti. Ramai juga rakyat Malaysia yang suka makan hidangan asal Italia ini. Adakah anda antara yang suka makan spaghetti?\n\nSpaghetti ialah sejenis pasta yang menyerupai mee. Spaghetti memiliki rasa sedap yang nyaman di lidah dan disukai banyak orang. Banyak cara penyajian spaghetti dengan menggunakan pelbagai jenis sos tertentu. Berbagai-bagai sos spaghetti yang terkenal ialah sos Bolognese, carbonara, marinara, agilo olio, sos kerang, puttanesca, sos tomato dan basil, dan bebola daging.\n\nNamun kali ini resepi menarik yang dikongsikan oleh Herawati Basri di laman Facebook menuai perhatian ramai. Pasalnya spaghetti resepi ini dimasak dengan spicy salted egg creamy. Dengar macam menarik bukan? Ada creamy dan pedas telur masin dalam spaghetti anda. Adakah anda penasaran resepinya? Jom tengok di bawah.\n\nResepi Spicy Creamy Salted Egg Spaghetti\n\nSelain spicy salted egg spaghetti, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Bagi ibu yang memerah susu untuk anak yang tersayang, adalah sangat penting untuk anda mengetahui cara simpan susu ibu dengan betul agar susu perahan kekal segar dan nutrisinya terjamin selain mengelakkannya daripada tidak tahan lama dan cepat rosak. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara simpan susu ibu yang terbaik.\n\nTerlebih dahulu, anda perlu tahu apakah senarai alatan yang anda perlukan bagi memudahkan proses memerah dan menyimpan susu ibu. Di antara alatan paling asas yang anda perlukan ialah:\n\nBagaimanakah cara simpan susu ibu dengan betul agar tahan lama, kekal berkhasiat, dan tidak cepat rosak?\n\nUntuk memastikan susu perahan anda kekal segar dan tidak dijangkiti kuman dan bakteria, adalah sangat penting untuk anda menyimpan susu perahan dengan cara yang betul. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan:\n\nTips menyimpan susu ibu secara efektif\n\nBerikut adalah tips menyimpan susu ibu secara efektif yang boleh anda lakukan bagi memastikan stok susu perahan anda terkawal, mengelakkan pembaziran, dan mengelakkan berakunya kejadian susu perahan anda rosak akibat tamat tempoh dan terpaksa dibuang. Apa yang anda perlu lakukan ialah:\n\nItulah dia info tentang cara simpan susu ibu yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tips penyusuan susu ibu, masalah penyusuan susu ibu dan cara penyimpanan susu perahan."
"Salah satu menu makan bersih yang favorit untuk menu diet. Menu sihat berbahan asas telur diwrap dengan sayur, timun dan wrapper. Menu ini amat simple bahan dan penyediaannya.\n\nTelur diwrap dengan sayur yang banyak. Jika anda suka banyak sayur, boleh letak banyak salad dan timun. Jika suka boleh letak sos juga. Wrap telur ini boleh dimakan sebagai pengganti makan pagi atau makan malam.\n\nJika ingin diet, pastikan hidangan utama cukup nutrisi, ada karbohidrat ada protein ada fiber. Kurangkan makan/minum gula, minyak, garam dan aji. Jangan lupa senaman juga ya. Resepi dikongsikan oleh Syafiqah Nasuha di laman Facebook.\n\nSelain wrap telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Teringin buat daging salai tapi duduk rumah 25 tingkat? Kalau bakar kayu nanti sampai pulak bomba. Mari-mari siapa yang sudah teringin sangat buat, kami tulis resepi daging salai cara oven yang konfirm tidak berasap.\n\nResepi ini didatangkan dari Farah Wahida Mostaf di laman Facebook. Dengan idea masak daging salai guna oven, semua masalah bakar-bakar selesai. Maka terhasil lah resepi daging salai oven khas untuk pengguna oven sahaja yang mengelakkan bakar-bakar di dalam rumah. Kalau di luar rumah ada kawasan lapang senang boleh bakar dengan arang bukan? Resepi sama sahaja tetapi beza guna oven atau tidak.\n\nLama bakar untuk dapatkan daging masak sekata diperlukan masa 1 jam 30 minit, bergantung oven masing-masing. Daging salai masak lemak cilipadi sesuai untuk jadi lauk makan tengah hari. Makan dengan nasi putih dan ulam. Selamat mencuba.\n\nResepi Daging Salai (Oven) Masak Lemak Cilipadi\n\nSelain daging salai masak lemak cili api, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Anda tercari resepi roti pita yang sedap? Kali ini akan kami kongsikan resepi roti pita sedap mudah daripada Mazira Hassan\u200e\u200e di laman Facebook.\n\nRoti pita selalunya menghiasi tapak makanan di pasar malam. Makan roti pita sekeping dua boleh tahan kenyang dari malam sampai ke pagi.\n\nRoti pita berbentuk bulat. Apabila dihidang selalunya dipotong setengah seperti poket doraemon. Kemudian diisikan inti ke dalamnya.\n\nRoti pita biasanya diisi daging, sayur dan sos ke dalamnya. Ianya jadi tebal, sedap dan mengenyangkan. Isi roti pita menambah kesedapannya.\n\nMalas pergi ke pasar malam, boleh buat roti pita di rumah. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi roti pita, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Masalah fungus atau kulat dan jangkitan fungus pada kulit boleh mendatangkan rimas dan mengganggu urusan seharian. Malah, ada jangkitan fungus yang boleh menyebabkan ancaman penyakit berbahaya dan mengakibatkan kematian.\n\nAyuh baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan fungus kulit dan petua yang boleh diamalkan untuk hilangkan fungus kulit.\n\nFungus atau kulat merupakan organisma hidup yang tidak boleh menghasilkan makanannya sendiri, tidak seperti tumbuh-tumbuhan.\n\nOleh itu, fungus perlu menumpang hos yang mengandungi bahan organik untuk mendapatkan makanan seperti kayu reput, bangkai haiwan atau menumpang mana-mana hos hidupan.\n\nFungus boleh wujud sebagai parasit yang memudaratkan hos yang ditumpangnya atau hidup sebagai organisma hidup bebas yang memerlukan sumber organik sahaja sebagai sumber nutriennya.\n\nBerdasarkan laporan para penyelidik dari Insttitut Farmasi SAFE, India pada tahun 2010, jangkitan fungus pada kulit boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu\n\n1. Superficial/cutaneous \u2013 kehadiran fungus pada permukaan kulit, rambut dan kuku\n\n2. Subcutaneous \u2013 jangkitan pada tisu di bawah kulit\n\n3. Sistemik \u2013 mendominasi dan menyebabkan penyakit pada kawasan yang ditumpangnya apabila bertindak sebagai parasit\n\nFungus yang menjangkiti kulit akan menyebabkan\u201dringworm\u201d \u00a0atau kurap kerana pembentukan bentuk seperti gegelang \u201cring.\u201d Kulit akan menjadi berwarna merah, berbentuk seperti cacing yang membuat bulatan dan gatal-gatal.\n\nKurap boleh berlaku melalui sentuhan dan perkongsian barangan peribadi mereka yang sudah dijangkiti fungus ini.\n\nAntara jangkitan kurap yang biasa dilihat ialah:\n\nMasalah ini adalah disebabkan kehadiran fungus jenis yis, Candida albicans yang menyerang permukaan lidah dan mukus di bahagian pipi.\n\nBentuk tompok putih seperti \u2018plak\u2019 yang sering disalah anggap sebagai kurap susu akan muncul.\n\nUntuk membezakannya dengan kurap susu yang tidak berbahaya itu, plak jangkitan ini menyebabkan bengkak dan kemerahan di kawasan yang dijangkiti.\n\nPenggunaan antibiotik dan steroid yang berlebihan di kawasan mulut telah mengganggu keseimbangan mikrob lalu menyebabkan yis Candida albicans mengambil peluang untuk tumbuh dan merebak dalam mulut.\n\nJangkitan fungus daripada keluarga Candida ini menyerang kawasan punggung terutamanya bagi bayi yang memakai lampin, menyebabkan ruam-ruam yang gatal.\n\nRuam lampin yang tidak hilang selepas 3 hari mungkin merupakan jangkitan candidiasis yang berbahaya.\n\nJangkitan fungus kulit ini boleh berpunca daripada sistem penghadaman melalui air kencing dan najis atau dijangkiti daripada pengasuh yang menguruskan bayi atau pesakit yang memakai lampin.\n\nMelalui kulit, fungus tertentu akan memasuki sistem saluran tubuh melalui kapilari darah untuk hidup di dalam sistem tubuh dan mendatangkan penyakit.\n\nAntara organ yang menjadi tumpuan fungus setelah memasuki tubuh melalui kulit ialah:\n\nSelain mendapatkan khidmat nasihat dan ubatan yang disyorkon doktor perubatan dan ahli farmasi bertauliah, terdapat beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan sebagai petua hilangkan fungus kulit.\n\nMenariknya, terdapat penyelidikan saintifik yang dijalankan bagi membuktikan dan menerangkan penemuan ini. Namun, jika masalah fungus kulit ini berlarutan, adalah sangat disarankan untuk berjumpa dengan doktor perubatan terdekat.\n\nArtikel ini sekadar menyenaraikan petua tradisional yang diajarkan secara turun-temurun oleh masyarakat kita khususnya.\n\nAntara bahan yang boleh dijadikan ekstrak dan disapu pada permukaan kulit sebagai petua hilangkan fungus kulit ialah:\n\nKajian Saintifik Penggunaan Bahan Semula Jadi sebagai Anti Kulat\n\nPada tahun 2012, sekumpulan penyelidik Turki telah menerbitkan penemuan mereka di Turkish Journal of Biology, yang mengkaji 21 bahan yang boleh digunakan dalam bentuk ekstrak untuk menjadi ramuan anti kulat atau bahan hilangkan fungus kulit yang berkesan, antaranya:\n\nSementara itu, penyelidik daripada UTM, Skudai pada tahun 2014 ada mengulas 10 senarai bahan semula jadi yang serimg digunakan dalam perubatan tradisional yang boleh dijadikan alternatif bahan antioksidan, seperti\n\nRisiko jangkitan fungus pada kulit boleh dikurangkan sekiranya amalan kebersihan yang betul diamalkan. Antara tips yang boleh dikongsi ialah tidak berkongsi peralatan kebersihan peribadi seperti tuala, berus gigi dan sabun jenis ketul.\n\nSentiasa berkasut atau berselipar terutamanya jika berada di kawasan awam seperti kolam renang. Penggunaan tuala yang kering untuk mengelap badan selepas mandi juga boleh mencegah jangkitan fungus.\n\nManfaat daripada alam semula jadi bukan sahaja dilihat dari aspek masakan untuk menambah rasa dan aroma, malah boleh dijadikan sebagai ramuan petua hilangkan fungus kulit."
"Tiada yang mampu tahan godaan ayam goreng seringgit. Jangan pandang sebelah mata, walaupun murah, ayam bajet seringgit selalu jadi favorit ramai sebab ianya sedap, rangup dan berbaloi juga.\n\nSekarang pun makin ramai orang yang jual ayam goreng seringgit di kedai-kedai tepi jalan atau pasar malam. Namun dengan mengesampingkan harga yang murah, anda juga mesti ingin beli ayam goreng seringgit yang sedap punya, rangup, rempah terasa, dan daging ayam yang lembut, betul?\n\nOleh kerana kami tidak ingin anda kecewa, kami datangkan resepi ayam goreng seringgit terus daripada peniaga ayam goreng tersebut. Jangan sangsi jangan bimbang, resepi dijamin seratus peratus sedap kerana cik \u200eMurni Rahmat\u200e telah membuktikan sendiri dengan jualan dia yang laris manis.\n\nDi bawah ini kami ringkaskan untuk anda resepi yang dikongsikan cik Murni di laman Facebook. Ayam goreng yang terhasil memang sedap sangat, rangup, ayam lembut, rempah terasa tidak lebih tidak kurang. Sesuai dijadikan kudapan, malah lebih sedap dari ayam goreng puluh-puluh ringgit. Selamat mencuba.\n\nSelain ayam goreng seringgit, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Siapa yang tidak suka makan ayam?!Confirm anda semua menyukai ayam apalagi dimasak dengan resepi yang powerkan. Seperti resepi yang kami kongsikan di bawah ini iaitu resepi ayam panggang madu lada hitam.\n\nHmm, mendengar namanya sahaja sudah membuat orang yang membacanya meneteskan air liur. Yep, ayam panggang memang sangat digemari orang ramai kerana rasanya yang memang sedap sangat. Apalagi ayam panggang madu, satu keluarga mesti suka masakan ini.\n\nRasanya yang tidak terlalu pedas, membuat anak-anak juga menyukai ayam panggang madu lada hitam ini. Resepi yang dikongsikan oleh Rosma Ros di facebook ini sangat mudah dan senang. Ia tidak perlu dibakar namun hanya memakai oven. Tidak perlu ditunggu di dapur. Jimat masa kan.\n\nBaiklah, sila mencuba resepi di bawah ini.\n\nResepi Ayam Panggang Madu Lada Hitam Versi Oven\n\nCara Memasak Ayam Panggang Madu Lada Hitam versi Oven\n\nSangat senang dan jimat masa bukan? Sila mencubanya..\n\nSelain resepi ayam panggang madu lada hitam versi oven, kami juga telah menulis resepi menarik lainnya. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Cempedak goreng rangup, sedap dimakan petang-petang sebagai camilan. Makan sambil layan cerita, berkumpul dengan keluarga. Makan cempedak goreng ditemankan teh o sejuk. Sedap tiada terkata.\n\nCempedak goreng manis dan lazat, ianya juga lembut. Cempedak yang biasa dibuat untuk goreng ialah yang bersaiz kecil-kecil. Jangan tersilap pula membezakan cempedak dengan nangka ya. Nangka lebih besar dan selalunya dimakan macam itu sahaja jika sudah masak ataupun digulai jika masih muda.\n\nAdunan tepung untuk cempedak juga tidak boleh sembarang buat. Haruslah adunan tepung goreng yang tepat rasionya untuk menghasilkan cempedak goreng rangup yang garing, lazat dan tidak membosankan untuk dimakan.\n\nResepi cempedak goreng rangup kami hadirkan untuk anda pada perkongsian kali ini. Didatangkan daripada\u00a0\u200eTuan Adriana Arissa\u00a0di Facebook. Resepi bancuhan tepung goreng rangup boleh buat untuk goreng ikan, seafood, pisang, ubi, tauhu begedil dan lain-lain. Sentiasa rangup walaupun sejuk.\n\nSelain resepi cempedak goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Suatu ketika, TIAF didatangi oleh satu keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang membawa serta ibubapa mereka, termasuk anak-anak kecil.\n\nSeperti biasa, kehadiran mereka bertujuan untuk diagnos dan mendapatkan khidmat rundingcara berkaitan dengan masalah yang mereka hadapi.\n\nWanita adalah antara tonggak utama keluarga. [UKM]\n\nSetelah selesai sesi Diagnos, sang faqir mula disoal oleh ibu kepada pasangan suami isteri ini, yang sang faqir panggil Makcik K. Gaya Makcik K ini tidak ubah seperti gaya seniwati Mariani, dengan gaya bercakap, berjalan dan memandang orang. Dan kelihatan dirinya lebih dominan berbanding suaminya yang pendiam. Makcik K mula menyoal sang faqir.\n\nMakcik K : Ustaz umur berapa sekarang?\n\nMakcik K : Ooo muda lagi. Dah ada anak?\n\nSang faqir : AlhamduLILLAH, sudah, insyaALLAH Januari tahun depan (2015) nak masuk 4 orang.\n\nMakcik K : Boleh tahan. Nie mesti kahwin muda nie. Orang rumah umur berapa?\n\nMakcik K : Muda lagi. Rugi je masa, masa muda nielah nak kerja besar, cari duit. Belajar sampai peringkat mana? Kerja apa dia (merujuk kepada isteri sang faqir)? (Makcik K dicuit oleh anak\nperempuannya)\n\nSang faqir : (Dalam hati, sabo je la) AlhamduLILLAH makcik, isteri saya berjawatan besar sekarang, besar dari saya. Kalau ikutkan gaji, memang tak terjangkaulah dengan gaji saya.\n\nMakcik K : (Terbuka luas mata) Bagus tu, kerja apa tu? Kalau ikut umur dia, sebaya dengan anak makcik yang tengah sambung belajar sekarang.\n\nSang faqir : Kerja dia memang saya pun tak mampu nak buat. Memang tak terdaya, sebab tu gaji dia tak terjangkau banding dengan gaji saya.\n\nMakcik K : Company mana dia kerja? (Anak dan menantu Makcik K mula menunjukkan keadaan yang tidak senang dengan situasi ibu mereka).\n\nSang faqir : Company pun besar makcik, kena urus macam-macam.\n\nMakcik K : Bagus tu, muda-muda dah gaji besar, kerja company besar. Kat mana tu? Kot-kot satu company dengan anak makcik.\n\nSang faqir : Company Baitiy Jannatiy.\n\nMakcik K : Tak pernah dengar pun, kat mana tu? Melaka juga ke?\n\nSang faqir : Yer, di Melaka je.\n\nMakcik K : Dekat ke tempat kerja dia dengan rumah?\n\nSang faqir : Dekat sangat, dalam rumah je pun. (Anak dan menantu Makcik K tergelak, suaminya yang dari tadi diam tanpa reaksi, turut tersenyum)\n\nMakcik K : Laa, duk rumah saja. Kenapa dia tak keluar bekerja, kan sekarang bagus kalau orang perempuan bekerjaya. Tengok macam anak saya nie, (menunjukkan kepada anaknya) kerja pensyarah, yang no 3 kerja di petronas. Zaman dah berubah, orang perempuan kena keluar bekerja.\n\nSang faqir : (Sambil senyum \u2018cool\u2019, walaupun dalam hati ALLAH saja yang tahu) Beginilah makcik, memang saya tidak galakkan dia bekerja, walaupun tahap pengajian dia memang bagus dan tinggi. Nak tanya anak makcik yang sebaya isteri saya sekarang, masih belajar, dia ambil pinjaman atau bayar sendiri?\n\nMakcik K : Ooo yang tu, dia ambil PTPTN. (waktu ini terbayang iklan, PTPTN kan adoo)\n\nSang faqir : Ok, buat pengetahuan makcik, isteri saya dapat pinjaman MARA dulu, habis pengajian dia, pinjaman tu dia tak perlu bayar, bertukar jadi biasiswa. Makcik faham tak maksudnya?\n\nMakcik K : Hmm, tak berapa faham.\n\nSang faqir : Maksudnya, dia tak perlu bayar semula pinjaman yang dibuat semasa belajar dulu, pasal pencapaian CGPA dia. Mudahnya makcik, dia cemerlang.\n\nMakcik K : Haa, habis tu mesti boleh dapat kerja besar kan? Kenapa tak pergi kerja je (Makcik K tidak puas hati)\n\nSang faqir : Pasal dia belajar tinggi-tingi semata-mata untuk jaga makan minum suami dan jaga pendidikan anak-anak.\n\nMakcik K : Saya tak setuju tu, buat apa buang masa lama-lama kat U kalau setakat duduk rumah jaga suami dengan anak? Kan ke buang masa tu.\n\nSang faqir : Makcik, saya pinjam ayat makcik semula, zaman dah berubah. Itulah hakikatnya. Zaman sekarang, sudah tiba masanya kembali kepada asalnya, iaitu tempat orang perempuan di rumah. Maksudnya kepentingan utama orang perempuan di rumah. Belajar tinggi-tinggi tu, tak lain dan bukan semata-mata untuk jadi cikgu, pensyarah, ustazah, professor, doctor, chef dan jurutera kepada anak-anak di rumah.\n\nSebab itu saya bagitahu, gaji saya tidak terjangkau dengan gaji dia, memang saya tak mampu bayar semua tu, pasal tinggi. Tapi lebih tinggi makcik, ialah dia tak pernah minta balasan untuk semua tu, itulah gaji yang saya tak mampu langsung untuk bayar.\n\nMakcik K : ( Makcik K terdiam dan hanya menjawab pendek) Dah macam tu, nak buat macam mana, itu dah pilihan dia.\n\nSang faqir : Dan disebabkan pilihan itulah makcik, saya tidak pernah rasa malu isteri saya tidak bekerja, malahan lebih bangga, kerana anak-anak saya bersama-sama JAMINAN masa depan mereka. Jadi, kalau orang tanya saya, kenapa belajar tinggi-tinggi kalau semata-mata hendak duduk di rumah sahaja? Jawab saya mudah makcik, zaman sudah berubah.\n\nDari dulu kaum ibu jadi tonggak dalam keluarga, tulang belakang untuk suami, maka samalah juga sekarang nie. Tapi tak bermaksud yang bekerja tu, tak layan keluarga dengan baik, boleh jadi mereka ada tanggungan besar, itu sudah ketentuan hidup.\n\nSebab itu, saya tidak pernah bimbang anak-anak saya tidak ke sekolah, pasal saya yakin dan tahu, anak-anak saya ada cikgu, prof, doctor dan pensyarah yang terbaik bersama mereka.\n\nMakcik K terdiam, ahli keluarga lain khusyuk mendengar bebelan demi bebelan sang faqir. Berbetulan azan Asar sudah berkumandang, maka mereka meminta diri untuk pulang. Makcik K kelihatan seperti tidak puas hati. Anak dan menantu Makcik K memohon maaf pada sang faqir kerana kelakuan ibu mereka.\n\nBagi sang faqir, ianya tiada masalah dan sudah menjadi lali, itu belum makcik-makcik yang \u2018kepoh\u2019 di kampung, jadi pertanyaan dan pandangan Makcik K sudah menjadi nasi dan lauk sang faqir hadapi.\n\nSekadar perkongsian kepada yang masih beranggapan bahawa tugas seorang Ibu di rumah hanya sekadar memasak, membasuh baju dan melipat baju. Walaupun pada hakikatnya, sang faqir tidak pernah membenarkan isteri tersayang membasuh dan menjemur pakaian sejak dari awal perkahwinan, kerana itu sudah menjadi tugas sang faqir.\n\nJadi, wahai sekalian suri rumah, berbanggalah kalian dengan \u2018pekerjaan\u2019 kalian, kerana tidak semua yang mampu menanggung pekerjaan seperti kalian. Wahai suami kepada suri rumah, berbanggalah dengan isteri kalian, kerana mereka bekerja tanpa gaji, malahan tanpa meminta gaji.\n\nHakikatnya kalian tidak akan mampu membayar gaji mereka, walaupun dengan sekalung rantai berlian Habib Jewels atau sepasang gelang wah chan setiap bulan."
"Ibu ingin kongsi mengenai anak mengadu.\n\nMengadu di sini maksud Ibu ialah mengadu adik jahat ke, kakak garang dan pukul ke. Iaitu satu perbuatan menjatuhkan satu sama lain. Yang boleh membuatkan ibu atau bapa yang baru balik jadi berserabut.\n\nJika anak-anak hendak bercerita perihal apa yang dia lalui seharian sebelum berjumpa dengan anda hari itu, itu BUKANlah dinamakan mengadu. Itu bercerita. Dan SANGAT PENTING anda memberi perhatian kepadanya semasa itu.\n\nKerana sekiranya anda menangguhkan, ia tidak akan datang balik. Selepas itu mereka sudah lupa atau tidak minat hendak berkongsi lagi kerana mereka sudah ada perkara lain yang menarik perhatian mereka.\n\nNamun, jika di dalam dia bercerita itu terselit aduan, maka ambillah masa menyatakan kepadanya. Yang ini nanti kakak cakap sekali lagi kat mama ya.\n\nDengan cara itu anda sudah tahu apa yang hendak diadu dan anda boleh khaskan masa mendengarnya nanti.\n\nIbu harap ini membantu anda dari keliru."
"Bercuti di tepi pantai? Semua orang suka. Memandang air laut yang biru kehijauan, deruan ombak yang mendamaikan dan pasir putih yang membenamkan kaki. Aaarggghhh, semua orang pasti teruja.\n\nKegembiraan bercuti pasti tak kekal lama. Mana taknya, bila balik rumah pening kepala cara nak hilangkan sunburn pada wajah dan tubuh. Pastinya kita tak selesa apabila kulit menjadi merah kehitaman, pedih dan kering.\n\nNak naik kerja atau jumpa kawan-kawan pun segan dibuatnya. Cara yang paling mudah, pakai foundation tebal-tebal. Tahukah anda, sunburn perlu dielakkan dan dirawat? Ramai orang yang memandang ringan perkara ni.\n\nSerba tak kena apabila kulit muka terbakar. Solekan pun tak akan kekal lama, tona kulit nampak pelik dan kita juga berasa tak selesa sepanjang masa. Ini ialah berita baik untuk semua yang suka bercuti. Penulis akan kongsikan cara-cara untuk hilangkan sunburn.\n\nTips ni boleh digunakan bagi sesiapa saja yang ada masalah sunburn seperti ingin mengetahui cara menghilangkan sunburn. Mereka yang aktif bersukan di luar, yang bekerja di bawah terik matahari malahan untuk surirumah juga. Jangan ingat duduk dalam rumah, anda bebas sepenuhnya daripada sunburn.\n\nSebelum itu, mari kita mengambil tahu sebab berlakunya sunburn pada kulit wajah dan tubuh. Sunburn terjadi akibat selaran matahari akibat terdedah kepada pancaran matahari dalam tempoh yang lama.\n\nJika kerap terdedah kepada cahaya matahari tanpa krim pelindung sinaran radiasi (UV), ia akan meningkatkan risiko kerosakan kulit dan penyakit tertentu. Antaranya ialah jangkitan, kulit mengalami penuaan pramatang, jeragat, kanser kulit dan kerosakan mata.\n\nRadiasi ultraviolet ni akan menyebabkan kulit menjadi merah, sedikit bengkak, gatal, kering dan mungkin kesakitan pada otot. Selepas beberapa hari, kulit juga akan mula mengelupas.\n\nBagi kes yang lebih teruk kulit akan menjadi bengkak yang sakit apabila disentuh, demam, loya dan sakit kepala. Ada juga orang yang mengalami lemah badan dan berasa seram sejuk.\n\n#1 Pastikan Pakai Krim Pelindung UV\n\nSebelum keluar dari rumah, pastikan anda menggunakan krim pelindung sinaran matahari. Walaupun anda mengenakan solekan yang tebal, ia tetap tidak akan menghalang sinar UV daripada menembusi kulit. Malahan, anda digalakkan memakainya walaupun tak keluar rumah.\n\nTerdapat 2 jenis krim pelindung kulit iaitu sunscreen dan sunblock. Ramai yang keliru tentang kedua-dua krim ni. Sebenarnya, fungsi kedua-duanya tak sama.\n\nSunscreen berfungsi untuk menyerap sinaran UV kerana sinaran matahari membekalkan vitamin D. Pada masa yang sama, ia juga mengehadkan jumlah sinaran UV untuk menyerap pada kulit.\n\nManakala, sunblock pula menghalang sinaran UV sampai ke kulit. Biasanya kita akan mencari krim sumblock atau produk wajah yang mempunyai Sun Protection Factor (SPF) yang tinggi.\n\nSPF digunakan untuk menganggarkan jumlah sinaran UV untuk melindungi kulit kita. Bagaimana kita nak tahu sama ada SPF tersebut benar-benar berkesan?\n\nJumlah SPF x Masa (untuk kulit terbakar tanpa perlindungan) = Masa (untuk kulit terbakar dengan perlindungan)\n\nSPF 50 x 10 minit = 500 minit kulit akan dilindungi\n\n#2 Pakai Minyak Bayi atau Minyak Zaitun\n\nSapukan dengan tipis beberapa titik minyak bayi atau minyak zaitun sebelum menyapu krim pelindung. Ia dapat mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan akibat pancaran matahari yang kuat. Boleh juga gunakan losyen pelembap.\n\nJika anda bercadang untuk berkelah di tepi pantai atau membuat aktiviti luar seperti hiking dan sebagainya, elakkan mengenakan solekan. Walaupun ada alat solekan yang mempunyai SPF seperti foundation, bedak dan sebagainya, ia akan merumitkan keadaan.\n\nBayangkan dengan wajah yang terbakar dan sakit, anda perlu pula menanggalkan solekan. Tugas tu bukan mudah. Beberapa langkah perlu dibuat agar solekan benar-benar tertanggal. Ini akan menyebabkan kulit wajah menjadi lebih sensitif.\n\nApabila anda terdedah terlalu lama di luar, cepat-cepat buat langkah pencegahan di bawah untuk mengelakkan kulit menjadi semakin teruk.\n\n#1 Segarkan Tubuh dengan Air Sejuk\n\nSegera mandi atau berendam di dalam air sejuk. Jangan sesekali gunakan pemanas air. Ia akan membuat kulit menjadi semakin kering.\n\nJika bahagian muka terbakar teruk, gunakan mask kosong yang direndam dengan air sejuk. Kemudian letakkan pada wajah. Mask kosong ni boleh dibeli di Daiso, Watson dan sebagainya. Ia hanyalah tisu kosong yang tak mempunyai sebarang bahan di dalamnya.\n\nAnda juga boleh gunakan tisu biasa, sapu tangan, tuala muka dan sebagainya. Jika tangan dan kaki anda mengalami sunburn yang teruk, boleh gunakan selimut yang dibasahkan untuk menutup tubuh.\n\nAnda perlu menggunakan krim atau losyen pelembap sebelum dan selepas terkena sunburn. Ia dapat melegakan kulit muka daripada merekah dan mengelupas.\n\nKesan sunburn akan menyebabkan kulit menjadi kering. Oleh itu, minum air yang banyak untuk membantu menghidrasi kulit.\n\nJika kulit menjadi melepuh, jangan pecahkannya. Anda perlu segera ke klinik atau hospital. Dikhuatiri bahagian yang luka tu akan dijangkiti bakteria dan masalah menjadi lebih teruk.\n\nJangan gunakan mentega atau marjerin, putih telur dan jeli petroleum atau apa-apa produk berasaskan minyak pada kulit. Apabila kulit mengalami sunburn, penggunaan bahan berasaskan minyak akan lebih sukar dibersihkan dan meninggalkan kotoran pada kulit.\n\nBahan semula jadi dalam aloe vera ni terbukti boleh merawat dan menyembuhkan sunburn. Ia juga dapat melembapkan kulit muka dengan berkesan. Rajinkan diri menyapu lendiran aloe vera sehingga kulit menjadi seperti sediakala.\n\nDiharapkan dengan perkongsian ni, para pembaca Bidadari.my mendapat info dan tips untuk mengelak dan merawat sunburn. Jika kita mengambil langkah pencegahan dan rawatan yang sepatutnya, tempoh masa untuk sunburn hilang juga cepat.\n\nJangan lupa kongsikan artikel ni dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Kalau ada tips yang lain, boleh juga maklumkan kepada kami. Semoga tips cara menghilangkan sunburn ini membantu. Jemput juga baca scub muka terbaik sunblock terbaik dan cara penjagaan kulit muka artis Korea"
"Resepi kali ini adalah resepi makaroni goreng daging. Resepi ini amat sesuai untuk dijadikan hidangan bila bila masa. Selain itu, bukan orang dewasa sahaja menggemarinya, malahan, kanak \u2013 kanak juga boleh makan. \n\nResepi ini tidak pedas sangat dan mudah untuk disediakan. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan di majlis keramaian. Makaroni daging ini juga boleh dijadikan bekal ke sekolah buat anak anak. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Hazwani Mohamed Shadli. Kata beliau, resepi ini boleh jadikan daging lebih juicy. Wah tak sabar mendengarnya. Jom kita lihat!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMenarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Pasti ramai percaya bahawa kekurangan vitamin akan menyebabkan pelbagai gangguan organ penglihatan. Namun dengan pengambilan vitamin kompleks multi-komponen untuk mata, anda dapat memperbaiki masalah mata anda. \n\nApakah vitamin terbaik untuk mata? Jom kami kongsikan 15 vitamin untuk mata terbaik digunakan.\n\nActive Doppelherz\u00a0 adalah vitamin yang berfungsi meningkatkan trofisme bola mata. Setiap kapsul mengandungi serbuk blueberry, suspensi lutein, zink oksida, vitamin A mata dan bioflavonoid.\n\nBioflavonoid adalah buah lemon yang mengandungi hesperin untuk meningkatkan aliran mikro dan aliran keluar vena. Untuk pengetahuan anda, golongan dewasa disyorkan untuk mengambil satu kapsul sekali sehari, selama satu atau dua bulan.\n\nSuperoptic adalah kompleks vitamin lengkap yang mengandungi lutein dan zeaxanthin, vitamin dan unsur seperti zink, selenium dan tembaga, suplemen mangan, vitamin B.\u00a0 \n\nVitamin untuk mata ini sesuai diambil oleh orang yang berusia lebih dari 40 tahun dan mereka yang memandu lama, membaca serta bekerja dengan komputer. Cara pengambilannya adalah satu kapsul sehari selepas makan.\u00a0\n\nOkuvayt Forte adalah kompleks vitamin dan mineral untuk mata yang mengandungi lutein, vitamin antioksidan kumpulan C, E dan zat yang bermanfaat. \n\nDengan pengambilan vitamin untuk mata terbaik ini, kelebihannya adalah ia dapat mengukuhkan saluran fundus. Selain itu, vitamin ini juga bertidak sebagai pencegah gangguan mata yang berkaitan dengan usia dan juga anti-radang.\n\nStrikes forte disebut sebagai vitamin yang dapat memulihkan trofisme optik dan mengandungi beta-karoten serta ekstrak blueberry kering. \n\nSebagai tambahan kepada bahan aktif ini, ia juga mengandungi asid askorbik, vitamin E, selenium dan lutein. Bagi orang dewasa, pengambilannya adalah dari 1 hingga 2 tablet sehari, selepas makan selama 1 hingga 3 bulan.\n\nOphthalmo Complivit adalah vitamin yang disyorkan untuk orang berusia lebih dari 18 tahun untuk meningkatkan penglihatan. Menurut pakar, vitamin ini sesuai untuk menjaga kesihatan seperti rabun dan sebagainya. Bagi wanita hamil dan kanak-kanak di bawah 18 tahun tidak disyorkan pengambilan vitamin ini.\n\nVitalux Plus Alcon adalah vitamin tambahan yang dihasilkan oleh Alcon dalam bentuk tablet. Keistimewaannya adalah ianya kaya dengan nutrien dan mengandungi semua elemen penting untuk meningkatkan penglihatan.\n\nKandungan terbaik vitamin ini adalah seperti lutein, vitamin B, A, C, E, K1, minyak ikan dan banyak lagi. Satu pek mengandungi 28 tablet dan perlu dimakan 2 biji tablet sehari.\n\nBlueberry Forte Evalar adalah salah satu vitamin yang paling popular untuk mata dan terbukti dengan baik dalam rawatan dan pencegahan penyakit oftalmologi. Ia diperkaya dengan vitamin dan zink yang baik untuk penglihatan dan dapat melindungi mata dari kegatalan dan keletihan.\n\nFocus Forte pula adalah sejenis vitamin yang mengandungi lutein, ekstrak buah blueberry, zink, zeaxanthin dan banyak bahan yang bermanfaat. Anthocyanin bertujuan untuk menguatkan mata manakala Lutein pula dapat mencegah jangkitan lensa, mengurangkan risiko kemerosotan dan kemusnahan retina. \n\nCara pengambilannya adalah satu tablet sehari dan tidak melebihi dua bulan. Vitamin ini amat sesuai untuk kanak-kanak berumur lebih dari 14 tahun dan orang dewasa.\n\nTahukah anda, Ascorutin adalah salah satu ubat tertua untuk menjaga kesihatan mata. Ia dapat memulihkan tisu mata yang rosak dan memperbaiki peredaran darah kepada mata. \n\nSelain itu, vitamin untuk mata yang terbaik ini juga dapat mengurangkan lebam di bawah mata dan meningkatkan pengeluaran kolagen. Setiap pek mengandungi 50 tablet dan mesti diambil dua kali sehari.\n\nVitamin dalam bentuk titis ini terbukti dapat mengurangkan mata kering, menghilangkan rasa terbakar dan kerengsaan. Gabungan asid hyaluronik dan hidroksipropilguara ini justeru membantu membentuk pelincir seperti gel cair di permukaan mata, yang tidak mengering untuk jangka masa yang panjang. Pada masa yang sama, ia juga dapat melembabkan mata anda.\n\nTauphon pula adalah vitamin yang mengandungi Taurine. Taurine adalah asid amino yang mengandungi sulfur dan merupakan produk metabolisme dalam badan. \n\nKhasiatnya diketahui dapat merangsang pembaikan pelbagai tisu, meningkatkan metabolisme tenaga, melambatkan proses distrofi dan menyumbang kepada normalisasi fungsi membran sel.\n\nCaranya mudah sahaja dimana anda perlu menggunakan satu hingga dua titis vitamin ini 4 kali sehari selama tiga bulan. Ia sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit kronik seperti katarak. Setiap botol Taufon mengandungi 10 ml vitamin.\n\nKatahrom dihasilkan untuk mereka yang lebih tua dan golongan berumur. Khasiatnya juga dapat mencegah perkembangan penyakit, mengurangkan simptom dan menenangkan mata. \n\nUbat ini mempunyai kesan positif pada keradangan yang tidak berkaitan dengan jangkitan pada mata. Dengan penggunaan biasa, vitamin untuk mata yang terbaik ini berfungsi mencegah pertumbuhan katarak.\n\nVitamin bayi Alfivit pula direka khas untuk kanak-kanak sehingga tiga tahun. Dengan pengambilannya, ia dapat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dan dapat mencegah beberapa penyakit, termasuklah penyakit mata.\n\nVision Vitrum dianggap sebagai salah satu vitamin khas yang dapat meningkatkan penglihatan dan memelihara fungsi struktur ruang anterior mata. Anterior mata berfungsi mengalirkan cahaya dan retina. \n\nVitamin untuk mata ini digunakan pada orang yang bekerja dalam kondisi cahaya rendah, pada usia tua, berisiko katarak, diabetes dan sebagainya. Selain itu, ia juga digunakan pada orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur lebih dari 12 tahun dan pengambilannya adalah satu biji untuk dua kali sehari.\n\nChildren\u2019s Lutein Complex adalah versi yang diubahsuai dari produk yang sama bagi orang dewasa yang mengandungi vitamin seperti zink, lutein, antosianin, zeaxanthin, dan likopen. \n\nIa ditujukan khas untuk kanak-kanak yang berusia 7 hingga 11 tahun dan untuk orang dewasa. Children\u2019s Lutein Complex ini mengandungi ekstrak buah blueberry dan manfaatnya adalah dapat mengurangkan risiko terkena penyakit mata pada kanak-kanak.\u00a0\n\nItulah antara vitamin untuk mata terbaik digunakan. Jom baca juga Sunbock terbaik, moisturizer terbaik, serum terbaik dan hadiah untuk suami.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.\n\n\u201cHati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir.\u201d\n\nAnak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.\n\n\u201cBolehkah saya tahu namamu, tuan?\u201d, tanya si anak kecil.\n\n\u201cJadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A\u2019dhom (Imam Agung) itu..?\u201d, tanya si anak kecil.\n\n\u201cBukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku.\u201d\n\n\u201cWahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran.\u201d\n\n\u201cSepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya.\u201d\n\nUlama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.\n\nBetapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan"
"Ayuh kenali al-Khawarizmi dan sumbangannya yang menarik.\n\nNama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al- Khawarizmi atau Abu Ja\u2019far Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan pada tahun 780M di daerah Khawarizmi atau kini dikenali sebagai Khiwa (Khiva) Uzbekistan. Gelaran Al-Khawarizmi diberikan kepadanya bersempena nama tempat kelahirannya iaitu, Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.\n\nBeliau juga dikenali dengan nama\u00a0 Abu Abdullah dan di barat, juga terkenal sebagai al-Cowarizmi, al-Ahawizmi al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa nama lain lagi.\n\nAl-Khawarizmi meninggal dunia pada tahun 840M dan sesetengah sumber yang mengatakan\u00a0 sekitar tahun 850M.\n\nBeliau muncul sebagai tokoh ilmuan matematik paling cemerlang semasa kekhalifahan Bani Abassiyah. Al-Khawarizmi juga pernah diamanahkan sebagai pustakawan sewaktu bekerja di Bayt al-Hikmah (House of Wisdom) di Baghdad dan bertanggungjawab mengumpul dan menterjemah buku-buku Yunani ke dalam bahasa Arab.\u00a0 Sehinggalah beliau mendapat kepercayaan memimpin perpustakaan khalifah.\n\nAl-Khawarizmi seterusnya menjadi tokoh yang paling tersohor bukan sahaja dalam ilmu matematik, tetapi juga dalam bidang astronomi dan geografi. Beliau juga sangat berpengetahuan luas dalam bidang sejarah Islam, kejuruteraan, aritmetik, falsafah,\u00a0 geometri, logik, muzik, dan kimia.\n\nBahkan beliau turut digelar sebagai \u2018Bapa Algebra\u2019 yang sangat berpengaruh ketika itu sehingga berzaman, bahkan sehingga kini.\n\nAntara keperibadian yang terpuji al-Khawarizmi yang turut diakui oleh kebanyakan sarjana Barat seperti Wiedmann dan G.Sarton. Antaranya;\n\nAl-Khawarizmi memulakan persekolah rendah seawal usia 6 tahun, selain membaca dan menulis beliau turut menghafaz al-Quran dan mempelajari ilmu syariah. Sejak kecil lagi al-Khawrizmi sangat meminati bidang matematik, algebra, dan geometrid dan sastera.\n\nSehingalah beliau mempelajari bidang matematik dengan lebih mendalam dan ilmunya itu diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah.\n\nSemasa pemerintahan Khalifah al-Makmum pula, al-Khawarizmi dilantik sebgai sebagai pengarah arkib di perpustakaan istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah buku-buku di Perpustakaan Baitul Hikmah tersebut. Beliau turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.\n\nAl-Khawarizmi banyak mengahsilkan karya dalam pelbagai bidang selain Matematik. Antara karya beliau yang terkenal ialah :\n\nBuku ini menyatakan bahawa beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.\n\nDalam buku ini beliau telah menunjukkan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian dikemukakan oleh Neo Babylian dan telah dibuktikan kebenarannya oleh Al-Khawarizmi.\n\nBuku ini diterjemahkan dalam bahasa latin sebagai \u2018De Numero Indorum\u2019. Melalui buku ini beliau telah memperkenalkan konsep sifar dan kaedah penggunaannya.\n\nKarya beliau ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.\n\nKarya mengenai \u00a0algebra ini dihasilkan pada tahun 820M.\n\nNama \u2018algebra\u2019 telah diinspirasikan daripada karya ini.\n\nPenutup: Al-Khawarizmi, ilmuan Matematik yang dibanggakan oleh Islam dan disegani dunia. \n\nTerbukti bahawa al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang bijak serta berpengetahuan luas, bukan sahaja dalam bidang matematik tetapi dalam bidang-bidang lain juga.\n\nSegala ilmu dan penemuan serta karya al-Khawarizmi bukan sahaja termasyur semasa zamannya sahaja, tetapi sehingga kini masih dipelajari dan\u00a0 dirujuk sebagai\u00a0 ilmu penting, termasuklah \u00a0di negara-negara barat yang menghargai kehebatan ilmuan Islam ini.\n\nAl-Khawarizmi bukan sahaja kebanggaan umat Islam, tetapi beliau adalah permata yang begitu sukar ditemui lagi dalam dunia moden ini, semoga lebih ramai anak muda Islam yang menjadikan beliau sebagai idola dalam mengembalikan semula kegemilangan matematik Islam di mata dunia.\n\nJika anda menyukai artikel ini, pasti anda juga menyukai perkongsian kami yang lain tentang; 3 Tokoh Islam Yang Hebat (Jom Didik Anak Jadi Seperti Mereka)"
"Air barli memang antara minuman yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia. Malah kebanyakan kedai atau restoran di luar sana kini banyak menyediakan menu air barli atas permintaan yang mengalakkan. Bukan sahaja kerana rasanya yang unik, khasiat air barli sangat lengkap untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang. \n\nBarli adalah sejenis bijirin yang didapatkan daripada pokok padi-padian. Nama lain bagi barli adalah padi belanda atau juga dikenali secara saintifik sebagai Hordeum vulgare. \n\nYang selalu kita jumpa di pasaran itu namanya beras barli. Ia berasal dari beras yang telah dibuang kulit luar (sekam) dan bahagian brannya. Khasiatnya air barli memang sangat banyak. Air barli sendiri sedap diminum dalam keadaan sejuk mahupun panas. \n\nBila sebut pasal barli, kita pastinya tidak melupakan topik untuk menguji sama ada barli mendatangkan manfaat yang lebih besar kepada manusia berbanding nasi. Perbandingan yang paling dekat dengan barli adalah beras perang.\n\nBarli dan beras perang, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jika anda sedang mengelak dari gluten, beras perang adalah pilihan yang tepat kerana barli mempunyai gluten. \n\nDari segi folik asid, dan vitamin E, ia banyak ditemukan dalam beras perang. Namun barli sangat tinggi fiber dan kalsium untuk tubuh badan kita. \n\nKhasiat air barli bermula dari kepelbagaian nutrisi yang ada padanya. Setiap 100gram bijiran barli yang telah dimasak, berikut adalah kandungan nutrisi yang terkandung:\n\nDari konteks kadar kalori pula, setiap 100gram barli adalah bersamaan dengan 123kcl. Di mana kadar ini sangat tinggi oleh kerana kandungan karbohidratnya yang baik. \n\n2. Mengurangkan rasa lapar dan bantu menurunkan berat badan\n\nMinum barli mudah rasa kenyang? Memang betullah kenyataan itu. Hal ini kerana, kandungan serat dalam air barli yang tidak ditapis boleh membantu penghadaman dan menjadikannya lebih teratur. \n\nKesannya, kita akan berasa kenyang lebih lama berbanding biasa. Sudahlah kalori yang sedikit, karbohidrat sebagai pembekal tenaganya pula tinggi. Memang patut pun perut kita terasa cepat kenyang dan badan cepat bertenaga. \n\nThe Mayo Clinic sendiri mencadangkan barli dalam diet pemakanan kerana ia adalah sumber fiber yang boleh larut. Barli mempunyai jumlah serat yang sangat tinggi bagus untuk pencernaan. \n\nBadan kita justeru memang sangat memerlukan serat untuk proses penghadaman bagi memindahkan makanan melalui perut dan keluar dari usus. Menariknya, setiap kali kita minum air barli yang tidak ditapis, ia akan menambah komponen penghidratan kepada kepekatan serat yang tinggi.\n\n4. Mengelakkan dari masalah batu karang\n\nKhasiat air barli yang ramai orang tidak tahu adalah ia membantu dalam memberi keseimbangan pH dalam tubuh badan kita dengan menjadikan ia alkali. \n\nJusteri, air barli bukan sahaja boleh menghancurkan batu karang malah menghentikan terus pembentukan batu karang. \n\nKhasiat air barli selanjutnya adalah menjadi solusi untuk merendahkan tahap kolestrol. Bahan kimia dalam barli iaitu tocols didapati dapat menekan kolesterol LDL dan menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular yang lebih baik secara keseluruhan. \n\nMenurut kajian, sumber antioksidan dalam air barli dapat menghilang radikal bebas, yang boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang dirasai jantung kita daripada terdedah kepada toksin. \n\nAir barli telah diuji kebolehannya dalam menngawal gula dalam darah. Minuman air barli tanpa manisan tambahan akan membuatkan gula dalam darah kita turun secara mendadak. \n\nBukan itu sahaja, malah air barli membantu dalam mengurangkan kesan teruk diabetes.\n\nKanser kolon atau kanser usus adalah kanser yang menyerang bahagian kolon, usus dan rektum (bahagian usus besar yang terlibat dalam pencernaan makanan dan pembuangan bahan kumuh).\n\nIa secara umumnya bermula dari polip, iaitu bonjol kecil pada permukaan dalam usus yang kebanyakannya tidak berbahaya. Namun apabila terus dibiarkan berpotensi untuk membesar dan menjadi kanser.\n\nFiber dalam air barli dikatakan mampu untuk melindungi kolon dengan membuang toksin yang tidak disingkirkan semasa penghadaman biasa. Di luar serat yang terkandung di dalamnya, barli juga mempunyai asid ferulik yang sebenarnya boleh menghalang tumor daripada membesar. \n\nBagi yang menghidap darah tinggi, tekanan darah memang menjadi perkara utama yang buat kepala runsing. Kadang kita jadi keliru dengan diet pemakanan sendiri untuk pastikan tekanan darah sentiasa dalam keadaan normal dan baik.\n\nJangan risau, kajian mengatakan air barli mempunyai kandungan serat larut seperti\u00a0beta-glucan\u00a0untuk menurunkan tekanan darah menjadi normal.\u00a0\n\nSerat larut ini berfungsi dalam menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik. Justeru, pengambilan air barli dapat membantu dalam menangani masalah darah tinggi. \n\nKhasiat air barli bukan sahaja pada kandungan vitamin dan mineral yang berfungsi dalam sistem pertahanan badan. \n\nMalah fungsi prebiotik pada setiap bijiran barli sangat berupaya dalam menguatkan sistem imun bagi seseorang sehingga membolehkan ia melawan penyakit dengan mudah.\n\nResepi air bali viral untuk kesihatan wanita\n\nBerikut adalah resepi air barli yang mudah untuk dibuat sendiri di rumah.\n\nJika air barli tidak habis diminum, boleh simpankannya dalam peti ais. Bagi mengelakkan barli terlalu kembang, anda boleh asingkan baji barli dengan air rebusan tersebut. Sebelum minum, jangan lupa panaskan dahulu agar lebih sedap!\n\nSelain dari khasiat air barli ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain seperti:"
"Nak kami kongsikan resepi apam nasi yang gebu?\n\nAnda di rumah mesti pernah punya masalah apabila nasi yang dimasak tidak habis dimakan. Hujung-hujungnya nasi jadi sejuk, kalau dibiarkan lama-lama boleh jadi basi. Nasi lebih selalu orang buat jadi nasi goreng. Lama-lama bosan pula makan nasi goreng.\n\nMaka itu, jika anda punya nasi lebih sebaiknya jangan dibuang kerana kami menyediakan satu resepi untuk anda menghadapi permasalahan ini, di mana nasi lebih boleh dibuat jadi apam gebu. Dengan mengikuti resepi daripada Achik Ita Jsd Kelantan di Facebook. Anda boleh merubah nasi sejuk menjadi apam yang sedap.\n\nResepi apam nasi ini sangat ringkas. Bahan-bahannya pula sangat senang didapatkan. Blend nasi bersama air dan gula, gaul bersama adunan tepung dan kukus hingga lembut. Makan cicah dengan kelapa parut campur garam, sedap sangat.\n\nApam nasi sedap dimakan sebagai camilan pagi mahupun petang. Boleh juga anda jadikan menu untuk jualan. Untuk mendapatkan apam nasi gebu dan sedap, sila ikuti resepi di bawah ini.\n\n\u2714\u00a02 cawan nasi blend dengan 3 cawan air.\n\u2714\u00a03 cawan tepung beras.\n\u2714\u00a01 cawan tepung gandum.\n\u2714\u00a03/4 cawan gula (nak manis boleh tambah gula).\n\u2714\u00a01/2 pek yis (Mauripan 11g letak separuh).\n\n1. Campur semua bahan, kacau sebati.\n\n2. Tutup adunan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam. (Boleh bancuh malam dan kukus esok pagi. Simpan di luar sahaja).\n\n3. Lepas perap, kacau adunan dan asingkan untuk letak pewarna. Nak warna asal pun tak apa.\n\n4. Letak sedikit minyak pada acuan kecil-kecil untuk elakkan melekat.\n\n5. Kukus 5 minit atau sehingga masak. Kalau masukkan semua adunan sekaligus ke dalam loyang besar, anggaran 45 minit atau sehingga masak.\n\nApam nasi sudah jadi. Untuk lebih lazat cicah dengan kelapa parut putih yang telah gaul sedikit garam.\n\nSelain resepi apam nasi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Tepung talam gula merah ini adalah kuih yang sangat senang untuk didapati di pasar malam berhampiran dengan rumah kita. Ianya juga sangat murah dan sedap. Kuih ini sangat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berada di Malaysia. Rasa kuih tepung talam gula merah yang sedap ialah manis dan berlemak. Semakin berlemak kuih ini semakin sedaplah ia. \n\nTetapi, tahukah anda kuih ini adalah antara kuih yang mudah dan sangat sesuai untuk dibuat di rumah memandkan ianya tidak memerlukan bahan dan masa yang diambil untuk membakarnya tidaklah memakan masa yang lama. Jadi mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat kuih tepung talam gula merah yang manis dan sangat berlemak. \n\n Resepi ini telah dikongsikan oleh\u00a0Azlin Fazlina dan telah mendapat banyak like dan komen yang memberangsangkan di Facebook. \n\nNota: Masukkan bahan * sehingga larut, kemudian tapis dan masukkan tepung. Kacau sebati dan kukus dalam 15 minit. Lorekkan bahagian atas sebelum tuang lapisan putih. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\n Selain daripada resepi Tepung Talam Gula Merah ini,\u00a0terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!"
"Siapa yang tak pernah makan popia? Popia merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi popia carbonara. Sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang bagi setiap keluarga. Tapi inti yang sama pastinya membuatkan keluarga anda muak. Kepelbagaian inti popia pastinya akan menarik nafsu makan keluarga anda.\n\nTerdapat banyak resepi popia yang dapat anda cuba. Popia juga boleh menjadi menu tetap petang anda. Anda boleh mencuba pelbagai jenis inti yang sesuai untuk dimakan dengan popia. Antara inti yang dapat dimasukkan dalam popia adalah sayur-sayuran, ayam, udang, isi ketam dan banyak lagi. Resepi di bawah merupakan antara resepi popia yang dapat anda cuba dan resepi yang mudah untuk diikuti.\n\nBagi mereka yang merupakan golongan vege, pemilihan makanan dan kandungan dalam resepi merupakan antara perkara yang penting. Bagi penggemar popia, anda mungkin boleh mencuba menu ini. Direka khas bagi mereka yang tidak sukakan sayur dan golongan vege. Resepi ini diambil dari Daily Makan.\n\n1) Sediakan bahan-bahan dan rebus telur hingga masak. Buangkan kulitnya.\n\n2) hancurkan telur tadi dengan garfu dan taburkan serbuk lada sulah.\n\n3) Gaulkan telur hancur tadi dengan sayur kubis dan lobak, gaul sehingga sebati\n\n4) Ambil kulit popia dan letakkan inti ditengah-tengah dan gulung.\n\n5) Sapu sedikit air dihujung kulit popia supaya bercantum elok semasa digulung.\n\n6) Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sampai garing.\n\nSiapa yang tak suka dengan cheese? Popia ini dibuat berdasarkan bahan-bahan yang biasa dijadikan makanan ringan bagi kanak-kanak. Apa yang menarik mengenai popia ini ialah terdapatnya cheese yang diletakkan sebagai bahan asas popia. Rasa manis jejari ketam dan cheese yang masin pastinya melengkapkan rasa popia tersebut. Resepi dikongsi oleh Rizani Absbullah. \n\n1) Potong kepingan cheese menjadi 3 bahagian\n\n2) Ambil kulit popia letakkan crab stick dan cheese kemudian gulung dan lekatkan hujung popia dengan air\n\nKalau bercakap tentang rendang, pasti ramai yang teringatkan hari raya. Siapa yang tak suka dengan rendang yang sedap dimakan dengan lemang atau ketupat. Tapi rendang juga sesuai untuk dijadikan inti popia. Jom tengok resepi di bawah. Dikongsi oleh Ziana Chesaad.\n\n1) Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan rempah rendang yg dibancuh dengan sedikit air.\n\n3) Masukkan santan, isi ayam cincang, daun kunyit dan daun limau.\n\n4) Masak dan kacau rendang sehingga kuah rendang kering.\n\n5) Setelah rendang sejuk. Letakkan sesudu rendang diatas kulit popia.\n\n6) Balut dan gamkan dengan air dihujung kulit supaya popia tidak terbuka ketika menggoreng.\n\n7) Goreng didalam minyak yang panas sehingga kekuningan dan rangup. Selamat mencuba.\n\nPeminat makanan pedas pasti menyukai resepi popia ini. Rasa yang baru dengan bahan-bahan yang simple. Anda boleh mencubanya sendiri! Resepi popia ini dikongsi oleh Zaky Mat Ali.\n\n1) Pertama sekali, gaulkan kobis, sengkuang, lobak merah dan taugeh sehingga sebati.\n\n2) Setelah itu, letakkan inti ke atas kulit popia yang kering.\n\n3) Gulungkan dengan kemas. (Pastikan gulungan kemas untuk elakkan inti terkeluar semasa menggoreng).\n\n4) Panaskan api di dalam kuali.\n\n5) Apabila api sudah betul-betul panas, boleh masukkan popia.\n\n6) Tunggu sehingga kulit popia bertukar warna kuning keemasan, boleh tutupkan api dan angkat.\n\n1) Panaskan minyak dan masukkan 9 sudu cili giling.\n\n3) Tambahkan 10 sudu gula, 2 sudu sos cili dan setengah sudu garam.\n\n5) Apabila sudah masak, boleh taburkan biji bijan.\n\nSiapa yang tak suka dengan cheese? Bahan yang sesuai untuk digunakan dalam pelbagai makanan termasuk kulit popia. Jom tengok resepi popia cheese ni. Boleh jadi snek untuk anda bila nak tengok movie. Resepi dikongsi oleh Farah Subhi.\n\n1) Gunting kulit popia, jemurkan sekejap dan goreng sehingga kulit popia kekuningan.\n\n2) Kisarkan serbuk cheese, serbuk cili, garam dan gula.\n\n3) Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi\n\n4) Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.\n\nNak buat kudap-kudap untuk anak? Jangan risau, jom tengok resepi popia ni. Anak-anak pasti suka dengan gabungan rasa rangup dan manis milo serta nestum. Resepi ini dikongsi oleh Komando Fairus.\n\n1) Ambil kulit popia, potong 4 bahagian dan bahagi kepada 2 bahagian lagi\n\n1) Blander nestum bersama gula dan milo sehingga halus.\n\n2) Salutkan nestum dengan kulit popia semasa kulit popia masih panas.\n\nSiapa yang tidak tahu dengan resepi popia viral ni. Resepi popia ini dikongsi oleh Abdullah Kadir. Rasa carbonara yang sememangnya berlemak menjadikan resepi ini terkenal. Kanak-kanak juga sangat menyukai popia carbonara cheese ini. Jom tengok cara penyediaannya.\n\n1) potong semua bahan seperti cendawan, sosej dan cili bengala.\n\n2) hancurkan daging kisar ke dalam bekas.\n\n3) tumis bawang besar yang dipotong tadi\n\n5) masukkan sos prego dan sos campbell\n\n6) masukkan sosej dan cili belanga\n\n8) masukkan sos carbonara cheese tadi ke dalam kulit popia dan bungkus. Ulang proses yang sama sehingga habis\n\n9) goreng popia ke dalam minyak yang panas. Popia sedia untuk dihidangkan!\n\nKalau fikir nak minum-minum petang tu, apa kata buat resepi ni je. Mesti semua suka. Lagi-lagi kalau musim makanan laut dapat udang yang besar-besar. Resepi dikongsi oleh\u00a0 MyResipi.\n\n1) Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau\n\n2) Masukkan sayur campur. Gaul sehingga sayur separuh masak.\n\n3) Masukkan udang dan kacau rata. Biarkan 1 minit\n\n4) Masukkan cendawan dan masukkan garam dan gula.\n\n5) Pecahkan telur ke dalam bekas kecil dan kacau sehingga rata untuk dijadikan gam.\n\n6) Bungkus inti dengan kulit popia. Gam popia dengan menggunakan telur.\n\n7) Goreng dalam minyak penuh, pastikan minyak betul-betul panas untuk elakkan minyak masuk kedalam popia.\n\n1) Masukkan semua bahan dan didihkan sehingga cili masak dan sos sedikit pekat.\n\nAnda pernah cuba tak popia ayam cendawan? Kalau tak pernah, apa kata anda cuba sekarang. Gabungan antara ayam dan cendawan pastinya akan membuatkan anak-anak anda suka. Jadikan popia ini sebagai menu petang anda. Dikongsi dari Rasa.\n\n1) Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, masukkan garam dan kiub ayam.\n\n2) Bila bahan masak, masukkan cendawan dan charambells cream.\n\n3) Masukkan cheese dan kacau sebati.\n\n4) Tutup api dan masukkan dalam bekas bila dah sejuk.\n\n2) Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dengan telur atau bancuhan tepung gandum.\n\n4) Panaskan minyak dan goreng sehingga popia menjadi keperangan.\n\nResepi popia yang lain ialah popia bolognese. Makan spaghetti dengan sos menggunakan sos Bolognese adalah sesuatu yang biasa. Tapi apa kata anda cuba resepi popia Bolognese ni? Sos yang kaya dengan rasa tomato pastinya memikat deria rasa anda. Resepi ini dikongsi oleh Guesteaus Bistro.\n\n1) Panaskan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan api yang sederhana.\n\n2) Goreng telur seperti scrambled egg, asingkan dari kuali.\n\n3) Goreng daging cincang bersama bawang besar yang telah dicincang halus.\n\n4) Masukkan semula scramble tadi bersama sayur campur.\n\n5) Masukkan sos prego dan sos tomato.\n\n6) Masukkan garam, gula dan serbuk lada hitam.\n\n1) Sebelum inti diletakkan ke dalam kulit popia, letak cheese dahulu.\n\n2) Ulang proses yang sama sehingga inti habis.\n\n3) Goreng ke dalam minyak yang panas. Siap untuk dihidangkan.\n\nSenarai di atas merupakan antara resepi yang dapat anda cuba. Resepi ini pastinya akan menarik deria rasa setiap genesrasi sama ada tua mahupun muda. Resepi ini merupakan antara resepi yang mudah untuk diikuti dan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk and cari. Selamat mencuba!\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel resepi kami yang lain seperti:"
"Kelemumur adalah masalah yang sangat susah untuk diatasi. Sekali anda mempunyai kelemumur pada kulit kepala, amat susah untuk menghilangkannya walau pun dengan menggunakan sampu mahal.\n\nKelemumur bukan sahaja menyebabkan kegatalan malah ia juga membuatkan anda berasa tidak selesa. Jom kami kongsikan petua hilangkan kelemumur yang boleh anda amalkan.\n\nAmbil beberapa sudu santan kelapa dan sapukan ke seluruh rambut, dan pastikan kulit kepala juga diselaputi oleh santan. Urut buat seketika dan balut dengan tuala atau shower cap. Biarkan selama dua jam. Basuh rambut dan bersyampu sehingga tiada lagi sisa santan tertinggal di kepala.\n\nBiasa kita dengar orang gunakan daun inai untuk mewarnakan rambut yang putih sebab uban. Sebenarnya, daun inai juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, tumbuk daun inai sehingga lumat. Sapukan ke kulit kepala dan balut selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.\n\nLimau nipis bukan sahaja menyegarkan kulit kepala dan membantu menghilangkan sakit kepala, malah ia juga membantu mengatasi masalah kelemumur. Caranya, potong 3 biji limau nipis dan campurkan dengan satu gayung air. Perah limau supaya jusnya keluar. Selepas anda selesai mandi, basahkan kepala dengan air limau nipis tadi, ramaskan rambut dan pastikan sampai ke kulit kepala. Tidak perlu dibilas. Lakukan sekerap yang boleh.\n\nSelain limau nipis, lemon juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya sama seperti limau nipis di atas. Jika di rumah anda ada limau nipis, boleh gunakan limau nipis. Jika cuma lemon yang ada, anda boleh gunakan lemon sebagai pengganti.\n\nAloe vera sememangnya pokok berkhasiat pelbagai guna yang wajib ada di setiap rumah. Sekiranya anda mempunyai masalah kelemumur, ambil sedikit jel aloe vera dan sapukan ke seluruh kulit kepala. Urut seketika bagi memastikan jel tadi diserapmoleh kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, dan cuci bersih.\n\nBuah durian belanda sedap dimakan. Rasanya yang masam masam manis pastinya membuatkan anda menelan air liur sekarang. Tahukah anda, daun durian belanda boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil\u00a0 5 helai daun durian belanda. Ramas sehingga lumat, campurkan sedikit air sehingga menjadi seperti pes. Sapukan ke seluruh rambut termasuk kulit kepala. Biarkan selama satu jam, dan cuci sehingga bersih.\n\nSelain mengatasi masalah keguguran rambut dan melebatkan semula rambut, minyak argan juga berfungsi untuk menghilangkan kelemumur yang kronik. Caranya, sapukan minyak argan ke seluruh kulit kepala setiap kali selepas mandi. Insya Allah, kelemumur anda akan berkurangan sedikit demi sedikit.\n\nMinyak zaitun juga mempunyai 1001 khasiat, termasuk menghilangkan kelemumur. Untuk menghilangkan kelemumur, sapukan minyak zaitun ke kulit kepala sebelum tidur setiap malam.\n\nTak ramai yang tahu bahawa minyak almond juga membantu menghilangkan kelemumur. Sapukan minyak almond ke rambut sekerap yang mungkin, anda akan melihat kesannya.\n\nSelain minyak almond, minyak hazelnut juga membantu mengatasi masalah kelemumur.\n\nJangan terkejut, bawang juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, potong sebiji bawang dan sapukan ke permukaan kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan basuh sehingga bersih dan tiada lagi bau bawang yang melekat pada rambut anda.\n\nBaking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil satu sudu kecil baking soda dan sapukan ke kulit kepala yang basah. Seeloknya dilakukan sambil anda mandi. Urut kulit kepala untuk seketika dan bilas. Sambung mandi seperti biasa.\n\nGaram bukit bukan sahaja baik untuk kesihatan malah boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, larutkan 2 sudu kecil garam bukit dan sapu rata ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, cuci sehingga bersih.\n\nCuka makanan yag bersifat asid boleh membantu menghilangkan kelemumur yang menghantui anda sejak sekian lama. Caranya, larutkan sesudu cuka bersama satu cawan air. Sapukan ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 5 minit, dan cuci sehingga bersih.\n\nSelain cuka makanan, cuka epal atau apple cider vinegar juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya sama seperti penggunaan cuka makanan.\n\nAnda juga boleh menggunakan daun pandan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang tua. Kisar sehingga halus, dan sapukan ke kulit kepala. Urut selama 15 minit dan basuh.\n\nAmbil 5 biji belimbing buluh, tumbuk sehingga halus dan campurkan dengan 3 sudu santan. Sapukan pada kulit kepala. Bungkus kepala dan biarkan selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.\n\n18. Jerami padi, santan, dan limau nipis\n\nAmbil beberapa batang jerami padi dan bakar. Kemudian hancurkan jerami padi tadi dan camourkan dengan 3 sudu santan, dan jus dari sebiji limau nipis. Jadikan sebagai masker dan sapukan ke seluruh kulit kepala. Urut dan biarkan selama satu jam. Kemudian cuci sehingga bersih.\n\nKelemumur terjadi kerana lambakan minyak yang terkumpul pada kulit kepala. Oleh itu, anda wajib bersyampu setiap kali mandi bagi memastikan semua minyak yang terkumpul dibersihkan dari kulit kepala. Selepas bersyampu, pastikan anda bersihkan dengan betul sehingga tiada sisa syampu tertinggal pada kulit kepala.\n\nSelepas mandi, pastikan anda keringkan rambut sehingga betul-betul kering sebelum mengikat rambut atau memakai tudung. Gunakan hairdryer kalau ada. Mengikat rambut atau memakai tudung semasa rambut basah atau masih lembab akan menyebabkan kelemumur anda menjadi semakin banyak.\n\nItulah dia 20 petua hilangkan kelemumur yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua rambut gugur, tips elakkan kebotakan, dan khasiat aloe vera."
"Bagi golongan wanita, kitaran haid yang tidak teratur boleh mengganggu urusan seharian dan perancangan tertentu. Kadang-kadang, boleh memberi kesan psikologi dan emosi apabila memikirkan punca haid tidak teratur. Ayuh teruskan bacaan artikel ini untuk lebih mengetahui mengenai punca haid tidak teratur.\n\nKitaran haid atau menstruasi yang normal ialah setiap 24 hingga 35 hari sekali. Tempoh masa 3 hingga 7 hari sebulan sekali merupakan\u00a0 kitaran yang dianggap normal.\n\nHaid merupakan tempoh penyingkiran dinding rahim (endometrium) dan telur ovum yang tidak disenyawakan yang keluar melalui vagina alat sulit wanita.\n\nJumlah isipadu darah haid yang keluar pula ialah sebanyak lebih kurang 80 ml.\n\nSeseorang wanita dianggap mengalami kitaran haid yang tidak normal atau tidak teratur apabila mereka datang haid secara kerap dalam sebulan atau lewat beberapa bulan daripada tempoh yang sepatutnya.\n\nMasalah kesihatan yang boleh dihadapi seseorang sekiranya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur ialah:\n\nSecara umumnya, masalah kitaran haid tidak teratur ini dialami oleh para wanita di seluruh dunia dengan kadar peratusan 5 \u2013 36.5% bergantung kepada usia, pekerjaan dan negara.\n\nSekumpulan penyelidik dari Padang, Indonesia ada menerbitkan kertas kajian berkaitan punca haid tidak teratur pada tahun 2019. Berikut merupakan antara faktor kitaran haid tidak normal:\n\n1. Pemakanan yang Tidak Seimbang Tinggi Lemak\n\nKajian tersebut mendapati bahawa pengambilan diet yang tidak seimbang seperti tinggi lemak dan makanan proses telah mengakibatkan kitaran haid yang tidak tetap.\n\nSecara saintifiknya dibincangkan, kandungan lemak tinggi tersebut mengganggu penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang mengawal kitaran haid seseorang.\n\nResponden yang mengakui kurang mendapatkan makanan dan sumber vitamin C melalui buah dan sayur, telah menunjukkan trend kitaran haid yang tidak teratur.\n\nSelain bertujuan untuk menguatkan sistem imun tubuh, vitamin C diperlukan oleh sistem tubuh bagi membantu penyerapan zat besi.\n\nVitamin C juga penting untuk memindahkan zat besi dari plasma transferin ke feritin hati. Keseimbangan selular ini adalah penting untuk mencapai kestabilan hormon bagi kitaran hadi yang teratur.\n\nKandungan lemak yang tinggi dalam kalangan mereka yang mengalami obesiti telah mengganggu penghasilan hormon estrogen.\n\nMalah, dilaporkan bahawa mereka yang obesiti mempunyai lebih tinggi risiko masalah haid tidak teratur berbanding mereka yang mempunyai BMI yang normal.\n\nSementara itu, mereka yang mempunyai berat badan yang kurang atau\u00a0underweight\u00a0turut menjadi punca haid tidak teratur.\n\nPenghasilan hormon memerlukan kehadiran sel lemak yang diperlukan bagi proses ovulasi dan menstruasi.\n\nPunca haid tidak teratur yang seterusnya ialah stres atau tekanan perasaan yang dialami.\n\nDalam keadaan tertekan akibat masalah seperti perhubungan, keluarga, pelajaran, beban kerja dan sebagainya, hormon kortisol dihasilkan tubuh sebagai isyarat badan sedang mengalami tekanan.\n\nNamun, kehadiran hormon kortisol ini telah menyebabkan gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh. Malahan, kortisol berupaya menghalang proses ovulasi dan melambatkan kitar menstruasi.\n\nPenyakit atau masalah kesihatan seseorang turut mempengaruhi kitaran haid yang tidak teratur. Maka, kualiti kesihatan wanita boleh dinilai berdasarkan kitaran haid mereka, secara amnya.\n\nAntara penyakit yang sering dikaitkan dan memainkan peranan dalam mengganggu kitaran haid ialah endometriosis dan kencing manis.\n\nPengambilan ubatan moden sedikit sebanyak akan mempengaruhi keseimbangan hormon dalam tumbuh dan mengganggu sistem peranakan seseorang.\n\nAntara jenis ubatan yang dilaporkan mempunyai kesan sampingan ke atas kitaran haid seseorang ialah ubatan yang berkait dengan masalah kemurungan dan antiandrogen.\n\nAsap rokok sama ada dihisap secara terus atau terdedah kepada asap rokok (perokok pasif) boleh menyebabkan keadaan hipoestogenik atau kekurangan hormon estrogen.\n\nTambahan pula, menurut kajian para penyelidik dari Korea Selatan pada tahun 2018, aktiviti merokok mahupun perokok pasif boleh mempercepatkan proses menopause atau putus haid.\n\nSelain itu, kurang tidur yang berkualiti iaitu 6 \u2013 8 jam sehari boleh menjadi punca kitaran haid tidak teratur.\n\nKajian lepas melaporkan bahawa individu yang tidak mendapat tidur yang mencukupi cenderung untuk mengalami gangguan hormon yang mengganggu kitaran haid.\n\nPunca ini turut dikaitkan dengan gaya hidup seseorang yang perlu diubah bagi mendapatkan tidur yang mencukupi dengan melakukan senaman fizikal, pemakanan sihat, kurangkan tekanan hidup dan menyediakan tempat tidur yang kemas dan bersih.\n\nAntara punca haid tidak teratur ialah diet makanan tinggi lemak, kekurangan vitamin C, masalah obesiti, kurang berat badan. tekanan hidup, penyakit, ubatan, aktiviti merokok dan tidak mendapat tidur yang berkualiti.\n\nOleh itu, bersama-samalah mengubah gaya hidup yang lebih sihat bagi mengelakkan lebih banyak ancaman kesihatan. Pakar sakit puan atau gynecologist juga boleh dirujuk bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan yang lebih tepat. Jemput juga baca artikel punca haid tidak teratur dan perbezaan darah haid dan istihadah"
"Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual perlbagai jenis kek berdekatan dengan kita. Tetapi banyak juga yang tidak menepati selera kita seperti terlalu manis, terlalu keras ataupun terlalu mahal. Jika begitu bolehlah anda membakar kek sendiri kerana kosnya tidaklah terlalu mahal. Selain itu, anda boleh memastikan ianya mengikut selera anda.\n\nPada hari ini, kita akan berkongsikan resepi kek oren moist sunquick yang sudah pastinya mudah untuk dibuat di rumah dan lazat apabila sudah siap dibakar nanti. Apabila sudah siap nanti, bolehlah anda hidangkan kepada seisi keluarga untuk makan petang ataupun menjadi kudap-kudap semasa menonton televisyen.\n\nTanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi kek oren sunquick yang telah dikongsikan oleh Wan Siti Halijah Dzulkifly di laman Facebook dan telah mendapat banyak reaksi positif dan juga perkongsian.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi kek oren moist sunquick ini, kami telah berkongsi banyak lagi resepi lain. Bolehlah anda mencuba resepi lain yang telah kami kongsikan selepas ini dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan kenalan terdekat anda."
"Sembelit bukan sahaja sering berlaku kepada kanak-kanak malah ia juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang dihadapi oleh ramai orang dewasa. Sembelit ialah keadaan di mana kekerapan seseorang individu membuang air besar berkurangan dan mengalami kesukaran untuk membuang najis. \n\nKebiasaannya mereka yang sembelit akan mengambil julap untuk melegakan masalah tersebut namun tahukah anda bahawa penggunaan julap dengan terlalu kerap boleh menjejaskan kesihatan. Jika anda selalu sembelit, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca sembelit agar anda boleh mengelakkan masalah tersebut daripada berlaku lagi. Di antara punca kerap sembelit yang paling selalu terjadi ialah:\n\n1. Kurang mengambil serat dalam diet seharian\n\nSerat atau fiber merupakan kumpulan makanan yang sangat penting kepada tubuh badan manusia. Kerap sembelit merupakan salah satu daripada kesan yang akan dialami oleh tubuh badan sekiranya anda tidak mengambil serat yang secukupnya dalam diet seharian. \n\nOleh itu, jika anda kerap sembelit, pastikan anda meningkatkan pengambilan serat. Di antara sumber serat yang terbaik ialah bijirin oat. \n\n2. Kurang makan herba dan rempah ratus\n\nKurang makan herba dan rempahratus juga boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit. Ini kerana di antara fungsi herba dan rempah ratus ialah untuk membantu proses penghadaman dan mengeluarkan toksin yang terkumpul dalam organ seperti hati, buah pinggang, perut dan limpa. Jika anda kerap sembelit, tingkatkan penggunaan herba dan rempah ratus seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar, jintan manis, halda campur, dan sebagainya ke dalam masakan anda.\n\n3. Protein yang berlebihan dalam diet seharian\n\nMungkin info ini akan mengejutkan anda. Pengambilan protein secara berlebihan boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit. Ini kerana protein yang berlebihan akan menyebabkan najis anda menjadi keras lalu menyebabkan sembelit terjadi. Oleh itu kurangkan protein dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda.\n\n4. Trauma disebabkan oleh proses bersalin\n\nIbu yang baru bersalin mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mengalami sembelit. Keadaan ini berlaku kerana ibu tersebut masih trauma dengan proses bersalin dan kesakitan yang dialami sepanjang proses tersebut. Trauma yang dialami akan menyebabkan ibu tersebut takut untuk membuang air besar. Jika keadaan ini berlarutan, ia akan menyebabkan najis menjadi keras lalu berlakunya sembelit.\n\nPunca kerap sembelit yang seterusnya ialah kurang minum air. Apabila anda tidak minum air kosong dengan secukupnya setiap hari, tubuh badana anda akan mengalami kekeringan dan kekurangan cecair. Kekeringan dan kekurangan air dalam badan akan menyebabkan anda mengalami sembelit. Oleh itu, pastikan anda minum air kosong yang cukup setiap hari.\n\n6. Kurang zat besi dalam badan\n\nMasalah kekurangan zat besi dalam badan juga adalah salah satu punca sembelit yang ramai orang tak tahu. Bagaimana kekurangan zat besi boleh menjadi punca sembelit? Apabila tubuh badan anda kekurangan zat besi, ia akan menyebabkan najis anda menjadi keras. \n\nNajis keras adalah punca sembelit. Oleh itu, jika anda terlalu kerap sembelit, anda boleh elakkan ianya daripada berulang dengan cara meningkatkan zat besi dalam diet seharian anda. Di antara sumber zat besi yang baik ialah hati ayam, pedal ayam, hati lembu, kerang, ikan bilis, dan jambu batu.\n\nMasalah sembelit yang berulang biasanya sangat sinonim dengan golongan tua dan mereka yang berusia emas. Keadaan ini berlaku kerana semakin tua umur seseorang individu, tubuh badan akan menjadi semakin lemah malah organ dalaman termasuk sistem penghadaman tidak lagi dapat berfungsi dengan baik dan efisyen. \n\nOleh itu, jika anda seorang yang sudah berusia dan kerap sembelit, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan minum air secukupnya setiap hari.\n\nPunca kerap sembelit yang seterusnya ialah kurang bersenam dan tidak mengamalkan gaya hidup yang aktif. Jika anda malas bersenam dan cuma duduk sepanjang hari ti tempat kerja dan apabila sampai di rumah lebih banyak menghabiskan masa depan tv, anda mempunyai risiko untuk kerap mendapat sembelit. \n\nIni kerana mereka yang tidak aktif dan tidak bersenam akan menyebabkan masalah pergerakan usus yang lambat. Pergerakan usus yang lambat akan menyebabkan najis menjadi keras dan sembelit.\n\nTekanan perasaan atau stress juga boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit. Keadaan ini berlaku kerana apabila anda stress, hormon dalam tubuh badan anda akan terganggu dan menjadi kucar-kacir. \n\nStress dan tekanan perasaan juga akan menyebabkan sistem tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan baik, termasuklah sistem pencernaan dan sistem penghadaman. Apabila kedua-dua sistem tersebut tidak berfungsi dengan baik, anda akan mengalami masalah sembelit.\n\nSesetengah orang suka menahan diri daripada membuang air besar. Kadang-kadang ada yang tidak membuang air selama berhari-hari. Tabiat ini akan menyebabkan najis anda menjadi keras lalu terjadinya sembelit. \n\nOleh itu jika anda kerap sembelit, sila ubah tabiat buruk tersebut. Pastikan anda membuang air besar setiap hari. Sebaiknya, buang air besar sebaik sahaja anda bangun tidur setiap hari. Lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan keadaan ini dan menjadi tabiat setiap pagi.\n\n Itulah dia punca pedih ulu hati yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca pedih ulu hati, punca bibir kering, dan punca ulser dalam mulut"
"Petai memang banyak khasiatnya tetapi kadang kala bau yang dihasilkan oleh petai boleh memberi ketidakselesaan pada diri seseorang. Justeru, bagaimanakah cara hilangkan bau petai yang perlu anda tahu?\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa tips berkesan untuk hilangkan bau tersebut dalam masakan dan mulut. \n\nTips hilangkan bau petai dalam masakan\n\nUntuk menghilangkan bau dalam masakan yang menggunakan petai, berikut adalah beberapa tips yang dapat anda cuba:\n\nPilih petai dengan biji yang keras dan berwarna hijau muda. Hindari memilih petai yang berwarna coklat atau bijinya sudah bercambah, kerana ia dapat mempengaruhi aroma dan rasa petai.\n\n2. Rendam petai dalam air garam\n\nSebelum digunakan, rendam petai dalam air garam selama 15-20 minit. Air garam dapat membantu mengurangi bau yang kuat pada petai. Setelah direndam, bilas petai dengan air bersih sebelum dimasak.\n\nKetika memasak petai, tambahkan bahan-bahan yang dapat membantu mengurangi bau. Beberapa bahan yang efektif adalah halia, serai, bawang putih, daun limau purut, atau asam kandis. \n\nBahan-bahan ini dapat memberikan aroma yang segar dan mengurangi bau petai yang kuat.\n\nKetika memasak petai, tambahkan santan ke dalam masakan. Santan dapat membantu meneutralkan bau dan memberikan rasa yang lazat pada petai.\n\nSebelum memasak petai, tumis bawang merah terlebih dahulu. Bawang merah memiliki aroma yang kuat dan dapat mengurangi baunya. Tambahkan petai setelah bawang merah berubah warna menjadi kecoklatan.\n\nGunakan rempah-ratus seperti kunyit, jintan, atau ketumbar ketika memasak petai. Rempah-ratus ini dapat memberikan aroma yang memukau dan menyamarkan kehadiran petai dalam masakan.\n\n7. Menggunakan air limau nipis atau cuka\n\nSetelah memasak petai, letakkan sedikit air limau nipis atau cuka pada petai. Asam pada limau nipis atau cuka dapat membantu menghilangkan bau yang kuat pada petai.\n\nJika anda masih risau tentang bau yang menyengat pada petai, anda dapat menyajikannya dengan makanan sampingan yang memiliki aroma yang kuat seperti bawang goreng, ikan masin, atau sambal. \n\nAroma makanan sampingan ini dapat membantu mengurangi dominasi bau pada petai.\n\n9. Membersihkan peralatan masak dengan betul\n\nSetelah memasak petai, pastikan untuk membersihkan peralatan masak dengan betul. Gunakan sabun yang efektif untuk menghilangkan bau yang melekat pada kuali, periuk, dan alat memasak lainnya.\n\nTips hilangkan nafas berbau kerana petai\n\nDengan mengikuti tips ini, anda dapat mengurangkan bau nafas yang busuk selepas makan petai. Berikut adalah beberapa tips yang dapat anda cuba:\n\nSetelah makan petai, berus gigi anda dengan menggunakan ubat gigi yang mengandungi peppermint atau mint untuk membantu menyegarkan nafas. \n\nPastikan, berus gigi secara menyeluruh termasuk lidah, langit-langit mulut, dan gusi.\n\nSelain memberus gigi, penggunaan benang gigi secara teratur sangat penting untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang melekat di antara gigi. \n\nHal ini akan membantu mengurangkan bakteri dan bau yang terkait dengan petai.\n\nBakteri dapat berkumpul pada permukaan lidah dan menjadi penyebab bau mulut yang tidak sedap.\n\nGunakan alat pembersih lidah atau berus gigi dengan ujung lidah untuk membersihkan lidah secara lembut dan menghilangkan bakteri yang mungkin melekat.\n\n4. Berkumur dengan larutan kumur antiseptik\n\nGunakan larutan kumur antiseptik yang mengandung bahan aktif seperti klorheksidin atau cetylpyridinium chloride. \n\nBerkumur selama 30-60 detik setelah memberus gigi dapat membantu membunuh bakteri penyebab bau mulut dan memberikan rasa segar pada mulut.\n\n5. Mengunyah daun mint atau peterseli\n\nMengunyah daun mint atau peterseli segar dapat membantu menyegarkan nafas dan menghilangkan bau petai di mulut. \n\nDaun mint atau peterseli memiliki sifat yang mengurangi bau tidak sedap dan memberikan aroma yang segar.\n\n6. Mengonsumsi makanan atau minuman segar\n\nMakan makanan segar seperti buah-buahan atau sayuran mentah, seperti epal atau lobak merah, dapat membantu membersihkan mulut secara alami dan mengurangkan bau tidak sedap.\n\nBanyakkan minum air putih juga penting untuk menjaga kelembapan mulut dan mengurangi bau yang disebabkan oleh kekeringan mulut.\n\nJika bau mulut yang disebabkan oleh petai terus berlanjut atau tidak boleh diatasi dengan langkah-langkah di atas, sebaiknya berkonsultasilah dengan dokter gigi. \n\nMereka dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh dan memberikan saranan serta perawatan yang sesuai.\n\nKesimpulannya, amatlah penting untuk menjaga kebersihan mulut secara umum dengan memberus gigi dan perawatan yang tepat bagi menjaga nafas segar sepanjang hari.\n\nSelain artikel berkenaan dengan tips hilangkan bau tidak sedap pada petai ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan masalah mulut berbau seperti:"
"Anda sedang mencari petua sakit perut tanpa ubat? Jom kami kongsikan beberapa petua sakit perut untuk senggugut, sembelit, kembung, dan pedih ulu hati yang boleh anda amalkan.\n\nSemua orang sedia tahu bahawa halia merupakan ejen pembuangan angin yang berkesan. Sifat halia yang panas menekan angin yang terperangkap di dalam perut untuk keluar, baik dengan bersendawa atau melalui kentut. Angin yang terperangkap ini wujud akibat sifat makan secara berlebihan atau tidak terkawal.\n\nJadi, jika anda mendapati perut anda terasa berangin dan kembung selepas anda mengunjungi rumah terbuka rakan anda, cepat-cepat buat teh halia supaya angin yang mula bertukar menjadi ribut dalam perut dapat dikeluarkan segera.\n\nTeh herba kamomil sudah lama digunakan sebagai bahan pelega untuk sakit perut. ini kerana sifat kamomil yang sejuk dan beralkali dapat mengawal kadar keasidan dalam perut yang melampau dan menyebabkan kesakitan. Seperti halia, kamomil bukan sahaja enak diminum dalam campuran teh.\n\nJika anda seorang yang tidak kisahkan rasa yang kurang enak demi mendapatkan kelegaan pantas, bahan inilah yang paling sesuai untuk anda. Serbuk penaik atau soda bikarbonat mempunyai sifat yang sama seperti antasid. Serbuk penaik boleh dilarut dalam air untuk membantu anda menurunkan kadar keasidan dalam perut dan mengelakkan anda mengalami rasa pedih ulu hati.\n\nJika anda rasa larutan soda bikarbonat ini sangat tidak sedap, tambahkan sedikit jus lemon untuk membantu anda menelan larutan tersebut.\n\nMinyak dari jintan hitam boleh mengurangkan masalah angin dalam perut dan rasa loya. Ada beberapa cara untuk anda makan jintan hitam sebagai bahan pelega perut anda. Anda boleh:\n\nCuka epal bersifat alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid tinggi dalam perut yang menyebabkan perut anda berasa kurang selesa. Cara untuk makan cuka sider ini mudah sahaja. Hanya perlu:\n\nDaun jambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan sakit perut. Caranya:\n\n1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.\n\n2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.\n\n3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.\n\nAkar bunga matahari juga boleh menghilangkan sakit perut dengan cepat. Caranya keringkan akar bunag matahari. Ambil sedikit akar bunga matahari kering dan masukkan ke dalam segelas air panas seperti membancuh teh. Minum apabila air tadi suam.\n\nSediakan 3 gram daun cermai dan setengah gelas air panas. Cuci bersih daun cermai lalu dikeringkan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian hasil tumbukan tersebut direndam dengan setengah gelas air panas. Setelah sejuk sedikit, airnya diminum sekaligus bersama hampasnya.\n\nPetua lain untuk menghilangkan sakit perut ialah dengan menggunakan bawang merah. Ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri. Rasa sakit perut akan hilang.\n\nBuah kapulaga bukan sahaja sedap dimakan malah boleh membantu menghilangkan sakit perut. Siapkan 5 butir buah kapulaga dan 3 gelas air untuk merebus. Rebus kapulaga tersebut dalam 3 gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk, buahnya dimakan.\n\nSekiranya anda sakit perut disebabkan oleh senggugut, anda boleh amalkan petua berikut:\n\n12. Petua menghilangkan sakit perut akibat stomach flu\n\nAntara simptom anda terkena \u2018stomach flu\u2019 adalah sakit perut yang disertai dengan mual, muntah, cirit-birit dan demam. Sekiranya anda terkena stomach flu:\n\n13. Petua menghilangkan sakit perut akibat sembelit\n\nSembelit juga boleh menyebabkan anda sakit perut. Jika anda sakit perut disebabkan oleh sembelit, amalkan:\n\n14. Petua menghilangkan sakit perut akibat kembung\n\nAngin yang banyak dalam badan boleh menyebabkan rasa kembung, senak, sering sendawa dan kentut. Jika anda sakit perut disebabkan oleh kembung, amalkan:\n\nItulah dia 14 petua sakit perut yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat jambu batu, khasiat lobak putih, dan khasiat lobak merah."
"Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh kita sediakan di rumah dengan mudah. Antaranya nasi goreng kampung, nasi goreng cina dan lain-lain. Cara menyediakannya juga amat mudah dan hasilnya juga pastinya sedap. Pada hari ini kita akan membawakan nasi goreng kampung daging.\n\nResepi ini pastinya akan memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Anda bolehlah mencuba resepi ini apabila mempunyai masa lapang atau apabila sudah ketandusan idea untuk memasak. Nasi goreng ini juga sesuai untuk dihidangkan bila-bila masa sahaja.\n\nTanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi nasi goreng kampung daging yang telah dikongsikan oleh Arbi Mohd Arbi di laman Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like.\n\nMenarik bukan resepi nasi goreng kampung daging ini? Jika anda rasakan resepi ini menarik bolehlah anda kongsikan resepi ini bersama dengan kenalan anda. Klik pautan di bawah untuk melihat resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan di sini."
"Pernah dengar tentang biji kolestrol atau milia? Ia bukanlah seperti jerawat yang mempunyai isi dan boleh dipicit. Biasanya biji kolestrol tumbuh di bawah mata dan sekitarnya. Namun, ia juga boleh tumbuh pada bahgaian siku, lutut, tangan sendi, tendon dan punggung.\n\nJika dibiarkan, wajah nampak kusam dan mencacatkan kecantikan wajah. Masalah ini boleh menyerang sesiapa sahaja tak kira golongan bayi, kanak-kanak mahupun dewasa tanpa mengira jantina.\n\nBagaimana biji kolestrol ini boleh tumbuh? Adakah biji kolestrol berkaitan dengan paras kolestrol yang tinggi dalam badan? Ramai yang sudah salah faham tentang biji kolestrol. Walaupun namanya kolestrol, ia tak terjadi disebabkan oleh paras kolestrol di dalam badan.\n\nOleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang biji kolestrol dari aspek punca dan cara rawatan. Salah faham masyarakat tentang biji kolestrol perlu diperbetulkan. Itulah sebabnya biji kolestrol juga tumbuh pada bayi dan juga orang yang sihat tanpa kolestrol tinggi.\n\nBiji kolestrol ialah sista yang mengandungi keratin. Ketulan kecil berwarna putih berisi keratin akan berkumpul pada liang peluh. Lama-kelamaan, ia akan membentuk benjolan kecil di permukaan kulit.\n\nMenurut Dr. Rohaya Ramli dari Doktor Perubatan Keluarga, keratin ialah protein berstruktur di dalam badan manusia yang membentuk kuku, rambut dan lapisan kulit.\n\nPada bahagian lapisan kulit (epidermis), akan mengalami kitaran proses membuang sel kulit mati (keratin) secara semula jadi. Proses ini akan berlaku setiap 30 hari untuk menghasilkan kulit yang baru.\n\nNamun, kitaran ini boleh terganggu apabila pori-pori peluh tersumbat dan menjadi tempat pengumpulan sel-sel kulit mati. Lama-kelamaan, ia akan membentuk benjolan di permukaan kulit yang dipanggil biji kolestrol.\u00a0\n\nBiji kolestrol terbahagi kepada 2 jenis iaitu:\n\nJenis primer ini sering terjadi pada golongan bayi. Ia adalah masalah kulit yang normal bagi bayi. Malahan, hampir 50 peratus bayi yang baru lahir akan ada masalah ni.\n\nSelepas seminggu kelahiran, biasanya biji-biji kolestrol akan kelihatan pada bayi. Biasanya ia akan tumbuh pada bahagian kening, pipi, hidung dan lelangit. Apabila usia bayi mencecah 2 hingga 4 minggu, ia akan hilang. Ia adalah perkara normal dan ibu bapa tak perlu risau.\n\nBiji kolestrol sekunder terjadi akibat kecederaan pada kulit seperti terkena pancaran cahaya matahari (sunburn) atau kulit melepuh. Biasanya peringkat ini terjadi pada orang dewasa.\n\nMalahan, jika anda membuat rawatan wajah untuk membuang sel-sel kulit mati (dermabrasion) untuk dapatkan kulit yang cerah dan berseri, masalah ini juga boleh berlaku.\n\nJika kaedah dan peralatan yang digunakan menyebabkan kecederaan pada kulit, biji kolestrol juga boleh tumbuh di kawasan yang mengalami trauma. Malahan, kesan terbakar atau melepuh pada kulit juga boleh menyebabkan biji ini tumbuh.\n\nNamun, pertumbuhan biji kolestrol pada bahagian mata masih lagi tidak dapat dikenal pasti puncanya. Namun begitu, biji kolestrol ini tidak akan membesar dan tidak menyebabkan masalah kulit yang lain.\n\nWalaupun biji kolestrol tidak berbahaya, namun kemunculannya pada bahagian wajah akan mengganggu penampilan dan keyakinan. Oleh itu, sekiranya anda menghadapi masalah ini, lebih-lebih lagi pada bahagian wajah, boleh dapatkan rawatan berikut.\n\nTeknik ini hanya boleh dilakukan oleh doktor atau pakar kulit di klinik atau hospital sahaja. Biji kolestrol akan dipecahkan menggunakan jarum steril yang telah dinyah kuman. Caranya gumpalan keratin akan dicungkil keluar menggunakan alat pengekstrak akne.\n\nJangan sesekali membuat rawatan ini di rumah untuk mengelakkan jangkitan bakteria yang akan merosakkan kulit.\n\nUntuk membuang milia yang besar dan degil, rawatan yang paling berkesan ialah rawatan laser. Jika anda mempunyai duit lebih, boleh cuba rawatan ini. Pastikan anda membuat temu janji dengan klinik dan hospital yang mempunyai pakar kulit yang terlatih.\n\nPastikan pakar tersebut diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan risiko komplikasi. Namun begitu, rawatan laser tak sesuai bagi individu yang mempunyai masalah jerawat kronik, mengambil ubat isotretinoin dan mempunyai sistem imun yang lemah.\n\nKini terdapat banyak produk pengelupasan kimia yang menggunakan Asid Alfa Hidroksi (AHA) sebagai bahan utama di pasaran. AHA merupakan asid yang mempunyai kesan pengelupasan kulit lapisan epidermis atau keratolitik.\n\nAHA akan menembusi lapisan kulit dan merosakkan ikatan antara sel-sel keratin dan akan disingkirkan melalui pengelupasan. Hasilnya ia akan beri kesan rejuvenasi, membersihkan kulit dan menghilangkan biji kolestrol yang kecil.\n\nAnda boleh menggunakan produk penjagaan wajah yang diperkaya dengan asid buah-buahan (asid glikolik) terutama AHA dan Asid Polihidroksi (PHA).\n\nKita disarankan memakai krim tabir suria (sunblock) setiap hari walau di mana sahaja. Tak kiralah anda sedang bercuti, bekerja dalam bangunan atau sekadar suri rumah sahaja. Jika anda bekerja di kawasan panas yang terdedah, gunakan krim sunblock dengan kerap.\n\nSinaran ultraviolet yang tinggi akan merosakkan kulit dan menyebabkan kulit terbakar, merosakkan kolagen dan menyebabkan pori-pori menjadi besar. Ini akan menggalakkan lagi pertumbuhan biji kolestrol pada bahagian wajah.\n\nAnda boleh membeli retinol di kebanyakan farmasi. Retinol terhasil daripada vitamin A yang efektif untuk merangsang penggantian sel-sel kulit. Retinol terdapat dalam produk penjagaan kulit.\n\nNamun, jika anda mempunyai kulit yang sensitif, sapukan dulu retinol pada bahagian siku semalaman. Jika tiada sebarang kesan sampingan, anda boleh menyapunya di bahagian wajah. Anda perlulah mendapatkan nasihat pakar kulit sebelum menggunakannya.\n\nWalaupun bagaimanapun pakar perubatan mengatakan bahawa biji kolestrol bukan disebabkan oleh faktor genetik dan stres. Namun begitu, untuk mengelakkan berlakunya masalah ini, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga iaitu:\n\nSetakat ini saja perkongsian tentang biji kolestrol. Diharapkan para pembaca sekalian telah mendapat maklumat yang berguna tentang biji kolestrol. Tanggapan yang salah selama ini perlu dibetulkan. Biji kolestrol langsung tiada kaitan dengan paras kolestrol dalam tubuh badan.\n\nJemput baca tentang punca kolestrol dan senaman muka untuk awet muda"
"Antara resepi viral lain yang akan kami kongsikan pada tulisan kali ini ialah tauhu jepun kukus. Hidangan viral yang memikat hati orang ramai.\n\nHidangan ini menggunakan tauhu jepun dan sedikit tauhu biasa. Namun apabila dimakan terasa lembut tauhu jepun lebih dominan semasa digigit dan lumat dalam mulut.\n\nTauhu dikukus terlebih dulu sebelum digoreng. Tujuannya dikukus ialah supaya tauhu jadi lembut, maka masa gorengnya pula tidak perlu lama sehingga tauhu tidak garing dan terlampau keras.\n\nZie Aries\u200e berkongsikan resepi tauhu kukus yang viral di Facebook. Jom cubakan resepinya sekarang.\n\nSelain resepi tauhu kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tercari resepi makanan sihat berasaskan oat? Ayuh tengok dulu tulisan kami di bawah iaitu perkongsian resepi bubur oat ayam. Sihat gerenti seratus peratus.\n\nBubur oat ayam pula sesuai untuk orang yang berdiet sebenarnya, sebab makanan ini penuh fiber, dapat lancarkan sistem penghadaman di dalam tubuh.\n\nSelain daripada berkhasiat dan sedap, makanan ini pula amat cepat dan mudah penyediaannya. Sesuai untuk sarapan atau makan malam. Terutamanya untuk orang yang tengah berdiet. Jom cubakan resepi yang dikongsikan oleh MrsMoon MJ di laman Facebook.\n\nSelain bubur oat ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Memang adat bekerja, adakalanya terpaksa keluar daripada tempat tinggal biasa. Suami/isteri terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu kerana urusan kerja. Ianya mungkin melibatkan beberapa hari tanpa bersama.\n\nAdakalanya suami isteri terpaksa berjauhan untuk seketika kerana urusan kerja. [time4sleep]\n\nKebanyakan isteri apabila mendengar sahaja suaminya hendak pergi outstation lebih daripada dua hari, jiwanya mula risau, kelam kabut, tak senang duduk dan macam-macam perasaan bimbang.\n\nDia takut kesunyian dan rasa pilu jika terjadi apa-apa terhadapnya kerana tiada siapa untuk dirinya meminta tolong atau perlindungan. perkara yang paling terseksa ialah terpaksa tidur sendirian.\n\nRindunya mula terasa pada saat apabila diberitahu oleh suami yang dia diarah pergi outstation. Bukan pada hari perjalanan suaminya.\n\nOrang lelaki lain pula mindanya. Dia rasa \u2018excited\u2019 hendak pergi outstation atas urusan kerja, kerana inilah peluang dia berjalan ditanggung oleh organisasinya.\n\nDia berasa megah kerana terpilih untuk menjalankan kerja di luar. Lebih lama, lebih kerap dan lebih jauh tempat outstationnya, lebih \u2018macho\u2019 dia rasainya.\n\nOleh itu untuk mengimbangi keperluan dan kehendak yang bertentangan suami isteri ini, berikut adalah tipnya:\n\nJangan tunjukkan sangat \u201cexcitement\u201d nak pergi outstation di hadapan isteri. Tunjukkan muka sedih juga kerana terpaksa meninggalkan isteri demi tugas.\n\nTujuan supaya isteri rasa sikit lega kerana suaminya mengiktiraf perasaan sedihnya kerana ditinggalkan.\n\nPenuhi keperluan isteri sebelum tinggalkan dia sendirian. Tanyalah apa yang dia perlukan sepanjang ketiadaan anda.\n\nSeperti contoh barang dapur atau belanja hariannya. Dengan ini boleh meringankan bebannya dan dia tidak perlu meminta pertolongan orang lain nanti.\n\n#3 Beritahu kepada isteri keperluan anda\n\nBeritahu dia keperluan yang anda perlukan semasa outstation agar dia juga boleh menyediakan keperluan itu lebih awal. Dia rasa terhibur jika dia yang mengemaskan barangan dan pakaian yang anda perlukan.\n\nSemasa hendakberpisah, cium dia dan unggapkan perkataan yang dia rasai anda juga sudah mula merinduinya.\n\nDi pertengahan perjalanan dan sampai ke tempat yang dituju, hubungi dan beritahu keadaan anda. Ini boleh mengurangkan kerisauannya. Dia lega apabila tahu anda selamat.\n\nBuat ketetapan untuk menghubungi dirinya setiap malam (contoh setiap selepas Isya atau jam 11.oo mlm). Ini boleh mengubati kegelisahannya kerana tidur sendirian.\n\nJangan lupa beli cenderamata. Yang murah pun tidak mengapa. Barang yang sama pun tidak mengapa jika tempat outstation adalah tempat yang selalu pergi kerana yang penting bukan barangan itu, tetapi tanda ingatan anda kepada dia yang menjadi ukurannya.\n\nSentiasa berdoa untuk diri dan keluarga kerana orang bermusafir mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t.\n\nApaila sampai di rumah sekembali daripada outstation, terus berjumpa isteri dahulu (peluk cium). Utamakan dia daripada anak-anak sendiri.\n\nWalaupun pada masa itu, ibu kita ditakdirnya ada di rumah sedang bertandang, jumpa isteri kita dahulu. Tindakan ini membuktikan yang dialah orang yang kita rindui, hormati dan hargai.\n\n#1 Kongsi perasaan bangga dengan suami\n\nTunjukkan perasaan gembira dan megah pada peringkat awal apabila suami memberitahu yang dia akan ke outstation. Kemudian barulah nyatakan kerinduan dan kerisauan di hati.\n\nDengan ini suami rasai dirinya dihormati dan barulah mindanya dapat berfikir perasaan isterinya.\n\nSebelum dia pergi, banyakkan bertanya urusannya oustation daripada kesusahan dan kebimbangan diri anda semasa ketiadaan dia.\n\nBincang alternatif dan sokongan yang perlu anda perlukan semasa ketiadaannya. Apabila semua plan A, plan B telah dirancang barulah sesuai menyatakan perasaan, kerisauan dan emosi anda kepada dia. Pendekatan ini memudahkan dia empati kepada anda.\n\nJika terlalu rindu semasa ketiadaan dia, hubungi dia menggunakan pesanan ringkas dahulu. Jangan telefon menggunakan suara.\n\nMungkin hal ini mengganggu dirinya yang sedang melaksana tugasnya. Ataupun dia akan malu jika rakan-rakan yang ada bersamanya mendengar isterinya menelefon. Dia mungkin diejek sebagai \u201cQueen Control\u201d atau \u201ckena buat report\u201d.\n\n#4 Ingatkan dirinya dengan pesanan ringkas\n\nIngatkan barangan yang ada pesan, agar dia tidak lupa membelinya. Eloknya menggunakan pesanan ringkas. Kalau bercakap melalui telefon, dia mudah lupa.\n\nBerdoalah agar dia selamat pergi dan balik\n\n#6 Menyambut dengan senyuman pabila dia pulang\n\nSambutlah dia dengan senyuman. Jika ada masalah di rumah, jangan terus mengadu. Tunggu dia tenang paling kurang 10 minit agar dia dapat menukar kotak mindanya daripada oustation kepada sampai rumah."
"Ada yang berminat dengan Kuih Tart Telur ini? Rasanya yang enak dan lemak berkrim itu pasti mampu buatkan anda tersenyum sepanjang hari. Boleh jadi hancur plan nak diet kalau nampak tart telur nih.\n\nNak belajar buat Tart Telur ? Bahan asas untuk buat kuih ini tidaklah renyah mana pun. Hanya memerlukan telur dan kastard. Penyediannya pun tak sampai 40 minit. Mudah kan? Lepas tuh, sekali buat boleh dapat banyak. Bolehlah buat stock dalam peti nanti. Makan masa bosan-bosan. Ataupun masa menonton TV. Kan seronok macam tuuuu.\n\nKalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Kuih Tart Telur nih agak popular juga di kalangan orang ramai terutamanya di kalangan orang muda. Hasil jualan nya, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan untuk keluarga. \n\nResepi Tart Telur yang dkongsikan oleh Rosimah Bt A Rahman , bukan sahaja mudah dibuat tetapi memang sedap. Tak puas makan satu, kena makan lebih. Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya.\n\nTada. Dah siap. Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kuih Tart Telur ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba."
"Kita dapat melihat bahawa generasi kini mempunyai kurang kemahiran dalam komunikasi ketika berbicara dengan orang lain tidak mengira usia. Mereka lebih berminat untuk mengunakan bahasa yang kurang sesuai ataupun dipanggil bahasa pasar. Perkara ini amat membimbangkan kerana kemahiran komunikasi amat diperlukan dalam sesuatu pekerjaan. Dibawah ini adalah beberapa kemahiran komunikasi yang boleh diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka:\n\n1. Mengajar anak menggunakan bahasa tubuh yang betul semasa berkomunikasi .\n\n2. Mengajar anak cara untuk memulakan perbualan.\n\n3. Mengajar anak cara hendak menghadapi dan mengurus konflik dalam pergaulan seperti dibuli dan pergaduhan.\n\n4. Teknik berkomunikasi di dalam kelas.\n\n5. Cara memberikan pujian kepada orang lain.\n\n6. Mengajar anak cara menghindari & menghadapi pemangsa seksual kanak kanak ( pedophile).\n\n7. Mengetahui membezakan sentuhan selamat dan tidak selamat.\n\n*Kami berharap bahawa tips ini boleh memberikan manfaat kepada ibu bapa diluar sana.\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis iaitu Encik Taufiq Razif(Parenting Coach). Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Zaman dulu ketika zaman penjajahan, ubi kayu rebus dianggap makanan mewah yang tidak ramai orang mampu untuk makan. Orang terdahulu terpaksa merebus ubi kayu dengan menggunakan dapur kayu api berbanding dapur gas yang kita gunakan hari ini. Tanpa kita sedar, banyak sebenarnya khasiat ubi kayu rebus kepada kesihatan diri. \n\nArtikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda khasiat ubi kayu rebus untuk anda jadikan panduan pemakanan yang sihat.\n\nHidangan ubi kayu rebus kenangan zaman penjajahan\n\nMakanan ubi kayu rebus adalah sejenis makanan tradisional yang telah lama dijadikan sajian dalam masyarakat tempatan. Tanaman ubi atau nama saintifiknya, Manihot esculenta\u00a0Crantz adalah sejenis tanaman umbisi yang mudah ditanam dan dijaga.\n\nNegara barat memanggilnya sebagai \u00a0\u201ccassava\u201d atau \u201ctapioca\u201d. Di Malaysia tanaman ubi kayu biasanya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan.\n\nSedangkan di kawasan pendalaman di Malaysia seperti perkampungan orang asli di Semenanjung dan pribumi di Sarawak dan Sabah, penanaman ubi kayu ini ditanam bersama-sama dengan padi bukit sebagai bekalan makanan yang penting.\n\nHari ini ubi kayu bukan sahaja dijadikan satu sajian sahaja malah variasi resepi yang ada seperti ubi pedas, ubi bakar, unkep ubi, ubi gula merah, ubi goreng cicah sambal kicap, ubi rebus cicah sambal tumis, dan banyak lagi. \n\nBagi setiap 100gram ubi kayu, berikut adalah komposisi nutrien yang ada di dalamnya:\n\nSetiap 100gram ubi kayu akan membekalkan 162 kcl tenaga kepada tubuh badan kita. Hal ini semua kerana dipengaruhi oleh kadar kandungan karbohidratnya yang tinggi sekitar 38.2 g.\n\nOrang terdahulu tidak menjadikan nasi sebagai makanan ruji setiap hari tidak seperti kita. Mereka hanya mempunyai ubi kayu untuk dijadikan santapan sehari-hari.\n\nDari perspektif luaran tampak ubi kayu biasa sahaja malah mungkin jauh hendak dibandingkan dengan nasi. Tetapi hakikatnya ubi kayu tinggi karbohidrat dan penyumbang tenaga yang pantas kepada tubuh badan.\n\nUbi kayu kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem pencernaan lebih lancar dan berfungsi dengan baik. Serat tidak larut membantu dalam meningkatkan sistem pencernaan kita dengan menyerap semua racun yang disimpan dalam usus.\n\nDalam masa yang sama ia juga dapat mengurangkan keradangan dalam saluran penghadaman perut.\n\nAnemia adalah adalah masalah kekurangan sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Faktor yang sering berlaku sehingga menyebabkan kita terkena anemia adalah kerana kekurangan zat besi. \n\nKhasiat ubi kayu rebus dikatakan mampu mencegah penyakit ini. Hal ini kerana, ia diperkaya dengan kandungan zat besi yang tinggi bagi pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah.\n\nJusteri, apabila kandungan zat besi dalam badan mencukupi, \u00a0penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dan zat besi dapat dicegah.\n\nRamai orang yang hendak kurus lalu bersenam tetapi masih tidak dapat bentuk badan yan dimahukan. Mengapa?\n\nDiet pemakanan harian juga sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam menurunkan berat badan. Ubi kayu yang kaya dengan serat makanan adalah pilihan yang tepat jika anda tidak sabar untuk menurunkan berat badan. \n\nIa boleh membuatkan kita berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Jadi tidak adalah kita makan snek-snek ringan atau makanan yang tidak berkhasiat untuk mengurangkan rasa lapar setiap hari. \n\nKehadiran vitamin B2 dan riboflavin dalam ubi kayu berguna dalam menyembuhkan sakit kepala dan migrain. Tambahan lagi, ia justeru dapat mengurangkan serangan migrain yang berterusan. \n\nSifat ubi kayu yang antioksidan dapat membantu mengatasi masalah cirit-birit. Ia bertindak untuk menyingkirkan bakteria yang menjadi penyebab masalah perut dan mengurangkan gejala cirit-birit.\n\nApa kena mengena ubi kayu dan penglihatan seseorang? Kehadiran vitamin A dan mineral dalam ubi kayu secara tidak langsung meningkatkan penglihatan kita dan menghalang dari buta atau masalah penglihatan yang lain. \n\nSemoga dengan perkongsian mengenai khasiat ubi kayu rebus ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk kekal sihat setiap hari. \n\nSelain dari khasiat ubi kayu rebus ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain seperti:"
"Resepi kek orange sunquick ini sesuai untuk dihidangkan untuk santapan minum petang bersama seisi keluarga. Resepi kek orange ini akan menghasilkan kek yang sangat empuk dan cair dimulut. Pastinya kek ini dapat mengikat selera orang ramai terutamanya anak-anak dan suami. \n\nKek orange sunquick ini sangat mudah untuk dihasilkan di rumah. Anda hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk mencuba resepi ini sendiri di rumah. Jika anda mempunyai masa lapang dan suka untuk mencuba resepi baharu jadi resepi ini sangatlah disyorkan untuk anda. Jadi mari kita lihat cara-cara untuk membuat kek orange sunquick yang sangat lazat dan mudah ini.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Siti Suraya Mohamad Zahir dan telah mendapat banyak like dan komen yang positif.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi Kek Orange Sunquick ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!"
"Cheese tart memiliki rasa dan pesona yang tersendiri. Bentuknya yang cantik dan comel serta rasa yang sedap membuat blueberry cheese tart sangat digemari.\n\nPada resepi ini kami akan mengongsikan resepi blueberry cheese tart yang terlajak sedap dan mendapat perkongsian sangat ramai di Facebook, resepi ini dikongsikan oleh Khairil Bariah.\n\nDipanggil blueberry cheese tart kerana ia menggunakan blueberry jam dan krim cheese sebagai filling. Tart ini dapat dijadikan makanan pencuci mulut untuk majlis-majlis mewah.\n\nAnda yang memiliki bisnes niaga kek atau tart dapat mencuba resepi ini untuk menjual tart yang menarik. Anda boleh juga membuat blueberry cheese tart ini untuk dimakan bersama keluarga. Konfirm tart anda akan laku dan habis dalam sekejap sebab terlampau sedap.\n\n1. Pukul butter dan gula aising sampai sebati.\n2. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla/esen lemon.\n3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh.\n4. Kemudian simpan dalam peti ais selama 20 minit.\n5. Selepas 20 minit boleh tekan dalam acuan dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 150\u00b0C.\n\n1. Pukul cheese cream, gula kastor dan butter sampai kembang dan gebu.\n2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla/esen lemon.\n3. Akhir sekali pipe ke dalam shell yang telah dimasukkan filling dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 120\u00b0C.\n\nSelain resepi blueberry cheese tart, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Harum semerbak bau brownie cookies. Ada ke yang suka makan brownies cookies nih sampai tak paling kiri kanan? Sedap sangat lah katakan? Tapi sekarang nih dah tak perlu dah nak order atau cari kat luar semata-mata nak makan brownie cookies nih. Boleh jer cuba buat sendiri kat rumah.\n\nKalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Brownie cookies nih agak popular juga di kalangan orang muda sekarang. Selain dijadikan snack, cookies ini juga dijadikan sebagai doorgift untuk majlis-majlis tunang, akad nikah, kahwin dan sebagainya. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Untung kan? \n\nResepi daripada Dasyarilawati Suzirah Daud ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.\n\nDah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Pejam mata pun boleh buatkan? Dah boleh makan Brownie cookies walaupun tak keluar rumah. Bolehlah cuba resepi Brownie Cookies nih dan kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih."
"Mencari pakej bulan madu luar negara yang murah, berbaloi dan seronok? Jangan risau, banyak pakej yang pasti sesuai dengan bajet anda!\n\nSebut sahaja tentang lokasi menarik di luar negara untuk berbulan madu, pasti Bali dan Maldives termasuk dalam senarai tersebut. Tapi apa yang merisaukan ramai pasangan baru berkahwin semestinya bajet yang diperlukan untuk ke sana.\n\nRamai yang berfikir bahawa kedua-dua lokasi percutian bertaraf dunia ini memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana. Namun jangan risau, kami telah jumpa agensi pelancongan yang menawarkan pakej berbulan madu yang sangat berbaloi dan eksklusif iaitu D Asia Travels.\n\nD Asia Travels yang terletak di Rawang merupakan agensi pelancongan Malaysia yang menawarkan pakej pelancongan menarik bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia. Sudah lama berkecimpung dalam dunia pelancongan, agensi pelancongan ini memang pakar bab pakej berbulan madu termasuk di Bali dan Maldives.\n\nRamai pelanggan memberikan komen positif terhadap perkhidmatan mereka dalam menyusun segala keperluan pelancongan dari segi tiket, hotel, pengangkutan, aktiviti dan sebagainya sepanjang pelancongan mereka. Semuanya menjadi mudah dengan adanya agensi pelancongan terbaik seperti ini!\n\nNamun kali ini, kami akan berkongsikan tentang pakej bulan madu di lokasi idaman ramai iaitu Bali dan Maldives. Nak tahu apa yang menarik di lokasi tersebut serta pakej yang ditawarkan? Ini pasti membantu anda dalam merancang bulan madu akan datang!\n\nPasti ada yang tertanya-tanya mengapa Bali merupakan destinasi pelancongan idaman ramai. Jika ada yang tak tahu, Bali adalah destinasi pelancongan yang kaya dengan pelbagai tempat menarik yang memukau serta alam semula jadi yang mempersona.\n\nBukan itu saja, Bali kaya dengan budaya dan tradisi masyarakat setempat. Hal ini dapat dilihat dari segi rutin harian, pemakaian, gaya hidup dan makanan tempatan. Tambahan pula, masyarakat yang tinggal di Bali sangat peramah dengan pelancong.\n\nJika anda mengambil pakej berbulan madu dengan D Asia Travels, antara tempat menarik di Bali yang anda bakal kunjungi mengikut pakej adalah Nusa Penida yang terkenal dengan keindahan pantai dan pemandangan sekeliling. Sama ada di Diamond Beach mahupun Atuh Beach, sangat terkenal dengan air lautnya kebiruan dan jernih.\n\nBukan itu sahaja, ada pakej yang termasuk dengan menonton persembahan secara langsung Kecak Dance di Uluwatu. Persembahan tradisional ini sangat terkenal di Bali. Tarian yang diiringi nyanyian dan sketsa ini dipersembahkan oleh majoritinya lelaki dan beberapa watak memakai topeng dan pakaian tradisional Bali. \n\nDi Uluwatu juga, pengunjung boleh menonton persembahan api, melihat matahari terbenam, bergambar dengan latar lautan luas dan mempersona dan sebagainya.\n\nSelain itu, Ubud juga termasuk dalam beberapa pakej honeymoon di Bali yang ditawarkan oleh D Asia Travels. Rata-rata yang ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dan mencuba Bali swing. Pemandangan di sini sangat memukau dengan berlatarkan sawah padi berteres.\n\nNak sebut tentang keunikan Bali memang tiada penghujung kerana terlampau banyak keistimewaan apabila berada di sini. Tidak hairanlah, ramai yang menjadikan destinasi ini sebagai lokasi berbulan madu idaman.\n\nUntuk pakej berbulan madu di Bali, D Asia Travels menawarkan lebih 30 pakej menarik sepanjang berada di sana. Sehingga kini, pakej terendah Bali bermula RM 1 950 untuk 4 hari 3 malam termasuk penginapan, pengangkutan ke lapangan terbang, makan dan beberapa tempat menarik.\n\nNamun jika mahu bercuti di Bali, empat hari memang tidak cukup untuk menikmati semua keunikan terdapat di sini. Pakej percutian terpanjang di Bali adalah selama 7 hari 6 malam. Lebih santai dan lebih banyak tempat yang boleh diterokai.\n\nIni pakej berbulan madu di Bali yang ditawarkan oleh D Asia Travels:\n\nMaldives juga antara pilihan destinasi berbulan madu terbaik dan menarik untuk dikunjungi. Bercuti di negara Islam ini, pasti memberi banyak kelebihan lebih-lebih lagi dari segi pemakanan. Memang mudah untuk mencari makanan yang halal.\n\nSebab utama ramai yang ingin berbulan madu di sini semestinya pemandangan yang cantik dengan laut kebiruan dan jernih. Penuh dengan privasi, sesuai untuk mereka yang baru berkahwin dan menginginkan masa bersama untuk berehat.\n\nD Asia Travels menawarkan empat pakej berbulan madu di Maldives yang menyeronokkan dengan harga yang mampu milik.\n\nPercutian berbulan madu ini serendah RM 4 875 untuk empat hari tiga malam. Ada juga pakej selama lima hari empat malam serendah RM 5 550. Pakej termasuk penginapan, pertukaran bot, aktiviti air, makan, candle light dinner dan lain-lain.\n\nKebanyakan pasangan yang bercuti di Maldives hanya mahu bersantai dan menikmati suasana menenangkan bersama. Namun ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti atau sukan air serta meneroka tempat menarik di kawasan sekitar.\n\nDengan pakej yang ditawarkan oleh agensi ini, pengunjung dapat menyertai beberapa sukan air termasuk snorkeling, kayak, menaiki jetski dan parasailing. Bagi aktiviti snorkeling, ada pakej untuk pelancong melihat pelbagai hidupan marin di tiga check point berbeza.\n\nBanyak lagi aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di setiap pakej di Maldives seperti yang berikut:\n\nSebarang maklumat lanjut mengenai pakej percutian atau lain-lain, layari laman berikut:\n\nFacebook: D Asia Travels Sdn Bhd\n\nSetelah penat merancang dan menyiapkan majlis perkahwinan, setiap pengantin pasti memerlukan percutian yang mendamaikan untuk merehatkan mental dan fizikal. Jadi, Bali dan Maldives sesuai untuk anda kerana penuh dengan privasi, menimbulkan suasana yang romantik serta kaya dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.\n\nBanyak pakej bulan madu yang sangat berpatutan ditawarkan oleh D Asia Travels. Sebut sahaja negara atau negeri mana yang mahu anda pergi, mereka akan membantu anda dalam merealisasikan percutian bulan madu anda dengan baik.\n\nSudah jumpa pakej bulan madu di Bali dan Maldives yang memenuhi citarasa anda? Lakukan tempahan segera!"
"Sekiranya anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, perkara paling penting untuk anda lakukan ialah menjaga pemakanan. Ini kerana formula untuk kurus ialah 80% pemakanan dan 20% senaman. \n\nDari segi pemakananan, anda perlu pastikan kalori yang masuk ke dalam tubuh badan anda adalah kurang daripada kalori yang digunakan setiap hari atau dikenali sebagai kalori defisit.\n\nOleh itu, mengambil makanan rendah kalori yang mengenyangkan adalah sangat membantu anda kurus dengan cepat. Sebelum kami senaraikan makanan rendah kalori yang terbaik untuk anda, jom fahami apa yang dimaksudkan dengan kalori makanan. Kalori makanan adalah sejenis unit\u00a0tenaga. \n\nKalori merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Perancis iaitu calor\u00a0yang bermaksud haba. Ini bermaksud, kalori adalah tenaga yang dihasilkan apabila makanan yang masuk ke dalam perut anda dihadam oleh sistem pencernaan. Jadi, apakah makanan rendah kalori yang mengenyangkan yang terbaik untuk anda kurus dan hilang inci dengan cepat?\n\nTeh hijau adalah sahabat baik bagi mereka yang mengamalkan diet makanan rendah kalori yang mengenyangkan. Ini kerana jumlah kalori dalam teh hijau adalah cuma 0 ke 1 kalori per 100 gram sahaja. \n\nApa yang lebih menarik, kandungan polifenol dalam teh hijau meningkatkan proses pembakaran lemak dalam badan anda dan dalam sama membantu menyingkirkan toksin dari badan.\n\nTomato ceri adalah makanan popular untuk merka yang berdiet. Ini kerana kadar kalorinya adalah 29 kalori per 100 gram. Sungguh rendah! Dan tomato ceri adalah sayuran yang mengenyangkan malah kaya dengan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan seperti Magnesium, Kalsium, vitamin C dan vitamin B9.\n\nSelain itu, sifat diuretik yang ada dalam tomato ceri membantu proses penyingkiran toksin dalam badan. Apabila toksin dikeluarkan dari badan, anda akan kurus dengan cepat. Oleh itu, kalau anda masih mencari makana rendah kalori yang mengenyangkan, jadikan tomato ceri sebagai makanan pilihan anda.\n\nRamai yang tahu bahawa lobak merah sangat baik untuk kesihatan mata. Namun tak ramai yang tahu bahawa lobak merah adalah salah satu makanan rendah kalori yang mengenyangkan dan dalam masa yang sama membantu anda untuk kurus dengan cepat. Ini kerana jumlah kalori lobak merah ialah cuma 36 kalori per 100 gram.\n\nBukan itu sahaja, lobak merah juga kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan seperti:\n\nNanas adalah makanan rendah kalori yang mengenyangkan yang wajib anda masukkan dalam menu diet harian anda. Ini kerana jumlah kalori dalam nanas ialah cuma 33 kalori per 100 gram. Malah ia akan memberikan anda rasa kenyang yang lama. Oleh itu, rugi sangat kalau anda taknak makan nanas.\n\nBagaimana nanas memberikan anda rasa kenyang dan dalam amsa yang sama membantu anda untuk kurus? Dalam nanas terdapat sejenis enzim yang bernama bromelain iaitu enzim pembakar lemak yang sangat efisyen dalam membantu anda untuk kurus dengan cepat. \n\nDalam masa yang sama, enzim bromelain juga membantu proses penyingkiran lemak dari tubuh badan anda.\n\nLemon sememangnya sangat sinonim dengan mereka yang berdiet. Ramai yang mengamalkan air detox yang mengandungi lemon dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Walau pun ada yang mengatakan bahawa air detox tidak membantu mengawal berat badan, namun mengikut kajian sains, lemon membantu untuk anda kurus. Jumlah kalori yang ada dalam lemon adalah sangat rendah iaitu cuma 33 kalori per 100 gram. \n\nBagaimana lemon membantu anda untuk kurus? Asid sitrik yang ada dalam lemon akan meningkatkan keupayaan badan anda untuk membakar lemak dan protein dengan cepat. Selain itu, lemon adalah sejenis sitrus yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. \n\nKombinasi bahan antioksida dan kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon akan membantu mengaktifkan rembesan hempedu dalam tubuh badan anda. Keaktifan rembesan hempedu adalah sangat membantu proses pencernaan makanan. Amalan minum air detox lemon akan memberikan anda rasa kenyang yang lama dan dalam masa yang sama membantu anda untuk kurus. \n\nMungkin anda tak percaya, tapi ketahuilah bahawa tembikai merupakan sejenis buah yang rendah kalori namun mengenyangkan anda untuk tempoh yang lama. Kebanyakan mereka yang mengamalkan Intermittent Fasting (IF) untuk kurus akan makan tembikai dengan banyak semasa mereka berada dalam eating window. Ini kerana tembikai terbukti membantu menurunkan berat dan menghilangkan inci dengan cepat. Malah tembikai mendapat jolokan buah pengempis perut.\n\nWalau pun ianya sejenis buah yang rendah kalori iaitu cuma 38 kalori per 100 gram, namun dalam masa yang sama tembikai sangat kaya dengan perlbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seperti:\n\nApa yang lebih menarik, tembikai mempunyai sifat laksatif atau julap yang membantu sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih baik dan dalam masa yang sama mencegah badan anda daripada penyimpanan lemak, lalu membantu anda untuk kurus dengan cepat. Sifat laksatif tembikai juga membantu anda lebih lawas.\n\nItulah dia tadi info tentang makanan beralkali yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang diet atkins,\u00a0kelebihan jintan manis dan makanan untuk diet"
"Mahukan resepi pan cake yang sedap?\n\nBulan Ramadhan telah tiba lagi untuk tahun ini. Sudah semestinya, ramai diantara kita yang sudah berkeluarga ataupun masih bujang mencari resepi resepi mudah yang boleh kita cuba semasa sahur.\n\nWaktu sahur adalah waktu yang sesuai untuk kita makan sesuatu yang ringkas akan tetapi masih lagi mendapat khasiat dan tenaga yang boleh dibekalkan sepanjang waktu berpuasa.\n\nPancake adalah salah satu masakan barat, walaubagaimanapun, ianya juga kerap dimakan semasa sarapan pagi. Pada bulan Ramadhan ini, menghidangkan pancake sewaktu sahur juga salah satu idea bernas yang boleh anda cuba. Walaupun orang kita masih mengemari menu tempatan setiap pagi, sekali sekala kita ubah selera apa salahnya kan? Jom cuba resepi ini!\n\nResepi ini telah dikongsi Habibah Amin dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi pancake ini, terdapat juga resepi lain yang anda boleh cuba untuk dihidangkan kepada keluarga dan yang tersayang. Variasikan juadah anda dengan mencuba resepi yang sedia ada ini dan jangan lupa untuk dikongsikan bersama rakan \u2013 rakan anda."
"Di antara semua bahagian tubuh badan manusia, kaki adalah anggota yang sering mengalami tekanan dan keletihan paling kerap. Hal ini kerana di tapak kaki mempunyai banyak hujung-hujung saraf yang bertindak kepada aliran darah di badan. Teori perubatan dari timur mencadangkan solusi terbaik dengan rendam kaki dalam ais bagi mengurangkan rasa sakit dan bengkak. \n\nDua jenis rawatan yang selalu kita dengar dalam konteks fisioterapi adalah terapi panas (hot pack) dan terapi sejuk (cold pack). Antara contoh terapi panas adalah seperti ultrasound dan Infarered. Manakala terapi sejuk pula seperti rendam kaki dalam ais, ice massage, mandi ais, dan sebagainya.\n\nRawatan ais adalah sejenis rawatan yang bersifat terapeutik yang membolehkan suhu turun dalam tisu. Justeri itu, rawatan ini berupaya dalam mengurangkan proses inflamasi, bengkak, mengurangkan pengaliran darah akibat luka dan ketegangan tisu.\n\n\u00a0Kesan patofisiologi rawatan ais dan haba\n\nMandi air sejuk atau rendam kaki dalam ais dapat meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik. Ini semua dari kombinasi pemulihan badan yang dapat berehat dengan tenang dan penurunan suhu badan seseorang agar tubuh menjadi lebih selesa.\n\nPetua zaman dulu ada mengatakan bahawa rendam kaki dengan air yang dicampur dengn sedikit ais batu mampu mengelakkan dari gangguan jin. Menurut perubatan Islam, sekiranya seseorang itu mengalami gangguan jin yang kronik mereka pasti berasa sakit seperti menyucuk-nyucuk pada kaki yang direndam itu.\n\nAntara tanda lain, tubuh diserang dengan gangguan jin adalah seperti:\n\nAda juga yang mengatakan campuran air rendaman kaki tersebut lebih mujarab apabila dicampur sekali dengan daun bidara, limau nipis, garam bukit dan air berais. Bacakan sekali surah Al-Fatihah (7 kali), surah Al-Ikhlas (7 kali), dan selawat (7 kali) sebelum rendam kaki dalam ais. \n\nSakit badan perkara biasa yang berlaku pada semua peringkat umur. Ia tidak berbahaya dan ketegangan otot sering menjadi punca masalah ini berlaku.\n\nRendaman kaki dalam ais boleh digunakan sebagai alternatif untuk mengembalikan kesegaran badan. Pendedahan air sejuk memberi tindak balas kesakitan automatik yang disebut analgesia disebabkan tekanan (SIA).\n\nSIA adalah tindak balas kesakitan yang berkurang semasa atau selepas terdedah kepada rangsangan tekanan, seperti rendaman air sejuk. Ia berupaya untuk memberi rasa rileks pada otot badan yang tegang.\n\nMasalah angin dalam badan biasanya bertitik tolak dari aspek pemakanan harian dan sistem penghadaman seseorang. Menurut Dr Zubaidi Ahmad, masalah angin kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.\n\nRendam kaki dalam ais sedikti sebanyak dapat membuang angin dan toksik dalam badan. Teknik ini biasa juga kita lihat di pusat-pusat refleksologi atau spa.\n\nCara untuk rendam kaki dalam ais\n\nBerikut adalah panduan yang boleh anda semak untuk melakukan proses rendam kaki dalam ais:\n\nRendam kaki dalam air berais atau mandi air panas, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang banyak untuk kesihatan tubuh badan kita. Namun dinasihatkan, seseorang harus mengelakkan diri dari mandi air yang sangat sejuk atau terlalu panas, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.\n\nSelain dari artikel berkenaan dengan manfaat rendam kaki dalam ais, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan kesihatan seperti:"
"Dua tahun lalu, seorang pemuda di China meninggal dunia akibat bermain permainan komputer atas talian selama tiga hari berturut-turut di sebuah kafe siber di pinggir bandar Beijing. Pemuda berusia 30 tahun itu dilaporkan tidak tidur dan makan tetapi hanya duduk di depan komputer selama tiga hari.\n\nBulan lalu, seorang pemuda berbangsa Cina berusia 23 tahun di Pulau Pinang meninggal dunia dipercayai bermain permainan komputer tanpa henti selama 15 jam.\n\nIni antara beberapa kes yang dilaporkan di akhbar dan didapati daripada Internet.\n\nMasalah ketagihan Internet walaupun belum terdapat kajian terperinci di negara ini tetapi beberapa negara seperti Korea dan China telah mempunyai klinik khusus untuk merawatnya.\n\nDi negara ini, Internet serta gajet bukanlah sesuatu yang asing bagi generasi Y kerana sebaik sahaja \u2018celik mata\u2019 mereka sudah didedahkan dengan teknologi berkenaan.\n\nInternet tidak mendatangkan masalah jika digunakan dengan baik oleh mereka yang menggunakannya. Internet mampu menyampaikan maklumat dengan pantas menjadikan dunia tanpa sempadan yang tidak pernah kita terfikir suatu masa dulu.\n\nBagaimanapun ledakan maklumat boleh menyebabkan seseorang menjadi leka dengan pelbagai laman yang terdapat di dalam Internet.\n\nAkses mudah kepada Internet menjadikan remaja dan kanak-kanak terutama generasi Y menjadi ketagih kepada teknologi maklumat mudah alih ini.\n\nPensyarah yang juga pakar runding psikitris, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, masalah penggunaan Internet berlebihan boleh disebabkan oleh permainan dalam talian, pornografi, judi Internet dan sosial media.\n\n\u201cSeseorang boleh dikategorikan mempunyai masalah ketagihan Internet apabila menggunakan Internet secara berlebihan sehingga mengabaikan makan, minum, rehat dan tidur,\u201d katanya semasa ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.\n\nMereka yang ketagihan Internet biasanya mempunyai unsur \u2018withdrawal\u2019 iaitu timbul perasaan resah gelisah apabila tidak dapat menggunakan Internet.\n\nMereka juga mempunyai sifat \u2018tolerance\u2019 iaitu jumlah penggunaan Internet yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.\n\n\u201cMereka ini juga cenderung menukar gajet yang lebih canggih bagi mendapatkan akses Internet lebih mudah,\u201d katanya.\n\nSelain itu mereka yang dikategorikan ketagihan Internet akan mengabaikan keperluan asas seperti makan, minum, tidur, bersosial dan lebih suka menghabiskan masa di depan komputer atau gajet.\n\nDr. Muhsin berkata, akibatnya penagih Internet akan memberikan kesan negatif kepada produktiviti sama ada di pejabat atau sekolah.\n\n\u201cMereka akan menghabiskan masa dengan Internet dan mengabaikan tugasan sama ada di pejabat atau di sekolah.\n\n\u201cMalah lebih teruk terdapat pelajar yang mencuri bagi mendapatkan duit ke siber kafe,\u201d katanya.\n\nJelas Dr. Muhsin, mereka ini akan mengalami gangguan emosi dan mengabaikan kesihatan serta ponteng kerja dan sekolah.\n\nPenggunaan Internet yang berlebihan juga akan menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan melibatkan mata, jantung, obesiti dan emosi tertekan.\n\n\u201cBagaimanapun masalah ini tidak disedari oleh individu berkenaan tetapi dapat dikenal pasti oleh orang sekeliling.\n\n\u201cIbu bapa, adik beradik atau kawan-kawan perlu menegur atau memberikan nasihat jika terdapat tanda-tanda ini pada anak atau rakan mereka,\u201d katanya.\n\nDr. Muhsin berkata, biasanya individu yang terlibat dengan ketagihan Internet tidak mempunyai aktiviti riadah, kurang berkawan dan bersikap introvet iaitu sukar untuk berinteraksi dengan orang sekeliling.\n\n\u201cMereka lebih gemar meluahkan perasaan kepada media sosial yang disangka hanya perbualan sehala. Tetapi sebenarnya media sosial hanya mendatangkan masalah lebih besar kerana mempunyai audien yang ramai,\u201d katanya.\n\nTambah Dr. Muhsin, remaja memerlukan kehidupan sosial yang sihat bagi mempelajari emosi serta bahasa badan.\n\nPendedahan kepada gajet yang berlebihan akan menyebabkan hubungan keluarga menjadi renggang.\n\n\u201cKanak-kanak yang terdedah kepada Internet pada peringkat awal boleh menyebabkan kurangnya interaksi secara fizikal dengan keluarga dan akan memberikan kesan buruk terhadap emosi bagi jangka panjang,\u201d katanya.\n\nTumpuan kepada Internet yang berlebihan boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi longgar dalam jangka masa panjang.\n\n\u201cSepatutnya perlu ada interaksi dengan ahli keluarga sekurang-kurangnya semasa makan,\u201d katanya.\n\nDr. Muhsin menambah, bagi mengatasi masalah berkenaan ibu bapa perlu memberikan perhatian mengenai penggunaan Internet di kalangan anak-anak kerana pada usia kanak-kanak dan remaja tidak dapat menilai maklumat di dalam Internet.\n\n\u201cSesetengah negara menyediakan perisian yang sesuai bukan saja untuk mengehadkan penggunaan Internet dan menapis kandungan tetapi juga memantau apa yang dilihat oleh anak mereka.\n\n\u201cDengan ini ibu bapa boleh memastikan apa yang diakses oleh anak mereka di Internet kerana ini penting bagi perkembangan kanak-kanak,\u201d katanya.\n\nDr. Muhsin berkata, di Korea misalnya, ramai remaja membunuh diri kerana mereka mendapat maklumat mengenainya di Internet.\n\nJusteru remaja dan kanak-kanak perlu dididik mengenai Internet sama ada di sekolah atau di rumah.\n\nTanpa didikan atau bimbingan, kanak-kanak tidak dapat memilih mana yang benar atau salah."
"Tidak dapat digambarkan perasan bersyukur dan gembiranya pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Berita gembira tu pastinya ditunggu-tunggu oleh semua pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.\n\nNamun, proses yang bakal ditempuh oleh si ibu sepanjang kehamilan bukannya mudah. Lebih-lebih lagi, bagi wanita yang baru pertama kali merasai pengalaman mengandung. Sudah menjadi lumrah, ada bakal ibu yang tiada sebarang masalah seperti morning sickness, alahan dan sebagainya.\n\nAda pula yang tiba-tiba mendapat masalah kesihatan seperti diabetes. Malah, ada juga bakal ibu yang menghadapi perubahan fizikal yang ketara seperti kegemukan, masalah kulit dan sebagainya. Namun, yang paling ketara dihadapi ialah masalah berkaitan emosi ketika mengandung.\n\nOleh itu, dalam artikel ni, penulis ingin berkongsi emosi-emosi yang mengganggu ibu mengandung. Tujuannya supaya si ibu boleh menjadikan tips-tips yang akan dikongsikan ni sebagai panduan. Tak lupa juga untuk membantu bakal-bakal ayah menghadapi emosi isteri mereka ketika hamil.\n\nSesetengah wanita yang hamil mengalami emosi yang bercelaru, berasa tertekan, mudah sensitif atas perkara remeh-temeh dan suka marah-marah. Situasi ni merupakan sesuatu yang normal kerana disebabkan oleh perubahan hormon.\n\nPakar sakit puan berpendapat bahawa perubahan emosi ni biasanya berlaku sepanjang 10 minggu pertama kehamilan. Selepas tempoh itu iaitu pada trimester, emosi si ibu akan lebih terkawal dan kembali seperti biasa.\n\nBagi merungkai isu emosi ibu mengandung ni, penulis menyenaraikan beberapa punca lain yang menyebabkan masalah ni. Antaranya ialah:\n\nWalaupun rezeki mengandung adalah impian semua wanita yang berumah tangga, namun ada juga yang belum bersedia memikul beban sebagai ibu. Hal ni mungkin disebabkan oleh faktor umur yang muda, perkahwinan yang diatur oleh keluarga, terlanjur, persekitaran dan sebagainya.\n\nWanita yang belum \u2018rela\u2019 menjadi ibu akan berasa tertekan, tak gembira dengan kehamilan dan tak menikmati pengalaman sepanjang tenpoh tu. Mereka akan mudah marah, sering menangis, menjauhkan diri dan berasa stres.\n\nBagi wanita yang bekerjaya, tugas di tempat kerja dan di rumah amat meletihkan. Di tempat kerja, mereka perlu menghadap bebanan kerja, karenah bos dan rakan sekerja. Di rumah pula, mereka perlu memasak, mengemas rumah dan menyediakan keperluan suami dan anak-anak yang lain.\n\nHal ni menyebabkan mereka mudah tertekan dan letih kerana membawa kandungan yang semakin membesar. Tak hairanlah ada yang suka marah-marah anak, malas nak uruskan rumah tangga dan tak menjaga penampilan di rumah.\n\nSemasa proses kehamilan, wanita mendapat perhatian yang terbaik daripada suami mereka. Itulah sebabnya apa saja yang diminta pasti akan ditunaikan. Namun, ada juga wanita yang teringin nak makan makanan pelik-pelik dengan alasan mengidam.\n\nJika yang diidamkan tak dapat, jawabnya sedepa panjangnya muncung isteri. Maka, kelam-kabutlah para suami yang menyayangi isteri mereka mencari makanan yang diidamkan. Boleh saja minta apa-apa. Yang penting jangan susahkan suami dengan permintaan yang tak masuk akal dan pelik-pelik.\n\nTanyalah mana-mana wanita, walaupun anak dah berderet, proses untuk melahirkan adalah sesuatu yang sangat ngeri dan menakutkan. Mana taknya, melahirkan anak merupakan perkara antara hidup dan mati.\n\nOleh itu, bermacam-macam gambaran yang menerjah kepala. Disebabkan hal ni, ada juga wanita yang risau melampau, mengalami panic attack dan mudah menangis. Mereka takut sekiranya anak mereka meninggal dunia atau nyawa mereka sendiri tak dapat diselamatkan.\n\nPerkahwinan yang tak mendapat restu keluarga atau kurangnya sokongan moral daripada suami juga akan menyebabkan emosi bakal ibu terganggu. Kelahiran anak diharapkan menjadi penghubung keluarga, namun sebaliknya pula berlaku.\n\nBakal ibu memerlukan nasihat, bimbingan, perhatian dan kasih sayang keluarga. Jika suami terlalu sibuk dengan urusan kerja atau kerap keluar dengan kawan-kawan sehingga si isteri keseorangan di rumah, ia akan mengganggu emosi mereka.\n\nKita sedia maklum bukan semua wanita mampu mengandung secara semula jadi. Ada yang perlu membuat rawatan untuk mendapatkan anak. Umum mengetahui bahawa kos untuk membuat rawatan seperti permanian beradas (IUI) dan persenyawaan IN-Vitro (IVF) bukannya murah.\n\nSelepas melalui proses rawatan yang mahal, pasangan suami isteri pastinya menyimpan hasrat yang tinggi agar ia berhasil. Malahan, harapan pasangan dan ahli keluarga yang tinggi agar kehamilan itu berjaya. Tekanan seperti ni akan mengganggu emosi wanita hamil.\n\nBagi pasangan yang menghadapi masalah kewangan, ia juga boleh menjadi punca emosi isteri yang mengandung terganggu. Kos sebelum, semasa dan selepas melahirkan sangat tinggi. Suami yang bergaji kecil mungkin ada masalah untuk menyediakan persiapan untuk isterinya.\n\nRisau memikirkan pelbagai kos yang perlu dibayar, emosi isteri kemungkinan mudah terusik. Mereka menjadi risau jika bayi yang dikandung tak dapat makanan yang berkhasiat, pakaian yang mencukupi dan rawatan yang terbaik.\n\nEmosi si ibu yang tak stabil dan bercelaru memberi kesan bukan saja pada diri mereka tetapi juga kepada bayi yang dikandung. Perkara ni tak boleh dipandang ringan kerana mereka terdedah kepada masalah mental seperti kemurungan, depresi dan sebagainya.\n\nAntara kesan lain yang disebabkan oleh emosi ibu mengandung ialah:\n\na. Implikasi kepada kelahiran bayi pramatang.\nb. Risiko kegagalan tumbesaran peringkat awal yang menyebabkan berat badan bayi rendah.\nc. Mempengaruhi perlakuan anak yang bakal dilahirkan seperti kuat meragam pada 2 tahun pertama dilahirkan.\n\nBagi menangani masalah yang berkaitan dengan emosi ketika mengandung, bakal ibu perlulah:\n\na. Bagi wanita yang mempunyai masalah mental, ubatan perlu diambil seperti biasa atas nasihat doktor. Hadir temu janji yang ditetapkan.\n\nb. Mendapatkan tidur dan waktu rehat yang mencukupi. Ia dapat mengelakkan mood swing jika kurang tidur.\n\nc. Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Boleh juga amalkan pemakanan sunnah seperti madu, susu kambing, buah delima, badam, kismis dan sebagainya. Yang paling penting lebihkan sayur dan buah-buahan.\n\nd. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan dan ahli keluarga berkaitan masalah yang dihadapi.\n\ne. Amalkan gaya hidup sihat dengan elakkan stres dan bersenam. Lakukan senaman yang konsisten namun tak terlalu berimpak tinggi.\n\nf. Jauhi rokok dan minuman alkohol.\n\ng. Sentiasa ingatkan diri bahawa anak yang dikandung merupakan rezeki dan amanah yang diberi oleh Allah. Belajar untuk menerima pemberiaan ni.\n\nh. Dapatkan sistem sokongan daripada suami dan ahli keluarga. Jika anda dan suami berjauhan disebabkan faktor kerja, anda boleh berpindah ke tempatnya atau duduk dengan ahli keluarga sendiri.\n\nSetakat ni saja perkongsian tentang perubahan emosi wanita ketika mengandung. Selain bakal ibu perlu mengawal sendiri emosi mereka, sokongan dan perhatian daripada suami dan ahli keluarga tetap diperlukan.\n\nSemoga artikel ni memberi manfaat kepada semua. Jemput juga baca artikel diet ibu mengandung dan kesihatan ibu mengandung"
"Perkahwinan adalah satu ibadah serta penyatuan dua jiwa juga pasangan amanah untuk kita. Perkahwinan adalah menyatukan dua buah keluarga dengan satu ikatan. Allah SWT menjadikan perkahwinan ini bertujuan mendapatkan zuriat dan jalan bagi memenuhi tuntutan seksual manusia. \n\nTerdapat tiga jenis dimensi perkahwinan iaitu perkahwinan fitrah manusia, kepentingan dalam masyarakat serta pemilihan hati. Ia telah dinyatakan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan didalam kitabnya iaitu \u2018Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam\u2019.\n\nHukum asal perkahwinan adalah harus mengikut Mazhab Imam As-Syafi\u2019e, namun para fuqaha menyatakan bahawa hukum berkahwin berbeza mengikut keadaan seseorang. \n\nJika niat berkahwin adalah untuk menzalimi pasangannya, maka hukum kahwin tersebut boleh jatuh kepada haram. Akan tetapi jika seseorang berkeinginan untuk berkahwin tetapi masih terpelihara daripada perkara keji jika tidak berkahwin, maka hukum untuk dia berkahwin adalah sunat.\n\n\u201cDan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah\u201d (Surah Adz-Dzariyaat 51, Ayat 49)\n\nKeinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia yang bermaksud sifat manusia sebagai makhluk Allah S.W.T. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis yang dapat memenuhi keperluan biologi seperti cinta mencintai. \n\n\u201cWahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.\u201d\n\nManusia akan sekaligus bekerjasama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga. Dalam Agama Islam, perkahwinan itu harus bagi mereka yang mampu.\u00a0 Selain itu, terdapat banyak lagi hikmah perkahwinan pasangan perlu tahu.\n\nPasti akan wujudnya kehidupan yang teratur dan berdisiplin di dalam kehidupan berumah tangga. Ia merupakan salah satu hikmah perkahwinan. Ia meliputi rasa tanggungjawab dan pembahagian tugas di antara suami dan isteri, ibu bapa dengan anak-anak dan sebagainya. Anda pasti akan menjadi lebih berdisiplin kelak!\n\nTahukah anda, salah satu punca murah rezeki juga adalah dari hikmah perkahwinan? Perkahwinan dapat menambahkan rezeki anda dan pasangan, serta rezeki dari segi ketenangan, kesihatan dan lain-lain lagi. \n\nRezeki yang dimaksudkan bukan terletak kepada wang dan harta benda sahaja, malahan boleh jadi keceriaan dan kebahagiaan ataupun rezeki menimang cahaya mata yang ramai. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah S.W.T. dan kita hendaklah istiqamah, berusaha serta berdoa untuk mendapatkan rezeki yang diberikan olehNya kepada kita.\n\nDari Aisyah R.A., Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda :\n\n\u201cBerkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta dan boleh menjimatkan harta\u201d\n\nHikmah perkahwinan juga adalah dapat melahirkan zuriat dan meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang bertaqwa, mudah-mudahan ia sungguh disukai oleh Rasulullah S.W.T.. \n\nRasulullah S.A.W. amat berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat nanti dan semoga kita dapat melahirkan zuriat yang beriman serta bertaqwa. Daripada Ma\u2019qal bin Yasar, Rasulullah S.A.W. bersabda :\n\n\u201cBerkahwinlah kamu dengan wanita pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai.\u201d\n\n4. Sunnah Para Nabi dan Rasul\n\nSalah satu hikmah perkahwinannya adalah mengikuti sunnah para rasul dan nabi. Rasul dan para nabi telah diutuskan oleh Allah S.W.T. sebagai pemimpin umat manusia ke jalan kebenaran. Firman Allah yang bermaksud:\n\n\u201cDemi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan Rasul sebelum kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan juga keturunan.\u201d\n\nUntuk pengetahuan anda, para nabi dan rasul adalah model yang harus kita ikuti demi keamanan, kebahagiaan dan kedamaian dalam kehidupan dunia akhirat. Dengan mengikuti sunnah mereka melalui perkahwinan, kita akan memperolehi kebaikan dan keselamatan berpanjangan.\n\nDaripada Aisyah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda :\n\n\u201cPerkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku.\u201d\n\n5. Kehidupan Menjadi Tenang Dan Tenteram\n\nMelalui ikatan perkahwinan, hikmah perkahwinan adalah dapat membuatkan seseorang itu berasa lebih aman, bahagia, tenang dan tenteram dalam kalangan suami isteri serta menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang.\n\n\u201cDan antara tanda-tanda membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra bersamanya, dan jadikanlah antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang.\u201d\n\nApabila telah berkahwin maka pasangan tersebut telah terselamat daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa, terutama berkaitan dengan nafsu syahwat dan ia merupakan hikmah perkahwinan yang amat bermakna kan?\u00a0\n\nSelain itu, hikmah perkahwinan adalah lelaki secara fitrahnya mempunyai keinginan terhadap wanita dan begitu juga dengan wanita. Kerana itulah syaitan sentiasa mencari jalan untuk menggoda kedua-duanya agar melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah S.W.T. Dengan perkahwinan, kita akan terpelihara diri daripada hal-hal yang sedemikian.\n\nHikmah perkahwinan melalui perkahwinan adalah dapat membina persekitaran keluarga. Ia termasuklah mengutamakan perkembangan kanak-kanak. Anak-anak ini mampu membesar menjadi umat Islam yang berjaya serta mereka akan membesar dengan baik dalam persekitaran berkeluarga.\n\n9. Menjaga Masyarakat Dari Penyakit Fizikal\n\nPerkahwinan dapat melindungi sesebuah keluarga dari penyakit fizikal dan akhlak yang tidak baik kerana zina dapat mendatangkan pelbagai penyakit. Hikmah perkahwinan ini amat besar dalam masyarakat kita. Antara penyakit dapat dielakkan adalah\u00a0AIDS, sifilis dan sebagainya.\n\n10. Melindungi Diri Dari Keruntuhan Moral\n\nHikmah perkahwinan dapat menutup pintu fitnah dan maksiat yang menjadi punca kerosakan akhlak dalam kalangan masyarakat. Ia juga dapat mengelakkan perbuatan maksiat. Oleh itu, apabila berkahwin, pasangan sudah halal dalam sesebuah hubungan dan boleh bersama ke mana sahaja serta tiada fitnah yang bakal berlaku lagi.\n\nDengan perkahwinan, hikmah perkahwinan adalah dapat memelihara berkurangnya jumlah manusia di muka bumi ini. Dewasa kini, ramai yang tidak berkahwin kerana mengutamakan kerjaya berbanding memiliki keluarga. Ada juga memilih untuk membujang dan sebagainya. Bagi menyelamatkan jumlah penurunan manusia, anda yang mampu wajib berkahwin okey?\n\nHikmah perkahwinan ramai tak sedar adalah semua rasa cinta yang terbit serta hubungan yang halal di samping peluang menambah amal, serta kehidupan bertambah harmoni dengan kehidupan dalam perkahwinan. Kini, seorang lelaki dan wanita mempunyai teman bagi menghadapi susah senang kehidupan. Hikmah perkahwinan juga mungkin akan menyebabkan segala masalah dapat diselesaikan.\n\nApabila sudah berkahwin dan bergelar suami isteri, tiada lagi kebimbangan dalam menghampiri perkara haram dalam hubungan kerana sudah halal. Apabila bersama pasangan pula, sentiasa mendapat pahala. Seronoknya!\n\n14. Mengekalkan Ikatan Silaturrahim Dalam Kalangan Keluarga Masing-masing\n\nDengan perkahwinan, hikmah perkahwinan juga dapat mengeratkan dua keluarga serta mengikat tali silaturrahim sesama saudara Islam. Selain itu, ia dapat menambahkan lagi bilangan keluarga dan saudara-mara. Suasananya juga amat meriah!\n\n15. Dapat Membaiki Diri Ke Arah Yang Lebih Baik\n\nHikmah perkahwinan turut dapat membina motivasi dalam kalangan pasangan untuk sama-sama berbuat amal kebaikan serta membaiki diri ke arah perbuatan yang lebih baik. \n\nJika dahulu solat bersendirian, kini seorang isteri menjadi makmum kepada suaminya dan sentiasa mengejutkan suaminya untuk solat bersama. Maka dapatlah dia pahala solat berjemaah. Setiap yang dilakukan bagi pasangan masing-masing mendapat pahala. Anda pasti rasa \u2018sweet\u2019 jika sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dan sentiasa mengingati antara satu sama lain.\n\nKesimpulannya, perkahwinan mendatangkan pelbagai hikmah dan kemanisan, namun setiap individu lelaki dan perempuan mestilah bersedia untuk menempuh ke alam perkahwinan. Jom baca juga Idea doorgift kahwin, Jenis design pelamin kahwin dan Jenis rawatan kesuburan."
"Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, kek coklat dan sebagainya. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Minyak. Bahan dan cara-caranya pun mudah.\n\nKek Minyak ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai, minum petang bersama teh \u2018O\u2019 panas. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat Kek Minyak nih. Cepat dan Mudah. Nak nampak menarik dan tertarik adunkan adunan yang berwarna mengikut kreativiti anda. Senang kan?\n\nNak lagi senang, cubalah resepi dari Nur Amirah . InsyaAllah sekelip mata dah siap. Yeay.\n\nSelain resepi Kek Minyak, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Cyst merupakan ketumbuhan dalam badan yang tidak mempunyai sel kanser. Cyst boleh tumbuh di mana-mana bahagian badan manusia, namun bagi kalangan wanita di antara cyst yang paling ditakuti ialah cyst yang tumbuh dalam ovari atau dalam payudara. \n\nIstimewa untuk anda, jom kami kongsikan punca cyst yang telah dikenal-pasti supaya anda boleh menjauhi perkara-perkara tersebut.\n\nDewasa ini, pasaran di Malaysia dibanjiri dengan pelbagai produk kolagen dalam pelbagai jenama sama ada dalam bentuk pil atau serbuk. Rakyat Malaysia terutamanya wanita berlumba-lumba mengambil kolagen setiap hari dengan harapan supaya wajah menjadi muda dan kelihatan flawless. Namun tahukah anda bahawa pengambilan kolagen setiap hari adalah di antara punca cyst.\n\nBagaimana pengambilan kolagen boleh menjadi punca cyst? Apabila anda mengamalkan mengambil kolagen setiap hari, ia akan mengganggu hormon anda lalu menggalakkan pertumbuhan cyst. Inilah puncanya hari ini semakin ramai yang disahkan mempunyai cyst. Kalau anda mengamalkan kolagen setiap hari, tiba masanya untuk anda berfikir semula.\n\n2. Hormon dalam haiwan ternakan yang dimakan setiap hari\n\nPastinya anda tahu tentang hal ini. Haiwan ternakan seperti ayam, lembu, dan ikan diberikan suntikan hormon supaya cepat membesar dan cepat dijual di pasaran untuk mendapatkan untung yang lebih. Suntikan hormon yang diberikan kepada haiwan ternakan terbabit akan kekal di dalam daging dan isinya dan akan masuk ke dalam tubuh badan manusia apabila dimakan.\n\nHormon untuk mencepatkan tumbesaran haiwan ternakan telah dikenal-pasti sebagai salah satu punca cyst. Oleh itu, sebagai alternatif anda boleh beli ayam organik atau ikan laut yang tidak diternak.\n\n3. Suntikan antibiotik yang diberikan kepada haiwan ternakan\n\nSelain hormon untuk mencepatkan tumbesaran haiwan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing, pengusaha haiwan ternakan juga biasanya memberikan suntikan antibiotik kepada haiwan ternakan mereka untuk mengelakkan daripada terkena penyakit berjangkit lalu menyebabkan mereka kerugian.\n\nTahukah anda, suntikan antibiotik yang diberikan kepada haiwan ternakan yang kemudiannya dimakan oleh manusia juga merupakans alah satu punca cyst yang ramai orang tak tahu.\n\nPunca cyst yang seterusnya ialah stress dan tekanan perasaan. Gaya hidup kita pada hari ini yang penuh dengan kesibukan dan tekanan telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor kenapa kes cyst di Malaysia khususnya semakin meningkat. Oleh itu, pastikan anda mampu untuk mengawal tahap tekanan perasaan yang dihadapi bagi mengelakkan risiko mendapat cyst.\n\n5. Ketidak seimbangan hormon estrogen dan progesteron dalam tubuh badan\n\nHormon dalam tubuh badan manusia sememangnya memainkan peranan utama dalam menentukan kesihatan individu tersebut. Hormon yang tidak seimbang dan bercelaru akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan termasuk pertumbuhan cyst dalam badan. Salah satu punca cyst yang telah dikenal pasti ialah lebihan hormon estrogen dan kekurangan hormon progesteron dalam tubuh badan.\n\nKetidak seimbangan di antara dua hormon tersebut yang tidak dirawat dengan segera dan dibiarkan berlarutan sehingga menjadi semakin serius akan menyebabkan cyst tumbuh di dalam badan anda. Jika masih tidak dirawat, ketidak seimbangan hormon tersebut akan menyebabkan cyst anda menjadi semakin besar.\n\n6. Lebihan hormon Xenostogen dalam badan\n\n Punca cyst yang seterusnya ialah lebihan hormon Xenoestrogen dalam tubuh badan. Hormon Xenostrogen adalah estrogen sintetik seperti estrohen palsu yang masuk ke dalam badan melalui makanan, minuman, dan juga persekitaran yang tercemar.\u00a0Hormon Xenostrogen akan berfungsi seperti hormon estrogen lalu menyebabkan hormon extrogen tidak mampu berfungsi dengan baik. \n\nMenurut rekod, wanita yang lambat mengandung dan melahirkan anak mempunyain risiko yang lebih tinggi untuk mendapat cyst. Oleh itu, jika anda sudah agak berumur dan belum mempunyai anak, anda adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat cyst.\n\nBerat badan berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan anda berasa kurang yakin pada diri dan mengundang pelbagai penyakit, malah ia juga merupakan salah satu daripada punca cyst tumbuh dalam tubuh badan. Apabila anda mengalami masalah berat badan berlebihan, secara automatik anda akan mempunyai lebihan lemak di badan.\n\nLemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil Endocanabinoid system. Apabila sistem ini diaktifkan, ia akan mengganggu fungsi-fungsi hormon dalam tubuh badan. Jika keadaan ini tidak dikawal, lama-kelamaan akan menyebabkan berlakunya radang. Radang akan menyebabkan ketumbuhan cyst malah sel kanser juga.\n\nOleh itu, jika anda mempunyai berat badan berlebihan, tiba masanya untuk anda mulakan cara hidup yang sihat dan menjaga pemakanan bagi mengurangkan risiko terkena cyst.\n\nSemua orang tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Malah bahan kimia merbahaya yang ada dalam rokok juga boleh menjadi punca cyst. Jika anda tidak merokok, jauhi orang yang merokok kerana perokok sekunder juga akan mendapat bahana dari asap rokok yang disebut oleh paru-paru.\n\nPunca cyst yang terakhir ialah genetik. Sekiranya ibu bapa anda atau nenek moyang mempunyai sejarah cyst, kemungkinan besar anda juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat cyst. Seperti penyakit darah tinggi dan kencing manis, cyst juga dianggap sebagai penyakit keturunan. Oleh itu, jika anda mengetahui bahawa ada ahli keluarga anda yang disahkan mempunyai cyst, elakkan semua punca cyst yang kami senaraikan di atas dan amalkan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko anda mempunyai masalah yang sama.\n\nItulah dia 10 punca cyst yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Smeoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca susah dapat anak dan masalah rahim jatuh."
"Dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik tidak mustahil! Ya, anda boleh melakukan perubahan untuk rumah anda dengan harga rendah dan bajet tanpa membazir. Terdapat banyak cara untuk anda melakukan dekorasi rumah yang bajet tetapi memberi kesan menarik bagi sesiapa sahaja yang melihat rumah anda. \n\nSebelum melakukan dekorasi rumah mengikut cara anda sendiri, penting untuk anda ketahui tips dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik. Anda juga boleh membandingkan harga sebelum membuat pilihan kedai dan barang yang akan anda gunakan. Jom lihat 10 tips dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik.\n\nTips pertama dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik adalah anda harus tentukan terlebih dahulu tema dekorasi rumah anda. Sebagai contoh, tema dekorasi rumah yang sering digunakan adalah tema taman, semulajadi, bunga dan lain-lain lagi. Dengan adanya tema dekorasi rumah, anda dapat menjimatkan wang daripada membeli barang yang tidak penting. \n\nPilih warna yang sesuai untuk disepadankan dengan dinding, lantai, langsir dan lain-lain barang yang terdapat dalam rumah anda. Warna dan barang-barang yang terdapat di dalam rumah boleh anda gunakan barang-barang bajet sahaja. Ia akan tampak mewah jika anda pandai padankan warna barangan dengan warna dekorasi rumah.\n\n3. Letak Cermin Besar di Dinding\n\nAnda boleh juga meletakkan cermin besar di bahagian dinding yang luas untuk menampakkan rumah lebih luas dan cantik. Perasan tak, kebanyakan rumah kecil yang kelihatan cantik dan besar adalah kerana terdapat cermin besar di dindingnya. Inilah tips dekorasi rumah yang ramai tak tahu!\n\nBagi menampakkan rumah anda berseri-seri dan cantik, gunalah warna yang pastel atau eksklusif. Anda boleh menggunakan warna yang sedikit gelap, tetapi rumah akan tampak gelap dan kusam. Ada waktunya ia kelihatan romantik juga. Namun, rumah adalah tempat yang anda selalu meluangkan masa, anda harus gunakan tips dekorasi rumah ini dengan tepat.\n\n5. Barangan DIY Sebagai Hiasan Rumah\n\nTahukah anda, rumah-rumah cantik di luar negara kebanyakannya dihiasi dengan barang-barang yang diperbuat dari bahan DIY? Barangan DIY juga membantu dekorasi rumah anda untuk kelihatan lebih menarik walaupun sebenarnya ia adalah barang-barang bajet. Apa kata sekali-sekala anda pergi ke kedai DIY melihat barang-barang yang sesuai untuk digunakan.\n\n6. Lampu Dan Pencahayaan Rumah Yang Bersesuaian\n\nRamai orang salah memilih lampu untuk dekorasi rumah bagi menerangi kediaman anda. Tidak semestinya semua sudut rumah anda harus letakkan lampu yang terang benderang. Ada tempat yang boleh anda gunakan lampu bajet dan biasa sahaja, tetapi ia akan nampak lebih menarik dan sesuai. Tips dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik ini sangat penting untuk anda ketahui!\n\nJangan lupakan hiaskan rumah anda dengan barang kraftangan atau koleksi kegemaran anda. Koleksi anda yang sedia ada akan dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik. Antara jenis koleksi adalah seperti buku, gambar-gambar, medal dan piala, koleksi motosikal mini dan lain-lain lagi. Pasti rumah anda tampak menarik walaupun menggunakan dekorasi bajet.\n\n8. Karpet Atau Lantai Mozek Menarik\n\nSekiranya anda tidak mahu keluarkan modal yang banyak tetapi ingin menggunakan bajet yang berpatutan, anda boleh dekorasi rumah anda di bahagian lantai dengan pelbagai karpet yang menarik. \n\nAda karpet yang sesuai dan menampakkan rumah anda tenang, hipster dan pelbagai emosi apabila tetamu melihatnya. Dekorasi rumah sebegini bajet tetapi menarik bukan?\n\nJangan gunakan perabot yang berlebihan untuk dekorasi rumah. Cukuplah anda gunakan perabot yang ala kadar dan tidak berlebihan. Perabot yang banyak menjadikan rumah anda sempit dan semak manakala perabot yang sederhana dan bajet pula akan mencantikkan rumah anda. Pasti ia akan nampak lebih eksklusif dan mewah!\n\nPercaya atau tidak, anda juga boleh memilih wallpaper untuk dijadikan hiasan corak dinding. Anda boleh mendapatkan wallpaper murah dari kedai RM 2 sahaja. Terdapat pelbagai corak yang menjadi idaman dekorasi rumah boleh anda pilih. Semuanya berkualiti, cantik dan sangat menarik.\n\nAnda boleh meletak wallpaper di bahagian dinding ruang tamu, bilik tidur, dapur dan lain-lain lagi. Ada juga pilihan wallpaper berupa corak sahaja di mana wallpaper objek seperti kucing, bunga dan sebagainya. Letaklah di mana sahaja yang anda inginkan mengikut kesesuaian rumah anda.\n\nTempat Yang Menjadi Pilihan Utama Bagi Dekorasi Rumah Yang Bajet Tetapi Menarik\n\nBanyak lagi tempat yang boleh anda kunjungi untuk mencari barang bagi dekorasi rumah, terutamanya platform online.\u00a0Ambillah masa dahulu untuk bandingkan harga dan kualiti barangan bajet untuk menjadikan dekorasi rumah anda sesuatu yang menarik.\n\nJemput baca juga 10 Smartphone Terbaik di Malaysia, 10 Power Bank terbaik dan Pilihan Bedak Compact Terbaik di Malaysia."
"Ikan nyok nyok kalau dipanggil ikan cupak, gerepoh mesti ramai yang kenal. Ikan nyok nyok sejenis ikan isi putih yang hidup di air masin, badan besar dan mata bulat besar.\n\nIkan nyok nyok ini selalu orang buat lauk untuk orang tengah berpantang lepas bersalin atau untuk anak-anak lelaki yang berkhatan, juga untuk sesiapa yang ada luka pembedahan.\n\nKebiasannya ikan nyok nyok dimasak gulai atau kari bersama terung dan bendi. Paling sedap kalau dapat masak gulai kepala ikan nyok nyok. Namun sebenarnya terdapat pelbagai resepi ikan nyok nyok selain masak kari seperti 10 resepi nyok nyok yang kami hadirkan di bawah.\n\nIkan nyoknyok masak asam pedas sedap dimakan untuk makan tengah hari. Dapat makan dengan telur dadar pun makin sedap. Normilawati Nordin berkongsikan resepi asam pedas di laman Facebook.\n\nNampak macam asam pedas tapi bukan. Resepi dia lebih kurang saja hanya ada penambahan rempah. Resepi dari Moku Mokuseihin di laman Facebook. Rasa pedas-pedas amat bangkitkan selera.\n\nKalau ingin masak tumis boleh, tidak tumis pun boleh. Guna ikan nyoknyok lagi sedap. Chik Sakira dan Siti Hajar berkongsi resepi gulai putih nyoknyok di laman Facebook. Cara masak tumis lagi sedap sebab wangi bahan tumis itu amat menyelerakan.\n\nKari ikan cara tumis ala Isniza Mohamad di laman Facebook. Guna rempah [email\u00a0protected] campur dan jangan lupa serbuk kari ikan. Dapat makan bersama nasi putih dan keropok, lazat macam di kedai.\n\nRugi sungguh tidak cuba masak ikan cuka ini. Bawang-bawang tidak perlu kisar atau tumis. Terus masuk saja bulat-bulat atau potong dua sahaja. Resepi lazat ini dikongsikan oleh Murni Rahmat di laman Facebook.\n\nIkan Nyoknyok Bakar Cicah Air Asam Kerisik\n\nIkan nyoknyok bakar cicah air asam kerisik. Ikan dibakar kosong macam itu sahaja. Yang buat sedap itu ialah air asam nya, sekali cuba mesti makan bertambah. Resepi dikongsikan oleh \u0633\u064a\u062f\u0627\u062a\u0648\u0644 \u062d\u0644\u064a\u0645 di laman Facebook.\n\nIkan Nyok Nyok Goreng Tumis Asam\n\nLauk yang ada rasa masam-masam itu memang membangkitkan selera betul. Rasa masam itu boleh kecurkan liur. Ikan nyoknyok goreng tumis asam ada wangi yang menaikkan selera. Makan macam itu sahaja dengan nasi putih panas tidak pandang kiri kanan. Resepi dikongsikan oleh Sani Stapha di laman Facebook.\n\nNyok nyok Pindang Santan A.K.A. Kari Bercuka\n\nLauk ini sedap mesti ada rasa pedas, masam, dan manis boleh dikata macam lauk 3 rasa. Tapi dulu rempah giling saja, itu yang buat lagi terangkat. Sabariah Bahasar berkongsikan resepi di laman Facebook.\n\nMakan lauk sihat-sihat, kurangkan makanan berminyak, jom masak kari ikan nyoknyok tanpa santan. Boleh guna rempah kari ikan macam EnaZamri Rashid yang berkongsi di laman Facebook.\n\nMasak Lemak Cili Padi Kepala Nyoknyok Putih\n\nSeterusnya masakan asal dari Pahang pula. Cuba buat sekali mesti teringin lagi dan lagi. Masak pagi makan malam, dan masak malam makan pagi. Lagi sedap bila sudah semalaman masakkan ini. Boleh cicah dngan lempeng atau roti canai. Kalau minat lauk ini sila cuba resepi daripada Zee Basir di laman Facebook.\n\nSelain kumpulan resepi ikan nyoknyok, kami juga ada kumpulan resepi lain yang menarik untuk dicuba. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Selamat mencuba."
"Perasan tak, sejak akhir-akhir ini makin ramai penduduk Malaysia yang memilih untuk berkahwin awal. Malah ramai pelajar universiti yang sudah memegang status sebagai isteri orang.\n\nPastinya anda tertanya-tanya kenapa makin ramai memilih untuk kawin awal? Apakah puncanya? Apakah kelebihan kahwin muda?\n\nIni adalah kelebihan kahwin muda yang paling utama. Tidak dapat dinafikan, pasangan yang sedang dilamun cinta akan mempunyai rasa sayang dan rindu yang membuak-buak dan tidak tertahan. Anda akan selalu berjumpa dan berdua-duaan. Apabila sering berdua-duaan, anda akan mula duduk rapat, berpegangan tangan, kemudian mula berpelukan dan berciuman. Akhir sekali anda akan terlanjur berzina. Kenapa?\n\n\u201cSiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, jangan sekali-kali ia berdua-duaan dengan wanita (ajnabiyah/ yang bukan mahram) tanpa disertai oleh mahram si wanita karena yang ketiganya adalah setan.\u201d (HR. Al-Bukhari dan Muslim)\n\nIni lah jawapannya, apabila anda berdua-duaan dengan pasangan, orang yang ketiga adalah syaitan. Syaitan akan menggoda dan menaikkan nafsu anda berdua untuk melakukan maksiat dan zina. Oleh itu, sekiranya anda terlalu menyanyangi di antara satu sama lain dan tidak mampu untuk menahan rindu, kami nasihatkan anda supaya berkahwin walau pun umur anda masih muda.\n\nBerkahwin awal akan menyelamatkan anda dan pasangan daripada terjebak ke lembah zina. Ingatlah, zina adalah di antara dosa besar dan akan diazab dengan siksaan di dunia & akhirat. Sabda Rasulullah\u00a0SAW: \u201cBerhati-hatilah\u00a0kamu\u00a0tentang\u00a0zina.\u00a0Sesungguhnya pada\u00a0zina\u00a0itu\u00a0ada\u00a0enam\u00a0hukuman iaitu tiga\u00a0semasa\u00a0di\u00a0dunia dan\u00a0tiga\u00a0lagi\u00a0di\u00a0akhirat. iaitu:\n\n2. Menjaga kesucian nasab dan keturunan\n\nBelebihan kahwin awal yang kedua ialah dapat menjaga kesucian nasab dan keturunan anda daripada anak tidak sah taraf atau selalu dipanggil sebagai anak luar nikah yang lahir akibat zina. Anak luar nikah akan mencemarkan nasab anda. Oleh itu, sekali lagi kami tegaskan, sekiranya anda tidak mampu menjauhi zina, berkahwinlah walau pun anda masih muda.\n\n3. Menurunkan statistik kes buang bayi\n\nAnda pasti bersetuju, kahwin muda akan membantu menurunkan sttaistik kes buang bayi yang semakin kronik di Malaysia. Saban tahun, terlalu banyak kes buang bayi hasil sambutan malam merdeka dan sambutan malam baru yang dicatatkan. Lebih menyedihkan, bayi tak berdosa dijumpai dalam keadaan yang menyayat hati.\n\n4. Menurunkan statistik anak tidak sah taraf\n\nMenurut Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan di Malaysia meningkat saban tahun. Menggalakkan anak muda berkahwin awal adalah salah satu daripada usaha untuk menurunkan statistik anak tidak sah taraf di Malaysia.\n\nMungkin anda tidak terfikir tentang perkara ini, tapi percayalah bahawa berkahwin muda akan menjadikan pelajaran anda lebih cemerlang. Apabila berkahwin, anda tidak lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat, oleh itu hati anda akan menjadi bersih lalu lebih mudah menghafal pelajaran.\n\nSelain itu, selepas berkahwin anda suami isteri akan tinggal serumah dan tdak perlu lagi menghabiskan masa berpeleseran di luar untuk berdating. Anda boleh luangkan lebih banyak masa untuk belajar bersama-sama di rumah sambil berkasih sayang secara halal.\n\n6. Jarak tidak terlalu jauh di antara ibu dan anak\n\nSatu lagi kelebihan kahwin muda ialah anda akan mendapat anak dengan awal. Oleh itu, jarak umur di antara anda dan anak tidak akan terlalu jauh. Nanti bila anak dah besar, orang mungkin akan menyangka anda berdua adik-beradik, bukannya anak-beranak. Beranak awal membolehkan anda settle down dengan lebih awal. Takdelah nanti umur dah 40, baru nak hantar anak ke tadika. Sempat tak anda hidup untuk melihat anak anda berkahwin dan menimang cucu?\n\nMemikul tanggung jawab sebagai seorang suami & seorang isteri akan menjadikan anda lebih matang dan bertanggung jawab. Jika dulu anda hidup seorang, sekarang apa sahaja yang anda lakukan akan memberi kesan kepada pasangan dan keluarga. Oleh itu, anda akan lebih matang dan berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan yang penting.\n\nPercayalah, selepas selamat diijab kabulkan, anda suami isteri akan diberikan rezeki yang melimpah-ruah dan berkat kerana anda tidak lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.\n\n9. Membeli aset dengan lebih awal\n\nPasangan yang berkahwin awal akan membeli aset seperti tanah dan rumah dengan lebih awal berbanding mereka yang masih bujang. Ini kerana, apabila sudah berkeluarga, lebih-lebih lagi apabila sudah mendapat anak, anda akan mula serius memikirkan tentang rumah yang selesa untuk anda sekeluarga kerana kematangan dan sikap tanggung jawab yang ada pada diri anda sekarang.\n\n8. Lebih awal menyimpan untuk masa hadapan\n\nSelain membeli aset dengan lebih awal, pasangan yang berkahwin awal akan menyimpan wang untuk masa hadapan dengan lebih awal berbanding rakan-rakan bujang yang masih berseronok ke sini-ke sana menghabiskan duit gaji setiap bulan.\n\n\u201cDi antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.\u201d (Surah Ar-Rum; Ayat: 21) Inilah janji Allah kepada kita semua.\n\nItulah dia 9 kelebihan kahwin muda yang ingin kami kongsikan kepada anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips pilih barang hantaran, hadiah untuk suami, dan tips keluarga bahagia."
"Mesti anda tengah terpikir mahu masak apa untuk menu camilan petang ini. Jika anda punya stock udang mentah dalam peti, baik anda buat cucur udang saja.\n\nKali ini akan kami berkongsikan resepi cucur udang lengkap dengan pencicah kuah kacang tanpa santan. Macam sedap bukan? Memang sedap pun. Bahkan resepi yang dikongsikan oleh Norfarhana Ariffin\u200e di Facebook ini telah mendapat perkongsian sangat ramai.\n\nResepi cucur udang gebu ini selalunya dipakai oleh orang tua penulis untuk berniaga dulu. Selalunya laku sampai licin cucur udang beliau ini. Resepi ini tidak guna yis pun, hanya guna soda dan campuran bawang kisar sahaja.\n\nSesiapa yang mahukan resepi, sila tengok pada perkongsian di bawah ini. Gerenti makan satu bikin anda ketagih selamanya. Selamat mencuba.\n\nBahan Membuat Kuah Kacang Tanpa Santan :\n\nSelain resepi cucur udang, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pertama kita perlu faham, perjalanan hidup anak kita adalah kepunyaan dia dan dia sendiri. Kita sebagai ibu bapa hanyalah bertugas sebagai pemimpin yang terbaik yang kita boleh jadi.\n\nNamun, walau begitu, ia adalah perjalanan hidup anak itu, kita bertanggung-jawab memberi dan menanam nilai murni dan prinsip hidup mulia ke dalam diri anak-anak kita.\n\nUntuk nilai murni dan prinsip hidup mulia ini boleh masuk ke dalam diri anak-anak kita dan dihayati oleh mereka seumur hidup, maka di sinilah perlunya kompetensi kita di dalam keibubapaan.\n\nApa yang perlu kita mahirkan diri adalah membina sikap yang betul, skil yang efektif dan ilmu yang luas dan membangunkan. Itu sebab sebelum bermula menjadi ibu bapa perlu berusaha melengkapkan diri dahulu dan terus-menerus belajar ilmu keibubapaan dan memperluaskan ilmu supaya menjadi ibu bapa bijaksana.\n\nBerhentilah berkata, \u201ctakutlah anak akan jadi lupa daratan\u201d, takut hanya mengundang realiti itu terjadi. Kerana hukum alam bertindak ke atas semua ciptaan Allah tanpa kecuali melainkan kemahuanNya.\n\nBila kita takut tenaga takut itu akan menjadi perkara yang paling kuat di minda kita. Lantaran hukum penarikan ialah ia menarik ke dalam hidup kita apa yang paling kita fikirkan, maka, apa yang paling kita fikirkan iaitu yang kita takut itulah yang menjadi kenyataan.\n\nSebaliknya, dari sekarang, semasa anak masih kecil, belajarlah apa yang perlu dikuasai agar dapat mendidik anak-anak dengan lebih sedar dan bijak dan bukan ikut ikut orang tanpa faham.\n\nIbu mendoakan kejayaan kita bersama mendidik generasi sedar diri, menghormati ibu bapa, berjasa dan berjaya dunia akhirat."
"Mencari resepi untuk diet yang gerenti berjaya? Kami ada solusinya. Resepi diet yang boleh anda cuba.\n\nSup sayur cendawan, ialah antara resepi sup yang amat berkhasiat untuk menurunkan berat badan. Khairuzetti Zaini ialah pemilik resepi yang berkongsikan cara diet sihat dengan sup sayur cendawan di laman Facebook.\n\nMenurutnya, makan sup sayur cendawan 3-4 kali seminggu untuk dapatkan keberkesanan yang optimum. Jika mengamalkan cara ini, anda dapat mempertahankan berat badan tetap kurus sampai bila-bila.\n\nBagaimana tidak, \u200ecik\u00a0Zaini\u00a0mampu mempertahankan berat 45 kg walaupun umur sudah mencecah 40 dan 4 anak. Anda pula mesti boleh!\n\nAmalkan gaya hidup sihat dengan makan sup sayur cendawan. Semoga berjaya.\n\nSelain resepi sup sayur cendawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Panas dalam badan ketika demam adalah sesuatu yang merisaukan, lebih-lebih lagi jika yang demam adalah anak kecil. Tak sampai hati melihat mereka mengerang akibat tidak selesa. Apa yang lebih merisaukan, jika suhu badan menjadi terlalu panas ia boleh membahayakan kesihatan kerana berpotensi menyebabkan seseorang mengalami sawan malah boleh menyebabkan berlakukan kecacatan kekal pada otak.\n\nJom\u00a0 kongsikan petua hilangkan panas dalam badan ketika demam secara natural yang boleh anda amalkan.\n\nApakah punca seseorang mengalami demam? Yang sebenarnya ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang individu mengalami demam. Di antaranya ialah:\n\nApakah petua hilangkan panas dalam badan ketika demam yang boleh anda amalkan?\n\nJangan pakai pakaian yang tebal dan ketat\n\nElakkan daripada memakain pakaian yang tebal dan ketat melekat pada badan. Pakai pakaian yang nipis dari jenis kain kapas dan pastikan pakaian yang dipakai adalah longgar agar badan anda mendapat pengudaraan yang baik supaya haba panas dari badan dapat keluar. Elakkan juga daripada berselimut kerana apabila anda berselimut, haba panas dari dalam badan tidak dapat dibebaskan malah anda sedang meningkatkan suhu badan dengan berselimut.\n\nSemakin lama anda berselimut, makin tinggi suhu badan anda maka semakin sukar untuk anda pulih dari demam. Anda akan berasa sejuk semasa demam lalu memilih untuk berselimut dan memakai stokin namun yang sebenarnya berselimut akan membuatkan demam anda semakin teruk. Oleh itu pakai pakaian yang nipis dan longgar semasa demam dan jangan sesekali berselimut atau berstokin.\n\nBilik di mana anda berehat juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan anda sihat dengan cepat. Ada yang menyangkan bahawa duduk di dalam bilik yang panas tanpa membuka kipas angin adalah cara yang terbaik untuk menurunkan panas dalam badan semasa demam namun yang sebenarnya amalan ini adalah tidak tepat sama sekali. Cuba bayangkan, anda sedang demam panas, ditambah lagi dengan duduk di dalam bilik yang panas. Macam mana suhu badan nak turun? Oleh itu untuk cepat kebah dari demam, pastikan anda duduk di dalam bilik yang tidak panas.\n\nBuka kipas dan penghawa dingin jika ada. Turunkan suhu sehingga ke paras yang anda berasa selesa. Jangan terlalu panas dan jangan juga terlalu sejuk. Dapatkan suhu yang anda selesa untuk baring sambil memakai pakaian nipis dan longgar tanpa berselimut atau memakai stokin kaki. Ini adalah persekitaran yang paling ideal untuk menurunkan panas dalam badan ketika demam.\n\nLap badan atau mandi dengan kerap\n\nSemasa demam, pastikan anda mengelap badan anak dengan kerap. Untuk orang dewasa, pastikan anda mandi dengan kerap. Jika anak kecil anda demam, anda boleh lap badan mereka menggunakan:\n\nSelain itu anda juga boleh tampal pelekat cool fever pada bahagian dahi, belakang leher dan belakang badan untuk mengurangkan panas.\n\nAir rebusan barli juga sangat berkesan untuk menurunkan suhu panas ketika demam. Caranya juga sangat mudah. Beli sepeket barli dari kedai, rebus di atas dapur bersama air kosong sehingga barli tadi mengembang. Semakin lama anda rebus, semakin kembang barli tadi.\n\nAnda boleh masukkan gula batu atau madu untuk memberikan rasa manis kepada air rebusan barli tadi. Anda boleh rebus dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam peti ais agar tahan lama. Minum air rebusan barli sejuk untuk menyejukkan dan menyegarkan badan.\n\nPetua turunkan panas dalam badan semasa demam yang terakhir ialah pastikan anda minum air kosong dengan banyak. Ini kerana air kosong akan membantu mengeluarkan segala toksin dari badan. Semakin banyak anda minum air, semakin kerap anda membuang air kecil. Air kecil akan keluar bersama segala toksin sekali gus membantu demam anda cepat kebah.\n\nItulah dia info tentang petua hilangkan panas dalam badan ketika demam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara mencegah demam denggi, tips turunkan demam kuning bayi,\u00a0 dan bayi demam campak."
"Tidur adalah perbuatan semula jadi yang sangat penting oleh tubuh. Betapa lengkapnya ajaran Islam, sehinggakan cara untuk tidur juga turut diberikan panduan. Itulah sebabnya, Islam disebut sebagai cara hidup. Ia bukan sekadar satu agama yang mempunyai ritual keagamaan semata-mata.\n\nTetapi memandu umatnya untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih baik bermula bangun tidur di waktu pagi sehinggalah kita tidur semula pada waktu malam.\n\nTidur adalah cara untuk kita memberi hak kepada badan setelah ia bekerja di siang hari. Tidur memberi tubuh kerehatan. Dengan waktu tidur yang cukup, badan akan kembali cergas dan bertenaga. Namun, berlebihan waktu tidur pula akan menyebabkan badan kita menjadi lesu dan lemah.\n\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0642\u064e\u0644\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0647\u0652\u062c\u064e\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e. \u0648\u064e\u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0633\u0652\u062d\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cMereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).\u201d (Surah az-Zariyat, Ayat 17-18)\n\n#1 Berdoa dan Berzikir Sebelum Tidur\n\nAl-Baro\u2019 bin Azib ra berkata, \u201cAdalah Rasulullah saw jika akan tidur, baginda mengiring ke sebelah kanan kemudian membaca: \n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0633\u0652\u0644\u064e\u0645\u0652\u062a\u064f \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u064a\u0652 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u060c \u0648\u064e\u0641\u064e\u0648\u064e\u0651\u0636\u0652\u062a\u064f \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a\u0652 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u060c \u0648\u064e\u0648\u064e\u062c\u064e\u0651\u0647\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u0650\u064a\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0644\u0652\u062c\u064e\u0623\u0652\u062a\u064f \u0638\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650\u064a\u0652 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u060c \u0631\u064e\u063a\u0652\u0628\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0631\u064e\u0647\u0652\u0628\u064e\u0629\u064b \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u060c \u0644\u0627\u064e \u0645\u064e\u0644\u0652\u062c\u064e\u0623\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0645\u064e\u0646\u0652\u062c\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u0622\u0645\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u0643\u0650\u062a\u064e\u0627\u0628\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0644\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u0628\u0650\u0646\u064e\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651\u0643\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0652\u062a\u064e\n\nMaksudnya\u00a0\u201cYa Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan mengadapkan wajah ku padaMu dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu dan menyandarkan punggungku kepadaMu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. \n\nAku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan.\u201d\n\nHal ini berdasarkan hadis Al Baro\u2019 bin \u2018Azib, Nabi\u00a0saw bersabda,\n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e \u0645\u064e\u0636\u0652\u062c\u064e\u0639\u064e\u0643\u064e \u0641\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0636\u0651\u064e\u0623\u0652 \u0648\u064f\u0636\u064f\u0648\u0621\u064e\u0643\u064e \u0644\u0650\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u0627\u064e\u0629\u0650 \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u0627\u0636\u0652\u0637\u064e\u062c\u0650\u0639\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0634\u0650\u0642\u0651\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0623\u064e\u064a\u0652\u0645\u064e\u0646\u0650\n\nMaksudnya, \u201cJika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu.\u201d (HR Bukhari & Muslim)\n\nBerdasarkan hadis Al Baro\u2019 bin \u2018Azib, Nabi\u00a0saw bersabda,\n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e \u0645\u064e\u0636\u0652\u062c\u064e\u0639\u064e\u0643\u064e \u0641\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0636\u0651\u064e\u0623\u0652 \u0648\u064f\u0636\u064f\u0648\u0621\u064e\u0643\u064e \u0644\u0650\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u0627\u064e\u0629\u0650 \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u0627\u0636\u0652\u0637\u064e\u062c\u0650\u0639\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0634\u0650\u0642\u0651\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0623\u064e\u064a\u0652\u0645\u064e\u0646\u0650\n\nMaksudnya, \u201cJika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu.\u201d (HR Bukhari & Muslim)\n\nMenurut Ibnul Qayyim, \u201cTidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak susah untuk bangun solat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat untuk jantung. Manakala, tidur pada sisi kiri juga bagus untuk badan, tetapi membuat seseorang semakin malas.\u201d (Zaadul Ma\u2019ad, 1/321-322)\n\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0648\u064e\u0649 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0641\u0650\u0631\u064e\u0627\u0634\u0650\u0647\u0650 \u0643\u064f\u0644\u0651\u064e \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064d \u062c\u064e\u0645\u064e\u0639\u064e \u0643\u064e\u0641\u0651\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u0646\u064e\u0641\u064e\u062b\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0631\u064e\u0623\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 (\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c) \u0648\u064e (\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0644\u064e\u0642\u0650) \u0648\u064e (\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u0650) \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u064a\u064e\u0645\u0652\u0633\u064e\u062d\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u064e\u0627\u0639\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062c\u064e\u0633\u064e\u062f\u0650\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0623\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0623\u0652\u0633\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0642\u0652\u0628\u064e\u0644\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062c\u064e\u0633\u064e\u062f\u0650\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0641\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064e \u0645\u064e\u0631\u0651\u064e\u0627\u062a\u064d\n\nMaksudnya, \u201cNabi saw ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau menadah kedua tapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan \u2019Qul huwallahu ahad\u2019 (suraa al-Ikhlas), \u2019Qul a\u2019udzu birobbil falaq\u2019 (surah al-Falaq) dan \u2019Qul a\u2019udzu birobbin nas\u2019 (surah an-Nas). \n\nKemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.\u201d\n\nDiriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata,\n\n\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u00a0\u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645, \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064e\u0643\u0652\u0631\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0634\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u062f\u0650\u064a\u062b\u064e \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064e\u0627\n\nMaksudnya, \u201cRasulullah saw melarang tidur sebelum solat \u2018Isya dan berbual kosong sesudahnya.\u201d (HR. Bukhari)\n\nIbnu Baththol menjelaskan, \u201cNabi saw tidak suka berborak-borak setelah solat \u2018Isya kerana Baginda sangat berhajat melaksanakan solat malam dan bimbang jika tidak dapat menunaikan Solat Subuh berjemaah.\n\nUmar al-Khattab pernah memukul orang yang berbora-borak kosong setelah solat Isya\u2019, beliau mengatakan, \u201cApakah kalian sekarang begadang di awal malam, nanti di akhir malam tertidur lelap?\u201d (Syarah al-Bukhari, Ibnu Baththol, 3/278, asy-Syamilah)\n\nDari Hudzaifah ra, ia berkata bahawa Nabi\u00a0saw jika ingin tidur di malam hari, maka beliau meletakkan tangannya di pipi kanan, kemudian mengucapkan,\n\nMaksudnya, \u201cYa Allah, dengan nama-Mu. Aku mati dan aku hidup.\u201d\n\nJika Baginda bangun dari tidur, beliau mengucapkan,\n\n\u0627\u064e\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652 \u0623\u064e\u062d\u0652\u064a\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064f\u0651\u0634\u064f\u0648\u0652\u0631\u0650\n\nALHAMDULILLAHILLAZI AHYANA BA\u2019DA MA AMATANA WA ILAIHIN NUSYUR\n\nMaksudnya, \u201cSegala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan.\u201d (HR Bukhari)\n\nNamun begitu, terdapat juga beberapa hadis yang meriwayatkan lafaz-lafaz lain untuk doa tidur. Antaranya:\n\nBISMIKA AMUTU WA AHYA (HR. Bukhari, no. 6312)\n\nBISMIKA ALLAHUMMA AMUTU WA AHYAA (HR. Bukhari, no. 6324)\n\nBISMIKA NAMUTU WA NAHYA (HR. Bukhari, no. 7395)\n\nALLAHUMMA BISMIKA AMUUTU WA AHYAA (HR. Bukhari, no. 6314, 6325)\n\nALLAHUMMA BISMIKA AHYAA WA AMUT (HR. Bukhari, no. 7394)\n\nALLAHUMMA BISMIKA AHYA WA BISMIKA AMUT (HR. Muslim, no. 2711)\n\nSetiap perbuatan yang kita lakukan setiap hari sunat jika dimulakan dengan nama Allah. Begitu juga tidur. Nabi saw, mengajar kita beberapa amalan sunnah serta adab ketika tidur. Begitu juga bacaan doa ketika hendak tidur dan setelah bangun tidur.\n\nWalaupun lafaz doa tidur ada sedikit perbezaan menurut riwayat hadis, namun makna doa tersebut adalah sama. Tiada masalah untuk anda mambaca mana-mana doa sekalipun. Yang lebih mustahak adalah kita berusaha semampu yang boleh untuk mencontohi sunnah Nabi walaupun ketika tidur. Wallahu a\u2019lam.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Adab Dan Doa Tidur yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Terdapat pelbagai resepi kek yang menarik yang boleh didapati di internet. Pada hari ini, kami ingin kongsikan resepi kek yang sangat sedap dan menyelerakan yang boleh anda cuba bakar di rumah. \n\nKita membakar kek sendiri di rumah kerana kita dapat membuat kek yang mengikut selera kita. Jika kita beli, mungkin kek ini terlalu manis atau terlalu mahal. Cara-cara membuat kek ini sangat mudah dan murah. Kek ini juga sesuai jika mahu disediakan pada hujung minggu sambil menonton Netflix bersama seisi keluarga. \n\n Resepi ini telah dikongsikan oleh\u00a0Yuniza Yusuff\u00a0dan telah mendapat banyak like dan komen di Facebook.\n\nNota: Tepung diayak bersama 1 sudu kecil baking powder dan serbuk santan\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi Kek Kelapa Pandan Blender ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!"
"Persediaan untuk menyambut bayi yang baru lahir perlulah lengkap dan tiada barang yang tertinggal. Bagi pasangan suami isteri yang sudah ada pengalaman, mereka sudah tahu apa yang perlu dibawa untuk ke hospital. Begitu juga persediaan mental juga kerana mereka bukannya menyambut anak pertama.\n\nPasangan suami isteri yang ada pengalaman, mereka akan kelihatan sedikit tenang berbanding suami isteri yang tiada pengalaman dalam menyambut bayi yang baru lahir. Sudah pasti mereka akan rasa gementar dan agak kelam kabut kerana tidak tahu perlu buat apa. Maklumlah, sambut anak pertama memang begitu, semua orang mengalami pengalaman yang sama.\n\nJadi, sebelum bawa isteri ke hospital untuk bersalin, suami perlu tahu barang apa yang perlu dibawa bersama. Apakah barang-barang tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai senarai barang persediaan untuk bayi dan ibu sebelum ke hospital. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.\n\nSenarai barang persediaan sebelum ke hospital\n\nBawalah 3,4 pasang baju berlengan dan berseluar. Jangan lupa sarung tangan, stokin dan penutup kepala. Jangan bawa baju tebal atau baju yang susah di pakai seperti jumpsuit. Kadang- kadang nurse hanya pakaikan baju dan bedung sebab saiz anak yang kecil. Baju saja pun dah labuh hingga kaki.\n\n2. Kain bendung, baby wipes, newborn diapers\n\nAda hospital yang sediakan tapi tak bolehlah bawa balik. Hari pertama lepas bersalin, kain bedung, dypers, baby wipes semua hospital support. Tapi mungkin bukan semua hospital provide semua ini. Kalau ke hospital kerajaan \u00a0tue ada la diorg bagi 3 keping. Boleh la standby guna dulu sementara nk tunggu beli yg lain. Sebaiknya beli dypers yang pack kecil 10 keping sahaja.\n\nKalau buat check up di Klinik Kesihatan, mesti ada buku merah. Kalau buat di hospital swasta, anda akan dibekalkan buku biru. Warna buku bergantung kepada hospital swasta tu sendiri.\n\nJangan lupa Buku Rekod Kesihatan / Kehamilan Ibu, Kad Pengenalan dan dokumen penting yang lain. Kalau boleh letakkan setempat / mudah capai dan cari.\n\nUntuk baju kotor dan juga untuk bawa pulang uri bayi. Sesetengah hospital siap bersihkan dan berikan sekali dalam bekas yang disediakan pihak hospital\n\nSet ini dah cukup lengkap untuk bayi. Ada minyak telon, mandian baby, massage oil baby dan paling penting semuanya semulajadi tanpa bahan kimia seperti paraben atau SLS. Tasneem kit baby spa ini adalah yang pertama di Malaysia. Didatangkan dengan kotak khas dan ianya kecil senang di bawa ke mana sahaja walaupun dalam labour room atau wad selepas bersalin.\n\nBoleh terus dapatkan baby kit spa\u00a0di sini\n\nIbu jangan lupa bawa baju salin ye. baju tshirt longgar lengan panjang atau blouse. Yang suka pakai kain batik boleh bawa kain balik, atau skirt longgar. Baju yang kita pakai sebelum masuk labour room tu kadang- kadang boleh hilang tanpa dapat dijejak.\n\n2. Bra menyusu dan seluar dalam\n\nBoleh bawa 3-4 helai bra menyusu kerana susu akan meleleh dan kita tidak akan selesa memakai bra yang basah. Seluar dalam juga kena bawa banyak sebab biasa akan lekat darah bila kira berbaring\n\nSelepas bersalin nurse akan pakaikan pad bertali untuk kita. Pad bertali ini boleh dibeli di farmasi atau kedai ibu dan anak. Kemudian bila darah makin kurang kita akan mula pakai seluar dalam dan pad biasa. Boleh beli pad overnite untuk cover darah yang banyak.\n\nUbat gigi, berus gigi, pencuci muka perlu dibawa ke dalam wad. Jika tidak mahu bawa sabun mandi boleh gunakan pencuci muka sebagai sabun mandi.\n\nPerlu sediakan beberapa pasang stokin juga. Takut nanti stokin basah dan kita akan kesejukan. Sebelum pakai stokin boleh sapu minyak panas pada tapak kaki atau betis supaya tidak kejang dengan suhu wad yang sejuk atau berangin.\n\n*2 minggu sebelum tarikh bersalin itu, perlu siap sedia semua barang dalam sebuah beg. Jadi, senang apabila tiba masanya, tidak perlulah kelam kabut mahu ambil baju itu ini, barang bayi semua. Hanya angkat saja beg yang sudah siap sedia semua keperluan untuk bayi dan ibu semasa tinggal di hospital. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.\n\nJemput juga baca artikel checklist barang baby ke hospital"
"Ayam masak kicap merupakan salah satu menu masakan yang sangat mudah dimasak. Menu ini boleh disantap pada waktu petang mahupun malam. Kanak-kanak sangat menyukai masakan ini kerana rasanya tidak pedas. Kadang-kadang menu juga dihidangkan untuk kenduri atau majlis kahwin.\n\nPada tulisan di bawah ini kami kongsikan resepi Ayam Masak Kicap Berempah sedap yang mendapat perkongsian ramai. Resepi ini dikongsikan oleh Haslina Amat di Facebook. Jom cuba buatnya.\n\nSelain resepi Ayam Masak Kicap Berempah ini, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Masakan kari\u00a0 nih agak popular dikalangan akyat Malaysia tambah-tambah kaum India. Mereka ini memang tak boleh tinggal kari. Kari ialah sejenis masakan yang menggunakan rempah ratus dalam penyediaannya. Aroma rempah ratus sangat wangi dan boleh membangkitkan selera untuk makan. Lagi-lagi jika tengah lapar di waktu tengah hari, Makan dengan nasi panas, tersangatlah Umph!\n\nBiasanya, kalau kita nak makan roti canai atau capatti atau roti seumpamanya, mesti wajib ada kari ni kan sebab gandingannya sangat sedap.\u00a0 Bukan sebiji je roti, dua ke tiga biji pun sanggup habiskan tanpa fikirkan kolestrol ye dakk??\n\nTak percaya kari ini antara masakan kegilaan ramai? Buktinya, tengoklah dekat kedai-kedai dan pasaraya, ada jual kari tin tau. Untuk masakan kari, anda boleh cuba untuk pelbagai lauk seperti kari ayam, kari daging, sotong, udang dan lain-lain. Yang paling kaw adalah kari daging sebab apabila dimasak, air daging akan keluar dan memberikan rasa manis semulajadi pada gulai kari tersebut. Jika ditambah dengan ubi kentang, lagilah bertambah sedap kari anda itu.\n\nJadi, pada hari ini, kami akan paparkan satu resepi kari daging yang telah dikongsikan oleh saudari Siti Fatimah . Anda patut cuba ni tau, boleh lah nanti cicah dengan roti ker atau makan dengan nasi. Selamat mencuba!"
"Jom baca koleksi aneka resepi cucur.\n\nPetang-petang memang paling seronok kalau bercucur. Buat cucur kesukaan anda untuk dihidangkan pada masa petang mahupun sebagai hidangan sarapan pun boleh.\n\nMasakan cucur adalah paling simple kerana bahan-bahannya mudah didapat dan menyediakannya pula tidaklah memakan masa. Paling sesuai untuk anda-anda yang sibuk dan tidak punya banyak masa untuk memasak.\n\nTerdapat pelbagai jenis cucur dan kesemua jenis itu telah kami sediakan di bawah ini untuk memudahkan anda memilih idea untuk masak cucur. Resepi-resepi di bawah ini gerenti sedap dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nMakan cucur pula paling sedap cicah dengan sos seperti sos cili, sos kacang dan sos lainnya. Cucur dan sos memang selalu bergandingan. Dan tanpa merisaukan hal itu di bawah ini juga tersedia resepi sos makan bersama cucur. Tunggu apa lagi, jom cuba 25 resepi cucur di bawah ini.\n\nCucur jagung yang super rangup, rasa lemak manis jagung 100%, kekal lembut walaupun sudah sejuk dan paling penting tidak serap minyak. Yang ini wajib cuba sebab sedap sangat! Resepi daripada\u00a0Fatin Najwa Misuan di Facebook.\n\nCucur badak paling legend, adakah peminat cucur badak di sini. Merujuk kepada resepi yang didatangkan dari\u00a0Dainisha Sudahia Darwish di laman Facebook konfirm cucur badak anda cantik kejadiannya. Boleh buat stok frozen.\n\nCara Buat Doh Cucur Badak :\n\n3. Resepi Cucur Ikan Bilis Stick\n\nKudapan untuk petang-petang. Cucur ikan bilis versi stick dicicah dengan sos cili ala Thai. Resepi dikongsikan oleh\u00a0Rose Eatie di laman Facebook.\n\nBahan Sos Cili Ala Thai :\n\nSangat mudah buat cucur udang yang rangup di luar dan lembut di dalam. Resepi daripada\u00a0Mazitah Ahmad Nur Solehah di laman Facebook.\n\nResepi berikutnya ialah cucur balak. Tapi mesti ramai yang tidak tahu resepi ini. Resepi mudah didatangkan daripada\u00a0Roslina Shaari Ina Kie di laman Facebook.\n\nCucur yang manis dan lembut ialah cucur kembung atau cucur manis.\u00a0Dainisha Sudahia Darwish di laman Facebook pula membuat cucur kembung susu yang lemak manis. Resepi simple sangat dan sedap.\n\nMenu petang hari dengan cucur telur. Susah jumpa orang jual kuih ini. Tidak ramai orang pandai buat cucur telur supaya dapatkan kerangupannya. Namun\u00a0Bisneswomen Fiza di laman Facebook membagikan resepi cucur telur yang boleh diikuti oleh semua orang.\n\nNampak seperti sosej bukan? Tapi ini bukan sosej, ini cucur nasi versi stick. Anak-anak sangat suka makan ini terutamanya yang jenis susah makan nasi. Resepi daripada\u00a0Rose Eatie di laman Facebook ini boleh dijadikan rujukan jika ada yang mahu berjualan.\n\nMemasak kuih tradisional memang kena bersabar. Cucur jawa masak dari bahagian tepi terus perlahan-lahan ke tengah. Resepi cucur jawa comel dikongsikan oleh \u200eZuraita Mohd Anua\u200e di Facebook.\n\nSiapa pernah makan cucur topi Kelantan? Selain daripada orang Kelantan, anda mesti jarang makan cucur topi ini bukan? Sedap rasanya dan anda patut cuba buat sendiri. Resepi daripada Fa Ra yang dikongsikan di laman Facebook.\n\nBudak-budak kalau jumpa makanan ini konfirm terus habis dan licin. Buat untuk potluck ataupun buat menu petang pun boleh. Resepi daripada\u00a0Tengku RosElyza Raja Muhammad\u200e di laman Facebook. Resepi ini tidak menggunakan tepung.\n\nResepi yang dikongsikan oleh Norsiah Zakaria di laman Facebook ini amat mudah untuk dicubakan di rumah. Makan cucur bawang bilis petang-petang sebagai kudapan dicicah sos cili sedap sungguh. Cucur bawang bilis sedap dimakan panas-panas. Boleh kenyang makan camilan ini.\n\n13. Resepi Cucur Manis Versi Stick Viral!\n\nMembuat cucur itu sangat senang, gaul-gaul lepas tu goreng. Tetapi, terkadang chef-chef kat rumah ni ada terkendala dengan macam mana nak buat cucur bulat dan cantik tu, guna sudu, guna tangan pun masih gagal juga, tidak menjadi bulat dan cantik. Resepi dikongsikan oleh Fiesya Tahir di facebook. Ini ialah resepi cucur manis yang sangat simple dan menghasilkan bentukan cucur yang lagi cantik seperti stick.\n\n1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam\n2. Masukkan kedalam tepung gandum\n3. Gaul sebati\n4. Biarkan sejuk seketika\n5. Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang. Selepas itu potong.\n6. Goreng dengan api sederhana hingga garing.\n\nTak perlu basahkan tangan dengan air or minyak sebab adunan tak melekat di tangan.\nGuna tepung gandum cap bunga ROS MERAH sebab dah try jenis lain tidak jadi dan adunan jadi lembik.\n\nSelamat mencuba resepi Cucur Manis Versi Stick\n\nSarapan pagi bersama cucur sosej kentang. Cucur sosej kentang amat lembut kejadiannya. Suhana Adila Abd Rahman berkongsikan resepi cucur sosej kentang di laman Facebook. Selain sebagai menu sarapan, cucur sosej kentang pula sedap untuk dijadikan kudapan petang-petang.\n\nKentang dipotong panjang-panjang. Masa digoreng, kentang akan jadi lembut tapi rangup. Cucur ubi kentang cukup mengenyangkan, sesuai sanga untuk menu sarapan. Setiap gigitan aka nada bunyi krupkrap! Terliur? Cuba masak sendiri resepi dikongsikan oleh \u200eMarziah Mahidin II di laman Facebook.\n\nPernahkah anda merasa cucur kicap? Cucur kicap ini sebenarnya ialah cucur yang dibuat dengan adunan tepung dan sayur kemudian disiram sos kicap di ke atasnya. Sos kicap ada resepinya lagi sedap dan lazat. Kudap-kudap petang cucur kicap resepi dikongsikan oleh Mason Maur di laman Facebook.S\n\nCucur labu ini kegemaran ramai kerana ianya sangat lembut, sangat sedap dan lemak manis. Siapa-siapa pun mesti cuba resepi yang dikongsikan Fauziah Yahya di laman Facebook ini.\n\nSerawa durian sudah biasa apalagi pulut durian sudah sangat biasa. Kalau cucur durian macam mana pula sudah biasa makan kah? Wan Muhammad Hafiz Satar berkongsiakan resepi cucur durian di laman Facebook. Agak-agak sedap tidak? Mestilah sedap sudahpun dapat perkongsian ramai di Facebook. Kena sediakan inti durian terlebih dulu. Resepi lengkap di bawah ini.\n\nCucur sayur atau ada yang panggil bakwan. Merupakan sayur-sayuran yang dihiris dan dicampur dalam adunan tepung cucur. Selalunya pakai kobis dan lobak merah. Dimakan dengan sos cicah sangat menyelerakan. Jom buat cucur sayur resepi dikongsikan oleh \u200eHernee Nazir\u200e di laman Facebook.\n\n20. Resepi Cucur Sosej dan Isi Ketam\n\nSeterusnya kami berkongsi resepi cucur sosej dan isi ketam yang didatngkan daripada Rosma Ros di laman Facebook. Kudapan ini merupakan kegemaran anak kerana ada sosej da nisi ketam membuat rasanya makin menarik.\n\nKalau cucur udang sahaja macam sudah biasa. Kali ini pula cucur udang jagung. Rangup udang dan manis jagung jadi kombinasi yang melazatkan. Mari cuba buat cucur jagung udang oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.\n\nKami pastikan anda yang sekali cuba mesti teringin lagi makan cucur roti. Cucur roti rangup di luar namun lembut di dalam. Lagi ianya bukan cucur roi biasa melainkan cucur roti berlauk. Jadi menu sarapan cicah dengan sos sedap betul. Resepi dikongsikan oleh \u200eMleisya Scarf Comel Sokmo di laman Facebook.\n\nMakanan tin satu ini memang boleh dipelbagaikan dalam hidangan. Salah satunya yang menarik ialah cucur. Cucur sardin dibuat dengan menggunakan sardin dalam tin yang dilenyek dengan adunan tepung kemudian digoreng. Rasanya jadi macam cucur ikan tapi versi lain dan lebih sedap. Sila cuba resepi cucur sardine daripada Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.\n\nPetang-petang kalau tidak ada idea masak cubalah buat resepi ini. Sekadar mengambil inspirasi untuk dijadikan idea dalam menu kita tidak salah kan. Resepi cucur udangg maggi memang sedap cara membuatnya pula amat mudah. Resepi dikongsikan oleh \u200eIla Najwa\u200e di laman Facebook.\n\n25. Resepi Cucur Tofu Lembut Berlauk\n\nResepi terakhir yang tidak kalah menarik ialah cucur tofu. Benda putih nan lembik ini sesuai untuk dimasak macam mana pun termasuklah cucur. Semestinya cucur tofu teramatlah sedap. Rangup di luar namun sentiasa lembut dan wangi soya di dalam. \u200eMrsMoon MJ\u200e berkongsikan resepi cucur tofu di laman Facebook.\n\nTips : Jangan goreng deep fry nanti hancur. Guna pan fried (minyak sedikit), macam lempeng supaya tidak pecah.\n\nSelain resepi cucur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sebagai ibu ayah, tidak dinafikan, melepaskan anak untuk berdikari adalah suatu perkara yang sukar.\n\nNamun, mahu atau tidak mahu, apabila sudah tiba masanya, kita terpaksa juga melepaskan mereka suatu hari nanti.\n\nOleh itu, anak perlu diajar dan belajar berdikari untuk \u2018survive\u2019\u00a0 dalam dunia baru mereka tanpa kita ibu ayah di sisinya.\n\n\u2018Survivor\u2019\u00a0 adalah seseorang yang tahu menguruskan diri sendiri dari segi emosi, keperluan sosial, keperluan fizikal, barangan harian, dan sebagainya.\n\nYa, anak-anak wajib diajar menjadi \u2018survivor\u2019\u00a0 agar mereka dapat berdikari apabila kita tidak bersama mereka kelak.\n\nMenguasai kemahiran pengurusan diri seiring dengan tahap perkembangan anak adalah sangat penting.\n\nJika anak berusia 3 tahun, sepatutnya mereka sudah boleh diajar untuk mengemas permainannya ke dalam bekas.\n\nJika anak berusia 5 tahun, sepatutnya mereka sudah tahu mengemas barangnya sendiri di pra-sekolah tanpa bantuan guru.\n\nJika anak berusia 6 tahun, mereka sepatutnya sudah tahu menjaga kebersihan diri yang asas dan tahu menyesuaikan keperluan dirinya dengan keperluan persekitaran. Sebagai contoh, jika di tadika, anak ini sudah tahu untuk menyimpan baju persalinannya di dalam beg sendiri.\n\nKENAPA PENTING UNTUK ANAK BELAJAR MENJADI \u2018SURVIVOR\u2019?\n\nMempunyai keupayaan mengurus diri adalah \u2018essential\u2019\u00a0 atau keperluan yang sangat penting untuk anak-anak. Seorang anak yang tahu menguruskan dirinya akan :\n\nSekiranya anak tidak diajar untuk menjadi \u2018survivor\u2019, perkara sebaliknya akan berlaku dan anak pasti akan berasa tertekan.\n\nBAGAIMANA IBU BAPA BOLEH MEMBANTU ANAK MENJADI \u2018SURVIVOR\u2019?\n\nLakukan 3 perkara ini untuk membantu anak menjadi \u2018survivor\u2019 :-\n\nIbu bapa yang bersikap terlalu \u2018protective\u2019\u00a0 akan menyebabkan anak menjadi takut-takut dan kurang keyakinan diri.\n\nTANDA-TANDA ANAK YANG KURANG YAKIN DIRI\n\nBerikut merupakan tanda-tanda anak yang kurang keyakinan diri :-\n\nAnak yang mempunyai tanda-tanda di atas memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam usaha membentuk mereka untuk menjadi \u2018survivor\u2019.\n\nTIPS MENANGANI ISU ANAK YANG KURANG YAKIN DIRI DI TASKA / SEKOLAH\n\nSetiap kali anak mengadu dibuli rakan, tanya kepada guru akan hal sebenar (bukan di hadapan anak, kerana anak akan menganggap ibunya sedang \u2018back up\u2019\u00a0 dirinya dan seterusnya memberi anak idea bahawa ibunya boleh dimanipulasi).\n\nJika guru maklumkan bahawa benar, memang rakan ada membuli anak tetapi anak hanya pasif tanpa mempertahankan diri, ajar anak \u2018social story\u2019\u00a0 bagaimana untuk mempertahankan diri. (Contoh : pergi dari situ dan jangan dekati rakan yang suka membuli, beritahu rakan yang membulinya untuk berhenti membuli, beritahu guru setiap kali rakan mula membulinya).\n\nSetiap kali anak mengadu dimarahi guru, tanya kepada guru hal sebenar (tetapi bukan di hadapan anak). Cuba dapatkan punca anak dimarahi atau ditegur (ada anak-anak yang tidak biasa ditegur kesalahannya mendefinisikan teguran sebagai marah). Berikan \u2018social story\u2019\u00a0 dan latihan di rumah bagi membantu anak memahami mengapa dia ditegur oleh guru.\n\nAJAR ANAK JADI \u2018SURVIVOR\u2019\u00a0 MULAI SEKARANG\n\nAktiviti pengurusan diri sering dipandang ringan, tetapi impaknya adalah amat besar buat anak. Pastikan anak menguasai kemahiran pengurusan diri selari dengan usianya.\n\nBiar anak belajar \u2018survive\u2019. Usah terlalu manjakan mereka dengan melakukan semua perkara untuk mereka.\n\nLebih baik ianya susah untuk anak buat masa sekarang, berbanding mereka susah di kemudian hari kerana tidak tahu cara untuk \u2018survive\u2019.\n\nAyuh ibu ayah, kita ajar anak untuk menjadi \u2018survivor\u2019. Jom mulakan sekarang!\n\nNota : Disertakan \u2018screenshot\u2019\u00a0 \u2018milestone\u2019\u00a0 perkembangan kemahiran pengurusan diri dari buku Senarai Semak & Aktviti Pengukuhan Pengurusan Diri untuk rujukan anda.\n\nSumber : Laman Facebook OT AisyahRozalli\n\nSumber : Laman Facebook OT AisyahRozalli\n\nSumber : Laman Facebook OT AisyahRozalli"
"Buat para wanita terutamanya ibu hamil yang mengalami anemia, pastikan anda terus membaca perkongsian ini untuk mengetahui 6 makanan tambah darah bagi mengatasi anemia.\n\nDi kalangan wanita istilah hemoglobin(HB) rendah atau kekurangan darah merah cukup sinonim terutamanya bagi wanita hamil.\n\nSebelum kita berbincang lebih lanjut mengenai petua untuk mengatasi masalah anemia, jom kita cerita serba sedikit mengenai anemia.\n\nAdakah anda tahu apa itu Anemia?\n\nAnemia merupakan situasi dimana sel darah merah kurang dari paras normal. Kekurangan sel darah merah atau lebih sinonim dengan kekurangan hemoglobin banyak terjadi di kalangan wanita hamil\n\nHemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu sistem badan.\u00a0 Nilai hemoglobin normal untuk wanita adalah 12-14g/dl.\n\nHemoglobin adalah protein di dalam sel darah merah yang berfungis untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan.\n\nAntara tanda-tanda yang boleh dilihat atau dikesan apabila seseorang itu menghidapo anemia adalah ;\n\nSekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, amat penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor dan mengambil langkah pencegahan yang sebaiknya.\n\nAnemia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dan kita akan bincangkan mengenai faktor utama kepada gejala anemia.\n\nAnemia berlaku apabila badan kekurangan zat besi yang menyebabkan hemoglobin di dalam darah berkurangan.\n\nSeperti yang kita sedia maklum, zat besi merupakan elemen penting dalam penghasilan sel darah merah.\u00a0 Wanita hamil sering mengalami masalah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.\n\nVitamin B12 atau juga dikenali sebagai cobalamin merupakan vitamin yang diperlukan untuk memastikan sel darah merah berada dalam keadaan baik. Vitamin B12 berfungsi untuk membina sel darah yang sihat.\n\nHaemolytic anemia adalah keadaan di mana sel darah merah dihapuskan.\u00a0 Penghapusan sel darah merah yang lebih cepat berbanding penghasilan sel darah merah . Ini berlaku ketika seseorang itu menghidapi penyakit \u2018auto-immune\u2019. Di mana sistem imunisasi badan akan menyerang badan dan menyebabkan sistem badan keliru .\n\nBerlaku apabila sumsum tulang tidak dapat menghasilkan sel darah merah akibat sumsum tulang tidak dapat berfungsi dengan baik. Penyebab kepada \u2018Aplastic anemia\u2019 adalah terdedah kepada racun dan jangkitan virus seperti HIV.\n\nBagi mereka yang menderita akibat thalassemia akan mengalami pigmen hemoglobin di dalam sel darah merah tidak terbentuk secara normal. Namun thalassemia merupakan penyakit yang disebabkan oleh genetik.\n\nWalaupun anemia ini adalah penyakit berkaitan dengan sel darah merah di dalam badan kita, ia masih boleh dirawat dengan kaedah yang tepat.\n\nLangkah awal dalam proses pemulihan daripada anemia adalah memastikan pola pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.\n\nKekurangan asid folik atau vitamin B12 antara penyebab utama kepada masalah anemia. Untuk mengatasi kekurangan asid folik, ibu hamil digalakkan untuk mengambil\u00a0 makanan yang kaya dengan vitamin B12.\n\nElakkan pengambilan minuman beralkohol . Minuman beralkohol akan menganggu penyerapan asid folik.\n\nSekiranya bilangan darah anda terlalu rendah dan keadaan anda sangat membimbangkan, doktor akan menjalankan proses transfusi darah. Darah yang bersesuaian dengan jenis darah anda akan dimasukkan ke dalam tubuh badan anda.\n\nSekiranya anda adalah penghidap \u2018aplastic anemia\u2019 , sekiranya sumsum tulang anda sudah tidak berfungsi. Penyelesaian terakhir untuk merawata anemia anda adalah pemindahan sumsum tulang. Penderma akan mendermakan sumsum tulang kepada pesakit.\n\nSeperti yang kita sedia maklum ibu mengandung yang mengalami HB rendah boleh menghadapi komplikasi serius seperti kelahiran pramatang dan perkembangan tumbesaran bayi terencat.\n\nIbu mengandung disarankan untuk mengambil makanan tambah darah seperti;\n\nVitamin A di dalam tembikai dapat membantu proses penambahan jumlah bilangan sel darah merah sekaligus dapat memastikan bekalan oksigen ke seluruh tubuh badan mencukupi.\n\nJambu batu sangat kaya dengan vitamin C. Menurut kajian, kandungan vitamin di dalam jambu batu dua kali ganda daripada vitamin C didalam buah oren. Vitamin C membantu dalam proses penyerapan zat besi.\n\nSayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan sawi sangat kaya dengan zat besi. Bayam memang terkenal sebagai sumber sayuran yang kaya dengan zat besi sama ada bayam merah mahupun bayam hijau. Namun menurut kajian , bayam merah mempunyai kandungan zat besi dua kali ganda daripada bayam hijau.\n\nIkan merupakan antara sumber protein yang penting.\u00a0 Vitamin B12 di dalam ikan terutamanya ikan salmon dapat meningkatkan pembentukan sel darah merah.\u00a0 Selain ikan salmon terdapat juga ikan seperti ikan kembong.\n\nMengikut kajian dari sebuah universiti di Indonesia, daging mempunyai kandungan hemoglobin yang tinggi. Vitamin B12 di dalam daging merah dapat meningkatkan kandungan zat besi di dalam tubuh badan. Namun pengambilan daging lembu yang berlebihan akan menyebabkan kandungan kolesterol semakin meningkat. Ambillah dalam kuantiti yang sederhana sahaja.\n\nKacang juga antara koleksi makanan yang kaya dengan zat besi. Antara kekacang yang disarankan adalah kacang merah dan kacang dal.\n\nSecara keseluruhannya, langkah terbaik bagi mengatasi masalah \u00a0anemia atau kekurangan darah merah adalah dengan memastikan kita mendapat bekalan zat besi yang mencukupi . Zat besi merupakan elemen paling penting dalam pembentukan hemoglobin.\n\nDiharapkan rencana ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat para wanita diluar sana terutamanya ibu yang sedang hamil."
"Tak semua orang suka dengan Nasi Tomato. Mungkin kerana rasanya yang kadang kala terlebih masam dan memedihkan perut. Anda mungkin patut cuba resepi menarik ini yang memang dijamin tidak berapa masam menurut empunya resepi.\n\nNasi Tomato boleh dihidangkan pada kenduri kendara, atau pun untuk makan tengah hari mahupun makan malam bersama seisi keluarga anda.\n\nResepi ini dikongsikan oleh\u00a0Nasariah Aziz\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\n2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia\n\n*Tips nak ayam masak merah sedap serai dikisar bersama bahan kisar lain\n\nSiap untuk dihidang nasi tomato bersama ayam masak merah dan acar, selamat mencuba\n\nSelain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
"Tempe, makanan yang tidak asing lagi bagi kita. Prosesnya diperbuat daripada fermentasi kacang soya menghasilkan satu juadah yang amat lazat untuk dimakan. \n\nTempe boleh digoreng begitu sahaja akan tetapi, tempe goreng kicap pedas pasti akan memberi kick kepada sesiapa yang merasainya. Tempe juga merupakan satu sumber protein yang baik. Jadi, ianya amatlah disarankan untuk dimakan. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Raja RosElyza Tengku Muhammad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!"
"Berapa ramai dari kita\u00a0 yang benar-benar membaca Al Quran dan mengamalkan ajarannya? Jika di zaman Rasulullah SAW dulu tidak dinafikan yang AlQuran ini di baca setiap hari dek kerana rasa cinta yang mendalam terhadap Allah SWT. \n\nNamun di zaman ini terang lagi bersuluh yang Al-Quran lebih banyak dibiarkan tersadai sebagai perhiasan tanpa di sentuh dan dibaca. Debu menutupi sebagaimana dosa yang semakin meluak di dalam diri. \n\nJika bukan diri sendiri yang memperbetulkannya, siapa lagi yang boleh di harap? Ya benar, kita tidak mudah untuk masuk campur urusan orang lain tetapi kita boleh saja bantu anak sendiri untuk membaca dan mencintai al-Quran. Selaku ibu bapa pada anak-anak, kalau diri sendiri tidak menunjukkan contoh yang terbaik untuk mereka maka siapa lagi yang boleh diharapkan. Tak kan semua benda nak di harap pada guru saja. \n\nBayangkan, betapa indahnya jika anak-anak tersayang ini bukan hanya tahu menyintai dan membaca al-Quran, bahkan menghafal, memahami dan mengamalkan al-Quran sebagai gaya hidup dan semua ini sememangnya perlu bermula dari rumah sejak mereka masih kecil lagi. Sambil kita mengajar anak-anak menghafal, secara tidak langsung kita pun sebenarnya turut membaca Al-Quran\n\nAlQuran Itu Pelita Hidup Yang Boleh Menerangi Jalan Seorang Manusia\n\nUntuk anak-anak, ajarkan mereka sejak kecil bermula dari peringkat yang awal terlebih dulu. Seterusnya membaca Al Quran akan meningkat dan berkembang dari kesungguhan yang dilakukan.\u00a0Jadi apa yang perlu dilakukan untuk anak-anak mendekati Al Quran ini? Jom cuba dengan mengamalkan 10 Tips Ajar Anak Baca Dan Cinta AlQuran Sejak Kecil ini sebagai panduan.\n\nPentingnya ayah ibu berdoa pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak-anak kita baca dan cinta AlQuran. Antara lambat atau cepat Allah akan beri pada waktu yang paling sesuai. Dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNya.\n\n2. Kenalkan Al Quran Bermula Dari Dalam Kandungan Lagi\n\nBilakah masa yang paling tepat untuk Al-Quran ini diperkenalkan pada anak-anak? Bolehkah mengajar anak membaca Al Quran seawal bayi? Jawapannya adalah anak ini boleh diajar mengenal alQuran seawal usia mereka masih di dalam kandungan ibu lagi. Adalah sangat bagus jika anak yang bakal lahir ini sudah terbiasa dengan bunyi bacaan ayat al-Quran. \n\nJika si ibu dapat baca adalah lebih bermanfaat. Ini kerana si ibu yang sedang mengandung ini apabila rajin membaca al-Quran bukan saja dapat dijadikan sebagai doa untuk semuanya selamat bahkan dapat juga menambah pahala dan memberi asbab untuk anak yang bakal lahir itu membesar menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. \n\n3. Luangkan Masa Yang Sesuai Demi AlQuran\n\nPastikan kita adakan masa bersama al-Quran bersama keluarga tapi mengikut keadaan masing-masing. Contohnya, antara waktu Maghrib dan Isyak atau selepas Subuh asalkan ia dapat dilakukan dalam masa yang ditentukan itu.\n\n4. Dengarkan Ayat Bacaan Melalui Youtube Bila Perlu\n\nCara ini juga boleh dilakukan melalui youtube. Zaman sekarang zaman teknologi. Anak-anak kecil banyak belajar melalui youtube. Apa salahnya jika mereka belajar Al Quran melalui youtube. Buka dan perdengarkan mereka ayat-ayat Al Quran melalui Youtube.\n\n5. Mencungkil Dan Merangsang Bakat Anak Dalam Bacaan AlQuran\n\nSalah satu cara nak bagi anak-anak baca dan cinta Al Quran adalah dengan menghantar anak ke kelas pengajian dan masukkan mereka ke pertandingan yang berkaitan Al Quran. Contohnya pertandingan baca atau hafal Al Quran. Dengan cara itu anak-anak akan terus berdamping dengan Al Quran.\n\n6. Bacakan Mereka Dengan Ayat Al Quran Selepas Solat\n\nBiasakan anak-anak dari kecil dengan ayat Al Quran.\u00a0 Lebih bagus jika ayah dan ibu berdamping dengan Al Quran untuk ibu dan ayah duduk membaca al-Quran sehingga anak tertarik. Lama kelamaan anak-anak akan tertarik lalu akan turut bersama membaca dan menyintai Al Quran.\n\n7. Memperdengarkan Dari CD Juga Boleh\n\nAda teori mengatakan bahawa anak boleh mendengar sejak dari dalam kandungan lagi.\u00a0Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan dengan memainkan CD. Memperdengarkan al-Quran juga boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja, tidak mengenal batas usia anak.\n\n8. Hantar Anak Ke Kelas Membaca Al Quran Untuk Lebih Pandai\n\nJadikan satu rutin bagi anak-anak untuk baca Al Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Jika anak-anak yang masih belum boleh membaca ajaklah untuk bersama-sama mendengar abang dan kakaknya yang sedang membaca al-Quran. \n\nPaling afdal hantar anak ke kelas belajar AlQuran dari mana-mana ustaz ustazah yang layak dan berpengalaman. Jika tidak tahu di mana nak dapatkan guru yang baik, boleh tanya di masjid-masjid yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.\n\n9. Wujudkan Ruang Solah Untuk Baca AlQuran Di Dalam Rumah Sendiri\n\nBoleh juga sediakan suasana dan ruang untuk anak-anak lebih mudah dan meminati AlQuran.\u00a0Adakan ruang yang biasa Ayah dan Ibu baca Al Quran dan rak-rak menyimpan Al Quran yang mudah dicapai. Boleh juga sediakan AlQuran dan papan rehal khas untuk mereka lebih tertarik untuk mendekati AlQuran ini.\n\n10. Ceritakan Kisah Dalam AlQuran Supaya Anak Makin Faham Isinya\n\nAlQuran bukan sekadar bacaan tetapi juga satu bentuk pengajaran berkisarkan kisah nyata yang pernah berlaku dan akan berlaku. Maka anda boleh ceritakan kisah sirah dalam bentuk penceritaan biasa dengan menyelitkan sekali bacaan AlQuran yang terlibat. \n\nCari surah yang berbentuk jalan cerita yang mudah untuk mereka baca dan memahami. Lebih mudah cari buku cerita yang ada kisah dalam Al Quran ni. Ayah ibu boleh bercerita, cerita dalam Al Quran agar mereka lebih memahami isi AlQuran itu sendiri. Barulah anak-anak makin faham apa itu AlQuran sebenarnya.\n\nCoraklah Anak Dengan Garis Panduan Islam Agar Mereka Selamat Di Dunia Dan Di Akhirat\n\nAnak-anak ini asalnya suci, seumpama sehelai kain putih, kitalah yang mencorakkan mereka. Lembutkan hati dan sahsiah mereka dengan al Quran. Jika acuannya sempurna, maka insyaAllah cantiklah hasilnya.\n\nMuadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda, \u201cSesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri\u201d (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud.)\n\n Bagaimana jika ada ibu bapa yang tidak tahu membaca al-Quran? Jangan malu jangan segan, mula belajar dari sekarang dan semoga anak-anak kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat, InsyaAllah."
"Roti jala memang sinonim dimakan bersama kuah kari. Boleh dimakan tak kira waktu dan tempat. Ada juga yang selalu membawanya ketika port luck mungkin kerana ramai yang menyukainya. Kali ini kami bawakan anda resepi roti jala jelita yang pasti buatkan anda sayang nak makan.\n\nSesuai dengan namanya ini, roti jala jelita ini mempunyai bentuk yang cantik. Pasti anda tak toleh dan sayang nak makan. Pelbagai bentuk yang boleh diolah dengan roti jala. Jika anda kreatif pasti pelbagai hasil yang anda boleh buat. Mungkin kerana kecantikan roti jala ini, ramai yang memilih roti jala ini sebagai buah tangan atau hantaran.\n\nPelbagai rupa yang ada antaranya ialah bunga, love dan pelbagai lagi. Warna-warni pada roti jala ini lah yang membuatkan ramai jatuh hati dengan keunikan roti jala jelita. Apa yang pasti bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang cantik ini, ia memerlukan kesabaran dan ketelitian pada setiap pemprosesanya. Jom ikuti resepi roti jala cantik dari Dapur Dak Maz di laman Facebook beliau.\n\nCantik jelitakan roti jala ini. Rasa nak simpan sayang nak makan. Nak kan lagi resepi yang menarik dan mudah nak buat? Baca sahaja di laman web kami. Kami menyediakan pelbagai resepi untuk anda. Terima kasih dan jangan lupa share dan like!"
"Ibu mana yang tak susah hati apabila anak kesayangan dilanda selsema. Risau kalau selsema makin melarat sampai anak demam. \n\nPastinya ibu-ibu juga sedia maklum bahawa bayi dibawah umur 2 tahun tidak sesuai diberikan ubat selsema. Jangan susah hati ibu, jom kami kongsikan petua hilangkan selsema bayi tanpa ubat yang dijamin selamat dan berkesan.\n\nSalah satu petua berkesan untuk mengatasi masalah selsema pada bayi kesayangan anda ialah dengan cara mandi wap. Ianya bukan sahaja berkesan malah langsung tidak menyakitkan. Apa yang anda perlukan ialah:\n\nSatu lagi petua hilangkan bayi tanpa ubat yang dijamin selamat dan berkesan ialah dengan menggunakan kunyit hidup. Cara ini juga tidak akan menyakitkan bayi anda. Apa yang anda perlukan ialah sedikit kunyit hidup. Itu sahaja. Caranya:\n\nIkhtiar dengan menggunakan kunyit hidup ini merupakan petua tradisional yang telah diamalan sejak nenek moyang kita pada zaman dahulu lagi. Bolehlah anda cuba.\n\nSatu lagi petua orang lama yang ingin kami kongsikan bersama anda ialah menghilangkan selsema bayi dengan daun sireh. Caranya sangat mudah. Apa yang anda perlukan cuma sehelai daun sireh. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:\n\nPetua hilangkan selsema bayi yang seterusnya sememangnya sangat mudah, dan bahannya pasti ada di setiap rumah. Anda hanya perlukan garam, ya garam. Tak kisah sama ada garam halus atau garam kasar, kedua-duanya boleh digunakan untuk petua ini. Caranya ialah:\n\nPetua seterusnya yang ingin kami kongsikan juga menggunakan bahan yang ada di dapur setiap rumah, iaitu bawang merah. Untuk petua hilangkan selsema bayi menggunakan bawang merah ini, terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:\n\n6. Minyak zaitun dan bawang putih\n\nPetua hilangkan selsema bayi tanpa ubat yang dijamin berkesan dan selamat yang seterusnya ialah dengan menggunakan minyak zaitun dan bawang putih. Caranya mudah sahaja iaitu:\n\n7. Suhu bilik yang tidak terlalu sejuk\n\nPetua hilangkan selsema bayi yang terakhir ingin kami kongsikan kepada anda ialah dengan cara memastikan suhu bilik yang dihuni bayi anda tidak terlalu sejuk. Ini kerana suhu yang terlalu sejuk, terutamanya jika anda memasang alat penghawa dingin akan menyebabkan selsema bayi anda menjadi semakin teruk dan hidung bayi akan tersumbat.\n\nItulah dia 7 petua hilangkan selsema bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat! Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga pastinya sukakan artikel kami berkenaan petua hilangkan selsema dan petua hilangkan cirit birit."
"Jom cuba resepi tom yum ini!\n\nTomyam ialah masakan yang berasal dari negara jiran utara Malaysia, tidak lain dan tidak bukan, Thailand.\n\nPada sekitar\u00a0 tahun 1990an, ianya mula popular diutara semenanjung apabila rakyat selatan Thailand mula memasuki negara ini dan mempopularkan menu sup tomyam yang enak ini. Pergi sahaja gerai dan restoran sekitar kita, pasti akan ada yang menjual Tomyam.\n\nSemestinya, tomyam menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung sebagai juadah makan malam.\n\nDan dengan itu, sebagai rakyat yang mempunyai citarasa baik, masakan yang suatu masa dulunya dipanggil sebagai masakan diraja Thailand dengan mudah menjadi makanan kegemaran kita. Jadi mari cuba resepi tomyam yang mudah ini.\n\nResepi yang telah mendapat perkongsian ramai ini telah dikongsi oleh Nora Asikin Mahmed Remali di Facebook.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat beberapa juga resepi lain yang menarik dan semestinya untuk dicuba. Jangan lupa untuk menekan butang share dan berkongsi resepi ini bersama yang tersayang."
"Menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga 100 ekor lembu, itu kata-kata orang dulu-dulu. Walaupun susah untuk menjaganya, tetapi mudah untuk kita mendidik anak perempuan kita dari kecil.\n\nAdakah kita sebagai ibu bapa sudah cukup untuk mendidik anak perempuan kita? Mari kami kongsikan 5 cara didik anak perempuan sebelum usia remaja yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif\n\n5 cara mudah untuk mendidik anak perempuan sebelum usia remaja.\n\n1 \u2013 Latih mereka untuk MENGADU pada kita kerana banyak masalah sosial berlaku bila anak perempuan merasa kekok untuk mengadu pada ibupanya sendiri\n\n2 \u2013 Latih mereka untuk MALU bila berhadapan dengan orang asing dan ajnabinya kerana malu adalah benteng pertahanan terkuat seorang wanita\n\n3 \u2013 Latih mereka untuk MENGAWAL & MENGURUS EMOSI kerana masalah emosi adalah masalah terbesar seorang wanita\n\n4 \u2013 Latih mereka sifat EMPATI & MEMAHAMI kerana ianya sangat diperlukan ketika mereka berumahtangga nanti\n\n5 \u2013 Latih mereka untuk MERASAI KESUSAHAN kerana ianya cara terbaik untuk mengajar mereka resilien, iaitu kemampuan dan daya tahan diri untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran hidupnya nanti\n\n*Kita sebagai ibu bapa dinasihatkan untuk menjaga anak perempuan sebaik mungkin kerana di dalam islam mereka adalah pelindung dari api neraka untuk ibu bapa, jika dididik dengan baik. Maka, kita sebagai ibu bapa jangan mengambil mudah tentang cara dididik anak. Begitu juga, jangan letakkan harapan penuh kepada sekolah untuk mendidik anak-anak kita.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Apabila kita sebut ketuat akan ada beberapa reaksi yang akan kita lihat. Sebagai contohnya, ada yang tidak ambil kisah tentang ketuat, diabiarkan sahaja ketuat begitu, tetapi ada juga yang begitu risau sehinggakan pergi ke seluruh klinik yang ada untuk mendapatkan rawatan segera.\n\nAda ketuat yang perlukan nasihat doktor dan ada ketuat yang akan baik sendiri dalam satu tempoh. Jika ingin tahu ketuat yang kita ada itu berbahaya atau tidak, pergilah berjumpa doktor untuk lihat tahap bahaya ketuat tersebut.\n\nMari kami kongsikan info mengenai ketuat daripada Dr. Suhazeli Abdullah. \n\nInfo Ketuat Yang Mungkin Kita Tidak Sedar\n\nStatistik menunjukkan kanak-kanak dan umur belasan tahun adalah paling ramai di jangkiti ketuat. Ketuat boleh berjangkit antara satu sama lain kerana penyebab Ketuat adalah dari virus bernama Human Papiloma Virus (HPV).\n\nBudak remaja dan kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan dan selalu bersentuhan antara satu sama lain berpotensi ketuat merebak. Bagi orang dewasa hanya 3-5% sahaja dijangkiti. Orang dewasa lebih pandai menjaga kebersihan.\n\nDoktor yang melihat kes ketuat akan memberi keyakinan kepada pesakit bahawa ketuat itu akan ambil masa untuk sembuh dengan sendirinya. Kadangkala tidak perlu ubat pun dan tidak perlu dirisaukan sangat. Paling awal, ketuat akan hilang selama setahun. Manakala ada juga ambil masa 5 tahun untuk sembuh.\n\nTetapi ingat! Pastikan doktor yang mahir memeriksa dahulu ketuat anda. Jangan pula pandang ringan ketuat yang tumbuh di badan anda.\n\nPesakit yang diperiksa oleh doktor perlu dirujuk segera kepada pakar kulit atau sewaktu dengannya jika:\n\n1. Sangsi ketulan seperti ketuat itu bukan ketuat. Bentuk nampak agresif dan lain dari biasa.\n\n2. Ketuat terletak di muka atau kemaluan (genitalia).\u00a0\n\n3. Anda mungkin pernah dengar HPV, ketuat yang terletak di genitalia dari HPV spesies 6, 11, 16, 18, dan 35 adalah punca kanser. Ianya boleh menjangkiti wanita dan juga perempuan. Terdapat vaksin HPV untuk mencegah virus ini menjangkiti manusia.\n\n4. Terlalu banyak ketuat dan berangkai.\n\n5. Ketuat yang sakit, gatal, rasa panas pedih atau berdarah tanpa sebab.\n\n6. Ketuat bagi pesakit yang sistem imuniti badan rendah seperti pesakit HIV, Kencing Manis dan seumpamanya.\n\nJika anda dihinggapi ketuat, 5 nasihat berikut amat berguna :\n\n1. Jangan cucuk dengan jarum menjahit, korek, cuba potong atau garu dengan kuat.\n\n2. Tidak kongsi alatan awam selipar tandas awam, tuala kolam mandi awam dan kain lap muka. Jika nak guna, pastikan yang bersih.\n\n3. Jangan sesuka picit atau sentuh ketuat orang lain kecuali pakai sarung tangan getah.\n\n4. Ketuat senang berjangkit jika kulit anda basah atau lembab. Kulit kering boleh cegah ketuat merebak.\n\n5. Tanya dulu doktor sepatah dua jika ingin \u201cmembunuh\u201d ketuat anda samada nak bakar api, letak asid, letak getah betik, potong sendiri dengan pisau atau jerut dengan benang. Jika tidak kena cara, boleh berlaku jangkitan silang atau perdarahan.\n\n*Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Boleh baca artikel di sini."
"Semua wanita dikurniakan rahim sejak lahir lagi. Rahim ini tujuannya adalah untuk menghasilkan anak dan wanita dapat mengandung. Rahim ini amat penting untuk semua wanita kerana jika rahim rosak, mereka tidak akan dapat mengandung.\n\nJadi, sebagai wanita kita perlu menjaga rahim kita sebaik mungkin agar kekal subur dan mudah untuk mengandung. Apabila sudah mengandung, perhatian lebih perlu diberikan kepada si ibu.\n\nWanita hamil tidak digalakkan mengangkat barang berat kerana takut rahim jatuh. Jadi, perlu berhati-hati. Apakah tanda-tanda rahim jatuh?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 tanda rahim jatuh. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\n5) Kerap Kencing / kencing tidak lawas\n\n9) Bawah Sentiasa Basah, Berair dan Berbau \n\n*Si ibu yang sedang sarat mengandung, jika mengalami salah satu tanda-tanda seperti di atas, cepat pergi berjumpa dengan doktor pakar. Si suami juga perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada si isteri, jangan biarkan si isteri mengangkat benda yang berat-berat.\n\nSemoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Di Malaysia, biasanya kasut akan disusun di depan pintu masuk ke rumah memandangkan budaya orang kita ialah untuk membuka kasut sebelum masuk ke rumah. Oleh itu, di antara perkara pertama yang akan dilihat oleh para tetamu semasa datang ke rumah ialah susunan kasut para penghuni yang tinggal di rumah. Semakin ramai penghuni rumah, semakin banyak kasut yang bersusun di muka pintu.\n\nKebanyakan ibu-ibu memilih untuk menyusun kasut di atas rak berbanding membiarkan kasut disusun di atas lantai kerana kasut di atas rak akan kelihatan lebih kemas dan teratur. Namun ketahuilah bahawa harga rak kasut bukannya murah. Kalau anda teringin nak ada rak kasut tapi belum ada bajet untuk membeli yang baru, apa kata kalau anda buat sendiri rak kasut untuk kegunaan di rumah?\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara buat DIY rak kasut dengan kos yang murah dan cara yang mudah. Mak-mak boleh buat sendiri tanpa perlukan bantuan suami, asalkan cukup semua bahannya boleh terus buat. Nak tahu cara DIY rak kasut? Jom kami ceritakan.\n\nAnda kenal paip pvc? Papip pvc ialah paip air yang selalu digunakan dibawah sinki. Kalau anda tak kenal, minta saja suami tolong belikan atau pergi ke kedai hardware dan minta paip pvc. Rak kasut dengan menggunakan paip pvc ialah di antara DIY rak kasut yang paling mudah untuk anda lakukan. Bahan dan cara untuk menyediakannya adalah seperti berikut:\n\nSelain menggunakan paip pvc, anda juga boleh menjadi kreatif dengan membuat rak kasut DIY dari bakul. Bahan-bahan dan cara-caranya adalah seperti berikut:\n\nTahukah anda bahawa anda boleh membuat rak kasut sendiri dengan menggunakan botol \u00a0air plastic bersaiz 1.5 liter. Biasanya lepas minum anda akan terus membuang botol tadi ke dalam tong sampah bukan? Lepas ni sila simpan botol air selepas habis diminum. Untuk menyediakan rak kasut dari botol air, apa yang anda perlukan lakukan ialah:\n\n4. DIY rak kasut dengan tin milo\n\nAnda suka minum milo? Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan tin milo untuk dijadikan sebagai rak kasut DIY. Apa yang anda perlukan ialah:\n\n5. DIY rak kasut dari kotak terpakai\n\nIdea DIY rak kasut terakhir yang ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dari kotak terpakai. Anda boleh gunakan mana-mana kotak dengan mana-mana saiz asalkan kotaknya keras dan tidak mudah kemek. Malah anda juga boleh gunakan semula kotak yang anda dapat semasa membeli kasut baru. Apa yang anda perlu lakukan ialah menghias kotak tadi supaya kelihatan cantik. Di antara idea hiasan yang boleh anda lakukan ialah:\n\nSusun kotak yang telah dihias tadi di tepi dinding dan simpan kasut anda ke dalam kotak tersebut. Mudah sahaja, kosnya pun murah namun sangat membantu untuk membuatkan rumah anda kelihatan lebih kemas dan teratur.\n\nItulah dia perkongsian tentang DIY rak kasut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips tambah pendapatan dan tips dekorasi rumah"
"Jika stok ayam, daging dan ikan telah habis, memang kena buat telur lah agaknya. Sekalinya ingin buat telur dadar ala restaurant Thai. Ada apa dengan telur dadar Thailand itu ya?\n\nTelur dadar yang rangup dan garing, sedap, lazat, krup.. krap masa makan. Rupanya ada rahsia untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan sama macam resepi telur dadar biasa.\n\nSebahagian orang mesti ada yang rasa percaya tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini.\n\nResepi daripada Murni Rahmat\u200e ini telah mendapat ramai perkongsian di laman Facebook. Sekarang masanya anda pula cubakan resepi telur dadar ala Thai ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi telur dadar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Introvert. Alamak, adakah ini perkataan baru dalam dunia zaman sekarang? Oh tidak. Ianya adakah perkataan yang biasa digunkan dalam ilmu personaliti dan psikologi. Intovert dan Ektrovert adalah dua perkataan yang digunakan untuk mewakili dua golongan umum. Siapakah Si Introvert dan siapa pula Si Ektrovert?\n\nIntrovert adalah golongan yang hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai bola kawasan yang tersendiri. Secara umumnya mereka ini adalah golongan yang lebih gemar untuk mendiamkan diri. Mereka mendapat tenaga daripda diri sendiri. Cara mereka berehat adalah dengan membiarkan diri mereka hidup sendiri untuk seketika. Tips mudah untuk mengetahui seseorang itu introvert adalah melihat adakah mereka jenis pendiam atau tidak. Biasanya, Si Introvert ini adalah seorang yang pendiam.\n\nBerbeza dengan ektrovert. Mereka ini adalah golongan yang periang. Biasanya kita akan lihat merekalah yang paling kecoh atau bising dalam sesuatu kumpulan. Mereka gemar bersosial dengan masyarakt daripada membuat hal sendiri. Bagi mereka kehidupan adalah kosong jika tidak dapat berinteraksi dengan orang sekeliling. Dengan berkomunikasi dengan ruang sekeliling membuatkan mereka lebih bertenaga.Kebiasaannya mereka mempunyai ramai kawan berbanding Si Introvert.\n\nDisebabkan perbezaan personaliti ini, inilah yang membuatkan cara kita melihat seseorang itu berbeza. Bagi seorang yang intovert, mereka mungkin melihat golongan ektrovert sebagai seorang yang kecoh. Mereka merasa pelik, bagaimana ektorvert boleh hidupdengan begitu bertenaga apabila berinteraksi dengan orang ramai. Tidakkah ektovert ini berasa letih?\n\nBerbeza pula dengan ektrovert, mereka merasakan kehidupan introvert ini bosan. Jadi mereka cuba membuatkan diri introvert seperti mereka. Mereka cuba membuatkan diri intovert sebagai seorang yang suka ber\u2019sosial\u2019. Perkara yang kurang digemari oleh introvert. Walau bagaimanapun bukan bermakna si introvert ini tidak suka bersosial dan hidup dalam kumpulan.\n\nTips Berdepan Dan Berkomunikasi dengan Introvert\n\nDisini saya kongsikan bagaimana untuk berkomunikasi dengan intovert. Walaupun mereka mendapat tenaga dari dalam, ini tidak bermakna mereka seorang yang tidak suka bergaul. Antara tips yang dapat dibuat adalah.\n\n1. Menegur mereka secara baik dan mengalu-alukan kedatangan mereka.\n\n2. Tidak terlalu kelihatan mendesak untuk memaksa mereka bercakap.\n\n3. Membiarkan diri mereka seketika untuk memberikan mereka ruang bertenang.\n\n4. Sekali-sekala cuba tanya pendapat mereka ketika berkomunikasi\n\n5. Menerima mereka sebagai introvert. Yakni faham mereka sedikit kurang memberi respon berbanding orang lain.\n\nKongsi link di bawah untuk lebih memahami dalam bentuk gambar bagaimana berinterasksi dengan Introvert."
"Khuatir ahli-ahli keluarga lain dijangkiti penyakit yang sama? Apabila sudah berkeluarga, hendaklah lebih berhati-hati apabila jatuh sakit. Apatah lagi kalau ada budak kecil di dalam rumah, alahai kesiannya.\n\nJikalau yang dewasanya semua sakit, si suami sakit, si isteri sakit, si abang sakit, si kakak sakit, hujung-hujungnya nanti siapa yang akan jagakan si kecil. Tidak cukup kudrat dibuatnya. Contohnya apabila terkena selesema, tahu-tahulah ubatnya bikin mengantuk.\n\nSebenarnya, jangkitan sesama ahli-ahli keluarga boleh dielak jika perkara-perkara berikut dilakukan, di mana info pencegahan ini dikongsi dari Facebook peribadi Dr Ezairy M.Sallih.\n\n1. Kerap membasuh tangan. Ini bagi mengelakkan cecair titisan daripada batuk atau ketika kita bersin merebak kepada anak.\n\n2. Elak ke tempat ramai orang. Risiko jangkitan lebih rendah.\n\n3. Segera bawa periksa doktor jika simptom anak semakin teruk. Jangan tunggu sehingga anak lemah dan tidak aktif ketika di rumah.\n\n4. Nasihat mereka yang sedang alami masalah batuk dan selesema supaya tidak dekat dengan anak kecil seperti mencium, memeluk, mendukung dan seumpamanya.\n\n*Mahu kekalkan keluarga yang sihat dan harmoni? Ia hendaklah bermula dari tindak-tanduk yang dipraktikkan oleh ahli-ahli rumah itu sendiri. Jadi, share ya info ini!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Alamak! Tak berselera nak makan? Tak boleh makan makanan pejal? Bolehlah masakkan bubur nasi. Kebiasaannya, ramai yang berfikir akan bubur ini hanya ketika sakit. Padahal menu ini boleh jer makan bila-bila pun. \n\nTerdapat pelbagai jenis bubur nasi yang boleh di buat. Antaranya adalah bubur nasi bersantan, ayam, daging, ikan, seafood dan sayur-sayuran. Sedapnya makan panas-panas. Bubur ini bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan seluruh pelosok dunia. Yang berbezanya hanya resepi dan cara memasaknya.\n\nResepi dari Ellyin Tan ini sangat mudah difahami dan diikuti. Jom tengok resepinya. Silap-silap bila dah cuba buat, tetiba rasa bubur ini macam bubur McD pula. Lagilah seronok, tak payah beratur panjang kat McD. Hahaha.\n\n1. Masakkan bubur kosong sampai nasi separuh kembang.2. Masukkan isi ayam seketul, ayam yg dicincang, halia dan kiub ayam.3. Biarkan bubur sampai masak. Jika kurang air tambahkan lagi sedikit air. Keluarkan isi ayam. Ketepikan.4. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.5. Masukkan bubur dalam mangkuk, carik-carikan isi ayam. Hiaskan dgn bahan sampingan.\n\nSenang dan mudahkan? Sekiranya ingin menggantikan ayam dengan yang lain seperti daging, udang atau ikan pun tiada masalah. Tambahan sayuran seperti lobak merah pun boleh. Bolehlah pelbagaikan bubur nasi nya. Jadi walaupun hari-hari bubur nasi, tapi hari ini ayam, esok daging dan seterusnya. Tentu orang yang memakannya tidak bosan dan bertambah selera.\n\nJangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Bubur Nasi ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
"Jom lihat tips petua manfaat daun sirih.\n\nDaun sirih dianggap simbolik penting dalam upacara pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melayu. Sirih junjung yang dihias cantik dengan bunga-bungaan segar akan diletakkan pada kedudukan depan sekali berbanding hantaran yang lain.\n\nBegitu pentingnya sirih junjung dalam tradisi masyarakat Melayu. Namun, dalam artikel ni, penulis bukan nak mencungkil makna simbolik sirih junjung. Contoh ni diberikan untuk memberi gambaran bahawa pentingnya sirih dalam kehidupan kita.\n\nSirih atau nama saintifiknya ialah Piper betel Linn berasal dari keluarga Piperaceae. Biasanya selain digunakan dalam upacara adat, ia juga menjadi snek yang cukup terkenal dalam kalangan orang tua.\n\nKhasiatnya dalam bidang perubatan tak perlu dipertikaikan lagi. Di negara kita, masyarakat Melayu dan India banyak menggunakan sirih dalam pelbagai aspek kehidupan.\n\nDaun sirih sangat kaya dengan tannin, protein, karbohidrat, kalium, mineral, kalsium, zat besi, vitamin A, B dan C. Siapa sangka di dalam sehelai daun sirih mempunyai sebegini banyak khasiat.\n\nMenurut Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Penyelidikan Sebatian Semula Jadi dan Penemuan Dadah, Universiti Malaya, Nor Hisam Zamakshshari, daun sirih telah digunakan sejak zaman-berzaman seperti yang tertulis dalam Kitab Tibb.\n\nLazimnya, daun sirih hanya sinonim dengan kaum wanita. Itulah sebabnya banyak produk kesihatan dan kebersihan diri khas untuk wanita yang menggunakan sirih sebagai bahan utama.\n\nSebenarnya, sirih juga mempunyai banyak khasiat bagi kaum lelaki. Oleh itu, bagi menjelaskan perkara ni dengan lebih lanjut, kami akan senaraikan petua manfaat daun sirih bagi kaum wanita dan lelaki.\n\nAda sesetengah orang yang mempunyai bau badan yang kuat disebabkan masalah berat badan, hormon, pemakanan, penyakit, ketagihan rokok dan sebagainya. Daun sirih mampu mengatasi masalah ni.\n\nKandungan antioksidan betiephenol, eugenol dan chavicol mampu membunuh kuman dan mencegah bau kurang enak. Bau kurang enak di mulut, badan dan organ intim juga dapat diatasi.\n\nCaranya minum air rebusan daun sirih yang telah tua.\n\nDaun sirih mempunyai antioksidan dan bersifat antimikrob yang mempercepat penyembuhan luka. Jika ada kecederaan pada tangan misalnya, bersihkan luka tersebut. Letakkan daun sirih yang telah ditumbuk. Kemudian, balut luka dengan kain yang bersih.\n\nMenurut para penyelidik dari India, daun sirih kaya dengan eugenol yang memberi sifat antimikrob dan antikeradangan bagi proses penyembuhan luka yang lebih cepat.\n\nKandungan chavicol yang tinggi berfungsi sebagai zat antiradang untuk orang yang ada masalah pencernaan. Masalah pencernaan akan menyebabkan muntah, perut kembung, pedih dan loya .\n\nCara atasi masalah ini menurut petua tradisi ialah minum air rebusan daun sirih.\n\nLelaki yang mempunyai masalah di bahagian zakar akan membuat mereka berasa rendah diri. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkahwin.\n\nMasalah ereksi menyebabkan zakar tak mampu menegang atau mempertahankan ereksi ketika melakukan hubungan seks.\n\nMasalah ni boleh diubati dengan cara minum air rebusan daun sirih dengan kerap. Daun sirih dilaporkan mampu mengembangkan pembuluh darah di bahagian zakar.\n\nTahukah anda dengan mengamalkan air rebusan daun sirih, metabolisme badan dapat \u00a0ditingkatkan. Dengan cara ni berat badan akan mudah turun. Anda juga akan berasa cergas dan sihat.\n\nSelain itu, ada kajian yang melihat pengaruh kandungan bahan fenolik dalam bentuk allylpyrocatechol yang meningkatkan kepekaan pankreas bagi metabolisme karbohidrat yang lebih baik.\n\nSelain mengawal berat badan melalui kawalan kandungan karbohidrat, daun sirih ternyata mampu mengawal tahap gula dalam darah.\n\nJika anda mempunyai alergi atau digigit serangga, daun sirih ada jalan penyelesaian. Caranya ialah rendam beberapa helai daun sirih ke dalam air panas. Biarkan sehingga benar-benar sejuk. Kemudian, guna air tersebut untuk mandi.\n\nSebatian bioaktif dalam sirih mampu melawan serangan mikrob dan alahan yang disebabkan bisa serangga melalui kehadiran banyak kumpulan fenolik.\n\nKajian seawal tahun 1984 lagi dari Amerika Syarikat melaporkan sebatian seperti chavicol, chavibetol, allylpyrocatechol, chavibetol acetate dan allylpyrocatechol diacetate yang berkesan melawan serangan kulat dan nematoda (ulat/cacing).\n\nHasil kajian Institute of Chemical Biology (IICB), Institute of Haematology & Transfusion Medicine, Kolkata dan Piramel Life Sciences, Mumbai menyatakan bahawa daun sirih bagus untuk pesakit kanser.\n\nDengan mengunyah daun sirih mampu menjadi potensi untuk mencegah dan mengatasi kanser sumsum tulang dan leukemia.\n\nMasalah gusi berdarah disebabkan oleh jangkitan dan keradangan gingvitis yang boleh diatasi dengan komponen-komponen bioaktif yang bersifat anti radang.\n\nBagi mereka yang ada masalah ni, anda boleh merebus 10 helai daun sirih. Air rebusan boleh digunakan untuk kumur 3 kali sehari.\n\nDaun sirih mengandungi saponin, tanin dan hydroxychavicol yang mampu mengaktifkan sel-sel di kelenjar prostat.\n\nCaranya ialah rebus beberapa helai daun sirih yang masih muda bagi mengeluarkan ekstrak bioaktif dalam sirih. Minum bersama-sama air masak sebanyak 3 kali sehari.\n\nBagi pesakit darah tinggi, mereka perlu sentiasa mengawal tekanan darah daripada melepasi paras normal. Apa kata anda cuba petua ni. Campurkan air rebusan daun sirih dengan sedikit madu asli. Minum 2 kali sehari.\n\nKandungan minyak pati dan fenol di dalamnya mampu menstabilkan tekanan darah. Namun, jangan lupa untuk makan ubat yang diberikan oleh doktor dan sentiasa jaga pemakanan.\n\nBagi wanita yang mengalami masalah bengkak susu, pasti berasa terseksa dan tak selesa sepanjang masa. Bengkak susu berlaku apabila payudara mengeras dan membengkak tetapi susu hanya keluar sedikit atau tak keluar langsung.\n\nSelain mengurut dan menuam payudara yang bengkak, anda juga boleh mencuba petua menggunakan daun sirih.\n\nCaranya ialah bakar daun sirih hingga layu. Kemudian, tampalkan pada payudara yang bengkak ketika daun masih sedikit panas.\n\nBerbanding kaum lelaki, wanita paling mudah hadapi masalah jangkitan saluran kencing (UTI). Penyakit ni boleh berlaku apabila saluran kencing dijangkiti bakteria. Jika dibiarkan, air kencing menjadi tak lawas, sakit sekitar pinggang dan menjejaskan aktiviti harian.\n\nJangan risau. Anda boleh mencuba petua mudah ni.\n\nAmbil beberapa helai daun sirih dan kisar halus.. kemudian, tapis air sirih dan campurkan dengan segelas susu dan sesudu madu. Minum seminggu sekali.\n\nKajian membuktikan golongan lelaki lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding wanita. Selain menjaga pemakanan, menjalani gaya hidup sihat dan bebas stres, anda juga boleh mencuba petua tradisional ini.\n\nCaranya ialah kisar 3 helai daun sirih, 3 biji bawang merah dan secubit jintan. Kemudian, tuangkan air mendidih ke dalam bahan-bahan kisa tadi. Biarkan hingga suam. Minum airnya 2 kali sehari.\n\nDiharapkan 13 tips petua manfaat daun sirih yang dikongsikan tentang manfaat daun sirih bagi kaum lelaki dan wanita ni menambahkan ilmu tentang perubatan tradisional. Jelas terbukti daun sirih mempunyai banyak khasiatnya kepada kita.\n\nTak hairanlah masyarakat zaman dulu, menganggap sirih sebagai simbolik yang positif. Kajian demi kajian perlu terus dijalankan untuk membuktikan khasiatnya bagi kesihatan manusia.\n\nJemput juga baca artikel khasiat kacip fatimah dan khasiat arabic gum\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Jom kita hafal doa selepas azan.\n\nAzan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara\u2019 pula diertikan sebagai pemberitahuan tentang masuknya waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.\n\nLafaz azan yang kita baca sekarang ini diperoleh dari hadis.\n\nAbdullah bin Zaid berkata, \u201cKetika cara memanggil kaum muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku melihat ada seseorang sedang menenteng (membawa) sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. \n\nJika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepadaku saja. Orang tersebut malah bertanya,\u00a0Untuk apa?\u201d Aku menjawabnya, \u201cBahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum muslim untuk menunaikan solat.\u201d \n\nOrang itu berkata lagi, \u201cMahukah kau kuajari cara yang lebih baik?\u201d Dan aku menjawab \u201cYa!\u201d Lalu dia berkata lagi dan kali ini dengan suara yang amat lantang:\n\nAllahu Akbar Allahu Akbar (2 kali)\n\nKetika esoknya aku bangun, aku menemui Nabi Muhammad saw, dan menceritakan perihal mimpi itu kepadanya, kemudian Nabi Muhammad saw, berkata, \u201cItu mimpi yang sebetulnya nyata. \n\nBerdirilah disamping Bilal dan ajarilah dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang.\u201d Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal.\u201d \n\nRupanya, mimpi serupa dialami pula oleh Umar dan dia juga menceritakannya kepada Nabi Muhammad saw. (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)\n\n5 Amalan Sunat Dilakukan Ketika Azan\n\nLima amalan ini telah disebutkan oleh Ibnul Qayyim seperti berikut:\n\n#1 Mengucapkan seperti apa yang diucapkan oleh muadzin.\n\n#2 Berselawat pada Nabi\u00a0saw (Allahumma sholli \u2018ala Muhammad\u00a0atau\u00a0membaca selawat ibrahimiyyah seperti yang dibaca sewaktu tahiyat akhir solat.\n\n#3 Memohon pada Allah untuk Rasulullah\u00a0saw wasilah dan keutamaan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis: Daripada Jabir bin \u2018Abdillah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: \u201cSesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan:\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u062f\u0651\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0627\u0645\u0651\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u0627\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0627\u0626\u0650\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0622\u062a\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u0651\u064e\u062f\u064b\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0633\u0650\u064a\u0644\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0636\u0650\u064a\u0644\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0627\u0628\u0652\u0639\u064e\u062b\u0652\u0647\u064f \u0645\u064e\u0642\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0645\u064e\u062d\u0652\u0645\u064f\u0648\u062f\u064b\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a \u0648\u064e\u0639\u064e\u062f\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f\n\n(Maksudnya) Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan. Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.\u201d (HR Bukhari)\n\n#4 Membaca zikir selepas muazzin seleasi azan.\n\nDaripada Sa\u2019ad bin Abi Waqqas ra, daripada Rasulullah saw, baginda bersabda: \u201cSesiapa yang menyebutkan bacaan tersebut apabila dia mendengar muazzin melaungkan azan:\n\n\u0623\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u0651\u064e\u062f\u064b\u0627 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f\u0647\u064f \u0648\u064e\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f\u0647\u064f \u0631\u064e\u0636\u0650\u064a\u062a\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0628\u0650\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u0651\u064e\u062f\u064d \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0627\u064b \u0648\u064e\u0628\u0650\u0627\u0644\u0625\u0650\u0633\u0652\u0644\u0627\u064e\u0645\u0650 \u062f\u0650\u064a\u0646\u064b\u0627\n\n(Maksudnya) Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah. Dia Maha Esa dan tiada sekutu untukNya, dan Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Aku redha Allah sebagai tuhan, dan Muhammad sebagai utusan dan Islam sebagai agama. Maka diampuni dosanya.\u201d (HR Muslim)\n\n#5 Memanjatkan doa sesuai yang diinginkan. Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda:\n\n\u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u064f \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0631\u064e\u062f\u0651\u064f \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0630\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0642\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650\n\nMaksudnya, \u201cDoa yang tidak ditolak ialah doa antara azan dan iqamah.\u201d (HR at-Tirmizi)\n\nAmalan-amalan ini bersesuaian dengan hadis Nabi saw.\n\nDari Abdullah bin Amr, Rasulullah saw bersabda:\u00a0\u201cApabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. \n\nDan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang\u00a0di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.\u201d\u00a0(Riwayat Muslim)\n\nHukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan. Dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.\n\nDari Abu Sa\u2019id al-Khudri bahawa Rasulullah saw bersabda:\n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0645\u0650\u0639\u0652\u062a\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0646\u0651\u0650\u062f\u064e\u0627\u0621\u064e\u060c \u0641\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064e \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0645\u064f\u0624\u064e\u0630\u0651\u0650\u0646\u064f\n\nMaksudnya: \u201cApabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muazzin\u201d.\n\nBercakap ketika azan dibolehkan dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Namun begitu, jika percakapan kitab oleh mengganggu orang lain sehingga orang lain tidak dapat focus untuk menjawab azan yang dilaungkan oleh muazzin, maka lebih elok jika kita hentikan percakapan.\n\nIni kerana, perbuatan menjawab azan itu adalah lebih utama kerana ianya adalah amalan sunnah.\n\nDi dalam al-Muwatha\u2019, Imam Malik telah meriwayatkan sebuah athar daripada Tha\u2019labah, beliau berkata:\n\n\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0632\u064e\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064e \u0628\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0637\u0651\u064e\u0627\u0628\u0650 \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u064f\u0648\u0646\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064f\u0645\u064f\u0639\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u064a\u064e\u062e\u0652\u0631\u064f\u062c\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064f \u0641\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062e\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u062c\u064e\u0644\u064e\u0633\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u0650\u0646\u0652\u0628\u064e\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0630\u0651\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u064e\u0630\u0651\u0650\u0646\u064f\u0648\u0646\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u062b\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0628\u064e\u0629\u064f \u062c\u064e\u0644\u064e\u0633\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0646\u064e\u062a\u064e\u062d\u064e\u062f\u0651\u064e\u062b\u064f \u0641\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0643\u064e\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u064e\u0630\u0651\u0650\u0646\u064f\u0648\u0646\u064e \u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0645\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064f \u064a\u064e\u062e\u0652\u0637\u064f\u0628\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652\u0635\u064e\u062a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u062a\u064e\u0643\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0628\u0652\u0646\u064f \u0634\u0650\u0647\u064e\u0627\u0628\u064d \u0641\u064e\u062e\u064f\u0631\u064f\u0648\u062c\u064f \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u0650 \u064a\u064e\u0642\u0652\u0637\u064e\u0639\u064f \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064e \u0648\u064e\u0643\u064e\u0644\u064e\u0627\u0645\u064f\u0647\u064f \u064a\u064e\u0642\u0652\u0637\u064e\u0639\u064f \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0644\u064e\u0627\u0645\u064e\n\nMaksudnya,\u00a0\u201cMereka menunaikan solat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga Umar keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin. \n\nTelah berkata Tha\u2019labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan solat dan khutbah imam menghentikan percakapan.\u201d\n\nBerdasarkan athar di atas, jelas menunjukkan bahawa para sahabat ra bercakap ketika azan sedang dilaungkan. Walaupun kita dibenarkan untuk bercakap ketika azan, tetapi adalah lebih baik meninggalkannya melainkan apa yang diucapkan itu merupakan hal atau perkara yang penting.\n\nDan dalam masa yang sama ia tidak mengganggu orang lain itu menjawab apa yang dilaungkan oleh muazzin. Ini kerana menjawab azan adalah sunnah yang dituntut di dalam agama.\n\nSetiap hari kita mendengar 5 kali azan berkumandang. Sebanyak itu jugalah kita berpeluang untuk mengamalkan sunnah untuk menjawab azan dan membaca doa selepas azan. Mudah-mudahan amalan kita ini diterima oleh Allah swt. Amin.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Doa Selepas Azan Dan Amalan Ketika Azan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Jika kita sering membaca atau menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak, pasti kita sering mendengar akan perkataan motor halus. \n\nApa itu kemahiran motor halus? Menurut Pn Siti \u2018Aisyah Rozalli, seorang terapis carakerja, kemahiran motor halus adalah kefungsian pergerakan yang melibatkan bahagian jari dan pergelangan tangan.\n\nKemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen di bawah iaitu:\n\nKemahiran motor halus ini bukan sahaja untuk membantu anak belajar memegang dan menyentuh sesuatu objek malah kemahiran ini sangat penting dalam persediaan mereka untuk menulis kelak. \n\nTapi, mesti ibu bapa tertanya-tanya bagaimana untuk merangsang kemahiran ini? Nah! saya kongsikan 10 aktiviti menarik untuk anak-anak anda.\n\nAktiviti ini akan membolehkan anak menggunakan jari jemarinya untuk mengutip setiap bola pom pom tersebut dan memasukkannya\nke dalam lubang tissue roll yang terlekat di dinding. Anak pasti teruja apabila melihat bola pom pom yang keluar dan terjatuh ke bawah ?\n\nJahitkan beberapa zip pada kain felt yang besar. Ajarkan anak untuk membuka dan menutup zip-zip yang ada. Kemahiran ini juga dikenali sebagai pincer grasp iaitu\u00a0kemahiran menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dalam masa yang sama. Aktiviti ini juga menguji kekuatan jari apabila membuka dan menutup setiap zip tersebut.\n\nAmbil sahaja tapis-tapis yang ada di dapur anda, kemudian ajarkan anak untuk memasukkan dan mengeluarkan reben daripada lubang tapis tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja merangsang kemahiran motor halus anak tetapi menguji kesabaran anak. Bukan senang ye aktiviti ini bagi anak kecil, memang sangat menguji kesabaran mereka ?\n\nAktiviti ini paling mudah dan seronok bagi si kecil. Mereka akan leka memasukkan setiap batang aiskrim tersebut dalam bekas yang disediakan. Anak juga secara tidak langsung boleh belajar mengira sambil memasukkan batang aiskrim satu demi satu.\n\nAjarkan anak untuk memasukkan satu demi satu getah yang berwarna-warni pada setiap batang aiskrim yang ada pada polistren tersebut. Aktiviti ini juga boleh memperkenalkan anak akan kemahiran pengelasan iaitu memasukkan getah pada batang aiskrim yang mempunyai warna yang sama.\n\nDisamping dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak, aktiviti ini juga adalah satu kemahiran hidup yang sangat penting dalam kehidupan seharian mereka. Pernah tengok bertapa sukarnya anak kecil untuk belajar membutangkan baju? Ya, adalah normal bagi anak kecil mengalami kesukaran untuk membutangkan baju pada awalnya. Namun, apabila selalu dilatih, proses ini akan menjadi mudah!\n\nAktiviti ini akan membantu anak untuk menggunakan jari bagi menarik dan menekan picagari tersebut. Daya kekuatan jari amat memainkan peranan untuk membolehkan air itu keluar dan masuk dari dalam picagari.\n\nSediakan beberapa botol terpakai yang berlainan saiz. Ajarkan anak untuk membuka dan menutup botol- botol tersebut dengan menggunakan daya kekuatan jari mereka. \n\nAnak akan belajar berapa banyak daya yang diperlukan untuk berjaya membuka setiap botol tersebut. Jika daya yang dikenakan tidak kuat, maka botol tersebut pasti sukar untuk dibuka oleh mereka.\n\nAktiviti ini membolehkan anak untuk memasukkan fur stick ke dalam lubang-lubang tapis yang disediakan. \n\nAdalah lebih baik pada permulaannya ibu ayah menyediakan tapis yang mempunyai lubang yang lebih besar sebelum beralih ke lubang yang lebih kecil. Ini adalah untuk mengelakkan anak anda mengalami tekanan dan bosan diawal permainan ?\n\nTanah liat adalah salah satu permainan sensori yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Mereka akan menggunakan jari dan pergelangan tangan mereka untuk menekan, membentuk dan menggenggam tanah liat tersebut. \n\nNamun, terdapat kanak- kanak yang geli untuk memegang tanah liat. Mereka perlulah diberi pendedahan dengan permainan sensori yang pelbagai seperti pasir, buih, tepung dan lain-lain bagi merangsang sensori mereka dengan baik."
"Yogurt merupakan makanan yang terhasil daripada penapaian susu oleh bakteri. Umumnya susu yang diolah ialah susu lembu.Yogurt memiliki banyak kebaikan untuk bayi, kanak-kanak mahupun warga emas.\n\nYogurt rasanya agak masam, namun yogurt komersil ada yang berperisa buah sehingganya selain orang dewasa, kanak-kanak juga mesti suka makan yogurt.\n\nUntuk lebih menarik, aiskrim yogurt mulai dibuat untuk memenuhi keinginan orang ramai makan yogurt. Aiskrim berperisa yogurt ini mestinya akan jadi favorit ramai.\n\nSiti Aisyah di laman Facebook berkongsikan resepi aiskrim yogurt yang sedap, segar dan mudah. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi aiskrim yogurt, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Biasa selalu kalau anak sudah bangun, mereka akan mula menangis dan merengek-rengek. Ibu bapa yang sudah biasa akan terus memujuk anak yang menangis dengan memeluk mereka dan mengucapkan kata-kata sayang. Cara ini adalah cara yang paling mudah dan biasa dilakukan oleh ibu bapa.\n\nPada mulanya ia agak menjengkelkan bagi ibu bapa kerana anak selalu menangis sejurus selepas bangun tidur. Tetapi bukan semua anak-anak akan mula menangis selepas bangun tidur, ada juga yang tidak menangis selepas bangun tidur. Setiap anak ada ragamnya, bukan.\n\nApakah punca anak mudah menangis selepas bangun tidur?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 punca anak menangis sejurus selepas bangun tidur. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Punca anak menangis sejurus selepas bangun tidur\n\nTilam tak sesuai, pampers terlampau penuh, panas dan berpeluh pun boleh buatkan anak kita menangis masa dia bangun. Rasa tak selesa tu yang buatkan anak kita nak melalak je bila bangun.\n\nBila anak dah tidur 8-10 jam tanpa makan minum ni memang buatkan perut anak bagi signal untuk diisi lah. Tu yang bangun bangun je terus melalak mintak susu tu. Pedih perut la katakan.\n\nBila bangun bangun je mak ayah dah tak ada depan mata memang boleh trigger rasa cemas anak. Ni normal je. Lebih kurang Separation Anxiety juga macam anak jadi cemas bila kita hantar dia ke rumah pengasuh atau dia tak nampak kita bila kita ke tandas atau ke dapur.\n\nCuma Anxiety Awakening ni adalah anak rasa cemas bila bangun tidur sebab kita tak ada depan mata dia. Tu yang dia melalak cari kita tu.\n\nBila anak bangun bangun je dia rasa groggy, rasa mengantuk sangat sangat dan rasa nak melalak, tu mungkin anak kita tengah kena Sleep Inertia.\n\nSleep Inertia ni terjadi sebab :\n\n\ud83d\udca4\u00a0Kita bangunkan dia masa dia tengah dalam fasa Rapid Eye Movement Sleep (REM sleep). Bahasa mudahnya adalah kita bangunkan dia masa dia tengah nyenyak sangat tidur\n\n\ud83d\udca4\u00a0Masa kita kejut tu level hormon Melatonin yang menyebabkan anak kita mengantuk tu masih banyak lagi. Tu yang anak kita melalak sebab dia masih mengantuk sangat lagi\n\nBiasanya akan ambil masa 30 minit \u2013 1 jam juga untuk anak kita betul betul recover daripada Sleep Inertia tu. Fuh!\n\n#5 \u2013 Lack of Quality Sleep\n\nBila kualiti tidur anak tak cukup, emosi anak akan mudah terganggu. Tu yang dia jadi irritable sikit. Contohnya jadi mudah nangis tanpa sebab setiap hari ataupun jadi mudah mengamuk tanpa sebab setiap hari.\n\nSebab tu lah sebelum tidur tu :\n\n\ud83d\udca4\u00a0JANGAN main gadget atau tengok TV beberapa jam sebelum waktu tidur. Takutnya bila kita tutup lampu pun mata anak masih terkebil kebil tak boleh tidur sebab \u2018blue light\u2019 daripada gadget tu boleh buatkan anak susah tidur\n\n\ud83d\udca4 Jangan bagi anak terlalu penat sangat sebelum tidur. Berpada pada lah kalau nak bagi anak bermain sebelum tidur sebab bila anak terlalu penat pun tidurnya boleh terganggu sebab badan dan otak dah jadi Overtired.\n\n*Selepas ini, jika anak menangis selepas bangun tidur, janganlah kita marah-marahkan mereka atau biarkan mereka menangis. Pujuk mereka dengan memeluk dan ucapkan kata-kata sayang kepada mereka. Mereka hanya memerlukan kasih sayang ibu bapa mereka selepas bangun tidur. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Saya percaya di luar sana, memang banyak konsert-konsert diadakan, samada artis luar negara mahupun dalam negara sendiri. Yang menyedihkan, walau anak itu nampak baik, bertudung litup, berbaju labuh, tapi kaki mereka tetap melangkah ke program seperti itu.\n\nMungkin keterujaan dan minat terhadap artis-artis itu menyebabkan mereka terlupa yang Tuhan tidak menyukai perkara lagha, penuh maksiat, tidak mengingatkan kita kepadaNya.\n\nTidak menjadikan kita manusia lebih baik. Lupa apa maksud tudung yang tersarung di kepalanya. Tapi itulah realiti sekarang. Seperti sudah tidak jauh beza, solat atau tidak. Bertudung atau tidak.\n\nYa saya memang risau. Kalau anak saya bertudung, itu bukan lagi tiket untuk meyakinkan saya bagaimana dia menjaga diri di luar sana. Walaupun anak-anak saya masih kecil, belum pun masuk sekolah rendah, saya fikir ia perlu dibendung dari awal.\n\nMemang lumrah manusia untuk suka menyertai sesuatu. Program, acara, karnival, aktiviti. Dan apa yang anak sertai, kebiasaannya bergantung kepada minat anak itu sendiri. Kalau minatnya artis Korea, maka dia akan membeli tiket konsert kPop. Jika minatnya sukan bola sepak, dia akan teruja untuk menyokong pasukan pilihannya. Lengkap dengan baju pasukan.\n\nSaya cadangkan, jom kita tengok semula, apakah minat anak kita?\n\nMinat itu memang kecenderungan manusia. Berdasarkan apa yang mereka biasa lakukan, apa yang didedahkan kepada mereka.\n\nJadi, sebelum anak kita minat artis kPop, bahkan artis tempatan sekalipun, lebih baik kita yang tanamkan minat mereka untuk menyertai program kepimpinan, ceramah agama, seminar-seminar yang memberikan ilmu pengetahuan, seminar kesedaran berkenaan sesuatu topik, kem motivasi, program kemanusiaan, program gotong-royong, program rekreasi yang menyihatkan badan.\n\nJangan kita hanya fokus pada mengulangkali pelajaran anak pada waktu malam, atau berfikir yang anak-anak sudah penat dan esok kena bangun awal untuk ke sekolah, atau hujung minggu ialah waktu berehat.\n\nPercayalah, anak akan lebih bijak, terdidik, matang dan hebat bila terdedah dengan lebih banyak kebaikan dan pengalaman dari program-program yang bermanfaat. Keberkatan dari program itu sendiri akan menyisi jiwa anak-anak kita.\n\nKalau kita pergi ke program seumpama ini, bawa mereka sekali. Walaupun mereka masih kecil dan hanya tahu berkejaran ke sana ke sini dengan kawan baru.\n\nKalau kita menghadiri kelas bacaan Quran, bawa satu keluarga. Biar anak-anak tahu, Quran itu penting dan seronok baca beramai-ramai.\n\nBawa mereka ke masjid untuk solat berjemaah, untuk dengar ceramah sehingga ia menjadi habit keluarga. Bawa mereka ke program selawat, mengunjungi rumah anak-anak yatim, menyertai program gotong-royong dan membantu orang susah.\n\nInsyaAllah, nanti minatnya akan terbentuk pada pengisian rohani dan juga membantu orang lain. Mereka akan membeli tiket untuk ke seminar yang mendekatkan diri kepada Tuhan dan bukan tiket konsert-konsert lagha."
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi kacang pool yang popular di Johor dan Singapura. Asalnya makanan ini dibawa masuk orang-orang Arab. Menu ini dimasak dengan daging cincang dan juga kacang pool atau dipanggil \u2018foul medammas. Boleh guna yang jenis dalam tin jenama Kimball ada jual kat Giant, Tesco atau pun kedai-kedai arab.\n\nSelain kacang pool, boleh juga masukkan kacang-kacang lain. Antaranya ialah baked beans, red beans atau pun chick peas. Terdapat bermacam-macam resepi kacang pool. Guna kacang pool sahaja pun boleh.\n\nApa-apa resepi pun kita boleh olah ikut kesuaian tekak kita. Perkongsian oleh Marina Ismail\u200e\u200e di laman Facebook ini letak red beans sebenarnya, jadi ia menggunakan 2 jenis kacang saja.\n\nKacang pool ini biasanya kita hidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau (kak M tambah cili merah bagi cantik).\n\nMasak kacang pool pun mudah saja tidak perlu bahan yang banyak sangat. Cicah kacang pool dengan roti. Sapu roti dengan butter dan panaskan dulu dalam kuali sebelum makan dengan kacang pool. Mari tengok resepi yang digunakan oleh kak M. selamat mencuba.\n\nResepi Kacang Pool Sedap Dan Mudah\n\nSelain resepi kacang pool, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jika hujan mula turun, mulalah ibu bapa memanggil anak-anak masuk ke dalam rumah kerana takut sakit demam. Selepas itu, ibu bapa menyuruh anak-anak terus pergi mandi dan bersihkan badan dari air hujan tadi untuk mengelakkan daripada demam.\n\nTetapi tahukah anda sebagai ibu bapa, ada kebaikannya membiarkan anak bermain hujan? Ini kedengaran agak pelik tetapi ia adalah benar. Mengapa dan apakah manfaat membiarkan anak bermain ketika hujan?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai manfaat membiarkan anak bermain ketika hujan. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul \u201c3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna\u201d, \u201cWhy So Serious Parents?\u201d dan \u201cParents, Welcome To My World\u201d sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. \n\nSebelum membiarkan anak-anak bermain ketika hujan, ibu bapa perlu lihat dahulu keadaan hujan tersebut. Pastikan hujan tersebut bukan hujan kilat, guruh dan angin yang kuat. Selepas sudah pastikan tiada jenis-jenis hujan tersebut baru boleh membiarkan anak bermain ketika hujan.\n\n 1. Hujan adalah salah satu \u201cplatform\u201d untuk anak form a deeper connection with nature.\u00a0\n\n2. Hujan let the kids learn and play through their senses. Anak dapat LIHAT dan DENGAR bunyi hujan yang jatuh di atas permukaan yang berbeza (atas atap, atas tanah, atas daun, dan pelbagai lagi), dapat RASA air hujan pada lidah, dapat SENTUH hujan di seluruh badan, dapat HIDU bau alam yang sedang basah.\n\n3. Hujan stimulates motor skills anak-anak. Sebagai contoh, they move, they dance, they learn to balance their body on slippery surface.\u00a0\n\n4. Hujan sangat membantu dalam character development anak. It encourages children to be adventurous, independent and more able to asses risks. Kalau ada isu anak low self esteem, let them have fun in the rain!\n\n5. Hujan adalah peluang untuk ibu bapa fahamkan anak tentang BUKTI kewujudan dan kekuasaan Allah. Tanya anak, dari mana agaknya hujan ni datang? Siapa agaknya yang kawal hujan? Bagaimana hujan boleh jadi rezeki dan rahmat kepada alam.\u00a0\n\n6. Hujan meletakkan alam di dalam alpha state iaitu tenang dan mendamaikan. Alpha state adalah salah satu waktu mustajab untuk menadah tangan dan berdoa. \n\n*Dalam kita sibuk marah anak-anak kita bermain ketika hujan, ada kebaikannya. Apa kata ibu bapa bermain sekali bersama mereka, selain dapat mengajar mereka tentang alam semula jadi, kita boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Tetapi pastikan hujan yang turun tidak merbahaya, hanya hujan yang ringan-ringan sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ramai peminat mee di sini? Artikel kali ini adalah tentang koleksi resepi mee yang enak untuk dicuba.\n\nUntuk sebahagian orang, menu makanan mee boleh menjadi pilihan ketika tiada selera untuk makan nasi. Kadang-kala, nafsu makan boleh bertambah jika makan mee.\n\n11 resepi mee dibawah ini patut anda cuba. Menjamu selera dengan resepi mee ala kedai yang sedap. Hidangan ini boleh dijadikan hidangan untuk kendara-kenduri dan pelbagai majlis lain. Mee sedap makan panas-panas, berpeluh satu badan meleleh air hidung.\n\nTanpa buang masa, jom tengok dan simpan resepi ini. Masak mee untuk satu keluarga dengan resepi yang viral dan famous. Selamat menjamu selera.\n\nRupanya ramai yang nak resepi ini. Tapi resepi ini main agak-agak sahaja maklum la resepi orang dulu-dulu. Kalau nak manis bubuh lebih gula, dan kalau nak masin bubuh lebih garam ikut citarasa masing-masing. Resepi yang dikongsikan oleh \u200eZai Nasir di laman Facebook ini memikat hati pecinta mee khususnya. Jom tengok resepinya.\n\nResepi mee kesukaan keluarga. Resepi ini boleh jadi referensi untuk anda yang ingin makan mee berkuah. Nikmatnya makan mee dan menghisap tulang-tulang dengan kuah yang sedap. Resepi daripada AizaSuzila ShahrulNizam\u200e di laman Facebook ini mampu mencecah beribu perkongsian.\n\nResepi ini kena pakai sotong kering, kalau tak ada tak kick lah kuah sup ini. Bone broth bagus untuk kesihatan kita. Rebus tulang dan daging lembu agak lama untuk mendapatkan bone broth. Sup ini sangatlah sedap jika makan panas-panas. Sila tengok resepi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali\u200e di Facebook. Sekali cuba mesti nak lagi\n\nNota :\nMasa nak makan boleh taruh kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. Bahan tambahan ini lah penyedap mee sup.\n\nResepi Mee Kicap @ Mee Wantan\n\nResepi mee kicap yang marbeles daripada\u00a0Puan Jue ini patut anda cuba. Resepi mee [email\u00a0protected] wantan yang sangat membangitkan selera. Jom cuba resepinya.\u200e\u00a0\n\nMee kari berhantu, sekali makan mesti nak lagi. Mee kari sedap berlemak, sedap dimakan petang-petang. Hidangan untuk kendara-kenduri sangat sesuai. Resepi mee kari yang amat sedap daripada Miya Aira di laman Facebook. Sila cuba resepinya.\n\nStep pertama rebus kepala udang dan kulit udang. Blend hingga halus menggunakna air rebusan tadi. Selepas hancur, jangan lupa tapiskan bhan kisar stock udang tai.\n\nNur Ramizah\u00a0di laman Facebook berkongsi resepi masak mee/bihun sup siam yang menjadi dan yang penting sedap. Resepi ini untuk keluarga 5-6 orang makan.\n\nMee hailam versi\u00a0Khairul Irwan yang dikongsikan di Facebook ini patut anda cuba. Rasanya sama macam restaurant punya.\n\nSiapa yang mahu cuba mee udang mabeles? Resepi sedap daripada\u00a0Siti Aisyah di laman Facebook. Resepi mudah dan enak patut cuba.\n\nSiapa suka makan mee sizzling? Kalau makan di luar mesti tidak puas sebab ayam sedikit, cendawan sedikit bahkan sayur sedikit. Masak sendiri barulah puas makan. Resepi daripada\u00a0Anna Rozza\u200e\u00a0di Facebook.\n\nResepi yang selalu dipakai untuk berniaga mee rebus. Resepi dikongsikan oleh\u00a0Roziana Jalani di laman Facebook. Serius sedap.\n\nSelepas tahu resepi ini mesti anda mahu masak mee celup hari-hari. Kadang susah jumpa kedai mee celup kan. Baik masak mee celup homemade saja di rumah. Resepi daripada\u00a0Mar Immar\u00a0di laman Facebook. Puas hati makan, boleh letak lauk banyak.\n\nResepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi mee, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Media sosial kini tidak asing lagi dari masyarakat kita. Hampir 90% rakyat Malaysia mempunyai media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp mahupun Telegram dan banyak lagi jenis media sosial. Paling tidakpun sekarang paling-paling memerlukan adalah Whatsapp untuk berkomunikasi dengan orang lain mengenai kerja dan hal-hal tertentu.\n\nMedia sosial ini diwujudkan bertujuan untuk membantu individu berkomunikasi dari seluruh pelusuk dunia dan menyampaikan maklumat mengenai negara luar ataupun negara sendiri. Namun, ia disalah gunakan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab. Media sosial kini digunakan untuk menyampaikan maklumat palsu, berita fitnah dan sebagainya.\n\nPerlakuan ini dikatakan satu penyakit iaitu dinamakan Online Disinhibition. Apakah itu Online Disinhibition?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai penyakit Online Disinhibition. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.\n\nDisinhibition bermaksud nyahsekatan, atau kehilangan sekatan. Dalam konteks topik yang dibicarakan, ia membawa erti hilang kawalan diri daripada menjaga sahsiah berlandaskan ciri-ciri sosio-budaya dan agama yang diterima masyarakat setempat(Malaysia).\n\nDisinhibition syndrome ini boleh berlaku atas banyak sebab, antaranya: kecederaan otak, dementia, serta komunikasi alam maya(online). Di sini saya nak fokus kepada faktor \u201conline\u201d, kerana kita semua terdedah kepda faktor ini.\n\nBagaimana \u201conline\u201d boleh menyumbang kepada pembentukan masalah sosial ini?\n\n6 perkara tentang interaksi atas talian yang menyumbang \u201conline disinhibition\u201d\n\nDi atas talian, seseorang boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa dikenali. Bila kita rasa tak dikenali, kita rasa tak perlu bertanggungjawab atas perilaku kita, dan ia mendorong kita untuk melakukan sesuatu yang tidak akan kita lakukan di alam nyata. Antaranya adalah memberi komen lucah, memaki hamun, menyakat atau bergurau tanpa batasan.\n\n2. Invisilibity (tak nampak depan mata)\n\nBila kita menulis, kita tak nampak audiens. Dalam situasi interaksi alam nyata, ketika kita sedang bercakap, audiens memberi reaksi. Bila kata-kata kita dapat respon emosi negatif, kita akan cuba tukar ayat yang lebih berlapik, atau berhenti daripada teruskan bercakap tentang perkara itu. Ini tak berlaku bila dalam komunikasi atas talian yang tiada video.\n\nKomunikasi di media sosial tak semesti berlaku secara langsung, kadang-kadang tertunda. Contohnya, kita mungkin tulis status atau komen yang prokatif di Facebook kerana emosi tak terkawal, kemudian kita log off, atau buat tak endah (tak baca) komen orang pada status kita tadi. Ini membolehkan kita lepaskan tanggungjawab terhadap kelakuan kita.\n\nDi media sosial, biasanya komunikasi dalam bentuk teks. Bila kita baca komen, kita baca di dalam hati. Kemudian ketika menaip komen, kita berfikir guna suara hati juga. Kita akan rasa seperti kita bermonolog dalaman. Bila kita bermonolog dalaman, kita cenderung untuk tak tapis apa yang kita nak cakap. Itu yang menyebabkan mudah terlanjur kata.\n\n5. Dissociative Imagination (permainan atau gurau)\n\nAda orang tidak lihat alam maya setara dengan dunia nyata. Bagi mereka, alam maya ni tidak mempunyai batasan sahsiah, undang-undang dan peraturan. Mereka tak anggap netizen yang berada di media sosial ini sebagai manusia yang punya hati dan perasaan. Oleh itu berlakulah hasut maya yang tak terbatas, makian melampau, dan kelakuan lain yang tak sepatutnya.\n\n6. Minimization of Status dan Autority (perkecil status dan autoriti)\n\nDi media sosial, kita tak nampak autoriti dan status seseorang. Ini kerana autoriti biasanya dipamerkan melalui usia, pakaian seragam, bahasa tubuh, perwatakan dan sebagainya. Bila tak tahu, maka kita mudah maki hamun sesuka hati kerana kita cenderung untuk memandang rendah orang lain. Kita rasa lebih pandai, berpengalaman, dan berani daripada mereka.\n\n*Berikut adalah keterangan mengenai penyakit Online Disinhibition. Disinhibition syndrome adalah sangat tidak sihat dan jika anda ada ciri-ciri tersebut, cepat-cepatlah ubah demi kebaikan sendiri dan orang sekeliling. Gunakan lah media sosial ini untuk kebaikan dan bukannya keburukkan.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pokok kelulut ialah sejenis tumbuhan yang meliar di kawasan terbiar. Ketika zaman kanak-kanak penulis dulu, buahnya digunakan untuk main masak-masak. Jika anda berjalan di tepi pokok kelulut, habis kain atau seluar terlekat buahnya yang mempunyai bulu-bulu halus.\n\nPokok kelulut atau nama saintifiknya urena lobata mempunyai banyak keistimewaan dari aspek perubatan herba dan tradisional. Siapa sangka tumbuhan tropika yang hidup di tepi-tepi jalan, hutan dan belukar mempunyai banyak manfaat kepada manusia dan haiwan.\n\nKhasiatnya diakui oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed. Menurutnya, ramai pengamal perubatan tradisional yang menggunakan pokok kelulut untuk merawat beberapa jenis penyakit.\n\nKhasiat dan Petua Menggunakan Pokok Kelulut\n\nDalam artikel ni, akan dikongsikan khasiat pokok kelulut. Selain itu, beberapa petua yang boleh diamalkan juga akan diberikan.\n\nJika anak-anak terjatuh ketika bermain, anda boleh menggunakan daun pokok kelulut untuk hentikan pendarahan dan merawat luka. Caranya ialah bersihkan luka tersebut dengan air yang bersih. Kemudian, lap kawasan luka dengan sehelai kain.\n\nAmbil beberapa helai daun kelulut yang telah dicuci. Kemudian, tumbuk daun tersebut sehingga lumat. Lekatkan daun tadi pada bahagian yang luka tu.\n\nApabila terkena sakit gigi, memang tak senang duduk dibuatnya. Bahagian yang sakit itu akan terasa berdenyut-denyut. Anda boleh mencuba petua tradisional jika belum berkesempatan untuk berjumpa dengan doktor.\n\nCaranya ialah ambil bahagian akar pokok kelulut saja. Cuci akar tersebut bersih-bersih daripada kesan tanah. Kemudian, kunyah akar tersebut secara perlahan-lahan. Ekstrak daripada akar pokok kelulut mampu melegakan kesakitan gigi.\n\nKalau anda menghidap demam yang tak kebah-kebah, seelok-eloknya ke klinik dan hospital dulu untuk dapatkan rawatan. Dikhuatiri dijangkiti demam denggi, kepialu dan sebagainya.\n\nNamun, anda juga boleh mencuba petua ni sebagai rawatan alternatif. Caranya ialah ambil akar kelulut dan cuci bersih-bersih. Selepas itu, tumbuk akar yang dicuci hingga agak lumat.\n\nTujuan menumbuk akar tersebut adalah untuk memudahkan anda mengisarnya dengan sedikit air. Minum airnya dengan sedikit madu asli.\n\nApabila membuang air besar, najis yang disertai dengan sedikit lendiran adalah normal. Namun, jika berlebihan dan disertai dengan darah pastinya adalah masalah di bahagian usus. Ia akan mengakibatkan perut terasa senak dan tak selesa.\n\nAnda boleh amalkan petua tradisional ni. Caranya ialah ambil beberapa helai daun dan akar kelulut. Kemudian, rebuskan dengan beberapa air dan tambahkan sedikit garam. Minum air rebusan sehingga sakit berkurangan.\n\nJika berasa sakit perut atau perut kembung, dapatkan akar pokok kelulut yang bunganya berwarna putih (jarang-jarang dijumpai berbanding bunga ungu). Kemudian, rebus akarnya dan diminum setiap hari.\n\nJangkitan di bahagan saluran kencing sama ada di bahagian ginjal, ureter, pundi kencing dan urethra disebabkan oleh jangkitan kuman. Penyakit ini berlaku disebabkan bakteria memasuki saluran kencing.\n\nJika jangkitan menjadi kronik ia akan melibatkan buah pinggang yang mengakibatkan darah dan nanah dalam air kencing. Petua untuk mengurangkan masalah ni ialah kisar daun kelulut dengan sedikit air dan ditapis. Minum perahan air pokok kelulut selama 3 hari berturut-turut.\n\nPenyakit gonorea ialah jangkitan penyakit kelamin yang disebabkan oleh sejenis bakteria. Bakteria ini boleh berjangkit kepada individu yang lain melalui seks vagina, seks anal dan seks oral.\n\nPenyakit gonorea akan menyebabkan sakit semasa membuang air kecil dan keluar nanah dari saluran kencing. Masalah ni boleh dirawat dengan merebus daun dan akar pokok kelulut. Kemudian, minum air tersebut sehingga gejala berkurangan.\n\nWanita yang baru lepas bersalin biasanya akan berpantang. Dikatakan pokok kelulut bagus untuk kesihatan dalaman wanita yang sedang berpantang. Ia dapat menguatkan rahim, mengecutkan luka dan memberikan tenaga.\n\nCaranya ialah ambil akar dan daun pokok kelulut. Rebus bersama-sama dengan ubat periuk. Minum air rebusan tersebut sepanjang tempoh berpantang.\n\nApabila disengat atau digigit haiwan berbisa seperti lipan, labah-labah, lebah, tebuan dan sebagainya pasti bahagian tersebut akan berasa pedih dan berdenyut-denyut. Sebelum ke klinik untuk mendapatkan rawatan, anda boleh mencuba petua tradisional untuk kurangkan kesakitan.\n\nCaranya ialah tumbuk akar pokok kelulut bersama-sama sirih pinang. Esktrak yang terhasil bolehlah disapukan di bahagian yang sakit.\n\nPenyakit puru ialah sejenis penyakit kulit yang biasa menyerang haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya. Ia berpunca daripada virus pox dan mudah berjangkit pada ternakan yang lain. Gejalanya akan mengakibatkan lepuhan berisi air pada bahagian mulut, gusi, bibir dan kulit.\n\nSelain diberikan ubatan moden, masalah ni boleh diatasi dengan pokok kelulut. Tumbuk akar dan daun pokok kelulut. Ekstrak tersebut dicampurkan dengan sedikit kapur sirih, cuka makan dan minyak tanah. Sapukan di bahagian yang bermasalah.\n\nBagi individu yang mudah berasa letih, selalu sakit-sakit badan dan berasa kurang bermaya. Anda boleh menjadikan air rebusan pokok kelulut sebagai mandian.\n\nSakit kepala biasanya berlaku apabila kita kurang tidur, terlalu letih, lambat makan, stres, terlalu panas dan sebagainya. Jika anda mengalami sakit kepala, bolehlah cuba petua ni.\n\nCaranya ialah tumbuk daun pokok kelulut kasar-kasar. Sapukan di bahagian kepala yang berasa sakit. Biarkan hingga kering.\n\nJika anda mengalami sakit tekak dan batuk, kisar bunga kelulut dengan sedikit garam dan air suam. Kumur beberapa kali sehingga sakit tekak hilang.\n\nMesti anda tak sangka, setiap bahagian pokok kelulut iaitu akar, bunga dan daunnya mempunyai sebegini banyak manfaat. Jika ada di sekeliling rumah, boleh anda cuba petua-petua yang diberikan ni.\n\nNamun, jangan lupa. Ni hanyalah persediaan tradisional. Jika simptom penyakit masih tak berkurangan, anda perlulah merujuk klinik atau hospital. Tiada salahnya mencuba, mana tahu ia mampu mengurangkan masalah.\n\nJom baca juga artikel khasiat daun semambu khasiat taugeh dan khasiat daun lemuni"
"Biasanya untuk menikmati roti canai,kita akan ke kedai mamak.Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang inginkan variasi dan kelainan, anda juga boleh menucba resepi roti canai ini dirumah. Tahukah anda, pembuatan roti canai sangat mudah?\n\nKita juga tahu, roti canai bukan sahaja boleh dimakan bersama kuah dal dan kari, malah ianya juga boleh dimakan dengan apa-apa kuah atau juadah yang kita masak dirumah. Kali ini kami akan bawakan resepi roti canai yang sangat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.\n\nResepi ini dikongsikan di dalam Koleksi Resepi Sedap di laman Facebook dan telah mendapat lebih 2 ribu perkongsian!\n\nNota:\u00a0Anda juga boleh bekukan lebihan roti canai dan jadikannya sebagai homemade instant roti canai. Selamat mencuba!\n\nResepi \u2013 resepi menarik lain yang anda boleh cuba:\n\nTerdapat juga beberapa resepi \u2013 resepi lain yang menarik dan anda boleh cuba dirumah. Ini juga menjadi idea terutamanya kepada para surirumah yang kebuntuan idea untuk masak apa pada hari \u2013 hari biasa. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang dan selamat mencuba!"
"Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis juadah dan menu yang boleh didapati dengan mudah. Sebut sahaja ingin makan apa, makanan Malaysia, Indonesia, Thailand atau masakan barat semuanya ada. Lagi-lagi sekarang ni terdapat pelbagai service makanan yang menarik dan siap ada delivery lagi bukan? Kini, semuanya mudah dan cepat dari semua aspek termasuklah makanan. Best ker best?\n\nWalaupun kita orang Malaysia dan mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak-enak di sini, masyarakat kita sangat gemar untuk mencuba masakan dari negara-negara lain. Salah satunya ialah masakan masyarakat Jepun yang dikenali sebagai Takoyaki. Kuih ini merupakan snek Jepun yang berbentuk bulat. Bahan asas bagi kuih ini adalah tepung gandum dan lauk yang dipilih seperti seafood, ayam atau daging dan ia dimasak khas menggunakan kuali takoyakiyang akan menjadikannya berbentuk bulat.\n\nUntuk membuat kuih takoyaki, terdapat beberapa penyediaan yang perlu dilakukan iaitu untuk menyediakan doh, inti, sos dan topping. Jika anda ke kedai bakery, anda boleh dapatkan tepung yang sudah siap dibancuh untuk membuat kuih ini. Jadi, tempoh penyediaan boleh disingkatkan. Tapi of course lah tak boleh lawan tahap keenakan yang kita buat sendiri kat rumah.\n\nRasa susah nak buat kuih takoyaki? Jangan risau, kami sudah menyediakan satu resepi istimewa takoyaki yang telah dikongsikan oleh saudari Norlizah Ramli di Facebook. Ikut je step ni ok, InshaaAllah jadi! Khas untuk penggemar kuih Takoyaki, resepi ini untuk anda! Selamat mencuba.\n\n2 \u00bd cwn tepung gandum\n1 sdb tepung jagung (optional) x letak pon xpe\n1 sdk baking powder\n2 sdb serbuk dashi/bonito\n1 biji telur ayam gred A\nAir 600ml (klu pekat tambah lg skit air)\n**bancuh semua hingga sebati.bancuhan ni tak terlalu pekat atau tak terlalu cair..mcm bancuhan lempeng yg cair.\n\n1 cwn sos tomato\n5 sdb kicap manis\n2 cwn sos wostechere ( lea & perrins)\n2 sdb serbuk bonito\n\u00bc cwn gula\n1 cm halia diparut\n1 ulas bawang putih diparut\nGaram/kicap cair secukup rasa\n**masak bahan sos hingga pekat sikit dan tapiskan.\n\nKubis yang diracik halus\nSotong/udang/sosej/ketam (suka hati)\nDaun bawang kalau suka\n\nMayonis jenama kewpie utk rasa sedap\nBonito flakes\nAonari/seaweed powder(x letak pon xpe)\nSos takoyaki\n\n\uf0fc rasaa tu agak2 ye. Kalau masam sangat lebihkan gula dan kalau tawar tambah kicap cair/garam.\n\uf0fc Rasa masam manis secukup rasa\n\uf0fc Kuantiti pon boleh agak2 x semestinya ikut sukatan ni\n\uf0fc BONITO FLAKES FROM AEON JUSCO SUPERMARKET\n\uf0fc SERBUK BONITO & SOS wosteshere from daiso (pastikan beli yg halal)\n\uf0fc TAKOYAKI PAN BOLEH BELI DARI LAZADA\n\nBest ke best resepi ini? Haa nak lagi banyak resepi? Jangan lupa untuk melihat pelbagai lagi resepi yang menarik yang kami paparkan buat anda di blog meriah kami ini yer. Lagi satu, jangan lupa untuk LIKE dan SHARE resepi ini ya!"
"\u2018Midline\u2019 merupakan garisan tengah imaginasi (imaginary line) yang membahagikan anggota badan di bahagian tengah kepada bahagian kanan dan bahagian kiri.\n\n\u2018Midline crossing\u2019 atau \u2018crossing the midline\u2019 pula adalah kemampuan seseorang untuk bergerak secara spontan, ketika melakukan sesuatu perkara yang memerlukannya merentasi bahagian tengah anggota badan.\n\nSebagai contoh, sekiranya seseorang menggunakan tangan kanan sebagai tangan dominan, dia seharusnya boleh menggunakan tangan tersebut untuk melakukan sesuatu perkara atau mencapai sesuatu barang yang berada di sebelah kiri badannya.\n\nDari segi kognitif, \u2018midline crossing\u2019 yang baik menunjukkan komunikasi dan koordinasi yang baik antara otak kanan dan otak kiri dalam melakukan sesuatu.\n\nDari segi fizikal, \u2018midline crossing\u2019 adalah sangat penting untuk memastikan anak tidak tersekat (stuck) di bahagian tengah badan mereka ketika ingin melakukan sesuatu perkara, sehingga menyebabkan mereka perlu bertukar tangan untuk menyelesaikan perkara tersebut.\n\nIanya juga penting bagi memastikan anak dapat menggerakkan badan mereka ke bahagian berlawanan untuk melakukan sesuatu perkara.\n\nDengan ini, kemahiran motor halus dan motor kasar anggota badan yang dominan ini akan berkembang dengan sangat baik untuk berfungsi sebagai anggota dominan yang benar-benar kuat.\n\nSelain itu, \u2018midline crossing\u2019 juga mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan anak-anak termasuk dari segi menulis, mewarna, menggunting, menggunakan alatan ketika makan, bermain bola dengan tangan atau kaki, dan sebagainya.\n\n5 AKTIVITI\u00a0 \u2018MIDLINE CROSSING\u2019 MUDAH UNTUK ANAK\n\nBerikut merupakan 5 cadangan aktiviti mudah bagi melatih anak-anak dalam membantu perkembangan \u2018midline crossing\u2019 ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat kita praktikkan bersama anak-anak.\n\n1. SENTUH ANGGOTA BADAN MENGIKUT ARAHAN\n\nAktiviti ini cukup mudah untuk dilakukan kerana ianya tidak memerlukan sebarang peralatan.\n\nAnak hanya perlu mendengar arahan ibu atau ayah, kemudian anak perlu menyentuh anggota badan mengikut arahan ibu atau ayah sebentar tadi.\n\nBagi membantu perkembangan \u2018midline crossing\u2019 anak, anggota badan yang perlu disentuh oleh mereka seharusnya merentasi bahagian anggota badan berlawanan.\n\n2. TULIS NOMBOR 8 SECARA MELINTANG\n\nMinta anak menulis nombor 8 dengan saiz yang besar secara melintang sama ada di atas kertas, papan hitam atau papan putih.\n\nDengan cara ini, ianya dapat melatih tangan dominan yang digunakan untuk menulis itu, merentasi bahagian anggota badan yang kurang dominan, tanpa menukar tangan untuk menulis di bahagian anggota badan yang kurang dominan tersebut.\n\nAktiviti ini hanya memerlukan dua helai kertas yang dilekatkan di atas lantai.\n\nAnak perlu mula berdiri di tengah-tengah antara dua kertas tersebut, dan kemudian minta anak gerakkan sebelah kaki sahaja untuk memijak kedua-dua helai kertas secara bergilir-gilir. Selepas itu, teruskan aktiviti ini dengan sebelah lagi kaki dan ulang aktiviti ini beberapa kali.\n\nMelalui aktiviti ini, kedua-dua bahagian kaki anak akan dapat merentasi garisan tengah (crossing the midline) dan ia dapat melatih anak untuk menggerakkan kaki mereka ke bahagian anggota badan yang berlawanan.\n\nIbu bapa boleh memilih untuk bermain \u2018memory game\u2019 atau \u2018matching game\u2019 dengan menggunakan kad bersama anak-anak.\n\nSusun kad di atas meja atau di atas lantai dan perhatikan sama ada anak menggunakan tangan dominan atau tangan yang sebaliknya untuk mengambil kad di bahagian anggota yang kurang dominan.\n\nSekiranya kad tersebut diambil dengan menggunakan tangan yang kurang dominan, bantu anak untuk mengambilnya dengan menggunakan tangan dominan.\n\n5. BERMAIN KERETA MAINAN DI TREK\n\nDIY trek kereta yang besar serta mempunyai banyak simpang dengan menggunakan pita pelekat untuk anak bermain kereta mainan.\n\nKetika bermain, anak perlu menggunakan tangan dominan terutamanya apabila anak ingin menggerakkan kereta tersebut ke arah bahagian badan yang bukan dominan.\n\nTerdapat pelbagai lagi aktiviti dan tugasan harian yang boleh dilakukan bersama-sama anak dalam membantu perkembangan \u2018midline crossing\u2019 mereka.\n\nAktiviti-aktiviti sebegini mungkin bukan perkara yang mudah untuk dilakukan oleh anak. Walau bagaimanapun, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa membantu dan memberi galakan kepada mereka agar mereka terus bersemangat untuk meneruskan perkara tersebut.\n\nLakukannya secara santai agar objektif aktiviti-aktiviti ini tercapai dalam suasana yang cukup gembira dan menyeronokkan.\n\nSemoga dengan kesabaran kita melatih anak-anak, ianya dapat membantu tahap perkembangan mereka dan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka kelak."
"Jom ketahui info sebenar mengenai cacing rayap.\n\nSelalu urat timbul di kaki atau tangan ini kuat bekerja, bersukan dan lain-lain lagi . Itulah yang dikatakan oleh orang-orang sekeliling. Tetapi tahukah anda tidak semua urat yang timbul itu adalah hasil kerja kuat dari bekerja atau aktiviti yang anda lakukan. Mungkin itu adalah cacing rayap.\n\nMari saya kongsikan apakah itu cacing rayap yang telah diterangkan oleh Dr. Suhazeli Abdullah.\n\nKalau kaki anda nampak berurat sirat seperti rel keretapi seperti di dalam gambar di bawah, sila jumpa doktor segera. Minyak gamat atau minyak cap kapak tak jalan untuk hapuskan makhluk yang menjalar itu.\n\nKami sebut penyakit ni Cutaneous Larvae Migran. Di mana, sejenis cacing yang boleh masuk melalui kulit manusia dan bergerak menjalar di bawah kulit. Tempat jangkitan itu boleh jadi kemerahan dan gatal.\n\nCacing tersebut hidup dalam tanah. Ianya bukan keluar bersama telur lipas. Cacing yang terdapat dalam lipas adalah lain dari yang boleh masuk dalam kulit kita. Ada orang tua kata, cacing boleh naik ke mata. Ya benar, cacing boleh merayap ke dalam bola mata, tetapi bukan jenis cacing CLM ini.\n\nGejala semacam trek keretapi yang menjalar itu boleh bertahan hingga setahun jika tidak dirawat. Kaedah rawatan di klinik kesihatan senang sahaja sebab ubat cacing senang diperolehi di semua premis kesihatan.\n\nMemakai alas kaki, jaga kebersihan dan kawal diri kita dari bermain tanah adalah penting untuk mencegah kuman CLM seperti ini menjangkiti kita.\n\n*Info yang dikongsikan ini, semoga dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. \n\nBoleh baca artikel asal di sini."
"Dunia kini diserang dengan virus yang dikenali sebagai Coronavirus atau COVID19. Virus ini amat berbahaya kerana mudah dijangkiti dan boleh membawa maut. Jadi, Menteri di seluruh dunia telah membuat \u2018lockdown\u2019 bagi negara yang angka kes dan kematiannya yang tinggi. Malaysia adalah salah satu negara yang angka kes dan kematian yang rendah. Menteri kita telah umumkan PKP untuk mengurangkan angka kes dari semasa ke semasa.\n\nOleh sebab COVID19 ini belum selesai, tetapi ia tidak menghalang umat islam daripada meneruskan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Cuma bezanya seperti bulan puasa sebelum-sebelum ini adalah kita tidak dapat berbuka di luar, terawih dan tiada bazaar Ramadan. Tetapi ada hikmah di sebalik kita berpuasa di bulan Ramadan ini.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 hikmah berpuasa di bulan Ramadan di musim COVID19. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Hikmah berpuasa di bulan Ramadan\n\n1. Mungkin ini kali pertama kita fokus 100% berpuasa di Bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan persiapan Aidilfitri\n\n2. Mungkin ini kali pertama kita boleh fokus 100% terawih bersama anak anak dan isteri\n\n3. Mungkin ini pertama kali pahala puasa kita tidak terganggu oleh dosa mata ketika mengunjungi Bazar Ramadhan seperti tahun tahun sebelum ini\n\n4. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan Uzlah dan bersunyi sunyian hati kita bersama dengan Ilahi\n\n5. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita terhindar daripada pergaulan bebas dan waktu solat yang tidak dijagai\n\n6. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri untuk refleksi hati dan diri kita sendiri.\n\n*Di musim PKP ini kita dapat meluangkan masa bersama keluarga lebih daripada sebelum ini. Ini adalah satu kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kita patut bersyukur kepadanya. Jangan pernah putus berdoa kepadanya semoga kes COVID19 ini dapat diselesaikan dengan cepat dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nJemput juga baca artikel makanan tambah susu dan pemakanan untuk ikhtiar hamil Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Buffet Ramadhan Kuala Lumpur untuk tahun 2022 yang kami sediakan pasti membuat anda rambang mata untuk memilihnya. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menyambut bulan yang mulia ini. Salah satu keseronokan menjelang bulan ini adalah dapat berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat.\n\nTak salah sekiranya berbuka bersama mereka dengan suasana dan tempat yang istimewa. Sesekali menukar selera pasti memuaskan hati dan hilang rasa penat bekerja. Jom raikan bulan ini dengan membawa keluarga atau rakan-rakan berbuka bersama.\n\nJangan risau dan anda tak perlu susah-susah mencari tempat. Kami telah sediakan 35 tempat berbuka untuk anda. Kami sertakan alamat, harga normal dan harga promosi serta info berkaitan. Anda pilih sahaja tempat yang sesuai dengan citarasa anda. Jom tengok dan pilih!\n\nSetiap hotel menawarkan harga early bird termasuklah hotel ini. Harga yang ditawarkan tersebut adalah serendah RM 128 sehingga 11 Mac 2022. Pakej berbuka ini disediakan oleh restoran Essance.\n\nRestoran Essance menawarkan pakej berbuka dengan tema Selera Rasa Senja. Pihak hotel menyediakan 3 pakej berbuka iaitu pakej berbuka sahaja, pakej penginapan, sahur dan berbuka serta pakej berbuka yang melibatkan sebarang mesyuarat di hotel tersebut.\n\nNo Telefon: +6012 337 9980 / +603 2717 9933\n\nLokasi: Jln Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nBertema Icip-Icip Kampungku, hotel ini menyediakan menu berbuka yang pasti menyelerakan. Dengar sahaja tema tersebut, pasti masakan dan menu tradisional yang enak berlayar difikiran anda! Namun ada juga menu istimewa yang disediakan seperti Nasi Arab bersama kambing panggang, sup gearbox dan nasi lemak kukus daun teratai.\n\nJadi yang terawal untuk mendapatkan harga istimewa iaitu dengan hanya RM 125 sahaja untuk seorang! Harga ini terhad sehingga 3 April 2022 sahaja. Jom tempah sekarang!\n\nLokasi: Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor\n\nCepat dapatkan voucher dengan harga RM 98 sahaja untuk dewasa manakala RM 50 untuk kanak-kanak untuk berbuka di Premiera Hotel Kuala Lumpur. Voucher ini sah bermula 1 Mac 2022 sehingga 5 April 2022. Harga tersebut lebih jimat dan berbaloi dengan pakej yang ditawarkan.\n\nBerkonsepkan Sajian Dendang Perantau, anda dapat merasai pelbagai menu terbaik di Premiera Hotel seperti sup gearbox 6 sekawan, kambing bakar 30 hari dan durian dusun kami! Memang terliur melihat menu di atas. Lagi-lagi durian yang sukar untuk dapati ketika bukan musimnya.\n\nNo telefon: +6011 2385 8094 / +6011 2385 8095 / +603 2615 1000\n\nLokasi: Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur\n\nBuffet dari Dapur Binjai di Hotel Perdana KLCC turut menawarkan buffet ramadhan Kuala Lumpur yang menarik dan berbaloi. Pihak restoran telah menawarkan harga promosi dengan hanya RM 100 sahaja untuk seorang. Harga ini sah sehingga 2 April 2022. Jom tukar selera untuk berbuka di sini bersama keluarga!\n\nNo telefon: 03 7490 3333 / 011 5855 4846\n\nLokasi: 10, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nJika anda ingin berbuka di sini, dapatkan harga early bird dengan hanya RM 118 sahaja yang sah sehingga 31 Mac 2022. Pakej berbuka bermula dari 7 April sehingga 1 Mei 2022. Cepat dapatkan segera selagi voucher masih ada!\n\nAloft Kuala Lumpur Sentral menyediakan buffet ramadhan bertemakan Mari-Mari Makan! Menu yang disediakan berkonsepkan makanan lazat dari seluruh negeri seperti Nasi Briyani Johor, Kambing Bakar Berempah dan Ayam Percik Kelantan! Yummy yummy!\n\nLokasi: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nHarga buffet ramadhan yang ditawarkan adalah serendah RM 148.50 untuk dewasa dan RM 88.50 untuk kanak-kanak. Voucher ini sah sehingga 25 Mac 2022 dan anda boleh berbuka pada tarikh yang anda inginkan bermula 3 April sehingga 1 May 2022. Nak berbuka dengan mewah tetapi harga berbaloi? Ini mungkin pilihan anda!\n\nNo telefon: +603 2782 6325 / +6016 202 4623\n\nLokasi: \u00a0165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nPelbagai menu khas yang terdiri daripada menu tradisional dan menu di seluruh dunia yang pasti menambah selera anda sewaktu berbuka. Antara menu tradisional yang pasti memukau adalah lemang, ketupat palas, murtabak dan sebagainya. \n\nJom dapatkan voucher Sajian Istimewa Buffet sebelum 31 Mac ini! Harga untuk hari minggu adalah RM 158 manakala RM 214 untuk hujung minggu. Pasti tak akan mengecewakan anda!\n\nLokasi: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nSedap Restaurant yang berada di Pullman Hotels and Resorts tak ketinggalan dalam menyediakan pakej berbuka puasa yang berbaloi. Dengan tema Nikmat Selera Kampung, mereka menyediakan menu kampung yang lazat seperti kambing kuzi, ayam masak seri wangi, itik percik dan lain-lain.\n\nAnda boleh dapatkan pakej ini dengan harga promosi iaitu RM 128+ untuk dewasa manakala RM 65+untuk kanak-kanak berumur 6 \u2013 12 tahun. Cepat dapatkan sebelum harga ini berakhir!\n\nLokasi: No 1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nJangan lupa dapatkan harga promosi iaitu RM 115 untuk seorang sebelum 4 April 2022 jika anda ingin iftar di Thyme Out by Equatorial. Istimewanya jika anda berbuka di sini, anda juga dapat melihat persembahan ghazal secara langsung ketika berbuka.\n\nThyme Out by Equatorial terletak di bangunan AICB menawarkan pakej buffet ramadhan dengan tema Selera Ibunda. Makanan tradisional sudah tentu ada! Anda boleh memilih tarikh berbuka dari 4 April sehingga 30 April 2022.\n\nLokasi: Thyme Out by Equatorial, Ground Floor, Bangunan AICB, No 10, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur\n\nPavilion Hotel Kuala Lumpur turut menyediakan pakej berbuka yang sangat berbaloi dan perkhidmatan yang pasti memuaskan anda yang bertempat di The Courtyard.\n\nThe Courtyard menyediakan buffet dengan tema Muhibbah Malaysia. Anda boleh dapatkan pakej serendah RM 150 untuk dewasa. Muhibbah Malaysia Dinner Buffet ini dibuka bermula 7 April sehingga 1 May 2022. Sekiranya anda berminat, anda digalakkan membuat pembelian satu hari sebelum tarikh berbuka.\n\nLokasi: 170, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur\n\nJika anda berminat untuk berbuka di sini, buat tempahan awal sebelum 18 Mac 2022 dengan harga RM 108 sahaja! Hubungi nombor yang tertera di Facebook Le Quadri Hotel untuk membuat sebarang tempahan.\n\nTerdapat lebih 100 menu akan dihidangkan secara buffet di hotel ini dengan tema Air Tangan Bonda. Antara menu menarik adalah sup gearbox, satay, udang galah masak lemak, patin tempoyak, ayam panggang percik dan menu lain yang pasti menambah selera anda!\n\nLokasi: No 1, Jalan Mandarina Damai 1, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nCitarasa Nipah menyediakan pelbagai menu buffet yang pasti memuaskan hati dan menyelerakan anda! Promosi yang ditawarkan untuk anda yang terawal adalah RM 168 untuk dewasa berbanding harga asal RM 208. Anda boleh tebus voucher ini bermula 3 hingga 7 April 2022! Untuk maklumat lanjut hubungi no yang tertera atau email kepada\u00a0[email\u00a0protected].\n\nNo telefon: 012 278 9239 (WhatsApp)\n\nLokasi: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur\n\nDengan tema The Westin Bazaar, pasti terdapat pelbagai hidangan buffet yang enak sehinggakan anda sukar untuk memilih. Buffet Ramadhan disediakan bermula 6 April sehingga 30 April 2022. Pihak hotel menawarkan pakej promosi untuk anda yang terawal iaitu serendah RM 128 bermula dari 4 Mac sehingga 5 April 2022. Cepat buat tempahan segera!\n\nCitarasa Zaman Berzaman merupakan tema buffet di sini. Dengar saja temanya, sudah tentu juadah tradisional termasuk dalam pakej berbuka ini. Sekiranya anda mendapatkan voucher dari 8 Mac sehingga 31 Mac 2022, harga yang akan anda peroleh adalah RM 120 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak.\n\nHarga akan kembali normal selepas tarikh tersebut iaitu sebanyak RM 150. Lebih jimat dan berbaloi jika anda jadi yang terawal untuk menempah pakej iftar tersebut. Nak maklumat lanjut? Layari laman web\u00a0www.seripacifichotel.com.\n\nLokasi: Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nJom dapatkan harga promosi serendah RM 100 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak. Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2022. Jika tidak berkesempatan, anda masih boleh dapatkan pakej berbuka yang berbaloi secara walk-in iaitu RM 118 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak. Harga ini ditawarkan dari 4 April sehingga 7 April 2022.\n\nDengan pakej tersebut, anda boleh berbuka di Junior Manhattan Ballroom di tingkat 14. [email\u00a0protected]\u00a0Ramadhan Buffet di Berjaya Times Square Hotel menyediakan makanan istimewa bercirikan Iran. Namun terdapat pelbagai juadah lain turut disediakan.\n\nLokasi: Junior Manhattan Ballroom, Level 14 West, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur\n\nJika anda mencari pakej buffet yang turut menyediakan ruang solat, Melia Kuala Lumpur menyediakan kelebihan tersebut. Malah anda juga boleh solat Terawih di sini. Jadi anda tidak perlu lagi tergesa-gesa mencari tempat lain untuk solat. Pakej buffet Ramadhan bermula 3 April sehingga 2 Mei 2022.\n\nBerbeza dengan pakej buffet yang lain, anda boleh dapatkan harga early bird serendah RM 88 untuk dewasa dan RM 50 untuk kanak-kanak. Caranya adalah anda perlu menggunakan code ebmkl2022 dan membuat pembelian pakej sebelum 31 Mac 2022.\n\nLokasi: No 16, Jalan Imbi, Kuala Lumpur\n\nJika anda berbuka puasa di sini, anda boleh membawa anak-anak berumur 5 tahun ke bawah dan mereka boleh menikmati juadah dengan percuma. Sekiranya anda ingin berbuka puasa dengan kelompok yang ramai, dapatkan harga berpatutan dan lebih jimat untuk 50 pax ke atas.\n\nDondang Sayang Coffee House menyediakan buffet Ramadhan berkonsepkan Santapan Warisan. Namun begitu, anda boleh dapatkan pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa. Pakej buffet ini diadakan pada 5 April sehingga 30 April 2022.\n\nLokasi: Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nPakej buffet ini disediakan oleh\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0yang terletak di Tamu Hotel & Suites. Anda dapat berbuka dan menikmati hidangan eksklusif serta pemandangan Kuala Lumpur yang sangat memukau pada waktu malam.\n\n[email\u00a0protected]\u00a0yang terletak di Kampong Bharu ini menyediakan pakej berbuka puasa yang berbaloi. Menariknya, pihak hotel menawarkan potongan harga untuk yang terawal iaitu RM 119 untuk pembelian di bulan Februari, manakala RM 135 untuk pembelian di bulan Mac.\n\nNo telefon: 019 3039360 / 016 6662290 / 017 8839232\n\nLokasi: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nNak tahu menu utama untuk buffet kali ini di Novotel? Anda dapat merasai kambing bakar percik cheese leleh, ikan siakap kerabu mangga, ayam kapitan, sup huru-hara, char kway teow lambung dan macam-macam lagi! Dengar menu pun sudah rasa terliur!\n\nDapatkan harga promosi serendah RM 100 sahaja! Pakej ini ditawarkan sehingga 31 Mac 2022. Diskaun 40% akan diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas. Memang berbaloi!\n\nLokasi: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nHarga promosi yang ditawarkan hanya RM 78 sahaja untuk dewasa. Anda boleh mendapatkan voucher ini bermula 1 Mac sehingga 8 April 2022. Kanak-kanak bawah 6 tahun boleh memasuki dan makan dengan percuma namun terhad untuk seorang dan ditemani dengan 2 orang dewasa.\n\nPasti memuaskan dapat berbuka di Retro Cafe, Vivatel. Pakej berbuka puasa untuk Ramadhan kali ini adalah Ketuk-Ketuk Vivatel. Pakej ini bermula dari 8 April sehingga 27 April 2022.\n\nNo telefon: 03 9205 8888 / 010 525 4323\n\nLokasi: 85, Jln Loke Yew, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nMovenpick Hotel & Convention Centre KLIA\n\nMenu yang disajikan sini sedikit berbeza dengan buffet yang lain kerana menu tempatan disediakan dengan sentuhan Arab yang pasti menyelerakan anda. Pakej buffet Ramadhan ini berlangsung dari 5 April sehingga 1 May 2022. \n\nIstimewanya pakej 1001 Ramadhan Buffet di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA adalah setiap pembelian voucher akan memperoleh sampul raya khas dari hotel ini dan terhad untuk 2000 orang yang terawal. Jom rasai kelainan menu berbuka di Movenpick!\n\nLokasi: Kompleks Th Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor\n\nBerbuka di sini dan anda berpeluang memenangi penginapan selama 1 malam di Studio Heritage bersama pakej sarapan serta 10 voucher grab. Bagaimana nak menang? Caranya adalah anda perlu mengambil gambar dengan kreatif sewaktu berbuka di sini dengan hashtag #simfoniatmaya.\n\nAnda dapat menikmati menu yang bertemakan Citarasa Simfoni Malaysia sekiranya iftar di Hotel Maya. Hotel Maya turut menyediakan pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang amat berpatutan. Pakej berbuka diadakan bermula 3 sehingga 30 April 2022. Dapatkan harga promosi serendah RM 88 yang sah sehingga 5 April 2022.\n\nLokasi: 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nTerdapat lebih 100 juadah makanan menanti anda jika anda berbuka di The Pearl Kuala Lumpur! Pakej buffet ini bertemakan Sajian Warisan Nusantara. Antara menu istimewa yang disediakan adalah kambing golek, sup ekor, makanan lambak, lemang, nasi beriani dan sebagainya.\n\nSudah tentu ada harga istimewa buat anda! Jika anda mendapatkan pakej berbuka bermula 3 Mac sehingga 31 Mac 2022, harga istimewa tersebut serendah RM 98 untuk dewasa dan RM 58 untuk kanak-kanak.\n\nNo telefon: 016-331 8437 / 012 389 0690 / 012 276 9835\n\nLokasi: 5th Mile, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur\n\nAnda digalakkan untuk membuat tempahan awal jika ingin berbuka puasa di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur. Hal ini kerana harga yang ditawarkan serendah RM 68.00 sahaja. Anda boleh dapatkan voucher ini bermula 1 Mac sehingga 20 Mac 2022.\n\nIstimewanya hotel ini adalah mereka turut menyediakan pakej penginapan dan berbuka puasa untuk dua orang. Lebih seronok, lebih jimat dan lebih memuaskan! Namun pakej ini sah bermula 6 April sehingga 30 April 2022. Jangan lepaskan peluang untuk menginap dan berbuka secara eksklusif di sini!\n\nLokasi: Jln Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur\n\nManor House of Events antara tempat buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang termurah dan berpatutan dengan menu yang disajikan. Sekiranya anda ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama kelompok yang kecil seperti keluarga dan rakan sekerja, tempat ini sangat sesuai untuk anda kerana selesa dan berpatutan.\n\nLokasi: Suite 11-9 & 11-10, Level 11, Wangsa 118, 8, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur\n\nZebra Square menyediakan lebih 50 menu termasuk kambing panggang setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Antara juadah istimewa disediakan adalah daging tetel asam pedas, aneka kerabu, aneka kuih dan sebagainya. Nak tengok kesemua juadah yang ada dan nak maklumat lanjut? Anda boleh layari Facebook Zebra Square KL.\n\nNo telefon: 017-570 7039 / 017-251 6315\n\nLokasi: No. 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur\n\nElement Kuala Lumpur yang terletak di Menara Ilham menyediakan buffet Ramadhan berkonsepkan Juadah Selera Kita Dinner Buffet. Buffet ini disediakan oleh TRACE Restaurant & Bar. Terdapat lebih 90 menu tempatan disediakan dan menu utama terdiri daripada sup utara, claypot masak lemak cili api dan nasi briyani kambing.\n\nJangan lupa dapatkan harga early bird serendah RM 108 sebelum 31 Mac 2022. Pakej berbuka puasa ini bermula 8 April sehingga 29 April 2022.\n\nLokasi: (IB Tower, 8, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur)\n\nAneka Selera Desa merupakan tema buffet Ramadhan yang diadakan oleh Riverside Restaurant, World Trade Centre Kuala Lumpur. Harga promosi yang ditawarkan adalah RM 108 untuk seorang. Berbaloi buka? Sambil menikmati juadah berbuka, anda juga dapat menikmati suasana menyamankan.\n\nDi sini terdapat lebih 300 menu disediakan. Pasti anda rambang mata nak pilih juadah sesuai dengan tekak anda. Lepas berbuka, anda boleh solat Maghrib dan Terawih di masjid yang terletak di tingkat 3.\n\nLokasi: 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nSelera Kampung Iftar Buffet adalah tema buffet Ramadhan kali ini di Grand Millennium Hotel. Menu yang disajikan pasti membuat anda terliur. Dengan resepi dan menu turun temurun seperti sambal udang petai, ikan keli masak tempoyak dan rendang tok pasti membuatkan anda bertambah.\n\nSudah tentu harga early bird turut ditawarkan iaitu dengan kadar RM 108+ untuk dewasa. Cukup berbaloi kerana anda mempunyai lebih 100 pilihan menu sewaktu berbuka.\n\nLokasi: 160 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur\n\nRestoran yang terkemuka di Malaysia ini menyediakan buffet yang sangat berpatutan dan pasti menyelerakan anda. Pakej berbuka disediakan bermula 3 April sehingga 1 Mei 2022.\n\nRestoran Rebung Chef Ismail memang tidak dinafikan sering menyediakan menu yang lazat terutama menu tradisional. Anda yang suka akan hidangan kampung, jangan lepaskan peluang untuk berbuka di sini.\n\nNo telefon: +603 2276 3535 / 03 2276 2525\n\nLokasi: 5-2, Aras 5. Parking Bertingkat Bukit Aman, No 1 Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nNak harga buffet yang lebih berbaloi untuk berbuka di sini? Jangan ketinggalan untuk dapatkan harga early bird iaitu potongan sebanyak 20% sebelum 1 April ini! Untuk pengetahuan anda, terdapat dua harga berbeza mengikut tempoh waktu tertentu. Nak maklumat lanjut, hubungi nombor yang tertera.\n\nLokasi: No 6 Jalan Damanlela Bukit Damansara, Kuala Lumpur\n\nTonka Bean bawakan pakej ramadhan berkonsepkan Selera Ramadan bermula 3 April sehingga 2 May 2022. Menu terdiri daripada makanan tradisi dan makanan antarabangsa. Antara menu utama yang ditunggu-tunggu adalah sup gearbox meletop, nasi briyani gam kambing istimewa, durian station dan lain-lain. Amacam? Terliur tak?\n\nLokasi: 13 Jalan Pinang, Kuala Lumpur\n\nPelbagai kelebihan jika anda berbuka di sini yang disediakan oleh Aroma by Eden. Antaranya adalah, ia merupakan salah satu tempat berbuka yang menyediakan ruang solat yang memudahkan pengunjung untuk menunaikan ibadah wajib tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati pelbagai menu buffet sambil didengarkan dengan muzik secara langsung.\n\nAnda boleh dapatkan harga promosi serendah RM 60 sahaja dan boleh ditebus sebelum 3 April 2022. Jom berbuka puasa dengan menu unik dan istimewa iaitu menu antarabangsa di Aroma by Eden!\n\nNo telefon: 011 2302 5904 / 012 551 5904\n\nLokasi: 10476, Jalan Susur Damansara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nJangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga buffet Ramadhan serendah RM 98 yang bermula dari 1 Mac 2022 sehingga stok masih ada! Pakej buffet berbuka puasa ini bermula 4 April sehingga 30 April 2022. Diskaun 20% akan diberikan jika anda adalah ahli MPC!\n\nLokasi: No, 42. Tower 2, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur\n\nAnda mencari pakej berbuka puasa dengan harga bawah RM 100? Dapatkannya di Kontiki Restaurant At The Federal Kuala Lumpur! Harga early bird yang ditawarkan adalah RM 88 sahaja untuk pembelian sepanjang bulan Mac ini.\n\nDengan tema juadah kampung, anda mempunyai lebih 100 pilihan menu untuk iftar bersama yang tersayang. Tak cukup dengan itu, pihak restoran juga membahagikan aneka menu mengikut stesen seperti ruangan juadah kampung bersama aneka kerabu, warung sambal dan salad, warung satay dan lain-lain.\n\nLokasi: 35, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur\n\nAda tak buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang sesuai dengan kriteria yang anda cari? Pasti rambang mata untuk buat pilihan. Jom share artikel ini dengan keluarga dan sahabat anda agar mereka dapat membantu anda membuat pilihan! Selamat berpuasa dan selamat berbuka!\n\nKami juga ada menulis artikel lain yang pasti bermanfaat buat anda seperti:"
"Mencari hidangan ikan yang disukai anak-anak? Ikan tongkol masak kicap kari jawabnya.\n\nSesuai namanya, ikan tongkol masak kicap kari dibuat menggunakan rempah masak kicap seperti bawang, halia, tomato, kicap, sedikit serbuk kari ikan dan lain-lain.\n\nRasanya hidangan ini lemak manis dan terasa aroma kari. Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Lazat merangsang selera.\n\nTanpa tunggu lagi, jom buat ikan tongkol masak kicap sekarang dengan resepi yang didatangkan daripada Salina Ismail di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nResepi Ikan Tongkol Masak Kicap Kari\n\nSelain resepi ikan tongkol masak kicap kari, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tengok sekali macam bebola daging. Tapi ini bukan bebola daging ya. Ini ialah keropok lekor cheese.\n\nKalau kebiasaannya keropok lekor bentuk panjang-panjang, keropok lekor cheese bentuk bulat-bulat. Cheese pula diletak sebagai inti dan akan cair bila direbus. Syok sangat bila cheese meleleh dalam mulut.\n\nKeropok lekor cheese homemade resepi oleh Net Azr boleh dapatkan 500 biji keropok lekor. Tidak usah risau meskipun keropok ini tebal tapi ia tidak keras sama sekali malah lembut di dalam. Jom cubakan resepi menarik ini.\n\nSelain lekor cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Selamat tengah hari semua.\nSiapa suka makan buah? Kalau suka, cuba anda buat resepi salad buah ini seriously memang sedap dan segar, juga berkhasiat sesuai untuk anda yang ingin diet.\n\nSalad buah boleh diisi dengan perlbagai macam buah yang anda suka. Cara membuatnya pun sangat senang. Sesiapa yang suka salad buah mesti selalu beli, tapi bila buat sendiri lagi puas makan.\n\nSalad buah sangat baik untuk kesihatan. Anda yang teringin nak diet, sangat digalakkan untuk memakan salad buah kerana tiada kandungan lemak tepu yang tinggi. Salad buah kaya akan protein, vitamin dan mineral sihat lainnya.\n\nJom mulakan hidup sihat dengan memakan salad buah dengan mengikuti resepi yang dikongsikan oleh Ela Eiylaz di Facebook. Banyak manfaat yang akan anda dapatkan, badan sihat dan ideal, kulit bersih, terhindar daripada penyakit dan banyak lagi manfaat lainnya. Sila dicuba resepi ini dan buat salad buah terbaik anda.\n\nResepi Salad Buah (Segar dan Menyihatkan)\n\n\ud83c\udf4eBuah-buahan ikut suka mahu letak buah apa.\n\n\ud83c\udf4e\u00a0Untuk tambahan boleh letak Nata De Coco dan cheese parut.\n\n\ud83c\udf4e\u00a0Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan sejuk. Siap.\n\nSalad buah segar sudah jadi. Tampak sangat segar dan lazat kan. Sila cuba resepi ini di rumah anda.\n\nSelain resepi Salad Buah ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pajeri nenas merupakan menu yang sangat digemari khususnya oleh golongan berusia. Ia mampu menambah selera makan seseorang. Jika anda penggemar buah nenas, apa salahnya jika anda mencuba masakan pajeri ini. Jangan risau akan rasa masam nenas kerana rasa masamnya akan hilang apabila siap dimasak nanti.\n\nMungkin ada yang takut untuk mencuba pajeri nenas ini sebab sedikit pelik nenas dimasak bersama rempah ratus seperti kari. Biasanya, nenas dimasukkan ke dalam gulai kuning untuk menyedapkan rasa kuah tersebut. Pajeri nenas ni memang kita masak khas menggunakan nenas semata-mata. Sebab itulah namanya sepecial, pajeri nenas. Hihi\n\nJadi lepas ni, jika ada nenas lebih tu, jangan takut untuk memasak pajeri nenas. Jangan biarkan nenas anda buruk dan dibuang begitu sahaja. Jika dihidang buat kedua orang tua anda, pasti selera mereka bertambah. Nampak macam biasa je, tapi bila pekena dengan nasi panas, huii lain macam sedapnyaa. Tak percaya, cubalah!\n\nAnda mahu resepi pajeri nenas yang sedap? Kami paparkan resepi kali ini dari saudari Yusni Abdul Rahman yang sudi berkongsi resepi pajeri nenas beliau di Facebook. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!\n\nNenas (potong ikut suka)\nBwg merah bwg putih halia (hiris halus)\nRempah 3 sekawan (Bunga lawing, kulit kayu manis, dan bunga cengkih)\nUdang kering\nSantan\nKerisik\nSerbuk kari daging(saya guna babas)\n\n(1) Tumis bahan yg dihiris hg kekuningan.\n(2) Masukkan rempah 3 sekawan tu sekali ye kemudian bila tumisan dah kekuningan masukkn serbuk kari yg sudah dicampurkn sedikit air.\n(3) Masukkn sedikit udang kering (agak2 lah ye)\n(4) Kacau sehingga rempah masak atau naik minyak\n(5) Kemudian masukkn hirisan nenas..biarkn hingga nenas sebati ngan rempah tu.\n(6) Apabila dah sebati masukkan santan dan kacau sebati lagi\n(7) Kemudian, bolehlah diletakkn kerisik (agak2lah ye)\n(8) Masaklah hingga agak sedikit pekat. Letak garam dan gula secukup rasa. Kepekatan terpulang pada selera masing-masing. Nak pekat lebihkan kerisik dan kalau tak nak pekat kurangkan ok. Siap!\n\nSelain resepi ini, kami banyak paparkan resepi-resepi lain juga. Jemput untuk lihat kesemua resepi kami yang semuanya sedap dan mudah untuk dicuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
"Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan petua demam campak yang berkesan.\n\nDemam campak atau Rubeola berlaku akibat jangkitan virus\u00a0measles. Biasanya ia disedari apabila ruam mula naik pada kulit.\n\nDemam campak berjangkit melalui dua cara iaitu:\n\nVirus demam campak akan berumah didalam badan selama 10 \u2013 12 hari sebelum pesakit mula menunjukkkan tanda demam campak seperti:\n\nPada hari ke15,\u00a0ruam akan mula timbul di permukaan kulit di seluruh badan. Biasanya ruam akan mula tumbuh di bahagian muka dan kepala, kemudian semakin merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 hingga 7 hari.\n\nSemasa ruam timbul di seluruh badan, suhu badan akan menjadi sangat tinggi dan anda akan mengalami demam yang teruk. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.\n\nKebiasaannya, demam campak akan sembuh seperti sediakala tanpa sebarang simptom merbahaya. Walau bagaimana pun, pesakit yang mempunyai sistem imuniti yang rendah atau mengalami masalah kekurangan zat makanan mempunyai risiko untuk mengalami komplikasi berikut:\n\nTiada rawatan yang akan diberikan untuk demam campak memandangkan ia akan pulih dengan sendiri. Walau bagaimana pun, rawatan akan diberikan untuk mengurangkan gejala campak seperti:\n\nDemam campak boleh dicegah dengan mengambil suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) mengikut dos yang ditetapkan.\n\nApakah petua demam campak yang berkesan?\n\nSekiranya anda atau anak dijangkiti demam campak, berikut adalah petua berkesan yang boleh diamalkan.\n\nBedak sejuk yang disapu pada ruam akan membantu menghilangkan gatal dan membantu ruam untuk hilanng dengan lebih cepat. Sifat bedak sejuk yang menyejukkan menjadikannya petua demam campak yang sangat berkesan.\n\nKata orang tua, kalau kena demam campak, jangan makan kicap selagi ruam di badan tak kering. Tujuannya ialah untuk mengelakkan parut yang hitam, gelap, dan buruk.\n\nSelain jangan makan kicap, mereka yang sedang demam campak juga perlu mengelakkan daripada ditimpa hujan bagi mengelakkan parut yang buruk dan tidak cantik.\n\nApabila anda minum air kelapa, ruam akan keluar dengan lebih cepat, sekali gus memendekkan tempoh masa anda terkena demam campak. Lagi cepat ruam habis keluar, lagu cepat anda sihat. Itulah formulanya.\n\nKuning telur rebus membantu mengurangkan kegatalan dan membantu ruam cepat kering.\n\nApabila anda memasak, simpan air cucian beras yang terakhir untuk disapukan pada ruam yang tumbuh akibat demam campak. Seperti bedak sejuk, air cucian beras juga bersifat sejuk dan membantu mengurangkan kegatalan akibat ruam yang tumbuh.\n\nSepanjang tempoh anda ditumbuhi ruam akibat demam campak, elakkan menggunakan sabun mandi kerana baham kimia dari sabun mandi akan menyebabkan kerengsaan pada kulit yang ditumbuhi ruam. Ia juga boleh menyebabkan anda berasa pedih.\n\nCalamin lotion adalah losyen barwarna pink yang sejuk. Ia membantu mengurangkan kegatalan pada ruam dan membantu ruam hilang dengan lebih cepat.\n\nDaun semambu membantu mengurangkan kegatalan dan mengeringan ruam dengan lebih cepat. terdapat 3 cara untuk menggunakan daun semambu bagi demam campak iaitu:\n\nSelain daun semambu, daun inai juga boleh digunakan untuk demam campak. Daun inai mempu mengurangkan kegatalan dan bisa akibat demam campak. Cara menggunakan daun inai ialah:\n\n11. Pes daun inai & garam\n\nAnda juga boleh campurkan garam kedalam pes daun inai untuk menghilangkan demam campak dengan lebih cepat. Caranya:\n\nItulah dia 11 petua demam campak yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua hilangkan migrain, petua hilangkan kayap, dan petua cairkan kahak."
"Menjadi lumrah, kita sedikit sukar untuk marah kepada orang yang kita sayang. Dalam kes ini, adalah anak kita. Disini dikongsikan tips dan cara untuk marah dan mendapat hormat dari anak.\n\nJalinkan perhubungan yang rapat dengan anak. Rapat berdasarkan kasih-sayang dan hormat. Ini adalah dasar yang paling penting. Itu sebab jika suka sangat berleter dan membebel, bila marah sudah tiada nilai, sebab apa yang dikata sudah masuk telinga dan keluar serta-merta.\n\nSerta leteran dan bebelan akan menjauhkan hubungan! Syarat utama adalah KAMCENG dengan anak atau wujudkan pertalian erat atas dasar percaya antara satu sama lain.\n\nMarah perbuatan dan jangan hina anak itu. Maksudnya, cakap yang anda tak suka itu adalah perbuatan bukan anak itu. Selalu ibu bapa bila marah akan menggunakan perkataan seperti \u201d Ko ni memang tak guna!\u201d atau \u201d Macamana bodoh sangat ni!\u201d\n\nNampak tak yang kena attack ialah anak itu bukan kesilapannya. Oleh itu, jika yang di attack ialah anak itu, maka bagaimana dia hendak berubah. Oleh itu sia-sia sajalah marah itu.\n\nIa hanya menjadi asid dalam badan anak itu yang akan memamah hatinya yang cantik dan merah itu menjadi mati dan buruk!\n\nKatakan begini; \u201d Apa yang abang buat yang boleh menyebabkan abang salah jawab? Abang tak faham soalan ke?\n\nAbang letih ke? Abang kurang ulang kaji ke? \u201d\n\nAtau. \u201d Abang ni sebenarnya baik dan suka tolong mama, macam ari tu(ambil contoh yang betul). Apa (jangan mengapa) yang membuatkan abang pukul adik tadi?\n\nAbang tahu tak perbuatan memukul adik tu sebenarnya tidak baik.\n\nAbang ni budak baik dan sayang adik, boleh tak mama minta abang kawal marah abang tu bila adik salah.\n\nMacam mama kawal marah mama bila abang salah.Tak pe you do better next time ya!\u201d dan cakap pada adik pula jika adik itu sudah boleh faham. BERSIKAP ADIL!\n\nDi dalam hati kuatkan sangkaan baik kepada anak dan tahu dia akan berubah dan membetulkan kesilapannya. Selalu sangat bila kita marah syaitan akan mengmbar-gemburkan lagi perasaan kita sehingga kita merasa anak kita itu teruk sangat dan tidak boleh menjadi baik.\n\nIni menjerut hati kita menyebabkan kita rasa lagi takut, maka apa lagi kita pun menghukumlah seperti orang tidak sedarkan diri. Akhirnya anak menympan dendam, keadaan menjadi lebih teruk.\n\nSebut syukur, puji dan hargainya bila dia berubah dan membetulkan kesilapan.\n\nBila melihat anak melakukan sesuatu yang menyirap darah.\n\n1- Tarik nafas dan langkah satu langkah ke belakang. (supaya anda boleh ubah keadaan diri anda \u2018state\u2019 dan berfikir jelas tanpa didorong emosi negatif).Terus ingatkan diri anak ini baik dan dia hanya tersilap. Kuatkan perasaan sayang anda kepadanya. Ingat ini peluang anda untuk MEMIMPIN.\n\n3- BETUL PERBUATAN dan guna SANDWICH METHOD seperti diatas ,\n\n4- AJAK BUAT SESUATU YANG POSITIF yang menyebabkan dia merasai anda sayang pada dia dan memaafkan dia bila dia telah meminta maaf.\n\nNampak saja macam banyak, tapi bila sudah biasa dilakukan, ia menjadi sebati dengan diri anda. Dan orang lain nampak anda sangat bijak dan sabar mendidik anak. Dan yang penting, anak anda rasa selamat dengan anda dan dia dapat membesar dengan baik. Dan kemudiannya menjadi anak yang berjasa dan berjaya."
"Tugas menjadi seorang isteri atau ibu bukanlah satu kerja yang mudah. Ia mungkin tidak memerlukan sijil atau khusus yang diiktiraf oleh MQA tetapi ia memerlukan tenaga dan kesabaran yang banyak. Kerja-kerja suri rumah tidak semestinya dilakukan oleh isteri sahaja, malah suami juga boleh membantu sedikit dari segi jaga anak, kemas rumah dan jemur baju semasa cuti.\n\nTugas seorang isteri atau ibu ini juga boleh membuatkan si isteri stress kerana penat dan terlalu berfikir perkara yang negatif. Lebih-lebih lagi isteri yang berkerjaya dan mempunyai kerja tetap. Ia bukannya satu perkara yang mudah di mana mereka perlu membahagikan kerja di pejabat dan di rumah. Kadang-kadang ia boleh mengundang rasa stress kepada si isteri.\n\nUntuk mengelakkan rasa stress dalam diri, isteri perlu ada self-talk yang positif kepada diri sendiri. Apakah self talk tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 ayat positif self-talk. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n#1 \u2013 Lasaknya anak aku hari ni. Aktifnya dia hari ini. Itu petanda dia sihat. Terima kasih Ya Allah\n\n#2 \u2013 Melimpahnya rezeki aku dapat hari ini. Bukan sekadar duit tapi kesihatan, kasih sayang, ketenangan dan kehidupan ini pun adalah salah satu daripada rezekiMu juga Ya Allah.\n\n#3 \u2013 Banyaknya pengorbanmu wahai suami. Walau mungkin kau tak sesempurna yang aku bayangkan tetapi kau adalah titipan dan anugerah terindah daripada Tuhan. Terima kasih Ya Tuhan.\n\n#4 \u2013 Indahnya hari ini. Ada jutaan manusia di seluruh dunia yang tak dibenarkan lagi untuk hidup pada hari ini sedangkan aku masih diberikan peluang untuk mengecap nikmat hidup ini. Terima kasih sangat Ya Rabbi\n\n#5 \u2013 Bahagianya aku melihat orang yang aku sayang di sekeliling aku. Mereka masih hidup, masih boleh tersenyum dan masih boleh membahagiakanku. Terima kasih sudi membenarkan mereka berada di sisiku pada hari ini Ya Allah.\n\n#6 \u2013 Terima kasih Tuhanku atas penderitaan dan ujian ini. Tanpa ujian ini mungkin aku akan lupa padaMu dan berterusan dalam maksiat kepadaMu. Mungkin tanpa ujian ni dosa silamku akan kekal tak terampunkan olehMu. Terima kasih Ya Allah atas kasih sayangMu ini.\n\n#7 \u2013 Terima kasih atas kesudianMu memberikan rasa syukur ini di hatiku. Tanpa izinMu, hatta untuk bersyukur sekalipun aku tidak mampu. Terima kasih sangat wahai Tuhan yang membolak balikkan hati.\n\n*Jika amalkan 7 ayat self-talk ini, Insyaallah si isteri tidak akan rasa stress dan sentiasa berfikiran positif. Pada permulaannya, ia agak susah, oleh sebab itu suami perlu bantu si isteri dengan memberikan kata-kata pujian dan semangat kepada mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pernahkah anda menghadapi keadaan ini? Anak anda hanya menumpukan perhatian hanya bila si dia mahukannya sahaja. Cuba bayangkan keadaan ini.\n\nBayangkan anda sedang menunjukkan kepada anak anda berusia 5 tahun cara menulis huruf \u201cA\u201d yang sudah pun diulang berjuta kali. Anda berkata, \u201cMulakan dari atas, pergi ke bawah, dan buat satu garisan melintang.\u201d\n\nTetapi malangnya, semasa anda bercakap, dia melihat hampir kesemua disekelilingnya kecuali apa yang sedang dilakukannya. Dia gelisah dan bermain dengan penselnya.\n\nAnda sentiasa berusaha menarik perhatiannya semula kepada perkara yang sedang dilakukan dan tidak putus-putus berkata \u201cAdik tumpukan perhatian!\u201d tetapi anda mula kehilangan sabar.\n\nPakar perkembangan kanak-kanak berkata, secara purata, seorang kanak-kanak berusia 4 atau 5 tahun perlu mampu untuk kekal fokus kepada satu atau dua tugasan selama 2 hingga 5 minit didarab dengan usia mereka. Oleh itu, kanak-kanak sepatutnya mampu untuk fokus di antara 4 hingga 20 minit, dan boleh jadi lebih, bergantung kepada tugasan.\n\nPrinsip ini bagaimanapun, sepertimana garis panduan untuk membesarkan kanak-kanak, bergantung kepada situasi. Disini dikongsikan tips untuk meningkatkan tumpuan kanak-kanak.\n\nBerapa banyak perhatian yang diberikan oleh seorang kanak-kanak terhadap suatu tugasan bergantung sama ada dia menikmatinya atau tidak. Ramai kanak-kanak bergelut apabila diminta untuk melakukan sesuatu yang tidak mahu dilakukan oleh mereka.\n\n\u201cPertama kali anda memperkenalkan suatu aktiviti yang lebih penting kepada anda daripada kepentingannya kepada anak anda, anda sebenarnya sedang diuji kreativiti dan kefleksibelan sebagai ibu bapa dan guru,\u201d jelas Dr. Rojas, seorang pakar kanak-kanak.\n\nIni menjadi satu pergelutan bagi ibu bapa kerana kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan perlu melakukan tugasan yang lebih berstruktur, berulang, dan berbentuk akademik seperti menulis nama mereka atau membunyikan huruf. Pada waktu petang, anda mungkin mahu dia belajar tetapi dia lebih ingin bermain permainan kereta di lantai ruang keluarga. Ini bukan semestinya sesuatu yang buruk.\n\n\u201cBermain dengan kereta secara intrinsiknya memotivasikan kanak-kanak,\u201d kata Margret Nickels, Ph.D., pakar psikologi klinikal dan juga pengarah Pusat Kanak-Kanak dan Keluarga di Erikson Institute di Chicago.\n\n\u201cAda kanak-kanak 5 tahun yang boleh bermain dengan Lego untuk 30 minit tetapi tidak boleh duduk tetap untuk menulis nama mereka.\u201d\n\nJadi, sedikit kreativiti boleh menukarkan sesuatu yang suram kepada sesuatu yang menarik. Sebagai ganti mendesak anak lelaki anda menulis huruf \u201cA\u201d dengan pensel di dalam buku kerjanya, anda juga boleh menyuruhnya menulis dengan kapur, membentuknya dengan Play-Doh, atau menirunya dengan cat di atas kuda-kuda lukisan yang besar.\n\nMenurut Mart Doty, seorang guru taman didikan kanak-kanak di Waimea Country School di Kepulauan Hawaii.\n\n\u201cBuku kerja boleh menjadi sukar dan mengelirukan kepada kanak-kanak, jadi buatlah buku ABC anda sendiri,\u201d cadang Doty.\n\n\u201cPotong gambar daripada suratkhabar atau majalah yang bermula dengan huruf \u201cA\u201d atau buka majalah dan lihat berapa banyak huruf \u201cA\u201d boleh ditemui.\n\nGunakan blok untuk membentuk huruf A. Semua ini akan membantu kemahiran pergerakan dan ia dijamin lebih menarik.\u201d\n\nPermainan seperti permainan papan dan permainan yang menggunakan memori juga boleh menguatkan otot penumpuan. Ibu bapa perlu mengambil masa mengenalpasti maklumat terperinci yang kecil dan menarik di persekitaran mereka yang menunjukkan kanak-kanak cara untuk menumpukan perhatian mereka.\n\nSemasa berjalan, ibu bapa boleh berhenti dan menunjukkan anak-anak tentang warna bunga atau bercerita tentang bentuk dan rasa batu yang mereka kutip.Untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak, ibu bapa juga perlu memberi perhatian.\n\nJarak Fizikal dan Arahan yang Pendek\n\n\u201cIa mudah untuk ibu bapa terperangkap dalam lubang. Perhatian kita seringkali bertaburan,\u201d kata Dr. Rojas.\n\n\u201cJika perhatian kita juga bertaburan, dan kita tidak boleh membawa diri kita kembali kepada masa itu, kita juga tidak boleh menjangkakan seorang kanak-kanak untuk mampu melakukannya.\u201d\n\nJarak fizikal semasa memberi arahan yang ringkas dan jelas dapat membantu kanak-kanak untuk mempunyai fokus lebih baik.\n\n\u201cCara terbaik untuk mendapatkan perhatian mereka adalah dengan berada rapat secara fizikal dengan kanak-kanak.\n\nJangan menjerit dari dapur sehingga didengari di ruang tamu semasa menyampaikan permintaan,\u201d kata Dr. Nickels.\n\nPergilah ke ruang tamu, berdiri di depan anak anda, pandang matanya, berada pada jarak matanya atau sentuh bahu mereka, dan kata \u2018Ibu perlukan kamu untuk melakukan ini sekarang.\u2019\n\nKata Dr. Rojas, \u201cBiasanya apabila melihat anak saya, saya akan berkata, \u2018Hei Alex, tengok ibu. Apa yang kamu perlu buat sekarang?\u2019 Dia akan menjawab, \u2018Membaca\u2019. Kemudian saya akan katakan kepadanya, \u2018Tunjukkan saya apa yang kamu tahu kamu perlu buat sekarang.\u2019\n\nIbu bapa perlu juga menyedari jika ada sesuatu yang mengganggu tumpuan kanak-kanak. Adakah dia lapar atau letih? Untuk melawan kelaparan dan keletihan, berikan anak anda makanan ringan sebelum dia melakukan kerja rumahnya atau tugasan lain yang berstruktur. Pastikan makanan ringan tersebut adalah sihat, dan bukan yang dipenuhi gula dan lemak.\n\nMenurut Mayo Clinic, pilihan yang bijak adalah termasuk pretzel bijirin penuh, sayur mentah yang dicelup ke dalam kuah bebas lemak atau hummus, tairu, dan mentega kacang di atas pisang atau epal. Tidur yang baik pada malam hari juga penting, oleh itu pastikan anak anda mendapat rehat yang cukup.\n\nRamai kanak-kanak memerlukan sedikit rehat bila mereka pulang dari sekolah.\n\n\u201cSemua orang memerlukan masa di mana mereka tidak perlu melakukan apa-apa. Ia membantu kita untuk kembali segar dan fokus. \n\nJika kanak-kanak tidak mempunyai masa rehat seperti itu dan mempunyai jadual yang terlampau padat, mereka akan \u2018merayu\u2019 dengan cara memaparkannya melalui tingkah laku mereka,\u201d kata Dr. Rojas.\n\n\u201cMereka mungkin menentang rutin atau permintaan yang kita buat, untuk memberitahu kita yang mereka perlukan ruang supaya minda mereka bersiar-siar dan berehat.\u201d\n\nJika terdapatnya adik-beradik mengganggu satu sama lain, asingkan mereka di bilik lain semasa mereka membuat kerja.\n\nTips Hiatt Tentang Meningkatkan Tumpuan Anak\n\nHayati kisah Betsy Hiatt, seorang ibu kepada 6 orang di Olympia, Washington, tentang kepentingan untuk kanak-kanak menumpukan perhatian. 4 orang daripada anak-anaknya yang paling muda adalah 2 pasangan kembar, masing-masing berusia 6 dan 8 tahun.\n\nAnak kembarnya yang berusia 6 tahun mempunyai masalah dalam menumpukan perhatian di sekolah dan juga di rumah. Walaupun begitu, salah seorang anaknya yang berusia 8 tahun, yang sebelum ini mempunyai masalah tumpuan perhatian yang rendah menunjukkan peningkatan tumpuan yang semakin bagus apabila meningkat dewasa.\n\nStrategi beliau adalah dengan menyediakan rutin yang tegas dan berasingan. Sementara seorang anaknya berlatih bermain piano di ruang tamu, salah seorang anaknya yang lain menyiapkan kerja rumah di bilik yang berlainan bersebelahan dengan dapur, seorang lagi makan makanan ringan di dapur, dan seorang lagi membaca di suatu sudut di dapur.\n\nWalaupun strategi ini mungkin nampak seperti kerusi-kerusi muzik, ia berkesan untuk Hiatt kerana beliau mampu memberikan perhatian secara individu kepada setiap anak-anaknya.\n\n\u201cSaya sudah cuba meletakkan semua orang di dalam bilik yang sama, dan ia boleh berlaku, tapi ia cenderung untuk menjadi huru-hara dan tidak membantu,\u201d kata Hiatt.\n\n\u201cSaya mendapati kanak-kanak itu sudah berada di dalam bilik darjah sepanjang hari dan apa yang mereka mahukan adalah masa bersendirian bersama ibu mereka.\u201d\n\nHiatt ada anak-anak kembarnya yang lebih tua untuk membantu anak-anak kembarnya yang lebih muda untuk kekal fokus. Beliau tidak membenarkan mana-mana anaknya untuk menonton televisyen atau bermain dengan komputer sehingga mereka semua menyiapkan kerja sekolah mereka.\n\nHal ini memotivasikan mereka untuk membantu satu sama lain agar mengekalkan di dalam minda mereka terhadap tugasan-tugasan kerana mereka semua mahukan masa untuk menonton televisyen dan permainan komputer.\n\n\u201cAnda perlu sentiasa mengarahkan mereka, tetapi anda juga perlu membiarkan kanak-kanak tersebut memikirkan sendiri tentang sesuatu perkara,\u201d katanya.\n\n\u201cJadi, ibu bapa tidak patut mengalah daripada bercakap dengan anak mereka tentang kepentingan memberikan perhatian. Walaupun jika mereka tidak nampak seperti akan mendengar, sebenarnya mereka sedang mendengar.\u201d\n\nKanak-kanak boleh berhenti memberi respon dan berhenti memberi perhatian bila mereka fikiran mereka mengatakan tugasan tersebut terlalu sukar untuk dilakukan mereka. Mereka mungkin memerlukan arahan yang dipecahkan kepada beberapa langkah kecil.\n\nDr. Nickels berkata, sebagai contoh, daripada memberitahu seorang kanak-kanak untuk membersihkan biliknya, ia mungkin lebih baik untuk mengatakan, \u201cPertama, tolong kutip semua Lego dan ibu akan kembali dan beritahu kamu apa yang kamu perlu buat seterusnya.\u201d\n\nAdakalanya hanya dengan mengilustrasikan rutin itu di atas kertas dan tampalkan ia pada dinding boleh memberikan ingatan visual yang bagus berbanding dengan peringatan secara lisan yang berterusan tetapi tidak berkesan.\n\nLetakkan di dalam minda bahawa memberikan peringatan pendek adalah lebih positif dan memberi kesan lebih baik berbanding penerangan panjang lebar, memekik, atau menimbulkan rasa bersalah. Jangan lupa memuji kanak-kanak atas usaha mereka.\n\n\u201cBanyak masanya dalam budaya kita, kita memuji hasil. Kita kata \u2018Kerja yang bagus, lihat apa yang anda boleh buat.\u2019 Kita tidak fokus kepada bagaimana peritnya kanak-kanak itu telah berusaha untuk melakukan sesuatu,\u201d kata Dr. Nickels.\n\n\u201cDaripada mengatakan \u2018Awak tak menulis nama awak dengan betul, atau huruf H sepatutnya seperti ini, kita sepatutnya mengatakan \u2018Awak memegang pen dengan bersungguh-sungguh dan kekal dengan garisan itu. Itu sangat menarik.\u201d\n\nKajian juga menunjukkan latihan dapat membantu kanak-kanak untuk menumpukan perhatian. Kajian daripada Centers for Disease Control and Prevention dari tahun 2010 mendedahkan bahawa kanak-kanak yang bersekolah rendah mengambil rehat dari kerja di kelas untuk lebih aktif pada waktu siang boleh memberikan penumpuan lebih baik semasa melakukan kerja sekolah.\n\nKajian melaporkan bahawa ibu bapa yang menjadikan senaman sebagai keutamaan dalam keluarga akan mempunyai anak-anak yang lebih aktif secara fizikal. \n\nIbu bapa perlu membantu anak-anak mereka mencari sukan yang disukai, menyediakan permainan luar seperti bola dan tali untuk melompat, dan mengasingkan masa pada hari-hari tertentu seperti pergi berjalan atau menunggang basikal bersama.\n\nKaedah lain untuk menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih aktif adalah dengan menghadkan masa menonton TV, yang mana boleh meningkatkan penumpuan kanak-kanak. Kajian pada tahun 2011 yang diterbitkan di dalam Pediatrics mendapati Spongebob SquarePants dan kartun pantas yang lain memendekkan tahap penumpuan kanak-kanak berusia 4 tahun.\n\n\u201cRansangan terlampau dan pendedahan kepada televisyen, komputer, dan permainan video boleh memberi kesan buruk kepada tahap penumpuan.\u201d American Academy of Pediatrics mencadangkan masa yang digunakan tidak lebih dari satu atau dua jam sehari daripada jumlah tontonan tinggi kualiti, termasuk TV, video, komputer, telefon, dan permainan video. (dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak sepatutnya didedahkan kepada mana-mana masa tontonan dan media hiburan yang lain).\n\nDaripada memasang TV atau memberikan telefon pintar kepada anak-anak anda, pastikan mereka fokus kepada aktiviti lain yang boleh meningkatkan jangka masa tumpuan. Kanak-kanak boleh digalakkan untuk membaca, teka-teki atau \u2018puzzle\u2019, membantu menyediakan makan malam, membina kubu pertahanan daripada blok dan kerusi, dan membantu membuat kerja rumah.\n\nMatikan TV dan mulakan perbualan dengan seorang kanak-kanak muda boleh membina penumpuan; bila ibu bapa fokus kepada anak mereka dan mendengar, mereka sebenarnya sedang mempamerkan contoh bagaimana menumpukan perhatian kepada anak mereka.\n\nNamun adakalanya, seorang kanak-kanak boleh jadi mempunyai masalah penumpuan yang sukar untuk diselesaikan dengan strategi yang mudah. Di sini ibu bapa mungkin memerlukan bantuan daripada seorang guru, pakar pediatrik, atau pun pakar psikologi.\n\nBeberapa amaran termasuk seorang kanak-kanak berusia 4 hingga 5 tahun yang mempunyai masalah berterusan melibatkan diri dengan apa saja untuk lebih dari 2 atau 3 minit, memerlukan bimbingan berterusan untuk melakukan aktiviti yang sepatutnya boleh diuruskan, melompat daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain, dan tidak mampu untuk mengawal gerak hati.\n\nSebagai contoh, seorang kanak-kanak pra-sekolah mungkin tidak mampu untuk kekal duduk dan memberikan sepenuh perhatian semasa tempoh membaca kerana dia ternampak pembantu kelas menyediakan kudapan. Oleh itu dia akan bangun dari bulatannya kerana dia mahukan kudapan itu.\n\n\u201cJika dia mahu apa yang dia mahukan semasa dia mahukannya setiap masa, itu boleh menjadi satu petanda ketidakmatangan atau penumpuannya tidak berfungsi sepenuhnya pada usia 4 atau 5.\u201d Kata Dr. Rojas.\n\nIbu bapa perlu berhati-hati bila mengandaikan anak mereka mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), satu sindrom yang biasanya didiagnos pada awal kehamilan yang dicirikan oleh gerak hati, aktiviti terlampau, kecuaian, atau kombinasi kesemuanya. ADHD bukan selalunya menjadi punca utama; ada faktor-faktor lain yang mempengaruhinya.\n\n\u201cSebagai orang dewasa, semasa kita bimbang terhadap sesuatu, ia amat sukar untuk kita menumpukan perhatian.\n\nJika seorang kanak-kanak didiagnos dengan ADHD, ibu bapa perlu bekerja dengan pakar kesihatan mental untuk membina satu rancangan yang boleh membantu meningkatkan jangka masa tumpuan kanak-kanak.\n\nIsu kesihatan mental, seperti kemurungan, marah, dan kebimbangan, boleh menjadikan kanak-kanak sukar untuk fokus, dan kanak-kanak lebih muda memerlukan bantuan untuk belajar cara-cara menangani perasaan-perasaan ini. Ibu bapa perlu bercakap dengan anak-anak mereka tentang bagaimana perasaan mereka dan membantu mereka menukarkan perasaan mereka kepada perkataan.\n\nSebagai contoh, ibu boleh berkata, \u201cAwak tentu bimbang tentang ayah yang pergi atas urusan perniagaan.\u201d Bila perbualan bermula, langkah seterusnya adalah untuk membantu kanak-kanak itu untuk melakukan sesuatu yang akan membuatkannya merasa lebih baik, seperti melukis gambar untuk dihadiahkan kepada ayahnya apabila ayahnya pulang kelak.\n\nSekarang tiba masanya untuk mengaplikasinya. Gunakan tips dan strategi yang dikongsi untuk meningkatkan tumpuan anak. Berikan masa memberi keajaiban. Semoga membantu.Jangan lupa share ye, penat kami menulis. :-)"
"Setiap ibu bapa akan rasa begitu risau apabila anak terkena demam. Hati rasa tidak tenterm sehingga mahu buat kerja pun tidak fokus kerana asyik teringat-ingatkan anak yang demam. Apabila anak disahkan demam, mulalah ibu bapa beli pelbagai ubat dari klinik untuk sembuhkan anak mereka.\n\nSelepas itu, lihat anak semakin sihat baru hati tenang dan dapat buat kerja semula dengan fokus. Maklumlah anak adalah buah hati setiap ibu bapa, jika anak sakit begitu juga dengan ibu bapa. Masalah tidak berhenti setakat itu sahaja, timbul pula ruam pada badan si anak. Pening kepala ibu bapa memikirkan ruam apa itu.\n\nTahukah anda, demam mempunyai 4 jenis yang meninggalkan ruam?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 jenis demam yang akan meninggalkan ruam. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.\n\nJenis-jenis demam meninggalkan ruam pada badan\n\nKebanyakkan jangkitan virus, akan dimulai dengan demam dahulu, dan berakhir dengan ruam. Contohnya campak (measles), cacar air (chicken pox), roseola dan HFMD. Jom kita berkenalan dengan keempat-empat jangkitan ini dahulu.\n\nJangkitan ini adalah jarang dijumpai sebenarnya, disebabkan ianya sudah termasuk dalam vaksin MMR yang diberikan pada usia 9 bulan dan 12 bulan, yang memberikan 98% pertahanan dari jangkitan ini. Namun kadangkala dijumpai juga.\n\nKontak pertama anak dengan jangkitan ini boleh terjadi lebih kurang 2 minggu sebelum hari anak muai demam. Dalam masa 2 minggu tersebut, kuman sudah ada dalam badan, namun symptom belum keluar.\n\nAnak akan mulai demam panas, berterusan, dan symptom lain seperti batuk, selsema, kurang selera makan, lemah, dan sakit mata akan muncul sedikit demi sedikit. Waktu ini biasanya ibu bapa akan mulai risau, dan untuk anak yang mempunyai system pertahanan yang rendah, lebih mudah untuk pendapat komplikasi seperti dehidrasi, pneumonia (jangkitan paru-paru) ataupun meningitis (jangkitan selaput otak).\n\nTugas ibu bapa adalah untuk pastikan anak makan, cukup cecair dalam badan, berikan nutrisi yang boleh meningkatkan system pertahanan tubuhnya, dan sekiranya nampak terlalu lemah, jangan terlambat bawa ke klinik / hospital.\n\nAnak akan sakit dalam masa lebih kurang 10 hari, sehingga akhirnya akan keluar ruam besar dan merah pada badan. Waktu ini biasanya akan akan semakin sembuh, demam semakin kurang.\n\nSetelah habis ruam keluar, ia akan perlahan lahan hilang, dan anak akan kembali sihat seperti biasa. Tempoh masa sakit lebih kurang 2 minggu.\n\nBiasanya kontak pertama anak dengan jangkitan ini terjadi lebih kurang 10 \u2013 21 hari sebelum tanda pertama keluar.\n\nAnak akan mulai tidak sedap badan, merengek, dan demam pada 2 hari pertama sebelum ruam keluar. Kemudian diikuti dengan mula ruam berair, biasanya bermula pada dada, belakang, muka, dan akhirnya merebak ke seluruh badan. Demam boleh makin kurang, namun anak mungkin masih kelihatan lemah, dan kurang selera makan. Pastikan anak mendapat air dan makan yang cukup untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.\n\nSetelah hari ke 4-5, biasanya ruam akan mulai kering. Dan akan membaik dalam masa 1 minggu dari hari pertama timbul symptom.\n\nIni adalah virus yang biasa dijangkiti anak yang berusia kurang dari 2 tahun. Bermula dengan demam yang tinggi, boleh mencecah 40 darjah selsius. Demam boleh berterusan dan naik turun dalam tempoh 3 \u2013 7 hari. Dalam masa yang sama, anak juga mempunyai symptom batuk, selsema, kurang selera makan, dan juga cirit.\n\nSetelah hari ke 7, dan demam reda, akan mula naik ruam merah kecil di belakang dan depan dada anak. Yang akan bertahan lebih kurang 12 \u2013 24 jam. Pada masa ini anak sudah mula aktif, dan nampak semakin membaik. Ibu bapa sering risau pada masa ruam ini timbul, dan doktor biasanya akan menerangkan bahawa ini adalah tanda bahawa anak akan kembali sihat.\n\nIni adalah sekumpulan virus yang sering menjangkiti anak anak berusia kurang 5 tahun. Biasanya selepas kontak dengan kuman, 3 \u2013 6 hari seterusnya anak akan kelihatan tidak sihat dan demam pada 2 hari pertama. Setelah itu, akan mulai kelihatan ruam pada hujung jari tangan, kaki, telapak tangan kaki, tepi mulut, ulser dalam mulut, boleh juga ada ruam di punggung dan kelengkang.\n\nMasalah dari HFMD adalah ianya boleh menyebabkan anak tidak mahu makan disebabkan ulser dalam mulut, yang mengakibatkan dehidrasi, juga system pertahanan badan yang semakin lemah. Ruam juga boleh mendapat jangkitan sekiranya tidak dijaga betul ataupun diletakkan bahan yang tidak bersih padanya.\n\nBagi anak yang system pertahanan badannya kuat, dan tidak mempunyai komplikasi yang lain, ruam biasanya akan berterusan sehingga lebih kurang seminggu dah menghilang. Anak akan kembali sihat seperti biasa.\n\nSelain dari yang 4 ini, banyak lagi jangkitan virus yang akan berakhir dengan ruam, dan akan baik sendiri. Itulah sifat dari virus = self limiting. Sekiranya sudah terjangkit, pantau dan pastikan system pertahanan badan adalah kuat. Namun ada juga keadaan yang mendapat jangkitan sekunder dari bakteria sebelum betul betul sembuh, dan ini harus mendapatkan ubat yang lain.\n\n*Sudah kenalkan 4 jenis demam yang akan meninggalkan ruam pada badan. Jangan risau ruam ini akan hilang jika dijaga dengan baik dan makan ubat mengikut yang dijadualkan. Para ibu bapa tidak perlu lagi pening kepala macam mana mahu hilangkan ruam pada badan si anak kerana ia akan hilang cuma mengambil masa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Proses bersalin mengambil masa yang lama. Ada yang mengambil masa 20 jam untuk melahirkan anak. Begitu lama sekali masa yang diambil kerana ia bukannya mudah untuk melahirkan anak. Kita perlu tunggu pangkal rahim terbuka agar senang untuk menolak bayi keluar.\n\nSelepas bersalin, darah nifas akan keluar atau dengan bahasa yang senang sepanjang berpantang, darah nifas akan keluar. Maka, wanita tersebut perlu memakai tuala wanita sepanjang berpantang. Ia begitu berbeza sekali dengan darah haid.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai perbezaan darah haid dan darah nifas. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nSama ada melahirkan secara normal atau pembedahan, darah nifas adalah perkara normal buat ibu bersalin. Ia adalah (Lochia), discaj normal yang keluar daripada faraj wanita selepas bersalin yang mengandungi darah, mukus & tisu rahim.\n\nDarah nifas boleh berlanjutan sehingga 60 hari. Secara amnya, wanita dalam pantang akan mengalami nifas dalam enam minggu selepas bersalin. Pun begitu, jika darah berlanjutan keluar selepas 60 hari, ia mungkin simptom kepada masalah kesihatan yang lain. Bagi mendapatkan penerangan lanjut tentang topik ini, Pa&Ma sempat menemuramah Dr. Wan Elly Rushima Wan Abdul Rahim, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Hospital UMRA, Shah Alam.\n\nBersalin normal lebih banyak darah nifas\n\n\ud83d\udc49\u00a0Sebenarnya sama sahaja darah nifas yang keluar tidak kira bersalin normal atau pembedahan.\n\n\ud83d\udc49 Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita mengalami darah nifas yang lebih banyak selepas bersalin normal kerana darah akan keluar secara semulajadi berbanding wanita bersalin melalui pembedahan.\n\n\ud83d\udc49 Pada minggu pertama, darah keluar dalam bentuk ketulan dan berwarna merah terang. Selepas sepuluh hari, darah nifas akan bertukar warna kepada kecoklatan. Cecair ini boleh berterusan lebih kurang enam minggu (mungkin bagi sesetengah wanita akan datang haid dalam masa terdekat), sama ada menyusu atau tidak menyusukan anak.\n\nJika darah nifas mulai mengering dan sudah bertukar jernih dan kemudiannya didapati keluat semula darah dari faraj, terutamanya selepas 60 hari dan kemudiannya anda dapati keluar semula darah dari faraj, ia dikenali sebagai darah haid.\n\nPun begitu, terdapat beberapa jenis pendarahan yang membimbangkan dan harus diberi perhatian:\n\n* Jika pendarahan berterusan dan memenuhi tuala wanita setiap jam dan perlu disalin kerap\n\n* Setiap pendarahan disertai dengan rasa sakit yang teruk\n* Ibu mengalami demam secara tiba-tiba\n\n* Pendarahan yang banyak berterusan lebih seminggu\n\nWarna, Bau Dan Rupa Daraf Nifas Yang Normal\n\n\ud83c\udf02Lochia Rubra \u2013 selepas bersalin hingga hari keempat dan kelima berwarna merah pekat, darah yang banyak dan mungkin berketul\n\n\ud83c\udf02Lochia Serosa \u2013 hari keempat hingga kesepuluh berwarna kecoklatan, merah semakin pudar, kurang perdarahan dan lebih banyak mukus\n\n\ud83c\udf02Lochia Alba \u2013 hari 10- 42 berwarna kekuningan, tiada\ndarah atau sedikit keputihan (discaj biasa)\n\n\ud83d\udc49\u00a0Untuk tiga ke empat hari pertama selepas melahirkan\nanak, ibu akan mengalami pendarahan merah yang terang.\nRupanya lebih kurang sepereti darah haid pada hari-hari pertama. Ini dikenali sebagai darah nifas.\n\n\ud83d\udc49 Selepas hari keempat dan kelima, darah ini akan menjadi lebih berair dan mulai kelihatan seperti warnanya merah jambu. Jika anda mengalami pendarahan yang banyak pada hari-hari pertama, itu adalah perkara normal.\n\n\ud83d\udc49 Sekiranya ia berterusan dan semakin banyak atau merah terang, anda perlu berehat dan lihat sama ada ia berkurangan. Jika masih sama, segeralah berjumpa dengan doktor. Sekitar hari kelapan dan kesepuluh selepas kelahiran, aliran darah yang merah jambu tadi akan bertukar kepada pelepasan putih kuning yang banyak. Pendarahan bertompok (spotting) boleh berlaku selepas enam minggu bayi dilahirkan. Tetapi biasanya buat kebanyakan wanita, ia akan tamat lebih awal.\n\n\ud83d\udc49 Bagi sesetengah ibu, dalam tempoh enam ke lapan minggu selepas bersalin akan datang haid jika tidak menyusukan anak. Bagi ibu yang menyusukan, kedatangan haid mungkin kembali pada masa yang berbeza-beza. Sesetengah wanita mungkin tidak akan datang haid selama dia menyusukan anak, ada yang akan datang dalam tempoh beberapa bulan sama ada menyusukan ataupun tidak.\n\n\ud83d\udc49 Jika haid datang awal dan ibu tersebut bersalin normal, penggunaan tampon mungkin tidak digalakkan oleh doktor kerana tubuh masih melalui fasa penyembuhan dan penggunaan tampon mungkin boleh mengundang trauma.\n\n\ud83d\udc49Gunakan tuala wanita yang sesuai dengan keperluan anda\ndan tukarlah secara kerap. Menggunakan tuala wanita yang sama dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing atau rahim.\n\n*Darah nifas berlanjutan sehingga 60 hari berpantang manakala darah haid hanya seminggu sahaja. Tetapi apa yang sama adalah selepas habis darah haid dan nifas, wanita perlu mandi wajib sebelum mula beribadah. Ia adalah untuk membersihkan secara terperinci segala darah yang ada. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tahukah anda? Terdapat beberapa tempat menarik di Taiping yang dikatakan tempat lagenda yang tertua di negara kita.\n\nIstimewanya Taiping kerana tempat-tempat yang anda bakal lawati ini bukan sekadar untuk mengisi waktu cuti sahaja, tetapi juga anda dan keluarga dapat bercuti sambil belajar.\n\nAnda boleh mulakan lawatan anda di Taiping dengan mengunjungi tempat-tempat bersejarah. Setelah isi minda dengan fakta-fakta sejarah, anda boleh melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit.\n\nSetelah penat beriadah, anda juga boleh ke tempat rekreasi air untuk menyegarkan diri. Cukup lengkap dan pelbagai jenis aktiviti yang ada boleh lakukan di Taiping. Pasti anda akan teruja untuk bercuti di sini.\n\nAntara tarikan utama di Taiping adalah Zoo Taiping. Tahukah anda? Zoo Taiping\u00a0adalah zoo yang pertama di Malaysia. Zoo ini berkeluasan 30 ekar serta memuatkan sekitar 1300 ekor haiwan yang bebas bergerak di dalam habitat semula jadi mereka. Selain itu, Zoo Taiping juga merupakan pelopor Night Safari di Malaysia. Haiwan-haiwan ini lebih aktif pada waktu malam. Semakin aktif haiwan-haiwan ini, semakin seronok anda dapat melihat pelbagai aksi haiwan di sini.\n\nIstimewanya Zoo Taiping adalah aa terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (8.30pagi \u2013 6.00petang)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM8.00\n\nLokasi:\u00a0Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping\n\nDengar nama Spritzer, mesti kita terbayang air mineral kan? Ya. Syarikat air mineral ini juga mempunyai hartanahnya tersendiri di Taiping, iaitu Spritzer Eco Park. Di taman rekreasi ini, selain daripada menikmati landskap taman yang cantik dan semulajdi, anda juga boleh mendapatkan info tentang pemprosesan air mineral di ruang The Discovery Tunnel.\n\nMalah, terdapat juga ruang Kidz Zone bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang ingin menjalankan aktiviti reka cipta menggunakan barangan kitar semula seperti kotak dan botol minuman.\n\nTerdpat juga lapangan mini golf sebanyak 18 lubang untuk anda sekeluarga beriadah bersama dengan bayaran yang berpatutan.\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Jumaat (11.00pagi & 3.00petang) | Sabtu (11.00pagi)\n\nLokasi: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000, Taiping\n\nMuzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Senibina mangunan muzium ini berentuk neo-klasik Inggeris.\n\nMuzium ini mempamerkan lebih daripada 8000 koleksi barangan kebudayaan, arkeologi dan alam semula jadi. Sesetengah daripada bahan yang dipamerkan di sini telah diklasifikasikan sebagai koleksi limited edition yang berusia lebih daripada seratus tahun dan sukar ditemui ataupun semakin pupus. Antara yang dapat dilihat di muzium ini adalah spesimen haiwan, artifak kraftangan, tembikar dan banyak lagi.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Ahad (9.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM2 | Kanak-kanak Bawah 12 Tahun & Berpakaian Sekolah Percuma\n\nLokasi:\u00a0Jalan Taming Sari, Taiping, 34000\n\nTurut dikenali sebagai Cultural Village atau perkampungan warisan, hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari bandar Taiping untuk ke sini. Jika anda sekadar ingin bersantai, anda digalakkan untuk ke sini kerana kawasannya yang kelihatan menenangkan.\n\nAnda akan merasakan pengalaman seperti berada di kampung kerana terdapat rumah dan barang unik atau tradisional menghiasi kawasan ini. Bukan itu sahaja, kawasan yang dipenuhi tumbuhan menghijau pasti membuatkan anda rasa tenang dan nyaman.\n\nBanyak sudut menarik yang disediakan khas untuk anda bergambar sepuas hati. Ada juga replika gergasi yang besar. Pelbagai kemudahan disediakan dengan percuma seperti tandas dan parking lot. Jika anda lapar, ada kafe dan gerai buah di sini.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi \u2013 7.00 malam)\n\nLokasi: MA22 Agro Park Kamunting Perak, Lot 5690, Kampung Teratai Ayer Putih, Kamunting\n\nTrong Leisure Farm boleh dikatakan sebagai taman itik kerana terdapat banyak itik dari kecil hingga ke besar. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah melawat dan memberi itik makan, memancing ikan dan menaiki boat itik . \n\nNak menginap di sini pon boleh kerana ada resort yang selesa untuk anda. Jika anda menginap di sini, anda akan mendapat pakej atau tiket percuma masuk ke ladang ternakan itik. \n\nJangan lupa bergambar kerana kerana banyak spot ootd yang menarik seperti di replika itik gergasi. Sesuai untuk bawa seisi keluarga bercuti dikelilingi flora dan fauna.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi \u2013 6.00 petang)\n\nBayaran: Kanak-kanak (RM 4) | Dewasa (RM 8) *termasuk tiket kasino dan sail boat\n\nLokasi: PT293, Kuala Trong Street, 34800 Trong, Perak, Malaysia.\n\nAnda suka akan aktiviti lasak? Apa kata ajak keluarga atau rakan-rakan untuk menunggang ATV sambil meneroka keindahan alam. Dapat legakan stress apabila jauh dari hiruk-pikuk kota.\n\nTak reti menunggang ATV atau pertama kali ingin mencuba? Kurang keyakinan untuk meredah hutan dan sungai? Jangan risau, dengan harga pakej yang sangat berbaloi anda akan dibimbing dan dibantu oleh staff sepanjang perjalanan anda di sana.\n\nLokasi: Lot 3644, Pejabat Rekreasi, Jalan Air Terjun, 34000 Taiping\n\nOld House Museum merupakan sebuah rumah kedai lama yang telah dibina pada sekitar tahun 1880 oleh seorang ahli perniagaan Cina, Lim Zi You.\n\nRumah kedai kayu ini terletak berhadapan dengan Market Square Taiping. Rumah kedai ini nampak kecil dari luar, jangan terkejut kerana kawasan di dalamnya besar memanjang ke belakang, malah dilengkapi dengan taman indoor.\n\nOld House Museum dipenuhi dengan pelbagai barangan antik yang terdiri daripada perabot, tembikar China, koleksi radio-radio klasik dan banyak lagi. Barang-barang antik ini bukan sahaja untuk dipamerkan, malah ada sesetengahnya boleh dibeli.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Jumaat (10.00pagi \u2013 6.00petang) | Sabtu & Ahad (9.30pagi \u2013 6.00petang)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3 | Bawah 6 Tahun Percuma\n\nLokasi:\u00a02A, Market Square, 34000 Taiping\n\nMuzium Matang pada asalnya adalah sebuah rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut. Koleksi pameran di muzium ini terdiri artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu. Secara tidak lagsung, anda akan dapat belajar dan mengetahui sejarah zaman penjajah di Perak.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nLokasi:\u00a0Kompleks Sejarah Matang, Jabatan Muzium & Antikuiti Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Taiping\n\nRumah Rehat Lama yang kini dikenali sebagai Lagenda Inn, terletak berdekatan Stesen Keretapi Taiping.\n\nRumah Rehat Lama mula dibina pada 1887. Asalnya, ia sebuah bangunan satu tingkat yang dibina untuk dijadikan rumah kediaman gabenor Perak. Kemudian, ia dinaiktaraf oleh Pihak British menjadi bangunan batu dua tingkat pada tahun 1894.\n\nTerpahat tulisan \u2018Rest House 1894\u2019 pada pediment rumah klasik ini, seterusnya menjadikan ia rumah rehat yang pertama di Tanah Melayu.\n\nLokasi: Rest House, Station Road, Taiping\n\nKe mana-mana tempat bercuti yang anda lawati, pasti pusat bandarnya wajib anda singgah untuk melihat latar belakang tempat tersebut. Begitu juga sekiranya anda bercuti di Taiping. Bandar Taiping atau nama lamanya, Klian Pauh merupakan ibu kota kepada daerah Matang, Larut dan Selama.\n\nDi bandar ini, anda akan dapat lihat banyak bangunan-bangunan lama tinggalan zaman penjajah British. Oleh kerana Taiping menjadi tempat pengeluaran bijih timah, maka haruslah bandar ini dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada ketika itu. Tidak hairanlah, Taiping mempunyai banyak tempat yang menarik dan tertua dibina di Tanah Melayu.\n\nMasjid Lama Bandar Taiping terletak di tengah kesibukan bandar Taiping iaitu di Jalan Kota, Kampung Jambu di bandar tengah Taiping. Masjid Lama Bandar Taiping ini telah dibina pada tahun 1893 oleh keluarga Ngah Ibrahim sendiri.\n\nMasjid ini sebenarnya telah dibina untuk menggantikan bangunan asal yang merupakan sebuah madrasah yang berdindingkan kayu. Pengaruh seni bina budaya Belanda telah menjadi inspirasi kepada arkitek untuk membina masjid pertama yang dibina daripada batu di bandar Taiping.\n\nMasjid yang tertua di Taiping ini telah dibina lebih daripada 100 tahun. Dengan senibinanya yang unik, Masjid Lama Bandar Taiping telah digazetkan sebagai bangunan warisan di bandar ini.\n\nLokasi: Jalan Kota, Kampung Jambu, 34000 Taiping\n\nMenara Jam Besar Taiping terletak ditengah-tengah bandar Taiping.\u00a0Menara jam\u00a0ini dibina pada tahun 1871. Rekabentuk menara jam ini telah dibuat oleh seorang arkitek berbangsa Inggeris manakala pembinaannya telah dilakukan oleh buruh tempatan bercirikan kolonial. Bangunan menara ini mempunyai pengaruh gaya rupa Palladian.\u00a0Ianya menjadi mercu utama di bandar Taiping ini.\n\nMenara jam ini asalnya merupakan sebuah Balai Polis Taiping yang dibina pada 1881. Kini ianya menjadi tarikan pe\u00adngunjung kerana dijadikan pejabat pusat pelancongan.\n\nLokasi: 55, Jalan Kota, 34000 Taiping\n\nSatu lagi Menara jam yang terdapat di Taiping terletak berdekatan dengan pasar. Menara jam ini dikenali sebagai New Clock Tower. Ia memiliki reka bentuk yang sangat unik dengan kaca berwarna-warni yang agak menarik untuk dilihat.\n\nNamun jam pada menara ini sudah tidak berfungsi lagi. Terdapat tulisan \u201cPasar Lamar, 1885.\u201d pada bangunan Menara. Kebiasannya pelancong hanya singgah sebentar sahaja di sini untuk mengambil gambar kenangan.\n\nLokasi:\u00a0Jalan Taming Sari, Taiping 34000\n\nTaman Tasik Taiping\u00a0merupakan kawasan rekreasi bekas\u00a0lombong\u00a0bijih timah\u00a0yang tertua di Malaysia. Taman ini sesuai untuk anda berkelah dan bersantai bersama keluarga di petang hari. Keindahan Taman Tasik Taiping sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Banyak juga filem yang menjalankan penggambaran di sini.\n\nBanyak aktiviti dan kawasan menarik lain yang anda boleh lawati di sekitar Taman Tasik Taiping. Antaranya\u00a0Taiping Equine Park\u00a0yang menyediakan aktiviti menunggang kuda. Selain itu, anda akan dapat lihat deretan kubur yang sangat tersusun di Taiping War Cemetery. Di sini juga terdapat kawasan air terjun dengan kemudahan asas untuk orang ramai iaitu Burmese Pool Waterfall.\n\nLokasi:\u00a0Taiping Lake Garden, 12, Medan Istana 2\n\nTempat percutian Bukit Merah Laketown Resort merupakan destinasi percutian yang menyeronokkan bagi anda sekeluarga. Tempat ini mempunyai 2 jenis taman iaitu Waterpark dan Ecopark.\n\nAntara aktiviti menarik yang dapat anda lakukan di Ecopark ini seperti Skycycle, Nature Trail dan Tropical Trail. Bahagian-bahagian taman yang terdapat di sini pula adalah seperti Reptile Park dan Pets Parks. Manakala Waterpark pula terdapat Body Slides, Water Speed Slides, Activity Pool, Lazy River, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar dan banyak lagi.\n\nLokasi: Jalan Bukit Merah Semanggol, 34400 Simpang Ampat Semanggol\n\nEthno Valley merupakan pusat rekreasi yang terdapat di Changkat Jering. Jika anda dari bandar Taiping, ia mengambil masa kira-kira 25 minit untuk tiba di sini. \n\nTerdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti memancing, mandi-manda di kolam renang, memanah dan sebagainya. Anda juga boleh membawa anak-anak melawat mini zoo atau taman herba.\n\nEthno Valley juga menyediakan penginapan yang sangat selesa, murah dan berbaloi. Resort yang berkonsepkan alam semula jadi ini mempunyai 18 buah unit chalet serta 3 buah homestay.\n\nLokasi: Jalan baru, kampung senduk, 34850 Changkat Jering\n\nAktiviti menunggang kuda akan menjadikan percutian anda di Taiping lain daripada yang lain. Ini kerana, tidak semua tempat bercuti ada taman kuda seperti ini. Malah, tidak ada bayaran dikenakan untuk memasuki Taiping Equine Park.\n\nAnda boleh membeli lobak merah yang dijual di sini untuk memberi makan kepada kuda. Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar sekitar taman ini untuk melihat kendang kuda, kawasan aktiviti dan terapi kuda.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Selasa \u2013 Jumaat (8.30pagi \u2013 11.00pagi & 3.30petang \u2013 7.00malam) | Sabtu & Ahad (8.30pagi \u2013 7.00malam)\n\nLokasi:\u00a0Taiping Equine Recreation,Jalan Bukit Larut, 34000 Taiping\n\nBurmese Pool merupakan kawasan perkelahan yang popular di Taiping. Ia terletak di Kaki Bukit Larut. Kolam ini dibina pada tahun 1870 dan merupakan kolam renang pertama dibangunkan di Malaysia. Suasana alam sekitar yang mendamaikan, disamping airnya yang jernih menjadi tarikan utama pengunjung untuk datang mandi-manda di Burmese Pool.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\n\nLokasi: Burmese Pool, Taman Sentosa, Taiping\n\nSelain Burmese Pool, ada satu lagi kawasan mandi-mandi ditemani alam semulajadi yang anda boleh lawati, iaitu Air Terjun Pecah Batu. Air terjun ini terletak di kaki Gunung Bubu, Trong. Kawasan ini jauh dari bandar Taiping, jauh dari pembangunan, membuatkan ia suatu kawasan yang terpelihara dengan alam semulajadi dan udara yang segar.\n\nSuasana di sini amat tenang dan mendamaikan. Air terjunnya juga cantik. Terdapat tempat mandi yang cetek sesuai buat kanak-kanak. Namun, terdapat juga kawasan air dalam yang sesuai untuk orang dewasa. Sekiranya anda inginkan kawasan air terjun yang lebih cantik, anda boleh memanjat ke kawasan lebih atas.\n\nWalau bagaimanapun, sekiranya cuaca kurang elok atau hari hujan, anda dinasihatkan tidak bermandi-manda di kawasan ini untuk elakkan fenomena kepala air.\n\nLokasi:\u00a0Jalan Kuala Trong, 34800 Trong\n\nBukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.\n\nSuhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.\n\nBagi anda yang menggemari aktiviti mendaki, jangan lepaskan peluang ini untuk mendaki Bukit Larut yang berketinggian 1250 meter dari paras laut. Laluan untuk mendaki juga telah ditar. Ini memudahkan anda untuk sampai ke puncak. Namun, bagi yang tidak mahu mendaki, khidmat sewa jeep turut disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.\n\nLokasi:\u00a0Maxwell Hill, Pegawai Penjaga Bukit Larut, Taiping, Perak, 34000 Taiping\n\nKuala Sepetang atau nama lamanya Port Weld adalah sebuah perkampungan nelayan. Ia terletak kira-kira 12km dari Bandar Taiping. Kuala Sepetang juga amat sinonim dengan mee udang. Terdapat banyak kedai yang menyajikan mee udang dengan pelbagai kualiti dan citarasa.\n\nSelain mee udang, antara aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah melawat kilang arang, ikan masin dan kelip-kelip. Malah, tarikan utama kebanyakan pelancong di Kuala Sepetang adalah Hutan Paya Bakau Matang.\n\nMatang Mangrove Forest Reserve merupakan hutan paya bakau yang terbesar di Malaysia dengan berkeluasan lebih daripada 40,000 hektar.\u00a0Ia juga telah digazetkan sebagai hutan simpan sejak tahun 1906 seterusnya membuatkan Matang Mangrove Forest Reserve merupakan hutan simpan yang tertua di negara ini.\n\nLokasi: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang\n\nStesen Keretapi Taiping adalah stesen keretapi pertama di Tanah Melayu. Ia dibina pada tahun 1882 di tanah Sekolah Rendah King Edward VII sekarang diletak. Ia terbuka secara rasmi pada tahun 1885 oleh Sir\u00a0Hugh Low, Residen British Perak yang pertama.\n\nAntara 1890 ke awal 1990-an, stesen ini dipindah dari tempat asalnya ke aliran utama. Landasan keretapi ini dibina untuk menghubungkan Taiping ke Port Weld atau Kuala Sepetang untuk mengangkut bijih timah.\n\nStesen ini tidak lagi beroperasi, tetapi masih dikekalkan untuk tatapan umum. Landasannya pula telah dibuang pada sekitar pertengahan tahun 1980-an.\n\nLokasi: Stesen Keretapi Taiping, 34000 Taiping\n\nGaleri multi-dimensi semakin banyak wujud di tempat pelancongan di negara kita, termasuklah Taiping. Di 5D Art Paradise Taiping, anda boleh bergambar aksi bebas mengikut kreativiti masing-masing. Sebelum datang ke sini, pastikan bateri telefon pintar anda penuh agar anda dapat berkreativiti sepuas hati dan mengabadikan setiap gambar mural dalam galeri telefon pintar anda.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am \u2013 7.30pm)\n\nBayaran:\u00a0131 cm & Keatas RM25 | 91 cm \u2013 130 cm RM20\n\nLokasi: No 25, Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Perak\n\nDiusahakan oleh sebuah keluarga sejak lebih 30 tahun dahulu, menempatkan pelbagai jenis cendawan, Antaranya adalah cendawan tiram, cendawan lingzhi, cendawan susu harimau dan sebagainya. \n\nDi sini anda boleh meneroka pelbagai jenis cendawan sambil belajar bagaimana cara menanam dengan yang betul. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli cendawan segar di sini.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi \u2013 4.30 petang)\n\nLokasi: Lot 1626, Lorong 1, Kampung Setia, 34700 Taiping\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Taiping yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk pergi dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Resepi sos black pepper viral lain dari yang lain. Sesiapa yang sudah cuba ramai yang syok sendiri sebab boleh masak sos yang sedap sangat.\n\nJadi kali ini kami kongsikan resepi sos black pepper ala Afy AL Habibi yang dikongsikan di laman Facebook dalam ayat lebih ringkas. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Ramai followers yang sudah pernah cuba sangat setuju resepi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa.\n\nResepi ini langsung tidak buat muak walaupun ianya menggunakan sos keju, serbuk cheese dan planta. Tampilan sos dengan warna yang menarik dan tekstur yang pas betul-betul berbeza dengan resepi lain. Anda wajib cuba resepi ini untuk dihidang dengan lamb chop dan chicken chop misalnya. Dijamin sedap lupa dunia.\n\nSelain sos black pepper viral, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Oh sunblock [ Nina Sinso ]\n\nSecara peribadi, saya sendiri memandang remeh tentang pemakaian sunblock. Saya berpendapat memakai sunblock ini merimaskan, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang agak panas. Saya juga sering menyalahkan sunblock sebagai punca munculnya jerawat di muka.\n\nTeringat waktu dahulu, saya mula memakainya selepas emak saya sering memaksa saya memakainya. Sedikit pun saya tidak tahu kepentingannya. Sehingga kini pun, saya memakainya kerana \u201cmak suruh\u201d. Bukan kerana saya PATUT memakainya.\n\nSegalanya berubah selepas saya menonton video ini. Terkejut! Baru saya Nampak betapa pentingnya sunblock. Saya yakin, persepsi anda pun turut berubah!\n\nVideo ini dihasilkan oleh Thomas Leveritt, seorang videopgrapher. Dalam video ini, dia menyuluh sinaran ultra-violet kepada muka orang ramai untuk mendedahkan kesan buruk matahari pada kulit manusia. Anda pasti terperanjat dengan keajaiban yang boleh dilakukan oleh sunblock!"
"Makan buah rasa kurang kalau tidak ada colek buah, betul bukan? Siapa suka beli colek buah atau kuah rojak buah di kedai? Sekarang tidak susah lagi kalau ingin beli sebab banyak orang jual yang siap jadi.\n\nBagaimanapun juga, buat sendiri colek buah macam menarik bukan? Justeru, kalau buat sendiri boleh sesuaikan pedas manisnya, boleh letak kacang banyak mana pun, bersih, dan tidak mahal manapun, berbaloi puas makan. Jika anda teringin buat colek buah sendiri baik ikut resepi di bawah yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook. Gerenti lebih sedap daripada kedai punya.\n\nBuah-buahan semacam mangga, jambu, nenas, dan banyak lagi, amat sesuai dimakan dengan colek buah ini. Pekat dan pas rasa pedas manis. Jom petang-petang mengudap dengan colek buah.\n\nSelain colek buah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Topik tentang kecantikan sememangnya tidak akan pernah habis dibincangkan. Jom baca tentang rahsia kecantikan dalaman dengan lebih terperinci.\n\nApakah makna kecantikan yang sebenar bagi anda? Wajah yang sempurna tanpa cacat cela atau kulit yang cerah kemerahan? Atau adakah anda berbangga mempunyai bentuk badan yang kurus dan ramping?\n\nKebanyakan kita beranggapan kecantikan luaran seperti ini yang perlu diutamakan. Malahan, tak keterlaluan jika dikatakan bahawa sesetengah orang menganggap wanita yang cantik sangat bernasib baik.\n\nMengapa wujud anggapan seperti ini? Wanita yang cantik lebih mudah mendapat perhatian terutamanya daripada kaum lelaki. Apa saja yang mereka buat, pakai atau katakan lebih mudah diterima.\n\nSebenarnya, Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Jika yang kurus, putih dan tinggi itu definisi cantik. Jadi, apakah hikmah Allah menciptakan manusia yang gemuk, gelap dan pendek?\n\nJusteru, dalam artikel ni, penulis akan mengupas topik berkaitan kecantikan yang sebenar. Semoga artikel ni dapat mengubah pemahaman para pembaca tentang kecantikan.\n\nKecantikan dalam erti kata yang sebenar ialah sesuatu yang indah dan menarik perhatian. Namun, tidak cukup jika anda mempunyai wajah yang cantik saja tetapi aspek dalaman terabai.\n\nAspek dalaman yang perlu dijaga ialah kesihatan tubuh, mental dan jiwa. Anda semua tentu pernah mendengar kata-kata ini:\n\n\u201cOuter beauty pleases the eye. Inner beauty captivates the heart.\u201d\n\nMaksudnya ialah kecantikan luaran sememangnya menarik perhatian orang. Namun begitu, seseorang yang cantik dalamannya lebih memberi tempat dalam hati kita. Mengapakah begitu penting kecantikan dalaman?\n\nJom baca tentang tips kecantikan dalaman untuk kekal menawan bukan saja pada luaran.\n\nUntuk mendapatkan kulit yang cantik dan sentiasa awet muda, kita sanggup berhabisan untuk membeli produk wajah. Itu belum lagi dicampur dengan rawatan kecantikan sebulan sekali.\n\nUntuk kelihatan sentiasa ramping, anda sanggup sekat makan. Tak keterlaluan jika kata ada yang tak makan nasi. Pantang dengar tentang produk kuruskan badan, pasti anda sanggup menabung.\n\nSebenarnya, kita juga perlu \u2018melabur\u2019 untuk kesihatan tubuh. Maksud melabur bukannya dengan membeli ubatan atau produk kesihatan. Kita perlu menjaga aspek pemakanan dan amalkan gaya hidup aktif untuk kekal sihat.\n\nApabila kekal sihat, wajah akan nampak ceria dan berseri-seri. Ini akan memudahkan kita untuk membuat ibadah seperti solat, berpuasa dan mengerjakan haji atau umrah. \u00a0Malah, kita dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai seperti bercuti, bersukan dan sebagainya.\n\nOrang yang tidak menjaga kesihatan tubuh akan mudah mendapat sakit. Ini akan menjejaskan aktiviti harian, malahan untuk bekerja juga menjadi sukar.\n\nOleh itu, pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan dengan menitiberatkan aspek berikut:\n\nOrang yang normal seharusnya mempunyai mental yang sihat. Mental yang sihat maksudnya berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu. Orang yang sihat mentalnya mampu berfikir, membuat keputusan dan mempertimbangkan sesuatu dengan waras.\n\nTidak guna jika wajah saja yang cantik tetapi suka membuat sesuatu perkara dengan jalan yang singkat. Jika anda tergolong dalam golongan seperti ini, pastinya ia perlu diubah. Ia bukan saja memberi kesan buruk kepada anda tetapi juga orang sekeliling.\n\nBagaimana untuk membentuk mental yang sihat? Banyakkan bergaul dengan orang-orang yang positif. Selain itu, tanamkan dalam diri agar jangan mudah berburuk sangka dengan orang lain.\n\nPaling penting tanamkan nilai keagamaan dan moral lebih-lebih lagi kepada anak-anak. Sentiasa ingatkan diri agar menjadi manusia yang baik kepada diri sendiri dan orang lain.\n\nSentiasa menjadi pendengar setia kepada masalah anak-anak. Berikan kasih sayang dan perhatian secukupnya. Ini akan membentuk nilai-nilai murni dalam diri mereka sejak kecil lagi.\n\nJika ada orang yang memberi teguran, terima dengan hati yang terbuka. Jangan mudah marah dan menyampaikan kata-kata yang tidak elok. Ini kerana ia bukan saja memberi kesan negatif kepada orang yang dituju tetapi juga diri sendiri.\n\nJika anda mempunyai wajah yang cantik tetapi hati yang hitam, anda tetap hodoh. Berbeza pula dengan orang yang wajahnya biasa-biasa saja tetapi hatinya sangat cantik. Tahniah, andalah antara wanita tercantik dalam erti kata sebenar.\n\nOrang yang mempunyai hati yang cantik akan terserlah di wajahnya. Mereka akan disenangi, disayangi dan dihormati oleh orang lain. Apakah tanda-tanda seseorang itu mempunyai hati yang cantik?\n\nSebagai manusia biasa kita selalu mengimpikan wajah yang menawan tanpa mempedulikan kecantikan dalaman. Bagi kita, itu perkara yang tersembunyi. Yang mungkin adalah kekurangan diri sebagai manusia biasa.\n\nSetiap manusia pasti ada kekurangan dan tidak akan sempurna. Namun, kita boleh cuba untuk menjadi manusia yang sempurna. Kita pasti boleh menjadi wanita yang menawan dari segi rupa, akhlak, mental dan jiwanya.\n\nJika kita dapat menyeimbangkan ketiga-tiga aspek yang dibincangkan ini, pastinya kita tergolong dalam wanita yang cantik. Anda hendak menjadi wanita yang cantik? Lupakan stigma masyarakat yang mementingkan penampilan luaran.\n\nSedangkan yang tersembunyi di sebalik pakaian dan tudung, hanya kita saja yang tahu. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengubah pandangan lapuk ini.\n\nWajah yang cantik itu tidak semestinya mempunyai hati yang baik. Namun, orang yang baik pasti mempunyai wajah yang cantik. Itulah yang perlu kita sematkan dalam diri.\n\nItu saja perkongsian penulis tentang rahsia kecantikan dalaman. Para pembaca juga boleh membaca info tentang fikir positif. Klik sini iika berminat hendak membaca tentang didikan akhlak kanak-kanak."
"Selalunya kalau sebut Negeri Sembilan, pasti masakan pedas yang terlintas di kepala anda bukan? Hari ini kami akan berkongsikan resepi daging salai masak kunyit kepada anda!\n\nNegeri Sembilan dengan kepedasan tidak dapat dipisahkan lagi. Semua sedia maklum bahawa orang Negeri Sembilan memang suka makan pedas! Tambah tambah lagi kalau makanan itu menggunakan cili api, lagilah suka.\n\nUntuk mereka di luar sana yang memang suka pedas, anda boleh lah cuba resepi ini sendiri! Memang ternyata pedas. Rata rata netizen memberi feedback yang positif kepada resepi ini.\n\nApa anda tunggu lagi. Ayuh segera ke dapur! Boleh lah masak sebagai makan tengah hari atau pun makan malam untuk seisi keluarga anda.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Mastura Ajam\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSelain resepi daging salai, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Mesti ramai yang mencari resepi kek tornado. Tidak perlu risau kerana kami akan hadirkan resepi kek tornado secara percuma kepada anda semua. Resepi kali ini kami datangkan daripada \u200e\u200eIda Alina Salleh di laman Facebook. Resepi telahpun disesuaikan dengan tekak sendiri namun tanpa mengabaikan rasa kek tornado yang sebenar.\n\n\u201cResepi ini adalah intepretasi Kek ala Tornado orang jauh\u201d, kata Puan Ida, kerana kek ini sudahpun disesuaikan untuk ikut tekak orang yang suka makan dessert bercoklat tapi tidak kuat manis. Cuba buat sihat sedikit, kurangkan manis dan gunakan bahan premium, dan tidak guna ovalette. Dan menariknya, kek jadinya manis sedang elok, dan rasa coklatnya lebih menyeluruh.\n\nAsasnya kek tornado terdiri daripada tiga komponen: Sponge coklat yang dikukus, lapisan cream cheese yang \u201clight\u201d, dan chocolate ganache. Jika anda ikut betul-betul resepi yang kami kongsikan ini konfirm kek tornado anda akan menjadi, teruja tengok coklat ganache yang cair dan melimpah itu.\n\n\u00bd cawan kopi panas ( \u00bd sudu teh kopi instan, \u00bd cawan air mendidih).\n\nGunakan whisk tangan saja, pukul telur dengan gula hingga rata, masukkan esen vanilla, campuran minyak, susu dan pukul hingga sebati.\nMasukkan bahan B yang sudah diayak. Kacau rata.\nMasukkan campuran kopi panas, dan kacau rata.\nKukus hingga masak (saya guna bekas besar, ambil masa 50 minit).\n\nSelain kek tornado, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anda nak tak idea DIY rak baju yang boleh dibuat sendiri di rumah? Selain nampak menarik dan kreatif, kos membuatnya juga jauh lebih murah. Kini, terdapat pelbagai jenis cara yang boleh dilakukan untuk membuat DIY apa saja barangan penting.\n\nCakap saja nak DIY apa. Dari sekecil-kecil benda seperti kad kahwin hinggalah ke perabot besar juga boleh DIY. Kadangkala, almari baju boleh patah dan roboh setelah lama digunakan. Hendak beli yang baru bukannya murah bukan?\n\nKebanyakan wanita paling malas nak lipat kain. Betul tak? Baik ngaku cepat! Dengan DIY sendiri di rumah, kaum wanita bolehlah meminta suami, abang atau adik buatkan rak baju. Rak DIY tersebut boleh digunakan untuk meletakkan kain yang dilipat atau boleh saja digantung.\n\nLebih mudah tugas melipat kain nanti kerana lebih banyak rak gantung boleh dibuat. Anda pun nanti tidaklah malas sampai menggunung kain di dalam bakul nanti. Jadi, untuk memudahkan tugas para isteri dan juga untuk jimatkan kos, jom DIY rak baju di rumah.\n\nTerdapat pelbagai idea untuk rak baju DIY. Di sini, penulis akan kongsikan 6 idea yang kreatif dan menjimatkan untuk anda. Untuk lebih memudahkan pemahaman anda, pautan video juga disertakan. Jom tonton!\n\nPapan plywood juga dikenali sebagai papan lapis. Jika anda pergi ke kedai hardware terdapat pelbagai jenis papan plywood yang dijual. Yang membezakannya ialah ketebalan papan. Lebih tebal papan, lebih tinggilah harganya.\n\nNamun, untuk membuat rak baju DIY, anda boleh membeli papan plywood yang murah saja. Harganya jauh lebih murah dari jenis kayu yang lain. Selain tidak berat, ia juga mudah diuruskan ketika membuat rak kayu nanti. Terdapat beberapa cara untuk membuat rak kayu menggunakan papan plywood. Anda boleh tontonnya di sini:\n\nPenggunaan batang paip pvc sangat popular dalam pembuatan pelbagai jenis barangan DIY. Ada yang menggunakan batang paip ini untuk membuat tempat bermain anak-anak, hiasan rumah, pagar dan sebagainya.\n\nHarganya yang murah, berkualiti dan struktur yang kukuh menjadikan paip pvc antara pilihan utama. Ini termasuk juga untuk membuat rak baju DIY. Terdapat pelbagai idea yang boleh ditiru iaitu sama ada rak biasa atau untuk tempat menggantung baju. Saksikan video kreatif ini.\n\nKebanyakan kayu pallet yang terdapat di negara kita diimport dari luar negara. Ia diperbuat daripada kayu pine. Kini, menjadi 1 trend mengubah suai perabot menggunakan kayu pallet.\n\nKayu pallet terpakai boleh dibeli di kedai-kedai hardware atau menjual kayu. Harganya juga murah dan tahan lama. Kayu pallet biasanya lebih tebal daripada papan plywood. Jika anda hendak rak kayu yang heavy duty, bolehlah gunakan kayu jenis ini. Saksikan idea menarik ini.\n\nKepingan kadbod\u00a0biasanya digunakan untuk membuat barangan kraftangan. Namun, ia juga boleh dijadikan idea menarik untuk membuat rak baju DIY. Selain senang dibuat, kosnya juga sangat rendah. Taklah susah anda nak bersihkan rumah kerana rak kadbod ini ringan saja.\n\nDari segi ketahanan ia mungkin tidak begitu tahan lama berbanding paip pvc dan papan. Namun, dengan penjagaan yang baik tidak mustahil anda boleh menggunakannya selama bertahun-tahun. Jom tengok video di bawah.\n\nSiapa sangka botol plastik boleh dijadikan rak baju DIY yang sangat cantik. Selain itu, anda juga boleh menggunakan baldi atau besen besar yang cantik. Selain murah, ia juga tahan lama dan mudah dibersihkan.\n\nLepas ni, jangan buang botol air mineral atau air bikarbonat. Anda akan perlukan ia untuk membuat rak ini. Gunakan idea anda sendiri untuk mencantikkan lagi rak tersebut. Nak lebih penjelasan, sila tonton pautan di bawah.\n\nSama seperti kepingan kadbod, anda boleh menggunakan kotak-kotak terpakai untuk membuat rak baju DIY. Antara kotak yang boleh digunakan ialah kotak televisyen, kotak kertas A4, kotak barangan runcit dan sebagainya.\n\nPastikan kotak tersebut tebal, keras dan kukuh. Jangan pula gunakan kotak yang sudah lembik dan tidak stabil. Jenuh anda nak siapkan rak baju DIY. Nak lebih jelas, tonton video berikut:\n\nBagaimana dengan idea-idea yang diberikan ini? Menarik untuk dicuba? Anda boleh jadikan video-video tersebut sebagai rujukan dan inspirasi untuk membuat rak baju DIY. Gunakan daya kreativiti yang tersembunyi untuk membuatkan isteri anda terpukau. Isteri tersenyum, anda juga tentu akan lebih bahagia.\n\nDiharapkan anda gembira dengan perkongsian ini. Jika ada di antara pembaca Bidadari.my dah cuba idea DIY rak baju ini, kongsikan dengan kami. Kami mengalu-alukan kiriman anda itu. Moga menjadi inspirasi kepada orang lain juga.\n\nJemput baca tentang DIY hiasan cermin dinding dan idea DIY rak kasut yang mudah. Moga bermanfaat."
"Sudah tentu kita semua pernah menjamah donat yang disaluti gula yang manis dan lazat. Adakah anda mahukan sesuatu yang berbeza? Jika anda mahu sesuatu yang berbeza tetapi iras-iras donat anda bolehlah mencuba resepi yang kita akan kongsikan pada hari ini. Resepi yang akan dikongsikan pada hari ini ialah resepi bomboloni nutella. Ianya seperti donat tetapi di dalamnya terdapat inti coklat nutella yang sangat lazat dan pastinya dapat menarik selera orang ramai. \n\nIanya sesuai untuk dinikmati bersama-sama dengan rakan dan juga keluarga. Pastinya anda sudah tidak sabar untuk melihat cara-cara penyediaan bomboloni nutella ini bukan? Jadi mari kita lihat cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya. \n\nResepi ini dikongsikan oleh Aqel Orked dan telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di media sosial. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nPelbagai lagi resepi selain daripada resepi ini yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda. Moga berjumpa lagi!"
"Zaman sekarang tidak sama seperti dulu-dulu. Teknologi yang semakin berkembang pesat menjadikan kita juga perlu mengembangkan lagi ilmu kita. Menimba ilmu itu adalah satu ibadah yang diwajibkan untuk muslim. Begitu juga kepada bukan muslim. Kita hidup di negara yang berbilang kaum, maka kita memerlukan kerjasama untuk membangunkan negara.\n\nSama juga seperti ibu bapa yang kini semakin ramai yang berkerjaya, tidak sama seperti ibu bapa zaman dulu. Ibu bapa yang berkerjaya perlu membahagikan masa dengan kerja dan anak. Tetapi, mereka tidak mampu untuk menjaga anak sepanjang masa, sebab itu anak mereka dihantar ke pusat pengasuhan.\n\nMahu atau tidak mahu mereka terpaksa juga menghantar anak ke pusat pengasuhan. Ingin menjadi ibu bapa yang berjaya dan menjadi contoh kepada anak-anak bukan mudah. Ya, ramai ibu bapa di luar sana yang mahu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.\n\nBagaimana mahu menjadi seorang ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai rahsia menjadi ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. \n\nTiga buku penulisan beliau yang berjudul \u201c3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna\u201d, \u201cWhy So Serious Parents?\u201d dan \u201cParents, Welcome To My World\u201d sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. Rahsia Menjadi ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak\n\nRahsia ini diambil dari pengalaman Puan Adlil Rajiah sendiri. Mari kita lihat rahsia beliau. Berikut adalah rahsia beliau : 1) By giving as much exposure and experience as we can. 2) By giving them space to make mistakes and fail at something.\u00a0\n\n*Bukan susah mahu menjadi ibu bapa yang berjaya. Jika orang lain boleh mengapa kita tidak boleh. Berubah secara perlahan dari sekarang. Insyaallah, akan menjadi ibu bapa yang terbaik di mata anak-anak. Setiap kejayaan yang kita kecapi adalah rezeki untuk kita. Anak-anak adalah rezeki terbesar bagi ibu bapa.\n\nSetiap anak membawa rezeki ke dalam keluarga dalam pelbagai bentuk seperti kewangan yang stabil, keluarga yang bahagia dan pelbagai lagi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sedapnya kalau boleh mencicah buah pelam aka mangga muda petang-petang. Tapi kuah rojak yang jual tuh kadang-kadang tak kena dengan selera. Ada yang terpedas lah, termanis lah. jadi apa kata kita buat sendiri kuah rojaknya. Bolehlah cicah dengan buah seperti mangga muda, kedondong, nanas, jambu nanti. Terbayang sahaja dah kecur air liur kot.\n\nSebenarnya tak susah pun nak buat kuah rojak sendiri di rumah. Bahan-bahan nya pun tak susah. Cara-caranya pun tak renyah. hanya perlu kisar bahan-bahan dan masak kuah nya untuk pekatkan. Kemudian bolehlah tabur bijan dan kacang. Mudah kan?\n\nResepi dari Nor Hafiza Ghazali\u200e yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku ini pasti mudah diikuti dan dijamin sedap. Yang paling penting boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Apa lagi? Jom mencubanya. Boleh simpan buat stock nanti. Orang Kedah kata \u201d buat beda mencicah petang-petang nanti\u201d. \u201cBoleh ketagih tau\u201d. \n\nMudahkan? Tak payah pening-pening fikir macam mana nak buat. Orang Kedah kata \u201ckacang ja kan?\u201d jadi apa lagi? Selamat mencuba ya. Tips kalau nak kuah rojak tahan lama, simpanlah di dalam peti ais. Boleh tahan sampai berbulan. InsyaAllah tak berkulat.\n\nOh ya, selain dari resepi Kuih Rojak ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain."
"Tahukah anda bahagian otak mana yang terbentuk dahulu dalam hidup manusia?\n\nTahukah anda pada umur berapa otak manusia berkembang dengan pesatnya?\n\nTahukah anda bahagian otak mana yang perlu dirangsang terlebih dahulu?\n\nMenurut Dr. Putri Afzan Maria, seorang pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak, otak bahagian kanan terbentuk terlebih dahulu berbanding otak kiri. Proses ini berlaku dengan pesatnya ketika anak berusia 0 \u2013 7 tahun pertamanya.\n\nManakala, pembentukkan otak kiri pula hanya bermula selepas umur 7 tahun. Perkembangan otak kanan perlu lengkap dahulu sebelum bermulanya perkembangan otak kiri.\n\nPersoalannya, apakah fungsi otak kanan ini?. Apakah kepentingan kepada kanak-kanak yang dalam fasa \u2018golden age\u2018 ini?. Fungsi otak kanan ialah:\n\nPerkembangan otak kanan yang baik akan membantu dalam perkembangan otak kiri yang baik juga apabila kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas iaitu apabila mereka sudah bersedia untuk pembelajaran akademik secara formal kelak.\n\nBerhenti daripada pendedahan kepada literasi dan numerasi terlalu awal kepada anak kecil tanpa mempelajari kaedah yang betul kerana khuatir akan merencatkan perkembangan otak kanan mereka yang sedang rancak berkembang.\n\nDigalakkan ibu bapa kini merancang dan melakukan aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak kanan anak-anak mereka secara optimum. Salah satu caranya ialah dengan aktiviti seni kraf.\n\nBagi yang tidak mempunyai idea untuk beraktiviti seni dengan anak, jangan risau ya. Terdapat banyak pusat seni dan kraf yang ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak.\n\nNah! Senarai 10 pusat seni kraf yang boleh anda pertimbangkan untuk menghantar anak-anak anda berkarya.\n\n1. My Art Studio, Ara Damansara\n\nMenawarkan dua program yang berbeza mengikut tahap umur iaitu:\n\nMempunyai banyak cawangan di Malaysia. Antaranya dibeberapa lokasi berikut:\n\n2. Art & Bonding, Desa Sri Hartamas\n\nLokasinya terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Art & Bonding menawarkan pengalaman baru kepada kanak-kanak melalui seni kreatif yang penuh dengan aktiviti menarik.\n\nAlamat: 22-3, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.\n\nMenyediakan suasana yang interaktif, aktiviti yang menarik dan tenaga pengajar yang mempunyai dedikasi yang tinggi. Ini telah menjadikan Edenland Center salah satu pusat seni kraf yang mesti dikunjungi oleh kanak-kanak.\n\nPengalaman yang dirasai di sini pasti mampu menjadi platform untuk mencungkil potensi yang terdapat dalam diri kanak-kanak sebenar.\n\nAlamat: No. 11A-1, Jalan Perdana 2, Taman Segar Perdana, 43200 Cheras, Selangor.\n\n4. My Craft Studio, Damansara Jaya\n\nMy Craft Studio menyediakan ruang terbuka kepada si cilik dalam mengembangkan bakat dan potensi dalam diri mereka. Kanak-kanak akan belajar pelbagai teknik dan kemahiran melalui seni kraf yang dijalankan disini.\n\nAlamat: 18C, SS22/21, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.\n\nPusat ini menggalakkan perkembangan mental kanak-kanak menerusi bidang seni origami.\n\nMereka akan belajar kemahiran dalam mereka pelbagai bentuk daripada kertas dan asas geometri yang terdapat dalam seni origami itu sendiri.\n\nSecara tidak langung, seni origami ini akan membantu dalam perkembangan kognitif, kreativiti dan analitik si cilik.\n\nAlamat: Publika Shopping Gallery, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur.\n\nLokasinya yang terletak di tengah ibu kota menjadikan Pandora sebuah pusat seni kraf yang mudah diakses.\n\nMenyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan dalam masa yang sama menggalakkan daya kreativiti kanak-kanak.\n\nAlamat: 52A-1, Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan, 52100 Kepong, Kuala Lumpur.\n\n\u201cThe happiest moment of my day is when I\u2019m with my students, when I see them smile, when I see the sense of satisfaction and achievement on their faces when their complete a\u00a0 project\u201d.\n\nInilah luahan kepuasan oleh Ms. Pauline, pengasas studio ini. Melihat hasil kerja setiap pelajarnya ialah satu kegembiraan dan kebahagiaan buat dirinya sebagai tenaga pengajar.\n\nSeni perlukan minat. Jika anak-anak anda cenderung ke arah bidang ini, buka jalan buat mereka mengembangkan bakat yang ada dengan menghantar mereka ke pusat-pusat seni kraf seperti Picco Artisto. Mereka pasti menjadi artis yang hebat!\n\nAlamat: 69A, Jalan Bandae Rawang 2, Bandar Baru Rawang, 48000 Rawang Selangor.\n\n8. Little Pick N Paint Studio, Ampang\n\nMenyediakan silibus seni sesuai dari usia 3 tahun lagi. Antara program yang ditawarkan ialah:\n\nAlamat: 89A, 1st Floor, Lorong Memanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor.\n\nLokasinya terletak di Setapak, Kuala Lumpur menjadikan pusat seni ini menjadi tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak masing-masing bagi mengasah bakat seni mereka.\n\nTerdapat 4 jenis program yang ditawarkan iaitu:\n\nTenaga pengajar di sini percaya, setiap individu mempunyai keunikkan dan bakat tersendiri. Tiada silibus yang perlu diikuti disini. Malah, pelajar akan diberikan tugasan yang berbeza berdasarkan tahap keupayaan masing-masing.\n\nAlamat: 2-10, 2nd floor, PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.\n\n10. Apollo Art Class, Petaling Jaya\n\nApollo Art menawarkan pelbagai medium seni lukis daripada menggunakan water colour hingga ke oil painting. Kelas yang dijalankan sesuai dari kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun.\n\nMereka akan belajar tentang asas seni, campuran warna, melihat dan mewarna sesuatu objek dari perspektif yang betul. Jangan risau anak-anak anda akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman!\n\nAlamat: Phileo Damansara 1, Suite 203 Block D Level 2, No 9 Jalan 16/11 Off Jalan 46350 Petaling Jaya, Selangor.\n\nMesti anda semua teruja untuk hantar anak ke pusat seni kraf seperti yang dikongsikan di atas bukan?Jom survey untuk anak-anak!."
"Hari ini kami kongsikan 10 tips suami isteri bahagia bagaimana menjadi romantik. Ianya tips yang mudah untuk anda aplikasikan. Cubalah wahai Sang Suami! :-)\n\nSelesai sudah idea yang dikongsi. Semoga ianya bermanfaat. Adakah ini semua dambaan wanita? :-)"
"Nak tahu punca sakit pinggang? Sakit pinggang bukanlah masalah yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Kami pasti anda biasa mengalaminya. \n\nNamun apa yang membezakan ialah kekerapan anda dilanda sakit pinggang dan tahap kesakitan yang dialami. Ada orang cuma sakit pinggang biasa yang boleh hilang apabila berbaring. Ada orang sakitnya tahap serius, diurut oleh tukang urut berpengalaman masih tidak hilang.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan sakit pinggang? Apakah puncanya? Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan daripada kerap sakit pinggang? Dan yang paling penting, apakah rawatan terbaik untuk sakit pinggang yang sedang anda alami sekarang.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan sakit pinggang?\n\nSakit pinggang adalah ketidak selesaan atau kesakitan yang dialami pada kawasan pinggang. Sama ada di tengah pinggang, pinggang kanan, pinggang kiri, bahagian atas, atau bawah pinggang. Kesakitan pada kawasan tersebut digelar sebagai sakit pinggang. Tahap kesakitan sakit pinggang juga berbeza. Ada yang mengalami kesakitan pada satu-satu bahagian, dan ada yang mengalami kesakitan pada keseluruhan pinggang termasuk bahagian abdomen.\n\nDalam dunia perubatan moden, terdapat beberapa punca sakit pinggang yang telah dikenal-pasti. Jika anda kerap mengalami sakit pinggang dan tahap kesakitan menjadi semakin teruk, kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor dengan segera bagi memastikan bahawa adakah sakit pinggang yang anda alami berpunca daripada perkara-perkara berikut:\n\nJika anda mengalami sakit pinggang disebabkan oleh masalah tulang, kesakitan yang anda alami adalah pada bahagian tengah pinggang di mana tulang belakang anda berada. Di antara masalah tulang yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit pinggang ialah:\n\nSakit pinggang yang disebabkan oleh masalah otot dikenali sebagai Lumbago. Ini adalah di antara punca sakit pinggang yang paling kerap berlaku di Malaysia, terutamanya pada golongan yang berusis 30 tahun ke atas. Di antara masalah otot yang boleh menyebabkan anda sakit pinggang adalah:\n\nSakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah organ yang terlatak pada bahagian yang sakit, iaitu sama ada sakit di pinggang kanan atau pinggang kiri.\n\nSakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh\u00a0trauma\u00a0pada bahagian belakang yang menyebabkan berlakunya kecederaan pada organ, tulang ataupun otot yang terdapat pada bahagian tersebut.\n\nPunca sakit pinggang yang seterusnya ialah masalah pada saraf yang terdapat di bahagian pinggang. Saraf yang biasanya terjejas ialah saraf sciatica ataupun saraf cengkeraman. Apabila saraf ini bermasalah, anda akan mengalami sakit pinggang yang teruk dengan kerap.\n\nBagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada sakit pinggang dengan kerap?\n\nAnda boleh mengelakkan sakit pinggang dengan mengamalkan tips-tips berikut:\n\nRawatan sakit pinggang bergantung kepada puncanya. Namun secara am, sakit pinggang boleh dihilangkan dengan pengambilan ubat seperti Ibuprofen, Naproxen, Mephenamic acid\u00a0dan juga\u00a0Paracetamol. Anda juga boleh tuam ais atau air panas pada bahagian yang sakit untuk menghilangkan sakit pinggang yang dialami.\n\nItulah dia punca sakit pinggang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang\u00a0punca kaki kebas,\u00a0punca kerap sembelit, dan\u00a0punca pedih ulu hati."
"Miri sememangnya pusat peranginan yang utama di Sarawak. Di sinilah letaknya gua terbesar di dunia dan tasik terbesar di Sarawak. Bunyi macam menarik, kan. Jom kami kongsikan 15 tempat menarik di Miri yang tak ramai pelancong tahu.\n\nBerkeluasan 52,864 hektar, Taman Negara Gunung Mulu cukup kaya dengan flora dan faunanya. Kekayaannya ini menjadikan Taman Negara Gunung Mulu sebagai salah satu taman hijau yang paling banyak diselidiki di dunia. Dikatakan tumbuhan jenis vaskular sahaja terdapat lebih daripada 3000 spesies di dalam hutan ini.\n\nTaman Negara ini juga menempatkan gunung yang memiliki gua-gua yang wajib diteroka sekiranya ke Sarawak seperti Gua Rusa dan Gua Air Jernih. Kalau anda nak tahu, di sini jugalah\u00a0 terdapatnya ruang bawah tanah yang terbesar di dunia yang dipanggil Sarawak Chamber sehingga dikatakan boleh memuatkan 40 buah kapal terbang! Memang banyak tarikan luar biasa di Taman Negara ini.\n\nKalau anda memiliki stamina yang tinggi, anda boleh merancang untuk mendaki sehingga ke puncak gunung untuk menikmati pemandangan yang seluas pandangan sekitar Taman Negara.\n\nBayaran: Dewasa\u00a0MyKad: RM15, Pelancong: RM30\u00a0| Kanak-kanak\u00a0MyKad: RM5, Pelancong: RM10\u00a0| Kanak-kanak 6 Tahun Kebawah\u00a0Percuma\u00a0| Warga Emas (60 Tahun Keatas)\u00a0RM7\n\nAlamat:\u00a0Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak\n\nDari pusat bandaraya Miri untuk ke\u00a0 Hawaii Beach, hanya mengambil masa 25 minit pemanduan. Sampai sahaja di Kampong Bakam iaitu lokasi di mana terletaknya Hawaii Beach ini, anda perlu berjalan kaki melalui papan kayu yang disediakan untuk menuju ke destinasi yang diimpikan.\n\nSambil menikmati pemandangan pantai \u2018hawaii\u2019 ini anda boleh berbbq dengan menggunakan peralatan bbq yang disediakan dengan caj tambahan.\n\nGua Niah ini bukanlah gua yang biasa, kerana sebenarnya dari satu bahagian gua ke bahagian yang lain, memiliki tarikan tersendiri. Gua yang terdiri daripada sebuah Gua Besar dan beberapa Gua Kecil ini pernah menjadi penempatan awal manusia sekitar 40,000 tahun yang lalu.\n\nSebelum memasuki kawasan gua yang legend ini, anda perlu melalui laluan berpapan yang berketinggian beberapa kaki daripada lantai hutan sambil disajikan dengan udara segar dan bunyi kicipan burung serta haiwan-haiwan lain.\n\nSetelah beberapa minit perjalanan, anda akan sampai ke Gunung Dagang dan seterusnya Kompleks Gunung Besar yang menjadi penempatan awal manusia beribu tahun yang lalu.\n\nApa-apa pun, sebelum anda ke sini dan berniat untuk menerokai gua-guanya, anda perlulah memakai penutup kepala untuk mengelak daripada terkena najis kelawar. Di samping itu, lampu suluh juga jangan lupa dibawa, kerana terdapat laluan yang gelap-gelita perlu dilalui untuk melihat banyak lagi gua-gua lain.\n\nAlamat:\u00a0Taman Negara Niah, 98200 Miri\n\n4. Miri City Fan Recreation Park\n\nBertempat di dalam Miri Resort City, Miri City Fan Recreation Park merupakan taman indah yang berbentuk seperti kipas yang pernah mendapat anugerah lanskap bandar yang terbaik di Malaysia pada tahun 2001.\n\nTaman yang berkeluasan 10.4 hektar ini memiliki tarikan-tarikan seperti Musical Fountain, Islamic Garden, Health Garden, Chinese Garden yang lengkap dengan kolam ikan koi dan Pustaka Miri. Tapi yang paling best sekali adalah kemudahan kolam renang awamnya, yang juga menawarkan kelas renang bagi anda yang berminat untuk belajar skill sunnah ini.\n\n5. The Grand Old Lady No. 1\n\nThe Grand Old Lady No. 1 ini adalah nama yang diberikan kepada telaga minyak yang tertua di Malaysia yang menggunakan peralatan kabel, sebab itulah ianya digelar sebagai \u2018Old Lady\u2019 iaitu seorang \u2018ibu\u2019 yang cukup berharga bagi negaranya. Tanpa minyak, mana mungkin Malaysia sekaya ini.\n\nLokasinya, adalah di atas Bukit Kanada yang memaparkan pemandangan bandar Miri sekiranya anda berdiri di hadapannya. Anda boleh merancang untuk berjoging bersama keluarga di trek yang disediakan di sekitarnya.\n\nBukit ini adalah bukit batu kapur yang cukup terkenal kerana menyajikan pemandangan yang memukau sekitar Miri.Bukan itu sahaja, di sini jugalah terletaknya Muzium Petroleum untuk anda lawati bersama anak-anak bagi mengenali dengan lebih mendalam mengenai teknologi cari gali di Malaysia.\n\nKenapa dibina muzium petroleum di Bukit Kanada?\u00a0 Kerana di bukit yang sama inilah lokasinya telaga minyak pertama digali oleh syarikat Shell Sarawak pada tahun 1910.\n\nTerletak 3 km dari bandaraya Miri, Taman Awam Miri merupakan taman indah yang dibina di atas bukit dikelilingi oleh lanskap penuh kehijauan yang menenangkan jiwa.\n\nJangan terkejut, kerana taman ini bukanlah seperti taman biasa yang memiliki trek berjoging dengan tempat bersantai tapi, ia sebenarnya cukup menarik dengan tarikan seperti jambatan gantung yang merentasi taman, menara peninjau, dan apabila turun dari menara peninjau ini pula anda akan terlihat kolam renang awam yang lengkap dengan gelongsor serta taman permainan dalam air, memang syoklah! Yang bestnya lagi, untuk bermandi-manda di kolam renang yang luas ini adalah percuma!\n\nAlamat:\u00a0Bintulu \u2013 Miri Rd, Taman Awam Miri, 98000 Miri\n\nBertempat di sebuah lokasi yang agak tersorok, iaitu di hujung ladang kelapa sawit yang mana anda perlu berjalan kaki dalam 30 meter untuk turun ke kawasan pantainya, Pantai Tusan Bekenu.\n\nApa istimewanya pantai ini sehinggakan orang sanggup bersusah-payah untuk datang melawat? Semua ini bermula pada tahun 2015, apabila seorang jurugambar tempatan telah menangkap foto yang memaparkan fenomena bio-luminescence ataupun air mata biru yang cukup mengujakan sesiapa sahaja yang melihat. Fenomena alam yang unik ini berlaku disebabkan gangguan oksigen yang berlaku terhadap mikroorganisme di dalam air.\n\nAlamat:\u00a0Exit Jalan Bekenu \u2013 Miri Coastal, 98150 Miri\n\nTebing Tusan adalah satu lagi tarikan lain yang terletak di Pantai Tusan Bekenu. Anda sekeluarga dapat melihat pembentukan-pembentukan batu yang unik pada bukit di tepian pantai yang telah dihasilkan oleh hempasan ombak yang\u00a0 berlaku tanpa henti.\n\nNamun, dalam banyak-banyak pembentukan batu di sini, anda pasti akan tertarik dengan satu bentuk batu yang lain daripada yang lain, diberikan nama Batu Kuda, batu ini\u00a0 memang betul-betul kelihatan seperti kuda yang sedang minum air dari laut.\u00a0 Apa lagi? Inilah lokasi best bergambar!\n\nAlamat:\u00a0Exit Jalan Bekenu \u2013 Miri Coastal, 98150 Miri\n\n10. Miri Crocodile Farm & Mini Zoo\n\nMiri Crocodile Farm & Mini Zoo adalah sebuah lokasi yang patut dilawati di Sarawak. Kalau tak datang, memang rugi. Seperti namanya, Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo, ia bukanlah sekadar memberi peluang untuk anda mendekati buaya-buaya yang tak terkira banyaknya, tetapi juga banyak haiwan lain di zoo mininya.\n\nAntara haiwan eksotik yang terdapat di sini adalah beruang madu, monyet, python, landak, burung merak, dan banyak lagi termasuklah burung yang paling berbahaya di dunia, kasuari.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.00am \u2013 6.00pm)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10\n\nAlamat:\u00a0Lot 164, 24Km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri\n\nPerhatian kepada kaki shopping, dah datang ke Miri tu, mai singgah ke Boulevard Hypermarket! Dah puas mencuci mata di Boulevard Hypermarket, anda hanya perlu melalui jambatan untuk ke pusat membeli-belah kedua yang terletak di sebelahnya iaitu Permaisuri Imperial City Mall.\n\nTak merancang untuk\u00a0 bershopping barang? Di sini jugalah anda dapat melihat pelbagai pilihan makanan ataupun sekadar menonton salah satu filem Hollywood terbaru di panggung wayangnya. Sudah berpanas-panas di luar, apa salahnya meluangkan masa di bawah aircond tempat bershopping kan?\n\nAir Terjun Latak adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang terletak di dalam Taman Negara Bukit Lambir. Taman Negara yang terletak sekitar 30 km dari Miri ini menempatkan kawasan air terjun yang dikatakan sebagai kawasan rekreasi yang terbersih di Malaysia. Betapa asyiknya dapat anda sekeluarga nikmati keindahan alam semula jadi tanpa sebarang nodaan ini.\n\nUntuk menuju ke Air Terjun Latak yang juga merupakan air terjun tertinggi dan terbesar di dalam Taman Negara ini, anda sekeluarga hanya perlu berjalan kaki selama 20 minit dari HQ Taman Negara.\n\nSampai sahaja di kawasan air terjun, anda boleh berenang dengan penuh keseronokan dalam kolam yang terbentuk pada kaki air terjun. Kemudahan seperti meja berkelah, bilik persalinan dan tandas turut disediakan.\n\nAlamat:\u00a0Taman Negara Bukit Lambir, Miri\n\nTerletak di Jalan Brooke, Pusat Kraftangan Miri adalah satu lokasi yang perlu anda lawati sekiranya berada di Miri. Apalah gunanya bercuti ke sesebuah tempat tanpa melihat di depan mata penghasilan produk tradisionalnya, setuju?\n\nDi Pusat Kraftangan inilah anda dapat melihat demo pembuatan kraftangan yang berasal dari bahagian utara Sarawak. Anda juga dapat membeli pelbagai barangan seperti ukiran kayu dan barangan manik yang dihasilkan Orang Ulu, bakul, tikar Penan dan banyak lagi. Yang paling best, jualan makanan etnik dan subetnik Sarawak juga boleh ditemui di sini.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.00am \u2013 6.00pm)\n\nAlamat:\u00a0Miri Handicraft Centre, Jalan Brooke, Miri\n\nTamu Muhibbah ataupun Pasar Muhibbah ini lebih kuranglah seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Di sinilah anda dapat membeli-belah aneka makanan dan ramuan khas dari Sarawak.\n\nDalam banyak-banyak produk yang dijual di sini, yang menjadi tarikan utama adalah Beras Bario. Beras yang harganya mengalahkan kemahalan harga Beras Wangi Siam. Beras Bario ini kalau di tempat lain agak mahal harganya, namun di Miri, boleh dikatakan harga yang ditawarkan untuk Beras Bario ini adalah yang lebih murah daripada di tempat lain.\n\nRumah Api Tanjung Lobang adalah sebuah stesen rumah api yang mula dibuka pada sekitar tahun 1930-an dan masih lagi aktif sehingga kini. Namun begitu, menara ini ditutup dari orang ramai kecuali kawasan tapaknya.\n\nUntuk pengetahuan anda, di sebelah rumah api ini terdapat Memorial Perang Dunia Kedua untuk memperingati orang Sarawak, India dan Indonesia yang terkorban semasa peperangan ini berlaku.\n\nAlamat:\u00a0Jln Bunga Tanjung 2, 98000 Miri\n\nItulah dia 15 tempat menarik di Miri yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda."
"Jom baca cara basuh baju. Hampir setiap hari kita akan membasuh baju kotor. Dengan teknologi canggih masa kini, hampir semua orang dah tak basuh baju secara manual menggunakan tangan lagi. Kini, sudah ada pelbagai jenis mesin basuh dengan pelbagai fungsi.\n\nNamun, ramai suri rumah yang pening kepala apabila baju yang dibasuh tetap tak bersih, malah berbau kurang menyenangkan. Di manakah salahnya? Dah tukar sabun basuh pun, masalah yang sama berulang lagi.\n\nKalau nak tukar sabun tak ada masalah. Tapi tak mungkin pula nak tukar mesin basuh. Sebenarnya, perkara ni terjadi disebabkan oleh teknik membasuh baju yang salah. Apa yang biasa kita buat?\n\nKumpulkan baju-baju kotor dalam bakul. Kemudian, masukkan semuanya ke dalam mesin basuh dan masukkan sabun pencuci serta pelembut pakaian. Bila dah siap basuh, kita menyidai baju-baju seperti biasa. Betul ke cara ni?\n\nJangan risau. Dalam artikel ni, penulis akan kongsikan cara basuh baju supaya kekal wangi dan bersih. Lepas ni, anda tak akan merungut menyalahkan mesin basuh lagi. Jom semak!\n\nSeelok-eloknya baju-baju kotor jangan dikumpulkan lama-lama dalam bakul. Lebih baik basuh pada setiap hari. Apabila anda mengumpulkan semua baju tu, pelbagai bau akan terperangkap. Bau peluh, tertumpah kari, terpercik kuah masakan dan sebagainya.\n\nKesemua ni akan menggalakkan bakteria membiak disebabkan keadaan baju yang lembap dan basah. Lebih lama baju dikumpulkan, lagilah kuat bau hapak yang terhasil.\n\nPakaian-pakaian yang nak dibasuh seelok-eloknya diasingkan ketika membasuh. Asingkan mengikut jenis ketebalan, material dan saiz. Jika anda membasuh cadar katil atau langsir yang tentunya bersaiz besar, jangan masukkan baju.\n\nIni disebabkan apabila mesin basuh berada dalam mode \u2018wash\u2019 dan \u2018spin\u2019, baju-baju tersebut akan terbelit. Kesannya pakaian tak akan menjadi bersih dan kotoran akan terperangkap pada bahagian yang tak dapat dibasuh.\n\nBaju yang kotor atau berbau perlulah dicuci dengan tangan terlebih dahulu untuk menghilangkan kesan. Jika tertumpah warna atau terkena sambal sardin, jangan terus masukkan ke dalam mesin basuh dengan baju-baju yang lain.\n\nCara yang betul ialah cuci, bilas dan rendam seketika. Anda boleh memasukkan sedikit sabun pencuci dan pelembut fabrik. Ia dapat menanggalkan kekotoran walau hanya secara ringan.\n\nNamun, jangan rendam terlalu lama sehingga berjam-jam atau semalaman. Apabila direndam lama, akan ada bau yang kurang sedap. Bila dimasukkan ke dalam mesin basuh, baju-baju lain juga akan terkesan sama.\n\n#4 Gunakan Sabun dan Pelembut Fabrik\n\nJangan lupa masukkan sabun pencuci khas untuk pakaian dan pelembut fabrik. Hanya sabun jenis ni yang mampu menanggalkan kotoran degil. Apabila menggunakan pelembut fabrik, ia dapat melembutkan kain dan memudahkan proses pencucian.\n\nPelembut fabrik yang terdapat di pasaran direka dengan fungsi untuk mewangikan pakaian sekaligus. Oleh itu, pakaian anda akan kekal wangi walau selepas kering.\n\nTerdapat 2 jenis sabun pencuci pakaian iaitu yang berbentuk serbuk dan cecair. Jika diperhatikan, jenis cecair jauh lebih mahal berbanding serbuk. Ini disebabkan sabun cecair lebih mudah sebati dan menyerap ke dalam pakaian berbanding sabun serbuk.\n\nManakala, jenis serbuk ada yang kurang efektif untuk larut dalam air. Ia akan kekal menjadi serbuk walaupun baju dicuci berkali-kali. Kesannya, selepas selesai proses mencuci, saki-baki serbuk pencuci masih melekat pada baju.\n\nPenulis mencadangkan baju-baju dibasuh pada waktu pagi sebelum anda menyidainya. Jangan cuci baju malam sebelumnya, kemudian membiarkan ia di dalam mesin basuh atau bakul. Lama-kelamaan, bau hapak akan mula terhasil.\n\nSetelah cuci pada paginya, terus jemur sekitar pukul 10.00 pagi. Pada waktu itu, cuaca dah mula panas dan berangin. Apabila baju benar-benar kering, anda boleh terus angkat.\n\nJangan tak tahu pula, nak sidai baju pun ada tekniknya. Jangan main jemur saja. Apa yang anda perlu buat ialah jemur baju ikut ketebalan dan material. Sidai baju kurung yang berkain nipis sebaris dan t-shirt yang tebal sebaris yang lain.\n\nJangan campurkan antara baju yang nipis dan tebal kerana tempoh masa untuk proses pengeringan setiap material tu berbeza. Baju yang nipis lebih cepat kering berbanding yang tebal. Kalau anda mencampurkannya, susah pula nak tahu mana yang kering dengan yang tak.\n\n#8 Jangan Jemur dalam Rumah atau Bilik\n\nSidai pakaian yang dibasuh di tempat yang panas dan berangin. Seelok-eloknya, jemur di luar rumah. Jika anda menyidai di dalam rumah atau bilik yang mempunyai pengudaraan yang kurang baik, pakaian akan menjadi lembap.\n\nMasa yang diambil untuk kering pun menjadi sangat lama dan pastinya bau kurang enak nanti. Jika kawasan rumah anda tidak mempunyai kawasan tanah lapang, boleh disidai di halaman rumah yang tertutup. Yang penting masih ada ruang untuk cahaya matahari masuk.\n\nAnda mesti perasaan di bahagian dalam mesin basuh terdapat penapis (filter) yang menyedut kotoran dan habuk yang terdapat pada pakaian. Jangan lupa bersihkannya dengan kerap. Buang semua kotoran yang tersangkut dan membilasnya.\n\nJika kita biarkan kotoran terkumpul di dalamnya, lama-kelamaan nanti kotoran tersebut akan terkeluar semula. Ini kerana penapis tersebut dah tak mampu menampung kotoran lagi. Tak pasal-pasal baju yang dibasuh kotor semula.\n\nSetakat ni saja perkongsian tentang cara basuh baju supaya wangi dan bersih. Jangan lupa kongsikan dengan keluarga, jiran dan sahabat handai. Jika pembaca yang dikasihi mempunyai tips-tips yang lain, sudilah berkongsi dengan kami. Jemput juga baca artikel cara cuci mesin basuh dan cara kemas rumah cara KonMari"
"Mahu cuba resepi ayam panggang BBQ yang mendapat perkongsian ramai?\n\nSetiap kali hari raya mahupun perayaan lainnya, ayam panggang BBQ selalu yang palng dicari. Menghabiskan masa semasa memanggang bersama rekan mahupun keluarga.\n\nAyam panggang BBQ biasanya selalu menjadi peneman acara kemah mahupun acara outdoor lainnya. Tentunya kepiawaian dalam memasak menggunakan resepi yang sedap adalah sangat penting.\n\nUntuk itu kami menghadirkan resepi ayam panggang BBQ yang terbukti sedap kerana telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Resepi daripada \u200eRosma Ros\u200e ini dibuat dengan penuh kasih sayang dan khas untuk anda pecinta BBQ.\n\nSetelah ini tak perlu risau lagi mencari resepi ayam panggang BBQ yang menarik kerana resepi ini adalah tepat untuk anda tiru. Sila cuba di rumah anda.\n\nSelain resepi ayam panggang BBQ, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Siapa yang tidak sukakan masakan tomyam? Tomyam putih mahupun merah? Digabungkan dengan telur dadar dan nasi putih mampu buat penggemar tomyam menambah nasi yer. Uishh.. sedapnya kan. Tapi jangan tak tahu, kalau tak kena gaya masakan tomyam boleh jadi kurang sedap. Itu yang nak selamat dan senang\u00a0 makan di kedai ataupun masak\u00a0 menggunakan pes atau kiub tomyam segera. Lagi-lagi tomyam putih thai. Berbanding dengan tomyam merah ianya lebih susah sedikit untuk adjust rasa.\n\nTapi jangan risau, di sini kami kongsikan resepi mudah dari Syima Sani. Beliau pun dapat resepi ini dari jiran beliau. Sangat mudah dan hanya campak-campak sahaja. Bolehlah masakkan di rumah nanti. Selain nasi, tomyam juga boleh dimakan dengan mee, bihun dan kuey teow. Memang cukup sedap dan menyelerakan jika anda buntu untuk memikirkan menu apa untuk hidangan anda. Jom tengok resepi nya !\n\n\u2013 Didihkan air & bahan *.\n\n\u2013 Kemudian masukkan ayam hingga masak.\n\n\u2013 Masukkan sayuran, cili & bawang (masak sekejap dan terus tutup api)\n\n\u2013 Tambah gula, garam, daun limau & jus limau (sesuaikan rasanya)\n\nSelain resepi tomyam putih, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jom ketahui punca hati mati untuk renungan kita bersama.\n\nHati merupakan suatu organ penting yang bermulanya niat lalu diturunkan melalui mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya sebagai perbuatan dosa atau kebaikan yang membawa pahala. Jadi hati haruslah dijaga serta dididik dengan keimanan dan kebaikan supaya menjadi hati yang bersih dan bernilai.\n\nNamun, hati juga boleh menjadi rosak, gelap, hitam dan busuk jika tidak dijaga, dibiarkan\u00a0 dan terdidik dengan noda dan dosa, apatah lagi terbiasa dengan kejahatan.\n\n\u201cSebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.\u201d\n\nBahkan selari dengan hadis Rasulullah \u00a0SAW yang bermaksud:\n\n\u201cSesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.\u201d\n\nHati yang terbiasa dengan perkara yang kotor akan terus menjadi hitam dan keras sehingga tidak dapat menerima apa-apa kebaikan lagi. Bahkan segala kejahatan, dosa serta maksiat adalah makanan kepada hati itu. Segala ilmu serta iman bagaikan terlantun keluar daripada hati-hati yang sekeras batu ini.\n\nMenurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari, sebahagian daripada tanda mati hati itu adalah; Tidak berasa dukacita walau tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan, juga tidak menyesal jika berbuat sesuatu pelanggaran dosa.\n\nKenapa hati mati? Banyak perkara yang boleh menyebabkan hati itu mati, antaranya;\n\nMenurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:\n\nDiungkapkan oleh Abdullah bin Mas\u2019ud r.a, akan empat perkara yang menyebabkan hati menjadi mati iaitu :\n\nSedangkan ada empat perkara yang menyebabkan hati bercahaya iaitu :\n\nJika sesuatu hal bermula dari hati, jadi penyelesaiannya juga adalah dari hati. Antara cara yang boleh diikhtiarkan bagi menemuai hati yang baru dan menyucikan hati adalah;\n\nDalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:\n\n\u201cBahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi. Lalu orang bertanya, \u2018Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?\u2019 Jawab Rasulullah: \u2018Membaca al-Quran dan mengingati mati\u2019.\u201d\n\nPenutup: Santapan Rohani yang Baik, Menjadikan Hati itu Baik\n\nHati yang mati adalah satu malapetaka terhadap manusia itu. Kita bukan sahaja gagal bahkan tidak amanah dalam menjaga sesuatu amanah Allah yang sangat berharga. Dalam kata lain, sekiranya hati itu rosak, maka rosaklah jua sesorang manusia itu. Bahkan kegagalan ini akan dipersoaljawabkan di hadapan Allah SWT kelak.\n\n\u201cMaka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.\u201d \n\nIngatlah, hati yang mati adalah hati yang tidak mendapat santapan rohani yang baik, seperti matinya jasad yang tidak mendapat makanan yang baik. Santapan rohani yang dimaksudkan itu adalah zuhud dengan duniawi, zikrullah serta bersahabat dengan golongan yang Allah kasihi.\n\nDengan itu haruslah kita gilapkan hati dengan iman dan amal agar ianya tidak berkarat dengan kekotoran, hitam, buta seterusnya mati!\n\nJemput juga membaca artikel menarik kami dan anda pasti menyukai tanda hati hitam dan rezeki Allah"
"Kuih cara pandan ialah kuih tradisional Malaysia yang sangat disukai orang ramai. Kuih ini terbuat daripada tepung gandum yang digaul dengan air, santan dan daun pandan. Kuih ini biasanya di bakar dan diletakkan sedikit gula sebagai inti. Jadi pabila memakannya, dapat dirasai rasa lemak-lemak, bau pandan dan manis gula.\n\nKuih ini bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan minum petang untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun.\n\nJangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Rosmita Ismail yang pasti sedap. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak menjamu tuh datangnya dari air tangan kita yang penuh kasih sayang. Jom tengok resepi nya. Kalau nak buat jual pun boleh kerana pemilik resepi menggunakan resepi ini untuk menjual juga yer. Jom tengok.\n\nDah siap. Mudah ke mudah? Sekelip mata jer kan. Okay, selain resepi kuih cara pandan ini, kami juga ada resepi menarik yang lain ya."
"Kadang \u2013 kadang, apa yang anda perlukan dalam sehari adalah makanan yang mudah untuk dimasak. Sekiranya anda mencari resepi sebegitu, resepi yang kami bawakan kali ini amat sesuai untuk anda. \n\nHari ini kami bawakan resepi ikan pari rebus bersama sos istimewa yang amat enak, mudah dan cepat untuk disediakan. Resepi ini juga sesuai untuk para amatur sediakan kerana pasti akan menjadi. Selain itu, bagi mereka yang sedang berdiet, resepi ini juga sesuai untuk anda. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Dtn Seri Nor dan telah mendapat komen positif di laman Facebook milik beliau. Jom kita tengok!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba!\n\nMudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!"
"Mencari senarai pulau di Terengganu? Terengganu merupakan salah satu negeri yang mempunyai banyak pulau yang menjadi tarikan pelancongan di negara ini. Tidak hairanlah negeri ini sentiasa penuh dengan pelancong.\n\nAnda juga boleh melakukan banyak aktiviti menarik di pulau-pulau di sini. Jadi, berikut kami senaraikan senarai 10 pulau di Terengganu untuk anda. Teruskan membaca!\n\nAlamat: Pulau Perhentian, 22300 Besut Terengganu\n\nSiapa sahaja yang tidak pernah terdengar nama pulau ini? Pulau Perhentian merupakan antara pulau di Terengganu yang tersohor namanya.\n\nPulau Perhentian ini mempunyai dua bahagian \u2013 Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Agak-agak apa beza kedua-dua bahagian pulau ini?\n\nPulau Perhentian Besar ini adalah bahagian utama yang selalu disinggah oleh pelancong. Di sini juga terdapat kebanyakan tempat penginapan yang mewah dan bertaraf tinggi.\n\nPulau Perhentian Kecil juga turut disinggah ramai disebabkan oleh harga di kebanyakan tempat yang murah. Kemudahan awam seperti kedai-kedai, balai raya, pondok polis dan klinik kesihatan juga turut disediakan di sini.\n\nNama pulau ini diambil sempena pasirnya yang putih dan bersih yang dikatakan persis kapas. Ini juga membuktikan yang Pulau Kapas yang terletak di Kuala Terengganu ini merupakan pulau yang cukup terpelihara. \n\nAnda boleh melakukan aktviti-aktiviti menyeronokkan seperti snorkeling, berkanu, berkayak dan menaiki teksi air. Ada juga pengunjung yang berkhemah di Tapak Khemah LongSha. Tidak perlu bawa khemah, semuanya sudah disediakan.\n\nSelain daripada aktiviti snorkeling dan berenang, anda juga boleh mendaki bukit yang berdekatan dengan pulau ini. Pemandangan pulau yang sangat mempersonakan boleh dilihat dari puncak bukitnya, memang best!\n\nPulau Lang Tengah yang terletak di daerah Kuala Nerus ini juga merupakan antara pulau yang terbaik untuk anda melakukan aktiviti snorkeling dan selam skuba. \n\nIni disebabkan oleh kepelbagaian spesis hidupan laut serta terumbu karang yang ada di pulau ini. Semestinya anda akan terjumpa dengan penyu-penyu di sini semasa menyelam, satu pengalaman yang sangat menakjubkan!\n\nSelain itu, anda juga boleh menginap di resort bertaraf 4 bintang di sini. Ada pelbagai resort sebegitu yang boleh anda pilih, jadi alang-alang melancong, bermalam sahaja di resort mewah yang cemerlang servisnya.\n\nPulau Redang \u2013 antara pulau yang bukan sahaja terkenal di Terengganu, malah di Malaysia. Air lautan yang jernih serta pantai memutih yang biasa anda lihat di poskad memang ada di Pulau Redang!\n\nAntara tarikan istimewa di sini ialah sandbank atau tebing pasir. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dan seterusnya, anda boleh berjalan-jalan sambil menghayati pemandangan lautan membiru yang indah.\n\nAktiviti lain yang boleh anda lakukan termasuklah bersiar-siar dengan menaiki teksi air atau bot, snorkeling dan menyelam skuba. Aktiviti menyelam sememangnya popular disebabkan oleh keindahan pulau ini.\n\nAlamat: Pulau Bidung Laut, Kuala Terengganu, Terengganu\n\nPulau Bidong ini boleh dikatakan sebagai pulau yang penuh bersejarah di Terengganu. Pulau ini pernah menjadi penempatan sementara untuk pelarian Vietnam pada tahun 1978 hingga 1991.\n\nSetelah itu, pulau ini dikatakan terbiar. Namun disebabkan oleh sektor pelancongan di Terengganu yang berkembang pesat, pulau ini kembali \u2018hidup\u2019 dan sering disinggah oleh orang ramai.\n\nAnda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan selam skuba untuk melihat terumbu karang di sini yang cantik dengan lebih dekat. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot yang memakan masa sekitar 40-45 minit.\n\nMungkin kebanyakan pembaca tidak pernah terdengar nama pulau ini. Walaupun tidak se-popular pulau-pulau yang lain, Pulau Rhu ini tetap diserbu oleh pengunjung disebabkan oleh tarikan istimewa di sini.\n\nTarikan yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Antaranya ialah berenang, snorkeling dan menaiki bot banana yang bukan sahaja menyeronokkan, malah selamat.\n\nKeindahan serta kebersihan pulau ini juga turut dipuji ramai. Sama seperti pulau-pulau lain di Terengganu, air di pulau ini membiru dan jernih, persis kristal. \n\nPulau yang terletak berhampiran dengan Pulau Kapas ini dikenali dengan nama Pulau Gemia. Namanya diambil bersempena dengan pohon yang boleh didapati di puncak bukit pulau ini.\n\nWalaupun pulau ini sedikit terpencil berbanding pulau lain, ianya menjadi tempat pilihan ramai untuk bersantai disebabkan oleh suasana tenang dan damai di sini.\n\nPulau ini bukan sahaja indah, malah persekitarannya juga bersih. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari jeti Marang yang memakan masa sekitar 10-15 minit sahaja untuk tiba di sini.\n\nPulau Tenggol merupakan pulau terakhir di serangkaian pulau yang merangkumi Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Ia dihubungkan melalui feri ke Kuala Dungun.\n\nPulau ini juga sangat terpelihara. Airnya yang bersih, membiru dan jernih merupakan bukti yang pulau ini tetap terjaga walaupun dibanjiri oleh ramai pelancong.\n\nAntara spesis hidupan laut yang ada di sini ialah penyu, berbagai jenis spesis ikan dan terumbu karang yang cantik-cantik. Anda boleh melihat spesis ini dengan lebih dekat jika anda melakukan aktiviti snorkeling.\n\nPulau Wan Man adalah sebuah pulau kecil di Kuala Terengganu. Di pulau ini juga terletaknya Taman Tamadun Islam Malaysia yang dibuka pada tahun 2008.\n\nPulau ini pada asalnya tiada pengunjung namun setelah Taman Tamadun Islam dibuka, ianya tidak putus-putus menerima kunjungan dari orang ramai. Masjid Kristal juga merupakan antara tarikan utama di pulau ini.\n\nMencari pulau yang terpencil untuk merehatkan minda? Di Terengganu, Pulau Rawa ini boleh dikatakan pulau hidden gem yang pasti sesuai disinggah untuk tujuan itu.\n\nPulau ini tidak mempunyai tempat penginapan, jadi anda perlu ke sini dengan menaiki bot yang memakan masa sekitar 1 jam untuk tiba. Disebabkan kekurangan pengunjung, ianya juga sangat bersih.\n\nAirnya jernih membiru dan pasirnya juga putih. Aktiviti snorkeling juga boleh dilakukan disebabkan oleh variasi hidupan laut di sini, pasti lebih menyeronokkan!\n\nAnda pasti teruja setelah membaca senarai pulau di Terengganu ini, bukan? Semuanya cantik-cantik dan mempunyai keunikan serta sejarah yang tersendiri. Alang-alang bercuti, singgah sahaja di pulau-pulau ini.\n\nSelain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial."
"Jom cuba resepi brownies kedut ini!\n\nBrownies yang mewah dengan rasa coklat. Kedutannya itu disebabkan penggunaan coklat yang banyak. Anda bebas menggunakan jenis coklat dan koko kegemaran anda. Tapi keenakkannya diterjemahkan oleh pengunaan koko dan coklat yg berkualiti.\n\nMudah saja pembuatannya, guna tangan pun boleh. Langkahnya yang mudah pasti membuatkan ia menjadi sebuah aktiviti yang baik untuk dilakukan bersama-sama anak-anak dan seisi keluarga.\n\nResepi ini telah dikongsi oleh Siti Sarah\u00a0dan mendapat banyak perkongsian di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!\n\n1. Masukkan kesemua Bahan A dan cairkan. Boleh guna kaedah double boil atau boleh guna microwave. Bila dah cair dan sebati, ketepikan sampai sejuk atau suam-suam.\n\n2. Dalam bekas lain, masukkan Bahan B. Pukul 3 biji telur dengan gula castor sampai sebati menggunakan whisk. Tambah esen vanilla.\n\n3. Bila Bahan A yang cair tadi dah sejuk atau suam-suam sikit, campurkan dengan Bahan B yang dipukul tadi. Kacau sebati.\n\n4. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi. Kacau biar sebati. Jangan kacau terlalu lama ye.\n\n5. Lapik loyang 9\u2033 \u00d7 9\u2033 dengan baking paper. Lebihkan baking paper dibahagian sisi kiri dan kanan loyang (tujuannya supaya mudah untuk keluarkan brownies) kemudian tuangkan bancuhan brownies tadi & ratakan.\n\n6. Bakar pada suhu 170celcius selama 35-40 minit bergantung pada oven memasing. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15-20 minit.\n\n7. Bila dah masak, keluarkan brownies dari oven dan biarkan sejuk sebelum potong mengikut saiz yang anda suka.\n\nResepi \u2013 Resepi Lain Yang Menarik:\n\nSelain daripada resepi Brownies Kedut ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang boleh anda cuba. Jangan lupa mencuba ya!\n\nJangan lupa share artikel \u2013 arktikel kami bersama keluarga dan rakan rakan ya!"
"Kalau dulu-dulu ada satu kisah tentang seorang anak derhaka yang bernama Si Tanggang atau di Indonesia digelar Malim Kundang. Malah jika anda ke Indonesia anda boleh melawat batu yang berbentuk manusia dan kapal pecah yang boleh dikaitkan dengan kisah balasan anak derhaka bernama Malim Kundang. \n\nDi dalam islam, kedua ibu bapa diletakkan pada kedudukan yang sangat mulia di mana anak-anak wajib mentaati dan menghormati mereka sehingga ke hujung nyawa. Itulah sebabnya kita biasa dengar orang kata anak derhaka biasanya akan mendapat balasan di dunia. Tak perlu tunggu tunggu balasan di neraka.\n\nTahukah anda bahawa derhaka kepada kedua ibu bapa adalah termasuk dalam empat dosa besar iaitu berada setaraf dengan tiga dosa besar yang lain iaitu:\n\nAnak derhaka ialah anak yang tidak menghormati ibu bapanya dan tidak mahu berbakti kepada mereka terutamanya apabila mereka sudah tua. Kenapa kita selalu mendengar orang kata dosa derhaka kepada ibu bapa akan dibalas secara cash di dunia? Yang sebenarnya ia adalah berdasarkan hadith yang berikut:\n\n\u201cDua (kejahatan) yang akan dibalas Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.\u201d ( Hadith riwayat Tabrani )\n\nJadi, apakah balasan bagi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya?\n\nIni adalah balasan yang paling ditakuti oleh semua manusia yang bergama islam. Syurga adalah idaman semua dan neraka adalah balasan yang paling ditakuti kerana azabnya tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran manusia. Balasan untuk anak derhaka ialah diharamkan baginya untuk masuk syurga. Ia adalah berlandaskan hadith berikut:\n\n\u201cAda tiga jenis orang yang diharamkan Allah masuk syurga, iaitu pemabuk berat, penderhaka terhadap kedua orang tua, dan juga seorang dayus (merelakan kejahatan berlaku di dalam keluargannya, merelakan isteri dan anak perempuannya berkelakuan serong)\u201d. (Hadith riwayat Nasa\u2019i dan Ahmad)\n\nKeredhaan Allah adalah idaman setiap muslim. Ini kerana sekiranya hidup kita dimurkai oleh Allah, kita tidak akan mendapat hidup yang berkat dan berbahagia di dunia dan akhirat. Salah satu balasan untuk anak derhaka ialah dimurkai oleh Allah. Ia adalah berdasarkan hadith berikut:\n\n\u201cKeredhaan Allah tergantung keredhaan orang tua, dan murka Allah pun tergantung pada murka kedua orang tua\u201d. (Hadith riwayat al-Hakim)\n\nTidak diterima oleh Allah amal ibadah dan Solatnya\n\nTakutkah anda kalau kami katakan bahawa Allah menolak setiap amal ibadah dan solat yang dilakukan oleh seorang anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya? Ianya adalah berdasarkan hadith yang berikut;\n\n\u201cAllah tidak akan menerima Ibadahnya, solatnya orang \u00a0yang dibenci kedua orang tuanya yang tidak menganiaya kepadannya\u201d. (Hadith Riwayat Abu al-Hasan bin Makruf)\n\n \u201cAda tiga hal yang menyebabkan terhapusnya seluruh amal, iaitu syirik kepada Allah, durhaka kepada orang tua dan seorang alim yg dipermainkan oleh orang dungu & jahil\u201d. (Hadith Riwayat Thabrani). \n\nTidak termasuk dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW\n\nNabi Muhammad tidak mengaku mereka yang menderhaka kepada ibu bapa sebagai umatnya. Menurut Ad-Dailamy, Rasulullah bersabda bahawa:\n\n\u201cTidak termasuk dari golongan kami orang-orang yang diperluas rezekinya oleh Allah lalu ia tidak memberi nafkah kepada keluargannya\u201d. (Hadith Riwayat Ad-Dailamy)\n\nTermasuk dalam golongan mereka yang kafir\n\nGolongan kafir ialah mereka yang menolak agama Allah dan menyembah tuhan selain Allah. Dari sudut pandangan islam, mereka yang menderhaka kepada ibu bapa adalah termasuk dalam golongan manusia yang kafir. Ia adalah berdasarkan hadith yang berikut:\n\n\u201cJangan membenci kedua orang tuamu. Barang siapa Orang yang mengabaikan kedua orang tua, maka dia kafir\u201d. (H.R. Muslim).\n\nSekali lagi, dosa merderhaka kepada kedua ibu bapa akan dibalas secara cash di dunia. Al-Hakim dan Al-Ashbahani, dari Abu Bakrah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:\n\n\u201cSetiap dosa akan diakhirkan oleh Allah SWT sekehendak-Nya sampai hari kiamat, kecuali dosa besar yang mendurhakai kedua orang tua. Sesungguhnya Allah SWT akan menyegerakan (balasan) kepada pelakunya didalam hidupnya sebelum mati\u201d.\n\nDari Aisyah r.a, Rasulullah saw bersabda:\n\n\u201cDikatakan kepada orang yang durhaka kepada kedua orang tua, berbuatlah sekehendakmu, sesungguhnya Aku tidak akan mengampuni. Dan dikatakan kepada orang yang berbakti kepada orang tua, bahawa berbuatlah sekehendakmu, sesungguhnya Aku mengampunimu.\u201d (Hadith Riwayat Abu Nu\u2019aim).\n\n\u201cSesungguhnya bau syurga itu boleh dicium dari jarak perjalanan seribu tahun, dan demi Allah tidak akan mendapatinya barang siapa yang derhaka kepada orang tuanya\u201d. (Hadith Riwayat Thabrani)\n\n\u201cApabila seseorang tidak meninggalkan doa bagi kedua orang tuanya, maka akan terputus rezekinya\u201d. (Hadith Riwayat Ad-Dailamy)\n\nTermasuk dalam golongan mereka yang kerugian besar\n\n \u201csungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa dan hina orang yang mendapati orang tuanya atau salah satunya sampai tua, lantas ia tidak dapat masuk surga\u201d. (H.R. Muslim). \n\nItulah dia info tentang balasan anak derhaka yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang masalah adab anak zaman moden, tips mendapatkan anak solehah, dan tanggung jawab seorang anak kepada ibu bapanya."
"Aiskrim Malaysia adalah salah satu manisan terunik yang hanya boleh didapati di Malaysia. Sekiranya anda di luar negara, pasti aiskrim Malaysia merupakan salah satu perkara yang anda paling rindukan. Ianya merupakan manisan wajib untuk kita sewaktu zaman kanak kanak. Teringat pula zaman membeli aiskrim Malaysia daripada jiran dengan harga 20 sen sebatang. \n\nKini, aiskrim Malaysia juga diubahsuai menjadi lebih unik. Kalau dulu mungkin kita hanya akan dapat aiskrim Malaysia perisa Milo atau Bandung, tapi kini kita akan dapat aiskrim Malaysia perisa Vanilla bersusu yang amat lazat. Sangat sesuai untuk dihidangkan kepada anak anak kita. \n\nResepi yang unik ini telah dikongsikan oleh Aida Radzuan dan mendapat banyak like serta komen positif di media sosial. Jom!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba: \n\nTerdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!"
"Selulit adalah lemak yang terkumpul pada satu bahagian badan, terutamanya pada perut, peha, punggung dan lengan. Sebagai seorang wanita, selulit adalah satu mimpi ngeri. Jom kami kongsikan petua hilangkan selulit yang boleh anda amalkan.\n\nSebelum itu, apa kata kita kenal-pasti dulu apakah punca berlakunya selulit. Di antara punca selulit ialah:\n\nUsah risau. Anda boleh hilangkan masalah selulit\u00a0 dengan cara:\n\nSelulit terjadi disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. Oleh itu, cara terbaik untuk menghilangkan selulit ialah dengan cara menurunkan berat badan. Kebiasaannya, selulit akan hilang seiring dengan penurunan berat badan. Semakin banyak berat badan yang hilang, semakin kurang selulit pada tubuh badan anda.\n\nDiet seimbang merupakan cara hilangkan selulit yang kedua. Pengambilan kalori yang berlebihan dalam diet seharian mengundang selulit. Kalau anda nakkan badan yang cantik tanpa selulit, mulai hari ini sila amalkan diet yang seimbang.\n\nApabila anda rajin bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang aktif, secara automatik selulit akan hilang. Apabila anda rajin bersenam, toksin dalam badan akan keluar melalui peluh. Seperti yang kami nyatakan di atas tadi, selulit berlaku disebabkan toksin yang terkumpul pada lapisan kulit.\n\nApabila anda rajin bersenam, toksin tak sempat untuk berkumpul dibawah kulit. Makanya, selulit anda juga akan hilang. Bersenam juga membantu menurunkan berat badan. Untunglah, selulit hilang berat badan pun turun.\n\nMakanan pedas menghasilkan\u00a0toksin yang akan berkumpul dalam kelenjar lemak. Toksin yang terkumpul akan memusnahkan kolagen dalam kulit lalu menyebabkan berlakunya selulit. Oleh itu, kalau anda jenis yang sukakan makanan pedas, bolehlah kurangkan sedikit pengambilan makanan pedas untuk mendapatkan kulit bebas selulit.\n\nDuduk terlalu lama akan menganggu peredaran darah lalu menyebabkan selulit berlaku. Oleh itu, elakkan daripada duduk terlalu lama. Sekiranya pekerjaan anda memaksa anda untuk duduk setiap masa, jangan lupa untuk bangun setiap 30 minit. Berjalan keliling pejabat sebelum duduk semula.\n\nTak sangka kan, tekanan perasaan pun boleh jadi punca selulit. Pada zaman serba moden ini, stress dan tekanan perasaan merupakan perkara yang tak boleh dielakkan. Namun anda boleh berusaha untuk mengurangkannya. Ingat ye, kurang stress bermakna kurang selulit.\n\nSelain mengurangkan stress, anda juga perlu pastikan diri anda mendapat rehat yang secukupnya setiap hari. Bukan handphone sahaja yang perlu dicaj setiap hari, tubuh badan anda pun sama. Dapatkan rehat secukupnya, pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, secara automatik masalah selulit juga akan berkurangan.\n\nAnda penggemar kopi dan teh? Perasan tak, makin banyak anda minum kopi makin banyak selulit pada tubuh badan anda. Oleh itu, kalau nak hilangkan selulit, anda perlu kurangkan pengambilan kafein. Satu cawan sehari dah memadai.\n\nSelain kafein, anda juga perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet seharian sekiranya anda ingin mengurangkan selulit pada tubuh badan. Apabila anda kurangkan pengambilan gula, berat badan anda juga akan berkurangan. Menarik, kan!\n\nSeperti gula, pengambilan garam yang berlebihan dalam diet seharian juga bukanlah perkara yang baik untuk tubuh badan. Taknak selulit pada badan? Kurangkan garam dalam makanan. Kalau anda nak selamat, boleh tukar garam biasa kepada garam bukit yang jauh lebih sihat.\n\nMakanan berminyak juga merupakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan selulit pada badan anda. Mengurangkan makanan berminyak bukan sahaja membantu menurunkan berat badan malah ia juga membantu menghilangkan selulit.\n\nSiapa yang tak suka makan makanan segera? Ianya bukan sahaj murah malah memudahkan kehidupan seharian. Lapar tapi malas nak masak? Boleh telefon makanan segera untuk penghantaran ke rumah. Anda dalam perjalanan, berasa lapar tapi malas nak berhenti, masuk saja ke drivethru dan pesan makanan kegemaran.\n\nSemua orang tahu kesan buruk makanan segera kepada kesihatan namun ianya sangat susah untuk dielakkan. Jika anda tak dapat berhenti dari memakan makanan segera, sekurang-kurangnya anda boleh kurangkan. Kalau selama ni anda makan makanan segera 3 kali seminggu, mulai hari ini boleh kurangkan kepada sekali seminggu sahaja.\n\n13. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan\n\nSayur-sayuran dan buah-buahan merupakan makanan yang wajib anda makan setiap hari kalau nak hilangkan selulit.\n\nSalah satu punca selulit ialah ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan. Untuk menghilangkan selulit, anda perlu menyeimbangkan semula hormon tersebut. Minyak omega-3 membantu menyeimbangkan hormon dalam tubuh badan sekali gus menghilangkan selulit.\n\nItulah dia 14 cara untuk menghilangkan selulit yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang makanan untuk diet,\u00a0cara kuruskan badan dan petua rambut gugur."
"Jemput baca artikel khasiat buah manggis ini.\n\nBuah manggis atau Garcinia mangostana L. merupakan sejenis buah yang boleh dimakan mentah. Buah manggis memiliki kulit lembut yang tebal dan berwarna ungu pekat yang melindungi isinya yang bewarna putih dan boleh dimakan. Jika durian dipanggil raja buah, manggis pula adalah ratunya.\n\nDipercayai manggis berasal dari kepulauan Sunda dan Moluccas di Indonesia, manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan ia agak sensitif. Pokok manggis tidak mampu hidup dengan baik pada suhu di bawah 4 \u00b0C atau lebih dari 38 \u00b0C. Biji benih manggis akan mati pada suhu 7 \u00b0C.\n\nPokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki) dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.\u00a0 Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna dan getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.\n\nJom ketahui apakah khasiat buah manggis.\n\nBerita baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Kandungan Xanthone dalam buah manggis membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma badan.\n\nMenurut penyelidik dari UCSI dan Monash University Malaysia pada tahun 2018, sebatian asid hidroksisitrik atau HSA dalam manggis membantu proses menurunkan berat badan.\n\nDalam kajian mereka, HSA didapati merencatkan lipogenesis (pembentukan lemak), menurunkan kolesterol, meningkatkan penghasilan glikogen dalam hati, menurunkan selera makan dan meningkatkan proses thermogenesis (memanaskan badan).\n\nFenomena ini semua boleh dikaitkan dengan perubahan metabolisme yang menjurus kepada penurunan berat badan dan pengurangan kadar pertukaran karbohidrat menjadi lemak.to fats.\n\nBuah manggis tinggi kandungan antioksidan, vitamin C dan vitamin E yang sangat membantu untuk mencantikkan kulit dan anti penuaan. Nak awet muda? Jom makan buah manggis.\n\nAntara nutrien yang terkandung dalam manggis yang menyumbang kepada kesihatan kulit ialah seperti protein, vitamin C, asid folik, vitamin B1, vitamin B2 dan mineral seperti mangan, kuprum dan magnesium.\n\nMenurut kajian lepas, nutrien ini penting bagi tubuh badan kita untuk melancarkan proses penghasilan DNA, regangan otot, penyembuhan luka atau parut, ketahanan badan dan penderiaan saraf.\n\nKaum wanita mudah dijangkiti kulat Candida yang menjadi punca masalah seperti keputihan. Buah manggis mencegah pertumbuhan kulat sekali gus mencegah berlakunya keputihan.\n\nKajian lepas melaporkan bahawa kandungan alfa-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria. Manggis juga mempunyai cathechins, polifenol dan polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen anti bakteria dan anti kulat selain mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.\n\nAntara petua tradisional untuk mengecutkan ketumbuhan cyst ialah dengan merebus kulit manggis & minum airnya jika anda disahkan mempunyai cyst. Insya Allah cyst anda akan kecut.\n\nCaranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi & malam.\n\nPemerhatian ini mungkin boleh dikaitkan dengan kehadiran sebatian bioaktif dalam manggis yang rata-rata bersifat anti keradangan yang boleh meredakan bengkak dan keradangan selain bertindak sebagai antioksidan.\n\nNamun, dakwaan ini masih belum dan perlu dibuktikan secara saintifik dan klinikal.\n\nSerbuk kulit manggis yang telah dijadikan minyak pula mampu dijadikan ubat sapu masalah kulit seperti ekzema. Caranya, jemur kulit manggis sehingga kering.\n\nKemudian campurkan dengan minyak kelapa dara untuk disapu kepada bahagian kulit yang mengalami ekzema.\n\nPetua tradisional yang menjadi amalan turun temurun ini menggunakan manfaat manggis yang kaya dengan antioksidan.\n\nNamun, diingatkan bahawa tidak semua jenis kulit bayi sesuai dengan kaedah petua ini. Maka, amalan petua ini perlulah dilakukan dengan berhati-hati dengan melihat sebarang perubahan pada keadaan bayi.\n\nGonorea adalah penyakit kelamin yang dijangkiti melalui hubungan seks. Minum air rebusan manggis membantu mengatasi penyakit yang memalukan ini.\n\nCaranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi & malam.\n\nRebusan air manggis akan menghasilkan lebih banyak ekstrak antioksidan dan sebatian bioaktif yang boleh bekerja untuk membunuh mikroorganisma.\n\nMenurut kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Taiwan pada tahun 2008, alfa-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik dari ubat anti inflamasi lain.\n\nAlfa-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti arthritis.\n\nJurnal Food and Chemical Toxicology pada tahun 2008 ada menerbitkan manuskrip kajian yang mengulas kesan pengambilan manggis ke atas pencegahan dan rawatan arthritis.\n\nDilaporkan, kehadiran alfa-mangostin yang diekstrak daripada kulit buah manggis sekalipun, mampu merencatkan systemic anaphylaxis dan immunocytoadherence dalam spesimen tikus makmal bagi mengurangkan simptom arthritis.\n\nAlpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai turut memiliki kemampuan mencegah penyakit berkaitan degeneratif saraf seperti nyanyuk.\n\nNamun, hipotesis ini masih di peringkat awal dan perlu lebih banyak kajian yang lebih konklusif dijalankan.\n\nBuah manggis mempunyai kandungan yang mampu mengurangkan masalah alahan atau alergi yang anda alami.\n\nPengkaji dari Jepun pada tahun 2002 telah melaporkan bahawa ekstrak buah manggis berupaya merencat penghasilan histamin yang merupakan sebatian penyebab alahan.\n\nKajian lebih terperinci seterusnya telah mengenal pasti kehadiran gamma-mangostin yang berperanan menyekat serangan alahan.\n\nPenyakit asma tergolong penyakit yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Jika anda atau orang yang tersayang mengalami asma, amalan makan buah manggis boleh dilakukan dan perhatikan perbezaannya.\n\nSekumpulan penyelidik dari Korea Selatan pada tahun 2012 menemui bukti saintifik berkenaan kesan pengambilan diet buah manggis dengan rawatan asma. Dalam spesimen tikus makmal mereka yang diberikan ekstrak manggis selama 3 hari, kandungan xanthone dalam manggis dipercayai berperanan dalam mengurangkan simptom asma.\n\nModel tikus mereka yang mempunyai gejala asma diperhatikan berkurangan dengan pengurangan sel keradangan dalam laluan pernafasan udara, tindak balas saluran udara yang lebih baik dan peningkatan sitokin Th2 yang membantu pernafasan yang lebih baik.\n\n12. Membantu melawan jangkitan kuman atau bakteria\n\nJika anda dijangkiti bakteria atau virus, boleh makan buah manggis untuk melawan jangkitan tersebut.\u00a0Kandungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria.\n\nManggis juga mempunyai cathechins, polifenol dan polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen anti bakteria dan anti kulat selain mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.\n\nKandungan xanthone dalam buah manggis membantu menurunkan kadar LDL atau kolesterol jahat yang berlebihan didalam tubuh dan mencegah terjadinya penyempitan pada pembuluh darah.\n\nKandungan asid amino perlu berfungsi \u00a0menghapuskan kolesterol jahat dalam badan.\n\nBuah manggis yang tinggi kandungan antioksidan mampu mencegah berlakunya katarak dan glukoma iaitu gangguan yang diakibatkan oleh radiasi yang menghilangkan protein pada lensa mata.\n\nDisenteri ialah jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk diiringi darah dan pengeluaran mukus. Hirisan kulit manggis kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat disenteri. Serbuk tersebut boleh dicampur kedalam makanan atau minuman.\n\nPenyelidik dari London pada tahun 2009 merupakan antara kumpulan penyelidikan yang berjaya melaporkan keberkesanan pengambilan buah manggis untuk mengubati penyakit disenteri ini.\n\nAlpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti kanser dan tumor.\n\nXanthones dipercayai melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser\u00a0 yang terdapat pada usus besar dan hati, serta dapat merencatkan pertumbuhan sel berbahaya yang menjadi punca penyakit leukimia.\n\nBuah manggis kaya dengan Xanthones \u00a0yang merupakan sejenis antioksidan. Ia juga kaya dengan vitamin C.\n\nBuah ini dikatakan boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dengan kehadiran sebatian bioaktif dan antioksidan yang sentiasa melawan radikal bebas penyebab sistem imun menjadi lemah.\n\nApabila anda makan manggis, ia membantu melancarkan air kencing dan memastikan pundi kencing anda kosong dengan betul. Tiada sisa air kencing yang tertinggal dan secara langsung mencegah pembentukan batu karang.\n\nManggis juga dilaporkan kaya dengan komposisi air iaitu sebanyak 64.5% daripada komposisi keseluruhan.\n\nTambahan pula, kajian daripada sekumpulan penyelidik dari Indonesia yang diterbitkan di Padjajaran Journal of Dentistry pada tahun 2017 melaporkan bahawa manggis memberi kesan diuretik atau cenderung untuk buang air kecil.\n\nItulah dia 18 khasiat buah manggis yang pasti buatkan anda rasa nak pergi beli sekarang. Semoga bermanfaat!\n\nJika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga mungkin menyukai tulisan kami berkenaan khasiat ulam, khasiat cempedak dan khasiat jambu batu.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Membuat karipap memang memerlukan kesabaran. Lagi jika ingin mendapatkan karipap dengan kulit yang rangup serta isi yang enak perlulah kepiawaian dengan selalu berlatih membuat karipap.\n\nSeperti resepi perkongsian ramai daripada \u200eRaihana Hazali\u200e di Facebook. Resepi ini dipakai untuk membuat karipap yang biasanya dijual. Selain dijual dengan harga murah iaitu RM 1.00 untuk 4 keping. Karipap ini juga kulitnya rangup dan cantik kejadiannya. Tidak dinafikan resepi ini mencecah beribu-ribu perkongsian.\n\nSupaya karipap tak terbukak masa goreng, sapukan sedikit air di hujung doh sebelom di claim. Dan supaya tak nak melekat masa simpan dalam peti ais untuk dijadikan frozen karipap mesti digoreng separuh masak dulu ataumasak dalam oven sekejap dan sejukkan barulah simpan dalam peti ais bahagian beku.\n\nTanpa buang masa, jom tengok resepi karipap kentang perkongsian ramai di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi karipap kentang, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari resepi jejari roti goreng yang menarik? Idea menggoreng roti dengan tepung bestari telah dicadangkan oleh \u200eYusreena Said Yusz\u200e di laman Facebook. Sedap yakmat patutlah viral sana sini.\n\nMakanan ini boleh dijadikan makanan ringan untuk petang-petang. Boleh juga jadi kudapan untuk anda yang sibuk bekerja. Malah juga kanak-kanak tidak dinafikan amat suka makanan ini kerana ia amat menarik.\n\nRoti yang lembut bersalut tepung apabila digoreng akan jadi garing di luar. Makanan ini paling sedap dimakan dengan sos cili \u2018krup krap!!\u2019 rasanya dan wanginya amat merangsang selera. Sila cubakan resepi paling mudah hanya dengan 2 bahan.\n\nResepi Jejari Roti Salut Tepung Bestari\n\nSuka resepi jejari roti goreng ini? Kami turut menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, silalah baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bukan mudah untuk dapatkan resepi ayam black pepper yang mampu memuaskan hati semua pihak. Tapi dengan resepi ini, semua yang makan pasti akan tersenyum lebar kerana kesedapannya.\n\nSeramai 1.3 Ribu orang telah share resepi ini sejak ia di post. Ini membuktikan resepi ini memang terbaik! Rata rata netizen juga memberikan feedback yang positive! Resepi ayam black pepper ini juga telah menjadi punca pendapatan puan yang berkongsi resepi.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Balq ChemMela El-Qutb\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nAssalamualaikum. Hari ni saya nak share resepi ayam black pepper yang saya buat untuk biz lunchbox pestle n dish. Menu ni memang hot selling. Mudah dan sedappp. Cenggini\n\nBahan dan cara buat ade kat setiap gambar\n\n2.\u00a0Tumis bawang putih dan halia dengan minyak zaitun. Kalau untuk jualan saya campur dengan minyak masak biasa. Kadang kadang tambah minyak bijan\n\n3.\u00a0Masukkan ayam. Goreng manja manja je\n\n4.\u00a0Sos perapan ayam tadi jangan buang. Masukkan time ni. Buh air sikit. Saya masukkan carrot awal untuk bagi cepat empuk.\n\n5.\u00a0Tepung jagung sesudu. Larutkan dengan air sikit\n\n6.\u00a0Masukkan larutan tepung jagung tadi. Bubuh bay leaf dan perasakan dengan garam dan gula. Saya tak pakai aji. Cuma untuk jualan saya tambah kiub ikan bilis.\n\n7.\u00a0Bila dah mendidih, masukkan semua sayur. Kalau nak pedas tambah cili padi. Masak sampai sayur layu sikit dalam 1-2 min. Tutup api. Siap!!!\n\nSelain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Wah nak tahu khasiat petai? Jom baca artikel ini sampai habis.\n\nPetai atau nama saintifiknya Parkia speciosa merupakan sayuran atau ulaman yang selalu digunakan dalam pemakanan dan masakan masyarakat Asia Tenggara khususnya Indonesia, Thailand, Filipina dan Malaysia.\n\nNama \u201cpetai\u201d digunakan di Malaysia dan Indonesia tetapi di Thailand, petai dikenali sebagai \u201csataw\u201d manakala orang Jepun memanggilnya \u201cnejirefusamame\u201d. Petai biasanya dijual dalam bentuk buah atau yang sudah dikupas bijinya.\n\nPetai mengandungi tiga gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Digabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan kadar segera dan berterusan tenaga.\n\nJika\u00a0dibandingkan dengan epal, petai mengandungi 4 kali lebih banyak protrin, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, tiga kali ganda fosfor, lima kali lebih Vitamin A dan zat besi, dan dua kali ganda jumlah vitamin dan mineral lainnya.\n\nBerdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8%, 11% karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1 dan C.\n\n1. Mengawal sindrom PMS (sindrom pra-haid)\n\nVitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.\n\nKeputusan kaji selidik dalam kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai.\n\nIni kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.\n\nZat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.\n\nKandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok.\n\nMalah, US Food and Drug Administration (FDA) telah\u00a0 menyenaraikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.\n\nKhasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan.\n\nKajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.\n\nPetai juga dapat mengatasi masalah\u00a0sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat.\n\nPetai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.\n\nCara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan mengikuti petua tradisional membuat jus petai dicampur dengan dengan madu.\n\nSecara saintifiknya, kedua-dua bahan petai dan madu membekalkan tenaga dan kalori untuk tubuh lebih bertenaga.\n\nPetai mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan.\n\n9. Mengurangkan kegatalan kesan gigitan nyamuk \n\nSatu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk.\n\nKulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insya Allah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.\n\nPetai yang tinggi vitamin B\u00a0 membantu menenangkan sistem saraf.\n\nKajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi.\n\nSecara tidak langsung, dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.\n\nPetai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.\n\nPetai dianggap \u201cpenyejuk\u201d dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung.\n\nDi Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.\n\nPetai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok.\u00a0\u00a0 Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.\n\nKalium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan. \u00a0Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok.\n\nPotassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda.\n\nApabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.\n\n16. Mengatasi masalah cacing dalam badan\n\nPetai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.\n\nPenyelidik India pada tahun 2018 ada mengulas mengenai amalan pemakanan jeruk petai yang mengandungi probiotik atau bakteri baik yang datang dari bakteria asid laktik jeruk petai, yang sangat membantu menjaga kesihatan usus.\n\nTerdapat petua tradisional yang mencadangkan bahawa bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.\n\nPetua ini belum dibuktikan secara saintifik oleh mana-mana kajian klinikal lagi bagi membantu merawat masalah demam kuning.\n\nMereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba petua tradisional untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan.\n\nGunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.\n\nTerdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap seimbang.\n\nSalah satu penelitian yang dibuat oleh The New England Journal of Medicine menunjukkan bahawa dengan mengamalkan pemakanan petai dapat membantu untuk mengurangkan risiko\u00a0 serangan stroke pada seseorang.\n\nSebatian biokatif peptida dalam petai dipercayai mengurangkan aktiviti enzim pertukaran angiotensin. Seterusnya, bertindak sebagai agen anti-hipertensi yang mengurangkan isipadu aliran darah dan meningkatkan pertukaran oksigen dalam darah bagi mengelakkan berlakunya kes stroke atau lumpuh.\n\nOleh itu, serat dan fiber dalam petai mampu menstabilkan sistem pencernaan anda dan mengelakkan terjadinya sembelit, sakit perut, cirit-birit dan perut berangin.\n\n22. Menghilangkan rasa senak ketika kenyang\n\nJika anda adalah orang yang selalu senak selepas makan, petai adalah ubat yang mujarab.\n\nPetai mengandungi antiasid yang mampu mengurangkan rasa senak dan mual selepas makan.\n\nOrang asli mempercayai dengan makan petai dapat mengekalkan muda agak tampak lebih muda. Jadi, tak perlui ubat mahal-mahal, makan petai sahaja sudah cukup. Kandungan flavonoid dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh.\n\nMenariknya, penyelidik dari Fakulti Perubatan AIMST, Kedah, melaporkan bahawa kandungan antioksidan dalam kulit buah petai adalah lebih tinggi daripada biji petai yang dikupas. Walaupun bahagian kulit petai ini boleh dimakan, tetapi ramai yang membuangnya menjadi sisa.\n\nDengan penemuan ini, adalah sangat digalakkan untuk memasukkan kulit petai beserta bijinya sekali dalam masakan atau ulaman anda!\n\nItulah khasiat petai yang ingin kami kongsikan.\u00a0Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat gamat dan khasiat avokado.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Mencari resepi wantan sup yang sedap?\n\nWantan ialah sejenis masakan khas yang mudah didapati di pelbagai hidangan di Cina. Wantan boleh dihidangkan sama ada digoreng atau disup.\n\nPada perkongsian kali ini kami akan kongsikan resepi wantan sup. Resepi dikongsikan oleh Pungkreng Vavoom di laman Facebook. Semestinya resepi ini menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan mee goreng, mee sup dan nasi putih.\n\nJika ingin senang boleh beli wantan freeze di pasar raya. Kalau ingin buat sendiri, boleh cuba resepi kulit wantan di bawah ini. Tanpa buang masa, jom cuba buat resepi wantan sekarang juga. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi wantan sup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kali ini kita akan terokai resepi nasi lemak utara. Perbezaan yang amat ketara antara nasi lemak utara dengan nasi lemak lain ialah pada nasi dia. Dimana nasi lemak utara berwarna kuning dan menggunakan beras basmathi. Warna kuning berasal daripada serbuk kunyit yang digunakan untuk merendam beras.\n\nCara penyediaan nasi lemak utara juga tidak kalah menarik. Nasi lemak dikukus tidak hanya dengan santan dan daun pandan tapi diikutsertakan dengan bahan tumis iaitu bawang, halia, jintan, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam. Tips supaya nasi masak elok ialah gunakakn sukatan yang sama untuk beras dan air/santan.\n\nNasi lemak utara sedap dihidangkan dengan sambal sotong dan acar timun. Di bawah ini juga kami sertakan resepi sambal lemak kosong dan sambal sotong sekali. Gerenti jika anda ikut resepi ini, nasi lemak utara jadi mudah. Resepi didatangkan daripada \u200e\u200eMariana Zainal di laman Facebook.\n\nSelain nasi lemak utara, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Siapa suka maruku? Nak dapat maruku yang sedap memang susah. Membuatnya pun perlu cuba berkali-kali supaya menjadi maruku yang krapp krupp.\n\nOleh itu, hari ini kami ingin berkongsikan resepi maruku lingkar yang sedap. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook dikongsikan oleh Azie Mazidah\u200e. Perkongsian ini asalnya sekadar suka-suka untuk kawan-kawan dan saudara mara. Namun makin lama makin banyak permintaan untuk maruku ini. Bukti bahawa resepi ini memang sangat sedap.\n\nResepi maruku berasal dari negara India Selatan. Hingga sekarang maruku telah mengambil tempat dalam hati semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Maruku adalah ringan, sedap, rangup, senang dibuat dan murah kosnya.\n\nMaruku yang biasa berbentuk bulatan seperti pada resepi ini. Maruku dibuat menggunakan acuan khas. Perasa maruku bergantung kepada selera seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Mari cuba buat maruku hari ini.\n\nSelain resepi maruku, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Buah kulim atau nama saintifiknya Scorodocarpus borneensis (Baill.) Becc adalah sejenis buah yang dikenali sebagai Bawang hutan. Hal ini disebabkan bentuk dan rupanya yang seakan-akan sebiji bawang, telur, atau pear dengan diameter antara 3.5 cm. Mungkin tidak ramai yang tahu, khasiat buah kulim mempunyai pelbagai kebaikannya untuk kesihatan.\n\nBuah kulim berasal dari pokok kulim yang boleh tumbuh sehingga 40 meter dan ditemukan di beberapa negara Asia seperti Thailand, Malaysia, dan Indonesia. Dari kajian yang dilakukan oleh Jabatan Agrikultur dan Sains Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak menyatakan bahawa kandungan di dalamnya adalah seperti:\n\nKhasiat buah kulim boleh diguna pakai untuk merawat demam panas. Inilah yang kebanyakkannya dilalukan oleh perubatan cara tradisional orang zaman dahulu.\n\nCaranya, dengan meminum air rebusan akar pokok buah kulim bagi menurunkan suhu badan seseorang.\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia, antioksida merupakan bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan kesan dari radikal bebas. Selain itu, antioksida juga menjadi barisan pertahanan terhadap risiko dijangkiti pelbagai jenis penyakit.\n\nSeiringnya waktu, usia kita yang bertambah akan menyebabkan penghasilan antioksida juga berkurang. Wajar sekiranya kita mendapatkan sumber antioksida dari makanan lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.\n\n\u00a0Bahan antioksida yang dimaksudkan ini termasuklah beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E. \n\nKajian yang dijalankan menemukan kesemua ekstrak metanolik pada buah kulim mempunyai sifat antioksida. Bahkan aktiviti antioksida turut ditemukan paling tinggi pada bahagian daun, kulit batang, dan buah kulim sendiri.\n\nKetidakhadaman adalah salah satu dari masalah rasa tidak selesa di bahagian abdomen yang terjadi selepas makan atau minum. Kembung perut juga menjadi salah satu dari simptom yang menjurus kepada masalah ketidakhadaman.\n\nSecara tradisionalnya, buah kulim sering digunakan untuk merawat ketidakhadaman dan ketidakselesaan.\n\nTidak hanya khasiat buah kulim bersifat antioksida, malah ada beberapa bahagian lain padanya yang bersifat antimikrob. \n\nEkstrak metanolnya juga turut ditemui memainkan peranan yang penting di dalam mencegah aktiviti bakteria MRSA. Dalam masa yang sama, ia berkemampuan untuk menyekat perkembangan\u00a0Salmonella typhi\u00a0dan\u00a0Candida albicans.\n\nIni mungkin ramai tidak tahu bahawa buah kulim boleh mengelak dari masalah kembung perut pada bayi. Kembung perut bayi biasa berlaku disebabkan masalah angin dalam perut.\n\nSecara purata seorang bayi akan mengeluarkan angin antara 13 hingga 21 kali setiap hari. Gas atau berangin perkara normal untuk terjadi pada bayi usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan\n\nPenemuan yang menyatakan bahawa buah kulim boleh mengelak kembung perut bayi ini sebenarnya telah dilakukan sendiri oleh pengkaji di Indonesia. \n\nCaranya dengan membaluti perut bayi dengah buah kulim yang digiling dan dicampurkan dengan air.\n\nBuah kulim ini juga dikenali dengan nama Bawang Hutan kerana bau isinya seperti bau bawang putih malah baunya lebih menyengat daripada bau bawang putih.\n\nOleh kerana itu, tidak hairanlah jika ada sesetengah dari kita yang mengantikan penggunaan bawang putih dalam masakan dengan biji buah kulim. \n\nUlam-ulaman sangat sinonim dengan kesihatan awet muda berpanjang bagi wanita. Di Malaysia, lebih daripada 120 jenis tumbuhan boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, termasuklah yang tumbuh melata, pokok renek sehingga ke pokok besar. \n\nCara makannya boleh secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain.\n\nVektor adalah agen yang memindahkan atau membawa mana-mana patogen berjangkit ke dalam organisma hidup yang lain.\u00a0\n\nMenurut kajian, pokok kulim mempunyai kandungan sulfur yang tinggi untuk mencegah aktiviti vektor khususnya kepada nyamuk malaria. \n\nDi samping itu, kandungan methylthiomethyl disulfie I dan methylthiomethyl disulfie II pada buah ini sangat berpotensi untuk mencegah pembiakkan kulat. \n\nKomponen buah kulim memberi alternatif secara semula jadi untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik. Ia bertindak memberi kesan terhadap sistem peredaran darah dalam badan.\n\nMalah ia juga memberikan kelegaan bagi sesiapa yang ada masalah tekanan. Apa yang boleh kita lakukan adalah minum air rebusan buah kulim untuk membantu \u00a0melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan tekanan.\n\nSemoga perkongsian mengenai khasiat buah kulim ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk mendapatkan alternatif perubatan yang bersifat tradisional dan semula jadi.\n\nSelain dari artikel berkenaan dengan khasiat buah kulim, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan khasiat tumbuh-tumbuhan seperti:"
"Sebagai seorang yang menganut dan mengamalkan ajaran Islam, kita berpegang kepada dua sumber utama dalam agama yakni Al Quran dan As Sunnah. Seperti yang kita maklum, Al Quran adalah kitab suci yang menjadi panduan sepanjang zaman oleh setiap muslim. Namun, tahukah anda apa itu sunnah?\u00a0\n\nSunnah menurut bahasa membawa maksud jalan manakala menurut istilah ulama hadis, sunnah dapat didefinisikan sebagai segala hal yang disandarkan kepada nabi, baik itu berupa perkataan, perbuatan, taqrir (ketetapan), mahupun sifat perangai atau sifat fizikal. Baik sebelum diutus menjadi nabi ataupun setelahnya. \n\nJom kami kongsikan kepada anda 30 sunnah nabi yang mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.\n\nAbdullah bin Al-Harist Radliyallahu\u2019anhu menuturkan, maksudnya \u201cTidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu \u2018alaihi wasalam.\u201d (Riwayat At-Tirmidzi)\n\nSenyum selalu! Ia perkara mudah yang boleh kita lakukan setiap hari. Senyum kepada sesiapa sahaja dapat menenangkan hati mereka, tidak salah untuk kita lakukan sunnah nabi yang memberi ganjaran pahala seperti bersedekah ini. \n\nNabi S.A..W akan mengusap wajah dengan tangannya ketika bangun daripada tidur lalu membaca doa.\u00a0\u00a0\n\n\u201cRasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.\u201d(Riwayat Muslim)\n\n\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0623\u064e\u062d\u0652\u064a\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064f\u0651\u0634\u064f\u0648\u0631\u064f\n\nAlhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba\u2019da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur\n\nMaksudnya : \u201cSegala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan.\u201d (Riwayat Muslim)\n\nAli bin Abi Talib meriwayatkan: \u201cApabila Rasulullah Shalallahu \u2018alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.\u201d (Riwayat Tarmizi dan Hakim)\n\nHadist riwayat Anas bin Malik R.a, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: \u201cBarang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahim) \u201c (Shahih Muslim).\n\nDari Anas bin Malik, Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: \u201cApabila seseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca doa: \u2018Bismillahi tawakkaltu \u2018alaallahi haula wa laa quwwata illa billah\u2019 (Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah).\n\nMaka pada saat itu dikatakan kepadanya: Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan (perlindungan), hingga syaitan-syaitan menjauhi darinya.\n\nLalu syaitan yang lainnya berkata kepada temannya: Bagaimana (engkau akan mengoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan (perlindungan).\u201d (Riwayat Abu Daud)\n\nAnas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: \u201cRasulullah Shalallahu \u2018alaihi wasalam mengulangi\u00a0 perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).\u201d (Riwayat Tarmizi dan Hakim)\n\nDaripada Aisyah, katanya: \u201cRasulullah Shalallahu \u2018alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.\u201d (Hadis riwayat Muslim)\n\nAli bin Abi Talib meriwayatkan: \u201cRasulullah Shalallahu \u2018alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.\u201d (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa\u2019i dan Ibnu Hibbah).\n\n\u201cApabila salah seorang antara kamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring.\u201d (Riwayat Muslim).\n\n\u201cMarah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.\u201d (Riwayat Abi Daud).\n\nKa\u2019ab bin Malik r.a. meriwayatkan: \u201cRasulullah Shalallahu \u2018alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan\u00a0 Baginda menjilati ketiga-tiganya.\u201d (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)\n\n\u201cDemi Allah, aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali dalam sehari.\u201d (HR Muslim).\n\n\u00a0\u201cApakah amalan yang paling baik di dalam Islam?\u201d lalu Baginda menjawab, \u201cHendaklah engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau sudah kenal dan juga kepada orang yang belum engkau kenal.\u201d (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)\n\n\u201cSesiapa antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah mencegah dengan tangan (kekuasaan); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan) dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (tidak senang, setuju dan reda). Dan itu adalah selemah-lemah iman.\u201d (Riwayat Muslim)\u00a0\n\n\u201cBarang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam.\u201d (Riwayat Bukhari dan Muslim)\n\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a\u0652 \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0652\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u062e\u064f\u0628\u064f\u062b\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062e\u064e\u0628\u0627\u0626\u0650\u062b\u0650\u00a0\n\nApabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda: \u201cYa Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita\u201d. (Riwayat Bukhari)\n\nNabi SAW juga menutup kepalanya ketika memasuki tandas. Baginda membaca doa sebelum masuk tandas dan doa keluar tandas.\n\n\u201cAdalah Nabi saw apabila masuk ke tandas baginda menutup kepalanya.\u201d (Hadith Baihaqi)\n\nArtinya : \u201cAku minta keampunan-Mu ya Allah.\u201d (Riwayat Tirmizi/Ahmad)\n\nDari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: \u201cHak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara.\u201d Lalu beliau ditanya; \u2018Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah? \n\n\u2018Jawab beliau: (1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya. (2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. (3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Bila dia sakit, kunjungilah dia. (6) Dan bila dia meninggalkan, ikutlah mengantar jenazahnya ke kubur.\u2019 (Riwayat Muslim)\n\nDari Saidatina Aisyah r.ha.: \u201cSesungguhnya Rasulullah ShallAllahu \u2018alaihi wasallam telah bersabda: \u201cBersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.\u201d (Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)\n\nIbnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu \u2018alaihi wasalam bersabda: \u201cHendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).\u201d (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)\n\nTiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa \u201cYa Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya)\u201d, manakala malaikat satu lagi berdoa \u201cYa Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan,\u201d (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)\n\nDaripada Abi Darda\u2019 RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: \u201cTidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)\u201d. (Riwayat Muslim)\n\n21. Solat Diawal Waktu Dan Saf Pertama\n\n\u201cKalau saja manusia tahu pahala panggilan solat dan saf awal,jika mereka tidak mendapatkannya selain harus dengan mengundi, pasti mereka akan mengundi.\u201d ( Riwayat Muslim)\n\nIa menunjukkan ramai orang bersungguh-sungguh ingin mendapatka saf bahagian hadapan kerana ganjaran yang diberikan amat luar biasa. Ia adalah sunnah nabi yang harus anda ikuti.\n\nSunnah nabi iaitu membaca Al-Quran amat mudah kita amalkan bergantung kepada jenis invididu. Jangan jadikan kekangan masa sebagai penghalang untuk kita beramal dengan sunnah nabi ini.\n\n\u201cBacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang sebagai pemberi syafaat bagi sahabatnya (orang yang membacanya).\u201d (Riwayat Muslim)\n\n\u201cSiapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya,dosa-dosanya akan keluar dari jasadnya, bahkan sampai keluar dari hujung-hujung kukunya.\u201d (Riwayat Muslim)\n\nSunnah nabi ini sering diamalkan oleh semua pelajar tahfiz dan golongan agama. Dosa akan terhapus sedikit dengan sedikit dengan mengamalkan sunnah nabi ini.\n\nAisyah radhiallahu anha, dia berkata, \u201cRasulullah shallallahu alaihi wa sallam solat Dhuha sebanyak empat (rakaat), kadang beliau menambah sesuai keinginannya.\u201d (Riwayat Muslim)\n\n\u201cLakukanlah solat malam oleh kalian, karena hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Ia pun dapat mendekatkan kalian kepada Rabb kalian, menghapus segala kesalahan dan mencegah dari perbuatan dosa.\u201d (Riwayat Tirmidzi)\n\n\u201cJika seseorang di antara kalian bersin, maka ucapkanlah ALHAMDULILLAH (segala puji bagi Allah). Hendaklah saudaranya mengucapkan YARHAMUKALLAH (semoga Allah merahmatimu). Jika ia mengucapkan YARHAMUKALLAH, ucapkanlah YAHDIKUMULLAH WA YUSHLIH BAALAKUM (semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).\u201d (HR. Bukhari) [Riwayat Bukhari)\n\n27. Memberi Makan Kepada Orang Lain\n\n\u00a0\u201cBarangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yg tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.\u201d (HR. Thabrani)\n\n\u201cApabila salah seorang dari kalian melihat mimpi yang ia benci, maka hendaknya ia meludah ke kiri sebanyak tiga kali dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatan setan sebanyak tiga kali dan ubahlah posisi tidurnya\u201d (Riwayat Muslim).\n\n29. Membaca Basmalah Pada Setiap Pekerjaan\u00a0\n\nDari Abu Hurairah radhiyallahu \u2018anhu, Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wa sallam bersabda \u201cSetiap perkara penting yang tidak dimulai dengan \u2018bismillahirrahmanir rahiim\u2019, amalan tersebut terputus berkahnya.\u201d (Riwayat. Al-Khatib dalam Al-Jami\u2019)\n\nOleh itu, kita disarankan memulakan setiap pekerjaan dengan bacaan Basmallah. Walaupun kerja yang dilakukan adalah mudah, jangan tinggal untuk membaca basmallah kerana ia adalah sunnah nabi.\n\n\u201cBarangsiapa yang ingin dibangunkan baginya bangunan di Syurga, hendaknya ia memaafkan orang yang mendzaliminya, memberi orang yang bakhil padanya dan menyambung silaturrahim kepada orang yang memutuskannya.\u201d (Riwayat Thabrani)\n\nMaafkan kesalahan orang lain adalah sunnah nabi yang ramai tak sedar. Mulai sekarang, maafkanlah segala kesalahan orang lain. Pasti hati anda akan tenang dan rezeki anda akan berjalan lancar.\n\nDemikianlah 30 sunnah nabi yang dapat kita amal dan terapkan dalam kehidupan seharian. Selain memperoleh ganjaran dari Allah SWT, mengamalkan sunnah nabi juga sudah terbukti dari segi saintifik bahawa ia amat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran.\n\nJom baca juga adab pelajar dengan guru, kelebihan solat dhuha, doa penerang hati anak dan Panduan solat sunat rawatib."
"Tentunya ramai yang menggemari masakan dari negara jiran kita iaitu Thailand. Mereka mempunyai pelbagai jenis masakan yang unik dan sedap. Kebanyakan dari kita pastinya mengenali masakan tom yam yang memang terkenal yang berasal dari Thailand. \n\nPada hari ini kita bukan hendak bercakap mengenai tom yam tetapi kita akan berkongsi resipi phad phed kai. Dalam bahasa melayu kita boleh panggil resipi ayam goreng pedas. Pastinya anda sudah tidak sabar hendak mencuba resipi ini bukan? Jadi mari kita lihat cara-cara menyediakannya.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Sue Arini Sue dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.\n\nNota: Kuantiti cili api bergantung kepada kepedasan yang anda mahu.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi phad phed kai ini terdapat beberapa lagi resepi lain yang semestinya anda boleh cuba dan hidang kepada ahli keluarga. Jangan lupa untuk konsgikan resepi ini juga ya!"
"Siapa suka kentang putar? Atau di KFC menu ini dipanggil mashed potato. Kentang putar ini sangat terkenal yang berasal daripada restoran ayam goreng tersebut.\n\nKentang putar dibuat dengan cara yang sangat mudah. Ianya hanya memerlukan 3 bahan sahaja, kentang, susu segar dan serbuk lada sulah. Kemudian untuk kuahnya pula, memerlukan beberapa bahan yang senang dibeli di pasar raya.\n\nKentang putar boleh jadi alternatif untuk makanan bayi dan kanak-kanak. Pula untuk orang dewasa yang kurang makan nasi boleh cuba mengolah kentang putar. Selain dimakan bersama ayam goreng, kentang putar juga selalu dijadikan menu sandingan chicken chop mahupun roti.\n\nJika anda tercari-cari resepi kentang putar yang mudah, sedap dan sama seperti KFC, sila tengok resepi yang kami kongsikan ini. Resepi perkongsian ramai tentunya yang dikongsikan oleh Rosdiana Rapiah\u200e di Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kentang putar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Setiap pagi kita akan terkejar-kejar masa untuk pergi ke kerja, sekolah, kelas dan macam-macam lagi. Kadang-kadang hingga tidak sempat untuk bersarapan. Kalau ada gerai yang berdekatan bolehlah singgah beli, macam-macam ada nasi lemak, kuih muih, bihun, mi goreng dan pelbagai lagi.\n\nTetapi jika kita lihat makanan-makanan tersebut semuanya mempunyai kalori yang tinggi. Jika kita sedang berdiet, memang tidak boleh makan makanan yang tinggi kalori dan berminyak. Terpaksa kita tahan lapar di pagi hari dengan alasan diet.\n\nSebenarnya, sarapan pagi itu amat penting dalam diet kita sebab ia akan memberi tenaga kepada badan kita untuk melakukan kerja di waktu pagi sementara menunggu makan tengahari. Susah, bukan mahu jaga badan ini. Makanan apa yang mudah, cepat dan bagus untuk diet di waktu pagi?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai resepi oats yang baik untuk orang diet. Info ini dikongsikan oleh Puan Hani Shamsuddin. Puan hani gemar berkongsikan info-info berguna di laman Facebooknya.\n\nResepi Oats yang bagus untuk diet\n\nEsok pagi tinggal sediakan toppings. Yang ni ikut tekak memasing. Nah list idea nak letak apa :\n\nSimple jelah. Semua orang boleh buat. Oats ni dia dah sedia maklum kaya dengan fibre. Fibre ni kan melawaskan. So tak yah minum detox dah. Setel hajat.\n\n*Mudahkan resepi ini. Oats ini juga bukan sahaja boleh dimakan waktu pagi malah waktu malam juga boleh kerana ia adalah makanan rendah kalori. Boleh buat oats lebih letak dalam bekas banyak-banyak.\n\nKalau lapar ambil sahaja dalam peti ais, letak topping dan siap sedia untuk makan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nJemput juga baca artikel tentang piramid makanan dan diet intermittent fasting\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pokok susu nabi? Mungkin bila dengar namanya, ramai yang yang tidak kenal. Namun, bila tengok gambar pokok tersebut, anda mesti pernah nampak di mana-mana.\n\nPokok susu nabi merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak khasiat perubatan kepada manusia. Justeru, penulis akan kongsikan khasiat pokok ini yang ramai orang tidak tahu. Sebelum itu, jom baca tentang info ringkas tentang pokok ini.\n\nNama saintifik bagi pokok susu nabi ialah euphorbia hirta. Ia merupakan spesies tumbuhan daripada keluarga euphorblaceae. Pokok ini juga dipanggil dengan beberapa nama lain seperti pokok susu kambing, ara tanah, gelan susu dan sebagainya.\n\nPokok susu nabi tumbuh meliar dan subur di kawasan tanah terbuka. Biasanya anda boleh melihatnya di halaman rumah, semak-samun, tepi jalan, taman dan kawasan terbiar.\n\nPokok ini mengeluarkan getah yang berwarna putih seakan-akan susu jika dipatahkan batangnya. Ketinggiannya lebih kurang 10 hingga 30 cm. Pokok susu nabi akan berbunga dan berbuah di celah-celah daun batang yang berbulu. Daunnya berwarna hijau kecoklatan dan batangnya hijau muda.\n\nAda kajian yang menunjukkan pokok susu nabi ini sangat baik bagi kesihatan manusia. Itulah sebabnya ia dijadikan antara ramuan dalam perubatan tradisional. Pokok ini disediakan dalam perubatan tradisional dalam bentuk segar atau kering.\n\nAntara bahan aktif yang terdapat dalam pokok herba ini ialah flavonoid, phenol, asid amino, antibakteria, sedatif, antikulat, antiradang, quercetine dan banyak lagi. Tidak hairanlah ia menjadi tumbuhan yang mampu meringankan pelbagai jenis penyakit.\n\nKajian mendapati ekstrak etanol yang terdapat di dalam pokok ajaib mempunyai antimikroba yang tinggi. Ia sangat berkesan bagi memusnahkan bakteria salmonella typhi yang menyebabkan penyakit tifus.\n\nSelain itu, ekstrak bunga, batang, akar dan daunnya mempunyai bahan antioksida yang tinggi. Ini menyebabkan pokok susu nabi banyak digunakan secara tradisional di Malaysia, Nigeria, Filipina, India, Indonesia dan sebagainya.\n\nJom kita baca antara khasiat yang tersembunyi dalam pokok susu nabi.\n\nCaranya ialah rebus pokok yang baru dicabut. Gunakan air rebusan untuk berkumur.\n\nCaranya ialah patahkan batang pokok. Sapukan getahnya di bahagian ketuat. Amalkan sehingga ketuat kering dan hilang.\n\nCaranya ialah keringkan daun pokoknya yang segar. Kemudian, ambil sesudu teh daun yang dikeringkan. Rendam dalam air panas selama 5 hingga 10 minit. Amalkan 2 hingga 3 cawan sehari.\n\nCaranya ialah sapukan sedikit getah pokok pada luka dan ruam. Amalkan sehingga luka dan ruam kering.\n\nKaum wanita yang ada masalah haid tidak teratur, senggugut dan sebagainya bagus amalkan air rebusan pokok ini.\n\nMasyarakat Filipina menggunakan pokok 1001 khasiat ini untuk mengatasi masalah stres dan anxiety (kegelisahan). Caranya ialah rebus 50 g daunnya dengan 4 cawan air selama 3 hingga 4 minit. Minum secawan sebanyak 3 atau 4 kali sehari.\n\nBayi yang terkena sakit kuning atau jaundice boleh dimandikan dengan air perahan pokok ini.\n\nCaranya ialah ambil sedikit getah pokok, sapukan pada kelopak mata atas dan bawah. Jangan pula titiskan getahnya di dalam mata ye.\n\nCaranya ialah sapukan getahnya pada bahagian yang terkena jangkitan.\n\nKanak-kanak yang sering mengalami masalah kecacingan boleh menggunakan rawatan pokok herba ini. Caranya ialah ambil 15 hingga 30 g pokok ini (buang akar). Rebus daun pokok ini dengan beberapa helai daun betik.\n\nTambah 1 liter air selama dan masak selama 15 minit. Minum air sedikit sahaja setiap hari.\n\nCaranya ialah air rebusan pokok herba ini diminum 2 kali sehari.\n\nBagi pesakit gout, rebuskan beberapa pokok susu nabi. Minum air rebusan setiap pagi dan petang.\n\nBagi pesakit demam denggi, jika hendak tambah platelet darah boleh amalkan petua ini. Caranya ialah daun yang telah dikeringkan dijadikan teh minuman.\n\nCaranya ialah cabut pokok dengan akarnya sekali. Kemudian, cuci bersih-bersih dan ditumbuk halus. Sapukan pada bahagian bisul yang mempunyai mata.\n\nCaranya ialah cabut pokok susu nabi dengan akarnya sekali. Cuci bersih-bersih dan tumbuk kasar. Sapu pada luka yang masih berdarah dan kulit lebam.\n\nCaranya ialah tumbuk daunnya bersama-sama sedikit kunyit hidup dan minyak kelapa. Gosok pada bahagian kaki yang terasa gatal.\n\nCaranya ialah rebus akar pokok ajaib ini dan minum 2 kali sehari.\n\nAmbil setengah genggam daunnya dan basuh hingga bersih. Kemudian, tumbuk halus dan ditambahkan 3/4 cawan air suam dan 1 sudu besar madu asli. Minum airnya 2 kali sehari.\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang khasiat pokok susu nabi. Rupa-rupanya pokok yang tumbuh meliar di sekelliling rumah, ada 1001 khasiatnya. Biasanya kita mencabut sahaja pokok tersebut kerana menganggapnya seperti rumput.\n\nNamun begitu, ingin penulis nasihatkan para pembaca sekalian untuk mendapatkan info yang lebih tepat daripada pakar. Jika anda mempunyai penyakit yang serius seperti asma, pendarahan, demam denggi dan sebagainya, dapatkan rawatan di klinik atau hospital terlebih dahulu.\n\nDikhuatiri anda mempunyai alahan tertentu dan tidak pasti bahan yang tersembunyi di dalam pokok susu nabi. Justeru, jadikan rawatan ini sebagai usaha sampingan sahaja. Jangan pula mengabaikan perubatan moden iaitu pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.\n\nAnda juga boleh baca tentang khasiat pokok kelulut dan petua guna pokok dukung anak."
"Ini tips tukar tayar wanita perlu tahu.\n\nBila dah ada kereta, perlu lakukan maintenance agar kereta kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutamanya sebagai persediaan untuk perjalanan yang jauh.\n\nSalah satu aspek yang paling utama ialah tayar kereta. Tayar kereta perlu diganti apabila sampai masanya kerana tayar yang botak akan membahayakan keselamatan terutamanya jika anda memandu dalam keadaan jalan raya yang basah sama ada semasa hujan atau selepas hujan.\n\nNamun bagi seorang wanita, pastinya anda takut-takut untuk pergi ke bengkel untuk menukar tayar kereta memandangkan betapa banyak cerita tak enak yang kita pernah dengar tentang bengkel kereta yang menipu pemandu wanita. Istmewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips tukar tayar kereta supaya anda tahu dan tidak mudah tertipu lagi.\n\nTayar yang rosak perlu diganti dengan segera\n\nApakah yang dimaksudkan dengan tayar yang rosak? Tayar dianggap sebagai sudah rosak jika ianya sudah pancit dan tidak dapat menampung angin yang dimasukkan ke dalamnya. Jika tayar Cuma bocor dan lubangnya boleh ditampal, tayar anda tidak perlu ditukar.\n\nSelain pancit, tayar juga perlu ditukar jika ia mempunyai kesan lecetan,\u00a0siatan,\u00a0hirisan\u00a0dan\u00a0kelihatan berlubang\u00a0pada bunga dan dinding tayar. Tayar kereta perlu ditukar kerana kita tidak tahu keadaan dalam tayar. Pada luaran mungkin kita lihat ianya Cuma kerosakan yang kecil namun rupanya tayar mengalami kerosakan teruk pada bahagian dalamnya lalu boleh membahayakan kelamatan semasa anda memandu.\n\nTayar hanya perlu ditukar jika ia telah haus\n\nRasanya info yang ni semua orang pun tahu. Namun apakah yang dimaksudkan dengan tayar yang telah haus? Apakah bila kita tengok bunga pada tayar dah mula botak, maksudnya kita perlu tukar tayar dengan serta-merta? Atau pun yang sebenarnya kita perlu tunggu sehingga taray betul-betul botak sebelum menukar tayar baru? Untuk pengetahuan anda, yang sebenarnya semua tayar di pasaran mempunyai indicator yang memberitahu bilakah masanya untuk menukar tayar.\n\nCuba lihat tayar anda, ia mempunyai indicator bunga haus atau dalam bahasa inggerinsya tread-wear indicator (TWI). Indikator bunga haus ini adalah berbentuk bar yang terletak antara blok bunga yang membolehkan anda mengecam tahap haus tayar. Bergantung kepada jenama tayar, indikator bunga haus pada tayar kebiasaannya ditanda dengan simbol\u00a0anak panah,\u00a0logo atau ditulis perkataan\u00a0TWI.\n\nMacam mana nak tahu sama ada tayar dah haus dan perlu ditukar? Apabila tayar tersebut digunakan, ia akan mulai haus dan terhakis. Apabila bar tersebut kelihatan separas atau sama rata\u00a0dengan bunga tayar, maksudnya dah sampai masa untuk anda tukar tayar baru.\n\nMudah saja kan? Itulah pentingnya ada ilmu. Lepas ni takde lagi kisah tentang pemandu wanita yang tertipu di bengkel kereta. Tayar yang masih elok disuruh tukar baru kerana tak tahu nak periksa keadaan tayar kereta sendiri.\n\nTayar yang bengkak perlu diganti dengan yang baru\n\nTahukah anda bahawa tayar juga boleh membengkak di mana ia kelihatan menggelembung dan tidak normal seperti yang sepatutnya. Apabila tayar anda membengkak, kereta akan berasa seolah-lah tidak seimbang apabila anda bergerak. Kereta akan terasa seolah-lah tinggi sebelah dan perjalanan tidak lancar seperti yang sepatutnya. Malah kereta anda juga akan rasa bergegar.\n\nTayar boleh membengkak disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut:\n\nTayar bengkak perlu ditukar dengan segera kerana ia akan menyebabkan keneraan anda sukar dikawal terutamanya semasa anda sedang memecut dengan laju. Utamakan keselamatan. Sayangi nyawa anda. Tukar tayar dengan segera jika anda mendapati ia sudah bengkak dan menggelembung.\n\nTayar perlu ditukar jika ia mula merekah\n\nSemasa proses pembuatan, tayar dihasilkan dengan minyak dan bahan kimia yang berfungsi untuk membuatkan tayar tahan lama dan tidak cepat merekah. Namun apabila anda menggunakan tayar, ia akan mula mengeras dan mengering akibat:\n\nMacam mana cara untuk memeriksa sama ada tayar anda sudah merekah? Lihat tayar anda dari dekat dan perhatikan jika ada sebarang rekahan kecil antara bunga tayar, dinding tayar (sidewall) dan lekuk bunga (bead tire)\u00a0yang melekap pada rim. Jika ada rekahan, maksudnya anda perlu keluarkan duit untuk menggantikan tayar yang baru.\n\nIni kerana rekahan boleh menyebabkan tayar kereta meletup semasa anda memandu. Jika ia meletup semasa anda sedang laju, ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan dan membahayakan nyawa.\n\nItulah dia info tentang tips tukar tayar kereta yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Lepas ni pastinya anda dah tahu bila masanya anda perlu tukar tayar kereta. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara jimat minyak kereta"
"Dalam agama Islam, berdoa adalah salah satu ibadah. Berdoa bermaksud memohon, memanggil dan meminta kepada Allah, Zat Yang Maha Agung lagi Maha Mendengar. Doa merupakan senjata dan perisai orang mukmin.\n\nKita sering berdoa kepada Allah apabila dilanda kesedihan, menyatakan perasaan syukur dan gembira, memohon sesuatu dan mendoakan orang lain. Begitulah dekatnya diri kita dengan Allah apabila sedang berdoa.\n\nJika kita berdoa dengan bersungguh-sungguh, ikhlas, penuh rendah diri dan tawaduk, in shaa Allah doa kita itu akan dimakbulkan oleh Allah. Jika masih belum dimakbulkan, jangan berhenti berdoa kerana Allah Maha Mendengar.\n\nDalam artikel ini, penulis akan kongsikan doa Neelofa untuk murah rezeki yang sering diamalkan oleh pelakon, pengacara dan usahawan terkenal di Malaysia iaitu Neelofa. Doa ini dikatakan merupakan amalan harian beliau untuk murah rezeki.\n\nApabila selebriti terkenal berkongsi sesuatu yang baik, pastinya ia akan menjadi ikutan dan contoh kepada para peminat mereka. Sesuatu yang baik itu tidak salah untuk dikongsikan bukan?\n\nSemuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter dengan nama @maiadnan berkongsi sebuah klip video melalui 1 tweet. Dalam video itu, Neelofa telah meminta orang yang mendengar doa yang disampaikan untuk menulisnya semula.\n\nDoa itu tentang amalan berdoa yang beliau amalkan setiap hari bertujuan untuk dimurahkan rezeki. Video yang dikongsikan itu telah mendapat lebih 78 ribu retweets dan 76 ribu likes pada ketika itu. Jom baca doa yang diamalkan oleh Neelofa ini.\n\nRezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam,\n\nRezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia sepertimana air zamzam-Mu yang betebaran di seluruh dunia,\n\nRezeki yang boleh membantu untuk aku berdakwah di negara Islam dan membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk mereka berdakwah,\n\nRezeki yang boleh membawa aku, ibu bapa, keluarga, sahabat, guru-guru dan kenalan aku ke syurga-Mu Ya Allah.\n\nDalam Islam terdapat beberapa adab ketika berdoa kepada Allah. Kita dituntut untuk mengamalkannya. Hikmah beradab ketika berdoa ialah supaya setiap doa kita dimakbulkan.\n\nJika mengabaikannya, kita tergolong dalam orang yang melampaui batas dalam berdoa dan kemungkinan doanya tidak dimakbulkan.\n\nMenurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, terdapat adab berdoa yang dianjurkan oleh Rasulullah iaitu:\n\nMenurut Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, terdapat 8 ada-adab ketika berdoa iaitu:\n\nMenurut, Menteri Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Dato\u2019 Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ada 3 cara untuk memustajabkan doa. Antaranya ialah:\n\n#1 Berdoa dengan yakin dan penuh harapan\n\nApabila berdoa, kita perlulah meminta kepada Allah dalam keadaan bersangka baik agar permintaan itu dikabulkan. Malahan, kita mestilah berdoa dalam keadaan penuh harapan dan takut doa itu ditolak.\n\nKita perlulah mengutamakan memuji Allah sebelum meminta sebarang hajat. Misalnya dengan membaca surah al-Fatihah. Ini kerana dalam surah tersebut, terdapat 5 pujian daripada ayat pertama hinggalah ayat ke-5 kepada Allah. Kemudian, pada ayat ke-6, ia diikuti dengan doa yang pertama.\n\nKetika berdoa, kita mestilah menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah. Janganlah berdoa apabila ada hajat sahaja tetapi melupakan Allah apabila permintaan itu tertunai.\n\nSeperti sabda Rasulullah menurut Riwayat al-Tirmizi (3382):\n\n\u201cSiapa yang suka Allah terima doanya ketika kesukaran dan kepayahan, hendaklah dia membanyakkan doa pada masa kemewahan dan kesenangan.\u201d\n\nKesimpulannya, walau apapun hajat kita, yang penting hati kita tunduk kepada Allah dan buang jauh-jauh ego. Cepat atau lambatnya, bukanlah urusan kita. Yang paling penting, jangan hanya ingat Allah ketika dalam kesusahan dan kesempitan. Apabila senang, kita melupakan Sang Pencipta.\n\nJika ingin diluaskan rezeki, anda boleh cuba membaca doa Neelofa yang telah dikongsikan di atas. Sesungguhnya Allah Itu Maha Kaya, Maha Penyayang dan Maha Pemurah, tidak mustahil doa-doa kita akan sampai ke langit.\u00a0 Kita perlulah berusaha untuk mencapai impian, kemudian bertawakal kepada Allah.\n\nJangan lupa terus berdoa tanpa putus. Suatu hari nanti, doa kita itu pasti diperkenankan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:\n\n\u201cDan Tuhan kamu berfirman: \u201cBerdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.\u201d(Surah Ghaafir 60)\n\nJemput juga baca doa murah rezeki dan punca kurang rezeki"
"Sandakan yang juga dikenali sebagai Bandaraya Alam Semulajadi sememangnya kaya dengan pelbagai tempat menarik. Cuma kita je yang tak tahu. Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Sandakan yang pasti membuatkan anda teruja.\n\nPada tahun 1945, tapak Sandakan Memorial Park ataupun Taman Peringatan Sandakan ini pernah menjadi saksi kepada kekejaman tentera Jepun yang telah menjadikan sebilangan besar askar Australia dan British sebagai tawanan perang.\n\nBukan seorang dua yang terbunuh sewaktu menjadi tawanan, tetapi lebih daripada 2400 orang terkorban dan yang terselamat hanyalah 6 orang tawanan yang berjaya melarikan diri. Bayangkanlah situasi di Sandakan pada waktu itu.\n\nKini, untuk memperingati mereka yang telah terbunuh, memorial ini ditubuhkan. Anda juga dapat melawat sebuah muzium kecil yang ada di sini untuk mendalami lebih banyak lagi tentang sejarah Sandakan yang penuh dengan peristiwa hitam.\n\n2. Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary\n\nNama lain bagi monyet ini adalah Monyet Belanda iaitu spesies monyet yang berhidung besar dan panjang. Untuk melihat keletah monyet unik yang hanya wujud di sekitar Borneo ini, anda boleh pergi ke Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary.\n\nSantuari ini terletak tidak jauh dari Kampung Semawang, di tengah-tengah kawasan hutan bakau di Labuk Bay, Sandakan. Sampai sahaja ke sini, anda perlu menaiki platform pemerhatian yang disediakan untuk mendekati haiwan eksotik ini, jangan risau, monyet ini bukanlah daripada spesies yang agresif. Jangan lupa untuk bawa kamera.\n\nWaktu Operasi (Jadual Waktu Pemerhatian):\u00a0Platform A (9.30am \u2013 2.00pm) | Platform B (11.30am \u2013 4.30pm)\n\nHarga: Dewasa\u00a0MyKad: RM15, Pelancong: RM60 |\u00a0Kanak-kanak\u00a0MyKad: RM5, Pelancong: RM30 | Kamera RM10\n\nPasar Umum Sandakan merupakan pasar di dalam bangunan 3 tingkat. Macam-macam boleh dibeli di sini seperti\u00a0 sayur-sayuran, hasil laut dan buah-buahan yang segar di tingkat 1, dan barangan\u00a0 wanita di tingkat 2. Kalau anda nak merasa makanan tradisi orang Sabah, pasar inilah salah satu lokasi yang pasti tidak akan mengecewakan anda.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (3.00am \u2013 7.30pm)\n\nSandakan Crocodile Farm terletak lebih kurang satu setengah jam dari bandar Sandakan. Jauh juga ya? Tapi percayalah, lawatan anda ke taman buaya ini terasa amat berbaloi kerana ia merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 3000 ekor buaya di dalamnya.\n\nSelain buaya, di sini juga terdapat taman kanak-kanak dan sebuah zoo mini yang menempatkan ikan Amazon bersaiz besar. Kalau anda datang pada hari Ahad ataupun cuti umum, anda bukan sahaja dapat melihat pertunjukan buaya, tapi juga pertunjukan ular.\n\nWaktu Pertunjukan di Sandakan Crocodile Farm:\u00a0\n\nPertunjukan Buaya: Isnin \u2013 Jumaat (11:45am & 4.00pm)\n\nPertunjukan Buaya & Ular: Ahad & Cuti Umum (11.00am, 2.00pm & 4.00pm)\n\nWaktu Diberi Makan: 9.00am \u2013 4.30pm\n\nPulau yang terletak berhadapan dengan perkampungan Sim-Sim ini memiliki dua buah bukit batu pasir yang bercantum dengan satu sama lain pada ketinggian 600 kaki dari aras laut. Disebabkan kehadiran batu kapur ini, anda boleh menemui gua yang memukau dan unik untuk diterokai.\n\nAirnya sangat jernih dan cantik. Jika anda naik ke puncak bukit ini pula, terdapat sebuah rumah api manakala sudut curam bukit ini diselubungi oleh hutan simpan dengan tumbuhan pinggir laut yang menjadi tarikan para pengkaji botani.\n\nSungai Kinabatangan sangat panjang. Berukuran 560 km, menjadikan ia sungai yang terpanjang di negeri Sabah. Anda sekeluarga dapat menikmati pelayaran yang seluas pemandangan, dan membuka mata anda tentang geografi sekitar Sabah yang menarik untuk diamati.\n\nDi sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan pemandangan ladang kelapa sawit, kawasan perkampungan dan bandar-bandar kecil sekitar Sabah. Bukan itu sahaja, pada waktu inilah anda boleh melihat kekayaan fauna yang ditawarkan muka bumi Borneo seperti orang utan, ungka, monyet, dan banyak lagi.\n\nKalau bernasib baik, mungkin juga gajah-gajah besar yang digelar Borneo Pygmy Elephants akan menunjukkan diri.\n\nPulau Lankayan adalah sebuah pulau yang cukup istimewa dan menawarkan lebih daripada 30 lokasi yang menarik untuk aktiviti menyelam yang kebanyakannya boleh diakses dengan menaiki bot beberapa minit dari jeti pulau.\n\nYang menariknya, ada juga kawasan menyelam yang memiliki bangkai kapal untuk diterokai.\u00a0 Antara hidupan laut yang dapat dilihat adalah ikan anemone, ikan kerapu, blue ribbon eel, juvenile cat fish dan bermacam-macam lagi. Semua ini dapat dinikmati secara HD di dalam air yang cukup jernih.\n\nMerupakan sebahagian daripada Taman Laut Pulau Penyu, Pulau Selingan menempatkan sebuah pusat penjagaan dan penetasaan telur penyu yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada 1 Ogos 1996. Jenis penyu yang mendarat di sini adalah Penyu Karah dan Penyu Hijau yang selalunya datang mendarat ketika malam menjelma untuk bertelur.\n\nNamun begitu, anda tidak dibenarkan berada di kawasan pantai ketika ini untuk mengelakkan penyu daripada berasa terganggu, namun sebenarnya renjer atau pihak pengurusan tetap bagi peluang untuk anda melihat penyu pada waktu ini dengan pengawasan mereka.\n\nHarga: Dewasa\u00a0MyKad: RM30, Pelancong: RM60 |\u00a0Kanak-kanak\u00a0MyKad: RM20, Pelancong: RM30 | Kamera (Tanpa Flash) RM10\n\nMasjid Jamek Sandakan ataupun Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri adalah sebuah masjid yang sudah pun berusia lebih daripada 130 tahun. Masjid tua yang dibina sekitar tahun 1880-an ini merupakan masjid yang memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu agama Islam ketika zaman pemerintahan British di Borneo Utara.\n\nMasjid yang terletak di lereng bukit ini dikatakan telah diasaskan oleh pedagang dan pendakwah yang datang dari Yemen menggunakan hasil sumbangan penduduk setempat, namun ada juga yang mengatakan ianya telah dibina oleh seorang penduduk Sandakan berketurunan India Muslim.\n\nDisebabkan usia masjid ini yang telah terlalu tua, sudah semestinya ia pernah melalui peristiwa yang menarik. Salah satunya adalah kerana ia pernah dijadikan tempat perlindungan beberapa tentera Jepun dan penduduk ketika Perang Dunia Kedua.\n\nTerletak di hadapan High Court Sandakan, Sandakan Liberation Monument adalah sebuah monumen unik yang dibina untuk memperingati tentera bersekutu yang terkorban di Borneo Utara sewaktu menentang askar Jepun, sebuah pengorbanan yang membawa kepada pengakhiran Perang Dunia Kedua.\n\nTugu yang berbentuk senapang rifle dengan topi di hujungnya ini menunjukkan tradisi yang diamalkan tentera bagi melambangkan tempat dimana pejuang telah gugur.\n\nScout Nature Park\u00a0adalah sebuah taman ahli pengakap yang mempunyai lanskap alam semula jadi indah untuk dinikmati. Jangan risau, anda yang tidak berpakaian pengakap pun boleh menjadikan taman ini sebagai tempat bersantai bersama keluarga. Selain melihat pemandangan hijau di sekitar, anda juga dapat mempelajari banyak tentang Persatuan Pengakap di Daerah Sandakan.\n\nSecara keseluruhannya, Sabah sebenarnya banyak memiliki tugu yang unik yang sememangnya menarik untuk dijadikan latar belakang foto percutian. Salah satu tugu ini adalah yang terletak di Jalan Lubuk di mana terdapat sebuah bulatan yang ditengahnya berdiri dengan tegak tugu seekor buaya.\n\nMuncung buaya ini dikatakan menghala ke arah Sandakan Crocodile Farm yang terletak tidak jauh dari sini. Apa lagi? Nampak sahaja Bulatan Buaya ini, teruslah singgah ke taman buaya yang terbesar di Malaysia ini ya. Sebelum itu jangan lupa untuk berselfie di depan tugu buaya berdiri ini.\n\n13. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre\n\nOrang Utan ataupun nama lainnya Wild Red Apes dapat dilihat dalam habitat semula jadinya sekiranya anda sekeluarga melawat\u00a0Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre. Apabila tiba di sini, anda akan melalui laluan kayu yang akan membawa kaki anda menuju ke arah galeri dan platform tempat memberi Orang Utan makanan.\n\nDisarankan untuk anda datang sekitar 30 minit awal sebelum waktu haiwan ini diberi makan kerana sekiranya anda terlewat, kemungkinan pekerja di pusat ini tidak akan membenarkan anda masuk. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre turut menyediakan tempat solat, kedai cenderamata, pusat informasi yang memaparkan video 6 kali sehari, kafe dan tandas yang bersih.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Sabtu \u2013 Khamis (9.00am \u2013 12.00pm & 2.00pm \u2013 4.00pm) | Jumaat (9.00am \u2013 11.00am & 2.00pm \u2013 4.00pm) | Waktu Orang Utan Diberi Makanan (10.00am \u2013 3.00pm)\n\nHarga: Dewasa\u00a0MyKad: RM5, Pelancong: RM30 |\u00a018 Tahun & Kebawah\u00a0MyKad: RM2, Pelancong: RM15 | Kamera RM10\n\nItulah dia 13 tempat menarik di Sandakan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jemput juga abca artikel tempat menarik di Labuan dan tempat menarik di Miri."
"Negara kita sering kali digemparkan oleh berita mengejutkan di mana ibu yang baru melahirkan, sedang berpantang, atau mempunyai anak kecil membunuh anaknya sendiri atau membunuh diri. Apabila berita sebegini sampai ke telinga kita perkara pertama yang akan terlintas di fikiran ialah ibu meroyan.\n\nTahukah anda bahawa meroyan bukanlah satu mitos yang dicipta oleh orang tua untuk menakutkan kita. Meroyan adalah perkara yang benar-benar berlaku dan ianya boleh meragut nyawa.\n\nDari sudut perubatan tradisional dan perbidanan melayu, meroyan adalah keadaan di mana seorang ibu berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil akibat gangguan angin meroyan. Angin meroyan berlaku kerana ibu tersebut tidak berpantang dengan betul dan telah melanggar pantang-larang semasa berpantang.\n\nSebagai contoh, kemungkinan ibu tadi tidak memakai stoking seperti yang sepatutnya lalu menyebabkan diserang angin meroyan. Angin meroyan bukan sahaja boleh berlaku semasa berpantang malah boleh menyerang ibu beranak kecil yang kekurangan rehat dan tidur akibat kepenatan menjaga anak kecil.\n\nSementara dari sudut perubatan moden, meroyan adalah postpartum depression di mana seorang ibu mengalami tekanan perasaan selepas melahirkan bayinya. Ia adalah satu keadaaan yang dianggap sebagai masalah kesihatan dan memerlukan rawatan dengan kadar yang segera kerana jika dibiarkan, ia akan menjadi semakin teruk dan boleh menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini.\n\nKesimpulannya, ia adalah masalah kesihatan emosi yang dialami oleh seorang ibu yang baru melahirkan. Walau pun istilah yang digunakan dalam dunia perubatan moden dan tradisional adalah berbeza namun kedua-duanya bersetuju dengan kewujudan penyakit meroyan atau postpartum depression.\n\nTerdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyumbang kenapa seorang ibu boleh mengalami meroyan. Di antara punca yang telah dikenal-pasti ialah:\n\nKebiasaannya terdapat beberapa tanda atau simptom yang akan ditunjukkan oleh seseorang yang meroyan. Di antara simptom yang perlu diperhatikan oleh mereka yang menjaga ibu baru bersalin ialah:\n\nSekiranya anda merasakan diri sendiri atau orang\u00a0 yang tersayang menunjukkan potensi untuk mengalami meroyan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dapatkan bantuan dan rawatan dengan kadar yang segera. Pergi ke klinik dan ceritakan kepada doktor akan perihal yang sebenar.\n\nNanti doktor akan merujuk anda kepada doktor yang berkenaan. Anda akan diperiksa dan diberikan rawatan yang sepatutnya.\n\nItu lah dia info tentang meroyan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Meroyan adalah sesuatu yang sangat serius malah boleh meragut nyawa. Oleh itu dapatkan rawatan denga n segera sekiranya simptom berkenaan mula menunjukkan diri.\n\nJika anda menyukai artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanda tekanan perasaan, jenis kemurungan selepas bersalin, rawatan untuk kemurungan selepas bersalin."
"Menziarahi orang sakit adalah amalan mulia yang dituntut dalam Islam. Adabnya lagi, lebih elok jika anda membawa buah tangan untuk orang sakit. Pasti si sakit akan berasa gembira dan benar-benar dihargai. \n\nSekurang-kurangnya mereka dapat gunakan pemberian anda sepanjang berada di hospital. Ia juga bertujuan untuk meringankan beban pesakit dan keluarga pesakit. Tapi, runsing juga bila fikirkan apakah idea buah tangan yang sesuai untuk diberikan kepada orang sakit.\n\nJangan runsing lagi, jom lihat 15 idea buah tangan untuk orang sakit. Pasti salah satu idea buah tangan ini boleh anda berikan kepada orang sakit. Ada buah tangan yang berupa makanan, barangan dan lain-lain lagi. \n\nAnda boleh memberikan buah tangan bunga kepada orang sakit. Bunga di dalam jambangan ataupun pasu kecil boleh anda bawa. Idea ini amat menarik sekiranya pesakit yang anda lawati adalah wanita. Bunga tersebut bakal jadi peneman mereka di hospital atau rumah.\n\nSecara umumnya, seringkali kita melawat orang sakit dengan membawa sebakul atau sebungkus buah-buahan bukan? Ini kerana buah-buahan adalah makanan kesihatan yang penting dan sedap untuk anda nikmati jika sakit. Tak salah kan jika anda bawa buah-buahan kepada orang sakit, mereka tidak perlu membelinya lagi.\n\nMacam tak percaya sahaja anda boleh bawa lauk pauk. Apa salahnya kan? Lauk pauk boleh dimakan oleh orang sakit dengan nasi di hospital. Tetapi bawalah lauk pauk yang tidak berminyak, yang sihat dan tidak memudaratkan orang sakit. Bahaya pula takut orang sakit terkena tulang ikan atau makan makanan pedas pula.\n\nTeddy bear sinonim sebagai hadiah untuk kanak-kanak, tetapi ia juga sesuai dijadikan hadiah untuk orang sakit terutamanya wanita. Anda boleh beli teddy baer yang besar atau sederhana. Jika teddy bear kecil, anda boleh jadikannya sebagai jambangan teddy bear yang comel.\n\nRamai saudara mara atau keluarga si sakit akan membelikan makanan berupa roti untuk mengalas perut di hospital. Anda boleh membawa buah tangan berupa biskut atau roti untuk diberikan kepada orang sakit. Namun, tidak salah jika anda sedekahkan kepada keluarga mereka yang menjaga si sakit juga. Bolehlah kumpul sedikit pahala dan lakukan nilai-nilai murni sesama manusia.\n\nBubur adalah makanan ruji bagi orang sakit. Selalunya ia merupakan menu makanan di hospital selain dari nasi, sup dan lauk. Buah tangan seperti bubur juga mungkin menepati citarasa pesakit yang anda lawati. Belikan sahaja sebungkus bubur sebagai buah tangan buat mereka.\n\nMinyak aromaterapi atau minyak yang boleh mereka sapukan di kepala dan badan juga boleh anda jadikan buah tangan. Ramai yang lebih sukakan minyak aromaterapi kerana dapat merehatkan minda dan otak. Emosi dan perasaan juga akan mula stabil apabila menghidu minyak aromaterapi ini.\n\nSet penjagaan diri yang boleh anda bawa adalah sikat, bedak powder, cotton bud, sapu tangan, spray mulut, deodorant dan lain-lain lagi. Set penjagaan diri ini mungkin ada gunakan untuk pesakit, siapa yang tahu kan? Tak salah juga jika anda ingin bawa set seperti berus gigi, ubat gigi dan juga shower mandian.\n\nStokin dan sapu tangan mempunyai kegunaannya yang tersendiri dan ia dilihat sebagai barang yang penting kepada orang sakit. Buatlah kelainan dengan memberikan keselesaan kepada orang sakit yang anda lawat di hospital. Mungkin sebenarnya mereka juga memerlukan stokin dan sapu tangan.\n\nTerasa lebih dihargai jika kita dihadiahkan dengan losyen wajah dan badan kan? Bukan apa, itu barulah lain dari yang lain. Menarik sikit daripada makanan semata-mata. \n\nOrang sakit juga pasti akan menggunakan buah tangan yang anda beri jika mereka ingin wajah dan badan wangi dan selesa pada pagi dan malam hari terutamanya.\n\nBagi mengelakkan kebosanan orang sakit yang anda lawati, hadiahkanlah mereka bahan bacaan berupa majalah. Banyak majalah di pasaran atau kedai runcit boleh anda beli sebelum datang ke hospital. \n\nPastikan majalah yang anda beri sesuai dengan mereka. Janganlah hadiahkan majalah berkaitan automotif dan kereta kepada pesakit wanita pula.\n\nKain tuala atau selimut masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Orang sakit boleh gunakannya pada bila-bila masa yang mereka perlukan. Mereka juga boleh membawanya pulang untuk keperluan di rumah.\n\nAnda boleh menjadikan susu sebagai buah tangan untuk orang sakit. Susu dalam botol ataupun kotak tiada masalah, asalkan ia mudah untuk diminum oleh orang sakit. \n\nMakanan sunnah seperti kurma, madu atau delima juga sesuai dijadikan buah tangan. Jika anda rajin, buatlah jus delima atau beli sahaja sebotol jus delima. Ia amat bagus untuk kesihatan.\n\nAnda boleh memberikan kasut dalaman untuk dipakai di dalam bilik atau di hospital. Kasut ini selalunya dipakai di dalam rumah dan mempunyai pelbagai corak. Menariknya, ada juga corak berbulu-bulu. Ia memberi keselesaan kepada orang sakit dengan memakainya di hospital.\n\nAnda sudah buat pilihan hadiah atau buah tangan yang ingin anda berikan kepada si sakit? Pilihlah buah tangan mengikut bajet dan kemampuan anda asalkan ikhlas memberi. Jom baca juga Spa Muslimah, Kebaikan Stevia dan Idea Doorgift Kahwin."
"Omelette ialah hidangan berasaskan telur dimasak menggunakan butter atau minyak masak olive oil sedikit di pan penggoreng tanpa minyak.\n\nKini hidangan ini tersedia dalam pelbagai jenis, salah satu antara jenis omelette yang disukai ramai ialah potato omelette alias omelette kentang. Macam mana cara membuat potato omelette?\n\nCara menyediakannya adalah mudah. Berikut di bawah ini kami kongsikan resepi omelette potato yang dibagikan oleh Rohayati Mujari di laman Facebook.\n\nHidangan ini tidak gunakan cheese namun rasanya seakan ada cheese. Sama dengan omelette lain, isi omelette kentang boleh diubah letak daging, ayam, cheese, chili flakes atau lain-lain.\n\nJom buat omelette potato. Mudah sangat-sangat cara buatnya. Lagi mudah daripada buat murtabak. Kosnya pun murah sangat. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi omelette kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bila sebut Padang, Indonesia pasti terus terbayang budaya minangkabau dan gunung berapinya. Tahukah anda, terdapat banyak tempat menarik di Padang. Jom kami kongsikan 15 tempat menarik di Padang, Indonesia yang wajib anda lawati.\n\nJam Gadang merupakan menara jam yang terletak di tengah-tengah Bandar Bukit Tinggi. Ala-ala Big Ben di London. Kalau anda sampai di Bukit Tinggi, Padang, jangan lupa untuk singgah di sini dan ambil gambar sebagai kenangan. Jam gadang ialah simbol Bukit Tinggi.\n\nSelain itu, anda juga boleh menaiki kereta kuda untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Bukit Tinggi.\n\nIstana asalnya telah terbakar akibat litar pintas lalu dibina semula. Senibinanya sangat cantik dengan ukiran yang halus. Dari sinilah asalnya datang rekaan bumbung minangkabau yang banyak terdapat di Negeri Sembilan. Memasuki Istana Pagar Ruyung seperti kembali semula ke zaman silam.\n\nIstana ini setinggi 3 tingkat. Tingkat pertama untuk singgahsana dan bilik puteri-puteri yang telah berkahwin. Tingkat kedua untuk putri yang masih belum berkahwin. Dan tingkat ketiga adalah tempat penyimpanan barangan penting. Dapur ada dibelakang istana. Kiri istana adalah Tabuan Larangan dan kanan istana ada tempat menyimpan beras.\n\nDi sini anda boleh menyewa pakaian minang untuk bergambar. Harganya cuma RM35,000 sahaja. Murah.\n\nPernah dengar kisah Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya? Malin Kundang ialah versi Padang. Di sini terdapat batuan yang berbentuk seperti tong kayu, sauh, kapal, dan Malim Kundang yang sedang melutut memohon ampun daripada ibunya.\n\nSiapa tak kenal penulis hebat Hamka? Penulis yang terkenal dengan karya Tenggelamnya Kapal Van Der Jick berasal dari Padang. Rumah ini terletak di penghujung Kelok 44. Suasanya sangat sejuk dan nyaman. Di sini anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang penulis hebat ini.\n\nKelok 44 umpama Cameron Highlands. Cuacanya sejuk dan nyaman. Anda akan dihidangkan dengan keindahan alam semulajadi yang hijau dengan pemandangan sawah padi dan gunung berapi yang masih aktif. Di sini juga ada banyak pokok kulit kayu manis. Unik kan?\n\nDi sini anda boleh berisitirehat melihat pemandangan sambil membeli-belah cenderamat berasaskan bunga cengkih dan kulit kayu manis.\n\n6.\u00a0Terowong Jepun atau Lubang Jepang\n\nTerowong ini dibina oleh tentera Jepun pada tahun 1942 dengan dengan kepanjangan 6 kilometer dan kedalaman 64 meter. Terdapat banyak jalan masuk ke terowong ini dan di dalamnya terdapat banyak bilik untuk menyimpan makanan, senjata dan pejabat.\n\nBuruh binaan yang dikerah untuk membina terowong ini diambil dari Jawa, Kalimantan dan Sulawesi.\n\nTahukah anda, para peniaga di Bandung ambil stok barang jualan dari sini. Maksudnya harga barang di sini jauh lebih murah daripada di Bandung. Semuanya ada. Blouse, tudung, jubah, shawl, kain sulam, perhiasan rumah, dan sebagainya. Tapi beringat semasa shopping, jangan sampai terlebih muatan. Nanti mahal nak kena bayar kepada syarikat penerbangan.\n\n8.\u00a0Air Terjun Anai Lembah Mancur\n\nAir terjun ini terletak betul-betul di tepi jalan. Tak perlu masuk jauh ke dalam. Ini adalah antara destinasi wajib bagi pelancong yang datang ke Padang. Orang tempatan juga suka datang ke sini. Air terjunnya sangat tinggi dan cantik. Bayaran masuk ialah RP2000. Kalau duit kita cuma enam puluh sen seorang.\n\nTasik yang terbentuk akibat letusan gunung berapi ini sangat indah. Saujana mata memandang. Sambil menikmati keindahan alam anda boleh minum kopi bersama apam labu yang menjadi ikon di sini. Apam labunya sangat sedap. Rugi kalau tak rasa.\n\nPadang merupakan tempat asal budaya minangkabau, maka tak lengkap percutian anda kalau tak melawat ke Minangkabau Village. Di sini terdapat rumah-rumah berbentuk minangkabau yang berusia ratusan tahun. Semuanya dijaga dengan baik dan rapi.\u00a0 Anda juga boleh menyewa pakaian minangkabau untuk bergambar. Harganya sangat murah, cuma RM35,000 Rupiah.\n\nPernah dengar nasi padang? Nak makan yang original, sila makan di sini. Bila anda duduk je di meja, pekerja kedai akan keluarkan lauk dan letak atas meja. Penuh meja dengan lauk. Jangan pelik, anda tak perlu bayar untuk semua lauk yang dihidang kat atas meja.\n\nAnda cuma bayar untuk lauk yang dimakan, walau pun sesudu. Senang cerita, asal sentuh je kena bayar. Nasi padang di sini memang sedap sangat. Kami dah pernah rasa. Kalau anda sampai ke Padang, Indonesi, jangan lupa untuk makan nasi padang di Kedai Makan Lamun Ombak.\n\n12. Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim\n\nSanjai berlado adalah di antara makanan terkenal di Padang. Apa benda sanjai ni? Ia adalah kerepek ubi bersira. Rasanya lain sikit daripada yang ada di Malaysia. Bolehlah beli lebih sikit untuk dijadikan sebagai cenderamata kepada orang tersayang yang ditinggalkan di Malaysia.\n\nSelain membeli kain sulaman, anda juga boleh melihat proses sulaman dibuat. Itulah menariknya Rumah Sulam Hajah Rosma. Bila dah melawat ke sini, barulah tahu rupa-rupanya satu kain sulam mengambil masa 2 hingga 4 bulan untuk siap. Patutnya harganya mahal.\n\nSepanjang anda di Padang, anda akan perasan yang orang di sana suka minum kopi. Kilang kopi Kiniko adalah antara kilang kopi yang popular dan menjadi tempat lawatan pelancong dari Malaysia. Kopinya pahit, betul-betul original. Ada juga kopi najis kelawar. Tapi, rasanya tak tertelan di tekak sebab dah tau dari mana datangnya.\n\nTasik di sini sangat cantik. Kalau anda datang pada musim durian, boleh makan durian sepuas-puasnya. Harga duriannya pun murah.\n\nItulah dia 15 tempat menarik di Padang, Indonesia yang ingin kami kongsikan untuk anda pada hari ini. Teringin nak bercuti ke sana? Jangan lupa untuk singgah di tempat-tempat menarik yang kami senaraikan di atas.\n\nKami harap anda sukakan senarai tempat menarik di Padang, tidak kisalah sama ada pantai di Padang ataupun tempat yang lain. Selain tempat di Padang, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan."
"Sebut pasal laksa. Lain tempat, lain orang, lain panggilannya, lain caranya. Ada laksa kedah, laksa lemak, laksa kelantan, laksa sarawak, laksa penang, asam laksa,laksa johor dan sebagainya. Yang pasti kesemua jenis laksa-laksa ini menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Tetapi nak jumpa yang betul-betul puas hati dan kena selera nih sukar lah sikit. Jadi nak tak nak kenalah cuba buat sendiri. \n\nMarilah tengok resepi asam laksa dari Ben Safwan yang mendapat perkongsian ramai. Caranya pun mudah dan senang untuk dilakukan. Lepas nih bolehlah makan laksa nih kat rumah jer, ataupun bolehlah dijadikan menu untuk tetamu yang akan datang. Jom layan resepinya. \n\nP/s : Boleh masukkan petis udang 2 botol kecil kalau mahu. \n\nCara Buat Resepi Asam Laksa :\n\nSenang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba ya."
"Wanita dan kecantikan tidak dapat\ndipisahkan. Dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya akan dijaga dengan\nrapi. Salah satu perkara yang paling disayangi dan dijaga oleh wanita ialah\npayudara. Ia merupakan aset utama yang paling penting untuk menambat hati suami\ntercinta. Namun semakin kita berumur, payudara akan semakin kurang tegang\nlebih-lebih lagi selepas bersalin dan menyusukan anak.\n\nPastinya anda tercari-cari apakah\npetua dan cara tegangkan payudara yang berkesan dengan cepat. Terutamanya jika\nanda baru lepas bersalin dan merancang untuk menyusukan anak sekurang-kurangnya\ndua tahun. Tanggung jawab menyusukan anak mesti dilakukan, namun dalam masa\nyang sama kecantikan penting juga. Jangan sesekali diabaikan.\n\nKenapa payudara menjadi kendur selepas\nkita bersalin? Untuk pengetauan anda, payudara kebanyakan wanita menjadi kendur\nselepas bersalin kerana sepanjang tempoh kehamilan ligamen Cooper iaitu ligamen\nyang menghubungkan antara dada dan otot payudara akan menegang. Keadaan ligamen\nyang menegang akan menyebabkan ia menjadi lemah lalu menyebabkan payudara\nmenjadi\u00a0besar dan layu ke bawah.\n\nIni adalah satu proses yang normal\ndi mana tubuh badan anda sedang bersedia untuk menyusukan bayi yang bakal\nlahir. Tahap pengenduran payudara yang berlaku adalah bergantung kepada:\n\nApakah petua tegangkan payudara yang\nboleh anda amalkan?\n\nPetua yang pertama cara tegangkan\npayudara yang paling berkesan. Pilih nursing bra yang betul dan tepat dengan\nsaiz anda. Pemakaian nursing bra yang terlalu besar atau terlalu kecil akan\nmenyebabkan ia tidak dapat menampung payudara anda dengan baik lalu menyebabkan\npayudara menjadi kendur.\n\nPastikan\nanda memakai nursing bra setiap masa kecuali semasa tidur\n\nTarikah graviti adalah di antara\npunca payudara menjadi kendur. Oleh itu pastikan anda memakai nursing bra\nsetiap masa kecuali semasa tidur agar payudara anda sentiasa ditampung dengan\nbaik untuk melawan tarikan graviti yang menjadi punca payudara kendur.\n\nPercayakah anda bahawa mengurangkan\nberat badan boleh mengatasi masalah payudara kendur. Ini kerana wanita yang\nmempunyai berat badan berlebihan akan mempunyai payudara yang besar dan kendur.\nApabila anda mengurangkan berat badan, payudara anda juga akan mengecil dan\nmenjadi padat lalu kurang kendur.\n\nMacam mana nak turunkan berat badan?\nAmalkan gaya hidup sihat dengan cara menjada pemakanan dan rajinkan diri untuk\nbersenam. Selepas bersalin elakkan daripada senaman yang agresif. Lakukan\nsenaman ringan terlebih dahulu sehingga luka bersalin dan badan anda\nbetul-betul sembuh.\n\nTahukah anda bahawa terdapat sejenis\nurutan khas untuk mengangkan payudara? Ianya adalah urutan sendiri yang telah\ndiamalkan sejak dulu lagi dan terbukti sangat berkesan untuk menegangkan semula\npayudara yang kendur. Anda boleh membuat carian di Google tentang teknik urutan\nuntuk menegangkan payudara. Tak susah! Pasti anda boleh lakukannya setiap hari.\n\nSelain urutan sendiri yang boleh anda lakukan di rumah, anda juga boleh berurut dengan bidan yang pandai untuk menegangkan payudara. Urutan tradisional melayu sememangnya terbukti berkesan untuk menegangkan payudara yang kendur. Selain urutan untuk menegangkan payudara, anda juga boleh mengamalkan urutan tradisional untuk:\n\nMandian\nair sejuk dan air panas secara berselang-seli\n\nSatu lagi petua untuk menegangkan\npayudara yang anda boleh amalkan ialah dengan mengamalkan mandian air sejuk dan\nair panas secara berselang-seli. Semasa mandi, mandi dengan air panas dan air\nsejuk secara berselang-seli sambil mengurut lembut payudara anda.\n\nTerdapat beberapa jenis senaman yang\nmembantu menguatkan otot dada dan menegangkan semula payudara yang kendur. Di\nantara senaman yang boleh anda lakukan ialah:\n\nAnda boleh lakukan senaman dumbbel\npull-over dengan cara berikut:\n\n2.\nSenaman tekan-tubi atau push up\n\nAnda juga boleh melakukan senaman\ntekan-tubi, atau\u00a0push-up. Jika anda tidak mampu melakukan\ntekan-tubi yang penuh, anda boleh buat secara separuh dengan meletakkan lutut\ndi atas lantai. Ia adalah senaman tekan tubi yang lebih mudah untuk anda\nlakukan.\n\nSenaman terakhir yang boleh anda\nlakukan untuk menegangkan payudara yang kendur ialah dengan melakukan senaman\nchess press. Caranya sangat mudah. Anda cuma perlu:\n\nItulah dia petua dan cara tegangkan payudara yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua kempiskan perut dengan aur detox pink, kelebihan minyak argan, dan kebaikan aloe vera."
"Mencari resepi nasi air? Pada perkongsian kali ini kami akan kongsikan resepi nasi air yang mudah dicubakan.\n\nKenapa diberi nama nasi air? Kerana nasi ini dimakan dengan kuah sup yang banyak sehingganya ia dipanggil nasi air. Nasi menggunakan beras putih biasa, namun dimasak dengan sedikit garam atau penyedap rasa. Cara menyediakan sup juga amat senang.\n\nNasi air boleh dijadikan makanan untuk orang yang tengah sakit dan tiada selera makan. Ataupun kanak-kanak yang senang makan hidangan nasi berkuah. Nasi air dihidangkan dengan telur separuh masak, ikan bilis goreng dan daun bawang. Semakin menyelerakan bukan?\n\nJom buat nasi air. Resepi dikreditkan kepada Nurul Balqis di laman Facebook. Resepi untuk 6-7 orang makan.\n\nCara Nak Buat Sambal Kicap :\n\nSelain resepi nasi air, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pernah dengar tentang phantom pregnancy atau kehamilan dengan kantung bayi kosong? Ia adalah keadaan di mana seorang ibu mengalami tanda-tanda kehamilan malah telah disahkan mengandung semasa mendapatkan pemeriksaa di klinik. \n\nApabila imbasan ultrasound dilakukan akan kelihatan kantung bayi di skrin. Namun lama-kelamaan ibu merasakan bahawa tanda-tanda mengandung semakin hilang dan apabila ke klinik untuk pemeriksaan dan imbasan ultrasound, kantung bayi kelihatan kosong tanpa kehadiran bayi.\n\nKalau ikutkan orang tua zaman dahulu, jika keadaan ini berlaku mereka akan mengatakan bahawa bayi dalam kandungan telah hilang kerana dicuri oleh orang bunian. Ia adalah kepercayaan orang lama. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya ada penjelasan dari segi sains untuk keadaan ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang kantung bayi kosong termasuklah tanda dan punca-puncanya.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kantung bayi kosong?\n\nKantung bayi kosong atau kehamilan kosong dipanggil sebagai blighted ovum. Dari sudut perubatan moden, kehamilan dengan kantung bayi yang kosong berlaku kerana embrio tidak terbentuk atau tidak berkembang semasa proses kehamilan berlaku. Semasa proses kehamilan, ovum dan sperma akan bercantum lalu menempel pada dinding rahim. \n\nSetelah tempelan berlaku, sepatutnya embrio mula terbentuk dan berkembang dengan sempurna. Jika embrio langsung tidak terbentuk atau gagal untuk berkembang, maka berlakulah blighted ovum atau kehamilan dengan kantung bayi kosong. Ianya tidak ada sebarang kaitan dengan sebarang aktiviti paranormal atau alam ghaib.\n\nWalau bagaimana pun, wanita yang mengalami kehamilan kosong akan tetap mengalami tanda-tanda kehamilan biasa kerana kehadiran plasenta atau kantung bayi di dalam rahim menyebabkan berlakunya perubahan hormon dalam badan, terutamnya hormon HCG yang akan meningkat sebaik sahaja seorang wanita mengandung.\n\nApakah punca seorang wanita mengalami kehamilan dengan kantung bayi kosong atau blighted ovum?\n\nSekali lagi kita akan melihat situasi ini dari sudut perubatan moden. Menurut kajian saintifik, terdapat dua punca kenapa keadaan ini berlaku iaitu disebabkan oleh:\n\nSemasa proses kehamilan, janin akan terbentuk daripada kromosom yang datang daripada ibu dan bapanya iaitu XX dan XY. Untuk pembentukan janin yang sempurna, kromosom tersebut haruslah berada dalam keadaan yang normal dan sempurna. Apabila embrio terbentuk daripada kromosom yang tidak normal, secara automatik tubuh badan si ibu akan menolak embrio tersebut.\n\nApabila tubuh badan menolak embrio tadi, ia tidak akan berkembang dengan baik lalu menyebabkan kantung bayi kosong. Jikaembrio tadi berjaya terbentuk dan berjaya berkembang sekali pun, kebiasaannya kandungan tadi akan gugur sebelum mencecah usia 8 minggu kerana tubuh badan akan terus menerus menolak kehadiran embrio itu disebabkan oleh kromosom yang tidak normal dan dianggap sebagai benda asing yang menumpang di dalam rahim.\n\n2. Sel tidak terbahagi dengan sempurna\n\nPunca kedua kehamilan dengan kantung bayi kosong ialah disebabkan oleh sel janin yang tidak sempurna. Ovum dan sperma yang bercantum memiliki kromosom yang normal dan sempurna. Malangnya semasa proses persenyawaan, proses pembahagian sel tidak berjalan dengan baik di mana sel tidak terbahagi dengan sempurna. \n\nApabila sel tidak terbahagi dengan sempurna, ia dianggap sebagai sel yang tidak normal lalu akan ditolak oleh tubuh badan si ibu. Sama seperti kes kromosom tidak normal di atas tadi.\n\nPunca kehamilan dengan kantung bayi kosong yang seterusnya ialah disebabkan oleh faktor genetik yang dibawa oleh ibu atau pun ayahnya. \n\nJika salah seorang daripada mereka mempunyai sejarah keluarga dengan kehamilan tanpa kantung bayi, maka mereka mempunyai risiko untuk mendapat kehamilan yang sama walau pun kromosom dalam sel ovum dan sperma mereka adalah normal dan sempurna serta proses pembahagian sel semasa persenyawaan telah berjalan dengan lancar.\n\nApakah tanda kehamilan dengan kantung bayi kosong?\n\nTerdapat beberapa tanda atau simptom yang akan dialami oleh seorang ibu seandainya dia mengalami kehamilan dengan kantung bayi kosong. Walau bagaimana pun, kebanyakan tanda ini mungkin tidak disedari oleh si ibu. Di antara tanda kehamilan dengan kantung bayi kosong ialah:\n\nItulah dia info tentang kantung bayi kosong yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron, kebaikan folik asid untuk ibu mengandung, dan susu kambing untuk ibu mengandung."
"Selalu terjadi kepada diri sendiri, jari tidak dapat diluruskan secara tiba-tiba. Apabila diluruskan akan berbunyi \u2018pop\u2019 di jadi jari tersebut. Apakah dan kenapa ia berlaku sedemikian?\n\nAnda mungkin rasa ia terjadi kerana jari jemari \u2018cramp\u2019 atau kejang. Hakikatnya, ia bukan kerana kejang tetapi disebabkan oleh \u2018trigger finger\u2019 atau bahasa melayunya adalah jari picu.\n\nMari kami kongsikan kepada anda tentang fakta mengenai \u2018trigger finger\u2019. Fakta ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\n\u25aa\ufe0fIa adalah masalah pada jari yang dialami disebabkan oleh keradangan pada ligamen A1 pulley (takal) yang membalut tendon pembengkok jari, atau keradangan tendon itu sendiri.\n\n\u25aa\ufe0fApabila berlaku keradangan, pulley dan tendon berkenaan membengkak, dan ini akan menyebabkan tendon tersekat di dalam terowong serta menghasilkan bunyi \u2018pop\u2019 ketika cuba untuk luruskan jari.\n\n\u25aa\ufe0fSetiap kali tendon tersekat, ia akan bertambah radang dan keadaan boleh menjadi semakin teruk. ia juga boleh menyebabkan terjadinya biji kecil (nodule) pada kawasan jari.\n\n\u25aa\ufe0fAktiviti genggam dan memicit berulang kali\n\n\u25aa\ufe0fIa lebih kerap berlaku kepada populasi pesakit kencing manis dan wanita, biasanya dalam lingkungan 50-60an.\n\n\u25aa\ufe0fJari susah bergerak terutamanya pada waktu pagi\n\n\u25aa\ufe0fJari tersangkut pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan\n\n\u25aa\ufe0fTerdapat nodule (ketulan) pada pangkal jari yang terlibat\n\nTrigger finger mempunyai beberapa tahap dan rawatannya bergantung pada klasifikasi ini.\n\n\u25aa\ufe0fTahap 1: Sakit pada bahagian pangkal jari tetapi jari tidak tersangkut.\n\n\u25aa\ufe0f\u00a0Tahap 2: Jari tersangkut tetapi pesakit boleh meluruskan kembali jari tersebut tanpa bantuan.\n\n\u25aa\ufe0f\u00a0Tahap 3: Jari tersangkut, dan perlu bantuan tangan sebelah untuk luruskan semula.\n\n\u25aa\ufe0fTahap 4: Jari tersangkut, dan tidak dapat diluruskan semula.\n\n1. Ubat anti-radang dan tahan sakit.\n\n1. Suntikan steroid pada pangkal jari untuk mengurangkan keradangan tendon dan pulley.\u00a0\n\n*Anda tidak perlu bimbang lagi kerana ia bukanlah penyakit yang berbahaya tetapi tetap perlu berhati-hati. Jari picu ini boleh diselesaikan dengan pembedahan kecil oleh doktor pakar. \n\nJika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, anda boleh pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pada awal kehamilan, ada banyak berlaku simptom-simptom yang tidak biasa berlaku terhadap para wanita. Antaranya wanita hamil akan mula mengidam makanan tidak kira masa dan tempat, perasaan yang tidak stabil, sakit perut dan pelbagai lagi.\n\nTetapi perkara yang selalu diadukan oleh wanita hamil adalah sakit perut. Pada awal kehamilan, wanita akan merasa sakit perut tetapi tidak tahu apa puncanya. Sakit perut yang rasanya seperti mahu period tetapi tidak ada apa-apa pun.\n\nMengapa hal ini berlaku? Apakah puncanya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 tanda sakit perut ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\n4 Tanda sakit perut ketika hamil\n\n1\ufe0f\u20e3\ufe0f Sakit Pada Bahagian Tengah Perut\n\nSakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud iaitu ketidakcernaan yang teruk,jangkitan virus dalam perut dan juga keracunan makanan.\n\n2\ufe0f\u20e3\ufe0f Sakit Pada Bahagian Bawah Perut\n\nSakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Contohnya ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia juga mungkin disebabkan keguguran,kelahiran pramatang,kehamilan ektopik,fibroid menyusut dan berdarah.\n\nSelain itu,mungkin juga sakit perut tanda hamil ini adalah disebabkan pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta terpisah daripada dinding rahim sebelum masanya. Kehadiran plasenta adalah sangat penting kerana ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya.\n\nOleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan,maka ianya mungkin akan menjurus kepada sakit perut tanda hamil seperti kembung. Keadaannya sama seperti rasa ketika anda hendak datang haid.\n\nSelalunya gejala ini terjadi pada ibu hamil ketika trimester I dan trimester III. Mungkin pada ketika ini pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.\n\nKebiasaannya anda akan mengalami kejang perut seminggu sebelum kehamilan disahkan. Kejang yang dialami seakan-akan macam rasa sakit senggugut.\n\nCara Mengatasi Sakit Perut Tanda Hamil\n\n\u2705\u00a0Hindari makanan atau minuman yang memiliki kandungan banyak gas yang boleh membuatkan perut anda kembung, seperti durian,air gas dan sebagainya.\n\n\u2705\u00a0Pakailah pakaian yang longgar dan selesa untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada perut dan pinggang ibu hamil.\n\n\u2705\u00a0Amalkan senaman dan latihan pernafasan untuk menenangkan diri anda.\n\n\u2705\u00a0Lakukan aktiviti seperti berjalan di pagi hari untuk membantu pencernaan sekaligus mengelakkan sakit perut tanda hamil.\n\n\u2705\u00a0Amalkan pemakanan yang seimbang dan banyakkan sayuran dan buah-buahan dalam diet.\n\n\u2705\u00a0Jangan biarkan diri anda berada dalam tekanan.\n\n\u2705\u00a0Cukupkan masa untuk anda beristirahat.\n\n*Jika berlaku tanda-tanda sakit perut ini, jangan risau. Cuba pergi ke klinik pakar untuk mendapatkan nasihat dan periksa kandungan. Insyaallah, semuanya akan baik-baik sahaja. Perbanyakkan rehat dan kurangkan aktiviti lasak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Encik Suami request nak makan Kari Ikan Jenahak resepi Sugu Pavitra yang pernah viral dulu ? Kalau buat, pasti bukan main lagi menambah-nambah bos makan ye. Almaklumlah resepinya tu macam best sangat kan. Resepi ini dikongsikan oleh Hasifah Che Mat . Menurut beliau, suami dan anakanda nya sangat suka dan kemain ceduk kuah karinya. Menurut beliau resepi ini diambil dari Bos LiLy Wahab II \u00a0dan famous Youtuber Sugu Pavitra. Jom tengok resepinya. Beliau menggunakan ikan jenahak.\n\nBaunya masyaAllah. Pasti tak sabar-sabar nak makan. Makan pula dengan nasi panas-panas.\u00a0 Uishhh.. Selain ikan jenahak, ikan tenggiri, ikan merah atau ikan kembung pun sedap.\n\nSelain resepi kari ikan jenahak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Smartphone adalah sebahagian daripada kehidupan setiap individu kini dan tiga daripada lima individu mengatakan bahawa mereka tidak dapat membayangkan hidup tanpa smartphone. \n\nKita sedia tahu bahawa smartphone telah berkembang menjadi keperluan kita semua dalam apa jua aktiviti, malah harganya juga bergantung atas kelebihan yang dimiliki oleh smartphone tersebut. Untuk entri kali ini, mari kami senaraikan 13 smartphone bawah RM800 terbaik pilihan ramai.\n\nDilengkapi dengan chipset HiSilicon Kirin 960 dan memori berkapasiti 4GB menjadikannya sebagai salah satu smartphone bawah RM800 terbaik. Dari segi storan penyimpanan, smartphone ini dilengkapi dengan kapasiti sebesar 64GB dan slot kad memorinya pula dapat digunakan sehingga sebesar 256GB. \n\nSmartphone Huawei Mate 9 didatangkan dengan pilihan warna putih, emas, kelabu, biru dan merah. Berat smartphone ini adalah sekitar 190 gram dan dilengkapi dengan fingerprint scanner. Dari segi paparan skrin, saiznya 5.9 inci beresolusi 1080\u00d71920 piksel yang menggunakan aspek rasio 16:9. Skrinnya juga dilengkapi dengan perlindungan screen proctector Corning Gorilla Glass 3.\n\nHuawei Mate 9 menggunakan operasi sistem Android 7.0 dan boleh dinaik taraf kepada Android 9.0 yang menggunakan ROM EMUI 9. Dari segi kapasiti bateri smartphone ini, ia menggunakan bateri Li-Po sebesar 4000 mAh dan sistem pengecasan 22.5W. Kamera utama smartphone ini adalah 12MP dan 8MP untuk kamera swafoto.\n\nXiaomi Mi Note 3 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3500 mAh jenis Li-Ion dan kuasa pengecasan sekitar 18W. smartphone bawah rm800 terbaik ini sesuai untuk mereka yang gemarkan swafoto dengan resolusi kamera depan 16MP dan kamera utama 12 MP. \n\nDari segi storan penyimpanan pula, smartphone ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu 64GB (RAM 4GB) dan 128GB (RAM 6GB) yang masing-masingnya dilengkapi dengan chipset Qualcom Snapdragon 660.\n\nSmartphone ini menggunakan skrin IPS LCD dengan saiz berukuran 5.5 inci dan beresolusi 1080\u00d71920 piksel. Aspek rasio skrin ini pula 16:9 dan dilengkapi dengan perlindungan skrin jenis Corning Gorilla Glass 4. Terdapat pilihan warna biru dan hitam sahaja.\n\nSmartphone Xiaomi Mi Note 3 juga antara smartphone bawah RM800 terbaik kerana turut dilengkapi dengan fingerprint scanner. Beratnya pula dikatakan hanya 163 gram. Dari segi operasi sistem, ianya menggunakan sokongan sistem Android 7.1 yang boleh dinaik taraf kepada Android 9.0 yang menggunakan ROM MIUI 11.\n\nDengan paparan skrin 6.5 inci (1080\u00d72340 piksel), Honor 8X pasti memberi kepuasan visual kepada penggunanya dengan kamera utama 20MP dan kamera swafoto 16MP. \n\nSmartphone bawah RM800 terbaik ini dilengkapi dengan chipset Kirin 710F yang menyediakan RAM dengan variasi pilihan seperti 4GB (storan penyimpanan 64GB / 128 GB) dan 6GB (storan penyimpanan 64GB / 128GB). Tambahan pula, Bateri Honor 8X mampu bertahan sehingga 5 jam dengan kapasiti bateri 3750 mAh jenis Li-Po.\n\nSmartphone TCL Plex mempunyai chipset Snapdragon 675 yang pantas dan tahan lama untuk permainan fon yang berat. Ia merupakan antara smartphone bawah RM800 terbaik. \n\nSelain memori 6GB RAM, smartphone ini padu apabila bermain PUBG secara langsung dan tidak lagging. Skrin lebar 6.53 inci juga dipadankan dengan resolusi tinggi 1080 piksel. Anda akan berasa puas hati dengan paparan visual daripada TCL Plex ini.\n\nBateri smartphone ini hanya berkapasiti 3820 mAH. Namun, apa yang bagusnya ia dilengkapi dengan pengecasan pantas.\n\nRedmi 9 telah menjadi bualan bagi para pencinta smartphone dengan chipset Helio G80 yang mempunyai grafik beresolusi tinggi 1080 piksel serta bateri yang sangat besar iaitu 5020 mAh. \n\nSmartphone ini boleh mengendalikan permainan 60FPS kerana mempunyai RAM 6GB dan storan penyimpanan sebesar 128GB. Selain itu, smartphone terbaik ini didatangkan dengan pilihan RAM 3GB (storan penyimpanan 32GB) dan 4GB (storan penyimpanan 64GB dan 128GB).\n\nKameranya tidak sebagus dengan smartphone bawah RM800 terbaik yang lain kerana hanya mempunyai 13MP kamera utama dan 8MP kamera swafoto. Jadi, smartphone ini tidak sesuai bagi pencinta fotografi tetapi amat sesuai untuk para pencinta permainan video.\n\nNokia 5.1 mungkin mempunyai spesifikasi sederhana sahaja dengan resolusi 1080\u00d72160 piksel (skrin 5.5 inci) dan baterinya hanya berkapasiti 3060 mAh tetapi dilengkapi dengan chipset Helio P60 dengan Android One. \n\nRAM smartphone ini pula hanya 2GB (storan penyimpanan 16GB) dan 3GB (storan penyimpanan 32GB). Kameranya pula dilengkapi dengan resolusi 16MP (kamera utama) dan 8MP (kamera swafoto) yang sememangnya amat sesuai untuk mereka yang inginkan smartphone bawah RM800 terbaik.\n\nSmartphone ini sememangnya menjadi kegilaan para pemain permainan video kerana ia merupakan smartphone bawah RM800 terbaik. Ia dilengkapi dengan chipset Helio G70 yang memberikan prestasi terbaik ketika bermain permainan video dan bateri 5000mAh yang boleh bertahan sepanjang hari. Jadi, ini juga adalah antara smartphone bajet yang patut dimiliki oleh para gamers!\n\nMemandangkan had bajet yang dianggarkan adalah bawah RM800, smartphone Nokia G20 ini berbaloi untuk dipertimbangkan kerana dilengkapi dengan LCD IPS 6.52 inci dengan resolusi HD+ 1600. Dilengkapi dengan chipset MediaTek, 4GB RAM dan 128GB storan penyimpanan. Walaupun tiada pengecasan pantas, baterinya berkapasiti 5,050 mAh.\n\nNokia G20 dikuasakan oleh Android One dan dilengkapi dengan bahagian belakang bertekstur cantik dengan kawalan keselamatan \u2018fingerprint scanner\u2019. Apa yang menakjubkan, kamera utama smartphone ini beresolusi 48MP.\n\nJika anda mencari telefon Samsung yang bagus tetapi ingin mengekalkan kos smartphone bawah RM800 terbaik, Galaxy A12 adalah jawapannya! \n\nGalaxy A12 mempunyai paparan skrin sebesar 6.5-inci. Di bahagian belakangnya pula, ia mempunyai empat kamera yang terdiri daripada sensor kedalaman 16MP, ultra-lebar 5MP, makro 2MP dan 2MP. Selain itu, Bateri smartphone ini berkapasiti 5,000 mAh yang menggunakan pengecasan USB-C.\n\nOnePlus Nord N100 adalah smartphone yang cukup mengagumkan bagi smartphone bawah RM800 terbaik kerana mempunyai skrin LCD 6.52 inci, bateri 5,000mAh dan storan penyimpanan 64GB (RAM 4GB). Storage tersebut dapat dikembangkan sehingga 512GB melalui slot microSD. \n\nDi samping itu, smartphone ini dilengkapi dengan fingerprint scanner dan mempunyai speaker dual stereo. Dari segi kamera, ia memiliki kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP.\n\nMoto G Power 2021 mempunyai chipset Snapdragon 662 dan dilengkapi dengan Android 10. Ia merupakan smartphone yang kukuh, berkebolehan dan mampu milik di bawah harga RM800. RAM yang dimiliki oleh smartphone ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu 3GB (storan penyimpanan 32GB) dan 4GB (storan penyimpanan 64GB).\n\nIanya menggunakan kamera utama 48MP serta kamera selfie 8MP dan memiliki bateri berkapasiti 5000mAh. Selain itu, ia dilengkapi dengan pengecasan pantas 15W. Menarik bukan?\n\nSmartphone Blackview BV5900 memiliki ketahanan yang kukuh bagi smartphone bawah RM800. Ianya kalis air dan habuk serta mempunyai bateri 5,580 mAh yang besar.\u00a0 Selain itu, ianya juga menggunakan pengecasan USB-C, NFC dan fingerprint scanner. Terdapat juga 3GB RAM dan 32GB storan yang boleh berkembang kepada 128GB.\n\nReka bentuk Blackview BV5900 sememangnya bukan untuk semua orang, tetapi jika anda seorang yang melakukan kerja lasak smartphone ini patut dimiliki oleh anda.\n\nDemikian itu , smartphone bawah RM800 terbaik adalah Nokia 3.4 yang mempunyai reka bentuk moden dan paparan yang besar. Ia dilengkapi dengan chipset Snapdragon 460 dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memberikan hayat bateri sehingga dua hari. \n\nNokia 3.4 juga mempunyai 3GB RAM dan 64GB storan penyimpanan. Sekiranya anda sedang mencari telefon kedua dengan bateri tahan lama atau telefon untuk anak anda, maka telefon ini adalah pilihan yang tepat.\n\nXiaomi Redmi 10 dianggap mempunyai rupa yang menarik dan elegan. Dengan badan yang nipis dan ringan menjadikan telefon ini selesa untuk dipegang.\n\nDi bahagian bawah terdapat pembesar suara yang disertakan dengan Dual Stereo, yang menjadikan bunyi yang dihasilkan dari Xiaomi Redmi 10 boleh merosakkan telinga pengguna.\n\nDalam sektor kamera, Xiaomi Redmi 10 dilengkapi dengan 4 kamera yang mempunyai saiz yang berbeza.Untuk kamera utama berukuran 50 MP, lensa ultrawide berukuran 8 MP, kamera makro berukuran 2 MP, dan kamera sensor kedalaman berukuran 2 MP.\n\n Akhir sekali , dengan saiz skrin 6.5, perbandingan skrin 20:9, dan mempunyai skrin HD+, realme C21Y dapat memberikan pengalaman yang baik untuk bermain permainan dan menonton filem. Reka bentuk yang ditawarkan juga unik. Garis seni geometri memberikan kesan yang kuat, dan dinamik.\n\nWalaupun saiz kamera Realme C21Y tidak sebesar telefon sebelumnya, tetapi kamera dapat menghasilkan foto dengan jelas dengan menggunakan kamera utama 13 MP, lensa B&W 2 MP, dan lensa makro 2 MP.\n\nCiri-ciri kamera Realme C21Y juga pelbagai, iaitu ciri Super Nightscape, iaitu mencantikkan foto pada waktu malam, ciri Croma Boost memberikan kesan yang lebih cerah dan berwarna-warni, dan ciri AI Selfie Camera untuk mengambil swafoto.\n\nBerikut adalah antara smartphone bawah RM800 terbaik pilihan ramai. Kebanyakannya adalah popular di Malaysia. Jom baca juga Pencuci muka untuk kulit kusam, pressure cooker terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan oven terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Resepi korea viral masa kini anda wajib cuba. Corn dog namanya. Sedap sungguh rasa kudapan ini sebab itulah \u2018harga\u2019 dia pun sedap.\n\nKalau di kedai orang jual RM10-RM15 sebatang. Tapi harga sesuai juga sebab bahan mentahnya mahal dan buatnya renyah.\n\nMemandangkan kalau 1 batang tidak akan cukup, beli banyak duit pula tidak cukup. Oleh kerana itu, buat sendiri saja. Jadi bertambah sedap sebab boleh makan banyak kali.\n\nSila cubakan resepi corndog viral oleh Alia Nella di laman Facebook. Makan corndog panas-panas cheese meleleh dalam mulut sedap sungguh.\n\nSelain resepi corn dog, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Seringkali berlaku nasi mentah dan lembik. Alamak mak mertua pandang gerenti tak lulus untuk jadi menantu. Tak apalah, asalkan tahu bagaimana nak atasi masalah tersebut. Petua nasi mentah\u00a0pun ada, maka tak perlulah bimbang sangat. Ternyata petua-petua ini sangat membantu menghilangkan rasa keras pada permukaan nasi yang telah dimasak.\u00a0 \n\nJika masak nasi yang lebih susah seperti masak\u00a0nasi\u00a0lemak contohnya, tanpa rasa malu beritahu di sini yang selalunya masak nasi lemak ni bukanna tugas yang mudah. Manakan tidak, selalunya\u00a0mentah,\u00a0lembik\u00a0atau berketul-ketul. \n\nNasi Boleh Dimasak Mengikut Selera Masing-Masing\n\n Nasi ini akan menjadi bertambah sedap apabila dapat makan mengikut citarasa masing-masing. Sebagai contoh, ada orang suka\u00a0nasi\u00a0putih yang berderai, ada yang suka melekit macam pulut dan ada pula yang suka\u00a0makan nasi lembik\u00a0atau lembut. \n\nTetapi nasi mentah memang tiada siapa suka makan. Pelik juga bila nasi\u00a0yang dimasak adakalanya boleh juga menjadi\u00a0mentah sedangkan dah selalu masak\u00a0nasi hari-hari. Dan disebabkan itu adalah perlu untuk kita tahu apakah petua baiki nasi mentah yang boleh digunakan saat kecemasan tu. \n\n6 Petua Mudah Bagaimana Untuk Baiki Nasi Mentah \n\nDi sini akan disenaraikan sebanyak enam petua mudah bagaimana untuk baiki nasi yang telah menjadi mentah. Terpulanglah pada anda ingin juga petua baiki nasi mentah yang mana satu. Enam petua tersebut adalah ;\n\nPetua #1 : Letak Semangkuk Kecil Air panas\n\nPetua elak nasi mentah yang pertama, Letakkan sebiji mangkuk kecil dan isikan air panas ke dalam periuk mangkuk kecil tersebut. Kemudian Buatkan satu lubang pada bahagian tengah periuk nasi, tolak nasi ketepi kemudian letakkan mangkuk itu betul-betul di tengah. \n\nBiarkan nasi keliling mangkuk tersebut dan tutup periuk nasi anda rapat-rapat. Biarkannya di atas api yang perlahan selama beberapa minit sehingga nasi betul-betul masak. Kalau anda mengunakan periuk nasi moden tekan semula api ke bawah dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya sebagaimana yang diinginkan. \n\nPetua #2 : Renjiskan Sedikit Air Pada Nasi Mentah\n\nPetua elak nasi mentah yang Kedua cara nih lebih mudah untuk anda cuba,\u00a0 caranya ialah bukak periuk nasi renjiskan sedikit air ke atas permukaan nasi yang mentah atau\u00a0 kurang masak, ambil penutup periuk dan balutkan dengan plastik ataupun kain kemudian tutup semula. Dan Biarkan nasi masak seketika. Nasi akan kembali\u00a0 pulih seperti biasa. \n\nPetua #3 : Renjiskan Nasi Yang Masih Mentah Dengan Air Garam\n\n\u00a0Petua elak nasi mentah yang ketiga ni lebih kurang sama dengan step yang kedua tadi cuma bezanya adalah air tersebut dicampurkan dengan sedikit garam. Apa yang perlu anda buat adalah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur dengan garam itu ke atas nasi mentah tersebut. Pastikan nasi itu digaul dan dikacau dengan sempurna kemudian tutup semula periuk hingga nasi itu berwap dan masak semula.\n\nPetua #4 : Gunakan Sebiji Bawang Merah\n\nPetua elak nasi mentah yang keempat petua kali nih mengunakan bawang (ops, ini bukan makcik bawang ye). Caranya, ambil sebiji bawang dan potong nipis-nipis, kemudian masukkan bawang yang telah dihiris\u00a0itu ke dalam periuk nasi anda. \n\nSetelah itu tudung periuk nasi dengan tudungnya dan jangan lupa untuk kecilkan juga api sedikit. Jika anda menggunakan periuk nasi elektrik (rice cooker), biarkan periuk dalam fungsi warm up setelah selesai masukkan hirisan bawang yang sudah dihiris tadi. Senang bukan?\n\nPetua #5 \u2013 Gunakan 2 Biji Telur Ayam Mentah\n\nPetua elak nasi mentah yang kelima merupakan petua yang paling kerap digunakan dan agak popular. Percaya ataupun tidak, telur sangat dipercayai dapat membantu masalah nasi mentah ini. Jadi jika nasi anda lembik dan mentah, masukkan saja 2 biji telur ayam mentah yang telah\u00a0 pun di basuh bersih ke dalam periuk nasi anda. \n\nBiarkan seketika dan jika telur itu masak dengan sempurna bermakna nasi anda juga telah berjaya diselamatkan dan tidak mentah lagi. Malah nasi yang lembik juga akan ikut kering dan masak dengan sempurna.\n\nPetua #6 : Gunakan Periuk Pengukus \n\nPetua nombor enam ini dikatakan lebih kepada petua cara moden untuk anda cuba. Tapi rasanya orang lama pun dah ada guna kaedah ni. Apapun petua untuk nombor enam ini sangat bagus sewaktu ingin masak nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato, nasi kenduri dan sebagainya. Banyak sangat kalau nak sebut semua nama nasi ni. \n\nYang pasti cara terakhir untuk elak nasi dari menjadi mentah dan lembik ini memang sangat berkesan dan cepat. Apa yang anda perlukan adalah sebiji periuk kukus. Setelah itu kauk semua nasi mentah tadi, panaskan periuk kukus dah kukuskan\u00a0 nasi ke dalam periuk kukus tersebut sehingga ia betul-betul masak dengan sempurna.\u00a0\n\nInsyallah nasi yang masih beberas pun akan kembali masak dengan sempurna. Cubalah kukus dalam 20 \u2013 30 minit dan anda akan nampak hasilnya. \n\nNasi Yang Mentah Jangan Dibuang, Tidak Baik!\n\nSejujurnya nasi ini adalah simbolik kepada rezeki yang Allah SWT kurniakan pada kita. Bak kata slogan sebuah iklan yang sebiji beras itu adalah seumpama setitik peluh petani. Memang benar dan mengapa pula kita hendak membazir. \n\nJika nasi mentah atau lembik jangan panik sebaliknya anda boleh cuba semua tips sebagaimana yang telah dikongsikan tadi. Tak kisahlah anda ingin guna\u00a0petua yang mana sekalipun asalkan ianya boleh boleh bantu menyelesaikan masalah nasi lembik dan mentah anda tu. Selamat mencuba. \n\n3 \u2013 Masak Apa Hari Ini"
"Ayuh sarapan ala Korean hari ini, kami ingin kongsi resepi untuk ayam goreng korean guna sos Adabi.\n\nKeluaran baharu Abadi iaitu Sos Korea. Utama sekali para pencinta masakan Korea mestilah tahu sangat sos ini bukan?\n\nSebagaimana kita tahu, ayam goreng Korea bercirikan sos pedas. Untuk dapat makan ayam goreng Korea kenalah pergi restoran. Namun kalau makan di restoran boleh naik pitam tengok harga. Oleh itu, untuk puaskan selera Korea anda dengan resepi bajet, kami hadirkan resepi ringkas menyediakan ayam goreng pedas Korea dengan sos Adabi.\n\nSos ini pas rasa pedasnya. Tidak perlu tambah bahan-bahan lain yang renyah. Cukup pakai sos Adabi sahaja. Jika suka, boleh tambah sedikit madu untuk rasa yang lebih lazat. Berikut resepi ringkas ayam goreng Korea spicy Adabi dari Nor Eidzwan di laman Facebook hanya untuk anda.\n\nResepi Ayam Goreng Korean Spicy ADABI\n\nCadangan hidangan untuk 6 ketul potongan ayam saiz kecil.\nSelamat mencuba\n\nSelain ayam goreng Korean spicy, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Sarapan pagi adalah sangat penting sebagai permulaan hari kita untuk mendapat tenaga dan vitamin yang cukup untuk melakukan aktiviti harian. Pastikan kita tidak skip sarapan pagi dan jangan lupa untuk mengambil menu yang berkhasiat. Apa yang diambil di waktu pagi sangat penting kerana ia menentukan tahap kecergasan dan kesihatan kita.\n\nPersoalannya, menu apa yang berkhasiat untuk sarapan pagi? Menu berkhasiat tidak semestinya menu yang rumit dan penuh pinggan makan. Menu yang simple pun menjadi! Contohnya, sandwich telur sangat bagus untuk hidangan sarapan kita.\n\nUntuk menjadikan sandwich penuh khasiat, gunalah roti berbijirin penuh. Pastinya kandungan zat dan vitamin adalah lebih baik berbanding roti putih biasa. Telur pula pilihlah telur kampung atau organik untuk mendapatkan sumber protein yang tinggi. Protein yang cukup membuatkan kita kekal bertenaga sepanjang hari. Dan jangan dilupa untuk ditambah ulaman sebagai pelengkap menu sandwich!\n\nHari ini kami akan kongsikan resepi sandwich telur yang telah dimuatnaik oleh saudara Lud Ibrahim di Facebook. Beliau telah menjadikan roti sandwich telur ini sebagai income tambahan beliau. Memang padu! Jom kita lihat resepinya.\n\n\u2013 10 biji Telur Ayam (Direbus)\n\u2013 4 sudu makan mayonis\n\u2013 Lada sulah\n\u2013 Sebuku roti saiz bonanza\n\u2013 3 biji Tomato\n\u2013 Salad\n\u2013 Butter untuk sapuan roti\n\n1) Telur rebus dihancurkan\n2) Kemudian, masukkan mayonis dan lada sulah. Gaul rata.\n3) Untuk roti, sapukan butter ke atas roti.\n4) Kemudian, letakkan adunan telur tadi ke atas roti secukupnya dan ratakan\n5) Letakkan ulam salad dan tomato ke atas roti dan kepitkan.\n6) Akhir sekali, potong tepi roti dan potong menjadi segitiga. SIAP!\n\nKami pasti resepi ini memang sedap dan menjadi! Banyak lagi resepi-resepi lain di blog kami ini yang menarik untuk anda cuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
"Karbohidrat merupakan salah satu jenis makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Anda wajib mengambil karbohidrat dalam menu harian anda setiap hari walau pun semasa anda sedang berdiet dan dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Jom kami kongsikan info menarik tentang makanan karbohidrat yang wajib anda tahu.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan makanan karbohidrat?\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia, karbohidrat adalah salah satu daripada komponen utama dalam sistem fisiologi manusia. Ia adalah jenis makanan yang sangat penting untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Karbohidrat merupakan sebatian organik yang terdiri daripada:\n\nKarbohidrat boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:\n\nKenapa makanan karbohidrat sangat penting untuk tubuh badan manusia?\n\nTerdapat pelbagai fungsi makanan karbohidrat. Di antara kepentingan karbohidrat kepada tubuh badan manusia ialah:\n\nApakah kesan kekurangan karbohidrat kepada tubuh badan?\n\nKekurangan karbohidrat dalam tubuh badan akan menyebabkan anda mengalami keadaan tidak bertenaga dan berisiko untuk mendapat penyakit berikut:\n\nApakah kesan lebihan karbohidrat dalam tubuh badan?\n\nJika kekurangan karbohidrat dalam badan boleh mengundang penyakit, ketahuilah bahawa karbohidrat yang berlebihan juga akan menyebabkan badan anda mendapat masalah dan penyakit seperti:\n\nDi antara makanan yang menjadi sumber karbohidrat yang baik untuk tubuh badan ialah:\n\nItulah dia tadi info tentang makanan karbohidrat yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang panduan piramid makanan, makanan untuk diet, dan cara untuk kempiskan perut."
"Ada berpendapat bahawa kulit ayam goreng itu bagus untuk menambah rasa dalam masakan. Selain itu, ada yang mengatakan lemak kulit ayam adalah lemak tidak tepu. Itu jauh tidak betul sekali.\n\nJadi yang manakah yang betul? Anda team mana?\n\nMari kami kongsikan info mengenai kulit ayam goreng daripada Dr. Suhazeli Abdullah.\n\nKajian yang dijalankan oleh Havard University berkaitan dengan kulit ayam sepertimana yang dilapurkan dalam akhbar tempatan tempoh hari. Suka dinyatakan bahawa penulisan dalam akhbar itu agak mengelirukan dan maklumat yang diberikan kesimpulan lengkap seperti saranan dari pengkaji Havard tersebut.\n\nKulit ayam memang mempunyai lemak tepu yang tinggi mengikut peratusan zatnya. Lemak tepu itu adalah lemak yang likat dan jika masuk dalam badan kita agak sukar untuk diuraikan menjadi zat dan akhirnya digunakan sebagai pembinaan badan serta tenaga. Justeru, lemak tepu itu akan berkumpul di dinding-dinding salur darah yang menyebabkan penyumbatan. Akhirnya, telalu banyak lemak yang tidak baik ini menjadikan setiap kita berisiko tinggi menghidapi serangan jantung, darah tinggi, strok dan pelbgai lagi.\n\nCumanya, pengkaji dari Havard itu menyatakan kulit ayam yang terdapat bersama dengan satu sajian ayam itu tidaklah mendatangkan pengambilan yang melebihi dari keperluan seharian lemak seseorang. Setiap dari kita memerlukan sejumlah kalori lemak untuk pembinaan sel-sel badan, pembinaan sel otak dan fungsinya. Lemak perlu, tetapi ambillah secara sederhana.\n\nPengambilan sepatutnya lemak tepu untuk sehari.\n\nPersatuan Jantung Amerika (AHA) mencadangkan pengambilan lemak tepu hanya 5-6% sahaja dari jumlah kalori seharian. Seketul paha ayam yang bersalut kulit atau bahagian dada ayam berkulit masih lagi memenuhi kriteria pengambilan lemak seharian. Itu sahaja yang cuba disampaikan oleh artikel berkenaan. Masalah bagi kita adalah sajian kulit ayam yang tidak menepati resipi sihat. Andai kata kita makan kulit ayam sahaja sepinggan seperti yang dijual di pasar-pasar malam itu, jumlah lemak sudah melebihi keperluan. Apa yang berlebih itu akan akhirnya menjadi mudarat kepada badan.\n\nOleh demikian, penyajian makanan amat penting. Lemak-lemak tepu seperti kulit ayam, lemak lembu, kambing dan lain-lain lebih murni disajikan secara bakar, panggang atau masakan sup, tanpa gorengan. Ini kerana minyak masak (sawit) dari hasil goreng itu juga dikira lemak yang boleh meningkatkan lagi jumlah keperluan lemak seharian.\n\n*Jangan kita dengar cakap-cakap angin daripada orang sekeliling yang tiada kajian yang sahih tentang kulit ayam. Rujuklah kepada doktor yang lebih banyak ilmu pengetahuan mengenai bab-bab kesihatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh sini."
"Sejak dua menjak ini , kecoh tentang sardin yang tak bersih dan selamat. Sampaikan rata-rata takut nak makan . Tapi tuh la, hati nih nak juga makan kan. Jadi ibu-ibu semua, tak payah dah beli sardin yang dalam tin tuh, Boleh buat sendiri. Bukannya susah pun. Boleh dimasak atas dapur gas atau slow cooker ataupun pressure cooker. Di jamin tiada cacing, selamat dan yang penting 100% halal.\n\nResepi daripada Fiza Mh\u200e\u00a0ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Bolehlah makan tanpa ragu-ragu. Jom tengok resepinya.\n\nSelamay mencuba !! Oh ya, selain dari Resepi Sardin, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain."
"Bagi mereka yang meminati K-Pop dan K-Drama, Korea semestinya menjadi destinasi pilihan untuk bercuti. Namun hakikatnya, Korea sangat ideal dilawati oleh semua orang. Ini kerana, terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini. Dan bagi anda yang sukakan produk kosmetik, Korea pasti membuatkan anda rambang mata. Anda boleh dapatkan face mask dengan harga yang jauh lenih murah daripada pasaran di Malaysia.\n\nDi sini, kami senaraikan 20 tempat menarik yang anda boleh lawati di Seoul, Busan dan Incheon.\n\nLotte World merupakan taman tema indoor terbesar di dunia. Di sini terdapat 45 tarikan yang harus anda kunjungi. Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Selain itu, di kawasan outdoor Lotte World terdapat cartoon character parade yang\u00a0berbeza-beza mengikut tema bulanan.\u00a0Lotte World juga terdapat tempat membeli belah dan juga hotel bagi kemudahan pada pengunjung.\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Khamis (9.30pagi \u2013 10.00malam) | Jumaat & Sabtu (9.30pagi \u2013 11.00malam)\n\nLokasi: 240 Olympic-ro, Jamsil 3(sam)-dong, Songpa-gu, Seoul\n\n2) Love Locks & N Tower Seoul\n\nN Seoul Tower atau Namsan Seoul Tower, salah satu bangunan ikonik di Seoul. Huruf \u2018N\u2019 untuk menara ini bermaksud NEW LOOK, iaitu nama baru selepas penstrukturan semula menara ini pada Disember 2005.\u00a0Menara ini terletak di atas bukit, ditambah pula dengan ketinggian menara ini yang mencapai 777 kaki. Pastinya pemandangan yang akan anda nikmati di sini sangat segar dan indah.\n\nAntara tarikan yang terdapat di sini adalah Love Locks. Tempat di mana anda bolah mengunci nama anda dan pasangan di sini sebagai simbolik cinta yang berkekalan.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi \u2013 11.00malam)\n\nLokasi: 105 Namsangongwon-gil, Yongsan 2(i)ga-dong, Yongsan-gu, Seoul\n\nSeoul Central Mosque ini terletak di Itaewon. Masjid berkeluasan 1,500 meter persegi ini siap dibina pada 1976 dengan bantuan dana dari kerajaan Saudi dan negara timur tengah lain. Seoul Central Mosque terletak di antara Sungai Han dan Namsan.\n\nMasjid ini terdiri daripada pejabat, bilik kuliah, dewan solat utama di tingkat 2 dan dewan solat wanita di tingkat 3. Di sini juga terdapat sebuah madrasah dinamakan Prince Sultan Islamic School.\n\nLokasi: 39 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul\n\nIstana Gyeongbok merupakan antara istana yang tercantik dan terbesar di Seoul. Itulah sebabnya ia menerima ramai pengunjung berbanding istana lain.\n\nMengikut sejarahnya, ia di bangunkan pada tahun 1395 semasa pemerintahan Dinasti Joseon. Ia pernah musnah semasa berlaku Perang Imjin (1592-1598). Namun semasa perintahan Raja Gojong, ia telah di baik pulih. Masa zaman penjajahan Jepun pada 1911, ia musnah lagi. Namun disebabkan rakyat Korea ini semangat nasionalis mereka tinggi, maka istana ini dibaik pulih sekali lagi sehingga ia tersergam indah sehingga kini.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nLokasi: 161 Sajik-ro, Sejongno, Jongno-gu, Seoul\n\nDongdaemun Design Plaza (DDP) terkenal kerana seni binanya sangat futuristic dan unik. Ia direka oleh Zaha Hadid salah seorang arkitek erkenal yang hebat. DPP adalah pusat kreatif Korea. Di dalam nya terdapat Art Hall, Muzium, Design Lab, Design Market, dan Dongdemun History & Culture Park. Bagi penggemar drama Korea, pasti anda tahu lokasi ini pernah menjadi tempat penggambaran drama \u201cMy Love from the Star\u201d.\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Jumaat (10.00pagi \u2013 7.00petang) | Sabtu & Ahad (10.00pagi \u2013 9.00malam)\n\nLokasi: 281 Eulji-ro, Euljiro 7(chil)-ga, Jung-gu, Seoul\n\nCheonggyecheon River merupakan sungai buatan moden di tapak sungai lama sepanjang 0.9km. Semasa penjajahan Jepun di sini, mereka menimbus sungai ini untuk projek lain. Selepas merdeka ia di jadikan jalan raya dan seterusnya selama 20 tahun ia bertukar menjadi\u00a0Highway. Namun pada 2005, perubahan drastik dilakukan untuk mewujudkan balik sungai ni. Walaupun dikritik kerana memakan belanja yang sangat besar, tapi ia menjadi keagungan sebagai pusat rekreasi awam dan pelancong.\n\nBagi rakyat Malaysia, pasti anda akan terpegun melihat kebersihan serta kecantikan sungai ini. Sangat bersih dan terjaga rapi walaupun ia terletak di tengah-tengah bandar. Malah sungai ini juga tidak berbau. Ia seolah-olah menjadi satu tempat yang memberi ketenangan walaupun hanya sebuah sungai buatan.\n\nMyeong Dong adalah tempat wajib anda lawati ketika bercuti di Korea. Kawasan ini sangat meriah. Tempat ni merupakan syurga membeli-belah. Pelbagai barangan yang best dijual di sini seperti kosmetik, jenama spa global, kasut, pakaian dan macam-macam lagi.\n\nTapi, anda dinasihatkan survey dahulu harga barangan di sini. Ini kerana, Myeongdong Market tersenarai sebagai Top 10 Most Expensive Shopping Street\u00a0di dunia.\n\nJika anda sudah survey harga di Myeong Dong Market, maka, Namdaemun Market adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli-belah. Ini kerana, harga di sini lebih murah. Hampir 1700 buah kedai terdapat di sini. Pelbagai barangan yang terdapat di sini adalah pakaian, peralatan menulis, karya seni, aksesori, topi, mainan, barangan kaca dan banyak lagi.\n\nDi sini juga terdapat pusat jualan borong, memang lokasi yang terbaiklah kalau anda ingin bawa balik cenderamata bagi ahli keluarga dan rakan-rakan anda di Malaysia. Malah, jika kemahiran tawar-menawar anda hebat, mungkin anda akan dapat harga yang super murah.\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Sabtu (11.00malam \u2013 4.00pagi)\n\nLokasi: 21 Namdaemunsijang 4-gil, Namchang-dong, Jung-gu, Seoul\n\nInsadong merupakan sebuah kawasan yang pada asalnya adalah tempat pelukis-pelukis di Korea mempelajari seni lukisan pada zaman Dinasti Joseon (1392-1910). Demi mengekalkan semangat keseniannya, Insadong kini menjadi galeri seni, pakaian, lukisan, kraftangan dan lain-lain lagi. Di sini juga, anda boleh membeli barangan untuk menghasilkan kaligrafi, bermacam jenis teh, hanji (kertas tradisional Korea), hanbok (pakaian tradisional Korea) dan lain-lain lagi.\n\nNamsangol Hanok Village ini sangat meriah kerana pelbagai acara dianjurkan di sini contohnya adat istiadat perkahwinan secara tradisional. Walaupun terletak di tengah-tengah bandar Seoul tapi perkampungan ini masih kekal dengan keaslian seni bina dan budaya masyarakat Korea zaman dulu.\n\nDi perkampungan ini terdapat 5 buah rumah tradisional yang di bina menyerupai seni bina asal era Joseon. Setiap rumah berbeza-beza fungsi, bentuk dan penghuni. Ada rumah rakyat biasa, rumah pegawai tertinggi dan rumah Permaisuri.\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (9.00pagi \u2013 9.00malam)\n\nLokasi: 28 Toegye-ro 34-gil, Pildong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul\n\nDongbaekseom Island\u00a0bukanlah sebuah pulau yang jauh terpisah dari tanah besar. Ini kerana ia telah bercantum dengan tanah di kota Busan kerana proses pemendapan yang berlaku dari tahun ke tahun. Pulau ini sering dikunjungi pelancong untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dan keindahan lautan.\u00a0Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah monumen yang ditulis dengan puisi Choi Chi-won, patung duyung berdasarkan legenda Princess Hwagok, dan Rumah APEC Nurimaru.\n\nLautan Gwangalli Beach sangat jernih airnya. Dari pantai ini anda dapat melihat gahnya jambatan Gwangandaegyo. Pada waktu malam, lampu-lampu di sepanjang jambatan ini dibuka, membuatkan jambatan ini nampak sangat cantik.\n\nWaktu terbaik untuk anda merasai keseronokan sebenar di pantai ini adalah pada bulan Oktober ketika Busan International Firework Festival diadakan. Antara pertunjukan yang dijalankan di sini sepanjang festival ini adalah pertunjukan cahaya laser dan bunga api yang penuh warna-warni.\n\nTaejongdae Park merupakan kawasan taman alam semulajadi yang terletak di penghujung selatan Pulau Yeongdo. Di sini turut disediakan kemudahan trem. Anda hanya perlu membayar 1500 Won untuk menaiki trem ini.\n\nAntara tempat menarik yang anda boleh lawati di Taejongdae Park adalah Observatory untuk melihat pemandangan sekitar, rumah api, tokong dan tapak dinosour. Pastikan anda berpakaian sesuai kerana angina laut di sini agak kuat.\n\nLokasi: 24 Jeonmang-ro, Dongsam 2(i)-dong, Yeongdo-gu, Busan\n\nJika di Seoul, ada Seoul Central Mosque. Di Busan, ada Masjid Al Fatah. Bagi muslim, bercuti ke negara bukan Islam merupakan suatu yang agak mencabar untuk mencari masjid dan juga restoren makanan halal. Namun, jika ada masjid, pasti kawasan sekitar masjid aka nada restoren halal.\n\nJadi, jika anda singgah solat di Masjid Al Fatah, selepas solat, anda boleh mengisi perut di restoren halal yang terdapat di sini. Perut dan kenyang, barulah seronok nak berjalan semula.\n\nBukan semua orang pandai untuk scuba diving melihat keindahan alam semula jadi di dasar laut. Jadi, bila ada tempat yang memberi anda peluang untuk melihat kehidupan di dalam laut dengan mata anda sendiri, pastilah harus anda manfaatkan peluang ini.\n\nTerdapat hampir 250 spesies haiwan marin berbeza di akuarium ini. Masa yang diambil untuk menikmati keindahan marin di sini adalah dalam sekitar 30 ke 40 minit.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Khamis (10.00pagi \u2013 8.00malam) | Jumaat \u2013 Ahad (9.00pagi \u2013 10.00malam)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa 29,000 Won | Kanak-kanak 23,000 Won\n\nPanjang Incheon Bridge adalah 21.39 km. Ini membuatkan ia sebagai jambatan yang ketujuh terpanjang di dunia. Dari jambatan ini anda dapat melihat keindahan air laut dan juga bandaraya Incheon. Seni bina jambatan ini juga cukup mengagumkan, pastikan anda merakam video sewaktu berada di atas jambatan ini untuk kenangan anda. Dan pastinya pemandangan di waktu malam akan lebih menarik dengan hiasan lampu yang menerangi jambatan ini.\n\nIncheon Grand Park bukanlah taman yang kecil tapi sebuah taman yang sangat \u2018grand\u2019 sesuai dengan namanya.\u00a0 Terdapat gunung-ganang, taman botani, tasik dan rumah hijau di sini. Tanpa mengira musim, Incheon Grand Park sentiasa memiliki landskap yang cantih dan indah.\n\nBukan hanya itu, taman besar ini juga turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti ruang berbasikal, berkhemah dan perpustakaan kecil di mana anda boleh mendapatkan buku untuk dibaca sambil menghirup udara segar.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Mac \u2013 Okt (5.00pagi \u2013 11.00malam) | Nov \u2013 Feb (8.00pagi \u2013 8.00malam)\n\nJayu Park juga dikenal sebagai Freedom Park. Ia adalah sebuah taman di atas bukit yang memberikan anda pemandangan indah sekitar Incheon. Taman ini dijaga dengan baik. Ia dikelilingi dengan tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan yang indah dipandang terutama sekali pada musim bunga. Kalau anda nak tahu, Jayu Park merupakan taman dengan gaya barat yang pertama di Korea.\n\nLokasi: 25 Jayugongwonnam-ro, Bukseong-dong 3(sam)-ga, Jung-gu, Incheon\n\nNama asal bagi Jeondeungsa Temple adalah Jinjongsa ketika zaman Dinasti Goryeo. Bangunan utama tokong ini, Daeungbojeon, memiliki seni bina yang begitu cantic seni ukirnya. Di dinding bangunan ini pula tertulis nama-nama pejuang Korea sewaktu penentangan terhadap tentera Perancis pada suatu ketika dahulu. Menurut kepercayaan, nama tersebut ditulis pada dinding untuk member nasib yang baik kepada pejuang-pejuang sewaktu dalam peperangan.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (7.30pagi \u2013 6.30petang)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa 3,000 Won | Remaja 2,000 Won | Kanak-kanak 1,000 Won\n\nLokasi: 37-41, Jeondeungsa-ro, Gilsang-myeon, Ganghwa-gun, Incheon\n\nIncheon Children\u2019s Museum\u00a0adalah sebuah muzium interaktif ykhas buat kanak-kanak. Di sini anda dan anak-anak dapat melihat pelbagai pameran menarik yang dalam masa yang sama dapat mencungkil kreativiti mereka.\n\nAntara pameran interaktif yang terdapat di sini adalah Dino Exploration, Book Study, Teaching Tools Study, Global Village Culture Search, Science Exploration, bilik seni dan bilik 3D.\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (10.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nBayaran: Dewasa & Remaja 13 Tahun Keatas 5,000 Won | Kanak-kanak 6,000 Won\n\nLokasi: 1 Bangchuk-ro, Gyeyang 2(i)-dong, Gyeyang-gu, Incheon\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Korea yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Adalah insulin penyebab kanser? Jom ketahui info sebenar tentang insulin.\n\nAdakah insulin penyebab kanser? Ramai yang berpendapat bahawa insulin adalah salah satu penyebab kanser. Oleh yang demikian, ramai yang tidak mahu mengambil insulin kerana takut akan mendapat kanser.\n\nMari kami kongsikan info dari Dr. Suhazeli Abdullah mengenai insulin.\n\nSelain dari mengawal paras gula dalam badan, insulin juga bersifat mitogenik, iaitu membantu pembentukan normal sel-sel badan. Ianya bukan bersifat mutagenik, pembina sel-sel yang berkembang secara tidak normal sehingga menyebabkan kanser.\n\nJangan salah-faham dalam istilah ini. Kajian yang lebih berwasit telah pun dilakukan menunjukkan bahawa bukan kehadiran insulin yang menyebabkan kanser, malah suasana darah yang tinggi gula (hiperglisemia, bagi kes kawalan gula tidak terkawal) adalah penyebab kepada meningkatkan risiko kanser terhadap pesakit kencing manis.\n\nScara umumnya pesakit kencing manis akan mempunyai masalah ketahanan badan yang menurun (uncompromised). Oleh yang demikian tidak terkawalnya paras gula dalam badan seseorang pesakit akan meningkatkan lagi risiko pelbagai penyakit lain. Sebagai contohnya, pesakit kencing manis berisiko dijangkiti kuman Tuberkulosis tiga kali ganda berbanding individu yang normal.\n\n*Selepas mengetahui info sebenar tentang insulin, harap tiada lagi orang ramai yang menganggap insulin ini tidak bagus. Jika kita mengikuti setiap nasihat yang diberi oleh doktor, Insyaallah penyakit kita akan sembuh. \n\nSemoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Dapatkan nasihat pakar yang berkaitan mengenai penyakit yang sedang anda hadapi.\n\nArtikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Bagaimanakah caranya melakukan solat sunat adilfitri secara berjemaah? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan mengerjakan solat sunat aidilfitri dengan betul.\n\nPengertian dan tempoh waktu solat sunat aidilfitri\n\nSolat sunat aidilfitri adalah solat sunat yang dilakukan oleh umat Islam sebanyak dua rakaat pada 1 Syawal iaitu hari raya aidilfitri yang pertama. \n\nSolat ini adalah afdhal untuk dilakukan secara berjemaah dan kemudian itu dibacakan dua khutbah. Tetapi ia juga boleh dilakukan secara bersendirian di rumah.\n\nHadis tentang perintah melaksanakan solat hari raya\n\nSebuah hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin \u2018Ubaidillah R.A beliau berkata : \u2018\u2019Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan bertanyakan tentang Islam. Kemudian Rasulullah SAW menjawab :\n\nMaksudnya:\u00a0(Kamu perlu) melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.\n\nKemudian lelaki itu bertanya: \u2018\u2019Adakah menjadi kewajipan ke atasku solat selainnya ?\u2019\u2019. Maka Nabi SAW menjawab :\n\nMaksudnya:\u00a0Tidak, kecuali kamu ingin mengerjakan solat sunat.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 46 dan Muslim, No. 11)\n\nDemikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh \u2018Ubadah Ibn Al-Somit RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :\n\n\u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u064f \u0635\u064e\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d \u0643\u064e\u062a\u064e\u0628\u064e\u0647\u064f\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650 \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064f\u0636\u064e\u064a\u0650\u0651\u0639\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0646\u064e\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0626\u064b\u0627 \u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u062e\u0652\u0641\u064e\u0627\u0641\u064b\u0627 \u0628\u0650\u062d\u064e\u0642\u0650\u0651\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u064c \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650 \u0628\u0650\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0641\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u064c \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0627\u0621\u064e \u0639\u064e\u0630\u064e\u0651\u0628\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0627\u0621\u064e \u0623\u064e\u062f\u0652\u062e\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e\n\nMaksudnya:\u00a0Allah SWT mewajibkan lima solat ke atas hamba Nya. Sesiapa yang melakukannya tanpa meninggalkan sedikit pun kerana meringan-ringankannya, Allah SWT menjanjikannya masuk syurga. Manakala sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa kepadanya. Sekiranya Allah kehendaki, Dia akan mengazabnya dan sekiranya Allah kehendaki, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1420)\n\nJusteru, berdasarkan beberapa riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa selain dari solat fardhu lima waktu, solat-solat yang lain itu adalah termasuk dalam bahagian solat sunat dan antaranya juga adalah solat hari raya.\n\nSolat sunat ini adalah sunat muakad iaitu solat sunat yang sangat diberatkan oleh Nabi SAW. \n\nRasullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini sejak pada ia disyariatkan sehinggalah baginda wafat. Begitu juga para sahabat\u00a0RA\u00a0berterusan melakukannya selepas kewafatan baginda Nabi. \n\nCara solat sunat aidilfitri ini sedikit berlainan dengan solat sunat lain yang kita pelajari. Dalam solat ini, kita disyariatkan untuk membaca \u00a0takbir sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat ke dua.\n\nDiriwayatkan oleh \u2018Amr Bin Shuaib, dari bapanya dari datuknya, bahawa:\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cNabi SAW bertabir pada solat hari raya sebanyak tujuh kali dan lima kali.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Ibn Majah, No. 1278)\n\nBagi lafaz solat sunat aidilfitri tersebut adalah seperti yang berikut:\n\nSelain dari cara solat sunat aidilfitri ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan solat sunat seperti:"
"Siapa suka karipap ikan? Kami yakin ramai yang suka karipap ikan. Jadi, kami tuliskan resepi karipap ikan yang konfirm lazat.\n\nKaripap ikan berbeza dengan karipap ikan bilis biasa ya. Isi karipap ikan tidak ada sambal, malah ia menggunakan kelapa parut, santan, bawang, dan halia sehingga warnanya putih sahaja. Bahan inti ini manis-manis masin. Buat basah-basah pun OK, mahu kering pun tidak mengapa.\n\nResepi karipap ikan yang lazat ini kami datangkan daripada Badrul Dan Isteri yang berkongsi di laman Facebook. Di bawah ditulis juga resepi doh karipap yang mudah. Selamat mencuba.\n\nSelain karipap ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Anak tak nak makan, asyik nak menyusu je! Susu formula, susu ibu, susu kotak semua dia telan, asalkan susu! Nasi atau bubur? Jangan haraplah, bukan sahaja tak nak makan, tetapi tengok sahaja pun sudah tidak berselera.\n\nKejadian ini sering berlaku kepada anak-anak kecil berumur 1 tahun ke atas. Jangan harap nak makan bubur, nasi, biskut bayi, makanan solid yang lain pun memang anak tak minat. Pening fikir macam mana nak buat, tapi lagi risau sebab tak tahu apa sebab dan puncanya.\n\nUmumnya, terdapat beberapa sebab terjadinya masalah anak tak nak makan. Anda harus kenal pasti dahulu puncanya, barulah mudah untuk anda cari jalan penyelesaiannya. Jom lihat sebab dan punca anak tak nak makan.\n\nPernahkah anda menghadapi situasi yang sama setiap kali memberi anak makan? Anak akan menunjukkan muka tidak berminat, berselera pula jauh sekali. Hal ini berlarutan setiap hari dan sememangnya anak tak nak makan. Terfikirkah anda, kenapa perkara ini berlaku?\n\nYa, anak yang kenyang sememangnya takkan lalu untuk makan. Mereka mungkin kenyang dengan susu yang berbotol-botol. Tetapi ia hanya sekejap, selagi tidak makan, mereka akan minta susu lagi apabila lapar.\n\nSemakin anak diberi makanan ringan, semakin sukar untuk mereka makan makanan ruji. Makanan ringan seperti kuih, biskut, kek, jajan dan gula-gula adalah contoh makanan ringan yang perlu anda elakkan untuk anak-anak. Apabila anak suka makanan yang bergula atau jajan sebegitu, mereka tidak akan mahu makan lain lagi.\n\nIbu bapa juga bersalah dalam hal ini kerana tidak tahu selera anak. Biarpun ingin anak makan makanan yang berkhasiat, janganlah beri makanan yang tawar dan tidak ada rasa, anak anda pasti ingat dan takkan mahu makan lagi.\n\nAnda tak nak makan juga disebabkan oleh masalah penghadaman dan usus yang mereka hadapi. Tak ramai ibu bapa yang peka akan hal ini, namun anak yang mengalami masalah pencernaan tidak akan lalu untuk makan. Masalah penghadaman ini boleh berlaku akibat anak minum susu banyak terlalu kenyang dan juga akibat anak makan makanan ringan.\n\nAkibat tak nak makan makanan yang sesuai untuk usia mereka, anak akan mengalami beberapa kesan. Kesan yang menyebabkan anak tak nak makan ini adalah negatif dan tidak elok untuk kesihatan anak. Jangan biarkan masalah ini menjadi lebih parah. Jom lihat kesan jika anak anda tidak mahu makan.\n\nApabila anak tak nak makan, mereka akan kekurangan vat makanan, vitamin dan nutrisi. Ia akan menyebabkan mereka tidak bermaya dan tidak bertenaga. \n\nBenarkah jika tidak makan, boleh dijangkiti kuman dan bakteria? Benar. Sayur, buah dan makanan protein yang diambil akan menjadi pelindung tubuh badan daripada dijangkiti penyakit. Makanan yang diambil oleh anak juga akan menguatkan sistem imunisasi tubuh badan mereka.\n\n3. Anak Meragam Dan Tidak Selesa\n\nSudah pasti anak akan lapar jika tidak makan. Biarpun minum susu sahaja, perut mereka juga akan mudah sakit. Pengambilan susu yang merupakan makanan cecair dan mempunyai 1 khasiat yang sama, akan menjejaskan tubuh badan anak juga. Proses pencernaan dan penghadaman akan mengalami sedikit masalah.\n\n4. Underweight Atau Kurang Berat Badan\n\nBukan sahaja orang dewasa yang harus peka akan berat badan, tetapi anak kecil juga harus makan untuk memastikan berat badan mereka bersesuaian. Mereka harus mempunyai berat yang normal dan mengalami proses pembesaran dengan sihat.\n\nAnak tak makan akan menyebabkan mereka sering terasa pening dan sukar tumpu perhatian. Adakala duduk, berdiri akan membuatkan mereka tidak selesa dan akan bertukar posisi pula.\n\nAkibat tidak makan, nutrisi dan zat besi yang kurang dari tubuh badan anak akan menyebabkan beberapa perkara. Antaranya adalah kuku rapuh, rambut kusam, mata putih kebiruan dan lain-lain lagi.\n\nAtasi Masalah Anak Tak Nak Makan\n\nSetiap masalah perlu di atasi oleh semua ibu bapa, apatah lagi ia berkaitan dengan anak. Punca dan kesan anak tak nak makan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk lagi. Bagi mengelakkan hal ini berlarutan, anda perlu berikhtiar menggunakan cara moden, petua tradisional, tips dan lain-lain lagi.\n\nIkut sahaja Petua tambah selera makan anak, pasti anak akan suka untuk makan. Mindset ibu bapa yang berbunyi \u201cLebih baik anak minum susu daripada tak nak makan terus\u201d itu perlu anda buang jauh-jauh. \n\nSebenarnya, jika anda membiarkan anak minum susu sahaja dengan kerap, ia akan menyebabkan masalah usus, pencernaan dan lain-lain lagi memandangkan terdapat juga kandungan gula dalam susu.\n\nPastikan Anak Mendapat Zat Yang Cukup\n\nDengan memberi akan makanan yang berkhasiat, mereka pasti akan mendapat zat yang cukup untuk tubuh badan. Masalahnya jika mereka tidak mahu makan, anda harus kreatif dalam menyediakan makanan mereka yang lebih menarik dan sedap. Selain itu, amalan makan bersama-sama dan tidak memaksa mereka juga membantu untuk mereka cuba mula makan.\n\nItulah dia punca, kesan dan cara atasi masalah anak tidak mahu makan. Banyak lagi cara yang boleh anda lakukan, anak anda pasti akan makan juga! Jemput baca Petua tambah selera makan anak, Cara atasi bayi sedu, Tips pilih puting bayi dan Panduan urutan bayi yang betul."
"\u201cUdang!udang! Seekor seringgit!seekor seringgit! Mari murah!murah!\u201d\n\nHeboh udang seringgit seekor baru \u2013 baru\u00a0 ini menjadi viral dan buruan peminta udang. Tapi buntu bila memikirkan apa nak dimasak udang tu kan. Nak masak apa yg boleh memelihara keenakkan,keanjalan dan kemanisan isi udang.\n\nMakanan laut atau seafood ni perlukan teknik masakan yg cepat dan mudah. Ini untuk memelihara kesegaran isi seafood. Antara menu yang paling simple ialah goreng tepung ala restoran. Menu yang biasa jadi pilihan ialah udang goreng tepung.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Kitin Mahinah Pak Tam dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook!\n\nNota: Letakkan ketulan ais didalam air dan bancuh. Pastikan garam terasa masin sebab selepas goreng rasa masin tidak terasa sangat. Jangan risau kerana semasa kita adun tepung memang akan terasa lebih masin.\n\nWah mudah bukan? Resepi ini bukan sahaja mudah tapi dapat memberi kepuasan kepada sesiapa yang merasainya. Hidangkanlah resepi ini pada bila bila masa kerana ianya boleh dimakan bersama nasi atau begitu sahaja.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini terdapat beberapa resepi lain yang menarik dan anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Kelahiran bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya amat menyakitkan. Tetapi kesakitan itu adalah satu lumrah biasa untuk menglahirkan anak. Walau bagaimanapun, ianya boleh menjadi mimpi yang lebih teruk jika berlaku hal diluar sangkaan.\n\nDi sini kami kongsikan panduan untuk memudahkan kelahiran. semoga panduan kelahiran bayi ini membantu ibu-ibu di luar sana.\n\nUrutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran.\n\nAnda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.\n\nSebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi.\n\nAntaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.\n\nSenaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.\n\nMenariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.\n\nDi minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran.\n\nKetahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.\n\nSudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi.\n\nHal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.\n\nKetenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama.\n\nSikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.\n\nApa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami.\n\nNamun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.\n\nSelain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti.\n\nMalah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.\n\nAmalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak.\n\nKeadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi \u201cturun\u201d sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.\n\nAmalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak \u201ckeluar\u201d dengan cepat.\n\nPastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan."
"Selain daripada sos cili dan sos tomato, sos black pepper juga merupakan antara sos yang perlu ada untuk menikmati makanan western seperti chicken chop, meatball, ayam dan daging bbq, steak dan sebagainya. Banyak jer pilihan yang ada dijual dipasaraya. tapi kalau nak lebih jimat terutamanya untk majlis keraian bolehlahh cuba buat sos black pepper homemade.\n\nCaranya pun tak susah. Hanya campur-campur sahaja. Tapi yang penting metilah kena ada lada hitam yang telah dikisar. Jika tak de, bukan namanya sos lada hitam lah. Bolehlah buat sos black pepper ini mengikut citarasa masing-masing. Boleh buat banyak sekaligu jika hendak siimpan untuk beberapa kali makan.Tapi haruslah di dalam peti ok.\n\nTak pernah buat sos lada hitam ini? Nak cuba buat? Boleh lah tengok dan layan resepi dari Rohayati Romli ini. Ramai yang telah mencubanya. Jadi, apa lagi. Jom tengok dan selamat mencuba.\n\nDah siap. Bolehlah rebus meatball untuk dimakan bersama. Bolehlah acah-acah makan meatball ikea. Ataupun boleh juga kalau nak makn bersama chicken chop. Selain resepi sos balck pepper ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Jom belajar kenali jenis darah anda.\n\nDarah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Kumpulan darah manusia pula dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza. Keempat-empat kumpulan tersebut adalah A, B, AB dan O yang juga dikelaskan mengikut Sistem ABO.\n\nJenis darah\u00a0(atau\u00a0kumpulan darah) ialah pengelasan\u00a0darah\u00a0berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan\u00a0antigen\u00a0terwaris\u00a0pada permukaan\u00a0sel darah merah\u00a0(SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein, karbohidrat, glikoprotein, atau\u00a0glikolipid, bergantung pada sistem kumpulan darah.\n\nSesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan jenis\u00a0sel\u00a0lain pada pelbagai jenis\u00a0tisu. Dari satu\u00a0alel\u00a0(atau\u00a0gen-gen\u00a0yang terkait rapat), sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini bersama-sama membentuk sebuah sistem kumpulan darah.\n\nJenis darah adalah\u00a0terwaris\u00a0dan mewakili sumbangan dari kedua-dua ibu bapa. Sejumlah 30\u00a0sistem kumpulan darah manusia\u00a0kini diiktiraf oleh\u00a0Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa\u00a0(International Blood Transfusion Society, ISBT)\n\nSelain daripada Sistem ABO, terdapat hampir 32 jenis sistem lain yang digunapakai bagi mengklasifikasikan kumpulan darah. Namun yang paling popular adalah yang menggunakan Sistem ABO yang diasaskan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Kemudian sistem ini dimurnikan lagi dengan Sistem Rhesus yang diusahakan secara bersama dengan Alexander S Wiener pada tahun 1937.\n\nSistem ABO ialah sistem kumpulan darah terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia.\u00a0Dalam sistem ABO ada tiga jenis allele iaitu A, B dan O. Oleh kerana dalam setiap individu ada dua allele (satu dari bapa, satu dari ibu), kombinasi yang ada ialah AA, BB, AB, Ao, Bo dan oo.\n\nAllele A dan allele B adalah allele yang\u00a0dominan\u00a0(berpengaruh) manakala allele O adalah allele yang\u00a0resesif\u00a0(tidak berpengaruh). Oleh kerana allele O tidak kuat, ia selalunya di tulis dengan huruf kecil.\n\nJenis darah setiap individu adalah seperti yang dinyatakan pada rajah di bawah.\n\nContohnya, sekiranya darah anda jenis A, ini bererti ada dua kemungkinan, iaitu genotype darah anda ialah AA atau Ao. Anda boleh menentukan secara pasti sama ada anda AA atau Ao dengan melakukan ujian DNA.\n\nSistem Rh ialah sistem kumpulan darah kedua terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia. Antigen Rh yang terpenting ialah antigen D kerana inilah di antara lima antigen Rh utama yang paling mampu merangsang tindak balas sistem imun.\n\nDalam sistem Rh, ada dua kemungkinan jenis darah seseorang iaitu berdarah Rhesus positif atau Rhesus negatif sahaja. Ada dua jenis allele iaitu Rh+ dan Rh- dan ia tidak bergantung kepada jenis darah ABO seseorang itu.\n\nSeseorang yang Rh positive mempunyai genotype:\n\nSeseorang yang Rh negative mempunyai genotype dari dua Rh- iaitu Rh-/Rh-\n\nSeperti juga sistem ABO, setiap bapa akan memberikan satu allele Rh dan ibu memberikan satu allele Rh kepada anak mereka.\n\nPersatan Transfusi Darah Antarabangsa\u00a0kini mengiktiraf 30 sistem kumpulan darah (termasuk sistem ABO dan Rh).\u00a0Maka, selain antigen ABO dan antigen Rh, terdapat banyak lagi antigen yang dinyatakan pada membran permukaan SDM.\n\nMisalnya, seseorang berdarah AB, D positif, dan pada masa yang sama M dan N positif (sistem MNS), K positif (sistem Kell), Lea\u00a0atau Leb\u00a0negatif (sistem Lewis), dan sebagainya, jadi ada positif atau negatif untuk setiap antigen sistem kumpulan darah. Kebanyakan sistem kumpulan darah dinamakan sempena nama pesakit yang antibodi masing-masing pertama kali ditemui dalam darah mereka.\n\nGenotype anak diambil dari ibu (satu allele) dan ayah (satu allele). Contohnya ibu berdarah A (ada dua kemungkinan iaitu genotype ibu AA atau Ao) dan ayah berdarah AB (genotype AB). Sila lihat rajah di bawah untuk penerangan.\n\n1)Kemungkinan 1 \u2013 Ibu AA dan ayah AB\n\nDaripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu AA dan ayah AB, kemungkinan yang berlaku ialah:\n\nBagaimanapun, oleh kerana ibu berdarah A, ada lagi satu kemungkinan iaitu genotype ibu ialah Ao dan bapa AB (genotype bapa sama, tidak berubah).\n\n2)Kemungkinan 2 \u2013 Ibu Ao dan ayah AB\n\nDaripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu Ao dan bapa AB:\n\nJika kita gabungkan kedua-dua rajah di atas \u2013 sekiranya ibu berdarah A dan ayah berdarah AB \u2013 kita boleh membuat pengiraan:\n\nKesimpulannya, sekiranya ibu berdarah A dan ayah AB, kemungkinan tertinggi anak akan berdarah A.\u00a0 Anak juga tidak berkemungkinan berdarah O.\n\nRamai yang menganggap kumpulan darah anak mestilah\u00a0kombinasi kumpulan darah ibu bapa. Sebenarnya, ia tidak semestinya begitu. Pernah terdapat satu kejadian di mana seorang bapa meminta untuk membuat ujian \u2018paternity\u2019 hanya kerana kumpulan darahnya ialah B dan anaknya ialah A.\n\nKerana dia berpendapat yang ianya mustahil untuk anaknya mempunyai kumpulan darah yang berbeza dengannya.\n\nSebenarnya ianya tidak mustahil dan genetik adalah jawapan kepada kekeliruan bapa ini.\n\nBerikut adalah jadual ringkas kombinasi yang berkemungkinan untuk sistem ABO. Dengat hanya melihat jadual ini, anda boleh mengagak kumpulan darah anak itu. Malah, jika kumpulan darah anda A dan pasangan anda B, anak anda berkemungkinan mempunyai kumpulan darah A, B, AB atau O.\n\nSama seperti sistem Rhesus, terdapat tiga faktor iaitu C, D dan E. Dan D merupakan yang paling penting. Tiada gen resesif yang sama dengan D.\n\nSelepas kelahiran, manusia mula membentuk antibodi di dalam badannya. Antibodi ini melindungi badan dari bahan-bahan asing seperti kuman yang memasuki sistem badan manusia. Bahan-bahan asing seperti kuman ini dipanggil antigen.\n\nAntibodi terhadap antigen darah juga berlaku. Sebagai contoh, seorang bayi yang berdarah O akan membentuk antibodi terhadap antigen darah A dan darah B sebaik sahaja dia mula makan makanan.\n\nIni kerana antigen ini dijumpai di dalam makanan. Oleh itu seseorang yang berdarah O tidak boleh menerima darah daripada jenis A, B dan AB. Sekiranya diberi juga, satu proses dikenali sebagai \u2018haemolytic transfusion reaction\u2019 akan berlaku, di mana darah yang diberi itu akan dimusnahkan.\n\nProses ini boleh membawa maut dan kerosakan anggota badan dalaman.\n\nOrgan penderma juga bergantung kepada jenis darah seperti di atas. Contohnya, buah pinggang penderma dari jenis darah B tidak boleh diberi kepada pesakit berdarah A. Bagaimanapun, didapati pemindahan organ hati (liver) tidak bergantung kepada sistem darah ABO ini.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Jenis Darah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Jom tengok resepi perkongsian kami cara membuat bingka labu lemak manis nan lembut dan padu.\n\nAkhir-akhir ini ramai perbincangan tentang resepi bingka labu. Bahkan perkongsian resepi ini di laman Facebook oleh \u200eSue Abdullah\u200e sudah mencapai 2.9k perkongsian ketika artikel ini ditulis.\n\nBingka dibuat daripada pelbagai bahan seperti : tepung gandum, telur, santan, gula pasir, dan garam. Ada banyak jenis lain bingka seperti bingka ubi, bingka kentang, bingka pandan, bingka durian dan lain-lain.\n\nHidangan bingka labu boleh jadi alternatif jika anda tidak suka makan labu secara terus tanpa olah. Bahkan ada sebahagian anak yang tidak suka makan labu namun sangat gemar jika diolah jadi hidangan lain seperti bingka. Bingka labu yang lembut boleh membuat sesiapapun yang makan mesti akan suka.\n\nSelain resepi bingka labu, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Rempeyek krup krap. Macam sedap kalau dapat makan rempeyek yang garing dan rangup. Rempeyek dapat dibeli di pasar raya, selain itu rempeyek juga banyak dijumpai di kedai-kedai makan tradisional.\n\nRempeyek ada pelbagai jenisnya, antaranya ada rempeyek ikan bilis, rempeyek kacang, rempeyek udang dan lain-lain. Rempeyek merupakan sejenis kerupuk tradisional. Ianya sedap diganding dengan makanan nasi berlauk ataupun dimakan macam itu sahaja.\n\nRempeyek dibuat dengan mencampurkan bancuhan tepung dengan bahan kisar. Walaupun nampak mudah dan ringkas tapi kadang-kadang kalau tersilap sedikit saja bancuhannya adunan boleh jadi meragam dan rempeyek jadi keras. Tambah lagi bila melekat di acuan, boleh mendatangkan stress dibuatnya.\n\nSekali-sekala boleh cuba membuat rempeyek sendiri, lebih berbaloi daripada beli. Makan lebih puas tanpa henti. Sangat seronok bila makan rempeyek buatan sendiri. Selamat mencuba resepi daripada Salizawati Kamaruddin\u00a0di laman Facebook.\u200e\u00a0\n\nNota : Saya guna 2 kuali. Satu kuali untuk mencetak adunan. Lepas sudah masuk ke dalam acuan dan rempeyek sudah keras sedikit, masukkan pula ke dalam kuali untuk menggoreng. Bagi saya, cara ini lebih cepat sedikit.\n\nSelain resepi rempeyek, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Rumah juga boleh dijadikan tempat belajar yang menggembirakan. Bagi ibu bapa yang berniat untuk hadkan screen time dari gajet, penulis ada solusi kepada ibu bapa yang boleh diaplikasikan untuk ibu bapa di rumah. Jom ketahui aktiviti indoor untuk anak yang menarik.\n\nSebenarnya terlalu banyak aktiviti indoor yang anak-anak boleh lakukan di rumah. Tidak perlukan alatan yang pelik-pelik untuk mencipta aktiviti indoor buat anak-anak, ibu bapa boleh gunakan peralatan apa yang ada di rumah seperti bekas makanan, sudu, tali, alat tulis, sabun dan lain-lain.\u00a0\n\nSediakan ruang yang luas untuk anak beraktiviti. Sekiranya memerlukan bahan yang basah, ibu bapa boleh sediakan alas di balkoni atau bawah garaj kereta.\n\nAktiviti indoor untuk anak-anak di rumah penting supaya ibu bapa boleh mengurus anak dengan lebih lancar dan kurang tekanan. Emosi ibu bapa dan anak juga lebih terkawal. Anak-anak yang gembira akan membesar dengan lebih baik dari anak yang tertekan. Berikut adalah cadangan kepada ibu bapa semua.\u00a0\n\nPerancangan matlamat untuk dicapai adalah penting supaya ibu bapa nampak apa yang ingin dibuat mengikut kesesuaian umur anak.\n\n1- Tetapkan rutin sama (jadual harian)\n\nAnak-anak perlukan rutin yang sama setiap hari secara berjadual. Masa lebih mudah diatur dan diuruskan. Tidak dinafikan, ada terbabas dari garis masa yang ditekankan. Sekurang-kurangnya, anak sudah tahu dan faham apa perlu dilakukan setiap sela masa.\n\nIbu bapa boleh buat jadual bersama-sama anak menggunakan gambar. Bila dibuat bersama-sama, anak-anak lebih mudah ingat. Tampal gambar pada papan atau kad manila. Letakkan jadual di tempat yang anak boleh tengok setiap hari.\n\nBangun pagi, anak masih perlu mandi walaupun tidak ke sekolah, kemudian barulah makan dan bermain.\u00a0\n\nAnak-anak boleh diberi tugasan ringan membantu kerja rumah. Anak sekecil 2 tahun sudah boleh di arah untuk masukkan baju yang telah dipakai di dalam bakul. Manakala, anak yang sudah besar seperti 7 tahun boleh membantu basuh pinggan dan siapkan tempat makan. Ini boleh melatih anak-anak bertanggungjawab dan rasa penting keberadaan mereka di rumah.\n\nAktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan ajaran Islam kepada anak-anak. Solat berjemaah, berzikir dan mengaji bersama-sama . Boleh juga buat slot seperti bacaan hadis, sirah dalam bulatan. Anak yang sudah besar boleh dilatih menjadi imam dan tukang iqamah. Anak yang dibawah 6 tahun mula diperkenalkan Alif, Ba, Ta. Moga rahmah dan berkah seisi rumahnya.\n\nAktiviti meransang sensori melibatkan lima sensori asas seperti sentuhan, visual, rasa, hidu dan pendengaran. Tambahan dua lagi sensori iaitu vestibular dan proprioception. 8 tahun pertama selepas kelahiran, anak banyak belajar menggunakan deria. Ransangan deria boleh diberikan melalui bermain.\n\nMessy play, finger art, main playdough.\n\nBermain tangkap buih, menampal kertas berwarna warni.\n\nMencuba pelbagai jenis rasa masam, manis, pahit, tawar, masin, lembik dan keras.\n\nMendengar pelbagai jenis bunyi perlahan atau kuat volumenya.\n\nMenolak dan mengangkat benda berat seperti bakul berisi baju,\u00a0 mengemop lantai, bergayut di monkey bar (boleh digantikan dengan penghadang yang ada di dinding). Ibu bapa boleh rancang aktiviti berhalangan (obstacle course) yang ringkas menggunakan susunan kerusi, bakul, dan kotak dirumah.\n\nMotor kasar melibatkan semua otot besar. Otot tunjang seperti otot di bahagian belakang badan yang kuat akan membantu anak melakukan aktiviti motor halus dengan lebih baik. Lakukan senaman ringkas atau pun senam robik bersama-sama. Boleh juga menggunakan mainan seperti bola, badminton, pingpong, tali skipping.\u00a0\n\nMotor halus penting adalah kawalan otot tangan, jari dan kawalan mata (ocular). Motor halus adalah asas kepada makan, pakai baju, juga menulis. Boleh buat aktiviti seperti kepit sepit baju untuk kuatkan otot tangan. Masukkan butang ke dalam tali untuk koordinasi mata, tangan juga persepsi visual. untuk latihan picit masukkan batang ais krim ke dalam tabung. Baju berbutang juga boleh digunakan sebagai latihan motor halus.\n\n7- Aktiviti harian berfungsi seperti membakar kek ringkas dan berkebun.\u00a0\n\nAktiviti harian berfungsi adalah aktiviti harian yang perlu dilakukan setiap hari. Untuk aktiviti masakan ringkas, terangkan kepada anak setiap langkah supaya anak jelas dengan aktiviti tersebut. Belikan anak apron kanak-kanak untuk mengajar tentang kebersihan. Ajak anak buat tugasan ringkas seperti bantu mengadun kek, meletakkan hiasan di atas kek. Bina satu kebun mini di rumah dan tanam tumbuhan yang senang tumbuh seperti taugeh. Beri tugas kepada anak untuk siram setiap hari. Anak akan rasa seronok melihat tumbuhan membesar.\n\nAktiviti ini bertujuan merangsang perkembangan kognitif anak. Kemahiran kognitif merangkumi perhatian, memori, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Permainan seperti Puzzle, Word search dan Bingo adalah contoh aktiviti melibatkan pensil dan kertas. Ada banyak contoh aktiviti kognitif yang boleh di muat turun dari Google.com. Permainan sorok-sorok, Pukul Berapa Datuk Harimau, galah panjang pula aktiviti berfikir melibatkan pergerakan.\n\nSetiap aktiviti mempunyai tujuan dan manfaat tersendiri. Kehadiran ibu bapa adalah elemen paling utama dalam setiap aktiviti kerana ibu bapa ibarat fasilitator kepada anak-anak. Sediakan aktiviti yang tidak terlalu mencabar dengan tahap anak-anak supaya mereka tidak tertekan dan menikmati semua aktiviti dengan gembira.\u00a0\n\nJemput juga abca artikel tentang\u00a0 taman permainan best di KL Sleangor permainan membantu perkembangan bahasa anak dan DIY permainan anak"
"Terdapat sesuatu yang ajaib mengenai anak-anak 2 tahun ini.\n\nAda sesuatu mengenai anak berusia 2 tahun ni. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Mereka belum betul-betul faham dunia orang dewasa.\n\nMereka nampak berakhlak buruk, campak barang, makan merata-rata, tendang dan jerit jika mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.\n\nOleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.\n\nLantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam \u2018dunia\u2019 dia. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun \u2013 3 tahun.\n\nFahamilah jika anak pada usia ini nampak macam berakhlak buruk. Ingat itu bukan akhlak dia, itu adalah dia sedang mempelajari dunia dan bagaimana untuk berakhlak mulia.\n\nMaka tunjukkan kepadanya dengan sabar. Jika dia menjerit, ambil tangan dan letak pada bibirnya memberi tanda tidak perlu menjerit. Jika ada masa bawa dia keluar untuk dia boleh bermain dan menjerit.\n\nJika dia makan bersepah, maka letakkan tempat yang membolehkan dia makan di kawasan itu sahaja. Letak di kerusi baby atau sepertinya.\n\nJika dia menendang, ambil lembut kakinya dan beritahu bahawa tidak perlu menendang jika mahukan sesuatu.\n\nAjar dia untuk mengatakan ya atau tidak. Dan belajarlah bertanya seperti meminta izin sebelum dia melakukan sesuatu kepadanya.\n\nContoh, jika mahu memandikan dia. Katakan, \u2018sayang mama nak mandikan sayang, ya\u2019 dan biar dia boleh memilih. Jika dia kata ya, maka bawalah dia mandi dengan gembira. Jika dia mengatakan \u2018no\u2019 maka teruskan pujuk dan buat sesuatu yang menarik dibilik mandi.\n\nBila anak-anak kecil ini sudah belajar mengatakan yes atau no, sebagai tanda mereka boleh memilih serta ibu bapa menghormati perasaannya, maka situasi anak-anak itu menjerit, menendang, makan bersepah dan sebagainya akan cepat berhenti dan anda akan melihat anak-anak 4-6 tahun yang mudah dibimbing."
"Nak tahu khasiat batang saderi? Artikel ini akan berkongsi tentang manfaat dan khasiat batang saderi untuk kesihatan yang mungkin kita tidak tahu.\n\nBatang saderi merupakan bahagian petiole (batang) pada spesis tumbuhan tidak berkayu yang dikenali sebagai Apium graveolens. Sayuran hijau yang kaya nutrien ini mengandungi sebanyak 90% air daripada berat keseluruhan. \n\nPokok saderi ini banyak dijumpai dan ditanam di kawasan seperti Eropah Selatan, Asia dan Afrika selain turut dijumpai di kawasan Amerika Utara dan Amerika Selatan. Ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga 12 ke 16 inci. \n\nTumbuhan ini boleh hidup di permukaan tanah berpasir pada keadaan iklim sederhana. India merupakan pengeluar utama saderi di dunia dengan penghasilan sebanyak 4 ribu tan setahun.\n\nBatang saderi yang dihasilkan di Eropah berwarna keputih-putihan dan kurang hijau kerana tanamannya yang kurang menerima cahaya matahari. Maka, penghasilan klorofil yang memberi warna hijau adalah kurang disebabkan kurangnya cahaya matahari untuk proses fotosintesis yang maksimum.\n\nTerdapat pelbagai khasiat kesihatan yang boleh diambil daripada pemakanan batang saderi ini. Ada yang suka memakannya secara mentah, dijadikan ulam ulaman atau dikisar untuk dijadikan jus bersama pilihan buah atau sayuran yang lain.\n\nOleh itu, artikel ini akan berkongsi khasiat kesihatan batang saderi yang selalu dikaitkan dengan petua menurunkan tekanan darah tinggi. \n\nPetua tradisional ada mengajar kita untuk mengamalkan jus batang saderi (kadang-kadang dikisar bersama timun atau tomato) untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Menariknya, dakwaan ini telah dikaji secara lebih mendalam apabila melihat kesannya yang positif untuk menurunkan tekanan darah. \n\nAnalisis makmal mendapati bahawa batang saderi mengandungi sebatian yang bernama phtalide. Sebatian ini memberikan batang saderi aroma dan rasanya yang tersendiri. Kajian klinikal menunjukkan bahawa phtalide berperanan dalam melegakan otot licin dalam saluran pembuluh darah. Seterusnya, darah akan mudah mengalir dan mengurangkan tekanan darah.\n\nPemerhatian selama 13 hari ke atas tikus yang diberikan ekstrak saderi telah menunjukkan penurunan tekanan darah tinggi yang positif.\n\nEssential oil atau minyak pati saderi semakin giat dihasilkan kerana manfaatnya yang tersendiri. Biji saderi dilaporkan mengandungi kira-kira 2% minyak pati yang memberikan aroma untuk kegunaan sebagai bahan perasa dan minyak wangi. \n\nMinyak pati saderi menghasilkan bau seperti floral/bunga-bungaan dan oriental yang mewujudkan suasana yang menyenangkan. \n\nAnalisis makmal mengesan kehadiran limonene dan selinene sebanyak 60% dan 20% di dalam minyak pati. Namun, sebatian utama yang memberi bau kepada minyak pati ini ialah sedanenolide dalam kuantiti yang sedikit.\n\nSaderi mengandungi vitamin C yang tinggi yang mencukupi untuk diet seharian kita. Vitamin C ini ternyata terbukti dalam memberikan sokongan perlindungan sistem pertahanan badan dalam melawan radikal.\n\nTambahan pula, saderi dikesan mengandungi sebatian yang bernama coumarins. Sebatian ini bermanfaat dalam mencegah radikal bebas daripada terus merosakkan sel. Seterusnya, hal ini boleh mengurangkan kadar mutasi.\n\nCoumarins juga bagus untuk tujuan meningkatkan aktiviti sel darah putih bagi menyingkirkan serangan berbahaya ke atas sel. \n\nSekiranya anda aktif bersukan atau kerap melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, jus berasaskan saderi boleh diamalkan untuk menggantikan elektrolit dalam tubuh yang hilang akibat aktiviti fizikal anda. \n\nKandungan natrium dan kalium dalam saderi juga agak tinggi untuk menggantikan garam mineral yang telah dikumuh melalui peluh anda.\n\nEkstrak saderi dilaporkan mengandungi 85% sebatian phtalide yang berkesan dalam menurunkan kolesterol dan meningkatkan proses detoks. Penyingkiran air melalui buah pinggang akan menjadi lebih eifisien, lalu cepat membuang toksin dalam tubuh. \n\nKajian ke atas tikus makmal yang diberikan diet makanan ekstrak saderi selama 8 minggu menunjukkan penurunan tahap kolesterol yang ketara.\n\nKeradangan yang berlaku pada peringkat sel juga boleh dikurangkan dan mempercepatkan proses penyembuhan. \n\nDisebabkan mekanisme saderi yang menyingkirkan toksin, hal ini sebenarnya membantu pesakit yang mengalami sakit sendi atau arthritis dan rheumatism. \n\nToksin yang menyebabkan sakit sendi dan lenguh otot tersebut dapat dikurangkan apabila disingkirkan melalui air kencing apabila saderi menggalakkan perkumuhan melalui buah pinggang.\n\nSaderi juga dilaporkan mengandungi serat makanan yang tinggi yang bagus untuk kesihatan. Para penyelidik mengakui bahawa diet yang tinggi serat seperti saderi ini amat bagus bagi tujuan merendahkan kolesterol, membantu melancarkan sistem pencernaan, meningkatkan tindak balas insulin dan gula dalam darah serta membantu laktasi atau pertambahan susu ibu.\n\nDidapati, saderi mengandungi 60% jumlah serat makanan, 5% lemak, 19% protein dan 9% kanji. \n\nKesan Sampingan Pengambilan Batang Saderi Berlebihan\n\nBatang saderi turut mengandungi kandungan garam yang tinggi khususnya natrium. Maka, pengambilannya perlulah dalam kuantiti yang sederhana kerana sodium boleh menyebabkan diuretik. \n\nDiuretik ialah kehilangan air dari dalam badan. Badan yang diuretik juga akan menyingkirkan garam lain seperti kalium yang sebenarnya diperlukan oleh sistem badan. \n\nSelain itu, pesakit yang sedang mengambil ubat cair darah tidak digalakkan mengambil diet berasaskan saderi kerana sebatian dalam saderi akan melambatkan proses pencairan darah. \n\nSaderi banyak digunakan di seluruh dunia sebagai ramuan makanan dengan nilai tambahnya dalam bidang perubatan. Pengambilan saderi adalah lebih dalam bentuk makanan mentah atau ulam-ulaman tanpa dimasak kerana suhu yang tinggi ketika memasak boleh menghilangkan khasiat nutriennya. \n\nNamun, pengambilannya perlulah dalam kuantiti yang sederhana dan bagi mereka yang sedang mengambil ubatan tertentu, sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar masing-masing. \n\nSowbhagya, H. B. (2014). Chemistry, technology, and nutraceutical functions of celery (Apium graveolens L.): an overview.\u00a0Critical reviews in food science and nutrition,\u00a054(3), 389-398. (link)"
"Jom ketahui tempat menarik di Bangkok.\n\nBangkok adalah salah satu destinasi percutian yang menjadi pilihan anak muda Malaysia yang ingin melancong ke luar negara.\n\nSelain keunikan seninya, kelazatan makanan di kota Bangkok adalah tarikan utama di sana. Kali ini kami nak berkongsi 11 tempat menarik di Bangkok yang tak ramai pelancong Malaysia tahu.\n\nPercutian anda ke sesebuah negara takkan lengkap jika anda \u00a0tidak melawat bangunan bersejarahnya. Di Bangkok, Grand Palace adalah bangunan bersejarah yang wajib anda lawati. Istana dengan keluasan sekitar 214,000 kaki persegi \u00a0ini dibina pada tahun 1782. Ia pernah digunakan sebagai tempat tinggal keluarga diraja.\n\n2. Wat Pho / Wat Chetuphon\n\nTerdapat banyak tokong Budha di Bangkok memandangkan majoriti penduduk di sana adalah beragama Budha. Apa yang membuatkan Wat Pho atau Wat Chetuphon lain dari yang lain? Ia merupakan tokong Budha yang tertua di Bangkok. Ia dibina oleh Raja Rama I.\n\nTerletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik di Bangkok seperti Wat Pho, Wat Phra dan Grand Palace, Khao San Road terkenal sebagai pusat berkumpul kaki backpackers di Thailand. Di sinilah anda dapat menemui ramai orang yang berjiwa traveler terutamanya pelancong dari negara barat. \u00a0Di sini terdapat kafe, hotel bajet, kedai-kedai buku dan sebagainya.\n\n4. Wat Arun atau Temple of The Dawn\n\nTokong yang\u00a0 berketinggian 79 meter ini terletak bersebelahan dengan Sungai Chao Phraya. Wat Arun ataupun digelar Temple of the Dawn ini telah wujud sejak zaman peperangan antara Siam dan Burma lagi. Dalam peperangan ini Siam telah dikalahkan. Mereka yang selamat dalam peperangan menentang Burma termasuklah general angkatan perang, General Taksin telah membina tokong ini.\n\nDi sinilah juga raja Thailand yang seterusnya mula membina istana. \u00a0Waktu yang paling menarik untuk melawati Wat Arun adalah sewaktu sebelum matahari terbenam kerana anda akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan matahari terbenam di sebalik Sungai Chao Phraya.\n\nTokong ini mempunyai sejarah yang sangat menarik. Pada sekitar tahun 1950-an, East Asiatic Company telah membeli sebidang tanah di sekitar sebuah tokong di Bangkok. Salah satu daripada perjanjian pembelian tanah tersebut adalah untuk membuang sebuah patung Buddha yang dibuat daripada plaster yang terletak di tanah ini. Namun begitu, ketika patung ini cuba diangkat menggunakan kren, kabelnya putus kerana keberatan patung ini yang agak luar biasa.\n\nKerja-kerja pembuangan patung ini pun dihentikan semalaman. Keesokan paginya, beberapa orang sami telah melalui kawasan patung Buddha ini dan terlihat kilauan cahaya daripada lapisan plaster patung ini. Lapisan ini kemudiannya dibuang lalu mendedahkan sebuah patung Buddha yang berketinggian 3.5 m yang diperbuat daripada 5.5 tan emas asli.\n\nPatung tersebut ialah Wat Traimit, sebuah tokong dengan patung Buddha emas yang tidak diketahui asal-usulnya walaupun setelah banyak kajian dilakukan. Sisa-sisa plaster patung ini juga turut dipamerkan di sini.\n\nErawan Shrine adalah sebuah tempat suci Hindu yang terletak di tengah Bangkok. Ia dibina pada tahun 1956 untuk menghilangkan nasib buruk yang menimpa mereka yang terlibat dalam pembangunan di kawasan sekitar tanah ini yang dipercayai berlaku kerana pemilihan tarikh yang salah untuk meletakkan batu asas pembinaan.\n\nDi antara perkara malang yang berlaku adalah seperti kos pembinaan yang lebih daripada bajet, kecederaan buruh-buruh binaan dan kegagalan kapal yang membawa batu marmar dari Itali untuk sampai ke tapak pembinaan. Setelah patung Brahma ini dibina, pembinaan bangunan dapat dijalankan dengan lancar.\n\nGiant Swing ataupun Buaian Gergasi ini bukanlah buaian seperti di taman permainan. Ia adalah tiang yang kelihatan seperti pintu gerbang yang tinggi. Giant Swing ini asalnya pernah digunakan untuk menjalankan majlis keagamaan selepas musim menuai padi.\n\nDalam setiap kumpulan terdapat 3 orang peserta yang akan cuba mengimbangkan badan mereka pada sebuah papan yang sempit dan salah seorang daripada mereka akan dilantunkan sehingga ke ketinggian 25 meter dari paras tanah untuk cuba menangkap sekantung beg yang diisi dengan duit syiling perak menggunakan gigi mereka.\n\nNamun begitu, majlis ini telah menyebabkan banyak kematian sehingga diharamkan oleh King Rama VII pada tahun 1932.\n\n8. National Museum And Wang Na Palace\n\nIa merupakan satu-satunya muzium yang ada di Thailand sehingga tahun 1970. Muzium ini mula dibuka oleh King Rama V untuk mempamerkan kesemua pemberian oleh ayahnya. Antara yang terdapat di muzium ini adalah batu-batu permata, pakaian, topeng Khon, senjata, emas, seramik, ukiran kayu, alat muzik dan banyak lagi.\n\nDi samping ini semua, tapak muzium ini juga tak kurang nilai klasiknya kerana ia dibina di dalam kawasan istana lama, Wang Na yang dibina pada tahun 1887. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk menangkap gambar di dalam galeri-galeri muzium ini.\n\nSiapa Jim Thompson? Beliau merupakan seorang usahawan ternama yang terlibat dalam industri sutera Thailand sehingga dianugerahkan dengan anugerah \u2018The Order of the White Elephant\u2019 iaitu anugerah \u00a0khas yang diberikan kepada orang luar negara yang menyumbang kepada negara Thailand. Rumah Jim Thompson\u00a0 dijadikan sebagai muzium sutera Thailand.\n\nIni adalah syurga bagi anda yang kaki shopping. Dengan keluasan sekitar 27 ekar, Chatuchak Market menempatkan lebih daripada 8000 buah gerai menjadikan ia salah satu pasar yang terbesar di dunia. Setiap hari Sabtu dan Ahad ia mampu menarik hampir 200,000 orang pelawat.\n\nSungai Chao Phraya adalah sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand. Ia sangat penting sehingga dinamakan sebagai Chao Phraya yang bermaksud Sungai Raja ataupun sungai milik tuhan. Sehingga ke hari ini sekitar 50,000 penduduk Thailand masih menggunakan sungai ini yang juga merupakan laluan feri untuk menuju ke tempat kerja.\n\nSekiranya anda berpeluang ke Sungai Chao Phraya, jangan lepaskan peluang untuk menaiki feri merentasi sungai.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Bangkok yang wajib anda kunjungi. Semoga bermanfaat untuk anda. Selamat bercuti!\n\nAnda suka tempat di atas? Ada cadangan lain tempat menarik patut kami tambah di sana? Selain tempat menarik di Bali, kami juga menulis artikel tempat melancong lain patut anda lawati. Jemput baca dan jangan lupa komen dan share ya."
"Ramai yang tertanya-tanya resepi M&M cookies. Siapa punya anak suka beli coklat M&M tahulah. Coklat ini bulat-bulat kecil macam butang. Dia terdapat pelbagai warna. Rasanya sedap dan menyeronokkan dimakan.\n\nMaka, pada perkongsian ini kami tuliskan resepi biskut dengan hiasan coklat M&M dekat atas. Sudah dapat bayangkan kejadiannya lagilah comel dan mengancam. Anak-anak pun makin geram ingin makan.\n\nMari cuba buat biskut M&M resepi daripada Nor Azliza Mohamed di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain M&M cookies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Kita mengakui bahawa mazhab yang diguna pakai oleh orang Islam di Malaysia adalah daripada Mazhab Syafie namun kenalkah kita dengan Imam Syafie pengasas Mazhab Syafie dan tahukah kita mengenai 10 wasiat beliau?\n\nImam Syafie merupakan salah seorang daripada empat orang imam yang terkenal dalam bidang masing-masing. Imam Syafie merupakan seorang yang sangat fasih dalam bidang fiqh dan pakar dalam bidang perdebatan.\n\nImam Syafie merupakan pengasas kepada Mazhab Al-Syafie dan di Malaysia, mazhab imam Syafie merupakan rujukan utama dalam semua sudut hukum terutama sekali hukum ibadat\u00a0 dan para ulama di Malaysia akan menentukan hukum berdasarkan kepada mazhab Imam Syafie.\n\nImam Syafie dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 hijrah iaitu tahun yang sama dengan kewafatan Imam Abu Hanifah.\u00a0 Imam Syafie dipercayai lahir di Gaza, Palestine.\n\nNama penuh imam Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Said bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Melihat kepada nasab keturunannya, beliau berasal dari keturunan mulia iaitu keturunan Nabi Muhammad SAW.\n\nImam Syafie mula belajar membaca al-Quran daripada ibunya\u00a0 sehingga beliau berjaya menjadi seorang huffaz (hafal al-Quran).\u00a0 Imam Syafie mengembara keseluruh pelusuk negara untuk menuntut ilmu dan atas kesungguhan beliau menuntut ilmu, guru \u2013guru Imam Syafie tidak dikenakan sebarang bayaran semasa mengajar beliau.\n\nBeliau merantau ke bumi Mesir, Madinah, Iraq dan Yaman demi menuntut ilmu .\n\nImam Syafie mempunyai akal fikiran yang cerdas dan mampu menghafal al-Quran ketika berusia 9 tahun dan pada usia 15 tahun beliau telah diberi keizinan untuk untuk memberikan fatwa dihadapan orang ramai.\u00a0 Beliau juga menjawat jawatan sebagai guru besar dan mufti di Masjidil Haram.\n\nImam Syafie mempunyai daya ingatan yang sangat baik dan mampu menghafal \u00a0pelbagai ilmu agama daripada ramai guru. Antara guru yang pernah mengajar Imam Syafie adalah; Sufyan bin Uyainah yang merupakan seorang mufti Mekah. Selain itu, Imam Syafie mendalami ilmu hadis daripada ramai guru iaitu Daud bin Abd Rahman Al-\u2018Aththar, Ibrahim bin Yahya Al- Aslami dan Abdul Aziz Muhammad Ad-Darawardi.\n\nImam Syafie merupakan hambaNya yang sangat kuat beribadah. Beliau membahagikan masa malamnya kepada tiga blok kehidupan iaitu sepertiga malam belian menunaikan kewajipan sebagai lelaki berkeluarga, sepertiga malam diperuntukkan untuk berzikir dan solat dan sepertiga lagi untuk tidur.\u00a0 Imam Syafie merupakan antara hamba Allah yang menghabiskan 1 al-quran didalam solat sunat tahajud.\n\nImam Syafie sangat terkenal sebagai figura yang rajin menulis dan ada antara ahli hadis dan ilmuan meminta beliau untuk menulis untuk dijadikan sebagai rujukan. Antara karya Imam Syafie yang mashyur sebagai rujukan adalah;\n\nIkhtilaf al-Hadits ; membahaskan hujah mengenai hadis dan mempertahankan sunnah yang diwariskan oleh Nabi Muhammad .\n\nAl-Hujjah ; kitab ini ditulis oleh Imam Syafie ketika beliau sedang mengajar di Baghdad. Kitab ini membincangkan mengenai ilmu fiqh berdasarkan Qaul Qodim (pendapat lama).\n\nAl-Risalah ; ditulis atas permintaan Abdurrahman bin Mahdi dan membahaskan mengenai ilmu al-fiqh.\n\nImam Syafie pernah menjadi mangsa fitnah. Ini berlaku ketika beliau berkhidmat sebagai setiausaha dan penulis istimewa kepada gabenor di Yaman. Memandangkan Imam Syafie bukanlah berasal dari Yaman tetapi berjaya menjawat jawatan penting telah menimbulkan rasa tidak puas hati . Imam Syafie ditangkap dan dirantai sementara menunggu hari pengadilan.\n\nImam Syafie begitu tenang ketika diftinah dan beliau memohon kepada Allah untuk mendapat keadilan sewajarnya. Semasa di dalam bilik pemeriksaan, Imam Syafie menghadap sultan dalam keadaan melutut dan memberi salam. Kepetahan dan kebijaksanaan Imam Syafie telah membuatkan sultan lembut hati\u00a0 dan akhirnya sultan telah mengarahkan supaya rantai ditangan Imam Syafie dibuka.\n\nImam Syafie berkahwin pada usia 30 tahun dengan Humaidah binti Nafi\u2019 dan mempunyai tiga orang anak iaitu seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Imam Syafie juga telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki.\n\nImam Syafie seorang yang rajin dan tekun dalam menuntut dan ini menyebabkan beliau kurang rehat dan menghidap penyakit buasir yang kritikal. Imam Syafie wafat di Mesir pada malam Jumaat hari akhir Rejab tahun 204 Hijrah seusai melaksanakan solat maghrib.\n\nSelain kitab sebagai panduan kepada para muridnya, Imam Syafie juga telah meninggalkan wasiat untuk dijadikan rujukan dan panduan umat Islam pada hari ini. Antara kata-kata mutiara Imam Syafie yang kita dapat pelajari adalah;\n\nHak kepada Allah SWT\u00a0~ Maksudnya mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan keburukan, menggemari ketaatan dan sebaliknya membenci kemaksiatan.\n\nHak kepada Rasulullah SAW\u00a0~ Bermaksud sentiasa bersalawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis), menyayangi sahabat baginda dan berlumba-lumba dalam mencari kelebihan daripada Allah.\n\nHak kepada diri\u00a0~ Bermaksud mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang Allah anugerahkan.\n\nHak kepada malaikat maut\u00a0~ Bermaksud menggandakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan menanam rasa cinta kepada Allah SWT.\n\nHak kepada kubur\u00a0~ Bermaksud membuang tabiat suka menabur fitnah, menjauhi tabiat suka kencing merata-rata tempat, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.\n\nHak kepada malaikat Munkar dan Nakir\u00a0~ Bermaksud tidak berdusta (berkata benar), meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati sesama manusia.\n\nHak kepada Mizan (neraca timbangan amalan pada hari akhirat)\u00a0~ Bermaksud menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.\n\nHak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)\u00a0~ Bermaksud membuang tabiat suka mengumpat, memiliki sifat warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.\n\nHak kepada Malik, Malaikat Penjaga Neraka\u00a0~ Bermaksud menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.\n\nHak kepada Ridhwan, Malaikat Penjaga Syurga\u00a0~ Bermaksud kita redha kepada qada\u2019 dan qadar Allah, bersabar ketika menerima bala, bersyukur\u00a0\u00a0atas nikmat pemberian Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.\n\nKitab-kitab peninggalan ulama seperti Imam Syafie sewajarnya dijadikan bahan rujukan utama dalam kehidupan seharian supaya kita tidak alpa dan tersasar dari landasan yang benar. Semoga artikel ini memberi sedikit info dan manfaat buat anda .\n\nJemput juga membaca artikel menarik tulisan kami seperti kisah Nabi Adam dan kisah nabi Khidir"
"Tahun pertama bayi merupakan fasa yang amat kritikal dalam perkembangan otak manusia. Pada ketika ini, otak berkembang sangat pesat. Oleh sebab itu, rangsangan awal adalah sangat penting untuk memaksimumkan pertumbuhan dan perkembangan otak.\n\nTahukan anda semasa dilahirkan, otak bayi mengandungi 100 billion sel otak yang dikenali sebagai neuron. Setiap neuron ini di hubungi oleh axon yang mempunyai beratus ribu dendrait. Dendrait merupakan bahagian sel otak yang menerima rangsangan.\n\nRangsangan yang kerap dan berulang akan mengukuhkan jaringan (synapses) iaitu ibarat highway bagi otak. Apabila banyak jaringan synapses yang terbentuk, maka akan membantu dalam meningkatkan kecerdasan otak bayi.\n\nPersoalannya, bagaimana cara untuk kita merangsang perkembangan otak bayi kita ketika di awal usia ini? Ikuti 7 amalan yang di kongsikan oleh Puan Nik Eliani binti Nik Nawi di dalam buku penulis beliau.\n\n1. Usap, Peluk dan Cium Bayi\n\nIni semua tanda kasih dan sayang ibu bapa kepada anak-anak. Menurut Tony Buzan, kasih sayang adalah makanan otak. Kasih sayang yang dicurahkan kepada anak akan menyebabkan otak dan seluruh sistem badan anak menerima rangsangan dan akan berkembang dengan baik.\n\nBerbual-bual dengan bayi akan menambahkan kecerdasan bahasanya. Mereka akan terdedah dengan pelbagai perbendaharaan kata yang luas. Rangsangan ini akan sangat membantu dalam perkembangan bahasa di masa akan datang.\n\nGantungkan mobile berwarna hitam putih dalam ukuran jarak 25cm atau 10 inci daripada penglihatan bayi. Cara ini selaras dengan kajian yang menyatakan bayi yang baru lahir lebih gemar memerhati bentuk geometri yang berwarna hitam dan putih semasa di awal usia dan mereka hanya mempunyai daya penglihatan yang terhad.\n\n4. Mengimbas Kad Atau Objek Hitam Dan Putih\n\nAktiviti ini adalah bertujuan untuk merangsang daya penglihatan dan penyimpanan kosa kata bayi.\n\nBagaimana pula caranya? Ikuti langkah ini:\n\nAktiviti dan pergerakkan dalam menyanyi, menari dan mendodoi akan membolehkan bayi menerima pelbagai rangsangan yang membantu dalam perkembangan deria penglihatan, pendengaran dan sistem vestibular mereka.\n\nPernah dengar midline crossing? Aktiviti pergerakan fizikal yang bersilang akan membantu dalam mengkoordinasi \u00a0otak kiri dan kanan bayi dan seterusnya meningkatkan potensi otak mereka. Aktiviti midline crossing ini sangat penting kerana akan mempengaruhi dalam proses membaca dan menulis kelak.\n\nBacakan buku kepada bayi anda sambil jari kita menunjuk ke arah objek-objek di dalam buku tersebut. Gunakan pelbagai intonasi dan nada suara yang bersesuaian dengan jalan cerita. Adalah lebih baik jika buku-buku yang dibacakan itu berbentuk softbook dan mempunyai jenis tekstur fabrik \u00a0yang berbeza bagi merangsang daya sentuh (tactile) bayi.\n\nJangan sia-siakan usia awal bayi anda. Lakukan pelbagai simulasi kerana akan membantu perkembangan bayi anda dalam segala aspek tumbesaran mereka.\n\nSumber:\u00a0Buku \u201cAjar Anak Kecil Membaca Awal\u201d yang ditulis oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi & Encik Othman Ahamad."
"Telur ialah lauk paling simple namun sedap. Kesukaan anak-anak terutamanya. Apatah lagi kalau sup telur. Memang boleh bertambah diorang makan. Makan sup telur dengan nasi putih atau meehun, sedap boleh hirup kuah.\n\nResepi sup telur ini sangat-sangat mudah dan senang. Bahan-bahannya pula mudah dijumpai di rumah. Sup telur amat wangi. Wanginya boleh merangsang selera makan. Jika ingin pedas boleh bubuh cili.\n\nSebagai pengganti sayur jika ada antara ahli keluarga yang tidak suka makan sayur. Boleh dicampur dengan kentang, carrot dan bahan lain.\n\nResepi sup telur daripada Akma Abdullah ini boleh jadi rujukan untuk anda yang mencari resepi telur. Resepi telah kami kemaskan seperti di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sup telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Setiap wanita yang berkahwin pasti inginkan zuriat untuk mewarnai alam rumah tangga mereka. Kata orang, anak itu penyeri dan pengikat kasih antara suami dan isteri. Oleh itu, ini mendorong naluri setiap pasangan untuk cepat memperolehi anak.\n\nSudah tentunya pelbagai cara telah dibuat.Tidak kiralah dari sudut tradisional ataupun perubatan moden.\n\nKami sangat tertarik dengan perkongsian oleh pakar perubatan bidan ini yang tidak asing. Info artikel ini datangnya daripada pakar kehamilan iaitu\u00a0Dr Hamid Arshat. Ianya telah ditulis balik oleh Bidadari.My untuk membantu penghadaman ilmu.\n\nDi sini kami kongsikan 10 tips untuk cepat hamil yang datang daripada doktor pakar dalam bidang ini iaitu Dr Hamid Arshat.\n\n1. Kahwin awal. Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Telah terbukti bahawa wanita berada dalam keadaan paling subur sebelum umur 20 tahun. Pada masa tersebut belum tumbuhnya endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan\n\n2. Pemeriksaan doktor lebih awal. Lebih 80% pasangan biasanya akan hamil dalam masa setahun selepas kahwin. Oleh itu, jika anda mengalami masalah senggugut atau gangguan haid, silalah berjumpa dengan doktor secepat untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.\n\n3. Semak kesihatan bersama. Tentukan status kesihatan suami isteri berada dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika adanya penyakit.\n\n4. Hubungan seksual. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.\n\n5. Waktu subur yang tepat. Pasangan mempunyai peluang hamil yang baik jika pusingan haid isteri adalah teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Kebiasannya, waktu subur atau ovulation berlaku pada hari ke14 jika pusingan adalah 28 hari dan hari ke16 jika pusingan 30 hari.\n\nWaktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu BBT dan ovulation test kit.\n\n6. Hubungan yang kerap sewaktu subur. Hubungan seksual boleh dilakukan selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami berada dalam keadaan terbaik dalam jarak 48 jam.\n\nBaca al-Fatiha, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.\n\nJangan bangun untuk buang air atau mencuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.\n\nJika ada peluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.\n\n7. Berada dalam keadaan tenang. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat\u00a0 penting untuk menjayakan kehamilan.\n\n8. Berat badan. Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.\n\n9. Makanan yang berkhasiat. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting untuk cepat hamil. Sebaikknya 70% makanan terdiri dari bahan-bahan segar segar mentah \u2013 buah-buahna dan sayur-sayuran.\n\nMinum juz segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan\n\n10. Mengambil vitamin. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.\n\n*Semoga tips hamil yang dikongsikan membantu para pasangan berkahwin yang ingin mendapat cahaya mata. Pada kami apa yang penting adalah usaha, dan seterusnya kita serah kepada Allah swt."
"Siapa sahaja tak suka dengan kek batik kan? Kek paling mudah nak buat tanpa menggunakan sebarang mixer atau oven pun dah boleh jadi kek. Bahan-bahan yang nak buat pun mudah nak dapatkan. Resepi kek batik indulgence ini pasti membuatkan anda tak sabar nak hidangkan untuk anak-anak anda.\n\nResepi asal kek batik ini ialah campuran biskut marie, mentega, serbuk koko dan telur. Ada juga resepi kek batik yang tidak menggunakan telur. Nama kek batik ini bermula dari orang British kerana mereka mengatakan corak pada kek itu seperti batik. Kali ini kami bawakan resepi kek batik yang telah diolah mengikut permintaan.\n\n Kek batik indulgence ini berbeza sedikit dengan kek batik asli. Kek batik indulgence ini mempunyai topping coklat ganache dan krim cheese di permukaan kek. Menyelerakan rasanya. Jom ikuti resepi kek ini oleh Muhammad Ali atau juga dikenali sebagai Mr Ali yang popular dan rajin berkongsi resepi kek batik indulgence ini di laman Facebook beliau.\n\n* gelatin adalah pilihan masing-masing nak masuk pun boleh tak nak masuk pun tak aoay. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing-masing.\n\n(gelatin 10 gram + 40 ml air panas (0astikan betul-betul panas) \n\nlarutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair\n\nMenarik bukan resepi kek batik indulgence ini, makan pula waktu kek sejuk confirm satu hari dah habis. Sebab sedap sangat! Jangan lupa baca resepi lain yang menarik kami sediakan untuk anda ini. Paling penting jangan lupa share dan like. Terima kasih juga singgah di laman web kami."
"Pemakaian aksesori pada bahagian telinga ternyata boleh menambahkan seri kepada gaya penampilan seseorang itu. Tidak dapat dinafikan yang mengenakan subang atau anting-anting tampak cantik, tetapi perlu diingat bertindik melibatkan tanggungjawab yang besar khususnya dari segi penjagaan terutama sekali kepada kenak-kanak.\n\nLazimnya, ibu bapa akan menindik telinga anak mereka seawal usia mereka lagi. Namun begitu, ramai yang tidak tahu akan pelbagai risiko terhadap kesan tindikan ini. Jadi, bagaimana ingin mengelakkan kesan sampingan tindikan di telinga anak-anak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips menjaga tindikan telinga anak-anak. Tips ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. \n\nRamai ibu-ibu yang membawa anak mereka untuk melakukan tindikan di cuping telinga sejak anak-anak itu kecil lagi. Jika ia dilakukan di klinik, biasanya doktor akan nasihatkan tentang penjagaan tindikan baru.\n\nAntaranya, cucian luka, tanda-tanda jangkitan, dan tidak dibenarkan buka subang dalam jangka masa lama selagi belum melebihi 6 minggu dari hari tindikan. Ibu bapa lazimnya menjaga dengan baik sepanjang 6 minggu itu.\n\nNamun selepas itu, ramai ibu bapa terlupa tentang penjagaan lubang tindikan pada anak masing-masing. Jika anak anda bertindik sejak awal usia (1-4 tahun), kalian harus jaga tindikan mereka dengan baik sehingga mereka mampu menjaganya sendiri.\n\n1. Jangkitan pada tindikan agak mudah berlaku pada kanak-kanak. Ini kerana, mereka belum tahu menjaga kebersihan tubuh sendiri. Mereka juga kadang kala tidak pandai mengadu jika ada tanda jangkitan.\n\n2. Kanak-kanak agak lasak, dan berisiko mencederakan cuping telinga kerana subang terkait pada baju, rambut, langsir, pokok atau apa jua di persekitaran mereka.\n\n3. Kecederaan dan jangkitan yang terabai boleh menyebabkan keradangan pada lubang tindikan, dan menyebabkan komplikasi pada cuping telinga seperti:\n\nTips penjagaan tindikan di cuping telinga anak.\n\nOleh itu, ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang bertindik disarankan agar mengamalkan perkara-perkara berikut:\n\n1. Periksa cuping telinga anak anda setiap 2-4 minggu. Pastikan tidak sakit, merah, bengkak, berbau, kulit berubah warna atau bentuk.\n\n2. Semasa periksa, buka subang. Bersihkan cuping telinga dengan sabun. Cuci subang dengan larutan yang sesuai. Keringkan sebelum pakai.\n\n3. Digalakkan gunakan subang dengan material yang tidak menyebabkan alahan. Jika subang logam, emas paling kurang sebabkan alergi.\n\n4. Elak memakai subang lebih sebulan tanpa membuka dan memeriksa. Ajar anak tentang kebersihan.\n\n5. Jika ada tanda-tanda jangkitan atau kecederaan, bawa jumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan yang bersesuaian.\n\n*Ikuti tips seperti di atas, Insyaalah telinga anak tidak akan ada kesan sampingan selepas tindik telinga. Setiap ibu bapa ingin memberikan anak-anak mereka dengan pakaian dan aksesori yang cantik sebagai tanda kasih sayang mereka kepada anak-anak. Tetapi, perlu diingat keselamatan dan kesihatan juga perlu dijaga, ia juga tanda kasih sayang. Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Orang dulu-dulu banyak perkara mitos yang diperkatakan oleh mereka. Mitos-mitos ini direka oleh nenek moyang kita untuk menjaga adab tingkah laku dan lebih berjaga-jaga. Ia terpulang kepada kita sama ada mahu mempercayainya atau tidak.\n\nAntara mitos yang dikatakan adalah jangan makan atas tilam nanti mimpi dikejar harimau. Nenek moyang kita cakap begitu kerana tidak mahu kita makan atas tilam nanti kotor. Setiap perkara yang dikatakan oleh mereka mungkin mempunyai maksud tersirat atau sekadar gurauan sahaja.\n\nAda juga mitos yang berkaitan dengan kehamilan. Sampai sekarang kita masih dengar tentang mitos ini. Apakah mitos-mitos tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai mitos yang berkaitan dengan kehamilan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\n Mitos berkaitan kehamilan yang biasa didengar :\n\n1) Jangan duduk dimuka pintu, nanti susah nak beranak sebab bayi akan duduk di pintu rahim sahaja. Ini adalah tidak benar. Pintu rahim dan pintu rumah adalah berbeza.\n\n2) Jangan membelit tuala di leher, bimbang nanti tali pusat akan terbelit. Tali pusat terbelit terjadi kerana keaktifan bayi di dalam rahim ataupun ibu yang terlalu aktif dan trigger bayi untuk turut aktif bergerak.\n\n3) Jangan keluar rumah semasa gerhana matahari, bimbang anak akan ada tanda lahir. Sebenarnya, ia belum dikenalpasti apakah sebab terjadinya tanda lahir, tetapi dari segi medical, kemungkinan tanda lahir terhasilkerana pengumpulan pembuluh darah ataupun kejadiannya yang tidak normal ataupun mungkin juga kerana berlebihan pigmen pada kulit.\n\n4) Jangan lalu belakang orang yang hamil, nanti anak lahir ikut muka orang yang lalu belakangnya itu. Lalu belakang atau lalu depan, jika baka orang yang lalu lalang itu ada dalam sala-silah keturunan, haruslah ada sedikit sebanyak irasnya.\n\n5) Jangan menyiang ikan yang masih hidup, dikhuatiri akan menyebabkan bayi lahir sumbing. Sumbing merupakan masalah congenital sejak sebelum lahir. Tidak ada kena mengena dengan ikan mahupun ular. \n\n*Kita sekarang hidup zaman teknologi. Banyak peralatan yang telah tercipta dan ilmu yang kita pelajari pada zaman ini. Semua perkara yang terjadi akan dikaji melalui sains. Jadi, jika kita jaga kandungan kita dengan baik dengan mendengar nasihat doktor, Insyaallah bayi kita akan dilahirkan dengan cukup sifat.\n\nNamun, jika bayi kita dilahirkan dengan penyakit mungkin ia faktor tidak menjaga pemakanan dengan baik semasa hamil. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Siapa yang tidak teruja membuat kek sendiri? Walaupun sebenarnya mudah untuk dapatkan kek di kedai kek. Tapi mestilah ada kalanya teringin buat kek sendiri bukan? Buat kek sendiri sepatutnya lebih puas dan seronok.\n\nTapi tahukah anda, kalau ingin buat kek, kena paham juga alatan dan perkakas untuk buat kek tersebut. Bermula dari siapkan bahan-bahan hingga lah mengukus atau membakar kek. Untuk dapatkan kek yang cantik teksturnya, tiada ketul-ketul, sebati dan sesuai sukatan, kena guna alat pengadun eletrik. Boleh saja guna tangan tapi kena hadap risiko kebas tangan sebab menguli berjam-jam.\n\nNamun, tidak semua orang punya pengadun elektrik, bukan? Itulah cabaran sesungguhnya.\n\nTapi tidak perlu anda risau akan itu, kerana ada alternatif lain yang boleh diguna jika anda tidak punya pengadun elektrik. Alat alternatif itu ialah blender. Blender merupakan alat penting di dapur, kebanyakan orang mesti punya bukan? Dan sememangnya blender serbaguna kerana boleh diguna sebagai pengadun bahan kek. Berikut ini kami kumpulkan resepi kek blender yang boleh diadun dengan menggunakan blender. Jemput baca resepi di bawah.\n\nResepi kek blender mudah pertama yang boleh anda cuba ialah kek coklat moist kukus. Selain mudah, kek ini pula amat simple sebab masak kukus sahaja. Blender bahan hanya 5 minit boleh siap. Kek coklat moist kukus ini sesuai dijadikan kudapan minum petang. Anak-anak mesti suka. Resepi dikongsikan oleh Ibu Rabbani di laman Facebook.\n\nSelain daripada kek coklat, kek oren yang sedap pun boleh dibuat dengan kek blender. Siapa sangka kek oren sedap, lembut dan wangi yang disukai ramai mudah dibuat sendiri dengan alatan yang senang pula. Sila rasa sendiri keenakan kek oren blender dengan resepi yang dikongsikan oleh Ruhana Zalina di laman Facebook.\n\nHantu cheese mari sini tengok resepi yang dikongsikan oleh Salimi Dolah di laman Facebook. Resepi mudah guna blender dan kukus sahaja. Bukan senang mencari resepi yang mudah sangat macam ini bukan? Kek ini boleh buat untuk sambut hari jadi sebab ianya cantik sangat. Resepi kek cheese ini memang mudah dan cepat siap. Tunggu sejuk dulu baru bubuh cheese leleh ya.\n\nBlender bahan topping sebati.Bila kek sudah sejuk tuang topping dan parut cheese.\n\nResepi seterusnya ialah kek buah kukus. Walaupun kek buah ini diadun dengan menggunakan blender, tapi kejadiannya memang moist dan sedap sangat. Cara masak pula senang. Kek buah kukus resepi daripada Zaimah Zakaria di laman Facebook amat sesuai untuk minum petang ataupun untuk berniaga. Sekali cuba mesti teringin lagi.\n\nAda jenis orang yang tidak pandai sangat buat kek, tambah tidak berapa minat sebab remeh sangat. Mereka rela pergi tempah dan beli kalau ingin makan kek. Jadi kalau ingin buat juga kena pilih kek yang senang sahaja, contoh kek yang dibuat guna blender. Kalau mudah macam itu kita gagah untuk buat. Suhasnida Ismail berkongsi kejayaan di laman Facebook di mana ia membuat burnt cheese cake mudah sebab pakai blender, cantik dan sedap pula keknya.\n\nSeterusnya kek yang paling senang buat sebab guna blender sahaja. Selepas diblend, kacau-kacau sekejap, masak, dan siap. Bahan pun simple sahaja. Siapa peminat kek pisang wajib cuba resepi Fauziah Ardell Daniyal di laman Facebook, gerenti menjadi.\n\nTidak jemu buat kek minyak kukus sebab mudah sangat. Tidak perlu guna mixer, hanya guna blender sahaja. hasil kek lembut dan gebu. Wan Ruzita Wan Deraman berkongsi resepi di laman Facebook. Ada yang teringin buat? Mari tengok resepi di bawah.\n\nIngat kek biasa-biasa saja yang boleh buat dengan blender, tapi kek kahyangan yang orang selalu jual mahal macam kek coklat cheese pun boleh dibuat dengan blender, tidak semestinya dengan mixer ya. Kepada yang tidak ada mixer jangan bersusah hati ya, guna blender pun boleh. Eta Mohd Said kongsikan resepi di laman Facebook.\n\nTuang cream cheese ke atas kek coklat.Parut cheese cheddar sebagai hiasan.\n\nKek Gula Hangus @ Sarang Semut\n\nAntara resepi kesukaan ramai. Siapa suka kek gula hangus? Resepi kali ini mudah tidak perlu peram, lebih jimat masa semestinya. Kek gula hangus lemak manis bikin ketagih. Sesuai dihidang untuk minum petang. Resepi yang dikongsikan Hidayah Jamaludin di laman Facebook untuk 1 adunan menggunakan saiz loyang 8 inci.\n\nKek Karamel Coklat Versi Kedai Eco\n\nSiapa pernah beli kek karamel coklat Eco? Bila teringin makan tapi tengok orang lain jual RM 35 sebiji. Lebih baik kita cuba buat sendiri dengan bajet tidak sampai RM 10. Versi paling senang oleh Farra Hanis di laman Facebook. Yang ini versi derhaka sedikit sebab malas buat kek coklat sendiri, bilamana masuk kedai Eco, terus beli tepung kek coklat segera Eco. Letak 1 plastik tepung sudah cukup untuk dapat sebiji kek macam dalam gambar.\n\nSelain Kek Blender, kami juga menulis resepi menarik lain yang sedap dan patut cuba. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Jika anda berumur 21 tahun dan ke atas, anda merupakan salah seorang manusia yang paling bertuah di dunia kerana anda merupakan anak yang lahir pada zaman 90an. Generasi yang dilahirkan pada tahun 90an adalah generasi yang paling bertuah dan mempunyai zaman kanak-kanak yang sangat meriah dan seronok. Terdapat pelbagai memori untuk kita kenang dan apa yang menarik, kesemua perkara tersebut sudah tidak wujud lagi sekarang. Malah anak-anak generasi sekarang tidak mengenali benda-benda tersebut.\n\nSebagai contoh, anak zaman sekarang tidak kenal apa itu kaset dan walkman. Malah mereka juga tidak mengenali discman. Apabila kita sebut tentang kamera dengan filem yang perlu diproses, pastinya anak-anak kita akan ternganga kerana tidak memahami apa yang kita maksudkan.\n\nDi antara memori paling indah semasa kita kecil pastinya makanan dan jajan. Alangkah indahnya zaman kadan-kanak di mana kesemua jajan boleh kita makan tanpa siapa menghalang, tak seperti budak zaman sekarang yang disekat pemakannya.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami ingin kongsikan beberapa makanan jajan 90an yang mengimbau memori dulu-dulu. Ada sesetengah daripadanya masih boleh kita jumpa pada hari ini. Dan ada juga yang sudah tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai walau pun jenuh dicari. Yang mana satu daripada jajan berikut pernah menjadi kegemaran anda?\n\nKalau anda tak pernah makan bubble gum jenama ini, jangan sesekali berani mengaku yang anda adalah anak dari generasi 90an. Zaman dahulu apabila balik sekolah inilah di antara jajan yang kita cari di kedai runcit. Ada pelbagai perisa dan semuanya sedap. Di antara perisa yang ada ialah strawberi, anggur, melon dan oren. Yang mana satu kegemaran anda?\n\nMasih ingat gula-gula T-Drop yang keras dan bersalut gula kastor didalam bekas tin yang keras? Dulu-dulu inilah gula-gula kegemaran kita. Apabila tin dibuka, ambil masa dulu untuk pilih gula-gula warna apa yang nak dimakan sama ada merah, kuning atau hijau. Dah habis semua gula-gula, tiba masa untuk menjilat gula kastor yang tinggal di dalam bekas.\n\nGula-gula Sugus yang kenyal dan manis pastinya mengimbau memori zaman kanak-kanak kita. Dengan perasa strawberi, anggur, atau oren, pastinya kita pernah mengunyah gula-gula ini sehingga rahang berasa lenguh. Kalau simpan dalam poket dan terlupa, tunggu sahaja dimarahi oleh ibu apabila Sugus mencair dan melekat didalam poket.\n\nMakanan jajan tahun 90an yang mengimbau memori kita yang seterusnya ialah Gula-gula Cap Udang. Gula-gula ini berasa manis dengan lapisan gula keras dibahagian luar dan berasa kacang tanah di tengahnya. Apa yang menarik, kertas nipis yang membalut gula-gula ini juga boleh dimakan.\n\nAnda pernah tergila-gilakan Gula-gula Rabbit yang lembut dan gebu bak susu ini. Ia adalah salah satu daripada jajan 90an yang popular. Namun baru sekarang kita tahu bahawa gula-gula ini adalah haram untuk dimakan kerana mempunyai bahan yang tidak halal.\n\nAnda suka gula-gula berbentuk duit yang manis dan masam ini? Ini andalah jajan 90an yang masih boleh kita beli pada hari ini Cuma harganya mungkin tidak semurah dulu. Ini adalah jajan kegemaran kami. Hari ini ia masih ada dijual memandangkan ia adalah bahan utama untuk membuat kek lapis Sarawak berperisa masam manis.\n\nGula-gula keras berbentuk hati dengan rasa masam manis dan masin ini adalah di antara jajan rahun 90an yang paling susah untuk dilupakan. Sedap sungguh menghisap gula-gula ini sambil bermain dengan kawan-kawan sebaya. Kalau anda rasa teringin untuk makan gula-gula ini cuba cari di kedai runcit, ada sesetengah kedai masih menjual nano-nano. Rasanya masih sama seperti dulu.\n\nDulu-dulu keropok jagung Binbin ini harganya Cuma 10 sen sebatang dan terdapat dua perasa iaitu sama ada disalut dengan coklat atau perasa ayam yang agak pedas. Yang mana satu perasa kegemaran anda? Kami dulu-dulu sukakan kedua-duanya. Kalau membeli, akan beli satu perasa coklat dan satu perasa ayam pedas.\n\nAnda suka makan durian? Pastinya keropok durian ini juga adalah jajan tahun 90an yang menjadi kegemaran anda. Keropoknya rangup dan rasanya memang sangat mirip dengan durian. Harga untuk satu plastik ialah 10 sen sahaja. Ada keropok yang berwarna kuning sahaja dan ada paket yang berwarna-warna di mana keropoknya berwarna merah, hijau dan kuning. Seronok sangat rasa kalau dapat paket yang berwarna-warni.\n\nMasih ingat lagunya? Nini Coklat Celup. Celup. Celup. Masa kecil dulu, Nini Coklat Celup boleh dikatakan sebagai jajan yang agak mahal dan kami tak mampu untuk makan jajan ini dengan kerap. Kalau teringin, terpaksa kumpul duit untuk membelinya. Bila dapat, rasa nikmat tak terkira. Biskutnya yang keras dan manis, dicicah pula dengan coklat yang cair pasti membuatkan kita tak puas makan. Sedar-sedar dah habis. Lagi cepat habis kalau ada yang minta berkongsi.\n\nItulah dia info tentang makanan jajan 90an yang mengimbau memori dulu-dulu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang permainan tradisional zaman 90an dan makanan untuk otak"
"Seorang wanita muslimah sememangnya diwajibkan untuk mengenakan hijab. Lagi-lagi setelah mencapai usia akil baligh. Mungkin ada yang merasa hijab ini merimaskan namun hakikatnya fungsi hijab ini jauh lebih dari itu. Ini kerana Hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.\n\nBerhijab merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan bagi setiap wanita Muslimah. Itu memang tidak dinafikan kerana ia adalah tuntutan dalam agama Islam. Hijab ini sendiri sebenarnya adalah salah satu bentuk kemuliaan yang dipamerkan pada kaum wanita. Hijab itu sendiri boleh memberi suatu rasa \u2018hormat\u2019 dari orang lain terhadap seseorang wanita itu.\n\nTopik Hijab Turut Terkandung Di Dalam Al Quran\n\nHal ini sebagaimana yang telah terkandung di dalam firman Allah SWT di dalam Surah An Nur (ayat ke 31) yang berbunyi :\n\nKatakanlah kepada wanita yang beriman ; \u201cHendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.\u201c\n\nDalam ayat lain pada al-Ahzab [33]: 59:\n\n\u064a\u064e\u0670\u0653\u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0671\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0642\u064f\u0644 \u0644\u0650\u0651\u0623\u064e\u0632\u06e1\u0648\u064e\u0670\u062c\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0628\u064e\u0646\u064e\u0627\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0646\u0650\u0633\u064e\u0622\u0621\u0650 \u0671\u0644\u06e1\u0645\u064f\u0624\u06e1\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064f\u062f\u06e1\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u06e1\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0645\u0650\u0646 \u062c\u064e\u0644\u064e\u0670\u0628\u0650\u064a\u0628\u0650\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651\u06da \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u062f\u06e1\u0646\u064e\u0649\u0670\u0653 \u0623\u064e\u0646 \u064a\u064f\u0639\u06e1\u0631\u064e\u0641\u06e1\u0646\u064e \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0624\u06e1\u0630\u064e\u064a\u06e1\u0646\u064e\u06d7 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u063a\u064e\u0641\u064f\u0648\u0631\u0657\u0627 \u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u0657\u0627 \u0665\u0669\n\n\u201cHai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang mukmin agar hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, sehingga mereka tidak diganggu/disakiti. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang\u201d\n\nSedih Melihat Wanita Zaman Moden Ini Yang Tidak Semuanya Berhijab \n\nIslam merupakan agama yang memuliakan wanita. Seorang wanita diperintahkan untuk menutup aurat, menjaga diri dari pergaulan dan fitnah serta kemuliaan-kemuliaan lainnya.\n\nNamun, semakin zaman beredar semakin maju juga cara kehidupan dan sedih juga rasa hati apabila ada di kalangan wanita sesama saudara dalam Islam yang tidak mengenakan hijab. Ada juga yang hanya pada pengenalan dirinya saja Islam tetapi berperwatakan yang sebaliknya dengan pakaian yang agak seksi dengan tambahan solekan tebal yang agak keterlaluan demi untuk menarik perhatian kaum lelaki. \n\nMakin sedih apabila ada dikalangan wanita ini yang pada dasarnya memang benar mengenakan hijab tetapi tidak lain hanya sekadar salah satu gaya dalam berfesyen sebagai hiasan penutup kepala. Hijab yang ada sekarang juga lebih banyak yang mementingkan soal gaya berbanding dengan niat dan tujuan untuk berhijab itu sendiri. \n\nWanita Zaman Nabi SAW Sanggup Koyak Kain Panjang Demi Menutup Kepala\n\nDaripada Aisyah RA, dia berkata, \u201cSemoga Allah merahmati para wanita generasi pertama yang berhijrah, ketika turun ayat : Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya..\u201c Maka mereka segera mengoyak-goyak kain panjang mereka untuk digunakannya sebagai penutup bahagian atas tubuh mereka.\u201d\n\nSubhanallah! Ternyata sangat berbeza erti sehelai hijab itu pada wanita dulu berbanding dengan wanita yang hidup di zaman sekarang ini. \n\n7 Sebab Mengapa Hijab Boleh Jaga Kehormatan Wanita Muslimah\n\nMengenakan hijab ini sebetulnya boleh memberi banyak manfaat dan keutamaan terhadap seseorang wanita. Antara sebab-sebab utama mengapa hijab ini boleh jaga kehormatan wanita adalah :\n\n#1 \u2013 Hijab Boleh Menjaga Kehormatan Diri \u2013 percaya ataupun tidak hijab boleh memberi isyarat bahawa anda bukan seorang wanita murahan\n\n#2 \u2013 Hijab Boleh Membersihkan Hati \u2013 hijab yang di pakai akan membuatkan wanita itu rasa lebih berhati-hati dalam pelbagai perkara\n\n#3 \u2013 Hijab Boleh Melahirkan Akhlak Yang Mulia \u2013 wanita berhijab akan cuba untuk menjaga tingkahlakunya supaya tidak menjatuhkan maruah hijab itu sendiri\n\n#4 \u2013 Hijab Boleh Memberi Tanda Kesucian Peribadi Pada Si Pemakainya\n\n#5 \u2013 Hijab Boleh Menjaga dan Menutup Rasa Malu\n\n#6 \u2013 Hijab Boleh Bantu Mencegah Dari Keinginan dan Godaan Syaitan\n\n#7 \u2013 Hijab Boleh Menjaga Maruah Agama dan Maruah Diri Wanita Itu Sendiri\n\nTernyata hijab ini adalah sebuah kewajipan bagi wanita Muslimah dalam mengabdikan diri kepada Islam. Hijab ini juga boleh dianggap sebagai sebuah cermin kesucian diri yang penuh kemuliaan untuk menutup rasa malu dan sebagainya. \n\nAdab Berpakaian Yang Betul Untuk Para Wanita Solehah Menurut Tuntutan Agama Islam \n\nDalam soal memilih pakaian pula, para wanita Muslimah wajib memakai pakaian yang tidak menjolok mata. Antara syarat yang boleh dijadikan panduan dalam soal pemakaian ini adalah seperti :\n\nTujuan berpakaian dengan menutup aurat dan sopan ini bukanlah bertujuan untuk melindungi diri dari suhu dan sebagainya. Sebaliknya pemilihan pemakaian yang betul ini secara tidak langsung dapat menutup segala perhiasan yang ada di tubuh (terutama pada bahagian kepala, leher dan dada) dari pandangan lelaki yang bukan mahram dan juga dari pandangan lelaki-lelaki yang ada niat jahat. Jadilah Wanita Muslimah Yang Berhijab Dalam Menjaga Kehormatan Diri Sendiri\n\nBerhijab tu cantik tau! Nampak ayu dan sopan. Makin terserlah kecantikan seseorang wanita muslimah itu dengan mengenakan hijab. Makin gembira hijab yang di pakai dengan penuh tertib mengikut syariat agama akan dapat memberi amaran pada mana-mana lelaki bukan mahram supaya jangan cuba-cuba berani dekat. Ini kerana anda bukanlah seorang wanita yang mudah di goda untuk di ajak berbuat kejahatan. \n\nHijab jaga kehormatan wanita? Ya bagi saya ianya sangat-sangat benar dan semoga dengan adanya perkongsian ini dapatlah kita sama-sama berhijrah dengan memakai hijab yang betul mengikut landasan agama Islam tercinta. Jika sebelum ini tidak berhijab, marilah ubah dan terus istiqamah."
"Masalah hormon tidak stabil boleh mempengaruhi sistem fisiologi tubuh, aktiviti fizikal dan menjejaskan emosi. Ayuh ketahui punca hormon tidak stabil melalui pembacaan artikel ini.\n\nHormon merupakan molekul atau sebatian kimia yang membawa isyarat tertentu melalui sistem peredaran tubuh kepada organ tertentu untuk mengawal atur fungsi fisiologi dan kelakuan.\n\nSistem endokrin merupakan tempat penghasilan hormon yang terdiri daripada kelenjar. Namun, hormon dilepaskan secara rembesan iaitu pelepasan secara sedikit demi sedikit untuk suatu tempoh.\n\nTerdapat 3 jenis hormon yang dikelaskan mengikut struktur kimianya:\n\nKomunikasi antara hormon dengan organ atau tisu adalah sangat penting bagi pengawal aturan dan aktiviti kelakuan seperti:\n\nGangguan keseimbangan hormon akan mempengaruhi kecekapan sistem dan fungsi yang dinyatakan di atas. Hal ini sekali gus akan menjejaskan prestasi dan urusan seharian kita.\n\nKajian penyelidik India pada tahun 2015 menemui kaitan antara diet makanan dengan hormon tidak stabil.\n\nMereka menemu bual 127 golongan wanita berusia 17 \u2013 40 tahun mengenai corak diet dan kesan ke atas kitar haid dan pertumbuhan bulu pada wajah yang menjadi penanda ukur ketidakstabilan hormon.\n\nDidapati, golongan yang tidak menjaga diet makanan yang seimbang merupakan golongan yang paling mengalami ketidakstabilan hormon (60.6%).\n\nDiet makanan mereka merangkumi makanan ringan, jajan, pedas, buah, sayur dan semua jenis.\n\nManakala, golongan yang mendapat khasiat pemakan mencukupi melalui buah-buahan dan sayur-sayuran tidak menunjukkan simptom ketidakstabilan hormon bagi kedua-dua ukuran tersebut (0%).\n\nSementara itu, penemuan kajian Reis et al. pada tahun 2010 dari Brazil mengaitkan masalah obesiti dengan punca hormon tidak stabil, khususnya masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.\n\nMenariknya, mereka membandingkan perubahan keadaan mati pucuk atau dikenali sebagai\u00a0erectile dysfunction\u00a0bagi mereka yang obes, sebelum dan selepas menjalani pembedahan\u00a0gastric bypass\u00a0 bagi mengurangkan berat badan.\n\nHasilnya, terdapat perubahan yang sangat ketara bagi kandungan hormon seperti testosteron, FSH dan prolaktin yang menunjukkan peningkatan bagi masalah mati pucuk.\n\nOleh itu, usaha mengubah gaya hidup untuk mencapai BMI normal boleh dilakukan sebagai salah satu usaha mencegah atau membaiki masalah mati pucuk.\n\nYang dimaksudkan dengan penyakit 3 serangkai ialah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Hal ini disebabkan ketiga-tiga masalah tersebut saling berkaitan disebabkan perubahan komposisi dan fisiologi darah.\n\nKajian Reis et al. tadi turut ada menyelitkan ulasan mengenai risiko punca hormon tidak stabil bagi mereka yang mempunyai salah satu atau kesemua penyakit 3 serangkai tersebut.\n\nPerubahan kandungan hormon secara keseluruhan disebabkan oleh persekitaran sistem tubuh dan fisiologi yang terganggu apabila tubuh badan kita berhadapan dengan masalah penyakit ini.\n\nAmalan minuman yang memabukkan kerana mengandungi alkohol sememangnya mempunyai larangan yang berhikmah oleh agama kita.\n\nMenurut kajian sekumpulan penyelidik dari Itali pada tahun 1995, pengambilan alkohol telah menyebabkan penurunan mendadak hormon seksual bagi kedua-dua lelaki dan perempuan.\n\nMalah, akibat daripada ketidakstabilan hormon ini, risiko untuk berlakunya pembentukan kanser hati adalah semakin tinggi, ditambah dengan pengambilan alkohol berterusan.\n\nKhusus bagi golongan wanita, punca hormon tidak stabil berkemungkinan besar disebabkan oleh PCOS yang menjejaskan kualiti kesuburan untuk menimang cahaya mata.\n\nKajian terbaru oleh sekumpulan penyelidik di Ukraine pada tahun 2020 melaporkan pengaruh PCOS ke atas penurunan level hormon kesuburan seperti FSH, LH, estrogen dan progesteron.\n\nHasil kajian tersebut turut melaporkan faktor tambahan obesiti sebagai penyumbang kepada fenomena PCOS.\n\nSebelum ini, terdapat fahaman bahawa ketidakstabilan hormon boleh menyebabkan kemurungan. Namun, penyelidik dari Belanda pada tahun 2007 melaporkan bahawa kemurungan juga boleh menyebabkan ketidakstabilan hormon.\n\nSecara asasnya, tekanan perasaan melampau yang menyebabkan kemurungan dapat dilihat dengan kandungan hormon kortisol yang sangat tinggi dalam sistem tubuh.\n\nSeterusnya, kortisol didapati mengganggu keseimbangan pada reseptor mineralocorticoid and glucocorticoid yang berperanan mengurangkan tahap tekanan. Hal ini seterusnya membuka lebih risiko cetusan masalah psikotik yang lain.\n\nPertumbuhan sel kanser dilaporkan menyumbang kepada punca hormon tidak stabil.\u00a0Terutama, jika berlakunya kanser di kelenjar pituitari yang merupakan pusat utama penghasilan banyak hormon.\n\nSelain itu, rawatan kanser dan ubatan seperti kemoterapi menyebabkan berlakunya ketidakstabilan hormon. Rawatan yang agresif demi membunuh sel kanser terpaksa berhadapan dengan kesan sampingan ketidakstabilan hormon.\n\nAntara punca hormon tidak stabil ialah diet pemakanan, obesiti, penyakit 3 serangkai, minuman beralkohol, PCOS, kemurungan, kanser dan rawatan kanser.\n\nKetidakstabilan hormon ternyata menjejaskan sistem dan fungsi sebenar tubuh. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Semoga bermanfaat! Jemput juga baca tentang tanda kemurungan , punca kemurungan kanak-kanak dan jenis kemurungan selepas bersalin"
"Kes kehadiran orang ketiga dalam pasanga kita bukan perkara yang disukai. Tiada siapa mahu perkara ini berlaku. Lebih-lebih lagi apabila usia perkahwinan yang telah dibina sudahpun bertahun lamanya. Dalam kes seperti ini siapa yang sebenarnya bersalah?\n\nTulisan daripada Puan Amalina Adam ini menarik untuk dilihat. Puan Amalina merupakan peguam dalam bidang Syarie. Boleh lihat link ini jika anda berminat untuk mengetahui perkara ini.\n\nKali ini saya mempunyai kelapangan untuk menceritakan tentang isu \u201cOrang Ketiga\u201d yang seringkali menjadi \u201cPesalah Kasih\u201d atau \u201cPesalah Cinta\u201d dalam sesebuah rumahtangga yang harmoni. Adakah benar-benar mereka ini wajib dipersalahkan? atau yang wajib dipersalahkan adalah \u201cOrang Kedua\u201d sebenarnya? atau kedua-duanya sekali wajib dipersalahkan?\n\nSiapakah pula \u201cOrang Kedua\u201d ini? Kini bukan lagi dipertontonkan hanya dalam sinetron mahupun drama \u2018latin\u2019 yang berpanjangan, namun menjadi kenyataan yang sebenarnya telah berlaku dalam norma kehidupan masyarakat kita ketika ini. Tambahan pula, keadaan semakin parah apabila timbulnya isu \u201cOrang Ketiga\u201d maka masing-masing akan membuka kisah silam mereka secara berleluasa di media sosial. Apakah yang terjadi? dan Bagaimana pula \u201cPesalah Kasih\u201d ini boleh membebaskan dirinya sebebas-bebasnya? Baiklah.\n\nSebenarnya pelbagai alasan untuk menjadi seorang \u201cPesalah Kasih\u201d ataupun \u201cOrang Ketiga\u201d dalam sesebuah perhubungan pasangan terutamanya yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Kini tidak lagi hanya dikhaskan kepada wanita sahaja malah lelaki pun semakin memberanikan diri merebut posisi sebagai \u201cOrang Ketiga\u201d. Pendapat saya mudah sahaja tentang isu \u201cPesalah Kasih\u201d ini iaitu kewujudan \u201cOrang Ketiga\u201d disebabkan terbentuknya ruang dalam sesebuah rumahtangga oleh pasangan kelamin itu sendiri sehingga diri mereka sebenarnya telah menjadi \u201cOrang Kedua\u201d dalam mewujudkan hubungan sulit bersama \u201cOrang Ketiga\u201d.\n\nLebih mudah difahami dengan ungkapan \u201cSeseorang yang bertamu tidak akan masuk dan duduk di dalam rumah tersebut sebelum dipersila oleh tuan rumah itu sendiri masuk ke dalam rumahnya\u201d. \u2013 Maka Kini Secara Rasionalnya Anda Sendiri Boleh Menilainya.\n\nKebanyakan di antara kita masih berdebat sesama sendiri tentang isu \u2018Pesalah Kasih\u201d dengan beranggapan bahawa suami yang lebih cenderung untuk terpengaruh dengan \u201cOrang Ketiga\u201d hanya alasan nafsu semata-mata dan ada pula sebahagian yang lain berpendapat isteri yang lebih cenderung untuk berlaku curang disebabkan faktor \u201cOrang Ketiga\u201d ini lebih kebendaan (harta), mempunyai sifat penyayang dan memberi lebih perhatian terhadap dirinya berbanding suaminya sendiri. Dalam ilmu sosial yang lebih luas, sebenarnya isu gender tidak seharusnya dipertikaikan lagi apabila seseorang itu sendiri sama ada lelaki mahupun wanita yang memilih untuk tidak berkelakuan jujur iaitu berlaku curang pada pasangannya sendiri.\n\nDalam pengertian ini pula \u201cBenci tetapi Sayang\u201d, sebenarnya ayat tersebut lebih sesuai diungkapkan kepada \u201cOrang Kedua\u201d yang berpura-pura menafikan hubungan barunya apabila selepas sudah \u201cterkantoi\u201d dengan pasangan mereka bersama pembuktian yang wajar dan setelah itu masing-masing memikirkan alasan semunasabah mungkin seperti secara tiba-tiba pula membenci \u201cOrang Ketiga\u201d yang muncul dalam rumahtangga pihak-pihak tanpa sedar kononnya. Jadi, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, bukan?\n\nMenariknya, bilamana seseorang suami yang \u201ckantoi\u201d rata-rata memberi alasan \u201cIslam membenarkan Poligami\u201d maka isteri tidak boleh menghalang hubungannya dengan \u201cPesalah Kasih\u201d. Sebenarnya Ya betul ! Islam tidak melarang seseorang suami untuk memperisterikan wanita lain disebabkan itu adalah fitrah yang tumbuh dalam jiwa mereka tetapi perlu dilihat semula bagaimana pula cara mengawal dan mengungkapkan kecintaan poligami tersebut. Penulisan kali ini bukanlah untuk menjelaskan isu poligami atau dosa pahala mahupun hukum berpoligami dan sebagainya tentang poligami. Mungkin pada penulisan seterusnya nanti.\n\nHendaklah diingatkan kepada \u201cPesalah Kasih\u201d ini bahawa jika anda dengan sengaja berniat untuk memisahkan suami mahupun isteri atau menganggugugat rumahtangga dalam sesebuah ikatan perkahwinan yang sah di sisi syarak maka itu adalah \u201cHaram\u201d, termasuklah juga orang yang sengaja berpakat menjadi punca utama pasangan yang berkahwin itu menuntut perceraian tanpa sebab yang munasabah terhadap suami atau isterinya itu supaya mana-mana lelaki atau wanita lain boleh berkahwin dengan orang yang diceraikan ataupun orang yang meminta cerai. Langsunglah :\n\n\u0646\u0639\u0648\u0630 \u0628\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0645\u0646 \u0630\u0644\u0643\n\u201cKami Berlindung kepada Allah dari Perkara itu\u201d\n\nOleh itu, jika anda berniat untuk menjadi \u201cPesalah Kasih\u201d ini yang hendak mencintai suami ataupun isteri orang lain, maka berfikirlah terlebih dahulu jika anda pula yang berada di tempat pasangannya mahupun anda adalah dari ahli keluarga pasangan yang teranaiya itu suatu hari nanti, bagaimana pula perasaan anda pada ketika itu. Sekiranya anda adalah orang yang teranaiya dan dianaiya, maka laporkanlah kepada pihak yang berwajib. Waallahu\u2019alam.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran oleh penulis. Sumber asal link."
"Mengadakan hubungan seks bersama suami semasa mengandung, pastinya anda tertanya-tanya adakah ianya selamat terutamanya pada trimester pertama kehamilan di mana kandungan dikatakan masih berada dalam keadaan fragile atau mudah terjejas.\n\nHinggakan ada pasangan yang tidak bersama pada trimester pertama kehamilan kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini ke atas bayi dalam kandungan.\n\nSekiranya seks ketika hamil adalah selamat? Apakah posisi yang selamat dan tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan? Apakah kekerapan hubungan seks yang selamat?\n\nJika ketiga-tiga soalan ini bermain-main diminda anda, jom kami kongsikan maklumat menarik tentang posisi seks ketika hamil yang selesa dan selamat untuk ibu hamil serta info lain tentang seks ketika hamil.\n\nAdakah ianya selamat untuk melakukan hubungan seks semasa mengandung dan tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan?\n\nJangan berasa malu sekiranya anda tertanya-tanya tentang persoalan ini. Ianya adalah normal malah pasangan lain juga bertanyakan soalan yang sama. Adalah normal bagi ibu bapa untuk menjaga kandungan dan ingin memastikan yang terbaik buat bayi dalam kandungan. Yang sebenarnya, melakukan hubungan seks semasa mengandung adalah selamat kerana:\n\nBerapa kerapkah anda boleh melakukan hubungan seks dengan selamat semasa mengandung?\n\nYang sebenarnya tiada kekerapan yang ditetapkan untuk melakukan hubungan seks semasa mengandung. Anda boleh melakukan hubungan seks sekerap yang anda mahu asalkan anda tidak mengalami perkara yang berikut:\n\nJika anda tidak mengalami salah satu daripada keadaan di atas, maka anda boleh bersama suami tanpa perlu berasa risau akan keselamatan bayi dalam kandungan. Hubungan seks adalah sangat penting dalam rumah tangga dan ia mampu mengeratkan hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri.\n\nApakah posisi seks yang selesa dan selamat untuk ibu mengandung?\n\nKami akan menyenaraikan posisi seks yang selamat untuk dilakukan oleh ibu mengandung mengikut trimester kandungan bagi memudahkan anda membuat bacaan.\n\nUntuk maklumat anda, posisi seks yang akan kami cadangkan biasanya selamat untuk dilakukan melainkan anda berasa sakit atau tidak selesa atau mungkin juga mengalami pendarahan. Jika anda mengalami salah satu daripada perkara yang kami sebutkan tadi, elakkan untuk melakukan posisi yang berkenaan.\n\nPosisi seks untuk trimester pertama kehamilan\n\nBagi ibu yang berada dalam trimester pertama, posisi seks yang paling selesa dan selamat ialah dengan posisi berbaring di mana isteri berada di bawah atau suami datang dari arah belakang.\n\nIni kerana biasanya dalam trimester pertama ibu masih dalam keadaan untuk menyesuaikan diri dengan kandungan dan mengalami morning sickness dan kepenatan. Melakukan hubungan seks sambil berbaring memberikan peluang kepada ibu untuk berehat dan bersantai tanpa banyak menggunakan tenaga.\n\nSungguh pun begitu, jika anda berasa cergas anda boleh melakukan mana-mana posisi mengikut kemahuan anda. Apa yang paling penting, sentiasa alert dengan tubuh badan anda. Jangan paksa diri sekiranya anda berasa sakit, tidak selesa, atau tidak larat.\n\nBiasanya apabila memasuki trimester kedua, semua masalah seperti morning sickness dan keadaan lemah badan tiada lagi. Anda akan berasa sangat cergas dan aktif.\n\nPada masa ini anda bebas untuk melakukan hubungan seks dengan posisi mana-mana yang selesa. Lebih-lebih lagi pada waktu ini perut anda belum terlalu besar, oleh itu nikmatilah hubungan seks mengikut kemahuan anda asalkan tidak menyebabkan anda mengalami pendarahan atau berasa sakit.\n\nPada fasa ini perut anda adalah sangat besar. Elakkan posisi yang akan menyebabkan berlaku tekanan kepada perut anda dan elakkan juga posisi yang memerlukan anda mengeluarkan tenaga yang lebih. Anda lebih tahu apa yang selesa dan terbaik untuk diri anda.\n\nItulah dia info tentang posisi seks ketika hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron, asid folik untuk ibu mengandung, dan barang keperluan bayi baru lahir."
"Jika anda suami ingin membawa beg banyak-banyak serentak sama ada makan angin, balik kampung, semasa bershopping atau melancong, dinasihatkan serahkan kepada isteri yang menguruskan.\n\nKerana minda wanita yang dilengkapi dengan sel \u201cwhite matter \u2013 sel jaringan yang menghubungkan semua sel-sel ingatan dan sel-sel proses maklumat di dalam otak pemikirannya\u201d yang banyaknya adalah 10x daripada lelaki, boleh dengan mudah dan berupaya menjaga dan menguruskannya dengan baik.\n\nSebaliknya jika kita lelaki yang ditugaskan membawa beg lebih daripada dua, pasti kita akan tertinggal atau terlupa beg yang ketiga itu.\n\nMinda kita lelaki yang mudah fokus kepada sesuatu tugas, menyebabkan kita juga akan mudah juga terlupa perkara lain dalam waktu yang sama.\n\nOleh itu, jika kita lelaki ingin membawa beg komputer atau beg yg ada nilai bersama2 ke dalam restoren untuk melapik perut, elok titipkan kepada isteri atau anak perempuan (jika ada bersama) menjaganya atau mengingatkan kita mengenai beg itu.\n\nInsya Allah mereka pasti mengingatkan kita semasa kita meninggalkan premis itu. Sel white matter mereka yang penuh dengan \u201cnetworking\u201d di otaknya dapat dengan mudah mengingatkan banyak perkara dalam satu masa. Asalkan kita minta dia ingatkan perkara itu.\n\nDengan lain perkataan, wahai si isteri, jangan harapkan sangat suami anda boleh menaga beg atau barang-barang yang dia pegang lebih daripada dua yang ada di tangannya. Dia akan stres atau terlupa di antara dua.\n\nGunakan strategi ini semasa melancong, in sya Allah ada rahmatnya"
"Apabila bayi anda terjatuh dari tempat tinggi seperti katil, sofa, maupun buaian, semestinya anda perlu berasa risau dan cemas. Ini kerana tubuh badan dan organ dalaman bayi adalah sangat lembut dan mudah untuk mengalami kecederaan. \n\nAda bayi yang mengalami patah tulang seperti tangan atau tulang kolar akibat jatuh katil. Malah ada bayi yang mengalami kecederaan atau gegaran pada otak akibat jatuh katil.\n\nYang sebenarnya, bayi terjatuh dari tempat tinggi seperti katil adalah sesuatu yang normal terutamanya bagi bayi yang sudah mula boleh bergerak seperti bergolek, meniarap atau merangkak. Namun ada jatuh yang normal dan ada jenis jatuh yang boleh membahayakan nyawa bayi anda. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info penting tentang bayi jatuh katil yang semua ibu bapa wajib tahu.\n\nApa yang anda perlu buat sebaik sahaja bayi anda terjatuh dari katil?\n\nPerkara pertama yang anda perlu lakukan ialah perhatikan sama ada kepala bayi anda terhentak atau tidak tak kira di sebelah depan atau belakang. Ini kerana hentakan pada kepala bayi adalah perkara yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Sebaik sahaja bayi anda terjatuh, perhatikan posisi kepalanya. Adakah ianya terhentak atau tidak. Jika kepada bayi anda tidak terhentak, insya Allah tiada apa yang serius untuk anda risaukan.\n\nSelain itu anda perlu terus memeriksa bayi anda dan perhatikan jika bayi anda mempunyai tanda-tanda berikut:\n\nLangkah seterusnya ialah jangan sesekali membiarkan bayi anda terus tidur selepas terjatuh dari katil. Anda perlu berusaha untuk memastikan bayi anda terus berjaga agar anda dapat memerhatikan jika anda yang tidak kena dengan bayi anda selepas terjatuh tadi. Perhatikan bayi anda sentiasa dan jangan biarkan bayi anda berseorangan. Di antara perkara yang perlu anda perhatikan ialah:\n\nAnda dinasihatkan untuk memerhatikan bayi anda sekurang-kurangnya 24 jam selepas dia jatuh. Ini kerana simptom kerosakan organ dalaman atau hantukan kuat pada kepala sehingga menyebabkan gegaran otak mungkin akan timbul dengan agak lambat. Apa yang terbaik ialah anda terus membawa bayi anda ke klinik untuk pemeriksaan teliti sejurus selepas bayi anda jatuh dari katil.\n\nTips untuk mengelakkan bayi jatuh dari katil\n\nPastinya anda risau kalau bayi anda akan jatuh dari katil lagi pada kemudian hari. Hari ini mungkin bayi anda terjatuh dan takde perkara serius yang berlaku. Masa hadapan kita tak tahu. Takut kalau berlaku perkara yang tidak diingini. Oleh itu, kami ingin kongsikan tips untuk mengelakakn bayi jatuh dari katil yang boleh anda amalkan iaitu:\n\nItulah dia info tentang bayi najis bayi warna hijau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang bayi batuk berpanjangan bayi batuk dan Muhamamd Al Fatih"
"Solat sunat tahiyatul masjid adalah solat sunat yang dilakukan bagi menghormati dan memuliakan masjid seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Jom baca artikel ini tentang cara solat sunat tahiyatul masjid.\n\nSolat ini juga adalah solat sunat muakkad yang didirikan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan perkara lain.\n\nImam al-Nawawi juga ada menyebut bahawa para ulama sepakat bahawa solat sunat Tahiyatul Masjid adalah sunnah dan jika tiada keuzuran maka makruh hukumnya untuk duduk sebelum dilakukan solat dua rakaat.\n\nRasulullah S.A.W sangat menggalakkan untuk umat Baginda melazimi solat sunat ini. Daripada Abu Qatadah\u00a0sabda Baginda S.A.W:\n\n\u201cApabila salah seorang di antara kamu mendatangi atau memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.\u201d\n\nWaktu Didirikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid\n\nTidak ada waktu-waktu tertentu yang disyaratkan bagi menunaikan solat sunat ini. Solat sunat ini boleh didirikan pada bila-bila masa sahaja sebaik melangkah masuk ke dalam masjid dan sebelum seseorang itu duduk mahupun melakukan sesuatu yang lain.\n\n \u201cSahaja aku Solat Sunat Tahiyatul Masjid kerana Allah Taala.\u201d \n\nSebaik selesai menunaikan solat sunat ini, berniatlah beriktikaf di masjid seperti berikut:\n\n\u201cSahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.\u201d\n\nHikmah dan Kelebihan Menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid\n\nPenutup: Islam Sangat Menganjurkan agar Memuliakan Masjid\n\nSolat sunat Tahiyatul Masjid ini juga sering dilazimi oleh Rasulullah S.A.W, jadi sebagai \u00a0umatnya perlulah mencontohi Baginda dan mengikuti segala saranan\u00a0 baginda.\n\nAyuh baca lebih banyak artikel menarik kami yang lain sebagai santapan rohani bersama, seperti:"
"Lobak putih biasanya dijadikan sup untuk dinikmati panas-panas. Tahukah anda kelebihan dan khasiat kesihatan pengambilan lobak putih dalam diet pemakanan seharian? Jom baca artikel ini.\n\nLobak putih atau nama saintifiknya Raphanus sativus tergolong dalam famili Brassicaceae. Lobak putih mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan sebatian bioaktif, antaranya seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E. Selain itu, sayur ini juga dilengkapi dengan beberapa mineral penting seperti zat besi, kalsium, mangan dan zat fostor.\n\nLobak putih turut mengandungi asid oksalat, serat kasar dan asid folik. Di negara Korea, sayur lobak putih ini sering dijadikan antara bahan makanan yang dipanggil kimchi. Manakala di Jepun pula, kebaikan lobak putih sering dimanfaatkan sebagi salad dan dijadikan sashimi, sup atau pun ditumis serta dijadikan makanan yang dijerukkan yang dikenali sebagai takuan-zuke.\n\nJom ketahui apakah khasiat lobak putih.\n\nJika anda mengalami keputihan, termasuk keputihan semasa mengandung, lobak putih sangat membantu untuk membunuh kulat Candida yang menjadi punca keputihan.\n\nKajian makmal melaporkan bahawa ekstrak lobak putih dengan kepekatan yang rendah (1\u201330 \u03bcg/ml) berjaya membunuh tiga jenis kulat Candida dengan kejayaan 30-40%.\n\nSelain masalah keputihan, lobak putih juga membantu kencing tak lawas.\n\nKencing tak lawas yang kebiasannya disebabkan oleh kehadiran mikroorganisma boleh diatasi dengan pengambilan lobak putih yang mempunyai banyak komponen antimikrob.\n\nJus lobak putih yang diminum secara teratur mampu menurunkan berat badan. Dengan meminumnya, perut kita akan terasa kenyang dengan lebih lama. \u00a0Ini membuatkan kita dapat mengurangkan jumlah makanan yag diambil. Selain itu, ia juga mengandungi kalori yang rendah sehingga tidak menaikkan berat badan jika dimanfaatkan sebagai kudapan.\n\nSetengah cawan lobak hanya mengandungi lebih kurang 12 kalori. Begitu juga dengan kandungan karbohidratnya yang sangat rendah, namun mengandungi banyak air.\n\nSiapa sangka lobak putih boleh dimanfaakan sebagai pemutih muka semulajadi yang selamat. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, kita boleh campurkan lobak putih dengan minyak zaitun. Caranya cukup mudah:\n\nKandungan air yang banyak dalam lobak putih ternayata dapat menjaga kelembapan kulit kita. Masalah kulit seperti kulit kering, bersisik dan mengelupas dapat dicegah dengan meminum jus lobak putih ini secara rutin.\n\nKecantikan kulit kita akan terjaga dengan nutrisi yang terdapat dalam lobak putih seperti vitamin C, zinc, vitamin B kompleks dan fosforus.\n\nLobak putih merupakan sayur yang memiliki sifat diuretik (merangsang air kencing) dengan kandungan potassium yang tinggi. Pengidap penyakit batu karang boleh minum setengah gelas jus lobak putih pada setiap pagi hari sebelum bersarapan.\n\nPengambilan jus lobak ini sebelum makan berupaya melarutkan batu karang serta mendorong pelepasan batu karang dalam air kencing. Selain bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit batu karang, ia juga akan mencegah batu karang daripada tumbuh kembali.\n\nKajian terbaru tahun 2020 yang dijalankan di Iraq, melaporkan perbezaan kesan pengambilan jus lobak putih ke atas dua kumpulan tikus kajian yang mempunyai batu karang. Didapati, kumpulan yang mengambil jus lobak putih secara harian selama 28 hari menunjukkan kesan penyingkiran batu karang yang lebih baik.\n\n7. Menyembuhkan demam & panas badan\n\nJus lobak putih yang dicampur dengan sedikit garam dikatakan cukup efektif untuk menyembuhkan demam dan panas badan. Bagai petua orang dahulu, bila demam, makan sup lobak putih.\n\nKandungan air dan sifat diuretik lobak putih seperti yang dibincangkan dalam point sebelum ini ternyata membantu melegakan demam dan menurunkan suhu badan dengan menambahkan bendalir dalam badan dan penyingkiran melalui air kencing.\n\nJika mengalami masalah buasir atau kerap sembelit, lobak putih sangat membantu. Lobak putih mengandungi zat yang sifatnya tidak mudah dihadamkan oleh tubuh kita.\n\nJadi ia akan membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengubati masalah sembelit yang kita alami. Penyebab utama penyakit buasir adalah kerana sembelit. Jadi, jika masalah sembelit kita semakin berkurangan, lambat laun penyakit buasir yang kita hidapi itu akan juga sembuh.\n\nTambahan pula. lobak putih didapati mengandungi serat yang sangat tinggi yang baik untuk sistem pencernaan. Dilaporkan, hampir 30% daripada komposisi lobak putih ialah serat makanan yang sangat bagus untuk penghadaman.\n\nSup lobak putih berfungsi untuk membersihkan buah pinggang. Ini resepinya:\n\nLobak putih mengandungi kandungan nutrisi dan\u00a0khasiat\u00a0pemakanan yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman.\n\nMasalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa. Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.\n\nLobak putih mengandungi \u2018isothiocyanates\u2019 yang dikatakan mampu membantu melawan sel kanser.\u00a0 Selain itu, vitamin C yang terdapat pada lobak putih ini juga mudah larut dan diserap oleh tubuh sehingga mempunyai banyak kebaikannya untuk kesihatan.\n\nLobak putih mengandungi antioksidan semulajadi yang mampu melawan radikal bebas di dalam tubuh dan menjaga daya ketahanan badan dari dalam.\n\nDi samping itu, pengkaji dari Jepun pada tahun 2008, melaporkan bahawa sejenis enzim yang banyak terdapat pada lapisan luar kulit lobak putih ini iaitu myrosinase, mempunyai sifat antimikrob, antikanser dan antimutagenik yang sangat baik.\n\nMereka menasihatkan bahawa semasa penyediaan lobak putih untuk dimasak, bahagian luar lobak putih itu tidak dibuang terlalu banyak bagi mengelakkan lebih banyak khasiat myrosinase terbuang.\n\nDi antara khasiat lain lobak putih ialah:\n\nItulah dia khasiat lobak putih yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang\u00a0khasiat yogurt dan khasiat gamat\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof"
"Cuba bayangkan keadaan ini. Anda melawat rumah kenalan yang turut mempunyai anak kecil. Anak kecil anda mula menegur anak kecilnya. Mereka bermain mesra, tetapi lama-kelamaan mereka mula bergaduh. Anak anda bertindak agresif terhadap anak kenalan tersebut. Apa perasaan anda? Apakah anda akan buat?\n\nPembaca sekalian, suasana bayangan yang dikongsikan adalah perkara biasa yang terjadi untuk sebahgaian pasangan. Anak mereka bukan sahaja agresif, tetapi terlebih aktiviti fizikalnya. Berikut kami kongsikan perkongsian oleh Prof Dr Rozieta Shaary yang turut dikenali sebagai Ibu Rose dalam bidang psikologi rumah tangga. Semoga perkongsian beliau tentang tips mengatasi anak agresif membantu.\n\nMembesarkan anak-anak memang adakalanya mencabar. Ini adalah salah satu cara Allah mentarbiyahkan kita dan memastikan kita berjalan di jalan yang lurus. Kerana anak-anak juga adalah guru kepada kita.\n\nAnak-anak mengingatkan kita kepada banyak kelemahan dan kesilapan kita. Oleh itu, bila tersedar, ambillah langkah.\n\nIbu ucapkan syabas kepada puan kerana tersedar akan kesilapan masa silam. Sebenarnya, itulah punca utama. Bila Allah hendak mengajar kita, Dia akan juga meletakkan kita di pihak menerima. Masa silam puan, ibu bapa puan di pihak menerima. Sekarang puan pula. Bila ini berlaku, maka terangkat hijab dari hati puan untuk sekarang memahami perasaan ibu bapa puan. Ini dinamakan hidayah atau awaken.\n\nOleh itu setelah sedar, apakah yang puan boleh lakukan? Ya, tentunya memohon maaf dengan sepenuh hati daripada Allah. Serta menyatakan kesyukuran kerana diberi petunjuk.\n\nKemudian, memohon maaf dari kedua ibu bapa puan. Jika mereka sudah tiada, maka puan berusaha menjadi anak yang doanya dan amalannya melapangkan kubur ibu dan bapa.\n\nKetiga dan yang sangat penting, memaafkan diri kerana kesilapan masa silam.\n\nBila anda melakukan ini dengan baik, maka terputuslah cengkaman tenaga negatif terhadap anak puan dan puan juga. Itulah diantara sebab mengapa Ustazah Nor Hafizah menggalakkan kita bersolat taubat bila berhadapan dengan masalah begini.\n\nSeterusnya, setelah melakukan semua ini, puan akan menjadi lebih lega dan mudah menghampiri anak puan dan kemungkinan besar perangai anak puan juga menjadi lebih tenteram.\n\nLangkah yang seterusnya, puan perlu menyatakan kasih-sayang puan kepada anak puan. Ibu sarankan juga puan memohon maaf sekiranya ada masanya puan keterlaluan menghukum. Puan perlu yakinkan anak puan bahawa dia seorang anak yang baik dan memang boleh berkelakuan baik.\n\nSebenarnya bila hati puan lebih tenang dengan anak puan, dia dengan sendirinya akan kurang membuat perangai. Mengapa? kerana semua ini ada talian ghaib yang kita tidak nampak.\n\n\nSangkaan kita menjadi tali ghaib yang membawa ke dalam hidup kita apa yang paling kuat dan banyak kita fikir dan rasakan.\n\nIni membawa kepada langkah seterusnya, iaitu, SENANTIASA BERSANGKA BAIK kepada anak kita. Maksudnya, jika kita nampak dia melakukan perangai yang teruk, maka pertama, kaji dulu apakah kefahamannya mengenai perkara itu.\n\nKemudian, kaji mengapa dia melakukan perkara itu, adakah kerana bermain atau kerana dia tidak merasakan bahawa dia dikasihi.\n\nSeterusnya, jika dia memang melakukan kerana dia suka berkelakuan tidak baik. Maka bersangka baiklah bahawa dengan didikan penuh kasih-sayang dan ketegasan dari anda, anak itu akan mengubah kelakuannya. Banyaklah berDOA.\n\nInilah O \u2013 Optimistic, di dalam Formula I-LOVE yang Ibu kongsikan di dalam mendidik anak-anak.\n\n5 Langkah Mendidik & Mengatasi Anak Agresif\n\n1- Minta ampun dengan Allah \u2013 Solat Taubat\n2- Minta maaf dari ibu bapa jika pernah mengasari mereka\n3- Maafkan diri anda\n4- Nyatakan kasih kepada anak dan mohon maaf jika pernah keterlaluan\n5- BERDOA dan bersangka baik dengan anak yang dia boleh membetulkan kelakuan. Maka carilah perubahan yang dia sudah mula lakukan walaupun sedikit. Puji dan hargai. lama-lama ia akan bertambah banyak."
"Namun itu semua sememangnya sudah sering berlaku di dalam kehidupan yang sebenar. Terdetik di hati ini. Mengapa perlu bergaduh? Mengapa perlu berebut harta pusaka yang sememangnya bukan hasil tulang empat kerat sendiri? \n\nTak kasihankah pada roh ibu ayah yang memandang dengan penuh sedih dari sana? Ya Allah terasa sayu di hati andainya suatu masa kelak anak sendiri berbuat perkara yang sama. Kembali pada tajuk sebenar kita, panduan pengiraan pembahagian faraid ini sudah ada di dalam AlQuran. \n\nYa, pengiraan asas pembahagian faraid ada dinyatakan dalam al-Quran, iaitu ayat 11 dan 12 surah an-Nisa\u2019. Mari kita renung dulu akan firman Allah S.W.T dalam ayat 11 yang terkandung di dalam surah an-Nisa\u2019 ini. \n\n\u201cAllah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.\n\nDan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.\n\nTetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam.\n\n(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.\n\n(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.\u201d\n\nJelas nyata terang lagi bersuluh yang Allah SWT sendiri telah sampaikan bagaimana pentingnya untuk dibahagikan harta pusaka yang ada mengikut landasan Islam demi untuk mengelakkan daripada berlakunya perpecahan dalam keluarga. Itulah Islam. Segalanya ada di dalam AlQuran yang menjadi panduan gaya hidup masyarakat muslim. \n\nNak tahu bagaimanakah sebenarnya jumlah penentuan dan garis panduan pembahagian faraid ini? Di sini disertakan serba sedikit info untuk bacaan anda di sana. Semoga dengan adanya perkongsian ini dapatlah memberi gambaran yang lebih jelas mengenai isu faraid ini. \n\nPerkataan faraid itu sendiri membawa maksud KETETAPAN yakni garis panduan yang telah ditetapkan untuk diikuti dengan baik. Dan mengikut istilah dalam hukum Syarak, Faraid adalah proses pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang\u00a0Muslim. \n\nSiapakah Waris Yang Sah Boleh Menerima Faraid?\n\nFaraid ditetapkan di bawah hukum syarak ke atas waris yang sah dan layak seperti:\n\nApakah bentuk atau jenis harta yang perlu dibahagikan dalam bentuk faraid ini?\n\nBentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:\n\nApakah harta yang ditinggalkan si mati boleh terus dibahagikan serta merta?\n\nHarta yang akan dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ada selepas tolak:\n\nBerapakah Jumlah Pembahagian Yang Akan Diterima Itu?\n\nApakah Ada Kesan Jika Kewajipan Untuk Bahagikan Harta Mengikut Faraid Ini Tidak Dipedulikan?\n\nSemestinya ada. Sekiranya umat Islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan sistem Faraid ni, kesan yang paling ditakuti ianya boleh memberi masalah lain yang lebih besar seperti : \n\nAWAS! Tolong jangan pandang mudah kerana pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya\u00a0WAJIB\u00a0untuk ditunaikan dan\u00a0FARDHU KIFAYAH\u00a0kepada umat Islam (terutama sekali waris-waris) untuk selesaikan. Apabila hukumnya wajib maka akan berdosa besar jika tidak ditunaikan sebagaimana yang telah di tuntut oleh Islam. \n\nDari jauh didoakan semoga urusan anda dipermudahkan dan jika ada sebarang kemusykilan anda boleh terus ke pejabat agama terdekat untuk mendapatkan pencerahan dan info yang lebih banyak untuk perkara yang berkaitan dengan isu faraid ini. \n\nUntuk pengetahuan anda juga, kini telah ada Sistem Maklumat Faraid versi web yang telah disediakan oleh pihak USM dan dengan wujudnya lamanweb ini anda boleh cuba lakukan contoh pengiraan bagi faraid secara kasar dengan lebih mudah."
"Pasti ramai mengalami masalah lemak berlebihan di sekitar tubuh. Lebih-lebih lagi ibu yang baru melahirkan anak. Walaupun sebagai muslimah yang berpakaian sopan, lemak-lemak tersebut pasti tidak kelihatan di mata kasar orang ramai. Namun, kehadiran lebihan lemak ini pasti boleh mempengaruhi tahap keyakinan diri hingga menjadi sangat rendah. Suami pasti akan memujuk dengan mengatakan \u201ctak apa sayang. Abang terima semua baik dan buruk awak\u201d. Tetapi sebagai seorang isteri, pasti perasaan untuk sentiasa kelihatan cantik di mata suami sentiasa menebal. Tahukah anda, selain senaman yang kerap, lemak di tubuh juga boleh dibakar dengan memilih diet dan pemakanan yang betul. Mari kita lihat 10 makanan yang boleh membantu membakar lemak yang ada di tubuh.\n\nOat bukan sahaja sedap, tetapi juga boleh mengurangkan rasa lapar. Oat mengandungi fiber yang membantu dan menstabilkan paras kolestrol dalam darah.\n\nTelur merupakan sumber makanan yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu membina otot badan dan kolestrol yang baik.\n\nEpal adalah antara buahan yang kaya dengan bahan antioksidan dan suplemen lain yang kuat. Paling utama, ia mengandungi Pectin yang membantu mengurangkan sel lemak dalam tubuh.\n\nCili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu dalam sel-sel pertumbuhan dan membakar lemak dalam masa yang singkat.\n\nBawang putih pula mengandungi Allicin yang mempunyai sifat-sifat anti-bakteria yang membantu mengurangkan kadar lemak sekaligus menghapuskan kolestrol yang tidak baik.\n\nSelain dari menjadi\u00a0makanan sunnah, madu juga merupakan antara makanan terbaik untuk membakar lemak. Hanya tambahkan satu sudu madu kedalam air suam dan amalkannya setiap awal pagi.\n\nGreen Tea atau teh hijau mula menjadi minuman pilihan terutamanya bagi mereka yang menjaga kesihatan beberapa tahun kebelakangan ini. Ia sangat efektif untuk mengurangkan berat badan. Teh hijau ini mengandungi bahan antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan. Hanya amalkan 2 cawan sehari untuk hasil yang lebih baik.\n\nIa membantu meningkatkan kadar metabolisma dalam badan dan juga membantu mengurangkan lemak.\n\nTomato membantu pembakaran lemak dalam masa yang singkat. Selain itu, tomato juga didapati merupakan makanan anti kanser. Jadi, tidak salah untuk mula menjadikan tomato sebagai salah satu makanan diet anda mulai hari ini.\n\nKegemaran setiap wanita! Dark chocolate mengandungi Flavonoids, iaitu sifat anti-radang yang membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan. Ia meningkatkan pertumbuhan serotonin di dalam darah dan juga membakar lemak.\n\nJadi, sudah tahu apa makanan yang harus dipilih? Semestinya, dalam apa jua yang kita ambil, kita hendaklah berpada-pada. Makanan yang elok pun, sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan makanan tersebut menjadi tidak elok pada tubuh kita. Selain itu, menjaga pemakanan sahaja tidak mencukupi untuk membakar lemak. Rutin senaman yang konsisten, dan pengambilan air kosong yang mencukupi juga merupakan antara faktor kejayaan. Elakkan pengambilan pil kurus yang banyak ada dijual di pasaran. Ia bukan sahaja tidak elok, malah dikhuatiri memudaratkan kesihatan badan untuk jangka masa yang panjang.\n\nCredit gambar: Allie Coremin, Kabsik Park, Junga, Liz Kcer"
"Ibu mengandung yang menanti hari untuk bersalin pastinya sedang berdebar-debar, tak sabar untuk menerima kelahiran orang baru. Dalam masa yang sama pastinya anda sedang sibuk menyediakan barang keperluan untuk anda dan bayi yang bakal dilahirkan. \n\nIstimewa untuk anda, kali ni kami nak kongsikan senarai barang keperluan ibu berpantang sebagai panduan. Bolehlah anda beli perlahan-lahan, sedikit demi sedikit mulai hari ni agar tak tergempar jika ditakdirkan anda bersalin awal.\n\nBarang keperluan ibu semasa di hospital\n\nIni adalah di antara barang keperluan ibu berpantang yang paling penting. Seeloknya, sebaik sahaja kandungan anda mencecah 8 bulan anda sudah boleh masukkan barang-barang keperluan semasa berada di hospital ke dalam beg dan letakkan di tepi pintu utama rumah supaya senang dicapai semasa anda dalam perjalanan untuk ke hospital.\n\nJika anda keluar berjalan-jalan, membeli-belah, atau bekerja, beg ini boleh dibawa bersama. Manalah tahu kalau tiba-tiba anda mengalami sakit nak bersalin. Di antara barangan penting yang perlu ada di dalam beg hospital tersebut ialah:\n\nBarang keperluan bayi semasa di hospital\n\nSelain barang keperluan buat ibu, barang keperluan bayi juga tidak kurang pentingnya. Di dalam beg hospital tadi anda boleh masukkan barang keperluan bayi anda seperti:\n\nPakaian pulang dari hospital untuk ibu dan bayi\n\nBarang keperluan ibu berpantang yang seterusnya ialah pakaian pulang dari hospital untuk ibu dan bayi. Adalah sangat penting untuk anda memastikan tubuh badan anda ditutup dengan sepenuhnya memandangkan anda berada dalam tempoh berpantang dimana badan sangat lemah. \n\nJangan juga lupa untuk menutup kepala bayi anda dan membungkus bayi dalam bedung semasa dalam perjalanan pulang.\n\nSemasa mengandung, anda sudah boleh membeli pakaian untuk dipakai semasa berpantang. Adalah sangat penting untuk anda menyediakan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa tempoh berpantang. \n\nIni kerana ibu berpantang sangat sensitif, dan pakaian yang tidak sesuai boleh menjejaskan kesihatan dan merosakan mood ibu tersebut. Di antara pakaian yang diperlukan semasa berpantang ialah:\n\nSet berpantang adalah di antara barang keperluan ibu berpantang yang paling penting. Adalah sangat penting untuk anda menggunakan set berpantang yang elok bagi membantu memulihkan semula rahim dan menyegarkan semula tubuh badan. Terdapat pelbagai jenama set berpantang di pasaran dan pastinya anda keliru tak tau nak pilih yang mana.\n\nSecara amnya, terdapat set berpantang moden dan tradisional. Terpulang kepada anda untuk memilih jenis mana yang sesuai dengan personaliti anda. Di antara barangan dalam set berpantang yang penting buat anda ialah:\n\nItulah dia info tentang senarai barang keperluan ibu berpantang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, pastinya anda juga akan berminat untuk membaca perkongsian kami tentang set bersalin terbaik, tanda nak bersalin, dan petua cepatkan bukaan rahim"
"Ada sesiapa yang sedang merancang untuk pergi ke Tokyo, Jepun? Anda teringin ke sana pada musim bunga sakura? Atau musim sejuk? Musim mana pun pilihan anda, jom kami kongsikan 14 tempat menarik di Tokyo yang wajib anda lawati.\n\nTokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Taman tema ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Manakala Tokyo Disneysea pula adalah taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa.\n\nGunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 meter (12,389 kaki). Gunung Fuji amat terkenal di seluruh dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk kon. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.\n\nHarajuku merupakan pusat peragaan fasyen remaja yang paling extreme di Jepun. Di sini terdapat banyak butik pakaian terkenal yang menjual pelbagai jenis pakaian yang unik dan aneh. Setiap minggu pada hari ahad, golongan remaja di Jepun akan berkumpul di Takeshita Street, Harajuku sambil mengenakan pakaian costume seperti cosplay yang mengerupai watak anime, ahli muzik punk dan sebagainya.\n\nOmotesando pula merupakan jalan pejalan kaki sepanjang 1 kilometer yang merentasi Harajuku hingga Meiji Shrine. Omotesando terkenal dengan reka bentuk senibina banggunan yang unik dan menakjubkan.\n\nShinjuku Gyoen National Park adalah di antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini adalah kawasan tarikan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura. Selain itu, pada musim luruh pula bunga di taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan dan pemandangan pada waktu ini adalah amat cantik.\n\n5. Sensoji Temple dan Nakasime Street\n\nSensoji Temple juga dikenali sebagai Asakusa Cannon temple adalah sebuah kuil Budha yang terletak di Asakusa. Sensoji Temple merupakan kuil yang tertua di Tokyo. Selepas memasuki pintu pagar utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), sepanjang perjalanan hingga ke pintu gate kedua Hozomon, terdapat deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.\n\nMeiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Semasa perang dunia kedua tercetus, kuil ini mengalami kerosakan namun diperbaiki semula selepas itu. Meiji Shrine adalah di antara kuil yang paling popular di Jepun. Pada 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk menunaikan solat pertama (hatsumode). Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto.\n\nShibuya adalah di antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Selain itu, terdapat sebuah tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat Jepun iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama Hachiko ini setia menunggu kepulangan tuannya di hadapan stesen keretapi Shibuya setiap hari walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia.\n\nYoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.\n\nTokyo Skytree adalah menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia pada ketika siap dibina dengan ketinggian 634 meter. Terdapat dua dek pemerhati di menara ini iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Pengunjung berpeluang untuk menikmati keindahan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo yang amat mempersonakan.\n\nAkihabara terkenal dengan pelbagai kedai elektronik. Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Antara tarikan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop.\n\nShinjuku merupakan di antara 23 bandar utama di Tokyo. Shinjuku terkenal sebagai pusat membeli-belah, hiburan dan perniagaan. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. Antara tarikan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera.\n\nOdaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Namun kini Odaiba telah diubah suai menjadi destinasi pelancongan, hiburan dan pusat membeli-belah. Di Odaiba terdapat pelbagai rekaan banggunan yang menarik dan canggih.\n\nDi Ueno terdapat pelbagai muzium seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum. Bagi individu yang gemar akan sejarah, budaya dan kesenian, Ueno adalah tempat yang wajib anda lawati. Selain itu, di Ueno juga terdapat Ueno Zoo yang merupakan taman zoologi pertama di Jepun.\n\nRoppong merupakan tempat yang terkenal untuk melihat pemandangan keseluruhan Tokyo daripada dek pemerhati Roppongi Hill. Antara tarikan utama di Roppongi ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.\n\nItulah dia 14 tempat menarik di Tokyo yang wajib anda lawati. Selamat bercuti!\n\nBagaimana artikel ini? Anda suka tempat menarik di Jakarta yang dikongsikan? Ada tempat cadangan lain patut kami kongsikan? Selain tempat di atas, kami juga ada menulis tempat menarik yang lain. Jemput baca. Jangan lupa share dan like artikel ini ya."
"Mencari tips makanan diet untuk kurus? Mendapatkan tubuh badan yang langsing, kurus dan menawan memang menjadi idaman setiap dari kita yang mahukan keyakinan diri, menarik perhatian orang lain atau tujuan-tujuan lain yang tertentu. \n\nBagi yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan, pastinya pelbagai cara akan diusahakan untuk mencapai berat badan yang ideal.\n\nSelain melakukan aktiviti fizikal, senaman dan aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh, tips makanan diet juga boleh diamalkan untuk kurus. Kita janganlah terlalu bergantung kepada ubat-ubatan dan suplemen yang mendakwa boleh menurunkan badan dengan drastic pada tempoh masa yang sekejap. Hal ini demikian kerana kandungan kimia bahan dan ramuan suplemen tersebut mengandungi bahan yang berbahaya kepada tubuh kita, setidak-tidaknya untuk jangka masa yang panjang.\n\nOleh itu, artikel ini akan berkongsi mengenai antara contoh makanan yang boleh diamalkan sebagai tips makanan diet untuk kurus. Cadangan ini adalah berdasarkan hasil kajian penyelidikan saintifik yang dilaporkan oleh para penyelidik terdahulu (Mirmiran et al. 2014 dan Rao et al. 2013).\n\nNamun, anda sentiasa disarankan supaya sentiasa memastikan jenis alahan makanan anda dan mendapatkan nasihat perubatan doktor kesihatan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan tips makanan untuk diet.\n\n1. Sumber Makanan Karbohidrat dan Tinggi Serat\n\nProduk berasaskan karbohidrat penuh boleh dijadikan sebagai sumber asas membekalkan tenaga dalam diet makanan kita. Ramai yang bimbang untuk mengambil makanan \u2018berat\u2019 yang mengandungi karbohidrat ini disebabkan kandungan kanji dan gulanya. Namun, makanan tersebut sebenarnya tidak bersalah! Mereka membantu membekalkan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian dan merupakan sumber serat yang tinggi untuk melancarkan sistem penghadaman.\n\nKesilapan yang biasa dilakukan yang menyebabkan berat badan makin bertambah dengan diet mengandungi sumber karbohidrat ini adalah apabila amaun yang diambil dalam komposisi yang sangat banyak atau berlebihan. Ditambah pula dengan hidangan sampingan yang banyak dan membahayakan kesihatan seperti berlemak, berminyak, tinggi gula dan garam. Amalan diet ini perlulah dalam kadar yang sedikit dan diulangi dengan kerap, bukannya hadap pada satu masa yang sama.\n\n2. Bijirin Penuh sebagai Ganti Nasi\n\nSekiranya anda ingin mencari alternatif nasi yang sebelum ini menjadi sumber karbohidrat anda khuatir tabiat makanan anda tidak boleh dikawal dengan nasi dan lauk-pauk yang meriah, anda boleh cuba bijirin penuh sebagai ganti nasi yang sama-sama boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian.\n\nAntara bijirin penuh yang boleh diambil ialah gandung penuh, oat, rye dan barli. Malah, beberapa kajian ada menerbitkan kesan pengambilan makanan ini yang membantu meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangankan saiz sel adiposity (lemak) yang seterusnya membantu kawalan gula dalam darah.\n\nBerbanding bijirin halus, bijirin penuh ini merupakan makanan yang mengandungi polisakarida kompleks tidak tercerna termasuklah serat larut dan serat tidak alrut, inulin, beta glukan dan kanji rintang. Ringkasnya, semua kandungan ini akan menjadikan anda kenyang lebih lama dan tahan sepanjang hari. Di samping itu, sistem pencernaan anda akan menjadi lebih lancar. Cubalah!\n\nAntara contoh kekacang yang boleh diamalkan adalah seperti kacang peas, kacang tanah, soya, kacang dhal dan kacang hijau. Kekacang merupakan sumber diet protein dan serat yang sangat bagus bagi mereka yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Namun, cara penyediaan memasak kekacang ini perlulah dikendalikan secara sihat seperti rebus atau kukus berbanding dimasak secara gorengan berminyak atau masak berlemak.\n\nDi samping itu, protein dalam kekacang ini mampu menurunkan tahap kolesterol dalam plasma darah sebagaimana yang pernah dikaji sebelum ini. Kandungan protein yang tinggi juga boleh memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama, selain membantu proses pembaikan sel dan organ bagi mereka yang sedang mengalami masalah kegemukan yang ingin mengubah gaya hidup.\n\nAneka jenis lemon dan limau merupakan antara contoh buah-buahan sitrus yang boleh diambil sebagai tips makanan diet untuk kurus. Analisis makmal menunjukkan bahawa buah-buahan sitrus adalah kaya dengan sebatian aktif seperti lutein, betaine, rubisculins, asid p-cumaric, asid ferulik dan violaxanthine.\n\nSebatian tersebut sebenarnya membantu meningkatkan profil lipid anda dengan menyingkirkan kolesterol dari dalam tubuh. Tambah menarik, kapasiti antioksidan didapati meningkat dengan pengambilan diet buah-buahan sitrus, Hal ini bermaksud, anda boleh kelihatan lebih muda dan awet muda dengan kurangnya aktiviti penuaan apabila sebatian-sebatian tersebut bertindak sebagai antioksidan melawan radikal bebas dalam tubuh.\n\nBerbanding beras putih, beras perang mempunyai indeks glisemik dan bekalan glisemik yang lebih rendah. Hal ini bermaksud, gula dalam beras perang adalah lebih sedikit untuk menyebabkan potensi kegemukan. Selain itu, berdasarkan analisis, beras perang mempunyai kandungan nutrien yang lebih banyak berbanding beras putih, antaranya:\n\nKajian klinikal membuktikan bahawa pengambilan diet beras perang berjaya mengawal kandungan gula dalam darah, dyslipidemia (kandungan lemak), fungsi endothelial, fungsi hati, dan obesiti terutamanya di bahagian abdominen (perut).\n\n6. Buah Tin dan Buah Kurma\n\nKedua-dua buah tersebut sinonim dengan masyarakat Arab yang mengamalkan memakan buah-buahan tersebut. Kini, buah tin atau figs dan kurma kini mudah diperolehi walau di mana-mana kita berada.\n\nTerdapat banyak khasiat yang tersimpan dalam buah-buahan\u00a0 ini. Sebagai contoh, kurma mampu memberikan perlindungan terhadap neuropati kencing manis dan melindungi buah pinggang akibat kerosakan oksidatif. Buah tin pula dilaporkan menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kepekaan insulin untuk mengawal gula dalam darah.\n\nTindakan sel yang berlaku disebabkan diet makanan buah-buahan ini sememangnya sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjadi lebih sihat, dan sangat sesuai diamalkan oleh mereka yangs sedang mencari tips makanan\u00a0 diet untuk kurus.\n\nSatu kajian telah melaporkan penemuan yang menarik berkenaan fungsi tomato sebagai buah atau hidangan yang boleh membantu mereka yang sedang berusaha untuk kurus. Seeloknya buah tomato dimakan mentah seperti makan epal bagi mengekalkan zat dan nutriennya yang mungkin hilang jika dikenakan suhu tinggi apabila dimasak.\n\nHasil kajian tersebut mendapati bahawa tomato merupakan sumber makanan utama yang boleh membekalkan lycopene, beta karotena dan flavonoid. Sebatian ini semua membantu menurunkan tekanan darah dan kandungan lemak selain mengurangkan risiko kardiovaskular dan meningkatkan ciri antioksidan dan antipenuaan.\n\nJika anda kurang menggemari buah tomato, antara alternatif buah lain yang boleh dimakan ialah anggur dan tembikai. Kedua-duanya memiliki ciri khas yang sama dalam meningkatkan metabolisme dan mengawal berat badan.\n\nWalaupun harganya agak mahal, adalah tidak rugi untuk mencuba menggunakan minyak zaitun dalam diet seharian. Tambahan pula, penggunaannya adalah dalam kadar yang sedikit, contohnya untuk dijadikan dressing salad dan minyak tumisan.\n\nDilaporkan, minyak zaitun sangat berkesan dalam menurunkan kandungan kolesterol dan pembentukan atherosclerosis atau pembekuan saluran pembuluh darah. Selain itu, kadar metabolisme badan akan menjadi lebih terkawal dan bertambah baik. Hal ini ternyata amat membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.\n\nDiet makanan boleh dijadikan antara strategi untuk turunkan berat badan atau kurus. Namun, selain diet yang seimbang, gaya hidup yang sihat dan aktiviti fizikal yang cergas perlu tetap diamalkan.\n\nJemput juga baca artikel selain tips makanan diet untuk kurus ini:"
"Benarkah makanan punca jerawat? Artikel ini akan mengupas kenyataan ini menurut kajian sains yang pernah dilakukan. Jom baca.\n\nTerma perubatan bagi jerawat atau acne ialah \u201cacne vulgaris.\u201d\u00a0Ramai yang berpendapat bahawa hormon terutamanya dalam kalangan remaja dan ubat-ubatan menjadi punca jerawat.\n\nHormon androgen memainkan peranan yang penting dalam pembentukan jerawat. Walaupun hormon ini dikenali sebagai hormon lelaki, perempuan turut memilikinya yang menyebabkan baik lelaki mahupun perempuan, berdepan dengan masalah jerawat. Tambahan pula, bagi perempuan yang mengalami sindrom policistik ovari (PCOS), kandungan androgen mereka adalah lebih tinggi yang bakal menyebabkan jerawat yang lebih teruk.\n\nHormon testosteron bukan sahaja dihasilkan di dalam testis lelaki, tetapi dihasilkan di dalam kulit kita. Enzim yang terdapat dalam kulit akan menukarkannya menjadi bahan yang menyekat liang dan kelenjar minyak kulit. Hal ini bukan sahaja menyebabkan jerawat, malah menjadi punca pembentukan bintik hitam dan putih yang lebih dikenali ramai sebagai white head dan black head.\n\nKulit yang kotor dan mengalami kelenjar yang tersekat ini akan memerangkap bakteria yang sedia ada berada di permukaan kulit, Pripionibacterium acnes lalu menyebabkan jangkitan yang kita panggil, jerawat.\n\nPersepsi atau pendapat yang mengatakan bahawa jerawat berpunca daripada hormon datang daripada pemerhatian ke atas golongan remaja yang paling banyak menghadapi masalah jerawat sepanjang tempoh mereka akil baligh.\n\nTapi, kenapa ada sebilangan remaja di kawasan lain khususnya etnik tertentu yang langsung tidak mempunyai jerawat?\n\nBerikut ialah dapatan kajian pakar alahan, hormon, penyakit kulit dan keadaan perubatan dari Amerika Syarikat, Dr. Ray Schilling yang memerhatikan kaitan remaja vs jerawat, tiada kes jerawat dicatatkan bagi komuniti ini:\n\nPersamaan mereka semua yang tidak mempunyai masalah jerawat ialah, diet pemakanan mereka tidak mengandungi gula, gandum, bijirin, alkohol, produk tenusu dan makanan segera yang tinggi minyak dan garam!\n\nOleh itu, berikut ialah senarai makanan yang menjadi punca jerawat sebagaimana yang telah dilaporkan dalam kajian saintifik.\n\nDalam satu kajian yang berskala besar melibatkan 42 000 orang responden jururawat di sebuah hospital, didapati mereka yang telah didiagnos dengan masalah jerawat dan acne yang serius semasa remaja, mengambil lebih 3 hidangan susu sehari berbanding mereka yang hanya mengambil 1 atau kurang hidangan susu sehari.\n\nMalah, pengambilan susu skim didapati lebih menyebabkan masalah jerawat berbanding susu segar. Jadi, para penyelidik berpendapat bahawa, kandungan lemak dalam susu bukanlah penyebab jerawat, tetapi kandungan hormon yang tinggi dalam susu skim berbanding susu segar yang menyebabkan punca jerawat.\n\n2. Roti (makanan tinggi indeks glisemik)\n\nMakanan yang tinggi nilai indeks glisemik seperti roti, gandum dan beras tertentu menyebabkan risiko jerawat yang semakin buruk.\n\nMakanan tinggi indeks glisemik ini mempunyai kaitan dengan kepekaan atau sensitiviti insulin yang akan mengubah kandungan hormon menyebabkan pembentukan jerawat.\n\nUlasan pengkaji dalam artikel yang diterbitkan di Skin Therapy Letter pada tahun 2010 mengulas berkenaan kajian ke atas kumpulan kajian yang diberi diet makanan rendah indeks glisemik berbanding kumpulan kawalan, menunjukkan hasil tahap hormon SHBG (penyebab jerawat) yang jauh berkurangan berbanding kawalan.\n\nDi samping itu, diet rendah indeks glisemik ini menjadikan kumpulan kawalan tersebut turun berat badan, kawalan gula dalam darah yang lebih baik dan kepekaan insulin yang tinggi.\n\nDalam artikel tersebut juga, ada mengulas mengenai mentaliti orang ramai yang mengaitkan coklat dengan jerawat. Hal ini telah disangkal oleh kajian lepas yang melihat kesan pengambilan 114 gram coklat sehari selama 4 bulan oleh 65 peserta kajian.\n\nTiada hubungan yang jelas atau konklusif untuk mengesahkan dakwaan ini.\n\nNamun, terdapat golongan yang mempunyai alahan kecil yang boleh berdepan dengan masalah jerawat apabila kandungan aktif dalam coklat menyebabkan perubahan hormon kulit mereka.\n\nWalaupun belum ada lagi kajian terperinci berkenaan ini, namun sedia maklum melalui penerbitan saintifik sebelum ini bahawa asid lemak omega-6 adalah cenderung atau mudah untuk menyebabkan keradangan punca jerawat.\n\nAntara contoh makanan tinggi omega-6 ialah:\n\nAiskrim tergolong dalam produk tenusu dan tinggi kandungan gula. Satu resepi yang sangat mengundang kehadiran jerawat!\n\nHal ini dibuktikan melalui kajian oleh para penyelidik dari UKM pada tahun 2012. Mereka melihat trend risiko jerawat yang tinggi dalam kalangan responden yang makan ais krim sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.\n\nLebih banyak makan aiskrim dalam seminggu, lebih tinggi risiko muka berjerawat!\n\nMakanan punca jerawat adalah disebabkan kandungan mereka yang mengaktifkan enzim dan hormon pembentukan jerawat. Namun, seandainya makanan yang dikatakan punca jerawat ini tidak menyebabkan anda mengalami masalah jerawat yang teruk, janganlah terus berhenti mengambilnya dalam diet makanan seharian kerana makanan tersebut turtu mempunyai khasiat perubatan lain yang diperlukan badan.\n\nSemua makanan boleh menjadi khasiat atau \u2018racun\u2019 cuma yang membezakannya ialah dos atau amaun yang diambil. Kekalkanlah bersederhana seperti yang dianjurkan dalam Islam.\n\nBaca juga artikellain tentang tips kecutkan jerawat dan cara hilangkan jerawat"
"Hari ini kami akan kongsikan satu resepi yang sangat mudah & senang untuk dibuat iaitu roti sosej. Kadang-kadang bila kita beli roti sebuku tak habis-habis sehinggalah tarikh luput tiba. Ha time tu, x perlu nak rasa membazir sebab roti tu boleh digunakan untuk buat roti sosej ni tau. Tapi, kalau nak buat stok yang banyak, beli baru lah 2-3 bungkus pun tak mengapa ye dakk.\n\nRoti sosej ni elok dibuat stok terutamanya untuk golongan yang berkeluarga sebab anak-anak pasti akan gemarkannya. Ye lah kan bila disebut hot dog, pasti anak-anak berebut nak makan. Kalau boleh dibuat homemade hot dog, itu JAUH lebih BAIK tau. Homemade hotdog lebih berkhasiat buat sekeluarga terutama untuk anak-anak yang sedang membesar.\n\nUntuk roti pula, jika roti wholemeal atau roti bergandum penuh dijadikan pilihan berbanding dengan roti putih biasa, itu juga jauh lebih baik. Roti bergandum penuh sangat tinggi dengan vitamin dan serat yang dapat membantu menyokong pertumbuhan dan kesihatan anak-anak yang lebih baik. Jadi, pilihan di tangan ibu-ibu semua. Pilihlah yang terbaik!\n\nRoti Hot dog ni sesuai dihidang untuk sarapan pagi mahupun petang atau boleh juga dijadikan bekalan sekolah buat anak-anak. Jimat duit & kualiti makanan pun memang terjamin kan. Original masakan ibu yang lazat dan berkhasiat tiada tolok bandingnya. Resepi roti sosej ini dikongsikan oleh saudari Mazitah Ahmad Nur Solehah di Facebook.\n\nSelain resepi ini, kami juga banyak kongsikan resepi-resepi lain buat anda semua. Jemput tengok dan jangan lupa untuk LIKE dan Share ya! Selamat mencuba!"
"Tips untuk ibu mengandung di Bulan Ramadhan\n\nWanita yang mengandung haruslah sentiasa menjaga kesihatan agar kandungan tidak terdedah kepada sebarang masalah. Selain itu, wanita mengandung mengamalkan cara hidup sihat dapat membantu dirinya untuk lebih cergas pada setiap masa. Tenaga merupakan perkara yang penting ketika mengandung oleh yang demikian ketika berpuasa wanita mengandung hendaklah memastikan mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti seharian. Pada bulan ramadhan, terdapat beberapa panduan yang boleh dirujuk oleh wanita hamil sebagai langkah menjaga kesihatan dari aspek pemakanan dan fizikal diri iaitu:\n\nDengan itu, berbekalkan panduan yang diberikan ibu mengandung hendaklah sentiasa mengikut aturan dan menjaga kesihatan dengan baik. Jagalah pemakanan ketika bulan mengandung dan jaga lah kesihatan anda dari segi dalaman atau pun luaran. Ia amat penting untuk memastikan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Tambahan lagi, sahur mempunyai kelebihan iaitu ia boleh memberi tenaga kepada ibu hamil untuk tetap cergas pada waktu siang. Oleh itu, ibu mengandung haruslah bangun sahur dan mengamalkan yang sepatutnya. Seterusnya, makan ketika sahur akan memberikan nutrient yang penting kepada tubuh badan."
"Siapa yang tidak suka ikan bakar! Mesti semua orang suka ikan bakar bukan? Kombinasi rasa ikan segar yang dilumuri sambal ikan bakar lazat perlu diambil berat.\n\nKelazatan ikan bakar sangat dipengaruhi oleh sambal yang digunakan untuk melumuri ikan. Untuk dapatkan ikan bakar yang sedap, pada perkongsian ini kami hadirkan resepi sambal ikan bakar yang sedap patut cuba.\n\nDengan resepi sambal ikan bakar ala Ciksu Said di laman Facebook ini, gerenti akan terhasil ikan bakar sedap menjilat jari. Makan bersama nasi putih dan acar timun bikin ketagih.\n\nResepi sambal ini boleh dibuat stock. Bila ingin bakar ikan, terus lumur sahaja sambal dekat ikan. Sangat senang dan mudah digunakan oleh mak yang ingin memasak cara mudah. Selamat mencuba.\n\nNote : Kalau ingin wangi, tabur daun limau purut atau daun kunyit.\n\nSelain resepi sambal ikan bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Dalam kesibukan kita menguruskan pelbagai perkara dalam kehidupan seharian, pastikan kita turut meluangkan masa yang berkualiti melakukan aktiviti bersama anak-anak.\n\nKita boleh melakukan pelbagai perkara bersama mereka sama ada bermain, membaca buku, melakukan aktiviti kraf\u00a0mudah atau mungkin berbual bersama mereka. Dengan cara ini, kita dapat lebih mengenali anak dan mereka akan lebih dekat dengan kita.\n\nWalau bagaimanapun, kadang-kala disebabkan kepenatan atau tiada \u2018mood\u2019, kita mungkin sering terlepas pandang untuk memperuntukkan masa berkualiti untuk beraktiviti bersama anak.\n\nBagaimana cara untuk kita beraktiviti bersama dengan anak setiap hari atau sekurang-kurangnya hampir setiap hari? Apakah tips yang dapat menjadi pencetus kepada perkara ini?\n\nIkuti perkongsian Puan Nurkhomsiah Bakrim melalui laman Facebook peribadinya tentang 7 tips melakukan aktiviti dengan anak setiap hari.\n\nTIPS 1 : \u2018MINDSET\u2019 DAN NIAT\n\n\u201cAllah mewasiatkan ke atas kamu tentang anak-anak kamu.\u201d\u00a0\n\nTIPS 2 : BERDOA KEPADA ALLAH\n\nTIPS 3 : SUSUN JADUAL PERIBADI\n\n\u201c. Setiap wanita adalah penjaga di rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada orang di bawah jagaannya.\u201d\n\n(Direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)\n\nTIPS 5 : SEDIAKAN FAIL KHAS \u2018HOMESCHOOLING\u2019\n\nTIPS 6 : SEDIAKAN \u2018HOMESCHOOLING TOOL BOX\u2019\n\nTIPS 7 : DISIPLIN DAN KASIH SAYANG\n\nCIPTA MEMORI INDAH MELALUI \u2018BONDING TIME\u2019 YANG BERKUALITI\n\nAyuh fikirkan sejenak. Jika tiada ruang waktu istimewa kita bersama anak-anak ketika mereka kecil, kelak apabila mereka dewasa, mungkinkah ada ruang waktu istimewa mereka untuk bersama dengan kita?\n\nLuangkan masa untuk mendidik anak-anak dengan melakukan aktiviti bersama mereka setiap hari. Walaupun hanya sebentar, ianya cukup bermakna buat mereka. Semoga tips-tips ini membantu dan dapat dimanfaatkan oleh kita dengan sebaik-baiknya.\n\nMari sama-sama kita cipta memori indah bersama anak-anak melalui \u2018bonding time\u2019 yang berkualiti dengan mereka!\n\n*Sumber asal perkongsian ini adalah daripada Puan Nurkhomsiah Bakrim melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau."
"Terliurnya tengok gambar-gambar orang makan Kek Butter Susu. Nampak lembap dan sedap. Nak beli takut tak puas makan lah pula. Apa kata buat sendiri untuk makan sendiri dengan ahli keluarga. Boleh juga kalau nak menjamu tetamu yang datang.\n\nKalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Kek Butter Susu nih agak popular juga di kalangan orang ramai. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan kek, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan.\n\nSesiapa pun boleh cuba membuat Kek Butter Susu menggunakan resepi dari Normilawati Nordin. Walaupun untuk \u2018first timer\u2019. Jangan risau! Resepinya sangat mudah kerana menggunakan sukatan yang tepat iaitu sukatan cawan. Tak de main agak-agak. \n\nResepi Kek Butter Susu Sukatan Cawan\n\n Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kek Butter Susu Sukatan Cawan ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba."
"Selamat petang semua. Kali ini kami akan kongsikan resepi berasaskan roti. Resepi roti goreng Cadbury yang mudah. Kudapan ini diperbuat menggunakan 2 bahan sahaja. Menggunakan roti keping gardenia dan coklat Cadbury.\n\nResepi teramat mudah ini telah mendapat perkongsian sangat ramai, dalam masa yang singkat telah mencecah 114K perkongsian di laman Facebook, resepi dikongsikan oleh Sitjua Jua.\n\nMesti anda tertanya macam mana boleh kudapan simpel ini menarik perhatian ramai? Semestinya boleh, kerana coklat Cadbury sebagai inti amat berperan menaikkan kualiti kudapan dengan menghasilkan rasa lemak coklat yang manis dan meleleh dalam mulut semasa dikunyah dengan roti lembut di luaran.\n\nResepi ini sesuai untuk minum petang. Sesiapa yang tengah berdiet dimohon untuk tidak mencuba resepi ini demi mengelak makan yang berlebihan dan terlupa akan diet saking sedapnya kudapan ini.\n\nSelain resepi roti goreng Cadbury, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sedap juga kan dapat makan mee hailam waktu hujan begini. Dapat pulak hirup kuah yang pekat dan likat cukup buatkan anda tersandar. Kali ini kami bawakan anda resepi mee hailam yang rasa sama macam dikedai.\n\nUntuk pengetahuan anda juga, mee hailam ini merupakan hidangan masyarakat Cina di Perak. Paling menarik kuah mee hailam ini diperbuat daripada kuah rebusan daging atau tulang untuk menambahkan lagi rasa kuah mee ini.\n\nKuah mee hailam juga tidak boleh terlalu pekat dan tidak terlalu cair nanti boleh hilang rasa keenakan mee hailam. Sekarang ini nak jumpa mee hailam kebanyakannya ada di kedai Siam.\n\n Jarang kedai melayu yang menghilangkan Mee hailam ini. Tapi jangan risau kami bantu anda dapatkan resepi mee hailam untuk anda cuba. Jom baca perkongsian oleh NorSilah Abdullah yang mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau \n\nMenarik dan tertarik bukan resepi mee hailam yang kami kongsikan ini. Pasti anda tak sabar nak cuba. Jangan lupa nak lagi sedap letak lagi banyak lauk dan pekatkan kuah pasti ngam! Oh satu lagi jangan lupa juga share dan like ya. Terima kasih datang singgah di laman web kami. Kami sajikan pelbagai resepi menarik hanya untuk anda."
"Kanak-kanak memang fitrahnya suka memasak dan mencuba sesuatu perkara yang baru. Teringat kembali zaman kanak-kanak kita dahulu, di mana sangat gemar bermain pondok-pondok dan masak-masak bersama rakan-rakan yang lain. Antara memori yang pasti diingati ialah:\n\nBegitulah zaman kanak-kanak kita dahulu. Memori main masak-masak bersama rakan taulan masih segar terpahat dalam ingatan hingga kini.\n\nNamun, peredaran masa dan perbezaan minat generasi kini telah menyaksikan perubahan dalam corak permainan zaman kanak-kanak waktu ini. Sudah jarang kita dapat lihat anak-anak bermain seperti zaman kita dahulu yang bebas bermain di luar. Mungkin faktor keselamatan, kawasan perumahan yang tidak sesuai atau isu gajet yang keterlaluan pada zaman sekarang telah menyebabkan segala permainan tradisi sudah semakin dilupakan. \n\nSebagai ibu bapa kita perlu mengambil inisiatif agar anak-anak masih boleh bebas bermain dengan menyediakan persekitaran yang selamat sama ada di dalam atau di luar rumah. Contohnya, anak-anak boleh diajak bersama-sama untuk memasak makanan kegemaran mereka di rumah. Jom kita lihat koleksi resepi mudah untuk memasak bersama si kecil anda!.\n\nResepi di atas memang sangat mudah dilakukan oleh anak kecil. Bukan sahaja dapat mengisi masa lapang mereka, malah dapat belajar pelbagai kemahiran semasa proses memasak seperti kemahiran motor halus, membaca dan mendengar arahan. \n\nDaya fokus dan keyakinan diri turut meningkat apabila mereka mampu menyelesaikan setiap tugasan masakan yang diberikan. Jom main masak-masak!"
"Bagi seorang ibu hamil, pasti saat kelahiran bayi adalah saat yang ditunggu setelah 9 bulan mengandungkan anak di dalam rahim. Namun, perasaan berdebar, risau, takut, teruja, gembira, semuanya bercampur-baur kerana proses kelahiran bayi adalah suatu situasi yang mencabar bukan setakat perlu tabah menahan sakit, tetapi juga si ibu sentiasa mengharapkan agar proses kelahiran dapat berjalan lancar dan nyawa ibu dan anak selamat.\n\nTerdapat bermacam-macam tips dan petua yang dikongsikan untuk permudahkan proses kelahiran, sama ada daripada petua orang dulu-dulu, mahupun nasihat perubatan daripada doktor dan juga jururawat. Namun begitu, bagi seorang Muslim adalah sangat baik jika tips dan petua ini diiringi dengan amalan doa agar Allah memberi kemudahan sewaktu proses bersalin nanti.\n\n\u201cMaka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.\u201d\n\nSurah Maryam sangat sinonim dengan ibu hamil. Bukan setakat amalkan ayat 26, Surah Maryam sahaja, malah ada juga yang menyarankan agar ibu hamil membaca keseluruhan Surah Maryam sebagai amalan sewaktu hamil agar mudah bersalin. Ini kerana, dalam surah ini terdapat kisah Maryam ra, ibu kepada Nabi Isa as yang melahirkan Nabi Isa as sendirian di tengah padang pasir.\n\nWalaupun tidak ada sebarang dalil yang menetapkan surah ini dibaca sewaktu hamil, namun, seperti ayat Al-Quran yang lain, setiap baris ayatnya mempunyai fadilat yang tersendiri. Malah terdapat doa-doa yang sangat bagus diamalkan melalui potongan-potongan ayat al-Quran.\n\nDalam Surah Maryam khususnya, kita akan dapat menghayati beberapa pengajaran yang boleh dikaitkan dengan kehamilan dan keibubapaan. Secara tidak langsung, ia menyokong kenapa surah ini\u00a0amat sesuai untuk kita baca sewaktu mengandung\u00a0dan agar mudah bersalin.\n\n2) Ayat 38, Surah Ali Imran\n\n\u201cWahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.\u201d\n\nDoa ini dibaca oleh Nabi Zakaria saat memohon agar dikurniakan zuriat buat dirinya dan isterinya walaupun umur Nabi saat itu telah pun tua. Muda-mudahan, asbab dari doa ini, anda bukan sahaja dikurniakan zuriat yang soleh solehah, tetapi juga proses bersalin juga diberi kemudahan oleh Allah swt.\n\n\u201cDan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.\u201d\n\nAyat ini mengisahkan tentang kejadian manusia dari alam rahim sehinggalah menjadi manusia yang sempurna. Doa ini juga sesuai diamalkan semasa bersalin kerana pengorbanan seorang ibu yang bertarung antara hidup dan mati semasa proses kelahiran. Sebagaimana di akhir ayat 11, Surah Fatiir menyatakan bahawa segalanya mudah bagi Allah, maka doa ini elok diamalkan agar memudahkan proses bersalin.\n\n\u201cAllah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna, dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan setiap sesuatu ada kadar ukuran di sisi-Nya.\u201d\n\nSetiap apa yang berlaku di dunia ini adalah dalam pengetahuan Allah swt. Kesemuanya telah tertulis di Lohmahfuz, tidak akan bertambah dan tidak akan berkurang. Oleh sebab itu, ketika dalam proses bersalin, sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemudahan. Ini kerana, Allah adalah Dzat yang Maha Mengetahui segala sesuatu.\n\n\u201cDan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberikanmu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.\u201d\n\nAyat ini mengandungi penjelasan bahawa setelah Allah melahirkan kita dari rahim seorang ibu, maka Allah menjadikan kita mengetahui segala sesuatu yang sebelumnya tidak kita ketahui. Dia telah memberikan kepada kita beberapa anugerah seperti akal fikiran, penglihatan dan pendengaran. Mudah-mudahan dengan doa ini, bukan sahaja proses bersalin dipermudahkan tetapi juga anak yang lahir tersebut dikurniakan anugerah akal yang sihat, pendengaran dan penglihatan yang baik dan menjadi hamba Allah yang bersyukur.\n\n\u201cTiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.\u201d\n\nAyat ini adalah doa yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan Nun. Harapannya, anak dalam kandungan juga dapat keluar dengan mudah seperti mana ikan Nun tersebut memuntahkan Nabi Yunus keluar daripada perutnya. Malah, doa ini juga sesuai dibaca ketika kita berada dalam kesusahan, agar Allah beri jalan keluar dari kesusahan tersebut dan permudahkan segala urusan.\n\n\u201cApabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya.\u201d\n\nSebenarnya Surah al-Zalzalah menceritakan kisah sewaktu hari kiamat berlaku. Namun potongan ayat 1-2 surah ini boleh diamalkan ketika ingin bersalin agar \u2018beban-beban berat\u2019 yang dikandung oleh si ibu dapat dikeluarkan dengan mudah seperti mana bumi mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya.\n\nAyat-ayat tersebut hanyalah sebahagian daripada doa yang boleh diamalkan, namun sebenarnya seluruh ayat dalam Al-Quran boleh dijadikan amalan doa yang mustajab. Apa yang penting, keyakinan bagi orang yang berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT dan menyerahkan segalanya kepada-Nya.\n\nSebagaimana janji Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:\n\n\u201cDan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.\u201d (Surah Al-Isra, ayat 82)\n\nMohonlah agar dipermudahkan urusan melahirkan anak tidak kiralah sama ada anda bersalin secara normal mahupun melalui pembedahan. Yang penting adalah nyawa anda dan bayi yang dilahirkan selamat. Dan yakinlah bahawa Allah SWT akan memakbulkan doa hamba-Nya yang memohon dengan bersungguh-sungguh.\n\nSelain artikel doa mudah bersalin , jemput juga membaca artikel lain tulisan kami seperti amalan ibu mengandung, cara tanam uri dan juga doa untuk anak.Oh ya, jangan lupa untuk share dan like artikel ini jika dirasakan bermanfaat."
"Kami imbau anda untuk mengenang masa dulu-dulu. Projek hari ini kita cuba buat resepi biskut dam yang mampu bangkitkan kenangan raya zaman dulu bersama daripada \u200e\u200eMidah Mohamad\u200e di laman Facebook.\n\nBiskut dam memiliki rupa yang agak unik dan kotak-kotak. Umumnya kotak-kotak tersebut terbahagi antara pelbagai macam warna. Warna yang biasa dibuat ialah coklat dengan krim.\n\nBiarpun penyediaan biskut ini agak sukar dan memakan masa, ianya amat sedap dan disukai ramai. Anda kena memiliki sabar yang tinggi jika ingin membuat biskut dam. Antara proses yang kena dibuat ialah menguli, memotong, mencantum, potong lagi dan membakar. Yang penting kena sabar dan jangan terburu-buru ya.\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Kek Lapis Sarawak ialah kek lapis yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia. Kek lapis biasanya dihidangkan pada majlis-majlis khas. Biasanya dipanggil kek lapis sarawak, kek lapis moden sarawak atau kek lapis sahaja.\n\nKek lapis sarawak biasanya dijadikan buah tangan bagi sesiapa yang datang daripada Sarawak. Sesiapa yang bercuti ke Sarawak belum best lagi kalau belum mencuba atau membeli kek lapis ini sebagai oleh-oleh. Kek lapis juga biasa dihidangkan pada majlis-majlis besar, hari raya mahupun majlis perkahwinan.\n\nKek lapis Sarawak sangat sedap. Anda yang teringin memakan kek lapis Sarawak tidak perlu lagi jauh-jauh pergi ke Sarawak membeli kek ini, juga tak perlu beli di kedai kek kerana rasanya belum tentu sedap sesuai selera anda.\n\nYang perlu anda lakukan iaitu, baca resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi kek lapis masam manis yang dikongsikan oleh Salwa Adam di Facebook. Seterusnya, anda cuba resepi kek ini kemudian sajikan kek lapis sedap buatan anda kepada jiran dan kerabat anda. Sila cuba.\n\n1. Pukul putih telur bersama gula hingga betul2 kembang. Bila angkat mixer adunan tak menitik.\n\n2. Pukul butter bersama susu hingga kembang.\n\n3. Masukkan adunan putih telur dan gula ke dalam adunan butter. Mix hingga sebati.\n\n4. Masukkan kuning telur dan mix kan sebati.\n\n5. Sambil mixer ON, masukkan serbuk biskut sedikit demi sedikit hingga habis.\n\n6. Seterusnya masukkan esen vanilla dan serbuk penaik dan mix hingga sebati.\n\n7. Panaskan periuk kukus dahulu. Kemudian bahagi adunan kepada 2. Satu adunan masukkan pewarna kuning dan satu lagi hijau. Bergantung pada taste masing-masing ingin warna kek terang mana. Sedia untuk dikukus.\n\n8. Masukkan lapisan pertama ke dalam bekas kukusan. Lebih kurang 2 senduk dan susun haw flakes. Tutup periuk kukus dan tunggu hingga \u00b1 10 min.\n\n9. Kemudian masukkan lapisan kedua dan susun haw flakes. Selang selikan warna.\n\n10. Ulang step yang sama untuk lapisan-lapisan seterusnya hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus 15-20 min. Siap.\n\nSelain resepi kek lapis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sambil-sambil jari ligat menari-nari di papan kekunci menaip buku. Terperasan satu mesej pesanan peribadi, soalannya agak menarik dan rasanya perlu dijawab untuk perhatian dan penerangan kepada semua.\n\nSoalan berbunyi ;\n\n\u201cAssalam Ustaz, saya tertarik dengan posting ustaz berkaitan nikah awal iaitu semasa belajar dan tentang kehidupan selepas berkahwin awal. Buat pengetahuan ustaz, saya masih belajar dan mempunyai kawan wanita.\n\nKami serius ingin hidup bersama, cuma bagaimana untuk meyakinkan keluarga yang kami perlu berkahwin awal dan apakah sebenarnya yang perlu ada untuk kahwin awal? Minta pandangan ustaz. Dari insan yang ingin tahu.\u201d\n\n*************************************************************************************\nSoalannya kelihatan pendek, ringkas. Tetapi jawapannya panjang dan tidak seringkas soalannya. Maka, jawapannya perlu dikongsi di sini untuk tatapan ramai.\n\n2 syarat ilmu untuk kahwin awal [Rose Day]\n\nWaalaikummussalaam WarahmatULLAHi Wabarakaatuh, semoga Tuan yang bertanya dan sekaliannya berada di dalam rahmat dan Hidayah ALLAH sentiasa.\n\nAdapun berkaitan soalan yang diajukan, pertama sekali suka untuk sang faqir kongsikan kisah yang berusia lebih kurang 16 tahun lepas, sewaktu sang faqir dalam tarbiyyah ALLAHyarham guru tersayang.\n\n\u201cBoleh saya tahu, umuq berapa Tok Su masa menikah?\u201d\n\nGuru tersayang mengangkat matanya yang sedang menunduk menelaah kitab-kitab untuk disyarah pada malam yang bakal menjelma. Menjawab.\n\n\u201cAwat hang nak tau? Galaq nak menikah dah ka?\u201d\n\n\u201c Bukan galaq, saja nak tau.\u201d\n\n\u201cUmuq 17 tahun aku menikah dah\u201d\n\n\u201cTu dia, mudanya, lagu mana tu Tok Su menikah muda?\u201d Berminat hendak tahu.\n\n\u201cHang ingat menikah nie nak seronok saja ka? Menikah nie nak latih diri jadi khalifah, bukan benda main-main.\u201d\n\n\u201cOrang dulu menikah tak pakai duit kot-kot mana, lagi-lagi kalau nak menikah dengan anak tok guru, depa nak ilmu, tara mana ilmu hang ada, tara tu lah hang layak menikah.\u201d\n\n\u201cIlmu apa yang kena ada Tok Su, kalau nak menikah awal?\u201d\n\n\u201cMudah ja, nyatakan kesemua 68 aqaidul Iman beserta syarahnya, nyatakan rukun syahadah beserta sifatnya, nyatakan rukun-rukun solat beserta sifat solat,\n\nnyatakan keseluruhan hukum tajwid dalam surah Al Fatihah, hang ada jawapan untuk soalan nie, hang layak jadi suami kepada seorang wanita.\u201d\n\nTerkedu bicara sewaktu itu. Dan setelah bertahun-tahun \u2018pulun\u2019 mengaji dan ditarbiyyah oleh Allahyarham guru-guru . Tersedar akan sang faqir bahawa, ilmu adalah kunci segala-galanya.\n\nIlmu yang paling utama adalah AQIDAH, seterusnya IBADAH dan selanjutnya ilmu-ilmu lain. 2 perkara ini kunci kepada pasangan muda yang ingin memulakan masjid dalam usia muda.\n\nSoal kerja, harta atau pangkat, itu bukan perkara wajib dalam sesuatu struktur perkahwinan yang ingin mencapai rahmat dan redha Allah s.w.t.\n\nSetelah ada jawapan bagi 4 soalan tersebut beserta faham dan tahqiq, baharulah sang faqir mengambil keputusan untuk menikah. Jika Allahyarham Guru tersayang menikah dalam usia seawal 17 tahun, sang faqir terlajak lebih sedikit, iaitu menikah dalam usia 20 tahun.\n\nMaka, ketahuilah bahawa perkahwinan bukan semata-mata untuk keseronokan hidup bersama pasangan, tetapi ianya adalah suatu jambatan menuju kepada rahmat dan redha Allah.\n\nJadi, kepada orang muda yang memasang niat ingin berkahwin awal. Cuba lengkapkan diri dengan jawapan kepada 4 soalan tersebut, insyaAllah akan bahagia rumahtangga.\n\nKepada yang sudah berkahwin, tetapi tidak mempunyai jawapan kepada soalan-soalan tersebut, maka, sudah tiba masa mengorak langkah mencari jalan kebahagiaan.\n\nDengan cara tersebut, bukan kita akan yakinkan keluarga, malahan Allah s.w.t yang akan hantarkan keyakinan ke dalam jiwa sanubari keluarga bahawa kita mampu menikah awal.\n\nYakinlah, apabila dengan ilmu yang diamalkan dengan faham dan tahqiq, ianya akan membantu keseluruhan proses kehidupan menuju akhirat.\n\nMenikah dengan ilmu dan faham bukan dengan nafsu dan keinginan semata, insyaAllah bahagia rumahtangga.\n\n\u201cLong, hidup kena ado ilmu. Ado ilmu boleh hidup, takdok ilmu, hidup pun tok guno.\u201d\n\nMulakan dengan Allah, hidup dengan Allah, berakhir juga dengan Allah. InsyaALLAH, selamat dunia akhirat.\n\nJom baca panduan yang telah kami kongsikan di dalam Bidadari.my. Semoga panduan ini membantu. Jangan lupa untuk share dan like juga. Manlah tahu oanduan ini berguna untuk amsa hadapan."
"Kali ini, kami kongsikan resepi Bombolini Red Velvet Cheese. Bombolini ini menggunakan red velvet sebagai bahan asas dan untuk filling hanya menggunakan cheese. Walupun fillingnya hanya cheese. Dah cukup sedap tau. Resepi yang dikongsikan oleh Nojha Izaniey Ibrahim di laman Facebook ini mendapat perhatian ramai tau. Tambah-tambah resepi ini digunakan oleh beliau untuk menjual.\n\nJadinya, kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Bombolini nih agak popular juga di kalangan orang ramai terutamanya di kalangan orang muda. Hasil jualan nya, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan untuk keluarga.\n\nJom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya.\n\nSelain resepi Bombolini Red Velvet Cheese , kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya ."
"Bagi anda yang baru mendirikan rumah tangga atau berpindah ke rumah baru, pastinya anda sedang teruja untuk menyediakan persiapan rumah baru. Salah satu daripada perkara penting yang mungkin anda terlepas pandang ialah senarai barang dapur wajib ada.\n\nKata orang, dapur adalah jantung sesebuah rumah. Itulah sebabnya apabila anda memasuki rumah baru, dapur yang lengkap dengan semua kelengkapan yang perlu adalah sangat penting.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai barang dapur wajib ada yang mungkin anda terlepas pandang dalam kesibukan menyediakan persiapan untuk masuk ke rumah baru. Semoga bermanfaat buat anda.\n\nIni adalah benda paling penting yang perlu ada di dapur setiap rumah. Kalau anda tak beli pinggan mangkuk alamatnya tak makanlah anda sekeluarga. Tak semestinya anda perlu beli set pinggan mangkuk yang mahal dan berjenama. Beli yang biasa dan murah pun tak mengapa. Namun nasihat kami elakkan daripada membeli pinggan mangkuk plastic kerana dikhuatiri mengandungi satu bahan yang bernama BPA yang boleh membahayakan kesihatan.\n\nJika pinggan mangkuk yang anda beli adalah dibuat dari plastik yang mengandungi BPA, apabila anda mengisi makanan panas ke dalam pinggan mangkuk tadi, haba dari makanan akan menyebabkan BPA dari plastik masuk ke dalam makanan dan seterusnya masuk ke tubuh badan anda. Di antara senarai pinggan mangkuk yang perlu anda beli adalah seperti berikut:\n\nSelain pinggan mangkuk, cawan dan gelas juga adalah benda penting yang wajib anda beli semasa masuk ke rumah baru. Seperti pinggan mangkuk, untuk cawan dan gelas, anda tidak perlu membeli alatan atau set berjenama yang mahal. Apa yang penting semestinya elakkan daripada membeli cawan atau gelas yang diperbuat daripada plastik.\n\nApakah beza di antara cawan dan gelas? Cawan biasanya rendah dan boleh digunakan untuk minum air panas dan air sejuk sementara gelas biasanya lebih tinggi dan biasanya digunakan untuk minum air sejuk sahaja. Anda juga boleh pilih untuk membeli cawan dalam bentuk set yang datang dengan jag. Kalau ada tetamu datang menziarahi anda, cantik sikit nampaknya bila anda keluarkan set cawan bersama jag air.\n\nKalau dah ada dapur semestinya anda akan memasak. Untuk memasak, anda memerlukan periuk. Untuk permulaan anda tak perlu beli periuk yang banyak. Dua biji periuk sudah memadai. Anda boleh pilih sama ada nak beli periuk besi, stainless steel, aluminium, kaca, tanah liat, atau boleh juga boleh beli periuk yang dibuat daripada batu granite. Ada bermacam-macam jenis periuk yang dijual di pasaran.\n\nBagi anda yang baru nak memulakan keluarga, kami cadangkan untuk beli periuk yang bersaiz kecil atau sederhana sahaja memandangkan anda akan memasak untuk beberapa orang sahaja. Tak\u00a0 perlu beli periuk yang besar melainkan jika anda jenis suka ajak kenalan dan ahli keluarga datang makan di rumah.\n\nSelain periuk, kuali juga sangat penting. Periuk biasanya digunakan untuk memasak makanan berkuah seperti gulai. Sementara kuali pula digunakan untuk menggoreng sayur-sayuran, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, dan sebagainya. Seperti periuk, anda juga boleh memilih untuk membeli kuali dari jenis yang mana mengikut pilihan hati sama ada:\n\nKuali juga dijual dalam pelbagai saiz. Seperti periuk, untuk anda yang baru nak mulakan hidup berkeluarga, cadangan kami anda Cuma perlu beli satu atau dua kuali bersaiz kecil dan sederhana. Itu sudah memadai.\n\nNak memasak pastinya anda memerlukan pisau untuk memotong bahan masakan. Ada pelbagai jenis pisau, namun pada kamu apa yang penting ialah:\n\nNanti anda boleh beli pisau-pisau yang lain. Atau kalau anda ada bajet, boleh beli set lengkap pisau.\n\nSudu dan garfu juga sangat penting untuk anda gunakan semasa makan makanan yang berkuah atau makanan dari jenis mee atau pasta. Kurang manis kalau anda gunakan sudu dan garfu dari plastic dan ia juga tidak tahan lama. Sudu garfu yang dibuat dari besi adalah pilihan terbaik dan tahan lama.\n\nAnda perlukan senduk untuk memasak makanan yang berkuah seperti gulai dan sup. Beli dua senduk sudah memadai. Satu anda gunakan untuk memasak makanan pedas atau sup dan satu lagi anda guna untuk masak makanan manis seperti bubur.\n\nSpatula digunakan untuk menggoreng. Anda boleh pilih sodek yang dibuat daripada besi, kayu, atau pun plastik tahan panas.\n\nAnda perlukan besen untuk membasuh ikan, daging dan ayam. Selain itu anda juga perlukan besen untuk membersihkan sayur-sayuran.\n\nAnda perlukan penapis untuk menapis bahan masakan. Beli penapis yang kecil untuk menapis teh, dan penapis bersaiz sederhana untuk mencuci bahan masakan yang lain.\n\nKami cadangkan anda beli sekurang-kurangnya dua papan pemotong. Satu papan pemotong untuk memotong ikan, ayam, daging, dan bahan masakan yang berdarah. Sementara papan pemotong kedua digunakan untuk memotong bahan masakan yang tidak berdarah. Kalau anda ada bajet, boleh juga beli papan pemotong khas untuk memotong roti.\n\nItulah dia info tentang senarai barang dapur wajib ada di setiap rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang jenis kuali ,cara hilangkan hitam bawah kuali , ubah suai dapur dan tips dekorasi rumah"
"Kanser hati adalah kanser yang terdiri daripada tumor hepatik malignan pada atau dalam hati.\n\nTerdapat beberapa kanser yang boleh terbentuk dalam organ hati.\n\nJenis kanser hati yang sering ditemui adalah \u2018hepatocellular carcinoma\u2019 yang terbentuk bermula pada sel hepatosit.\n\nKanser hati yang jarang berlaku pula adalah \u2018intrahepatic cholangiocarcinoma\u2019 dan hepatoblastoma.\n\nBukan semua kanser yang menjangkiti hati adalah kanser hati.\n\nAda juga kanser di bahagian lain seperti kanser usus, jantung dan payudara yang boleh merebak sehingga ke bahagian hati.\n\nKanser yang merebak ke Kawasan lain ini dipanggil kanser metastatik.\n\nKanser yang merebak hingga ke hati lebih biasa ditemui berbanding kanser hati.\n\nHanya segelintir sahaja pesakit kanser hati yang mempunyai peluang untuk sembuh.\n\nHal ini kerana, kanser ini sukar dikenalpasti dan kebanyakan penderita kanser ini tidak menunjukkan simptom-simptom awal.\n\nDalam kebanyakan kes, kanser ini hanya dikenalpasti selepas kanser berada pada tahap yang membimbangkan.\n\nJusteru itu, perhatikan gejala-gejala ini sebelum terlambat:\n\n1. Kehilangan berat badan yang abnormal\n\n3. Sakit pada abdomen bahagian atas\n\n4. Rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit\n\n5. Hati membesar, rasa ada sesuatu di bawah tulang rusuk di sebelah kanan\n\n6. Limpa membesar, rasa ada sesuatu di bawah tulang rusuk di sebelah kiri\n\n7. Sakit di bahagian abdomen atau berhampiran bahu kanan\n\n8. Pembengkakan pada abdomen disebabkan cecair berkumpul di dalam perut\n\n11. Perubahan warna kuning pada kulit dan pada mata putih (penyakit kuning)\n\nSehingga kini, belum ada punca yang benar-benar tepat dan jelas bagi kanser ini.\n\nWalabagaimanapun, dalam sesetengah kes, puncanya dapat dikenalpasti.\n\nContohnya, jangkitan virus hepatitis yang kronik boleh menyebabkan kanser hati.\n\nKanser hati berlaku apabila berlaku perubahan pada DNA sel hati (mutasi).\n\nMutasi DNA menyebabkan sel-sel mungkin membahagi tanpa kawalan dan akhirnya membentuk tumor.\n\nTerdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko menghidap kanser hati. Antara faktor yang anda perlu beri perhatian adalah:\n\n1. Jangkitan hepatitis B virus (HBV) atau hepatitis C yang kronik\n\nMenurut Persatuan Kanser Amerika, hepatitis C adalah punca utama kanser hati di A.S.\n\nIndividu yang mempunyai kedua-dua hepatitis B atau C berisiko tinggi untuk menghidap kanser hati berbanding individu yang sihat, kerana kedua-dua bentuk penyakit ini boleh menyebabkan \u2018Cirrhosis\u2019 (parut pada hati).\n\nKebanyakan kes kanser hati berkait dengan parut pada hati.\n\nKeadaan yang progresif dan tidak dapat dipulihkan ini menyebabkan tisu hati berparut dan meningkatkan peluang anda untuk menghidap kanser hati.\n\nAlkohol dan virus hepatitis adalah punca utama penyakit \u2018Cirrhosis\u2019.\n\nPenyakit hati yang dapat meningkatkan risiko kanser hati termasuklah \u2018hemochromatosis\u2019 dan penyakit Wilson.\n\nJika ibu, bapa, abang, atau kakak seseorang mempunyai kanser hati, individu ini mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap kanser hati.\n\nOrang yang menghidap diabetes yang minum alkohol dalam kadar yang berlebihan mempunyai risiko kanser hati yang tinggi.\n\nPengumpulan lemak dalam hati meningkatkan risiko kanser hati.\n\n6. Terdedah kepada aflatoxins dalam jangka masa lama.\n\nAflaksin adalah racun yang dihasilkan oleh kulat yang sering terjadi pada tanaman yang tidak disimpan dengan cara yang betul.\n\nTanaman seperti jagung dan kacang boleh tercemar dengan aflatoxins.\n\nPencemaran Aflatoxin biasa terjadi di Afrika dan Asia.\n\nMengambil alkohol berlebihan setiap hari selama bertahun-tahun boleh mengakibatkan kerosakan hati dan meningkatkan risiko kanser hati.\n\nOrang yang mempunyai sistem imun yang lemah, seperti pesakit HIV / AIDS mempunyai risiko kanser hati yang lima kali lebih besar daripada individu yang sihat.\n\nPeratusan lelaki yang menghidap kanser hati lebih tinggi berbanding wanita.\n\nHal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh gaya hidup kaum lelaki.\n\nLelaki cenderung merokok dan minum alkohol lebih banyak daripada wanita.\n\nIndividu yang bergantung kepada penggunaan air telaga yang mengandungi toksin arsenik semulajadi mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat beberapa penyakit, termasuk kanser hati.\n\nHepatektomi separa dijalankan untuk membuang bahagian hati yang mempunyai tumor bersaiz kecil.\n\nPembedahan ini boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan dan masalah pembekuan darah, jangkitan dan radang paru-paru.\n\nPesakit yang menjalani pemindahan hati tidak boleh mempunyai tumor yang lebih besar daripada 5 cm atau beberapa tumor yang lebih besar daripada 3 cm.\n\nRisiko untuk kanser berulang terlalu jika pesakit yang mempunyai tumor lebih besar daripada ini menjalani pemindahan hati.\n\nJika pemindahan berjaya, risiko untuk kanser berulang akan berkurangan, dan fungsi normal organ juga dapat dipulihkan.\n\nDalam sestengah kes, sistem kekebalan tubuh boleh \u2018menolak\u2019 organ baru.\n\nSistem kekebalan tubuh akan menyerang organ baru kerana ia dianggap sebagai benda asing.\n\nHal ini menyebabkan peluang untuk melaksanakan pemindahan menjadi sukar.\n\nUbat-ubatan yang menekan sistem imun untuk menerima organ baru juga boleh membawa kepada jangkitan serius dan perebakan tumor metastasis.\n\n3. Rawatan untuk tumor yang tidak boleh diubati\n\nKanser hati yang di tahap kritikal, mempunyai kadar kelangsungan hidup yang sangat rendah.\n\nWalau bagaimanapun, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil oleh pakar perubatan untuk merawat gejala kanser dan melambatkan pertumbuhan tumor.\n\nBahan seperti alkohol disuntik terus ke dalam tumor.\n\nLaser dan gelombang radio juga boleh digunakan.\n\nRadiasi diarahkan pada tumor dan akan membunuh sel kanser.\n\nPesakit mungkin mengalami loya, muntah-muntah, dan keletihan.\n\nUbat-ubatan tertentu disuntik ke dalam hati untuk membunuh sel kanser.\n\nDalam \u2018chemoembolization\u2019, bekalan darah ke tumor disekat secara pembedahan atau mekanikal.\n\nSeterusnya, ubat-ubatan anti-kanser terus masuk ke dalam tumor.\n\nCara rawatan kanser hati dilakukan berdasarkan jenis kanser hati.\n\nAnda perlu mengambil langkah-langkah pencegahan ini untuk mengelakkan penyakit kanser hati:\n\n3. Pengambilan vaksin hepatitis B terutama bagi golongan seperti di bawah;\n\na. Pengguna dadah yang berkongsi jarum.\n\nb. Individu yang melakukan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan hepatitis B\n\nc. Jururawat, doktor, doktor gigi dan individu yang bekerja dalam bidang perubatan yang terdedah kepada jangkitan\n\nd. Pelancong yang melawat negara yang mempunyai kes hepatitis B\n\n5. Merawat penyakit yang boleh membawa kepada kanser seperti \u2019hemochromatosis\u2019"
"Kenali 8 tabiat buruk yang menyebabkan punca sakit belakang yang perlu dihentikan.Semua ini adalah aktiviti yang kita buat sama ada sedar ataupun tisak sedar.\u00a0\n\nMenghidap sakit belakang, pasti akan menjejaskan kualiti hidup anda dan membataskan aktiviti seharian anda. Selain dari kesan jangka panjang yang buruk apabila mengambil ubat tahan sakit yang kerap, penghidap sakit belakang juga terpaksa bergantung pada orang lain untuk menjalani kehidupan seharian.\n\nSaya yakin, pasti ramai antara kita mengalami masalah ini. Tahukah anda, kadang kala tabiat buruk anda juga merupakan antara punca sakit belakang ini berlaku?\n\nKetahui 8 tabiat buruk ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. InshaAllah mana-mana tabiat tersebut sekiranya dielakkan, boleh mengurangkan sakit belakang anda.\n\nTilam yang bagus tahan sehingga 8 ke 10 tahun. Sekiranya anda tidak menukar tilam anda lebih dari 10 tahun, terdapat kebarangkalian untuk tulang belakang anda tidak memperoleh sokongan yang sepatutnya.\n\nGantikan tilam lama anda dengan tilam yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Benar, tilam yang bagus sangat mahal. Tetapi apa salahnya berbelanja lebih asalkan tubuh badan anda kekal sihat. Bak kata mak saya, \u201cwang boleh dicari, tetapi bukan kesihatan\u201d.\n\nMengangkat barang yang berat, terutamanya untuk wanita boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada bahu dan tulang belakang anda. Kaum wanita terkenal dengan suka membawa beg tangan yang berat. Macam-macam diisi.\n\nKadang kala, isi kandungannya tidak masuk akal. Lebih besar beg tangan mereka, lebih banyak barangan yang diisi. Cuba kurangkan barang yang mahu dibawa dan bertukarlah ke beg tangan yang lebih kecil. Hadkan dengan membawa barang yang betul-betul perlu sahaja. Anda mesti tak mahu sekiranya bahu anda senget sebelah kan? Pasti menjejaskan penampilan.\n\n3.\u00a0Memakai kasut bertumit tinggi atau kasut tiada tumit\n\nKasut bertumit yang terlalu tinggi untuk anda akan memaksa badan anda melengkung, memberikan lebih tekanan pada sendi anda. Kasut tanpa tumit juga tidak elok untuk anda, bergantung pada jenis kaki anda.\n\nSandal yang tidak menyokong belakang anda, bukan sahaja merosakkan belakang anda, ia juga mengakibatkan pengagihan berat badan yang tidak sekata pada kaki. Setiap orang mempunyai ketinggian kasut bertumit yang ideal sesuai dengan berat dan ketinggian masing-masing.\n\nKajian mendapati bahawa orang yang pemaaf menghadapi perasaan tertekan, kemarahan, kebencian, dan kesakitan yang kurang berbanding orang yang suka menimpan dendam.\n\nKetahuilah, emosi, ketegangan otot dan pemikiran anda berkadar terus mempengaruhi kekuatan signal sakit pada anda. Menyimpan dendam bukan sahaja tidak elok untuk anda secara fizikal, malah mempengaruhi emosi anda ke arah yang lebih negatif.\n\nOleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan Rasulullah s.a.w kita sebagai contoh. Jangan sekali-kali menyimpan dendam, malah mendoakan yang baik-baik sahaja kepada orang yang berbuat jahat pada kita. InshaAllah hidup kita lebih tenang dan diredhai oleh Allah. Penyakit pun tiada.\n\nBerita buruk untuk mereka yang bekerja dihadapan komputer setiap hari! Duduk sepanjang hari kelihatan selesa dan tidak memenatkan. Tetapi tahukah anda, ia sangat buruk untuk kesihatan.\n\nKebanyakan dari kita tidak mengekalkan postur tubuh yang sepatutnya sewaktu duduk dihadapan komputer setiap hari. Keadaan ini melemahkan otot belakang anda akibat\u00a0tidak melakukan sebarang aktiviti. Selain itu, duduk juga menyebabkan tekanan pada tulang belakang anda lebih 50 peratus berbanding berdiri!\n\nSeeloknya sekali sekala sewaktu bekerja, berjalan atau berdiri seketika untuk mengelakkan sakit belakang. Mesti ada yang suka mendengar fakta ini. Boleh la anda menjadikannya alasan untuk pergi bergosip di meja rakan-rakan kan? Hehe.\n\nTekanan perasaan adalah masalah yang biasa terutamanya bagi wanita. Ditambah lagi dengan waktu PMS, hormon yang tidak stabil membuatkan emosi sukar dikawal.\n\nTetapi tahukah anda, tekanan perasaan boleh menyebabkan sakit belakang? Sekiranya anda tertekan, seluruh badan anda akan turut tertekan termasuklah otot disekirar leher dan tulang belakang. Sekiranya anda tidak mampu mengawal tekanan perasaan anda, otot yang tegang tidak dapat berehat dan menyebabkan kesakitan.\n\nJadi sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba rehatkan diri anda. Lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan rasa tertekan tersebut seperti pergi menghirup udara segar, bersenam dan berbual dengan rakan baik.\u00a0InshaAllah sakit belakang anda akan beransur berkurang.\n\nSenaman membantu dalam membina otot-otot yang boleh menyokong tulang belakang anda. Sekiranya anda penghidap sakit belakang yang kronik, anda pasti sudah biasa dengan fisioterapi.\n\nFisioterapi juga merupakan salah satu bentuk senaman yang khas untuk membina otot-otot untuk menyokong tulang belakang anda. Doktor anda juga pasti akan menggalakkan anda berenang bagi menguatkan otot belakang.\n\nOleh itu, kurangnya bersenam boleh menyebabkan otot anda keras atau kejang dan boleh juga menyebabkan disc tulang belakang anda lari. Sungguhpun sibuk, anda sepatutnya meluangkan sedikit masa untuk bersenam. Jangan mencipta seribu alasan.\n\n8.\u00a0Makan terlalu banyak makanan ringan\n\nTidak memeranjatkan, pengambilan makanan yang berkalori tinggi dan kurang nutrien boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Kenaikan berat badan tersebut akan membebankan tulang belakang anda.\n\nBerat badan yang berlebihan terutamanya pada bahagian tengah badan boleh menyebabkan tulang pelvis anda tertarik ke atas, mengakibatkan tekanan pada belakang badan.\n\nIndividu yang obes mempunyai risiko yang tinggi menghidap osteoarthritis. Mengurangkan berat badan sebanyak 5 hingga 10 peratus boleh mengurangkan masalah sakit belakang anda."
"Kita selalu dengar mengenai penyakit appendik, tapi adakah anda benar-benar tahu tentang penyakit appendik. Mari kita ketahui lebih lanjut tentang appendik.\n\nKami kongsikan info mengenai appendik yand diterangkan oleh Dr. Suhazeli Abdullah.Semoga tips ini memberi kesedaran kepada kiota.\n\nNama dia appendik sebab dia ada kat hujung usus besar. Sebelum usus besar adalah usus kecil yang berlingkar dalam perut kita.\n\nAppendik ni gunanya untuk simpanan sistem pertahanan badan. Terdapat sel-sel Limfosit yang boleh menjadi sumber sel-sel imuniti apabila diperlukan. Tetapi appendik bukan kilang utama. Sum-sum tulang adalah kilang utama.\n\nSepanjang kehidupan, seseorang mempunyai keberangkalian menghidapi appendisitis sebanyak 10%. Bergantung kepada nasib masing-masing.\n\nPunca atau risiko penyakit appendisitis ini tidak diketahui. Orang tua-tua percaya penyebab appendisitis adalah suka makan cabai. Tidak semestinya! Semua kaum boleh berlaku appendisitis. Tetapi kecenderungan orang berkulit putih adalah tinggi.\n\nAntara Mangsa Yang Mudah Mendapat Appendiks\n\nJulat umur yang selalu berlaku appendisitis adalah antara 10 hingga 30 tahun. Tetapi remaja belasan tahun mempunyai kekerapan paling tinggi. Satu dari 4 kemasukan ke wad pesakit appendicitis ini adalah remaja.\n\nSelepas perang dunia ke 2, jumlah kes appendicitis semakin berkurang setelah sistem kesihatan kita bertambah baik. Komplikasi dari appendicitis seperti appendik pecah, jangkitan kuman seluruh perut juga berkurangan kerana pengesanan dan pembedahan dapat dilakukan dengan cepat.\n\nJika sudah kena appendicitis seperti sakit perut (terutamanya sakit di pusat dan perut sebelah kanan bawah), dinasihatkan segera ke kecemasan klinik atau hospital. Rawatan bomoh atau pawang atau makanan suplemen tidak dapat membantu menyembuhkan appendicitis. Bedah segera adalah terbaik bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk atau maut. Jangan teragak-agak membuat keputusan setelah berbincang dengan pakar bedah anda.\n\n*Appendik sering berlaku di kalangan remaja yang berumur seawal umur 10 tahun. Maka, sebagai ibu bapa, kita perlu menjaga kesihatan anak-anak. Jika mereka mengalami sakit perut yang teramat sakit, bawalah mereka berjumpa dengan doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran penuh daripada penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Tiroid merupakan salah satu dari penyakit yang biasa dikalangan masyarakat Malaysia. Bagi yang tidak tahu, tiroid adalah kelenjer berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher dan berfungsi bagi menghasilkan hormon tiroid. Hormon tersebut pula bertanggungjawab untuk mengawal metabolisme badan seperti tumbesaran dan mengawal protein serta lemak dalam badan. Bagi penghidap penyakit tiroid, apakah pantang larang penyakit tiroid yang perlu anda tahu untuk elak kesan yang lebih parah?\n\nArtikel pada kali ini akan berkongsi kepada ada mengenai pantang larang penyakit tiroid khususnya dalam pengambilan makanan setiap hari. \n\nHipertiroidisme dan hipotiroidisme adalah dua masalah yang sering terkait dengan perubahan pada gangguan hormon tiroid. Hipertiroidisme\u00a0merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Sedangkan hipotiroidisme\u00a0merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah.\n\nKedua-dua masalah perubahan hormon tiroid ini boleh membawa kepada kesan negatif kepada fungsi jantung seseorang. Hal ini disebabkan oleh jantung terpaksa bekerja kuat untuk meningkatkan daya pengecutan otot dan kadar denyutan jantung.\n\nUntuk mengelak dari berlaku sesuatu yang lebih buruk pada masalah tiroid anda, pantang larang penyakit tiroid wajib diambil peduli. \n\nSejak dulu kala lagi, makanan yang berasaskan soya sudah menjadi seteru kepada pesakit tiroid disebabkan adanya bahan yang dikenali sebagai isoflavones. Makanan yang dimaksudkan dalam kategori ini adalah tempe, edamame, tofu, dan miso. \n\nSesetengah kajian mendapati bahawa terlalu banyak soya dalam badan pesakit tiroid boleh mendatangkan hipotiroidisme. Walaupun begitu, kajian menerusi Laporan Saintifik pada bulan March 2019, menyatakan sebaliknya. \n\nSungguhpun begitu, kajian lain mendapati soya ini berpotensi untuk mengurangkan kesan maksima ubat tiroid yang dimakan. Oleh yang demikian, disarankan kepada pesakit yang mahu mengambil makanan berasaskam soya untuk membuat konsultasi terlebih dahulu kepada doktor anda. \n\n2. Sayuran seperti brokoli dan kubis\n\nSayur jenis cruciferous seperti brokoli dan kobis bunga yang tinggi kandungan nutrisi serta serat ini boleh menganggu penghasilan hormon tiroid khususnya kepada pesakit yang memang rendah kandungan iodinnya. Sayur mungkin pilihan No.1 bagi orang normal tetapi tidak bagi pesakit tiroid.\n\nIni telah dibuktikan sendiri dari kajian Mayo Clinic. Disarankan untuk pesakit yang mahu ambil sayur ini sebagai diet makan pastikan masak ia terlebih dahulu dan hadkan juga pengambilannya kepada 5 auns sahaja sehari.\n\nPantang larang pesakit tiroid khususnya yang berhadapan dengan masalah hipotiroidisme, dinasihatkan juga agar elak dari mengambil makanan dari gluten. Makanan proses yang dimaksudkan ini adalah seperti spageti, roti, gandum, tepung gadum, barli, dan bijirin. \n\nIni kerana gluten dikatakan akan menyebabkan usus kecil mengalami keradangan dan seterusnya mengehadkan keberkesanan ubat tiroid. Menurut sebuah artikel yang dimuatkan dalam jurnal Endocrine Connections, hipotiroidisme dan penyakit seliak (CD) selalunya berlaku sekali.\n\nApa yang pasti, langkah lebih selamat adalah dengan mengurangkan terus pengambilan gluten untuk kesan mendadak yang kita tidak pernah jangka. \n\nMasyarakat Melayu memang tidak lari dengan makanan berlemak khususnya yang bergoreng. Sedar atau tidak makanan tinggi lemak seperti ini dapat mengganggu penyerapan ubat penggantian hormon tiroid. \n\nMentega, marjerin, dan lemak daging haiwan adalah antara makanan berlemak yang sangat tidak sihat dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Setiap kali anda makan, tubuh hanya dapat 0 nutrisi dan tinggi kalori.\n\nApa sahaja makanan yang bergula tentu ia menjadi pilihan ramai kerana lebihan gula boleh menyebabkan seseorang itu mudah ketagih untuk mengambil gula dalam kuantiti yang banyak. Pesakit hipotiroidisme mempunyai kadar kebolehan metabolisma yang sangat rendah.\n\nApabila makanan bergula diambil tanpa had, badan tidak mampu untuk memproses gula tersebut lagi dengan cepat. Kesannya, ia membawa kepada kegemukan dan risiko penyakit diabetes.\n\n6. Makanan sejuk beku dan proses\n\nMakanan segera atau sejuk beku mempunyai kandungan sodium yang sangat tinggi di mana bagi pesakit hipotiroidisme menjauhi makanan yang ada sodium adalah kemestian. Terlalu banyak sodium akan membawa risiko tekanan darah tinggi dan sakit jantung.\n\nMenurut Persatuan Jantung Amerika, orang yang mempunyai risiko peningkatan tekanan darah tinggi harus mengehadkan pengambilan natrium mereka kepada 1,500 miligram sehari.\n\nMendapat serat yang cukup dalam makanan seharian memang baik untuk tubuh badan, tetapi apabila berlebihan ia akan menyukarkan perawatan pesakit hipotiroidisme. Cadangan yang dikeluarkan oleh Daily Guidelines for Americans berkata, orang yang berumur 50 tahun ke atas hanya perlu mengambil 25 hingga 38 grams serat setiap hari.\n\nKandungan serat yang tinggi pada sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan bijiran akan menganggu penyerapan hormon tiroid.\n\nSebut sahaja tentang minuman berkafein pasti dalam otak kita sudah terdetik air kopi di waktu pagi. Mengikut kajian dalam jurnal Tiroid, kafein telah didapati menghalang penyerapan penggantian hormon tiroid. \n\nOrang yang mengambil ubat tiroid dan dalam masa yang sama minum kopi setiap pagi sebenarnya mempunyai tahap tiroid yang tidak terkawal lagi. Namun jika tidak mampu ubah tabiat sebagai pencinta kopi, jarakkanlah pengambilannya sekurang-kurangnya 30 minit.\n\nAlkohol mendatangkan malapetaka kepada kedua-dua masalah hormon tiroid yang diulas tadi. Hal ini kerana, alkohol didapati boleh memberi kesan toksik pada kelenjar tiroid dan menekan keupayaan badan untuk menggunakan hormon tiroid. \n\nDiharapkan artikel mengenai pantang larang penyakit tiroid ini dapat memberikan anda khususnya penghidap masalah tiroid di luar sana sedikit informasi yang bermanfaat untuk penjagaan diri jangka masa panjang. Ingat kesihatan itu perkara utama dalam hidup kita, dan jauh lebih bernilai dari emas dan wang ringgit. Kesihatan yang sihat tidak boleh dijual beli dengan sesuatu yang lain. \n\nSelain dari artikel berkenaan dengan pantang larang penyakit tiroid ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain dan menarik seperti:"
"Nasi ayam tak perlu lagi disangkal akan kesedapannya. Orang kita memilihnya sebagai makanan pilihan tak kira waktu siang atau malam. Ia\u00a0 juga ada pelbagai jenis, ada nasi ayam penyet, nasi ayam hainan, nasi ayam kukus dan macam-macam lagi inovasi terhadap makanan yang satu ini. \n\nMakanan ini juga menjadi makanan seharian atau pada majlis-majlis tertentu kerana cirinya yang melengkapi bagi sesebuah hidangan. Protein, karbohidrat, serat, vitamin dan banyak lagi. Selain berkhasiat, ia pastinya enak.\n\nNasi ayam biasannya disediakan dengan nasi yang dimasak dengan margerin, daun pandan, serai serta halia. Itu ciri khas nasi ayam. Kemudian lauk wajib semestinya ayam.\u00a0 Ada yang hanya menggoreng. Ada juga yang memilih bakar atau sekadar rebus. Namun sebelum proses itu, ayam terlebih dahulu diperap untuk mendapatkan rasa yang sedap. Akhirnya disajikan dengan sambal dan kicap. Timun dan salad pula menjadi pelengkap.\u00a0\n\nKesimpulannya, ia berbalik kepada cara penyediaan. Bagi anda yang ingin memasak nasi ayam, pastikan anda menyediakan resepi dan bahan mengikut garis kesihatan yang sesuai. Cari sahaja di internet, ramai yang berkongsikan resepi nasi ayam versi sihat.\n\nJom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori mee goreng."
"Setiap manusia terbukti mempunyai keperluan diet yang berbeza berdasarkan banyak faktor. Rupa-rupanya, berdasarkan kajian saintifik, etnik seseorang turut memainkan peranan dalam pengambilan dan keperluan diet, khususnya pengambilan kalsium! Artikel ini mengupas isu etnik dan keperluan kalsium yang bersesuaian mengikut tiga etnik utama dunia (kulit hitam, kaukasian dan oriental).\n\nKalsium (simbol kimia: Ca) ialah nutrien unik dalam tubuh di mana kekurangan nutrisi bagi unsur ini tidak akan menganggu fungsi metabolik dalam tubuh.\n\nCiri ini telah menyebabkan kekurangan kalsium dalam tubuh lambat dikesan. Memahami manfaat kesihatan daripada populasi atau etnik tertentu yang kerap mengamalkan permakanan berasaskan kalsium dapat menerangkan peranan dan kelebihan pengambilan kalsium dalam diet makanan.\n\nPenduduk yang mengambil makanan kaya kalsium bergantung kepada pemahaman bagaimana\n\nFungsi metabolik kalsium yang telah dikenal pasti adalah berdasarkan dua ciri: ion kalsium melekat pada molekul protein ATAU ikatan kalsium dengan atom oksigen pada sisa glutamate dan aspartat untuk membentuk protein berfungsi.\n\nDi peringkat selular, protein tidak mengandungi kalsium.\n\nKehadiran kalsium ke dalam molekul protein ini akan mengubah bentuk dan mengaktifkan ciri dan fungsi protein tersebut. Keperluan protein terhadap kalsium adalah begitu kuat dengan memperuntukkan ruangan khas sebesar saiz sel untuk dimasuki kalsium.\n\nSelepas diaktifkan, protein tersebut akan menjadi aktif untuk menggalakkan pelepasan kalsium yang tersimpan dalam sel lain, contohnya dalam sel otot.\n\nKalsium ialah unsur kelima paling banyak dijumpai dalam biosfera dan hadir dalam kepekatan yang tinggi dalam semua habitat di air dan di daratan.\n\nKalsium diambil dari tanah oleh akar pokok lalu menjadi tisu tumbuhan, yang kemudiannya dimakan oleh haiwan. Kelimpahan kandungannya ditunjukkan dalam rangka besar haiwan herbivor seperti gajah dan haiwan tenusu, dari kambing ke kerbau air.\n\nManusia dan primat lain dianggarkan memakan diet dengan kepadatan kalsium melebihi 80 mg/100 kcal.\n\nKini, diet yang rendah kalsium adalah fenomena yang sering dilaporkan.\n\nPada zaman primitif, keadaan yang serupa terjadi apabila diet berasaskan makanan benih, misalnya, bijirin, kekacang dan buah-buahan diamalkan yang mempunyai kepadatan kalsium yang rendah.\n\nSebaliknya hari ini, lebih daripada 60% daripada jumlah pengambilan tenaga semua manusia hidup di planet ini berasal dari tanaman benih, melainkan jika terdapat usaha sendiri untuk mengambil diet yang mengandungi komponen tenusu besar, bagi mengelakkan kes kekurangan kalsium dalam sistem tubuh.\n\nWalaupun revolusi pertanian (yang menanam tanaman makanan benih) berlaku kira-kira 10,000 tahun yang lalu, pelbagai faktor terutamanya amalan pengeluaran makanan telah menggalakkan pengambilan kalsium pada tahap yang tinggi sehingga zaman logam (1000 SM di Timur Tengah dan 1500 AD di hemisfera Barat).\n\nRingkasnya, di zaman moden ini, fisiologi permakanan kita adalah seperti di zaman paleolitik!\n\nPengambilan Kalsium Berdasarkan Etnik Utama Dunia\n\nRajah contoh tiga etnik utama dunia, dari kiri, berkulit hitam (Black), oriental dan kaukasian Sumber: news.brown.edu\n\n\u00a0Adalah tidak menghairankan bahawa osteoporosis (masalah tulang) ialah perkara lazim yang berlaku dalam populasi manusia.\n\nIni adalah pemerhatian biasa bahawa wanita kaukasian (berkulit putih) berusia seawal 50 tahun di Eropah dan Amerika Utara mempunyai sekurang-kurangnya peluang 50% untuk mengalami patah tulang akibat osteoporosis. Masalah ini tidak semestinya terhad kepada golongan wanita kaukasian.\n\nLelaki kaukasian di Amerika Syarikat mempunyai risiko berdasarkan umur (38%) untuk mengalami patah tulang femoral atas (tulang peha atas) berbanding dengan wanita kaukasian.\n\nWanita Afrika-Amerika turut mempunyai risiko yang lebih kurang sama (36%), manakala lelaki Afrika-Amerika mempunyai risiko yang paling rendah (20%).\n\nStatistik kecederaan tulang pinggul mungkin lebih tepat berbanding dengan keretakan pada tulang lain, maka gejala tersebut biasanya digunakan sebagai tanda penyakit osteoporosis.\n\nWalau bagaimanapun, gejala ini tidak boleh digunakan untuk membuat perbandingan pengambilan kalsium antara kaum, kerana risiko patah tulang pinggul sangat berkaitan bukan hanya pada jisim tulang di pinggul, tetapi pada ciri anatomi tulang itu sendiri seperti panjang paksi pinggul, sudut pinggul, padding tisu lembut di pinggul, dan indeks jisim badan (BMI), yang mana adalah berbeza antara tiga etnik utama dunia iaitu Hitam (Black), Oriental dan Kaukasian.\n\nPada masa dahulu, etnik oriental, yang boleh dicirikan dengan penempatan di Asia, mengalami kurang osteoporosis berbanding orang kulit putih, walaupun pengambilan kalsium yang lebih rendah.\n\nHujah ini mendorong kepada pernyataan kalsium tidak boleh menjadi punca penting untuk kesihatan tulang. Hujah ini telah disangkal dengan mengaitkan risiko kepatahan tulang yang lebih rendah dalam kalangan etnik oriental kerana mempunyai rangka tubuh dan geometri tulang yang lebih kecil.\n\nSelanjutnya, pengambilan kalsium, apabila dilaraskan kepada jisim badan oriental yang sering lebih rendah, secara amnya mencatatkan kandungan kalsium tinggi atau lebih tinggi daripada etnik kaukasian Amerika Utara.\n\nKecekapan penyerapan kalsium dari pengambilan mereka juga adalah setanding dengan etnik lain menggunakan kaedah yang sama.\n\nLau dan rakan-rakannya, dalam beberapa kajian, telah mengenal pasti pengambilan kalsium rendah sebagai satu daripada dua faktor risiko utama untuk patah tulang pinggul masyarakat Cina di Hong Kong.\n\nMereka membuat kesimpulan bahawa pengambilan kalsium yang rendah merupakan ancaman kesihatan awam yang utama bagi penduduk di situ.\n\nSatu kajian di Amerika Utara pula membandingkan jisim tulang lengan 192 wanita berkulit hitam dan 782 wanita berkulit putih dan kaitan dengan pengambilan kalsium oleh setiap individu.\n\nHasilnya, kebanyakan atau kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai pengambilan kalsium di bawah keperluan minimum masing-masing dan perlu ditingkatkan.\n\nSebahagian besar kajian terhadap kesan pengambilan kalsium terhadap kualiti tulang dilakukan di Afrika Selatan dan Gambia, di mana kekurangan zat makanan pada peringkat global ini telah merumitkan tafsiran kajian pengambilan kalsium.\n\nBerdasarkan kajian yang telah dijalankan juga, walaupun masih belum dapat menyimpulkan kaitan antara pengambilan kalsium dengan kes osteoporosis dalam kalangan etnik kaukasian dan oriental, etnik kulit hitam dilaporkan berhadapan dengan risiko kesihatan yang lebih teruk seperti masalah buang pinggang dan strok sekiranya pengambilan kalsium yang mencukupi diabaikan."
"Ingin kulit cantik? Ingin sihat? Ingin banyakkan susu ibu? Ingin hilangkan demam anak? Jom makan sup lobak putih.\n\nLobak putih membawa banyak kebaikan. Antaranya membantu detosifikasi dalam tubuh, hilangkan sembelit, cegah kanser, menjaga kesihatan jantung, bahkan dapat menjaga kesihatan kulit. Patut kulit orang Korea halus mulus, sebab makan kimchi lobak putih yang banyak khasiat ini.\n\nOrang melayu mengenal lobak putih sebagai makanan untuk \u2018berpantang\u2019. Namun tidak hanya untuk orang berpantang tapi kesemua orang amat dialu-alukan untuk makan lobak putih demi untuk kesihatan.\n\nAntara resepi lobak putih yang paling dicari ialah sup lobak putih. Seperti yang dikongsikan oleh Ukhtiey Khairunnisa\u2019 di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sup lobak putih, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Puding Cocktail ini selalunya boleh dilihat di majlis makan-makan, hotel dan sebagainya sebagai pemanis mulut. Ia menjadi kegemaran orang ramai disebabkan rasa \u2018kaya\u2019 nya. Mana tak nya, sudahlah lemak berkrim, sejuk ditambah pula dengan buah-buahan yang segar. Nescaya ada yang mengulanginya. Rasa tak puas kalau menjamahnya hanya sedikit.\n\nMembuat Puding Cocktail tidaklah terlalu sukar. Bahannya pun tidak rumit dan mudah di dapati di mana-mana sahaja. Boleh sahaja jika kita hendak membuatnya di rumah. Mudah dan cepat. Tidak makan masa. sangat sesuailah dengan mak-mak yang ada anak kecil. \n\nBolehlah mencuba resepi dari Juliana Ramli. Semoga ianya boleh membantu para suri rumahtangga dalam mencari idea untuk mempelbagaikan juadah untuk seisi keluarga.\n\nMudahkan? Sekelip mata jer dah siap. Selain daripada resepi Puding Cocktail ini, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Permainan tradisional merupakan warisan yang wajib kita pertahankan supaya kekal sehingga ke generasi yang akan datang. Sayangnya, kebanyakan anak muda zaman sekarang sudah tidak mengenali permainan tradisional. Apa kata kita ubah keadaan ini?\n\nJom kita perkenalkan semula permainan tradisional supaya dekat dihati anak-anak kita.\n\nApabila sebut perkataan permainan tradisional, permainan pertama yang muncul di minda kami ialah congkak. Terimbas kembali memori bermain congkak semasa kecil dahulu. Istimewanya, kami mengorek tanah untuk dijadikan sebagai congkak dan ramai-ramai cari batu jalan untuk dijadikan sebagai buahnya. Kadang-kadang ada yang bergaduh sehingga menangis apabila kalah.\n\nDalam permainan congkak, terdapat 7 lubang pada setiap pihak, dan pemain akan mendapat satu lubang besar yang dipanggil sebagai rumah. Anda boleh belikan set congkak sebagai hadiah kepada anak-anak dan bermain bersama semasa hujung minggu. Tak perlu lagi keluar window shopping di pusat membeli-belah.\n\nDulu zaman sekolah rendah, galah panjang merupakan permainan kegemaran ramai. Masing-masing akan berdiri memeluk tiang sambil menunggu untuk menangkap kawan yang berlari laju dalam cubaan untuk melepasi penjaga- penjaga tiang. Habis waktu sekolah, permainan galah panjang akan disambung di halaman rumah pula.\n\nPetak-petak besar akan dilukis diatas tanah menggunakan ranting kayu. Pemain akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan menjaga petak, manakala satu kumpulan lagi akan berlari melepas penjaga petak. Galah panjang merupakan permainan yang sangat menyeronokkan.\n\nLompat getah\u00a0 juga merupakan permainan tradisional kegemaran kami. Sangat-sangat mengundang nostalgia.\u00a0 Terdapat dua permainan yang boleh dimainkan dengan gelang getah yang disambung-sambungkan ini.\n\nPermainan pertama ialah zerofon. Untuk permainan ini, anda dan kawan-kawan akan melompat getah mengikut ketinggian. Bermula dari lutut, naik ke pinggang, diikuti bahu dan kepala.\n\nPermainan kedua, kami panggil skipping. Untuk permainan ini, getah akan diayun-ayunkan sambil ramai-ramia menyanyi, dan seorang pemain akan melompat-lompat seperti menari di atas getah tersebut.\n\nPermainan tradisional teng-teng juga dipanggil sebagai jengket-jengket. Terdapat dua jenis permainan teng-teng. Permainan pertama kami panggil teng-teng kapal terbang, seperti gambar di bawah. Dipanggil kapal terbang kerana bentuknya yang seakan-akan kapal terbang.\n\nPermainan teng-teng yang kedua merupakan kegemaran kami, bentuknya ialah segi empat dengan petak-petak untuk dipijak. Yang menariknya, serpihan kaca digunakan sebagai buah untuk dibaling.\n\nSiapa yang lahir tahun 80an dan 90an pasti akan kenal dengan permainan legend ini. Permainan mudah tapi sangat menyeronokkan. Peralatan yang diperlukan ialah beberapa pasang selipar. Selipar keras adalah pilihan utama. Pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan.\n\nKumpulan pertama akan membuat balingan ke arah selipar dan membuat cubaan untuk menyusun kembali selipar, manakala kumpulan kedua akan membaling selipar ke arah kumpulan lawan. Siapa yang terkena selipar akan terkeluar. Sakitnya bukan kepalang, tapi tetap nak main.\n\nPermainan tradisional baling tin lebih kurang sama seperti baling selipar. Bezanya, untuk permainan baling selipar, benda yang akan disusun ialah selipar manakala bagi permainan baling tin, pemain akan membuat cubaan untuk menyusun tin susu.\n\nPermainan tradisional yang seterusnya ialah rounders yang lebih kurang sama seperti baseball dan kriket. Pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dan bermain dengan memukul bola menggunakan kayu besbol buatan sendiri dan membuat satu pusingan larian.\n\nYang ini merupakan permainan tradisional yang sangat menyeronokkan. Bermain pondok-pondok bermakna anda boleh jadi apa sahaja, di mana sahaja. Nak jadi orang kaya, nak jadi peniaga kedai makan, nak main kawin-kawin, semua pun boleh. Pondok-pondok merupakan permainan yang menggalakkan anda berimaginasi dengan menggunakan apa-apa sahaja yang ada di sekeliling.\n\nGunakan tanah untuk main masak-masak dalam tin susu. Nak bina rumah? Cari pelepah kelapa atau dahan kayu sebagai tiang dan gunakan daun pisang sebagai bumbung dan dinding rumah. Kalau emak tak marah, boleh pinjam bekas plastik, cawan plastik dan periuk buruk untuk dibuat main.\n\nAnda pernah main lompat tikus waktu kecik dulu? Ini merupakan permainan tradisional yang memerlukan anda\u00a0berlari, melompat dan merangkak dalam usaha untuk melepasi tangan dan kaki dua orang pemain dari kumpulan lawan. Semakin lama, halangan akan menjadi semakin tinggi dan makin susah untuk dilepasi.\n\nUntuk bermain konda kondi, anda memerlukan dua kayu iaitu kayu ibu dan kayu anak. Anda akan membuat cubaan untuk menyungkit kayu anak menggunakan kayu ibu. Selepas berjaya mengungkit kayu anak,\u00a0 dan perlu berlari untuk mengejar dan menangkap kayu anak\u00a0 yang berjaya dibaling.\n\nSiapa pernah main permainan tradisional pukul berapa datuk harimau? Permainan ini sememangnya mendebarkan. Salah seorang pemain akan menjadi harimau. Apabila sampai pukul 12, harimau tadi akan mengejar pemain-pemain lain. Siapa kena tangkap, dia pula akan menjadi harimau.\n\nPermainan tradisional ini lebih kurang sama seperti pukul berapa datuk harimau. Bezanya, untuk permainan ibu ayam dan musang, akan ada seorang pemain menjadi musang, seekor ibu ayam, dan pemain lain akan menjadi anak ayam. Anak-anak ayam akan beratur di belakang ibu ayam yang mendepakan tangannya untuk mengelakkan anak-anaknya daripada dimakan musang.\n\nItulah dia beberapa permainan tradisional yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang doa untuk anak,\u00a0faedah membaca, dan nama anak perempuan"
"Resepi Ayam Masak Ingkung Jawa merupakan salah satu masakan tradisi masyarakat Jawa yang amat menyelerakan. Ayam dimasak seekor membolehkan dagingnya sangat berjus dan lembut tau.\n\nResepi tradisi Jawa ini dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan di laman Facebook.\n\nDah siap. Insyallah hidangan ini akan sangat menyelerakan. Masyarakat Jawa selalu buat ini untuk bancaan, kesyukuran atau majlis-majlis istimewa. Memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih atau Nasi Ambeng. Apa lagi, jangn lupa cuba ya resepi ini.\n\nSelain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Salah satu cara mengawal gangguan emosi anak-anak (merajuk, mengamuk, tantrum, marah, menangis) ialah dengan menamakan emosi itu.\n\nKalau dalam komunikasi dalam bahasa Inggeris, teknik ini sangat sinonim dengan empathy.\n\n\u201cI can see you\u2019re UPSET\u201d\n\u201cI think you\u2019re SAD at the moment\u201d\n\u201cFrom what i heard so far, I can tell that you\u2019re ANGRY\u201d\n\u201cI can tell you\u2019re GRUMPY, am I right?\n\nDalam bahasa Melayu pun kita boleh apply, mungkin dalam susun ayat yang berbeza. \u201cAbang marah ke?\u201d\u00a0\u201d Kakak merajuk ke?\u201d\n\nContohnya, bila anak mengamuk tak dapat benda dia nak, instead of kita invest effort naik suara lawan suara dia, lebik baik kita ambil more in-control step.\n\nPegang anak tersebut, dapatkan eye contact, kemudian namakan emosinya. \u201cAdik marah? Sebab tak dapat phone? Adik nak sangat main phone? ok. Papa tahu adik nak, adik suka tengok cerita dekat telefon, betul? Tapi sekarang dah lewat, tak boleh. Esok pula\u201d. Make sure you talk in confident tone. repeat if necessary.\n\nDengan kaedah ini, anda akan jimatkan pembaziran emosi, tengkingan yang tidak perlu dan perbalahan yang tak berpenghujung.\n\nNamun yang penting kita namakan emosi itu pada anak kita dalam keadaan yang ikhlas dan ingin memahami.\n\nDengan menamakan emosi kita mencapai beberapa perkara:\n\n#1 Kita menunjukan kepada anak kita yang kita mendengar, memahami atau cuba memahami.\n\n#2 Kita mengajar mereka untuk kenal emosi dan seterusnya mengurusnya dengan baik.\n\n#3 Kepercayaan (trust) akan lebih mudah terbina bila kita berurusan dengan isu yang sama,\n\n#4 Apabila kepercayaan terbina, anak akan lebih terbuka, mudah dibawa berbincang dan kurang buat hal.\n\nDengan orang dewasa pun boleh buat. Tak percaya try dengan husband atau wife. (Buat dengan ikhlaslah, kalau perli memang lagi angin orang tu)."
"Pokok keladi atau nama saintifiknya Caladium kini semakin viral dan terkenal terutama dalam kalangan ibu-ibu. Lantaran itu, ada yang menjualnya cecahan ribuan ringgit mengikut jenis atau spesies.\n\nMajoriti pokok keladi yang mencecah ribuan ringgit merupakan spesis unik, jarang ditemui dan terhad di pasaran. Siapa sangka, keladi yang dahulunya terbiar kini menjadi buruan ramai orang untuk dijadikan hiasan.\n\nRamai yang tak tahu pokok keladi mempunyai ribuan spesis.\u00a0 Setiap keladi mempunyai bentuk dan corak berbeza. Ramai kaum ibu khususnya kian gemar menanam pokok keladi untuk dijadikan hiasan di halaman rumah. Ada juga yang meletakkannya dalam setiap sudut rumah.\n\nJika ada yang tak tahu, pokok keladi perlulah ditanam ditempat yang terlindung dari cahaya matahari secara terus untuk kekal membesar dengan cantik. Pastikan tanah sentiasa lembab dan gunakan baja untuk mendapatkan daun yang lebat.\n\nAda yang sedang mencari hadiah untuk isteri atau ibu? Elok sangat beri pokok keladi yang viral ini. Bagi anda yang hendak mencari pokok keladi viral yang cantik tetapi tidak tahu nama dan spesis, jangan risau kami sediakan 15 spesis pokok keladi yang umum.\n\nKeladi spesis ini sering dijadikan hiasan dalaman rumah. Bentuk daunnya mempunyai corak seakan kekoyakkan. Sebenarnya banyak jenis pokok monstera yang cantik. Namun ini adalah salah satu darinya .\n\nDari sudut kesihatan, keladi ini dapat memperbaiki kualiti udara persekitaran. Ia mampu menyerap formaldehyde yang tidak elok pada kesihatan manusia. Keladi ini juga sesuai diletakkan di luar rumah namun elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus.\n\nTropical Storm adalah antara keladi yang sering ditanam sebagai hiasan. Keladi Tropical Storm mempunyai warna yang menyerlah iaitu kehijauan dan sedikit keputihan atau kekuningan di tengah-tengah daun. Penjagaannya juga sangat mudah.\n\nJika anda mencari pokok keladi hiasan selain warna hijau, apa kata beli Red Stardust yang mempunyai corak menarik dan berwarna merah yang menyerlah. Keladi ini juga mudah dijaga selain sesuai diletakkan untuk hiasan dalaman rumah atau pejabat.\n\nKeladi White Christmas mempunyai corak yang menawan kerana pada daunnya akan timbul corak yang memutih dan urat yang halus. Spesis ini mudah membiak atau merimbun dan tahan panas. Namun untuk dapatkan corak putih yang menyerlah, letakkan keladi ini di bawah teduhan.\n\nAngel Wings atau nama lainnya Caladium Bicolor mempunyai bentuk seakan hati. Lazimnya spesis ini mempunyai warna sedikit kehijauan di sekeliling daun dan di tengah-tengahnya kemerahan dan sedikit putih. Angel Wings juga mudah dijaga.\n\nKeladi Pink Burst juga mempunyai bentuk hati dengan keliling daun berwarna hijau dan ditengah-tengahnya merah jambu. Keladi spesis ini mudah ditemui. Jika anda ingin menanam spesis ini, anda digalakkan untuk meletakkannya di luar rumah untuk mendapat cahaya matahari yang cukup.\n\nJika anda inginkan warna daun yang lebih menyerlah, letakkannya di bawah pencahayaan yang cukup dan pastikan tanah sentiasa lembab.\n\nWildfire juga mempunyai corak yang menyerlah. Bentuk daunnya seakan hati namun lebih bujur dan sekeliling daun bergerigi besar. Warnanya pula merah terang pada bahagian pusatnya, berurat putih dan kehijauan dengan tompokan merah di bahagian luar.\n\nSpesis ini mengambil masa yang lama untuk merimbun dengan anggaran selama 3 minggu. Namun, ramai yang menyukainya kerana cantik dijadikan hiasan.\n\nSpesis ini hampir sama bentuknya dengan keladi Wildfire namun coraknya berbeza. Carolyn Whorton mempunyai urat tebal berwarna merah dan tompokannya besar berwarna merah jambu.\n\nTurut dikenali sebagai keladi bomba, keladi ini sangat popular dan senang untuk diperolehi. Salah satu sebab ramai yang memilih Carolyn Whorton adalah ianya mudah dijaga.\n\nRamai yang keliru pokok keladi Green Spider dan Festivia. Cara nak membezakannya adalah dengan melihat warna batangnya. Jika batangnya berwarna hijau, ia adalah Green Spider manakala batang hitam adalah Festivia.\n\nDaun keladi ini berwarna merah menyerlah dengan urat berwarna hijau. Lagi cantik apabila keladi ini mula merimbun. Selain mudah dijaga, ianya juga senang untuk membiak.\n\nJika anda mencari keladi untuk hiasan dalaman rumah, apa kata anda letakkan spesis ini. Lebih-lebih lagi rumah yang berkonsepkan minimalis atau alam. Spesis ini turut dikenali sebagai keladi kemoyang.\n\nDaunnya kehijauan dan bergaris cantik serta batangnya berwarna merah. Harganya di pasaran ada yang murah dan ada juga dijual dengan harga kayangan. \u00a0Keladi ini sesuai untuk hiasan dalam rumah.\n\nPopular dengan nama keladi Albino, keladi ini mempunyai daun kehijauan dengan tompok keputihan. Nak jadikan hiasan dalaman atau di luar rumah juga sesuai. Pokok keladi Albino memerlukan penjagaan yang rapi kerana pada peringkat anak pokok, spesis ini sangat sensitif dengan persekitaran.\n\nDi Malaysia spesis ini dikenal sebagai Keladi Komando. Corak daunnya seakan celoreng tentera, keladi ini mempunyai dua kombinasi warna iaitu hijau pekat dan hijau muda. Seperti kebanyakan spesis keladi yang lain, Hilo Beauty berbentuk hati.\n\nPokok keladi paling unik ini mempunyai warna yang gelap tetapi sangat menyerlah.\u00a0 Pada awalnya, black coral akan tumbuh dengan warna daun menghijau. Tetapi jangan risau kerana warnanya akan bertukar menjadi kehitaman tidak seperti spesis Black Magic. Semakin berusia daun, semakin gelap warnanya.\n\nKeladi Heart Desire mempunyai urat tebal berwarna putih di samping daun kehijauan dan tompokan seperti percikan yang berwarna merah. Keladi spesis ini mudah membiak sama ada melalui pecahan rumput atau ubinya.\n\nCara penjagaan sangat mudah. Anda boleh meletakkannya di kawasan yang redup atau terkena cahaya matahari secara penuh. Namun warnanya akan berbeza mengikut kadar pencahayaan yang diterima.\n\nDragon Scale tak kurang hebatnya. Daun dengan kombinasi warna hijau gelap dan sedikit hijau terang menyerlahkan lagi keladi tersebut. Dengan garisan atau tulang yang halus, corak daun seolah-olah timbul.\n\nMemang cantik jika dijadikan tanaman hiasan lebih-lebih lagi apabila diletakkan di dalam rumah. Cara penjagaan amat mudah. Anda cuma perlu memastikan tanah sentiasa lembab dan tidak terkena cahaya matahari secara terus.\n\nIni baru beberapa spesis pokok keladi yang kami paparkan. Namun cukup untuk memberi informasi buat anda yang baru ingin berjinak dalam tanaman keladi atau ingin memberi hadiah kepada isteri atau ibu.\n\nSetiap spesis ini mempunyai cara tanaman dan penjagaan yang berbeza. Sekiranya anda ingin membelinya, pastikan anda tahu cara dan tips penjagaan agar pokok keladi tumbuh dengan segar dan cantik.\n\nPaling penting, setiap pokok memang mempunyai keunikan tersendiri. Patutlah ada yang sanggup dapatkan pokok keladi walaupun harganya mampu membeli seutas rantai emas.\n\nKami juga ada menulis artikel lain seperti:"
"Bersalin ada 2 cara iaitu pembedahan atau salin secara normal. Selalu ibu hamil yang tidak mampu untuk bersalin secara normal atau ada sebab-sebab tertentu perlu menjalani pembedahan caesarean. Prosesnya agak berbeza dengan bersalin secara normal.\n\nSi ibu hamil perlu berpuasa selama 6 jam sebelum pembedahan dilakukan. Itu yang dikatakan oleh doktor pakar kerana jika tidak berpuasa risiko isi kandungan dalam perut akan regurgitated ( terkeluar ) dan boleh memasuki paru-paru semasa pemberian bius penuh. \n\nJadi, baik berpuasa 6 jam sebelum pembedahan. Selain itu, ada juga petua sebelum menjalani pembedahan caeserean. \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai petua sebelum menghadapi pembedahan caesarean. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi \n\n5 Petua sebelum menghadapi pembedahan caesarean\n\nMalam-malam tu buat solat hajat. Selagi boleh solat tu buatlah. Minta bantuan dari Allah. Minta jauhkan segala ketakutan. Segala perjalanan pembedahan tak aan berjalan lancar tanpa izin Allah. Doktor hanya bantu sahaja. Kalau tak mampu nak solat, mengaji pun ok sangat dah.\n\n2. Mohon maaf daripada suami dan ibu bapa\n\nMintak maaf pada suami, mak dan ayah. Kalau depa ni jauh, apa guna henfon mahal-mahal kan? Call dorang mintak maaf atas salah silap dan mintak dorang doakan segalanya berjalan lancar. Ni penting. Kalau redha sesama manusia kita dapat, Allah akan redha dgn kita. Semua urusan akan mudah.\n\nSelesaikan hutang-hutang yg ada. Kalau ada berhutang dengan orang pegi settlekan. Takpayah kalut, online banking kan ada.\n\nAkhir sekali, yakin sepenuhnya dengan doktor yang akan bedah korang esok. Saya akan jumpa pesakit yang akan saya bedah biasanya malam sebelum pembedahan, nak bagitau pesakit bahawasanya sayalah doktor bedah dorang esok, sambil borak-borak ringkas. Tak ade lah pesakit terpinga pinga tertanya-tanya doktor mana yg akan buat operation kan ?\n\nBiasanya saya akan mulakan segala macam prosedur dan pembedahan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum korang \u2018ditidurkan\u2019 oleh doktor bius selawat pada Nabi dan doa buat kali terakhir untuk dipermudahkan. Ingat, doa adalah senjata utama kita. Doa dan terus berdoa. Jangan pernah berhenti berharap.\n\n*Ikuti petua ini, Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Perasaan takut dan gementar memang ada, tetapi dengan berbekalkan redha, semuanya akan berjalan dengan baik. Berdoa banyak-banyak, minta semuanya akan baik-baik sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Apabila anak sudah mencecah 2 tahun, mereka akan semakin banyak minum susu formula kerana banyak menggunakan tenaga untuk bermain. Selera mereka juga semakin bertambah. Waktu ini, ibu bapa perlu banyak membeli susu formula, mereka akan sering meminta susu kerana lapar dan haus.\n\nAda yang sampai satu kotak susu formula hanya bertahan seminggu sahaja kerana anak kuat menyusu. Bayangkan kalau satu kotak susu formula anggaran berharga RM28 darabkan dengan 4 minggu, maka sebulan kos untuk susu formula sahaja sudah mencecah RM112. Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu latih mereka untuk makan makanan biasa selain susu formula.\n\nBagaimana mahu latih mereka untuk makan makanan biasa?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 8 tips latih anak berumur 2 tahun ke atas makan makanan biasa. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.\n\nCiri-ciri anak (lebih 2 tahun) minum susu terlalu banyak\n\n1. Minum susu lebih 3 botol sehari untuk anak lebih 2 tahun. Kalau dah 3, 4 tahun tu lagi lah kena kurang susunya. Paling pun 1 -2 botol sehari.\n\n2. Bila lapar minta susu, dah kenyang susu, taknak makan.\n\n3. Selalu berhingus / batuk berkahak.\n\n4. Terlalu memilih makanan, hujung-hujungnya kena kasi susu juga.\n\n6. Kulit yang kering dan gatal.\n\n8 Tips latih anak makan makanan biasa\n\n1. Berikan kata dua pada anak. Makan dulu baru susu. Selagi tak makan, tak ada susu.\n\n2. Ibu bapa harus sepakat dan hati kental. Jangan ada yang mengalah bila tengok anak menangis dan protes taknak makan.\n\n3. Bila anak dah rasa sendiri yang dia lapar kalau tak makan, dan susu tak ada sebagai pengganti makanan, anak akan belajar untuk makan.\n\n4. Berikan 2 menu makanan, dan berikan anak kuasa untuk memilih. Contohnya, \u201cAbang nak makan nasi ayam atau bihun sup malam ni?\u201d. Jangan tanya terlalu umum seperti \u201cAbang nak makan apa malam ni?\u201d, nanti dia jawab nak aiskrim pula hehehe.\n\n5. Pilih susu segar / penuh krim / susu tanpa gula. Anak tak perlukan lagi susu formula setelah 2 tahun ke atas. Nutrisi akan diperoleh dari pemakanan yang sihat.\n\n6. Ajar anak minum susu dalam cawan. Kalau anak bergantung pada botol untuk tidur, berikan hanya untuk tidur. Boleh kurangkan jumlah sedikit demi sedikit.\n\n7. Berikan masa yang spesifik di mana anak seharusnya berhenti botol. Contohnya dari awal harus katakan pada anak \u201cAbang bila dah masuk 3 tahun, tak perlu susu botol dah. Abang dah besar, boleh minum dari cawan saja macam ibu\u201d. Selalu ingatkan, sampailah pada hari tersebut, harus terus berhenti.\n\nBeli lah cawan dengan design paling disukainya sebagai motivasi. Kalau anak belum bersedia, boleh anjakkan tapi berikan syarat seperti kurangkan jumlah / jarakkan selang sehari. Sehingga anak boleh terima dan rasakan sebenarnya botol itu tak penting.\n\n8. Tapi jangan la pula gantikan susu dengan makanan instant seperti roti, biskut dan jajan. Lagi kurang nutrisi anak nanti. Kalau susah nak sediakan makanan khas untuk anak, berikan apa yang kita makan. Biasanya anak-anak akan lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa, sentiasa sediakan jajan sihat / buah-buahan untuk dikunyah.\n\n*Ikuti tips ini yang dikongsikan oleh doktor aimi, Insyaallah, akan nampak hasilnya. Apabila anak sudah pandai makan, mudahlah ibu bapa tidak perlu lagi pening-pening mahu pergi beli susu formula banyak-banyak lagi. Kos juga dapat dikurangkan. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pernahkah anda dengar mengenai penyakit chikungunya? Penyakit Chikungunya telah melanda di negara Malaysia lebih kurang 12 tahun yang lalu. Ketika itu kes penyakit Chikungunya amat tinggi sehingga menjejak angka ribuan, begitu juga tahun berikutnya.\n\nNamun bermula tahun 2011 angka kes penyakit Chikungunya telah menurun dan Malaysia dapat mengawal kes ini dengan baik sekali. Sama juga dengan tahun berikutnya. Pada tahun 2017, angka kes penyakit Chikungunya kembali meningkat kepada ratusan tetapi hanya sekejap sahaja. Tahukah anda apa itu penyakit Chikungunya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta mengenai penyakit Chikungunya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nChikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.\n\nChikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.\n\nYa. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.\n\nMasa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.\n\nAdakah penyakit ini boleh membawa maut?\n\nDi Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.\n\nSeperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.\n\nApakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?\n\nJika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.\n\nGuna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari. Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar. Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk\n\nBersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.\n\nPeriksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes. Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit\n\nPerbezaan antara demam denggi dan penyakit chikungunya ?\n\nChikungunya tidak ada pendarahan hebat, renjatan mahupun kematian. Dengan rehat yang secukupnya serta rawatan asimptomatik, penyakit ini akan sembuh sendiri dalam masa 7 hari\n\nBolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?\n\nBoleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.\n\n*Berikut adalah persoalan-persoalan yang selalu ditanya mengenai penyakit Chikungunya. Walaupun penyakit Chikungunya ini tidak merbahaya seperti demam denggi, namun kita masih perlu berhati-hati dan menjaga kebersihan diri dan tempat kita tinggal. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Rata-rata kalau pergi pasar malam mesti pernah ambil kan Yong Tau Fu. Tapi itulah sekali beli kadang-kadang tak sedar berpuluh dah habis duitnya. Lagi terasa kalau beli untuk makan satu keluarga besar. Sakitlah dompet kalau macam tuh kan. Jadi, untuk jimatkan duit di zaman kegawatan ekonomi ini, apa kata cuba buat kuah Yong Tau Fu ini sendiri dan belilah segala bahan-bahan frozen. Pasti puas makan punyalah. Sebenarnya nak buat kuah Yong Tau Fu ini senang sahaja. Bahan-bahan nya pun tak susah pun nak cari. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Umi Azmi yang mendapat perhatian ramai warga netizen di laman muka buku (Facebook). Resepi yang dikongsikan sangat mudah. Tak percaya?\n\n\u00a0 (Bahan yang bertanda * bahan untuk blend) \u00a0\n\n1. Panaskan minyak. 2. Tumis bahan blend yang bertanda *. 3. Tumis sampai pecah minyak 4. Kemudian masukkan gula melaka. 5. Tambah air secukupnya, masak dengan api perlahan. 6. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. 7. Selepas itu, masukkan air tepung jagung, masak lagi sampai betul-betul hilang rasa tepung jagung. 7. Perasakan garam jika perlu. Siap. Sedikit tips dari pemilik resepi. Masak sehingga betul betul pekat baru power dan kaw sedap (tambah bancuhan tepung jagung jika sos cair). Sos ni boleh disimpan dalam peti ais. Bila nak makan boleh panasakan semula. Ha. Mudah ke mudah? Bolehlah cuba buat nanti. Lagi cantik kalau buat hari yang sepatutnya pergi pasar malam. Boleh elak dari ajakan ke sana dan sudah pastilah boleh jimat duit sedikit. Kena bijak lah kan waktu ekonomi tak satbil nih. Di sini, kami juga ada kongsikan resepi menarik lain untuk dicuba. Jangan lupa kongsikan dengan yang lain tau blog bidadari.my blog pelbagai resepi anda."
"Terdapat pelbagai variasi cara untuk menyediakan nasi goreng ayam yang dapat kita lihat pada hari ini. Setiap satu daripanya membawa rasa yang berbeza mengikut cara kita menyediakannya. Pada tahun 80-an dahulu juga cara penyediaan nasi goreng ayam ini agak berbeza daripada yang ada dijual di kedai-kedai pada hari ini.\n\nNasi goreng ayam ini boleh dikatakan sukar untuk ditemukan lagi pada hari ini. Jika anda adalah salah seorang daripada peminat nasi goreng ayam variasi tahun 80-an ini anda sangat bertuah pada hari ini. Pada hari ini, kami akan berkongsikan resepi nasi goreng ayam tahun 80-an.\n\nResepi nasi goreng ayam tahun 80-an ini telah dikongsikan oleh Mazliza Ahmad\u00a0di laman Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian. \n\nP/S: Lebihan rebusan ayam boleh dijadikan sup. Cuma tambahkan garam dan perasa serta sedikit bawang goreng.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!"
"Siapa tidak kenal ikan patin? Ikan patin sejatinya terkenal dengan masak tempoyak. Sebenarnya ada banyak resepi boleh cuba antaranya masak asam pedas, sambal tumis, kengsom, masak cuka dan lain-lain masakan yang menyelerakan.\n\nIkan patin merupakan ikan air sungai yang biasa diternak di kolam-kolam atau sangkar. Kernanya rasa ikan patin sedikit hanyir ini sesuai dimasak mengikut resepi berbasiskan asam. Ikan patin dagingnya putih, manis dan menyelerakan amat disukai masyarakat malaysia. Bahkan daging ikan patin seringkali dikomersilkan bentuk fillet.\n\nKami ada 10 resepi ikan patin yang mudah dan senang untuk anda cuba. Di mana kumpulan resepi ini sememangnya paling banyak dicari di laman Facebook. Cara masak yang kena dengan tekak dan sedap memang kami syorkan untuk cuba. Jom tengok resepi di bawah ini.\n\nIkan Patin Masak Tempoyak Temerloh Pahang\n\nSiapa yang tidak merasa lagi patin tempoyak? Rugi betul kalau tidak cuba lauk ini. Masak tempoyak merupakan identiti khas ikan patin. Tempoyak ialah durian yang ditapaikan, rasanya berkelainan dan unik jadi kegemaran sesetengah orang. Faris Ibrahim berkongsikan resepi patin tempoyak di laman Facebook. Rahsianya lagi pekat kuah adalah lagi sedap.\n\nBerbasiskan tempoyak, dengan menggaul dan lumurkan tempoyak bersama kunyit hidup yang diblend, tambahkan sedikit cili api supaya pedas meletop. Bahan pais ini diperap bersama ikan patin kemudian dibakar. Kejadiannya memang menggoda selera. Resepi dikongsikan oleh Anggerik Rosni di laman Facebook. Jangan lupa letak petai supaya makin sedap. Boleh bakar atas dapur atau airfryer. Siap.\n\nLetak tomato dalam masakan ini pun sedap kerana makin terasa asam-asam masin kuahnya. Jangan lupa ikan digoreng garing dulu supaya rasa enak lemak ikan. Ayuh ikut resepi Umi Mas di laman Facebook. Makan dengan nasi putih sedap lemak-lemak masam masin.\n\nKalau dapat patin sangkar sungai Pahang sedap lah pula dibuat masak tomyam macam Adnan Bin Mat Abu yang berkongsi resepi di laman Facebook. Resepi amat sedap dan senang dicuba, rasa pula macam tomyam dekat restoran.\n\n\u201cJangankan makan, tengok pun tidak pernah\u201d. Mesti ada dalam kalangan pembaca yang tidak pernah makan \u2018susu\u2019 ikan patin ini. Mungkin ramai yang tidak suka namun bila sudah masak rasanya umphh..sedappp. \u2018Susu\u2019 ikan patin akan kita masak asam pedas. Resepi dikongsikan oleh Norlida Alwi di laman Facebook.\n\nSajian Thailand kengsom memang paling kena dengan citarasa orang Malaysia. Cara menyediakannya pula mudah dan senang. Selalunya orang akan buat ikan siakap namun Eiisha Daud masak dengan ikan patin. Macamana ya rasa dia? Ayuh cubakan.\n\nNak tunggu apa lagi, kalau dapat makan nasi putih dengan sambal tumis patin tempoyak memang berselera lah makan. Kalau tidak percaya cubalah dulu resepi sambal patin tempoyak yang dikongsikan oleh Muhtasib Raudah di laman Facebook. Lazat teramat makan tidak cukup sepinggan. Jangan lupa ikan patin digoreng garing dahulu.\n\nIkan patin bakar makan dengan nasi panas dan ulam-ulaman gojes betul. Senang saja cara dia hanya guna pais Adabi dan sedikit bahan-bahan rencah untuk naikkan rasa dia jadi makin pekat terangkat. Resepi ikan bakar ALeya Seolihah bukan biasa-biasa, sekali cuba mesti nak lagi.\n\nTidak sampai setengah jam siap sudah lauk ini. Makan dengan nasi panas-panas lebih nikmat. Kalau di atas tadi \u2018susu\u2019 patin, sekarang pula kita guna ikan patin semua. Sesiapa yang asyik buat masak tempoyak saja boleh cuba resepi asam pedas patin oleh Nani Habib pula, serius sedap buat resepi ini, senang dan mudah pula. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.\n\nIkan Patin Masak Lemak Cili Padi\n\nAkhir sekali ini resepi yang tidak boleh anda lepas. Pasalnya masak lemak cili api ikan patin ini memang sedap sangat. Rasa lemak, pedas, masin menyatu dalam masakan ini. Dapat pula makan dengan keropok dan ulam memang menjadi. Tuang kuah lemak ke atas nasi putih panas ummph sedap tiada tandingan. Resepi dikongsikan oleh Hidayah Azman di laman Facebook.\n\nSelain resepi ikan patin, kami juga menulis kumpulan resepi lain yang menarik. Sila baca dan cubakan resepi di bawah. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Mahu resepi donut gebu? Apakah anda antara penggemar makanan manis seperti donat? Anda selalu teringin membeli dan memakan donat favorit anda? Mulai sekarang anda tidak perlu penat pergi ke gerai donat untuk menikmati makanan favourite anda tersebut.\n\nMulai hari ini selepas anda membaca artikel ini anda patut untuk mencuba sendiri resepi donat gebu yang kami kongsikan dan boleh membuat donat kesukaan anda bila-bila masa sahaja.\n\nDonat ialah makanan khas barat yang sudah lama popular di seluruh negara. Ianya\u00a0dibentuk dengan menyatukan kedua sisi adunan doh berbentuk persegi panjang hingga membentuk cincin atau menggunakan pemotong automatik yang sekaligus membuat lubang di tengah adunan doh donat.\n\nResepi donat gebu ini hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit bagi menghasilkan 130 biji donat gebu. Tutorial dan resepi ini menjanjikan 2 kebaikan yg nyata iaitu penggunaan masa yang minimum dan penghasilan donat yang sedap dan gebu.\n\nTekstur dalaman donat gebu ini lembut dan spongy namun garing di luar, kekal lembut walaupun sudah sejuk.\n\nResepi ini tidak perlu menggunakan acuan, tidak perlu bancuh yis guna air suam, tidak perlu perap adunan doh, tidak perlu teknik tumbuk2 adunan doh utk keluarkan angin, tidak perlu masa yg lama utk tunggu adunan doh kembang. Semoga perkongsian yang didapat daripada Noorastella Muhamma di Facebook ini bermanfaat untuk pembaca semua. Sila dipraktikkan.\n\nResepi Donat Gebu 3S ( Sedap, Senang, Simple)\n\nSelamat mencuba resepi donat gebu yang kami kongsikan.."
"Sesetengah daripada kita percaya dan yakin bahawa setiap penyakit jasmani berkait rapat dengan penyakit rohani. Hal ini kerana kita dapat melihat walaupun seseorang itu mempunyai populariti dan kemewahan tetapi ianya tidak dapat memberikan kesembuhan kesihatan kepadanya termasuk menghilangkan kegelisahan hati.\n\nMari kita lihat input menarik daripada Puan Izzah Ahmad mengenai penyakit Rohani dan Jasmani. \n\nSeorang Profesor Muslim di Jepun telah melakukan penyelidikan luar biasa (tidak disebutkan bagaimana cara penyelidikan dilakukan). Hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakkan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani. \n\nAntara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah:\n\nBenarlah firman Allah Taala yang bermaksud:\n\n\u201cDan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah.\u201d As Syuura ayat 30-31.\n\n*Sebagai seorang Islam, kita hendaklah mendekatkan diri kepada Allah di samping memohon keampunan kepadaNya di atas setiap perbuatan yang dibuat kerana kita mungkin tidak sedar kesalahan yang dilakukan. Akan tetapi, ianya hendaklah diiringi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.\n\n*Diharapkan dengan perkongsian ini akan dapat membantu anda supaya sentiasa muhasabah diri dalam melakukan sesuatu. \n\nSumber yang asal boleh rujuk di sini."
"Cantik adalah perkataan yang sangat versatil dan mempunyai banyak makna yang berbeza. Untuk benar-benar menjadi wanita atau perempuan yang cantik, anda harus cantik dari dalaman dan luaran. \n\nDalaman dan luaran seseorang memainkan peranan yang penting bagi emosi dan perbuatan mereka sepanjang hari. Jika akhlaknya baik, maka cantiklah yang dilihat kepada mereka. Jika tidak, pasti akan ada kekurangannya.\n\nJangan ingat cantik itu hanya di mata kasar, tetapi cantik juga mempunyai fakta dan menurut sains yang telah terbukti. Jom kami kongsikan 7 ciri perempuan cantik menurut sains wanita perlu tahu.\n\nTidak ada yang lebih cantik daripada seorang perempuan yang mempunyai semangat. Seorang perempuan yang bersemangat pasti tidak akan mudah untuk menyerah apabila mempunyai masalah. \n\nSemangat ini hanya dirasai oleh diri sendiri sahaja. Perempuan yang bersemangat juga pasti sentiasa berkeyakinan tinggi serta tidak menghiraukan segala perkara negatif yang dilontarkan kepadanya. \n\nMenurut kajian, mereka yang gembira dan tidak menghiraukan emosi stress dan perkara negatif akan lebih awet muda berbanding mereka yang selalu tertekan. Ciri perempuan cantik menurut sains ini adalah benar!\n\nPerempuan sememangnya mempunyai hak untuk memakai alat solek dan tidak ada yang salah dengannya. Walau bagaimanapun, perempuan sebenarnya tidak perlu bersembunyi di sebalik wajahnya yang asli. \n\nSeorang perempuan yang cantik tidak akan melakukan sesuatu yang berlebihan untuk sesiapa sahaja kecuali untuk diri sendiri sama ada dari segi pakaian ataupun alat solek.\u00a0 Menurut sains, wanita lebih cantik jika berhias secara natural.\n\nDi dalam agama Islam juga turut menyatakan bahawa kecantikan seorang perempuan terletak pada apa yang ia pakai dan tidak melanggar hukum syarak. Firman Allah S.W.T.:\n\n\u201cHai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.\u201d\n\nSeorang perempuan cantik tidak berperang untuk mendapatkan perhatian, tetapi secara semula jadi dikurniakannya. Daya tarikan perempuan yang cantik itu adalah bahawa dia tidak perlu bekerja keras atau berjuang untuk mendapatkan perhatian. \n\nDia yakin dan merendah diri serta tidak menonjolkan diri sebaliknya orang-orang disekelilingnya akan berceritakan tentangnya. Sama seperti para isteri nabi yang disanjungi. Begitulah menurut sains dan psikologi, wanita yang tidak mengejar perhatian akan menjadi buruan lelaki selalunya.\n\n4. Tahu Bagaimana Cara Untuk Bercakap\n\nTidak ada yang lebih buruk daripada perempuan yang tidak tahu bagaimana menggunakan percakapannya. Seorang perempuan yang tahu bagaimana berfikir untuk mengeluarkan percakapannya adalah seorang yang sangat cantik. \n\nMelalui percakapan juga, kita dapat mengetahui bagaimana cara pemikirannya. Agama Islam juga turut menyatakan perempuan yang cantik itu lahir dari percakapannya serta akhlaknya yang baik. Sabda Rasulullah S.A.W.:\n\n\u201cSesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta kalian, tapi ia melihat hati dan amal kalian\u201d\n\n(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)\n\n5. Berdikari Dan Mampu Lakukan Sendiri\n\nSeorang perempuan yang tidak memerlukan bantuan dari seorang lelaki adalah perempuan yang yakin dan berdikari. Keyakinan adalah kunci keindahan sebenar. \n\nKerana menjadi seorang perempuan bukan tentang memerlukan seorang lelaki malah seorang perempuan yang cantik memahami bahawa berusaha dengan diri sendiri sudah cukup memadai bagi dirinya.\n\nTidak ada yang lebih menarik daripada seorang perempuan yang misteri, seorang yang menjaga urusannya secara peribadi dan menceritakan benda-benda yang tidak perlu kepada dirinya sendiri. \n\nTidak ada yang lebih buruk daripada orang yang bercakap akan hal-hal yang tidak sepatutnya. Oleh itu, perempuan cantik hanyalah mereka yang berkata perkara yang penting dan tidak bercakap kosong sehingga tiada faedah. Seorang perempuan yang cantik penuh dengan kejutan.\n\nIni adalah antara ciri terpenting bagi seorang perempuan dalam menentukan kecantikan mereka. Biasanya dengan memasak, mereka akan menyerlahkan sifat kecantikan yang tersendiri. \n\nSelain itu dengan memasak juga akan membuatkan mereka menjadi lebih penyayang. Menurut sains, perempuan yang pandai memasak adalah perempuan yang menghargai masa dan menyediakan keselesaan untuk orang lain, ia adalah perkara yang indah dilakukan oleh mereka.\n\n8. Software Dan Pengiraan Algorithm \u2013 Teknik Golden Ratio (Pertama Menurut Sains)\n\nDr. Julian Da Silva, pakar kecantikan dari London telah menemui cara bagi menilai kecantikan wanita secara kaedah ilmiah. Beliau menggunakan teknik Golden Ratio untuk megukur kecantikan seseorang wanita. Teknik ini telah wujud sejak zaman Yunani Kuno lagi, kini ia boleh digunakan melalui komputer atau software sahaja.\n\nTeknik golden ratio akan mengira ukuran wajah seseorang berdasarkan kaedahnya yang telah ditetapkan. Antara wanita tercantik di dunia menurut sains adalah Kendall Jenner, Kate Moss, Amber Heard dan lain-lain lagi.\n\nWalau bagaimanapun, kita tidak boleh mengubah ciptaan Allah tetapi kita masih boleh menjadi cantik dari sudut sains psikologi. Perempuan yang cantik adalah mereka yang menjadi diri sendiri dan tidak suka untuk meniru gaya orang lain. \n\nPerempuan yang cantik juga tidak terletak pada alatan soleknya ataupun cara solekannya. Kecantikan sebenar adalah dari hati budi dan sikap pemikirannya.\n\nJom baca juga jenis aurat perempuan, cara didik anak perempuan, hadiah hari jadi anak perempuan dan tanda hamil anak perempuan. Semoga bermanfaat!"
"Sekarang ini boleh dikatakan makanan-makanan dari luar negara semakin menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di antaranya Bibimbap Korea, Sushi Jepun, Vietnamese Roll dan banyak lagi. Tapi yela kan , bila sebut makanan luar negara ini, pastinya harga nya bukan biasa-biasa. Nak makan selalu mestilah pening juga kan. Tambah-tambah zaman kegawatan ekonomi.\n\nTapi, tapi tetap rasa nak makan kan? Cubalah buatnya sendiri di rumah. Pasti lebih jimat dan lebih puas. Nak makan banyak mana pun boleh. Sangatlah bijak ekonomi terutama untuk yang ahli keluarga nya ramai.\n\nBibimbap korea merupakan makanan yang mengandungi semua diet makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. Jadi sudah pastinya makanan ini sihat dan berkhasiat untuk tumbesaran anak-anak.\n\nDibawah ini kami kongsikan resepi bibimbap korea yang telah dikongsikan olehNursalwani Kamal di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Resepinya mudah sahaja. Jemput baca dan mencubanya.\n\nDah siap. Bolehlah enjoy your Bibimbap! Tapi ingat tau, ini resepi untuk satu hidangan. Boleh gandakan menikut perkiraan masing-masing ya. Selamat menjamu selera.\n\nSelain resepi Bibimbap Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya"
"Disini dikongsikan tentang pengertian ovulasi untuk wanita. Semoga artikel ini memberi pemahaman yang jelas tentang pengertian ovulasi, masa dan tanda-tanda ovulasi berlaku.\n\nSetiap bulan, tubuh anda bersedia untuk\u00a0 hamil dengan cara melepaskan hormon perangsang folikel (FSH). Setiap folikel menghasilkan estrogen iaitu hormon yang lain, yang mana perlu mencapai tahap tertentu untuk menghasilkan ovulasi.\n\nApabila estrogen yang cukup telah dihasilkan \u2013 biasanya 12 hingga 18 hari selepas kitaran bermula \u2013 telur matang, lebih kecil daripada kepala pin, akan pecah dari folikel yang paling matang. Pelepasan telur ini dikenali sebagai ovulasi.\n\nPembinaan estrogen di dalam folikel merangsang gelombang hormon ketiga, \u201cluiteinizing hormone\u201d (LH). Dalam masa 24 jam gelombang LH anda, telur akan muncul dari folikelnya dan dengan segera dibawa ke tiub fallopio.\n\nSementara itu, folikel yang kosong \u2013 sekarang digelar sebagai \u201ccorpus luteum\u201d \u2013 mula menghasilkan hormone yang lain, \u201cprogesterone\u201d, yang menghalang pelepasan telur-telur lain dalam tempoh kitaran.\n\n\u201cCorpus luteum\u201d berfungsi selama 12 hingga 16 hari, selepas tahap \u201cprogesterone\u201d jatuh dan kitaran bermula semula.\n\nBolehkah Saya Tahu Bila Saya Berovulasi?\n\nKira-kira 1 per lima daripada semua wanita berpengalaman dalam kesakitan pada bahagian perut. Hal ini dikenali sebagai \u201cmittelschmerz\u201d semasa ovualsi berlaku. Kelembutan atau rasa tidak selesa pada buah dada adalah biasa.\n\nKebanyakan wanita akan mengalami pengeluaran dari vagina yang agak elastik (cuba rentangkannya antara 2 jari) pada hari ia hampir pasti untuk berovulasi. Kit ramalan ovulasi biasanya digunakan untuk mengesan gelombang LH yang mendahului pelepasan telur, sementara pemetaan suhu badan (Basal Body Temperature atau BBT) boleh digunakan sebagai penilai ovulasi.\n\nApa Yang Berlaku Kepada Telur Selepas Ovulasi?\n\nIni bergantung kepada sama ada persenyawaan berlaku atau tidak. Jika telur disenyawakan dalam jangka masa beberapa jam selepas ia dilepaskan, ia akan menggunakan minggu seterusnnya atau lebih untuk berjalan melalui tiub fallopio ke uterus, di mana ia akan \u2018menggali\u2019 ke dalam lapisan rahim dan memulakan proses membentuk bayi.\n\nJika telur tidak disenyawakan, ia akan hancur selepas 12 hingga 24 jam dan akan diserap ke dalam tubuh atau dikeluarkan bersama-sama aliran haid."
"Jika tanya pada kebanyakan wanita, antara kereta automatik (auto) dan manual yang mana satu jadi pilihan? Pasti kebanyakan akan memilih kereta auto. Ini kerana memandu kereta auto jauh lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan kereta manual.\n\nNama pun kereta auto kan, tinggal tarik gear tanpa perlu tekan minyak pun kereta boleh bergerak sendiri. Jika yang cekap, tak ada masalah. Bagaimana yang masih terkial-kial nak pandu kereta?\n\nOleh itu, artikel ni akan membincangkan tips dan petua cara memandu kereta auto. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada penulisan ini.\n\nPada asasnya, semua kereta auto mempunyai sistem gear yang sama. Gear kereta auto terdiri daripada:\n\nBagi sesetengah kereta auto, terdapat fungsi tambahan gear seperti berikut:\n\n#2 Apabila Enjin Kereta Auto Dihidupkan\n\nUntuk pastikan enjin hidup, anda mesti tolak gear ke kedudukan Neutral (N) atau Park (P). Ada beza ke kedudukan N dan P? Mestilah ada. Pada posisi N, gear kereta ialah bebas (free). Bila anda lepaskan break tangan (hand break), kereta anda boleh bergerak.\n\nManakala pada kedudukan P pula, gear kereta akan dikunci. Oleh itu, jika anda melepaskan brek tangan, kereta tak akan bergerak. Perlu diingat untuk sistem keselamatan, jika gear berada dalam keadaan Reverse (R) atau Drive, kereta tak boleh dihidupkan.\n\nApabila enjin kereta dah dihidupkan, turunkan brek tangan dan kaki kanan menekan pedal brek kaki. Kemudian dengan tangan kiri, tekan button lock pada gear (jika ada) dan bawa gear kereta anda pada kedudukan Drive (D). Seterusnya, lepaskan brek kaki dan tekan pedal minyak guna kaki kanan secara perlahan-lahan.\n\nJangan sesekali tekan minyak secara mengejut. Ini akan membuat kereta anda terlajak ke depan dengan laju. Situasi ini tentulah amat berbahaya. Untuk kereta auto, kaki kiri tak berfungsi berbanding kaki kanan untuk menekan pedal brek dan pedal minyak. Jangan lupa kereta auto tak ada clutch.\n\n#3 Apabila Naik Bukit Dengan Kereta Auto\n\nBerbanding kereta manual, naik bukit dengan kereta auto jauh lebih mudah. Anda tak perlu fikirkan tentang tukar gear dan clutch. Cuma anda perlu tahu bila nak menggunakan gear D4, D3 dan D2.\n\nBila nak gunakan ketiga-tiga gear tu? Bila pandu kereta auto di lebuh raya, gear memadai berada pada kedudukan D4. Walaupun sedang memandu di jalan raya yang agak curam, bila pandu kereta dengan kelajuan tinggi, gear D4 boleh digunakan.\n\nManakalan gear D3 dan D2 digunakan ketika memandu di jalan raya yang curam dan berselekoh tajam. Jika anda menggunakan gear D4, anda perlu sentiasa tukar gear. Oleh kerana, jalan pendek dan berselekoh, kereta anda tak dapat kekalkan momentum untuk kekal pada posisi gear D4.\n\nGear akan sentiasa berubah-ubah dengan turun ke D3, naik semula ke D4 dan turun semula. Selain perjalanan jadi tak lancar, lambat-laun gear kereta anda pasti akan rosak.\n\nLangkah terbaik hanya gunakan gear D3. Jika jalan curam, gear kereta anda akan gunakan gear D2, naik ke gear D3 dan kekal di situ.\n\n#4 Apabila Turun Bukit Dengan Kereta Auto\n\nCara terbaik untuk turun bukit, kekalkan gear pada kedudukan di D4. Untuk perlahankan kereta, anda hanya gunakan pedal brek. Bagaimana pula jika nak turun bukit yang curam jika pandu kereta dengan kelajuan tinggi?\n\nJika nak perlahankan kereta gunakan teknik brake tapping. Maksudnya, anda cuma perlu pijak dan lepaskan pedal brek. Apabila anda pijak pedal brek, secara automatik gear akan turun ke D3 walaupun pada kelajuan tinggi di lebuh raya.\n\nD3 dengan kelajuan tinggi akan menghasilkan Putaran Per Minit (RPM) yang tinggi iaitu 3500 ke atas. Ini akan mengakibatkan engine braking.\n\n#5 Pandu Kereta Auto Di Selekoh Z\n\nKetika berada di selekoh Z jangan pandu secara terburu-buru dan perlahankan kereta anda. Kawal pedal brek dan stereng dengan cekap.\n\n#6 Apabila Kereta Auto Berhenti Di Lampu Isyarat\n\nApabila berhenti di lampu isyarat, biarkan gear pada kedudukan D. Anda hanya perlu tekan brek kaki. Namun jika berada agak lama, anda boleh tukar gear pada kedudukan N dan hanya tekan pedal brek kaki dengan menggunakan kaki kanan.\n\nApabila lampu isyarat bertukar ke lampu hijau, anda boleh tukar gear pada kedudukan D. Kemudian, lepaskan brek dan pada masa yang sama tekan pedal minyak secara perlahan-lahan.\n\n#7 Apabila Kereta Auto Potong Kenderaan Lain\n\nApa yang ada perlu lakukan jika nak potong kenderaan lain ialah tekan minyak ke dalam sedikit bergantung pada kelajuan kereta anda. Bagi kereta yang mempunyai gear 3, anda boleh alihkan kedudukan D ke 3 untuk tambah kuasa pecutan. Jangan lupa, lepas potong kenderaan, tukar semula gear kereta anda pada posisi D.\n\n#8 Parking Kereta Auto Di Kawasan Berbukit\n\nJika anda meletakkan kereta di kawasan berbukit, pastikan kedudukan gear kereta berada di P. Jangan lupa pula tarik brek tangan.\n\n#9 Apabila Kereta Auto Terperangkap Dalam Kesesakan Jalan Di Kawasan Berbukit\n\nMana tahu tengah bercuti di Cameron Highlands, tiba-tiba sangkut pula dengan kesesakan. Jangan kalut. Ni caranya yang boleh anda lakukan iaitu biarkan gear pada kedudukan D.\n\nAnda harus menekan brek kaki. Apabila kereta mula bergerak, lepaskan brek dan tekan pedal minyak. Penggunaan brek tangan sebelum tekan pedal minyak sangat penting untuk elakkan kereta anda terundur ke belakang.\n\nKesimpulannya, kereta auto banyak membantu pemandu yang inginkan keselesaan dan cara pemanduan yang mudah. Tak hairanlah, kereta auto paling banyak menjadi pilihan pemandu wanita dan warga bandar yang selalu menghadap kesesakan jalan raya.\n\nPaling penting, tak kira anda menggunakan kereta auto atau manual, keselamatan diri sendiri dan pengguna lain perlu diutamakan. Berhati-hati di jalan raya, jadilah pemandu yang berhemah dan bertimbang rasa.\n\nJemput juga baca artikel tips tayar dan cara jimat minyak kereta."
"Pernahkah anda dengar mengenai penyakit Malaria? Penyakit Malaria sudah wujud di Malaysia sejak awal tahun 2000 lagi. Ketika itu, kes tercatat tinggi dengan jumlah 12,000 kes tetapi pada tahun 2016 kes telah berturun kepada 2,300 kes. Pada tahun 2017, malang sekali kes meningkat kepada 4,000.\n\nPenyakit Malaria ini masih membawa ancaman kepada rakyat Malaysia, maka kita perlu peka terhadap penyakit ini kerana masih tiada lagi vaksin untuk penyakit ini. Apa itu penyakit Malaria ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar penyakit Malaria. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nMalaria adalah penyakit disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites) berkenaan. Apabila parasit masuk kedalam tubuh manusia ia akan bergerak melalui salur darah dan terus ke hati. Di dalam hati, parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam sistem darah dan membiak. Dalam masa 48 hingga 72 jam selepas jangkitan, sel darah merah pecah, dan mengeluarkan/melepaskan lebih banyak parasit(merozoites) dan lebih banyak sel darah merah dijangkiti.\n\nPusingan hidup berbeza mengikut jenis Plasmodium. Untuk P.vivax 48 jam, P.malariae 72 jam dan P.falciparum antara 36 hingga 48 jam. Malaria menyebabkan anaemia akibat kemusnahan sel darah merah. Masalah ini menyebabkan bilangan hemoglobin yang dilepaskan ke dalam sistem peredaran darah berlebihan selepas sel darah pecah. Gejala utama biasanya timbul seawal 8 hari atau selewat-lewatnya setahun kemudian.\n\nGejala malaria berlaku dalam pusingan antara 48 hingga 72 jam, akibat pelepasan merozoites yang berlebihan ke dalam salur darah. Anaemia terjadi akibat dari kemusnahan bilangan sel darah merah yang terlalu banyak dan paras hemoglobin yang berlebihan disalurkan ke dalam sistem darah selepas ianya pecah. Malaria juga boleh dipindahkan secara semulajadi semasa anak dalam kandungan dan melalui pemindahan darah. Parasit malaria boleh dibawa oleh nyamuk dalam suhu lembab, tetapi parasit ini akan hilang bila musim sejuk. Penyakit ini menjadi masalah yang besar/utama kepada kebanyakan negara tropika.\n\nSetiap tahun Bahagian CDC menganggarkan 300 hingga 500 juta kes malaria dengan kematian melebihi satu juta. Sesetengah negara di dunia, nyamuk pembawa malaria menjadi kebal kepada racun serangga, manakala antibiotik tidak memberi kesan kepada parasit. Oleh itu jangkitan penyakit ini sukar dikawal. Salah satu daripada 4 jenis parasit malaria iaitu Malaria Falciparum mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada sel darah merah. berbanding dengan parasit lain. Ia akan membiak dalam tempoh beberapa jam selepas gejala awal dikesan.\n\nPesakit malaria pulih sepenuhnya selepas mendapat rawatan tetapi, kes jangkitan Falciparum kurang memuaskan , kerana ketahanan ( resistant) parasit terhadap ubat anti-malaria adalah tinggi.\n\n*Anda semua tidak boleh mengambil hal ini secara remeh kerana vaksin bagi penyakit ini masih belum ditemui. Anda wajib menjaga kebersihan diri dan jauhi tempat-tempat kotor. Jika anda mempunyai tanda atau gejala seperti di atas, cepat-cepat pergi berjumpa doktor.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bibir kering adalah keadaan yang sangat dibenci oleh para gadis dan wanita. Ini kerana masalah bibir kering akan menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik. Bukan itu sahaja, malah gincu bibir tidak akan melekat dengan baik semasa anda berhias. Malah bibir kering juga menyakitkan. Apakah punca bibir kering? Bagaimana cara untuk mengatasinya?\n\nTerdapat pelbagai punca bibir kering, dan tanpa anda sedari yang sebenarnya anda sering melakukan perkara-perkara tersebut. Jom kami kongsikan punca bibir kering yang pastinya membuatkan anda terkejut.\n\nApabila anda tidak minum air dengan secukupnya, tubuh badan anda akan menjadi kering. Apabila badan anda menjadi kering, semua organ dan anggota badan termasuk kulit akan menjadi kering juga. Akibanya, bibir anda juga akan menjadi kering. \n\nOleh itu, pastikan anda minum air yang secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.\n\nDehidrasi atau kekurangan air dalam badan\n\nMasalah dehidrasi juga adalah punca bibir kering yang paling kerap terjadi. Masalah dehidrasi boleh berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut:\n\nOleh itu, kalau anda nak bibir yang lembab dan cantik, elakkan diri daripada dehidrasi.\n\nTerdedah kepada sinaran matahari yang terik\n\nPunca bibir kering yang seterusnya ialah terdedah kepada sinaran matahari yang terik. Yang ini pasti anda selalu buat, kan? Apabila anda suka berjemur dibawah panas matahari, bibir anda akan menjadi kering, menggelupas, dan berdarah. \n\nOleh itu, elakkan daripada berada di luar semasa matahari terik. Jika perlu keluar jangan lupa gunakan payung untuk melindungi muka anda daripada terkena matahari secara langsung.\n\nCuaca yang terlalu panas juga boleh menjadi punca bibir anda menjadi kering. Lihat sahaja pokok-pokok di luar tingkap anda. Apabila cuaca panas ia akan mengalami masalah kekurangan air lalu menjadi kering dan layu. Begitu juga halnya dengan bibir anda. \n\nCuaca panas akan menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh itu, pastikan anda minum air dengan banyak semasa cuaca panas bagi mengelakkan bibir daripada menjadi kering.\n\nSelain cuaca yang terlalu panas, cuaca yang terlalu sejuk juga adalah di antara punca bibir kering. Cuaca sejuk yang kami maksudkan ialah cuaca dengan suhu yang sangat sejuk seperti di Bukit Fraser atau Cameron Highlands. Pejabat dengan penyaman udara yang terlalu sejuk hingga anda rasa nak beku juga termasuk dalam cuaca terlalu sejuk yang kami maksudkan. \n\nKalau anda perasan, duduk dalam suhu yang sejuk akan menyebabkan kulit dan bibir anda menjadi kering. Keadaan ini berlaku kerana cuaca yang sejuk akan menyerap lembapan dari tubuh badan termasuk bibir anda.\n\nPunca bibir kering yang seterusnya ialah keadaan udara yang kering. Udara yang kering biasanya berlaku dalam persekitaran berhawa dingin. Jika anda duduk dalam tempat berhawa dingin dalam tempoh yang lama, contohnya semasa bekerja, bibir anda akan menjadi kering. \n\nOleh itu, jika tempat kerja ada mempunyai penghawa dingin, pastikan anda pakai lip balm untuk melindungi permukaan bibir agar lembapan tidak hilang.\n\nTabiat suka menjilat bibir adalah satu perbuatan yang kurang menarik dan boleh menyebabkan bibir anda menjadi kering. Ini kerana dalam air liur manusia terdapat enzim yang akan menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh itu, kalau anda adalah seorang yang suka menjilat bibir, hentikan tabiat tersebut supaya bibir anda tidak kering lagi.\n\nSelain tabiat suka menjilat bibir, tabiat suka menggigit bibir juga akan menjadi punca bibir kering. Apabila anda suka menggigit bibir, ia akan menyebabkan bibir anda melecet atau luka. \n\nMalah apabila anda menggigit bibir, air liur akan melekat pada bibir lalu enzim yang ada dalam air liur akan menyebabkan bibir anda kering. Oleh itu, hentikan tabiat suka menggigit bibir hari ini juga.\n\nPunca bibir kering yang ini pastinya akan membuatkan anda terkejut. Ramai orang suka bernafas melalui mulut tanpa disedari. Bagaimana tabiat suka bernafas melalui mulut boleh menyebabkan bibir menjadi kering? Untuk pengetahuan anda, apabila anda bernafas melalui mulut, ia akan menyebabkan wap air liur melekat pada dinding bibir. \n\nIngat tak tadi kami ceritakan tentang enzim dalam air liur yang boleh menyebabkan bibir menjadi kering? Oleh itu, hentikan tabiat suka bernafas melalui mulut kalau anda nak bibir yang lembab dan cantik.\n\nJika anda suka makan makanan yang tinggi dengan garam, tak hairanlah kalau bibir anda kering. Ini kerana garam adalah punca bibir kering. Oleh itu, untuk mendapatkan bibir yang cantik anda perlu jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang tinggi garam. Pilih makanan yang sihat.\n\nSesetengah ubat-ubatan boleh menjadi punca bibir kering. Di antara ubat yang telah dikenal-pasti sebagai pencetus masalah bibir kering adalah seperti berikut:\n\nOleh itu, jika anda mengalami masalah bibir kering selepas mula mengambil ubat yang kami senaraikan di atas, sila berbincang dengan doktor anda.\n\nItulah dia punca bibir kering yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca cirit birit dan punca sawan"
"Kuih lompat tikam memang sedap dan lazat. Apakah anda tercari-cari resepi lompat tikam yang lazat terangkat? Mari tengok resepi kuih lompat tikam yang mudah sedap dan lazat daripada Wani Suhaimi \u200edi Facebook ini.\n\nKuih lompat tikam diperbuat daripada tepung beras, pulut dan disiram dengan air nisan (kuah gula melaka). Tepung beras dibuat menjadi adunan lunak serupa bubur dan biasanya diberi warna hijau dan putih. Beras pulut pula diberi pewarna merah. Sehingganya tampilan kuih lompat tikam ini sangat merangsang selera.\n\nKuih lompat tikam boleh dijadikan hidangan untuk jualan. Mahupun dimakan bersama keluarga. Rasa manis kuah melaka sangat menyatukan rasa hidangan ini. Kanak-kanak pula semestinya suka kuih ini sebab ia manis dan menarik.\n\nTanpa tunggu lama, sila tengok resepi kuih lompat tikam yang dikongsikan oleh Wani Suhaimi\u200e di Facebook dan telah kami suntingkan pada perkongsian resepi kali ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi lompat tikam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Anda perasan tak kenapa ayam goreng mamak itu rasa sedapnya lain. Sudah cuba buat sendiri ayam goreng tapi tidak juga sama rasa dengan ayam goreng kedai mamak. Hujung-hujungnya buat ayam goreng tepung biasa saja.\n\nTidak jarang ada kawan atau bahkan keluarga anda sendiri suka beli ayam goreng mamak. Dengan alasan sedap, rangup, dagingnya empuk, tidak pedas walau warnanya merah seperti itu, bahkan kanak-kanak juga suka.\n\nMaka demi penyelesaian untuk penasaran anda, kami berkongsi resepi ayam goreng mamak yang sedap, rangup dan confirm keluarga anda akan menyukainya! Resepi ini dibahagikan oleh Qhamcyahh Hidayat di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai.\n\nMulai hari ini, anda dan keluarga tidak perlu lagi pergi kedai mamak setakat beli ayam goreng saja. Boleh buat ayam goreng mamak sedap selepas ini. Lagi ayam goreng satu ketul mahal juga kan. Kalau buat resepi sendiri anda boleh berjimat juga selepas ini. Sila cuba resepi ini.\n\n1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.\n\n2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.\n\nSangat senang kan. Hanya dengan dua step anda dapat menikmati ayam goreng mamak kesukaan anda.\n\nSelain resepi ayam goreng mamak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sakit buah pinggang merupakan antara penyakit yang paling ditakuti di dunia. Sebelum kami kupas tentang punca sakit buah pinggang, jom ketahui tahap-tahap sakit buah pinggang. Dalam dunia perubatan, terdapat 5 tahap kerosakkan buah pinggang iaitu:\n\nBagi mengelakkan penyakit buah pinggang, jom ambil tahu apakah puncanya dan cuba sebaik yang mungkin untuk mengelakkan:\n\nKerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal yang membekalkan darah kepada buah pinggang, penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.\n\nTekanan darah tinggi adalah keadaan di mana berlakunya tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang lalu menyebabkan berlakunya sakit buah pinggang.\n\nKandungan paras gula di dalam darah yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.\n\nFungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin bahan buangan dari badan. Apabila kita tidak minum air kosong yang secukupnya, toksin dan bahan buangan akan mula berkumpul dalam buah pinggang dan boleh menjadi punca sakit buah pinggang.\n\n5. Pengambilan garam (sodium) yang terlalu banyak\n\nTubuh kita memerlukan garam untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. Bebanan yang terlalu tinggi akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.\n\nRamai diantara kita yang jarang ambil peduli\u00a0bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam. Tabiat suka menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang.\n\nKajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.\n\n8. Terlalu banyak makan ubat tahan sakit\n\nPengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.\n\nAlkohol boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati. Tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang akan menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang.\n\n10. Tidak mengambil vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan\n\nMengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit\u00a0buah pinggang.\n\n11. Pengambilan minuman berkafein secara berlebihan\n\nSeperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.\n\n12. Pengambilan minuman berkarbonat secara berlebihan\n\nSeperti garam dan kafein, minuman bergas atau berkarbonat juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.\n\n13. Mengambil protein dari sumber binatang secara berlebihan\n\nMengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.\n\nSemua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik seperti insomnia selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit\u00a0buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita memperbaiki kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita perlu berikan masa tubuh kita untuk sembuh dan sembuh dengan sendiri tanpa gangguan.\n\nPunca-punca lain penyakit buah pinggang adalah seperti berikut:\n\nItulah dia punca penyakit buah pinggang yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang gegata, simpton penyakit buah pinggang, dan petua hilangkan gastrik."
"Remaja kini lebih tertarik kepada artis-artis di luar atau dalam Malaysia. Jika dilihat sekarang, remaja mula menjadikan artis kegemaran mereka sebagai idola dan bercita-cita untuk berjaya seperti idola mereka. Ia bukanlah perkara yang buruk jika anak kita menjadikan artis sebagai idola mereka. Malah, ia boleh menjadi semangat kepada mereka untuk melakukan sesuatu perkara.\n\nTetapi alangkah bagusnya jika ayah yang menjadi idola pertama mereka untuk menaikkan semangat. Banyak manfaat jika anak menjadikan ayah mereka sebagai idola dan ia mampu mengeratkan lagi hubungan antara ayah dan anak.\n\nApakah faktor-faktor kenapa ayah harus menjadi idola anak-anak ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai faktor-faktor utama ayah harus menjadi idola anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nFaktor-faktor utama ayah harus menjadi idola anak\n\nAntara faktor-faktor utama ayah harus menjadi idola kepada anak-anak adalah ketika meningkat remaja, perubahan hormon dan fizikal membuatkan anak perempuan kita mula tertarik dengan mereka yang berlainan jantina.\n\nKetika itu akan berlaku satu perlawanan bonding kerana anak kita akan mula membuat bonding dengan kawan kawan dan orang yang mereka minat dan suka. Jika bonding kita dengan anak perempuan kita lebih kuat, maka kita yang akan memenangi hati anak perempuan kita. Dia akan lebih mendengar pendapat dan nasihat kita. Dia akan lebih menurut kata kita.\n\nTetapi bahaya jika bonding orang luar lebih kuat dibandingkan bondingnya dengan kita. Maka anak perempuan kita akan lebih mendengar kata mereka. Ketika itu, kalau baik kawan kawan anak kita maka baiklah dia. Kalau rosak kawan kawan anak kita maka rosak jugalah anak kita. Untunglah kalau anak kita dikelilingi orang baik tetapi kalau sebaliknya? Itu yang bahaya.\n\nJadi kepada semua Daddy, Papa, Ayah, Abi dan semua yang mempunyai anak perempuan. Jadilah cinta pertama anak kita. Ajarkan mereka rasa cinta kepada agama. Ajarkan kepada mereka rasa cinta kepada kita ibubapanya dan ajarkan kepada mereka rasa cinta kepada diri mereka sendiri juga.\n\nTanpa kita sedar, seorang ayah bukan cuma pencari nafkah semata. Ayah juga adalah idola anak perempuannya. Seorang ayah juga adalah superhero anak anak mereka sehingga ke hujung usia\n\n*Kesimpulannya, sebagai seorang ayah, kita perlu memastikan anak perempuan kita selamat dan selesa apabila bersama. Lebih baik lagi, jika anak perempuan kita mula terbuka hati untuk berkongsikan masalah mereka kepada kita dan membuatkan kita adalah orang yang sangat dipercayai di mata mereka. Maka, jadilah hero dan idola di mata mereka.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Semua orang tahu akan hal ini. Tapi pernah tak ambil kisah tentang keistimewaan bunga raya ini dengan lebih detail. Tahu tak yang bunga raya ini ada bermacam jenis dan warna. Malah bunga raya Malaysia ini juga dapat menjadi bahan utama untuk kecantikan, kesihatan dan lain-lain lagi.\n\nAda banyak spesis dan warna bunga raya di atas muka bumi ini. Ada spesis yang seratus peratus dari ciptaan Ilahi dan ada yang telah dikacukkan untuk menjadi spesis bunga raya yang terbaru dan terkini. Untuk bunga raya bunga kebangsaan, Malaysia memilih bunga raya berwarna merah berbanding warna yang lain.\n\nimage via : My Info Malaysia Blog\n\nKepentingan Bunga Raya Malaysia Sebagai Bunga Kebangsaan\n\nBahagian dan ciri-ciri bunga raya dikaji satu persatu untuk mencari apakah kelebihan bunga ini untuk dikaitkan dengan sebuah negara. Selain bunga raya, terdapat bunga lain yang beraa di dalam senarai semasa pemilihan bunga kebangsaan itu dilakukan. Tarikh pemilihan ini adalah pada akhir tahun 1958, yakni sebaik saja selepas kemerdekaan.\n\nPada akhir tahun 1958 tersebut, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan adalah Bunga Raya, Bunga Kenanga, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.\n\nSelepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.\n\nWarna merah pada bunga raya melambangkan maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Hingga ke saat ini, bunga raya digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling negara Malaysia.\n\n10 Keistimewaan Bunga Raya Sebagai Manfaat Kepada Manusia\n\n#1 \u2013 Membantu menurunkan tekan Darah Tinggi dan kadar kolesterol dalam darah\n\nTerdapat satu kajian menggunakan haiwan secara konsisten menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak bunga raya mampu mengurangkan tekanan darah bergantung kepada dos yang tertentu. Pada masa yang sama, kajian menunjukkan bahawa jumlah kolesterol ( LDL-cholesterol dan trigliserida) turun dalam kebanyakan haiwan yang mempunyai masalah hyperlipidemic dan kencing manis. \n\nWalaubagaiman sekali pun, HDL-cholesterol tidak akan terjejas secara amnya oleh penggunaan ekstrak bunga raya ini.\u00a0Kebanyakan kajian awal juga menunjukkan bahawa minum teh bunga raya untuk 2-6 minggu mengurangkan tekanan darah dengan jumlah yang kecil pada orang dengan tekanan darah yang normal atau sedikit tinggi.\u00a0\n\nEkstrak bunga raya ini TIDAK membantu mengawal tekanan darah tinggi bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal atau terlalu tinggi.\u00a0\n\n#2 \u2013 Membantu dalam masalah UTI (urinary tract infection)\n\nPenyelidikan awal telah mendapati bahawa orang-orang yang mempunyai kateter kencing yang tinggal di pusat penjagaan jangka panjang yang mengambil ekstrat bunga raya mempunyai peluang 36% lebih rendah untuk mendapat jangkitan saluran kencing berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.\u00a0\n\nUntuk pengetahuan umum, penggunaan bunga raya ini bukan berasakan kajian yang menyeluruh. Jadi, ianya memerlukan pantauan daripada yang lebih pakar.\u00a0\n\n#3 \u2013 Membantu dalam mengurangkan berat badan\u00a0\n\nBunga Raya adalah salah satu tradisional ubat yang sangat baik untuk penurunan berat badan. Bunga tumbuhan ini didapati mengandung asid hydroxycitric, bahan yang biasa dijumpai dalam kebanyakan pil penurunan berat badan.\u00a0\n\nKajian menunjukkan bahawa Bunga raya ini mengandungi inhibitor enzim yang merangsang pembebasan amilase, enzim yang membantu dalam memecahkan kanji dan gula. Ini membawa kepada pengurangan penyerapan bahan-bahan ini dalam tubuh badan. Pada masa yang sama, bunga raya juga mempunyai sifat diuretik yang menghalang pengekalan air atau cecair di dalam badan.\n\n#4 \u2013 Membantu mengelakkan rambut gugur\u00a0\u00a0\n\nJika kita bimbang akan masalah keguguran rambut, bunga raya boleh membantu mengelakkan keguguran rambut. Hal ini disebabkan, ianya kaya dengan vitamin A dan C serta asid amino. Ianya dapat membantu untuk memerangi keguguran rambut dan mendorong pertumbuhan rambut.\u00a0\n\n#5 \u2013 Membantu meningkatkan immune sistem\n\nBunga raya mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan anti-bakteria. Elemen-elemen ini bergabung untuk memberikan asas yang kuat dan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melindungi tubuh daripada menangkap selesema atau selesema.\n\nBuat pengetahuan umum sejak zaman dahulu lagi, bunga raya telah digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan penyakit salah satunya adalah demam. Disebabkan ekstrak bunga raya mempunyai kesan penyejukan, ianya mampu mengurangkan demam.\u00a0\u00a0\n\nSekiranya suhu demam terlalu tinggi atau tidak turun selama 2 atau 3 hari berturut-turut,\u00a0 disarankan untuk berjumpa doktor.\n\nPokok bunga raya mempunyai antioksidan yang tinggi dalam vitamin C. Ianya membantu mencegah jerawat kerana ia mempunyai sifat anti-radang. Pada masa yang sama, antioksidan yang tinggi mampu meningkatkan dan mengekalkan keanjalan kulit serta berjaya menangani garis halus dan kedut.\u00a0\n\n#8 \u2013 Membantu menenangkan tekanan perasaan\u00a0\n\nBeberapa polifenol utama yang terdapat pada bunga raya telah menunjukkan kesan perlindungan pada otak serta membantu meningkatkan aliran darah. Justeru itu, ianya mampu mengawal perubahan mood seseorang tetapi ianya masih tidak mempunyai kajian yang mendalam berkenaan dengan ekstrak bunga raya mampu mengawal atau menenangkan tekanan perasaan. \n\nWalaubagaiman sekalipun, dengan kepelbagaian warna pada bunga raya ini ianya membantu menenangkan fikiran kerana setiap warna yang terdapat pada bunga raya ini membantu dalam kawalan emosi.\u00a0\u00a0\n\nPenyembuhan luka adalah proses pembaikan setelah kecederaan pada kulit dan tisu lembut lain. Aplikasi topikal bunga raya meningkatkan penguncupan dan penutupan luka dan kesannya dapat dilihat dengan jelas mulai hari ke-4 selepas pengunaannya. \n\nPenyelidikan phytochemical awal mengenai ekstrak bunga raya menunjukkan kehadiran flavonoid, saponin, terpenoid dan tanin. Jadi, kajian telah menunjukkan bahawa flavonoid\u00a0 menyembuhkan luka, ianya disebabkan oleh sifat-sifat antimikrobnya.\u00a0\n\n#10 \u2013 Membantu mengawal penyakit Kencing Manis\n\nPenyelidikan terbaru menggunakan bunga raya untuk rawatan kencing manis. Pelbagai bahagian tumbuhan ini menunjukkan hasil yang berpotensi untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan lipid.\u00a0Ekstrak bunga raya mungkin boleh menurunkan kadar gula dalam darah, jadi berjumpalah dengan pakar untuk dos pengambilan ubat kencing manis.\n\nJemput baca artikel menarik lain khasiat bunga cengkih pada manusia,"
"Ada pelan menarik yang ditawarkan oleh AIA Malaysia untuk kanak-kanak dan ibu hamil. \n\nDalam pada negara terus menentang wabak COVID-19, AIA Malaysia ingin terus membantu golongan rentan yang semakin terdedah kepada risiko iaitu kanak-kanak dan ibu hamil dengan menawarkan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma kepada golongan ini. Tawaran ini merupakan sebahagian daripada kempen\u00a0\u2018Anakku Sihat, Negaraku Hebat\u2019 oleh syarikat insurans dan takaful berkenaan yang turut melancarkan sebuah penyelesaian komprehensif yang baharu untuk kanak-kanak.\n\nMelalui perlindungan percuma ini, AIA berhasrat untuk menyediakan jaringan keselamatan kepada kanak-kanak dan ibu hamil di Malaysia dengan memberikan Pendapatan Hospital sehingga RM150 setiap hari sehingga maksimum 14 hari sekiranya disahkan positif COVID-19 dan memerlukan kemasukan hospital. Tawaran ini terbuka kepada kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah) serta ibu hamil termasuk pelanggan sedia AIA, tanpa perlu mendaftar untuk sebarang pelan AIA yang baharu.\n\nBen Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: \u201cKami memahami kebimbangan para ibu bapa berkenaan kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka ketika musim pandemik ini. Statistik menunjukkan bahawa terdapat lebih 82,000 kes COVID-19 yang melibatkan bayi dan kanak-kanak setakat bulan Mei 2021 dan yang turut sama membimbangkan adalah jumlah ibu hamil yang memerlukan rawatan rapi disebabkan COVID-19 juga telah meningkat kepada lima peratus pada bulan Ogos 2021.\u201d\n\n\u201cPada bulan Jun lalu, kami telah menawarkan perlindungan COVID-19 percuma akibat kesan sampingan vaksinasi dan untuk kuarantin di rumah kepada rakyat Malaysia, namun kami menyedari bahawa ramai ibu hamil dan kanak-kanak masih terdedah kepada penyakit berjangkit tersebut. Perlindungan pendapatan hospital terbaru kami membolehkan kami memberikan perlindungan COVID-19 tambahan kepada golongan rentan ini agar lebih ramai keluarga dapat menikmati ketenangan fikiran ketika mengharungi tempoh sukar ini,\u201d tambah Ben.\n\nPerlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma ini tersedia sehingga 30 Disember 2021, ataupun sehingga jumlah had tuntutan mencecah RM1 juta, mana-mana yang dahulu dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Pemohon yang berminat boleh mendaftar sebelum 30 September 2021 melalui Perancang Hayat AIA dan boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.aia.com.my\n\nAIA sentiasa menjadi peneraju utama dalam menyediakan perlindungan COVID-19 dari hujung-ke-hujung (end-to-end) kepada para pelanggannya. Selain daripada perlindungan percuma, pelan-pelan perubatan dan penyakit kritikal syarikat itu juga merupakan antara sebilangan kecil pelan di dalam pasaran yang menawarkan perlindungan untuk kemasukan hospital akibat COVID-19 serta komplikasi vaksin di hospital swasta.\n\nBersama-sama dengan kempen \u2018Anakku Sihat, Negaraku Hebat\u2019, AIA turut memperkenalkan sebuah penyelesaian inovatif dan baharu iaitu A-Life Joy Xtra yang melindungi kanak-kanak dari dalam kandungan sehingga dilahirkan dan seterusnya. Sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan yang fleksibel, A-Life Joy Xtra bukan sahaja menyediakan perlindungan yang komprehensif serta simpanan untuk kanak-kanak, tetapi juga didatangkan dengan pelbagai pilihan rider yang memenuhi pelbagai keperluan perlindungan sekaligus memberikan ibu bapa ketenangan dan jaringan keselamatan sepanjang membesarkan anak-anak mereka.\n\nSalah sebuah rider tersebut adalah A-Plus BabyCare Xtra, pelan pertama di pasaran yang menanggung perbelanjaan perubatan bayi yang dianggap perlu serta caj berkaitan hospital dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran \u2013 manfaat yang secara lazimnya dikecualikan oleh \u00a0kebanyakan pelan berkaitan kanak-kanak. Pelan ini juga melindungi kos rawatan dan kemasukan hospital yang disebabkan oleh penyakit kuning neonatal serta 19 keadaan kongenital. Selain itu, ibu hamil juga dilindungi dari peringkat awal kehamilan (13 minggu) sehingga melahirkan anak.\n\nRider A-Plus ParentCare Xtra pula menampilkan ciri unik AIA iaitu Vitality Joy Wallet, di mana anak tersebut akan menikmati pelbagai ganjaran apabila ibu bapa menyertai AIA Vitality dan memilih untuk kekal sihat sepanjang program kesihatan demi anak mereka. Manfaat Vitality Joy Wallet ini juga menggalakkan ibu bapa untuk mengutamakan kesihatan mereka dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, di samping menikmati pelbagai ganjaran seperti pemeriksaan gigi dan mata untuk anak mereka.\n\nAIA Malaysia juga menawarkan penyelesaian patuh syariah yang sama menerusi pelan\u00a0A-Life Ikhtiar child solution yang sesuai untuk ibu bapa yang ingin memilih untuk menyertai skim Takaful Keluarga. Pelan tersebut juga didatangkan dengan dua pilihan rider yang menyediakan ciri-ciri serta faedah patuh syariah yang sama.\n\n\u201cKeputusan untuk melancarkan kempen \u2018Anakku Sihat, Negaraku Hebat\u2019 ini adalah tepat pada masanya, seiring dengan segala ketidakpastian dan kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan anak-anak kita. Kami ingin memperkenalkan sebuah penyelesaian kanak-kanak yang akan memastikan para \u00a0ibu bapa menikmati ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa anak-anak mereka mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan perlindungan yang berkualiti sepanjang fasa tumbesaran kritikal. Harapan kami adalah supaya pelan-pelan yang dilengkapi dengan manfaat ekosistem Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA akan memperkasa ibu bapa dalam merancang masa hadapan yang lebih terjamin serta dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna bersama anak-anak mereka.\u201d ujar Ben.\n\nMaklumat lanjut mengenai kempen \u2018Anakku Sihat, Negaraku Hebat\u2019, pelan kanak-kanak serta tawaran terbaru, sila layari www.aia.com.my/anakkuhebat"
"Setiap kali lalu Chicken Rice Shop, terbau-bau harum semerbak nasi ayam nya. Terdapat pelbagai menu nasi ayam kat situ. Antaranya Nasi Ayam Hainan. Untuk menu ini sebenarnya tak susah pun nak membuatnya. Para suami pun boleh mencubanya. Sebab tak delah langkah-langkah yang kena tunggu pecah minyak dan sebagainya. Cuma hanya sediakan bahan-bahannya dan campurkan.\n\nResepi penuh yang dikongsi oleh Nor Khomariah Norrohman ini sangat mudah dan senang untuk diikuti dan difahami. Jom tengok resepinya. Pasti tak menyesal.\n\n1. Panaskan periuk dengan air secukupnya. Setelah mendidih. Masukkan semua bahan2 di atas dan kecilkan api. Rebus ayam selama 40 minit dengan api paling kecil. Jangan di kacau ayam untuk mengelakkan kulitnya atau isi terkoyak.\u00a02. Setelah 40 minit angkat ayam dan rendam terus dalam air berais untuk menghentikan proses masaknya ayam tersebut3. Ayam kenalah sepenuhnya masak . Jika dipotong tulangnya masih berdarah maka anda tidak cukup memasaknya.\n\n1. Basuh beras dan toskan.\u00a02. Tumis majerin , campakkan rempah 4 beradik dan daun pandan seketika sehingga naik bau.3. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan masak sehingga menguning4. Masukkan beras dan gaul serata5. Masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya seperti menanak nasi biasa. Jika air rebusan tidak cukup boleh tambah air biasa. Ikut kesesuaian. *Jumlah air bergantung pada jenis beras digunakan. Letak sedikit garam jika perlu\n\n1. Blend halus cili, tomato dan bawang putih. Gunakan sedikit air rebusan ayam tadi2. Perasakan dengan cuka, gula dan garam mengikut citarasa.\u00a03. Masak sekejap diatas dapur.\n\n1. Campurkan bawang putih dan halia parut di atas. Boleh tambahkan sedikit air rebusan ayam dan masukkan minyak. Gaul rata. Perasakan dengan garam.2. Panaskan campuran sebentar dengan api perlahan untuk membuang rasa pedar halia dan bawang putih. Jangan sampai garing ya. Boleh buat dan simpan di dalam bekas. Masukkan sedikit minyak lagi supaya ia tahan lama.\n\nResepi kicap minyak bijan untuk Ayam\n\n1. Minyak bijan 3 sudu besar2. Kicap cair 2 sudu3. Sedikit air rebusan ayam \n\n1. Campurkan semua bahan2 diatas dan masukkan sedikit air rebusan ayam yang masih panas.\n\n1. Air rebusan ayam\u00a02. Lobak merah cincang halus3. Garam jika perlu4. Lobak masin5. Bebola ayam\u00a06. Daun bwg dan daun sup (;hiris)\n\n Cara penyediaannya: 1. Celur sawi sekejap dan toskan.2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau, dan masukkan sos tiram. Kacau rata dan masukkan air rebusan ayam.3. Selepas itu masukkn air bancuhan tepung Jagung.. Terpulang nak pekat mana.4. Susun sawi dalam pinggan dan curahkan sos tadi, taburkan bawang goreng ke atasnya.. Siap sedia untuk dihidang.\n\nSangat mudah kan? Buat encik-encik suami yang teringin untuk cuba masakkan untuk isteri dan keluarga tercinta pun boleh cuba resepi ini. Sekali sekala bolehlah tunjuk skill. Selain dari resepi Nasi Ayam Hainan Ala Chicken Rice Shop ini, terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat."
"Hmm.. hujung minggu nih tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Nak idea atau cadangan menu tengah hari? Apa kata cuba masakkan Ketam Masak Kam Heong pula. Ala-ala masakan chinese. Bolehlah tukar selera sikit.\n\nJadi untuk kali ini, kami kongsikan resepi Ketam Kam Heong dikongsikan oleh Nisa Liyana yang menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan cara penyediaannya pun ringkas dan senang. Apa lagi jom tengok resepinya.\n\n1. Goreng ketam separuh masak dulu.2.Tumis bawang besar, bawang putih, cili & daun kari hingga baik bau.3.Masukan bancuhan rempah kari dan udang kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.4.Masukan kicap & sos tiram.Tambah sedikit air untuk lebihkan kuah. Perasakan dgn garam & gula.\u00a05. Bila kuah dah sedap ikut selera korang, masukan ketam dan gaul rata dengan kuah. Biarkan sampai ketam betul2 masak. Then sedia untuk dihidang.\n\nDah siap tuh. Jangan tunggu lama-lama. Baca doa dan boleh terus makan dengan nasi putih. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain ya. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami."
"Nisfu Syaaban adalah daripada perkataan Arab. Nisfu bermaksud setengah atau separuh, manakala Syaaban pula adalah nama bulan dalam kalendar Islam. Malam Nisfu Syaaban adalah malam pada separuh bulan Syaaban iaitu pada malam 15 hb Syaaban.\n\nMengikut kepercayaan, Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dalam buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu\u00a0Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).\n\nMalah, terdapat juga beberapa hadis yang menceritakan tentang kelebihan Malam Nisfu Syaaban. Di dalam hadis-hadis tersebut disebutkan bahawa Malam Nisfu Syaaban adalah malam pengampunan, oleh sebab itu sangat disarankan agar kita menghidupkan malam ini dengan amal ibadah.\n\nPercanggahan Pendapat Tentang Kelebihan Malam Nisfu Syaaban\n\n1) Tidak Ada Keutamaan Khusus Pada Malam Nisfu Syaaban \n\nMenurut pendapat yang paling kuat adalah tiada kelebihan pada Malam Nisfu Syaaban. Kedudukan malamnya adalah sama dengan malam-malam hari yang lain (kecuali Lailatul Qadar). Dikatakan semua dalil yang menyebutkan keutamaan malam Nisfu Syaaban adalah hadis lemah.\n\nAl-Hafidz Abu Syamah mengatakan dalam kitabnya tentang bulan Syaaban;\n\n\u201cPara ulama ahli hadis dan pengkritik perawi berkata, \u2018Tidak terdapat satupun hadis sahih yang menyebutkan keutamaan malam Nisfu Syaaban.\u201d (al-Ba\u2019its \u2018ala Inkaril Bida\u2019)\n\nBahkan dikatakan terdapat beberapa hadis dhaif tentang keutamaan malam Nisfu Syaaban, yang tidak boleh dijadikan landasan. Malah dikatakan, hadis yang menyebut tentang keutamaan solat kesemuanya berstatus palsu.\n\n2) Terdapat Keutamaan Khusus Pada Malam Nisfu Syaaban\n\nPendapat ini berdasarkan hadis sahih dari Abu Musa al-Asyaari ra, iaitu Nabi saw bersabda;\n\n\u0625\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064e\u00a0\u0644\u064e\u064a\u064e\u0637\u064e\u0651\u0644\u0650\u0639\u064f\u00a0\u0641\u064a\u00a0\u0644\u064a\u0644\u0629\u0650\u00a0\u0627\u0644\u0646\u0650\u0651\u0635\u0641\u0650 \u0645\u0646 \u0634\u0639\u0628\u0627\u0646\u064e\u060c \u0641\u064a\u064e\u063a\u0641\u0650\u0631 \u0644\u062c\u0645\u064a\u0639\u0650 \u062e\u0644\u0642\u0650\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0644\u0645\u0634\u0631\u0643\u064d \u0623\u0648 \u0645\u064f\u0634\u0627\u062d\u0646\u064d\n\nMaksudnya, \u201cSesungguhnya Allah melihat pada malam pertengahan Syaaban. Maka Dia mengampuni semua makhluknya, kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan.\u201d (HR Ibn Majah, at-Tabrani, dan dishahihkan al-lbani)\n\nKebanyakan ulama dalam Mazhab Hanbali meyakini terdapat keutamaan pada malam Nisfu Syaaban. Ini juga sesuai dengan keterangan Imam Ahmad selain ada banyaknya hadis yang berkait dengan hal ini, serta dibenarkan oleh berbagai riwayat dari para sahabat dan tabi\u2019in.\n\nBeberapa kelebihan malam Nisfu Syaaban ada disebutkan dalam beberapa hadis. Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm;\n\n\u201cTelah sampai pada kami bahawa dikatakan: \u2018Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban\u2019.\u201d\n\nBerkata Imam Ghazali melalui kitabnya Ihya Ulum al-Din; \u201cSesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.\u201d\n\nOleh kerana itu, terdapat para tabi\u2019in yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara iaitu sebahagiannya hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam, lalu bersembahyang sunat dengan memakai wangian, bercelak mata dan memakai pakaian yang terbaik.\n\nDan sebahagian lagi melakukannya dengan bersembahyang sunat dan berdoa secara bersendirian di rumah.\n\nAmalan Membaca Surah Yaasin Sebanyak 3 Kali Pada Malam Nisfu Syaaban\n\nSudah menjadi amalan dalam masyarakat Islam di Malaysia sejak dulu untuk membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban. Surah Yaasin dibaca dengan setiap satunya diniatkan memohon:\n\nMalah, ada juga yang menyarankan solat tertentu dan ada yang berpuasa pada keesokan harinya (15 Syaaban).\n\nSebenarnya tiada amalan khusus yang diwajibkan pada malam Nisfu Syaaban. Adalah menjadi bid\u2019ah jika kita mewajibkan ibadat tertentu pada malam itu, namun melakukan sebarang ketaatan pada malam itu sebagai memenuhi malam yang sangat istimewa itu adalah tidak dilarang.\n\nMembaca al-Quran dari mana-mana surah termasuk surah Yaasin juga dikira sebagai satu ketaatan. Hendak membaca banyak kalipun tiada halangan tetapi bukan bilangan yang dikejar, tetapi bacalah dengan memenuhi hak-hak bacaan yang sebenar dan lakukanlah dengan tertib, tadabbur dan ta\u2019aqqul.\n\nKesimpulannya, tidak salah untuk menghidupkan amal ibadah pada malam Nisfu Syaaban. Tetapi amalan-amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi saw. Ini kerana, tidak ada amalan khusus yang diajarkan oleh Nabi untuk kita lakukan pada malam Nisfu Syaaban.\n\nBenarkan Buku Amalan Ditutup Pada Malam Nisfu Syaaban? \n\nSebenarnya tidak dijumpai suatu dalil mahupun keterangan ulama bahawa buku catatan amal manusia ditutup pada malam Nisfu Syaaban. Dalil yang ada, cumalah sebuah hadis dari Usamah bin Zaid, beliau bertanya,\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u060c \u0644\u064e\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0631\u064e\u0643\u064e \u062a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0645\u064f \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0634\u064f\u0651\u0647\u064f\u0648\u0631\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0645\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cWahai Rasulullah, saya belum pernah melihat anda berpuasa dalam satu bulan sebagaimana anda berpuasa di bulan Syaaban?\u201d\n\n\u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064c \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u064f\u0644\u064f \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064c \u062a\u064f\u0631\u0652\u0641\u064e\u0639\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0627\u0644\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0641\u064e\u0623\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0631\u0652\u0641\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0627\u0626\u0650\u0645\u064c\n\nMaksudnya, \u201cIni adalah bulan yang sering dilalaikan kebanyakan orang, bulan antara Rejab dan Ramadan. Ini adalah bulan dimana amal-amal diangkat menuju Rabb semesta alam. Dan saya ingin ketika amal saya diangkat, saya dalam keadaan berpuasa.\u201d (HR an-Nasa\u2019i 2357, Ahmad 21753, Ibnu Abi Syaibah 9765 dan Syuaib Al-Arnauth menilai sanadnya hasan)\n\nDalam hadis di atas, Rasulullah\u00a0saw\u00a0mengkhabarkan, salah satu waktu dimana amal para hamba Allah swt dilaporkan adalah ketika bulan Syaaban. Dan kerana itu, Baginda memperbanyak puasa di bulan Syaaban. Harus diketahui juga baha Rasulullah saw tidak menentukan pada hari keberapa peristiwa pelaporan amal itu terjadi. Bahkan zahir hadis menunjukkan, peristiwa itu terjadi selama satu bulan. Kerana itulah, Nabi berpuasa satu bulan pada bulan Syaaban tanpa memilih hari-hari tertentu. Baginda juga tidak menyarankan agar kita memilih pertengahan Syaaban untuk puasa. Yang Baginda lakukan adalah memperbanyakkan puasa sepanjang bulan Syaaban.\n\nSelain itu, penting juga untuk kita perhatikan bahawa hadis ini sedikitpun tidak menyebutkan adanya penutupan buku catatan amal. Nabi Muhammad saw hanya menyatakan bahawa ketika bulan Syaaban terdapat pelaporan amal dan bukan penutupan catatan amal.\n\nTidak ada istilah penutupan buku amal dalam Islam. Umat Islam sentiasa dituntut untuk beramal sehingga ke hujung hayat. Allah swt berfirman,\n\nMaksudnya, \u201cBeribadahlah kepada Tuhanmu sampai datang kepadamu Al-Yaqin.\u201d (Surah al-Hijr, Ayat 99)\n\nPara ulama tafsir sepakat bahwa makna Al-Yaqin pada ayat di atas adalah kematian. Setiap manusia dituntut beramal dan beribadah selama akalnya masih waras.\n\nNabi\u00a0saw\u00a0menasihatkan agar kita selalu menjaga iman, dengan istiqamah dalam beramal. Ada seorang sahabat yang meminta nasihat daripada Rasulullah saw tentang apa yang perlu dijaga dalam kehidupan ini. Nasihat yang Baginda saw sampaikan sangat ringkas,\n\nMaksudnya, \u201cKatakan, Saya beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah.\u201d (HR. Ahmad 15416 dan sanadnya sahih)\n\nIstiqamah sifatnya berpanjangan dan konsisten. Dari sini, kita dapat ketahui bahawa tiada istilah istirehat dalam beramal atau buku catatan amal ditutup sementara diganti buku yang baru.\n\nAmalan kita dihisab oleh malaikat setiap masa. Oleh itu, tidak kiralah pada tahun bila, bulan apa, hari apa sekalipun, yang paling penting buat kita selaku hamba Allah swt adalah sentiasa perbanyakkan amal dan beristiqamah dengan amalan baik.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Malam Nisfu Syaaban yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Ibu bapa mana yang tak risau kalau secara tiba-tiba bayi anda tak mahu menyusu. Selama ni elok je bayi anda menyusu. Sukatan yang sama, tiap kali menyusu pasti habis. Bila bayi taknak menyusu hati mula dilanda resah. Otak mula memikirkan benda yang bukan-bukan. Untuk pengetahuan anda, yang sebenarnya ada banyak perkara yang boleh menjadi punca bayi tidak mahu minum susu formula.\n\nBayi yang tidak sihat biasanya akan kurang menyusu. Kita orang dewasa pun ada kalanya bila sakit boleh hilang selera makan juga, betul kan? Kalau secara tiba-tiba bayi anda tidak mahu minum susu formula, perhatikan fizikal bayi anda. Adakah suhu badannya panas bila disentuh? Adakah perutnya keras dan sedikit buncit? Perhatikan juga najis bayi anda. Adakah normal atau sedikit lain daripada biasa. Jangan lupa juga untuk mendengar bunyi pernafasan bayi anda.\n\nSelain itu anda juga boleh perhatikan tingkah laku bayi anda. Adakah bayi anda aktif seperti biasa atau kelihatan sedikit lemah. Cuba agah dan ajak bayi anda bermain untuk melihat jika dia memberikan respons yang normal atau sebaliknya. Jika anda perasan ada kelainan pada bayi anda, sila bawa ke klinik untuk pemeriksaan dengan segera.\n\nSatu lagi punca bayi taknak minum susu formula yang kita tak perasan ialah disebabkan oleh posisi menyusu yang tidak selesa. Mungkin anda meletakkan bayi anda dalam posisi yang tidak digemarinya setiap kali menyusu. Oleh itu, cuba ubah posisi bayi anda jika dia enggan untuk minum susu. Sebagai contoh, jika anda selalu memberikan bayi anda susu sambil membaringkan bayi anda di atas tilam, apa kata anda tukar dengan meletakkan bayi anda di atas riba.\n\nAtau pun jika selama ni anda memberikan bayi anda susu sambil dia terbaring dalam keadaan rata di atas tilam, anda boleh cuba meletakkan bantal di bawah kepada bayi anda supaya kepalanya terangkat dan brada dalam posisi lebih tinggi daripada tubuh badan. Percayalah! menukar posisi menyusu adalah di antara cara yang berkesan untuk mengatasi masalah bayi taknak minum susu formula.\n\nPerasan tak, ada kalanya bayi anda tidak mahu menyusu apabila anda menukar susu formulanya kepada jenama atau perasa yang baru. Ini kerana bayi anda mungkin terkejut dengan rasa baru susu yang diminum. Selama ini bayi anda dah biasa dengan susu yang diminum, tiba-tiba anda berikan susu yang baru dengan rasa yang baru. Jika bayi anda tidak mahu minum susu formula yang anda baru tukar, apa yang anda perlu lakukan ialah beri masa kepada bayi anda untuk menyesuaikan diri dengan susu yang baru.\n\nPada awalnya bayi anda mungkin tidak mahu menyusu kerana masih tidak dapat mengenali rasa susu yang baru. Mungkin juga bayi anda tidak menyukai rasa susu yang baru. Namun jika anda terus memberikan bayi anda susu baru, lama-kelamaan dia akan biasa dengan susu yang baru dan menyukainya seperti susu yang lama. Apa yang penting, anda perlu bersabar.\n\nApabila bayi anda semakin besar, perutnya juga semakin matang dan tidak perlu menyusu dengan kerap seperti sewaktu dia baru dilahirkan. Perut yang matang membolehkan bayi anda menyusu dengan lebih banyak dalam satu masa dan tidak akan mudah lapar lagi. Oleh itu, semakin bayi anda membesar semakin jarang dia menyusu. Jika anda berikan susu semasa bayi anda sedang kenyang, semestinya dia akan menolak susu tersebut.\n\nSelain itu, semakin bayi anda membesar perkembangan motornya juga berlaku dengan rancak. Di antaranya ialah bayi anda akan mula pandai untuk memasukkan jari ke dalam mulut. \n\nApabila anda melihat bayi memasukkan jari ke dalam mulut, mungkin anda memikirkan yang bayi anda lapar lalu membancuh susu untuknya. Sedangkan bayi anda memasukkan jari ke dalam mulut kerana sedang melakukan eksplorasi dan mengenali diri sendiri, bukannya disebabkan oleh lapar.\n\nAda kalanya anda memberikan susu kepada bayi kerana bayi anda menangis dan tidak mahu duduk dibawah bila diletakkan. Anda menyangka bayi anda mengamuk kerana lapar dan mahu minum susu. Sedangkan yang sebenarnya bayi anda masih kenyang. Cuma dia rindukan sentuhan anda dan mahu dipeluk serta dibelai. Ia juga boleh menjadi punca kenapa bayi anda tidak mahu minum susu formula. Oleh itu jika bayi anda tidak mahu menyusu namun masih menangis, itu mungkin petanda yang dia mahukan perhatian dari anda.\n\nPunca bayi tidak mahu minum susu formula yang terakhir ialah disebabkan oleh bayi anda pernah tersedak susu. Bayi anda menjadi fobia dan takut untuk menyusu kerana takut mengalami tersedak susu yang menyakitkan sekali lagi. Kedengaran seperti kelakar tapi ia adalah punca yang kita selalu tak perasan. Oleh itu jika bayi anda baru sahaja mengalami tersedak susu, berikan susu dengan perlahan-lahan dan dalam jumlah yang sedikit dahulu. Jika bayi anda menyusu dengan normal, baru anda berikan susu seperti biasa.\n\nItulah dia info tentang punca bayi tidak mahu minum susu formula yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang panduan susu ibu susu untuk ibu hamil dan ibu susuan"
"Di Malaysia terdapat dua jenis lebah iaitu lebah madu atau lebah biasa dan juga lebah kelulut. Kedua-dua lebah ini adalah berbeza dari segi fizikal malah keduanya menghasilkan madu dengan rasa dan tekstur yang berbeza. Masihkan anda ingat, semasa sekolah dulu kita ada belajar bagaimana lebah membuat madu, iaitu dengan cara mencari debunga dari pokok bunga di persekitarannya.\n\nHari ini kami akan berkongsi tentang bunga kelulut iaitu bunga yang menjadi kegemaran lebah kelulut. Bunga-bunga ini juga adalah bunga yang debunga diambil oleh lebah kelulut untuk dijadikan sebagai madu. Semoga bermanfaat buat anda.\n\nPerbezaan di antara lebah madu biasa dan lebah kelulut\n\nTerlebih dahulu, jom kami kongsikan apakah perbezaan di antara lebah madu biasa dan lebah kelulut. Untuk yang pakar, biasanya mereka boleh membezakan keduanya dengan sekadar melihat dengan sekilas, namun bagi kita yang tidak mengenali lebah dengan dekat, di antara perbezaan yang paling ketara ialah:\n\nBunga yang disukai oleh lebah kelulut\n\nSekarang kita dah kenal lebah kelulut serta rasa madunya, maka tiba masa untuk mengetahui apakah jenis bunga yang menjadi kegemaran madu kelulut. Kalau anda merancang untuk menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madunya sama ada untuk kegunaan sendiri atau pun untuk tujuan komersial, berikut adalah di antara jenis tumbuhan yang wajib anda tanam di kawasan persekitaran sarang lebah kelulut anda:\n\nAnda suka makan ulam? Jika anda suka makan ulam, pastinya salah satu daripada ulam yang menjadi kegemaran anda ialah pucuk ulam raja. Ulam raja menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana rasanya yang sedap dan baunya yang wangi. Bau wangi pada pokok ulam raja membuatkan ianya menjadi pokok kegemaran lebah kelulut. Maka tak hairanlah kalau anda akan menjumpai seekor dua lebah kelulut semasa mengambil ulam untuk dijadikan sebagai menu.\n\nLebah kelulut akan berada di sekira bunga kuning yang tumbuh pada pokok ulam raja untuk mendapatkan debunganya. Oleh itu, jika anda mengambil pucuk ulam raja sila berhati-hati, dan elakkan daripada terpicit lebah kelulut yang berada di dalam bunganya. Jika anda ingin menternak lebah kelulut untuk madu, menanam pokok ulam raja adalah sangat mudah dan ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Sekejap sahaja ia akan membiak.\n\nBunga kelulut yang seterusnya ialah bunga ros jepun atau bunga pukul sembilan yang biasanya ditanam oleh para ibu sebagai perhiasan di sekeliling rumah. Bunga ros jepun menjadi pilihan para ibu kerana bunganya yang cantik dengan pelbagai warna serta mudah untuk dijaga. Lebah kelulut juga menyukai bunga ini dan akan selalu kelihatan bermain di kelopak bunga ros jepun untuk mendapatkan debunganya.\n\nBunga Air Mata Pengantin atau nama lainyya Mexican creepers, Coral vines, dan Antigonon leptopus adalah satu lagi bunga kelulut yang selalu dijumpai di halaman rumah di Malaysia. Namun anda perlu berhati-hati kerana bunga ini bukan sahaja menarik perhatian lebah kelulut malah juga disukai oleh lebah madu biasa yang bersengat. Oleh itu, jika anda menanam pokok bunga ini di sekeliling rumah, sila berhati-hati semasa mendekatinya kerana dikhuatiri akan disengat oleh lebah madu.\n\nTahukah anda bahawa bunga melati yang berwarna putih dan berbau harum juga merupakan salah satu daripada bunga kelulut. Bunga melati atau juga dikenali sebagai bunga jasmine ialah bunga yang menjadi kegemaran ibu-ibu kerana baunya yang harum serta bunganya yang cantik. Bunga melati menjadi kegemaran lebah kelulut kerana baunya dan mempunyai debunga yang lazat.\n\nBunga kelulut yang seterusnya ialah bunga pisang atau pun jantung pisang. Lebah kelulut sangat sukakan jantung pisang.Oleh itu, jika anda merancang untuk menternak madu kelulut, salah satu daripada pokok yang boleh anda tanam di kawasan tersebut ialah pokok pisang. Bukan sahaja jantungnya menjadi kegemaran lebah kelulut malah anda boleh nikmati hasil buah pisang dari pokok tersebut.\n\nLebah kelulut juga sukakan bunga matahari yang berwarn kuning terang. Ianya merupakan salah satu bunga kelulut yang mudah untuk ditanam dan mudah untuk dijaga. Untuk menanam bunga matahari, anda cuma perlu taburkan biji benihnya dan siram sehari sekali. Jika ditanam di tanah yang subur, pokok bunga matahari akan tumbuh dengan tinggi dan menghasilkan bunga matahari yang besar.\n\nTanaman bunga matahari bukan sahaja baik untuk lebah kelulut malah ianya sangat cantik untuk dipandang. Jika anda suka makan kuaci, petik sahaja biji kuaci yang ada di tengah-tengah bunga matahari. Biji kuaci tadi boleh terus dimakan begitu sahaja atau boleh juga anda sangai sebentar di atas kuali.\n\nItulah dia perkongsian bunga kelulut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang bunga raya Malaysia dan khasiat bunga cengkih"
"Kadang-kadang kita keliru memikirkan barangan yang akan dijadikan hadiah untuk suami kita. Namun untuk membahagiakan hatinya, kita perlu hadiahkan sesuatu yang bermakna dan akan dikenang selama-selamanya. Jom kami kongsikan 16 hadiah untuk suami pilihan terbaik.\n\n1. Passport Holder / Pebbled Card MANGO MAN\n\nSekiranya suami anda adalah seseorang yang gemarkan melancong, apa kata anda hadiahkannya passport holder Mango Man Card ini. \n\nBarangan ini akan memudahkan suami anda untuk membawa pasport atau kad pentingnya ke mana sahaja dan disimpan di dalam poketnya yang tidak akan membuatnya tercicir.\n\nSuami anda adalah orang yang gemar membaca buku di mana sahaja dan suka menyelerakkan buku di mana sahaja? Tidak perlu risau, berikannya rak buku pokok.\n\nDengan harga yang sangat berpatutan, kini suami boleh menyimpan koleksi buku kegemarannya dengan cantik dan teratur. Apa yang lagi menakjubkan, ia akan kelihatan berada seolah-olah di perpustakaan.\n\nSemua orang pasti suka menonton filem, betul tak? Sekiranya anda ingin menonton filem, anda pasti mahukan kelantangan suara yang tinggi. Terutama untuk suami anda yang gemar maraton filem, beri dia Speaker Tanpa Wayar Mudah Alih SONY SRS-XB2. \n\nIa mudah digunakan dan senang dibawa ke mana sahaja, walaupun bercuti. Sekarang, anda juga boleh menonton filem dengan suami anda.\n\n4. Pensil Warna + Warna Air Derwent Academy\n\nAdakah suami anda pandai melukis? Hebat! Mengapa tidak kejutkannya dengan set pensil warna + warna air Derwent Academy Color ini. \n\nDengan 48 batang pensil warna, suami anda pasti dapat meluangkan lebih banyak masa dengan bakat melukisnya pada waktu hujung minggu.\n\n5. Set Pomade Hanz De Fuko\n\nSekiranya suami anda seorang yang serius dan sangat mementingkan penampilan atau kebersihan rambutnya, set pomade Hanz De Fuko ini adalah hadiah yang paling sesuai untuknya. Kini, anda dan suami anda dapat melakukan rutin penjagaan kecantikan bersama-sama.\n\n6. Kamera CCTV IP Prolink Full HD Smart WIFI\n\nKamera CCTV IP PROLink Full HD Smart WiFi ini siap membantu dan melindungi keselamatan anda seisi keluarga. Tidak perlu keluarkan wang yang banyak untuk membeli CCTV di kedai elektronik lain kerana ia juga mempunyai fungsi yang sama. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau tentang keselamatan seisi keluarga.\n\nSekarang, amat sukar untuk mencari masa untuk menghabiskan masa dengan aktiviti keluarga, betul tak? Mengapa anda tidak hadiahkan suami anda dengan permainan papan seperti monopoly, kad UNO dan sebagainya. \n\nDengan melakukan aktiviti seperti ini pada hujung minggu, maka dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.\n\nAnda rimas dengan suami yang sering memainkan muzik dengan kelantangan suara yang sangat kuat? Kini anda tidak perlu risau lagi, berikannya headphone JBL T450BT ini. Dengan harga yang berpatutan, ianya juga sangat senang dibawa ke pejabat ataupun berehat. Sekarang anda tidak perlu lagi risau dengan bunyi muzik yang membingitkan telinga anda.\n\n9. Kasut Sukan New Balance Koze Fitness Men\u2019s\n\nNew Balance adalah salah satu jenama yang popular terutamanya bagi mereka yang aktif dalam sukan. Sekiranya suami anda termasuk di antara mereka yang aktif dalam aktiviti sukan lasak, berikan kasut sukan New Balance Koze Fitness Men\u2019s ini sebagai hadiah. \n\nKasut ini juga sesuai dipakai ketika keluar berjalan-jalan dan melakukan aktiviti seharian.\n\n10. Amazon Fire HD 10 Alexa\n\nInilah dia, hadiah terbaik untuk pemain permainan video. AMAZON Fire HD 10 Alexa adalah antara tablet yang digemari oleh mereka yang gemar bermain permainan dalam talian. \n\nDengan skrin lebar dan paparan yang lebih jelas, suami anda akan merasa lebih selesa semasa menggunakan tablet ini dan ianya juga sesuai untuk melayari internet.\n\n11. Minyak Wangi Dior Sauvage Eau De Toilette\n\nPilihan paling mudah untuk diberikan sebagai hadiah kepada suami adalah minyak wangi DIOR Sauvage Eau De Toilette adalah salah satu minyak wangi yang menjadi kegilaan ramai, terutamanya bagi golongan lelaki. Dengan wangian dan bau yang tahan lama, suami anda pasti menyukainya!\n\nSemua orang pandai mengambil gambar tetapi apa yang membezakannya adalah minat yang mendalam. Sekiranya suami anda adalah orang yang gemarkan fotografi atau mempunyai hobi mengambil gambar, berikan kamera Canon EOS 1300D ini sebagai hadiah yang pasti akan memberikan detik indah sepanjang masa.\n\n13. Coffee Maker Morphy Richards 172002\n\nAdakah suami anda taksub dengan kopi? Berikan kejutan dengan Morphy Richards 172002 Accent Coffee Maker Espresso ini. Ianya sangat memudahkan rutin harian, terutama pada waktu pagi ketika kesuntukan masa untuk ke pejabat. Coffee Maker ini sangat senang digunakan, malahan anda juga boleh tumpang sekaki.\n\nSiapa kata telefon pintar murah tidak berkualiti? Sekiranya suami anda adalah seorang yang suka berjimat cermat tetapi sukakan teknologi dan masih mahu mengekalkan gaya terkini, telefon pintar Oppo ini adalah pilihan terbaik untuknya. \n\nDengan harga di bawah RM500, hadiah untuk suami yang mampu milik ini setanding dengan telefon pintar yang mahal yang berharga ribuan ringgit.\n\nSiapa yang tidak kenal dengan jenama terkemuka Casio? Jam tangan berjenama ini boleh diberikan kepada suami anda sekiranya beliau adalah orang yang suka bergaya. Reka bentuk yang sangat cantik dan klasik, pastinya menjadi kegemaran suami anda untuk memakainya setiap masa!\n\n16. Zen Aroma Ultrasonic White Diffuser\n\nDiffuser ini sangat baik untuk menjaga kesihatan anda seisi keluarga. Ianya juga dapat mengurangkan habuk dan debu kotor serta bau busuk yang memenuhi kediaman anda. \n\nAnda tidak perlu lagi risau tentang kesihatan anak dan suami kerana pasti mereka akan berasa tenang ketika pulang dari tempat kerja.\n\nItulah dia 16 idea hadiah untuk suami yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang tanggung jawab isteri, tips menjadi isteri yang baik, dan keluarga bahagia.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Mendapatkan bacaan BSP normal bagi ibu hamil bukanlah satu perkara yang sukar sebenarnya. Namun begitu tidak dinafikan ramai yang bergelut dengan masalah paras gula yang tinggi dalam darah secara tiba-tiba ketika hamil. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk mendapatkan bacaan BSP normal yang terbaik. \n\nUjian BSP atau juga dipanggil sebagai blood sugar profil (BSP test) adalah pemeriksaan yang dijalankan bertujuan untuk memeriksa profil gula dalam darah ibu. \n\nPentingnya ibu hamil dapat bacaan BSP normal\n\nMenurut pakar kesihatan, kepentingan ujian BSP kepada ibu hamil khususnya adalah untuk mengetahui paras gula dalam darah ibu bagi memudahkan urusan memantau tahap kesihatan ibu secara menyeluruh.\n\nJusteru itu, doktor biasanya akan sedaya upaya untuk memastikan bacaan BSP normal pada ibu hamil. Hal ini sangat penting bagi memastikan mereka tidak terkena penyakit kencing manis.\n\nBacaan BSP ibu yang terlalu tinggi atau rendah, kedua-duanya memberi risiko yang tersendiri kepada kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.\n\nKadar bacaan BSP normal untuk ibu hamil\n\nMasalah bacaan gula dalam darah yang meningkat bagi ibu hamil ini dipanggil sebagai Gestational Diebetes Mellitus (GDM). Hal inilah yang sangat dikhuatiri oleh mana-mana ibu hamil. \n\nDiabetes gestasi\u00a0ini biasanya berlaku pada trimester kdua kehamilan dan doktor akan memeriksanya di antara minggu ke-24 dan 28.\n\nJusteru itu, para ibu perlu sentiasa mengawal paras gula dalam darah bagi memastikan kesihatan kandungan dalam keadaan baik dan dalam masa yang sama mengelakkan lebih banyak komplikasi semasa kelahiran nanti.\n\nSecara umumnya, bacaan normal ini perlu dikategorikan kepada dua bahagian iaitu ketika berpuasa dan selepas makan. \n\nKementerian Kesihatan Malaysia merekodkan bahawa kadar bacaan paras normal bagi ibu mengandung adalah:\n\nUjian BSP biasanya dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan, farmasi atau pusat kesihatan yang ada. \n\nNamun begitu, kita juga sebenarnya boleh lakukannya sendiri di rumah dengan menggunakan alatan yang sesuai iaitu glukometer.\n\nDi sini, kami kongsikan prosuder ringkas bagi membuat ujian BSP di rumah.\n\n1. Berpuasa sebelum membuat ujian BSP\n\nIbu hamil yang mahu menjalani ujian BSP ini perlulah berpuasa sekurang-kurangnya 2 jam sebelum mengambil darah.\n\n2. Ambil sampel darah 4 kali sehari\n\nUjian perlu dilakukan sebanyak 4 kali sehari yang mana memerlukan hanya setitik atau dua titik sampel darah sahaja di hujung jari. \n\n3. Tentukan waktu sampel darah diambil\n\nSampel darah biasanya akan diambil pada jam 8.00 pagi, 12.00 tengahari, 6.30 petang, dan 9.30 malam.\n\nSetelah selesai menjalankan ujian BSP, pastikan rekod atau catatkan bacaan tersebut ke dalam kertas khas yang diberikan oleh klinik kesihatan.\n\nCara ambil bacaan gula menggunakan glukometer\n\nGlukometer adalah sejenis alat perubatan untuk mengukur kepekatan gula (glukosa) dalam darah. Tujuan alat ini digunakan adalah untuk memantau kandungan glukosa dalam darah.\n\nKita perlu tahu setiap glukometer ini datangnya bersama peralatan asas seperti test strip\u2019, jarum lancet dan kapas beralkohol.\n\nBerikut ini kami tunjukkan langkah bagaimana untuk mengambil bacaan gula sendiri menggunakan glukometer.\n\nSelain dari tips mengenai bacaan BSP normal ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain berkenaan diebetes seperti:"
"Pernahkah anda dengar mengenai penyakit Rotavirus? Penyakit Rotavirus ini tidak asing lagi dari kanak-kanak di Malaysia. Selain itu, kes penyakit Rotavirus di Malaysia juga ada pada setiap tahun. Jadi, ibu bapa yang tiada pengalaman mengenai penyakit ini akan berasa risau dan takut.\n\nBanyak persoalan yang dituju dan ditanyakan mengenai penyakit Rotavirus ini. Antara persoalannya telah pun mempunyai jawapannya.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 persoalan penyakit Rotavirus. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n1. SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT SERANGAN ROTAVIRUS?\n\nHampir setiap kanak-kanak menjangkau usia lima tahun ke bawah mungkin pernah mengalami jangkitan virus ini dan lebih di kalangan usia tiga bulan hingga dua tahun.Jangkitan ini boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan sampel najis.\n\nAda lima spesies Rotavirus tetapi Rotavirus A ialah penyebab utama sakit di kalangan kanak kanak. Biasanya, setiap kali selepas terkena jangkitan Rotavirus, kanak-kanak terbabit mendapat imuniti. Oleh itu, kanak-kanak yang mendapat jangkitan tersebut untuk kali kedua mengalami kesan yang kurang daripada jangkitan kali pertama.\n\n2. APAKAH GEJALA YANG AKAN DIHADAPI OLEH PESAKIT?\n\nGejala dehidrasi seperti letih/lesu, bibir dan lidah kering, tiada air mata ketika kanak-kanak menangis, cengkung kedua mata, ubun-ubun mencengkung ke dalam (pada bayi kecil) dan kekurangan air kencing.\n\nMasalah utama virus ini boleh menyebabkan pesakit mendapat penyahidratan (kehilangan cecair atau bendalir badan) atau dehidrasi yang teruk sehingga menyebabkan kerosakan pada organ dalaman seperti buah pinggang.\n\nJika penyahidratan ini tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut disebabkan daripada komplikasi kegagalan buah pinggang.\n\nCara penyebaran rotavirus adalah melalui feco oral iaitu virus merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut kanak-kanak lain.\n\nSebagai contoh,ia berlaku jika seseorang menukar lampin bayi, terkena najis pada tangan dan dia tidak membasuh tangan lalu memegang peralatan, permukaan atau makanan.\n\nSekiranya kanak-kanak lain menyentuh peralatan atau permukaan tersebut dengan tangannya dan selepas itu tangannya di masukkan ke dalam mulut, virus tersebut tersebar ke kanak kanak itu.\n\nIa boleh merebak melalui tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar. Mereka yang mengendalikan lampin bayi perlu mencuci tangan selepas menukarnya manakala mainan kanak kanak serta peralatan di sekitarnya perlu sentiasa bersih.\n\n5. APAKAH JENIS RAWATAN YANG PERLU DILAKUKAN?\n\nDi Malaysia,jangkitan rotavirus adalah punca cirit-birit yang utama menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk menerima rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah(intravena).\n\nKira kira 25 sehingga 50 peratus kes cirit-birit yang memerlukan kemasukkan wad berpunca dari Rotavirus\n\nTiada rawatan yang khusus untuk membunuh virus tersebut dan rawatan lebih penting dalam memastikan pesakit yang mengalami sakit ini adalah mempunyai kandungan air yang mencukupi dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi(kehilangan air dan garam galian yang teruk menerusi muntah dan cirit).\n\nUntuk menpercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan virus ini, pastikan ibu bapa memberi anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin jika muntah.\n\nSelain itu, doktor akan memberikan rumusan minuman air garam (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi.Sekiranya mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan hospital dengan memberikan cecair melalui intravena.\n\n6. APAKAH LANGKAH MENGELAKKAN VIRUS INI?\n\nJangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana mudah merebak.Beberapa kaedah pengawalan adalah pembasmian kuman di tempat permainan atau nurseri dengan kerap dan amalan kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin atau pergi ke tandas .\n\nPertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organisation,WHO) menyarankan pelalaian imunisasi Rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.\n\nDi Malaysia , walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan Rotavirus ini masih boleh di dapati di klinik atau hospital swasta.\n\nVaksinasi dalam bentuk cecair yang perlu diminum boleh di beri pada bayi seawal usia enam minggu . Terdapat dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu pengambilan dua atau tiga dos.\n\n*Berikut adalah persoalan yang sering tertanya-tanya oleh ibu bapa yang tiada pengalaman mengenai penyakit Rotavirus ini. Anda tidak perlu bimbang jika anak anda kemungkinan mempunyai penyakit ini. Hal ini kerana, anda boleh dapatkan vaksin di klinik dan hospital swasta. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diebri kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sekilas nampak macam ikan keli namun bukan. Ikan haruan ialah sejenis ikan air tawar. Ikan haruan hidup di air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai.\n\nHaruan terkenal dengan khasiatnya di mana ia dipercayai dapat membantu menyembuhkan luka dalaman serta luaran. Sejak turun-temurun, mereka yang menjalani pembedahan atau kecederaan serius digalakkan menikmati sup haruan. Bahkan kajian ilmiah pula banyak dilakukan untuk mengkaji lagi khasiat ikan haruan. Kita patut bersyukur masih boleh mendapati ikan ini sebagai penyembuh luka alami.\n\nOleh itu, apabila anda tercari resepi ikan haruan yang sesuai tekak, sinilah tempatnya. Kami telahpun tuliskan 10 resepi haruan. Sila cubakan mana-mana resepi yang rasa sedap dan sesuai tekak. Sayang sangat jika anda tidak cuba masak ikan yang kaya akan manfaat ini bukan? Jom sihat bersama ikan haruan.\n\nSiapa biasa makan ikan pekasam? Kalau tahu cara masak yang betul, memang sedap sangat ikan haruan pekasam ini. Sedap dimakan dengan pulut @ nasi putih. resepi dikongsikan oleh Kherel Botaq di laman Facebook.\n\nAsam pedas ikan haruan cara orang kedah, resepi dari orang lama. Dengan kuah yang pekat, makan dengan nasi putih, sedap terangkat betul. Resepi dikongsikan oleh Ieta Afiya di laman Facebook.\n\nIkan haruan masak lada hitam ini simple-simple saja tapi sedap menyengat. Resepi yang dikongsikan oleh Nazhatulshima Hashim di laman Facebook amat mudah, semudah campak-campak dan tumis-tumis sahaja.\n\nBila haruan lada hitam belum buat anda terliur, mungkin boleh cuba masak gulai siam. Tidaklah kebosanan masak haruan goreng, dibuat sup atau dibakar cicah air asam. Daun limau purut itulah yang buat dia jadi rasa siam. Resepi dikongsikan oleh Arpah Musman di laman Facebook.\n\nOrang yang selepas surgeri atau lepas sunat biasanya dibagi makan sup haruan sebab katanya cepat bagi sembuh luka. Jadi untuk mempercepatkan luka baik, baiknya anda cuba resepi Mastura Liyana untuk masak sup haruan. Tidak rasa hanyir dan boleh hirup kuah untuk buat ubat. Yang baru lepas bersalin pun bagus amalkan.\n\nIkutkan tips Zuraini Mat Arshad di laman Facebook, kalau ingin makan masak cuka esok, kita kena masak malam ini, baru umpphh! Apapun jom cubakan resepinya.\n\nResepi gulai ikan haruan yang dikongsikan Ben Safwan ini sepatutnya pakai daun kaduk tapi di sini ganti dengan daun kesum dan letak pucuk manis, sedap juga rasanya. Tips dari mak tuan punya resepi cakap kena letak beras tumbuk/kisar supaya ikan tidak hanyir. Bila siap betul sedap tidak rasa hanyir langsung ikan itu.\n\nIkan haruan masak lemak versi Melaka. Resepi turun-temurun daripada arwah nenek sampai mak tuan punya resepi, Eqyn Lunch Box di laman Facebook. Resepi asal yang sejak dulu menggunakan cili kering dan lada hitam. Resepi ini tidak ada tumis-tumis sebab nanti minyaknya akan keluar sendiri. Lauk ini pula sedap dimakan dengan pucuk ubi celur ulam.\n\nRamaikah yang suka makan macam ini? Bantut haruan merupakan ikan dibelah belakang, disumbat dengan rempah ratus dan kelapa parut kemudian dibakar atau dipanggang. Bakar ikan ini lapik dengan daun kunyit atau daun pisang supaya makin wangi dan sedap. Resepi dikongsikan oleh Kordial Habbatus Sauda Jauzaa di laman Facebook.\n\nIkan haruan lui suan (nama pangilan thailand) ala masakan thailand. Rasa dia macam ikan 3 rasa tapi bila masuk semua bahan dia lebih sedap dari ikan 3 rasa macam selalu. Nurul Ain Nalydia berkongsi resepi ikan haruan lui suan di laman Facebook. Kesedapannya ikut cita rasa masing-masing ingin pedas, manis atau masin mana yang kita mahu.\n\nSelain resepi kumpulan ikan haruan, kami juga menulis resepi kumpulan lain yang menarik dan senang. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Ketahui tentang Perang Tabuk dan pengajaran yang boleh kita pelajari daripada peristiwa penting ini.\n\nPerang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631M) dan Rasulullah bersama pasukan Islam pulang dari perang pada 26 Ramadan. Peristiwa ini berlaku di suatu kawasan paling utara di semenanjung tanah Arab yang bernama Tabuk. Perang ini juga merupakan perang terakhir yang disertai dan diketuai oleh Rasulullah selepas berhijrah ke Madinah. Ketika itu Baginda berusia 53 tahun.\n\nSebaik mendapat berita tentang ancaman Rom terhadap Islam, Rasulullah SAW segera mengarahkan pasukan Islam bersiap sedia. Dalam keadaan yang serba kekurangan itu, pasukan Islam akhirnya bersedia serta mengharungi perjalanan ke Tabuk dalam 20 hari perjalanan.\n\nPerang Tabuk merupakan peperangan yang melibatkan bilangan pasukan Islam yang ramai serta mempunyai cabarannya yang tersendiri, antara ujian yang perlu dilalui oleh pasukan Islam ketika itu adalah;\n\nSelain itu, Perang Tabuk membawa banyak pengertian dan pengajaran kepada kepada umat Islam, iaitu sewaktu sebelum berangkat ke Tabuk, sehinggalah peperangan selesai. Antaranya adalah;\n\nDalam peperangan ini jelas memperlihatkan golongan yang benar-benar ikhlas berjuang. Mereka adalah golongan yang menyahut seruan jihad dengan segera dan sukarela kerana benar-benar cintakan agama Islam. Ada juga golongan yang berdalih apabila tidak mahu menyertai perang. Ada culas serta mencari kepentingan diri sendiri dengan menarik diri dalam peperangan, serta masih ada yang ragu-ragu serta tidak mengikut arahan semasa perjalanan ke Tabuk dan sebagainya.\n\nBahkan dalam Perang ini, terdapat tiga orang sahabat Rasulullah SAW iaitu Ka\u2019ab Bin Malik, Mararah al Rabi\u2019 dan Hilal bin Umaiyah yang menarik diri daripada berjuang di medan Tabuk. Awalnya Rasulullah ingin membenarkan tetapi Allah SWT memperingatkan melalui surah at-Taubah: 111 tentang jihad. Sebagai hukuman (selepas perang) Ka\u2019ab bin Malik diasingkan daripada isterinya selama 40 malam dan mereka turut dipulaukan oleh Rasulullah dan sahabat\u00a0 memulau mereka selama 50 hari.\n\nBegitu juga selepas pulang dari Tabuk, memperlihatkan ramai umat Islam yang tinggal di Madinah masih goyang pendirian tentang Islam sehingga ada yang terpengaruh dengan golongan munafik.\n\nDalam setiap peperangan, menjadi kebiasaan bagi umat Islam untuk menyumbang dan membantu membuat persiapan peperangan melebihi kemampuan mereka sendiri. Dalam Perang Tabuk, Uthman bin Affan telah memberikan sebanyak\u00a0 1,000 dinar, \u00a0900 ekor unta, 100 ekor kuda selain \u00a0menanggung persiapan peperangan, seperti senjata, makanan serta ubat-ubatan pasukan Islam.\n\nSelain itu, Saidina Umar al-Khattab juga mendermakan separuh hartanya untuk peperangan ini. Malah Saidina Abu Bakar menyerahkan seluruh hartanya. \u00a0Manakala Abdul Rahman Auf memberikan 200 uqiyah perak. Ramai lagi sahabat yang turut menderma \u00a0sedangkan mereka sendiri dalam kesusahan. Tidak cukup dengan menyerahkan wang dan harta, mereka turut menyerahkan jiwa dan nyawa demi Islam.\n\n#3 Umat Islam Yang Cintakan Berjihad \n\nSemasa pasukan Islam ingin berangkat ke Tabuk, terdapat golongan yang benar-benar mahu berjihad dan beperang dengan ikhlas menangis kerana tiada kelengkapan untuk menyertai peperangan itu, terutamanya mereka tidak mempunyai tunggangan untuk ke sana. Mereka terdiri daripada tujuh orang daripada golongan Ansar dan bani Amru bin Auf.\n\nMereka terpaksa ditinggalkan dalam kesedihan dan tangisan kerana tidak mampu menyumbang apa-apa dan digelarkan sebagai \u2018al-Bakka\u2019un\u2019(orang-orang yang menangis).\n\nAllah SWT mengabadikan hal ini dengan berfirman:\n\n\u201cMereka kembali, sedangkan mata mereka bercucuran air mata kerana sedih tidak memperoleh apa yang akan mereka infakkan.\u201d\n\n#4 Mengenali Musuh Islam Yang Sebenar\n\nMuncul banyak golongan yang menentang Islam dalam diam ketika itu, tambahan lagi semasa peninggalan Rasulullah SAW ke Tabuk. Antaranya golongan musuh dalam selimut atau munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Golongan munafik ini terbahagai kepada tiga kumpulan;\u00a0 kumpulan pertama adalah yang mempengaruhi tentera Islam supaya tidak menyertai perang dan mereka sendiri tidak menyertainya.\n\nRasulullah SAW sedar akan hal tersebut dan sangat bimbang lebih ramai umat Islam yang terpengaruh. Baginda SAW mengambil tindakan tegas dengan mengutuskan Talhah bin Ubaidillah menghadapi mereka iaitu dengan membakar rumah seorang Yahudi bernama Sulaim yang menjadi tempat kaum munafik berkumpul.\n\nKumpulan kedua pula bertindak memecahkan tentera Islam untuk mengkhianati Rasulullah SAW. Mereka adalah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan cuaca yang panas dan sebab penting diri yang lain, \u00a0walaupun mempunyai kelengkapan yang lengkap. Mereka terdiri daripada 82 orang dari Bani Ghafar.\n\nGolongan ketiga pula adalah mereka yang menunggu kepulangan Rasulullah SAW untuk merasmikan atau menunjukkan sebuah masjid yang mereka bina untuk bermegah-megah selain mengkhianati Islam.\n\nDisebabkan itulah Perang ini juga dikenali sebagai \u2018Perang Pembongkaran\u2019\u00a0 kerana membongkarkan sikap golongan munafik berserta rancangan, serta tipu daya mereka terhadap \u00a0umat Islam dan Rasulullah SAW.\n\n#5 Usaha Musuh yang Sentiasa Menjatuhkan Islam\n\nSemasa Rasulullah SAW di Tabuk, pelbagai hal berlaku di Madinah. Muncul Abu Amir ar-Rahib dari suku Khazraj bertindak memecah-belahkan umat Islam semasa ketiadaan Baginda. Sebelum Rasulullah SAW tiba di Madinah dahulu, dia mempunyai kedudukan mulia di kalangan bani Khazraj. Namun dengan adanya Rasulullah SAW, dia tidak lagi dianggap sebagai orang penting.\n\nLalu, bagi mengembalikan kedudukannya, dia membina sebuah masjid berdekatan dengan Masjid Quba.\u00a0Masjid Dhirar atau \u2018masjid bencana\u2019 ini dibina dan sering dikunjungi oleh kaum munafik \u00a0untuk mengubah ajaran Allah selain memecah-belahkan umat Islam.\n\nSebaik sahaja pulang dari Tabuk, Rasulullah SAW membakar masjid ini dan \u00a080 orang kaum Muslim yang tidak ikut perang memohon keampunan Rasulullah SAW. Kesemua mereka dimaafkan, tetapi tiga orang ditangguhkan; Kaab bin Malik, Murarah bin ar-Rabi dan Hilal bin Ummayah.\n\nPerjalanan ke Tabuk sangat sukar dengan \u00a0mengambil masa hampir 20 hari dengan jarak yang sangat jauh iaitu kira-kira 700-800km dari kota Madinah. \u00a0Dalam keadaan yang kekurangan makanan dan minuman, pasukan Islam terpaksa melalui jalan yang berpadang pasir dengan cuaca yang sangat terik sehingga dikatakan tumit kaki mereka merekah.\n\nPasukan Islam juga mengalami kekurangan kenderaan dan diriwayatkan seekor unta dinaiki sehingga 10 orang tentera. Sebab itulah mereka juga digelarkan sebagai \u2018Jaisyul Usrah\u2019 yang bermaksud \u2018pasukan yang dalam kesulitan\u2019.\n\n#7 Bukti Kerasulan dan Mukjizat Rasullulah SAW\n\nDalam perjalanan menunju ke Tabuk juga, ditunjukkan banyak bukti kerasulan Rasulullah SAW melalui pertolongan Allah SWT. Antaranya ketika para tentera Islam mengadu \u00a0kehausan kerana keadaan padang pasir yang kering.\u00a0 Baginda memanjatkan doa agar diturunkan hujan, lalu Allah SWT memperkenankan doa Baginda dengan menurunkan hujan yang lebat dan pasukan Islam dapat mandi serta minum.\n\nSelain itu, Allah SWT menunjukkan mukjizat Baginda dengan mengeluarkan air melalui celahan jari Baginda dan diminum oleh ribuan tentera Islam.\n\n#8 Berhadapan Dengan Pasukan Yang Kuat\n\nEmpayar Rom\u00a0merupakan sebuah kerajaan yang besar dan terkuat ketika itu. Pasukan tenteranya yang ramai memenangi banyak peperangan besar kerana kekuatan dan kegagahan meraka.\n\nDisebabkan itulah Maharaja Rom ketika itu berasa mereka perlu meluaskan kuasa sehingga ke negara Arab. Bahkan dalam Perang Tabuk ini, pasukan Rom telah diketuai oleh Hercules dengan 40,000 tentera dan dibantu oleh Bani Ghassan untuk menawan kerajaan Islam.\n\nWalaubagaimanapun, ketika sampai di Tabuk, Allah SWT menimbulkan rasa takut dan gentar kepada \u00a0tentera Rom sehingga tidak berani menghampiri pasukan Islam. \u00a0Diriwayatkan mereka melihat 100,000 tentera malaikat yang berada dalam pasukan Islam sehingga akhirnya mereka berundur.\n\n#9 Kekuatan dan Perpaduan Islam Melemahkan Musuh\n\nTiba di Tabuk, Rasulullah SAW dan pasukan Islam mendapati pasukan musuh tiada. Namun Baginda terus menawarkan perjanjian perdamaian dengan kerajaan-kerajaan di sekitar Tabuk, untuk menjamin keselamatan dan keamanan mereka selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi Islam.\n\nSemua kabilah menerima tawaran Baginda\u00a0 itu dengan tangan terbuka. Termasuklah Yuhana bin Ru\u2019bah seorang penguasa yang datang menawarkan perdamaian bersama Rasulullah dan sanggup membayar\u00a0jizyah.\n\nKebijkasanaan Rasulullah SAW ini telah menguatkan benteng Islam dan menjadikan pertahanan pasukan Baginda semakin kukuh, lalu berjaya menakutkan pihak musuh sehingga menyekat kemaraan musuh.\n\nPasukan tentera Islam telah membuat perancangan yang teliti dan berhati-hati yang diketuai oleh Baginda SAW sendiri. Pasukan Islam mahukan peperangan berlaku di kawasan luar kota suci Madinah dan Mekah. Sehingga akhirnya meraka bersetuju untuk bertempur di suatu kawasan padang pasir yang bernama Tabuk. Pada awalnya Rasulullah SAW tidak menjelaskan secara rinci tentang lokasi peperangan ini.\n\nWalaupun tentera Islam bersedia dengan 30,000 orang \u00a0tentera termasuk 10,000 dari angkatan berkuda dan dipimpin oleh Baginda sendiri, untuk menentang kekuatan Rom. Rasulullah SAW tetap mempunyai rancangan dan stretegi tersendiri dengan menguatkan penyatuan Islam di sekeliling wilayah Tabuk, seperti Ailah, Jarba\u2019 dan Azruh, sehingga akhirnya pihak musuh berundur.\n\nSebenarnya, Rasulullah SAW membawa strategi penting iaitu dakwah yang berjaya menawan serta mengislamkan kaum Musyrikin, bukannya memerangi atau menjajah mereka. Taktik ini bukan sahaja menguatkan kedudukan pertahanan Islam tetapi telah mempersaudarakan Muslim yang berbeza bangsa.\n\nPenutup: Tabuk menunjukkan musuh Islam yang\u00a0 nyata dan di bawah selimut\n\nSelepas melalui pelbagai cabaran, pertempuran di Tabuk tidak berlaku dan berakhir tanpa pertumpahan darah. Pun begitu, ujian Tabuk masih berterusan di Madinah dengan musuh Islam yang lebih dasyat iaitu menghadapi kaum munafik yang lebih berbahaya.\n\nKaum Munafik yang berpura-pura merupakan racun paling berbisa yang kesannya sedikit demi sedikit akan menghancurkan Islam daripada dalam. Andai ketika sewaktu Rasulullah masih hidup pun golongan ini sudah ada dan berani untuk menghancurkan Islam, apatah lagi kini pastilah mereka semakin berani.\n\nTinggal kita ini yang harus bertindak seperti mana untuk mengekang usaha mereka dan mempertahankan Islam dengan sebaik mungkin, dengan nyawa sekalipun!\n\nJemput juga baca artikel menarik kami yang lain, seperti: Peperangan Dalam Islam dan Biodata Salahuddin al-Ayyubi"
"Kita selalu mementingkan orang lain dulu sehingga kita lupa untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Pendapat orang lain diutamakan, pendapat sendiri tidak dapat untuk diluahkan. Kita terlalu menjaga hati orang sekeliling sehingga lupa bahawa diri kita juga memerlukan perhatian.\n\nSelain itu, kita juga sibuk untuk mengenali diri orang lain, bagaimana dengan diri kita sendiri? Adakah kita sudah cukup mengenali diri kita, kehendak kita dan matlamat hidup kita?\n\nKita seharusnya mengutamakan diri kita dulu kerana jika diri kita tidak merasa bahagia, bagaimana kita mahu membahagiakan orang yang kita sayang? Kita tidak boleh hidup bertopengkan muka bahagia tetapi di dalam hati kita tidak ada rasa kebahagiaan.\n\nBagaimanakah kita mahu membuat diri kita rasa bahagia?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 2 cara \u2018self care\u2019 untuk membahagiakan diri sendiri. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting.\n\nTiap kali saya berjaya capai matlamat atau target dalam hidup saya, saya akan celebrate diri saya sendiri. Awak semua pun sama, kena belajar untuk berterima kasih pada body dan diri awak semua.\n\nHabis lipat kain, buat kopi panas ke. Habis kemas seluruh rumah, bukak shoppe sedas ke. Itupun dikira Self Celebration juga.\n\nTerutamanya bab emotion lah. Macam mana kita nak cinta anak kita kalau kita tak mulakan dengan mencintai diri kita sendiri? Bagaimana kita nak ubati hati anak kita kalau kita tak ubati hati kita sendiri?\n\n\u201cWe can\u2019t give what we don\u2019t have\u201d\n\n*Ingat, kita bukan pentingkan diri tetapi kita perlu utamakan kebahagian sendiri. Kemudian, baru kita boleh membuat orang sekeliling kita gembira kerana kita mula tahu apa itu erti bahagia. Sekali sekala kita buat sesuatu yang kita suka tanpa hiraukan orang sekeliling boleh memberi kesan positif kepada diri kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kekok bukan jika anda sering gunakan tandas cangkung, tiba-tiba terpaksa gunakan tandas duduk pula? Dari kecil mungkin anda terbiasa dengan tandas cangkung tetapi bila sudah pindah rumah, bekerja, ke rumah mertua dan tandas awam, anda mungkin akan gunakan tandas duduk.\n\nZaman sekarang, tandas duduk lebih banyak pembinaannya berbanding dengan tandas cangkung. Jika anda ke tandas awam sekalipun, 3 tandas adalah tandas duduk, hanya 1 tandas yang merupakan tandas cangkung.\n\nJenis-jenis tandas ini berbeza mengikut tempat dan kemodenan. Seperti negara-negara barat, kebanyakan menggunakan tandas duduk. Berbeza pula dengan tandas di negara Islam, kebanyakannya menggunakan tandas cangkung atas faktor kebersihan.\n\nTandas Cangkung Dan Tandas Duduk Dari Sudut Kesihatan\n\nAda perbezaan antara tandas cangkung dan tandas duduk selain dari bentuknya iaitu perbezaan dari segi kesihatan tubuh badan anda. Cara membuang air besar pun bakal mempengaruhi kesihatan tubuh badan anda sebenarnya terutamanya bahagian perut dan punggung. Jom lihat Tandas Cangkung Dan Tandas Duduk Dari Sudut Kesihatan.\n\nAda orang selesa gunakan tandas cangkung sebab ia terlalu bebas dan tidak perlu duduk berkepit terkena punggung di bahagian tempat duduk. Ia amat tidak selesa bahkan kotor. Tandas cangkung kelihatan lebih selesa daripada tandas duduk. Anda juga takkan sakit perut jika menggunakan tandas cangkung berbanding sakit perut menggunakan tandas duduk ketika proses pembuangan.\n\n2. Mudah Membasuh Dan Membersihkan Diri\n\nTandas jenis cangkung lebih mudah untuk membersihkan diri anda dan juga membersihkan tempat atau kotoran najis. Bagaimana pula dengan tandas duduk? Susahnya nak basuh, anda perlu basuh dengan cara duduk atau berdiri separuh! Kerana itulah tandas cangkung banyak dibina di negara Islam untuk memudahkan dibasuh dengan bersih.\n\nApabila anda duduk di tandas duduk, pasti sukar untuk anda keluarkan semua najis kerana semasa anda duduk, anorektal akan menegang. Berbanding dengan membuang air besar di tandas cangkung, anorektal akan lurus dan memberi ruang untuk semua najis anda keluar dengan mudah. Doktor juga menyarankan untuk gunakan tandas cangkung.\n\nTahukah anda, menurut hasil kajian di Pakistan, membuang air besar dengan cara mencangkung akan mengurangkan simptom fisur. Fisur adalah kesan yang terjadi jika seseorang itu meneran berlebihan. Ia mengakibatkan luka pada lapisan dubur, sakit, darah keluar dari rektum dan susah untuk duduk. Gunakanlah tandas cangkung untuk elakkan fisur.\n\nBagi pesakit, wanita mengandung, orang tua dan mereka yang tertentu, anda disarankan menggunakan tandas duduk untuk menjaga kesihatan. Lutut, perut, kandungan dan lain-lain harus dijaga dan dilindungi jika anda adalah mereka yang tertentu. Pilihlah tandas mengikut kesesuaian dan kesihatan diri anda.\n\nDalam membuang air besar, ia juga memerlukan kepuasan. Maklumlah, jika tidak puas, pasti akan nak ke tandas sahaja setiap masa dan berulang kali. Pilihlah tandas yang benar-benar berikan anda kepuasan dalam membuang air besar. \n\nTandas cangkung memudahkan proses pembuangan anda di mana anda boleh membuang sepenuhnya dan keluarkan semua sekali. Tidak ada najis yang tersekat dan tidak dapat keluar sekiranya posisi tandas cangkung anda gunakan.\n\nSekiranya anda seorang yang pembersih dan tidak lalu duduk di atas tandas duduk, carilah tandas cangkung. Namun, jika tandas duduk sahaja yang ada, nak tak nak, melabur sajalah!\n\nAnda boleh tutup bahagian yang akan anda duduk dengan menggunakan tisu tandas atau anda boleh jirus dahulu bahagian duduk sebelum duduk di situ. Gunakanlah tandas dengan cara yang lebih mudah.\n\nJika tandas duduk, gunakanlah dengan meletakkan kerusi kecil di bahagian kaki anda. Kaki anda naik ke atas kerusi kecil tersebut untuk memudahkan proses pembuangan. Anorektal anda akan terbuka sedikit dan mudah untuk settle kan segalanya.\n\nCangkung (Buang Air Besar Dan Kecil) Dalam Islam\n\nDalam Islam, hal buang air besar dan kecil juga telah diajarkan sejak 1400 tahun lalu lagi. Rasulullah SAW sendiri mengajarkan cara-caranya kepada kita bermula dari adab buang air sehinggalah cara membersihkannya. \n\nCara Dan Adab Buang Air Besar Atau Kecil\n\nKetika membuang air kecil atau besar, tekan sedikit perut bahagian kiri dengan perlahan untuk memastikan najis mudah keluar. Pastikan buang air tidak memerlukan anda menghadap kiblat. Buang air sehingga betul-betul habis dan cucikannya sehingga benar-benar bersih. \n\nSekiranya tiada air, nabi SAW mengajar kita bersihkannya dengan cara beristinjak. Anda boleh menggunakan kurang 3 biji batu atau tulang yang keras dan kering. Jangan biarkan tangan kanan anda menyentuh atau terkena najis untuk menjaga kebersihan dengan lebih baik lagi.\n\nDari sudut kesihatan pula, anda boleh meneran dengan lama tetapi jangan lebih dari 15 minit. Ia bahaya untuk bahagian peranakan anda terutamanya wanita yang selepas keguguran, yang sedang hamil dan juga sedang ikhtiar hamil.\n\nTandas Cangkung Terbaik, Sihat Dan Selamat\n\nItulah jawapannya, tandas cangkung adalah tandas yang terbaik, sihat dan selamat. Dari segi kesihatan, memang tandas cangkung amat disarankan untuk kita gunakan tetapi ia bergantung kepada kemahuan anda juga. \n\nAda rumah yang mempunyai orang tua, tidak perlulah anda membuat tandas cangkung kerana mereka sakit lutut dan tidak larat lagi mencangkung. Semua orang tua kebanyakan memilih tandas duduk. \n\nBuat anda yang muda remaja, kanak-kanak, dewasa, tandas cangkung adalah tandas yang perlu anda gunakan. Ianya untuk keselesaan sekaligus kesihatan anda. Selesanya dapat guna tandas cangkung! Lega rasanya~\n\nSekarang sudah tahu nak buat pilihan tandas? Pilihlah tandas cangkung yang semestinya lebih baik daripada tandas duduk. Jom baca tentang Simbol tandas seluruh dunia, Punca dan rawatan buasir, Punca dan rawatan cirit-birit dan Senarai buah tangan untuk orang sakit pula."
"Rahsia pajeri kaw akan diungkapkan pada perkongsian kali ini. Resepi pajeri terung oleh Zalina Yahaya yang dikongsikan di Facebook ini memiliki rahsia kesedapan yang tidak semua pajeri punya.\n\nBahan-bahan dan cara memasak lebih kurang sama sahaja namun suatu perbezaan akan terasa jika tahu teknik rahsia memasak pajeri terung kaw!\n\nMerujuk sumber, rahsianya ialah sewaktu menumis bahan. Kalau mahu sedap, jangan tumis bahan tumbuk dengan rempah. Kalau ada bahan tumbuk macam bawang, halia dan bawang putih, kena tumis bahan itu dulu bagi betul-betul garing. Selepas itu baru masukkan rempah atau cili dan biar sampai pecah minyak.\n\nGuna bahan-bahan asas buat pajeri. Follow step resepi di bawah ini, maka anda akan dapat menghasilkan pajeri terung yang boleh dibanggakan. Resepi sama boleh digunakan untuk buat pajeri nenas. Sila cuba.\n\nSelain resepi pajeri terung , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pernah makan puding mangga susu di KFC? Sekarang boleh buat sendiri dekat rumah. Puding mangga KFC sempat viral disebabkan ia sedap sangat. Sesuai tajuk dia, ianya memikat hati sebab mencetuskan rasa segar, berkrim, manis, dan lembut di mulut.\n\nSelepas tengok resepi yang kami kongsikan sekarang, anda tidak perlu lagi jauh-jauh mencari KFC untuk dapatkan puding mangga sedap. Lebih baik buat sendiri di rumah, rasa boleh sesuaikan dengan tekak masing-masing dan semestinya puas makan.\n\nCara menyediakan puding mangga susu senang sangat. Letak dalam bekas kecil bagi tampak comel, sesuai untuk dijadikan menu potluck, konfirm habis laju. Cumanya dalam resepi ini puding diletakan dalam bekas besar. Apapun itu janji rasanya tetap mantap! Selamat mencuba resepi Siti Munirah Safie di laman Facebook. Fuhhh makan sejuk-sejuk dari peti ais memang terangkat.\n\nResepi Puding Mangga Susu ala KFC\n\nSelain resepi Puding Mangga, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Umum sudah mengetahui, Khadijah r.a adalah wanita yang sangat kaya. Namun, kekayaan beliau tidak sedikit pun menjejaskan cintanya pada Allah dan Rasul iaitu suaminya sendiri.\n\nSehinggakan, ketika hendak menghembuskan nafas yang terakhir pun, tiada apa yang tinggal padanya melainkan baju yang bertampal. Syeikh Tariq Jamil r.a \u00a0meriwayatkan bahawa, bajunya terdapat tidak kurang daripada 200 tampalan.\n\nTetapi apabila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, \u201cSaya belum berkorban lagi, sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama\u201d.\n\nKetika itu Allah sampaikan salam padanya. Seluruh diri dan hartanya digunakan untuk menghidupkan Islam dan membantu perjuangan agama, tetapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.\n\nTawanlah hati suamimu supaya mereka sentiasa gembira. Buatlah segalanya kerana Allah. Suamimu mungkin tidak faham kesusahan yang kamu hadapi, tetapi ketahuilah, Allah sedang menilai setiap daripada kesusahan kamu itu.\n\nSetiap titisan peluh, tangisan, letih, kesakitan, semuanya telah dijanjikan ganjaran pahala yang amat besar. Maafkanlah kekurangan mereka, kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita. Semuanya hanya sementara sahaja. Syurgalah tempat tinggal kita yang sebenarnya.\n\nWalau apapun yang terjadi, kerana solat itu merupakan tiang pada agama. Siapkanlah suami dan anak lelakimu ke masjid menjelang azan berkumandang. Nescaya Allah akan sentiasa merahmati keluarga kamu.\n\nMenjaga aurat bukan semata-mata kerana kita baik, tetapi kerana ia perintah Allah. Apalah makna cantik dan bergaya mengikut trend terkini, jika kita tiada walau sedikit ruang pun disisi Allah. Biarkanlah walau apa pun kata-kata dilemparkan orang lain, asalkan Allah menyayangi kita.\n\n#4 Janganlah habiskan air mata untuk dunia\n\nJanganlah menangis jika kehilangan barang kesayangan. Janganlah menangis menonton siri drama di tv. Tetapi gunakanlah air mata untuk redha Allah. Untuk umat Islam selamat dari bahana api neraka.\n\nTumpahkanlah air mata dan tangisan anda semasa bertahajud menghadap Allah di malam hari. Mengadulah pada-Nya, bukan pada manusia.\n\n#5 Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama\n\nPesanlah pada mereka, \u201cWahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu demi membawa manusia dekat dengan Allah\u201d.\n\nMungkin anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka. Tidak mustahil mereka akan\u00a0memegang panji Islam di dunia, dan di akhirat, dengan ribuan orang di belakang mereka.\n\nTak mengapalah dunia ini kita kurang sedikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.\n\n#6 Didik anak-anakmu\u00a0dengan iman dan sediakan mereka menjadi Daie\n\nKetahuilah, anak adalah harta yang paling berharga. Hidupkanlah rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadith.\n\nTidak tergambar nikmat yang dikecapi tatkala setiap hari rumahmu wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Terasa bagaikan\u00a0dalam syurga, walaupun rumahmu sekadar pondok buruk dan tiada penghawa dingin atau\u00a0kipas seperti rumah Rasul kita.\n\n#7 Janganlah mengorbankan anakmu dengan memberi sepenuhnya dalam jagaan orang lain\n\nJanganlah mengorbankan mereka semata-mata mahu mengejar cita-cita dunia. Ambillah masa, didiklah mereka dengan tanganmu sendiri. Sekiranya berpeluang, jadilah suri rumah sepenuh masa.\n\nKamulah harta yang paling bernilai. Seluruh dunia ini walau dihimpun sekalipun, pasti tidak boleh menggantikan tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu, tiada ucapan melainkan pasti hanya redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.\n\nKredit gambar: Mohd Sufri Mohamad Hamka, rightohijab, Alex Berger"
"Cara Menghadapi Kemandulan Pada Wanita dan Keguguran\n\nSebenarnya terdapat beberapa jenis kemandulan. Kebanyakan daripada kita selalunya hanya mengaitkan kemandulan dengan kegagalan untuk hamil. Secara realitinya, perkara yang selalu terjadi ialah seorang wanita akan hamil sekurang-kurangnya sekali dan kemudiannya dia tidak mampu lagi atau sukar hamil untuk kali kedua.\n\nIni juga sebenarnya salah satu bentuk kemandulan. Sayangnya, kemandulan jenis ini biasanya selalu dilepas pandang dan dipandang remeh. Walhal ia sebenarnya sesuatu yang sangat membebankan sehingga mampu memberi tekanan dan kemurungan sehingga seseorang itu tidak lagi mahu menjalankan ujian kesuburan lagi.\n\nWalaupun kebanyakan pakar kesihatan kini memahami yang keguguran oleh sesebuah pasangan akan ditangisi sehinga berbulan lamanya, namun masih ramai yang tidak memahami bahawa keguguran yang baru berlaku dalam beberapa minggu sahaja juga sudah cukup untuk memberi kesan kepada sesuatu pasangan.\n\nKebiasaannya, ia berlaku kepada wanita dimana walaupun ujian kehamilan yang positif menunjukkan yang mereka bakal mempunyai zuriat baru, mereka tetap merasakan kehilangan zuriat mereka akibat keguguran sebelumnya perlulah ditangisi. Walaupun ia sudah berlaku lebih dari 8-20 minggu.\n\nTerdapat beberapa peringkat tahap kesedihan dan kebiasaannya sehingga 5-7 peringkat. Perlu anda ketahui disini ianya bukanlah sesuatu yang berkekalan kerana ada diantara mereka yang akan kembali pulih kepada keadaan yang sedia kala. Ada sesetengah daripada mereka pula tidak mengalaminya langsung.\n\nPerasaan terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan adalah perkara yang pertama yang biasa dialami oleh mereka yang keguguran. Ada juga yang mengalami simptom ini hanya setelah berbulan berlakunya keguguran dan tidak kurang juga yang mengalaminya berkali-kali. Inilah waktunya dimana seseorang lelaki atau wanita dikatakan seolah-tidak \u2018tidak mempunyai perasaan\u2019 atau \u2018kaku\u2019 kerana mereka tidak menunjukkan sebarang perasaan dan ramai juga yang mengatakan mereka berasa seperti \u2018bingung\u2019.\n\nWalaupun perasaan ini biasanya dialami dalam masa yang pendek (perasaan \u2018ini tidak mungkin berlaku\u2019), perasaan ini akan bertukar menjadi peringkat \u2018kesakitan\u2019 yang lebih mendalam. Peringkat seterusnya ialah dimana perasaan tersebut akan datang kembali dan kali ini ianya lebih menyakitkan dan lebih tulus. Dan ketika inilah seseorang akan terjerumus keperingkat dimana perasaan marah atau kemurungan menguasai diri mereka dan biasanya disertai dengan perasaan rasa bersalah.\n\nPeringkat ini juga dikenali sebagai peringkat \u2018kenapa\u2019 atau \u2018bagaimana jika\u2019, yang mana kebanyakan mereka didalam peringkat ini akan mula bertanya \u2018kenapa saya\u2019 atau tertanya-tanya \u2018apa silap yang saya buat\u2019. Walaupun perasaan seperti ini adalah biasa tetapi jika ia berterusan membelenggu seseorang ia akan memburukkan lagi tahap kemurungan mereka.\n\nPeringkat dimana perasaan marah menguasai diri ialah diperingkat \u2018kenapa\u2019 tetapi ia timbul bukan kerana ada sifat ingin tahu \u2018kenapa\u2019 tetapi lebih kepada ingin meluahkan emosi. Peringkat ini jugalah yang biasanya akan merosakkan hubungan diantara pasangan-pasangan.\n\nKetika inilah sesuatu pasangan akan mula berkelahi dan mula menyalahkan antara satu sama lain. Ada juga sesetengah daripada mereka yang mula mempersoalkan tentang kuasa Tuhan dan juga kepercayaan kepada agama mereka, dan ada juga yang terus berhenti berharap kepada Tuhan.\n\nContoh-contoh diatas juga tidak terkecuali kepada mereka yang sedang mengalami kemurungan atau kesunyian. Peringkat ini akan dialami oleh seseorang yang keguguran, samada secara drastik, beberapa bulan selepas keguguran atau pun mungkin bertahun selepas keguguran. Pada peringkat ini juga akan berlakunya konflik dalam perhubungan sesuatu pasangan. Peringkat ini juga adalah saat yang paling sukar untuk ditangani oleh sesetengah pasangan.\n\nPeringkat seterusnya yang akan dialami ialah peringkat penerimaan. Ketika ini kebanyakan pasangan sudah mula dapat menerima apa yang berlaku dan membuat keputusan untuk memulakan kehidupan yang baru. Ketika inilah hubungan diantara pasangan dibaik pulih dan memutuskan untuk membina kehidupan yang baru bersama, atau pun memilih untuk berpisah jika telah banyak menyakiti antara satu sama lain.\n\nWaktu ini juga ramai yang akanbermotivasi untuk membantu mereka yang mengalami nasib yang sama dengan memberikan sokongan moral supaya orang lain juga dapat meneruskan kehidupan mereka.\n\nPerlu anda ingat perkara-perkara ini semua adalah normal dan ada mereka diluar sana yang benar-benar memahaminya dan mampu untuk membantu anda. Kadangkala dengan hanya sedikit maklumat seperti ini pun sudah mampu untuk mengubah hidup mereka yang mengalaminya supaya menjadi lebih baik. Wahai lelaki, fahamilah perkara ini."
"Jom ketahui adab-adab berhutang yang dianjurkan Islam. Secara jelas adab hutang dalam Islam dan cara sebenarnya.\n\nHutang adalah sejenis pinjaman yang diberikan oleh sesuatu pihak kepada pihak yang lain, sama ada dalam bentuk wang, harta benda, aset atau sebagainya. Selalunya hutang adalah sesuatu yang sangat berharga dan bernilai tinggi.\n\nHutang juga merupakan sebahagian hakikat dalam kehidupan manusia yang jarang dapat dielak. Rasulullah S.A.W juga pernah berhutang dengan seorang Yahudi untuk membeli makanan dan mencagarkan baju Baginda sebagai jaminannya. Hal ini diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.A.\n\nBerhutang dalam Islam adalah harus hukumnya. Namun, ada adab dan aturan yang perlu dipatuhi dan dielak. Antara adab-adab berhutang adalah:\n\nBagi mengelakkan masalah dan kekeliruan pada masa hadapan, hutang perlu dicatat dan disertai dengan beberapa orang saksi. Selaras dengan firman Allah:\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.\u201d\n\nApabila hutang yang dibayar memerlukan tambahan bayaran, maka ianya terdapat unsur riba. Riba merupakan perkara yang haram dan salah satu dosa besar. Allah mengancam pelaku riba seperti dalam firman-Nya:\n\n\u201cHai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan, maka ketahuilah,\u00a0 Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok asal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak dianiaya.\u201d\n\nBayar hutang dengan segera apabila sudah berkemampuan. Elakkan bertangguh kerana ini boleh menganiaya pihak yang memberi hutang. Seperti sabda Rasulullah S.A.W:\n\n\u201cPenundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim.\u201d\n\n4. Memberikan Waktu Untuk Membayar Hutang\n\nJika seseorang yang berhutang masih belum mampu untuk membayar, elakkan memaksa atau mengugut. Hal ini, akan menyebabkan tekanan kepada penghutang. Sebaiknya, berikan masa untuk mereka membayar. Selaras dengan firman Allah S.W.T:\n\n\u201cDan jika (orang berutang itu) dalam kesusahan, maka berilah waktu sampai dia memperoleh kelapangan. Dan jika kamu menyedekahkan, itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.\u201d\n\n5. Menghalalkan Jika Tidak Mampu Membayar Hutang\n\nJika selepas diberikan tempoh, penghutang benar-benar tidak mampu menjelaskan hutang, pemiutang boleh mempertimbangkan untuk menghalalkan hutang tersebut, ataupun berniat untuk bersedekah. Seperti saranan Rasulullah S.A.W dalam sabda Baginda:\n\n\u201cSesiapa mahukan doanya diperkenan Allah dan dihindarkan malapetaka, maka hendaklah dia membebaskan hutang daripada orang berhutang dan tidak mampu bayar hutangnya.\u201d\n\nNamun, penghutang itu hendaklah benar-benar tidak mampu dan bukannya kerana alasan ingin mengelak daripada menjelaskan hutang. Namun sebaiknya berusahalah terlebih dahulu untuk membayar hutang tersebut sebelum meminta ianya dihalalkan.\n\nIngatlah, penghutang mestilah sentiasa bertanggungjawab untuk melunaskan hutangnya, tidak kiralah sama ada ianya dalam jumah yang sedikit ataupun banyak.\n\nIsu hutang ini sering mengundang malapetaka dan membolehkan wujudnya unsur penganiayaan terhadap salah satu pihak. Pihak pemiutang pula perlu bertoleransi dengan penghutang dan tidak melupakan adab.\n\nPaling penting, hutang bukanlah sesuatu yang haram, jadi jangan jadikan cara kita mengendalikannya pula mendatangkan dosa dan murka Allah S.W.T.\n\nAyuh ketahui lebih banyak artikel menarik dari kami seperti:"
"Institusi keluarga memerlukan perancangan dari segi kewangan yang kukuh. Setiap keluarga mempunyai strategi perancangan kewangan yang berbeza iaitu ada suami yang merancang kewangan keluarga dan ada pula keluarga di mana isteri yang menjadi perancang kewangan keluarga itu.\n\nSeorang wanita mampu menjadi perancang kewangan keluarga yang baik dalam institusi kekeluargaan kerana sikap mereka yang berjaga-jaga berbanding segelintir lelaki yang bersikap boros. Perbelanjaan dalam keluarga perlu diuruskan dengan baik bagi mengelakkan daripada timbulnya masalah pada masa hadapan serta dapat digunakan pada waktu kecemasan kelak.\n\nKerana kesibukkan suami dalam bekerja bagi tuntutan nafkah, tugas merancang perbelanjaan selalunya akan di bantu oleh si isteri. Sebagai seorang isteri juga seorang wanita, kebijaksanaan dalam menguruskan perkara ini perlu ada iaitu mengetahui bagaimana untuk membahagikan sumber kewangan mengikut keperluan iaitu untuk kehidupan seharian dan juga untuk masa depan. Contohnya perbelanjaan secara bulanan dan juga simpanan yang perlu ada untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.\n\nBegitu juga untuk perbelanjaan anak-anak iaitu simpanan untuk pendidikan anak-anak pada masa hadapan dan keperluan persekolahan mereka pada waktu semasa. Simpanan juga perlu untuk anda dan suami untuk masa tua sebagai sokongan untuk anda sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini.\n\nAnda juga perlu bijak dalam membezakan kehendak dan keperluan dengan memahami apa yang perlu anda punyai dan apa yang tidak perlu untuk anda sekeluarga. Anda perlu lihat kepada kemampuan diri anda dari segi pendapatan keluarga dalam merancang kewangan bagi mengelakkan daripada menanggung banyak hutang dan akan membebankan anda dan pasangan. Perkara ini boleh mendatangkan juga bahaya pada keluarga anda sekiranya hutang anda tidak dapat di langsaikan.\n\nAnda tidak sepatutnya terus membelanjakan gaji yang anda dan pasangan dapat hasil dari kerja untuk memenuhi kehendak diri tetapi buatlah penyata atau jadual terlebih dahulu untuk membahagikan gaji anda bagi mengetahui bahagian yang anda dapat untuk membuat simpanan. Sekiranya gaji anda hanya cukup-cukup makan dan tidak selalu dapat membuat simpanan, anda di nasihatkan supaya membelanjakan gaji yang diperolehi hanya untuk keperluan dan elakkan daripada sikap ingin memiliki sesuatu yang anda tidak mampu miliki dan akhirnya menyusahkan diri sendiri dan keluarga.\n\nUkurlah baju di badan sendiri, berusahalah untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang betul dan halal walaupun anda merasa sedikit susah. Pendapatan yang datang dari sumber yang tidak baik hanya mendatangkan masalah pada anda. Sekiranya anda telah berusaha, berdoa dan bertawakkallah kepada Pemberi Rezeki supaya selalu di murahkan rezeki anda sekeluarga.\n\nSemoga artikel perancangan kewangan keluarga hari ini membantu."
"Cuba teka, ada satu makanan yang paling terkenal bila raya. Makanan ini selalu dijadikan gandingan makan rendang. Dibuat daripada beras pulut rasanya ada yang lemak masin dan ada pula yang manis bergantung daerah tempat ia dibuat. Dibungkus dengan daun palas dan dibentukkan segitiga.\n\nJawapnya ialah ketupat palas. Ketupat palas paling dicari bila raya. Penyediaannya yang mudah dan tidak makan masa membuatkan ia amat diminati. Dengan kata lain, anda hanya perlu sediakan pengukus dan dapur biasa, masak pun tidak lama. Namun begitu, ketupat palas yang dibuat sangat lazat rasanya seiras macam lemang buluh.\n\nKebiasaannya orang selalu buat yang lemak. Makan dengan rendang, pergh sanggup habis berketul-ketul. Pada perkongsian ini kami buat dua resepi ketupat palas, lemak dan serunding. Jom kita sepakat buat ketupat palas untuk raya nanti ataupun untuk kenduri kendara lain. Resepi dikongsikan oleh Rusmani Hamzah di laman Facebook.\n\nSelain ketupat palas, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"\u200eTrifle ialah makanan gaya barat di mana ia bermaksud hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada buah-buahan, jelly, kastard dan whipped krim yang mana bahan-bahan ini disusun berlapis-lapis dalam mangkuk trifle bagi menampakkan lapisan dessert nya.\n\nPuding trifle tampak sangat menggoda dan segar. Sebagaimana resepi trifle yang dibuat oleh Suriea Mohd Noor\u200e di laman Facebook. Trifle ini menggunakan jelly, cocktail fruit, kastard dan swiss roll. Namun begitu ada beberapa resepi yang meletak kek sebagai pengganti swiss roll. Ikut selera masing-masing.\n\nApapun resepinya puding trifle sentiasa menjanjikan rasa yang menyegarkan dan nikmat sungguh. Makan trifle sejuk-sejuk pada masa tengah hari. Wah, sedap sungguh!\n\nSelepas tengok resepi yang kami kongsikan ini mesti anda jadi makin teringin buat trifle. Dengan resepi yang mudah boleh menghasilkan trifle paling lazat. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi trifle, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Menabung untuk anak adalah perkara penting.Duit yang disimpan boleh digunakan untuk kegunaan pendidikan di masa hadapan dan banyak lagi.\n\nTetapi apabila tiba masanya untuk menabung, ianya boleh menajadi satu cabaran yang besar.Ada sahaja halangan keperluan lain yang datang. Tips daripada seorang ayah, Azzad Mokhri cara menabung untuk anak ini mungkin boleh dicuba.\n\nCara simpanan untuk anak. Saya belajar dari mak ayah saya. Simple tapi berkesan. Rujuk jadual kat bawah. Anak 18 tahun sudah ada simpanan rm 35K. Boleh dijadikan tabungan pelajaran dan lain-lain.\n\n1) Simpan di tempat yang beri pulangan seperti ASB, Tabung Haji dan lain-lain.\n\n2) Mulakan dengan amount yang kecil dan ditambah setiap tahun. Contoh Rm 20 sebulan dan tambah Rm 10 pada tahun hadapan dan seterusnya.\n\n3) Duit tersebut tidak boleh digunakan/dikacau/dikeluarkan.\n\nAda beberapa andaian dalam pengiraan saya;\n\n2) Pengiraan dividen adalah kepada jumlah keseluruhan tahunan.\n\n3) Duit tambahan yang diperolehi (duit raya anak dan lain-lain) tidak dimasukkan.\n\nUmumnya ada beberapa faktor yang akan mempengaruhi jumlah pelaburan;\n\n1) Tahun simpanan. Semakin lama simpan, semakin berganda.\n\n2) Simpanan bulanan. Semakin banyak, semakin berganda.\n\n3) Pulangan dividen. Semakin tinggi, semakin berganda.\n\nJadi play around dengan 3 faktor ini.\n\nJika anda ada teknik lain, sama-sama kongsikan"
"Ayuh ketahui bagaimana caranya untuk mendirikan solat sunat gerhana matahari dan gerhana bulan.\n\nDalam bahasa Arab, solat sunat gerhana disebut sebagai \u2018Khusuf\u2019 bagi bulan dan \u2018Kusuf\u2019 bagi matahari, iaitu bermakna hilangnya cahaya bulan atau matahari.\n\nKusuf, bermaksud hilang atau berkurangan cahaya matahari, atau terlindung sebahagian atau keseluruhan cahayanya. Khusuf pula bermaksud hilang atau berkurangan cahaya bulan, atau terlindung sebahagian atau keseluruhan cahayanya.\n\nManakala, gerhana adalah satu fenomena alam yang terjadi apabila matahari, bulan dan bumi berada pada kedudukan yang selari. Apabila bulan berada di tengah antara matahari dan bumi, ia dinamakan gerhana matahari kerana matahari dilindungi oleh bulan. Dan jika gerhana bulan terjadi apabila bumi berada di tengah, kerana cahaya matahari yang sepatutnya sampai kepada bulan terhalang oleh planet bumi.\n\nSolat Kusuf atau Khusuf juga disebut sebagai solat sunat gerhana yang didirikan sebanyak dua rakaat seperti solat lainnya berserta khutbah. Solat ini disunatkan didirikan sewaktu berlakunya gerhana matahari atau bulan. Solat sunat ini boleh dikerjakan bersendirian atau berjemaah.\n\nHukum solat sunat gerhana ini mendapat banyak perbezaan pandangan\u00a0 daripada para ulama, ada sesetengahnya menyatakan hukumnya sebagai sunat muaakad, dan sebahagiannya berhukum wajib dan ada yang menetapkannya sebagai sunat tidak muakkad.\n\nBagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila berlakunya peristiwa gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut.\n\nSekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.\n\nSolat sunat Gerhana Bulan didirikan bermula berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya.\n\nSekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, terdapat dua pendapat iaitu:\n\n1.\u00a0\u00a0Qaul Qadim: Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang apabila terbit fajar (subuh).\n\n2.\u00a0\u00a0Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari (syuruk).\n\nCara Mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari\n\n\u201cSahaja aku solat sunat Gerhana Matahari dua rakaat (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u00a0\u201cSahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.\u201d\n\n4.\u00a0Membaca apa-apa surah. Dicadangkan membaca ayat daripada surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A\u2019la (19 ayat)\n\n5.\u00a0Rukuk (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih)\n\n6.\u00a0Iktidal dan qiam kali kedua, seterusnya membaca surah al-Fatihah dan surah lain. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghasyiyah (26 ayat)\n\n7.\u00a0Rukuk sekali lagi (kali kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih)\n\n9.\u00a0Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih)\n\n10.\u00a0Duduk antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)\n\n11.\u00a0Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih)\n\n1.\u00a0Qiam dan membaca surah al-Fatihah\n\n2.\u00a0Membaca apa-apa sahaja surah. Dicadangkan membaca ayat daripada surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah asy-Syams (15 ayat)\n\n3.\u00a0Rukuk (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih)\n\n4.\u00a0Iktidal dan qiam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca apa-apa surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah az-Zalzalah (8 ayat)\n\n5.\u00a0Rukuk sekali lagi (kali keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih)\n\n7.\u00a0Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih)\n\n8.\u00a0Duduk antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)\n\n9.\u00a0Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih)\n\n11. Memberi salam dan imam bangun menyampaikan khutbah (jika solat\n\n\u201cMaha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.\u201d\n\nHukumnya adalah sunat untuk membaca khutbah selepas solat sunat gerhana matahari atau bulan ini, walaupun gerhana sudah hilang.\n\nKhutbahnya adalah \u00a0seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.\n\nIsi kandungan khutbah mestilah menyeru serta menyuruh para jemaah \u00a0untuk bertaubat, bersedekahmenjauahi perbuatan maksiat, tidak mengagungkan duniawi dan sebagainya.\n\nNamun, jika solat ini didirikan oleh golongan wanita sahaja, bacaan khutbah tidak perlu dilakukan.\n\nSolat sunat gerhana didirikan untuk menunjukkan rasa kagum dengan kejadian yang Allah ciptakan, dan bukanlah bertujuan untuk memuja, mahupun membesar-besarkan matahari atau bulan yang sedang mengalami fenomena gerhana itu.\n\nSekaligus, kejadian yang jarang kali berlaku ini adalah tanda peringatan Allah kepada umatnya bahawa Dia mampu mengalihkan apa-apa sahaja keadaan kepada bentuk yang luar biasa dengan kehendaknya tanpa apa-apa halangan.\n\nDiriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:\n\n\u201cSesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah.\u201d\n\nDan, sebagai hamba Allah S.W.T hendaklah kita sentiasa beringat bahawa Allah boleh melakukan apa-apa sahaja pada bila-bila masa pun dengan kehendak-Nya. Dengan itu hendaklah kita sentiasa memohon keampunan daripada-Nya, sentiasa bertaubat serta menjaga diri daripada melakukan hal yang dimurka dan dilarang Allah S.W.T.\n\nSemoga perkongsian ini menarik buat anda. Jom baca lebih banyak artikel menarik kami seperti;"
"Kami pasti pembaca di sini ramai yang meminat kek carrot dan ingin tahu resepi kek carrot yang lembut dan lazat.\n\nBiasanya kelazatan kek carrot dipengaruhi oleh keharuman kulit kayu manis dan parutan carrot yang bergabung didalam adunan kek.\n\nKek carrot termasuk dalam jenis kek buah yang sangat lembut kerana ada sebahagian orang meletak kismis dan walnut ke dalam kek carrot.\n\nResepi kek carrot yang kami kongsikan ini sangat mudah dan senang. Dengan mengikuti resepi yang mendapatkan perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Azizi Rais, confirm anda akan dapatkan kek carrot yang sedap dan jadi.\n\nSila cubakan resepi ini. Sajikan kek carrot terbaik anda untuk hidangan bersama.\n\n1. Dalam mixing bowl, masukkan minyak, telur dan icing sugar. Putar kelajuan tiggi selama 10 minit atau likat dan putih.\n\n2. Masukkan tepung, soda, baking powder dan serbuk kayu manis (jangan terlampau banyak nanti menggannggu rasa carrot).\n\n3. Kemudian masukkan carrot parut. Kaup balikkan sehingga sebati.\n\n4. Bakar selama 1 jam dengan suhu 170\u2019C, atau sehingga masak (dicucuk lidi).\n\n5. Kemudian potong kek kepada 2 lapisan, sapukan topping di antara kek dan ratakan cream di atas kek dan deco menggunakan piping beg.\n\nSelain resepi kek carrot, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Siapa suka di sini suka makan getuk ubi goreng?\n\nGetuk ubi merupakan makanan tradisional berasaskan ubi kayu. Rasanya menarik di lidah, ada manis dan masin, perpaduan rasa tradisi yang bikin ketagih.\n\nCara membuat getuk ubi amat mudah dan simple. Sebelum dilenyek, ubi kayu harus direbus terlebih dulu. Ubi kayu yang telah lenyek kemudian diberi kelapa parut, garam, gula dan sedikit tepung.\n\nKelazatan makanan tradisi getuk ubi amat terasa apabila diletak kelapa yang banyak sehingga pecah meletup dalam mulut. Jom cubakan resepi getuk ubi daripada Niza Nasir\u200e\u200e di laman Facebook.\n\nSelain resepi getuk ubi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Anda teringin memakan ikan siakap stim limau? Hari ini kami akan mengongsikan kepada anda resepi ikan siakap stim limau ala Thai. Resepinya sangat mudah semudah abc sahaja.\n\nIkan siakap ialah jenis ikan air tawar dan laut. Daging ikan siakap yang sangat lembut jika dimasak menjadikan ikan ini sangat favorit dikalangan ramai. Sekarang masanya anda mencuba memasak ikan siakap dengan resepi stim limau ala thai ini.\n\nResepi yang dikongsikan oleh Nursyahida Ieyda FazLieyda di Facebook ini sangat padu dan menyelerakan! rasa asam dari limau dalam kuahnya, sangat membangkitkan selera. Jemput baca dan mencuba resepi ini.\n\nResepi Siakap Stim Limau Ala Thai\n\nCara Membuat Ikan Siakap Stim Limau\n\n1. Mula-mula cuci bersihkan ikan siakap.\n2. Sediakan ikan yang sudah dicuci ke dalam bekas stim.\n3. Masukkan daun limau yg dikoyak, halia dan serai yg dipotong letakkan di\nbawah ikan yg dibelah.\n\n4. Curahkan air kiub pati ayam yang sudah dibancuh dengan air panas.\n5. Tutup dengan penutup dan kukuskan ia selama 15-20 minit atau sehingga ikan tu masak.\n\nSementara tunggu ikan stim masak boleh dibuat kuah untuk ikan\n\nSatukan semua bahan :\n1. Bawang putih yg dicincang.\n2. Cili padi merah.\n3. Air limau nipis yg diperah,\n(kalau ingin rasanya lebih kick lagi, campurkan sedikit stok limau yg\ndalam botol.)\n4. Garam, gula dan sos ikan. Kacau biar sebati.\n\n6. Jika ikan sudah masak. Angkat ikan.\n7. Akhir sekali, curahkan bahan-bahan kuah yang disatukan tadi.\n\nTaraa nampak begitu menyelerakan kan?? hehe selamat mencuba resepi ini dirumah anda..\n\nSelain resepi siakap stim limau, kami juga menulis resepi lain yang mendapatkan perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya jangan lupa like dan share ya."
"Para ibu dan isteri semestinya harus merancang dan tentukan apa yang patut dimasak sebagai menu untuk seisi keluarga. Biasanya, lauk haruslah simple tetapi menyelerakan kerana tiada masa. Jom cuba resepi Sambal Hitam Pahang.\n\nJadi, hari ni kami nak share satu resepi sedap dan menyelerakan yang boleh dijadikan sebagai menu untuk keluarga. Pernah makan Sambal Hitam Pahang tak? Special tau sambal hitam ni. Bahan utamanya MESTI ada belimbing buluh. Marvellous!\n\nKenapa dipanggil Sambal Hitam Pahang? Sebab asalnya dari Pahang terutama disukai masyarakat Pahang dari Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Sekarang, jom layan resepi yang telah dikongsikan oleh saudari Eh Isme di Facebook.\n\n\u2013 Belimbing buluh\n\u2013 Bawang Merah\n\u2013 Cili Api\n\u2013 Kicap (sikit pun dah cukup. Kalau nak lagi hitam, letak banyak lagi)\n\u2013 Garam\n\u2013 Gula\n\u2013 Belacan / perasa. (ikutla prefer suka yg mana)\n\u2013 Ikan bilis (Goreng garing dan tumbuk ikot suka lumat atau tak)\n\u2013 Minyak utk tumis\n\n\u2022 Rebus belimbing tadi tanpa air dlm periuk (belimbing akan mengeluarkan sendiri airnya)\n\u2022 Goreng ikan bilis sambil tu tumbukla bawang dgn cili api.\n\u2022 Pastu tumbuk ikan bilis pulak tak perlu lumat sgt, kasar2 sikit pun tak apa asalkan masih ada rupa dia \u201cikan bilis\u201d bukan pasir ye.\n\u2022 Pastu bila belimbing dah masak, masukkan dalam lesung , tumbuk bagi hancur sikit.\n\n\u2022 Panaskan la minyak tumis bawang dengan cili tumbuk tadi bagi garing sikit pastu letak belimbing dan ikan bilis tadi ke dalam kuali.\nGaul kan sekali dengan garam dan gula dan juga belacan atau perasa.\n\u2022 Letak la sikit kicap sikit bagi ada warna takdela pucat je.\n\u2022 Pastu biar die kering sedikit demi sedikit atas dapur.\n\u2022 Dah kering, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.\n\nSelain resepi Sambal Hitam Pahang, banyak lagi resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan sebelum ini. Jemput tengok yer korang semua. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE resepi ini ya!"
"Mesin basuh di rumah sudah rosak? Jika ya, sudah pasti anda perlu mendapatkan mesin basuh baru terbaik dan berkualiti tinggi. Namun, sebelum membeli sebarang jenis mesin basuh, perlu diketahui bahawa harganya bergantung kepada jenis fungsinya.\n\nDari segi harga, mesin basuh muatan hadapan lebih mahal daripada mesin basuh muatan atas kerana penggunaan kuasa elektrik yang amat berbeza. Walaupun begitu, fungsi kedua-dua mesin ini adalah untuk menyelesaikan tugas seharian kita.\n\nJom lihat antara 13 mesin basuh terbaik berkualiti di Malaysia pasti anda suka!\n\nLGF2721HTWV 21 harus dipertimbangkan oleh sesiapa sahaja yang mahukan mesin basuh terbaik bagi muatan hadapan.\u00a0 Sebab mesin basuh LG ini menjadi pilihan adalah kerana ia menggunakan teknologi Twin Wash yang membolehkan dua ruang berasingan dibasuh secara serentak.\u00a0\n\nSelain itu, terdapat ruang cucian yang lebih kecil di bahagian bawah yang khusus untuk seluar dalam, pakaian bayi dan fabrik halus yang lain. Kurang daripada 50 minit sahaja, semua sudah siap dicuci.\u00a0\n\nTeknologi TurboWash revolusioner menjadikan cucian pantas. Selain itu, mesin basuh ini juga dilengkapi dengan teknologi TrueSteam yang menjadikan pakaian 99.9% bebas alergen, anda takkan rasa gatal apabila memakai pakaian yang baru dibasuh. Ia juga boleh dikawal dengan smartphone dan mempunyai pelbagai mod pilihan.\n\nSamsung kekal sebagai salah satu jenama perkakas rumah yang paling tinggi mendapat permintaan di dunia, jadi tidak hairanlah salah satu model mesin basuh terbaik memang berkualiti.\u00a0\n\nSamsung WW80J54EOBW direka dengan teknologi yang dipanggil EcoBubble yang membuatkan pencuci bercampur berbuih dengan udara dan air sebelum cucian dimulakan. Ini bermakna, buih yang dihasilkan oleh mesin basuh ini boleh menghilangkan kotoran dengan lebih cepat.\n\nIstimewanya, 70% akan menjimatkan tenaga elektrik dan ia memerlukan 15 minit untuk menyelesaikan seluruh cucian serta sesuai untuk semua jenis fabrik. Sistem Eco Drum Clean juga berfungsi melakukan pembersihan kecil dengan sendirinya.\n\nBosch WAK20060SG menawarkan pilihan untuk membasuh segala-galanya, daripada pakaian yang paling berat kepada yang diperbuat daripada bahan yang paling halus, seperti sutera.\u00a0\n\nKapasiti cuciannya hanya 7 kg dan tidak untuk membasuh longgokan besar pakaian kotor. Ianya mungkin mesin basuh terbaik untuk mereka yang tinggal bersendirian.\n\nSekiranya anda sedang mencari mesin basuh terbaik dengan harga yang berpatutan, maka Bosch WAK20060SG mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.\n\nSalah satu jenama mesin basuh terbaik berkualiti yang dipercayai adalah Electrolux. Pintunya 12% lebih besar daripada mesin basuh muatan hadapan yang lain. Jadi, ia menjadikannya lebih mudah dan cepat untuk memuat dan memunggah pakaian yang dicuci.\n\nManfaat lain yang ada pada mesin basuh ini adalah ia tidak memerlukan seterika kerana menggunakan teknologi yang menamatkan setiap cucian dengan wap yang lembut untuk mengurangkan kedutan pada pakaian sehingga 22%.\u00a0\n\nElectrolux EWF7525EQWA juga boleh membuang 99.9% kuman dan alergen pada suhu hanya 40\u00b0C, justeru ia tidak memerlukan banyak tenaga elektrik dalam proses pencucian. Namun dari segi harganya, ia sangat mahal.\n\nMesin basuh hadapan Elba 9KG adalah mesin basuh terbaik yang menjimatkan penggunaan elektrik dan air. Fungsi cuciannya cepat dimana muatan cucian 9 kg boleh dicuci dalam masa 28 minit sahaja.\u00a0\n\nSelain itu, mesin basuh ini beroperasi secara senyap dan menggunakan kurang tenaga daripada tetapan biasa dengan menggunakan \u2018night mod\u2019.\n\nDari segi harganya, ia adalah mesin basuh muatan hadapan yang paling mahal dalam senarai mesin basuh terbaik. Tetapi dengan ciri dan kemampuannya, ia amat berbaloi dengan harganya.\n\nSangat mudah dikendalikan kerana mempunyai empat butang kawalan, Hitachi SF-100Xa merupakan mesin basuh terbaik. Walaupun terdapat mesin basuh lain yang memiliki panel kawalan yang kompleks dan ciri yang tidak berkesudahan, namun tidak dengan Hitachi SF-100Xa.\u00a0\n\nMesin basuh terbaik Hitachi ini menggunakan sistem pembersihan automatik di mana ia membersihkan ruangnya sendiri selepas mencuci pakaian. Mesin ini juga dilengkapi dengan \u2018safe lock\u2019 yang sesuai bagi mereka yang mempunyai anak.\u00a0\n\nKhas untuk anda yang pentingkan kebersihan, Sharp ESX905KG direka khas untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat.\u00a0\n\nSelain itu, mesin basuh ini tidak memerlukan anda menggunakan pencuci yang berlebihan kerana ia direka untuk menghasilkan pakaian berbau bersih dan segar. Cucian pakaian adalah secara sekata. Ia adalah mesin basuh terbaik berkapasiti tinggi yang hebat daripada Sharp.\n\nSekiranya anda mencari mesin basuh terbaik mesra bajet, maka Midea MT725B sangat tepat. Bukan sahaja murah, ia juga menggunakan Teknologi Air Terjun 3D yang membolehkan air dan pencuci meresap ke dalam fabrik dengan lebih cepat.\u00a0\n\nTambahan pula, sistem pembersihan kuasanya menawarkan pelbagai mod basuhan yang disesuaikan kepada semua jenis fabrik. Mesin basuh ini sesuai untuk anda yang ingin berjimat cermat namun inginkan kualiti baju cucian yang terbaik.\n\nSistem aliran air pada mesin basuh Panasonic NA-F75S7WRQ ini dapat membersihkan pelbagai jenis fabrik dengan kuantiti air yang sedikir. Ciri penjimatan yang ditawarkan oleh Panasonic NA-F75S7WRQ juga didatangkan dengan mekanisme pencucian yang menjimatkan bahan pencuci. Walaupun mempunyai kelebihan dalam penjimatan air, ia tidak sesuai bagi mereka yang tinggal di ruangan kecil.\n\nMesin basuh muatan hadapan yang menjamin pengalaman cucian yang selesa ialah Fisher & Paykel QuickSmart WH7560J3. Mesin basuh ini lengkap dengan kitaran cucian yang berbeza yang boleh memuatkan pelbagai jenis fabrik, termasuk fabrik yang halus dan besar.\u00a0\n\nIa juga datang dengan pelbagai teknologi cucian moden yang dapat menyelesaikan mencuci pakaian anda yang kotor dalam masa kurang daripada satu jam.\n\nSelain itu, mesin basuh ini juga mesra pengguna kerana mempunyai sistem kawalan yang sangat mudah digunakan. Jadi, bagi anda yang sering sibuk dengan kerjaya, mesin basuh ini amat sesuai untuk anda.\n\nMesin basuh Bosch WAV28L40SG disyorkan oleh kebanyakan pengguna kerana mempunyai motor Eco Silence Drive yang berkuasa, tahan lama, senyap dan amat cekap. Berbanding dengan mesin basuh yang lain, ia mempunyai Speed Perfect yang berfungsi untuk mengurangkan masa mencuci anda sebanyak 65%.\u00a0\n\nTerdapat juga sistem Allergy Plus yang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah alergi. Tidak hairanlah jika harganya juga agak tinggi.\n\nBagi mengurangkan masa membasuh anda secara drastik, Panasonic 10KG Econavi NA-120VX6 dapat membantu anda. Mesin basuh terbaik ini boleh mengurangkan masa cucian anda kepada kira-kira 49 minit dan dapat menghilangkan kotoran degil dengan lebih berkesan.\u00a0\n\nSelain daripada menanggalkan pelbagai jenis kotoran, ia juga dapat menghapuskan 99.99% alergen dan bakteria dengan bantuan ciri BlueAg+.\n\nLG FC140S4W pula dapat mengurangkan getaran dan bunyi yang kuat. Anda tidak perlu risau tentang peningkatan bil elektrik kerana mesin basuh ini dilengkapi dengan sensor penjimatan tenaga.\u00a0\n\nSensor tersebut boleh mengesan muatan cucian dan mengira RPM yang tepat untuk mencuci setiap pakaian dengan cekap tanpa membazirkan kuantiti air dan jumlah tenaga elektrik.\n\nLG FC140S4W adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin menjimatkan wang. Selain itu, harganya juga sangat berpatutan dan mampu milik.\n\nBerikut adalah 13 Mesin Basuh Terbaik Berkualiti Di Malaysia. Jom lihat juga Air Fryer terbaik, Vacuum Robot terbaik dan Blender Terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya di dunia. Yang tinggal hanya 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh.\n\nBegitu hebatnya amalan bersedekah sehingga kita tetap akan dapat ganjaran walau dah meninggal dunia.\n\nMenurut Islam, bersedekah ialah pemberian ikhlas dengan hati yang bersih tanpa mengharapkan balasan. Tujuan utama bersedekah ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan mencari keredhaan.\n\nSecara umumnya, sedekah dibahagikan kepada 2 jenis iaitu yang wajib (fardhu) dan yang sunat. Jika yang wajib ia dikenali sebagai pengeluaran zakat. Manakala bagi sedekah sunat, ia amatlah dituntut oleh agama untuk membantu orang yang memerlukan.\n\nPenganut Islam yang kaya-raya mahupun miskin amat digalakkan untuk bersedekah mengikut kemampuan mereka. Kita dianjurkan memberi sedekah barangan dan pertolongan yang diperlukan oleh penerima. Misalnya wang belanja, makanan, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.\n\nSetelah memberi sedekah, janganlah diungkit-ungkit pemberian tu. Malahan, jangan pula disampaikan kepada orang lain dengan niat untuk menunjuk-nunjuk. Walaupun anda bersedekah, akhirnya ia akan menjadi sia-sia.\n\nDalam penulisan kali ni, penulis ingin berkongsi kelebihan bersedekah. Semoga kita semua akan mendapat pengetahuan yang berguna.\n\nSetiap manusia tak lari daripada melakukan dosa sama ada besar atau kecil. Dengan amalan bersedekah, kita dapat menghapuskan dosa-dosa kita yang lepas. Walau bagaimanapun, kita haruslah bertaubat nasuha dan berazam tak akan mengulanginya.\n\nOrang yang suka bersedekah amat dikasihi oleh Allah kerana niat mereka untuk mendekatkan diri dengan-Nya. Oleh itu, amalan yang baik ni mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.\n\nKebaikan bersedekah tak diukur dengan berapa besar jumlah pertolongan yang diberikan. Jika kita bersedekah dengan ikhlas, walaupun hanya dengan pertolongan yang kecil, ganjarannya tetap tinggi.\n\n\u201cJagalah diri kalian dari api neraka, meski hanya dengan bersedekah sepotong kurma.\u201d\n\n(Hadis Sahih, Riwayat Bukhari dan Muslim)\n\nOrang yang suka bersedekah diberikan kelapangan di dalam alam barzakh. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:\n\n\u201cSesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung di bawah bayang-bayang sedekahnya.\u201d\n\nAllah berjanji tidak akan miskin orang yang suka bersedekah. Walaupun kita memberi bantuan kewangan kepada orang lain, harta kita tak akan susut. Malah, Allah membuka pintu rezeki dan kekayaan kepadanya di samping pahalanya bertambah.\n\nJika semasa hidupnya, orang itu pernah mewakafkan tanahnya untuk dijadikan surau atau rumah anak-anak yatim, selagi mana tanah tu digunakan, pahalanya tetap akan mengalir.\n\nWalaupun orang itu telah lama meninggal dunia, selagi tanahnya dimanfaatkan, dia tetap akan memperoleh pahala yang tak akan putus.\n\nSedekah dapat menjauhkan kita daripada mala petaka dan kejahatan. Apabila kita bersedekah, kita telah meringankan beban orang yang dalam kesusahan. Jika mereka mendoakan kita, kita akan sentiasa dijaga oleh Allah.\n\nCara yang paling mudah untuk ke masuk ke dalam syurga ialah dengan bersedekah. Yang paling utama anda mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.\n\nJika kita suka bersedekah dengan ikhlas, tanpa ada perasaan riak dan mengharapkan balasan, Allah akan membukakan pintu syurga.\n\nOrang yang suka bersedekah akan dipanjangkan umurnya seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W:\n\n\u201cSesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.\u201d\n\nOrang yang suka bersedekah akan sentiasa berasa tenteram, bahagia dan gembira. Walaupun dalam kesusahan, dia mampu tersenyum kerana yakin Allah ada untuknya. Mereka sentiasa berasa cukup dengan apa yang dimiliki.\n\nDisebabkan sikap suka bersedekah tanpa mengharapkan balasan dan menderma senyap-senyap, mereka mudah disenangi oleh orang. Raut wajah mereka juga nampak berseri-seri dan sedap mata memandang.\n\n#12 Didoakan oleh Malaikat Setiap Hari\n\n\u201cTidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata, \u201cYa Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq (sedekah) sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata, \u201cYa Allah, berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya).\u201d\n\nBersedekah dapat membersihkan hati dan jiwa serta membuang sikap-sikap buruk dalam diri. Allah berfirman:\n\n\u201cAmbillah zakat dari sebahagian, harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.\u201d\n\nOrang yang rajin bersedekah akan merasai nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Dengan nikmat yang diberikan ini, mereka lebih gemar bersedekah dengan ikhlas. Apakah nikmat-nikmat tersebut?\n\nKesimpulannya, amalan bersedekah begitu banyak kelebihan dan manfaatnya kepada diri kita dan orang lain. Jika berkemampuan, jangan kedekut untuk bersedekah. Allah menjanjikan tempat yang paling mulia dan tertinggi bagi orang yang suka bersedekah.\n\nJika ada ahli keluarga yang dalam kesusahan, jangan biarkan mereka terus menderita. Bantulah setakat yang mampu dengan seikhlasnya. Penulis mendoakan agar kita semua diberikan hati yang pemurah untuk bersedekah.\n\nSemoga artikel ni membuka pintu hati anda untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik. Senyum juga satu sedekah. Jangan lupa memberikan senyuman kepada semua orang. Jemput juga baca artikel jenis-jenis sedekah kelebihan sedekah dan konsep rezeki"
"Siapa yang tidak suka aiskrim. Lebih-lebih lagi budak kecil sangat menyukainya. Tapi ada juga orang dewasa yang suka aiskrim, bukan hanya budak-budak sahaja.\n\nAnda mesti tahu aiskrim malaysia kan. Aiskrim ini sangat terkenal di kalangan budak-budak sekolah. Sampai ada yang membeli dengan banyaknya di sekolah untuk disimpan di rumah,sangat sukanya.\n\nBagaimana kalau anda buat sahaja di rumah, tak perlu beli di kedai. Buat di rumah lagi berbaloi dan puas.\n\nJadi,sekarang kami akan berkongsikan kepada anda resepi aiskrim Malaysia yang simple, senang dan berbaloi sangat. Resepi ini dikongsikan oleh Inshirah Jaffri di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Jemput baca.\n\nP/s : kalau sudah ada base susu ni, senang tambah apa2 perasa yang kita mahu. Saya guna cap double lion. Selalunya guna 1/2 botol yang 495 ml.\n\n1. Untuk bandung, tambah 1/2 botol besar aiskrim soda\n\n2. Untuk aiskrim yang tidak ada susu macam anggur dan strawberi, masukkan sebiji sumi dalam tu.\n\n3. Untuk jagung, masukkan 1 sudu kecik jagung dalam tin yang creamy tu.\n\n4. Simpan dalam freezer hingga beku. Siap\n\nSelain resepi Aiskrim Malaysia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"Hirup sup ayam panas-panas sedap kan? Tambah-tambah kalau masa tengah sejuk-sejuk nih (sekarang kan musim hujan). Sedapnya. Sup ayam ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun boleh dimakan dengan nasi, bihun, mee atau kuey teow.\u00a0\n\nJadi sup ayam ini, boleh dikategorikan sebagai makanan yang fleksibel. Iye lah, kalau dalam satu keluarga ada yang nak makan nasi, tak nak makan nasi. Mak boleh lah masak sup nih. Senang kerja, jimat masa. Mak hanya masak sup dan sediakan karbo nya sahaja. Senang kan? Lagipun, kalau ada ahli keluarga yang sakit bolehlah buat sup ayam nih. Tukar dengan ayam kampung lagi bagus.\n\nResepi daripada\u200e\u00a0Siti Afzan\u00a0ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. Sesiapa yang nak diet pun boleh mencubanya. Menu sup ini antara menu yang kurang kalori.\u00a0\n\nSelain resepi Sup Ayam ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.\u201d"
"Puteri Ayu. Secantik namanya seindah rupanya. Kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran ramai. Gebu gebas je. Kuih ni senang jer nak membuatnya. Bahan-bahan pun mudah. Tambahan lagi, sekali buat boleh dapat banyak biji tau. \n\nCampurkan bahan-bahan seperti tepung, gula, telur, santan atau susu. Kacau adunan sehingga sebati. Mampatkan kelapa parut yang telah digaul dengan tepung ubi, gula dan garam ke dalam acuan. Kemudian, masukkan adunan tepung di atas kelapa sebelum dikukuskan.\n\nTanpa membuang masa mari sama-sama kita lihat resepi puteri ayu yang dikongsikan oleh ALeen Aireish. Resepi ini bolehlah dapat dalam lebih kurang 40 biji. Apa lagi? Jom mencubanya. Masa itu emas kan?\n\nMudahkan? Senang dan pasti sedap sehingga menjilat jari. Selamat mencuba resepi Puteri Ayu. Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama yang tersayang."
"Apakah makanan berpantang czer yang bagus untuk diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin? Pemakanan yang sihat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang menjadi lebih baik. Begitu juga misalnya dengan halnya cara berpantang yang betul. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa jenis makanan berpantang czer yang bagus untuk dijadikan diet pemakanan berkhasiat bagi kaum ibu semua.\n\nBerpantang merupakan satu rawatan tradisional yang menjadi tradisi bagi wanita yang melahirkan bayi.\n\nTujuannya adalah untuk memastikan ibu mendapat penyembuhan dan pemulihan tenaga serta kesihatan mengikut tempoh masa tertentu. \n\nFaktor yang menyebabkan perlu bersalin secara czer\n\nBanyak sebenarnya sebab untuk seorang ibu hamil terpaksa perlu memilih bersalin secara czer. Berikut ini kami kongsikan beberapa faktor yang kerap berlaku:\n\nPerkara yang perlu ibu bersalin czer elak dari buat\n\nKaedah bersalin secara czer dikatakan lebih rumit cara penjagaannya selepas bersalin berbanding bersalin secara normal. \n\nHal ini disebabkan bersalin czer memerlukan waktu yang agak lama dari segi penyembuhan luka pembedahan itu.\n\nJusteru itu, di sini kami kongsikan beberapa perkara bagi wanita bersalin secara pembedahan yang perlu dielakkan.\n\nMakanan berpantang czer yang sangat disarankan oleh doktor\n\nMakanan adalah punca utama dalam membantu proses pemulihan selepas bersalin khususnya kepada wanita bersalin czer. \n\nBanyak perkara yang perlu diambil kira bagi wanita yang melalui prosuder pembedahan czer dari segi pemakanan dan gaya hidup. \n\nHal ini kerana, wanita tersebut akan cenderung untuk mendapatkan masalah-masalah berkaitan dengan sistem gastro-usus.\n\nBerikut ini kami kongsikan senarai jenis makanan berpantang czer yang sesuai juga untuk wanita bersalin normal. \n\nMakanan seperti susu, yogurt, dan keju merupakan antara sumber protein, kalsium, vitamin B, dan vitamin D yang sangat bagus untuk ibu menyusu. Disarankan untuk kita ambil sekurang-kurangnya 50 ml setiap hari.\n\nContoh bijiran yang bagus adalah roti bijirin, beras perang dan gandum. Semua ini mampu membekalkan tubuh kita dengan jumlah kalori yang mencukupi dan diperlukan khususnya bagi ibu yang menyusukan bayinya.\n\nBuah oren dan blueberi mengandungi antioksidan dan vitamin C yabg baik bagi proses penyembuhan dan pemulihan selepas bersalin czer. \n\nMalah dikatakan juga setiap hari ibu perlu memastikan dia mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dalam menu berpantang tersebut. \n\nMenu makanan berpantang czer yang berikutnya adalah campuran halia dan bawang putih. \n\nBahan-bahan ini baik dalam melancarkan proses pencernaan dan dalam masa yang sama mengurangkan berat badan selepas mengandung. \n\nKacang badam atau juga dipanggil sebagai almond adalah makanan berpantang czer dan normal yang sangat berkhasiat.\n\nBadam ini mengandungi banyak sumber khusus dalam membaiki kesihatan diri kerana ia dilengkapi dengan karbohidrat, Vitamin B12, Vitamin E, serat dan mineral seperti tembaga, kalsium, zink, dan kalium. \n\nKunyi adalah sejenis herba yang sangat dikenali ramai dan digelar sebagai Ratu Rempah Ratus oleh kerana nutrisinya yang luar biasa kepada kesihatan. \n\nIa mengandungi rotein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan\u00a0magnesium. Kesemua nutrisi ini membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka dalaman dan luaran dengan kadar masa yang segera. \n\nOat adalah makanan yang mempunyai serat tinggi untuk tubuh badan. Ia pilihan terbaik dalam menghindarkan sembelit, dan membantu mengekalkan tahap kolesterol pada kadar yang rendah.\n\nIkan berlemak seperti ikan siakap, ikan kembung, ikan salmon, ikan sardin, ikan tongkol, ikan keli, dan ikan patin sangat kaya dengan asid lemak Omega-3 atau juga dipanggil sebagai minyak ikan. \n\nDikatakan bahawa minyak ini mampu mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan sistem imun badan, dan mengurangkan keradangan. \n\nAntara makanan yang tinggi kandungan karbohidratnya adalah ubi keledek. Ubi keledek selain mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi, ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin A, dan mangan yang membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem imun badan. \n\nPengambilan air kosong yang mencukupi sangat penting bagi melancarkan proses pencernaan ibu agar tidak sembelit dan mampu menghasilkan susu badan dengan sebaik mungkin. \n\nCara untuk memastikan luka czer cepat sembuh\n\nTidur dan rehat yang cukup membantu pulihkan tenaga ibu selepas bersalin.\n\n2. Elakkan diri dari melakukan aktiviti atau tugas berat\n\nAktiviti seperti naik turun tangga dan mengangkat barang berat perlu dikurangkan bagi mengelak dari jahitan terbuka.\n\nPengambilan makanan yang berkhasiat sangat penting dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu dan mengelakkan dari masalah sembelit. \n\nIbu yang selalu berjalan dikatakan mampu untuk mengurangkan risiko darah beku atau pulmonary embolism.\n\nIbu boleh mengambil pil pelembut najis selain meningkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran. \n\nSelain dari panduan makanan berpantang czer yang sihat ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan berpantang seperti:"
"Teruja dan ingin tahu tanda bersalin?\n\nSemakin dekat dengan due date, semakin tak sabar rasanya. Gemuruh pun ya juga.\n\nJika anda ibu yang pertama kali mengandung, pastinya artikel ini sangat membantu. Jom kami kongsikan tanda nak bersalin yang semua ibu mengandung wajib tahu.\n\nBeberapa minggu sebelum bersalin, anda akan perasan badan bayi mula turun kebawah dan berada dibawah perut dengan posisi kepada di bawah. Kepala bayi akan engaged dengan tulang pelvik anda secara perlahan-lahan. Jika anda tekan bahagian atas perut, akan terasa kosong.\n\nPada masa ini, anda akan kembali kerap membuang air kecil seperti trimester pertama kerana bayi menghimpit pundi kencing anda semula. Anda juga akan perasan bahawa kekosongan pada ruang atas membolehkan anda bernafas dengan selesa semula.\n\n2. Berat badan menurun atau statik\n\nBiasanya menjelang waktu bersalin, berat ibu akan menurun sedikit atau statik. Tiada lagi kenaikan berat badan walau pun bayi semakin membesar & semakin berat. Ini berlaku kerana air ketuban mula kurang & anda kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Kekurangan cecair dalam badan akan menyebabkan berat badan menurun atau statik.\n\nAnda akan mula rasa nak mengemas rumah untuk menyambut kehadiran orang baru. Ia adalah naluri yang datang secara semulajadi. Tiba-tiba rasa nak tukar warna cat bilik, tiba-tiba nak ubah kedudukan perabot. Satu rumah anda nak bersihkan supaya jadi cantik & kelihatan baru.\n\nSemakin dekat dengan tarikh bersalin, semua otot dalam badan anda akan mulai relax termasuk otot rektum yang menyebabkan aktiviti pada usus besar melonggar lalu berlakunya cirit-birit.\n\nJika anda mengalami cirit-birit, pastikan anda minum air dengan banyak bagi mengelakkan dehydration.\n\n5. Laluan mula terbuka ( dilate )\n\nServiks anda akan semakin menipis & terbuka sebagai persediaan untuk bersalin. Jangan risau jika anda langsung tiada bukaan walau pun tarikh bersalin dah semakin dekat. Setiap kelahiran adalah berbeza.\n\nSepanjang tempoh kehamilan, semestinya anda sentiasa mengira jumlah pergerakan bayi setiap hari. Jangan panik jika bayi anda kurang bergerak dihujung kehamilan. Salah satu daripada puncanya ialah ruang terlalu sempit memandangkan bayi anda semakin membesar.\n\nNamun, jika anda merasakan kelainan, jangan berlengah. Segera ke hospital untuk pemeriksaan.\n\n7. Rasa lenguh di kemaluan & celah kelangkang\n\nSituasi ini berlaku kerana otot-otot anda sedang bersedia untuk bersalin. Hormon Relaxin yang dirembeskan didalam badan menyebabkan otot-otot anda menjadi lembut & longgar.\n\nSemakin hampir dengan due date, anda akan berasa semakin lenguh dikemaluan & celah kelangkang. Ini adalah sebagai persediaan untuk memberikan laluan keluar kepada bayi anda. Ianya sangat menyiksakan. Bertabahlah wahai ibu. Sakit anda akan hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan.\n\n8. Lesu, berat dan tak selesa\n\nSemakin dengan dengan tarikh bersalin, anda akan berasa semakin lesu, berat, kurang tidur dan tidak selesa. Ini berlaku kerana perut anda semakin membesar & badan anda membawa beban yang berat.\n\nIni berlaku kerana kepala bayi semakin menurun kebawah & engage dengan tulang pelvik.\n\nIni berlaku kerana posisi bayi yang menekan tulang belakang anda. Semakin dekat dengan tarikh kelahiran, semakin sakit belakang anda.\n\nTanda yang dimaksudkan ialah lendir likat bercampur darah yang keluar dari faraj. Namun harus diingat, keluar tanda bukan bermakna bayi akan terus lahir. Keluar tanda adalah amaran awal atau signal dari badan yang memberitahu bahawa pangkal rahim anda sudah mula matang dan mula menipis sebagai persediaan awal untuk kelahiran.\n\nAda ibu yang turun tanda seawal seminggu sebelum kelahiran. Ada yang turun tanda sehari sebelum kelahiran. Ianya berbeza-beza bagi setiap kelahiran. Kalau anda mengalami turun tanda bersama sakit contraction, anda boleh mula mengira jarak antara setiap contraction bagi mengelakkan kejadian terbersalin di rumah.\n\nContraction adalah keadaan dimana anda akan berasa perut mengeras untuk beberapa saat. Anda akan mula merasainya apabila semakin dekat dengan tarikh bersalin.\n\nPerut mengeras tanpa rasa sakit dipanggil dinamakan Braxton Hicks. Boleh dianggap sebagai false alarm, bukannya tanda anda nak bersalin. Anggap sahaja rahim anda sedang berlatih untuk kelahiran yang bakal berlaku.\n\nContraction yang sebenar adalah keadaan dimana perut anda mengeras disertai rasa sakit. Semakin kerap \u00a0& semakin panjang contraction, semakain dekat anda akan bersalin.\n\nProses contraction adalah sangat penting dalam proses bersalin kerana ia membantu pangkal rahim menipis dan membuka pintu rahim untuk proses kelahiran.\n\nSelaput yang menyelaputi bayi dalam rahim akan pecah secara tiba-tiba sebelum kelahiran bayi. Ia boleh pecah secara mengejut dengan bunyi pop diikuti dengan air yang banyak sehingga membasahi seluar anda. Ia juga boleh bocor sedikit demi sedikit. Ada juga kes dimana kantung terpaksa dipecahkan secara manual di bilik bersalin. Seperti yang kami nyatakan di atas, setiap kelahiran adalah berbeza.\n\nTanda terakhir anda akan bersalin ialah contraction yang semakin kerap dan semakin panjang. Jika anda mengalami contraction setiap 10 minit, jangan berlengah lagi. Segera ke hospital untuk memeriksa bukaan.\n\nItulah dia 14 tanda nak bersalin yang semua ibu mengandung wajib tahu. Semoga bermanfaat buat anda. Kami doakan semoga anda selamat bersalin."
"Terpapar di dada akhbar dan media sosial akan kisah-kisah pembuangan bayi yang kian berlaku tanpa noktahnya. Setelah dikaji oleh beberapa pihak, kes pembuangan bayi realiti kini berlaku bukan sahaja melibatkan mereka yang sudah cukup umur, tetapi turut melibatkan para remaja di bawah umur. \n\nPunca pembuangan bayi yang berleluasa di negara ini telah dikenalpasti. Bagaikan tidak percaya, dengan kesilapan kecil ibu bapa dan masyarakat, pastinya pembuangan bayi masih lagi berlaku sehingga kini. Untuk mengatasi gejala pembuangan bayi, jom lihat punca pembuangan bayi yang berleluasa di negara ini.\n\nDidikan agama sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang. Oleh itu, ia juga mempengaruhi setiap perbuatan anak-anak sepanjang hari. Kurang didikan agama menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja dan tidak berlandaskan agama. Ia adalah salah satu punca pembuangan bayi berleluasa dari dahulu lagi.\n\nKasih sayang keluarga sangat penting dalam membentuk anak-anak yang pandai menjaga maruah diri dan keluarga. Tanpa kasih sayang keluarga, kemungkinan anak akan terabai dan membuat hal masing-masing. Hal-hal yang negatif akan menyebabkan mereka terpesong melakukan zina sehingga terjadinya punca pembuangan bayi.\n\nSekiranya anak dibimbing dan mendapat perhatian penuh daripada keluarga, pastinya mereka tidak berasa sunyi dan tidak terjebak dengan segala masalah gejala sosial. Selalunya, mereka yang mendambakan perhatian, mencari cinta dan terlanjur adalah disebabkan kurang perhatian daripada keluarga. Ia juga merupakan punca pembuangan bayi yang amat berleluasa kini.\n\nStatistik menunjukkan punca pembuangan bayi yang terbesar adalah datang dari remaja yang tidak bersekolah terutamanya yang menetap di kawasan pedalaman. Kurang pendidikan akademik adalah punca pembuangan bayi, tetapi ia boleh dielakkan sekiranya remaja berkenaan mendapat pendidikan agama yang sempurna.\n\n5. Tiada Pendirian Diri Dan Tidak Berfikir Kesan\n\nPara remaja yang tidak ada pendirian diri tidak memikirkan kesan sekiranya mereka melakukan sesuatu perkara. Seks bebas juga adalah perkara yang menjadi punca pembuangan bayi, tetapi semuanya bermula dari para remaja sendiri. Pendirian yang kuat dan sering memikirkan kesannya akan menjadi penghalang mereka melakukan perkara yang tidak diingini.\n\n6. Pengaruh Gejala Sosial Dan Teknologi\n\nTeknologi seperti telefon bimbit dan internet adalah pengaruh besar kepada para remaja serta menjadi punca pembuangan bayi yang berleluasa. Remaja sering melayari internet dan melihat perkara berfaedah menyebabkan mereka terikut-ikut apa yang dilihat. Remaja juga tidak teragak-agak lagi untuk mencari rakan berlainan jantina di luar sana.\n\nPunca pembuangan bayi juga adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Jangan terkejut, kes pembuangan bayi juga berlaku di sekolah. Sudah semestinya kes ini melibatkan pelajar sekolah. Punca pembuangan bayi ini salah satunya adalah dengan siapa kita berkawan dan bergaul. Kalau tersalah pilih kawan, buruk padahnya.\n\n8. Tidak Menjaga Diri Dan Gaya Pakaian\n\nMenjaga diri dengan cara berpakaian sopan dan menutup aurat adalah salah satu cara yang dapat menghalang pembuangan bayi berlaku. Punca pembuangan bayi akibat tidak menjaga diri menyebabkan berlakunya kes jenayah seperti kes rogol dan akhirnya melahirkan bayi, seterusnya pembuangan bayi.\n\nAwas, jika tidak menjaga batas pergaulan dan mengamalkan pergaulan bebas, gejala sosial boleh berlaku dalam kalangan anak anda. Punca pembuangan bayi akibat pergaulan bebas dapat diatasi sekiranya ibu bapa memantau pergaulan dan perkenalan anak-anak dengan kawan-kawan mereka.\n\n10. Jarang Berkomunikasi Dengan Ibu Bapa\n\nJarang berkomunikasi dengan ibu bapa menyebabkan anak kurang perhatian dan terasa diabaikan. Mereka akan mencari keseronokan di luar dan tidak mengendahkan keluarga lagi. Sekiranya terjebak dengan pergaulan bebas, ia juga menjadi punca pembuangan bayi yang berleluasa abad ini.\n\n11. Terdesak Kerana Wang Dan Harta\n\nDemi wang dan harta, ramai remaja serta wanita lain sanggup menggadai maruah. Akhirnya, kes buang bayi berleluasa. Puncanya adalah mereka terdesak kerana wang dan harta sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Banyak kisah benar yang diceritakan semula dalam rancangan TV seperti 999 dan lain-lain lagi.\n\nPunca pembuangan bayi yang berleluasa ramai orang tak tahu adalah sumbang mahram yang berleluasa. Jangan terkejut, kes sumbang mahram masih berlaku di Malaysia dan masih ada sehingga tahun 2019. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan baik dan tidak membiarkan anak-anak anda menjadi mangsa oleh keluarga atau saudara mara.\n\nKes jenayah lain yang melibatkan para remaja bakal menjerumuskan mereka sehingga kes pembuangan bayi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang terlibat dalam gejala sosial dadah, mereka juga mungkin terlanjur dan menyebabkan punca pembuangan bayi. Kes jenayah lain juga seperti penculikan, rogol dan sebagainya.\n\n14. Gaya Hidup Yang Terlalu Bebas\n\nBermula dari kekeluargaan, gaya hidup yang diamalkan terlalu bebas menyebabkan remaja tidak kisah apa yang mereka ingin lakukan. Mereka terus lakukan tanpa ada rasa bersalah, takut dan memikirkan agama. Gaya hidup yang terlalu bebas adalah punca pembuangan bayi.\n\nSejak kecil, kita diajar modal dan akhlak untuk tidak melakukan hal yang sia-sia dan tak berfaedah. Tanpa moral dan akhlak, semuanya akan berlaku tanpa ada pengawasan dari sesiapa. Punca pembuangan bayi sudah pastilah adalah kerana remaja tiada akhlak dan moral untuk berfikir sebelum bertindak.\n\nItulah dia 15 punca pembuangan bayi yang berleluasa kini. Bendunglah masalah ini sebelum terlambat! Jom baca juga Statistik anak luar nikah terkini, Peranan ibu bapa dan Kelebihan asid folik ibu mengandung."
"Apa saja tentang Korea pasti memukau dunia. Sebut saja kimchi, Running Man, bulgogi, bibimbap dan macam-macam lagi, pasti anda dah sedia maklum tentangnya. Begitu besar sekali impak dunia K-Pop dan K-Drama dalam kehidupan masyarakat dunia.\n\nYang paling dikagumi tentulah kecantikan kulit dan kelangsingan tubuh badan artis-artis Korea tak kira lelaki atau perempuan. Selain berkulit putih bersih, mereka juga amat berdisiplin dalam soal penjagaan muka.\n\nTrend masa kini di Korea ialah untuk mendapatkan wajah persis kaca atau skin glass. Jika anda biasa menonton rancangan drama atau filem Korea, mesti anda perasaan pelakon wanitanya mempunyai kulit yang amat polos dan cantik. Tak kurang juga dengan artis lelakinya.\n\nPenulisan artikel kali ni akan berkongsi rahsia kecantikan kulit mereka. Cara penjagaan muka macam artis Korea. Teruskan pembacaan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap. Dah baca jangan pula tak cuba ya!\n\nSkin glass\u00a0atau kulit kaca menggambarkan permukaan kulit yang licin umpama kaca. Jika perhatikan wajah gadis-gadis Korea, mereka seolah-olah mempunyai kulit seperti bayi. Tak jemu mata memandang. Betul tak?\n\nKulit kaca ni kelihatan lutsinar dan sangat flawless. Kulit wajah nampak sihat, awet muda dan bersinar-sinar. Ketika melihat kulit mereka yang begitu cantik, terbit perasaan kagum.\n\nSelain faktor cuaca, pemakanan dan genetik, pastinya untuk mendapatkan kulit cantik sebegini memerlukan usaha yang konsisten. Tanpa memfokuskan pembedahan kosmetik dan produk kecantikan semata-mata, mereka tetap menjaga kebersihan kulit.\n\n\u2018Beauty is pain\u2019 kata orang. Penulis amat bersetuju dengan pandangan ni. Bukan semua wanita dikurniakan kulit yang cantik secara semula jadi. Ada yang perlu melipatgandakan usaha untuk mendapatkan kulit yang sempurna.\n\nBerikut ialah 10 cara penjagaan wajah yang dikongsikan oleh pakar kecantikan Korea iaitu:\n\nTeknik \u2018double cleansing\u2019 ni maksudnya kita perlu mencuci muka menggunakan oil cleanser\u00a0kemudian diikuti oleh foam cleanser. Ini merupakan langkah pertama dan yang paling penting dalam penjagaan muka cara Korea.\n\nKenapa nak cuci muka 2 kali? Kotoran yang disebabkan oleh minyak seperti sebum, solekan, krim sunblock dan sebagainya tak mudah ditanggalkan jika hanya gunakan pencuci biasa.\n\nSelepas sapukan oil cleanser\u00a0di wajah yang kering, urut muka secara perlahan dan memutar. Kemudian baru basahkan muka dan cuci hingga bersih. Langkah kedua, gunakan pula foam cleanser\u00a0untuk tanggalkan kotoran yang masih tersisa di wajah seperti peluh, debu dan sebagainya.\n\nJika tak cuci muka dengan betul, tak guna anda gunakan produk wajah 3 sampailah 10. Wajah tetap akan nampak kusam kerana sel-sel kulit mati tak ditanggalkan selain kotoran yang masih tersisa di wajah.\n\nLepas cuci muka dengan bersih, lapkan lebihan air di wajah dengan tuala yang bersih. Kemudian, sapukan wajah dengan toner yang sesuai dengan kulit. Fungsinya untuk seimbangkan nilai Ph pada wajah kerana pencuci bersifat alkali.\n\nBoleh saja letakkan sedikit di tapak tangan atau gunakan kapas muka. Lalu, sapukan di seluruh wajah dan tepuk untuk menyerap.\n\nMalahan, toner juga membantu membersihkan sisa kotoran yang masih lagi tertinggal walaupun telah dicuci tadi. Dengan memakai toner, wajah akan terasa segar dan bersih. Elakkan penggunaan toner yang mempunyai kandungan alkohol kerana ia akan mengeringkan kulit.\n\nMalahan, dalam penjagaan wajah Korea, mereka suka gunakan toner yang mempunyai bahan aktif seperti AHA dan BHA. Kedua-dua bahan ini dapat merawat masalah kulit seperti jerawat, bintik hitam dan putih, sebagai antipenuaan dan kurangkan garis halus.\n\nEsen dianggap sebagai nutrien penting untuk kulit. Esen berfungsi untuk mengikat molekul air di dalam kulit. Oleh itu, kulit sentiasa dehidrasi dan mengelakkan kekeringan. Malahan, esen juga dapat menyerap kebaikan toner pada kulit.\n\nLetakkan sedikit pada tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah. Disebabkan teksturnya yang sedikit pekat berbanding toner, maka tak perlu guna kapas muka. Tepuk muka perlahan untuk penyerapan yang baik.\n\nEmulsi perlu dipakai selepas penggunaan esen. Ramai yang tersilap fungsi esen, emulsi dan serum. Melihat teksturnya, mereka menganggap salah satunya boleh diabaikan. Sebenarnya anda silap. Setiap produk ni mempunyai fungsi yang berbeza, namun membantu antara satu sama lain.\n\nAda produk yang menggunakan nama losyen wajah. Sama saja dengan fungsi emulsi ni. Emulsi sangat berkesan untuk melembapkan wajah. Justeru, jika anda mempunyai kulit wajah kering, gunakan emulsi dengan teratur.\n\nCaranya penggunaannya sama saja dengan esen. Pastikan pakai selepas esen tau. Kulit akan nampak lembap dan gebu.\n\nFungsi serum tak jauh beza dengan emulsi dan esen. Cuma ia mampu mengawal pengeluaran minyak di wajah. Oleh itu, bagi orang yang kulit berminyak, serum wajib dipakai.\n\nMalahan, serum juga terkenal sebagai agen antipenuaan kerana mampu menyerap lembapan dengan sangat baik. Jika ada parut-parut jerawat dan tompok hitam, serum mampu menyamarkannya. Tak hairanlah harganya agak mahal di pasaran.\n\nCara pemakaian serum ialah selepas semuanya serap dengan baik, sapu dan ratakan di wajah. Tunggu dalam 15 minit untuk teruskan penggunaan produk yang lain.\n\nPemakaian topeng muka menjadi kegilaan pada masa kini. Semuanya disebabkan pengaruh artis Korea. Lihat saja di Watson dan Guardian, macam-macam jenis topeng muka yang dijual. Rambang mata dibuatnya.\n\nAda jenis topeng muka yang boleh dipakai setiap hari, ada pula yang hanya dipakai seminggu 2 kali. Apa pun, baca dulu arahan di belakang ye. Topeng muka menjadi rutin wajib bagi masyarakat Korea.\n\nTopeng muka ni direndam dengan serum yang pekat. Ia dapat segarkan kulit yang letih dan lesu. Pakai dalam 15 hingga 20 minit dan tak perlu basuh tau. Teruskan penggunaan produk seterusnya pula.\n\nKrim mata merupakan pelembap khas untuk sekitar mata. Jika masih berumur lingkungan 20-an, ia dapat menghalang kedutan dari peringkat awal. Namun, ada juga krim mata intensif untuk orang yang berumur 30 tahun ke atas.\n\nSemakin berumur, keanjalan sekitar mata mula kurang. Itulah sebabnya, sekeliling mata menjadi kering, wujud lingkaran hitam dan kedut halus. Krim mata boleh melembapkan kawasan yang bermasalah.\n\nPicitkan sedikit di hujung jari dan urut bawah mata dengan perlahan dari arah dalam ke luar. Jangan kasar kerana kulit sekeliling mata sangat sensitif.\n\nPelembap merupakan bahagian penting dalam rutin penjagaan muka awek Korea. Hampir semua rutinnya mempunyai fungsi untuk lembapkan kulit. Kulit yang lembap susah nak nampak tua. Jika kulit menjadi kering, senang timbul garis-garis pada wajah.\n\nPelembap mengandungi air, mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh kulit. Ini tak bermaksud orang yang kulit berminyak tak perlu pakai pelembap ya. Setiap jenis kulit perlu memakai pelembap yang sesuai.\n\nCaranya sapukan sedikit di wajah dan ratakan dengan perlahan. Biasanya pelembap bersifat likat dan pekat. Oleh itu, penggunaan yang sedikit dah mencukupi.\n\nTak kiralah sama ada anda berada di rumah atau pejabat seharian suntuk, krim ni wajib dipakai. Diulangi, wajib dipakai! Jika berada di luar sama ada bekerja atau bercuti jangan lupa tinggalkan krim sunblock ye.\n\nKrim ni berfungsi untuk melindungi kerosakan kulit dari sinaran UV. Sinar UV mampu menembus dinding walau kita berada di dalam bangunan. Selain mengurangkan masalah sunburn, krim ni juga dapat elakkan kanser kulit.\n\nSapukan selepas pemakaian pelembap. Krim ni hanya perlu dipakai pada waktu pagi atau petang. Lebih baik disapukan ke kulit dengan lebih kerap jika terdedah dengan cahaya matahari yang panas.\n\nSelain topeng muka, sleeping mask\u00a0juga merupakan rutin yang amat digemari oleh orang Korea. Berbeza dengan topeng muka yang berbentuk kepingan,\u00a0sleeping mask biasanya dalam bentuk gel atau krim.\n\nSebelum tidur, selepas pemakaian semua produk yang dinyatakan di atas kecuali krim sunblock, sapukan sleeping mask. Sleeping mask berfungsi sebagai pelembap dan merehatkan kulit semalaman.\n\nTak perlu pakai selalu. Cukuplah hanya dipakai 2 atau 3 kali seminggu. Jangan pula basuh muka tau. Biarkan saja sehingga esok. Bangun pagi nanti, kulit anda akan berasa segar, lembut dan lembap.\n\nInilah 10 langkah penjagaan muka artis Korea untuk dapatkan kulit bak kaca. Mungkin nampak agak renyah dan memerlukan kerajinan yang tinggi. Namun, tanpa usaha tak usah bermimpi di siang hari.\n\nPada awalnya, mungkin anda akan rasa penat dan malas nak konsisten. Namun percayalah, bila anda nampak perubahan pada kulit, anda akan terus rajin jaga muka. Lagi-lagi kalau suami atau kawan dah mula memuji. Betul tak?\n\nJangan lupa mencuba dan kongsikan pengalaman anda tu dengan kami.\n\n*Jemput juga baca kebaikan tomato \u00a0doa nabi yusuf dan scrub muka terbaik"
"Oat adalah antara bijirin yang paling sihat.\u00a0Ia adalah bijirin bebas gluten dan\u00a0kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting.\u00a0Oat kaya dengan nutrien yang mengandungi\u00a0thiamine, magnesium, phosphorus, zinc, manganese, selenium, dan iron.\n\nOat atau nama saintifiknya Avena sativa banyak ditanam di kawasan Eropah dan tumbuh pada suhu iklim yang sederhana sejuk.\n\nSehingga tahun 2018, penghasilan oat mencecah 23 juta tan untuk memenuhi permintaan dunia. Antara pengeluar utama oat ialah Rusia, Kanada, Sepanyol, Australia, Poland dan China.\n\nAyuh ketahui pula kelebihan-kelebihan dan khasiat pemakanan oat yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia ini khususnya sebagai hidangan sarapan.\n\nTahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70 gram oat setiap hari. Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana kebaikannya kepada kesihatan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.\n\nIa bermula pada tahun 1854 apabila \u0091Raja Oatmeal\u0092 Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.\n\nKini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.\n\nSatu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian. Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.\n\n\u201cMakanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. \u201cGaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol \u201d kata Dr James lagi.\n\nEmping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.\n\nSerat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.\n\nSerat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.\n\nDilaporkan, terdapat dua jenis serat yang terkandung dalam oat iaitu serat terlarut (\u03b2-glucan) dan serat tidak larut (lignin, selulosa, hemiselulosa). Kedua-dua jenis serat ini membentuk 11% daripada komposisi oat.\n\n3. Menurunkan berat badan dengan cara sihat\n\nOat mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit semasa anda berdiet.\n\nOat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama.\u00a0Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat.\n\nOleh itu Oat berikan anda jawapan untuk kurus dengan mudah kerana apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.\n\nSarapan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh membuat anda berasa kenyang untuk tempoh yang singkat. Sarapan yang terdiri daripada oat yang dengan dicampur buah-buahan boleh mengenyangkan sehingga tengah hari.\n\nJom kami kongsikan resepi oat untuk kurus:\n\nCampurkan oat , susu dan panaskan di dalam oven selama 2 minit dan selepas itu boleh campurkan madu, yogurt , kurma dan buahan segar dan sedia untuk di nikmati sebagai sarapan atau pun juga makan malam anda yang lebih sihat.\n\nBuat pilihan yang bijak untuk kurus mudah dengan oat.\n\nDiabetes jenis 2 terjadi disebabkan kawalan gula dalam darah yang tinggi. Ia biasanya disebabkan oleh penurunan kepekaan terhadap insulin hormon. Oat boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah, terutama pada orang yang berlebihan berat badan atau mempunyai diabetes jenis 2.\n\nPada tahun 2012, pengkaji dari Jiangnan Universiti, mengenal pasti sebatian polisakarida bernama \u03b2\u2010glucan yang berperanan meningkatkan kepekaan insulin dan menurunkan kadar gula dalam darah.\n\nBukan satu kebetulan oat boleh didapati dalam banyak produk penjagaan kulit.\u00a0Pembuat produk ini sering menyenaraikan oat halus sebagai \u201ccolloidal oatmeal.\u201d\n\nSebenarnya, oat mempunyai sejarah penggunaan dalam rawatan gatal dan kerengsaan dalam pelbagai keadaan kulit.\n\nContohnya, produk kulit berasaskan oat boleh merawat gejala eczema yang tidak selesa. Bahkan, aktres Bea Alonzo menggunakan oat dalam salah satu petua kecantikannya.\n\nOat merupakan bijirin gandum yang boleh membantu menurunkan risiko penyakit seperti darah tinggi dan diabetes tahap dua. Dalam kajian mendapati oat mengandungi sebatian kimia yang dipanggil lignan untuk mencegah penyakit jantung. Malah bijirin oat kaya dengan sumber zat besi, magnesium dan vitamin.\n\nMalahan, penyelidik dari Institut Sains Makanan di Madrid, Sepanyol pada tahun 2017 menyenaraikan sebatian yang membantu pencegahan penyakit kardiovaskular melalui pengambilan diet oat iaitu \u03b2-glucan, avenanthramides, tocols, sterols, phytic acid dan avenacosides.\n\nKeupayaan oat menurunkan kadar kolesterol adalah kerana kandungan seratnya. Serat larut dihadam oleh bakteria normal dalam usus dan dapat mengurangkan penyerapan kolesterol oleh tubuh.\n\nOat mengandungi serat yang dapat mengurangkan lipoprotein dengan kolesterol jahat (LDL) yang dapat meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.\n\nSalah satu kompenen penting di dalam oat iaitu \u03b2-glucan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.\n\nFungsi serat dalam makanan tidak hanya untuk melancarkan sistem pencernaan. Kombinasi antioksidan yang tinggi dan memiliki metabolisme yang lancar menjadi jawapan untuk mencegah penyakit kanser.\n\nAntioksidan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser.\n\nOat menjadi pilihan untuk pesakit diabetes kerana kandungan serat yang sangat tinggi dan membantu meningkatkan kadar metabolisme dan menyeimbangkan gula dalam darah.\n\nPesakit diabetes boleh mengambil oat sebagai pengganti makanan utama. Pesakit diabetes sangat perlu mengambil makanan yang tinggi kandungan serat untuk menstabilkan gula di dalam darah.\n\nRadikal bebas hanya boleh dimusnahkan dengan antioksidan. Oat mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan menentang radikal bebas yang boleh membantu menyerlahkan kecantikan dan kesihatan kulit.\n\nKajian oleh penyelidik Amerika Syarikat yang diterbitkan dalam Nutrition Reviews pada tahun 2009, melaporkan bahawa oat mengandungi sejenis sebatian antioksidan jenis fenolik yang tidak terdapat dalam bijirin lain, iaitu avenanthramides.\n\nSebatian ini mempunyai aktiviti antioksidan 10-30 kali ganda lebih tinggi berbanding sebatian antioksidan fenolik yang lain seperti vanillin dan caffeic acid yang dijumpai dalam epal, beri dan sayuran hijau.\n\nOat sememangnya kaya dengan nutrisi terutama antioksida yang penting untuk menjaga sistem imun tubuh. Bukan itu sahaja malah dapat menyihatkan tubuh dan kesihatan kulit dengan mencegah daripada pelbagai jenis penyakit.\n\nTambahan pula, \u03b2\u2010glucan yang terkandung dalam oat dilaporkan oleh kajian-kajian lepas untuk turut meningkatkan sistem imun tubuh.\n\nMekanisme yang terlibat ialah pengaktifan monocytes/macrophages dalam sel darah putih dan meningkatkan kuantiti\u00a0 immunoglobulin, sel NK, sel T pembunuh dan sebagainya. Seterusnya, sistem imun menjadi lebih kuat dan rintang terhadap sebarang serangan penyakit mendatang.\n\nItulah dia khasiat oat yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang khasiat labu, khasiat buah manggis, dan khasiat lengkuas.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Mula-mula kahwin, haruslah ambil hati mak mertua! Agak susah juga jika kita tak tahu cara pikat mertua yang berkesan. Adakah kita perlu mengenali mertua dahulu sebelum mengambil hati? Tidak semestinya, sekalipun anda belum mengenali mak mertua anda, terdapat cara-cara berkesan untuk anda pikat hati mak mertua.\n\n20 Cara pikat hati mak mertua berkesan ini juga boleh anda lakukan kepada mana-mana ibu bapa atau orang tua, pasti mereka teruja dan gembira untuk jadikan anda menantu mereka! \n\nPikat hati mak mertua bukan sahaja menjadikan anda selesa tinggal sebumbung dengan mereka, tetapi anda juga bakal jadi menantu kesayangan. Anda juga bakal dipuji atau dijadikan topik mak mertua bersama kawan-kawan mereka ketika bersembang. Jom lihat 20 cara pikat hati mak mertua berkesan dan wajib anda buat.\n\nJanganlah cakap kuat-kuat macam cakap dengan member waktu pertama kali bercakap dengan mak mertua. Jadilah wanita melayu terakhir yang bersopan santun dan menghormati mereka.\n\nJika anda belum berkahwin dan bakal ada mak mertua, bawalah buah tangan setiap kali berkunjung ke rumahnya. Buah tangan boleh jadi makanan, minuman, buah-buahan, barang mentah, barang runcit dan lain-lain lagi. Mereka pasti suka terima sesuatu walaupun barang masakan.\n\nPakai pakaian yang sesuai apabila anda berada di rumah bersamanya. Jangan pakai pakaian yang terlalu seksi sebaliknya pakailah pakaian yang menutup aurat sesama perempuan dan kaum keluarga mereka.\n\nRingankan tulang anda untuk membantu mak mertua di dapur atau di rumah. Rajin-rajinkan diri mengemas rumah, menyapu sampah, mop lantai dan lain-lain lagi. Ada jenis mak mertua yang suka menantu rajin dan buat kerja tanpa disuruh.\n\nTunjukkan bahawa anda mempunyai minat yang sama seperti mak mertua. Ia adalah salah satu cara pikat hati mak mertua dengan betul. Anda boleh berkongsi atau meminta resepi masakan dari mak mertua atau keluar bersama makan di tempat kegemaran dan lain lagi.\n\n6. Sentiasa Sokong Dan Setuju Percakapannya\n\nBiarpun dia salah, anda sokong dan setuju sahaja percakapannya. Namun, haruslah tidak bertentangan dengan Islam. Apa sahaja diceritakannya, layan sahaja dan iyakan sahaja.\n\nHadiah dan buah tangan adalah perkara yang berbeza. Hadiah adalah barang personal untuknya seperti tudung, pakaian, kerongsang, coklat, bunga, manakala buah tangan seperti barang makanan untuk satu keluarga gunakannya.\n\nDengan menjadi peramah atau suka sembang, mak mertua pasti suka kepada anda. Mereka tidak akan bosan dan tidak janggal jika anda pandai beramah mesra dan berbual-bual.\n\nWalaupun tidak menunjuk kejayaan anda, tapi cukuplah jika mak mertua tahu bahawa anda adalah seorang yang bekerjaya, suka buat bisnes, bekerja sebagai pegawai dan lain-lain lagi. Mereka akan bangga memiliki menantu seperti anda.\n\nJangan mekap lebih-lebih di rumah mertua, jangan pula serabai tak berbedak. Mekap berlebihan membuatkan mereka tidak selesa dengan anda. Apa kata anda pikat hati mak mertua dengan cara bersederhana dalam penampilan?\n\n11. Beri Perhatian Lebih Kepada Mak Mertua\n\nApa-apapun, utamakan mak mertua anda. Jika dia menonton tv, berikan dia segelas air. Jika dia ingin berbuat apa-apa, cepat-cepat bantu dia. Jika dia tiada apa-apa, tanya kepadanya apa yang diperlukannya.\n\nAnda boleh menunjukkan betapa anda menghargai anaknya dan betapa bagusnya anak yang dibesarkan oleh mak mertua anda. Ceritakan kebaikan anaknya kepada dia dan puji juga dirinya yang berjaya membesarkan anaknya.\n\n13. Berlakon Bersyukur Dapat Mertua Sepertinya\n\nSekali-sekala perlu juga untuk anda berlakon dan menunjukkan bahawa anda bersyukur kerana dikurniakan mertua sepertinya. Itulah cara pikat hati mak mertua yang harus anda lakukan.\n\nJangan lupa senyum selalu setiap kali dia melihat anda, jangan buat muka tertekan atau muka masam sahaja. Yang mana muka masam tu, berubahlah air muka anda dengan senyum selalu.\n\nLayanlah mak mertua anda seperti raja. Semakin baik layanan anda terhadapnya, semakin dia akan buka mata bahawa anda tak sama seperti menantu lain di luar sana. Dia sangat beruntung mempunyai menantu seperti anda.\n\n16. Beri Duit Sebagai Sagu Hati (Rezeki Lebih)\n\nSalah satu cara pikat hati mak mertua juga adalah berikan mereka duit sebagai sedekah dan saja-saja. Dengan alasan, ada rezeki lebih. Percayalah, cara ini akan lebih mudah untuk pikat hati mak mertua dengan berkesan.\n\n17. Bawa Makan Luar Sekali Sekala\n\nJom bawa mak mertua anda makan di luar sekali sekala. Tak perlu masak untuk satu hari, anda dan suami boleh membawanya makan di restoran yang sedap.\n\n18. Luangkan Masa, Temankan Dia Ke Kenduri\n\nTemankan mak mertua anda ke kenduri juga adalah cara pikat hati mak mertua yang sangat berkesan. Luangkan masa untuk temankan dia pergi kenduri dan berkenalan dengan kawan-kawannya.\n\nJadi isteri solehah untuk suami anda pun menunjukkan anda benar-benar menantu yang tepat! Itulah cara pikat hati mak mertua yang berkesan apabila dia melihat anda sememangnya solehah.\n\nCara mudah untuk anda pikat hati mak mertua adalah tonton tv bersama. Jadikan masa anda menonton televisyen itu adalah saat-saat untuk anda merapatkan hubungan bersama mak mertua.\n\nItulah dia 20 cara pikat hati mak mertua yang boleh anda lakukan. Cara pikat hati mak mertua ini sangat berkesan dan mudah. Pasti akan ada perubahan selepas anda mengamalkannya. Semoga berjaya!\n\nJom baca Peranan ibu bapa, Cabaran ibu tunggal, atasi bayi sedu dan Panduan urutan bayi."
"Teringin nak makan roti sosej cheese kukus yang gebu, lembut dan enak? Boleh lah cuba buat sendiri. Bolehlah dijadikan menu bekal, berkelah. Pastinya, kepuasan makan dari titik peluh sendiri lagi sedap kot. Bahan dan caranya pun mudah. Semudah abc dan 123. Yang paling penting ringkas, mudah dan lazat.\n\nJom tengok resepi dari\u00a0 Munierah Rohanie yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku. Pasti jadi enak dan sedap. InsyaAllah sama macam yang dijual di luar tuh. Jom tengok resepinya.\n\n1. Roti sosej (tak kisah jenama apa) 2. Ayamas Frankfurter ayam/daging3. Slice cheese/mozarella4. Mayonis\n\nDah siap. Petik jari jer kan. Hidangan yg mudah, ringkas, cepat, lazat dan kenyang! Apa lagi cepat-cepatlah buatnya. Boleh buat dengan anak-anak. \n\nSelain Resepi Roti Sosej Cheese Kukus ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Dan satu lagi terima kasih lah sebab sudi melawat blog kami nih."
"Banyak tau sebenarnya khasiat jambu air ni.\n\nAlangkah nikmatnya dapat makan jambu air yang dicicah dengan sambal kicap pedas atau dimakan dengan serbuk asam. Sedar tak sedar sekilo dah masuk dalam perut. Begitulah enaknya buah yang mudah didapati di negara kita ni.\n\nNama saintifik bagi jambu air ialah syzygium aqueum. Buah tempatan ini tergolong dalam keluarga myrtaceae. Ia banyak didapati di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Pokok jambu air mudah ditanam dan bukannya bermusim.\n\nPokoknya malar hijau dan hidup subur di kawasan tropika. Terdapat pelbagai jenis spesies jambu antaranya ialah jambu bol, jambu batu, jambu air, jambu mawar, jambu madu dan sebagainya.\n\nJom ketahui khasiat buah jambu air menurut sains yang ramai tak tahu. Buah ini bukan saja lazat dimakan tetapi juga banyak manfaatnya dari aspek kesihatan manusia. Jom baca khasiat-khasiatnya.\n\n#1 Menjaga kesihatan gusi dan gigi\n\nKandungan vitamin A dan C yang tinggi dapat menjaga kesihatan gusi dan gigi. Jika anda mempunyai masalah gusi berdarah dan gigi sensitif, makanlah buah jambu air dengan kerap dalam diet harian.\n\nKandungan vitamin C dalam jambu air dapat mengurangkan risiko diserang strok. Dalam kajian yang diterbitkan oleh Journal of Clinical Nutrition membuktikan bahawa kepekatan vitamin C dalam darah yang cukup tinggi berkesan mengurangkan risiko strok sebanyak 42 peratus.\n\nJambu air mengandungi flavonoid yang memiliki sifat antioksidan. Kandungan ini efektif bagi mengatasi masalah keradangan yang berlaku disebabkan penyakit jantung dan kanser.\n\nJika anak-anak mudah dijangkiti selsema dan demam, berikan jus jambu air. Ini disebabkan vitamin A yang kaya dalam jambu air dapat meningkatkan kekebalan tubuh. Malahan, jika kekurangan vitamin A dalam badan, proses penyembuhan penyakit juga mengambil masa.\n\nSeperti yang dijelaskan sebelum ini, jambu air tinggi vitamin C dan mempunyai khasiat antioksidan. Antioksidan ini dapat menangkis serangan radikal bebas pada kulit yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh dan kulit.\n\nDengan kerap mengamalkan memakan buah jambu air, anda dapat memelihara kecantikan kulit dari masalah kulit. Malahan, kulit muka juga menjadi awet muda.\n\nBuah jambu air bukan sahaja kaya dengan air tetapi juga serat. Serat sangat bagus untuk merawat masalah sistem pencernaan. Apabila kita kurang mengambil serat dalam pemakanan harian, masalah sembelit mudah terjadi. Jadi, bagi orang yang ada masalah pencernaan, cuba makan buah jambu air dengan kerap.\n\nKandungan air dan serat bukan sahaja bagus untuk mengatasi masalah sembelit tetapi juga turunkan berat badan. Wah, menarik tu! Ini kerana kandungan air dan serat akan memberi rasa kenyang yang lebih lama.\n\nJika anda suka makan makanan ringan bila lapar, cuba ubah pola makan yang tak sihat itu. Makan buah jambu air akan membuat perut terasa penuh dan kenyang. Ini akan menyebabkan anda dapat mengelakkan diri daripada makan makanan ringan secara berlebihan.\n\n#8 Mengawal kandungan gula dalam darah\n\nKandungan gula dalam darah yang tak terkawal akan menyebabkan anda terdedah dengan risiko mendapat diabetes. Selain buahnya, daun jambu air juga banyak manfaatnya iaitu sapat mengawal kadar gula dalam darah.\n\nDaun jambu air mempunyai polifenol yang baik untuk pesakit diabetes. Anda boleh jadikannya ulam ketika makan. Malahan, bagi orang yang belum mendapat penyakit ini juga digalakkan makan untuk mengurangkan risiko mendapat diabetes.\n\nKadar lemak HDL atau kolestrol baik akan meningkat apabila anda memakan buah jambu air secara kerap. Kandungan niacin sangat berkesan meningkatkan lemak HDL dan menurunkan kadar trigliserida dalam darah. Kadar trigliserida yang tinggi akan menyebabkan risiko kolestrol tinggi.\n\nSerat yang terdapat dalam jambu air dapat mengendalikan kadar kolestrol jahat supaya tidak berlebihan. Oleh itu, penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung dapat dielakkan.\n\nDaun jambu juga boleh digunakan dalam mengatasi masalah fungsi organ hati. Dalam kajian yang dilakukan oleh Universiti Ayurveda Gujerat, membuktikan bahawa ekstrak daun jambu air mempunyai zat yang tinggi untuk masalah hati.\n\nZat ini dapat melindungi hati daripada beberapa penyakit yang berpotensi mengancam organ tersebut.\n\nJambu air sangat kaya dengan tanin, fenolik dan flavonoid yang sangat berkesan sebagai antibakteria. Jika ada anak-anak yang mempunyai masalah kecacingan misalnya, berikan mereka jus jambu air untuk membunuh bakteria di saluran pencernaan.\n\nBagi mengelakkan penyakit kanser, buah jambu air mahupun daunnya sangat baik untuk meminimumkan risiko mendapat penyakit ini. Kandungan flavonoid yang bersifat antioksidan dapat menangkis serangan radikal bebas yang merosakkan sel tubuh.\n\nFlavonoid di dalam jambu air bukan sahaja dapat mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi juga penyakit jantung. Walaupun, kajian berkaitan perkara ini belum terbukti, namun tiada salahnya untuk mencuba.\n\nTahukah anda seseorang yang mudah mendapat kekejangan otot adalah disebabkan kandungan potasium yang rendah dalam tubuh mereka? Jangan risau. Buah jambu air sangat tinggi kandungan potasiumnya. Jika anda sering melakukan aktiviti fizikal yang berat, keraplah makan buah jambu air.\n\nKesihatan mata sangat penting agar kita tak mudah mendapat rabun dekat, rabun jauh atau masalah mata yang lain. Vitamin A yang tinggi dalam jambu air sangat baik untuk penjagaan mata.\n\nKekurangan vitamin A boleh menyebabkan kita mendapat pelbagai gangguan kesihatan mata apabila semakin berusia nanti seperti nyctalopia dan degenerasi makula.\n\nDiharapkan 15 khasiat jambu air dari sudut sains untuk kesihatan manusia yang dikongsikan ini, memberi manfaat kepada semua pembaca. Jangan ingat buah yang berharga murah dan mudah didapati di mana-mana ini, tiada khasiatnya.\n\nJika mempunyai kawasan di sekitar rumah, anda boleh cuba menanam pokok jambu air. Selain enak dimakan, khasiatnya juga sangat tinggi. Anda boleh pelbagaikan cara hidangan seperti dibuat jus, dimakan begitu sahaja, dijadikan pencuci mulut atau salad.\n\nJemput juga baca tentang khasiat terung dan khasiat rebung"
"Kek pandan sangat sedap dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja terutama sekali ketika minum petang. Rasa yang enak dan rupa yang gebu itu mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya.\n\nTerdapat pelbagai cara untuk membuat kek pandan ini. Antaranya adalah dengan membakar, akan tetapi resepi yang ingin dikongsikan ini menggunakan cara mengukus. Resepi ini sangat senang dan sesiapa sahaja boleh cuba membuatnya.\n\nResepi kek pandan kukus ini telah dikongsikan oleh Rose Rosnah Rosnah di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai. Mari kita cuba resepi yang simple ini!\n\nSelain resepi Kek Pandan Kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Buah durian adalah raja segala buah-buahan. Bagi pencinta durian, mereka sanggup menghabiskan wang untuk membeli durian semasa musim durian. Buah durian selain dimakan begitu saja, ia boleh dijadikan pelbagai menu. Antaranya, tempoyak, cendol durian, ais krim durian, dan pelbagai lagi.\n\nNamun, buah durian mempunyai bau yang kuat, jadi ia akan meninggalkan kesan bau yang kuat selepas makan durian. Bau durian tidak begitu \u2018harum\u2019 bagi bukan penggemar durian. Kita juga kurang rasa selesa untuk berkomunikasi dengan kawan kerana bau durian yang kuat. Bagaimana untuk menghilangkan bau durian yang kuat selepas makan?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai susu dan santan dapat mengurangkan bau durian. Info ini dikongsikan oleh Dr Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga merupakan bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri. \n\nSusu mampu menghilangkan bau bawang putih.\n\nSebelum ini, belum ada kajian khusus tentang kaedah untuk mengurangkan bau nafas selepas makan durian. Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang dilakukan ke atas bawang putih. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai sulfur, sama seperti durian\n\nBahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan khususnya antikanser. Tetapi, jika terlebih makan bawang putih atau durian, perut akan jadi kurang selesa\n\nMenurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA, minum susu sebelum dan selepas makan bawang putih akan kurangkan bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu. Minum susu sebelum makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding minum susu selepas makan bawang putih.\n\nJusteru, kaedah yang sama mungkin boleh dilakukan sebelum makan durian iaitu minum susu sebelum makan durian atau makan durian bersama santan untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian\n\nIni kerana bahan sulfur durian akan diikat oleh lemak dan protein susu atau santan dan bantu kurangkan nafas berbau durian.\n\n*Info yang dikongsikan oleh Dr. Suri amat berguna bagi penggemar durian. Cara ini mampu menghilangkan bau durian atau bawang putih. Selepas ini, tiada lagi rasa tidak menyenangkan untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina sekitar bulan Januari atau Februari, limau mandarin paling popular sekali. Tak kira bangsa dan agama, semua orang tak sabar-sabar nak makan limau mandarin.\n\nYang seronoknya, pemberian limau mandarin kepada bangsa lain seolah-olah menjadi tradisi masyarakat Cina di Malaysia. Rasanya yang manis dan wangi sering buat kita tertunggu-tunggu kemunculannya yang hanya setahun sekali itu di pasar raya.\n\nSeperti juga buah sitrus yang lain seperti oren sunkist, limau bali, lemon, limau gedang, limau valencia dan sebagainya, limau mandarin juga kaya dengan vitamin C. Nak tahu apa khasiatnya? Jom sama-sama tambah ilmu.\n\nDikatakan bahawa sebiji limau mandarin dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folik setiap hari. Asid folik ialah sejenis vitamin B yang penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Ibu hamil dan wanita yang merancang untuk hamil amat digalakkan untuk mengambilnya.\n\nVitamin C yang banyak di dalam limau mandarin mampu melindungi tubuh kita daripada serangan kanser. Kajian mendapati pengambilan vitamin C yang tinggi daripada buah-buahan dan sayuran segar boleh mengurangkan risiko kanser. Namun, vitamin C daripada suplemen kesihatan tak memberikan manfaat ni.\n\nKandungan kalsium yang tinggi seperti di dalam susu sangat berkesan untuk meningkatkan ketahanan badan. Ia bagus untuk menguatkan gigi dan mengelak osteoporosis atau tulang rapuh.\n\nVitamin C di dalam buah ni menggalakkan penghasilan kolagen kulit. Disebabkan itulah ramai wanita yang membuat rawatan suntikan vitamin C di pusat kecantikan. Malahan, vitamin C berfungsi sebagai peneutral atau pembuang pengoksidaan akibat pencemaran dan sinaran UV.\n\nAkibat daripada kekurangan zat besi, penyakit anemia mudah menyerang. Penyakit ini berpunca disebabkan kurangnya sel darah merah yang menghalang keupayaannya membawa oksigen. Penyakit ini boleh dicegah dengan membanyakkan makan zat besi seperti bayam dan buah oren.\n\nKandungan pektin di dalamnya sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah sukar buang air besar atau sembelit. Serat yang tinggi melancarkan perjalanan usus. Bagi yang ada masalah ni, cuba makan sebiji buah limau mandarin setiap hari. Jangan lupa makan banyak sayuran dan minum air yang mencukupi.\n\nKandungan pektin yang tinggi dan iaitu serat yang larut dalam air berkesan untuk menahan rasa lapar. Jika anda bercadang untuk menurunkan berat badan, boleh makan limau mandarin atau jenis limau yang lain dalam diet harian.\n\nBuah limau mandarin dikatakan mempunyai manfaat meningkatkan air liur. Oleh itu, ia mampu melembapkan mulut dan tekak, melegakan paru-paru dan mengurangkan kerengsaan di tekak.\n\nOleh itu, jika anda menghidap selsema dan batuk, dengan memakan buah limau mandarin dengan cara yang betul, ia dapat melegakan kesakitan.\n\nIa juga bagus untuk kesihatan jantung, mengawal tekanan darah, penglihatan dan mengelak strok. Malahan, buah limau mandarin juga dapat menyembuhkan luka-luka kecil di badan.\n\nKenapa Makan Limau Mandarin Mudah Sakit Tekak?\n\nWalaupun mempunyai khasiat yang tinggi, limau mandarin yang diimport dari negara China tidak boleh dimakan begitu saja. Perasan tak setiap kali makan limau mandarin, tekak akan mula gatal-gatal, sakit tekak hilang suara dan batuk.\n\nKandungan vitamin C yang tinggi di dalam limau mandarin sepatutnya dapat menghalang kita terkena selsema dan sakit tekak. Namun lain pula jadinya. Apakah punca masalah ni?\n\nKeterujaan nak makan limau mandarin yang hanya ada pada musim perayaan terbantut. Sudahnya, ramai yang pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Sebenarnya, limau mandarin tak bersalah. Yang salahnya, cara kita makan.\n\nSebenarnya ada bahan kimia yang menyaluti kulit luaran limau mandarin. Pengusaha buah-buahan biasanya akan menggunakan sulfur dioksida untuk merendam limau mandarin sebelum diimport ke negara luar.\n\nMereka akan merendam buah-buah ini terlebih dahulu ke dalam cecair bahan kimia itu sebelum dimasukkan ke dalam plastik dan kotak.\n\nTujuan sulfur dioksida ialah untuk melindungi limau-limau mandarin daripada dimakan serangga dan dijangkiti bakteria atau kulat. Ia juga bertindak sebagai bahan pengawet untuk memanjangkan jangka hayat limau mandarin sebelum dipasarkan.\n\nPenggunaan sulfur dioksida memberi kesan kepada manusia. Ia boleh menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan, sakit tekak yang kronik, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan.\n\nMalahan, bagi kes yang lebih serius penggunaan bahan kimia sebagai bahan pengawet ini boleh menyebabkan sakit perut dan serangan penyakit asma. Malahan, ada orang yang mengalami keradangan usus dan kulit. Menakutkan bukan? Jangan salah faham, limau mandarin tetap selamat dimakan.\n\nRamai yang menyangka gas yang dikeluarkan oleh kulit limau semasa kita mengupasnya merupakan punca utama sakit tekak dan batuk. Oleh itu, mereka tetap tidak takut untuk menjamahnya.\n\nSemasa mengupas kulit limau mandarin, mereka akan menjauhkan gas tersebut daripada terkena mata dan hidung. Seperti yang diterangkan di atas, bukan itu puncanya.\n\nBerikut ialah tips untuk mengelakkan batuk apabila memakan limau mandarin yang dikongsikan oleh Dr Rosli Abdul Jalil dalam Majalah Mingguan Wanita. Sebelum makan limau mandarin, ikuti langkah-langkah ni:\n\na. Basuh atau rendam dahulu limau mandarin sebelum dimakan. Jangan terus ngap sebaik-baik dikeluarkan daripada plastik dan kotak.\n\nb. Jika tersentuh kulit limau mandarin yang belum dibasuh, pastikan anda tak menyentuh isi limau tersebut. Jika ya, segeralah basuh tangan dan isi limau sebelum memakannya.\n\nc. Sekiranya ada alahan kulit akibat bahan kimia, gunakan sarung tangan plastik ketika mengupas limau mandarin. Boleh juga minta orang lain tolong kupaskan untuk anda!\n\nMalahan, jika anda mempunyai penyakit asma yang kronik, elakkan makan limau mandarin. Begitu juga bagi individu yang mempunyai alahan pada sulfur dioksida, sebaik-baiknya elakkan menjamah limau ni. Dikhuatiri ia akan membawa kesan yang lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian.\n\nDiharapkan dengan penulisan artikel ni, anda tak fobia nak makan limau mandarin lagi. Yang penting jaga kebersihan dan pastikan limau mandarin telah dibasuh sebelum dimakan. Rasanya yang masam-masam manis dan wangi pasti akan dirindui.\n\nJangan lupa makan berpada-pada ya! Bagi yang ada masalah kesihatan, cukuplah makan seulas dua untuk merasa saja. Diharapkan pembaca Bidadari.my mendapat manfaat daripada artikel khasiat limau mandarin ini.\n\nJemput juga abca artikel tentang khasiat serai\u00a0dan khasiat limau purut"
"Terliurnya tengok gambar-gambar orang makan kek coklat moist. Nampak lembap dan sedap. Nak beli takut tak puas makan lah pula. Apa kata buat sendiri untuk makan sendiri dengan ahli keluarga. Ada kek coklat moist bakar, ada kek coklat moist kukus. Kedua-duanya pun sedap. \n\nKek Coklat Moist Kukus merupakan antara kek coklat yang digemari ramai kerana rasa \u2018moist\u2019 nya lebih berbanding kek coklat moist yang dibakar. Saat merasai rasa coklat cair bersama kek yang \u2018moist\u2019 itu mampu membuatkan kita terasa oh indahnya dunia.\n\nTapi itulah, sebenarnya susah juga nak dapatkan kek coklat moist yang lembap dan cantik elok terletak. InsyaAllah dengan perkongsian resepi dari Kak Iza Kitchen\u200e ini , anda boleh merasai kek coklat moist yang lembap dan sedap seperti yang dijual. Bolehlah tayang gambar-gambar kek coklat moist kukus yang menjadi tuh.\n\nSelain daripada resepi Kek Coklat Moist Kukus, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Hari ini kami akan kongsikan resepi rendang yang berbeza dengan resepi biasa iaitu resepi rendang ayam cili padi, yang paling sedap dan menarik. Kalau anda tidak mencuba memang akan rugi dan kalau sudah rasa memang takkan menyesal.\n\nRendang selalunya dihidang pada masa raya aidil fitri mahupun aidil adha. Rendang dihidang bersama nasi impit mahupun lemang. Rendang pula disajikan untuk acara kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.\n\nBahan yang biasa direndang ialah daging mahupun ayam dengan pelbagai resepi masakan rendang yang sedap. Rendang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang pula boleh tahan berhari-hari, sesuai untuk dijadikan makanan untuk masa yang lama.\n\nTanpa tunggu lama, kami hadirkan kepada anda resepi rendang cili api yang dikongsikan oleh Ainun Sanusi di Facebook. Resepi rendang ayam cili api yang telah mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cuba resepi ini.\n\n1. Tumis bahan yang blender sampai garing. (Ini penting bagi rendang tahan lama)2. Masukkan ayam dan gaul sampai masak.3. Kemudian masukkan asam jawa, gula kabung, gula, garam.4. Kalau sudah mendidih dan ayam betul-betul masak baru masukkan santan. (Kalau suka pekat letak lebih)5. Masukkan kerisik, biar dalam beberapa minit supaya semua bahan sebati.6. Akhir sekali, tabur daun kunyit dan daun limau purut, siap.\n\nBoleh cuba resepi rendang ayam versi lain pula.\n\nSelain resepi rendang ayam cili padi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Teringin dinner dengan char kuey teow? Beli di kedai sudah tentu habis RM 7-8. Belum lagi kalau makan luar dengan satu keluarga. Boleh tahan juga habis duit dibuatnya.\n\nBaik buat sendiri char kuey teow untuk dinner satu keluarga. Puas hati dan puas perut. Bahkan rasa char kuey teow ini yang dikongsikan\u00a0 oleh\u00a0Rozmaliza Omar di laman Facebook rasanya sangat sedap dan lazat macam kedai, sehingganya mendapat perkongsian yang amat ramai di Facebook.\n\nPada perkongsian ini akan dijelaskan kepada anda cara membuat char kuey teow mulai dari paste nya hingga mee nya. Resepi yang detail sangat akan kami terangkan kepada anda langkah demi langkah.\n\nSelain itu, char kuey teow juga boleh dihidangkan untuk menjamu tetamu mahupun dihidangkan pada acara-acara tertentu. Sangat sedap, lazat dan berbaloi tentunya. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi char kuey teow, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Manusia, sering berdoa untuk memperoleh apa yang dihajati \u2013 tidak ketinggalan juga saya. Saya berdoa dan berharap tanpa putus asa, disamping usaha yang tidak putus. Saya selalu yakin, suatu hari nanti Allah akan makbulkan jua doa saya. Lambat atau cepat. Allah pasti akan berikannya satu hari nanti.\u00a0Namun akhir-akhir ini, saya sering kali kalah dengan diri saya sendiri. Saya sudah mula putus asa. Seringkali apa yang saya hajati, hampir sahaja saya dapatkan \u2013 tetapi terlepas dari genggaman saya disaat akhir. Saya mula mempersoalkan. Bagaikan Tuhan sengaja mempermainkan saya. Macam nak bagi, tetapi di saat-saat akhir menariknya kembali.\n\nLama kelamaan saya tersedar kembali. Astaghfirullah.. Moga Allah ampunkan dosa saya. Apa salahnya Allah mahu menguji saya. Dia yang Maha Kuasa, Dia yang Maha Memberi. Siapa saya mempersoalkan kurniaan-Nya. Sedikit yang saya minta, tetapi belum lagi Dia Makbulkan. Sedangkan banyak lagi yang saya tidak minta, tetapi nikmatnya tidak putus-putus diberikan.\n\nAstaghfirullah tipisnya iman saya. Lebih tipis dari yang saya sangka. Astaghfirullah betapa berdosanya saya menjadi orang yang tidak bersyukur. Lebih kufur nikmat dari yang saya sendiri sangka.\n\nKerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni\u2019mat)-Ku.\u201c(Surah Al-Baqarah:152)\n\n\u201cDan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur.\u201d (Surah Al-Mukminun:78)\n\nMalu, kan? Terasa tertampar di muka.\n\nDi sini saya kongsikan himpunan tulisan Dr MAZA dari facebooknya berkaitan doa. Semoga sentiasa menjadi peringatan kepada saya, dan kepada anda semua yang membacanya.\n\nDoa adalah pemohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya. Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya) \u201cBerdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas\u201d. (Surah al-\u2018Araf, 55). Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.\n\nWaktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w : \u00ab Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah \u00bb. Ditanya baginda : \u00ab Apa itu tergopoh-gapah ? \u00bb. Sabda baginda : \u00abApabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa \u00bb (Riwayat Muslim).\n\nDoa muncul dalam pelbagai cara, rupa dan warna\n\nCara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia. Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.\n\nMaka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w : \u00ab \u201cTiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya\u201d. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya\u2019la dengan sanad yang sahih).\n\nDukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.\n\nDoa telah pun mustajab tapi kita lupa\n\nKehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar. Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.\n\nCredit artikel: Dr Mohd Asri Zainul Abidin\n\nCredit gambar: Sel Felin, Mohd Aminudin Murad, Marc"
"Surat cuti sakit merupakan antara perkara yang penting bagi seseorang individu. Hal ini kerana, surat cuti sakit memainkan peranan yang penting untuk pekerja mahupun mereka yang bergelar pelajar. Sebagai pekerja, kita pastinya mahu menjaga imej sebagai pekerja yang baik. Sebagai ibu bapa pula, kita mestilah peka dengan kehadiran anak ke sekolah. Disebabkan hal ini, surat cuti sakit menjadi perkara yang penting bagi menjelaskan sebab mengapa kita tidak dapat hadir ke sekolah mahupun kerja.\n\nTerdapat beberapa jenis surat cuti sakit yang digunakan sesuai dengan keadaan yang berlaku. Surat cuti sakit ini terdiri daripada surat yang ditulis sendiri dengan menggunakan elemen yang perlu ada di dalam surat rasmi cuti sakit mahupun surat rasmi dari doktor itu sendiri. Kelebihan menulis surat cuti sakit adalah untuk memberikan kesan yang baik kepada rekod kita sebagai pekerja mahupun pelajar.\n\nDi bawah menunjukkan beberapa contoh surat cuti sakit yang dapat dijadikan rujukan anda.\n\nTerdapat juga beberapa ayat yang biasa digunakan untuk surat ini seperti:\n\nContoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah Dari Anda\n\nTIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH DISEBABKAN SAKIT\n\nDengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya (nama anda) pelajar (tulis nama kelas) tidak dapat hadir ke sekolah pada (tarikh tidak hadir) disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.\n\n02. Pada pagi (tarikh sakit) saya mengalami (nyatakan sakit apa) yang tidak membolehkan untuk saya bergerak ke sekolah.\n\n03. Sepanjang saya tidak hadir ke sekolah ini, saya akan menyiapkan segala kerja sekolah yang diberi.\n\n04. Saya berharap pihak tuan dapat mengizinkan dan meluluskan permohonan saya tidak dapat hadir ke sekolah.\n\nTerdapat juga beberapa ayat yang biasa digunakan untuk surat ini seperti:\n\nContoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah Dari Waris\n\nMerujuk kepada perkara di atas, saya adalah waris kepada (nama pelajar). Untuk makluman pihak tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada (tarikh) bersamaan hari (hariI) kerana demam.\n\n02. Oleh yang demikian, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran anak saya ke sekolah. Anak saya akan hadir ke sekolah seperti biasa apabila pulih daripada demam nanti.\n\n03. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya, pihak sekolah boleh hubungi saya di talian (No telefon) untuk mendapatkan kepastian.\n\n04. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.\n\nSURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK/ JAGAAN KE SEKOLAH\n\n2. Saya (nama ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama (nama anak) dari kelas (nama kelas) ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh (tulis tarikh).\n\n3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana (berikan sebab).\n\n4. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.\n\nGURU BESAR (MASUKKAN NAMA SEKOLAH) Tarikh:\n\nPER : SURAT RASMI TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK / JAGAAN KE SEKOLAH\n\nAdalah saya merujuk kepada perkara diatas.\n\n2. Saya (Masukkan Nama ibu/bapa/penjaga), ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama (Masukkan Nama Anak) dari kelas (Masukkan Nama Kelas) ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh (Masukkan tarikh tidak hadir ke sekolah).\n\n3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana (Masukkan alasan ketidakhadiran, contoh : demam, sakit)\n\n4. Disini saya juga sediakan lampiran surat MC dari doctor sebagai pengesahan untuk rujukan pihak sekolah.\n\n5. Sehubungan itu, saya memohon agar pihak sekolah mengambil maklum dan tidak mengkategorikan anak saya sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.\n\nSurat cuti sakit sememangnya penting untuk menyatakan ketidakhadiran anda ke sekolah mahupun kerja. Ramai yang tidak mengetahui format rasmi yang betul untuk menulis surat cuti sakit. Hal ini akhirnya menyebabkan mereka disalah sangka sebagai individu yang ponteng sekolah mahupun kerja. Perkara ini akhirnya memberikan kesan yang negatif kepada rekod mereka sebagai pekerja mahupun pelajar.\n\nDisebabkan oleh itu, surat cuti sakit merupakan perkara yang perlu dilakukan. Pastikan anda mendapatkan surat doktor yang menyatakan anda diberikan cuti bagi menguatkan alasan mengapa anda tidak dapat hadir ke sekolah mahupun kerja. Semoga contoh surat-surat ini dapat membantu anda.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Keguguran terjadi apabila embrio atau janin meninggal sebelum minggu kehamilan ke-20 atau biasanya berlaku pada awal kehamilan. Selalunya, 8 daripada 10 keguguran sering berlaku pada 3 bulan pertama. Ramai orang mengalami keguguran seperti ini. \n\nHampir 10-20% kehamilan berakhir dalam keguguran, walaupun keguguran adalah perkara biasa, ia menjadikan masalah emosi yang kuat. Perasaan kesedihan dan kehilangan adalah normal selepas kehilangan kehamilan. Istilah perubatan untuk keguguran juga disebut sebagai \u201cpengguguran spontan\u201d.\n\nSebab / Faktor Keguguran Terjadi Kepada Ibu Hamil\n\nSukar untuk mengetahui dengan tepat mengapa keguguran berlaku, tetapi ia tidak semestinya disebabkan oleh sesuatu yang dilakukan oleh orang yang hamil seperti senaman, bekerja dan lain-lain lagi. \n\nUntuk pengetahuan anda, mengambil kebanyakan ubat-ubatan juga tidak menyebabkan keguguran. Kecederaan kecil, seperti jatuh, biasanya tidak menyebabkan keguguran. Beberapa perkara yang diketahui yang menyebabkan keguguran adalah:\n\nJenis Keguguran Sering Berlaku Pada Ibu Hamil\n\nHanya kesedihan yang akan menghantui apabila bayi yang dikandung telah pergi selama-lamanya. Keguguran merupakan peristiwa yang menyedihkan bagi kaum-kaum ibu apabila bayi yang ditunggu-tunggu selama ini telah pergi. Emosi terkejut pada diri sendiri dan keluarga pasti sukar dibendung apabila setiap kali melihat bayi yang comel didepan mata. Jom lihat jenis keguguran yang sering berlaku pada ibu hamil.\n\nAnda mempunyai pendarahan vagina dan mungkin mengalami kekejangan ringan, tetapi serviks anda tetap tertutup. Separuh masa, pendarahan berhenti dan kehamilan anda berjalan secara normal. Separuh lagi keguguran yang terancam menjadi keguguran yang tidak dapat dielakkan, dan berakhir dengan kehilangan kandungan.\n\n2. Inevitable Miscarriage (Keguguran Yang Tidak Dapat Dielak)\n\nAnda telah mengalami pendarahan, dan serviks anda terbuka. Sekiranya ini berlaku, tiada peluang untuk kehamilan anda terjaga dan terlindung.\n\n3. Incomplete Miscarriage (Keguguran Tidak Lengkap)\n\nSesetengah tisu kehamilan keluar dari rahim anda dan ada yang tinggal di dalamnya. Anda mungkin memerlukan rawatan susulan untuk membuang tisu yang tinggal.\n\nSemua tisu kehamilan keluar dari rahim anda. Anda biasanya tidak memerlukan rawatan tambahan.\n\nAnda tidak mengalami kekejangan atau pendarahan. Tetapi ultrasound menunjukkan embrio tanpa detak jantung atau kantung kehamilan yang kosong tanpa embrio. Biasanya tisu melepasi sendiri, tetapi anda mungkin memerlukan rawatan.\n\nBiasanya berlaku apabila tiga kali keguguran berturut-turut. Rahim tidak berapa kuat untuk menampung kandungan lagi.\n\nSeptik miscarriage terjadi akibat dijangkiti kuman dan mengakibatkan infeksi pada rahim. Simptom termasuk demam panas, sakit perut, menggigil, pendarahan faraj dan lendir dari faraj (kental berwarna kuning dan berbau busuk).\n\nRawatan Keguguran Ibu Hamil Perlu Tahu\n\nTanda-tanda keguguran yang paling biasa adalah pendarahan dan kekejangan. Hubungi doktor jika anda merasa anda telah mengalami keguguran. Kadang-kadang, tidak ada tanda-tanda keguguran dan anda tidak akan mengetahuinya sehingga ultrasound atau tidak merasa mengandung lagi. Biasanya terdapat tanda-tanda dan gejala. Antara tanda-tandanya adalah:\n\nKeguguran adalah berbeza untuk setiap orang, namun terdapat beberapa gejala yang biasa. Tidak semua keguguran secara fizikal begitu menyakitkan, kebanyakan orang mengalami kekejangan. Kekejangan benar-benar kuat untuk sesetengah orang. \n\nRamai juga yang mengalami pendarahan vagina dan melepasi pembekuan darah besar sehingga saiz sebiji limau. Pendarahan keguguran berat boleh jadi menakutkan atau mengejutkan tetapi sebenarnya ia adalah normal.\n\nPendarahan dan kekejangan dapat berlaku secara cepat atau mungkin berlaku selama beberapa jam. Doktor akan memberi ubat-ubatan dan tips tentang bagaimana untuk menguruskan kesakitan dan kekejangan semasa keguguran. \n\nAnda hendaklah sentiasa berhubung dengan doktor mengenai apa yang sedang berlaku dan apa yang anda rasa. Doktor akan memberitahu apa yang normal dan yang tidak normal tentang apa yang anda alami. Anda juga akan diberikan sumber sokongan emosi jika memerlukannya.\n\nRawatan keguguran bergantung kepada gejala dan diagnosis sebenar selepas pemeriksaan daripada doktor. Bagi kes keguguran terancam, biasanya doktor akan memberi kaunseling dan sokongan psikologi kepada wanita yang hamil. Ia dapat mengurangkan kerisauan dan ketidakpastian yang dialami wanita hamil selepas mengalami gejala keguguran.\n\nRawatan Keguguran (Tidak Lengkap Atau Tanpa Sedar)\n\nKadangkala doktor pakar akan memberikan suntikan dan ubat bagi membantu menguatkan rahim dan janin supaya terus membesar dan kuat. Pesakit biasanya akan menjalani pemeriksaan ultra bunyi semula dua minggu selepas itu bagi memastikan janin sihat dan keadaan pesakit semakin pulih. Bagi kes keguguran tidak lengkap atau keguguran tanpa sedar, pesakit akan diberikan pilihan rawatan seperti berikut:\n\nBagi rawatan keguguran dalam trimester kedua sebelum minggu ke 24, rawatan adalah bergantung kepada penyebab keguguran seperti pangkal rahim akan diikat (cervlage serviks) pada awal trimester kedua bagi kes pangkal rahim yang tidak kuat (cervical incompetence). \n\nPembedahan rekonstraktif / pembetulan juga akan dijalankan untuk membetulkan rahim untuk kes struktur anatomi rahim yang tidak normal serta saringan jangkitan kuman perlu dilakukan awal dalam trimester pertama kehamilan berikutnya sekiranya wanita hamil mempunyai riwayat infeksi kuman pada rahim dalam kehamilan lalu.\n\nKesimpulannya, untuk mengelakkan keguguran terjadi, pastikan anda mendapat rehat secukupnya dan jangan membuat kerja-kerja berat. Jika anda mengalami beberapa gejala seperti simptom keguguran yang kami kongsikan, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan. Insyaallah jika diizinkan Allah, kandungan anda akan selamat.\n\nJom baca juga Makanan yang menyebabkan keguguran, Maksud anak syurga sebenar, Pantang larang ibu mengandung elak keguguran dan Tanda keguguran ramai tak perasan."
"Kuih gunting adalah sejenis makanan tradisi Melayu yang rangup yang merujuk pada cara ia dihasilkan, dan bukannya khusus pada resepi tertentu. Sesetengah orang memanggil kuih gunting dengan kerepek, keropok atau kacang (contoh : kerepek gunting).\n\nTerdapat pelbagai jenis khusus kuih gunting yang pedas, manis, masin dan sebagainya, tetapi bahan-bahan asas kuih gunting ialah tepung, air, garam, marjerin, telur, santan, serbuk kari, minyak masak, udang kering, bawang putih dan bawang merah. Cara asas membuatnya ialah dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan tersebut mengikut sukatan tertentu dan diuli sehingga menjadi doh. Doh tersebut digunting-gunting sebelum digoreng.\n\nTerdapat pelbagai jenis kuih gunting di Malaysia. Bahan-bahan dan cara-cara asas membuat kuih gunting boleh diubah mengikut kemahiran tukang masak. Antara jenis-jenis kuih gunting yang ada di Malaysia ialah kuih gunting ikan bilis, kuih gunting udang, kuih gunting pedas, dan sebagainya. (Sumber: Google)\n\nDibawah ini kami tuliskan resepi kuih gunting yang mendapat perkongsian ramai yang dikongsikan oleh Nurul Fasihah Zamahidi di Facebook. Sila cuba resepi ini.\n\nResepi Kuih Gunting Kari (Rangup dan Sedap)\n\n1. Masukkan marjerin yang dipanaskan ke dalam tepung gandum, gaulkan.\n\n2. Kemudian masukkan bahan blend, gaul rata.\n\n2. Masukkan garam, daun sup, daun kari dan cili kisar. Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga jadi doh. Yang suka keras boleh letak air sedikit sahaja.\n\n3. Canaikan doh, kalau suka yang nipis boleh canai nipis, yang suka tebal boleh buat tebal sedikit.\n\n4. Masak di atas pan sekejap sahaja. Untuk memudahkan kita gunting nanti.\n\n5. Sedia untuk digunting, ikut suka mahu gunting macam mana.\n\n6. Goreng dalam minyak yang panas bersama dengan daun kari. Goreng sehingga keemasan.\n\n7. Tapis dan sejukkan, simpan dalam bekas kedap udara.\n\nSelain resepi Kuih Gunting, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Seorang anak lelaki sememangnya mempunyai tanggung jawab yang lebih terhadap ibu bapa dan keluarga berbanding anak perempuan. Tanggung jawab tersebut akan berterusan dan sentiasa ada walau pun anak lelaki tersebut sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Hari ini kami akan berkongsi kepada anda tentang tanggung jawab anak lelaki kepada ibu bapa dari sudut pandangan islam.\n\n1. Tidak mengutamakan isteri berbanding ibu bapa, terutamanya ibu bapa yang sudah tua atau sakit\n\nSelepas mempunyai isteri dan keluarga sendiri, semestinya seorang anak lelaki akan lebih banyak meluangkan masa dan memberikan tumpuan kepada isteri tercinta. Namun jangan sesekali lupa kepada ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan dengan penuh kasih sayang. Di antara tanggung jawab seorang anak lelaki ialah untuk tidak melebihkan isteri daripada kedua ibu bapa, terutamanya jika mereka sudah tua dan sakit.\n\n2. Berbakti kepada ibu bapa sehingga ke akhir hayat mereka\n\nSemua pastinya bersetuju bahawa kedua ibu bapa merupakan manusia yang paling banyak berjasa dan berbakti dalam hidup kita. Sebagai seorang anak lelaki, adalah menjadi tanggung jawab anda berbakti kepada ibu bapa sehingga akhir hayat mereka. Berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk mereka. Sesuai dengan firman Allah dalam ayat yang berikut:\n\n \u201cDan seorang yang berbakti kepada kedua orangtuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi durhaka.\u201d\u00a0(Surah Maryam: 14) \n\n3. Menyanyangi ibu bapa dengan sepenuh hati\n\nSebagai seorang anak, seharusnya anda menyayangi kedua ibu bapa anda dengan sepenuh hati sebagai balasan kepada jasa mereka membesarkan anda dengan penuh kasih sayang sepertimana yang diwahyukan kepada Rasulullah:\n\n \u201cDan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah,\u00a0\u2018Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.\u2019\u201d\u00a0(Surah Al Israa: 24)\n\n4. Menjaga ibu bapa yang sakit dan sudah uzur\n\nTanggung jawab anak lelaki kepada kedua ibu bapa dari sudut pandangan islam yang seterusnya ialah menjaga ibu bapa yang sakit dan uzur akibat usia tua. Jika sewaktu anda kecil, mereka berdualah yang menjaga anda dengan penuh kasih sayang, kini tiba masanya untuk anda menjaga mereka di saat mereka tidak lagi berdaya untuk menjaga diri sendiri. Seperti firman Allah dalam ayat berikut:\n\n \u201cDan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kau akan kembali.\u201d\u00a0(Surah Luqman: 14) \n\n5. Memberikan bantuan kewangan kepada ibu bapa yang memerlukan\n\nAda masanya, ibu bapa anda mengalami kesempitan hidup dan memerlukan bantuan kewangan. Sebagai anak lelaki mereka, adalah menjadi tanggung jawab anda untuk menghulurkan bantuan kewangan mengikut kemampuan.\n\n Diriwayatkan bahawa Aisyah Radhiyallahu \u2018anha bertanya kepada Rasulullah, \u201cSiapakah yang berhak terhadap seorang wanita?\u201d Rasulullah menjawab,\u00a0\u201cSuaminya.\u201d\u00a0(apabila sudah menikah). Aisyah bertanya lagi, \u201cSiapakah yang berhak terhadap seorang laki-laki?\u201d Rasulullah menjawab,\u00a0\u201cIbunya.\u201d\u00a0(Hadith Riwayat Muslim)\n\n6. Selalu melawat ibu bapa yang kerinduan\n\nIbu bapa yang tua pastinya sentiasa merindukan kehadiran anak cucunya. Jangan lupa untuk meluangkan masa melawat mereka. Pastinya kedua ibu bapa anda akan berasa sangat bahagia dan terhibur menerima kedatangan anda sekeluarga.\n\nSebagai seorang anak lelaki, adalah menjadi tanggung jawab anda untuk sentiasa mendoakan kedua ibu bapa anda. Malah apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini, anda perlu terus mendoakan mereka, dan melakukan ibadah seperti solat, puasa, haji, dan sedekah dan diniatkan atas nama ibu bapa anda. Sesungguhnya doa seorang anak yang soleh merupakan impian setiap yang bergelar ibu bapa.\n\n8. Mengambil berat tentang ibu bapa\n\nKami faham, anda sibuk dengan urusan seharian, berusaha untuk menyeimbangkan di antara kerjaya dan keluarga. Namun jangan sesekali terlupa untuk mengambil berat tentang ibu bapa anda yang semakin tua dimamah usia. Kedua ibu bapa anda pasti akan berasa gembira setiap kali anda bertanya khabar dan menunjukkan yang anda ambil berat tentang mereka.\n\n9. Menjaga perasaan kedua ibu bapa\n\nApabila ibu bapa anda semakin tua, secara automatik mereka juga akan menjadi semakin sensitif. Adalah menjadi tanggung jawab anda sebagai anak lelaki untuk menjaga perasaan kedua ibu bapa. Elakkan daripada melukakan hati mereka baik dari segi tutur kata mahu pun perbuatan.\n\n10. Menghormati dan melayan ibu bapa dengan penuh kelembutan dan kasih sayang\n\nTanggung jawab anak lelaki kepada ibu bapa yang seterusnya ialah menghormati dan melayan ibu bapa dengan baik. Bercakaplah dengan lemah lembut, dan layan mereka dengan penuh kasih sayang.\n\nDi antara kewajipan seorang anak lelaki kepada ibu bapanya ialah mentaati sagal arahan. suruhan, dan permintaan selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam.\n\n12. Menjaga kehormatan dan nama ibu kedua ibu bapa\n\nMenjaga kehormatan dan nama baik kedua ibu bapa juga merupakan tanggung jawab seorang anak lelaki. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik mereka.\n\n13. Luangkan masa untuk bersama kedua ibu bapa dan membawa mereka ke tempat yang ingin dilawati, termasuk temujanji di hospital\n\nSemakin tua ibu bapa anda, semakin kerap mereka perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Luangkan masa untuk membawa ibu bapa anda ke hospital dan pimpin tangan mereka semasa menuju ke bilik rawatan.\n\n14. Memudahkan ibu bapa melakukan ibadah\n\nIbu bapa yang sudah tua biasanya akan banyak meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah. Sebagai anak lelaki, adalah menjadi tanggung jawab anda untuk memudahkan mereka beribadat.\n\n15. Meringankan bebanan dan mempermudahkan urusan kedua ibu bapa yang sudah tua\n\nTanggung jawab anak lelaki yang terakhir ialah untuk meringankan bebanan dan mempermudahkan urusan ibu bapa yang sudah tua. Bantu mereka selagi terdaya dan sebaik yang mungkin.\n\nItulah dia 15 tanggung jawab anak lelaki yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermafaat. Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang doa untuk ibu bapa dan tips keluarga bahagia."
"\u201cLebih daripada 2 juta kematian setiap tahun boleh dikaitkan dengan kesan pencemaran udara. Lebih separuh daripada fenomena ini dialami oleh populasi negara-negara membangun. \n\nSerangan jantung, penyakit pernafasan, dan kanser paru-paru mempunyai risiko yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat yang menghirup udara kotor berbanding dengan kumpulan yang sepadan dalam persekitaran yang lebih bersih.\u201d(WHO, 2006).\n\nPemandangan jerebu di Shah Alam (Sumber: Mabahwi et al. 2015)\n\nPencemaran udara bukan sekadar masalah estetika yang menjejaskan pemandangan dan \u00a0persekitaran, tetapi juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Beratus-ratus kematian telah dikaitkan secara langsung dengan kualiti udara yang buruk di bandar-bandar.\n\nPernah dilaporkan, pencemaran udara yang membahayakan kesihatan manusia terjadi di Donora, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada bulan Oktober 1948.\n\nPencemaran udara di kawasan itu berasal dari bahan cemar dari loji jana kuasa zink dan kilang-kilang keluli yang terperangkap dan membentuk asap tebal. Dalam tempoh masa lima hari, 17 orang telah mati dan 5910 orang menjadi sakit.\n\nWHO menganggarkan bahawa 2 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mati setiap tahun akibat daripada penyakit pernafasan akut yang disebabkan oleh pencemaran udara. Pencemaran udara menyebabkan kesan kesihatan melalui penyedutan, atau penyerapan langsung bahan pencemar melalui kulit atau pencemaran daripada makanan dan air.\n\nAntara penyebab pencemaran udara ini adalah pembakaran terbuka, bilangan kenderaan bermotor yang bertambah dan loji perindustrian yang tidak terkawal. Pengedaran bahan pencemar di udara dipengaruhi oleh faktor angin dan geografi.\n\nLima bahan pencemar udara utama yang disenaraikan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia adalah sulfur dioksida , nitrogen dioksida, karbon monoksida, jirim zarah dengan diameter 10 mikron (PM10) dan ozon di atmosfera. Bahan pencemar ini boleh menimbulkan masalah yang besar ke atas kesihatan, persekitaran dan harta benda.\n\nPencemaran udara adalah perubahan fizikal atau kimia yang disebabkan oleh proses semulajadi atau aktiviti manusia yang mengakibatkan kemerosotan kualiti udara (Cunnigham et al, 2005). Pencemaran bermula apabila populasi manusia mulai padat dan bahan buangan tidak dapat dilupuskan secepat yang dihasilkan.\n\nPengeluaran sejumlah besar asap dan bentuk buangan lain ke udara menyebabkan keadaan yang tidak sihat kerana pembentukan bahan pencemar adalah lebih cepat daripada kadar bahan pencemar tersebut boleh diserap semula oleh atmosfera dan tumbuhan sekeliling (Enger & Smith, 2000).\n\nKesan kesihatan yang dikaitkan dengan pencemaran udara termasuklah gangguan pernafasan, penyakit kardiovaskular dan kematian.\n\nHal ini telah menyumbang kepada wujudnya kesedaran awam untuk sama-sama menangani dan membanteras isu pencemaran.\n\nPenilaian risiko kesihatan kini menjadi penting kerana hal ini berfungsi sebagai dasar untuk sebarang penggubalan atau penelaahan piawaian kualiti udara semasa terutamanya bagi pihak berkuasa dan penggubal undang-undang.\n\nSepanjang tempoh Malaysia dilanda musim jerebu, kira-kira 60% penduduk mengalami jangkitan pernafasan akut\u00a0 seperti batuk, kesukaran bernafas, sakit tekak dan gejala-gejala lain dari jangkitan pernafasan akut.\n\nSelebihnya daripada 40% penduduk tidak menghadapi sebarang gejala jangkitan pernafasan akut. Bernama.com ada menyenaraikan kronologi peristiwa jerebu yang dianggap sebagai kemuncak pencemaran udara di Malaysia kerana telah mengganggu kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dari segi sosioekonomi, sosiobudaya dan tahap kesihatan.\n\n1960 \u2013 Kali pertama jerebu dilapor berlaku disebabkan faktor tempatan seperti pembakaran terbuka, pembakaran bahan api dari industri perkilangan dan kenderaan.\n\n1983 \u2013 Jerebu berlaku disebabkan fenomena El Nino dan pembakaran hutan di Kalimantan. Kualiti udara yang buruk juga menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan.\n\n1997 \u2013 Jerebu teruk dilaporkan berlaku apabila hampir seluruh negara diselaputi asap tebal selama hampir enam bulan, malah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesetengah kawasan melewati paras bahaya.19 Sept 1997: Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan darurat jerebu di Sarawak apabila bacaan IPU melebihi 650 iaitu paras \u2018berbahaya\u2019 paling tinggi dalam sejarah.\n\nIa merupakan perisytiharan darurat jerebu alam sekitar pertama dalam sejarah negara.\n\n2015 \u2013 Jerebu yang melanda negara disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah sehinggakan banyak sekolah terpaksa ditutup, selain penerbangan dan beberapa acara luar peringkat kebangsaan dibatalkan.\n\nSeptember 2015: Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia mengisytiharkan darurat akibat jerebu di Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan Penutupan sekolah akibat jerebu telah dilaksanakan di Indonesia, Malaysia dan Singapura dengan hampir empat juta pelajar di Malaysia dilaporkan terjejas.\n\nBeberapa acara antarabangsa turut terjejas, misalnya Piala Dunia Renang FINA 2015 di Singapura dan Marathon Kuala Lumpur.\n\nSeptember 2019 \u2013 Seperti tahun-tahun sebelumnya, jerebu kembali sekali lagi tahun ini yang berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.\n\nSebanyak 2,649 sekolah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak ditutup akibat jerebu sementara bilangan kes penyakit asma dan konjuntivitis didapati semakin meningkat berdasarkan pemantauan daripada 31 klinik sentinel jerebu.\n\nJabatan Alam Sekitar turut melakukan operasi pembenihan awam Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Sarawak, terutamanya di kawasan-kawasan terjejas yang mempunyai bacaan IPU melebihi 150.\n\nLaporan Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa, penyakit berkaitan sistem pernafasan adalah salah satu sebab utama kemasukan ke hospital di hospital KKM dengan peratusan sebanyak 10.36%.\n\nDi samping itu, salah satu punca utama kematian di hospital KKM pada tahun 2011 adalah penyakit daripada sistem pernafasan dengan peratusan sebanyak 19.48%.\n\nLaporan Statistik PPUKM pula menyatakan bahawa penyakit pernafasan disenaraikan di antara 10 sebab utama kemasukan wad dan disenaraikan di antara 10 sebab kematian paling tinggi.\n\nOleh itu, disarankan buat masyarakat amnya untuk peka dan bertindak sewajarnya dengan keadaan kualiti udara sekeliling.\n\nCunningham, W. P., Cunningham, M. A., & Saigo, B. W. (2001). Environmental science: A global concern (Vol. 412). Boston, MA: McGraw-Hill.\n\nEnger, E. D., Smith, B. F., & Bockarie, A. T. (2000). Environmental science: A study of interrelationships. Boston: McGraw-Hill.\n\nMabahwi, N. A., Leh, O. L. H., & Omar, D. (2015). Urban air quality and human health effects in Selangor, Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 170, 282-291.\n\nWorld Health Organization. (2006). WHO Air quality guidelines for particulate matter, ozone, nitrogen dioxide and sulfur dioxide: global update 2005: summary of risk assessment (No. WHO/SDE/PHE/OEH/06.02). Geneva: World Health Organization."
"Setiap kali ingin travel atau bercuti dengan kereta sendiri, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah bajet. Bajet untuk tempat tidur, bajet untuk makan dan juga bajet untuk minyak kereta. Bila menyebut tentang kereta, anda perlu siapkan kenderaan yang ingin dipandu semasa travel lebih awal. Kena servis bagi mengelakkan masalah. Bila kenderaan sudah berada dalam keadaan baik maka amalkan sikap pemanduan berhemah. Eh jangan tak percaya yang ini semua ada kaitan dengan cara untuk jimat minyak bagi kereta auto.\n\nDi sini akan dikongsikan 10 tips ataupun cara bagaimana untuk menjimatkan minyak kereta. Tak kisahlah anda guna kereta jenis Myvi, Alza, Waja, Persona, Gen 2, Honda atau apa sekalipun. Cara-cara ini boleh digunapakai bagi membantu jimatkan kos minyak semasa travel.\n\n10 Cara Jimat Minyak Untuk Kereta Auto, Dapat Kurangkan Bajet Travel\n\nJadi bagaimana nak jimatkan\u00a0minyak ini? Jangan tunggu lama-lama, inilah dia cara ataupun tips bagaimana untuk\u00a0menjimatkan kereta yang anda patut tahu.\n\n1 \u2013 Jangan\u00a0 Brek Secara Mengejut\n\nSalah satu cara jimat minyak kereta auto ialah dengan ubah cara pemanduan anda. Ramai antara kita di luar sana gemar membrek secara mengejut. Cara sebegini bukan sahaja akan merosakan sistem brek kereta anda tetapi juga akan menyebabkan penggunaan minyak yang tinggi.\n\n2 \u2013 Sila Matikan Enjin Ketika Sedang Menunggu Seseorang\n\nSatu lagi cara jimat minyak kereta auto yang berkesan adalah dengan mematikan enjin apabila sedang menunggu seseorang. Ada juga mereka di luar sana gemar membiar enjin kereta apabila sedang menunggu kawan atau seseorang. Sebenarnya cara sebegini akan membuatkan minyak kereta anda keluar dengan banyak. Walaupun kereta anda tidak bergerak tetapi minyak tetap juga boleh keluar. Jika anda hendak menunggu seseorang matikan enjin dan buka tingkap. Cara sebegini dapat menjimatkan minyak kereta anda lebih jimat.\n\n3 \u2013 Jangan Bawa Beban Yang Berat Di Dalam Bonet\n\nSatu lagi cara jimat minyak kereta auto adalah dengan mengurangkan beban yang di bawa dalam kereta. Ini kerana, beban yang terlalu berat akan menyebabkan kereta terpaksa menggunakan tenaga yang banyak dan anda terpaksa menekan minyak yang lebih dari beban biasa. Bila terpaksa menekan minyak dengan lebih maka penggunaan minyak juga amat tinggi.\n\n4 \u2013 Pastikan Tekanan Angin Pada Tayar Mencukupi\n\nCara jimat minyak kereta auto yang seterusnya adalah dengan sentiasa memeriksa tekanan tayar kereta anda. Tayar yang kurang tekanan angin akan menyebabkan pergerakan kereta menjadi berat dan sekali gus akan menyebabkan penggunaan minyak tinggi. Ini kerana, Tekanan tayar yang kurang menyebabkan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus. Jadi Sebelum anda bergerak pastikan anda periksa dahulu tekanan angin di tayar anda.\n\n5 \u2013 Buka Tingkap Tika Memandu Waktu Malam\u00a0\n\nCara jimat minyak kereta auto yang seterusnya ialah dengan tidak menggunakan penghawa dingin ketika memandu pada waktu malam atau cuaca sejuk. Umum mengetahui salah satu sebab penggunaan minyak yang kuat adalah disebabkan oleh penggunaan penghawa dingin. Jadi apa kata jika anda memandu dengan membuka tingkap. Cara ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan penggunaan minyak kereta anda.\n\n6 \u2013 Kekalkan Penggunaan Ekzos Yang Standard\n\nAnak muda pada masa kini gemar melakukan pengubahsuaian kenderaan. Tidak kira kenderaan bertransmisi manual atau auto mereka gemar mengubah suai ekzos kereta mereka. Ekzos yang paling diminati sudah tentulah ekzos yang bunyi kuat. Penggunaan ekzos sebegini sebenarnya menjadikan penggunaan minyak kereta anda meningkat 2 kali ganda.\n\n7 \u2013 Sentiasa Servis Kereta Tepat Pada Masanya\n\n\u00a0Tidak kiralah sama ada anda memandu kereta auto atau manual, anda perlu sentiasa memastikan kenderaan anda di servis tepat pada masanya. Ini kerana kenderaan yang tidak di servis tepat pada masanya akan menyebabkanpenyedutan minyak ke enjin bermasalah. Jadi apabila bermasalah sudah tentu kenderaan anda akan menggunakan minyak yang lebih banyak.\n\n8 \u2013 Jangan Tekan Minyak Secara Mengejut Ketika Tambah Kelajuan\n\nPada permulaan untuk menggerakan kereta jangan amalkan sikap suka menekan minyak secara mengejut atau secara banyak. Ini kerana, menekan minyak secara akan menyebabkan pembakaran bahan bakar kereta menjadi tidak stabil dan sekali gus akan menyebabkan penggunaan minyak yang tinggi.\n\n9 \u2013 Elakkan Memandu Pada Waktu Puncak\n\nJika anda mahu keluar bersiar-siar atau pergi kemana-mana seeloknya elakkan memandu pada waktu puncak atau pada waktu yang boleh menyebabkan anda terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Ini kerana, kesesakan lalu lintas juga boleh menyebabkan penggunaan minyak yang sangat kuat.\n\n10 \u2013 Amalkan Selalu Memandu Pada Kelajuan Yang Sederhana\n\nSatu cara yang berkesan untuk jimat minyak adalah dengan memandu pada kadar kelajuan yang sederhana. Memandu terlalu laju bukan sahaja merbahayakan diri anda tetapi akan menyebabkan anda terpaksa menekan minyak yang terlalu banyak dan ia sekali gus amat tidak bagus untuk penggunaan petrol anda.\n\nNak Travel Tak Salah Cuma Rancanglah Perjalanan Supaya Tidak Membazir Minyak\n\nJika kenderaan yang di beli mungkin lebih senang kerana ramai yang sudah membuat kajian untuk membeli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah. Tapi bagaimana pula dengan kereta sewa. Pernah tak terfikir untuk\u00a0jimat minyak setiap kali pergi roadtrip?\n\nTak kisahlah kereta yang disewa tu jenis Alza, Myvi, Waja, Persona, Gen 2 mahupun kereta keluaran luar negara sekalipun, anda perlu tahu bagaimana untuk menjimatkan minyak pada kereta auto yang disewa bagi menjimatkan kos.\n\nSemua orang nak jimat minyak kereta tapi tak tahu macam mana? Itulah serba sedikit mengenai rahsianya."
"Selalunya biskut Florentine dibuat nipis dengan alas paper cup sebagai acuan, jadi garing bila dimakan. Namun pada perkongsian kali ini, kami akan hadirkan versi lain dari florentine. Baca tajuk pun sudah tahu, ya versi kali ini anda harus menyediakan kulit tart. Di mana bahan-bahan adunan tepung dan kekacang florentin akan dijadikan filling dalam kulit tart tersebut.\n\nIdea yang menarik bukan? Untuk memudahkan kerja, anda boleh beli kulit tart sedia ada di kedai bakeri. Atau jika rajin tidak kisah pun jika anda ingin buat kulit tart sendiri. Lebih berbaloi bukan?\n\nMas Intan Masman berongsikan resepi mudah dan ringkas Florentine tart. Jika ada masa lapang boleh lah cuba buat makanan ini. hidangkan untuk pencuci mulut amat sesuai. Selamat mencuba.\n\nSelain florentine tart, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Terdapat kajian yang menyatakan bahawa hampir 90% keadaan jenazah yang meninggal dunia di kawasan PERKAMPUNGAN lebih terurus dan bersih berbanding hampir 60% jenazah yang meninggal di kawasan TAMAN PERUMAHAN kurang terurus keadaan mereka seperti sendi-sendi tulang yang keras terutamanya ketika memandikan jenazah tersebut.\n\nIni kerana di kawasan kampung mempunyai golongan orang-orang tua tempatan yang mempunyai pengetahuan apa yang perlu dilakukan ke atas jenazah jika berlakunya kematian sedangkan di kawasan taman-taman perumahan yang kebanyakkan didiami oleh golongan muda kurang terdedah dengan ilmu-ilmu pengurusan jenazah dan mempunyai hubungan yang renggang dengan rukun tetangga atau kariah masjid di kawasan sekitar.\n\nMasyarakat kini lebih gemar mengambil pendekatan \u2018lepas tangan\u2019 dan menyerahkan bulat-bulat kepada pihak masjid atau hospital untuk menguruskan jenazah tanpa mengambil tahu serba sedikit perkara asas-asas yang boleh dilakukan ke atas jenazah.\n\nLebih menyedihkan lagi apabila ada anak-anak yang \u2018TAKUT\u2019 untuk menguruskan jenazah ibu bapa sendiri.\n\nPemikiran ini perlu diubah supaya lebih ramai lagi golongan muda kini lebih cakna akan ilmu pengurusan jenazah dan boleh turut serta menguruskan jenazah bersama-sama dengan pihak yang lebih arif dalam bidang ini.\n\nMari kita lihat 13 perkara yang boleh lakukan jika berlakunya kematian di rumah berdasarkan perkongsian saudari Intan Maria Ahmad di laman sosial miliknya.\n\n1. Sediakan tisu basah dan gunting\n\nPotongkan pakaian dalam jenazah dan bersihkan najis-najis yang terdapat pada jenazah. Sebaik-baiknya diuruskan terus oleh waris secepat mungkin supaya najis-najis tersebut tidak tertinggal lama dan kering pada badan jenazah.\n\nBau-bau yang kurang enak juga dapat dielakkan apabila najis-najis tersebut telah dibersihkan lebih awal oleh waris terdekat.\n\nSebaiknya waris menggunting sahaja baju jenazah agar jenazah tidak perlu dibalik-balik apabila perlu menanggalkan baju jenazah untuk dimandikan kelak.\n\n3. Sediakan minyak zaitun atau losyen\n\nAmbil minyak zaitun atau losyen dan sapukan pada sendi-sendi badan jenazah supaya anggota sendi tersebut lebih mudah diqiamkan dan mudah diuruskan ketika proses memandikan jenazah itu nanti.\n\n4. Sediakan cebisan kain dan kapas\n\nAmbil cebisan kain yang kecil dan ikatkan dari mulut naik ke kepala supaya mulut jenazah tertutup rapat. Letakkan sedikit kapas dan sumbatkannya ke dalam telinga dan hidung untuk menggelakkan daripada serangga dan agar tiada lendiran yang keluar.\n\n5. Sediakan anak tudung atau selendang\n\nTutupkan rambut jenazah wanita dengan anak tudung atau selendang demi memelihara aurat mereka.\n\n6. Posisikan jenazah ke arah kiblat\n\nPastikan kepala jenazah menghala ke arah kiblat.\n\nLetakkan pemberat seperti buku di atas perut jenazah bagi menggelakkan perut jenazah dari mengembung dan membuncit.\n\n8.\u00a0Sediakan kain batik lepas atau cadar putih\n\nApabila selesai membersihkan jenazah, waris perlulah menutup keseluruhan tubuh badan jenazah menggunakan kain batik lepas atau cadar yang panjang.\n\n9. Maklumkan kematian kepada AJK masjid, pihak polis dan hospital\n\nAdalah amat penting untuk ambil tahu dan kenal AJK Masjid kariah kawasan anda supaya jika ada kecemasan seperti ini kita sebagai waris dapat mengambil tindakan dengan cepat dan simpan nombor-nombor penting seperti nombor balai polis dan hospital yang berdekatan.\n\nSebaiknya waris yang memandikan jenazah saudara terdekat mereka sambil dibantu oleh pihak yang arif dalam urusan pengurusan ini.\n\nUrusan memandikan dan mengkafankan jenazah akan menjadi lebih mudah andai waris terlebih dahulu telah membersihkan jenazah saudara mereka.\n\nBelajar rukun-rukun solat jenazah dan praktikkan agar kita lebih tahu cara-cara menyembahyangkan jenazah tidak kira jenazah itu saudara kita atau umat islam yang lain.\n\nIni adalah proses terakhir dalam pengurusan jenazah. Buat anak-anak, ini adalah saat terakhir kita melihat ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara kita, kawan-kawan kita.\n\nAmbil peluang terakhir untuk menguruskan insan-insan kesayangan kita kerana kita akan terpisah buat selama-lamanya dengan mereka di dunia ini.\n\nKesimpulannya, jadilah anak, suami, isteri, kawan atau saudara yang mengambil tahu serba sedikit ilmu tentang cara pengurusan jenazah agar jenazah-jenazah saudara kita dapat diuruskan dengan baik dan sempurna sebaik sahaja mereka telah meninggal dunia.\n\nJom baca panduan yang telah kami kongsikan di dalam Bidadari.my. Semoga panduan ini membantu. Jangan lupa untuk share dan like juga. Manlah tahu oanduan ini berguna untuk amsa hadapan."
"Jom buat racun organik sendiri. Mudah dan senang sebenarnya.\n\nRacun serangga digunakan secara meluas dalam sektor pertanian. Racun serangga disembur pada sayuran dan buah-buahan yang kita makan. Seperti yang kita sedia maklum, racun serangga yang digunakan mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan.\n\nTak hairan kenapa hari ini semakin ramai petani yang mempunyai kesedaran tentang bahaya racun serangga yang mempunyai bahan kimia.\n\nSebagai alternatif kepada racun serangga yang dijual secara komersial, anda boleh menggunakan racun serangga organik. Namun harga racun serangga organik yang dijual di Malaysia adalah agak mahal memandangkan proses pembuatan dan bahannya yang berbeza dengan racun biasa.\n\nJangan sedih dulu. Tahukah anda bahawa anda boleh buat sendiri racun organik. Jom kami kongsikan cara buat racun organik mudah dan selamat dengan kos yang murah. Anda wajib cuba.\n\nRacun organik dari bawang putih dan cili padi\n\nResepi racun organik pertama yang ingin kami kongsikan hari ini adalah resepi yang paling mudah, selamat, dan murah. Apa yang anda perlukan hanyalah bawang putih dan cili padi. Untuk menyediakan racun organik ini, apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut:\n\nPeringatan buat anda. Racun ini sedikit pedas memandangkan ia disediakan dari bawang putih dan cili, maka anda dinasihati agar berjaga-jaga agar tidak terkena pada mata atau anggota badan yang lain. Selain itu, anda dinasihati agar mula menyembur pada satu batang pokok dahulu sebagai eksperimen untuk melihat sama ada pokok menjadi layu atau tidak. Jika anda mendapati pokok menjadi layu selepas disembur racun organik ini, siram pokok sehingga semua racun hilang dan sembur semula dengan jumlah yang dikurangkan sehingga tiada lagi pokok yang layu selepas disembur.\n\nRacun organik dari daun semambu, daun limau purut dan cili padi\n\nIni adalah resepi kedua racun organik buatan sendiri yang boleh juga anda cuba. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah sangat murah dan mudah untuk diperolehi. Apa yang paling penting racun organik ini adalah selamat kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. Untuk menyediakannya:\n\n1. 30 gram daun semambu atau juga dikenali sebagai daun neem\n\n2. 20 gram daun limau purut\n\n4. 50 ml sabun cuci pinggan\n\n1. Kisar semua bahan diatas hingga hancur dan sebati. Masukkan dalam bekas perpenutup dan tutup rapat sehingga kedap udara.\n\n2. Peram bahan kisaran tadi selama 1 minggu. Letakkan ditempat teduh. Pastikan bahan peraman tidak terkena cahaya matahari. Seeloknya bungkus dengan kain bagi memastikan bahan perapam benar-benar terlindung daripada cahaya matahari.\n\n3. Selepas satu minggu tapis dan masukkan dalam bekas yang tidak telus cahaya. Tujuan dimasukkan ke dalam bekas tidak telus cahaya adalah bagi memastikan ia tidak terkena cahaya matahari dan tahan lebih lama.\n\n4. Baja organik ini boleh disimpan selama 3-6 bulan. Ia tidak akan cepat rosak sekiranya disimpan dengan cara yang betul iaitu tidak terdedah kepada cahaya matahari.\n\n1. Ambil racun organik yang disediakan dan masukkan ke dalam alat penyembur. Kadar pencairan untuk racun organuk ini ialah 1 ml larutan pati:1 liter air.\n\n2. Masukkan cuka kayu ke dalam bekas penyembur yang berisi racun organik tadi. Kadar pencairan ialah 3 ml cuka kayu: 1 liter air.\n\n3. Goncang sehingga semuanya sebati dan biarkan selama 3 minit.\n\n4. Sembur bahagian bawah daun muda dan pucuk hingga basah lencun. Waktu terbaik untuk melakukan semburan adalah pada awal pagi.\n\n5. Gunakan racun ini sekali seminggu. Insya Allah tiada lagi serangga akan menganggu tanaman anda.\n\nRacun organik dari tembakau, halia tua dan minyak tanah\n\nResepi racu organik yang seterusnya adalah sangat berkesan untuk mengatasi masalah serangan kulat, hama, semut dan koya. Jika tumbuhan anda menghadapi serangan daripada salah satu serangga perosak tersebut, ini adalah resepi racun serangga organik yang paling tepat untuk anda. Untuk menyediakan racun organik ini, apa yang anda perlu lakukan adalah:\n\n4. 10 ml sabun pencuci pingan\n\n2. Peram selama 1minggu ditempat teduh.\n\n3. Tapis dan masukkan dalam bekas tidak telus cahaya.\n\n4. Boleh disimpan selama 3 \u2013 6 bulan.\n\n1. Ambil larutan racun organik dan masukkak ke dalam alat penyembur dengan kadar pencairan 1 ml larutan pati: 1 liter air.\n\n2. Masukkan cuka kayu ke dalam bekas penyembur tadi dengan kadar pencairan 3 ml cuka kayu: 1 liter air.\n\n3. Goncang hingga sebati dan biarkan 3 minit.\n\n4. Sembur bawah daun muda dan pucuk hingga basah pada awal pagi sebanyak seminggu sekali.\n\nItulah dia perkongsian kami tentang cara buat racun organik mudah dan selamat dengan kos murah yang boleh anda cuba. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips membersihkan diri jika terkena racun serangga."
"Laksa penang adalah makanan yang dibawa oleh masyarakat Cina Peranakan. Ianya amat popular di Pulau Pinang dimana tempat ianya berasal dan juga amat terkenal di sekitar Malaysia dan Singapura. Tahukah anda, laksa penang merupakan antara salah satu 50 makanan tersedap di dunia. Wah, pastinya amat lazat hingga membangkitkan selera anda.\n\nCara pembuatan laksa penang mudah dan sekiranya anda mengikut langkah \u2013 langkah yang sedia ada, pastinya anda akan menghasilkan juadah yang amat lazat. Hidangan ini amat sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang di rumah anda, atau boleh sahaja anda masak juadah ini kepada keluarga anda.\n\nTanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi laksa penang yang dibawakan oleh Radiah Yusof!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan sekaligus bolehlah memikat hati dan perut suami! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan dan kenalan anda ya."
"Tiba-tiba basah pipi teringat nikmat Allah.Semasa saya diuji dengan kesusahan. Air mata saya mengalir cari duit nak beli susu anak. Isteri kata, tidak mengapa\u00a0abang.\n\nAbangkan selalu pesan, kitakan ada Allah. Allah tak pernah biar atau tinggalkan kita. Teruskan usaha dan minta pada Allah. Allah akan buka jalan dari punca yang tak disangka..\n\nPernah balik dari satu tempat singgah sebuah kedai makan. Bila masuk buka-buka menu harganya kami tak mampu. Terus pegang tangan isteri dan terus keluar dengan segan-segan.\n\nIsteri masuk kereta doa, ya Allah ya Rahman tidak mengapa kami tidak mampu hendak makan di sini. Tapi ya Allah jadikanlah kesusahan ini asbab hidayah buat orang yang kami sayang. Serta berilah kami dapat makan bersama Nabi saw yang kami cintai dalam syurga..\n\nPernah kami hari raya aidilfitri tak pergi ke mana-mana melainkan pergi rumah dekat-dekat sebab tiada duit nak isi minyak. Ada duit sikit kira-kira beri ibubapa dan ibubapa mertua sahaja.\n\nTapi isteri saya senyum sahaja dan kata, abang bekerja keras dan rajin. Allah tak tengok hasil. Tapi Allah tengok usaha. Allah suka orang yang berusaha.\n\nPernah bawa anak-anak pergi ke tempat permainan. Tengok-tengok tempat main mahal mahal pula nak bayar. Kira duit tak cukup. Tempat makan pun mahal. Isteri kata pada anak, ummi bawa pergi sini sebab nak tunjuk dalam syurga nanti boleh main lebih dari yang ini.\n\nSyurga jauh lebih menarik anakku. [AmericaJr]\n\nHari ini kita try satu sahaja ya permainan ini. Nanti sambung dalam syurga ya. Anak kata, nanti kita main dalam syurga ya ummi. Ayah, umi sama-sama main ya. Air mata saya mengalir..\n\nPernah sekali naik motor. Saya tiada lesen lagi tiada duit nak ambil lesen pun. Kena tahan JPJ. Polis suruh tinggalkan motor kerana tiada lesen. Katanya boleh balik kampung naik bas. Naik taxi dari sini ke stesen bas. Saya jawab dengan sedih maafkan saya encik, semua duit saya sudah dalam tank motor.\n\nDia biarkan saya lama di situ. Setelah 2 jam kerana dia tengok saya duduk sahaja di situ. Dia bagi motor dan suruh saya balik walaupun kena saman. Isteri saya kata, tidak mengapa abang. Semua pengalaman ini mengajar kit erti kehidupan. Supaya kita belajar sayang orang susah. Suka tolong orang kalau mereka susah. Pandang semua orang dengan sayang.\n\nPernah saya menangis kerana lemah semangat. Isteri saya peluk saya dan kata, saya kahwin dengan abang kerana saya sayang abang kerana Allah. Saya cuma ingin abang bawa saya masuk syurga.\n\nSebenarnya kita kaya. Kita ada tangan dan kaki. Ribu orang diuji tiada tangan dan kaki. Ribuan orang diuji dengan pekak bisu. Ribuan orang diuji dengan buta. Membesarkan anak tanpa melihat wajah anak.\n\nSebenarnya kita sangatlah kaya berbanding nasib orang lain.[ Reuters]\n\nRibuan orang kayuh basikal dengan tangan kerana tiada kaki untuk sara keluarga. Ribuan orang miskin minta sedekah dengan bawa jasad ahli keluarga yang nazak ditepi jalan. Kita terlalu kaya kerana memiliki semuanya sempurna. Cuma kurang sikit makan. Kurang sempurna pakaian. Adakah kita hendak mengeluh abang?\n\nPaling berharga dia beri kita Islam. Itulah segalanya. Terima kasih Allah yang beri segalanya. Sentiasa memberi isteri yang tabah dan mulutnya manis saat diuji dengan kesusahan.\n\nYa Allah terima kasih atas seluruh hidupku dan segala-gala nikmat dan mengeluarkan diriku dari kesempitan hidup.Seluruh hidup dan matiku untukMu Tuhanku. Yang tidak pernah berhenti memberi nikmat dan buat baik padaku. Ya Allah, maafkanlah diriku yang teramat hina dan berdosa ini."
"Rimas dengan jerawat yang muncul? Nak sembuh kenalah tahu jenis jerawat dulu. Mari kenali jenis jerawat dan punca berlakunya jerawat-jerawat ini.\n\nJerawat ialah keadaan kulit yang terhasil apabila kelenjar minyak dan folikel rambut tersumbat dengan minyak berlebihan lalu menjadi tempat pembiakan bakteria. Antara punca yang dikenal pasti penyebab masalah jerawat ialah kombinasi beberapa faktor seperti aktiviti hormon, keturunan, bahan berminyak dan kesan sampingan pengambilan ubatan.\n\nMenurut\u00a0 tinjauan yang diterbitkan di American College of Nurse Practitioners pada tahun 2008, antara faktor\u00a0 dipercayai golongan remaja yang menjadi punca jerawat ialah kebersihan dan penjagaan kulit (25%), makanan berminyak (11%) dan selebihnya tidak pasti.\n\nPada pandangan mereka, cara-cara menghilangkan jerawat adalah seperti berikut:\n\nSeterusnya, artikel ini akan membincangkan mengenai jenis jerawat dan punca berdasarkan pengelasan saintifik.\n\nLiang pori yang tersumbat akan menyebabkan terbentuknya jerawat pada kulit dalam 6 bentuk iaitu:\n\nImej via Muzdalifah et al. (2016)\n\nSeterusnya, pengelasan jenis jerawat dan punca yang akan diterangkan ini dipetik daripada penerbitan kajian oleh Kaminer & Gilchrest pada tahun 1995 dalam Journal of the American Academy of Dermatology.\n\nMasalah acne yang sederhana dikesan dalam 20% bayi yang baru lahir. Jenis jerawat yang kebiasaannya dilihat adalah dalam bentuk whitehead pada hidung, dahi dan pipi.\n\nPunca jerawat ini masih tidak jelas tetapi dikaitkan dengan rangsangan kelenjar minyak oleh hormon androgen ibu dan anak.\n\nNamun, masalah ini akan hilang dalam tempoh 1-3 bulan selepas kelahiran tanpa meninggalkan kesan parut.\n\nDalam tempoh usia 3-6 bulan kelahiran, kehadiran lebih banyak bintik merah diperhatikan dengan pembentukan nodul dan parut muda.\n\nImej via Kaminer & Gilchrest (1995)\n\nPunca jerawat ini juga tidak jelas tetapi dipercayai datang daripada hormon androgen yang dirembeskan oleh kelenjar gonad. Bayi lelaki adalah lebih mudah mendapat jenis jerawat ini berbanding bayi perempuan, dan berterusan sehingga usia 5 tahun atau lebih.\n\nBayi yang mempunyai sejarah jerawat ini berkemungkinan tinggi mendapat masalah jerawat acne pada usia remaja kelak.\n\nImej via Kaminer & Gilchrest (1995)\n\nJerawat jenis ini ialah jerawat acne biasa yang dihadapi oleh golongan remaja apabila mencecah usia akil baligh. Ada kajian yang melaporkan 100% serangan masalah jerawat ini pada usia 16 tahun bagi remaja lelaki dan terus berkurangan sesuai dengan peredaran usia.\n\nNamun, terdapat kes jerawat yang masih tumbuh bagi dewasa berusia 25-24 tahun (8%) dan 35-44 tahun (3%).\n\nSelain perubahan hormon akibat akil baligh, jenis jerawat ini berpunca daripada perubahan hormon bagi wanita yang akan datang haid, faktor keturunan, pemakanan dan gaya hidup.\n\nImej via Kaminer & Gilchrest (1995)\n\nJenis jerawat ini melibatkan pembentukan papul dan pustul di sekeliling mulut. Keadaan ini biasanya hanya berlaku dalam kalangan wanita berusia 20-35 tahun.\n\nPunca jerawat jenis ini masih belum diketahui secara tepat, namun, ada kajian yang berpendapat bahawa jenis jerawat ini berpunca daripada serangan kutu\u00a0Demodex folliculorum,\u00a0kesan sampingan steroid, penggunaan alatan kosmetik, ubat gigi berfluorida, cecair cucian mulut, sabun dan pengambilan diet buah sitrus.\n\nImej via Kaminer & Gilchrest (1995)\n\nJenis jerawat ini pula dikesan hanya dalam kalangan lelaki yang sudah dewasa. Jerawat ini sangat berbeza daripada masalah jerawat semasa remaja akil baligh dengan pembentukan cyst yang besar dan mengandungi nanah.\n\nJerawat jenis ini juga meninggalkan kesan parut yang ketara.\n\nPunca jerawat jenis ini adalah disebabkan liang yang tersumbat sama seperti acne vulgaris, cuma berlaku pada usia belia dan dewasa.\n\nHS merupakan penyakit kulit kronik yang memberi kesan ke atas kawasan kulit yang mengandungi kelenjar dan kulit kepala.\n\nKeradangan yang berlaku menyebabkan pembentukan cyst dan nodul sehingga boleh berkembang menjadi saluran sinus.\n\nPenyakit ini biasa ditemui dalam kalangan wanita 2 kali ganda lebih kerap berbanding lelaki, sebelum usia 40 tahun. Puncanya masih kabur tetapi sering dikaitkan dengan mekanisme pembentukan acnes conglobata atau sejarah keturunan keluarga.\n\nJenis jerawat ini jarang ditemui yang merupakan masalah kulit muka dan kulit pada tubuh badan dengan jerawat bernanah atau cyst yang sangat teruk. Masalah ini sering dilihat dalam kalangan remaja lelaki.\n\nJenis jerawat yang teruk ini berpunca daripada serangan bakteria\u00a0Propionibacterium acnes.\n\nImej via Kaminer & Gilchrest (1995)\n\nJenis jerawat ini juga jarang dilihat yang membabitkan wanita muda berusia 20-40 tahun. Kesannya agak teruk dengan jerawat di muka beserta bengkak, kemerahan, nanah yang dalam dan cyst yang tiba-tiba terbentuk.\n\nJenis jerawat ini berpunca daripada perubahan hormon akibat tekanan hidup yang berpanjangan.\n\nJenis jerawat ini berlaku pada kawasan kulit yang sering tercedera atau berlakunya trauma fizikal.\n\nDaya mekanik berterusan yang dikenakan ke kawasan kulit yang tercedera menyebabkan liang pori dan folikel rambut menjadi semakin tersebut lalu mengakibatkan tumbuhnya jerawat.\n\nAntara contoh ialah pemain violin yang sering mengenakan daya pada kawasan kulit leher, ahli sukan yang sentiasa memakai helmet keselamatan dan penggunaan head band, bra strap dan orthopedic cast.\n\nImej via Kaminer & Gilchrest (1995)\n\nPembentukan jenis jerawat ini berlaku dalam kalangan pesakit yang sudah lanjut usia yang pernah mengalami acne vulgaris sewaktu remaja. Kawasan pertumbuhan jerawat ini adalah di bahagian belakang badan dan kulit punggung.\n\nJerawat ini muncul ketika musim tropika iaitu ketika cuaca panas dan lembab.\n\nImej via Kaminer & Gilchrest (1995)\n\nJuga dikenali sebagai solar comedone dengan pembentukan whitehead dan blackhead yang banyak di bahagian kiri dan kanan dahi, hidung, mata, pipi dan dahi dalam kalangan warga tua yang berusia 60-80 tahun.\n\nSindrom ini terjadi disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan tetapi golongan muda juga berisiko berdepan dengan jenis jerawat ini jika kerap didedahkan dengan sinaran UV daripada alatan elektronik seperti TV dan telefon pintar.\n\nBaca juga tentang tips kecutkan jerawat dan cara hilangkan parut jerawat"
"Adakah anda tertanya-tanya umur keberapakah yang sesuai untuk bayi mula makan? Bayi ada beberapa peringkat di mana, mereka boleh makan makanan yang sedikit kedewasaan selain susu. Namun, ibu bapa perlu tahu peringkat umur berapa yang bersesuain jika ingin diberi makan.\n\nTekstur makanan juga perlu bersesuain dengan citarasa si bayi. Jadi, apakah tekstur makanan yang bersesuaian dengan setiap peringkat umur bayi?\n\nMari kami kongsikan info sebenar tesktur makanan yang sesuai mengikut umur bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nFaktor ubah tesktur makanan si bayi\n\n1. Kadar pertumbuhan gigi adalah berbeza dengan setiap anak.\n\nAda anak yang cepat dan ada anak yang lambat. Ada kes tumbuh gigi 4 bulan ada yang tumbuh gigi usia 1 tahun, takkan nak bagi makan bertekstur waktu macam tu?\n\n2. Gusi baby memang dah kuat..hanya ibu kut yang merasa sebab kalau anak gigit waktu breastfeeding..adoiii menangis..\n\nGusi mereka kuat nak kunyah makanan..tapi bukan maksud makanan macam kita..tapi makanan yang bertekstur.\n\n3. Baby perlu berkembang dan stimulasi seiiring dengan umur mereka ye.\n\nKenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa? Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?\n\nPerkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun. Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.\n\nTekstur makanan mengikut umur si bayi\n\n6-7 Bulan: puri, cair dan dikisar halus\n\n\u2013 baby belajar merasa makanan dan telan\n\n\u2013 sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan\n\n\u2013 transition dari susu ke makanan pelengkap\n\n\u2013 jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup\n\n\u2013 tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu.\n\n7-8 Bulan : lenyek, kisar kasar\n\n\u2013 bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut\n\n\u2013 lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby \u2018rasa\u2019\n\n\u2013 sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan\n\n\u2013 transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan\n\n\u2013 kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan\n\n\u2013 kuatkan lidah baby untuk men\u2019golek\u2019 makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan\n\n\u2013 melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah\n\n\u2013 makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan\n\n\u2013 kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan\n\n\u2013 dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan\n\n10 -12 Bulan : potongan kecil atau kiub kecil\n\n\u2013 bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut\n\n\u2013 anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi\n\n\u2013 kuantiti 5 \u2013 7 sudu besar\n\n\u2013 memberi \u2018fun\u2019 dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen\n\n\u2013 anak dah advanced,siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri\n\n\u2013 jika beri lain dari menu, baby boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita\n\n\u2013 sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun.\n\n*Berikut adalah tesktur makanan mengikut peringkat umur si bayi. Bayi yang cukup setahun sudah boleh mula makan makanan orang dewasa seperti nasi putih, roti, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tetapi perlu diberi dengan kuantiti yang sedikit. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Resepi simple yang boleh anda olah ikut bahan-bahan yang ada di rumah. Senang dan ianya menjadi. Roti pula lembut dan gebu sangat.\n\nRoti yang gebu dan lembut kemudian disapukan dengan sos madu dan butterscotch ke atasnya, membuat roti ini patut diberi nama roti sarang lebah. Ibarat sarang lebah yang penuh madu, manis dan melekit selalu disukai dan digilai ramai.\n\nYus Sue di laman Facebook berkongsikan cara membuat roti sarang lebah step by step. Bahkan dengan bahan seadanya boleh ciptakan roti enak ini. Tangzhong ialah wateroux. Sejenis bancuhan untuk melembutkan roti. Bancuh tepung gandum saja\n\nRoti sarang lebah boleh anda buat untuk hidangan acara-acara majlis, boleh juga untuk hidangan petang-petang dan untuk berniaga. Dijadikan oleh-oleh juga amat menarik. Selamat mencuba.\n\nSambil tunggu roti siap. Buat sos butterscotch.\n\nSelain resepi roti sarang lebah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tahukah anda, membuat biskut adalah salah satu aktiviti yang sihat yang boleh dilakukan bersama keluarga? Disini kami sediakan sebuah resepi yang sangat fresh, sedap dan sesuai dijamah seisi keluarga. Resepinya ialah resepi biskut Red Velvet.\n\nBiskut Red Velvet ialah unik kerana rasanya tidak boleh didapati pada biskut lain. Warnanya juga cantik dan ini dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Rasanya juga amat lazat, jadi, ianya amat berbaloi untuk dibuat!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Dhia Azlinda dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat.\n\nHa senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!"
"Muffin dan cup cake ialah serupa tapi tidak sama. Dari segi ukuran maupun kaedah memasak lebih kurang sama namun bezanya ialah cup cake lebih manis dan dibuat daripada adunan kek biasa. Cup cake pula biasanya dihiasa dengan topping yang comel.\n\nSedangkan muffin walaupun tampak sama, tetapi ianya ialah sekelompok roti. Cara penyediaannya pula sama dengan kaedah membuat roti. Muffin kurang penggunaan telur dan juga kurang manis. Muffin pula tidak menggunakan topping yang berlebihan kerana ciri khasnya ialah permukaannya yang retak itu. Muffin dimasak menggunakan loyang muffin.\n\nResepi membuat muffin daripada Snk Mohammad\u200e\u00a0di laman Facebook ini telah menarik perhatian ramai. Resepi mudah dan cepat untuk membuat muffin telah banyak dicubakan oleh orang ramai. Tentu saja, hasilnya sangat memuaskan.\n\nMuffin biasanya dimakan sebagai sarapan untuk minum pagi dengan secawan kopi. Bahkan di kedai-kedai kopi ternama mereka juga menjual muffin sebagai menu utama. Sila cubakan resepi muffin ringkas dan cepat di bawah ini. Selamat bermuffin hari ini.\n\nSuhu oven bergantung pada oven masing-masing. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi muffin coklat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Biskut yang fresh dari oven, resepi biskut ala-ala famous amos hanya semudah 1..2..3 akan kami hadirkan untuk anda pada perkongsian kali ini.\n\nSiapa yang tidak suka biskut, gerenti semua orang suka biskut lebih-lebih lagi kanak-kanak. Bentuk biskut yang comel dan menarik mampu memikat hati siapapun untuk memakannya.\n\nResepi yang dikongsikan oleh \u200eFatin Khadijah\u200eFacebook\u200e di laman Facebook ini hanya menggunakan oven manual. Biskut sudah masak jika warna bahagian bawahnya telah berubah jadi perang.\n\nBiskut ala Famous Amous Cookies ini sangat rangup dan sedap. Sesuai untuk menemankan pagi mahupun petang anda sambil ditemankan secawan teh o suam. Sila cubakan resepinya di rumah anda.\n\n1. Mula-mula pukul butter, gula perang dan gula halus seingga sedikit kembang.\n2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.\n3. Masukkan bahan ayak tadi (tepung gandum, garam, baking powder).\n4. Akhir sekali gaulkan badam dengan coklat chip, kacau sehingga menjadi doh. (Kalau tekstur terlampau lembik, boleh tambah tepung gandum).\n\nNota : Adunan memang akan macam lembik nanti. Cukup gunakan sudu untuk letak di loyang. Jangan sudu terlampau banyak kerana biskut akan mengembang dengan jayanya.\n\nSelain resepi biskut Famous Amos, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sayyid Qutb merupakan salah seorang aktivitis Revolusi Mesir sekitar tahun 1952. Namanya sangat harum dalam perjuangan menegakkan Islam, terutamanya bagi gerakan Ikhwanul Muslimin.\n\nSiapakah tokoh ini, sehingga kisah perjuangannya dihayati dan diikuti? Ayuh kenali biodata Sayyid Qutb tokoh luar biasa ini.\n\nSayyid Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906, di Mausyah, Asyuth, Mesir, yang terkenal sebagai sebuah perkampungan yang kuat mengamalkan ajaran Islam.\n\nNama penuh beliau ialah Sayyid Qutb Ibrahim Husain Syadzili. Beliau mempunyai\u00a0 lima orang adik beradik dan beliau adalah anak yang pertama.\n\nIbunya bernama Fatimah. Ayahnya bernama al-Haj Qutb bin Ibrahim, bekerja sebagai petani dan seorang anggota Parti Nasional di kampungnya.\u00a0\n\nKesemua adik beradiknya terbabit secara langsung dengan\u00a0 gerakan dakwah Islam selain turut terlibat dalam bidang penulisan; Nafisah, Aminah, Hamidah anak dan Muhammad Qutb, adik bongsu yang mempunyai perbezaan umur sekitar 13 tahun dengan Sayyid Qutb.\n\nSayyid Qutb memasuki sekolah rendah semasa berumur enam tahun lagi. Selain menekankan bidang akademik, keluarga beliau sangat tekun mengamalkan Islam dalam kehidupan harian.\n\nAyah dan ibunya berhajat agar Sayyid Qutb menjadi hafiz al-Quran. Semasa umurnya tujuh tahun, beliau mula menghafaz Quran dan selesai menghafal ketika berusia 10 tahun.\n\nPada tahun 1918, beliau menamatkan pendidikan asas, dan tahun 1921, Sayyid Qutb berangkat ke Mesir untuk melanjutkan pendidikannya di Madrasah Tsanawiyah.\n\nTahun 1922, beliau menuntut di Madrasah Mualimin al-Awiyah untuk menjadi guru dan setelah menghabiskan pengajian di sana, Qutb menghadiri kelas persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Darul Ulum dalam bidang sastera pada tahun 1955.\u00a0\n\nSemasa menuntut di Darul Ulum, Sayyid Qutb bertemu dengan para wartawan dan golongan nasionalis liberal berfikiran kebaratan.\n\nBeliau tidak menyenangi golongan ini dan sering mengkritik pemikiran mereka yang dipengaruhi oleh karya Abbad Mahmud al-Aqqad. Kelompok ini dikenali sebagai kumpulan \u2018sastera al-Aqqad\u2019 akibat ketaksuban mereka itu.\n\nPengajiannya tamat tahun 1933 dan beroleh ijazah sarjana muda dalam bidang sastera dan diploma pendidikan.\n\nSelepas tamat belajar, beliau dilantik sebagai guru di Bahagian Pendidikan di Madrasah ad-Dawudiyah dan dinaikkan pangkat sebagai pegawai pendidikan dasar pada tahun 1940.\n\nBeliau berpeluang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat selama dua tahun, setelah mendapat arahan untuk mengkaji kokurikulum dan sistem pendidikan di sana.\n\nBeliau menuntut di Wilson\u2019s Teacher College, Washington, Greenley College di Colorado, dan Universiti Stanford.\n\nSemasa menuntut di Amerika Syarikat, berlaku peristiwa yang mengubah kehidupannya. Suatu hari beliau melihat orang Amerika Syarikat berpesta dan bergembira dengan kematian as-Syahid Hassan al-Banna.\n\nMereka menganggap Hassan al-Banna sebagai ancaman dan musuh paling berbahaya \u00a0ketika itu.\n\nPeristiwa ini, membuka fikiran Sayyid Qutb untuk mengkaji tentang tokoh itu,\u00a0 sekaligus membuatkan beliau mula mencintai Hassan al-Banna dan menyanjungi perjuangan as-syahid.\n\nSayyid Qutb seorang pemimpin yang sangat berkarisma\u00a0 sehingga amat dikagumi dan disegani. Beliau memperoleh banyak sokongan dan menjadi tokoh yang berpengaruh ketika itu.\n\nSayyid Qutb menjadi tokoh penting menyalakan perjuangan Ikhwanul Muslimin selepas pemergian Hassan al-Banna.\n\nPara sejarawan berpendapat, Ikhwanul Muslimin telah berada di tahap sempurna sebagai gerakan dakwah Islamiah selepas Sayyid Qutb berada dalam organisasi itu.\n\nSayyid Qutb sering dikaitkan dengan Abu A\u2019la al-Maududi (1903-1979) iaitu seorang tokoh gerakan Islam, Jamaah Islam di Pakistan, dan Ali Syariati (1933-1977) seorang ideolog revolusi Iran. Sehinggakan beliau turut mengakui, ciri penulisannya banyak dipengaruhi oleh al-Maududi.\n\nSayyid Qutb menyertai Ikhwanul Muslimin, dua tahun selepas Hassan al-Banna meninggal dunia iaitu pada 18 Oktober 1952.\n\nSayyid Qutb tidak pernah bertemu dengan Hassan al-Banna, walaupun dilahirkan pada tahun sama dan juga pernah mendapat pendidikan di Darul Ulum. Namun, kedua-duanya terikat oleh akidah dan pemikiran yang sama.\u00a0\n\nImam Hassan al-Banna pernah membaca buku Al-\u2019Adalah Al-Ijtima\u2019iyyah Fil Islam, karya Sayyid Qutb dan dapat berasakan beliau akan menyertai Jemaah Ikhwanul Muslimin, lantaran cara penulisannya sejajar dengan idea Ikhwanul Muslimin.\n\nSelepas Revolusi Mesir 1952, Sayyid Qutb lantang mengkritik pemerintahan Presiden Gamal Abdul Nasir. Kelantangan dan keberanian beliau, menyebabkan presiden menuduh Ikhwanul Muslimin sebagai parti yang memberontak dan ingin merampas kuasa. Maka, Gamal Abdul Nasir mengarahkan semua ahli Ikhwanul Muslimin termasuk Sayyid Qutb ditangkap.\n\nPeristiwa ini berlaku pada 13 Januari 1954, tanpa bukti jelas, tujuh orang pimpinan tertinggi al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali, Ketua Sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin semasa Perang Suez 1948.\n\nNamun, hukuman terhadap Hasan Hudhaibi diubah kepada penjara seumur hidup dan Sayyid Qutb dihukum penjara 15 \u00a0tahun dengan kerja berat.\n\nTetapi, hasil perundingan Presiden Iraq, Abdus Salam Arif dengan Presiden Gamal Abdul Nasir, beliau telah dibebaskan. Namun, presiden Gamal masih belum berpuas hati.\n\nSelepas Presiden Abdus Salam Arif terkorban dalam nahas kapal terbang, Qutb ditangkap lagi dengan tuduhan merancang rampasan kuasa.\n\nMahkamah Revolusi mengukuhkan tuduhan dengan merujuk buku Maalim Fi At Thariiq yang ditulis oleh beliau, yang dikaakan menyeru revolusi terhadap pemerintahan yang tidak mengikut syariat Allah.\n\nKali ini, beliau ditahan bersama anggota keluarganya. Sebelum hukuman dilaksanakan, presiden menghantar utusan meminta Sayyid Qutb menulis untuk merayu pengampunan agar dibebaskan dari hukuman. \n\nSayyid Qutb menolak dan dengan tegas menyatakan;\n\n\u201cTelunjuk yang bersyahadah setiap kali solat menegaskan bahawa tiada illah yang disembah melainkan Allah dan Muhamad adalah Rasulullah, dan aku tidak akan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku reda. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan.\u201d\n\nTindakan kejam presiden menyaksikan Sayyid Qutb dijatuhi hukuman mati pada 21 Ogos 1966 dan hukuman dilaksanakan pada 29 Ogos 1966.\n\nSayyid Qutb dihukum mati bersama dua orang sahabatnya, Abdul Fattah Ismail dan Muhammad Yusuf Hawwasy.\n\nSayyid Qutb merupakan seorang ilmuwan, sasterawan, ahli tafsir sekaligus pemikir. Sepanjang hayatnya, Sayyid Qutb telah menghasilkan lebih dari 20 buah karya dalam pelbagai bidang.\n\nPuisi Ali al-Gayati berjudul My Nationality yang diterbitkan tahun 1910 membuka kesedaran berpolitik Sayyid Qutb. Puisi ini memberi kesedaran bahawa Mesir perlu merdeka dari pengaruh British. Karya ini akhinya membentuk cara berfikir beliau.\n\nPenulisan Sayyid Qutb berkait rapat dengan perjalanan hidupnya. Pada era sebelum tahun 1940-an, beliau banyak menulis berkenaan sastera tanpa unsur-unsur agama. Contohnya, Muhimmat al-Syi\u2019r fi al-Hay\u00e2h pada tahun 1933 dan Naqd Mustaqbal al-Tsaqafah fi Misr pada tahun 1939.\n\nKeadaan ini berubah pada tahun 1940-an, beliau mulai menerapkan unsur-unsur agama melalui bukunya yang berjudul al-Tashwir al-Fanni fi al-Quran (1945) tulisan ini mengupas keindahan ayat al-Quran dan Masyahid al-Qiyamah fi al-Quran. Buku ini menceritakan tentang peristiwa hari kiamat dalam al-Quran.\n\nSelepas menyertai Ikhwanul Muslimin, terlihat perubahan besar dalam penulisan beliau. Sayyid Qutb mulai membicarakan soal keadilan, kemasyarakatan dan fikrah Islam yang suci menerusi al-Adalah al-Ijtima\u2019iyyah fi al-Islam atau Keadilan Sosial dalam Islam.\n\nKitab lain ialah Ma\u2019rakah al-Islam wa ar-Ra\u2019s al-Maliyyah. Selain itu, beliau turut menghasilkan Fi Zhilal al-Quran dan Dirasat Islamiyyah.\n\nSemasa dalam penjara (1954 hingga 1966), Sayyid Qutb tetap berkarya. Antaranya, Hadza al-Din, al-Mustaqbal li Hadza al-Din, Khasha`is al-Tashawwur al-Islami wa Muqawwimatihi\u2019 al-Islam wa Musykilah al-Hadharah dan sambungan Fi Zhilal al-Quran.\n\nTerdapat juga karya sastera yang ditulis oleh beliau bertajuk Asywak (Duri-duri). Antara karya yang menjadi rujukan dan menaikkan semangat gerakan dakwah Islam adalah Maalim fil Thariq (Petunjuk Jalan).\n\nKitab Fii Zhilaal Al-Quran, Ma\u2019aalim fi Thariiq dan Al-Mustaqbal li haadzaa Ad Diin merupakan tiga buah karya yang mendapat sambutan masyarakat muslim seluruh dunia dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.\u00a0\n\nSayyid Qutb telah gugur di tali gantung bukan sahaja sebagai pejuang yang menafikan sekularisme, bahkan pahlawan agama yang menegakkan hukum, serta mukmin yang kuat iman dan menyerahkan seluruh hidupnya hanya kepada Allah SWT.\n\nWalau bertahun-tahun usia akhirnya dihabiskan di sebalik tembok besi, bahkan nyawanya\u00a0 \u2018diambil\u2019 dengan mudah oleh para liberal, namun jiwa dan fikirannya yang luar biasa, hidup dalam helaian tulisan dengan untaian kata dan bersastera sangat bermakna bagi sesiapa yang cuba memahami erti perjuangannya.\n\nSemoga perjuangan dan kesungguhan dalam menegakkan agama Allah beliau dipandang mulia\u00a0 oleh Allah SWT. Amin."
"Nak tahu apa khasiat kunyit hidup ataupun kita kenali dengan nama ibu kunyit?\n\nKhasiat ibu kunyit dalam perubatan tradisional di serata dunia tak perlu didebatkan lagi. Terlalu banyak khasiatnya dalam bidang kecantikan kulit wajah, untuk ibu berpantang, penjagaan kesihatan dan sebagainya. Tak hairanlah nenek moyang kita mengamalkan penggunaan ibu kunyit dalam kehidupan harian.\n\nDi nusantara, selatan Asia dan timur tengah, kunyit selalu digunakan sebagai bahan masakan. Malahan, ia terkenal sebagai antiseptik untuk merawat luka, lulur untuk kecantikan kulit.\n\nDi Malaysia sendiri, kunyit menjadi rempah utama dalam masakan tradisional seperti rendang, tempoyak dan masak lemak cili padi. Rasanya yang unik dan warna kuningnya dalam masakan membangkitkan selera.\n\nNamun, bila dikatakan ibu kunyit lebih banyak khasiatnya. Hati tertanya-tanya pula. Ada beza ke kunyit biasa dengan ibu kunyit? Menurut Puan Suzima Hazish, iaitu pengasas jamu SuzyHoney Herbs, ibu kunyit mempunyai kuasa khasiat yang tinggi.\n\nJika nak tanam kunyit, biasanya kita akan menanam bahagian rizomnya yang cukup matang. Rizom ini biasanya dalam anggaran 4 cm. Rizom yang ditanam ni akan menghasilkan cambahan isi kunyit kepada saiz yang lebih kecil.\n\nRizom inilah yang dipanggil ibu kunyit iaitu umpama ibu kepada anak-anak yang akan bercambah. Warna ibu kunyit lebih gelap dan bersaiz besar berbanding anak-anak cambahannya. Menurut Puan Suzima, jika nak mengambil ibu kunyit, paling afdal sekali cabut bersama-sama dengan batangnya.\n\nDikatakan bahawa ibu kunyit mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding anak-anak cabang yang bercambah tu. Jom kita baca khasiat ibu kunyit dalam kehidupan manusia.\n\nIbu kunyit paling meluas digunakan oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Dikatakan bahawa ibu kunyit dapat mengecutkan rahim selepas bersalin, membuang darah kotor dan sebagai pembersih dalaman wanita.\n\nBiasanya ibu kunyit akan dimakan sebagai ulaman atau dibuat air rebusan. Air rebusan ni diminum untuk menyegarkan badan. Caranya ialah ambil sedikit ibu kunyit sebesar ibu jari, halia Bentong saiz ibu jari, 1 gelas air, 3 sudu gula kabung dan sedikit limau.\n\nIbu kunyit dikisar bersama-sama halia Bentong dengan segelas air dan kemudiannya ditapis. Air tapisan tu perlu direbus dan tambahkan segelas lagi air dan 3 sudu gula kabung. Perahkan limau dan bolehlah diminum.\n\nMalah, sekumpulan penyelidik dari Iran pada tahun 2018 mengulas bahawa kunyit merupakan makanan yang selamat diamalkan dan tidak bersifat toksik,\n\nNamun, mereka meletakkan kadar selamat pengambilan kunyit sebanyak 6 gram sehari untuk tempoh berturutan 4-7 minggu.\n\nBagi wanita yang mengalami masalah senggugut yang teruk, ibu kunyit dikatakan dapat melancarkan peredaran haid. Ia dapat mencairkan ketulan darah haid yang menyebabkan kesakitan kerana darah tak keluar dengan lancar.\n\nBagi pesakit anemia, ibu kunyit dapat meningkatkan pengeluaran sel darah merah. Pesakit boleh jadikan ibu kunyit sebagai ulaman atau minum air rebusannya.\n\nKajian tahun 2012 yang diterbitkan di Journal of Renal Nutrition, melaporkan keupayaan dan potensi ibu kunyit sebagai suplemen untuk melancarkan peredaran darah dan mengatasi masalah anemia.\n\nMereka juga mendapati bahawa ibu kunyit mampu mengurangkan risiko proteinuria (protein dalam air kencing), hematuria (darah dalam air kencing) dan tekanan darah tinggi.\n\nDalam perubatan Ayurveda, ibu kunyit dianggap sebagai antiseptik terbaik. Ia dijadikan antibakteria dan antivirus dengan kehadiran curcumin sebagai sebatian bioaktif utama kunyit.\n\nJika ada luka, kulit yang terbakar, lebam, digigit serangga dan sebagainya, kunyit yang ditumbuk kasar akan ditampal pada bahagian tersebut.\n\nJika anda mudah mendapat demam dan selsema, minumlah air kunyit untuk mengatasi masalah ni. Ia dapat meningkatkan imun badan untuk melawan penyakit. Caranya ialah ambil beberapa ketul ibu kunyit dan tumbuk hingga hancur. Campur dengan sedikit air dan ditapis. Minum airnya 3 kali seminggu.\n\nSelain itu, kandungan curcumin dalam kunyit telah banyak dilaporkan berkesan sebagai bahan antioksidan untuk membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh.\n\nSebagai contoh, para penyelidik India pada tahun 2004, melaporkan bahawa curcumin merangsang penghasilan mucin dalam dinding perut untuk melindungi sistem pencernaan dan mengelakkan penyakit berkaitan seperti perut meragam, cirit-birit dan masalah penghadaman.\n\nWanita Jawa menggunakan ibu kunyit dan air asam jawa sebagai jamu untuk melangsingkan badan. Sebab itulah kebanyakan wanita Indonesia mampu memakai kebaya walaupun sudah berusia.\n\nCaranya ialah ambil ibu kunyit sebanyak segenggam dan dihiris. Sedikit asam jawa, gula merah, segenggam halia dihiris, air untuk merebus, daun pegaga secukupnya dan 1 atau 2 biji buah manjakani yang ditumbuk.\n\nMasukkan kesemua bahan di dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian, tutup api dan tapis. Minum secawan ketika air kunyit menjadi suam. Paling baik diamalkan sebelum makan. Air ini hanya diminum 1 hingga 2 kali seminggu.\n\nHal ini selari dengan penemuan saintis dari Korea yang menerbitkan hasil kajian mereka di Journal of Animal Science and Technology. Kajian ke atas tikus yang diberi makan kunyit yang ditapai ternyata menurunkan kandungan kolestrol dan tisu lemak adipos tikus berkenaan.\n\nMereka turut menyimpulkan bahawa ibu kunyit sesuai diamalkan buat mereka yang mengambil diet makanan berat sebagai langkah pencegahan obesiti.\n\nSel kulit mati di permukaan kulit yang tak dibuang akan mengakibatkan kulit muka menjadi kusam. Penggunaan ibu kunyit yang ditumbuk lumat boleh dijadikan skrub untuk eksfoliasi kulit wajah.\n\nKandungan di dalam ibu kunyit dapat mengelupas sel-sel kulit mati tanpa menyebabkan keradangan. Kulit akan menjadi cerah sekata, sihat dan berseri-seri. Cubalah!\n\nKandungan curcumin dan minyak pati yang terkandung dalam ibu kunyit terbukti secara makmal mampu memberi kesan anti keradangan.\n\nWanita di negara India menggunakan ibu kunyit untuk menangalkkan bulu-bulu roma di bahagian lengan, kaki dan atas bibir. Kunyit dijadikan masker yang sangat efektif bagi menangani masalah ni.\n\nCaranya ialah tumbuk sedikit kunyit, kemudian campurkan dengan susu dan air mawar. Sapukan pada bahagian yang diinginkan. Biarkan sampai masker menjadi kering. Setelah 20 minit, cuci dengan air suam yang sedikit panas.\n\nJika tubuh terasa lesu dan penat, kita akan berasa malas untuk bergerak aktif. Rutin kerja yang tak pernah habis, kesibukan menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak membuatkan kita jadi letih.\n\nIbu kunyit mempunyai khasiat untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh badan. Caranya ialah kisar sedikit kunyit hidup dengan secawan air. Tambahkan sesudu madu asli sebelum meminumnya. Anda mesti akan rasa perubahan dan kembali bertenaga. Kaum lelaki pun boleh cuba.\n\nSebagaimana yang dilaporkan dalam analisis makmal, ibu kunyit mengandungi sebatian memberi tenaga seperti protein (6.3%), lemak (5.1%), mineral (3.5%), karbohidrat (69.4%) dan air (13.1%).\n\nJika anda ada masalah kekurangan susu badan, kunyit hidup sangat baik untuk mengatasi masalah ni. Di India, kaum wanitanya menggunakan kunyit semasa tempoh penyusuan bayi mereka.\n\nAnda boleh jadikan ibu kunyit sebagai ulaman dalam pemakanan harian. Jika tak mampu menelannya, boleh juga dijadikan jus. Caranya kisar sedikit kunyit hidup dengan air, tambahkan sedikit jus lemon.\n\nKajian penyelidik dari Amerika Syarikat yang berjaya mempatenkan makanan bar terdiri daripada rempah-ratus untuk meningkatkan penghasilan susu badan telah mengenal pasti ibu kunyit yang bersifat galactagogues atau menambah susu.\n\nNamun, pengambilannya disarankan supaya tidak terlalu kerap dan dalam kuantiti yang sederhana (kajian tersebut menggunakan 20-30 gram ekstrak bahan galactagogues sahaja).\n\nApa pendapat anda tentang khasiat ibu kunyit yang disenaraikan ni? Jika nak dijadikan minuman, pastikan jangan diambil setiap hari. Dikatakan bahawa ibu kunyit memberi kesan panas pada tubuh badan.\n\nJika digunakan sebagai bahan kecantikan misalnya untuk dijadikan masker, jangan lupa mencuci muka dengan pencuci sehingga bersih. Kesan kuningnya tak begitu mudah ditanggalkan.\n\nPada pembaca yang dah cuba mana-mana petua yang dikongsikan ni, jangan lupa beritahu pengalaman dan pandangan anda kepada kami. Malah, jika ada petua-petua yang lain, sudi-sudilah berkongsi dengan pembaca yang lain. Semoga bermanfaat.\n\nJemput juga baca artikel khasiat taugeh dan khasiat daun lemuni\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Mahu menjadi tinggi macam model? Atau mat salleh di luar negara? Boleh dicuba, tetapi hanya yang sedang membesar atau dalam peringkat remaja sahaja yang masih boleh meninggi tau. Bagi orang dewasa tu.hmmm.\n\nHendak tahu lebih? Mari kita ikuti perkongsian Dr Afiq Rahim untuk menjadi tinggi secara semulajadi, tanpa perlu penggunaan produk suplemen peninggi badan.\n\nBolehkah Orang Dewasa Menjadi Tinggi Dengan Bantuan Produk Suplemen Peninggi Badan? \n\nTerdapat lambakan produk supplemen untuk menambah ketinggian bagi orang dewasa di pasaran pada hari ini.\n\nApa yang pasti, kebanyakkan produk tersebut hanya menawarkan testimoni dan dipromosikan oleh selebriti tanpa bukti jelas keberkesanan produk tersebut.\n\nNamun para pakar sudah menjelaskan bahawa jika anda sudah mencapai usia dewasa, pertambahan ketinggian TIDAK akan berlaku lagi.\n\nApatah lagi pelbagai scammer mendakwa produk mereka boleh menambahkan ketinggian antara 2cm ke 15 cm. Ini semua adalah satu scam kesihatan. \n\nAkan tetapi, sekiranya anda masih muda remaja atau mempunyai anak-anak yang sedang membesar, hah mari saya kongsikan beberapa tips untuk mempercepatkan proses menambah ketinggian anda atau anak anda.\n\nApakah Tip Untuk Menjadi Tinggi Secara Natural Bagi Remaja Atau Yang Sedang Membesar?\n\n1. Ambil Diet Makanan Yang Seimbang\n\nDiet pemakananan yang seimbang akan membuat anda menjadi lebih tinggi dan berasa lebih baik. Apakah diet yang sesuai untuk tumbesaran tulang?\n\nProtein seperti beans, kacang soya, dan kekacang dapat membantu meningkatkan pertumbuhan otot dan tulang yang sihat. Elakkan pengambilan berlebihan \u2018simple\u2019 karbohidrat seperti pizza, kek, gula-gula, dan soda kerana diet ini akan merencatkan pertumbuhan tulang anda. \n\nKalsium amat pentinng untuk membantu mempromosikan tumbesaran tulang yang sihat.\n\nTerdapat beberapa kajian walaupun masih tidak kukuh telah menunjukkan kemungkinan hubungan antara kekurangan zink dan masalah tumbesaran di kalangan kanak-kanak lelaki. Sumber zink yang baik termasuk gandum, labu dan squash seeds dan kacang dapat membantu meningkatkan proses pembesaran tulang. \n\nVitamin D menggalakkan pertumbuhan otot dan tulang pada kanak-kanak. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan terbantutnya tumbesaran kanak-kanak dan menyebabkan peningkatan berat badan di kalangan remaja perempuan. Vitamin D dapat ditemui dalam alfalfa dan cendawan, serta makanan diperkaya dengan Vitamin D seperti susu dan bijirin. \n\nWalau bagaimanapun, sebahagian besar sumber Vitamin D kita boleh didapati daripada pendedahan cahaya matahari yang mencukupi. Hanya 15 minit sehari di bawah matahari (secara purata) dapat memastikan kita mendapat bekalan Vitamin D yang diperlukan. \n\n2. Banyakkan Bersenam semasa Remaja dan Fasa Tumbesaran\n\nKerap bersenam dapat membantu anda atau anak anda menambah ketinggian mereka dengan cepat semasa usia remaja. Keluar dan lakukan senaman dan serta pergerakkan otot sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.\n\n6. Jauhi Merokok / Asap Rokok\n\nKajian oleh\u00a0Columbia University\u2019s Internet Health Resource mendapati bahawa walaupun kaitan antara asap rokok dan terbantutnya tumbesaran adalah tidak kuat namun kanak-kanak yang kerap menghidu asap rokok basi adalah lebih pendek berbanding kanak-kanak yang tidak menghidu asap rokok basi. \n\n7. Elakkan Pengambilan Steroids Tanpa Pemantauan Doktor\n\n*Jadi, bagi remaja atau yang sedang membesar tu, cuba tidur 9-11 jam ya jika mahu meninggi. Apa lagi, silalah share info ini!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.\u201d"
"Jom ketahui kelebihan malam lailatul qadar. Malam yang sering diburu oleh pemburu Ramadhan.\n\nLailatul Qadar adalah daripada Bahasa Arab yang bermaksud Malam Kemuliaan. Malam ini adalah satu malam yang dikhususkan hanya terjadi pada bulan Ramadan sahaja. Malam ini disebut di dalam\u00a0al-Quran dalam\u00a0surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu\u00a0bulan.\n\n\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0632\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650.\u00a0 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062f\u0652\u0631\u064e\u0627\u0643\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650.\u00a0 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0645\u0651\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0644\u0652\u0641\u0650 \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064d \u062a\u064e\u0646\u064e\u0632\u0651\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e\u0627\u0626\u0650\u0643\u064e\u0629\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0631\u0651\u064f\u0648\u062d\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0625\u0650\u0630\u0652\u0646\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650\u0647\u0650\u0645 \u0645\u0651\u0650\u0646 \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064d. \u0633\u064e\u0644\u064e\u0627\u0645\u064c \u0647\u0650\u064a\u064e \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0637\u0652\u0644\u064e\u0639\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u062c\u0652\u0631\u0650\n\nMaksudnya,\u00a0\u201cSesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. \n\nPada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!\u201d (Surah al-Qadr, Ayat 1-5)\n\nLailatul Qadar adalah rahsia Allah swt. Tiada siapa yang tahu bila tarikh tepat bila akan berlakunya Lailatul Qadar. Oleh sebab itu, kita perlu berusaha semampu mungkin untuk meningkatkan amal terutama pada 10 malam terakhir bulan Ramadan untuk mendapatkan Lailatul Qadar.\n\n\u062a\u064e\u062d\u064e\u0631\u0651\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0648\u064e\u0627\u062e\u0650\u0631\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cCarilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan.\u201d (HR Bukhari)\n\nKebarangkalian Lailatul Qadar terjadi pada malam-malam ganjil itu lebih tinggi daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi\u00a0saw,\n\n\u062a\u064e\u062d\u064e\u0631\u0651\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0648\u064e\u0627\u062e\u0650\u0631\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cCarilah\u00a0lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.\u201d (HR Bukhari)\n\nKemungkinan juga Lailatul Qadar berlaku pada tujuh malam terakhir bulan ramadan sebagaimana hadis dari Ibnu Umar bahwa Nabi\u00a0saw bersabda,\n\n\u0627\u0644\u0652\u062a\u064e\u0645\u0650\u0633\u064f\u0648\u0647\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0648\u064e\u0627\u062e\u0650\u0631\u0650 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0646\u0650\u0649 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650 \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0636\u064e\u0639\u064f\u0641\u064e \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u064e\u062c\u064e\u0632\u064e \u0641\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064f\u063a\u0652\u0644\u064e\u0628\u064e\u0646\u0651\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0628\u0652\u0639\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0648\u064e\u0627\u0642\u0650\u0649\n\nMaksudnya, \u201cCarilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang terakhir.\u201d\u00a0(HR Muslim)\n\nNamun pendapat yang paling kuat adalah seperti yang dikatakan oleh Ibnu Hajar dalam\u00a0Fathul Bari\u00a0bahawa Lailatul Qadar itu terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir dan waktunya berubah-ubah setiap tahun. Mungkin pada tahun tertentu terjadi pada malam kedua puluh tujuh atau mungkin juga pada tahun yang berikutnya terjadi pada malam kedua puluh lima, bergantung kepada kehendak dan hikmah Allah\u00a0swt. Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah\u00a0saw,\n\n\u0627\u0644\u0652\u062a\u064e\u0645\u0650\u0633\u064f\u0648\u0647\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0648\u064e\u0627\u062e\u0650\u0631\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650 \u0641\u0650\u0649 \u062a\u064e\u0627\u0633\u0650\u0639\u064e\u0629\u064d \u062a\u064e\u0628\u0652\u0642\u064e\u0649\u060c \u0641\u0650\u0649 \u0633\u064e\u0627\u0628\u0650\u0639\u064e\u0629\u064d \u062a\u064e\u0628\u0652\u0642\u064e\u0649 \u0641\u0650\u0649 \u062e\u064e\u0627\u0645\u0650\u0633\u064e\u0629\u064d \u062a\u064e\u0628\u0652\u0642\u064e\u0649\n\nMaksudnya, \u201cCarilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang terakhir.\u201d\u00a0 (HR Bukhari)\n\nSebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah\u00a0saw bersabda,\n\n\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0642\u064e\u062f\u064e\u0631\u0650 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064c \u0633\u064e\u0645\u0652\u062d\u064e\u0629\u064c \u0637\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c \u0644\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0627\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u062f\u064e\u0629\u064b \u062a\u064f\u0635\u0652\u0628\u0650\u062d\u064f \u0627\u0644\u0634\u064e\u0645\u0652\u0633\u064f \u0635\u064e\u0628\u0650\u064a\u0652\u062d\u064e\u062a\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0636\u064e\u0639\u0650\u064a\u0652\u0641\u064e\u0629\u064c \u062d\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u0627\u0621\n\nMaksudnya, \u201cLailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.\u201d (HR At-Thoyalisi)\n\nMalaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelazatan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.\n\nManusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebahagian para sahabat.\n\n#4 Matahari Redup Pada Keesokan Harinya\n\nMatahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka\u2019ab bahawa Rasulullah\u00a0saw\u00a0bersabda yang bermaksud, \u201cSubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana (bekas dari tanah liat) hingga matahari itu naik.\u201d (HR Muslim)\n\nIbnu \u2018Abbas mengatakan, \u201cAllah menurunkan Al Quran secara utuh sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul \u2018Izzah yang ada di langit dunia.\n\nKemudian Allah menurunkan Al Quran kepada Rasulullah saw secara terpisah sesuai dengan kejadian-kejadian yang terjadi selama 23 tahun.\u201d (Tafsir Al Qur\u2019an Al \u2018Azhim, 14: 403). A-Quran adalah mukjizat agung Nabi saw. Dan Allah menetapkan al-Quran turun pada Lailatul Qadar. Ini jelas menunjukkan keistimewaan Lailatul Qadar.\n\n2) Lailatul Qadar Lebih Baik Dari 1000 Bulan\n\n\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0644\u0652\u0641\u0650 \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064d\n\nMaksudnya, \u201cMalam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.\u201d (Surah al-Qadr, Ayat 3)\n\nMujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksud dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat Lailatul Qadar. (Zaadul Masiir, 9: 191).\n\n3) Lailatul Qadar Adalah Malam Yang Penuh Keberkatan\n\n\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064d \u0645\u064f\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e\u0629\u064d \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0643\u064f\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0645\u064f\u0646\u0652\u0630\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cSesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.\u201d (Surah ad-Dukhan, Ayat 3)\n\nMalam penuh berkat yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah malam Lailatul Qadar.\n\n4) Para Malaikat Turun Pada Lailatul Qadar\n\nMaksudnya, \u201cPada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril.\u201d (Surah Al Qadr, Ayat 4) Malaikat Jibril disebut \u2018ar-Ruh\u2019 di dalam ayat ini untuk menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.\n\nBanyak malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya berkat pada malam tersebut. Beruntungnya jika manusia yang sedang beribadah dan berada dalam majlis ilmu pada mala mini kerana malaikat akan melebarkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Lihat Tafsir Al Qur\u2019an Al \u2018Azhim, 14: 407)\n\n5) Lailatul Qadar Dipenuhi Dengan Kesejahteraan\n\nMaksudnya, \u201cMalam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.\u201d (Surah alQadr, Ayat 5)\n\nLailatul Qadar disebut penuh kesejahteraan kerana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut baik berbuat keburukan atau mengganggu yang lain. Manakala, menurut Mujahid (Lihat Tafsir Al-Quran Al-Azim, 14: 407), sejahtera pada lailatul Qadar adalah kerana banyak yang selamat daripada hukuman dan seksa kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah pada malam tersebut.\n\n6) Lailatul Qadar Berlaku Hanya Setahun Sekali\n\nMaksudnya, \u201cPada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.\u201d (Surah ad-Dukhan, Ayat 4)\n\nLailatul Qadar bukan selalu terjadi. Ia hanya berlaku 1 malam sahaja dalam setahun. Oleh itu, sangat penting untuk kita mencarinya kerana, kita tidak tahu apakah kita mampu menemui Ramadan pada tahun hadapan.\n\n7) Dosa Setiap Orang Yang Menghidupkan Malam Lailatul Qadar Akan Diampuni Oleh Allah SWT\n\nDari Abu Hurairah, Nabi\u00a0saw bersabda,\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0645\u064e \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650 \u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0627\u062d\u0652\u062a\u0650\u0633\u064e\u0627\u0628\u064b\u0627 \u063a\u064f\u0641\u0650\u0631\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u064e\u062f\u064e\u0651\u0645\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650\n\nMaksudnya, \u201cBarangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.\u201d (HR Bukhari)\n\nIbnu Hajar al-Asqolani mengatakan bahawa yang dimaksud \u2018imanan\u2019 (kerana iman) adalah membenarkan janji Allah iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut. Sedangkan \u2018ihtisaban\u2019 bermakna mengharap pahala dari sisi Allah, bukan kerana mengharap perkara yang lain contohnya berbuat riya\u2019. (Lihat Fathul Bari, 4: 251)\n\nLailatul Qadar adalah satu malam yang terlalu istimewa. Nabi saw sendiri berusaha untuk mencari dan sentiasa menghidupkan 10 malam terakhir bulan Ramadan agar dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.\n\nOleh itu, kita juga perlu berusaha untuk menghidupkan malam-malam terakhir bulan Ramadan agar kita juga dapat menikmati keistimewaan Lailatul Qadar.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan malam Lailatul Qadar yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?"
"Bakal ayah patut tahu cara basuh uri dan juga caratanam uri.\n\nUri atau nama saintifiknya placenta adalah organ yang terbentuk di dalam rahim seorang ibu hamil. Uri terbentuk bersama-sama dengan janin. Uri berfungsi sebagai medium untuk janin menerima makanan dan oksigen. Selain itu, uri juga berfungsi untuk menyalurkan toksin dan bahan kumuh dari janin kepada ibu untuk dikeluarkan dari tubuh.\n\nSewaktu proses kelahiran, uri akan dikeluarkan selepas bayi dilahirkan. Tali pusat yang menghubungkan bayi dengan uri akan dipotong. Selepas tali pusat dipotong, uri tidak lagi berfungsi. Maka, uri tersebut dianggap sebagai organ yang telah mati dan ia harus ditanam. Hakikatnya, penanaman uri sama sahaja seperti organ-organ lain yang terputus dari anggota. Namun, adat kepercayaan orang Melayu berkenaan cara cucian dan penananam uri banyak yang bercanggah dengan amalan Islam. Maka, artikel ini ditulis agar cara membasuh dan menanam uri dapat dilakukan selaras dengan syariat Islam.\n\nUri yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci bukannya najis. Maka hukumnya sunat dibungkus dengan kain atau yang apa- sama ada ia dibasuh atau tidak, seterusnya ditanam ke dalam tanah yang suci sebagai suatu penghormatan kepada tuaannya. Walaubagaimanapun, jika ia terpisah ketika anak tersebut telah meninggal dunia, maka penyempurnaannya mengikut seperti mana pengurusan jenazah. (Rujukan Mufti WP)\n\nSebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yang jelas mengenai cara menguruskan uri. Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.\n\nJika uri tersebut dibuang sekalipun, tidaklah menjadi dosa tapi seelok-eloknya ia dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk. Bimbang jika ia dibuang begitu sahaja, uri tersebut akan dimakan haiwan dan mendatangkan kekotoran dan menjadi masalah kepada orang lain pula.\n\nUri adalah suci oleh sebab itu ia tidak boleh dibakar atau dijual. Amalan-amalan kepercayaan seperti memasang lilin di tempat uri ditanam agar bayi tidak kembung perut, meletakkan pensil, paku dan lada hitam pada uri semasa ditanam dengan harapan agar bayi tidak diganggu makhluk halus adalah amalan khurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam.\n\n1) Sebaik sahaja uri dibawa balik ke rumah, anda boleh terus membasuhnya. Namun, jika terpaksa menangguh bersih dan tanam uri, anda boleh masukkan uri tersebut di dalam peti ais untuk mengelakkannya dari busuk.\n\n2) Sediakan garam kasar, asam keping dan limau.\n\n3) Bersihkan uri dengan air. Buang segala darah yang masih melekat pada uri. Basuh dengan garam, asam keping dan limau untuk menghilangkan bau hanyir uri tersebut.\n\n4) Setelah bersih dibasuh, boleh bungkus uri dengan kain dan letakkan di dalam bekas agar air tidak menitik.\n\n5) Cangkul tanam sedalam yang mungkin agar haiwan tidak dapat hidu bau uri setelah ditanam.\n\n6) Masukkan uri yang telah dibungkus ke dalam tanah dan kambus tanah tersebut. Tidak perlu menghadap kiblat, baca mentera atau apa-apa ritual sewaktu menanam uri. Cukup sekadar baca Bismillah dan selawat.\n\nMenjadi tanggungjawab si bapa untuk menguruskan uri si anak setelah si ibu berkorban mengandungkan dan melahirkan zuriat. Uruskanlah uri tersebut dengan sebaik mungkin tanpa tercalit amalan-amalan khurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tidak ada doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin anak menjadi soleh atau solehah. Cukup sekadar membaca Bismillah dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.\n\nPerangai anak-anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau bagaimana uri diuruskan. Hal ini bergantung kepada cara didikan ibu bapa. Seperti hadith Nabi Muhammad saw yang bermaksud, \u201cSetiap bayi yang dilahirkan itu adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.\u201d (Riwayat Bukhari & Muslim)"
"Apakah makanan yang sesuai untuk kita hidangkan semasa hujung minggu untuk kudap-kudapan bersama seisi keluarga? Pastinya kita mahu buat sesuatu yang mudah dan mengambil masa yang tidak panjang untuk disediakan kerana pada hujung minggu kita mesti mahu berehat dan tidak mahu melakukan benda-benda yang remeh. \n\nKita akan kongsikan satu resipi cucur udang yang sangat senang untuk disediakan dan sangat sesuai untuk disediakan sebagai kudap-kudapan pada petang hujung minggu. Pastikan udang yang anda gunakan segar untuk memastikan kesedapan cucur udang ini mencapai tahap kepuasan anda. Sediakan juga sos cili atau tomato untuk dihidangkan bersama.\n\nResipi ini telah dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman media sosial mendapat like dan perkongsian yang banyak. Jadi selamat mencuba! \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nAda pelbagai lagi resepi yang semestinya anda boleh cuba dan hidangkan kepada keluarga anda. Ha, jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama kawan \u2013 kawan anda!"
"Kali ini kami kongsikan resepi mesti cuba iaitu nutella swirl mini burnt cheesecake yang seriously sedap dan adiktif. Jika selalunya burnt cheesecakes dibuat dalam saiz yang besar sahaja maka kali ini resepi nutella swirl mini burnt cheesecake ini lebih spesial kerana menggunakan nutella sebagai topping.\n\nNutella swirl mini burnt cheseecake sesuai juga dijadikan dessert untuk lunch box anak-anak sebab bentuknya yang unik dan menarik amat menyelerakan, dan untuk produk bisnes pun boleh.\n\nResepi menarik ini dikongsikan oleh chef kecil Danish Harraz di laman Facebook. Jangan sampai terlepas resepi sedap ini ya. Resepi ini boleh dapat 12-13 biji saiz muffin biasa.\n\nResepi Nutella Swirl Mini Burnt Cheesecakes\n\nSelain nutella swirl mini burnt cheesecake, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Masalah kedutan pada pakaian dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas menggunakan seterika terbaik yang berkualiti. Untuk mendapatkan seterika terbaik, pastikan saiznya bersesuaian dengan anda dan selesa untuk digunakan agar tidak terlalu berat.\u00a0\n\nSelain itu, pastikan seterika yang dipilih bersesuaian dengan semua jenis fabrik yang digunakan.\n\nSeterika juga sesuai untuk dijadikan hadiah pada majlis-majlis tertentu seperti majlis hari jadi, majlis perkahwinan dan sebagainya. Jom lihat 13 seterika terbaik berkualiti yang mudah anda gunakan.\n\nSeterika Black Decker Allure Professional Steam Iron D3030\n\nSeterika Steam Black Decker Allure Professional D3030 ini mempunyai plat keluli tahan karat yang mampu bergerak lancar di atas pelbagai jenis fabrik. Ia juga memiliki pemegang yang selesa untuk dipegang dan digunakan.\u00a0\n\nSeterika terbaik ini sangat hebat kualitinya dan harganya sangat berpatutan. Seterika Black Decker Allure Professional D3030 ini juga membolehkan anda mendapatkan seterika dengan fungsi terbaik walaupun harga mampu milik.\n\nSeterika Rowenta SteamForce DW9280 merupakan antara seterika terbaik berkualiti yang dapat meratakan kedutan pada pakaian dengan sempurna. Wap yang dihasilkan oleh seterika ini sangat banyak. Ia sedikit berat dan jauh lebih mahal daripada seterika lain tetapi berbaloi untuk dimiliki kerana tahan lama.\n\nSeterika Maytag M400 juga merupakan antara seterika paling berpatutan harganya.\u00a0 Ia mampu memberikan hasil yang lebih pantas dan mempunyai tangki air berkapasiti 6.5 auns pastinya bertahan dengan lama. Selain itu, seterika terbaik ini juga agak ringan. Diberikan waranti 2 tahun, amat berbaloi bukan?\n\nSeterika Philips Diva Dry Iron GC122/30\n\nSeterika Philips Diva Dry Iron GC122/30 ini sangat kukuh dan ringan. Fungsinya cepat panas dan dilengkapi dengan salutan tidak melekat. Bagusnya, suhunya sangat mudah dilaraskan bagi disepadankan dengan fabrik yang digosok.\n\nSeterika berjenama Philips ini merupakan seterika terbaik tanpa wap yang berfungsi dengan baik pada pakaian yang lembut dan nipis. Jadi dengan beberapa gosokan, kedutan pada pakaian tersebut akan hilang dengan berkesan.Harga seterika terbaik berkualiti ini sangat murah dan mampu milik iaitu bawah RM100.\n\nPilihan yang sangat murah untuk seterika wap dengan jaminan 2 tahun ini adalah Seterika wap Tefal FV1720 Eco Master. Walaupun kapasiti tangki seterika ini adalah kecil, namun semburan wapnya sangat berkesan.\u00a0\n\nSelain itu, ia menggunakan kuasa serendah 1,800W namun mampu memanaskan seterika dalam masa beberapa saat. Seterika terbaik ini amat berbaloi kerana ia berkualiti jenis wap di bawah bajet RM100.\n\nSeterika Electrolux UltraSteam Precision Steam Iron ESI6123\n\nSeterika Electrolux UltraSteam ESI6123 dapat mengeluarkan sejumlah wap yang baik secara berterusan untuk menjadikan fabrik lebih kemas. Ia juga sangat ringan namun keselesaaan menggunakannya dan fungsinya membuatkan harganya sedikit mahal.\u00a0\n\nMenariknya, anda boleh menyeterika pada ruangan kecil dan sempit dengan sempurna. Selain itu, seterika terbaik ini mempunyai ciri penutupan secara automatik setelah 30 saat tidak digunakan.\n\nSeterika Tefal SV7112 Steam Generator Express Compact Iron\n\nSeterika yang berbentuk cantik ini mempunyai kapasiti air yang sangat besar bagi membuatkan masa pengewapan menjadi sangat lama. Ia juga mempunyai permukaan tapak yang licin, sistem pelarasan suhu automatik dan wapnya boleh dilaraskan.\u00a0\n\nSeterika terbaik ini dapat menghilangkan lipatan dengan berkesan dan memudahkan kedutan yang sukar hilang.\u00a0\n\nTangki air pada seterika ini boleh ditanggalkan dan akan memudahkan pengisian semula apabila kehabisan air. Bagi anda yang mencari seterika wap yang dapat membuka tangki air, pilihlah jenama ini.\n\nSeterika Panasonic Cordless Steam Iron NI-WL30VSK\n\nSeterika ini kecil dan ringan yang mudah dikendalikan. Prestasinya sangat mengagumkan kerana dapat menghilangkan kedutan dengan baik. Ia sesuai untuk apa jua jenis fabrik tetapi tidak sesuai untuk fabrik jenis kapas. Walau bagaimanapun, seterika terbaik ini perlu diletakkan semula ke dalam tapaknya dengan kerap untuk dipanaskan kerana ia merupakan seterika jenis wap cordless.\u00a0\n\nSeterika Panasonic Cordless Steam Iron NI-WL30VSK ini adalah pilihan yang terbaik untuk menyeterika pakaian secara harian. Jadi amat rugi jika anda tidak memiliki seterika jenis wap ini.\n\nSeterika cordless jenis wap adalah seterika yang digemari ramai kerana ia sangat mudah dan selesa untuk menyeterika. Dilengkapi dengan tangki air 300ml, seterika terbaik ini boleh mengeluarkan wap secara berterusan.\u00a0\n\nTambahan pula, ia lengkap dengan ciri anti-calc dan anti-titisan yang dapat melindungi fabrik agar tidak rosak. Terdapat juga fungsi pemadaman automatik sekiranya iron tidak digunakan. Sangat istimewa, ia juga dapat menyeterika pakaian yang digantung secara menegak.\n\nSeterika wap Elba ini sangat ringkas dan merupakan pilihan yang sempurna untuk digunakan setiap hari. Seterika terbaik berkualiti ini dilengkapi dengan tiga fungsi utama iaitu fungsi kering, stim dan semburan yang disesuaikan dengan pelbagai jenis fabrik. Terdapat juga lampu indikator dan tapak yang tidak melekat supaya semuanya lebih mudah dan selesa.\n\nSeterika Philips Powerlife Steam Iron GC2998\n\nBentuk yang sangat anggun dengan warna serba hitam pasti akan memukau pandangan anda. Selain penampilannya yang menarik, harganya pula sangat berpatutan. Dengan kuasa 2400W, kepanasannya sangat pantas dan berkuasa untuk menyeterika dengan lebih cepat.\n\nSeterika Philips PowerLife Steam Iron GC2998 ini mempunyai permukaan anti-calar yang memastikannya tahan lama sepanjang tahun. Bagi anda yang meminati seterika berkuasa tinggi, seterika terbaik ini adalah jawapannya.\n\nKami mengesyorkan seterika wap konvensional Panasonic ini kerana ia menawarkan ciri-ciri yang hebat seperti menjana wap yang kuat, tangki air yang besar, sistem anti-titisan dan kord sepanjang 3 meter.\u00a0\n\nIanya adalah seterika terbaik 2400W yang serba boleh dalam julat harganya dan seberat 1.5kg. Pemegangnya pula direka secara ergonomik untuk keselesaan pengguna.\n\nSeterika ini dapat menghilangkan kedutan yang paling degil sekalipun.\u00a0 Bagi ciri keselamatannya, seterika ini mempunyai sensor penutupan automatik yang dapat menghalang kerosakan pada fabrik.\n\nSeterika Tefal Fasteo SV6040 Steam Generator Iron\n\nAkhir sekali, seterika Tefal Fasteo SV6040 Steam Generator Iron adalah seterika terbaik berkualiti boleh anda gunakan. Plat tapak seramiknya akan memastikan ia digosok dengan mudah semasa menyeterika. Selain itu,\u00a0 mod ECO juga berfungsi untuk menjimatkan tenaga yang digunakan.\n\nSeterika ini dapat dipanaskan dengan cepat dalam masa 2 minit. Dengan harganya yang mampu milik, ia amat berbaloi untuk dimiliki.\n\nBerikut adalah seterika terbaik berkualiti mudah digunakan. Jom lihat juga antara hair dryer terbaik, mesin pengering baju terbaik, Mesin basuh terbaik dan air fryer terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Mencari resepi roti untuk sarapan ataupun untuk minum petang? Banyak kepelbagaian makan roti misalnya roti cicah kari, cicah sup kambing, cicah sup cendawan, atau boleh juga roti cicah sardin. Anak-anak pula suka roti cicah susu atau gula, atau roti makan dengan aiskrim pun jadi kegemaran ramai anak-anak mahupun dewasa. Paling sederhana makan roti bersama teh o panas. Siram saja teh o panas ke atas roti, rasa moist dan manis kena di tekak.\n\nRoti banyak dijual di kedai runcit dan pasaraya dengan kepelbagaian jenama roti. Roti dijual dengan harga yang berpatutan. Namun ada beberapa jenis roti berkualiti yang letak harga mahal. Membuatkan kita berpikir banyak kali sebelum beli roti.\n\nApa kata kalau kita meroti saja? Beli bahan-bahan roti seperti tepung, gula, yis, dan lain-lain. Jimat bahan boleh diguna untuk banyak jenis adunan roti seperti roti buku, roti kering, bahkan roti canai. Cara buat roti pula amat mudah. Ada yang hanya dengan 3 bahan sahaja, tanpa telur, tanpa pengadun elektrik pun ada. Selain itu roti homemade tentunya lebih bersih dan sihat dan sesuai dengan selera masing-masing.\n\nOleh kerana itu, kami kongsikan 10 resepi roti homemade yang terdiri antara kepelbagaian jenis roti. Semestinya resepi di bawah ini mudah belaka namun sedap. Tidak hairanlah resepi-resepi ini mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nRoti Homemade 3 Bahan Tanpa Telur\n\nResepi pertama kami hadirkan roti homemade ala Muhamad Ismail Mohd Ali yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Yang menarik dari resepi homemade ini adalah kerana menggunakan 3 bahan sahaja iaitu susu, mauripan, dan tepung gandum. Mudah dan jimat masa bukan? Ayuh cuba buat roti homemade ala resepi di bawah ini.\n\nHari-hari makan roti pun tidak mengapa sebab roti buat sendiri lebih segar terus dari oven dan tanpa pengawet. Seterusnya kami tuliskan resepi roti sedap, senang, simple dan uli tangan sahaja. Tidak perlu uli pun boleh dapat buat roti yang lembut dan sedap. Makan dengan kopi panas langsung tak pandang kiri kanan. Resepi dikongsikan oleh Ainieani Sam di laman Facebook. Resipi ini boleh dapat 20 biji dalam 45 gram setiap roti.\n\nResepi roti berikut ini memang gebu sangat. Lindah Ali berkongsi resepi roti naan homemade gebu di laman Facebook. Roti ini kalau bubuh cheese lagi sedap. Ayuh cuba buat untuk sarapan nanti!\n\nSedap dan rangup rasa roti paratha, makan pulak dengan kari memang tidak cukup 3 keping. Cara buat roti ini senang dan dapatkan bahan-bahan pun mudah. Jom cuba resepi daripada Khadijah Jaafar di laman Facebook.\n\nRoti Arab Kebab Daging Versi Mudah\n\nTeringin makan roti arab sedap tapi pasalnya sekarang ini susah cari orang jual roti arab atau roti pita. Maka, kita kena gigih juga buat roti arab homemade versi sendiri. Sesiapa yang baru pertama buat roti arab, kami kongsikan resepi olahan CikPuan SitiMasitah di laman Facebook. Rasa kebab daging ini memang persis dekat pasar malam.\n\nRoti Puri Kembong Tanpa Yis Homemade\n\nMenu simple jimat masa rasa macam kedai. Sesiapa yang malas keluar pergi kedai, boleh cuba buat roti puri kembong tanpa yis. Tips untuk bagi puri kembong ialah minyak mesti betul-betul panas, waktu goreng guna api sederhana, sambil goreng curah minyak panas banyak kali ke atas roti puri sampai dia kembong sendiri, canai tidak nipis sangat pun tidak apa. Resepi dikongsikan oleh Nurasykin Ali di laman Facebook.\n\nSesiapa penggemar roti canai, selepas ini boleh buat roti canai sendiri di rumah. Tidak perlu pergi kedai mamak, beratur ramai sangat. Fatimah Ali berkongsikan resepi roti canai homemade di laman Facebook. Kuah terpulang ingin kuah apa, cicah gulai sardin pun sedap. Resepi ini boleh dapat 12 biji doh. Konfirm disukai ramai.\n\nAnak suka makan roti, mak pun kena rajin bersilat di dapur. Ini ialah apa yang berlaku kepada Liyana Izzati yang berkongsi resepi roti reben cantik di laman Facebook. Roti reben cicah dengan susu pun sedap. Anak-anak lagi suka rasa lembut dan manis macam itu. Lagi comel kalau rebennya gendut-gendut macam resepi di bawah ini bukan? Roti reben sesuai untuk menu potluck anak dekat sekolah.\n\nSusah juga dapatkan roti bantal untuk buat roti titab makan pagi-pagi. Oleh kerana itu Siti Bid gigih belajar dan kongsikan resepi roti bantal yang konfirm menjadi di laman Facebook. Selepas ini boleh lah buat roti titab ala-ala kopitiam di rumah.\n\nDari jauh lagi memang semerbak aroma kopi dia. Memang tidak tahan kalau sekadar tengok. Mau meleleh liur nanti. Apabila anda teringin makan roti, baik buat sendiri. Bahan-bahan boleh dikata memang ada dekat rumah. Efie Muhamad berkongsikan resepi roti boy di laman Facebook. Bolehlah buat untuk minum petang-petang.\n\nSelain resepi roti homemade, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencuba resepi di bawah. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Teringin nak mandi air panas suam-suam di rumah tambah-tambah pada waktu pagi. Terasa nikmatnya seperti berada di hotel, mudahnya mandi air panas pada bila-bila masa sahaja. Apa kata anda pasang water heater sendiri di bilik air rumah anda, bolehlah mandi dengan tenang dan puas!\n\nTerdapat banyak ciri-ciri water heater yang perlu anda ambil tahu supaya tidak tersilap beli. Maklumlah, terlalu banyak teknologi dan jenama yang kian popular di pasaran sekarang. Penting untuk anda ketahui ciri-ciri water heater terbaik untuk mandian atau shower di rumah.\n\nCiri-Ciri Water Heater Terbaik Dan Berkualiti Bagi Mandian/Shower\n\nBagi anda yang pertama kali ingin membeli water heater shower, anda harus ketahui ciri-ciri water heater terbaik dan berkualiti yang sesuai. Biarlah duit keluar setimpal dengan kualiti barangnya supaya ia dapat digunakan lama dan tidak mudah rosak. Jom lihat ciri-ciri water heater terbaik dan berkualiti.\n\nTerdapat 10 jenis pilihan water heater terbaik dan berkualiti yang boleh anda gunakan di rumah anda. Buatlah pilihan yang bijak mengikut kesesuaian, keselamatan, kelengkapan dan juga harga yang berpatutan.\n\n10 Water Heater Terbaik Dan Berkualiti Untuk Mandian/Shower Di Rumah\n\n1. Alpha Water Heater IM-9EP Black\n\nDengan nilai RM 476, Alpha Water Heater IM-9EP Black ini mendapat ramai pembeli kerana kualitinya juga begitu mantap! Terdapat 5 pilihan spray mandian shower serta lengkap dengan pump serta kawalan pump. Menarik bukan? Water heater terbaik ini amat berkualiti dan tahan lama.\n\n2. WHN115B SHARP Water Heater Basic Hot Shower \n\nWater Heater Basic Hot Shower WHN115B berjenama SHARP ini adalah rekaan paling ringkas dan basic untuk kegunaan keluarga kecil. Dengan RM 188, anda boleh menikmati water heater suhu panas dengan waranti yang diberi selama 1 tahun. Ia juga dilengkapi dengan RCD serta Auto-Thermal Cut-Off.\n\n3. Panasonic DH-3LS1MW Instant Water Heater\n\nSekiranya anda ingin membuat pembayaran ansuran yang paling murah, anda boleh gunakan water heater terbaik dari Panasonic. Panasonic DH-3LS1MW Instant Water Heater mempunyai ciri keselamatan yang baik dan tekanan airnya pula adalah sederhana iaitu (Max) 380 kPa dan (Min) 9.8 kPa. Water heater terbaik dan berkualiti ini sesuai untuk rumah anda dan keluarga.\n\n4. Alpha Pump Water Heater Shower LH-5000EP\u00a0\n\nAlpha Pump Water Heater Shower LH-5000EP ini mempunyai pump untuk tekanan air rendah dimana pengaliran air di rumah anda tidak akan terganggu. Sistem pengaliran dan pengawalan haba boleh digunakan dengan mudah. Ia sangat berkualiti kerana dijamin tiada kebocoran pada tangki.\n\n5. Rinnai REI-A360AP Instant Shower Water Heater with Pump JAPAN\u00a0\n\nWater heater terbaik bewarna hitam buatan Jepun ini penuh dengan kelengkapan sistem seperti pengawal haba serta RCD, pengawal haba elektronik, pump juga lighting dan surge protector. Menariknya, Rinnai juga lengkap dengan 5 jenis pilihan handshower. Harganya serendah RM525 sahaja!\n\n6. \u00a0Joven Instant Water Heater With Built-In Turbo Booster Pump and Surge Protector 880 Series\n\nDengan harga RM 399, anda boleh mendapatkan Joven Instant Water Heater yang lengkap dengan Tubo Booster Pump dan Surge Protector. Water heater terbaik ini nampak ringkas tetapi ia lengkap dengan sistem keselamatan dan penjimatan.\n\n7. Rubine RWH-FS360N-BCB / RWH-FS360N-MAW Flusso Water Heater\u00a0\n\nDiberi 7 tahun warranti, Rubine Flusso Water Heater ini boleh anda gunakan jika inginkan penjimatan. Ia tidak mempunyai pump tetapi mempunyai ciri keselamatan dan rekabentuk yang baik. Sesuai dengan kadar harganya iaitu RM 239.\n\n8. Hitachi HES-48WPY Water Shower Heater 4800W\n\nWater heater terbaik dan berkualiti yang anti bakteria dari segi tempat mandian ini sesuai untuk kegunaan anda sekeluarga. Harga mampu milik iaitu RM 599 dengan bayaran bulanan serendah RM99 ini boleh anda miliki. Hitachi HES Water Heater ini lengkap dengan pump dan ciri-ciri keselamatan.\n\n9. Elba Water Heater with AC Pump EWH\n\nWater heater terbaik berjenama Elba ini tampak eksklusif dan menarik! Booster pump menjadikan water heater ini berfungsi dengan lancar tanpa mengalami tekanan air yang rendah. Penapisan dan pengaliran air terjaga rapi dan amat berkualiti.\n\n10. Toshiba DC Inverter Pump Water Heater with Dual Heater\u00a0\n\nToshiba DC Inverter Pump Water Heater with Dual Heater\u00a0ini bukan calang-calang water heater. Water heater terbaik ini mempunyai kuasa penjimatan power saving sebanyak 60%. Pertukaran habanya berlaku dengan cepat dan tidak berisiko bocor elektrik.\n\nItulah dia ciri-ciri water heater terbaik dan berkualiti yang boleh anda jadikan panduan untuk mendapatkan satu water heater untuk rumah anda. 10 water heater terbaik dan berkualiti juga telah kami sajikan. Jangan risau, semua water heater ini mempunyai waranti dan kelebihannya yang tersendiri.\n\nAnda boleh lihat lebih lanjut berkaitan harga dan ciri-ciri water heater tersebut. Buatlah pilihan yang tepat. Jemput baca juga 10 Pilihan Vitamin C Terbaik, 11 Bedak Compact Terbaik Wanita dan 7 Moisturizer Terbaik."
"Acar pisang [email\u00a0protected]@benggala kesukaan ramai tapi mesti ada yang belum pernah cuba makan bukan?\n\nPisang benggala atau pisang gala adalah sejenis pisang yang popular di negeri Kelantan. Pisang ini memiliki rasa yang manis. Tetapi pisang benggala jarang dimakan oleh kerana buahnya terlalu padat dengan biji yang keras dan banyak. Pisang benggala selalunya jadi makanan tupai dan burung.\n\nNamun, penggunaan pisang gala yang lebih popular adalah dengan membuat acar pisang. Untuk buat acar pisang, digunakan buah yang masih muda kerana bijinya masih lunak dan boleh dimakan.\n\nAcar pisang terdapat dua cara iaitu acar mentah dan acar dimasak. Pada perkongsian kali ini kami berkongsikan resepi acar pisang gala masak yang dikongsikan oleh Su Rieya di laman Facebook. Acar ini berasa masam-manis dan pedas. Selamat mencuba.\n\nSelain acar pisang benggala, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Apabila teringat akan makanan segera dengan secara automatiknya golongan anak muda akan dikaitkan dengan makanan dari jenis ini. Biar dari negara mana sekalipun, ternyata makanan segera\u00a0adalah satu kategori\u00a0makanan\u00a0yang paling disukai oleh golongan muda begini. Kanak-kanak juga turut ikut menggemarinya. \n\nMerujuk laman Dailymail, saintis mengatakan mereka menemui makanan yang diproses seperti burger dan makanan yang sudah siap adalah berbahaya seterusnya membuka jalan ke arah makanan ringan yang tidak menyihatkan.\n\nMereka turut mengenal pasti molekul bakteria merosakkan yang tidak dapat dikesan di dalam makanan segar, tetapi ia banyak terdapat dalam makanan ringan dan makanan siap proses seperti sayur-sayuran yang sudah siap dicincang, sos pasta dan sandwic. Ini menunjukkan bakteria membesar ketika proses penghasilan, ketika makanan itu dicincang dan dibekukan. \n\nApakah Yang Dimaksudkan Dengan Makanan Segera Ini Sebenarnya?\n\nMenurut penerangan di wikipedia, Makanan Segera\u00a0ini adalah merupakan sebuah ungkapan yang merujuk secara terus kepada makanan yang dapat disiapkan dengan pantas. Dalam erti kata lain ianya adalah makanan yang boleh dihidangkan kepada pelanggan dalam masa yang sangat cepat! Makanan jenis ini mula menjadi popular di\u00a0negara Amerika Syarikat\u00a0dari sekitar tahun 1950-an lagi hinggalah ke saat ini. \n\nWalau bermula di Amerika Syarikat namun kini amalan makanan segera ini telah berleluasa hingga ke seluruh dunia. Secara lazimnya pula, ungkapan untuk makanan segera ini dikhususkan untuk sebarang menu makanan yang disaji di dalam restoran atau kedai menggunakan ramuan yang sudah dimasak terlebih dahulu. \n\nUntuk lebih mudah faham, bahan untuk menyiapkan menu untuk sesuatu makanan segera tersebut telahpun dimasak lebih awal dan hanya tunggu untuk dipanaskan saja sebelum dijual kepada pelanggan dalam bentuk berbungkus ataupun untuk dibawa pulang. Ada juga makanan segera yang telah siap di pek dalam bekas bungkus, botol dan sebagainya untuk di beli dengan lebih mudah dan cepat. \n\nAntara Jenis Makanan Segera Yang Sering Dinikmati Ramai\n\nMenu makanan segera ini sudah dianggap sebagai sebuah simbol kepada kehidupan serba moden di zaman sekarang ini. Ia di anggap sebagai sebuah kejayaan besar dalam dunia makanan kerana mampu menghasilkan pelbagai jenis makanan yang bagus untuk menjimatkan masa. Almaklumlah di dunia yang serba moden ini bukankah semuanya mahu mengejar masa. \n\nAntara menu makanan segera yang paling popular adalah seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, nugget, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, rasanya juga sedap dan enak bahkan boleh pula di beli dengan harga yang amat berpatutan. \n\nAntara Keburukan Makanan Segera Yang Boleh Berlaku Terhadap Tubuh Manusia \n\nKeburukan makanan segera\u00a0terhadap kesihatan memang ada malah agak banyak juga. Sadisnya ramai yang dengan sengaja bersikap endah tak endah. Malah ada juga yang seolah ingin menidakkan isu ini dengan terus mengamalkan corak pemakanan yang kurang sihat begini. Besar kemungkinan disebabkan ingin terus menikmati makanan yang sedap dan nampak lebih bergaya. \n\nApapun tolonglah sedar yang makanan begini sememangnya ada banyak kekurangan dan antara lima sebab utama yang berkaitan dengan keburukan makanan segera ini terhadap tubuh badan manusia adalah :\n\n1- Antara Penyumbang Terbesar Untuk Masalah Obesiti\n\nFaktor obesiti ini sangat membimbangkan teruatama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sedihnya bahaya kegemukan begini seolah-olah telah menjadi suatu sindrom baru bagi rakyat Malaysia. \n\nCorak pemakanan yang berpunca daripada pengambilan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi secara keterlaluan adalah penyumbang utama untuk masalah ini. \n\n2. Penyebab Kepada Masalah Gigi Rosak Yang Teruk\n\nPanduan Pemakanan Kanak-kanak dan Remaja Malaysia terbitan Kementerian Kesihatan mencadangkan kanak-kanak kurang tujuh tahun boleh mengambil gula tidak melebihi empat sudu sahaja. Ini termasuk gula pasir dan gula tersembunyi biasanya ada dalam makanan ringan. \n\nPengambilan gula secara berlebihan ini boleh menjadi salah satu faktor penyebab kalori tinggi hingga menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan. Gigi juga mudah rosak dengan masalah karies gigi dan juga plak yang keterlaluan dan sebagainya. \n\n3 \u2013 Boleh Membahayakan Sistem Pencernaan dan Kardiovaskular \n\nMakanan segera juga selalunya terdiri dari makanan yang bergoreng dengan tambahan lemak. Maka makanan begini boleh menyebabkan masalah pada pencernaan jika terus di makan tanpa had dan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah kardiovaskular yang boleh membahayakan lagi kesihatan pada tubuh badan. \n\n4 \u2013 Boleh Membahayakan Sistem Pernafasan (Terutama Pada Kanak-Kanak)\n\n\n\nOtak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa.\n\n\n\n5- Meningkatkan Tekanan Darah dan Membebankan Jantung\n\n\n\nMakanan ringan tinggi kandungan garam turut mengakibatkan penambahan pengambilan garam yang seterusnya meningkatkan risiko penyakit darah tinggi.\n\n\n\nBanyak Makanan Segera Yang Lagaknya Kurang Berkhasiat Berbanding Masakan Ibu Di Rumah\n\nPengerusi Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, Prof Madya Dr Hamid Jan Jan Mohamed, berkata makanan ringan dan segera adalah sajian yang mengandungi tinggi kalori, tetapi kandungan zat nutrien adalah rendah. \n\nFaktor ini merangsang pelbagai deria rasa pada lidah sehingga membuatkan seseorang itu berasa tertarik dan sering ingin makan makanan tersebut terutamanya kanak-kanak. Kerana itu kanak-kanak dan remaja lebih cenderung ingin selalu menikmatinya berbanding dengan orang dewasa. \n\nSecara tidak langsung ternyata makanan ringan ini kurang berkhasiat jika hendak dibandingkan dengan masakan dari air tangan ibu sendiri di rumah. Contoh terdekat makanan ibu di rumah akan mengutamakan soal kebersihan dan kesegeran bahan manakala makanan segera ini lebih menitikberatkan soal rasa dan kepuasan makan untuk si pembeli. \n\nBerubahlah Kepada Makanan Dari Rumah Dengan Bahan Segar Untuk Terus Kekal Cergas Dan Sihat\n\nPada para ibu di luar sana, mohon rajinkanlah diri anda untuk memberi masakan yang terbaik dari bahan segar untuk anak-anak. Nak jamu selera dengan makanan segera sekali sekala untuk lepaskan rasa teringin masih boleh dimaafkan namun janganlah hingga jadikan makanan segera ini sebagai makanan utama yang akan dinikmati saban hari. Kesian anak-anak. Takut nanti tumbesarannya tidak sejajar dengan umur."
"Pasti tak senang duduk kalau kulit semakin kering sehingga menampakkannya lebih kusam dan tidak bermaya. Bagi seseorang yang mengalami masalah kulit, terdapat toner terbaik untuk kulit kering yang boleh anda cuba.\n\nJangan skip untuk memakai toner kerana ia merupakan salah satu langkah asas penjagaan wajah. Tanpa mengikut cara penjagaan yang betul, kemungkinan kulit akan terdedah dan tidak mendapat hasil seperti yang anda mahukan. \n\nJom lihat antara toner terbaik untuk kulit kering.\n\nBukan sahaja untuk wanita tetapi lelaki juga sesuai gunakannya untuk melembabkan kulit wajah. Toner terbaik untuk kulit kering ini membantu membaiki sel kulit yang rosak dan menghasilkan sel kulit baru bagi memastikan kulit anda tampil lebih remaja dan muda.\n\nBreylee Rose water toner ini juga diformulasikan oleh ekstrak bunga Rosa Rugosa yang akan menghalang kulit menjadi kering, malah menjadikannya lebih sihat dan cantik.\n\n2. AHA.BHA.PHA 30Days Miracle Toner (Some By Mi)\n\nToner berjenama Some By Mi ini menjadi pilihan ramai tatkala mereka mula mengetahui kandungannya. AHA, BHA, PHA toner ini sangat sesuai untuk kulit kering dan kulit yang hampir rosak. Ia dapat membaiki sel-sel kulit untuk lebih sihat, cantik dan segar sepanjang hari.\n\nMempunyai kadar pH yang seimbang untuk kulit, toner terbaik untuk kulit kering ini merupakan produk penjagaan wajah yang dipercayai ramai dan pastinya berkesan jika digunakan dengan cara yang betul.\n\n3. Skin 1004 Madagascar Centella Toning Toner\n\nSesuai disapukan ke kulit wajah mereka yang remaja, dewasa dan berumur kerana toner Madagascar Centella ini berfungsi sebagai anti penuaan wajah untuk seseorang itu tampil lebih muda dan cantik.\n\nSkin 1004 toner ini diperbuat daripada centella asiatica\u00a0iaitu daun pegaga. Khasiatnya terlalu banyak khasnya dalam merawat kulit yang bermasalah seperti kulit kering dan luka. Jom cuba toner ini untuk dapatkan kesan yang lebih lembab dan cantik.\n\nKhas untuk kulit yang kering sehingga menyebabkan minyak dan berjerawat, Clinelle membantu anda membersihkan secara keseluruhan pada setiap bahagian kulit wajah.\n\nDengan kesegaran dan kandungan zat dari toner terbaik untuk kulit kering ini, ia mengawal rembesan minyak dari kulit wajah dan menjadikan kulit lembab sentiasa. Dengan itu, tak mudah untuk jerawat kembali tumbuh!\n\nKulit kering, tak risau lagi kerana Toner Always Be Pure ini membekalkan hyaluronic acid dan forest complex yang berfungsi memberi kelembapan terbaik untuk kulit wajah.\n\nIa memastikan kadar pH kulit seimbang pada tahap 5.5 dan dapat melindungi seluruh kulit wajah. Selain melembabkan kulit, ia mencegah daripada berlakunya kotoran whitehead dan blackhead dan mengatasi masalah kulit kering.\n\nSekiranya kulit sensitif dan kering, jangan ragu-ragu lagi untuk gunakan Azulene Soothing Toner. Toner terbaik untuk kulit kering ini lengkap dengan nutrisi hebat yang diperlukan untuk kulit wajah yang cantik.\n\nIa juga mengandungi ekstrak Chamomile dan ekstrak Portulaca Oleracea yang berfungsi untuk menyuburkan kulit dan mengembalikan keseimbangan PH secara semulajadi setiap hari. Sama ada kulit sensitif atau tidak, anda akan terasa kelembapan yang sangat menyenangkan wajah. \n\n7. NOIR Glowing & Firming Face Mist \n\nSesuai untuk semua jenis kulit, Noir Cosmetic Face Mist Glowing dan Firming ini menjadi pilihan ramai para wanita terutamanya yang mengalami masalah kulit kering. \n\nBukan sahaja dapat melembabkan kulit wajah, namun toner ini berkesan untuk anda yang inginkan kulit lebih licin, flawless dan hilangkan jerawat yang bertapak pada wajah anda.\n\nFace Mist Glowing ini juga mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang mudah disimpan. Anda boleh cuba Face Mist Noir ini untuk dapatkan seri wajah yang sangat cantik dan bersih.\n\n8. Exuviance Professional Soothing Toning Lotion PHA\n\nFokus bagi toner terbaik ini adalah ia membantu anda yang mengalami masalah kulit kering dan kulit sensitif. Jangan terkejut jika anda benar-benar selesa memakainya kerana sememangnya ia sesuai untuk kulit anda walaupun bermasalah.\n\nTanpa alkohol, toner terbaik ini mengandungi kandungan botanical seperti bunga rosemary, aloe, chamomile, timun dan bahan yang dapat melembabkan kulit wajah dan membaik sel kulit untuk lebih baik lagi. Khas untuk anda yang berkulit kering, jom cuba gunakannya!\n\nKhas untuk kulit sensitif dan kulit kering, Loreal Rose Toner dikaji dibawah dermatologi dan terbukti berhasil dalam membersih dan melembabkan kulit wajah.\n\nKulit akan lebih licin, halus dan segar setelah menyapu toner terbaik untuk kulit kering ini setiap pagi. Pastikan anda tidak tertinggal untuk memakainya pada setiap hari, barulah kulit dapat kekalkan kelembapannya!\n\nBagi kulit wajah yang cantik dan sihat, pastinya nutrisi sesebuah produk memainkan peranan penting. EssenHerb Bulgarian Rose adalah beauty booster yang boleh anda gunakan sebagai toner untuk kulit wajah yang kering.\n\nKandungan alam semulajadi seperti 84% air Rosa Damascena Flower (dengan konsentrasi tinggi) serta (Rosa Damascena-based Formulation & Rosa Damascena Flower Water) akan membantu kulit untuk lebih lembab, halus, putih dan bersinar. Masalah kulit kering tiada lagi. \n\nItulah dia antara 10 toner terbaik untuk kulit kering boleh anda cuba. Jom baca juga toner terbaik untuk kulit kusam, toner untuk kulit jerawat dan serum terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Mencari tempat menarik di Perak? Nah anda berada pada artikel yang betul. Jom lihat senarai ini.\n\nKelly\u2019s Castle, Menara Condong Teluk Intan, The Lost World of Tambun, dan Bukit Merah Laketown adalah sebahagian nama popular pilihan pelancong dan ibu bapa semasa cuti sekolah.\n\nNamun, ada banyak lagi tempat menarik di Perak untuk dilawati bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Berikut adalah lokasi tempat menarik di Perak yang terpilih:\n\nTaman tema air terkenal yang terdapat di Perak adalah Lost World of Tambun. Terdapat 10 taman dengan 88 tarikan atau aktiviti yang boleh anda lakukan di sini.\n\nTaman tema ini terbahagi kepada 6 zon iaitu waterpark, amusement park, tin valley, petting zoo, tiger valley dan adventure park. Sesuai jika anda membawa seisi keluarga bercuti di sini kerana terdapat permainan yang sesuai dengan semua peringkat umur.\n\nPada sebelah malam pula, anda boleh mandi di kolam air panas atau menyaksikan pelbagai persembahan lain. Nak berurut di spa pun boleh. Dapatkan harga tiket yang lebih murah dengan pembelian secara online di website Lost World of Tambun.\n\nAlamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak.\n\nKelly\u2019s Castle adalah salah satu tempat bersejarah di Perak. Walaupun struktur bangunan telah lama dibina dan tidak siap sepenuhnya kerana kematian Kellie Smith, namun tetap dapat menarik ramai pengunjung untuk melawat. Ada yang ingin belajar mengenai sejarah, ada juga yang ingin mengambil foto semata.\n\nSeringkali dijadikan tempat untuk melakukan pengambaran, kecantikan dan keunikan struktur luaran dan dalaman tempat ini memang tidak dinafikan lagi.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi \u2013 6.00 petang)\n\nTiket masuk: Warganegara (RM5) | Bukan warganegara (RM 10)\n\nAlamat: Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak.\n\nSelain Lost World of Tambun, Bukit Merah Laketown Resort juga terkenal yang menjadi tempat persinggahan dan rekreasi untuk seisi keluarga. Merupakan sebuah taman tema yang terbahagi kepada empat zon iaitu taman tema air, taman eko, taman rekreasi dan taman pengembaraan.\n\nSekiranya anda tidak mahu bermandi-manda di kawasan taman tema air, anda boleh berbasikal atau bersiar-siar sekitar tasik. Nak menginap di sini pun boleh kerana terdapat penginapan istimewa dengan pakej yang berbaloi. Kampung Air iaitu penginapan terapung di atas air antara penginapan yang menjadi pilihan pengunjung untuk bermalam di sana.\n\nMemang banyak aktiviti yang ada dan tidak dapat dihabiskan dalam satu hari. Bawa seisi keluarga bercuti di sini pasti sesuai, seronok dan memuaskan.\n\n*Ditutup pada hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah\n\nAlamat: Jalan Bukit Merah, Kampung Kubu Gajah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak.\n\nConcubine Lane merupakan tempat yang sesuai jika anda mencari pelbagai makanan unik dan tempat untuk bergambar. Bangunan yang didekorasi dengan pelbagai jenis mural pasti mengagumkan tiap mata memandang.\n\nAntara makanan terkenal di lorong ini adalah ais kepal, titisan hujan dan roti cheese pelangi. Jika anda mahukan makanan lebih berat, anda boleh singgah di Platform Coffee & Brew Cafe iaitu sebuah kafe bertemakan Harry Potter.\n\nAnda juga boleh dapatkan cenderamata di Concubine Lane. Macam-macam aktiviti santai yang anda boleh lakukan di sini. Kedai-kedai di sini hanya dibuka pada belah siang sahaja.\n\nQin Xin Ling Leisure & Cultural Village\n\nSebuah tempat yang perlu dikunjungi jika anda ke Ipoh kerana ia memaparkan pelbagai budaya hanya pada satu tempat. Paling unik tempat ini dihiasi pelbagai barangan antik yang dapat mengimbau kembali zaman dahulu.\n\nJika anda instagrammable, anda wajib datang ke sini kerana pelbagai sudut menarik anda boleh rakamkan. Permandangan berlatarkan tasik, pepohon dan gunung menghijau kelihatan tenang dan menarik. Tempatnya juga luas, sesuai untuk anda berekreasi bersama keluarga.\n\nAlamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5a, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak.\n\nTerletak di Bagan Datuk, tempat ini pasti digilai terutama golongan wanita dan juga penggemar bunga. Berada dikelilingi bunga mekar kekuningan dan daun kehijauan pasti menjadi kegemaran ramai. \n\nJangan lupa kosongkan memori telefon anda kerana anda pasti akan merakam gambar dengan pelbagai gaya dan sudut bersama bunga ini. Tak perlu lagi ke Thailand untuk mendapat pemandangan cantik ini. Di Malaysia sudah ada dan pasti memuaskan hati setiap penggemar bunga.\n\nAlamat: A128, 36100 Bagan Datuk, Perak.\n\nIni antara tempat best di Perak yang sentiasa penuh semasa cuti sekolah. Tingginya mencecah 1036m dari paras laut. Di sinilah terletaknya taman dan rumah kolonial. Mereka yang ke sini akan mengambil peluang mendaki ke puncaknya sambil menghirup udara sejuk dan segar.\n\nHarga Tiket: RM6 (dewasa), RM3 (Kanak-kanak),\n\nAlamat: Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak\n\nMungkin tidak ramai yang membawa anak mereka ke tempat seperti ini semasa cuti. Namun, jika mahu anak anda merasai kelainan, cuba bawa mereka memasuki Gua Tempurung bersama jurupandu bertauliah mereka.\n\nAda beberapa pakej disediakan yang memakan masa sejam sehingga 2 jam. Anak anda pasti mempelajari sesuatu yang baru dan menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakannya.\n\nHarga Tiket (berbeza mengikut pakej): RM8-RM30(dewasa), RM4-RM15(kanak-kanak), RM20-RM50(warga asing dewasa), RM10-RM25(warga asing kanak-kanak).\n\nMandi di air terjun. Itulah tarikan yang ada di Daerah Selama. Malah, ada 5 air terjun di situ dan Lata Tebing Tinggi hanyalah salah satu darinya yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan luar negara.\n\nSelain itu, daerah ini juga mempunyai sungai dan tasik yang masih terpelihara. Homestay juga ditawarkan bagi pengunjung yang merangkumi pakej lawatan ke lokasi pelancongan yang lain di sekitarnya.\n\nAlamat: Ulu Mengkuang, 34100 Selama, Perak.\n\nSebuah kampung perikanan yang membawa anak-anak melihat keindahan semulajadi. Di situ terletaknya Hutan Paya Bakau Matang seluas 40000 hektar.\n\nIa merupakan lokasi terbaik pembiakan ketam, udang, selain ikan dan moluska yang lain. Bawa juga anak-anak anda menelusuri sungai pada malam hari untuk menyaksikan kunang-kunang.\n\nPulau seluas 35 ekar ini menjadi tempat tinggal Orang Utan. Kedatangan anda akan disambut oleh orang utan-orang utan. Pulau ini menjadi lokasi para ahli sains yang mahu membuat kajian mengenai orang utan.\n\nMembuka pulau ini kepada umum membolehkan orang awam mengenali orang utan dan kepentingan menjaga mereka agar tidak pupus.\n\nHarga Tiket: RM30 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak),\n\nRM36 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.\n\nHutan hujan berusia lebih 130 juta tahun ini lebih tua berbanding hutan-hutan hujan lain di dunia termasuk hutan Amazon! Hutan seluas 134,167 hektar yang dijaga rapi sememangnya menyimpan khazanah berharga untuk diterokai.\n\nAir Terjun Sungai Kooi dan Sungai Papan hanya sebahagian tarikannya. Jika bernasib baik, anda akan melihat haiwan-haiwan liar yang menghuni hutan ini dan bunga terbesar dunia iaitu Rafflesia.\n\nLupakan kesibukan dan gangguan tv dan media sosial. Terdapat resort yang dibina di pulau buatan iaitu Pulau Banding bagi mereka yang mahu menikmati malam yang damai di situ.\n\nIni merupakan lokasi terkenal sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa bagi pemerhati burung. Burung-burung dari Siberia, Kazakhtan, Jepun, China dan Momgolia menjadikan kawasan ini untuk berhijrah dan bertelur bagi burung residen.\n\nBerhampirannya disediakan chalet-chalet serta kemudahan menyewa bot.\n\nDi tanah seluas 22 hektar ini, ditanam 527 spesis tumbuhan herba yang digunakan untuk pelbagai keperluan seperti perubatan, aromaterapi, dan kosmetik. Pengunjung boleh menaiki trem dan berkhemah di tapak yang disediakan. Kemudahan surau juga disediakan. Aktiviti lain di sini ialah memancing.\n\nHarga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak), RM350 untuk 1 tapak khemah.\n\nAlamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak, Batu Gajah, 31300 Gopeng, Perak.\n\nWaktu Operasi: 830am-5pm (Isnin-Jumaat), 9am-3pm (Sabtu-Ahad)\n\nUniknya zoo ini ialah kerana ia turut menyediakan pengalaman Night Safari. Ia merupakan yang pertama di Malaysia. Anak-anak dapat melihat haiwan yang aktif pada waktu malam dan mendengar bunyi haiwan-haiwan ini. Merupakan tempat menarik di Perak patut dalam senarai.\n\nTanpa gangguan cahaya dan bunyi selain bunyi haiwan, ini pasti suatu pengalaman bernilai buat anak-anak.\n\nHarga Tiket: RM17 (dewasa), RM8.50 (Kanak-kanak),\n\nNight Safari: RM21.20 (dewasa), RM10.60 (kanak-kanak)\n\nAlamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak\n\nPilihan di atas kebanyakannya mendekatkan anak-anak dengan alam. Perak pula merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ini menjadikan ia tempat yang sesuai bagi membentuk dan mendidik anak-anak agar menghargai alam yang akan diwarisi mereka kelak.\n\nGunung Lang ialah salah satu daripada banyak gunung batu kapur yang terletak di Lembah Kinta, Perak. Kawasan batu kapur ini diteroka pada tahun 1880 oleh seorang pelombong timah Melayu.\n\nGunung Lang berukuran 111.93 hektar. 30.35 hektar dibuka pada tahun 2000 menjadi kawasan rekreasi. 14.16 hektar adalah tasik. Taman rekreasi ini dibahagikan kepada dua bahagian. Landskap taman ini sangat cantik, ditambah pula dengan kecantikan gunung batu kapur semulajadinya yang menjadi latarnya.\n\nIa mempunyai air terjun buatan, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, zoo mini, surau dan tandas.\n\nAlamat: Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Khamis (8am \u2013 12pm / 130pm \u2013 7pm), Jumaat (8am \u2013 12pm / 245pm \u2013 4pm)Sabtu, Ahad, Cuti Umum (8am \u2013 630pm)\n\nHarga Tiket Menaiki Bot: RM3 (dewasa), RM1.50 (kanak-kanak 3 \u2013 12 tahun, warga emas di atas 55 tahun)\n\nPulau Pangkor adalah pulau percutian terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan juga luar negara.\n\nWalaupun di pulau ini terdapat banyak hotel, chalet, dan resort, namun ia sering dipenuhi pengunjung terutama semasa cuti umum. Jika tidak menempah lebih awal, kemungkinan besar anda tidak dapat bercuti di sini.\n\nSekitar tahun 60an sehingga 70an, Pulau Pangkor dikenali sebagai pengeluar ikan masin dan ikan bilis sehingga ia berubah menjadi lokasi pelancongan terkemuka sambil mengekalkan apa yang mereka miliki sejak awal.\n\nJemput datang ke sini kerana pulaunya mempunyai pantai yang cukup indah. Jika tidak, mana mungkin ia terkenal seperti sekarang.\n\nTaman rekreasi berukuran 26 ekar ini dikelilingi oleh hutan dan bukit-bukau. Menurut mereka, tanaman dan ternakan di sini mendapat sumber air daripada sistem paip air yan dipasang dari hulu air terjun.\n\nKonsep Refarm ialah \u2018kitar semula dan tiada pembaziran\u2019. Mereka tidak membuang sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti rendah. Sebaliknya, ia dijadikan makanan haiwan.\n\nHasil berkualiti dijadikan lauk-pauk lazat untuk pelanggan yang datang sama ada untuk beriadah atau menginap di sini. Refarm juga menghasilkan baja organik yang amat bagus untuk tanaman yang subur selain merupakan bahan yang mesra alam.\n\nAntara aktiviti untuk pengunjung adalah mandi di kolam, berbasikal, memancing, menanam sayuran dan memberi makan kepada ternakan, serta jungle trekking.\n\nAlamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak\n\nWaktu Operasi: Rabu \u2013 Isnin (9am \u2013 6pm), ditutup pada hari Selasa kecuali semasa cuti umum atau cuti sekolah.\n\nAir terjun di sini terletak di antara Tapah dan Cameron Highlands, jadi ia sentiasa menjadi tumpuan ramai terutamanya semasa hujung minggu.\n\nAir terjunnya memang cantik dan jernih. Bukan sahaja boleh berkelah dan bermandi-manda di sini, anda juga boleh merehatkan minda sambil menghirup udara segar.\n\nAlamat: Exit 59, 35000 Tapah, Negeri Perak\n\nLadang Anggur Saloma Vineyard and Nursery\n\nApabila bercakap tentang anggur, kita akan membayangkan yang buah-buahan ini hanya ditanam di luar negara sebelum dieksport ke Malaysia.\n\nNamun, sebaliknya apabila anda mengunjungi Ladang Anggur Saloma yang sudah tentu menanam anggur di tanah Malaysia yang beriklim Khatulistiwa.\n\nPemilik ladangnya iaitu Siti Saloma Saad mahu berkongsi pengalaman indah berada di bawah kira-kira 2000 pokok anggur bersama-sama dengan para pengunjung. Pengunjung diberi peluang untuk memetik, menimbang dan membayar anggur di sini.\n\nAlamat: Batu 6, Lekir, Sitiawan, Perak\n\nMata air panas denan kos pembinaan RM6 juta ini dikatakan yang terbaik di Malaysia dari segi pengurusannya.\n\nSuasananya yang dikelilingi pepohon hijau, bukit, dan sungai amat memukau perhatian. Ramai percaya bahawa mata air panas mempunyai keupayaan mengubati masalah kesihatan seperti kulit dan otot.\n\nJadi, mata air panas di Malaysia memang sering dikunjungi ramai, termasuklah yang terdapat di Sungai Klah ini. Antara aktiviti di sini ialah mandi di jakuzi, merebus telur, refleksologi air, dan berjalan di atas papan laluan mata air panas.\n\nMalah, bagi yang berminat, 5 buah villa disediakan untuk tempahan bermalam di sini.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 10pm)\n\nHarga Tiket: RM10 (dewasa), RM8 (kanak-kanak)\n\nHutan Lipur Lata Kekabu merupakan taman rekrasi dalam kawasan Tasik Chenderoh di Kuala Kangsar. Ianya mempunyai air terjun yang jernih dan cantik.\n\nAktiviti perkelahan, riadah, perkhemahan dan penginapan boleh dilakukan di sini. Untuk aktiviti penginapan, ada chalet yang boleh anda jadikan tempat penginapan.\n\nAlamat: Kampung Kota Tampan Air, 33400 Lenggong, Perak\n\nPokok gaharu telah disenaraikan sebagai pokok yang hampir pupus. Kewujudan Gaharu Tea Valley yang menanam pokok ini dalam kawasan seluas 300 hektar telah sedikit-sebanyak membantu mengelakkan kepupusannya.\n\nGaharu mempunyai kebaikan dalam perubatan di China, Timur Tengah dan Ayurveda. Gaharu Tea Valley menghasilkan pelbagai produk makanan dan kecantikan. Produk makanan yang dihasilkan termasuk teh, mee, dan sup.\n\nManakala produk kecantikan pula termasuk sabun, losyen, dan gel mandian. Mereka turut menghasilkan minyak gaharu bagi tujuan terapi aroma.\n\nAlamat: Lot 9840, Mukim Teja, 31600 Gopeng, Perak\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nJika anda mencari lokasi untuk beriadah atau bersantai, cuba singgah di Taman Awam Lumut Waterfront ini. Ia seluas 7.4 ekar dengan panorama indah menghala ke Kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.\n\nDikatakan bahawa konsep pembangunannya diilhamkan daripada pergerakan laut. Maka, taman ini seperti menceritakan tentang kehidupan laut yang sentiasa bergerak yang juga merujuk kepada pergerakan pengunjung taman dengan aktiviti riadah yang disediakan di sini.\n\nTerdapat banyak kemudahan disediakan di sini seperti tempat meletak kereta, tandas, taman permainan kanak-kanak dan kedai makan.\n\nAlamat: Persisiran muara Sungai Dinding dan bersebelahan dengan Lumut Yacht Club.\n\nPerjalanan hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dipamerkan di galeri yang amat indah senibinanya ini. Ini kerana ia merupakan binaan semula Istana Ulu atau turut dikenali sebagai Istana Kota.\n\nRekabentuknya adalah idea Kapten Maurice Alexander Cameron iaitu Timbalan Jurutera Kolonial dan Ketua Juruukur Negeri-Negeri Selat ketika itu iaitu sekitar tahun 1800.\n\nPengukirnya pula ialah Raja Harun Al-Rashid yang merupakan pengukir terkenal pada masa itu. Senibinanya adalah gabungan beberapa pengaruh seperti India dan Acheh.\n\nIa asalnya menyimpan specimen-spesimen rujukan hasil kajian geologi oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi.\n\nMuzium ini khusus buat mereka yang ingin mengetahui sejarah lanjut dan perkembangan mengenai khazanah geologi bumi di Malaysia.\n\nIa terdiri daripada tujuh zon pameran yang merangkumi ilmu geologi bermula dari peringkat awal, struktur batuan, dinasour, dan fosil sehinggalah kepada bagaimana galian bumi ini boleh menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.\n\nPeralatan-peralatan kajian geologi dan geosains yang wujud sejak sekiatr 60an sehingga kini juga turut dipamerkan kepada orang ramai.\n\nAlamat: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Jumaat (9am \u2013 430pm)\n\nIstana Kenangan Pasir Salak (Pasir Salak Historical Complex)\n\nKompleks ini diwujudkan bagi memperingati sejarah di Pasir Salak dan rakyat negeri Perak yang memainkan peranan penting dalam sejarah Malaysia mendapatkan kemerdekaan.\n\nIa adalah untuk menghargai perwira-perwira yang berani menentang penjajah bagi kepentingan negara.\n\nPembunuhan Residen British di Perak iaitu J.W.W Birch menjadi pemula kepada peperangan di antara British dan orang Melayu yang membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957.\n\nAlamat: Bukit Chandan, 86400 Kuala Kangsar, Perak\n\nWaktu Operasi: Sabtu \u2013 Khamis (930am \u2013 5pm), Jumaat (930am \u2013 1215pm, 225pm \u2013 5pm)\n\nJika anda pernah ternampak air terjun sewaktu melalui kawasan Tapah semasa menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, inilah air terjun tersebut.\n\nIa merupakan di antara air terjun yang tertinggi di Malaysia. Maka, apa yang anda lihat dari lebuhraya itu hanyalah bahagian tengahnya sahaja! Menuju ke sini tidaklah begitu mudah tetapi amat berbaloi dengan hasil yang diperolehi di penghujungnya.\n\nPelbagai kemudahan termasuk tandas dan surau disediakan untuk orang awam. Kemudahan tapak perkhemahan juga ada bagi mereka yang mahu bermalam.\n\nAlamat: Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan, 35000 Tapah, Perak\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (7am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (warga emas 60 tahun ke atas, kanak-kanak di bawah 18 tahun), RM5 (pelancong asing), PERCUMA untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah.\n\nKawasan galeri ini seluas kira-kira 8.16 ekar dengan 2 ekar dibangunkan dengan binaan 2 blok bangunan yang merangkumi Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat, dan Bilik Penyelidikan.\n\nLembah Lenggong yang menjadi lokasi tapak galeri ini merupakan daerah yang banyak menyumbang data mengenai pengetahuan prasejarah negara dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu.\n\nAntara yang menarik boleh ditemui di muzium ini ialah alat-alat batu zaman Paleolitik, rangka Perak Man yang berusia 10,000 sehingga 11,000 tahun, lukisan di gua-gua dan alat pengebumian Neolitik Gangsa Gua Harimau seperti tembikar, alat batu dan kapak gangsa.\n\nAlamat: Jabatan Warisan Negara, Kota Tampan Lenggong, 33400 Perak\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Ahad (9am \u2013 5pm),Jumaat (9am \u2013 12pm, 3pm \u2013 5pm)\n\nIa disebut-sebut sebagai antara masjid terindah di Malaysia. Kubahnya yang berwarna emas dengan mudah menangkap mata mereka yang lalu-lalang. Lebih-lebih lagi ia dibina di puncak Bukit Chandan, Kuala Kangsar.\n\nKisah di sebalik mengapa ia dibina juga menarik. Masjid Ubudiah dibina sebagai tanda kesyukuran Sultan Idris Murshidul Adzam Shah kepada Allah SWT selepas baginda sembuh dari penyakit.\n\nBatu asas untuk masjid ini diletakkan pada September 1913. Senibinanya adalah dari pengaruh Indo-Saracen dengan bentuk octagon dengan diameter 30 kaki.\n\nAlamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak\n\nMenara Condong Teluk Intan yang dibina pada tahun 1892 ini umpama lambang bagi Teluk Intan. Fungsi asalnya adalah sebagai tangki simpanan air untuk dibekalkan kepada penduduk sekitar selain turut berfungsi sebagai jam.\n\nWalaupun ia tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air, tapi jamnya masih berfungsi dengan baik sehingga kini. Ia menjadi condong kerana struktur tanah yang lembut dan kesan daripada bebanan tangki yang menakung air.\n\nMenara yang direka En Leong Choon Cheong ini telah menerima penambahbaikan di sekitarnya dengan penurapan menggunakan bata. Pada masa kini, Menara Condong Teluk Intan menjadi lokasi penduduk tempatan melakukan aktiviti sama ada rasmi atau tidak rasmi.\n\nAlamat: Di antara pertemuan dataran segi empat iaitu Jalan Pasar, Jalan Ah Cheong, Jalan Selat dan Jalan Bandar.\n\nAktiviti keluarga pasti menyeronokkan di sini. Pengeluar minuman dalam botol terbesar di Malaysia ini telah menggabungkan keseronokan, pendidikan dan warisan dalam satu tempat.\n\nTerdapat Mini Golf Course dengan jumlah 18 lubang kesemuanya untuk si kecil menunjukkan bakatnya dalam permainan tersebut. Bawa mereka meneroka alam dengan menelusuri Tree Tag Walkabout dan banyak lagi aktiviti menarik di sini.\n\nAnda juga boleh melihat proses membotolkan air mineral jenama Spritzer. Mereka turut menyediakan kedai cenderamata agar anda dapat membeli barangan kenangan dan kedai kopi untuk merehatkan diri seketika.\n\nAlamat: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Jumaat (11am & 3pm), Sabtu (11am), ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum\n\nPercutian anda akan menjadi berbeza jika anda memilih untuk ke sini. Lawatan ke kilang arang yang terletak berdekatan dengan hutan paya bakau akan menjadi pengalaman baru kepada anda.\n\nIa merupakan perusahaan keluarga yang telah wujud sejak 1930-an. Apa yang menarik adalah arang yang dihasilkan di sini masih menggunakan kaedah yang sama sebagaimana telah dilakukan sejak hampir 80 tahun dahulu iaitu semasa ketiadaan mesin moden.\n\nInilah yang anda akan saksikan dan pelajari.\n\nAlamat: Jalan Taiping \u2013 Kuala Sepetang, Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 5pm)\n\nIni adalah kawasan riadah yang paling popular sekitar Taiping. Sambil melancong, boleh juga anda singgah di sini dan beriadah bersama keluarga tersayang.\n\nTasik yang cantik merupakan tarikan utama di Taman Tasik Taiping ini. Memang sesuai untuk anda melakukan pelbagai aktiviti, termasuklah untuk merehatkan minda.\n\nAlamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak\n\nDibuka sejak tahun 2011, Gopeng Heritage House merupakan antara tumpuan pelancongan di Gopeng, Perak. Bagi yang sukakan tempat bersejarah, ini adalah salah satu tempat yang wajib anda lawati.\n\nIanya menyimpan barangan bersejarah sejak tahun 1960-an lagi. Dekorasi rumah ini sendiri menggunakan konsep dekor klasik, memang cantik dan menarik!\n\nAlamat: Jalan Sungai Itik, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Negeri Perak\n\nPerak mempunyai banyak tarikan pelancongan yang menarik. Salah satunya ialah Teluk Batik yang terletak di Lumut.\n\nIanya terkenal dengan pantai yang cantik yang sesuai untuk aktiviti seperti bermandi-manda dan berkelah. Bukan itu sahaja, ada beberapa tempat penginapan di sini iaitu Teluk Batik Resort.\n\nAlamat: Pantai Teluk Batik, 32200, Perak\n\nLumut mempunyai beberapa tarikan pelancongan, dan Marina Island ialah salah satunya. Bagi yang ingin berkelah di tepi pantai, ini salah satu\u00a0port\u00a0yang wajib anda singgah.\n\nMarina Island ini merupakan pulau persendirian, jadi ada beberapa resort dan hotel yang boleh didapati di sini. Bolehlah anda menginap terus di hotel-hotel eksklusif di Marina Island!\n\nPada hujung minggu, Taman Paya Bakau Lumut yang terletak di Desa Manjung Raya ini akan sentiasa dipenuhi pengunjung, jelas menunjukkan yang ianya merupakan salah satu tumpuan pelancongan di sini.\n\nTaman Paya Bakau Lumut ini diakui cantik orang ramai pengunjung. Sesuai juga untuk anda bawa anak-anak atau keluarga ke sini. Boleh melihat pokok paya bakau yang cantik sambil menghirup udara segar!\n\nAlamat: Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak\n\nAgak-agaknya muzium apa yang pertama dan tertua di Malaysia? Inilah dia muziumnya \u2013 Muzium Perak! Muzium Perak adalah muzium awam yang terletak di persimpangan Jalan Muzium dan Jalan Taming Sari di Taiping, Perak.\n\nIanya didirikan pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan bersejerah di Malaysia. Selain itu, rangka binatang juga boleh didapati di sini. Rugi jika anda tak singgah!\n\nAlamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 6 pm\n\nBila tengok gambar di atas, pasti anda merasakan yang Disney Avenue ini terletak di luar negara. Macam bandar di Australia pun ada.\n\nNamun, Disney Avenue ini merupakan bandar yang baru dibina di Kampar. Bangunan yang berwarna-warni ini memang sesuai dijadikan\u00a0port\u00a0bergambar.\n\nAlamat: Bandar Agacia 31910 Kampar, Perak\n\nNak mandi air terjun? Ada banyak air terjun di Perak, khususnya di Kuala Kangsar. Hutan Lipur Ulu Kenas merupakan antara yang wajib anda singgah untuk tujuan itu.\n\nTerletak sekitar 15 km dari Bandar Kuala Kangsar, ianya sesuai untuk disinggah oleh pengunjung yang ingin berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga di air terjun yang jernih.\n\nHarga kemasukan: RM 2 Dewasa | RM 1 Kanak-kanak\n\nWaktu operasi: 6 am \u2013 7 pm\n\nIni pula air terjun yang terletak di daerah Chemor di Perak. Juga merupakan antara air terjun yang menjadi tumpuan ramai pelancong.\n\nIanya kerap disinggah oleh ramai pengunjung pada hujung minggu. Anda dapat lihat ramai dari kalangan keluarga yang datang berkelah di sini.\n\nAlamat: \u00a0Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari: 8 am \u2013 6 pm\n\nPertanian mula mengambil tempat sebagai satu tarikan pelancongan. Itulah yang cuba dilakukan oleh PATRO iaitu menggabungkan elemen pertanian dan pelancongan.\n\nSambil melihat tanaman buah-buahan dan ulam-ulaman serta herba, perusahaan madu kelulut dan pemprosesan telur masin dalam kawasan seluas 670 ekar, pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti lasak seperti ATV.\n\nTerdapat juga sukan air iaitu kanu dan bot kayuh serta menunggang kuda. Masakan di resort pula 95% adalah masakan asli Perak. PATRO turut menyediakan chalet bagi pengunjung yang mahu merasai tinggal dalam kedamaian alam semulajadi.\n\nAlamat: A15, 31800 Tanjung Tualang (kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Ipoh)\n\nHarga Tiket: RM15 (dewasa), RM7 (kanak-kanak)\n\nPantai yang cantik ini selalu dijadikan tempat perkelahan penduduk sekitarnya. Suasananya amat mendamaikan dengan pasir halus dan keadaan air yang sesuai untuk tujuan bermandi-manda. Aktiviti lain seperti memancing, banana boat, dan sukan pantai juga turut disediakan.\n\nTambahan pula, anda dapat melihat Pulau Pangkor dari pantai ini. Ada resort, chalet dan homestay buat pengunjung yang mahu menginap di Teluk Senangin. Gerai makan, walaupun tidak banyak tetapi cukup untuk anda menjamu selera.\n\nAlamat: Seri Manjung, Manjung, Perak (32km dari bandar Sitiawan)\n\nHutan Lipur Ulu Kernas terletak di Hutan Simpan Bubu. Ramai yang memuji keindahan hutan ini terutama air terjunnya. Ia merupakan hutan dipterokarpa yang dijaga dengan baik oleh Jabatan Perhutanan.\n\nTempat ini amat sesuai untuk anda beriadah bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan. Anda boleh mandi di sungai, berkelah, berkhemah, dan jungle trekking. Chalet juga disediakan dengan bayaran bermula RM50 sehingga RM150 sehari.\n\nManakala RM10 dikenakan kepada mereka yang mahu menggunakan tapak perkhemahan. Bagi yang menyukai cabaran, cubalah mendaki Gunung Bubu yang tingginya 1568 meter.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (6am \u2013 7pm)\n\nHarga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)\n\nRamai yang berkongsi tentang keindahan Tasik Banding dan keseronokan yang boleh diperolehi di sini. Lebih cantik jika anda datang ke sini beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan.\n\nPengalaman yang suka dicuba ramai orang di sini adalah bermalam di rumah bot di tengah tasik. Jauh dari pencemaran bunyi dan udara di bandar, anda memperoleh udara segar dengan suara unggas sebagai ganti di sini.\n\nMaka, tentulah tidak lengkap jika tidak bermandi-manda di dalam tasik yang airnya amat bersih dan mencuba nasib dengan memancing. Namun, sila jaga keselamatan diri ketika mandi kerana airnya yang dalam.\n\nGunakan juga peluang ini untuk meneroka pulau sekitarnya dan menikmati air terjun Sungai Kooi di hutan.\n\nIngin melakukan aktiviti mencabar berkaitan dengan alam semulajadi? Di Gopeng, Riverside Camp ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti sebegitu.\n\nAntara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menaiki rakit dan menjelajah gua. Ada pelatih yang akan mengawasi anda, jadi aspek keselamatan memang dititikberatkan.\n\nAlamat:\u00a0 Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak\n\nAntara tempat penginapan yang paling popular di Lumut ialah Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, yang merupakan hotel 4 bintang.\n\nAda banyak kemudahan yang boleh dinikmati jika anda menginap di sini. Ini termasuklah\u00a0outdoor\u00a0swimming pool, golf beserta bilik yang selesa. Ianya juga terletak bersebelahan dengan pantai yang cantik.\n\nAlamat: Persiaran Swiss-Garden Jalan Damai Laut, Off, Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Negeri Perak\n\nKubu Belanda atau Dutch Fort merupakan sebuah kubu di Pulau Pangkor, Daerah Manjung, Perak. Runtuhan itu adalah sisa-sisa peninggalan usaha Belanda untuk mengawal perdagangan di semenanjung Melayu.\n\nJika anda penggemar sejarah, ini merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Perak. Sambil bersiar, boleh juga anda belajar.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 8 am \u2013 6 pm\n\nAda beberapa kawasan kolam air panas yang menarik di Perak. Selain di Felda Sungai Klah, anda juga boleh mengunjungi Trong Hot Spring yang terletak di Changkat Jering.\n\nYang menarik tentang kolam air panas di sini ialah sebaik sahaja pengunjung membuat tempahan, ianya akan dibersihkan terlebih dahulu.\n\nDi samping itu, ianya mempunyai telaga air panas yang berusia 100 tahun dan dipercayai boleh mengubati beberapa penyakit berjangkit. Terdapat juga tiga kolam yang berbeza suhunya, sangat menarik!\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 12am\u201312pm, 4pm\u201312am\n\nPusat konservasi penyu yang terkenal di Perak ialah Segari Turtle Sanctuary yang terletak di Lumut, Perak. Jadi, tak perlu jauh-jauh kerana di Lumut pun ada.\n\nAda beberapa infografik tentang baka penyu yang boleh didapati sekitar sini. Mereka juga membahagikan kolam penyu mengikut umur. Jadi, lekaslah singgah dan lihat sendiri penyu-penyu di sini jika berpeluang!\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 8 am \u2013 1 pm, 2 \u2013 5 pm\n\nGunung Kenderong ini berketinggian 1223 meter bersamaan dengan 4011 kaki. Ianya merupakan salah satu gunung di negeri Perak.\n\nAktiviti mendaki merupakan aktiviti utama untuk pengunjung di gunung ini. Gunung ini terletak berhampiran dengan Gunung Kerunai, jadi mereka digelar puncak kembar Perak ( K2 ).\n\nBunga raflesia bukan sahaja boleh didapati di Sabah, malah di Perak juga anda boleh menemuinya. Taman Rafflesia merupakan tempat yang boleh anda lawati untuk melihat spesis bunga terbesar di dunia itu.\n\nTerletak di Gerik, ada pelbagai jenis spesis Raflesia yang boleh ditemui di sini. Yang menarik, salah satu spesisnya iaitu \u00a0refflesia azlanii dinamakan sempena Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah.\n\nAlamat: Kampung Padang Kunyit, 33300 Gerik, Perak\n\nSelain daripada terkenal sebagai Bandar Diraja, Kuala Kangsar juga terkenal dengan labu sayong. Alang-alang singgah ke sini, bolehlah anda membeli labu sayong yang dijual penduduk tempatan.\n\nBukan senang untuk anda dapat labu sayong yang cantik dan berkualiti. Ada banyak pengusahaan labu sayong di sini, dan Win Kraf Labu Sayong merupakan antara kedai yang boleh anda kunjungi.\n\nAlamat: 11, Jalan Kampung, Kampung Sayong Lembah, 33040 Kuala Kangsar, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 7 pm\n\nIngin melancong sambil menimba ilmu tentang penternakan? Jika anda berada sekitar Chemor, lawatilah Farm Infoternak Sungai Siput ini.\n\nAntara haiwan ternakan di sini ialah rusa, burung unta, ayam, kambing, lembu tenusu dan banyak lagi. Tempat penginapan juga boleh didapati.\n\nAlamat: Jalan Ipoh, 31100 Chemor, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Hari minggu, 8 am \u2013 5 pm\n\nBatu bersurat bukan sahaja terdapat di Terengganu, malah di Perak juga ada. Ianya boleh didapati di Pulau Pangkor.\n\nBatu Bersurat di sini ditulis dengan graffiti yang dibuat oleh tentera Belanda pada tahun 1700an. Tentera-tentera ini berpangkalan di Fort Dutch.\n\nMuzium Beruas ini juga merupakan salah satu tarikan pelancongan di Perak. Ada banyak barang bersejarah yang boleh anda temui di sini.\n\nAntaranya termasuklah artifak-artifak sejarah yang terlah dibuat kajian. Pada asalnya ianya disimpan di Muzium Negara, namun ianya dipindahkan ke muzium ini.\n\nAlamat: Jalan Besar, 32700 Beruas, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9.30 am \u2013 5 pm\n\nSatu lagi gunung di Gerik yang boleh anda lawati ialah Gunung Pulut. Gunung ini mempunyai ketinggian 651 meter. Bagi yang gemar melakukan aktiviti mendaki gunung, ini adalah salah satu gunung yang wajib anda daki.\n\nHal ini kerana ramai pendaki memuji kecantikan pemandangan setelah tiba di puncak gunung. Kami yakin anda juga akan terpesona dengan kecantikan pokok-pokok serta awan di situ.\n\nKalau di Selangor kita ada keli-kelip di Kampung Kuantan, di Perak pula kita ada kelip kelip di Kampung Dew.\n\nAnda boleh menyaksikan sejumlah kelip-kelip yang banyak pada waktu malam di Kampugn Dew. Semestinya anda akan terpesona dengan keindahan cahaya kelip-kelip, jadi jangan lepaskan peluang ini ya!\n\nAlamat: Kampung Dew, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak\n\nPulau Tali Kail merupakan sebuah pulau yang uamat bersesuaian untuk dikunjungi oleh pencinta alam. Ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.\n\nAktiviti rekreasi yang dapat dijalankan\u00a0 ialah merentas hutan, menaiki bot di kawasan tasik, memancing ikan air tawar, beriadah dan banyak lagi.\n\nAlamat: Bukit Tali Kail, 33300, Perak\n\nSatu lagi tarikan pelancongan di Gerik ialah Batu Hampar. Terdapat lata di sini, jadi anda boleh singgah jika berpeluang.\n\nAda banyak aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan. Ini termasuklah berkelah dan berkhemah. Akviti berkayak juga boleh dilakukan dek kerana keadaan geografinya yang sesuai untuk akviti tersebut.\n\nKinta Tin Mining (Gravel Pump) Museum\n\nKinta Tin Mining (Gravel Pump) Museum ialah muzium timah yang cukup popular sekitar Kampar. Kampar merupakan kawasan perlombongan biji timah sejak awal 1800-an lagi.\n\nJadi, anda akan menimba ilmu pengetahuan tentang cara pengeluaran batu kelikir. Peralatan untuk pengeluaran batu kelikir juga turut dipamerkan, sangat menarik!\n\nAlamat: Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 5 pm\n\nAsyik ke muzium dan air terjun sahaja, teringin juga untuk melakukan aktiviti lain. Tidak mengapa, setelah singgah di muzium dan mandi di air terjun, singgahlah di Taiping Equine Park.\n\nDi sini, anda dan ahli keluarga akan menunggang kuda. Ada beberapa kuda yang boleh ditunggang, dan ianya juga selamat.\n\nAlamat: Jln. Bukit Larut, 34000 Taiping, Negeri Perak\n\nAda banyak masjid yang cantik di Perak, salah satunya terletak di Universiti Teknologi PETRONAS. Masjid tersebut ialah Masjid An Nur.\n\nBukan sahaja merupakan tempat ibadah yang luas, selesa dan bersih, ianya juga cantik. Sesuai untuk anda singgah sambil anda melancong.\n\nBila anda singgah di Lost World of Tambun, anda boleh mengunjungi zoo yang terletak di sini. Zoo tersebut ialah Lost World Petting Zoo.\n\nAda sekitar 55 spesis haiwan yang boleh anda temui. Sambil anda melancong, bolehlah anda menambah ilmu pengetahuan tentang spesis haiwan yang berbeza.\n\nAlamat: Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Negeri Perak\n\nBukan di Gerik dan Kuala Kangsar sahaja, di Tapah pun anda boleh jumpa air terjun yang cantik. Salah satunya ialah di Hutan Lipur Kuala Woh.\n\nAirnya yang bersih dan jernih membuatkan para pencinta alam berasa selesa untuk melakukan aktiviti rekreasi di sini. Kemudahan awam seperti gazebo, chalet, tandas awam dan surau juga turut disediakan.\n\nAlamat: \u00a0Pejabat Daerah & Tanah, 35000 Tapah, Negeri Perak\n\nWaktu oeprasi: Setiap hari, 9 am \u2013 6 pm\n\nIngin melihat lebih 150 spesis burung air? Lekaslah berkunjung di Taman Alam Kinta yang terletak di Batu Gajah ini. Kawasan yang merupakan bekas lombong timah ini mempunyai keluasan 900 ekar.\n\nBagi anda yang merupakan pencinta alam, taman burung ini pasti sesuai untuk anda lawati. Antara sepsis burung air yang menjadi tarikan pelancong adalah burung kuang, raja udang, belatuk, wak-wak, tiong air dan banyak lagi.\n\nNegeri Perak bukan sahaja kaya dengan air terjun, malah pantai di sini juga ada banyak. Pantai Ban Pecah ialah salah satu pantai yang menjadi tarikan pelancongan di Perak.\n\nYang menarik tentang pantai ini ialah pada asalnya, Pantai Ban Pecah merupakan sawah yang seterusnya ditukar menjadi pantai. Terdapat bongkah batu yang disusun berhampirannya bagi mengelakkan hakisan ombak.\n\nPantai Pasir Panjang merupakan pantai terpanjang di Daerah Manjung. Ianya mempunyai kepanjang 6 km dan merupakan antara tarikan pelancongan di sini.\n\nPasir pantai yang halus, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada gangguan semulajadi menjadikan Pantai Pasir Panjang lokasi yang ideal untuk spesis penyu Agar dan penyu Lipas bertelur.\n\nBukit berketinggian 1087 kaki ini dinamakan sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang membantu Sultan Perak untuk membasmi kumpulan lanun.\n\nIanya sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti merentas hutan. Pihak MPM ada enyediakan trek untuk pengunjung. Apabila sampai di atas puncak, pengunjung boleh menikmati pemandangan Bandar Lumut yang cantik.\n\nAnda suka tempat menarik di Perak yang dikongsikan oleh kami? Jangan lupa untuk share dan like untuk panduan anda di amsa hadapan. Manalah tahu anda akan ke sana.\n\nSelain tempat best di Perak, baca juga artikel menarik kami yang lain."
"Ubi keledek enak dimakan dengan cara goreng, rebus atau dijadikan antara bahan masakan untuk membuat kek, kuih, hidangan savouri dan sebagainya. Tahukah anda, ubi keledek sebenarnya mengandungi banyak khasiatt kesihatan?!\n\nUbi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas tergolong dalam famili Convolvulacaeae. Pokoknya jenis menjalar dengan penghasilan ubi dalam tanah pada akarnya.\n\nUbi keledek mempunyai variasi warna seperti putih, merah, merah jambu, kuning, ungu dan oren. Semakin terang warna ubi keledek, semakin manis rasanya berbanding ubi keledek yang berwarna putih.\n\nTidak hairanlah ubi keledek turut dikenali sebagai sweet potato (kentang manis).\n\nAntara negara pengeluar terbesar ubi keledek di dunia ialah China, diikuti Malawi, Nigeria, Indonesia dan Ethipia. Sementara itu, negara yang paling banyak mengambil ubi keledek dalam hidangan seharian ialah China, Nigeria dan Tanzania.\n\nUbi keledek merupakan antara sumber karbohidrat yang baik bagi menggantikan makanan seperti nasi, roti, kentang dan gandum.\n\nBerdasarkan analisis makmal, setiap 100 gram hidangan ubi keledek membekalkan hampir 400 kJ tenaga dengan 20.7 gram karbohidrat.\n\nUbi keledek mengandungi banyak mikronutrien yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan. Berikut disenaraikan beberapa khasiat nutrisi tersebut berdasarkan ulasan-ulasan kajian lepas:\n\n3. Anti-oksidan tinggi untuk pencegahan kanser\n\nMemakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada serangan radikal bebas dan risiko kanser.\n\nWarna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.\n\nKajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan ada 32% pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memasukkan karotenoid dalam diet mereka. Karotenoid juga membantu mengurangkan kemungkinan serangan semula kanser pada tubuh.\n\n4. Serat tinggi untuk sistem pencernaan yang baik dan kawalan berat badan\n\nMakanan tinggi serat adalah sangat penting bagi memberikan fungsi sistem pencernaan dan penghadaman yang baik tanpa menyebabkan masalah sembelit atau penyerapan nutrisi yang tidak lengkap.\n\nSerat juga membantu memberikan rasa kenyang lebih panjang, maka boleh dimanfaatkan untuk tujuan mengawal berat badan atau pencegahan obesiti.\n\nMenurut kajian oleh sekumpulan penyelidikan di Jepun pada tahun 2000 yang diterbitkan di jurnal berprestij Food Chemistry, ubi keledek mengandungi serat yang sangat tinggi yang bagus untuk sistem penghadaman.\n\nMalah, amalan makan ulam-ulaman pucuk keledek juga sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan kerana berdasarkan analisis makmal mereka, daun keledek mengandungi serat yang paling tinggi antara semua bahagian.\n\n5. Pencegahan diabetes dan mengurangkan paras gula dalam darah\n\nUbi keledek dilaporkan mengandungi antara tahap anthocyanin dan asid fenolik yang tertinggi jika dibandingkan dengan sayuran komersial yang lain.\n\nMelalui kajian oleh saintis di Kyushi University, Jepun pada tahun 2002, kandungan anthocyanin yang tinggi mampu mengurangkan tahap gula dalam darah dengan merangsang penghasilan insulin untuk menukarkan gula menjadi tenaga dalam darah.\n\nKajian mereka menunjukkan simulasi tindakan anthocyanin tersebut pada peringkat selular yang memberi kesan antihyperglycemic (antidiabetes) ke atas tikus makmal.\n\n6. Makanan yang memberi gizi dan diet seimbang\n\nSelain ubi keledek sebagai sumber karbohidrat yang baik, daunnya turut menawarkan khasiat kesihatan yang terbaik!\n\nMenurut kajian Kementerian Pertanian China pada tahun 2014, daun ubi keledek mengandungi protein yang sama dengan protein yang terdapat dalam minuman susu.\u00a0Selain tinggi mineral dan serat, polifenol yang merupakan antioksidan berharga terkandung dalam daun ubi keledek.\n\nKajian tersebut menyimpulkan bahawa daun keledek boleh dijadikan sebagai makanan lengkap untuk menangani isu diet gizi tidak seimbang dengan kos yang sangat rendah dan lebih ekonomi.\n\nPengeluaran ubi keledek di Malaysia tidak tinggi. Ini memberi kerajaan idea untuk memperkenalkan beberapa lagi jenis keledek baharu. Keledek yang berwarna ungu itu mempunyai kandungan antioksida, antosianin dan pelbagai lagi khasiat.\n\nApa jua pilihan ubi keledek anda kelak, semuanya kaya dengan nutrisi. Maka, ambil peluang ini untuk meletakkannya dalam menu anda bagi mendapatkan khasiat yang terbaik.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Tawas adalah sejenis garam berbentuk Kristal yang telah digunakan oleh orang kita sejak zaman dulu lagi. Tawas banyak dijual di gerai yang menjual barangan herba dan produk tradisional.\n\nMalah kedai dan booth menjual jamu juga ada menjual tawas. Anak muda generasi kini mungkin tidak mengenali tawas namun bagi yang dewasa kristal ini pastinya bukan sesuatu yang pelik. Istimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan kegunaan tawas dalam kehidupan seharian.\n\nAdakalanya air yang keluar dari paip tidak sebersih yang kita sangka. Ia mungkin berkeladak, berwarna tidak jernih, atau kelihatan mempunyai bahan enapan yang menyakitkan mata. Sejak dulu lagi tawas digunakan untuk membersihkan air yang disimpan dalam takungan seperti kolah mandi, tempayan, dan baldi.\n\nCaranya mudah saja. Masukkan seketul tawas ke dalam air takungan. Ia akan berfungsi untuk membersihkan air yang disimpan. Selepas semalaman anda akan melihat sendiri air mula menjadi jernih malah bahan enapan akan termendap ke bawah dan terasing daripada air yang hendak digunakan.\n\nOrang zaman dulu memasukkan tawas ke dalam perigi atau telaga air untuk mengurangkan masalah kecacingan dalam air yang diambil. Malah tawas juga membuatkan air rasa sedap apabila diminum. Hebat kan?\n\nMenghilangkan hitam dan lebam pada tubuh badan terutamanya di kawasan pelipat\n\nAnda mempunyai masalah hitam atau lebam di celah pelipat seperti celah ketiak, celah peha, tengkok, dan kawasan kemaluan? Tak perlu keluarkan duit beli krim atau losyen pemutih yang dijual di pasaran. Harganya boleh tahan mahal. Anda boleh gunakan tawas yang sememangnya terbukti berkesan untuk memutihkan semula kehitaman dan lebam pada tubuh badan.\n\nCaranya ialah gunakan tawas semasa mandi. Basahkan tawas dan gosokkan kawasan yang berkenaan. Biarkan seketika sebelum dibilas. Kemudian mandi seperti biasa. Dengan penggunaan yang kerap anda akan mendapat kesan yang dihajatkan. Tapi nak kena rajinlah ye. Bukannya sekali buat terus putih.\n\nTahukah anda bahawa serbuk tawas boleh digunakan sebagai pewangi ketiak semulajadi. Lepas ni anda tak perlu beli dedodoran lagi. Apa salahnya menggunakan deodorant? Deodorant dikatakan mempunyai bahan kimia yang boleh mencetuskan keaktifan sel kanser dalam tubuh badan. Malah kajian ke atas sek kanser mendapati bahawa terdapat bahan deodorant dalam sel kanser payudara yang diuji. Takut kan?\n\nInilah masanya untuk beralih kepada tawas yang mampu mewangikan ketiak secara semulajadi tanpa bahan merbahaya yang boleh memudaratkan badan. Caranya sapukan saja serbuk tawas ke celah ketiak. Ia akan membantu mengurangkan bau yang tidak diingini dan mengelakkan bau badan.\n\nBulu ketiak, bulu kaki dan bulu di kawasan kemaluan boleh menjengkelkan. Penat juga nak dicukur dan diwax selalu. Apa kata anda cuba tawas pula. Tawas dikatakan mampu mengurangkan pertumbuhan bulu pada tubuh badan. Caranya sangat mudah. Beli seketul Kristal tawas, gunakan semasa mandi. Basahkan batu tawas dan gosokkan ke kawasan yang berbulu. Lama-kelamaan bulu akan mula gugur dan lambat untuk tumbuh semula.\n\nKalau anda mempunyai tanaman sama ada sayu-sayuran atau pokok bunga, pastinya anda mengalami masalah serangan serangga. Ada banyak racun serangga yang dijual di pasaran namun harganya tidak murah. Malah racun serangga komersial yangdijual di pasaran mengandungi bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan.\n\nNak-nak lagi sayur-sayuran yang kita tanam untuk makan sendiri. Sebolehnya kita nakkan racun serangga dan baja organic. Hari ini kami nak kongsikan resepi racun serangga organic yang diperbuat daripada tawas yang boleh anda cuba. Caranya, ambil satu sudu serbuk tawas dan campurkan dengan air yang akan digunakan untuk menyiram tanaman.\n\nSiram tanaman anda dan pastikan kena ke seluruh pokok termasuk daun dan bahagian batangnya. Siram seminggu sekali. Insya Allah tiada lagi serangga yang akan mengganggu tanaman anda. Malah kalau ada telur pada pokok, ianya juga akan mati bila disiram dengan air tawas tadi. Sila cuba ya!\n\nUntuk orang lelaki tawas juga sangat berguna untuk anda. Ianya boleh digunakan sebagai krim pencukur dan juga after shave. Tawas kaya dengan astringent yang membantu melindungi kulit muka anda daripada mengalami luka semasa bercukur. Ia juga mengurangkan kerengsaan pada kulit. Caranya ambil seketul tawas, basahkan dan sapukan ke wajah sebelum bercukur. Selesai bercukur ulang langkah yang sama semasa membersihkan wajah. Siap! Tak perlu lagi anda beli krim pencukur atau after shave. Jimat sangat.\n\nBiasanya kita dengar orang gunakan soda bikarbonat untuk memutihkan gigi namun sebenarnya tawas juga berfungsi untuk memutihkan gigi. Bolehlah anda cuba. Caranya gunakan tawas sebagai pengganti ubat gigi. Gunakan setiap hari.\n\nAkhir sekali, tawas juga boleh digunakan sebagai salah satu rawatan tradisional untuk merawat buasir. Caranya sapukan serbuk tawas pada buasir dan biarkan di situ. Tawas akan membantu mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan yang berlaku. Namun begitu anda dinasihatkan untuk terus mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. Jangan bergantung 100% kepada tawas untuk penyembuhan.\n\nItulah dia info tentang kegunaan tawas yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kegunaan vaseline, khasiat kacip fatimah, dan powerbank terbaik"
"Sah-sah je mengandung oleh doktor, bukan sahaja si ibu hamil, bahkan si bapa pun sudah pasti hendak memastikan bayi di dalam kandungan cukup segala zatnya. Si ibu tidak berselera atau terlebih selera? \n\nHendak tidak hendak, si ibu kenalah berfikir untuk si kecil di dalam perut, kena hadam juga makanan dan minuman biarpun kuantiti tidak sebanyak biasa. Cuma kan, hadam-hadam juga, tetapi berjaga-jaga dengan BMI ya ibu-ibu hamil. Janganlah sampai berlebihan sangat pula. \n\nSeperti yang diterangkan oleh\u00a0Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak di laman Facebook peribadinya, tahukah anda bahawa BMI si ibu yang berlebihan boleh mendatangkan masalah atau komplikasi kesihatan yang lain? Menurut pegawai perubatan ini juga (Kesihatan Wanita, Sakit Puan & Kehamilan), bukan sahaja kepada si ibu, BMI si ibu yang berlebihan boleh juga mendatangkan risiko kepada bayi di dalam perut.\n\nApakah Risiko BMI\u00a0Berlebihan Ibu Hamil Kepada Diri Sendiri?\n\nTrombosis adalah darah beku kat kaki atau darah beku ini boleh bergerak dan sekaligus menyumbat salur darah pada peparu dipanggil pulmonary embolism. Kehamilan itu sendiri meningkatkan peluang ibu mengandung untuk dapat thrombosis. Kalau berat badan berlebihan + mengandung = lagi senang nak dapat masalah ini. Risiko untuk dapat thrombosis ini akan dinilai oleh doktor masa memula anda datang jumpa doktor utk buka buku pink. Kalau perlu anda akan dimulakan ubat untuk mencairkan darah yg diberikan secara suntikan.\n\nKalau BMI 30 dan ke atas, anda TIGA KALI lebih senang nak kena kencing manis masa mengandung kalau nak bandingkan dengan orang yang BMI mereka bawah 25\n\nNak tahu ada kencing manis ke tak masa mengandung nanti doktor suruh minum air gula antara minggu 24 ke minggu 28 kehamilan. Kalau ada kencing manis nnti rawatan dan follow up dah lain. Kena pegi jumpa pakar O&G\n\nBMI 30 atau lebih risiko dapat pre eclampsia 2-4 kali lebih tinggi berbanding dengan mereka yang BMI 25 dan kebawah\n\nKalau ada faktor ini dan faktor-faktor lain, doktor akan mulakan ubat aspirin seawal 12 minggu. Biasa sebijik dalam 300mg. So nanti korang kena belah 4, makan suku je, sehari sekali.\n\nBerat badan berlebihan akan meningkatkan masalah mental masa mengandung dan selepas melahirkan.\n\nApakah Risiko BMI\u00a0Berlebihan Ibu Hamil Kepada Bayi?\n\nSo. Nak mengandung? Dapatkan berat badan ideal dulu sebelum mengandung. Kalau dah mengandung dengan BMI berlebihan, tkbleh buat apa dah. Jangan pulak bersenam bagai nak \u2018rak\u2019 bila da mengandung \u2013 no point, sebaliknya berbahaya kepada anda.\n\nYg paling bagus adalah pencegahan. KURUSKAN BADAN sebelum bercadang untuk mengandung. Bagaimana? Anda mesti tahu jawapannya. Buang pil kurus jauh-jauh ok?\n\n*Mudahan info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana yang hendak atau tengah hamil, jadi share jangan tidak share ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Selain dari dalgona coffee, dalgona Milo, rupanya ada pula dalgona candy. Siapa pernah makan dalgona candy? Mungkin sebab teksturnya yang fluffy dan berbuih halus maka nama mereka adalah dalgona.\n\nTidak makan masa, cara buat dalgona candy amatlah mudah. Candy diperbuat dari gula yang dikaramelkan, dan dicampur dengan soda. Gula karamel apabila bertindakbalas dengan soda, akan menghasilkan efek buih yang gebu. Terus tuangkan atas loyang untuk dikeraskan. Bila sudah keras (jadi tekstur candy), ia diketuk-ketuk halus dan ditaburkan atas susu. Sedap sungguh.\n\nKatanya, secawan dalgona candy susu di US harganya buleh tahan mahu pitam. Buat sendiri lah, lebih berbaloi. AJ El-Idrisi berkongsi resepi dalgona candy di laman Facebook. Resepi yang menarik ini telah banyak menyita perhatian. Anda cubalah pula.\n\nSelain dalgona candy, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Tepung pulut biasa digunakan untuk menghasilkan manisan seperti butir nangka, badak berendam, tang yuan dan lain-lain. Tapi kali ini kami buat sup bebola berinti ayam menggunakan tepung pulut. Kejadiannya seakan dumpling tapi teksturnya lebih berisi dan likat. Zurina Zulkefli mempersembahkan resepi bebola ayam dengan tepung pulut di laman Facebook.\n\nWalaupun pakai tepung pulut, kejadian bebola ayam malah lebih menarik dan lagi sedap sebab rasanya semacam dumpling di kedai cina muslim. Makan bebola ayam tepung pulut sedap dengan kuah sup. Apalagi kalau dapat makan cicah dengan cili flakes pedas macam restauran.\n\nMacam menarik perkongsian kali ini. Tidak sabar rasanya ingin berkongsi resepi dengan anda. Tanpa tunggu lagi mari lihat resepi di bawah.\n\nCara Membuat Bebola Dan Sup :\n\nSelain bebola ayam tepung pulut, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Menggoreng menggunakan kuali non stick bukan sahaja mudah tetapi ia akan memudahkan kerja pembersihan setelah memasak pelbagai hidangan seharian. Selain itu, minyak masak lebih jimat dengan menggunakan kuali jenis ini. \n\nTerdapat banyak kuali non-stick terbaik yang dijual di pasaran pada harga yang murah dan berkualiti tinggi. Tahukah anda, terdapat beberapa jenis kuali yang boleh memudaratkan kesihatan. Antaranya adalah seperti kuali non stick yang diperbuat daripada kuprum, plastik,keluli tahan karat dan sebagainya. \n\nBiasanya, kuali non stick terbaik diperbuat daripada bahan jenis besi aloi, kaca tebal dan bahan berasaskan batu. Sekiranya anda sedang mencari kuali non stick terbaik, mari kami senaraikan untuk anda.\n\nKuali Non Stick Maifan Coating Smokeless\n\nKuali non stick Maifan Coating Smokeless telah dilapisi dengan tiga lapisan keluli dan disalut dengan batu maifan. Kuali non stick terbaik ini bersifat tahan haus. Ia adalah kuali yang cukup sempurna untuk kegunaan memasak harian buat anda sekeluarga. \n\nTambahan pula, reka bentuk pemegang kuali non stick ini ergonomik dan tidak licin yang pasti memberikan keselesaan untuk anda ketika mengendalikannya.\n\nSelain itu, kuali ini juga tahan lama dan boleh menikmati pengalaman menggoreng dengan asapnya yang kurang dengan menggunakan kuali non stick Maifan Coating Smokeless ini.\n\nTahukah anda, dengan menggunakan kuali non stick Giancomo, anda boleh memasak pizza dengannya. Ia juga sangat sesuai menghasilkan penkek. Bagi anda yang mempunyai microwave, anda juga boleh menggunakan kuali non stick Giancomo ini untuk memanaskan makanan yang diinginkan.\n\nWah, begitu hebat sekali kuali ini! Bagi anda yang ingin membuat pizza dengan bahan-bahan tersendiri, jangan lupa untuk menggunakan kuali non stick terbaik ini.\n\nKuali non stick Ikea ini diperbuat daripada aluminium dan mudah dikendalikan kerana ia sangat ringan. Bukan itu sahaja, kuali non stick terbaik dari Ikea ini juga mudah dibersihkan dan tidak melekat. Ia sesuai bagi menyediakan hidangan sarapan seperti telur dadar, sosej atau penkek. Selain itu, bagi kegunaan dapur gas atau dapur kaca juga tiada masalah menggunakan kuali ini.\n\nKuali non stick Tecpac ini mempunyai diameter keluasan permukaan yang luas dan permukaannya tidak melekat. Kesannya, sudah pasti makanan tidak hangus serta mudah dibersihkan. Kuali non stick Tecpac ini diperbuat daripada aluminium dan amat sesuai digunakan pada dapur jenis gas elektromagnet. \n\nMenarik lagi, ia terdiri dari lapisan magnetik untuk memastikan pemindahan haba lebih cepat bagi memendekkan masa memasak.\u00a0\n\nSelain itu, kuali ini turut dilengkapi dengan penutup kaca dan sesuai untuk memasak semua jenis hidangan yang diinginkan. Bagi anda yang gemarkan memasak dalam kuantiti yang sederhana, kami syorkan anda memiliki kuali non stick terbaik ini.\n\nKuali Non Stick Zebra Stainless Steel\n\nApabila menggunakan kuali non stick, satu perkara yang perlu diingatkan oleh kita semua adalah mengelakkan daripada menggunakan senduk besi yang dikhuatiri dapat mencalarkan permukaannya. \n\nNamun dengan kuali non stick Zebra Stainless Steel ini, anda tidak perlu risau kerana ianya tahan lasak, tahan calar dan selamat digunakan oleh sebarang jenis dapur. Kuali non stick Zebra ini juga merupakan antara kuali non stick terbaik yang diperakui selamat oleh FDA, USA.\n\nKuali non stick Tefal Cookware mempunyai kualiti yang sangat bagus. Kuali non stick terbaik ini memastikan masakan yang dimasak dapat memberikan kepuasan kepada kita semua. Kuali non stick Tefal ini direka dengan 4 lapisan salutan supaya ianya selamat digunakan dan tidak mudah melekat.\n\nBukan itu sahaja, ia sesuai menyediakan masakan yang banyak seperti mee goreng, nasi goreng dan sebagainya. Kuali non stick terbaik dari Tefal ini juga untuk memasak untuk anda yang mempunyai keluarga yang besar.\n\nKuali Non Stick 3 Grids Stone Medical Stone Aluminium\n\nBagi anda yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasak sarapan pagi akibat kesibukan kerja, apa kata anda menggunakan kuali non stick ini. Dengan kuali ini, anda boleh memasak beberapa masakan di atasnya seperti telur, penkek dan sosej. Jangan risau akan ketahanannya kerana kuali non stick ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang tahan lasak.\n\nKuali Non Stick Amgo Double-Sided Fordable\n\nKuali non stick Amgo Double-Sided Fordable ini sangat sesuai untuk anda yang gemar menggoreng makanan. Bahan yang terdapat pada kuali ini dapat mengurangkan risiko percikan minyak dan mengurangkan bau yang dihasilkan serta mempercepatkan masa memasak. Justeru ia menjadikan apa jua masakan anda siap dengan baik dan tidak bermasalah.\n\nSiapa sangka, kuali non stick yang diperbuat daripada bahan aluminium tahan panas dan tahan lasak yang sesuai untuk memasak hidangan dengan kuantiti yang banyak atau jenis berkuah. Ia adalah Kuali non stick Shefu. \n\nKuali non stick terbaik ini dikatakan dapat menahan haba pada makanan anda selama beberapa jam. Ia juga berfungsi memanaskan semula hidangan dalam masa yang sangat singkat.\n\nKuali non stick NaVa Kitchen bukan sahaja murah tetapi ianya juga ringan dan mudah dikendalikan. Selain itu, ianya juga merupakan kuali non stick terbaik murah yang sangat mudah dibersihkan. Pemegang kuali ini pula ergonomik dan tahan panas.\u00a0\n\nKuali non stick NaVa berbaloi dimiliki dari segi harga dan kualitinya yang hebat. Jadi, rugi bagi anda yang tidak memiliki kuali non stick ini.\n\nKuali Non Stick Frying Wok Pan Maifan\n\nKuali non stick terbaik ini sesuai digunakan untuk sebarang jenis dapur kerana diperbuat daripada bahan kalis api. Ia mempunyai ciri mesra alam yang menjadikannya pilihan ramai dan harganya juga sangat mampu milik. \n\nKuali ini diperbuat daripada 6 lapisan salutan marmar yang membuatkan masakan anda menjadi lebih sempurna. Khas untuk anda yang diet, kuali ini amat sesuai kerana ia tidak memerlukan minyak yang banyak untuk memasak atau menggoreng. Jimat dan mudah bukan?\n\nJika anda mencari kuali non stick untuk memasak masakan yang ringkas, kami syorkan kuali non stick batu marble ini. Diperbuat dari bahan berkualiti tinggi dan mampu memanaskan hidangan dengan sangat cepat, kuali non stick terbaik ini menjadi pilihan ramai. Anda hanya perlu menggunakan sedikit minyak untuk menyediakan masakan yang digemari.\n\nItulah antara tuala mandian terbaik, selesa dan seronok digunakan serta membuatkan anda seolah-olah mandi di hotel mewah. Jom baca juga bantal terbaik, tuala wanita terbaik, Vacuum Terbaik dan Tuala Mandian Terbaik. \n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Dulu waktu kecil, selalu tak anda dimarahi oleh orang tua apabila kerap mandi malam? Katanya mandi malam akan menyebabkan anda menghidap penyakit paru-paru berair. \n\nAdakah ianya benar atau sekadar mitos semata-mata? Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan punca paru-paru berair yang pasti buatkan anda terkejut.\n\nPunca paru-paru berair yang pertama ialah disebabkan oleh Pulmonari Edema iaitu pengumpulan air secara berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru anda akan mula membengkak dan berair. \n\nKeadaan ini berlaku kerana berlakunya kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung anda. Ini bermaksud anda mengalami paru-paru berair disebabkan oleh lebihan cecair dalam paru-;aru disebabkan oleh adanya pengumpulan cecair secara berlebihan dalam paru-paru anda.\n\nPunca paru-paru berair yang kedua ialah Pneumonia yang berlaku akibat radang dalam paru-paru. Paru-paru adalah organ di dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung udara atau alveoli. \n\nAlveoli adalah bertanggungjawab dalam proses menukar gas oksigen dan karbon dioksida yang berada dalam tubuh badan. Paru-paru berair atau Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru di mana alveoli dipenuhi dengan sel-sel inflamasi. Akibatnya proses pertukaran gas-gas dalam badan anda akan terjejas.\n\nPatu-paru berair juga boleh menyerang anda disebabkan oleh berlakunya jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru akan menyebabkan paru-paru anda mengalami keradangan. \n\nJangkitan bakteria atau virus boleh berlaku disebabkan penyebaran melalui udara seperti bersin, batuk, atau hingus yang terbebas ke dalam udara. Apabila anda menyedut udara yang mempunyai bakteria atau virus tersebut, ia akan masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan radang berlaku. \n\nDi antara baktria dan virus yang boleh menyebabkan paru-paru berair ialah:\n\nSelain jangkitan bakteria dan virus, kulat dan parasit juga boleh menjadi punca paru-paru berair. Di antara contoh parasit yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair ialah Toxoplasma gondii, Strongyloides stercoralis dan Ascaris. Kulat dan parasit boleh masuk ke dalam paru-paru anda melalui pelbagai cara. Di antaranya ialah:\n\n5. Pneumona Nosokomial iaitu jangkitan semasa berada di hospital\n\nTahukah anda bahawa penyakit paru-paru berair juga boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan semasa berada di hospital. Keadaan ini dikenali sebagai Pneumona Nosokomial. Ia adalah keadaan di mana pesakit mengalami paru-paru berair selepas 72 jam dimasukkan ke wad atau selepas 72 jam keluar dari wad. Dalam kes ini, pesakit dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan penyakit lain namun akhirnya mendapat masalah paru-paru berair. Bagaimana ia boleh berlaku?\n\nApabila seseorang pesakit dimasukkan ke hospital dalam keadaan yang tidak sihat, daya tahan lawan penyakit atau antibodi individu tersebut akan berada dalam keadaan yang lemah. \n\nKadar imuniti yang rendah akan menyebabkan pesakit tersebut terdedah kepada jangkitan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit paru-paru berair. Risiko untuk mendalat jangkitan ini semakin meningkat sekiranya pesakit tersebut mendapat bantuan pernafasan secara mekanikal.\n\nDi antara pesakit yang mempunyai antobodi dan imuniti rendah yang berisiko tinggi untuk mendapat Pneumona Nosokomial ialah:\n\nDi antara baktria, kulat dan virus yang boleh menyebabkan Pneumona Nosokomial ialah:\n\nPunca paru-paru berair yang seterusnya ialah bahan kimia merbahaya yang masuk ke dalam paru-paru apabila anda bernafas. Contoh bahan kimia merbahaya yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair ialah racun serangga yang digunakan secara bebas dan meluas di negara ini. \n\nOleh itu, elakkan daripada berada dalam persekitaran yang tercemar dengan racun serangga seperti kawasan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.\n\n7. Bahan asing yang masuk ke dalam paru-paru \n\nPunca paru-paru berair yang terakhir ialah bahan asing yang masuk ke dalam paru-paru anda. Bagaimana ia boleh berlaku? Ia boleh berlaku disebabakan oleh:\n\nKehadiran benda asing dalam paru-paru akan menyebabkan berlakunya radang malah bakteria yang masuk bersama akan merebak lalu menyebabkan berlakunya pengumpulan cecair dalam paru-paru lalu berlakunya masalah paru-paru berair.\n\nItulah dia punca paru-paru berair yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca kanser dan punca berak berdarah"
"Masakan berbahan asas ayam memang selalu digemari. Hampir seluruh masyarakat malaysia sangat menyukai ayam dan menjadikannya makanan harian.\u00a0 Daging ayam yang wangi dan lembut serta perpaduan rempah-rempah dalam masakan sangat membangkitkan selera. Tapi buntu dah nak masak apa dengan ayam ini. Asyik-asyik masakan yang sama jer. Apa kata jom cuba resepi ayam masak rose. Rasanya masam-masam manis pasti sedap.\n\nResepi penuh yang dikongsi oleh PinkCess Muhsin \u00a0ini sangat mudah dan senang untuk diikuti dan difahami. Jom tengok resepinya. Pasti tak menyesal.\n\nBahan-bahan untuk di rebus dan akan di kisar:\n\nRebus semua sekali, dalam 15minit. Kemudian tunggu sejuk sikit blend. Guna air rebusan tadi untuk kisar.\n\nTadaaa.. Dah siap. Takde lah susah sangat kan? Yang penting terbayang pun dah nampak sedap kan. Selamat mencuba !\n\nBuat encik-encik suami yang teringin untuk cuba masakkan untuk isteri dan keluarga tercinta pun boleh cuba resepi ini. Sekali sekala bolehlah tunjuk skill. Selain dari resepi ayam rose ini, terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat."
"Pesakit penyakit cerebral palsy boleh dilihat dari segi ketidakupayaan motor anggota badan dan sistem fizikal dan mental tubuh yang tidak berfungsi. Jemput baca artikel ini untuk mengetahui tentang penyakit cerebral palsy.\n\nMenurut Persatuan Cerebral Palsy Amerika Syarikat, dianggarkan bahawa terdapat 8000 bayi dan kanak-kanak, ditambah dengan 1200 ke 1500 kanak-kanak berusia tadika yang didiagnos dengan penyakit ini pada setiap tahun di negara tersebut.\n\nMasalah kesihatan ini melibatkan sistem saraf apabila berlakunya sistem saraf yang pegun, tidak bergerak akibat daripada kecederaan pada otak sebelum pembentukan cerebral otak lengkap. Perkembangan otak berlaku secara aktif semasa dua tahun awal usia kelahiran kita. Oleh itu, masalah cerebral palsy ini boleh terhasil ketika tempoh waktu awal kehamilan, sepanjang kehamilan atau sewaktu awal kelahiran.\n\nMalah, hampir 70-80% kes cerebral palsy ini dikesan ketika awal kehamilan yang tidak diketahui punca utamanya. Sementara itu, komplikasi sewaktu kelahiran termasuklah asphyxia (kekurangan oksigen bayi) menyumbang kepada 6% kes cerebral palsy. Bayi yang mempunyai risiko awal kelahiran turut berisiko menghidapi cerebral palsy seperti lahir tidak cukup bulan (kurang daripada 32 minggu), berat kelahiran kurang daripada 2.5 kg, rencatan pertumbuhan semasa dalam kehamilan.\n\nSementara itu, hampir 10-20% kes cerebral palsy berlaku dalam kalangan bayi di awal kelahiran. Masalah ini berpunca daripada kerosakan otak akibat beberapa kemungkinan seperti:\n\nSecara umumnya, diagnosis awal yang dilakukan oleh pakar perubatan untuk mengesan keadaan cerebral palsy ini ialah pemerhatian ke atas:\n\nSeterusnya, penilaian terhadap tindak balas refleks yang berterusan pada bayi adalah sangat penting. Langkah pengujian penyakit ini adalah berdasarkan gambaran klinikal, corak perkembangan simptom, sejarah keluarga, dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kemungkinan diagnosis yang spesifik.\n\nBagi mengesahkan diagnosis, ujian makmal dan pengimejan cerebral menggunakan tomografi, MRI dan ultrabunyi akan memberikan diagnosis secara fizikal yang berguna. Pemantauan terhadap ketidakupayaan tubuh juga boleh membantu merumuskan penilaian klinikal dan diagnosis seperti\n\nKenal Pasti Ciri-ciri Klinikal Cerebral Palsy\n\nHampir 70-80% pesakit yang menghidapi cerebral palsy mempunyai ciri klinikal spastik. Bahagian otot yang terkesan mungkin menunjukkan tindak balas refleks mendalam pada tendon, tremor, kekakuan otot, lemah otot, dan berjalan menggunakan ibu jari kaki.\n\nCerebral palsy jenis diskinetik atau atetoid pula merangkumi 10-20% pesakit yang boleh dilihat pada pergerakan tubuh yang perlahan, pergelangan tangan yang memulas serta di bahagian lain seperti kaki, lengan, dan tapak kaki.\n\nCiri klinikal cerebral palsy yang paling jarang dalam 5-10% kes pula ialah mereka yang mempunyai masalah keseimbangan dan koordinasi tubuh. Pesakit jenis ini berjalan secara \u2018terkengkang\u2019 dengan tremor yang teruk, seterusnya mengganggu aktiviti seharian yang memerlukan fungsi motor yang baik.\n\nMasalah intelektual berlaku dalam kalangan 2/3 daripada pesakit cerebral palsy. Hampir separuh daripada pesakit kanak-kanaka cerebral palsy akan mengalami sawan. Masalah pertumbuhan merupakan pemerhatian biasa apabila berlaku ketidaknormalan neurologi seperti gangguan pendengaran, penglihatan, dan deria rasa sentuhan.\n\nPenyakit cerebral palsy ini bukan sejenis penyakit progresif iaitu tidak akan melarat/kronik pada masa akan datang. Maka, kanak-kanak yang menunjukkan perkembangan yang perlahan, kehilangan tindak balas refleks, atau mengeluarkan bau badan yang pelik perlu dinilai dari segi masalah kesihatan lain berdasarkan genetik, metabolik, otot, atau tumor saraf.\n\nPengurusan dan Rawatan Pesakit Cerebral Palsy\n\nMatlamat pengurusan pesakit cerebral palsy bukanlah bertujuan menyembuhkan atau menjadikan pesakit normal, tetapi objektif pengurusan ini adalah untuk meningkatkan kefungsian, menambahkan kebolehan, dan mengekalkan kesihatan dari segi pergerakan, perkembangan kognitif, interaksi sosial, dan kehidupan berdikari.\n\nPenjagaan secara klinikal yang terbaik akan diperolehi sekiranya pengurusan dilakukan lebih awal dan intensif. Pendekatan yang diambil adalah dengan memfokuskan perkembangan secara menyeluruh, berbanding peningkatan pada gejala tertentu.\n\nPesakit cerebral palsy turut terdedah kepada risiko masalah kesihatan lain yang perlu dipantau oleh penjaga. Keadaan cerebral palsy menyebabkan kemungkinan berlakunya perkara-perkara seperti:\n\nKeadaan ini boleh menyebabkan kesukaran pesakit untuk makan dengan betul, lalu boleh menyebabkan kekurangan nutrisi dan pitam.\n\nKebajikan dan Pencegahan Kemalangan Pesakit Cerebral Palsy Dewasa\n\nTerdapat peningkatan individu dewasa yang menghidapi cerebral palsy apabila bayi yang dilahirkan dengan kurang berat badan berjaya meneruskan hidup dan hayat populasi dewasa juga semakin bertambah.\n\nJika dibandingkan dengan populasi umum, pesakit cerebral palsy mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi disebabkan masalah jantung, penyakit cerebrovascular, dan masalah penghadaman. Risiko kanser payu dara dan otak yang lebih tinggi juga sering dilaporkan. Kemalangan atau kematian yang boleh dielak seperti lemas dan kemalangan jalan raya berlaku lebih kerap bagi golongan ini.\n\nLangkah kebajikan untuk mengurangkan risiko kesihatan bagi pesakit cerebral palsy termasuklah:"
"Bidara atau nama sainsnya dikenali sebagai Ziziphus mauritiana adalah sejenis pohon kecil berbuah. Dalam bahasa arab, namanya ialah Sidr.\u00a0Pohon malar hijau yang tumbuh rimbun dan rendang dengan jangka hayat yang sederhana ini, biasanya tumbuh di Selatan Asia. Ia juga ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika.\n\nBidara tidak berduri\u00a0mempunyai buah yang pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk bujur, lonjong, bulat dan obovate. Isinya berwarna putih, sedap, manis dan ranggup. Kulit buah bidara pula adalah licin, berkilat, nipis tetapi isinya padat.\n\nJom ketahui apakah khasiat daun bidara.\n\nDaun bidara juga sunat digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari \u2018Aisyah Radhiyallahu \u2018Anha bahawa Asma\u2019 binti Syakal Radhiyallahu \u2018Anha bertanya kepada Rasulullah SAW tentang mandi haid, maka baginda bersabda (maksudnya):\n\n\u201cSalah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air itu di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkan dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya.\n\nMaka Asma\u2019 berkata: \u201cBagaimana aku bersuci dengannya?\u201d Baginda bersabda: \u201cMaha Suci Allah\u201d maka \u2018Aisyah berkata kepada Asma\u2019: \u201cEngkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).\u201d\n\nMandi dengan air daun bidara membantu menghilangkan bau busuk darah haid dari badan.\n\nKetika memandikan jenazah dan menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah disarankan dimandikan dengan air yang dicampur daun bidara.\u00a0Bagi masyarakat kita di malaysia jarang kita mempraktikkan amalan ini kerana kemungkinan kesukaran untuk mendapatkan tumbuhan ini atau mungkin saja tiada pengetahuan tentang sunnah yang satu ini.\n\nDaun bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali.\n\nMandian pertama ialah dengan air yang dicampur dengan daun bidara. Penggunaan daun bidara ini bukan sekadar kerana kepercayaan tradisi sebaliknya ia adalah sunnah daripada Rasulullah SAW sendiri.\n\nDalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu \u2018anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya lalu meninggal dunia, Nabi shollallahu \u2018alaihi wa \u2018ala alihi wa sallam bersabda :\u00a0\u0627\u063a\u0652\u0633\u0650\u0644\u064f\u0648\u0652\u0647\u064f \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627\u0621\u064d \u0648\u064e\u0633\u0650\u062f\u0652\u0631\u064d \u0648\u064e\u0643\u064e\u0641\u0651\u0650\u0646\u064f\u0648\u0652\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u062b\u064e\u0648\u0652\u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\n\u201cMandikanlah dia dengan air yang dicampur daun bidara dan kafanilah dengan dua baju\u201d. (HR. Bukhary :1719)\n\nHadits Ummu \u2018Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu \u2018alaihi wa \u2018ala alihi wa sallam meninggal, baginda bersabda :\u0627\u063a\u0652\u0633\u0650\u0644\u0652\u0646\u064e\u0647\u064e\u0627 \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0633\u064e\u0628\u0652\u0639\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064e \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0623\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f\u0646\u0651\u064e \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627\u0621\u064d \u0648\u064e\u0633\u0650\u062f\u0652\u0631\u064d\n\u201cMandikanlah dengan air yang dicampur daun bidara tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian anggap perlu . \u201d. (HR. Bukhary : 1175).\n\n\u201cRasulullah masuk kepada kami ketika kami sedang memandikan puteri baginda lalu bersabda, \u2018Mandikanlah dengan siraman yang ganjil, iaitu tiga kali, lima kali (tujuh kali), atau lebih banyak dari itu-jika kalian anggap perlu-dengan cara menggunakan air dan\u00a0daun bidara. Berilah kapur barus di akhir kalinya.\u2019\n\nBaginda bersabda kepada kami ketika kami hendak memandikannya, \u2018Mulailah dengan anggota badan bahagian kanan dan anggota-anggota wudhunya.\u00a0Jika telah selesai, maka beritahukan kepada aku.\u2019\n\nKetika kami telah selesai, kami memberi tahu baginda. Lalu, baginda memberikan sarung baginda \u00a0kepada kami seraya bersabda, \u2018Pakaikanlah (sarung ini) kepada nya.\u2019 (Dan baginda tidak menambah dari itu, dan aku tidak mengetahui puteri baginda yang mana dia itu). Kami sisir dia (dan dalam satu riwayat: lalu kami ikat rambutnya) tiga ikatan.\n\nApa istimewanya daun bidara ini sehingga Nabi kesayangan kita bersabda sebegitu? Untuk pengetahuan anda, daun bidara memiliki semacam zat yang membuat jenazah menjadi wangi selain menghilangkan kotoran.\n\nKemungkinan juga kelebihan daun bidara ini mampu untuk membunuh atau menghapuskan gas ammonia pada jenazah yang menyebabkan mereka yang memandikan jenazah berasa tidak tenang atau demam dikenali dengan nama badi mayat akibat dijangkiti kuman yang terhasil daripada gas ammonia.\n\n3. Mengatasi masalah gangguan jin dan makhluk halus\n\nDaun bidara juga dipergunakan dalam proses Ruqyah untuk merawat orang yang dirasuk, masalah gangguan jin, dan sihir. Wahb bin Munabih, salah seorang pemuka tabi\u2019in yang ahli dalam sejarah dan ilmu kedoktoran menyarankan untuk menggunakan tujuh helai daun bidara yang dihaluskan dan kemudian dilarutkan dalam air lalu dibacakan ayat Kursi, surat Al Kafirun, Al Ikhlash, Al Falaq dan An Naas.\n\nJika anda menggunakan daun bidara asli, caranya, ambil tujuh helai daun bidara yang masih hijau dan tumbuk dengan lesung batu. Kemudian daun bidara yang lumat tadi diambil dan diletakkan dalam baldi lalu siramkan air diatasnya sebanyak jumlah air yang cukup untuk mandi dan bacakan ayat-ayat Al-Quran.\n\nSeelok-eloknya gunakan air mineral yang bersih. Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air dalam baldi, ambil sedikit air tadi dan diberi minum sedikit dan kemudian mandi dengan menggunakan baki air dalam baldi tadi. Dengan demikian, insya Allah penyakit sihir akan hilang.\n\nJika orang yang terkena gangguan jin atau sihir merungut tidak selesa, bau busuk , pening kepala mahupun meraung-raung kesakitan, jangan terperdaya, tetap teruskan menyiramnya dengan air campuran daun bidara kerana itu adalah raungan dari jin kafir dan iblis yang kesakitan akibat kepanasan. Dan jika perlu, lakukan berulangan proses tadi dua kali atau lebih, sehingga penyakit sihir itu benar-benar sembuh.\n\nWalaupun tidak daun bidara tidak digunakan untuk mandian, jika daun bidara ini dilekatkan pada orang yang sedang terkena gangguan jin dan sihir, maka jin kafir yang ada dalam tubuh seseorang akan menjerit kesakitan.\n\nApatah jika kita bakar tubuhnya dengan membacakan ayat-ayat alqur\u2019an sambil memakai daun bidara yang masih lagi pada rantingnya, pasti jin jin yang mengganggu tersebut akan mengaku siapa yang telah mengirimnya dan akhirnya lari tercirit-birit.\n\nItulah 3 khasiat daun bidara yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekiranya anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat buah naga, khasiat cempedak, dan khasiat peria katak."
"Gajus adalah salah satu dari jenis tumbuhan dari keluarga Anacardiaceae yang sangat unik kerana ia mempunyai biji di bahagian luar dan isi di dalamnya. Mungkin ramai yang tidak tahu, selain digunakan dalam masakan dan ulaman, gajus juga sangat berguna sebagai \u201cmedicated tree\u201d. \n\nKhasiat pokok gajus boleh didapati daripada daun, buah dan bijinya. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang khasiat kacang gajus yang bagus untuk anda tahu. \n\nGajus atau nama saintifiknya (Anacardium occidental\u00a0Linn)\u00a0adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang berasal dari Brazil dan kini boleh ditemui di kawasan tropika di seluruh dunia. \n\nMengikut rekod, pengeluar utama gajus adalah dari negara seperti Brazil, India, Mozambique dan Tanzania.\n\nKandungan nutrisinya terbahagi kepada dua iaitu makronutrisi dan mikronutrisi. Kandungan makronutrisi dalam 100g kacang gajus adalah:\n\nKandungan mikronutrisi dalam 100g kacang gajus adalah:\n\nDalam kata lain, khasiat kacang gajus menjadi sumber magnesium yang baik dan memainkan peranan penting dalam 300 tindak balas enzim dalam badan. \n\nIni termasuklah juga dari segi metabolisme makanan dan sintesis asid lemak dan protein.\n\nKacang gajus mengandungi zink yang berperanan penting dalam meningkatkan sistem imun tubuh badan bagi menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.\n\nMalah bukan itu sahaja, ia juga memberi kepentingan khusus bagi golongan ibu hamil untuk tumbesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.\n\n2. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi\n\nFosforus dalam khasiat kacang gajus penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta membaik pulih kesihatan sel.\n\nKandungan jumlah gula dalam kacang gajus sangat rendah dan boleh dikatakan tiada langsung kolesterol jahat. \n\nHal inilah yang menyebabkan ia selamat diambil oleh pesakit diabetes, dan bahkan membantu dalam mengurangkan risiko diabetes Jenis 2. \n\n4. Membantu kesihatan otot dan saraf\n\nKacang gajus menyumbang kepada salah satu sumber magnesium penting bagi kesihatan otot, tisu, saraf, dan organ tubuh badan yang lain. \n\nIa bagus dalam mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.\n\nKhasiat kacang gajus yang seterusnya adalah mampu untuk mengurangkan paras tekanan darah. Ia khusus membantu pesakit yang menghidap hipertensi atau kencing manis. \n\nDalam satu kajian yang dijalankan sebelum ini kepada pesakit kencing manis, ia mendapati bahawa berlaku penurunan yang sangat ketara terhadap tekanan darah sistolik dan sebaliknya peningkatan paras kolesterol baik. \n\nTambahan lagi, pengambilan kacang ini dalam diet dikatakan boleh menambah baik paras lemak dan tekanan darah sistolik dan diastolik. \n\nAntara fungsi serat adalah untuk menurunkan kadar kolesterol, melambatkan kenaikan gula dalam darah, dan menghalang sembelit.\n\nKhasiat kacang gajus ini lengkap bagi tubuh badan kita mendapatkan segala kelebihan yang ada kerana ia memang mengandungi kandungan serat yang tinggi. \n\nKomponen dalam kacang gajus yang bagus untuk melindungi mata dikenali sebagai zeaxanthin dan lutein. \n\nMengiku dapatan data dari Department of Agriculture Researh Service, kira-kira 22 mikrogram zeaxanthin dan lutein ditemui setiap 100 gram dalam kekacang ini. \n\nBerdasarkan jadual komposisi mikronutrisi, setiap 100 g buah gajus boleh membekalkan sebanyak 140 mg vitamin C. Jumlah ini sebenarnya sudah memadai dalam membekalkan lebih dari separuh keperluan vitamin C harian kita.\n\nVitamin C dapat membantu penyerapan zat besi untuk penghasilan hemoglobin yang membina sel darah merah. \n\nElemen copper yang terkandung dalam buah ini juga baik dalam pembentukan sel darah merah khusus untuk penghidap anemia.\n\nPengambilan kacang gajus yang mempunyai kadar kolesterol tinggi berupaya dalam mengurangkan kadar jumlah kolesterol dan paras kolesterol LDL di dalam darah.\n\nSalah satu snek pilihan terbaik atau \u201csuperfood\u201d\u00a0untuk anak-anak di rumah tentunya kacang gajus. \n\nNilai protein, magnesium, zink dan karbohidrat yang tinggi pada kekacang ini boleh membantu bagi kecerdasan mental dan fizikal kanak-kanak dan orang dewasa.\n\nKesimpulannya, khasiat kacang gajus memang tidak dinafikan terkandung pelbagai nutrisi terbaik untuk tubuh badan manusia dan kesihatan untuk jangka masa panjang.\n\nSelain dari khasiat kacang gajus ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kekacang seperti:"
"Sudah bersedia untuk kahwin? Tahu rukun nikah?\n\nMenurut bahasa nikah bermaksud menghimpun atau mengumpulkan. Sedangkan menurut\u00a0istilah syara\u2019 nikah adalah suatu \u2018aqad\u00a0yang menghalalkan seorang lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim untuk bersatu menjadi suami isteri dengan ucapan ijab dan qabul\u00a0yang disaksikan oleh beberapa orang saksi dan wali dengan syarat dan ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh hukum syara\u2019.\n\nPernikahan\u00a0ini dilakukan dengan tujuan untuk membina sebuah rumah tangga yang bahagia berdasarkan tuntunan Allah swt dan mengikuti sunnah Rasulullah saw.\n\nPada dasarnya hukum bernikah adalah sunnah\u00a0muakkad iaitu sunnah yang sangat-sangat dianjurkan oleh Rasulullah saw. Namun\u00a0hukum ini boleh berubah sesuai dengan keadaan dan niat seseorang.\n\nJika seseorang menikah dengan niat untuk menjauhi dari perzinahan, maka hukumnya sunat.\u00a0Akan tetapi, jika diniatkan untuk sesuatu yang buruk, maka hukumnya menjadi makruh, bahkan haram.\n\nHal ini sesuai dengan firman Allah swt dalam al-Quran surah Ar-Rum ayat 21 yang berbunyi:\n\n\u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u064b\u0627 \u0644\u0650\u062a\u064e\u0633\u0652\u0643\u064f\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0648\u064e\u062f\u0651\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u06da \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0641\u0650\u064a \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0644\u064e\u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u064d \u0644\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u064a\u064e\u062a\u064e\u0641\u064e\u0643\u0651\u064e\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cDan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.\u00a0\u00a0Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.\u201d (Surah ar-Rum, Ayat 21).\n\nManakala, dalam Al-Qur\u2019an Surah Ar-Ra\u2019du ayat 38 Allah swt berfirman:\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064f\u0633\u064f\u0644\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0630\u064f\u0631\u0651\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064b \u06da \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u0650\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064d \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a\u064e \u0628\u0650\u0622\u064a\u064e\u0629\u064d \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0625\u0650\u0630\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u06d7 \u0644\u0650\u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0623\u064e\u062c\u064e\u0644\u064d \u0643\u0650\u062a\u064e\u0627\u0628\u064c\n\nMaksudnya, \u201cDan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu).\u201d (Surah ar-Ra\u2019du, Ayat 38)\n\nDalam aqad nikah ada beberapa rukun, syarat dan kewajiban yang harus dipenuhi.\n\n5) Ijab dan kabul (akad nikah)\n\nIslam mensyaratkan adanya wali bagi wanita sebagai penghormatan bagi wanita, memuliakan dan menjaga masa depan mereka. Walinya lebih mengetahui daripada wanita tersebut. Jadi bagi wanita, wajib ada wali yang membimbing urusannya, menguruskan aqad nikahnya. Tidak boleh bagi seorang wanita menikah tanpa wali, hal ini akan menyebabkan perkahwinan menjadi tidak sah. Rasulullah saw bersabda:\n\nMaksudnya, \u201cTidak sah nikah melainkan dengan wali.\u201d (HR Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad)\n\nImam Syafie berkata, \u201cSiapa pun wanita yang menikah tanpa izin walinya, maka tidak ada nikah baginya (tidak sah). Kerana Nabi saw bersabda, \u2018Maka nikahnya batil (tidak sah).\u2019\u201d\n\nYang dikatakan wali adalah orang yang paling dekat dengan pengantin wanita. Dan orang paling berhak untuk menikahkan wanita merdeka adalah ayahnya, lalu datuknyanya, dan seterusnya ke atas. Boleh juga anaknya dan cucunya, kemudian saudara seayah seibu, kemudian saudara seayah, kemudian pakciknya.\n\nIbnu Baththal berkata, \u201cMereka (para ulama) ikhtilaf tentang wali. Jumhur ulama di antaranya adalah Imam Malik, ats-Tsauri, al-Laits, Imam asy-Syafi\u2019i, dan selainnya berkata, \u201cWali dalam pernikahan adalah \u2018ashabah (dari pihak bapa), sedangkan pakcik dari saudara ibu, ayahnya ibu, dan saudara-saudara dari pihak ibu tidak memiliki hak wali.\u201d\n\n\u0644\u0627\u064e \u0646\u0650\u0643\u064e\u0627\u062d\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0628\u0650\u0648\u064e\u0644\u0650\u064a\u064d\u0651 \u0648\u064e\u0634\u064e\u0627\u0647\u0650\u062f\u064e\u0649 \u0639\u064e\u062f\u0652\u0644\u064d\n\nMaksudnya, \u201cTidak sah nikah kecuali dengan adanya wali dan dua saksi yang adil.\u201d (HR Ibnu Hibban & al-Baihaqi)\n\nBacaan ijab perlu menyebutkan secara pasti individu pasangan yang dinikahkan, bukan dengan ungkapan yang membuat ragu. Tidak boleh wali nikah hanya mengatakan: \u201cAku nikahkan engkau dengan anak saya.\u201d Sedangkan dia memiliki ramai anak. Harus disebutkan secara tepat dan pasti anaknya yang mana yang dia nikahkan, dengan menyebutkan namanya.\n\nContoh bacaan Ijab: Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami: \u201cAku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Aisyah Binti Abdullah dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai\u201d.\n\nContoh sebutan qabul (akan dilafazkan oleh bakal suami): \u201cAku terima nikah/perkahwinanku dengan Aisyah Binti Abdullah dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai\u201d atau \u201cAku terima Aisyah Binti Abdullah sebagai isteriku\u201d.\n\nProses perkahwinan dalam Islam tidaklah rumit dan menyusahkan. Yang paling penting adalah keizinan wali dan persetujuan dari kedua-dua pengantin. Setiap pasangan pasti inginkan perkahwinan yang diberkati dan berkekalan. Oleh itu, peliharalah ikatan ini dari awal saat diijab kabulkan daripada unsur-unsur yang tidak baik. Mudah-mudahan rumah tangga yang dibina bahagia sehingga ke syurga.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Rukun Nikah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Sakit kepala adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, kebanyakan orang akan mengalami sakit kepala dari masa ke semasa dan ia adalah normal. \n\nWalaupun ianya menyakitkan dan melemahkan, sebahagian besarnya dapat disembuhkan dengan ubat penahan sakit sederhana dan akan hilang dalam masa beberapa jam.\u00a0\n\nWalau bagaimanapun, serangan berulang mungkin boleh menjadi sesuatu yang lebih serius. Klasifikasi Gangguan Sakit Kepala Antarabangsa (ICHD) mendefinisikan lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang berbeza. Namun, jom kami akan kongsikan 11 jenis sakit kepala yang mungkin anda alami.\n\nSakit kepala ini dicirikan oleh kesakitan yang terasa seperti terbakar dan menusuk yang teruk. Ia berlaku di sekitar bahagian mata atau di belakang mata pada satu masa. Kadang-kadang, ia boleh menjadi bengkak, kemerahan dan berpeluh yang akan berlaku di bahagian yang dipengaruhi oleh jenis sakit kepala ini.\n\nJenis sakit kepala ini terjadi secara berturut-turut. Setiap sakit kepala boleh berlangsung dari 15 minit hingga tiga jam. Kebanyakan orang mengalami satu hingga empat kali sakit kepala sehari sekiranya diserang dengan jenis sakit kepala ini.\u00a0\n\nBiasanya ia terjadi pada waktu yang sama hampir setiap hari. Doktor juga tidak pasti apa yang menyebabkan sakit kepala berkumpulan ini, tetapi mereka tahu beberapa cara yang berkesan untuk merawatnya.\n\n2.\u00a0 \u00a0Sakit Kepala Alergik Atau Sinus\n\nSakit kepala kadang-kadang berlaku akibat reaksi alergik. Kesakitan dari jenis sakit kepala ini sering difokuskan pada kawasan sinus dan di bahagian depan kepala anda. Sakit kepala migrain juga biasanya salah satu yang didiagnosis sebagai sakit kepala sinus.\u00a0\n\nMalah, sehingga 90 peratus daripada \u201csakit kepala sinus\u201d sebenarnya adalah sakit kepala migrain. Orang yang mempunyai alahan biasanya akan terdedah kepada jenis sakit kepala alergik ini. Sakit kepala Sinus dirawat dengan menipiskan lapisan lendir yang menyebabkan tekanan sinus.\u00a0\n\nSemburan steroid hidung, decongestan OTC boleh membantu merawatnya. Jenis sakit kepala sinus juga boleh menjadi gejala jangkitan penyakit sinus. Dalam kes ini, doktor anda mungkin menggunakan antibiotik untuk membersihkan jangkitan dan melegakan sakit kepala dan gejala lain.\n\nKafein akan menjejaskan aliran darah ke otak anda. Memiliki jumlah kafein terlalu banyak boleh memberi anda sakit kepala. Orang yang mempunyai migrain berisiko kerap mencetuskan sakit kepala akibat kegunaan kafein.\n\nApabila kita mendedahkan otak kepada sejumlah kafein setiap hari, kita mungkin akan mengalami sakit kepala jika tidak dapat mengurangkan jumlah kafein tersebut. Ini mungkin kerana kafein memberi kesan kimia di dalam otak dan boleh mencetuskan jenis sakit kepala ini.\n\nFakta mengatakan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala.\u00a0 Jenis sakit kepala hipertensi ini memberi isyarat kecemasan. Ini berlaku apabila tekanan darah dalam badan anda menjadi tinggi.\u00a0 Jenis sakit kepala hipertensi ini biasanya akan berlaku pada kedua-dua belah kepala dan biasanya akan menjadi lebih teruk.\u00a0\n\nSelalunya sakitnya akan terasa seperti berdenyut. Anda juga mungkin mengalami perubahan penglihatan, mati rasa atau kesemutan, sakit dada atau sesak nafas. \n\nSekiranya anda mengalami jenis sakit kepala hipertensi, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera. Biasanya ia akan hilang sebaik sahaja tekanan darah berada di bawah kawalan yang lebih baik.\n\nSakit kepala pasca-trauma boleh terjadi selepas kecederaan kepala.\u00a0 Jenis sakit kepala ini adalah sama seperti migrain dan biasanya bertahan sehingga 6 hingga 12 bulan selepas kecederaan berlaku. Sakit kepala pasca-trauma ini juga biasanya boleh menjadi kronik jika tidak dirawat dengan baik sepenuhnya.\n\nSakit kepala pemulihan yang juga disebabkan oleh pengambilan ubat sakit kepala yang berlebihan. Ianya terasa seperti sakit kepala jenis ketegangan atau lebih menyakitkan, seperti migrain. Anda mungkin lebih mudah terdedah kepada jenis sakit kepala ini jika kerap menggunakan painkiller.\u00a0\n\nPenggunaan ubat ini secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala yang lebih banyak dan bukannya sedikit. Cara yang baik untuk mencegahnya adalah dengan mengambil ubat harian yang tidak menyebabkan sakit kepala dan menghalang sakit kepala daripada terjadi kembali.\n\nWanita biasanya akan mengalami jenis sakit kepala ini yang dikaitkan dengan perubahan hormon. Menstruasi, pil kawalan kelahiran dan kehamilan semuanya memberi kesan kepada paras estrogen anda yang boleh menyebabkan sakit kepala. \n\nSakit kepala ini berkaitan secara khusus dengan kitaran haid juga dikenal sebagai migrain haid.\u00a0 Ini boleh berlaku sebelum, semasa ataupun selepas haid juga semasa ovulasi. \n\nUntuk mengawal kesakitan ini, anda perlu mengambil naproxen (Aleve) atau ubat-ubatan preskripsi seperti frovatripan (Frova) dan sebagainya. Dianggarkan bahawa kira-kira 60 peratus wanita dengan migrain juga mengalami masalah ini, jadi ubat alternatif mungkin mempunyai peranan dalam mengurangkan sakit kepala ini. \n\nKesakitan sakit kepala berlaku dengan cepat selepas tempoh aktiviti fizikal yang sengit. Pengangkat berat, lari dan lain-lain aktiviti adalah pencetus untuk mengalami jenis sakit kepala ini. Aktiviti ini boleh menyebabkan peningkatan aliran darah ke tengkorak anda malah ia menyebabkan sakit kepala yang berdenyut terhadap kedua-dua belah bahagian kepala anda.\n\nJenis sakit kepala ini biasanya terjadi dalam masa beberapa minit atau beberapa jam. Analgesik, seperti aspirin dan ibuprofen (Advil) pasti dapat mengurangkan masalah ini.\n\nSeseorang yang mempunyai migrain pasti akan mengalami rasa sakit yang berdenyut pada satu bahagian kepala. Mereka mungkin mengalami kepekaan yang tinggi terhadap cahaya, bunyi, dan bau. Biasanya jenis sakit kepala ini berlangsung antara 5 hingga 60 minit pada awalnya.\n\nMigrain cenderung berlaku berulang kali dan setiap serangan mungkin berlangsung sehingga 3 hari lamanya. Walaupun migrain boleh berlaku pada orang dewasa dan kanak-kanak, ianya tiga kali ganda lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki.\n\nSesiapa sahaja boleh mengalami sakit kepala ketegangan dan biasanya disebabkan oleh tekanan. Painkiller mungkin adalah apa yang diperlukan untuk melegakannya. Ini termasuk aspirin, ibuprofen (Advil), naproxen (Aleve) dan sebagainya.\n\nSekiranya ia tidak berkesan, doktor akan mengesyorkan ubat preskripsi. Ini termasuklah indomethacin, meloxicam (Mobic), dan ketorolac. Jika sakit kepala ketegangan menjadi teruk, tindakan yang berbeza mungkin dicadangkan untuk menangani kesakitan tersebut.\n\nSakit kepala hipnic adalah keadaan yang jarang berlaku yang biasanya bermula untuk pertama kalinya pada usia 50an namun ia juga boleh bermula lebih awal. Sakit kepala hipnic terdiri daripada kesakitan berdenyut ringan sehingga sederhana. Ia biasanya dirasakan di kedua-dua belah kepala. \n\nWalaupun sakit kepala ini tidak berbahaya, seorang yang lebih tua yang mengalami jenis sakit kepala ini untuk pertama kalinya harus berjumpa doktor.\u00a0 Jenis sakit kepala ini boleh dirawat dengan kafein yang diambil sebagai tablet atau sebagai cawan kopi sebelum tidur. Pilihan ubat lain termasuk indometasin, melatonin, dan litium.\n\nBerikut adalah jenis sakit kepala yang sering berlaku dalam masyarakat dan amat berbahaya jika dibiarkan. Jom baca juga berkaitan Punca Sakit Kepala, Petua Hilang Sakit Kepala, Jenis Sakit Perut Ketika Hamil dan Jenis Penyakit Jantung.\n\nRujukan\n1.\u00a0 What different types of headaches are there. \u00a0https://www.medicalnewstoday.com/articles/320767\n\n2.\u00a0 10 Types of Headaches and How to Treat Them. \u00a0https://www.healthline.com/health/headache/types-of-headaches\n\n3.\u00a0 10 Jenis Sakit Kepala yang Harus Anda Ketahui. \u00a0https://www.infopelajar2u.com/10-jenis-sakit-kepala/"
"Ayam kung pao ialah hidangan yang berasal dari Sichuan, Tiongkok, dimana ayam dipotong dadu dan digoreng pedas dengan, kacang tanah, sayur-sayuran, dan cili. Walaupun hidangan ini terdapat di seluruh China, terdapat variasi wilayah yang biasanya kurang pedas daripada hidangan Sichuan.\n\nAyam kung pao sedap dimakan dengan nasi putih. Sila cubakan resepi ayam masak kung pao yang dikongsikan oleh \u200eMohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor di laman Facebook. Saking sedapnya rasa ingin meratah ayam sahaja.\n\nKepedasan bergantung pada cili kering sebab cili kering ada yang pedas dan ada yang tidak. Kalau ingin lagi pedas boleh tambah cili padi.\n\nSelain ayam masak kung pao, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi mencegah virus Covid 19. Apabila duduk di rumah, pelbagai aktiviti bersama keluarga dan anak-anak dapat dilakukan untuk mengisi masa lapang. Hubungan sesama keluarga juga dapat dieratkan dengan lebih lagi.\n\nBagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang berumur 2 tahun dan ke atas yang masih tidak petah bercakap, masa ini lah yang sesuai untuk mengajar mereka untuk pandai bercakap. Pada umur-umur sebegini, sepatutnya anak-anak sudah pandai cakap beberapa perkataan tetapi mungkin mereka kurang latihan bercakap.\n\nBagaimanakah cara atau teknik yang mudah untuk mengajar anak pandai bercakap?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 teknik asas melatih anak-anak bercakap. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.\n\n3 Teknik asas melatih anak-anak bercakap\n\n1) Sebut satu perkataan berulang kali\n\nTerutama perkataan yang baru diajar. Cuba ajar berulang kali perkataan dalam situasi dan konteks yang berbeza. Pengulangan ini dapat membantu anak memahami dan mengingati perkataan yang telah diajar."
"Persekitaran anak itu memainkan peranan yang penting.\n\nTeringat seorang doktor pakar perkembangan kanak-kanak memberitahu walaupun punca sesuatu diagnosis mostly adalah disebabkan genetik , tetapi persekitaran memainkan peranan yg sangat besar dlm membantu perkembangan anak.\n\nPunca, Kesan Dan Tips Meransang Perkembangan Anak\n\nApabila anak kurang mendapat ransangan daripada persekitarannya.\n\n2) Kemahiran sosial lemah \u2013 tak tahu mcm mana nk berinteraksi dgn cara yg betul\n\n3) Kemahiran motor kasar dan halus lemah\n\n4) Kemahiran kendiri lemah \u2013 rasa takut, dependent pada orang lain\n\n5) Kemahiran bermain pun lemah \u2013 bermain tidak mengikut umurnya.\n\nIni akan menberikan kesan kepada kemahiran cognitive mereka yang digunakan untuk belajar nanti\n\n1) Kurang masa utk meneroka dan bermain di luar dan dalam rumah\n\n2) Kurang masa utk ibubapa/penjaga berinteraksi dgnnya\n\n4) Terlalu banyak menonton youtube dan TV\n\n5) Tidak bergaul dgn kanak-kanak lain di tadika\n\nBagaimana nak tingkatkan ransangan di persekitaran anak?"
"Siapa tengah mencari resepi aiskrim magnum viral?\n\nBaru-baru ini resepi aiskrim magnum ramai dibincangkan. Resepinya amat ramai dicari di enjin pencarian. Apa yang istimewa sangat dari aiskrim magum ini?\n\nAiskrim magnum ialah aiskrim yang dibuat dengan aiskrim vanilla dan dilapis dengan coklat di luar. Semasa coklat digigit, aiskrim vanilla akan terasa cair dimulut. Memang macam aiskrim magnum asli!\n\nSekali rasa mesti tidak tahan ingin makan lagi dan lagi. Aiskrim vanilla yang lembut dan coklat di luar yang rapuh memang sedap. Tidak hanya anak-anak, mak dan ayah gerenti akan berebut makan sekali.\n\nUntuk memenuhi permintaan ramai, di bawah ini kami kongsikan resepi aiskrim magnum viral yang dikongsikan oleh Fafae Mimie di laman Facebook. Berikut juga cara-cara supaya coklat tidak bercampur dengan aiskrim. Selamat mencuba.\n\nNota : Boleh beli aiskrim vanilla dalam bekas. Cairkan. Lagi murah dan sedap kerana whipping cream mahal.\n\nCara Masukkan Dalam Plastik Aiskrim :\n\nSelain resepi aiskrim magnum, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sering\nkita dengar dan lihat donut gula, dan semestinya ianya telah menjadi kegemaran\nkita sebagai rakyat Malaysia. Namun, terdapat pelbagai jenis donut yang anda\nboleh cuba. Kali ini kami bawakan resepi donut pandan. \n\nDonut pandan merupakan salah satu hidangan tradisi donut yang diberi nafas baru, kena dengan tekak orang Asia. Aroma pandan pasti akan dapat menarik minat sesiapa sahaja. Resepi donut pandan ini juga amat mudah untuk diikuti, serta bahan \u2013 bahannya mudah untuk didapati. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Earney Atyesha dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.\n\nCara apa sekali pun, pastikan doh elastic dan licin di penghujungnya nanti. \n\nPerap sehingga naik dua kali ganda atau selama satu jam. \n\nTunggu naik sikit, tekan sikit dan buat bulat tengah. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nPelbagai lagi resepi yang anda boleh peroleh daripada bidadari.my. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang."
"Orang kata, sakit gigi sama sakitnya macam nak bersalin. Punyalah sengsara, rasa macam nak tumbuk orang. Kalau anda sedang sakit gigi, jom baca 25 petua hilangkan sakit gigi dengan cepat yang dijamin berkesan.\n\n1. Daun salam & bunga cengkih\n\nDaun salam dan bunga cengkih adalah salah satu petua hilangkan sakit gigi yang boleh anda cuba. Bahan-Bahan yang diperlukan ialah 3 biji bunga cengkih,\u00a05 helai daun salam, dan air secukupnya. Cara membuatnya, panaskan air sehingga mendidih. Masukkan helaian daun salam dan bunga cengkih ke dalam periuk. Rebus sehingga air rebusan mendidih dan mengeluarkan aroma wanginya.\n\nGunakan untuk berkumur pada setiap waktu sebelum tidur, insha Allah sakit gigi anda akan semakin berkurangan.\n\n2. Air garam & limau nipis\n\nRebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.\n\nRendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.\n\nCampuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai antibakteria, anti-radang dan pelali. Campur garam dan lada hitam dalam kuantiti yang sama dengan beberapa titik air untuk menjadi pes. Letakkan bahan ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Ulang setiap hari sehingga rasa sakit berkurangan.\n\nBuah limau nipis juga berkesan untuk mengatasi sakit gigi berlubang dan juga gusi bengkak. Ambil sebiji buah limau nipis, perah dan ambil airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam. Kacau sehingga sebati. Setelah itu, kumurlah selalu.\n\n6. Daun sirih & bunga cengkih\n\nPetua hilangkan sakit gigi\u00a0yang seterusnya\u00a0 adalah dengan menggunakan daun sirih dan bunga cengkih. Bunga cengkih mengandungi anti inflamasi, anti bakteria, antioksidan dan bersifat sebagai antibiotik yang boleh menyembuhkan luka dan membunuh bakteria pada gigi berlubang. Rebus kedua bahan ini, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur. Ulang sehingga sakit gigi anda sembuh.\n\nTuamkan ais ke pipi di bahagian gigi yang sakit. Jangan lupa untuk alaskan ais dengan kain. Jangan tuam ais secara direct ke kulit muka. Nanti sakit gigi hilang, pipi pulak merah menyala.\n\nAda 2 cara untuk anda menghilangkan sakit gigi dengan menggunakan daun jambu batu. Cara pertama, anda boleh terus mengunyah daun jambu batu. Tak lama selepas mengunyah, anda akan mula berasa kebas dimulut lalu sakit gigi anda akan hilang.\n\nCara kedua ialah dengan merebus daun jambu batu bersama sedikit garam dan dijadikan sebagai air kumuran.\n\nTeh hitam yang pekat dipercayai dapat membantu menghilangkan sakit dengan cara mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai digunakan untuk berkumur. Selain itu, anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam untuk dituamkan pada gigi yang sakit untuk kelegaan sementara membuat temujanji dengan doktor.\n\nTitiskan esen vanila ke kawasan gigi yang sakit. Sakit gigi anda akan reda.\n\nAsam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.\n\nAmbil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.\n\nSetelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.\n\nAmbil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.\n\nAmbil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air panas dan tambah sedikit garam. Air serai ini boleh digunakan sebagai bahan kumur.\n\nAmbil isi aloe vera dan sapuka pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, masukkan isi aloe vera ke dalam lubang.\n\nAmbil 10 helai daun sirih tua dan rebus dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Sejukkan dan tapis. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.\n\nSediakan segelas air suam dan campurkan sedikit cuka. Kemudian berkumur dengan air tersebut. Amalkan 3 kali sehari.\n\nAmbil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit. Anda juga boleh kunyah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.\n\nCara seterusnya ialah dengan cara makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.\n\nGigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.\n\nAmbil \u00a0seulas bawang putih dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, masukkan sedikit cuka. Dah siap campur bawang putih dengan cuka, letak pada gigi\u00a0 yang berlubang\n\nKaedah seterusnya, sapu sahaja getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.\n\nCara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.\n\nAmbil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan ke gigi yang sakit.\n\nBancuh satu sudu kecil garam pada secawan air panas. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi.\n\nItulah dia 25 petua hilangkan sakit gigi yang boleh anda cuba. Semoga sakit gigi yang anda alami berkurangan. Kalau tak kurang juga, cepat-cepat ke klinik gigi untuk berjumpa dengan doktor. Jemput juga abca artikel tulisan kami yang lain seperti petua hilangkan kayap , petua hilangkan sakit perut dan petua hilangkan batu karang"
"Wudhu sangat penting bagi kita orang Islam. Begitu juga dengan Al Quran. Dan tahukah anda, apakah hukum bagi\u00a0memegang dan\u00a0membaca Al-Quran tanpa wudhu atau wuduk ini? Niat utk baca tersebut adalah untuk belajar. Namun, semua umat islam pasti tahu dan pernah di ajar yang sebelum membaca AlQuran ini, kita perlu mengambil wudhu dan perlu menjaga batas-batas ketika membacanya. Tetapi bagaimana pula hukum bagi orang yang membaca AlQuran tanpa wudhu?\n\nRamai yang memberi pendapat yang berbeza, ada yang kata boleh ada juga yang kata tidak boleh. Untuk itu dikongsikan juga sebuah hadis dan firman Allah mengenai permasalahan ini.\n\nfirman Allah SWT di dalam surah al-Waqiah ayat 79:\n\nYang bermaksud, tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.\n\n\u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 : \u0644\u0627 \u062a\u0645\u0633\u0651\u064e \u0627\u0644\u0642\u0631\u0622\u0646\u064e \u0625\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0648\u0623\u0646\u062a \u0637\u0627\u0647\u0631\u064c\n\nYang bermaksud, sabda Rasulullah s.a.w tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang bersuci.\n\nMelalui firman dan hadis di atas jelaslah menunjukkan bahawa hukum baca AlQuran tanpa wudhu adalah di benarkan asalkan tidak menyentuh AlQuran tersebut.\n\nBagaimana Pula Dengan Hukum Membaca Quran Tanpa Wudhu Melalui Gajet?\n\nTadi kita sudah tahu hukum baca AlQuran tanpa wudhu\u00a0 dan sekarang, bagaimana pula bagi mereka yang membaca Al-Quran melalui gajet seperti telefon bimbit? Adakah kena ambil wudhu juga? Inilah\u00a0hukum membaca\u00a0Qur\u2019an di handphone\u00a0tanpa berwudhu. Menurut pembacaan, terdapat dua jawapan. \n\nYang pertama, telefon bimbit \u00a0dan peralatan seumpamanya yang di dalamnya ada kandungan Al-Qur\u2019an tidak seperti hukumnya mushaf. Ini kerana huruf Al-Qur\u2019an yang terdapat di peralatan ini berbeza dengan keberadaan huruf di mushaf.\u00a0Maka kita dibenarkan untuk membaca AlQuran di telefon walaupun kita tidak mengambil wudhu sebelumnya.\u00a0\n\nManakala untuk jawapan yang keduanya pula, dikatakan yang membaca Al Qur\u2019an dari HP sama dengan dari mushaf Al Qur\u2019an langsung.\n\nHukum, pahala, dan keutamaan untuk membaca AlQuran ini sangat istimewa. Seseorang yang ingin membaca, mendengarkan, atau mempelajari Al Qur\u2019an dengan mudah bisa membukanya di HP dan alat elektronik yang lain.\n\nDiantara dalil yang menunjukkan keutamaan membaca Al Qur\u2019an adalah hadits:\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0631\u064e\u0623\u064e \u062d\u064e\u0631\u0652\u0641\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u0650\u062a\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064f \u0628\u0650\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u062b\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0644\u0627\u064e \u0623\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0645 \u062d\u0631\u0652\u0641\u064c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0644\u0650\u0641\u064c \u062d\u064e\u0631\u0652\u0641\u064c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e\u0645\u064c \u062d\u064e\u0631\u0652\u0641\u064c \u0648\u064e\u0645\u0650\u064a\u0645\u064c \u062d\u064e\u0631\u0652\u0641\u064c\n\n\u201cBarangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan \u0627\u0644\u0645 (alif laam miim) satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.\u201d (HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami\u2019, no. 6469).\n\n\u0623\u064e\u064a\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u062c\u0650\u062f\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064e \u062e\u064e\u0644\u0650\u0641\u064e\u0627\u062a\u064d \u0639\u0650\u0638\u064e\u0627\u0645\u064d \u0633\u0650\u0645\u064e\u0627\u0646\u064d \u0642\u064f\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0639\u064e\u0645\u0652. \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0641\u064e\u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064f \u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u064d \u064a\u064e\u0642\u0652\u0631\u064e\u0623\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u0649 \u0635\u064e\u0644\u0627\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u0650 \u062e\u064e\u0644\u0650\u0641\u064e\u0627\u062a\u064d \u0639\u0650\u0638\u064e\u0627\u0645\u064d \u0633\u0650\u0645\u064e\u0627\u0646\u064d\n\n\u201cMaukah seorang dari kalian jika kembali ke rumahnya mendapati di dalamnya 3 onta yang hamil, gemuk serta besar?\u201d Kami (para shahabat) menjawab: \u201cIya\u201d, Rasulullah -shallallahu \u2018alaihi wasallam- bersabda: \u201cSalah seorang dari kalian membaca tiga ayat di dalam shalat lebih baik baginya daripada mendapatkan tiga onta yang hamil, gemuk dan besar.\u201d (HR. Muslim).\n\nDengan adanya AlQuran dalam melalui telefon bimbit ini akan memudahkan ramai orang untuk membacanya. Terutama untuk golongan anak muda pada masa kini yang sudah agak jauh dari AlQuran. Jadi dengan adanya teknologi macam ini ia dapat memudahkan anak muda untuk membacanya di mana saja. Cara yang senang dah ada maka cuma tinggal kita sajalah sama ada hendak membaca AlQuran ini ataupun tidak.\n\nBagaimana Pula Dengan Adab Membaca AlQuran?\n\nJika tadi sudah dikongsikan dengan anda mengenai hukum baca AlQuran tanpa wudhu, sekarang ini ingin dikongsikan juga berberapa tata cara ataupun adab ketika kita hendak membaca AlQuran yang suci dan mulia ini. Sebagai seorang muslim, sebelum kita hendak membaca AlQuran, kita perlu tahu adab-adabnya dulu.\n\nAntara adab-adab membaca AlQuran yang perlu kita tahu adalah seperti di bawah ini:\n\n5 Manfaat Membaca AlQuran Terhadap Manusia\n\nHukum sudah adab pun sudah, jadi sekarang admin mahu berkongsi dengan manfaat membaca AlQuran. Sebenarnya Membaca AlQuran banyak manfaat bagi diri kita. Sebab itu kita digalakkan membaca AlQuran setiap setiap. Antara manfaat untuk mereka yang mengamalkan membaca AlQuran adalah seperti yang dikongsikan di bawah ini. Anda juga boleh mendapat manfaat ini jika dapat meluangkan masa untuk membaca AlQuran ini selalu.\n\nMembaca AlQuran dapat memberikan ketenangan buat diri kita. Jika fikiran anda sedang bercelaru dengan masalah dan hati tidak tenang, anda digalakkan untuk membaca AlQuran. Insyaallah selepas itu hati anda akan tenang dan anda akan jumpa jalan penyelesaian untuk masalah anda.\n\nBagi anda yang sakit, dah mencuba pelbagai cara tetapi masih juga belum sembuh, anda boleh mengamalkan dengan membaca AlQuran. Ini kerana, salah satu kelebihan AlQuran adalah mampu menyembuhkan segala jenis penyakit\n\nOrang yang sering membaca AlQuran akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Bukan itu sahaja, AlQuran juga mampu menjadikan seseorang itu mempunyai peribadi yang mulia.\n\nOrang yang membaca AlQuran, dapat menyelamatkan diri mereka dari segala kejahatan di dunia dan selamatkan diri kita dari seksaan kubur dan boleh menyelamatkan diri kita di akhirat kelak.\n\nRajin membaca AlQuran dapat menyembuhkan dari penyakit hati seperti hasad dengki, iri hati, tamak dan bermacam lagi. Ia sekali gus dapat menjadikan kita sebagai seorang insan yang baik di dunia dan di akhirat."
"Tahu atau tidak, brownies merupakan kek bantat? Sejarahnya bermula apabila seorang pembuat kek terlupa untuk memasukkan serbuk penaik ke dalam adunan keknya. Jadi, apabila telah habis dibakar, dia mendapati keknya itu bantat dan kenyal. Sepatutnya, kek tersebut haruslah berpori, tebal, lembut dan naik, akan tetapi, hasilnya itu tidak sebegitu. Maka, terjadilah brownies. Brownies telah diambil daripada istilah the deep brown colour of cookies. Brownies telah mula dikomersialkan di Amerika Syarikat pada tahun 1897.\n\nKini, di Malaysia, brownies kedut telah menjadi viral dan kegemaran semua orang. Cara pembuatnnya juga mudah jadi sesiapa juga boleh membuatnya. Jom kita lihat resepi brownies kedut yang telah menjadi viral ini.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Saripah Hashim dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.\n\n1. Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair. Gaul rata.Biarkan sejuk.Tips untuk dapatkan kedut.(A)\n\n2. Pukul telur bersama gula perang, esen vanila. (B) pukul sederhana hingga sebati sahaja. \n\n3. Dalam bekas lain ayak tepung naik sendiri. (C)\n\n4. Masukkan (A) ke dalam (B). Kacau rata. Kemudian masukkan (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (A) dan (B). Gaul rata.\n\n5. Alas acuan 10\u2019x10\u2032 dengan kertas baking dan oleskan dengan butter. Tuang adunan brownies ke dalam acuan.\n\n6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160 C selama 30-40 minit.\n\n7.Selepas masak renggangkan sedikit pintu oven untuk mendapatkan kedut yang menarik. \n\nSaya sendiri olah dari resepi asal, Inilah resepi saya. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi brownies kedut ini, terdapat beberapa lagi resepi yang semestinya anda boleh cuba dan hidangkan kepada ahli keluarga! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini juga ya!"
"Siapa pernah dengar dan cuba resepi kek batik Cadbury? Vers viral yang membuat anda tidak sabar untuk mencuba.\n\nKek batik \u200eMuhammad Ali atau dipanggil Mr. Ali terkenal di Facebook sejak kebelakangan ini. Ramai netizen yang cuba buat kek batik Mr. Ali. Teringin pula mencuba resepi viral ini bukan?\n\nAdapun resepi kek batik Mr. Ali ialah turun temurun daripada ibunda. Namun begitu resepi tak lekang dek waktu ini masih sentiasa ada bahkan makin terkenal kualiti dan rasanya semenjak dikreasikan oleh Mr.Ali sendiri.\n\nTerdapat pelbagai macam resepi kek batik dia sebenarnya. Namun khas untuk perkongsian kali ini kami akan jelaskan satu resepi yang terkenal daripada Mr. Ali iaitu kek batik cadbury cheesecake. Tengok gambar pun dah tahu kalau kek batik ini amatlah sedap dan menyelerakan apalagi ada topping cadbury yang memiliki rasa lembut, manis dan menggoda sungguh.\n\nTanpa tunggu lama, mari cubakan resepi di bawah ini. Resepi ini untuk loyang 8 inci. Kalau pakai loyang 5 inci dapat dua bekas saiz 5 inci. Kalau pakai 6 inci akan dapat saiz 6 inci 1 bekas dan 2 bekas sq450. Kalau pakai sq450 dapat 6 bekas.\n\nBahan Chocolate Ganache, ada 2 pilihan :\n\nBoleh juga cuba versi resepi kek batik yang lain di sini.\n\nSelain kek batik Cadbury Mr. Ali, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Dewasa ini ramai wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa walau pun berkelulusan tinggi. Bukan sesuatu perkara yang pelik kalau anda lihat ramai wanita berijazah tidak bekerja sebaliknya menjadi suri rumah tanpa rasa rugi sedikit pun. \n\nIni kerana ramai yang beranggapan bahawa menjaga anak dengan tangan sendiri adalah yang terbaik memandangkan zaman sekarang ada ramai manusia kejam yang tak bertimbang rasa.\n\nNamun tahukah anda bahawa memegang status seorang suri rumah tak menghalang seseorang daripada menjana duit. Pada zaman moden serba serbi di hujung jari, duduk rumah sambil membesarkan anak pun boleh buat duit. \n\nSibuk memasak di dapur, duit masuk ke akaun bank. Menarik kan? Takde lagi istilah isteri tak bekerja duduk rumah menghabiskan duit suami. Nak tak kalau kami kongsikan tips tambah pendapatan dari rumah yang boleh anda cuba. Lepas ni tak perlu mengeluh takde duit lagi.\n\nPada hari ini segala benda orang beli secara online. Malah barang dapur seperti sabun basuh, syampu, dan ubat gigi pun orang dah mula beli secara online. Hinggakan pasaraya besar seperti Tesco, Mydin sudah menjual secara online. Nampak tak betapa besarnya pasaran online? Jika anda seorang wanita yang duduk di rumah dan berniat untuk menjana pendapatan, cadangan pertama dari kami ialah berniaga secara online.\n\nPilih sahaja produk apa yang anda berminat nak jual. Di antara produk yang sedang hangat di pasaran pada masa ini ialah:\n\nPasatinya anda tertanya-tanya, macam mana nak mula berniaga kalau modalnya tiada? Itulah kelebihan berniaga online. Anda boleh memulakan perniagaan dengan modal kosong. \n\nAnda tak perlu keluarkan modal walau satu sen pun. Macam mana caranya? Anda mula dengan dropship. Sistem dropship bermaksud anda tidak perlu menngeluarkan duit untuk membeli stok. \n\nApabila menjadi dropship, semua stok akan dipegang oleh ejen, stokis, atau ibu pejabat. Anda cuma perlu mempromosikan barang. Apabila ada order yang masuk, anda hantar order dan mereka yang memegang stok akan poskan untuk anda. \n\nNampak tak? Anda langsung tak perlu keluar dari rumah. Itulah untungnya menjadi seorang dropship. Tak perlu keluar modal, tak perlu keluar rumah mengepos barang, tau-tau dah dapat untung.\n\nWalau pun keuntungan dropship tak sebanyak seorang ejen, namun tak salah kalau anda bermula dengan bergelar seorang dropship. Lama-kelamaan apabila anda mempunyai semakin ramai pelanggan, boleh naik menjadi ejen. \n\nManalah tahu dimurahkan rezeki terus menjadi stokis. Siapa tahu? Tak mustahil. Yang penting kita berusaha. Allah dah janji, siapa berusaha pasti akan membuahkan hasil. \n\nCara menambah pendapatan yang kedua ingin kami cadangkan ialah mengasuh anak kecil. Ini adalah pilihan buat anda yang sukakan anak kecil dan bayi. \n\nNamun harus diingatkan bahawa walau pun anda cuma mengasuh dari rumah, sebaiknya anda berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dapatkan sijil yang berkenaan agar anda menjadi seorang pengasuh yang berilmu.\n\nUntuk menjadi seoranh pengasuh berdaftar, anda cuma perlu menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kursus ini boleh diambil sepenuh masa atau separuh masa di mana anda boleh menghadiri kelas pada hujung minggu sahaja. \n\nPilihlah yang mana satu paling sesuai dengan anda. Mungkin kursus separuh masa adalah yang terbaik kalau anda menguruskan anak sekolah pada hari biasa.\n\nSelepas menghabiskan kursus, anda akan mendapat sijil dan kini anda adalah seorang pengasuh yang berdaftar. Pastikan ibu bapa akan bertambah yakin untuk menghantar anak kepada anda memandangkan anda seorang pengasuh terlatih yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jika anda jenis sukakan bayi, pastinya ini adalah pilihan terbaik buat anda.\n\nKalau anda suka memasak atau baking, anda juga boleh menambahkan pendapatan dari dapur anda sendiri. Hari ini ramai ibu berkerjaya yang tidak sempat memasak untuk keluarga lalu memilih untuk membeli makanan secara online. \n\nMalah nasi goreng dan nasi berlauk pun anda boleh jual secara online tanpa membuka kedai. Caranya mudah sahaja, anda iklankan masakan anda dalam kumpulan sokongan di media sosial seperti facebook atau group whatsapp, insya Allah ramai yang akan membeli masakan anda.\n\nBegitu juga kalau anda suka baking. Hari ini ramai yang menjual cream puff, tat nenas, kek, malah trend terbaru ialah bombolini yang dijual secara online dengan memasak di rumah. Caranya sama juga, anda iklankan di media sosial. \n\nBila ada order anda boleh buat penghantaran sendiri atau upah runner untuk melakukan penghantaran. Atau kalau anda mempunyai masa boleh jual hasil tangan anda di belakang bonet kereta atau bahasa inggerisnya car boot sale. Parking kereta anda di kawasan tumpuan ramai dan jual.\n\nMakanan ibu berpantang juga adalah satu lagi idea yang menarik untuk anda cuba memandangkan kini ramai wanita yang memilih untuk berpantang sendiri tanpa pulang ke kampung. Pasti ramai yang akan order kalau anda tawarkan servis menyediakan makanan untuk ibu berpantang.\n\nItulah dia info tentang tips tambah pendapatan dari rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Pilihlah yang mana sesuai untuk anda. All the best!"
"Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi dessert kastard buah yang paling mudah, sedap dan yang paling penting menyegarkan. Bahan yang digunakan juga lebih mudah untuk didapati dan juga berkhasiat. Walaupun menggunakan bahan yang murah dan biasa, rasa\u00a0dessert kastard buah boleh buat teringin-ingin. Nak lagi, nak lagi dan nak lagi. Tambah-tambah kalau dessert ini disejukkan sedikit. \n\nApa-apa pun, kalau nak resepi Dessert Kastard Buah-Buahan yang senang dan mudah ini, bolehlah lihat resepinya di bawah. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Lyanti Net Saadun di laman Facebook. Resepi ini mendapat tanda gemar yang tinggi tau. Bukan biasa-biasa.\n\nDah siap. Mudah kan? Rasa tak sabar nak buat? Bolehlah cepat-cepat cari bahan-bahannya. Dessert ini sesuai juga kalau nak dijamu buat tetamu-tetamu yang datang. Selain dari resepi Dessert Kastard Buah ini, terdapat juga resepi menarik yang lain yang turut dikongsikan di laman ini. Selamat mencuba."
"Masalah perceraian kini semakin menunjukkan peningkatan dari sehari ke sehari, malah semakin teruk. Berikut adalah beberapa masalah yang paling biasa berlaku dalam kalangan pasangan hari ini yang menyebabkan perceraian serta tips bagaimana untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada berlakunya perceraian.\n\nKerjaya sering kali menjadi faktor yang menjejaskan hubungan rumahtangga seseorang. Sentiasa sibuk dengan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawab untuk meluangkan masa bersama pasangan atau menjadikan pasangan sebagai tempat melepaskan tekanan kerjaya akan menyumbang kepada punca masalah perkahwinan. Hubungan suami isteri akan menjadi renggang dan semakin berlarutan sehingga membawa kepada perceraian.\n\nTeramatlah penting untuk anda menghabiskan masa bersama pasangan dengan sekerap mungkin agar hubungan anda bersama pasangan sentiasa hangat dan bahagia. Ketika bersama, elakkan daripada berbual tentang topik yang boleh menyebabkan pertengkaran dan pastikan ianya tidak menyusahkan pasangan anda.\n\n#2 Sentiasa Bercanggah Pendapat dan Sering Bergaduh\n\nPerkongsian dan persefahaman dalam membuat sebarang keputusan dalam perhubungan amat penting untuk menjamin rumahtangga yang bahagia. Sebenarnya, masalah dalam perkahwinan itu biasa dan menjadi lumrah kepada setiap pasangan.\n\nBagaimana anda mengawal, apa cara yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah itulah yang menjadi tanda aras\u00a0 kepada perkahwinan anda. Segeralah cari penyelesaian kepada masalah anda dan jangan biarkan hari-hari sentiasa penuh dengan pertelingkahan dan perselisihan faham.\n\nNormal untuk setiap pasangan berselisih faham, namun ia akan menjadi tidak normal untuk bergaduh dan berselisih faham setiap saat, setiap masa malah terbawa-bawa sehingga ke bilik tidur. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan perkahwinan anda sekiranya ia berlaku dan perceraian mungkin akan menjadi jalan terakhir jika anda tidak segera menyelesaikannya.\n\nJadi, sentiasalah bertolak-ansur antara pasangan dan sentiasa berusaha untuk memahami budi pekerti, kehendak dan kemahuan pasangan kita agar ianya tidak membawa kepada pertelingkahan.\n\n#3 Bersikap Terlalu Mudah untuk Bercerai\n\nJika dulu, perceraian merupakan perkara yang paling tidak disukai keluarga dan masyarakat umumnya. Namun, keadaan pada hari ini jauh berbeza kerana kebanyakan orang kini semakin terbuka dan menganggap perceraian itu perkara biasa dan tidak perlu diambil berat.\n\nPerceraian diterima sebagai pilihan atau jalan yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah, bukannya sebagai jalan terakhir. Kini, rakan-rakan sendiri yang banyak kali menyokong dan menggalakkan perceraian, sedangkan perceraian merupakan perkara yang cukup dibenci oleh Allah SWT.\n\nKepada setiap pasangan yang sedang dalam dilema dan sentiasa memikirkan perceraian sebagai penyelesaian masalah mereka, fikirlah berkali-kali lagi sebelum membuat keputusan sebegitu! Adakah keputusan itu dibuat kerana perasaan marah, atau adakah anda benar-benar sudah berhenti mencintai dia?\n\nKadang-kadang dengan bersikap lebih sabar dan tabah, sesuatu masalah pasti dapat diselesaikan dan perceraian pasti tidak akan\u00a0 berlaku semudah itu.\n\nSebab-sebab ini adalah salah satu daripada banyak sebab yang menyumbang kepada jumlah perceraian yang tinggi. Berusahalah dan berjanjilah kepada diri anda bahawa anda sekali-kali tidak akan berfikir untuk bercerai jika berlaku sebarang masalah dalam perkahwinan. Katakan tidak kepada perceraian!"
"Orang cerdik suka buat apa sebenarnya? Setiap manusia memiliki 24 jam sehari semalam yang sama untuk melakukan aktiviti harian mereka. \n\nSama ada ia cukup atau tidak, itulah masa yang tetap, tidak lebih dan tidak kurang bagi kita semua menikmati kehidupan setiap hari.\n\nPernah atau tidak anda terfikir, orang cerdik suka buat apa sebenarnya setiap hari dalam masa 24 jam itu? Adakah rutin harian mereka sama sahaja seperti orang biasa seperti kita?\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa aktiviti harian yang dilakukan oleh orang cerdik pandai ini untuk tambah ilmu pengetahuan kepada anda.\n\nKepintaran seseorang dikatakan merangkumi pelbagai kemahiran hidup secara berkesan. Antara kemahiran yang dimaksudkan ini termasuklah seperti: \n\nUntuk mengetahui sama ada seseorang itu dalam kategori genius atau tidak, mereka biasanya akan melalui beberapa ujian. Skornya adalah seperti di bawah:\n\nOrang cerdik suka buat apa dalam hidup?\n\nMungkin ada diantara fakta yang akan kami kongsikan ini kedengaran pelik bagi anda. Tetapi inilah antara pengkongsian kami tentang orang cerdik suka buat apa dalam kehidupan sehari-hari mereka.\n\nSusah sebenarnya hendak tengok orang cerdik bercakap panjang lebar. Biasanya sepatah kita tanya, sepatah jugalah dia jawab semula. \n\nMereka ini kurang bercakap atau pendiam disebabkan oleh mereka mempunyai sikap tidak gemar mengambil bahagian dalam apa-apa perbualan yang tidak berfaedah.\n\nCoklat selain mampu meningkatkan mood positif seseorang dengan teknik\u00a0mindful eating, ia juga dikatakan penting dalam meningkatkan fungsi otak untuk menjadikan kita lebih peka dan bijak.\n\nOrang cerdik suka buat apa dalam meningkatkan ilmu pengetahuan mereka? Mereka ini sebenarnya memiliki rasa ingin tahu yang sangat tinggi.\n\nSetiap kali ada perkara baru yang mereka tahu, tentunya rasa ingin tahu untuk mengetahui lebih lanjut sering menganggu fikiran mereka sehinggakan ia secara tidak langsung menjana kecerdasan otak yang lebih tinggi dari orang lain.\n\n4. Pilih untuk \u201cwork smart\u201d dalam hidup\n\nMereka yang pandai bukanlah belajar sepanjang masa. Sebaliknya, mereka ini malas dan lebih suka mencari jalan yang paling mudah untuk menjalankan tugas yang diberikan tanpa perlu bekerja keras.\n\nKonsep hidup mereka adalah \u201cwork smart\u201d bukannya \u201cwork hard\u201d tetapi masih menghasilkan sesuatu yang luar biasa!\n\nFakta menunjukkan bahawa, individu yang lebih gemar bermain dan mendengar alat muzik instrumental tanpa vokal adalah lebih cenderung dikatakan pintar.\n\nSaintis ada menemukan hubu\u00adngan antara kuasa minda dan muzik instrumental seperti klasik dan jazz. Lebih 400 pelajar di Croatia terlibat dalam kajian yang dijalankan penyelidik.\n\nDapatan mendapati, individu yang gemar mendengar muzik instrumental seperti Mozart dan Bach berkemungkinan lebih bijak berbanding mereka yang menyukai lirik dalam lagu.\n\n6. Suka bercakap dengan diri sendiri\n\nPenyelidik mendapati bahawa orang yang bercakap dengan diri sendiri sama ada dalam minda atau secara terang-terangan adalah lebih bijak daripada mereka yang tidak.\n\nHal ini disebabkan oleh, bercakap dengan diri sendiri dapat menajamkan otak, meningkatkan ingatan dan membantu menguruskan pemikiran.\u00a0\n\n7. Malas jaga tepi kain orang\n\nOrang cerdik suka buat apa bila waktu lapang? Tentunya bukan menjaga tepi kain orang atau \u201cjoin\u201d makcik-makcik bawang bergosip. \n\nOrang yang bijak tidak akan bercakap kosong dan sentiasa mengelak mencampuri apa-apa hal mengenai kehidupan orang lain.\n\nMengubah perkara kecil menjadi satu jenaka bukanlah perkara yang mudah. Justeru itu, mereka yang mampu untuk melakukan perkara ini dianggap sebagai genius.\n\nMenurut saintis, manusia memerlukan kemahiran kreatif yang tinggi untuk melakukan jenaka.\n\nRamai orang berfikir, mereka yang dianggap bijak juga mempunyai ego yang tinggi dan sukar untuk mengaku kesalahan sendiri.\n\nSebaliknya menurut pendapat Jeff Bezos, pengasas Amazon dan manusia terkaya di dunia:\n\n\u201cTanda kepintaran terbesar adalah keupayaan untuk menerima kesilapan dan belajar daripadanya.\u201d\n\nTidak dinafikan membaca dapat memberi dan menambah banyak ilmu pengetahuan kepada diri kita.\n\nIa juga adalah aktiviti yang sering menjadi tumpuan individu yang bijak untuk meningkatkan keilmuan dan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.\n\nLaporan dari British Journal of Psychology 2016 menunjukkan bahwa orang yang lebih pintar cenderung suka menyendiri.\n\nOrang yang bijak cenderung untuk lebih selesa, kreatif, dan cerdas apabila berada seorang diri daripada dalam persekitaran yang ramai orang.\n\nSelain dari aktiviti yang orang cerdik suka buat ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan dengan kecerdasan dan kepintaran anak seperti:"
"Pejam celik pejak celik, anak kita bakal melangkah ke alam persekolahan. Sungguh pantas masa berlalu. Terasa bagai baru sahaja mereka menjengah dunia beberapa hari yang lalu.\n\nMenguruskan anak yang sudah bersekolah, pastinya mempunyai cabaran yang berbeza dengan anak yang masih belum bersekolah. Pelbagai isu akan timbul apabila mereka sudah mula bersekolah.\n\nAntara isu yang biasa dirujuk kepada terapis kanak-kanak adalah isu kesukaran pelajar menyesuaikan diri di dalam kelas.\n\nTahukah anda, untuk seorang kanak-kanak terlibat dengan aktif dan positif di dalam kelas, terdapat 4 perilaku positif penting yang perlu dikuasai kanak-kanak.\n\n4 PERILAKU POSITIF YANG PENTING DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN AKADEMIK\n\nRajah berikut merupakan 4 perilaku positif yang perlu ada dalam diri anak-anak, bagi menguasai kemahiran akademik di sekolah.\n\nAyuh ikuti kupasan setiap satu perilaku positif ini.\n\nApabila berada di sekolah, seorang kanak-kanak perlu faham fungsi murid dan guru. Seorang murid adalah pelajar yang belajar daripada gurunya.\n\nSecara naturalnya, seorang kanak-kanak yang sudah bersedia untuk ke sekolah akan memahami konsep sosial ini.\n\nKanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kefahaman sosial akan bermasalah untuk memahami fungsi sebagai seorang murid.\n\nMaka, kanak-kanak sebegini akan mempunyai kesukaran untuk mendengar arahan guru di dalam kelas.\n\nKanak-kanak yang berada di usia pra-sekolah (4 tahun) sudah mula mempunyai perkembangan bermain yang lebih sosial.\n\nMereka sepatutnya suka bermain dengan rakan-rakan. Mereka juga sudah boleh bermain secara giliran, berbincang dan merancang permainan bersama rakan.\n\nSelain itu, mereka sudah boleh memilih rakan yang mempunyai kecenderungan bermain dan minat yang hampir serupa. Dengan pergaulan positif bersama rakan, sedikit sebanyak mereka dapat belajar sesama mereka.\n\nKanak-kanak yang tidak mahu atau tidak pandai bergaul secara positif dengan rakan di usia pra-sekolah, dikhuatiri mempunyai risiko kelewatan perkembangan sosial yang boleh menjurus kepada isu emosi dan perkembangan holistik mereka.\n\nKanak-kanak usia 4 tahun sudah tahu dan faham tentang sebab dan akibat. Konsep ini adalah berkait rapat dengan perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak.\n\nMereka sudah boleh diajar tentang pentingnya menjaga kebersihan, menjaga keselamatan harta benda dan keselamatan diri mereka di persekitaran.\n\nDi sekolah, mereka sudah mula belajar untuk menjaga kebersihan di sekitar sekolah, mementingkan keselamatan ketika bermain bersama rakan, serta boleh menjaga keselamatan harta benda mereka dan harta sekolah.\n\nKanak-kanak yang sudah mencecah usia 4 tahun, tetapi masih kelihatan tidak faham dengan konsep insan dan persekitaran (seperti perihal keselamatan dan kebersihan) perlu diberikan perhatian.\n\nAnak-anak usia pra-sekolah yang perkembangan sosial kognitifnya berkembang dengan baik, akan faham keperluannya untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.\n\nKanak-kanak akan mula faham konsep jadual waktu, bilakah waktu untuk makan, bilakah waktu mereka perlu membuat tugasan dan bilakah waktu yang sesuai untuk mereka bermain.\n\nIanya adalah perkembangan natural yang boleh dan mampu dipelajari oleh kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas.\n\n7 TIPS MEMBANTU ANAK MENGUASAI KEMAHIRAN MENGAWAL EMOSI AGAR SENTIASA BERPERILAKU POSITIF\n\nBagi memastikan anak-anak sentiasa berperilaku positif, ibu ayah boleh membantu anak menguasai kemahiran mengawal emosi mereka dengan kaedah-kaedah berikut :-\n\n1. CERITA SOSIAL\nBantu anak fahami sesuatu situasi menggunakan buku cerita yang berkaitan dengan perilaku yang mahu dipositifkan serta jelaskan kepada anak perkara yang elok dan tidak sepatutnya dilakukan dalam situasi tersebut.\n\n2. ROLE PLAY\nAjak anak main olok-olok atau berlakon-berlakon tentang situasi positif yang kita mahu anak kuasai.\n\n3. DOLL PLAY\nGunakan anak patung atau permainan kegemaran anak untuk melakonkan situasi positif yang kita mahu anak fahami.\n\n4. QUALITY-15\nMeluangkan masa berkualiti dengan anak sekurang-kurangnya 15 minit sehari dapat membantu anak-anak mempunyai perilaku yang lebih positif.\n\n5. ELAK MEMBEBEL\nEmosi berkait rapat dengan perilaku. Elakkan mendesak dan memaksa anak.\u00a0Apabila kita rapat dengan anak, kita lebih mudah untuk memahami emosi anak dan memudahkan kita membantu anak dari segi kawalan emosi dan perilakunya.\n\n6. SHOW\nKita terlebih dahulu perlu menjadi contoh terbaik\u00a0(role model)\u00a0 buat anak dengan menunjukkan perilaku positif kepada mereka. Children see, children do.\n\n7. JUMPA TERAPIS\nJika kita berasa perilaku anak agak sukar dikawal dan kita telah usahakan pelbagai cara, mungkin anak mempunyai kesukaran lain yang memerlukan intervensi spesifik daripada terapis.\n\nMenjadi ibu ayah, bukan sekadar menyediakan keperluan makan, minum dan tempat tinggal untuk anak semata-mata, tetapi dunia keibubapaan sebenarnya lebih luas daripada itu.\n\nDidikan terhadap anak-anak juga merupakan tanggungjawab ibu ayah. Ajarkan mereka tentang adab dan\u00a0bantu mereka mengawal emosi agar mereka sentiasa berperilaku positif dengan sesiapa pun walau di mana jua mereka berada."
"Moisturizer sangat penting dalam penjagaan kulit wajah kerana ia dapat mencegah kulit kusam dan kering. Ramai wanita sibuk bersolek dan membersihkan wajah semata-mata, sedangkan mereka terlupa melembabkan wajah dengan moisturizer setiap hari. \n\nJangan tinggalkan moisturizer lagi! Tahukah anda, moisturizer terbaik akan menjadikan kulit anda lembab dan gebu? Mulai sekarang, pilihlah moisturizer terbaik yang berkesan untuk anda gunakan jika inginkan kulit yang lebih sihat.\n\nWardah Perfect Bright Moisturizer Spf 28\n\nDiperkaya dengan 7 aktif white complete dan brightening powder, Wardah Perfect Brightening Moisturizer mampu mencerahkan kulit dan menjadikan kulit semakin berseri-seri. \n\nPelembab terbaik ini mengandungi SPF 28 yang bertujuan untuk melindungi kulit daripada terkena cahaya matahari dan terbakar. Kulit akan lebih segar, lembut dan licin setelah selalu menggunakannya.\n\nKulit yang lembut dan berseri-seri pastinya menjadi zat yang terbaik dari skincare yang kita gunakan setiap hari. AIKEN Prebiotic Hydra Plus ini merupakan moisturizer terbaik yang terbukti berkesan oleh klinik.\n\nKebaikannya adalah ia dapat melembabkan kulit selama 24 jam malah menghalang kulit kering dan tampak kedut. Tanpa paraben, alkohol, formulasi moisturizer terbaik ini selamat digunakan.\n\nMoisturizer terbaik ini sesuai untuk semua jenis kulit wajah walaupun normal ataupun bermasalah. Ia mudah menyerap dan terasa ringan setelah di sapu ke kulit wajah. \n\nSelain melembabkan kulit, pelembab SK2 ini juga dapat memudarkan tompok-tompok hitam dan bintik-bintik putih serta cela wajah.\n\nSelain menyeimbangkan tona warna kulit, moisturizer terbaik dan berkesan ini melindungi kulit anda daripada sinaran UV untuk elakkan kulit gelap dan terbakar. Sekaligus ia berfungsi membaiki kulit dan sel-sel dalaman kulit. \n\nSebagai anti-penuaan juga, anda boleh mula memakai Youth Age Defense Moisturizer bagi mengatasi masalah penuaan wajah. Kekal muda remaja walaupun usia makin meningkat!\n\nMoisturizer terbaik Safi Balqis Oxy White sangat terkenal dalam kalangan remaja dan wanita dewasa. Untuk dapatkan kulit yang cerah secara semulajadi, oxywhite mengandungi zat mencerahkan kulit iaitu Nano Oxygen dan Nano Biowhite.\n\nMustika Ratu Pelembab Sekar Tanjung sesuai untuk kulit yang berminyak. Ia mengandungi ekstrak Bunga Tanjung (Mimusopsidis flos) sebagai astringent dan derivate Vitami A, C, E sebagai vitamin. \n\nKhasiat moisturizer terbaik ini adalah membekalkan kelembapan dan menegangkan kulit wajah. Ia adalah halal dan semulajadi serta selamat dipakai.\n\nNATURE REPUBLIC Soothing and Moisture 92% Aloe Vera\n\nMoisturizer terbaik dari Nature Republic ini bakal menjadikan kulit anda lebih segar, sihat dan selamat. Pelembab berasaskan aloe vera ini diperbuat daripada 92% kandungan asli aloe vera dan ia amat berkesan. Tak sabar nak lihat kulit licin dan gebu selepas menggunakannya. Boleh dipakai pada pagi dan malam hari.\n\nGarnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream\n\nGarnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream ini memberi pencerahan berganda hasil vitamin pencerah dan 5X sakura. Kulit lebih halus, cerah dan berseri. Baunya juga harum, pasti moisturizer ini menjadi pilihan ramai wanita.\n\nBIO-ESSENCE Miracle Bio Water Moist-In Water Gel (50g) \n\nMoisturizer terbaik segar dipakai tak lain dan tak bukan adalah BIO-ESSENCE Miracle Bio Water Moist-In Water Gel. Moisturizer terbaik ini merupakan sejenis pelembab jenis sejuk dan ringan. \n\nAnda akan berasa selesa setelah memakai moisturizer ini kerana kandungannya yang membuatkan kulit terasa lebih dingin. Keberkesanannya amat diyakini ramai dalam menjadikan kulit lebih licin dan gebu.\n\nSimple Kind to Skin Hydrating Light Moisturiser (125ml)\n\nJenama moisturizer terbaik Simple Kind to Skin Hydrating Light berukuran 125ml ini sudah mula dikenali ramai anak muda. Bukan apa, ramai yang sudah ada kesedaran untuk memilih produk yang berada di farmasi dan guardian. \n\nMoisturizer terbaik dan berkesan ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit muka tak kiralah berjerawat, minyak berlebihan dan sebagainya lagi.\n\nSekiranya anda inginkan kulit putih dan bersih, pilihan moisturizer terbaik inilah yang bakal merealisasikan impian kulit cantik anda. Clinelle Purifying Gel Moisturizer ini merawat dari dalam kulit anda dan membentuk sel-sel kulit yang baru sehingga menjadikan kulit anda putih kemerah-merahan dan lebih cerah semulajadi.\n\nMoisturizer atau pelembab yang harus anda gunakan ini berkonsepkan dermatologi nombor 1 di Malaysia. Ia sesuai untuk wanita berkulit kering dan juga kulit sensitif. Sekiranya muka anda breakout dan bermasalah besar, Cetaphil moisturizing Cream ini adalah penawarnya!\n\nCosmoderm Perfect Balanced ini didatangkan secara set lengkap yang merangkup pembersih wajah, toner dan juga pelembab. Ia sesuai digunakan bagi kulit sensitif dan juga kulit wajah yang gatal.\n\nPastinya ia amat berkesan dalam melindungi kulit dari sebarang iritasi dan masalah kulit yang serius seperti jerawat, jeragat teruk dan sebagainya.\n\nSenarai moisturizer terbaik ini sangat selamat digunakan dan telah diluluskan oleh pihak berkaitan. Jom pilih mana satu yang anda suka. Jemput baca juga Laptop terbaik, vitamin C terbaik dan Serum terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Tempat tidur adalah tempat untuk kita berehat dan tempat untuk kita berbaring dan bermalas-malasan. Tetapi tahukah anda tempat tidur kita adalah tempat yang paling banyak tebu. Info sebenar mengenai kepentingan kibas cadar sebelum tidur.\n\nDr Suhazeli Abdullah telah berkongsikan kepentingan kibas cadar sebelum tidur. Mari kita baca artikel ini.\n\nKulit adalah satu organ terbesar manusia. Bersaiz keseluruhan 20 kaki persegi yang terdiri dari 3 lapisan, epidermis, dermis dan hipodermis. Bermanfaat besar pada badan kerana kulit ini sistem pertahanan badan utama dari gangguan luar samada kuman, debu, air, api dan sebagainya. Keseimbangan suhu badan juga dipengaruhi oleh keutuhan kulit badan. Di samping ianya salah satu pancaindera utama melalui rasa sentuhan dari panas, sejuk dan sakit.\n\nKeunikan kulit ini adalah bertukar salin setiap saat. Cuma kita tidak perasan. Sel-sel kulit dianggarkan sebanyak 1.6 trillion yang akan silih berganti apabila cukup masanya. Setiap jam sebanyak 30,000 hingga 40,000 sel akan jatuh mati (peel off). Bermakna sehari satu juta sel kulit yang sudah mati akan gugur dari badan. Ianya akan menjadi debu-debu berterbangan atau hinggap di mana-mana permukaan tempat kita bermastautin.Jika tidak disapu bersih, 3.6 kilogram/setahun debu kulit kita akan melekap bertebaran atas lantai, cadar, tingkap, langsir dan seumpamanya.\n\nDebu kulit ini menjadi makanan ruji kepada Kutu Debu Rumah (house mite). Sebanyak 1.5 gram debu kulit sudah cukup memberi makan sehari untuk sejuta kutu debu rumah.Kebanyakan pesakit asma akan alahan / alergik dengan kutu debu rumah ini. Kutu debu rumah akan berterbangan dan memasuki salur pernafasan menyebabkan asma tercetus. Begitu juga mereka yang berpenyakit resdung, kejadian berair hidung, bersin dan gatal hidung akibat dari dihinggap oleh kutu debu rumah ini. Justeru kebersihan rumah adalah tonggak utama bagi mencegahnya.\n\nApakah kepentingan kibas cadar sebelum tidur?\n\nKetika seseorang tidur beberapa sel-sel mati dan jatuh ke cadarnya. Setiap kali kita bangun ia akan akan tertinggal di belakang dan terakumulasi. Sel-sel mati ini tidak terlihat oleh mata dan hampir tidak dapat dihancurkan.\n\nSel-sel kulit yang mati ini TIDAK SESEKALI akan memasuki semula badan melalui kulit. Jika terdapat teori yang mengatakan sel-sel mati ini akan masuk semula badan sehingga menyebabkan penyakit serius, ia adalah tidak benar.\n\nSel-sel kulit mati ini boleh dibersihkan dengan tatacara paling ringkas, kibaslah tempat tidur. Tetapi sel-sel ini akan berterbangan ke tempat lain pulak. Penggunaan berbagai disinfektan seperti Dettol dan sejenisnya tidak dapat membersihkan mereka.\n\nJusteru kaedahnya bersihkan semua permukaan tempat anda termasuk cadar, langsir dan sebagainya. Cara untuk bersihkan bukan semata-mata kibas, tetapi cadar perlu dibasuh dan disalin sentiasa. Bilik tiduran kita pun perlu dibersihkan samada sapu, vakum atau seumpamanya.\n\nKebersihan adalah sebahagian dari iman. Amalan sunnah mengibas tempat tidur juga baik untuk diamalkan. Kesihatan diri terjamin dan pahala mengamalkan sunnah diperolehi.\n\n*Salah satu sunnah Rasulullah S.A.W juga adalah mengibas cadar tempat tidur sebelum tidur. Jadi mari kita amalkan sunnah ini untuk kebaikan kesihatan kita. Di samping itu, kita dapat mengelakkan kegatalan pada hidung, resdung, hidung berair dan lain-lain lagi dari akibat debu bertebangan di dalam rumah. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya daripada penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Kita selalu lihat dalam filem atau drama cerita Hollywood, pelakon-pelakon akan minum sejenis air di bar atau parti. Ia terlihat seperti air pudina biasa tetapi ia adalah air mojito (tidak halal). Ia mengandungi alkohol, jadi haram bagi muslim untuk minumnya.\n\nCara yang betul untuk menyebut mojito adalah mo-hi-to-ya. Kita tengok macam sedap je air yang mereka minum macam air limau biasa sahaja. Jika teringin, boleh je untuk kita buat air mojito sendiri di rumah. Halal pulak tu.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai resepi air mojito halal. Resepi ini dikongsikan oleh Encik Muzairee Daud. Beliau merupakan usahawan di Ryverra Chocolate. Beliau juga gemar berkongsi info dan cerita yang bermanfaat di laman Facebooknya.\n\nMojito ni kalau dekat Cafe biasa-biasa pun dalam RM6 ke RM8 juga segelas. Kalau Cafe ada bintang bintang boleh jadi double harganya!\n\n1) Pudina tadi carik-carik kan dan masukkan dalam jug macam ni \n\n2) Kemudian perah kan limau. Tapis kalau tak nak gigit bijinya. Tips untuk jusnya banyak, gelek kan dulu sebelum perah.\n\n3) Kalau nak manis, boleh tambahkan madu atau gula cecair lain. Kalau tak ada pun takpa sebab aiskrim soda tu pun dah manis.\n\n4) Masukkan kiub ais sampai penuh jug.\n\n5) Tuangkan aiskrim soda pun hingga penuh jug.\n\n6) Kacau sebati dan sedia untuk diminum\n\n*Hanya menggunakan 4 bahan sahaja termasuk madu/gula. Kosnya juga tidak sampai RM10 tetapi kuantitinya banyak. Boleh dibuat untuk seisi keluarga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pulut bakar selalunya amat mudah untuk didapati di Kelantan.\nNamun begitu, sekiranya anda menetap di kawasan selatan atau utara, ianya\nmenjadi amat susah untuk mencari pulut bakar yang asli. Pulut bakar merupakan\nkuih tradisional rakyat Malaysia khususnya di Pantai Timur. Pulut bakar\nselalunya dibalut bersama daun pisang dan dibakar di atas bara api. \u00a0Pulut bakar amat sesuai untuk dihidangkan\nbersama dengan teh o panas, sewaktu minum petang. Dengan ini, anda boleh menikmati\nminum petang anda bersama hidangan yang menyelerakan dan meluangkan masa\nbersama keluarga.\n\nLangkah untuk menyediakan pulut bakar ini tidaklah susah dan\nsesiapa sahaja boleh menyediakannya. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Jadi\njom, kita cuba resepi ini! \n\nResepi ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di Facebook. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!"
"Jom belajar tentang fakta anak sulung.\n\nSetiap anak yang dilahirkan ke dunia mempunyai personaliti tersendiri. Namun tahukah anda, menurut kajian pakar, personaliti seorang anak juga boleh dipengaruhi oleh kedudukannya dalam keluarga. Contohnya anak sulung, kebanyakan mereka mempunyai personaliti dan ciri yang hampir sama. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan fakta anak sulung yang anda wajib tahu.\n\nSelaku anak pertama yang bertanggung jawab ke atas adik-adik dan membantu ibu dalam menguruskan urusan rumah, kebiasaannya anak sulung mempunyai sifat yang garang dan tegas. Dah nama pun Kak Long dan Abang Long. Sebagai anak yang paling tua, anak sulung terpaksa bersifat garang dan tegas ke atas adik-adik, dan sifat ini akan terus melekat dalam diri dan terbawa-bawa sehingga ke dalam rumah tangga dan ke tempat kerja. \n\nNamun jangan pula anda pandang serong kepada anak sulung. Mereka mungkin nampak garang dan tegas, namun hatinya baik dan lembut. Bak kata orang, dalam hati ada taman. Mereka garang dan tegas kerana sayangkan adik-adik dan mahu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu. Ini adalah sesuatu yang baik, kan?\n\n2. Karakter yang dominan dalam hubungan, pergaulan, dan di tempat kerja\n\nApabila dah terbiasa menjadi ketua yang menjaga adik-adik di rumah, secara tak langsung sifat dominan akan muncul dalam diri anak sulung, dan seperti sifat tegas dan garang, sifat dominan juga akan terus melekat di dalam dirinya dan terbawa-bawa ke dalam hubungan, pergaulan, dan di tempat kerja.\n\nSesetengah orang akan menganggap bahawa sifat dominan anak sulung kurang menyenangkan, namun percayalah ianya bukan sesuatu yang dibuat-buat atau disengajakan. Jika anda kurang selesa dengan sifat dominan mereka, apa kata anda luahkan perasaan dan minta supaya ianya dikurangkan.\n\nUmum mengetahui bahawa anak sulung menggalas tanggung jawab yang besar di rumah. Menjaga adik-adik, membantu ibu membuat kerja rumah, dan banyak mengalah demi adik-adik. Sedikit sebanyak, tanggung jawab tersebut membuatkan anak sulung menjadi seorang yang sangat matang, malah lebih matang daripada rakan sebaya yang lain. Inilah keistimewaan anak sulung.\n\nYa, tidak dapat dinafikan lagi bahawa anak sulung merupakan seorang yang sangat penyayang. Apa tidaknya, sejak kecil lagi anak sulung terpaksa membantu menjaga adik-adik dan sentiasa mengalah demi adik-adik. Sifat penyayang dalam diri anak sulung telah dipupuk sejak mereka kecil lagi. Untung sangat kalau anda berpasangan dengan anak sulung.\n\nFakta anak sulung yang seterusnya ialah mereka sangat mudah memaafkan kerana hati mereka sangat lembut. Anak sulung mungkin kelihatan garang, tegas, dan dominan namun jika anda mengenali mereka dengan lebih dekat, anda akan menyedari bahawa mereka mempunyai hati emas yang mudah memaafkan orang lain.\n\n6. Tidak kedekut dan tidak berkira\n\nSejak kecil, anak sulung telah biasa mengalah dengan adik-adik yang lain. Anak sulung akan berkongsi segalanya dengan adik-adik, dan mengorbankan perasaan sendiri. Sifat ini membentuk diri mereka. Jarang sekali anda akan berjumpa dengan anak sulung yang kedekut dan berkira.\n\nAnak sulung, nampak sahaja garang dan tegas tapi hatinya sangat lembut dan mudah tersentuh. Mereka jenis mudah mengeluarkan air mata. Orang kata, hati tisu.\n\nFakta anak sulung yang seterusnya ialah anak sulung suka memendam perasaan dan sukar untuk berkongsi perasaan dengan orang lain. Sifat ini mungkin timbul akibat anak sulung yang terpaksa berkorban perasaan demi adik-adik sejak mereka kecil. Itulah di antara pengorbanan paling besar seorang anak sulung.\n\nDan sifat tersebut akan terus kekal dalam diri mereka sehingga berpasangan dan berumah tangga. Oleh itu, kalau anda berpasangan dengan anak sulung, kalau nampak macam ada yang tak kena dengan mereka, ringan-ringankanlah mulut untuk bertanya jika mereka ada masalah atau perkara yang ingin dikongsikan.\n\nAnak sulung sememangnya seorang yang penyayang, tak kira lelaki atau perempuan. Apa tidaknya, sejak kecil lagi mereka dah biasa menjaga adik yang masih kecil, malahan ada yang terpaksa menggantikan tempat ibu yang bekerja. Sifat penyayang anak sulung telah digilap sejak mereka kecil lagi.\n\nSelain penyayang, anak sulung juga mudah mesra terutamanya apabila bertemu orang yang baru. Mereka sangat mudah bergaul dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.\n\nFakta anak sulung yang seterusnya ialah anak sulung kebiasaannya seorang yang ceria dan happy go lucky. Kenapa ye? Mungkin kerana sejak kecil mereka dah biasa menghiburkan dan membahagiakan adik-adik, makananya sifat tersebut terus kekal dalam diri mereka.\n\nPercayalah, anak sulung nampak saja garang dan tegas namun hatinya agak sensitif. Menurut kajian, sifat sensitif dalam diri anak sulung berkemungkinan berpunca daripada keadaan yang memaksa mereka untuk mengalah sejak kecil. Jika terpaksa mengalah sejak kecil, dan ditambah pula dengan kekurangan perhatian dan kasih sayang kerana ibu bapa terpaksa memberi perhatian kepada adik-adik yang lebih kecil, akan timbul perasaan mudah terusik.\n\nAnak sulung bukan sahaja seorang yang penyayang malah mereka juga sangat romantik. Untunglah siapa yang dapat anak sulung.\n\nMahunya tak rajin? Sejak kecil lagi anak sulung dah biasa tolong ibunya menjaga adik-adik dan membuat kerja rumah. \n\nFakta yang terakhir ni dengar macam kelakar, tapi ianya merupakan salah satu daripada kelebihan yang ada pada anak sulung. Tak payah anda bertempik sampai bergegar satu rumah. Kejut sikit je mereka akan terjaga.\n\nItulah dia 15 fakta anak sulung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tanda anak lambat bercakap, langkah anak sawan, dan koleksi nama anak perempuan."
"Mencari tempat menarik di Kuala Terengganu? Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, dan tarikan pelancongan di sini merupakan tarikan utama. Setibanya musim cuti, pasti ramai pengunjung di sini.\n\nIni membuktikan yang Kuala Terengganu memang popular. Jadi, berikut kami senaraikan 26 tempat menarik di Kuala Terengganu untuk anda. Teruskan membaca!\n\nAlamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima P\u2019erang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 6 am \u2013 11 pm\n\nSiapa sahaja yang tak kenal Masjid Kristal? Ianya merupakan antara masjid yang cukup tersohor namanya bukan sahaja di Terengganu, malah di Malaysia.\n\nTerletak di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, masjid ini diperbuat daripada keluli, kaca dan kristal.\n\nIanya boleh memuatkan 1500 jemaah dan kos pembangunannya mencecah $80 juta. Sehingga kini, masjid ini kekal menjadi antara tarikan utama di KT.\n\nJambatan\u00a0Angkat Kuala\u00a0Terengganu yang turut dikenali dengan nama Terengganu Drawbridge ini juga merupakan antara tempat menarik di Kuala Terengganu.\n\nSiap dibina pada tahun 2019, ianya mempunyai kepanjangan 638 meter dan ketinggian 12.5 meter.\n\nJambatan angkat ini merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara. Tidak hairanlah namanya sentiasa disebut-sebut!\n\nAlamat: Pantai Batu Buruk, 20400, Terengganu\n\nKuala Terengganu sememangnya kaya dengan pantai yang cukup cantik. Salah satu pantainya ialah Pantai Batu Buruk.\n\nPantai yang cantik dan bersih, angin laut yang\u00a0sentiasa bertiupan dan bunyi ombak menenangkan membuatkan ia sempurna untuk berkelah.\n\nKemudahan dan hiburan di sini juga ada banyak. Ada yang menjual makanan dan cenderahati, ada juga yang membuat pertunjukan wau. Memang best!\n\nPantai ini juga dilengkapi dengan buaian yang diburu pengunjung untuk sesi bergambar. Jadi, jangan lupa untuk bergambar di sini, pasti cantik.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 9 am \u2013 5 pm\n\nJuga dikenali dengan nama Muzium Losong oleh penduduk tempatan, Muzium Negeri Terengganu ini merupakan antara tempat yang wajib anda lawati.\n\nDibina pada tahun 1976, reka bentuk bangunan ini kelihatan seperti rumah tradisional, cukup cantik dan klasik.\n\nMuzium ini memuatkan paparan bersejarah berkaitan dengan negeri Terengganu dan ini termasuklah dengan Batu Bersurat.\n\nTiket masuknya juga murah, sekitar RM 2-5 untuk pelancong tempatan dan RM 10 \u2013 15 untuk pelancong asing.\n\nSetibanya musim banjir, pasti ramai penduduk tempatan yang tertunggu-tunggu untuk mengutip kerang-kerang yang terdampar di pantai ini.\n\nTerletak di Kampung Aur, pantai ini juga sesuai untuk aktiviti perkelahan dan bermandi-manda. Suasana yang cukup santai pasti sesuai untuk merehatkan minda.\n\nSelain itu, gerai makanan yang menyajikan lauk goreng tepung juga ada di sini. Alang-alang singgah di pantai, kunjungilah gerai-gerai ini untuk menjamu selera.\n\nAlamat: Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nKampung China yang juga dikenali dengan nama Chinatown ini juga adalah antara tempat menarik di Kuala Terengganu.\n\nKampung China ini boleh dikatakan sebagai tarikan sejarah di KT kerana kawasan ini adalah salah satu penempatan awal Cina di Asia Tenggara.\n\nWalaupun kawasannya kecil, Kampung China ini sentiasa penuh dengan pengunjung. Ianya juga cantik, sesuai dijadikan tempat bergambar!\n\nAlamat: Kampung Laut Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 9 am \u2013 5 pm\n\nTercari-cari pusar sains di Kuala Terengganu? Sambil melancong, singgah sahaja di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu ini.\n\nAda banyak paparan interaktif yang pasti akan menarik minat anak-anak anda dalam bidang sains & teknologi.\n\nGaleri d sini juga ada banyak. Ada galeri tentang kitar semula, kejuruteraan dan ada juga taman permainan indoor.\n\nAda yang teringin untuk mendaki bukit? Di Kuala Terengganu, Puncak Bukit Maras adalah kawasan mendaki bukit yang paling terkenal.\n\nBukan sahaja sesuai untuk aktiviti mendaki bukit, malah aktiviti paragliding atau payung terjun juga ada di sini.\n\nAnda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan di sini. Kami yakin anda pasti akan jatuh cinta dengan pemandangan yang cukup cantik di Bukit Maras.\n\nAlamat: Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 5.30 pm \u2013 12 am\n\nNama pun \u2018pulau warisan\u2019, semestinya ianya adalah antara tarikan pelancongan utama di Kuala Terengganu.\n\nKawasan ini juga turut digelar i-City Terengganu disebabkan suasana malamnya yang seakan-akan i-City di Shah Alam.\n\nLampu berwarna warni membuatkan kawasan ini kelihatan cukup cantik dan meriah pada waktu malam, sesuai dijadikan tempat bergambar!\n\nAlamat: \u00a0no. 11 pasar besar kedai payang, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 am \u2013 6 pm\n\nAlang-alang singgah melancong di Kuala Terengganu, aktiviti membeli-belah dan memborong cenderahati pasti tidak dilupakan.\n\nUntuk itu, singgah sahaja di Pasar Besar Kedai Payang. Pasar ini menjual pelbagai hasil kraftangan dan hidangan Terengganu yang semestinya asli.\n\nKuih-muih tradisional Terengganu serta kain baik Terengganu terjual dengan cukup laris. Jadi, jangan lupa untuk merebutnya!\n\nAlamat: Kampung Teliput, Kuala Terengganu, Terengganu\n\nKuala Terengganu cukup terkenal dengan pantai-pantai yang cantik dan bersih. Salah satunya ialah Pantai Mengabang Telipot.\n\nPantai ini mempunyai pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik, sesuai bagi sesiapa yang ingin merehatkan minda.\n\nBukan itu sahaja, gerai lauk celup tepung yang paling popular di Terengganu iaitu Warung Pok Nong juga terletak berhampiran dengannya. Jangan lupa singgah!\n\nAlamat: Lang Tengah Island, 21300 Lang Tengah\n\nIni merupakan antara pulau yang ternama di Kuala Terengganu \u2013 Pulau Lang Tengah.\n\nPulau ini bukan sahaja terkenal dengan lautnya yang biru dan bersih, malah persekitarannya juga cukup menenangkan.\n\nTempat penginapan bertaraf tinggi juga ada banyak di sini. Rata-ratanya juga mendapat ulasan yang positif, memang terbaik!\n\nAlamat: Jalan Balik Bukit, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nJuga dikenali dengan nama KT Waterfront, lokasi ini juga adalah antara tempat menarik di Terengganu yang wajib anda lawati.\n\nIanya merupakan taman rekreasi yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk orang awam dan sesuai dijadikan tempat berehat.\n\nSalah satu tarikan di sini ialah medan selera dan kedai makan yang sedap- sedap. Semestinya hidangan lauk goreng tepung ada disajikan, jadi anda wajib cuba!\n\nAlamat: Jalan Medan Jaya, Kampung Rusila, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nKami yakin anda pasti terbiasa melihat gambar tasik biru yang viral di media sosial, bukan? Salah satunya terletak di Kuala Terengganu.\n\nBertempat di Rusila, tasik ini asalnya merupakan tapak aktiviti perlombongan, namun aktiviti tersebut sudah dihentikan.\n\nAirnya yang berwarna biru kehijauan ini berjaya menarik perhatian ramai warga tempatan dan luar. \n\nAlamat: Unnamed Rd,, Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 9 am \u2013 5 pm\n\nKota Lama Duyung atau Duyung Old Fort adalah sebuah rumah tradisional yang terletak di Pulau Duyung.\n\nIanya siap dibina pada tahun 1920, dan ini bermaksud bahawa rumah ini sudah berusia lebih 100 tahun. Memang klasik!\n\nReka bentuk rumah yang tradisional dan suasana kampung yang aman membuatkan ramai pelancong senang hati semasa melawat rumah ini.\n\nAlamat: 1010, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 5 am \u2013 10 pm\n\nTidak dinafikan, masjid-masjid di Terengganu memang cantik-cantik belaka. Salah satu masjid yang popular di sini ialah Masjid Terapung.\n\nTerletak di Kuala Ibai, masjid yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai ini dibina pada tahun 1994.\n\nIanya yang juga dikenali dengan nama Masjid Tengku Tengah Zaharah mampu memuatkan dalam 1000 jemaah sekaligus.\n\nAlamat: NACC Batik Pavilion Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 5.30 pm manakala Jumaat 9 am \u2013 1 pm, 2 \u2013 5.30 pm\n\nSatu lagi tempat menarik di Kuala Terengganu yang menjual barangan kraf Terengganu ialah Noor Arfa Craft Complex.\n\nIanya menjual batik Terengganu yang bikin ramai rambang mata. Jumlah jenama batik yang ada di sini juga lebih 70, sangat menarik!\n\nBatik di sini juga menggunakan kaedah tradisional atau mencanting, jadi kualitinya memang tinggi.\n\nAlamat: Pulau Wan Man Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 am \u2013 7 pm\n\nTaman Tamadun Islam atau Taman Tamadun Islam adalah taman outdoor yang memaparkan kegemilangan tamadun Islam sebagai temanya.\n\nIanya juga merupakan taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia, jelas membuktinya yang ianya adalah tarikan utama di sini.\n\nDibuka sejak 2008, ada banyak replika masjid di seluruh dunia yang ada di sini. Masjid Al-Nabawi, Masjidil Haram dan Kalyan Minaret merupakan antaranya.\n\nAlamat: Pulau Bidung Laut, Kuala Terengganu, Terengganu\n\nPulau Bidong merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di luar pantai bandar Terengganu.\n\nMenurut sejarah, pulau ini pernah menempatkan pelarian Vietnam sekitar tahun 1978 hingga 1991.\n\nKini, pulau ini menjadi tarikan pelancongan di KT. Airnya yang jernih dan pasir yang memutih ini berjaya mencuri hati ramai pengunjungnya.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecualu Selasa dan Jumaat, 9 am \u2013 5 pm\n\nIstana Syarqiyyah adalah istana yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. \n\nIstana ini adalah istana utama Sultan Terengganu dan semua upacara rasmi akan berlangsung di sini.\n\nIanya juga kerap dipenuhi dengan pengunjung yang bergambar di luar kawasannya. \n\nTak sahlah jika singgah di Kuala Terengganu namun tidak memborong keropok lekornya.\n\nKampung Bukit Tok Beng adalah kawasan perkampungan yang sangat dikenali sebagai tempat popular yang menjual keropok lekor.\n\nSemestinya kualiti keropok lekor di sini terbaik dan ianya juga asli. Jangan lupa beli borong untuk mengubati rindu terhadap KT nanti.\n\nAlamat: 219, Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nIni merupakan salah satu tarikan di Chinatown \u2013 Turtle Alley. Ia merupakan kawasan dinding yang dihiasi dihiasi dengan mosaik penyu.\n\nDisebabkan kecantikan mozaik penyu di sini, ianya juga sesuai dijadikan tempat bergambar untuk para pengunjung.\n\nSelain itu, gerai-gerai makan yang menyajikan hidangan enak-enak juga boleh didapati sekitar sini.\n\nBagi yang tertanya-tanya, bot penambang adalah pengangkutan tradisi masyarakat Terengganu.\n\nAnda juga boleh merasai pengalaman menaikinya, singgah sahaja di Jeti Bot Penambang Seberang Takir ini.\n\nAda banyak bot penambang yang disediakan dan harga yang ditawarkan oleh pengusahanya juga sangat berpatutan!\n\nAlamat: Jalan Cerong Lanjut, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 5 \u2013 7 pm, 8 \u2013 11 pm\n\nAda yang menggemari aktiviti mendaki bukit di sini? Jika anda menggemarinya, singgah sahaja di Bukit Panorama untuk tujuan itu.\n\nBukit Panorama ini merupakan antara tempat mendaki bukit yang menjadi tarikan para pengunjung.\n\nDari puncak, anda boleh melihat pemandangan Kuala Terengganu yang cantik. Paling menarik, ada gerai makan di puncak bukit ini! \n\nAlamat: Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nPusat Budaya Kraf Terengganu ialah antara tempat menarik di Kuala Terengganu yang patut anda singgah.\n\nIanya menempatkan hasil kraftangan seperti batik, songket, barangan tembaga yang cukup klasik.\n\nAnda juga boleh melihat sendiri proses menenun songket dan melukis batik yang ditunjukkan oleh para pekerja di sini.\n\nAkhir sekali, tempat menarik di Kuala Terengganu ialah Pantai seberang takir. Pantai ini merupakan salah satu tempat popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana pantai ini mempunyai keindahan yang tersendiri iaitu seperti berada di luar negara. Bagi mereka yang mencari tempat untuk mengambil gambar, boleh datang ke sini bersama kawan kawan dan keluarga. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.\n\nTeruja untuk mengunjungi tempat menarik di Kuala Terengganu yang dikongsikan? Kami yakin anda pasti teruja untuk melancong di sini.\n\nSelain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial."
"Teringin mempunyai anak kembar? Mempunyai anak kembar boleh menjadi satu pengalaman yang menarik bagi yang bersedia, tetapi kadang-kala boleh jadi huru-hara juga hidupnya. Hari ini kami ingin kongsikan tips dapat anak kembar. :-)\n\nPeluang mendapat anak kembar sangat tipis. Biasanya ianya berlaku pada 1 daripada setiap 89 kelahiran. Dalam keadaan biasa, kemungkinan untuk hamil kanak embar adalah tipis. Mengambil ubat kesuburan atau menjalani prosedur seperti IVF boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil kembar, tetapi hari ini kami ingin kongsikan tips mendapat anak secara semula jadi.\n\nTips Mendapat Anak Kembar Secara Semula Jadi\n\nMempunyai sejarah keluarga kembar akan meningkatkan peluang anda mempunyai anak kembar. Terutamanya jika anda mempunyai kembar saudara kembar. Jika pasangan anda pula yang mempunyai saudara kembar dalam keluarga, ia tidak membantu anda.\n\nFaktor genetik sebelah anda amat penting. Ini memungkinkan adanya komponen genetik untuk menghasilkan lebih daripada satu telur semasa ovulasi.\u00a0 Gen \u201cberkembar\u201d boleh diturunkan dari ibu bapa kepada anda.\n\nFaktor-faktor lain yang boleh menjejaskan peluang anda mempunyai kembar adalah disebabkan\u00a0 etnik dan umur . Wanita Afrika Amerika mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil kembar berbanding wanita Kaukasia. Dan, wanita Asia mempunyai peluang yang lebih rendah untuk hamil kembar. Wanita lebih tua juga lebih berpotensi.\n\nTerdapat beberapa kajian menjumpai adanya hubungan antara asid folik dan mengandung anak\u00a0 kembar. Satu kajian Australia mendapati bahawa wanita yang mengambil asid folik sebelum mereka hamil lebih cenderung untuk hamil kembar.\n\nMalah, menurut kajian ini, anda mungkin mempunyai 40% atau lebih peluang untuk hamil kembar jika anda mengambil asid folik semasa anda cuba untuk hamil. Beberapa kajian lain telah menunjukkan keputusan yang bercanggah membuat ia sukar untuk mengatakan dengan pasti jika asid folik sebenarnya meningkatkan kemungkinan anda mengandung kembar.\n\nWalau bagaimanapun, asid folik juga membantu mencegah kecacatan tiub neural jadi ia adalah idea yang baik untuk mengambil asid folik (atau pelbagai vitamin dengan asid folik) walaupun anda tidak cuba untuk hamil kembar.\n\nTerdapat juga kajian yang diterbitkan dalam pada Mac 2005 isu Obstetrik & Ginekologi mendapati bahawa wanita yang berlebihan berat badan mempunyai peluang lebih tinggi untuk menglahirkan\u00a0 kembar. Begitu juga untuk wanita yang tinggi.\n\nSatu kajian oleh Dr Gary Steinman, seorang doktor di Long Island Pusat Perubatan Yahudi yang terkenal dengan penyelidikan mengenai kehamilan dan kelahiran berganda, wanita yang mengambil tenusu\u00a0 mempunyai 5 kali peluang lebih tinggi untuk hamil kembar berbanding wanita yang\u00a0 tidak.\n\nSemoga tips dapat anak kembar hari ini membantu."
"Bukan mudah untuk mengajar anak solat sejak kecil. Ianya adalah tugas yang sukar sebenarnya. Walau bagaimanapun, hendak atau tidak ianya adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik mereka.\n\nDi sini dikongsikan 5 cara berkesan untuk mendidik anak bersolat."
"Artikel ini berkongsikan tips menyusu semasa hamil. Semoga artikel ini membantu untuk para ibu.\n\n\nSusu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya.\n\n\nprecisionnutrition.com\n\nIanya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.\n\nPenyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.\n\nSelain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.\n\n# Tips 2 Rasa Sakit Pada Puting\n\nKebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian putting pada setiap kali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih \u2018fragile\u2019 dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.\n\nIbu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV.\n\nKetahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih \u2018tough\u2019 untuk penyusuan bayi seterusnya.\n\n# Tips 3 Posisi Yang Selesa\n\nBerikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!\n\n# Tips 4 Nikmati Momen Penyusuan\n\nTangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain.\n\nDia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!\n\n# Tips 5 Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing\n\nTandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang \u2018penting\u2019 apatah lagi susu ibu!\n\nSelain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran \u2018orang baru\u2019 dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.\n\nTandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk \u2018membantu\u2019 ibu mengosongkan payudara.\n\nTidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.\n\nPercaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).\n\nTeruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan ialah:\n\nKomposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.\n\nSelamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda \u2018ditemani\u2019 si kecil juga adalah anugerah!"
"Pavlova adalah salah satu pencuci mulut yang berasal daripada barat dimana ianya adalah meringue-based. Pavlova selalunya akan dihiasi bersama buah buahan segar yang masam berserta fresh cream yang berlemak. Gabungan rasa yang bervariasi daripada meringue yang sangat manis bersama rasa lemak dan masam boleh menaikkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya.\n\nBahan \u2013 bahan pembuatan pavlova sangat mudah untuk didapati akan tetapi, cara pembuatannya perlukan skil terutamanya semasa memukul telur putih sehingga kembang. Jangan risau, sekiranya anda mengikut resepi dengan baik tentu sahaja hasilnya juga baik. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi Pavlova Gebu Gebas ini!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Wawa Farah Najwa dan telah mendapat ratusan share di Facebook.\n\nBahan hiasan (boleh ditukar mengikut selera masing-masing):\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi Pavlova ini terdapat juga resepi resepi lain yang mungkin dapat menarik minat anda untuk mencuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama sahabat dan keluarga anda!"
"Memandangkan harga KFC dah semakin mahal. Kenalah belajar buat ayam goreng tepung sendiri kat rumah. Bolehlah jamu seisi keluarga dengan sos cili atau sos tomato. Nak lagi \u2018feel\u2019 boleh tambah menu \u2018cheesy wedges\u2019, \u2018mash potatoes\u2019 dan \u2018coleslaw\u2019.\n\nNak buatnya tak susah pun. Hanya perlu perapkan ayam, golekkan ayam tersebut dengan telur dan tepung. Dah siap menggolek bolehlah mula menggoreng dengan api yang perlahan. Nak hasil yang terbaik, pastikan bila menggoreng tuh ayam tenggelam dalam minyak panas. Barulah masak sekata.\n\nJadi, apa lagi jom tengok resepi dari Nasariah Aziz yang menjadi kesukaan ramai di \u2018Facebook\u2019. Resepi yang dikongsi merupakan resepi yang dipakai ketika berniaga ayam goren tepung dahulu.\n\nBahan B: Bahan Tepung untuk Salutan Ayam:\n\nTada. Dah siap. Sedia dihidang bersama sos dan kentang goreng. Mesti sedap kan? Selain dari resepi Ayam Goreng Tepung ini, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih."
"Masakan tomyam merupakan hidangan yang sangat digemari masyarakat kita. Masakannya yang pedas dan sedikit masam membuatkan selera kita bertambah dan tidak muak untuk menghabiskan kuahnya. Tidak kurang juga yang sanggup menghirup kuahnya sahaja sampai habis tanpa nasi.\n\nSelain nasi, tomyam juga boleh dimakan dengan mee, bihun dan kuey teow. Ada juga yang mempelbagaikan resepi tomyam seperti nasi goreng tomyam dan lauk pauk bergoreng yang berasaskan tomyam. Memang cukup sedap dan menyelerakan jika anda buntu untuk memikirkan menu apa untuk hidangan anda.\n\nBagi yang tidak sukakan pedas dan tidak sukakan aroma yang terlalu menyengat, anda boleh cuba menggantikan tomyam biasa dengan tomyam putih. Tomyam putih rasanya lebih \u2018soft\u2019 dan kurang pedas berbanding dengan tomyam biasa. Kuahnya yang berwarna putih seakan sup biasa sangat sesuai jika dihidang untuk kanak-kanak.\n\nTak tahu cara nak buat tomyam putih? Jangan risau kami akan kongsikan satu resepi tomyam putih yang sedap dari saudari Shima Laili Mansor di Facebook. Resepi ini sangat mudah dibuat walaupun agak banyak bahan-bahan yang digunakan. Rupa-rupanya main campak je you all!\n\nAyam (potong ikut suke)\nKobis bnga\nCarrot\nCendawan\nBwg holand dipotong2\nBwg putih diketuk2\nSerai diketuk2\nLengkuas diketuk2\nLada kecil diketuk2\nDaun limau purut\nDaun tomyam\nBwg besar merah sebelah ditumbuk dengan lada kecil sedikit agak2 nk pedas\nAir limau nipis\nSos sotong/ikan/nampla\nSusu\nAir\nGaram, ajinomoto dan gula\n\n1) Rebus ayam bersama bahan2 diketuk2 tadi.\n2) Bubuh daun limau purut\n3) Kemudian masukkan air limau sos sotong/ikan/nampla\n4) Masukkan sayur2 dan masak sampai lembut\n5) Letak perasa last sekali baru letak susu n daun tomyam. Siap.\n\nMudah bukan cara membuatnya. Haa kalau nak lagi banyak resepi, boleh lah anda jenguk setiap hari ke blog kami ini kerana terdapat banyak resepi yang menarik yang kami kongsikan buat anda. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
"Apabila anda mengandung, di antara vitamin yang akan diberikan ialah asid folik. Apakah sebenarnya asid folik? Apakah kebaikannya? Apakah kesan kepada bayi jika anda tidak mengambil asid folik?\n\nAsid folik merupakan\u00a0vitamin B9 yang sangat penting untuk seorang wanita. Ia bukan sahaja perlu diambil semasa mengandung malah seeloknya mula diambil seawal anda sedang berusaha untuk mengandung. Salah satu daripada fungsi\u00a0penting asid folik ialah untuk membentuk saraf tunjang bayi yang sempurna dan mengelakkan kecacatan bayi.\n\nSiapa yang perlu ambil asid folik?\n\nAsid folik perlu diambil oleh setiap wanita yang mempunyai ciri-ciri berikut:\n\nAsid folik boleh diambil oleh lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:\n\nAsid folik mempunyai pelbagai fungsi. Di antara fungsi asid folik yang utama ialah:\n\nBila anda perlu mula mengambil asid folik?\n\nKami cadangkan anda mula mengambil asid folik\u00a0 seawal anda membuat keputusan untuk mengandung. Apabila anda disahkan sedang mengandung, anda perlu mula makan asid folik dengan kadar segera sekiranya belum mengambil vitamin tersebut. Hal ini kerana perkembangan sistem saraf & otak bayi berkembang dengan sangat pesat pada 12 minggu pertama kehamilan.\n\nApabila usia kehamilan memasuki trimester kedua, anda boleh pilih untuk berhenti mengambil\u00a0folik asid tetapi kami ingin menggalakkan anda untuk\u00a0mengambil asid folik sehingga bayi anda sekamat dilahirkan.\n\nSelain pil asid folik, anda juga boleh mendapatkan asid folik semulajadi daripada makanan-makanan berikut:\n\nApakah kesan sekiranya anda tidak makan asid folik sepanjang tempoh mengandung?\n\nSekiranya anda tidak mengambil asid folik sepanjang mengandung, bayi dalam kandungan anda berisiko tinggi untuk mendapat masalah berikut:\n\nSpina Bifida atau maksudnya tulang belakang terbelah adalah satu kecacatan sejak lahir di mana sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang bayi terdedah. Kecacatan ini berlaku seawal kandungan berumur 1 bulan, dan risikonya semakin tinggi jika anda tidak mengambil asid folik.\u00a0Dalam sesetengah kes, sebahagian daripada otak juga turut terdedah. Terdapat 3 jenis spina bifida iaitu:\n\nTahap keseriusan spina bifida adalah berbeza. Bagi kecacatan yang tidak serius, bayi mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda. Namun\u00a0kecacatan serius seperti keadaan di mana ia melibatkan saraf tunjang bahagian atas, bayi akan lumpu seluruh badan dan biasanya tidak akan hidup lama.\n\nBagi kes spina bifida yang serius, bayi anda juga mungkin juga dilahirkan dengan kepala yang besar akibat pengumpulan air. Kebanyakkan kes spina bifida di Malaysia adalah pada tahap sederhana di mana bayi boleh dirawat dengan cara rehabilitasi.\n\nBagaimanakah cara mengesan spina bifida? Ianya boleh dikesan dengan cara melihat:\n\nApakah rawatan untuk spina bifida? Sekiranya bayi dilahirkan dengan kecacatan yang terbuka, pembedahan akan dilakukan secepat mungkin untuk membetulkan semula keadaan fizikal bayi. Di antara pembedahan yang biasa dilakukan ialah memasukkan semula saraf tunjang dan meninges yang terkeluar untuk mengurangkan risiko jangkitan dan mengekalkan fungsi saraf tunjang.\n\nPembedahan semula mungkin diperlukan apabila kanak-kanak membesar. Ini adalah disebabkan saraf tunjang dan tulang belakang membesar pada kadar yang berbeza dan boleh menyebabkan dan boleh menyebabkan tisu saraf terperangkap.\n\nNeural tube defect ialah keadaan di mana bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala atau pun benjolan pada leher atau mana-mana bahagian tulang belakang. Kecacatan ini juga berlaku pada awal kehamilan dan risikonya lebih tinggi sekiranya anda tidak mengambil asid folik.\n\nSekiranya anda tidak mengambil asid folik sepanjang tempoh kehamilan, bayi anda juga berisiko tinggi untuk mempunyai masalah sumbing yang akan memberi kesan kepada sepanjang hayatnya.\n\nItulah dia info tentang asid folik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang kepentingan asid folik, makanan tambah darah, dan khasiat delima."
"Tidak dinafikan, sepanjang tempoh mengandung ibu akan berasa kurang selesa dan sakit-sakit badan. Semakin besar kandungan, semakin berasa kurang selesa. \n\nNak tidur pun berasa kurang nikmat. Bila terlentang rasa sesak nafas dan sakit belakang, bila mengereng lenguh pula kaki. Ada masanya bayi pula terasa terhimpit, akan jadi terlalu aktif selagi anda tak ubah posisi tidur.\n\nAdalah sangat penting untuk ibu mengandung mengamalkan posisi tidur untuk ibu hamil yang betul supaya berasa selesa dan mengelakkan anda mengalami sakit badan, lenguh-lenguh, dan yang paling penting supaya anda mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti. \n\nIstimewa untuk anda, jom kami kongsikan posisi tidur yang paling selesa untuk ibu hamil.\n\nJika anda sedang mengandung, elakkan sama sekali daripada tidur dalam posisi meniarap kerana ia akan menyebabkan rahim anda terhimpit dan tertekan. Dikhuatiri akan menjejaskan bayi dalam kandungan anda. Malah posisi meniarap juga akan menyebabkan dada anda terhimpit lalu menyebabkan anda berasa sesak nafas.\n\nDari sudut pandangan islam, umat islam tidak digalakkan untuk tidur dalam keadaan meniarap kerana ia adalah cara tidur kegemaran syaitan dan para penghuni neraka. Bukannya tak boleh tidur meniarap, namun tidak digalakkan. Oleh itu, kalau anda nakkan tidur yang berkualiti dan nyenyak hingga ke pagi, elakkan daripada tidur dalam posisi meniarap.\n\nSatu lagi posisi tidur yang perlu anda elakkan semasa mengandung, terutamanya apabila kandungan semakin membesar ialah posisi terlentang. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kami cadangkan anda supaya jangan tidur terlentang? Ini kerana, jika anda tidur terlentang:\n\nTidur mengiring ke belah kiri adalah posisi tidur paling ideal untuk ibu mengandung menurut pandangan para doktor pakar sakit puan dari barat. Menurut kajian mereka, apabila anda tidur mengiring ke belah kiri, ia akan mengelakkan uterus daripada menekan hati. \n\nMenurut mereka, posisi ini juga akan membolehkan bayi dalam kandungan anda menerima bekalan darah dan nutrisi yang diperlukan secara optimum.\n\nWalaubagaimana pun, dari sudut pandangan islam, tidur mengiring ke belah kiri tidak digalakkan kerana posisi tidur sebegini akan menyebabkan jantung anda dihimpit oleh paru-paru kanan yang lebih besar daripada paru-paru kiri. Amalan tidur mengiring ke belah kiri boleh merosakkan dan mengurangkan kecergasan jantung anda.\n\nIni adalah posisi tidur ibu hamil yang paling kami sarankan kepada anda memandangkan ini adalah posisi tidur kegemaran Rasulullah. Ia adalah sunnah untuk kita tidur dalam posisi sebegini, bukan sahaja semasa mengandung tetapi setiap masa. Terdapat satu kajian menarik tentang posisi tidur mengiring ke belah kanan.\n\nKajian tersebut mendapati\u00a0bahawa jika seseorang tidur dalam keadaan mengiring ke belah kanan, makanan dalam perutnya hanya\u00a0mengambil masa lebih kurang dua setengah jam sehingga empat setengah jam untuk sampai\u00a0ke usus. \n\nManakala orang yang tidur mengiring ke belah kiri pula memerlukan masa yang lebih panjang iaitu sekitar\u00a0lima sehingga lapan jam untuk proses yang sama. Menarik kan?\n\nMalah kajian juga mendapati bahawa semasa anda tidur mengiring ke belah kanan, hati anda akan\u00a0berada dalam kedudukan paling stabil dan tidak tergantung sementara perut anda akan terduduk diatas hati dengan baik. Keadaan ini adalah yang terbaik buat perut anda di mana perut dan sistem penghadaman akan berfungsi pada tahap optimum.\n\nKami juga mencadangkan anda untuk menggunakan bantal khas untuk ibu mengandung yang membantu anda untuk tidur dengan lebih selesa. Adalah sangat berbaloi untuk anda mengeluarkan sedikit duit untuk membeli bantal istimewa ini. Malah bantal ini boleh terus digunakan selepas anda bersalin nanti. Mudah untuk anda menyusukan bayi sambil tidur. \n\nBantal tidur untuk ibu mengandung dicipta khas untuk memberikan sokongan kepada tubuh badan ibu mengandung dan boleh dibentuk mengikut kesesuaian dan keselesaan anda semasa tidur. Terdapat banyak bantal ibu mengandung dijual di pasaran. Anda pilihlah yang mana satu berkenan.\n\nItulah dia info tentang posisi tidur ibu hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, munkin anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron untuk ibu mengandung, khasiat asid folik untuk ibu mengandung, dan punca darah rendah semasa mengandung."
"Arikel ini adalah info dan penerangan tentang cekur. Jom kenali khasiat cekur ini, iaitu tanaman herba yang mungkin tidak dipandang ramai.\n\nCekur atau nama botaninya Kaempferia galanga merupakan tumbuhan dalam keluarga halia iaitu Zingiberaceae. Nama lain baginya ialah kencur. Cekur merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom yang mendatar di bawah permukaan tanah.\n\nKebiasaanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Di Negara kita tanaman ini dikenali sebagai kencur. Tumbuhan ini mudah ditanam sama ada diatas tanah atau didalam pasu.\n\nKebiasaannya cekur dibiak daripada rizomnya. Daun cekur biasanya luruh apabila kemarau. Untuk mendapat rizom yang banyak cekur perlu mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Rizom yang matang dapat dituai diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.\n\nBerdasarkan analisis makmal dan kajian lepas, cekur mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Ia juga kaya dengan vitamin B, C, protein dan mineral, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.\n\n1. Memecahkan angin dalam urat saraf\n\nDi antara khasiat cekur yang paling menarik ialah membuang angin dari badan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan resepi air kencur. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.\n\nMinum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.\n\nJangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan juga minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.\n\nSelain membuang angin, air kencur juga membantu menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.\n\nPemerhatian ini selari dengan hasil kajian penyelidik dari Prince Songkla University, Thailand pada tahun 2008. Mereka melaporkan bahawa cekur memberi kesan antinociceptive iaitu kelegaan kesakitan dengan menyekat deria reseptor sakit dengan baik sekali.\n\nKepada mereka yang mengamalkan makan kencur sebagai ulam secara berterusan, kandungan vitamin C dan mineral lain turut membantu\u00a0melambatkan kesan penuaan.\n\nSebagaimana yang dilaporkan oleh para penyelidik tempatan dari USM Pulau Pinang pada tahun 2011, cekur mempunyai komponen utamanya iaitu etil-p-methoxycinnamate and etil-cinnamate yang bertindak memberi kesan antioksidan dan bioaktif yang baik bagi kesihatan tubuh manusia.\n\nBagi ibu yang baru bersalin atau mengalami keguguran, kencur membantu untuk menguncupkan rahim dengan cepat untuk mengelakkan masalah rahim kembang.\n\nDi samping itu ia juga membantu memulihkan rahim yang tercedera atau luka sepanjang tempoh mengandung dan proses bersalin.\n\nPetua tradisional telah diamalkan sejak turun temurun tetapi masih belum ada kajian saintifik setakat ini yang cuba membuktikannya.\n\n4. Memanaskan badan wanita yang baru bersalin\n\nMasyarakat melayu menggunakan cekur untuk memanaskan badan wanita yang baru bersalin.\n\nAmbil akarnya yang berisi dan \u00a0direbus dan diminum sebagai tonik. Minum setiap pagi sepanjang tempoh berpantang.\n\nCekur juga membantu membanyakkan susu ibu.\n\nCaranya, rebus pucuk dan akar cekur kemudian jadikan sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi.\u00a0Atau boleh juga hancurkan daunnya dan tampal pada payudara si ibu.\n\nKhasiat lain cekur ialah\u00a0 mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.\n\nSebagaimana yang dilaporkan dalam jurnal Molecules pada tahun 2012, kandungan Ethyl-p-methoxycinnamate dalam cekur telah memberi banyak manfaat kesihatan dan farmakologikal kepada tubuh manusia menerusi kekuatan sistem imun dan nutrisi antioksidan.\n\n7. Menguatkan rahim untuk mencegah keguguran\n\nSatu lagi petua yang diajarkan nenek moyang ialah cekur boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah.\n\nRebus pokok & akarnya, dan diminum untuk menguatkan rahim.\n\nJika anda mengalami sembelit,\u00a0petik daun cekur manis kemudian rendamkan ia di dalam air panas dan minum.\n\nAnda boleh hilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbi cekur.\n\nCekur juga digunakan untuk menyembuhkan anggota badan yang bengkak. Caranya, tempelkan beberapa helai daun cekur yang telah digiling lumat.\n\nKajian penyelidik USM pada tahun 2012 melaporkan bahawa kandungan etil cinnamate dalam cekur bertindak untuk memberi kesan vasorelaxant atau menyurutkan ketegangan salur darah yang menyebabkan bengkak.\n\nDi Filipina, rizom cekur digunakan secara tradisi untuk menyembuh penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya.\n\nOrang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria.\n\nRizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung.\n\nHal ini boleh dikaitkan dengan fungsi-fungsi kesihatan sebatian bioaktif dalam cekur seperti yang banyak dilaporkan kajian lepas sebagai agen antimikrob.\n\nKajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif.\n\nMasyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi.\n\nMasyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk menghilangkan kelemumur.\n\n17. Memanaskan perut wanita lepas bersalin\n\nDi Indonesia cekur banyak digunakan oleh kaum wanitanya. Mereka menggunakan cekur dalam semua ramuan ubatan tradisional. Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.\n\nMasyarakat cina menggunakan rizom cekur untuk membuang angin dalam perut.\n\nMasyarakat cina menggunakan rizom cekur untuk mengubati sakit kepala.\n\nAir rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut.\n\nKajian penyelidik India pada tahun 2006 turut melihat kesan positif cekur dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.\n\nKajian mereka melihat perbandingan tikus makmal yang diberi diet cekur dan mendapati kadar penyembuhan luka adalah tinggi melalui pembentukan sel epithelial kulit yang lebih cepat.\n\nMasyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk membunuh kutu kepala.\n\nPenemuan yang sama turut direkodkan dalam kajian saintifik melihat kesan penggunaan rizom cekur dalam menghalau serangga, nyamuk dan makhluk perosak. Kajian penyelidik di Universiti Chiang Mai tahun 1999 melaporkan keberkesanan rizom cekur untuk menghalau nyamuk dan serangga.\n\nMalah, ujian simulasi mendapati bahawa penggunaan cekur tidak menyebabkan kerengsaan atau iritasi pada kulit, dan hanya akan merencat serangan serangga sahaja.\n\nItulah dia khasiat cekur yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!\n\nJika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga mungkin menyukai tulisan kami berkenaan \n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Nota Editor: Artikel ini datangya daripada myhealth dan telah ditulis oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah [Utusan Malaysia, 02/12/2013]. Semoga artikel ini membantu untuk mereka yang mencari tentang perbezaan Shisha dan Rokok.\n\nBersantai di kafe atau restoran sambil sambil menyedut shisha bukanlah perkara luar biasa di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur pada waktu malam.\n\nMereka yang biasanya terdiri daripada golongan muda atau pertengahan usia akan berbual panjang tanpa menghiraukan kepulan asap shisha.\n\nShisha atau juga dikenali dengan nama \u2018hookah\u2019 adalah sejenis peralatan paip air yang menegak dan lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa.\n\nGaya hidup ini sudah lama diamalkan di Timur Tengah. Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha adalah candu dan hashish. Shisha dipercayai mula membanjiri negara ini dengan kedatangan pelancong-pelancong dari Timur Tengah khususnya sekitar 1990-an.\n\nRamai juga menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi adakah fakta ini benar?\n\nSatu kajian yang dijalankan Persatuan Paru-paru Amerika pada 2007 menunjukkan peningkatan penggunaan shisha di seluruh dunia dan kebanyakannya terdiri daripada remaja dan pelajar universiti. Mereka menganggap shisha suatu produk herba dan berpendapat bahawa asap shisha tidak mengandungi tembakau.\n\nSementara itu, Kementerian Kesihatan sedang mengkaji peruntukan undang-undang yang sesuai bagi mengharamkan aktiviti menghisap dan perniagaan berasaskan shisha di negara ini.\n\nMenterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kajian yang dilaksanakan itu meliputi pelbagai kesan buruk akibat tabiat menghisap shisha yang semakin popular termasuk dalam kalangan belia.\n\nKajian berkenaan meliputi beberapa aspek yang perlu diambil kira sebelum keputusan muktamad dikeluarkan.\n\nBerdasarkan laporan awal yang diperolehi pihak kementerian, terdapat pelbagai unsur negatif disebabkan tabiat menghisap shisha kerana ada yang memasukkan nikotin pelbagai perisa termasuk mencampurkan dadah dan itulah punca masalah bermula.\n\nDalam konteks ini, isu yang timbul adalah bahan perisa yang digunakan di negara ini didapati berbeza dengan budaya menghisap shisha di Pakistan dan Afghanistan yang menjadi tradisi rakyat negara itu yang menggunakan herba asli sebagai perisa.\n\nMenurut Pakar Perubatan dan Pernafasan Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Daniel Lee Keat Chye, kebanyakan pengguna menganggap shisha selamat dan tidak memberi kesan kepada kesihatan.\n\nSebaliknya, Dr. Daniel berpendapat, sebenarnya shisha lebih berbahaya daripada sebatang rokok.\n\nCara penyediaan shisha sebenarnya mendatangkan bahaya kerana puncak balang hookah atau mangkuk yang menakung shisha selalunya diliputi kerajang aluminium dan bara diletakkan di atasnya untuk memanaskan tembakau tersebut. Asap toksik terhasil apabila bara arang bertindak balas dengan kerajang aluminium.\n\nBukan itu sahaja, tapak balang hookah yang berasaskan kaca berperanan sebagai kebuk asap dan diisi dengan air. Air ini akan bercampur dengan asap toksik dan akan menambah kelembapan asap. Ini mengakibatkan wap dan asap karsinogenik berada lama dalam paru-paru,\u201d ujarnya.\n\nIa secara tidak langsung menjadikan asap yang disedut ketika menikmati shisha lebih banyak berbanding sebatang rokok.\n\nTambah Dr. Daniel, ramai pengguna shisha tidak menyedari aktiviti ini boleh menyebabkan ketagihan nikotin sama seperti rokok.\n\nMenurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu sesi selama 60 minit bershisha menghasilkan antara 100 ke 200 kali lebih banyak asap berbanding rokok biasa.\n\nShisha juga dikatakan 400 kali lebih bahaya daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi.\n\nLazimnya shisha akan dihisap antara 45 minit hingga satu jam manakala sebatang rokok pula hanya sekitar lima minit.\n\nJadi kesan-kesannya adalah sama seperti perokok iaitu penghisap shisha berisiko menghidap kanser paru-paru, sakit dada, kerosakan koronari jantung dan mengalami kesan sampingan akibat pengambilan nikotin secara berlebihan,\u201d ujarnya.\n\nJelas beliau, perkongsian paip shisha juga boleh mendedahkan mereka kepada penyakit yang merebak melalui air liur seperti tuberkulosis atau TB (tibi).\n\nKita tidak tahu secara jelas latar belakang orang yang berkongsi paip dengan kita dan mungkin jika pengguna shisha sebelum itu mengalami batuk, selesema atau demam, kita boleh dijangkiti.\n\nDr. Daniel menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan aktiviti menghisap shisha sebagai gaya hidup.\n\nSecara umumnya, mungkin ramai yang beranggapan aktiviti ini tidak berbahaya berbanding dengan rokok. Sebenarnya, kesannya masih sama dan mungkin lebih teruk daripada merokok. Oleh itu, orang ramai perlu menjauhi aktiviti ini dan lakukan perkara yang lebih baik,\u201d ujarnya."
"Masyarakat sering beranggapan bahawa tugas seorang ayah adalah untuk mencari nafkah untuk keluarga dan tugas seorang ibu adalah mendidik dan menjaga anak. Tetapi perkara itu adalah tidak benar sama sekali. Hal ini kerana seorang anak menginginkan kasih sayang dan perhatian daripada seorang ayah.\n\nKesan yang tidak baik akan berlaku jika seorang anak yang terasa diabaikan oleh ayahnya. Jom kita lihat perrkongsian menarik tentang kesan yang mungkin berlaku kepada seorang anak jika berasa terabai oleh Dr Taufiq Razif.\n\n3. Lebih Cenderung Dengan Masalah Sosial dan Konflik Dalaman.\n\n4. Hilang Rasa Percaya Pada Lelaki\n\n*Seorang ayah hendaklah mengetahui bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah penting tetapi janganlah sampai membiarkan anak kita berasa kurang kasih sayang dan perhatian daripada kita. Seorang anak memerlukan seorang ayah dalam tempoh pembesaran mereka meningkat dewasa. \n\nDengan perkongsian ini, diharapkan dapat membantu ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Berilah perhatian kepada anak kerana anak adalah sesuatu yang tidak ternilai.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Makanan ini terbilang cukup menarik kerana ia bukan ketupat bungkus daun biasa melainkan ketupat yang memakai sotong sebagai \u201cbungkus\u201d nya. Anda yang belum pernah memakan ketupat sotong mesti bertanya-tanya macam mana bentuk dan rasa ketupat sotong.\n\nKetupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat ialah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.\n\nHidangan istimewa ini walaupun mudah didapati di kawasan Terengganu dan Kelantan, khususnya pada musim mencandat sotong, tetapi masakan ini sukar untuk didapati di luar pantai timur dan lebih sukar lagi untuk mendapat resepi enak.\n\nNamun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa rahsia disebalik sajian bersotong yang enak ialah membuang kulit sotong yang berwarna ungu kemerahan terlebih dahulu untuk mengelakkan bau hanyir\n\nMaka untuk mendapatkan resepi ketupat sotong sedap, sila ikuti resepi ketupat sotong versi Kelantan yang dikongsikan oleh Fatin Pauzi di Facebook dan telah kami buat sekemas mungkin untuk anda. Sila cuba dan share ketupat sotong buatan anda bagi yang tak pernah memakannya.\n\nBahan-bahan (Untuk makan 10 orang) :\n\n1. Siang sotong dan buang kulit dan mata. Basuh dengan air garam dan toskan.\n\n2. Basuh pulut susu dan toskan.\n\n3. Siat kecik kecik daun pandan dan letak pada dasar periuk.\n\n4. Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut susu yang telah dibasuh dan gaul sebati. Rasa sedikit untuk pastikan cukup masinnya.\n\n5. Masukkan pulut susu ke dalam sotong dan tinggal suku ruang bagi ruang pulut mengembang. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti.\n\n6. Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucuk lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong.\n\n7. Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan.\n\n8. Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpa perlu nyalakan api.\n\n9. Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campur setengah cawan air ke dalam santan. Tak perlu kacau.\n\n10. Letak gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu pecahkan.\n\n11. Buka api sederhana kecil dan tunggu sehingga gula melaka hancur dan santan sedikit pekat.\n\n12. Setelah rasa manis okay dan santan sedikit pekat, boleh tutup api dan makan.\n\nSelain resepi ketupat sotong, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Adalah menjadi sesuatu yang meneyedihkan jika anak yang dididik tidak menjadi acuan yang seperti diharapkan. Apa yang lebih teruk ia menjadi sebaliknya.\n\n\u201cSaya dah didik anak saya terbaik. Saya dah ajar tentang Islam. Saya dah ajar dia ilmu agama, ilmu untuk hidup dengan harmoni.tapi bila dah besar panjang, senang-senang dia melanggar larangan Allah.sakitnya Prof. saya menanggungnya.\n\nAdakah saya ini ibu yang tidak tidak berjaya yang tidak cemerlang?\u201d Rintih seorang ibu, yang saya jumpa.\n\nSaya melihatnya dan sayu hati saya. Saya boleh merasakan kesedihan hatinya dengan apa yang dia anggapkan sebagai satu kegagalan besar di dalam hidupnya. Airmatanya terus mengalir dan saya boleh mendengar sedu tangisannya.\n\nFikiran saya melayang teringatkan kisah Nabi Allah Nuh a.s. Ribuan tahun Nabi Nuh a.s. berdakwah, namun, anak dan isterinya tidak mahu beriman sehingga mereka tenggelam di dalam banjir besar yang melanda.\n\nItu adalah Nabi Nuh, seorang yang dipimpin Allah. Bolehkah kita kata baginda telah gagal? Dengan neraca apakah kita mengukurnya?\n\nDari situ saya mengambil satu pegangan, tugas kita sebagai ibu atau bapa adalah untuk mendidik dengan sebaik mungkin anak-anak kita. Namun, kita mesti sedar, hati seseorang itu bukan milik kita dan tidak kita pegang.\n\nJika setelah dididik dengan baik dan dibesarkan dengan sempurna pentarbiyahannya, namun, anak itu masih tidak mahu menerima hidayah, maka kita boleh bersedih, tetapi janganlah berduka sehingga membinasakan diri.\n\nItu perjalanan hidupnya. Apa yang kita boleh buat panjatkan doa agar anak itu dapat menerima taufik dan hidayah, serta sediakan diri untuk menerimanya bila dia mahu kembali ke pangkal jalan.\n\nSebenarnya, bukan mudah untuk menerima orang yang telah banyak melakukan kekasaran dan dosa kepada kita dan dirinya, namun, itulah sebabnya kita ini ibu atau bapa. Gelaran itu bukan suatu yang ringan, ianya besar dan berat maknanya.\n\nBolehkah kita mengenepikan ego kita untuk berdoa agar anak-anak yang mengasari kita dan tersalah jalan itu diberi taufik dan hidayah dan pulang ke pangkal jalan? Bolehkah kita berlapang dada menerimanya kembali sebagai kain putih yang bersih?\n\nInilah peranan seorang ibu dan bapa. Jika tidak makakan Allah meletakkan ibu dan bapa itu sebagai darjat yang tinggi. Dan syurga anak di bawah tapak kaki ibunya.\n\nDalam masa yang sama, kita juga harus mengisafi bahawa anak-anak kita itu, ragam-ragam mereka sebenarnya melentur dan melapah hati kita agar jatuh semua keangkuhan dan kesombongan. Kerana untuk memaafkan kesilapan, hati perlu bersih. Kasih perlu besar.\n\nDan siapa lagi yang boleh mengajar kita perkara itu jika tidak anak-anak kita yang suatu masa dahulu kakinya sebesar dua ibu jari kita. Dan mulutnya tidak henti-henti memanggil mama, ibu, ummi, atau ayah, bapa atau papa. Pantang hilang kita di mata mereka, mereka menangis mencari-cari.\n\nIngatan kita terhadap mereka semasa mereka kecil itu membasuh habis segala kecil hati, marah atau dendam yang mungkin telah mengisi hati kita yang mereka lukakan.\n\nJika kita faham dan sedar anak kita itu bukan sahaja anugerah atau amanah tetapi juga guru kepada kita untuk mengajar siapakah kita ini sebenarnya, maka kita dapat kembali tenang, sabar dan mengisi penuh hati kita dengan kasih sayang sejati.\n\nSatu perkara yang ingin saya bawa ke tengah di sini juga ialah bukanlah hak kita untuk mengatakan seseorang itu gagal di dalam mendidik anak-anak mereka hanya berpandukan pandangan mata kasar kita sahaja.\n\nKita tidak tahu apakah rancangan Allah SWT. Dia juga yang Maha Mengetahui. Apa yang perlu kita lakukan ialah membantu sebanyak mungkin termasuklah berdoa kebaikan untuk ibu dan bapa dan anak itu juga. Serta ambillah iktibar daripada pengalaman mereka. Itulah sebabnya mengapa perkara itu sampai kepada kita. Iaitu untuk kita belajar.\n\nDan akhir sekali, gagalkah kita jika anak tidak menjadi orang? Jawapan yang saya boleh beri, kita gagal jika sememangnya kita telah tidak mendidik dengan baik. Namun, sekiranya didikan telah diberikan dan jalan yang salah juga yang diikut, lepaskanlah kepada Allah swt dan minta daripadaNya agar kita boleh membantu anak kita itu untuk menjadi seorang yang berguna.\n\nJika ada kesilapan kita, maka perbaikilah. Apa yang JANGAN kita lakukan ialah memarahi dan membencii diri kita dan anak yang bersalah itu sehingga kita menutup pintu untuk iman kembali masuk.\n\nSemoga Allah menguatkan iman dan kasih sayang di dalam hati kita semua."
"Sambal cicah thai sedap dijadikan gandingan makan dengan daging bakar. Rasa yang pedas masam manis sepadan dimakan dengan daging bakar pedas pula. Tambahan pula aroma hidangan jadi makin wangi dan merangsang selera.\n\nAfy AL Habibi berkongsikan resepi sambal thai cicah daging bakar di laman Facebook. Resepi ini mendapat perkongsian ramai dari pengikut di Facebook. Sambal cicah thai gerenti disukai oleh semua orang. Selain dimakan dengan daging bakar, sambal ini sedap pula dimakan dengan ayam goreng atau bakar. Selamat mencuba.\n\nResepi Sambal Cicah Thai Daging Bakar Meraung\n\nSiap dimakan dengan daging bakar ala Thai.\n\nSelain sambal cicah thai daging bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Fibroid dalam rahim juga dikenali sebagai leiomyoma atau myoma adalah ketumbuhan benigna (bukan kanser) yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Saiz dan bentuk ketulan fibroid ini juga tidak sama dan boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim atau antara lapisan rahim atau melekat pada rahim seperti struktur akar. \n\nFibroid selalu berlaku di kalangan wanita yang berusia 30 sehingga 50 tahun. Fibroid ini mungkin masih ramai wanita di Malaysia yang tidak tahu mengenainya. Kadang-kadang mereka dapat tahu selepas melakukan ultrasound semasa mengandung.\n\nSesetengah fibroid boleh menjejaskan kesuburan, kehamilan dan kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, fibroid tidak menyebabkan apa-apa komplikasi utama kepada kehamilan atau kelahiran bayi. \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta tentang fibroid. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\n\ud83d\udd8cDisebabkan oleh paras hormon yang meningkat ketika hamil, fibroid sering boleh membesar.\n\n\ud83d\udd8cSesetengah fibroid sebenarnya mendapat lebih kecil semasa hamil walaupun sebab-sebab ini masih tidak difahami sepenuhnya.\n\n\ud83d\udd8cFibroid yang sangat besar dalam rongga rahim boleh membawa kepada kekurangan ruang untuk bayi berkembang dan kadang-kadang ini menjadikan persekitaran yang amat sukar untuk embrio untuk penempelan pada dinding rahim.\n\n\ud83d\udd8cJika anda tahu bahawa anda mempunyai fibroid sebelum kehamilan anda, anda boleh meminta doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Ibu mengandung dengan fibroid akan dipantau dengan lebih rapat melalui ultrasound.\n\n\ud83d\udd8cMasalah yang biasa seperti sakit perut dan pendarahan faraj yang ringan jarang menyebabkan sebarang risiko kepada bayi.\n\n\u2702\ufe0fTerdapat beberapa bukti menunjukkan fibroid yang lebih besar boleh menyebabkan kelahiran bayi dimulakan 2-3 minggu awal daripada yang dijangka ataupun kelahiran pramatang.\n\n\u2702\ufe0fIni tidak mendatangkan risiko kepada ibu atau bayi. Kadang-kadang fibroid yang lebih besar boleh menyebabkan bayi berada dalam kedudukan yang luar biasa pada masa bersalin.\n\n\u2702\ufe0fJika kedudukan fibroid menghalang laluan bayi, bersalin secara cesarean adalah dicadangkan.\n\n\ud83d\udc9eFibroid tidak menjejaskan kesuburan majoriti pesakit wanita. Tetapi fibroid yang tumbuh di dalam rongga rahim cenderung menyebabkan lebih banyak masalah ketidaksuburan.\n\n\ud83d\udc9eSesetengah fibroid menghalang bukaan tiub fallopio atau membuat penempelan embrio pada dinding amat sukar.\n\n\ud83d\udc9eDalam keadaan tertentu, pembedahan digunakan untuk membuang fibroid. Secara umumnya pembedahan ini melegakan punca ketidaksuburan.\n\nBagaimana nak mengesan fibroid semasa kehamilan?\n\n\u2705Pemeriksaan ultrasound yang kerap boleh memantau saiz fibroid dan perkembangan janin.Ibu yang mengalami fibroid ketika mengandung disarankan untuk melakukan pemeriksaan ultrasound berkala dengan lebih kerap untuk memantau saiz fibroid dan memastikan pembesaran janin boleh berlaku dengan baik.\n\n\ud83d\udca0Pembedahan tidak mungkin akan dicadangkan semasa mengandung.\n\n\ud83d\udca0Pembedahan pada masa ini akan mungkin menyebabkan pendarahan yang teruk dan keguguran mungkin berlaku.\n\n\ud83d\udca0Kesakitan yang disebabkan oleh fibroid semasa kehamilan biasanya dirawat dengan ais pek, ubat kesakitan dan ibu hamil patut rehat di atas katil.\n\n\ud83d\udca0Gejala umumnya biasanya akan hilang selepas beberapa hari.\n\n\ud83d\udca0Secara ringkasnya, fibroid semasa kehamilan adalah sangat biasa. Fibroid jarang menyebabkan komplikasi atau keperluan untuk rawatan invasif.\n\n\ud83d\udca0Rawatan untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh fibroid adalah hampir serupa dengan apa yang dicadangkan seperti masalah kehamilan am.\n\n\ud83d\udca0Majoriti ibu hamil yang mengalami fibroid akan mengurangkan saiz atau hilang sama sekali selepas bayi dilahirkan.\n\n*Fakta ini berasakan kajian yang telah dilakukan oleh pakar. Ramai wanita yang tidak tahu akan kewujudan fibroid ini. Jadi, ambil langkah berjaga-jaga. Jika mengalami senggugut yang teruk setiap bulan, baik pergi berjumpa doktor pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mencari lip balm terbaik untuk bibir? Bibir kering merupakan masalah utama yang mungkin berlaku dalam kalangan wanita. Oleh itu, pemakaian lip balm sangat penting dalam penjagaan bibir. Namun, tidak semua lip balm sesuai bagi setiap individu.\n\nSalah pakai akan menyebabkan bibir menjadi lebih kering dan luka. Jom lihat antara 10 lip balm terbaik pasti membuatkan seseorang itu tampil cantik dan menawan.\n\n1. NIVEA Lip Balm Med Repair\n\nLip balm Nivea Med Repair ini sememangnya elok untuk semua jenis kulit bibir dimana ia melembabkan kulit dan membekalkan nutrisi vitamin E dan meningkatkan seri bibir.\n\nSelain itu, lip balm terbaik ini juga akan melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB dimana bibir tidak akan mudah kering dan sakit. Menariknya, ia mengandungi SPF 15 sesuai dipakai untuk anda yang bekerjaya dan sering terdedah kepada sinar matahari.\n\n2. NIVEA Lip Care Caring Lip Balm\n\nBerperisa strawberry, pastinya Strawberry Shine Caring Lip Balm Nivea ini menjadikan bibir anda segar dan berseri-seri setelah memakainya. Ia akan tahan lama dan menampakkan bibir lebih halus, lembut dan mugil.\n\nWarna lip balm terbaik dari Nivea ini sangat cantik dan menyerlah pasti membuatkan anda tampil bergaya setiap kali memakainya. Walaupun berada dirumah, anda boleh oleskan lip balm ini untuk memastikan kesegaran dan kelembapan yang berpanjangan.\n\n3. AVON Simply Pretty Smoothies Lip Balm\n\nBagi wanita yang sukakan kelainan, terdapat 3 jenis perasa bagi lip balm terbaik dari Avon ini. Ianya adalah perasa betik, mangga dan peach serta kandungan yang selamat untuk bibir.\n\nLip balm terbaik ini mengawal bibir daripada menjadi kering dan kekurangan air. Ia akan melembabkan bibir dengan lebih sihat dan segar. Malah, setelah memakainya, warna bibir akan bertukar merah lembut.\n\n4. WELL NATURE Moisture Seed Lip Care\n\nSangat eksklusif dan mempunyai fungsi yang terbaik berbanding lip balm yang lain, Well Nature lip balm ini diperbuat daripada buds (germinated seeds) yang merupakan tumbuhan yang sangat hebat khasiatnya.\n\nIa melindungi bibir dari segala kotoran radikal dan mengelakkan daripada merekah. Siapa sangka lip balm terbaik ini kaya antioksidan yang menjadikannya lebih lembut, segar dan lembab sehingga bibir nampak lebih muda dan cantik.\n\nIa juga dapat membuang sel kulit mati pada bibir dan berfungsi sebagai detoks kulit dalam memastikan kulit bibir sentiasa cantik berseri-seri.\n\nNampak sangat comel dan eksklusif lip balm ini, namun ramai yang belum tahu bahawa selain mencantikkan bibir anda, ia juga berfungsi sebagai rawatan bibir. Bukan sahaja mencantikkan bibir, tetapi jika ada masalah bibir ia bakal melindungi bibir anda.\n\nLip Treatment Wawa Lip Balm ini dapat mengekalkan kelembapan bibir, menjadikan bibir anti kedut atau melambatkan penuaan bibir dan kesannya menampakkan bibir munggil. Ia juga lengkap dengna SPF 15 untuk memastikan bibir sentiasa cantik walau terkena cahaya matahari. \n\nLip Balm terbaik berjenama Mac ini tak pernah mengecewakan. Ia menjadikan bibir lebih lembut dan lembab penuh segar. Tak perlu ragu-ragu lagi jika anda alami masalah bibir kering, merekah atau kusam. Namun, ia tidak sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung.\n\n7. Gel Semmimate Lipstick Mary Kay\n\nSeperti yang kita tahu, Mary Kay adalah jenama kosmetik yang sangat dikenali dan berkonsepkan semulajadi. Lip Balm Gel Semmimate ini dapat menghaluskan bibir tanpa ada rasa kering, memberi keselesaan pada bibir dan pastinya melembabkan bibir.\n\nJika bibir anda kering, ia sangat sesuai dipakai kerana ia akan kembalikan kelembapan bibir. Malah, warna lipstik atau lip balm ini juga akan kekal. Sambil sihat, sambil cantik!\n\n8. SEBAMED Lip Defence SPF 30\n\nSebamed merupakan jenama yang sangat terkenal dan digalakkan oleh doktor. Tidak hairanlah lip balm terbaik ini dapat melindungi tisu bibir dari sinaran UVA dan UVB serta kulit terbakar. \n\nIa mengandungi vitamin E yang berfungsi melindungi bibir yang sensitif, minyak jojoba pula dapat mengatasi masalah kulit bibir kering. Lip balm lengkap dengan Dermatologi Test ini didatangkan dengan 3 perasa iaitu biasa, ceri dan juga strawberry. \n\n 9. Eucerin Lip Active Lip Balm\u00a0\n\nEucerin Lip Active Lip Balm ini juga diperkayakan dengan vitamin E dan spf 15. Sesuai bagi bibir kering, merekah dan kurang lembab, ia membantu melembabkan bibir dan melindungi bibir dari sinar uv dan radikal bebas yang mungkin terdedah setiap hari.\n\nPendek kata, Eucerin lip balm ini membekalkan vitamin dan nutrisi terbaik untuk bibir sekaligus menyihatkan bibir anda. Kata orang, nak cantik biarlah sihat sekali. Oleh itu, pilihan lip balm terbaik ini amat disarankan.\n\nKandungan herba semulajadi, lip balm dari Himalaya ini sangat elok digunakan untuk semua jenis masalah bibir. Sama ada bibir kering, kusam dan sensitif, ia dapat kembalikan keserian dan bibir lebih sihat sepanjang hari. \n\nNampak sedikit berbeza dengan lip balm yang lain, tetapi anda akan tahu keselesaan dan keseronokannya setelah menggunakan lip balm terbaik ini. Jom cuba Lip Balm Himalaya Herbal ini, pasti bibir akan lebih menawan.\n\nadalah antara pilihan lip balm terbaik yang pasti akan membuatkan anda tampil menawan. Pilih sahaja mana satu yang anda inginkan. Jom baca juga toner terbaik untuk kulit kering, toner terbaik untuk kulit kusam dan toner terbaik untuk jeragat.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Pernah makan atau dengar apa itu cheesekut? Mari kami kongsikan resepi cheesekut wajib anda cuba.\n\nMakanan pencuci mulut enak dinikmati selepas waktu makan utama. Antara pencuci mulut yang terkenal pastinya Cheesekut. Sesiapa sahaja yang mendengar tentang Cheesekut pasti sahaja akan terliur bukan?\n\nCheesekut adalah gabungan cream cheese dan biskut. Ianya antara pemanis yang tak perlu dibakar atau dikukus. \n\nJadi, cara pembuatannya amat mudah. Selain daripada itu, bahan yang digunakan sangat murah dan mudah didapati. Akan tetapi, kita ada satu masalah dengan Cheesekut. Masalahnya ialah anda tak kan pernah puas! Sekali cuba pasti nak lagi.\n\nResepi ini mudah kerana hanya menggunakan tiga bahan sahaja dan telah dikongsi oleh Azwaniza Wiwi serta mendapat ribuan perkongsian di laman Facebook.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nDisini juga kami sertakan beberapa resepi resepi lain yang menarik yang boleh anda cuba. Resepi ini bukan sahaja mudah dan ringkas, tetapi ianya juga dijamin lazat sehingga menjilat jari. Variasikan hidangan anda dengan mencuba resepi resepi dari kami. Selamat mencuba ya!"
"Siapa tercari-cari resepi sotong masak hitam a.k.a sotong masak dakwat untuk dinner malam ini? Tetiba teringin pula kan. Yang mana tak makan jangan lah kecam pula.\n\nCaranya mendapatkan warna hitam itu ialah daripada dakwat yang ada pada sotong. Jika biasanya sotong dibersihkan hingga paling bersih. Pada resepi ini pula bahagian dakwatnya itu tidak dibuang. Malah dimasak bersama dengan sotong.\n\nMacam mana pula rasanya? Rasanya sangat sedap. Sotong dakwat ini lagi meletop bila dimakan bersama nasi panas. Gunakan sotong yang masih fresh sehingga mendapatkan hasil yang lagi sedap.\n\nResepi yang kami tuliskan ini dikongsikan oleh Yanti Alias\u200e di laman Facebook. Jika anda rindu masakan emak atau nenek zaman dulu, boleh la cuba membuat resepi ini. Resepinya sangat simple dan senang dicontoh.\n\nResepi Udang Masak Hitam @ Sotong Dakwat\n\nSelain resepi sotong masak dakwat, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari menu makanan ikan salmon yang sedap? Bosan dengan hidangan salmon yang itu-itu sahaja? Anda boleh cuba resepi ikan salmon grill pula.\n\nGrill ialah teknik memasak di mana lauk dipanggang di atas api menggunakan grill pan. Dalam proses memasak ini pula menggunakan minyak zaitun bukan minyak masak biasa supaya rasanya lebih sedap dan padu.\n\nKandungan lemak tepu yang sedikit menjadikan salmon grill antara makanan sihat yang sangat sesuai untuk menu diet. Resepi yang dikongsikan oleh \u200eHaryati Ramli\u200e\u200e di laman Facebook ini juga akan menerangkan tentang resepi sos putih dan salad yang sesuai digandingkan dengan salmon grill.\n\nTanpa tunggu lama sila tengok resepi salmon grill yang telah kami tuliskan dengan kemas untuk anda semua. Sila cuba resepinya dan jamu selera anda beserta rakan dan kerabat.\n\nSelain resepi salmon grill, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Diabetes atau penyakit kencing manis adalah di antara penyakit kronik yang paling ditakuti oleh rakyat Malaysia. Ia adalah keadaan di mana paras glukos dalam darah adalah terlalu tinggi dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti kegagalan fungsi organ dalaman. \n\nJika diabetes tidak dikawal, ia akan mendatangkan pelbagai komplikasi buruk kepada badan dan menjadi punca berlakunya penyakit yang lebih serius seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. \n\nMencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Malah untuk kes diabetes, mengubati penyakit ini bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca diabetes supaya boleh dielakkan dari awal sebelum ianya terjadi.\n\nTahukah anda bahawa diabetes adalah satu penyakit keturunan yang boleh diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya melalui genetik. Oleh itu, jika ada ahli keluarga anda yang lain mempunyai masalah diabetes, maka tak hairanlah kalau anda juga mempunyai masalah yang sama. \n\nKemungkinan besar anak anda nanti juga akan akan mewarisi penyakit diabetes melalui genetik daripada anda. Namun usahlah anda bersedih, ini adalah ketentuan illahi. Apa yang anda boleh buat ialah elakkan punca diabetes yang lain supaya anda terhindar daripada penyakit yang merbahaya ini.\n\nSemakin meningkat umur anda, semakin tinggi risiko anda untuk mendapat diabetes. Apabila anda mencecah umur 45 tahu, risiko anda menjadi semakin meningkat secara mendadak. \n\nMalah apabila anda berumur 65 tahun, anda termasuk dalam golongan berisiko tinggi untuk terkena diabetes. Oleh itu, amalkan gaya hidup yang sihat bermula dari sekarang.\n\nPunca diabetes yang seterusnya ialah tahap kesihatan yang rendah. Kajian mendapati bahawa mereka yang mempunyai sejarah kesihatan yang buruk dan sering jatuh sakit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit diabetes apabila sudah berusia. \n\nKemungkinan besar ianya berkaitan dengan kadar imuniti yang rendah di mana badan anda mudah mendapat penyakit.\n\nPenyakit diabetes dangat berkait-rapat dengan gaya hidup yang tidak sihat. Kajian mendapati bahawa pesakit diabetes kebiasaannya merupakan mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti:\n\nOleh itu, amalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko anda mendaoat penyakit diabetes. Elakkan alkohol dan rokok yang sudah diketahui umum sangat memudaratkan kesihatan.\n\nPunca diabetes yang seterusnya ialah berat badan berlebihan. Mereka yang mempunyai masalah obesiti biasanya sangat berisiko tinggi untuk mendapat penyakit diabetes. Ada juga pesakit diabetes yang berbadan kecil dan mempunyai berat badan ideal dengan BMI yang normal. Namun mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding mereka yang berbadan kecil.\n\nPemakan sangat mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita. Pemakanan yang sihat akan menghasilkan tubuh badan yang sihat dan begitulah sebaliknya. \n\nAmalan pola pemakanan yang tidak sihat dengan diet yang tidak seimbang akan menyebabkan anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit diabetes. Di antara jenis makanan tidak sihat yang perlu anda kurangkan ialah:\n\n7. Stress dan tekanan yang tidak dikawal\n\nPunca diabetes yang seterusnya ialah stress dan tekanan yang tidak terkawal. Tidak dinafikan bahawa hidup pada zaman ini tidak dapat lari daripada stress dan tekanan perasaan. \n\nTerlalu banyak perkara yang perlu dilakukan dan terlalu banyak objektif yang perlu dicapai. Namun jika anda tidak berusaha untuk mengawal stress yang dihadapi, anda akan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes. Ini kerana apabila anda tertekan atau stress, hormon kortisol dalam badan anda akan meningkat lalu menyebabkan insulin dalam badan anda tidak dapat digunakan secara efektif.\n\nTidak cukup tidur juga akan menyebabkan risiko anda untuk mendapat diabetes menjadi semakin tinggi. Ini kerana kekurangan tidur akan menyebabkan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya dan tubuh badan tidak sempat untuk berehat dan recharge untuk memulakan hari baru.\n\n9. Mereka yang mempunyai saiz yang besar di bahagian tengah badan iaitu perut dan pinggang\n\nPunca diabetes yang seterusnya ialah saiz perut dan pinggang yang lebih besar berbanding bahagian tubuh badan yang lain. Gula berlebihan dalam badan kita akan disimpan dalam hati, yang kemudiannya akan bertukar menjadi lemak. \n\nLemak-lemak ini pula biasanya tersimpan di bahagian tengah badan iaitu pinggang dan perut. Mereka yang mempunyai lemak berlebihan pada kawan tersebut mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes. \n\nRintangan Insulin adalah keadaan yang berlaku apabila dalam badan kita terdapat struktur membran sel yang telah dirosakkan lalu menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. \n\nApabila ini berlaku, insulin tidak boleh merangsang pembukaan laluan glukosa dan sebagai akibatnya, glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kepekatan gula dalam darah khirnya menyebabkan anda mendapat diabetes.\n\nItulah dia 10 punca diabetes yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanda kencing manis menu diet dan panduan piramid makanan."
"Selain daripada nasi, ubi kayu merupakan makanan ruji orang zaman dahulu. Ubi kayu rebus, ubi kayu goreng, lepat ubi kayu dan bingka ubi kayu. Kebiasaannya semua menu yang berasaskan ubi kayu ini dijadikan sebagai sarapan, minum pagi atau minum petang. Terutamanya di kampung-kampung.\n\nJadi, kalau sudah tak tahu nak buat apa ubi kayu yang banyak yang dekat sekeliling rumah itu,boleh lah cuba masak bingka ubi kayu. Lagi sedap kalau makan beramai-ramai sambil bersantai-santai. Hidanglah bingka ubi kayu ini dengan teh panas. Lagi naik umpph orang kata.\n\nBingka Ubi Kayu ini merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu. Namun, di sebelah pantai timur ianya dikenali sebagai Bengkang Ubi Kayu. Bahan dan cara-caranya mudah sahaja. Hanya memerlukan ubi kayu yang diparut, santan, gula, garam dan air. Cara memasak nya pun senang. hanya perlu tuang adunan ke dalam loyang dan bakar. Taraaa.. Dah siap. Mudahkan? Seperti a,b,c dan 1,2,3. \n\nJadi apa lagi. Jom cuba resepi Nora Syikin\u00a0dari laman \u2018facebook\u2019 . InsyaAllah menjadi dengan jayanya. Bolehlah puas hati bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Lagi seronok kalau dapat menjamu orang yang tersayang. Jom tengok resepinya di bawah.\n\nSelain resepi Bingka Ubi Kayu, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. \u2018Sharing is caring\u2019 kan dan terima kasih lah sebab sudi melawat blog bidadari.my. Semoga apa yang dikongsi di sini mendapat manfaatnya kepada semua yang memerlukan."
"Kalau dah dinamakan kanak-kanak, tidak kira lelaki atau pun perempuan, memang akan sukakan aktiviti yang melibatkan pergerakan yang banyak. Malah, kanak-kanak perlu bergerak untuk memenuhi keperluan sensori mereka.\n\nAktiviti seperti melompat, berlari dan memanjat ini sangat berkait rapat dengan kemahiran motor kasar kanak-kanak. Menurut Puan Siti Aisyah Rozalli, kemahiran motor kasar adalah kemahiran yang melibatkan:\n\nPelbagai aktiviti yang menarik yang mampu merangsang kemahiran motor kasar kanak- kanak. Mari \u00a0 \u00a0kita lihat 10 aktiviti menarik dan pasti menyeronokkan!\n\nSejak bayi lagi kita boleh merangsang kemahiran motor kasar anak-anak. Sediakan laluan berhalangan yang terdiri bantal, kotak, tilam dan lain-lain. \n\nAktiviti ini akan membolehkan bayi untuk merangkak dan memanjat halangan-halangan yang berada di hadapannya. Tambahkan cadar, selimut atau kain yang mempunyai tekstur yg berbeza bagi merangsang sensori tactile mereka.\n\nAktiviti balance beam ini adalah salah satu aktiviti vestibular yang melibatkan hampir kesemua anggota badan seperti tangan, bahu, tengah badan dan kaki. Kanak-kanak juga belajar untuk\u00a0\u00a0mengimbangkan tubuh badan mereka agar tidak terjatuh daripada laluan yang disediakan.\n\nPermainan ini sangat popular bagi kanak-kanak di zaman 80\u2019s. Bukan sahaja seronok malah banyak manfaatnya. Kanak-kanak akan melompat dan belajar untuk mengimbangkan badan mereka dengan sebelah kaki sahaja. Aktiviti ini dapat menguji daya kekuatan otot kaki mereka.\n\nPermainan \u00a0ini sering dijalankan di tadika-tadika untuk membantu kanak-kanak mengawal keseimbangan badan mereka daripada terkeluar daripada kawasan tape. \n\nMereka\u00a0boleh berjalan atau melompat di atas tape yang sudah pasti membantu dalam meningkatkan kemahiran motor kasar mereka. \n\nAktiviti ini bolehlah divariasikan dengan meletakkan mainan seperti buah, kereta atau apa sahaja untuk diambil di penghujung tape agar lebih menarik.\n\nDengan hanya menggunakan tali atau tape, reka satu laluan seperti sarang labah-labah yang besar. \u00a0Aktiviti ini akan merangsang kanak- kanak untuk merangkak, melangkah atau membongkokkan badan mereka untuk merentasi halangan yang dibina.\n\nDi barat, aktiviti meniru gaya atau posture haiwan-haiwan berjalan sangat membantu dalam menguatkan otot-otot tubuh badan kanak-kanak. \n\nAntara yang sering digayakan adalah bear walk, crab walk dan lion jump. Aktiviti ini akan menjadi menarik dengan permainan bertemakan \u201cAnimal\u2019s Family\u201d sambil anak-anak dapat meniru dan membezakan bunyi- bunyi setiap haiwan yang dilakonkan.\n\nAktiviti ini akan memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Seperti kita tahu, pengalaman baru dilalui kanak- kanak akan membina laluan neural yang baru di dalam otak mereka. \n\nSemakin banyak laluan baru ini terbina, semakin aktif otak mereka berfungsi. Bukan sahaja memberi manfaat kepada kemahiran motor mereka, malah sangat bagus untuk otak!\n\nAktiviti ini sebenarnya sangat mencabar untuk dilakukan. Tidak dapat dinafikan ada juga orang dewasa yang tidak berani atau \u201cgayat\u201d untuk melakukan aktiviti ini. \n\nNamun tidak mustahil, kanak-kanak seawal usia umur 3 tahun mampu berjalan diatas kanopi yang mempunyai ketinggian yang tinggi ini sehingga penghujungnya.\n\nMereka mampu mengimbangkan badan mereka untuk berjalan, memegang tali dengan baik dan yang pasti mampu mengawal perasaan takut mereka pada permukaan yang tinggi.\n\nPasti pengalaman meneroka gua adalah pengalaman yang menarik dan mengujakan untuk anak-anak. Di samping menguji ketahanan otot-otot badan mereka \u00a0untuk berjalan, merangkak dan memanjat permukaan gua yang pelbagai, mereka juga dapat belajar hidupan yang sering menjadikan gua sebagai habitat seperti kelawar.\n\nSukan renang sangat memberi manfaat kepada anak-anak. Aktiviti ini akan melibatkan hampir kesemua anggota badan mereka iaitu tangan, kaki kepala dan belajar \u00a0mengawal pernafasan supaya mereka boleh terapung."
"Lobak merah memang menjadi pilihan Bugs Bunny! Tahukah anda apa kelebihan dan khasiat kesihatan lobak merah? Jom baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.\n\nLobak merah atau nama saintifiknya\u00a0Daucus carota merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam bentuk ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di Asia dan seluruh dunia sebagai hidangan sampingan.\n\nLobak merah ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B dan C, garam, potasium, kalsium, potasium dan alpha karotin.\n\nRingkasnya, menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya \u2018The Compelete Herbal\u2019 lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing dan memecahkan batu karang. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh membantu menyembuh luka dan mengurangkan risiko kanser.\n\nPada awalnya, penanaman lobak merah adalah untuk kegunaan perubatan pada awal abad ke-10. Kemudian, barulah ramai yang mula menggunakannya dalam masakan.\n\nWarna lobak merah datang daripada kehadiran karotenoid dan anthocyanin.\n\nLobak merah sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dapat menghalang pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan sihat.\n\nLobak mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.\n\nSayuran ini berfungsi untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah, dapat menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.\n\nJus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk membaiki keadaan kulit kita. \u00a0Selain itu, ia\u00a0juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.\n\nIni pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak merah dipercayai dapat\u00a0membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan\u00a0beta-carotene\u00a0yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.\n\nSelain itu, lobak merah boleh merawat mata anda dan mengekalkan penglihatan yang lebih baik. Ini kerana dalam lobak terkandung vitamin A dan B. Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. Kekurangan\u00a0vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.\n\nLobak amat sesuai dimakan untuk anda yang mengalami masalah mata. Beta-carotene membantu melindungi daripada degenerasi macula dan perkembangan katarak.\n\nMengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.\n\nLobak merah juga baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit.\n\nLobak membantu untuk membuang toksik dalam badan. Ini kerana lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.\n\nBerdasarkan kajian dari Universiti Harvard, sesiapa yang kerap makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu, peratus untuk mengalami \u2018stroke\u2019 adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebijik lobak merah sahaja dalam pemakanan mereka.\n\nLebih menarik lagi, anda juga boleh amalkan makan lobak bagi mendapatkan gigi yang cantik.\n\nLobak bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Lobak juga mengandungi mineral semulajadi yang dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.\n\nSelain itu, kajian pada tahun 2019 menunjukkan peranan karotenoid dalam lobak yang membantu penjagaan gigi yang lebih sihat dan kuat.\n\nKarotin dalam lobak merah menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser. Kajian menunjukkan dengan makan lobak boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon.Ini kerana lobak merah mengandungi falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser.\n\nFalcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun, ia tidaklah berbahaya kepada manusia tetapi dapat mencegah kanser.\n\nBagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak.Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.\n\nLobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan.\n\nLobak adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium,lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam\u00a0 sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama.\n\nPengkaji dari Portugal pada tahun 2014 ada mengulas khasiat-khasiat kesihatan pengambilan lobak merah, antaranya:\n\nda Silva Dias, J. C. (2014). Nutritional and health benefits of carrots and their seed extracts.\u00a0Food and Nutrition Sciences,\u00a05(22), 2147.\n\nStinco, C. M., Pumilia, G., Giuffrida, D., Dugo, G., Mel\u00e9ndez-Mart\u00ednez, A. J., & Vicario, I. M. (2019). Bioaccessibility of carotenoids, vitamin A and \u03b1-tocopherol, from commercial milk-fruit juice beverages: contribution to the recommended daily intake.\u00a0Journal of Food Composition and Analysis,\u00a078, 24-32.\n\nItulah dia khasiat lobak merah. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang\u00a0khasiat lobak putih dan khasiat gamat\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Seronoknya boleh ber\u2019 steamboat\u2019 bersama seisi keluarga. Lagi seronok kalau ianya di rumah. Berbaloi-baloi orang cakap. Jom tengok resepi yang dikongsi Parmiati Binti Suyudi\u200e . InsyaAllah sama macam kat kedai-kedai steamboat yang kat luar tuh. Jom tengok. Ada kuah tomyam. Ada kuah sup. Boleh pilih salah satu atau kedua-duanya.\n\nSelain resepi kuih seri muka ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Asam pedas merupakan salah satu hidangan pilihan untuk makan tengah hari bagi kita, rakyat Malaysia. Rasa pedasnya dihasilkan oleh cili kisar digabungkan dengan rasa masam daripada asam jawa ataupun limau purut. Ianya boleh digabungkan dengan ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah, atau ikan terubuk. Tak makan ikan? Jangan risau, gabungan bersama ayam atau daging juga sedap! Asalnya, Asam Pedas sangat popular di sekitar Melaka dan Johor. Jika anda mengidam untuk makan asam pedas, ketahuilah bahawa cara pembuatannya amat mudah dan sudah tentu anda boleh hasilkan asam pedas yang lazat sehingga menjilat jari walaupun ianya mudah.\n\nJom kita lihat resepi asam pedas Johor yang dibawakan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad. Katanya asam pedas linangan air mata. Wah, confirm pedas memikat!\n\nNota: ikut rasa masing \u2013 masing, tak letak pun tak apa, jika letak, masukkan dalam bahan yang dikisar\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nHaaaa, mudah bukan resepi asam pedas ni? Berminat nak cuba resepi lain juga? Di sini juga kami sertakan beberapa resepi lain yang mudah dan pasti menjadi. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!"
"Jom cuba resepi nasi goreng belacan ini. Sedapnya nasi goreng belacan. Makanan kampung yang memikat selera. Macam unik nama nasi goreng belacan. Siapa pernah makan? Memang sedap bukan?\n\nSebelum anak-anak pergi ke sekolah, sebelum suami berangkat kerja. Hidangkan diorang nasi goreng belacan. Mesti diorang suka.\n\nCara memasak resepi nasi goreng belacan ala Noriyah Yahya di laman dacebook ini mudah. Bahan-bahan yang digunakan sama dengan nasi goreng biasa. Namun ia menggunakan asam jawa dan belacan sehingganya nasi goreng ini memiliki rasa khas belacan.\n\nTidak perlu lagi pening pikirkan hidangan untuk sarapan. Cukup buat nasi goreng belacan saja. Sedap dan mengenyangkan.\n\nSelain resepi nasi goreng belacan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Menu masakan ala thai sering menjadi pilihan rakyat Malaysia. Antara menu yang sering dipesan di kedai makan ala Thai adalah Tom Yam Putih, Telur Dadar, Goreng Kunyit dan Daging Masak Merah. Jadi untuk kali ini, kami kongsikan resepi Ayam Masak Thai yang dikongsikan oleh Darwisyhah Norizan yang menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan cara penyediaannya pun ringkas dan senang.\n\nJadi, bagi sesiapa yang dah bosan makan diluar dan hilang idea nak masak apa untuk seisi keluarga bolehlah cuba masakkan daging masak merah ini. Menu ini sangat lah sesuai dan bertepatan dengan isteri yang bekerjaya tetapi masih mahu masak untuk keluarga. Masakan dari air tangan seorang isteri atau ibu gitu. Sebabnya masakan ini sangat simple, mudah dan jimat masa. Apa lagi, jom tengok resepinya. Tapi sebelum itu, ayam perlu digoreng terlebih dahulu ya.\n\nSelain resepi Resepi Ayam Masak Thai ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Susu yang keluar sedikit sangat atau tiada langsung? Biar betul? Setelah beranak, biasalah, mesti si ibu tidak sabar hendak menyusukan bayi mereka secepat mungkin. Akan tetapi, rupa-rupanya tiada setitis susu pun keluar, kalau ada pun hanya sedikit je. \n\nAlamak! Macam mana ni? Sudah pasti si ibu terus jadi bingung, ye lah, sudahlah proses bersalinnya berjam-jam, baru hendak meraikan, dikejutkan pula dengan kesukaran untuk meyusukan anak. Kejadian ini telah pun berlaku pada Puan Aimi Nawi, bukan sekali sahaja ye, tetapi setiap kali setelah bersalin. \n\nPaling mencabar sekali terjadi setelah si ibu ini melahirkan anak bongsu dia, yang ke-empat. Sudahlah bayi tengah kelaparan, kemudiannya tiba-tiba terkena jangkitan virus. Aduhai kesiannya! Disebabkan itulah, si ibu Aimi Nawi ini terdetik untuk berkongsi pengalamannya.\n\nSusu Sikit Atau Susu Tak Ada Lepas Bersalin\n\nWalaupun anak dah masuk 4 orang tapi inilah masalah Aimi setiap kali beranak. Dan Aimi bukan jenis yang lepas beranak je susu terus keluar. Pasal susu pun ibu boleh jadi murung tau.\n\nTapi nak share pengalaman Aimi nak menyusukan hero latest ni sebab dia yang paling mencabar sekali.\n\nLepas bersalin baby Zikri, as expected memang susu tak keluar. Tapi still buat skin to skin, ajar baby latch dan initiate stimulation. Alhamdulillah baby pandai latch sendiri.\n\n3 orang anak sebelum ni at least kalau Aimi marmet nampak titik-titik susu keluar. Tapi kali ni langsung takde. Panik okay. Tapi pujuk diri susu ada tu cuma tak keluar lagi.\n\nLepas baby direct feed, Aimi pump untuk tambah lagi rangsangan. Lepas 3-4 hari nampak lah ada titik susu keluar dari satu mata. Okay it\u2019s a progress.\n\nApa Hasil Masuk Minggu Ke-2 Buat Rutin DF Dan PAM?\u00a0\n\nAfter a week rutin df dan pump, barulah susu yang menitik satu-satu tu nampak banyak sikit. Tapi still setitik-setitik. Kalau anak-anak sebelum ni at least masuk seminggu tu dah boleh breastfeed dengan agak lancar.\n\nMasa ni serius Aimi mula panic and stress dah. Rasa nak menangis tapi tahan dan kuatkan semangat je. Baby pun lagi banyak susu botol dari susu badan.\n\nAfter a week Aimi continue je rutin df dan pump tu tapi nak start kumpul EBM dan bagi baby minum ikut botol. Sebab bila baby df, dia malas nak hisap lama-lama sebab susu keluar setitik-setitik je kan. Letih lah dia.\n\nSo bila time feeding tu Aimi bagi baby direct feed untuk stimulate. Then Aimi pump. Buat POWER PUMPING SEJAM kot baru lah dapat dalam 1/2oz ke 1oz. Bagi baby minum through botol.\n\nBagaimana Pula Apabila Bayi Kuning Dan Dijangkiti VIRUS?\n\nSerius penat giler. Baby kuning so kena susukan every 2 hours. Nak susukan baby pun kadang setengah jam. Pastu sambung power pumping sejam. Kadang boleh rest 15-20 minit je dah kena susukan baby and pump balik. Tapi at least baby dah more on breastmilk dari susu formula.\n\nDah lah penat tak cukup tidur, almost setiap hari pulak kena ulang alik KK check kuning. Doktor pulak setiap kali jumpa mesti kata \u201csusu mama tak cukup ni, kena top up ya\u201d.\n\nMau tak stres dengar kan. Yes doc meant well tapi Aimi yang dah exhausted doing the best that I can so that baby still boleh minum breastmilk tu, hati dah rapuh kalah ranting tua. Tinggal nak snap je. Serius badan kata give up je tapi hati kata keep fighting.\n\nHari ke-13 baby warded NICU pulak sebab viral infection. There was one time baby menangis non-stop sampai lah nurse datang dan bagi dia susu formula guna syringe baru dia stop dan tidur. Padahal sebelum tu dah few times Aimi direct feed dia.\n\nNurse tanya susu dah kering ke. And I couldn\u2019t answer sebab mata ni dah bertakung air tinggal nak mengalir je\ud83d\ude2d\n\nMalam tu kena tinggal baby dekat NICU. Sebelum balik masuk jenguk dia tengok dia dah duduk bawah lampu. Condition dia masa tu dengan oxygen line semua nampak dia suddenly lemah. Rasa hiba sangat tengok dia.\n\nOn the way balik dalam kereta Aimi senyap je. Tengah tahan perasaan. Husband perasan. Dia pegang tangan Aimi and cakap InshaAllah baby okay.\n\nSambil menangis I said to him \u201che needs my milk. Kalau susu banyak takpe jugak. Ni susu pun macam takde. How am I supposed to help him to get better\u201d.\n\nSepanjang dalam kereta Aimi doa dalam hati mintak Allah kesian lah dekat baby. Cukupkan keperluan susu dia. Let me help him to get better. Dah lah rasa fail to protect him from getting sick in the 1st place, then tak boleh bagi susu cukup pulak kan\u00a0\ud83d\ude2d\ud83d\ude2d\ud83d\ude2d\n\nPatutkah Ibu Teruskan Rutin Pam Di Rumah Biarpun Bayi Kena Tinggal Di Wad?\n\nSampai rumah dekat pukul 1 pagi. Ikut hati nak tidur je sebab dah penat sangat. Tapi gigihkan diri buat jugak power pumping fikir esok boleh bagi EBM dekat baby. Sambil pump sambil tengok gambar baby dalam phone\ud83d\ude2d\n\nMasa pump tu memang meleleh air mata tau. That time I felt so powerless and helpless. Lemah sangat.\n\nI prayed to Him. Aimi cakap Aimi sedar susu tu rezeki Allah bagi untuk baby. Bukan Aimi yang hasilkan susu tu tapi Allah yang bagi untuk baby through my body. I can only usaha tapi susu ada hanya dengan izin Allah. Please jaga my baby for me. Hadirkan rezeki susu untuk baby. Izinkan Aimi dapat susukan baby and help him to get better.\n\nNak simpan EBM tu tengok dapat 4oz. Ehhh???? Tak pernah dapat banyak tu. Biasa paling banyak pun 2oz.\n\nThe next morning Aimi bangun buat lagi power pumping. Masa ni dah nekad sikit banyak dapat janji ada untuk baby. Takat mana mampu bagi Aimi bagi je.\n\nBut to my surprise hasil power pumping pagi tu Aimi dapat 6oz.\n\nSampai NICU pagi tu tengok baby jaga. Angkat dia dan direct feed. Aimi nangis but definitely a happy tear. Subhanallah rasa beza sangat. I can feel that \u2018let down reflex\u2019 or some called \u2018milk ejection reflex\u2019. Baby pun sampai tersedak-sedak nak telan susu.\n\nLepas df baby, as usual Aimi pump. And to my surprise again dapat collect 5oz EBM. I was stunned. 5oz lepas dah direct feed baby. Aimi nangis sebab happy sangat\u263a\ufe0f\n\nSince then Alhamdulillah proses penyusuan Alif Zikri start lancar. Kerap jugak Aimi kena pump sepanjang dalam wad NICU dengan dia lepas baby df sebab breast still bengkak.\n\nAimi tak tahu setakat mana rezeki Zikri tapi as a mom, Aimi akan terus usaha sedaya mungkin. Selebihnya biar Allah tentukan sebab susu tu bukan milik Aimi tapi rezeki milik Allah untuk baby.\n\nApakah Tip Bagi Ibu Apabila Susu Tiada Atau Sedikit Selepas Bersalin?\n\nTo my fellow bf mommies here are some tips Aimi boleh share based on pengalaman 4x susu tak keluar or keluar sikit lepas bersalin.\n\n1\ufe0f\u20e3\u00a0Teruskan direct feed baby every 2 hours tak kira sesikit mana pun susu keluar. The point is kita nak kena stimulate dan rangsang production susu. Takde rangsangan\u00a0terbaik\u00a0melainkan hisapan baby.\n\n2\ufe0f\u20e3\u00a0Lepas baby direct feed kalau dia still lapar bagi je susu botol. Ni memang contradict dengan ajaran mana-mana LC or geng hardcore bf. Tapi kalau dah baby menangis lapar kita pun stress kan. Kesian jugak dekat baby. Bukan bagi banyak pun. Just top up supaya baby kenyang dan boleh tidur. Biasa 1/2 oz pun tak habis minum.\n\n3\ufe0f\u20e3\u00a0Baby dah relax dah tidur, mommy sambung pump. Kita nak increase stimulation. Nak bagi badan kita faham \u201cmy baby needs more milk so aku kena produce lagi banyak\u201d. Dan pump untuk stimulate ni tak perlu suction tinggi. Nanti luka pulak nipple tu. Low to medium suction je. Just nak stimulate.\n\n4\ufe0f\u20e3\u00a0Kuatkan semangat dan think positif. Allah akan jaga rezeki baby. Bukan kita yang mampu breastfeed anak atau tak tapi Allah yang bagi izin. Aimi set mind baby takde dosa, Allah sayang baby jadi Allah akan bagi rezeki susu tu pada baby. Ibu je kena usaha keluarkan susu tu.\n\n5\ufe0f\u20e3\u00a0Teruskan rutin df dan pump (stimulation) sampai susu dah lancar, dah cukup untuk baby dan dah tak perlu top up formula. \n\nAdakah Susu Formula Suatu Keperluan Atau Kehendak?\n\nBila decide nak top up formula pun jangan view sebagai jalan keluar. Some LC or hardcore bf sangat against bagi formula sebab nanti terus susu takde. Memang betul kalau ibu jadikan sebagai jalan keluar untuk masalah susu kurang or takde. Tapi as for me, Aimi jadikan sebagai temporary solution. Baby tak lapar, Aimi tak stress dan boleh keep on stimulate my body untuk increase milk production. \n\nBenarkah Susu Semakin Berkurang Apabila Anak Semakin Bertambah?\n\nAimi start proses breastfeeding baby Zikri ni dengan expectation yang rendah je. Sebab ikut pengalaman 3 orang sebelum ni, Aimi rasa makin tambah anak makin kurang susu. Tapi Aimi salah.\n\nAllah yang bagi rezeki susu tu. Kita rasa kita boleh susukan baby. Tapi kita lupa Allah yang jaga rezeki baby. Baby takde dosa. Allah pelihara baby dan izinkan kita ada susu untuk keperluan baby. Kita ingat kita yang mampu susukan baby.\n\nDalam satu malam Allah boleh limpahkan nikmat susu untuk baby. Susu tu ada cuma Allah nak tengok sejauh mana kita usaha dan sekuat mana kebergantungan kita pada Dia.\n\nAnd I think it\u2019s not fair kata ibu gagal susukan anak sebab takde ilmu. Anak no 3 dulu aimi pergi kelas, seminar dan beli buku pasal bf tapi still mampu susukan sampai 10 bulan je.\n\n*Memang bukan semua ibu bersalin dapat rezeki susu ini, tetapi, jangan pula si ibu terus berputus asa. Tunggu apa lagi, penting tau info ini dikongsi bersama, share ya!"
"Kunyit dikategorikan sebagai tumbuhan dan herba yang banyak kegunaanya dalam kehidupan kita sama dalam masakan mahupun rahsia awet muda. Justeru itu, penanaman kunyit di rumah semakin popular hari ini.\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara tanam kunyit dengan betul dengan menggunakan beberapa kaedah penanaman yang terbaik.\n\nPokok kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa adalah tumbuhan hijau dari family Zingiberaceae. Umumnya, tanaman ini berasal dari India dan diperkenalkan di seluruh negara Aia seperti Asia Tenggara dan Asia Selatan.\n\nBanyak kajian yang dijalankan untuk mengkaji manfaat pokok ini, dan ia terbukti bertindak sebagai agen pewarna semula jadi, anti-keradangan dan anti-bakteria, dan berkhasiat untuk pelbagai masalah kesihatan.\n\nMungkin ramai tidak tahu kunyit sebenarnya boleh ditanam dalam ruang yang sempit juga seperti pasu bunga. Berikut ini kami kongsikan langkah atau cara tanam kunyit dalam pasu untuk rujukan anda.\n\nDapatkan kunyit hidup yang sudah bertunas. Lebih besar mata tunas adalah lebih bagus kerana peluang untuk hidup lebih cerah.\n\nMemang biasanya amat sukar untuk kita temukan kunyit yang masih bertunas di pasar atau kedai. Sekiranya ia tidak anda jumpai, boleh pilih kaedah kedua dengan cari kunyit yang tidak cedera mata tunasnya.\n\nUntuk mengenal pasti mata tunas, ia biasanya mempunyai warna sedikit keputih-putihan yang menandakan kunyit sudah sedia mengeluarkan pucuknya.\n\nOleh kerana, kunyit tidak memerlukan kelembapan tanah yang tinggi untuk elak umbisi rosak, maka medium tanaman yang sangat sesuai bagi tamaman kunyit adalah 1:1, bahagian pasir dan 1 bahagian tanah (tanah campur & tanah bakar).\n\nSiap menyukat medium tanah, masukkan ia ke dalam pasu dan buat juga lubang dalam ke dalaman lebih kurang 2 \u2013 3 inci. Seterusnya masukkan umbisi kunyit dengan kedudukan mata tunas menghadap ke arah atas.\n\nElakkan dari letakkan tunas kunyit itu ke arah bawah kerana ini akan melambatkan proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun.\n\nTempoh kebiasaan untuk tunas mengeluarkan dau adalah dalam masa satu atau dua minggu selepas ia ditanam. Lebih dari masa tersebut, berkemungkinan besar kunyit yang ditanam itu sudah rosak atau tidak subur.\n\nSetiap benda bernyawa di atas muka bumi ini memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Begitu juga halnya bagi tanaman.\n\nUntuk bagi mendapatkan daun kunyit yang lebar dan berwarna hijau yang cantik, kunyit memerlukan pencahayaa sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Jika kurang dari tempoh yang sepatutnya itu, daun-daunnya akan menjadi kontot.\n\nNamun begitu, terlebih kena cahaya matahari juga bahaya bagi kesihatan tanaman kita. Oleh yang demikian, pokok kunyit perlu diletakkan di kawasan yang sedikit terlindung seperti berhampiran bucu-bucu bumbung.\n\nDi peringkat awal selepas kunyit di tanam, biasanya ia memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Cadangannya, lakukan siraman setiap 2 kali sehari dalam tempoh satu hingga 2 minggu.\n\nPerhatikan sekiranya mata tunas sudah mengeluarkan daun yang lebar, barulah proses siraman dikurangkan sebanyak sekali sehari pada setiap awal pagi. Dalam masa yang sama, pastikan air siraman itu tidak bertakung dalam pasu.\n\nBoleh pilih pasu yang mempunyai lubang saliran sedia ada untuk memudahkan proses ini. \n\nAtau sekiranya perlu, buat sahaja lubang sendiri di bawah pasu dengan menebuk lubung pada bahagian bawah dinding pasu.\n\nJimatnya tanam pokok kunyit ini, ia tidak memerlukan baja. Hanya cukup sekadar anda tambahkan medium tanah tinggi organik di atas medium lama.\n\nAtau pilihan kedua, tuai sebahagian umbisi dan tambahkan dengan medium baru bagi mengalakkan lagi proses pertumbuhan umbisi baru.\n\nSelain dari tips cara tanam kunyit ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan ilmu perkebunan seperti:"
"\u201cMama, lepas ni, ajar Yaya solat Subuh\u201d.\n\nRiak wajahnya serius. Saya tahu, mesti suami serius tentang hal ni.\n\n\u201cOk\u201d jawab saya pendek. Tapi dalam hati tertanya-tanya \u2018ok ke Yaya solat Subuh. Nak ke dia? ke dia akan merengek-rengek, tak mahu solat?\u2019\n\nSebab di fikiran saya solat subuh lain dari solat-solat yang lain. Sebab waktunyakan awal macam tu. Nak ke anak solat bila diminta? Ye lah, dia baru nak masuk 6 tahun. Untuk bangun tidur pun perlu dipujuk-pujuk baru mood dia ok.\n\nDalam tertanya-tanya tu, saya lakukan juga. Tapi perkara pertama yang saya lakukan ialah beritahu yaya \u2018kenapa dia kena solat subuh\u2019.\n\nSolat belum suruh lagi, tapi cerita dulu. Saya ingat lagi, kata Yaya:\n\n\u201cTapi kan Yaya dah sembahyang magrib, isyak, sembahyang kat sekolah (zohor/asar)\u201d\n\n\u201cSembahyang ada lima Yaya: Magrib, Isyak, Zohor, Asar, and Subuh. Sebab kita nak ingat Allah. Allah suka kalau kita solat semua. Nanti Allah pun akan ingat kita, sayang kita laaaagi banyak, protect kita dari orang jahat, bagi kita present, bagi kita happy. Yaya nak tak Allah sayang yaya macam tu?\u201d\n\nAnak ni senang je. Bila kita dah umpan dia dengan benda benda yang best tu, mudah je dia jawab \u201cNak\u201d\n\n\u201cOK, kalau yaya nak, esok Yaya start solat subuh ek. Solat dengan mama. Lepas mandi kita take wuduk and solat.\u201d Saya memberi gambaran bagaimana rutinnya paginya akan berubah esok.\u201d\n\n\u201cNanti mama ajak Yaya solat subuh Yaya jangan nangis ek. Kita solat happy-happy ok. Sebab yaya kan nak Allah sayang Yaya, betul tak?\u201d Ayat ni penting supaya dia kena \u2018alert\u2019 yang esok dia tak boleh merengek, tak boleh nangis bila di ajak solat.\n\n\u201cOk mama\u201d jawapannya, bunyik macam ok. Tapi saya debar untuk tahu macamana ragamnya esok hari bila sampai waktu utk solat subuh tu.\n\nMasha Allah, sejujurnya saya benar-benar terperanjat. Saya sangkakan dia mula nak merengek, mula nak culas, tapi dia follow apa yang mama suruh buat: mandi, take wuduk, pakai baju sekolah, pakai telekung, solat dengan mama. Siap berzikir lepas solat. Kemudian baru doa.\n\nTakde merengek, takde nak buat hati mama panas. Gayanya tu macam dah biasa solat subuh.\n\nAlhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana memasukkan nur-Mu dalam hati anakku. Sudah beberapa hari ini kami solat subuh bersama.\n\nIa memberi saya kefahaman baru. Yang anak walaupun kecil sebenarnya tidak sukar untuk mula belajar beribadah. Walaupun untuk solat subuh yang dugaannya lebih hebat.\n\nMengikut pengalaman saya yang kecil ini, saya rumuskan begini. Untuk mudah melatih anak kecil solat subuh:\n\n#1 Biasakan Dulu Anak Solat Yang Lebih Mudah\n\nYaya bermula dengan solat maghrib. Ia diwajibkan setiap hari sampai dia sudah terbiasa dengan rutin itu. Sehingga dia tahu, solat itu \u2018part of her daily life\u2019.\n\nPada peringkat awal saya tak minta dia solat semua. Hanya maghrib. Sebab saya taknak anak rasa terbeban sampai tak suka dengan \u2018solat\u2019. Bayangkanlah, tak pernah solat tetiba kena solat 5 waktu.\n\n#2 Sambung Pula Dengan Solat Yang Lain Sekiranya Sudah Terbiasa\n\nBila anak sudah ada idea dan biasa dengan solat, sambung pula dengan solat lain yang juga mudah: solat isyak. solat zohor dan asar. Insha Allah bab ini tidak sukar.\n\n#3 Terangkan Kepada Anak Anda Sebab Solat Subuh\n\nUntuk solat subuh, berikan anak kefahaman dulu kenapa dia perlu bangun pagi dan solat subuh. Apa yang anak akan dapat bila dia melakukannya. Apa kaitan solat subuh dengan hariannya.\n\nBila anak dah faham \u2018the why factor\u2019, ajak anak solat bersama-sama kita. Nyatakan stepnya satu persatu: mandi, take wuduk, etc. Sebab ini adalah pengalaman pertama anak. Jadi step perlu jelas untuk mereka.\n\nBila anak memberikan kerjasama yang baik, wajib puji mereka. Siap peluk siap cium bagai. Biar anak tahu yang kita semakin sayang dia bila dia suka solat.\n\nKalau anak menunjukkan aksi \u2018liat\u2019, beri mereka galakan. Anak boleh buat, cuma maybe mereka tak biasa lagi. Tak faham lagi. Sebab ia adalah perkara baru untuk mereka. Jadi tugas kita ialah teruskan mengajak dengan memberi galakan.\n\nPuji perubahan kecil yang mereka lakukan.\n\nAjak anak solat subuh setiap hari walaupun hari tu kita dah lambat. Walaupun kita perlu keluar lebih cepat. Supaya anak faham, solat subuh ni mesti dilakukan setiap hari, sama macam dia mesti makan, tidur.\n\nWalaupun terkejar-kejar waktu, lakukan dengan cara yang bahagia. Supaya anak nampak solat subuh ni best. Ada zikir. Zikirlah seronok seronok, happy-happy, walaupun dalam hati \u2018alamak, dah lambat sikit\u2019. Anak akan nampak ia best sama macam mereka happy kalau dapat main di playground.\n\nKita mak ayah cuba yang terbaik, tapi kita pun tahu hidayah ni dari Allah. Yang buka hati anak untuk suka solat adalah Allah. Jadi kita serah kepadaNya. Selepas solat, saya akan doa, antaranya:\n\n\u201cO Allah, thank you bagi anak mama suka solat subuh. Please help yaya untuk bangun happy, solat subuh happy everyday. Thank you Allah\u201d\n\ndan ia sengaja di nyatakan dengan jelas supaya anak dengar dan dia juga meng-amin-kannya.\n\n\u201cWe do the best, nanti tahulah Allah uruskan the rest\u201d\n\nSaya yakin ibu bapa lain juga punya pengalaman atau tips masing-masing dalam hal ini. Yang dikongsikan di sini hanya berdasarkan pengalaman saya meminta yaya solat subuh dan alhamdulillah, dia solat dengan gembira.\n\nJika anda juga punya pengalaman dan tips, mohon share kan juga semoga kita semua boleh mendapat manfaat dari nya. Mudah-mudahan Tuhan membantu kita semua mendidik anak-anak, dan menjadikan mereka manusia luar biasa: yang dalam hatinya ingat Tuhan, yang luarannya juga hebat sebagai khalifahNya."
"Ramai rupanya peminat nasi popular di Kelantan ini. Kalau ingin buat niaga guna resepi yang kami kongsikan silakan. Kami yakin laris permintaannya nanti. Afy AL Habibi\u200e berkongsi resepi nasi kak vogue di laman Facebook dan betul saja sesiapa yang pernah rasa dulu nasi kak vouge cik Afy mesti nak rasa balik.\n\nAntara pelbagai yang terdapat pada nasi kak vogue ialah nasi putih yang bertemankan ayam goreng crispy, sambal mengaum dan kuah ayam gulai. Ketiga-tiga kandungan ini mestilah ada, kalaupun ditukar namanya bukan nasi kak vogue.\n\nJangan panik jangan risau, kami tuliskan cara untuk hasilkan gulai yang sedap, ayam goreng crispy dan sambal yang menarik. Tapi sebelum itu jangan lupa like dan share perkongsian ini ya. Selamat mencuba.\n\nBahan Ayam Gulai (untuk 3 ketul ayam) :\n\nTiga ketul ayam dipotong kecil. Perapkan dengan bahan di bawah :\n\nSelain nasi kak vogue, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Dalam perkahwinan masyarakat Melayu, bunga manggar digunakan ketika mengiringi pasangan pengantin. Bunga manggar juga digunakan dalam majlis keramaian yang lain di Malaysia, Singapura dan Brunei.\n\nSelain majlis perkahwinan, bunga manggar digunakan ketika menyambut orang kenamaan, adat istiadat diraja dan sebagainya. Biasanya dalam setiap majlis, 2 batang bunga manggar yang siap dihias cantik akan dipegang oleh lelaki atau wanita ketika berarak.\n\nBunga manggar yang siap dijual agak mahal bergantung kepada jenis hiasan, kualiti dan material yang digunakan. Hampir kebanyakan majlis perkahwinan yang kita pergi, bunga manggarnya sama saja. Yang berbeza hanyalah warna dan bentuk.\n\nDalam artikel ni, penulis ingin berkongsi idea DIY tentang cara untuk membuat bunga manggar. Anda boleh gunakan idea ni dalam majlis perkahwinan anda. Selain nampak unik dan cantik, ia akan menarik perhatian tetamu yang datang.\n\nBiasanya, bunga manggar diperbuat daripada berpuluh-puluh batang lidi yang dibalut dengan kertas atau plastik yang berkilat. Plastik tersebut telah dipotong berbentuk juraian. Setelah mengemaskan balutan, lidi akan dicucuk pada betik muda.\n\nKemudian, sebatang kayu yang panjang dan tegak digunakan untuk mencucuk betik di bahagian atas. Batang tersebut digunakan sebagai pemegang. Bunga manggar jenis ni dah terlalu biasa digunakan sejak zaman-berzaman.\n\nApa kata seiring zaman teknologi yang serba canggih ni, kita tukar idea untuk hasilkan bunga manggar yang lebih kreatif. Anda tak perlu membazir wang untuk menempah lidi bunga manggar. Anda sendiri boleh membuatnya dengan bantuan ahli keluarga.\n\nKetika zaman kanak-kanak, penulis suka bermain-main dengan lidi bunga manggar. Sebab utamanya ialah kerana tertarik dengan plastiknya yang berkilau dan berwarna-warni. Rasa-rasanya, sampai sekarang kanak-kanak akan tertarik dengannya.\n\nSetelah habis majlis, biasanya bunga manggar dibiarkan begitu saja. Ada juga yang rosak dikerjakan oleh kanak-kanak. Apa kata anda mencuba cara lain pula. Anda boleh menggunakan plastik atau kertas yang kilat untuk membalut keseluruhan batang lidi.\n\nTak perlu potong kertas secara rambu-ramba. Setelah itu, ikat gula-gula di sepanjang batang lidi tersebut. Biarkan gula-gula tersebut terjuntai dengan cantiknya. Lepas habis majlis, boleh bagi kepada kanak-kanak yang tentunya teruja nampak gula-gula.\n\nAda pasangan pengantin, lebih-lebih lagi pengantin perempuan yang mengimpikan tema perkahwinan ala-ala fantasi. Misalnya jika pengantin nak tema Frozen atau Alice In Wonderland untuk cipta kelainan, ada boleh cipta bunga manggar salji. Caranya?\n\nMudah saja. Gunakan kertas berwarna putih untuk membalut lidi. Kemudian, ambil kapas muka dan bentukkan seperti awan dengan pelbagai saiz. Tampalkan pada batang lidi tadi. Pastikan bunga manggar kelihatan sebatang pokok yang dilitupi salji.\n\nNak nampak lebih cantik, boleh tampal serbuk kilat berwarna silver pada permukaan kapas. Pasti pengantin benar-benar seperti dalam alam fantasi.\n\nCara lain yang boleh dibuat ialah menggunakan manik-manik plastik bersaiz besar yang biasanya digunakan untuk mencantikkan baju. Anda boleh mencarinya di kedai jahit, kedai menjual barangan kraf atau kedai barangan perkahwinan.\n\nBergantung pada tema, anda perlulah mewarnakan batang lidi tersebut. Cara paling mudah adalah menggunakan penyembur warna. Contohnya tema warna pelamin ialah putih, anda boleh mewarnakan lidi tersebut dengan warna putih.\n\nKemudian, masukkan manik-manik mengikut warna kegemaran ke dalam lidi tadi. Supaya manik-manik tersebut tak bergerak, anda boleh menggunakan gam. Bagi nampak cantik, anda perlu melebihkan batang lidi.\n\nSetelah habis majlis, bunga manggar ni boleh dijadikan hiasan pasu bunga di rumah.\n\nTak perlu beli bunga tiruan yang mahal-mahal, beli saja di Eco. Pilih warna dan jenis bunga kegemaran, kemudian potong bahagian tangkainya. Daun-daun pada tangkai yang dipotong jangan dibuang.\n\nBatang lidi dibalut menggunakan reben satin. Kemudian, anda perlu melekatkan bunga-bunga tersebut mengikut kreativiti. Jangan lupa tampalkan sekali daun-daun tadi. Nanti, boleh digubah semula dan dihias dalam pasu bunga.\n\nJika anda mempunyai kemahiran untuk membuat bunga menggunakan kertas atau tisu, inilah masa yang sesuai untuk tunjukkan bakat. Cara buat bunga manggar ni sama saja dengan yang bunga plastik tiruan.\n\nZaman sekarang, ada pasangan pengantin yang suka buat majlis kahwin pada waktu malam. Ada yang buat di rumah, dewan, hotel dan sebagainya. Tema bagi majlis kahwin pada waktu malam lazimnya lebih mementingkan faktor pencahayaan.\n\nOleh itu, apa kata anda buat kelainan dengan menggunakan bunga manggar LED ketika berarak. Pasti tetamu yang hadir terlopong dibuatnya. Selain nampak cantik ketika berarak, limpahan cahaya LED akan buat pasangan pengantin tampak berseri-seri.\n\nAnda boleh membalut batang lidi menggunakan kain satin kerana ia lebih berkilat. Kemudian, balutkan secara kemas wayar lampu LED. Bahagian baterinya boleh disembunyikan ke bahagian batang. Anda boleh meletakkan kotak di atasnya bagi menggantikan buah betik.\n\nTak perlu balut semua batang lidi dengan LED kerana kosnya agak tinggi. Anda boleh selang-selikan dengan hiasan kristal plastik yang tergantung. Nampak mewah dan eksklusif.\n\nNak cipta kelainan pastinya memerlukan perahan otak. Jangan risau penulis sedia membantu anda. Anda pernah nampak bulu burung unta? Bayangkan bunga manggar anda dibuat daripada bulu burung unta. Sekali tengok, seolah-olah daun pokok kelapa yang melentuk-lentuk.\n\nAnda boleh membelinya secara online. Terdapat pelbagai saiz dan warna di pasaran. Mungkin harganya sedikit mahal kerana bulu burung unta tak mudah nak dapat. Jika guna bulu burung unta, anda boleh terus mencucuknya pada span atau gabus tanpa perlu lidi.\n\nBagaimana dengan idea membuat bunga manggar DIY yang penulis kongsikan ni? Menarik untuk dicuba? Idea-idea ni boleh dipraktikkan ketika majlis perkahwinan anda atau keluarga. Malahan, anda juga boleh jadikan kraf ni sebagai sumber pendapatan.\n\nSelain nampak cantik dan unik, bunga manggar ni boleh digunakan semula sebagai hiasan di rumah. Boleh juga diberikan kepada para tetamu sebagai kenang-kenangan. Jangan lupa mencuba ya! Boleh kongsikan pengalaman anda tu kepada kami."
"Media sosial dengan masyarkat dunia sekarang memang sudah tidak asing lagi. Sebut saja tentang Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya, jangan kata remaja malah warga emas juga sudah tahu akan kewujudan semua platform media sosial ini. Masing-masing juga tahu cara untuk guna media sosial ini untuk dengan akaun peribadi masing-masing.\n\nTidak dinafikan dengan adanya media sosial kita semua menjadi semakin mudah dalam berkomunikasi. Satu dunia dapat berhubung hanya dengan menggunakan hujung jari. Namun, apakah anda tahu cara menggunakan media sosial dengan betul? Jika masih belum tahu, artikel ini sangat patut anda baca. \n\n10 Cara Guna Media Sosial Dengan Betul Dan Bijak\n\nDi sini akan dikongsikan 10 tips bagaimana untuk menggunakan media sosial dengan\u00a0bijak.\u00a0Semoga dengan adanya tips ini kita semua akan dapat berkomunikasi di media sosial dengan etika yang lebih baik dalam menggunakan sosial media ini bersama. \n\n#1 \u2013 Fikir Dulu Sebelum Membuat Apa-Apa Status\n\nCara atau tips menggunakan media sosial dengan baik dan bijan yang pertama adalah dengan ambil tahu akan unsur negetif dan positif sebelum menulis sesuatu. Tanya pada hati dan fikir guna akal untuk seketika. Jika dirasakan ianya tidak bermanfaat pada sesiapa dan ada unsur negetif, ada baiknya jangan diteruskan niat tersebut. Fikir dulu sebelum membuat apa-apa status. \n\n#2 \u2013 Jangan Post Gambar Yang Boleh Timbulkan Fitnah\n\n Media sosial\u00a0tak ubah seperti teman yang paling rapat dengan kita. Tanpa media sosial sunyilah hidup kerana kita sudah tidak mampu untuk luangkan masa secara bersemuka dengan kawan seperti dulu. Dalam era digital sekarang ini, kita dengan mudah dapat berbual tanpa perlu ke mana-mana dan ia sememangnya amat memudahkan.\n\nTapi awas, jangan sesekali terlalu leka dan khusyuk untuk berkongsi apa saja. Batasi gambar yang dikongsikan untuk tuntutan umum itu supaya tidak timbul sebarang fitnah. Aurat berpakaian juga eloklah di jaga untuk tidak menimbulkan masalah di depan hari. \n\n#3 \u2013 Usah Percaya Sesuatu Cerita Secara Bulat-Bulat\n\nCara guna media sosial yang seterusnya adalah dengan tidak mempercayai apa juga cerita yang di baca secara bulat-bulat. Masa yang ada dengan menggunakan media sosial ini perlu kita isi dengan benda yang baik-baik. \n\nJika ada terbaca sebarang berita yang tidak baik adalah lebih bijak untuk elakkan diri dari mempercayainya 100%. Memanfaatkan\u00a0penggunaan media sosial\u00a0dengan cara yang bijak\u00a0dengan mengambil kira akibatnya di masa depan. \n\n#4 \u2013 Tidak Perlu Komen Di Status Yang Tidak Tahu Hujung Pangkal \n\nDengan\u00a0adanya kemajuan teknologi internet dan telefon bimbit\u00a0kita semua mudah untuk akses media sosial\u00a0di mana saja kita berada. Kita juga dengan senang dapat menerima dan menyampaikan apa jua berita dengan pantas.\n\nBila ada terbaca apa jua status yang dirasakan ada unsur peribadi, seeloknya kita elah\u00a0dengan tidak komen dengan ayat yang bukan-bukan. Cara menggunakan\u00a0media sosial ini dengan lebih baik dan betul adalah dengan membiarkan saja status begitu tanpa perlu di komen apa-apa. \n\n#5 \u2013 Jangan Kongsikan (Share) Sesuatu Yang Kita Sendiri Tidak Sahih \n\nCara menggunakan menggunakan media sosial dengan\u00a0betul yang seterusnya adalah dengan tidak kongsikan (share) sesuatu status yang kita sendiri tidak sahih. Buatnya status itu ada unsur fitnah dan kita pula ikt share, dah tak pasal kita sendiri ikut tumpang dapat dosa dengan kongsi perkara yang tidak sahih. \n\n#6 \u2013 Jangan Luahkan Pendapat Tanpa Fikir Perasaan Orang Lain\n\nMedia sosial\u00a0memang satu platform paling yang sangat mudah. Hanya\u00a0dengan taip dari handphone ramai orang dah boleh baca apa yang kita suarakan. Walaubagaimanapun jangalah terlalu lantang bersuara dalam menyampaikan pendapat tanpa fikir tentang perasaan pengguna media sosial yang lain. \n\n#7 \u2013 Sentiasa Ingat Akan Dosa Dan Pahala \n\nApa sebenarnya yang di cari saat\u00a0menggunakan media sosial ini? Adakah mahu tambah dosa dengan bermusuh dengan rakan di media sosial ataupun untuk berbuat pahala dengan berkongsi info dan ilmu yang baik-baik? Tepuk dada tanya hati dan fikirkanlah juga dengan waras menggunakan akal yang Allah SWT beri. \n\n#8 \u2013 Niat Untuk Kongsi Ilmu Bukannya Berita Palsu \n\nNiat juga perlu baik. Hari-hari sebelum mula lihat media sosial sendiri betulkan dulu niat untuk kongsi ilmu yang baik-baik bukannya untuk kongsi berita palsu demi untuk meraih perhatian pengguna media sosial yang lain. \n\n#9 \u2013 Jangan Oversharing Hingga Orang Rasa Meluat\n\nTidak dinafikan ramai yang menggunakan akaun media sosial sendiri dengan tahap melampau. Jika ditegur katanya itu adalah hak masing-masing. Jika tak suka boleh unfriend. \n\nPersoalannya di sini, kita mahu labelkan diri sebagai apa? Adakah mahu bersahabat dengan pengguna media sosial yang lain secara baik ataupun mahu membiarkan diri dianggap sebagai salah seorang yang suka pentingkan diri sendiri. \n\n#10 \u2013 Berinteraksi Sekadar Perlu (Hormat Privasi Orang Lain Juga)\n\nSetiap orang ada hak privasi masing-masing dan hormatilah hak tersebut. Nak berkawan dan berinteraksi adalah tidak salah tetapi janganlah hingga tahap menganggu orang lain. Bersahabatlah dengan saling menghormati antara satu sama lain. \n\nSemua Orang Perlu Tahu Cara Guna Media Sosial Dengan Betul Untuk Elak Masalah \n\nKita sangat beruntung kerana ada tahap media yang sangat canggih tetapi dalam masa yang sama janganlah kita guna dengan cara yang salah. Langkah-langkah bijak ketika menggunakan media sosial perlu kita tahu dan praktik. \n\nPerkataan tak ubah seperti mata pedang dan gunakanlah perkataan yang baik demi untuk menjaga ukhwah dengan pengguna media sosial yang lain."
"Sudah menjadi lumrah bagi bayi yang baru lahir untuk meminum susu ibu mereka. Tahukah anda, susu ibu mengandungi banyak khasiat? Ya, susu ibu sebenarnya kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang membantu untuk tumbesaran bayi anda.\n\nMaka, jangan terkejut jika susu ibu tersenarai sebagai 10 makanan terbaik di dunia. Ayuh ketahui manfaat susu ibu ini.\n\nSusu ibu ini sebenarnya mempunyai fungsi yang sangat ajaib! Selain daripada membekalkan makanan dan keperluan untuk tumbesaran bayi, susu ibu ini juga boleh melindungi bayi anda daripada sebarang jangkitan kuman yang tidak diingini dan juga masalah masalah kronik yang lain.\n\nSelain daripada itu, susu ibu dapat menguatkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.\n\u00a0\n\nKajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Unicef merekodkan kematian 800 000 kanak kanak setahun akibat daripada susu ibu yang tidak cukup.\n\nSeorang professor daripada Royal College of Pediatrics, Russell Viner berkata \u201cKebaikan susu ibu telah banyak diketahui umum namun masih ramai lagi yang tidak mengambil langkah untuk menurut langkah dan ini sebenarnya memberi kesan kepada bayi itu sendiri\u201d.\n\nBerikut merupakan kebaikan yang boleh didapati daripada susu ibu.\n\nSusu ibu telah dikaji selama bertahun tahun dan telah disahkan oleh pakar pakar perubatan susu ibu adalah yang terbaik untuk si manja anda. Walau pun sekarang telah banyak susu formula dihasilkan, tetapi khasiatnya tidak akan dapat menandingi susu ibu sendiri!\n\nSusu ibu ini akan bertukar seiring dengan kehendak bayi. Semakin membesar bayi anda, semakin sedikit susu ibu yang si bayi perlukan. Tahukah anda, susu ibu pada awalnya hanya untuk menghilangkan dahaga bayi tetapi semakin lama, susu itu kaya, penuh berkrim dan penuh dengan lemak yang baik untuk kesihatan bayi.\n\nRasa susu ibu juga berubah mengikut makanan yang dimakan oleh si ibu. Ini bermaksud, semakin lama anda menyusukan bayi, bayi anda akan boleh menerima rasa yang baru apabila dia mula memakan makanan berbentuk pepejal.\n\nSusu ibu mengandungi semua nutrient nutrient penting yang diperlukan oleh bayi anda untuk tempoh enam bulan pertama selepas dilahirkan. Bayi anda tidak memerlukan makanan samping selain daripada susu anda. Tempoh enam bulan inilah yang khas untuk menyusukan bayi.\n\nSistem tubuh bayi anda akan mudah menyerap dan mencerna susu ibu.\n\nSusu ibu mengandungi asid lemak yang penting untuk tumbesaran otak si kecil anda.\n\n#3 Sebagai Asas Kepada Kesihatan Yang Sihat\n\nKolostrum dan susu ibu yang telah matang mengandungi antibodi dan ajen ajen penguat yang lain untuk melindungi bayi anda daripada sebarang penyakityang merbahaya dan tidak diingini seperti masalha pernafasan dan sebagainya.\n\nPenyusuan bayi juga penting untuk memastikan tumbesaran penglihatan bayi, pertuturan, rahang dan mulut bayi.\n\nBagi bayi yang disusukan ibunya, mereka rendah risiko untuk kematian bayi yang tidak dijangka pada peringkat awal (SUDI) termasuk kematian bayi secara mengejut (SIDS).\n\u00a0\n\nApa Kebaikan Menyusukan Bayi Bagi Kaum Ibu?\n\nKita sudah melihat beberapa kebaikan susu ibu kepada bayi berdasarkan kajian pakar pakar perubatan di seluruh dunia. Tetapi, apakah sebenarnya manfaat menyusukan bayi kepada si ibu?\nBerikut merupakan kebaikan yang akan si ibu dapat apabila menyusukan bayi!\n\nMudah bagi ibu ibu di luar sana kerana anda tidak perlu sterile botol susu, membancuh susu dan sebagainya. Sebaliknya, hanya perlu menyuakan susu keppada si kecil anda. Bukankah itu mudah.\n\nBerita baik bagi si ibu diluar sana! Bagi mereka yang berkeluh kesah tentang betapa mahalnya susu formula, apa kata anda terus memberi bayi anda susu ibu. Susu ibu adalah percuma dan seperti yang kita tahu, tidak memerlukan apa apa alatan dan juga pembersihan!\n\nWalaupun anda memberi bayi anda susu ibu yang telah siap dipam, anda masih tidak perlu sterile atau pun membasmi kuman altan yang anda gunakan. Anda hanya perlu membasuh alat pam susu setiap 24 jam. Dalam tempoh itu juga, letakkan alat pam susu kembali ke dalam peti sejuk untuk mengekalkankan keberkesananannya.\n\nBagi ibu ibu di luar sana yang risaukan kanser payu dara yang semakin menular, usah bimbang lagi kerana ibu ibu yang menyusukan anak kurang kemungkinan untuk menghidap penyakit tersebut. Selain itu, osteoporosis dan diabetes jenis kedua turut tersenarai.\n\nSudah tentu ramai ibu ibu selepas melahirkan anak risau dengan berat badan mereka. Jangan risau kerana dengan menyusukan bayi anda, berat anda akan turun dengan serta merta.\n\nKajian mendapati ibu yang menyusukan anak lebih mudah untuk tidur berbanding mereka yang menggunakan susu formula. Dan semestinya, kitaran tidur mereka seiring dengan waktu tidur bayi.\n\nSentuhan ibu dan anak ketika proses penyusuan bayi berupaya memberikan hubungan yang kuat antara anda dan bayi.\n\nJangan lupa juga peranan hormon di dalam susu ibu itu sendiri. Hormon itu sendiri akan memudahkan proses penyusuan bayi. apabla menyusukan bayi, ia sebenarnya memberikan kasih sayang dan bayi anda akan rasa lebih selamat.\nTetapi, semestinya. Pilihan tetap di tangan anda!\n\nJika anda memilih untuk tidak menyusukan bayi anda, jangan khuatir kerana susu formula yang terdapat di pasaran sekarang mampu untuk memberikan nutrisi yang terbaik setanding dengan suus ibu itu sendiri. Dan jika anda memerlukan susu formula tambahan, itu tak bermakna anda boleh berhenti untuk menyusukan bayi dengan serta merta.\n\u00a0\n\nBerapa Lama Tempoh Untuk Menyusukan Bayi?\n\nBeberapa orang pakar pemakanan bayi mencadangkan agar para ibu di luar sana untuk menyusukan bayi anda sehingga mereka boleh makan makanan berebentuk pepejal. Selalunya ia akan berlaku dalam tempoh enam bulan.\n\nSelepas tempoh itu, sudah tibanya masa untuk si kecil memerlukan makanan lain selain daripada susu ibu untuk tumbesaran yang optimum.\n\nBayi hanya memerlukan sedikit makanan untuk beberapa bulan pertama selepas mula memakan makanan berbentuk pepejal. Tetapi, harus diingatkan, susu ibu masih lagi menjadi sumber nutrient yangmutlak bagi si kecil yang dalam tempoh membesar.\n\nSetelah bayi anda mula menerima makanan, adalah lebih baik untuk anda kekal menyusukan mereka dan memberikan makanan sehingga sekurang kurangnya mereka berumur setahun.Selepas tempoh itu, terpulang kepada anda dan si kecil berapa lama untuk anda menyusukan mereka."
"Nutrisi yang diperlukan oleh bayi boleh didapati daripada susu ibu. Oleh itu seorang ibu yang menyusu perlulah mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Jika bayi anda membesar dengan cepat, lemak terkumpul yang didapati daripada ibu semasa mengandung boleh disusutkan dengan cepat.\n\nIni membawa\u00a0 kemungkinan kepada pemasalahan dalam pemilihan makanan dan payah untuk membina kandungan susu yang cukup kerana harus menjaga pemakanan.\n\nDiet jenis ini biasanya jenis yang tinggi kalori, tinggi nutrisi di mana bergantung kepada tempoh mengandung. Walaupun seorang ibu yang dalam kelaparan mampu menghasilkan susu yang mengandungi nutrisi, seorang ibu yang kekurangan zat makanan kemungkinan besar akan menghasilkan susu yang kurang vitamin A,D,B6 dan B12.\n\nJika si ibu seorang perokok, dan dia menyusu maka dia perlulah lebih berhati-hati dalam menyusukan bayi mereka. Menghisap 20 batang rokok atau lebih dalam sehari telah didapati mampu untuk mengurangkan penghasilan susu ibu dan menyebabkan muntah-muntah, penyakit diarrhoea, degupan jantung yang laju, dan tidak dapat rasa tenang semasa berehat. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) juga biasa terjadi kepada bayi yang kerap terdedah dengan rokok.\n\nPengambilan alkohol yang berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada kandungan dan juga kepada diri anda. Jika anda menyusu, elakkan pengambilan alkohol atau cuba meminimakan pengambilannya. Jika seseorang ibu yang menyusu mengambil kadar alkohol yang tinggi, ia akan memberi kesan buruk kepada dirinya sendiri seperti keradangan, dan insomania (susah tidur).\n\nKebiasaannya pengambilan alkohol sebanyak 1-2 cawan sehari tidak akan memberi sebarang kesan. Oleh itu, seorang ibu yang menyusu dinasihatkan mengelakkan kaffein dan alkohol atau tidak mengambilnya langsung. Tetapi di Malaysia rasanya jarang ada ibu yang minum alkohol terutamanya yang beragama Islam. :-)\n\nDengan mengikuti panduan diet pemakanan diatas, anda akan dapat memastikan bayi anda mendapat nutrien-nutrien yang sangat diperlukan semasa anda menyusukan bayi anda. Peringkat penjagaan tahap ini sangatlah penting kerana anda pastinya tidak mahu perkara-perkara buruk berlaku kepada bayi anda.\n\nKredit gambar : julia_HalleFotoFan , Wealth of Health"
"Sebut sahaja mengenai khasiat buah cranberry, ia pasti tidak asing lagi dikaitkan dengan kesihatan wanita. \n\nDalam dunia kecantikan hari ini, penggunaan buah atau daun cranberry yang dijadikan serbuk atau ekstrak banyak digunakan dalam makanan tambahan seperti supplement. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang khasiat buah cranberry yang mungkin tidak ramai yang tahu tetapi banyak manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan.\n\nCranberry adalah buah beri kecil, bulat merah tua yang berkait rapat dengan tumbuh-tumbuhan berry lain seperti blueberry, strawberry, dan anggur. Teksturnya yang tajam dan masam lebih sedap dinikmati ketika kering atau jus berbanding mentah semata-mata. \n\nIa biasanya berasal dari Amerika Utara atau Eropah Timur dan dituai antara bulan September dan November. \n\nKandungan nutrisi yang boleh didapati dalam setiap 80g buah cranberry adalah:\n\nSelain daripada itu juga, nutrisi lain yang boleh kita perolehi manfaat daripadanya adalah seperti zat besi, zink, selenium, beta-kerotena, lutein, zeaxantin, dan sebagainya.\n\nKhasiat buah cranberry memberi kesan dan manfaat yang sangat baik untuk tubuh badan kita khususnya pada bahagian kulit wajah. \n\nIa memberi perlindungan tambahan yang diperlukan oleh kulit dan dalam masa yang sama turut menyihatkan serta meremajakan kulit. \n\nKandungan vitamin, antioksidan dan fitokimia yang terkandung pada buah cranberry berupaya meningkatkan daya tahan tubuh seseorang sekaligus mencegah badan dari mudah diserang penyakit. \n\nSungguhpun diet pemakanan yang sihat seperti makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu mengurangkan berat badan, tetapi ia bukanlah 100% cara yang efektif jika tidak digambungkan bersama senaman.\n\nNamun yang demikian, manfaat cranberry ini mengandakan usaha untuk seseorang mengurangkan berat badan. \n\nIa memberikan kesan pengemulsi pada lemak agar tidak terkumpul dalam tubuh. Selain itu, serat dalam buah ini juga membantu rasa kenyang yang lebih lama.\n\nRamai mungkin tidak tahu bahawa cranberry juga membantu mencegah kaviti gigi. Sebatian kimia yang terkandung dalam cranberry boleh mencegah bakteria berbahaya daripada melekat pada gigi.\n\nCaranya, ia menghalang penghasilan asid dan melindungi gigi daripada penyakit periodontal dengan mengelakkan perkembangan plak. \n\nKhasiat buah cranberry adalah salah satu dari sumber makanan terbaik asid ursolik, sebatian tumbuhan dengan kesan anti-oksidan, anti-radang dan anti-kanser yang berpotensi.\n\nIa mempunyai proanthocyanidins yang menghalang perkembangan banyak sel kanser.\n\nIni dibuktikan dengan beberapa penemuan dari hasil kajian yang dilakukan kepada penyakit seperti kanser payudara, kanser prostat, dan sebagainya. \n\nKhasiat buah cranberry yang berikutnya adalah kaya akan antioksidan, namun rendah kalori.\u00a0Lihat sahajalah, dalam setiap 100 gram cranberry hanya terdapat kira-kira 46 kalori sahaja.\n\nCranberry mengandungi sebatian tumbuhan yang boleh mengurangkan risiko ulser gastrik dan kanser perut disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori. \n\nMengambil produk cranberry, yang secara semula jadi kaya dengan sebatian ini (dikenali sebagai pro-anthocyanidins jenis A), berupaya menyekat pertumbuhan bakteria dan akibatnya mengurangkan risiko mendapat kanser perut.\n\nSekiranya anda seorang penghidap darah tinggi, tentunya anda tidak asing lagi dengan buah cranberry sebagai salah satu makanan untuk mengawal tekanan darah tinggi.\n\nJus cranberry yang terkenal dengan khasiat antioksidan ini dipercayai dapat menurunkan tekanan darah sistolik dan kolesterol LDL.\n\nKesihatan buah pinggang amatlah penting kepada setiap orang. Kegagalan kita dalam menjaganya boleh menganggu aktiviti organ ini sebagai penapis sisa metabolisme, mengawal cecair dan sel darah merah serta mengawal tekanan darah.\n\nBuah ini istimewanya mengandungi beberapa sifat yang pada masa yang sama mempunyai kesan anti-radang, antimikrob dan diuretik.\u00a0\n\nJusteru ia memberi kesan positif terhadap prestasi buah pinggang, terutamanya ketika kencing.\n\nAkhir sekali, buah cranberry membantu dalam melancarkan sistem pencernaan. Seperti yang kita tahu, saluran pencernaan sangat penting kerana berfungsi untuk mencerna, memecah, dan menyerap zat nutrisi yang kemudian disebarkan melalui darah ke seluruh tubuh.\n\nGangguan pada sistem pencernaan dapat menyebabkan malnutrisi atau kekurangan nutrisi untuk jangka masa panjang. \n\nSelain dari artikel khasiat buah cranberry ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan khasiat buah-buahan seperti:"
"Perkembangan bayi adalah sangat penting sekitar 12-18 bulan. Banyak proses telah berlaku ketika masa ini berjalan terutamanya perkembangan oral motor. \n\nPerkembangan oral motor merujuk kepada perkembangan bahagian sensori dan otot di kawasan mulut: termasuk lidah, bibir, pipi, gusi dan bahagian sekitar dalam mulut.\n\nMemastikan perkembangan oral motor anak-anak berlaku dengan baik adalah amat penting.\n\nPerkembangan oral motor akan mempengaruhi kecekapan anak-anak untuk belajar kemahiran-kemahiran yang penting seperti memberus gigi, makan pelbagai jenis makanan, meniup, minum dan lain-lain yang berkaitan.\n\nKelewatan dalam perkembangan oral motor boleh mengakibatkan anak-anak sukar untuk makan pelbagai jenis makanan (tekstur), sukar memberus gigi, dan seterusnya mempunyai tahap keberdikarian yang lebih rendah berbanding rakan-rakan seusianya.\n\nDalam posting kali ini, saya akan kongsikan perkembangan oral motor untuk anak-anak usia 12 bulan \u2013 18 bulan. Kerana usia ini merupakan usia yang kanak-kanak akan mula belajar pelbagai kemahiran oral motor yang akan membantunya untuk berdikari.\n\nPerkembangan Oral Motor Untuk Anak 12 bulan \u2013 18 Bulan\n\nAntara aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu perkembangan oral motor anak-anak usia ini:\n\n*jika ada anak anda yang usia lebih tua yang masih belum pandai melakukan mana-mana kemahiran oral motor di atas, usahakan untuk melatih anak anda sekerapnya."
"Cheese tart merupakan salah satu hidangan pencuci mulut yang digemari oleh rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai jenis cheese tart yang boleh diperolehi di kedai bakeri. Tetapi adakah anda tahu bahawa kuih ini boleh disediakan di rumah dengan amat mudah? Kos untuk menyediakannya juga amatlah murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan anda beli di kedai. Tetapi, anda perlulah mengikut resepi yang disediakan oleh kami untuk memastikan kesedapannya.\n\nKali ini kami bawakan resepi blueberry cheese tart. Cuba anda bayangkan kesedapan blueberry cheese tart. Kulitnya diluar sangatlah crunchy, digabungkan dengan rasa lemak cheese bersama manisnya blueberry. Salah satu gabungan hidangan yang amat menyelerakan. Pasti akan dapat menarik selera sesiapa sahaja yang mendengarnya, apatah lagi jika melihat rupanya. Ha, ini adalah salah satu resepi memikat suami!\n\nResepi blueberry cheese tart gebu ini telah dikongsikan oleh Azwa Zakaria dan telah mendapat banyak like dan share di Facebook. Jom, let\u2019s check it out!\n\nNota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba untuk dihidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!"
"Jom cuba resepi ikan siakap pedas ini. Makan tengah hari dengan ikan siakap masak pedas. Bangkit selera makan, pedasnya mampu membuat mandi keringat.\n\nMakan ikan siakap masak pedas dengan nasi putih panas. Gandingkan dengan sayur-sayuran. Terasa makin lazat dan nyaman. Perut kenyang hati gembira.\n\nMasakan ini kaedahnya ikan siakap digoreng terlebih dahulu. Kemudian kuah pedas cili api disiramkan ke atasnya. Sedap sungguh mampu melelehkan air liur.\n\nTanpa tunggu lama, jom lihat resepi ikan siakap masak pedas yang dikongsikan oleh MadamCt Suratman\u00a0di laman Facebook. Selamat menghidang.\n\nSelain resepi ikan siakap masak pedas , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jom cuba resepi nasi minyak Terengganu pula kali ini. Kami pasti mak-mak di rumah puas hati dengan hasilnya.\n\n Akan tetapi, sebagai ibu, isteri atau sesiapa sahaja yang perlu memasak, pastinya anda perlukan idea resepi untuk masak apa kan?\n\nDi sini kami sediakan pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba. Kali ini, kami bawakan resepi nasi minyak Terengganu yang dibawa khas untuk anda semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Wan Muliani di dalam akaun Facebook beliau. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!\n\nBahan \u2013 bahan yang perlu ditumis:\n\nBahan \u2013 bahan yang perlu dikisar:\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMenarik bukan resepi kali ini? Buat pengetahuan anda, kami juga menyedikaan pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dan jangan lupa juga untuk mencuba resepi ini ya!"
"Kuih cara ialah kuih tradisional Malaysia yang sangat disukai orang ramai. Kuih ini terbuat daripada tepung gandum yang digaul dengan air dan daun pandan. Kuih cara manis selain rasa manis kuih itu sendiri, ia juga sangat sedap, lembut di lidah.\n\nKuih cara sangat sesuai untuk juadah harian. Lagi kalau nak menyambut acara kenduri, kuih ini paling dicari kerana sangat sesuai untuk dijadikan kuih pencuci mulut. Aroma pandan daripada kuih cara sangat merangsang selera. Kuih Cara terdapat dalam berbagai macam jenis, rasa dan bentuk yang menarik.\n\nAnda mencari resepi kuih cara yang sangat senang namun sedap dan lazat? sekarang kami akan kongsikan kepada anda resepi kuih cara manis yang dikongsikan oleh Affisah Husin di Facebook. Resepi ini mendapat perkongsian sebanyak 1.6K. Sila baca dan praktikkan resepi ini..\n\n1. Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air, Tapiskan.\n\n2. Masukkan telur 2 biji, 1 kotak santan ,3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi.\n\n4. Panaskan acuan dangan api slow ya. Lepas tu sapu minyak jangan bagi minyak bertakung dalam acuan cara tu pulak.\n\n5. Boleh tuang bahan tadi jangan bagi limpah ruah pulak. 1-2 minit boleh masuk gula dan tutup.\n\n6. Bakar lebih kurang 4-5 minit. Tak perlu terbalikkan ya.\n\n7. Siap jangan terus dingap dalam mulut kang melecur mulut tuu hehehe.\n\nMacam mana? Sangat senang bukan? Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kuih cara manis ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sebagai ibu bapa pastinya anda berasa teruja untuk menyambut kehadiran orang baru sebagai penyeri rumah tangga. Biasanya masuk bulan kelima usia kandungan, ibu bapa akan mula menyediakan persediaan untuk bayi seperti membeli kelengkapan bayi, memilih hospital untuk bersalin, mencari nama yang indah dengan maksud yang baik, dan sebagainya. \n\nSatu lagi perkara penting yang ada kalanya ramai yang terlupa ialah untuk mendapatkan ilmu tentang cara menyambut bayi yang baru dilahirkan. Di antara adab dan adat yang biasa diamalkan oleh orang kita ialah mengazankan bayi, mendoakan bayi, mentahnik, cukur jambul, dan aqiqah. \n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan koleksi doa bayi baru lahir yang boleh anda simpan untuk dibaca apabila bayi anda lahir kelak.\n\nDoa Rasulullah buat bayi Asma\u2019 Binti Abu Bakar\n\nMenurut hadith sahih Al-Bukhari, Asma\u2019 binti Abi Bakar\u00a0Radhiyallahu \u2018Anha bercerita bahawa semasa dia mengadungkan anak lelaki yang bernama Abdullah bin al-Zubair, dia telah berhijrah ke Madinah. Sesampai di Madinah dia melahirkan bayinya. Kemudian dia membawa bayinya kepada Rasulullah. Rasulullah meletakkan bayi tadi di pangkuannya lalu baginda meminta sebiji kurma.\n\nBaginda Rasulullah mengunyahnya kurma tadi dan mencalitkan sedikit kurma ke lelangit bayi itu. Ia adalah upacara tahnik. Setelah mentahnik bayi tadi, Rasulullah membacakan doa berikut:\n\n\u062b\u0645 \u062f\u0639\u0627 \u0644\u0647 \u0648\u0628\u0631\u0643 \u0639\u0644\u064a\u0647\u060c \u0648\u0643\u0627\u0646 \u0623\u0648\u0644 \u0645\u0648\u0644\u0648\u062f \u0648\u0644\u062f \u0641\u064a \u0627\u0644\u0625\u0633\u0644\u0627\u0645\n\n\u201cKemudian beliau mendoakan kebaikan dan keberkahan kepadanya. Abdullah bin Zubari adalah anak yang pertama kali terlahir dalam Islam.\u201d\n\n \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062f\u064e\u0639\u064e\u0627 \u0628\u0650\u062a\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u0629\u064d \u0641\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u063a\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062a\u064e\u0641\u064e\u0644\u064e \u0641\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u060c \u0641\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u064e \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u062f\u064e\u062e\u064e\u0644\u064e \u062c\u064e\u0648\u0652\u0641\u064e\u0647\u064f \u0631\u0650\u064a\u0642\u064f \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062f\u064e\u0639\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e\u0651\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u201c..Kemudian Nabi sallallahu \u2018alaihi wa sallam minta kurma, lalu beliau mengunyahnya dan meletakkannya di mulut si bayi. Makanan pertama yang masuk ke perut si bayi adalah ludah Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wa sallam, kemudian beliau mendoakannya dan dan memohon keberkahan untuknya.\u201d (HR. Bukhari 3909). \n\nDoa Rasulullah buat bayi Abu Musa\n\nDoa bayi baru lahir yang seterusnya ialah doa yang dibaca oleh Rasulullah buat bayi Abu Musa Radhiyallhu\u2019Anhu. Menurut Hadith riwayat Al-Bukhari, setelah anak lelaki Abu Musa lahir, dia bawa anak itu kepada Rasulullah. Rasulullah menamakan bayi itu Ibrahim. Kemudian Rasulullah mentahnik Ibrahim dengan sebiji kurma lalu membacakan doa keberkatan buat bayi Ibrahim.\n\nDari Abu Musa radliallahu \u2018anhu, beliau mengatakan,\n\n\u0648\u064f\u0644\u0650\u062f\u064e \u0644\u0650\u064a \u063a\u064f\u0644\u0627\u064e\u0645\u064c\u060c \u0641\u064e\u0623\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u060c \u0641\u064e\u0633\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064e\u060c \u0641\u064e\u062d\u064e\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e\u0647\u064f \u0628\u0650\u062a\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u0629\u064d\u060c \u0648\u064e\u062f\u064e\u0639\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0631\u064e\u0643\u064e\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u062f\u064e\u0641\u064e\u0639\u064e\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651\n\n\u201cKetika anakku lahir, aku membawanya ke hadapan Nabi shallallahu \u2018alaihi wa sallam. Beliau memberi nama bayiku, Ibrahim dan men-tahnik dengan kurma lalu mendoakannya dengan keberkahan. Kemudian beliau kembalikan kepadaku.\u201d (HR. Bukhari 5467 dan Muslim 2145).\n\nSetakat ini tidak ditemukan doa sebenar yang dibacakan oleh Rasulullah untuk bayi tersebut. Menurut para ulama, berdasarkan hadith tadi, sangat baik jika kita bacakan doa keberkatan dan mendoakan yang baik-baik untuk bayi yang baru dilahirkan.\n\nDoa bayi baru lahir yang diriwayatkan oleh Ayyub As-Sikhtiyani\n\nDoa bayi baru lahir yang boleh anda bacakan yang ini adalah diriwayatkan dari Ayyub As-Sikhtiyani. Menurut riwayat tersebut, setiap kali mendapat berita kelahiran bayi, beliau akan membacakan doa keberkatan yang berikut:\n\n\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0645\u064f\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064b\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0643\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064f\u0645\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u2013 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u2013\n\n\u201cSemoga Allah menjadikannya anak yang diberkahi untukmu dan untuk umat Muhammad\u00a0shallallahu \u2018alaihi wa sallam.\u201d\n\nDoa agar anak sentiasa selamat dan meninggal dalam keadaan Husnul Khotimah\n\nSebagai ibu bapa, pastinya kita mahukan yang terbaik buat bayi yang baru dilahirkan. Berikut adalah doa yang boleh anda bacakan kepada bayi agar anak anda sentiasa berada dalam keadaan selamat dan perlindungan Allah sepanjang hidupnya dan insya Allah meninggal dunia dalam keadaan yang baik, Husnul Khotimah. Doanya adalah seperti berikut:\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0646\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0633\u064e\u0644\u0627\u064e\u0645\u064e\u0629\u064b \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u064a\u064e\u0629\u064b \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0633\u064e\u062f\u0650 \u0648\u064e\u0632\u0650\u064a\u064e\u0627\u062f\u064e\u0629\u064b \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e\u0643\u064e\u0629\u064b \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0631\u0650\u0651\u0632\u0652\u0642\u0650 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0648\u0652\u0628\u064e\u0629\u064b \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u0629\u064b \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650\u201cYa Allah kami memohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rizqi, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan keampunan sesudah mati.\u00a0 \n\nDoa agar anak panjang umur serta menjadi anak yang soleh dan solehah\n\nDoa bayi baru lahir yang seterusnya ialah doa yang boleh anda baca agar anak anda membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta dipanjangkan umurnya oleh Allah. Doanya berbunyi seperti berikut:\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0637\u064e\u0648\u0650\u0651\u0644\u0652 \u0639\u064f\u0645\u064f\u0648\u0631\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0650\u0651\u062d\u0652 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0633\u064e\u0627\u062f\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0646\u064e\u0648\u0650\u0651\u0631\u0652 \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0628\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062b\u064e\u0628\u0650\u0651\u062a\u0652 \u0625\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0627\u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0648\u064e\u0633\u0650\u0651\u0639\u0652 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0632\u064e\u0642\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0642\u064e\u0631\u0650\u0651\u0628\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0631\u0650\u0651 \u0627\u064e\u0628\u0652\u0639\u0650\u062f\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0642\u0652\u0636\u0650 \u062d\u064e\u0648\u064e\u0627\u0626\u0650\u062c\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u06e4\u0627\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0652\u0631\u064c\n\n\u201cYa Allah! Panjangkanlah umur kami, sehatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluann kami dalam pada agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.\u201d\n\nItulah dia info tentang doa bayi baru lahir yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai cara azan bayi, cara hilangkan kahak bayi,\u00a0dan\u00a0hadith berkaitan ibu bapa"
"Apa itu Air Selusuh? Air selusuh merupakan air untuk memudahkan dan melancarkan proses bersalin. Ianya boleh mula diminum 2 kali sehari apabila kandungan mencecah 30 minggu. Air selusuh yang terbaik ialah yang disediakan oleh suami namun dizaman serba moden ini, dah banyak air selusuh yang dijual di pasaran. Atau anda juga boleh meminta air selusuh dari mak bidan.\n\nPara doktor dan mereka yang berfikiran moden mungkin berpendapat bahawa air selusuh tidak membantu memudahkan proses bersalin. Namun, masih ramai yang meyakini bahawa air selusuh adalah salah satu ikhtiar yang berkesan. Sebenarnya air selusuh bukan sahaja berperanan untuk memudahkan proses bersalin malah ia juga \u00a0berfungsi sebagai penenang jiwa.\n\nPada pendapat kami, tiada salahnya jika anda berikhtiar dengan air selusuh memandangkan ianya adalah satu ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Daripada sudut pandangan Islam, air selusuh adalah harus. Asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi separah yang karut.\n\nKali ini kami ingin berkongsi 4 cara buat air selusuh untuk panduan anda.\n\n1. Air selusuh cara Ustaz Don Daniyal\n\nNama Ustaz Don memang tak asing lagi di Malaysia. Dengan loghat utara yang pekat, Ustaz Don berjaya menambat hati penonton program 30 Minit Bersama Ustaz Don.\u00a0 Berikut adalah langkah membuat air selusuh cara Ustaz Don:\n\nKalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.\n\nDialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.\n\nDialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.\n\nDialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.\n\n\u201d Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.\n\n\u201cYa Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.\n\nAlhamdulillah. Berkat doa seorang suami segalanya dipermudahkan. Redha suami datang bersama redha Allah. Sama-sama kita doakan agar kandungan anda selamat dan dipermudahkan proses bersalin nanti.\n\n2. Air selusuh dengan Doa Selusuh\n\nAir selusuh ini boleh dibuat oleh suami sebaik sahaja kandungan mencecah 30 minggu. Ianya lebih pendek daripada air selusuh cara Ustaz Don. Caranya:\n\n3. Air selusuh dengan Surah Al-Insyirah\n\nIni adalah cara ketiga untuk membuat air selusuh. Caranya:\n\n\u00a04. Air selusuh dengan Surah Al-Hasyr\n\nIni adalah cara terakhir untuk membuat air selusuh. Caranya:\n\nItulah dia 4 cara membuat air selusuh sebagai panduan untuk anda. Terpulang kepada anda untuk memilih mana-mana cara yang paling mudah bagi anda. Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat buat anda suami isteri. Kami doakan semoga proses bersalin anda berjalan dengan lancar dan mudah."
"Melancong ke luar negara adalah kegemaran ramai orang jika diberi peluang. Siapa saja yang taknak pergi ke luar negara untuk melihat pemandangan yang tidak terdapat pada negara sendiri. Ia Pasti menyeronokkan.\n\nBagi yang tidak hamil, mereka tidak ada masalah untuk melancong ke mana-mana sahaja. Tetapi bagaimana pula dengan wanita hamil? Adakah mereka dibenarkan untuk melancong ke luar negara ketika hamil?\n\nAdakah ia memberi kesan kepada kandungan?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai melancong ketika hamil tidak digalakkan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nJika anda atau ahli keluarga pernah mengalami masalah keguguran semasa mengandung, jadi anda perlu lebih berhati-hati. Dalam situasi begini, jika kandungan telah berada antara 7-8 bulan, anda mugkin tidak dapat mengelak dari melahirkan anak lebih awal, kerana kelahiran pra-matang ini sukar untuk ditentukan.\n\nTetapi, selain dari situasi tersebut, anda juga boleh memastikan tempoh mengandung anda berada dalam keadaan selamat dan sihat dengan tidak \u2018travel\u2019. Suntikan mingguan bersama doktor, penjagaan diet dan tahap kesihatan perlu dipantau sepanjang masa, jadi ini mungkin sebabnya doktor tidak menggalakkan anda untuk \u2018travel\u2019.\n\nSebab doktor tidak benarkan melancong ketika hamil\n\nBagi ibu-ibu yang telah disahkan mengandung anak kembar, kemungkinan besar kelahiran akan berlaku awal dari masa yang ditetapkan jadi anda perlu berhati-hati. Hal ini menyebabkan anda memerlukan penjagaan yang lebih rapi untuk mengelakkan keguguran. Secara amnya, kandungan bayi kembar akan dilahirkan sebelum sampai minggu ke 38. Jadi, kebanyakkan doktor akan menasihatkan anda untuk tidak pergi \u2018travel\u2019 jika mempunyai kandungan kembar.\n\nRamai para ibu akan mengalami perubahan emosi dan tekanan darah meningkat ketika mengandung bukan? Jika anda mengalami tekanan darah tinggi atau \u2018hypertension\u2019 ketika mengandung, seelok-eloknya anda mendapatkan rehat yang secukupnya.\n\nTekanan darah tinggi ketika mengandung mempunyai banyak risiko, antaranya boleh menyebabkan pengaliran darah yang tidak cukup ke uri atau \u2018placenta\u2019. Ini menyebabkan kandungan tidak mendapat jumlah oksigen dan nutrisi untuk perkembangan yang sihat. Jadi, dari pergi \u2018travel\u2019 dan sentiasa berasa letih, lebih baik dan dicadangkang supaya anda hanya berehat di rumah.\n\nNak melancong ketika hamil? Ramai sebenarnya ibu di luar sana yang masih tertanya-tanya boleh atau tidak untuk ibu hamil pergi melancong khususnya dalam masa yang lama. Ramai juga yang berpendapat bahawa tiada masalah untuk pergi melancong ketika hamil.\n\nMenurut kata pakar, anda paling digalakkan untuk pergi melancong ketika berada dalam trimester kedua hanya JIKA dibenarkan oleh doktor. Untuk pembacaan yang lebih lanjut tentang apakah sebabnya doktor tidak membenarkan anda untuk pergi melancong\n\nAdakah anda mengalami tanda-tanda yang dinyatakan :\n\nJika anda atau ahli keluarga pernah mengalami masalah keguguran semasa mengandung, jadi anda perlu lebih berhati-hati. Dalam situasi begini, jika kandungan telah berada antara 7-8 bulan, anda mugkin tidak dapat mengelak dari melahirkan anak lebih awal, kerana kelahiran pra-matang ini sukar untuk ditentukan.\n\nTetapi, selain dari situasi tersebut, anda juga boleh memastikan tempoh mengandung anda berada dalam keadaan selamat dan sihat dengan tidak \u2018travel\u2019. Suntikan mingguan bersama doktor, penjagaan diet dan tahap kesihatan perlu dipantau sepanjang masa, jadi ini mungkin sebabnya doktor tidak menggalakkan anda untuk \u2018travel\u2019.\n\nBagi ibu-ibu yang telah disahkan mengandung anak kembar, kemungkinan besar kelahiran akan berlaku awal dari masa yang ditetapkan jadi anda perlu berhati-hati. Hal ini menyebabkan anda memerlukan penjagaan yang lebih rapi untuk mengelakkan keguguran. Secara amnya, kandungan bayi kembar akan dilahirkan sebelum sampai minggu ke 38. Jadi, kebanyakkan doktor akan menasihatkan anda untuk tidak pergi \u2018travel\u2019 jika mempunyai kandungan kembar.\n\nRamai para ibu akan mengalami perubahan emosi dan tekanan darah meningkat ketika mengandung bukan? Jika anda mengalami tekanan darah tinggi atau \u2018hypertension\u2019 ketika mengandung, seelok-eloknya anda mendapatkan rehat yang secukupnya.\n\nTekanan darah tinggi ketika mengandung mempunyai banyak risiko, antaranya boleh menyebabkan pengaliran darah yang tidak cukup ke uri atau \u2018placenta\u2019. Ini menyebabkan kandungan tidak mendapat jumlah oksigen dan nutrisi untuk perkembangan yang sihat. Jadi, dari pergi \u2018travel\u2019 dan sentiasa berasa letih, lebih baik dan dicadangkang supaya anda hanya berehat di rumah.\n\nJika anda mengalami kencing manis ketika hamil, ia dipanggil \u2018gestational diabetis\u2019 dimana hampir 2 hingga 10 peratus wanita hamil akan alami. Secara amnya, pemakanan ketika hamil akan dipecahkan menjadi glukosa, dan insulin yang dihasilkan melalui pankreas bersama-sama glukosa akan membantu untuk melancarkan proses tubuh seperti sedia kala.\n\nMasalah akan berlaku apabila ibu hamil tidak menjaga pemakanan dan tidak mengambil berat kandungan nutrisi yang diambil. Selain itu, buat ibu hamil yang mengalami atau mempunyai ahli keluarga yang mengalami kencing manis, lebih baik untuk anda elak melancong supaya dapat rehat yang secukupnya.\n\nPendarahan dilihat sudah menjadi perkara biasa ketika hamil. Selalunya pendarahan akan berlaku ketika trimester pertama tetapi anda perlu juga berhati-hati. Jangan jadikan ini alasan untuk anda pergi \u2018travel\u2019. \u2018Heavy bleeding\u2019 aau pendarahan yang banyak adalah sangat merbahaya. Justeru, para pakar akan melarang anda untuk pergi melancong dalam temph masa yang lama kerana rahim anda berada dalam keadaan yang lemah.\n\nApa yang perlu dan jangan dilakukan ketika melancong untuk wanita hamil\n\nJika anda diizinkan untuk pergi melancong walaupun tidak dalam tempoh yang lama, ini anda adalah langkah yang anda perlu ambil perhatian .\n\n\u2013 PERLU bawa sekali laporan kesihatan dan juga bersama-sama laporan ultra sound.\n\n\u2013PERLU bawa bersama ubat-ubatan dan bawa lebih dari jadual yang sepatutnya untuk situasi berjaga-jaga.\n\n\u2013PERLU tanya kepada doktor jika anda memerlukan sebarang immunisasi sebelum memulakan perjalanan.\n\n\u2013PERLU lakukan senaman kaki secara konsisten supaya tidak kejang dan perjalanan darah lancar kerana duduk dalam tempoh yang lama.\n\n\u2013JANGAN biarkan tubuh badan kekurangan air atau dehidrasi. Elakkan juga minuman berkafein dan alkohol.\n\n\u2013JANGAN bawa dan angkat barang berat ketika melancong.\n\n\u2013JANGAN membeli atau mengambil ubat-ubatan dari luar negara tanpa preskripsi dari doktor anda sendiri.\n\n*Sebelum pergi melancong ke mana-mana, pastikan dapat nasihat daripada doktor anda untuk keselamatan kandungan dan diri. Selain itu, jika boleh jangan lakukan aktiviti lasak seperti mendaki, berbasikal dan pelbagai lagi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Hamil kali pertama adalah sesuatu pengalaman yang mendebarkan dan menyeronokkan. Kami di Bidadari.my sangat gembira untuk berkongsi dengan anda semua tentang tips yang boleh diamalkan untuk pertama kali hamil.\n\nPerbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika mengandung. Dengan keizinan Allah, anak yang bakal lahir akan biasa mendengar alunan indah ayat-ayat suci Allah dan akan mempengaruhi apabila anak meningkat dewasa. Ibu dan bapa sebagai orang tua harus memainkan peranan dengan mengucapkan kata-kata indah Al-Quran sebagai tanda sayang dan kasih kepada bayi yang bakal lahir tersebut. Selain itu, dengan izinNya perhubungan dalam kekeluargaan akan menjadi lebih gembira dan bahagia.\n\nWanita hamil harulah menjaga aspek pemakanan dengan menjamu makanan yang seimbang dan berkhasiat semasa mengandung. Ia bertujuan untuk memastikan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan kekal sihat dan terhindar daripada sebarang masalah. tambahan lagi menjamu makanan yang seimbang akan menyalurkan zat yang cukup kepada tubuh. Dengan itu, wanita hamil harus mengelakkan daripada makan sajian yang tidak berkhasiat seperti makanan yang mempunyai lemak tinggi.\n\n\u00a03.\u00a0\u00a0 Perlakuan anda akan mempengaruhi keadaan\n\nPerlakuan ketika hamil akan mempengaruhi keadaan yang bermaksud jika melakukan sesuatu perkara yang tidak elok, ia mungkin menjejaskan tahap kesempurnaan atau kesihatan bayi. Oleh itu, berhati-hatilah ketika ingin membuat sebarang tindakan contohnya marah yang berterusan, memukul haiwan dan sebagainya. Di samping itu, ibu hamil hendaklah memelihara ibadah iaitu seperti mempertingkatkan amalan sunat serta berzikir. Dan adalah digalakkan untuk mengawal emosi dan tingkah laku untuk mengelakkan daripada perkara tidak diinginkan berlaku.\n\nPelbagai pantang larang yang harus dipatuhi oleh wanita yang hamil supaya kandungan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Oleh itu, wanita hamil hendaklah memohon pertolongan daripada ibunya atau ibu mertua bagi mendapatkan maklumat mengenai pantang-pantang ketika hamil. Sebagai contoh antara pantang larang ketika mengandung adalah wanita hamil tidak boleh mengambil makanan tajam seperti nanas kerana ia akan memberikan kesan negatif pada kandungan. Perbuatan yang diluar kawalan turut mempengaruhi keadaan anak sepeti menyepak kucing atau berbuat jahat pada haiwan yang lain. Andaikan kaki kucing yang disepak telah patah, berkemungkinan anak yang sudah lahir juga akan menjadi abnormal.\n\nPerasaan tertekan biasanya berlaku apabila wanita hamil penat bekerja. Sebagai contoh apabila wanita hamil mengandung yang bekerja pejabat mereka tidak mempunyai cukup yang rehat. Setelah balik ke rumah mereka akan menguruskan tanggungjawab seperti menguruskan rumah. Oleh itu, mereka rasa letih dan emosi mudah terganggu. Oleh itu, jika anda mengalami masalah sedemikian anda hendaklah sabar dan mengawal emosi tersebut supaya anda tidak rasa tertekan. Selain itu, suami memainkan peranan penting dalam menjaga isteri dan sentiasa membantu isteri setiap masa. Ia akan mengeratkan hubungan kasih sayang dan menyebabkan wanita hamil merasa selesa dan tidak beremosi."
"Setiap kali tibanya musim sekolah, memang banyak majlis yang di buat terutama majlis perkahwinan. Kadangkala terdapat beberapa jemputan perkahwinan yang akan diadakan pada tarikh dan hari yang sama. \n\nJika kebetulan majlis-majlis tersebut berada di dalam satu kawasan yang sama, alhamdulillah bolehlah diluangkan masa untuk menghadiri semuanya. Tapi andai majlis-majlis tersebut lokasinya agak berjauhan di antara satu sama lain, alamatnya kena pilih untuk hadir majlis yang tertentu sahajalah. Namun begitu, apakah kewajipan penuhi undangan perkahwinan ini sebenarnya?\n\nBolehkah Jemputan Untuk Sesuatu Majlis Itu Hanya Secara Online Saja?\n\nTerus terang soalan ini pernah muncul di benak fikiran, apakah boleh jemputan untuk kenduri perkahwinan itu hanya di hantar secara online sama ada melalui kumpulan whatsApp , instagram mahupun facebook event? Dan percaya ataupun tidak, ya ianya di bolehkan. \n\nJemputan begini boleh di anggap seiring dengan kemajuan masyarakat sekarang yang jauh lebih maju dan canggih. Jemputan begini juga sebenarnya dapat menjimatkan kos dan masa. Boleh elakkan pembaziran juga. Apapun tak dinafikan jauh di sudut hati jemputan begini sebenarnya kelihatan tidak terlalu bersungguh dan kurang ekslusif berbanding dengan jemputan yang dihantar dalam bentuk kad undangan. \n\nKerana itu adalah lebih afdal jika si pengantin ini dapat menghantar mesej yang ke dua berserta dengan jemputan yang lebih khusus secara peribadi kepada para tetamu yang telah beri persetujuan untuk hadir tadi. Barulah si tetamu rasa lebih serius dan bersungguh dengan jemputan yang diterima. \n\nApakah Hukum Kewajipan Penuhi Undangan Perkahwinan (Walimah) Ini?\n\nMajoriti para ulama menyatakan bahawa\u00a0hukum\u00a0memenuhi\u00a0jemputan perkahwinan\u00a0adalah wajib.\u00a0 Ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud ;\n\n\u201cJika kamu diundang ke walimah pernikahan, hadirilah.\u201d (HR Muslim)\n\nTidak memenuhi undangan perkahwinan yang dihantar itu adalah maksiat terhadap Allah dan RasulNya. Abu Hurairah r.a berkata, \u201cMakanan terburuk adalah makanan pada walimah yang undangannya dikhususkan bagi orang-orang kaya dan menyisihkan orang-orang miskin. Orang yang tidak memenuhi undangan walimah, dia telah membuat maksiat kepada Allah dan RasulNya.\u201d (HR. al-Bukhari)\n\nMaka, menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ibnu Mas\u2019ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: \n\n\u201cApabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah dia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah dia makan dan jika dia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.\u201d Hadis Riwayat at-Tabrani\n\nDalam kalangan ulama juga berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.\n\n1- Individu yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.\n\n2- Orang yang dijemput adalah menyeluruh tanpa mengira pangkat atau kedudukan (tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin).\n\n3- Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus sama ada dengan cara menemuinya atau melalui kad jemputan.\n\n4- Semua perbelanjaan untuk majlis daripada sumber yang halal.\n\n5- Tidak menyakiti orang yang dijemput.\n\n6- Tidak ada yang mungkar dalam majlis itu.\n\n7- Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.\n\n8- Tiada sebarang keuzuran yang menghalang jemputan tersebut hadir.\n\nAntara Sebab Musabab Hukum Hadir Majlis Bertukar Dari Wajib Kepada Sunat\n\n1- Jika makanan yang dihidangkan tidak halal atau mengandungi syubhah.\n\n2- Jemputan dikhususkan kepada orang-orang tertentu (hanya majlis untuk golongan orang kaya) sahaja.\n\n3- Jemputan yang didorong dengan niat tertentu (tidak ikhlas semasa memberi jemputan).\n\n4- Terdapat kemungkaran dalam majlis tersebut yang boleh mendatangkan dosa terhadap Allah SWT.\n\n5- Kehadirannya ke majlis walimah itu boleh mendatangkan mudarat kembali kepadanya.\n\n6- Jemputan tidak ditujukan kepada diri seseorang secara peribadi, sebaliknya jemputan itu di buat secara terbuka atau hanya secara umum.\n\n7- Dijemput tetapi secara kebetulan ada hal lain maka yang dijemput telah menyatakan keuzuran terlebih dahulu kepada yang menjemput.\n\n8- Seorang isteri yang tidak mendapat keizinan suami untuk pergi juga tidak diwajibkan untuk hadir ke majlis perkahwinan terbabit.\n\nApakah Ada Perkara Yang Diharamkan Dalam Sesebuah Majlis Perkahwinan Ini?\n\nYa, jawapannya memang ada. Setiap penganjur majlis perlu tahu yang tujuan utama untuk mengadakan walimah ini adalah untuk mengumumkan pernikahan dan menghimpunkan seluruh kenalan serta keluarga agar berita baik ini dapat dihebohkan. Semua tetamu yang hadir juga dapat mengucapkan selamat dan doa yang baik-baik ke atas pasangan.\n\nAkan tetapi seandainya majlis itu berubah kepada riya\u2019 dan bermegah-megah hingga tahap ingin menunjukkan kehebatan dan kekayaan maka itu telahpun melanggar syariat Allah SWT sebagaimana yang telah Allah SWT berfirman ;\n\n\u201cOrang-orang yang melanggar hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.\u201d (al-Baqarah : 229) Allah SWT mencela tindakan berlebih-lebihan dalam 22 ayat di dalam al-Quran. Salah satunya adalah : \n\n\u201cMakan dan minumlah, tapi jangan berlebih-lebihan. Sesungghnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan\u201d (Al-A\u2019raf : 31)\n\nHadirilah Perkahwinan Yang Dijemput Jika Tidak Ada Sebarang Halangan\n\nDengan itu, hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan perkahwinan itu di mata Islam adalah wajib. Tapi, lihat juga apakah jenis majlis yang akan diadakan. \n\nSeandainya di majlis itu ada aktiviti yang ada kaitan dengan perkara-perkara maksiat maka kewajipan memenuhi undangan tersebut juga sudah ikut berubah. Antara sebab seseorang itu boleh mengelak daripada hadir adalah :\n\n1- Orang yang dijemput tidak berkeuzuran yang tidak menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut.2- Tidak ada perkara-perkara mungkar seperti minuman arak, majlis tari-menari pada majlis tersebut."
"Ketahui senaman muka untuk awet muda yang boleh dicuba di rumah.\n\nSiapa yang tak nak kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar? Awet muda adalah idaman setiap wanita di seluruh dunia sehinggakan ramai yang tak kisah untuk mengeluarkan belanja yang banyak asalkan dapat melambatkan proses penuaan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips senaman muka untuk awet muda yang boleh anda amalkan sendiri di rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang mahal.\n\nTips untuk kulit kekal awet muda\n\nUntuk mendapat kulit yang awet muda, di antara perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah:\n\nSenaman ini adalah senaman yang boleh anda lakukan untuk mendapat kulit yang anjal dan tegang walau pun semakin berusia. Semakin kita tua, kolagen dalam kulit juga semakin berkurangan lalu menyebabkan kulit muka menjadi tidak anjal dan semakin kendur akibat ketiadaan kolagen untuk memegang kulit kita. Senaman ini membantu kulit muka menjadi tegang semula kalau diamalkan secara konsisten setiap hari. Caranya ialah:\n\nSekarang anda dah tahu senaman yang boleh dilakukan untuk mendapatkan wajah yang kekal mudah, berseri dan nampak segar sepanjang hari. Selain mengamalkan senaman ini, seeloknya amalkan juga pemakanan yang sihat serta gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan mendapatkan tidur yang secukupnya.\n\nItulah dia info tentang tips senaman muka untuk awet muda yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara penjagaan muka tips penjagaan muka\u00a0dan tips pilih cermin mata."
"Bertuahnya anak-anak mempunyai seorang ibu yang pandai masak. Kebiasaannya masakan ibu adalah masakan yang paling sedap bagi seorang anak. Ini kerana ibu akan memasak dengan penuh kasih sayang.\n\nBagi seorang ibu moden yang kurang ilmu dalam memasak, mereka akan merasa rendah diri dan tergugat kerana tidak dapat memenuhi kehendak anak-anak mereka. Oleh kerana si ibu tidak pandai memasak, anak-anak jarang dapat menikmati hidangan yang disediakan oleh seorang ibu dan selalunya akan menikmati masakan dari pembantu rumah atau yang dibeli dari kedai.\n\nPerkara ini sedikit sebanyak akan menimbulkan jurang kemesraan di antara seorang ibu dan anak. Adakalanya si anak akan merasa kecewa kerana permintaan mereka untuk merasa masakan ibu seperti kawan-kawan lain tidak dapat di tunaikan. Perkara ini akan menimbulkan tekanan kepada si ibu itu sendiri.\n\n\u201cMama masaklah, adik nak bawa bekal ke sekolah, kawan-kawan adik selalu bawa bekal, mama mereka masak sendiri\u201d. Rungut si anak kepada ibunya. Situasi sebegini sentiasa berlaku yang membuatkan si ibu sedikit tercabar dan tergugat.\n\nBagi wanita yang berkejaya, mereka agak sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk belajar masak, tetapi ada juga yang sudah tersedia pandai kerana telah mempelajarinya sejak kecil. Bagi ibu yang bekerja, anda boleh mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk belajar masak. Anda boleh belajar dari yang mudah dan senang dahulu sebelum beralih kepada masakan yang lebih komplek.\n\nSeorang ibu yang mengambil berat mengenai kehendak keluarganya, akan cuba untuk mencuri masa mereka dengan bijak agar dapat meluangkan masa bersama keluarga dan akan menimbulkan kemesraan walaupun sibuk dengan kerja. Si ibu boleh mengajak anak-anak untuk menolongnya di dapur sekaligus dapat merapatkan hubungan dengan anak. Walaupun masakan anda tidaklah ssesedap mana tetapi ia akan menjadi hidangan yang paling sedap untuk anak-anak kerana anda telah menyiapkannya dengan penuh kasih sayang bersama mereka.\n\nBiasakanlah diri untuk menyiapkan sarapan kepada anak anda sebelum pergi kerja, dengan ini anak-anak akan merasa lebih dihargai dan disayangi walaupun hanya sekadar sarapan ringkas tetapi dari air tangan anda sendiri.\n\nMasakan tidak semestinya perlu begitu sempurna tetapi perlu rajin untuk menyediakannya keran kesungguhan akan melahirkan kenikmatan dalam masakan tersebut. Anak-anak akan terhindar dari bahaya makan di luar jika anda selalu memasak di rumah."
"Nak tahu cara buat lelaki rindu? Seperti yang kita semua sedia maklum, secara biologinya sifat lelaki dan wanita sangat berbeza. Jurangnya seperti langit dan bumi. Namun, mengapa lelaki dan perempuan tak boleh hidup tanpa memerlukan satu sama lain\n\nIni kerana, Allah mencipta setiap makhluk secara berpasangan. Tujuannya untuk melengkapi antara satu sama lain dan keturunan terus bertambah. Tanpa pasangan, hidup pasti bosan dan tiada matlamatnya. Itulah hikmah Allah menjadikan semuanya berpasangan.\n\nLelaki diberikan perwatakan sebagai ketua, pelindung, mencari nafkah, gagah dan kuat emosinya. Manakala, wanita pula mempunyai jiwa yang lembut, memerlukan perlindungan, sensitif dan mudah beremosi.\n\nWanita lebih mudah menunjukkan perasaan kasih sayang, cinta, marah, sedih dan cemburu berbanding lelaki. Lelaki pula lebih cool dan pandai menyembunyikan perasaan. Kadang kala, kita sebagai wanita pening kepala dibuatnya. Adakah mereka suka, rindu atau marah? Betul kan?\n\nOleh itu, dalam artikel ini penulis akan kongsikan beberapa cara untuk buat lelaki rindu. Sebenarnya tak susah pun, anda perlu bijak mengatur strategi saja. Nak tahu? Jom baca!\n\nSetiap orang pasti mempunyai makanan kegemaran. Lelaki yang dibesarkan dengan masakan ibunya dari kecil pasti suka dengan cara masakan ibu mereka. Cuba ambil tahu melalui ibu mertua makanan kegemaran suami. Nak ikat suami, gembirakanlah perutnya dulu.\n\nBuat surprise dengan menghidangkan makanan tersebut apabila dia pulang dari kerja. Pasti berbunga-bunga hati dibuatnya. Suami yang baik akan memuji masakan isteri walaupun hasilnya bukanlah yang diharapkan. Jika terima teguran pun, tak apa. Dia tetap akan hargai usaha anda itu. Cuba lagi sehingga anda berjaya.\n\nDisebabkan perwatakan lelaki cenderung nampak kasar, kebanyakan mereka suka kepada wanita yang lembut dan manja. Jaga pertuturan ketika berkomunikasi dengan suami tak kira semasa bergurau atau berbual kosong. Tak perlu mengada-ngada, cukuplah anda menjadi isteri yang membahagiakan.\n\nJangan sesekali meninggikan suara kerana ini akan membuatkan suami menjauhkan diri daripada anda. Sentiasa menjaga kesopanan walau di dalam atau luar rumah. Pakailah pakaian yang menutup aurat dan menyejukkan mata. Jangan lupa sambut kepulangan suami dengan wajah yang berseri-seri dan senyuman yang manis sekali.\n\n3. Mendahulukan si dia dalam semua perkara\n\nJika ada masalah atau berita gembira sekalipun, dahulukan suami anda. Jangan sesekali membiarkan dia menjadi orang yang terakhir mengetahui berita tersebut. Suami mungkin nampak tenang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Namun, jauh sudut hati pasti dia terasa.\n\nKetika belum berkahwin, pelindung bagi seseorang wanita mungkin ayah, abang atau adik lelakinya. Namun, setelah berkahwin, tugas sebagai pelindung telah berpindah kepada suami. Dahulukan suami dalam segala hal.\n\nJangan sesekali memperkecilkan kemampuannya untuk melindungi kita. Anggaplah suami seperti superhero yang akan sentiasa ada untuk kita walau di mana saja. Jika ada kesusahan dalam keluarga, mintalah pendapat atau bantuan suami selagi mampu.\n\nAda pasangan yang terpaksa duduk berasingan kerana tuntutan kerja. Jadi, manfaatkan masa bersama yang ada dengan sebaik-baiknya. Anda boleh bercuti bersama-sama, melakukan hobi kegemaran dan sebagainya.\n\nBuat sementara waktu lupakan sebentar telefon bimbit dan media sosial. Itu salah satu punca keregangan dalam hubungan suami isteri. Berikan sepenuh perhatian dalam komukasi. Jadikan waktu yang singkat itu saat-saat yang tak boleh dilupakan. Pasti suami akan merindui anda sentiasa.\n\nJika pasangan anda suka minyak wangi, apa kata anda membelikan sebotol untuknya. Jangan belikan minyak wangi yang sering dipakai. Ketika shopping, bawa suami ke tempat menjual minyak wangi. Minta dia memilih sendiri minyak wangi yang buatnya tertarik.\n\nPercayalah, setiap kali memakai minyak wangi tersebut, pasti bauan itu akan membuatkan si dia teringatkan anda. Tak perlu membeli minyak wangi yang mahal-mahal. Cukuplah ikut kemampuan sendiri.\n\n7. Membuat kejutan ketika ulang tahun\n\nBiasanya ketika ulang tahun hari jadi atau perkahwinan, lelaki akan bersungguh-sungguh membuat kejutan untuk pasangan. Namun, apa kata kali ni anda pula yang membuat surprise untuk si dia yang tercinta.\n\nAnda boleh menghantar jambangan bunga ke tempat kerja suami dan membelikan hadiah istimewa. Anda juga boleh berpakat dengan ahli keluarga suami untuk membuat sebuah majlis yang kecil. Perkara-perkara sebegini pasti akan membuatkan hati suami terusik dan terharu.\n\nJangan disebabkan hobi suami bertentangan dengan minat anda, anda melarangnya. Biarkan sesekali suami enjoy dengan kawan-kawannya misalnya bermain badminton, memancing atau mendaki. Seperti mana kaum wanita, suami juga perlu ada \u2018me time.\u2019\n\nSetelah penat mencari rezeki, mereka juga pasti nak hiburkan hati. Selagi hobi tersebut tidak memudaratkan, berilah mereka galakkan sepenuhnya. Pasti suami akan gembira kerana mendapat seorang isteri yang memahami.\n\nAnda tak perlu ada rupa yang cantik jelita bak ratu cantik untuk berpenampilan menarik. Yang paling penting, sentiasa kemaskan diri ketika berada di rumah dan di luar. Walaupun bunyinya klise, namun itulah hakikatnya. Lelaki suka wanita yang wangi, kemas dan menarik dipandang.\n\nSetiap kali selepas solat, jangan lupa doakan kebaikan, keberkatan dan kesihatan yang baik buat suami. Doakan suami agar sentiasa mengingati Allah, jauhkan dari perkara-perkara buruk dan semoga kebahagiaan rumah tangga berkekalan hingga ke syurga.\n\nKita dituntut untuk solat berjemaah bersama-sama dengan pasangan. Selain mengerjakan suruhan Allah, anda dan pasangan juga akan lebih rapat. Selepas solat, kucup tangan suami dan saling bermaafan.\n\nNampaknya, setakat ni saja perkongsian penulis tentang cara buat lelaki rindu. Semua tips yang dikongsikan ini bukan saja untuk para suami, sebaliknya untuk wanita juga. Jika hendak rumah tangga kekal bahagia, kedua-dua pihak perlu ada rasa tanggung jawab, toleransi dan kasih sayang.\n\nJangan lupa baca tips yang lain tentang rahsia menjadi suami yang terbaik dan petua suami isteri kekal romantik.\n\n19 Simple Ways To Make Him Miss You Like Crazy (link)"
"Terasa-rasa nak makan makanan western? Tapi dah bosan dengan grill, bakar dan chop2. Bolehlah cuba masakkan lasagna pula. Pasti sedap sehingga menjilat jari. Rasa creamy di campur dengan sos merah, daging pasti mampu buat kita terkenang-kenang. Caranya pun simple dan mudah. hanya perlu lapis-lapiskan sahaja. Bolehlah cuba resepi yang dikongsi oleh Zaini Hilmy di laman muka buku.\n\nSebelum proses dilapis-lapis, perlulah sediakan bahan-bahan lapisannya iaitu :\n\nCara- cara untuk lapisan Sos merah\n\n Cara- cara untuk lapisan Sos Putih \n\nResepi Menarik Yang Lain Yang Boleh Dicuba"
"Masak apa untuk petang ini? Tiaa idea mencuba? Hari ini kami akan berkongsikan resepi tom yam campur yang kaw. Dengan kuah tom yam pekat melekat.\n\nResepi kuah pekat tanpa pes tom yam semata-mata. Menghadirkan langkah-langkah mudah untuk menghasilkan tom yam campur cara mudah oleh Muhammad Azhari\u00a0di laman Facebook.\n\nTom yam campur dimasak menggunakan bahan-bahan pes tom yam yang sememangnya melazatkan. Selain itu juga, tom yam campur menggunakan campuran potongan ayam kecil-kecil, potongan daging, udang, sotong dan sayuran.\n\nApabila semua bahan dan pes bersatu, akan terhasilkan tom yam campur yang sedap dan kaw super pekat dan melekat. Jangan lupa ditambah sedikit susu cair supaya didapati kuah yang lazat dan pekat.\n\nSelain resepi tom yam campur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Berzikir adalah kata-kata indah yang sering dilafazkan oleh muslim dengan beberapa tujuan keagamaan. Ia sama seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertasmid dan sebagainya, tetapi zikir adalah ungkapan yang ringkas, mempunyai maksud tersirat dan banyak kelebihannya.\n\nZikir juga adalah terapi untuk seseorang yang beragama Islam dalam menjalani kehidupannya kerana terdapat pelbagai manfaat yang bakal diperoleh. Oleh itu, tidak kira apapun umur kita, amalkanlah zikir selalu untuk kejayaan dunia dan akhirat. Jom lihat 15 kelebihan berzikir dalam kehidupan.\n\nBerzikir dengan menyebut nama-nama Allah dan keistimewaan Allah memberikan anda ganjaran pahala yang cukup banyak. Senang sahaja untuk menambah ganjaran pahala, dimana-mana pun anda boleh mula berzikir.\n\nKelebihan berzikir adalah dapat mengingatkan kita kepada Allah SWT dengan lebih mendalam. Apabila kita fahami maksud zikir yang dilafazkan, pastinya hati dan nurani kita lebih kusyuk dan ikhlas.\n\nZikir juga dapat membersihkan hati dan jiwa seseorang setelah lama terasa kesunyian, sepi dan kosong. Zikir adalah bukti kepada hati manusia yang sentiasa hidup. Itulah kelebihan zikir yang tersirat ramai tak tahu.\n\nTahukah anda, apabila berada dalam keadaan gelisah dan bimbang, zikir adalah penawarnya. Anda akan merasa tenang dan lega apabila berzikir dalam keadaan yang panik dan sebagainya.\n\nCahaya menerangi seluruh diri dan hidup sesiapa yang mengingati Allah. Apa yang dipohon kepada Allah, insyaAllah akan dimakbulkan olehNya. Siapa yang berusaha untuk dekat kepadaNya pasti mendapat apa yang dingininya.\n\nKehidupan seseorang yang kuat berzikir akan diberkati Allah SWT. Seluruh kehidupan akan menjadi tenang dan mudah. Kelebihan zikir ini akan dirasai di dunia dan di akhirat nanti dimana kehidupan penuh dengan berkah.\n\nPaling terkenal, kelebihan zikir dapat menarik pelbagai rezeki terutamanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dengan zikir memuji sifat-sifat Allah, banyak kebaikan yang akan anda peroleh terutamanya dalam segi rezeki.\n\nZikir dapat menyelamatkan seseorang daripada api neraka dan azab kubur. Ia juga akan menjadi penerang kubur dan penghapus dosa-dosa yang lama. Antara zikir yang boleh digunakan untuk menghapuskan dosa adalah istifar \u2018Astagfirullahaladzim\u2019.\n\nBukan sahaja doa ruqyah, tetapi zikir juga dapat menjauhkan diri anda daripada syaitan dan gangguan makhluk halus. Kelebihan zikir dapat menjauhkan diri daripada syaitan menjadikan manusia insaf dan mula mengamalkan zikir.\n\nMenjadi seseorang yang bersyukur adalah hidayah dan rahmat dari Allah SWT. Dengan berzikir, lama kelamaan hati akan bersih dan sifat syukur dapat diterapkan. \n\nMengikut kaedah EEG yang digunakan untuk mengenalpasti aliran bio elektrik, zikir akan menyebabkan otak menjadi aktif dan mempengaruhi saraf menjadi lebih baik lagi. Dengan itu, seseorang akan menjadi lebih kreatif dan kritis. Hebatnya berzikir!\n\nSiapa sangka kajian dari University of Washington menunjukkan bahawa setiap kali perkataan zikir dibaca satu persatu, bahagian otak menunjukkan ia semakin aktif dan meningkatkan aktiviti saraf di otak dan korteks.\n\n#12 Membaiki Percakapan Untuk Lebih Baik\n\nKelebihan zikir juga adalah ia dapat membaiki percakapan kita dengan lebih baik lagi. Orang yang berzikir dapat mengubah cara percakapan mereka sedikit demi sedikit saban hari. Apabila lidah basah dengan zikrullah, percakapan akan lebih terjaga.\n\nRasulullah SAW menyifatkan majlis zikir itu seperti taman syurga. Sabdanya bermaksud: Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah. Maka bertanya para sahabat, Apa itu taman syurga?\u201d Jawab baginda, \u201dMajlis zikir.\u201d (Riwayat at-Tirmizi). Zikir juga adalah medium mudah untuk seseorang memperoleh syurga.\n\nBerzikir selalu juga dapat menjadikan anda seorang yang positif. Anda dapat mengawal segala perbuatan yang ingin anda lakukan. Tindakan yang baik dan diterima ramai itulah yang bakal anda lakukan. Anda takkan cenderung untuk melakukan hal-hal yang tidak baik.\n\nHebatnya zikir, ia juga dapat memudahkan segala urusan yang anda lakukan. Sama ada urusan kerja, peribadi dan lain-lain lagi, zikir akan membantu anda untuk urusan seharian. Cuba amalkan zikir-zikir, pasti akan ada perubahannya dalam urusan anda. \n\nApabila mempunyai masalah dan memerlukan kekuatan, sentiasalah menyebut \u201cSubhanallah\u201d, \u201cAlhamdulillah\u201d, dan \u201cAllahu Akhbar.\u201d Mudah-mudahan dengan lafaz zikir ini, anda akan beroleh kekuatan dan mendapat penyelesaian masalah. Mengatasi kekuatan juga adalah kelebihan berzikir wajib anda tahu. \n\nSelain membaca doa-doa untuk mendapatkan ketenangan hati dan dilapangkan dada, zikir juga dapat membantu anda mengatasi darah gemuruh. Sekiranya dada berombak dan tidak tenang, zikirlah tanpa henti di dalam hati dan bicara. Pasti ia akan membantu menstabilkan mood dan jiwa anda untuk lebih tenang dan tidak gemuruh lagi!\n\nBanyak lagi perkara yang tidak diduga berlaku dengan izin Allah asbab anda mengamalkan zikir. Semoga bermanfaat! Jom baca artikel berkaitan petua dan doa bayi tidur lena, doa dan zikir anak periksa untuk ibu bapa, Amalan zikir harian dan kekuatan zikir dan doa dalam kehidupan."
"\u201cHendaklah kamu berqiamullail (bertahajjud) kerana ia merupakan perjalanan orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya qiamullail mendekatkan kamu kepada Allah, menghalang melakukan dosa, kifarah di atas kejahatan dan mencegah penyakit daripada badan.\u201d\n\nQiamullail adalah amalan ibadah yang dilakukan pada pertengahan malam hari. Qiamullail juga membawa maksud \u2018bangun malam\u2019 untuk mengerjakan ibadat pada sepertiga malam atau sekurang-kurangnya suku akhir malam.\n\nSecara tepatnya, waktu qiamullail bermula pada pukul 2.30 pagi sehingga terbitnya fajar pertama. Waktu itu merupakan masa yang \u00a0sesuai untuk berqiamulail kerana ketika itulah turunnya rahmat Allah SWT ke bumi selain keadaan yang sunyi dan tenang.\n\nQiamullail boleh dihidupkan dengan mengaji al-quran, berzikir serta mendirikan solat-solat sunat, seperti;\n\nSolat ini digelar\u00a0sebagai \u2018solat sunat tasbih\u2019 kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali. \u00a0Rasulullah SAW menyarankan agar solat ini didirikan sekerap mungkin, ataupun sekurangnya sekali seumur hidup.\n\nSolat sunat tasbih sedikit berbeza apabila dilaksanakan pada siang hari dan malam hari, iaitu;\n\nSolat sunat tasbih adalah seperti solat sunat yang lain. Cuma, terdapat sedikit tambahan bacaan tasbih pada setiap pergerakan yang tertentu.\n\nBilangan tasbih pada setiap rakaat adalah sebanyak 75 kali tasbih;\n\nSekiranya terkeliru atau terlupa dengan jumlah bacaan tasbih dalam setiap pergerakan, gantikan bacaan tasbih pada tempat seterusnya. Tetapi pastikan jumlah tasbih yang sudah dibaca setelah selesai solat adalah sebanyak 300 kali.\n\nAntara surah-surah yang dianjurkan selepas surah al-Fatihah:\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a\u0652 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0633\u0652\u0628\u0650\u064a\u0652\u062d\u0650 \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat\u00a0kerana Allah Taala\u201d\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a\u0652 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0633\u0652\u0628\u0650\u064a\u0652\u062d\u0650 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u0627\u062a\u064d \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala\u201d 2. Membaca doa Iftitah, surah al-Fatihah dan diikuti dengan surah-surah yang dicadangkan. 4. Rukuk dan selepas itu bertasbihlah sebanyak 10 kali.\n\n\u00a0\u00a0 5. Iktidal, dan baca tasbih dibaca sebanyak 10 kali.\n\n\u00a0\u00a0 6. Sujud; dan teruskan dengan bertasbih 10 kali.\n\n\u00a0\u00a0 7. Duduk antara dua sujud; kemdian bacalah tasbih sebanyak 10 kali.\n\n\u00a0\u00a0 8. Sujud; lalu bertasbihlah sebanyak 10 kali.\n\n\u00a0\u00a0 9. Duduk sebelum bangun untuk teruskan rakaat kedua, duduk sebentar dan bertasbihlah sebanyak 10 kali.\n\n\u00a0 10. Akhiri solat dengan doa tasbih.\n\n\u201cYa Allah ya Tuhan kami, kami memohon taufiq daripadaMu sepertimana orang-orang yang telah engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti amalan ahli yakin. Dan jadikan kami ini golongan orang-orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami sepertimana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang-orang yang suka kepada ibadat orang-orang yang waras. Dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang-orang yang takut kepada engkau.\u00a0\n\nYa Allah, kami memohon kepadaMu, jadikanlah kami golongan yang takut, yang menghalang kami beramal dengan taat kepadaMu sebagaimana amalan yang kami merasa perlu mendapat keredaanmu. Dan juga kami memohon sehingga kami betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepadamu dalam setiap perkara dan kami memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadapmu. Maha suci Engkau sebagai Pencipta cahaya (petunjuk).\u201d \n\nSolat sunat taubat adalah solat yang didirikan untuk memohon keampunan dari Allah SWT. Solat ini boleh ditunaikan pada bila-bila masa sahaja, tetapi lebih afdhal jika didirikan sewaktu berqiamullail.\n\n\u0623\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0648\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u0627\u0644\u0649\u064e\n\n\u201cSahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala\u201d 2. Rakaat pertama: Setelah selesai membaca al-Fatihah, digalakan untuk membaca surah al-Kafirun. 3. Rakaat kedua: Surah al-Fatihah, kemudiannya surah al-Ikhlas. 4. Selepas memberi salam, memperbanyakkan beristighfar supaya Allah SWT menerima taubat dan mengampuni 6. Kemudian, bacalah doa solat taubat;\n\n\u201cYa Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.\u201d\n\nSolat sunat tahajjud adalah solat yang tiada had dalam rakaatnya. Solat ini didirikan mengikut kemampuan dan kesanggupan seseorang dalam menunaikannya. Ia adalah permulaan untuk qiamullail yang seharusnya diutamakan.\n\n\u0627\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064b \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0647\u064e\u062c\u0651\u064f\u062f\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja\u00a0aku\u00a0solat\u00a0sunat\u00a0tahajud\u00a0dua\u00a0rakaat\u00a0kerana\u00a0Allah\u00a0Taala\u201d\n\n\u201cYa Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. \n\nBagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. \n\nYa Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian, dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.\u201d\n\nSolat sunat istikharah didirikan bertujuan memohon petunjuk daripada Allah SWT. Petunjuk di sini bermaksud pilihan dalam membuat sesuatu keputusan yang terbaik. Contohnya apabila \u00a0seseorang yang keliru dalam memilih calon jodohnya, ragu dalam menentukan pekerjaan yang sesuai dan pelbagai kekeliruan lagi.\n\nSolat istikharah boleh ditunaikan dengan dua rakaat atau sehingga 12 rakaat dengan enam salam.\n\n\u0627\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u0649 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0652\u0644\u0627\u0650\u0633\u0652\u062a\u0650\u062e\u064e\u0627\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u201cMaha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.\u201d 5. Selepas salam, bacalah surah al-Fatihah dan berwirid. Perbanyak istigfar dan memohon keampunan kepada Allah.\n\n\u201cYa Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. \n\nYa Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku \u2013 atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang \u2013 maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. \n\nJika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku \u2013 atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang \u2013 maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.\u201d\n\nSolat sunat hajat adalah solat yang ditunaikan untuk memohon hajat atau sesuatu permintaan khusus kepada Allah SWT. Solat sunat hajat yang paling afdal dilaksanakan dalam 12 rakaat dengan enam kali salam.\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u062d\u064e\u0627\u062c\u064e\u0629\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u0627\u064e\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u201cTiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.\u201d\n\n\u201cYa Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.\n\nYa Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.\n\nAku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.\n\nYa Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina. Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.\u201d\n\nSolat sunat ini disebut \u2018witir\u2019 kerana didirikan dengan rakaat ganjil, iaitu\u00a0 dengan bilangan; satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau 11 rakaat. Solat witir dilakukan selepas waktu solat isyak, iaitu bagi mengakhiri solat atau sebagai penutup kepada semua solat yang dilaksanakan.\n\n\u0627\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064b\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650\u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0627\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja\u00a0aku\u00a0solat\u00a0sunat\u00a0witir\u00a0dua rakaat\u00a0kerana\u00a0Allah\u00a0Taala.\u201d\n\n\u0627\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064b\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650\u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u0629\u064b \u0627\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja\u00a0aku\u00a0solat\u00a0sunat\u00a0witir\u00a0satu\u00a0rakaat\u00a0kerana\u00a0Allah\u00a0Taala.\u201d\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0631\u0650\u0636\u064e\u0627\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0633\u064e\u062e\u064e\u0637\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0645\u064f\u0639\u064e\u0627\u0641\u064e\u0627\u062a\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064f\u0642\u064f\u0648\u0628\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0623\u064f\u062d\u0652\u0635\u0650\u0649 \u062b\u064e\u0646\u064e\u0627\u0621\u064b \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u060c \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062b\u0652\u0646\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u0643\u064e\n\n\u201cYa Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.\u201d\u00a0\n\nJom baca Kelebihan surah Ar Rahman, Kelebihan Surah Al-waqiah dan 9 Ciri Wanita Solehah juga."
"Makanan berserat tinggi adalah sangat penting dalam diet seharian, terutamanya jika anda mempunyai masalah lebihan berat badan dan sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Atau pun jika anda kerap sembelit. Apakah yang dimaksudkan dengan makanan berserat tinggi? Apakah kepentingannya kepada tubuh badan? Apakah sumber makanan berserat tinggi?\n\nApakah yang dimaksudkan dengan makanan berserat tinggi?\n\nSerat atau fiber adalah makanan dari bahan selulos yang tidak boleh dicerna dan dihadam oleh sistem pencernaan manusia dan ia hanya boleh didapati daripada sumber tanaman dan tumbuhan. Serat terbahagi kepada dua jenis iaitu:\n\nBerapa banyak serat yang perlu diambil oleh seorang manusia setiap hari?\n\nMenurut kajian, seseorang lelaki dewasa yang berumur kurang daripada 40 tahun perlu mengambil sekurang-kurangnya 38 gram serat setiap hari sementara seorang wanita dewasa yang berumur kurang daripada 40 tahun pula memerlukan sebanyak 25 gram serat setiap hari. \n\nKajian tersebut juga mendapati bahawa seorang lelaki dewasa yang berumur lebih daripada 50 tahun memerlukan sebanyak 30 gram serat setiap hari dan wanita yang berumur lebih daripada 50 tahun hanya memerlukan lebih kurang 21 gram serat sehari. \n\nSerat adalah sangat penting kepada tubuh badan manusia. Di antara fungsi serat ialah:\n\nApakah kesan kekurangan makanan berserat tinggi kepada tubuh badan?\n\nSekiranya anda tidak mengambil serat yang secukupnya setiap hari, anda akan mengalami masalah berikut:\n\nApakah sumber makanan berserat tinggi yang baik untuk tubuh badan?\n\nJika anda nakkan badan yang sihat dan kekal langsing tanpa perlu pening untuk memikirkan cara untuk menurunkan berat badan, ini adalah makanan berserat tinggi yang perlu anda masukkan dalam menu diet setiap hari:\n\nItulah dia tadi info tentang makanan berserat tinggi yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang panduan piramid makanan, makanan protein, dan makanan karbohidrat."
"Jom baca mengenai khasiat labu! Tahukah anda, labu juga merupakan salah satu makanan kegemaran junjungan nabi kita, nabi Muhammad S.A.W\n\nLabu merupakan buah daripada pokoknya yang menjalar berbentuk bulat dengan kulit luar yang keras mengandungi isi dan biji benih berwarna kekuningan hingga oren.\n\nLabu mempunyai banyak varieti, antara spesis labu ialah Cucurbita pepo, Cucurbita maxima, Cucurbita\u00a0argyrosperma\u00a0dan Cucurbita moschata.\n\nLabu sebenarnya berasal dari benua Amerika Utara yang banyak ditanam di selatan Amerika Syarikat dan timur laut Mexico yang dikesan telah digunakan dalam kehidupan seharian sejak tahun 7500 hingga 5000 Sebelum Masihi.\n\nKini, China merupakan negara pengeluar labu terbesar dunia, diikuti India, Rusia, Ukraine dan Amerika Syarikat.\n\nLabu enak dijadikan sayuran atau hidangan pemanis mulut, malah budaya Barat menjadikannya sebagai lambang hiasan khususnya semasa musim perayaan mereka.\n\nBuah labu ini mengandungi lemak, protein, kalori, beta karoten, zat besi, kalium, natrium, fosfor, kalsium, vitamin A, vitamin C, vitaim E, vitamin K, vitamin B6, lutein, niasin, dan pelbagai nutrisi lain.\n\nTahukah anda bahawa\u00a0Rasulullah\u00a0S.A.W \u00a0amat menyukai buah labu dan menjamu sebagai hidangan yang istimewa kepada sahabat-sahabatnya. Baginda sendiri menyuruh isterinya, Aisyah R.A supaya memasukkan labu di dalam kuah gulainya.\n\nTerdapat riwayat yang sahih datang daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau mengkhabarkan, ada seorang tukang jahit mengundang Rasulullah s.a.w. makan di rumahnya, menikmati hidangan masakannya sendiri.\n\nAnas berkata: \u201cLalu aku pun pergi bersama Rasulullah. Kemudian dihidangkan kepada kami roti gandum dan sayur berisi labu\u00a0 dan dendeng*. Aku melihat Rasulullah s.a.w. selalu mencari labu di mana sahaja berada di sekitar bejana makanan tersebut. Sejak hari itu aku pun ikut menyukai labu.\u201d (Rujuk al-Ahkam, 11/65-67).\n\nAbu Talut mengkhabarkan, \u201cAku pernah menemui Anas bin Malik makan labu sambil berkata: \u2018Sungguh engkau berasal dari pohon yang paling kusukai, kerana Rasulullah s.a.w. amat menyukaimu.\u201d\n\nDalam Al-Ghailaniyyat disebut hadis daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya, daripada Aisyah r.ha. mengkhabarkan,\u201cRasulullah s.a.w. pernah berkata kepadaku: \u2018Wahai Aisyah, jika engkau memasak makanan, banyakkanlah labu,sesungguhnya labu itu boleh mengubat kesedihan.\u201d\n\n1. Kaya dengan serat. Baik untuk penghadaman\n\nLabu bersifat sejuk dan lembap, boleh memberikan suntikan zat ringan, mudah masuk ke dalam perut, meskipun belum rosak sebelum dihadamkan dan menghasilkan hampas yang baik.\n\nSebahagian daripada khasiatnya adalah memberi serat yang baik sesuai dengan vitamin yang dikandungnya.Labu mempunyai sumber serat yang tinggi, iaitu kira-kira 10 gram dalam sebiji labu.\n\n2. Mengatasi rabun dan ketidakseimbangan gula dalam darah\n\nBuah labu merupakan sejenis sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia. Jika seseorang itu menghadapi rabun, terutama sekali pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, maka labu merah adalah menu yang sesuai untuk diet bagi tubuh.\n\nHal ini demikian kerana, analisis makmal dalam kajian lepas mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.\n\nSelain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotid dan serat.\n\nDilaporkan bahawa sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan dengan memberi rasa kekenyangan yang lebih lama.\n\nLabu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes.\n\nKajian yang diterbitkan dalam Journal of Medicinal Food\u00a0 pada tahun 2007, membandingkan kesan antidiabetes antara pengambilan labu, kekacang dan jagung.\n\nHasilnya, labu merupakan pilihan diet yang terbaik berbanding kekacang dan jagung yang ternyata berkesan menurunkan dan mengawal paras gula dalam darah.\n\nSatu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentangnya ialah khasiat untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Penyakit itu boleh dirawat dengan makan biji labu sebelum tidur.\n\nCaranya biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampurkan dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum.\n\nHal ini disokong melalui ulasan para penyelidik dari China pada tahun 2006 yang diterbitkan dalam jurnal Plant Foods for Human Nutrition yang melaporkan kesan antiparasit apabila labu diamalkan dalam diet makanan.\n\nFungsi vitamin A dan beta karoten \u00a0sangat berguna bagi kesihatan mata dan kulit, daya ketahanan tubuh serta peranakan\u00a0.Alpha karoten yang terdapat di dalam labu juga dapat mengelakkan dari terkena penyakit barah, awet muda dan terlindung daripada penyakit katarak.\n\nSelain itu, karotenoid mengurangi risiko penyakit kardiovaskular dan meningkatkan antibodi di dalam tubuh badan kita.\n\n7. Melancarkan peredaran darah di dalam badan\n\nFungsi asid pantothenik di dalam labu ialah vitamin ini dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan stress.\n\n8. Menurunkan kolesterol dalam darah dan mencegah kanser\n\nIa juga dapat menurunkan kolestrol di dalam badan dan dapat mencegah daripada terkena kanser.\n\nKajian yang diterbitkan oleh Cambridge University Press pada tahun 2010 menunjukkan bahawa labu yang kaya dengan alkaloids, flavonoids, palmitic, asid oleik dan asid linoleik memberi kesan positif dalam merendahkan kolesterol selain melawan radikal bebas dalam tubuh yang boleh menyebabkan kanser.\n\nLabu terutama labu kuning dipercayai mempunyai zat magnesium dan kalsium yang tinggi. Zat magnesium di dalam labu dapat menguatkan struktur tulang dan gigi. Magnesium juga berperanan penting untuk melindungi fungsi jantung dan menjamin kondisi badan kita.\n\nIa amat sesuai kepada ibu yang mengandung kerana ia dapat menjamin kesihatan anak di dalam kandungan kerana labu kaya dengan khasiat zat besi. Ia berupaya membawa oksigen di dalam badan yang secara tidak langsung dapat mengekalkan kesihatan dan fungsi otak bayi.\n\nKandungan vitamin A dalam buah ini salah satu khasiatnya adalah membuat penglihatan Anda menjadi lebih tajam.\n\nBuah labu mengawal tekanan darah dan mencegah penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi.\n\nHal ini disokong secara penyelidikan saintifik oleh Kwon dan rakan-rakan pada tahun 2007 yang melihat kesan kehadiran fenolik dan antioksidan lain dalam labu yang membantu aktiviti enzim dalam mengawal tekanan oksidatif peringkat selular dan seterusnya mengawal tekanan darah.\n\nItulah dia khasiat labu yang ingin kami kongsikan kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian\u00a0kami tentang\u00a0khasiat kopi, khasiat aloe vera, dan khasiat peria.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Mari masak resepi ayam goreng kunyit hari ini! Menu yang senang dibuat dan disukai oleh anak-anak dan suami.\n\nBagi sebahagian masyarakat Melayu, ayam goreng kunyit ialah antara menu wajib ada di rumah. Makan dengan nasi putih digandingan dengan sambal belacan, kicap dan telur dadar. Heaven sangat! Tidak perlu masak lauk lain lagi.\n\nAyam goreng kunyit juga selalunya disediakan di mana-mana kedai makan melayu. Bahkan ayam goreng kunyit ini tidak hanya dimakan dengan nasi putih sahaja, namun ianya juga selalu digandingkan dengan nasi goreng, mee goreng dan lain-lain.\n\nSelain, ayam goreng kunyit juga biasa dijadikan hidangan untuk kenduri. Tanpa buat anda tertunggu maka kami hadirkan resepi ayam goreng kunyit daripada Nina Mahdar di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi ayam goreng kunyit, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Fenomena asap jerebu di Asia Tenggara (SEA) boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun.\n\nJerebu boleh ditakrifkan sebagai keadaan jarak penglihatan yang rendah (kurang daripada 10km) di mana keupayaan mata manusia untuk membezakan antara objek dan persekitaran menjadi terhad.\n\nAsap jerebu yang tebal telah menyelubungi kawasan SEA, terutamanya Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, berikutan aktiviti pertanian yang menggunakan pendekatan pembakaran untuk melapangkan kawasan pertanian.\n\nPembakaran biojisim, terutamanya di kawasan tanah gambut di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia telah menyumbang kepada pelepasan zarah halus dan gas atmosferik ke atmosfera sekeliling.\n\nSuasana jerebu yang menyelubungi kota raya\n\nInteraksi kimia antara gas primer (gas sedia ada di udara), sebatian organik dan zarah terampai menyumbang kepada peningkatan tahap aerosol sekunder sepanjang pelepasan asap jerebu dari kawasan terbakar ke rantau lain.\n\nSatu kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa episod jerebu di Malaysia tidak disebabkan oleh sumber luaran sahaja tetapi diburukkan lagi oleh pelepasan asap tempatan. Sebagai tambahan, fenomena El Nino\u2019s Southern Oscillation (ENSO) yang memanjangkan musim kering turut memburukkan keadaan.\n\nSementara itu untuk tempoh persekitaran tanpa jerebu, pelepasan asap kenderaan telah didapati menyumbang lebih daripada 30% jumlah pelepasan PM 2.5 (zarah dengan saiz kurang daripada 2.5 \u00b5m) di kawasan bandar khususnya di Lembah Klang.\n\nMalaysia pernah mengalami kemerosotan kualiti udara antara September hingga Oktober 2015. Hal ini disebabkan oleh episod jerebu yang merentas sempadan yang berasal dari Sumatra dan Kalimantan, Indonesia dan diangkut oleh angin barat daya.\n\nSebanyak 34 daripada 52 stesen di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (API) lebih daripada 200 (tidak sihat) pada 15 September 2015, yang merupakan hari jerebu paling teruk dalam sejarah negara pada waktu itu.\n\nKejadian jerebu sering dikaitkan dengan kesan kesihatan yang buruk. Satu kajian yang dijalankan oleh Nasir et al. (2000) mendakwa bahawa 285,227 serangan asma, 3889 kes bronkitis kronik dalam kalangan orang dewasa, 118,804 kes bronkitis pada kanak-kanak, 2003 kemasukan hospital akibat masalah pernafasan dan 26,864 lawatan ke bilik kecemasan telah dilaporkan pada tahun 1997 di mana berlakunya episod jerebu di Malaysia.\n\nSatu lagi kajian oleh Brauer dan Hisham (1998) mendedahkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam kemasukan ke hospital untuk aduan masalah pernafasan yang berkaitan dengan asma dan lain-lain masalah semasa berlakunya episod asap jerebu di Asia Tenggara.\n\nDi samping itu, satu kajian oleh Sahani et al. (2014) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kejadian jerebu dengan kematian semula jadi dan kematian akibat masalah pernafasan.\n\nKempen khidmat masyarakat semasa musim jerebu oleh infosihat.gov.my\n\nIsu yang perlu ditangani semasa berlakunya jerebu adalah tahap kesedaran kesihatan masyarakat awam, terutamanya yang berkaitan dengan penduduk yang diklasifikasikan sebagai \u201csensitif\u201d, contohnya, kanak-kanak (di bawah umur 12 tahun), warga tua serta mereka yang mempunyai sistem pertahanan diri yang lemah.\n\nMelalui penilaian risiko kesihatan, sifat dan magnitud daripada risiko-risiko kesihatan boleh dinilai. Di Malaysia, Khan et al. (2016) berjaya melaksanakan penilaian risiko kesihatan terhadap kesan aerosol PM 2.5 yang dikesan di kawasan pinggir bandar.\n\nHasilnya menunjukkan bahawa risiko kesihatan adalah pada tahap yang selamat. Risiko kanser adalah sedikit di atas tahap yang boleh diterima.\n\nPenilaian risiko kesihatan apabila terdedah dengan unsur karsinogenik (bahan penyebab kanser) dalam udara berjerebu boleh dibahagikan kepada tiga faktor:\n\nSeperti yang dijangkakan, kandungan unsur karsinogenik dalam udara berjerebu adalah lebih tinggi daripada udara tanpa jerebu. Risiko perkembangan kanser bergantung kepada banyak faktor, termasuklah genetik individu, cara pendedahan kepada bahan karsinogen dan tempoh masa pendedahan.\n\nRisiko perkembangan kanser adalah lebih tinggi dalam kalangan kumpulan dewasa yang kerap terdedah dengan persekitaran luar semasa musim jerebu.\n\nDianggarkan, 1-2 daripada 1 juta individu berisiko untuk mendapat kanser dalam tempoh hayatnya apabila terdedah dengan keadaan berjerebu. Semakin lama individu terdedah dengan keadaan berjerebu, semakin banyak bahan karsinogen terkumpul dalam badan dan seterusnya akan menyebabkan risiko kanser.\n\nRisiko mendapat kanser mengikut kumpulan usia adalah seperti berikut:\n\nDewasa > anak kecil (toddler) > remaja > kanak-kanak > bayi\n\nWalau bagaimanapun, bagi penilaian risiko kesihatan penyakit bukan kanser yang disebabkan jerebu, seperti masalah pernafasan, paru-paru dan sebagainya, corak risiko kesihatan yang terlibat adalah seperti berikut:\n\nBayi > anak kecil > remaja > kanak-kanak > dewasa\n\nKumpulan bayi ini menunjukkan risiko kesihatan yang tinggi disebabkan mereka merupakan kategori yang sensitif, apabila sistem pertahanan tubuh mereka belum berkembang sepenuhnya.\n\nKumpulan bayi lebih mudah jatuh sakit berbanding kumpulan yang lebih berusia.\n\nSelain asap jerebu, kandungan logam berat dari industri seperti kromium, mangan, arsenik dan nikel boleh menyebabkan masalah kesihatan.\n\nManipulasi dan kawalan pelepasan asap dari industri atau kenderaan boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko kesihatan yang disebabkan ketoksikan bahan-bahan tersebut. Kualiti udara perlu dikawal dengan berkesan bagi mengurangkan risiko kesihatan dan kematian."
"Doa Nabi Yunus adalah di antara doa yang wajib kita hafal sebagai seorang manusia yang beragama islam. Ini kerana doa Nabi yunus adalah salah satu doa paling ampuh dan mustajab.\n\nMari kita lihat kelebihan doa Nabi Yunus serta kisah disebalik kejadian doa tersebut untuk bacaan anda. Semoga bermanfaat!\n\nKisah Nabi Yunus dalam perut ikan yu\n\nNama sebenar Nabi Yunus a.s ialah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Sebagai nabi, baginda berdakwah kepada kaumnya dan membimbing mereka ke jalan kebenaran namun tidak ada seorang pun yang beriman kepada Allah. Lalu baginda berasa marah dan pergi meninggalkan kaumnya yang degil itu. Baginda menaiki sebuah kapal untuk meninggalkan kaumnya. Semasa di tengah laut, kapal mereka dilanda badai lalu untuk mengelakkan kapal daripada karam, mereka mengundi untuk mencampakkan nama yang terpilih ke dalam laut. Setelah tiga kali undian dibuat, nama Nabi Yunus terpilih lalu baginda dicampakkan ke dalam laut.\n\nSebaik sahaja dicampakkan ke dalam laut, Nabi Yunus telah ditelan oleh seekor ikan yu lalu dibawa ke dasar lautan yang dalam dan gelap. Pada masa ini, terdapat tiga jenis kegelapan yang dialami oleh Nabi Yunus iaitu:\n1. Kegelapan di dalam perut ikan\n2. Kegelapan di dasar lautan\n3. Kegelapan malam\n\nPada awalnya Nabi Yunus menyangkan bahawa baginda sudah mati namun apabila sedar bahawa baginda masih hidup, Nabi Yunus mula menangis dan bertasbih kepada Allah dengan menyebut:\n\n\u201d Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin\u201d\nMaksudnya: Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.\n\nSepanjang terpenjara di dalam perut ikan tersebut, baginda tetap bertasbih kepada Allah. Ikan yu itu berenang sangat jauh dan kemudian tertidur di dasar lautan. Sementara Nabi Yunus tetap bertasbih kepada Allah tanpa henti sambil menangis. Ikan-ikan, tumbuh-tumbuhan serta semua makhluk yang hidup di dasar laut dapat mendengar tasbih yang dibaca oleh Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan yang sedang tidur tadi lalu mereka berkumpul di sekitar ikan paus itu dan ikut bertasbih kepada Allah.\n\nIkan paus yang tidur tadi terjaga kerana mendengar bunyi riuh tasbih di sekelilingnya. Ikan yu tadi ikut bertasbih dan akhirnya barulah ia tersedar bahawa ia telah menelan seorang Nabi. Kemudian Allah menurunkan perintah kepada ikan itu agar membawa Nabi Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau. Nabi Yunus yang telah ditelan oleh seekor ikan yu akhirnya terselamat kerana baginda yang sedang diuji tak henti-henti bertasbih kepada Allah dengan penuh yakin dan ikhlas. Baginda percaya bahawa Allah akan menyelamatkan baginda yang sepatutnya sudah lama mati sebaik sahaja ditelan oleh ikan itu.\n\nPastinya anda ingin mengetahui apakah kelebihan doa Nabi Yunus ini. Yang sebenarnya terdapat 1001 kelebihan yang ada pada doa nabi Yunus dan salah satu daripadanya ialah:\n\nItulah dia info tentang kelebihan doa nabi yunus yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang doa kena fitnah, doa dapat zuriat dan doa mudah dapat kerja."
"Saya mahu kongsi kali ini kisah anak bongsu saya Awwab Niyaz Nazali. Awwab berusia hampir 4 tahun dan antara salah seorang anak saya yang lahir di bumi ratu selain Adam anak yang keempat.\n\nDari kesemua anak anak saya Awwablah yang paling \u2018Melayu\u201d sekali. Oleh kerana itu dari Awwab lahir lagi Ain dah katakan pada saya;\n\n\u201cAwwab ni memang paling Ain sekali. Muka macam Ain, kulit macam Ain, semualah macam Ain. Kalau jumpa mana manapun orang cakap ni mesti anak Ainon ni\u201d\n\nDan memang Awwab sangat sangat mirip Ain. Dia yang paling sangat Melayu dalam banyak segi. Awwab paling suka makan durian. Saya masih ingat lagi tahun lalu masa kami sekeluarga pulang ke Malaysia Awwab makan durian tak henti henti sampai saya terpaksa hentikan ulas durian yang dia makan kerana sudah hampir tiga pangsa durian dia makan tanpa henti.\n\nDia yang paling suka makan nasi. Paling suka makan buah jambu batu cicah asam boi. Sukakan sos cili. Memang dia anak Melayu di kota Inggeris! smile emoticon\n\nTapi disebalik wajah macho kemelayuannya Awwablah yang paling manja. Sangat sangat manja terutamanya dengan Ain.\n\nSampai sekarang masih tidur menyelit dicelah ketiak mamanya. Barangkali kerana Ain sentiasa di rumah maka Ainlah yang lebih banyak mengenali Awwab dari banyak segi. Selalu Ain ceritakan pada saya setiap sikap Awwab untuk kami sama sama menilai potensi dan memahami karekter Awwab agar lebih mudah kami memahami gelagat dan tingkah lakunya.\n\n\u201cAwwab ni berani dari Adam tau bang. Dia ni caring sangat. Senang nak luahkan rasa sayang. Selalu sangat tak pasal pasal dia datang kat Ain tanya.\n\nHi Mama. Are you okay mama? Bila Ain jawap I am good Awwab, how about you?\n\nI pineeeeee mamaaaa (I am fine mama).\n\nDah tu dia kiss kiss kiss AIn tak henti henti tau bang?\n\nI yeyouuu mama (I love you mama)\n\nDan saya rasa jadi anak bongsu mungkin memang lebih rapat dengan ibu terutamanya bila ibu sentiasa di rumah dan tak bekerja di pejabat.\n\nTambahan pula Ainlah yang selalu menghantar dan mengambil Awwab ke nursery sekolah Awwab.\n\nAwwab bersekolah di nursery Montessori dari usia 3 tahun. Sekolahnya bagus dan guru gurunya penyayang dan sangat prihatin dengan kanak kanak. Di sini semua sekolah bermula nurseri adalah percuma.\n\nAwwab bersekolah 5 jam sehari dan 3 hari seminggu. Di sekolah ini dia didedahkan dengan budaya pergaulan dan lain lain pendedahan untuk psikologi anak anak sebaya Awwab,\n\nSalah satu budaya Mat Salih yang baik yang diajar guru gurunya untuk anak anak seusia Awwab adalah budaya a mengapresiasi.\n\nDari kecil lagi anak anak diajar empat perkara yang menjadi sinonim dalam budaya mereka.\n\nThank You\nExcuse Me\nI Am Sorry\nPlease.\n\nSaya masih ingat ada suatu hari kebetulan saya pulang awal ke rumah dan sepanjang Awwab mula bersekolah saya tak pernah berpeluang ke sekolah Awwab kerana Awwab bersekolah bermula 1 petang higga 6 malam setiap Selasa-Khamis.\n\nAin yang selalu menghantar dan mengambil Awwab ke sekolah yang jaraknya 5 minit berkereta dari rumah.\n\nSampai aja di rumah sekitar 5 petang Ain pelawa saya mengambil Awwab.\n\n\u201cEh Abang nak ikutlah boleh tak Ain?\n\n\u201cMehlah bang. Mesti Awwab happy nampak Babah datang ambik dia\u201d\n\nSampai di sekolah saya lihat kawalannya baik.\n\nDi sini keselamatan anak anak satu perkara yang tak boleh dipandang mudah.\n\nKesemua anak anak mahu ke sekolah perlu dihantar dan diambil ahli keluarga yang dimaklumkan kepada pihak sekolah an hanya mereka dari kalangan keluarga berusia lebih 16 tahun sahaja dibenarkan menghantar dan mengambil anak anak ke dan dari sekolah.\n\nSampai di muka pintu kami disambut mesra cikgu Awwab.\n\n\u201cAwwab look who is here to pick you up\u201d\n\nAwwab berlari riang melihat kelibat kami.\n\n\u201cHi Awwab.. are you okay sayang?\u201d\n\nSaya sapa Awwab sebaik saja dia memeluk saya\n\n\u201cI pineee Babahhhh (I am fine Babah)\u201d\n\n\u201cBye bye Awwabbbb. See you tomorrow dear\u201d\n\nMesra cikgu Awwab melepaskan Awwab pada kami.\n\nSelangkah menuju pintu keluar tiba tiba kami ditahan cikgunya\n\n\u201cOhh Awwab come inside for awhile. You forget something do you?\u201d\n\nSaya fikir barangkali Awwab terlupa beg atau jaketnya.\n\nAwwab dipimpin semula cikgunya ke dalam kelas.\n\nSeminit kemudian Awwab keluar bersama sekeping kad dan gubahan bunga dari kertas berwarna di tangannya dan dia terus mendapatkan Ain.\n\n\u201cHappy mothers day mama. I do this for you.\n\nSaya lihat Ain terpaku dan terkejut\n\n\u201cOhhh Awwab is this for me?\n\nThank you sayang. You are so sweetttt\u201d\n\nAin pantas rangkul Awwab dan cium pipinya\n\n\u201d I love you mamaaaa. Do you love meeee?\u201d\n\n\u201d Of course Awwab. Thank youuuu\u201d\n\nSaya perhatikan cikgu Awwab juga ceria bangga.\n\nSaya buka kad istimewa hari ibu yang Awwab tandatangan menyatakan apresiasi pada mamanya.\n\nDan sepanjang dalam kereta dia asyik bercerita tentang kad dan gubahan bunga istimewanya untuk Ain.\n\nAduhai dah besar dah anak abah kan?\n\nDah makin pandai meluah kasih dan apresiasi.\n\nSatu lagi memori indah melihat anak membesar di depan mata yang kalau ditukar wang setinggi gunungpun takkan mampu membeli momen istimewa sebegini kan teman?\n\nMemang murni budaya sebegini dalam kehidupan Mat Salih di sini.\n\nBudaya ini kita kena perkasakan kembali dalam kehidupan kita orang timur.\n\nTapi budaya sebegini bukan tanggungjawab cikgu semata mata.\n\nYang lebih penting kita sebagai ibu dan bapa\n\nDi mana kita waktu anak anak kita cipta sejarah peribadi sebegini?\n\nApa momen indah ini penting dalam kitaran 24 jam yang Allah pinjamkan pada kita?\n\nAnak anak talian hayat kita kan teman?\n\nDi mana kita masa mereka mula pandai meluah sayang?"
"Kadang-kadang, pernahkah anda rasa susah untuk membuang air kecil dan rasa sakit apabila membuang air kecil? Itu bermakna anda mempunyai batu karang tanpa anda sedar. Bagaimanakah anda boleh ada batu karang? Apakah faktor-faktor yang membuatkan anda ada batu karang? Dan apakah tanda-tanda anda mempunya batu karang?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 faktor berlakunya batu karang dan tanda-tandanya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nZat-zat kimia yang tinggi melebihi normal di dalam darah menyebabkan jumlah zat ini meningkat di dalam air kencing. Akibatnya, air kencing menjadi pekat dan sukar untuk dibuang.\n\nPernah mempunyai jangkitan kuman pada saluran kencing waktu kecil.\n\nNanah yang terhasil daripada jangkitan kuman lama-lama akan mengeras dan akhirnya membentuk sebagai kristal.\n\nBuah pinggang berfungsi untuk menapis zat-zat kimia. Tetapi, apabila ianya gagal berfungsi, pemendapan zat-zat kimia pada saluran buah pinggang akan berlaku.\n\nIni boleh berlaku akibat kalenjar prostat yang besar atau pesakit lumpuh yang tidak berupaya untuk mengalirkan air kencing dengan baik.\n\nBatu karang yang bersaiz 4mm akan keluar dengan sendirinya dan kurang rasa sakit.\n\n*Batu karang adalah satu penyakit yang berbahaya jika tidak mencegah. Seelok-eloknya, anda tidak digalakkan untuk menahan diri daripada membuang air kecil kerana ia tidak bagus untuk diri anda. Selain daripada itu, faktor pemakanan juga salah satu punca batu karang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Dalam fasa berpantang ada beberapa matlamat yang perlu dicapai, utamanya untuk kesihatan ibu dan bayi.Di sini dikongsikan beberapa matlamat tersebut untuk ibu dan bayi.\n\n#1 Memastikan penjagaan dan penyembuhan LUKA\n\n#2 Memastikan badan ibu kembali sihat BERTENAGA\n\n#3 Mengelakkan SEMBELIT (bagi saya ini penting sebab bila sembelit, luka boleh meregang dan terbuka. Bagi yang bersalin operation, kerap meneran ketika membuang air besar boleh menyebabkan hernia)\n\n#4 Memastikan penghasilan SUSU yang mencukupi dan berkualiti untuk si kecil\n\n#5 Jika bengkak susu, pastikan diatasi untuk mengelakkan komplikasi seperti mastitis atau breast abscess (nanah)\n\n#6 MERANCANG untuk menjarakkan kehamilan seterusnya\n\n#7 MENYESUAIKAN DIRI secara mental, fizikal dan emosi; terutama dengan corak tidur bayi yang mungkin lebih kerap berjaga malam, dan menerima kehadiran orang baru terutama bagi pasangan yang baru mendapat anak pertama, dan lain-lain lagi.\n\n#1 Memastikan TEKNIK penyusuan yang betul (lekapan dan lain-lain) serta kerap (breastfeed on demand)\n\n#2 Mengelakkan risiko TERSEDAK SUSU yang biasa berlaku pada bayi kecil terutama di bawah 6 bulan\n\n#3 Jika KUNING \u2013 dipantau dengan berkala dan mendapatkan rawatan sekiranya kuning melebihi paras phototherapy (jemput baca tentang jaundice dalam post saya yang lepas)\n\nTAHNIAH untuk kelahiran bayi anda, SELAMAT BERPANTANG!"
"Resepi Kuih Apam, salah sebuah juadah yang amat mudah untuk dihidangkan kerana mempunya bahan yang mudah untuk didapati. Ianya sering menjadi menu untuk minum petang oleh kerana rasanya yang lemak manis. Cara pembuatannya juga sangat mudah, iaitu hanya dikukus. Ini menjadikan apam beras salah satu juadah yang sihat dalam hidangan minum petang kita. \n\nSelain daripada hidangan minum petang, apam beras juga dihidangkan dan menjadi pilihan dalam kenduri kendara. Resepi ini telah dikongsikan oleh Yati Yati dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif di laman Facebook milik beliau. \n\nNota: Bahan ini haruslah dibancuh dan dimasak menggunakan api perlahan sehingga pekat. Diingatkan supaya jangan berketul ya!\n\nNota: Kegebuan apam beras menandakan anda berjaya membuatnya dengan cemerlang. Oleh itu, ia perlu dikukus dengan api yang besar supaya ianya dapat menghasilkan apam yang pecah dibahagian atas. Selamat mencuba. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi kuih apam ini, terdapat beberapa lagi resepi yang menarik yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda. Jangan lupa juga untuk mencuba hidangan ini ya! Sehingga berjumpa lagi."
"Jaringan internet sentiasa diperlukan dalam negara kita, wifi portable terbaik pastinya diperlukan walau dimana kita berada. Penggunaan internet pastinya menjadi satu keperluan. Namun, tak semua tempat menawarkan kemudahan jaringan WiFi yang percuma.\n\nSebagai contoh, di luar kawasan kafe, pusat membeli-belah atau stesen keretapi, amat sukar mendapatkan rangkaian internet yang lancar dan selamat. Bagi kawasan rumah pula, penting untuk anda ketahui apakah wifi terbaik yang boleh digunakan.\n\nWifi postable juga sangat mudah digunakan di mana-mana sahaja kerana anda boleh sambungkannya ke peranti mudah alih seperti telefon pintar, komputer riba ataupun tablet. Jom lihat antara 12 WiFi Portable yang boleh anda pertimbangkan untuk gunakannya.\n\nTenda 4G180 cukup ringan untuk menjadikannya mesra perjalanan. Wifi portable terbaik ini menyokong rangkaian 4G tempatan dan juga global. \n\nPeranti ini serasi dengan kebanyakan syarikat telekomunikasi utama seperti Maxis, Digi dan Unifi Mobile tetapi ia tidak menyokong Unifi Air dan Yes 4G. Jangka hayat baterinya sangat panjang dan dapat bertahan selama 6 \u2013 10 jam penggunaan secara berterusan.\u00a0\n\nAnda boleh berkongsi sambungan WiFi portable ini kepada 10 peranti mudah alih pada masa yang sama. Ia juga mempunyai slot microSD, yang membolehkan anda menyimpan barang digital anda seperti foto dan video sehingga 32GB.\n\nSekiranya anda memerlukan wifi portable untuk kegunaan hotspot, apa kata anda cuba gunakan Prolink PRT7011L. WiFi portable terbaik ini mampu menyokong kelajuan data sehingga 150Mbps. \n\nIa juga berfungsi menghubungkan sehingga 11 peranti mudah alih secara serentak. Ianya dilengkapi dengan kapasiti bateri 2,000 mAh, yang dikatakan mampu bertahan sehingga 10 jam.\n\n3. NETGEAR Nighthawk M1 Wi-Fi Hotspot\n\nSekiranya anda ingin menggunakan hotspot Wi-Fi di AT&T, kami mengesyorkan anda menggunakan WiFi portable dari Netgear. Wifi portable terbaik ini mampu menampung sehingga 20 peranti melalui Wi-Fi 2,4 GHz dan 5 GHz. \n\nIa turut dilengkapi dengan bateri 5,040 mAh yang dapat bertahan selama sehari dan menggunakan sistem pengecasan pantas.\n\n4. HUAWEI E5577 E5577CS-321 4G LTE\n\nHuawei E5577-321 ini direka dengan padat dan baik. Rekaan sizenya yang kecil memudahkan pembeli untuk membawanya kemna-mana.\u00a0\n\nHuawei E5577-321 menyediakan banyak kefleksibelan semasa memilih data pakej dan pembekal rangkaian. Hal ini menjadi kelebihan bagi mereka yang suka melancong ke luar negara yang melibatkan kad SIM antarabangsa.\n\nKelajuan 4G sehingga 150Mbps disokong dengan tempat liputan Wi-Fi mudah alih ini boleh di charge menggunakan kabel USB standard. \u00a0Bateri yang sebesar 3,000mAh. Jika anda mencari salah satu tempat liputan Wi-Fi mudah alih terbaik di pasaran pada masa ini, pastikan anda memasukkan model ini dalam senarai anda.\n\nJenama ini menyasarkan penggunaan wifi mudah alih tanpa perlu menggunakan sim card. Lebih menarik lagi, wifi ini boleh menukar rangkaian yang tersedia secara bijak. Hal ini bermakna, anda tidak perlu risau mengenai sambungan yang akan anda terima daripada lokasi anda. Wifi ini merupakan antara wifi portable terbaik yang dapat anda miliki.\n\nSelain itu, kelajuan muat turun 4G berkelajuan tinggi (sehingga 150Mbps) dengan peranti GlocalMe ini. Anda juga boleh menggunakan aplikasi yang disertakan untuk membeli data yang anda perlukan. Pembayaran juga boleh dilakukan mengikut hari, bulan, wilayah atau gigabait.\n\nBateri 3,500mAh yang agak besar menjadikannya sesuai untuk dibawa ketika melakukan perjalanan jauh. Beratnya yang hanya 148 gram menjadikannya pilihan bagi mereka yang suka bercuti.\n\nTP-Link M7650 dapat menghubungkan kelajuan muat turun sehingga 600Mbps menggunakan rangkaian LTE 4G + dan 32 peranti secara serentak. Ia menyokong setiap telco utama seperti Celcom sehinggalah kepada U Mobile. \n\nRamai memilih TP-Link M7650 kerana jangka hayat bateri 3,000 mAh yang dapat bertahan sehingga 10 atau 15 jam bergantung pada penggunaannya.\n\nSekiranya anda mencari WiFi portable terbaik dengan harga mampu milik, MiFi 8000 adalah wifi portable terbaik yang paling sesuai. Ia memiliki skrin sentuh berwarna untuk memeriksa isyarat rangkain, jangka hayat bateri dan tetapan. \n\nMifi Portable Data Hotspot mempunyai kelebihan dari segi PCMag kerana prestasi 4G yang sangat baik dan jangka hayat baterinya yang mengagumkan selama 15 jam.\n\nWifi portable terbaik yang lain ialah Alcatel Linkzone ini mempunyai berat lebih dari 3 ons dan lebih kecil daripada dek daun terup. Ia mudah disimpan di dalam poket dan dibawa ke mana sahaja. \n\nWifi portable terbaik ini menyediakan sambungan Wi-Fi 802.11b / g / n sehingga 15 peranti dengan menggunakan rangkaian GSM. Malangnya, ia hanya berfungsi pada jalur 2.4 GHz.\n\nBaterinya 1,800 mAh sedikit lebih kecil daripada WiFi portable yang lain dan menyediakan sekitar 6 jam penggunaan. Selain itu, ia tidak mempunyai skrin paparan, jadi segala kelajuan internet tidak akan diketahui oleh kita.\n\nAlcatel Linkzone 2 dapat menyambungkan rangkaian Wi-Fi peribadi anda dalam beberapa saat sahaja. Wifi ini menawarkan kelajuan muat turun sehingga 150Mbps dan kelajuan muat naik 50 Mbps. \n\nBerbanding dengan model sebelumnya, Alcatel Linkzone 2 mempunyai bateri 4,400 mAh yang jauh lebih besar dan mampu bertahan sehingga 24 jam. Mempunyai reka bentuk yang kompak, wifi portable terbaik ini juga dapat menghubungkan sehingga 16 peranti serta menyokong 2.4 dan 5.0 GHz bandz.\n\n10. NETGEAR Orbi Tri-Band Wi-Fi Router\n\nSekiranya anda tinggal di kawasan pedalaman yang sukar menerima signal internet, kami mengesyorkan anda menggunakan WiFi portable daripada Netgear ini. Ia menawarkan kelajuan internet pantas sehingga 1.2Gbps dan merangkumi sehingga 2,000 kaki persegi.\n\n11. NETGEAR Nighthawk 5G Mobile Hotspot Pro\n\nWiFi portable terbaik ini memberi penyambungan rangkaian 5G yang menarik perhatian generasi muda kini. Nighthawk 5G Mobile Hotspot Pro berfungsi menyambungkan Wi-Fi 6 pantas dan membolehkan penggunaan sehingga 32 buah peranti serentak. \n\nIa mempunyai reka bentuk yang padat dengan skrin sentuh yang selesa dan mampu bertahan sehingga 8 jam penggunaannya.\n\n12. TP-Link N300 WiFi Portable Nano\n\nTP-Link N300 yang merupakan wifi portable terbaik ini menawarkan kelajuan WiFi 300Mbps pada jalur 2.4G hertz. Ia sangat hebat untuk streaming dan permainan dalam talian serta saiznya yang kecil juga agak senang untuk dibawa ke mana sahaja. Selain itu, tempoh waranti yang disediakan adalah selama 2 tahun sahaja.\n\nBerikut adalah wifi portable terbaik di Malaysia yang boleh anda pilih. Pasti akan memudahkan urusan pekerjaan anda. Jom baca juga seterika terbaik,\u00a0Microwave oven terbaik Malaysia,\u00a0termometer terbaik\u00a0dan\u00a0mekap remover drugstore terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Setiap bakal pengantin mesti akan susah hati dan pening kepala, yelah warna apa nak pakai nanti di hari bernikah dan bersanding? Warna mana yang sesuai untuk dipadankan dengan bentuk badan dan tona warna kulit agaknya.\n\nUntuk pengetahuan, tips pemilihan warna baju nikah dan bersanding ini perlu menitikberatkan ke dua-dua pasangan. Yakni perlu ambil kira tentang si pengantin perempuan dan juga si pengantin lelaki. Akan tetapi, pengantin perempuan hendaklah di beri keutamaan kerana yang akan menjadi perhatian ramai adalah si pengantin perempuan itu sendiri.\n\nTips Pilih Warna Baju Pengantin Yang Perlu Diberi Perhatian\n\nTips pemilihan warna pakaian pengantin memang penting berdasarkan warna kulit. Pemilihan warna baju ikut cara yang betul bukan saja akan menampakkan si pengantin makin cantik malah turut berser-berseri.Pemilihan baju pengantin yang betul amatlah penting bagi menyambut hari bahagia setiap insan yang bergelar raja sehari. Justeru itu, beberapa tips berguna yang boleh diikuti supaya kejelitaan raja sehari tidak tengelam.\u00a0\n\nAntara tips pemilihan warna baju pengantin adalah ;\n\n1) Tips pilih baju pengantin mengikut warna kulit pasangan\u00a0\n\nDisini terdapat beberapa tona warna kulit. Setiap tona warna kulit ini ada kelebihan dan kekurangannya. Justeru itu, untuk menaikkan lagi seri pengantin, pengantin perlu bijak dalam pemilihan warna baju dan tona warna kulit.\u00a0\n\nWow, putih gading adalah tona warna kulit yang putih dan sesuai menyarungkan pelbagai rona warna. Dan untuk menaikkan seri wajah pengantin ketika bergambar, mereka disarankan untuk memilih warna baju yang kontra dengan kulit mereka. Contohnya untuk warna kelabu, biru, ungu, merah. Warna-warna ini mampu membuatkan raut wajah kelihatan lebih cerah dan bercahaya.\u00a0\n\nElakkan pemilihan warna pastel atau pudar. Ianya akan menyebabkan tona warna kulit kelihatan pucat dan tidak bermaya. Tetapi sekiranya pengantin mahukan juga warna-warna seperti ini, make up memainkan peranan yang sangat besar untuk menaikkan seri muka.\n\nKuning langsat bermaksud putih yang kekuning-kuningan. Tidak terlalu putih dan bukan juga berkulit berwarna hitam. Kulit warna ini adalah kulit wanita Asia. Untuk bakal pengantin yang berkulit cerah, anda boleh pilih warna\u00a0yang menyerlahkan lagi keanggunan anda seperti\u00a0warna merah terang, biru gelap, ungu pekat, merah pekat dan sebagainya.\n\nElakkan\u00a0pemilihan rona warna krim, coklat, dan oren. Warna seperti ini menyebabkan wajah pengantin kelihatan kusam dan tidak bermaya. Contoh warna baju untuk kulit kuning langsat / cerah\u00a0\n\nPemilik kulit sawo matang ini lebih gelap berbanding kulit kuning langsat tetapi kebiasaannya warna kulit seperti ini juga adalah warna kulit wanita Asia. Warna kulit seperti ini sesuai menggayakan pelbagai warna. Walaubagaiman sekali pun, tetap ada warna yang akan menengelamkan keserian wajah atau menyebabkan wajah kelihatan suram dan tidak berseri. Antara warnanya adalah seperti warna coklat gelap dan kuning.\n\nTona warna ini agak gelap sedikit daripada tona kulit sawo matang. Justeru itu, pemilik tona kulit ini perlu bijak dalam pemilihan warna baju pengantin. Bagi mereka yang mempunyai tona warna ini warna baju yang paling sesuai adalah merah, jingga, hijau, plum, kuning dan royal blue. Ianya membantu menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit serta menaikkan seri wajah.\u00a0\n\nOhya pengantin lelaki selalunya ramai yang berkulit hitam manis / gelap. Ini adalah contoh warna baju melayu untuk pengantin lelaki berkulit gelap.\n\nSemua pasangan pengantin mahu kelihatan cantik di hari bersejarah mereka. Justeru itu, pemilihan baju haruslah bersesuaian dengan bentuk tubuh badan. Bagi mereka yang mempunyai tubuh yang agak besar, warna yang sesuai adalah hitam, coklat gelap, biru, hijau. Warna ini mampu membuatkan pengantin kelihatan langsing. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang kerana ia akan meyerlahkan kegempalan kita.\u00a0\n\nBagi mereka yang mempunyai saiz tubuh yang kecil atau kurus, pemilihan pakaian pengantin bukanlah menjadi masalah utama kerana setiap pakaian yang dipakai akan kelihatan menawan dan menarik.\n\nSudah menjadi lumrah dalam majlis perkahwinan, tema merupakan salah satu agenda penting dalam majlis perkahwinan. Justeru itu, pemilihan baju haruslah mengikut tema perkahwinan supaya pengantin kelihatan sedondon dengan tema yang disediakan.\u00a0\n\nSekiranya pengantin memilih tema moden, warna baju pengantin yang sesuai bagi tema ini adalah warna royal blue bersama toxedo (pemilihan pakaian lelaki). Hal ini disebabkan warna royal blue kelihatan menarik dengan tema morden ini.\u00a0 Walaubagaiman sekali pun, terdapat juga warna yang sesuai bagi tema morden ini seperti hijau dan merah hati.\u00a0\n\nManakala bagi pemilihan tema tradisional warna baju pengantin yang sesuatu adalah warna kuning, coklat atau ungu. Bagi kelihatan tradisional lagi, pemilihan kain yang berasaskan songket, pemilihan kebaya songket atau baju tenunan amatlah digalakkan. Tema seperti ini juga amatlah mudah dan menjadi pilihan ramai kerana ianya tidak luput dek zaman. Walau bergaya klasik, pastikan design baju\u00a0juga up-to-date! Jika nak play safe,\u00a0pilih baju\u00a0dari kain songket atau kebaya moden.\n\nNak Kahwin? Sedang Cari Baju Pengantin Yang Sesuai? Boleh Gunakan Tips Pilih Warna Baju Pengantin Untuk Mudahkan Urusan\n\nItulah serba sedikit tips bagaimana untuk menentukan warna baju nikah yang sesuai mengikut warna kulit, tubuh badan dan tema majlis perkahwinan. Warna baju pengantin tidak boleh ditentukan mengikut trend terkini bagi sesuatu tahu seperti warna baju pengantin 2019, warna baju pengantin 2020, warna baju pengantin 2021 atau sebaliknya. Tapi, warna baju nikah dan bersanding ini hendaklah ditentukan mengikut ciri-ciri si pengantin itu sendiri.\u00a0 Baca juga panduan untuk mengenali suami beriman, cabaran kahwin muda."
"Untuk kali ini Ibu hanya hendak memfokus kepada apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk mengelak anak-anak dibuli.\n\n#1 Sering memantau anak-anak di sekolah. Kita letakkan kepercayaan kepada sekolah, tetapi kita berwaspada dan memantau.\n\n#2 Jika anak suka berdiam diri dan nampak bermasalah, kaji puncanya.Selalunya mereka jadi begini kerana mereka dibuli.\n\n#3 Jika duit anda sering hilang. Kemungkinan besar anak anda di Pau memang ada. Oleh itu selidik secara lembut dahulu, ikut dan pantau dia.\n\n#4 Jika anak mengadu dibuli, jangan sibuk nak suruh anak jadi macho. Macamana dia nak macho tanpa petunjuk. Jika betul hendak anak menjadi kuat dan macho, tunjukkanlah cara yang betul!\n\n#5 Jika anak balik dengan lembam-lembam dan luka-luka itu sudah masuk tahap kritikal dan perlu diambil tindakan serius. Jika sekolah tidak mengambil tindakan yang betul, pindahkan anak ke sekolah lain segera. Kerana sistem di sekolah itu tidak lagi berupaya melindungi anak anda.\n\nSepatutnya kes buli ini jika sudah dikenal pasti perlu diambil tindakan yang serius agar anak-anak yang membuli ini boleh belajar menjadi pelajar yang baik. Perbincangan yang serius perlu berlaku dan tindakan yang serius perlu diambil.\n\n#6 Anak-anak yang membuli ini jangan sekadar memberi hukuman kepada mereka, mereka ini memerlukan tunjuk ajar untuk hidup sebagai manusia yang baik. Mereka mungkin tidak dapat tunjuk ajar itu di rumah dan di tempat tinggal mereka. Ya, cuma sekolah sahajalah harapan kita untuk mendidik anak-anak ini."
"Sebagai seorang suri rumah pastinya anda sudah ketandusan idea untuk memasak juadah untuk makan bersama seisi keluarga bukan? Sudah jemu dengan sup ayam dan sup daging? Hari ini kami akan kongsikan resepi sup ikan merah bersama anda.\n\nRamai yang mengatakan untuk membuat sup ikan merah ini agak sukar kerana nanti isi ikannya akan menjadi keras. Sebenarnya, tips untuk mendapatkan isi ikan merah yang lembut ialah semasa menyediakan sup ini ikan tidak perlu direneh lama cukup sekadar 5 minit sahaja. Pastinya anda akan berjaya mendapatkan isi ikan merah yang lembut dan sedap.\n\nTanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi ikan merah yang telah dikongsikan oleh Annida Ammar di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak reaksi positif dari para netizen.\n\nP/S: Jangan balik-balikkan ikan jika tidak ikan akan hancur.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nAda pelbagai jenis resepi yang menarik selain daripada resepi ini untuk anda mencuba. Variasikanlah hidangan anda untuk menarik selera yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa ya untuk kongsikan artikel ini bersama kawan kawan anda!"
"Berkongsikan resepi masakan sangat menyeronokkan. Kali ini kami akan berkongsikan resepi chettinad mutton masala.\n\nChettinad mutton masala ialah makanan yang sangat-sangat popular di India. Kebanyakan restoran akan menghidang masakan yang berasaskan rempah ala chettinad ini.\n\nMasakan yang popular di India selatan ini boleh anda cubakan di rumah. Resepi chettinad mutton masala dikongsikan oleh \u200eSheena Supramaniam di laman Facebook dengan sedikit ubah resepi supaya sesuai dengan kita. Tunggu apa lagi, jomlah cubakan.\n\nBahan Kisar B (sangai dan blend kering) :\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Ibu mengandung yang sedang menunggu hari untuk bersalin pastinya berasa sangat teruja. Tak sabar untuk menerima kehadiran orang baru yang akan menambahkan lagi seri rumah tangga. \n\nPastinya anda juga risau kalau ada barang kelengkapan bayi yang belum dibeli kerana terlepas pandang. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan senarai barang keperluan bayi baru lahir yang ibu bapa wajib beli agar tak kelam-kabut sewaktu berpantang nanti.\n\nPerkara paling penting yang perlu anda beli untuk sicomel ialah baju. Untuk baju, kami cadangkan anda beli baju untuk bayi 6 bulan dan bukannya bersaiz newborn. Ini kerana bayi anda akan membesar dengan cepat. Jika anda beli baju bersaiz newborn, sekejap sahaja bayi anda akan tidak muat untuk memakai pakaian tersebut. Rugi.\n\nUntuk baju, anda perlu beli baju lengan pendek dan baju lengan panjang. Untuk cuaca di Malaysia, kebiasaannya baju lengan pendek akan dipakaikan kepada bayi pada waktu siang sementara baju lengan panjang akan dipakaikan pada waktu malam, sewaktu cuaca sejuk seperti hujan, atau semasa membawa bayi anda keluar dari rumah, terutamanya jika ke tempat yang berhawa dingin.\n\nBerapa banyak helai baju yang anda perlu beli? Tak perlu banyak. Ini kerana kebiasaannya ramai sanak saudara dan kenalan yang akan menghadiahkan anda dengan baju. Cukup kalau anda beli 5 helai\u00a0baju baby lengan panjang\u00a0dan 10 helai\u00a0baju lengan pendek.\n\nSeperti baju, seluar juga penting untuk bayi anda. Anda perlu beli seluar dengan saiz 6 bulan. Untuk seluar, anda boleh pelbagaikan jenisnya seperti seluar panjang, seluar pendek, seluar berstokin, atau seluar jarang untuk cuaca panas. 10 helai\u00a0seluar panjang dan 5helai\u00a0seluar pendek\u00a0sudah memadai.\n\nMasyarakat di Malaysia sememangnya sinonim dengan pemakaian barut bayi. Ianya bertujuan untuk mengelakkan angin daripada masuk ke perut bayi lalu menyebabkan bayi anda kekembungan. Terdapat dua jenis barut iaitu barut biasa dan barut gantung. Hari ini terdapat banyak butik bayi yang menjual barut bayi pelbagai corak yang comel. Anda perlu membeli sekurang-kurangnya 10 helai\u00a0barut bayi.\n\nRompers adalah sejenis baju yang tak kurang pentingnya. Ia juga akan membuatkan bayi anda kelihatan comel. Kalau anda bercadang untuk membeli rompers, tak perlu banyak. 3 helai sudah memadai.\n\nStokin kaki dan sarung tangan atau juga dikenali sebagai mittens dan booties juga sangat penting. Ianya adalah untuk mengelakkan bayi anda daripada mencalarkan dirinya sendiri dengan kuku dan dalam masa yang sama untuk mengelakkan bayi anda daripada kesejukan dan dimasuki angin. Pada waktu malam, sarung tangan dan stokin kaki melindungi bayi anda daripada digigit nyamuk. Anda perlu membeli sekurang-kurangnya 10 pasang stokin kaki dan sarung tangan.\n\nBarang keperluan bayi baru lahir yang setarusnya ialah topi kepala. Masyarakat melayu percaya bahawa bayi yang baru lahir perlu ditutup ubun-ubunnya kerana ubun-ubun yang lembut akan mudah dimasuki angin. \n\nAnda juga perlu menutup kepala bayi apabila keluar dari rumah untuk beriar-siar. Anda perlu beli sekurang-kurangnya 3 helai topi kepala.\n\nKain bedung adalah untuk membungkus bayi anda agar sentiasa berasa selesa seperti berada dalam pelukan ibu. Bayi yang dibedung akan tidur lebih lama. \n\nKain bedung juga akan membantu mengelakkan bayi anda daripada kesejukan. Anda perlu beli sekurang-kurangnya 3 helai kain bedung.\n\nUntuk lampin bayi, anda boleh pilih sama ada mahu menggunakan jenis pakai buang atau lampin kain yang boleh dibasuh dan digunakan semula. Jika anda memilih untuk menggunakan lampin pakai buang, beli satu pek kecil supaya jika bayi anda mengalami ruam disebabkan lampin jenama tersebut, anda tidak terlalu rugi apabila terpaksa membeli lampai jenama lain. Jika anda bercadang untuk menggunakan lampin biasa, anda perlu beli 1 dozen yang mengandungi 12 helai lampin.\n\nJIka anda merancang untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif, anda akan memerlukan alatan mengepam dan simpana susu perahan. Jika anda akan memberikan bayi anda susu formula, anda memerlukan termos dan alat pemanas susu. Di antara alatan yang anda perlu beli ialah:\u00a0\n\nSelain itu, anda juga perlu membeli barang-barang yang disenaraikan berikut:\n\nItulah dia senarai barang keperluan bayi baru lahir yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Kepada ibu yang bakal melahirkan, kami doakan semoga dikurniakan proses bersalin yang mudah. Semoga kedua-dua ibu dan anak berada dalam kesihatan yang optimum.\n\nJika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang nama anak lelaki, nama bayi perempuan dan doa mudah bersalin sebagai panduan."
"Semua wanita impikan lelaki beriman sebagai suami. Namun ramai wanita menyangka yang tugas mencari lelaki beriman sebagai calon suami ini susah. Jika ada pun sudah berkahwin dan ada anak. Ada juga dikalangan wanita ini yang masih keliru akan tanda-tanda seorang lelaki yang beriman. Sebenarnya\u00a0ciri\u00a0seorang\u00a0lelaki beriman ini ada banyak dan salah satunya, dia berusaha menundukkan pandangannya.\n\nCiri-ciri lain untuk lelaki beriman ini adalah jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan amanah. Lelaki beriman ini dimudahkan cerita adalah lelaki yang mempunyai akhlak yang baik. Mereka juga tidak akan mudah mempercayai sesuatu perkara dengan mudah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud ;\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.\u201d (Al-Hujurat: 6)\n\n1) Carilah Lelaki Yang Menjaga Solatnya\n\nSeorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin seorang wanita haruslah seorang lelaki yang menjaga solatnya. Asal namanya manusia, solat adalah tiang agama. Sekiranya mereka seorang yang menjaga solat, pasti solat adalah keutamaannya. Bukan hendak mengatakan lelaki yang tidak menjaga solat ini kurang baik, tetapi solat adalah kewajipan setiap mukmin. Sekiranya mereka menjaga solat bermaksud mereka mampu membimbing kita Jannah bersama-samanya.\n\nBagaimana kita boleh menilai seseorang itu menjaga solatnya atau tidak sebab kita tidak tinggal satu bumbung?\u00a0\n\nSenang sahaja kita hendak menguji seseorang itu tunaikan solat atau tidak dengan ketika keluar bersama (WAJIB ditemani oleh seorang mahram yang sudah baligh) sekiranya masih tidak mengajak wanita menunaikan solat bermaksud, dia bukanlah seorang lelaki yang menjaga solat. Tetapi, wanita harus di ingati untuk menguji lelaki jangan pula kita meninggalkan solat. Sekiranya, terlihat tiada respond daripada mereka untuk menunaikan solat kitalah yang perlu mengingatinya.\u00a0\n\n2) Lelaki Yang Menghormati dan Menyanyangi Ibu Bapa\n\nSesungguhnya, lelaki yang sentiasa menghormati dan menyanyangi ibu bapa adalah lelaki yang akan sentiasa menghormati hak seorang yang bernama wanita. Bila sebut berkenaan penyanyang wanita akan berfikir lelaki tersebut \u201canak mak\u201d. Kenapa sentiasa berfikiran seperti itu, tahukah wanita di luar sana syurga seorang lelaki adalah di bawah telapak kaki seorang ibu. Justeru itu, tidak salah sekiranya mereka menyanyangi ibu bapa mereka.\u00a0\n\nKaum wanita perlu beringat, suatu hari kita akan bergelar ibu, mak, bonda, umi atau sebagainya. Adakah kita sanggup melihat seorang anak melebihkan isterinya berbanding seorang ibu? Seharusnya jawapannya tidak, jadi sekiranya kita tidak mahu anak kita melakukan perkara sebegitu janganlah kita melakukannya. Sesungguh lelaki yang menyanyangi ibu bapa adalah seorang lelaki yang penyanyang.\u00a0\n\nLebih baik kita berkongsi kasih dan bermadu dengan ibu bapa mereka daripada kita berkongsi kasih dan bermadu dengan WANITA lain. Sesungguhnya mereka bukan \u201canak mak\u201d tetapi adalah lelaki yang baik dan merupakan pilihan ramai yang sukar dicari. Percaya atau tidak, lelaki yang menyanyangi keluarganya akan menyanyangi kita sesungguhnya dan tidak akan mengabaikan wanita yang menjadi suri di hatinya.\n\n3) Boleh Menjadi Imam Dalam Solat Fardu\n\nLelaki yang berani menjadi imam dalam solat fardu adalah suatu yang bonus. Lelaki adalah pemimpin, menjadi imam dalam solat fardu di rumah mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara suami dan isteri. Selain itu, solat berjemaah juga mampu menambahkan pahala untuk diri sendiri dan keluarga. Disebabkan oleh itu, mendirikan masjid bukan mudah tetapi ianya memerlukan ilmu untuk melayarkan bahtera rumahtangga itu sendiri.\u00a0\n\nSukar pada zaman kini untuk mencari lelaki dan perempuan yang betul-betul menjaga ikhtilat dalam ingin membina bahtera rumahtangga. Tetapi, sekiranya lelaki tersebut mampu menjaga ikhtilat semasa dalam sesi perkenalan maka dia adalah Mr Right kita. Tetapi perlu di ingatkan bukan lelaki sahaja yang perlu menjaga ikhtilat, wanita juga perlu menjaga ikhtilat semasa dalam perkenalan. Menjaga agama adalah tanggungjawab bersama bukan pada sebelah pihak sahaja.\n\n5)Lelaki Yang Berani Menegur Dan Boleh Ditegur\n\nLelaki yang berani menegur akan kekurangan wanita adalah seorang lelaki yang mahu menjadi pemimpin. Bagi lelaki, mereka berhak menegur seseorang wanita yang bakal menjadi suri dihatinya. Sekiranya mereka mampu memperbetulkan segala kekurangan kita dengan cara yang baik, maka mereka sebenarnya mampu memimpin kita ke arah kebaikan. Sekiranya, kita telah berjumpa dengan seorang lelaki yang berani menegur dengan baik akan segala kekurangan kita, maka janganlah biarkan mereka terlepas.\n\n6) Sabar Dan Boleh Bertolak Ansur\n\nSetiap wanita mahukan lelaki yang sabar dan bertolak ansur dalam setiap perkara. Justeru itu, lelaki yang sabar dan bertolak ansur ini adalah lelaki yang menjadi pilihan utama wanita. Sabar dan bertolak ansur bukanlah menunjukkan lelaki itu seorang yang soleh tetapi menunjukkan mereka adalah lelaki yang tidak akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Walaupun ianya bukanlah 100% menunjukkan ciri-ciri lelaki soleh, tetapi ianya adalah ciri-ciri lelaki idaman wanita.\n\nSekiranya lelaki tersebut bertanggungjawab akan kebajikan ibu bapanya, maka dia adalah seorang yang bertanggungjawab akan keluarganya. Tanggungjawab ini boleh dinilai melalui cara kerjanya, sekiranya dia seorang yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan penuh amanah kita boleh menganggap beliau seorang yang bertanggungjawab. \n\nTetapi walaubagaimana sekali pun, tanggungjawab ini adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai melalui mata kasar. Ianya hanya boleh dilihat apabila wanita tersebut sudah mengenali lelaki tersebut.\n\nCinta itu manis dan cinta itu juga adalah satu perasaan yang didatangkan oleh Allah SWT di dalam diri setiap manusia. Namun sayangnya ada ramai manusia yang fokus jatuh cinta pada pasangan hingga terlupa yang cinta Allah SWT itu lebih suci, lebih indah dan lebih agung. Cinta itu perlu namun ingatlah yang cinta dengan niat kerana Allah SWT adalah lebih tinggi darjatnya.\n\nDalam hadis, Abu Hurairah ra menyebut katanya, Rasulullah SAW bersabda : \u201cSesungguhnya Allah Ta\u2019ala berfirman pada hari kiamat: \u201cManakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.\u201d\u00a0(Riwayat Muslim)\n\nBaca juga cabaran kahwin muda, sebab wanita lebih cantik masa bercinta dan sebab mengapa ramai pasangan kahwin lari di sempadan."
"Apabila tiba tarikh yang dinanti-nantikan oleh anak-anak iaitu hari lahir mereka, kita sebagai ibu bapa mesti sudah menyediakan hadiah untuk mereka. Selalu hari lahir mereka kita akan membelikan kek dengan hiasan katun yang mereka suka, buat parti hari lahir mereka atau membelikan mereka mainan yang mereka suka.\n\nItu adalah hadiah-hadiah biasa yang selalu dibelikan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka. Tetapi ia hanya sebuah hadiah kepada anak-anak, selepas makan kek, bermain permainan yang diberi atau selepas parti hari lahir, semuanya akan berakhir. Apakah manfaat, nilai murni dan perkara yang dapat dibelajar oleh anak-anak?\n\nTetapi adakah hadiah yang dapat memberi manfaat, nilai murni dan perkara yang dapat dibelajar oleh anak-anak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 14 hadiah yang terbaik untuk anak-anak dalam pada masa yang sama dapat didik mereka. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul \u201c3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna\u201d, \u201cWhy So Serious Parents?\u201d dan \u201cParents, Welcome To My World\u201d sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. 14 Hadiah yang terbaik untuk anak-anak\n\n\ud83d\udd35\u00a0Ikut nelayan menjala ikan kat laut\n\n\ud83d\udd35\u00a0Jalan tepi pantai sambil kutip sampah\n\n\ud83d\udd35\u00a0Naik train just to enjoy the view\n\n\ud83d\udd35\u00a0Cooking / baking his fav meal\n\n\ud83d\udd35\u00a0Gardening something yang boleh harvest cepat \n\n*Mudahkan hadiah-hadiah yang boleh diberikan kepada anak-anak. Hadiah-hadiah ini dapat memberi banyak ilmu dan pengetahuan am kepada mereka tentang kehidupan. Ia juga bagus untuk masa depan mereka. Selain itu, kita juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tiada lah selepas bergambar dan makan selepas itu buat kerja masing-masing. Semoga info memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Jika anda membaca artikel ini, tahniah diucapkan kerana anda telah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Bagi yang masih tercari-cari mengenai doa khatam Al-Quran berserta terjemahan, artikel kali ini kami akan berkongsi kepada anda doa yang ringkas dan mudah untuk dijadikan panduan.\n\nAl-Quran menjadi kitab panduan utama sebagai umat Islam yang menghimpunkan hukum-hakam akidah, fiqh, akhlak, dan sebagainya. Lantaran itu, belajar membaca Al-Quran adalah fardhu ain bagi setiap orang. \n\nIbnu Abbas RA menceritakan bahawa suatu hari, ada seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW:\n\n\u201cWahai Rasulullah, amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah?\u201d\n\n\u201cBeliau menjawab, \u201cAl-hal wal murtahal.\u201d Orang ini bertanya lagi,\u201d apa itu al-hal wal murtahal, wahai Rasulullah?\u201d\n\nBeliau menjawab,\u201d iaitu yang membaca Al-Quran dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai ia mengulanginya lagi dari awal.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Tirmidzi)\n\nDoa khatam Al-Quran dalam Teks Arab\n\n\u0627\u064e\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e. \u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064b\u0627 \u0634\u064e\u0627\u0643\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e. \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0642\u0650\u0628\u064e\u0629\u064f \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u064e\u0651\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e. \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0629\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0621\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e.\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644\u0652 \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0622 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u0650\u064a\u0652\u0639\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0645\u064f. \u0648\u064e\u062a\u064f\u0628\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u0627 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0648\u064e\u0651\u0627\u0628\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0652\u0645\u064f. \u0648\u064e\u0627\u0647\u0652\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0648\u064e\u0641\u0650\u0651\u0642\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u0650\u0651 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0635\u0650\u0631\u064e\u0627\u0637\u064d \u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0642\u0650\u064a\u0652\u0645\u0650. \u0628\u0650\u0628\u064e\u0631\u064e\u0643\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u0622\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0652\u0645\u0650.\n\n \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650. \u0648\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0647\u064f \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0646\u064b\u0648\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u062f\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b. \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0630\u064e\u0643\u0650\u0651\u0631\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0633\u0650\u064a\u0646\u064e\u0627. \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0645\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0647\u0650\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627. \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u0652\u0646\u064e\u0627 \u062a\u0650\u0644\u064e\u0627\u0648\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f \u0621\u064e\u0627\u0646\u064e\u0622\u0621\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0637\u0652\u0631\u064e\u0627\u0641\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u0631\u0650. \u0648\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0647\u064f \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u062d\u064f\u062c\u064e\u0651\u0629\u064b \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e.\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0632\u064e\u064a\u0650\u0651\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0628\u0650\u0632\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650. \u0648\u064e\u0623\u064e\u0643\u0652\u0631\u0650\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0643\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650. \u0648\u064e\u0634\u064e\u0631\u0650\u0651\u0641\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0634\u064e\u0631\u064e\u0627\u0641\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650. \u0648\u064e\u0623\u064e\u0644\u0652\u0628\u0650\u0633\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u062e\u0650\u0644\u0652\u0639\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650. \u0648\u064e\u0623\u064e\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0628\u0650\u0634\u064e\u0641\u064e\u0627\u0639\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650. \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0628\u064e\u0644\u064e\u0622\u0621\u0650 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0628\u0650\u062d\u064f\u0631\u0652\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650.\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0631\u0650\u064a\u0652\u0646\u064b\u0627. \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0628\u0652\u0631\u0650 \u0645\u064f\u0624\u0652\u0646\u0650\u0633\u064b\u0627. \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0634\u064e\u0641\u0650\u064a\u0652\u0639\u064b\u0627. \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0635\u0650\u0651\u0631\u0627\u0637\u0650 \u0646\u064f\u0648\u0652\u0631\u064b\u0627. \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0631\u064e\u0641\u0650\u064a\u0652\u0642\u064b\u0627. \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650 \u0633\u0650\u062a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u062d\u0650\u062c\u064e\u0627\u0628\u064b\u0627. \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u062a\u0650 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651\u0647\u064e\u0627 \u062f\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0644\u0627\u064b \u0648\u064e\u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627. \u0628\u0650\u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u062c\u064f\u0648\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0643\u064e\u0631\u064e\u0645\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0652\u0645\u064f.\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0647\u0652\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0647\u064e\u062f\u064e\u0627\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650. \u0648\u064e\u0646\u064e\u062c\u0650\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u0650\u0651\u064a\u0652\u0631\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0628\u0650\u0643\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650. \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u0641\u064e\u0639\u0652 \u062f\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0641\u064e\u0636\u0650\u064a\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650. \u0648\u064e\u0643\u064e\u0641\u0650\u0651\u0631\u0652 \u0639\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u0626\u064e\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u062a\u0650\u0644\u064e\u0627\u0648\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650. \u064a\u064e\u0627 \u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u062d\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u0650.\n\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0621\u064e\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0623\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0642\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631 .\u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0621\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e. \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u0646\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0643\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0632\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0639\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u064a\u064e\u0635\u0650\u0641\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e. \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0645\u064c \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e. \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\n\n\u201cSegala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.\u00a0\n\nDan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.\n\nYa Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui.\u00a0\n\nDan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjukkan dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. \n\nYa Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami.\u00a0\n\nYa Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.\n\nYa Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.\n\nYa Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, \n\nDan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.\n\nYa Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran,\n\nYa Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.\n\nAllah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. \n\nMaha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.\u201d\n\nKemulian Al-Quran tiada bandingnya. Allah memuliakan Al-Quran, dan kita sebagai hamba Nya juga mestilah sentiasa menjaga adab-adab semasa memegang, menyentuh, dan membaca Al-Quran mengikut panduan yang diberikan. \n\nSemoga anda yang berjaya menghabiskan atau mengkhatamkan Al-Quran, akan istiqamah dalam membacanya lagi dan lagi sehinggalah ke habisan nyawa yang terakhir. Kita mengharapkan syafaat daripada Al-Quran di akhirat kelak. \n\nAnda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:"
"Lama Ibu ingin menulis mengenai isu ini dan Ibu mengucapkan ribuan terima kasih kepada input yang telah diberi oleh ramai diantara anda mengenai isu ini.\n\nPerasaan untuk mengenali antara satu sama lain adalah normal apabila usia meningkat [Psichika]\n\n#1 Fahami Itu Adalah Perubahan Yang Positif\n\nPertama,sebagai ibu bapa, kita mesti memahami bahawa bila anak meningkat remaja mereka melalu perubahan di dalam badan mereka selain dari perubahan di badan fizikal mereka.\n\nPerubahan hormon yang membawa bersamanya perasaan yang agak ganjil untuk dirasai oleh anak-anak remaja. Ada yang menakutkan mereka juga.\n\nPerasaan untuk jantina lain mungkin lebih ketara. Ini adalah perubahan yang menyediakan mereka untuk alam dewasa dimana ini adalah semula jadi untuk perbiakan manusia di atas muka bumi ini.\n\n#2 Menerapkan Prinsip Yang Tepat Sejak Awal\n\nApa yang ibu bapa perlu buat bukanlah semasa anak itu sudah remaja, tetapi jauh sebelum dia belum remaja. Anak itu telah diterapkan dengan nilai dan prinsip hidup yang menguatkan dirinya untuk membuat pilihan yang bijak terutama bila sampai masa perasaan itu datang.\n\nMenidakkan perasaan itu bukanlah jawapan yang terbaik. Bila anak remaja anda didapati jatuh cinta, memarahi dia kerana jatuh cinta adalah lebih kritikal dan merosakkan dirinya dari anda membantu dia mengendalikan perasaan itu dengan baik.\n\nJika anda tidak pernah bercerita dengan anak-anak remaja anda semasa dia kecil akan kedatangan masa ini, maka ianya agak susah dan janggallah sedikit.\n\nJika anda sudah pernah bercerita, maka masa inilah untuk membawa kembali subjek yang merupakan teori sahaja selama ini menjadi sesuatu yang sekarang sedang dilalui secara praktikal.\n\nGaris panduan diperkukuhkan. Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan perlu ditekankan dengan tenang dan tegas. Sebab musabab yang dia boleh terima mesti dibawa ketengah dan dipengaruhi pemikirannya dengan baik.\n\nPerasaan jatuh hati kepada sesaorang adalah sesuatu yang mungkin payah untuk dihalang. Namun, kerana adanya perasaan kasih itu gunakanlah untuk menyediakan diri menjadi orang yang terbaik untuk layak memilik kasih orang yang dicintai. Rajin lagi belajar, bina ahlak mulia, bina hidup bermakna nanti bila masa yang sesuai binalah rumah tangga bahagia. Begitulah apa yang selalu ibu bapa bijak lakukan.\n\nMereka tidak memarahi anak mereka yang sudah jatuh cinta. Tidak juga menamakan ianya cinta monyet. Tidak melebelkan anak itu gatal dan miang. Malah mereka memimpin anak itu untuk menghala, mengeluarkan, channel tenaga kasih yang wujud itu ke arah yang membina dia, orang yang dia jatuh hati dan juga ibu bapa kedua-dua pihak.\n\nJangan lupa untuk senantiasa berdoa agar mereka diberi iman yang kuat untuk menghindar godaan syaitan.\n\n#3 Binalah Talian Persahabatan Dengan Anak\n\nBinalah pertalian yang membolehkan anak-anak remaja anda berasa selamat bercerita masalah mereka dengan anda. Bila ini terjadi mudah untuk anda memimpin mereka.\n\nBagaiman untuk membina pertalian itu? Mulakanlah meraih ilmu mengenai relationship, communication and leadership mulai sekarang, walaupun belum ada anak lagi.\n\nParenting is not something that we can take for granted. parenting builds a nation. What kind of nation and world do you want to have in 20 years from now, when your children are the human resource and the leaders then?\n\nSemoga perkongsian ini membantu. Berkongsilah jika ianya bermanfaat."
"Kehamilan adalah sebuah \u201cpengembaraan\u201d yang melibatkan pelbagai jalinan proses fisiologi kompleks dan detail, yang apabila dikaji dengan lebih mendalam, ianya membuktikan kebesaran Yang Maha Pencipta.\n\nBanyak pengalaman ketika hamil sangat indah dan \u201cprecious\u201d, tapi ada kalanya perubahan fizikal semasa mengandung sangat ditakuti ramai wanita, dan antara perubahan yang biasa berlaku adalah perubahan pada kulit.\n\nKehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat yang lebih banyak dari biasa. Tahap hormon yang tinggi menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit kita lebih anjal.\n\nNamun, terlalu banyak sebum akan memerangkap tisu kulit yang mati menyebabkan liang-liang muka tersumbat. Ini mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk. Kuman juga lebih mudah membiak pada liang yang tersumbat menyebabkan radang kulit dan pembentukan jerawat!\n\nJANGAN TAKUT! Tidak semua wanita hamil akan mengalami pertumbuhan jerawat yang \u201cmeriah\u2019 ketika hamil.\n\n#1 Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut sekurang-kurangnya dua kali sehari\n\nPastikan pencuci yang sesuai dengan kulit anda (contohnya, pencuci jenis gel lebih sesuai untuk kulit berminyak berbanding jenis lotion/cream\n\n#2\u00a0Gunakan pelembap muka tanpa minyak\n\n#3\u00a0Lapkan wajah selepas cuci menggunakan tuala bersih dengan menepuk lembut (\u2018dap\u2019) muka, jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini boleh menyebabkan ia bertambah teruk.\n\n#4 Jangan picit jerawat kerana ini meninggalkan parut degil selepas jerawat kering.\n\n#5\u00a0Gunakan \u201cwater-based makeup\u201d dan bukan \u201coil-based\u201d\n\n#6\u00a0Gunakan make up remover sebelum tidur\n\n#7 Elakkan pelbagai jenis krim atau pelembap untuk jerawat kecuali atas nasihat doktor. Sesetengah krim/ubat seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil.\n\n#8\u00a0Dapatkan nasihat Pakar Kulit/Dermatologist jika keadaan jerawat anda terlalu teruk.\n\nBeberapa minggu selepas bersalin, kulit anda biasanya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil\n\nsemoga perkongsian ini dapat membantu ibu ibu yang lain"
"Lagu patriotik bukan sahaja boleh menyemarakkan perasaan cintakan negara malah ia juga merupakan salah satu cara untuk kita menghargai kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai lagu patriotik Malaysia yang wajib dihafal oleh semua anak Malaysia. Jom nyanyi sama-sama!\n\n1. Tanggal 31 Oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad\n\nSiapa yang tak kenal lagu ini? Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, pastinya lagu ini akan rancak berkemundang di corong radio dan televisyen. Lagu evergreen nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini merupakan salah satu lagu patriotik terbaik yang ada di Malaysia. Jom kita hayati liriknya:\n\nTanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuhMerdeka! Merdeka!Tetaplah merdekaIa pasti menjadi sejarahTanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuhHari yang muliaHari bahagiaSambut dengan jiwa yang merdekaMari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka!Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuhHari mulia negaraku merdekaMari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka!Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuhHari mulia negaraku merdekaMerdeka.. merdeka.. merdeka..MERDEKA!\n\n2. Warisan Oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad\n\nSelain lagu Tanggal 31, satu lagi lagu patriotik yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia ialah lagu yang bertajuk Warisan yang juga dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Jika lagu Tanggal 31 agak rancak dan menaikkan semangat kita, lagu Warisan pula sangat lembut dan meruntun jiwa, malah boleh menyebabkan anda menitiskan air mata. Lagu ini dihasilkan dengan begitu indah, dan melambangkan kecintaan yang tidak tertingga kepada tanah air Malaysia.\n\nDi sini lahirnya sebuah cintaYang murni abadi sejatiDi sini tersemai cita-citaBercambah menjadi warisan\n\nAndai kuterbuang tak diterimaAndai aku disingkirkanKe mana harus kubawakanKe mana harus kusemaikanCinta ini\n\nBetapa di bumi ini \u2018ku melangkahKe utara, selatan, timur, dan baratKujejaki\n\nAku bukanlah seorang perwiraGagah menghunus senjataNamun hati rela berjuangWalau dengan cara sendiriDemi cinta ini\n\nKuingin kotakan seribu janjiSepanjang kedewasaan iniKuingin sampaikan pesananAkulah penyambung warisanKuingin kotakan seribu janjiSepanjang kedewasaan iniKuingin sampaikan pesananAkulah penyambung warisan\n\nIni juga merupakan salah satu lagu kemerdekaan yang menjadi kegemaran kami. Dengan liriknya yang menambahkan rasa cinta kepada negara, ditambah pula dengan melodi dan vokal Aisyah yang sangat mantap, pastinya Bahtera Merdeka merupakan salah satu daripada lagu patriotik Malaysia yang wajib anda hafal.\n\n Bonda senyum riangMenerima bahtera merdekaPutra putri sayangPutra putri sayangSedang berjuangFajar telah tibaNan menyinsing membawa harapanTanah SemenanjungTanah SemenanjungPermata nilamJiwa dan ragaBuktikanlah pada nusa bangsaSupaya negara maju jayaAman merdekaDuhai ibu pertiwiPutra putri datang sujud baktiUntuk menunaikanUntuk menunaikanSumpah dan janji \n\n4. Saya anak Malaysia Oleh Dr Sam\n\nSiapa yang tak kenal lagu rancak ini? Iramanya sahaja sudah menarik perhatian. Jika anda anak Malaysia yang sedang berada di perantauan, pastinya lagu ini akan menyebabkan anda semakin rindu untuk pulang ke Malaysia.\n\nBulan 5 aku dilahirkanDi sebuah negeri yang diberi namaNegeri SembilanSelepas itu aku dibesarkanDi negeri Kelantan\n\nAku belajar di sekolah orang putihDekat dengan Pasir PutihSaya anak Malaysia\n\nLepas sekolah aku merayauNegeri mat saleh aku merantauTempat orang indah sekaliTapi Malaysia tetap di hati\n\nSaya anak MalaysiaSampai masa aku pun balikMakweku tengok dia pelikDia kata dia nak jadi apaAku kata itu Tuhan punya kuasa\n\nLemah-lembut, sopan-santunSudah menjadi darah dagingkuWalaupun aku nampaknya kutuAku hormat orang tuakuSaya anak Malaysia\n\nJika anda merupakan anak yang lahir pada tahun 70an dan 80an, pastinya anda tidak akan lupa akan lagu Setia yang disiarkan di TV1. Mendengar alunan lagi ini di tv, pastinya anda akan terus berdiri dan menyanyi sekali. Liriknya sangat indah dan menyemarakkan rasa cinta kepada Malaysia.\n\nDemi negara yang tercintaDi curahkan bakti penuh setiaDemi raja yang disanjung tinggiKesetiaan tak berbelah bagi\n\nKepada pemimpin kepada rakyatKhidmat diberi penuh taatSama bekerja sama berusahaSetia berkhidmat untuk semua\n\nRela berkorban apa sajaAmanah bangsa tetap dijagaKami berikrar penuh setiaUntuk agama, bangsa dan negara\n\nLagu patriotik Malaysia yang seterusnya ialah Inilah Barisan Kita yang selalunya dinyayikan sempena sambutan bulan merdeka. Apabila sebut nama lagu ini, pastinya anda akan terbayangkan askar dengan muka yang berceloreng. Sesungguhnya lagu ini merupakan salah satu penghargaan kepada askar yang sentiasa bersiap siaga di perbatasan demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara.\n\nInilah barisan kitaYang ikhlas berjuangSiap sedia berkorbanUntuk ibu pertiwi\n\nSebelum kita berjayaJangan harap kami pulangInilah sumpah pendekar kitaMenuju medan bakti\n\nAndai kata kami gugur semuaTaburlah bunga di atas pusaraKami mohon doaMalaysia berjayaSemboyan telah berbunyiMenuju medan bakti\n\nKeranamu Malaysia merupakan lagu kebangsaan sempena bulan merdeka bagi tahun 2000 sehingga 2006. Setiap kali lagu ini berkumandang pastinya bulu roma anda akan berdiri. Rentaknya yang rancak dengan lirik yang menarik akan membuatkan anda menyanyi bersama dengan semangat cintakan negara yang berkobar-kobar.\n\nBuruh nelayan dan juga petaniGaya hidup kini dah berubahAnak-anak terasuh mindanyaLahir generasi bijak pandaiPakar IT pakar ekonomiJaguh sukan dan juga jutawanBerkereta jenama negaraMegah menyusur di jalan rayaAlam siber teknologi terkiniKejayaan semakin hampiriBiar di kota ataupun desaKita semua pasti merasa banggaKeranamu kami mendakap tuahKeranamu kami bangsa berjayaKeranamu kami hidup selesaLimpah budi kemakmuran negaraKeranamu kami bebas merdekaKeranamu nyawa dipertaruhkanKeranamu rela kami berjuangDemi bangsa kedaulatan negara\n\nMalaysia Berjaya merupakan satu lagi lagu patriotik Malaysia yang sering berkumandang di televisyen dan corong radio pada tahun 90an. Sesungguhnya lagu ini sanga mengundang nostagia dan membangkitkan semangat cintakan negara.\n\nMalaysia kita sudah berjayaAman makmur bahagiaMalaysia abadi selamanyaBerjaya dan berjaya\n\nBerbagai kaum sudah berikrarMenuju cita-citaSatu bangsa satu negaraMalaysia berjaya\n\nDari Perlis sampailah ke SabahKita sudah merdekaNegara makmur rakyat mewahKita sudah berjaya\n\nDengan semboyan kita berjayaMenuju di angkasaSatu bangsa satu negaraMalaysia berjaya\n\nAnak-anak muda mungkin tidak mengenali lagu ini kerana ianya tidak kerap diputarkan seperti dahulu. Lagu ini merupakan salah satu lagu patriotik Malaysia yang sangat kuat auranya, dengan lirik tentang rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu padu dan hidup dengan penuh harmoni.\n\nPuji dan syukur pada IlahiAnugerahnya tiada terhinggaKedamaian kemakmuranMalaysiaku bahagia\n\nDengan tekad untuk berjayaBerbakti pada nusa dan bangsaKami junjung cita-cita luhurPerpaduan seluruh negeriSeia sekata sehati sejiwaMenghadapi cabaranKami sedia kami setiaBerkorban untuk negara\n\nBersemarak Malaysia tercintaKibarkan panji kebesarannyaKami rela menjaga namamuSejahtera Malaysia\n\n10. Gemuruh Jiwa Oleh Faizal Tahir\n\nLagu patriotik Malaysia yang terakhir ingin kami kongsikan ialah Gemuruh Jiwa nyanyian Faizal Tahir. Lagu ini tidak pernah gagal untuk menaikkan semangat cintakan negara. Jika anda anak Malaysia pastikan anda hafal lirik lagu ini.\n\n Bila bertalu rentak dikalbuHasrat yang tersirat semakin ku buruBila bergema laungan gempitaharapan bernyala nadi ku bergandaGemuruh jiwa semangat membaradari puncak ingin ke angkasaberkalungkan bintang berkelipanmenyerlah jauh dari yang biasa\n\nUngkapan ini bukan sekadar bermimpisegalanya kan pasti terbukti nantiGemuruh jiwa semangat membaradari puncak ingin ke angkasaberkalungkan bintang berkelipanmenyerlah jauh dari yang biasa\n\nItulah dia 10 lagu patrotik Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang permainan tradisional."
"Bagaimana nak tahu anda hamil anak perempuan atau anak lelaki? Zaman dahulu, bidan atau nenek-nenek selalu melihat jantina bayi yang dikandung berdasarkan bentuk perut si ibu. Masih relevan kah cara itu pada masa kini?\n\nSebenarnya banyak lagi cara yang boleh anda lihat untuk mengetahui tanda hamil anak perempuan. Ada yang mengatakan itu adalah fakta, ada juga seperti mitos. Walaupun tidak 100 peratus boleh dipercayai, kebanyakannya adalah fakta atau hasil yang telah terbukti. Jom lihat tanda hamil anak perempuan.\n\nFakta Atau Mitos Tanda Hamil Anak Perempuan\n\nKesemua tanda hamil anak perempuan ini adalah antara mitos dan fakta. Bermaksud ia tidaklah 100% fakta dari doktor atau yang berkelayakan. Mitos mengenai tanda hamil anak perempuan ini datangnya dari generasi zaman dahulu, pengalaman orang lain serta faktor lain juga.\n\nTanda hamil bayi perempuan dikatakan anda akan mengalami morning sickness yang teruk. Ini kerana kesan hormon yang berubah dan gula darah yang rendah.\n\nHamil bayi lelaki juga membuatkan anda mengalami morning sickness tetapi tanda hamil bayi perempuan membuatkan anda lebih parah setiap pagi. Tahulah anda ia adalah bayi perempuan!\n\nTanda hamil anak perempuan adalah dari bentuk peru yang lebih tinggi. Terdapat faktor dan sebabnya kenapa perut akan lebih tinggi jika mengandungkan anak perempuan. Ia juga disebabkan oleh otot perut, bentuk rahim dan lain-lain lagi. Namun begitu, fakta ini tidak semestinya betul, mungkin ia juga adalah mitos.\n\nJantung bayi yang kedengaran berdetak lebih laju iaitu lebih dari 140 kali/minit, itu adalah tanda hamil anak perempuan. Fakta ini dipengaruhi oleh umur kandungan juga dimana pada minggu ke 9 ia akan berdetak lebih kuat. Namun begitu, ia mungkin berlaku disebabkan oleh berat badan, keadaan bayi dan lain-lain lagi.\n\nTak sangka apabila mengandungkan anak perempuan, muka akan lebih berjerawat dan berminyak. Kebanyakannya memang begitu. Ini kerana bayi perempuan memerlukan zat yang lebih daripada bayi lelaki dimana mereka akan mengambil sedikit kecantikan dari ibu mereka. Justeru, ibu akan kekurangan zat dan kalsium sehingga wajah mudah tumbuh jerawat. \n\nJangan terkejut jika anda terlalu stress apabila mengandungkan bayi perempuan. Itu adalah salah satu tanda hamil anak perempuan yang harus anda tahu. Walaupun kedengaran seperti mitos, tetapi terdapat kajian pada tahun 2012 iaitu wanita yang mempunyai hormon stress yang tinggi kebanyakannya hamil bayi perempuan.\n\nRamai yang hamil teringin makanan yang masam seperti mangga dan jeruk tetapi ada juga yang teringin sangat nak makan makanan yang manis seperti gula-gula kapas, kuih muih dan lain-lain. Antara mitos dan fakta, ia adalah sebuah tanda anda hamil anak perempuan.\n\nAnda boleh merasai sendiri keselesaan posisi perut anda sejak hamil. Posisi perut anda akan lebih selesa pada bahagian kanan. Sebagai contoh, anda mungkin akan lebih selesa tidur pusing menghadap ke bahagian kanan berbanding bahagian kiri. Itu adalah tanda hamil anak perempuan buat anda!\n\nLinea Nigra adalah sejenis garisan halus yang terjadi pada perut ibu hamil. Garisan bewarna hitam ini kadang kala nampak dengan jelas dan kadang kala tidak nampak. Ia juga boleh terjadi berputus-putus dimana itu tanda hamil anak perempuan. Namun begitu, semakin tinggi usia kehamilan, garisan tersebut akan kian menghitam.\n\n100% wanita atau ibu mengandung berkata warna urin bukanlah tanda hamil anak perempuan. Justeru ia adalah mitos dan bukan fakta. Urin bewarna kuning tetapi kusam sering dikatakan tanda hamil bayi perempuan. Sebenarnya ia tidak benar kerana warna urin akan dipengaruhi oleh jumlah cairan dalam tubuh badan anda. \n\nPayudara yang berbeza saiznya ataupun yang lebih besar daripada sebelahnya adalah disebabkan hormon tanda hamil anak perempuan. Ini lebih kepada mitos kerana kebanyakan wanita sememangnya mengalami saiz payudara berbeza walaupun tidak hamil dan ia adalah normal.\n\nSama seperti kulit wajah, rambut anda juga akan lebih kusam dan nipis kerana segala kalsium dan zat tidak mencukupi untuk anda dan bayi. Tanda hamil bayi perempuan ini amat penting untuk ketahui supaya dapat buat persiapan yang secukupnya. Jangan lupa untuk beli suplemen atau vitamin berkalsium untuk kesihatan anda dan bayi.\n\nAntara Mitos Lain: Tanda Hamil Anak Perempuan\n\nMitos lain mengatakan, sekiranya anda makan bawang tetapi badan berbau, itu tandanya anda tidak hamil anak perempuan. Jika badan berbau selepas makan bawang, tanda hamil anak perempuan adalah 70%. \n\nMemang betul kata orang, kalau mengandung pasti wajah berseri-seri dan tercantik sekali. Namun, mitosnya jika anda hamil anak perempuan, anda 10 kali ganda lebih cantik! Bak kata orang, ada yang berseri-seri di dalam rahim tu. Namun itu adalah mitos semata-mata dan mungkin juga fakta.\n\nItulah dia antara fakta dan mitos bagi tanda hamil anak perempuan perlu anda ketahui. Bagaimanapun, tanda-tanda yang dikongsi ini adalah mitos kerana amat kurang bukti dan kajian mengenainya. Cuma ia mungkin daripada pengalaman mereka yang telah mengalaminya.\n\nSemoga anda jelas dengan tanda hamil anak perempuan yang anda hadapi. Jemput baca Punca bayi cirit birit berpanjangan, 5 Milk booster terbaik untuk ibu menyusu dan 6 Cara bedung bayi yang betul."
"\u201cUstaz nak uji sikit boleh?\u201d tanya Ustaz Wan kepada saya sambil tersenyum.\n\n\u201cUji apa pula Ustaz?\u201d tanya saya kehairanan.\n\n\u201cUji tentang ilmu baitul muslim la, Sham kan tak lama lagi nak menamatkan zaman bujang.\u201d Jelas Ustaz Wan. Masih tersenyum.\n\n\u201cOh, kena uji-uji pula ye Ustaz, haa, tanyalah, saya ada juga baca buku, insyaallah boleh jawab soalan ustaz punya.\u201d Balas saya dengan penuh keyakinan.\n\n\u201cJangan yakin sangat.\u201d Celah Ustaz Wan, seakan dapat membaca fikiran saya.\n\n\u201cOk, Ustaz nak tanya, katalah tiba-tiba berlaku dalam rumahtangga, mak si lelaki minta anaknya untuk ceraikan isterinya, apa tindakan yang lelaki tersebut perlu buat?\u201d Soal Ustaz Wan.\n\nSaya terkejut, tidak sangka soalan begini pula yang dikeluarkannya.\n\n\u201cIsh Ustaz ni, pelik betul soalan, tak ada soalan lain ke.\u201d Saya cuba membantah.\n\n\u201cJawab soalan Ustaz yang ini dulu.\u201d Arahnya, membuatkan saya menggaru kepala yang tidak gatal.\n\n\u201cHmm, tak boleh la kot Ustaz kan.\u201d Saya berfikir dan menyerkap jarang. Menjawab dengan logik dan pengalaman yang mentah.\n\n\u201cKalau Ustaz kata ada dalil dalam hadis yang membolehkan perkara ini berlaku, macamana?\u201d\nSaya tersentak.\n\n\u201cEh, ada dalil, biar betul Ustaz?\u201d\n\n\u201cUstaz, saya \u2018surrender\u2019 lah, tak tahu lah nak jawab soalan begini, kalau tanya rukun nikah tu tahu la saya. Tapi, kenapa Ustaz tanya begini?\u201d Saya menyerah kalah.\n\n\u201cBaiklah, Ustaz terang dulu kenapa Ustaz tanya.\u201d\n\n\u201cIkut pengalaman Ustaz, dan ramai juga kawan-kawan ustaz yang lain, banyak krisis rumahtangga yang berlaku akibat campurtangan ibu bapa dalam rumahtangga.\u201d\n\n\u201cAkhirnya rumahtangga jadi kacau bilau bila suami tidak cukup ilmu, tidak ada pendirian dalam rumahtangga untuk menangani krisis dengan ibu bapa hingga menyebabkan akhirnya banyak perceraian berlaku akibat campurtangan keluarga.\u201d\n\n\u201cTadi Ustaz kata ada dalil?\u201d saya mencelah. Masih keliru.\n\n\u201cBenar, ada dalil dari hadis tentang pertanyaan sahabat kepada Rasul, ada juga kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, juga ada dalil tentang Saidina Umar dan anaknya yang kesemua kisah ini menceritakan tentang arahan untuk menceraikan isteri.\u201d Terang Ustaz Wan, tanpa memperincikan hadis tersebut.\n\n\u201cCuma, aplikasi dari kisah-kisah tersebut yang diriwayatkan daripada hadis, tidaklah boleh diaplikasikan terus dalam kehidupan umat Islam tanpa pemahaman yang jelas tentang banyak perkara.\u201d\n\n\u201cKetaatan kepada kedua ibu bapa memang suatu yang wajib, tapi tidak dalam bermaksiat kepada Allah. Terlalu menurut kehendak ibu bapa sehingga menzalimi isteri adalah jelas suatu perkara yang bercanggah dengan agama.\u201d\n\n\u201cNabi tidak pernah mengajar kita begitu kerana baginda adalah yang terbaik terhadap isteri-isteri baginda dan pada masa sama insan yang paling tegas dalam menyuruh anak-anak untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa.\u201d Jelas Ustaz Wan, membuatkan saya termenung panjang.\n\nTidak saya sangka bahawa pesanan seorang murabbi 8 tahun yang lalu rupanya adalah realiti kehidupan rumahtangga yang saya lihat hari ini.\n\nBanyak krisis yang berlaku dalam rumahtangga berpunca akibat gagalnya suami mengimbangkan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang suami.\n\nAda yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibu bapa adalah segala-galanya, sehingga segala kehendak ibu bapa dituruti hingga menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan.\n\nAda pula yang mengenepikan ibu bapa kerana terlalu sayang kepada isteri. Ibu bapa terluka, si anak terjatuh dalam lembah derhaka.\n\n\u201cLepas kahwin nanti Sham, kena pandai dan kena kuat emosi dan rasional, kena ada pendirian.\u201d Sambung Ustaz Wan lagi setelah melihat saya terdiam.\n\n\u201cUstaz bagi contoh, kalau lepas kahwin, ibu suruh kita duduk serumah, hingga menimbulkan kegelisahan isteri sebab terkongkong dari segi aurat dengan ipar dan rasa tak selesa kerana selalu dinilai oleh mertua dalam apa jua tindakan.\u201d\n\n\u201cBanyak kes begini berlaku, hingga menyebabkan isteri hilang sabar dan akhirnya menuntut cerai.\u201d\n\n\u201cDalam kes begini, suami kena pandai berbincang dan buat pertimbangan. Mungkin tak perlu tinggal serumah pun, hanya memadai dengan ziarah kerana ibu masih sihat dan ada anak-anak lain yang menemani.\u201d\n\n\u201cLainlah kalau ibu sakit atau ada sebab-sebab dharuri yang memerlukan untuk tinggal sekali.\u201d\n\n\u201cJangan atas nama \u2018Birr Walidain\u2019 (berbuat baik kepada ibu bapa), kita menzalimi dan menyakiti hati isteri.\u201d\n\n\u201cKena ada pendirian, kena selalu berbincang bila ada masalah.\u201d\n\n\u201cBegitu juga kalau isteri naik kepala. Merajuk tak tentu hala bila di ajak pulang ke kampung untuk menziarahi ibu bapa yang sedang sakit dan memerlukan perhatian. Tak suka untuk berbuat baik kepada ibu bapa suami.\u201d\n\n\u201cDalam kes begini, suami kena tegas dengan isteri. Kasih kepada isteri tidak harus menyebabkan ibu bapa dilukai hatinya. Jangan atas nama berbuat baik kepada isteri, hak ibu bapa semuanya dilanggar.\u201d Jelas Ustaz Wan lagi.\n\nSaya mengangguk perlahan, dan hari ini saya mengangguk lagi mengingatkan pesanannya.\n\nBanyak kes-kes perceraian yang berlaku akibat campurtangan keluarga. Kisahnya mungkin berbeza, tapi puncanya adalah sama iaitu suami tidak ada ilmu dan tidak ada pendirian dalam rumahtangga.\n\nGagal mencari imbangan tanggungjawab antara isteri dan ibu sendiri.\n\nSuami adalah ketua dan pemimpin keluarga,"
"Jom ketahui adab-adab cara menyantuni anak yatim yang dianjurkan Islam. \n\nYatim secara bahasa bermaksud infirad atau juga \u2018sendiri\u2019. Anak yatim merupakan anak yang kehilangan ibu bapa sebelum usianya akil baligh. Tetapi setelah usianya baligh, dia tidak lagi disebut sebagai anak yatim.\n\nPerkataan \u2018anak yatim\u2019 disebutkan sebanyak 23 kali dalam al-Quran. Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri sangat menyantuni dan menyayangi golongan anak yatim ini. Dan jangan kita lupa Rasulullah S.A.W juga dilahirkan sebagai anak yatim, dan membesar sebagai yatim piatu.\n\n\u201cBila engkau ingin hati menjadi lembut dan damai serta keinginan (yang baik) tercapai, maka sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan yang seperti engkau makan. Bila itu engkau lakukan, hatimu akan tenang, lembut keinginan (kebaikan)mu akan tercapai.\u201d\n\nOleh itu, mari kita santuni mereka menurut saranan Islam, seperti;\n\nRasulullah S.A.W telah memberikan contoh terbaik untuk menyantuni golongan anak yatim, iaitu dengan memuliakan mereka, memberi perhatian serta kasih sayang \u00a0selain memenuhi keperluan kehidupan mereka seperti kebanyakan anak-anak yang mempunyai ibu dan bapa.\n\nMereka juga mestilah dijaga dari aspek kesihatan, pendidikan, serta kepentingan lain yang membantu mereka menjadi golongan yang soleh serta mampu berdikari kelak.\n\nRasulullah S.A.W sering menyantuni golongan anak yatim dengan mengusap serta membelai rambut mereka.\n\n2. Menguruskan Harta Mereka Sebaik Mungkin\n\nJika mereka mewarisi harta, maka uruslah harta mereka dengan sebaiknya. Bukan mengambil kesempatan dengan menikmati harta mereka demi kepentingan diri sendiri.\n\nIngatlah, sangat berdosa besar jika memakan harta anak yatim dan azab Allah yang sangat dasyat menanti sesiapa yang tidak mengelola harta anak yatim dengan amanah.\n\nSebaliknya harta tersebut digunakan untuk memenuhi keperluan mereka, termasuklah membiayai pengajian mereka dan sebagainya. Mahupun, tolong menjaga harta tersebut sehingga mencapai umur dewasa dan matang.\n\n3. Memasukkan Anak Yatim Sebagai Ahli Keluarga\n\nSekiranya berkemampuan, seseorang boleh mengambil anak yatim sebagai keluarga angkat. Cara ini merupakan yang terbaik demi memenuhi keperluan kasih sayang yang tidak didapati kerana ketiadaan ibu dan bapa kandung sendiri.\n\nJadi layanan terhadap anak yatim mestilah seperti seorang ayah yang bersikap penyayang kepada anak kandungnya sendiri.Selain itu kebajikan mereka akan lebih terbela selain mendapat lebih perhatian dari pelbagai aspek.\n\nAbu Hurairah R.A berkata Rasulullah S.A.W bersabda;\n\n\u201cRumah terbaik di antara umat Islam adalah rumah di mana seorang yatim piatu dirawat dengan baik, dan rumah terburuk di antara umat Islam adalah rumah di mana seorang yatim piatu diperlakukan dengan buruk.\u201d\n\nJika tidak dapat mengambil mereka sebagai ahli keluarga angkat, boleh menaja mereka di rumah perlindungan anak-anak yatim. Ini juga bermaksud boleh menyumbangkan perbelanjaan atau keperluan lain kepada mereka secara berkala.\n\nTajaan ini merangkumi pelbagai keperluan asas seperti pakaian, makanan serta keperluan pendidikan seperti buku, alat tulis dan lain-lain.\n\nMelibatkan diri dalam kerja kebajikan di rumah anak yatim dan menjadi mentor mengikut ilmu serta kepakaran dan kemahiran yang dimiliki. Pelbagai cara boleh dilakukan\u00a0 termasuklah dengan membuka kelas tambahan, pengajian al-Quran, kelas kraftangan mahupun kursus awal kemahiran komputer dan sebagainya.\n\nKeutamaan dan Kelebihan Memuliakan Anak Yatim\n\nTerdapat banyak kepentingan dan keutamaan dalam memperlakukan kebaikan kepada golongan anak yatim ini.\n\nRasulullah S.A.W bersabda tentang kedudukan istimewa orang yang menjaga anak yatim menerusi sabda baginda bermaksud:\u00a0\n\n\u201cAku (Rasulullah) dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini,\u201d kemudian baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah baginda serta merenggangkan keduanya (menunjukkan keadaan yang sangat rapat atau akrab.\u201d\n\nIslam memberi keistimewaan terhadap sesiapa yang mengambil tanggungjawab menjaga anak yatim, antaranya;\n\nPenutup: Anak Yatim Disayangi Allah dan Rasulullah\n\nMembantu dan memelihara anak yatim menjadi ladang pahala buat kepada kita, namun jika tidak amanah ianya akan menjadi kubang dosa pula.\n\nSangat besar ganjaran bagi mereka yang ikhlas menjaga golongan anak yatim ini. Tetapi balasan yang lain pula menanti jika sengaja menzalimi dan menganiaya golongan ini.\n\nAllah S.W.T berfirman dalam al-Quran yang melarang dan memberi amaran agar menjauhi perbuatan menghina atau mengherdik anak yatim;\n\n\u201cOleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.\u201d\n\nIngatlah anak yatim juga sangat memerlukan perhatian dan perlindungan sama seperti kanak-kanak lain. Buatlah mereka tersenyum dan bahagia agar mudah-mudahan kehidupan kita lebih berkat dan disayangi Allah serta Rasulullah.\n\n Ayuh ketahui lebih banyak artikel menarik dari kami seperti:"
"Ingat ikan, daging, ayam, sayur sahaja yang boleh digoreng, rupanya biskut pun sama. Siapa pernah makan biskut lemak goreng? Menu terrer ini dikongsikan oleh Faizah Jaffri yang mulanya berkongsi resepi di laman Facebook.\n\nBiskut lemak goreng amat sedap di tekak. Walaupun resepi dia sangat lah senang tapi memang layan makan lagi-lagi bila tergigit cili api itu. Bahan ada bawang, cili padi dan telur sekali. Menu ini pun sedap diratah macam itu sahaja.\n\nWalau mula-mula nampak pelik, tapi ramai yang cuba dan suka menu ini. Kami sertakan resepi di bawah, harap-harap ramai yang berminat cuba resepi yang sedap mengancam ini. Sedap dan mencabar sangat.\n\nSelain biskut lemak goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Lelaki mana yang tidak mahu mengahwini wanita yang baik dan layak untuk hidup besama dalam susah dan senang. Namun apakah dia ciri-ciri atau kriteria calon idaman isteri untuk para lelaki ini sebenarnya? \n\nDi dalam artikel ini akan dikongsikan 10 tips kriteria calon isteri idaman yang di buru oleh para lelaki dan diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada orang lain di luar sana. Inilah ciri-ciri wanita idaman lelaki yang sering di cari untuk disunting sebagai isteri.\n\n1- Berpegang Kuat Kepada Ajaran Agama Islam \n\nWanita yang berpegang kuat kepada ajaran agama Islam boleh dikategoikan sebagai wanita yang baik budi pekerti. Ini kerana wanita begini akan dapat menjaga dirinya dengan batas-batas syariat yang dipegang kemas sebagai panduan hidupnya. \n\nDia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam malah ia juga akan sentiasa menjaga maruahnya dengan baik. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini kerana wanita begini akan sentiasa menjaga kehormatan diri dan akan menjaga juga aib suaminya selalu. \n\n2- Memiliki Kecantikan Dalaman Yang Indah\n\nCantiknya seseorang wanita itu bukan hanya boleh diukur pada luaran. Kecantikan asli seseorang wanita ini sebenarnya adalah pada dalaman. Wanita dengan kecantikan dalaman yang baik paling dicari oleh ramai lelaki untuk dijadikan sebagai isteri. \n\nJika kebetulan cantik dalam dan cantik luar (fizikal) maka itu adalah satu kelebihan yang tiada tara bagi seorang wanita yang solehah. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman begini sememangnya tidak akan menjual maruah dirinya hanya untuk nama dan pangkat. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.\n\nManja dan menggoda adalah salah satu keunikan bagi seorang wanita. Lelaki mana yang tidak suka pada wanita manja yang pandai mengoda. Namun manja ini janganlah pula keterlaluan sehingga nampak seperti seorang budak. \n\nManja sekadar berpada-pada yang hanya ditunjukkan pada suami adalah langkah yang paling baik kerana lelaki memang suka sifat manja supaya mereka boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun awas jangan sesekali ditunjuk sikap manja ini di hadapan lelaki yang lain. \n\n4- Pandai Menjaga Kecantikan Dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki\n\nWanita dan kecantikan memang sudah sinonim. Wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adalah antara sifat wanita dambaan lelaki untuk dijadikan isteri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.\n\n5- Bersifat Keibuan Serta Sejuk Mata Memandang\n\nWanita yang berakhlak mulia dengan bersifat keibuan boleh juga dikategorikan sebagai ciri-ciri untuk wanita solehah. Wanita dengan sifat keibuan begini selalunya bersifat lemah lembut dan sejuk mata memandang. \n\nWanita solehah begini boleh menjadi seorang ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan untuk suaminya. Wanita begini memang boleh dijadikan sebagai isteri kerana ia akan sentiasa menyantuni suaminya dengan baik dari masa ke semasa. \n\n6- Setia Dan Pandai Menjaga Maruah Diri\n\nLelaki mana yang mahukan seorang wanita curang sebagai isteri. Setia itu amat penting dalam sesebuah perhubungan. Malah Islam sendiri mengutuk perbuatan mana-mana wanita bersuami yang curang dengan lelaki yang lain. \n\nKerana itu seseorang lelaki itu akan amat berhati-hati dalam memilih calon isterinya. Seorang wanita yang tidak tahu erti setia dan tidak pandai menjaga maruah diri memang sering dielak oleh mana-mana lelaki di atas muka bumi ini. \n\n7- Bijak Mengambil Hati Orang Tua Terutama Ibu Bapa Mertua \n\nIkatan perkahwinan bukan hanya untuk si pasangan sahaja tetapi ia turut melibatkan ikatan dengan keluarga ke dua belah pihak. Syurga seorang anak lelaki itu pula adalah di bawah telapak kaki ibunya dan syurga seorang isteri pula adalah di bawah telapak kaki suaminya. \n\nMaka sudah tentu seorang lelaki itu akan amat suka jika dapat menemui seorang wanita yang pandai mengambil hati orang tua terutama ibu bapanya sebagai isteri. Wanita yang pandai menjaga hati ibu bapa mertua begini juga akan dapat membuatkan suaminya berasa bangga dan sangat bertuah!\n\n8- Tidak Cerewet Dan Kurang Berleter\n\nWanita bercakap banyak itu tidak mengapa tetapi pastikan percakapan itu bukanlah sebuah leteran. Mana ada lelaki yang suka dengan wanita yang kuat berleter lagi-lagi jika di waktu baru pulang dari kerja. Sudahlah semasa kecil di leteri ibu dan setelah berkahwin perlu pula mendengar leteran isteri? \n\nSudah terang lagi bersuluh yang lelaki ini sememangnya lebih dambakan seorang wanita yang kurang berleter sebagai isterinya berbanding dengan wanita yang suka pot pet itu ini tanpa boleh berhenti. \n\nDuit memang perlu dalam kehidupan kerana segalanya sekarang perlukan duit. Tanpa duit bagaimana ingin beli itu ini untuk meneruskan hidup namun janganlah sesekali bersifat mata duitan hinggakan tidak ada rasa cinta yang ikhlas di dalam hati. \n\nLelaki sangat sensitif tentang seorang wanita dengan sifat mata duitan begini kerana wanita dari kategori ini akan bersifat suka pentingkan diri dan tidak akan berani untuk hidup susah bersama-sama. \n\n10- Boleh Memahami Hati Lelaki Yang Bergelar Suami Padanya\n\nPasangan serasi bagaikan sudah ditakdirkan untuk bersama adalah antara ciri wanita paling ideal yang dihajati oleh seseorang lelaki. Ini kerana wanita yang boleh memahami diri suaminya ini akan dapat dibentuk dengan mudah dan boleh membuat keputusan berpandukan fikirannya sendiri atas sesuatu perkara. Tak perlu tanya pada suami selalu kerana wanita begini sudah dapat menjangkakan apa yang disukai dan tidak disukai oleh si suaminya itu. \n\nItulah dia antara 10 kriteria calon isteri idaman yang diinginkan oleh lelaki. Semoga dengan adanya perkongsikan ini dapatlah para wanita ini sama-sama cuba memperbaiki kelemahan diri supaya dapat menjadi antara wanita yang didambakan lelaki untuk dijadikan isteri."
"Kebanyakan ibu merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan walaupun ianya sebenarnya bukanlah satu masalah masalah.\n\nLebih-lebih lagi apabila sang ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang \u2018cukup\u2019 untuk anaknya. Katanya susu itu \u2018sikit\u2019, jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja.\n\nSetelah semua minuman/makanan penambah susu diambil dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya juga \u2018membanyakkan susu\u2019 kebiasaannya ibu memilih beralih kepada susu formula, walaupun ianya bukanlah penyelesaian (dan mungkin membawa banyak masalah lain)\n\nSaya merasakan ianya adalah suatu isu kuantitatif dimana berapa \u2018banyak\u2019 ialah \u2018banyak\u2019 dan berapa \u2018sikit\u2019 ialah \u2018sikit\u2019 mengikut definisi masing masing\n\nRata rata ibu mahukan jawapan dalam bentuk angka seperti \u201cmengepam susu selama 20 minit pada sebelah payudara\u201d walau jawapan sebenarnya ialah \u201cmengepam/memerah susu sehingga payudara kosong\u201d\n\nDan \u201canak minum 3 oz setiap kali\u201d berbanding hakikatnya \u201canak minum mengikut kehendaknya dan berbeza-beza\u201d\n\nOk, saya ringkaskan dalam bentuk formula.\n\nFormula ini hanya sebagai panduan. Boleh jadi ianya sesuai untuk anda dan bayi dan boleh jadi tidak. Sekurang-kurangnya anda memahami asasnya.\n\nUntuk bayi di bawah usia 6 bulan formulanya ialah B = H / 2.\n\nSelepas bayi berusia 12 bulan ke atasa, formulanya ialah B = (H/2) -2\n\nDan jika bayi anda minum kurang sepanjang siang, mungkin beliau adalah jenis Reverse Cycling dimana dia suka minum dengan banyak secara terus dari ibunya (pada waktu malam)\n\nTeruskan menyusui, doa saya bersama anda! (Perhatikan perkembangan kecergasannya begitu juga keadaan kesihatan bayi anda ya)"
"Solat sunat dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi,\u00a0 iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur.\n\nDalam waktu dhuha ini, \u00a0kebanyakan orang berada dalam kesibukan duniawi, ada yang sedang bekerja, melakukan rutin harian dan sebagainya, maka dengan itulah Allah SWT menjanjikan nikmat dan pulangan yang cukup besar bagi sesiapa yang merebut masa ini untuk mendirikan solat sunat dhuha.\n\nAllah bukan sahaja menyayangi sesiapa yang melazimi dhuha, bahkan sentiasa mencukupkan rezekinya dengan berlipat kali ganda. Maka rugilah sesiapa yang sengaja melepaskan keistimewaan ini.\n\nSelain itu, terdapat banyak lagi nikmat dan kelebihan dalam menunaikan solat sunat dhuha, antaranya;\n\nAllah sangat menyukai golongan hambaNya yang mengerjakan solat dhuha, walaupun hanyalah dua rakaat sahaja tetapi ianya ibadah yang membuatkan pelakunya sentiasa disayangi oleh Allah SWT.\n\n\u201cAmalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.\u201d\n\nDaripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:\n\n\u201cPada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.\u201d\n\nIni bermakna, setiap \u00a0bacaan dan tindakan dalam solat dhuha dianggap sebagai sedekah. Dengan bersolat dua rakaat sahaja kita sudah turut sama mendapat pahala bersedekah, baiknya Allah.\n\nUmum sedia tahu bahawa perbuatan solat adalah senaman yang baik untuk menyihatkan tubuh badan manusia. Setiap pergerakan seperti rukuk dan sujud mempunyai fungsi masing-masing, contohnya dapat meregangkan otot.\n\nLalu jika dengan banyak mendirikan solat sunat juga bermna telah menambah gerakan senaman secara tidak langsung. Bukan sahaja kesihatan fizikal, solat juga memberi kesihatan kepada mentaliti, iaitu ketenangan jiwa dan fikiran.\n\nPahala dalam menunaikan solat sunat adalah sangat besar, apatah lagi solat sunat yang sangat disukai oleh Allah SWT. \u00a0\n\n\u201cBarangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.\u201d\n\nIni bermakna, dosa yang paling besar juga dapat diampunkan asbab dengan mendirikan solat dhuha, selain dapat menutup dosa-dosa kecil, dosa besar termasuklah dosa terdahulu.\n\n\u201cBarangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.\u201d\n\nBeruntunglah sesiapa yang melazimi harinya dengan mendirikan solat ini, kerana Allah SWT \u00a0telah berjanji untuk membangunkan sebuah mahligai di syurga untuknya kelak.\n\nNu\u2018aim bin Hammar bahawa ia berkata,\u00a0\n\n\u201cAku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, \u2018Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.\u201d\n\nRezeki akan sentiasa dicukupkan oleh Allah pada hari itu dan seterusnya, seperti yang sering dikatakan umum bahawa solat dhuha adalah solat pembuka pintu rezeki.\n\nBahkan Allah akan menurunkan rezeki yang tidak disangka-sangka, bukan dari bentuk makanan sahaja, tetapi tubuh badan yang sihat, anak-anak yang soleh dan bijak, keluarga yang bahagia, bidang pekerjaan yang baik dan sebagainya.\n\n\u201cBarangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.\u201d\n\nBegitu Allah memberi keuntungan yang besar kepada mereka yang mengamalkan solat dhuha. Namun begitu, kusyuk dan fokus dalam melazimi solat suant dhuha tanpa hanya\u00a0 memikirnya rezeki harta semata-mata tetapi ekuntungan rezeki yang lain, seperti kesihatan.\n\nDaripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,\n\n\u201cBarangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.\u201d\n\nBayangkanlah pahala mengerjakan umrah boleh diperoleh dengan mendirikan solat dhuha yang boleh didirikan dengan dua rakaat itu, begitu Allah menganugerahkan ganjaran yang benar-benar istimewa\u00a0 untuk hambaNya. Dan sepatutnya kita tak punya alasan lagi untuk tidak melazimi solat sunat ini. Sungguh Allah SWT maha pemberi rahmat.\n\nKelebihan solat dhuha setiap hari menjadikan jiwa dan hati anda lebih tenang. Segala kerisauan dan gundah gulana akan hilang, seterusnya menjadikan kehidupan lebih terurus dan tersusun.\n\nSetiap urusan yang dilakukan akan mendapat keberkatan dari Allah SWT, \u00a0mudah dan lancar. Kelebihan solat dhuha pada waktu pagi banyak membantu seseorang itu untuk menjadikan kehidupan yang berjaya sepanjang hari.\n\nGolongan yang melazimi solat sunat ini akan dapat masuk syurga melalui pintu khas iaitu pintu dhuha. Ia menunjukkan golongan ini mendapat keistimewaan tersendiri yang tidak dimiliki oleh semua orang.\n\n\u201cSesungguhnya dalam syurga, terdapat sebuah pintu bernama pintu dhuha. Apabila kiamat telah tiba, maka akan ada suara yang berseru:\u201d\n\n\u201cDimanakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat dhuha? Ini adalah pintu buat kalian, masuklah dengan rahmat Allah SWT.\u201d\n\nPerasan atau tidak golongan yang kerap mendirikan solat sunat dhuha lebih positif, bersikap tenang, serta lebih yakin dengan apa-apa yang dijalaninya. Ini kerana apabila mendekatkan diri dengan Allah SWT keyakinannya hanyalah padaNya sahaja, bahkan meletakkan segala sangka baik kepadaNya.\n\nGolongan yang melazimi dhuha juga lebih disenangi dan didekati oleh sesama manusia, bukan Allah SWT sahaja.\n\nDoa golongan yang mendirikan solat dhuha mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Jadi berdoalah berseungguh-sungguh kepada Allah SWT agar mengurniakan apa-apa yang dinginkan.\n\nSolat sunat dhuha adalah antara amalan ibadah yang mudah dilakukan tetapi ganjarannya besar. Ini bermaksud solat ini didirikan dengan dua rakaat dan waktunya pada siang hari, berbanding dengan solat di tengah malam yang agak berat dilakukan bagi sesetengah orang.\n\nItulah 15 kelebihan solat dhuha yang ramai masih belum ketahui. Walaupun hanyalah solat sunat tetapi keistimewaan dan ganjarannya sangatlah besar yang akan dapat membantu menambah pahala kebaikan dalam hidup seseorang. Semoga kita semua lebih melazimi solat dhuha selepas ini serta menghayati kelebihannya.\u00a0\n\nJemput juga baca artikel cara solat Dhuha."
"Tanpa disedari, kita banyak menghasilkan sisa isi rumah.\u00a0 Kita juga mungkin telah membuang semua sisa tersebut ke dalam tong sampah tanpa mempertimbangkan jika ada yang boleh dikitar semula.\n\nWalau bagaimanapun, ini bukanlah cara yang baik untuk menghilangkan sisa tersebut. Ia hanya akan berakhir di tapak pelupusan sampah. Perkara ini memberi kesan yang sangat buruk kepada alam sekitar dan hidupan yang ada di sekitarnya. Sisa-sisa ini juga dipanggil jenis sisa domestik.\n\nJumlah sampah isi rumah yang dihasilkan oleh isi rumah boleh berbeza-beza bergantung kepada faktor seperti pendapatan dan gaya hidup. Menurut Global News, \u201cKanada menghasilkan 720 kilogram sampah per kapita secara purata setiap tahun\u201d.\u00a0 \n\nSedarkah anda, terdapat banyak cara sisa rumah dapat dikurangkan termasuk menyumbangkan pakaian, menghapuskan plastik penggunaan tunggal dan membeli pilihan yang mampan (berus gigi buluh menggantikan berus gigi plastik).\n\nJenis Sisa Domestik di Kawasan Perumahan\n\nSampah pepejal boleh dikelaskan termasuk dalam jenis sisa domestik. Ia dipecahkan menjadi seperti berikut:\n\nSampah kitar semula termasuk semua barang-barang buangan yang boleh ditukar menjadi produk yang boleh digunakan lagi juga tergolong dalam sisa domestik. Barangan pepejal seperti kertas, logam, perabot dan sisa organik semuanya boleh dikitar semula.\n\nDaripada membuang barang-barang ini dengan sisa biasa, baik anda melupuskannya di tempat kitar semula daripada membiarkannya berakhir di tapak pelupusan yang dapat mencemarkan alam sekitar. Pastikan sisa atau sampah ini diletakkan dalam tong kitar semula atau membawanya ke pusat kitar semula yang berdekatan tempat tinggal anda. \n\nSekiranya anda tidak yakin sama ada sampah tersebut boleh dikitar semula ataupun tidak, lihat plastik pembungkusannya ataupun gambarajah pada tudung kitar semula tersebut. Kebanyakan produk akan dinyatakan dengan jelas sama ada mereka boleh dikitar semula atau tidak.\n\nAnda juga perlu tahu bahawa sisa cecair boleh diklasifikasikan ke dalam sisa sumber utama dan sisa bukan sumber utama.\u00a0Semua sisa buangan cecair dikelaskan sebagai sisa sumber utama manakala sisa cecair semulajadi diklasifikasikan sebagai sisa bukan sumber utama. \n\nJika anda tidak pasti mengenai cara pembuangan jenis sisa domestik ini, seharusnya lebih baik anda berhubung dengan pakar penyingkiran sisa untuk membuang sisa ini dengan betul. Andai kata sisa ini tidak dibuang dengan betul, ia juga akan merosakkan alam sekitar.\u00a0\n\nBagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh membuangnya ke mana sahaja sesuka hati anda. Sisa-sisa organik di tapak pelupusan sampah akan menyebabkan pengeluaran gas metana yang berbahaya. Jadi ianya\u00a0 tidak boleh dibuang dengan begitu sahaja.\u00a0\n\nSebaliknya, sisa-sisa ini perlu dibuang dengan cara khas. Jadi, anda perlu membuangnya ke dalam tong yang disediakan oleh pihak pembandaran atau anda juga boleh menggunakan beg kulit hijau atau beg organik untuk pembuangan sisa ini dengan cara yang betul.\n\nRamai tak tahu bahawa sisa berbahaya juga termasuk dalam kategori jenis sisa domestik. Ia tergolong sebagai sisa yang melibatkan semua jenis sampah yang mudah terbakar, toksik, mengakis dan mengandungi bahan reaktif. Barang-barang ini boleh membahayakan kita semua serta persekitaran, ia harus\u00a0 dilupuskan dengan betul.\u00a0\n\nBegitulah jenis sisa domestik yang terlibat dalam kawasan perumahan. Jom baca juga Cara Bersihkan Diri, Homestay Kedah, Homestay Cameron Highland dan Homestay Kuantan."
"Sipa kata kayu manis kurang khasiatnya. Nah, kami ceritakan lebih jelas tentang khasiat kayu manis patut anda tahu.\n\nSelama beribu tahun lamanya, kayu manis digunakan di merata dunia. Ia didapati sudah wujud sejak 4000 tahun dahulu di Mesir kuno dan kekal menjadi rempah ratus yang bernilai tinggi. Justeru, namanya sudah sebati dengan budaya manusia.\n\nBegitu juga dengan masyarakat di Malaysia. Selalunya ia digunakan sebagai bahan dalam masakan. Ia juga terkenal dalam dunia perubatan sebagai herba nombor satu di dunia yang tinggi antioksidan.\n\nBau, warna, dan rasanya diperolehi daripada kulit kayu pokok kayu manis atau Cinnamomum zeylanicum. Ia mengandungi sebatian yang baik untuk kesihatan termasuk sinamaldehid iaitu minyak berwarna kuning, asid sinamik iaitu asid monoklinik yang tidak berwarna dan terdapat di balsam, serta sinamat.\n\nPenyelidik merumuskan bahawa manfaat kesihatan di dalam kayu manis diperolehi dari kulit kayunya, minyak pati, serbuk kayu manis, flavonoid, dan antioksidan.\n\nKeistimewaan Kulit Kayu Manis Secara Perubatan\n\nBahan-bahan antioksidan di dalam kayu manis ialah polifenol, asid fenolik, dan flavonoid. Ia sama dengan yang ditemui di dalam makanan berkhasiat lain seperti beri dan dark chocolate.\n\nBahan-bahan tersebut menjadikan kayu manis rempah terbaik di dunia yang membawa ciri antioksidan, antiradang, antidiabetes, antimikrob, penggalak imun, dan pelindung daripada penyakit jantung dan kanser.\n\n1. Rendah kalori dan mengawal gula dalam darah\n\nSatu sudu makan kayu manis yang dikisar mengandungi 19 kalori, 4gram serat, 68% mangan, kalsium, zat besi, dan vitamin K.\n\nDilaporkan, setengah sudu teh serbuk kayu manis sehari sudah boleh memberikan kesan positif pada tahap kandungan gula dalam darah, penghadaman, imun dan banyak lagi.\n\nMenerusi kemampuan sebagai antidiabetes pula, kayu manis membantu menurunkan tahap kandungan gula dalam darah dan memperbaiki sensitiviti terhadap insulin hormon yang penting bagi memastikan keseimbangan tahap gula dalam darah.\n\nMenurut kajian, ekstrak kayu manis memberi kesan positif kepada pesakit diabetes jenis ke 2 yang memasukkannya ke dalam diet atau rawatan mereka.\n\nMenggunakan kayu manis dalam makanan dapat mengurangkan penggunaan gula dalam makanan anda. Kesan antidiabetes yang dimilikinya menghalang gula dilepaskan ke dalam aliran darah. Keinginan untuk makan dapat diuruskan. Begitu juga dengan berat badan.\n\n2. Melambatkan penuaan dan mencegah keradangan\n\nKandungan antioksidan di dalam kayu manis dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas dan memperlahankan proses penuaan. Anti-radangnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, penurunan fungsi otak dan banyak lagi.\n\nPenyelidik menemui lebih 7 jenis sebatian flavonoid di dalam kayu manis yang amat berkesan melawan keradangan berbahaya di dalam badan. Ia melegakan otot yang sakit, tindakbalas alergi, dan kesakitan yang berpunca daripada simptom penuaan.\n\nCiri-ciri antibiotik dan antimikrob kayu manis melindungi kulit daripada kerengsaan, ruam, dan jangkitan pada kulit. Ekstrak kayu manis atau pati kayu manis turut melawan bakteria yang berada di dalam mulut yang menyebabkan masalah bau nafas, kerosakan gigi, kaviti dan jangkitan di dalam mulut.\n\nKayu manis digunakan sebagai perisa semulajadi dalam gula-gula getah kerana kemampuannya menyegarkan mulut.\n\nKayu manis juga sering digunakan bersama-sama dengan madu untuk mendapatkan kulit yang sihat.\n\nKayu manis mengurangkan risiko-risiko kepada penyakit jantung seperti kolesterol tinggi, trigliserid tinggi, dan tekanan darah tinggi.\n\nSebatian di dalam kayu manis membantu mengurangkan jumlah kolesterol. Kolesterol \u2018jahat\u2019 dibuang dan kolesterol \u2018baik\u2019 dikekalkan.\n\nOleh kerana kayu manis mengurangkan tekanan darah tinggi, maka ia juga membantu mengurangkan masalah jantung atau strok.\n\nKajian menunjukkan bahawa kayu manis merupakan penggumpal darah yang baik dan menghalang pendarahan dengan membantu tubuh membentuk darah beku.\n\nKayu manis meningkatkan pusingan darah dan meningkatkan kemampuan tisu tubuh untuk memulihkan dirinya selepas mengalami kerosakan. Ini termasuk kemampuan tisu jantung untuk bangkit menentang serangan jantung, sakit jantung dan strok.\n\nKajian tahun 2016 yang diterbitkan di jurnal Ceylon Medical Journal\u00a0melaporkan penemuan sampel responden yang mengambil teh diisi serbuk kayu manis 100 gram/300 ml selama 10 hari berturut-turut merekodkan bacaan tekanan oksidatif plasma darah yang menurun.\n\nBerbanding pengambilan teh kosong tanpa serbuk kayu manis, kajian ini melaporkan kelebihan kesihatannya untuk mengawal kualiti darah dan plasma darah khususnya.\n\nKayu manis melindungi penurunan kognitif dan fungsi otak. Ini diperoleh menerusi antioksidannya yang melindungi otak daripada penyakit neurologi seperti Parkinson dan Alzhemeir.\n\nKayu manis meindungi fungsi kognitif dan kesihatan otak dengan mengaktifkan protin pelindung neuro yang melindungi sel otak dari mutasi dan kerosakan. Ia kemudiannya mengurangkan kesan negatif tekanan oksidatif dengan menghentikan sel daripada merosakkan diri sendiri.\n\nKayu manis mempunyai sebatian sinemaldehid yang mampu menyekat tumbesaran tumor kanser dan melindungi DNA daripada kerosakan. Pada masa yang sama, ia juga menggalakkan sel kanser untuk memusnahkan dirinya sendiri.\n\nKayu manis sedang dikaji sebagai ejen anti kanser semulajadi kerana kekuatan antioksidannya. Oleh itu, jika anda merasakan diri anda berisiko menghidapi kanser, kayu manis boleh menjadi makanan tambahan anda.\n\nSebagai agen antimikrob, antibiotik, antikulat dan antivirus semulajadi, kayu manis melindungi diri kita daripada pelbagai penyakit. Kemampuan imunnya ditemui dalam pati minyak kayu manis.\n\nSelain khasiat kayu manis, kami juga menulis artikel khasiat yang lain. Jangan lupa untuk baca. Oh ya, jangan lupa utuk share dan like artikel kami ya.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Pejam celik, pejam celik, anak kita telah menginjak ke usia 1 tahun. Sungguh pantas masa berlalu, bukan? Daripada hanya berbaring dan meniarap sahaja ketika mereka masih\u00a0bayi, kini mereka sudah boleh berdiri, atau mungkin berjalan dan berlari.\n\nPerkembangan kanak-kanak berlaku setiap hari dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosial, kemahiran motor, dan sebagainya.\n\nBerikut merupakan 4 perkembangan anak usia 1 hingga 2 tahun dari segi kemahiran dan cara mudah untuk kita meraikannya.\n\nPada usia ini, anak mula membina autonomi iaitu berasa dirinya mempunyai kuasa dalam menentukan sesuatu perkara dan ingin melakukan pelbagai perkara sendiri.\n\nSebagai contoh, anak saya akan menentukan baju yang ingin dipakainya dan baju yang saya perlu pakai.\n\nRaikan kemahiran autonomi mereka. Selagi ianya bersesuaian dengan keadaan, tidak salah untuk kita menerima cadangan mereka. Dengan cara ini, ianya dapat membina keyakinan dalam diri mereka dan akan berasa lebih dihargai.\n\nPada usia 1 hingga 2 tahun ini, anak kita juga mula \u2018copy cat\u2019. Dia akan mula menru aksi yang kita lakukan.\n\nContohnya, sedang saya menyapu sampah, dia juga mahu menyapu. Sedang saya memasak, dia mahu memasak juga.\n\nRaikan kemahiran mereka ini dengan memberi alatan sebenar yang bersesuaian untuk digunakan oleh mereka dengan pemantauan.\n\nSelain itu, anak akan mula \u2018pretend play\u2019 iaitu bermain olok-olok atau berlakon.\n\nSebagai contoh, anak saya mengambil \u2018teddy bear\u2019\u00a0beliau, membawanya berjalan-jalan dan menyuapkan makanan kepada \u2018teddy bear\u2019 seolah-olah \u2018teddy bear\u2019 tersebut adalah bayinya.\n\nAmbil peluang ini untuk bermain bersama si manja agar dapat meningkatkan lagi kemahiran bahasa dan kemahiran sosial mereka.\n\nTanpa kita sedari, anak kita juga sebenarnya sudah mula bereksperimen dengan kita.\n\nSebagai contoh, anak saya pernah tumpahkan air dari cawan ke lantai. Apabila telah tumpah separuh, dia tengok wajah saya. Melihat saya \u2018calm\u2019 sahaja, dia tuang semua air ke lantai. Pada ketika ini, anak sedang eksperimen respon saya terhadap perkara yang dilakukannya itu.\n\nRaikan perkembangan mereka ini dengan cara memberikan respon yang konsisten agar anak tidak keliru dan mengetahui batasan dalam melakukan sesuatu perkara.\n\nWalaupun sesuatu perkara itu kelihatan kecil di mata kita, sebenarnya kanak-kanak pada usia 1 hingga 2 tahun ini sedang mempelajari banyak perkara.\n\nSebagai ibu bapa, raikan setiap perkembangan si comel dengan memberi galakan, dorongan dan sokongan yang tidak putus-putus buat mereka.\n\nSemoga dengan perkembangan yang baik daripada seluruh aspek, anak-anak akan menjadi individu yang yakin diri dalam menjalani kehidupan seharian mereka."
"Sakit mata sangat merungsingkan. Ianya bukan sahaja menyebabkan kesakitan malah banyak urusan akan tergendala. Jom kami kongsikan 17 petua hilangkan sakit mata dengan timun dan kentang yang ramai orang tak tahu.\n\nApakah penyebab sakit mata? Sakit mata boleh disebabkan oleh:\n\nVirus boleh menjadi penyebab sakit mata. Biasanya gejala yang timbul adalah mata berair, gatal, merah, terasa bengkak dan mengalas pade bahagian mata.\n\nSelain virus, ada beberapa jenis bakteria juga boleh menyebabkan sakit mata seperti bakteria staphylococcus dan bakteria pneumoccocus. Gejala yang berlaku hampir serupa dengan gejala mata merah kerana virus. Mata juga akan terase pedih dan akan keluar kotoran atau \u00a0yang berwarna kuning. Waktu bangun pagi, mata akan susah dibuka kerana melekit akibat banyak kotoran yang keluar. Mata terasa panas seperti ada benda asing yang masuk.\n\nAlahan yang berlaku pada mata juga boleh menyebabkan sakit mata. Kadang-kadang mata juga akan terasa bengkak seperti terisi cecair di dalamnya.\n\nLuka pada mata juga boleh menjadi punca sakit mata. Jika tidak dirawat dengan betul, luka pada mata boleh menyebabkan jangkitan.\n\nJom ketahui apakah petua hilangkan sakit mata.\n\nAnda boleh gunakan madu lebah untuk menghilangkan sakit mata. Caranya, cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titiskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Cuci mata anda. Lakukan 2 atau 3 kali sehari.\n\nRendam mata dalam air garam. Caranya, buat sebekas air garam yang boleh memuatkan bahagian muka dan selamkan muka ke dalam bekas tersebut. Kelip-kelipkan mata di dalam air garam tersebut.\n\nGunakan daun sirih untuk menghilangkan sakit mata. Caranya, basuh 5 helai daun sirih dan tumbuk bersama kunyit sehingga lumat. Campurkan dengan air panas, tapis dan ambil airnya. Kemudian minum air tersebut. Buat setiap hari sehingga baik. Air sirih dan kunyit digunakan untuk menguatkan sistem imun badan kita.\n\nTitiskan susu ibu ke dalam mata. Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.\n\nTimun boleh digunakan untuk merawat sakit mata. Caranya sediakan timun yang besar. Kemudian dihiris tipis-tipis dan tampal pada mata selama beberapa saat. Sifat anti bakteria yang terdapat pade timun membuatkannya sangat mujarab untuk mengatasi sakit mata. Selain itu, timun juga dapat memberikan kesegaran kepada mata.\n\nSelain timun, hirisan kentang juga mempunyai manafaat yang mujarab untuk menyembuhkan mata yang sakit dan merah. Ambil kentang yang masih segar dan cuci bersih, Kemudian hiris tipis-tipis dan letak di atas mata. Kesegarannya akan membuatkan mata jadi lebih tenang dan terasa sejuk sehingga rasa gatal pada mata akan hilang.\n\nCara merawat sakit mata yang merah dengan semula jadi juga boleh dilakukan dengan air mawar. Caranya juga begitu praktikal kerana boleh dilakukan sendiri di rumah. Amil bunga mawar dan masukkan dalam air bersih, gunakan air mawar tersebut untuk membasuh mata. Lakukan dengan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.\n\nTitikkan air zam-zam kedalam mata dan amalkan selalu sehingga sembuh.\n\nMinum air putih atau air minarel sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Secara logiknya, air yang cukup dalam tubuh membantu proses detoks dan pemulihan dalam badan.\n\nAmbil beberapa helai daun sirih muda, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air dan dididihkan seketika. Selepas itu, tapiskan air sirih tersebut dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, rendamkan mata di dalam bekas berisi air tapisan sirih tadi dan kelip-kelipkan mata. Lakukan sehingga sembuh.\n\nAir sejuk mengurangkan bengkak dan memberi keselesaan pada mata yang sakit. Anda juga boleh sembur air sejuk pada muka.\n\nSelain air sejuk, boleh juga guna ais atau pek beku. Tekap pada mata dalam empat hingga lima minit.\n\nTerlalu lama memandang skrin televisyen, handphone atau komputer boleh menyebabkan sakit mata anda lambat sembuh. Ikut peraturan\u00a020-20 iaitu 20 minit memandang skrin dan kemudian lakukan aktiviti lain dalam 20 minit baru sambung semula memandang skrin.\n\nOrang tua selalu marah kalau kita duduk dekat sangat dengan TV kan? Ia memang relevan dan ada betulnya kerana ia menjadikan mata letih akibat memandang terlalu dekat. Jarakkan sekurang-kurangnya 50 \u2013 100 cm di antara mata dan skrin.\n\nAsap rokok dan merokok boleh menyebabkan sakit mata lambat sembuh.\n\nMata juga menerima kesan jika badan letih akibat kurang tidur. Apabila badan mendapat rehat yang secukupnya, sel darah putih dapat menghapuskan pathogen yang membawa kemudaratan. Dapatkan tidur yang secukupnya untuk menghilangkan sakit mata.\n\nItulah dia 17 petua hilangkan sakit mata yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jika sakit mata anda tidak hilang dan kelihatan semakin teruk, segera berjumpa doktor untuk mendapatka rawatan.\n\nJemput juga membaca artikel jenis pening kepala dan gegata"
"Tahukah anda, pada tahun 2018 dan 2019, sebanyak 27 universiti di Malaysia telah memasuki carta 400 universiti terbaik di Asia? Malah 7 daripada universiti awam kita termasuk dalam senarai 100 univerisiti terbaik di dunia. \n\nIanya merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan. Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan ranking terkini universiti awam di Malaysia sebagai panduan bakal graduan.\n\nPastinya anda tertanya-tanya bagaimana kedudukan universiti ini ditentukan? Kedudukan univerisiti adalah berdasarkan kepada:\n\nBaiklah, nak tahu ranking universiti awam Malaysia untuk tahun 2019?\n\nUniversiti tertua di Malaysia ini memegang gelaran ranking pertama bagi universiti awam di Malaysia dan mendapat tempat ke24 di Asia. Sementara di peringkat dunia, Universiti Malaya mendapat tempat ke 87 dalam senarai universiti terbaik dunia. Hebat kan?\n\nUniversiti Putra Malaysia atau nama lamanya Universiti Pertanian Malaysia yang terletak di Serdang menduduki tempat kedua. Ia mendapat tempat ke36 di peringkat Asia dan 202 di peringkat dunia.\n\nUniversiti Kebangsaan Malaysia atau UKM yang terletak di Bangi menduduki ranking ketiga dalam senarai universiti awam di Malaysia. Di peringkat asia, UKM menduduki tempat ke 43, manakala di peringkat dunia, UKM berada di tempat ke184.\n\nDi tempat keempat dalam ranking universiti awam di Malaysia ialah Universiti Sains Malaysia atau USM yang terletak di Pulau Pinang. Di peringkat Asia, USM mendapat tempat ke 46 manakala di peringkat dunia, ia berada di tempat ke 207.\n\nUniversiti Teknologi Malaysia pula berada di ranking kelima dalam senarai universiti awam di Malaysia. Di peringkat Asia, Universiti Teknologi Malaysia mendapat tempat ke 49 manakala di peringkat dunia, ia berada di tempat ke 228. \n\nUniversiti Teknologi Petronas atau UTP yang terletak di Tronoh, Perak menduduki tempat keenam dalam ranking universiti awam di Malaysia. Di peringkat Asia, Universiti Teknologi Petronas mendapat tempat ke 101 manakala di peringkat dunia, ia berada di tempat ke 521. \n\nUniversiti Utara Malaysia atau UUM yang terletak di Sintok, Kedah memegang gelaran universiti awam ketujuh terbaik di Malaysia dan mendapat tempat ke131 di Asia. Sementara di peringkat dunia, Universiti Malaya mendapat tempat ke 601 dalam senarai universiti terbaik dunia. \n\nUniversiti Teknologi Mara atau UITM yang dulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara ( ITM ) menduduki ranking kelapan dalam senarai universiti awam di Malaysia. Ia juga menduduki tangga ke 158 di peringkat asia dan tempat ke 751 dalam senarai universiti terbaik dunia.\n\nUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) atau nama inggerisnya International Islamic University Malaysia ( IIUM ) dengan gelaran Taman Ilmu Dan Budi menduduki tempat ke sembilan dalam ranking universiti awam di Malaysia. Di peringkat Asia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mendapat tempat ke 163 manakala di peringkat dunia, ia berada di tempat ke 651. \n\nUniversiti Malaysia Perlis atau juga dikenali sebagai UniMAP mendapat tempat kesepuluh dalam ranking universiti awam di Malaysia. Di peringkat asia, Universiti Malaysia Perlis mendapat tempat ke 221. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia.\n\nDi ranking ke sebelas universiti awam terbaik di Malaysia ialah Universiti Malaysia Sabah atau lebih dikenali sebagai UMS. Di peringkat asia, Universiti Malaysia Sabah berada di tangga ke 222. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia. \n\nUniversiti Malaysia Sarawak atau lebih dikenali sebagai Unimas menduduki tangga ke dua belas dalam senarai universiti awam di Malaysia. Di peringkat asia, universiti ini menduduki tangga ke 247. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia. \n\nUniversiti Malaysia Terengganu atau lebih dikenali sebagai UMT menduduki tempat ke tiga belas dalam ranking universiti di Malaysia. Di peringkat asia, universiti ini menduduki tangga ke 271. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia.\n\nDi ranking ke empat belas dalam senarai universiti di Malaysia ialah Universiti Malaysia Pahang atau UMP. Ia mendapat tempat ke281 di peringkat Asia namun tidak tersenarai dalam 1000 universiti terbaik di dunia.\n\n15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia \n\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia atau UTHM yang terletak di Johor merupakan universiti awam yang berada di ranking ke lima belas bagi tahun 2019. Di peringkat asia, universiti ini menduduki tangga ke 301. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia. \n\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris atau lebih dikenali dengan nama UPSI yang terletak di Tanjung Malim menduduki ranking ke enam belas dalam senarai universiti awam di Malaysia untuk tahun 2019. Di peringkat asia, universiti ini menduduki tangga ke 351. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia. \n\nUniversiti Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan gelaran Unisza yang terletak di Kuala Terengganu menduduki ranking terakhir dalam senarai universiti awam di Malaysia untuk tahun 2019. Di peringkat asia, universiti ini menduduki tangga ke 352. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia. \n\nItulah dia senarai universiti awam di Malaysia dan ranking untuk tahun 2019. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips menjadi pelajar universiti yang bijak."
"Wantan merupakan resepi tradisi masyarakat Cina. Oleh kerana masyarakat Malaysia yang majmuk ini, maka hidangan wantan juga menjadi kegemaran kita semua. Rasanya amat lazat dan selalunya, wantan ini dibeli siap dipasar raya. \n\nKini, wantan juga boleh dibuat sendiri menggunakan air tangan anda. Wantan boleh digoreng atau dikukus, bergantung kepada citarasa anda. Cara pembuatannya memerlukan skil untuk kelim yang kemas. Akan tetapi, dengan latihan pasti sesiapa sahaja dapat menyediakannya. \n\nResepi Wantan ini telah dikongsikan oleh Azline Arsad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!\n\nMenarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Cara paling cepat dan tepat untuk memeriksa gejala demam adalah dengan termometer. Dengan kewujudan Coronavirus pada tahun 2020, amat penting untuk kita mengambil suhu setiap hari bagi memantau kesihatan.\n\nMencari termometer untuk kegunaan diri dan keluarga tidak sukar. Jom lihat antara 9 termometer terbaik di Malaysia.\n\nBraun Forehead Thermometer BNT400 adalah termometer yang sangat baik untuk kanak-kanak dan bayi kecil. Ia digunakan sebagai termometer inframerah tanpa sentuhan dan dapat mengukur suhu sekumpulan orang dengan cepat. \n\nJadi, kita hanya memerlukan masa sekitar 2 saat untuk mendapatkan bacaan yang tepat dengan Braun Thermometer ini. Sekiranya ini pertama kalinya anda menggunakan termometer dahi, jangan risau kerana disertakan sistem panduan untuk anda ikuti. \n\nSensor jarak akan merasakan jarak yang tepat sehinggakan anda dapat mengikuti arahannya. Selain itu, skrin LCD termometer terbaik Malaysia ini mempunyai lampu yang dapat melihat bacaan suhu walaupun dalam gelap.\n\n2. Rossmax RA600 Infrared Ear Thermometer\n\nTermometer Telinga Inframerah Rossmax RA600 telah menjalani banyak ujian klinikal dan penggunaan perubatan kerana ketepatannya. Ia telah mencapai standard European EN EN 12470-5: 2003 dan setepat kaedah pengukuran suhu oral. \n\nCiri lain yang terdapat dari termometer ini juga termasuklah penggera demam, tetapan memori 9, lampu latar dan fungsi pemadaman automatik yang membantu menjimatkan bateri. \n\nSelain itu, apabila bateri termometer ini lemah, terdapat indikator untuk memberi tahu waktu untuk menggantikan bateri.\n\n3. Xiaomi Mijia I-Health Infrared Thermometer\n\nXiaomi adalah salah satu jenama termometer terbaik Malaysia kegemaran ramai di dunia dan selalu dirancang dengan baik dan bahagian terbaiknya ialah produknya lebih berpatutan daripada jenama yang lainnya. \n\nThermometer Inframerah Xiaomi Mijia iHealth mempunyai reka bentuk minimalis serba putih. Ia juga menawarkan pengimbasan suhu cepat hanya dalam 1 saat tanpa memerlukan sebarang sentuhan.\n\nIni bermakna anda tidak perlu mengeluarkan wang tambahan untuk menggantikan penutup telinga jika anda perlu mengukur suhu beberapa orang dengan kerap. Dengan hanya 2 bateri AAA, anda boleh menggunakan termometer ini secara efisien sehingga 3000 kali.\n\n4. Tommee Tippee Digital Ear Thermometer\n\nTermometer Telinga Digital Tommee Tippee adalah salah satu termometer terbaik Malaysia untuk bayi yang baru lahir. Anda akan mendapati bahawa hujung telinganya lebih kecil daripada biasa yang menjadikannya lebih selesa apabila dimasukkan ke dalam telinga. \n\nOleh itu, ia sangat selamat digunakan pada bayi atau anak yang baru lahir. Setelah dimasukkan, bacaan suhu akan didapati di bawah 1 saat.\n\nKepantasannya dalam membaca suhu bagi kanak-kanak menjadikannya mudah. Ia kerana mereka tidak akan menyedari penggunaan termometer ini terutamanya ketika mereka sedang tidur.\n\nDengan harga bawah RM15, Autumnz Baby Digital Thermometer adalah salah satu termometer digital termurah di Malaysia. Hujung termometer ini sangat lembut dan mudah lentur akan membuatkan kanak-kanak berasa selesa. \n\nDi skrin termometer ini, terdapat indikator demam yang menunjukkan julat bacaan suhu. Jika suhu terlalu tinggi, penggera demam juga akan berbunyi. \n\nAnda juga dapat membandingkan bacaan suhu semasa dengan bacaan sebelumnya dengan fungsi ingatan memorinya. Sekiranya anda mencari termometer yang murah, dapatkan Autumnz Baby Digital Thermometer sekarang!\n\nSekiranya termometer telinga atau dahi terlalu mahal, apa kata anda cuba termometer terbaik Malaysia iaitu Termometer Digital Medisana TM700. Dengan termometer ini, anda boleh memilih untuk mengukur suhu anda secara meletakkan di mulut, ketiak atau dubur. \n\nAnda boleh mendapatkan bacaan suhu dalam masa 10 saat yang sememangnya cukup cepat untuk termometer digital.\u00a0Jika anda merasakan suhu badan terlalu tinggi, penggera demam akan berbunyi untuk memberi amaran kepada anda. \n\nPada awal dan akhir pengambilan suhu, akan ada juga peringatan yang menjadikan keseluruhan proses berjalan dengan sangat lancar.\n\nBeurer FT65 Forehead Thermometer menjadikan pengambilan suhu cepat dan mudah untuk seisi keluarga. Ia mengukur suhu dari dahi dan anda tidak memerlukan termometer peribadi. Paparannya yang besar menjadikan bacaan suhu menjadi sangat mudah dibaca walaupun bagi orang tua yang kurang penglihatan.\u00a0\n\nSelain itu, terdapat ruang penyimpanan untuk bacaan suhu 10 terakhir, tidak perlu menuliskannya. Selain dahi, termometer ini juga dapat mengukur suhu dari telinga, objek, cecair atau di atas sebarang permukaan. \n\nJika anda ingin membeli termometer untuk orang yang berumur, termometer terbaik Malaysia ini adalah pilihan yang tepat.\n\nDengan Omron Ear Thermometer MC-523, anda boleh mendapatkan pengukuran suhu yang cepat dan tepat hanya dalam masa 1 saat. \n\nKepantasan ini sangat mudah apatah lagi apabila anda perlu mengendalikan bayi atau anak yang tidak akan suka benda asing berada di telinga mereka. Bentuk ergonomik termometer ini menjadikannya senang dipegang semasa pengukuran suhu untuk orang lain atau juga diri anda.\n\nSekiranya termometer mengukur bahawa suhu di atas 37.5 \u00b0 C, penggera demam akan berbunyi untuk memberi amaran kepada anda. Suhu termometer ini boleh dipilih dalam bacaan Celsius atau Farenheit bergantung kepada pilihan anda.\n\n9. Braun ThermoScan 7 Infrared Ear Thermometer\n\nTermometer Telinga Inframerah Braun ThermoScan 7 adalah termometer terbaik untuk bayi dan kanak-kanak. Braun adalah jenama alat perubatan yang sangat dipercayai di seluruh dunia sehingga merupakan jenama nombor satu yang disyorkan dan digunakan oleh para doktor. \n\nBraun ThermoScan 7 dilengkapi dengan Teknologi Precision Age yang membolehkan anda mengetahui sama ada anak anda demam setelah menyesuaikan diri dengan usianya.\u00a0\n\nMaklumat tersebut diberi dalam kumpulan berwarna. Warna hijau untuk suhu normal, kuning untuk suhu sederhana dan merah untuk suhu tinggi. Dengan panduan mudah ini, anda juga akan mengetahui dengan cepat bila anak anda menghidap demam. \n\nKetepatan termometer ini adalah yang terbaik dan mempunyai hujung yang bermula pada suhu 34 C yang membantu anda mendapatkan suhu yang betul dari bacaan pertama.\u00a0\n\nTermometer terbaik Malaysia ini juga mempunyai sistem panduan yang membunyikan bunyi bip ketika diposisikan dengan betul di telinga. Ia menyimpan 9 bacaan suhu terakhir sehingga anda dapat memeriksa kembali suhu dengan mudah.\n\nItulah antara termometer terbaik malaysia. Jom baca juga\u00a0Pisau Dapur Terbaik,\u00a0Jenama travel backpack terbaik,\u00a0Kamera mirrorless terbaik Malaysia\u00a0dan Makep Remover Drugstore terbaik Malaysia.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Rahim yang sihat dan kuat adalah impian setiap wanita. Ini kerana sekiranya seorang wanita mempunyai masalah rahim yang lemah dan bermasalah, ia akan menyebabkan wanita tersebut mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat. \n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai makanan kuatkan rahim yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan rahim yang kuat dan bersedia untuk mengandung.\n\nApakah fungsi rahim seorang wanita? Bagi seorang wanita, rahim adalah organ peranakan yang sangat penting. Di situlah berlakunya proses persenyawaan apabila ovum dan sperma bertemu. Di situ juga benih akan tertanam dan membesar menjadi janin. \n\nSeterusnya janin akan membesar dan bertukar menjadi bayi. Didalam rahim, bayi anda melalui proses perkembangan dan tumbesaran sehingga bersedia untuk dilahirkan. Apabila bayi anda bersedia untuk dilahirkan, rahim anda akan mengembang dan mengecut untuk melahirkan bayi anda. \n\nBetapa pentingnya rahim bagi seorang wanita. Itulah sebabnya sangat perlu untuk mendapatakan rahim yang kuat dan sihat. Jadi, apakah punca rahim seorang wanita boleh menjadi lemah? Di antara punca yang telah dikenal pasti ialah:\n\nApakah kesan sekiranya seorang wanita mengalami masalah rahim yang lemah? Rahim yang lemah akan menyebabkan seorang wanita mengalami:\n\nOleh itu, jika anda mempunyai masalah rahim lemah adalah sangat penting untuk anda berikhtiar untuk memulihkan semula rahim anda dengan segera. Semakin lama anda biarkan, semakin teruk keadaan rahim anda. \n\nDi antara salah satu ikhtiar yang boleh anda lakukan ialah dengan cara menjaga pemakanan. Elakkan makanan yang boleh menjejaskan rahim dan banyakkan makanan yang boleh menyihatkan rahim. Di antara makanan kuatkan rahim yang boleh anda amalkan ialah:\n\nProtein adalah sangat penting untuk tubuh badan manusia dan salah satu daripada fungsinya ialah untuk menguatkan rahim. Bagaimana protein boleh membantu menguatkan rahim? \n\nUntuk menguatkan semula rahim yang lemah, cara yang terbaik ialah untuk menguatkan semula otot rahim. Otot dalam tubuh badan kita terdiri daripada sel-sel. Sel yang kuat akan membentuk otot yang kuat dan sihat.\n\nSementara itu, makanan sel ialah protein. Oleh itu, apabila sel anda mendapat protein yang secukupnya, sel anda akan menjadi sihat. Sel yang sihat akan membentuk otot yang kuat dan sihat. \n\nApabila otot rahim anda sihat dan kuat, masalah rahim lemah yang anda alami juga akan dapat diatasi. Pastikan anda dapatkan protein dari sumber semulajadi dan sihat seperti:\n\nKurma adalah salah satu makanan dalam syurga yang disebut di dalam Al-Quran. Kurma mengandungi pelbagai nutrisi dan khasiat seperti protein, vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, dan niasin. \n\nKurma juga terkenal dengan pelbagai khasiat dan kebaikan kepada tubuh badan. Salah satu daripadanya ialah untuk membekalkan tenaga. Namun tak ramai yang tahu bahawa kurma juga sangat berkesan untuk menguatkan rahim.\n\nJika anda mengalami masalah kesukaran untuk mengandung atau pernah mengalami keguguran, anda boleh amalkan minum susu kurma untuk menguatkan semula rahim supaya bersedia untuk mengandung semula. Cara untuk menyediakan susu kurma ialah seperti berikut:\n\nSelain kurma, badan juga mempunyai khasiat untuk menguatkan rahim yang lemah. Wanita yang mengalami masalah rahim lemah atau rahim jatuh boleh menjadikan badam sebagai salah satu makanan dalam diet harian. Anda boleh jadikan badam sebagai kudapan untuk dimakan semasa lapar. Atau anda juga boleh amalkan minum susu badam setiap hari. Cara menyediakannya ialah:\n\nDengan amalan yang konsisten, susu badam telah terbukti mampu menguatkan semula rahim yang lemah dan menyediakan rahim untuk proses persenyawaan dan kehamilan yang seterusnya.\n\nMakanan kuatkan rahim yang seterusnya ialah kismis. Jika anda perhatikan, kismis adalah di antara makanan kering yang selalu dibawa pulang oleh mereka yang pulang dari Mekah untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Kismis adalah makanan yang dibuat daripada anggur yang dikeringkan dan sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Salah satu daripada khasiat kismis ialah menguatkan rahim. Anda boleh amalkan air rendaman kismis. Caranya:\n\nMadu adalah sangat baik untuk kesihatan. Amalan memakan satu sudu madu setiap pagi dan malam adalah salah satu ikhtiar untuk menguatkan rahim yang lemah. Bukan itu sahaja, madu juga akan membantu meningkatkan imuniti dan memberikan anda tenaga.\n\nItulah dia tadi info tentang makanan kuatkan rahim yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang tanda mengandung dan punca susah mengandung"
"Siapa yang biasa kena migrain mesti faham betapa siksanya sakit kepala yang dirasai setiap kali diserang migrain. Sampai tahap rasa nak hantukkan kepala ke dinding supaya lega. \n\nMakan ubat tahan sakit berbiji-biji belum tenu dapat hilangkan kesakitan yang dirasai. Terpaksa asingkan diri daripada orang lain. Masuk bilik tutup pintu, layan kesakitan seorang diri.\n\nMenurut lama web Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 2 jenis migrain iaitu migrain dengan aura dan migrain tanpa aura. Aura yang dimaksudkan di sini adalah amaran. Migrain tanpa amaran lebih kerap berlaku daripada migrain dengan amaran. Jadi, apakah punca migrain menyerang anda?\n\nPastinya anda terkejut dengan fakta ini. Serangan migrain adalah berpunca daripada keturunan. Sekiranya ada ahli keluarga anda yang lain sering diserang migrain, itu bermaksud migrain yang anda alami adalah berpunca daripada keturunan. \n\nMigrain terdapat dalam genetik anda, diturunkan dari generasi terdahulu anda seperti datuk, nenek, dan moyang. Oleh itu, kemungkinan besar anda cucu anda juga akan berisiko tinggi untuk mendapat serangan migrain juga kerana dalam dna mereka ada genetik migrain.\n\nSesetengah makanan juga telah dikenal pasti sebagai punca migrain. Oleh itu, jika anda mendapat serangan migrain cuba perhatikan sekiranya makanan berikut ada dalam diet anda untuk hari tersebut:\n\nJika anda mendapati bahawa migrain anda berlaku selepas mengambil makanan yang kami nyatakan tadi, elakkan makanan tersebut daripada menu anda kerana kemungkinan besar mirain yang anda alami adalah dicetuskan daripada makanan.\n\nPunca migrain yang seterusnya ialah keadaan persekitaran. Tahukah anda bahawa persekitaran di sekeliling anda juga memberikan peranan kepada tahap kesihatan dan boleh menjadi punca anda mendapat serangan migrain? \n\nDi antara persekitaran yang boleh menyebabkan anda migrain ialah asap rokok. Tak kira sama ada anda adalah seorang perokok atau mendapat asap rokok daripada orang lain yang merokok di sekeliling anda. \n\nBau rokok yang busuk akan menyebabkan anda mula pening kepala dan seterusnya pening kepala tersebut akan bertukar kepada migrain.\n\n4. Cahaya yang terang atau berkelipan\n\nIndividu yang selalu terkena migrain selalunya agak sensitif terhadap cahaya. Cahaya yang terlalu terang atau cahaya yang berkelipan akan menjadi pencetus migrain kepada mereka. Di antara contoh cahaya terang dan berkelipan yang selalunya menyebabkan serangan migrain ialah:\n\nJika anda mendapat serangan migrain kerana cahaya terang atau berkelipan, untuk menghilangkan migrain tersebut, sebaiknya anda berehat dalam bilik yang gelap dan tenang. Insya Allah migrain anda akan hilang.\n\nSuasana sekeliling yang terlalu bising juga boleh menjadi punca anda mendapat serangan migrain. Ini kerana bunyi bising akan menyebabkan anda menjadi rimas dan sakit kepala lalu mengakibatkan anda mula mendapat sakit kepala lalu migrain. \n\nOleh itu, jika anda seorang individu yang kerap diserang migrain, elakkan daripada berada dalam situasi yang bising seperti:\n\nPunca migrain yang seterusnya ialah bau yang kuat. Bauan yang kuat akan memberikan reaksi kepada otak anda dan mencetuskan migrain. Pernah tak anda terbau minyak wangi seseorang yang terlalu kuat lalu mula berasa sakit kepala?\n\nMungkin juga bauan aromaterapi dalam sesebuah bilik menyebabkan anda berasa tak selesa? Atau pewangi kenderaan yang diletakkan dalam kereta kawan yang anda tumpang terlalu kuat sehingga anda sakit kepala dan tak sabar nak turun daripada kereta tersebut? \n\nOleh itu, elakkan bauan yang terlalu kuat untuk mengelakkan anda mendapat serangan migrain.\n\nTahukah anda bahawa tidak cukup tidur juga boleh menjadi punca migrain? Kebiasaannya apabila anda tidak mendapat tidur yang secukupnya, anda akan berapa pening kepala semasa bangun tidur. \n\nSekiranya dibiarkan, pening kepala tadi akan menjadi semakin teruk dan menjadi serangan migrain. Oleh itu, jika anda tidak cukup tidur dan mula pening kepala, segera makan ubat tahan sakit untuk mencegah serangan migrain.\n\nKeadaan emosi yang tidak stabil juga boleh menjadi pubca migrain. Di antara keadaan yang boleh menyebabkan migrain ialah kemurungan. Ini berlaku kerana kemurungan atau depression akan menyebabkan tindak balas kepada otak anda lalu deria yang mengawal kesakitan akan menjadi aktif. \n\nOleh itu, kawal emosi anda dan elakkan kemurungan. Sekiranya anda sedang menghadapi kemurungan, dapatkan bantuan dengan segera agar ianya tidak menjadi semakin teruk.\n\nSelain tak cukup tidur, tidak cukup rehat juga merupakan di antara punca migrain yang selalu diabaikan. Apabila anda tidak cukup rehat, badan tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menyebabkan badan anda mula meragam sebagai salah satu isyarat daripada badan anda supaya anda berhenti seketika dan mendapatkan rehat. \n\nSalah satu daripada simptom yang diberikan oleh tubuh badan ialah migrain. Oleh itu, jika anda mendapat serangan migrain sila berehat sebentar, berikan masa kepada tubuh badan anda untuk bertenang.\n\nJika anda terlalu penat disebabkan oleh aktiviti harian atau pun melalui perjalanan yang jauh dan panjang, ia juga merupakan satu lagi punca migrain yang anda tak perasan. Apabila badan anda terlalu penat, ia boleh menjadi pencetus kepada migrain. Oleh itu, jangan terlalu memaksa diri anda. \n\nItulah dia punca migrain yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca rambut gugur punca sakit jantung dan punca senggugut."
"Bagi sebahagian orang, kurang lengkap rasanya bila makan tanpa sambal. Ada jenis orang yang makan tapi rasa macam tidak makan bila tidak ada sambal. Masa kini pula, sambal ayam penyet telah banyak menarik selera orang ramai.\n\nSelain dimakan bersama ayam penyet, sambal ayam penyet juga boleh dimakan bersama lauk lain. Bahkan jika makan dengan telur dan nasi putih saja pun akan terasa nikmat.\n\nSambal ayam penyet lain daripada yang lain. Ianya pedas namun sedap. Makan nasi putih dengan sambal ayam penyet mesti akan bermandikan keringat sebab pedas. Namun walaupun begitu, ia selalu menjadi favorit ramai.\n\nResepi sambal ayam penyet daripada Cik Pooja\u00a0dalam perkongsiannya di Facebook, akan membuat anda tergugah selera dan menitikkan air liur. Mari tengok resepinya di bawah ini. Hidangkan sambal ayam penyet paling power di rumah anda.\n\nSelain resepi sambal ayam penyet, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya"
"Anak kecil bagaikan kain putih dan lukisannya dicorakkan oleh ibu bapanya. Seawal usia 5 tahun mereka sudah boleh dilatih untuk menjalani ibadah puasa walaupun mereka belum diwajibkan untuk melakukannya.\n\nElakkan memberitahu anak bahawa mereka masih\u00a0kecil dan tidak perlu berpuasa. Tindakan ini menyokong peribahasa \u201cMelentur buluh biarlah dari rebungnya\u201d\n\n#1 Mula Beritahu Mereka Tentang Erti Puasa Sebulan Sebelum Bulan Ramadan.\n\nBeritahu mereka dengan intonasi dan bahasa yang mudah difahami tentang apa yang akan kita lakukan semasa Ramadhan dan apa yang tidak boleh dilakukan.\nTunjukkan keterujaan anda dan pastinya mereka juga tidak sabar untuk turut serta berpuasa dan memeriahkan Ramadhan tahun ini.\n\n#2 Sambut Ramadhan Dengan Wajah Berseri Seri\n\n.\nTernyata berpuasa merehatkan tubuh badan kita selepas 11 bulan makan pada waktu siang. Apabila bulan Ramadhan disambut dengan keceriaan, anak anak akan mula beranggapan bahawa puasa itu tidak pernah menyusahkan dan tidak memudaratkan.\n\n#3 Ajak Mereka Menyertai Aktiviti Sahur Dan Berbuka Puasa.\n\nKejut mereka ketika anda bersahur pada pukul 5 pagi. Tidak perlu risau waktu tidur mereka terganggu kerana anak anak berasa dihargai apabila dilibatkan dalam aktiviti orang dewasa. Sebaliknya tukar waktu tidur mereka lebih awal pada bulan Ramadhan.\n\nBerpuasa sementara (Intermittent fasting) tidak mengganggu sistem tubuh anak kecil sebaliknya ia mencergaskan sistem impuls dan mengalakkan anak anak berkelakuan baik. Kadar tenaga yang rendah sepanjang hari siang juga membuatkan mereka boleh fokus dengan lebih baik. Oleh itu, pilih aktiviti yang sesuai seperti aktiviti indoor untuk mereka sepanjang hari siang.\n\n#5 Ajak Anak Berehat Atau Tidur Sebentar Pada Waktu Tengahari.\n\nDengan rehat yang mencukupi, anak akan lebih bertenaga untuk menyambung puasa mereka sampai ke waktu berbuka.\n\n#6 Jauhkan Makanan Dan Minuman Dari Pandangan Mereka Pada Hari Siang.\n\nKasihan perasaan anak kecil terganggu dengan imej makanan dan minuman yang menduga. Elakkan membawa mereka keluar membeli belah di pasaraya.\n\n#7 Luangkan Masa Bercerita Tentang Kisah Nabi Dan Teladan Yang Baik.\n\nMendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Apabila anak sudah mula diperkenalkan dengan agama dan ibadah, hati anak lebih mudah dibentuk membawa ke usia remaja.\n\n#8 Bawa Anak Bertarawih Dan Membaca Al-Quran Bersama Sama.\n\nBeritahu mereka bahawa Ramadhan adalah bulan yang perlu dimeriahkan dengan ibadah. Pastinya mereka berasa suatu kelainan dan keistimewaan dalam bulan ini berbanding bulan bulan lain.\n\n#9 Pilihkan Teladan Untuk Anak Anak.\n\nBagi anak anak yang sudah mempunyai kawan, elakkan mereka berkawan dengan kawan kawan yang malas\u00a0berpuasa. Tunjukkan contoh kawan mereka yang baik untuk mereka teladani.\n\n#10 Berikan Ganjaran Yang Berupa Bahan Pendidikan.\n\nIanya turut merangsang minda separuh sedar mereka untuk berusaha mendapatkan apa yang mereka mahukan. Beritahu juga besarnya ganjaran orang berpuasa dari Allah \n\nPendidikan awal mengenai puasa di bulan Ramadhan dapat membentuk peribadi anak anak dari awal. Sama sama kita berusaha menjadi Muslim yang lebih baik, insyaAllah."
"Bingka atau bengkang merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu. Terdapat pelbagai jenis bingka yang wujud. Antaranya bingka labu, bingka ubi kayu dan bingka pandan. Bahan dan cara-caranya\u00a0 pu mudah sahaja. Hanya memerlukan santan, gula, garam dan air. Bahan tambahan bergantung kepada jenis bingka ya. Cara memasak nya pun senang. hanya perlu tuang adunan ke dalam loyang dan bakar. Taraaa.. Dah siap. Mudahkan? Seperti a,b,c dan 1,2,3.\n\nJadi apa lagi. Jom cuba resepi Imah Akmal dari laman \u2018facebook\u2019 . InsyaAllah menjadi dengan jayanya. Bolehlah puas hati bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Lagi seronok kalau dapat menjamu orang yang tersayang. Jom tengok resepinya di bawah.\n\nSelain resepi Bingka Pandan ini, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. \u2018Sharing is caring\u2019 kan dan terima kasih lah sebab sudi melawat blog bidadari.my. Semoga apa yang dikongsi di sini mendapat manfaatnya kepada semua yang memerlukan."
"Biskut arab termasuk dalam senarai biskut yang disediakan pada hari raya. Biskut arab penyediaannya paling simple tapi sedap cair dalam mulut. Kanak-kanak sangat menyukai biskut ini.\n\nResepi yang dikongsikan oleh Zalina Yahaya di Facebook ini boleh dapatkan 192 biji biskut arab. Kalau anda rasa terlalu banyak boleh buat setengah adunan sahaja. Resepi ini mendapat perkongsian dan like sangat ramai.\n\nApabila anda ingin mendapat rasa biskut arab yang asli padu, gebu dan meletop sila ikut saja resepi yang ditulis di bawah ini sebiji-sebiji serta bahan yang digunakan juga kena ikut. Tetapi kalau anda mahu tukar kepada bahan brand lain contoh guna buttercup, minyak sapi timbang atau apa sahaja terserah pada anda. Tapi rasa confirm tidak sama. Sila cuba.\n\n1. Satukan semua bahan bertanda *, Kacau sebati. Kacau dengan senduk kayu saja. Tak payah guna mixer. Kita mahu kacau sampai sebati saja bukan sampai kembang gebu. Minyak sapi tak perlu dicairkan. Ceduk dari tin, terus guna.\n\n2. Selepas sebati masukkan tepung sedikit-sedikit.\n\n3. Lepas semua tepung dah masuk, buat bulat-bulat. Kalau mahu sama besar guna sudu sukat. Sukat dulu baru buat bulat-bulat. Guna sukatan 1/2 sudu besar.\n\n4. Kemudian sudah siap bulat-bulat. Bakar pada suhu 160\u2019C selama 30 minit. Tapi kena ikut oven masing-masing. Jangan garing sangat. Tengok bahagian bawah kalau sudah coklat sedikit boleh angkat.\n\n5. Sejukkan dahulu baru golek atas gula castor atau gula aising.\n\nUntuk rasa yang lebih asli dan cair di mulut. Sila jemur tepung anda di bawah panas matahari.\u00a0Atau kalau malas (confirm hampa malas) masukkan dalam oven sekejap. Panaskan tepung pada suhu 160\u2019C selama 10 minit. Lepas itu biar tepung sejuk dulu.\n\nTerimakasih kerana mengunjungi laman web kami. Selain resepi biskut arab, kami juga menulis resepi lain yang menarik dan lengkap serta mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Suami yang terbaik adalah suami yang boleh membimbing keluarganya ke jalan yang benar dan bertanggungjawab menjaga keluarganya. Ciri-ciri suami ini yang paling dikehendaki oleh semua wanita. Zaman sekarang susah untuk wanita mencari lelaki yang betul-betul bertanggungjawab dan ikhlas untuk mengahwini mereka.\n\nTetapi bukan semua lelaki tidak bertanggungjawab, hanya segelintir daripada mereka sahaja yang bersifat kurang bertanggungjawab. Lelaki zaman kini, kita lihat mereka lebih kuat bekerja, lebih berilmu dan lebih pandai bersosial. Tetapi adakah ciri-ciri ini akan dikekalkan setelah mereka berkahwin?\n\nUntuk menjadi suami yang terbaik untuk isteri, mereka perlu tahu teknik yang bagus. Apakah teknik-teknik tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 teknik rahsia untuk menjadi suami yang terbaik. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Teknik rahsia menjadi suami yang terbaik\n\nTeknik 1 : Perlu ada Mind-Reading abilities\n\nWalaupun nampak susah tapi kemahiran membaca dan meneka perasaan dan fikiran isteri ni boleh membuatkan si isteri makin rasa disayangi & dicintai\n\nSuami yang pandai membaca dan mendalami perasaan, mimik wajah dan rajukan isteri ni dipanggil suami yang ada Emphatic Accuracy.\n\nTeknik 2 : Perlu menjadi Active Listener isteri\n\nSuami yang ada skill menadah telinga ni sangat sangat disukai isteri lebih lebih lagi yang tahu ilmu Active Listening ni.\n\nApa tanda suami tu Active Listener?\n\n\ud83d\udc42\u00a0Bukan mendengar untuk membalas balik bebelan isteri\n\nTeknik 3 : Perlu menjadi Spiritual Mentor isteri\n\nIsteri sangat suka suami yang boleh bimbing rohaninya. Sebab bila rohani si isteri dipenuhi, maka hati isteri akan jadi mudah jinak, lebih tenang dan rasa lebih tenteram sepanjang hari.\n\nSebab tu lah sesibuk apa pun suami, suami tetap kena penuhi hati isteri dengan rasa cinta pada Allah, Rasul dan hari akhirat.\n\nTeknik 4 : Suami perlu ada Self-Control yang tinggi\n\nBila suami tengah sangat marah tetapi masih boleh kawal intonasi dan nada suara, suami tu dikira ada self-control yang\u00a0hebat.\n\nSuami yang self-control yang\u00a0hebat\u00a0ni sangat dihormati isteri kerana ia menandakan mereka mempunyai kemampuan mengemudi emosi sendiri. Inilah juga yang akan menaikkan kredibiliti dan autoriti seorang suami sebenarnya.\n\nTeknik 5 : Perlu tahu Love Language isteri\n\nLove language isteri kita adalah perbuatan kita pada dia yang buatkan dia rasa dicintai. Lain orang lain Love Language-nya tau. Ada setengah isteri rasa lebih dicintai bila suaminya cuci pinggan, ni tanda Love Languagenya adalah Service. Ada isteri yang lebih rasa dicintai bila suaminya banyak ucap I Love You, ni Love Languagenya adalah Words of Affirmation.\n\nYang agak haru sikit bagi si suami kalau Love Language isteri adalah Receiving Gift. Haa, yang ni kalau dapat dua tiga utas rantai emas juga ni baru tersenyum senyum si isteri sebab rasa dicintai.\n\n*Berikut adalah teknik rahsia untuk menjadi suami yang baik di mata isteri. Bahasa yang lebih mudah, kita perlu tahu perkara yang isteri suka apabila kita lakukan untuk mereka dan perkara yang tidak disukai oleh isteri apabila kita membuatnya. Cuba elak lakukan perkara yang tidak disukai si isteri. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Boleh baca artikel asal di sini."
"Wabak Denggi telah dikesan sejak 239 tahun yang lalu namun pada ketika itu wabak denggi tidak begitu merbahaya berbanding pada sekarang .\n\nWabak denggi menjadi satu ancaman kepada rakyat dunia pada tahun 1990 apabila ia merupakan virus bawaan nyamuk yang paling banyak menyerang manusia berbanding penyakit\u00a0 demam malaria. Demam denggi dicatatkan telah meragut hampir\u00a0 20 nyawa di Rio Di Janeiro pada 2002.\n\nDi\u00a0 Malaysia, kes pertama demam denggi direkodkan pada 1902 manakala kes demam denggi berdarah dilaporkan pada 1962 di Pulau Pinang.\u00a0 Dari tahun ke tahun, statistk kes demam denggi meningkat dan ini makin membimbangkan semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia.\n\nMenurut statistik terkini, jumlah kes yang dilaporkan dari 31 Disember 2017 hingga 13 Ogos 2018 adalah sebanyak\u00a0 44,984 kes. Negeri yang mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor dan diikuti dengan Kuala Lumpur masing-masing dengan 25,636 kes dan 4,034 kes.\n\nKes demam denggi dikhuatiri akan terus meningkat sekiranya tiada kesedaran dan tindakan dari semua pihak bagi menangani wabak epidemik ini.\n\nTahukah anda apa itu DEMAM DENGGI??\n\nDemam denggi merupakan demam yang disebabkan oleh flavivirus yang dibawa oleh nyamuk \u00a0Aedes betina yang telah dijangkiti. Flavivirus dipindah daripada nyamuk aedes betina yang dijangkiti kepada manusia sihat ketika nyamuk sedang menghisap darah .\n\nNyamuk Aedes berfungsi sebagai vektor atau pembawa penyakit denggi. simptom demam denggi dapat diketahui seawal 18 jam selepas jangkitan. Tahukah anda bahawa terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi.\n\nDikalangan pakar perubatan, virus ini dikenali sebagai DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.\u00a0 Disebabkan demam denggi ini adalah virus bawaan nyamuk, manusia boleh dijangkiti dengan demam denggi lebih dari sekali.\u00a0 Dan biasanya pada jangkitan kedua ia lebih teruk berbanding jangkitan pertama.\n\nIni disebabkan badan manusia telah menghasilkan antibodi untuk serangan pertama namun apabila seseorang pesakit itu dijangkiti oleh virus demam denggi untuk kali kedua, jenis virus yang menyerang adalah berbeza dan ini menyebabkan sistem imunisasi keliru seterusnya mengakibatkan proses pembiakan virus berlaku dengan lebih cepat dan keadaan pesakit menjadi lebih teruk.\n\nTerdapat tiga fasa dalam wabak demam denggi dan ini boleh menjelaskan jenis demam denggi yang dihidapi oleh pesakit.\n\nFasa yang pertama adalah ; fasa demam atau juga dikenali sebagai \u201cFebrile Phase\u201d. Simptom yang pertama dapat dilihat selepas 18 jam selepas digigit nyamuk aedes adalah suhu badan meningkat sehingga 38\u2070C dan pesakti mula hilang selera makan. Akibat suhu yang tinggi, pesakit terdehidrasi dan cirit-birit serta muntah.\n\nSelain itu, pesakit juga merasa sakit kepala dan sakit di bahagian belakang kepala. Virus Flavivirus akan terus menyerang sendi pesakit dan sekaligus menyebabkan pesakit merasa sakit badan.\n\nPada fasa ini, akan terdapat kesan diruam di sekitar badan mereka. Sekiranya pesakit mendapat rawatan yang sepatutnya dalam masa tiga hari, pesakit berpeluang untuk sembuh sepenuhnya.\n\nFasa yang kedua dikenali sebagai fasa kritikal atau \u201cCritical Phase\u201d.\u00a0 Fasa kritikal ini akan menunjukkan suhu pesakit akan menurun kurang daripada 38\u2070C. \u00a0Di dalam fasa ini, kepekatan darah akan meningkat disebabkan oleh air keluar menembusi saluran darah dengan lebih banyak kerana dinding saluran darah menjadi lebih telap (mudah tembus) .\n\nKepekatan darah yang tinggi akan menyebabkan saluran darah pecah dan berlaku pendarahan. Fasa inilah yang dikenali sebagai demam denggi berdarah (DHF).\u00a0 Pesakit akan mengalami simptom seperti kerap muntah, pucat, sesak nafas dan berlaku pendarahan.\n\nPesakit akan mengalami pendarahan pada gusi dan hidung serta penampakan tompok merah pada kulit pesakit. Sekiranya terdapat tanda-tanda ini pada diri anda, dapatkan rawatan pakar dengan segera bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang lebih teruk. Seperti yang kita semua sedia maklum, demam denggi berdarah boleh membawa maut.\n\nFasa terakhir di dalam wabak demam denggi adalah fasa pemulihan atau \u201crecovery phase\u201d. Selepas pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya, masalah ketelapan dinding salur darah akan kembali normal dan kepekatan darah akan menjadi seperti sediakala. Bacaan platlet juga akan meningkat semula berbanding semasa fasa kritikal.\n\nBagi pesakit kanak-kanak, simptom wabak demam denggi yang ditunjukkan adalah bernafas dengan laju, tidak aktif dan kelihatan pucat.\n\nSekiranya pesakit tidak diberikan rawatan dengan cepat, pesakit berpotensi untuk mendapat masalah pada otat jantung, keradangan hati , jangkitan virus denggi di bahagian otak dan sebagainya.\n\nKetika ini pegawai perubatan dan pegawai penyelidikan sedang bertungkus lumus untuk mencari anti-viral yang sesuai bagi menangani wabak demam denggi namun usaha itu belum mendatangkan hasil.\n\nKaedah rawatan yang dijalankan untuk pesakit demam denggi adalah lebih berupa bentuk sokongan moral seperti memastikan pesakit dalam keadaan terurus dan sentiasa minum air yang mencukupi. Selain itu, kita boleh membantu dengan menderma darah kepada pesakit sekiranya pesakit mengalami masalah kekurangan darah akibat pendarahan.\n\nKita sering menyebut demam denggi, tapi sedarkah kita apa yang membawa kepada gejala wabak demam denggi di sekeliling kita? Jawapannya ada pada diri kita sendiri, bagaimana kita menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal dan\u00a0 kebersihan diri.\n\nTerdapat pelbagai langkah pencegahan yang perlu kita lakukan untuk mengatasi wabak demam denggi antaranya adalah; memastikan persekitaran rumah dan tempat kerja dalam keadaan bersih . Seminggu sekali kita boleh membuat pemeriksaan rutin sekirnya terdapat bekas air yang bertakung.\n\nBekas air bertakung merupakan habitat untuk nyamuk aedes membiakkan larva hingga menjadi jentik-jentil. Proses kitaran hidup dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa adalah selama seminggu, jadi sekiranya kita membuat pemeriksaan berkala dapat mengurangkan potensi nyamuk aedes membiak.\n\nNyamuk aedes aktif pada waktu pagi iaitu sekitar jam 5 hingga 8 pagi dan waktu petang 5 hingga 8 malam. Cuba elakkan untuk berada di luar kawasan rumah pada waktu tersebut dan sekiranya perlu untuk menjalankan aktiviti pada masa-masa tersebut pastikan anda sudah mengambil pencegahan awal sepeti memakai losyen anti-serangga atau pemilihan pemakaian yang sesuai."
"Minyak telon ialah di antara barang keperluan bayi yang wajib bagi ibu-ibu di Malaysia. Malah semasa mengandung lagi pastinya ibu-ibu sudah melakukan survey untuk memilih minyak telon mana yang terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan. \n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang minyak telon untuk bayi. Kami akan kongsikan apakah kebaikan minyak telon kepada bayi anda dan apakah jenama minyak telon terbaik yang ada di pasaran untuk anda pilih.\n\nApakah kebaikan minyak telon untuk bayi anda?\n\nPastinya anda tertanya-tanya apakah kebaikan minyak telon kepada bayi? Kenapa kita ibu-ibu di Malaysia akan memakaikan minyak telon kepada bayi setiap kali selepas mandi? \n\nApakah kesannya jika kita tidak memakaikan minyak telon kepada bayi? Untuk pengetahuan anda, berdasarkan pengalaman ibu-ibu sejak zaman dahulu kala, di antara kebaikan minyak telon kepada bayi ialah:\n\nUntuk pengetahuan anda, tubuh badan bayi masih belum mampu untuk menghangatkan suhunya dengan sendiri atau menyesuaikan diri dengan keadaan suhu di sekelilinya. \n\nItulah sebabnya kita sebagai ibu bapa perlu membantu untuk menghangatkan tubuh bayi, terutamanya pada waktu malam atau semasa hujan dimana cuaca menjadi sejuk. Jika bayi anda dibiarkan kesejukan, dikhuatiri sicomel akan demam, selsema, atau jatuh sakit.\n\nMengelakkan bayi dimasuki angin lalu terkena kembung\n\nBayi adalah sangat lemah dan mudah dimasuki angin. Di antara tempat yang mudah dimasuki angin ialah pada bahagian ubun-ubun dan tapak kaki. Itulah sebabnya mengapa bayi yang baru lahir biasanya dipakaikan dengan stokin dan topi. \n\nSebagai tambahan, minyak telon akan disapukan pada tubuh badan bayi bagi memastikan tiada angin jahat masuk ke dalam badan bayi anda.\n\nMenyapukan minyak telon pada perut, tapak kaki, keting, dan kaki bayi akan membantu menghilangkan kembung atau sakit perut yang dialami oleh bayi anda. \n\nBayi anda masih belum pandai bercakap untuk memberitahu tentang kesakitan atau ketidak selesaan yang dialami. Bayi cuma mahu menangis. Perhatikan bayi anda. Biasanya tangisan bayi akan hilang atau berkurangan selepas anda sapukan minyak telon pada bayi anda. \n\nMinyak telon biasanya mempunyai bau yang harum dan berasa sedikit panas apabila disapu pada kulit bayi. Apabila anda menyapu minyak telon pada anggota badan bayi seperti perut, punggung, dada dan tapak kaki, bayi anda akan berasa selesa. Aroma wangi dan kehangatan dari minyak telon tadi akan membuatkan bayi anda berasa selesa, relaks, dan mudah untuk tidur nyenyak.\n\nSelain memberikan rasa selesa, minyak telon juga menenangkan bayi anda. Aroma minyak telon akan melekat pada tubuh badan bayi anda dan dihidu oleh sicomel. Malah urutan yang anda lakukan selepas menyapukan minyak telon akan membuatkan bayi anda berasa tenang. \n\nKombinasi aroma minyak telon dan urutan yang anda berikan pastinya akan menenangkan bayi anda. Bayi yang berada dalam keadaan tenang tidak akan meragam dan biasanya tidur nyenyak dengan lama.\n\nMinyak telon biasanya dibuat daripada herba dan akar kayu yang sangat baik untuk kulit bayi anda. Di antara kebaikan minyak telon kepada bayi ialah membantu meembabkan kulit bayi. Perasan tak ada bayi yang mengalami masalah kulit kering atau menggelupas? Jika anda sapukan minyak telon pada kulit yang kering atau menggelupas, selepas beberapa hari kulit pada bahagian tadi akan mula kelihatan cantik dan sihat semula.\n\nBayi anda mungkin akan berasa gatal-gatal pada kulit disebabkan oleh ruam, ruam susu, atau pun digigit oleh serangga. Mungkin juga kegatalan yang dialami berpunca daripada sabun dan syampu yang tidak sesuai dengan kulit bayi anda. Menyapu minyak telon pada kult bayi anda akan membantu menghilangkan gatal-gatal yang dialami. Lepas ni takdelah bayi anda menangis dan meragam lagi.\n\nBagaimanakah cara untuk menggunakan minyak telon?\n\nMinyak telon boleh disapu pada tubuh badan bayi anda setiap kali selepas mandi atau pun semasa anda menggantikan lampin yang penuh. Anda boleh menyapukan minyak telon pada:\n\nApakah jenama minyak telon terbaik di pasaran?\n\nTidak dinafikan terdapat lambakan minyak telon dengan pelbagai jenama di pasaran. Ada jenama yang baru, ada jenama yang sudah lama ada sejak zaman dahulu lagi. Malah ada minyak telon dari Indonesia, Malaysia, dan China. Sampai anda rambang mata tak tahu mana satu nak dipilih. Berikut adalah di antara minyak telon yang terbaik:\n\nMinyak telon pilihan kami ialah Minyak Yu Yee Cap Limau kerana ianya serasi dengan semua bayi kami. Alhamdulillah bayi susah untuk kembung dan kalau kembung sekali pun sekejap sahaja akan sihat semula.\n\nItulah dia info tentang minyak telon untuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang doa penerang hati tahnik bayi dan anak muntah tapi tak demam\n\n*Artikel ini hanya pandangan dan pengalaman peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat Bidadari."
"Ada yang bertanya saya tentang set kesuburan. Ada yang sudah 2 tahun, 6 tahun malah 9 tahun berkahwin dan masih belum direzekikan dengan zuriat, dan mereka meminta nasihat saya tentang soal yang melibatkan kesuburan.\n\nMalahan banyak produk yang masuk ke dalam mesej inbox FB saya termasuk krim sapuan dan lain-lain untuk meningkatkan kesuburan, dengan harga yang mencecah hampir ribuan, bahkan dikepilkan sekali dengan testimoni yang begitu meyakinkan.\n\nSaya tahu, orang yang sangat inginkan cahayamata sanggup berbuat apa sahaja dan sanggup belanjakan berapapun harganya.\n\nTapi duhai pembaca budiman, untuk \u2018tackle\u2019 masalah kesuburan bukanlah semudah itu. Sebagai seorang doktor, yang berkait soal kesuburan saya tidak akan terus mencadangkan apa-apa supplemen secara semberono, kerana saya tidak suka menjual harapan.\n\nBuat apa belanjakan beratus-ratus untuk makanan tambahan/supplemen yang sebenarnya bukan keperluan? Ada wanita mengambil macam-macam ubat, supplemen, jamu, pergi berurut untuk \u2018menaikkan peranakan\u2019, dan pelbagai lagi usaha, sedangkan masalahnya pada si suami!\n\nJadi biasanya saya akan tanya dahulu tentang masalah kedua-dua wanita dan lelaki, untuk mencari punca. Masalah kesuburan terbahagi kepada dua faktor utama; \u201cfemale factor\u201d iaitu masalah kesuburan wanita dan \u201cmale factor\u201d iaitu masalah yang disebabkan oleh lelaki.\n\nCarta menunjukkan faktor yang menyumbang kepada ketidaksuburan. [Wikipedia]\n\nSecara ringkasnya, sebuah kajian menunjukkan kira-kira satu pertiga kes infertility (ketidaksuburan) disebabkan oleh wanita sahaja, satu pertiga kes infertility disebabkan lelaki sahaja, dan satu pertiga lagi disebabkan oleh kedua-duanya atau tiada sebab yang boleh dikenalpasti.\n\nJadi mentaliti masyarakat perlu dibetulkan terutama bab \u2018kemandulan\u2019 yang sering ditujukan hanya kepada wanita semata-mata. Bahkan sebuah lagi kajian menyebutkan dalam kira-kira 40% suami isteri yang belum dikurniakan zuriat, pasangan lelakilah yang merupakan faktor penyebab atau faktor penyumbang kepada ketidaksuburan pasangan-pasangan tersebut.\n\n1) Sperma yang abnormal \u2013 dari segi jumlah, morphology, motility dan lain-lain (yang boleh disebabkan oleh infection, kencing manis tidak terkawal, perokok tegar dsbgnya)\n\n2) Masalah mati pucuk, premature ejaculation, retrograde ejaculation dan lain-lain.\n\n3) Terdedah kepada bahan kimia atau toksin berlebihan seperti kuat merokok, pengambilan alkohol atau dadah berlebihan dan lain-lain.\n\nAntara faktor disebabkan WANITA pula adalah;\n\n1) Masalah ovary yang melibatkan proses ovulasi seperti polycystic ovarian syndrome (PCOS)\n\n2) Masalah yang disebabkan rahim atau pangkal rahim seperti masalah anatomi rahim, fibroid yang menghalang proses penempelan dan lain-lain\n\n3) Masalah tiub fallopio seperti tiub tersumbat atau mengalami radang\n\n7) Badan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus\n\nJika ada faktor di atas yang mungkin menyebabkan ketidaksuburan anda/pasangan, seeloknya cubalah atasi atau dapatkan rawatan.\n\nJika anda tiada sebarang masalah di atas, bolehlah saya syorkan supplemen tertentu untuk membantu meningkatkan kesuburan, di samping memberi konsultasi tentang hubungan kelamin ketika waktu subur dan sebagainya.\n\nKita sebagai hamba hanya mampu berikhtiar, doa dan tawakkal kepada Tuhan, dan Dialah sebaik-baik Pemberi Rezeki."
"Kanak-kanak sering mengalami demam dan kebanyakkan tidak memberi kesan yang berbahaya. Umumnya, demam bukanlah satu penyakit tetapi lebih dikenali sebagai reaksi fasa akut badan (simptom) yang menunjukkan tindak balas imun badan anak kepada jangkitan yang biasa dialami oleh mereka. Rawatan kendiri di rumah boleh dibuat dengan memberikan anak ubat demam budak yang ada dijual di farmasi atau klinik. \n\nNilai julat suhuh bagi seseorang yang mengalami demam bersuhu rendah atau \u201clow-grade fever\u201d adalah sekitar 37.5OC sehingga 37.9OC. Manakala untuk demam bersuhu tinggi atau \u201chigh-grade fever\u201d adalah \u226538OC dan ke atas. Julat suhu 37.4OC ke bawah pula menandakan seseorang itu tidak demam.\n\nPada suhu 40OC anak berisiko tinggi untuk mengalami sawan jika tidak dipantau dengan teliti. Di rumah, anda boleh gunakan alat-alat termometer yang banyak dijual di pasaran sama ada infra-red ear termometer ataupun non-contact temporal artery termometer. \n\nSelepas memeriksa suhu dan memastikan anak benar-benar demam, kita boleh memberikan mereka ubat demam budak yang bertulis seperti paracetamol atau acetaminophen.\n\nJenama Panadol sudah sangat popular oleh masyarakat Malaysia baik orang dewasa mahupun kanak-kanak. Apa yang menarik tentang Panadol Chewable Fever Tablet ini adalah ia berbentuk tablet yang boleh dikunyah. Bagi anak yang sukar menelan ubat cecair atau sirap, ini adalah pilihan yang sangat sesuai dan baik untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun.\n\nIa berupaya memberikan kelegaan pada demam, sakit kepala, sakit dan demam yang disebabkan vaksinasi, sakit selepas prosedur pergigian atau cabut gigit, atau apa-apa kesakitan berkaitan gigi. \n\nBukan itu sahaja jenama panadol ini juga boleh dimakan tanpa air atau alat dos, lembut pada perut si kecil, dan yang paling penting bebas gula dan asid asetilsalisilik. Cara makannya mudah sahaja, berikan tablet tersebut kepada anak mengikut dos yang disarankan dan biarkan ia larut dalam mulut.\n\nDidatangkan dengan perisa oran dan buah-buahan yang sedap dan mudah ditelan, Uphamol 250 berupaya untuk melegakan kesakitan, demam, ketidakselesaan semasa pertumbuhan gigi, sakit kepala, sakit gigi, selsema, demam selsema, dan tindak balas badan terhadap vaksin.\n\nUphamol mengandungi bahan aktif iaitu paracetamol untuk melegakan badan yang bersuhu tinggi. Cara makannya mudah sahaja, goncang dahulu botol sebelum dibuka. Kemudian, sukat dengan alat dos penyukat yang dberikan dan suapkan kepada anak.\n\nDisarankan untuk ambil 4 hingga 6 jam dan tidak melebihi 4 kali sehari atau lebih dari sukatan yang ditetapkan.\n\n3. Hurix\u2019s Fever & Cold Syrup for Children\n\nHurix\u2019s jenama yang memang tidak asing lagi digunakan di Malaysia. Kerana kekerapan ia menjadi pilihan ramai menyebabkan jenama ubat ini mudah didapati di kedai-kedai kecil, stesen minyak, farmasi, mahupun kedai runcit. Hurix\u2019s Fever & Cold Syrup for Children dapat membantu menghilangkan demam panas, dan rasa kurang selesa semasa anak tumbuh gigi.\n\nSelain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan selsema, sakit kepala, sakit tekak, dan sakit badan. Cara penggunaannya:\n\nUbat demam budak yang seterusya adalah dari Hoemal Paracetamol. Sama juga ia mengandungi bahan aktif paracetamol yang bertindak sebagai analgesik ubat tahan sakit dan antipiretik. Ia membantu untuk melegakan sakit ringan atau sederhana termasuklah demam selsema, sakit gigi, dan simptom demam disebabkan virus influenza.\n\nDengan perisa blackcurrent yang sedap, pasti kanak-kanak diusia 6 tahun ke atas tidak ada masalah untuk makan ubat ini ketika demam. Cara makannya, ubat ini mestilah diambil selepas makan mengikut sukatan dan tidak perlu dicampur dengan air. \n\nSatu lagi jenama ubat batuk budak adalah Axcel yang mengandungi 250 paracetamol sama seperti Uphamol 250 tadi. Ia juga sesuai untuk melegakan demam dan selsema bagi kanak-kanak. \n\nIbu bapa yang mempunyai anak yang demam dalam lingkungan berusia 1 hingga 12 tahun boleh memberikan ubat ini dengan sukatan dos yang ditetapkan. Didatangkan dengan perisa oren memang kegemaran bagi semua kanak-kanak. Cara penggunaannya:\n\nProgesic- 250 Suspension adalah jenama tempatan yang ada dijual di pasaran sebagai ubat demam budak. Didalamnya ada kandungan paracetamol 250mg/5ml yang sangat disarankan untuk melegakan demam panas dan demam disebabkan sakit gigi serta sakit kepala secara pantas.\n\nMenariknya, ia didatangakan dengan peris raspberry-cherry yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Cara penggunaannya:\n\nSemoga perkongsian mengenai ubat demam budak ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk mendapatkan ubat terbaik di pasaran.\n\nSelain dari artikel berkenaan dengan ubat demam, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan kesihatan seperti:"
"Jamu berasal dari negara Indonesia. Jamu diperbuat daripada pelbagai bahan semulajadi seperti, kayu, bunga, buah-buahan, madu, susu, kunyit dan pelbagai lagi. Jamu dijumpai melalui tradisi orang jawa yang suka mengamalkan jamu. Menurut mereka, jamu ini bagus untuk kesihatan diri kerana bahan-bahannya yang diperbuat daripada bahan herba semulajadi.\n\nOleh kerana orang dulu-dulu yang suka merantau, maka jamu telah sampai ke Malaysia dan sehingga kini ramai yang mengamalkan jamu. Ada pelbagai jenis air jamu yang telah diolah oleh ramai orang. Sebagai contoh, ada air jamu yang bagus untuk hilangkan angin, jamu yang bagus untuk hilangkan lenguh-lenguh badan, jamu bagus untuk kesihatan wanita dan pelbagai.\n\nJika badan terasa tidak sedap dan selesa boleh amalkan air jamu ini yang telah diwarisi dari turun temurun. Air jamu ini adalah air turun temurun dari orang jawa.\n\nMari kami kongsikan kepada anda resepi sebenar air jamu turun temurun dari jawa. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Suhaili Ellie Mohamed. Puan Suhaili berkongsikan resepi ini di laman Facebook Masak Apa Hari Ni. Puan Suhaili juga merupakan pemilik Mama Ell Home Kitchen.\n\n1) Lempuyang, Halia, Kunyit Hidup tu dibersihkan dan dikisar halus dan dicampur dengan sedikit air. Manakala manjakani pula dibersihkan dan dikisar kering.\n\n2) Tapiskan kesemuanya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serbuk manjakani yang dah dikisar tadi, gula melaka dan asam jawa dan tambahkan air masak.\n\n3) Masak sehingga lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Tapis dan sejukkan.\n\n*Boleh diminum bila-bila masa saja. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.\n\nTidak perlu minum jamu ni hari-hari. Apabila badan rasa tidak sedap, boleh buat dan minum. Sebulan sekali atau dua pun sudah mencukupi. Bagi yang baru bersalin, elakkan daripada minum. Kalau mahu minum tunggu bayi sudah bebas jaundis atau di hujung-hujung pantang atau selepas berpantang. Ini amalan dari zaman anak dara (sejak berumur 13 tahun).\n\n*Selepas ini kalau teringin nak minum air jamu, tidak perlu lagi membeli. Boleh buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Puan Suhaili. Cara-caranya tidak susah dan bahan-bahannya boleh didapati di kedai-kedai yang menjual jamu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Penat? Tak sempat nak masak? Bolehlah cuba masakkan lauk mudah dan ringkas seperti ikan bilis. Sekarang nih kita boleh tengok pelbagai resepi ikan bilis goreng yang telah divariasikan dengan pelbagai bahan tambahan. Ada kerabu ikan bilis,salad ikan bilis, sambal goreng ikan bilis dan lain-lain lagi. Jadi kami kongsikan resepi sambal goreng ikan bilis ini yang merupakan lauk mudah dan ringkas. Sebabnya? Ianya tak memerlukan bahan yang banyak dan leceh untuk dicari. \n\nSelain dari tu, cara masaknya pun senang. Simple kan? Simple tapi marvellous. Siapa yang tak nak. Tambahan pula menu ini boleh buat simpanan untuk seminggu sekurang-kurangnya (jika simpan kat luar). kalau simpan di dalam peti, pastilah lagi lama. Tapi takut tak sempat simpan lama jer sebab dah habis. \n\nJadi, apa lagi bolehlah jadikan menu ini untuk seisi keluarga malam nih. Pasti tambah nasi punya. Satu lagi, untuk mak-mak yang nak bekalkan lauk yang tahan lama untuk anak-anak yang balik asrama, lauk sambal goreng ikan bilis ini sangatlah sesuai dan menyelerakan. yang penting boleh tahan lama walaupun tanpa peti sejuk.\n\nJom tengok resepi dari Hayati Yati . Ramai yang sudah mencubanya. Para suami pun boleh cuba masak menu ini. InsyaAllah senang dan mudah untuk difahami dan diikuti. Resepinya boleh tengok di bawah. Pasti tak kan menyesal. Sekali cuba pasti nak buat lagi.\n\nDah siap. Pastu jangan tunggu lama-lama. Baca doa dan boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami."
"Pernah dengar nama metamfetamin? Mungkin janggal kedengaran di telinga kita. Kalau nama syabu, meth, ice dan batu, terus kita tahu itu ialah nama sejenis dadah. Walau apapun namanya, kesan yang ditinggalkan oleh dadah yang popular di dunia ini cukup menakutkan.\n\nPada tahun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menumpaskan kartel syabu di beberapa negeri antaranya Johor Bahru, Selangor dan Pulau Pinang. Ini menunjukkan penggunaan syabu di negara sudah semakin meluas dan membimbangkan.\n\nOleh itu, ibu bapa perlulah pantau aktiviti anak-anak di luar rumah. Pastikan mereka tidak terlibat dengan gejala dadah dan rakan sebaya yang merosakkan diri.\n\nArtikel ini akan berkongsi kesan-kesan buruk dan menakutkan akibat bahaya kesan pengambilan syabu. Diharapkan ia akan memberi kesedaran kepada para pembaca untuk menjauhi apa saja jenis dadah.\n\nSyabu ialah sejenis dadah yang berbentuk serbuk atau kristal. Lazimnya, ia akan disedut melalui hidung, disuntik atau dihisap untuk mendapatkan keseronokan berkhayal.\n\nKesan pengambilan syabu ke atas diri seseorang bergantung kepada bentuk, cara pengambilan dan kuantiti yang diambil. Dikatakan bahawa cara yang paling pantas untuk mendapat kesan khayalannya ialah dengan cara menghisap.\n\nOrang yang ketagihan syabu akan berasa terlalu seronok selepas mengambilnya. Penggunanya akan mempunyai fikiran yang jelas dan tenaga luar biasa. Dalam masa beberapa minit pengambilan syabu, mereka akan berasa khayal atau \u2018high\u2019.\n\nMengapa syabu memberi kesan sebegitu? Ini kerana kesan metamfetamin menyebabkan paras hormon dopamin di dalam otak meningkat secara mendadak. Peningkatan drastik itu ialah 1000 kali ganda berbanding pada tahap normal.\n\nPeningkatan ini sangat tinggi berbanding kesan dadah-dadah yang lain. Antara kesan pada fizikal pengguna ialah anak mata menjadi besar, kadar degupan jantung dan pernafasan menjadi laju, kurang selera makan dan nafsu seks meningkat.\n\nSyabu ialah stimulan yang poten. Ini bermaksud pengguna akan berasa seronok, gembira, peningkatan aktiviti fizikal, hilang mengantuk, lebih fokus dan kurang rasa lapar.\n\nWalau bagaimanapun, selepas kesan khayal hilang, pengguna akan berasa gelisah, cepat marah, gementar, keliru, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Jika ambil pada dos yang tinggi, suhu badan boleh meningkat dengan mendadak dan boleh mengakibatkan kematian.\n\nDi bawah ini disenaraikan kesan pengambilan syabu kepada penggunanya. Antaranya ialah:\n\nPengambilan syabu sama juga seperti dadah jenis lain seperti ganja, kokain dan heroin akan menyebabkan ketagihan melampau. Mereka juga akan terus bergantung kepada syabu apabila ingin membuat kerja, lupakan kesedihan, sedang marah dan sebagainya.\n\nKetagihan ini akan terus berulang-ulang pada tahap kronik. Apabila mereka berhenti mengambil syabu, akan ada kesan psikologi seperti kemurungan, gelisah, letih, bertindak ganas dan sebagainya.\n\nKesan toleran yang pantas menyebabkan penggunanya mengambil syabu dengan kerap dan dosnya pula semakin bertambah. Ini bertujuan untuk meneruskan kesan khayal yang dialami agar lebih lama.\n\nAda pengguna yang tidak makan dan tidur, namun terus mengambil syabu sehingga 1 gram setiap 2 hingga 3 jam dalam jangka masa beberapa hari. Malah yang lebih menakutkan, mereka yang ketagihan boleh tidak tidur sehingga 3 hingga 15 hari akibat kesan syabu.\n\nAkibat kerap mengambil syabu dengan dos yang tinggi, pengguna cenderung untuk lupa makan dan tidur. Tubuh badan yang tidak mendapat khasiat pemakanan secukupnya dan rehat yang sempurna mudah mendapat penyakit.\n\nOleh itu, mereka menjadi lemah dan mudah sakit-sakit kerana pengabaian kesihatan. Tubuh mereka kurang daya tahan penyakit, oleh itu jika ditimpa sakit lambat untuk sembuh.\n\nSeperti yang diterangkan di atas, jika berada dalam pengaruh syabu, pengguna tidak makan, tidur dan kebersihan diri juga diabaikan.\n\nPenggunaan pada dos yang tinggi menyebabkan berat badan turun dengan drastik, muka pucat dan kebersihan diri tidak terjaga. Ada yang mempunyai badan yang berbau, gigi kekuningan, berparut, kulit luka-luka dan tidak terurus.\n\nSyabu akan menyebabkan hilang selera makan yang sangat teruk, kurus mendadak dan mengganggu metabolisme badan.\n\n#6 Kerosakan Otak dan Sistem Saraf\n\nPara penyelidik menyatakan bahawa kerosakan pada otak dan sistem saraf akibat syabu akan menyebabkan gejala penyakit parkinson, alzheimer dan perlakuan psikotik seperti masalah mental.\n\n#7 Kerosakan Jantung, Saluran Darah dan Sistem Pernafasan\n\nDisebabkan pengambilan syabu akan membuat degupan jantung menjadi kencang dan tidak menentu, ia akan meningkatkan tekanan darah. Seterusnya akan menyebabkan sakit jantung dan membawa maut.\n\nMalahan, kerosakan pada salurah darah akan menyebabkan angin ahmar atau strok. Pengambilan syabu yang dicampur dengan bahan-bahan berbahaya akan menyebabkan masalah pernafasan iaitu sesak nafas.\n\nTerdapat juga kes-kes di mana wanita yang mengandung merupakan pengguna tegar syabu. Mereka tidak mampu menghentikan ketagihan walaupun sedang hamil. Bahaya pengambilan syabu bukan sahaja pada wanita itu tetapi juga anak yang dikandungnya.\n\nPengambilan syabu akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran pramatang dan keguguran. Malah, bayi yang dilahirkan juga berisiko mengalami masalah mental, tumbesaran, bersaiz kecil, hiperaktif dan sebagainya.\n\nPenggunaan alat suntikan yang tercemar secara berkongsi boleh meningkatkan risiko jangkitan HIV, hepatitis dan sebagainya. Malahan, syabu juga banyak digunakan ketika pesta dan di kelab hiburan.\n\nPenggunaan dadah ini juga dikaitkan dengan hubungan seks secara rambang dan ganas. Ini mendedahkan para pengguna dengan penyakit kelamin dan lain-lain.\n\nPenggunaan dadah tanpa kawalan akan memberi impak kepada institusi keluarga dan masyarakat. Seseorang suami akan bertindak ganas dan kasar ke atas isteri dan anak-anaknya jika berada di bawah pengaruh syabu.\n\nMalahan, banyak juga kes yang dilaporkan di negara kita apabila pengguna syabu membunuh ahli keluarganya disebabkan masalah mental dan paranoia. Ada juga yang membunuh diri disebabkan hilang upaya mengawal diri.\n\nMasalah ragut, kecurian dan rompakan juga berleluasa disebabkan pengguna syabu hendak mendapatkan wang untuk membeli syabu. Kesannya bukan saja ke atas diri sendiri tetapi juga mangsa-mangsa mereka.\n\nDisebabkan hilang fokus pada pekerjaan, sikap keliru dan baran, ia juga menjejaskan kemampuan pengguna syabu untuk bekerja. Mereka mudah letih dan boleh bertindak ganas jika berada dalam ketagihan\n\nInilah antara 10 kesan bahaya penggunaan syabu. Diharapkan artikel ini dapat membuka mata para pembaca tidak kira ibu bpa, golongan remaja dan pengguna syabu iru sendiri.\n\nSesungguhnya dadah amat berbahaya. Elakkan diri daripada bencana dadah. Nasihat untuk golongan remaja, pilihkan rakan-rakan yang berkualiti dan elakkan merokok. Isi masa dengan aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, bersukan dan melakukan hobi kegemaran.\n\nIbu bapa janganlah memberi sepenuh kepercayaan kepada anak-anak kerana kita tidak tahu bahaya yang menanti di luar sana. Tunjukkan contoh yang baik dan berikan nasihat yang berguna kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Jemput juga baca artikel tips pantau anak dan kebaikan anak makan bersama"
"Khasiat buah bidara atau dikenali sebagai Ziziphus mauritiana memberi manfaat kepada ekosistem alam sekitar, manusia, fauna, dan sebagainya. \n\nBuah ini kecil, tetapi penuh dengan nutrien penting yang mempunyai kesan positif terhadap tubuh kita.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah bidara kepada kesihatan diri kita.\n\nBuah bidara kaya dengan vitamin C, yang merupakan nutrien penting dalam menyokong sistem imun kita. Vitamin C membantu memperkuat pertahanan tubuh dan melawan jangkitan dan penyakit.\n\nBuah bidara mengandungi serat yang tinggi, yang membantu meningkatkan penghadaman. Serat membantu mencegah sembelit dan menjaga kesihatan usus dengan meningkatkan pergerakan tinja.\n\nDi samping itu, buah bidara juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk menyokong kesihatan hati. \n\nIa dikatakan dapat membantu dalam merawat masalah hati seperti penyakit hati berlemak dan keracunan alkohol.\n\nKandungan kalium dalam buah bidara dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Kalium membantu memperluas saluran darah dan membolehkan aliran darah yang lebih lancar.\n\nBuah bidara terkenal kerana kesan positifnya terhadap tidur. Buah ini mengandungi zat yang membantu mengurangkan kegelisahan dan meningkatkan kualiti tidur. \n\nIa juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah tidur seperti insomnia.\n\nKalsium dan fosfor dalam buah bidara membantu menyokong kesihatan tulang yang baik. Nutrien ini penting untuk pembentukan dan pemeliharaan tulang yang kuat.\n\nBuah bidara kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas. Buah ini juga dikatakan dapat mengurangkan kedutan dan mengekalkan keanjalan kulit.\n\nKajian menunjukkan bahawa ekstrak buah bidara dapat membantu menstabilkan gula darah. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk individu yang menghadapi masalah kawalan gula darah seperti diabetes.\n\nBuah bidara dikatakan mempunyai sifat adaptogenik, yang bermaksud ia membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menangani tekanan fizikal dan mental.\n\nSelanjutnya, khasiat buah bidara mengandungi komponen aktif yang dikatakan dapat meningkatkan fungsi otak dan kognitif. \n\nIa dapat membantu meningkan daya ingatan, konsentrasi, dan kemampuan belajar.\n\nBuah bidara juga mengandungi senyawa bioaktif seperti flavonoid dan polifenol yang dapat meningkatkan aktiviti sistem kekebalan tubuh. Ini membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan penyakit.\n\nKandungan antioksidan dalam buah bidara membantu melindungi jantung daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung koronari dan strok.\n\nSelain dari petua khasiat buah bidara ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:"
"Nona manis merupakan resepi yang berasal daripada Indonesia. Ianya amat sedap kerana terdapat pati pandan diluar yang memberi rasa manis. Intinya pula merupakan santan pekat yang lemak masin. Gabungan tiga rasa dalam satu kuih merupakan sebuah gabungan yang sangat ideal untuk dimakan berulang kali. Ditambah pula dengan saiznya yang kecil, mustahil kita hanya makan satu sahaja. Kebarangkalian untuk kita makan bertambah tambah juga amat tinggi.\n\nCara pembuatan nona manis agak rumit sedikit. Walaubagaimanapun, kita perlulah berusaha kerana pastinya ia membuahkan hasil. Bahan \u2013 bahannya mudah untuk didapati dan juga murah, membolehkan sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan ini. Sekiranya anda masih baru, tak usah khuatir, disini kami memberikan resepi langkah demi langkah supaya mudah untuk anda ikuti.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Azidawati Abd Aziz dan pastinya telah mendapat ribuan perkongsian serta komen \u2013 komen positif di media sosial. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!\n\nNota: Saya kisar kedua \u2013 dua bahan ini sebelum masuk kedalam acuan supaya adunan tidak berketul.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi nona manis ini, pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!"
"Sejak kebelakangan ni rasa macam ada something wrong tiap kali ke tandas untuk buang air kecil. Tertanya-tanya, ada masalah serius ke? Selalu dengar orang bercakap pasal kencing tak lawas. Rasa macam dah terkena jangkitan, tapi betul ke? Atau sebenarnya penyakit lain?\n\nAnda tak pasti sama ada keadaan anda sekarang adalah masalah kencing tak lawas atau tidak? Jom kami kongsikan tanda-tanda, simptom, dan gejala kencing tak lawas untuk panduan anda.\n\nJika anda mengalami masalah kencing tak lawas, anda akan berasa tak puas setiap kali membuang air kecil. Anda duduk\u00a0 lama di mangkuk tandas, tapi bila bangun, tetap rasa tak puas.\n\nAdakah anda merasakan bahawa pundi kencing tidak mengosong setiap kali membuang air kecil? Selepas membuang air pundi kencing masih terasa penuh.\n\n3. Rasa terdesak untuk membuang air kecil\n\nAnda baru sahaja membuang air kecil. Tak lama kemudian, anda rasa perlu membuang air kecil semula dan anda berlari ke tandas kerana pundi kencing dah terlalu penuh. Seolah-olah sudah berjam-jam anda menahan kencing. Anda sangat terdesak untuk membuang air kecil, dan ianya tidak normal.\n\n4. Terlalu kerap membuang air kecil\n\nAnda akan membuang air kecil dengan sangat kerap sehingga mengganggu urusan harian.\n\n5. Kekerapan membuang air kecil semakin kronik pada waktu malam\n\nApabila malam menjelma, anda akan semakin kerap membuang air kecil sehingga terpaksa bangun berkali-kali semasa tidur.\n\nJika anda mengalami masalah kencing tak lawas, anda akan perasan berlakunya lelehan air kencing yang sedikit tapi berpanjangan sehingga boleh menyebabkan seluar dalam anda basah.\n\n7. Susah untuk membuang air kecil\n\nIni adalah keadaan di mana anda sudah duduk di mangkuk tandas tetapi air kencing tidak terus keluar walau pun anda rasa sangat mahu membuang air kecil. Anda mengambil masa untuk memulakan pengeluaran air kencing.\n\n8. Aliran air kencing yang lemah, perlahan dan sekejap\n\nPesakit kencing tak lawas akan menghadapi keadaan aliran air kencing yang lemah, perlahan dan sekejap.\u00a0 Tidak sama dengan mereka yang sihat.\n\n9. Aliran kencing terhenti dan bermula semula\n\nPerhatikan aliran air kencing anda semasa membuang air kecil. Jika anda mendapati bahawa aliran yang keluar terhenti secara tiba-tiba, dan kemudian bermula semula, ia adalah salah satu tanda anda mempunyai masalah kencing tak lawas.\n\nAnda mungkin sedang mengalami masalah kencing tak lawas jika anda tiba-tiba terkencing tanpa sengaja. Ia adalah keadaan di mana anda tidak dapat mengawal aliran air kencing. Anda mungkin terkencing semasa membuat kerja atau pun semasa tidur.\n\n11. Sakit dan tidak selesa semasa membuang air kecil\n\nTanda kencing tak lawas yang seterusnya ialah rasa sakit dan tidak selesa semasa membuang air kecil. Anda akan berasa:\n\nPesakit kencing tak lawas akan mengeluarkan air kencing yang keruh. Ianya tidak sama dengan air kencing mereka yang normal.\n\nPerhatikan air kencing anda di dalam mangkuk tandas. Air kencing yang normal tidak akan berbuih. Sekiranya air\nkencing anda berbuih, ia adalah tanda bahawa anda sememangnya mengalami masalah kencing tak lawas.\n\nPesakit kencing tak lawas akan mendapati air kencing mereka berbau dengan lebih kuat berbanding biasa.\n\nSekiranya anda mengalami masalah kencing tak lawas disebabkan oleh prolaps \u00a0pundi kencing, anda akan berasa seperti terdapat benda asing didalam vagina. Benda asing tersebut ialah tisu pundi kencing yang telah jatuh ke bawah dan memasuki vagina anda. Apa yang paling ketara, perasaan ini akan hilang apabila anda baring.\n\nAir kencing\u00a0 anda akan bercampur dengan darah sekiranya anda menghadapi masalah kencing tak lawas disebabkan oleh penyakit kanser prostat.\n\nBagi kaum wanita, anda akan\u00a0 mula terasa sakit pada ari-ari.\n\nKencing tak lawas biasanya datang sekali dengan pakej sakit belakang . Ia mengganggu saraf lalu menyebabkan belakang anda berasa sakit\n\nBagi kaum lelaki, prostat anda akan membesar dan membengkak.\n\n20. Rasa tidak selesa dan kekejangan pada bawah abdomen\n\nTanda kencing tak lawas yang seterusnya ialah rasa tidak selesa dan kekejangan pada bahagian bawah abdomen. Anda bukannya berasa sakit, cuma tak selesa dan kejang sahaja.\n\nSesetengah orang akan mengalami demam apabila mendapat masalah kencing tak lawas. Ini berlaku kerana badan sedang bekerja keras untuk melawan jangkitan yang menjadi punca berlakunya kencing tak lawas yang sedang anda hadapi.\n\nItulah dia 21 tanda-tanda kencing tak lawas yang boleh menjadi panduan untuk anda membuat penilaian, sama ada anda mempunyai masalah kencing tak lawas atau tidak. Anda mengalami kebanyakan simptom di atas? Jangan berlengah. Segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan dari doktor yang bertauliah."
"Masalah kulit kering sememangnya menjadi salah satu perkara yang ditakuti. Bagi mendapatkan kulit yang lembap dan sihat, ramai individu yang mula menggunakan losyen badan. Fungsi losyen badan yang pastinya dapat memberikan kelembapan pada kulit yang kering menjadikannya sebagai produk yang perlu digunakan untuk perawatan diri.\n\nPenggunaan losyen badan yang teratur pastinya akan membuatkan kulit anda lebih sihat. Walaupun begitu, terdapat juga losyen badan yang tidak sesuai untuk anda gunakan. Pemilihan losyen badan yang sesuai juga sangat penting.\n\nDisebabkan hal ini, terdapat pelbagai jenis losyen badan yang berlainan fungsi. Losyen badan juga mempunyai fungsi yang berbeza dengan bau yang berbeza. Terdapat juga pelbagai jenama yang terkenal kerana fungsi yang ditawarkannya. Losyen ini juga terdapat dalam pelbagai jenis botol yang pastinya menarik perhatian anda.\n\nTerdapat pelbagai kebaikan menggunakan losyen badan. Antaranya ialah:\n\nBagi mereka yang mengalami masalah kulit kering, mereka pasti risau dengan keadaan cuaca yang sejuk atau panas. Hal ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu akan menyebabkan kulit mereka sukar dirawat.\n\nPenggunaan losyen badan yang sesuai dengan kulit kering pastinya dapat membantu melembapkan kulit. Penggunaan losyen secara terus sebelum dan selepas mandi dapat membantu kulit agar tetap lembap dan kenyal. Menggunakan losyen setelah mandi akan membantu badan mengunci kadar air dari lotion kerana pori-pori sedang terbuka.\n\nMelindungi Kulit Dari Sinar UVA dan UVB\n\nPendedahan kulit yang lama terhadap sinar UV dapat memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan kulit. Sinar UV yang berinteraksi terus ke kulit akan membawa pengaruh yang buruk. Penggunaan losyen badan yang mengandungi SPF 15 dapat menghindari kulit dari terkena sinaran matahari. Bahan ini juga dapat membantu kulit dari terkena kanser kulit.\n\nSemasa memakai losyen di badan anda, anda boleh mencuba pelbagai urutan yang dapat membantu merehatkan badan anda. Jika anda melakukan urutan yang stabil ketika memakai losyen, ianya dapat menghilangkan tekanan, mengurangkan rasa sakit badan serta meningkatkan endorphin yang dapat membuatkan anda merasa lebih tenang.\n\nTerdapat pelbagai jenis losyen yang datang dengan pelbagai jenis bau. Pada masa kini, anda boleh memilih sendiri bau yang sesuai dengan kepribadian anda. Nikmati haruman yang terdapat di dalam losyen badan yang pastinya dapat membantu anda berehat.\n\nTerdapat beberapa losyen badan yang direka khas untuk menjadikan kulit anda lebih cerah. Losyen badan dengan kandungan vitamin C dan kolagen pastinya akan membantu menghilangkan kesan kusam pada kulit anda.\n\nPenggunaan losyen dengan kandungan vitamin E, dapat membantu melambatkan penuaan pada kulit badan anda. Vitamin E berfungsi dengan menghalang kehilangan kolagen dan keanjalan kulit. Jika anda menjadikan losyen sebagai produk harian, anda juga dapat menghilangkan sel-sel kulit mati yang terdapat di badan anda.\n\nSekiranya anda ingin mencari losyen yang sesuai dengan kulit, terdapat beberapa tips yang dapat anda gunakan seperti melihat kandungan yang sesuai bagi jenis kulit kering, normal dan berminyak.\n\nLotion ini mengandungi aloe vera dan jelly Vaseline. Campuran bahan ini menjadikan losyen ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Losyen ini juga membantu menjaga kulit agar sentiasa segar dan sihat.\n\nDisamping itu, Losyen badan ini juga tidak berminyak dan boleh menyerap kelembapan dengan baik bagi jenis kulit kering. Losyen ini membantu mencegah kulit kasar, bersisik dan gatal.\n\nSelain itu, losyen ini juga terbukti dapat memulihkan kulit kering dalam masa 3 minggu. Sangat sesuai jika anda mempunyai kulit kering secara alami mahupun akibat cahaya matahari.\n\nLosyen ST Ives Nourish And Soothe merupakan losyen yang sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. Kandungan losyen yang mempunyai oatmeal juga sangat baik untuk kulit. Kandungan oatmeal yang membantu melegakan kegatalan, kulit mengelupas dan menyembuhkan jerawat dan membersihkan kulit pastinya menjadi pilihan mereka yang berkulit sensitif.\n\nLosyen ini bukan sahaja dapat melegakan kulit kering dan gatal, malah losyen ini membantu menyembuhkan kulit sensitif dan memberikan kelegaan kepada pemakainya. Selain itu, losyen ini tidak mempunyai bau yang terlalu kuat menjadikannya sesuai bagi mereka yang berkulit sensitif. Penggunaan secara berterusan juga memberikan rasa yang lembut pada kulit anda.\n\nSama seperti fungsi losyen yang lain, losyen ini juga berfungsi untuk melembutkan kulit kering dan kasar. Losyen ini juga mengandungi Cocoa Butter dan Vitamin E. Kandungan vitamin E berfungsi untuk merawat kulit yang tidak sekata. Jika anda inginkan kulit yang lembut dan sekata, losyen ini sangat sesuai untuk digunakan.\n\nSelain itu, kandungan lemak di dalam cocoa butter yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A membantu memberikan nutrisi kepada kulit, mengekalkan kelembapan serta menjadikan tekstur kulit lebih kenyal. Kandungan polifenol di dalam cocoa butter ini juga membantu untuk memperlambatkan penuaan kulit.\n\nJohnsons\u2019s Body Care merupakan antara jenama losyen badan yang sangat dikenali. Penggunaan losyen ini secara berterusan dapat membantu menjaga kulit anda agar tetap kelihatan cantik dan sihat. Losyen ini juga memberikan kelembapan kepada kulit anda sehingga 24 jam tanpa rasa melekit.\n\nLosyen ini juga diperbuat daripada bahan-bahan yang baik untuk kulit. Antara bahan yang terdapat di dalam losyen ini adalah shea butter, minyak jojoba serta vitamin E. Shea butter sangat baik untuk melegakan kekejangan kulit. \n\nKandungan minyak jojoba yang terdapat dalam losyen ini juga membantu untuk memulihkan kulit yang kusam. Losyen ini memang sesuai digunakan untuk kesegaran berpanjangan.\n\nLosyen badan ini juga mampu menyerap dengan cepat. Jika anda tidak menyukai tekstur melekit yang terdapat pada losyen badan, losyen ini mungkin akan menjadi pilihan nada kerasa tidak meninggalkan kesan yang melekit.\n\nSelain itu, gabungan vitamin C dan E yang terdapat dalam losyen ini memberikan manfaat yang berganda untuk kulit. Sekiranya anda selalu terdedah dengan cahaya matahari, losyen ini sangat sesuai untuk digunakan kerana mempunyai perlindungan UV.\n\nLosyen ini juga membantu untuk memutihkan kulit, melembapkan serta menyuburkan kulit. Jika digunakan secara berterusan, losyen ini dapat menjadikan kulit lebih halus dan lembut. Losyen ini memberikan 10 manfaat seperti anti-oksidan, kulit licin, tona kulit sekata, berseri, kulit anjal dan banyak lagi.\n\nSesuai dengan nama yang diberikan, losyen ini mempunyai bau halia yang pastinya menyegarkan anda. Menariknya mengenai losyen badan ini, losyen ini sesuai digunakan sama ada semasa musim panas, sejuk, kering ataupun lembap.\n\nLosyen ini juga mengandungi pelbagai bahan seperti Olive Oil, Grape Seed Oil, Rice Bran Oil dan Apricot Kernel Oil. Kandungan minyak apricot secara tak langsung memberikan pemulihan kepada kulit yang letih dan kusam supaya lebih lembut.\n\nLosyen ini mempunyai hidrasi yang tinggi. Hal ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Losyen ini mempunyai daya penyerapan yang tinggi serta tidak melekit menjadikannya pilihan yang sesuai bagi mereka yang baru ingin bermula menggunakan losyen badan.\n\nJenama Vaseline merupakan jenama yang terkenal dengan manfaat losyennya. Sesuai dengan nama yang diberikan, losyen ini mengekalkan kelembapan dengan proses penyerapan yang pantas. Tekstur losyen yang tidak melekit menjadikan losyen ini digemari ramai.\n\nKandungan nutrien yang terdapat di dalam losyen baik untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Penggunaan teknologi multi-layer moisture juga menjadikan losyen ini lebih berkesan untuk mereka yang berkulit kering. Jika anda menggunakan losyen ini, kulit anda akan terasa lebih lembut, berkilat dan lembap.\n\nWalaupun losyen ini menyerap terus selepas di gunakan, losyen ini tetap memberikan kelembapan sehingga 24 jam.\n\nLosyen badan ini terbukti dapat meningkatkan kesihatan kulit kering hanya dalam masa 1 hari. Kandungan losyen yang mempunyai Colloidal Oatmeal dan kaya emolien, menjadikan losyen ini sesuai digunakan untuk mengekalkan kelembapan kulit sehingga 24 jam. Loseyen ini juga mencegah dan melindungi kulit dari kekeringan.\n\nSelain itu, penggunaan losyen secara berterus akan memberikan rasa lembut kepada kulit, licin dan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat. Losyen ini juga tidak mengandungi pewangi, tidak berminyak. Lebih menarik lagi, kandungan oatmeal yang terdapat di dalam losyen membantu untuk memulihkan pH kulit. Memang sesuai untuk kegunaan harian.\n\nSama seperti losyen yang lain, losyen jenama Nixoderm ini direka khas untuk menghidratkan dan mengekalkan kelembapan kulit dalam masa yang lama. Kandungan yang terdapat di dalam losyen ini juga sangat sesuai untuk mereka yang berkulit kering.\n\nSelain itu, minyak kacang Macadamia memberikan kesan kelembapan kepada kulit. Vitamin B5 serta vitamin E memberikan perlindungan kepada kulit. Selain itu, losyen ini juga menyerap dengan pantas serta memberikan rasa yang ringan kepada kulit.\n\nLosyen ini juga tidak berminyak dan tidak mempunyai pewangi dan bebas dari sulfat. Kesan yang dapat dilihat selepas menggunakan losyen ini ialah melegakan kulit kering serta melembutkan kulit.\n\nPenggunaan losyen badan sememangnya sesuatu yang penting. Fungsi yang terdapat di dalam bahan membantu menjadikan kulit lebih sihat, melembapkan kulit dan melembutkan kulit. Pemilihan losyen yang tepat juga sangat penting bagi mengelakkan timbulnya masalah lain kepada kulit.\n\nBagi wanita, penggunaan losyen secara terus dapat membantu mencegah penuaan kulit, mengekalkan kesihatan kulit serta mencegah kulit dari terkena kanser kulit akibat pendedahan terhadap sinar UV. Semoga senarai di atas dapat membantu anda membuat pemilihan losyen badan yang sesuai.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Bersalin induce berkali ganda lebih sakit daripada bersalin normal. Biasa dengar ayat ni? Ini adalah ayat yang paling popular di kalangan ibu-ibu mengandung lalu menyebabkan ramai ibu mengandung berasa takut apabila terpaksa diinduce semasa proses bersalin. \n\nBenarkah bersalin induce sangat menyakitkan? Adakah ianya merbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info menarik tentang bersalin induce sebagai panduan anda.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan bersalin induce?\n\nBersalin secara induce adalah satu proses di mana anda akan dipaksa untuk bersalin walau pun tubuh badan anda belum bersedia atau belum menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin. \n\nIa adalah satu prosedur perubatan yang dilakukan untuk menyebabkan anda bersalin atau dalam kes yang lain untuk mempercepatkan proses bersalin yang anda lalui. Ianya biasa dilakukan dengan cara memasukkan kapsul atau gel ke dalam vagina. \n\nApakah punca seseorang ibu mengandung terpaksa bersalin secara induce?\n\nSecara amnya, semua ibu mengandung akan diberikan peluang untuk bersalin secara normal tanpa sebarang prosedur perubatan. Walau bagaimana pun, bersalin induce adalah terpaksa dilakukan jika seseorang ibu mengandung mengalami keadaan yang boleh menjejaskan nyawa si ibu atau bayi dalam kandungan seperti:\n\nPastinya anda sedang berasa berdebar-debar dan tertanya-tanya bagaimanakah proses induce dilakukan? Adakah ia akan menyebabkan anda berasa sakit? Adakah prosedurnya rumit dan mengambil masa yang lama? Berikut adalah proses bagaimana induce dilakukan:\n\nAdakah cara untuk induce secara semulajadi?\n\nJawapannya ialah YA, ada cara untuk induce secara semulajadi. Apa yang anda boleh lakukan ialah:\n\nItulah dia info tentang bersalin induce yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, pastinya anda juga akan berminat untuk membaca perkongsian kami tentang set bersalin terbaik, tanda nak bersalin, dan petua cepatkan bukaan rahim"
"Siapa yang tidak terliur tengok kek nestum viral? Memang tidak ada lah. Jom kita buat sama-sama petang ini.\n\nIkut resepi kek nestum yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika di laman Facebook. Rupanya alasan kenapa kek ini dipanggil kek nestum ialah kerana ia menggunakan topping nestum yang ditabur di atas kek. Resepi ini pula kurang gula dan letak ovalete. Kejadiannya selembut sutera. Sedap yummy!\n\nSelain untuk hidangan minum petang, kek nestum boleh juga dijadikan hidangan untuk potluck dan lain-lain. Teringin sangat cuba resepi senang ini bukan? sila baca dan cubakan resepi di bawah ini.\n\nSelain kek nestum, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah\nberkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Memandang wanita cantik memang menyeronokkan, begitu juga bagi wanita, memandang lelaki yang tampan dan sasa cukup menyedapkan mata.\n\nPerkara yang disukai nafsu memang begitu. Ditambah pula dengan syaitan yang menjadikan segala yang haram itu indah-indah semuanya.\n\nTambah-tambah pula hari ini memandang wanita cantik atau lelaki yang tampan tidak lagi perlu berselindung dengan kaca mata hitam. Cukup dengan buka akaun facebook atau Instagram wanita yang diidam-idamkan, cari gambar profilnya yang terbaik dan wajah wanita cantik tersebut boleh ditatap puas-puas di skrin telefon sahaja.\n\nBagi wanita pula, tanpa segan silu, wajah mulus artis-artis Korea ada yang dijadikan gambar profil dan gambar cover. Ada juga yang menjadikan gambar tersebut sebagai \u2018wallpaper\u2019 telefon dan laptop.\n\nLebih menakutkan, gambar yang baik kualitinya boleh di \u2018zoom\u2019 sedekat-dekatnya dan bagi lelaki-lelaki yang berpenyakit hatinya, ada yang sanggup beronani dengan melihat gambar-gambar wanita cantik tersebut. Jangan tidak percaya, tapi ia memang benar-benar berlaku. Sebab itu bagi wanita, terutamanya yang cantik, jangan sebarangan letak gambar \u2018pose\u2019 comel di laman facebook atau instagram, terutamanya jika anda ada ramai rakan dan pengikut lelaki.\n\nPerisai bagi penyakit ini adalah \u2018ghaddul basr\u2019 atau menundukkan pandangan. Islam mengajar agar kedua lelaki dan wanita menundukkan pandangan, khususnya bagi anak-anak muda.\n\nAllah berfirman di dalam Al Quran, surah Nur ayat 30:\n\n\u201cKatakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: \u201cHendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat\u201d.\n\nMenundukkan pandangan adalah langkah pencegahan zina yang paling efektif. Biasa kita dengar, dari mata, jatuh ke hati.\n\nZina yang akhirnya menyebabkan lahirnya bayi-bayi terlarang yang akhirnya banyak yang dibunuh dengan kejam bermula dari pandangan mata yang mungkin ramai bagi kita, merasakan bahawa ianya tidak ada apa-apa.\n\nMenjelaskan Kepada Anak Sebab Pandangan Mesti Ditundukkan\n\nPelajaran menundukkan pandangan ini mesti bermula di rumah, sejak kecil lagi dan anak-anak mesti difahamkan mengapa pandangan mesti ditundukkan, iaitu kerana ianya adalah perintah Allah.\n\nRasulullah \ufdfa bersabda, \u201cWahai Ali, janganlah pandangan pertama kau ikuti dengan pandangan berikutnya.\n\nUntukmu pandangan pertama, tetapi bukan untuk berikutnya.\u201d\n\nIbu Bapa Perlu Menundukkan Pandangan Anak Sejak Kecil\n\nIbu bapa mesti membiasakan anak-anak menundukkan pandangan sejak dari kecil lagi. Baik di jalanan, di depan televisyen, mahupun di skrin telefon pintar.\n\nRasulullah \ufdfa juga telah menunjukkan teladan praktikal tentang bagaimana untuk mendidik supaya anak-anak menundukkan pandangan.\n\nDiwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi dan Abu Daud dari Abdullah Bin Abbas RA:\n\n\u201cAL Fadhl bin Abbas dibonceng Rasulullah \ufdfa. Kemudian datanglah seorang wanita dari kabilah Khats\u2019am yang datang hendak bertanya kepada beliau.\n\nAl Fadhl melihat ke arahnya, dan wanita itu pun melihat ke arah Al Fadhl. Maka Rasulullah \ufdfa memalingkan wajah Al Fadhl ke arah lain.\u201d\n\nDalam sebuah hadis lain riwayat Ahmad, diriwayatkan dari Al Fadhl bin Abbas RA:\n\nAku dibonceng Rasulullah \ufdfa dari Juma\u2019 ke Mina. Ketika beliau berjalan, ada seorang \u2018Arabi memboncengkan anak gadisnya yang cantik.\n\nDia berjalan sejajar dengan beliau. Aku melihat ke arah gadis itu. Nabi \ufdfa melihat ke arahku, lalu memalingkan wajahku dari wajah gadis itu.\n\nAku kembali melihat ke arahnya, maka beliau memalingkan wajahku dari wajah gadis itu. Beliau lakukan itu sampai tiga kali.\u201d\n\nDari dua hadis di atas, kita dapat lihat bahawa Rasulullah \ufdfa cukup tegas dalam memelihara pandangan anak-anak. Tiga kali Rasulullah \ufdfa memalingkan wajah Al Fadhl, menunjukkan keseriusan Rasulullah untuk tidak membenarkan Al Fadhl berseronok dengan pandangan matanya.\n\nMengawai Rancangan Televisyen Yang Ditonton Anak\n\nDalam konteks kita hari ini, sebagai praktikal kepada hadis tersebut, ibu bapa mesti memantau rancangan televisyen yang ditonton oleh anak-anak. Jika ada babak yang tidak soleh atau aksi yang boleh mendatangkan dosa pada pandangan mata anak-anak, ibu bapa mesti memainkan peranan dengan menutup televisyen atau menukar siaran lain.\n\nMengalihkan Pandangan Anak Walau Di Mana Berada\n\nKetika berada di jalanan tatkala melihat anak-anak tertarik pandangannya kepada perkara-perkara yang dilarang agama untuk memandangnya, ibu bapa mesti berpesan dan mengalihkan pandangan anak-anak.\n\nMenjadi Role Model Bagi Anak Anak\n\nDalam hal ini, sudah tentu ibu bapa pun kena berdisplin juga, jangan anak-anak dilarang, tapi ibu bapa seronok menonton wayang yang jelas tidak patuh syariah dan melihat aksi-aksi yang mendatangkan dosa dalam drama-drama televisyen dengan selamba.\n\nIbu bapa adalah contoh bagi anak-anak, jika ibu bapa juga terbiasa menundukkan pandangan, maka insya-Allah, lebih mudah untuk mendidik anak-anak menundukkan pandangan.\n\nMoga kita semua diberi kekuatan, insya-Allah."
"Kanak-kanak yang sedang membesar ada kalanya sukar untuk menyebut perkataan-perkataan dengan betul dan jelas. Ibu bapa dan orang dewasa juga ada kalanya sukar untuk memahami pertuturan kanak-kanak.\n\nMenurut kajian yang dilakukan oleh Weiss (1982), Beliau mencadabgkan bahawa pertuturan kanak-kanak sepatutnya :\n\nManakala menurut formula yang dikeluarkan oleh Dr Peter Flipsen Jr, yang juga turut digunakan oleh SLP / SLT sebagai panduan untuk mengukur tahap kebolehfahaman (intelligibility) bagi kanak-kanak ketika bercakap dengan orang tidak dikenali (strangers), beliau mencadangkan bahawa:\n\nUmur dalam tahun / 4 x 100 = % difahami oleh orang yang tidak dikenali\n\nApa Yang Perlu Dilakukan Jika Pertuturan Anak Anda Tidak Difahami\n\nApabila kanak-kanak bercakap atau menyebut perkataan, adalah penting dan kritikal untuk memberikan peneguhan / memuji cubaan yang dilakukan oleh mereka. Terutamanya apabila bercakap dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah pelat ini.\n\nApabila kita sukar untuk memahami pertuturan mereka, apakah yang patut kita lakukan? Ini adalah beberapa tips dan strategi yang boleh digunakan oleh ibu bapa atau guru:\n\n4 tips untuk cuba memahami pertuturan kanak-kanak\n\n#1 Fokus pada perkataan yang tidak difahami dan dapatkan lebih banyak maklumat tentangnya. Sebagai contoh apabila mereka bercerita berkenaan apa yang mereka lakukan di sekolah.\n\n\u201cWahhh.macam seronok je. adik dengan kawan main apa tadi?\u201d\n\n#2 Minta kanak-kanak untuk mengulang sebutan dengan lembut. Anda boleh menggunakan ayat seperti\n\n\u201cOh.mama tak dengar adik cakap apa tadi, boleh cerita balik tak?\u201d.\n\nCuba juga untuk memahami apa yang dicakapkan melalui pergerakan tangan dan badan, tone suara, emosi dan juga pergerakan mata.\n\n#3 Gunakan klu yang ada dipersekitaran jika ada.\n\nContohnya seperti \u201ccuba adik tunjuk apa yang adik cakap tadi\u201d\n\n#4 Gunakan sokongan visual sebanyak yang boleh semasa bercerita / berbual.\n\nContohnya, semasa bercerita mengenai percutian keluarga, gunakan gambar yang diambil ketika bercuti. Anda boleh merujuk kepada gambar tersebut untuk mengenalpasti orang, tempat atau situasi yang diceritakannya.\n\nPerlukah Kita Memperbetulkan Kesalahan Sebutan Anak?\n\nKanak-kanak dengan masalah pelat selalunya merasa self-conscious semasa bercakap dan perbuatan kita melakukan pembetulan kepada sebutan mereka setiap kali akan menyebabkan mereka tidak mahu bercakap lagi.\n\nDi sini disertakan beberapa tips untuk membantu kanak-kanak dengan masalah pelat ini.\n\nPerkara yang utama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan nasihat dari Terapis Pertuturan-Bahasa berkenaan bagaimana untuk melatih pertuturan kanak-kanak di rumah.\n\nIni akan menentukan bila, bagaimana dan sebanyak mana latihan yang perlu dilakukan. Terapis Pertuturan-Bahasa akan memberikan cadangan yang spesifik tentang bagaimana untuk membetulkan kesalahan sebutan anak anda\n\nUntuk permulaan terapi, apa yang biasanya disarankan adalah ibu bapa hanya membetulkan sebutan kanak-kanak dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan.\n\nTetapkan masa yang sesuai setiap hari (dalam 10-20 minit) untuk \u201cmasa bersama ibu/bapa\u201d untuk berlatih menyebut bunyi pertuturan. Beri tahu / jelaskan terlebih dahulu kepada anak anda berkenaan masa dan latihan yang telah ditetapkan tersebut.\n\nSemasa latihan, gunakan bahasa dan penerangan yang positif apabila membetulkan kesalahan. Sebagai contoh, daripada kita menggunakan \u201csalah, cuba lagi\u201d, kita boleh menggunakan ayat seperti \u201cbagus..mama nampak lidah adik keluar masa sebut /s/, sekarang kita cuba sebut /s/ dengan lidah kat dalam mulut pula\u201d.\n\nSetelah anak anda boleh menyebut bunyi yang diajarkan dalam masa latihan yang ditetapkan, galakkan mereka untuk menggunkan bunyi tersebut di luar masa latihan dengan mencari beberapa perkataan yang sesuai pada hari tersebut.\n\nSebagai contoh, jika anda sedang mengajar bunyi /s/ kepada anak anda, perkataan yang boleh digunakan adalah seperti /sudu/ semasa makan. Beri tahu pada anak anda yang anda ingin mendengar dia menyebut bunyi /s/ yang betul pada waktu makan. Minta anak anda untuk menyebutnya dan berilah pujian setiap kali dia menyebutnya dengan betul.\n\nSelalu tekankan dan jelaskan apa yang telah disebut dengan betul. Sebagai contoh, jika anda mendengar anak anda menyebut /s/ dengan betul ketika berbual, berilah pujian seperti \u201cwah, mama dengar adik cakap /s/ dengan jelas\u201d.\n\nDi akhir terapi, anda akan diminta untuk memantau sebutan anak anda diluar masa latihan. Ini adalah penting untuk membantu kanak-kanak untuk membuat generalisasi dan menggunakan bunyi sebutan yang betul dalam perbualan harian mereka.\n\nDapatkan nasihat dari Terapis Pertuturan-Bahasa anak anda tentang cara yang specifik untuk memantau pertuturan mereka dengan cara yang betul.\n\nPerlu diingat disini adalah, tujuan utama adalah untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak apabila berinteraksi dengan orang lain. Jika anda was-was mengenai perkembangan pertuturan anak anda, dapatkan nasihat dan konsultansi daripada Terapis Pertuturan-Bahasa berdekatan anda."
"Nota Editor : Disuatu petang, ketika anda menonton televisyen, tiba-tiba datang anak di hadapan. Si dia menghalang pemandangan anda. Anda terasa geram.\n\nPernahkan keadaan ini berlaku? Pernahkah anda tertanya kenapa si anak berbuat demikian. Artikel dibawah mungkin mempunyai jawapan kepada persoalan tersebut.\n\nMari Lihat Apa Kata Ilmu Psikologi?\n\nAnak mana yang tidak pernah berdiri betul-betul depan tv waktu kita menonton?\n\n\u201cHa, masuk lah dalam tv tu!\u201d ayat wajib mak ayah. Ibubapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya \u2018block\u2019 view mereka.\n\nMungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda \u2018normal\u2019 secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk.\n\nApa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil \u2018EGOCENTRISM\u2019 menurut Piaget Cognitive Model.\n\nMenurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL.\n\nEgocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah \u2018centre of the universe\u2019. Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.\n\nPada pandangan kanak-kanak, \u2018kalau saya Nampak, orang lain mesti nampak juga!\u2019\n(Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)\n\nEgocentrism tidak sama dengan sifat \u2018selfish\u2019, ia hanya antara fasa pembentukan \u2018personal view\u2019. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa.\n\n\u2018Kalau biar, rabun mata nanti doktor..\u2019\n\nPosting ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur. Cuma saya ambil specifically contoh anak berdiri di hadapan tv ini untuk membawa ibubapa memahami bahawa ada perilaku anak-anak ialah petanda perkembangan emosi dan kognitif mereka. Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana \u2018nakal\u2019 dan berbuat sesuatu kerana sifat \u2018semulajadi kanak-kanak\u2019yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka.\n\nOleh itu, jangan sebarangan mengkritik, menghentam dan memarahi anak-anak. Tindakan kita dalam mendisiplinkan anak-anak MESTI sejajar dengan tahap perkembangan mereka.\n\nIni yang kita selalu silap. Terutama kalau ada anak lebih dari 2,3 orang. Kita hentam samarata yang umur 3 tahun kena marah sebab yang sama dengan apa yang umur 7 tahun buat. Padahal tahap kematangan emosi, kognitif dan sosial mereka tidak sama.\n\nSEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya.\n\nAda fasanya yang perlu difahami oleh ibubapa.\n\nBanyak lagi perilaku anak-anak yang sebenarnya hanya mencerminkan tahap perkembangan mereka dan bukannya petanda \u2018nakal\u2019. Lain kali saya share lagi."
"Anda merancang untuk bercuti di Pulau Pinang? Jom kami kongsikan 11 homestay di Pulau Pinang yang selesa dan bersih dengan harga berpatutan.\n\nNurul Homestay Penang yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang merupakan sebuah Rumah kluster yang mempunyai 3 bilik serta 2 bilik air dan mampu menampung seramai 6 orang tetamu. Homestay ini juga serba lengkap dengan kemudahan yang disediakan seperti peralatan memasak, TV dan Astro, mesin basuh, peti ais dan lain-lain.\n\nKemudahan:\u00a0ruang parkir, peralatan memasak, seterika, TV, peti ais, siaran Astro, mesin basuh\n\nAlamat:\u00a08, Lorong Pinggiran Bertam 23 , Bertam Perdana 4,13200 Kepala Batas, Penang\n\nKlik di\u00a0sini\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\n\nAE Homestay Penang terletak di Taman Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan hanya 10 minit dari USM, Jambatan Pulau Pinang, dan Queensbay Mall. Homestay ini merupakan homestay yang selesa dan juga mempunyai persekitaran yang tenang. Di samping itu, homestay ini juga berdekatan dengan kedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan.\n\nKemudahan:\u00a0ruang parkir, penyaman udara, pancuran air panas, seterika, peti ais, TV, peralatan memasak\n\nAlamat:\u00a014, Jalan Sungai Ara 2, Taman Sungai Ara, Bayan Lepas, 11900 Bayan Lepas, Penang\n\nKlik di\u00a0sini\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\nDPI Homestay @ Penang adalah rumah apartment yang terletak di Sungai Dua, Penang. Rumah penginapan ini serba lengkap dengan kemudahan dan mampu memuatkan seramai 10 orang dalam satu masa. Setiap bilik di dalam rumah ini dilengkapi dengan penyaman udara yang disediakan. Apartment ini juga berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, USM, Tesco Extra, KFC, dan hanya 5 minit ke Queensbay Mall.\n\nKemudahan:\u00a0ruang parkir, kolam renang, penyaman udara, seterika, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, tilam\n\nAlamat:\u00a0P-7-8 Pangsapuri Desa Permai Indah, Jalan Helang, 11700 Gelugor, Pulau Pinang\n\nKlik di\u00a0sini\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\n4. Nisreen Homestay (100m to Penang Airport)\n\nNisreen Homestay adalah sebuah rumah apartment yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan juga berhampiran dengan lapangan terbang serta kawasan bandar Bayan Baru. Homestay ini mempunyai kemudahan seperti lif dan sistem keselamatan 24 jam. Homestay ini juga selesa didiami bagi tetamu seramai 6 orang.\n\nKemudahan:\u00a0ruang parkir, pancuran air panas, penyaman udara, seterika, lif, siaran astro, peralatan memasak\n\nAlamat:\u00a02B-4-8, Saujana Damai, Jalan Sungai Tiram 3, 11900 Bayan Lepas, Penang\n\nKlik di\u00a0sini\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\n5. Asbah Homestay Bandar Perda Penang\n\nAsbah Homestay Bandar Perda Penang merupakan sebuah kondominium yang terletak di tengah Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Homestay ini menawarkan perkhidmatan homestay mampu milik untuk para pengunjung dan lebih menarik ianya juga menyediakan kemudahan parkir peribadi secara percuma. Homestay ini mempunyai kedudukan yang strategik di mana ianya terletak di kawasan komersial Bandar Perda, pusat-pusat pendidikan, dan pusat-pusat rekreasi.\n\nKemudahan:\u00a0ruang parkir, kolam renang, seterika, TV, lif, tuala, siaran Astro, peralatan memasak, mesin basuh\n\nAlamat:\u00a0Blok D-02-02, Kondominium Mutiara, Jalan Perda Barat, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Penang\n\nKlik di\u00a0sini\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\nHomestay Sulha d\u2019Penaga 2 menawarkan rumah penginapan yang selesa untuk para pengunjung, malah hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit pemanduan ke tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Homestay ini mempunyai 4 bilik serta 3 bilik air dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti peralatan memasak, 1 set TV serta siaran astro, penyaman udara di dua bilik Deluxe dan juga mampu memuatkan seramai 8 orang tetamu.\n\nKemudahan:\u00a0seterika, TV, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, mesin basuh\n\nAlamat:\u00a0SB 1343, Unit 1, Jalan Penaga, Mukim 4, 13100 Penaga, Butterworth, Pulau Pinang\n\nKlik di\u00a0sini\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\nJika anda menginginkan homestay yang mempunyai suasana kampung di Pulau Pinang, Homestay Sinai adalah pilihan yang terbaik untuk anda sekeluarga. Homestay ini adalah rumah berkembar yang terletak di Pulau Betong, Penang. Homestay ini juga serba lengkap dengan perabot dan setiap bilik mempunyai 1 katil bersaiz \u2018Queen\u2019 dilengkapi dengan penyaman udara.\n\nKemudahan:\u00a0WiFi internet, ruang parkir, penyaman udara, peralatan BBQ, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, mesin basuh\n\nAlamat:\u00a0No 356, Mukim 7 Pulau Betong, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang\n\nKlik di\u00a0sini\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\nHomestay Selesa Bayan Lepas ialah sebuah rumah apartment yang terletak di Sungai Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Rumah penginapan yang selesa ini lengkap dengan perabot dan mempunyai 3 bilik tidur. Homestay ini juga boleh memuatkan 7 orang dengan selesa dan apartment ini mempunyai sistem keselamatan 24 jam. Di samping itu, ruang parkir untuk 1 buah kereta serta kad Touch n Go juga disediakan apabila anda menginap di apartment ini.\n\nKemudahan:\u00a0WiFi internet, ruang parkir, penyaman udara, peti ais, lif, siaran Astro, peralatan memasak, mesin basuh\n\nAlamat:\u00a0Apartment Saujana Damai, Jalan Sg. Tiram 3, 11900 Bayan Lepas, Penang\n\nKlik di\u00a0sini\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\nDe Lopah Homestay menawarkan perkhidmatan homestay untuk para tetamu dan pengunjung yang terletak di Wakaf Setee Aisah, Seberang Jaya, Penang. Homestay ini dilengkapi dengan perabot dan selesa didiami bagi tetamu seramai lebih kurang 15 orang. Homestay ini juga berhampiran dengan kompleks membeli belah, hospital, klinik, stesen minyak, dan lain-lain.\n\nKemudahan:\u00a0ruang parkir, pancuran air panas, penyaman udara, seterika, peti ais, tuala, peralatan memasak\n\nAlamat:\u00a018, Lorong Seete Aisah 2, Taman Wakaf Seete Aisah, Seberang Jaya, Penang\n\nKlik di\u00a0sini\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\nBerkam Barakah Homestay adalah rumah teres dua tingkat yang mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Homestay ini dilengkapi dengan penyaman udara di ruang tamu dan setiap bilik. Selain itu, homestay ini berdekatan dengan taman-taman rekreasi, Mydin Mall Bertam, Tesco, Bandar Bertam, Stesen Keretapi Tasik Gelugor dan banyak lagi tempat-tempat yang boleh anda lawati.\n\nKemudahan:\u00a0ruang parkir, penyaman udara, seterika, peti ais, tilam, peralatan memasak, mesin basuh\n\nAlamat:\u00a0No. 43, Persiaran Seksyen 2/9, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang\n\nHomestay yang berada di tengah-tengah Bandaraya P.Pinang, kawasan yang sangat strategik, pemandangan yang indah, berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik :) Sesuai pada keluarga yang ingin bercuti, urusan kerja dan sebagainya. Kemudahan di homestay:\n\n-Swimming Pool\u00a0\n-Gym\n-Playground\n-Berjalan Kaki Untuk Ke Pasaraya\n-1 Private Carpark (Jika ada kereta yg kedua, parking diluar parking berpalang dan berbayar)\n-24 Jam CCTV\n-Pemandangan Bukit Yg Indah\n\nItulah dia 11 homestay di Pulau Pinang yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.\n\nSukakan artikel ini? Selain menulis tentang homestay di Kuala Lumpur, kami juga menulis artikel menarik yang lain. Jemput juga baca artikel homestay yang lain. Jangan lupa untuk share dan like ya."
"Selama ini kita mungkin mendidik anak dengan cara tersendiri. Kita mungkin cuba memahami dan menilai anak kita berdasarkan apa yang kita faham. Tetapi tahukah anda bahawa kemungkinan cara kita menilai atau mendidik itu salah? \n\nMungkin kita sepatutnya melakukan perkara disebaliknya?\n\nMenurut di dalam buku tulisan \u201cThe Child Whisperer\u201d , terdapat 5 langkah dapat diambil untuk mendidik dan memahami anak anda. Mungkin pendekatan ini sedikit pelik daripada kebiasaan, tetapi mengapa tidak mencuba sahaja?\n\n1. Mulakan daripada tempat masalah tersebut\n\n2. Kenali perwatakan sebenar anak anda\n\nMungkin langkah yang dikongsi sedikit sukar difahami. Apa kata anda lihat infografik di bawah untuk lebih memahami apakah yang perlu dibuat untuk memahami anak anda. Kami percaya, anda akan sukakannya. Langkah yang ke-2 adalah pendekatan yang kami suka. Sebenarnya setiap kanak-kanak adalah berbeza rupanya."
"Masih tidak tahu car seat kereta terbaik di Malaysia yang mana sesuai beli untuk anak? Jangan risau . Kami akan senaraikan car seat kereta bagi membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk memberikan keselesaan dan keselamatan untuk anak-anak semasa berada di luar rumah.\n\nTerdapat beberapa faktor untuk difikirkan apabila membuat pilihan car seat untuk anak-anak. Sebagai ibubapa, tentunya keselematan menajdi pilihan utama dan tidak dilupakan faktor harga. Jom kita lihat beberapa jenis car seat yang ada boleh anda fikirkan untuk beli.\n\nKoopers Pago Baby Car Seat merupakan car seat kereta terbaik di Malaysia serta mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat di luar sana. Hal ini kerana mempunyai tahap keselamatan serta keselesaan yang tinggi sesuai untuk diletakkan dalam kereta dan anak-anak. Car seat ini sesuai untuk umur 0-4 tahun dan berat dalam 0-18kg. Koopers Pago Baby Car Seat ini amat selesa untuk anak -anak serta ia merupakan brand malaysia. \n\nApa yang paling menarik dengan Koopers Pago Baby ini fabric yang digunakan ialah airmesh di mana ia boleh menyerap haba dan peluh. Wah menarik sekali, Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Koopers Pago Baby Car seat di pasaran dengan segera.\n\nSweet Cherry LB303 Dean Baby Car Seat\n\nCar seat terbaik di Malaysia seterusnya ialah Sweet Cherry LB303 Dean Baby Car Seat. Car seat ini sesuai untuk baby baru lahir sehingga 4 tahun manakala berat ialah 0-18kg juga. Car seat ini mempunyai 3 warna berbeza untuk anda semua membuat pilihan iaitu merah, ungu dan biru. \n\nSelain itu, Car seat Sweet Cherry ini merupakan brand tempatan amat popular dalam kalangan masyarakat serta mendapat permintaan tinggi dalam pembelian. model ini juga mempunyai 3 position berbeza bagi memberikan keselesan kepada anak anda semua apabila menggunakannya. Jadi tunggu apa lagi, rebut peluang sekarang dapatkan car seat terbaik dalam brand tempatan.\n\nCrolla Alpha Baby Car Seat merupakan car seat terbaik di Malaysia. Car seat ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun dan berat dalam 0-25kg. Paling menarik berkaitan dengan car seat ini ialah design yang memudahkan untuk diletakkan dalam kereta serta menjaminkan keselamatan dan keselesaan anak-anak. Model ini juga mudah ditanggalkan apabila ingin dibersih jika didapati mempunyai kotoran. \n\nSnapkis transformes baby car seat juga mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat tidak mengira luar negeri atau dalam negeri. Snapkis transformes ini sesuai untuk baby dalam lingkunan 4 bulan serta berat 0-18kg yang akan menjamin keselamatan dan keselesaan anak-anak anda semua. Model ini juga tersedia dengan side impact procetion yang sesuai untuk anak-anak.\n\nCar seat terbaik yang seterusnya ialah Joie Steadi baby car seat telah mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat di luar sana dalam pembelian di pasaran. Joie steadi ini sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun dan berat dalam 0-18kg . Tidak ketinggalan juga mempunyai side impact procteion bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kanak-kanak berada dalam kereta. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan car seat ini di pasaran dengan sekarang.\n\nMeinkind Nova Booster seat juga salah satu seat terbaik di Malaysia. Model Car seat ini sesuai untuk 1-12 tahun dan berat dalam 9-36kg. Tidak ketinggalan juga ia telah dilengkapi dengan side impact protection yang menjamin keselamatan dan keselesaan kanak-kanak apabila berada dalam kereta. Seatbelt juga disediakan agar anak anda berada dalam keadaan selamat sepanjang perjalanan tersebut.\n\nBerikut merupakan beberapa model car seat terbaik di Malaysia bagi sesiapa yang mencari car seat untuk diletakkan dalam kereta. Tidak lupa juga, anda dijemput membaca artikel penulisan kami yang lain tentang:\n\nPenulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan bukakkan mewakili pendapat laman Bidadari.My"
"Pada awal-awal kehamilan, pasti anda akan membuat ultrasound untuk melihat janin di dalam rahim, bukan. Kemudian, gambar janin tersebut akan disimpan untuk dibuat kenangan. Ultrasound banyak memberi manfaat kepada anda dan bayi kerana doktor boleh mengesahkan kesihatan janin.\n\nUltrasound ini juga penting bagi setiap ibu hamil untuk melihat keadaan janin diawal kehamilan. Apakah kepentingan ultrasound di awal kehamilan?\n\nMari kami kongsikan info sebenar kepentingan ultrasound di awal kehamilan trimester pertama. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n5 Kepentingan ultrasound di awal trimester pertama\n\nPertama sekali, doktor perlu tahu adakah janin itu hanya satu, atau kembar. Jika hamil kembar, doktor ingin tahu kembar jenis apa. Adakah kembar seiras, atau kembar tidak seiras? Kembar seiras biasanya ada satu uri. Kembar yang berkongsi uri boleh mendapat kerumitan lain di tengah dan hujung kehamilan.\n\n2 \u2013 Menentukan hidup mati janin\n\nTempoh awal kehamilan ialah tempoh kritikal untuk hayat janin. Ada janin yang lemah atau bermasalah akan mati awal-awal lagi tanpa disedari oleh ibu yang mengandung. Kebanyakan janin yang mati akan mengakibatkan \u2018turun darah\u2019 tetapi ada yang mati tanpa ada tanda (baru mati). Janin yang hidup akan mempunyai degupan jantung dan boleh dilihat bergerak-gerak walaupun si ibu belum merasa apa-apa tendangan.\n\n3- Menentukan usia atau tarikh jangka lahir\n\nUsia janin boleh ditentukan dengan mengukur panjang kepala-ke-punggung (crown-rump length/CRL) dan dari usia janin, doktor boleh menghitung bila janin akan matang dan boleh lahir. Penentuan usia janin pada tempoh ini dikira paling tepat kerana janin masih bergantung kepada nutrien dalam \u2018yolk sac\u2019 dan belum terdedah kepada faktor-faktor lain yang boleh \u2018memperbesar\u2019 atau \u2018mengecilkan\u2019 janin (cth: pemakanan ibu, keadaan kesihatan ibu, komplikasi uri dsb).\n\nPenentuan usia janin juga boleh menentukan bila tarikh haid akhir yang sebenar. Ada wanita yang haidnya tidak teratur dan memberikan tarikh yang tidak tepat. Tarikh yang tidak tepat menyebabkan kiraan tarikh bersalin menjadi salah. Dengan membuat kiraan usia janin menerusi ukuran CRL, tarikh lahir yang tepat boleh didapati dan dibandingkan dengan tarikh haid akhir yang diberi.\n\n4 \u2013 Mengesan penyakit rahim atau ovari\n\nMencari apa-apa penyakit lain pada rahim dan anggota kelamin seperti fibroid, sista ovari, hamil \u2018molar\u2019 (molar pregnancy) dan sebagainya. Ada wanita yang tidak tahu kewujudan fibroid dalam rahimnya, dan jika fibroid itu besar, ia boleh mengganggu proses kelahiran kelak. Ada juga wanita yang mengandungkan \u2018mole\u2019. Jika wanita itu hamil \u2018molar\u2019, gejala kehamilan adalah sama (rasa loya) tetapi hakikatnya tiada janin pun di dalam rahim. \u2018Mole\u2019 ialah hasil persenyawaan yang tidak menjadi dan berisiko menjadi kanser (choriocarcinoma).\n\nWalaupun masih awal, ada doktor yang menggunakan kesempatan ini untuk mengetahui kedudukan uri. Uri boleh melekap pada dinding belakang, dinding depan atau dinding atas/bumbung rahim. Yang paling ditakuti ialah kedudukan uri rendah. Tetapi diagnosis uri rendah biasanya diberi lewat dalam tempoh hamil (trimester 2 atau 3).\n\n*Berikut adalah kepentingan-kepentingan ultrasound dibuat pada awal trimester pertama. Ultrasound ini boleh dibuat di hospital atau klinik pakar puan. Jangan bimbang ia tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada si bayi atau ibu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Agak-agak macam dah bosan kan dengan menu ayam, daging, telur dan ikan. Bolehlah cuba tukar kepada menu siput lala pula. Rasa lala nih sedap dan manis. Hanya dengan rebus lala dengan serai, garam dan bawang pun dah cukup untuk buat tambah nasi berkali-kali kot. Cuma itulah kena rajin sikit masa makan tuh. Kena kopek cengkerang nya.\n\nSelain lala rebus, anda juga boleh cuba menu dan resepi lala masak paprik yang dikongsi oleh di laman muka buku. Resepi ini sangat mudah difahami dan diikuti. Dan yang paling penting bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.\n\nDah siap. Mudahkan? Tapi sekiranya anda hendak sedikit kuah, tidakperlu biarkan air kering. Terpulang pada kegemaran masing-masing. Nak kuah pekat atau cair. Tapi ingat, jangan lupa adjust dengan rasa ya. Nanti tak kick pula lala masak paprik ini.\n\nSelain resepi lala masak paprik ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Whitehead adalah musuh utama wanita dan juga lelaki. Bahan yang paling umum digunakan untuk merawat whitehead adalah asid salisilik, asid beta hidroksi (BHA) yang berfungsi untuk membuka pori-pori anda. \n\nSelain itu, antara bahan lain untuk merawat whitehead adalah seperti asid glikolat (asid hidroksi alfa) dan retinol. Dari segi penggunaannya pula, biasanya digunakan pada waktu malam sebelum tidur.\n\nFungsi serum whitehead bukan sekadar untuk menghilangkan whitehead, namun ia juga bertindak sebagai rawatan untuk mencerahkan kulit dan membuatkan kulit menjadi lebih sihat. \n\nBertindak sebagai pelembab kulit serta memberikan vitamin yang secukupnya juga kepada kulit. Bagi anda yang mahukan serum untuk hilangkan whitehead, berikut adalah merupakan antara serum terbaik untuk whitehead.\n\n1. Safi Rania Gold Serum Konsentrasi\n\nSerum Safi ini mengandungi Nano Gold yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang. Fungsinya adalah untuk menjaga sel kulit agar selamat dari bahan radikal bebas dan kerosakan kulit. \n\nSerum ini juga diperkaya dengan Beetox yang dapat memperbaiki struktur kulit anda dan meningkatkan keanjalan kulit anda. Ia sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit kerana ia bukan komedogenik yang tidak akan menyumbat liang pori dan mengekalkan kelembapan kulit. \n\nKadar pengeluaran kolagen yang akan memperbaiki masalah kulit untuk akan dipertingkatkan. Serum terbaik untuk whitehead ini dilengkapi dengan fungsi mencerahkan dan meratakan tona warna kulit.\n\nSerum Olay adalah serum terbaik untuk whitehead dan memberikan kelembapan tambahan pada kulit wajah anda. Ia juga merupakan serum anti-penuaan yang dapat melawan dan melambatkan proses penuaan pada wajah anda dengan formulasi Amino-Peptide Complex. \n\nBagi anda yang mempunyai masalah whitehead, serum ini adalah salah satu cara pantas untuk merawatnya.\n\nSerum ini diformulasikan dengan teknologi terkini dan mempunyai kesan tahan lama. Untuk pengetahuan anda, serum ini memberikan hasil yang mantap selepas 7 hari penggunaannya yang konsisten. \n\nBahan dalam serum Nutox Advanced Seum Concentrate ini juga sangat bagus untuk menghilangkan whitehead. Kulit anda juga akan kelihatan lebih muda selepas 7 hari penggunaannya.\n\nSerum jenama Clinelle ini mampu mencerahkan, menghidrat dan menjana semula kulit anda ke lapisan baru sehinggakan wajah anda kelihatan lebih segar dan bermaya.\n\n Pigmentasi dan whitehead juga lebih pudar serta ia dapat meratakan tona warna kulit. Serum ini juga dikatakan mampu mengurangkan masalah kedutan dan garis-garis halus yang muncul di permukaan kulit.\u00a0\n\nSerum terbaik untuk whitehead ini diperkaya dengan ekstrak Nasi Ungu Jepun, Vitamin C dan bunga matahari yang dapat menjadikan kulit wajah anda lebih anjal dan sentiasa lembap sepanjang masa. \n\nNamun, apa yang menjadikan serum ini lebih baik adalah kerana dapat memperbaiki penghalang kelembapan pada kulit dan tidak akan menimbulkan rasa sakit ketika menggunakan serum ini.\n\n5. Bio Essence Bio-White Advanced Whitening Serum\n\nFormulasi terbaru daripada serum keluaran daripada Bio-Essence ini telah menggabungkan beberapa bahan pencerah dan pelembab dalam satu botol. \n\nKandungannya diekstrak dari Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex yang berkesan untuk menghilangkan whitehead dan jeragat pada kulit sambil memberikan penghidratan kepada kulit muka yang kering dan kusam. \n\nIa juga dapat mencegah pembentukan bintik-bintik gelap, parut degil dan memberikan rasa sejuk pada kulit yang bertujuan untuk keanjalan kulit dan memulihkan kulit.\n\nSerum yang diperkaya dengan alga laut dan Aloe Vera ini akan melembutkan dan menjadikan kulit wajah anda lebih halus dan lebih cerah. \n\nTurut diformulasikan dengan campuran unik antioksidan kompleks, Rosapene, ia dapat melindungi kulit anda dari radikal bebas. Penggunaan secara konsisten akan membuatkan kulit wajah anda akan kelihatan lebih bersinar setelah beberapa minggu.\n\n7. Dr. WU Intensive Hydrating Serum with Hyaluronic Acid\n\nSerum terbaik untuk whitehead dari Dr. WU Intensive Hydrating Serum with Hyaluronic Acid yang diperkaya dengan khasiat asid Hyaluronik ini dapat menghidrat kulit wajah dalam tempoh jangka masa yang panjang. \n\nDiformulasikan menggunakan HyaluComplex yang mampu mengekalkan penghidratan dan kelembapan melalui semua jenis lapisan kulit. Ia juga mampu merawat masalah whitehead dan pelbagai jenis masalah kulit anda.\n\n8. Neogence Pore Extremely Off-Heads Serum\n\nTahukah anda, Serum daripada Neogence Pore Extremely Off-Heads Serum ini dapat mengurangkan masalah bintik hitam dan whitehead pada permukaan kulit wajah? \n\nMalah ia dapat menghilangkan kotoran yang masih melekat pada liang pori. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif juga disyorkan untuk menggunakan serum ini kerana ianya dapat memberikan perawatan kulit yang terbaik.\n\n9. Eucerin ProAcne Solution Super Serum\n\nSerum Eucerin ini adalah salah satu jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh pakar dermatologi bagi anda yang mempunyai masalah kulit seperti whitehead dan sebagainya. Serum ini dapat menjaga dan memulihkan kesihatan kulit sambil memberikan kulit yang lebih berseri.\n\n10. Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum\n\nSerum Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control ini diekstrak daripada bahan seperti Lemon, Aloe Vera dan buah-buahan yang mampu untuk merawat masalah jerawat, blackhead dan whitehead dengan berkesan. \n\nSerum Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum ini juga sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak yang berlebihan pada kulit muka. \n\nKhasiat daripada serum terbaik untuk whitehead ini juga dapat melegakan alahan pada kulit dan juga dapat mengelak pertumbuhan\u00a0 jerawat yang baru.\n\nItulah dia antara serum terbaik untuk whitehead yang boleh anda cuba. Jom baca juga Serum terbaik untuk jerawat, Set berpantang, serum terbaik untuk kulit berminyak dan scrub badan terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"5 Tips Menjadi Isteri Solehah, Bahagia Dunia Bahagia Akhirat\n\nSeorang isteri sudah pasti mempunyai impian untuk menjadi yang terbaik dan solehah di suami tersayang. Bahagia seorang suami terletak di tangan seorang isteri, begitu juga sebaliknya. Di sini kami kongsikan tips menjadi isteri solehah\n\nBagaimana untuk menjadi isteri solehah? Ini caranya:\n\nElakkan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami\n\nSebagai ketua keluarga, seorang suami sudah pasti berharap agar isterinya sentiasa menurut katanya. Isteri yang solehah ialah seorang isteri yang sentiasa patuh dan taat kepada suaminya. Jika suami inginkan isteri tidak bekerja di luar, cubalah untuk menuruti perintahnya itu. Ada baiknya untuk anda selaku isteri kerana isteri adalah pencorak zuriat keluarga. Begitu jua dengan hal-hal lain. Jangan lakukan perkara-perkara yang tidak disukai suami. Pasti anda akan menjadi isteri yang solehah di matanya. Kasih sayang daripadanya juga pasti akan bertambah-tambah.\n\nSentiasa berlembut dengan suami dan jangan membantah suruhannya\n\nSudah menjadi fitrah seorang wanita untuk menjadi seorang yang penuh sopan-santun dan lemah-lembut. Perwatakan sebegini bukan sahaja membuatkan suami berasa bahagia, malah membuatkan hatinya sentiasa berasa senang ketika berada bersama anda. Jika ada sebarang perselisihan, cubalah bertolak-ansur dan menjaga tutur kata. Jangan terlalu berkeras dengan suami. Setiap lelaki pasti akan ada egonya yang tersendiri. Jika anda berkeras, sudah pasti mereka akan menjadi lebih keras dengan anda. Jadi, gunakanlah kelembutan untuk menawan hati suami, pasti bahagia kehidupan anda nanti.\n\nMenguruskan rumah tangga dengan sempurna dan teratur\n\nJika seorang suami kerjanya adalah mencari nafkah di luar, maka seorang isteri sudah pasti menjadi pencorak kehidupan di dalam rumah. Tugas seorang isteri adalah untuk memastikan segala keperluan suami sentiasa terjaga. Jika sudah mempunyai zuriat pula, seorang isteri pasti akan menjadi ibu yang akan melihat setiap detik perkembangan anak di rumah. Dari sudut kewangan keluarga pula, seorang isteri perlu bertindak mengawal keluar masuk wang setiap bulan. Wang yang diberikan suami perlulah dikawal perbelanjaannya. Dengan adanya sikap sebegini, suami akan berasa isterinya sebagai pelengkap hidupnya.\n\nSentiasalah menjaga maruah diri, keluarga dan kehormatannya\n\nSeorang isteri sudah pasti akan menjadi cerminan suaminya. Jika seorang isteri baik tingkah-lakunya, maka baiklah pandangan masyarakat terhadap suaminya. Begitulah juga dengan keadaan sebaliknya. Jika suami tiada di rumah, elakkan daripada keluar atau bersosial tanpa keizinan daripadanya. Ingatlah bahawa maruah suami, terletak di tangan isteri. Jika anda sentiasa menjaga meruah diri, maka akan terjagalah maruah suami. \n\nRahsia dan keburukan si suami perlulah dijaga. Elakkan daripada berkongsinya dengan orang lain, walaupun kepada ibu bapa atau saudara-mara anda sendiri. Suami anda pasti akan kecewa jika anda bertindak menyebarkan keburukannya kepada orang lain. Anggaplah rahsia suami sebagai rahsia anda sendiri. Suami pasti akan berasa anda seorang yang dipercayai dan amanah."
"Apa menu dinner anda malam ini? Jm cuba resepi kuey teow kungfu ini. Makan kuey teow kungfu dengan orang kesayangan boleh jadi satu menu yang menarik dan pilihan terbaik.\n\nBuat kuey teow kungfu sendiri sememangnya puas hati. Lebih-lebih lagi boleh letak macam-macam. Kalau beli di kedai boleh jadi seciput saja bahan yang diletaknya.\n\nCara buat kuey teow kungfu mudah sahaja. Melibatkab mee digaul dengan telur pukul dan digoreng. Dihidangkan dengan kuah kuey teow kungfu yang biasanya berisi sayur. Boleh letak isi macam-macam ikut selera.\n\nTidak sabar rasanya ingin kongsi resepi kuey teow kungfu. Tanpa tunggu lama, marilah tengok resepi kuey teow kungfu daripada Zur Ain Salim yang dikongsikan di laman Facebook seperti di bawah ini.\n\nSelain resepi kuey teow kungfu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Topik yang hangat diperkatakan masa kini. Kes depresi dikalangan wanita yang sudah berkahwin semakin meningkat disebabkan \u2018kepenatan\u2019 menguruskan rumah tangga dengan anak-anak yang masih kecil.\n\nTambahan lagi, mereka juga turut bersama-sama terpaksa keluar bekerja demi tuntutan ekonomi yang semakin meninggi kini.\n\nYa, penat. Terkejar-kejar dalam segala hal hingga lupa diri turut memerlukan rehat. Lebih penat jika beza umur anak hanya jarak setahun lebih. Lelah hanya Tuhan yg tahu.\n\nDisini, suami isteri perlu ada sedikit ilmu untuk merancang keluarga supaya masing-masing tidak merasa beban dengan kehadiran si comel yang tidak tahu lagi erti kehidupan.\n\nMemang anak itu rezeki tetapi perlu diingat kita mencari kualiti bukannya kuantiti. Jika kuantitinya banyak tapi tidak mampu membesarkan amanah ini dengan baik, apa agaknya ya yang kita akan jawab di hadapan Maha Esa nanti? Fikir-fikirkanlah.\n\nMari kita ikuti 5 tips persediaan yang perlu difikirkan atau dilakukan oleh setiap pasangan sebelum merancang untuk menimang cahaya mata.\n\nSuami isteri kedua-duanya perlu SIHAT. Si isteri perlu sihat, jaga pemakanan untuk memastikan bayi yang dikandung dapat membesarkan dengan baik.\n\nSuami juga perlu sihat untuk menjaga isteri selepas bersalin nanti. Tempoh berpantang adalah waktu yang kritikal untuk si isteri demi memastikan dirinya cukup sihat dan kembali bertenaga.\n\nBantuan suami pada ketika ini adalah amat penting bukan sahaja bantuan fizikal malah bantuan emosi buat si isteri.\n\nApabila keluarga bakal bertambah, ekonomi keluarga juga turut berubah. Suami perlu peka hal ini. Saling berbincang dengan isteri.\n\nMerancang kewangan terutamanya untuk keperluan bayi, pemeriksaan kandungan isteri dan bil hospital kelak sangat penting.\n\nSegalanya perlukan duit. Ya, setiap anak itu ada rezekinya tetapi rezeki tidak jatuh bergolek dari langit. Pastikan kita ada kewangan keluarga yang stabil demi menjaga amanah Allah swt ini nanti dengan baik.\n\nKesediaan emosi bukan hanya emosi isteri sahaja tetapi kena ambil tahu juga kesediaan emosi suami dan anak yang lain.\n\nEmosi anak terutamanya anak sulung yang masih kecil. Menurut Dr Harlina, tempoh ideal untuk abang sulung menerima \u2018adik baru\u2019 ialah dalam tempoh 2 tahun setengah dan ke atas.\n\nDalam Al Quran juga telah menggariskan bahawa susukanlah anakmu sehingga umur 2 tahun. Perkara ini juga sangat berkait rapat dengan keperluan emosi anak yang masih kecil. Masih memerlukan perhatian dari ibu dan ayahnya.\n\nTempoh untuk merancang keluarga perlu persefahaman antara satu sama lain. Tidak boleh seorang nak anak, seorang lagi tak nak. Nanti jika \u2018termengandung\u2019, emosi pula memasing\ud83d\ude01.\n\nMasa khusus untuk keluarga mesti perlu ada setiap hari. Masa untuk mendidik, bergurau, beramah mesra bersama keluarga.\n\nDidikan yang sebaiknya adalah didikan dari rumah itu sendiri. Ibu bapa adalah contoh teladan buat anak-anak di rumah. Wujudkan keluarga sunnah yang mawaddah wa rahmah.\n\nDr Harlina juga menasihatkan jika ada pasangan yang masih dalam perhubungan jarak jauh, sebaiknya elakkan anak yang ramai kerana tugasan mendidik itu pasti mencabar jika hanya dibahu salah seorang pasangan sahaja bukan?.\n\nApa itu sokongan sosial?. Keluarga, rakan tempat kerja dan jiran inilah yang merujuk kepada sokongan sosial.\n\nIsteri pasti ada cuti bersalin dalam tempoh yang lama. Suami juga pasti kena bercuti untuk menjaga anak dan isteri.\n\nBelum lagi jika terpaksa mengambil cuti kecemasan jika anak sakit. Sokongan sosial ketika ini amat diperlukan demi memastikan anak dapat dijaga dan dibesarkan dengan baik.\n\nPokok pangkalnya, komunikasi antara suami isteri sangat penting dalam proses merancang keluarga ini. Tidak boleh pentingkan diri.\n\nJika pasangan tidak mahu anak, masih ingin berehat. Hormatilah keputusannya. Mungkin ada beberapa perkara yang masih beliau tidak bersedia. Jangan pula cakap beliau menolak rezeki Tuhan ya\ud83d\ude01.\n\nSumber: Perkongsian Amirah Nazaruddin di laman facebook milik beliau."
"Ikan jenahak merupakan jenis ikan yang boleh ditemukan di laut lepas. Ikan ini terdapat beberapa jenis. Selain itu ikan ini juga hidup di kawasan air payau dan muara kerana ikan ini kadang suka mencari makan di air tawar.\n\nIkan jenahak merupakan antara ikan kegemaran bukan hanya masyarakat malayia, namun juga hingga Indonesia dan India. Sisik ikan jenahak berwarna kuning keemasan. Ikan jenahak boleh dikatakan satu spesies dengan ikan siakap dan ikan merah.\n\nMungkin ada yang berkeinginan masak jenahak dan cuba makan, tapi ternyata-tanya resepi ikan jenahak yang sedap? Risau kalau main masak nanti tidak sedap bukan? Maka itu, kami ada 10 resepi jenahak daripada Facebook, yang sayang anda lewatkan. Selamat mencuba.\n\nKalau pemanggang ajaib ikan tak segak. Ikan jenahak 1 kg, belah belakang jangan buang sisik. Basuh, toskan, dan masukkan dalam peti ais sekejap supaya air ikan tidak meleleh masa bakar nanti. Resepi daripada Anggerik di laman Facebook.\n\nMenu ori Negeri Sembilan jenahak masak lemak cili api campur rebung dan terung telunjuk. Dapat rebung dan terung telunjuk segar dari pokok. Jenahak ada dua jenis daging yang lembut dan yang liat. Resepi jenahak dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di laman Facebook.\n\nJom kami belanja resepi sedap memikat hati iaitu kari ikan jenahak dikongsikan oleh Fuad Ismail Iskandar di laman Facebook. Jom cubakan resepi kari jenahak sedap terangkat berikut.\n\nItu dia lauk paling meriah macam menu di kedai. Nor Asiah berkongsikan resepi jenahak masak [email\u00a0protected]. Sesiapa suka lauk masam-masak ngam betul lah masakan ini. Makan bersama nasi putih dan sambal pelam, Umphh sedap!\n\nTeringin masak kari jenahak tapi tidak mahu makan bersantan? Tidak perlu risau pasal itu kerana boleh masak kari jenahak tanpa santan. Gerenti rasa dia macam ada santan dan sedap tak pandang kiri kanan langsung. Sila cubakan resepi ala Julia Ahmad di laman Facebook.\n\nSeterusnya menu kita ialah jenahak stim taucu pedas. Ada rasa masam dan pedas tercampur. Makan dengan nasi putih panas minta ampun sedapnya. Boleh cuba masak, sedap dan jimat. Sila cubakan resepi mudah oleh Ahmad Shinoda di laman Facebook.\n\nJom masak jenahak tiga rasa. Ada masam, manis, pedas dalam satu menu. Sabariah Bahasar berkongsi resepi jenahak 3 rasa di laman Facebook. Masak untuk makan tengahari gerenti satu keluarga suka. Puas makan kenyang dari pagi hingga ke malam.\n\nLauk simple-simple dan semestinya sihat. Sesiapa yang tengah berdiet, atau tidak ada selera makan, boleh cuba makan sup kepala jenahak. Mudah, sihat, dan kaya vitamin. Ayuh cubakan resepi sup jenahak senang ala Bahiah Saripuddin di laman Facebook.\n\nWalaupun nama dia jenahak stim limau, tetapi jangan kukus sekali limau hiris itu, nanti isi ikan jadi pahit. Cukup bubuh jus limau sahaja masa kukus. Bubuh limau hiris hanya sebagai hiasan sahaja bagi segak sedikit baru syok makan. Resepi dikongsikan oleh Azian Abdul Halim di laman Facebook.\n\nJenahak masak asam menu terakhir kita. Pastikan anda guna asam jawa macam resepi yang dikongsikan oleh Mariana Abd Majid di laman Facebook. Masakan ini guna banyak cili padi. Amat sesuai untuk anda yang suka lauk masam-masam pedas.\n\nSelain resepi di atas, kami telah menulis resepi lain yang tidak kalah sedap dan menarik. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Zaman teknologi canggih ini serba sedikit telah meningkatkan ilmu kita dan memudahkan urusan kita dalam pekerjaan. Malah, Anak-anak seawal 5 tahun juga sudah bijak menggunakan gajet seperti menonton youtube, bermain game dan menangkap gambar atau video. Lebih-lebih lagi sekarang tengah hangat dengan bermain TikTok.\n\nDalam masa kita membiarkan anak kita bermain gajet kerana kita sibuk bekerja, sebagai ibu bapa kita perlu meneliti mereka. Hal ini kerana gajet boleh merosakkan pemikiran anak-anak dengan video, website atau iklan yang tidak senonoh. Selain daripada itu, banyak perkara yang kita perlu lindungi anak kita. \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai hindari selamatkan anak-anak daripada 5 perkara buruk. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nSelamatkan anak kita daripada 5 perkara buruk ini\n\n1. Selamatkan anak kita daripada Soft Porn yang bermaharajalela\n\n\u2013 Soft Porn boleh menyerap ke dalam lagu Kpop dan Barat, iklan produk, game dan apps di smartphone.\n\n2. Selamatkan anak kita daripada Toxic People yang bermaharajalela\n\n\u2013 Toxic People boleh terdiri daripada kawan kawan anak kita, jiran tetangga dan keluarga kita sendiri.\n\n3. Selamatkan anak kita daripada Toxic Belief yang bermaharajalela\n\n\u2013 Toxic Belief adalah kepercayaan karut dan merosakkan akidah yang biasa ada dalam lagu lagu Barat, skrip filem dan game online.\n\n4. Selamatkan anak kita daripada Sedentary Lifestyle yang merosakkan mereka\n\n\u2013 Sedentary Lifestyle adalah cara hidup yang langsung tak ada aktiviti fizikal akibat terlalu lama bermain gadget dan game online.\n\n5. Selamatkan anak kita daripada Hidden Sugar yang ada di mana mana\n\n\u2013 Hidden sugar adalah kandungan gula yang tinggi tanpa kita sedari pada makanan harian anak kita seperti yang ada dalam sebahagian Yogurt, Energy bar, breakfast cereal, air jus dalam botol, tin dan banyak lagi\n\n*Berikut adalah perkara-perkara buruk yang perlu kita selamatkan anak kita daripada terjebak. Perkara-perkara ini boleh membuatkan pemikiran anak kita menjadi toxic apabila mereka meningkatkan dewasa nanti. Maka, ibu bapa perlu sentiasa melihat anak dan mendidik mereka untuk menjadi seseorang yang sihat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnyanya oleh penulis. Baca artikel sepenuhnya di sini.\n\nJemput baca artikel lain yang menarik di laman kami :"
"Wanita adalah perhiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Pastinya anda biasa dengar ungkapan ini. Tidak dinafikan bahawa setiap suami inginkan isteri solehah yang bukan sahaja menjadi kekasih di dunia malah ketua bidadari semasa di syurga nanti. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan wanita solehah? Apakah ciri-ciri isteri solehah yang selalu disebut dalam Al-Quran?\n\nCiri pertama seorang isteri yang solehah ialah dia sentiasa taat dan bertaqwa kepada Allah. Isteri yang solehah akan sentiasa melakukan segala suruhan agama dan meninggalkan segala larangan. Isteri yang solehah takut untuk melakukan dosa kerana dia tahu bahawa sesungguhnya di bahu kiri dan kanannya ada malaikat yang sentiasa mencatat semua amalan yang dilakukan.\n\nMenjaga kehormatan diri dan nama baik suami\n\nCiri pertama isteri solehah ialah dia sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama baik suami. Tak kira apa pun yang dilakukan atau di mana dia berada, seorang isteri yang solehah akan sentiasa menjaga kehormatan dirinya. Bagaimanakah cara untuk menjaga kehormatan diri? Menjaga kehormatan diri ialah dengan cara tidak mendedahkan diri kepada fitnah.\n\nSementara menjaga nama baik suami pula ialah dengan cara tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan nama baik suami. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pada zaman moden di mana semuanya di hujung jari. Berapa ramai isteri yang mendedahkan aib suami tanpa sedar semasa menulis di media sosial? Bercerita tentang kekurangan dan kelemahan suami sehingga diketahui oleh orang ramai?\n\nSeorang isteri yang solehah akan berhati-hati semasa menulis dan bersosial di lama sosial agar tidak menconteng arang ke muka suaminya dan tidak menjatuhkan air muka suami.\n\nCiri kedua seorang isteri yang solehah ialah dia akan sentiasa berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna. Pada hari ini berapa ramai di antara kita yang membungkus aurat dan bukannya menutup aurat? Pastinya kita semua tahu bahawa aurat seorang wanita yang sudah akil baligh ialah seluruh tubuh badannya kecuali wajah dan kedua tapak tangan.\n\nOleh itu, jika kita ingin menjadi seorang isteri solehah, elakkan daripada berpakaian seperti berikut:\n\nPakaian wanita yang solehah ialah seperti pakaian wanita syurga. Bukan sahaja menutup aurat dengan sempurna, malah kelihatan manis dan sopan. Sangat cantik di mata.\n\nMenjaga solat dan rajin melakukan solat sunat\n\nCiri isteri solehah yang seterusnya ialah dia akan sentiasa menjaga solat 5 waktu dan rajin untuk mendirikan solat sunat. Isteri yang solehah akan sentiasa solat di awal waktu. Sebelum masuk waktu solat, dia sudah duduk di atas sejadah sambil berzikir atau membaca Al-Quran.\n\nMalah dia juga rajin untuk melakukan solat sunat kerana dia tahu amalananya sangat kurang dan tidak mencukupi untuk masuk ke syurga. Pada waktu malam, dia dan suami akan bertahajud bersama demi mencari keredhaan Allah.\n\nMenghormati dan melayan kedua ibu bapa mertua seperti ibu bapa sendiri\n\nIsteri yang solehah juga akan menghormati dan melayan kedua ibu bapa mertuanya dengan baik seperti mana dia melayan ibu bapa sendiri. Di dalam islam, kedudukan mertua adalah setaraf dengan ibu bapa sendiri. Oleh itu, seorang isteri yang solehah tidak akan membeza-bezakan di antara mertua dan ibu bapanya.\n\nBukan sahaja mertua, malah isteri yang solehah akan bergaul dengan ipar-duainya dengan cara yang baik dan penuh hormat. Inilah dia cirri-ciri isteri solehah yang amat sukar untuk dijumpai pada hari ini.\n\nBersolek dan berhias hanya untuk suami\n\nMengikut ajaran islam, haram hukumnya bagi seorang wanita untuk bersolek dan berhias secara berlebihan semasa keluar dari rumah atau semasa berhadapan dengan lelaki bukan mahramnya. Ia dipanggil sebagai tabarruj. Namun hari ini berapa ramai dia antara kita yang bersolek secara berlebihan semasa keluar dari rumah?\n\nTak cukup dengan solekan yang tebal, ditambah pula dengan wangian yang menusuk hidung dan pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Sedangkan sepatutnya kita berhias hanya untuk santapan mata suami?\n\nMenjaga tingkah laku semasa berada dengan orang ramai\n\nSeorang isteri yang solehah akan sentiasa menjaga tingkah laku dan perangainya semasa berada dengan orang ramai. Gerak-gerinya sangat manis dan sopan. Isteri yang solehah juga akan menjaga batasan pergaulan semasa berkomunikasi dengan lelaki bukan mahramnya, terutamanya semasa berada di tempat kerja.\n\nDewasa ini ramai wanita yang bergelar seorang isteri terlupa untuk menjaga batas perbualan semasa berada di pejabat, bersembang di whatsapp group, atau semasa bersosial di media sosial. Oleh itu, jika teringin untuk menjadi seorang wanita solehah, sentiasa ingat status kita sebagai isteri dan pastikan batasan dijaga semasa kita berhubung dengan lelaki lain.\n\nItulah dia info tentang ciri-ciri isteri solehah \u00a0yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara buat suami rindu dan nusyuz seorang isteri"
"Sejak kebelakangan ini brownies cheese memang jadi kegemaran ramai. Ramai orang tertarik pada brownies cheese daripada brownies coklat biasa. Sebab brownies cheese selain daripada terasa coklatnya juga terasa lemak cheese yang pekat.\n\nResepi kali ini pula iaitu menghadirkan resepi untuk para pecinta cheese, brownies cheese marble. Gambar pun nampak sangat memikat. Apalah lagi rasanya. Gerenti boleh makan licin sampai ke pinggan.\n\nBrownies cheese ini tampak sangat mewah dengan corak di atasnya. Corak itu boleh diwarnakan mengikut tema acara anda apakah pertunangan, perkahwinan mahupun untuk buah tangan.\n\nTanpa buang masa, jom tengok resepi perkongsian ramai Laila Tony\u200e di laman Facebook. Confirm anak-anak anda terutamanya akan sangat menggilai brownies ini. Makan sampai menjilat jari.\n\nNota: Masa pukul adunan brownies, tak payah guna mixer, sebab brownies akan naik terlebih. Patutnya guna tangan saja.\n\nSelain resepi brownies cheese, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Asam laksa dikatakan berasal daripada orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu. Ada sesetengah orang memanggilnya Laksa Penang. Tapi itulah, terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia tercinta ini sehinggakan kadang- kadang tercelaru terkeliru jenis- jenis laksanya.\n\nAlmaklumlah lain tempat, lain orang, lain panggilannya, lain caranya. Ada laksa kedah, laksa lemak, laksa kelantan, laksa sarawak, laksa penang, asam laksa,laksa johor dan sebagainya. Yang pasti kesemua jenis laksa-laksa ini menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Tapi kebanyakkan pasaraya besar menjual asam laksa sebagai tarikan.\n\nMarilah tengok resepi asam laksa dari G-ra Aripin yang mendapat perkongsian ramai. Caranya pun mudah dan senang untuk dilakukan. Lepas nih bolehlah makan laksa nih kat rumah jer, ataupun bolehlah dijadikan menu untuk tetamu yang akan datang. Jom layan resepinya.\n\nDah siap. Bolehlah dimakan bersama laksa dengan hirisan timun, bawang dan nanas. Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Asam Laksa ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba ya."
"Bayi sangat sensitif dan mudah jatuh sakit. Nak-nak lagi bayi yang ditinggalkan di taska, di mana bayi anda terdedah kepada ramai bayi dan kanak-kanak lain yang membawa pelbagai virus dan bakteria. Bayi berkahak biasanya akan kurang menyusu dan kuat meragam. Kalau bayi anda sedang berkahak, jom amalkan cara hilangkan kahak bayi yang dijamin berkesan dan selamat ini.\n\nBawang putih bersifat anti bakteria. Salah satu daripada fungsinya ialah untuk merawat kahak bayi dengan menghilangkan jangkitan dan mencairkan kahak yang terkumpul di dalam dada bayi. Apa yang paling penting, cara hilangkan kahak bayi dengan cara ini adalah sangat selamat dan semulajadi maka anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan ke atas bayi.\n\nUntuk menyediakan minyak bawang putih, apa yang anda perlukan ialah seulas bawang putih dan 5 sudu besar minyak zaitun. Itu sahaja. Mudah kan? Jom kami kongsikan caranya:\n\nSelain bawang putih, daun sireh juga boleh digunakan sebagai salah satu cara hilangkan kahak bayi yang amat berkesan. Untuk menggunakan cara ini, apa yang anda perlukan hanyalah beberapa helai daun sireh. Caranya:\n\nJika anda tidak dapat mencari daun sireh, anda juga boleh gunakan daun kaduk untuk menghilangkan kahak bayi anda. Rupa daun kaduk hampir sama dengan daun sireh namun kedua-dua daun ini adalah dua daun yang berbeza dengan khasiat yang berbeza. Untuk menghilangkan kahak bayi anda menggunakan daun kaduk, apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nAnda juga boleh gunakan kunyit hidup untuk menghilangkan kahak bayi anda. Caranya juga sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nAnda juga boleh berikhtiar untuk menghilangkan kahak bayi anda dengan cara melakukan terapi stim. Ia adalah sayu lagi cara alami yang selamat dan tidak memberikan kesan sampingan yang buruk kepada bayi anda. Cara untuk melakukan terapi stim ialah:\n\nCara hilangkan kahak bayi yang seterusnya ialah dengan menggunakan kaedah tepukan percussion. Ini adalah terapi yang biasa dilakukan di hospital bagi merawat bayi dan kanak-kanak yang mengalami asma dan kahak yang teruk. Anda juga boleh mengamalkannya sendiri di rumah tanpa perlu pergi ke hospital. Cara untuk melakukannya ialah:\n\nNamun ingin kami ingatkan kepada anda supaya memastikan bahawa bayi anda tidak menyusu selama satu jam sebelum melakukan tepukan percussion bagi mengelakkan bayi anda termuntah susu sesama tepukan dilakukan.\n\nItulah dia cara hilangkan kahak bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0 Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai cara banyakkan susu dan sebab bayi muntah susu"
"Darah rendah akan menyebabkan anda sering jatuh pengsan. Itu adalah tekanan darah rendah pada tahap kronik. Namun, ia bukanlah sesuatu penyakit yang mempunyai ubat. Anda boleh atasi tekanan darah rendah dengan menukar gaya pemakanan yang sesuai bagi pesakit tekanan darah rendah.\n\nRamai berpendapat bahawa tekanan darah rendah terjadi disebabkan anda tidak suka makan atau tak berapa makan banyak. Itu boleh jadi sebabnya juga tetapi anda boleh makan makanan yang disarankan untuk mengatasi masalah darah rendah.\n\nApakah makanan untuk darah rendah yang boleh anda amalkan setiap hari? Jom kami kongsikan 15 jenis makanan untuk darah rendah wajib anda tahu. \n\nTelur mempunyai vitamin B12 yang menjadikan anda kuat dan bertenaga. Sebagai pesakit tekanan darah rendah, telur adalah makanan utama penting untuk anda makan. Ia juga dapat mengurangkan anemia dan tekanan darah rendah anda. \n\nBayam serat dengan vitamin E, asam folat, lutein dan natrium. Khasiat bayam adalah mencegah kerosakan sel, melawan radikal bebas dan bersifat antioksidan. Sayur bayam juga menjadikan darah anda sihat dan badan lebih bertenaga. \n\nAmalkan sayur bayam seminggu 2 kali atau setiap hari, tiada masalah. Anda boleh makan bayam hijau dan bayam merah. Khasiatnya juga lebih kurang sama dan sesuai sebagai makanan untuk darah rendah.\n\nPerbanyakkan makan buah delima sama ada delima muda atau tua yang sudah merekah. Makanan untuk darah rendah ini sangat antioksida dan mempunyai vitamin yang banyak. Anda tidak akan letih, pening dan mudah pengsan lagi dengan pengambilan buah delima.\n\nSelain telur, daging merah adalah makanan kedua terbaik untuk darah rendah. Daging merah juga boleh mengatasi anemia dan meningkatkan tenaga anda. Makanan untuk darah rendah terbaik ini boleh anda ambil dalam kuantiti yang secukupnya atau banyak asalkan tidak lemak berlebihan.\n\nSeledri adalah daun yang boleh anda tambah dalam masakan atau minuman. Ia juga boleh dijadikan sebagai penambah rasa. Kandungan natrium sebanyak 96 mg natrium dan kaya dengan pelbagai vitamin dapat mengatasi masalah darah rendah.\n\nAnda boleh mengamalkan seledri daun dan batangnya kerana keduanya sangat berkhasiat untuk diamalkan. Ramai kaum cina yang sering mengamalkan seledri dalam masakan mereka, anda pula bagaimana?\n\nLemon bukanlah semata-mata penghapus lemak, tetapi juga dapat mengatasi darah rendah anda. Makanan untuk darah rendah ini kaya dengan vitamin c dan bersifat antioksidan. \n\nAnda boleh jadikan lemon sebagai jus ataupun boleh tambah dalam masakan yang bersesuaian. Jika dimakan begitu sahaja, masam sangat rasanya! Darah anda akan lebih terkawal justeru dapat mengatasi tekanan darah rendah.\n\nApa kata anda amalkan makanan untuk darah rendah yang ringkas ini? Dengan 2 sudu madu setiap hari, tekanan darah rendah anda akan berkurangan. Madu adalah makanan sunnah yang pastinya mempunyai khasiat terkuat untuk darah dan tenaga.\n\nIkan bakar boleh mengatasi darah rendah jika anda sering memakannya. Pastikan ikan yang anda masak adalah ikan yang tidak menyebabkan gatal-gatal. Gunakan ikan yang sering dimakan oleh mereka yang berpantang seperti ikan selar.\n\nMakanan untuk darah tinggi yang boleh anda amalkan adalah hati ayam. Hati ayam mengandungi vitamin B12 dan kaya dengan asam folat. Banyak menu makanan yang boleh anda gunakan bagi hati ayam. Mungkin dengan resepi yang sedap, anda akan mudah untuk makan selalu.\n\nRamai yang tidak sangka bahawa timun boleh mengatasi darah rendah. Timun boleh dijadikan acar, kerabu, makan bersama nasi lemak, sebagai ulam-ulaman dan lain-lain lagi. \n\nUntuk pengetahuan anda, timun mempunyai 96% air yang bakal menjadikan tubuh anda bertenaga, kuatkan imunisasi tubuh dan mengatasi darah rendah.\n\nMakanan untuk darah rendah seterusnya adalah asparagus. Asparagus boleh dimakan dalam masakan sayur dan lauk-pauk yang lain. Ia menjadi amalan masyarakat cina dalam masakan mereka. Ia penuh dengan asam folat yang membantu menguatkan tekanan darah.\n\nKismis boleh dimakan begitu sahaja dan juga boleh direndam ke dalam air masak selama 10 sehingga 20 minit. Kismis yang direndam boleh dibiarkan semalaman dan boleh diminum pada keesokan pagi. Anda boleh lakukannya selama seminggu.\n\nTomati sangat berkhasiat sehingga ada yang makan begitu sahaja dan jadikannya sebagai ulam. Dengan kandungan air 94%, makanan untuk darah tinggi ini dapat mengawal tekanan darah rendah anda dengan mudah. Untuk elakkan tekak terasa muak, anda boleh amalkan makan tomato digaul bersama dengan mayonis. \n\nAnda boleh mencuba makan buah zaitun juga untuk mengatasi darah rendah. Buah zaitun adalah makanan untuk darah rendah penting untuk anda ambil. Jadikan buah zaitun sebagai kudap-kudapan sambil anda menonton televisyen.\n\nSiapa yang tak kenal buah tembikai? Buah yang mengandungi air yang banyak ini adalah makanan untuk darah rendah harus anda ketahui. Ia mudah didapati, justeru anda boleh mengamalkan buah ini sentiasa. \n\nSelain dapat mengatasi darah rendah, ia juga dapat melawan bakteria dan kuman dalam tubuh badan serta menghapuskan penyakit-penyakit lain. Sama ada buah tembikai muda atau tua, keduanya boleh anda makan.\n\nKeju cottage juga merupakan makanan terbaik untuk darah rendah yang boleh anda cuba. Selain rasanya yang sedap, ia mengandungi kandungan protein yang banyak. Pasti anda kekal bertenaga dan tidak lemah lagi setelah mengamalkan sarapan keju setiap hari.\n\nItulah dia 16 jenis makanan untuk darah rendah yang penting untuk anda amalkan. Tak pernah makan? Jom cuba dulu, Insyallah akan bertambah baik. Jemput baca juga Makanan tingkatkan prestasi otak, Makanan untuk darah tinggi dan Cara buat ikan pekasam."
"Susu kambing mengandungi Beta Casein A 2 dan ini bererti ia lebih mudah hazam dari susu lembu Beta Casein A 1.\n\nNamun dipasaran ada banyak jenis susu kambing\n\n1. Susu kambing segar frozen raw ( belum dimasak )\n\n2. Susu kambing segar pasteurised ( di panaskan tetapi sekejap)\n\n3. Susu kambing tepung organik dan tidak campur apa-apa dan lalui proses freeze drying.\n\n4. Susu kambing tepung yang dicampurkan dengan krimer dan banyak lagi bahan seperti madu, korma, delima, gam arab dan seribu satu lagi tambahan .\n\n5. Susu kambing formula yang merupakan functional food dan mengandungi minyak sayur, corn syrup solids dan maltodextrin etc.\n\nSusu kambing yang bukan formula hanya boleh diberikan kepada anak atas dari umur setahun.\n\nPilihan terbaik adalah susu kambing segar, jika raw kena didihkan selama 15 saat untuk keselamatan walaupun bila masak ada sedikit kurang khasiatnya.\n\nPilihan kedua adalah susu tepung organik yang freeze dried. Harganya jauh lebih mahal dari susu kambing campuran dan bau dia lebih hamis serta lebih susah larut tetapi ini pilihan saya selain yang segar. \n\nJika saya nakkan senang larut senang sahaja, saya boleh campurkan dengan gam arab sedikit, yeast powder sedikit dan goncang sebelum tambah air.\n\nSusu yang ada krimer ibarat kita tambah margarine pada susu. Krimer dari lemak sayur dan adalah ibarat margarine dan ada kemungkinan mengandungi trans fatty acids yang mudarat pada kesihatan dan tidak sesuai untuk kanak-kanak .\nAwas kebanyakkan susu kambing dipasaran mengandungi krimer.\n\nKenapa saya tidak pilih susu kambing yang banyak campuran itu? Saya tidak tahu mutu bahan yang dicampur. \n\nJika dicampur madu, madu apa yang dicampur? Dicampur korma? Saya lebih suka ambil korma dan campur sendiri. Lagipun kebanyakan yang dicampur itu mengandungi krimer."
"Pernah tak anda berasa pedih ulu hati, perut kembung, sakit kepala, kepala seperti melayang-layang, kerap muntah, nafas terasa pendek dan tekak seperti tersangkut makanan? Kalau anda ada kebanyakan simptom yang dinyatakan ni, kemungkinan anda menghidap angin medu.\n\nTanpa kita sedari, makanan harian kita yang pedas, berasid, berlemak dan berangin memberi kesan tak baik kepada tubuh badan. Semua makanan di Malaysia memang sedap-sedap belaka dan kita menikmatinya tanpa rasa bersalah.\n\nNamun, tahukah anda makanan-makanan ni boleh mengakibatkan angin medu? Penulisan artikel ni akan mengupas tentang punca dan petua mengatasi masalah ni. Bagi mereka yang menghidapi masalah angin medu, diharapkan artikel ni dapat membantu anda.\n\nAngin medu atau nama sebenarnya Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) yang juga dikenali sebagai asid refluks merupakan gangguan penyakit pencernaan yang kronik.\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit ni berlaku apabila asid dalam perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus iaitu laluan antara mulut dan perut.\n\nSeperti yang kita sedia maklum, saluran makanan manusia bermula dari mulut, kemudiannya masuk ke dalam saluran esofagus dan seterusnya masuk dalam perut. Apabila makanan sudah berada dalam perut, jus gastrik yang berfungsi untuk mencerna makanan akan dirembeskan.\n\nJus gastrik ni juga berfungsi untuk membunuh kuman dalam perut. Jika anda mengalami angin medu, asid yang terhasil akan mengalami refluks (naik semula) ke saluran esofagus.\n\nItulah sebabnya pesakit akan mengalami pedih ulu hati dan juga sakit dada. Bagi kes-kes yang lebih teruk, asid akan naik hingga ke bahagian tekak. Ini mengakibatkan rasa hendak muntah, nafas terasa pendek dan sebagainya.\n\nSecara normalnya, apabila makanan sampai di bahagian perut, otot sfinkter (di bawah esofagus) akan mengecut. Pengecutan ni berlaku supaya makanan dalam perut tak masuk ke dalam esofagus semula.\n\nBerbeza pula dengan orang yang menghidap angin medu, otot sfinkter mereka mengalami masalah untuk kecut sepenuhnya. Ini menyebabkan makanan di dalam perut naik ke atas semula dan menyebabkan keradangan esofagus disebabkan oleh asid.\n\nTerdapat beberapa sebab berlakunya masalah ni, antaranya:\n\nBerikut ialah gejala umum yang sering dihadapi apabila terkena angin medu. Antaranya ialah:\n\nSetiap penyakit pasti ada ubatnya. Yang paling penting, kita berusaha mengubatinya dan anggap ia sebagai ujian. Menurut pakar perubatan, angin medu boleh baik dengan sendirinya tanpa rawatan khusus.\n\nNamun, jika simptom berlarutan dan semakin kronik, anda perlu membuat rawatan untuk mengubatinya. Antara rawatan yang boleh dibuat ialah:\n\nIa berguna untuk menyekat pengeluaran asid hidroklorik di dalam perut. Contoh ubatnya ialah omeprazole, esomeprazole dan pantoprazole.\n\nUbat yang bersifat alkali ni dapat meneutralkan asid yang berlebihan dalam perut. Contoh ubatnya ialah hydroxide dan magnesium trisilicate.\n\nUbat jenis ni dapat mengurangkan rembesan jus gastrik ke dalam perut. Jadi, penghasilan asid hidroklorik yang menyebabkan keradangan esofagus dapat dikurangkan. Contoh ubatnya ialah ranitidine dan cimetidine.\n\nPembedahan hanya akan dilakukan jika pengambilan ubat-ubatan tak berkesan. Malah, perubahan gaya hidup tak membawa apa-apa perubahan pada pengurangan gejala angin medu.\n\nPembedahan yang sering dilakukan dikenali sebagai \u2018Fundiplication\u2019. Pembedahan ni maksudnya perut di bahagian atas (fundus) akan dijahit mengelilingi bahagian bawah esofagus. Tujuannya supaya otot sfinkter menjadi kuat.\n\nDiet Yang Disyorkan Untuk Penghidap Angin Medu\n\nMelalui laman Facebook \u2018Bagaimana Saya Sembuh Dari Gerd Dan Anxiety\u2019, bekas-bekas pesakit GERD yang telah sihat dengan menjaga pemakanan telah berkongsi tips yang boleh diamalkan oleh semua.\n\nKesimpulannya, kita perlu menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya. Jangan makan tanpa fikir kesannya pada tubuh badan. Mungkin sekarang kita sihat, tapi sebulan atau setahun lagi tak ada sesiapa tahu keadaan kesihatan kita.\n\nDiharapkan perkongsian artikel ni tentang punca dan rawatan penyakit angin medu ini dapat memberikan anda sedikit ilmu yang bermanfaat. Jangan lupakan kongsikan artikel ni dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Jemput juga baca tentang penyebab rabun beruban dan punca biji kolestrol"
"Saya berkongsi dengan adik-adik tingkatan 5 di SMA MAIWP.\n\nRahsia magik untuk berjaya. Perkongsian dari kisah benar.\n\nSebab adik-adik ni bakal menghadapi SPM. Dalam waktu yang sudah tidak berapa lama, saya faham setiap dari mereka mengharapkan keajaiban berlaku. Kalau selama ini Add Math, Fizik dan Kimia terasa susah dan asyik dapat C, tiba-tiba masa SPM dapat A.\n\nSaya tidak menjanjikan keputusan 11A+ yang mereka idamkan. Tapi saya percaya satu perkara:\n\nTuhan yang kepadaNya mereka memohon adalah Tuhan yang sama yang berikan saya A1 dalam semua subjek SPM.\n\nPadahal sebelumnya saya selalu dapat C dalam subjek Bahasa Inggeris. Dalam ujian, nak dapat A dalam Fizik umpama menunggu itik mengeluarkan telur emas. Malah, dalam 400 lebih pelajar batch saya waktu itu, saya tak pernah pun tergolong dalam top 20. Impossible tiba-tiba nak jadi among the best student dalam SPM.\n\nTapi Tuhan yang amat baik, menukar apa yang \u2018impossible\u2019 jadi \u2018possible\u2019.\n\nSatu yang amat saya percaya, Dia juga pasti amat baik kepada hamba-hambaNya yang lain. Asal saja kita tahu apakah rahsianya dan melakukannya.\n\nSebab itu kepada adik-adik yang saya temui semalam, saya kongsikan 2 perkara:\n\nApakah rahsianya yang menyebabkan seseorang pelajar boleh berusaha dengan gigih tanpa mengenal putus asa. Yang kalau dia rasa nak malas, selang 1 minit dia tak jadi nak malas.\n\nKalaupun add math terasa susah, dia takkan jemu buat latihan. Sanggup tebalkan muka bertanya cikgu setiap hari walau dah tahu nanti kena marah sebab asyik tanya banyak kali tapi asyik salah jawab.\n\nSaya mengambil masa hampir sejam hanya untuk bertanya kepada mereka:\n\n\u201cDeep inside your heart, do you know WHY you need to be successful?\u201d\n\nSaya harus puji adik-adik SMA MAIWP ni kerana tidak kekok untuk berkongsi jawapan mereka. Yang dari situlah, saya tahu sebenarnya mereka tidak ada lagi jawapan itu. Saya tahu, tugas saya ialah membantu mereka mencari jawapannya:\n\nSebab, hanya apabila seorang pelajar tahu apakah misi yang mesti mereka capai dan misi ini cukup kuat dan cukup mempengaruhi emosi mereka, barulah mereka mampu untuk beri 100% dalam berusaha. Walau Fizik susah dan asyik dapat C, mereka akan cari jalan juga supaya yang C bertukar jadi A. Tanpa mengenal putus asa.\n\nItulah the power of \u2018misi hidup\u2019.\n\nYup, bertawakal atas usaha kita yang 100% itu adalah sangat penting. Sebab, at the end of the day, Tuhan juga yang akan beri kejayaan yang kita inginkan.\n\nTapi bertawakal bukan sekadar berdoa setiap kali selesai solat, setiap kali menunaikan solat hajat. Ia tidak cukup dengan itu.\n\nSebab, kalau kita boleh beri 100% dalam berusaha..belajar siang malam..kita sepatutnya juga beri 100% untuk \u2018please\u2019 Allah. Untuk tunjukkan kepada Allah, \u2018O Allah I really need Your help.\n\nTunjukkan dengan cara kita melakukan apa yang Allah suka. Tapi, satu syarat penting saya tekankan kepada adik-adik itu: mesti yakin pada Allah.\n\nYakinlah yang Dia boleh tukar apa yang impossible jadi possible.\n\n.\nSebenarnya saya hanya bercakap berdasarkan apa yang saya lalui. Sepanjang bergelar pelajar..dari sekolah rendah sampailah buat Ph.D, inilah dua perkara \u2018rahsia magik\u2019 yang Tuhan ajarkan kepada saya.\n\nSebab itu, bila sekolah panggil untuk beri ceramah motivasi, dua perkara ini juga yang saya akan kongsikan kepada adik-adik yang lain. Kerana mereka juga memerlukan rahsia magik ini.\n\nDan ia sebenarnya berguna dalam setiap yang kita lalui dalam kehidupan: untuk berjaya dalam kerjaya, untuk bahagia dalam rumahtangga, untuk hidup dengan penuh makna.\n\n#1 Jika kita tahu apa yang ingin kita capai\n #2 Dan jika kita bijak menjemput pertolongan Tuhan."
"Corticosteroid diberi semasa hamil? Ubat jenis apakah ini? Seperti yang semua tahu, tempoh kehamilan merupakan tingkap masa yang sangat penting untuk ibu mengandung berjaga-jaga. \n\nBerikutan ini, corticosteroid akan diberi oleh doktor kepada ibu-ibu mengandung yang dijangka melahirkan bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Tetapi, bukan apa, ye lah sudah mengandung beberapa bulan bukan, mestilah hendak mengelak mana-mana risiko komplikasi yang berkaitan. \n\nDi sini, kami kongsikan artikel Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak (pegawai perubatan, kesihatan wanita & kehamilan) mengenai corticosteroid sempena World Prematurity Day pada 17 November 2018.\n\nApakah Corticosteroid Dan Bagaimanakah Suntikan Diberi?\n\n\u201cAdoiii \ud83d\ude31\ud83d\ude31, sakitnya cucuk ubat matangkan peparu bayi ni doktor. Kalau tak cucuk takpe ke? \u2013 ujar Amelina sambil mengosok-gosok punggungnya. Sambil berjalan terhincut-hincut, Amelina mengelap air matanya yg mula berderaian \u201c\n\nCorticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu, jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan bayi pramatang/ tak cukup bulan. Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot (intramuscular) sama ada pada peha, lengan atau pada punggung. Ianya diberikan melalui 2 dos atau ada yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 \u2013 48 jam\n\nMengapa Corticosteroid Membantu Mengurangkan Risiko Berkaitan Dengan Bayi Pramatang?\n\nUbat ini sudah digunakan bertahun-tahun lamanya, diberikan kepada ibu yang dijangkakan akan melahirkan bayi pramatang, meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan. Selain itu, ianya mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan (disebabkan peparu bayi masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius ataupun masalah pada salur pencernaan.\n\nAdakah Corticosteroid Berbahaya Kepada Saya Dan Bayi?\n\nSuntikan sebanyak 2 atau 4 kali dianggap selamat untuk ibu dan bayi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mangatakan suntikan lebih daripada itu adalah selamat.\n\nBilakah Sepatutnya Saya Mendapat Suntikan Corticosteroid ?\n\nSuntikan diberikan pada minggu kehamilan ke 24 dan 34 minggu 6 hari. Jika anda akan menjalani pembedahan elektif, suntikan corticosteroid amatlah digalakkan jika pembedahan itu akan berlangsung pada 35 hinggga 38 minggu 6 hari kehamilan.\n\nSuntikan corticosteroid boleh diberikan sebelum 24 minggu kehamilan, tetapi bukti corticosteroid dapat membantu bayi seawal ini masih lagi tidak jelas, pakar perunding akan berbincang dengan anda terlebih dahulu.\n\nBerapa Lama Suntikan Corticosteroid Ini Menjadi Efektif?\n\nSuntikan corticosteroid ini membantu jika dos terakhir diberikan antara tempoh 24 jam sehingga 1 minggu sebelum bayi dilahirkan. Ada juga kebaikan sekiranya bayi dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari dos yang pertama.\n\nSiapakah Yang Sepatutnya Menerima Suntikan Corticosteroid?\n\nAnda akan dinasihatkan untuk menerima suntikan ini jika anda berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang, sebelum 35 minggu kehamilan. Ini termasuklah :\n\nKelahiran pramatang ni tak boleh disekat-sekat walaupun doktor guna pelbagai ubat untuk hentikan proses bersalin. Apa yang boleh dibuat, bantu mempersiapkan bayi pramatang yg bakal lahir untuk matangkan peparunya agar kurang komplikasi berkaitan dengan kelahiran pramatang\n\n*Share jangan tidak share ya! Sangat berguna untuk ibu-ibu mengandung yang masih tidak tahu-menahu mengenai ubat ini.\n\n *Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Isteri curang? Eh bukankah seorang isteri itu perlu setia pada suami? Sejujurnya di akhir zaman ini, wanita juga ada yang berlaku curang walaupun dalam status isteri orang! Kerana itu para suami perlu tahu apakah tanda-tanda jika isteri berlaku curang? Ini untuk memastikan apakah benar isteri sedang curang ataupun sebaliknya.\n\nMungkin kita jarang dengar kisah wanita (isteri) curang berbanding suami yang curang pada si isteri tetapi hakikatnya kes sebegini memang ada berlaku di dalam masyarakat. Sebagai suami tidak salah untuk anda mengintip gerak-geri isteri untuk memastikannya.\n\nFaktor luaran seperti ada teman sekerja yang datang mengganggu juga menjadi penyumbang. Tujuan asal nak kerja cari rezki buat bantu ringankan beban suami tapi alih-alih suami dah dibelakangkan dek kerana seronok dengan kehidupan baru. \n\nBenarkah Isteri Ini Juga Boleh Berlaku Curang Terhadap Suaminya?\n\nBenarkah perempuan suka curang? Jawapannya keadaan perempuan curang dan lelaki curang ni hampir sama saja. Almaklumlah dulu sebelum berkahwin kehidupannya berlainan dan selepas kahwin pula faktor tanggungjawab membuatkan hidup terasa lebih susah. Maka apabila ada yang datang dengan alasan tumpang simpati, ingin curah kasih dan sebagainya manalah hati yang sedang terasa sedih tu tak cair. \n\nHakikatnya tidak semua wanita itu akan curang! No! Wanita yang ada rasa takut pada Allah SWT pasti tidak akan berani-berani meletakkan diri mereka di tempat ini. \n\nSelalunya wanita yang akan terpesong ke arah ini adalah dikalangan mereka yang lemah iman dan juga disebabkan oleh sikap pasangan mereka sendiri yang tidak tahu menghargai dan menyayangi. \n\nSebab itulah bila ada lelaki lain datang dekat dengan ayat manis dan lafaz janji konon nak sayang sepenuh hati maka si wanita akan terus jadi lupa diri. Lupa diri bahawa sebenarnya diri itu adalah isteri orang malah mungkin ibu pada anak-anak. Lupa diri juga bahawa tindakan itu adalah sangat dilaknat oleh Allah SWT. \n\nJangan Terus Tuduh! Kumpul Bukti Tanda Isteri Curang Dulu Sebelum Bertindak \n\nAndai ini ada berlaku maka bagaimanakah caranya untuk tahu sama ada si wanita (isteri) sedang berlaku curang pada waktu tersebut? Iyalah tak kan nak terus di tanya, tentu-tentu saja jawapannya adalah tidak. Mana ada orang buat salah akan mengaku terang-terangan dengan mudah. Jika ya bukan curang lagilah namanya. \n\nMaka di sini akan disenaraikan beberapa tips bagaimana untuk kenali dan faham situasi sama ada si isteri sedang berlaku curang ataupun tidak di belakang. Cara ini juga boleh dilakukan pada teman wanita ataupun bakal isteri (tunang) dalam mengenal diri mereka dengan lebih rapat lagi. \n\nTanda Isteri Sedang Curang Boleh Dinilai Dengan 10 Tips Ini\n\n Tanda-tanda Isteri Curang ini boleh dikenali dengan 10 panduan di bawah. Tanda -tanda ini boleh diperhatikan sebagai panduan untuk tahu sama ada ianya benar atau salah. Namun awas, jangan pula terus di tuduh secara melulu dengan membuta tuli. \n\n#1 \u2013 Sudah Tidak Semesra Dulu Lagi\n\nJika dulu isteri kelihatan mesra, manja, mudah digauli tetapi jika beliau ada agenda lain di luar maka besar kemungkinan si isteri sudah tidak akan semesra dulu lagi. \n\n#2 \u2013 Lebih Gemar Menjauhkan Diri \n\nIsteri juga akan lebih gemar menjauhkan diri dengan cara berseorangan di dalam bilik, membuat apa yang disukainya secara bersendiri malah besar kemungkinan beliau juga sudah kurang untuk duduk bersama menonton TV di ruang tamu bersama pasangan seperti dulu lagi.\n\n#3 \u2013 Tingkahlaku Berubah Secara Drastik Dengan Tiba-Tiba\n\nJika dulu si isteri bagus dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap rumahtangga, tidak mustahil kini beliau sudah tidak kelihatan ikhlas dalam melaksanakannya. \n\nTidak hanya itu, tingkahlaku isteri juga boleh berubah dari lemah lembut kepada kasar dan dari ciri penuh keibuan kepada sikap seorang yang degil. \n\n#4 \u2013 Suka Memberi Pelbagai Alasan \n\nApabila di tanya itu dan ini, pastinya akan ada pelbagai alasan yang diberikan. Jika di tanya kenapa pulang kerja lewat maka alasannya kerja lebih masa. \n\nJika di tanya hujung minggu nak ke mana maka akan di jawabnya pula ada pertukaran jadual kerja atau mungkin apa saja alasan untuk melepaskan diri. Satu soalan yang di tanya, sepuluh jawapan alasan akan keluar dari mulutnya. \n\n#5 \u2013 Tidak Pernah Berenggang Dari Telefon Bimbitnya\n\nIni adalah petunjuk terbesar! Tak kira waktu telefon bimbit sentiasa ada bersamanya. Berada di dalam rumah tetapi handphone sentiasa di dalam poket atau di tangan. \n\nHandphone juga sudah di tukar setting kepada \u2018silent\u2019 sepenuhnya. Awas! Pasti ada sesuatu yang sedang disembunyikan. Tidak perlu keluar jumpa, isteri mungkin juga sedang\u00a0curang\u00a0dengan menggunakan Facebook, Whatsapp dan sebagainya! \n\n#6 \u2013 Menjawab Panggilan Secara Berbisik \n\nJika ada panggilan masuk, isteri akan menjawabnya dalam keadaan berbisik. Isteri juga akan cepat-cepat mematikan perbualan atau melarikan diri ke dalam bilik atau sebagainya demi untuk menjawab panggilan tersebut. \n\n#7 \u2013 Sentiasa Kelihatan Resah Dan Gelisah \n\nSikit-sikit pandang handphone. Sikit-sikit buka whatsapp. Resah semacam dah seperti kucing baru lepas hilang anak! Duduk di dalam rumah dah seperti duduk di atas bara. Resah gelisah semacam. \n\n#8 \u2013 Tidak Ingin Keluar Bersama Seperti Dulu \n\nJika dulu suami boleh ajak si isteri ini keluar bersama pergi tonton wayang atau sebagainya tetapi kini isteri sudah tidak berminat lagi. Masa yang ingin suami luangkan bersama isteri sudah tidak kelihatan seronok lagi pada isteri. Silap haribulan isteri terlebih dulu sudah tonton wayang tersebut bersama kekasih gelapnya. Oh tuhan!\n\n#9 \u2013 Sengaja Membesarkan Masalah Yang Kecil \n\nMasalah yang kecil dengan sengaja diperbesarkan. Ini seolah-olah sengaja mahu membuatkan anda nampak \u2018jahat\u2019 sedangkan pergaduhan itu bukanlah disebabkan satu isu yang besar mana. Perkara boleh selesai tetapi sudah menjadi satu situasi yang tegang. Besar kemungkinan juga dia yang terlebih dulu memulakan segalanya. \n\n#10 \u2013 Tersasul Menyebut Nama Panggilan Yang Lain \n\nJika selalunya beliau panggil anda dengan panggilan \u2018awak\u2019 atau \u2018abang\u2019 , tetapi kali ini dengan tiba-tiba beliau terpanggil awak dengan panggilan \u2018sayang\u2019. Awas! Ini boleh menunjukkan yang beliau sudah terbiasa dengan panggilan itu terhadap seseorang. \n\nJangan Terus Tuduh Dan Jika Benar Isteri Curang, Maka Bertindaklah Dengan Cara Baik \n\nAwas! Curang ini bukannya satu perkara main-main. Jangan sesekali di tuduh secara sembarangan. Jika ada ciri-ciri di atas pastikan dulu sepenuhnya. \n\nPasang spy jika mampu atau diri sendiri jadi pengintip untuk ikut gerak geri isteri di luar rumah. Jangan hanya dengan menilai serba sedikit sudah mahu terus ceraikan isteri. Itu bukan cara yang Nabi kita ajar.\n\nDan sekiranya benar-benar isteri curang dan hati sudah tidak mampu untuk memaafkannya lagi maka lepaskanlah dia dengan cara baik. Anggaplah ini semua ujian yang Allah SWT berikan untuk kita terus tabah dan sabar dalam mengharunginya. \n\nJom baca juga Manfaat honeymoon untuk pasangan dah lama kahwin, 10 kriteria calon isteri idaman yang di buru lelaki dan 5 kewajipan sebelum menikah yang perlu suami fahami dan penuhi."
"Vadai dal merupakan makanan orang india selatan. Resepi vadai berbahan asas dal dan hirisan bawang serta cili. Adakah anda ingin mencuba resepinya?\n\nPerkongsian kali ini akan membawakan kepada anda resepi vadai dal yang terkenal oleh seorang youtuber yang diringkaskan oleh \u200eArif Eddy\u200e dalam tulisan di Facebook. Kelazatan vadai dal yang dibuat amat merangsang selera. Tidak hairan ramai orang yang mengikuti resepi ini.\n\nTekstur vadai dal yang garing di luar namun lembut di dalam, sangat menarik perhatian. Kerananya, makanan ini amat terkenal dalam kalangan orang dewasa yang suka mengudap kudapan.\n\nVadai memiliki rasa yang agak pedas dan rasa kari. Vadai dal sedap dimakan macam itu sahaja gigit pula lada hijau. Pergh! Sedap sungguh.\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"\u200eWeekend ialah masa yang paling sesuai untuk membuat resepi masakan yang menarik. Terutamanya sebagai suri rumah yang gemar memasak anda boleh cuba membuat shepherd pie sebagai makanan petang-petang untuk keluarga.\n\nApa itu shepherd pie? Shepherd pie ialah kek pai berinti daging yang menggunakan kentang lenyek sebagai topping. Daging yang digunakan bervariasi antaranya menggunakan daging ayam, lembu mahupun kambing.\n\nShepherd pie dimasak dengan inti yang dicampur dengan bawang, carrot, kacang, saderi dan sayuran lainnya. Cheese mozarella biasanya diletakkan di atas topping supaya menambah rasa creamy pie.\n\nCukup senang membuat shepherd pie ini. Resepi susah-susah senang daripada \u200eNora Adila di laman Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai. Sekarang masanya anda pula mencuba resepi ini di rumah.\n\nMula-mula buat mash potato untuk base.\n\nSelain resepi shepherd pie, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi bahan kimia etanol, sejenis sebatian bahan yang terhasil daripada penapaian buah atau sumber gula yang memberi sensasi memabukkan.\n\nPengambilan alkohol sering dikaitkan dengan keraian, euforia (perasaan gembira), mengurangkan perasaan berdebar dan juga untuk tujuan bersosial di seluruh dunia.\n\nMaka, adalah tidak menghairankan apabila industri minuman alkohol ini sudah mencecah sehingga USD 1 trillion di peringkat global pada tahun 2018.\n\nRisiko yang berkaitan dengan amalan kekerapan minuman alkohol atau minum terlalu banyak alkohol pula ialah:\n\nTambahan pula, alkohol juga menjejaskan penampilan dan imej badan seperti kulit muka yang kusam, masalah kulit, mata yang letih, kulit pucat, muka dan perut yang kembung dan badan yang berbau.\n\nKetagihan alkohol atau alkoholisme bukan sahaja memudaratkan nyawa sendiri, tetapi keselamatan orang awam apabila mereka yang sedang mabuk ini berada di kawasan awam seperti memandu di jalan raya (membahayakan pengguna jalan raya yang lain) atau membuat kekecohan dan vandalisme apabila berada di keadaan separuh sedar akibat mabuk alkohol. Antara gejala alkoholisme yang boleh dikenal pasti pada peringkat awal ialah:\n\nKajian Kes Kematian Amy Winehouse Akibat Alkoholisme\n\nAmy Winehouse (1983-2011) dijumpai mati di apartmennya di Camden, utara London pada petang 23 Julai 2011. Bahan penenang Librium* dijumpai sekali yang dianggap sebagai punca kematiannya apabila diambil secara dos berlebihan.\n\n*Pada era tahun 60-an, sejenis bahan penenang baharu dihasilkan dan masuk ke pasaran dengan nama Librium, atau dalam bahasa Latin yang bermaksud menjadi bebas. Bahan ini digunakan secara meluas pada masa itu untuk mengurangkan risiko kemurungan, pernafasan yang melampau dengan sedikit gangguan tekanan kepada fungsi badan normal.\n\nMemandangkan bahan ini tidak akan mengganggu proses mental yang lebih tinggi, tidak seperti barbiturat dan meprobamate, masyarakat pada waktu itu mengambil kesempatan untuk mengamalkan penggunaan bahan ini terutamanya untuk suri rumah kelas pertengahan, ahli perniagaan, dan pelajar untuk kekal bertenaga dan masih boleh mengawal diri.\n\nLibrium berfungsi di dalam otak dengan meningkatkan kesan asid butyrik amino gamma (GABA), iaitu bahan kimia otak yang secara semula jadi akan memberi perasaan menenangkan. GABA boleh melambatkan atau menghentikan isyarat saraf tertentu di dalam otak.\n\nTindakan Librium pada reseptor GABA didapati telah menghasilkan tindakan kesan sedatif dan anti sawan. Dos Librium yang tinggi digunakan untuk mengawal simptom penyingkiran alkohol dari badan. Pada separuh hayat Librium di dalam tubuh, proses penyingkiran akan menjadi lebih lancar dan simptom penyingkiran yang teruk berkemungkinan tidak akan terjadi.\n\nAlkohol adalah salah satu contoh depresan sistem saraf pusat manusia. Maka, interaksi Librium dengan alkohol didapati boleh menjejaskan koordinasi dan pernafasan dan meningkatkan tahap sedasi (separuh sedar atau turut dikenali dengan terma \u201clalok\u201d).\n\nOleh yang demikian, Librium banyak diambil bersama alkohol secara salah guna untuk tujuan ketagihan dan kecanduan berkhayal dalam kalangan penagih, apabila mereka sudah membina tolerans terhadap kesan sebenar Librium yang pada mulanya adalah sebagai agen penyingkiran alkohol dari sistem tubuh.\n\nKoroner yang melakukan bedah siasat ke atas Amy Winehouse menolak tanggapan Librium sebagai antara punca kematiannya. Librium tidak memainkan peranan dalam kematian Amy kerana kesan sampingannya yang ringan seperti pening, keletihan, dan kekeliruan.\n\nHasil autopsi atau bedah siasat menunjukkan bahawa punca kematian Amy Winehouse adalah disebabkan keracunan alkohol yang melampau apabila dia mengambil lima kali jumlah lebih daripada had yang dibenarkan. Dos Librium yang diambil tidak cukup untuk mengatasi simptom penyingkiran, apatah lagi untuk menyebabkan kematian."
"Mencari resepi kuah lodeh yang sedap dan semudah ABC?\n\nAlhamdulillah kita semua sudah pun berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bila dah masuk Ramadhan, ramailah di antara kita yang mula sibuk untuk melakukan persiapan Aidilfitri pulak yer.\n\nBaju raya, kuih raya, perancangan kewangan raya, perancangan menu raya dan sebagainya.\n\nBercakap pasal menu raya, apa menu raya yang korang suka? Biasanya ramai yang akan memilih menu yang simple tapi dijamin sedap kan? Yelahh setelah sebulan penat berpuasa, tak nak lah dibebankan dengan memasak menu yang rumit untuk maraikan Aidilfitri yang bakal tiba.\n\nSalah satu menu yang mudah dan ringkas yang boleh anda cuba untuk santapan di Aidilfitri nanti adalah Kuah Lodeh. Kuah Lodeh ni biasanya dihidangkan bersama dengan nasi impit, lemang, ikan bilis tumis dan juga rendang. Memang cukup menyelerakan!\n\nJadi, kali ini kami akan kongsikan resepi kuah lodeh yang super simple ni. Jimat masa korang tau! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Maimon Hassan di facebook.\n\nSelain resepi kuah lodeh ini, ada juga resepi-resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
"Wanita hamil mempunyai senaman yang khusus untuk mereka. Cara senaman wanita hamil adalah berbeza dengan wanita yang tidak hamil. Senaman wanita hamil adalah penting. Melakukan senaman akan memastikan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan sentiasa sihat.\n\nWaktu yang sesuai untuk wanita hamil melakukan senaman adalah kandungan bermula daripada tiga minggu kehamilan. Namun, adalah lebih jika wanita hamil yang ingin melakukan senaman ketika hamil menyertai program senaman tersebut kerana terdapat pakar yang akan membantu wanita hamil melakukan senaman dengan betul.\n\nTambahan lagi, melalui jurulatih ia akan mengurangkan risiko untuk wanita hamil menghadapi kecederaan ketika melakukan senaman. Berikut merupakan panduan dan langkah melakukan senaman ketika hamil:\n\nOleh yang demikian, senaman ketika hamil adalah baik untuk kesihatan tetapi adalah lebih jika mempunyai jutulatih. Elakkan daripada melakukan senaman bersendirian dan anda juga boleh bersenam bersama suami serta keluarga.\n\nSenaman ketika hamil mempunyai pelbagai kelebihan iaitu wanita hamil akan pulih dengan segera selepas melahirkan anak, mengurangkan risiko berat badan dan melahirkan anak dengan mudah. Semoga 10 tips cara senaman wanita hamil ini membantu anda."
"Antara biskut yang menjadi kesukaan ramai tiap tahun tiap kali raya. Biskut semperit klasik ini memang sedap rangup dan cair di mulut puas di hati.\n\nTidak kira hari biasa mahupun raya, biskut semperit wajib ada di rumah. Teksturnya yang cair di mulut membuat anak-anak suka memakan biskut ini.\n\nSemperit klasik guna marjerin Planta baru dapat rasa yang asli, gebu dan rangup. Senang saja buat biskut ini, mak boleh berkreativity jadikan biskut ini tampak cantik dan menarik.\n\nJom buat resepi biskut semperit klasik ala Leen Lynda\u200e di laman Facebook. Sedap, rangup dan bikin ketagih berikut seperti di bawah ini.\n\nSelain resepi biskut semperit klasik , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pedas dan meletop tepat untuk mendeskripsikan citarasa kesedapan sambal ayam geprek. Tidak banyak bawang, rasanya betul-betul pedas. Sesiapa yang hantu sambal pedas patut cuba sambal ayam geprek ini.\n\nAyam geprek ialah makanan khas Indonesia. Umumnya masyarakat dekat sana suka pedas. Maka tidak hairan ayam geprek dengan sambal pedasnya amat disukai di seluruh negeri.\n\nJangan harap ada rasa manis sedikitpun. Kerana sambal ayam geprek yang sebenar ialah pedas merecik meletop di lidah. Tidak sah dipanggil ayam geprek jikalau tidak pedas. Anda tertarik mencubanya? Sila rujuk resepi yang kami kongsikan di bawah ini didatangkan daripada Rodziah Zaharin di laman Facebook.\n\nSelain resepi sambal ayam geprek, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Salah satu kenikmatan bagi pasangan suami isteri adalah dapat mendirikan solat berjemaah bersama-sama di rumah. Mungkin bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga agak sedikit kekok untuk memulakannya kerana kurang faham cara kedudukan solat dan bacaan lafaz solat berjemaah. Artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda kedudukan solat suami isteri yang betul untuk dijadikan panduan. \n\nSolat berjemaah bersama kuatkan rasa cinta suami isteri\n\nSituasi yang berlaku hari ini kita boleh nampak sukarnya pasangan suami isteri melazimi solat berjemaah bersama-sama oleh kerana kesibukannya yang melanda diri setiap hari. Suami isteri sibuk bekerja, bila pulang ke rumah masing-masing sudah menghempas badan di katil. Belum lagi anak yang sedang merengek mintak perhatian di dapur. \n\nIni semua lumrah dan asam garam dalam rumah tangga. Biarpun apa yang berlaku, sebagai suami isteri kita amat digalakkan untuk sentiasa menjaga solat berjemaah bersama-sama. \n\nKesan dari solat ini boleh kita rasai sendiri dengan keberkatan dalam rumah tangga nanti. Solat ini menjadi penguat rasa cinta dan kasih sayang antara satu sama lain. \n\nSecara umumnya, hukum bagi solat berjemaah adalah fardhu kifayah iaitu wajib bagi sebahagian orang. Jika tidak ada seorang pun yang melaksanakan solat berjemaah maka seluruh kawasan atau satu kampung akan berdosa. \n\nIa juga merupakan sunat muakkad bagi setiap individu lelaki yang sudah akhil baligh dan bermuqim. \n\nBerikut adalah lafaz solat berjemaah sebagai posisi imam dan makmum bagi setiap solat fardhu.\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0627\u0644\u0652\u0635\u064f\u0628\u0652\u062d\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0623\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 / \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u0649\u064e\n\n\u201cSahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0627\u0644\u0652\u0638\u064f\u0647\u0652\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u0627\u062a\u064d \u0623\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 / \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u0649\u064e\n\n\u201cSahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0635\u0652\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u0627\u062a\u064d \u0623\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 / \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u0649\u064e\n\n\u201cSahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u063a\u0652\u0631\u0650\u0628\u0650 \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064e \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u0627\u062a\u064d \u0623\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 / \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u0649\u064e\n\n\u201cSahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0634\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u0627\u062a\u064d \u0623\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 / \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u0649\u064e\n\n\u201cSahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.\u201d\n\nKedudukan solat suami isteri dan saf dalam jemaah\n\nMenurut Imam al-Nawawi, terdapat beberapa faedah yang boleh dikeluarkan daripada hadis di atas. Antaranya, hadis di atas menjelaskan bahawa kedudukan orang perempuan adalah berdiri di belakang orang lelaki semasa menunaikan solat.\n\nDiriwayatkan oleh Anas bin Malik RA yang mengatakan:\n\n\u200e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0628\u0650\u0623\u064f\u0645\u0650\u0651\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u062e\u064e\u0627\u0644\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0641\u064e\u0623\u064e\u0642\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u0650\u064a \u0639\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0642\u064e\u0627\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u0623\u064e\u0629\u064e \u062e\u064e\u0644\u0652\u0641\u064e\u0646\u064e\u0627\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cSesungguhnya Rasulullah SAW solat dengannya (Anas) bersama dengan ibunya atau ibu saudaranya lalu Anas berkata: Baginda mendirikan aku di sebelah kanannya dan baginda mendirikan orang perempuan di belakang kami.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Muslim)\n\nKedudukan seorang makmum perempuan, hendaklah dia berdiri berbetulan di belakang imam lelaki. Jika berdiri selain di belakang imamnya, makruh lagi menghilangkan fadhilat berjemaah.\n\nIni bermakna, jika kedudukan makmum perempuan itu berada di belakang sisi kiri atau kanan, ia masih sah solat itu tetapi hukumnya adalah makruh. Namun jika terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan seperti berhadapan dengan masalah ruang yang sempit atau terhad untuk solat berjemaah, maka hukumnya tidak batal solat, tidak diharamkan bahkan tidak makruh. \n\nPenjelasan ini dihuraikan panjang lebar menerusi Mufti Wilayah Persekutuan sendiri. \n\nBanyak sebenarnya kelebihan solat berjemaah. Antara yang paling popular menjadi perhatian orang adalah yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW:\n\n\u0635\u064e\u0644\u0627\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0639\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0641\u0652\u0636\u064e\u0644\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0644\u0627\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0630\u0650\u0651 \u0628\u0650\u0633\u064e\u0628\u0652\u0639\u064d \u0648\u064e\u0639\u0650\u0634\u0652\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e \u062f\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0629\u064b\n\nMaksudnya\u00a0:\u00a0\u201cSolat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.\u201d\u00a0\u2013 (Hadis Riwayat Muslim)\n\nTidak ada rumah tangga yang mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat selain rumah tangga yang bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadis. Sebagai suami isteri, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menggapai redha Allah dan saling membantu memperelok diri.\n\nSemoga dengan perkongsian mengenai kedudukan solat suami isteri ini dapat memberikan panduan solat berjemaah yang berguna di rumah demi keharmoniaan rumah tangga. \n\nJangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Nak tahu petua hubungan adik-beradik yang erat?\n\nBukan semua orang mempunyai adik-beradik yang ramai. Ada orang yang merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Jika anda mempunyai adik-beradik, ia merupakan rezeki yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Ada keberkatan yang perlu kita cari.\n\nDengan adik-beradik kita boleh berkongsi kasih sayang, membesar bersama-sama dan memperkukuh institusi kekeluargaan. Walaupun dilahirkan dalam satu rahim yang sama, setiap anak-anak itu mempunyai sikap yang berbeza-beza.\n\nNamun, mereka tetap darah daging kita. Ketika kecil, dengan adik-beradiklah kita bergaduh, bermanja, merajuk, mengadu dan menangis bersama-sama. Jika adik buat salah, kita akan cuba menyokong mereka.\nJika makanan tak cukup, kita sanggup berkongsi. Janji rezeki tersebut dapat dikongsikan bersama-sama. Tidur dan belajar bersama-sama. Tak hairanlah kalau adik dibuli di sekolah, kita sanggup bergaduh dengan orang yang cari pasal tu.\n\nSikap mempertahankan adik-beradik memang menjadi tanggungjawab kita. Siapa yang tak sayang adik-beradik bukan? Namun, adakah sikap kita ni akan tetap berterusan apabila sudah dewasa nanti?\n\nJusteru, tajuk perbincangan kita dalam artikel ni akan menjurus soal hubungan adik-beradik. Penulis akan kongsikan beberapa petua tentang cara untuk mengekalkan hubungan adik-beradik agar tidak putus dan kekal bahagia.\n\nApabila dah dewasa, kita akan membawa haluan masing-masing. Ada yang merantau mencari rezeki, ada yang masih duduk dekat dengan ibu bapa. Ada juga yang akan berkahwin awal. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.\n\nWalaupun tinggal jauh, sentiasalah bertanyakan khabar melalui panggilan telefon, menghantar pesanan atau juga buat panggilan video. Walau sesibuk macam manapun, pastikan ahli keluarga anda tahu tentang diri anda.\n\nKini, sudah ada macam-macam aplikasi dalam telefon pintar untuk mengumpulkan keluarga melalui group mesej. Anda boleh mencuba cara ni. Masukkan sekali semua ahli keluarga termasuk ibu bapa untuk berbual-bual dan bercerita tentang aktiviti harian.\n\nBukan semua adik-beradik kita ditakdirkan hidup senang. Ada yang hanya bekerja biasa, ada pula yang berjawatan tinggi. Sentiasalah menjaga kebajikan adik-beradik dengan memberikan perhatian dan bantuan.\n\nJangan sesekali berkira dalam membantu mereka jika anda berkemampuan. Dalam Islam juga digalakkan membantu adik-beradik terlebih dulu berbanding orang lain. Mudahkan urusan mereka jika ada kesulitan.\n\nSedangkan lidah lagi tergigit, begitulah dengan hubungan adik-beradik. Ada pasang surutnya. Kadangkala, kita akan ada perbezaan pendapat, perasaan marah dan tak puas hati. Cara yang paling baik ialah duduk berbincang untuk selesaikan masalah.\n\nJangan simpan dendam dan sakit hati yang berpanjangan. Jika kita tak suka sesuatu perkara yang dilakukan oleh adik-beradik, berterus-terang saja dengan mereka. Ibu bapa kita pun pasti sedih bila melihat hubungan anak-anak yang berantakan.\n\nJangan masuk campur kehidupan adik-beradik dengan keluarga masing-masing. Elakkan sikap iri hati dan memandang rendah. Seboleh-bolehnya jadilah manusia yang positif. Yang sentiasa mencari kebaikan berbanding keburukan.\n\nPertemuan sesama adik-beradik tak semestinya ketika musim perayaan saja. Anda boleh mengajak mereka bertemu jika kebetulan berada di kawasan berhampiran. Dengan cara ini, hubungan mesra antara adik-beradik tak akan luput.\n\nKetika berkunjung, jangan lupa membawa sedikit buah tangan yang boleh diberikan kepada anak-anak. Pastinya mereka akan menghormati anda sebagai ahli keluarga yang penyayang dan prihatin.\n\nWalaupun kita berpangkat abang atau kakak, hormatilah adik-beradik yang lebih muda. Begitu juga dengan adik-beradik yang jauh lebih tua. Jangan memperlekehkan pandangan nasihat sesama adik-beradik.\n\nSebagai abang atau kakak yang lebih tua, tunjukkan tauladan yang baik. Jangan membuat perkara-perkara yang akan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Jika ada masalah, selesaikan cepat-cepat.\n\nJika kita sudah mempunyai keluarga dan anak-anak, didik mereka untuk menghormati ibu saudara dan bapa saudara mereka. Ini akan membuatkan anak-anak rapat dengan sepupu mereka.\n\nWalaupun tinggal berjauhan, sesekali berkumpullah sesama ahli keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama-sama misalnya masak bersama, hari keluarga, bercuti dan sebagainya.\n\nBanyak kenangan manis yang akan tercipta melalui aktiviti sebegini. Kita dapat bergurau-senda sambil mengimbas kenangan masa kecil-kecil dulu. Tunjukkan anak-anak kita koleksi gambar keluarga. Jangan lupa mengambil gambar sebagai kenangan pada masa akan datang\n\nIbu bapalah yang akan mencorakkan keperibadian anak-anak apabila mereka sudah dewasa kelak. Sebagai orang tua, kita perlulah mendidik anak-anak sejak kecil tentang sikap hormat-menghormati sesama adik-beradik.\n\nJangan berkasar dan memukul anak-anak kerana ia akan menjejaskan emosi dan mental mereka. Apabila dewasa, hubungan anak-anak dengan ibu bapa juga akan menjadi renggang. Apa lagi sesama adik-beradik.\n\nJika ada masalah, ibu bapa perlu menjadi hakim atau orang tengah untuk membantu menyelesaikannya. Bersikap adil dan bertimbang rasalah dengan setiap anak-anak. Ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan persekitaran yang baik dan menekankan pendidikan agama akan menghasilkan anak-anak yang berkualiti.\n\nJika perlu mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, mintalah pendapat semua orang. Jangan gunakan hak sebagai anak yang lebih tua untuk mengawal semuanya. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza dan kita perlu menerimanya.\n\nMisalnya dalam urusan pembahagian harta, jika adik-beradik sepakat, harta boleh dibahagikan secara sama rata. Jika ada masalah yang timbul, gunakan pembahagian secara faraid. Jangan mengungkit tentang perkara ni pada masa akan datang.\n\nApabila berkumpul bersama, lakukan aktiviti keagamaan bersama-sama misalnya solat berjemaah atau membaca al-Quran beramai-ramai. Apabila berpeluang untuk pulang ke kampung ketika bulan ramadan, boleh juga masak dan berbuka puasa bersama-sama.\n\nApabila soal agama diletakkan melebihi segala-galanya, ketakwaan dan keimanan juga akan bertambah. Selain boleh merapatkan hubungan kekeluargaan, kita juga mendidik diri dan keluarga untuk menjadi hamba Allah yang beriman.\n\nDiharapkan 9 petua yang dikongsikan tentang cara menjaga hubungan adik-beradik agar terus kekal dan bahagia, memberi manfaat kepada semua. Masyarakat yang berkualiti dan berakhlak bermula dari didikan di rumah.\n\nOleh itu, jagalah hubungan sesama adik-beradik. Jangan bermusuh dengan mereka. Ingatlah saat-saat susah dan senang bersama. Apabila ada masalah, orang yang akan menyokong kita dari belakang tentunya adik-beradik sendiri berbanding orang lain. Jemput juga baca tentang tips rapatkan hubungan adik-beradik dan kelebihan membesar bersama adik"
"Bila disengat apa perlu dibuat? Jom jemput baca artikel tips disengat tebuan ini sebagai langkah berjaga-jaga.\n\nNegara pernah dikejutkan dengan berita yang sangat menyayat hati, apabila seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia disengat tebuan tanah. Mangsa yang bernama Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, telah terkena lebih 60 sengatan tebuan di Felda Kerteh 4, Dungun, Terengganu, sehari sebelumnya. Kanak-kanak malang itu meninggal akibat kegagalan organ dalaman akibat toksin yang banyak akibat sengatan itu.\n\nIni merupakan salah satu kes tentang berita kematian akibat sengatan serangga berbisa. Berita kematian akibat disengat tebuan bukan pertama kali berlaku di negara kita. Ada orang yang menganggap bahawa sengatan tebuan hanyalah perkara remeh sehingga mereka tidak mendapatkan rawatan.\n\nYang lebih menyedihkan mereka hanya sapu ubat gigi, garam, abu daun kayu, tanah dan sebagainya pada bahagian sengatan. Ia merupakan kepercayaan tradisi bahawa cara ini lebih afdal untuk menyembuhkan sengatan. Mentaliti sebegini perlu diubah.\n\nTebuan terdiri daripada salah satu serangga daripada spesies himenoptera. Sengatannya boleh menyebabkan tindak balas keracunan secara tiba-tiba dan boleh mengakibatkan alahan. Semasa tebuan menyengat, ia akan meninggalkan kantung racunnya di kawasan sengatan. Kemudian, racun tersebut akan mengalir ke seluruh tubuh mangsa melalui darah.\n\nTahukah anda sengatan tebuan boleh membawa maut jika anda disengat dengan banyak? Malahan, ada juga orang mendapat kesan yang serius walaupun dengan hanya 1 sengatan. Begitulah bahayanya sengatan serangga berbisa seperti tebuan.\n\nSecara umumnya, sengatan tebuan hanya menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada kawasan yang disengat. Namun begitu, ia juga boleh menyebabkan tindak balas yang lebih kronik kepada badan.\n\nMalahan, fungsi organ juga boleh terganggu akibat kejutan anafilaksis. Kesan tindak balas anafilaksis menyebabkan tangan, kaki atau bahagian yang disengat membengkak. Ia dikategorikan sebagai renjatan kecemasan kesan reaksi alahan paling serius. Mangsa sengatan tebuan akan mengalami kesan tindak balas yang menyebabkan aliran darah yang sepatutnya terus ke jantung, mengalir ke kawasan sengatan dan bahagian tubuh.\n\nAkibatnya, aliran darah ke jantung menjadi kurang, seterusnya menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak. Situasi ini akan menyebabkan tekanan darah mangsa menjadi rendah, sesak nafas dan lambat dirawat boleh membawa maut. Tindak balas ini boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan dengan segera. Oleh itu, jika anda mendapat sengatan tebuan, segera ke klinik atau hospital.\n\nTerdapat beberapa kesan kronik pada mangsa selepas disengat, iaitu:\n\nPencegahan Awal untuk Elak Disengat Tebuan\n\nTerdapat beberapa perkara yang boleh kita jadikan panduan sebagai langkah keselamatan untuk elak disengat tebuan. Antaranya ialah:\n\na. Kawasan hutan dan semak-samun yang menjadi sarang tebuan.\n\nTerdapat beberapa langkah kecemasan yang boleh dibuat apabila anda diserang tebuan. Antaranya ialah:\n\nJusteru, mangsa yang disengat tebah tidak kira kanak-kanak atau dewasa perlu mendapatkan rawatan doktor. Lazimnya, sengatan tebuan boleh memberi tindak balas pada tubuh seseorang individu dalam tempoh 72 jam.\n\nOrang dewasa yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap sengatan, mungkin boleh selamat walau disengat banyak kali. Berbeza dengan kanak-kanak yang lebih rendah ketahanan badan mereka.\n\nOleh itu, kita perlu berhati-hati apabila berada di kawasan yang berisiko. Pada masa yang sama, pantaulah anak-anak ketika berada di luar rumah. Jangan membiarkan mereka bermain di kawasan semak dan hutan untuk mengelakkan menjadi mangsa sengatan lebah.\n\nSemoga anda menyukai artikel tips disengat tebuan ini. Jemput juga baca bahaya kasut tumit tinggi dan bahaya bekas plastik"
"Ayuh ketahui kelebihan sekiranya mendirikan solat secara berjemaah. Ketahui 10 kelebihan solat berjemaah dengan membaca artikel ini.\n\nSolat berjemaah merupakan fardu kifayah iaitu wajib ditunaikan oleh sekelompok masyarakat di sesebuah kariah atau sesuatu kawasan. Solat jemaah adalah solat yang ditunaikan secara beramai-ramai, iaitu seminimumnya dua orang ini didirikan sebagai menghidupkan syiar Islam.\n\nIslam sangat menuntut setiap solat dilaksanakan secara berjemaah. Bahkan Rasulullah \u00a0SAW sangat mengajak umatnya untuk selalu berjemaah, sehinggakan terdapat sabda baginda yang tegas tentang solat berjemaah ini;\n\n\u201cDemi jiwaku yang ada pada tangan-Nya, aku telah bermaksud memerintahkan untuk mengambilkan kayu bakar, lalu dikumpulkan, kemudian aku memerintahkan azan solat untuk dikumandangkan. Lalu aku memerintahkan seseorang untuk mengimami orang-orang berjamaah, kemudian aku mendatangi orang-orang yang tidak solat berjemaah lalu aku membakar rumah mereka.\u201d\n\nBaginda\u00a0 SAW sangat menginginkan umatnya mendirikan solat secara berjemaah lantaran terdapat banyak hikmah serta kelebihan yang akan dianugerahkan. Antaranya adalah;\n\n\u201cSolat berjemaah 27 kali lebih banyak pahala daripada solat secara individu.\u201d\n\nBegitu besar kelebihan solat berjemaah sehingga Allah \u00a0SWT memberikan pahala berganda berbanding solat secara berseorangan. Jadi, sangatlah rugi sekiranya peluang untuk mendapat\u00a0 pahala yang besar tersia begitu sahaja.\n\nAllah Menjanjikan Perlindungan Pada Hari Kiamat\n\nPada hari kiamat, Allah berjanji akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendirikan solat secara berjemaah.\n\n\u201cTujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalam beribadah kepada Allah, seorang yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita (untuk melakukan maksiat) lalu dia berkata: \u2018Aku takutkan Allah\u2019, seorang yang bersedekah secara senyap-senyap sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati Allah bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya.\u201d\n\nMaka, mereka yang menunaikan solat jemaah setiap waktu di masjid, pastinya mereka yang akan Allah SWT lindungi di akhirat kelak. Maka sekiranya kita sedar dan insaf untuk mendapatkan pertolongan Allah, paksalah diri untuk sering berjemaah dan mengikat hati pada masjid.\n\nAllah berjanji akan meninggikan golongan yang sering menunaikan solat secara berjemaah. Ini bermaksud golongan tersebut akan dihormati di dunia mahupun di akhirat kelak.\n\n\u201cTidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, \u2018Ya, wahai Rasulullah\u2019, sabda Baginda: \u2018Banyak langkah ke masjid dan menunggu satu solat selepas satu solat. Itu adalah ikatan\u2019.\u201d\n\n\u00a0Terlepas Dari Api Neraka Dan Terhalang Menjadi Munafik\n\n\u201cSesiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.\u201d\n\nDemikian Rasulullah SAW menjelaskan golongan yang berjemaah bersama-sama imam dari takbir pertama sehingga ke akhir solat, selama 40 hari dan niat kerana Allah SWT golongan itu akan terselamat dari api neraka dan dari menjadi munafik.\n\nMengeratkan Hubungan Kekeluargaan Dan Ikatan Perkahwinan\n\nAllah SWT menekankan kepentingan menjaga solat kita bukan sahaja untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, tetapi sesama mahkhluknya.\n\nDi pertengahan ayat-ayat dalam surah al-Baqarah mengenai hubungan kekeluargaan dan urusan perkahwinan (223-242), Allah SWT \u00a0berfirman dalam surah al-Baqarah:\n\n\u201cPeliharalah (kebiasaan) solat kamu, terutama solat yang di tengah; dan berdirilah di hadapan Allah dengan penuh ketaatan (keadaan mental).\u201d\n\nIni bermaksud solat dapat melindungi anggota keluarga, agar tidak mempunyai tanggapan yang buruk antara satu sama lain. Selain itu, solat juga melindungi daripada bisikan syaitan dan pelbagai bentuk kejahatan yang boleh menggugat keharmonian rumahtangga.\n\nContohnya, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan sewaktu bersalaman dan bermaafan selepas solat boleh menghubungkan hati ahli keluarga.\n\nSesungguhnya Allah sangat mengasihi umatnya yang solat berjemaah. Sehinggakan, sesiapa sahaja yang melazimi solat berjemaah akan mendapat bantuan cahaya dari Allah SWT pada hari kiamat kelak. Seperti sabda \u00a0Rasulullah SAW:\n\n\u201cHendaklah bergembira orang-orang yang berjalan kaki dalam gelap menuju ke masjid mereka akan mendapat cahaya cukup sempurna pada hari Kiamat.\u201d\n\n\u201cSesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan solat lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk solat fardhu kemudian dia pun bersolat berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.\u201d\n\nMaksud dosa ini ialah dosa-dosa kecil, kerana dosa besar perlu bermula dengan bertaubat dan meminta ampun dari Allah SWT. Namun ganjaran inilah sangat bermakna kerana sebagai manusia hampir setiap masa kita melakukan dos-dosa kecil, lalu dengan solat berjemaah kita dapat menghapuskan dosa-dosa kecil itu.\n\n\u201cSesiapa yang pergi ke masjid dan balik (dari masjid), Allah sediakan baginya hidangan dari syurga setiap kali dia pergi dan balik.\u201d\n\nAlangkah indahnya, jika kita menjadi salah seorang penerima hidangan di syurga kelak.\n\nMenunggu Solat Berjemaah \u00a0Dikira Sebagai Mengerjakan Solat\n\n\u201cSeseorang hamba Allah itu dikira dalam solat selama dia berada di tempat solatnya kerana menunggu solat, dan berkata malaikat: \u2018Ya Allah, ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehingga dia beredar atau dia berhadas\u2019.\u201d\n\nSungguh mudah untuk mendapat pahala, sehinggakan menungggu untuk emegrjakan solat berjemaahpun sudah dikira pahala jemaahnya, bahkan didoakan pula oleh para malaikat. Sesungguhnya Allah \u00a0SWT maha baik.\n\nMenjaga solat berjemaah adalah sunnah Nabi SAW yang tidak pernah ditinggalkan tanpa sebab yang munasabah. Baginda pernah memberi amaran keras kepada mereka yang meninggalkan solat jemaah di masjid. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:\n\n\u201cSesungguhnya aku bertekad supaya solat didirikan kemudian aku akan pergi kepada setiap rumah seseorang yang tidak hadir solat berjemaah lalu akan aku perintahkan agar dibakar rumah mereka.\u201d\n\nPenutup: Pahala yang berlipatganda menanti golongan yang mendirikan solat berjemaah.\n\nAllah memberi ganjaran yang bukan sedikit kepada sesiapa yang mendahulukan solat berjemaah. Selain dapat menjaga hubungan dengan Allah SWT (habluminnallah), solat berjemaah juga dapat mengeratkan hubungan sesama umat Islam (habluminnannas).\n\nJusteru, solat bejemaah mestilah direbutlah peluangnya \u00a0walau di mana sahaja kita berada.\n\nJangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik kami seperti:"
"Sekiranya anda seorang yang gemar mekap, pasti anda tahu kepentingan menggunakan makeup remover yang betul untuk kulit anda. \n\nDengan pelbagai jenis makeup remover yang terdapat di drugstore, pasti sukar untuk anda membuat pilihan. Mari kami senaraikan 11 makeup remover drugstore terbaik di Malaysia.\n\n1. La Roche Posay Effaclar Micellar Water Ultra Makeup Remover\n\nLa Roche Posay Effaclar Micellar Water Ultra merupakan salah satu makeup remover terbaik berdasarkan teknologi micellar yang terdapat di pasaran. Ia dirumus khas untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.\n\nIa adalah pembersih tanpa bilas yang membersihkan kulit dengan lembut dari kekotoran hingga skala mikroskopik. Diperkaya dengan Zink, makeup remover ini dapat mengawal pengeluaran sebum di wajah yang menjadikan kulit kelihatan cerah dan kurang berkilat.\n\n2. Hada Labo Cleansing Oil Make-Up Remover\n\nDengan makeup remover Hada Labo, anda dapat membersihkan mekap tebal pada wajah. Malah maskara kalis air yang anda gunakan akan hilang dalam masa yang singkat. \n\nMakeup remover drugstore terbaik Malaysia ini diperkaya dengan minyak zaitun yang membolehkan pembersihan kotoran, minyak dan alat solek yang sukar ditanggalkan.\n\n3. Neutrogena Labs Hydrating Micellar Jelly Makeup Remover\n\nNeutrogena Labs Hydrating Micellar Jelly Makeup Remover dapat menghilangkan solek yang paling keras sekaligus membawa kulit kembali ke pH semula jadi. \n\nMakeup remover ini diperkaya dengan asid Polyhydroxy dan Hyaluronic yang dapat menghilangkan kotoran dari wajah anda tanpa mengganggu penghalang kulit, serta menambah kelembapan kulit. Anda boleh dapatkannya di drugstore!\n\n4. Garnier Micellar Water Even For Sensitive Skin\n\nSalah satu penghilang solekan yang paling popular di Malaysia adalah Garnier Micellar Water Even For Sensitive Skin. Bukan sahaja menghilangkan bekas solekan wajah, tetapi menjadi pembersih solek dan penghalang radikal bebas yang terbaik. \n\nSetiap botol 400mL makeup remover drugstore terbaik Malaysia ini dapat bertahan sehingga 200 kali kegunaan untuk jangka masa yang lama. Makeup remover mengandungi bahan yang baik untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.\n\n5. Banila Co Clean It Zero Cleansing Balm Purifying\n\nBanila Co Clean It Zero Cleansing Balm Purifying dapat menanggalkan solekdengan mudah tanpa memerlukan pad kapas. Ia berfungsi sebagai pembersih muka yang berkesan untuk tanggalkan segala kotoran pada wajah. \n\nMakeup remover drugstore terbaik Malaysia ini diperkaya dengan Zero Balance Technology, iaitu campuran khas yang berfungsi untuk membersihkan kulit tanpa mengganggu keseimbangan kelembapan semula jadi kulit. Menarik bukan? Pasti penggunaannya berkesan!\n\n6. Biore Cleansing Oil In Cotton Wipes Travel Pack\n\nBiore Cleansing Oil In Cotton Wipes Travel Pack diformulasikan dengan asid Hyaluronik yang bakal menjadikan kulit terasa lembap dan terhidrat. \n\nWajah akan mendapat penjagaan yang betul dan lebih bersih dengan makeup remover ini. Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan makeup remover yang simple ini.\n\n7. Laneige Lip & Eye Remover Waterproof EX\n\nMakeup remover jenama Korea, Laneige Lip & Eye Remover Waterproof menawarkan hasil yang memuaskan kepada anda. Ia mengandungi ekstrak aloe vera dan chamomile yang dapat menjaga dan melindungi kulit anda dari sebarang radikal. \n\nIa bukanlah sekadar makeup remover semata-mata. Makeup remover ini juga dikatakan terbaik bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.\n\n8. Kiss Me Heroine Make Speedy Mascara Remover\n\nSeperti namanya, KISS ME Heroine Make Speedy Mascara Remover dengan cepat dapat menghilangkan solek mata anda yang degil tanpa perlu digosok secara berlebihan. \n\nCukup hanya sapukannya pada hujung bulu mata dan tunggu selama 2 hingga 3 minit, ia akan hilang setelah anda membilasnya dengan air suam. Bukan sahaja dapat menghilangkan mascara dengan lancar, tetapi makeup remover drugstore terbaik Malaysia ini juga mampu melembapkan bulu mata anda yang terdedah kepada kerosakan.\n\n9. Eucerin Dermo Purifyer Acne & Makeup Cleansing Water\n\nSekiranya anda mempunyai kulit yang berjerawat, elakkan pembersih yang mengandungi bahan tambahan seperti pewangi, minyak dan alkohol yang boleh menyebabkan kerengsaan dan alergik. \n\nPilihan yang baik adalah dengan menggunakan makeup remover drugstore terbaik Malaysia yang dihasilkan oleh Eucerin ini. Ia direka sebagai makeup remover untuk kulit yang berjerawat.\n\nFungsinya adalah untuk mengecilkan liang roma bagi mengurangkan kemunculan semula jerawat dan mengandungi gabungan bahan aktif. Makeup remover ini tidak komedogenik dan dapat membantu menjaga wajah dan kulit anda agar bersih, lembut dan berseri-seri.\n\n10. Nars Gentle Oil-Free Eye Makeup Remover\n\nBagi anda yang mempunyai sambungan bulu mata, anda harus berhati-hati menggunakan alat solek kerana dengan adanya minyak, ia akan melonggarkan gam pada bulu mata tersebut. \n\nFormula Nars bebas minyak dan berkesan untuk menghilangkan kesan solek mata dan bibir dalam apa jua keadaan dan juga yang bersifat kalis air. Ianya diperkaya dengan timun dan lidah buaya yang dapat membuat kulit menjadi bersih dan segar tanpa rasa berminyak.\n\n11. Clinique Take The Day Off Cleansing Oil\n\nMakeup remover larut air oleh Clinique ini bersifat bebas minyak. Diformulasikan dengan bahan aktif dan pengemulsi, makeup remover ini dapat melarutkan alat solek yang susah ditanggalkan termasuklah solekan kalis air dan semua kekotoran lain. \n\nMakeup remover drugstore terbaik malaysia juga bebas dari bahan wangian dan tidak mengandungi bahan-bahan yang berpotensi merosakkan kulit dan menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit yang bermasalah.\n\nItulah antara makeup remover drugstore terbaik malaysia. Jom baca juga Pisau Dapur Terbaik, Jenama travel backpack terbaik, Kamera mirrorless terbaik Malaysia dan Smartphone Android terbaik Malaysia.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Anda kenal buah pelaga? Terlalu banyak khasiat buah pelaga jika anda ingin tahu. Jom baca artikel ini.\n\nBuah pelaga biasanya digunakan untuk menambahkan rasa dalam makanan seperti sup, kari, ayam masak merah, masak kicap, dan sebagainya.\n\nBuah pelaga (Elettra cardamomum) merupakan tumbuhan natif di Indonesia dan India. Buah pelaga datang dalam bentuk kantung atau pod\u00a0 bercengkerang keras dengan biji benihnya berwarna kehitaman. Kini, penanaman buah pelaga banyak diusahakan di Malaysia, Guatemala dan Tanzania dengan Guatemala sebagai pengeluar terbesar buah pelaga di dunia, diikuti India.\n\nPenggunaan buah pelaga di seluruh dunia dalam variasi hidangan masakan, khususnya dapat dilihat seperti di Malaysia, kita menggunakannya dalam masakan berempah, India \u2013 kari dan pastri, Korea \u2013 teh minuman dan negara-negara Scandinavia \u2013 roti.\n\nSelain melazatkan makanan, buah pelaga juga mempunyai pelbagai khasiat lain kepada tubuh badan. Jom kami kongsikan khasiat buah pelaga yang pasti mengejutkan anda.\n\nBuah pelaga telah digunakan untuk membersihkan gigi sejak zaman dahulu kala lagi. Ia dikatakan dimulakan oleh orang Mesir kuno.\n\nMacam mana nak gunakan buah pelaga untuk mencuci gigi? Caranya mudah sahaja. Ambil 3 biji buah pelaga dan kunyah menggunakan semua gigi yang ada. Kemudian ludah dan berkumur sehingga bersih. Anda bolehlah cuba.\n\nSelain membersihkan gigi, orang zaman dahulu kala juga menggunakan buah pelaga sebagai salah satu daripada bahan untuk membuat minyak wangi.\n\nGabungan buah pelaga dan herba-herba yang lain menghasilkan minyak wangi yang sangat menyegarkan. Kini, ramai pengusaha produk sudah menghasilkan minyak pati buah pelaga sebagai salah satu produk aromaterapi.\n\nJika anda mengalami batuk, boleh amalkan petua tradisional menggunakan buah pelaga untuk melegakan batuk yang dialami. Caranya:\n\nTahukah anda, minyak pati buah pelaga merupakan salah satu bahan yang terdapat dalam chewing gum? Sekiranya anda mempunyai masalah mulut berbau, boleh amalkan mengunyah buah pelaga setiap pagi. Mulut anda akan berbau buah pelaga dan sekali gus tiada lagi bau busuk.\n\nHal ini tidak menghairankan sudah terbukti melalui penerbitan bab buku berjudul Cardamom Seeds in Health oleh penyelidik India, Singaravel Sengottuvelu bahawa buah pelaga mampu membunuh mikrob di kawasan oral (mulut) yang menjadi antara penyebab nafas berbau.\n\nApa yang paling menarik, buah pelaga juga boleh menurunkan berat badan. Caranya:\n\nSekiranya anda tidak tahan dengan rasa teh buah pelaga menggunakan resepi di atas, anda boleh gunakan resepi teh pelaga yang kedua iaitu:\n\nJournal of Diabetes & Metabolic Disorders pada tahun 2017 ada menerbitkan kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Iran yang mengkaji kesan pengambilan buah pelaga oleh golongan obesiti.\n\nSeramai 80 wanita obes atau berat berlebihan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang diberi 3 gram buah pelaga dan tidak diberi diet buah pelaga selama 2 bulan.\n\nHasil yang memberangsangkan diperolehi apabila kumpulan wanita yang mengamalkan buah pelaga menunjukkan kepekaan insulin yang lebih tinggi untuk kawalan berat badan yang lebih baik.\n\nHasil sebuah kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan India di Kolkata telah mendapati bahawa sebanyak 48% daripada pesakit kanser kolon yang mengamalkan makan buah pelaga setiap hari semakin pulih dari kanser.\n\nSebatian karbinol dan diindolylmetana dalam buah pelaga juga dilaporkan mampu memberi kesan antikanser melawan kanser payu dara, kanser prostat dan kanser ovari.\n\nBuah pelaga membantu menstabilkan rentak degupan jantung, dan ianya sangat sesuai untuk pesakit jantung dan mereka yang mementingkan kesihatan jantung.\n\nKajian tahun 2015 oleh penyelidik bersama dari India dan UAE membuktikan bahawa buah pelaga adalah sangat bagus dalam meningkatkan fungsi jantung.\n\nKajian mereka ke atas tikus makmal selama 30 hari diberikan ekstrak buah pelaga sebanyak 100 dan 200 mg/kg sehari memperlihatkan penurunan indeks tekanan arteri, kadar degupan jantung dan membaiki aliran darah.\n\n8. Mengawal tahap kolesterol dalam darah\n\nBuah pelaga mengandungi enzim dan antioksidan yang mampu mengawal tahap kolesterol dalam darah.\n\nBukan itu sahaja. buah pelaga juga mampu mengatasi masalah lonjakan lipid dalam tubuh badan.\n\nSejak dulu lagi, buah pelaga digunakan dalam perubatan ayurveda, cina, dan yunani untuk mengubati masalah gangguan gastro usus.\n\nBuah pelaga dilaporkan mengandungi sebatian biaktif seperti fenol yang boleh mengelakkan penyakit seperti kembung, asid berlebihan, cramp perut, dan sebagainya.\n\nSelain menjaga kesihatan usus, perubatan ayurveda dan yunani juga menggunakan buah pelaga telah mengubati jangkitan saluran kencing dan masalah lain seperti cystitis, nefritis, dan gonorrhoea.\n\nHal ini berkait rapat dengan aktiviti antimikrob buah pelaga yang sangat tinggi.\n\n11. Melawan jangkitan kuman, bakteria, dan virus\n\nBuah pelaga bersifat antibakteria dan membantu badan anda melawan jangkitan kuman, bakteria dan virus.\n\nSekumpulan penyelidik dari Chennai, India pada tahun 2016 telah mengulas mengenai hal ini dalam kertas kajian mereka yang diterbitkan di Research Journal of Pharmacy and Technology. Aktiviti antimikrob buah pelaga sangat tinggi melawan sebilangan besar jenis mikrob, antaranya S. mutans dan C. albicans.\n\nPati minyak buah pelaga merupakan salah satu daripada minyak yang biasa diguna dalam terapi aroma untuk menghilangkan kemurungan.\n\nSekiranya anda berasa stress atau terlalu tertekan, bolehlah dapatkan pati minyak buah pelaga dan masukkan ke dalam diffuser.\n\nEkstrak minyak pati buah pelaga juga sering digunakan untuk menangani masalah tekanan perasaan, insomnia dan keresahan.\n\nMasalah kekejangan otot biasanya berlaku kepada golongan tua dan wanita mengandung. Pengambilan buah pelaga dalam menu harian mampu mengurangkan masalah kekejangan otot yang anda hadapi.\n\nPerubatan cina menggunakan buah pelaga sebagai ubat sakit gigi. Caranya:\n\nEkstrak buah pala mempunyai kemampuan untuk membuka semula salur angin yang menyempit akibat serangan asma. Anda boleh berikan teh buah pelaga kepada mereka yang sedang mengalami serangan asma. Cara menyediakan teh tersebut ialah:\n\nAnda juga boleh mencuba petua tradisi dengan minum teh buah pelaga untuk menghilangkan masalah loya dan muntah-muntah.\n\nBuah pelaga bersifat afrosidiak iaitu mampu mengatasi masalah mati pucuk & ejakulasi pra matang di kalangan lelaki.\n\nSelain itu, nutrien dalam buah pelaga membantu peredaran darah yang lebih baik dalam setiap anggota tubuh kita.\n\nAnda boleh amalkan petua ini untuk atasi masalah sakit tekak dengan menggunakan buah pelaga. Caranya:\n\nJika anda mengalami sesedu, boleh juga minum teh buah pelaga.\n\nIa akan membantu menghilangkan sesedu anda dengan cepat dengan bantuan sebatian aromatik di dalamnya.\n\nItulah dia 21 khasiat buah pelaga yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang\u00a0khasiat lidah buaya, khasiat buah naga, dan khasiat rambutan.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Kurma merupakan makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran sebagai salah satu daripada makanan ahli syurga selaim madu, buah zaitun, buah tin, dan buah delima. Kurma sememangnya enak dan kaya dengan pelbagai khasiat. \n\nTerdapat pelbagai jenis kurma yang dijual di pasaran. Pastinya anda rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan jenis kurma yang sedap dan popular di Malaysia.\n\nSebelum itu jom kita ketahui apakah khasiat kurma sehingga ia menjadi salah satu makanan sunnah kegemaran Rasulullah. Di antara kebaikan kurma kepada kesihatan ialah:\n\nMenarik bukan? Sekarang tiba masanya untuk kami kongsikan jenis kurma yang sedap dan popular di Malaysia yang boleh anda beli:\n\nKurma ajwa adalah jenis kurma yang paling disukai oleh Rasulullah. Kurma ajwa berasal dari Madinah dan merupakan kurma yang paling popular dan digemari oleh umat islam di seluruh dunia memandangkan ia adalah kurma yang paling digemari oleh Rasulullah. Ciri-ciri kurma ajwa yang asli adalah warnanya hitam pekat dan terdapat\u00a0beberapa garis kecil pada buahnya. Kurma Ajwa\u00a0tidak terlalu manis dan teksturnya adalah lembut.\n\n Nabi Muhammad SAW pernah bersabda seperti berikut: \n\n\u201cBarangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun mahu pun sihir\u201d \n\nOleh itu, kalau anda masih tercari-cari jenis kurma untuk dimakan oleh anda seisi keluarga, bolehlah beli kurma ajwa yang menjadi kegemaran Rasulullah ini. Bukan sahaja rasanya sedap malah ianya juga sangat berkhasiat untuk kesihatan. Ia adalah kurma terbaik di dunia. \n\nKurma Safawi berasal dari Madinah dan Mekah. Jika anda berpeluang untuk melakukan umrah, anda jangan lepaskan peluan untuk melihat pokok kurma Safawi yang sangat lebat. \n\nPokoknya penuh dengan buah kurma sepanjang tahun. Kurma jenis ini berwarna coklat gelap, lembab dan bertekstur lembut. Apa yang menarik, rasa kurma Safawi hampir sama dengan kurma Ajwa yang menjadi kegemaran Rasulullah. \n\nAnda pernah makan kurma muda? Kurma Rutob adalah kurma segar yang masih muda atau baru masak. Ianya agak sukar untuk didapati di Malaysia kerana tidak tahan lama dalam keadaan segar. Jika disimpan lama ia akan berubah menjadi kurma lain yang biasa. Kurma Rotub menjadi kegeatan ramai kerana teksturnya yang rangup bila dimakan. \n\nKurma Majdoul atau juga dikenali dengan nama kurma Medjool banyak tumbuh di iklim yang panas dan kering seperti di Timur Tengah dan Afrika. Ia juga merupakan kurma yang menjadi pilihan ramai setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Di antara ciri kurma ini ialah buahnya agak gemuk, lembab, lembut, dan manis. Kurma Majdoul bercoklat gelap. Rasanya sederhana manis dan berlemak. \n\nKurma Majdoul mengandungi serat dan mineral penting seperti potassium, magnesium, tembaga, dan mangan. Kalau anda suka minum susu kurma, kurma jenis ini adalah jenis yang terbaik untuk anda gunakan sebagai bahan untuk menyediakan susu kurma memandangkan isinya yang lembut dan lembab.\n\nKurma Deglet Nour atau kurma bertangkai\n\nKurma Deglet Nour atau lebih dikenali sebagai kurma bertangkai merupakan satu lagi kurma sedap yang popular di Malaysia. Kurma ini berwarna kemerahan dan kekuningan dengan rasa yang halus walau pun ia tidak semanis dan selembab kurma Majdool. \n\nDeglet Nour adalah kurma yang paling banyak ditanam di Afrika Utara. Apa yang menarik, biji dalam buah kurma ini boleh dilihat jika anda meletakkan kurma ini pada pada cahaya. Boleh tembus. Tak percaya? Anda cuba sendiri.\n\nKurma Mariami juga tak kurang sedapnya. Tak hairanlah kenapa ia menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Kurma Mariami berwarna coklat kehitaman serta mempunyai rasa halus dan lembut. \n\nKurma jenis ini ditanam di Iran dan rasanya sangat manis. Satu lagi faktor yang menjadikan kurma Mariami terkenal di Malaysia ialah kerana harganya yang murah berbanding jenis kurma yang lain. \n\nItulah dia info tentang jenis kurma yang sedap dan popular di Malaysia. Sedapnya kurma. Sedap juga kalau dapat makan sekarang, kan? Semoga info yang kami kongsikan tadi bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat resepi buah kurma, khasiat kurma untuk ibu mengandung, dan tazkirah ringkas tentang kurma"
"Dalam menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri, ibu bapa, anak dan juga pekerja, kita pasti tidak dapat lari daripada masalah, dugaan dan cabaran hidup yang melanda.\n\nTidak dinafikan bahawa setiap daripada kita mempunyai \u2018struggle\u2019\u00a0 tertentu yang perlu dilalui setiap hari. Masing-masing perlu mencari jalan penyelesaian atau melakukan sesuatu untuk berhadapan dengan \u2018struggle\u2019\u00a0 tersebut.\n\nMASALAH IBU BAPA, ANAK TERASA BEBANNYA\n\nPercaya atau tidak, kebanyakan anak akan rasa terbeban dengan masalah ibu bapa?\n\nYa, benar, walaupun ia bukan masalah anak-anak, tetapi pada hakikatnya mereka akan Berasa beban dengan masalah yang ditanggung oleh ibu bapa.\n\nSebagai ibu bapa, jangan fikir bahawa anak-anak masih kecil, anak tidak tahu, anak OK sahaja, tidak mendengar dan tidak merasa konflik serta pergaduhan kita.\n\nKanak-kanak sebenarnya berasa terkesan dan mudah untuk memikirkan masalah ibu bapa jika mereka mengetahui bahawa ibu bapa mereka mempunyai masalah tertentu. Terutamanya apabila sesuatu perkara itu didengari oleh mereka atau berlaku di hadapan mereka seperti konflik berpanjangan, bergaduh, bertekak, mempunyai masalah kewangan dan sebagainya.\n\nDalam hubungan kekeluargaan, setiap ahli keluarga mempunyai \u2018tali\u2019 yang menghubungkan antara satu sama lain.\n\nApabila satu tali yang menghubungkan ibu dan bapa tegang, tanpa disedari, tali yang menghubungkan ibu bapa dengan setiap anak akan turut terkesan dan tegang.\n\nKesannya kepada anak, anak anak stres \u2013 stres sendiri. Stres dalam \u2018level\u2019 mereka sendiri dalam keadaan mereka \u2018fragile\u2019 dan masih belum matang.\n\nSaya pernah berjumpa anak-anak ini pada usia remaja. Mereka menyimpan rasa serta terfikir-fikir masalah ibu bapa mereka untuk tempoh beberapa tahun itu sejak mereka di usia sekolah rendah.\n\nIanya agak dahsyat untuk dibayangkan kerana apa yang mereka rasakan mungkin di luar jangkaan kita. Ketahuilah bahawa betapa beratnya beban yang dirasai apabila mereka menanggung masalah orang dewasa yang bukan masalah mereka.\n\nSaranan saya, salah seorang sama ada ibu atau bapa perlu \u2018sit down one to one\u2019 dengan anak (terutamanya anak yang besar) untuk menerangkan hasrat kita kepada anak.\n\nBerikut merupakan 3 perkara yang boleh dibincangkan bersama anak-anak :-\n\nIngatkan anak agar fokus kepada tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah, anak, kakak / abang / adik dan pelajar.\n\nBercakap secara jelas akan batasan tindakan serta tanggungjawab mereka agar mereka tidak berfikir tentang masalah ibu bapa, bersangka-sangka dan berlebihan menyimpan rasa.\n\nJika anak benar-benar mahu membantu ibu bapa, yakinkan kepada anak bahawa dengan fokus kepada diri anak ini sendiri sehingga menjadi orang berjaya, ianya sudah mencukupi dan sangat membantu ibu bapa.\n\n2. Minta Anak Agar Tidak Fikir Masalah Ibu Bapa\n\nTekankan kepada anak, usah fikirkan masalah orang dewasa, kerana anak-anak belum mencapai kapasiti yang mencukupi untuk mencari solusi isu orang dewasa.\n\nMasalah ibu bapa biar ibu bapa yang selesaikan, kerana ianya adalah \u2018level\u2019 orang dewasa untuk menyelesaikan sendiri masalah mereka.\n\nBeritahu kepada anak, jika ibu bapa tahu bahawa emosi anak terbeban dengan masalah ibu bapa, sehingga menyebabkan anak\u00a0\u2018depression\u2019 dan \u2018anxiety\u2019 berlebihan (murung, sedih dan bimbang berlebihan), ibu bapa akan berasa lebih bimbang, bersalah dan turut menambah isu yang perlu di\u2018tackle\u2019 dalam kehidupan ibu bapa.\n\nIbu bapa sekalian, jangan lupa untuk memohon maaf kepada anak kerana telah membuat anak-anak berasa terkesan dengan masalah ibu bapa.\n\nContoh ayat untuk memohon maaf kepada anak :\n\n\u201cMaaf, kerana anak-anak terkesan. Mama / Papa juga tidak mahu perkara ini berlaku. Namun abang / kakak / adik usah risau, kerana Mama / Papa akan berusaha sedaya upaya untuk selesaikan masalah Mama / Papa.\u201d\n\nKita semua manusia biasa, pasti akan membuat kesilapan termasuk kesilapan yang melibatkan anak-anak.\n\nMemohon maaf kepada anak tidak menjatuhkan maruah kita sebagai ibu bapa. Malah anak-anak akan lebih menghormati kita atas tindakan kita yang berani mengakui kesilapan.\n\nAkhir kata, sentiasa refleksi diri kita setiap hari untuk setiap tindakan kita. Cari punca sebenar dan solusi yang realistik dalam menyelesaikan sesuatu perkara tersebut.\n\n\u2018The struggle is real\u2019. Laluinya dengan tabah dan sabar. Sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah memberikan bantuan dalam segala urusan kita dan anak-anak.\n\nSemoga kita semua dikurniakan Allah ilham terbaik bagi menyelesaikan apa jua dugaan dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan berkeluarga ini."
"Mencari dan tertanya khasiat buah delima? Terlalu banyak sebenarnya buah delima ini lebih-lebih lagi khasiat buah delima untuk wanita, terutamanya ibu hamil dan juga bayi.\n\nBuah delima adalah sejenis buahan yang terkenal di seluruh dunia kerana khasiatnya yang bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Pokok delima berasal dari kawasan Asia Barat Daya iaitu di kawasan sempadan Timur Tengah.\n\nIa telah ditanam di kawasan Lembah Mediterranean sejak zaman dulu lagi. Namun kini, ia mudah didapati di mana-mana sahaja hasil kegiatan import eksport.\n\nMalah, buah delima juga turut ditanam di Malaysia.\n\nBuah ini bersaiz sederhana dan mempunyai biji-biji kecil di dalamnya. Kulit buah delima berwarna oren kuning kemerahan. Manakala isinya berwarna merah. Itulah sebabnya orang dulu membuat perumpamaan, merah bak delima mekar.\n\nBuah delima bukan sahaja baik kerana ia dianggap makanan sunnah yang diamalkan Nabi Muahmmad saw. Tetapi juga khasiatnya turut dibuktikan oleh kajian sains. Ini kerana buah delima sangat kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan, antaranya:\n\n8 kebaikan buah delima yang dibuktikan melalui kajian sains ialah:\n\nKeradangan kronik adalah antara faktor utama kepada banyak penyakit membunuh seperti penyakit jantung, kanser, diabetes, alzheimer dan juga obesiti.\n\nBuah delima mempunyai ciri-ciri anti-radang yang berkesan, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh sifat-sifat anti-oksidan daripada punicalagin. Punicalagin adalah antioksidan yang terdapat dalam buah dan kulit delima.\n\nAnti-oksidan dalam buah delima didapati tiga kali ganda lebih banyak daripada wain merah dan teh hijau.\n\nKajian tabung uji menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan aktiviti keradangan dalam saluran pencernaan, kanser payudara dan sel-sel kanser kolon. Selain itu, terdapat juga satu kajian\u00a0lain kepada pesakit kencing manis, ia mendapati bahawa 250ml jus delima setiap hari selama 12 minggu dapat menurunkan penanda keradangan CRP sebanyak 32% dan interleukin-6 sebanyak 30%.\n\nIni pula khasiat buah delima untuk lelaki. Kanser prostat diletakkan sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kajian makmal telah menunjukkan bahawa ekstrak delima boleh melambatkan pembiakan sel kanser, dan juga mendorong kematian sel dalam sel-sel kanser.\n\nPSA (antigen spesifik prostat) adalah penanda darah untuk kanser prostat. Lelaki yang mempunyai tahap PSA berganda dalam tempoh yang singkat akan mempunyai risiko kematian yang tinggi.\n\nMenariknya, kajian mendapati bahawa 237 ml (8 oz) jus delima setiap hari memanjangkan masa penggandaan PSA dari 15 bulan hingga 54 bulan.\n\nDapatan kajian dapat membuktikan bahawa jus buah delima membantu lelaki mengurangkan risiko kanser prostat, iaitu dengan menghalang pertumbuhan kanser dan menurunkan risiko kematian.\n\n3) Mengelakkan Kanser Payudara \u2013 Khasiat Buah Delima Untuk Wanita\n\nIni merupakan khasiat buah delima untuk wanita. Seperti yang diketahui, kanser payudara adalah jenis kanser yang paling biasa dalam kalangan wanita dan ia merupakan pembunuh no 1 wanita di Malaysia. Tidak dapat dibayangkan jika seseorang itu didapati menghidap kanser payudara.\n\nEkstrak delima telah terbukti dapat menghalang pembiakan sel-sel kanser payudara dan melawan sel tersebut daripada terus merebak. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan hanya terhad kepada kajian makmal sahaja.\n\nPara saintis masih perlu melakukan lebih banyak kajian ke atas manusia untuk membuktikan bahawa delima sangat berkesan untuk melawan sel kanser payudara.\n\nSelain itu,terdapat kajian yang dijalankan oleh Washington University tentang khasiat buah delima untuk ibu hamil. Dapatan kajian ini mendapati bahawa ia mampu membantu menguatkan dan mengelakkan kecederaan tisu dalam placenta.\n\nTekanan darah tinggi (hipertensi) adalah salah satu faktor utama serangan jantung dan strok. Dalam satu kajian, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi mempunyai penurunan tekanan darah yang ketara selepas minum 150 ml (5 oz) jus delima setiap hari selama 2 minggu.\n\nKajian-kajian lain telah menemui kesan yang sama, terutamanya untuk tekanan darah sistolik (angka yang lebih tinggi dalam bacaan tekanan darah).\n\n5) Membantu Mengatasi Arthritis dan Sakit Sendi\n\nTerdapat pelbagai jenis penyakit arthritis, tetapi kebanyakannya menunjukkan bentuk keradangan pada sendi. Menariknya, kajian makmal telah menunjukkan bahawa ekstrak delima boleh menghalang enzim yang menyebabkan kerosakan sendi pada pesakit osteoarthritis.\n\nNamun begitu, kebanyakan kajian dijalankan kepada haiwan sahaja. Oleh itu, kajian kepada manusia perlu dijalankan lebih banyak lagi untuk membuktikan bahawa buah delima benar-benar bermanfaat untuk mengatasi masalah arthritis dan sakit sendi.\n\nPenyakit jantung merupakan punca utama kematian di dunia. Ia adalah penyakit yang didorong oleh banyak faktor.\n\nAsid Punicik iaitu asid lemak utama dalam buah delima, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam kajian kepada 51 orang yang tinggi kolesterol dan trigliserida, 800mg minyak biji delima setiap hari selama 4 minggu menyebabkan bacaan trigliserida lebih rendah. Kajian lain juga menunjukkan kesan jus delima kepada pesakit diabetes jenis 2 dan kolesterol tinggi dengan mendapati penurunan kadar kolesterol jahat (LDL) melalui kajian tersebut.\n\nSelain itu, terdapat juga kajian terhadap haiwan dan manusia menunjukkan buah delima dapat melindungi kolesterol (LDL) daripada pengoksidaan, yang menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada penyakit jantung.\n\nSebatian tumbuhan padabuah delima boleh membantu memerangi mikroorganisma berbahaya.\n\nKajian juga turut mendapati, kesan anti-bakteria dalam buah delima boleh melindungi jangkitan dan keradangan di dalam mulut.\n\nTerdapat beberapa bukti menunjukkan buah delima boleh meningkatkan memori.Ya, kepada mereka yang\n\nDalam satu kajian kepada pesakit pembedahan, 2gram ekstrak buah delima telah menghalang defisit dalam ingatan selepas pembedahan.\n\nSatu lagi kajian lain terhadap 28 orang individu tua yang mempunyai masalah ingatan telah mendapati bahawa 237 ml (8 oz) jus delima setiap hari menyebabkan peningkatan ingatan secara lisan dan visual.\n\nTerdapat juga beberapa bukti dari kajian kepada tikus bahawa buah delima dapat membantu melawan penyakit Alzheimer.\n\n9) Khasiat Buah Delima Untuk Bayi -Vitamin C Super\n\nAnak anda selalu demam? Jika ya, selalulah beri buah delima. Tetapi awas, jangan beri dalam bentuk bijian tetapi dalam bentuk yang lebih selamat. Contohnya seperti dalam bentuk jus.\n\nHal ini keranan buah delima sangat kaya dengan vitamain C yang mempunayi kekuatan rintanagn menghadapi penyakit dan seterusnya meningkat imun sistem badan. Kekerapan pengambilan buah delima mampu mereka kurang demam atau batuk. Boleh rujuk sini untuk info lanjut tentang khasiat buah delima untuk bayi.\n\nBuah delima ternyata banyak kebaikan untuk kesihatan. Malah ia juga baik untuk kecantikan kerana boleh awet muda. Namun begitu, bagi pesakit yang ingin mengamalkan pemakanan buah delima dalam diet harian, anda seharusnya berbincang dengan doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Ini kerana, buah delima boleh mengganggu kesan ubat yang anda amalkan.\n\nAnda suka penulisan kami di atas? Selain khasiat buah delima, kami juga menulis khasiat sumber lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik."
"Macam mana hendak mengajar anak berpuasa dengan mudah?\u00a0 Ini antara dilema buat ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak kecil. Mereka tertanya-tanya cara terbaik untuk mengajar anak mereka berpuasa dengan mudah.\n\nMungkin bagi\u00a0 orang dewasa berpuasa bukanlah satu perkara yang sukar. Namun begitu, bagi anak kecil yang baru pertama kali hendak belajar berpuasa ini, segalanya masih baru untuk mereka. Kerana itu ibubapa perlu pandai main peranan dalam mengajar anak tentang amalan berpuasa itu sendiri agar anak boleh faham dengan sebaik-baiknya.\n\nMengajar Anak Berpuasa Perlukan Cara Yang Kreatif\n\nSebenarnya, untuk mengajar anak kecil anda berpuasa bukanlah satu perkara yang sukar. Cuma anda perlu tahu teknik yang terbaik untuk membuatkan si kecil anda puasa dengan gembira. Ada banyak cara seronok dan kreatif untuk mengajar anak berpuasa. Berikut adalah beberapa tips untuk ajar anak berpuasa sejak kecil.\n\nMalah, dengan menggunakan tips di bawah ini\u00a0 lama-kelamaan anak anda akan menjadi lebih seronok untuk berpuasa dan mereka akan mula berpuasa penuh sama seperti orang yang lebih dewasa. Jadi, jom kita baca tipsnya di bawah ini:\n\nTips #1 \u2013 Jangan Paksa Anak\n\nBerpuasa adalah perkara baru bagi si kecil anda. Justeru itu, anda tidak boleh memaksa anak anda berpuasa penuh selama satu hari. Sebaliknya, ajar mereka berpuasa secara perlahan-lahan seperti berpuasa separuh hari dahulu.\n\nApa yang penting adalah untuk membiasakan anak anda dengan berpuasa. Bila anak anda sudah biasa, lama-kelamaan mereka akan mula berpuasa dengan penuh sama seperti orang dewasa. Tips mengajar anak\u00a0kecil\u00a0berpuasa untuk pertama kali ini, ibabapa sendiri kena betulkan niat untuk mendidik anak bukannya untuk memaksa mereka menahan lapar dahaga dengan begitu saja.\n\nTips #2 \u2013 Bercerita Tentang Kebaikkan Bulan Ramadhan\n\nKebiasaanya, bila mencuba sesautau perkara baharu, anak-anak pasti akan tanya pelbagai persoalan kepada kedua ibu bapa mereka. Begitu juga dengan berpuasa, bila anda mengajar anak anda berpuasa sudah pasti mereka akan tertanya-tanya sebab apa mereka perlu berpuasa.\n\nJadi, anda ambil peluang ini untuk memberitahu sebab apa mereka perlu berpuasa. Dalam pada masa yang sama cerita juga kelebihan dan kebaikkan bulan puasa yang boleh menarik perhatian mereka untuk sama-sama berpuasa.\n\nTips #3 \u2013 Sediakan Makanan Kegemaran Anak\n\nSatu cara yang anda boleh gunakan untuk mengajar anak berpuasa adalah dengan menyediakan makanan kegemaran anak anda sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Bila anak anda tahu anda menyediakan makanan kegemaran mereka, ia secara tidak langsung akan membuatkan anak anda bertambah bersemangat untuk berpuasa. Malah, jangan terkejut kalau anak anda boleh berpuasa penuh bila anda melakukan cara sebegini.\n\nTips #4 \u2013 Bagi Motivasi Dan Semangat\n\nBukan mudah untuk si kecil anda mula belajar berpuasa. Jadi, sebagai ibu bapa, Anda perlulah memberikan motivasi kepada anak anda supaya mereka terus berusaha untuk belajar berpuasa. Dengan kata-kata semangat semangat dari anda, anak anda akan menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk mereka berpuasa penuh sepanjang hari.\n\nTips #5 \u2013 Jangan Benarkan Anak Bermain Dengan Permainan Yang Boleh Memenatkan\n\nKanak-kanak sangat suka bermain. Lebih lagi permainan yang mengeluarkan peluh. Namun begitu, apabila terlampau banyak sangat aktiviti fizikal anak anda akan menjadi lebih penat. Apabila penat sudah tentu anak anda akan terasa haus dan ingin buka puasa dengan lebih awal.\n\nJadi, seeloknya jangan benarkan anak anda main permainan yang melibatkan fizikal. Sebaliknya, anda boleh gantikan permainan tersebut dengan permainan lain yang tidak memenatkan mereka.\n\nTips #6 \u2013 Sorokkan Segala Makanan Ringan\n\nMungkin anda takut kalau anak anda tiba-tiba curi makan. Jadi untuk elakkan dari perkara sebegini berlaku, jangan sesekali meninggalkan makanan pada siang hari di atas meja atau di dalam peti sejuk. Peti sejuk dan meja makan merupakan antara tempat yang di gemari kana-kanak untuk curi-curi makan di bulan Ramadhan.\n\nTips #7 \u2013 Suruh Anak Tidur Awal\n\nTips untuk mengajar anak berpuasa yang terakhir ialah, ajar anak untuk tidur awal. Anak yang baru belajar berpuasa selalunya sukar untuk bangun pada awal pagi untuk bersahur. Justeru itu, ibu bapa perlulah memastikan anak mereka tidur awal untuk bersahur.\n\nNamun, kalau anak dibangunkan terlalu awal, kemungkinan besar mereka akan tertidur semula sebelum sempat menunaikan solat Subuh. jadi, seeloknya kejutkan anak anda labat sedikit ketika bersahur. Lagipun melewatkan sahur adalah perkara sunat di dalam bulan Ramadhan.\n\nAntara Aktiviti Sesuai Dilakukan Oleh Anak Anda Yang Tidak Memenatkan\n\nAda beberapa aktiviti yang anak anda boleh lakukan bersama dengan anda. Malah, aktiviti sebegini langsung tidak memenatkan anak anda. Bukat itu sahaja, dengan aktiviti sebegini anak anda dapat belajar tentang bertapa hebatnya bulan ramadhan dan anak anda juga dapat merasai kemaninsan bulan Ramadhan. Aktiviti tersebut ialah:\n\nBulan Ramadhan Banyak Manfaat Serta Bulan Untuk Kita Melakukan Sebanyak Mungkin Kebaikkan\n\nBulan ramadhan adalah bulan yang sangat mulia. Justeru itu, anda perlu mengajar anak anda untuk berpuasa supaya mereka juga turut merasai bertapa indahnya bulan Ramadhan. Tetapi untuk mendidik anak yang beru pertama kali belajar berpuasa elakkan dengan cara paksaan.\n\nSebaliknya gunalah cara yang lembut. Pada permulaan mungkin agak sukar untuk anak anda belajar berpuasa. Tetapi lama-kelamaan anak anda sudah terbiasa dan mula berpuasa penuh sama seperti orang dewasa yang lain. Jemput baca kesan peluk anak tiap hari , dan Checklist Ramadhan"
"Tahukah anda bahawa ada waktu-waktu tertentu dalam islam yang dilarang mandi. Hal ini kerana, ada yang mengatakan bahawa jika mandi waktu-waktu ini akan membawa kemudaratan terhadap tubuh badan. Itu khabar angin masyarakat kini yang mungkin terjadi terhadap diri mereka.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 waktu dilarang mandi yang kami ambil dari Dr. Suhazeli Abdullah. Beliau merupakan doktor pakar keluarga di klinik di Dungun, Terengganu.\n\nAntara waktu yang dikatakan dilarang mandi adalah :\n\nMenurut kajian sains, sebenarnya waktu-waktu ini tidak memberi kesan negatif kepada tubuh badan. Malah ia hanyalah mitos semata-mata. Dr. Suhazeli akan menerangkan secara terperinci mengenai hal ini.\n\n3 waktu yang dikatakan dilarang mandi\n\nA. 30 minit setelah solat Asar\n\nDarah badan kita senantiasa panas dengan julat suhu 36.5 hingga 37.5 celcius, sesuai dengan spesies manusia sejenis mamalia yang berdarah panas. Jika kita mandi sekalipun, darah kita tidak akan berubah samada sejuk atau terlalu panas. \n\nKeseimbangan akan tetap terjamin. Mandi tidak pada ketika ini dibolehkan dan tiada kesan kesihatan. Penat dan lelah secara lumrahnya boleh berlaku setelah kita berkerja sepanjang hari, tiada kaitan pun dengan mandi.\n\nJantung manusia bekerja sepanjang waktu, tidak mengenal penat dan lelah. Bagi orang yang normal degupannya berdetak antara 60 \u2013 110 kali seminit. Tiada istilah jantung lemah kecuali orang yang diserang penyakit jantung lemah. Tiada kajian pun mengaitkan mandi selepas Maghrib atau mandi malam menyebabkan paru-paru berair. \n\nMitos mandi malam penyebab paru-paru berair ini selalu disebarkan dalam masyarakat kita. Zaman dahulu, orang tua-tua melarang mandi malam kerana kesusahan untuk ke perigi yang berada di luar rumah. Letrik pun tiada dan gelap malam yang menyusahkan untuk bergerak. Sekarang zaman sudah berubah.\n\nJika jantung kita terhenti, pengsan lah kita atau tanda kematian. Tidak sesekali jantung kita akan istirehat atau berhenti melakukan tugasnya mengepam darah keseluruh tubuh. Mandi selepas isya\u2019 tidak mendatangkan mudarat kepada badan ataupun jantung berair. \n\nMalah mandi di awal pagi bukannya teknik untuk cas semula jantung. Allah jadikan jantung kita sesuatu yang unik, tidak perlu dicas atau diletakkan bateri kecuali penyakit tertentu seperti rithma jantung tidak menentu (cardiac arrytmia) yang memerlukan pacemaker.\n\n*Selepas ini, harap anda tiada lagi perasaan ragu-ragu untuk mandi lagi. Selain itu, anda dapat membersihkan diri dengan sempurna dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. \n\nMitos hanyalah sekadar cerita rekaan sahaja tanpa ada usul kajian sains yang terperinci dan janganlah kita mudah percaya dengan mitos. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Makan malam hari ini apakata masak asam pedas ayam? Sedap terangkat sungguh. Sesuai untuk hidangan makan tengah hari mahupun malam.\n\nKadang rasa bosan dan bingung masak ayam. Asam pedas boleh jadi cadangan. Jangan ingat ikan sahaja yang boleh buat asam pedas ya. Asam pedas ayam juga lagi sedap.\n\nMakan tengah hari dengan nasi putih dan asam pedas ayam, siram dengan kuah pekat yang merecik menjilat jari, makan jadi berpinggan-pinggan. Tidak terasa habis 3 pinggan sekali.\n\nBukan main sedap resepi Shashika Alia yang dikongsikan di laman Facebook ini. Sedapnya, mertua pun terliur dan memuji. Rahsia memikat hati mertua orang kata,kononnya. Jom tengok resepinya di bawah ini.\n\nNota : Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak itu.\n\nSelain resepi asam pedas ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Berpantang selepas bersalin bukan sahaja perlu pantang makan sahaja. Apabila sebut berpantang, mesti kita ingat pantang makan sahaja. Tidak boleh makan itu, makan ini, hanya boleh makan makanan rebusan, bakar, dan yang sihat-sihat sahaja. Bukan itu saja yang kita perlu jaga.\n\nMalah, ada pantang lain juga yang kita perlu jaga. Apakah pantang tersebut? Mandi. Ia kita juga perlu jaga cara mandi kita kerana ia memberi kesan terhadap kesihatan kita. Jika salah cara mandi, mulalah badan masuk angin dan mula sakit-sakit sendi. Jika kita sakit bagaimana mahu menyusu anak.\n\nMari kami kongsikan kepada anda mengenai cara mandi yang betul ketika dalam pantang. Info ini dikongsikan oleh Puan Siti Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.\n\nCara mandi yang betul ketika berpantang\n\nUntuk soalan ini, selepas diteliti dan diperhalusi ia bergantung kepada apakah rawatan yang akan kita jalani sepanjang hari itu. Jika anda jenis tidak buat apa-apa rawatan (sebab tidak reti atau tidak tahu nak buat rawatan sendiri), maka mandilah ketika waktu dhuha iaitu antara pkl 10am \u2013 12pm.\n\nKalau anda ada plan nak buat rawatan tuaman/salai/berdiang selepas mandi, atau ada bidan nak datang buatkan rawatan main haba seperti di sebut tadi, maka Kak Ice cadangkan anda mandilah di awal pagi dalam pukul 7am \u2013 8am. Sekurang-kurangnya, anggarkan masa di mana sejurus mandi je, rawatan main haba ni dah boleh dilakukan ke atas anda.\n\nPakailah air mutlak. Yang penting suam-suam panas. Kalau mampu, pakailah air rebusan serum iaitu air rebusan daripada daun2 bersifat aromatik dan antiseptik seperti serai wangi, kunyit, pandan, inai dan sireh. Kalau kamu jenis tak kenal daun2 herba ni, memadailah pakai water heater sahaja.\n\nNi kak ice bagi resepi paling simple untuk buat mandian serum sendiri. Daun-daun ini selalu ada keliling rumah. Tidak perlu masuk hutan.\n\nDaun ni boleh rebus banyak kali sampai hilang baunya\n\nRebus kesemua termasuk bunjut susu dengan air 2 litre. Bila sudah menggelegak, masukkan dalam baldi 7 litre. Penuhkan dengan air paip biasa.\n\n1. Basuh kawasan sulit dan cuci kotoran nifas dengan air suam biasa.\n\n2. Ratakan 1 gayong air suam/serum keseluruh badan (sehingga dada shj)\n\n4. Bilas sabun dengan lebihan air suam/serum\n\n5. Untuk leher, muka dan kepala cuci dengan air paip biasa (jangan guna air suam) untuk elakkan kulit wajah berkedut, rambut gugur dan migrain.\n\n6. Selepas mandi terus keringkan badan dan kepala jangan sampai kena sapa angin sejuk badan jadi seram sejuk.\n\nBERAPA BANYAK AIR BOLEH SAYA MANDI DALAM SEHARI\n\nKalau nak badan firm dan tak menggeleber, catuan mandi ialah 1 baldi sederhana besar sehari. (7 liter)\n\nTidak lebih dari 10 minit. Jangan berlama2 di dalam bilik air. Tempat sejuk buatkan senang ibu terkena bentan.\n\nBERAPA KALI SAYA BOLEH MANDI DALAM SEHARI\n\nUntuk elakkan badan dimasuki angin, mandi sehari sekali je. Petang tu cukup buat \u201cdry cleaning\u201d iaitu lap dengan tuala basah sahaja.\n\n1 jam sebelum maghrib sampailah waktu dhuha.\n\nKhasiat jaga tertib mandi ketika berpantang\n\nIbu selepas bersalin mudah diserang bentan (badan menggigil, tubuh panas tetapi sejuk di dalam). Siapa dah kena bentan je tau betapa azabnya bentan ni. So amalan ni nak mencegah ibu dari terkena bentan. Sebab bentan ni kalau dah teruk boleh menyebabkan ibu mudah diserang sawan, sakit sendi dan juga angin ahmar ketika dalam pantang.\n\nAmalan bercatu air membantu ibu mendapatkan kulit yang tegang dan tidak menggeleber sehabis tempoh 44 hari. Bagus juga utk jaga urat ibu. So, takdelah habis pantang sibuk sangat sakit urat.\n\n*Selepas ini, jangan ingat makan saja yang perlu dipantang, malah mandi juga perlu dipantang. Jika tidak mahu diserang bentan, baik jaga cara mandi ketika berpantang. Apa yang penting air mandian perlu suam dan jangan sejuk. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Masih ingatkah kita tatkala pertama kali menjadi ibu bapa? Ianya merupakan detik-detik terindah dalam hidup kerana dianugerahkan Allah dengan kurniaan yang sungguh istimewa.\n\nDengan kelahiran insan baru dalam kehidupan kita, segala-galanya pasti berubah. Rutin harian kita juga turut berubah dan segalanya lebih berfokus kepada insan kecil ini.\n\nSemakin hari, si kecil menunjukkan perkembangan yang baik dan menjadi semakin bijak. Tidak dinafikan bahawa kadang kala, insan kecil ini sering kali menguji kesabaran kita sebagai ibu dan ayah. Lalu ibu dan ayah akan bertukar menjadi \u2018singa\u2019 atau \u2018raksaksa\u2019 di kala kesabaran itu tidak dapat dibendung lagi.\n\nMungkin kita akan tertanya-tanya, bagaimanakah teknik keibubapaan yang terbaik untuk dipraktikkan agar menjadi ibu dan ayah yang hebat buat anak-anak.\n\nMari ikuti beberapa tips\u00a0\u2018stress free parenting\u2019 yang dikongsikan oleh Dr. Siti Rohana Abd Rahman (Fauzan N Siti) dalam \u2018Seminar Ibu Hebat Anak Cemerlang\u2019 di Johor Bahru.\n\nDalam kehidupan kita, semua perkara mempunyai cabaran dan tekanan masing-masing. Yang membezakan kita semua adalah cara kita menghadapi cabaran dan \u2018handle\u2019 sesuatu tekanan itu.\n\nYa, benar. Tiada perkara tanpa tekanan (stress free) dalam menempuh kehidupan ini. Dalam dunia keibubapaan juga, pasti akan wujud stres dalam diri ibu dan ayah. Jika disebut \u2018stress free parenting\u2019, ianya mungkin sukar untuk dicapai 100 peratus. Namun sekurang-kurangnya, dengan teknik yang betul, kita dapat meminimumkan kadar stres tersebut dan mencapai \u2018almost stress free parenting\u2019.\n\nBerikut merupakan 7 tips \u2018stress free parenting\u2019 untuk menjadi ibu dan ayah yang hebat buat anak-anak tercinta. Semoga bermanfaat buat semua!\n\nTIPS 1 :\u00a0\u2018AVOID UNNECESSARY STRESS\u2019\n\nPerkara utama dalam mencapai \u2018stress free parenting\u2019 adalah dengan mengelakkan diri daripada stres yang tidak sepatutnya.\n\nAmalkan konsep \u2018YES, NO, IGNORE\u2019 dalam apa jua situasi termasuk dalam menghadapi kata-kata orang di sekeliling kita.\n\nMedia sosial juga merupakan salah satu sumber \u2018unnecessary stress\u2019 yang boleh mempengaruhi emosi ibu dan ayah.\u00a0\u2018Unfollow\u2019 individu dan sumber berita yang negatif serta doakan agar mereka diberi hidayah daripada Allah.\n\nHanya benarkan diri kita dikelilingi dengan persekitaran positif sahaja. Dengan detoks minda kita daripada individu dan berita-berita negatif, kita pasti mampu menjadi lebih rasional dan kurang emosional.\n\nSalah satu cara untuk mengurangkan stres dan kesedihan di hati adalah dengan mencari sesuatu kemahiran yang diminati (passion) sama ada dengan pergi ke kelas-kelas berkaitan atau mencari tutorial di laman Youtube.\n\nDengan mengelakkan diri daripada \u2018unnecessary stress\u2019, kita pasti berjaya menjadi ibu dan ayah yang lebih tenang dalam mendidik anak-anak.\n\nKita semua adalah manusia yang tidak sempurna, mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Kita bukan \u2018supermom\u2019 atau \u2018superdad\u2019 yang boleh melakukan semua perkara. Kita semua saling memerlukan.\n\nLatih diri untuk menjadi lebih fleksibel dan tidak rigid. Jika kita tidak mampu untuk melangsaikan semua kerja rumah sehingga rumah kelihatan tidak kemas serta bersepah, tidak mengapa. Ia adalah perkara normal. Lakukan sesuatu perkara sekadar termampu dan pada waktu yang bersesuaian dengan situasi diri kita.\n\nSekiranya kita berasa tersangat letih, curahkan isi hati kita dengan memberitahu anak bahawa kita berasa letih pada hari itu. Ianya bukan suatu keluhan kerana terbeban dengan pelbagai tugasan atau tanggungjawab, tetapi ia bertujuan agar anak belajar untuk memahami situasi kita dan boleh menghulurkan bantuan kepada kita apabila diperlukan.\n\nUsah paksa diri kita untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan kita kerana kelak ianya akan menghancurkan diri kita sendiri. Amalkan konsep saling membantu dan berkongsi tugas sesama ahli keluarga agar segala tugasan menjadi lebih ringan.\n\nTIPS 3 : RESET ARAS JANGKAAN\n\nSebelum meletakkan sesuatu jangkaan (expectation) atau harapan, fikirkan terlebih dahulu kemampuan diri serta anak-anak. Anak-anak adalah unik dan mempunyai kelebihan tersendiri. Jangan pernah membandingkan dan meletakkan jangkaan sama rata kepada semua anak kerana mereka semua adalah berbeza.\n\nLetakkan jangkaan yang praktikal di bawah tahap kemampuan anak yang mana sekurang-kurangnya anak seharusnya mampu melakukan perkara tersebut. Ia bukan bertujuan memandang rendah dengan kebolehan anak, tetapi ia bertujuan untuk kita lebih celik melihat kejayaan anak-anak apabila mereka berjaya mencapai tahap kemampuan mereka.\n\nPerkara ini dipanggil \u2018small success\u2019, anak-anak bermula dengan \u2018small success\u2019. Apabila anak telah berjaya mencapai \u2018small success\u2019 ini, naikkan \u2018expectation\u2019 kepada aras yang lebih tinggi untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih hebat. \u2018Small success will lead to big success\u2019.\n\nTIPS 4 : RAIKAN MINAT ANAK\n\nAnak-anak mempunyai minat masing-masing. Walau apa jua minat mereka, kita sebagai ibu bapa seharusnya tidak memandang remeh terhadap minat tersebut dan raikan minat mereka dengan gembira.\n\nJauhi diri daripada memaksa anak melakukan perkara yang mereka tidak minati. Ini kerana, apabila anak tidak menurut kehendak kita dan tidak mencapai jangkaan sepertimana yang kita harapkan, kita pasti akan berasa stres.\n\nKadang-kala, minat anak terhadap sesuatu perkara itu tidak lama dan hanya dalam tempoh tertentu sahaja. Selepas itu, anak mungkin sudah tidak berminat lagi dengan perkara tersebut.\n\nOleh itu, ambil peluang keemasan ini. Sentiasa raikan minat mereka agar mereka sentiasa berasa diri mereka dihargai.\n\nTIPS 5 : AMALKAN KONSEP \u2018THE WORLD IS MY CLASSROOM\u2019\n\nAnak-anak bukan sahaja belajar di sekolah tetapi juga melalui pelbagai perkara yang berlaku di persekitaran mereka.\n\nElakkan diri daripada berasa tertekan dengan hanya meminta anak untuk fokus kepada subjek yang dipelajarinya di sekolah sahaja. Apa jua perkara dan aktiviti yang sedang mereka lakukan, mereka sebenarnya sedang belajar.\n\nAmalkan konsep \u2018the world is my classroom\u2019. Beri peluang kepada anak untuk meneroka dunia ini. Benarkan anak-anak untuk mencuba sesuatu perkara yang baru kerana di situ mereka pasti dapat belajar sesuatu yang baru dan bermakna buat mereka.\n\nSentiasa beri sokongan dan pantau anak dalam proses pembelajaran mereka. Dengan cara ini, anak-anak pasti lebih bersemangat untuk belajar dan semakin berminat untuk belajar dengan lebih banyak lagi.\n\nIbu dan ayah juga seharusnya menjadi \u2018role model\u2019 buat anak-anak dengan menunjukkan contoh bahawa kita juga sedang belajar dan sentiasa belajar. Pembelajaran dalam kehidupan adalah berterusan dan tidak akan pernah berhenti.\n\nTIPS 6 : AJAR ANAK CARA CARI JAWAPAN\n\nSetiap kali anak-anak mempunyai persoalan tentang sesuatu perkara dan kita sentiasa memberikan mereka jawapan secara terus (spoon feeding), bagaimana anak-anak hendak belajar mencari jalan penyelesaian sendiri ketika mereka mempunyai masalah apabila dewasa kelak?\n\nMungkin ibu dan ayah akan berasa stres dengan soalan anak apabila kita tidak mempunyai jawapan yang tepat atau perlu mencari jawapan terbaik untuk mereka. Usah gusar wahai ibu dan ayah.\n\nAnak-anak seharusnya diajar cara-cara untuk mencari jawapan bagi sesuatu persoalan yang muncul di minda agar mereka lebih mengingati perkara tersebut. Ibu dan ayah pula perlu membantu dan memantau mereka untuk sama-sama mendapatkan jawapan.\n\nGenerasi masa kini berada di zaman teknologi di mana semua maklumat berada di hujung jari. Usah disekat teknologi untuk anak-anak, tetapi ajarkan mereka untuk menjadi individu yang bijak mengurus dan menggunakan teknologi masa kini.\n\nGunakan gajet seperti laptop dan tablet dengan sebaik-baiknya untuk mereka mempelajari sesuatu perkara. Beri panduan kepada anak-anak bagaimana untuk memperoleh jawapan terbaik terhadap persoalan-persoalan yang diajukan.\n\nTIPS 7 : TUKAR MAKSUD BERJAYA\n\nTidak dinafikan bahawa ramai ibu dan ayah masa kini menganggap bahawa Gred A menentukan kejayaan mutlak anak-anak. Pada hakikatnya, kejayaan itu mempunyai maksud yang lebih luas dan bukan sekadar mendapatkan Gred A semata-mata.\n\nBuka minda kita sebagai ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak. Manusia mempunyai pelbagai kebijaksanaan \u2013 \u2018multiple intelligence\u2019. Kejayaan sebenar anak-anak adalah apabila mereka mampu menggunakan kebolehan serta kebijaksanaan yang ada dalam diri mereka, untuk menguasai sesuatu kemahiran tertentu dan mampu memberi manfaat buat orang lain.\n\nSebagai contoh, anak yang meminati bidang lukisan mungkin\u00a0 akan berjaya menjadi pelukis komik berunsurkan tarbiah buat masyarakat pada suatu hari nanti. Atau anak yang minatnya ke arah dunia masakan, mungkin akan menjadi chef terkenal dalam bidang masakan \u2018healthy food\u2019\u00a0\u00a0kelak.\n\nSemua anak adalah bijak dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Siapa tahu, mungkin anak yang dianggap kurang berjaya itu yang akan menjaga kita apabila kita sudah berusia kelak? Mungkin mereka ini yang akan bersunguh-sungguh mendoakan kita apabila kita sudah tiada di dunia ini nanti. Ayuh sama-sama kita fikirkan dan reset maksud berjaya tersebut dalam minda kita.\n\nDidikan anak-anak adalah tanggungjawab ibu dan ayah sepenuhnya. Jangan pernah putus asa, sentiasa berusaha, berdoa serta tawakal dalam memberi didikan terbaik buat mereka.\n\nDiharap, dengan mengaplikasikan kesemua tips ini, kita semua dapat mengamalkan teknik keibubapaan yang lebih tenang dalam mendidik anak-anak, anak-anak akan menjadi insan yang cemerlang seterusnya dapat membina keluarga yang bahagia.\n\nSemoga kita semua sentiasa memperoleh rahmat Allah, in sha Allah."
"Anak luar nikah atau anak tidak sah taraf adalah suci seperti bayi lain yang dilahirkan di dunia. Tiada sebab untuk kita memandang anak tersebut dengan pandangan serong. \n\nAnak tidak sah taraf juga perlu didaftarkan bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari terutamanya isu kewarganegaraan dan urusan persekolahan.\n\nUntuk makluman anda, cara buat surat beranak anak luar nikah lebih kurang sama sahaja prosesnya seperti pendaftaran anak yang lahir dalam pernikahan yang sah. Tahukah anda? Anak luar nikah boleh dibin dan dibintikan dengan nama ayahnya. Namun ada syaratnya. Nak tahu apa dia? Jom baca perkongsian kami hari ini tentang cara buat surat beranak anak luar nikah.\n\n 1. Di manakah tempat untuk membuat surat beranak?\n\nPendaftaran kelahiran semua bayi yang dilahirkan di Malaysia boleh dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. Terdapat banyak cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Malaysia dan anda boleh pergi ke mana-mana cawangan yang terdekat. \n\nUntuk memudahkan urusan dan mengelakkan daripada anda perlu pergi beberapa kali, pastikan anda membawa semua dokumen yang berkaitan dan memenuhi kesemua syarat yang seterusnya.\n\n2. Siapa yang boleh membuat surat beranak anak luar nikah?\n\nMenurut Jabatan Pendaftaran Negara, pendaftaran kelahiran bayi bagi tujuan mendapatkan surat beranak boleh oleh salah seorang daripada senarai yang berikut:\n\n3. Bila pendaftaran kelahiran bayi dan permohonan surat beranak boleh dilakukan?\n\nPendaftaran kelahiran bayi perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran. Pendaftaran selepas 60 hari dianggap sebagai pendaftaran kelahiran lewat dan denda akan dikenakan. Pendaftaran kelahiran lewat hanya boleh dilakukan oleh:\n\nPemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia. Bayaran denda yang akan dikenakan ke atas anda ialah:\n\nWalau bagaimana pun, sekiranya kelewatan mendaftar berlaku disebabkan oleh masalah atau kes serius yang tidak dapat dielakkan, anda tidak perlu membayar denda tersebut. terdapat beberapa kelonggaran yang akan diberikan kepada anda.\n\n4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar kelahiran bayi dan membuat surat beranak anak luar nikah?\n\nUntuk melakukan pendaftaran kelahiran dan membuat surat beranak untuk anak tidak sah taraf, anda perlu membawa dokumen berikut:\n\nDokumen Bayi ( Salinan Dan Asal ):\n\nDokumen Ibu Bapa ( Salinan Dan Asal ):\n\nDokumen Pemaklum / Wakil Ibu Bapa ( Salinan Dan Asal )\n\n5. Berapakah bayaran untuk mendaftar kelahiran dan membuat surat beranak?\n\nPendaftaran dan permohonan surat beranak adalah percuma asalkan dilakukan dalam tempoh 60 hari dari kelahiran.\n\n6. Bagaimana proses untuk menamakan ayah kandung sebagai bin atau binti anak luar nikah?\n\nProses pendaftaran dan permohonan surat beranak adalah sama seperti yang kami nyatakan di atas. Bezanya, semasa surat beranak dikeluarkan, pada ruang bapa tidak akan ada sebarang maklumat yang dicatatkan. Dan anak akan dibin atau bintikan dengan Abdullah. Kemudian anda boleh pergi ke Mahkamah Rayuan untuk memohon nama ayah kandung dimasukkan sebagai bin atau binti dalam surat beranak anak luar nikah tersebut. \n\nItulah dia info tentang cara buat surat beranak anak luar nikah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Sebagai kata penutup, setiap bayi yang dilahirkan adalah suci seperti kain putih yang bersih. Adalah sangat kejam sekiranya dosa dan kesilapan yang dilakukan oleh kedua ibu bapanya kita palitkan kepada bayi yang bersih dan tidak tahu apa-apa. \n\nJika anda sukakan perkongsian kami tentang isu ini, anda juga mungkin akan menyukai artikel kami tentang jadual imunisasi bayi di Malaysia, petua hilangkan selsema bayi, dan punca bayi menangis."
"Som tam ialah salad berempah agak pedas yang diperbuat daripada betik mentah muda yang disagat nipis. Hidangan ini popular di Thailand dan lazim dihidangkan di Asia Tenggara.\n\nHidangan ini menggabungkan rasa masam limau, pedas cili, sos ikan masin, savuri, dan kemanisan gula. Bahan-bahan ditumbuk di mana betik, mangga dan carot disagat halus.\n\nJika anda penikmat tegar makanan masam-masam pedas manis, maka anda patut cuba som tam ini. Dimakan macam itu sahaja pun sedap.\n\nDi bawah ini telah kami sertai resepi som tam sedap ala Sharifah Zakaria yang dikongsikan di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi som tam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kami ini berkongsi resepi apam mekar yang sangat gebu, lembut dan sedap!\n\nKuih apam mekar dihasilkan dengan menggunakan tepung gandum dengan campuran air, gula, telur dan bahan lain. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan.\n\nKuih apam mekar ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kuih apam biasanya gebu, lembut dan mekar merekah seperti bunga. Kadangkala diberi pewarna bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni cantik dan menggiurkan selera.\n\nKami akan mengongsikan resepi apam mekar yang mendapat perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Lea Abd Jalil. Resepi ini sangat mudah untuk dibuat.\u00a0 Resepinya sangat simple dan cara membuatnya pula sangat senang dan tidak memakan masa. Apam mekar ini pula dikukus hanya dalam 15 minit. Sangat menjimat masa. Sila dicuba resepi di bawah ini.\n\n1) Mula-mula pukul telur, gula, ovallete dan juga esen vanilla sehingga kembang dan gebu.\n2) Kemudian masukkan tepung gandum dan ais krim soda. Pukul rata.\n3) Tuangkan dalam acuan.\n4) Kukus dengan api kuat selama 10-15 minit. Siap\n\nSelain resepi apam mekar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Jom kita kaji khasiat daun rerama. Benarkah ianya dapat merawat kanser seperti yang dikatakan ramai.\n\nDaun rerama (Red Butterfly Wing) juga dikenali dengan nama saintifiknya Mariposa Christia Vespertilionis. Pokok daun rerama banyak didapati di negara Asia seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan lain-lain.\n\nIa boleh tumbuh hingga ketinggian 60-120cm, daun muda berwarna ungu, manakala daun matang bewarna hijau pekat dengan garis-garis hijau muda. IUCN (International Union for Conservation of Nature and Natural Resources) telah mengkategorikan tumbuhan ini sebagai spesies yang terancam.\n\nBahan kimia yang terdapat dari pokok rerama adalah alkaloid, triterpenes, asid lemak, phenols, rantai panjang alkohol, palmitine, corynoxidine, pheophorbid-a, ursolic acid, flavonoid glycosides, steroid dan banyak lagi.\n\nPheophorbid-a yang terkandung di dalamnya pernah dikesan mempunyai ciri-ciri antiproliferatif dalam kajian makmal.\n\nMasyarakat kita percaya bahawa daun rerama mempunyai banyak khasiat terhadapt kesihatan, terutama bagi penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain. Antara 7 khasiat untuk kesihatan daripada rerama ialah:\n\nBenarkan Daun Rerama Boleh Mengubati Kanser?\n\nDaun rerama telah dikenalpasti memiliki sebatian anti kanser dan anti keradangan\u00a0setelah sebuah kajian awal telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM).\n\nMenurut Penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan, dua sebatian itu adalah \u201clupeol\u201d dan betastigma sterol\u201d yang ditemui pada akar pokok daun rerama yang berupaya merawat solid kanser seperti kanser payu dara, usus besar, paru-paru, ovari dan serviks.\n\nNamun begitu, kenyataan rasmi pihak universiti tentang hasil kajian ini ada disiarkan dan jelas menyatakan bahawa ianya baru sahaja menjalani kajian makmal menggunakan lapisan sel-sel kanser dan baru hendak melangkah kepada ujian ke atas haiwan. Ini bermaksud daun rerama belum lagi menjalani kajian klinikal untuk menguji keberkesanannya kepada penyakit yang dihidapi oleh manusia.\n\nPihak UPM sebagai pihak yang menjalankan kajian terhadap daun rerama menyatakan bahawa mereka tidak bertanggungjawab dengan dakwaan beberapa pengusaha produk berasaskan daun rerama yang mengaitkan produk mereka amat berkesan untuk pelbagai penyakit.\n\nMengapa Kajian Makmal/Praklinikal Tidak Kuat Untuk Membuktikan Daun Rerama Boleh Merawat Penyakit?\n\nAntara alasan mengapa kajian makmal tidak boleh menjadi alas an untuk merawat penyakit adalah:\n\n1) Ujian makmal tidak dijalankan ke atas tubuh manusia. Ada kajian yang dijalankan kepada haiwan. Sekalipun hasil kajian ke atas haiwan memberi respon yang positif, namun ia tetap tidak boleh dijadikan hujah yang kuat untuk menjadikan daun rerama sebagai ubat kerana persekitaran dalam tubuh manusia lebih kompleks berbanding haiwan.\n\n2) Peringkat awal kajian makmal hanya menggunakan ekstrak bahan secara kasar. Sedangkan dalam daun rerama terdapat banyak bahan kimia. Dan kita tidak dapat mengenal pasti bahan kimia spesifik yang benar-benar menjadi faktor merawat penyakit.\n\n3) Kajian makmal belum menguji dos yang sesuai kepada tubuh manusia. Ia hanya diuji kepada haiwan.\n\n4) Kajian praklinikal belum menguji keberkesanan dan keselamatan bahan ke atas manusia. Ia hanya dilakukan kepada haiwan.\n\nIni antara 4 alasan mengapa ujian makmal tidak kukuh untuk membuktikan bahawa daun rerama boleh menjadi ubat kepada penyakit. Kebanyakan kelebihan daun rerama yang dikongsi di internet adalah berdasarkan testimoni pengguna atau kenyataan daripada pihak penjual produk.\n\nMemang tidak dinafikan daun rerama banyak khasiatnya, namun untuk membuktikan ia boleh merawat penyakit kronik seperti kanser adalah tidak tepat. Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan mana-mana produk untuk merawat penyakit anda.\n\nSukakan artikel ini? Jika suka jangan lupa untuk kongsi dan like ya. Selain khasiat daun rerama, kami juga mempunyai artikel berkaitan yang menarik untuk dibaca."
"Bila anda sudah bergelar seorang ibu, secara automatik anda juga merupakan pendidik kepada anak-anak. Sekaligus anda berperanan sebagai pengajar dan bertanggungjawab dengan didikan yang diberika kepada anak-anak anda. Anak-anak adalahs eperti kain yang berwarna putih dan ibu bapalah yang perlu mencorakkan warna-warna kehidupan anak mengikut acuan masing-masing.\n\nDidikan yang diberikan mestilah mengikut kesesuaian waktu dan keadaan bukan sekadar memberi arahan dan paksaan semata dan itu bukanlah penyebab pembentukkan peribadi insan mulia. Anak-anak juga berhak untuk menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan gembira.\n\nSebagai seorang ibu yang ingin mengawasi anak pasti akan membuat pemantauan mengenai kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, pada usia kanak-kanak mereka tidak sewajarnya untuk melakukan perkara yang membebankan kerana dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka dan mengganggu proses pembesaran anak-anak.\n\nDidikan yang kurang sempurna akan memberi kesan kepada kanak-kanak dari segi fizikal mahupun mental. Kebanyakkan pelajar yang mempunyai masalah disiplin di dalam kelas adalah kerana inginkan perhatian daripada orang lain dan mempunyai masalah di rumah. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah kerana tidak mendapat sokongan moral yang betul dan secukupnya oleh ibu bapa.\n\nKebanyakan ibu bapa mengharapkan anak mereka menjadi seorang yang sempurna lebih dari kemampuan si anak itu sendiri sedangkan seorang anak itu tidaklah sempurna, mereka juga insan biasa seperti orang lain. Sepatutnya ibu bapa menerima dengan seadanya kelebihan dan kekurangan anaknya.\n\nHukuman secara fizikal hanyalah memberi kesakitan dan perlu dielakkan dalam proses mendidik anak-anak. Sekiranya mereka ada melakukan kesalahan dan memerlukan pengajaran, nasihatkan mereka terlebih dahulu dan sekiranya kesalahan yang dilakukan memerlukan untuk menjalani hukuman atau denda, terangkanlah kepada mereka kenapa mereka perlu menjalani hukuman tersebut.\n\nSudah pastinya tujuan memberi hukuman itu adalah untuk memberi pengajaran tetapi perlu diingat tindakan yang dilakukan perlu diberi perhatian iaitu mengawal perasaan marah agar tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh membuat mereka terasa dan memalukan mereka sekiranya di hadapan kawan-kawanya atau saudara-mara. Terangkan padanya yang anda tidak suka adalah kesalahan yang dilakukan olehnya bukan dirinya.\n\nDidiklah anak-anak dengan nilai-nilai murni supaya baik akhlak, teguh peribadi, bukannya dengan kemewahan dan paksaan. Nasihatkanlah mereka kerana kasih sayang bukan sekadar menunjukkan kuasa. Sesungguhnya mendidik dan memberi ajaran yang betul mengenai kehidupan bagi anak-anak adalah sebahagian daripada tanggunggjawab ibu dan bapa."
"Syoknya mengorek telinga apabila sudah sampai masanya! Terutamanya apabila sudah terasa gatal-gatal, menandakan mungkin banyak sudah tahi telinga yang terkumpul dan minta dikorek. Mungkin ada di antara anda yang boleh sampai tertidur-tidur dibuatnya apabila mengorek dengan mata tertutup.\n\nTetapi, berapa kerapkah anda mengorek telinga dalam seminggu? Sekali seminggu? Setiap hari? Atau dalam sehari boleh jadi lebih dari sekali? Ye lah, sedap bukan, macam diurut pula.\n\nTidak kisahlah berapa kali anda ingin mengorek telinga. Cumanya, jika terlampau kerap, lebih-lebih lagi jika rasa gatal tidak pandai hilang, malahan tiba-tiba terasa sakit, mungkin terdapat keadaan yang lebih serius berlaku. Mari kita ikuti pengalaman Dr Ezairy M.Sallih yang bercerita mengenai salah seorang pesakitnya, hanya sekadar untuk peringatan semua.\n\nMengapa Mengorek Telinga Secara Berterusan Tidak Digalakkan?\n\nAda seorang pesakit datang semalam dan bertanya, memang perlukah kalau telinga gatal itu tak payah nak dikorek dan dibersihkan? Dibiar sahaja ke?\n\nBeliau bertanya selepas saya periksa salur telinganya yang sudah membengkak, sudah ada kesan luka dan gegendang telinganya pun habis dipenuhi jangkitan. Semua ini berlaku akibat tindakan beliau yang berterusan mengorek menggunakan besi. Sedap katanya, legaaa.\n\nTetapi, semakin lama ianya tidak berhenti gatalnya, bahkan kini menjadi sakit. Sakit yang teramat sangat!\n\nBagaimana Hendak Mengelak Dari Keadaan Telinga Bertambah Teruk?\n\nOleh itu, nasihat saya. Apabila anda alami kegatalan atau ada sebarang masalah pada telinga anda, jangan terus mengorek untuk hilangkan gatal tersebut. Banyak keburukan boleh berlaku. Ya, memang rasa lega pada mulanya, tapi fikirkan keburukan masa panjangnya.\n\nApa Akibatnya Untuk Jangka Masa Panjang?\n\nKeradangan dan jangkitan pada salur telinga telah berlaku kepada psakit saya. \u2018Otitis externa\u2019 ini jika lewat dirawat, amat sukar untuk sembuh. Lebih bahaya jika pesakit ada penyakit kencing manis.\n\n*Lega memang lega apabila dapat mengorek telinga, tetapi jika rasa gatalnya tidak pandai sudah-sudah, macam pelik pula. Apa lagi, share ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Tidak dinafikan, setiap individu dan anak yang dilahirkan ke dunia mempunyai personaliti tersendiri dan unik yang tidak sama di antara satu sama lain. \n\nNamun tahukah anda, mengikut pakar psikologi, kedudukan dalam adik-beradik boleh mempengaruhi sikap dan personaliti anak anda. Jom, kami kongsikan fakta anak keempat yang pastinya anda takkan jangka sama sekali.\n\nAnak keempat dikatakan sebagai seorang yang penyangang dan sangat sukakan kanak-kanak. Boleh dikatakan, sikap keibuan dan kebapaan telah wujud dalam diri mereka sejak azali. Malah, kanak-kanak juga cenderung untuk menyukai anak keempat. Seakan-akan ada tarikan istimewa di antara anak keempat dan kanak-kanak. Istimewa kan?\n\nDisebabkan oleh tarikan istimewa tersebut, anak keempat kelihatan seperti bijak mengawal kanak-kanak, malah mempunyai daya tarikan yang mampu mengawal tantrum seorang kanak-kanak. Itulah dia betapa istimewanya anak keempat.\n\nFakta anak keempat yang seterusnya ialah mereka tidak suka meminta kepada ibu bapa dan kakak serta abang yang lain walau pun mereka adalah adik dan selayaknya menjadi seorang yang manja dan dijamin semestinya akan dapat apa yang dipinta. Namun, kebiasaannya anak keempat berat mulut untuk meminta kerana bimbang menyusahkan dan dianggap sebagai mengambil kesempatan.\n\nDisebabkan anak keempat mempunyai 3 orang kakak atau abang, ia membuatkan mereka menjadi seorang yang peamah dan pandai bergaul. Kebiasaannya anak keempat sangat mudah untuk diajak bersembang. \n\nDari satu topik ke topik lain, sedar-sedar dah berjam-jam anda berborak walau pun baru sahaj berjumpa. Sikap peramah dan suka bergaul yang ada dalam diri anak keempat membuatkan mereka disukai ramai.\n\nAnak keempat biasanya adalah seorang pendengar yang setia. Kedudukan keempat dalam keluarga biasanya membuatkan anak keempat menjadi tempat kakak, abang, atau ibu untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita sejak kecil. Oleh itu, semakin dewasa, anak keempat akan menjadi seorang pendengar yang setia dan sentiasa ada di saat memerlukan.\n\n5. Pandai mengambil hati orang lain\n\nSelain merupakan seorang pendengar yang setia, anak keempat juga dikatakan seorang yang pandai mengambil hati orang lain. Jika anak keempat mengetahui bahawa seseorang mempunyai masalah, mereka akan berusaha untuk melakukan apa sahaja untuk menghiburkan hati individu tersebut dan membuatkannya kurang tertekan dan beremosi.\n\nFakta anak keempat yang seterusnya ialah mereka sangat mudah untuk mempercayai orang lain. Sikap mudah percaya ini wujud dalam diri mereka memandangkan sejak kecil, terdapat ramai orang di sekeliling yang sentiasa mengambil berat dan melayan mereka dengan baik. \n\nAda ibu, ayah, kakak atau abang yang sentiasa ada untuk anak keempat. Sikap mudah mempercayai orang lain boleh menjadi sesuatu yang baik, dan kadang-kadang boleh memakan diri sendiri.\n\n7. Tidak suka menyusahkan orang lain\n\nIngat tak tadi kat atas kami ada nyatakan bahawa anak keempat tidak suka meminta kerana tidak mahu menyusahkan orang lain dengan permintaan yang dibuat? Ini adalah kerana anak keempat kebiasaannya mempunyai personaliti hebat yang tidak suka menyusahkan orang lain. Ini adalah salah satu daripada ciri hebat yang ada pada anak keempat.\n\nAnak keempat biasanya merupakan seorang yang berhati lembut dan mudah tersentuh. Sejak kecil, anak keempat yang biasanya bergelar adik dilayan dengan baik oleh ibu, bapa, kakak dan abang, menjadikannya seorang yang berhati lembut. \n\nBerhati lembut adalah satu ciri yang sangat baik, bukannya satu kekurangan. Seorang individu yang berhati lembut biasanya akan melayan orang lain dengan baik dan suka membantu mereka yang memerlukan.\n\n9. Suka mengambil berat tentang orang lain, terutamanya insan yang tersayang\n\nFakta anak keempat yang seterusnya ialah suka mengambil berat tentang orang lain, terutamanya insan yang tersayang. Sangat beruntung sekiranya anda mempunyai pasangan atau sahabat baik yang merupakan seorang anak keempat. Anda akan rasa sangat disayangi kerana sidia sentiasa ada untuk anda.\n\nAnak keempat, kadang-kadang agak sukar difahami. Ini berlaku kerana sejak kecil mereka telah dilayan dengan baik oleh ahli keluarga yang lain. Hanya ahli keluarga yang terdekat iaitu ibu, bapa, kakak, dan abang-abang mereka sahaja yang betul-betul faham sikap sebenar anak keempat. Namun, setelah mempunyai pasangan, pasangan akan faham dengan sikap dan perangai anak keempat.\n\nTidak dinafikan, anak keempat merupakan seorang individu dengan perawatakan yang ceria dan suka menceriakan orang lain di sekelilingnya. Setiap kali mereka ada bersama, suasana akan menjadi ceria dan semakin meriah.\n\nAnak keempat biasanya akan menjadi pasangan dan sahabat setia yang akan ada dengan anda setiap masa tidak kira waktu susah dan senang. Ini juga merupakan di antara ciri emas yang ada pada anak keempat. Hargailah pasangan atau sahabat baik anda yang mempunyai ciri ini kerana dewasa ini tak mudah untuk mendapat seseorang yang sentiasa setia dan ada untuk anda.\n\nSalah satu daripada kekurangan atau sifat yang kurang digemari pada anak keempat ialah sikap kurang sabar. Sebagai adik dalam keluarga, kebiasaannya anak keempat mendapat layanan istimewa. \n\nApabila sudah biasa dilayan dengan baik sejak kecil, anak keempat sudah terlalu selesa dengan keadaan tersebut dan apabila membesar, akan menjadi agak kurang sabar jika kehendaknya tidak diperolehi atau sesuatu perkara tidak berjalan seperti yang dikehendaki.\n\nFakta anak keempat yang seterusnya ialah mereka suka berkongsi. Apa yang mereka ada, mereka tidak akan segan-silu untuk berkongsi dengan orang lain agar sama-sama dapat merasa. Hebat kan anak keempat?\n\n15. Kuat berusaha dan suka bekerja keras\n\nFakta anak keempat yang terakhir ialah mereka merupakan individu yang sangat kuat berusaha untuk mencapai kejayaan. Apa sahaja yang mereka lakukan, akan dilakukan dengan baik. Apabila mempunyai kerjaya, mereka akan bekerja dengan keras dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik.\n\nItulah dia 15 fakta anak keempat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang fakta anak sulung, tanda anak lambat bercakap, langkah anak sawan, dan koleksi nama anak perempuan."
"Membuat hati tertarik pada comelnya apam polkadot. Mengingatkan ramai yang teringin resepi apam polkadot maka dengan suka cita kami hadirkan resepi apam polkadot comel resepi daripada Ly Safra Keplie di laman Facebook.\n\nResepi apam polkadot ini selalu diguna pakai oleh tuan punya resepi untuk berniaga. Ramai pelanggan yang pesan untuk tempah apam polkadot comel ini.\n\nMungkin ramai antara pembaca yang ingin tahu rahsia membuat apam polkadot yang cantik serta cara membuat tompok dot yang cantik lagi menarik. Maka itu teknik membuat apam polkadot lengkap kami sediakan di bawah ini.\n\nLengkap dengan tips yang perlu diperhatikan. Sila tengok dan take note resepi di bawah ini. Selamat membuat apam polkadot.\n\nSelain resepi apam polkadot, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terimakasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mencari doa selepas solat fardhu yang mudah dinginati? Jom baca artikel ini.\n\nPanduan mudah yang boleh dihafal dan dipraktikkan.\n\nBerdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun demikian, ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdhal untuk berdoa kerana berdoa pada waktu itu lebih mudah diperkenankan oleh Allah SWT.\n\nAntaranya ialah selepas solat fardhu lima waktu. Walaupun berdoa selepas solat fardhu tidak wajib, tetapi ia sebenarnya penamat solat yang indah selain berpahala kerana statusnya adalah sunat.\n\nDoa selepas solat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Kerana itulah berdoa juga memerlukan adab. Sebagaimana kita berlemah-lembut dan menjaga kesantunan dalam meminta sesuatu kepada makhluk, tentulah hal adab lebih ditekankan semasa meminta kepada Maha Pencipta, Allah SWT.\n\n\u201cWahai Allah, Engkau Penyelamat, dan Engkau pemberi kesejahteraan. Bertambah keberkatan-Mu Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.\u201d\n\n\u201cWahai Allah, Engkau Penyelamat, dan Engkau pemberi kesejahteraan. Kepada-Mu kembalinya kesejahteraan. Hidupkan kami dengan kesejahteraan, wahai Tuhan kami.\n\nMasukkan kami ke dalam syurga yang merupakan tempat kesejahteraan. Bertambah keberkatan-Mu Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.\u201d\n\nMuaz bin Jabal menceritakan: \u201cRasulullah memegang tangannya dan berkata \u2018Wahai Muaz, saya menyayangimu, demi Allah saya sangat menyayangimu.\u2019 Kemudian Baginda berkata lagi, \u2018saya wasiatkan kepadamu wahai Muaz agar setiap kali selepas hendaklah kamu membaca:\n\n\u201cYa Allah, doronglah saya untuk mengingati-Mu (zikir), mensyukuri-Mu dan melaksanakan amalan baik untuk-Mu.\n(Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud dalam bab Solat: Tentang Istighfar)\n\n\u201cYa Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.\u201d\n\n\u201cYa Allah, dengan kebenaran al-Fatihah dan dengan rahsia yang terkandung dalam al-Fatihah; ya Allah Tuhan yang melapangkan kedukaan dan yang menghilangkan kesedihan; Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang kepada hamba-Nya;\n\nYa Allah, Tuhan yang menghindarkan bala; Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang yang menjauhkan bala; tolakkanlah daripada kami malapetaka, bala bencana, kekejian dan kemungkaran, sengketa yang beraneka,\n\nkekejaman dan peperangan, yang tampak dan yang tersembunyi, dalam negara kami khususnya dan dalam negara kaum Muslimin umumnya, sesungguhnya Engkau, Maha Berkuasa atas segala sesuatu.\u201d\n\nDoa ini dibaca selepas solat Subuh dan Maghrib.\n\n\u201cDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, semulia-mulia Rasul dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian.\n\nYa Allah Tuhan kami, Engkau Tuhan, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.\n\nSesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu selain Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.\n\nKami mengetahui sesungguhnya Allah (atas tiap-tiap sesuatu) amat berkuasa. Dan sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.\n\nYa Allah, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau daripada kejahatan atau keburukan pada diri kami; dan daripada tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasai ubun-ubunnya (segala gerak-gerinya). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.\n\n\u201cDan cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya serta sahabat-sahabatnya sekalian. Segala pujia tertentu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.\u201d\n\nAnda juga boleh memilih untuk membaca di antara salah satu doa berikut yang lebih lengkap:\n\n\u201cDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zat-Mu dan agung kekuasaan-Mu.\n\nYa Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepada-Mu, syukur kepada-Mu dan elok ibadah kepada-Mu.\n\nYa Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kemahuan dan kemalasan. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.\u201d\n\n\u201cDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah Alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat Baginda kesemuanya.\n\nYa Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada Engkau memelihara kami. Kepada-Mulah kami pertaruh agama kami, ahli keluarga kami, harta-harta kami.\n\nYa Allah, jadikanlah kami dan mereka itu dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaan-Mu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan mempunyai kejahatan. Sesugguhnya Engkau di aras tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.\n\nYa Allah, perbaikilah perhubungan kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan sama ada yang terang atau yang tersembunyi.\n\nYa Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmat-Mu, memuji dengan nikmat pemberian-Mu menerima dengan pemberian akan nikmat-Mu dan sempurnakan nikmat-Mu ke atasnya.\n\nYa Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam.\u201d\n\nBerdoa kepada Allah mengingatkan akan kerdilnya diri kita di dunia ini. Tanpa Allah SWT, kita umpama fakir yang tidak punya apa-apa.\n\nJadi, secara tidak langsung, berdoa menyedarkan kita bahawa kita amat bergantung kepada Allah dalam apa jua perkara. Malah, segalanya tidak akan diperolehi dan tidak dapat dielakkan dengan keizinan Allah SWT. Maka, berdoalah.\n\nAnda dapat belajar sesuatu melalui artikel doa selepas solat ini? Jangan lupa untuk amalkan tips yang telah dikongsikan. Jom baca artikel menarik yang lain yang ditulis oleh kami."
"Siapa di sini mahukan resepi lontong? Menu ini sering dikaitkan dengan Ramadhan atau Aidilfitri.\n\nBiasanya bulan Ramadan atau Aidilfitri adalah bulan yang paling sibuk bagi seorang tukang masak. Sibuk nak fikir menu apa untuk masak berbuka. Nak fikirkan bahan-bahannya. Nak fikirkan keluarga suka atau tidak resepi baru ni. Pendek kata macam \u2013 macam perkara tukang masak kena fikir. Begitulah sibuknya seorang tukang masak.\n\nNamun, lazimnya menu berbuka ni mesti menu istimewa terutama bila berkumpul bersama sanak saudara. Masing-masing membawa juadah masing-masing atau \u2018pot luck\u2019.\u00a0 Mencuba resepi baru yang enak dan mengenyangkan.\n\nApa kata anda mencuba resepi lontong dan kuah lodeh untuk berbuka hujung minggu ni, mungkin ia bakal menjadi kegemaran keluarga anda.Menu yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadhan.\n\nSelain daripada itu, lontong dan kuah kodeh sesuai dijadikan\u00a0 menu rumah terbuka di aidilfitri nanti. Bukan itu sahaja, ianya antara juadah wajib menjelang hari raya. Lazimnya dimasak pada malam raya atau pada hari terbuka di hari raya. Dikatakan hidangan orang Jawa. Masakan ini juga kini menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi.\n\nResipi ini dikongsi oleh Sakura PelangiEmpire dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\n(Tempe & tauhu boleh digoreng separuh masak terlebih dahulu )\n\nNota:\u00a0Dicadangkan supaya anda gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.\n\nTerdapat beberapa resepi lain yang anda oleh cuba dimana ianya sangat menarik dan juga mudah untuk dimasak. Jangan lupa untuk menekan butang share dan kongsikan bersama yang tersayang. Selamat mencuba!"
"Biskut kacang merupakan makanan kegemaran kebanyakkan orang disebabkan rasanya yang gurih, rangup dan sedap. Biskut kacang biasanya disediakan untuk hari raya mahupun camilan sehari-hari.\n\nBiskut kacang dibuat daripada adunan doh tepung yang dicampur dengan kacang yang sudah dihancurkan. Rasa biskut kacang sangat gurih dan manis serta rangup. Sangat sesuai dijadikan camilan sambil layan cerita, baca buku, berborak dan lain-lain.\n\nDi bawah ini kami mengongsikan resepi biskut kacang yang mendapat perkongsian ramai, dibahagikan di Facebook oleh Norhamidah Hassan. Resepinya sangat mudah dan senang. Sila cuba resepi ini.\n\n1. Masukkan buttercup/marjerin dan gula aising, kacau sebati.\n2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau sebati.\n3. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan kacang tanah yang diblend, kacau sampai sebati.\n4. Kemudian\u00a0 masukkan tepung gandum, uli smpai doh tidak melekat di jari.\n5. Akhir sekali terap dan letak kuning telur di atas biskut, bakar pada suhu 160\u2019C 15-20 minit.\n\nSelain resepi biskut kacang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anda pernah makan kuih kaswi? Mungkin anda biasa makan, tapi untuk makan yang sedap tu pasti jarang jarang bukan. Hari ini Bidadari.my akan berkongsi satu resepi yang memang dijamin sedap! Ayuh kita cuba sendiri resepi kuih kaswi ini.\n\nKuih kaswi adalah antara kuih yang popuar dan laris jika dijual di pasar malam. Tetapi, sebenarnya kuih ini sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Dan lebih menarik lagi, tanpa perlu keluar ke rumah.\n\nKuih kaswi dengan kelapa parut di atasnya memang tak dapat dipisahkan. Ibaratnya, tidak lengkap kuih kaswi tanpa kelapa di atasnya. Di tambah pula dengan kuih kaswi yang sedap pasti akan membuatkan minum petang anda lebih bermakna.\n\nResepi yang power ini telah mendapat 4.3 Ribu perkongsian di laman media sosial semenjak ia di post. Apa anda tunggu lagi. Ayuh ke dapur segera.\n\nResepi ini dikongsikan oleh\u00a0 Puan Zaimah Zakaria\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nKuih kaswi kalau banyak tepung ubi jadi liat. Saya kurang gemar, resepi ni saya RnD sendiri guna tepung beras dengan santan tepung ubi letak sikit je. Alhamdulillah sedap sangat\n\nSelain resepi kuih kaswi, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa adanya hari dimana semua manusia akan berkumpul di padang Mahsyar untuk dihisab. Kita juga mengetahui bahawa akan terdapat golongan tertentu di akhirat nanti. Tidak dapat dinafikan bahawa perasaan takut akan muncul apabila berbicara mengenai perkara yang berkaitan sesudah mati.\n\nTetapi, kita hendaklah bersedia menghadapi realiti sebenarnya iaitu dunia tidak akan kekal abadi. Persoalannya, golongan yang mana satu kita berada?\n\nMari kita hadam perkongsian menarik daripada Dr Hana Hadzrami mengenai golongan di Mahsyar. Terdapat 3 jenis golongan iaitu:\n\n*Diharapkan anda semua dapat mengambil iktibar daripada perkongsian ini untuk menjadi seorang yang lebih baik dan teruskan berdoa supaya termasuk dalam golongan yang baik-baik.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal, boleh rujuk di sini."
"Serangan anai-anai bukanlah perkara yang kecil. Anai-anai bukan sahaja akan memakan perabot malah ia juga mampu memusnahkan struktur rumah. Sebagai contoh, anai-anai yang berada didalam lantai akan memakai lantai dari dalam lalu menyebabkan berlakunya kerosakan lantai yang teruk dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki. \n\nBayangkan pula apa yang berlaku jika anai-anai mula menyerang tiang atau dinding rumah? Jika anda mengalami masalah serangan anai-anai, bolehlah amalkan petua halau anai-anai yang bakal kami kongsikan di sini.\n\nAnai-anai kalah dengan cahaya matahari yang terik. Kalau diperhatikan, anai-anai memilih untuk duduk di kawasan yang sejuk dan lembab seperti busut dan didalam bangunan yang jauh dari cahaya matahari. Jarang sekali kita menjumpai busut anai-anai di kawasan panas terik. Oleh itu, jika perabot anda dimakan anai-anai, cara mudah untuk mengatasinya ialah dengan mengangkat perabot tersebut dan jemur ditengah panas matahari. Biarkan selama 2 hingga 3 hari bagi memastikan semua anai-anai hilang.\n\nSerai wangi mempunyai bau yang tidak disukai oleh makhluk perosak. Jika anda menjumpai laluan anai-anai atau menjumpai sarangnya, anda boleh gunakan serai wangi untuk menghalau mereka dengan cara:\n\nSebagaimana anai-anai kalah dengan cahaya matahari yang terik, mereka juga tidak tahan dengan asap. Petua halau anai-anai yang seterusnya ialah dengan cara mengasap sarang anai-anai sehingga sarangnya kosong setelah anai-anai bertempiaran lari. Asap akan menyebabkan anai-anai sesak nafas. Mereka akan lari sebelum mati kerana sesak nafas.\n\nPetua halau anai-anai yang seterusnya ialah dengan menggunakan cuka makanan. Cuka yang bersifat asid sangat berkesan untuk menghalau anai-anai. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:\n\nJika anda mempunyai minyak tanah di rumah, ianya juga boleh digunakan untuk menghalau anai-anai. Caranya mudah sahaja, curah atau simbah sarang anai-anai dengan minyak tanah. Anai-anai akan kelemasan dan mengalami sesak nafas akibat minyak gas yang beruap didalam sarang mereka. Anai-anai akan mati jika tidak sempat lari untuk menyelamatkan diri. Malah lavanya juga akan mati.\n\nTembakau juga boleh digunakan sebagai bahan untuk menghalau anai-anai yang berleluasa di rumah anda. Caranya mudah sahaja. Ambil tembakau, sama ada daun kering atau boleh juga anda hancurkan rokok untuk mendapatkan tembakaunya. Kemudian ambil tembakau tadi dan campurkan dengan air. Ramas sehingga air tadi sebati dengan tembakau. Tapis tembakau dan gunakan air tadi untuk menyiram sarang anai-anai.\n\nAir beras adalah bahan yang serba guna. Sejak kecil kita mendengar bahawa air basuhan beras yang pertama boleh digunakan untuk mencuci kulit muka untuk mendapat kulit muka yang halus dan mulus. Apabila kita dewasa dan mula berjinak-jinak dengan hobi bercucuk-tanam, kita mula menggunakan air basuhan beras untuk menyuburkan tanaman. Namun ramai tak tahu bahawa mencurahkan air basuhan beras pertama ke dalam sarang anai-anai membantu untuk menghalau makhluk perosak tersebut.\n\nSeterusnya, anda juga boleh gunakan air bancuhan garam untuk menghalau anai-anai dari rumah. Anda boleh pilih salah satu daripada cara tersebut:\n\nKapur sireh adalah satu lagi bahan di dapur yang serba guna. Ia adalah bahan wajib ada di setiap rumah. Ia juga boleh digunakan untuk menghalau anai-anai dari rumah. Caranya ialah dengan membancuh kapur sireh dengan sedikit air. Biarkan bancuhan tadi dalam keadaan pekat, bukannya terlalu cair. \n\nKandungan air yang terlalu banyak akan menyebabkan kaedah ini kurang berkesan. Kemudian anda boleh curahkan air bancuhan kapur sireh tadi kedalam sarang anai-anai atau kawasan anai-anai berkumpul. Anda juga boleh masukkan air bancuhan tadi kedalam botol spray dan sembur di kawasan laluannya.\n\nPetua halau anai-anai yang terkahir ialah dengan menggunakan minyak hitam. Minyak hitam yang dimaksudkan ialah minyak hitam yang digunakan untuk kenderaan. And aboleh gunakan minyak hitam yang sudah digunakan, tak perlu membazir dengan membeli minyak hitam yang baru. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenal pasti di manakah sarang anai-anai tadi. Setelah berjaya dikesan, and aboleh curah minyak hitam tadi kedalam sarang anai-anai tersebut. Minyak hitam akan membunuh kesemua anai-anai dan lavanya. Jika ada anai-anai yang sempat melarikan diri, mereka juga akhirnya akan mati jika sudah terkena minyak hitam tadi.\n\nItulah dia info \u00a0tentang petua halau anai-anai yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua halau kucing berak , petua halau lalat, petua ketiak berbau dan petua melancarkan haid."
"Bukan sahaja akan disenangi oleh orang ramai, badan yang wangi dan tidak berbau akan memberi keyakinan kepada diri kita sendiri dan penampilan.\n\nAyuh ketahui tips badan sentiasa wangi.\n\nBau badan merupakan antara komponen penting dalam aspek bersosial. Selain penampilan pakaian, gaya rambut atau tudung, kemahiran komunikasi dan bahasa tubuh, bau badan memberikan bonus tambahan kepada kehidupan sosial anda mahupun di tempat kerja.\n\nSelain kulit muka dengan isu jerawat, kebersihan gigi dan perapian tudung atau rambut, bau badan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tahap keyakinan seseorang.\n\nTidak hairanlah, terdapat banyak produk di pasaran dengan berbagai-bagai jenis jenama dibangunkan untuk tujuan menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan, antaranya, deodoran, antiperspiran, minyak wangi, minyak pati dan spray wangian.\n\nBagi memastikan badan sentiasa wangi tanpa bau badan yang kurang menyenangkan, berikut ialah cadangan tips badan sentiasa wangi.\n\n1. Kenal Pasti Punca Bau Badan\n\nDengan bau badan yang tidak terlalu merengsakan, dapat meminimumkan penggunaan produk wangian. Oleh itu, punca-punca yang boleh menyebabkan bau badan perlulah dikenal pasti.\n\nAntaranya ialah gaya hidup yang perlu diubah supaya tidak menjejaskan bau badan. Contohnya,\n\nSelain bertujuan memberikan kesihatan yang baik, amalan diet makanan yang seimbang mampu mengurangkan bau badan dan menjadi salah satu tips badan sentiasa wangi.\n\nMenurut kajian lepas, makanan yang tinggi kandungan sulfur perlulah dielakkan daripada menjadi amalan mereka yang menghadapi masalah bau badan.\n\nContoh makanan yang menyebabkan bau badan ialah:\n\nBanyakkan makanan berkhasiat tinggi dan tinggi serat, contohnya:\n\n3. Penggunaan Minyak Wangi atau Wangian Secara Berpanjangan\n\nSelain penggunaan minyak wangi mahal yang mencecah ratusan dan ribuan Ringgit, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan untuk memastikan minyak wangi kita memberi kesan berpanjangan untuk badan sentiasa wangi.\n\nAntara tips badan sentiasa wangi tersebut ialah:\n\nJika sebelum ini anda menggunakan losyen biasa, apa kata anda beralih kepada penggunaan wangian losyen yang turut memberikan perlindungan dan penjagaan kulit yang sama, tetapi ditambah dengan elemen wangian bagi memastikan badan sentiasa wangi.\n\nDisarankan, anda menyapu losyen ini sejurus selepas mengeringkan badan selepas mandi.\n\nMalahan, keadaan baru lepas kering yang lembab ini memberikan tempoh wangian yang lebih lama bagi losyen ini berbanding sapuan di tempat yang betul-betul kering.\n\n5. Kerap Mandi dan Sental di Kawasan Sepatutnya\n\nKebersihan badan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan intensiti bau badan.\n\nKekerapan mandi menjadikan badan kurang berbau. Namun, teknik mandi yang betul perlulah dilakukan seperti memfokuskan mandian dan cucian di kawasan yang mengeluarkan bau badan seperti di bahagian pangkal lengan ketiak, alat sulit dan punggung.\n\nPenggunaan sabun antibakteria turut membantu dalam membunuh bakteria penyebab bau badan dan peluh.\n\nAntara tips badan sentiasa wangi ialah dengan memastikan kebersihan dan kesihatan oral turut diambil berat. Masalah penjagaan oral akan menyebabkan bau nafas yang tidak enak dan boleh mengganggu percakapan dan perbualan seharian.\n\nAntara tips penjagaan mulut supaya tidak mengeluarkan nafas berbau ialah:\n\nUntuk mendapatkan tips badan sentiasa wangi, tidak semestinya kita perlu menggunakan minyak wangi berjenama yang menelan belanja beratus dan beribu Ringgit.\n\nAmalan gaya hidup sihat dan penjagaan diri serta diet makanan yang berkhasiat mampu menjadikan badan anda kurang berbau dan sentiasa wangi. Malah, sistem pertahanan tubuh dan organ sistem kita akan semakin bertambah sihat jadinya!\n\nJika anda risau dengan bau badan anda sama ada bau peluh atau nafas berbau, anda perlulah mendapatkan khidmat pakar perubatan untuk rawatan susulan. Lebih-lebih lagi sekiranya berlaku perubahan bau badan yang ketara yang mungkin menandakan simptom penyakit tertentu.\n\nJemput juga baca artikel tips kejutkan jerawat dan petua muka berseri"
"Kali ini kami berpeluang untuk mencuba produt daripada jenama terkenal iaitu SK-II. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan untuk mencuba produk ini. Jadi, kami cuba melihat daripada beberapa sudut seperti bahan-bahan, cara pemakaian dan kesan.\n\nSeperti biasa,produk daripada jenama ini sentiasa mendapat perhatian ramai. Jenama ini adalah suatu jenama tidak asing dan terbukti boleh dipercayai dari sudut kualiti dan menerima banyak hasil komen yang positif daripada orang ramai.\n\nJika anda mencari suatu produk untuk melawan kulit yang kusam serta bintik-bintik hitam pada muka, maka ini adalah jawapannya. Sangat sesuai untuk mereka yang selalu terlibat dengan aktiviti luar dan terdedah kepada banyak cahaya matahari luar.\n\nKesan cahaya terik matahari mampu menyebabkan kulit seseorang menjadi lebih tua daripada sepatutya. Kulit kelihatan lebih dan tidak bermaya. Produk SK-II Genetoptics Aura Esence ini dihasilkan untuk mengembalikan seri wajah akibat faktor-faktor yang dinyatakan.\n\n\n\nSelalunya sebagai wanita Asia, ramai mementingkan untuk kulit kelihatan lebih putih untuk mewakili maksud kecantikkan. Sebenarnya, warna kulit adalah perkara kedua yang perlu dilihat. Perkara pertama perlu kita lihat adalah menyerlahkan kulit itu sendiri dengan memastikan ianya sekata. Kecantikkan setiap orang sudah ada pada asalnya. Jadi menjadi tanggunjawab kita untuk mengembalikan ianya semula.\n\nJadi disinilah tujuan penghasilan produk ini. Ia merupakan serum untuk menyerlahkan lagi kulit. Produk ini juga merupakan produk best seller untuk SK-II. Serum ini dikatakan mampu menyerap lebih cepat kedalam kulit dan seterusnya membaiki kekusaman dan tompok-tompok hitam yang terhasil daripada cahaya matahari.\n\nSetelah semua ini dibaiki, ia kana menyerlahkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih cantik dan lebih \u2018glowing\u2019 daripada sebelumnya.\n\nCara pemakaiannya pula mudah sahaja. Anda perlu memakai toner terlebih dahulu. Kemudian ambil sekitar 2cm panjang krim produk ini dan sapukan pada bahagian muka. Sapu dan lebihkan pada bahagian yang kusam itu dan selesai! Mudah sahaja caranya.\n\nBagi kami setelah mencubanya, kami dapati krim ini didapati senang menyerap dan selesa apabila mengenakannya. Ianya membuatkan kulit kami lebih lembab seperti tekstur lotion dan tiada kesan sampingan yang dirasai apabila memakainya. Kami tidak nampak kulit kami mengalami kemerahan. Jadi ini dapat menunjukkan bahawa bahan-bahan yang digunakan adalah selamat untuk kami dan sesuai untuk kami. Serta kami dapati lebih selesa untuk memakainya dan tekstur yang likat.\n\nSecara peribadi, kami merasakan produk SK-II ini adalah produk menarik yang patut dicuba jika anda mempunyai masalah kusam atau jeragat. Genoptics Aura Essence mampu membaiki kekusaman sedia ada disebabkan terik cahaya matahari. Lebih-lebih lagi ianya datang daripada jenama yang dipercaya. Jika anda ada bajet, produk daripada SK-II ini perlu anda cuba.\n\n*Ini hanyalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan keseluruhan Bidadari.My"
"Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah dan Sarawak). Ibu Negeri Pahang adalah Kuantan.\n\nNegeri Pahang terdiri daripada beberapa daerah iaitu Cameron Highland, Kuala Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Maran, Bentong, Bera, Rompin, Pekan dan Kuantan. Pelbagai tempat menarik yang terdapat di Pahang dari kawasan tanah tinggi, taman tema air, taman negara, pulau dan juga pantai.\n\nKami kongsikan senarai tempat menarik di Pahang yang boleh dikunjungi.\n\nCameroh Highland merupakan percutian tanah tinggi yang sangat popular di Malaysia. Malah, pada musim cuti, kawasan ini sangat sesak sehinggakan ada pelancong yang terpaksa tidur di dalam kereta kerapa semua hotel telah penuh ditempah. Oleh itu, jika anda bercadang untuk bercuti di sini pada musim cuti sekolah, rancang percutian anda seawall yang boleh untuk mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.\n\nCameron Highlands sangat sesuai dijadikan tempat percutian bagi anda yang berkeluarga. Ini kerana aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersifat santai. Apa yang membezakan cuacanya yang redup dan sejuk sesuai dengan lokasinya yang berada di kawasan pergunungan tinggi.\n\nDi sani, anda boleh melawat ladang teh, taman lavender, taman agroteknologi, ladang strawberi, muzium kembali ke masa lepas, taman kaktus dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba masakan pelik dan unik seperti nasi lemak strawberi dan juga aiskrim lavender sebagai salah satu kenangan yang cukup indah untuk di kenang sampai bila-bila.\n\nGenting Highland adalah sebuah pusat peranginan yang terkenal sebagai Kota Keriangan. Di sini terdapat taman tema yang terdiri daripada 6 tema iaitu, Champs Elysees, London, Venice, Times Square and Universal Walk, Swiss Alps, Genting Walk. Anda boleh datang ke sini dengan menaiki bas mahupun kereta. Dan anda juga boleh menaiki Genting Skyway iaitu perkhidmatan kereta kabel yang disediakan iaitu daripada stesen utama Gahtong Jaya ke Highland Hotel di pusat peranginan.\n\nBukit Tinggi adalah kawasan hutan tropikal seluas 16,000 ekar, dan merupakan sebuah destinasi percutian yang bersuhu dingin.\n\nBanyak tempat menarik yang akan mencuri perhatian anda di sini. Pemandangan disini sangat menakjubkan seperti berada di luar negara. Ini kerana seni bina hotel di sini adalah berkonsepkan reka bentuk bangunan di Negara Perancis.\n\nTempat yang menarik disini seperti Colmar Tropicale Berjaya Hill, Japanese Village dan banyak lagi. Anda pasti kagum dengan pemandangan disini yang sangat cantik dan menarik.\n\nBukit Fraser merupakan tempat percutian yang santai dan menarik untuk dikungungi. Bagi yang mencintai alam semulajadi boleh datang ke sini. Keindahan flora dan fauna disini masih kekal dan anda masih boleh menikmatinya. Bukit ini terletak di Banjaran Titiwangsa Pahang dan suhu disini sangat sejuk iaitu mencecah 17 darjah celcius.\n\nMemandangkan bukit ini diambil nama sempena nama pengembara British iaitu Louis James Fraser maka kebanyakan bangunan disini dipengaruhi oleh kolonial era british. Bukit ini juga dikenali sebagai \u2018The Little England Of Malaysia\u2019.\n\nAntara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menunggang kuda, berbasikal, memanah, bermandi-manda di Air Terjun Jeriau dan menyewa bot berkayuh di Allien\u2019s Water.\n\nTaman Negara Pahang adalah salah satu mercu bagi Negeri Pahang. Ia merupakan taman negara yang terbesar dengan keluasan 2,477 km (diikuti Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Terengganu). Gunung Tahan, iaitu salah satu tarikan utama merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia, juga terletak di Taman Negara Pahang.\u00a0 Bagi anda yang inginkan perasaan sebagai seorang kembara yang sejati, inilah dia tempatnya yang amat sesuai untuk apa saja aktiviti berkaitan hutan dan alam semulajadi.\n\nAntara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah merentas hutan, melawat perkampungan orang asli, rapid shooting, menaiki bot ke lata berkoh, memberi makan kepada ikan kelah, memerhati haiwan, memancing, eksplorasi gua, mendaki gunung tahan, eksplorasi air terjun dan memerhati burung.\n\nTaman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara.\n\nTaman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui!\n\nPara pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang luas.\n\nMini Zoo Teruntum merupakan salah satu tempat menarik yang boleh lawati bersama anak-anak dan keluarga. Kawasan mini zoo ini mempunyai landskap yang menarik dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah sambil melihat haiwan yang dipamerkan.\n\nTerdapat pelbagai haiwan yang ditempatkan di sangkar seperti burung unta, kancil, burung, buaya, arnab, burung merak, landak, seladang, pelanduk, ular, orang utan dan juga kura-kura gergasi pasti memikat hati pengunjung.\n\nLokasi: Jalan Padang Golf, Kuantan, Pahang\n\nMencari tempat menarik di Pahang untuk family day? Ini jawapannya. Gambang Resort City mempunyai kawasan yang agak luas dan mempunyai dua taman tema utama iaitu Gambang Water Park dan Safari Park.\n\nTaman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi.\n\nDi Safari Park pula merupakan taman safari untuk melihat haiwan yang berkeluasan 138 ekar. Sememangnya tidak rugi jika bercuti sambil berseronok di Gambang Water Park ini. Jom terjah tempat meanrik di Gambang ini.\n\nTaman Tema Air Mini Kubang Gajah\n\nTaman Tema Air Mini Kubang Gajah merupakan kawasan yang rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Ia terletak di kawasan yang agak strategik iaitu di tengah Bandar Temerloh. Tiket masuk dewasa berharga RM10, manakala untuk kanak-kanak RM8.\n\nTerdapat banyak kemudahan di taman tema ini seperti pondok berehat, tandas dan kawasan parkir yang luas. Kiosk jual makanan juga terdapat di sini. Malah taman tema ini juga berdekatan dengan masjid.\n\nWalaupun taman tema ini tidaklah sebesar taman tema yang gah-gah seperti Sunway Lagoon ataupun Gambang Water Park, tetapi ia sudah cukup memberi keseronokan dan kepuasan bagi anak-anak untuk bermandi-manda.\n\nLokasi: Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang\n\nCherating terletak kira-kira 45 kilometer di utara Kuantan, bersempadan Terengganu-Pahang dan berhadapan dengan laut China Selatan. Terdpat banyak resort dan chalet di tepi pantai yang tersedia di sini. Malah, terdapat hotel dan chalet bertaraf dunia, termasuk Club Med yang terkenal di dunia di Cherating.\n\nAntara tempat menarik yang anda boleh lawati di Cherating adalah Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating. Anda juga boleh ke Sungai Cherating untuk melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada waktu malam.\n\nPulau Tioman memiliki status sebagai salah satu daripada pulau yang paling indah di dunia. Ia mampu memberikan anda panoramana keindahan pulau yang cantik memukau.\n\nPulau ini terkenal dalam kalangan mereka yang suka menyelam. Selain daripada aktiviti menyelam skuba, banyak lagi aktiviti yang lain boleh anda rancang untuk lakukan seperti meneroka hutan di mana tersedianya trek-trek untuk dilalui, dengan laluan yang terpendek adalah berkepanjangan 2 km dan yang terpanjang adalah 8 km. Anda juga boleh melawati air terjun-air terjun yang terdapat di sini dan mendaki gunung.\n\nTempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah\u00a0Kampung Salang. Antara resort yang popular di Kampung Salang adalah\u00a0Salang Pusaka Resort,\u00a0Salang Sayang Resort\u00a0& Salang Indah Tioman. Kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.\n\nImej via [ Hutan simpan lentang] \n\nMereka yang merupakan pencinta alam sekitar anda boleh datang ke hutan simpan lentang untuk melihat pelbagai keindahan alam semulajadi. Apabila anda sampai ke sana anda akan merasakan satu ketenangan yang membolehkan anda semua hilang segala tekanan di tempat kerja. Jangan lepaskan peluang ini.\n\nTaman Ekstrem Bilut (Bilut Extreme Park)\n\nImej Via [ Taman Ekstrem Bilut]\n\nTempat menarik yang seterusnya ialah Taman Ekstrem Bilut meruapakan satu tempat amat popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana anda dapat melakukan pelbagai aktiviti ekstrem bersama kawan-kawan mahupun keluarga bagi meluangkan masa pada hujung minggu sekaligus menghilangkan segala tekanan yang bermain dalam fikiran.\n\nImej via[ Kolam air panas bentong]\n\nKolam air panas Bentong juga merupakan salah satu tempat menarik di Pahang serta sering dikunjungi oleh masyarakat di luar sana apabila mempunyai masa lapang. Aktiviti yang dapat dilakukan ialah mandi -manda serta dapat belajar berenang bersama kawan mahupun keluarga. Aktiviti tersebut dapat memberikan kesan positif kepada masyarakat iaitu dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.\n\nAkhir sekali, tempat menarik di Pahang ialah bukit panorama. Bukit panorama merupakan satu tempat yang sering dikunjungi oleh masyarakat apabila mempunyai masa lapang bersama kawan-kawan atau keluarga. Oleh itu, mereka yang suka mendaki pada hujung minggu , anda boleh memilih bukit panorama sebagai pilihan terbaik.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan tempat menarik di Pahang yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Bandung boleh digelar sebagai syurga untuk membeli belah di Indonesia. Ramai pelancong apatah lagi peniaga akan ke sini untuk shopping. Tetapi, Bandung bukan sahaja untuk anda membeli-belah, malah banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini. Bukan setakat tempat menarik, tetapi pastinya memberikan anda satu pengalaman yang rare sewaktu bercuti di Bandung.\n\nPasar Baru ialah pusat membeli-belah 7 tingkat yang penuh barangan kesukaan wanita seperti dengan kain ela, telekung, pakaian, ole-ole serta batik pelbagai pilihan. Ia terletak di pusat bandar di Bandung. Harga di Pasar Baru Trade Centre boleh dikatakan sangat murah. Sediakan duit secukupnya, dan anda bolehlah cuci mata sambil cuci poket di sini.\n\nLokasi:\u00a0Ps. Baru Trade Center, Jl. Otto Iskandar Dinata, Kb. Jeruk, Andir, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40181\n\nThe Lodge Maribaya Lembang\u00a0adalah kawasan alam semulajadi yang dikelilingi oleh pokok pine. Anda dapat nikmati udara segar serta pemandangan yang indah di sini. Bagi anda yang sukakan pengalaman yang lain dari yang lain, pastinya The Lodge Maribaya ini adalah lokasi yang sesuai.\n\nTerdapat banyak port baik untuk anda bergambar di sini. Yang pastinya, port tersebut bukan port biasa-biasa.\n\nSky Tree bergambar di atas pokok dan berlatarkan pemandangan pokok.\u00a0Disebabkan kekreatifan pengambilan gambar, nampak seolah-olah anda sedang berdiri di atas pokok di kawasan yang tinggi.\n\nSelain itu, terdapat lagi port lain yang tak kurang juga hebatnya iaitu Gantole, Sky Wing dan Zip Bike. Tapi, untuk masuk ke setiap port ini, anda perlu beli tiket yang berharga antara Rp. 15.000 \u2013 Rp. 20.000.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap hari (9.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nBayaran:\u00a0Rp. 20.000 \u2013 Rp. 35.000\n\nLokasi:\u00a0Jalan Maribaya No. 149-252 RT 03/ RW 15 Kampong Babakan Gentong, Cibodas Maribaya, Lembang\n\nFarm House Lembang terletak di kawasan tanah tinggi di Lembang. Menariknya kawasan ini kerana ia diibaratkan sebagai sebuah kota mini Eropah. Landskap di sini tersangatlah comel. Sudahlah cuaca sejuk, udara segar, malah Farm House Lembang turut memiliki tarikan lain seperti zoo mini yang menempatkan arnab, kambing, burung, angsa dan banyak lagi.\n\nBagi para wanita, anda juga boleh menyewa gaun era klasik di Eropah dengan bayaran Rp.50.000 untuk sejam. Dah sewa kostum tersebut, apa tunggu lagi. Berposinglah sepuas hati di sekitar farm house ini. Antara tarikan yang paling unik di sini adalah rumah hobbit.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap hari (9.00pagi \u2013 9.00petang)\n\nLokasi:\u00a0Jalan Raya Lembang No.108, Gudangkahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat\n\nKeunikan Lactasari Mini Farm adalah lokasinya yang terletak di atas bumbung pusat membeli-belah Paris Van Java. Walaupun berada di atas bangunan, namun pengalaman yang anda rasai sama sahaja seperti mini zoo di lain-lain lokasi. Anda seolah-olah terlupa yang sebenarnya anda hanya berada di atas bangunan.\n\nAktiviti menarik yang anak anda boleh lakukan di sini adalah beri makan kepada haiwan. Anak-anak akan dibekalkan dengan apron, satu botol susu dan sebakul sayur. Dengan kit ini, anak-anak boleh mendekati dan bermain dengan banyak haiwan yang terdapat di sini seperti kambing, hamster, arnab dan banyak lagi. Sambil-sambil bermain dengan haiwan, bolehlah beri haiwan-haiwan ini makan sayur dan minum susu yang telah dibekalkan.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Jumaat (9.00pagi\u2013 7.00petang) | Sabtu & Ahad (10.00pagi\u2013 10.00petang)\n\nBayaran:\u00a0Rp.60.000 Untuk Satu Anak Satu Peneman\n\nAlamat:\u00a0Jl. Sukajadi | Paris van Java Bandung, Bandung 40162\n\nBagi anda yang suka bergambar dan cintakan panorama yang indah, pastinya Tebing Keraton menjadi salah satu destinasi pilihan sewaktu di Bandung. Ini kerana, pemandangan dari tebing ini cukup indah sehinggakan tebing berketinggian 1,200 meter ini sanggup ditakluki hanya untuk beberapa keping foto. Dari tebing ini juga, anda dapat melihat destinasi menarik lain di Bandung iaitu Tangkuban Perahu.\n\nLokasi:\u00a0Taman Hutan Raya Ir. H. Djuanda\n\nAmazing Art World merupakan muzium 3D yang terbesar di negara Indonesia dengan keluasan 15,500 meter persegi. Muzium ini terbahagi kepada 8 zon berbeza iaitu Aqua, Animal, Media, Dinosaurus, Love, Winter, History dan Artistic. Seperti kebiasaan jika anda mengunjungi tempat sebegini, keperluan asas yang perlu di bawa adalah telefon pintar yang penuh baterinya. Bergambarlah sepuas hati anda di sini. Mural 3D di sini sangat real jika anda pandai menggayakan aksi yang sesuai dengan gambar.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap hari (8.00pagi \u2013 8.00petang)\n\nBayaran: Isnin \u2013 Jumaat: Rp.130.000 | Sabtu, Ahad, Cuti Umum: Rp.170.000\n\nLokasi:\u00a0Jl. Setiabudhi No.293, Isola, Sukasari, Kota Bandung, Jawa Barat 40154\n\nTrans Studio Bandung seperti Kota Keriangan Genting Highland di Malaysia. Ia merupakan taman tema terbesar di Indonesia. Malah fasiliti-fasiliti dan permainan yang disediakan di dalamnya juga bertaraf dunia.\n\nPermainan-permainan yang ditawarkan di sini terbahagi kepada 3 zon berbeza iaitu Zon Studio Central, Zon The Lost City dan Zon Magic Corner. Masing-masing dengan tarikannya yang tersendiri dan termasuklah Yamaha Racing Coaster.\n\nTrans Studio Bandung juga turut memiliki pusat membeli-belahnya sendiri iaitu Trans Studio Mall Bandung. Terdapat lebih daripada 200 outlet yang terkenal dan lebih daripada 100 gerai makanan serta 2 buah hotel di sini.\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Jumaat (10.00pagi\u20137.00petang) | Hari Cuti (9.00pagi\u201310.00petang)\n\nBayaran: Isnin \u2013 Khamis: Rp.180.000 | Jumaat: Rp. 200.000 | Sabtu \u2013 Ahad: Rp. 280.000\n\nLokasi:\u00a0Jalan Jendral Gatot Subroto No.289, Cibangkong, Batununggal, Kota Bandung, Jawa Barat 40273\n\nJarak antara kota Bandung dengan Danau Situ Patenggang adalah sekitar 47 km. Mengambil masa sekitar 2 jam perjalanan. Walaupun perjalanan untuk menuju ke sini agak jauh, namun segala kepenatan terubat apabila anda disajikan dengan panorama yang sangat indah. Inilah lokasi yang sesuai untuk anda menenangkan jiwa, melepaskan segala tekanan yang ada.\n\nSelain menyegarkan mata dengan pemandangannya, anda juga boleh merancang pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga di kawasan tasik ini seperti menaiki perahu, memancing mahupun berkhemah di pinggiran tasik.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap hari (8.00pagi\u2013 5.00petang)\n\nLokasi:\u00a0Jl. Raya Ciwidey-Rancabali, | Desa Patengan, Bandung 40973\n\nObservatorium Bosscha terletak di atas bukit yang berketinggian 1310 meter dari paras laut. Ia merupakan observatorium yang tertua di Indonesia.\u00a0Melalui teleskop yang ada di sini, anda dapat terokai alam angkasa, melihat kebesaran Tuhan yang menciptakan alam semesta.\n\nJika anda bercadang ke sini, pastikan anda melawat pada hari Sabtu. Ini kerana, hanya pada hari Sabtu observatorium ini dibuka kepada orang awam. Pada hari Selasa-Jumaat, lokasi ini hanya dibuka kepada pelawat dalam kumpulan besar sahaja.\n\nBayaran: Siang: Rp.15.000 | Malam: Rp. 20.000\n\nLokasi:\u00a0Observatorium Bosscha, FMIPA Institut Teknologi Bandung, Lembang, Bandung 40391, Jawa Barat\n\nBraga Culinary Night adalah syurga makanan yang terletak di Jalan Braga. Ia tidak dibuka setiap hari. Hanya 2 minggu sekali iaitu pada hari Sabtu. Terdapat aneka makanan yang diniagakan di sini seperti kuih-muih, nasi goreng, sosej bakar dan banyak lagi. Jika anda seorang food hunter, tempat ini sangat sesuai bagi anda untuk merasai makanan tempatan di Bandung. Sambil-sambil mencari makanan di pasar ini, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara live.\n\nWaktu Operasi:\u00a02 Minggu Sekali, Sabtu (5.00petang\u20131.00pagi)\n\nLokasi:\u00a0Jalan Braga, Sumur Bandung, Bandung, Jawa Barat\n\nIa terletak di kaki Gunung Tangkuban Perahu. Udara di sini amat sejuk dan segar dari kawasan pergunungan, dihiasi panorama menghijau gunung dan ladang teh, kemudian, berendam pula di dalam air panas, pastinya pakej lengkap buat anda untuk beristirehat dan bersantai-santai setelah penat berjalan menjelajah kota Bandung.\n\nBayaran:\u00a0Bayaran Masuk Kawasan Mandi Rp 22.000 | Bayaran Masuk Kolam Air Panas Besar Rp 80.000 | Tiket Masuk Kolam Mandi Sederhana Rp 20.000 \u2013 Rp 55.000\n\nLokasi:\u00a0Jl. Raya Ciater, Nagrak, Ciater, Kabupaten Subang, Jawa Barat 40154\n\nRumah Mode adalah pusat membeli-belah seperti Pasar Baru. Ia adalah factory outlet yang terbesar di Bandung dan ianya memang sentiasa dikunjungi ramai terutama pada hari minggu.\n\nDi sini terdapat pakaian wanita, pakaian lelaki dan pakaian kanak-kanak dan kebanyakannya adalah pakaian \u00a0kasual jeans dan t-shirt.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Jumaat (9.30pagi\u2013 8.30petang) | Sabtu & Ahad (8.30pagi\u2013 9.30petang)\n\nLokasi:\u00a0Jl. Dr. Setiabudhi, Kota Bandung, Jawa Barat\n\nTempat ini awalnya adalah sebuah ladang peternakan, namun sejak tahun 2007 diubah menjadi sebuah pusat rekreasi keluarga dan menjadi salah satu destinasi popular di Bandung.\n\nAnda boleh menggayakan kostum koboi dan menunggang kuda untuk menjelajahi kawasan seluas 5 hektar ini. Ada 22 aktiviti yang anda boleh lakukan di sini, antaranya memanah, flying fox dan memancing.\n\nWaktu Operasi:\u00a0 Selasa \u2013 Jumaat (9.00pagi\u20135.00petang) | Sabtu & Ahad (8.00pagi\u20136.00petang)\n\nLokasi:\u00a0Jalan Maribaya No 17, Kecamatan Lembang, Kabupaten Bandung Barat\n\nKota Mini Lembang diibaratkan sebagai kota mini Eropah. Senibina di kota ini sememangnya mirip dengan bangunan di Eropah.\n\nHampir semua sudut di dalam kota kecil ini sangat cantik. Malah, turut disediakan kostum wanita Belanda yang berwarna-warni untuk anda gayakan. Anda bolehlah bergambar sepuas hati di Kota Mini Lembang ini nanti.\n\nBayaran:\u00a0\u00a0Rp.15.000 | Program Passport Rp 150.000 (Akses Kesemua Rumah dan Permainan)\n\nLokasi:\u00a0\u00a0Jl. Grand Hotel No.33, Lembang, Bandung, West Java 40222\n\nAntara tarikan Glamping Rancabali adalah sebuah kapal yang \u2018terdampar\u2019 di tengah-tengah perbukitan. Kapal itu adalah Pinisi Resto, sebuah tempat makan berkonsep kapal tradisional Pinisi yang terletak di kawasan dataran tinggi. Sudahlah cuaca sejuk, dikelilingi pula oleh danau dan lading the yang menghijau. Pakej yang lengkap untuk anda nikmati ketenangan dan kelapangan jiwa.\n\nTerdapat pelbagai menu yang lazat tersedia di restoren ini untuk santapan ansa sekeluarga.\n\nJika Anda mencari tempat makan yang\u00a0mesra kanak-kanak\u00a0dihiasi panorama yang indah dan nyaman, maka Lereng Anteng adalah lokasi yang sesuai untuk anda lawati.\n\nAnda dan keluarga boleh memilih duduk di\u00a0bean bags\u00a0yang berwarna-warni sambil menikmati udara segar di pergunungan. Terdapat pelbagai menu yang ditawarkan di sini, daripada hidangan tempatan sehinggalah ke menu makanan Barat.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Jumaat (8.00pagi\u2013 10.00petang) | Sabtu & Ahad (8.00pagi\u2013 11.00petang)\n\nLokasi:\u00a0Kampung Pagermaneuh, RT 02/04 Desa Pagerwangi Kecamatan Lembang Kabupaten Bandung Barat\n\nTerdapat beberapa lading the di Bandung, namun Perkebunan Teh Cukul yang paling popular dan sentiasa dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.\n\nIni kerana, alasan pertama kerana perkebunan teh ini terletak di dataran tinggi, jadi udaranya nyaman dan sejuk. Kedua, di kawasan ini terdapat sebuah telaga yang amat tenang, iaitu Situ Cukul.\n\nAntara tarikan lain yang terdapat di sini adalah Villa Jerman, sebuah villa bersenibina Eropah yang menjadikan Perkebunan Teh Cukul bertambah cantik dan unik.\n\nLokasi:\u00a0Jl. Cukul, Sukaluyu, Pangalengan, Bandung, Jawa Barat 40378\n\nSelalunya pasar atas air popular di Bangkok. Tetapi, di Bandung juga ada pasar terapung. Di Pasar Terapung Lembang ini anda dapat melihat pelbagai jenis makanan tradisional Bandung yang dijual, termasuklah sayuran dan ikan-ikan yang segar.\n\nSelain pasar terapung, kawasan darat di sekitarnya terdapat banyak lagi tarikan lain seperti keretapi mini, taman fauna, pancing magnet dan lain-lain lagi. Kemudahan seperti surau juga tersedia di sini.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Jumaat (9.00pagi\u2013 5.00petang) | Sabtu & Ahad (9.00pagi\u2013 8.00petang)\n\nLokasi:\u00a0Jl. Grand Hotel No.33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391\n\nSatu lagi aktiviti yang menarik di sini ialah aktiviti memetik buah strawberry di Kebun Strawberry Ciwidey. Keadaan cuaca yang agak dingin menjadikan tempat ini sesuai untuk tanaman strawberry. Pemilik kebun akan memberikan anda raga dan anda boleh memetik sendiri buah strawberi. Harga buah strawberi yang dipetik sendiri lebih mahal dari buah strawberi yang telah siap dipetik. Tetapi, pengalaman memetik sendiri buah strawberi itulah yang mahal, terutama buat anak-anak.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi \u2013 8.00malam)\n\nBayaran:\u00a0Masuk (Percuma) | Petik Buah Strawberi (Rp.35.000 \u2013 Rp.50.000)\n\nLokasi:\u00a0Jalan Ciwidey, Desa Patengan, Kec. Rancabali, Kab. Bandung\n\nKawah Putih Ciwidey ini adalah danau berbentuk kawah yang tercipta akibat letusan Gunung Patuha. Ia dipercayai sebagai danau misteri oleh warga setempat kerana dulu setiap burung yang terbang melintas di sekitarnya pasti akan mati. Akibatnya semua orang enggan untuk mendekatinya.\n\nNamun, pada abad ke-19 seorang ahli botani dari Jerman menjelajah kawasan ini dan menemui danau kawah yang amat cantikini.\n\nAirnya jernih bak kristal, namun akan berubah warna mengikuti perubahan cuaca. Bahagian tepinya pula terdapat pasir yang begitu putih. Malah, tumbuhan yang terdapat di kawasan ini juga jarang dijumpai di tempat lain. Ia membuatkan Kawah Putih Ciwidey ini punyai tarikan yang tersendiri dan unik.\n\nLokasi:\u00a0White Crater, Sugihmukti, Pasirjambu, Bandung, Jawa Barat\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Bandung yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Merkuri berlaku secara semulajadi di alam sekitar dan wujud di dalam sebilangan besar pembentukan partikel-partikel tertentu. Seperti plumbum atau kadmium, merkuri adalah elemen konstituen bumi, logam berat. \n\nDalam bentuk tulen, ia dikenali secara alternatif sebagai merkuri \u201cunsur\u201d atau \u201clogam\u201d (juga dinyatakan sebagai Hg (0) atau Hg0). Merkuri jarang ditemui dalam bentuk semula jadi sebagai logam cecair, tetapi sebaliknya ditemui di dalam sebatian dan garam tak organik. \n\nMerkuri boleh terikat kepada sebatian lain sebagai merkuri monovalen atau divalen (juga dinyatakan sebagai Hg (I) dan Hg (II) atau Hg2 +, masing-masing). Ramai sebatian organik dan organik merkuri boleh dibentuk dari Hg (II).\n\nKesan daripada pendedahan kepada merkuri,\u00a0 walaupun jumlah yang kecil, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan merupakan ancaman kepada perkembangan anak dalam utero dan awal hidup. \n\nMerkuri wujud dalam pelbagai bentuk iaitu elemen (atau logam) dan bukan organik (yang mana orang mungkin terdedah melalui pekerjaan mereka); dan organik (mis., methylmercury, yang mana orang mungkin terdedah melalui diet mereka).\n\n1. Menjejaskan Kesihatan Seluruh Tubuh Badan\n\nMerkuri mempunyai pelbagai kesan toksik pada sistem saraf, penghadaman, sistem imun, masalah paru-paru, buah pinggang, kulit dan mata. Ia juga dianggap oleh WHO sebagai salah satu daripada sepuluh bahan kimia atau kumpulan bahan kimia utama kesihatan awam.\n\n2. Pengaruh Manusia Dan Alam Sekitar\n\nMerkuri berlaku secara semulajadi di kerak bumi. Ia dilepaskan ke dalam alam sekitar dari aktiviti gunung berapi, cuaca batuan dan akibat aktiviti manusia. \n\nAktiviti manusia adalah punca utama pelepasan merkuri, terutamanya stesen janakuasa arang batu, pembakaran arang batu kediaman untuk pemanasan dan memasak, proses industri, insinerator sisa dan akibat perlombongan untuk merkuri, emas dan logam lain.\n\nApabila merkuri ini berada di dalam alam sekitar, ianya boleh diubah oleh bakteria ke methylmercury. Methylmercury kemudian bioakumulasi (bioakumulasi terjadi apabila organisma mengandungi kepekatan bahan yang lebih tinggi dari bahan daripada persekitaran) dalam ikan dan kerang. \n\nSebagai contoh, ikan pemangsa yang besar lebih cenderung mempunyai paras merkuri yang tinggi akibat makan banyak ikan kecil yang telah memperoleh merkuri melalui pengambilan plankton.\n\nOrang mungkin terdedah kepada raksa di mana bentuknya dalam keadaan yang berbeza. Walau bagaimanapun, pendedahan terutamanya berlaku melalui penggunaan ikan dan kerang yang tercemar dengan methylmercury dan melalui pernafasan pekerja wap raksa semasa proses pekerjaan di tapak perindustrian. \n\nSemua manusia terdedah kepada beberapa tahap merkuri. Kebanyakan orang terdedah kepada tahap merkuri yang rendah, sering melalui pendedahan kronik (hubungan jangka panjang yang berterusan atau sekejap). \n\nWalau bagaimanapun, sesetengah orang terdedah kepada tahap merkuri yang tinggi, termasuk pendedahan teruk (pendedahan yang berlaku dalam tempoh masa yang singkat, selalunya kurang dari satu hari). Contoh pendedahan teruk adalah pendedahan merkuri akibat kemalangan industri.\n\nPada amnya, dua kumpulan lebih sensitif terhadap kesan merkuri. Fetus paling mudah terdedah kepada kesan perkembangan akibat merkuri. Pendedahan methylmercury dalam rahim boleh disebabkan oleh penggunaan ikan dan kerang. Ia boleh menjejaskan otak dan sistem saraf yang semakin meningkat, akhirnya boleh terbantut dan bermasalah.\n\nKesan sampingan merkuri yang bahaya juga adalah ia dapat merosakkan perkembangan saraf. Pemikiran kognitif, ingatan, perhatian, bahasa, dan kemahiran spatial motor dan visual mungkin terjejas pada kanak-kanak yang terdedah kepada methylmercury daripada janin lagi.\n\nKesimpulannya, merkuri amat bahaya dan patut dielakkan penggunaan di dalam produk komestik khususnya. Kesan sampingan merkuri yang bahaya bukan sahaja dapat memudaratkan kepada kulit namun ia juga dapat merosakkan sel-sel di dalam tubuh kita. Jadi elakkan membeli produk-produk yang terdapat sumber merkuri selepas ini ya?\n\nJom baca juga Sebab ramai alah makanan laut, Kesan penggunaan kosmetik sampah dan Jenis batuk bayi bahaya."
"Istimewa, kami kongsikan 5 resepi ikan sardin\n\nSardin ialah hidangan yang pantas dan simple. Ianya jadi lauk pilihan ketika tengah diburu masa mahupun jika sedang malas memasak. Sangat mudah menyediakannya apalagi ia sudah tersedia dalam sos yang kental dan sedap.\n\nSardin dalam tin selalunya disediakan dalam sos tomato maupun sos cili. Terkadang sebahagian orang makan macam itu sahaja atau ada juga yang memasak sardin dahulu.\n\nJusteru, terdapat banyak tipe masakan yang boleh diolah daripada sardin. Keseluruhan tipe masakan sardin yang enak dan lazat telah kami tuliskan pada perkongsian di bawah ini. Tentunya dengan resepi ini anda boleh menyajikan lauk sardin tin yang menarik dari biasa.\n\n5 resepi sardin pilihan di bawah ini boleh jadi rujukan untuk anda yang tengah mencari idea untuk masak sardin tin. Semoga resepi ini bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba.\n\nPetang-petang anak selalu mencari kuih. Senang bila ada stok, best pula buatnya. Rasa macam mahu buat lagi dan lagi. Untuk stok frozen masukkan dulu dalam oven suhu 180\u00b0C selama 10 minit, yang mahu makan boleh terus goreng. Resepi daripada\u00a0Ellyna Abdul Aziz\u200e\u200e di laman Facebook. Boleh dapat hasil lebih kurang 48 biji.\n\nResepi Sardin Goreng Cili Kering Pedas\n\nResepi yang mabeles seterusnya ialah sardin goreng cili kering pedas. Saking sedapnya bahkan melihatnya gambarnya saja mampu membuat siapapun menitikkan air liur. Resepi daripada\u00a0Sofia Sofian di laman Facebook.\n\nTeringin masak sardin lain dari yang lain? Anda boleh cuba resepi sardin masak kicap seperti resepi yang dikongsikan oleh\u00a0Liyana Dikna Humaira\u200e di laman Facebook di bawah ini. Semestinya kanak-kanak suka dengan hidangan yang berlemak manis kicap ini bukan?\n\nPernahkah anda makan tomyam sardin? Macam menarik bukan. Mesti teringin cuba masakan ini. Cara memasak yang simple dikongsikan di laman Facebook oleh\u00a0Yuss Aisya.\n\nResepi Ikan Sardin Masak Lemak Cili Padi\n\nResepi ikan sardin masak lemak cili padi daripada \u200e\u200eAtiqah Sulaiman.Sekali cuba buat konfirm menjadi. Sekali cuba boleh tambah hingga 3 pinggan. Lagi suka bila pedas menyengit.\n\nSelain resepi sardin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Nak cari cara membuat bawang goreng?\n\nBawang sering digunakan sebagai bahan utama dalam kebanyakan masakan di dunia. Di negara kita sendiri, penggunaan bawang merupakan perkara \u2018wajib\u2019 dalam masakan. Tak kiralah dalam masakan Melayu, Cina, India dan lain-lain.\n\nSelain memberikan aromanya yang tersendiri, penggunaan bawang dapat memberikan rasa manis semula jadi dalam masakan. Oleh itu, jika hendak kurangkan penggunaan gula, anda boleh memasukkan lebih banyak bawang dalam masakan. Lebih sihat dan sedap.\n\nOleh itu, dalam artikel ni, penulis ingin berkongsi tentang bawang. Bukan jadi makcik bawang ya! Tentunya kita biasa memasukkan bawang goreng dalam sup, soto, bakso, nasi ayam, nasi biryani dan banyak lagi.\n\nAda yang menaburnya di dalam sup atau kuah. Ada pula yang menjadikan bawang goreng sebagai hiasan untuk menyerikan lagi masakan. Yang pastinya bila ada bawang goreng yang crispy dan manis, lebih bertambah selera jadinya.\n\nKadangkala, kita malas nak mengupas bawang dan menggorengnya. Cara mudah, beli saja bungkusan bawang goreng yang siap digoreng di kedai. Namun, kebanyakan bawang goreng tu kurang sedap, tengik, lemau dan tawar.\n\nApa kata kita rajinkan diri membuat bawang goreng di rumah? Rasanya lebih enak, bersih dan selamat. Buat para pembaca yang dikasihi, penulis akan memberikan tips cara membuat bawang goreng lebih crispy dan tahan lama. Jom baca!\n\nUntuk membuat bawang goreng yang sedap dan crispy, anda mestilah menggunakan bawang kecil. Jangan gunakan bawang besar atau bawang bombay. Ini disebabkan bawang besar mengandungi kandungan air dan kelembapan yang lebih tinggi. Hasilnya, bawang goreng anda susah nak crispy.\n\nUntuk mendapatkan bawang goreng yang sedap dan rangup, gunakan bawang yang segar dan muda. Jangan gunakan bawang yang hampir rosak atau sudah tumbuh tunas pokok.\n\nSeelok-eloknya, pastikan bawang kecil yang nak digoreng sentiasa kering. Setelah mengupas kulit bawang, cukup sekadar mengelapnya dengan tisu atau kain lembap. Apabila anda membasuhnya, air akan terperangkap dalam pusaran isi bawang.\n\nAir tersebut akan menyebabkan bawang yang digoreng lambat garing dan mudah lemau. Jika disimpan, ia akan berkulat.\n\nJika anda tak yakin dengan kebersihan bawang yang dibeli, anda boleh membasuhnya selepas kulitnya dikupas. Kemudian, jemur di luar semasa cahaya matahari terik. Fungsinya supaya air akan terserap dan bawang akan sentiasa kering.\n\nAnda juga boleh terus menghirisnya selepas dibasuh. Kemudian, masukkan ke dalam dulang yang besar atau dikeringkan di atas surat khabar. Setelah benar-benar kering, anda boleh terus menggorengnya.\n\nPerkara ni perlu dititikberatkan. Untuk mendapatkan bawang goreng yang masak sekata dan crispy, anda perlu menghirisnya halus-halus. Cara terbaik adalah menggunakan penghiris atau dikenali sebagai mandoline slicer.\n\nJika menggunakan pisau, takut nanti saiz bawang yang dihiris tak sama. Akibatnya nanti ada pula bawang yang terlebih masak dan ada yang masih mentah. Selain itu, penggunaan alat ni juga dapat menjimatkan masa.\n\nSebenarnya tanpa kita sedar, selama ni ada antara kita salah cara menghiris bawang. Termasuklah penulis sendiri. Bawang perlulah dihiris dari arah akar ke pucuk iaitu dari bawah ke atas dan bukannya dari sisi ke sisi.\n\n#7 Salut dengan Tepung Beras dan Tepung Jagung\n\nSelepas dihiris halus-halus, anda boleh golek-golekkannya di tisu terlebih dahulu untuk membuang lebihan air. Kemudian, campurkan sedikit tepung beras dan tepung jagung. Jangan tambah air seperti nak buat goreng pisang atau cekodok.\n\nTerus saja masukkan hirisan bawang dan gaul sekata. Kemudian, anda bolehlah memulakan proses menggoreng.\n\nJika tak nak gunakan tepung, anda boleh campurkan hirisan bawang dengan sedikit garam. Garam dapat menyerap kandungan air yang terdapat dalam bawang. Oleh itu, jika tak mahu bawang menjadi terlalu kering, tambahkan garam ketika hampir nak menggoreng.\n\nGunakan periuk atau kuali yang mempunyai kedalaman. Jangan sesekali gunakan pan kerana minyak tak dapat bertakung dengan banyak. Selain itu, pan akan mudah panas kerana fizikal dan saiznya yang lebih kecil.\n\n#10 Goreng dengan Minyak yang Banyak\n\nPastikan anda menuang minyak yang agak banyak sehingga hirisan bawang mampu tenggelam. Jika kurang minyak, bawang akan mudah hangus. Ketika proses menggoreng, gunakan senduk atau penapis untuk mengacau bawang.\n\nIni dapat membantu menenggelamkan hirisan bawang dan ia akan masak sekata. Apabila suhu minyak meningkat, air yang terdapat pada bawang akan tersejat dan mula menguning. Apabila warnanya sudah sekata, anda boleh mengangkatnya.\n\nPaling penting, pastikan api sentiasa berada pada suhu rendah. Jika api terlalu tinggi, bawang akan cepat masak. Namun, ia akan menjadi berminyak, lembik, hangit dan pahit.\n\nBawang yang telah siap digoreng, perlulah dikeluarkan menggunakan penapis. Goncang penapis beberapa kali untuk mengeluarkan lebihan minyak. Jangan terus letakkan di atas pinggan. Dikhuatir minyak yang bertakung akan membuat bawang menjadi lembik.\n\n#12 Serap Bawang Goreng Menggunakan Tisu\n\nSetelah ditapis, alas pinggan menggunakan sehelai tisu (kitchen towel). Serakkan bawang tersebut dan biarkan sehingga sejuk. Jangan longgokkan bawang yang digoreng di satu bahagian yang sama.\n\n#13 Simpan dalam Bekas Kedap Udara\n\nSetelah betul-betul sejuk, anda bolehlah menikmatinya dengan bubur, sup dan sebagainya. Jangan lupa simpan baki bawang goreng ke dalam bekas kedap udara supaya ia kekal crispy dan tahan lama.\n\nMudah bukan? Anda juga boleh menggunakan tips yang sama untuk menggoreng bawang putih. Jika ada yang dah cuba tips cara membuat bawang goreng yang dikongsikan ni, jangan lupa ceritakan pengalaman anda kepada kami. Selamat mencuba!\n\nJemput juga baca artikel tentang cara potong daging dan jenis rempah ratus"
"Ada lebihan kuah kari semalam. Nak habiskan? Tapi tak nak dengan nasi? lempeng pun dah buat? Jadi apa kata buat roti jala pula. Pasti anak-anak suka. Rasanya yang lembut dan bertambah enak dicicah bersama kuah kari. Enaknyaaaa.. Boleh lah jadi menu sarapan atau menu minum petang. Tak payah dah nak fikir nak masak apa atau macam mana nak habiskan karinya. Settle.\n\nResepi Roti Jala dan Kari Ayam daripada\u200e \u200eEllyin Tan ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang mencubanya nakkan resepinya. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya. \n\nBahan C: Bahan Kisar @ Hiris\n\nMudahkan? Bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selain resepi Roti Jala ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Maggi goreng merupakan makanan segera yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Walaupun kebanyakkan orang menggangap ianya makanan orang bujang atau makanan hujung bulan,namun siapa sahaja gemar menikmatinya. Murah dan sedap adalah faktor utama ramai daripada kita gemar memakan maggi goreng. \n\nSelain itu, maggi goreng juga mudah dan cepat disediakan serta mengenyangkan. Baik disediakan sendiri atau makan di kedai mamak. Malaysia berada di kedudukan ke-13 dunia untuk jumlah mi segera terbanyak yang dimakan dalam setahun.\u00a0Namun adakah maggi goreng baik untuk kesihatan dan diet tubuh badan? Jom kita lihat apakah kandungan bagi sepinggan maggi goreng.\n\nPeringatan di sini, kalori maggi goreng tidaklah terlalu membahayakan buat tubuh badan. Namun diingatkan, agar tidak menjadikannya sebagai makanan rutin. Pengambilan kalori maggi goreng perlu dikawal tetapi sekali sekala tidak ada masalah untuk dimakan. Air liur siapa tidak meleleh melihat maggi goreng bersama telur mata sedang berasap! Memang sedap sangat.\n\nJom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng."
"Mencari resepi masakan daging kadang memeningkan kepala kerana masak daging perlukan cara dan perlakuan yang betul supaya daging tidak keras atau liat. Oleh itu, dari sekian banyak resepi ada satu resepi yang cukup mudah untuk dicubakan.\n\nResepi ini termasuk menarik dimana ia menggunakan ketumbar yang terlebih banyak sehingga resepi ini pula diberi nama daging masak ketumbar.\n\nKetumbar bukan hanya dijadikan sebagai bahan perapan melainkan ketumbar dijadikan sebagai bahan utama, disangai dan ditumbuk kasar, bersama rempah-rempah lain kemudian digoreng bersama daging.\n\nNorhaslinda Saad berkongsikan resepi daging ketumbar di laman Facebook. Sila cubakan resepinya untuk hidangkan lauk tengah hari dimakan bersama nasi putih, sedap terangkat.\n\nSelain daging masak ketumbar, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Siapa teringin makan kuey teow ladna hari ini? Pagi-pagi teringin kuey teow ladna tapi kedai belum bukak lagi. Tetiba rasa teringin sangat. Nak kuey teow ladna juga. Apa kena buat?\n\nApa kata jika anda masak sendiri kuey teow ladna di rumah. Bermodalkan bahan-bahan yang senang sahaja dan resepi mudah daripada\u00a0Nur Fakhira Mohd Rosli\u200e\u00a0di laman Facebook. Tak perlu pening pergi kedai untuk menyantap kuey teow ladna sekitar harga RM 7 sepinggan.\n\nNamun anda jangan silap membezakan kuey teow ladna dengan kuey teow kung fu pula. Perbezaannya ialah pada kuey teow ladna, kuey teow tidak digoreng dengan telur namun hanya digaul bersama kicap. Manakala kuey teow kung fu pula kuey teow kena salut telur dan digoreng terlebih dahulu.\n\nTanpa tunggu lama, jom tengok resepinya di bawah ini. Boleh buat untuk sarapan mahupun makan malam. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kuey teow ladna, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anda tidak tahu beri apa kepada kawan perempuan bagi meraikan hari yang terindah dalam kehidupan, Kami akan senaraikan hadiah untuk kawan perempuan dengan pelbagai pilihan menarik untuk anda membuat pilihan yang bersesuaian dengan minat kawan masing-masing.\n\nAnda tidak tahu untuk belikan apaa kepada kawan perempuan bagi menghargai persahabatan selama ini terjalin dengan utuhnya . Apa kata anda hadiahkan flora dress dengan sulaman begitu cantik sekali dan dihias dengan bunga bunga kecil. Hal ini akan menyebabkan kawan akan kelihatan elegan, cantik dan menawan. Apabila melihat hadiah ini hati mereka pasti akan gembira dan teruja sekali kerana dapat hadiah daripada kawan baik mereka.\n\nHadiah untuk kawan perempuan yang sesuai ialah cincin. Ia tidak mengira cincin sliver mahupun emas mesti para isteri di luar sana akan gembira dan teruja apabila mendapat hadiah sebentuk cincin daripada anda. Hal ini kerana mereka merasakan diri mereka dihargai dan disayangi oleh kawan masing-masing. Namun sebelum ingin membeli cincin, anda kena pastikan tahu saiz jari kawan perempuan. Pelbagai bentuk cincin yang menarik dan membuat anda rambang mata untuk pilih nanti.\n\nHadiah untuk kawan perempuan ialah bracelet. Bracelet merupakan salah satu perhiasan wanita yang utama perlu ada dalam setiap koleksi barang perhiasan masing-masing. Gelang tangan ini akan membuatkan setiap wanita lebih elegan dan menawan apabila memakainya di pergelangan tangan. Bagi mereka yang tidak tahu untuk hadiahkan apa kepada kawan perempuan semasa hari jadi anda bole hadiahkan gelang tangan ini kepada mereka. \n\nGelang tangan mempunyai pelbagai corak dan bentuk, tidak semestinya daripada emas, anda boleh pergi ke kedai atau membeli secara atas talian gelang tersebut.Kawan perempuan anda akan teruja dan gembira mendapat hadiah tersebut daripada anda.\n\nHadiah untuk kawan perempuan yang seterusnya ialah rantai atau necklace. Rantai merupakan satu perhiasan amat penting untuk wanita bagi melengkapkan diri mereka agar kelihatan cantik dan menawan apabila mempunyai sebarang temujanji mahupun majlis. Selain daripada untuk kelihatan cantik ia juga menjadikan seorang wanita yakin dan karisma untuk berjumpa kawan-kawan mahupun keluarga. \n\nEarring merupakan hadiah sesuai untuk diberikan kepada kawan perempuan sama ada semasa hari jadi mahupun ulang tahun perkahwinan mereka. Setiap wanita amat menyukai perhiasan tidak mengira apaa bentuk sekali pun mereka pasti akan menghargai hadiah tersebut. Oleh itu, hadiah earring merupakan hadiah terbaik untuk diberikan kepada isteri kerana ia adalah perhiasan tambahan untuk mereka kelihatan elegan dan menawan di luar sana.\n\nWanita amat menyukai kasut sehingaa menjadikan setiap kasut tersebut ialah koleksi di dalam rumah. Setiap kasut tersebut mempunyai pelbagai jenis corak dan bentuk sama ada secara formal mahupun tidak formal. Jadi untuk bagi hadiah kepada kawan perempuan ialah kasut kerana mereka akan lebih gembira melihat koleksi bertambah dan mempunyai koleksi baru. \n\n Hadiah terbaik ialah handbag atau beg tangan. Hal ini kerana wanita amat menyukai beg tangan tidak mengira corak mahupun bentuk berdasarkan cita rasa masing-masing. Hal ini kerana mereka akan merasa tidak lengkap atau sempurna sekiranya tidak mempunyai beg tangan apabila keluar dari rumah bagi menghadiri sebarang majlis, jumpa kawan atau membeli barang keperluan.\n\nSetiap wanita ingin diri mereka kelihatan cantik dan elegan apabila berjumpa dengan masyarakar di luar sana. Oleh itu hadiah terbaik untuk diberikan kepada kawan perempuan adalah satu set make up mengikut kesukaan jenama kawan masing-masing. Hadiah tersebut akan membuatkan para wanita gembira dan teruja sekali.\n\nBerikut adalah beberapa pilihan hadiah kepada suami untuk memberikan hadiah kepada kawan perempuan mereka sama ada hari jadi . Anda juga boleh membaca tentang"
"\u201cBanyak pula blackhead di muka ni. Malulah kalau orang nampak. Duit banyak dah habis beli produk muka ni. Aduh, susah betullah!\u201d\n\nDialog macam ni memang biasa kedengaran bagi mereka yang ada masalah blackhead. Jika hanya sedikit yang tumbuh di muka, tak apa juga. Masalahnya blackhead akan berkumpul di bahagian hidung, dahi, pipi dan belakang badan.\n\nIa akan mencacatkan penampilan yang membuatkan kita berasa rendah diri. Oleh itu, kali ni kami akan memberikan petua tentang cara membuang blackhead dengan efektif. Jangan lupa baca artikel ni hingga habis ya!\n\nBlackhead juga dikenali sebagi bintik hitam. Ia merupakan bintik-bintik kecil yang mempunyai permukaan berwarna hitam yang tumbuh pada kulit. Apabila dipicit, akan mengeluarkan kotoran seperti isi whitehead dan jerawat.\n\nBlackhead terjadi apabila minyak (sebum) berlebihan pada kulit menyumbat liang pori-pori anda. Apabila terdedah kepada udara, minyak dan sel-sel kulit yang mati akan menjadi hitam.\n\nJangan risau, masalah ni boleh diatasi jika kita berdisiplin dan konsisten dalam membuangnya. Baca cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi cara ni dengan selamat dan berkesan.\n\nSeperti juga jerawat, tangan akan terasa gatal dan seronok untuk memicit blackhead. Jangan sesekali membuat tindakan ni. Apabila kita memicit blackhead dengan tangan yang kotor dan tak menggunakan peralatan khas ia akan menambah lagi masalah.\n\nTangan kita mempunyai lebih banyak bakteria dan minyak yang boleh menyumbat pori-pori di bahagian lain pula. Blackhead yang dipicit juga akan mengeluarkan bakteria yang boleh merebak ke bahagian lain.\n\nApabila kita memicit dengan tangan secara kasar, ia akan meninggalkan parut yang sukar dihilangkan. Akhirnya, muka anda lebih banyak parut-parut yang lebih jelas kelihatan berbanding bintik hitam.\n\nRamai wanita yang mencuci muka dengan cara yang salah. Dengan hanya sekali cucian tak mungkin wajah anda akan benar-benar bersih. Lebih-lebih lagi bagi yang suka bersolek atau bekerja di luar. Krim kecantikan, solekan, minyak, habuk dan sel-sel kulit mati tak mudah ditanggalkan.\n\nApa yang perlu dibuat ialah teknik double cleansing. Teknik ni bermaksud anda perlu mencuci muka 2 kali dengan 2 pencuci muka yang berbeza. Yang pertama gunakan cleansing oil dan seterusnya pencuci muka harian anda (bergantung pada jenis kulit).\n\nApabila menggunakan cleansing oil, ia sangat efektif untuk menanggalkan kotoran yang melekat di wajah. Jangan risau produk ni direka khas untuk semua jenis kulit. Walaupun anda mempunyai kulit yang berminyak, ia tak akan meninggalkan sebarang kesan minyak.\n\nSetelah sapukan cleansing oil pada wajah yang kering. Urut lembut di sekitar muka dan bilas dengan air bersih. Kemudian, cuci muka sekali lagi menggunakan pencuci muka yang anda biasa gunakan.\n\nBukan saja rajin mencuci muka, anda juga perlu memakai pelembap, toner, serum dan krim sunblock. Setiap produk ni mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Apabila kita rajin menjaga kulit wajah, penghasilan sebum dapat dikurangkan.\n\nSeminggu sekali atau 2 kali buatlah scrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang terperangkap. Jangan lupa juga gunakan mask wajah sama ada yang dijual di pasaran atau dibuat sendiri. Hasilnya kulit akan sentiasa lembap dan bersih.\n\nElakkan menggunakan mask jenis gel yang perlu ditarik setelah kering. Walaupun ia mampu menarik keluar sesetengah kotoran, namun blackhead yang kecil tetap sukar dibuang. Malah, penggunaan mask jenis ni akan buat kulit semakin kering dan sensitif.\n\n#4 Dapatkan rawatan di pusat kecantikan\n\nAnda boleh membuat appointment di pusat kecantikan yang berdekatan dengan rumah. Dapatkan nasihat dan analisis kulit daripada pakar. Jika terlalu banyak blackhead pada wajah, mereka akan membuat rawatan untuk memicitnya keluar.\n\nCara begini lebih selamat berbanding kita memicitnya sendiri. Pusat kecantikan mempunyai peralatan khas untuk meminimumkan luka dan parut.\n\nJika anda mempunyai kulit yang sensitif dan kering, apa kata cuba petua-petua tradisional. Antaranya ialah:\n\nTerdapat 5 jenis produk muka di pasaran iaitu bagi kulit normal, berminyak, kering, kombinasi dan kulit sensitif. Anda perlu tahu jenis kulit dan masalah yang hendak diatasi. Apabila salah pilih produk, anda bukan saja bazirkan wang tetapi juga kulit akan menjadi lebih teruk.\n\nMisalnya, jika kulit anda berjerawat dan gelap. Gunakan produk yang dapat menghilangkan jerawat terlebih dulu. Jika jerawat sudah tiada, anda bolehlah menggunakan produk pencerahan wajah.\n\nPaling penting, jangan sesekali beli produk timbang kilo yang dijual secara berleluasa. Jangan tertipu dengan hasil testimoni dan sebagainya. Dapatkan produk yang selamat di kaunter atau drugstore.\n\nMasalah blackhead bukan saja dihadapi oleh golongan remaja, malahan orang tua juga ada masalah yang sama. Faktor persekitaran, hormon, umur dan gaya hidup memberikan kesan kepada kulit.\n\nOleh itu, jaga pemakanan dengan mengambil makanan yang seimbang dan sihat. Kurangkan makanan yang berlemak, manis, masin dan berminyak. Jangan lupa minum air yang banyak untuk menghidrasi kulit.\n\nAmalkan gaya hidup aktif dengan bersenam dan jauhkan diri daripada stres. Jangan minum arak dan menghisap rokok. Cara hidup kita memberi kesan bukan saja kepada kulit tetapi juga kesihatan.\n\nSetakat ni saja perkongsian tentang topik blackhead. Diharapkan para pembaca mendapat manfaat sepenuhnya melalui artikel cara buang blackhead ni. Jika anda nak tambah info-info lain, kongsikan dengan kami. Jemput juga baca artikel punca jeragat dan punca jerawat"
"Jom belajar tentang punca-punca dan tanda kanser darah. Secara umumnya, darah terbahagi kepada sel darah merah, sel darah putih plasma dan platlet.\n\nKesemua komponen darah ini dihasilkan di dalam sumsum tulang (kecuali plasma).Sel-sel darah ini berasal dari sejenis sel yang dipanggil sel stem.\n\nSel stem ini kemudiannya membahagi sehingga menjadi sel-sel darah matang yang boleh menjalankan fungsi-fungsinya yang spesifik.Sebenarnya, badan kita akan menghasilkan darah mengikut keperluan.\n\nJika kandungan oksigen di dalam tisu atau jumlah sel darah merah badan anda berkurangan, buah pinggang akan merembeskan erythropoietin (hormon yang merangsang sumsum tulang untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah).\n\nPlatlet akan dihasilkan apabila berlaku pendarahan atau kecederaan pada fizikal anda.\n\nSel darah putih pula akan dihasilkan dengan banyak jika berlaku jangkitan.\n\nKanser darah boleh memberi kesan terhadap fungsi sel darah.Dalam kebanyakan kanser darah, proses penghasilan darah terganggu disebabkan oleh penghasilan sel darah abnormal yang tidak terkawal.\n\nSel kanser ini akan terus menghalang fungsi sel darah yang normal jika tidak dirawat.\n\nKanser ini terjadi disebabkan oleh penghasilan sel darah putih abnormal yang tidak terkawal.\n\nJumlah sel darah putih abnormal yang terlampau banyak ini tidak mampu melawan jangkitan dan akan merosakkan fungsi sumsum tulang daripada menghasilkan sel darah merah dan platlet.\n\nKanser ini pula akan memberi kesan kepada sistem limfa manusia. Sistem limfa penting untuk membuang lebihan cairan dalam badan serta menghasilkan sel-sel imun.\n\nLimfosit adalah sejenis sel darah putih yang berfungsi untuk melawan jangkitan. Limfosit yang abnormal akan membahagi di dalam nodal limfa dan akan merosakkan sistem imunisasi.\n\nMyeloma adalah sejenis kanser sel plasma. Sel plasma juga merupakan sel darah putih yang menghasilkan antibodi di dalam badan.\n\nSel myeloma menghalang fungsi sel plasma dan melemahkan sistem imun, menjadikan pesakit lebih mudah terkena jangkitan.\n\nTerdapat banyak jenis Leukemia. Pesakit Leukemia akut akan berasa sakit secara tiba-tiba dan mudah terkena selesema.\n\nJenis leukemia yang lain hanya boleh menunjukkan simptom setelah beberapa tahun.Namun begitu, Doktor dapat mengesan kanser melalui keputusan ujian darah yang tidak normal.\n\nTanda-tanda utama kanser limfoma adalah bengkak pada nodal limfa.Pesakit akan merasakan kehadiran ketulan pada leher, bawah lengan atau pada pangkal peha.\n\nNod-nod limfa yang berada jauh di dalam badan boleh menekan organ dalaman sehingga menyebabkan batuk, nafas pendek, sakit pada perut dan tulang.\n\nLimpa akan membengkak dan menyebabkan pesakit berasa kembung perut.\n\nLazimnya, nodal yang bengkak tidak menyebabkan kesakitan, kecuali jika pesakit mengambil alkohol.\n\nSesetengah pesakit hanya akan mengalami simptom setelah beberapa lama menghidap kanser ini.Simptom yang paling jelas adalah kesakitan tulang terutamanya pada bahagian belakang badan atau tulang rusuk.\n\nSel kanser akan mengeluarkan bahan kimia yang menghentikan tumbesaran dan penyembuhan tulang.Tulang akan menjadi semakin nipis dan lemah serta mudah patah.\n\nKerosakan tulang ini boleh membawa kepada kesakitan saraf dan menyebabkan sakit dan lemah pada kaki, kesemutan pada tangan dan kehilangan kawalan usus atau pundi kencing.\n\nMyeloma boleh mempengaruhi kadar kalsium yang tinggi dalam darah dan menyebabkan:\n\nKadar kalsium yang tinggi boleh membahayakan\u00a0 buah pinggang.Sel kanser akan menghasilkan protin yang mampu merosakkan saraf.Kerosakan saraf boleh memberi kesan seperti:\n\nDengan teknologi yang kian membangun dalam bidang perubatan ketika ini, sudah tentu pesakit kanser darah mempunyai peluang untuk sembuh.\n\nRawatan bagi kanser darah bergantung kepada jenis kanser, umur, berapa pantas kanser merebak dan lokasi penyebaran sel kanser di dalam badan.\n\nPemindahan sel stem membekalkan sel stem pembentuk darah yang sihat ke dalam badan.Sel stem boleh diambil daripada sumsum tulang, darah periferal dan darah tali pusat.\n\nUbat-ubatan anti kanser digunakan bagi mengganggu tumbesaran sel kanser di dalam badan.\n\nc) Terapi Radiasi\nTerapi radiasi boleh digunakan untuk memusnahkan sel kanser dan melegakan kesakitan atau ketidakselesaan.Ia juga boleh dilakukan sebelum pemindahan sel stem.\n\nCara paling mudah untuk mengurangkan risiko menghidap kanser semestinya dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.Diet yang seimbang juga membantu meningkatkan kualiti hidup dan mampu mengelakkan penyakit-penyakit yang berbahaya.\n\nElakkan pengambilan alkohol dan penggunaa tembakau yang sudah jelas mempunyai kesan negatif terhadap tubuh badan.Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat!\n\nJemput juga baca artikel kanser lain tulisan kami. Contohnya seperti kanser rahim, kanser usus dan kanser perut."
"Anda menginginkan resepi pencuci mulut yang amat lazat dan cantik? Kali ini kami bawakan resepi agar \u2013 agar roti pelangi yang amat lazat dan rupanya juga dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. \n\nCara pembuatan agar \u2013 agar roti pelangi ini tidaklah susah seperti yang kita sangka. Malahan, anda boleh jadikan aktiviti pembuatan agar \u2013 agar ini sebagai sebuah aktiviti keluarga. Jadi, anda boleh meluangkan masa dengan keluarga anda dengan lebih sihat!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Akak Zainal Abidin dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nAda pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!"
"Mengapakah buku lali dan jari kaki mengalami bengkak ketika kandungan sudah mencecah sembilan bulan? Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bengkak tersebut?\n\nApabila bayi anda semakin membesar, rahim memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.\n\nTekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan.\n\nKadang-kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut. Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam.\n\nMenjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan kembali kepada keadaan asalnya. Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.\n\nEdema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. Bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu simptom praeklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.\n\nUbat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil yang akan membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan garam sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu.\n\nAnda boleh mencuba cara lain untuk mengawal kebengkakan iaitu dengan menaikkan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan. Anda juga perlu mengelakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.\n\nSelain itu, jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings). Stoking tekanan boleh didapati di farmasi.\n\nAnda juga dinasihatkan minum banyak air, bersenam selalu terutamanya berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman.\n\nJika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki. Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.\n\nIngatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan anak."
"Pernah terfikir bunga apakah yang paling cantik di dunia?\n\n Tiada bunga yang paling indah selain dirimu.\n\nWanita seringkali dikaitkan sebagai bunga tetapi kita terlupa bahawa tidak semua bunga itu indah. Di antara spesis bunga yang terdapat di dunia, pasti ada bunga yang paling cantik dan indah menjadi kesukaan ramai biarpun ia jarang ditemui dan tak pernah dilihat di depan mata.\n\nBunga tercantik di dunia yang jarang didedahkan ini membuktikan bahawa khazanah alam di bumi ini sangat indah dan cantik. Ciptaan Allah SWT tak ada yang mustahil. Jom kita sejukkan mata dengan melihat koleksi bunga tercantik di dunia. \n\nNama bunga Iris Biru ini diberikan oleh seorang pelukis iaitu Vincent Van Gogh. Baunya amat wangi dan harum serta ia terdiri daripada jenis bunga bewarna kuning, biru dan juga pink.\n\nBunga yang berasal dari Cina ini mempunyai ketinggian 30 \u2013 70 cm. Kelopaknya yang kecil dan lembut membuatkan ramai wanita jatuh cinta untuk menciumnya.\n\nBunga yang sesuai dijadikan tanaman hiasan ini sangat-sangat cantik tak terkata! Bunga yang beraroma vanily ini berasal dari negara Mexico. Teringin sangat nak satu pasu bunga chocolate cosmos simpan dalam rumah!\n\nBunga spesis kaktus ini mudah tumbuh di tanah dan juga di pohon. Bunga ini amat unik kerana ia akan berkembang dalam jam 10 malam sehingga 11 malam dalam masa 2 jam. Ketika ia mekar, bunga ini mengeluarkan bau yang sangat sedap. Ketika bunga tidak mekar, ia akan kelihatan layu seperti tidak disiram. Ia adalah bunga termahal di dunia.\n\nBunga tercantik di dunia adalah bunga opium yang tumbuh di kawasan pergunungan suptropis. Bunga ini berbentuk jorong dan tepinya bergerigi. Bunga opium mempunyai tangkai panjang dan ditengahnya adalah mahkota kuntuman warna putih.\n\nBunga viola ini telah wujud sejak 500 tahun dahulu lagi. Ia juga dikenali dengan nama violet dan boleh didapati di belahan bumi bahagian utara. Warna ungunya juga amat menyerlah!\n\nBunga ros pink sangat harum dan berkhasiat kerana ia memiliki vitamin yang sesuai untuk cantikkan wajah juga. Terdapat lebih 2830 spesis bunga ros yang berbeza warnanya iaitu warna pink, kuning, putih, oren, hijau dan lain-lain lagi.\n\nBewarna kuning dan mempunyai kelopak yang panjang, bunga tercantik di dunia ini mempunyai 100 jenis spesis. Ia amat popular di Amerika Syarikat sejak abad ke 18 lagi. Selain kuning, ia juga terdiri daripada warna coklat, putih dan merah.\n\nBunga Sakura atau cherry blossom sangat cantik dan amat popular di asia. Anda boleh bergambar dengan bunga sakura di Jepun memandangkan di mana-mana sahaja di sana pasti anda akan temui bunga tercantik di dunia ini.\n\nBunga Makro juga terdapat di Jepun. Warnanya sangat cantik dengan adanya kontra warna kuning dan ungu. Kelopak bunga ini sangat besar sehingga 2.5 meter.\n\nBunga tercantik di dunia ini sering kedengaran namanya. Siapa tak kenal bunga anggerik kan? Rupa-rupanya bunga anggrek bulan adalah salah satu spesis bunga anggrek. Warnanya yang putih amat mempersonakan dan membawa maksud suci dan tulus.\n\nSalah satu bunga anggrek yang tergolong dalam bunga tercantik di dunia tidak terkecuali adalah bunga anggrek ungu. Anda boleh mendapatkannya di Thailand, Indonesia dan Singapura.\n\nBentuk bunga tercantik di dunia ini sangat unik sekali, sehingga ada yang seram melihatnya. Ia dipanggil bunga anggrek hantu sangat wangi jika anda bau secara dekat.\n\nBunga yang menjadi pujaan setiap wanita adalah bunga mawar. Apabila diberikan bunga tercantik di dunia ini, pasti si isteri akan gembira dan amat hargai. Biarpun terdiri daripada pelbagai spesis dan warna, harumannya tetap sama dan sangat-sangat sedap dibau.\n\nRasa nak cari sahaja bunga tercantik di dunia ini! Ia boleh bertahan sehingga 18 \u2013 20 bulan, anda boleh menjaga bunga ini di dalam rumah dengan baik sekali. Bentuknya sangat cantik bukan?\n\nBunga tercantik di dunia yang berasal dari Tiongkok ini mempunyai pelbagai warna menarik. Ia seiras-iras bunga matahari tetapi nampak lebih lembut dan cantik. Terdapat daun-daun bunga hijau yang turut membentuk kelopak sebelum kelopak bunga sebenar mekar terbuka.\n\nSering kita mendengar nama Dahlia, tetapi tak tahu pula rupa bunga tercantik di dunia ini. Bunga dahlia dibiakkan oleh seseorang bernama Anders Dah menjadi spesis Dahlia juarezii.\u00a0Sehingga kini, ia telah berkembang dan menjadi sangat cantik di dunia.\n\nSungguh Dandelion mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ia boleh dijadikan air minuman untuk mendapatkan khasiatnya terutama bagi wanita. Bentuknya berbulu dan ringan, anda boleh lihat di Asia dan Eropah.\n\nBunga tercantik di dunia ini hidup di dalam hutan selama bertahun-tahun lamanya. Ia berbentuk memanjang dan hijau bergerigi. Untuk pengetahuan anda, 40 spesies Bunga Herbras telah tersebar ke Madagaskar, Amerika Selatan, Afrika sehingga daerah tropis Asia.\n\nBunga tercantik di dunia ini menyerupai bentuk hati iaitu \u2018Love\u2019. Warnanya adalah putih, pink dan merah serta kelihatan seperti hati yang berderet. \n\nAda mitos atau kisah disebalik bunga ini berkaitan cinta antara anak petani pemburu dan puteri raja yang bunuh diri kerana tidak dapat bersatu. Bunga ini sebagai tanda keabadian sehingga ia sendiri seakan berbentuk hati yang berdarah.\n\nItulah dia 20 bunga tercantik di dunia yang legend dan takkan dilupakan. Jom lihat khasiat bunga telang"
"Selulit adalah imej kasar atau kesan bonjolan pada permukaan kulit akibat pengumpulan lebihan lemak. Dalam sesetengah keadaan, selulit bukan hanya sekadar gumpalan lemak degil, tetapi lemak yang menyerap lebihan air dan mengandungi sisa pembuangan bertoksin serta beracun.\n\nMaka tahukah anda 85% wanita mempunyai selulit pada tubuh badan mereka. Selulit jarang berlaku pada lelaki kerana lapisan lemak mereka lebih nipis berbanding dengan wanita. Tenaga mereka juga jauh lebih tinggi berbanding wanita. \n\nSelulit selalu ada pada bahagian punggung, paha, betis dan lengan. Di bahagian ini, yang selalu ada selulit dan tempat pengumpulan lemak.\n\nTidak cukup dengan itu, ada juga beberapa faktor yang menyumbang kepada pembentukan selulit. Apakah punca-punca tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai faktor berlaku selulit. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nSelain timbunan lemak, faktor hormon, seperti estrogen, insulin, noradrenalin, hormon tiroid, dan prolaktin cukup berpengaruh menciptakan selulit. Kadar estrogen yang meningkat sesaat sebelum hamil juga bisa mempengaruhi timbulnya selulit.\n\nFaktor lain yang berperan dalam timbulnya selulit adalah gen. Beberapa karakteristik tertentu pada setiap individu bisa mempengaruhi jenis kelamin, ras, dan metabolisme yang lambat.\n\nMungkin hanya sebagian kecil orang yang mengetahui jika memiliki gaya hidup yang tidak baik bisa menyebabkan selulit. Lalu, gaya hidup seperti apa yang bisa menyebabkan selulit? Terlalu lama duduk atau berdiri dengan posisi yang sama dalam jangka waktu lama bisa menyebabkan selulit. Selain itu, perokok juga berpotensi memiliki selulit di dalam tubuh.\n\nMakanan juga bisa mempengaruhi timbulnya selulit di tubuh. Makanan yang terlalu banyak mengandung lemak, karbohidrat, garam, dan sedikit serat itu berpotensi menimbulkan selulit. Makanan yang menimbulkan selulit di tubuh, seperti fast food, cokelat, kue-kue manis, dan lain sebagainya. Agar tak timbul selulit di tubuh, biasakan mengonsumsi sayur dan buah-buahan yang banyak mengandung serat.\n\nMungkin tak banyak orang tahu kalau ternyata pakaian bisa mempengaruhi timbulnya selulit di tubuh. Pakaian dalam yang ketat dan elastis hingga menekan darah di sekitar bokong akan meninggalkan bekas yaitu selulit. Untuk itu, alangkah baiknya menggunakan pakaian dalam yang tidak begitu ketat agar tak ada selulit di beberapa anggota tubuh tertentu.\n\n*Berikut adalah faktor ada selulit pada tubuh badan. Amalkan makanan yang sihat dan banyakkan senaman untuk elak daripada ada selulit pada badan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tahu tentang dunia NFT? NFT adalah perkataan yang agak popular beberapa bulan ini. Ramai yang sudah mula menceburi bidang Non-Fungible Token atau NFT. Jika anda salah seorang darinya, anda perlu dapatkan karya istimewa dan terbaru iaitu CShox. Pelbagai kelebihan akan anda perolehi jika anda membelinya.\n\nProjek CShox adalah keluaran Echelon Cipher iaitu sebuah karya digital NFT yang berbentuk jam tangan. Projek ini merupakan idea warga tempatan iaitu Khor Ren Jin dan Dindran Kumar yang bekerja di syarikat teknologi.\n\nDapatkan koleksi ini dengan segera kerana ianya sangat terhad. Sekadar 3 690 Genesis NFT sahaja diperuntukkan di mana setiap koleksi jam tangan mempunyai reka bentuk berbeza yang menarik dan unik.\n\nSetiap koleksi CShox merupakan hasil gabungan idea terhadap pelbagai jenis dan jenama jam tangan yang dicipta sejak 80-an hingga sekarang. Anda pasti kenal dengan jenama Swatch, Gshock dan London Boy. Semua reka bentuk jam telah digabungkan menjadi sebuah jam tangan digital yang lebih istimewa!\n\nPelbagai faedah yang akan anda perolehi jika anda dapatkan koleksi ini. Semuanya di atur khas untuk menjadikan projek CShox lebih premium. Antaranya adalah pemilik berpeluang memperoleh wallet-sticker yang merupakan bukti terhadap pemilikan jam tangan digital CShox. Dengan adanya wallet-sticker, anda mudah untuk memperdagangkan atau mempamerkannya kepada khalayak.\n\nBukan itu sahaja, pemilik koleksi ini boleh mereka atau menghias jam tangan mengikut idea atau citarasa yang mereka inginkan, menggunakan pelayar reka bentuk tersendiri iaitu Echelon Cipher. Dengan ini setiap pemilik koleksi CShox bebas untuk mereka dengan kreatif dan menyimpannya dengan selamat.\n\nTak cukup dengan itu, pemilik koleksi CShox juga akan memiliki akses eksklusif terhadap Cipher-Market. Melalui akses ini, pemilik boleh mendapatkan barangan khas dan terhad yang ditawarkan pada platform tersebut.\n\nSetiap pemilik CShox turut berpeluang untuk menyertai forum khas yang akan diadakan menerusi pelayar Discord. Melalui forum ini, semua pemilik koleksi bebas untuk berbincang hal berkaitan selain mendapat koleksi terkini dari masa ke masa.\n\nBuat pengetahuan anda, pelbagai jenama terkenal seperti Bean Jr., Australian Cake House, Opus Residence, Mitra Homestay Reatreat, Doubewoot, Christy Ng, Beaubelle dan sebagainya telah menjadi rakan kongsi dalam projek ini. Oleh itu, pemilik koleksi CShox dapat menikmati faedah runcit terhadap jenama tersebut sama ada secara dalam atau luar talian pada setiap bulan.\n\nProjek CShox akan dilancarkan pada penghujung Mei 2022. Harga untuk senarai putih ditetapkan pada kadar 0.08ETH iaitu anggaran RM 700. Penjualan secara umum pula akan diumumkan melalui platform Discord.\n\nBerminat untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut tentang koleksi CShox? Sertai platform Discord yang disediakan oleh Echelon Cipher.\n\nJom teroka setiap karya projek CShox di pautan di bawah."
"Jom cuba resepi mee kolok. Mee Kolok sangat digemari keluarga. Mungkin sebab rasa dia seakan-akan mee sup utara.\n\nMee kolok ialah mee yang popular di Sarawak. Biasanya dihidangkan bersama kuah sup dan cili kicap. Mee kolok terasa istimewa kerana ia menggunakan yee mee dan dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu.\n\nHidangan ini sememangnya menyelerakan. Tanpa tunggu lama, kami hadirkan resepi mee kolok yang dibahagikan oleh Hidayah Syibly. Seronok makan mee kolok petang-petang.\n\nBahan-bahan tabur di atas mee kolok :\n\nSelain resepi mee kolok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Hari ini kami akan ingin kongsikan resepi ayam varuval. Ayam varuval ialah masakan India Malaysia.\n\nVaruval artinya garing, maka ayam varuval maknanya ayam masak garing ala India. Resepi ini sedap, senang dan sihat.\n\nAyam varuval menggunakan pelbagai bahan seperti cili, bawang daun kari dan lain-lain. Oleh sebab itu, masa makan ada rasa pedas-pedas sedikit, manis sedikit, wangi bawang putih dan jintan besar. Menggoda selera ya.\n\nSila cubakan resepi ayam varuval yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy di laman Facebook. Kongsikan kepada jiran dan kerabat ya.\n\nSelain resepi ayam varuval, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Teringin makan kuih talam pandan? Mari kami wujudkan keinginan anda itu dengan berkongsikan resepi kuih talam pandan yang viral pada hari ini.\n\nBiasanya kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam, sama ada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung pada yang memotongnya.\n\nSelain resepi kuih talam pandan, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Zat besi merupakan salah satu nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia, lebih-lebih lagi sekiranya anda adalah seorang ibu mengandung atau sedang menyusukan anak. \n\nKebiasaannya, kekurangan zat besi dalam tubuh badan dikaitkan dengan penyakit Anemia atau kekurangan darah. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info penting tentang makanan zat besi sebagai panduan.\n\nApakah kepentingan zat besi kepada tubuh badan manusia?\n\nTerdapat pelbagai fungsi zat besi di dalam tubuh badan manusia. Di antara kepentingan utama zat besi ialah:\n\nApakah tanda kekurangan zat besi dalam tubuh badan?\n\nTubuh badan manusia akan menunjukkan signal apabila tidak mendapat zat besi yang secukupnya. Di antara tanda kekurangan zat besi ialah:\n\nApakah kesan kekurangan zat besi kepada manusia?\n\nKekurangan zat besi sememangnya akan memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan manusia. Di antara kesan kekurangan zat besi dalam tubuh badan ialah:\n\nApakah punca berlakunya masalah kekurangan zat besi dalam tubuh badan?\n\nKekurangan zet besi dalam tubuh badan boleh berlaku disebabkan oleh salah satu daripada punca yang berikut:\n\nApakah makanan yang tinggi sumber zat besi?\n\nBagi memastikan anda mendapat zat besi yang secukupnya, anda boleh mengambil makan yang mempunyai kadar zat tinggi yang tinggi sepeti berikut:\n\nItulah dia tadi info tentang makanan zat besi yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang makanan untuk diet dan makanan tambah susu"
"Anak-anak adalah generasi muda yang akan membantu untuk membangunkan negara. Ramai yang berkata, mendidik dan menjaga anak bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu tahu teknik yang betul dalam mengajar.\n\nKanak-kanak yang berumur lingkungan 3 tahun hingga ke 6 tahun adalah usia yang sesuai untuk mendidik mereka dengan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni seperti menghormati orang lebih tua, suka tolong menolong, bercakap menggunakan bahasa yang sopa dan lain-lain lagi. Pada usia ini, kanak-kanak akan lebih mudah dididik kerana mereka mudah cepat belajar.\n\nTetapi ada juga anak yang ibu bapa katakan nakal kerana tidak mahu mendengar kata-kata ibu bapa atau melawan ibu bapa. Mengapakah hal ini boleh berlaku?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai sebab-sebab anak menjadi nakal. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n#1. Kita sendiri label anak kita nakal\n\n#2. Padahal anak kita mungkin punya Willpower yang kuat\n\n#3. Apa yang kita sangka, akan membetuk realiti pada anak kita\n\n#4. Kita cakap kita sayang anak kita tetapi sayang tersebut hanya pada level Physical & Verbal semata mata\n\n#5. Ucap perkataan sayang tu kena datang daripada HATI YANG DALAM barulah ucapan sayang tu mampu mengurangkan kekosongan jiwa dan mampu memenuhi tangki emosi si anak\n\n#6. Ucapan sayang yang datang daripada HATI YANG DALAM itu adalah ucapan pada level EMOTIONAL\n\n#7. Caranya adalah perbaiki intonasi suara kita, sentuhan kita dan tatapan anak mata kita kepada anak kita sendiri. Inilah ucapan cinta yang mampu mengubah anak kita buat selama lamanya kerana hanya pada level Emotional, ucapan cinta kita akan masuk ke dalam hati dan mampu mengisi tangki emosi anak anak yang kita sayangi.\n\n*Kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut ibu bapa adalah satu doa. Cuba biasakan dengan mengeluarkan kata-kata positif seperti \u2018bertuah punya anak\u2019, \u2018anak ibu/ayah yang baik\u2019 dan \u2018bijak anak ibu/ayah\u2019. Anak-anak juga dapat belajar untuk berkata benda baik-baik saja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang yang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini."
"Nota Editor : Penulisan ini datangnya daripada Puan Noor Afidah yang\u00a0mendapat pendidikannya\u00a0di University of Sheffield dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Semoga perkongsian post beliau menarik untuk direnungi.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\n\nSalah satu pengalaman yang mengkayakan kami di UK adalah dapat mengenali anak-anak muda pelajar Malaysia di seluruh pelusuk UK dan Ireland dari peringkat A Level sehinggalah ke peringkat PhD.\n\nRamai yang pernah kami jumpa, ramai juga yang bertemu hanya sekali ketika mereka menghadiri sesi \u2018parenting\u2019 kami, dan ada juga yang hanya berinteraksi di media sosial. Rumah kami tidak pernah lekang dengan kunjungan mereka. \n\nTelinga kami tidak pernah sunyi dari mendengar kisah pengalaman mereka, kehidupan mereka, keterujaan mereka, kekecewaan mereka, semangat mereka, keazaman mereka, \u2018hati dan perasaan\u2019 mereka, (ketidakmatangan mereka juga adakalanya) dan segala-galanya yang menjadi part and parcel dunia muda yang kami sendiri pernah lalui dulu. Setiap seorang mempunyai keunikan dan kehebatan yang tersendiri namun penuh rendah diri bila bersemuka dengan \u2018kakak atau mak cik\u2019 ini.\n\nKami banyak belajar memahami dunia Gen Y daripada mereka. Walaupun ada aspek yang tidak masuk akal bagi Gen X seperti kami, itulah kehidupan yang mereka lalui sekarang yang agak berbeza dari dulu. Semua ini menjadi panduan untuk kami memahami anak-anak kami sendiri yang juga remaja Gen Y/Z atau Millennial Generation.\n\nMengikut teori perkembangan otak, otak manusia \u2018re-structure\u2019 ketika adolescence/remaja. Oleh sebab itulah kelakuan mereka sering menimbulkan tanda tanya dan membingungkan \u2018orang tua\u2019.\n\nSebagaimana anak kecil yang adakalanya \u2018throw tantrum\u2019 kerana cuba untuk explore and understand their limits and surrounding, remaja juga begitu. Mereka juga bingung dengan perubahan yang mereka lalui (Rujukan buku: Teenagers, Why are they so weird). It\u2019s not just the hormone, it\u2019s the brain.\n\nJika ibubapa atau guru memilih untuk mengenakan hukuman yang keras semata-mata ke atas \u2018kesilapan\u2019 mereka tanpa memahami pengstrukturan semula otak remaja, maka agak sukar untuk membentuk mereka kembali.\n\n\nMenurut pendapat di dalam buku \u2018Islam\u2019s Solution\u2019 ini, salah satu sebab utama kenapa remaja bermasalah (tidak kiralah zaman mana sekalipun) adalah kerana golongan tua menjauhkan diri daripada golongan muda.\n\nGolongan tua tidak cuba untuk CONNECT dengan golongan muda, sebaliknya hanya menghukum dan mencemuh mereka tanpa membimbing. Jika golongan tua tidak memberi bimbingan, bagaimana golongan muda hendak terbimbing?"
"Bayi yang baru lahir perlu diberikan susu yang berkhasiat untuk pembesaran mereka. Mereka hanya boleh minum susu badan atau susu formula mengikut usia bayi. Pada awal kelahiran mereka tidak memerlukan susu yang banyak.\n\nBayi yang baru lahir akan rasa janggal untuk menghisap susu badan atau botol. Oleh sebab itu, mereka tidak banyak minum susu di awal kelahiran. Tetapi semakin meningkat usia bayi, mereka memerlukan susu yang banyak.\n\nTetapi, ada sukatan yang betul untuk menyusukan si bayi. Apakah sukatan yang betul?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai sukatan susu yang betul dan mudah untuk setiap usia bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nSukatan susu yang mudah untuk bayi\n\n\ud83d\udc69\u200d\u2695\ufe0fPurata bayi perlukan 2-3OZ bagi setiap 0.5kg berat bayi pada setiap hari .\n\nUsia\u00a0:\u00a00-3 Minggu, Berat :\u00a00-3.5 Kg\n\n\ud83c\udf7c\u00a01-2 oz susu setiap 2-3 jam\n\n\ud83c\udf7c\u00a08-12 kali susuan dalam sehari\n\n\ud83c\udf7c\u00a08-24 oz jumlah susu untuk sehari\n\nUsia\u00a0:\u00a03 Minggu \u2013 3 Bulan\n\n\ud83c\udf7c\u00a03-4 oz susu setiap 3-4 jam\n\n\ud83c\udf7c\u00a06-8 kali susuan dam sehari\n\n\ud83c\udf7c\u00a024-32 oz jumlah susu untuk sehari\n\nUsia\u00a0:\u00a03 Bulan \u2013 6 Bulan\n\n\ud83c\udf7c\u00a04-8 oz susu setiap 4-6 jam\n\n\ud83c\udf7c\u00a04-6 kali susuan dalam sehari\n\n\ud83c\udf7c\u00a024-32 oz jumlah susu untuk sehari\n\nWaktu usia sekarang, bayi tidur lebih lena pada waktu malam . Bayi minum lebih banyak waktu pagi atau ketika hendak tidur.\n\nUsia\u00a0:\u00a06 Bulan hingga 9 Bulan\n\n\ud83c\udf7c\u00a06-8 oz susu setiap 4-6 jam\n\n\ud83c\udf7c\u00a06 kali susuan dalam sehari\n\n\ud83c\udf7c\u00a032 oz jumlah susu untuk sehari\n\nWaktu usia 6 bulan ke atas sudah boleh diajar atau perkenalkan makanan pejal sebagai permulaan makanan.\n\nUsia\u00a0:\u00a09 Bulan \u2013 12 Bulan\n\n\ud83c\udf7c\u00a07-8 oz susu setiap 4-6 jam\n\n\ud83c\udf7c\u00a03-5 kali susuan dalam sehari\n\n\ud83c\udf7c\u00a024 oz jumlah susu untuk sehari\n\nUsia\u00a0:\u00a012 Bulan Ke Atas\n\n\ud83c\udf7c\u00a04 oz susu setiap 6 jam\n\n\ud83c\udf7c\u00a04 kali susuan dalam sehari\n\n\ud83c\udf7c\u00a016 oz jumlah susu untuk sehari\n\nJangan bimbang sekiranya bayi kurang minum berbnding makan . Sediakan jenis makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti puree buah atau sup.\n\n*Tips ini dikongsikan oleh doktor pakar dari klinik Dr, Asmah. Jadi, ini adalah sukatan yang betul untuk setiap usia bayi. Jika bayi bawah umur 6 bulan kurang minum susu atau susah. Segera pergi bawa berjumpa doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\n Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti tak sabar-sabar menanti kehadiran si cilik untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Malahan dengan adanya zuriat, hidup pasti akan rasa lebih bahagia dan lengkap.\n\nAda sesetengah wanita yang tak tetapkan waktu tertentu untuk dapatkan anak. Namun, ada pula yang tak mahu tunggu lama untuk mendapat pangkat \u2018ibu\u2019. Justeru, dalam artikel ni akan dikongsikan petua pemakanan untuk ikhtiar hamil.\n\nIngin ditekankan di sini, jika anda sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat, seelok-eloknya dapatkan rawatan doktor dulu. Petua ni boleh diamalkan selepas rawatan diterima. Namun, jika anda baru saja berkahwin, petua ni boleh diamalkan sebagai langkah persediaan.\n\nSenarai makanan yang diberikan ni tak ada sokongan daripada sebarang kajian, namun ia tetap makanan yang berkhasiat untuk diambil setiap hari. Jika ada masalah kesihatan, sila dapatkan pandangan pakar pemakanan terlebih dahulu.\n\nDi bawah ini disenaraikan beberapa makanan yang boleh diambil untuk memudahkan anda cepat hamil. Senarai ini merupakan rujukan dari laman web Doctor On Call yang merupakan pandangan Dr Sashini Seeni. Antaranya ialah:\n\nSayur-sayuran jenis ni merupakan sumber asid folik dan zat besi. Oleh itu, ia merupakan makanan terbaik untuk wanita yang ingin hamil. Zat besi dapat membantu melekatkan janin ke atas rahim dan menguatkan pembentukan lapisan endometrium.\n\nSayuran yang lazat ni kaya dengan asid folik, zat besi, vitamin C dan nutrien-nutrien lain. Disebabkan kaya dengan khasiat yang tinggi, ia menjadi makanan super. Kandungan vitamin C yang tinggi diperlukan oleh ovari untuk mematangkan telur dan proses ovulasi.\n\nKentang kaya dengan vitamin B dan E yang dapat meningkatkan pembahagian sel. Oleh itu, peluang bagi penghasilan ovum yang sihat akan meningkat. Jadi, jangan lupa makan kentang rebus atau kentang panggang jika nak cepat hamil.\n\nKehadiran di-indole metana di dalam kubis bagus untuk kesuburan. Di-indole metana merupakan sejenis kimia yang memainkan fungsi penting dalam metabolisme estrogen. Ia menghalang penyakit fibroid dan endimetriosis.\n\nBuah yang mempunyai isi berwarna merah ini bukan saja lazat tapi banyak khasiatnya untuk wanita yang ingin ikhtiar hamil. Buah delima dikatakan meningkatkan libido bagi lelaki dan perempuan.\n\nMineral manganese yang tinggi di dalam nanas berperanan penting dalam menghasilkan pelbagai hormon pembiakan. Jika seseorang wanita itu kurang subur, tahap manganese di tubuhnya adalah rendah.\n\nJika hendak cepat hamil, minum jus oren setiap hari. Kandungan vitamin C yang tinggi dapat membantu dalam pembebasan telur dari ovari. Jangan lupa masukkan buah-buahan sitrus dalam diet harian anda.\n\nJika anda mengalami masalah kitaran haid yang tak teratur, dinasihatkan makan pisang. Dalam pisang mengandungi vitamin B6 yang tinggi. Vitamin ni penting untuk membetulkan kitaran haid dan dapat meningkatkan kesuburan.\n\nTahukah anda makanan yang pedas seperti cili dapat meningkatkan kesuburan? Aliran darah ke seluruh tubuh badan akan meningkat. Malahan, bekalan darah yang sihat akan dihantar ke sistem reproduktif. Hormon endorfin yang dihasilkan juga dapat menambah kesuburan.\n\nKunyit bukan saja terkenal dalam bidang masakan dan kecantikan tetapi juga sebagai herba yang menggalakkan kehamilan sihat. Ia samgat kaya dengan antioksidan.\n\nBawang putih ialah makanan yang kaya nutrien untuk kesuburan yang paling terbaik. Bawang puith boleh memberi perlindungan daripada keguguran awal kerana mengandungi selenium. Maka, peluang anda untuk hamil lebih tinggi.\n\nSelain rasanya yang berlemak dan enak sekali, ikan salmon sangat kaya dengan asid lemak omega 3. Malahan, di dalam ikan ni ada nutrien lain yang dapat meningkatkan kesuburan wanita.\n\nKandungan vitamin B12 dalam kerang berfungsi untuk mengekalkan tahap estrogen yang normal. Malahan, ia juga membantu implantasi telur yang disenyawakan.\n\nSesuai dengan harganya yang sangat mahal, tiram mengandungi zink yang baik untuk sistem reproduktif wanita. Ia dapat membantu pembentukan telur dalam ovari dan meningkatkan kesuburan.\n\nHati ikan kod kaya dengan asid lemak Omega 3. Ia merupakan lemak yang sihat dan dapat mencegah pelbagai komplikasi kesihatan pada wanita. Malahan, asid lemak ni berfungsi mengawal hormon pembiakan wanita yang normal dan meningkatkan kesuburan.\n\nMinyak zaitun mempunyai lemak monounsaturated yang dapat mengurangkan keradangan di dalam badan. Malah, wanita yang mengambil minyak zaitun dalam diet harian dapat mengelakkan komplikasi semasa kehamilan.\n\nBiji flax kaya dengan asid lemak Omega 3 dan lignins. Kedua-duanya berfungsi untuk meningkatkan kesuburan wanita. Malahan, lignins membantu mengurangkan saiz fibroid.\n\nBiji labu atau lebih dikenali sebagai kuaci putih merupakan makanan yang baik bagi wanita yang nak hamil. Ia kaya dengan nutrien yang baik untuk sistem reproduktif. Zink yang tinggi di dalamnya berperanan penting dalam proses pembahagian sel semasa peringkat embrio.\n\nKacang badam merupakan makanan terbaik untuk wanita yang sedang ikhtiar untuk hamil. Namun, kekacang lain seperti gajus, pistacio, kacang tanah dan sebagainya juga banyak khasiatnya. Badam mempunyai vitamin E dan asid lemak Omega 3 yang tinggi. Oleh itu, ia sangat baik untuk kesuburan.\n\nSetiap wanita yang ikhtiar untuk hamil digalakkan mengambil tiga atau lebih multivitamin setiap minggu. Ia mengandungi folat yang mungkin bermanfaat untuk kesuburan. Dikatakan bahawa pengambilan multivitamin akan mengelakkan ketidaksuburan ovulasi.\n\nBrokoli, tomato, bayam, anggur, epal dan sebagainya ialah sumber antioksidan. Di dalamnya mempunyai folat dan zink yang boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Malahan, ia dapat menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh yang boleh merosakkan sel-sel sperma dan ovum.\n\nDiharapkan para pembaca sekalian mendapat informasi yang bermanfaat tentang pemakanan untuk ikhtiar hamil. Selain mengamalkan pemakanan yang disenaraikan ini, jangan lupa mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.\n\nKami di Bidadari.my mendoakan pasangan yang sedang ikhtiar untuk mendapat cahaya mata dipermudahkan segala urusan. Tiada yang mustahil jika kita terus berusaha, berdoa dan bertawakal.\n\nJemput juga baca artikel lain seperti jenis sakit perut ketika hamil dan makanan yang baik untuk ibu hamil"
"Perancangan keluarga amat penting kerana ia ibarat merancang kewangan di masa hadapan. Kehadiran bayi sememangnya penyeri dalam keluarga dan kunci untuk sesebuah keluarga untuk bahagia. Tetapi mampukah anda untuk mengekalkan kestabilan kewangan jika anak terlalu ramai?\n\n\u201cAnak adalah punca rezeki kita\u201d. Ya, memang benar anak adalah punca rezeki kita jika kita mampu untuk menyediakan makan, pakaian yang lengkap untuk mereka dan masa yang kita perlukan untuk bermain dan menjaga mereka dengan sendirinya. Jika gaji kita tidak cukup dan isteri tidak bekerja, kita perlu fikir-fikirkan untuk mempunyai anak yang ramai.\n\nSelain itu, jarak umur anak juga penting dan ia salah satu dalam perancangan keluarga. Jika bersalin setahun sekali, ia tidak baik untuk kesihatan ibu dan anak kerana ada risiko-risikonya. Jarak yang terbaik adalah paling kurang 2 tahun. Apakah kesan kepada kepada bayi jika jarak terlalu dekat?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai jarak bersalin terbaik adalah 2 tahun dan kesan kepada bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nJarak bersalin 2 tahun dari tarikh bersalin\n\nJarak sebaik-baiknya ialah dua tahun daripada tarikh bersalin terdahulu. Misalnya jika ibu bersalin pada Ogos 2017, sebaik-baiknya boleh merancang untuk hamil lagi pada Ogos 2019.\n\nBagi kandungan yang mempunyai kehamilan jarak kurang daripada 18 bulan, bayi berisiko untuk mengalami keadaan seperti berikut;\n\n\ud83d\udccd Risiko saiz bayi lahir kecil (kurang daripada 2.5kg)\n\n\ud83d\udccd Risiko kandungan kecil berbanding usia kandungan.\n\nSetiap pasangan dinasihatkan untuk mengamalkan perancang keluarga untuk memastikan kehamilan dapat dijarakkan dengan lebih selamat dengan kaedah yang dipercayai berkesan.\n\nInfo tambahan : jenis kaedah perancang keluarga\n\nBerikut, merupakan antara kaedah yang boleh digunakan. Pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan. Kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika ibu masih menyusukan bayi:\n\n\ud83d\udccd Kondom untuk lelaki atau wanita\n\n*Ingat, perancangan keluarga amat penting. Suami isteri perlu merancang berapa orang anak yang hendak diperolehi dan perlu membuat tabung simpanan untuk kelengkapan anak. Jika gaji yang diperolehi cukup untuk menampung keluarga yang besar, maka ia tidak ada masalah tetapi pastikan jarak umur anak tidak terlalu dekat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ibu ingin berbincang dengan anda akan topik di atas. Tengah hari di suatu hari, semasa sedang membeli di salah sebuah kedai runcit berhampiran rumah Ibu, tiba-tiba Ibu terdengar suara kecil meminta duit seringgit.\n\n\u201cMak Cik nak duit seringgit nak beli keropok,\u201d kata suara itu. Ibu menoleh ke belakang dan melihat dua orang anak kecil berusia lebih kurang tujuh dan lapan tahun menadah tangan. \n\nTersentak Ibu dibuatnya. Melihat dari rupa pakai, anak-anak itu tidaklah melarat hidup mereka. Namun, untuk kepastian Ibu bertanya. \u201d Lapar ya?\u201d Mereka mengangguk.\n\nIbu hampir mahu mengeluarkan duit untuk memberi, tapi terhenti terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan anak-anak ini. Ibu lalu memberitahu mereka yang Ibu akan membelikan sendiri. Dalam hati, berhajat untuk membeli lebih dari seringgit.\n\n\u201cOk, Makcik belikan sekarang\u201d, kata Ibu.\n\n\u201cTak nak keropok tu,\u201d bentak salah seorang kanak-kanak itu.\n\n\u201cKat situ mahal,\u201d jawab anak yang membentak tadi.\n\n\u201cTakpe lah Makcik yang belikan,\u201d jawab Ibu menenangkannya.\n\n\u201cSaya nak beli yang kat sana,\u201d menunjukan arah yang memang tiada keropok di jual. Ibu mulai curiga. \n\nLalu mula bertanya anak-anak itu di mana rumah mereka, mak ayah ada tak, dah pergi sekolah ke tidak. Nampak cerita mereka bertukar-tukar. Ibu lagi curiga. Terdetik di hati sudah berapa lama anak-anak kecil ini menggunakan strategi meminta dari orang ini.\n\nWalaupun mereka bukan anak atau cucu Ibu, Ibu amat kasihan. Namun, kasihan Ibu bukan hanya sekadar menghulur duit. \n\nIbu mahu mereka ada peluang untuk memahami mereka tiada masa hadapan jika mereka teruskan aktiviti begini. Dengan penuh kasih-sayang dan hormat kepada mereka Ibu terus berkata,\n\n\u201d Sayang, sebenarnya tidak berapa baik untuk suka meminta-minta dari orang lain ni. Jika mak ayah tahu tentu mereka malu. Jika kita mahu duit, belajarlah membuat kerja yang boleh mendatangkan duit yang halal.\u201d \n\nNiat Ibu untuk mengajar mereka berusaha untuk apa yang mereka mahu, bukan sekadar meminta. Jika mereka mahu menolong mengangkat barang yang Ibu beli itu, yang tidak banyak itu, Ibu akan beri mereka lebih dari yang mereka minta. Sebab Ibu mahu mengajar mereka untuk berusaha dan jangan hanya meminta.\n\nTiba-tiba salah seorang pergi ke peti ais dan mengambil minuman jus yang berharga lebih dua ringgit lalu terus berkata, \u201d Nak air ni boleh?\u201d Seolah-olah tuli telinganya kepada apa yang Ibu katakan tadi.\n\nIbu menarik nafas, \u201d Dahaga ya? Jika dahaga Mak Cik belikan air kosong sejuk ni.\u201d \u201cTak nak air kosong !\u201dbentak adik yang membentak tadi. \n\n\u201cHabis nak air apa?\u201d Sengaja Ibu hendak melihat akalnya. Dengan pantas dia ke peti ais itu dan mengambil air jus juga.\n\nIbu menghela nafas panjang. Sudah ternyata budak-budak ini sudah biasa melakukan aktiviti ini. Dan pada pandangan mereka Ibu ini adalah nenek yang boleh ditipu-tipu dan diminta-minta.\n\nIbu senyum kepada mereka. Ibu tahu Ibu kasih kepada mereka dan Ibu akan melayan mereka dengan kasih-sayang dan TEGAS. Ibu tahu, jika mereka benar-benar lapar dan dahaga mereka akan menerima apa sahaja yang Ibu beri. Mereka tidak akan banyak kira.\n\nIbu lalu berkata kepada mereka dengan suara yang tegas tapi lembut, \u201d Ok, sebab dahaga, makcik beli air kosong ini,\u201d senyum Ibu kepada anak-anak itu. \n\n\u201d Tak nak, air kosong tak de rasa,\u201d bentak si adik. \u201d Oh, kalau begitu tak perlulah kita beli air, sebab tak dahaga!\u201d jawab Ibu tegas.\n\nNampak mati akal anak itu. Ibu mengajak mereka untuk membeli keropok lekor di hadapan kedai itu. Tiba-tiba kedua-dua mereka berlal dari situ. Ibu panggil, bertambah laju mereka berlari.\n\nIbu tersenyum sendiri. Senyum pahit dan di hati ini memikirkan siapalah emak-ayah budak-budak itu? Tahukah mereka akan aktiviti anak-anak mereka ini?\n\nSemasa memandu untuk pulang ke rumah, Ibu ternampak dua anak-anak kecil itu bermain di kaki lima kedai. Nampak seperti mereka baru membeli mainan bebola kecil yang berisi benda di dalamnya yang biasa terjual di depan kedai. Terdetik hati Ibu, agaknya itulah keropok yang mereka nak beli dengan duit seringgit tadi.\n\nIbu terus berdoa kepada Allah, agar anak-anak kecil ini Allah pimpin hati mereka agar tidak menjalani hidup seperti itu lagi. Agar mereka akan terdorong menjadi orang yang ikhlas dan berjaya. Agar ibu bapa mereka tersedar dan menjadi prihatin dalam mendidik mereka.\n\n\u201cKasihanilah mereka Allah, mereka masih merupakan hambaMu yang kudus. Hati mereka masih jernih, cuma mereka keliru. Semoga mereka berjumpa orang yang boleh membimbing mereka untuk berjaya di dalam hidup di dunia dan akhirat.\u201d\n\nSayang semua, jagalah anak-anak baik-baik. Jangan kita tidak prihatin kerana anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita. Miskin atau kaya bukan persoalannya. Jika miskin tapi berwawasan, anak tetap akan dijaga dengan baik.\n\nJika miskin pun, ajarlah anak menghargai ilmu, rajin belajar dan berusaha. Miskin bukan passport untuk mengajar anak melata dan meminta-minta dari orang. Ramai ibu bapa miskin dahulu yang dapat menjaga anak-anak dengan baik sehingga boleh ke menara Gading dan mengubah ekonomi keluarga. \n\nAjar anak untuk berusaha jika dia mahu sesuatu yang lebih. Seperti anak-anak kecil tadi, jika mereka meminta untuk mengangkat barang-barang Ibu ke kereta pun Ibu akan menghulurkan wang yang membolehkan mereka untuk membeli minuman yang mereka mahu itu.\n\nNamun, bila mereka hanya sekadar menadah tangan.maka bagaimana masa hadapan mereka nanti? Entitlement mindset menjadi lebih kuat di dalam diri mereka. Bila ini bersarang di dalam minda mereka, banyaklah perkara yang tidak baik yang mereka boleh lakukan. Yang paling kecil, memaksa orang menanggung hidup mereka. \n\nBukankah ini sudah banyak berlaku? Mak bapak yang sudah tua tetapi masih lagi terpaksa menanggung anak-anak yang sihat muda belia yang malas bekerja yang hidup saban hari tidur dan berpoya? \n\nKerja mereka meminta dan membentak untuk mendapat apa yang mereka mahu. Semua itu bermula bila hati kudus mereka dinodai dengan kealpaan ibu bapa. \n\nKadang-kadang adalah lebih susah untuk tidak memberi dari memberi. Namun, bila kita jelas dengan matlamat yang hendak kita capai, maka walaupun kita sakit, kita dapat teruskan dan tidak berkata dua lagi."
"Nyamannya rasa kalau panas-panas dapat menjamah Sagu Gula Melaka. Sejuk tekak jer rasa. Sagu Gula Melaka ini merupakan antara dessert yang popular. Terutamanya di majlis-majlis yang melibatkan orang ramai seperti kenduri, jamuan, catering, hotel dan sebagainya.\n\nJadi mak-mak yang pening memikirkan nak bawa apa lah untuk jamuan kelas atau sekolah anak-anak, bolehlah jadikan Sagu Gula Melaka sebagai bekalannya. Nak buat pun tak susah. Hanya memerlukan sagu yang telah dimasak, gula melaka, santan atau susu cair. Gabungkan kesemua ini ke dalam satu bekas. Dah siap.\n\nApa lagi? Bolehlah cuba resepi dari Ayong Chomey. InsyaAllah mudah difahami dan diikuti. Bahan-bahannya pun mudah dicari di mana-mana kedai. Jom baca dan mencubanya.\n\nMudahkan? Sekelip mata jer kan dah siap. Sagu Gula Melaka juga boleh dibawa ke \u2018picnic\u2019. Bawalah dalam \u2018ice box\u2019 untuk kekal sejuk. Yummy. Sedapnya makan desset nih sambil berkelah. Gabungan rasa sejuk, manis, lemak, lembut dengan suasana alam sekitar yang nyaman pasti mampu menenangkan jiwa.\n\nSelain dari resepi Sagu Gula Melaka ini, terdapat juga resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya."
"Pada tahun 1796, seorang pakar perubatan bernama Edward Jenner telah berjaya menunjukkan bahawa manusia boleh mendapatkan kekebalan terhadap penyakit cacar dengan memberikan suntikan virus vaccinia\u00a0(Cacar lembu) terhadap seorang budak lelaki berusia 13 tahun. 2 tahun kemudian, vaksinasi terhadap penyakit cacar telah boleh dibuat apabila vaksin cacar yang pertama telah diperkenalkan (Sumber: The Immunisation Advisory Centre). \n\nVaksinasi merupakan pemberian suntikan mikrob untuk merangsang sistem imun terhadap mikrob tersebut, dan dengan itu boleh mengelakkan penyakit (Definisi daripada medicinenet.com). Dengan kata lain, sistem melawan penyakit alamiah dalam badan dirangsang dengan cara \u201cmemperkenalkan\u201d mikrob tersebut dengan badan kita. Mikrob yang digunakan (bakteria, virus, dan sebagainya) adalah mikrob yang telah DIBUNUH. Selain itu, vaksin yang dihasilkan harus diuji dengan sehingga dibuktikan selamat untuk digunakan dan dipasarkan. \n\nVaksin yang telah diuji dan disahkan selamat juga akan dipantau secara berterusan. Ini adalah untuk mengenalpasti kesan-kesan sampingan penggunaan vaksin tersebut yang tidak dikesan semasa pembangunan vaksin tersebut.\n\nJadi, berikut merupakan beberapa fakta pemberian vaksin yang dikongsikan oleh Dr. Afiq Rahim.\n\nStatistik peningkatan kes penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin semakin meningkat.\n\nAntara penyumbang terbesar peningkatan kes difteria, demam campak dan batuk kokol adalah kerana penolakan vaksin.\n\nApakah Status \u201cPenolakan Vaksin\u201d Pada Peringkat Global?\n\nMalahan WHO telah meletakkan salah satu daripada 10 ancaman kesihatan awam 2019 adalah penolakan vaksin.\n\nBerapakah Harga Yang Perlu Dibayar Untuk Mendapatkan Vaksinasi?\n\nDi Malaysia, vaksin berjadual untuk kanak-kanak masih diberikan secara PERCUMA.\n\nGunakanlah manfaat ini sebaiknya. Jika ada keraguan dan kemusykilan, bertanyalah pada anggota kesihatan yang bertauliah.\n\nJangan jadikan individu dengan profile akaun palsu, acah-acah doktor gugel dan sewaktu dengan sebagai sumber rujukan.\n\n*Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan kita semua terutamanya golongan ibu bapa agar dapat membuat keputusan yang tepat untuk masa depan anak-anak. Jangan lupa share untuk pengetahuan orang lain di luar sana ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Nafkah adalah merupakan asas dalam menjaga nyawa kerana dengan adanya nafkah, tidak kira sama ada seorang kanak-kanak mahupun seorang dewasa boleh meneruskan kelangsungan hidup dengan makan, minum, berpakaian dan duduk di tempat tinggal yang selesa mengikut kemampuan. \n\nNafkah bagi seorang kanak-kanak adalah semua perkara asas diperlukan yang wajib disediakan oleh bapa mereka iaitu orang yang dipertanggungjawabkan mengikut syarak agama Islam walaupun telah bercerai. \n\nSeorang bapa wajib menyara serta menanggung nafkah anak-anaknya kerana mereka masih belum berupaya mencari nafkah sendiri ataupun tidak mampu untuk mencari nafkahnya kerana masih kecil. Ia adalah perintah Allah SWT.\n\n\u201cDan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap, iaitu bagi yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajiban bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara sepatutnya. \n\nTidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah seorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seorang bapa menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan itu (jika bapa tiada). \n\nKemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dicapai oleh) mereka sesudah berunding, atas mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu serahkan (upah) yang kamu berikan itu dengan cara yang patut.\u201d \n\nNafkah Dan Jumlah Nafkah Anak Selepas Bercerai\n\nDi dalam Seksyen 73, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor memperuntukkan kewajiban seorang bapa menanggung nafkah anak-anaknya sehingga mereka mampu untuk mencari nafkah sendiri. \n\nSeksyen itu menyatakan menjadi kewajipan seorang lelaki untuk menanggung keperluan anaknya selepas bercerai dengan bekas isterinya kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah mahkamah memperuntukkan syarat yang lain, maka menjadi kewajipan seseorang lelaki itu menanggung nafkah anaknya tersebut. \n\nSama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain, sama ada menyediakan kepada mereka tempat tinggal, kelengkapan pakaian, makanan yang cukup, kos perubatan dan kos pelajaran sebagaimana yang munasabah kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya dengan jumlah-jumlah yang ditentukan oleh pihak mahkamah syariah. \n\nBerdasarkan firman Allah S.W.T serta peruntukan yang termaktub di dalam undang-undang itu, menjadi kewajipan seorang bapa menanggung nafkah anak-anaknya dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan atau dipindahkan kepada pihak lain melainkan terdapat sebab dan alasan diterima oleh hukum syarak.\n\nJika kita sering melihat kes-kes penceraian yang sering berlaku di negara kita khususnya, perkara utama sering dipersoalkan oleh para isteri setiap kali membuat tuntutan nafkah anak mereka di mahkamah adalah berapakah jumlah nafkah anak selepas bercerai. Secara asasnya, kita harus merujuk kepada hadis nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: \n\n\u201cAmbillah apa-apa yang mencukupi (kifayah) buatmu dan anak-anakmu dengan cara yang baik (makruf).\u201d\n\nBerdasarkan hadis ini, para ulama berpendapat, jika suami gagal atau enggan (tidak mahu) untuk memberi nafkah, isteri berhak mengambil apa yang cukup untuk dirinya dan juga anak-anaknya secara kifayah (cukup) dan makruf (baik) walaupun tanpa pengetahuan bekas suami mereka. \n\nBagaimanapun, apa yang cukup dan makruf tidak dibincangkan serta diputuskan oleh fuqaha dengan jelas dan terang serta tidak dinyatakan berapakah kadar atau ukuran kifayah dan jumlah nafkah anak selepas bercerai. Kecukupan dan kemakrufan kadar nafkah isteri dan anak bergantung kepada amalan masyarakat setempat.\n\nNafkah Isteri Dari Suami \u2013 Mazhab Syafie\n\nDalam menghuraikan pengertian makruf itu, Mazhab Imam Syafie berpendapat bahawa nafkah isteri perlu ditetapkan dengan kadar yang tertentu. Justeru, fuqaha Mazhab Shafie menetapkan kadar nafkah yang perlu diberikan suami yang kaya kepada isterinya ialah 2 mud (1 cupak) setiap hari. \n\nBagi suami yang miskin 1 mud dan bagi suami yang sederhana ialah 1\u00bdmud. Fuqaha Malikiyyah dan Ibn Qudamah berpendapat sebaliknya dengan mentakrifkan makruf pada nafkah isteri adalah dengan tidak menetapkan kadar tetapi berpandukan kifayah (kecukupan) isteri.\n\nMenurut mereka, mewajibkan sesuatu yang mengurangi kifayah adalah meninggalkan perbuatan makruf dan sekiranya memenuhi tuntutan kifayah walaupun kurang daripada 1 mud, maka ia tetap termasuk dalam perbuatan makruf yang dituntut di dalam al-Quran dan al-sunah. \n\nCara Menetapkan Jumlah Nafkah Anak Selepas Bercerai\n\nDi dalam kalangan fuqaha Shafi\u2019iyah yang lain seperti Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan \u2018Ali al-Sharbaji menjelaskan, jumlah nafkah anak selepas bercerai mestilah berdasarkan amalan masyarakat setempat dan semasa kadar itu ditentukan. Namun begitu, ulasan dan hujah fuqaha di atas diterima pakai dan dijadikan panduan mahkamah syariah dalam menentukan kadar nafkah anak-anak yang masih belum dapat mencari nafkah sendiri.\n\nSelepas ditentukan keperluan anak-anak, mahkamah juga akan melihat kedudukan bapa dari segi kemampuannya menyediakan keperluan dharuriyyah berkenaan dari segi pendapatan bulanan gaji si bapa. Ketika membuat tuntutan kadar nafkah anak-anak, bekas isteri hendaklah menyediakan perincian lengkap berserta semua bukti perbelanjaan dan keperluan dharuriyyah itu. \n\nDi dalam seksyen 80 Enakmen pula memperuntukkan bahawa hak anak-anak terhadap nafkah akan terhenti apabila anak itu mencapai cukup umur 18 tahun tetapi seksyen ini juga membenarkan mahkamah, atas permohonan anak, atau orang lain untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah tersebut bagi membolehkan anak tersebut menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau untuk mengikuti latihan lanjut. \n\nMerujuk kepada kadar nafkah yang telah diperintahkan oleh mahkamah, dapat dinyatakan di sini bahawa sesuatu kadar nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah tidaklah kekal dan boleh diubah berdasarkan kepada kemampuan bapa, keperluan anak-anak tersebut dan taraf ekononomi semasa. \n\nContoh kes yang berkaitan dengan perubahan nafkah ini, kes Fatimah v Shaikh Mohamed (1977) 1 JH(1) 39, \u00a0Mahkamah telah mempertimbangan taraf hidup di Kuala Lumpur dan berpendapat bahawa kadar lama sebanyak RM90 tidak mencukupi untuk menampung kehidupan anak itu dan telah menaikkan kadar nafkah kepada RM110 sebulan dan permohonan untuk mengubah perintah ini boleh dibuat oleh orang yang memberi nafkah, orang yang menerima nafkah dan bagi anak yang belum baligh, penjaganya.\n\nSekarang kita sudah mengetahui tentang panduan dan jumlah nafkah anak selepas bercerai, jadi hukum mengabaikan nafkah anak adalah berdosa besar kepada Allah S.W.T. Kepada para isteri, jika bekas suami anda tidak memberikan nafkah kepada anak- anak anda, anda boleh menfailkan rayuan di mahkamah syariah di tempat anda. \n\nKetahuilah mengabaikan nafkah anak ni akan sengsara di dunia dan menderita di akhirat kelak, wallahualam. Jemput baca 3 Golongan di Masyar, 12 Ayat Pengasih untuk suami dan 10 Foundation terbaik wanita."
"Sujud Sajadah juga dikenali sebagai Sujud Tilawah. Tilawah bermaksud bacaan. Oleh itu, Sujud Sajadah ialah perbuatan sujud apabila seseorang bertemu dengan Ayat Sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.\n\nHukum melakukan Sujud Sajadah adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan. Namun begitu, jika tidak melakukannya, ia bukan suatu dosa.\n\nDari\u00a0Umar\u00a0ra, \u201cPada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya suruh berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajadah, dia berkata: \n\n\u201cWahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka tidak mendapat dosa.\u201d (HR\u00a0Bukhari)\n\nAyat 24, Surah Sod menurut mazhab Syafie dan Hanbali tidak termasuk dalam Ayat Sajadah, tetapi ayat tersebut disunatkan untuk Sujud Syukur. Manakala, Ayat 77, Surah al-Hajj pula menurut mazhab Syafie dan Hanbali dimasukkan sebagai Ayat Sajadah.\n\nBagi al-Quran Rasm Uthmani, Ayat-ayat Sajadah akan ditandai dengan simbol kubah.\n\nSebenarnya, bacaan ketika Sujud Sajadah adalah sama\u00a0seperti bacaan sujud ketika solat. Namun begitu lafaz bacaan Sujud Sajadah ini terdapat banyak khilaf dalam kalangan ulama.\n\n1) \u00a0Dari Hudzaifah ra, beliau menceritakan bahawa Nabi saw ketika sujud membaca:\n\nMaksudnya, \u201cMaha Suci Allah Yang Maha Tinggi\u201d (HR. Muslim)\n\n2) Dari \u2018Aisyah ra, Nabi saw biasa membaca do\u2019a ketika ruku\u2019 dan sujud,\n\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u0650\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u060c \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u0649\n\nMaksudnya, \u201cMaha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepadaMu, ampunilah dosa-dosaku.\u201d (HR. Bukhari dan Muslim)\n\n3) Dari \u2018Ali bin Abi Talib, Nabi saw ketika sujud membaca,\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0633\u064e\u062c\u064e\u062f\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0628\u0650\u0643\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e \u0623\u064e\u0633\u0652\u0644\u064e\u0645\u0652\u062a\u064f \u0633\u064e\u062c\u064e\u062f\u064e \u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u0650\u0649 \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u0649 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0635\u064e\u0648\u0651\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0634\u064e\u0642\u0651\u064e \u0633\u064e\u0645\u0652\u0639\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0628\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f \u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0627\u0644\u0650\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cYa Allah, kepadaMu lah aku bersujud, keranaMu aku beriman, kepadaMu aku berserah diri. Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta.\u201d (HR. Muslim)\n\nNamun begitu, terdapat 1 lafaz bacaan Sujud Sajadah yang biasa diajar kepada masyarakat kita, iaitu:\n\n4) Dari \u2018Aisyah ra, beliau mengatakan bahwa Rasulullah saw biasa membaca dalam sujud tilawah di malam hari beberapa kali bacaan:\n\n\u0633\u064e\u062c\u064e\u062f\u064e \u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u0650\u0649 \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u0649 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0635\u064e\u0648\u0651\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0634\u064e\u0642\u0651\u064e \u0633\u064e\u0645\u0652\u0639\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0628\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f \u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0627\u0644\u0650\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cWajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta\u201d (HR. Abu Daud, Tirmizi dan an-Nasai)\n\nHadis di atas terdapat perselisihan ulama mengenai statusnya. Hadis ini dikatakan sahih oleh at-Tirmizi, al-Hakim, an-Nawawi, adz-Dzahabi, Syaikh Ahmad Muhammad Syakir, Syaikh al-Albani dan Syaikh Salim bin \u2018Ied Al Hilali. Sedangkan tambahan \u201cFatabaarakallahu ahsanul kholiqiin\u201d disahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi dan an-Nawawi. Namun sebagian ulama lain seperti Syaikh Abi \u2018Umair menilai bahawa hadis ini lemah (dho\u2019if).\n\n1) Para ulama bersepakat bahwa sujud sajadah cukup dengan sekali sujud.\n\n2)\u00a0Bentuk sujudnya sama dengan sujud dalam solat.\n\n3)\u00a0Tidak disyariatkan (berdasarkan pendapat yang paling kuat) untuk\u00a0takbiratul ihram\u00a0dan salam.\n\n\u0648\u064e\u0633\u064f\u062c\u064f\u0648\u062f\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u0650 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0634\u0652\u0631\u064e\u0639\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0631\u0650\u064a\u0645\u064c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0644\u0650\u064a\u0644\u064c : \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0633\u0651\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0639\u0652\u0631\u064f\u0648\u0641\u064e\u0629\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0627\u0645\u0651\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0644\u064e\u0641\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0646\u0652\u0635\u064f\u0648\u0635\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0626\u0650\u0645\u0651\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0634\u0652\u0647\u064f\u0648\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cSujud tilawah ketika membaca ayat sajadah tidaklah disyariatkan untuk takbiratul ihram, juga tidak disyariatkan untuk salam. Inilah ajaran yang sudah ma\u2019ruf dari Nabi saw, juga dianut oleh para ulama salaf, dan inilah pendapat para imam yang telah masyhur.\u201d\u00a0(Majmu\u2019 Al Fatawa, 23/165)\n\n4) Namun begitu, terdapat juga pendapat menyatakan disyariatkan pula untuk bertakbir ketika hendak sujud dan bangkit dari sujud. Hal ini berdasarkan umum hadis Wa\u2019il bin Hujr,\n\nMaksudnya \u201cNabi saw biasa mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir. Beliau pun bertakbir ketika sujud dan ketika bangkit dari sujud.\u201d (HR. Ahmad, ad-Darimi, at-Thoyalisi)\n\n5) Bagi Sujud Sajadah yang dilakukan di luar solat, adalah lebih utama Sujud Sajadah dimulai dari keadaan berdiri. Inilah pendapat yang dipilih oleh Hanbali, sebagian ulama dari Hanafi, salah satu pendapat ulama-ulama Syafie, dan juga pendapat Ibnu Taimiyah.\n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u064a\u064f\u062a\u0652\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u064a\u064e\u062e\u0650\u0631\u0651\u064f\u0648\u0646\u064e \u0644\u0650\u0644\u0623\u064e\u0630\u0652\u0642\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0633\u064f\u062c\u0651\u064e\u062f\u0627\u064b\n\nMaksudnya, \u201cSesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur\u2019an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud.\u201d (Surah al Isra\u2019, Ayat 107).\n\nUlasan mereka, yang namanya\u00a0\u2018yakhirrun\u2019\u00a0(menyungkur) adalah dari keadaan berdiri. Namun, jika seseorang melakukan sujud sajadah dari keadaan duduk, maka ini tidaklah mengapa. Bahkan Imam Syafi\u2019i dan murid-muridnya mengatakan bahwa tidak ada dalil yang mensyaratkan bahawa Sujud Sajadah harus dimulai dari keadaan berdiri. (Shahih Fiqih Sunnah, 1/449)\n\nAdakah Sujud Sajadah Di Luar Solat Perlu Berwudhu\u2019?\n\nMajoriti ulama berpendapat bahawa Sujud Sajadah disyariatkan untuk berwudhu\u2019 sebagaimana solat. Oleh kerana itu, para ulama mensyariatkan untuk bersuci dan menghadap kiblat dalam Sujud Sajadah sebagaimana syarat-syarat sah solat.\n\nNamun, ulama lain iaitu Ibnu Hazm dan Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa tidak disyariatkan untuk berwudhu\u2019 kerana Sujud Sajadah bukan solat. Namun Sujud Sajadah adalah ibadah yang berdiri sendiri. Dan diketahui bahawa jenis ibadah ini tidaklah disyariatkan bersuci (toharah). Inilah pendapat yang dipilih oleh Ibnu \u2018Umar, asy-Sya\u2019bi dan al-Bukhari.\n\nTerdapat beberapa khilaf ulama dalam hal Sujud Sajadah. Berkenaan dengan bacaan Sujud Sajadah, kita oleh sahaja membaca bacaan tasbih seperti yang dibaca ketika sujud di dalam solat. Namun, jika ingin membaca lafaz Sujud Sajadah yang biasa diajarkan kepada kita iaitu \u2018Sajada wajhia lillazi kholaqahu.\u2019 juga tidak menjadi masalah kerana lafaz itu juga memiliki syahid (penguat).\n\nTatacara Sujud Sajadah di dalam solat tidak banyak ulama yang berbeza pendapat, kerana sewaktu solat, kita sememangnya berada dalam keadaan berwudhu\u2019. Namun bagi Sujud Sajadah yang dilakukan di luar solat, terdapat percanggahan dalam beberapa hal.\n\nOleh kerana Ibn Taimiyah berpendapat bahawa Sujud Sajadah bukan solat, kerana ia adalah ibadah yang berdiri sendiri, maka, tatacaranya tidak semestinya perlu sama seperti ibadah solat. Maka, adalah tidak salah jika kita tidak berdiri, tidak melakukan takbiratul ihram, tidak salam, tidak berwudhu\u2019 dan tidak menghadap kiblat untuk melakukan Sujud Sajadah di luar solat.\n\nNamun, sekiranya kita ingin berwudhu\u2019, berdiri, melakukan takbiratul ihram, memberi salam serta menghadap kiblat ketika melakukan Sujud Sajadah di luar solat, ia juga adalah satu amalan yang dibenarkan malah ia adalah lebih afdhal. Wallahu a\u2019lam.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Sujud Sajadah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Cara dan doa Taubat Nasuha yang mudah dan simple. Tidak dinafikan, manusia tidak akan terlepas untuk melakukan kesilapan. Disebabkan itu, setiap manusia berhak untuk mendapatkan peluang kedua dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menyesal di atas perbuatan yang telah mereka lakukan. Sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan adalah mereka yang segera bertaubat di atas perbuatannya.\n\nOleh itu, solat sunat taubat dilakukan oleh mereka yang ingin bersungguh-sungguh ingin bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Terdapat cara dan doa taubat nasuha yang perlu anda tahu untuk melakukan solat ini. Jom tengok cara untuk menunaikan solat beserta doa taubat nasuha yang betul.\n\nSolat taubat merupakan solat yang dilakukan oleh mereka yang telah melakukan maksiat dan dosa. Solat ini juga merupakan solat yang dilakukan untuk mendapatkan keampunan dari Allah SWT bagi dosa yang telah mereka lakukan. Kebiasaannya, mereka akan melakukan solat ini ketika merasa mereka telah melakukan kesalahan.\n\nSelain dari beristighfar untuk menyesali kesalahan, taubat nasuha juga merupakan taubat yang sebenar-benarnya. Hal ini kerana, mereka telah berjanji untuk tidak mengulangi lagi perbuatan dan dosa tersebut. Solat ini juga dilakukan dengan 2 rakaat pada bila-bila masa sahaja.\n\nWalaupun begitu, terdapat juga waktu yang disarankan untuk anda melakukan solat ini. Contohnya pada waktu anda bangun untuk melakukan solat malam. Hal ini juga adalah kerana keadaan pada waktu malam yang lebih tenang dan senyap. Waktu ini juga anda dikatakan akan menjadi lebih dekat dengan Allah SWT.\n\n2.Telah meninggalkan dosa tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya.\n\n3.Sekiranya melakukan kesalahan mencuri, perlulah memulangkan barangan yang telah dicuri.\n\n4.Meminta maaf dengan manusia sekiranya melakukan kesalahan yang berkaitan dengan maruah dan jiwa.\n\nSolat taubat sangat mudah untuk dilakukan kerana minimum dilakukan adalah sebanyak 2 rakaat sahaja. Di bawah merupakan cara untuk melakukan solat ini.\n\n\u201cUsolli sun-na-tat Tau-ba-ti rok-\u2018a-tai-ni lil-laa-hi ta-\u2018aa-laa\u201d\n\nSahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.\n\n\u201cAllaahu Akbaru Kabiiraw, Walhamdu Lillaahi KatSiiRaw, Wa SubHaaNallaaHi Bukrataw-Wa AsiiLa.\u00a0 WajjahTu WajHiya LillaDzii FaThaRas-SaMaaWaaTi Wal Ardh, Haniifam-Muslimaw Wamaa Anaa Minal MusyRikiin.\u00a0 Inna SolaaTii Wa Nusukii Wa MahYaaYa Wa MaMaaTii Lillaahi Robbil \u2018AaLamiin.\u00a0 Laa SyariiKaLahu Wa BiDzaaLika UmirTu Wa Anaa Minal Muslimiin.\u201d\n\n1.Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah.\n\n2.Maha Suci Allah pagi dan petang.\n\n3.Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.\n\n4.Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.\n\n5.Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.\n\n6.Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.\n\nNota: Solat sunat taubat tetap sah walaupun tidak membaca doa iftitah, tetapi mendapat pahala jika membacanya.\n\n\u201cBismillah hir-rohmaa nir-rohim. Alhamdulilahi robbil0alamin. Ar rohmanir-rohim. Maliki-yaumiddin. Iyyaka na\u2019budu wa-iyyaka-nasta\u2019in. Ihdinos sirothol mustaqim. Sirothol-lazina an\u2019amta \u2018alaihim. Gh\u2019oiril ma\u2019dhubi \u2018alaihim walad-dhollin.\u201d\n\n1.Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani\n\n2.Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam\n\n3.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani\n\n4.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)\n\n5.Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.\n\n7.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.\n\nNota: Surah Al-Fatihah merupakan sebahagian dari rukun solat, disebabkan itu, ia wajib dibaca di dalam solat.\n\n\u201cQul yaa ayyuhal kaafiruun. Laa a\u2019budu maa ta\u2019buduun. Wal aa antum aabiduuna maa a\u2019bud. Wal aa ana aabidun maa abadtum. Wal aa antum abiduuna maa a\u2019bud. Lakum diinukum wa liyadiin.\u201d\n\n2.Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.\n\n3.Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.\n\n4.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.\n\n5.Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.\n\nSama seperti di rakaat pertama, mulakan dengan surah Al-Fatihah\n\n\u201cQul huwallah-hu Ahad. Allahussomad. Lam Yalid Walam Yuulad. Walam Yakullahu Kufuwan Ahad.\u201d\n\n1.Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa,\n\n3.Dia tidka beranak dan tidak pula diperanakkan.\n\n4.Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia.\u201d\n\nSemasa sujud terakhir, bacakan sebanyak 40 kali.\n\n\u201cLaa ilaaha illa Antaa Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin\u201d\n\nTiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).\n\nSelepas memberi salam, amalkan membaca zikir di bawah sebelum membaca doa.\n\n1.Membaca Istighfar Tauhid sebanyak 10 hingga 100 kali\n\n\u201cAs-tagh-fi-rul-Laa-hil \u2018A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta \u2018Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-\u2018an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.\u201d\n\nDaku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.\n\n2.Membaca Penghulu Istighfar sebanyak 3 kali\n\n\u201cAL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi \u00a0Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa \u2018ab-du-ka wa-a-naa \u2018a-laa \u2018ah-di-ka wa-wa\u2019-di-ka mas-ta-th0\u2032-tu, a-\u2018uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na\u2019-tu, a-buu u-la-ka bi-ni\u2019-ma-ti-ka \u2018a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.\u201d\n\nYa Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.\n\nDoa ini dibaca setelah selesai menunaikan solat taubat nasuha.\n\nDaku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Aku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!\n\nAku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).\n\nAku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.\n\nYa Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.\n\nYa Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.\u00a0\n\nYa Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!\n\nAllah SWT maha pengampun lagi maha penyayang. Disebabkan itu, anda tidak seharusnya merasa ragu untuk gterus bertaubat apabila melakukan kesalahan. Setiap dosa-dosa kecil mahupun besar pastinya dapat diampunkan dengan memohon dan menyesali segala perbuatan dengan bersungguh-sungguh. Semoga kita semua dilindungi dari kegelapan dosa dan maksiat.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:\n\nMuhammad Fahmi Rusli. (2017). AL-KAFI #651 : TATACARA SOLAT SUNAT TAUBAT. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/725-al-kafi-651-tatacara-solat-sunat-taubat\n\nThe Rohani. (2022). Cara Solat Taubat Nasuha (Dengan Niat & Doa Ringkas). https://therohani.com/cara-solat-taubat-nasuha-ringkas/\n\nMuhamad Naim. (2022). NIAT & CARA SOLAT TAUBAT Beserta DOA TAUBAT (Panduan Lengkap). https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-taubat/"
"Kebanyakan daripada kita hanya menghidupkan qiamullail pada bulan Ramadan lantaran mahu \u00a0mengejar pahala pada bulan suci tersebut. Namun bukankah sebaik-baik amalan adalah amalan yang sedikit namun berpanjangan.\n\nOleh itu, jika kita sudah amalkan berqiamullail sepanjang bulan Ramadan, apa kata jika diteruskan ibadat ini secara berlarutan. Jika diamalkan selalu, lama-kelamaan ianya akan terbiasa bahkan berasa rindu jika tidak melakukannya.\n\nQiamullail bermaksud \u2018berjaga\u2019 \u00a0atau \u2018bangun malam\u2019pada waktu malam untuk melakukan ibadah kepada Allah. Maksudnya, menghidupkan malam dengan memenuhi masa untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT sewaktu orang lain nyenyak dibuai mimpi. Antara ibadat yang boleh dilakukan semasa berqiamullail adalah:\n\nWaktu terbaik adalah di tengah malam, iaitu selepas isyak sehingga sebelum subuh. \u00a0Lebih tepat lagi, pada 2/3 malam iaitu kira-kira jam 4.30 pagi. Sebaiknya, tidurlah dahulu sebentar sebelum bangun kemudiannya.\n\n\u00a0\u201cPuasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.\u201d \n\nSebenarnya tidak ada cara atau panduan khusus dalam menghidupkan qiamulail. Bahkan \u00a0terdapat pelbagai saranan yang bergantung kepada individu. Antara yang mudah dan ringkas adalah seperti berikut;\n\n\u201cBarangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya.\u201d \n\n\u201cApabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah.\u201d \n\nSangat banyak keistimewaan dan kelebihan berqiamullail. Antaranya adalah;\n\nDengan melazimi qiamullail, itu menandakan kita sedang berusaha menjadi hamba yang baik dengan beriman kepada Allah SWT. Selain menunaikan kewajipan lima waktu, mendirikan solat-solat sunat juga akan meningkatkan iman kita kepadaNya.\n\nSemakin istiqamah dalam melakukan qiamullail, semakin tinggi darjat kita di sisi Allah dan semakin dekat kita denganNya. Ini kerana tidak semua orang mendapat kedudukan ini di sisi Allah lantaran tidak mampu untuk bangun malam di tengah malam dan berqiamulail.\n\n3. Dapat Melakukan Ibadah Dengan Lebih Khusyuk\n\nPada tengah malam, suasana sepi dan hening lebih tenang untuk beribadah memandangkan kebanyakan orang sedang lena diulit mimpi. Oleh itu ibadah dapat dilakukan dengan lebih khusyuk.\n\nDengan nikmat kesihatan yang diberikan. Berapa ramai di antara kita yang terlupa bahawa tubuh badan yang sihat dan mampu bangun malam untuk beribadat adalah salah satu nikmat yang tidak dimilik oleh semua.\n\nGolongan yang kerap berjaga malam untuk melakukan qiamullail akan dihadiakan dengan rezeki yang melimpah-ruah dan tidak disangka-sangka.\n\n6. Melatih Diri untuk Menjadi Insan yang Bertakwa\n\nMelakukan qiamullail akan menjadikan kita hamba yang lebih bertakwa kepadaNya. Bahkan lebih berasa takut untuk melakukan kesalahan dan dosa.\n\n\u00a0 7. Melatih Diri untuk Memperbanyakkan Ibadah Sunat\n\nPada waktu siang kita sibuk dengan urusan seharian. Malam hari adalah masa dan peluang yang sesuai untuk \u2018berjumpa\u2019 dengan Allah SWT secara lebih khusyuk dan bersungguh. Keseronokan itu membuatkan kita berasa lebih mahu untuk melakukannya lagi pada masa akan dating.\n\n8. Mendidik Jiwa Melawan Nafsu dan Hasutan Syaitan\n\nJika kita hanya fikirkan bahawa tidur adalah lebih seronok daripada beribadah malam, maka pasti berasa berat untuk melaksanakannya.\n\nTetapi jika kita berjaya melawan nafsu untuk tidur dan memilih untuk bangun, berwuduk serta bersolat, ianya adalah sebuah kepuasan dan kejayaan besar. Selain itu;\n\nKesimpulannya, tidak semua orang mampu untuk bangun, menyelak selimut serta membasahi tubuh dengan wuduk di tengah malam yang dingin. Tetapi jika ada yang kerap melakukannya maka itu adalah sebuah hadiah istimewa yang diperolehinya, bahkan ianya menyambut anugerah Allah SWT itu dengan memperoleh semua kelebihan di sepertiga malam itu.\n\nAllah SWT telah menyediakan begitu banyak keistimewaan tatkala kita semua sedang hanyut dibuai lena, hanya yang benar-benar menghargai dan menghayati keindahan berqiamulail akan berusaha untuk merebutnya. Semoga kita adalah salah seorang yang mampu untuk\u00a0 melazimi dan menghidupkan malam-malam dengan berqiamulail dan beribadah kepada pencipta kita, amin."
"Penting bagi seorang ibu memastikan mereka mendapat penjagaan awal kehamilan pada setiap masa. \n\nHal ini kerana, trimester pertama merupakan tempoh di mana janin masih baru dan ianya sangat berisiko terdedah kepada keguguran disebabkan janin masih belum terbentuk sepenuhnya. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips penjagaan awal kehamilan bagi mengelakkan ibu hamil dari menangung risiko keguguran.\n\nTips penjagaan awal kehamilan (kandungan trimester pertama)\n\nBerikut ini adalah panduan penting kepada ibu hamil dalam melakukan penjagaan awal kehamilan. \n\nWanita hamil penting untuk memastikan dirinya mempunyai masa rehat yang cukup. Rehat yang dimaksudkan ini adalah rehat dari segi fizikal dan minda. \n\nBagi rehat fizikal, ibu hamil perlu pastikan dirinya benar-benar selesa dan seluruh anggota badan bermula dengan ibu jari kaki hinggalah ke kepala juga turut merasai keselesaan itu.\n\nManakala untuk rehat minda pula ibu hamil perlu tenangkan fikiran dari bebanan masalah atau pekerjaan yang berlegar-legar di kepala. \n\nCari tempat-tempat yang sunyi dan lapang kerana ia amat membantu dalam kita mencapai ketenangan yang diingini. \n\nSedut nafas dalam-dalam kemudian tahan untuk beberapa saat sebelum melepaskannya kembali secara perlahan-lahan.\u00a0\n\n2. Amalkan pemakanan sihat dan bernutrisi\n\nUntuk pemakanan sihat dalam tempoh trimester pertama, ibu hamil sebenarnya perlu mendapatkan diet yang tinggi asid folik.\n\nKepentingan asid folik ini semasa hamil tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memastikan bayi tidak mengalami kecatatan pada saluran nafasnya seperti spina bifida.\n\nSaranan bagi ibu hamil, untuk mengambil vitamin tambahan iaitu sebanyak 0.5mg atau 500 mikrogram asid folik setiap hari.\n\nSelain itu, boleh juga dapatkan nutrisi asid folik ini dari makanan harian seperti sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin, hati dan limau gedang.\n\n3. Elak dari stress dan tertekan \n\nMasalah kesihatan emosi tidak terkecuali menghimpit keadaan ibu hamil. Umum pasti mengetahui bahawa emosi ibu semasa sedang hamil akan sentiasa tidak stabil dan amat mudah sensitif kerana perubahan hormon.\n\nSebab itulah kita sering lihat ibu hamil cepat berubah-ubah moodnya dan lebih mudah menangis.\n\nHal inilah yang dikhuatiri selalu kerana ibu hamil mudah terdedah kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, depresi dan gangguan emosi berpunca dari pelbagai faktor dalaman mahupun luaran, fizikal atau psikososial dan lain-lain.\n\nIni semua bakal memberi kesan bukan sahaja kepada ibu itu sendiri tetapi kepada anak dalam kandungan juga.\n\nSokongan dari orang sekeliling khususnya suami dan keluarga penting agar kita dapat memastikan emosi ibu hamil sentiasa dalam keadaan positif. \n\n4. Elak buat aktivtiti berat atau lasak\n\nJika diperhatikan, ibu hamil akan merasakan penat, lelah, letih, dan segelintirnya pitam oleh kerana masalah tekanan darah yang rendah.\n\nUntuk mengatasi masalah tersebut, kita perlu elak dari melakukan sebarang aktiviti berat atau lasak seperti mengangkat objek-objek atau barang yang berat sebagai salah satu cara penjagaan awal kehamilan. \n\n5. Jaga kebersihan diri dan persekitaran\n\nSungguhpun ibu hamil disarankan untuk banyakkan berehat, ini tidak bermaksud kita perlu mengabaikan kebersihan diri dan persekitaran. \n\nSebaliknya berikan perhatian khusus kepada kebersihan kulit, pakaian dan peribadi. \n\nAspek-aspek ini penting dalam memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan selesa dan bersih dari kekotoran.\n\n6. Buang tabiat yang tidak baik\n\nIbu hamil yang seorang perokok atau terdedah pada persekitaran yang ada asap rokok, peminum minuman keras, dan pencandu dadah sepatutnya membuang tabiat yang tidak baik itu dengan segera.\n\nSemua perbuatan yang dinyatakan tadi semestinya memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan. \n\nRisiko yang biasa kita kenal pasti adalah seperti cacat anggota, masalah sistem pernafasan, sakit jantung, dan penyebab kematian. \n\n7. Jangan ambil sebarangan ubat tanpa kebenaran\n\nSemasa di awal kehamilan, kita akan mengalami perubahan pada tubuh badan. Batuk, selsema, dan badan rasa tidak seperti biasa adalah perkara normal.\n\nNamun begitu janganlah sesuka hati untuk mengambil sebarang ubat yang boleh memudaratkan diri.\n\nAmbil ubat hanya apabila ia telah dipreskripsi\u00a0oleh doktor. Pastikan kita mendapat kebenaran dan nasihat doktor sebelum meneruskan pengambilan sebarang ubat.\n\nIni kerana, ada sesetengah ubat-ubatan tertentu boleh memudaratkan kandungan.\n\n8. Dapatkan konsultasi dan nasihat dari doktor\n\nDi sinilah pentingnya ada buku pink untuk ibu mengandung supaya segala perubahan kesihatan kita sepanjang kehamilan boleh direkodkan dan dicatat untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor.\n\nSetelah kita berusaha sebaik mungkin untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan, seterusnya kita perlu berserah kepada Tuhan untuk meminta perlindungan sentiasa.\n\nLazimkan diri sentiasa berdoa dengan meminta segala urusan dipermudahkan oleh Nya. \n\nSelain dari tips mengenai tips penjagaan awal kehamilan ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:"
"Ramai\u00a0 peminat pizza di sini? Yang mana minat pizza tu mesti teringin buat pizza sendiri di rumah kan. Boleh lah sekali sekala cuba masak pizza homemade pula.\n\nSecara mudahnya membuat pizza senang sahaja. Cumanya resepi dan proses pembuatan roti pizza perlu diambil perhatian. Oleh itu kali ini kami berkongsi resepi roti pizza yang dikongsikan oleh \u200eFarwin Amellia\u200e di Facebook. Resepi roti pizza gebu dihasilkan ini menggunakan tepung pau sahaja.\n\nHasil yang didapati ialah roti pizza yang gebu dan lembut macam restoran pizza. Untuk topping pula anda boleh letak semua jenis bahan yang anda mahu mengikut selera anda.\n\nTanpa tunggu lama sila cuba resepi perkongsian ramai di bawah ini. Selamat menjamu selera dengan pizza homemade anda.\n\nSelain resepi roti pizza tepung pau, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Demam campak pada bayi adalah di antara mimpi ngeri yang paling buruk kepada ibu bapa. Bayangkan! Orang dewasa pun akan berasa sengsara bila terkena demam campak, ini kan pula jika bayi yang terkena. Jika bayi anda disahkan oleh doktor dijangkiti demam campak, jangan resah. Jom baca info tentang bayi demam campak serta cara untuk menghilangkannya dengan berkesan dan selamat yang anda boleh amalkan. Insya Allah membantu.\n\nDemam campak adalah sejenis penyakit yang berlaku disebabkan oleh berlakunya jangkitan sejenis virus yang dipanggil\u00a0paramyxovirus.\u00a0Bayi anda akan terkena demam campak apabila virus ini masuk ke dalam badan bayi anda disebabkan oleh jangkitan daripada individu lain yang mempunyai virus ini.\n\nVirus paramyxovirus merebak melalui udara. Ini bermakna seseorang yang mempunyai virus ini boleh menjangkiti orang di sekelilingnya setiap kali dia batuk atau bersin. Virus tadi akan melekat pada permukaan atau kekal di udara dan kekal aktif selama dua jam. Bayi anda akan dijangkiti apabila menyentuh virus yang aktif di udara, di permukaan, atau manusia yang mempunyai virus tersebut.\n\nApakah tanda bayi anda dijangkiti demam campak?\n\nSebaik sahaja dijangkiti demam campak, biasanya bayi akan menunjukkan tanda-tanda yang berikut:\n\nApa yang anda perlu buat sekiranya bayi disahkan mengalami demam campak?\n\nApabila anda melihat tanda-tanda demam campak pada bayi anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah bawa bayi anda ke klinik dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan. Di klinik doktor akan memeriksa bayi anda dan akan menentukan sama ada bayi anda benar-benar dijangkiti demam campak atau sebaliknya. \n\nJika bayi anda disahkan mengidap demam campak, doktor akan melaporkan kes bayi anda ke klinik kesihatan yang berdekatan kerana demam campak adalah di antara jangkitan yang dikawal di Malaysia. Setiap kes demam campak akan direkod bagi memastikan tiada jangkitan secara bersar-besaran yang menular di negara kita.\n\nSebaik sahaja doktor mengesahkan bahawa bayi anda dijangkiti demam campak, anda perlu mengasingkan bayi anda daripada orang lain bagi mengelakkan berlaku jangkitan kepada orang lain. Pengasingan ini dinamakan kuarantin. Jangan sesekali hantar bayi anda ke taska atau rumah pengasuh. Jadilah ibu bapa yang bertanggung jawab.\n\nPantau suhu badan bayi anda dan pastikan demamnya tidak terlalu tinggi. Demam tinggi dengan suhu melebihi 40 darjah celcius boleh menyebabkan berlakunya komplikasi yang tidak diingini seperti sawan dan kerosakan pada otak. Berikan ubat demam dan lap badan bayi anda dengan kain basah untuk menurunkan suhunya. Anda juga boleh mandikan bayi dengan air rendaman lemon yang sangat membantu untuk menghilangkan demam.\n\nPastikan bayi anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Pastikan juga bayi anda menyusu dan minum air dengan secukupnya. Pada masa ini bayi anda akan kurang menyusu dan makan kerana kurang selesa dan kesakitan dalam mulut akibat ruam. Anda perlu sentiasa memberikan susu dan makanan kepada bayi dan pastikan bayi anda minum walau pun sedikit bagu mengelakkan dehidrasi.\n\nRuam campak boleh menyebabkan bayi anda berasa gatal dan menggaru. Jika bayi anda mula menggaru, ia akan menyebabkan ruam semakin berleluasa ke seluruh badan. Malah menggaru akan menyebabkan ruam menjadi semakin teruk akibat luka dan meninggalkan parut yang teruk. Anda boleh mengurangkan kegatalan pada ruam dengan mengalas tempat tidur bayi anda dengan daun semambu.\n\nMalah anda juga boleh mandikan bayi anda dengan air daun semambu. Selain daun semambu, anda juga boleh sapukan Calamine lotion bagi mengurangkan kegatalan. Berpeluh juga akan menyebabkan bayi anda semakin gatal dan dinaiki banyak ruam. Oleh itu pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan elakkan daripada memakaikan pakaian tebal kepada bayi anda. Lagi elok kalau anda biarkan bayi tidak berbaju. Cukup sekadar memakai seluar.\n\nSatu lagi petua orang lama untuk menghilangkan demam campak dengan cepat ialah dengan cara minum air kelapa muda. Jika bayi ana berumur 6 bulan ke atas, bolehlah anda berikan sedikit air kelapa muda kepada bayi anda.\n\nItulah dia info tentang bayi demam campak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang punca bayi menangis malam masalah tidur bayi dan doa pelembut hati"
"Saya nak kongsikan satu cerita tentang seseorang yang saya rasa setiap pelajar/mahasiswa dan semua yang bergelar \u201canak\u201d wajib baca.\n\nWajib baca sebab apa yang dilakukan oleh insan luar biasa ini akan buat sesiapa saja ternganga, terinsipirasi, dan sukar untuk kita percaya dengan apa yang dilakukannya.\n\nBeliau ialah pelajar di fakulti tempat saya mengajar, tapi dari jabatan lain. Saya tidak pernah berpeluang mengajarnya. Suatu hari dia ketuk bilik saya untuk ambil hadiah. Beliau memenangi satu pertandingan yang dianjurkan oleh fakulti dan saya adalah staf yang in-charged.\n\nLama kami berborak. Entah kenapa, saya begitu berminat untuk mengenali beliau. Dari caranya menyapa saya saja saya dah tahu dia bukan pelajar biasa-biasa.\n\nDari satu cerita yang kami bualkan kepada cerita yang lain, tak henti-henti saya ter-wow dengan kisahnya.\n\nSaya tak teruja beliau sedang mengambil ijazah dalam bidang kejuruteraan (tahun tiga, semester depan akan melangkah ke tahun terakhir). Juga bukan kerana jawatannya sebagai Presiden Kolej walaupun saya tahu itu adalah jawatan tertinggi di kolej.\n\nTapi ini yang buat saya tak habis-habis memuji, kagum dan terinspirasi dengan anak muda yang di depan saya waktu itu:\n\nDalam kesibukannya melaksanakan tugas-tugas sebagai Presiden dan dalam perjuangannya mendapatkan degree dalam bidang kejuruteraan, dalam masa yang sama rupanya beliau tiada biasiswa, tidak mengambil ptptn dan tidak meminta wang dari mak ayah. Dan ia telah berlaku sejak sebelum masuk ke universiti lagi (diploma).\n\nTerus terang saya cakap tuan-puan. Saya tidak pernah terjumpa kes macam ni. Hidup betul atas kaki sendiri pada usia belum pun cecah 20an.\n\nMemang saya kagum, sebab saya sendiri belajar menggunakan duit biasiswa. Saya tidak pernah berada dalam situasi yang mana saya perlu tanya diri sendiri \u2018Macamana nak bayar yuran semester depan? Setiap hari perlu memikirkan \u2018Macamana nak cover duit makan minggu ni?\u2019 Bila pensyarah suruh beli buku, pening kepala \u2018Mana nak dapat duit?\u2019\n\nHebat adik ni. Bila saya tanya kenapa?\n\n\u2018saya taknak susahkan mak ayah saya\u2019\n\nYa Allah, nak menangis saya dengar. Baiknya adik depan mata saya ni. Beruntung mak ayahnya mendapat anak sepertinya.\n\nSaya tanya lagi, \u2018habis, macamana Radiah tanggung hidup sendiri? Bayar yuran pengajian? makan minum setiap hari macamana?\n\nJawabnya, dia bekerja part-time. Sambil belajar sambil bekerja menjaga sebuah kedai di kampus. Gajinya tak banyak, tapi dapatlah juga menampung hidupnya.\n\nSaya tanya balik: \u2018Sambil jadi Presiden kolej?\u2019 Dia hanya mengangguk, tersenyum simpul. Masha Allah, macamana dia buat saya pun tak tahu.\n\nTak cukup dengan itu, rupanya ada satu lagi \u2018permata\u2019 anak solehah ini. Ini satu lagi perkara yang jarang saya jumpa di kalangan pelajar. Malah saya sendiri tidak sepertinya ketika belajar dahulu.\n\nKalau anda ingin tahu, di samping belajar, bekerja dan juga menjadi Presiden, rupanya beliau juga sibuk dengan beberapa perkara.\n\nAntaranya ialah berkarya (menulis cerpen, buku). Beliau menghantar karya-karyanya ke penerbit-penerbit buku dan majalah. Jika karyanya diterima, dari situ beliau mendapat sumber kewangan.\n\nSalah satu cerpen yang ditulisnya itu jugalah yang menemukan kami berdua. Kerana beliau memenangi pertandingan menulis esei yang dianjurkan oleh fakulti.\n\nSaya jadi bertambah pelik. Sebab saya tahu, menulis bukan kerja 5-10 minit. Ia boleh mengambil masa berejam-jam untuk mencari idea, menulis ayat-ayat yang sedap, memperbaiki ayat.\n\nSaya tak puas hati, saya tanya dia \u201cEh, bila masa pula awak menulis?\u201d Sambil tersenyum beliau menjawab \u201csaya memang minat menulis, Dr. Kalau saya stress, saya menulis. Dapat hilang stress. Dan dapat buat duit\u201d\n\nAllahuakbar. Bagus betul cara anak muda ni hilangkan stress.\n\nTak cukup dengan menulis, beliau juga terlibat dengan bisnes menjual susu kambing kalau tak silap saya. Inilah antara sumber kewangannya. Dan yang terakhir diceritakannya kepada saya ialah beliau sedang mengikuti kursus menjahit.\n\n\u2018Hah, kursus menjahit? Banyaknya dia buat\u2019 saya mengomel sorang-sorang.\n\nAgaknya bila tengok bertambah kerut-kerut di dahi saya, beliau bercerita \u201cSaya plan nak buat bisness jual jubah muslimah nanti Dr. Sebab tu saya kena belajar dulu macamana nak handle bisness jubah ni. Sebab saya nak keluarkan jubah yang ada design saya sendiri\u201d\n\nMasha Allah. Hebat adik ni. Tuan puan boleh bayangkan tak? Dalam kesibukannya belajar, memegang jawatan sebagai Presiden kolej, bekerja part-time, menulis dan buat bisness untuk cari sumber pendapatan, beliau masih sempat ada masa untuk belajar benda lain yang takde kena mengena pun dengan degree beliau.\n\nMenjahit tiada kena mengena dengan degreenya. Tapi oleh kerana beliau nampak itu adalah satu kemahiran yang sangat berguna, yang sangat penting..yang nanti boleh jana kewangan untuknya, dia cari ilmu itu. Invest duit, invest masa. Ya, sekarang waktu sedang belajar lagi.\n\nSebab beliau faham, bila masuk ke dunia sebenar nanti, satu realiti yang mesti dihadapi ialah duit gaji sebagai engineer tak cukup. Kos sara hidup semakin meningkat. Gaji permulaan 2-3 ribu mana nak cukup nak bayar duit kereta, duit rumah, segala bil yang datang tiap-tiap bulan. Mana nak bagi duit kat mak ayah lagi. Nak tolong adik-beradik lagi yang masih kecil dan bersekolah. Mana nak menyimpan. Duit nak kahwin. Itu belum cerita kalau dah ada anak dan segala macam keperluannya.\n\nItulah sebabnya beliau tidak hanya fokus pada degreenya tetapi juga mencari ilmu-ilmu lain, mengembangkan kemahiran dan bakat lain dalam diri supaya nanti bila keluar universiti, beliau lebih mudah untuk menghadapi dunia yang sebenar. Dunia yang nak masuk toilet di tempat awam pun berbayar. Air kosong pun dah 50 sen.\n\nMasha Allah, pada saya beliau bukan saja anak yang baik, punya kepimpinan luar biasa..malah juga bijak. Bijak mempersiapkan dirinya untuk kehidupan yang sebenar. Yang lagi setahun ni beliau akan melangkah masuk.\n\nDan saya yakin, waktu itu segalanya akan mudah. Dari sudut menguruskan hidup, mencari sumber kewangan, menghadapi tekanan. Kerana ia telah diasah.\n\nCerita tentang Radiah, azamnya, kematangannya, apa yang dilakukannya, selalu saya kongsikan dengan anak-anak didik. Mereka yang selalu hantar assignment \u2018last minute\u2019 dengan alasan banyak tugasan perlu dihantar walaupun sebenarnya mereka tidak memegang jawatan, tidak bekerja part-time, tidak perlu mencari duit kerana ada ptptn, ada biasiswa, dapat duit dari mak ayah. tapi masih juga buat kerja \u2018last minute\u2019.\n\nMereka perlu dibuka hati dan mindanya bahawa hidup dalam dunia sebenar, yang lagi 2-3 tahun nak melangkah masuk, tidak semudah sekarang ketika mereka di universiti. Ada masa bukan sepatutnya diguna untuk lepak-lepak di uptown, bersembang di kedai mamak atau main game sampai pukul 3 pagi.\n\nSepatutnya mereka spend masa untuk asah bakat, kemahiran, potensi yang mereka ada. Supaya nanti tidak hanya bergantung pada gaji yang selang seminggu dua dah habis.\n\nDan saya yakin, semua orang punya potensi masing-masing. Allah jadikan kita perfect. Dan Allah kan adil. Kalau Dia jadikan orang lain boleh dapat rezeki banyak dengan buat kek coklat, tentu kita juga ada potensi tertentu dalam diri yang boleh menjemput rezeki Allah. Kerja kita, discover potensi diri dan asah agar ia menjadi kemahiran yang bernilai. Bukan hanya fokus pada akademik atau aktiviti ko-kurikulum.\n\nSaya harap jika perkongsian ini bermanfaat, kongsikannya dengan yang lain. Supaya adik-adik kita, kawan-kawan kita, anak-anak kita, pelajar-pelajar kita lebih bijak menghadapi kehidupan yang sebenar.\n\nRadiah ialah satu kisah yang real. Kalau beliau boleh melakukannya, kenapa tidak orang lain?"
"Teringin makan kuih lopes? Guna cara mudah tidak perlu kukus dan daun pisang. Ayuh tengok resepi di bawah ini.\n\nLopes ialah makanan tradisi dibuat daripada beras pulut ditabur kelapa dan dimakan dengan air gula Melaka. Asasnya lopes dimasak dengan cara kukus atau rebus dan paling penting bungkus dengan daun pisang bentuk segitiga. Namun tidak semua orang boleh buat cara tersebut kerana agak memakan masa dan sukar untuk sediakan satu-persatu.\n\nJusteru, Ina Usor di laman Facebook berkongsikan resepi lopes masak dengan periuk nasi. Cara penyediaan seperti ini semestinya amat mudah, semua orang boleh buat. Yang diperlukan hanya periuk nasi untuk masak pulut, kemudian beras pulut yang sudah masak dibentukkan sesuai keinginan. Tidak perlu daun pisang dan tidak memakan masa.\n\nLopes yang dimasak cara ini mencetuskan rasa terbaik sebab ianya pakai air daun pandan yang menambah wangi aroma lopes. Tanpa tunggu lama, ayuh cuba buat lopes periuk nasi.\n\nSelain lopes rice cooker, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Kini kita sudah hampir memasuki tahun baru, mungkin ada yang ingin bertukar kepada peralatan serba baru termasuklah smartphone baru. Dalam pasaran masa kini, smartphone diibaratkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan kerana terdapat dalam pelbagai jenis dan jenama yang sering muncul. \n\nRamai yang buntu memilih smartphone yang sesuai dengan bajet bukan? Jom lihat berikut adalah 13 smartphone bawah RM1000 terbaik untuk anda.\n\nBerada di pasaran tahun lalu, smartphone ini dilihat masih berbaloi untuk dimiliki dengan bajet bawah RM1000. Ia memiliki skrin Super AMOLED 6.44 inci dengan resolusi FHD+ dan kamera swafoto 32MP. Smartphone ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 675 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.\u00a0\n\nBagi kamera utama, terdapat empat kamera dengan resolusi 48MP, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP kedalaman. Selain itu, ia juga memiliki \u2018fingerprint scanner\u2019 pada skrin, bateri berkapasiti 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C.\n\nRedmi Note 9s menggunakan skrin 6.67 inci FHD+ dengan panel LCD IPS dan dikuasakan oleh chipset Snapdragon 720G dengan 6GB RAM dan storan penyimpanan 128GB. \n\nBagusnya, smartphone bawah RM1000 terbaik ini mempunyai empat kamera dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP kedalaman. Kamera swafoto smartphone ini pula beresolusi 16MP.\n\nSelain itu, Redmi Note 9S ini turut dilengkapi dengan bateri 5020mAh yang dicas melalui pengecasan pantas berkuasa 18W. Jadi, amat berbaloi memiliki Redmi Note 9S sebagai smartphone bawah RM1000 terbaik.\n\nSentuh tentang Samsung Galaxy M31 ini pula, ia hadir dengan skrin Super AMOLED 6.4 inci dengan resolusi FHD+ dan dilengkapi dengan chipset Exynos 9611. Iaitu memori 6GB RAM dan storan 128GB. Wah, hebat juga smartphone ini walaupun ia merupakan smartphone bawah RM1000! \n\nDari segi kameranya pula, terdapat 4 kanta di bahagian belakang yang menempatkan resolusi 64MP kamera utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 5MP kedalaman.\n\nKamera swafoto smartphone ini memiliki kamera beresolusi 32MP dan bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 15W.\n\nKelebihan Realme 7i bagi smartphone bawah RM1000 terbaik adalah sudah tentu pada memori yang dimuatkan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Smartphone ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 662 dan mempunyai skrin paparan IPS LCD 6.5 inci yang menyokong kadar penyegaran 90Hz. \n\nSelain itu, terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP pada smartphone Realme 7i ini. Di bahagian belakang smartphone ini pula, terdapat \u2018fingerprint scanner\u2019 dengan 4 tetapan kamera yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP B&W dan 2MP makro. \n\nKelebihan lain yang terdapat pada smartphone ini adalah kapasiti baterinya sebesar 5000mAh serta pengecasan pantas 18W melalui sambungan USB-C.\n\nDilancarkan pada September 2020 yang lalu, OPPO A53 hadir dengan skrin LCD IPS 6.5 inci, resolusi HD+ dan kadar penyegaran 90Hz yang membuatkannya sebagai pilihan smartphone bawah RM1000 terbaik. \n\nSmartphone ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 460 yang digabungankan dengan pilihan memori 4GB (64GB storan penyimpanan) dan 4GB (128GB storan penyimpanan). Di bahagian hadapan smartphone ini, terdapat kamera swafoto beresolusi 16 MP dan terdapat kamera utama di bahagian belakang dengan resolusi 13 MP, 2MP sudut lebar dan 2 MP makro.\n\nCiri lain yang terdapat pada smartphone ini ialah ianya mempunyai kapasiti bateri 5000mAh dan sokongan pengecasan pantas berkuasa 18W.\n\nRealme 9 kali ini dilengkapi dengan\u00a0sistem tri-kamera utama\u00a0yang menawarkan lensa\u00a0108MP\u00a0dengan sensor imej\u00a0Samsung ISOCELL HM6,\u00a08MP\u00a0untuk\u00a0lensa sudut lebar\u00a0dan juga\u00a0lensa 2MP\u00a0untuk\u00a0penggambaran makro 4cm.\u00a0Menurut realme, kualiti gambar yang dihasilkan oleh peranti ini dibantu oleh\u00a0teknologi 9 dalam 1 Nanopixel Plus\u00a0yang terkini.\n\nJika dibandingkan dengan teknologi HM2 sebelum ini, teknologi ini dikatakan\u00a0dapat menghasilkan penggambaran malam yang lebih baik,\u00a0menyerlah dan mampu untuk mengawal kadar hingar yang sering ada pada penggambaran malam. Disebabkan\u00a0algoritma pada teknologi baru HM6\u00a0ini jugalah ia\u00a0mampu untuk menghasilkan penggambaran malam 1.6 kali lebih baik daripada HM2.\n\nPOCO X3 NFC ialah smartphone yang mempunyai skrin paparan LCD 6.67 inci dengan resolusi HD+ penuh dan perlindungan Corning Gorilla Glass 5 ini telah diperkenalkan pada bulan September yang lalu. \n\nAntara spesifikasi lain yang ditampilkan pada smartphone ini adalah sokongan kadar penyegaran 120Hz dan dipadankan dengan chipset Snapdragon 732G. Bateri Poco X3 NFC ini pula berkapasiti 5160mAh dan\u00a0 mempunyai sokongan pengecasan 33W melalui port USB Type-C.\n\nPoco X3 ini didatangkan dengan 4 tetapan lensa yang terdiri daripada 64MP utama, 13MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP kedalaman. \n\nSelain itu, kamera swafoto smartphone ini diletakkan pada paparan berlubang dengan sensor beresolusi 20MP. Jadi, smartphone ni juga merupakan smartphone bawah RM1000 terbaik bagi kegunaan fotografi.\n\nKamera swafoto smartphone ini amat bagus kerana dilengkapi dengan sensor 32MP. Antara kelebihan lain smartphone ini adalah bateri berkapasiti 5020mAh, sokongan pengecasan pantas 33W dan \u2018fingerprint scanner\u2019.\n\nRedmi Note 9 Pro memasuki pasaran tempatan pada Mei 2020 yang lalu dan merupakan smartphone bawah RM1000 terbaik buat masa kini. Ianya dilengkapi dengan paparan panel 6.67 inci FHD+ IPS LCD dan dikuasakan oleh chipset Snapdragon 720G dengan padanan RAM 6GB (storan penyimpanan 128GB). \n\nDi samping itu, Redmi Note 9 Pro mempunyai 4 tetapan lensa yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP kedalaman.\n\nOPPO A92 dikuasakan oleh chipset Snapdragon 665 dengan 8GB RAM dan 128GB storan penyimpanan serta dilengkapi dengan skrin LCD IPS 6.5 inci yang mempunyai sokongan resolusi Full HD+. Oppo A92 memiliki 4 kamera di bahagian belakang dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP mono dan 2MP potret. Kamera beresolusi 16MP pula digunakan untuk kamera swafoto.\n\nIa juga dilengkapi dengan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Ia turut mempunyai sistem keselamatan fingerprint scanner.\n\nNokia 7.2 dilengkapi dengan spesifikasi yang diubah suai dan beberapa ciri baharu dan reka bentuknya yang menarik. Ianya mempunyai skrin paparan 1080 piksel bersaiz 6.3 inci dengan 403 piksel per inci yang menjadikan paparan smartphone ini sangat jelas. Smartphone ini dikuasakan dengan chipset Qualcomm Snapdragon 660.\n\n4GB RAM pada smartphone ini juga cukup untuk melakukan kerja dengan lancar dan kualiti kameranya juga sangat baik. Secara keseluruhannya, ia adalah smartphone yang hebat dalam bajet smartphone bawah RM1000.\n\nGoogle Pixel 4a dikuasakan oleh chipset Qualcomm SDM765 Snapdragon 765G (7 nm) dengan storan penyimpanan 128GB dan 6GB RAM. Ia juga mempunyai paparan skrin sentuh kapasitif OLED 6.2 inci (1080 x 2340 piksel, 413 ppi). Selain itu, ia menggunakan sistem Android 11 dan bateri berkapasiti 3885 mAh.\n\nMasih mengekalkan kebanyakan reka bentuk Samsung yang elegan dan mempunyai skrin Super AMOLED 6.4 inci, Samsung Galaxy A50 sesuai untuk anda yang suka menonton video dan movie. Ia menggunakan chipset Exynos 9610 dengan 4GB RAM. Susunan tiga kamera di bahagian belakangnya juga terbukti sangat baik dan berbaloi dengan harganya. \n\nLG Stylo 6 menampilkan paparan IPS bersaiz 6.8 inci yang kelihatan sangat mewah walaupun harganya yang bawah RM1000. Ia dilengkapi dengan chipset MediaTek Helio P35 dan memiliki skrin FHD yang cantik. Jadi, sekiranya anda hanya mahukan smartphone yang kelihatan hebat semasa melaksanakan tugas asas, LG Stylo 6 adalah pilihan yang terbaik.\n\nBerikut adalah antara smartphone bawah rm1000 terbaik boleh anda pilih. Kebanyakannya adalah popular di Malaysia. Jom baca juga Pencuci muka untuk kulit kusam, pressure cooker terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan oven terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Artikel ini tentang info aloe vera yang sering kita jumpa dikebanyakkan rumah. Ingin tahu tentang khasiat Aloe Vera? Hmm, kalau hendak tahu lebih jelas, kenalah baca artikel ini.\n\nAloe vera juga dikenali sebagai pokok lidah buaya. Lidah Buaya\u00a0ialah salah satu\u00a0tumbuhan\u00a0antara 250 spesies\u00a0aloe\u00a0serata dunia. Aloe vera ialah tumbuhan\u00a0saka,\u00a0sukulen\u00a0separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun berwarna hijau kekelabuan, berisi tebal, dan bergerigi.\n\nBahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun aloe vera. Apabila ditanam secara\u00a0komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga hingga empat helai daun per pokok.\n\nPokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Ia antara tumbuhan yang membebaskan\u00a0oksigen\u00a0dan menyerap\u00a0karbon dioksida\u00a0walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.\n\nAloe vera telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Tumbuhan aloe vera mempunyai sebatian seperti mannans, polysaccharides, lectins, dan anthraquinones yang sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia.\n\nIa mempunyai 18 asid amino yang berfungsi bersamaan dengan sebatian lain untuk tubuh manusia untuk memberikan banyak manfaat kesihatan. Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.\n\nSifat adaptogenik lidah buaya bermanfaat untuk pencernaan yang baik. Ia memastikan penyerapan nutrien yang efisien dan juga menghapuskan unsur-unsur berbahaya melalui perkumuhandengan lancar. Proses pencernaan yang sihat memberi kesan positif terhadap fikiran dan tindakan anda, seterusnya memberikan anda tahap kesihatan yang baik secara menyeluruh. Ia menyembuhkan sindrom usus besar (IBS), sembelit, dan buasir.\n\nUlser adalah salah satu akibat yang paling menonjol dalam masalah pencernaan yang berkesan disembuhkan oleh ekstrak tumbuhan ini. Banyak kajian telah membuktikan bahawa ia menyembuhkan masalah seperti penyakit Crohn, ulser peptik, dan gangguan pencernaan yang lain.\n\nSekiranya anda mengalami ulser, anda boleh mengambil ekstrak buaya lidah buaya selama sekurang-kurangnya 3 \u2013 4 minggu untuk mendapatkan kesan yang positif.\n\nMinuman jus aloe vera mempunyai ciri-ciri detoksifikasi semulajadi yang berkesan membersihkan sistem pencernaan dan sistem peredaran darah.\n\nOleh kerana tahap penyerapan nutrien yang bagus, ia menghasilkan peredaran darah yang lebih baik dan juga meningkatkan kesihatan.\n\nApabila darah itu kaya dengan oksigen, ia secara automatik memberikan nutrien kepada sel-sel lain dengan baik. Sel-sel yang sihat ini memastikan keupayaan tubuh anda untuk menangkis jangkitan, seterusnya meningkatkan sistem imun anda.\n\nAloe vera telah digunakan untuk penyakit kulit sejak zaman purba. Gel aloe vera yang diekstrak daripada daunnya adalah ubat semulajadi yang terbaik untuk masalah kulit dan ia juga membantu mengurangkan gejala penuaan. Banyak produk penjagaan kulit dan diri, serta kosmetik yang menggunakan ekstrak aloe vera.\n\nMalah, jika anda mempunyai tumbuhan ini di rumah, anda hanya perlu mengambil sebahagian kecil daun, toreh daun untuk dapatkan gel dan sapukannya dalam bentuk mentah di wajah anda.\n\nTerapi ini\u00a0 lebih baik dan lebih berkesan daripada kebanyakan krim kulit yang telah terproses di pasaran. \u00a0Kebanyakan orang juga lebih suka meminum jus aloe vera, kerana sifat tumbuhan berfungsi secara dalaman. Ia juga membantu menyembuhkan sengat, ruam, jerawat, dan psoriasis.\n\nKhasiat aloe vera seterusnya adalah rambut. Aloe vera telah terbukti boleh menggalakkan pertumbuhan rambut secara semulajadi. Produk penjagaan rambut yang mengandungi ekstrak aloe vera adalah penting untuk mengekalkan rambut tebal dan sihat.\n\nAnda boleh menyapu gel lidah buaya ke seluruh kulit kepala dan rambut untuk merawat keguguran rambut kerana ia mempunyai enzim yang merangsang pertumbuhan rambut.\n\nSyampu lidah buaya meningkatkan peredaran darah dan menghalang anda daripada stres dan tekanan mental. Malah, ia mempunyai sifat anti radang yang berkesan merawat alopecia androgenetik atau kebotakan pola lelaki.\n\nSekiranya anda menggunakannya secara kerap sebagai syampu dan perapi, anda dapat menghalang keguguran rambut di usia muda.\n\nHal ini turut diulas oleh Rajeswari et al. (2012) yang melaporkan penggunaan aloe vera sejak turun temurun bagi masyarakat di India dalam kehidupan seharian.\n\n5. Melegakan Sakit Sendi & Otot\n\nAloe vera bersifat anti radang yang berfunsi dengan berkesan untuk sakit sendi dan otot. Menyapu gel aloe vera dapat mengurangkan keradangan sendi. Makan lidah buaya, kapsulnya, atau minum jusnya boleh mengurangkan keradangan di seluruh badan, seterusnya memberi kesegaran pada badan.\n\nDalam beberapa kajian, telah dilaporkan bahawa orang yang selalu mengambil jus lidah buaya selama sekurang-kurangnya dua minggu mengalami peningkatan yang signifikan dalam masalah peradangan. Walau bagaimanapun, ia berfungsi dengan baik apabila diet anda kurang pengambilan daging merah, gula, susu, makanan bergoreng, dan tepung putih.\u00a0\n\nAloe vera dianggap sebagai penyembuh semulajadi sejak ribuan tahun dahulu. Jika digunakan secara luaran, ia adalah pilihan terbaik untuk penyembukan luka pada kulit.\n\nMalah, dalam banyak kes, lidah buaya dianggap sebagai ajaib sekalipun untuk kes luka yang paling serius. Jus aloe vera serta-merta \u2019menutup\u2019 luka dengan menarik aliran darah ke luka, untuk meningkatkan proses penyembuhan luka.\n\nDalam banyak kajian, telah terbukti bahawa lidah buaya secara berkesan merawat mangsa terbakar tahap ketiga dan ia menyembuhkan kulit yang terbakar dengan cepat. \u00a0Selain itu, dapatan kajian juga mendapati sejumlah besar gel lidah buaya dapat menyembuhkan luka tembakan dan luka tisu.\n\nNamun, pengkaji dari Afrika Selatan pada tahun 2011 melaporkan bahawa lendir lidah buaya yang sering digunakan untuk disapu itu merupakan polisakarida jenis gel yang mengandungi sebatian bioaktif veracylglucan B dan veracylglucan C.\n\nMenurut beliau, veracylglucan C yang akan memberikan sifat penyembuhan luka berbanding veracylglucan B yang mungkin hanya akan melambatkan penyembuhan luka.\n\nMenurut satu kajian Phytomedicine: Jurnal Antarabangsa Phytotherapy dan Phytopharmacy, mereka mendapati meminum dua sudu jus lidah buaya setiap hari boleh menyebabkan kadar gula dalam darah menurun bagi pesakit diabetes jenis 2. Ini bermakna bahawa lidah buaya mungkin berkesan dalam rawatan diabetes.\n\nKeputusan ini disahkan oleh satu lagi kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Phytotherapy yang menggunakan ekstrak pulpa.\n\nNamun begitu, bagi pesakit diabetes yang mengambil ubat penurun glukosa, anda harus berhati-hati ketika memakan lidah buaya. Jus bersama-sama dengan ubat-ubatan diabetes mungkin mengurangkan kiraan glukosa anda ke tahap berbahaya.\n\nOleh sebab itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa rawatan alternatif terhadap penyakit kencing manis.\n\nPenyakit gigi dan gusi juga boleh diubati oleh lidah buaya. Anda boleh mencuba ubat semulajadi ini di rumah iaitu dengan meletakkan serbuk aloe vera pada berus gigi, kemudian berus secara normal.\n\nSerbuk lidah buaya akan menenangkan gusi anda dan menyembuhkan apa-apa jenis jangkitan atau lebam. \u00a0Jus lidah buaya juga boleh membantu mengekalkan gusi yang sihat. Anda hanya perlu berkumur-kumur dengan jus lidah buaya. Atau anda perlu meningkatkan pengambilan vitamin D. Kedua-dua langkah ini cukup untuk mendapatkan kembali kesihatan gusi anda dalam masa beberapa bulan.\n\nKajian yang diterbitkan di jurnal Organic and Medicinal Chemistry Letters\u00a0mendapati bahawa aloe vera mengandungi banyak bahan antimikrob dan antiradang. Bahan aktif ini membantu melawan serangan mikrob dan keradangan yang menjadi punca masalah penyakit gusi.\n\nWalaupun aloe vera memberi banyak manfaat kepada kesihatan, namun ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada sesetengah individu. Antaranya interaksi negatif dengan ubat-ubatan tertentu, keradangan kulit, reaksi alergi, komplikasi kepada kehamilan dan diabetes, dan kemungkinan kesan terhadap hati.\n\nOleh itu, bagi anda yang ingin mengamalkan aloe vera, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum mengamalkannya. Dan sekiranya terdapat kesan ketidakselesaan selepas mengamalkan aloe vera, dapatkan rawatan segera dari doktor bertauliah.\n\nSelain artikel khasiat aloe vera, kami juga menulis artikel tumbuhan lain yang meanrik untuk dibaca. Jangan lupa untuk share dan like juga ya.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Adakah anda mempunyai anak kecil yang selalu buat perangai? Jika ya, artikel ini adalah untuk anda.\n\nSalam doktor, anak saya umur 2 tahun selalu buat perangai, mengamuk, tak nak dengar kata, kacau adik. Kalau saya marah dia menjerit.\n\nKadang-kadang tak dapat control sampai terpaksa naik tangan. Macam mana nak handle?\n\nSebelum kita pecah kepala fikir \u2018magic solution\u2019 kepada \u2018masalah dunia\u2019 ini, let\u2019s consider this. Kerana dalam banyak keadaan, bagi saya persoalan yang lebih tepat bukan bagaimana, tetapi mengapa.\n\nKanak-kanak perlu bersaing untuk mendapat perhatian dari ibu bapa dengan anak-anak lain, kerjaya, urusan rumahtangga, gajet dan internet dan pelbagai lagi distraction yang menyebabkan kanak-kanak rasa tidak mendapat perhatian yang diingini. Adakalanya tingkah laku yang tidak disenangi itulah satu-satunya cara untuk mereka mendapat perhatian yang diinginkan.\n\nKanak-kanak pada usia 2-4 tahun mula belajar tentang konsep \u2018my way, my things, myself\u2019 dan kehadiran orang lain seperti adik beradik dan kawan-kawan adakalanya menguji \u2018territory\u2019 ini.\n\n\u2018Frustration\u2019 adalah emosi yang tercipta bila mereka tidak dapat memenuhi keinginan mereka sendiri disebabkan ketidakmampuan mereka. Contohnya tak dapat ambil barang yang diingini, tak berjumpa dengan mainan yang dicari, tak dapat menonton cerita yang diingini.\n\n#4 Perasaan Takut/Gelisah Bimbang Ditinggalkan Atau Berjauhan Dari Tempat Bergantung\n\nReaksi ini adalah tindak balas normal terhadap ketidak pastian mereka atau apa yang mereka pelajari dari pengalaman sebelumnya. Mereka tidak memiliki kematangan komunikasi untuk meluahkan perasaan mereka melainkan dengan tingkahlaku.\n\n#5 Reaksi Normal terhadap Kesakitan, Keletihan Dan Gangguan Emosi\n\nSeperti mana orang dewasa, mereka juga mengalami situasi sebegini. Cumanya, mereka lebih kerap meluahkannya dengan tingkah laku (Orang dewasa pun ada juga berperangai sebegini)\n\n#6 Kehendak Ibubapa Yang Sukar Dipenuhi\u00a0\n\nJangan expect kanak-kanak untuk berperilaku sempurna seperti dewasa pada setiap ketika (dewasa pun tak mampu penuhi expectation ini). Adakalanya ibubapa perlu terima hakikat sesetengah tingkahlaku adalah simply kerana mereka masih kanak-kanak.\n\nStress boleh berjangkit! Bila ibubapa tidak mengurus emosi dengan baik, tekanan dan bebanan yang mereka hadapi singgah pada anak-anak. Drama mereka disambung oleh anak-anak dengan watak dan jalan cerita yang berbeza.\n\nBanyak tenaga, suara, masa dan emosi dapat dijimatkan bila kita dapat kenal pasti punca dan selesaikannya dari puncanya dengan lebih rasional.\n\nDalam hiruk pikuk cabaran mendidik anak-anak, ada ketika kita perlu mengambil beberapa langkah kebelakang dan berfikir., \u201cKenapa agaknya anak bertuah ini jadi sebegini?\u201d Mungkin jawapannya ada pada kita.."
"Mencari info makanan diet atkins? Jom lihat artikel ini untuk info lengkap. Diet Atkin mendapat namanya daripada pengasas cara diet ini iaitu Dr Robert Atkin yang menekankan pengurangan pengambilan sumber karbohidrat dalam diet seharian. \n\nTrend diet ini mula mendapat tempat di seluruh dunia kerana dikatakan mampu menurunkan berat badan pada masa yang agak singkat tanpa perlu melakukan aktiviti fizikal yang intensif atau tahan berlapar.\n\nMula popular di Amerika Syarikat pada awal tahun 2000, diet Atkins semakin menjadi pilihan ramai bagi mengatasi masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Namun, keberkesanan diet sebegini sudah sering dibincangkan sejak 60 tahun yang lalu lagi. Malah, menurut rekod sejarah. amalan diet sebegini sudah dicatatkan pada tahun 1860 lagi apabila seorang lelaki bernama William Banting mendakwa kehilangan 21 kg tanpa rasa kelaparan dengan hanya mengamalkan diet rendah karbohidrat.\n\nOleh itu para pengkaji dari Institut Penyelidikan Bassett, New York pada tahun 2003 telah mengulas mengenai keberkesanan amalan diet Atkins ini. Mereka mendapati bahawa diet yang rendah karbohidrat (low carbohydrate, LC) menunjukkan manfaat kesihatan secara metabolik dalam kalangan mereka yang obes.\n\nKepekaan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah didapati semakin bertambah. Selain itu, kandungan elektrolit dan air dalam tubuh dilaporkan menjadi semakin seimbang yang seterusnya menjadikan tubuh badan semakin langsing dengan melancarakan aliran darah dan lemak.\n\nKajian lepas juga melaporkan penemuan yang agak mengejutkan apabila diet rendah karbohidrat ini berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Kepekatan trigliserida atau komponen berlemak didapati berkurangan. Profil kolesterol baik juga didapati bertambah baik.\n\nNamun, pemerhatian terhadap tekanan darah dan kandungan lipid darah tidak menunjukkan perubahan yang ketara atau signifikan jika dibandingkan antara diet Atkins dengan cara pemakanan yang lain.\n\nRamai mula mengikuti dan mengamalkan diet Atkins ini kerana pilihan makanannya yang tidak begitu \u2018menyeksakan\u2019 bagi mereka yang sedang berdiet. Diet Atkins hanya menyarankan pengambilan makanan seperti berikut:\n\nDiet Atkins mencadangkan pengurangan berat badan tanpa mengambil peduli pengiraan kalori; hanya mematuhi diet yang kurang karbohidrat dalam pemakanan seharian. Hal ini disebabkan, pengurangan pengambilan sumber karbohidrat secara tidak langsung akan mengurangkan kemasukan kalori ke dalam tubuh untuk memudahkan proses penurunan berat badan.\n\nBerikut merupakan antara cadangan makanan untuk diet Atkins yang boleh diamalkan bagi mereka yang ingin cuba menurunkan berat badan dengan cara ini:\n\nMakanan yang Perlu Dielak oleh Diet Atkins\n\nBerikut merupakan senarai makanan yang perlu dielakkan sekiranya anda sedang mengamalkan diet Atkins:\n\nBagaimana Diet Atkins Menurunkan Berat Badan Menurut Sains?\n\nArne Astrup dan rakan penyelidik yang lain di Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Copenhagen, Denmark pada tahun 2004 ada menghuraikan mengenai mekanisme penurunan berat badan menerusi amalan diet Atkins.\n\nApabila badan kita mendapat sekatan atau kekurangan sumber bekalan karbohidrat melalui diet makanan, glikogen daripada karbohidrat yang tersimpan sebelum ini akan menjadi berkurangan bersama air dalam tubuh. Hal ini boleh menjadikan penurunan berat badan adalah disebabkan kehilangan cecair berbanding kehilangan lemak. Masyarakat kita menggelarkan fenomenan ini sebagai \u2018gemuk air\u2019 yang menunjukkan trend penurunan berat badan apabila kandungan air berkurangan dalam tubuh.\n\nSeterusnya, pengurangan glikogen juga akan menghasilkan proses asidosis ketotik iaitu proses yang sama berlaku semasa anda sedang berpuasa. Kehilangan tenaga adalah melalui air kencing yang disertai oleh penyingkiran keton dari dalam tubuh. Edaran keton dalam tubuh ini menyumbang kepada tindakan rasa melawan selera makan yang menyerupai kelaparan anoreksia.\n\nSelain itu, kehilangan berat badan menerusi diet Atkins boleh dikaitkan dengan penggunaan tenaga yang bertambah tanpa kemasukan bekalan tenaga pengganti daripada sumber karbohidrat yang biasanya akan hadir dalam diet normal.\n\nDi samping itu, kejayaan diet rendah karbohidrat sebegini yang mampu menurunkan berat badan adalah disebabkan pilihan makanan yang terhad. Halangan untuk menikmati hidangan lain disebabkan cara diet Atkins ini akan menyekat selera dan pengambilan makanan, seterusnya membantu berat badan berkurang.\n\nAntara kesan sampingan yang sering dialami mereka yang mengamalkan diet Atkins ialah sembelit dan pening kepala. Hal ini boleh diterangkan dengan kurangnya pengambilan buah dan sayuran tertentu, bijirin dan sumber karbohidrat yang tinggi serat. Antara pemerhatian kesan sampingan lain yang dialami ialah:\n\nDiet Atkins boleh menjadi salah satu alternatif bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Namun, khidmat nasihat pakar perubatan bertauliah perlulah diteladani supaya tidak memudaratkan kesihatan tubuh kita lebih-lebih lagi untuk jangka masa yang panjang."
"\u201cSaya suka hari Jumaat sebab boleh makan Spaghetti\u201d. Kalau kita rajin menonton televisyen, pasti sahaja akan teringatkan suara budak kecil di atas meja makan, sedang menunggu untuk juadahnya yang tengah dihidangkan, semestinya iklan itu seperti tidak asing lagi. \n\nSpaghetti Bolognese adalah sesuatu juadah yang mudah untuk dibuat, selain daripada bahan \u2013 bahannya yang amat ringkas dan mudah untuk didapati. Spaghetti Bolognese adalah sebuah juadah yang berasal daripada Itali, ianya adalah tomato-based dan selalunya kita akan letakkan ianya bersama daging ayam atau daging lembu. Bagi ibu \u2013 ibu yang bekerjaya, menginginkan sesuatu yang mudah tetapi sedap, pastinya spaghetti Bolognese adalah pilihan terbaik buat anda. \n\nResepi ini telah dikongsikan Nur Aisya, dan semestinya mendapat perkongsian yang ramai di Facebook!\n\nSelain daripada resepi spaghetti bolognese, terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda juga ya!"
"\u201cRedha Allah kepada seorang anak terletak pada redha kedua ibu bapanya\u201c. Anda pernah dengar ungkapan ini? Ini adalah bukti betapa pentingnya seorang anak untuk melayan kedua ibu bapanya dengan baik dan berbakti sehingga ke hujung hayat mereka berdua. Sebagai anak, pastinya anda ingin tahu apakah cara untuk berbakti kepada ibu bapa.\n\nSebagai anak, pastinya walau apa pun yang kita lakukan takkan dapat membalas jasa yang dilakukan oleh kedua ibu bapa dari kita dilahirkan sehingga kita berjaya menjadi insan yang berguna pada hari ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara untuk berbakti kepada ibu bapa agar mereka berdua redha dengan kita dan kita layak digelar sebagai anak yang soleh dan solehah yang dijanjikan syurga oleh Allah.\n\nMenurut riwayat Bukhari dan Muslim, berbakti kepada kedua ibu bapa adalah lebih utama berbanding berperang di medan perang.\n\nIbnu Umar berkata : Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, \u201cApakah perbuatan yang disukai oleh Allah?\u201d\n\nLalu Baginda bersabda, \u201cSolat pada waktunya.\u201d\n\nBaginda menjawab, \u201cBerbakti kepada kedua ibu bapa.\u201d\n\nBaginda menjawab, \u201cBerjihad pada jalan Allah.\u201d\n\nJadilah seorang manusia yang berjaya di dunia dan akhirat\n\nPercayalah bahawa sesungguhnya ibu bapa tak mengharapkan kita menjadi seorang yang kaya-raya dengan rumah besar dan kereta mewah. Apa yang mereka inginkan ialah agar kita menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Apakah yang dimaksudkan dengan berjaya di dunia dan akhirat?\n\nBerjaya di dunia bermaksud kita mempunyai kerjaya yang bagus dan dapat membiayai keluarga dengan secukupnya. Tidak semestinya kita perlu mempunyai kerja yang hebat dengan gaji yang besar untuk digelar seorang yang berjaya. Berjaya di dunia juga bermaksud kita mempunyai keluarga yang bahagia dan hidup yang seimbang di antara kerjaya dan keluarga.\n\nBerjaya di akhirat pula bermakna dalam kesibukan kita mengejar dunia, kita tidak lupa akan saham akhirat. Kita sentiasa ingat bahawa akhirat adalah alam abadi. Kita tidak lupa untuk melakukan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan agama. Kita juga tak lupa untuk membimbing ahli keluarga yang lain agar sama-sama dekat dengan Allah.\n\nSentiasa mengambil berat dan menunjukkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa\n\nApabila kedua ibu bapa kita meningkat tua, tiada lain yang diharapkan selain kasih sayang dan perhatian daripada anak cucu. Salah satu cara untuk berbakti kepada orang tua ialah dengan cara sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada mereka dan mengambil berat akan keadaan kedua-duanya, walau sesibuk mana kita dengan urusan seharian.\n\nYang sebenarnya tak susah pun untuk menunjukkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa. Rajinkan diri untuk menelefon dan bermesej untuk bertanya khabar. Ibu bapa kita akan berasa sangat gembira bila kita ambil berat akan kesihatan mereka, oleh itu jangan lupa untuk bertanya sama ada dah makan ubat atau belum.\n\nHujung minggu, anda boleh luangkan masa untuk pulang ke rumah kedua ibu bapa. Pastinya mereka akan tersenyum lebar sehingga ke telinga menyambut kepulangan anak cucu tercinta. Perhatikan wajah ibu bapa semasa bermain dengan anak-anak kita, pastinya kita akan rasa puas hati melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka. Tak susah pun untuk berbakti kepada kedua ibu bapa, kan?\n\nLayan mereka dengan lemah-lembut dan penuh kasih sayang\n\nCara berbakti kepada ibu bapa yang seterusnya ialah dengan cara melayan mereka dengan lemah-lembut dan penuh kasih sayang. Orang tua akan menjadi sensitif dan mudah terasa hati. Jiwa mereka mudah terusik. Malah emosi mereka juga kurang stabil, lebih-lebih lagi bagi ibu yang sedang mengalami fasa menopause. Sebagai anak sepatutnya kita faham akan perubahan yang berlaku kepada ibu bapa kita.\n\nOleh itu hati-hati semasa bergaul dengan ibu bapa. Elakkan daripada berkata-kata akan sesuatu yang boleh mengguris hati dan perasaan mereka. Jika ada perbuatan kita yang boleh menyebabkan mereka terasa, elakkan daripada melakukannya. Layanlah mereka dengan baik seperti mana mereka melayan kita semasa kita kecil satu masa dahulu.\n\nPenuhi hajat dan permintaan kedua ibu bapa\n\nOrang tua kita pastinya mempunyai hajat dan permintaan tersendiri. Disebabkan oleh kekangan usia, mungkin mereka tidak dapat memenuhi keinginan yang dirasai tanpa bantuan anak-anak. Oleh itu, luangkan masa untuk bersembang dengan ibu bapa dan sambil-sambil itu selitkan soalan sekiranya ada apa-apa makanan yang mereka teringin untuk makan atau ada tempat yang mereka teringin untuk pergi.\n\nTak rugi kalau kita tolong bawakan mereka melawat ke tempat yang dihajati atau belikan makanan yang mereka ingin makan. Manalah tahu kalau itu adalah bakti terakhir kita kepada mereka sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Pastinya kita akan berasa puas hati dan lega kerana sempat memenuhi hajat mereka di penghujung usia.\n\nAkhir sekali, kita boleh berbakti kepada kedua ibu bapa dengan cara mendoakan kedua-duanya agar berbahagia di dunia dan akhirat. Sentiasa doakan akan ibu bapa kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Doakan agar keduanya dimatikan dalam keadaan baik iaitu Husnul Khotimah. Doakan agar kedua ibu bapa kita dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari api neraka. Doakan juga agar kedua ibu bapa kita dijauhi dari azab kubur yang maha dahsyat.\n\nDoa dari anak yang soleh dan solehah adalah bekalan akhirat ibu bapa kita. Satu hari nanti bila kedua-dua sudah tiada di dunia, teruskan berdoa untuk mereka di sana. Doa yang tidak putus-putus adalah bakti yang tidak terhingga nilainya.\n\nItulah dia info tentang cara berbakti kepada ibu bapa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara menghormati ibu bapa, peranan ibu bapa, dan gaya asuhan ibu bapa."
"Suka ayam lemon? Anda patut tengok resepi perkongsian hari ini kerana kami akan kongsikan resepi ayam masak lemon yang padu buat anda menitik air liur.\n\nAyam masak lemon ialah ayam yang dimasak dengan jus lemon. Ada beberapa jenis sebenarnya versi masakan ayam lemon, antaranya di Italia ayam lemon dimasak dengan membakar keseluruhan ayam dengan jus lemon.\n\nSedangkan pada resepi yang dikongsikan oleh\u00a0Yati Mohd\u200e di laman Facebook ini mengikut resepi ayam masak lemon pada umumnya iaitu dengan memotong ayam kecil-kecil kemudian dibalut tepung terlebih dahulu baru digoreng sebelum akhirnya disalut dengan jus lemon.\n\nMenengok gambarnya saja sudah bikin menitik air liur. Apalagi kalau sudah makan nanti. Rasa asam lemon dan manisnya madu sungguh membangkitkan selera. Tak sabar? Jom buat resepinya.\n\nSelain resepi ayam masak lemon, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"\u2018Rejab\u2019 bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Ketahui kelebihan bulan Rejab yang kita tidak sedar.\n\nImam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah \u2018agung\u2019 (Lata\u2019if al-Ma\u2019arif, 117). Oleh itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia.\n\nSelain itu, bulan ini dinamakan bulan \u2018Rejab\u2019 kerana bangsa Arab sejak zaman sebelum Islam dahulu, telah mengagungkan bulan ini dengan tidak berperang atau memulakan apa-apa pergaduhan. Lalu, selepas kedatangan Islam, pegangan ini diteruskan\u00a0 dengan mengharamkan orang-orang Islam memulai peperangan, tetapi diharuskan apabila diancam atau diserang.\n\nRejab merupakan bulan ke tujuh tahun Hijrah dan merupakan antara empat bulan Haram atau \u2018al-Ashur al-Hurum\u2019 \u00a0atau bulan yang dimuliakan dalam islam dan diharamkan berlakunya peperangan atau pembunuhan iaitu termasuklah bulan Muharam, Zulkaedah dan Zulhijah).\n\nSeperti firman Allah SWT dalam surah al-Taubah : 36, yang bermaksud;\n\n\u201cSesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)\u201d\n\n\u00a0Selain itu, Abu Bakrah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda;\n\n\u201cSesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Syaban.\u201d\u00a0\n\nBerada dalam bulan haram yang dimuliakan menjadikan bulan ini\u00a0 sentiasa aman dan selamat. Wah banyaknya kelebihan bulan Rejab.\n\nSelain itu terdapat beberapa peristiwa penting yang menjadikan bulan Rejab ini istimewa dan mulia, antaranya adalah:\n\n#1 Berlakunya Peristiwa Israk Dan Mikraj\n\nPeristiwa Isra\u2019 dan Mikraj yang menurut kebanyakan ulama bersetuju bahawa ianya \u00a0berlaku pada 27 Rejab. Peristiwa besar ini telah menjadi bukti penting akan kerasulan Nabi Muhammad SAW.\n\nDalam peristiwa itu, Baginda telah diisrakkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dimikrajkan, sehingga ke setiap lapisan langit dan mengadap Allah SWT lalu menerima perintah kewajipan solat lima waktu.\n\nRasulullah SAW juga menemui setiap nabi dan rasul selain dipersembahkan keadaan di syurga dan neraka serta dipertunjukkan dengan pelbagai kekuasaan Allah SWT. Paling menakjubkan dengan izin Allah SWT, perjalanan tersebut hanya berlaku dalam satu malam sahaja.\n\nFirman Allah dalam surah al-Isra\u2019 : 1 yang bermaksud;\n\n\u201cMaha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah, ke Masjidil Aqsa di Palestin, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.\u201d\n\n#2 Turunnya Perintah Allah Berpindah Kiblat ke Arah Masjidil Haram \n\nPerlaksaan solat dengan berkiblatkan ke rah Masjid al-Aqsa berlangsung lebih kurang 16-17 bulan, sebelum diwahyukan untuk berubah ke arah Masjidil Haram.\n\nRasulullah SAW sangat menginginkan kiblat umat Islam sama dengan kiblat Nabi Adam a.s dan dan Nabi Ibrahim a.s.\u00a0 Baginda sering berdoa dan sangat berharap permintaan itu diperkenankan oleh Allah SWT. Sehingga akhirnya Allah memakbulkan permintaan Baginda itu.\n\nFirman Allah dalam surah al-Baqarah : 144 yang bermaksud;\n\n\u00a0\u201cKerap kali Kami melihat engkau wahai Muhammad, berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah muka mu ke arah Masjidil Haram tempat letaknya kiblat dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.\u201d\n\nSelain itu terdapat peristiwa lain yang turut berlaku dalam bulan Rejab, iaitu:\n\nPerang Tabuk berlaku pada tahun ke-9H antara umat Islam dengan tentera Rom di satu kawasan bernama Tabuk yang terletak di wilayah paling utara semenanjung Tanah Arab.\n\nPerang ini juga menjadi peperangan terakhir yang diketuai dan disertai oleh Rasulullah SAW. Bahkan menjadi peperangan yang dimenangi oleh pasukan Islam tanpa pertumpahan darah kerana pihak musuh telah menawarkan perdamaian terlebih dahulu.\n\nBanyak ujian dan hikmah daripada peperangan ini yang memberi pengajaran kepada umat Islam, tentang penyatuan dan perpaduan, asas iman Islam yang kukuh serta kesan sikap munafik yang memburukkan maruah agama dan masyarakat.\n\nHijrah pertama ke Habsyah berlaku pada tahun ke-5 kenabian Rasulullah SAW atau pada tahun 615M.\n\nWalaupun hijrah ini hanya disertai 14 orang termasuk empat orang wanita, namun penghijrahan ini telah berjaya menyelamatkan akidah umat Islam ketika itu. Terutamanya bagi golongan yang baru memeluk Islam daripada ditekan dan disiksa. Habsyah dipilih kerana pemerintahnya yang bertoleransi dan lebih terbuka dengan agama Islam.\n\nBaitul Maqdis mula dibuka semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umar bin al-Khattab dan beratahan selama 500 tahun di bawah pemerintahan Islam.\n\nNamun, kota itu berjaya ditawan oleh pasukan Salib selama 50 tahun.\n\nKemudian, pada bulan Rejab 583H (September/Oktober 1187), pasukan Islam yang diketuai oleh Salahuddin al-Ayyubi telah berjaya membebaskan kota al-Quds semula daripada penjajahan Kristian dan mengembalikan pemerintahan Islam di kota itu.\n\nImam Syafie dilahirkan pada 150H, bersamaan 767M di Gaza, Palestin. Beliau merupakan salah seorang daripada empat imam mazhab besar dalam ilmu Fiqah, iaitu \u00a0pengasas kepada mazhab Syafie.\n\nPeninggalannya yang paling agung dan berharga ialah kitab al-Umm yang masih menjadi rujukan penting sehingga kini.\n\nSelepas 760 tahun pembebasan Baitul Maqdis pada 28 Rejab 1342H, sistem khalifah akhirnya dijatuhkan oleh seorang pemerintah sekular di Turki, iaitu Mustafa Kamal Pasha Atartuk.\n\nKesannya, konsep pemerintahan yang dibentuk oleh Rasulullah SAW atau pemerintahan secara berkhalifah telah dilenyapkan dan diganti dengan pemerintahan republik ataupun kapitalisme-sekularisme. Selain itu wilayah Islam juga dipecahkan kepada negeri-negeri kecil sebagai memenuhi konsep nasionalisme.\n\n#8 Kelahiran Ali ibn Abi Talib\n\n#10 Kemenangan tentera Islam dalam Perang Khaibar\n\nAmalan Yang Digalakkan dalam Bulan Rejab\n\nTidak ada sesuatu amalan atau ibadah yang sengaja dikhususkan untuk bulan ini. Namun terdapat \u00a0amalan ibadah yang digalakkan dan bersifat umum yang boleh dipertingkatkan, seperti:\n\nBulan Rejab sangat sesuai untuk dijadikan sebagai penggerak untuk meningkatkan amalan ibadah kita. Tambahan lagi, Rejab adalah bulan yang kian hampir dengan Ramadan, jadi sesuailah untuk dijadikan sebagai bulan persediaan untuk menemui bulan mulia itu. Jadi, lebih mudahlah kita untuk berlumba beribadah di bulan Ramadan nanti jika sudah melakukan persediaan dan momentum lebih awal.\n\nDengan itu, laluilah bulan Rejab tanpa mengkhususkan ibadah atau amalan tertentu selagi tidak terdapat rujukan atau hadis yang pasti dan tepat mengenainya. Semoga kita sentiasa beristiqamah atau berterusan dalam beribadah bukan sahaja dalam buan Rejab tetapi di bulan-bualn lain juga, amin. Semoga mendapat manfaat daripada artikel kelebihan bulan Rejab ini.\n\nJemput baca artikel menarik lain seperti;\u00a0Hari Tasyrik dan Kelebihannya dan Kelebihan Sedekah"
"Wabak virus Corona terbaru dipanggil CoVid-19 yang kini sudah diisytiharkan sebagai pandemik kepada seluruh dunia oleh WHO ternyata memberi kejutan dan kebimbangan orang ramai.\n\nKetahui lebih lanjut mengenai coronavirus dari segi simptom, punca dan rawatan yang perlu anda tahu, terutamanya berkenaan virus jenis CoVid-19 ini.\n\nVirus Corona ialah sejenis virus dalam famili Coronaviridae yang mempunyai maklumat genetik disimpan dalam bentuk RNA (dalam bahasa mudah berbentuk seperti DNA, bezanya RNA hanya ada satu jalur). Setiap virus Corona dibezakan dengan jujukan pada RNA tersebut.\n\nRajah skema virus Corona. Imej via AsiaTimes\n\nSebagai gambaran, keseluruhan rupa virus ini berbentuk seperti \u2018buah rambutan\u2019 dengan analoginya,\n\nNama Corona diberi sempena penampakan virus ini di bawah mikroskop yang menyerupai lapisan korona pada matahari. Saintis memerhatikan bahawa terdapat lingkaran gelap di sekeliling virus tersebut.\n\nPembentukan \u2018lapisan korona\u2019 pada virus ini diperhatikan muncul sebagai tanda virus ini \u2018membiak\u2019 menghasilkan virus yang baru dengan cara menjangkiti sel bersebelahan dan menjadikannya sebagai perumah (hos) bagi mereka untuk hidup.\n\n(a) Imej virus CoVid-19 di bawah mikroskop dan (b) jangkitan virus CoVid-19 pada sel manusia (ditandakan dengan anak panah). Imej daripada kertas kajian Zhu et al. (2020)\n\nJangkitan virus Corona ke atas manusia kebiasaannya tidak memudaratkan sehinggalah dua jenis virus betacorona muncul dan menjadi epidemik yang menggegar dunia perubatan dan kesihatan awam iaitu SARS dan MERS. Terdapat lebih 10 000 kes kumulatif dengan kadar kematian 10% bagi SARS dan 37% bagi MERS sejak dua dekad yang lalu.\n\nPada Disember 2019, kita dikejutkan dengan kemunculan virus Corona baharu yang ditemui di Wuhan, China dengan jujukan RNA yang belum pernah dilaporkan apabila dibandingkan dengan jujukan RNA virus Corona yang lain seperti SARS dan MERS. Pesakit yang dijangkiti oleh virus Corona yang novel atau baharu ini rata-rata mengalami masalah pernafasan akibat pneumonia, seterusnya boleh menyebabkan kematian.\n\nBanyak negara sudah mula terjejas dengan kemunculan virus ini dan melakukan perintah berkurung atau kawalan pergerakan apabila laporan kematian seluruh dunia sudah mencecah ribuan nyawa dan data jangkitan pesakit yang saban hari meningkat di negara-negara seperti China, Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Korea Selatan dan negara lain termasuklah Malaysia.\n\nBagi kes jangkitan SARS dan MERS, masing-masing dipindahkan kepada manusia melalui musang dan unta. Virus tersebut asalnya datang dari kelawar.\n\nPenularan jangkitan virus Covid-19 pula dikaitkan berpunca dari pasar basah yang menjual makanan laut dan pelbagai haiwan eksotik di Wuhan, daerah Hubei, China. Saintis turut mengesyaki bahawa virus CoVid-19 turut datang dari kelawar sebagaimana SARS dan MERS.\n\nMenurut Kampf et al. (2020), virus Corona boleh menjangkiti manusia biarpun berada di permukaan objek tidak bergerak dengan jangka hayat sehingga 9 hari dalam bentuk titisan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, melalui sentuhan sesama manusia atau memasuki sistem tubuh manusia pada bahagian hidung, mata dan mulut.\n\nSimptom klinikal antara CoVid-19 dengan jangkitan virus betacorona terdahulu mencatatkan beberapa persamaan sebagaimana yang dilaporkan oleh Huang et al. (2020). Secara umum, kebanyakan pesakit akan menunjukkan tanda-tanda seperti:\n\nNamun, terdapat juga beberapa laporan kes pesakit CoVid-19 dengan simptom baharu pada bahagian saluran pernafasan atas\u00a0 seperti:\n\nTidak seperti kebanyakan pesakit SARS dan MERS yang akan mengalami diarrhoea (cirit-birit), pesakit CoVid-19 jarang menunjukkan simptom masalah pencernaan tersebut.\n\nTambah memburukkan, antara komplikasi yang dihidapi oleh pesakit CoVid-19 adalah seperti berikut:\n\nKemerosotan paru-paru pesakit akibat pneumonia pada hari pertama disahkan jangkitan (a) dan pada hari ke-9 (b). Imej imbasan CT daripada kertas kajian Zhu et al. (2020).\n\nSecara khususnya, gejala jangkitan yang biasa dikesan (mungkin berbeza mengikut individu) CoVid-19 mengikut hari jangkitan disenaraikan seperti berikut:\n\nSetakat ini, tiada rawatan khusus atau vaksin yang boleh digunakan untuk membunuh virus CoVid-19 ini. Hanya rawatan sokongan pemulihan yang diberikan untuk membantu sistem pertahanan badan melawan jangkitan virus ini. Antara rawatan sokongan tersebut ialah:\n\nBagi membasmi kehadiran virus Corona, penggunaan air sabun sudah memadai. Mekanisme pembasmian menggunakan air sabun ialah dengan melunturkan komponen minyak pada virus (bahagian \u2018kulit rambutan\u2019) apabila komponen hidrofobik (tidak larut air) pada sabun akan melarutkan komponen lemak tersebut.\n\nPenggunaan hand sanitizer yang mengandungi alkohol sebenarnya bertindak dengan cara yang sama apabila alkohol yang bersifat hidrofobik boleh melarutkan dan memusnahkan komponen lemak virus.\n\nBezanya dari segi kos apabila anda boleh menggunakan air sabun yang jauh lebih murah berbanding hand sanitizer untuk tujuan yang sama.\n\nOleh itu, amat penting bagi mencuci tangan dengan air sabun bagi mengelakkan virus Corona daripada memasuki kawasan laluan jangkitan (hidung, mata, mulut) kerana secara statistiknya, kita menyentuh muka dengan tangan sebanyak 2000 kali sehari!\n\nNamun, tempoh cucian tangan dengan air sabun mestilah sekurang-kurangnya, minimum 20 saat untuk memastikan tangan kita bebas virus. Terdapat beberapa eksperimen ringkas dijalankan yang membandingkan masa cucian tangan dengan jumlah virus yang dikesan di tapak tangan, dengan hasilnya mendapati bahawa 20 saat (boleh guna tips nyanyi 2 kali lagu Happy Birthday = 20 saat) ialah tempoh minimum untuk membunuh semua virus Corona di bahagian tangan tersebut.\n\nBanyak pengajaran yang boleh diambil dengan berlakunya pandemik CoVid-19 ini terutamanya dari segi penjagaan diri dan pengurusan sewaktu musim kecemasan. Di samping itu, orang ramai diminta untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan khususnya saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan Larangan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan juga perlulah dipatuhi.\n\n*Jemput juga baca artikel lain seperti punca kolestrol dan batuk kering kanka-kanak"
"Khasiat sengkuang cina atau juga dikenali sebagai water chestnuts ini tidak dinafikan lagi mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan manusia baik dari segi luaran mahupun dalaman.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat dalam sengkung cina yang sangat bagus diamalkan dalam pengambilan diet seharian.\n\nBerikut adalah maklumat kandungan nutrisi untuk setiap 36 gram sengkuang cina mentah.\n\nDi Amerika Syarikat (US), sengkung cina dalam tin lebih banyak dijual dipasaran. Dan setiap setengah cawan (142g), ia mengandungi:\n\nSeperti yang kita tahu, antioksidan merupakan nutrien yang penting dalam badan kerana ia membantu sistem imun dan melawan radikal bebas.\n\nKandungan antioksidan pada sengkuang cina sangat tinggi dan berupaya membantu tubuh mendapatkan kesihatan yang lebih baik. \n\nMungkin ramai yang tidak tahu, khasiat lain sengkung cina adalah mampu untuk menyejukkan badan. Kesannya hampir serupa jika kita minum air kelapa atau air kundur. \n\nDengan cuaca di negara kita yang semakin panas membahang ini, memang sangat sesuai untuk kita jadikan sengkuang cina sebagai minuman seisi keluarga.\n\nAnda yang menghidap penyakit tertentu dan memerlukan diet bebas gluten boleh mengambil sengkung cina dalam pemakanan harian. \n\nIa adalah tumbuhan bebas gluten yang digunakan untuk memasak pelbagai makanan atau dibuat tepung untuk chapati atau sebagainya. \n\nDi samping itu bagi pesakit darah tinggi pula, tumbuhan ini memberi manfaat dalam membantu meningkatkan dan menurunkan tekanan darah oleh kerana ia mengandungi nutrien yang berbeza dan unik. \n\nSeperti yang kita lihat dalam kandungan kalori sengkuag cina di atas tadi. Tumbuhan ini mengandungi jumlah kalori yang sangat rendah.\n\nTambahan lagi, ia juga \u00a0antara jenis high volume food dengan kandungan air sekitar 74% sekaligus mampu bantu individu rasa kenyang dengan lebih lama.\n\nSelain itu, tumbuhan akuatik ini diperkaya juga dengan vitamin C. Hal ini memberi manfaat dengan menyokong sistem imun, meningkatkan penyembuhan luka, dan membantu menghasilkan beberapa neurotransmitter, L-carnitine, dan kolagen.\n\nFerulic acid antara oksidan yang terdapat dalam tumbuhan ini. Kajian mendapati ferulic acid mampu membantu menghambat dan melawan pertumbuhan sel kanser..\n\nAntara kanser yang dimaksudkan adalah seperti kanser kulit, tulang, tiroid dan payudara.\n\nSatu setengah cawan sengkuang cina mengandungi 7% keperluan potasium harian. \n\nTerdapat 11 kajian terdahulu tentang strok dan penyakit kardiovaskular mendapati pengambilan potasium yang tinggi dalam diet boleh mengurangkan kadar risiko strok, penyakit jantung koronari, dan penyakit kardiovaskular.\n\nSerat yang terkandung dalam khasiat sengkuang cina mempunyai banyak kesan yang baik terhadap kesihatan.\n\nIa membantu memastikan anda kenyang dan berpuas hati, membantu dalam penghadaman, dan boleh membantu mengawal paras kolesterol serta gula dalam darah.\n\nKajian mendapati sengkuang cina mengandungi flavonoid. Flavonoid adalah komposisi dalam makanan yang merupakan antioksidan penawar bagi aura negatif di dalam badan\n\nIa berfungsi untuk melindungi dinding pembuluh darah, mengurangi risiko alergik, menjaga kesihatan otak, sehingga mampu mencegah beberapa penyakit barah yang kronik.\n\nSecara ringkasnya, flavonoid mengawal aktiviti selular dan melawan radikal bebas yang membawa kepada keadaan oksidatif. Peranan mereka adalah untuk melindungi badan anda daripada toksin dan tekanan.\n\nSelain dari khasiat sengkuang cina ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain seperti:"
"Siapa kata membuat kek brownies sukar dan leceh? Memang ada sebahagian yang leceh tapi tidak untuk resepi kek brownies Oreo yang kami kongsikan ini. Perlu masa 20 minit sahaja, anda boleh dapatkan kek yang super mewah dan sedap.\n\nKek brownies Oreo kukus sangat simple kerana hanya memerlukan 2 bahan, Oreo dan susu. Semudah membalikkan tapak tangan. Resepi ini ialah resepi kek paling senang dan mudah sedunia.\n\nKek ini boleh disajikan untuk makan petang-petang bersama keluarga, juga boleh dihidang untuk tetamu kerana bentuknya mewah dan rasanya super sedap. Banyak yang telah mencuba resepi yang dikongsikan oleh HanNy Na di Facebook ini, dan hasilnya tak pernah tak sedap. Selalunya yang pernah mencuba resepi ini selalu puas.\n\nSila cuba resepi yang mendapat perkongsian ramai ini serta hidangkan untuk keluarga dan anak-anak anda.\n\nSangat simple kan! Resepi ini dapat kek kecil saja. Maka, kalau mahu yang besar boleh gandakan 2x-3x resepi.\nNota : Kek dalam resepi ini guna ganda 2x resepi.\n\nSelain resepi kek brownies kukus Oreo, kami juga menulis resepi menarik lain yang sedap dan lazat serta mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Lelaki mempunyai beberapa maksud apabila berbicara. Artikel kali ini berkongsikan tentang tips bahasa suami mengenai lapar yang boleh digunakan sebagai sang isteri sebagai panduan.\n\n\npixshark.com\n\nApabila lelaki sekejap masuk dapur, sekejap keluar. Kemudian masuk semula ke dapur. Itu bermaksud dia sangat lapar.\n\nApabila isteri atau ibu sedang masak, kemudian dia masuk dapur dan tanya menu, itu bermaksud dia sedang lapar tetapi tidak terlalu lapar.\n\nApabila sebelum balik ke rumah dari tempat kerja suami telefon isteri dan bertanya mahu makan apa malam ini. Itu bermaksud dia terlepas makan tengahari tadi. Memang dia lapar.\n\nApabila lelaki balik rumah dan tidak ada apa-apa makanan. Tiba-tiba anak meragam dan dia pula naik angin, sama ada dia ada masalah atau dia sangat lapar.\n\nApabila sebelum maghrib lelaki sudah tanya tentang makan. Bermaksud sama ada dia mahu belanja makan di luar atau dia sudah lapar dan perlu makan malam awal.\n\nApabila lelaki makan makanan lain sewaktu isteri sedang memasak seperti biskut, kek dan sebagainya sedangkan makanan itu bukan kegemarannya, bermaksud dia sedang lapar. Sangat lapar.\n\nApabila lelaki ajak keluar jalan-jalan beberapa ketika selepas makan malam. Itu bermaksud dia mahu makan lagi.\n\nApabila lelaki berkata, \u201cSaya rasa lapar.\u201d Jangan ditanya kenapa lapar dan kenapa tidak makan tadi. Hehe!"
"Ayuh masak ayam lemak cili padi paling mudah hari ini. Ayam masak lemak cili padi nogori style. Saking mudahnya resepi ini hanya campak semua bahan kemudian biar mereneh dan jadilah dia.\n\nLebihkan buat kuah boleh terasa sedap masa dihirup. Kepedasan mengikut selera anda, akan tetapi bukan masak lemak cili padi namanya jika tidak terasa cili padi nya itu.\n\nLagi kalau makan ayam masak lemak cili padi ini dengan\u00a0nasi putih dan kerupuk, jadi makin sedap terangkat. Makan sampai bertambah-tambah. Ayam masak lemak cili padi boleh dihidangkan untuk acara kenduri.\n\nTanpa tunggu lagi, mari lihat resepinya di bawah ini. Resepi daripada Anith Natasha\u200e di laman Facebook. Jemput baca dan selamat mencubanya.\n\nResepi Ayam Masak Lemak Cili Padi\n\nSelain resepi ayam masak lemak cili padi , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Siapa suka makan mac and cheese ala Kenny Rogers? Serious sedap! Siapa suka makan di Kenny Rogers mesti tahu.\n\nMulai hari ini resepi mudah mac and cheese ala Kenny Rogers ada di hujung jari anda kerana pada tulisan kali ini kami akan berkongsikan resepi mac and cheese yang digilai ramai itu.\n\nMac and cheese sesuai untuk makanan bayi dan kanak-kanak. Rasanya yang lembut, lunak, tidak pedas dan rasa yang simple namun sedap membolehkan kanak-kanak memakannya.\n\nBanyak yang tanya apakah resepi Zara Zulaikha Tan di laman Facebook ini menggunakan perasa atau tidak? Jawapannya tidak. Namun jika anda ingin berlainan sedikit, boleh tabur blackpapper atau lainnya. Sila cuba resepi mudah ini.\n\nResepi Mac and Cheese ala Kenny Rogers\n\nSelain resepi mac and cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"\u201cWah, makin cantiklah kulit kau. Cemburu pula aku tengok. Kongsilah rahsia kecantikan kulit kau.\u201d\n\nBayangkan ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang menegur anda macam ni. Mesti rasa diri sedang melayang-layang kan? Senyum pun panjang sampai ke telinga. Ayat yang sama terngiang-ngiang di telinga tak tahu berapa hari.\n\nNamun, bukan semua wanita yang beruntung dikurniakan kulit cantik semula jadi tanpa cacat cela. Ada yang perlu memakai pelbagai produk yang sesuai dengan kulit wajah. Ada pula yang perlu jumpa pakar kulit disebabkan oleh masalah yang dihadapi.\n\nArtikel kali ni akan berkongsi tentang 10 tips untuk mendapatkan kulit cantik semula jadi. Sesiapa yang bakal jadi raja sehari bolehlah amalkan tips yang diberi lebih awal. Buat persediaan awal tu jauh lebih baik. Namun, sesiapa saja yang memang nak kulit cantik natural boleh saja mencuba tips-tips ni.\n\nNah, tips-tips ni khas untuk pembaca Bidadari yang disayangi! Untuk kulit cantik semulajadi.\n\nKebanyakan wanita tak tahu masalah kulit mereka. Kadangkala kulit ditumbuhi jerawat disebabkan oleh perubahan hormon, cara basuh muka, solekan yang tebal, sarung bantal yang kotor dan sebagainya.\n\nOleh itu, pertama sekali kenal pasti masalah terlebih dahulu. Jika disebabkan oleh hormon, segera berjumpa dengan pakar kulit. Jika disebabkan oleh solekan, pastikan kandungan bahan di dalamnya tak buat kulit anda alergik dan tersumbat.\n\nJika kulit anda banyak jerawat dan bintik hitam, rawat masalah itu terlebih dahulu. Jangan terburu-buru membeli produk pencerahan kulit. Sabar. Selesaikan masalah anda satu per satu dulu. Bila dah tiada jerawat, barulah hilangkan parut dengan produk yang bersesuaian.\n\nJangan ingat kita minum air untuk hilangkan haus saja tau. Kulit juga memerlukan air untuk memelihara kelembapan. Air bukan saja untuk menghidrat, malah memberi nutrisi kepada sel-sel kulit.\n\nTak guna pakai produk kulit yang mahal, kalau malas minum air. Kekurangan air akan menyebabkan kulit muka menjadi kering, bersisik dan gatal. Yang paling teruk kulit muka akan kurang anjal dan anda senang nampak tua! Jangan lupa minum lapan gelas air setiap hari (bergantung pada berat).\n\nSemua orang ada masalah. Tak kira suri rumah, pelajar, wanita bekerjaya dan sesiapa saja. Namun, kita tak patut hidup dalam stres setiap masa. Cari jalan untuk keluar dari masalah. Antaranya keluar shopping, tanam pokok bunga, bercuti dan sebagainya.\n\nOrang yang selalu stres dengan masalah mereka tidak akan hidup gembira dan tenang. Setiap masa, mereka hanya akan memikirkan masalah yang tak akan habis. Bila dah stres tu, penjagaan muka dan diri pun diabaikan.\n\nMalah, tidur pun tak cukup sebab risau memikirkan segala kemungkinan. Banyak sangat berkerut akan menyebabkan muka anda hilang seri. Apa kata mulai hari ni, sentiasa senyum dan positif. Bukan anda saja yang nampak perubahan pada wajah, tapi orang di sekeliling juga.\n\n#4 Jangan Salah Pilih Produk Wajah\n\nNampak orang lain cantik, kita pun nak cantik sama. Nampak orang lain putih, kita pun nak ikut sama. Ni ialah kesilapan terbesar yang sering kita buat. Bukan semua produk yang dipakai oleh orang lain sesuai dengan kita. Walaupun yang pakai tu adik atau kakak kita.\n\nNi kerana setiap wanita mempunyai kulit yang berlainan. Ada orang yang mempunyai kulit yang berminyak, normal dan kombinasi. Malah, ada pula yang mempunyai masalah kulit sensitif dan masalah lain macam ekzema dan sebagainya.\n\nOleh itu, pakai produk yang sesuai dengan anda bukan orang lain. Jangan sampai wang anda terbazir begitu saja. Paling penting beli produk yang mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jangan sesekali beli produk \u2018timbang kilo\u2019.\n\nNak semak produk kosmetik yang telah diharamkan oleh KKM, anda boleh melayari laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency Malaysia (NPRA).\n\nJangan lupa kita perlu nampak cantik dan pada masa yang sama sihat tubuh badan. Oleh itu, sihat dan cantik perlu bergerak seiring. Bersenam banyak kebaikannya pada kulit wajah.\n\nSebenarnya, kulit mendapat nutrien melalui pembuluh-pembuluh darah di bawah permukaan kulit. Apabila kita bersenam, denyutan nadi akan bertambah. Oleh itu, darah akan membawa lebih banyak nutrien dan oksigen ke kulit.\n\nTak perlu membuat senaman berimpak tinggi, cukuplah dengan hanya membuat brisk walk, berjoging dan berjalan di keliling rumah. Nak pusing-pusing di mall pun boleh.\n\nMuka saja kalau cantik tak guna kalau kebersihan diri diabaikan. Bangun saja pagi, jalan lupa basuh muka bersih-bersih. Kotoran yang terkumpul sepanjang malam perlu dibersihkan iaitu minyak di muka, peluh, habuk dan air liur basi anda.\n\nJangan lupa tukar sarung bantal dan tilam dengan kerap. Di situlah pusat terkumpulnya semua habuk dan kuman. Malah, jangan lupa basuh tuala muka dan badan juga. Pastikan tuala dikeringkan selepaskan digunakan. Jika lembap dan basah, banyak bakteria yang akan terkumpul.\n\n#7 Amalkan Gaya Pemakanan Yang Sihat\n\nAmalan pemakanan yang sihat mengikut saranan KKM dan piramid makanan bukan saja penting untuk kesihatan tubuh badan tetapi juga kecantikan kulit. Kurangkan makanan yang manis, tinggi garam, berproses dan makanan segera.\n\nLebihkan sayur dan buah-buahan yang kaya dengan pelbagai vitamin, mineral, kalsium dan magnesium yang baik untuk kulit. Cara penyediaan makanan juga perlu dititiberatkan. Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Lebih baik amalkan pemakanan yang dimasak secara rebus, kukus dan bakar.\n\nWaktu tidur ialah masa untuk kita merehatkan diri setelah sehari suntuk bekerja. Badan dan otak juga perlu berehat. Seelok-eloknya tidur seawal 10.00 malam dan dapatkan tidur yang mencukupi selama lapan jam.\n\nJika tak cukup tidur, wajah akan nampak sembap, tak bermaya, kering dan cepat nampak tua. Malahan, bawah mata juga akan nampak gelap dan kendur. Oleh itu, pastikan anda dapat tidur yang berkualiti.\n\nSelain nak kulit wajah yang cantik, perkara paling penting yang difokuskan oleh wanita ialah bentuk badan yang ramping. Tak salah nak jaga badan, bagus untuk kesihatan juga. Namun, jangan pula anda esktrem dalam berdiet.\n\nJika terlalu jaga makan, dikhuatiri makanan harian anda tak cukup nutrien yang sangat penting untuk kulit. Akhirnya, badan memang slim tetapi kulit wajah kendur dan tak bermaya pula.\n\n#10 Manjakan Diri Di Pusat Kecantikan\n\nJika ada wang yang lebih, sesekali apa salahnya buat rawatan spa di pusat kecantikan. Kulit juga perlu dibelai dan dimanja. Urutan dan rawatan di spa bagus untuk kecantikan kulit.\n\nNamun, jika kewangan tak mengizinkan, anda juga boleh jadikan rumah anda sebagai spa. Anda boleh mencuba pelbagai petua kecantikan yang telah dikongsikan oleh para penulis di Bidadari.my. Banyak petua yang boleh dicuba misalnya cara buat masker wajah.\n\nKesimpulannya, penjagaan kulit muka memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Tak semestinya anda perlu membelanjakan wang yang banyak untuk rawatan dan produk kosmetik. Yang paling penting ubah amalan harian yang mungkin tak bagus untuk kulit.\n\nJangan lupa kongsikan artikel tentang tips kulit cantik semulajadi ni pada ahli keluarga dan rakan-rakan. Moga kita sama-sama beroleh manfaat. Jemput juga baca artikel langkah penjagaan kulit ala Korea dan cara memutihkan kulit"
"Jom kita belajar tentang khasiat mahkota dewa.\n\nDaun mahkota dewa berasal dari tanaman mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) yang tumbuh di daerah Papua New Guinea. Buah mahkota dewa berbentuk bulat dengan diameter 4cm dan berwarna hijau jika mentah dan berwarna merah jika masak.\n\nManakala daun mahkota dewa memiliki sifat tunggal dan bertangkai pendek. Daun mahkota dewa memiliki permukaan daun yang licin dan berwarna hijau tua dengan panjang 7-10cm dan lebar 2-5cm.\n\nManfaat mahkota dewa tidak dapat disangkal kerana banyaknya zat yang terkandung di dalamnya. Antara zat khasiat yang terdapat pada tumbuhan mahkota dewa adalah:\n\n1. Antivirus, antimikrob dan melawan jangkitan\n\nMahkota dewa berfungsi sebagai antivirus kerana kandungan alkaloid yang terdapat dalam tumbuhan ini. Sifat antivirus yang ada di dalam tanaman mahkota dewa berguna untuk melawan berbagai jenis virus yang masuk ke dalam tubuh.\n\nMalah ia juga turut melawan bakteria di dalam tubuh. Sehingga tubuh tidak akan mudah terkena jangkitan. Malah, pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria juga boleh diatasi menggunakan tanaman mahkota dewa.\n\nSalah satu manfaat mahkota dewa adalah melancarkan peredaran darah. zat flavonoid di dalam mahkota dewa berfungsi membantu peredaran menjadi lancar. Jika peredaran darah lancar, tubuh akan terhindar dari berbagai macam penyakit dan juga gangguan kesihatan.\n\nZat flavonoid dalam mahkota dewa juga dipercayai meningkatkan dan menjaga sistem metabolisme di dalam tubuh. Selain itu, flavonoid juga berfungsi sebagai anti radang. Ia membantu mengurangkan rasa sakit yang dideritai oleh badan.\n\nZat polifenol yang ada dalam mahkota dewa bermanfaat untuk menghilangkan alergi khususnya alergi pada makanan. Kandungan polifenol yang ada di dalam mahkota dewa turut berfungsi untuk mengubati gatal-gatal.\n\nMalah, penemuan menarik daripada kajian penyelidik dari China pada tahun 2006, menjumpai sebatian bioaktif yang baharu dan dinamakan sebagai mahkoside, sempena nama mahkota dewa.\n\nSebatian mahkoside mempunyai ciri biokimia yang bagus untuk aktiviti farmakologi untuk mengubati penyakit alahan dan serangan mikrob.\n\nTumor adalah benjolan tidak normal yang tumbuh pada tubuh. Tumor boleh dihilangkan dan diubati menggunakan kulit mahkota dewa kering yang direbus. Kandungan antioksidan yang ada di dalam kulit mahkotra dewa, sama banyaknya dengan kandungan antioksidan di dalam kulit manggis kering.\n\nSelain itu, pelbagai jenis penyakit terjadi disebabkan oleh adanya radikal bebas. Tubuh setiap hari berjuang untuk melawan radikal bebas. Zat antioksidan yang ada dalam kulit buah mahkota dewa boleh digunakan untuk melawan radikal bebas.\n\nPenyelidik dari Indonesia ada mengkaji kandungan antioksidan yang terdapat dalam isi buah mahkota dewa. Dilaporkan melalui hasil analisis maklumat, kandungan antioksidan seperti polifenol, flavonoid, alkaloid, dan saponin adalah sangat tinggi dan sangat bernilai tinggi.\n\nZat saponin dalam mahkota dewa dikatakan bermanfaat untuk mengubati penyakit hepatitis. Malah, kandungan saponin yang ada di dalam mahkota dewa juga berfungsi menurunkan kadar gula darah. Selain itu ia juga dilaporkan membantu meningkatkan tenaga dan seksualiti bagi lelaki.\n\nMenurut Dr. Ir. M. Ahkam Subroto, kandungan senyawa mahkota dewa memiliki dua karakteristik yang berfungsi sebagai anti kanser pada tubuh manusia.\n\n\u201cPertama, kandungan antioksidan yang tinggi dalam mahkota dewa berkhasiat mencegah tumbuhnya sel-sel kanser. Caranya, dengan mengikat radikal bebas yang ada di dalam tubuh kemudian membuangnya ke luar\u201d jelas Ahkam.\n\n\u201cYang kedua, mahkota dewa memiliki kandungan senyawa yang mampu mengubati sel-sel kanser yang telah membiak. Caranya, dengan menghambat pertumbuhan serta mendorong sel-sel kanser untuk melakukan proses dpoptosis, iaitu proses \u2018bunuh diri\u2019 bagi sel kanser tersebut.\u201d kata Ahkam.\n\nSenyawa protein tertentu yang terkandung di dalam mahkota dewa akan menguraikan sel kanser menjadi bahagia-bahagian kecil yang kemudian akan melemah dan mati dengan sendirinya.\n\nPara pengkaji berharap, protein yang terkandung dalam mahkota dewa dapat menggantikan kedudukan kemoterapi dalam penyembuhan pesakit kanser. Ini kerana, rawatan mahkota dewa tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit seperti mana rawatan kemoterapi.\n\nDalam proses kemoterapi, kimia sintetik digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. Sebagai kesannya, ada sel-sel yang baik yang ikut terbunuh secara tak sengaja. Berbeza dengan rawatan mahkota dewa, yang mendorong sel kanser melakukan \u2018bunuh diri\u2019, sehingga tidak memengaruhi sel-sel tubuh yang baik.\n\nKajian penyelidik Indonesia yang diterbitkan dalam Medical Journal of Lampung University mengaitkan pengambilan buah mahkota dewa dengan penurunan kadar gula dalam darah untuk merawat kencing manis.\n\nKandungan saponin yang tinggi dalam mahkota dewa bertindak memperlahankan pemecahan karbohidrat menjadi glukosa.\n\nSelain saponin, tanin dalam mahkota dewa juga memiliki peranan penting dalam mengurangkan kadar glukosa darah. Tanin bersifat sebagai astringen yang memendakkan protein selaput lendir usus dan membentuk lapisan yang melindungi usus, sehingga melambatkan penyerapan glukosa.\n\nHal ini seterusnya menyebabkan kadar gula dalam darah menurun kerana proses glikolisis (pemecahan karbohidrat) dan serapan glukosa menjadi lebih perlahan dan terkawal.\n\nTumbuhan mahkota dewa kaya dengan zat-zat nutrisi yang baik untuk kesihatan. Namun begitu, untuk membuktikan petua ini disokong oleh perubatan moden, ia perlukan kajian saintifik yang lebih banyak.\n\nMahkota dewa bersifat steroid, menyebabkan anda berasa sedap badan n sihat. Seperti mana steroid yang lain, pengambilan jangka-panjang melemahkan sistem imunisasi anda. Bila sistem imunisasi lemah, kita senang terkena penyakit jangkitan kuman dan juga kanser. Oleh sebab itu, pengambilannya tidak boleh dalam jangka masa yang panjang.\n\nOleh itu, sekiranya anda ingin mengamalkan mahkota dewa untuk merawat penyakit, anda disarankan berbincang dengan doktor yang merawat anda untuk dapatkan nasihat dan pandangan dari ahli perubatan.\n\nSelain khasiat mahkota dewa, kami juga ada menulis artikel menairk lain yang boleh dibaca. Oh ya, jangan lupa untuk share dan like.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Red Velvet? Dah bosan dengan Kek Red Velvet biasa? Pernah cuba jadikan red velvet ini dalam bentuk brownies cookies? Macam menarik kan? Jom tengok resepi dari Norazieanti Ghazali yang mendapat ribuan \u2018like\u2019 di laman Facebook.\n\nKalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Brownie cookies nih agak popular juga di kalangan orang muda sekarang. Selain dijadikan snack, cookies ini juga dijadikan sebagai doorgift untuk majlis-majlis tunang, akad nikah, kahwin dan sebagainya. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Untung kan? Apa lagi jom tengok dan cuba resepinya. Pasti suka !!\n\nPS : Untuk ukuran cupcake saiz S. 1 sb adunan brownies 1/2 sb adunan cheese. Bakar 20-30minit.\n\nDah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Pejam mata pun boleh buatkan? Dah boleh makan Red Velvet Brownie cookies walaupun tak keluar rumah. Bolehlah cuba resepi nih dan kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih."
"Pernahkah anda memakan nasi jagung?\nNasi jagung sama dengan nasi putih namun dicampurkan dengan jagung yang sudah dikopek. Nasi jagung mengandungi banyak gizi berbandingkan nasi putih biasa. Nasi jagung juga kaya akan vitamin A, B1, B6,B12 dan C.\n\nNasi jagung biasanya dimakan sebagai pelengkap sumber karbohidrat. Biasanya orang yang tinggal di kawasan kampung mencampurkan jagung ke dalam nasi sebagai penambah sumber karbohidrat kerana beras mahal harganya.\n\nNasi jagung sangat disukai kanak-kanak kerana bentuknya yang menarik. Nasi jagung boleh dimakan seperti nasi putih dan dihidangkan dengan lauk macam biasa. Nasi jagung juga boleh dimakan oleh orang yang tengah berdiet kerana kandungan karbohidratnya tidak sebanyak nasi putih biasa.\n\nPada resepi kali ini kami mengongsikan resepi nasi jagung yang di buat oleh\u00a0Roha Ali\u200e dan telah ia kongsikan di Facebook. Sila baca dan cuba resepinya.\n\nResepi Nasi Jagung (Sedap dan Sihat)\n\n1. Panaskan kuali\u00a0 dan masukkan majerin.\n\n2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.\n\n4. Setelah itu masukkan jagung biji 1 tin.\n\n5. Masukkan susu cair setengah tin.\n\n6. Kemudian masukkan pewarna kuning ikut suka.\n\n8. Masukkan serbuk perasa dan garam sesuai selera.\n\n9. Akhir sekali masak di atas api atau rice cooker.\n\n10. Tunggu nasi kering baru kacau rata.\n\nBeras basmati 1:1 1/2\nPulsar 1122 1:1/4\n\nSelain resepi Nasi Jagung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sesiapa sahaja yang mengalami kulit sensitif perlu memastikan bahawa mereka menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Produk sunblock yang sebarangan mungkin akan memberi kesan ruam dan pelbagai masalah terhadap kulit mereka. \n\nBagi anda yang inginkan sunblock terbaik untuk kulit sensitif, ini adalah antara 15 sunblock terbaik yang boleh anda cuba.\n\nSunblock bagi kulit sensitif yang kalis air sepanjang hari sangat selesa di pakai. Nalc Perfect Waterproof UV Protect adalah antaranya. Ia dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang mampu melindungi kulit wajah dari sinaran UVA dan UVB dengan kandungan SPF 50 PA ++.\n\nIa juga lengkap dengan sifat kalis airnya sesuai digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sunblock ini tidak berminyak atau melekit dan boleh digunakan sebagai asas wajah. Sunblock ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.\n\nKandungan vitamin E di dalam Tatesnow Facebalm Vit E dapat membantu merawat sekaligus menyembuhkan kulit rosak dan berjerawat. Sunblock ini berfungsi sebagai krim kecantikan tanpa perlu memakai foundation tambahan, concealer atau bedak compact. \n\nIa dapat memberikan perlindungan sehingga SPF 50 dan selamat digunakan kerana 100% bebas dari pengelupasan yang amat sesuai bagi mereka yang memiliki kulit sensitif.\n\nV7 Sunscreen Whitening Spray merupakan sunblock yang dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UVA & UVB. Sunblock ini tidak melekit dan mudah menembusi seluruh kulit serta dapat melembabkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut. \n\nIa boleh digunakan pada wajah dan seluruh badan. Menarik bukan? Tiada alasan lagi untuk kulit kering selepas ini.\n\nCetaphil Sunblock dirumus khas untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif yang mengandungi SPF50. Sunblock ini kalis air dan boleh digunakan pada wajah dan seluruh badan. Ia menawarkan perlindungan UVA dan UVB. \n\nSunblock terbaik berjenama Cetaphil ini tidak berminyak, tidak melekit, tidak mengandungi wangian tiruan dan bebas paraben serta sangat mudah diserap ke dalam kulit dan menyuburkan kulit.\n\nSunblock Innisfree adalah antara produk sunblock dari Korea yang mendapat sambutan terbaik di Malaysia. Kandungannya sangat sesuai untuk kulit sensitif dan boleh digunakan pada kulit bayi. \n\nApa yang penting, ia sangat mudah dibersihkan tanpa perlu melakukan \u2018double cleansing\u2019.\n\nKeistimewaan sunblock ini adalah ia tidak hanya berfungsi sebagai sunblock tetapi juga sebagai krim penghalau serangga yang mengandungi Vitamin C Asid Hyaluronik, Lycopene Ungu dan ekstrak tumbuhan dari Jepun. \n\nIa juga dapat membantu memutihkan dan melembapkan kulit anda yang mengandungi SPF 45 \u2013 50 yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit.\n\nPasti ramai yang mencari sunblock untuk kulit sensitif yang sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Tahukah anda, sunblock Mineral BabyGanics ini kalis air dan mengandungi SPF 50. \n\nIanya mengandungi bahan seperti zink oksida, oktisalat dan titanium dioksida yang amat sesuai untuk kulit sensitif.\n\n8. Skin Aqua Tone Up UV Essence\n\nSkin Aqua Tone Up UV Essence merupakan sunblock yang sangat sesuai untuk mereka yang aktif dan gemar dengan aktiviti luar. Sunblock terbaik ini mengandungi bahan seperti serbuk mutiara yang dapat menghalus dan menganjalkan kulit anda. \n\nSelain itu, ia turut mengandungi SPF 50+ PA ++++ yang berupaya untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB serta memberikan kesan lutsinar pada kulit.\n\nAqua Sunblock Cream adalah sunblock untuk kulit sensitif yang sesuai untuk kegunaan harian. Ia dapat membantu melindungi kulit anda dari sinar ultraviolet yang kuat dan dapat melembabkan kulit dari lapisan dalam.\n\nSelain itu, sunblock terbaik ini dapat mengurangkan kesan debu halus yang boleh merosakkan kulit dan dapat melambatkan penuaan. Sunblock ini juga sangat sesuai digunakan pada wajah dan seluruh badan.\n\n10. Biore UV Aqua Rich Watery Essence\n\nBiore UV Aqua Rich Watery Essence menggunakan Kapsul Mikro Aqua yang mengandungi bahan penyerap UV untuk pertahanan yang lebih kuat dan tahan lama. \n\nMenariknya, sunblock terbaik ini tidak melekit dan berminyak. Diperkaya dengan Hyaluronic Acid dan Mix Citrus Essence sebagai pelembap agar kulit sentiasa terhidrat sepanjang hari dan sesuai untuk kegunaan harian.\n\n11. 3W Clinic Intensive UV Sun Block\n\nSelain berfungsi sebagai sunblock terbaik untuk kulit sensitif, 3W Clinic Intensive Sunblock ini juga dapat digunakan sebagai foundation bagi alatan solek. Ini kerana ia dapat bertahan selama 12 jam. \n\nIa juga mengandungi ekstrak Mulberry Root, GInseng Merah dan Aloe Vera untuk melembapkan dan mencegah kulit kering. Kandungan SPF 50 PA ++ di dalamnya juga sangat baik untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.\n\nNutox Solar Protect SPF 45 PA ++ diformulasikan khas dengan blok spektrum cahaya matahari yang mampu melindungi kulit wajah dari sinaran UVA dan UVB. \n\nIa diperkaya dengan B\u2019Nest Collagen dan Oxyfusion untuk memperkuatkan perlindungan kulit terhadap radikal bebas dan tanda-tanda penuaan pramatang. Sunblock ini juga amat sesuai untuk mereka yang mengalami kulit sensitif.\n\nSunblock Nanowhite Omega Day Shield ini dirumus khas dengan teknologi nano dan Omega White C yang berkesan. Fungsinya adalah untuk melindungi kulit wajah dari sinaran UVA dan UVB yang berbahaya dengan SPF 50 PA ++. \n\nKesannya tidak menyumbat liang pori malah dapat membantu melindungi kulit wajah daripada pembentukan pigmentasi. Sunblock ini sangat sesuai digunakan untuk wanita yang berumur 24 hingga 35 tahun.\n\n14. Aveeno Baby Sunscreen Lotion With Zinc Oxide\n\nSunblock terbaik untuk kulit sensitif dari Aveeno ini sangat sesuai untuk bayi yang berumur lebih daripada 6 bulan dan terutamanya bagi mereka yang mengalami kulit sensitif. Ia dilengkapi dengan kandungan oat untuk menyuburkan dan melembabkan kulit si anak-anak dan juga selamat digunakan oleh ibu-ibu yang hamil.\n\n15. Neutrogena Sheer Zinc Dry Touch Sunscreen\n\nSelain mempunyai kulit sensitif, mungkin ada juga daripada anda yang menghidap ekzema. Sunblock dari Neutrogena ini dapat membantu mengatasi masalah anda. \n\nSunblock ini juga telah mendapat penghargaan daripada National Eczema Association Seal of Acceptance sehingga dipercayai selamat untuk penghidap ekzema. Ia sangat mudah digunakan. Formulanya juga kalis air dan peluh sehingga selama 80 minit.\n\nBerikut adalah antara sunblock terbaik untuk kulit sensitif yang boleh anda cuba. Pasti berkesan! Jom baca juga serum terbaik, produk skincare dan serum terbaik untuk kulit berminyak.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Kuih muih sangat digemari oleh masyarakat kita terutamanya jika dihidang di waktu petang, di majlis keraian ataupun ada juga yang menjadikannya sebagi hobi di masa lapang. Kalau hobi tu memang suka masak kuih, memang untunglah ahli keluarga anda boleh selalu makan kuih muih yang sedap-sedap. Yang lagi best, siap boleh jadikan bisnes lagi, bolehlah tambah duit poket kan.\n\nAnda suka makan apam susu? Haa biasanya kaalu sebut je apam, mesti terbayang akan kelembutan dan kegebuan kuih tu kan. Sebab memang apam ni sangat lah gebu dan sedap sangat apabila dimakan. Habis satu, pasti nak tambah lagi. Ia tidak muak seperti kek yang lain. Kalau kek yang biasa tu, makan satu slice pun dah tak nak dah sebab cepat muak kan.\n\nApa yang menjadikan apam ini lembut dan gebu adalah kerana penggunaan telur yang banyak dan juga peranan ovalette yang penting untuk memastikan tekstur apam itu tidak lembik walaupun banyak telur yang digunakan. Senang cerita, ikut jelah resepi yang ada supaya apam yang dihasilkan menjadi lembut, gebu dan sedap dimakan. Dan satu lagi, time nk pukul or blend bahan tu, pastikan ianya betul-betul kembang agar teksturnya nanti naik tinggi apabila dimasak.\n\nResepi apam susu kali ini adalah dari saudari Rosmini Rozi yang telah sudi berkongsi resepinya di Facebook. Dengan resepi ini, anda boleh menghasilkan dua biji kek apam susu yang lazat, lembut dan gebu. Selamat mencuba ya!\n\n4 biji telur gred A/B\n4 sudu besar susu pekat\n1 cawan gula (boleh kurangkan jika tidak suka manis sgt)\n1 sudu the kecil esen vanilla/esen pisang/esen rose\n1 sudu besar Ovelette\n2 cawan tepung gandum (diayak)\nPewarna\n\n(1) Blend telur, susu, esen vanilla, dan ovelette sampai kembang sehingga bewarna putih.\n(2) Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yg diayak tadi dan kacau sehingga sebati.\n(3) Asingkan 3 ke 4 bekas dan warnakan ikut warna kesukaan\n(4) Masukan dlm loyang secara selang seli utk mendapatkan corak seperti di dalam gambar.\n(5) Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Kemudian kukus selama 40 minit atau sehingga masak.\n\n*Jgn lupa sapukan marjerin/minyak pada loyang untuk mengelakkan kek melekat pada acuan.\n* Yang penting pukul telur, gula,susu dan ovalette betul-betul kembang sehingga berwarna putih.\n* Teknik kukus main peranan juga untuk wap yang sekata.\n* Sebelum kek dimasukkan ke dalam kukusan, hentak sikit acuannya supaya tiada lubang-lubang besar yg terjadi pada keknya nanti.\n\nSelain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi yang semuanya sedap-sedap dan wajib anda cuba! Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti nak tahu lagi kan. Haa jangan lupa untuk LIKE dan SHARE sekali ya!"
"Terdapat pelbagai jenis kek yang boleh dibuat oleh kita pada masa sekarang. Namun begitu, tidak semuanya unik dan mudah untuk dilakukan. Adakalanya, resepinya mempunyai bahan yang sukar untuk didapati. Kali ini kami bawakan resepi kek nenas terbalik yang mempunyai rasa yang unik serta cara pembuatannya yang mudah. \n\nKek ini memerlukan bahan \u2013 bahan yang mudah untuk didapati jadi anda tidak perlu gusar untuk mencari bahan tersebut. Resepi ini telah dikongsikan oleh Noraida Ibrahim dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom, mari kita lihat!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nAda pelbagai jenis resepi yang menarik selain daripada resepi ini untuk anda mencuba. Variasikanlah hidangan anda untuk menarik selera yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa ya untuk kongsikan artikel ini bersama kawan kawan anda!"
"Sepanjang hampir 3 tahun saya menjadi seorang pendidik di UPM, banyak \u2018peristiwa\u2019 yang takkan mampu saya lupakan. Yang mengajar saya satu perkara penting: erti kehidupan.\n\nPercaya tak, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini boleh menyebabkan sesiapa pun ternganga membacanya. Sebab anda tidak akan percaya pada \u2018magik\u2019 yang berlaku. Saya ingin kongsikan kerana di sebalik cerita ini, sebenarnya ada satu \u2018rahsia\u2019 kejayaan yang ramai orang tak tahu.\n\nCeritanya bermula apabila seorang anak didik saya stuck dalam projek ilmiah tahun akhirnya. Ya Allah, Tuhan je yang tahu risaunya saya. Tesis projek perlu dihantar lagi 2-3 minggu.\n\nDengan eksperimen yang belum selesai (baru separuh jalan), hasil belum ada, nak buat eksperimen perlu \u2018q\u2019 panjang (sebab nak guna mesin yang orang lain dah \u2018q\u2019 panjang), technician tak bagi guna mesin, due date dah semakin dekat.\n\nAkhirnya dia datang jumpa saya. Katanya, nampak mustahil untuk siap.\n\nBenar katanya. Kalau berusaha sungguh-sungguh tapi masih ikut \u2018cara biasa\u2019 memang peratus untuk projek tu siap sangat rendah. Sebab masa dah sangat singkat. Halangan dari pihak lain pula sangat banyak.\n\nAkhirnya saya berkata. Dia pula pelik dengan kata-kata saya. \u2018Magik macamana tu Dr?\u2019\n\nPanjang lebar saya menerangkan, tapi pointnya 2 saja:\n\n#1 Dalam masa singkat yang ada ni, give your 100% best effort.\n\nDia tahu apa kerja yang perlu dilakukannya. So saya kata, buat semua tu sungguh-sungguh.\n\n#2 Jangan \u2018rely\u2019 kat diri sendiri.\n\nKita ni manusia, lemah. Tapi kitakan ada Tuhan yang Maha Hebat, yang sangat baik, yang kalau Dia nak tolong kita anytime kerja kita boleh jadi mudah, boleh settle. So di samping buat kerja dengan 100% best effort, buat benda-benda lain yang Allah suka.\n\nDari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: \u201cBarang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.\n\nBarang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.\n\nBarang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya\u201d.\n\n(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba\u2019in An Nawawi hadits ke 36).\n\nInilah magik kehidupan yang ramai orang tak tahu. Ramai orang fikir bila nak berjaya dalam sesuatu, mesti kena usaha sungguh-sungguh saja. Sampaikan nak buat kerja-kerja volunteer pun berkira. Dia lupa yang untuk dia berjaya tu, akan jadi lebih mudah kalau Tuhan tolong. Anytime benda yang \u2018impossible\u2019 boleh jadi possible.\n\nSaya kata lagi yang ramai orang sedekah..tapi padanya sedekah untuk dapat pahala, untuk masuk syurga. Kalau itulah niat dan kefahamannya, itulah yang dia dapat. Kenapa bila soal nak berjaya, mesti patah balik pada \u2018usaha bersungguh-sungguh\u2019. Abih-abih, doa kepada Allah.\n\nBetul, usaha kita mestilah yang terbaik. Tapi tak ramai orang faham yang bila dia bersedekah, buat kerja2 amal, buat benda-benda yang Allah suka, tolong orang lain on top of usahanya yang sungguh-sungguh. Kejayaan itu lebih mudah, lebih dekat. Nampak macam akan mengambil masa kita. Yelah nak kena spend masa pula buat kerja amal.\n\nTapi masa yang diambil itulah nanti yang akan buat perkara yang mustahil tiba-tiba jadi tak mustahil lagi. Pokok pangkalnya pada kepercayaan kita. Kita percaya tak yang Allah akan tolong kita.\n\nKan Nabi Zakaria yang sudah lewat usianya pun mendapat zuriat? Nabi Ayub yang sakit sekian lama juga sembuh umpama magik. Semuanya Allah yang uruskan.\n\nBukankah kita bertuhankan Allah yang sama?\n\nSaya ingat lagi, saya kata pada student saya tu..\u201dKalau awak percaya dan buat \u2018formula\u2019 ni..nanti awak akan terperanjat..projek yang nampak mustahil nak siap ni boleh siap on time. Dan jangan terperanjat kalau awak menang projek terbaik\u201d Aebab kalau Allah nak tolong, anything can happen.\n\nJawab beliau \u201cSaya dapat siapkan projek ni pun saya dah lega, Dr.\u201d\n\nSaya tahu, dari riak wajahnya, dia antara percaya dengan tidak apa yang saya katakan. Tapi saya amat berharap dia buat 2 perkara yang saya pesan itu.\n\nSelang beberapa hari, dia jumpa saya dan katanya eksperimen dah siap!\n\nYa Allah, saya tak mampu nak kata apa.\n\nKatanya technician yang pada awalnya taknak bagi dia guna mesin disebabkan \u2018q\u2019 yang panjang, tiba-tiba bagi dia guna sebab orang yang sepatutnya guna waktu tu tiba-tiba tak datang. Dan tiba-tiba, technician tu beriya menolongnya dan mengajarnya itu ini. Sampailah eksperimen tu siap dan hasilnya depan mata saya.\n\nDia sibuk bercerita apa yang \u2018tiba-tiba\u2019 berlaku. Tapi saya tidak mampu memberi tumpuan. Saya sangat ter-\u201cwow\u201d dengan magik ini. Saya hanyut dalam pujian yang tidak putus-putus kepadaNya, Tuhan yang sangat baik. Saya tahu, Tuhanlah yang buat semua yang tiba-tiba ini berlaku.\n\nSaya tanya pelajar saya tu \u201capa yang awak dah buat?\u201d Jawabnya, \u201csaya buat macam yang Dr cakaplah\u201d, serba sedikit dia berkongsi cerita.\n\nYa Allah inilah yang saya namakan magik. Bukan kebetulan, tapi magik dari Tuhan.\n\nRupanya magik ini tidak terhenti setakat itu.\n\nHari ini, beliau bersama pelajar-pelajar yang lain membentangkan projek mereka kepada beberapa orang juri. Ada juri dari industri. Ada pensyarah dari universiti lain. Saya sempat menjenguk. Dan baru sebentar tadi, saya menerima mesej \u201cDr, saya menang projek terbaik. Gold medal (tempat pertama)\u201d\n\nYa Allah, tergamam saya dibuatnya. Saya salah baca ke? Berulang kali saya tatap mesej itu. Ya Tuhan, janjimu benar. Terima kasih ya Allah.\n\nKata student saya apabila eksperimennya siap: \u201cApa yang saya belajar ni saya rasa lebih berharga dari projek itu sendiri\u201d\n\nBetul. Sebab inilah formula kehidupan. Rahsia macamana hidup kita bahagia dan berjaya, jika kita faham yang agama bukan hanya pahala-syurga. Tapi apa yang diajarkan oleh agama kita, itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini lagi.\n\nSaya harap ia suatu yang bermanfaat untuk perjalanan kehidupan beliau yang seterusnya. Juga untuk anda yang membaca cerita ini. Jika ada manfaatnya, kongsikan agar orang lain juga tahu rahsia kejayaan ini."
"Mencari tempat menarik di Kuala Selangor? Kuala Selangor merupakan satu daerah di Selangor yang memakan masa 1 jam untuk tiba jika anda dari Kuala Lumpur, memang dekat.\n\nUntuk meredakan stress, apa kata anda singgah sahaja melancong di sini. Jadi, berikut kami senaraikan 20 tempat menarik di Kuala Selangor. Teruskan membaca!\n\nAlamat: Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari | 6 am \u2013 10 pm\n\nAnda pasti hairan kenapa nama tempat ini Sky Mirror, bukan? Sky Mirror ini adalah fenomena permukaan air yang mewujudkan bayangan langit yang kelihatan seperti cermin.\n\nTerletak di Sekinchan, fenomena ini hanya terjadi apabila air pantai surut sahaja. Ianya cuma berlaku 6 ada hari 1, 2, 14, 15, 16 dan 30 mengikut kalendar Cina. Anda perlu menaiki boat selama 30 minit dari Jeti Sasaran ke pantai ini.\n\nDisebabkan fenomenanya jarang, jumlah pengunjung di sini selalunya ramai. Harga tiket masuknya ialah RM 60 \u2013 RM 80 untuk kanak-kanak dan RM 80 \u2013 RM 100 untuk dewasa mengikut agen yang dipilih.\n\nAlamat: No 1, Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nNak meluangkan masa dengan unik, apa kata anda rasai pengalaman memberi burung helang makan di Kuala Selangor. Seperti hendak ke Sky Mirror, anda perlu menaiki di Jeti Pasir Penambang untuk ke muara sungai, Sungai Selangor.\n\nBanyak agen atau pemandu pelancong berada di Pasir Penambang yang anda boleh pilih untuk membawa anda memberi helang makan. Setiap pakej akan mengambil masa 20 \u2013 40 minit untuk memberi helang makan sambil layan keindahan alam.\n\nAlamat: Sky Mirror Jetty (Departure point), Kuala Selangor, Selangor\n\nFenomena Blue Tears ini jarang berlaku di Malaysia mahupun di luar negara. Kuala Selangor adalah salah satu daripada tujuh tempat Blue Tears yang ada di Malaysia. Anda juga perlu menaiki boat menyelusuri pantai Kuala Selangor untuk melihat Blue Tears.\n\nWaktu terbaik untuk menyaksikan fenomena ini adalah pada hari pertama, kedua dan ketiga mengikut kalendar lunar. Anda digalakkan untuk datang pada pukul 9.00 malam ke atas untuk menyaksikan dengan lebih jelas. Memang cantik jika dilihat dengan mata kasar berbanding rakaman kecuali peralatan yang digunakan menggunakan resolusi tinggi.\n\nAlamat: Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor\n\nKampung Pelangi turut dikenali sebagai Kuala Selangor Cabin Camp. Seiring dengan nama diberi, kawasan ini dicat dengan pelbagai warna pelangi bukan sahaja padan bangunan atau binaan namun lantai juga dihiasi dengan warna tersebut.\n\nAnda boleh memilih sama ada untuk melawat atau menginap di sini. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ada seperti Busstay, Cabinstay, Hobbitstay dan banyak lagi. Setiap penginapan mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri.\n\nAntara aktiviti yang anda boleh cuba adalah melawat mini zoo, memanah, wall climbing dan sebagainya. Sebahagian pembayaran tiket atau penginapan akan diperuntukkan kepada Pondok Balai Ilmu iaitu kelas pengajian agama yang percuma untuk masyarakat setempat.\n\nAlamat: Batu 45, Kampung Teluk Penyamun, Bestari Jaya 45600 Kuala Selangor, Selangor\n\nWaktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi \u2013 6.00 petang)\n\nHussin Fauzi Farm adalah sebuah petting zoo berdekatan Ma\u2019ahad Tahfiz Dar As-Thaqhofah. Anak-anak khususnya pasti suka ke sini kerana terdapat pelbagai haiwan ternakan yang jinak seperti kuda, rusa, unta dan sebagainya yang boleh dilihat dan diberi makan secara dekat.\n\nBukan itu sahaja, ada aktiviti lain seperti memanah, berkuda, ATV, menangguk ikan dan sebagainya dengan kadar bayaran yang berbeza. Memang berbaloi jika bawa anak-anak ke sini. Sekurang-kurangnya mereka dapat didedahkan dengan alam sekeliling.\n\nUntuk pengetahuan anda, setiap pembelian tiket, sebanyak RM 2 akan disalurkan kepada pengurusan Ma\u2019ahad Tahfiz Dar As-Thaqhofah yang juga merupakan pengelola bagi tempat ini. Sambil melawat anda juga boleh beramal.\n\nAlamat: Kampung Sungai Sireh Batu Sebelas, 45500\u00a0Tanjung Karang, Selangor\n\nTaman Agroteknologi di Tanjung Karang ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan sekitar sawah padi. Selain anda boleh merasai pengalaman menanam padi secara manual, anda juga boleh bersampan, memancing dan menangkap ikan.\n\nJika anda inginkan aktiviti santai, anda boleh berbasikal keliling kampung atau minum air kelapa muda. Betul-betul rasa seperti di kampung sendiri. Jangan lupa untuk merakamkan gambar kerana pemandangan di sana memang sangat cantik dan kehijauan.\n\nPelbagai kemudahan disediakan seperti kafeteria, surau dan gazebo untuk berehat. Harga tiket bergantung pada pakej yang anda pilih. Terdapat 3 pakej yang ditawarkan yang pastinya murah dan sangat berbaloi. \n\nAlamat: Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nWaktu operasi: Isnin \u2013 Ahad ( 9.00 pagi \u2013 10.30 malam)\n\nJika anda penduduk Selangor dan ingin membawa keluarga bercuti seakan di kampung, Firefly Park Resort pasti tidak akan mengecewakan anda. Bawa anak-anak mandi kolam di sini pasti mereka seronok. \n\nResort ini mempunyai chalet yang unik kerana terapung di atas air yang mempunyai 2 bilik. Chalet terapung ini serendah RM 150 pada hari biasa. Jika mahu penginapan di hadapan kolam renang, anda boleh memilih untuk menginap di kabin.\n\nAntara aktiviti di sini adalah melihat kelip-kelip, menyelusuri sungai, mini supa dupa, waterball boat dan sebagainya. Pasti ia menjadi percutian bermakna buat anda sekeluarga.\n\nAlamat: Jalan Klinik, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari | 9 am \u2013 6 pm\n\nIni merupakan antara tarikan pelancongan utama di Kuala Selangor \u2013 Taman Alam Kuala Selangor. Ia siap dibina pada tahun 1987.\n\nBerkeluasan 296 hektar, taman ini terbahagi kepada dua hutan iaitu hutan hujan tropika dan hutan paya. Saiz hutan hujan tropika ini juga luas, sekitar 201 hektar.\n\nJenis haiwan yang popular di sini ialah burung. Terdapat lebih 150 spesis burung di sini di mana hampir separuh daripadanya adalah spesis burung luar negara.\n\nAlamat: Bukit Melawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nBukit Melawati merupakan antara tempat menarik di Kuala Selangor yang kaya dengan Sejarah. Ia juga pernah ditawan oleh Belanda pada abad ke-18 dahulu.\n\nDi kawasan inilah terdapat banyak tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancongan di Kuala Selangor. Antaranya termasuklah Meriam Penggawa, Perigi Beracun dan Rumah Api Altinsburg.\n\nAlamat: Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari | 7.45 am \u2013 10.30 pm\n\nSebut sahaja tentang tempat menarik di Kuala Selangor, pasti nama Kelip-kelip Kampung Kuantan ini wajib tersenarai. Agak-agak apa yang menarik di sini?\n\nSemestinya pemandangan kelip-kelip yang bercahaya pada waktu malam, memang cantik! Bagi mereka yang suka mengambil gambar, anda pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini.\n\nUntuk ke sini, anda perlu menaiki sampan. Harganya RM 40 sahaja untuk 4 orang, sangat berbaloi dengan pengalaman yang akan anda rasai.\n\nAlamat: Jalan Sasaran, Sungai Buloh, 45800 Jeram, Selangor\n\nBagi peminat seni, anda wajib singgah Taman Kesenian Sasaran Art ini. Ada banyak galeri seni tempatan yang pasti akan menarik minat anda.\n\nSelain galeri seni, tarikan utama lain ialah arca kesenian yang mengkhususkan tentang budaya. Karya mural di sini juga cantik-cantik belaka.\n\nSelain karya tempatan, karya oleh pelukis dari luar negara seperti Vietnam, Taiwan, Indonesia Nepal dan Australia juga turut dipaparkan di sini. Jenis karya juga berbeza-beza subjeknya.\n\nAlamat: Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nSebut sahaja tarikan bersejarah di Kuala Selangor, pasti nama kota ini akan terkait \u2013 Kota Tanjung Keramat. Ada banyak tarikan bersejarah yang boleh anda lawati jika ke sini.\n\nAntaranya ialah Makam Keramat Anak Dara, Tasik Shima dan Tanjung Keramat Fort. Setiap tarikan ini juga ada sejarahnya yang tersendiri, jadi jangan lupa ke sini untuk mempelajarinya.\n\nAlamat: Jalan Pantai Remis, Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor\n\nMencari tempat yang sesuai untuk memancing? Singgah sahaja di Pantai Remis yang terletak beberapa kilometer sahaja dari Bukit Melawati.\n\nSelain aktiviti memancing, anda juga boleh melalukan aktivit lain. Antaranya ialah bermain layang-layang, mengumpul cengkerang dan beriadah bersama keluarga.\n\nRamai pengunjung mengakui yang hasil memancing di Pantai Remis ini agak banyak. Makanan laut seperti kerang bakar juga turut dijual dan ianya diakui segar.\n\nAlamat: Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nTerletak di Tanjung Keramat, Makam Keramat Anak Dara ini juga merupakan antara tarikan bersejarah di Kuala Selangor. Tertanya-tanya tentang kisahnya?\n\nKisah lagenda ini dikatakan bermula apabila seorang gadis bujang menghilangkan diri, menyebabkan orang tuanya bertindak untuk membangunkan makam khas untuk anaknya yang hilang.\n\nKisah lanjut tentang perihal ini ada diceritakan di papan yang terletak di replika makam ini sendiri. Jika anda berminat untuk mendalami kisahnya, singgah sahaja di sini.\n\nPerigi beracun ini juga merupakan antara tarikan yang bertempat di Bukit Melawati. Anda pasti tertanya-tanya tentang sejarahnya, bukan?\n\nZaman dahulu, air di dalam perigi ini dikatakan beracun oleh penduduk. Ianya merupakan tempat hukuman bagi sesiapa yang menderhakai sultan pada ketika itu.\n\nAir beracun ini diperbuat daripada ramuan getah dan miang rebung. Ia diisi sehingga paras dagu untuk menghukum pesalah. Kini, ia dikenali sebagai antara lokasi bersejarah di Kuala Selangor.\n\nBukit Melawati memang ada banyak tempat yang bersejarah untuk disinggah. Salah satunya ialah Rumah Api Altinsburg yang berdiri megah di atas bukit tersebut.\n\nRumah api inilah yang digunakan pada zaman dahulu untuk membantu ahli pelayaran, juru mudi atau nakhoda kapal untuk belayar dan mendarat dengan selamat.\n\nIa siap dibina pada tahun 1910 dan dinamakan bersempena dengan seorang pemimpin Belanda ketika itu. Sinaran lampunya mampu memancar sehingga 56 kilometer.\n\nAlamat: No 1, Puncak Bukit Melawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari | 9.30 am \u2013 5.30 pm\n\nTercari-cari muzium yang boleh dilawati di Kuala Selangor? Di Bukit Melawati, anda boleh melawat Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.\n\nAnda dapat melihat galeri seni dan replika bersejarah seperti replika meriam, polis, keris dan pistol. Barangan dapur seperti cawan dan pinggan juga turut dipaparkan di sini.\n\nAlamat: Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari | 8 am \u2013 7 pm\n\nPasar ini merupakan pasar yang namanya sentiasa menjadi sebutan penduduk di Kuala Selangor \u2013 Pasar Basah Pasir Penambang. Ia sering dipenuhi dengan pengunjung disebabkan oleh kualiti makanan lautnya.\n\nAntara makanan laut yang boleh anda beli ialah ikan jenahak, ikan siakap, ikan yu, kerang, sotong dan ketam. Ada banyak lagi, yang penting memang bikin ramai pengunjung rambang mata!\n\nAlamat: Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nPasir Penambang adalah tempat menarik di Kuala Selangor yang menyajikan pengalaman yang berbea dan unik untuk para pengunjungnya. Pengalaman apakah yang kami maksudkan?\n\nIanya adalah memberi makan kepada helang. Anda akan menaiki bot dari Jeti Pasir Penambang dan setibanya di kawasan ini, anda boleh memberi makan kepada helang-helang sekitar sini.\n\nSelain itu, tempat makan berhampiran kawasan ini juga sedap-sedap. Jangan lupa untuk mencuba air coconut shake, pasti menyegarkan tekak dan berkrim!\n\nAlamat: Majlis Daerah Kuala Selangor, Jalan Semarak, Selangor, 45000 Kuala Selangor\n\nTerletak beberapa minit sahaja dari Bukit Melawati, Taman Ikan Air Tawar juga merupakan antara tempat menarik di Kuala Selangor yang patut anda kunjungi.\n\nIanya menempatkan lebih 60 spesis ikan air tawar seperti ikan kelisa, ikan buaya dan ikan keli. Paparan info tentang ikan-ikan ini juga ada untuk bacaan pengunjungnya .\n\nTeruja untuk mengunjungi tempat menarik di Kuala Selangor yang dikongsikan? Kami yakin anda pasti teruja untuk melancong di sini.\n\nSelain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial."
"Selalu lihat lemon di pasar raya tetapi tidak tahu tentang info kegunaan dan manfaat? Artikel ini adalah tentang info lemon dan khasiatnya. Jom kami kongsikan khasiat lemon.\n\nMenurut amalan perubatan tradisional Ayuverda, lemon selalu digunakan dalam menambahkan rasa dalam masakan, melegakan sakit tekak dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit.\n\nNutrien seperti vitamin B, vitamin C, pectin, potassium, kalsium dan bahan aktif anti oksiden sangat kaya dalam buah lemon. Tidak hairanlah buah ini mempunyai banyak kepelbagaian fungsi! Berjuta-juta lemon!\n\nTetapi lemon selalunya tidak akan dimakan dengan begitu sahaja kerana rasanya yang sangat masam. Selalunya, orang akan menggunakan buah lemon dalam kuantiti yang sedikit sekadar menambah rasa.\n\nPokok lemon boleh membesar sehingga ketinggian 10 ke 20 kaki dengan kehadiran duri pada batangnya yang kecil. Daun pokok ini berwarna hijau gelap dan tumbuh berselang seli pada batang/ranting pokok.\n\nBunga lemon berwarna putih dan berbau harum dengan 5 kelopak. Buah lemon pula berbentuk oval dengan kulit yang berliang tetapi licin. Sesetengah spesis mempunyai muncung buah yang tajam atau muncung yang rata, berwarna hijau kekuningan hingga kuning terang.\n\nPokok lemon merupakan tanaman natif di kawasan Asia. Penggunaannya meluas di seluruh dunia dalam bidang masakan dan bakeri.\n\nBerikut merupakan beberapa kebaikan yang terdapat di dalam buah lemon yang mungkin anda baru ketahui.\n\nHannya beberapa titik lemon sudah mampu melegakan segalanya. Lemon boleh mempercepatkan proses pencernaan dengan membanyakan penghasilan air liur dan asid perut.\n\nFlavonoid, salah satu sebatian dalam lemon membantu merangsang sistem pencerrnaan dan meninggikan penghasilan jus pencernaan, hempedu dan asid serta merangsang pergerakan peristaltik makanan dalam saluran pencernaan.\n\n#2 Membunuh Parasit dan Mikrob Bahaya\n\nKomponen kimia yang pelbagai dan bersifat bioaktif turut memberikan sifat anti mikrob kepada lemon khususnya jus lemon.\n\nHashemi dan rakan-rakan pada tahun 2017 ada membuat penyelidikan menarik dengan melakukan penapaian ke atas jus lemon (jus lemon ditambahkan dengan Lactobacillus plantarum LS5) dan mendapati bahawa berlaku aktiviti prebiotik dalam sistem pencernaan manusia.\n\nAktiviti prebiotik ialah aktiviti mikroorganisma bermanfaat untuk kesihatan manusia. Macam minuman kultur Yakult, Vitagen dan yoghurt yang lain tu!\n\nSelain itu, jus lemon juga didapati mampu merencatkan pertumbuhan bakteria jahat seperti Salmonella typhimurium dan E. coli.\n\nLemon sebenarnya boleh dijadikan potensi untuk mengatasi masalah mulut berbau dan dengkur serta pelbagai lagi masalah pernafasan yang sering berlaku.\n\nSebatian kaempferol dalam lemon turut dijumpai dalam ubatan anti congestive (kelegaan pernafasan) seperti balms, vaporizers, inhalers dan sebagainya.\n\nJika anda mahu meningkatkan fokus anda di tempat kerja, lemon mungkin sangat membantu. Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas beberapa individu, mendapati bahawa minyak lemon mampu meningkatkan fokus seseorang hanya dengan menghidu bau tersebut.\n\nMinyak pati lemon mempunyai bau yang menyenangkan selain rangsangan otak yang positif oleh sebatian bioaktif di dalamnya.\n\n#5 Kandungan Anti Oksidan yang Tinggi\n\nLemon yang kaya dengan sebatian anti oksidan seperti\u00a0 karotenoid, flavon, flavonol, asid hidroksisinnamik, flavanon, asid sitrik dan asid askorbik berupaya untuk membantu melawan serangan radikal dalam sistem tubuh, seterusnya meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan anda untuk detoks.\n\nGirones-Vilaplana dan rakan-rakan pada tahun 2012 menemui keputusan kajian yang menarik apabila menggabungkan jus lemon dengan jus chokeberi untuk mendapatkan satu formulasi minuman yang sangat tinggi kandungan bioaktif bagi tujuan potensi anti penuaan.\n\n#6 Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan\n\nSeperti yang disebutkan di atas, lemon membantu dalam mengeluarkan toksik dalam badan. Selain itu, lemon membantu dalam memberikan tenaga yang cukup kepada anda. Jika anda sedang berdiet, tambahlah lemon di dalam diet anda. Seperti kebanyakan buah lain, lemon sangat rendah dengan kalori selain rendah lemak dan kolestrol.\n\nLemon mengandungi pectin yang boleh \u2018membuatkan anda berasa kenyang\u2019. Ia juga membantu dalam mengurangkan kadar penyerapan gula di dalam badan. Semestinya, umpama menggantikan makanan ruji anda setiap hari. Lemon juga akan mengeluarkan lebihan air di dalam badan melalui air kencing.\n\nPetua mudah ini adalah seperti berikut: Hanya letakkan jus perahan lemon bersama minyak kelapa ke atas kepala anda untuk membuat mask rambut. Bahan bahan ini akan membantu untuk melembabkan kulit kepala anda sekali gus menghilangkan kelemumur anda.\n\nKelemumur yang sebenarnya ialah sejenis kulat ini boleh dikawal dengan penggunaan lemon kerana keupayaan bahan-bahan bioaktif dalam lemon yang terbukti bersifat anti kulat.\n\nTetapi, diingatkan! Lemon juga mempunyai potensi untuk meringankan rambut anda. Jadi, jangan terlebih melakukannya.\n\n#8 Membuatkan Muka Anda Lebih Berseri\n\nSedia maklum, Vitamin C didapati boleh mencerahkan kulit yang gelap dan menanggalkan sel kulit mati. Tanpa kuantiti vitamin C, kulit anda tidak akan mampu untuk memperbaiki kulit anda dan akan mengakibatkan kedutan di muka.\n\nMenurut kajian, dalam 100 g buah lemon yang belum dikupas, terdapat 53.0 mg Vitamin C!\n\nSebatian aktif lain dalam lemon juga akan melindungi kulit anda daripada serangan bakteria yang boleh menjadikan anda kusam. Sifat anti oksidan juga akan menyumbang kepada anti penuaan!\n\nSama seperti di atas, lemon mempunyai elemen anti bakteria yang boleh digunakan dalam merawat masalah jerawat dan jeragat.\n\nPetua tradisional mengesyorkan, hanya basahkan kapas dengan jus lemon dan letakkan ke tempat tempat yang bermasalah untuk semalaman. Apabila anda bangun keesokkan harinya, hanya basuh dan lakukan rutin anda dalam menjaga muka.\n\nMenariknya, konsep ini dicadangkan untuk industri makanan juga apabila Viuda-Martos dan rakan-rakan pada tahun 2008 mencadangkan penggunaan minyak pati daripada lemon untuk dijadikan sebagai pengawet semulajadi dalam makanan untuk mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.\n\nJika anda menghadapi masalah sendi seperti arthritis, rheuma dan sakit sendi yang lain, terdapat petua yang mencadangkan minum segelas air bersama dengan perahan lemon. Ia akan membantu untuk mengurangkan kesakitan anda.\n\nMinyak pati lemon juga mempunyai fungsi yang menenangkan diri, selain saluran darah juga untuk mengurangkan bengkak. Dengan air berserta ekstrak lemon, dikatakan mampu untuk melegakan kesakitan standing pil penahan sakit yang lain.\n\nBagi wanita, PMS atau pun premenstrual syndrome adalah perkara biasa. Hanya titiskan beberapa jus lemon dan anda akan kembali lega.\n\nBukankah urat urat yang selalu timbul di kaki itu mencacatkan pandangan kaki kita? Ayuh amalkan petua lemon untuk membuatkan kaki anda kembali kelihatan menarik. Campurkan minyak yang sesuai dengan minyak lemon dan urutkan dengan perlahan lahan.\n\nJangan lupa untuk melakukannya secara kerap. Anda akan lihat sedikit demi sedikit, urat anda sudah tidak kelihatan lagi.\n\n#12 Memutihkan Gigi & Penjagaan Gigi\n\nUntuk mereka yang suka dengan penjagaan gigi, mereka akan biasa membeli ubat untuk memutihkan gigi yang mahal harganya. Apa kata jika anda campurkan jus lemon dengan baking soda? Petua ini banyak dikongsikan di media sosial. Caranya adalah seperti berikut:\n\nTetapi diingatkan bahawa campuran itu boleh melemahkan enamel anda kerana kandungan asid lemon yang tinggi. Jadi, jangan dibiarkan terlalu lama atau jangan kerap lakukannya.\n\nDi samping itu, pengambilan lemon yang kaya dengan Vitamin C boleh mencegah daripada berlakunya skurvi, sejenis penyakit kawasan mulut yang menyebabkan ulser lidah, bengkak gusi dan gigi berdarah.\n\nSelain khasiat lemon yang terlalu banyak, kami juga ada menulis artikel khasiat sumber yang lain. Jom baca. Oh ya, jangan lupa like dan share ya!\n\n*Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri."
"Tips ubah penampilan selekeh, anda nak tahu? Penampilan serabai sehingga membuatkan anda kurang keyakinan diri? Kawan-kawan juga menjauhkan diri dan sering dijadikan bahan gurauan. Malahan, tiada lelaki atau wanita yang tertarik dengan anda. Maknanya anda perlukan bantuan segera.\n\nIa bukan masalah yang besar sebenarnya. Semuanya bermula dengan diri anda sendiri untuk mengubah personaliti. Jika anda sendiri tak nak berubah, siapa yang dapat membantu anda bukan? Orang yang ada penampilan selekeh juga pasti akan membuatkan orang lain tidak tertarik untuk mendekati anda.\n\nJika anda hendak menghadiri temuduga kerja dengan penampilan sebegini, pastinya anda bukanlah calon pilihan. Kebanyakan syarikat memilih bakal pekerja yang mempunyai personaliti yang menarik, kemas dan nampak berwibawa. Jadi, anda kena baca tips ubah penampilan selekeh.\n\nAda beberapa ciri yang menunjukkan penampilan anda nampak selekeh dan kurang menarik, iaitu:\n\nJusteru, dalam artikel ini penulis akan kongsikan tips mudah bagi mengubah penampilan selekeh menjadi lebih bergaya. Jom baca tips ubah penampilan selekeh.\n\nBagi lelaki, pertama sekali ialah potong rambut dengan pendek dan kemas. Jika anda sukakan rambut panjang, pastikan ia tidak melebihi paras tengkuk. Kalau lebih panjang, pastikan sentiasa ikatnya dengan kemas. Jangan lupa trim janggut dan misai.\n\nBagi wanita yang memakai tudung, kerap tukar tudung. Jangan memakai tudung yang tak dibasuh berulang kali. Sesekali tukar juga gaya fesyen tudung agar nampak lebih bergaya. Bagi yang tidak memakai tudung pula, ikat rambut sekiranya panjang. Jangan biarkan rambut panjang nampak kusut-masai.\n\nSalah satu sebab penampilan selekeh ia apabila anda jarang membersihkan diri. Ada orang yang selesa memakai baju yang sama dari pagi sehinggalah waktu tidur. Baju yang kotor dibiarkan saja tanpa menukarnya. Bukankah ia akan mencacatkan penampilan? Mandi dan tukar baju yang bersih sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sehari.\n\nSetelah mandi, sembur sedikit minyak wangi ke tubuh. Selain berbau segar, anda juga pasti akan lebih berkeyakinan apabila berdepan dengan orang lain. Jika anda mempunyai masalah bau badan, boleh gunakan deodoran yang sesuai. Boleh juga cuba petua-petua tradisional untuk mengatasinya.\n\nAnda tak perlu beli baju yang mahal-mahal untuk nampak menarik. Anda boleh membeli baju di bundle, baju terpakai di online atau baju murah-murah di kedai pakaian. Pilih baju yang sesuai dengan saiz badan. Jangan terlalu ketat atau besar.\n\nJangan lupa gosok baju apabila menghadiri majlis keramaian dan sebagainya. Jangan malas pula sehingga sanggup pakai baju kedut seribu. Pilih gabungan tudung yang sesuai bagi wanita. Kemaskan pemakaian tudung dan anda boleh cuba gaya-gaya terkini.\n\nTak kira lelaki atau wanita, penjagaan kulit muka adalah sesuatu yang penting untuk membuat penampilan anda menarik. Jika anda berkulit gelap, tidak perlu memakai produk timbang kilo untuk mencerahkan wajah bak artis Korea. Bersyukur dengan apa yang ada.\n\nApa yang perlu anda buat ialah amalkan rutin wajib seperti membersihkan muka, memakai pelembap, serum, mask dan sebagainya. Jika ada masalah kulit, segera dapatkan rawatan di pusat kecantikan atau pakar kulit.\n\nJangan membazir wang mencuba pelbagai produk kosmetik atau minuman kecantikan yang berbahaya. Anda hanya perlukan sedikit usaha untuk menjaga kulit wajah. Jika rajin menjaganya, wajah akan nampak lebih mulus dan tidak lagi kusam.\n\nBagi wanita yang mempunyai parut jerawat yang ketara, kulit kusam dan masalah kulit yang tidak serius, anda boleh memakai solekan. Selain dapat menyembunyikan kekurangan pada kulit, wajah juga akan nampak lebih berseri.\n\nAnda tak perlu memakai berlapis-lapis bedak kerana dikhuatiri akan merosakkan lagi kulit wajah. Cukuplah sekadar untuk menambahkan seri wajah. Jangan lupa calit sedikit gincu. Cubalah pasti anda nampak lain!\n\nFaktor berat badan juga menyumbang kepada masalah penampilan selekeh. Penulis tak bermaksud orang yang berbadan besar nampak selekeh. Bukan! Ada juga orang berbadan besar lebih kemas dan bergaya daripada orang yang berbadan kurus.\n\nApa yang ingin disampaikan ialah jika anda mempunyai badan yang besar, cuba untuk kuruskan badan. Paling penting kesihatan anda terjaga. Namun, jika anda masih tak berjaya kuruskan badan, tak apa. Cuba lagi. Anda masih boleh nampak kemas dan menarik dengan pemilihan pakaian dari segi fabrik, corak dan design.\n\nOrang yang kuat merokok akan meninggalkan kesan pada dirinya. Kulit nampak kering dan berkedut, gigi kekuningan, bibir dan gusi kehitaman. Malahan, bau pernafasan juga akan mengganggu orang sekeliling.\n\nHentikan tabiat yang merugikan diri sendiri ini. Ia bukan saja mencacatkan penampilan, malahan kesihatan anda dan orang sekeliling juga terancam. Tabiat ini menjadi faktor penyumbang penampilan yang selekeh.\n\nAnda perlu sentiasa yakin dengan diri sendiri. Setelah mencuba semua tips di atas, anda pasti akan merasai perubahan kepada diri dan orang lain. Jangan berasa rendah diri dan kecewa dengan kekurangan diri.\n\nApabila anda nampak kemas dan bergaya, pasti orang lain juga akan selesa untuk berkawan dengan anda. Yang paling penting berubah dan jangan ulangi tabiat yang lama. Ingat, nak nampak kemas dan bergaya anda tak perlu belanja mahal-mahal. Cukup anda ada semangat nak berubah dan kekal berdisiplin.\n\nSampai di sini saja perkongsian penulis tentang tips ubah penampilan selekeh. Jangan jauhkan diri daripada orang yang berpenampilan selekeh. Cuba nasihatkan mereka untuk berubah. Dengan kata-kata yang baik, pasti hati mereka akan lembut untuk berubah.\n\nJika ada kawan atau adik-beradik yang berpenampilan selekeh, anda boleh menghadiahkan mereka baju atau minyak wangi. Jangan sisihkan mereka kerana mereka mungkin memerlukan sokongan kita semua.\n\nJangan lupa baca tentang tips badan sentiasa wangi dan petua berhenti merokok yang pasti berjaya. Semoga bermanfaat.\n\nHow To Stay Looking Clean All Day Long: 10 Steps (link)"
"Kali ini kami hadirkan resepi sedap sweet sour chicken yang didatangkan dari laman Facebook, dikongsikan oleh Wan LuQman\u200e dan telah mendapat perkongsian amat ramai.\n\nDengar macam susah buat tapi rupanya resepi ini mudahlah sangat. Menggunakan isi ayam yang dipotong kecil-kecil. Ayam kemudian digoreng tepung.\n\nKesedapan hidangan ini ada pada kuah sweet sournya. Kerananya penting untuk guna resepi yang sedap dan lazat. Supaya sweet sour nya menjadi dan sedap tekak makan. Sila cuba resepi di bawah ini.\n\nSelain resepi sweet sour chicken, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mencari menu makanan yang paling senang?\n\nAyam Paprik boleh dijadikan pilihan kerana masakan ini paling senang, sebab tak perlu masak menu tambahan lain. Cukup semua ada, termasuk sayur dan ayam.\n\nAyam paprik merupakan makanan khas Thailand. Namun hidangan ini dapat dijumpai di semua kedai melayu juga. Untuk satu bahagian hidangan ayam paprik biasanya harga sekitar RM 7- RM 10. Lebih berbaloi jika masak sendiri.\n\nMasyarakat malaysia dengan ayam paprik berpisah tiada. Oleh itu kali ini kami ingin berkongsikan resepi ayam paprik yang sedap ala restoran. Resepi perkongsian ramai hingga 4.4K ini dikongsikan oleh \u200eNora Abdullah\u200e di laman Facebook. Sila cuba resepinya.\n\nSelain resepi ayam paprik, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari telefon Samsung terbaik buat tahun ini yang berkualiti dan tahan lama? Jangan risau, kami senaraikan 8 telefon pintar model Samsung yang mungkin menjadi pilihan anda.\n\nSebenarnya ramai yang memilih untuk memakai telefon pintar Android kerana harganya yang mampu milik bahkan ada perincian yang lebih mantap dan berkualiti dari yang lain. Jenama Samsung antara peranti Android yang dicari dan dimiliki ramai orang ekoran kualitinya serta menjadi yang terunggul dalam dunia gajet bertahun lamanya.\n\nJika anda salah satu darinya, jom teroka model Samsung yang sesuai dengan bajet, penggunaan dan citarasa anda!\n\nSamsung Galaxy S22 Ultra dikeluarkan pada Februari 2022 bersama Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+. Kami memilih model ini kerana perinciannya memang mantap dari banyak segi sehingga ada yang menggelarnya smartphone flagship terbaik untuk 2022.\n\nModel ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 1 dengan cip grafik Adreno 730. Ia juga menyokong rangkaian 5G, Wifi 6e dan lain-lain. Dari sudut kamera pula, kamera utama dengan 108MP, lengkap bersama kamera ultralebar dan telefoto. Kamera swafoto pula 40MP, pasti puas untuk mereka yang suka akan fotografi.\n\nKapasiti bateri adalah 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W. Bukan itu sahaja, paparan skrin lebih cerah dari model sebelumnya dengan skrin AMOLED 2x dan kecerahan tertinggi mencecah 1750 nits, pasti cerah terutama penggunaan sewaktu matahari terik.\n\nLebih menarik, model ini menawarkan penggunaan stylus Pen untuk setiap pembeliannya dan menjadi model pertama dalam kelompok Galaxy S dengan keistimewaan ini. Samsung Galaxy S22 Ultra juga cukup ringan untuk dipegang dengan beratnya 228 gram sahaja.\n\nModel ini antara model Samsung yang boleh dilipat terbaik berbanding koleksi yang lain. Dikeluarkan pada Ogos 2022, Samsung Galaxy Z Flip 4 merupakan model smartphone yang telah ditambahbaik dari kelemahan model-model Samsung sebelum ini.\n\nPeranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1, yang seperti diketahui umum sistemnya yang terkini dan lancar. Antara kelebihan model ini adalah ianya kalis air.\n\nKapasiti storan anda boleh dapatkan dari 128GB, 256GB atau 512GB untuk dipadankan dengan 8GB RAM. Paparan skrin memang mantap dengan Dynamic AMOLED 2x serta menyokong sehingga 120Hz kadar penyegaran.\n\nKapasiti bateri untuk Samsung Galaxy Z Flip 4 adalah 3700mAh dan mampu mencapai 50% dalam masa 30 minit. Kamera utama pula dengan 12MP, dilengkapi dengan ciri ultrawide, OIS serta autofocus dwi-pixel. Bagi kamera swafoto dengan 10MP sahaja.\n\nAntara keistimewaan Samsung Galaxy A53 adalah dari segi reka bentuk dan warna yang ditawarkan lebih menarik seperti Awesome Peach. Wanita khususnya pasti menyukai warna lembut ini kerana kelihatan eksklusif, bergaya dan tenang.\n\nDengan paparan skrin Super AMOLED FHD+, kadar penyegaran boleh mencecah 120Hz. Samsung Galaxy A53 menggunakan cipset Exynos 1280 bersama cip grafik Mali G68. Tak cukup dengan itu, sistem operasi One UI 4.1 dengan Android 12 pasti dapat memenuhi aplikasi terkini. Selain itu, kapasiti storan 256GB dengan 8GB RAM.\n\nDari sudut kamera pula, kamera utama dengan 64MP manakala kamera selfie 32MP. Kapasiti bateri peranti ini lebih besar berbanding Galaxy Z Flip 4 iaitu dengan kadar 5000mAh. Ia juga menyokong pengecasan pantas 25W berwayar.\n\nKelebihan lain yang dimiliki peranti ini adalah kalis air, kalis debu, mempunyai sokongan terhadap dwi-SIM nano serta kad mikro SD. Ciri lain khas untuk model ini adalah Easy Mode, AOD, Live Captions, tambahan RAM dan sebagainya.\n\nGalaxy A73 juga tidak kurang hebatnya. Dikategorikan sebagai smarphone flagship pada tahun ini, kekuatan utamanya terletak pada bahagian kamera. Jika ada yang mencari telefon pintar Samsung yang sesuai untuk permainan video dan bagus untuk fotografi dengan harga rendah, kami cadangkan untuk membeli model ini.\n\nUntuk model ini, ia dikuasakan oleh Snapdragon 778G bersama cip GPU Adreno 642L iaitu cipset terbaik untuk smartphone dalam kategori mid-range. Sebayak 256GB storan dibekalkan dan pengguna boleh menambah penggunaan kad micro SD, memuatkan 1TB storan. Selain itu, jika 8GB RAM tidak mencukupi, pengguna boleh menambah DRE sama ada 2GB, 4GB atau 6GB.\n\nSpesifikasi kamera memang memuaskan buat pecinta fotografi. Kamera utama dengan 108MP OIS dilengkapi dengan 12MP kamera ultralebar, 5MP sensor kedalaman serta 5MP kamera makro. Kamera selfie pula dengan kadar 32MP. Hasil gambar pasti jelas dengan warna yang memukau tanpa perlu mengedit semula.\n\nKapasiti bateri tinggi iaitu 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W. Antara kelebihan model ini adalah kalis air IP65, mengandungi ciri \u2018Link to Windows\u2019, Buds Auto Switching, Bixby Routine dan sebagainya.\n\nMencari telefon Samsung terbaik bawah RM 2000 yang berkualiti dan terbaik pada tahun ini? Mungkin Samsung Galaxy M53 yang anda cari. Telefon yang dilancarkan pada Jun 2022 ini dikuasakan oleh MediaTek MT6877 Dimensity 900 bersama GPU Mali-G68 MC4.\n\nSebanyak 256GB storan dibekalkan bersama 8GB RAM. Ia menggunakan sistem One UI 4.1 berasaskan Android 12. Kapasiti bateri juga tinggi dengan kadar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W.\n\nKualiti kamera juga bagus seperti Galaxy A73 dengan kamera utama 108MP, dilengkapi dengan kamera ultra lebar 8 MP manakala kamera makro 2MP. Kamera swafoto tidak kurang hebatnya dengan 32MP.\n\nAntara smartphone Samsung dalam siri M terbaik, paparan skrin juga mantap, cerah dan memukau dengan Super AMOLED Plus 6.7 inci. Kadar penyegaran mencecah 120Hz.\n\nDilancarkan pada Mac 2022, Galaxy A13 pengguna mempunyai tiga pilihan warna smartphone iaitu biru, peach dan hitam. Reka bentuknya memang sangat unik. Skrinnya adalah 6.6 inci yang mengokong hingga FHD+. Warna dan paparan memang cantik, sesuai untuk melihat movie dan kegunaan harian.\n\nSelain itu, kapasiti storan sebanyak 128GB dengan 12GB RAM. Jika tidak mencukupi, anda boleh memasukkan kad mikro SD yang boleh memuatkan hingga 1TB. Peranti ini dikuasakan oleh cipset Exynos 850 (8nm) dan menggunakan sistem One UI 4.1 berasaskan Android 12.\n\nKapasiti bateri 5000mAh menyokong pengecasan pantas 15W. Memang sesuai untuk kegunaan harian kerana boleh bertahan dengan lama dengan anggaran satu hari. \n\nDari sudut kamera, kamera utama dengan 50MP manakala kamera swafoto dengan 8MP. Kualiti gambar menjadi cantik dari segi kejelasan dan warna. Mencari smartphone Samsung bawah RM 1000? Ini untuk anda!\n\nSamsung Galaxy A33 merupakan smartphone dalam kategori mid-range yang dikuasakan oleh Exynos 1280 5G (5nm) yang dapat menghasilkan prestasi yang baik. Dengan software One UI 4.1, ia berasaskan Android 12.\n\nBateri yang berkapasiti 5000mAh mampu bertahan satu atau dua hari mengikut kadar penggunaan. Turut menyokong pengecasan pantas 25W, ia dapat memenuhi dari kosong hingga 100% dengan anggaran satu jam atau lebih.\n\nPaparan skrin Super AMOLED 6.4 inci FHD+ dan kadar penyegarannya 90Hz, lebih lancar. Kamera pula 13MP untuk kamera swafoto manakala kamera utama 48MP OIS dan untuk rakaman video, ia menyokong hingga 4k 30fps.\n\nNak telefon bersaiz poket? Model ini memang sesuai kerana beratnya 186 gram sahaja. Bukan itu sahaja, peranti ini kalis air IP67, boleh ditambah kad mikro SD, dilindungi Samsung Knox dan lain-lain.\n\nSenarai telefon Samsung terbaik 2022 tak lengkap jika tiada model Samsung Galaxy S22. Model ini menggunakan pemproses terbaik dan terkini iaitu Snapdragon 8 Gen 1 dengan software One UI 4.1 asas Android 12.\n\nDengan paparan skrin 6.1 inci FHD+ serta Dynamic AMOLED 2X, kuasa penyegaran memang mantap iaitu 120Hz. Kamera utama adalah 50MP dipadankan dengan 10MP kamera ultra lebar serta 10MP untuk kamera telefoto. Kualiti kamera cukup memuaskan dan berkualiti.\n\nStoran sehingga 256GB dipadankan dengan 8GB RAM. Bateri pula berkapasiti 3700mAh, kurang dari model Galaxy S22 Ultra dan menyokong pengecasan pantas 25W.\n\nReka bentuknya sesuai untuk mereka yang suka akan smartphone bersaiz poket kerana lebih ringan dan slim. Beratnya hanyalah 167 gram sahaja. Paling menarik, ianya kalis air dan debu.\n\nBagaimana dengan koleksi telefon Samsung terbaik untuk tahun 2022? Secara ringkasnya, telefon keluaran Samsung tahun ini memang mantap dari segi reka bentuk dan prestasinya. Sesuai untuk penggunaannya yang bertahan lama.\n\nDah ada yang berminat? Jom belinya sekarang. Pilihlah mengikut citarasa, kegunaan dan bajet yang anda inginkan.\n\nKami juga ada menulis artikel lain berkaitan smartphone seperti:"
"Tidak tahu idea hadiah untuk pengantin? Memberi hadiah kepada pengantin merupakan satu kebiasaan dalam masyarakat sebagai tanda ucapan tahniah buat kedua pasangan mempelai. Pasangan pengantin pasti gembira dengan hadiah yang diperolehi. \n\nHadiah pula lebih manis jika ianya bermanfaat buat kedua mempelai tersebut. Selain barangan yang berguna, kos untuk menempuh alam baru juga dapat dijimatkan dengan adanya hadiah tersebut.\n\nMesti anda juga mencari hadiah apa yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan pengantin. Jika tidak pasti anda tidak ke artikel ini. Jadi kami sediakan 20 idea hadiah yang bermanfaat untuk pengantin 2022 mengikut bajet dan kemampuan anda.\n\nHadiah yang lazim diberikan kepada pengantin adalah pinggan mangkuk. Kebiasaannya setiap pasangan baru berkahwin akan pindah ke rumah baru. Hadiah pinggan mangkuk sangat sesuai dan diperlukan untuk mereka bagi menjimatkan kos dalam menempuh alam baru.\n\nPelbagai jenis pinggan mangkuk yang viral dan tahan lama pasti dapat memukau setiap mata memandang terutama pengantin perempuan. Seperti gambar yang di atas, pinggan mangkuk yang mempunyai stail bohemian atau nordic memang sangat eksklusif dan kelihatan mewah.\n\nPaling menarik pinggan mangkuk ini diperbuat daripada seramik, tahan jika dipanaskan dalam microwave atau oven. Setiap set pula ada 16 barangan. Memang sangat berbaloi!\n\nNak hadiah yang berlainan dari kebiasaan, anda boleh beri kuali atau periuk. Pelbagai jenama barangan ini yang anda boleh pilih seperti kuali enamel. Produk ini sememangnya sudah terkenal dan cukup familiar dengan rakyat Malaysia.\n\nKuali ini didatangkan dengan 8 saiz berbeza yang tebal dan tahan lasak, tak melekat jika memasak dan senang untuk dibasuh. Kalau guna sudip besi pun kuali tak akan calar. Paling spesial pengguna juga boleh mengukus menggunakan kuali enamel ini.\n\nCuba survey di kedai ini untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan amat berbaloi setanding kualiti produknya.\n\nBagi pasangan pengantin yang kedua-duanya bekerja, microwave amat diperlukan oleh mereka. Kesibukan bekerja membuatkan masa untuk berada di dapur dan memasak menjadi terhad. Namun, isteri pasti mahu menyediakan masakan air tangan sendiri lagi-lagi apabila baru mendirikan rumah tangga.\n\nMicrowave adalah pilihan hadiah terbaik. Isteri boleh memasak pelbagai jenis makanan dalam satu hari untuk seminggu dan menyimpan dalam peti ais. Apabila hendak dimakan, keluarkan saja satu menu dan panaskan dalam microwave. Senang, cepat dan puas bukan?\n\nJangan risau, microwave yang berharga bawah RM 100 pun ada tau. Senang dan selamat digunakan serta didatangkan dengan dua warna iaitu pink dan hijau.\n\nPasti ada pasangan baru berkahwin yang kurang mahir untuk memasak di dapur tetapi mahu belajar dan menyediakan air tangan sendiri untuk pasangan.\u00a0 Apa kata anda berikan air fryer yang mampu mempercepatkan dan memudahkan proses memasak untuk yang kurang mahir.\n\nYang penting, produk ini khas untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan penyediaan makanan yang rapi. Hal ini kerana, memasak menggunakan air fryer tidak memerlukan minyak untuk menggoreng membuatkan makanan tersebut kurang kolestrol dan lemak tetapi rasanya tetap sama seperti digoreng.\n\nBeli air fryer ini anda akan dapat manual penggunaan dan buku resepi. Mudah untuk pengguna memakainya dan mencuba pelbagai jenis resepi. Bukan setakat memasak, nak panaskan makan juga boleh dengan air fryer.\n\nAntara hadiah yang bermanfaat untuk setiap pasangan mempelai sudah pastinya produk makanan atau bahan masakan yang pasti digunakan oleh mereka. Anda boleh membeli bahan masakan seperti rempah ratus, aneka coklat dan makanan ringan yang lain. Pasangan pengantin pasti suka dan mengingati hadiah lain daripada yang lain ini.\n\nTiada masa nak beli dan gubah barangan tersebut? Dengan RM 30 sahaja akan peroleh 10 barang atau bahan masakan seperti beras, cili kering, kopi dan sebagainya. \n\nMemang sangat berbaloi dan bermanfaat jika anda ingin membeli hadiah mengikut bajet. Jangan lupa minta seller selitkan kad ucapan untuk nampak lebih eksklusif.\n\nSudah menjadi trend kini banyak kedai minuman kopi yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ini bermakna penggemar kopi semakin ramai bukan sahaja untuk golongan berusia, namun turut menjadi pilihan dewasa untuk menghilangkan rasa dahaga. \n\nJika rakan mempelai anda adalah hantu kopi, memberikan coffee maker sebagai hadiah pasti akan menjadi hadiah terbaik buat mereka.\n\nDengan adanya coffee maker, pasti dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga untuk keluar semata-mata untuk membeli kopi. Pelbagai jenis kopi boleh diterokai dan rasai sepuasnya oleh penerima seperti latte, cappuccino, mocha, americano dan lain-lain.\n\nCara nak guna mesin kopi ini sangat senang dan dapat menjimatkan masa. Lagi-lagi dari jenama Konka, memang sangat berkualiti.\n\nMahligai yang baru dibina sudah pasti memerlukan tips dan motivasi dalam menempuh alam yang amat berbeza. Sudah pasti dalam kehidupan berumah tangga banyak asam garam yang akan dilalui sehidup semati bersama. Memberikan buku tentang tips atau motivasi perkahwinan amat berguna untuk pasangan baru berkahwin.\n\nSekurang-kurangnya setiap pasangan mempunyai ilmu kehidupan berumah tangga dan dapat dijadikan pedoman agar rumah tangga kekal bahagia sehingga ke penghujung hayat. Buku berjudul Isteriku Bidadari merupakan salah satu buku motivasi perkahwinan terbaik yang ditulis oleh pendakwah terkenal Ebit Lew.\n\nAnda cari hadiah kepada penerima yang mampu mengalirkan pahala kepada anda juga? Kelengkapan ibadah seperti Al-Quran, telekung dan sejadah adalah pilihan tepat untuk anda. Setiap kali si penerima memakai, sudah pasti pahalanya turut mengalir kepada anda.\n\nHadiah yang sangat bermanfaat ini juga dapat menggalakkan si penerima untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa terutama setelah mendirikan rumah tangga. Nak jadikan hadiah tersebut lebih istimewa? Apa kata anda pilih sejadah yang mempunyai sulaman nama pengantin tersebut.\n\nSejadah ini sangat tebal, gebu dan bahagian belakang yang anti-slip pasti selesa untuk dibawa solat. Lebih-lebih lagi ketika sujud, pasti tak sakit dahi. Terdapat lebih 10 warna sejadah dengan sulam yang sangat kemas dan rapi.\n\nBaju tidur sedondon untuk pasangan mempelai adalah hadiah untuk pengantin yang paling comel. Kebanyakan pasangan sudah pasti menyukai pakaian yang sedondon tak kira pakaian untuk keluar bersama atau pakaian sewaktu di dalam rumah.\n\nWalaupun kelihatan biasa, namun cukup dapat menghiburkan dan membibitkan kebahagian pasangan pengantin untuk memakai hadiah tersebut. Pilih baju tidur yang diperbuat dari kain satin sudah pasti si pemakai berasa selesa dan sejuk. Ada lima warna yang anda boleh pilih dengan size sehingga 5XL.\n\nPasangan mempelai yang masing-masing bekerja sudah pasti mempunyai masa yang suntuk untuk mengemas rumah. Namun, kebersihan rumah perlulah dijaga untuk hidup dengan lebih selesa. \n\nBagi memudahkan mereka, hadiahkan vakum terkini yang tidak perlu dikawal dan mampu membersihkan segenap ruang dengan sendiri. Bukan sekadar vakum, namun ia juga mempunyai fungsi untuk menyapu dan mengemop. \n\nSatu set vakum ini didatangkan dengan 4 barang yang lain. Produk yang tidak mempunyai wayar ini sangat senang untuk di bawa ke mana-mana. Tak perlu memegang atau membongkokkan diri untuk vakum, dengan adanya vakum automatik ini kerja lebih mudah, lantai bersih dari habuk serta dapat menjimatkan masa. \n\nSambil menunggu mesin vakum comel ini bekerja, kerja rumah yang lain boleh turut dilakukan.\n\nJika pasangan pengantin akan memulakan hidup baru di rumah yang baru, hadiah yang merupakan hiasan rumah pasti dapat menjimatkan kos mendekorasikan rumah impian mereka. Antara cadangan hiasan rumah istimewa yang boleh diberi adalah seperti lukisan kanvas, pokok hiasan, rak dan lampu vintage.\n\nHadiah ini pasti digunakan oleh pasangan pengantin baru untuk mencantikkan segala sudut rumah baru mereka. Lebih-lebih lagi frame yang mengandungi tulisan khat dan ayat Al-Quran. Design memang cantik, kelihatan moden dan senang untuk dibersihkan. Cangkuk pada frame juga disediakan agar mudah untuk digantung.\n\nPakej bulan madu sebagai hadiah untuk pasangan baru berkahwin sudah pasti memuaskan dan bermakna buat mereka. Setelah berbulan-bulan penat untuk merancang dan mengadakan majlis perkahwinan, sudah pasti kedua mempelai menginginkan sebuah percutian bermakna buat mereka.\n\nBanyak pakej percutian yang murah mengikut bajet anda dan sesuai dijadikan sebagai hadiah perkahwinan. Tak perlu ke luar negara, banyak lokasi dalam negara yang menjadi tumpuan buat pasangan yang ingin berbulan madu seperti Pulau Perhentian, Pulau Langkawi, Cameron Highland dan sebagainya.\n\nSecara tidak langsung, kos buat pengantin untuk honeymoon dapat dijimatkan. Bukit Merah Laketown Resort juga best untuk honeymoon kerana banyak aktiviti boleh dilakukan bersama. Pakej serendah RM 126 sahaja boleh menginap selama 2 hari 1 malam termasuk sarapan. Ada bajet lebih boleh book bilik yang terapung di atas tasik di Kampung Air.\n\nSet cadar juga berguna buat setiap pengantin. Tambahan pula banyak set cadar yang menarik dan cantik dijual dengan harga yang murah dan berbaloi. Antara set cadar yang sesuai adalah cadar yang mempunyai ropol-ropol, sesuai untuk pengantin. Memang memukau setiap mata memandang. Mesti terbeli untuk diri sendiri juga.\n\nCadar patchwork iaitu cadar yang tidak mudah kedut walaupun kain lembut dan senang nak dipasang pada tilam juga memang menjadi pilihan ramai. Pakej 6 dalam 1 boleh dapat cadar, 4 sarung bantal dan 1 sarung bantal peluk. Memang berbaloi!\n\nCadangan hadiah untuk pengantin baru yang akan memulakan hidup baru di rumah baru adalah pelbagai jenis rak. Rak buku, rak hiasan, rak kasut dan sebagainya amat berguna dan menjimatkan kos untuk pasangan tersebut untuk membeli perkakas rumah.\n\nSalah satu rak yang pasti digunakan oleh mereka adalah rak tv. Harga bawah RM 100 boleh dapat sebuah rak tv yang panjang dan dan simple namun kelihatan sangat eksklusif. Kabinet tv ini mempunyai 4 kotak penyimpanan barang dengan 2 buah pintu. Sangat mudah untuk dipasang!\n\nPasti ramai yang suka makan bersama pasangan di rumah sahaja kerana dijamin bersih. Bukan itu sahaja, makan berdua di rumah lebih privasi serta suasana romantik. Nak makan makanan western dengan cara barbeku atau steamboat, di rumah pun boleh buat.\n\nPasangan pengantin mesti suka alat ini kerana tak perlu keluar rumah dan boleh masak mengikut portion yang dikehendaki dengan lebih mudah dan jimat. Set barbeku dan steamboat sangat mudah digunakan dan dibersihkan. Masa untuk dipanaskan sekejap sahaja. Harga bawah RM 50, memang sangat berbaloi!\n\nDiffuser ini mempunyai pelbagai fungsi seperti pelembap, penyebar wangian, pembersih udara dan aromaterapi. Memang sesuai untuk pasangan yang ingin bersantai, berehat dan tidur dengan nyenyak kerana bau yang dikeluarkan melalui pati minyak memberi pelbagai kelebihan pada fizikal dan mental.\n\nKapasiti air boleh memuatkan hingga 400ml. Beli satu diffuser dapat percuma remote, mudah kerana boleh dikawal dari jauh. Waktu malam diffuser ini boleh dijadikan lampu tidur. Dah beli diffuser ini jangan lupa tambah pati minyak seperti lavender dan peppermint. Kedua-dua minyak ini mengeluarkan bau yang wangi dan segar.\n\nPengantin baru juga pasti memerlukan bagasi untuk membawa barang pindah ke rumah baru atau bercuti untuk berbulan madu. Jarang orang beri bagasi sebagai hadiah untuk pengantin. Pasti bagasi menjadi salah satu hadiah yang akan diingati oleh pasangan pengantin.\n\nBagasi 28 inci yang diperbuat daripada ABS pasti tahan lasak dan kalis air. Roda pula boleh pusing 360 darjah, memang senang nak di bawa. Bukan itu sahaja, bagasi ini mempunyai kunci keselamatan yang berkualiti. Terdapat 20 pilihan warna bagasi yang membuatkan anda rambang mata.\n\nTudung saji yang moden dan unik ini menampakkan ruang dapur si pemakai kelihatan minimalis. Strukturnya yang bertingkat ini dapat menjimatkan ruang serta menghindarkan makanan daripada tercemar. Ruang hadapan tudung saji ini lutsinar membolehkan setiap hidangan dilihat dari luar. Tak perlu lagi mengangkat tudung saji untuk melihat menu apa di bawahnya. \n\nTerdapat dua pilihan warna yang cantik iaitu biru nordic dan putih. Anda boleh membeli tudung saji bertingkat mengikut bilangan yang anda mahukan. Diperbuat daripada ABS, tudung saji bertingkat ini sangat kukuh dan tahan lama.\n\nPemakanan dan kesihatan amat penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai tanda ingatan atau prihatin apa kata anda beri juicer sebagai hadiah perkahwinan. Minum jus sayur atau buah-buahan akan memberi banyak khasiat untuk tubuh badan. Tak perlu susah-susah keluar untuk mencari jus buah, buat sendiri menggunakan juicer pasti jimat dan cepat.\n\nJuicer ini boleh memuatkan hingga 300ml isipadu jus dan hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk menghasilkannya. Paling penting mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja kerana boleh dikisar tanpa wayar. Pakej termasuk satu juicer, USB dan manual penggunaan bersama waranti. \n\nKebanyakan pasangan baru berkahwin pasti memilih untuk meluangkan masa bersama di rumah sahaja. Sambil berehat, menonton filem atau drama di Netflix pasti menjadi aktiviti utama bagi mengisi waktu terluang. \n\nMemberi kad Netflix sebagai hadiah untuk pengantin pasti luar biasa. Beli sahaja kad di Shopee sangat mudah dan cepat. Anda boleh pilih sama ada ingin memilih akaun privasi atau akaun dikongsi. Banyak pakej menarik dan berbaloi anda boleh pilih untuk dijadikan sebagai hadiah. \n\nBanyakkan idea hadiah untuk pengantin yang bermanfaat buat penerima hadiah tersebut. Rata-rata hadiah juga sangat murah dan berbaloi setanding dengan kualitinya. Memang sesuai untuk pasangan mempelai yang baru berjinak-jinak di alam perkahwinan ini.\n\nJom baca artikel kami yang lain seperti:\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis."
"Char Kuey Teow amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Char Kuey Teow adalah kuey teow goreng, akan tetapi, char kuey teow biasanya dihidang berkuah dan masyarakat Malaysia lebih menggemarkan yang berkuah. \n\nKali ini, anda tidak perlu lagi keluar untuk membeli char kuey teow. Malahan, anda boleh menyediakannya sendiri buat anda dan keluarga anda. Sudah tentulah rasanya lebih terjamin dan lebih jimat! \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita lihat!\n\nNota: Kalau goreng char kuey teow, pastikan buat sepinggan sepinggan! \n\nResepi lain yang anda boleh cuba:\n\nMenarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Sabah terkenal dengan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Agak sukar membuat pilihan kerana semuanya memukau. Di sini disediakan 10 lokasi menarik yang anda mesti kunjungi sekiranya berada di Kundasang:\n\nDigelar New Zealand Kecil, Desa Cattle Dairy Farm ialah ladang ternakan lembu seluas 199 hektar berlatarkan pemandangan indah Gunung Kinabalu. Lantaran itu, ia sering menjadi pilihan pengantin merakamkan memori hari bahagia mereka. Ladang ini mengeluarkan kira-kira 900,000 liter susu. Pengunjung yang datang dapat merasai pengalaman memberi minum susu kepada anak lembu, memberi makan kepada kambing, melihat pemprosesan susu selain merasai kelazatan produk keluaran mereka seperti aiskrim.\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM4 (Kanak-kanak), RM106-RM2120 (fotografi perkahwinan dan set lakonan)\n\nSebelum meneruskan perjalanan, eloklah berhenti seketika membeli buah-buahan dan sayur-sayuran yang berderet di sepanjang jalan. Bagi mereka yang datang dari semenanjung, bolehlah merasai buah-buahan yang sukar ditemui atau tiada di semenanjung. Selain segar, harganya juga amat berpatutan.\n\nAlamat: AH150, Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah.\n\nWaktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)\n\nMerupakan salah satu taman negara pertama di Malaysia, ia memiliki lebih 4500 spesis flora dan fauna termasuk 326 burung dan 100 spesis mamalia dan lebih 110 jenis siput darat. Inilah yang meletakkannya sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara. Ia adalah lokasi paling popular dan ramai dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.\n\nImbas kembali sejarah peperangan semasa Perang Dunia ke 2. Ini adalah tugu peringatan buat mereka yang terkorban. 4 taman dibina iaitu The Australian Garden, The English Garden, The Borneo Garden dan Contemplation Garden and Pool.\n\nHarga Tiket: RM2 (MyKad), RM10 (warga asing)\n\nAlamat: 90km, Jalan Kundasang, 89300 Kundasang, Sabah\n\n5. Kolam Air Panas Poring @ Poring Hot Spring\n\nIni merupakan lokasi popular di kalangan penduduk tempatan. Air panas yang mengandungi mineral sulfur membantu menghilangkan stress dan lenguh-lenguh badan selepas perjalanan.\n\nHarga Tiket: RM3 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak). Bayaran berasingan dikenakan kepada tab mandi tertutup dan kamera serta video.i\n\nJauh dari hiruk-pikuk bandar, suasana di ladang teh yang dikelilingi hutan hujan ini adalah bertaraf 5 bintang. Teh Sabah merupakan satu-satunya ladang teh organik di dunia. Pengunjung boleh mengambil udara segar di Taman Rekreasi Sapaon dan laluan ke puncak Bukit Kamunsu. Nikmati juga udara malam di sekitarnya sambil mnghirup teh terbaik dari mereka.\n\nHarga Tiket: RM14 (lawatan berpandu ke kilang teh), RM44 (lawatan berpandu termasuk set makan tengah hari),\n\nAlamat: KM17, Jalan Ranau/Sandakan, Kg. Nalapak, 89309 Ranau, Sabah.\n\nCuaca sejuknya yang mencecah 10\u00b0c pada waktu malam dan 17\u00b0c pada waktu siang membezakannya dengan kawasan sekitarnya. Maka, ia juga ditumbuhi pokok-pokok, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang agak berbeza daripada kebanyakan hutan hujan tropika yang lain.\n\nAlamat: P.O Box 73, Kundasang, Ranau, Sabah\n\nUji keberanian anda dengan paragliding dan saksikan keindahan Sabah dari ruang udara di saat anda sedang terbang.\n\nHarga Tiket: RM150 (MyKad), RM200 (warga asing)\n\nAlamat: Ranau Paragliding Park, 89308 Ranau, Sabah\n\nJika di Semenanjung, ramai yang ke Cameron Highland bagi memetik strawberri, kini cuba pula strawberri di tanah Mesilou, Kundasang. Sebelum itu, semak maklumat di laman Facebook mereka untuk memastikan anda datang semasa strawberi sedang berbuah. Mereka juga menyediakan hotel untuk anda bermalam dan kafe untuk merasai resepi dari strawberi.\n\nHarga Tiket: RM3 (dewasa), percuma untuk kanak-kanak.\n\nAlamat: Kg. Mesilou, 89308 Ranau, Sabah\n\nWaktu Operasi: 830am-5pm (Selasa-Sabtu), 830am-1230pm (Ahad)\n\n10. Tagal Sungai Moroli (Kampung Luanti)\n\n\u201cTagal\u201d adalah perkataan yang diambil daripada bahasa Kadazan-Dusun yang bermaksud \u201ctidak dibenarkan memancing\u201d. Tujuannya adalah untuk menjaga ekosistem sungai agar generasi masa hadapan dapat mewarisinya. Dapatkan \u2018urutan\u2019 kaki dari ikan-ikan di sini selain menelusuri hutan dan aktiviti perkhemahan.\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (Kanak-kanak),\n\nRM10 (warga asing dewasa), RM10 (warga asing kanak-kanak).\n\nSelain 10 tempat di atas, lihat juga pulau-pulau dan hutan-hutan simpanan mereka jika anda mengunjungi bahagian lain di Sabah seperti Semporna. Sabah yang kaya dengan alam semulajadi yang masih dijaga rapi sentiasa tidak mengecewakan pelancong tempatan dan luar negara."
"Ada lebih 100 jenis kanser di dunia. 10 jenis kanser yang paling biasa di Malaysia ialah kanser payudara, kolorektum, paru-paru termasuk trakea dan bronkus, limfoma, nasofarinks, leukimia, uteri serviks, hati, ovari dan perut. Menurut laporan statistik Institut Kanser Negara 2007-2011, kanser payudara ialah kanser tertinggi di Malaysia pada 17.7%, diikuti oleh kolorektum pada 13.2%. Kanser payudara paling banyak menyerang wanita, manakala lelaki lebih cenderung menghidap kanser kolorektum.\n\nMenurut laporan statistik Institut Kanser Negara 2007-2011, kanser payudara ialah kanser tertinggi di Malaysia pada 17.7%, diikuti oleh kolorektum pada 13.2%. Kanser payudara paling banyak menyerang wanita, manakala lelaki lebih cenderung menghidap kanser kolorektum.\n\nMenurut laporan tersebut juga, wanita mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser berbanding lelaki. 1 daripada 9 wanita berisiko menghidap kanser berbanding 1 daripada 10 lelaki. Bangsa Melayu juga berisiko menghidap kanser berbanding kaum lain di Malaysia. Namun begitu, wanita Cina lebih ramai menghidap kanser payudara berbanding kaum lain. Risiko menghidap kanser di kalangan lelaki dan wanita mulai meningkat selepas usia 30an dan lelaki lebih banyak menghidap kanser berbanding wanita pada usia 60 tahun dan ke atas.\n\nKanser\natau barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan\nreplikasi dan tindak balas sel di dalam badan. Sel biasanya bertambah mengikut\naturan bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya\nkecederaan. Namun, masalah mulai timbul apabila sel ini bertambah secara tidak\nnormal seperti sel penghasilan darah dalam masalah leukimia. Keadaan ini\nmenyebabkan ketumbuhan yang tidak normal yang juga dikenali sebagai tumor.\n\nTetapi,\ntumor tidak semestinya barah. Tumor yang bukan barah tidak merebak ke bahagian\nbadan atau organ yang lain, sedangkan barah boleh merebak ke anggota lain sekiranya\ntidak dirawat. \n\nAda\nbanyak perkara yang boleh menyumbang kepada penyakit kanser. Punca biasa\nberlakunya kanser adalah;\n\nAsap\ntembakau terhasil daripada beribu-ribu bahan kimia termasuk kira-kira 70 jenis\nbahan yang diketahui boleh menyebabkan kanser. Merokok bukan sahaja bahaya\nkepada penghisap rokok, malah ia turut memberi masalah kesihatan kepada mereka\nyang tidak merokok tetapi hidup di kalangan perokok.\n\nTidak\nmenjaga pemakanan seperti kerap makan makanan yang tidak menyihatkan, minum\nterlalu banyak alkohol di samping kurang aktif boleh mendedahkan anda kepada\nrisiko menghidap kanser. \n\nCahaya\nmatahari memang bagus tetapi kalau terlalu terdedah kepada cahaya matahari\nsekitar jam 10am sehingga 4pm, anda sebenarnya sedang membuka ruang untuk\nmasalah kesihatan yang lebih serius. Sinar UV yang berlebihan boleh menyebabkan\nkanser kulit. Kanser juga boleh disebabkan oleh radiasi lain seperti X-ray dan\ngamma serta radon.\n\nVirus\ndan jangkitan boleh mengubah tubuh dari beberapa segi. Ia boleh memberi kesan\nkepada gen di dalam sel yang mengawal pertumbuhan. Sesetengah jangkitan juga\nboleh menyebabkan radang bagi tempoh yang lama, manakala sesetengahnya pula\nmengganggu sistem imun badan. Semua ini boleh membawa kepada masalah yang lebih\nbesar seperti kanser.\n\nSimptom-simptom\nkanser adalah bergantung kepada jenis kanser yang dihidapi. Namun, secara\numumnya, pesakit kanser akan mengalami simptom yang berikut;\n\nKanser\ndikenalpasti dengan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh termasuk sejarah\nperubatan pesakit. Kanser seperti kanser payudara dan kanser prostat boleh\ndikesan dengan pemeriksaan harian secara sendiri atau kaedah pemeriksaan lain\nyang ditawarkan hospital seperti X-ray, CT dan MRI. Ini boleh mengelakkan\nsimptom semakin serius. Oleh itu, kebanyakan kanser hanya boleh dikesan selepas\ntumor tumbuh dan dirasai atau adanya simptom-simptom tertentu. Pada masa\ntertentu, kanser dikesan semasa sedang merawat masalah kesihatan yang lain.\n\nApabila\ndoktor mengesan adanya kanser dalam tubuh, mereka akan menjalankan ujian-ujian\nyang lain pula. Doktor juga perlu mengenalpasti sama ada kanser sudah merebak\nke bahagian badan yang lain.\n\nRawatan kanser adalah bergantung kepada jenis kanser yang dihidapi dengan mengambil kira sama ada ia telah merebak ke bahagian badan yang lain dan usia pesakit. \u00a0Antara rawatan untuk penyakit ialah pembedahan, radioterapi, kemoterapi, imunoterapi, dan terapi hormon.\n\nKemoterapi\nadalah rawatan yang biasa kita dengar apabila merujuk kepada kanser. Ia\ndigunakan untuk menyembuhkan, mengawal atau mengurangkan gejalan penyakit\nkanser. Tempoh rawatan ini adalah bergantung kepada jenis barah. Menerusi\nkemoterapi, ubat dimasukkan ke salur darah untuk sampai ke sel barah dalam tubuh.\nUbat ini akan berada di dalam sistem peredaran darah dan memusnahkan sel-sel\ntertentu. \n\nSebagaimana\ndalam kebanyakan rawatan yang lain, rawatan kanser boleh mendatangkan kesan\nsampingan berikut;\n\nMasalah\nusus yang biasa dihadapi ialah sembelit dan cirit-birit. Pesakit yang\nmenghadapi masalah ini digalakkan untuk minum air dengan lebih banyak. Mereka\nyang sembelit dinasihatkan untuk makanan makanan berserat tinggi. Manakala yang\nmengalami cirit-birit pula dinasihatkan untuk makan pada jumlah yang sedikit\ntetapi kerap dan bersuhu suam. Pesakit juga perlu mengelakkan makanan tertentu\nseperti makanan pedas, makanan berlemak dan bergoreng, dan makanan berserat\nyang kasar. Sebagai ganti, pesakit boleh makan nasi dan sup, keju dan roti\nbakar.\n\nUlser\ndan jangkitan ialah masalah yang boleh berlaku kepada pesakit yang sedang dalam\nrawatan. Selain memberus gigi dua kali sehari dengan berus gigi lembut,\nberkumur, pesakit juga dinasihatkan untuk minum banyak air, makan makanan yang\nlembut, makanbuah-buahan masam dan gula berangin. Ini adalahuntuk mengelakkan\nmulut menjadi kering dan mengelakkan jangkitan dalam mulut.\n\nMasalah\nrambut gugur berlaku bergantung kepada individu dan jenis ubat-ubatan yang\ndiambil oleh pesakit tersebut. Selain rambut di kepala, bulu pada bahagian yang\nlain juga boleh gugur. Inilah yang menyebabkan pesakit memakai rambut palsu,\ntopi atau skaf. Pesakit mesti menjaga kebersihan rambut dan kepala selain\nmengelakkan cahaya matahari kena terus kepada kepala yang tidak berambut.\n\nPesakit\nwanita biasanya akan mengalami kitar haid yang tidak teratur manakala pesakit\nlelaki akan mengalami kekurangan penghasilan sperma. Pesakit yang mengalami\nkesan sampingan seperti letih dan loya juga menyebabkan halangan melakukan\nhubungan seksual. \n\nDalam\ntempoh rawatan, pesakit amat memerlukan sokongan terutama dari mereka yang\ntersayang. \n\nKanser\nboleh menyebabkan perubahan tingkahlaku. Lebih-lebih lagi dengan semua rawatan\nyang mendatangkan kesan sampingan. Perasaan pesakit boleh terganggu. Pada masa\ninilah khidmat kaunseling amat diperlukan bagi memulihkan semula kekuatan dalam\ndiri pesakit. Kaunseling kanser ini dikendalikan oleh profesional terlatih yang\nakan mendengar luahan pesakit, mengurangkan rasa takut dan kekeliruan.\n\nPerubahan\nkepada tubuh, gangguan emosi dan kesan sampingan seperti loya menyebabkan\npesakit kehilangan selera makan. Oleh itu, pesakit amat memerlukan makanan yang\nsihat dengan tambahan 20% khasiat berbanding kebiasaannya. Pemakanan yang sihat\nadalah penting agar pesakit berasa lebih sihat dan mampu menahan kesan\nsampingan rawatan.\n\nPekerja\nsosial memberi pertolongan kepada pesakit dalam menguruskan urusan harian. Ini\ntermasuk memberi penerangan mengenai prosedur dan jadual rawatan, mendapatkan\npembantu untuk menguruskan urusan rumah pesakit, mengatur pengangkutan untuk\nrawatan, mengambil ubat dan bekalan perubatan serta banyak lagi yang dapat\nmeringankan beban pesakit.\n\nKanser\njuga boleh menyebabkan kehilangan fungsi badan atau kecacatan sementara. Oleh\nitu, bantuan akan diberikan bagi memulihkan fizikal dan psikososial pesakit.\n\nKumpulan\nsokongan adalah perjumpaan dan interaksi di antara orang yang mempunyai kepentingan\ndalam penyakit kanser. Mereka adalah profesional perubatan, pesakit kanser\ndalam rawatan dan ahli keluarga pesakit. Dalam perjumpaan ini, mereka dapat\nberkongsi cerita dan luahan perasaan akan perubahan yang berlaku. Ini juga\nruang untuk mereka berkongsi cara menghadapi cabaran.\n\nSetiap penyakit ada ubatnya. Begitu juga dengan kanser. Menghidap kanser adalah episod hidup yang menakutkan sesiapa sahaja. Namun, pada masa kini ada banyak jenis rawatan yang boleh didapati termasuk sokongan bagi melalui pengalaman sukar ini. Bagi mereka yang masih sihat, ini adalah masa yang terbaik untuk mengubah pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Anda juga digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tubuh sentiasa sihat. Sekiranya ada kenalan atau ahli keluarga yang menghidap kanser, ini adalah masanya untuk memberi sokongan kepada mereka."
"Jom cuba resepi berbuka puasa ini. Akhirnya bulan Ramadhan tiba lagi. \n\nBerpuasa seumpama kita tengah berjuang melawan nafsu diri sendiri. Mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Berbuka puasa pula umpama \u2018hadiah\u2019 kerana telah menjalankan puasa satu hari penuh.\n\nSudah semestinya anda teringin menghidangkan menu berbuka puasa yang menarik bukan? Menu yang mengenyangkan dan puaskan rasa lapar serta halallan tayyiban.\n\nJusteru, pada perkongsian ini kami akan menghadirkan 25 resepi berbuka puasa patut cuba . Kumpulan resepi yang sedap dan mendapat perkongsian ramai di laman Facebook.\n\nDi bawah ini ialah antara resepi-resepi yang selalu mendapat banyak permintaan di bulan ramadhan. Kami pastikan anda menyukai kesemua resepi ini. Jemput baca dan mencubanya.\n\nResepi yang selalu jadi kegilaan di bazar ramadhan. Setiap kali pergi ke bazar mesti ramai yang beli mee goreng. Ia sedap dan mengenyangkan. Resepi didatangkan daripada\u00a0\u200eTahrunnisah Jali\u00a0di laman Facebook.\n\nJuadah berbuka puasa mestilah dengan yang manis-manis. Seperti tepung gomak yang berinti kelapa manis. Sangat sedap dijadikan juadah berbuka. Resepi perkongsian daripada Tahrunnisah Jali\u00a0di laman Facebook.\n\n(Jika beli yang sudah siap boleh beli di kedai namanya tepung kacang hijau).\n\nBubur pulut hitam boleh jadi pilihan juadah berbuka. Tekstur yang lembut dan rasanya yang manis membaiki tenaga yang masa berpuasa. Jom cuba resepi daripada\u00a0Tahrunnisah Jali di laman Facebook.\n\nCara membuat santan pekat untuk dicurah di atas bubur :\n\nMartabak ialah antara makanan yang paling banyak dicari pada bulan ramadhan. Martabak sangat mengenyangkan dan lagi puas kalau bikin sendiri. Resepi martabak ala Tahrunnisah Jali\u00a0di laman Facebook ini patut anda cuba.\n\nInti Martabak Daging (boleh dapat [email\u00a0protected] biji martabak)\n\nMenu lain yang lazat untuk berbuka puasa ialah mango float. Siapa yang suka hidangan masam-masam lemak manis, cair di mulut dan sejuk di perut? Sedap untuk menu berbuka puasa. Resepi mango float daripada Putri Bungsu di laman Facebook.\n\nNota : Mango float mudah cair, tidak boleh dibiarkan dalam suhu bilik nanti cari macam ais krim.\n\nBagi yang sedang mencari resepi apam kampung jom intai resepi di bawah. Sangat sesuai untuk juadah berbuka puasa. Mudah, cepat dan menyelerakan. Resepi apam kampung daripada Jamal Dan Asmahan yang dikongsikan di Facebook.\n\nTips : Yis kena betul-betul kembang. Perap adunan tadi dalam mangkuk. Adunan akan naik dan kembang. Apam sedap dimakan selepas bermalam, masam yis akan hilang.\n\nUntuk berbuka puasa, mestilah ingin melepaskan dahaga dengan minuman sejuk dan segar. Seperti minuman blue butterfly resepi daripada Nur Fakhira Mohd Rosli\u200e di laman Facebook. Menggunakan bunga telang asli untuk membuat minuman. Terasa segar dan naturalnya.\n\nMelepaskan dahaga masa berbuka puasa dengan bandung memang sangat tepat. Lagi kalau bandung float pakai aiskrim memang menyelerakan sungguh. Selamat mencuba resepi bandung float daripada Fakhira Mohd Rosli\u200e di laman Facebook.\n\nBerbuka mengikut sunnah nabi ialah makan kurma. Bagaimana pula dengan minuman kurma? Penasaran bukan? Mari tengok resepi daripada Fakhira Mohd Rosli\u200e di laman Facebook pada perkongsian di bawah ini.\n\nBuat laicikang sebagai menu berbuka puasa sedap sugguh dan melepaskan dahaga. Buat sendir lebih puas makan dan keluarga pun suka. Mari coba resepi laicikang simple daripada Fakhira Mohd Rosli\u200e di laman Facebook.\n\nBila bulan puasa roti john adalah antara makanan paling banyak peminatnya bukan? Panjang sungguh orang beratur di bazar untuk beli roti john. Tunggu tup tup sudah azan magrib pula sudah terlepas masa berbuka. Apa kata kalau anda buat roti john sedap menjilat jari dengan resepi \u200eTengku RosElyza Raja Muhammad\u200e di laman Facebook yang telah kami suntingkan dengan kemas untuk anda.\n\n1. Mula-mula satukan telur, daging, bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.\n\n2. Kemudian sapu roti dengan planta. Ketepikan.3. Lalu sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan daging tadi dan biarkan daging sampai masak.4. Tekapkan roti tersebut di atas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.5. Bila sudah masak, baru angkat.6. Kemudian letak sayur dan sos yang ada.7. Siap dipotong.\n\nJuadah berbuka puasa kali ini dihadirkan oleh \u200eAinu Zura\u200e yang berkongsi resepi di laman Facebook. Nama menu ialah pulut sekaya atau tok aji serban. Cik Ainu hanya menggunakan rice cooker untuk mengukus kuih kaya ini.\n\nMenu berbuka puasa mestilah yang manis lagi menyihatkan. Juadah berbuka puasa kami seterusnya ialah mixed fruit pudding atau puding buah. Selain buah campur, puding ini pakai yogurt. Memang sihat betul resepi puding yang dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di laman Facebook. Anda yang menghindari makanan berat pada waktu berbuka boleh buat resepi ini.\n\nBahan Puding Jernih Buah Campuran :\n\nNota: Seeloknya guna 2 acuan puding yang sama. Resepi ini akan dapat 2 Puding ya. Kalau ingin gantikan dengan air yogurt perisa lain pun boleh, tiada masalah. Ingin tukar dengan susu strawberry pun tidak apa. Boleh tambah pewarna ikut suka.\n\nBubur lambuk memang sesuai sangat untuk berbuka puasa. Bubur lambuk kena selalu ada di atas meja. Macam-macam versi bubur lambuk. Yang ini paling simple. Rasa tetap menang. Yang belum ada menu untuk berbuka,bBoleh intai resepi Jamal Dan Asmahandi laman Facebook.\n\nBelum lengkap rasanya bulan ramadhan kalau tidak makan ayam percik untuk berbuka. Ayam percik merupakan langganan bazar ramadhan dan ramai orang beli. Anak-anak suka makan ayam percik kerana ia tidak pedas dan daging ayam pula lembut. Jom masak ayam percik di rumah dengan resepi yang dikongsikan oleh Syieda Zulida\u200e di laman Facebook.\n\nTips sedap, ayam yang dibakar menggunakan arang dicelup panas-panas ke dalam kuah percik untuk mendapatkan kuah yang lebih beraroma.\n\n16. Resepi Ikan Kering Gelama Masak Gulai Kuning\n\nSeterusnya kami akan membawa anda menikmati menu berbuka lauk kampung. Ikan kering masak gulai kuning untuk menu berbuka. Guna pula ikan kering gelama bengkak buat gulai kuning. Makin sedap sebab letak lada solok dengan timun batang. Fuh terangkat makan dengan nasi panas-panas. resepi dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.\n\n17. Daging Masak Merah Ala Thai\n\nAntara makanan yang kita gemari bila ke restoran Ala Thai ialah daging masak merah. Tapi sebenarnya untuk buat lauk ini bukannya susah, senang saja. Kali ini kami kongsikan resepi daging masak merah versi ori yang dikongsika oleh Wan Muhammad Hafiz Satar yang belajar dengan tukang masak dari Selatan Thailand.\n\nSiapa pernah masak siakap kengsom? \u200eIda Zairi\u200e berkongsikan resepi siakap kengsom pertama kali buat di laman Facebook. Namun begitu, resepi ini telah mendapat perkongsian amat ramai. Tidak hairan jiran sebelah rumah pun terliur hanya dengan wangi lauk ini. Sila cuba resepi yang lagi sedap dari restoran siam punya (versi tumis).\n\n19. Resepi Gulai Darat Daging (Tidak Perlu Menumis)\n\nOrang kelantan memang suka makan gulai ini sebab ia berbeza dengan kari biasa sebab rasanya yang lebih beraroma dan menggunakan rempah yang tersendiri untuk buat gulai darat. Terliur dengan gulai darat Wan Muhammad Hafiz Satar\u00a0hari ini berbuka kita buat juga. Yang menarik gulai darat ini tidak perlu menumi, hanya satukan semua bahan kemudian renehkan sampai kuahnya pecah minyak.\n\n20. Resepi Asam Pedas Ikan Pari\n\nMenu yang amat terkenal di negeri Melaka dan Johor ini amat sesuai dijadikan untuk lauk berbuka puasa.\u00a0Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Sue Ninie. Jom kita tengok apa resepi nya. Jemput baca resepi asam pedas ikan pari.\n\nLaksa johor menggunakan spaghetti dan bukan menggunakan mee laksa biasa. Kuahnya pula lebih kurang sama macam kuah laksa biasa namun lebih pekat. Tradisinya kuah laksa johor menggunakan ikan parang dan orang dulu lebih suka makan laksa johor dengan tangan kerana lebih lazat. Sila tengok resepi daripada Nur Elina Mohd Aziz di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nMakan bihun goreng hari ini esok mesti teringin buat lagi. Itulah tarikan resepi bihun goreng tomyam yang dikongsikan oleh Zureena Nor Hakim\u200e di laman Facebook ini. Resepi mudah sedap untuk berbuka. Selamat mencuba.\n\n23. Resepi Satay Ayam Kuah Kacang Paling Lazat\n\nSatay dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Satay biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit. Pada resepi kali ini kami akan mengongsikan resepi satay ayam serta kuah kacang yang sangat lazat. Resepi ini dikongsikan oleh\u00a0NazLynn Ismail di Facebook.\n\n1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.\n\n2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.\n\n3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.\n\n1. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.\n\n2. Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.\n\n24. Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa\n\nRasa masakan ini haruslah terasa manis, pedas dan masam barulah menjadi tiga rasa tersebut. Apalagi kalau ikan yang digunakan ialah ikan siakap yang memang terkenal paling sedap dimasak tiga rasa. Lagi berselera makan masa berbuka nanti. Resepi ikan siakap tiga rasa daripada\u00a0\u200eAfy AL Habibi\u200e di laman Facebook.\n\nMenu berbuka terakhir ialah meatball ala Thai. Meatball ini menggunaka daging dan jagung sebagai bahan utama. Tampilan meatball ini menarik dan menggoda. Sangat sesuai untuk sesiapa yang tidak makan berat sewaktu berbuka. Resepi oleh Khadijah JaafarKhadijah Jaafar\u00a0di laman Facebook.\n\nResepi-resepi berbuka puasa di atas sedap dan menarik bukan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencubanya.\n\nSelain resepi berbuka puasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kita sering mendengar mengenai \u2018anxiety disorder\u2019 dihidap oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Akan tetapi, tahukah kita apa itu Gangguan Kecemasan atau \u2018Anxiety Disorder?\u2019 Gangguan Kecemasan merupakan salah satu penyakit gangguan mental. Ianya berbeza bagi setiap orang bergantung kepada tahap mental masing-masing.\n\nPenyakit ini akan menjadi berbahaya jika tidak dibendung atau dikawal dengan lebih awal. Setiap individu mestilah mengetahui simptom-simptom penyakit ini agar ianya dapat dikawal. Mari kita lihat perkongsian menarik daripada Puan Nora Zyan mengenai simptom \u2018anxiety disorder\u2019.\n\n 5. Merasa Rendah Diri yang Melampau. \n\n*Dengan perkongsian ini, diharapakan ianya dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua pembaca di luar sana agar mengambil langkah-langkah untuk mengawal \u2018Anxiety Disorder\u2019 ini supaya tidak keterlaluan.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Jika anda sedang berusaha untuk kurus dan menurunkan berat badan, pastinya anda tertanya-tanya, jenis senaman yang mana akan membuatkan anda kurus dengan cepat.\n\nJawapannya ialah senaman kardio. Jika anda rajin bersenam kardio, kami jamin anda akan cepat kurus. Jom kami kongsikan jenis-jenis senaman kardio untuk kurus dalam masa singkat yang boleh anda amalkan.\n\nApa Itu Kardio? Apakah yang dimaksudkan dengan senaman kardio?\n\nPerkataan kardio adalah singkatan daripada kardiovaskular yang bermaksud jantung. Oleh itu, senaman kardio merujuk kepada aktiviti senaman yang melibatkan jantung dan membuatkan jantung anda berdegup dengan laju.\n\nUntuk memudahkan anda faham, senaman kardio adalah apa sahaja jenis senaman yang akan menyebabkan jantung anda berdegup dengan sangat laju.\n\nBagaimana senaman kardio membantu anda cepat kurus?\n\nSenaman kardio memberikan kesan positif kepada seluruh tubuh badan anda terutamanya jantung. Ini kerana senaman kardio akan membuatkan jantung anda menjadi lebih kuat, mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih efisien, dan tidak mudah mengah apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.\n\nApabila jantung anda mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, secara automatik badan anda akan menjadi lebih sihat kerana lebih banyak oksigen akan sampai ke seluruh tubuh badan anda lalu menggalakkan proses pembakaran lemak supaya anda cepat kurus.\n\nSelain membantu menguruskan badan dengan cepat, senaman kardio juga:\n\nApakah jenis senaman kardio yang ada?\n\nSenaman kardioa boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:\n\nSenaman kardio berimpak tinggi adalah aktiviti yang biasa anda lakukan seperti mengayuh basikal, berlari, berjoging, mendaki bukit, mengangkat berat, dan berzumba.\n\nApa sahaja aktiviti yang membuatkan anda berpeluh dengan banyak dan jantung anda berdegup kuat sehingga rasa nak pecah dada, itulah dia senaman kardio berimpak tinggi. Kerana ia memberikan kesan yang besar kepada kadar degupan jantung anda.\n\nSenaman kardio berimpak rendah pula merujuk kepada aktiviti yang tidak memerlukan tenaga yang kuat untuk dilakukan. Ia adalah jenis senaman yang tidak menyebabkan anda terlalu penat, berpeluh dengan banyak, dan tidak menyebabkan jantung anda berdegup dengan laju seperti berjalan.\n\nIanya masih membakar lemak dan menyihatkan badan namun tidak membuatkan jantung anda berdegup dengan laju.\n\nApakah senaman kardio yang boleh anda lakukan untuk kurus dalam masa 14 hari?\n\nUntuk kurus dengan cepat, kami cadangkan anda lakukan senaman kardio yang berikut:\n\nBerzumba merupakan senaman kardioa yang paling in trend pada masa ini. Ianya bukan sahaja membantu anda kurus dengan cepat malas ia juga sangat menyeronokkan.\n\nAnda pasti rasa terhibur mengikuti langkah-langkah pergerakan yang diarahkan. Untuk berzumba, anda boleh pilih sama ada mahu berxumba sendirian di rumah atau untuk berzumba secara beramai-ramai.\n\nJika anda jenis yang sukakan privasi, bolehlah anda berzumba sendirian di rumah sambil mengikuti mana-mana video zumba yang ada di youtube.\n\nKalau taknak boring, anda boleh ikut video yang berbeza setiap hari. Kalau anda lebih suka untuk berzumba beramai-ramai, anda boleh pilih sama ada nak menyertai kelas zumba berbayar atau anda boleh pergi ke aktiviti zumba percuma yang selalau diadakan pada hujung minggu.\n\nKami cadangkan anda beruzmba beramai-ramai kerana energy nya sangat luar biasa dan akan berjangkit dengan anda. Anda akan rasa sangat bersemangat dan takkan rasa letih.\n\nSebagai bonus, sambil berzumba anda boleh dapat kawan baru yang sama-sama tengah berusaha untuk menguruskan badan.\n\nSelain berzumba, aktiviti berbasikal juga merupakan senaman kardio yang sangat membantu anda untuk kurus dengan cepat. Untuk aktiviti berbasikal, ada dua pilihan untuk anda iaitu indoor atau outdoor.\n\nKalau anda jenis suka berbasikal di luar sambil melihat keindahan alam dan berjumpa dengan orang ramai, anda boleh beli basikal dan keluar berbasikal apabila ada kelapangan & cuaca yang mengizinkan.\n\nSebaliknya, kalau anda lebih suka berbasikal di dalam rumah tanpa perlu memakai pakaian bersukan yang lengkap dengan topi keselamatan, anda boleh beli mesin senaman basikal.\n\nKelebihan berbasikal dengan mesin senaman di rumah ialah anda boleh bersenam pada bila-bila masa walau pun pada pukul 3 pagi. Anda juga masih boleh bersenam walau pun sedang hujan lebat di luar.\n\nSenaman kardio untuk kurus dalam masa singkat yang seterusnya ialah berjoging. Berjoging merupakan aktiviti senaman yang menjadi pilihan ramai.\n\nCadangan kami, anda laburkan sedikit duit untuk membeli jam yang mempunyai fungsi mengesan jarak anda berjoging dan berapa banyak kalori yang dah berjaya anda bakar. Ianya akan membuatkan anda makin bersemangat untuk berjoging.\n\nAtau anda juga boleh download applikasi di handphone seperti:\n\nKalau anda lagi suka berjoging indoor, boleh juga beli mesin treadmill. Seperti mesin bersenam basikal, anda boleh berjoging di atas treadmill pada bila-bila masa tanpa mengira apa pun cuaca di luar.\n\nTahukah anda, aktiviti berenang membakar sangat banyak kalori. Kalau anda ada akses ke kolam renang, akami cadangkan anda supaya berenang sekerap yang mungkin. Berenang bukan sahaja menghilangkan berat badan malah mencantikkan tubuh badan anda. Siapa yang taknak, kan?\n\nItulah dia senaman kardio untuk kurus dalama 14 hari yang ingin kami kongsikan. Anda juga mungkin akan sukakan perkongsian kami tentang senaman antenatal, senaman kegel, dan senaman untuk ibu mengandung."
"Nota Editor: Disini kami kongsikan artikel gincu dan penyakit jantung. Artikel ini datangnya daripada myhealth dan telah diterbitkan di\u00a0 Utusan Malaysia [02/12/2013]. Walaupun sudah lama, artikel ini nampak menarik untuk dikongsikan.\n\nSaya kurang pasti dengan kenyataan tersebut. Apa yang saya tahu, isu gincu berkaitan kandungan plumbum dalam produk berkenaan. Semakin tinggi kandungan plumbum, semakin tinggi risiko mendapat kanser.\n\nSaya juga pernah terbaca artikel yang dimaksudkan. Artikel ini hanya satu eksperimen terpencil yang dilakukan oleh para penyelidik Jabatan Kesihatan Awam di Universiti California-Berkeley berkenaan kandungan kimia di dalam gincu.\n\nPenyelidik melakukan kajian terhadap tikus dan mendapati tikus yang terdedah kepada bahan kimia itu mengalami gangguan otak sekali gus membawa kepada kegagalan jantung dan fungsi otot.\n\nBagaimanapun kajian tersebut tidak menceritakan dengan terperinci tatacara kajian sebenarnya yang telah dilakukan ke atas tikus-tikus tersebut. Kita tidak boleh membuat sesuatu kesimpulan yang muktamad berkenaan sesuatu perkara jika kurang jelas. Perkara ini perlu dikaji dengan terperinci.\n\nPenyebab penyakit jantung pada umumnya adalah akibat gaya hidup yang kurang sihat. Stigma masyarakat mengenai penyakit jantung hanya menyerang golongan lelaki harus diperbetulkan kerana wanita juga berisiko mendapat penyakit yang menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia itu. Ramai kurang menyedarinya kerana ia tidak memberi isyarat awal dan sukar dikesan. Sebenarnya risiko mendapat penyakit ini sama sahaja di antara lelaki dan wanita.\n\nWanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung tetapi hanya lambat sedikit berbanding lelaki. Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki kerana mereka dilindungi aras hormon estrogen yang tinggi ketika masih subur dan berupaya mengelak daripada diserang penyakit itu.\n\nRisiko serangan jantung sebenarnya sama, baik lelaki atau wanita. Namun faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung adalah diabetes mellitus yang menjadi \u2018ibu\u2019 kepada penyakit kardiovaskular. Punca utama penyakit jantung dalam kalangan wanita adalah usia seseorang wanita itu.\n\nWanita yang telah menopaus berisiko lebih tinggi mengalami sakit jantung berbanding wanita muda. Punca lain adalah aras kolesterol berlebihan, tekanan darah tinggi, merokok, gaya hidup di bawah tekanan tinggi, lemak badan berlebihan dan mempunyai ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter. Punca lain meningkatkan risiko sakit jantung adalah kurang bersenam, kencing manis atau sejarah keluarga dengan masalah jantung.\n\nSerangan penyakit jantung di antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.\n\nWanita lebih berwaspada terhadap kanser payudara dan kanser serviks hingga kurang mengambil berat tentang kesihatan jantung walhal punca kematian akibat penyakit jantung 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding akibat kanser di kalangan wanita."
"Kita digalakkan untuk makan makanan sunnah kerana ia dijamin bersih dan baik untuk tubuh badan kita. Kita sebagai seorang muslim diwajibkan untuk makan makanan yang halal dan berkhasiat. Zaman kini, ramai yang tidak mengamalkan atau tidak tahu apa itu makanan sunnah.\n\nDisebut di dalam hadis, makanan yang selalu dimakan oleh Rasulullah. Jadi, lebih mudah untuk kita tahu makanan apa yang bagus untuk diri kita. Sesungguhnya, Rasulullah mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan tidak membawa kemudaratan kepada tubuh badan.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 27 makanan sunnah yang ditulis oleh Dr. Suhazeli Abdullah. Beliau bukan sahaja selalu berkongsi info mengenai penyakit-penyakit malah turut berkongsi ilmu yang beliau ada kepada masyarakat.\n\n1. \u00a0Sunnah menurut ulamak hadis dan sirah \u00a0ialah apa yang diriwayatkan atau diceritakan tentang nabi SAW sama ada perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau keadaan fizikal atau akhlaq baginda sama ada sebelum sebelum menjadi rasul atau selepas menjadi rasul.\n\n2. \u00a0Sunnah menurut ulamak usul fiqh pula ialah apa yang datang dari nabi SAW sama ada perkataan atau perbuatan atau pengakuan.Dari dua definisi di atas, sunnah menurut ulamak hadis adalah lebih luas pengertiannya dari sunnah menurut ulamak usul fiqh. Definisi sunnah menurut \u00a0ulamak hadis sunnah merangkumi perbuatan, perkataan, pengakuan, kejadian fizikal, akhlaq baginda SAW dan peristiwa yang berkaitan baginda SAW (sirah).\n\nDari kenyataan di atas, makanan yang dimakan oleh nabi SAW dinamakan makanan sunnah menurut ulamak hadis. Tetapi menurut ulamak usul fiqh makanan yang baginda SAW tidak makan, tidak dinamakan makanan sunnah bahkan sunnahnya ialah cara baginda memakan makanan.\n\nMakanan yang baginda makan atau yang baginda akui.\n\nMelalui penelitian dari hadis-hadis baginda SAW di antara makanan dan minuman yang dimakan atau diakui oleh baginda SAW ialah:\n\n1. Roti yang dibuat daripada barli.\n\n6. Buah Zaitun (baginda menyuruh menggunakan minyak zaitun sebagai minyak yang dilumur pada rambut).\n\n*Sesungguhnya, Rasulullah SAW telah menunjukkan contah yang baik untuk kita ikuti. Bukan sahaja muslim yang boleh amalkan pemakanan Baginda malah agama lain juga boleh ikut cara pemakanan sihat Rasulullah. \n\nMulai saat ini, mari kita ubah cara pemakanan kita kepada yang lebih sihat dengan mengikuti sunnah pemakanan Baginda. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Cuaca di Malaysia yang panas ini, tidak hairan rakyat Malaysia suka membuka Aircond setiap masa. Aircond boleh menyejukkan persekitaran dan membuat badan tidak berpeluh. Jadi penggunan Aircond ada di mana-mana sahaja. Sebagai contoh, di rumah, kereta, pejabat, pasar raya dan di kedai-kedai yang bertutup.\n\nBagi orang dewasa ia amat menyenangkan kerana dapat menhindari daripada cuaca yang panas. Tetapi, ia memberi kesan kepada kesihatan anak-anak terutama sekali yang berumur bawah 2 tahun. Ibu bapa yang kurang perhatian terhadap situasi ini perlu tahu kesan Aircond kepada anak-anak mereka.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai penggunakan Aircond tidak bagus untuk anak berumur bawah 2 tahun. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nKesan penggunaan Aircond terhadap anak berumur bawah 2 tahun\n\nLazimnya pendingin hawa yang tidak diselenggara dengan baik menjadi punca habuk dan hama berkumpul di dalam kediaman. Apabila ia dihidupkan, ia berterbangan dan boleh memasuki sistem pernafasan. Inilah puncanya si kecil selalu selesema berpanjangan.\n\nPerkongsian Dr Ezairy Salleh , Pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT) ini boleh dijadikan panduan. Selesema pada bayi tidak boleh diambil mudah. Bayi 14 bulan sakit tekak dan demam hingga gegendang telinga koyak dan telinga bernanah.\n\nSiang tadi semasa saya periksa seorang pesakit ini, dalam diam Tan Sri Profesor Amin datang dari belakang.Dia duk perhati saya bersihkan telinga seorang bayi ini. Pesakit ini berumur satu tahun dua bulan. Sudah hampir sebulan telinganya berair. Bermula dengan serangan sakit tekak dan demam.Kemudian selesema dan hidung berair yang susah nak berhenti. Pada masa sama telinga pun mulai keluar cecair.\n\nHari ini ibu bapanya membawa beliau ke klinik kami di PPUM. Selepas saya periksa, saya keluarkan dan sedut semua nanah yang ada dalam telinganya, rupa-rupanya gegendang telinga beliau sudah bocor.\n\nKeadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana pesakit terutama pada usia kanak-kanak. Jangkitan ke telinga lebih mudah berlaku kepada anak-anak berbanding kita-kita yang dah \u2018tua\u2019 ini.Saya berikan ubat titis antibiotik untuk diletak pada telinganya. InshaaAllah akan sembuh nanti.\n\nProf Amin sempat pesan kepada ibu pesakit ini, kalau boleh waktu pagi itu mandikanlah dengan air suam-suam. Supaya gejala selesema ini mudah terkawal. Suam bukan panas ya. Ini petua orang tua yang tak salah kalau nak amalkan.\n\nPenghawa dingin juga perlu berpada-pada untuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya anak kita jadi selesema tak berhenti ini bukan sahaja sebab sejuknya aircond itu, tetapi juga sebab habuk dan hama yang terkumpul pada aircond tu melekat masuk pada hidung anak kita.Semoga keluarga kita diberi kesihatan berpanjangan.\n\n*Berikut adalah kisah benar yang pernah berlaku akibat penggunaan Aircond terhadap anak berumur bawah 2 tahun. Jika anda masih mahu menggunakan Aircond, hadkan masa seperti sejam atau dua jam, sekadar dapat menyejukkan suhu bilik tidak terlalu panas. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Membuat mee goreng bukan hal yang sukar, rebus, tumis dan siap. Begitulah pemikiran semua orang. Namun tidak semua orang mempunyai kepandaian memasak mee goreng yang sedap. Setiap air tangan orang berbeza hasilnya\n\nMaka itu, jika anda yang mencari resepi mee goreng yang sedap dan lebih yakin ketika menghidangkan mee hasilan anda, bolehlah mencuba resepi ini. Resepi mee goreng campak-campak yang sedap dan mudah sangat, dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad\u200e di Facebook. Bahkan tampilan gambarnya saja sudah sangat menggoda selera.\n\nKalau anda menghidangkan mee goreng seperti ini untuk keluarga anda, pasti anda akan menuai banyak pujian dan mesti mereka akan tambah makan dua sampai tiga kali. Tunggu apa lagi. Jom buat resepinya sekarang.\n\nSelain resepi mee goreng, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Biasa dengar perkataan cagu tapi tak pasti apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan cagu? Selalu orang kata cagu ni sakit dan susah nak hilang betul ke? Apa puncanya? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang cagu.\n\nCagu atau cengkam kuku adalah keadaan di mana kuku dibahagian tepi tumbuh dan masuk ke dalam daging lalu memakan isi kaki lalu menyebabkan bahagian tersebut menjadi luka dan menyebabkan kesakitan. Ia bukan sahaja akan menyebabkan kesakitan malah akan menyebabkan kuku anda berubah.\n\nIa akan kelihatan memburuk, hitam, atau patah. Malah cagu juga boleh menyebabkan kuku anda berbau seperti mereput. Cagu boleh berlaku pada kuku kaki dan juga kuku tangan, namun kebiasaannya ia akan berlaku pada kuku kaki.\n\nTerdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda mengalami cagu dan kebanyakan puncanya adalah biasa kita lakukan tanpa kita sedari. Tak percaya? Di antara punca cagu ialah:\n\nApabila kuku seseorang telah terkena cagu, berikut adalah tanda-tanda yang biasanya akan ditunjukkan oleh tubuh badan iaitu:\n\nJika anda mengalami cagu, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan cagu yang menyakitkan dan memalukan.\n\nBagaimana untuk mencegah cagu dan mengelakkan daripada berulang?\n\nBagi memastikan cagu tidak berulang lagi, pastikan anda tidak:\n\nItulah dia info tentang cagu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda telah terkena cagu, menjaga kebersihan kuku terbabit adalah sangat penting agar proses penyembuhan dapat berlaku dengan kadar yang segera. Anda sukakan perkongsian kami tentang cagu? Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel kami tentang penyakit pneumonia, punca penyakit asma, dan bahaya rotavirus."
"Uban selalu dikaitkan dengan usia seseorang yang semakin berumur. Rambut yang berwarna hitam mula berubah warna kepada putih dan biasanya terjadi pada pertengahan hingga akhir usia 30 tahun-an. Walaubagaimanapun, uban turut boleh terjadi pada seseorang yang masih berada di usia yang lebih muda (20-an).\n\nMunculnya uban akan bermula dengan beberapa helai dan kemudian akan semakin menjadi banyak dari masa ke semasa. Tak kira lelaki atau pun perempuan, tidak ada individu yang suka bila\u00a0rambutnya\u00a0mula putih ditumbuhi\u00a0uban.\n\nKenapa uban boleh berlaku? Apa sebabnya pula rambut uban ini berasa gatal? Mari sama-sama kita baca artikel ini bagi mendapatkan sedikit sebanyak jawapan.\n\n5 Penyebab Kenapa Uban Boleh Berlaku Di Usia Muda\n\nSemua orang akan menangani tekanan dari semasa ke semasa tetapi setiap tekanan yang dihadapi adalah berbeza-beza. Akibat stress boleh termasuk dalam:\n\nTekanan juga boleh menjejaskan pertumbesaran rambut. Terdapat satu kajian mendapati bahawa hubungan antara tekanan (stress) dan penipisan sel stem dalam folikel rambut. Hal ini disebabkan oleh tekanan dan penipisan sel mampu menjadikan rambut beruban.\u00a0\u00a0\n\nOleh itu, jika anda melihat peningkatan bilangan helai putih (uban) pada anda, tekanan mungkin menjadi puncanya. Teori ini mungkin juga menjelaskan mengapa beberapa pemimpin dunia kelihatan lebih tua atau lebih beruban ketika berada di pejabat.\n\nSekiranya anda melihat rambut putih (uban) pada usia muda, kemungkinan besar ibu bapa atau datuk nenek anda juga mempunyai masalah rambut beruban atau putih pada usia muda.\n\nAnda tidak boleh mengubah genetik. Anda hanya boleh mewarnakan sahaja rambut anda bagi menutupi uban di rambut sekiranya teringin mendapatkan rambut yang cantik.\u00a0\n\nPenyakit autoimun boleh menyebabkan rambut putih pramatang. Ini adalah apabila sistem imun badan menyerang sel sendiri. Dalam kes alopecia dan vitiligo, sistem imun boleh menyerang rambut dan menyebabkan kehilangan pigmen dan menyebabkan uban.\u00a0\n\nHampir 1% dikalangan penduduk dunia mempunyai vitiligo. Apabila anda mempunyai vitiligo, sel-sel yang bertanggungjawab untuk warna kulit anda dimusnahkan. Sel-sel ini, yang dipanggil melanocytes, tidak lagi menghasilkan pigmen kulit, yang dipanggil melanin. Apabila sel-sel tidak lagi menghasilkan melanin, kawasan kulit anda akan hilang warna atau menjadi putih.\n\nRambut anda juga boleh bertukar menjadi kelabu atau putih jika kawasan yang terlibat mempunyai rambut. Walaupun vitiligo boleh menjejaskan banyak bahagian badan yang berlainan, ia tidak menular. Seseorang yang mempunyai vitiligo tidak boleh menghantarnya kepada orang lain\n\nPenyebab utama lain untuk masalah rambut beruban ini adalah kekurangan vitamin. Jika ada kekurangan vitamin B6, B12, biotin, vitamin D, atau vitamin E maka ubat boleh berlaku pada kepala.\u00a0\n\nSatu laporan ada mencatat pelbagai kajian kekurangan vitamin D-3, vitamin B-12, dan tembaga dan sambungan mereka kepada rambut beruban. Ia mendapati kekurangan nutrisi mempengaruhi pigmentasi dan menunjukkan warna rambut beruban boleh kembali dengan tambahan suplement vitamin yang betul.\n\nHormon juga mampu memengaruhi kesihatan rambut dari masa ke semasa, misalnya hormon mampu mengubahan tekstur, kepadatan, hingga warna rambut. Biasanya proses ini dimulai paling lambat ketika berusia 30 tahun.\n\nTerdapat pelbagai kajian yang dijalankan\u00a0 bagi\u00a0 memahami dengan tepat bagaimana hormon seperti estrogen, progesteron, dan kortisol menyebabkan pertumbuhan uban.\n\nMengapa Uban Ini Berasa Gatal Di Kepala?\n\nCara penumbuhan uban adalah sama dengan rambut biasa dan uban juga bukanlah penyebab kepala berasa gatal.\u00a0Disebabkan uban biasanya dianggap sebagai penyebab kegatalan kulit kepala, banyak orang yang memilih untuk mencabuti uban ini. Sedangkan, mencabut uban boleh nenyebabkan risiko folikal rambut mengalami kerosakan tetap.\n\nFolikel rambut adalah tempat dimana rambut akan tumbuh pada permukaan kulit kepala. Jika folikel rambut ini rosak, maka tidak akan ada lagi rambut yang tumbuh dan hal ini akan menyebabkan rambut menjadi nipis. Bukan itu sahaja, kerap mencabuti rambut juga boleh membuat kepala kita pening.\n\nJusteru itu, uban bukanlah punca kepala berasa gatal. Tetapi kepala berasa gatal bukanlah disebabkan oleh uban TETAPI Ianya disebabkan oleh faktor lain antaranya kelemumur, psoriasis atau kurap.\n\nCara Untuk Menghilangkan Uban Di Usia Muda\n\nRambut Beruban Itu Normal, Janganlah Terlalu Stress Hingga Ganggu Kesihatan\n\nSedar ataupun tidak, masalah uban ini boleh berlaku pada sesiapa saja. Malah uban ini memang boleh terjadi dengan sendirinya tatkala usia semakin meningkat. Yang penting jangan terlalu fikirkan hingga ke tahap mendapat stress. Jalanilah hidup dengan penuh ceria di samping insan-insan kesayangan. Biar rambut uban penuh dikepala asalkan di hati penuh dengan perkara yang positif.\n\nJemput baca juga\u00a0kesan peluk anak tiap hari , dan khasiat tomato mengikut kajian"
"Sebagaimana kita menjaga penampilan dan kecantikan luaran, begitu jugalah kita wajib menjaga kawasan sulit. Tak guna jika wajah \u2018flawless\u2019 dan gebu jika ada masalah faraj (vagina) berbau. Tak guna pakai baju cantik-cantik, tapi jauh di sudut hati tak ada keyakinan diri sebab masalah tersebut.\n\nSedar tak sedar, ramai wanita di luar sana yang menghadapi masalah faraj \u00a0berbau. Perkara ni tak boleh diambil mudah kerana takut kelak akan memberi masalah kesihatan yang serius. \n\nMenurut Dr Sashini Seeni dalam laman web Doctor On Call, setiap wanita perlu mengenal pasti faraj yang normal untuk menentukan faraj berbau yang luar biasa. Ini kerana setiap wanita mempunyai bau faraj yang berbeza-beza. Malahan, adalah sesuatu yang normal jika faraj mempunyai bau yang tersendiri.\n\nApabila ada masalah faraj berbau, kita akan cenderung berasa malu dengan diri sendiri. Di situlah masalah kurang keyakinan untuk bersosial akan timbul. Bayangkan, jika anda bakal berumah tangga. Sudah tentu anda tak nak suami mengetahui masalah yang memalukan ni, betul tak? \n\nOleh itu, masalah faraj berbau perlu dicari puncanya dan cuba atasi dengan awal. Jika dibiarkan, selain mengganggu kesihatan, ia juga akan memberikan tekanan buat kita.\n\nBagi para wanita yang ada masalah faraj berbau. Artikel ni khas untuk anda. Jangan risau, tiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan biarkan masalah ni terus mengganggu kualiti hidup anda.\n\nPunca Faraj Berbau Dan Cara Atasi\n\nSebelum mengambil langkah untuk atasi masalah ni, kita kena tahu puncanya terlebih dahulu. \n\nNi merupakan antara punca utama masalah ni. Selepas buang air kecil atau besar, anda tak mencucinya dengan bersih. Malahan, terus saja menyarung seluar dalam tanpa mengeringkan atau mengelap alat sulit terlebih dulu.\n\nIni menyebabkan bakteria mudah membiak kerana kawasan faraj dan seluar dalam yang lembap. Malahan, ada pula yang tak mencukur bulu kemaluan. Habislah menjadi semak-samun tempat segala bakteria berkubang.\n\nMenjaga kebersihan diri amat penting. Pastikan mencuci bahagian alat sulit selepas ke tandas dengan bersih. Lapkan dengan tisu untuk hilangkan lebihan air dan seterusnya dapat mengelakkan pakaian dalam menjadi basah. \n\nMalahan, jangan lupa cukur bulu kemaluan atau trim saja bagi wanita dan lelaki. Selain nampak kemas, alat sulit pun akan sentiasa bersih dan sihat.\n\nBila tak jaga kebersihan yang paling asas, mudahlah faraj terkena infeksi. Selain faraj berbau, kawasan Miss V terasa pedih dan gatal-gatal, maknanya anda perlu dapatkan rawatan.\n\nKemungkinan anda terkena jangkitan Bacterial Vaginosis (BV) yang disebabkan oleh bakteria Gardnerella Vaginalis. Sebenarnya di sekitar faraj ada bakteria baik untuk menjaga kesihatan faraj. Namun, bakteria jahat ni akan menyebabkan keputihan cair yang berbau hanyir. \n\nSelain itu, seseorang wanita juga boleh terkena jangkitan daripada suaminya. Jika suaminya kurang menjaga kebersihan alat sulit, jangkitan boleh berlaku selepas melakukan hubungan seksual.\n\nSegera dapatkan rawatan doktor jika kawasan faraj sudah mula gatal-gatal dan pedih. Jangan biarkan masalah melarat. Paling penting jangan sesekali cuba petua tradisional yang anda pun tak pasti keberkesannnya. Jangan malu untuk berjumpa doktor.\n\nJika kita aktif bergerak, sudah tentu tubuh akan mengeluarkan peluh. Kelenjar peluh apokrin bukan saja terdapat di bahagian ketiak, tapi juga di faraj. Ketika kelenjar tersebut menghasilkan banyak minyak, ia akan mengaktifkan bakteria di kulit. Sebab itulah peluh berbau kurang enak.\n\nApabila memakai seluar dalam yang terlalu ketat dan tak menyerap peluh dengan baik, masalah faraj berbau jadi lebih teruk. Peluh yang terperangkap akan hasilkan bau yang tak menyenangkan.\n\nGunakan seluar dalam yang longgar dan mampu menyerap peluh dengan baik iaitu \u00a0diperbuat daripada kain kapas. Malahan, tukarlah seluar dalam dengan kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari.\n\nTanpa kita sedar, ada makanan yang menyumbang masalah ni. Apa yang kita makan rupanya boleh juga mempengaruhi cairan normal di faraj. Antara makanan penyebab masalah ni ialah bawang putih dan merah, kubis, brokoli dan rempah ratus. \n\nKurangkan pengambilan makanan yang mempunyai bau yang menyengat. Anda masih boleh makan, tapi jarakkan pengambilan. Makanan seperti yogurt dan nanas bagus untuk mengatasi masalah faraj berbau. \n\nElakkan makanan yang tinggi kadar gula. Ini kerana ia akan meningkatkan penghasilan kulat dan bakteria.\n\nProses \u2018douching\u2019 bermaksud menyembur sejenis bahan pembersih ke dalam lubang faraj. Cairan tersebut diperbuat daripada bahan kimia yang biasanya mengandungi air, cuka, baking soda, pewangi dan antiseptik.\n\nManakala pembersih faraj pula menggunakan cairan sabun untuk membersihkan kawasan luar faraj. Sebenarnya, kedua-dua cara ni tak perlu dibuat. Tuhan telah menciptakan faraj yang memiliki cara sendiri untuk membasmi bakteria jahat.\n\nPenggunaan produk seperti ni akan mengganggu nilai (ph) normal faraj. Seterusnya bakteria baik akan mati dan mengakibatkan jangkitan kuman.\n\nTak perlu guna pencuci khas yang berbau bunga-bungaan atau buah-buahan. Ini kerana produk tersebut pasti mempunyai bahan kimia yang tinggi. Gunakan saja air bersih untuk membersihkan faraj.\n\nApabila sedang dalam haid, biasanya wanita akan memakai pad atau tampon. Darah haid yang diserap dalam kedua-dua benda ni mudah menjadi sarang bakteria jika tak diganti dengan kerap.\n\nSelain bau darah yang banyak sebab tak tukar pad atau tampon, pembiakan kuman akan menghasilkan bau yang tak menyenangkan. Malahan, peluh yang terperangkap dan tiada pengudaraan juga menyumbang masalah faraj berbau.\n\nTukarlah pad atau tampon dengan kerap. Walau sesibuk macam manapun, pastikan anda jangan memakainya untuk berjam-jam lamanya. Walaupun pengaliran darah haid anda kurang, pastikan tukarnya dengan kerap. Tukar setiap 3 hingga 4 jam.\n\nPunca lain masalah faraj berbau ialah pengambilan ubatan tertentu yang mempunyai kesan sampingan. Misalnya antibiotik yang akan mengganggu keseimbangan bakteria di faraj. \n\nSelain itu, pengambilan ubat antihistamin yang berfungsi untuk merawat alahan juga dikatakan boleh memberi kesan kepada faraj. Antihistamin akan menyebabkan pengeluaran cairan semula jadi di faraj menjadi kurang. Akibatnya faraj menjadi kering dan mudah terkena jangkitan kuman.\n\nDapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika perlu mengambil ubat-ubatan tersebut. Jika masalah masih berterusan, minta pendapat ubatan alternatif daripada pakar perubatan.\n\nDalam keadaan normal, setiap wanita mempunyai cairan atau lelehan keputihan yang keluar dari faraj. Namun ada yang tak kena jika ia berbau kuat, terlebih banyak, warna yang tak normal dan terasa gatal.\n\nTerdapat banyak sebab keputihan tak normal yang mengakibatkan bau dan gatal. Antaranya jangkitan kulat, kanser pangkal rahim, pil perancang keluarga, keradangan pelvik, trikomoniasis, diabetes dan sebagainya.\n\nPertama sekali, anda perlu dapatkan rawatan dan pemeriksaan di klinik atau hospital untuk mendiagnos masalah utama. Selain itu, amalkan gaya hidup sihat dengan banyakkan minum air putih, bersenam dan sebagainya.\n\nAkhir kata, semoga artikel ni memberi pendedahan kepada pembaca tersayang \u00a0tentang punca daan cara untuk mengatasi faraj berbau. Hanya kita yang boleh menjaga anggota badan sendiri dengan sebaik-baiknya."
"Sajian Nasi Daging kebiasaannya dijadikan sebagai menu di hari lebaran. Namun begitu, disebabkan resepinya yang mudah, cepat dan senang, menu ini juga disediakan untuk hari-hari kebiasaan. Ada pelbagai cara untuk menyediakan Nasi Daging. Antaranya Nasi Daging yang di masak sekali dengan daging dan Nasi Daging yang dimasak hanya dengan air rebusan daging dan tambahan lauk daging bakar yang telah diperap. Namun kedua-dua cara ini akan disertakan sekali dengan menu air asam.\n\nResepi Nasi Daging, Daging Bakar dan Air Asam yang dikongsi Masni Baharioleh \u200e di laman muka buku ini mudah dan sedap. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya. \n\nSelain resepi Nasi Daging ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Mesti anda semua tercari cari kek butter yang senang tapi sedap gila kan? Ayuh teruskan dengan membaca artikel ini untuk resepi kek butter \u2018bodo\u2019.\n\nSebenarnya bukan susah untuk buat kek butter ni. Anda hanya perlukan usaha untuk membuatnya dan sabar dalam menunggu kek itu masak. Dengan usaha, pasti anda akan berjaya membuat kek butter ini.\n\nMenurut pemberi resepi ini, kek ni kalau sesiapa yang rasa tak ada bakat untuk buat kek, jangan risau! Kerana kek butter ni simple gila resepi dia dan sangat mudah untuk difahami.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Farizal Radzali dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nHaritu ada seorang sahabat dalam MAHN ni pos resepi \u201cKEK BUTTER BODO TAPI SEDAP GILA\u201d\u00a0tak ingat dah nama dia. Canggih betul nama kek dia. Kalau dia ada terbaca kat sini, sila angkat tangan sis. Memang simple dan sedap.\n\nYang tak pandai buat kek (MACAM SAYA) pun gerenti buleh buat. First time buat kek menjadi. Bangga oooo walaupun kek \u2018BODO\u2019 je.\n\nResepi KEK BUTTER \u2018BODO\u2019 YG SEDAP & SIMPLE GILA\n\nSelain resepi kek butter, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Tahukah anda, yang sebenarnya ada banyak tempat menarik di Klang. Cuma kita yang tak tahu. Jom kami kongsikan 15 tempat menarik di Klang yang pasti buatkan anda terkejut.\n\nMasjid yang dibina pada tahun 1932 ini pernah menjadi masjid besar bagi negeri Selangor sebelum terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang berada di Shah Alam. Terdapat salah satu makam diraja Klang di perkarangan masjid ini.\n\nSenibina dan rekabentuk masjid ini agak unik kerana berkonsepkan senibina islam Moorish serta Inggeris. Sambil melawat masjid yang penuh sejarah ini, anda boleh berehat dan solat. Jika ada kelapangan dan kesempatan, anda juga boleh menyertai kuliah kerana masjid ini sangat aktif dengan aktiviti keagamaan.\n\nAlamat: Masjid DiRaja Sultan Suleiman, Jalan Kota Raja 41000 Klang, Selangor.\n\nJambatan Kota adalah jambatan dua tingkat yang pertama dibina di Tanah Melayu menyeberangi Sungai Klang. Pada tingkat atas jambatan, ia digunakan untuk kenderaan berat seperti bas, lori dan kereta manakala tingkat bawah digunakan oleh pejalan kaki, penunggang basikal atau beca.\n\nBerdekatan dengan Kota Raja Mahadi, jambatan ini masih kekal utuh. Seringkali dijadikan tempat untuk bergambar dan lokasi pengambaran.\n\nKlang pun ada taman tema air yang pasti menyeronokkan jika bawa seisi keluarga meluangkan masa di sini. Riverine Splash ini berada di perkarangan Amverton Cove Golf & Island Resort. Terdapat 12 tarikan yang terdiri daripada gelongsor dan tunggangan.\n\nSatu lagi tarikan di sini adalah Riverine Survival Park yang sesuai untuk kanak-kanak tiga tahun dan ke atas. Jangan lupa untuk mencuba Garden Maze dan Flying Fox. Pasti menyeronokkan. Jika anda menginap di hotel Amverton, anda boleh dapatkan tiket waterpark dengan lebih murah.\n\nWaktu operasi: Rabu \u2013 Isnin (10.00 pagi \u2013 6.00 petang)\n\n*Ditutup pada Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah.\n\nAlamat: \u00a0PT673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.\n\nGaleri Diraja Sultan Abdul Aziz yang terletak di dalam bangunan kolonial klasik hasil idea A.B. Hubback pada tahun 1909 ini merupakan lokasi yang patut anda lawati sekiranya anda ingin mendapatkan pengetahuan tentang kehidupan Sultan Abdul Aziz Shah yang merupakan Sultan Selangor yang ke-8 pada tahun 1960 dan Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 pada tahun 2001. Anda dapat melihat pelbagai koleksi peribadi menarik Diraja termasuklah replika mahkota Diraja Selangor.\n\nPulau ini terletak di Sungai Klang dan merupakan perkampungan nelayan masyarakat Cina yang sudah bermula sejak tahun 1880 lagi. Dari kawasan darat anda perlu menaiki feri yang akan melalui kawasan bakau sebelum sampai ke pulau ini.\n\nSetibanya di Pulau Ketam, anda akan dapat menyaksikan sendiri masyarakat-masyarakat di pulau ini yang menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama. Ibarat menjejakkan kaki ke zaman klasik. Tiada kereta langsung yang dapat dilihat di sini.\n\nSelain itu, anda dapat melihat masyarakat kampung yang sedang membaiki jala, memproses udang dan bermacam lagi yang tak dapat dilihat di kota. Satu pengalaman yang unik untuk dirasai bersama keluarga.\n\nPulau Indah ini pada asalnya merupakan sebuah pulau yang tidak disentuh oleh modenisasi walau sedikit pun dan kekal sebagai sebuah perkampungan nelayan yang dikelilingi paya bakau. Namun, sejak tahun 1994, selepas adanya jambatan Selat Lumut yang menghubungkan Pulau Indah dan Pelabuhan Klang, Pulau Indah menawarkan dua dunia berbeza kepada para pelawat.\n\nKalau anda datang ke sini, anda dapat melihat bahawa di sebelah utara pulau ini meriah dengan pembangunan, perniagaan dan perindustrian, manakala di bahagian selatannya pula masih kukuh mengekalkan keharmonian kampung-kampung yang dalam masa yang sama menjaga dan mengembangkan lagi kawasan bakau untuk menjadikan ia pusat eko pelancongan yang menarik untuk dilawati.\n\nTempat untuk anda menghirup udara segar sambil menikmati bayu laut yang mendamaikan. Matahari terbenam di sini sangat cantik. Ada juga banyak kedai makan yang sedap terutamanya makanan laut dan ikan bakar. Buat kaki pancing, di sini adalah port yang sangat best untuk memancing. Cuma pastikan anda bawa banyak batu ladung kerana airnya yang berbatu menyebabkan kail sering tersangkut.\n\nWalau pun kedudukannya agak jauh, namun pantainya sangat cantik dan memukau. Sesuai untuk anda sekeluarga berkelah, mandi laut, dan berkhemah. Ada juga aktiviti parasailing yang boleh anda cuba. Bagi kaki pancing, pantai ini adalah post memancing yang best. Tak seperti Tanjung Harapan, di sini pancing anda takkan kerap tersangkut kerana ridak banyak batu di sini.\n\nDi sini terdapat pondok rehat, jeti kecil, dan restoran-restoran yang mengajikan makanan yang enak. Sesuai untuk beriadah bersama keluarga atau pun memancing. Jika anda ingin bermalam di sini, terdapat juga hotel untuk disewa.\n\nPort Klang Cruise Centre atau juga dikenali sebagai Glenn Cruise Terminal merupakan terminal berlepas yang canggih dan terminal yang bersambung terus dengan cruise. Di sini anda berpeluang untuk melihat kapal cruise yang mewah. Tak dapat naik, dapat tengok pun jadilah. Ye tak?\n\nBila sebut GM Klang, pasti anda dah terbayangkan satu perkataan: shopping. Di sini anda boleh membeli barangan dengan harga borong yang jauh lebih murah daripada harga di kedai biasa. Walau pun anda bukan peniaga, boleh juga membeli-belah di sini. Di antara barangan yang sering dicari di sini ialah handbag, barang perkahwinan, barangan bayi, pakaian muslimah, perkakas rumah dan sebagainya.\n\nAeon Bukit Tinggi Shopping Centre atau lebih dikenali sebagai Jusco Bukit Tinggi terletak di tengah Bandar Bukit Tinggi, Klang. Ianya merupakan pusat membeli-belah yang besar, lengkap dengan panggung wayang. Kedudukannya yang strategik membuatkan ia menjadi tumpuan utama penduduk di Klang.\n\nLittle India Klang terletak di Jalan Tengku Kelana. Di sini terdapat banyak restoran india muslim dan kedai menjual barangan orang berbangsa india seperti sari, perhiasa wanita, rempah-ratus dan kalungan bunga. Suasanya seperti anda berada di Negara India.\n\nIa merupakan bangunan lama yang dijadikan sebagai muzium timah. Ia dibina pada tahun 1854 sebagai gedung bagi Raja Abdullah menyimpan stok timahnya. Apabila masuk ke dalam bangunan ini, anda akan dibawa semula ke zaman 1854 dengan senibinanya yang retro.\n\nKota Raja Mahadi merupakan kubu pertahanan uyang dibina oleh Raja Mahadi Ibni Almarhum Sultan Sulaimanpada tahun 1866. Ia dibina berikutan perang saudara dengan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar. Walau pun sudah lama, strukturnya masih kemas dan dijaga dengan rapi.\n\nItulah dia 15 tempat menarik di Klang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekarang anda pun dah tahu, rupanya ada banyak tempat menarik di Bandar Klang. Hujung minggu ni bolehlah anda bawa keluarga ke sana.Jemput juga baca artikel tempat menarik di Janda Baik dan tempat menarik di Fraser Hill."
"Buah-buahan dapat memberi banyak khasiat pada badan kita. Buah-buahan juga adalah penting untuk diet yang seimbang. Dengan memakan buah kita dapat menghindari banyak penyakit berbahaya. Buah-buahan mengandungi kandungan vitamin, mineral dan fiber yang tinggi. Bahan-bahan yang terkandung dalam buah-buahan ini dapat memberi banyak kebaikan kepada tubuh kita. \n\nTetapi sebahagian daripada kita tidak menyukai buah. Jangan anda khuatir kerana resepi ini tentu dapat menarik minat anda untuk memakan buah. Pada kali ini, kita akan berkongsi resepi salad buah dari Filipina.\n\nResepi salad buah ini telah dikongsikan di laman sosial Facebook oleh Marimar Mas dan telah mendapat banyak perkongsian dan like.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi yang telah anda baca di atas terdapat banyak lagi resepi lain yang telah kami kongsikan di sini. Anda boleh mencuba semua resepi ini di rumah. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini."
"Golongan mualaf atau saudara baru merupakan golongan yang baru memeluk Islam, iaitu mengakui beriman dengan Allah serta melaksanakan ajaran Islam sama ada imannya dhaif ataupun imannya sudah kuat.\n\nMualaf juga merujuk kepada golongan bukan Islam yang cenderung dan boleh dijinakkan hatinya kepada Islam.\n\nKebanyakan golongan mualaf berhadapan dengan cabaran penerimaan daripada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Bahkan banyak dalam kalangan mualaf yang mendapat tentangan hebat daripada keluarga sendiri lantaran tidak bersetuju dengan pertukaran agama, kepercayaan dna sebagainya.\n\nSedangkan apabila mereka telah menerima Islam sebagai agama, maka mereka juga sudah\u00a0 menjadi sebahagian \u2018saudara\u2019 seislam dan seharusnya golongan ini dibantu dan\u00a0 tidak dibiarkan.\n\nJadi, bagaimana untuk membantu golongan ini? Berikut terdapat beberapa cara yang barangkali sesuai sebagai usaha\u00a0 menyokong dan menyantuni mereka.\n\nGolongan mualaf baru mengenali Islam dan pelbagai perkara perlu dikenali dan dipelajari. Jadi memudahkan mereka jika wujud kelas awal untuk mualaf dengan lebih banyak seperti di masjid, surau oleh NGO (Badan Bukan Kerajaan).\n\nHal ini sekaligus mereka mempunyai tempat merujuk sebarang persoalan tentang kehidupan harian mahupun tentang ibadah dalam Islam.\n\nBoleh membantu mereka dari aspek modal dan peralatan bagi\u00a0 memulakan perniagaan. Pihak NGO juga boleh membantu suai padan pekerjaan mereka sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang mereka miliki.\n\nZakat bulanan boleh dihulurkan kepada golongan ini sebelum mereka mampu berdikari bagi\u00a0 menampung kehidupan seharian. Ini secara tidak langsung mengajar mereka tentang konsep zakat yang dipratikkan dalam ekonomi Islam.\n\nMasyarakat perlu sedar, golongan mualaf adalah saudara seakidah dan perlu didekati. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan supaya golongan mualaf berasa tidak disisihkan. Mengeratkan silaturahim dengan ziarah-menziarahi, membuat sesi dialog tentang Islam, khidmat masyarakat, program motivasi, majlis kenduri dan sebagainya.\n\nPendek kata, mualaf mestilah diajak untuk menyertai masyarakat, bukannya disisihkan mengikut bangsa asal mereka.\n\nApabila memeluk Islam, ada golongan mualaf kehilangan tempat tinggal akibat dipulaukan ahli keluarga dan masyarakat. Menyediakan rumah transit sementara dan keperluan seperti makanan, pakaian dapat mengurangkan beban emosi mereka. Sudah tentu apa-apa saja jenis bantuan sangat\u00a0 membantu mereka memulakan hidup baru.\n\nPenganut Islam digalakkan untuk menjalinkan hubungan pernikahan dengan mualaf. Hal ini membantu dan memudahkan bimbingan kepada mereka. Gaya hidup Islam juga akan lebih mudah diamalkan oleh golongan mualaf. Sekaligus mengukuhkan pegangan agama kerana ada didikan dan sokongan dari pasangan.\n\n5. Wujudkan Badan Khas Membantu Mualaf\n\nSatu badan khas perlu disediakan bagi memudahkan golongan saudara baru ini mendapatkan bantuan dan merujuk sebarang persoalan pada bila-bila masa pun. Badan khas ini perlu sentiasa bersama mualaf bagi mendekati dan meningkatkan ilmu dan taraf hidup mereka.\n\nPenutup: Umat Islam itu Semuanya Bersaudara\n\nIslam tidak membezakan penganutnya berdasarkan warna kulit, bahkan sangat mengecam umatnya bersikap rasis. Sedarlah, beza antara kita hanyalah amal dan takwa.\n\nJadi, golongan mualaf perlu diberikan ruang menyesuaikan diri dengan gaya hidup Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua agar golongan mualaf tidak berasa tersisih dan dianaktirikan sebaliknya diberi bantuan dan perhatian yang baik.\n\n Jika anda menyukai artikel ini, pasti anda juga menyukai perkongsian kami yang lain tentang;"
"\u201cEh, kenapa kaki bengkak tiba-tiba?\u201d Wanita mengandung mana yang tidak gelabah tengok keadaan kaki mereka lain dari sebelumnya. Terkejut bukan? Apabila ditekan-tekan bahagian kulitnya pula, ia tidak mahu kembali kepada keadaan asal.\u00a0\n\nBerdasarkan suatu artikel yang ditulis oleh Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, pegawai perubatan, kesihatan wanita, sakit puan & kehamilan, bengkak kaki merupakan perkara biasa yang dialami oleh ibu mengandung (50-80% wanita hamil sihat), terutamanya pada trimester ketiga. Di dalam artikel yang sama, beliau juga berkongsi mengenai tip untuk ibu-ibu hamil mengurangkan kebengkakan kaki mereka.\u00a0\n\nAdakah Kaki Bengkak Pada Ibu Hamil Suatu Yang Bahaya?\n\nApabila bayi semakin membesar, lebih-lebih lagi selepas 20 minggu, rahim anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis sekaligus menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah.\n\nSalur darah yang dipanggil inferior vena cava ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.\n\nTekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.\n\nAnda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda bangun dari tidur. Pada sebelah petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.\n\nMenjelang hujung-hujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.\n\nBengkak kaki ini adalah perkara biasa, terutamanya pada trimester ketiga. lebih kurang 50-80% wanita hamil yang sihat akan mengalaminya.\n\nApakah Tip Untuk Ibu Hamil Kurangkan Kaki Bengkak?\n\nBaring mengiring di sebelah kiri badan. \n\nAdakah Kaki Bengkak Boleh Merujuk Kepada Masalah Kesihatan Lain?\n\nTIDAK NORMAL dan memerlukan pemerhatian doktor. boleh jadi masalah deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki . Kadang kala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal. \n\nSekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan mbergerak ke arah jantung dan paru-paru. Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Justeru itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan kadar segera.\n\nWalaupun bengkak kaki ni boleh jadi normal semasa hamil, ada keadaan-keadaan dimana bengkak kaki ni tanda-tanda kepada masalah yang lebih serius. jangan suka buat andaian sendiri, dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari yang bertauliah.\n\n*Jika doktor kata kaki bengkak anda itu sesuatu yang normal semasa mengandung, bolehlah cuba tip-tip di yang disarankan, dan jangan lupa share!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Jika kita bandingkan anak dulu-dulu dan anak moden sekarang, begitu berbeza sekali adab mereka. Mereka seperti telah tidak pernah dididik untuk menjaga adab terutama sekali kepada ibu bapa dan orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka tidak ada rasa hormat terhadap orang tua-tua.\n\nAnak moden zaman kini berkomunikasi dengan orang lebih tua seperti berkomunikasi dengan rakan sebaya tanpa ada rasa hormat dan menggunakan kata-kata yang kasar. Mungkin ibu bapa tidak sedar akan perangai anak zaman kini yang semakin jauh tersesar ke arah barat.\n\nMari kami kongsikan masalah adab anak zaman moden yang dikongsikan oleh Encik Taufiq Razif. \n\n7 masalah adab anak zaman moden.\n\n1. Bercakap kasar bila tuntut hak\n\nAnak zaman sekarang bagus. Mereka sangat hebat dalam \u2018critical & logical thinking\u2019.\n\nJadi apa apa je yang tak adil, mereka akan tuntut dan perangi habis habisan benda yang tak adil di depan mata mereka. Cuma mereka kurang jaga nada suara, pemilihan bahasa dan tak mampu kawal emosinya bila nak tuntut hak padahal orang yang paling benar adalah orang yang paling hebat juga adabnya.\n\n2. Kurang eye contact bila bercakap dengan orang dewasa\n\nBenda ni ramai berlaku pada anak anak yang kurang \u2018social skills\u2019 mereka akibat terlalu banyak bergelumang dengan \u2018rakan maya\u2019 di dalam permainan digital dan media sosial.\n\nBagi mereka, hakikat persahabatan itu ada di alam maya. Jadi mereka merasa cukup untuk \u2018beradab\u2019 hanya sesama rakan maya mereka. Tanpa sedar, mak ayah sendiri pun mereka boleh anggap sebagai pengacau kalau mereka dah terlanjur ketagih dengan persahabatan maya mereka!\n\nBanyak saya perhatikan anak anak zaman sekarang lebih memilih permainan PS4 dan Xbox dibandingkan bersalam dengan tetamu yang datang.\n\nMak ayah duk kalut hidang minuman tetapi anak di ruang tamu dibiarkan bermain game tanpa disuruh menyapa dan bersalaman dengan tetamu yang datang.\n\nAkhirnya, bukan je sensitiviti pada tetamu tu akan hilang, budaya bertamu pun akan turut pudar. Tak percaya kita tengok 20 atau 30 tahun nanti. Nauzubillah!\n\nDulu umur dan ilmu seseorang tu menjadi kayu ukur (social class) darjat dan penghormatan. Tu la kenapa orang orang tua, bijak pandai dan alim ulama\u2019 sangat dihormati oleh orang zaman dulu.\n\nZaman sekarang ni ada je yang masih hormat orang yang lebih tua dan berilmu tetapi makin ramai yang memilih untuk melihat kekayaan sebagai kayu ukur kemuliaan akibat pendedahan melampau mereka terhadap gaya hidup yang ditonjolkan \u2018instafamous\u2019 dan \u2018public figure\u2019 di sekeliling mereka.\n\n5. Guna perkataan kesat bila tak setuju\n\nTak bersetuju tu fitrah dalam diri anak anak. Yela, makin anak membesar, makin berkembang ilmu dan kefahaman mereka kan.\n\nCuma yang jadi masalahnya bila mereka jadi sangat biadap bila nak pertahankan pendapat mereka. Saya perasan benda ni bermula daripada dengan komen komen mengecam di media sosial je tapi lama kelamaan kecam mengecam dan perkataan kesat ni dah menular dan jadi kebiasaan dalam perbualan lah pula.\n\nZaman sekarang ni sesiapa pun boleh bersosial tanpa batas. Semuanya di hujung jari je.\n\nNak taknak mak ayah kena ajar anak cara bersosial yang betul kalau nak anak kita semua selamat mengharungi cabaran sosial akhir zaman ni.\n\nKena ajar anak kita daripada kecil lagi tentang tanda akil baligh, limit pergaulan lelaki perempuan, apa private part tubuh yang tak boleh disentuh oleh orang lain contohnya bibir, dada, kemaluan dan punggung.\n\nPaling penting ajar anak untuk SAY NO pada sentuhan yang tak selamat walaupun pada benda yang nampak remeh contoh tepuk punggung atau dada.\n\nEgocentric anak anak zaman dulu ni kita boleh lihat pada umur 2-4 tahun tapi zaman sekarang ni sampai umur remaja pun masih tebal Egocentric-nya!\n\nZaman dulu anak diajar untuk berkongsi makan dengan jiran tetangga, ziarah saudara mara dan lain lain benda yang boleh menurunkan tahap Egocentric anak kepada Altruistic!\n\nTapi anak zaman sekarang banyak menyendiri di dalam bilik bersama smartphone, smart TV dan semua jenis gajet je! Mana mereka nak belajar untuk turunkan Egocentric mereka tu?\n\nMaka jadilah anak itu yang biasa digelar sebagai \u2018anak yang tak bertimbangrasa dan selfish!\u2019\n\n*Hanya mampu mengeluh saja, jika masalah adab anak zaman kini tidak dapat diselesaikan. Apakah yang patut kita lakukan? Kita sebagai orang yang lebih banyak makan garam perlulah mendidik mereka agar masalah adab ini dapat ditandingi. Kita perlu menegur sikap mereka dengan cara yang baik dan bukan menengking atay memarahi mereka di hadapan orang ramai. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya daripada penulis. Baca artikel asal di sini."
"Jom cuba resepi murtabak maggi cheese homemade sedap paling ramai dibincangkan. Jom cubakan resepinya!\n\nMurtabak maggi cheese menjadi menu handalan di kedai mamak bahkan juga di sebahagian kedai melayu. Kudapan ini boleh dijadikan lauk dimakan dengan nasi putih, sedap amat!\n\nMurtabak maggi dibuat dengan menggaulkan maggi yang sudah dicelur dengan telur dan bahan lain termasuk dengan cheese sekali.\n\nGebu dan padat murtabak maggi cheese sedap diratah macam itu sahaja dengan sos. Anak-anak pula suka makan sebagai sarapan. Jom cubakan resepi murtabak maggi cheese oleh Nurul NJ Aziz\u200e di laman Facebook.\n\nSelain resepi murtabak maggi cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Senda gurau ibarat gula dalam makanan. Melengkapkan dan menambah kemanisan dalam perhubungan. Islam tidak pernah melarang untuk kita bergurau. Jom baca artikel adab senda gurau dalam Islam.\n\nNabi S.A.W semasa hayatnya pernah bergurau dengan seorang wanita tua seperti yang dikisahkan dalam hadis:\n\n\u201cSeorang nenek tua mendatangi Nabi S.A.W .Nenek itu pun berkata, \u2018Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memasukkanku ke dalam syurga.\u2019 Rasulullah S.A.W menyatakan, \u2018Wahai ibu! Sesungguhnya syurga tidak dimasuki oleh nenek tua.\u2019 \n\nNenek tua itu pun pergi sambil menangis. \n\nNabi pun bersabda, \u201cKatakan kepadanya wanita tersebut tidak akan masuk syurga dalam keadaan seperti nenek, sesungguhnya Allah mengatakan: \u201cSesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung. Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya (al-Waqiah: 35-37)\u201d\n\nNamun,berhati-hatilah. Gurauan yang berlebihan boleh membawa keretakan silaturahim dan mewujudkan permusuhan dalam hubungan. Ikuti panduan berikut agar gurauan jenaka tidak melanggar batasan yang disyaratkan Islam:\n\n1. Gurauan yang Tidak Mempermainkan Agama dan Perkauman\n\nBerguraulah dengan cara yang masih menghormati agama Islam dengan tidak menjadikan agama sebagai bahan lawak dan jenaka.\n\nIni bersesuaian dengan maqasid syariah iaitu menjaga kehormatan agama, seperti dalam firman Allah S.W.T:\n\n\u201c Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.\u201d\n\nSelain itu, isu sensitif dan perkauman juga perlu dihindarkan sama sekali agar tidak mendatangkan rasa tidak puas hati dari mana-mana pihak.\n\nBergurau tidak menjadi lesen untuk bercakap bohong,walaupun untuk menggembirakan seseorang. Sifat ini sangat-sangat dilarang dalam Islam. Rasulullah S.A.W tidak pernah berbohong semata-mata untuk membuatkan orang lain tertawa dan gembira. Sabda baginda;\n\n\u201cCelakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan.Celakalah baginya! Celakalah baginya!\u201d\n\nDalam adab senda gurau dalam Islam, hindarilah \u00a0menyentuh tentang keadaan fizikal atau peribadi seseorang. Bukankah setiap kejadian manusia itu daripada Allah S.W.T, jadi sangat tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan gurauan dan gelak tawa. Selaras dengan yang diperintahkan al-Quran:\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. \n\nDan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.\u201d\n\nSepereti mana Islam menyarankan agar berserderhana dalam banyak hal, termasuklah dalam bergurau. Berlebihan dalam bergurau boleh mematikan hati. Seperti sabda Rasulullah S.A.W;\n\n\u201cJanganlah kamu sering ketawa, kerana sering ketawa akan mematikan hati.\u201d\n\nPenutup: Islam Tidak Menghalang Umatnya Bergurau\n\nSebenarnya Islam sangat meraikan fitrah manusia yang suka bergurau dan berhibur. Namun, dalam apapun tindakan yang dilakukan haruslah mempunyai had dan batasan tertentu demi kebaikan bersama.\n\nJadi, cara dan jalan yang terbaik adalah mengikuti jejak Rasulullah S.A.W semasa bergurau agar gurauan juga mempunyai menjadi sesuatu yang bermanfaat dan tidak sia-sia. Semoga anda sukakan artikel adab gurau senda ini.\n\n Jom baca lebih banyak artikel menarik kami seperti;"
"Bagi sesiapa yang menyukai durian, anda tentu akan suka dengan resepi yang akan dikongsikan hari ini.\n\nDurian adalah sejenis buah yang besar, berduri serta mempunyai bau yang kuat. Ia juga dikenali sebagai raja buah. Baunya yang kuat itu agak menyenangkan pada sesetengah orang dan juga tidak menyenangkan pada sesetengah orang.\n\nTerdapat pelbagai makanan yang menggunakan durian sebagai asas sekarang. Antaranya adalah durian crepe, bubur durian, pulut durian dan bermacam-macam lagi. Oleh itu, resepi yang ingin dikongsikan ini juga merupakan antara makanan yang menggunakan durian sebagai asas.\n\nBagi penggemar durian, boleh mencuba resepi aiskrim durian ini. Durian sangat senang untuk dijumpai sekarang, memandangkan sekarang merupakan musim durian.\n\nResepi aiskrim durian ini telah dikongsikan oleh Mas Salleh di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai. Mari kita cuba resepi ini!\n\n*susu pekat atas citarasa masing-masing nak kurang atau lebih.\n*Kalau rajin lepas blend.letak dalam mixer dan mix lagi biar kembang.\n*Pewarna pun kalau tak suka tak perlu letak.\n\nSelain resepi Kek Pandan Kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
"Selain kuih cara manis, jom kenali pula kuih cara berlauk. Siapa suka makan kuih cara berlauk?\n\nKuih cara berlauk menyerupai kuih cara biasa tetapi terdapat tambahan inti/lauk daging di atasnya. Tambahan daging dan rempah menjadikannya agak pedas tetapi enak dimakan.\n\nBagaimanapun inti daging pada bahagian atas menjadikannya tidak tahan lama dan perlu dimakan pada hari yang sama. Juga, cara berlauk tidak tahan disimpan pada suhu bilik, ianya hanya tahan 2 hari dengan disimpan dalam peti sejuk.\n\nSesetengah tempat panggil kuih kura terbakar. Senang membuatnya boleh dijadikan menu petang dan iftar. Resepi daripada Suriati Muhammad\u200e di laman Facebook patut cuba. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi cara berlauk, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Penggemar telur mari-mari datang sini tengok resepi yang kami kongsikan ini. Resepi telur bistik berkuah yang patut anda sekalian cuba.\n\nTelur ialah hidangan paling simple. Saking simple hingga kadang kita bingung ingin masak telur resepi apa bukan? Telur goreng? Dadar? Telur mata? Sup kah? Kadang boleh muak pula masakan telur itu-itu sahaja. Ingat senang kah masak telur?\n\nBukan hanya daging saja ada bistik. Telur pun ada rupaya. Resepi telur bistik ini dikongsikan oleh Norhafizah Shabudin di laman Facebook. Telur bistik ianya berkuah. Maka makan pun tidak rasa kosong dan kering kerana lagi sedap makan dengan kuahnya.\n\nSila hidangkan telur bistik hari ini. Terutamanya untuk anak-anak anda yang suka makan telur. Gerenti makan jadi bertambah-tambah. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi telur bistik, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kalau anda rakyat Malaysia, mesti pernah makan nasi arab bukan? Hehe, nasi arab walaupun berasal daripada tanah arab nun jauh di sana, tetapi ia antara makanan pilihan ramai untuk keluarga makan bersama-sama.\n\nKedai atau restoran nasi arab tumbuh bak cendawan di Malaysia. Banyak tempat atau negeri pastinya ada menjual nasi arab. Persoalannya di sini, yang manakah menjadi pilihan anda? Hari ini kami kongsikan 5 restoran nasi arab yang menjadi pilihan kami. Mungkin pilihan kita tidak sama, tetapi citarasa nasi arab kita sama.\n\nRestoran nasi arab Saba ini terletaknya berdekatan dengan universiti MMU. Jadi warga pelajar dan pekerja di sana tentu tidak asing dengan kedai nasi arab ini. Restoran ini selalu sahaja penuh. Lebih-lebih lagi kalau bulan puasa. Lagilah tiada tempat dan ruang untuk bernafas. Memang ramai yang makan di sini. Sila datang awal jika ingin makan di sini.\n\nWalaupun sudap pukul 10 ke atas, ramai lagi yang masih datang ke restoran ini. Restoran ini kini sudah mempunyai 2 cawangan. Jika anda malas ke Cyberjaya, anda boleh mencubanya di Setiawangsa.Untuk maklumat lanjut tempat makan ini bolehlah merujuk di sini. Saba Holding\n\nNasi Arab ini pula letaknya di Senawang. Ianya terletak di kawasan perumahan. Sedikit pelik berbanding dengan lokasi kedai nasi arab yang lain. Tetapi jangan pula risau, bukannya sukar untuk mencarinya. Ianya betul-betul di hadapan Taman Bourgainvilla . Apa yang kami suka makan di sini kerana nasi arabnya yang sedap dan murah. Nasinya sedap walaupun tidak diletakkan kuah. Harganya pula murah bagi kami kalau dibandingkan dengan kedai nasi arab yang lain.\n\nAnda juga boleh makan secara berjemaah jika ingin menjimatkan kos. Set yang dimakan secara dulang biasanya lebih murah dan lebih daripada cukup daripada apa yang tulis. Suasana cukup santai disini. Anda boleh memilih untuk duduk dan makan diluar ataupun duduk di kusyen yang empuk di dalam bangunan. Jika ingin makan di dalam, tidak perlu rebut kerana kawasannya sungguh luas. Untuk maklumat lanjut Nasi Arab Damsyik Senawang\n\nNasi arab ini banyak cawangannya. Tetapi yang biasanya didengar adalah cawangan di Shah Alam dan juga di universiti UNITEN. Ada pelbagai menu nasi arab boleh anda pilih di sini. Restoran Nasi Arab D\u2019cafe juga antara nasi arab sedap dan murah. Kalau anda warga UNITEN atau Shah Alam tentu dapat cerita tentang keenakkan nasi arab ini dengan lebih mendalam. Ada yang cakap nasi arabnya hampir sama dengan nasi arab di Mekah. Kenyataan ini kami tidak pasti, mungkin sesiapa yang pernah makan nasi arab di Mekah boleh berkongsikan pendapat mereka.\n\nRestoran ini berwarna kuning. Memang warna yang memangkitkan nafsu makan. :-) Antara yang menarik di sini adalah nasi arab ayam Mandy dan Kabsah kambingnya antara menu yang wajib cuba. Tentang harga, kami tidak dapat komen. Ada yang cakap mahal dan ada yang kata murah. Jadi bolehlah cuba datang di sini dan mencubanya dahulu. Kalau anda bosan dengan nasi arab, boleh juga cuba makan makanan lain di medan selera Seksyen 7 ini. Contohnya seperti burger Yazid dan lain-lain.\n\nUntuk maklumat lanjut tentang D\u2019Arab Cafe Nasi Arab\n\nWarga Kuala Lumpur pasti tahu tentang restoran nasi arab ini. Restoran ini terletaknya di Jalan Ampang. Kedai yang cukup selesa dan nyaman. Cuma apa yang kurang di sini adalah harganya yang sedikit mahal berbanding tempat lain. Selain itu kedudukan kedai ini yang kurang strategik bagi kami. Lebih-lebih lagi terletaknya di Jalan Ampang yang kebiasaaannya sibuk. Walau bagaimanapun nasi arab di sini sangat menarik dan sedap. Kami pernah makan di sini dan bagi kami harganya sesuai dengan keadaan dan suasana restoran yang selesa.\n\nKalau anda mencari nasi arab yang sedap dan selesa, tempat ini adalah antara kedai yang menarik untuk dikunjungi.Kalau anda ingin makan dan sini dan ingin berjimat, kami ada caranya. Anda boleh membeli kupon diskaun dari Groupon.my.\n\nBanyak promosi berkenaan restoran nasi arab Wadi Hadramawt kami lihat di Groupon. Salah satunya adalah ini. Groupon.my Anda boleh dapatkan set menu yang berharga ratusan ringgit pada harga yang cukup murah. Hampir 80% diskaun daripada harga asal. Yang penting adalah anda sentiasa peka dengan tawaran ini.\n\nNasi arab Aroma Hijrah juga antara nasi arab yang menarik untuk dicuba di Shah Alam. Sangat sesuai untuk dapat bersama keluarga. Set kombo keluarganya cukup berbaloi untuk dimakan bersama-sama dengan keluarga.\n\nKedai ini buka seawal pagi lagi. Untuk hari biasa, Isnin ke Jumaat, waktu operasinya adalah dariapda pukul 11 pagi ke 10.30 malam. Untuk hari minggu dan cuti am, restoran ini buka daripada pukul 11pagi ke 11 malam. Iaitu 30minit lebih lama daripada kebiasaan.\n\nKami pasti, jika sekali anda datang ke sini, pasti anda akan datang pada masa akan datang. Tempat makan ansi arab yang menarik untuk makan beramai-ramai di atas dulang.\n\n\u00a0Sekian sahaja 5 restoran nasi arab pilihan kami untuk post kali ini. Sebenarnya banyak sahaja nasi arab yang menarik lain yang ada. Cuma , bagi kami restoran yang dikongsi kali ini adalah antara yang popular dan terkenal di Malaysia."
"Tidak boleh dinafikan lagi, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Walau sehebat mana atau semahal mana susu formula dijual di pasaran takkan mampu menandingi khasiat dan kebaikan yang ada pada susu ibu. \n\nJika anda seorang ibu yang bakal melahirkan atau sedang mencari info tentang panduan susu ibu, terutamanya tentang kebaikan, penyimpanan, dan kandungan susu ibu, artikel ini ditulis istimewa untuk anda.\n\nSusu ibu mengandung semua nutien dan khasiat yang diperlukan oleh bayi anda dalam kadar yang secukupnya. Berikut adalah komposisi dalam susu ibu:\n\nApakah kebaikan susu ibu kepada bayi?\n\nSusu ibu mempunyai 1001 kebaikan kepada bayi dan juga kepada ibu yang menyusukan. Di antara kebaikan susu ibu berbanding susu formula ialah:\n\nBagaimanakan cara untuk menyimpan susu ibu dengan baik supaya khasiatnya tidak hilang?\n\nAdalah penting untuk anda menyimpan susu perahan dengan cara yang betul agar ia kekal segar, tidak rosak, dan yang paling penting bagi memastikan khasiatnya tidak hilang dan sampai kepada bayi anda. Pastinya anda ingin tahu cara menyimpan susu ibu yang diperah dengan cara yang betul. Jom kami kongsikan caranya:\n\nItulah dia info tentang panduan susu ibu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang susu untuk ibu hamil dan anak syurga"
"APA ITU MAKANAN BERANGIN? Pasti anda sendiri rasa musykil apakah sebenarnya makanan berangin ini kan? Sebenarnya makanan berangin ini menjurus kepada jenis makanan yang boleh menyebabkan tekak rasa loya nak muntah, perut rasa sebu, lenguh pada anggota tubuh dan sebagainya. Bila ambil asyik rasa nak kentut saja. Haa itulah dia makanan yang berangin.\n\nUntuk pengetahuan anda juga, makanan berangin ini ada banyak jenis sebenarnya. Ada yang terdiri dari jenis sayur-sayuran, buah-buahan sitrus, kekacang, bijiin, produk tenusu dan lain-lain lagi. Pendekata, memang banyak makanan yang terdiri dari jenis makanan berangin ini. \n\nMesti anda pernah mengalami masalah perut kembung atau \u2018masuk angin\u2019 kan? Sebenarnya itu adalah salah satu masalah yang berlaku dengan berpunca dari tersalah memilih jenis makanan. Masalah perut masuk angin ini boleh membuatkan sesiapa saja berasa tidak selesa. \n\nKembung akan terjadi apabila gas berlebihan di dalam perut dan juga usus.Ia selalunya terjadi apabila kita menelan banyak angin. Di samping itu ia juga boleh terhasil daripada bakteria usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hydrogen akibat daripada pemecahan karbohidrat dan protein.\n\nAntara Kesan Makanan Berangin Pada Ibu Yang Sedang Berpantang\n\nAntara kesan yang boleh berlaku ke atas tubuh ibu yang sedang berada dalam pantang selepas bersalin ini ada banyak. Ini berdasarkan apa yang pernah dialami oleh orang lain di luar sana. Antara perkara yang boleh berlaku jika tidak mengedahkan makanan jenis berangin ini adalah seperti:\n\n5 Jenis Makanan Berangin Yang Tak Patut Di Makan Oleh Ibu Dalam Pantang\n\n1- Buah Nangka Jambu Batu Dan Durian \n\nPercaya ataupun tidak meskipun buah itu mengandungi khasiat namun ada juga dari jenis buah ini yang tidak boleh di makan ketika sedang berada dalam tempoh berpantang. Antara buah yang sama sekali tidak disyorkan adalah buah nangka, jambu batu dan durian. \n\nBuah nangka dan jambu batu terutamanya dikatakan bukan saja berangin tetapi juga mempunyai sifat sejuk. Kerana itu buah nangka dan jambu batu ini memang patut dihindarkan untuk mengelakkan masalah berkaitan kesihatan yang tidak sepatutnya. \n\nMakanan yang berasaskan bijirin seperti oat dan gandum juga boleh menyebabkan kehadiran gas dalam perut jika sering diamalkan selalu. Gas dalam perut inilah yang menyebabkan angin dalam badan. Meskipun bijirin dari gandum ini punya banyak khasiat tetapi sifatnya yang boleh mendatangkan angin dalam perut patut di ambil perhatian. Elakkanlah dahulu sekejap supaya proses untuk sembuh dari luka lepas bersalin dapat berlaku dengan lebih pantas. \n\n3 \u2013 Produk Tenusu Yang Dihasilkan Dari Susu\n\nProduk tenusu yang berasaskan Laktosa boleh menyebabkan angin berkumpul dalam usus. Kerana itu ada jenis produk tenusu yang sesuai untuk di minum dan ada juga yang boleh mendatangkan rasa mual cirit birit dan sebagainya. \n\nLaktosa yang mengandungi gula ini walaupun bersifat semulajadi namun ia tetap boleh menjadi penyebab pada kehadiran angin dalam tubuh. Antara produk tenusu yang dimaksudkan ini adalah seperti yogurt, keju, asikrim dan sebagainya. \n\n\n\nJika anda ada masalah alahan pada gula dalam susu (laktosa), elakkan mengambil susu dan produk tenusu. Sebaliknya, gantikan dengan susu tanpa laktosa atau minum yogurt kerana kajian mendapati bakteria dalam yogurt (probiotik) dapat mengurangkan masalah ini.\n\n4 -Beberapa Jenis Sayuran Dari Jenis Kekacang Dan Menjalar\n\nKesemua jenis sayur kacang, timun, patola, terung adalah sayur yang boleh menyebabkan angin dalam badan. Taugeh dan kacang buncis juga boleh menyebabkan masalah yang sama. Dikatakan sayuran jenis kekacang yang menjalar ini boleh membuatkan perut ibu terasa sebu dan senak. Ia juga boleh mengundang masalah gastrik yang teruk. \n\nSelain dari sayuran jenis kekacang, petai juga tidak terkecuali dari kategori ini. Petai bukan saja patut di elak untuk baunya namun untuk sifatnya juga yang sangat berangin hingga boleh menyebabkan kehadiran gas pada usus. Jika makan juga alamatnya asyik kentut saja pagi petang siang dan malam. \n\n5 \u2013 Sebarang Jenis Minuman Berais Dan Makanan Sejuk Beku\n\nAis batu dan makanan yang disejukkan seperti makanan segera yang banyak terjual di pasaraya memang patut dihindari oleh para ibu lepas bersalin. Dalam pantang ibu sebolehnya hanya perlu makan makanan segar yang di masak segera tiap hari. Para ibu berpantang sama sekali tidak elok amalkan makanan jenis sejuk beku yang segera begini. \n\nMakanan sejuk dan berais sememangnya boleh menyebabkan kehadiran angin yang banyak pada tubuh dan jika terus dibiarkan boleh menyebabkan demam, gigil satu badan dan sebagainya. Jangan tak percaya yang masalah demam semasa dalam tempoh berpantang boleh mendatang bahaya yang serius hingga tahap membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar segera.\n\nLebih Baik Elak Dari Makan Untuk Sementara Sebelum Terima Bahaya\n\n Meskipun zaman sekarang ramai yang memilih untuk lebih berpantang ke arah moden namun apalah salahnya untuk turut pandang pada perkara sebegini. Nak pantang cara moden tak salah tapi jangan pula terus ditepis kata dan pengalaman dari orang tua sebelum kita kerana antara makanan yang mereka sebut tidak boleh makan itu sememangnya ada juga yang boleh diterima akal. \n\nLagi pula tempoh berpantang ini tidaklah lama mana, maka selama dalam pantang ini usahalah untuk disiplinkan diri untuk elak makanan yang dikatakan tidak bagus. Nanti setelah habis tempoh berpantang maka makanlah apa yang dirasakan boleh tanpa terikat dengan mana-mana sekatan lagi.\n\nAir Halia Boleh Bantu Legakan Kembung Perut Dengan Cepat\n\nJika anda telahpun tersalah makan dan sedang mengalami masalah \u2018perut masuk angin\u2019 maka anda boleh amalkan minum air halia untuk bantu buang angin tersebut. Bahan yang diperlukan hanyalah sebuku halia dan air panas. Manakala cara untuk membuatnya pula adalah seperti yang tertera di bawah ini. \n\n1. Sediakan sebuku halia dan bersihkan.\n\n2. Tumbuk halia tu tapi jangan sampai terlalu lumat. Biar hancur sedikit dah cukup.\n\n4. Masukkan halia yang dah ditumbuk tadi ke dalam gelas kosong.\n\n5. Kemudian tuangkan air panas dalam gelas yang berisi halia\n\n6. Tutup gelas tadi dengan piring. Biarkan selama 10 minit.\n\n7. Selepas itu, tapis air tadi. Bahagikan kepada 2 bahagian. Setengahnya untuk anda \u00a0 minum dan selebihnya untuk disimpan dalam peti sejuk.\n\n8. Sekiranya perut anda masih belum lega, minumlah baki air halia yang dah disejukkan tadi.\n\n9. Ulangi langkah 1-8 sehingga masalah kembung perut anda sembuh.\n\nSayangi Diri Sendiri Dan Elakkan Makan Makanan Berangin Ini \n\nAmalan berpantang adalah untuk diri sendiri. Cadangan makanan berangin yang patut di elak ini juga adalah sekadar sebagai panduan semata-mata. Jika ibu di luar sana merasakan yang diri sendiri patut disayangi untuk terus kekal sihat seperti dulu maka cuba-cubalah pandang perkara ini dengan lebih serius dan jika dirasakan tidak kisah maka itu semua atas pilihan diri masing-masing. \n\nSelamat berpantang dan didoakan semoga tempoh berpantang anda berjalan dengan lancar dalam suasana penuh gembira bersama kehadiran bayi baru tersayang. Ameen."
"Ingin mencuba resepi yang mudah dan tidak remeh? Mungkin, anda boleh cuba makanan Itali seperti Spahetti Aglio Oglio. Kot-kot lah nak ubah selera ke western food pula.\n\nJom tengok resepi mudah yang dikongsi oleh Asmida Sulaiman di laman Facebook. Resepi beliau ini sangat mudah difahami dan diikuti. Apa lagi. Jom mencubanya.\n\nSenang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Spaghetti Aglio Olio ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
"Cinnamon rolls atau biasa disebut cinnamon bun ialah hidangan ala Eropah yang sangat terkenal. Ia berbentuk gulungan sehingga biasa dipanggil cinnamon swirl atau cinnamon snail.\n\nHidangan ini diperbuat daripada tepung, gula, susu. Kayu manis sebagai filling lapisan roll nya. Rasanya amat lembut dan manis. Sesuai dihidangkan sebagai dessert.\n\nNana Bella\u200e dalam perkongsiannya di laman Facebook membuat cinnamon rolls. Kaedah dan resepinya mudah sahaja. Doh dileperkan kemudian disapukan cinnamon lalu digulung. Kemudian roll dipotong dan dibakar.\n\nSangat mudah bukan? Anda boleh cubakan di rumah. Hidangkan cinnamon rolls untuk anak-anak anda. Mesti mereka suka. Selamat ber rolls.\n\nSelain resepi cinnamon rolls, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Apabila anda kehabisan idea ingin masak untuk anak-anak hari ini, cuba masak resepi pasta goreng cheese kami pasti ialah satu pilihan yang tepat.\n\nAnak-anak pasti suka hidangan ini. Pasta goreng cheese lazat ini mampu membuat mereka ketagih. Gerenti anak-anak suka dan makan bertambah. Boleh naikkan berat badan anak pula jadinya.\n\nResepi pasta goreng lazat yang dikongsikan oleh Suhasnida Ismail patut anda cubakan di rumah. Hidangkan sebagai sarapan sebelum berangkat sekolah atau kerja.\n\nSelain resepi pasta goreng cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Antibiotik itu perlu atau tidak diberi jika anak demam? Sudah menjadi kebiasaan atau norma hidup para ibu bapa yang si kecil seringkali demam. Lebih merisaukan apabila si kecil juga mengalami masalah kesihatan lain seperti tonsil. \n\nBiarpun tonsil boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur, akan tetapi ia merupakan jangkitan umum pada zaman kanak-kanak. Seperti biasa, si ibu dan si bapa mesti terfikir yang antibiotik adalah penyembuh kepada segala jenis demam. \n\nMungkin ada di antara ibu bapa yang kurang puas hati jika antibiotik tidak diberi oleh doktor, lalu mula menyalahkan doktor tersebut, di atas kebimbangan demam anak yang tidak kebah-kebah. Sebenarnya, demam boleh merujuk kepada bermacam-macam masalah kesihatan lain yang juga serius, yang tidak semestinya memerlukan antibiotik.\n\nJadi, di sini ada sedikit kupasan dari laman Facebook seorang pakar ENT, iaitu Dr. Ezairy M.Sallih, dikongsi untuk perhatian para ibu bapa di luar sana. Menurut beliau, pembengkakan atau benjolan pada leher boleh berlaku sekiranya terdapat jangkitan pada tekak dan tonsil. Apabila tiada lagi jangkitan, maka kelenjar yang membengkak akan turut susut. Antibiotik hanya perlu untuk keadaan tertentu.\n\nMempunyai anak yang ada masalah tonsil bukanlah sebab untuk kita rasa anak kita ini tak sihat. Setiap kali demam mesti ingat mereka perlukan antibiotik. Penyebab utama masalah jangkitan pada tekak ialah jangkitan virus. Ia tidak perlukan antibiotik.\n\nApakah Rawatan Jika Antibiotik Tidak Perlu?\n\nPastikan cukup rehat, dapat hidrasi yang sempurna, ubat kumur dan tahan sakit mengikut nasihat doktor sudah cukup. Jika ada tanda jangkitan oleh bakteria, baru doktor akan beri ubat antibiotik.\n\nTipikal masyarakat kita, apabila doktor tidak beri antibiotik, sakit anak tak akan sembuh. Salah itu.\n\nTanda-tanda anak kita mungkin perlu kepada ubat antibiotik ialah:\n\n1. Demam melebih 38 darjah celsius. Biasa melebihi tiga hari.2. Ada tompok putih pada tonsil \u2018exudate\u2019.3. Disertai pembengkakan pada leher dan sakit apabila ditekan.\n\nJom, kita tukar paradigma masyarakat kita!\n\n*Sudah tidak keliru bukan? Silalah share supaya ramai para ibu bapa turut tahu ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Rasa bosan kan asyik-asyik kat rumah hanya ulang masak mee goreng, mee kari, mee rebus, mee bandung, mee hailam jer. Apa kata kali ini cuba buat mee jawa pula. Sedapnya mee apabila ianya dimakan dengan kuah daging yang dipekat kan dengan ubi keledek. Rasanya mesti menjilat jari.\n\nKalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Mee jawa nih agak popular juga di kalangan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan mee jawa ini, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Yela, setakat ambil upah untuk jamuan-jamuan rasanya tak de maslah kan.\n\nJadi, jom cuba membuat Mee Jawa menggunakan resepi dari Mohd Yussof . Walaupun untuk \u2018first timer\u2019. Jangan risau! Resepinya sangat mudah. Tak \u2018complicated\u2019 pun. Apa lagi. Jom tengok resepinya.\n\nMudahkan? Bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selain resepi Mee Jawa ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Apakah Saiz Bayi Anda Pada Minggu ke 8?\n\nPada minggu ini bayi anda adalah seperti kacang ginjal!\n\nApakah Perkara Lain Yang Berlaku Kepada Bayi Pada Minggu Ini?\n\nKerongkongnya sudah pun membentuk tiub pernafasan yang membawa kepada peparu. Beberapa perkara juga terbentuk di dalam otaknya, hubungan terbina di antara sel saraf dan yang lain-lain. Hubungan ini akhirnya menjadi laluan saraf.\n\nBayi anda akan menggunakan itu suatu hari nanti untuk membalas kata-kata anda dan mencari jalan mengelakkan diri daripada membersihkan bilik tidur mereka.\n\nBayi terus berpindah dan bergerak di dalamnya. Namun, ibu masih belum boleh merasainya.\n\nAdakah anda mengalami masa sukar memastikan suami anda atau orang lain melihat anda tepat pada mata anda? Coli anda sedikit ketat. Ia bukanlah di dalam minda anda \u2013 ada hormon-hormon lain yang menyebabkan buah dada anda membesar. Ini menyiapkan tubuh anda untuk pengeluaran susu pada masa depan. Sesetengah wanita mendapati yang buah dada mereka terus membesar sepanjang kehamilan sebanyak 1 lagi saiz atau 2.\n\nJika anda berasa amat letih sekarang, ingatlah bahawa anda tidak bersendirian dan ada sebab mengapa ia berlaku. Lebih banyak hormon beranjak yang menyumbang kepada keletihan. Mabuk yang anda alami setiap hari juga amat teruk juga.\n\nMabuk Hamil/ Lebih Membuang Air Kecil\n\nMaaf, tiada apa boleh dilakukan. Apa yang anda perlu tahu adalah separuh daripada wanita yang mengalami mabuk hamil akan melihat ia pergi kira-kira selepas 14 minggu. Selebihnya akan melihat ia menghilang kira-kira sebulan selepas itu. Tiada pengecualian, tapi marilah kita berfikir secara positif.\n\nKencing berlebihan adalah perkara anda semasa hamil. Lebih cepat anda menerimanya, adalah lebih baik. Punca ia berlaku akan berubah. Mendapatkan rehat sepenuhnya pada waktu malam boleh menjadi sukar kerana sering hendak membuang air kecil.\n\nLawatan Pranatal \u2013 Ujian Untuk Dipertimbangkan\n\nTrimester pertama yang digabungkan dengan ujian saringan: melibatkan ultra-bunyi dan ujian darah. Ultra-bunyi mengukur ruang di dalam tisu yang terltak di belakang leher bayi. Ujian darah mengukur dua protin. Imbasan ini adalah di antara minggu ke 11 dan 13, maka anda ada masa untuk mempertimbangkan jika ia sesuai untuk anda.\n\nUjian ini memberi kemungkinan adanya Sindrom Down dan boleh memberikan kemungkinan untuk bayi anda mengalami risiko yang lebih tinggi untuk masalah-masalah yang lain juga. Imbasan ini tidak berisiko kerana ujian ini adalah tidak invasive.\n\nChorionic Villus Sampling (CVS): Melibatkan pungutan sel daripada plasenta,yang dihantar untuk analisa genetic. Ujian ini akan memeriksa mana-mana satu daripada beratus keabnormalan kromosom/gangguan gen. Ini hanyalah untuk ujian trimester pertama sahaja. Biasanya ia dijalankan diantara minggu 11 dan 12.\n\nBiasanya jika ini adalah kehamilan pertama tanpa sebarang masalah, temujanji anda dengan doktor akan berlaku dalam beberapa minggu akan datang.\n\nAnda akan ada berjuta soalan. Ambil masa untuk menyenaraikan semua soalan supaya anda ingat untuk bertanya doktor pada temujanji akan datang. Anggaplah lawatan ini sebagai satu peluang untuk menenangkan minda anda dan mengeluarkan semua persoalan. Juga ia adalah peluang untuk mengenali doktor anda dan sebaliknya.\n\nSila bawa senarai perubatan anda semasa temujanji untuk berbincang jika ianya tidak selamat. Ini termasuklah pengambilan makanan-makanan tambahan juga.\n\nSejarah perubatan keluarga mungkin akan dibangkitkan semasa lawatan ini. Jika bukan pada temujanji pertama, ia akan berlaku pada pada masa depan juga.\n\nBerat badan akan diambil pada setiap lawatan, bersama-sama dengan tekanan darah dan air kencing. Ukuran abdomen anda juga akan diambil untuk melihat sama ada anda mencapai sasaran, posisi bayi akan diperiksa mengikut kemajuan, dan anda boleh mendengar degupan jantung bayi. Setiap temujanji memerlukan ujian yang berbeza.\n\nAmbil 15-20 minit masa untuk berjalan untuk memerangi keletihan. Jika anda berasa mengantuk terutama semasa bekerja, cuba untuk bangun dan bergerak.\n\nMaklumat lanjut untuk minggu ini boleh didapati dengan melawat babycenter.com."
"Melompat Atas Trampoline Atau Melompat Atas Lantai?\n\nBezakah stimulasi yang anak-anak dapat bila melompat di atas trampoline berbanding melompat di atas lantai?\n\nBagi yang pernah mengikuti bengkel saya samada secara face2face atau bengkel online, pasti pernah dengar tentang konsep integrasi pelbagai kemahiran dalam satu aktiviti mudah. Latar belakang profession saya ialah terapi cara kerja. Di mana kami akan melihat perkembangan kanak-kanak secara holistik atau menyeluruh.\n\nKemahiran melompat merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Pada usia 2 tahun, kanak-kanak akan boleh mula melompat (kaki terangkat dari lantai, bukan hanya \u201cbounce\u201d tanpa mengangkat kaki).\n\nKanak-kanak yang lambat menguasai kemahiran melompat, biasanya akan turut berisiko mempunyai kelewatan dalam perkembangan lain termasuk kemahiran motor halus dan kemahiran berkomunikasi.\n\nBila anak-anak melompat di atas trampoline, daya lonjakan dari trampoline yang anjal akan menyebabkan berlaku tekanan (pressure) pada bahagian sendi-sendi utama kaki dan tulang belakang semasa anak-anak \u2018mendarat\u2019 di atas trampoline. Ini adalah stimulasi proprioception.\n\nManakala semasa anak-anak melonjak, daya tujahan yang diberikan oleh keanjalan trampoline akan menyebabkan anak-anak melompat lebih tinggi dan perlu mengawal keseimbangan tubuh dari terjatuh. Ini adalah stimulasi vestibular.\n\nStimulasi proprioception yang berlaku semasa anak-anak melonjak di atas trampoline akan membantu mereka untuk mengenalpasti bahagian tubuh dengan lebih baik. Input sensori yang lebih baik dapat disampaikan kepada tubuh badan.\n\nIni akan membantu anak-anak untuk lebih sedar akan pergerakan tulanh belakang dan sendi utama kaki. Kesedaran ini akan membantu anak-anak untuk kurang hiperaktif, menguatkan \u2018core muscles\u2019 serta membantu meningkatkan \u2018alertness\u2019 pada persekitarannya.\n\nMempunyai Kekuatan \u2018Core Muscles\u2019 Yang Baik\n\nIni akan membantu anak-anak untuk mempunyai \u2018endurance\u2019 yang lebih panjang kepada aktiviti statik. Aktiviti statik seperti belajar sambil duduk di atas kerusi akan lebih mudah dilakukan bila \u2018core muscles\u2019 anak-anak lebih kuat.\n\nApabila anak melompat di atas trampoline sambil memandang anda, atau membaling bola pada target sambil melompat di atas trampoline, atau memandang pada satu poin di dinding, ini akan membantu fokus dan koordinasi visual anak-anak.\n\nPerkara ini adalah amat penting bagi membantu anak-anak mempunyai fungsi tubub yang lebih bersedia untuk belajar perkara yang berkaitan dengan visual motor-perseptual seperti MEMBACA dan MENULIS.\n\nMelompat di atas trampoline adalah antara \u2018diet sensori\u2019 yang biasa akan diberikan oleh terapis bagi anak-anak yang hiperaktif. Memberikan waktu untuk anak-anak melompat sepuasnya, akan mengurangkan keinginan dan tenaga bagi anak-anak yang sentiasa ingin berlari, dan memanjat ke sana ke mari.\n\nMelakukan aktiviti melompat di atas trampoline sambil mengajak anak bermain permainan \u201cjump, jump, jump, jump, stop!\u201d akan membantu anak-anak yang sukar mengikut arahan, hiperaktif dan suka melakukan kerja dengan cepat-cepat sehingga kelihatan \u2018clumsy\u2019.\n\nAjarkan anak untuk lompat semasa anda sedang menyebut \u201cjump, jump, jump\u201d. Dan minta anak anda berhenti bila anda sebut \u201cstop!\u201d. Jika anak anda sukar mengikut arahan pada awalnya, gunakan bantuan fizikal atau modelkan pada anak anda untuk membantunya faham permainan ini.\n\nMelihat anak-anak yang sentiasa berkembang secara holistik, tidak salah jika anda mahu membantu kesukaran anak anda semasa melakukan aktiviti atas trampoline.\n\nAjak anak anda mengira bilangan lompatannya, ajak anak anda menyebut \u201cjump, jump, stop\u201d bersama semasa bermain permainan \u201cjump, jump, stop\u201d dengannya, pastikan anak anda faham maksud naik dan turun, ajak anak anda tepuk tangan sambil melompat, dan apa sahaja. Gunakan kreativiti anda! Have Fun!\n\nTapi, jika anak anda belum boleh melompat dengan baik, fokuskan aktiviti atas trampoline untuk membantu anak anda melompat dengan baik dahulu. Kepelbagaian aktiviti tambahan, lakukan bila anak anda sudah semakin menguasai aktiviti melompat di atas trampoline.\n\n\u2013 Ajak anak anda main dahulu permainan kegemarannya di atas trampoline sebelum anda ajak anak anda melompat.\n\n\u2013 Anak-anak yang sering takut, biasanya mempunyai anxiety level yang agak tinggi. Melompat di atas trampoline akan membantu meningkatkan keyakinan dirinya."
"Bayi yang ada masalah untuk membuang air besar adalah satu masalah yang biasa dialami oleh para ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak risau jikalau bayinya asyik menangis dan merengek kerana ketidakselesaan pada perut.\n\nTidak dapat membuang air besar adalah satu penyakit yang diketahui sebagai sembelit. Sembelit boleh dialami oleh bayi jika pencernaan mereka tidak berjalan dengan lancar. \n\nBayi yang baru lahir tidak biasa lagi dengan pembuangan air besar atau air kecil. Mereka juga tidak biasa dengan memakai lampin bayi maka ia agak susah untuk mereka membuang air besar. Ia akan mengambil masa yang agak lama untuk bayi itu menyesusaikan diri dengan perubahan ini.\n\nJika bayi tidak dapat membuang air besar adakah disebabkan sembelit atau tidak? Bagaimana kita mahu tahu adakah bayi kita terkena sembelit?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai ciri-ciri bayi terkena sembelit dan cara mengatasinya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\n5 Ciri bayi kita terkena sembelit\n\n1. Najis ada berketul-ketul seperti tahi kambing.\n\n2. Tidak membuang pada tempoh yang lama. Biasa tidak seperti kebiasaan.\n\n3. Bayi nampak sukar membuang najis, terpaksa meneran-neran.\n\n4. Najis kering dan ada sedikit darah akibat najis keras dan melukai dinding salur najis.\n\n5. Anak takut untuk membuang. Sesetengah gelisah sampai menangis bila mahu membuang.\n\nMacam mana nak atasi masalah sembelit ni? Jom tengok gambar di bawah. Cuba lakukan urutan lembut pada tubuh bayi anda.\n\n*Cuba amalkan urutan di atas pada tangan, perut dan betis si bayi jika bayi ada masalah membuang air besar. Urutan ini sedikt sebanyak dapat membantu si bayi dalam membuang air besar. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tugas suami untuk cari nafkah tapi ada juga suami malas kerja dan memilih hingga mengharap isteri tanggung semua belanja. Bila di suruh cari kerja ada saja alasan. Adalah sangat berdosa sebenarnya jika suami lepas tangan dengan sengaja malas berkerja. Sedih sangat bila melihat suami malas buat itu ini hingga menyebabkan si isteri terpaksa susah payah keluar berkerja demi mencari rezeki buat anak-anak.\n\nSuami malas kerja boleh dianggap seperti biawak hidup yang hanya nanti di suap makan. Kerja malas tapi tak malu pula untuk makan hasil usaha rezeki yang di cari isteri. Kisah rumahtangga begini memang ada berlaku dan ianya benar-benar menyedihkan. \n\nAntara Punca Kenapa Lelaki Malas Berkerja \n\n10 Tips Sebagai Cara Mengatasi Masalah Suami Malas Bekerja\n\nAda juga isteri yang masih sayang pada suami dengan harapan ingin suami berubah sikap. Mungkin disebabkan takut jika anak-anak kurang kasih sayang ayah menyebabkan si isteri masih sabar. Dan mungkin juga si suami dulu tidak bersikap malas berkerja begini hingga menyebabkan si isteri ingin memberi peluang ke dua. \n\nUntuk isteri yang masih ingin beri peluang bolehlah cuba tips di bawah ini dalam usaha untuk mengubah sikap suami sendiri. Antara tips tersebut adalah ; \n\n#1 \u2013 Kenal Pasti Perubahan Pada Suami Anda\n\nKenal pasti punca suami malas kerja dengan segera. Perhatikan perubahan sikap suami. Jika tiba-tiba malas untuk ke tempat kerja mungkin ada suatu masalah yang sedang berlaku padanya. Mana tahu suami anda sedang ada masalah di tempat kerja. Masalah dengan boss atau rakan sekerja mungin. \n\nCuba anda bersemuka dan tanya apakah sebab suami malas untuk pergi berkerja dan anda juga kenalah bersikap tenang untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh suami. Jangan marah suami tanpa usul periksa sebaliknya dengar dulu apa yang ingin suami sampaikan walau kedengaran seperti seribu alasan. \n\n#2 \u2013 Luahkan Rasa Kecewa Dan Sedih\n\nBersemuka dengan suami yang malas kerja ini juga penting! Anda perlu tanya apa yang dia sedang berlaku dan jika benar suami memang sedang rasa malas untuk berkerja maka luahkan apa yang terbuku di hati anda itu. \n\nAnda boleh luahkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Beritahu secara terus-terang yang sikap suami malas kerja ini hanya akan membuatkan hidup anda sekeluarga hancur. Anak-anak juga boleh hilang hormat dan ikut kecewa dengan sikapnya. Ingat! Adalah lebih baik untuk bersemuka dan berterus-terang dari\u00a0terus memendam rasa seorang diri. \n\n#3 \u2013 Berbincang Dan Cari Penyelesaian Bersama\n\nJika semasa bersemuka memang ternyata suami sedang ada masalah maka berbincanglah dengan baik. Berbincang mencari penyelesaian secara bersama begini akan membuatkan suami rasa tidak keseorangan. Berbincanglah bersama dengan suami dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda sekeluarga. \n\n#4 \u2013 Bantu Suami Cari Kerja Baru Jika Perlu \n\nSemakin hari suami anda semakin malas ke tempat kerja anda pun semakin risau.\u00a0Mungkin suami sudah tidak berminat dengan kerja itu agaknya. Sudah jemu mungkin. Jika benar, apakata jika kali ini anda bantu suami cari kerja baru. \n\nAnda juga boleh mula pujuk dan nasihatkan suami yang rezeki ini luas. Jika sudah tidak serasi di tempat kerja lama boleh terus cari kerja baru. Mana tahu dengan suasana tempat kerja baru suami anda akan kembali rajin mencari nafkah semula bagai dulu. \n\n#5 \u2013 Ingatkan Tanggungjawab Suami Selalu Agar Dia Tidak Lupa\n\nBila suami malas kerja ingatkan suami tentang tanggung jawabnya. Walaupun anda bekerja tanggungjawab dari segi nafkah dan makan minum masih tanggungjawabnya. \n\nSuami tak boleh ambil mudah an lepas tangan akan perkara ini. Anda\u00a0 juga sebagai isteri tidak boleh terlalu berlembut. Dah memang menjadi kewajipan suami perlu keluar mencari rezeki untuk keluarganya. Jangan sampai anda membela biawak hidup pula. \n\n#6 \u2013 Beri Motivasi Dan Sokongan Pada Suami \n\nJika anda dapati suami malas kerja, maka sebagai isteri perlu tegas! Anda perlu tegas mintanya keluar berkerja semula. Dan anda juga perlu berikan sokongan dan motivasi kepada suami untuk terus berusaha demi anda dan anak-anak. Mungkin dengan sokongan anda sebagai isteri, suami akan lebih bersemangat untuk bekerja nanti, InshaAllah.\n\n#7 \u2013 Usaha Ubah Gaya Hidup Suami dan Sikap Malasnya\n\nJika suami anda ada sikap malas dalam dirinya, memang susah nak pujuk dia pergi kerja. Jadi anda cubalah ubah gaya hidup suami dengan ajaknya berjogging, bersukan atau sebagainya.\n\nYang penting ajak dia lakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Dengan pendedahan begini, suami boleh menjadi lebih cergas, aktif, bersemangat dan tidaklah lagi ada sikap malas, lembik dan tidak suka bergerak seperti dulu. Tidak dinafikan ianya memang susah tapi tak salah untuk anda mencuba. \n\n#8 \u2013 Doakan Suami Tiap Kali Solat Agar Berubah Sikap\n\nSuami anda malas kerja dan anda sudah puas menasihatinya?\u00a0Bagai curah di daun keladi. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan? Bersabarlah dan\u00a0 berdoalah pada Allah SWT agar suami dapat berubah sikap dan rajin bekerja. \n\nDoa seorang isteri itu sangat mustajab dan janganlah pernah berputus asa. Banyakkan beribadat dan sujud padaNya. Dalam sujud anda boleh mohon agar Allah SWT bukakan pintu hati suami anda agar tidak bersikap pemalas lagi.\n\n#9 \u2013 Kasi Sedikit Masa Pada Suami\n\nMungkin suami anda dalam keadaan tertekan atau kurang sihat hingga tak dapat fokus pada kerjanya. Jika suami sudah mula ada sikap keluar berkerja, berilah sedikit ruang padanya. \n\nJangan pula anda bebel dan marah. Beri sedikit ruang masa pada suami dan sambil tu lihat juga perkembangannya dari masa ke semasa. \n\n#10 \u2013 Jangan Beri Duit Bila Suami Minta\n\nJangan biasa beri duit pada suami malas kerja begini dek kerana kasihan, maka anda sebenarnya yang bermasalah. Anda dulu yang perlu di ubah bukannya suami. Bila anda beri duit begini maka suami akan mula rasa suah tak perlu kerja lagi. Dan dia juga sudah tidak perlu risau pasal duit sebab anda selalu beri duit kepadanya.\n\nSebagai isteri anda perlu jadi lebih tegas. Anda kena tahu yang suami tidak berhak untuk meminta pendapatan gaji anda itu. Bukan anda yang perlu beri duit pada suami tetapi suami yang sepatutnya beri duit pada anda. Tolong jangan buka jalan untuk bikin suami jadi pemalas kerana nanti anda sendiri yang akan menerima padahnya. \n\nSuami Tidak Berkerja Dalam Pandangan Islam\n\nBaik kerja di rumah mahupun kerja untuk dapatkan rezeki. Suami\u00a0yang\u00a0malas\u00a0memang mempunyai pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukan\u00a0kerja. Jika memang sudah malas, ada saja alasan mereka untuk mengelakkan diri. Kalau nak tahu, menurut Islam adalah sangat berdosa jika suami malas kerja begini. \n\nMana boleh suami\u00a0tak\u00a0bekerja\u00a0dan isteri yang\u00a0keluar kerja untuk tanggung perbelanjaan keluarga. Tanggungjawab\u00a0suami\u00a0menafkahi isteri ini disebut\u00a0dalam\u00a0al-Quran.\n\nDaripada Jabir RA, bahawa Rasulullah \ufdfa:\n\n\u0627\u0628\u0652\u062f\u064e\u0623\u0652 \u0628\u0650\u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u0643\u064e \u0641\u064e\u062a\u064e\u0635\u064e\u062f\u064e\u0651\u0642\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0641\u064e\u0636\u064e\u0644\u064e \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064c \u0641\u064e\u0644\u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u0643\u064e \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0641\u064e\u0636\u064e\u0644\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u0643\u064e \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064c \u0641\u064e\u0644\u0650\u0630\u0650\u064a \u0642\u064e\u0631\u064e\u0627\u0628\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0641\u064e\u0636\u064e\u0644\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0630\u0650\u064a \u0642\u064e\u0631\u064e\u0627\u0628\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064c \u0641\u064e\u0647\u064e\u0643\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064e\u0643\u064e\u0630\u064e\u0627\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cMulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.\u201d Riwayat al-Bukhari (6763) dan Muslim (997)\n\nAnda Stress Dengan Sikap Suami Yang Pemalas? Segera Dapatkan Bantuan Dari Pihak Ke-Tiga\n\n Aduan berkaitan suami malas\u00a0ini boleh dilakukan di pejabat agama. Malah memang ada pun kes begini yang dilaporkan. Sememangnya kes begini memang agak keterlaluan. \n\nWalau nampak rumit tapi masalah\u00a0ini masih boleh cuba di atasi. Ubahlah cara\u00a0anda untuk berhadapan dengan\u00a0suami\u00a0yang\u00a0malas ini. Dan jangan pula anda lupa yang sikap suami\u00a0menjadi\u00a0malas\u00a0ini boleh berpunca dari sikap isteri itu sendiri. Baca juga petua suami isteri romantik macam pasangan bercinta dan doa mudah dapat kerja untuk golongan job hunting."
"Pernah beberapa tahun lepas saya bersembang dengan seorang kenalan, ketika itu saya baru sahaja melahirkan anak sulung. Kami berkahwin pada tahun yang sama namun dia masih belum direzekikan dengan zuriat. Alhamdulillah mereka pasangan yang sangat sabar.\n\nIbu mertuanya berkali-kali menyuruhnya berubat, berurut, mengambil jamu dan bermacam lagi ikhtiar yang lain sedangkan beliau pada pandangan saya tidak mempunyai masalah kitaran haid atau masalah kesihatan yang lain (secara zahirnya).\n\nMerokok mampu mempengaruhi kesuburan lelaki. [acneeinstein]\n\nTapi pada masa yang sama saya lihat pula suaminya, badan yang kurus kering, bibir yang hitam legam dan berbatang-batang rokok dihisap satu demi satu sepanjang kami menziarahi mereka.\n\nTerdetik di hati saya ketika itu, apakah mungkin masalahnya pada si suami. Cepat-cepat saya beristighfar semoga Allah s.w.t lindungi kita semua dari bersikap menghakimi.\n\nSaya tidaklah mengatakan puncanya pasti daripada suami. Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita berikhtiar. Tapi dalam kes seperti ini bukan sahaja isteri, bahkan suami juga perlu usaha menperbaiki taraf kesihatan diri.\n\nTahukah anda apa yang boleh berlaku pada sistem reproduksi seorang lelaki perokok tegar?\n\n#1 Jumlah air mani dan bilangan sperma berkurang.\n#2 Kelajuan dan keaktifan sperma berkurang \u2013 sperma menjadi lembab.\n#3 Kecacatan sperma bertambah, termasuk insiden \u2018coiled sperm\u2019 (\u2018ekor\u2019 sperma tersimpul antara satu sama lain) dan bermacam kecacatan lain.\n#4 Kerosakan DNA pada sperma sehingga menghalang proses persenyawaan.\n#5 Racun termasuk nikotin dalam rokok menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang sehingga penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.\n#6 Bahan kimia dalam rokok mengurangkan nutrien penting dalam air mani termasuk ascorbic acid, zinc, kuprum, superoxide dismutase dan lain-lain.\n\nJemput baca lain-lain kesan merokok pada sistem reproduksi lelaki/wanita di sini ScienceDirect.\n\nMungkin ada yang berkata, suami saya kuat merokok, tapi kami sudah ada 8 anak! Jawab saya Alhamdulillah, antara cara kalian bersyukur dan menghargai nikmat kurniaan Allah adalah dengan menjaga kesihatan dan amanah tubuh badan yang Tuhan berikan.\n\nSiapa yang ada suami yang serius mahu berhenti merokok, boleh menghubungi saya. Saya bukanlah pakar, tapi saya boleh berikan cadangan yang mungkin boleh membantu.\n\nSebenarnya kunci terpenting untuk berhenti merokok adalah iman dan ketaatan kepada Allah (kerana Allah melarang hambaNya memudaratkan diri), serta kemahuan yang kuat.\n\nSama-sama kita doakan sahabat saya dan semua pasangan yang inginkan cahayamata dikurniakan zuriat yang diidamkan."
"Cuti sekolah merupakan musim anak-anak bersunat. Tak kisah sama ada ibu bapa memilih untuk menyunatkan anak dengan cara tradisional menggunakan khidmat tok mudim atau memilih bersunat dengan cara moden di klinik, apa yang paling penting adalah penjagaan semasa luka masih belum kering. Penjagaan yang baik akan menjamin luka cepat kering dan membolehkan anak anda aktif semula seperti biasa dalam tempoh yang singkat.\n\nDi antara aspek utama yang perlu dititikberatkan semasa menjaga anak yang baru bersunat ialah dari segi pemakanan. Di samping itu anda juga boleh amalkan beberapa tips supaya luka cepat kering. Istimewa untuk anda ibu bapa yang prihatin, hari ini kami akan kongsikan info tentang makanan terbaik untuk anak bersunat dan tips luka cepat sembuh.\n\nBagi memastikan luka sunat anak lelaki anda cepat kering, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan:\n\nApa yang perlu dilakukan jika kemaluan menjadi bengkak atau bentan?\n\nBengkak pada alat sulit selepas disunat bukanlah sesuatu yang normal. Ia mungkin petanda bahawa berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Bawa anak anda ke klinik dengan segera sekiranya ada symptom yang berikut:\n\nAmalan memakaikan anak dengan kain pelikat yang diikat semasa berpantang selepas bersunat adalah satu teknik agar luka cepat kering yang bagus. Dengan cara ini alat sulit akan sentiasa bebas dan mendapat pengudaraan yang baik. Jika anak anda memakai seluar, dikhuatiri fabric akan melekat pada luka lalu menyebabkan melecet dan pengudaraannya juga tidak begitu baik.\n\nPastinya anda tertanya-tanya apakah menu yang sesuai untuk disediakan kepada anak sepanjang tempoh berpantang. Di antara menu yang boleh anda pilih ialah makanan yang dipanggang, dikukus, dan grill. Sup juga boleh menjadi menu yang terbaik buat anak anda. Berikut adalah cadangan menu untuk anak baru berunat yang boleh anda sediakan.\n\nItulah dia info tentang makanan untuk orang bersunat dan tips luka cepat sembuh yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel kami tentang punca luka diabetis lambat sembuh dan khasiat ikan haruan"
"Jerawat pasir banyak tumbuh di kawasan sekitar dahi dan pipi. Pembentukannya yang banyak membuatkan kulit kita kelihatan kasar. Mari ketahui punca jerawat pasir di dahi dan pipi supaya langkah pencegahan dan rawatan seterusnya boleh diambil.\n\nDari segi perubatan dermatologi kulit, jerawat pasir merupakan satu keadaan liang pori yang tersumbat lalu mengumpul sisa kulit mati yang berada di permukaan tersebut.\n\nKebiasaannya, jerawat pasir akan tumbuh secara berkelompok dalam keadaan kulit yang berminyak. Berbeza dengan jerawat biasa yang tumbuh secara rawak, jerawat pasir banyak tumbuh di sekitar pipi dan dahi yang mengandungi permukaan pori yang luas.\n\nIndividu yang mengalami jerawat pasir kurang merasa sakit atau pedih berbanding jerawat biasa. Hal ini demikian kerana jerawat pasir hanyalah pengumpulan sel kulit mati pada kawasan kulit. Terdapat juga kes tertentu apabila berlakunya jangkitan bakteria yang menyebabkan jerawat pasir mula mengalami keradangan atau mengandungi sedikit nanah.\n\nSebelum anda mencuba produk di pasaran yang boleh menelan kos yang tinggi, ayuh ketahui punca jerawat pasir untuk memastikan ikhtiar anda berkesan dengan mengubah gaya hidup yang sepatutnya.\n\nBerikut merupakan senarai punca jerawat pasir sebagaimana yang dikenal pasti berdasarkan ulasan kertas kajian penyelidik bersama Nottingham, Norway dan Amerika Syarikat mengenai masalah kulit jerawat.\n\n1. Tidak Membersihkan Mencuci Muka dengan Kerap atau Betul\n\nFaktor utama pembentukan jerawat pasir adalah apabila liang pori mula tersumbat dengan sel mati dan keratin yang terdapat di permukaan kulit. Sepatutnya, sel kulit mati ini jika dibersihkan dengan baik, tidak akan terkumpul dan menjadikan kulit tersumbat.\n\nKulit muka yang berminyak juga akan menyebabkan pengumpulan sel kulit mati yang banyak terutamanya di zon T iaitu dahi dan hidung.\n\nKurang membersihkan dan mencuci muka menyebabkan kulit semakin berminyak dengan penghasilan sebum yang makin bertambah dan tidak disingkirkan.\n\nPenggunaan air sahaja untuk mencuci muka adalah tidak memadai kerana sifat air yang tidak boleh menanggalkan kotoran berminyak.\n\n2. Diet Pemakanan Manis dan Berlemak\n\nBak kata pepatah bahasa Inggeris, \u201cYou are what you eat!\u201d\n\nPengambilan makanan berlemak seperti makanan segera, makanan bergoreng dan daging akan meningkatkan kandungan lemak dalam badan.\n\nHal ini turut mempengaruhi keadaan kulit yang akan menjadi semakin berminyak.\n\nSementara itu, makanan tinggi gula seperti sumber karbohidrat (tepung, roti, nasi), manisan (ais krim, gula-gula, kuih-muih) dan minuman berkarbonat akan meningkatkan kadar gula dalam darah.\n\nRespon tubuh ialah dengan merembeskan hormon insulin untuk menukarkan gula ini menjadi sebatian yang lebih ringkas dan disimpan sebagai sumber tenaga.\n\nAktiviti insulin yang tinggi ini mengundang masalah pembentukan jerawat, tidak kiralah jerawat biasa mahupun jerawat pasir. Penghasilan sebum akan meningkat seiring dengan peningkatan kandungan insulin dan aktiviti penukaran gula dalam darah.\n\nPendedahan kepada cuaca panas akan menyebabkan kulit berpeluh dengan suhu yang panas. Lebih-lebih lagi kita yang berada di Malaysia yang mempunyai suhu yang panas dan lembap sepanjang tahun.\n\nApabila berpeluh, liang pori akan terbuka untuk mengeluarkan cecair peluh tersebut yang biasanya banyak di kawasan dahi dan hidung.\n\nKesan daripada penghasilan peluh yang banyak ini, bakteria boleh menggunakannya sebagai komponen air bagi mereka membiak dan hidup.Ditambah dengan jangkitan bakteria bersama liang pori yang tersumbat, masalah jerawat pasir akan menjadi lebih teruk terutamanya di kawasan dahi.\n\nBerbeza dengan jerawat pasir yang tumbuh di permukaan kulit akibat liang pori yang tersumbat, blackhead dan whitehead merupakan bahan yang tersumbat di dalam liang pori.\n\nPembentukannya disebabkan pengumpulan sebum, kotoran dan sel kulit mati. Pada liang pori yang tersumbat oleh blackhead dan whitehead inilah jerawat pasir boleh muncul.\n\nTerutamanya, mereka yang suka memicit keluar blackhead dan whitehead ini. Liang pori yang telah dipicit keluar akan mengundang lebih banyak lagi pembentukan jerawat pasir yang baru jika tidak dibersihkan dengan produk yang sesuai.\n\nAir merupakan komponen yang penting bagi mana-mana sistem fisiologi tubuh. Di samping menghidratkan tubuh, air berperanan menyingkirkan toksik dalam badan secara semula jadi melalui proses perkumuhan.\n\nKeadaan kulit kering atau berminyak sering dikaitkan dengan kekurangan air dalam tubuh. Apabila seseorang kurang mendapatkan air yang disarankan iaitu minimum 8 gelas sehari, antara kesan yang boleh dilihat ialah masalah kulit wajah.\n\nKulit yang kekurangan air akan mengganggu sistem fisiologi dan pemulihan sel. Dengan kulit yang lembab sebenarnya boleh mengurangkan masalah kulit berminyak antara punca jerawat pasir.\n\n6. Persekitaran yang Kotor Tak Hygienic\u00a0\n\nJangkitan bakteria dan pengumpulan kotoran boleh hinggap di muka anda jika anda dikelilingi oleh persekitaran atau rutin harian yang kotor.\n\nAntara contoh persekitaran yang kotor menjadi punca jerawat pasir adalah seperti berikut:\n\nRingkasnya, antara punca jerawat pasir ialah tidak membersihkan muka dengan betul, diet pemakanan yang tinggi gula dan lemak, cuaca panas persekitaran, memicit blackhead dan whitehead,\u00a0kurang minum air yang menyebabkan dehidrasi dan persekitaran yang tidak\u00a0hygienic.\n\nJerawat pasir yang merupakan masalah kulit ini boleh menjejaskan keyakinan diri untuk tampil di khalayak ramai. Oleh sebab itu, usaha mengubah gaya hidup seperti diet makanan, amalan kebersihan dan persekitaran perlulah dijaga dengan baik.\n\nDi samping itu, jika anda ingin menggunakan produk penjagaan wajah di pasaran, pastikan produk tersebut selamat dan berkualiti tinggi. Jemput juga baca artikel tentang jerawat di dagu,\u00a0 punca jerawat lelaki dan makanan punca jerawat"
"Perempuan dan\u00a0shopping\u00a0memang tak dapat dipisahkan dan tabiat perempuan atau wanita membeli-belah ini juga agak berbeza dengan lelaki. Contohnya wanita sanggup habiskan masa berjam-jam untuk aktiviti window shopping sedangkan lelaki lebih gemar cepat beli dan segera balik! Mengapa perempuan suka ambil masa lama ketika shopping ni? \n\nWalaupun shopping merupakan perkataan yang sukar dipisahkan dengan perempuan, tetapi shopping juga merupakan salah satu perkataan yang disukai oleh kaum lelaki. Cuma tabiat ketika berbelanja saja yang menjadi perbezaan. Perbezaan paling ketara untuk Lelaki dan perempuan ketika berbelanja adalah cara dan sikap mereka ketika membeli sesuatu.\n\nPerempuan Memang Suka Ambil Masa Lama Ketika Shopping\n\nPerbezaan tabiat lelaki perempuan ketik berbelanja ini ada banyak dan di sini akan dikongsikan sebahagian daripadanya untuk bacaan kita bersama. Antara perbezaan tabiat lelaki perempuan ketika berbelanja itu adalah pada tahap penggunaan Masa.\n\nKebanyakan lelaki hanya mengambil masa yang singkat untuk membeli sesuatu barang. Ianya ternyata berbeza dengan perempuan yang sering memerlukan masa lama ketika hendak membeli sesuatu barang. Kenapa perempuan boleh ambil masa yang lama untuk shopping? Ini jawapannya. \n\n#1- Perempuan Suka Cuba Produk Terbaru Yang Ada Di Pasaran \n\nPerempuan selalu suka mencuba produk yang paling hangat dan hot. Disebabkan itu, mereka akan meneliti setiap satu product tersebut sebelum membelinya. Mereka akan meneliti dan membuat perbezaan antara kualiti dan hasil reka cipta barang product A & B sebelum mereka membuat keputusan untuk membayarnya. \n\n#2 \u2013 Lelaki Akan Terus Beli Produk Yang Sudah Biasa Digunakan\n\nBerbeza dengan kaum lelaki, mereka akan menggunakan produk yang mereka sesuai atau suka sahaja. Selepas itu,\u00a0 mereka akan menggunakan produk tersebut tanpa mencuba produk yang lain. Ketidakberanian seseorang lelaki itu telah menjadikan mereka mampu berbelanja dalam masa yang singkat berbanding perempuan.\n\n#3 \u2013 Perempuan Sangat Cerewet Ketika Membeli Belah \n\nPerempuan merupakan seorang insan yang sangat cerewet dalam membuat sesuatu pemilihan barang. Lagi-lagi jika berkaitan dengan pemilihan pakaian, tudung, kasut dan beg tangan.\n\nPemilihan pakaian dan tudung harus sesuai dengan warna. Pemilihan kasut dan beg tangan pula mestikan yang mudah disesuaikan dengan apa jua acara. Disebabkan oleh itu, mereka menjadi cerewet dan secara tidak sengaja menyebabkan masa ketika shopping menjadi sangat panjang.\n\n#4 \u2013 Perempuan Lebih Pentingkan Rupa Barang Dari Kualiti\n\nKetika shopping, perempuan lebih utamakan rupa barangan tersebut berbanding kualiti. Manakala si lelaki pula lebih pentingkan kualiti berbanding dengan rupa bentuk. Lelaki akan membeli barangan yang selesa, berkualiti dan tahan\u00a0lama walaupun warna barang tersebut kurang cantik di mata mereka. \n\nMengapa Perempuan Sanggup Habiskan Masa Yang Lama Untuk Shopping?\n\nInsan yang bernama wanita mahu terlihat cantik dan menawan ketika menyarungkan sesuatu pakaian tersebut. Oleh itu, pemilihan pakaian dan tudung amatlah dititikberatkan oleh kaum perempuan. Bagi mereka setiap apa yang mereka pakai haruslah bersesuaian dengan keadaan dan masanya. Pakaian yang digunakan adalah image yang penting bagi mereka.\n\nManakala kaum lelaki pula pada kebiasaanya telah mempunyai senarai barang keperluan yang ingin dibeli. Kaum lelaki ini ketika ingin membeli belah akan terus saja mencari barang yang berada di dalam senarainya. Kam lelaki sama sekali tidak peduli mana tentang produk terbaru di pasaran. Sekadar melihat barang-barang lain sekali imbas saja mungkin. \n\n3 Kelebihan Window Shopping Yang Disedari Oleh Perempuan\n\nRamai lelaki akan bermasam muka bila isteri atau kekasih shopping lama-lama. Kalau boleh nak terus tarik tangan si\u00a0perempuan\u00a0ni dari terus berlama-lama di situ. Sebab\u00a0kenapa\u00a0benda ini berlaku adalah kerana si lelaki kurang faham mengapa perempuan suka window shopping sebelum membuat apa-apa pembelian. \n\nAntara kelebihan window shopping yang lelaki tidak sedari adalah :\n\n#1 \u2013 Window shopping dapat bantu kita untuk melihat pelbagai barangan sebelum membuat pembayaran. \n\n#2 \u2013 Window shopping ini dapat bantu membezakan harga sesuatu barang yang diingini dari satu kedai dengan satu kedai yang lain.\n\n#3 \u2013 Window shopping dapat memberitahu di mana ada jualan dengan potongan harga pada waktu tersebut. \n\nTak Nak Perempuan Suka Shopping Lama? Cadangkan Mereka Untuk Beli Secara Online\n\nKenapa\u00a0kalau\u00a0perempuan shopping\u00a0mesti\u00a0lama? Sekarang anda sudah tahu akan jawapannya. Jika malas nak teman cadangkan saja mereka untuk shopping secara atas talian. Dengan cara ini dapat jimatkan masa dari perlu keluar ke mana-mana lokasi. \n\nBerbelanja di atas talian kini sudah menjadi salah satu trend di Malaysia mahupun luar negara. Justeru itu, berbelanja di atas Italian amat digemari oleh lelaki mahupun perempuan dek kerana perbezaan shopping yang telah diterangkan tadi.\n\nWalaubagaimanapun, fokus mereka terhadap pembelian di atas talian adalah berbeza. Kebanyakkan lelaki lebih fokus membeli gadjet dan aksesori kenderaan manakala perempuan pula lebih gemar membeli pakaian, tudung, periuk dan keperluan rumah dan sebagainya. \n\nBiar Berbeza Trend Shopping Asalkan Jangan Sampai Bergaduh\n\nTidak kisah ini beli di atas talian atau sebaliknya. Itu semua adalah hak individu. Yang penting ikut kehendak masing-masing. Si perempuan pun, kalau dah suami sibuk tak usahlah ganggu. Buat saja pembelian di atas talian yang lebih mudah dan menjimatkan masa. \n\nJangan juga terlalu sibuk shopping hingga tahap membazir. Wang yang ada perlu juga disimpan untuk kegunaan masa depan dan jika nak window shopping sekalipun janganlah terlalu mengikut nafsu sehingga suami di sisi rasa menyampah."
"Sementara tunggu petang mari kita buat kuih kapit. Kuih kapit senang dan cepat dengan menggunakan alat egg roll toaster.\n\nKuih kapit ramai dicari pada hari Raya. Berbalang-balang dihidangkan di atas meja, tetamu amat menyukainya.\n\nKuih kapit merupakan kuih tradisi sejak dulu. Namun begitu kemenarikkannya tidak pernah punah. Ramai mak-mak yang sentiasa mengkekalkan tradisi kuih kapit pada hari Raya.\n\nLieniey Merlin\u200e berkongsikan resepi kuih kapit di laman Facebook. Tambahan pula ia juga menggunakan alat elektrik. Semua resepi disediakan dalam langkah mudah di bawah ini.\n\nNote : Alat elektrik yang digunakan.\n\nSelain resepi kuih kapit, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Orang perempuan memang mementingkan kecantikan. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, kalau boleh semuanya nak nampak cantik dan sempurna. Walau pun tumit jarang dilihat orang, namun kecantikan tumit juga bukannya sesuatu yang diambil ringan. Sakit sungguh hati bila tengok tumit yang dulunya cantik dan merah jambu kini dan mula merekah.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info menarik tentang punca dan petua tumit merekah yang anda wajib tahu. Elakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan tumit anda merekah dan amalkan petua untuk menghilangkan tumit merekah yang akan kami kongsikan sekejap lagi. Semoga bermanfat!\n\nPastinya anda pelik kenapa tumit yang dulunya lembut, halus, dan licin tiba-tiba menjadi kering dan merekah. Malah jika anda biarkan, tumit yang merekah akan menjadi semakin teruk malah boleh mula menjadi luka dan berdarah. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca kenapa tumit anda merekah. Di antaranya ialah:\n\nApakah petua tumit merekah yang anda boleh cuba?\n\nSekarang pastinya anda tak sabar untuk tahu apakah petua hilangkan tumit merekah yang ingin kami kongsikan. Jika anda nak sangat hilangkan masalah tumit merekah yang sedang dialami, jom amalkan petua berikut:\n\nMinyak argan sememangnya terkenal sebagai minyak kecantikan dengan 1001 kegunaan. Tahukah anda bahawa minyak argan juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit merekah. Anda boleh sapukan minyak argan ke kedua-dua tumit dan gosok sehingga minyak argan meresap ke dalam kulit. Sapukan dua kali sehari selepas anda mandi pada waktu pagi dan malam.\n\nSelain minyak argan, aloe vera juga merupakan tumbuhan hijau yang sangat berguna untuk kecantikan. Itulah sebabnya kenapa setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya sepasu pokok aloe vera memandangkan lendir aloe vera boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuklah mengatasi luka terbakar, menghilangkan sunburn, mencantikkan kulit, dan mengatasi masalah tumit merekah. Untuk menghilangkan tumit merekah, apa yang anda perlu lakukan ialah:\n\n3. Pakai alas kaki semasa berada di dalam rumah\n\nSeperti yang kami nyatakan di atas, salah satu punca tumit merekah ialah kurangnya air di dalam badan. Oleh itu, jika anda inginkan tumit yang lembut dan cantik, pastikan anda minum air kosong secukupnya setiap hari agar kulit tidak menjadi kering.\n\n4. Gosok kaki dengan pumice stone\n\nSalah satu petua untuk mengatasi masalah kulit merekah ialah dengan merajinkan diri untuk menggosok tumit dengan pumice stone. Pumice stone adalah batu yang digunakan untuk menggosok tumit kaki bagi membuang kulit yang kering. Apabila kulit kering dibuang, ia akan digantikan dengan kulit baru yang cantik dan licin. Anda boleh membeli pumice stone di kedai-kedai seperti Daiso, Kaison, Body shop, dan sebagainya. Langkah untuk menggunakan pumice stone adalah seperti berikut:\n\nItulah dia info tentang tips tumit merekah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang\u00a0petua awet muda, dan petua ruam bayi."
"Sebagai seorang muslim yang mampu, menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah satu keindahan yang tidak terucap. Kejayaan berada di tanah tempat Rasulullah SAW pernah berpijak ternyata satu pengalaman yang amat mengujakan. \n\nTambahan pula di tanah suci inilah terletaknya Kaabah yang menjadi arah tuju solat selama ini.\n\n\u201cOrang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah SWT, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah SWT perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah SWT ampunkan mereka\u201d. \u2013 (Riwayat al-Nasa\u2019iy dan Ibnu Majah).\n\n\u201cDi antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tidak balasan bagi haji mabrur melainkan syurga\u201d. \u2013\u00a0(Riwayat Bukhari dan Muslim)\n\nRasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada\u2019 di Mekah dengan maksudnya:\n\n\u201cPara jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipat gandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham.\u201d \u2013\u00a0(Al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)\n\n5 Tips Bagi Mendapatkan Umrah Mabrur Ketika Di Tanah Suci\n\nBagaimana untuk mendapatkan umrah yang mabrur? Soal penerimaan urusan umrah anda itu hanya Allah SWT yang tahu. Namun jika ditanya apakah tips yang boleh membantu bagi mendapatkan umrah yang mabrur, maka inilah serba sedikit langkah yang perlu anda ketahui agar dapat menyiapkan diri untuk berusaha sedaya upaya bagi mendapatkan hasil umrah yang terbaik. \n\n#1 \u2013 Sediakan pakaian yang sesuai dan selesa\n\nBagi perjalanan umrah, perkara penting yang perlu diingat ialah pakaian yang dipakai sepanjang perjalanan merupakan kain ihram bagi lelaki manakala wanita berpakaian menutup aurat (biasanya memakai telekung dan berjubah). \n\nSemua umat Islam yang bakal menunaikan umrah dinasihatkan agar berniat serta digalakkan untuk terus berpakaian umrah supaya tidak tergesa-gesa untuk miqat setibanya di tanah suci nanti. \n\n#2 \u2013 Peka dengan keadaan sekeliling semasa sedang beribadah\n\nBagi anda yang baru pertama kali mengerjakan umrah, anda dinasihatkan agar mengikuti mutawif anda dengan rapat. Anda juga perlu mengetahui lokasi penginapan dan membawa buku panduan umrah bersama sepanjang masa. Ini bagi mengelakkan masalah tersesat dan sebagainya.\n\n#3 \u2013 Usaha untuk khusyuk ketika solat\n\nGunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Cuba sedaya upaya untuk khusyuk dalam solat. Peluang anda untuk bersolat di Masjidil Haram sangat besar. Mereka yang bersembahyang di dalam Masjidil Haram ini akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:\n\n\u201cTidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Makkah), dan masjid Rasulullah (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis).\u201dHadis riwayat Bukhari\n\n#4 \u2013 Sentiasa bersedia dengan produk sesuai\n\nBerada di Tanah Suci dengan cuaca yang berbeza di negara sendiri memang sangat mencabar. Tenaga yang banyak diperlukan dan tumpuan dalam melakukan ibadah tidak boleh terjejas. \n\nKerana itu anda perlu membawa sekali produk yang sesuai untuk penjagaan kulit dan tubuh. Namun pastikan produk tersebut 100% halal tanpa was-was untuk di bawa beridabah. \n\n#5 \u2013 Jaga perilaku dan adab dengan baik\n\nTidak hanya perlu menjaga kesihatan fizikal supaya sentiasa di dalam keadaan baik, anda juga perlu menjaga perilaku dan tutur kata agar tidak tersalah laku dan perkataan. Anda wajib sentiasa ingat yang tanah tempat anda berpijak ketika itu adalah tanah suci Mekah yang sangat hampir dengan Allah SWT.\n\nUtamakan Persiapan Diri Untuk Urusan Menunaikan Umrah\n\nYang penting, sebelum bertolak ke Tanah Suci anda terlebih dahulu perlu menyiapkan diri dengan sebaik mungkin dari segi fizikal dan mental. Malah anda juga perlu pastikan semuanya dalam keadaan yang baik dan sempurna agar urusan umrah anda nanti dipermudahkan.\n\nAntara persiapan diri yang perlu diberi perhatian untuk urusan menunaikan umrah adalah:\n\nSemoga Memperoleh Umrah Mabrur Untuk Para Jemaah\n\n Pengalaman sepanjang di Tanah Suci semestinya tidak patut dipersiakan. Sambil mengenang segala susah payah Nabi SAW dalam memperjuangkan Islam tercinta, para jemaah juga perlu berusaha untuk mengerjakan ibadah umrah dengan habis baik bagi mendapatkan umrah yang mabrur. \n\nAnda adalah insan pilihan Allah SWT untuk menjadi tetamu teristimewa maka gunakanlah dengan penuh rasa syukur sebagai tanda seorang hambaNya."
"Hari ini izinkan Ibu menyentuh satu topik yang agak berat. Ibu berharap semua yang membaca melihatnya dari sudut positif, bukan untuk menghina sesiapa dan tidak meninggalkan komen yang kasar kepada personaliti yang akan Ibu sentuh ini.\n\nCukup sekadar kita mendapat ilmu, mencari jalan penyelesaian dan mengambil contoh kesilapan orang ini sebagai pengajaran.\n\nBeberapa kali Ibu ditanya akan soalan yang lebih kurang sama. Apa yang terbaik untuk dilakukan bila tahu pasangan saya curang lebih dari sekali?\n\nAda yang curang semasa setiap kali isteri mengandung. Ada yang curang berkali-kali dengan rakan sepejabat. Ada yang curang dan sudah berjanji bersungguh-sungguh dengan airmata dan melutut tidak akan melakukan lagi, namun tetap mengulangi perbuatan itu.\n\nSoalan yang Ibu terima, apakah perkara yang patut isteri atau suami yang malang itu lakukan? Terima atau bercerai?\n\nSebenarnya perkara ini sangat berat untuk diberi jawapan untuk semua yang bertanya kerana setiap pasangan adalah unik.\n\nPerbicaraan Ibu ini BUKAN untuk menghentam para suami di sini. Kerana bukan lelaki sahaja yang curang. Kerana kecurangan ini adalah mainan syaitan dan dia akan memasukkan jarumnya kepada lelaki atau wanita.\n\nBanyak pasangan yang jujur dan menjaga perkahwinan dengan baik. Oleh itu, bagi semua yang demikian, Ibu dulukan ucapan ribuan terima kasih kerana menjadi contoh yang baik kepada anak-anak anda dan masyarakat amnya.\n\nKembali kepada soalan yang ditanya. Jawapan Ibu ialah bertanyalah kepada yang paling tahu. Iaitu Tuhan yang Maha Mengetahui samada patut atau tidak anda terus di dalam perkahwinan itu. Allah akan menjawab doa anda.\n\n#2 Fahamilah Apa Yang Menyebabkan Pasangan Anda Itu Suka Curang\n\nApakah yang dicarinya? Adakah dia mencari kemesraan yang mungkin dia tidak dapat selepas berkahwin? Kerana ada setengah orang lelaki dan wanita, mereka memang suka dalam keadaan \u2018in-love\u2019 iaitu bercinta dan angau. Ia menjadi ketagihan kepada mereka dan mereka sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.\n\nNasihat Ibu pada lelaki dan wanita yang sebegini, dapatkan bantuan professional kerana ketagihan ini boleh diatasi dengan terapi yang betul. Itu hanya satu ketagihan.\n\nDalam masa yang sama, bersamalah dengan pasangan anda yang halal untuk mewujudkan situasi dan suasana \u2018jatuh cinta\u2019 itu di dalam pertalian anda. Sangat indah, sebenarnya.\n\nNamun, kerana kita tidak tahu, maka pergaulan suami-isteri hanya menjadi pergaulan mengenai tanggung-jawab dan tidak lebih dari itu. Itulah yang membosankan dan menyebabkan ada yang mahu bercinta di luar kerana itu dirasai sebagai escapism.\n\nSetiap kali bersolat, minta kepada Allah agar perasaan kasih dan sayang kepada pasangan ditebalkan dan dilimpahkan rahmah ke atas rumah-tangga anda.\n\nLakukan usaha untuk memadu kasih. Walaupun anak berceniap (ramai), susun dan rancang \u2018dating\u2019 nite dengan pasangan. Bina kemesraan.\n\nPara isteri, hendaklah berhenti suka bercakap dan mengata perkataan seperti ini,\n\n\u201cabang jangan nak miang dengan orang lain\u201d\n\nini sebenarnya menjadi doa yang tidak dilafazkan tetapi sangat kuat kuasanya untuk termanifestasi. Jangan suka risau. Jangan suka melayan perasaan dengan drama-drama TV yang sedemikian.\n\nMalah kedua-dua suami isteri senantiasa membayangkan bersama-sama, keindahan pertalian anda. wujudkan masa ini di dalam kesibukan seharian.\n\nBanyak berdoa agar pasangan kita dilindungi dari syaitan yang senantiasa mahukan keruntuhan perkahwinan dengan menggoda untuk jadi tergoda dengan orang lain. Maka seringlah kita berdoa untuk pasangan kita dan diri kita sendiri.\n\nDi dalam buku \u2018 Think and Grow Rich\u2019 ada sebuah topik bertanjuk, \u201d Sex Transmutation\u201d. Di dalamnya membincangkan bahawa tenaga seks yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tenaga yang sangat kuat (desire), yang bila digunakan dan disalurkan secara halal dan baik akan melonjakkan sesaorang itu ke arah kejayaan.\n\nDi dalam topik itu juga Napoleon Hills juga mengatakan, di dalam hidup seorang lelaki/wanita dia akan berjumpa dengan seorang wanita/lelaki yang akan membantu dia untuk bangun dan mencapai kejayaan yang sangat besar, dan dia juga mungkin akan berjumpa dengan seorang wanita/lelaki yang boleh meruntuhkan semua itu.\n\nSebagai seorang wanita terutama yang beragama Islam, kebanyakannya memang akan sangat terhiris bila suami curang. Bukan kerana menentang poligami, tetapi kerana penipuan suami. PENGKHIANATAN.\n\nSebagai seorang lelaki, penipuan seorang isteri adalah tamparan yang sangat hebat dan meruntun jiwa suami yang setia itu.\n\nBagi yang mungkin telah masuk perangkap, lelaki atau perempuan, tanyalah soalan-soalan ini seikhlasnya kepada diri:-\n\nMohon doa dengan bersungguh-sungguh untuk keluar dari jerat percintaan itu. Keluar dan jangan jengok lagi dah.\n\nIbu mendoakan agar semua anda di sini yang mempunyai rumah-tangga, akan menjaga keharmonian rumah-tangga anda dan dapat mengalahkan hasutan syaitan untuk meruntuhkan rumah-tangga anda. Semoga rumah-tangga anda aman damai sehingga ke Jannah. Jagalah baik-baik.\n\nOleh itu jawapan Ibu kepada samada patut tak diberi peluang kepada pasangan yang curang itu? TANYALAH KEPADA TUHAN dan setelah mendapat jawapan yang jelas, LAKUKANLAH seperti yang diilhamkan"
"Jepun terkenal dengan sikap dan disiplin masyarakatnya yang sangat bagus. Sekalipun negara Jepun maju dan moden, tetapi anda pasti tidak sangka bahawa terdapat banyak tempat menarik di Jepun merupakan senibina antik yang sangat cantik dan mengkagumkan.\n\nPercaya atau tidak, kebanyakan pelancong yang bercuti di Jepun, sangat teruja untuk melihat sendiri ketinggian budi dan budaya masyarakat Jepun.\n\nSelain itu, mereka juga ingin melihat bagaimana kemodenan masih boleh mengekalkan ciri budaya asli masyarakat Jepun yang unik. Cukup dengan 2 tempat iaitu Tokyo dan Kyoto, anda boleh melihat dan belajar tentang budaya Jepun dengan lebih dekat.\n\nShinjuku Gyoen National Park antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat 3 konsep taman yang berbeza iaitu French Garden, English Garden dan Japan Garden. Taman ini siap dibina pada tahun 1906, iaitu pada era Meiji.\n\nKecantikan taman ini semakin menyerlah pada bulan April kerana dapat menikmati keindahan bunga sakura yang mekar berkembang. Pada musim luruh pula, pokok-pokok ini akan berubah warna kepada kuning keemasan.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Selasa \u2013 Ahad (9.00pagi \u2013 4.00petang)\n\nLokasi: 11 Naitomachi, Shinjuku, Tokyo 160-0014, Japan\n\nSensoji Temple merupakan sebuah kuil Buddha yang terletak di Asakusa. Sensoji Temple adalah kuil tertua di Tokyo. Selepas anda memasuki pintu utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), anda akan melalui laluan yang penuh kedai cenderahati di kiri dan kanan anda. Laluan ini dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (5.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nLokasi: 2 Chome-3-1 Asakusa, Tait\u014d, Tokyo\n\nTokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh\u00a0Walt Disney. Taman tema ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Taman Tema Disneyland Tokyo tidak banyak beza dengan Taman Tema Disneyland di California, Florida dan Hong Kong. Tetapi, istimewanya di Tokyo, terdapat Disneysea iaitu taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut.\n\nLandskap di kedua-dua taman tema ini sangat comel dan menarik. Banyak aktiviti dan permainan yang anda boleh lakukan di sini. Sambil bermain, anda juga boleh bergambar sepuas hati di sini.\n\nWaktu Operasi: Berbeza-beza mengikut tarikh. Pastikan anda cek di lama web rasmi Diesneyland & Disneysea Tokyo sebelum berkunjung. (https://www.tokyodisneyresort.jp/en/tdr/calendar/)\n\nLokasi: 1-1 Maihama, Urayasu, Chiba Prefecture 279-0031\n\nBandar Shibuya terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia.\u00a0Ia dikenali sebagai Shibuya Crossing. Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya.\n\nSelain itu, terdapat sebuah tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat Jepun\u00a0iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama Hachiko ini setia menunggu tuannya pulang dari kerja di hadapan stesen keretapi Shibuya setiap hari. Walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia, Hachiko masih setia menunggu tuannya di stesen kereta api menunggu tuannya.\n\n5) Tokyo Camii & Turkish Culture Center\n\nMenurut sejarah, selepas bermulanya pemerintahan Soviet Rusia pada tahun 1917, segelintir komuniti Turki bermigrasi ke Tokyo. Komuniti Turki yang datang ke Jepun disambut baik oleh masyarakat dan banyak membantu mereka dari segi sosial dan ekonomi.\n\nPada tahun 1938,\u00a0Tokyo Camii\u00a0dibina dan dijadikan sebagai pusat aktiviti umat Islam. Reka bentuk masjid terbesar di Jepun ini cukup indah dengan seni binaan timur tengah.\n\nJika anda ingin mengetahui lebih banyak info tentang masyarakat Turki di Jepun, anda boleh singgah ke Turkish Cultural Centre yang terdapat di sini.\n\nMeiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Meiji Shrine adalah antara kuil yang paling popular di Jepun. Pada 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk menunaikan solat pertama (hatsumode). Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih\u00a0sebagai tempat untuk mengadakan\u00a0upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto.\n\nWalaupun Meiji Shrine terletak di tengah kesibukan kota Tokyo, tetapi kawasa kuil ini terpisah dengan kemodenan bandar Tokyo. Kuil ini masih tenang dan kaya dengan tumbuhan hijau semulajadi.\n\nWalaupun Tokyo sebuah bandar yang moden dan maju, tetapi masih ada kawasan yang dikekalkan ciri klasiknya. Anda boleh menyelami kehidupan masa lalu masyarakat Jepun yang juga digelar zaman Edo Jepun ini dengan melawati Asakusa.\n\nPekan Asakusa dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan antik, dari cenderamata hinggalah ke pakaian. Selain meriah dengan jualan barangan antik, Asakusa juga turut terkenal dengan pelbagai sambutan festival tahunan seperti festival yang sering diadakan pada setiap bulan Mei iaitu Festival Sanja.\n\nPahlawan Jepun terkenal dengan gelaran Samurai. Samurai idak lengkap tanpa pedang pahlawannya. Nak lihat pedang-pedang ini secara live, anda boleh melawat Samurai Museum yang terletak di Shinjuku-ku, Tokyo. Muzium ini terbahagi kepada dua bahagian, tingkat\u00a0bawah muzium ini terdapat kedai yang menjual cenderahati serta ruangan pameran perisai yang disusun mengikut zaman iaitu dari zaman Muromachi (1336-1573) hinggalah ke zaman Edo (1600-1868).\n\nDi tingkat pula terdapat pelbagai jenis pameran yang terdiri daripada pameran pedang samurai, helmet kabuto, perisai yoroi, senapang dan banyak lagi. Untuk pengalaman yang lebih menarik, anda boleh melihat demonstrasi pedang Samurai yang diadakan 4 kali sehari, mengikuti kelas kaligrafi, ataupun, anda boleh cuba memakai perisai Jepun. Pasti ia jadi pengalaman yang cukup rare bagi anda sepanjang bercuti di Tokyo.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10.30pagi \u2013 9.00malam)\n\nLokasi: 2-25-6 Kabukicho Shinjuku-ku, Tokyo 160-0021 Tokyo\n\nThe National Art Center keluasan 14,000 meter persegi.\u00a0The National Art Center Tokyo\u00a0merupakan tapak pameran yang terbesar di negara Jepun. Tema pameran di sini sentisa berubah-ubah. Oleh itu, bagi anda yang mencintai seni, sebelum melawat The National Art Center, pastikan anda cek di laman web rasmi untuk mengetahui leboh terperinci pameran yang sedang berlangsung.\n\nWaktu Operasi: Rabu \u2013 Isnin (10.00pagi \u2013 5.30petang)\n\nLokasi: 7 Chome-22-2 Roppongi, Minato, Tokyo\n\n10) Tokyo City View Observation Deck (Roppongi Hills)\n\nIngin melihat keindahan bandar Tokyo? Tokyo City View Observation Deck adalah tempatnya. Antara tarikkan utama di Roppongi ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.\n\nKalau anda mempunyai bajet yang lebih, anda bolehnaik terus ke Sky Deck untuk pemandangan langit malam yang dipenuhi bintang.\n\nWaktu Operasi: Ahad \u2013 Khamis (10.00pagi \u2013 11.00malam) | Jumaat & Sabtu (10.00pagi \u2013 1.00pagi)\n\nBayaran: 1800 Yen | Skydeck 500 Yen\n\nLokasi: 6 Chome-10-1 Roppongi, Minato, Tokyo\n\nArashiyama Bamboo Forest merupakan laluan yang dipenuhi dengan pokok buluh yang sangat cantik. Arashiyama Bamboo Forest ini asalnya dibina untuk kegunaan maharaja Jepun beristirehat. Ada bukit menghala ke arah sungai. Dari puncak bukit, anda akan dapat lihat air sungai itu kehijau-hijauan. Di dalam taman ini juga ada beberapa kuil yang digunakan untuk berdoa mahupun sembahyang.\n\nLokasi: Sagaogurayama Tabuchiyamacho, Ukyo-ku,\u00a0Ukyo, Kyoto\n\nKimono Forest menempatkan tiang berbentuk silinder berketinggian 2 meter yang di dalamnya diletakkan kain kimono yang pelbagai corak. Terdapat hampir 200 batang tiang dengan 32 corak kimono yang berbeza-beza. Idea menghiasi jalan ini dengan tiang berisi kimono ini sangat unik. Selain daripada menghidupkan kawasan stesen tram lama di sini, secara tidak langsung, Jepun memperkenalkan keunikan fabrik kimono mereka kepada para pelancong.\n\nLokasi: 35-16 Sagatenryuji Tsukurimichicho, Uky\u014d-ku, Kyoto\n\nInilah syurga bagi pencinta manga Jepun. Di sini, anda boleh baca komik Jepun sepuas hati. Muzium ini ibarat perpustakaan yang menyimpan koleksi komik Jepun dari tahun 1970-an hingga kini. Terdapat lebih 300 ribu komik Jepun yang anda boleh pilih untuk khatam. Bagi pencinta manga Jepun, sudah pasti seharian masa di sini tak cukup untuk anda habiskan.\n\nWaktu Operasi: Khamis \u2013 Selasa (10.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nMaksud Kiyomizudera adalah Tokong Air Jernih. Naman tokong ini diberi kerana ia terletak berdekatan dengan Air Terjun Otowa. Pada asalnya ia merupakan tokong agama Buddha yang tertua, Hisso yang dibina pada tahun 780M. Disebabkan senibina tokong ini yang antic, Tokong Kiyomizudera diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994.\n\nSelain daripada melihat senibina antic tokong ini, anda juga dapat menikmati pemandangan indah pokok sakura serta pokok maple di sini.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (6.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nLokasi: 294 Kiyomizu 1-chome, Higashiyama Ward, Kyoto\n\nKenapa jalan ini diberi nama Philospopher\u2019s Walk? Kerana, jalan ini dahulunya menjadi tempat seorang ahli falsafah yang terkenal Jepun, Nishida Kitaro bermeditasi setiap kali menuju ke Universiti Kyoto. Jalan sepanjang 2km ini dihiasi dengan pokok bunga sakura di kiri kanan jalan. Pemandangan di sini sangat cantik dan mendamaikan. Mungkin jika anda duduk bermeditasi di sini, anda juga boleh mendapat ilham dan idea yang hebat seperti ahli falsafah tersebut.\n\nLokasi: Sakyo-ku\u00a0|\u00a0between Ginkaku-ji and Nyakuoji-jinja,\u00a0Kyoto\n\nFushimi Inari-taisha Shrine\u00a0merupakan sebuah Tokong Shinto di selatan Kyoto. Tarikan utama tokong ini adalah gerbang torii yang mengelilingi ruangan pejalan kaki yang terletak di belakang bangunan utama tokong.\n\nLaluan yang dipenuhi dengan gerbang torii di kiri kanan jalan. Laluan ini akan membawa anda menuju ke Gunung Inari yang terletak 233 meter dari kawasan tokong. Setiap gerbang ini disumbangkan oleh pelbagai syarikat dan individu yang mana nama mereka diabadikan pada tiang-tiang gerbang.\n\nLokasi: 68 Fukakusa Yabunouchicho, Fushimi-ku, Kyoto\n\nArashiyama adalah tempat bersantai para bangsawan pada zaman kuno Jepun antara 794M hingga 1185M. Kawasan ini sangat cantic dipenuhi dnegan pokok bunga sakura yang menjadi bunga kebangsaan Negara Jepun.\n\nDi Arashiyama terdapat jambatan Togetsukyo yang terkenal dengan keindahan pokok bunga terutama pada musim luruh dan musim bunga. Pastikan anda bergambar di sini untuk kenang-kenangan anda.\n\nKatsura Imperial Villa merupakan sebuah taman yang sangat antik yang dibina pada tahun 1645. Dahulunya, ia merupakan tempat tinggal keluarga Katsura yang merupakan keturunan diraja Jepun. Kalau anda ingin melawat villa ini, anda perlu menempah lawatan di pejabat Imperial Household Agency yang terletak di sini, jangan lupa untuk membawa pasport anda sekali.\n\nWaktu Lawatan:\u00a0Isnin \u2013 Jumaat (8.45pagi \u2013 5.00petang)\n\nIstana ini dibina pada tahun 1603. Ia merupakan tempat tinggal\u00a0Tokugawa Ieyasu, seorang shogun pada zaman Edo (1603-1867). Istana ini diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1994. Istana lama ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, ruangan Honmaru yang merupakan bulatan pertahanan utama, ruangan Ninomaru bulatan pertahanan yang kedua dan bahagian yang terakhir adalah kawasan taman yang mengelilingi kedua-dua pertahanan ini.\n\nAnda dapat lihat bagaimana seni bina istana Kyoto pada zaman dahulu melalui Nijo Castle.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8.45pagi \u2013 5.00petang)\n\nLokasi: 541 Nijojocho, Nakagyo Ward, Kyoto\n\nGeisha adalah salah satu bidang pekerjaan bagi wanita yang sinonim dengan negara Jepun. Mereka ini adalah pelayan dan pekerjaannya dihormati dalam kalangan masyarakat Jepun.\u00a0Di daerah Gion, Kyoto, anda dapat melihat banyak kedai, restoran dan rumah teh Jepun yang menyediakan pelayan tradisional Jepun, Geisha.\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Jepun yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Biskut cornflakes coklat tampak susah untuk dibuat tapi sebetulnya resepi biskut ini sangat mudah dan senang. Hanya memerlukan 3 bahan sahaja. Dengan 3 bahan yang simple anda boleh menghasilkan biskut yang sedap dan menarik.\n\nCornflakes coklat biasanya disajikan sebagai camilan untuk keluarga. Biskut ini juga biasanya sangat terkenal pada hari raya dijadikan camilan untuk tetamu. Biskut coklat ini juga jadi favorit di kalangan kanak-kanak.\n\nOleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda resepi cornflakes coklat sedap yang dikongsikan oleh Min Hani di Facebook dengan cara penyediaan yang sangat mudah. Sila cuba resepi ini.\n\n1. Mula-mula cairkan coklat dan butter.\n2. Kemudian tuang coklat ke dalam cornflakes.\n3. Gaul rata .\n4. Masukkan dalam papercup.\n5. Akhir sekali, hias ikut citarasa masing-masing.\n6. Tunggu coklat keras baru masukkan ke dalam bekas.\n\nCornflakes coklat sudah siap. Sila menikmati.\n\nSelain resepi cornflakes coklat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pelbagai cara yang menarik boleh dilakukan untuk mengajar anak-anak kecil akan asas matematik dan sains. Hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang ada disekeliling kita, proses pembelajaran buat anak kecil pasti menyeronokkan. \n\nMari kita lihat 12 cara kreatif untuk belajar bersama anak-anak.\n\nCara terbaik untuk mengajar asas matematik kepada anak-anak ialah dengan memperkenalkan nilai sesuatu angka itu terlebih dahulu berbanding memperkenalkan simbol-simbol angka seperti 1, 2, 3 dan seterusnya. \n\nPerkara ini akan memudahkan proses mengira bagi anak-anak pada masa akan datang terutamatanya apabila melibatkan operasi tambah dan tolak.\n\nSeterusnya, proses mengenal simbol akan menjadi lebih mudah buat si anak kecil. Variasikan proses pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah yang kreatif seperti menggunakan pelekat seperti ini. Sudah pasti anak akan leka bermain sambil belajar :)\n\nDengan hanya menggunakan kotak terpakai, tebukkan bentuk-bentuk yang diinginkan. Kita boleh menjadikan proses pembelajaran ini seperti permainan \u201csuai dan padai\u201d yang membolehkan anak-anak menyesuaikan bentuk yang betul pada lubang yang disediakan. Kaedah ini juga mampu menguji daya kognitif mereka dan merangsang sensori visual anak.\n\nMenurut Dr. Mahani Razali dalam buku beliau \u201cRancangan Pengajaran Harian\u201d untuk prasekolah, salah satu kemahiran yang boleh didedahkan kepada kanak-kanak ialah dengan mengajar mereka untuk membina pola tertentu. Pelbagai jenis pola boleh dibina seperti:\n\nAktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak untuk menghasilkan pola-pola tertentu berdasarkan tema yang diberikan.\n\nDengan hanya menggunakan bahan-bahan disekeliling kita, proses untuk mengajar konsep asas dalam operasi tambah dan tolak itu boleh dilakukan dengan mudah. \n\nSambil bawa anak-anak bersiar-siar, kutip batu, ranting, daun dan sebagainya dan ajak anak mengira bersama-sama. Kaedah ini pasti mudah buat anak-anak untuk memahami konsep asas matematik ini.\n\nIbu bapa juga boleh menggunakan cara yang sama seperti di atas dengan memperkenalkan konsep-konsep yang dalam matematik seperti :\n\nBeri peluang kepada anak-anak untuk terlibat dalam urus niaga yang sering kita lakukan seharian seperti di kedai, pasar atau restoran. Kenalkan mereka dengan asas nilai wang dan wang baki. \n\nSecara tidak langsung, kita juga boleh terapkan adab jual beli dalam Islam seperti akad jual beli dan ucapan terima kasih sesudah selesai urusniaga.\n\nSeperti yang kita tahu, sensori-sensori anak perlu dirangsang sejak bayi lagi untuk mengaktifkan otak mereka. Antara asas sains yang boleh diperkenalkan kepada anak kecil adalah konsep suhu sejuk dan panas. \n\nLetakkan beberapa ketulan ais dan air yang sedikit panas ke dalam satu bekas. Biarkan anak menyentuh kedua-dua bahan tersebut sambil ibu bapa menyebut mana yang sejuk dan mana yang panas. \n\nKaedah ini secara tidak langsung dapat merangsang sensori tactile\u00a0\u00a0atau daya sentuh mereka.\n\nKonsep yang mudah untuk diperkenalkan kepada anak-anak. Letakkan beberapa objek yang berlainan ketumpatan di dalam satu bekas yang berisi air seperti sudu, lego dan sebagainya. \n\nAjak anak untuk melihat setiap perbezaan yang berlaku apabila objek-objek tersebut diletakkan di dalam air. Sambil belajar, anak pasti teruja bermain air. Tiada kanak-kanak yang tidak suka bermain air kan? ;)\n\n\u201cMama, kenapa air hujan turun bawah?\u201d. Haaaaa.ini adalah antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh anak-anak. Betulkan? Reka satu projek\u00a0water wall\u00a0yang dapat membantu kita menerangkan konsep ini dengan cara mudah, ringkas dan pastinya menyeronokkan. \n\nLihat sahaja anak ini, sangat teruja bermainkan? Bermain yang penuh dengan input-input yang boleh dipelajari oleh mereka.\n\nPengalaman sebenar lebih mengujakan untuk anak-anak belajar tentang alam sekeliling berbanding hanya belajar dari informasi yang terdapat di dalam buku. Pelbagai kitaran hidupan boleh dilihat dan dipelajari seperti kitaran hidup rama-rama. \n\nAnak-anak pasti seronok melihat ulat ini akan bertukar fasa demi fasa sebelum menjadi rama-rama yang cantik.\n\nKita juga boleh jalankan pelbagai eksperimen yang mudah bersama anak-anak. Sediakan botol-botol dengan belon yang berwarna-warni. Seterusnya, campurkan dua bahan kimia iaitu cuka dan natrium bikarbonat. \n\nAnak-anak akan dapat melihat hasil tindak balas antara dua bahan ini apabila belon-belon tersebut mula mengembang. Saya pasti eksperimen yang ringkas seperti ini pasti mengujakan anak!\n\nSeronokkan? Bukan anak sahaja seronok, ibu bapa juga pasti teruja untuk bereksperimen bersama-sama anak. Tidak perlu buku, guna sahaja bahan-bahan yang sudah sedia ada disekeliling kita. \n\nCipta permainan yang kreatif dan jadikan proses pembelajaran itu satu yang menyeronokkan buat anak. Sudah pasti mereka akan bersemangat untuk belajar setiap hari. Selamat mencuba!"
"Anak suka memanjat tidak kena tempat..\n\nMemang boleh pening ibu bapa dan guru ya jika anak berterusan bertingkahlaku negatif seperti ini. Cabaran\u00a0yang terbesar sering dihadapi oleh penjaga tidak kira di mana sahaja samada di rumah, taska, tadika, sekolah atau tempat-tempat awam.\n\nBagaimana cara kita membantu anak-anak ini? Memang kita sudah sedia maklum bahawa anak-anak ini sedang menjalani proses pembelajaran dalam hidup mereka. Masih tidak dapat membezakan apa yang betul apa yang salah. Belum tentu hari ini kita ibu bapa nasihat, esok dah terlekat dalam minda mereka. ?\n\nNamun, setiap isu itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Kaedah yang terbaik bagi menangani tingkahlaku negatif anak ialah melalui MODIFIKASI TINGKAHLAKU.\u00a0Proses modifikasi tingkahlaku ini mungkin akan mengambil masa yang panjang. Mungkin seminggu, minggu sebulan, mungkin lebih panjang dari itu tempohnya.\n\nSabarlah wahai ibu bapa dan guru. Didiklah\u00a0mereka dengan penuh kesabaran tentang tingkahlaku yang baik dan diterima dalam sistem sosial ini walau berapa lama pun tempohnya. Ingat!kanak-kanak ini masih dalam fasa pembelajaran.\n\nBeri masa dan peluang mereka belajar dan berubah. Proses modifikasi dan pembelajaran ini panjang dan berterusan. Kita yang dewasa ini pun ambil masa untuk berubah, inikan pula anak kecil yang baru ingin mengenal dunia. Kuncinya \u00a0SABAR. \u263a\n\nBerdasarkan perkongsian pakar-pakar bidang pendidikan awal kanak-kanak dan tulisan jurnal berkaitan modifikasi tingkahlaku, terdapat 8 cara yang berkesan yang boleh dilakukan dalam menangani tingkahlaku negatif kanak-kanak:\n\nSenaraikan tingkahlaku negatif yang ingin diubah seperti:\n\nCarta ini juga boleh digunakan untuk mengalakkan kanak-kanak bertingkahlaku positif seperti:\n\nAdalah lebih baik jika setiap senarai ini disertakan dengan gambar visual supaya memudahkan kanak-kanak yang masih tidak mahir membaca memahami carta tingkahlaku tersebut.\n\nPeneguhan positif atau \u2018reward\u2018 boleh diberikan apabila kanak-kanak berjaya melalui hari-hari mereka dengan tingkahlaku yang diinginkan seperti memperolehi sticker yang berwarna-warni untuk dilekatkan pada carta tingkahlakunya.\n\nSistem ganjaran ini adalah bagi memberi motivasi dan menggalakkan mereka untuk terus bertingkahlaku baik seperti yang diinginkan. Sesekali \u2018reward\u2018 anak-anak dengan benda yang mereka suka seperti kereta HOTWHEELS apa salahnya ???. Pasti mereka \u2018teruja\u2019 dan gembira untuk bertingkahlaku positif bukan?.\n\nSelalunya, kita akan mulakan dengan peneguhan positif iaitu memberi ganjaran kepada anak-anak jika mereka bertingkahlaku positif. Namun, terdapat juga keadaan dimana kita perlukan peneguhan negatif \u00a0jika tingkahlaku negatif ini masih terus terjadi.\n\nKerap tunjukkan gambar atau video yang berkaitan dengan modifikasi tingkahlaku ini . Jika anak suka memukul kawan, tunjukkan gambar tangan dan tanda \u274c. Tampalkan di tempat yang sering dilihat oleh mereka.\n\nTunjukkan juga gambar yang positif seperti gambar bersalaman dengan kawan-kawan dan tandakan \u2714. Jika setiap hari dilihat, sudah pasti satu hari nanti \u00a0\u2018terlekat\u2019 juga dalam memori mereka.\n\nKerap puji, peluk dan cium anak untuk terus bertingkahlaku positif. Tanda sokongan ini juga dikategorikan sebagai peneguhan positif setelah mereka berjaya bertingkahlaku seperti yang diinginkan.\n\nMulakan hari-hari mereka dengan kata-kata positif seperti:\n\nRakamkan kata-kata positif ini di dalam minda mereka supaya dapat membantu mereka untuk terus berfikiran dan bertingkahlaku positif.\n\nAktiviti \u2018grounding\u2018 di awal pagi juga baik untuk dilakukan supaya emosi anak lebih tenang dan positif. Manakala, aktiviti fizikal seperti bersenam atau berbasikal juga sangat bagus supaya \u2018tenaga\u2019 kanak-kanak yang aktif ini dapat disalurkan pada perkara yang baik bukannya kepada perkara yang tidak sepatutnya seperti memukul kawan, berlari sana sini ketika sesi pembelajaran dijalankan.\n\n7. Kerap Beri Nasihat Dan Peringatan\n\nSeperti yang saya katakan di atas, proses modifikasi tingkahlaku ini bukannya mudah. Belum tentu hari ini kita nasihat, esok anak dah faham ?. \u00a0Kita perlu kerap beri nasihat dan peringatan kepada mereka. Contohnya,\n\nProses modifikasi ini perlu dilakukan dengan konsisten sehingga tingkahlaku negatif tersebut dapat diubah. Perkara yang paling penting ialah DOA. Jangan pernah putus asa dalam berdoa supaya anak-anak kita sentiasa memiliki adab, akhlak dan tingkahlaku yang baik. Sesungguhnya, \u00a0hanya Allah swt yang memegang hati setiap hambaNya termasuklah hati anak-anak kita.\n\nAnak-anak ini amanah. Didiklah mereka dengan penuh kesabaran. Mungkin ada salah dan dosa kita menberi kesan kepada akhlak anak-anak dan diuji kesabaran ibu bapa dalam membesarkan mereka. Maka, mohon ampun dan taubatlah kepada Ilahi. Moga kita semuanya dikurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah."
"Memilih hospital swasta untuk besalin memang pilihan yang tepat jika anda mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda panduan kos bersalin hospital swasta yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat pilihan tepat.\n\nBeza hospital swasta dan hospital kerajaan\n\nSetiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik dalam menyambut kelahiran si kecil, apatah lagi ia merupakan cahaya mata sulung dalam keluarga. Kegembiraan ini justeru membuatkan sesetengah kaum ibu khususnya dalam dilema untuk memilih sama ada hospital swasta atau hospital kerajaan.\n\nBerikut adalah perbezaan antara hospital swasta dan hospital kerajaan:\n\nDi bawah ini, kami menyediakan sedikit informasi mengenai hospital islamik swasta untuk bersalin merangkumi tentang pakej, kos dan lokasi setiap hospital.\u00a0\n\nHospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) sangat popular di kalangan penduduk sekitarnya. Di sini, pakej bersalin yang ada disediakan adalah pakej Aliya.\n\nBerikut adalah perinciaan pakej yang ada:\n\nAlamat: 34, Jalan Medan Pb 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor\n\nLaman sosial: Website | Instagram | Facebook \n\nDengan berkonsepkan hospital mesra ibadah, Hospital Pakar Al-Islam memberi penekanan dalam membimbing pesakit di hospital bagi mengutamakan ibadah walau dalam keadaan sakit.\n\nSegala kemudahan beribadah disediakan termasuklah sejadah, bedak tayamum, penyembur air, dan sebagainya. Berikut adalah perinciaan pakej yang ada di hospital ini:\n\nAlamat: 85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.\n\nLaman sosial: Website | Instagram | Facebook \n\nHospital Pakar An Nur pula menggunakan konsep perubatan yang kos efektif. Berikut adalah periciaan pakej yang ada di hospital ini:\n\nAlamat: Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15 \n\nLaman sosial: Website | Instagram | Facebook \n\nHospital Pusrawi memberi fokus kepada kepakaran dan prosuder perubatan. Ia bahkan menjadi pilihan nombor satu para ibu. \n\nPusrawi menyediakan perkhidmatan perubatan yang optimum seperti Poliklinik, Pakar O&G, Wad Bersalin, Pakar Kanak-Kanak, Khatan Bayi Perempuan & Lelaki, Imbasan Terperinci & Imbasan 3D/4D kepada semua peringkat masyarakat.\u00a0\n\nBerikut adalah perinciaan pakej yang ada di hospital ini:\n\nAlamat: Lot 149, Jln Tun Razak, Titiwangsa, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nLaman sosial: Website | Instagram | Facebook \n\n5. Andorra Woman & Children Hospital\n\nAndorra Women and Children Hospital terletak bersebelahan dengan stesen minyak Shell hendak menuju ke Highway SKVE. Apa yang menarik tentang hospital ini adalah ia membawa konsep islamic-friendly hospital, makanan halal, diasaskan oleh Orang Melayu, mempunyai pakar yang hebat, dan bertaraf 5 bintang.\n\nAlamat: 19 Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor\n\nLaman sosial: Website | Instagram | Facebook \n\nPanduan kos bersalin hospital swasta bagi wanita hamil\n\nSecara ringkasnya, anda boleh melihat perbezaan anggaran kos bersalin hospital swasta berdasarkan jadual di bawah ini:\n\nPanduan kos bersalin hospital swasta ini, hanya ringkasan harga bagi setiap pakej rawatan yang ditawarkan. Harga ini agak berbeza untuk setiap hospital swasta yang ada di Malaysia.\n\nUntuk informasi lebih lanjut, anda boleh melayari laman web hopsital swasta itu masing-masing untuk melihat pakej harga yang ditawarkan.\n\nSelain dari info mengenai kos bersalin hospital swasta ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain mengenai persediaan menyambut kelahiran bayi seperti:"
"Cuaca panas macam sekarang. Mesti anak-anak sibuk ingin air katira bukan? Mak-mak sekarang bolehlah cuba\u00a0 buat sendiri dengan perkongsian yang kami kongsikan di bawah ini.\n\nResepi air katira cuba-cuba daripada Sheila Fendy\u200e di laman Facebook ini banyak mendapat perkongsian. Silalah cuba buat resepi ini untuk hilangkan dahaga. Lebih berbaloi daripada beli mahal-mahal bukan? Bahkan minuman ini banyak dihidangkan semasa keduri, bulan puasa dan hari raya.\n\nBuat sendiri lebih puas. Menggunakan pewarna minuman berperisa tebu. Kenapa tebu? Tidak rasa tebu kah nanti airnya? Tenang sahabat semua, tidak rasa tebu pun melainkan rasa katira sebenarnya. Resepi simple tapi sedap dan menarik. Jom cuba!\n\nSelain resepi air katira, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"\u201cSelama ni tak terfikir mainan bayi yang sesuai mengikut umur bayi, kami dok beli suka hati ja mainan bagi kat anak\u201d \n\nItu dia keluhan para ibu bapa yang baru tahu bahawa mainan bayi tidak semua sesuai untuk diberikan. Mainan bayi yang boleh anda berikan haruslah mengikut kesesuaian umur mereka. Perkara ini bukanlah boleh dianggap remeh-temeh memandangkan mainan bayi akan mempengaruhi kesihatan dan minda mereka.\n\nMainan bayi mengikut umur bayi akan mempengaruhi perkara-perkara seperti kekuatan lengan bayi, kekerapan bayi merangkak, kekuatan bayi menggigit, ketelitian bayi terhadap mainan dan minda bayi. Oleh itu, penting untuk anda pastikan mainan bayi yang anda pilih selamat dan mudah digunakan untuk bayi bermain.\n\nTahukah anda, setiap 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun umur bayi, bayi perlu menukar mainan yang lebih sesuai. Apakah mainan bayi untuk 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun? Jom lihat senarai mainan bayi di bawah.\n\nBayi pada usia 3 bulan akan seronok mendengar bunyi-bunyi mainan, melihat warna-warni yang menarik perhatian dan juga akan mula memegang barang-barang. Mainan bayi untuk bayi usia 3 bulan haruslah mempunyai ciri dan tekstur bersesuaian dengan kehendak bayi anda.\n\nAntara mainan yang boleh anda berikan adalah:\n\nBayi berusia 6 bulan sudah aktif dan ingin bergerak bermain malah ada juga yang sudah pandai berpusing-pusing dan cuba meniarap. Mereka sudah pandai memegang objek dengan betul dan ingin memegang banyak objek dalam rumah. Jom lihat mainan bayi untuk bayi 6 bulan pula.\n\nBayi yang berumur 1 tahun sudah pandai bertatih, merangkak, bergerak, mengengsot dan sebagainya. Apa yang mereka inginkan, semuanya mereka akan cuba. Mainan bayi boleh diberikan adalah mainan yang lebih mencabar.\n\nSudah tahu mainan bayi mana satu yang sesuai untuk anak anda? Carilah mainan bayi yang bersesuaian dengan umur bayi anda sama ada 3 bulan, 6 bulan ataupun 1 tahun. Anak akan seronok bermain dan akan lebih ceria!\n\nJom baca juga Cara pilih puting bayi, Cara bayi mudah merangkak dan Kebaikan bayi merangkak."
"Hong Kong merupakan wilayah pentadbiran khas China yang terletak di bahagian Tenggara China. Dengan keluasan seluas 426 batu persegi (1104 km persegi) bandar ini merupakan salah satu pusat kewangan, perbankan dan perdagangan utama dunia. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Hong Kong.\n\nVictoria Peak merupakan tempat terbaik untuk pelancong menikmati pemandangan bandar Hong Kong secara menyeluruh dari atas. Dengan ketinggian 554 meter di atas paras laut, Victoria Peak merupakan puncak tertinggi di Hong Kong.\n\nPemandangan yang sangat indah ini menjadikan Victoria Peak sebagai tempat tumpuan pelancong. Pada waktu siang, anda akan terpukau melihat deretan bangunan pencakar langit, bukit-bukau serta Victoria Harbour. Pada waktu malam keindahan pemandangannya diserikan lagi dengan cahaya lampu pada setiap bangunan tersebut.\n\nMadame Tussauds adalah sebuah muzium yang mempamerkan patung lilin orang-orang terkenal di dunia ini. Pengasas Madame Tussauds adalah seorang\u00a0artist\u00a0terkenal di Perancis dan seluruh dunia.\u00a0Madame Tussauds Hong Kong dibuka sejak tahun 2000 dan menjadi Madame Tussauds pertama di Asia.\n\nSebanyak kira-kira 100 patung lilin selebriti dipamerkan di situ. Di antaranya Jackie Chan, One Direction, Angelina Jolie, Nicole Kidman, Amitab Bachan, Lagy Gaga, dan Barrack Obama.\n\nDisneyland merupakan tempat yang wajib anda kunjungi ketika melancong di Hong Kong. Apabila berada di sana, anda seolah-oleh berada di dunia khayalan apabila ditemani dengan Mickey Mouse dan rakan-rakan Disney yang lain.\n\nTerdapat 7 taman tema di dalam Disneyland Hong Kong iaitu Adventureland, fantasyland, Grizzly Gulch, Main Street USA, Mystic Point, Tomorrowland, dan Toy Story Land.\u00a0 Di antara tarikan di sini ialah Jungle River Cruise, Karibuni Marketplace, Lili Tiki, Raft to Tarzan\u2019s Treehouse, dan banyak lagi.\n\nHong Kong Ocean Park merupakan taman tema yang popular di Hong Kong. Anda boleh menghabiskan masa seharian di sini sambil mengambil pengalaman melihat binatang seperti penguin, ikan lumba-lumba, singa laut serta pelbagai lagi hidupan mamalia.\n\nOcean Park terletak di bahagian selatan pulau Hong Kong. Dengan keluasan 170 ekar, ia merupakan salah satu daripada taman laut terbesar di dunia. Terdapat pelbagai pertunjukan mengikut masa yang telah ditetapkan.\n\n5. The Avenue of Star Hong Kong\n\nThe Avenue of Star\u00a0terletak di bahagian timur Tsim Sha Tsui, Kowloon. Ianya dibina untuk mempamerkan industri filem tempatan dari aspek sejarah, artis dan orang yang bekerja di sebalik tabir dalam pembikinan filem.\u00a0 Ianya menyerupai Avenue of Star\u00a0di Hollywood, USA.\n\nDi antara yang dipamerkan di sini ialah:\n\nTsim Sha Tsui terkenal sebagai pusat membeli belah yang terletak di selatan semenanjung Kowloon. Ia juga tempat menarik di Hong Kong yang paling banyak dilawati. Terdapat banyak kedai, pusat membeli-belah, restoran serta bangunan pejabat di situ.\n\nAnda boleh bersiar-siar di sepanjang jalan dan merasai sendiri suasana bandar Hong Kong. Nathan Road merupakan jalan utama di kawasan Tsim Sha Sui. Dari Nathan Road anda boleh berjalan-jalan sambil melihat pelbagai barangan berjenama yang dijual di situ. Terdapat sebuah masjid berdekatan dengan Nathan Road.\n\n7. Ladies Market dan Temple Street Night Market\n\nTempat ini merupakan pusat membeli-belah yang menjual barang-barang seperti cenderahati, pakaian, aksesori dan lain-lain lagi. Semasa melancong ke Hong Kong, anda boleh ke sini untuk melihat suasana pasar di Hong Kong serta melihat sendiri kemeriahan dan suasana mereka berniaga. Di sini juga anda boleh mengasah kemahiran tawar-menawar ketika mahu membeli barang. Berhati-hati ketika berurus niaga agar tidak ditipu oleh mereka.\n\nThe Star Ferry merupakan feri yang menghubungkan pulau Hong Kong dengan semenanjung Kowloon yang terletak di tanah besar China. Walau pun pulau dan tanah besar itu kini telah dihubungkan dengan terowong bawah tanah, namun perkhidmatan feri tersebut masih lagi berjalan seperti biasa.\n\nApabila melancong di Hong Kong, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman menaiki feri tersebut. Anda boleh menikmati pemandangan Hong Kong yang begitu indah.\n\n9. A Symphony of Lights\u00a0 di Avenue of Stars\n\nPersembahan \u201cA Symphony of Lights\u201d mencipta rekodnya tersendiri apabila disenaraikan di dalam Guinness Book of World Records sebagai persembahan lampu terbesar di dunia. Terdapat sebanyak 45 banggunan pencakar langit sepanjang Skyline Hong Kong dan setiap banggunan akan menembak lampu laser ke arah Victoria Harbor sambil diiringi dengan muzik.\n\nPertunjukan ini diadakan setiap hari pada pukul 8 malam (selagi tiada amaran taufan) dan berlangsung selama 14 minit. Anda disarankan untuk datang lebih awal supaya dapat memilih sudut yang baik untuk mengambil gambar dan melihat pertunjukkan tersebut.\n\nPersembahan lampu diiringi dengan muzik ini amat memukau hati setiap pengunjung. Saya cadangkan para pelancong yang ke Hong Kong jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati sendiri persembahan ini. Ia pasti membuatkan anda teruja melihat keindahan cahaya-cahaya lampu pada setiap banggunan yang terpancar sambil diiringi dengan alunan muzik.\n\nTak sah jika anda ke Hong Kong dan tidak mencuba kapal\u00a0awesome\u00a0ini. Ibarat anda sampai di Venice dan tidak mencuba gondola ikonik mereka. Duk Ling membawa maksud\u00a0clever duck\u00a0adalah kapal traditional yang sangat ikonik di Hong Kong dan beroperasi di Victoria Harbour. Memang seronok melihat keindahan dan kepesatan bandar Hong Kong dari atas kapal ini.\n\n11. Sky100 Hong Kong Observation Deck\n\nNikmati pemandangan dari tingkat ke 100 International Commerce Center, West Kowloon Hong Kong. Dikhabarkan, anda akan dapat pemandangan terbaik Hong Kong di sini. Jadi berbaloi untuk anda luangkan masa di sini.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Hong Kong yang ingin kami kongsikan kepada anda. Menarik kan? Jom kita bercuti ke Hong Kong.\n\nJemput juga baca artikel tempat menarik penulisan kami seperti tempat menarik di Perth, tempat menarik untuk honeymoon dan tempat menarik di Singapore."
"Pencarian rumah anak yatim di Malaysia agak tinggi dalam kalangan masyarakat sekarang, itu bermaksud ramai yang sudah sedar akan kepentingan kebajikan terhadap rumah anak yatim. \n\nSekiranya anda mencari rumah anak yatim di seluruh Malaysia, mari lihat senarai rumah anak yatim yang kami himpunkan mengikut negeri di sini.\n\nSenarai Rumah Anak Yatim Kuala Lumpur\n\nSenarai Rumah Anak Yatim N. Sembilan\n\nSenarai Rumah Anak Yatim Pulau Pinang\n\nBerikut adalah senarai rumah anak yatim yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Disertakan nama rumah anak yatim dan juga nombor telefon untuk dihubungi. Sebarang pertanyaan dan urusan, anda boleh menghubungi nombor tersebut.\n\nBanyak lagi senarai rumah anak yatim yang mungkin tidak disenaraikan disini. Anda boleh menyemak nama rumah anak yatim yang ingin anda cari atau rumah anak yatim di sesuatu daerah di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.\n\nSemoga senarai rumah anak yatim di Malaysia mengikut negeri ini banyak membantu anda. Jom baca juga Cara mengambil anak angkat di hospital, Maksud anak syurga sebenar dan syafaatnya, Langkah mengatasi pembuangan bayi berkesan dan Cabaran bapa tunggal."
"Cuti bersalin diberikan kepada pekerja wanita yang bakal melahirkan anak. Tak kira dalam sektor kerajaan atau swasta, pemberian cuti bersalin tertakluk pada Akta Kerja 1955.\n\nDalam sektor awam, seseorang pekerja boleh memilih untuk mengambil cuti bersalin selama 60 hari atau 90 hari. Manakala bagi pekerja swasta, buat masa ni tempoh cuti bersalin yang diberikan hanya selama 60 hari. \n\nMalahan, demi menghormati hak bakal ibu, Kementerian Sumber Manusia telah mempertimbangkan untuk meluluskan cuti bersalin bagi sektor swasta kepada 90 hari. Kerajaan mengambil berat gesaan kesatuan sekerja untuk memberi kelonggaran kepada pekerja swasta.\n\nWalau bagaimanapun, artikel ni tak bertujuan untuk menyentuh aspek perundangan cuti bersalin secara mendalam. Penulisan ni hanya akan membincangkan kepentingan cuti bersalin kepada ibu dan anak yang baru dilahirkan.\n\nCuti bersalin yang diberikan kepada bakal ibu mempunyai banyak kebaikan kepada ibu dan anak. Seseorang wanita yang sudah sampai masa untuk melahirkan anak, boleh ambil cuti bersalin awal. Namun, perkara ni tertakluk kepada perundangan dan budi bicara majikan.\n\nJika ambil cuti sebelum bersalin, mungkin seminggu sebelum tarikh due, ia boleh memberi kemudahan bagi bakal ibu dan bapa. Lebih-lebih bagi kelahiran sulung, dah tentu pasangan suami isteri tiada pengalaman untuk berdepan dengan pelbagai situasi.\n\nDi sinilah kelebihan cuti bersalin yang sepatutnya tak perlu dipertikaikan. Ada ibu yang berhadapan dengan risiko kesihatan dan perlu diberikan perhatian. Kemungkinan mereka menghidapi penyakit diabetes, darah tinggi, asma dan sebagainya.\n\nPasangan yang bakal menempuh alam ibu bapa juga boleh membuat persediaan untuk menyambut kedatangan bayi mereka. Ibu yang dah hampir tarikh due, biasanya akan mudah panik dan berasa takut. Dengan membawa mereka ke pusat membeli-belah untuk mencari kelengkapan anak, sedikit sebanyak hati mereka menjadi tenang.\n\nProses kehamilan tak boleh dipandang enteng kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak. Oleh itu, si ibu perlu berada dalam keadaan yang benar-benar bersedia dan selesa.\n\nSelepas melalui proses tu, si ibu perlu berehat panjang untuk menjaga diri dan anak. Lebih-lebih lagi jika kehamilan sulung, penjagaannya lebih rumit dan teliti. Cuti bersalin boleh dianggap cuti istimewa yang diberikan untuk para ibu. Mereka telah bertarung nyawa menambahkan umat manusia sebagai generasi pelapis.\n\nKenapa perlu dipanjangkan cuti bersalin kepada 90 hari? Tak cukup ke selama 60 hari? Dalam berita Astro Awani pada tahun 2014, dinyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai cuti bersalin paling pendek di dunia.\n\nNegara Asia seperti Vietnam memperuntukkan cuti bersalin selama 6 bulan. Manakala negara jiran, Singapura pula memberikan cuti bersalin selama 4 bulan.\n\nYang lebih menarik, Albania memberikan kelonggaran secukupnya untuk ibu bersalin. Di negara tu, sebelum kelahiran seseorang wanita tu boleh ambil cuti 12 bulan dan 150 hari selepas bersalin. Wah, seronok tu! Macam nak pindah ke Albania pula.\n\nDi United Kingdom misalnya, cuti bersalin yang diberikan ialah antara 39 minggu hingga 52 minggu. Di Republik Czech, cuti sebelum bersalinnya ialah antara 6 hingga 8 minggu dan 20 minggu selepas bersalin.\n\nMengapa negara-negara ni begitu mementingkan pemberian cuti bersalin? Ni kerana cuti bersalin boleh dianggap sebagai tempoh \u2018honeymoon\u2019 selepas penat berkhidmat kepada majikan. Setiap komitmen dan usaha wanita untuk membangunkan syarikat dan organisasi perlu dihargai.\n\n\u2018Bonding Time\u2019 untuk Ibu dan Anak\n\nPemberian cuti bersalin yang panjang dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab antara ibu dan anak. Pada waktu cuti sebegini, si ibu hanya perlu memberi perhatian kepada bayinya. Kemungkinan urusan rumah tangga yang lain seperti mengemas rumah, memasak dan sebagainya dilakukan oleh suami atau ahli keluarga.\n\nJanganlah dibebankan si ibu dengan pelbagai tugas rutin. Ini bukan bermaksud mereka tak perlu bergerak aktif, namun janganlah diberikan tugas yang berat-berat. Penat dan kesakitan dari sebelum melahirkan pun belum habis, ditambah pula dengan bebanan lain. \n\nNamun, semua ni terpulang pada si ibu sendiri. Ada yang suka membuat kerja-kerja rumah yang ringan, ada pula yang suka berehat dan minta dimanjakan. Bagilah ruang untuk para ibu menyesuaikan diri dengan alam baru.\n\nDengan adanya cuti bersalin, si ibu boleh menjalani proses berpantang dengan lebih baik. Tak kiralah pantang secara moden atau tradisional, proses ni memerlukan masa yang panjang iaitu antara 40 hingga 100 hari. Salah satu sebabnya, untuk proses pemulihan luka akibat bersalin sama ada normal atau secara pembedahan.\n\nJika tempoh cuti bersalin hanya 60 hari, ada pasangan suami isteri yang dilema untuk menghantar bayi mereka ke pusat jagaan. Ini kerana, si ibu perlu kembali bekerja. Jika ada ahli keluarga atau pembantu rumah yang tolong jaga, mungkin tak ada masalah. \n\nMasalah mula timbul jika tiada sesiapa pun yang boleh diharapkan untuk menjaga bayi yang baru berusia 2 bulan. Dalam usia tu, anak sekecil tu belum stabil untuk diserahkan kepada orang lain. Mereka perlu diberikan perhatian oleh si ibu kerana pada usia ni sentuhan ibu amat penting bagi tumbesaran dan emosi bayi.\n\nJika ibu berada di rumah, proses penyusuan boleh dilakukan dengan selesa tanpa gangguan. Bayi yang masih kecil tidak boleh beritahu bila masa mereka lapar dan haus. Hanya si ibu yang mampu \u2018membaca\u2019 permintaan anaknya tu. \n\nPemberian susu ibu memberi peluang kepada si ibu dan bayinya untuk berinteraksi sepenuhnya. Malahan, ia akan membangkitkan perasaan selamat kepada si anak apabila berada dalam pangkuan ibunya.\n\nSeseorang wanita dapat menyesuaikan diri menjadi ibu dengan lebih baik apabila berada dalam keadaan tenang di rumah. Tanpa gangguan bunyi bising, bebanan kerja yang tak akan habis, mereka boleh berehat dengan lebih selesa. \n\nJusteru, cuti bersalin boleh dianggap sebagai \u2018me time\u2019\u00a0untuk si ibu dan anak. Mereka dah mula berinteraksi dari saat awal kelahiran sehingga proses penyusuan. Sebab itulah, si bayi boleh mengenal ibunya dengan cepat berbanding orang lain. Begitu tulus hubungan antara anak dan ibu.\n\nKesimpulannya, cuti bersalin yang lebih panjang sehingga 90 hari bolehlah dianggap \u2018bonding time\u2019\u00a0bagi ibu dan anak. Cuti yang panjang bukan bertujuan untuk menjadikan seseorang tu menjadi pekerja yang tak produktif. Namun, dengan adanya faedah sebegini, ia memudahkan seseorang wanita untuk bekerja.\n\nCuti bersalin memberi kelonggaran kepada pekerja wanita untuk berehat dan melalui proses kehamilan dengan lebih selesa. Malahan, produktiviti kerja juga boleh ditingkatkan. Ini kerana mereka akan berasa lebih seronok dengan kelebihan yang diberikan oleh majikan.\n\nJangan dirampas dan dipersoalkan hak wanita untuk mengambil cuti bersalin. Apa pula pandangan anda, cukup hanya 60 hari atau perlu dipanjangkan lagi?\n\nJemput juga membaca artikel bersalin lain seperti tanda-tanda bersalin."
"Mahu resepi daging black pepper?Jom masak daging black pepper!\n\nDaging black pepper atau lada hitam merupakan masakan yang sangat terkenal di Asia. Daging lada hitam sesuai dihidangkan pada majlis-majlis istimewa. Masakan ini biasa dijadikan lauk dimakan bersama nasi.\n\nLada hitam sendiri memiliki banyak khasiat. Selain baik untuk kesihatan, lada hitam juga dapat merangsang selera makan. Cara memasak daging lada hitam ialah dengan menumis daging bersama rempah-rempah pilihan, daging ditumis sehingga pekat dan menghasilkan warna yang menarik serta rasa yang gurih dan enak.\n\nDaging lada hitam banyak dijual di restoran melayu, restoran thai, mahupun restoran cina. Harga daging lada hitam pula mencapai RM 10 untuk satu pinggan. Harga yang mahal namun sesuai dengan rasanya yang memang sangat sedap.\n\nOleh itu, pada tulisan kali ini kami berkongsi resepi daging lada hitam supaya anda dapat membuat daging lada hitam kegemaran anda mengikut selera anda dan keluarga. Anda pula boleh makan sepuasnya dan tidak perlu pergi ke kedai. Daging lada hitam boleh anda nikmati bila-bila masa sahaja.\n\nResepi daging lada hitam yang dikongsikan oleh \u200eMazliza Ahmad\u200e di Facebook ini sangat disukai ramai dan telah mendapat perkongsian sebanyak 6K. Sila cuba resepi ini dan hidangkan daging lada hitam terbaik anda.\n\nSelain resepi daging lada hitam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anda mencari kuih menarik yang sesuai untuk dihidang pada majlis-majlis? Bingka ubi kayu boleh jadi pilihan anda.\n\nKuih bingka ubi atau di pantai timur dikenali sebagai bengkang ubi kayu, merupakan sejenis kuih bingka yang diperbuat daripada ubi kayu. Kuih tradisional ini menggunakan bahan tempatan sepenuhnya.\n\nKuih ini menggunakan ubi kayu yang telah disagat dicampur dengan sagu ubi kayu dan santan dan perasa, dan tidak memerlukan bahan asing seperti tepung sedikitpun.\n\nResepi di bawah ini menggunakan sukatan cawan sahaja. Bahan-bahannya simple. Menggunakan ubi kayu sebagai bahan asasnya. Sila rujuk\u00a0 resepi bingka ubi yang dikongsikan oleh\u00a0Cik Puan Mazs Shaari di Facebook. Dapatkan hasil bingka ubi kayu yang memuaskan.\n\n1. Ubi kayu yang disagat masukkan 2 cawan santan.\n\n2. Masukkan gula kacau hingga gula larut.\n\n6. Bakar 1 jam setengh suhu 200 api atas bawah.\n\n7. Sudah masak dan siap dihidangkan.\n\nSelain resepi bingka ubi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Malaysia tidak boleh lari daripada musim jerebu. Setiap tahun Malaysia akan dilanda musim jerebu yang kuat sehingga IPU boleh mencecah 200 dan ke atas (tahap yang tidak sihat). Ia boleh menjejaskan kesihatan kita.\n\nJerebu boleh mengakibatkan aktiviti kita ditangguhkan. Sebagai contoh, sekolah perlu ditutup sehingga tahap IPU menjadi rendah, kelas di universiti terpaksa dibatalkan, tidak boleh keluar rumah dan pelbagai lagi. Semua aktiviti luar yang kita rancang perlu dibatalkan.\n\nJika perlu keluar untuk membeli barang, kita dinasihatkan untuk memakai topeng muka N95 bagi mengelakkan daripada terhidu jerebu. Suhu juga akan meningkat dan mengakibatkan cuaca menjadi panas dan bahang. Maka, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga.\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 8 langkah menjaga kesihatan ketika musim jerebu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. \n\nLangkah menjaga kesihatan ketika musim jerebu\n\n\u25feKurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas.\n\n\u25feSentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi.\n\n\u25feTutup tingkap bagi mengurangkan jerebu masuk ke dalam rumah. Sentiasa membersihkan persekitaran dalaman. Elakkan aktiviti meningkatkan pencemaran udara seperti merokok.\n\n\u25feTutup tingkap kenderaan ketika memandu. Gunakan pendingin hawa dengan memilih aturan(mode) operasi kitaran udara dalaman (internal circulation).\n\n\u25feBanyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga. Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi yang optimum untuk mengawal-atur suhu badan.\n\n\u25feKerapkan mandi bagi menyejukan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan.\n\n\u25feJika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.\n\n\u25feDapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat dengan segera sekiranya anda mempunyai gelaja-gejalan berikut: demam, sakit tekak, batuk, semput, selsema, gatal mata, lesu.\n\n*Utamakan kesihatan kita dulu kerana jika kita tidak sihat, bagaimana kita mahu lakukan aktivti harian bersama keluarga. Jadi, ikuti arahan yang dikeluarkan oleh orang kesihatan, kurangkan aktiviti di luar dan banyakkan minum air masak. Semoga info memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anda tidak merokok. Sepanjang pengetahuan anda, anda menjalani kehidupan yang sihat. Anda yakin anda tidak mengamalkan sebarang tabiat buruk dan tidak terdedah dengan perkara yang menjejaskan kesihatan, bukan?\n\nNanti dulu! Jangan terlalu yakin. Bukan merokok sahaja yang menjejaskan kesihatan. Tanpa kita sedar, perkara yang biasa kita lakukan setiap hari juga menjejaskan kesihatan. Lima tabiat buruk yang bakal dikongsikan dalam artikel ini merungkai betapa ia boleh menyebabkan anda terdedahkan pada bahan tercemar sama seperti bahan dalam asap rokok atau boleh membawa kepada penyakit kanser.\n\nWalaupun anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan senaman yang kerap, duduk terlalu lama setiap hari boleh mendatangkan masalah pada kesihatan tubuh badan anda. Sama ada anda bekerja di pejabat, atau berkerja sebagai pemandu lori yang mewajibkan anda duduk sepanjang hari, ketahuilah ia sangat merbahaya.\n\nBerdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Kanser di Kanada, duduk sepanjang hari berkait rapat dengan hampir 160,000 kes kanser payudara, kolon, prostat dan paru-paru setiap tahun! Lebih kurang 2 per 3 sama banyaknya dengan kanser yang disebabkan oleh tabiat merokok.\n\nBetulkan tabiat anda: Jadikan tabiat untuk berehat sebentar untuk meregangkan badan ataupun cuba lakukan kerja dalam keadaan berdiri sekali kala supaya dapat mengurangkan duduk sepanjang hari.\n\nDi hujung minggu, kurangkan aktiviti duduk sepanjang hari dan menonton televisyen \u00a0dengan niat untuk berehat setelah penat kerja seharian. Pergilah berjogging atau berjalan di sekitar kawasan taman untuk relax, sibuk melakukan kerja-kerja rumah ataupun dating ke gym dengan orang yang tersayang.\n\n#2:\u00a0Makan terlalu banyak daging dan cheese\n\nProtein haiwan adalah kaya dengan IGF-1, iaitu sejenis hormon untuk pertumbuhan yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser dalam badan! Sebuah kajian yang dilakukan oleh University of Southern California mendapati bahawa individu yang suka mengamalkan diet kandungan protein haiwan yang tinggi pada pertengahan umur mempunyai kebarangkalian empat kali lebih tinggi untuk menghidap kanser berbanding mereka yang mengamalkan diet protein haiwan yang rendah \u2013 faktor risiko kematian yang hampir sama dengan hasil tabiat merokok.\n\nBetulkan tabiat anda: Gantikan makanan bersumberkan protein haiwan dengan sumber makanan protein vegetarian. Kajian sama yang dilakukan turut mendedahkan bahawa diet yang mengandungi protein berasaskan tumbuhan seperti kekacang, yang mengandungi kandungan protein yang sama banyak dengan daging, tidak akan mencetuskan kadar kanser sama seperti daging.\n\nSecara kasarnya, orang dewasa pertengahan umur sepatutnya mengambil 0.8 gram protein untuk setiap\u00a01 kg\u00a0berat badan anda setiap hari. Menariknya, kajian tersebut mendapati, sekiranya anda melebihi umur 65 tahun, memakan banyak makanan yang kaya dengan protein haiwan tidak lagi membahayakan kerana penghasilan IGF-1 dalam badan anda sudah mula menurun.\n\nHampir semua rakyat Malaysia menggunakan dapur gas untuk memasak. Berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan dapur elektrik, saya tidak begitu menggemarinya. Selain dari bil elektrik yang mahal, kami kerap terlupa menutup api dapur kerana tidak kelihatan pun api di atas dapur seperti dapur gas. Bahaya terutamanya untuk ibu bekerja yang terpaksa bertungkus lumus memasak dan melayan kerenah anak.\n\nTetapi tahukah anda, sekiranya ada menggunakan dapur gas untuk memasak, anda sekeluarga menyedut dos tambahan karbon monoksida, nitrogen dioksida dan formaldehyde setiap kali anda memasak! Campuran kesemua bahan tercemar tersebut adalah sama banyak dengan yang terkandung dalam asap rokok.\n\nBetulkan tabiat anda: Jangan khuatir. Sekiranya anda menggunakan dapur gas, pastikan rumah anda dilengkapi vent hood\u00a0di atas dapur anda. Dengan menggunakannya setiap kali memasak, anda dapat mengurangkan kadar udara tercemas sebanyak 60 hingga 90 peratus.\n\n#4:\u00a0Memasak\u00a0menggunakan\u00a0minyak yang salah\n\nTahukah anda, walaupun anda menggunakan dapur eletrik untuk memasak, anda masih terdedah dengan pencemaran ketika memasak. Kajian dilakukan terhadap restoran dan dapur di rumah mendapati bahawa suhu yang tinggi dengan menggunakan minyak soya, minyak sayuran atau shortening membebaskan sejenis zarah, aldehydes dan polycyclic hidrokarbon dan kesemua sebatian yang juga terdapat dalam asap rokok.\n\nBetulkan tabiat anda: Pilih minyak masak yang bersesuaian dengan penggunaan anda. Sebagai contoh, minyak zaitun atau olive oil tidak elok untuk menggoreng atau memasak dengan suhu tinggi tetapi ia sangat sesuai untuk digunakan sebagai dressing untuk salad atau memasak dengan suhu yang rendah.\n\nMinyak avocado pula sesuai untuk memasak dengan suhu yang tinggi. Dan jangan lupa, tukar selalu minyak anda. Jangan gunakan minyak tersebut untuk menggoreng berulang-ulang kali kerana selepas 2 kali penggunaan, ia akan bertukar menjadi racun dan meresap ke dalam makanan anda.\n\nPenyakit kurang tidur yang kronik berkebarangkalian tinggi untuk mencetuskan tekanan darah tinggi, serangan jantung, obesiti, strok dan beberapa lagi penyakit serius yang lain.\n\nSatu kajian lain mendapati bahawa tidak mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam sehari boleh meningkatkan kadar kematian yang tinggi \u2013 hampir sama dengan kadar kematian perokok. Memperoleh kualiti tidur yang rendah juga boleh mempercepatkan pertumbuhan tumor.\n\nBetulkan tabiat anda:\u00a0Jangan anggap penat itu sesuatu yang normal. Sekiranya anda kerap berasa tidak cukup tidur, cuba dapatkan nasihat doktor untuk memastikan sama ada anda menghidap penyakit lain yang menyebabkan anda sukar untuk tidur seperti insomnia.\n\nKredit gambar: Swiatoslaw Wojtkowiak, Kaustav Bhattacharya, Marguerite"
"Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Tengah cari tempat untuk berbulan madu? Jom kami kongsikan 25 tempat paling menarik di Malaysia untuk honeymoon.\n\nCuacanya yang sejuk membuatkan Cameron Highlands menjadi antara destinasi utama pilihan pasangan pengantin baru untuk berbulan madu. Selain cuaca yang sejuk dan persekitaran yang segar, Cameron Highlands dimininati kerana banyak aktiviti menarik yang ada di sana.\n\nDi antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah memetik strawberi, melawat taman rama-rama dan taman lebah, jalan-jalan berpegangan tangan di kebun teh dan kemudian bersantai sambil minum teh panas bersama scones yang enak. Pasar malamnya juga sangat menarik. Ada pelbagai barang jualan dari masakan panas sehinggalah sayur-sayuran segar, coklat, baju, cenderamata dan buah-buahan.\n\nJangan lupa singgah ke Taman Sedia. Kalau teringin nak tengok sayur-sayuran yang besar anda boleh jejakkan kaki ke Mardi.\n\nAda banyak hotel dan homestay di Cameron Highlands. Pilih sahaja nama yang sesuai dengan bajet anda. Bab makanan? Tak perlu risau. Ada banyak kedai makan di sana. Sebelum pulang jangan lupa untuk shopping sayur-sayuran dan buah-buahan di Kea Farm.\n\nKundasang juga tak kurang menariknya, terutama bagi pengantin baru dari semenanjung. Tempat pertama yang wajib anda pergi ialah Desa Cattle Dairy Farm yang juga dikenali sebagai \u201d Little New Zealand \u201c. Bila bergambar, ala-ala kat New Zealand gitu. Aiskrim kat sini juga sangat sedap.\n\nKemudian jangan lupa pergi ke Kinabalu Park.\u00a0Kinabalu Park ialah Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia.\u00a0Tarikan utama di Taman ini adalah tidak lain tidak bukan daripada kemegahan Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketiggian 4095,2 meter.\n\nTempat menarik yang lain ialah Kundasang War Memorial, Mini Strawberry Farm, Vegetable Market Farm, Poring Hotspring, Sabah Tea,\u00a0Sungai Moroli Ikan Tagal Kg Luanti, Tugu Replika Kobis,\u00a0Mount Kinabalu Heritage & Spa, Taman Arnab, dan banyak lagi. Serius, Kundasang memang best.\n\nKalau anda nakkan tempat honeymoon yang super duper sejuk dan tak terlalu crowded, Frasers Hill adalah pilihan terbaik untuk anda. Ada banyak hotel di sini, pilih yang mana sesuai dengan bajet anda. Apa aktiviti yang ada? Mula-mula sampai anda wajib bergambar di Menara Jam.\n\nKemudian anda boleh ke The Paddock untuk naik kuda dan memanah. Nak romantik sikit, boleh bersampan sambil bagi makan ikan di Allen\u2019s Water. Air Terjun Jeriau juga sangat menarik. Kalau anda sukakan jungle terkking, jangan lepaskan peluang untuk melalui trek yang disediakan.\n\nUntuk yang sukakan golf, wajib cuba main golf di sini. Pencinta burung, aktiviti bird watching di sini adalah sangat menarik.\n\nGenting Highlands juga dikenali sebagai kota keriangan. Cuacanya sejuk dan berkabus. Umpama masuk ke alam mimpi. Kalau selepas hujan, lagi tebal kabusnya. Jangan lupa untuk bawa sweater, kalau tak menggigil dibuatnya. Apa yang menarik di sini?\n\nTarikan terbaru ialah Genting Premium Outlet. Syurga membeli-belah. Pengantin perempuan pasti senyum hingga ke telinga bila sampai di sini. Butik Coach, Michael Korrs, Louis Vuitton, Victoria Secret, Guess menanti anda. Barangan lelaki juga ada, jangan risau. Ada butik Adidas, Puma, dan sebagainya.\n\nAda juga taman rama-rama dan taman lebah untuk anda kunjungi. Kalau teringin nak petik strawberi, boleh singgah di Little Cameron Highlands. Bila anda sampai ke puncak, anda boleh berseronok di taman tema indoor dan taman tema outdoor.\n\nPulau Langkawi yang juga dikenali sebagai Pulau Lagenda memang tak asing lagi buat penduduk Malaysia. Anda boleh datang ke sini melalui kapal terbang atau feri. Boleh juga bawa kereta sendiri dengan menaiki Ro-ro. Pilih yang mana sesuai untuk anda.\n\nTentang penginapan? Anda tak perlu risau. Ada banyak hotel, resort dan homestay yang boleh anda pilih. Tempat menarik? Senarainya sangat panjang. Di antara yang wajib anda kunjungi ialah Dataran Lang untuk bergambar dengan helang besar mercu tanda Langkawi. Kemudian anda boleh pergi shopping coklat dan pinggan-mangkuk di Haji Ismail Group.\n\nKemudian boleh naik kereta kabel dan\u00a0 melawat Telaga Tujuh. Jangan lupa untuk ke Makam Mahsuri dan Pantai Cenang. Aktiviti island hopping juga sangat best. Bila sampai di Tasik Dayang Bunting, anda boleh minum sedikit air tasik yang katanya boleh menyuburkan.\n\nPulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kalau anda sukakan night life dan tempat yang happening, anda boleh pilih Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda sukakan ketenangan dan mahu snorkeling sepanjang hari, anda boleh pergi ke Pulau Perhentian Besar.\n\nAktiviti di sini ialah snorkeling, scuba divingmelawat Kincir Angin D\u2019Lagoon,melihat habitat penyu, dan banyak lagi.\n\nPulau Redang juga tak kurang menariknya. Anda boleh bersantai di tepi pantai, scuba diving, snorkeling, melihat penyu, bermain bola tampar pantai, dan menunggu matahari terbenam. Lokasi yang wajib anda kunjungi ialah Pantai Pasir Panjang, Pantai Telok Kalong, Pantai Teluk Dalam, Pasir Mak Simpan dan Pasir Mak Kepit.\n\nWalau pun kurang popular berbanding pulau lain di Malaysia, Pulau Lang Tengah adalah antara pulau yang paling cantik di Malaysia. Apa yang menarik, tak ramai orang di sini. Jadi suasananya lebih tenang. Aktiviti snorkeling pun tak sesak. Anda yang sukakan ketenangan wajib honeymoon di sini.\n\nSnorkeling di sini adalah antara pengalaman paling menarik yang pernah kami alami. Hidupan lautnya sanat cantik dan air sangat jernih.\n\nNamanya Pulau Sibu tapi letaknya di Johor. Pulaunya kecil tapi sangat indah.\u00a0Terletak kira-kira 12 kilometer (km) dari tanah besar, Pulau Sibu dipenuhi dengan hutan hujan yang subur menghijau serta rentangan pantai dengan pasir memutih dan kebiruan air Laut China Selatan yang jernih.\n\nTerumbu karang di sini adalah antara yang tercantik di Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang untuk snorkeling dan scuba diving di sini.\n\nPulau Pinang dengan ikon Jambatan Pulau Pinang juga adalah destinasi berbulan madu yang popular di Malaysia. Tempat pertama yang wajib anda pergi ialah Bukit Bendera. Kemudian anda boleh pergi ke Upside Down Muzium. Ghost Muzium, Fort Cornwallis, Pantai Batu Feringgi.\n\nJangan lepaskan peluang untuk makan nasi kandar sepuas-puasnya. Makanan kat Padang Kota Lama juga sangat sedap. Sebelum balik, jangan lupa untuk shopping jeruk madu Pak Ali.\n\nBerbulan madu di Kuching pastinya akan menjadi memori paling indah dalam hidup anda. Anda boleh melawat Kampung Budaya Sarawak, Kuching Waterfront, Jambatan Darul Hana, Taman Negara Bako, Fort Margherita, Muzium Negeri, Muzium Kucing, dan banyak lagi tempat menarik. Makanannya pun sedap-sedap belaka.\n\nTersenarai antara Pulau tercantik di Malaysia, Pulau Pangkor merupakan destinasi percutian yang sangat sesuai untuk berbulan madu. Apa yang membuat pulau ini unik adalah kerana kecantikan batu karangnya dan ikan-ikan yang berwarna-warni.\n\nKepada pasangan dua sejoli yang dua-dua gemarkan sukan air, terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama seperti menaiki banana boat, jetski, parasailing dan banyak lagi.\n\nAnda juga berpeluang untuk memberi makan kepada burung hornbill di sekitar pulau dan untuk lebih romantik boleh juga bersia-siar sekitar pulau bersama pasangan dengan menaiki motosikal di tempat honeymoon di Malaysia ini.\n\nPulau ini diiktiraf sebagai salah satu destinasi terbaik untuk menyelam di dunia dek kerana kejernihan airnya. Pulau Mabul ini sangat sesuai dijadikan destinasi bulan madu buat pasangan yang menggemari aktiviti snorkelling dan menyelam.\n\nTerdapat resort yang dinamakan Mabul Water Bungalows yang terapung di atas air sebagai daya tarikan pelancongan di sini untuk dijadikan tempat penginapan. Selain ia unik sebagai tempat honeymoon di Malaysia, anda jua boleh melihat panorama ketika matahari terbenam selain turut menyediakan rawatan spa untuk merehatkan diri anda.\n\nUntuk menikmati keindahan alam yang sedikit berbeza bersama pasangan, anda mungkin boleh melawat ke River Safari di Kinabatangan yang merupakan tempat honeymoon di Malaysia yang menarik. Bagi pencinta alam, aktiviti ini sangat sesuai dilakukan bersama.\n\nMenyusuri tasik Kinabatangan ini dengan menaiki bot pasti memberikan satu pengalaman yang menakjubkan kerana anda dapat melihat hidupan liar dengan lebih dekat.\n\nHaiwan unik yang boleh dijumpai di sepanjang sungai ini termasuklah Orang Utan, Red Leaf Monkey dan Badak Sumbu Sumatra.\n\nJika anda tercari-cari tempat yang suasananya agak mewah tetapi mempunyai keindahan alam semulajadi, Casabrina Vacation Villas adalah tempat honeymoon di Malaysia yang tepat.\u00a0 Lokasinya kira-kira sejam dari kesibukan kota, anda akan dapat menemukan sebuah resort yang tersergam indah dan mewah di tengah-tengah kehijauan hutan Pahang yang indah. Resort ini sangat sesuai untuk pasangan yang inginkan lebih privasi sambil menikmati percutian bulan madu.\n\nSesuai dengan namanya yang indah, Colmar Tropical merupakan antara tempat honeymoon di Malaysia yang wajib anda pilih. Panaroma dan suasananya akan buat anda terasa seolah-olah berada di Jepun. Di sini ada perkhidmatan sewa kimono maka ada bolehlah bergambar puas-puas dan terasa seperti berada di Jepun. Sushi dan gaya urut jepun iaitu di Tatami Spa juga boleh didapati di sini.\n\nReka bentuk homestay tempat honeymoon di Malaysia yang berwarna-warni dan unik ini akan membuatkan anda terasa seperti di Australia. Masbro Paya Rumput ini boleh muat sehingga 6 orang tetapi untuk anda yang datang untuk berbulan madu pasti ianya terasa lebih luas apabila hanya perlu berkongsi berdua sahaja.\n\nHomestay ini dibina dalam kawasan berpagar dilengkapi microwave, aircond dan peti sejuk. Jika nak mandi pun ada swimming pool tidak jauh dari homestay anda.\n\nRamai isteri yang teringin ke Maldives namun belum tentu si suami mampu membawa mereka ke Maldives. Jangan risau kerana di Malaysia juga terdapat pulau yang mirip dengan yang ada di Maldives cumanya lebih jimat dan lebih dekat.\n\nNah! Buat sang suami bawalah isteri anda ke Japamala Resort Pulau Tioman untuk si isteri merasai sendiri pengalaman seolah-olah seperti berada di Maldives. Airnya sangat jernih sehingga boleh nampak dasar laut.\n\nJika inginkan kelainan dan cabaran, anda boleh ke resort ini. Anda dan pasangan akan tidur di dalam teepees dan akan terasa seperti di Amerika.\u00a0\u00a0Ianya seperti zaman koboi atau red Indian.\n\nRekabentuk resort ini sangat unik dan menarik yang pasti memberikan pengalaman yang sedikit berbeza buat pasangan pengantin. Di sini anda juga berpeluang untuk menunggang kuda. \u00a0\u00a0\n\nBandar yang kaya dengan sejarah ini sangat sesuai sebagai destinasi bulan madu buat pasangan yang gemar mendalami budaya dan tradisi masyarakat tempatan. Tarikan utama di sini adalah anda boleh bersiar-siar di sekitar Bandar dengan menaiki beca yang berwarna-warni dan dihias cantik. Banyak hasil kraftangan penduduk tempatan yang anda boleh bawa pulang sebagai cenderamata atau kenangan.\n\nTidak perlu ke lokasi jauh, Janda Baik sudah memadai. Ia cuma mengambil masa 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Jadi anda tidak perlu memperuntukkan kos yang banyak untuk minyak kereta. Tempat yang amat sesuai pasangan suami isteri berhoneymoon dengan dikelilingi pemandangan yang cantik sekali.\n\nBoulder Valley Glamping & Event Place, Penang\n\nTempat honeymoon murah yang seterusnya adalah di \u00a0Boulder Valley Glamping & Event Place. Ramai yang tidak tahu akan keindahan penginapan ini. Menggabungkan konsep perkhemahan, alam sekitar, dan sentuhan moden.\n\nBoulder Valley dibina pada kedudukan yang agak tinggi. Ini merupakan cara untuk tidak menebang pokok yang banyak untuk menjaga alam sekitar.\n\nCoral View Island Resort, Pulau Perhentian\n\nSiapa tidak suka bercuti di pulau bukan?\u00a0 Pulau Perhentian adalah\u00a0 tempat menarik untuk honeymoon . Keindahan pulau ini bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja indah bahkan terdapat pelbagai aktiviti menarik buat pelancong.\n\nCoral View Island Resort menawarkan segala yang anda inginkan untuk percutian pulau. Chalet ditepi pantai, selesa, berlandskap indah, dan hadir dengan kolam renang.\n\nResort ini turut menawarkan beberapa pakej menarik untuk island hopping, membawa anda ke tempat snorkeling dan scuba diving.\n\nSebagai salah satu tempat menarik di Malaysia, Langkawi hadir dengaan pelbagai jenis tarikan pelancongan termasuklah penginapan unik. Ciri menarik yang ada pada resort ini adalah beberapa buah unit bilik mengelilingi kolam renang. Cukup indah tidak kira siang mahupun malam.\n\nAkhir sekali , Tempat honeymoon menarik dan murah yang seterusnya adalah di Grand Orient Hotel. Tarikan utama hotel ini adalah mereka memiliki taman tema air yang menarik. \n\nTaman tema airnya luas, berlandskap indah bak Hawaii. Terdapat pelbagai jenis gelongsor yang berpusing dan terus membawa anda ke dalam kolam yang berair dingin. Dari segi kemudahan dan keselesaan hotel memang terbaik. Semuanya cukup lengkap \n\nItulah dia 25 tempat menarik untuk honeymoon yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Selamat berbulan madu.\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik untuk honeymoon yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Mencari cara dan tips merancang kehamilan yang betul? Artikel in akan mengupas tips merancang kehamilan yang boleh anda cuba. \n\nIbu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Oleh itu amat penting untuk bakal ibu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti kerap melakukan senaman, kurangkan pengambilan kafein, kurangkan stress, berhenti merokok, serta elakkan meminum minuman keras atau alkohol.\n\nDapatkan berat badan yang ideal. Berat badan yang terlalu kurus atau terlalu gemuk (obesiti) akan mengganggu tahap kesuburan wanita. Perlu diingat juga bahawa wanita dengan berat badan berlebihan adalah berisiko untuk mengalami keguguran, tekanan darah tinggi, dan juga diabetes semasa mengandung.\n\nAmbillah makanan yang seimbang. Ikan seperti tuna dan salmon mempunyai kandungan omega dan DHA yang tinggi dan sangat baik untuk perkembangan minda dan mata bayi. Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, dan kale pula adalah tinggi dengan asid folik. Susu, yoghurt dan makanan tenusu lain yang tinggi kalsium juga diperlukan.\n\nAmbil asid folik dalam dos yang disarankan iaitu 400 microgram sehari, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Pengambilan asid folik penting untuk mencegah kecacatan pada bahagian tiub saraf (neural tube defect) kandungan anda.\n\nWanita yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, ashtma, masalah tiroid atau penyakit lupus perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan penyakit tersebut berada dalam keadaan terkawal sebelum merancang untuk hamil. Pastikan juga anda tidak mengambil ubat-ubatan terlarang.\n\nBuat temujanji dengan doktor gigi, dan dapatkan rawatan gigi dan gusi. Wanita hamil mudah mendapat jangkitan gusi seperti gingivitis. Jangkitan gusi yang tidak dirawat berisiko untuk melahirkan bayi pramatang.\n\nBincang dengan pasangan anda dan kenalpasti sekiranya terdapat sejarah kesihatan genetik keluarga seperti thalassemia atau sickle cell anemia. Sekiranya berisiko, berbincanglah dengan doktor anda tentang keperluan menjalani ujian genetik.\n\nSemak Waktu Subur dan Kitar Haid\n\nKenalpasti kitar haid dan waktu subur anda. Catat kitaran haid anda, dan kenalpasti waktu subur untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.\n\nRancang kewangan keluarga. Menimang cahayamata merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang besar. Rancanglah kewangan dan budget keluarga sebaik-baiknya.\n\nSemoga anda menyukai artikel tips merancang kehamilan ini. Jemput juga membaca artikel lain di laman ini seperti sakit lutut semasa hamil dan tips elak tubuh badan ibu hamil cepat letih"
"Gerun rasanya bila memikirkan tentang masalah sosial di kalangan remaja zaman sekarang. Apabila membaca berita yang melibatkan golong remaja, pastinya kita akan berdoa semoga zuriat dan keturuan kita dilindungi daripada terjebak dengan aktiviti dan masalah moral yang boleh menjejaskan masa hadapan mereka. Di antara masalah sosial yang semakin berleluasa hari ini ialah:\n\nPastinya anda tertanya-tanya apakah punca remaja masa kini mengalami masalah sosial yang teruk? Dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya? Tahukah anda bahawa salah satu cara untuk mengatasi masalah yang semakin kronik ini ialah ibu bapa itu sendiri. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja.\n\nBerikan didikan agama yang secukupnya sejak awal\n\nCara pertama untuk mengatasi masalah sosial di kalangan remaja ialah dengan cara memberikan didikan agama yang secukupnya sejak awal lagi. Pastikan kita memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak mereka bayi, dan pastikan ianya bermula dari rumah.\n\nBukannya mengharapkan mata pelajaran pendidikan agama yang diajar di sekolah. Ini kerana rumah adalah sekolah pertama anak-anak dan sebagai ibu bapa adalah tidak wajar untuk kita menyerahkan tugas untuk mendidik anak-anak tentang agama kepada guru di sekolah.\n\nBagaimana cara untuk memberikan didikan agama kepada anak-anak? Mulakan dengan cara hidup kita di rumah. Biasakan anak-anak dengan cara hidup berlandaskan islam. Ajar anak untuk cintakan Allah dan Rasul. Ajar anak-anak tentang perkara halal dan haram, dosa pahala, syurga dan neraka. Ajar anak-anak tentang Al-Quran dan hadith.\n\nJika kita jadikan islam sebagai cara hidup, pastinya islam akan sentiasa ada dalam hati anak-anak. Anak yang beriman akan terhindar daripada terjebak dengan kegiatan tidak bermoral kerana mereka sentiasa ingat kepada Allah dan takut untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.\n\nAmbil tahu tentang perkembangan anak-anak di sekolah\n\nIbu bapa juga boleh menangani masalah sosial di kalangan remaja dengan cara mengambil tahu tentang perkembangan anak-anak di sekolah. Rajinkan diri untuk bertanya kepada guru kelas tentang perkembangan anak anda di sekolah. Ada kalanya anak-anak tidak berlaku jujur atau ada melakukan perkara yang tidak sepatutnya di belakang kita. Guru di sekolah adalah ibu bapa kedua untuk anak-anak yang menjadi mata untuk memerhatikan anak-anak semasa ketiadaan kita.\n\nApa yang paling penting, elakkan daripada berfikir yang anak kita baik dan takkan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Percaya dan terima dengan hati yang terbuka apabila guru menceritakan sesuatu yang tidak enak tentang anak kita. Jangan terus melenting dan menganggap yang guru mereka cerita atau tersalah tafsir akan hal sebenar.\n\nJika anda perkara kurang enak sampai ke pengetahuan kita, terima dengan hati yang terbuka dan selidik apa yang berlaku. Tanya dan berbincang dengan anak dengan cara yang baik.\n\nElakkan daripada terus marah atau menghukum anak. Pastinya ada penjelasan dari pihak anak kita. Jika anak telah tersilap langkah, berikan hukuman yang setimpal dan bombing anak ke jalan yang benar. Hukum dengan kasih sayang dan hikmah, bukannya menghukum disebabkan oleh perasaan marah dan kecewa.\n\nAmbil tahu dengan siapa anak kita berkawan\n\nKawan-kawan adalah manusia kedua yang rapat dengan anak-anak selepas ibu bapa. Dengan siapa anak kita berkawan akan menentukan siapa anak kita. Kawan-kawan akan membentuk jati diri anak kita. Itulah sebabnya adalah sangat penting untuk kita sebagai ibu bapa mengetahui dengan siapa anak kita berkawan. Kenali siapa kawan-kawan anak kita dan ketahui apakah aktiviti yang sering mereka lakukan.\n\nTak salah kalau anda jemput kawan-kawan anak untuk datang ke rumah untuk berkenalan. Malah adalah lebih baik kalau kalau mengenali ahli keluarga kawan anak-anak. Bila mengadakan rumah terbuka sempena hari raya atau kenduri-kendara, boleh jemput kawan anak-anak bersama keluarga mereka. Dengan cara ini anda bukan sahaja boleh mengenali kawan anak-anak dengan lebih rapat malah boleh tahu latar belakang keluarga mereka.\n\nJika ada kenalan anak-anak yang anda kurang senang, nasihatkan anak dengan cara baik agar menjauhi kawan tersebut. Anak kita masih hijau dan muda, tak tahu untuk menilai yang mana buruk dan mana yang baik. Mereka masih belum tahu bagaimana pengaruh rakan sebaya boleh menghancurkan hidup mereka. Di sinilah kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah sosial di kalangan remaja.\n\nPeranan terkahir yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah dengan mengawal aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Perhatikan handphone anak-anak. Kawal dengan siapa mereka berhubung dan lama apa yang dilawat oleh anak-anak. Jika anda membenarkan anak keluar rumah bersama kawan-kawan, pastikan anda tahu dengan siapa anak keluar dan ke mana mereka pergi.\n\nMemberikan kebebasan tanpa kawalan dan batasan kepada anak-anak boleh menjadi punca anak terjebak dalam aktiviti yang tida diingini. Mengawal adalah langkah terbaik untuk mencegah berlakunya perkara yang tidak diingini.\n\nItulah dia info tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang anak nombor dua, anak hyperaktif, dan rahsia mendidik anak-anak."
"Pastinya ramai yang menggemari daging kambing. Daging kambing mempunyai sedikit kelainan daripada daging lembu. Terdapat rasa manis daging kambing apabila kita menjamah daging kambing ini yang tidak ada pada daging lembu. Inilah perbezaan yang membuatkan ramai orang menggemari daging kambing.\n\nPelbagai juadah dapat disediakan dengan menggunakan daging kambing ini. Antara juadah yang dapat kita sediakan adalah kari kambing. Pastinya dapat menarik selera seluruh keluarga apabila sudah siap dihidangkan nanti.\n\nResepi kari daging ini telah dikongsikan oleh Makcik Ratu di laman sosial Facebook. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat bahan-bahan dan cara untuk menyediakkannya!\n\nBahan yang perlu dikisar dengan sedikit air:\n\nSetelah anda mencuba resepi ini pastinya anda mahu mencuba resepi yang lain lagi bukan? Di sini kami telah berkongsi banyak resepi-resepi lain yang menarik dan jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda."
"Menabung, bukan sahaja sebuah amalan yang mampu menstabilkan kewangan, tetapi ia juga adalah amalan yang membolehkan anda berbakti kepada masyarakat. Untuk jadikan anak berjaya, peranan ibu bapa penting bagi memupuk amalan menabung sejak mereka kecil lagi. \n\nPaling penting, anak perlu tahu apakah tujuan mereka menabung, pembakar semangat untuk terus menabung dan menerapkan sikap menabung seikhlas hati walaupun pada mulanya bermula dengan paksaan untuk belajar menabung.\n\nDari mana mulanya, jika bukan dari ibu bapa. Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan sikap menabung dalam kalangan anak-anak. Dengan melihat anda menabung, anak akan tertarik untuk melakukan apa yang anda lakukan.\n\n2. Tidak Membazir Dan Membeli Barang Yang Tidak Penting\n\nJangan membazir dan membeli barang yang tidak penting. Anak akan perhatikan anda setiap hari. Jika anda tidak beli barang yang tidak penting dan tidak boros, mereka akan contohi anda. Ia adalah peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menabung untuk anak. Balik dari mana-mana, terus masukkan duit syiling ke dalam tabung.\n\nBukalah akaun bank anak anda bermula dari sekarang. Ia adalah peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menabung. Dengan adanya akaun bank, setiap kali tabung anak penuh, anak boleh membawanya untuk menyimpan di bank pula. Menyeronokkan bukan?\n\nSama seperti akaun bank, tetapi akaun simpanan adalah duit khas yang ingin anda simpan untuk jangka masa panjang. Ia juga boleh digunakan untuk pendidikan anak-anak suatu masa nanti. Contohnya membuka akaun simpanan Tabung Haji untuk anak adalah peranan ibu bapa memupuk amalan menabung.\n\n5. Hadiahkan Tabung Yang Cantik Kepada Anak\n\nApa kata anda hadiahkan tabung yang amat cantik kepada anak. Tabung yang cantik mungkin menjadikan anak anda lebih bersemangat untuk menabung. Ibu bapa memupuk amalan menabung terhadap anak perlu menarik perhatian anak dengan menggunakan tabung yang bercorak kartun atau apa yang anak sukai.\n\n6. Baca Buku Kewangan Dan Simpanan \n\nBacalah buku kewangan dan simpanan sebagai penambah ilmu. Anda juga boleh menyimpannya agar anak anda turut membacanya apabila meningkat remaja supaya lebih memahaminya. Jika anak kecil, cari buku menabung yang bersesuaian. Amalan menabung dapat dipupuk melalui pembacaan buku kewangan juga.\n\n7. Hadiri Program Atau Kempen Menabung\n\nBawalah anak anda menghadiri program atau kempen menabung. Mereka akan mendapat pendekatan yang lebih lagi, malah akan banyak belajar serta minat akan menabung. Selepas itu, anda boleh bersembang tentang apa yang anda lalui pada hari tersebut bersama anak.\n\nAmalkan sikap mencatat belanja setiap kali mengeluarkan duit berbelanja, membayar bil dan sebagainya adalah peranan ibu bapa memupuk amalan menabung. Dengan adanya sikap mencatat belanja, perbelanjaan akan dikawal dengan baik. Anak juga akan terikut untuk mencatatkan perbelanjaan mereka.\n\nApa kata anda terapkan disiplin dalam diri anak untuk mula menyimpan wang. Jadikan sebagai rutin harian dalam keluarga dimana semua orang mempunyai tabung masing-masing dan berusaha membuat simpanan dalam tabung. \n\nPeranan ibu bapa memupuk amalan menabung anak juga adalah dengan menunjukkan sikap yang baik, hemah dan cermat. Salah satunya adalah ibu bapa tidak berhutang. Anak juga akan tidak suka berhutang dan akan berbelanja mengikut keperluan sahaja.\n\n11. Puji Dan Berikan Hadiah Kepada Anak\n\nTidak salah untuk anda puji dan berikan hadiah kepada anak anda kerana mereka menabung. Hargai mereka akan membuatkan mereka seronok dan suka untuk menabung. Peranan ibu bapa memupuk amalan menabung juga adalah dari segi menghargai anak.\n\nTabung keluarga boleh diwujudkan untuk memupuk amalan menabung dalam keluarga. Disamping mengumpul wang, ahli keluarga yang lain juga dapat belajar dan merasai suasana menabung. Menarik bukan?\n\nBerbelanja dengan bijak bukan sahaja menguntungkan dan menjimatkan anda, tetapi bijak berbelanja juga mampu memupuk amalan menabung dalam kalangan keluarga anda. \n\nPeranan ibu bapa memupuk amalan menabung tidak hanya menyuruh, tetapi penjimatan setiap kali berbelanja juga akan mendorong seseorang untuk menabung sebahagian wang yang diperuntukkan untuk berbelanja tadi. Belilah barang ketika ada tawaran promosi untuk lebih jimat!\n\nDari kecil lagi, anak boleh mengajarkan anak anda untuk hidup sederhana atau hidup gaya mewah. Sebaiknya ajarlah dan amalkanlah gaya hidup yang sederhana. \n\n15. Terapkan Amalan Berjimat Cermat Dari Rumah\n\nApa sahaja aktiviti kita dirumah, jimatlah dan gunakanlah barangan di rumah secara cermat. Contohnya, jimat air, elektrik dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, sedikit sebanyak dapat mengajar anak anda menerapkan amalan berjimat sekaligus amalan menabung.\n\nItulah dia 15 peranan ibu bapa memupuk amalan menabung terhadap anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Jemput baca juga Peranan ibu bapa dalam kecemerlangan anak, Cara buat baik kepada ibu bapa, Cara balas jasa ibu bapa dan Adab terhadap ibu bapa."
"Stress adalah sesuatu yang biasa kita dengar pada hari ini. Dalam cara hidup moden dengan gaya hidup yang berkejar-kejar ke sana-ke sini dan hidup yang penuh dengan kesibukan serta tanggung jawab, kebanyakan kita tidak dapat lari daripada stress. \n\nNamun, ketahulah bahawa stress yang tidak terkawal boleh membawa kesan buruk kepada hidup. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca stress dan berusaha untuk menjauhinya.\n\nSebelum itu, jom kenali apakah yang dimaksudkan dengan stress? Stress adalah satu keadaan di mana seseorang mengalami gangguan emosi, pemikiran dan fizikal. Ia akan bermula dengan gangguan emosi, dan diikuti oleh gangguan fikiran. \n\nSekiranya stress tidak dibendung, ia akan menjadi semakin teruk sehingga menjejaskan fizikal individu tersebut. Adakah stress sesuatu yang boleh membahayakan nyawa? Jawapannya ialah YA. Stress yang tidak terkawal akan menjadi tekanan perasaan dan mereka yang mempunyai masalah tekanan perasaan berpotensi untuk membunuh diri.\n\n1. Terlalu banyak tanggung jawab yang terpaksa digalas\n\nSalah satu punca stress yang paling kerap berlaku ialah disebabkan oleh terlalu banyak tanggung jawab yang terpaksa digalas. Sebagai contoh, wanita hari ini sangat multitasking. \n\nMerekalah isteri dan ibu yang brtanggung jawab untuk menguruskan rumah dan anak-anak. Dalam masa yang sama mereka juga bekerja untuk membantu suami mecari rezeki. Tak cukup dengan itu, mereka juga berniaga online business untuk menambah pendapatan.\n\nKesemua tanggung jawab yang digalas ini lama-kelamaan akan menjadi beban kepada diri sendiri. Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan, diuruskan, dan diselesaikan dalam aktiviti harian. Akhirnya akan menjadi punca stress.\n\nTerlalu banyak masalah dalam hidup juga boleh menjadi punca stress. Manusia mana yang tiada masalah? Setiap yang hidup pasti mempunyai masalah, sama ada kecil atau pun besar. Namun sekiranya masalah datang bertimpa-timpa tanpa sempat diselesaikan satu-persatu, ia akan mula menyebabkan anda stress. Oleh itu, anda perlu pandai untuk mengatur hidup dan mencari penyelesaian bagi masalah yang datang. Jika terlalu banyak masalah, minta bantuan daripada orang yang tersayang. Usah tanggung semua masalah secara bersendirian.\n\n3. Meletakkan target yang terlalu tinggi\n\nSetiap seorang daripada kita mempunyai target atau matlamat hidup yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi seorang pelajar universiti, semestinya beliau mempunyai target untuk mendapat keputusan cemerlang dengan CGPA melebihi 4.0 dan termasuk dalam Senarai Dekan. \n\nMaka dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai target tersebut. Namun, oleh kerana target yang diletakkan adalah terlalu tinggi dan dia terlalu mengharap untuk mendapat keputusan tersebut, dia mula stress. \n\nHilang minat untuk belajar. Tiadsa mood untuk mengulang-kaji pelajaran. Akhirnya keputusan yang diperolehi adalah sangat mengecewakan. Oleh itu, elakkan daripada meletakkan target terlalu tinggi yang boleh memakan diri sendiri.\n\nPunca stress yang seterusnya ialah tabiat terlalu memaksa diri sehingga terpaksa melakukan sesuatu perkara melebihi had dan kemampuan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang individu yang baru menjinakkan diri dalam dunia memanjat gunung atau hiking. \n\nUntuk permulaan, pilih bukit dan gunung dengan tahap kesukaran yang mudah supaya diri dapat belajar skill yang diperlukan dan memberi peluang kepada tubuh badan untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti tersebut.\n\nSekiranya dia terus mengikuti group hiking mendaki gunung dengan tahap kesukaran yang tinggi, pastinya akan mengundang stress kerana terpaksa memaksa diri melebihi kemampuan.\n\n5. Zaman kanak-kanak yang kurang indah\n\nTahukah anda, zaman kanak-kanak yang kurang indah boleh terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa lalu menjadi punca individu tersebut mengalami stress yang berpanjangan. \n\nIni kerana alam kanak-kanak akan membentuk jatidiri seseorang. Sebagai contoh, seorang anak yang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang yang secukupnya akan membesar menjadi seorang yang ceria, peramah, dan mudah bergaul.\n\nSementara anak yang terbiar, kurang mendapat kasih sayang, atau menjadi mangsa penderaan akan membesar dengan personaliti yang gelap dan menghadapi masalah stress. Sekiranya tidak dibantu, kemungkinan anak tersebut untuk menjadi pendera, dan mengalami tekanan perasaan adalah sangat tinggi malah risiko untuk membunuh diri juga adalah sangat tinggi.\n\n6. Masalah dalam perhubungan dengan orang keliling\n\nMereka yang mempunyai masalah dalam perhubungan juga boleh mengalami stress. Sebagai contoh, seseorang yang bergaduh dengan ibu mertua akan sentiasa berasa sedih, marah, dan tidak berpuas hati. Lalu berasa stress setiap kali teringatkan keadaan tersebut. Bertambah stress apabila suami ajak pulang melawat ibu mertuanya di kampung.\n\n7. Tiada sokongan dari mereka yang terdekat\n\nSokongan dari orang yang terdekat dan tersayang adalah sangat penting dalam hidup kita. Ketiadaan sokongan daripada mereka akan menyebabkan seseorang individu stress dan terasa seolah-olah dia berseorangan di dunia tanpa tempat bergantung.\n\n8. Kurang keyakinan pada diri sendiri\n\nKajian menunjukkan bahawa kurang keyakinan kepada diri sendiri juga boleh menjadi punca stress. Sebagai contoh, jika anda mendapat tugasan untuk memberikan ceramah di hadapan 100 orang tetamu dalam sebuah majlis. Jika anda seorang yang kurang yakin dengan diri sendiri, sudah pasti anda akan mengalami stress.\n\n9. Peristiwa hitam atau tragedi dalam hidup\n\nSeseorang individu juga boleh mengalami stress disebabkan oleh peristiwa hitam atau tragedi yang berlaku dalam hidupnya. Sebagai contoh, jika baru-baru ini rumah anda dimasuki pencuri. \n\nSemestinya anda akan berasa takut tiap kali berada di rumah, bimbang seandainya pencuri yang sama cuba masuk ke rumah anda lagi. Lama-kelamaan anda akan menjadi stress disebabkan oleh perkara tersebut.\n\nJatuh sakit juga boleh menjadi punca stress. Lebih-lebih lagi sekiranya penyakit tersebut menyebabkan individu tersebut terlantar dan tidak dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Keadaan akan bertambah teruk sekiranya penyakit yang dihidapi adalah penyakit kronik. \n\nItulah dia 10 punca stress yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang obesiti darah tinggi dan gout"
"Lumrah kanak-kanak suka bermain. Kebanyakkannya suka menonton tv. Apatah lagi jika ada Mickey Mouse dan terbaru Frozen. Dia boleh duduk mengadap dengan mata tak berkelip, tak gerak ke mana. Macam dah digam kat sofa tu.\n\nBila disuruh buka buku dan baca, tetiba jadi cacing kepanasan. Serba tak kena. Secara tiba-tiba katanya dia mengantuk, lapar, sakit perut.\n\nAnda pernah alami situasi macam ni? Saya selalu juga. Buat saya terfikir \u2013 macamana nak buat supaya anak suka belajar, suka ngadap buku, mengaji? Kalau asyik nak umpan dengan hadiah, bankrap la saya.\n\nSehinggalah saya menjumpai rahsia yang sangat mudah.\n\nIa bermula apabila saya perasan yang anak saya, yaya, suka saya bercerita sebelum tidur. Dia sangat-sangat suka, sampai ke tahap kalau dia penat atau mengantuk sangat pun, dia akan merayu saya supaya saya bercerita. Kadang dengan buku. Kadang tanpa buku.\n\nYang terbaru, bercerita di dinding \u2013 tutup lampu, buka lampu torchlight di telefon, halakan ke dinding, dan gunakan tangan dan suara untuk bercerita. Tentang dinasour nak makan kucing dan diselamatkan oleh seekor burung. Hehe.\n\nJadi saya buat \u2019deal\u2019 dengan yaya. Kalau nak story sebelum tidur, yaya mesti sembahyang maghrib, mengaji, belajar. Dan memang berkesan \u2013 sebab dia yang nak sangat saya jadi penglipur lara hehe.\n\nSaya cadangkan, kita sebagai mak ayah jadikan favorite anak sebagai umpan untuk dia rela hati belajar, mengaji, baca buku dan sebagainya. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah mengecam apakah favorite anak kita itu. Kita tentu tahu, dah namanya mak dan ayah. Dan saya percaya, setiap anak ada kesukaannya masing-masing.\n\nMungkin kesukaan anak ialah makanan tertentu yang kita masak untuknya? Atau bermain kejar-kejar keliling rumah? Atau melukis dan mewarna bersama-sama? Atau borak-borak dan bergurau sebelum tidur?\n\nBedah siasat kesukaan anak kita, dan jadikan ia umpan paling mudah dan berkesan untuk mengajak anak belajar, mengaji, tolong kemas, tolong masak dan sebagainya. Tanpa malas, tanpa mengelat. Tanpa banyak songeh.\n\nMungkin juga boleh kongsikan apa \u2019umpan\u2019 yang anda pakai, supaya saya dan pembaca-pembaca dapat idea baru/lain untuk dicuba? Terima kasih daun keladi ya"
"Pisang adalah antara buah-buahan yang paling popular di dunia. Walaupun asalnya dari Asia Tenggara, namun ia kini ditanam di banyak kawasan yang lebih hangat di dunia.\n\nTerdapat banyak jenis pisang yang berbeza warna, saiz dan bentuknya. Antaranya pisang emas, pisang tanduk dan pisang embun. Pisang bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, tetapi juga ia boleh dipelbagaikan penyediaannya. Contoh, pisang goreng, kerepek pisang dan kek pisang.\n\nTahukah anda, pisang merupakan salah satu buah yang disebut dalam al-Quran. Malah, ia menjadi buah yang terdapat di dalam syurga. Namun begitu, sudah pastilah buah pisang di syurga itu lebih sempurna dan tidak tergambar kejadiannya untuk dibandingkan dengan buah pisang yang ada di dunia.\n\n\u201cBerada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.\u201d (al-Waqi\u2019ah [56]: 28-33).\n\nPisang sangat kaya dengan nutrisi. Ia terdiri daripada 75% air, 1.3% protein dan 0.6% lemak. Buah pisang juga mengandungi karbohidrat dan potassium yang tinggi hingga mampu memberi tenaga segera kepada badan.\n\nIa juga dipercayai dapat melegakan banyak penyakit, pisang sangat dianjurkan untuk merawat demam, gangguan sistem pencernaan, kejang-kejang, dan pelbagai lagi.\n\nSelain berkhasiat, pisang juga mudah diamalkan untuk dijadikan snek harian. Berikut adalah 8 manfaat kesihatan pisang yang disokong oleh penyelidikan saintifik.\n\nKhasiat Pisang Yang Ramai Tidak Tahu\n\n\nPisang mengandungi sejumlah serat yang tinggi, serta beberapa antioksidan. Satu pisang sederhana (118 gram) juga mengandungi kalium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, tembaga, mangan, karbohidrat,\u00a0 serat, protein dan lemak.\n\nSetiap pisang mengandungi hanya kira-kira 105 kalori, dan hampir keseluruhannya adalah air dan karbohidrat. Pisang mengandungi protein yang sangat sedikit dan hampir tidak ada lemak.\u00a0Karbohidrat dalam pisang yang belum matang (hijau) kebanyakannya terdiri daripada kanji tetapi apabila sudah ranum, kanji tersebut bertukar menjadi gula (glukosa, fruktosa dan sukrosa).\n\nSekumpulan penyelidik dari India pada tahun 2016 ada menyenaraikan beberapa sebatian bioaktif yang sangat membantu meningkatkan kualiti kesihatan, antaranya fenolik, karotenoid, biogenik amin dan fitosterol.\n\nDiet serat telah dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan, termasuk pencernaan yang lebih baik.\u00a0Pisang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 3 gram serat, menjadikan pisang sebagai sumber serat yang cukup baik.\n\nPisang mengandungi terutamanya dua jenis serat, iaitu pektin dan kanji resisten. Serat ini ditemui dalam pisang yang belum masak. Kanji resisten tidak dicerna dan berakhir di dalam usus besar, di mana ia menjadi makanan untuk bakteria usus yang bermanfaat.\n\nSelain itu, beberapa kajian sel menyarankan bahawa pektin boleh membantu melindungi daripada kanser kolon.\n\nTiada kajian setakat ini yang menguji kesan pisang pada penurunan berat badan. Walau bagaimanapun, pisang mempunyai beberapa ciri yang boleh menjadikan ia makanan mesra diet penurunan berat badan. Pisang mengandungi kalori yang rendah. Kebanyakan pisang mengandungi hanya lebih daripada 100 kalori, namun ia juga sangat berkhasiat dan mengenyangkan.\n\nPisang juga kaya serat. Makan lebih banyak serat dari buah dan sayuran berulang kali dikaitkan dengan berat badan yang lebih rendah dan penurunan berat badan.\n\nSelain itu, pisang mentah tinggi dengan kanji resisten, jadi ia cenderung membuatkan anda berasa kenyang dan boleh mengawal selera makan anda. Menurut penyelidik dari New Zealand, Thakorial dan rakan-rakan pada tahun 2010, kanji resisten bermaksud kanji yang lambat dicerna dalam perut menjadikannya memberikan rasa kenyang yang lebih panjang.\n\nMereka membandingkan pengambilan pisang secara mentah dengan pisang yang dijadikan bahan masakan seperti kerepek dan pancake, lalu mendapati bahawa pisang mentah mempunyai kanji resisten yang paling tinggi dan disyorkan untuk memakan pisang mentah sebagai snek.\n\nKalium adalah mineral yang penting untuk kesihatan jantung, terutamanya kawalan tekanan darah. Namun, walaupun penting, kebanyakan orang tidak mendapat cukup kalium dalam diet mereka.\u00a0Pisang adalah sumber kalium yang hebat. Satu pisang sederhana (118 gram) mengandungi 9% daripada RDI.\n\nTambahan pula, diet yang kaya dengan potassium dapat membantu menurunkan tekanan darah, dan individu yang makan banyak kalium mempunyai risiko penyakit jantung sebanyak 27%.\n\nSelain itu, pisang juga mengandungi sejumlah besar magnesium, yang juga penting untuk kesihatan jantung.\n\nKebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber antioksidan yang sangat baik, termasuklah pisang. Ia mengandungi beberapa jenis antioksidan kuat, termasuk dopamin dan catechin. Antioksidan ini telah dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan, seperti risiko penyakit jantung dan penyakit degeneratif yang berkurang.\n\nWalau bagaimanapun, terdapat salah faham yang menyatakan dopamine dari pisang bertindak sebagai bahan kimia dalam otak.Pada hakikatnya, dopamin dari pisang tidak menyeberangi penghalang darah-otak. Ia hanya bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan bukannya mengubah hormon atau emosi.\u00a0\n\nPara pengkaji dari Kuwait pada tahun 2018, Jiwan Sadhu & Tasleem Zaafar melaporkan aktiviti antioksidan yang tinggi dalam pisang melalui kehadiran derivatif anthocyanin. Menariknya, anthocyanin bukan sahaja dikesan dalam buah pisang tetapi juga kulit buah pisang, batang umbut dan putik buah.\n\nSatu kajian yang dijalankan oleh Imperial College of London mendapati bahawa kanak-kanak yang makan hanya satu pisang setiap hari mempunyai peluang 34% lebih kurang untuk risiko mendapat asma.\n\nKandungan karotenoid dalam pisang adalah tinggi dalam pisang yang berwarna kuning atau oren. Pengambilan karotenoid sememangnya sudah banyak dilaporkan membantu meningkatkan kepekaan sel, sistem pertahanan dan melawan risiko pelbagai penyakit.\n\nRintangan insulin adalah faktor risiko utama bagi kebanyakan penyakit yang paling serius di dunia, termasuk diabetes jenis 2 atau kita kenali sebagai kencing manis.\n\nBeberapa kajian menunjukkan bahawa 15-30 gram kanji resisten sehari boleh meningkatkan kepekaan insulin sebanyak 33-50%, dalam masa 4 minggu. Pisang belum masak adalah sumber yang sangat baik untuk kanji resisten, dan dengan itu boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin.\n\nWalau bagaimanapun, kajian yang lebih banyak diperlukan untuk mengesahkan perkara ini.\n\nPotassium adalah penting untuk kawalan tekanan darah dan fungsi buah pinggang yang sihat. Sebagai sumber diet kalium yang baik, pisang mungkin bermanfaat untuk mengekalkan buah pinggang yang sihat.\n\nSatu kajian pada wanita menunjukkan bahawa lebih dari 13 tahun, mereka yang memakan pisang 2-3 kali seminggu adalah 33% kurang berkemungkinan menghidap penyakit buah pinggang.\n\nKajian lain mendapati bahawa mereka yang memakan pisang 4-6 kali seminggu hampir 50% kurang berkemungkinan menghidap penyakit buah pinggang berbanding dengan orang yang tidak memakan pisang.\n\nPenyekat-beta, sejenis ubat yang paling biasa diamalkan kepada pesakit jantung, boleh menyebabkan kadar kalium meningkat dalam darah. Makanan kalium yang tinggi seperti pisang perlu dimakan secara sederhana semasa mengambil penyekat-beta.\n\nMengambil terlalu banyak kalium boleh membahayakan mereka yang buah pinggangnya tidak berfungsi sepenuhnya. Sekiranya buah pinggang anda tidak dapat mengeluarkan lebihan kalium dari darah, ia boleh membawa maut.\n\nDr Peter S. Gelfand, yang mengamalkan Perubatan Dalaman di Long Beach NY, berkata, \u201cUbat-ubatan tertentu yang digunakan untuk penyakit jantung dan tekanan darah tinggi berpotensi meningkatkan kadar kalium.\n\nContohnya termasuk penyekat-beta tertentu seperti Labetalol, ubat-ubatan yang berfungsi dengan menyekat tindakan hormon aldosteron seperti Lisinopril dan Losartan, dan diuretik tertentu seperti Spironolactone Eplerenone.\n\nIni adalah beberapa senarai sahaja, dan anda harus berunding dengan doktor anda jika tahap potassium ditahap yang membimbangkan.\u201d\n\nSesetengah orang mungkin mengalami alahan terhadap pisang. Jika sesiapa yang mempunyai alahan pisang makan pisang, mereka mungkin mengalami gejala di dalam mulut dan tekak seperti gatal-gatal dan bengkak.\n\nPisang boleh mencetuskan migrain pada sesetengah orang. Orang yang sering mengalami sakit kepala migrain dinasihatkan untuk tidak makan pisang lebih dari sebiji setiap hari.\n\nPisang juga mengandungi banyak serat. Makan terlalu banyak serat boleh menyebabkan kembung, gas, dan keras perut.\n\nPisang kaya nutrien yang penting untuk tubuh. Banyak khasiat dan manfaat pisang untuk kesihatan anda. Ia bukan sahaja lazat dijadikan snek, tetapi juga boleh dibuat smoothie pisang yang lemak berkrim.\n\nNamun begitu, bagi mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana pisang boleh memberi risiko kepada pesakit darah tinggi. Pengambilan pisang juga perlulah dalam kadar yang sederhana tanpa berlebihan.\n\nJom baca artikel khasiat yang lain jika anda sukakan khasiat pisang ini. Jemput like dan share ya.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof"
"Jom buat kentang goreng viral boleh buat makan petang. Anda makan apa petang ini?\n\nResepi kentang goreng ini cukup viral dalam kalangan rakyat Malaysia. Cara menyediakan yang boleh dikatakan mudah dan rasanya rangup sedap. Namun sebahagian orang ada yang gagal bila cuba buat sendiri, kentang tidak menjadi, mungkin disebabkan ada kesilapan pada resepi yang dicubakan, atau boleh jadi kerana nisbah tepung tidak sesuai.\n\nResepi mudah saja, patutnya senang dan terus jadi. Melihat kerisauan anda kami datangkanlah resepi kentang goreng viral yang lebih detail dan konfirm menjadi. Dibawakan dari laman Facebook oleh Nor Fazira. Selamat mencuba.\n\nSelain kentang goreng viral , kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anda bakal bertunang atau bakal bergelar pengantin baru tak lama lagi? Sedang mencari idea untuk hantaran? Jom kami kongsikan tips memilih barang hantaran sebagai panduan untuk anda.\n\n1. Berapa bajet anda untuk hantaran?\n\nSebelum apa-apa, anda dan pasangan perlu tetapkan berapa bajet maksimum yang akan diletakkan untuk barang hantaran. Meletakkan bajet adalah sangat penting supaya anda tak terlebih berbelanja akibat terlalu curiga. KAlau terlebih belanja untuk membeli barang hantaran, dikhuatiri akan menjejaskan bajet untuk perkara lain.\n\nBagi memudahkan anda merancang kewangan, asingkan bajet bagi tiga perkara utama ini:\n\n2. Berapa jumlah dulang nak disediakan?\n\nDah ada bajet, bolehlah anda tetapkan pula berapa jumlah dulang hantaran yang nak disediakan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil. Jika pengantin perempuan bercadang untuk memberi tujuh dulang sebagai hantaran untuk pihak lelaki, selalunya pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit daripada itu, biasanya lima dulang.\n\n3. Apakah warna & tema majlis anda nanti?\n\nTip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah memilih konsep majlis dan tema warna terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan daripada lari konsep di antara barang anda serta konsep keseluruhan majlis.\n\nContoh konsep majlis dan tema warna yang mungkin sesusuai untuk anda:\n\n4. Jangan lupa masukkan barang adat dalam senarai hantaran\n\nJangan lupakan barang adat seperti sirih junjung, bunga rampai, Al-Quran, sejadah, dan telekung solat yang menjadi adat kita orang melayu. Kurang manis majlis nanti kalau takde barang adat atas dulang hantaran.\n\n5. Senaraikan barang hantaran yang perlu dibeli\n\nSebelum anda mula membeli-belah, sediakan senarai barang hantaran yang perlu dibeli. Senarai ini merangkumi barang hantaran dan aksesori hiasan dulang untuk gubahan. Takde idea untuk hiasan dulang? Kalau ada bajet, anda boleh upah sahajaorang lain untuk gubahkan. Kalau tak, anda boleh cari idea dari majalah pengantin atau google sahaja.\n\n6. Beli barang hantaran semasa jualan murah\n\nJom kami kongsikan tips paling mahal. Nak beli barang untuk hantaran? Beli sewaktu ada jualan murah. Biasanya sempena jualan murah, anda akan dapat diskaun yang banyak. Tak perlu risau, ada banyak jualan murah di Malaysia.\n\nJualan akhir tahun, jualan sempena hari raya, jualan sempena deepavali, jualan sempena tahun baru cina, jualan sempena krismas.\u00a0Anda boleh beli sedikit demi sedikit. Tak semestinya kena beli sekali gus.\n\nAntara barangan wajib dan klasik yang tidak patut anda tinggal adalah:\n\nBarangan di atas telah dimasukkan di dalam senarai gubahan dulang sejak turun-temurun, maka moleklah anda memasukkannya juga untuk dulang anda. Ianya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!\n\nTips\u00a0 memilih barang hantaran perkahwinan seterusnya yang ingin kami kongsikan dengan anda adalah\u00a0 jangan berlebih-lebihan. Dulang hantaran hanyalah secebis daripada keseluruhan majlis perkahwinan anda. Ada banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.\n\nKalau boleh elakkan dulang hantaran yang banyak kerana nanti, anda perlukan lebih ramai \u2018dulang girls\u2019 untuk memegang dulang anda, bermakna makin ramai kawan/sahabat anda perlukan untuk memegang dulang anda. Sekiranya baju-baju dulang girls ini anda kena sponsor, maka bertambahlah bajet yang perlu anda belanjakan.\n\nTakkan 3 dulang girls yang lainnya mak cik- mak cik yang pegangkan dulang anda, tak cantik pula dalam gambar kahwin nanti!\n\nSemasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan dulang yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz dulang jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih dulang dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.\n\n11. Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki\n\n12. Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan\n\n13. Idea jenis & jenama yang boleh anda beli untuk hantaran\n\nItulah dia perkongsian kami untuk hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda gastrik, penyakit batu karang, dan khasiat lobak putih."
"Asyik melintas resepi ini dekat Facebook. Sesiapa yang ternampak makanan ini mesti terus berkenan, sebab warna hijaunya sungguh menyelerakan. Bukan hanya tampak luaran sahaja yang menarik, melainkan dia punya rasa amat sedap, manis, segar, rasa macam aiskrim pun ada.\n\nApa yang buatkan buko pandan amat disukai ramai? Tidak lain tidak bukan adalah disebabkan rasa manis dan segar yang berasal daripada buah kelapa. Air kelapa inilah bahan utama buat buko pandan, di mana air kelapa segar dicampur dengan perisa pandan atau daun pandan, dan ditambahkan rerempah lain. Boleh bayangkan betapa lazatnya pencuci mulut ini?\n\nHidangan ini disebut berasal daripada Filipina. Buko pandan merupakan sejenis pencuci mulut yang makin sedap apabila dihidangkan sejuk. Makan buko pandan pada masa panas-panas memang nyaman sangat di tekak. Di bawah ini kami berkongsikan resepi buko pandan untuk 3 atau 4 orang sahaja. Jom petang ini layan buko pandan. Resepi daripada Putri Bungsu di laman Facebook.\n\nSelain resepi buko pandan, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Sekiranya anda memilih untuk berdiet, semestinya anda menginginkan sesuatu yang lazat dan berkhasiat. Jangan gusar, anda semestinya boleh menyediakan sesuatu yang lazat, sihat dan berkhasiat. \n\nSelalunya, makanan berkhasiat amat susah untuk didapati di luar. Kalau ada sekalipun, ianya pasti akan menjadi mahal. Oleh itu, hari ini kami akan kongsikan kepada anda satu hidangan yang amat mudah untuk disediakan disamping rasanya yang lazat ala ala seperti di Kenny Rogers. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Cik Pooja di laman Facebooknya dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom! \n\nResepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers\n\nNota: Sekiranya air perapan ayam banjir didalam dulang pembakar, buangkan air itu bagi melancarkan proses pembakaran ayam tersebut. Barulah ayam itu garing sekata atas bawah. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nTerdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!"
"Perkongsian kali ini ialah udang masak lemak cili padi. Lauk sedap yang disukai masyarakat melayu ini memang menjadi pujaan hati.\n\nSesiapa yang tercari resepi udang masak lemak cili padi, sila usha langkah-langkah masak udang lemak cili padi nan sedap dan menggetarkan lidah yang dikongsikan oleh Hazirah Maulana di laman Facebook.\n\nCara menyediakan dan bahan-bahan masakan udang masak lemak cili padi ini amat mudah. Tidak sampai 10 minit boleh siap dan dihidangkan. Sedap sangat dimakan dengan nasi putih panas-panas. Selamat mencuba.\n\nResepi Udang Masak Lemak Cili Padi\n\nSelain resepi udang masak lemak cili padi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mana ada manusia suka kena fitnah. Tapi memang ramai manusia yang tidak takut langsung akan dosa fitnah. Kerana fitnah ini juga pelbagai kes muncul dengan melibatkan saman menyaman dan sebagainya. Kita juga sering mendengar ungkapan \u201cdosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh\u201d, apakah maksudnya?\n\nDosa fitnah lebih besar dari doa membunuh adalah disebabkan oleh situasi yang berlaku. Antara perbuatan yang berkaitan dengan fitnah ini adalah sengaja melaga-lagakan orang hingga tahap bergaduh, sengaja mengadakan cerita yang tidak betul dan sebagainya. Fitnah\u00a0 juga merupakan salah satu dosa besar.\n\nDosa Fitnah Lebih Besar Dari Dosa Membunuh\n\nMemang bahaya perbuatan fitnah ini dan tidak hairanlah kenapa ianya terrgolong sebagai salah satu dosa besar. Fitnah juga disebut dalam AlQuran akan bahayanya yang lebih teruk daripada membunuh. Mana taknya, jika permbunuhan itu \u2018mati\u2019 hanyalah berlaku sekali kemudian semuanya akan kembali tenang tetapi fitnah ini terasa bagai \u2018mati berkali-kali\u2019 dan sakitnya itu perlu ditanggung dalam masa yang amat lama. Pelbagai perasaan juga bercampur baur. Ada rasa malu, sedih, marah, benci, sakit dan lain-lain lagi. Memang teruk situasi ke atas seseorang yang telah difitnah ini.\n\nMaksudnya : dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. (Surah Al-Baqarah: 191)\u00a0 \u00a0\n\nMaksudnya:\u00a0Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan. (Surah Al-Baqarah: 217)\n\nIsteri Nabi Muhammad SAW (Aisyah RA) Pernah Menjadi Mangsa Fitnah\n\nFitnah tak ubah seperti virus atau racun yang boleh membunuh fikiran sihat seseorang. Jangan kata kita di zaman serba moden dengan media sosial, dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi fitnah ini sudah pernah berlaku. Cumanya kita di zaman akhir ini perlu lebih berwaspada dalam menjaga tingkahlaku kerana semua benda boleh di ambil gambar dan dimuatnaik ke facebook, instagram, twitter dan sebagainya.\n\nFitnah ke atas Aisyah RA, isteri kesayangan nabi menjadi saksi betapa kejam dan dasyatnya fitnah ini. Peristiwa ini berlaku bila mana pada suatu hari rombongan Rasulullah SAW dan para sahabat berhenti di suatu tempat maka Aisyah RA turut keluar dari usungan buat menyempurnakan hajatnya.\n\nSelepas itu, Aisyah RA kembali semula ke usungan dan dengan tiba-tiba Aisyah RA menyedari yang kalungnya telah hilang. Saidatina Aisyah keluar semula dari usungan dan bergerak ke arah tempatnya melepaskan hajat tadi untuk mencari semula kalung tersebut. Puas mencari, Aisyah RA kembali ke rombongan namun rombongan itu telah pergi tanpa menyedari akan ketiadaannya.\n\nDalam masa yang sama, salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Safwan Mu\u2019attal yang ditugaskan untuk menjaga pasukan pada bahagian belakang telah melihat Aisyah sendirian. Lalu dibawanya Aisyah kembali dengan selamat sehingga tiba di Mekah tanpa bercakap sepatahpun perkataan dengan Aisyah RA.\n\nDi Mekah, kecoh apabila Aisyah didapati tiada di dalam usungan dan makin kecoh apabila Aisyah RA boleh muncul secara berduaan dengan Safwan Mu\u2019attal. Maka kedengaranlah suara sumbang yang memfitnah Aisyah atas kejadian tersebut. Alangkah sedihnya hati Saidatina Aisyah dan makin sedih apabila\u00a0Nabi Muhammad SAW turut ikut berdukacita dan menjarakkan hubungannya dengan Aisyah.\n\nKejadian ini akhirnya terhenti apabila Allah SWT menurunkan wahyu bagi menjawab segala fitnah berkenaan. Kisah tersebut ada disebut dalam al-Quran menerusi Surah al-Nur, ayat 11 hingga 21.\n\nDoa Untuk Amalan Mereka Yang Terkena Fitnah\u00a0\n\nBuat mereka yang difitnah anda boleh mengamalkan surah di bawah ini. Doa di bawah ini mententeramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Doa ini adalah dari surah yasin ayat ke 76 yang bermaksud ;\n\nMaka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.\n\n7 Tips Buat Mereka Yang Di Fitnah\n\n\u00a0#1 \u2013 Minta perlindungan dari Allah SWT.\n\nZaman sekarang fitnah semakin berleluasa malah mereka yang membuat fitnah ini seolah-olah seperti tidak takut dengan dosa. Bagi mereka, ia satu kepuasan. Buat mereka yang difitnah berdoalah kepada Allah SWT supaya diberikan perlindungan. Ini adalah tips utama bila kena fitnah yang amat sesuai buat anda. Anda harus tahu doa orang yang teraniaya tiada hijab malah ia lebih cepat dimakbulkan. Selain memohon perlindungan anda juga boleh memohon supaya ditunjukkan kebenaran yang sedang tertutup itu.\n\nTips bila kena fitnah yang kedua ialah kuatkan mental. Memang betul apabila di fitnah ia akan menyebabkan akan merasa bercelaru. Jika anda di fitnah kuatkan mental anda kerana jika anda tidak dapat mengawal mental maka ia akan menyebabkan anda lemah. Anda perlu kuat dan pedulikan segala tohmahan yang dilempar. Yakin bahawa Allah SWT ada dan kebenaran pasti akan terbongkar jua kelak.\u00a0\n\nTips bila kena fitnah yang seterusnya ialah anda harus bersabar jika anda di fitnah. Anda perlu yakin di sebalik yang berlaku ini pasti ada khikmahnya. Bukan itu sahaja, anda juga perlu perbanyakkan zikir dan hindarkan diri dari membalas balik tentang fitnah yang telah dilemparkan. Dengan bersabar anda dapat pahala malah dengan sabar anda ini juga segala fitnah tersebut akan dibongkar juga akan kebenarannya.\n\nBila anda di fitnah jangan cepat melenting sebaliknya gunakan ini sebagai peluang untuk anda muhasabah diri. Mungkin ini adalah satu pentunjuk yang Allah SWT berikan kepada anda supaya anda kembali mendekatkan diri kepadanya setelah lama hanyut. Dengan muhasabah diri dan yakin ada khikmah di sebalik semua ini ia dapat menjadikan anda sebagai seorang yang berusaha untuk memperbaiki diri.\n\nTips bila kena fitnah ialah berhenti tanya kenapa. Berhenti dari menyalahkan diri dan berhenti dari bertanya kenapa. Sebaliknya berfikir mungkin ini adalah satu pentunjuk supaya kita berubah dan menjadi lebih baik. Selain itu gunakan peluang ini untuk anda mengubah serta memperbaki lagi diri supaya menjadi yang terbaik. Dengan musibah seperti ini memberi anda peluang untuk anda lebih mendalami ilmu agama.\n\n\u00a0 #6 \u2013 Memaafkan Orang Yang Telah Buat Fitnah Terhadap Anda.\n\nJika anda ditimpa musibah seperti ini jangan berdendam dengan orang yang telah membuat fitnah sebaliknya doakan semoga dia diperolehi hidayah oleh Allah SWT. Bukan itu sahaja sebaiknya memaafkan dia kerana dengan memaafkan kesalahan dia kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Mungkin berkat dengan doa dan kemaafan dari anda orang tersebut berubah menjadi dan mungkin dia masa akan datang orang tersebut menjadi sahabat yang akan ada dengan kita ketika susah dan senang.\n\n#7 \u2013 Yakinlah Fitnah Membuatkan Anda Lebih Baik\n\nSemua orang islam pasti mengetahui bahawa Allah SWT tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya. Kita perlu yakin setiap musibah yang kita hadapi ini pasti mempunyai kebaikkannya. \n\nContohnya, jika sebelum ini seseorang itu merupakan panas baran, kaki pukul tetapi selepas di uji orang tersebut berubah menjadi seorang yang sangat penyabar dan menjadi seorang hamba Allah SWT yang sangat taat pada perintah. Justeru itu, kita jangan mengeluh jika ditidahnya Islam mpa ujian sebaliknya yakin pasti ada kebaikkan yang akan kita perolehi. Baca juga golongan yang haram disentuh oleh api neraka dan tips untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak."
"Menjaga bayi yang baru lahir sehingga berumur 3 tahun adalah agak mencabar. Pada umur sebegini bayi anda sangat rapuh dan anda perlu memberikan perhatian yang tidak berbelah-bahagi. Salah satu daripada cabaran menjaga anak kecil ialah tabiat suka menangis malam. \n\nIstimewa untuk ibu bapa prihatin seperti anda, jom kami kongsikan punca bayi menangis malam yang perlu dielakkan kalau anda nak tidur lena sampai ke pagi tanpa sebarang gangguan.\n\nPunca bayi menangis malam dan tidak mahu diletak ke bawah yang paling kerap terjadi ialah disebabkan bayi anda kembung atau colic. Bayi yang mempunyai masalah kembung biasanya akan meragam diwaktu malam di mana kekembungan akan menjadi semakin kronik. Bayi anda akan menangis secara berpanjangan dan tanpa henti disebabkan oleh sakit perut dan ketidak selesaan yang dialami.\n\nAnda perlu ingat bahawa bayi tidak pandai bercakap. Mereka berkomunikasi dengan menggunakan tangisan. Tangisan berpanjangan tanpa henti adalah cara untuk bayi anda memberitahu kepada anda bahawa dia sedang mengalami kesakitan yang teramat sangat.\n\nApakah punca bayi kembung? Terdapat beberapa punca kenapa bayi anda kembung. Di antara yang paling utama ialah disebabkan oleh pemakanan ibu. Apa yang ibu makan akan sampai kepada bayi melalui air susu. Ada bayi yang mempunyai perut sensitif dan mudah kembung apabila ibunya mengambil makanan seperti makanan berangin, makanan sejuk, dan makanan yang berbisa. \n\nOleh itu, jika anda seorang ibu yang menyusukan bayi, sila jaga pemakanan anda. Jika bayi anda kerap menangis malam, sapukan minyak panas ke perut bayi anda bagi mengurangkan kesakitan yang dialami. \n\nAdakalanya, bayi anda meragam pada waktu malam kerana ruam lampin. Anda mungkin tak perasan yang bayi anda mempunyai ruam lampin kerana ruam baru terjadi dan berada di celah pelipat yang tidak kelihatan kecuali jika anda membuka lipatan tersebut. Ruam lampin mungkin nampak ringan namun ianya sangat pedih dan menyakitkan bayi anda.\n\nJika bayi anda masih menangis walau pun selepas disusukan dan dipeluk, periksa lampin bayi anda. Pastikan lampinnya kering, dan periksa juga jika ada ruam lampin. Anda boleh mencegah ruam lampin dengan menyapukan lapisan nipis krim anti ruam setiap kali menukar lampin bayi anda. Jika bayi anda terkena ruam lampin, sapukan krim anti ruam dengan kerap.\n\nPunca bayi menangis malam yang seterusnya ialah suasana dan persekitaran. Jika anda menangis dan terus menangis walau pun puas dipujuk, cuba perhatikan keadaan sekeliling. Adakah suhu terlalu panas atau sejuk? Adakah suasana terlalu bising sehingga menyebabkan bayi anda terganggu? Adakah lampu terlalu terang sehingga menyebabkan bayi anda silau?\n\nJika anda berada di tempat baru, contohnya membawa bayi anda pulang bercuti ke kampung, rumah baru dengan suasana asing mungkin menjadi punca bayi anda berasa tidak selesa lalu tidak dapat tidur. Bayi anda mungkin nampak kecil namun dia juga adalah manusia seperti kita yang mempunyai perasaan dan perlukan keselesaan.\n\nPunca bayi menangis malam yang seterusnya ialah mahu tumbuh gigi. Bayi yang nak tumbuh gigi akan mengalami kesakitan akibat gigi yang melukakan gusi dari dalam. Apabila sakit, bayi anda akan menangis sebagai cara untuk berkomunikasi. Adakalanya kesakitan akibat tumbuh gigi akan disertai dengan demam.\n\nOleh itu, jika bayi anda menangis dan demam, cuba periksa giginya. Gunakan jari bersih untuk merasa gusi bayi anda. Kalau ada rasa keras atau ternampak keputihan pada gusi bayi anda, tandanya bayi anda meragam kerana nak tumbuh gigi.\n\nAnda boleh berikan teether kepada bayi anda untuk digigit. Menggigit teether akan mengurangkan kesakitan yang dialami oleh bayi anda. Anda juga boleh sejukkan teether tersebut dalam peti sejuk sebelum diberikan kepada bayi. Teether yang sejuk sangat melegakan gusi bayi anda.\n\nAdakalanya, bayi akan mengamuk dan meragam disebabkan oleh kepenatan yang melampau. Katakan anda baru sahaja melalui perjalanan yang jauh di mana bayi anda duduk didalam carseat atau dipangku untuk masa yang lama, ia akan menyebabkan bayi anda berasa penat. Begitu juga kisahnya jika anda membawa bayi anda keluar berjalan-jalan atau menghadiri majlis untuk tempoh yang lama.\n\nAnda mungkin tak perasan bahawa bayi juga pandai untuk berasa penat. Oleh itu, jika bayi anda menangis malam selepas melalui satu hari yang memenatkan, pujuk bayi anda. Berikannya pelukan penuh kasih sayang sambil bercakap lembut. Bayi anda akan berasa selesa dan tertidur dengan sendirinya.\n\nPunca bayi menangis malam yang terakhir ialah disebabkan oleh kesakitan. Jika bayi anda menangis dengan kuat tanpa henti, dan tidak berkurangan walau pun puas dipujuk, kemungkinan besar bayi anda menangis disebabkan oleh kesakitan. Periksa seluruh tubuh badan bayi anda untuk melihat jika anda yang kelihatan tidak normal pada bayi anda.\n\nJika bayi anda terus menerus menangis tanpa punca yang dapat dikenal-pasti, segera bawa ke klinik atau unit kecemasan untuk mendapatkan pemeriksaan dengan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.\n\nItulah dia info tentang punca bayi menangis malam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang manfaat tungku dan sebab bayi sesedu."
"Tak tau nak masak apa untuk minum petang? Jangan risau. Apa kata anda cuba resepi kek pandan gula melaka ini.\u00a0Memang tak rugi cuba sebab sedap sangat!\n\nLangkah langkah yang ditunjukkan juga mudah untuk difahami. Jadi, jangan risau sekiranya anda baru pertama kali ke dapur untuk mencuba resepi ini.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Huzzaeen Rosli\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nPertama kali mencuba resepi kek pandan gula melaka terus jatuh hati. Tak berenti nak ngap kalau duduk depan mata\n\nNota : Campur sekali bahan bahan bertanda *\n\nGula Melaka Swiss Meringue Butter cream Frosting\n\nSelain resepi kek pandan gula melaka, kami juga mempunyai beberapa resepi kek lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Wafel sudah menjadi makanan kegemaran orang ramai sejak kurun ke-13 lagi. Wafel berasal dari satu negara di benua Eropah iaitu negara Belgium. Wafel juga terdapat dalam pelbagai variasi kerana ianya telah berkembang ke negara-negara lain. Disebabkan itu, wafel telah diubah mengikut cita rasa masing-masing. \n\nWafel dihasilkan daripada tepung gandum yang telah dicampurkan dengan beberapa bahan lain dan dimasak menggunakan pembuat wafel seperti yang biasa kita lihat di kedai-kedai yang menjual wafel. Wafel juga boleh dimakan dengan pelbagai cara samada bersama jem kacang, kaya, pandan dan sebagainya. Pada hari ini, kita akan berkongsi satu resipi wafel yang anda boleh cuba di rumah dan ianya hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Mari kita lihat resipinya di bawah.\n\nResipi ini telah dikongsikan oleh Norizan Mamat yang telah mendapat banyak like dan perkongsian di media sosial. \n\nAnda boleh letak macam \u2013 macam perisa kesukaan. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba: \n\nPelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba dan semestinya mudah serta menarik. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kesayangan anda!"
"Sebagai ibu bapa yang baru menerima kehadiran orang baru dalam keluarga, pastinya anda akan berasa sangat teruja dan tidak puas untuk bersama dengan bayi anda. \n\nDisebalik keterujaan yang dirasakan, pastinya anda juga masih mencari ilmu keibu bapaan dengan niat untuk memberikan yang terbaik untuk bayi anda. Salah satu perkara utama yang menarik perhatian diawal kelahiran bayi anda ialah tali pusat yang melekat pada pusat bayi anda.\n\nAda ibu bapa yang berasa takut untuk menyentuh tali pusat tersebut kerana bimbang akan menyebabkan bayi anda berasa sakit. Malah ada juga ibu bapa yang berasa geli dengan kehadiran tali pusat yang tergantung dengan sedikit darah di hujungnya. \n\nTahukah anda bahawa tali pusat tersebut juga memerlukan penjagaan dari anda agar ia cepat kering dan gugur? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips penjagaan tali pusat sebelum gugur. \n\nSetelah dilahirkan ke dunia, bayi anda sudah mula bernafas dan makan dengan sendiri oleh itu bayi anda tidak lagi memerlukan plasenta. Itulah sebabnya sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat yang menghubungkan bayi anda dan plasenta akan dipotong. Baki tali pusat akan tertingga sendikit pada pusat bayi anda dan ianya akan luruh dalam masa terdekat.\n\nWalau bagaimana pun, tali pusat perlu dijaga bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman atau tidak kering lalu menyebabkan tali pusat menjadi busuk dan boleh menjejaskan kesihatan bayi anda. Berikut adalah tips penjagaan tapi pusat yang boleh anda amalkan:\n\nUntuk memastikan tali pusat bayi anda cepat kering dan mudah gugur, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah pastikan tali pusat sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Anda boleh mencuci tali pusat bayi anda setiap kali selepas bayi anda mandi dan juga setiap kali anda menukar lampinnya yang basah. Bagaimanakah cara untuk mencuci tali pusat bayi yang betul?\n\nSelain memastikan tali pusat sentiasa bersih, anda juga perlu memastikan tali pusat bayi anda sentiasa kering. Ianya adalah sangat penting kerana tali pusat yang selalu basah akan lambat kering lalu menyebabkan lambat gugur. \n\nSelain itu, tali pusat yang basah boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman atau bakteria yang boleh masuk ke dalam darah bayi anda lalu menyebabkan komplikasi yang teruk termasuk kematian.\n\nElakkan memasukkan tali pusat ke dalam lampin bayi kerana dikhuatiri tali pusat akan basah apabila lampin bayi anda dibasahi oleh air kencing atau najis. \n\nMemasukkan dali pusat ke dalam lampin bukan sahaja akan menyebabkan tali pusat bayi anda basah, malah boleh menyebabkan risiko jangkitan apabila tali pusat dicemari air kencing atau najis. Anda perlu ingat, penjagaan tali pusat adalah sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh.\n\nJangan tutup tali pusat yang belum gugur\n\nSemasa memakain lampi atau barut, sebolehnya elakkan daripada menutup tali pusat kerana apabila anda menutup tali pusat, dikhuatiri ianya akan menyebabkan tali pusat berada dalam keadaan basah dan lambat kering. \n\nRisiko jangkitan kuman ke atas bayi anda akan menjadi semakin tinggi jika anda menutup atau membungkus tali pusat. Jika anda ingin memakaikan barut kepada bayi, tunggu sehingga tali pusatnya betul-betul kering sebelum dipakaikan barut.\n\nElakkan daripada merendam bayi terlalu lama semasa mandi\n\nSeeloknya, bayi yang baru lahir dan belum luruh tali pusatnya dimandikan dengan cara mengelap atau sponging bagi memastikan tali pusatnya tidak basah. \n\nNamun jika anda mahu memandikan bayi secara normal dengan memasukkan bayi ke dalam besen mandian, pastikan anda tidak merendam bayi terlalu lama di dalam air kerana dikhuatiri tali pusat bayi anda akan basah dan mengembang. Jika bayi anda selalu direndam dalam air, ia akan menyebabkan tali pusatnya lambat kering dan lambat jatuh.\n\nJangan sapu ubat atau minyak pada tali pusat\n\nElakkan daripada menyapukan ubat atau minyak seperti minyak gamat, minyak panas, atau iodin pada tali pusat bayi dengan niat agar ia cepat kering dan tercabut. Biarkan sahaja tali pusat kering dengan sendiri. Mnyapu benda asing pada tali pusat boleh menyebabkan jangkitan yang tidak diingini.\n\nPerhatikan tanda-tanda jangkitan pada tali pusat\n\nSentiasa perhatikan tali pusat bayi untuk memastikan ianya sentiasa bersih dan kering. Selain itu anda juga perlu perhatikan tanda-tanda jangkitan pada tali pusat seperti:\n\nItulah dia info tentang jagaan tali pusat bayi sebelum tanggal yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang simpton bayi berak berdarah aqiqah dan bayi demam campak"
"Adakah anda penggemar cheese? Jika ya, mmaka anda patut mencuba resepi mango cheese ini.\n\nPara penggila cheese mesti sangat menanti-nantikan resepi ini. Inilah dia resepi Mango Cheesecake yang sangat digilai. Rasa dan aroma khas daripada cheese dicampur mangga sangat pasti terasa di lidah. Olahan kek berbasis cheese ini semasa dimakan kami pasti akan meleleh di lidah dan memenuhi mulut anda.\n\nBentuknya yang menarik dan rasanya yang unik sangat disukai ramai dan telah mendapat perhatian orang ramai, sehingga mendapatkan perkongsian sebanyak 14.5K di facebook yang di unggah oleh Puan Shima. Sila praktikan resepi ini dan kongsikan kepada jiran-jiran anda mango cheesecake yang anda buat.\n\n1. Mula cairkan butter dan gaul dengan biskut marie yang sudah dihancurkan\n\n2. Selepas itu masukkan ke dalam loyang springform sebagai base. (Saya pakai saiz 9).\n\n3. Padatkan biskut ke dalam loyang. Tekan-tekan dan masukkan ke dalam freezer.\n\nSementara itu boleh siapkan lapisan cheese\n\n1. Masukkan 1\u00bd sb gelatin ke dalam air suam. Biarkan larut.\n\n2. Mula putar whipping cream sampai kental dan ketepikan.\n\n3. Setelah itu pukul cream cheese dengan gula castor sampai berkrim, masokkan puree mangga separuh. Gaul.\n\n4. Masokkan whipping cream ke dalam adunan cheese tadi. Gaul sebati pakai spatula.\n\n5. Masokkan larutan gelatin tadi. Gaul sebati.\n\n6. Adunan cheese tadi boleh dimasokkan ke dalam loyang yang sudah siap buat base biskut marie.\n\n1. Larutkan 1 sb gelatin ke dalam 50 ml air suam.\n\n2. Masukkan gelatin yang sudah larut tadi ke dalam puree mangga dan gaul sebati.\n\n4. Masukkan sampai habis. Boleh disimpan ke dalam freezer semalaman atau sehingga set.\n\nItu sahaja resepi kek mango cheesecake ini. Kek ini lagi sedap kalau dihidangkan sejuk. Sila cuba.\n\nSelain resepi Kek Mango Cheese Cake yang sedap dan meleleh di lidah ini, kami juga menulis resepi lain pada artikel sebelumnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya"
"Jom ketahui khasiat air kelapa untuk ibu hamil.\n\nBayangkan di depan anda sekarang ni segelas air kelapa muda dengan isi-isinya yang lembut, cair dalam mulut. Manis, lemak dan segar, secukup rasa. Dengan cuaca yang panas menyengat, air kelapa boleh menjadi penyegar tekak dan tubuh yang paling mujarab.\n\nAir kelapa terkenal sebagai minuman yang lazat dan berkhasiat. Namun, khasiatnya sebagai penawar kesihatan juga tak boleh disangkal lagi. Selain mempunyai kalori dan lemak yang rendah, air kelapa juga kaya dengan mineral dan vitamin.\n\nArtikel kali ni akan menyentuh aspek khasiat air kelapa untuk ibu hamil. Dikatakan bahawa, minum air kelapa setiap hari akan membuatkan tubuh ibu hamil mendapat air secukupnya. Malahan, jika diamalkan secara konsisten dan tak berlebihan, ia juga baik bagi janin dalam kandungan.\n\nNamun, ditegaskan bahawa air kelapa yang perlu diminum oleh ibu hamil hanyalah daripada buah kelapa yang segar. Bukannya yang dijual di dalam tin atau sudah diproses. Dikhuatiri air kelapa yang diproses mengandungi gula dan bahan pengawet yang tinggi.\n\nJom kita baca 10 khasiat air kelapa untuk ibu hamil. Mesti anda tak sangka begini banyak khasiat buah ajaib ni kepada kita.\n\nIbu yang hamil sering berasa letih dan tak bertenaga kerana perlu bekerja keras membekalkan keperluan bagi bayi yang dikandung. Lebih-lebih lagi jika perut semakin membesar, badan sering sakit-sakit dan hilang selera makan.\n\nItulah sebabnya bakal ibu perlu mendapatkan nutrien yang secukupnya sebagai sumber tenaga. Air kelapa ialah pilihan yang paling baik untuk membekalkan sumber tenaga lebih-lebih lagi bagi ibu yang tiada selera makan.\n\nAir kelapa muda merupakan minuman isotonik yang kaya dengan khasiat tersembunyi. Tahukah anda bahawa air kelapa mengandungi elektrolit, potasium, magnesium, klorida dan protein? Malahan, kandungan gula di dalamya juga dah cukup untuk membekalkan tenaga untuk si ibu.\n\nPada peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami simptom \u2018morning sickness.\u2019 Simptom ini menyebabkan mereka mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.\n\nAkibat muntah yang berterusan, ibu hamil berisiko menghadapi masalah dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan. Selain minum air putih, air kelapa juga banyak manfaat untuk atasi masalah ni.\n\nKandungan amino dan enzim yang baik dalam air kelapa membuatkan masalah dehidrasi dapat dielakkan. Yang lebih menarik lagi, air kelapa dapat mengurangkan rasa loya dan muntah.\n\nDisebabkan kandungan potasium dan magnesium yang terdapat di dalam air kelapa, ia dapat mengawal tekanan darah. Ibu yang hamil mudah mendapat penyakit tekanan darah tinggi jika tak mengawal pemakanan dan stres.\n\nOleh itu, pengambilan air kelapa secara teratur dan konsisten sebanyak 2 kali sehari amat baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain minum air putih, air kelapa muda juga dapat bertindak secara dalaman.\n\nKandungan kalium di dalam air kelapa dapat mengikat garam dan membantu mengeluarkannya dari tubuh. Ini akan merendahkan tingkat natrium dalam darah yang menyebabkan tekanan darah turun dan jadi stabil.\n\nKebanyakan wanita yang hamil sering mengalami masalah sembelit. Faktor utama terjadinya masalah ni disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron . Perubahan hormon ni menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat hingga menjadikan najis menjadi keras dan sukar dibuang.\n\nKandungan serat yang tinggi dalam air kelapa sangat berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Dengan meminum air kelapa, ia akan melicinkan saluran pencernaan dan najis akan menjadi lembut. Oleh itu, usus akan menjadi bersih dan berfungsi dengan baik.\n\nSelain masalah sembelit, ni juga masalah biasa yang dialami oleh ibu hamil. Perubahan hormon dan tekanan pada perut akibat kandungan dalam rahim akan menyebabkan perut terasa sakit.\n\nKadangkala untuk mengurangkan kesakitan, para wanita sering mengambil paracetamol. Pengambilan ubatan moden sebaik-baiknya perlu dielakkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kandungan.\n\nOleh itu, air kelapa merupakan pilihan yang baik untuk mengatasi masalah ni kerana dapat mengurangkan asid di dalam perut. Gangguan pencernaan juga dapat dikawal.\n\nJangkitan saluran kencing (UTI) sering dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ni amat menyeksakan kerana air kencing tak lawas dan bahagian kemaluan menjadi pedih.\n\nJika lambat dirawat, kehadiran protein dan nanah dalam air kencing akan menjadikan masalah menjadi lebih besar. Yang paling ditakuti, ia boleh memberi infeksi pada saluran kencing dan buah pinggang.\n\nJusteru, air kelapa mengandungi diuretik semulajadi sebagai pelawas air kencing. Ia mampu mengawal asid urik dalam badan dan boleh membantu membersihkan saluran kencing.\n\nKandungan asid laurik yang tinggi dalam air kelapa menghasilkan asid lemak iaitu monolaurin yang berfungsi melawan penyakit. Ibu hamil mudah dijangkiti selsema, demam, batuk dan sebagainya.\n\nAir kelapa boleh dijadikan sebagai penawar semula jadi. Jika rasa mula tak sedap badan, minum segelas air kelapa. Ia dapat menyejukkan badan dan melawan penyakit. Namun, jika simptom masih berterusan, dapatkan rawatan di klinik ye.\n\nAir kelapa muda mempunyai khasiat untuk meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam tubuh. Justeru, ia dapat mencegah penyakit berbahaya seperti sakit jantung dan strok yang disebabkan oleh kolestrol jahat (LDL).\n\nJusteru, ibu yang hamil boleh mengelakkan masalah kolestrol dengan lebih awal jika minum air kelapa setiap hari. Disebabkan kandungan kalori yang rendah, ia sangat baik untuk diminum.\n\nMesti rahsia yang dah terbongkar ni buat para wanita tersenyum lebar kan? Akibat masalah dehidrasi, perubahan hormon dan sebagainya, menyebabkan sesetengah ibu hamil mendapat masalah kulit.\n\nAntaranya ialah kulit kering dan berjerawat. Kadangkala, disebabkan faktor kesibukan bekerja dan kemampuan fizikal yang terhad, menjadikan mereka malas nak jaga muka. Nak pakai krim kecantikan pun tak larat.\n\nJangan risau! Minum saja air kelapa yang memang kaya dengan vitamin c dan antioksidan. Ini dapat mengelakkan masalah kulit menjadi lebih teruk.\n\nMalah, yang paling best, air kelapa merupakan agen anti penuaan kerana berupaya menggantikan sel-sel tubuh. Jadi, masalah stretch mark\u00a0dan selulit boleh dikurangkan.\n\nKalau dah bersalin nanti, perkara pertama yang akan dilakukan oleh wanita ialah berpantang. Selain bertujuan untuk proses pemulihan, mereka ingin kembali ke bentuk badan yang asal.\n\nTak hairanlah ada yang sanggup berpantang sehingga 100 hari, ada pula yang makan macam-macam jamu. Janji badan dah tak montel.\n\nDisebabkan kandungan gula dan kalori yang rendah, pengambilan air kelapa tak memudaratkan. Malahan, lebih baik minum air kelapa berbanding air kopi dan teh yang mempunyai kandungan gula dan kafein yang tinggi.\n\nAir kelapa dapat meningkatkan metabolisme badan dan dapat membakar kalori dengan pantas. Jadi, soal gemuk tak perlu dirisaukan lagi.\n\nInilah 10 manfaat air kelapa untuk ibu hamil yang telah dikongsikan khas buat para pembaca yang disayangi. Namun begitu, jangan terlalu taksub dan teruja sehingga minum air kelapa bergelas-gelas ye.\n\nAmalkan secara bersederhana dan jangan berlebihan. Dapatkan dulu nasihat doktor jika ada masalah kesihatan yang serius seperti penyakit diabetes, ginjal, hipertensi, jantung dan sebagainya.\n\nMaklumat yang dikongsikan ni bersifat persediaan tradisional tanpa sebarang ubatan \u00a0moden. Oleh itu, kemungkinan pengambilan air kelapa tak sesuai dengan semua ibu hamil. Jika simptom-simptom masih berterusan, hentikan pengambilan air kelapa dan dapatkan rawatan terlebih dulu.\n\n*Jemput juga baca artikel khasiat minyak kelapa dara\u00a0 suplemen untuk ibu hamil dan khasiat kacang untuk ibu hamil"
"Kebelakangan ini semakin ramai yang menggunakan beras perang sebagai makanan harian. Ianya menjadi trend apabila beras perang dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan lebih cepat berbanding memakan beras putih biasa.\n\nTahukah anda, yang sebenarnya beras perang mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan. Jom kami kongsikan kepada anda.\n\nTidak seperti beras yang biasa anda gunakan, cara untuk memasak beras perang adalah sedikit berbeza. Kami tidak menggalakkan anda menggunakan periuk nasi elektrik atau rice cooker untuk memasak beras perang kerana ianya akan berasa mentah. Nak tak kami kongsikan cara yang betul untuk memasak beras perang?\n\nCara untuk memasak beras perang dengan betul supaya tidak berasa mentah & untuk memastikan semua khasiatnya terpelihara adalah dengan menggunakan kaedah memasa dan mengukus seperti berikut:\n\nApakah khasiat beras perang untuk kesihatan?\n\nDi antara khasiat dan kebaikan beras perang ialah:\n\n1. Membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik\n\nBeras perang mengandungi serat mudah larut yang membantu menyerap air didalam usus dan membantu sistem penghadaman anda berfungsi dengan lebih baik. Sistem penghadaman yang berfungsi dengan baik akan memastikan perut anda berada dalam keadaan yang sihat.\n\nKebolehan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang untuk menyerap air dalam usus membantu mengelakkan najis anda daripada menjadi keras, sekali gus melawaskan dan mengurangkan sembelit.\n\nSerat mudah larut, fenol, & kandungan selenium yang tinggi dalam beras perang dikatakan membantu menurunkan risiko anda mendapat kanser kolon. Apabila sistem penghadaman & pencernaan anda berada dalam keadaan yang sihat, peluang anda untuk mendapat kanser kolon juga akan menurun.\n\nSelain mengurangkan risiko mendapat kanser kolon, beras perang juga menurunkan risiko anda mendapat kanser payudara. Beras perang mengandungi Pytonutrient Lignin yang sangat handal untuk membunuh sel kanser payudara.\n\n5. Menurunkan paras kolesterol dalam darah\n\nSerat mudah larut dalam beras perang menyerap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah anda. Apabila kolsterol jahat tiada lagi, peras kolesterol dalam darah anda akan menjadi stabil.\n\nBeras perang mengandungi serat mudah larut dan\u00a0 protein Angiotensin II yang membantu menjaga kesihatan jantung anda supaya berada dalam keadaan yang optimum tanpa sebarang penyakit.\n\nBeras perang mengandungi kadar serat yang sangat tinggi. Serat yang tinggi memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama lalu membolehkan anda mengurangkan pengambilan nasi dalam diet seharian. Ingat, formula untuk kurus ialah 80% makanan, 20% senaman. Apabila anda menjaga pemakanan dengan menukar beras biasa kepada beras perang, proses menurunkan berat badan anda akan berjalan dengan lebih lancar.\n\n8. Mencegah pembentukan batu karang pada wanita\n\nKajian yang dijalankan oleh American Journal of Gastroenterology mendapati kandungan serat yang tinggi dalam beras perang terbukti mengurangkan risiko pembentukan batu karang di kalangan kaum wanita. Oleh itu, kalau anda taknak dapat batu karang, jom kita bertukar kepada beras perang hari ini juga.\n\nKarbohidrat dalam beras perang dihadam dengan lebih lambat berbanding beras biasa dan mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah. Dua faktor tersebut membolehkan beras perang mengawal kadar gula dalam darah anda sekali gus mengelakkan diabetis.\n\nBeras perang mengandungi magnesium yang membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan menjada kesihatan tulang anda.\n\nKandungan selenium yang tinggi dalam beras perang juge membantu mencegah berlakunya artritis semasa anda mencapai usia emas.\n\nBeras perang juga membantu meningkatkan imuniti & ketahanan daya lawan penyakit dalam badan anda. Kandungan selenium yang tinggi dalam beras perang membantu anda melawan penyakit dan mengelakkan jangkitan bakteria dan virus yang menjadi punca batuk, selsema, demam, dan sakit tekak.\n\nBerita baik untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan mangan dalam beras perang membantu badan anda membakar lemak dengan lebih cepat dan efektif berbanding pengambilan beras putih biasa. Patutlah fitness coach di media sosial selalu bercakap tentang kebaikan beras perang.\n\nBeras perang mengandungi mangan yang sangat tinggi. Salah satu daripada fungsi mangan ialah meningkatkan tahap kesuburan & meningkatkan kesihatan sistem reproduktif anda dan pasangan. Oleh itu, kalau anda sedang berusaha untuk mengandung, bolehlah bertukar kepada beras perang.\n\nApabila sebut perkataan antioksida, apa yang anda faham? Kaya antioksida bermakna beras perang membantu anda untuk awet muda dan meningkatkan kesihatan badan. Siapa yang taknak kelihatan muda dan sihat sentiasa, betul tak? Oleh itu, apa yang anda tunggu lagi? Jom kita bertukar kepada beras perang.\n\nItulah dia 15 khasiat beras perang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang\u00a0khasiat garam bukit, khasiat buah pelaga, dan khasiat arabic gum."
"Pernah terfikir bagaimana bayi melihat? Adakah ianya sama seperti manusia dewasa ataupun tidak? Ataupun pernahkan anda terfikir bagaimana cara meransang penglihatan mata mereka secara efektif? Jika ya, teruskan membaca penulisan oleh Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib, Pakar Optometris & Prof Madya, Universiti Kebangsaan Malaysia\n\nPenggunaan penglihatan secara maksima adalah penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak. Bayi dan kanak-kanak berpenglihatan baik akan didapati lebih cepat penggunaan koordinasi mata dan anggota seperti berjalan, duduk dan menari. Sebaliknya bagi kanak-kanak yang tidak dirangsang penglihatannya boleh menyebabkan ianya lambat berjalan dan sukar mencapai objek.\n\nCara paling mudah dan efektif untuk merangsang penglihatan bayi adalah dengan bermain dengannya. Adalah penting untuk bermain dan berinteraksi\u00a0 dengan bayi dan kanak-kanak\u00a0 dengan menggunakan mainan yang bersesuaian dengan umur bayi.\n\nTelah menjadi lumrah, salah satu persediaan utama untuk menyambut kedatangan bayi adalah dengan mewarnakan bilik tidur bayi atau nurseri dengan warna-warna terang dan garang seperti merah, kuning, hijau dan sebagainya.\n\nBegitu juga dengan barangan-barangan bayi seperti katil dan mainan-mainannya akan dipilih dengan pelbagai warna. Tetapi adakah ini akan memberi stimulasi maksima pada penglihatan bayi anda?\n\nBayi Keliru Dengan Apa Yang Dilihat\n\nBayi yang baru lahir didapati keliru dan terganggu dengan apa yang dilihatnya sewaktu membuka mata buat pertama kali menurut seorang ahli psikologi terkenal; William James. Bayi yang baru dilahirkan memiliki otot-otot mata yang sempurna seperti orang dewasa tetapi ketika di awal usia, bayi mungkin belum mampu mengawal otot-otot mata dengan baik menyebabkan objek tidak dapat difokus dengan baik.\n\nAdakalanya bayi terlebih fokus atau kadang kala terkurang fokus menyebabkan objek yang dilihat adalah kabur. Kerja pemfokusan ini menjadi lebih sukar sekiranya jarak objek yang cuba dilihat bayi adalah jauh. Oleh itu anda boleh perhatikan bahawa bayi akan lebih menunjukkan respon sekiranya anda berada pada jarak 7 hingga 10 inci dari wajah bayi.\n\nKetika bayi berusia 2 bulan, pemfokusan bayi akan bertambah baik namun objek yang mampu dilihat oleh bayi masih tidak sejelas yang dilihat oleh orang dewasa. Ini disebabkan retina dan otak bayi yang menerima signal penglihatan bayi masih belum boleh berfungsi sepenuhnya. Otot mata lebih lengkap tumbesarannya berbanding dengan bahagian retina mata yang lebih kompleks di awal usia bayi.\n\nAkuiti Visual adalah satu nilai yang digunakan untuk merujuk kepada ketajaman penglihatan seseorang. Bagi seseorang dewasa yang normal akuiti visual adalah 6/6 (Baris ke-8 pada Carta Snellen di bawah). Bagi bayi yang baru lahir akuiti visual adalah 6/60 (sila rujuk Carta Snellen). Ini bermakna bayi yang baru lahir hanya akan nampak huruf \u201cE\u201d paling atas pada jarak 6m.\n\nBayi pada usia 4 bulan seharus boleh melihat separuh dari carta dan ketika bayi berusia 8 bulan, bayi hampir dapat melihat carta sebaik orang dewasa. Oleh itu bayi yang baru lahir hanya dapat melihat dengan mudah wajah anda dan juga tangan dan kakinya sendiri.\n\nDisebabkan penglihatan bayi masih terlalu \u2018muda\u2019, bayi lebih senang melihat warna dan corak yang mempunyai kontras tinggi seperti warna hitam dan putih. Warna dan corak hitam putih berkontras setinggi 100% yang ditayangkan dihadapan bayi akan menarik perhatiannya berbanding dengan satu karakter kartun berwarna warni.\n\nWarna dan corak hitam & putih adalah material yang paling mudah untuk dilihat oleh bayi yang baru lahir. Semakin umurnya meningkat barulah bayi pandai membezakan tona-tona warna hitam dan putih sebelum mula dapat menilai warna-warna lain disekelilingnya.\n\nWarna-warna lain juga mampu dilihat oleh bayi sewaktu lahir tetapi untuk membezakan setiap warna mengikut tona adalah sukar kerana reseptor kon di retina masih belum matang sepenuhnya. Walaubagaimanpun penglihatan bayi boleh berkembang sangat cepat, dalam tempoh yang singkat.\n\nPada usia 2 bulan, bayi sudah boleh membeza banyak warna. Oleh itu jangan hanya tayangkan semua objek dan mainan berwarna putih dan hitam sahaja pada bayi kerana anda mungkin membantutkan pula stimulasi penglihatannya pada warna-warna lain.\n\nBayi yang baru lahir akan lebih gemar melihat garisan sisi berkontrast tinggi seperti bentuk wajah atau garisan rambut dan wajah. Ketika berusia 2 bulan barulah bayi mula melihat mata, hidung dan mulut\u00a0 ibubapanya. Dan tidak menghairankan jika ketika berusia 5 bulan, bayi sudah pandai membezakan wajah ibubapanya dengan orang asing.\n\nKetika anda sedang bermain dengan bayi anda, cuba tutup sebelah mata bayi dengan telapak tangan anda dengan cermat. Lihat respons bayi sekiranya dia kelihatan gelisah atau menangis.\n\nJika bayi kelihatan biasa sahaja ini bermakna mata yang tidak dikatup mempunyai penglihatan yang baik tetapi sekiranya bayi menangis bermakna mata yang tidak dikatup tidak sebaik mata yang dikatup atau tiada penglihatan pada mata itu.\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Gunakan mainan yang berkontras tinggi seperti hitam dan putih, berkilat atau bercahaya untuk menarik perhatian bayi. Cari mainan yang ringkas dan senang untuk dilihat agar bayi tidak terkeliru seperti bola plastik pelbagai saiz dan warna, kiub, patung biasa tanpa bahagian kompleks. Sekiranya anak anda mempunyai masalah penglihatan atau berpenglihatan terhad gunakan lampu suluh yang dihala dari belakang mainan (aktiviti ini dilakukan dalam bilik gelap) untuk menolong anak anda melihat objek.\n\nCuba elakkan mainan berbunyi kerana ini akan merangsang deria pendengaran dan bukan deria penglihatan sepenuhnya. Pegang mainan tersebut dihadapan mata bayi dan perhatikan respon. Cuba bawa mainan tadi ke sisi bayi dan perhatikan sama ada matanya mengikut arah tangan anda.\n\nCuba lihat tempoh bayi memberi respon. Sekiranya terlalu singkat atau tidak menunjukkan respon setelah mencuba dengan pelbagai jenis mainan, kemungkinan penglihatan bayi belum di rangsang dengan sepenuhnya\u00a0 atau pun bayi anda mempunyai masalah penglihatan. Adakalanya bayi hanya respon pada cahaya dari lampu suluh dan bukan mainannya. Bayi mungkin mempunyai masalah penglihatan yang agak serius.\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Bagi kanak-kanak yang lebih besar, gunakan anak patung untuk melatih penglihatan detail. Suruh anak anda menunjuk di mana mata anak patung atau butang baju anak patung. Ini dapat memastikan tahap akuiti visual kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, sekiranya kanak-kanak dapat melihat dan mengutip nasi atas lantai atau manik-manik dekorasi kuih dengan baik, akuiti visualnya adalah sekurang-kurangnya 6/18.\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas, perhatikan gerak gerinya ketika menonton televisyen. Adakah anak anda selalu mengecilkan matanya atau mengalih mukanya ke satu arah. Dia mungkin mempunyai ralat refraksi yang tidak dibetulkan.\n\nJangan sangka kanak-kanak kecil tidak perlu memakai cermin mata, adakalanya kesalahan refraksi bermula dari bayi lagi. Jangan bertangguh untuk membetulkan ralat refraksinya. Kelewatan boleh menyebabkan berlakunya mata malas yang sukar untuk dirawat.\n\nKredit artikel : Prof Madya Haliza Mutalib"
"Resepi yang kami bawakan kali ini adalah resepi biskut dahlia. Cara pembuatan biskut dahlia amat mudah dan anda pasti boleh menyediakannya. Bahan \u2013 bahannya juga mudah untuk didapati. \n\nResepi kali ini berwarna \u2013 warni dan amat cantik. Ianya juga amat sesuai dibuat kudap \u2013 kudapan ketika bosan serta boleh dihidangkan kepada para tetamu. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Junita Haji Abdul Karim dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMenarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Saat bila kita lihat isteri bermuram kerana tak sihat atau tak larat kerana mengandung ataupun berpenat sepanjang hari di rumah. Kerana Allah kita khidmat isteri dan ahli keluarga kita.\n\nUcapkan betapa cinta dan sayang kita kepadanya. Wahai isteriku betapa abang mencintaimu kerana Allah. Menyayangimu kerana Allah. Tiada yang mencampakkan rasa cinta dan rindu ini selain Allah.\n\nIa satu kepuasan yang Allah beri bila berpenat dan berpeluh kerana Allah. Sampai rumah kita bantu hantar dan ambil anak sekolah. Mandikan anak-anak dan bantu siapkan anak pergi sekolah.\n\nKita buangkan sampah di dapur. Gantikan plastik sampah. Cucikan pinggan dan cawan. Sebenarnya kita sedang membersihkan hati kita sendiri. Bantu mopkan lantai rumah. Sapukan rumah. Kemaskan beg sekolah dan mainan anak-anak.\n\nKita picit dan urutkan isteri kita kerana Allah. Sambil puji kebaikan dan kecantikannya. Betapa mencintainya kerana Allah. Menghargai pengorbanannya kepada kita. Korban melahirkan dan mengandung lagi kerana Allah.\n\nSekali sekala masak menu yang kita pandai. Masak, hidang, kemas dan suapkan isteri. Makan sedulang berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Makan alas saprah. Duduk di bawah sebaiknya.\n\nKemudian kemas makanan dan bersihkan anak-anak. Siap-siapkan anak-anak untuk solat. Pakaikan dengan pakaian yang bersih dan wangi untuk solat.\n\nBaca Dan Ceritakan Tentang Nabi dan Sahabat\n\nSebaik kita pulang dari masjid baca Hadis Nabi saw dengan ajak isteri, anak anak dan keluarga. Mula baca hadis Nabi saw dengan kemuliaan. Memakai pakaian sempurna,wangi-wangian, dan senyuman. Baca ditempat tetap dan sebaiknya waktu yang tetap. Baca hadis 3 kali. Baca dengan jelas satu persatu. Gilirkan membaca.\n\nSelepas itu cerita sifat sahabat rhum. Kisah Nabi dan sahabat. Buat halkah tajwid. Hafal surah dan gilir-gilir baca. Dengar bacaan semua ahli keluarga. Sediakan anak-anak untuk jadi daie Allah\n\nTidurkan anak-anak. Baca doa. Cium dan ajar anak doa tidur..baca doa tidur. Ucapkan sayang pada anak-anak.\n\nSetelah buat semua itu solat sunat taubat 2 rakaat dan witir. Minta ampun pada Allah. Ya Allah inilah amanah keluarga yang kau letak dibahuku. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan dan kuasa Mu ya Allah.\n\nMalam-malam menangis pada Allah. Menangis di depan Allah pada waktu malam saat paling dinantikan seorang hamba yang merindui tuhannya. Setelah menangis di depan Allah, kita akan kuat dalam perjuangan Islam ini dengan kasih sayang dan doa.\n\nKadang-kadang hidup ini bukan soal apa yang kita belum dapat dari sesiapapun atau apapun yang kita nak. Tapi sebenarnya rahsia hidup ini terlalu indah yakni Allah sayangkan kita dan dia nak kita semua bahagia, gembira, berjaya dunia dan masuk dalam syurga paling tinggi.\n\nKerana itu dia beri Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna. Islamlah gaya hidup, pemikiran, hati, percakapan, maka pasti kita bahagia dan berjaya. Terima kasih Allah"
"Setiap orang pasti pernah mengalami lecur, bukan? Sama ada di tangan, kaki, perut dan di tempat-tempat lain bahagian anggota badan. Kelecuran berlaku akibat kecuaian seseorang atau kemalangan tidak sengaja semasa melakukan kerja. Sebagai contoh, kerja yang berdekatan dengan api, seterika baju, bermain api dan lain-lain lagi.\n\nSelalu apabila terkena lecuran di anggota badan, orang dulu-dulu akan sapu ubat gigi untuk sejukkan bahagian lecur itu. Tetapi betulkah cara ini dapat mengubati lecur itu?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai rawatan awal untuk lecur. Dr. Kamarul Ariffin, seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Dr. Kamarul Ariffin akan berkongsikan info mengenai merawat kelecuran di badan.\n\nJika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.\n\nIa boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.\n\nMelecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:\n\n\u25feTahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.\n\n\u25feTahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.\n\n\u25feTahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.\n\nLangkah rawatan awal untuk merawat kelecuran\n\n1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.\n\n2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.\n\n3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.\n\n4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.\n\n5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.\n\n*Jika berlaku kelecuran yang ringan seperti di tangan akibat terkena benda panas, elakkan daripada sapu ubat gigi seperti yang doktor nasihatkan. Ikut langkah-langkah yang doktor syorkan untuk mengelakkan kelecuran itu lebih teruk. Sebaiknya, kita patut berhati-hati semasa melakukan kerja dan elakkan berlaku kemalangan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Facebook adalah sebuah platform media sosial yang sangat terkenal sejak beberapa tahun yang lepas lagi. Tidak sah lah jika salah seorang daripada kita tidak mempunyai sebuah akaun Facebook. \n\nBanyak perkongsian menarik yang dapat kita lihat di laman Facebook dan kita dapat melihat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen di ruangan komen setiap perkongsian.\n\nSelain daripada komen dan reaksi netizen di ruangan komen, dapat juga kita lihat mereka-mereka yang sudah berkahwin tag pasangan mereka di ruangan komen tersebut. Ini bukanlah perkara yang asing lagi yang kita dapat lihat di ruangan komen setiap perkongsian di Facebook. Ada pasangan yang tidak suka ditag oleh isterinya kerana tidak ada kena mengena dengan mereka.\n\nKita sebagai pasangan janganlah marah jika isteri kita sering tag kita di Facebook tetapi cuba untuk melihat dengan lebih dalam tujuan mereka tag kita. Dengan cara ini, kita dapat mengenal isteri kita dengan lebih mendalam dan ianya adalah sejenis komunikasi antara si isteri dengan kita. Mari kita lihat mengapa isteri kita suka tag kita di Facebook yang telah dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif.\n\nIsteri Suka Tag Suami Di Facebook\n\nPara suami perlulah memahami setiap tindak tanduk isteri. Setiap perlakuan yang mereka lakukan pastinya membawa maksud di sebaliknya kerana sifat semulajadi wanita ini meraka memang suka berkias tidak seperti lelaki. \n\nJika para suami dapat memahami setiap perkara yang isteri lakukan pastinya rumah tangga anda akan lebih bahagia kerana si isteri merasakan perasaan dan kehendak mereka juga dijaga oleh suami. Semoga dengan perkongsian ini rumah tangga anda makin ceria dan bahagia.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di\u00a0sini.\n\nDr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini."
"Perkahwinan adalah suatu ikatan yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Perkahwinan juga disebut sebagai akad nikah dalam Bahasa Arab.\n\nNikah mempunyai dua pengertian. Pertama dengan makna bahasa iaitu berkumpul dan berhimpun. Manakala, kedua dengan makna syar\u2019i, iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan intim antara lelaki dan wanita.\n\nPembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Malah, dalam Islam sendiri, perkahwinan itu adalah sangat-sangat dianjurkan. Terdapat banyak dalil dari al-Quran dan hadis yang menyarankan agar umat Islam bernikah.\n\n\u0641\u064e\u0627\u0646\u0652\u0643\u0650\u062d\u064f\u0648\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0637\u064e\u0627\u0628\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u0650\u0633\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0645\u064e\u062b\u0652\u0646\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u062b\u064f\u0644\u064e\u0627\u062b\u064e \u0648\u064e\u0631\u064f\u0628\u064e\u0627\u0639\u064e \u06d6 \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u062e\u0650\u0641\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0644\u0651\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u0652\u062f\u0650\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0641\u064e\u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u064e\u0629\u064b\n\nMaksudnya, \u201c.Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja.\u201d (Surah an-Nisa\u2019, Ayat 3)\n\nDari Anas bin Malik ra berkata: \u201cRasulullah saw memerintahkan kami untuk menikah dan melarang membujang dengan larangan yang keras.\u201d Nabi saw bersabda;\n\n\u062a\u064e\u0632\u064e\u0648\u0651\u064e\u062c\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u062f\u064f\u0648\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0644\u064f\u0648\u0652\u062f\u064e\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0645\u064f\u0643\u064e\u0627\u062b\u0650\u0631\u064c \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0652\u0644\u0623\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650\n\nMaksudnya, \u201cKahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.\u201d (HR Imam Ahmad)\n\nPernah suatu ketika, tiga orang Sahabat ra datang bertanya kepada isteri-isteri Nabi saw tentang peribadatan Baginda. Kemudian setelah diterangkan, masing-masing ingin meningkatkan ibadah mereka. Salah seorang dari mereka berkata: \u201cMaka saya akan puasa sepanjang masa tanpa putus.\u201d Sahabat yang lain berkata: \u201cMaka saya akan solat malam selama-lamanya.\u201d Manakala, yang lain berkata, \u201cSungguh saya akan menjauhi wanita, saya tidak akan nikah selama-lamanya.\u201d Ketika hal itu didengari oleh Nabi saw, Baginda keluar seraya bersabda:\n\n\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0630\u064e\u0627\u061f \u0623\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u064e\u0644\u0623\u064e\u062e\u0652\u0634\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u062a\u0652\u0642\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0635\u064f\u0648\u0652\u0645\u064f \u0648\u064e\u0623\u064f\u0641\u0652\u0637\u0650\u0631\u064f \u0648\u064e\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0631\u0652\u0642\u064f\u062f\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u062a\u064e\u0632\u064e\u0648\u0651\u064e\u062c\u064f \u0627\u0644\u0646\u0650\u0651\u0633\u064e\u0627\u0621\u064e\u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0631\u064e\u063a\u0650\u0628\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u062a\u0650\u064a \u0641\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0645\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a\n\nMaksudnya \u201cBenarkah kalian telah berkata begini dan begitu? Demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut kepada Allah dan paling taqwa kepadaNya di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku pun tidur, dan aku juga menikahi wanita. Maka, barangsiapa yang tidak menyukai Sunnahku, ia tidak termasuk golonganku.\u201d (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)\n\nBerkahwin bukan sahaja menjadi sunnah Nabi saw. Tetapi ia juga adalah cara halal yang Allah syariatkan kepada manusia untuk memenuhi fitrah serta keperluan zahir dan batin manusia. Namun begitu, perkahwinan dalam Islam dilandasi dengan panduan serta hukum yang jelas agar perkahwinan itu menjadi suatu ikatan yang memberi kebahagian, bukannya kemudharatan.\n\nWalaupun pernikahan adalah suatu yang perbuatan yang mengikut sunnah Nabi saw. Namun terdapat beberapa hukum bagi nikah bergantung kepada keadaan setiap individu.\n\nWajib bernikah apabila seseorang telah berkemampuan dan mempunyai keinginan (nafsu syahwat) yang tidak boleh dikawal. Sekiranya tidak berkahwin dibimbangi ia akan melakukan zina dan terjerumus kepada kebinasaan.\n\nHukum sunat bernikah jatuh kepada seseorang berkemampuan (zahir dan batin), mempunyai keinginan (nafsu syahwat) tetapi masih dapat mengawalnya dan menjaga diri jika tidak berkahwin.\n\nLelaki ahli ibadah disunatkan berkahwin demi mengawal agama, keturunan dan mencari kebaikan. Disunatkan juga bagi perempuan yang ingin berkahwin sama ada kerana keinginannya sendiri ataupun keperluan nafkah hidup atau takut kepada ancaman orang jahat atau kerana dia bukan ahli ibadat, tetapi dengan perkahwinan dia dapat mengawal keagamaannya serta kehormatannya.\n\nMenurut Imam Hanafi pula adalah lebih afdal berkahwin daripada amalan ibadah sekiranya ada padanya syahwat yang dikhuatiri menjerumuskan dirinya kepada bahaya (zina).\n\nMakruh, berkahwin jika seseorang itu mempunyai keinginan (nafsu syahwat) tetapi tidak berkemampuan dari segi kewangan.\n\nBegitu juga hukum makruh berkahwin jika seseorang itu takut atau khuatir akan menzalimi bakal pasangan dalam pergaulan, kalau dia berkahwin. Menurut Imam Syafi\u2019e, makruh juga sekiranya tidak berhajat untuk berkahwin sedangkan dia sakit, tidak berkemampuan dari segi nafkah, mahar dan sebagainya.\n\nHarus pada syara\u2019 iaitu tidak mendatangkan dosa mahupun pahala jika seseorang itu tidak berkahwin. Ini adalah asal hukum nikah kahwin.\n\nBegitu juga harus berkahwin bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorongnya untuk berkahwin.\n\nDemikian menurut Imam Syafi\u2019e dengan menambah, adalah harus hukumnya berkahwin tetapi beribadat adalah lebih afdal bagi orang yang tidak berhajat berkahwin seperti disebabkan dia tidak berkeinginan melakukan persetubuhan tetapi mampu dari segi perbelanjaan dan tidak berpenyakit.\n\nMenurut pendapat Imam Nawawi, jika dia bukan ahli ibadah adalah lebih utama baginya berkahwin supaya tidak mendatangkan keburukan pada masa lapangnya. Imam Hanafi pula menambah, jika tiada padanya syahwat atau ada padanya syahwat namun sudah tua atau sakit dan sebagainya maka di situ ada dua pendapat iaitu, digalakkan berkahwin dan kedua beribadah adalah lebih baik baginya.\n\nHaram berkahwin bagi orang yang berkeyakinan tidak akan dapat melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami. Sekiranya ia berkahwin ia akan melakukan kezaliman kepada isterinya.\n\nMisalnya seorang lelaki mengahwini wanita untuk dijadikan pelacur bagi mendapatkan sumber kewangan. Begitu juga orang yang dihinggapi penyakit jika dia belum berubat.\n\nSeterusnya haram berkahwin bagi lelaki yang sudah beristeri serta mempunyai beberapa orang anak sedang dia sendiri sakit dan tidak dapat mencari nafkah dan haram jika lelaki itu Muslim tetapi bakal isterinya kafir musyrik yang menyembah berhala kecuali wanita itu menganut Islam ataupun ahli kitab.\n\nAkad nikah dalam Islam juga tertakluk kepada rukun serta syarat sah pernikahan tersebut. Rukun dan syarat sah nikah boleh dirujuk pada artikel Rukun Nikah.\n\n1) Memelihara keturunan dan menjamin berkekalan zuriat umat manusia yang beriman mengikut landasan yang betul.\n\n2) Memenuhi dan menyempurnakan tuntutan hawa nafsu mengikut jalan yang diredhai Allah swt serta menyelamatkan manusia daripada kejahatan nafsu syahwat dan memelihara manusia dari perkara yang haram.\n\n3) Mewujudkan satu ikatan kekeluargaan yang kukuh, mantap dan berkekalan berasaskan kasih sayang dan kerahmatan Allah swt. Keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah adalah impian bagi setiap keluarga Islam.\n\n4) Mewujudkan dan melaksanakan satu sistem pengurusan dan tanggungjawab serta metode berinteraksi di dalam keluarga dan masyarakat, melalui kerjasama yang menguatkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat.\n\nKeluarga adalah unit-unit asas dalam sebuah masyarakat. Malah, keluarga hanya terwujud dengan adanya ikatan pernikahan.\n\nOleh sebab itu, pernikahan dalam Islam sangat penting peranannya. Ia bukan sahaja untuk menjaga diri sendiri daripada kerosakan syahwat, tetapi juga menjaga keturunan, serta keharmonian masyarakat dengan panduan pendidikan Islam yang diterapkan dalam sesebuah keluarga.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Perkahwinan Dalam Islam yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Anak-anak mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh dengan apa yang diucapkan oleh orang sekeliling. Terutama sekali ayat yang diucapkan oleh ibu. Setiap anak-anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah, maka mereka akan lebih mendengar cakap ibu daripada ayah.\n\nSyurga di bawah tapak kaki ibu. Ayat ini selalu didengari kerana syurga kita di bawah tapak kaki ibu. Oleh itu, anak-anak perlu menghormati dan menyayangi ibu begitu juga dengan bapa mereka. Jadi, kita perlu didik mereka dari usia muda agar mereka akan menjadi anak yang soleh/solehah.\n\nBagaimanakah untuk kita mendidik anak-anak kita di usia yang muda? Kita boleh mendidik mereka dengan mengucapkan ayat-ayat yang positif dan tidak menyinggung perasaan mereka. Ayat-ayat yang positif ini dapat membantu mereka untuk memahami bahawa kita amat menyayangi mereka. Apakah ayat positif yang boleh diucapkan kepada anak-anak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 50 ayat positif yang patut diucapakan oleh ibu kepada anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita. \n\n50\u00a0Ayat positif yang sentiasa perlu diucapkan pada anak\n\n4) Ibu selalu teringat pada kamu\u00a0jika kita berjauhan.\n\n5) Kehidupan ibu adalah lebih baik jika ada\u00a0kamu.\n\n6) Ibu\u00a0akan melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan kamu.\n\n7) Kadang-kadang ibu akan melarang kamu.\n\n9) Ibu pasti kamu boleh buat.\n\n18) Kamu sudah reti bezakan mana yang baik, mana yang buruk.\n\n19) Kamu adalah sahabat yang baik.\n\n20) Kamu adalah abang/ kakak/ adik yang baik.\n\n23) Kamu\u00a0boleh menukar fikiran kamu.\n\n24) Kamu\u00a0boleh belajar daripada kesilapan kamu.\n\n28) Peningkatan perkembangan kamu adalah daripada usaha keras.\n\n32) Kamu seorang yang\u00a0cantik/ hensem.\n\n33) Apabila kamu membuat kesilapan kamu masih cantik.\n\n34) Kamu adalah seorang yang\u00a0penting.\n\n36) Kamu\u00a0boleh melakukan kerja-kerja yang penting.\u00a0\n\n37) Ibu\u00a0melihat kamu\u00a0bekerja dan belajar setiap hari.\n\n38) Kamu membuat\u00a0perubahan dalam hidup ibu.\n\n39) Ibu\u00a0ingin tahu apa yang kamu\u00a0fikirkan.\n\n41) Kamu\u00a0telah membuat ibu\u00a0berfikir tentang perkara-perkara\u00a0baru dalam hidup ibu.\n\n42) Ibu\u00a0tak sabar\u00a0untuk melihat apa yang kamu akan lakukan.\n\n43) Terima kasih kerana membantu ibu.\n\n44) Terima kasih kerana menyumbang kepada keluarga kita.\n\n46) Ia menyeronokkan untuk melakukan\u00a0aktiviti dengan kamu.\n\n47) Ibu\u00a0gembira kamu\u00a0di sini.\n\n48) Ibu\u00a0gembira untuk bercakap dengan kamu.\n\n*Mudah bukan untuk ucapkan ayat positif kepada anak-anak. Mungkin ia sebuah ayat yang mudah dan ringkas, tetapi ia boleh memberi kesan positif kepada mereka. Mereka akan rasa kasih sayang kita. \n\nMereka hanya mahu perhatian daripada kita, jadi lakukan dari sekarang dan cakapkan kepada mereka \u201cibu bangga dengan kamu\u201d. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Buntu nak beri hadiah untuk isteri sempena hari jadi, ulangtahun perkahwinan atau untuk memujuk isteri yang sedang merajuk? Nak ambil hati isteri ni tak susah. Asalkan ada usaha dan ikhlas dalam memberi apa-apa hadiah untuknya.\n\nDari sekecil-kecil hadiah hingga sebesar manapun pasti isteri akan bahagia menerimanya. Hilang segala penat atau rajuk dalam menggalas tanggungjawab rumahtangga demi membahagiakan dan menyenangkan urusan suami. Jadi, kami senaraikan 40 hadiah yang boleh anda beri pada isteri.\n\nWanita dan beg tangan memang tak dapat dipisahkan. Setiap kali keluar, beg tangan adalah perkara penting yang perlu dibawa untuk membawa barangan lain seperti telefon bimbit, tisu, dompet dan sebagainya.\n\nApa kata anda beli beg tangan berjenama ini yang mengandungi banyak ruang untuk meletakkan barang. Nampak mahal dan eksklusif namun harga sangat murah dan berbaloi. Sesuai nak bawa ke pejabat, bercuti atau menghadiri majlis perkahwinan.\n\nBunga pasti menjadi kegilaan wanita lagi-lagi bunga segar. Buat anda yang tiada masa untuk keluar membeli bunga segar atau menjalani perhubungan jarak jauh, bunga segar juga ada dijual di Shopee khas dari Cameron Highland. Walaupun secara online, namun bunga yang sampai dijamin segar dan cantik.\n\nHadiahkan tiga kuntum bunga rose merah yang menandakan \u2018 I love you\u2019 sudah cukup dapat menggembirakan hati isteri. Bunga lain pun ada dijual seperti bunga matahari, baby breath dan peacock. Paling best boleh order untuk bouquet, mudah kerja anda kerana tak perlu nak menghias lagi.\n\nSebagai seorang isteri, melihat perkakas dapur yang baru dan lengkap membuatkan mata menjadi rambang. Kadangkala isteri gemar memakai barangan dapur sehingga betul-betul tidak boleh digunakan untuk berjimat.\n\nBeri kejutan dengan set senduk Dessini pasti mengujakan isteri. Set ini lengkap dengan 12 item yang lain dan diperbuat daripada silikon yang berkualiti tinggi dengan pemegang kayu yang solid. Tahan panas, tidak melekat dan mudah untuk dicuci. Yang penting selamat digunakan dan tidak akan mencalarkan periuk kesayangan isteri.\n\nHadiah yang semestinya bermakna dan pasti digunakan oleh isteri adalah telekung. Bukan sekadar hadiah, anda sebagai suami juga turut mendapat pahala setiap kali telekung tersebut dipakai. By Auliya adalah antara jenama telekung yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat.\n\nKain yang diperbuat daripada polycotton rosella pasti membuat si pemakai rasa sejuk dan selesa. Sulaman kemas pada hujung telekung membuatkan telekung ini bertambah cantik.\n\nSet ini hadir bersama beg telekung. Mudah untuk dibawa ke mana-mana terutama ketika melancong. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah kerana disertakan kotak eksklusif dan kad ucapan.\n\nBarangan kemas menjadi pilihan utama para wanita sebagai aksesori. Bukan sahaja cantik bila dipakai, malah perhiasan tersebut menjadi aset dan menguntungkan pemilik untuk jangka masa panjang.\n\nTahukah anda barangan kemas turut dijual di Shopee. Namun anda perlulah selidik tentang penjual terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang penipuan. Kami menggalakkan anda untuk membeli di Shopee Mall. Habib Jewels adalah salah satu kedai barangan kemas yang dipercayai.\n\nKalau anda mempunyai bajet lebih untuk isteri, apa kata anda berikan rantai atau gelang emas. Jika sebaliknya, cincin emas juga sudah memadai.\n\nIsteri mengamuk bila balik rumah tengok singki penuh dengan pinggan mangkuk? Dah lah penat bekerja di pejabat, kerja di rumah pun bertambah. Hadiahkan mesin basuh pinggan mesti memudahkan kerja isteri.\n\nSuami atau anak-anak pun boleh guna sekali untuk basuh pinggan kerana penggunaannya sangat mudah. Beli mesin basuh pinggan ni dapat percuma sabun basuh pinggan dan waranti selama satu tahun.\n\nMesin ini sesuai untuk 8 hingga 12 ahli keluarga. Memang berkilat, kotoran berminyak juga senang dibersihkan dengan mesin ini. Banyak komen positif dari pengguna dan rata-rata memang tak menyesal beli.\n\nIsteri mesti seronok jika suami hadiahkan set make-up. Lagi-lagi wanita bekerjaya dah gemar berfashion. Bukan nak keluar rumah je bersolek, ada yang bersolek dalam rumah khas untuk suami sahaja.\n\nBanyak set make-up yang dijual dengan harga yang sangat berbaloi. Contohnya, set make up dari jenama Alha Alfa yang tidak asing lagi di kalangan wanita.\n\nSatu set hanya RM 159.90 sahaja boleh dapat 6 item iaitu foundation, maskara, compact powder, eye shadow, span dan bag make up. Paling penting, set make up ini sesuai untuk semua jenis kulit. Anda boleh chat seller untuk ketahui shade yang sesuai untuk isteri.\n\nDalam bilik tidur semestinya perlu ada meja solek. Bukan sahaja boleh letak barang solek, malah aksesori lain juga seperti anting-anting, gelang, getah rambut dan sebagainya pasti disimpan di situ.\n\nJika anda dan pasangan gemarkan konsep rumah yang simple, elegant dan retro sangat disyorkan untuk membeli meja solek di atas. Meja solek tersebut sesuai dipadankan dengan semua warna bilik. Beli meja ini, anda boleh dapat percuma kerusi.\n\nBukan itu sahaja, ada cermin besar yang boleh menutup ruangan belakang dan boleh dijadikan ruang untuk menyimpan barangan berharga. Selain empat ruangan laci, iainya hadir dengan empat ruangan lain ruangan lain yang mampu menyimpan pelbagai barang.\n\nPasti ramai wanita yang gemar memakai jam tangan terutama wanita yang bekerjaya. Mudah untuk melihat waktu setiap masa. Jam tangan juga memperlihatkan pemakai seorang yang berdisiplin dengan masa.\n\nNak lagi romantis, beli set jam tangan couple agar anda dan pasangan kelihatan lebih serasi dan sehati sejiwa. Jam tangan jenama Wishdoit kelihatan mewah dan eksklusif. Namun harganya memang mampu dimiliki.\n\nBeli jam dapat percuma kotak, tali kulit, bateri tambahan, waranti selama tiga tahun, tuala bersih dan kad ucapan. Sangat berpatutan\u00a0 dengan pelbagai fungsi yang ada pada jam seperti tarikh serta kalis air.\n\nPembantu rumah moden yang sangat berguna pada abad ini adalah food processor yang membantu sesiapa sahaja terutama suri rumah untuk memasak dengan mudah, cepat dan sedap.\n\nPerySmith Robot Chef boleh membantu isteri anda memasak pelbagai menu sama ada masakan kampung, western dan sebagainya dengan mudah. Jangan risau kerana mereka turut menyediakan manual penggunaan dan buku resepi. Sangat sesuai untuk isteri yang baru hendak belajar memasak.\n\nAnda mesti suka isteri berwangi-wangian di rumah atau sewaktu keluar bersama. Apa kata anda pilihkan sendiri wangian untuk isteri mengikut citarasa anda dan pasangan.\n\nDe\u2019Xandra merupakan minyak wangi terkenal dan produk tempatan. Pelbagai bauan yang wangi seperti\u00a0 Elenor, Lourve, Zahra dan lain-lain. Satu botol ada 35ml, sekali pakai boleh tahan lebih 8 jam. Beli dengan penjual di bawah kerana dijamin original.\n\nTak kira isteri seorang yang bekerjaya atau suri rumah, mereka perlu rehatkan mental dan fizikal. Tak perlu pergi ke spa setiap minggu atau setiap bulan, dengan mesin urut ini pasti lagi jimat masa, duit dan tenaga.\n\nWalaupun kecil, namun mesin urut ini mampu mengurut pelbagai bahagian badan seperti tengkuk, bahu, kaki, perut, belakang badan dan lain-lain. Sambil biarkan mesin ini mengurut, isteri boleh tidur dengan selesa.\n\nBukan untuk isteri sahaja, anda serta anak-anak juga boleh menggunakan mesin urut ini. Pakej termasuk bantal urut, plug, panduan penggunaan dan kabel kereta.\n\nSet pinggan mangkuk juga pasti membuatkan isteri tersenyum hingga ke telinga apabila menerimanya sebagai hadiah. Hadiah ini bukan sahaja digunakan untuk menjamu keluarga, malah tetamu yang datang pasti turut terpesona dengan set pinggan mangkuk ini.\n\nPinggan mangkuk yang diperbuat daripada seramik ini kelihatan ala-ala perkakas dapur di Eropah dengan corak marble yang cantik. Dengan harga bawah RM 130 boleh dapat 16 item terdiri daripada pinggan, mangkuk, piring dan sudu. Selamat dimasukkan ke dalam microwave dan mesin pencuci pinggan.\n\nKalau anda dah pening nak pilih hadiah apa yang nak diberikan kepada isteri, beri sahaja duit untuk mereka. Sudah tentu isteri seronok dan bebas untuk beli barang kesukaan mereka.\n\nBagi duit sahaja kelihatan simple, apa kata anda tempah bouquet duit dari Shopee. Serendah RM 45 sahaja anda boleh pilih design mengikut bajet dan citarasa anda. Bouquet duit yang dihiasi dengan bunga dan coklat pasti menambat hati isteri.\n\nBaju tidur adalah hadiah untuk isteri yang paling comel dan unik. Nak tidur pun perlu pakaian yang sesuai dan selesa.\n\nBaju tidur satin adalah salah satu baju tidur yang digemari oleh para wanita kerana kainnya yang licin, lembut dan sejuk. Kalau anda seorang yang romantis, beli dua pasang baju untuk pakai bersama isteri.\n\nHampir keseluruhan isteri di Malaysia sukakan aktiviti bercucuk tanam dan berkebun. Paling ramai suka menanam pokok bunga hingga kelihatan seperti taman bunga. Sudah pasti bunga hidup dan segar menjadi pilihan untuk menghiasi sudut dalam dan luar rumah.\n\nPokok keladi merupakan salah satu tanaman yang menjadi kegilaan ramai golongan isteri. Pelbagai jenis, rupa dan warna yang pasti membuatkan isteri anda rambang mata. Antaranya adalah keladi bandar, keladi kampung, alocasia dan sebagainya.\n\nWanita atau isteri memang susah nak beli telefon bimbit yang baru. Majoritinya menggunakan telefon bimbit yang ada sehingga ia benar-benar tidak dapat digunakan lagi.\n\nTelefon bimbit sebagai hadiah untuk isteri merupakan cadangan yang terbaik. Seeloknya berilah telefon keluaran terbaru agar senang digunakan dan sentiasa up-to-date. Bagi penggemar Android, antara cadangan terbaik adalah telefon bimbit Samsung Galaxy S21 Ultra.\n\nTelefon bimbit ini dilengkapi pelbagai ciri yang menarik dan canggih. Mempunyai sokongan S-Pen dan kamera juga sangat cantik kerana banyak ciri baru pada sistemnya. Sesuai untuk isteri anda yang sukakan fotografi. \n\nHadiah paling bermanfaat untuk isteri merupakan makanan atau bahan masakan. Hadiah seperti ini secara tidak langsung sebagai penghargaan kerana selalu memasak dan dapat menggalakkan isteri untuk terus memasak makanan yang sedap.\n\nBeli sahaja rempah ratus yang telah digubah menjadi bouquet agar kelihatan lebih istimewa. Letak sekali kad dengan ucapan seikhlas hati. Pasti isteri cair dengan hadiah yang diberi.\n\nZaman moden ini, segala teknologi dicipta yang lebih memudahkan urusan manusia termasuklah seterika wap. Dengan seterika wap, isteri tak perlu susah-susah untuk seterika baju di atas papan seterika. Jenama dari Konka memang sangat berkualiti.\n\nTak perlu lagi risau jika baju terbakar dengan seterika biasa. Kedut hilang dengan cepat dan sangat ringan untuk dipegang. Paling penting sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja termasuk sewaktu melancong.\n\nMicrowave juga adalah hadiah untuk isteri yang terbaik. Kadangkala seisi keluarga suka dan lebih berselera makan makanan yang panas. Ianya sangat sesuai jika isteri tidak mempunyai masa untuk memasak setiap hari kerana bekerja.\n\nMicrowave dapat mempercepatkan proses memanaskan makanan dan dijamin lebih selamat. Selain itu, makanan yang telah disejuk bekukan mudah untuk dinyahbeku semula.\n\nWanita mana je yang tak suka diberi hadiah tudung? Walaupun mereka selalu beli dan borong tudung sendiri, tak salah jika anda beri tudung yang berjenama sekali-sekala. Extra happy isteri apabila dapat barang yang disukai.\n\nBeli tudung dari Ariani yang mempunyai pelbagai design menarik, cantik dan trendy. Bawal basic satin antara produk yang laris dari Ariani. Kainnya yang lembut sangat mudah dibentuk walaupun licin.\n\nTurut dikenali sebagai make-up organizer, rak ini dapat menjimatkan ruang meja solek dan menampakkan meja solek lebih teratur dan kemas. Isteri yang mempunyai pelbagai barangan solek pasti suka jika anda menghadiahkan make-up organizer ini.\n\nHarga bawah RM 30 sahaja memang berbaloi walaupun barang berjenama terkenal iaitu Hightune. Ruang penyimpanan yang besar dan luas, boleh selaraskan ketinggian dan boleh pusing 360 darjah. Mudah untuk mencari aksesori keperluan isteri.\n\nIsteri-isteri di Malaysia memang suka koleksi Tupperware. Ada yang tak digunakan pun kerana terlampau sayang dan hanya dijadikan pameran di rumah. Buktinya, pasti ada yang takut jika hilangkan Tupperware kesayangan para isteri.\n\nTupperware digilai ramai kerana tahan lama, anti-minyak, anti-tumpah dan mesra alam. Walaupun dah banyak koleksi di rumah, mesti masih tak cukup buat mereka. Jom hadiahkan barang yang paling mereka suka ini dengan harga dan set yang berpatutan.\n\nSet di atas yang berwarna ungu pasti dapat menambat hati isteri. Jika anda beli melalui seller di bawah, anda tak perlu lagi menghias atau membalut hadiah kerana siap diberi kotak yang kelihatan eksklusif.\n\nHadiah yang murah tapi membawa seribu makna dalam rumah tangga. Melihat gambar pasangan setiap hari sudah pasti akan timbul perasaan untuk saling menghargai dan menjadi sumber kekuatan dalam rumah tangga.\n\nFrame gambar ini sangat unik kerana diperbuat menggunakan laser dan sekeping papan. Bukan itu sahaja, malah anda boleh letak ucapan pada plaque tersebut. Size frame adalah 150 x 90 (MM) dengan ketebalan papan 3mm sangat kukuh dan gambar tidak akan luntur.\n\nKesibukan isteri atas faktor bekerja pasti menyuntukkan masa mereka untuk melakukan segala kerja rumah hingga tiada masa untuk berehat. Tambahan pula bila tiba musim hujan, kain yang tidak kering akan bertimbun dan isteri semakin penat.\n\nKalau anda berikan mesin pengering kain, pasti membuatkan isteri tersenyum kerana memudahkan dan mempercepatkan kerja untuk mereka terus melipat kain. Mesin pengering kain dari Midea antara yang berkualiti dan murah.\n\nMesin ini mampu mengeringkan pakaian sehingga 7kg, mempunyai sistem keselamatan dan operasi yang baik dan banyak lagi. Pembelian akan mendapat 2 tahun waranti.\n\nIsteri siapa saja yang tak suka bercuti? Bercuti dapat merehatkan mental dan fizikal setelah penat bekerja dan menjadi suri rumah.\n\nDi Shopee juga ada menjual pakej percutian dalam negara ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia dengan harga yang berbaloi. Sebagai contoh pakej percutian ke Bukit Merah Laketown Resort.\n\nPakej percutian ini termasuk penginapan selama 2 hari 1 malam dan sarapan. Bawa isteri menginap di Kampung Air iaitu penginapan yang terapung di tengah tasik pasti terpukau dengan keindahan panorama Bukit Merah.\n\nSebaik-baik hadiah adalah hadiah yang bermanfaat di dunia dan di akhirat sama ada buat penerima mahupun pemberi. Setiap rumah pasti sudah ada Al-Quran. Namun, anda boleh beri Al-Quran yang lain daripada yang lain dan mempunyai pelbagai kelebihan.\n\nAl-Quran di atas dihiasi dengan Swarovski di bahagian luar menampakkan kitab tersebut bersinar dan cantik. Walaupun saiznya sederhana, namun saiz font sangat jelas. Al-Quran ini mempunyai terjemahan setiap perkataan dan ayat, 250 tagging tentang surah, doa dan kata-kata hikmah serta panduan tajwid yang berwarna.\n\nNak lagi eksklusif, anda boleh add-on plate nama isteri anda di Al-Quran tersebut. Tak cukup dengan itu, kotak dan kad ucapan turut disertai dengan percuma.\n\nTak perlu hadiahkan barangan mewah. Jika anda beri hadiah coklat yang banyak juga semestinya dapat membuat isteri senang hati seperti zaman percintaan dahulu.\n\nRate serendah RM 13.13-RM 85.90 memang murah kerana bouquet coklatnya yang kemas, teratur dan menarik. Pelbagai jenis pakej dan coklat kesukaan isteri yang anda boleh pilih seperti Kit Kat, Cadbury dan Snicker. Setiap pembelian akan mendapat kad ucapan percuma.\n\nSelain beg tangan, kasut juga menjadi kegilaan ramai wanita. Jika isteri anda salah seorang dari golongan ini, apa kata anda berikan hadiah kasut yang berjenama agar lebih berkualiti dan tahan lama.\n\nFRKL21 adalah sebuah jenama tempatan yang menjual pelbagai jenis kasut wanita yang trendy, selesa dan sesuai untuk dipakai ke sebarang majlis. Kasut tumit tinggi, wedges dan kasut sarung turut ada disini. Harga juga sangat berbaloi standing kualiti.\n\nJika anda sibuk bekerja dan mempunyai masa yang suntuk tetapi tetap mahu memberi kejutan buat isteri, bawa isteri keluar makan malam adalah solusi terbaik buat kalian. Makan malam istimewa semestinya memerlukan tempat yang cantik, luar biasa dan mampu meninggalkan kenangan terindah.\n\nSalah satu tempat yang menepati ciri-ciri di atas adalah di restoren Atmosphere 360 di KL Tower. Di sana anda boleh makan malam bersama isteri dengan romantis sambil layan panorama 360 darjah bandar Kuala Lumpur.\n\nNak lagi best, anda boleh tempah meja makan di window seat. Layanan istimewa dari staf restoran sangat memuaskan. Makanan juga menyelerakan.\n\nKedengaran sangat lucu jika pin tudung dijadikan hadiah buat isteri, namun ia sangat berguna untuk isteri. Pin tudung sentiasa menghilang sudah menjadi kebiasaan buat seorang wanita.\n\nKorean Premium Baby Brooch sangat sesuai untuk diberikan kepada mereka memandangkan iainya menjadi satu keperluan untuk mencantikkan dan mengemaskan kedudukan tudung. Pin tudung ini mempunyai batu yang berkilat dan tahan lama.\n\nPin sangat berkualiti dan corak yang ada sentiasa up-to-date. Paling istimewa adalah setiap pembelian 50 atau 100 biji pin dapat percuma kotak eksklusif. Sangat sesuai dijadikan hadiah.\n\nPenimbang berat perlu ada di rumah terutama buat isteri yang sentiasa menjaga penampilan dan berat badan. Mereka yang menjaga pemakanan dan berat badan sudah pasti amat memerlukan alat ini untuk memantau berat dari masa ke masa.\n\nPenimbang berat kini lebih premium kerana mempunyai pelbagai fungsi dan tidak terhad untuk menimbang sahaja. Ciri lain yang ada adalah mampu mengukur BMI, kalori, lemak dan sebagainya apabila dihubungkan dengan telefon bimbit.\n\nWalaupun sudah berkahwin, penampilan dan penjagaan wajah perlu diutamakan untuk keselesaan diri. Pelbagai set penjagaan kulit yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian kulit isteri. Kalau anda tak tahu nak pilih yang mana, apa kata anda pilih produk yang sesuai untuk semua jenis kulit.\n\nCetaphil merupakan salah satu produk pilihan ramai yang sesuai untuk semua jenis kulit serta disyorkan oleh pakar dermatologi. Pencuci muka ini bukan sahaja membersihkan kulit, malah dapat melembutkan kulit juga sesuai untuk semua peringkat umur.\n\nFacial brush cleaner berfungsi untuk mengurut wajah yang membantu kelancaran peredaran darah. Diperbuat daripada silikon, berus ini anti-bakteria yang tidak akan memberi kesan atau kotoran pada wajah.\n\nRingan, kecil dan mudah untuk di bawa ke mana-mana. Berus yang lembut dan bergetar mengikut 4 jenis mode dapat mengurut wajah dengan lembut. Boleh juga digunakan di bahagian badan yang lain.\n\nPlanner amat bermanfaat pada isteri anda yang bekerjaya atau menjalankan perniagaan sendiri. Dengan adanya planner, semua kerja diaturkan dengan rapi pada jadual. Planner juga berfungsi sebagai peringatan terhadap kerja yang ingin dilakukan.\n\nDesign yang cantik dan banyak bahagian menarik dan bermanfaat. Setiap planner disertakan kalender tahunan dan hijrah, rutin harian, permainan, perancangan, kata-kata hikmah dan macam-macam lagi.\n\nHadiah pengering rambut bukan sahaja bermanfaat buat isteri, anda juga akan mendapat manfaatnya iaitu tidak perlu lagi menunggu isteri bersiap dengan lama. Kadangkala para wanita mengambil masa bersiap yang lama kerana menunggu rambut untuk kering.\n\nHadiahkan isteri dengan pengering rambut, persiapan diri semakin cepat. Beli dengan penjual di bawah, anda akan dapat 9 barangan percuma termasuk pelurus rambut, sikat dan getah rambut. Ada tiga pilihan kelajuan pengering rambut dengan keselarasan haba.\n\nKalau isteri anda seorang kaki filem, kaki drama dan kaki wayang, beli saja projektor mini untuknya. Jimat duit, masa dan tenaga untuk keluar semata-mata menonton wayang.\n\nPakej termasuk projektor, remote, tripod, panduan penggunaan, power cable dan kabel HDMI. Alat yang kecil namun dapat memaparkan visual yang besar, terang dan jelas. Pembesar suara juga jelas dan senang untuk dikawal.\n\nPeti ais mini sebagai hadiah untuk isteri pasti menarik. Letak di dalam bilik sahaja, anda dan isteri tak perlu lagi ke dapur semata-mata ingin minum minuman sejuk. Selain minuman, makanan, ubat-ubatan dan buah, isteri juga boleh letakkan set penjagaan wajah dalam peti ais tersebut agar lebih segar semasa memakainya.\n\nPaling menarik, peti ais mini ini mempunyai lampu LED yang boleh diselaraskan pencahayaan dan cermin di pintu peti ais. Terdapat dua warna pilihan menarik iaitu pink dan hijau. Kalau nak guna dalam kereta pun boleh.\n\nWanita dan mirror selfie memang tak boleh dipisahkan. Pantang jumpa cermin pasti keluarkan telefon bimbit untuk bergambar. Jika isteri anda mempunyai habit seperti ini, hadiahkan je standing mirror untuknya.\n\nStanding mirror juga boleh digantung pada dinding dan sesuai diletakkan di dalam bilik tidur. Cermin dan frame adalah tebal sesuai dengan harganya bawah RM 100. Anda boleh pilih warna bingkai yang anda suka sama ada putih, hitam atau keemasan.\n\nJika isteri anda seorang yang suka melakukan senaman, hadiahkan tikar yoga pasti menaikkan semangat isteri untuk bersenam. Tikar yoga penting agar postur badan lebih stabil dan selesa untuk melakukan senaman.\n\nTikar yoga yang mempunyai pelbagai warna ini berketebalan 15mm dan panjang 181cm. Diperbuat daripada neoprene, memang sangat selesa dan lembut melakukan senaman dengannya. Ciri yang paling penting adalah anti-slip,anti-bakteria dan anti-toksik.\n\nBanyak cadangan hadiah untuk isteri yang menarik dan bermanfaat buat mereka. Pilih sahaja mengikut bajet, citarasa dan kesukaan anda dan isteri. Kami sudah sertakan link Shopee untuk memudahkan anda. Selamat membeli!\n\nJom baca artikel kami yang lain seperti:\n\nPendapat di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia hanya pendapat dan pandangan dari penulis itu sendiri."
"Halia sangat signifikan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu di Malaysia. Hampir kesemua masakan Melayu memerlukan halia. Walaupun hanya sedikit sahaja digunakan, ketidak hadiran halia menyebabkan suatu masakan menjadi serba tidak lengkap.\n\nSelain dari dalam masakan, halia juga banyak digunakan dalam tujuan perubatan. Dalam masyarakat Melayu, halia sering digunakan untuk membuang angin dalam badan yang menyebabkan ketidakselesaan tubuh.\n\nDisebalik pelbagai kebaikan dan khasiat halia, kajian terkini mendapati bahawa halia sebenarnya mengundang risiko yang tidak dijangka untuk sesetengah orang yang mempunyai\u00a0tahap kesihatan tertentu.\n\nMari kenali kebaikan dan keburukan halia.\n\nHalia Boleh Mengurangkan Masalah Perut Kembung\u00a0\n\nSeringkali di kaca televisyen, kita melihat iklan Eno untuk menghilangkan kembung atau ketidakselesaan perut selepas makan.\n\nNamun sekiranya ada pilihan alternatif yang lebih organik, apa salahnya cuba untuk mengelakkan pengambilan Eno.\n\nSekiranya kita mengalami kembung perut, kita hanya perlu cuba meminum teh halia atau kunyah sedikit halia mentah yang sudah dibuang kulitnya. Masalah kembung perut inshaAllah akan berkurang.\n\nKajian mendapati bahawa, pengambilan halia diwaktu tanda-tanda awal berlakunya migrain boleh membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.\n\nKeadaan ini kerana, halia bertindak sebagai herba yang membantu menghalang hormon keradangan. Kajian lain turut menunjukkan halia boleh membantu merawat arthritis.\n\nDidapati bahawa, pesakit osteoarthritis atau\u00a0rheumatoid arthritis mengalami kesakitan yang lebih kurang apabila mengambil halia setiap hari berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.\n\nBerdasarkan beberapa kajian, halia didapati mempunyai sifat melawan kanser. Di dalam kajian yang lain pula, didapati bahawa halia boleh mematikan sel kanser ovari.\n\nTerdapat kajian lain menemui makanan tambahan berbentuk halia boleh mengurangkan keradangan di dalam kolon.\n\nHalia Mungkin Menyebabkan Komplikasi Semasa Mengandung\n\nApabila dikaitkan halia dengan kehamilan, berlakunya percanggahan hasil penyelidikan. Terdapat beberapa kajian menemui bahawa pengambilan halia sewaktu kehamilan boleh menyebabkan keguguran dan beberapa komplikasi kehamilan.\n\nSebaliknya, terdapat juga kajian mendapati bahawa pengambilan halia tidak membahayakan kehamilan terutamanya untuk tujuan mengurangkan loya.\n\nOleh itu, untuk langkah keselamatan, dapatkan dahulu nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan atau mahu menggunakan halia untuk merawat\u00a0alahan sepanjang tempoh kehamilan.\n\nDalam perubatan botani, halia dikenali sebagai herba yang memanaskan. Dalam erti kata lain, halia boleh menyebabkan tubuh badan menjana lebih banyak haba.\n\nDari sudut positifnya, halia boleh digunakan untuk melegakan badan yang sentiasa sejuk. Namun begitu, sekiranya diambil pada waktu yang tidak sesuai, halia didapati boleh menyebabkan mulut dan membran mukus menjadi keradangan.\n\nSekiranya anda mendapati pengambilan halia menyebabkan ketidakselesaan tubuh badan,\u00a0hentikannya serta merta.\n\nMasalah loya dan alahan dengan kehamilan memang tidak dapat dipisahkan. Ada sesetengah orang mengalami alahan yang sangat teruk sehingga tidak boleh melakukan sebarang kerja.\n\nJadi bagi yang tidak mengalami sebarang alahan sewaktu hamil, anda sangat beruntung! Antara cara alternatif untuk mengurangkan loya dan muntah-muntah adalah dengan mengamalkan pengambilan halia. Tidak kira dalam apa jua bentuk.\n\nTeh halia, mengunyah yang mentah, gula-gula halia, serbuk halia atau apa sahaja berbentuk halia asalkan anda mampu untuk menelannya. Cubalah!\n\nHalia Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah\n\nKajian terbaru mendapati bahawa serbuk halia mampu mengurangkan kadar gula dalam darah pesakit diabetis type 2. Namun begitu, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan untuk mengambilnya.\n\nPantau dahulu tahap gula anda dan bincang dengan doktor tentang sejauh mana tindak balas halia dengan ubatan lain.\n\nTerdapat penyelidikan yang dijalankan di Australia menemui halia sebagai bahan anti-coagulant yang sangat berkesan berbanding aspirin.\n\nUntuk pengetahuan, bahan anti-coagulant digunakan untuk merawat dan menghalang pembekuan darah yang berkemungkinan berlaku dalam salur darah. Pembekuan darah boleh menyebabkan salur darah tersebut.\n\nArteri yang tersumbat menghalang darah dan oksigen untuk sampai ke bahagian tubuh badan yang lain seperti jantung, otak atau paru-paru. Kejadian ini boleh membawa kepada masalah strok atau serangan jantung.\n\nSejak belakangan ini, masalah strok dan serangan jantung tidak hanya dialami oleh golongan yang sudah berumur. Jumlah golongan muda berusia seawal 20an atau 30an yang mengalami serangan jantung dan strok juga didapati meningkat.\n\nBahaya kan? Oleh itu, pengambilan halia boleh menjadi salah satu daripada perubatan alternatif untuk merawat pembekuan darah.\n\nkredit gambar: Robin, Red Snapper, The Greatist"
"Nota Editor: Membangunkan anak adalah antara tugas yang perlu dibuat setiap pagi.Tapi tahukah para ibubapa, anda boleh buat anak anda bangun pagi dengan senang.\n\nNah ini 5 langkah ibu bapa boleh lakukan:\n\nPastikan 15 minit sebelum tidur anak-anak siapkan keperluan mereka untuk hari esok. Keperluan ke sekolah dan keperluan \u2013 pakaian ke Surau untuk solat Subuh.\n\nPastikan mereka siapkan sendiri keperluan mereka dan ibubapa pantau sahaja.\n\nBaca set doa tidur memang dah wajib, skrip yang dimaksudkan adalah beritahu anak untuk bangun jam berapa.\n\nContoh 5 pagi dan bersedia untuk ke surau dan bincang apa aktiviti yang akan dilakukan, biarpun benda yang sama kita kena ulang, mengulang perkara yang sama memang bosan tetapi itulah caranya untuk membentuk budaya dalam diri. Untuk sembahyang pun azan diulang-ulang sampai 5 kali sehari.\n\nAyat yang kita guna untuk kejut anak seharusnya berbunyi lebih kurang seperti ini \u201cNak.! Bangun, Jom Subuh!\u201d Atau mana-mana ayat yang sewaktu dengannya.\n\nKalau kita kejutkan anak supaya dia bangun untuk ke sekolah, bayangkan apa jadi masa hujung minggu atau masa cuti sekolah? Itu yang tak bangun pagi tu sebab tiada sekolah. Solat Subuh pun liat le jawabnya.\n\nRancang aktiviti selepas solat Subuh seperti senam pagi, baca Al-Quran, tonton video pengisian rohani, sediakan sarapan pagi dan sebagainya. Aktiviti Fajar ini akan membantu anak-anak ceria dan cergas di awal hari.\n\nBerilah penghargaan pada anak kerana bangun pagi, sesekali belikan hadiah, atau puji mereka, nyatakan betapa gembiranya kita dapat anak yang suka bangun pagi.\n\nCerita lah pada anak kelebihan bangun awal pagi dari segi kesihatan fizikal kita, emosi dan rohani kita juga. Cuma kena pastikan Penghargaan ni tak boleh selalu beri, cukup sekadarnya sahaja. Penghargaan dan pujian sama macam garam dalam lauk, jika terlebih akan jadi pahit dan penyakit.\n\nSemoga Allah bantu para ibubapa sekalian mendapat generasi bertaqwa."
"Anda menginginkan resepi sambal berlada yang amat lazat dan sedap? Kali ini kami bawakan resepi sambal berlada gabungan terung dan petai yang amat lazat dan rupanya juga dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. \n\nResepi yang dikongsikan oleh Parmiati Binti Suyudi di media sosial ini mendapat perhatian ramai. Resepinya mudah, cepat dan yang paling penting sedap dan lazat. Apa lagi. Jom mencubanya. Pasti tak akan menyesal.\n\nTumbok semua bahan diatas.. Tapi toksah tumboh halus sangat..Kalau ada food processor kisar pakai food processor..\n\nSelain terung dan petai, resepi\u00a0sambal berlada ini boleh pakai untuk ikan atau ayam. Tapi ayam dan ikan kena goreng sampai masak dan lama sikitlah. Selain dari resepi sambal berlada ini, terdapat juga resepi menarik yang lain."
"Apabila musim banjir, banyak berlaku masalah yang mengakibatkan nyawa, peralatan rosak, aktiviti ditangguhkan dan pelbagai lagi. Musim banjir ini berlaku setiap tahun di Malaysia. Ia selalu berlaku di kawasan-kawasan tanah rendah kerana air cepat naik di kawasan tanah rendah.\n\nBanjir mungkin berlaku akibat limpahan air dari takungan air, seperti sungai, tasik, atau lautan, di mana air melimpah atau memecahkan benteng, mengakibatkan sejumlah air tersebut melepasi dari sempadan biasa atau ia mungkin berlaku akibat pengumpulan air hujan di tanah tepu di kawasan banjir.\n\nBanjir amat merbahaya kerana ia boleh membawa pelbagai penyakit kepada masyarakat. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika kawasan perumahan kita mengalami banjir. Bagi kawasan yang tanah tinggi, kebarangkalian untuk menghadapi banjir lebih rendah berbanding kawasan tanah rendah. Jadi, untuk jika tinggal di kawasan tanah tinggi.\n\nAntara tempat yang sering berlaku banjir adalah negeri-negeri utara dan pantai timur Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis di Semenanjung. Antara puncanya adalah kerana musim tengkujuh. Jadi penting untuk kita tahu cara penjagaan kesihatan semasa banjir.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai cara penjagaan kesihatan semasa banjir. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\n\u2014Terdedah kepada jangkitan taun, cirit-birit dan demam kepialu\n\nTindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir\n\n\u2014Pindah ke pusat pemindahan apabila diarahkan\n\n\u2014Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir\n\n\u2014Elakkan meredah jalan raya yang ditenggelami air\n\n\u2014Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir\n\nCara Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan\n\n\u2014Sentiasa minum air yang telah dimasak\n\n\u2014Elakkan memakan makanan mentah seperti ulam\n\n\u2014Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling\n\n\u2014Cuci tangan sebelum makan dan selepas ke tandas\n\n\u2014Buang sampah di tempat yang betul\n\n\u2014Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor\n\n\u2014Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami cirit-birit atau muntah-muntah\n\n*Jika berlaku banjir, kita perlu mengikut dan mendengar arahan yang diberikan oleh petugas yang bertugas untuk memindahkan kita ke pusat pemindahan. Elakkan anak daripada bermain dengan air banjir kerana ianya tidak bersih dan boleh membawa penyakit. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Asyura berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud sepuluh. Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram. Hari Asyura merupakan salah satu daripada hari-hari yang mulia kerana disunatkan berpuasa. Malah terdapat juga amalan-amalan istimewa yang dilakukan pada hari ini. Seperti mana hadis Nabi saw,\n\nDaripada Ibn Abbas ra apabila ditanyakan mengenai puasa Asyura, beliau berkata:\n\n\u0645\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0623\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064e \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u064a\u064e\u062a\u064e\u062d\u064e\u0631\u0651\u064e\u0649 \u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0641\u064e\u0636\u0651\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650\u060c \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0639\u064e\u0627\u0634\u064f\u0648\u0631\u064e\u0627\u0621\u064e\n\nMaksudnya, \u201cAku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa pada satu hari di mana Baginda saw lebih istimewakannya berbanding hari-hari yang lain melainkan pada hari ini iaitu hari Asyura.\u201d (HR Bukhari)\n\nImej via Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN Hulu Kelang\n\nAntara amalan istimewa yang diamalkan dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia adalah memasak bubur Asyura. Bubur Asyura\u00a0ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10\u00a0Muharram\u00a0iaitu pada\u00a0Hari Asyura.\n\nBubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis\u00a0ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di\u00a0semenanjung Malaysia, mempunyai resepi, rasa serta ramuan yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, cara penyediaannya juga berbeza-beza mengikut negeri.\n\nHari Asyura dikaitkan dengan beberapa peristiwa penting dalam sejarah umat Islam, contohnya hari di mana Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel daripada Firaun dan musuh-musuh mereka.\n\n\u0642\u064e\u062f\u0650\u0645\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064f \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0647\u064f\u0645 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0629\u064e \u0641\u064e\u0631\u064e\u0623\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0647\u064f\u0648\u062f\u064e \u062a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0639\u064e\u0627\u0634\u064f\u0648\u0631\u064e\u0627\u0621\u064e \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064c \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064c \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064c \u0646\u064e\u062c\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0647\u064f\u0644 \u0628\u064e\u0646\u0650\u064a \u0625\u0650\u0633\u0652\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u064a\u0644\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u062f\u064f\u0648\u0651\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0635\u064e\u0627\u0645\u064e\u0647\u064f \u0645\u064f\u0648\u0633\u064e\u0649 \u0634\u064f\u0643\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0641\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0642\u0651\u064f \u0628\u0650\u0645\u064f\u0648\u0633\u064e\u0649 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0646\u064e\u062d\u0652\u0646\u064f \u0646\u064e\u0635\u064f\u0648\u0652\u0645\u064f\u0647\u064f \u062a\u064e\u0639\u0652\u0638\u0650\u064a\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f\n\nMaksudnya, Rasulullah saw datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: \u201cApakah ini?\u201d \n\nMereka pun menjawab: \u201cIni adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut.\u201d Lalu Baginda bersabda: \u201cAku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu.\u201d \n\nMaka Baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.\u201d\n\nAdat memasak Bubur Asyura pada Hari Asyura adalah amalan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Malah, adat ini sering dikaitkan dengan 2 kisah iaitu:\n\nKisah 1: Kisah bubur Asyura berlaku ketika Nabi Nuh as mengumpul semua makanan yang ada di dalam kapalnya kerana ketiadaan makanan. Lalu jadilah bubur asyura ketika bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Judi pada hari Asyura. Baginda menyatakan kepada umatnya, \u201cHimpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang tersisa.\u201d\n\nMaka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila\u2019 iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba\u2019ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak.\n\nMaka berkatalah Nabi Nuh as,\u00a0\u201cMasaklah kesemuanya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang\u201d.\u00a0Maka terciptalah satu santapan yang lazat. Hidangan itulah yang diberi nama Bubur Asyura. Kemudian Nabi Nuh as memerintahkan untuk diagih-agihkan hidangan tersebut kepada semua yang ada.\n\nKisah 2: Kisah bubur Asyura berlaku ketika Nabi Muhammad saw dalam suatu peperangan. Oleh kerana tiada bekalan makanan yang mencukupi, Nabi Muhammad saw memerintahkan para sahabat supaya mengumpulkan kesemua makanan lalu menjadikan ia bubur Asyura.\n\nNamun begitu, pengkaji hadis menyatakan bahawa kedua-dua kisah ini berstatus palsu. Menurut Syeikh Dr Basem Faisal al-Jawabirah, dan juga Syeikh Hasan al-Husaini, kisah ini adalah tidak benar bahkan palsu.\n\nBolehkah Kita Amalkan Memasak Bubur Asyura?\n\nImej via Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN Hulu Kelang\n\nMemasak Bubur Asyura pada Hari Asyura tidak ada dalil yang khusus. Malah, kisah-kisah berkaitan dengan Bubur Asyura yang kita sering dengar adalah tidak benar.\n\nNamun begitu, dalam konteks Bubur Asyura ini, asasnya adalah hal makanan yakni perihal kehidupan manusia. Sekiranya kita menyediakan Bubur Asyura tanpa mengaitkan adat tradisi ini dengan mana-mana nabi serta tidak mempercayai adanya fadhilat khusus dalam amalan tradisi ini, ia tidak menjadi satu kesalahan. Ini kerana, prinsipnya, tidak ada bida\u2019ah dalam perkara adat budaya kehidupan. Bida\u2019ah hanya terkait dengan perkara ibadah atau penghayatan agama (tadayyun).\n\nNamun begitu, jika makanan serta cara memasak Bubur Asyura dikaitkan dengan agama, hari tertentu, tempat tertentu, dinisbahkan pula kepada peristiwa tertentu, malah mempercayai adanya fadhilat tertertu, sedangkan tidak ada dalil sahih yang boleh disandarkan kepada amalan ini, makai a menjadi suatu bida\u2019ah dan batil.\n\nKita boleh sahaja mengadakan apa juga bentuk perkara berkaitan adat selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan tidak mengandungi unsur haram. Apa jenis makanan sekalipun kita boleh cipta, termasuklah bubur. Asalnya sumbernya halal.\n\nDan sekali-kali tidak mengaitkan perkara ini dengan hal-hal berkaitan agama.\n\nAmalan memasak Bubur Asyura boleh diamalkan sebagai salah satu cara mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga. Ini kerana, kebiasaannya Bubur Asyura akan dimasak secara bergotong-royong dan kemudiannya akan diagihkan kepada penduduk di kariah.\n\nAda terdapat banyak jenis Bubur Asyura mengikut cara dan resepi negeri-negeri. Bubur Asyura utara dan pantai timur lebih menyerupai kuih atau pudding.\n\nIni kerana, tekstur bubur ini kental dan boleh dipotong seperti kuih tepung talam. Manakala, Bubur Asyura di kawasan pantai barat pula lebih menyerupai bubur lambuk yang penuh dengan rempah ratus, bijirin, kekacang dan sayur.\n\nBubur Asyura Pantai Timur. Imej via aziekitchen\n\nBubur Asyura Utara. Imej via fiezwan-syakil\n\nBubur Asyura Pantai Barat. Imej via kayyana85\n\nAmalan memasak Bubur Asyura tidak salah diamalkan selagi mana kita tidak mengaitkan amaan ini dengan amalan agama. Sebenarnya, kita tidak terhad memasak dan makan bubur ini hanya pada Hari Asyura sahaja. Bila-bila masa juga Bubur Asyura boleh dimasak dan dimakan.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Bubur Asyura yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Pasti ada yang tak tahu banyak jenis minyak wangi sebenarnya. Perfume juga merupakan salah satu jenis minyak wangi. Ada lima jenis minyak wangi yang anda perlu bezakan sebelum membuat keputusan untuk membelinya.\n\nPenting ke tahu jenis minyak wangi yang ada? Semestinya penting kerana setiap minyak wangi mempunyai kepekatan, kesesuaian dan ketahanan bau yang berbeza. Macam mana nak tahu kepekatan minyak wangi\u00a0 sesuai atau pun tidak?\n\nFormulanya adalah semakin tinggi kepekatan minyak wangi, semakin kurang kandungan alkohol yang terdapat dalam minyak wangi tersebut. Apabila kandungan alkohol kurang, ini bermakna ramuan atau kandungan dalam minyak wangi asli adalah tinggi.\n\nJangan main beli je tanpa mengetahui jenis-jenis tersebut. Kalau tak pasti, cuba anda periksa semula di botol minyak wangi anda, ada tak tertulis jenis minyak wangi seperti yang di bawah. Tanpa membuang masa, jom teroka lima jenis minyak wangi tersebut.\n\nBagi anda yang tak tahu, mesti anda fikir bahawa setiap minyak wangi adalah perfume asalkan baunya wangi. Perfume memang terkenal kerana mempunyai kepekatan yang tertinggi iaitu 20 hingga 30%.\n\nJadi, siapa yang sesuai untuk parfum? Parfum sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif kerana kandungan alkohol yang lebih rendah berbanding minyak wangi yang lain. Dengan sedikit semburan, pasti mengeluarkan bau yang kuat dan bertahan lama.\n\nWalaupun harga parfum lebih tinggi, namun ianya sangat berbaloi. Dalam tempoh masa 10 hingga 12 jam, pasti wangian tersebut kekal pada anda.\n\nEau Da Parfum atau EDP sering digunakan oleh ramai orang untuk menghadiri sebarang majlis atau acara. Ramai juga menggunakannya semasa \u2018dating\u2019 kerana baunya yang kuat, unik dan meninggalkan kesan ketara.\n\nEDP boleh disemburkan pada pakaian atau rambut. Namun anda perlu berhati-hati jika menyembur pada pakaian yang merupakan fabrik halus kerana risau meninggalkan warna minyak wangi tersebut.\n\nKepekatan EDP adalah 15% sehingga 20% iaitu kepekatan kedua tertinggi selepas parfum. Bau wangian dari EDP juga kuat dan mampu bertahan dari 8 jam sehingga 12 jam.\n\nJika dibandingkan dengan EDP, wangian jenis ini lebih lembut, segar dan harganya murah di pasaran. Mungkin disebabkan faktor ini, majoriti terutama kaum lelaki memilih untuk memakai wangian EDT.\n\nEau De Toilette atau EDT sesuai dijadikan wangian harian anda untuk melakukan apa jua aktiviti. Bukan itu sahaja, jika anda tinggal atau ke negara yang mengalami musim panas, wangian ini sesuai untuk anda.\n\nWangian ini mampu bertahan sekadar empat hingga enam jam. Kepekatan dengan kadar 5% hingga 15% dan kadar alkohol yang sederhana tinggi.\n\nEau De Cologne atau EDC mempunyai kepekatan 2% hingga 5% dan mempunyai kadar alkohol yang tinggi. Wangian bagi EDC adalah segar dan ringan. Namun wangian ini mampu bertahan dengan anggaran dua jam sahaja.\n\nLazimnya EDC dijual dalam botol pewangi yang besar memandangkan pengguna perlu menyemburnya dengan kadar yang banyak untuk mendapatkan bau yang wangi dan kuat. Berbaloilah dengan harganya yang murah dari jenis wangian yang lain.\n\nPenggunaan EDC sesuai digunakan untuk cuaca panas. Hal ini kerana wangiannya yang tidak tahan lama dan anda boleh memakainya dengan kerap. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, anda tidak digalakkan memakai wangian jenis EDC kerana kadar alkohol yang tinggi.\n\nJenis minyak wangi yang terakhir adalah Eau De Fraiche yang mempunyai kepekatan yang paling rendah dengan kadar 1% hingga 3% sahaja hasil campuran pewangi dan air. Oleh sebab itu, bauannya ringan dan dijual dengan harga yang murah.\n\nJika anda tidak menyukai minyak wangi yang terlampau menonjol baunya, mungkin anda boleh cuba jenis minyak wangi ini. Ketahanan wangian ini mampu mencecah sehingga 2 jam.\n\nSekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, Eau De Fraiche sangat sesuai untuk anda kerana tidak mengandungi sebarang jenis alkohol.\n\nDah tau perbezaan jenis minyak wangi, senanglah nak beli wangian yang sesuai dengan citarasa anda. Minyak wangi bukan sahaja membantu untuk kita tampil segar, malah dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berinteraksi dengan orang.\n\nKami juga ada menulis artikel yang lain seperti:"
"Percaya atau tidak, bahwasanya ada biskut mudah yang penyediaannya hanya menggunakan dua bahan? Ini bukan tipu, tapi nyata adanya. Berikut di bawah ini kami kongsikan resepi biskut yang patut anda cuba.\n\nJom cuba resepi biskut susu bandung ini.\n\nDengan bahan yang mudah didapat dan cara penyediaan yang senang sangat, ramai sudah yang cubakan resepi ini. Biskut ini diperbuat hanya dengan susu dan tepung jagung sahaja. Tidak perlu modal mahal namun hasilnya amat berkelas.\n\nMenu pantas ini dinamakan biskut susu bandung. Ianya berwarna pink dan boleh dihias dengan pelbagai topping jika mahu. Seperti tampak pada gambar di bawah ini, cantik bukan? Amat disayangkan jika tidak dimakan.\n\nResepi yang dikreditkan kepada Norfarhana Norazami\u200e di laman Facebook ini boleh dapat banyak untuk 1 adunan. Petang ini bolehlah cubakan resepi ini pula.\n\nResepi Biskut Susu Bandung 2 Bahan\n\nSelain resepi biskut susu bandung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Apendiks adalah salah satu daripada masalah kesihatan yang paling digeruni oleh rakyat Malaysia. Ini kerana kita sering dikhabarkan dengan maklumat kononnya jika apendiks seseorang pecah, ia boleh menyebabkan individu tersebut meninggal dunia pada saat itu juga. Adakah apendiks satu keadaan yang merbahaya dan boleh menyebabkan maut? Apakah tanda tanda apendiks? Bagaimana cara untuk menyembuhkannya?\n\nApakah yang dimaksudkan dengan sakit apendiks?\n\nSakit apendiks atau istilah perubatannya Appendicitis adalah satu keadaan di mana berlakunya keradangan pada apendiks iaitu tisu sepanjang 3 setengah inci yang keluar dari usus besar. Apendiks mengandungi tisu khusus yang berfungsi untuk menghasilkan antibodi badan. Jika anda disahkan mengalami sakit apendiks, ia dianggap sebagai satu kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan dilakukan dengan segera untuk mengeluarkan appendiks dari tubuh badan anda. \n\nSekiranya sakit apendiks tidak dirawat, keradangan pada apendiks akan menjadi semakin serius lalu menyebabkan apendiks anda pecah. Ia juga boleh menyebabkan radang tadi merebak serta berjangkit ke dalam rongga perut lalu terjadinya jangkitan pada rongga perut\u00a0atau peritonitis iaitu keradangan yang serius pada lapisan rongga perut yang boleh membawa maut melainkan ia dirawat dengan cepat menggunakan antibiotik yang kuat.\n\nDalam sesetegah kes, sakit apendiks boleh menyebabkan terbentuknya abses yang berisi nanah di luar apendiks yang sedang mengalami keradangan. Tisu parut atau abses itu tadi boleh menyebabkan kemudian apendiks tertanggal dengan sendiri dari perut untuk mencegah jangkitan daripada merebak ke organ perut yang lain. Apendiks yang bernanah juga boleh membahayakan nyawa.\n\nSehingga ke hari ini, punca sebenar sakit apendiks masih belum dapat dikenal pasti. Namun dipercayai bahawa pembentukan sebarang halangan pada apendiks boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kepada apendiks. Di antara halangan yang boleh berlaku pada apendiks ialah:\n\nApabila terdapat halangan pada apendiks, ia akan menyebabkan bakteria berkumpul di situ dan menyebabkan berlakunya jangkitan. Jangkitan akan menyebabkanberlakunya pembentukan nanah. Malah jangkitan juga boleh menyebabkan berlakunya mampatan pada saluran darah di dalam apendiks. Jangkitan dan pembentukan nanah akan meningkatkan tekanan dalam apendiks lalu menyebabkan kesakitan yang amat sangat.\n\nAdalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah tanda tanda apendiks supaya anda menyedari kehadirannya sebelum terlambat. Bagi kes apendiks, rawatan yang cepat adalah sangat penting dan boleh menyelamatkan nyawa. Di antara tanda tanda apendiks ialah:\n\nOleh itu, jika anda mengalami sakit perut yang teramat sangat dan lengkap dengan tanda tanda apendiks yang lain, sila ke hospital dengan kadar segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.\n\nApakah yang akan berlaku sekiranya apendiks anda pecah?\n\nSekiranya sakit apendiks anda tidak dirawat dan apendiks anda pecah, kandungan dalam apendiks akan tumpah dan mengisi rongga perut. Keadaan ini adalah kecemasan perubatan. Di antara akibat daripada apendiks yang pecah ialah:\n\nBerikut adalah di antara komplikasi yang sering dialami oleh pesakit apendiks:\n\nSekiranya anda disahkan mempunyai sakit apendiks, berikut adalah rawatan yang akan diberikan kepada anda:\n\nItulah dia info tentang tanda tanda apendiks yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanda cirit-birit, tanda demam denggi, dan tanda gout."
"Terdapat pelbagai jenis produk skincare di pasaran yang sesuai untuk anda yang inginkan kulit glowing. Kebanyakan skincare untuk kulit glowing boleh didapati di drugstore dan juga secara online. \n\nSekiranya anda mencari produk skincare untuk kulit glowing, berikut adalah antara produk skincare untuk kulit glowing yang perlu anda cuba. Jom lihat mana satu pilihan anda!\n\n1. The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask\n\nProduk pelbagai fungsi dari The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask ini boleh digunakan sebagai scrub wajah dan juga topeng muka. Ia mengandungi arang buluh dan daun teh untuk membantu mengecilkan liang pori. \n\nProduk skincare untuk kulit glowing ini juga dapat mengelakkan pengeluaran minyak berlebihan serta membersihkan dan mengecilkan pori yang akhirnya membuatkan kulit glowing.\n\nProduk skincare Bougas Beauty Advanced Serum ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Ia tidak berminyak dan berasaskan 100% waterbase. Skincare ini tidak akan membuatkan kulit menjadi mengelupas atau kulit kemerah-merahan.\n\nPenggunaan 2 hingga 3 kali sehari produk skincare untuk kulit glowing ini dapat membantu merawat kulit kusam, memberikan hasil kulit yang lembut dan licin, mengawal lebihan minyak serta mengecilkan pori dan memudarkan parut.\n\nSkincare ini merupakan produk yang paling popular dan mendapat sambutan bagi mereka yang menginginkan kulit yang glowing. Ia mengandungi lebih dari 90% Pitera iaitu bahan yang membantu melambatkan proses pematangan kulit. \n\nFungsi utama skincare ini adalah untuk mempercepat proses penukaran sel kulit, yang membantu pemulihan sel kulit yang rosak.\u00a0\n\nSelain itu, skincare ini juga dapat menghilangkan bintik hitam, parut jerawat, mengecilkan pori dan menegangkan tekstur kulit dan menjadikan kulit gebu. ianya juga direka untuk pengelupasan untuk membantu permukaan wajah menghasilkan sel-sel kulit wajah yang baru.\n\n4. Sulwhasoo Gentle Cleansing Water Facial Cleanser\n\nSkincare ini menggabungkan bahan larut dalam air dan larut minyak stabil untuk menawarkan pembersihan yang ringan namun menyeluruh. Teknologi Triple Micellar ini memberikan kesan pembersihan kulit yang optimum dan menghilangkan solekan sepenuhnya tanpa kerengsaan pada kulit. \n\nIa menjadikan kulit sentiasa terhidrat dan memberikan kelembapan semasa dan selepas pembersihan yang akan membuatkan kulit wajah akan sentiasa segar dan glowing.\n\nKulit akan kekal hidrasi dengan penggunaan skincare Fresh Sugar Face Polish ini kerana ia mengandungi gula merah dan biji strawberi. \n\nKandungan produk skincare untuk kulit glowing ini juga akan memberikan hasil kulit yang lebih cerah dan sihat setelah membersihkan wajah. \n\nPenggunaan yang kerap menjanjikan kulit wajah yang lebih halus dan glowing. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, disarankan untuk menggunakan skincare ini 1 hingga 2 kali sahaja dalam seminggu.\n\n6. Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream\n\nSkincare Organic Aid Vitamin E Moisturizing yang mengandungi asid amino adalah produk yang lembut dan amat berkesan untuk mendapatkan kulit yang glowing. Ia mengandungi Vitamin E untuk mengekalkan kulit agar menjadi lebih berseri. \n\nAsid amino pula digunakan untuk membantu mengembalikan nutrien pada kulit kasar.\u00a0Formula khas ini juga merangkumi emolien semula jadi untuk memberi kelembutan tambahan serta penambah kelembapan untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari dan angin. \n\nPenggunaan produk skincare untuk kulit glowing ini juga akan melegakan dan menyegarkan kulit kering dan kasar yang akan menjadikannya lembut dan cantik secara semula jadi.\n\n7. Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub\n\nSkincare keluaran daripada Neutrogena ini dapat merawat masalah bintik hitam dengan berkesan tanpa merengsakan kulit. Ianya bertindak dengan membersihkan kotoran yang paling dalam sehingga bintik hitam tersebut tidak akan kembali lagi. Skincare ini juga bebas minyak, hypoallergenic dan tidak membuatkan liang pori tersumbat.\n\n8. Sephora Collection Skin \u2018N Seed Cleanser\n\nSkincare Sephora Collection Skin \u2018n Seed Cleanser ini akan memberikan penghidratan dan pencerahan kulit yang sihat secara berterusan. Ia mengandungi ekstrak dari biji Camellia dan manik pembersih Vitamin E untuk membersihkan liang pori dan menyegarkan kulit.\n\n Jadi boleh dikatakan skincare ini penting dalam pembersihan pori muka untuk mengawal sebum berlebihan yang akan membuatkan kulit menjadi glowing.\n\nSebahagian besar bahan daripada botani Jepun dipilih untuk menambahkan glowing yang diinginkan oleh kulit. Bahan yang diekstrak daripada Wild Rose dan Leopard Lily akan mengawal lebihan minyak kulit wajah.\n\nSelain itu, produk skincare untuk kulit glowing ini juga akan memastikan kulit bersih serta menyokong pertumbuhan semula jadi sel kulit. Sementara itu, ramuan emas 23 karat digunakan untuk menambahkan glowing pada kulit tanpa berkilat.\n\n10. Dr. Rashel Vitamin C Serum\n\nSkincare yang diperkaya dengan asid hyaluronik ini dapat membantu menangani perubahan tona kulit, melicinkan tekstur kulit dan mengurangkan pembentukan kedutan yang mula muncul pada kulit wajah. \n\nAsid hyaluronik di dalam skincare ini pula bertindak dengan membuang sel kulit mati dan memulihkan sel kulit baru. Skincare ini turut mengandungi kolagen untuk kulit yang lebih berseri dan awet muda dengan penggunaan secara konsisten.\n\n11. IUNIK Beta Glucan Daily Moisture Cream\n\nSkincare ini mengandungi sokongan Beta Glucan dani asid Hyaluronik yang memberikan kelembapan 20% lebih banyak daripada biasa. Penggunaan ekstrak buah seperti plum dan raspberi akan menyegarkan dan menghidupkan semula kulit yang bermasalah. \n\nKandungan bahan tambahan seperti Centella Asiatica dan Aloe Vera juga dapat melindungi kulit daripada keradangan. Selain itu, produk skincare untuk kulit glowing ini turut mempunyai agen untuk mencerahkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.\n\nItulah antara produk skincare untuk kulit glowing yang boleh anda cuba, pastinya berkesan dengan baik! Jom baca juga\u00a0Serum terbaik untuk jerawat,\u00a0Serum Murah Terbaik, serum terbaik untuk kulit kering\u00a0dan\u00a0Serum terbaik untuk whitehead.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Masalah anak lambat bercakap adalah salah satu isu yang ibu bapa bimbangkan kerana takut anak ketinggalan. Hal ini mungkin kerana ibu bapa melihat anak orang lain walaupun baru berumur 2 tahun lebih tetapi sudah petah bercakap dan berkelakuan seperti kanak-kanak berumur 4 ke 5 tahun. Oleh itu, ibu bapa akan rasa risau jika anak mereka lambat bercakap.\n\nSetiap anak mempunyai perwatakan dan kemahiran tersendiri. Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh membandingkan anak sendiri dengan orang lain. Ia hanya akan mendatangkan stress pada diri sahaja jika terlalu banyak berfikir. Masalah ini dapat dihadapi dengan baik jika ibu bapa dapat menguasai 5 perkara ini untuk didik anak pandai bercakap.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perkara ini sebelum mendidik anak untuk petah bercakap. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.\n\n5 Perkara perlu tahu untuk didik anak petah bercakap\n\nPertama sekali sebelum apa-apa pun, kita kena faham dulu apa sebenarnya masalah anak ni. Memang la kita nampak dia lambat cakap, tapi itu terjadi disebabkan oleh ada skill yang masih lagi anak tak kuasai dan menyebabkan mereka lambat cakap. Skill yang belum dikuasai itulah yang kita kena faham dulu.\n\nLepas kita dah tahu skill apa yang anak ada masalah, kita kena tahu jugak levelnya macam mana. teruk ke tak teruk ke. Anak tersangkut pada skill untuk usia berapa tahun. Dari situ baru kita tahu mana nak mula dan mcm mana nak naikkan level skill sikit demi sedikit.\n\n3) Tahu skill apa nak ajar dulu\n\nBiasanya anak yang lambat cakap ni ada masalah lebih dari 1 skill. Jadi kita kena tahu yang mana nak ajar dulu. sebab setiap skill berkait antara satu sama lain. ada skill yang datang dulu sebelum skill yang lain. Contoh, untuk anak cakap, mereka kena faham dulu, untuk anak faham, mereka kena ada daya tumpuan yang baik dulu, untuk dapatkan tumpuan yang baik, mereka kena kuasai sistem sensori mereka dahulu.\n\nDan datanglah soalan yang paling kerap ditanya. Apa aktiviti yang sesuai untuk kita ajar. Bila kita dah tahu skill yang mana nak ajar, barulah kita plan aktiviti apa nak buat. Yang penting aktiviti boleh ajar skill dan tarik minat anak untuk buat.\n\n5) Teknik & strategi untuk mengajar\n\nDalam aktiviti yang kita buat tu, kita masukkan eleman teknik dan strategi untuk buatkan pengajaran lebih berkesan. Contoh seperti, macam mana cara cakap, teknik untuk bantu kalau anak stuck, cara untuk anak lebih mudah faham dan lain-lain lagi.\n\n*Sebelum kita didik anak, kita oerlu tahu kelemahan dan kelebihan mereka. Mereka mungkin lambat bercakap tetapi pandai dari segi kemahiran lain seperti mewarna dan melukis. Dari situ kita boleh menggunakan kesempatan untuk berbual dengan mereka bertanyakan tentang apa yang mereka warna atau lukiskan. Insyaallah, anak akan mudah bercakap. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang disayangi.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ucapan selamat pagi sahabat sangat perlu untuk menceriakan hari sahabat tersayang. Sebagai seseorang yang mementingkan ikatan persahabat tidak salah sebenarnya untuk memberi ucapan selamat pagi ini. Pergi kerja, masuk kelas dan sebagainya dengan senyuman manis di bibir di tambah\u00a0 dengan ucapan selamat pagi memang amat mendamaikan.\n\nItu baru ucapan selamat pagi biasa, belum lagi ucapan selamat pagi yang special.\u00a0Jika anda mahu ucapkan ucapan selamat pagi pada sahabat-sahabat, tidak kisahlah sama ada secara realiti ataupun di alam maya, anda boleh ungkapkan ucapan dengan ayat anda sendiri.\n\nLuahkan apa yang ada kat hati tu. Selamat pagi untuk sahabat ini boleh diberi dalam pelbagai gaya seperti ucapan selamat pagi yang romantis, lucu, penuh semangat, ceria dan sebagainya. Selamat pagi untuk motivasi pagi juga boleh.\n\n20 Ucapan Selamat Pagi Yang Special Dan Pelbagai Guna\n\nPasti anda tertanya-tanya ucapan selamat pagi apa yang sesuai untuk diberikan kepada sahabat anda. Jangan risau sebab di bawah ini admin akan kongsikan dengan anda beberapa contoh ucapan selamat pagi untuk sahabat yang boleh digunakan. Jadi lepas ini anda bolehlah berikan ucapan ini pada sahabat anda.\n\n#1 \u2013 Wahai sahabatku, marilah kita mulakan pagi ini dengan mengasihi diri kita sendiri. Jangan juga lupa untuk berikan rasa cinta kita terhadap orang sekekeliling dengan sebuah senyuman yang paling manis. Insyallah hari kita akan bahagia dan tenang untuk melakukan semua kerja. Aamiin.\u00a0\n\n#2 \u2013 Duhai sahabat, percayalah setiap perubahan yang berlaku pada diri kita pari ini hanyalah satu permulaan. Bangun dan senyumlah. Ku doakan dirimu terus kekal ceria setiap hari.\n\n#3 \u2013 Bukalah mata anda wahai sahabat. Biarkan matahari menyinari pagimu bersama usaha untuk menggapai segala apa yang kamu impikan. Jangan sesekali mengeluh seperti orang yang tidak mempunyai usaha untuk menggapai apa yang di impikan.\n\n#4 \u2013 Wahai sahabatku, marilah kita mulakan pagi ini dengan penuh semangat untuk mencapai setiap apa yang kita mahukan\n\n#5 \u2013 Pagi adalah sesuatu yang indah. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana pagi adalah satu permulaan untuk sesuatu yang dipanggil kehidupan. Selamat pagi sahabat semoga hari kamu berjalan dengan lancar.\n\n#6 \u2013 Selamat pagi sahabat. Terima kasih kerana sentiasa menjadi ranting tempat ku berpaut dari jatuh. Terima kasih juga kerana menjadi orang pertama menghulurkan tangan, membantu aku berdiri kembali di kala diriku rebah.\n\n#7 \u2013 Selamat pagi sahabat, semoga pagi ini menjadi pagi yang terbaik untukmu, dan semoga Allah melancarkan segala urusanmu.\u00a0\n\n#8 \u2013 Selamat pagi sahabat. Ingatlah tanpa usaha kamu tidak akan dapat keputusan yang terbaik dalam hidup. Jadi usahalah dan terus lagi berusaha bermula dari waktu pagi yang indah begini.\n\n#9 \u2013 Selamat pagi wahai sahabat sekalian. Orang yang berjaya tidak akan mudah sombong diri apabila dipuji dan mereka tidak akan rebah ketika di caci. Renung-renungkan.\u00a0\n\n#10 \u2013 Antara permata dan persahabatan, lebih baik memilih persahabatan kerana nilai sesuatu persahabatan lebih mahal dari nilai batu permata. Selamat pagi sahabat semoga persahabatan kita kekal utuh.\n\n#11 \u2013 Selamat pagi sahabat, jangan mudah rebah biarlah badai melanda sekalipun, tetap teguh pertahankan persahabatan. Kerana persahabatan yang terjalin ini adalah ikhlas dari hati.\n\n#12 \u2013 Matahari sentiasa terbit dari timur, manakala sahabat sejati akan sentiasa ada dengan kita sewaktu susah atau senang. Selamat pagi sahabat mulakan pagimu ini dengan solat, senyuman dan istiqamah.\n\n#13 \u2013 Selamat pagi duhai sahabatku, segala kejayaan adalah datang dari diri kita dan jatuh itu adalah perkara biasa. Bangkitlah duhai sahabatku, jangan pernah rebah dan mengaku kalah sebelum bermulanya sebuah perjuangan. Aku sentiasa ada berdiri dibelakangmu.\u00a0\n\n#14 \u2013 Semoga pagi ini menjadi permulaan untuk perjalanan kamu menuju kejayaan.\u00a0\n\n#15 \u2013 Selamat pagi sahabat, ingatlah hidup tanpa cabaran seperti sayur tanpa garam, ia akan rasa sangat tawar. Fikirkan setiap cabaran yang datang sebagai sebuah kekuatan yang akan membawa kamu untuk menjadi orang yang lebih baik dan matang.\n\n#16 \u2013 Good morning sahabat. Eh! Kenapa muram tu? Jangan begitu. senyumlah kerana senyummu itu benar-benar dapat membuatkan kau dan aku sama-sama bahagia.\n\n#17 \u2013 Good morning my friend. bangun. bangun. lekas.. lekas. nanti lewat masuk kerja. Ops, jangan lupa senyum kot-kot dalam diam ada secret admire yang tengah mengintai.\n\n#18 \u2013 Selamat pagi kawan! Cantik pagi ni. amboi.. bila puji terus senyum ye? Haa senyum lagi nampaknya. Baguslah kerana senyuman begini dapat membuat kau bahagia sepanjang hari.\u00a0\n\n#19 \u2013 Selamat pagi. Jangan lupa doa sebelum mulakan kerja dan jangan lupa belanjaku makan bila dah dapat duit belanja. Hahaha..\u00a0\n\n#20 \u2013 Waktu pagi makan kuaci, waktu malam makan kari. Ku ucapkan selamat pagi, moga dirimu kekal happy.\u00a0\n\nKaedah Untuk Memberi Ucapan Yang Releven\n\n\u201cAssalamualaikum, selamat pagi sahabat\u201d, tidak dinafikan ada yang berasa malu untuk ucapkan ucapan sebegini secara bertentang mata. Tak mengapa, anda masih boleh berikan ucapan selamat pagi dengan kaedah lain yang lebih releven lain seperti ;\n\nBersuami Hanya Satu Dan Bersahabat Biarlah Beribu\n\nItulah dia antara contoh ucapan selamat pagi sahabat yang boleh anda gunakan. Semoga dengan perkongsian ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan sahabat masing-masing. Hargailah dan sayangilah mereka kerana mereka sememangnya tahu siapa anda yang sebenar. Terimalah diri mereka seadanya dan jagalah ikatan dengan sebuah kepercayaan hingga ke akhir hayat nanti."
"Anda anda hamil? Ini persoalan yang sukar sebenarnya. \u00a0Sesetengah wanita yang sudah biasa dengan irama badannya, boleh mengesyaki sama ada \u00a0mereka sedang hamil ataupun tidak.\n\nWalau bagaimanapun ada tanda perubahan \u00a0kehamilan ini yang tidak dirasai oleh \u00a0wanita lain u dan hanya disedari setelah mereka mula mempunyai beberapa gejala berikut:\n\nWalaupun bagaimanapun, perlu diingatkankan, kita mudah terkeliru dengan tanda-tanda awal kehamilan (sakit dada, rasa sedikit terganggu) . Lebih-lebih lagi apabila perasaan ingin hamil itu tinggi, menyebabkan apabila gejala ini berlaku kita meninggikan harapan tersebut. Kesannya kita berasa kecewa apabila ianya adalah sebaliknya.\n\nTerlepas haid adalah tanda yang paling jelas bagi ramai wanita bahawa mereka sedang hamil. Tetapi perlu ingat, kadang-kadang\u00a0 terdapat sebab-sebab lain mengapa haid itu tidak datang pada kitarannya. Faktornya mungkin seperti tekanan, mengambil ubat-ubatan tertentu, contohnya pil, dan penyusuan.\n\nTetapi jika tempoh anda lewat atau lebih cepat daripada kebiasaan dan anda telah mengadakan hubungan seks akhir-akhir ini, nampaknya anda perlu melakukan ujian kehamilan untuk mengesahkannya. Bagaimanakah pula simpton kehamilan untuk anda?"
"Fasa bayi merangkak amat ditunggu-tunggu oleh para ibu bapa, pastinya semua tak sabar melihat bayi merangkak dan bermain! Namun, dukacitanya jika bayi yang sudah berumur hampir setahun masih tidak dapat merangkak. Sehinggakan ada ibu bapa yang risau kerana bayi lain yang sebayanya boleh merangkak dengan normal, sedangkan dia tidak.\n\nJangan risau! Sebenarnya bukanlah usia bulan itu menjadi ukuran semata-mata. Anda tidak boleh membanding-bandingkan kebolehan anak anda dengan anak orang lain kerana setiap bayi mempunyai kebolehan yang berbeza berdasarkan tubuh badan mereka. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa punca kenapa bayi lambat merangkak dan cara atasinya.\n\nJom lihat punca bayi lambat merangkak terlebih dahulu.\n\n#1 Bayi Tidak Selesa \u2013 Pakaian Dan Keadaan\n\nBayi takkan selesa untuk duduk pada posisi apapun terutamanya merangkak jika pakaian dan keadaan pada masa itu adalah tidak sesuai. Pakaian yang sesuai untuk bayi melakukan aktiviti seperti merangkak dan bermain adalah baju yang tidak terlalu panas dan seluar.\n\nKeadaan tempat yang selesa haruslah mempunyai ruang untuk bayi bergerak dan dalam keadaan yang bersih. Jangan letakkan barang-barang yang tajam, licin dan bahaya di sekeliling bayi. Berikan mereka ruang untuk bernafas dan bergerak. \n\nBerat badan bayi mempengaruhi kebolehan dan kemampuan bayi seperti merangkak, meniarap, berjalan dan lain-lain lagi. Begitulah kajian dari Journal of Peadiatrics yang telah diterbitkan. Anda harus memantau berat badan bayi dengan cara memastikan tinggi, usia dan beratnya adalah normal. Itu akan dicatatkan di buku kesihatan bayi.\n\nBayi yang lahir secara pramatang sebenarnya telah kekurangan berat badan sejak lahir lagi. Disebabkan itu, mereka perlu dipantau supaya mendapat zat yang secukupnya memandangkan mereka lahir awal dari tarikh sebenar kelahiran. \n\nSememangnya anda perlu tambahkan masa yang banyak untuk mereka mula belajar merangkak, meniarap dan sebagainya. Tidak mengapa jika bayi masih kecil, waktunya akan tiba juga nanti untuk mereka mula merangkak.\n\nPunca bayi lambat merangkak juga adalah kerana dia lebih selesa dengan posisi lain. Sebagai contoh, mereka mungkin lebih selesa dan biasa berguling dan mengengsot. Ia tetap bagus kerana mereka sudah membuat pergerakan berbanding bayi yang tidak langsung bergerak-gerak ke sana sini. Pergerakan sekarang akan membantu bayi merangkak pada masa yang akan datang.\n\nWalaupun baru beberapa bulan, bayi seharusnya perlukan masa untuk meniarap. Meniarap dapat menguatkan tubuh badan bayi terutamanya bahagian tangan dan badan. Anda boleh biarkan bayi meniarap selama 15 hingga 30 saat sebagai latihan. \n\nApabila ibu bapa selalu dukung bayi, pastinya bayi sering mengikut pergerakan yang terjadi kepadanya. Sepatutnya, anda perlu membiarkan dia selesa bergerak sendiri kerana tidak kerap bergerak adalah punca bayi lambat merangkak. Lama kelamaan apabila bayi kerap bergerak, dia akan mudah meniarap.\n\nJika dilihat punca bayi lambat merangkak, sebenarnya ada caranya untuk merangsang bayi cepat merangkak. Anda juga perlu mainkan peranan yang besar dalam membantu mereka merangkak. Buatlah beberapa jenis rangsangan untuk menarik minat dan kesungguhan mereka merangkak.\n\nTerdapat beberapa cara untuk merangsang bayi merangkak dengan cepat dan mudah. Bayi akan mula merangkak dan terus merangkak setelah mendapat beberapa rangsangan ini. Minda akan menguasai tindakan dan perbuatan mereka. Ketahui dan ikuti beberapa perkara ini, pasti bayi anda tidak sukar untuk mula merangkak lagi. \n\nSetiap kali bayi kebosanan dan tidak berbuat apa-apa, anda boleh tiarapkan bayi dengan posisi meniarap. Biarlah dia berusaha sendiri dan berlatih meniarap setiap hari supaya dia dapat dirangsang dari situ. Dia akan belajar mengangkat perut, bahu, kepala dan lain-lain lagi. Akhirnya akan cuba untuk merangkak pula.\n\nRangsanglah bayi merangkak dengan adanya ruang dan tempat yang menarik. Berikan bayi ruang yang luar untuk dia explore dan bergerak. Ruang yang selesa adalah ransangan untuk bayi merangkak.\n\nMainan atau diri anda sendiri boleh dijadikan sebagai titik rangsangan untuk menarik perhatian bayi merangkak kepada anda. Untuk permulaan, letakkan mainan yang warnanya terserlah di hadapan bayi. Pasti bayi terangsang untuk mendapatkannya.\n\nMainlah mainan bayi di hadapan anda, bayi pasti gembira dan turut serta ingin bermainnya. Apabila kerap bermain, bayi pasti akan banyak bergerak dan akhirnya bayi merangkak. Itulah yang kita inginkan!\n\nApa kata anda juga turut merangkak bersama bayi? Setidaknya, anda merangkak di hadapan bayi selalu, pasti bayi merangkak setelah asyik melihat anda merangkak. Ia amat mudah kerana ia akan merangsang mental bayi untuk turut merangkak.\n\nKetika bayi sudah mula bergerak, meniarap atau merangkak, berilah pujian kepada mereka. Bayi merangkak dengan berterusan sekiranya mendapat rangsangan seperti dipuji atau disukai oleh anda. Itulah yang menyebabkan bayi mengulangi perbuatannya dan bertambah mahir melakukannya.\n\nCubalah satu persatu cara merangsang bayi merangkak yang mudah dan berkesan ini. Pasti ia tidak mengecewakan anda. Jom baca juga Punca bayi merangkak, Kebaikan bayi merangkak, Tahnik bayi dan Petua dan doa bayi tidur lena."
"Air dicincang takkan putus, ini adalah pepatah melayu lama yang menggambarkan betapa hubungan kekeluargaan terutamanya adik-beradik\u00a0 tidak akan terputus walau apa pun yang terjadi. Tidak dinafikan ada masanya kita akan bergaduh, bertengkar, salah faham, bermasam muka, dan berasa tidak puas hati.\n\nNamun percayalah ianya takkan berlarutan dan berpanjangan. Lama-kelamaan perasaan marah dan tak puas hati akan hilang lalu diganti dengan perasaan rindu dan rasa bersalah.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips rapatkan hubungan adik beradik yang boleh diamalkan agar keluarga kita akan sentiasa bahagia dan harmoni tanpa perselisihan faham atau sengketa. Apa yang menarik, tips ini bukan sahaja perlu diamalkan oleh adik beradik sahaja malah semua ahli keluarga yang lain termasuk ibu bapa, menantu, ipar duai, biras, dan sebagainya.\n\n1. Ibu bapa jangan sesekali pilih kasih\n\nJika kita inginkan hubungan yang erat di antara anak-anak, jangan sesekali amalkan sikap pilih kasih. Sikap pilih kasih pada ibu bapa akan menyebabkan anak berasa kecil hati dan berdendam. Ini akan menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.\n\n2. Ibu bapa jangan libatkan diri bila anak bergaduh\n\nApabila anak-anak bergaduh, ibu bapa jadi sebagai pemerhati dan perhatikan dari jarak jauh sahaja. Jangan libatkan diri. Didik anak untuk menyelesaikan masalah di antara adik beradik dengan sendiri. Namun apabila keadaan menjadi semakin teruk dan tiada jalan penyelesaian, baru masanya untuk ibu bapa masuk campur tanpa memenangkan mana-mana pihak.\n\n3. Ibu bapa jangan biasa arahkan yang besar mengalah dengan yang kecil\n\nBiasanya bila ada pergaduhan, ibu bapa akan mengarahkan anak besar untuk mengalah dengan adik yang kecil. Ini adalah silap besar yang biasa dilakukan ibu bapa. Cara yang lebih tepat ialah arahkan pihak yang salah untuk mengalah dan minta maaf. Ini adalah yang terbaik untuk mengeratkan hubungan di antara anak-anak agar tiada dendam di antara mereka.\n\n4. Jangan tanam sikap cemburu pada adik beradik yang lain\n\nPerasaan cemburu tidak dapat dielakkan dari diri kita. Lebih-lebih lagi bila ada adik beradik yang nampak lebih berjaya atau lebih disayangi berbanding diri kita. Jangan tanamkan perasaan cemburu malah didik hati untuk berasa gembira dan bangga dengan kelebihan yang ada pada adik beradik yang lain.\n\n5. Belajar menjadi seorang yang memaafkan dan melupakan\n\nJika ingin mendapat hubungan adik beradik yang erat, kita perlu berkorban membuang ego diri untuk menjadi seorang yang pemaaf dan melupakan segala salah silap yang dilakukan oleh orang lain kepada kita. Melupakan adalah perkara yang\u00a0 tak mudah namun ianya bukan sesuatu yang mustahil.\n\n6. Ipar duai jangan masuk campur dalam urusan keluarga pasangan\n\nWalau apa pun yang berlaku, ipar duai selaku orang luar jangan sesekali masuk campur dalam urusan keluarga. Cukup sekadar menjadi pemerhati dan menasihati pasangan masing-masing secara diam-diam. Penglibatan ipar duai dalam sengketa keluarga adalah di antara punca masalah gagal untuk diselesaikan.\n\n7. Jangan bercerita tentang ahli keluarga yang tiada semasa berkumpul beramai-ramai\n\nIni adalah tips eratkan hubungan adik beradik yang sangat penting. Jangan sesekali mengumpat atau bercakap buruk tentang adik beradik di hadapan ahli keluarga yang lain. Ianya akan menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Lagi pun secara logiknya, tak mustahil mereka akan bercakap buruk tentang kita semasa kita tiada. Ia akan menjejaskan keharmonian keluarga.\n\n8. Jika ada salah faham, usaha untuk diselesaikan dengan kadar segera\n\nTak ada keluarga yang diuji dengan masalah. Pergaduhan, salah faham, bertengkar adalah lumrah biasa. Namun apa yang membezakan di antara keluarga bahagia atau sebaliknya ialah ahli keluarga yang bahagia akan menyelsaikan salah faham dengan kadar segera. Jika anda nakkan hubungan adik beradik yang erat, jangan dibiarkan pergaduhan berlarutan untuk tempoh yang lama.\n\n9. Selalu ingatkan diri bahawa kita adik beradik adalah sedarah sedaging\n\nIngatlah bahawa walau apa pun yang terjadi kita adik beradik adalah sedarah sedaging. Kita datang dari benih ibu bapa yang sama. Kita keluar dari rahim ibu yang sama malah kita disusukan dan dibesarkan oleh ibu yang sama. Tiada manusia lain di dunia yang layak untuk kita sayang selain adik beradik. Ada masanya mungkin kita terlalu kecil hati atau terluka dengan apa yang terjadi namun kalau kita ingat akan perkara ini, pastinya hubungan adik beradik akan erat semula.\n\n10. Selalu ingatkan diri bahawa satu hari apabila ibu bapa sudah tiada, cuma tinggal kita adik beradik\n\nTips rapatkan hubungan adik beradik yang terakhir ingin kami kongsikan ialah dengan cara selalu mengingatkan diri bahawa satu hari nanti kedua ibu bapa kita akan meninggal dunia. Mereka berdua tidak aka nada bersama kita selama-lamanya. Apabila kedua mereka tiada lagi di dunia, apa yang tinggal hanyalah adik beradik kita. Adik beradiklah saudara sedarah sedaging yang akan sentiasa ada bersama kita di saat susah dan senang. Merekalah tempat kita menumpang kasih dan berkongsi kerinduan kepada ibu bapa yang tiada lagi. Jika kita adik beradik selalu ingat akan perkara ini, insya Allah hubungan kekeluargaan akan menjadi erat.\n\nItulah dia info tentang air dicincang takkan putus beserta tips rapatkan hubungan adik beradik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tazkirah pendek \u00a0hukum gantung gambar keluarga, dan ciri-ciri keluarga bahagia"
"Bila sebut perkartaan hijrah, pastinya ada teringat tentang dua perkara iaitu perpindahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah dan juga perubahan seseorang kepada keadaan yang lebih baik. Kedua-duanya adalah dua perkara yang positif dan pastinya akan membawa kebaikan kepada diri imdividu yang terbabit.\n\nHijrah Nabi Muhammad adalah di antara peristiwa yang paling penting di dalam sejarah islam. Namun ia tidak bermakna hijrah yang anda lakukan adalah tidak penting. Hijrah dalam diri adalah di antara pengorbana besar yang kita lakukan dan ia tidak kurang penting. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang konsep hijrah sebagai panduan kita bersama.\n\nNabi Muhammad dilahirkan dan dibesarkan di Kota Mekah. Nabi Muhammad dilahirkan dalam keluarga Bani Hashim iaitu golongan elit yang dihormati di Kota Mekah. Di antara kelebihan Bani Hashim ialah:\n\nNabi Muhammad mendapat kenabian di Mekah malah memulakan keluarga di Mekah bersama Siti Khadijah di Mekah. Nabi Muhammad adalah seorang yang sangat dihormati di Kota Mekah namun selepas mendapat kenabian dan menyebarkan syiar islam, ada masyarakat Quraisy yang mula membenci baginda. Kemuncaknya ialah apabila masyarakatat Quraisy merancang untuk membunuh Nabi Muhammad.\n\nRancangan untuk membunuh baginda adalah di antara punca Nabi Muhammad \u00a0berhijrah ke Madinah selain mendapat jemputan daripada masyarakat di sana. Kebetulan semasa itu masyarakat di Madinah mempunyai masalah yang berikut:\n\nMaka, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah. Apakah yang dimaksudkan oleh hijrah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad? Hijrah dalam bahasa arab ialah berpindah, dan dalam kisah hijrah Nabi Muhammad, konsep hijrah di sini ialah merujuk kepada perpindahan penduduk islam di Mekah ke Madinah untuk\u00a0 menyelamatkan Nabi Muhammad dari dibunuh oleh kaum Quraisy dan dalam masa yang sama sebagai salah satu cara untuk menguatkan islam dan menyebarkan islam di Madinah.\n\nSelain itu, konsep hijrah Nabi Muhammad juga merujuk kepada perjuangan untuk menegakkan agama islam. Jika kita melihat semula sejarah islam, hijrah Nabi Muhammad ke Madinah adalah satu batu loncatan kerana ianya membawa 1001 kebaikan bukan sahaja kepada Nabi Muhammad dan islam, malah ia membawa kebaikan kepada maysrakat di Madinah itu sendiri. Di antara hikmah hijrah Nabi Muhammad ialah:\n\nTadi kami dah ceritakan tentang konsep hijrah Nabi Muhammad, kini tiba masanya untuk kami ceritakan tentang konsep hijrah dalam diri kita pula. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep hijrah dalam diri? Ia merujuk kepada perubahan daripada keburukan kepada kebaikan dalam setiap aspek kehidupan.\n\nJika dulu kita jarang bersolat, hari ini kita berazam untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari dan berusaha untuk solat diawal waktu. Jika selama ini kita tidak ambil kisah tentang pakaian yang dikenakan di badan, kini kita berazam untuk menutup aurat dengan sempurna dan berpakaian seperti wanita ahli syurga.\n\nMalah jika selama ini kita menduakan suami, mencintai lelaki lain dalam diam, atau hatta kita terjebak dalam lembah zina, tiada halangan untuk kita bertaubat dan berhijrah untuk menjadi seorang wanita solehah yang taat kepada suami dan tidak lagi melakukan dosa menduakan suami.\n\n\u201cOrang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan sesuatu yang dilarang Allah.\u201d\n\nAsalkan kita mempunyai niat dan usaha untuk menjadi seorang yang lebih baik, kita sedang berhijrah. Hijrah yang kita lakukan pastinya akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah. Hijrah juga bermaksud meninggalkan keburukan atau kejahatan dan segera melakukan perkara yang lebih mulia.\n\nItulah dia perkongsian tentang konsep hijrah yang ingin kami kongsikan pada hariini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang sambut tahun baru cara islam dan kewajipan penuhi undangan perkahwinan"
"Artikel ini berkongsikan tentang perbezaan antara marjerin dan mentega. Ia menjelaskan secara lengkap apa itu marjerin dan mentega (butter). Semoga ianya bermanfaat.\n\nSaya mendapat pertanyaan daripada beberapa orang di dalam bidang pastry berkenaan penggunaan marjerin di dalam pembuatan biskut dan kek. Terdapat banyak fakta dan mitos berhubung mana yang lebih baik. Marjerin dikatakan lebih baik berbanding butter oleh American Heart Association (AHA) hanya kerana kandungan tinggi LEMAK TEPU di dalam butter.\n\nPertamanya mari kita lihat cara pembuatan kedua-duanya:\n\nMula diperkenalkan oleh seorang ahli kimia Perancis Hippolyte Mege Mouriez atas permintaan Maharaja Louis Napoleon yang mahukan alternatif butter yang lebih murah bagi memberi makan kepada pasukan tenteranya.\n\nMarjerin diperbuat daripada minyak sayuran yang mempunyai ikatan kimia tidak tepu. Ia menjadikannya CAIR pada suhu bilik.\n\nAntara minyak sayuran yang digunakan ialah minyak cottonseed, minyak safflower, minyak sunflower, minyak soya, minyak canola dan lain-lain minyak sayuran dari lemak tak tepu yang kebanyakannya dihasilkan negara barat.\n\nProses HIDROGENASI iaitu penambahan atom hydrogen menyebabkannya lebih likat dan menjadi pepejal. Terdapat Pengilang yang mencampurkan minyak sayuran dengan minyak kelapa sawit yang separa pepejal bagi mengelakkan proses hidrogenasi ini.\n\nCara lain bagi mengurangkan trans-fat di dalam marjerin dipanggil INTERESTERIFICATION. Proses hidrogenasi ini menghasilkan TRANS-FAT antara sumber makanan penyumbang utama kepada masalah sakit jantung.\n\nMeningkatkan kandungan kolesterol \u201cjahat\u201d LDL jenis kecil dan padat yang menyendat di dalam saluran jantung dan pembuluh darah lain dalam badan anda.\n\nMengurangkan kolesterol \u201cbaik\u201d HDL yang berfungsi mengurangkan radang dan memberi perlindungan kepada jantung dan kesihatan menyeluruh.\n\nDengan kajian dan bukti saintifik yang sangat solid, bahayanya diakui sendiri oleh mana-mana saintis dan pengamal kesihatan di dunia ini yang siuman.\n\nDengan meningkatnya kebimbangan berkenaan bahaya trans-fat di dalam makanan, pengeluar minyak-minyak sayuran ini menjadi lebih bimbang. Pada tahun 1970an, Para saintis daripada syarikat gergasi yahudi UNILEVER berjaya mencipta proses ENZYMATIC INTERESTERIFICATION untuk mengurangkan trans fat di dalam marjerin.\n\nIE merupakan satu proses mengalihkan molekul lemak minyak dalam campuran minyak tinggi trans fat dan minyak sayuran. Hasilnya, hanya sedikit minyak trans diperlukan untuk menghasilkan marjerin dan Ia juga lebih stabil untuk masakan.\n\nAdakah Minyak IE merupakan pilihan marjerin yang lebih sihat? Berdasarkan kajian tempatan oleh Malaysian Palm Oil Council MPOC yang diketuai Dr Kalyana Sundram:\n\nSelepas pengambilan selama 4 minggu, minyak IE:\n\nProsesnya juga menggunakan pemangkin yang sangat toksik seperti sodium methoxide ataupun monoxide. Walaupun ia dinyahkan kemudiannya namun kandungan lebihan bahan toksik pemangkin dan hexane mempunyai kemungkinan masih tertinggal di dalam campuran minyak.\n\nMakanan lain yang selalunya tinggi minyak TRANS dan minyak IE:\n\nDan percayalah, kebanyakan minyak yang digunakan terutamanya masakan di luar selalunya dikitar semula berkali kali menyebabkannya rosak dan sudah tentunya memudaratkan kesihatan.\n\nAlternatifnya, butter merupakan pilihan yang lebih sihat pada pendapat peribadi saya. Lemak tepu dan kolesterolnya? Kenapa dipersetankan kolesterol dan lemak tepu yang terdapat secara semulajadi dicipta tuhan? Sainsnya juga goyah dan banyak kajian yang membuktikan bahawa KOLESTEROL DAN LEMAK TEPU SANGAT PENTING UNTUK KESIHATAN.\n\nDi samping butter, minyak kelapa asli (bukan proses -non RBD) dan minyak zaitun(extra virgin) juga merupakan minyak yang sangat sihat. Minyak kelapa, butter, minyak haiwan juga mengandungi minyak tepu tinggi yang lebih tahan suhu tinggi berbanding minyak tidak tepu yang cepat rosak.\n\nDi samping itu, makanan asli juga mengandungi khasiat dan zat asli yang bukan ditokok tambah secara sintetik bagi bahan itu \u201csihat\u201d. Makanan tinggi proses sebaliknya lebih susah dicerna dan \u201cdifahami\u201d sistem pencernaan badan menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti kerosakan dan \u201ckebocoran perut\u201d, masalah metabolik dan sebagainya.\n\nAkhir kata, elakkan makanan proses. Makan lah macam nenek moyang kita, Nusantara ke, Siam ke, Arab ke. Rasanya McD xde zaman purba dulu.\n\nDan dalam kes Marjerin Vs Butter ni. Saya lebih percaya lembu berbanding Ahli kimia marjerin:P"
"Menambat hati suami sememangnya amat penting bagi setiap isteri. Seronok kan kalau setiap hari dipuji suami? Itu tandanya anda berjaya menambat hati suami. Salah satu faktor yang membolehkan suami makin sayang dan tertambat dengan anda adalah dengan melakukan urutan manja untuk suami.\n\nUrutan, seringkali kita dengar bahawa urutan adalah sesuatu yang menyedapkan dan melegakan. Ya, anda harus ketahui beberapa jenis urutan yang sesuai dilakukan untuk si suami. Sebenarnya setiap jenis urutan mempunyai maksud dan sebabnya yang tersendiri.\n\nSekiranya anda ingin melakukan urutan manja untuk suami terpikat, selesa dan sedap sentiasa bersama anda, jom lihat beberapa jenis urutan manja yang bakal kami kongsikan ini.\n\nBermula dengan kepala, akhirnya kita turun hingga ke tubuh pula. Untuk menambat hati suami, urutan sebeginilah yang harus anda lakukan. Mulakan dengan mencium atau membelai wajah suami dengan tenang dan lembut. Kemudian, lakukan sedikit urutan di wajahnya iaitu di bahagian kepala kiri kanan keduanya secara perlahan-lahan. \n\nLama kelamaan suami akan terasa sedap dan selesa dengan urutan kepala yang dilakukan oleh anda. Anda boleh menarik sedikit rambutnya di bahagian-bahagian kepala yang berangin, selalunya bahagian yang kerap si dia sakit kepala. Tanya sahaja kepada suami sebelum anda melakukan urutan kepala ini.\n\nUrutan tengkuk berbeza dengan bahu dimana tengkuk adalah bahagian yang sedikit atas daripada bahu. Usap perlahan-lahan di belakang kepala suami anda dengan urutan yang sederhana. Kemudian, urutlah bahagian tengkuk suami dengan menggunakan jari tunjuk dan ibu jari. Suami pasti tertarik dan sedap melayan urutan manja anda ini.\n\nTerdapat banyak jenis urutan bahu yang boleh anda lakukan. Pertama, anda boleh meminta suami meniarap dan letakkan sedikit minyak aroma lavender atau minyak aura (jika tidak ingin minyak panas) di tapak tangan anda.\n\nMulakan urutan manja di bahu suami dengan menekan bahu mereka secara perlahan dan melakukan urutan turun naik lengan anda di bahu mereka. Kemudian, sesekali anda perlu lock jari anda di bahagian bahu yang merupakan point-point yang membuatkan suami anda lega dan sedap.\n\nAnda boleh teruskan urutan anda ke bawah badan, menghala ke dada dan belakang badan. Belakang badan mempunyai cara urutan manja yang boleh anda teruskan iaitu dengan mengusap dan membelai perlahan dan tidak menyentuh seluruh belakang badan suami anda.\n\nBeberapa lama kemudian, barulah anda mula mengurut dengan lebih kuat sedikit dari atas belakang badan menghala ke bawah bahagian tubuh sehingga atas punggung pula.\n\nTeknik urutan manja di bahagian bahu ini sangat terkenal dengan nama cakar harimau. Teknik ini dikongsikan oleh Dato\u2019 Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Terdapat beberapa cara urutan cakar harimau ini dilakukan.\n\nBiarkan suami duduk menghadap dari belakang. Bermula urutan dari tengkuk suami, isteri boleh terus mengurut secara perlahan sehinggalah ke bahu dan lengan. Kemudian, isteri boleh membuat sedikit \u2018jemput-jemput\u2019 di bahagian belakang tulang belikat suami. \n\nDari bahagian tengkuk, anda boleh menggunakan gaya cakaran harimau menariknya sehingga ke pinggang. Kemudian, dari pinggang hingga ke tengkuk pula, anda boleh selang-selikan dengan urutan manja labah-labah supaya suami terasa geli-geli, sedap dan tertambat. \n\nAwas kalau tiba-tiba suami mencium anda pula, urutan jenis ini memberikan mood yang menyeronokkan buat suami. Namun, anda boleh teruskan memegang tangan suami dan menepuk bahagian belakang badannya hingga ke pinggang untuk menamatkan urutan ini. \n\nJangan lupa untuk mengatakan ucapan romantis anda buat suami supaya si dia lebih cair dengan anda. Pastinya hati akan lebih berbunga-bunga jika menerima urutan manja ini daripada anda, si buah hatinya!\n\nUrutan manja pada jejari suami juga bakal menambat hati suami secara tidak sedar. Nampak gaya anda sangat mengambil berat akan keadaan suami dengan cara memegang jari jemarinya dan mengurutnya. \n\nTak susah, picit-picit jari mereka, kemudian hanya menekankan sedikit pada bahagian antara ibu jari dan jari telunjuk sahaja. Suami pasti suka jika sebelum ini anda belum pernah lakukan sedemikian untuknya!\n\n#6 Urutan Pinggul \u2013 Paling Sedap Dan Menambat Suami\n\nUrutan manja ini bermula dari bahagian bawah ketiak suami atau lengannya sehingga ke pinggangnya. Dalam keadaan suami berbaring, anda boleh mula menerjah suami dengan mengusap secara perlahan perutnya serta melakukan urutan dari bawah lengan sehingga ke bahagian pinggul suami.\n\nApabila tiba di bahagian bawah pusat suami, urutan manja di kedua-dua pinggang kiri dan kanan penting kerana kebanyakan lelaki amat manja dan geli di bahagian tersebut. Ada pula lelaki yang mempunyai g-spot di bahagian tersebut iaitu bahagian mudah terangsang. Itu membuatkan mereka lebih sedap dan kemungkinan mereka akan usik tubuh anda pula!\n\n#7 Urutan Dada \u2013 Mood Suami Tinggi\n\nUrutan dada suami boleh anda lakukan dengan cara menyentuh dada mereka dan mengusap-usap perlahan. Urutan dada ini dapat menaikkan mood suami dan dapat merangsang suami. Oleh itu, lakukanlah urutan manja ini dengan baik sekali.\n\nItulah dia 7 urutan manja untuk suami yang boleh anda lakukan sehingga menyebabkan suami terpikat, selesa dan terasa sedap sekali. Semoga berjaya! Jom baca juga rawatan kesuburan suami isteri, tips jadi isteri seksi menggoda dan Tips kembalikan rasa cinta kepada suami."
"Zaman teknologi ini segalanya hanya dihujung jari. Sebut sahaja apa info yang diinginkan, hanya beberapa saat segala info yang dicari pasti ditemui. Pelbagai apps juga telah direka bentuk untuk menjadikan saluran komunikasi itu mudah, pantas dan tepat.\n\nAplikasi seperti Watsapp dan Telegram kini menjadi pendahulu pilihan pengguna dalam berkomunikasi secara di atas talian. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita sentiasa dahagakan ilmu parenting atau ilmu yang berkaitan dengan perkembangan anak-anak kita.\n\nOleh itu, bagi memudahkan anda semua mencari maklumat yang berinformasi, saya senaraikan beberapa channel Telegram yang mesti anda follow untuk koleksi ilmu yang berharga ini.\n\n1. Neuroversiti, Dr. Rizal Abu Bakar\n\nLebih dikenali sebagai Dr. Otak, Dr. Rizal Abu Bakar aktif berkongsi pelbagai ilmu yang super mahal di media sosial. Followers beliau bukan hanya dapat membaca penulisannya sahaja, malah Dr. Rizal kerap membuat rakaman video live di laman facebook dengan berkongsi pelbagai tips berkaitan menjaga kesihatan otak dan mengamalkan kehidupan sihat.\n\nJika ada kelapangan, tidak rugi rasanya anda semua mengikut seminar-seminar yang dianjurkan oleh beliau kerana ilmu yang bakal diperolehi memang \u2018rare\u2018. Dr. Rizal akan berkongsi setiap ilmu berkaitan dengan otak manusia dengan cara yang mudah difahami.\n\n2. Ibu Rose, Dr. Rozieta Shaari\n\nSiapa tidak kenal Ibu Rose, sifat keibuannya memang terserlah dalam mendidik ibu bapa kini berkaitan ilmu parenting. Kata-katanya yang lembut dan penuh hikmah, pasti akan membuatkan anda ibarat \u2018terhantuk\u2019 dari lamunan.\n\nPengalaman luas dalam bidang keibubapaan membolehkan Ibu Rose aktif berkongsi dengan masyarakat bagaimana menjadi ibu bapa yang terbaik dalam membesarkan anak-anak di zaman yang penuh mencabar ini.\n\nSeorang doktor yang viral kerana jumlah pengikutnya melebihi ratusan ribu orang. Wow! Apa agak-agaknya ya yang membolehkan Dr. Razif ini menarik bilangan followers sebegitu ramai sekali?Sudah pasti kerana ilmu parenting yang beliau kongsi di media sosial sangat menarik dan mudah difahami.\n\nBagi saya setiap info yang diutarakan sangat \u2018mesra\u2019 dengan followers beliau yang majoritinya dikalangan ibu bapa yang masih baru bertatih dalam dunia keibubapaan. Isinya tidak berat tetapi ringkas dan sangat tepat.\n\n4. Power Parenting, Dr. Hj Tengku Asmadi\n\nDr. Haji Tengku Asmadi tidak asing lagi dalam bidang motivasi di negara ini. Beliau kerap muncul di kaca televisyen dan radio dalam memberi motivasi kepada pelbagai lapisan masyarakat. \n\nKini, Dr. Asmadi telah melancarkan aplikasi pembelajaran online yang dinamakan OSEM. Aplikasi ini sesuai untuk para pelajar bermula dari darjah 1 sehingga tingakatan 5. Jika anda ingin mengetahui lagi ciri-ciri aplikasi ini bolehlah join telegram Dr. Asmadi ya. Sangat menarik!\n\n5. Quranic Parenting, Puan Siti Aminah\n\nPengasas Quranic Playgroup di Anakku Al Hafiz, Shah Alam tidak asing lagi kepada ibu-ibu yang mengikuti perjalanan wanita hebat ini membesarkan anak-anaknya. Penulisan yang penuh ibrah dari sumber Al Quran dan As Sunnah telah disampaikan dengan pemahaman yang mudah buat pembacanya.\n\nPuan Siti Aminah Sulaiman merupakan ikon wanita muslim yang wajib kita jadikan contoh dalam membina keluarga berlandaskan pegangan Islam yang unggul. Kita sering mencari sumber rujukan yang boleh dijadikan contoh dan ikutan dalam menjalankan fungsi isteri dan ibu yang solehah. Jadi, anda harus ikuti setiap penulisan beliau yang penuh bermanfaat sebagai panduan membina keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.\n\n6. Maznah Ibrahim\u2019s Channel, Puan Maznah Ibrahim\n\nPuan Maznah Ibrahim tidak asing lagi dalam memberi tips parenting terutamanya bagaimana ibu bapa untuk mengawal emosi terhadap anak-anak. Bukan setakat buku, beliau turut mengadakan seminar-seminar di seluruh Malaysia dalam menyampaikan ilmu parenting dan perkembangan anak-anak.\n\nIkuti Puan Maznah di media sosial jika anda tidak mahu tertinggal sebarang tips yang berkesan dalam membantu kita sebagai ibu bapa memahami keperluan anak-anak dengan lebih lagi.\n\n7. Nota Keluarga, Puan Ashikin Hashim\n\nBeliau merupakan pengetua di salah sebuah cawangan Genius Aulad di ibu kota. Pengalamannya yang luas dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak membolehkan beliau kerap berkongsi tentang tips dan isu-isu yang berkaitan dengan si kecil.\n\nPerkongsian yang positif sering menjadikan setiap penulisan beliau sering dinantikan oleh para followers kerana saya percaya kata-kata yang penuh hikmah itu lebih terkesan penyampaiannya berbanding penulisan yang penuh dengan emosi berunsurkan negatif.\n\n8. NuhaBaby Parenting, Puan Siti Aisyah Samat\n\nJika anda inginkan tips tentang ilmu penyusuan dan perbidanan, anda patut follow Puan Siti \u2018Aisyah ini di media sosial. Ilmu yang dikongsi sangat penting terutamanya bagi ibu muda yang baru menerima kelahiran cahaya mata. Saya pasti banyak perkara kita masih blur sehinggakan kadang-kadang tanpa sedar posisi menyusu pun masih ada betul ada yang salah. Tidak rugi baca setiap perkongsian Puan Siti \u2018Aisyah ini.\n\nBeliau turut menulis tentang perjalanannya membesarkan anak-anak terutamanya Nuha Areefa yang membesar menjadi kanak-kanak yang bijak kini. Tahniah buat ibu hebat ini!\n\n9. OT AisyahRozalli, Puan Siti \u2018Aisyah Rozalli\n\nPengasas GymCademy ini antara salah seorang Juruterapis CaraKerja yang memang kerap berkongsi pelbagai isu tentang perkembangan awal kanak-kanak di media sosial. \n\nBeliau juga kini telah bergerak aktif mengadakan bengkel dengan berkolaborasi dengan rakan-rakan seperjuangan dalam memberi pendedahan kepada guru/ibu bapa/pengasuh untuk menguasai ilmu perkembangan kanak-kanak.\n\n10. Tips Math dan Isu Pendidikan, En Fadli Salleh\n\nCikgu viral! Cikgu Fadhli memang terkenal dengan pelbagai perkongsiannya di media sosial. Pelbagai tips yang berkaitan persekolahan anak-anak sering menjadi ikutan para ibu bapa kini.\n\nTidak rugi mengikuti beliau di media sosial kerana secara tidak langsung ibu bapa juga turut \u2018belajar\u2019 kembali subjek matematik yang sudah kita ketahui arasnya semakin tinggi hari demi hari buat anak-anak kita.\n\nJom klik link channel yang diberikan. Pasti banyak ilmu yang anda dapat!"
"Perlukan info mengenai kelebihan buah delima untuk ibu hamil?\n\nTeruskan pembacaan anda terutamanya ibu yang sedang hamil atau para suami yang mithali bagi mengetahui kelebihan mengamalkan buah delima ketika hamil.\n\nTahukah anda buah delima sangat bagus \u00a0untuk para ibu hamil?Buah delima merupakan antara makanan sunnah yang disebutkkan di dalam al-Quran.\n\nMenerusi surah Al-An\u2019am ayat 99 ada menyatakan bahawa kejadian dan fungsi buah delima merupakan tanda-tanda kebesaran Allah swt bagi orang-orang yang beriman.\n\nManakala menerusi sabda Nabi Muhammad saw ; \u201c Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.\u201d\n\nAntara bukti-bukti yang menyokong bahawa buah delima adalah makanan yang terbaik dan seharusnya diamalkan setiap masa bukan hanya ketika mengandung.Ibu yang hamil memerlukan nutrisi dan zat makanan yang baik bukan sahaja untuk kesihatan ibu malah sebagai sumber nutrisi terbaik buat janin.\n\nSepanjang tempoh kehamilan para ibu digalakkan untuk mengambil buah delima dalam rutin diet harian kerana khasiat buah delima yang memang tidak dapat disangkal lagi.\n\nBuah delima bukan sahaja cantik kejadianya malah ia mempunyai khasiat yang terbaik untuk ibu hamil dan juga bayi yang di dalam perut.\n\nSetiap ibu hamil mesti mengimpikan anak yang dikandung mendapat zat yang secukupnya terutama ketika berada di dalam perut. Jom kita bincangkan mengenai kebaikan buah delima buat semua bakal ibu dan si comel.\n\nAsid folik sangat penting dalam membantu proses kehamilan.\u00a0 Asid folik penting untuk memastikan perkembangan minda dan fizikal kandungan.\n\nSekaligus dapat mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada tulang belakang bayi di dalam kandungan. Asid folik penting dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan.\n\nSatu cawan jus delima yang diperah sendiri tanpa campuran gula putih telah membekalkan satu perempat daripada jumlah asid folik yang diperlukan oleh ibu hamil.\n\nMengatasi masalah kekejangan (\u2018cramp\u2019) dan lenguh badan\n\nBuah delima kaya dengan kalium .Kalium merupakan nutrisi yang sangat penting untuk memastikan sistem saraf dan otot dalam keadaan sihat.\n\nPengambilan buah delima dapat membantu mengurangkan masalah lenguh dan kejang badan. Selain itu kalium di dalam buah delima juga dapat mengimbangkan elektroliisis dalam badan.\n\nZat besi diperlukan untuk penghasilan sel darah merah yang mencukupi. Ibu mengandung mudah diserang anemia iaitu kekurangan sel darah merah.\n\nKekurangan sel darah merah boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan dan merencatkan perkembangan bayi di dalam kandungan.\n\nBuah delima sangat kaya dengan zat besi dan mampu mengelakkan masalah kekurangan sel darah merah. Zat besi di dalam buah delima juga mampu untuk mengurangkan risiko pendarahan semasa proses kelahiran atau dikenali sebagai tumpah darah.\n\nTumpah darah yang sangat teruk boleh menyebabkan kematian.\n\nSeperti kita sedia maklum, ibu hamil selalu mengalami masalah sukar membuang air besar.\n\nMenurut kajian, pengambilan setengah cawan isi buah delima dapat memenuhi hampir 1/3 daripada pengambilan serat harian.\n\nSetengah cawan isi buah delima \u00a0mengandungi 5 gram serat.\n\nPre-eklampsia merupakan satu kondisi kesihatan yang hanya berlaku ketika mengandung untuk anak yang pertama.Ibu hamil mengalami tekanan darah tinggi dan kandungan protein di dalam air kencing.\n\nPre-eklampsia akan menyebabkan kesihatan ibu hamil terjejas dan situasi yang buruk akan berlaku seperti sakit perut di bahagian kanan , sesak nafas dan mudah lebam. Buah delima kaya dengan nutrisi yang mampu membantu untuk mengurangkan risiko untuk mengalami pre-eklampsia.\n\nAmalan pengambilan buah delima untuk ibu mengandung pada 20 minggu dan ke atas dapat membantu mengurangkan risiko pre-eklampsia.\n\nBuah delima kaya dengan vitamin C dan kajian menunjukkan vitamin C membantu dalam proses penyerapan zat besi dalam sistem tubuh badan manusia. Vitamin C membantu dalam memastikan kesihatan tulang dan perkembangan tumbesaran bayi ketika di dalam kandungan.\n\nBuah delima mengandungi kandungan antioksida lebih tinggi jika dibandingkan dengan teh hijau dan kranberi. Antioksida sangat penting untuk menstabilkan radikal bebas dan radikal bebas berupaya untuk menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.\n\nAntioksida yang tinggi di dalam buah delima dapat mencegah keradangan dan berupaya berfungsi sebagai anti-inflamasi. Polifenol dalam buah delima berupaya melindungi otak bayi daripada kekurangan oksigen ketika proses kelahiran.\n\nKandungan antioksida dalam buah delima mampu membantu menguatkan sistem pertahanan badan ibu sepanjang proses kelahiran.\n\nBuah delima mempunyai 1001 khasiat namun ia perlulah diambil dalam kuantiti yang sederhana kerana pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan beberapa kesan yang negatif.\n\nIni terjadi apabila ibu hamil mengambil ekstrak atau jus delima yang telah dicampur dengan kulit delima.\u00a0 Pengambilan secara berlebihan menyebabkan kontraksi dan kelahiran bayi sebelum masanya.\n\nBuah delima manis dan mengandungi jumlah kalori tertentu. Sekiranya diambil dalam jumlah yang tidak dikawal akan menyebabkan penambahan berat badan bagi ibu.\n\nKenaikan berat badan yang tidak dikawal akan menyebabkan risiko ketika melahirkan.Disarankan kepada ibu yang mengandung untuk mengambil buah delima segar berbanding delima yang sudah diproses.\n\nDan bersederhanalah dalam kuantiti yang diambil supaya tidak memudaratkan kesihatan diri dan bayi yang dikandung.\n\nDiharapkan artikel ini mampu untuk membantu lebih ramai ibu hamil untuk merancang makanan yang diambil bagi memperolehi nutrisi yang cukup dan seimbang.\n\nJemput juga membaca artikel tulisan kami seperti cara tanam uri dan doa untuk anak"
"Bila sudah bergelar ibu, memang pelbagai perkara tentang anak perlu difikirkan. Dari keperluan hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Tambahan lagi bila beranak kecil, memang keperluannya dan segala macam \u2018gajet\u2019 untuk si manja perlu disediakan supaya pengurusan dan penjagaan mereka menjadi mudah dan sistematik.\n\nRentetan itu, saya sangat tertarik dengan cara pengurusan ibu muda ini menyediakan kelengkapan perubatan buat anaknya. Sangat sistematik! Sebut sahaja apa yang dimahukan, pasti ada di dalam medical kit anak beliau.\n\nMemang mudah jika ingin ke mana-mana bersama anak kecil. Semuanya telah tersedia. Jika ada sesuatu yang terjadi, ibu bapa mudah membuat persediaan awal.\n\nMari kita lihat tips yang dikongsikan oleh Puan Hani di laman facebook beliau tentang barang-barang yang perlu ada di dalam medical kit anak.\n\nTermometer sangat penting dan benda yang wajib ada di rumah jika anak demam. Termometer digunakan untuk menyukat suhu badan anak.\n\nTerdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh Puan Hani dalam pemilihan termometer:\n\nSangat berguna apabila hidung anak kecil tersumbat akibat selesema. Hanya sembur dan anak akan mudah kembali bernafas.\n\nPenting untuk disimpan di setiap rumah. Jika anak demam, ibu bapa dapat membuat langkah awal supaya demam anak tidak naik lebih tinggi.\n\nSekurang-kurangnya dapat merendahkan suhu badan anak dengan pencegahan awal ini. Jika masih tidak surut, segera bawa anak ke hospital untuk mengelakkan sawan jika suhu anak menjadi lebih tinggi.\n\nUbat ini lebih dikenali sebagai \u2018ubat punggung\u2019. Jika anak demam, segera masukkan ubat ini ke dalam punggung anak untuk meredakan suhu mereka.\n\nPastikan anak-anak tidak overdose ubat demam ini. Baca arahan terutamanya sela masa untuk mengambil sebarang ubatan demam yang lain.\n\nKegunaannya untuk memudahkan ibu bapa untuk memberi ubat kepada anak-anak kecil. Mempunyai 3 jenis volume iaitu 3ml, 5ml dan 10ml.\n\nPuan Hani juga berkongsi tips untuk membeli syringe\u00a0agar lebih baik memilih oral syringe kerana lebih mudah digunakan dan dibersihkan.\n\nJika mempunyai bayi, krim ini memang sentiasa ada di dalam beg ibu-ibu bukan? Ya, bayi memang kerap mengalami ruam tambahan lagi jika bayi yang mempunyai kulit sensitif.\n\nDengan adanya krim ini, dapat mengurangkan ketidakselesaan mereka akibat ruam itu tadi. Bayi pun lebih selesa dan tidak meragam.\n\nJika anak mengalami kegatalan, miang dan kemerahan yang mengakibatkan ketidakselesaan kepada mereka, sapukan bedak anti bakteria ini sebagai langkah awal.\n\nJika anak masih mengalami kegatalan pada kulit, ibu bapa juga boleh sapukan losyen calamite ini untuk meredakan kegatalan tersebut sebagai pencegahan awal sebelum membawa anak berjumpa dengan doktor.\n\nKegunaannya ialah untuk menyedut hingus bayi. Adalah amat tidak digalakkan kita menyedut hingus bayi dengan mulut kerana mulut kita terdedah dengan pelbagai bakteria yang mudah dipindahkan dan memberi kesan kepada bayi anda.\n\nUtamakan kebersihan. Pilih alatan yang sesuai ya ibu ayah untuk menyedut hingus bayi bukan dengan mulut anda. \ud83d\ude05\n\nSebelum menggunakan nasal aspirator ini, sembur dahulu hidung anak dengan menggunakan nasal spray di atas tadi dan kemudian baru disedut dengan menggunakan alatan ini.\n\nPencegahan awal apabila anak mengalami selesema. Terdapat pelbagai jenama ubatan yang sesuai untuk merawat selesema anak.\n\nDapatkan nasihat daripada pakar farmasi dan doktor\u00a0 yang bertauliah.\n\nAntara kegunaan gel aloe vera ini adalah:\n\nRasanya setiap rumah perlu ada aloe vera inikan? Memang berguna jika kecemasan sebagai rawatan awal terutamanya melecur.\n\nBenda wajib dibawa jika bercuti terutamanya apabila pergi berkhemah dan balik kampung.\n\nTerdapat juga jenis lain seperti losyen yang hanya perlu disapu pada anggota badan untuk mengelakkan gigitan nyamuk.\n\nBukan hanya anak-anak yang memerlukan losyen ini, ibu bapa juga boleh tumpang sekali untuk elakkan diri digigit oleh nyamuk. \ud83d\ude01\n\nIni juga salah satu benda yang wajib ada di dalam medical kit anak sebagai persediaan awal apabila anak demam.\n\nBoleh dibeli di farmasi yang berhampiran. Fungsinya untuk meredakan suhu badan anak ketika demam. Pastikan tidak tersalah beli ya ibu ayah. Pilih kool\u00a0fever\u00a0untuk kanak-kanak bukan dewasa. \ud83d\ude00\n\nFungsinya untuk membasuh luka jika tercedera. Luka-luka perlulah dibersihkan dahulu sebelum di tampal dengan hansaplast untuk mengelakkan jangkitan kuman.\n\nAnak yang tengah dalam fasa \u2018melasak\u2019, memang harus ada hansaplast ini di rumah masing-masing.\n\nPasti ada kejadian yang tidak diingini berlaku ketika bermain. Sekejap terjatuh, sekejap terlanggar, sekejap terhantuk.\ud83d\ude02\ud83d\ude02\n\nGunakan hansaplast untuk menutup permukaan kulit yang tercedera untuk memberhentikan aliran darah dan mengelakkan jangkitan kuman.\n\nFungsinya untuk merawat ulser. Terdapat dua jenis ubatan untuk merawat ulser iaitu dalam bentuk gel dan spray.\n\nLebih baik memilih bentuk spray agar lebih mudah disembur terus ke dalam mulut anak berbanding dalam bentuk gel demi mengelakkan tangan anda digigit oleh anak yang tidak mahu memberikan kerjasama. \ud83d\ude05\n\nPelbagai fungsi IV Kids ini untuk manfaat si manja. Antaranya,\n\nSaiznya yang kecil memudahkan untuk dibawa ke mana-mana dan sangat berguna untuk kegunaan bayi anda.\n\nTidak perlu diterangkan lagi akan fungsi minyak gamat ini kerana memang terkenal akan manfaatnya sejak zaman nenek moyang kita lagi.\n\nSangat bagus untuk disapu pada kulit jika mengalami luka-luka, gatal dan melecur. Minyak gamat mampu memberikan kelegaan awal jika mengalami masalah seperti di atas.\n\nFungsinya untuk menggantikan mineral yang hilang dalam badan akibat cirit birit. Rujuk farmasi dan doktor yang bertauliah untuk mendapatkan sukatan yang tepat untuk diambil.\n\nLengkap sungguh medical kit anak Puan Hani ini. Segalanya ada dalam satu bekas. Mudah dibawa kemana-mana. Mari kita contohi tips bijak dari ibu ini sebagai persediaan awal kelengkapan ubatan anak-anak di rumah.\n\nSumber: Perkongsian daripada Puan Hani di laman facebook beliau."
"Keindahan Pulau Perhentian tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terbahagi kepada kepada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil, terdapat banyak tempat dan aktiviti menarik di sana. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Pulau Perhentian.\n\nApa yang anda cari sewaktu bercuti di pulau? Semuanya ditawarkan di pulau ini, dari pakej snorkeling\u00a0 dan menyelam skuba hinggalah kepada perkhidmatan bot untuk anda menikmati pemandangan indah pulau dengan sepuas hati.\n\nAnda wajib bersuba atau snorkeling untuk menikmati keindahan sebenar Pulau Perhentian. Lanskap dunia bawah air Pulau Perhentian cukup memukau jiwa. Bayangkanlah, dengan menyelam, anda dapat melihat dengan lebih dekat keindahan batu-batu karang dan habitat marin lain yang penuh warna-warni ibarat sebuah lukisan. Rugi tak cuba!\n\nResort-resort di sini terletak di lokasi yang cukup menarik, kebiasaannya di tepian pantai. Maksudnya, dengan hanya bersantai di dalam bilik anda dapat merasakan bayu laut yang bertiup tenang dan juga bunyi pukulan ombak yang mendamaikan jiwa.\n\nTak pasti nak bermalam di Pulau Perhentian Kecil atau Besar? Mungkin penjelasan ni akan membantu anda membuat pilihan. Kalau Pulau Perhentian Besar dapat memuaskan jiwa anda yang merindukan suasana tenang, Pulau Perhentian Kecil pula lain ceritanya.\n\nPulau ini agak meriah dengan pelancong terutama sekali pada bahagian yang dipanggil Long Beach ataupun Pantai Panjang, tak kisahlah siang atau malam, ada sahaja aktiviti yang berjalan di sini. Inginkan ketenangan? Jangan risau, ruang untuk anda mendapatkan privasi ada disediakan di Coral Bay yang terletak bertentangan dan tidak sukar untuk diakses.\n\nSebagai info tambahan, salah satu sebab kenapa Pulau Perhentian Kecil ini lebih menjadi tumpuan adalah kerana terdapat banyak penginapan-penginapan bajet yang tersedia di sini.\n\n3. Pantai Panjang ( Long Beach )\n\nPantai Panjang ataupun Long Beach adalah sebuah lokasi yang menjadi perhatian ramai backpackers dan mat saleh. Aktiviti yang berjalan di tepian Pantai Panjang ini bertambah meriah sebaik tiba waktu malam. Antara yang menarik yang ada di sini adalah pertunjukan api.\n\nDi tepian Long Beach ni juga ada banyak guest house yang sesuai untuk diinapi golongan solo traveller atau yang bercuti dalam bajet. Nak jimat lagi? Dirikan je khemah tepi pantai ni.\n\nKincir Angin D\u2019Lagoon adalah sebuah tarikan unik yang terletak di bahagian puncak tertinggi di Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda berdiri di atas puncak ini, anda dapat menyaksikan pemandangan yang terindah di Pulau Perhentian.\n\nYang menjadikan ia sebuah lokasi yang wajib dilawati di sini adalah kerana Kincir Angin D\u2019Lagoon adalah seperti \u2018dek pemerhatian\u2019 pulau ini. Dari puncak ini anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan penuh 360 darjah sekitar Pulau Perhentian.\n\nBunyinya macam tinggi sahaja puncaknya, tapi jangan risau, laluan pejalan kaki untuk anda mendaki menuju ke puncak telah disediakan. Masa yang diambil untuk mendaki adalah dalam 20 minit. Pakai kasut yang selesa dan jangan lupa bawa kamera.\n\nTeluk Pauh adalah sebuah tarikan alam semula jadi di dalam Pulau Perhentian Besar yang terletak di bahagian barat laut. Kalau anda datang ke sini dari Pantai Panjang (Pulau Perhentian Kecil), anda boleh menggunakan perkhidmatan \u2018teksi air\u2019 yang disediakan penduduk setempat. Masa yang diambil untuk sampai ke teluk ini adalah dalam sekitar 10 minit.\n\nSebaik sampai di kawasan Teluk Pauh, anda akan terpesona melihat keindahan melampau yang disajikan di depan mata. Teluk Pauh ini ibarat sebuah kolam renang semula jadi yang sangat besar , yang menjadikan ianya sejuta kali menyeronokkan adalah kerana kejernihan airnya yang persis kristal. Nak mandi sepuas hati? Inilah lokasinya kerana dasar airnya juga tidak begitu dalam.\n\nTerletak tidak jauh dari Teluk Pauh adalah tarikan yang seterusnya, Titik Penyu atau Turtle Bay. Dari namanya sahaja dapat dibayangkan apa yang boleh ditemui di sini.\n\nNak tahu kenapa banyak penyu di sini? Sebabnya, kawasan dasar laut di sekitar Titik Penyu ini adalah tempat mereka mendapatkan sumber makanan. Cara terbaik untuk melihat penyu-penyu ini adalah dengan bersnorkeling di perairan sekitar.\n\nWalau bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya tidak mengganggu habitat mereka atau menyentuh mereka yang sedang bergerak bebas di sekitar. Cukuplah sekadar melihat dari jauh. Jangan lupa untuk sediakan kamera anda.\n\nTeluk Dalam terletak di selatan Pulau Perhentian Besar. Di sepanjang teluk ini juga terdapat banyak penginapan menarik yang ditawarkan. Kawasan teluk yang panjang ini cukup mendamaikan. Di sini anda boleh meluangkan masa bersama keluarga sambil berkelah dan menikmati pemandangan dengan tenang.\n\nPada waktu tengah hari dan matahari terbenam, kawasan teluk ini menjadi tumpuan untuk pelbagai aktiviti seperti berkayak, snorkeling, bola tampar dan sebagainya.\n\nInginkan pengalaman yang romantik semasa berada di Pulau Perhentian? Apa kata kalau anda berdating bersama pasangan di Pantai Romantik, sesuai sekali dengan namanya. Pantai dengan pasir putih ini dapat memberikan anda ketenangan yang dicari-cari.\n\nDah puas berjalan, anda boleh meneruskan aktiviti di sini dengan \u2018menyelami\u2019 keindahan sebenar yang disorokkannya di dalam air laut dengan cara bersnorkeling. Banyak ikan-ikan yang menanti\u00a0 kunjungan anda.\n\nPulau Tokong Burung yang terletak sekitar 40 minit dari Pulau Perhentian dengan menaiki bot-bot yang tersedia.Pulau ini memiliki permukaan yang berbatu-batu dan tidak begitu berpasir seperti pulau yang lain di Pulau Perhentian. Untuk menikmati keindahan sebenar yang ditawarkan Pulau Tokong Burung ini anda boleh menaiki batu besar yang terdapat di sini untuk menikmati pemandangan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.\n\nNama lain Terumbu Tiga adalah Tiger Rocks. Kawasan menyelam yang best ini terletak di bahagian timur Pulau Perhentian Besar. Kalau anda memilih lokasi ini untuk menyelam skuba, anda dapat melihat banyak pembentukan batu karang yang berwarna-warni yang terdiri daripada spesies-spesies seperti Ctenocella pectinata, Sinularia Sp, Symphyllia Recta dan bermacam lagi.\n\nDi sini terdapat sebuah kolam kecil yang terbentuk di tepian pantai Pulau Perhentian Besar. Airnya tidak pernah kering. Kolam air tawar\u00a0 ini menjadi tumpuan ramai orang untuk bermandi-manda sepuas hati kerana kesegaran yang dirasakan bila air yang sejuk bak ais ini terkena pada badan. Jika anda pergi ke Pulau Perhentian, jangan lepaskan peluang untuk ke sini.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Pulau Perhentian yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Rasa teringin untuk ke sana? Jom kita cuti-cuti Pulau Perhentian.\n\nJemput juga baca artikel tempat menarik penulisan kami seperti tempat menarik di Kuala Selangor, tempat menarik untuk honeymoon dan tempat menarik di Singapore."
"Siapa di sini pecinta makanan Itali lasagna? Lasagna lemak berkrim, sangat sedap makan dalam keadaan panas.\n\nLasagna ialah pasata leper lebar dan merupakan makanan tradisional Itali. Kulit lasagna diperbuat daripada tepung gandum yang telah diberi isian. Kemudian dibakar sehingga masak. Isian dalam lasagna biasanya cheese, mozzarella, sos tomato, pelbagai daging, sayur-sayuran (contohnya bayam, zukini, cendawan) dan biasanya berperisa, bawang putih, bawang besar, dan oregano.\n\nMenu lasagna sangat senang dan mudah. Jika anda tidak mahu membuat kulit secara manual anda boleh membeli lasagna yang sudap siap di mana penyediaannya lagi mudah.\n\nPara penggemar lasagna sila tengok resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi daripada \u200eSyara Fina\u200e di Facebook. Tentunya resepi ini telah mendapat perkongsian ramai kerana memang sangat mudah dan sedap menjilat jari.\n\nTampilannya pula sangat menggiurkan. Lelehan cheese dan mozarella yang kental, lemak dan berkrim sangat menggugah selera. Sila cuba resepi ini dan hidangkan lasagna favorit untuk keluarga.\n\nSelain resepi lasagna,\u00a0 kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anak-anak adalah anugerah terindah bagi setiap ibu bapa. Ianya anugerah yang bukan semua pasangan boleh dapat. Ada pasangan suami isteri yang bertahun-tahun kahwin tetapi masih belum memiliki anak. Tetapi ada juga pasangan yang dikurniakan anak yang ramai.\n\nApabila anak-anak sudah pandai bermain apabila disergah, mulalah para ibu bapa mahu anaknya cepat-cepat pandai berjalan dan bercakap. Perkataan yang paling ingin didengari adalah \u201cibu\u201d dan \u201cayah\u201d. Kalau nak senang panggil \u201cmama\u201d dan \u201cpapa\u201d dan disingkatkan jadi ma dan pa.\n\nBagaimanakah cara untuk kita berinteraksi dengan anak untuk mempercepatkan proses cakap mereka?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips berinteraksi dengan bayi supaya cepat bercakap. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor. Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya.\n\nTips ini dikongsikan untuk bayi yang berumur dalam lingkungan 6 hingga ke 12 bulan. Berikut adalah tip-tips yang diberi :\n\n1) Selalu main-main sebut bunyi seperti sebut bunyi \u201cma,\u201d \u201cda,\u201d dan \u201cba.\u201d dengan baby.\n\nKalau ikut perkembangan pertuturan kanak-kanak, bunyi2 ni bayi start sebut dalam 6-8 bulan. So dah boleh acu2 sebut dengan diorang. Bersahut-sahutan lagi bagus . Macam echo gitew. Dia sebut, kita sahut.\n\n2) Kalau main dengan bayi tu, elok la aras mata tu sama level.\n\nDisarankan meniarap or baring bersama. Biar bayi rase \u2018kengkawan\u2019 gitew. Suara yang kita keluarkan pun tidaklah dengar sayup2 je di telinga diorang.\n\n3) Selalu bagi respon pada setiap bunyi yang bayi hasilkan.\n\nSenang cakap, buat-buat faham je baby tu cakap ape (walaupun kita tidak faham ape). Tengok pada body language baby, then respon dengan suara yang menarik.\n\nContoh: Baby tengok muke kite, pastu gelak-gelak dan sebut \u201cma~~.dadada aaa baa\u201d boleh respon \u201coooo mak cantek eyhhh? mak cantek macam Mira Filza eyhhh\u201d gorengla apapun, janji respon.\n\n4) Tiru balik bunyi-bunyi yang bayi hasilkan\n\nBoleh tiru dengan ekspresi dan pergerakan badan sekali. Baby golek dan gelak, kita pun golek dan gelak.\n\n5) Bercakap semasa mandi, makan atau sedang pakai baju dan lain-lain lagi.\n\nBercakap pasal apa? Bercakapla tentang apa yang sedang dilakukan, di mana, lepas tu nak buat apa dan siapa dan apa yang sedang ada depan mata. Sambil-sambil itu boleh terangkan dan jelaskan.\n\n6) Banyakkan juga bahasa badan sambil bercakap.\n\nIni menambahkan lagi kepantasan bayi proses maklumat dan bahasa. Bahasa Melayu ni bagi baby kita macam Bahasa Rusia untuk kita. Contohnya, kita jalan-jalan kat Moscow yang sejuk tu dan kita nak pegi toilet. Kita pun tahan orang nak tanya jalan. Kita rasa kita dah habis speaking Russian dah, sekali org Rusia tu tak faham pun. So kalau boleh gerak2 sikit tangan, tunjuk2 sikit dengan ekspresi muka yang kita dalam situasi kecemasan. Begitu juga dengan bayi, mereka akan lebih ingat dengan bahasa badan berbanding perkataan.\n\nBoleh buat bunyi haiwan sambil kaitkan bunyi dengan makna yang tertentu. Contohnya, \u201cNi kucing. Kucing bunyi nyiawww!\u201d..\u201dNi harimau..bunyi die aauummm\u201d . Cara ini dapat membuatkan bayi lebih peka dan fokus.\n\nJadikanlaaa rutin baca buku cerita kat bayi anda sebelum dia tidur. Ataupun tengah duduk saja pun boleh kalau nak bacakan buku. Pastikan suara tu menarik (macam orang dalam High 5 tuuu). Buku tu elokla besar dan warna yang terang dan tak banyak tulisan.\n\n*Mudahkan tips yang dikongsikan oleh Puan Aishah. Tips ini boleh dilakukan oleh semua para ibu bapa. Walaupun kita sibuk bekerja tetapi kita masih boleh berinteraksi dengan bayi kita.\n\nTips ini tidak memerlukan masa yang lama, sekadar kita bermain dengan mereka sambil menyiapkan pakai minum mereka sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Selain hanya membeli alat permainan untuk anak-anak, kita juga boleh mereka sendiri pelbagai jenis permainan untuk mereka.\n\nSecara tidak langsung, penglibatan anak dalam proses mereka cipta sesuatu permainan itu akan merangsang kreativiti dan daya imaginasi mereka juga.\n\nIbu bapa jaga akan mempunyai bonding time bersama-sama anak sepanjang menyiapkan sesuatu rekacipta. Pasti anak-anak sangat teruja dan gembira apabila dapat menghasilkan kereta, kapal terbang atau rumah dengan hasil tangan mereka sendiri.\n\nLihat sahaja riak wajah anak, pasti tersenyum lebar tanda kepuasan!\n\nTidak perlu membeli alat permainan yang mahal-mahal, dapat mereka sebuah kapal menggunakan span pun anak-anak sudah kagum bukan? Mari saya kongsikan 10 idea kreatif beberapa rekacipta yang boleh dilakukan sendiri oleh ibu bapa dan anak-anak di rumah.\n\nProses untuk menghasilkan sebuah kedai ini agak melecehkan memandangkan memerlukan masa yang lama untuk mendekorasi. Namun, perasaan penat itu terus lenyap apabila telah tengok hasilnya.\n\nTambahkan\u00a0aksesori pada kedai tersebut seperti kaunter pembayaran dan buah-buahan supaya anak-anak boleh bermain olok-olok menjadi penjual dan pembeli juga.\n\nTambahkan aksesori walkie talkie untuk anak bermain olok-olok sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komunikasi anak dan memberi gambaran awal tentang bagaimana tugasan mereka yang bekerja di lapangan terbang.\n\nBagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, idea mereka cipta sebuah trek kereta pasti dapat mengujakan anak mereka. Dengan hanya menggunakan kotak terpakai, reka satu trek kereta yang besar supaya dapat memberi kepuasan kepada anak-anak untuk bermain dengan koleksi kereta yang banyak itu ?\n\nAdalah lebih baik jika trek kereta itu dibiarkan kosong tanpa aksesori supaya anak-anak bebas untuk mereka sendiri landskap di atas trek kereta tersebut. Proses ini dapat menggalakkan anak-anak untuk berimaginasi dan berkreativiti sendiri tanpa bantuan ibu bapa.\n\nBagi anak-anak yang sukakan haiwan, projek mini zoo ini pasti mengujakan. Proses mereka cipta ini akan lebih signifikan jika dilakukan selepas membawa anak-anak melawat zoo yang sebenar.\n\nIbu bapa boleh galakkan anak-anak untuk mengingati kembali nama-nama haiwan yang terdapat di zoo tersebut.\n\nSecara tidak langsung dapat menguji daya memori mereka dan menambah kosa kata akan jenis-jenis haiwan. Ibu bapa juga boleh menerangkan dengan lebih terperinci akan habitat, nama saintifik atau ciri fizikal yang terdapat pada haiwan kepada anak-anak.\n\nSudah pasti akan meluaskan lagi pengetahuan mereka tentang pelbagai hidupan.\n\nAnak-anak pasti leka dengan rekaan tapak pembinaan ini. Kemahiran motor halus mereka turut dirangsang seperti memasukkan guli ke dalam botol, corong dan penimbang.\n\nAjarkan anak juga asas matematik seperti penimbang mana yang lebih berat atau ringan serta mengira bersama-sama jumlah guli yang telah dimasukkan ke dalam botol. Seronokkan? ?\n\nPelbagai konsep asas sains boleh diperkenalkan kepada anak-anak dengan satu rekaan water wall ini seperti daya graviti, tekanan rendah dan tinggi.\n\nMereka pasti seronok bermain air dan mencuba pelbagai fungsi alatan seperti membuka dan menutup pili air. Sedikit pewarna makanan biru juga boleh diletakkan supaya anak-anak lebih jelas melihat air itu mengalir.\n\nAnak anda minat dengan sains? Ini salah satu cara untuk mereka belajar tentang sistem solar dengan cara yang seronok. Proses mewarna planet-planet pun sudah cukup menyeronokkan. Tiada kanak-kanak yang tidak suka dengan messy play seperti ini.\n\nBuatkan orbit dan cucukkan planet yang telah diwarnakan tadi dengan batang aiskrim. Beri peluang kepada anak-anak untuk menggerakkan planet tersebut. Proses ini dapat memberi kefahaman kepada anak-anak bagaimana planet-planet di angkasa menggelilingi matahari.\n\nJika balik kampung pasti banyak Perhentian Rehat & Rawat yang disinggahi oleh keluarga. Apa kata kita ajak anak-anak untuk mereka satu perhentian dan beri peluang kepada mereka untuk memberi cadangan dan idea. Antara premis yang menjadi pilihan sudah pasti KFC, MCD dan tapak permainan kanak-kanak.\n\nIngin bermain olok-olok sebagai Datuk Bandar? Inilah masanya untuk anak berimaginasi untuk mereka sendiri bandar idaman mereka. Pelbagai idea menarik akan dicadangkan anak-anak untuk membina bandar mini mereka sendiri seperti zoo, kolam renang, bank dan pelbagai lagi.\n\nAnak-anak memang suka \u2018membantu\u2019 ibunya di dapur bukan? Kalau boleh semua nak dipotongnya?. Oleh itu, reka satu dapur mini untuk mereka yang secara tidak langsung mereka boleh bermain olok-olok memasak sendiri di dapur. Tambahkan aksesori seperti mainan plastik ayam,ikan dan sayur-sayuran untuk menjadikan permainan itu lebih menarik lagi.\n\nSelamat mencuba dan berekativiti bersama anak-anak!"
"Kalau suami bawa isteri pergi makan di mana-mana restoran, sila minta pelayan bawakan menu yang ada di restoren itu. Jangan buat apa-apa pesanan selagi si isteri telah selesai membelek menu tu.\n\n\nsamedresorts.com\n\nSekiranya restoran itu yang pertama kali dia masuk, dia akan tanya pelayan akan semua jenis makanan yang ada dalam menu itu. Suami sabor je..\n\nSekiranya restoren itu sudah biasa baginya, dia akan mencuba makan lain pula. Orang lelaki lain, kalau dah suka makanan itu, itulah makanan yang dia pesan setiap kali masuk ke restoren itu. Terus pesan tak perlu tengok menu.\n\nTetapi TIDAK bagi wanita. Mesti tengok dulu walaupun akhirnya pesan makanan yang sama dengan yang lalu.\n\nWahai suami, sekiranya isteri telah memesan makanan itu, sila JANGAN pesan makanan yang sama. Pilihlah yang lain. Sebab nanti setelah anda makan separuh. Dia akan minta untuk rasa makanan yang anda sedang makan itu. Dia juga akan \u201coffer\u201d untuk anda rasai makanan yang dihadapannya. Jamahah sedikit untuk hiburkan dia.\n\nIsteri rasa happy kerana malam itu dia bukan sahaja kenyang, malah dia dapat berkongsi makanan bersama suami tersayangnya. \u201cSharing is Caring\u201d\n\nSelamat mencuba tips rumah tangga bahagia ini."
"Bunyi sedikit janggal. Tetapi inilah hakikatnya. Hampir kebanyakkan perempuan suka bau badan lelaki. Lebih-lebih lagi dari bau badan suami. Semoga artikel ini menjawab beberapa soalan menarik tentang hal ini.\n\nWanita boleh hidu pelbagai jenis bau dan boleh mengenalpasti sumber bau dengan tepat. Ini disahkan oleh kajian sain yang mengatakan wanita memiliki 50% lebih sel olfactory ( yang berfungsi mengenal bauan) di otaknya berbanding dengan lelaki.\n\nItu sebabnya produk minyak wangi untuk perempuan lebih banyak daripada lelaki. Mereka lebih menikmati keharuman daripada lelaki. Lelaki pula tidak peka terhadap bau badannya dan malah ada lelaki yang memakai baju kerja yang sama hingga empat hari tapi masih \u201cOk\u201d untuk dirinya.\n\nMengapa minyak wangi sangat penting bagi wanita?. Kerana ia boleh menutup bau badan atau peluh yang amat tidak selesa. Ketiak manusia yang menyeluarkan peluh yang mengandungi \u2018sulfur\u2019 menyebabkan bau hangit terutama sekali yang telah lama.\n\nDisebabkan hidung lelaki kurang sensitif, hanya dengan secalit minyak wangi boleh menghilang bau peluh seorang wanita. Sebaliknya bagi wanita, walau sebotol lelaki bermandikan minyak wangi, dia masih boleh hidu bau busuk ketiak yang tidak dibasuh.\n\nOleh itu jika suami inginkan isterinya bertambah sayang, suka dikepit dan dipeluk dengan tahap gaban ialah dengan mengikuti tip di bawah ini:\n\n1. Paling kurang sebelum tidur waktu malam, terutama sekali yang selepas bersukan atau pulang kerja lewat, mandilah dahulu sebelum naik katil. Bau sabun yang ada pada badan suami amat menghairahkan isteri.\n\n2. Ada pandangan yang mengatakan bau peluh menyebabkan isteri terangsang. Kajian menunjukkan, peluh yang \u201csegar\u201d yang masih menitik meleleh itu yang isteri suka. Bukan yang telah kering (oxidised) bercampur bakteria yang menyebabkan baunya tidak menyelerakan.\n\n3. Pakailah \u201cdeodorant\u201d untuk ketiak setiap kali selepas mandi. Pastikan jenama itu isteri suka.\n\n4. Jika tidak pernah membeli minyak wangi, sila dapatkan pengesahan jenis minyak wangi daripada isteri kerana sebenarnya dialah yang akan menikmati bau badan suaminya. Sebab ada jenis bau yang isteri tidak suka.\n\n5. Isteri pula ada moodnya. Semasa dia haid, subur dan tengah miang, deria hidunya berubah. Oleh itu sila dapatkan pengesahan daripada isteri mengenai perubahan ini agar anda berdua boleh dapat maksimum kepuasan keharuman bersama.\n\n6. Isteri pula wajib tanya suami haruman yang mana dia paling suka. Kemudian calitkan sedikit di leher di bawah telinga sebagai umpanan sang harimau.\n\n7. Isteri mudah kenalpasti baju suaminya terutama sekali yang belum basuh. Kerana dia selalu mencium baju-baju suami yang berlonggok di atas lantai untuk pengesahan baju itu perlu dibasuh sebelum dibawa ke mesin basuh.\n\n8. Dan baju-baju yang tidak basuh itu jugalah sebagai penganti suami waktu malam apabila suami ke oustation berminggu-minggu. Hargailah dia.\n\nSelamat mencuba. Artikel lanjutnya ada di Majalah Anis keluaran akan datang."
"Kadangkala , ada isteri yang bertuah kerana berjaya dalam kerjayanya. Tetapi tidak pada suami. Pangkat suami rendah dan tidak sama seperti pangkat isteri yang lebih tinggi. Hakikat yang sukar ditelan. Lebih-lebih lagi oleh suami.\n\nTulisan daripada Puan Amalina Adam ini menarik untuk dilihat. Puan Amalina merupakan peguam dalam bidang Syarie. Boleh lihat\u00a0link\u00a0ini jika anda berminat untuk mengetahui perkara hal ini.\n\nIsu Rumahtangga :Tinggalkan Pangkat Di Pejabat\n\nKisah kali ini adalah berkenaan dengan \u201cpangkat\u201d seseorang isteri yang kadangkala tanpa sedar isteri tersebut telah membawa pulang pangkatnya ke rumah setelah selesai waktu bekerja. Hendaklah diceritakan di sini tanpa sedar juga isterinya telah melukakan hati suami yang merasakan bahawa dirinya seperti seorang staff di pejabat isterinya.\n\nTidak dinafikan mana-mana suami pun akan berasa terkilan atau berkecil hati apabila isterinya sudah mula menunjukkan sikap negatif apabila sering mengarah, menengking, memarahi, mengabaikan anak, membawa pulang kerja di rumah tanpa had dan sentiasa dengan smartphonenya. Sebenarnya, waktu bersama keluarga mestilah dimanfaatkan sebaik mungkin terutama pada yang bekerja di sektor swasta yang mana waktu di rumah sangatlah berharga.\n\nMungkin anda stress dengan pekerjaan anda sehinggakan ada terlupa bahawa anda berhadapan dengan suami mahupun anak-anak. Saya sering berurusan dengan para suami yang bernasib kurang baik yang di mana sebelum ini suami sangat menyokong kerjaya isterinya. Malangnya semakin hari isterinya semakin berubah sikap sehinggakan suami berasa seperti seorang \u201cstaff pejabat\u201d.\n\nMalah, suami juga sering dimarahi di hadapan anak-anak, tambahan pula kini isteri tidak lagi berbincang dalam membuat sebarang keputusan, contohnya tugas mengambil dan menghantar anak ke sekolah tanpa bertanyakan waktu kerja suami terlebih dahulu dengan alasan \u201cnak cepat, takut anak balik lambat\u201d , \u201cpastikan anak berada di rumah pada waktu yang ditetapkan\u201d dan sebagainya.\n\nSelain itu, si isteri sering kali mengingatkan suaminya bahawa \u201cstaff di pejabat lebih menghormatinya dan patuh arahan apabila diminta membuat kerja\u201d. Jadi, isteri tersebut juga berkehendak suaminya tidak boleh menolak sebarang arahan yang diberikan. Contohnya, tidak terlewat mengambilnya pulang selepas bekerja, jika terlewat suami tersebut akan ditengking di hadapan rakan-rakan isteri yang lain. Sesampainya di rumah pula, isteri tersebut meminta tiada sesiapa menganggunya termasuk anak-anak. Kesemua tentang anak, suami uruskan sendiri sehinggalah anak-anak tidur.\n\nKadangkala dengan sikap negatif isteri tersebut, suami merasakan dirinya seperti staff pejabat yang wajib patuh kehendak isterinya tanpa sebarang bantahan. Jika membantah, isterinya mula mengungkit pemberian wang yang dibelanjakan untuk isi rumah, staff pejabat lebih patuh arahan dari suami yang sepatutnya lebih memahami kehendaknya dan bermacam-macam lagi isterinya akan bersuara sehingga menyakitkan hatinya. \u2013 isteri semakin \u201cbiadab\u201d.\n\nSingkatan dari cerita pendek di atas, \u201cJadi para isteri janganlah tmembawa \u201cpangkat\u201d kita pulang ke rumah\u201d. Tiada masalah sekiranya hanya sesekali sahaja kita mengarah ataupun menyuruh suami untuk mengikuti arahan kita. Bab memarahi pula, tidaklah sehingga kita membandingkan suami dengan staff pejabat pula, sedangkan tanpa isteri sedar bahawa suami lebih tinggi pangkatnya berbanding pangkat isteri dan staff-staff isteri yang lain.\n\nJika ini mencerminkan peribadi kita yang gagal mengawal diri kita, untuk apa kita nak banggakan dengan \u201cpangkat\u201d? tambahan pula, jika pendapatan isteri lebih besar berbanding pendapatan bulanan suami. Berbincanglah, dan menegur pula jangan sampai menghina pasangan kita."
"Setiap pasangan yang berkahwin pastinya teruja untuk menantikan cahaya mata hadir ke dalam hidup mereka. Disebabkan itu, ramai yang mula menggunakan pregnancy test untuk melihat sama ada positive mahupun tidak. Walaupun begitu, bagi mereka yang baru pertama kali menggunakannya pasti akan keliru cara guna pregnancy test dengan betul.\n\nUjian kehamilan mahupun pregnancy test dikenali sebagai urine pregnancy test. Ujian ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Ujian ini sangat mudah untuk dilakukan kerana tidak perlu ke hospital untuk mengetahui sekiranya anda mengandung ataupun tidak. Disebabkan ujian kehamilannya yang tepat menjadikan pregnancy test ini semakin digunakan oleh orang ramai. Terdapat pelbagai jenis pregnancy test yang dapat anda gunakan.\n\nTerdapat 3 jenis ujian yang biasanya dilakukan oleh orang mengandung. Antaranya ialah ujian kehamilan yang dilakukan dari rumah iaitu (HPT), ujian kencing di klinik dan ujian darah.\n\nSekiranya anda suka melihat media sosial, anda pastinya dapat melihat ramai wanita yang menayangkan kit ujian ini. Pregnancy test ini menggunakan urine untuk mengesan hormon yang terdapat di dalam urine wanita mengandung. Hormon ini hanya terjadi sekiranya wanita tersebut mengandung. Disebabkan itu, pregnancy test ini mempunyai ketepatan sebanyak 97%-99%.\n\nBagi anda yang ingin melakukan ujian ini, terdapat cara penggunaan yang dituliskan di belakang kotak mahupun plastik pregnancy test ini. Namun, diingatkan untuk anda melakukan pregnancy test ini sebanyak 2 kali untuk memastikan ujian ini menunjukkan keputusan yang tepat. Hal ini dilakukan kerana terdapat beberapa masalah seperti kadar hormon yang rendah dan sensitif.\n\nUjian ini merupakan ujian yang menjadi pilihan ramai wanita hamil. Kebiasaannya mereka yang menjalani ujian ini telah membuat ujian pregnancy test di rumah terlebih dahulu. Mereka hanya datang ke klinik untuk membuat pengesahan yang tepat mengenai kehamilan mereka.\n\nKebiasaannya anda akan diberikan bekas untuk mengisi urine bagi melakukan ujian ini. Ujian ini akan mengambil masa selama 1 minggu sebelum anda dapat melihat keputusannya. Ujian ini lebih tepat berbanding ujian pregnancy test yang dilakukan di rumah.\n\nUjian darah juga merupakan antara ujian yang dilakukan bagi melihat sama ada anda hamil mahupun tidak. Ujian ini dilakukan di makmal untuk mengesahkan hormon anda. Kebiasaannya ujian ini akan melihat kuantiti dan kualiti hormon yang terdapat di dalam badan anda. Ujian darah ini dilakukan kerana ketepatannya yang lebih tepat berbanding dengan ujian lain.\n\nSelain itu, ujian ini merupakan ujian yang terbaik untuk melihat kehamilan anda. Doktor juga boleh melakukan ultrasound untuk beberapa hari. Walaupun ujian ini sangat tepat dan terbaik, ujian ini juga mempunyai kelemahannya. Antaranya ialah ujian ini memakan masa yang lama untuk mengeluarkan keputusan serta kadar caj yang lebih mahal berbanding ujian yang lain.\n\nTunggu 1-2 Minggu Selepas Haid Pertama Terlepas\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan keputusan yang tepat, anda perlu melakukan pregnancy test ini setelah 1-2 minggu haid anda terlepas. Waktu ini merupakan masa yang ideal bagi anda yang ingin menjalankan ujian ini. Pastikan anda sentiasa mencatat waktu haid anda. Hal ini adalah untuk memastikan ujian hamil yang anda lakukan dapat dibuat dengan tepat.\n\nSelain itu, haid yang tidak teratur atau salah pengiraan ketika anda haid boleh menjejaskan keputusan ujian ini. Disebabkan itu, ramai wanita yang mula mengira hari haid anda. Sekiranya anda telah mengira hari haid anda, akan lebih mudah untuk anda mengira sekiranya anda mengalami kelewatan haid.\n\nBagi menjalankan ujian ini, pastikan anda membaca arahan yang terdapat di belakang plastik mahupun kotak pregnancy test. Arahan yang terdapat di pregnancy test berbeza mengikut jenama tersebut. Patikan anda membaca arahan dengan teliti sebelum melakukan ujian ini. Hal ini bagi memastikan keputusan ujian dapat diperolehi dengan tepat.\n\nArahan yang terdapat di pregnancy test ini kebiasaannya sangat detail. Antaranya anda dapat melihat tempat untuk memegang pregnancy test serta tempat untuk menitikkan urine anda. Terdapat juga maklumat seperti bilakah masa yang sesuai untuk melakukan ujian ini. Di belakang kotak ini juga ditulis bagaimana cara untuk anda melihat keputusan yang betul pada test kit tersebut.\n\nRamai yang menyatakan ujian ini harus dilakukan pada waktu pagi kerana urine akan lebih pekat pada waktu ini. Disebabkan itu, anda digalakkan untuk menggunakan sampel urine yang pertama setelah bangun pada waktu pagi. Bagi mereka yang ingin melakukan test ini juga tidak digalakkan untuk membuang air dalam tempoh 4-5 jam\n\nSelain itu, anda juga tidak perlu mengkonsumi air dengan banyak jika ingin melakukan ujian ini. Hal ini kerana, kandungan urine yang cair akan menyebabkan test tidak tepat dan sukar untuk mengukur hormone yang terdapat di dalam badan anda. Ramai doktor yang menggalakkan ujian ini dilakukan pada waktu pagi kerana kandungan hormone yang tinggi pada waktu ini.\n\nSetelah anda mencelupkan atau menitiskan air kencing pada pregnancy test, anda harus menunggu selama beberapa saat sebelum test menunjukkan hasilnya. Masa untuk anda menunggu pregnancy test menunjukkan keputusannya mengikut masa yang tertera di kotak mahupun plastic test pad yang anda beli.\n\nKebiasaannya, masa yang diambil untuk keputusan dilihat ialah selama lima saat. Ada juga yang memerlukan anda untuk merendam kertas test ke dalam urine sebelum dapat dikeluarkan dan dilihat keputusannya. Tetapi kebanyakan ujian memerlukan selama 5 hingga 10 minit untuk melihat hasil ujiannya.\n\nDiingatkan setiap pregnancy test mempunyai keputusan yang berbeza mengikut jenama test pad. Walau bagaimanapun, kebiasaannya keputusan akan menunjukkan tanda 2 baris mahupun 1 baris. Selain itu, terdapat juga test yang menunjukkan symbol positif mahupun negatif, serta kata-kata pregnant mahupun not pregnant bagi mereka yang menggunakan test kit digital.\n\nSekiranya anda mendapat keputusan yang menunjukkan tiada garis, mahupun garisan samar, ini bermakna terdapatnya kesalahan ketika anda melakukan ujian ini. Hal ini mungkin kerana urine yang tidak cukup mahupun anda tidak mengikut arahan dengan betu. Sekiranya ini berlaku, anda digalakkan untuk melakukan ujian test sekali lagi.\n\nSekiranya dulu, ramai yang melakukan test pregnancy di hospital kerana tiadanya alatan yang sesuai untuk diguankan. Tetapi kini banyak test pregnancy yang dapat anda gunakan bagi mengesahkan sendiri sekiranya anda mengandung ataupun tidak. Ramai yang lebih suka untuk melakukan ujian ini sendiri kerana ianya bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi memberikan keputusan dengan cepat.\n\nWalaupun begitu, diingatkan untuk tetap berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan kehamilan anda kerana ragu keputusan di pregnancy test tidak tepat seperti yang dilakukan di hospital. Bagi mereka yang baru pertama kali menggunakan test ini serta melalui proses kehamilan, jangan malu untuk bertanya detail mengenai perkara yang anda tidak pasti.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Anda merancang untuk bercuti ke Kuantan? Tercari-cari destinasi menarik di sana? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 15 tempat menarik di Kuantan yang wajib anda lawati jika pergi ke Pahang.\n\nMuzium ini dibina untuk menyimpan khazanah bernilai negara berkaitan dengan industri perlombongan bijih timah. Lokasi muzium ini merupakan bekas tapak perlombongan bijih timah yang paling dalam dan antara yang terbesar di dunia pada satu ketika dahulu.\n\nTempat bersejarah ini telah diuruskan oleh Jabatan Muzium dan telah dibuka untuk kunjungan para pelancong bagi memperkenalkan peralatan melombong bijih timah dan pakaian yang digunakan oleh pekerja lombong dahulu.\n\nDi samping itu, reka bentuk muzium berserta perabot dan hiasan dalamannya dibina berilhamkan zaman kolonial atau era penjajahan Inggeris dahulu. Dengan keluasan 5.51 hektar, muzium ini turut mempunyai terowong atau lombong bawah tanah akan tetapi ia tidak dibuka kepada pengunjung biasa disebabkan faktor keselamatan.\n\nKepada pengunjung yang berminat untuk melihat dan mengetahui lebih mendalam tentang sejarah perlombongan bijih timah negara kita bolehlah berkunjung ke Muzium Sungai Lembing ini.\n\nWaktu operasi:\u00a0Jumaat \u2013 Ahad (9.00am \u2013 5.00pm)\n\nLokasi:\u00a0Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing\n\nPantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai PTC cukup terkenal di kalangan pengunjung yang berasal dari negeri Pahang sendiri. Pantai Teluk Cempedak cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai\u00a0destinasi\u00a0pilihan pengunjung ketika percutian.\n\nKemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.\n\nPanorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik. Pantai Teluk Cempedak juga mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti surau, tandas, hotel, restoran, gerai akan memudahkan pengunjung.\n\nTerdapat juga gerai kraf tangan yang menjual cenderamata untuk pengunjung yang ingin membeli hadiah kepada sanak saudara apabila pulang daripada percutian ini ataupun dijadikan sebagai kenang-kenangan. Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang.\n\nSebuah lagi lokasi menarik yang perlu dikunjungi iaitu Petrosains Smart Kuantan pastinya akan memberi keceriaan kepada anak-anak semasa bercuti. Kanak-kanak akan terhibur dengan permainan yang tersedia di Petrosains Smart seperti trek kereta, ruang main bola, pertandingan mewarna, pertandingan menampal, dan banyak lagi.\n\nPusat sains mini ini memberi peluang kepada pengunjung cilik untuk menerokai dunia sains yang hebat melalui pembelajaran yang sangat menyeronokkan tanpa membuat mereka merasa terbeban atau bosan. Selain itu, kanak-kanak akan menimba ilmu baru berkaitan dunia sains berkaitan dengan kehidupan mereka.\n\nJusteru, pengunjung tidak perlu melepaskan peluang untuk datang bersama anak-anak kerana masuk ke Petrosains Smart Kuantan ini adalah percuma dan tempat ini telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk kanak-kanak.\n\nWaktu operasi:\u00a0Selasa \u2013 Ahad (9.00am \u2013 5.00pm) |\u00a0Isnin dan Cuti Umum: Tutup\n\nLokasi:\u00a0Petrosains Playsmart Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan\n\nBukit Gambang Waterpark merupakan taman tema yang paling menarik di Kuantan yang terletak hanya 40 kilometer dari pusat bandar dan ia bakal menjanjikan keseronokan yang terbaik untuk pengunjung. Gambang Resort City mempunyai kawasan yang agak luas dan mempunyai dua taman tema utama iaitu Gambang Water Park dan Safari Park.\n\nTaman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi. Di Safari Park pula merupakan taman safari untuk melihat haiwan yang berkeluasan 138 ekar. Sememangnya tidak rugi jika bercuti sambil berseronok di Gambang Water Park ini.\n\nWaktu operasi:\u00a0 Isnin \u2013 Khamis (10.30am-6.30pm) |\u00a0Jumaat \u2013 Ahad (9.30am \u2013 6.30pm) | Selasa: Tutup\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa (RM19.90) |\u00a0Kanak-kanak (RM12.90)\n\nLokasi:\u00a0Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang\n\nPantai Sepat lebih dikenali dengan nama Tanjung Sepat oleh penduduk sekitarnya merupakan perkampungan Melayu nelayan popular di Kuantan. Pantai ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari bandar Kuantan dan selatan bandar Pekan pasti memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman berada di perkampungan nelayan.\n\nKeindahan panorama yang dihiasi pokok-pokok pastinya sesuai untuk melakukan aktiviti fotografi. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti seperti bermain layang-layang, memancing dan menjala ikan ketika berada di Pantai Sepat. Lokasi ini turut menawarkan perkhidmatan menunggang kuda kepada pengunjung yang ingin bersiar-siar di tepi pantai.\n\nSelain membeli-belah terdapat banyak cafe dan kedai makan yang menyediakan pelbagai jenis makanan dalam dan luar negara boleh lawati. Di sekitar ECM ini juga terdapat banyak lot kedai dua tingkat untuk anda membeli-belah sambil bersiar-siar.\n\nLokasi:\u00a0East Coast Mall, Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan\n\nPantai Balok merupakan salah satu lokasi menarik yang terdapat di Kuantan, Pahang. Terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar, pasti akan memudahkan pengunjung untuk sampai ke lokasi ini. Pantai Balok yang diketahui umun mempunyai pemandangan indah akan menimbulkan rasa keterujaan di kalangan pengunjung. Walaupun lokasi ini bukan merupakan pantai peranginan tetapi ia cukup dikenali dengan aktiviti windsurfing.\n\nPertandingan windsurfing juga sering diadakan di Pantai Balok disebabkan faktor angin dan arus pantainya yang sangat sesuai untuk aktiviti ini. Di samping itu, Pantai Balok juga merupakan lokasi menarik kepada pengunjung yang meminati aktiviti perkhemahan.\n\nKemudahan tapak perkhemahan disediakan kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti perkhemahan ini turut mempunyai ciri keselamatan apabila lokasinya sentiasa dikawal selia oleh pihak pengurusan pantai bagi menggelakkan sebarang bahaya.\n\nSelain, menjadi lokasi tarikan penggemar aktiviti windsurfing, pantai ini turut menawarkan kemudahan gerai makanan yang menyediakan pelbagai sajian berasaskan makanan laut. Di samping itu, pengunjung juga tidak perlu risau dengan tempat penginapan kerana\n\nPantai Balok ini juga berdekatan dengan\u00a0hotel dan resort\u00a0yang pastinya memberikan keselesaan. Oleh itu, pengunjung tidak perlu melepaskan peluang untuk datang ke Pantai Balok kerana lokasi ini menawarkan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung dengan pantai lain di sekitar Kuantan, Pahang.\n\nJaman Tory atau lebih mudah difahami sebagai \u201czaman tori\u201d merupakan pengenalan yang merujuk kepada zaman dahulu dan pastinya masakkan yang dihidangkan di restoran ini merupakan makanan masyarakat tradisional. Oleh itu, kepada pengunjung yang menggemari masakan tradisional boleh singgah ke restoran ini yang terletak di bandar Indera Mahkota, Kuantan.\n\nMasakan seperti ikan patin bakar tempoyak, daging salai, ulam-ulaman, ayam kampung, masakan tradisi negeri Pahang dan banyak lagi yang boleh dirasai apabila berkunjung ke restoran ini. Di samping itu, pengunjung tidak perlu risau dengan keselesaan ketika berada di restoran ini kerana kemudahan dan kebersihan amat dititik beratkan oleh pemiliknya.\n\nLokasi:\u00a0Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan\n\nPantai Cherating terletak di sempadan negeri Pahang dan Terengganu merupakan satu lagi lokasi menarik yang boleh dilawati ketika bercuti di daerah Kuantan. Pantai Cherating merupakan destinasi pelancongan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi percutian keluarga. Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan perkhidmatan penginapan kepada pengunjung dan pastinya memberi keselesaaan ketika percutian di Kuantan.\n\nPengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti sukan pantai, luncur air, banana boat, memancing, berkayak dan banyak lagi.\n\nPengunjung yang berada di Pantai Cherating ini juga boleh merancang untuk melawat ke negeri Terengganu kerana lokasinya yang hampir dengan negeri tersebut membolehkan pengunjung melakukan beberapa aktiviti menarik di sekitar Kemaman.\n\nAktiviti tersebut seperti melihat kelip-kelip, Trip Snorkeling ke Pulau Ular, ATV Ride, Cherating Mangrove River Cruise, mencanting batik di Limbong Art dan banyak lagi. Oleh itu, percutian ke Pantai Cherating semestinya tidak akan menghampakan pengunjung dan pastinya akan merakam kenangan indah bersama keluarga.\n\nMasjid Sultan Ahmad Shah yang tersergam indah di tengah-tengah Bandar Kuantan ini telah direka dengan batu marmar khas yang bersinar cantik apabila terkena pantulan cahaya matahari dan pasti akan memukau pandangan mata uang melihatnya.\n\nMasjid ini merupakan salah satu masjid negeri yang terletak di tengah pusat bandar berhampiran dengan padang Majlis Perbandaran Kuantan. Keluasan masjid Sultan Ahmad Shah ini mampu menampung kira-kira 10,000 orang jemaah dalam satu-satu masa, menjadikan masjid ini yang terbesar di negeri Pahang.\n\nDi samping itu, menara masjid ini yang berukuran 180 kaki menjadikan ianya antara masjid yang terkenal di negeri Pahang.\n\nDiketahui bahawa, nama masjid ini diambil bersempena nama pemerintah Pahang yang pertama iaitu Sultan Ahmad Al-Mu\u2019adzam Shah.\n\nReka bentuk dalaman dan hiasan masjid yang bercirikan seni bina zaman Uthmaniah ini menjadikannya sebuah masjid yang sangat indah dan menarik dengan seni ukiran khat di sekitar dinding masjid telah menambahkan lagi keistimewaannya.\n\nPada bulan Ramadan pula, masjid ini bertambah meriah kerana padang MPK bersebelahan dengannya akan menjadi tumpuan seluruh pengunjung untuk berbuka puasa secara beramai-ramai.\n\nLokasi:\u00a0Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan\n\nTempat menarik yang seterusnya ialah Bukit Gambang Resort City. Tempat ini juga telah mendapat tarikan daripada pelancong yang sering berkunjung atau datang bercuti ke Kuantan. Di sini anda semua dapat mencuba pelbagai aktiviti menarik dan seronok bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubnungan silaturahim antara satu sama lain. Tidak ketinggalan juga, dapat menghilangkan segala tekanan yang sering bermain dalam fikiran.\n\nTempat menarik yang seterusnya ialah Mangala Resort & Spa. Apabila anda datang bercuti di Kuantan, Anda jangan lupa untuk datang ke sini kerana ia menyediakan pakej penginapan yang begitu terbaik untuk anda semua. Selain daripada itu dapat melihat pemandangan begitu cantik dan menarik sekali apabila bangun tidur. Jangan lepaskan peluang keemasan ini pada hujung minggu.\n\nSantuari Penyu Cherating merupakan tempat menarik untuk dikunjungi oleh masyarakat atau pelancong apabila datang ke Kuantan, Pahang. Anda akan melihat pelbagai spesies penyu serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Wah seronoknya, bercuti sambil menambahkan ilmu pengetahuan. Jangan lepaskan peluang ini.Selain itu, di sini juga terdapat galeri pameran yang sangat informatif tentang dunia penyu untuk tatapan pengunjung.\n\nTempat menarik di Kuantan ialah taman gelora. Taman Gelora ini merupakan satu tempat popular dalam kalangan masyarakat apabila datang bercuti di Kuantan. Tempat ini juga dapat dijadikan sebagai satu tempat untuk bergambar kerana tempatnya dikelilingi dengan flora& fauna sekali gus dapat memberikan ketenangan dalam jiwa dan fikiran masing-masing.\n\nAkhir sekali, tempat menarik di Kuantan ialah Kuantan River Cruise. Tempat ini amat popular dalam kalangan masyarakat atau pelancong. Selain daripada itu, dapat menyelusuri Sungai Kuantan dengan bot di sini bukannya seperti di Melaka kerana Sungai Kuantan ini sangat besar & berdekatan dengan hutan paya laut. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan untuk pengunjung menerokai Sungai Kuantan di sini yang mana setiap pakejnya mempunyai harga trip yang berbeza.\n\nItulah dia 15 tempat menarik di Kuantan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga membantu anda merancang perjalanan bila ke sana nanti. Jemput juga baca tempat menarik di Tanjung Malim dan tempat menarik di Cherating"
"Anak-anak yang masih kecil mempunyai badan yang cergas dan sihat. Mereka mempunyai tenaga yang banyak ketika bermain. Tidak kisah bermain permainan yang lasak atau tidak lasak. Mereka hanya ingin berseronok dan belajar benda yang baru. \n\nOleh sebab kecergasan mereka ini boleh mendatangkan kemarahan dalam diri ibu bapa. Hal ini kerana, mereka terlalu leka bermain sehingga boleh mendatangkan kemalangan yang tidak diingini. Sebagai contoh, terpecahkan pasu bunga, menumpahkan makanan, terjatuh sehingga terluka dan macam-macam lagi. \n\nApabila kemalangan-kemalangan kecil ini berlaku, ia boleh menyebabkan ibu bapa marah kepada anak-anaknya dan melontarkan kata-kata yang tidak elok didengari oleh anak-anak. Contohnya, ayat yang kita selalu dengar adalah \u2018anak yang nakal\u2019. Punca utama ibu bapa berkata begitu kerana anak-anak tidak mahu mendengar nasihat atau melakukan kesilapan.\n\nTahukah anda, apabila kita berkata begitu, ia adalah sebuah doa? Jadi kita perlu mengelakkan daripada berkata begitu kepada anak-anak. Apakah manfaat tidak memanggil anak kita nakal?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 manfaat tidak memanggil anak kita nakal. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq. \n\n5 Manfaat tidak memanggil anak kita nakal.\n\n1. Boleh jadikan anak kita anak kinesthetic yang belajar melalui pergerakan badannya\n\n2. Boleh jadikan anak kita anak yang aktif yang mana dia sedang mempersiapkan otot dan tubuhnya untuk membesar\n\n3. Boleh jadikan anak kita tu aktif untuk meluahkan emosi terpendam yang dirasakannya. Aktiviti fizikal tu lah cara paling sihat untuk dia menukarkan emosi negatif kepada emosi positif\n\n4. Boleh jadikan anak kita tu melompat ke sana ke sini, berlari dan bermain hanya untuk menenangkan diri. Itulah yang kita namakan sebagai Coping Mechanism\n\n5. Boleh jadi juga kerana ia adalah hasil doa kita yang mahukan anak yang bijak dan cerdas otaknya.\n\n*Ada kebaikannya jika kita tidak memanggil anak kita nakal. Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu bapa itu adalah sebuah doa. Maka, kita perlu menjaga kata-kata kita ketika berbicara. Jangan mengikut perasaan yang marah itu dan lepaskan kepada anak-anak. Mereka tidak bersalah dan tidak mengetahui apa-apa.\n\nTegurlah anak-anak dengan cara yang baik dan lembut. Selain itu, jangan berkasar dengan mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ikan bawal merupakan jenis ikan laut yang banyak permintaan. Ikan bawal ada dua jenis iaitu bawal hitam dan bawal putih. Ikan bawal putih dikatakan lebih ramai permintaan daripada bawal hitam. Ikan bawal seringkali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa.\n\nDaging ikan bawal tebal dan manis bila dimasak. Isinya putih dan lembut pula. Jika digoreng garing, akan keluar wangi yang semerbak dan menyelerakan. Apalagi kalau dimakan dengan sambal belacan, makin sedap terangkat. Tulang ikan bawal pula tidak banyak dan senang dibuang.\n\nTerdapat pelbagai resepi masak ikan bawal yang boleh dicuba. Juga telah kami sediakan 10 resepi ikan bawal sedap terangkat rasa macam hidangan jamuan istimewa. Boleh dimasak untuk acara kenduri ataupun masak sendiri di rumah, makan bersama keluarga. Sila cubakan resepi-resepi bawal yang mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nNurul Ateekah berkongsikan resepi ikan bawal pesmol daripada kawan indonesia, setiap kali ke rumahnya, kawan dia akan hidang masakan ini. Rasanya tidak seperti masak lemak biasa. Kuahnya tidak perlu cair, tapi kuahnya hendaklah dimasak sehingga pekat, rasa pedasnya hanyalah sedikit sahaja. Pertama kali rasa masakan ini, memang mempunyai aroma dan rasa yang gurih sangat.\n\nMasakan yang mudah untuk pemula. Gerenti disukai oleh mertua, suami, dan adik beradik lain. Ulasan jujur Nurul Ateekah di laman Facebook bahawa walaupun baru pertama kali makan, memang sedap rasa yang berlemak dan sedikit pedas ini.\n\nSweet sour ikan bawal sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Resepi dikongsikan oleh Azizah Daud di laman Facebook. Rasa manis dan masamnya amat merangsang selera.\n\nAda yang suka ikan bawal masak cuka? Rasa masam-masam yang padan dengan bawang dan cili. Letak sedikit sayur sawi untuk rasa yang lebih pelbagai. Resepi dikongsikan oleh Eila Rostam di laman Facebook.\n\nMenu seterusnya, ikan bawal emas masak stim kicap. Hidangan ini makin sedap bila digandingkan dengan telur dadar siam, kailan sos tiram, telur sotong goreng kunyit, dan buah baby plum. Resepi dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di laman Facebook.\n\nBerapa orang yang suka masak macam ini? Bawal goreng masak sos pedas-pedas manis. Ikan pula kenalah digoreng garing hingga rangup supaya tidak lembik sangat masa digaul dengan sos. Resepi daripada Cikpuan Aina di laman Facebook.\n\nResepi seterusnya ialah kari ikan bawal dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook. Kari bawal versi utara dan tidak pakai santan. Ayuh cubakan untuk petang ini.\n\nMakan tengah hari teringin makan lauk goreng pedas-pedas. Lebih rasa sedap kalau makan nasi putih dengan sambal bawal sedap. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.\n\nYang suka menu sihat tanpa minyak dan tidak pedas, boleh cuba masak ikan bawal steam ala Chinese. Semestinya menyediakan lauk ini amat mudah dan jimat masa. Isi ikan pun tebal, manis dan lazat. Resepi dikongsikan oleh Raja Azreen di laman Facebook.\n\nSyu Azis berkongsikan resepi kari india yang amat sesuai dengan tekak melayu. Sekali cuba confirm selera betul makan dari sesuap ke bersuap-suap masuk ke mulut. Sungguh, Sedap! Resepi yang sangat sedap dan ramai perkongsian di laman Facebook. Tak tipu, kalau tidak percaya cubalah buat. Kari ikan ala Odisha style.\n\nSelain resepi bawal, kami telah menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila cubakan. Jangan lupa Share dan Like resepi ini ya."
"Sebagai seorang yang beragama islam dan sudah bekerja dengan pendapatan sendiri, salah satu kewajipan bagi diri kita ialah untuk mengeluarkan zakat pendapatan. Sayangnya tak ramai masyrakat islam di Malaysia yang ambil tahu tentang zakat pendapatan, apatah lagi menunaikan tanggung jawab untuk membayar zakat. Sesungguhnya kita akan diazab di akhirat nanti jika tidak membayar zakat. Jom kami kongsikan info tentang fakta dan kekeliruan zakat pendapatan.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan zakat pendapatan?\n\nMenurut Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zakat pendapatan berasal daripada konsep zakat al-mal al-mustafad atau zakat harta perolehan. Konsep al-mal al-mustafad bermaksud kewajipan ke atas orang islam untuk membayar zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran atau jual-beli. Untuk lebih mudah kita faham, secara ringkasnya ia merangkumi gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain yang kita perolehi.\n\nPara fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas semua hasil pendapatan dan gaji yang kita perolehi. Ini kerana pendapatan merupakan sejenis harta yang mempunyai potensi untuk berkembang dan boleh membawa kepada perolehan yang lumayan lebih-lebih lagi bagi seseorang yang menyandang jawatan-jawatan profesional atau peringkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Jawatan professional dan jawatan tinggi pastinya memberikan gaji yang besar kepada individu tersebut.\n\nPastinya anda ingin tahu apakah dalil yang mewajibkan zakat pendapatan ke atas semua umat islam yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri? Di antara dalil yang berkaitan dengan zakat pendapatan ialah seperti berikut:\n\n\u201dWahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.\u201d (Al-Baqarah: 267)\n\nDalam sebuah hadith, telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:\n\n\u201cSedekah ditekankan atas setiap muslim lalu para sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan)? Beliau menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah\u201d (HR Bukhari & Muslim)\n\nDiriwayatkan daripada Abu Ubayd diterima daripada Hubayrah ibn Yarim, beliau berkata:\n\n\u201cAbdullah ibn Masud memberikan kepada kami sebuah bakul yang berisi barang yang bernilai, diambil sebahagiannya untuk membayar zakat.\u201d\n\nApakah fatwa berkaitan zakat pendapatan di Malaysia?\n\nBagi penduduk yang tinggal di wilayah persekutuan, fatwa yang terpakai ialah Fatwa Di Bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]. Menurut subseksyen 34(1) akta tersebut:\n\n\u201cZakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut.\u201d\n\nSementara untuk seluruh rakyat Malaysia, fatwa yang berkenaan ialah Fatwa Kebangsaan Tentang Zakat Gaji & Pendapatan Profesional. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional dan telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.\n\nBerapakah\u00a0 nisab dan haul zakat pendapatan?\n\nPastinya anda ingin tahu bagaimanakah cara untuk mengira nisab dan haul zakat pendapatan. Untuk mereka yang tinggal di Malaysia, zakat pendapatan adalah bersandarkan kepada nilai 85 gram emas. Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih. Itulah nisab di Malaysia.\n\nPakar-pakar di kalangan ulama kontemporari tidak meletakkan haul sebagai syarat wajib zakat pendapatan di atas beberapa faktor seperti:\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)\u201d (Al-Baqarah[2]: 267)\n\nBagaimana Cara Kira Zakat Pendapatan ?\n\nIni adalah bahagian yang paling penting dan wajib untuk anda fahami. Kaedah kiraan zakat pendapatan yang diamalkan di Malaysia adalah seperti berikut:\n\nOleh itu, jika selepas kiraan anda mendapati bahawa anda termasuk dalam kategori yang wajib membayar zakat pendapatan, sila jalankan tanggung jawab anda sebagai seorang yang beragama islam. Zakat pendapatan boleh dibayar ke pusat zakat negeri masing-masing malah boleh juga dibuat secara online. Mudah sangat!\n\nItulah dia info tentang zakat pendapatan: fakta dan kekeliruan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang 3 kategori wanita islam\u00a0dan maksud dan manfaat khairat kematian."
"Kerja banyak kan?Stress jer? Rasa-rasa macam nak pergi \u2018picnic\u2019 dan makan sandwich viral dengan keluarga tersayang kan? Nak lari sekejap dari kerja? Jangan bertangguh, family time lagi penting. Tak dapat pergi yang jauh, pergi jer yang dekat. Tak pun berkelah jer depan halaman rumah. Tak salah pun.\n\nDah tuh kalau plan \u2018last minute\u2019, menu yang paling sesuai dan mudah serta sedap untuk dibuat adalah sandwich. Bahan-bahannya pun tak perlu banyak. Dan yang paling penting tak leceh. Lepas tuh boleh pelbagaikan intinya. Nak letak telur boleh, tuna boleh, sardin boleh, ayam boleh, apa-apa pun boleh. Ikut selera dan kreativiti masing-masing.\n\nSenang kan? Jadi jom cuba salah satu jenis sandwich yang viral nih. Ya, sandwich telur. Resepi yang dikongsikan Nuur Erina dari laman facebook mendapat \u2018like\u2019 melebihi 2.4k dan masih \u2018counting\u2019. Jom layan resepinya. Ringkas dan Sedap!!\n\nBahan-bahan (Untuk 2 bundle roti yang besar)\n\nSelain resepi sandwich ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Sebagai rakyat Malaysia, makanan ruji kita adalah nasi. Jadi, tidak sempurnalah jika satu hari kita tidak makan nasi. Tetapi, ada hari hari yang kita sudah jemu dengan nasi dan mahukan sesuatu yang lain. Pada hari ini, kita akan membawakan resepi yang boleh menggantikan nasi dan juga kenyang iaitu mee kuah.\n\nTerdapat banyak jenis mee kuah seperti mee kuah tulang, mee kuah udang dan lain-lain lagi. Bahan utama mee kuah ini sudah semestinya mee. Jadi pada penggemar mee anda mesti cuba resepi ini di rumah.\n\nTanpa melengahkan masa, mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaan mee kuah ini yang telah dikongsikan oleh Azita Abdul Rahim di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat lebih daripada 1 ribu share di laman tersebut.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba dan jadikan idea masak apa hari ini! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang."
"Chewing gum, atau gula-gula getah dalam bahasa Melayu merupakan antara gula-gula yang paling mendapat tempat di hati semua orang. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut meminatinya.\n\nSuami saya suka memberi petua. Kononnya untuk mengecilkan pipi yang besar, kena selalu mengunyah chewing gum. Namun setelah lama berkahwin, sehingga kini, pipinya kekal besar.\n\nMana tidaknya, pengambilan makanan yang tidak dikawal. Pakai petua apa pun takkan kecil, betul tak?\n\nBerbalik pada chewing gum tadi, artikel ini berhasrat untuk membuka mata orang ramai tentang bahayanya chewing gum terhadap kesihatan anda. Secara kasarnya, ia mengandungi bahan toksik yang boleh menyebabkan kematian. Anda pasti terkejut!\n\nChewing gum mengandungi aspartame dan sucralose \u2013 sejenis bahan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan. Apabila suhu aspartame meningkat sebanyak 30 darjah Celcius (suhu mulut manusia 37 darjah Celcius), ia akan membebaskan methanol yang akan bertukar menjadi formic acid dan formaldehyde di dalam badan nanti.\n\nAspartame di dalam chewing gum diserap oleh buccal mucosa mulut dan lidah. Menurut kajian, disebabkan ia diserap dalam badan dengan cara ini, ia menyebabkan aspartame lebih meracunkan berbanding sekiranya ia disuntik terus ke dalam badan.\n\nAspartame yang telah diserap tersebut akan pergi secara terus kepada otak melalui tulang belakang dan saluran darah. Hanya dengan sebiji chewing gum sahaja, ia boleh membahayakan dan memberi mudarat pada kesihatan tubuh anda.\n\nSebaik sahaja aspartame diserap oleh tubuh, ia akan berpecah menjadi pelbagai jenis racun. Racun yang terhasil daripada chewing gum adalah lebih membahayakan dan memudaratkan daripada racun biasa.\n\nSekiranya anda mahu mengelak dari aspartame, anda perlu ingat, aspartame tidak hanya terdapat dalam chewing gum. Ia merupakan bahan biasa yang terdapat dalam kebanyakan makanan dan minuman berproses serta berpaket \u2013 lebih-lebih lagi apabila ia diwar-warkan sebagai BEBAS GULA atau RENDAH\u00a0KALORI. Antara makanan yang kurang gula dan rendah kalori adalah:\n\nWalau apa pun, semak dahulu barangan anda sebelum membuat keputusan untuk membeli. Keputusan anda pasti memberi impak yang besar dalam kesihatan diri dan keluarga anda. Aspartame juga ditulis sebagai\u00a0AminoSweet pada bungkusan makanan untuk mengelirukan pengguna. Jadi, berjaga-jaga!\n\nAspartame, juga dipasarkan sebagai NUTRASWEET, SPOONFUL, CANDEREL dan EQUAL, merupakan bahan tambahan di dalam kebanyakan makanan dan minuman. Ia merupakan\u00a0pengganti gula yang beracun.\u00a0Kadang kala, ia ditulis di label kandungan sebagai E951. Oleh itu, khususnya penghidap diabetes, anda perlu berjaga-jaga!\n\nAspartame dibuat menggunakan tiga jenis bahan kimia iaitu Aspartic acid (40% aspartame), phenylalanine (50% aspartame), dan\u00a0methanol (racun/wood alcohol-10% aspartame)\n\nAspartic acid merupakan sejenis asid amino. Ia didapati boleh meningkatkan kadar aspartate dalam plasma darah. Kandungan aspartate dalam darah yang tinggi boleh menggangu neuron dalam otak untuk berhubung sekaligus memusnahkan neuron tersebut. Terdapat beberapa penyakit kronik yang dikesan terjadi akibat kemusnahan oleh asid amino iaitu:\n\nPhenylalanine\u00a0merupakan asid amino yang biasanya dijumpai di dalam otak. Kadar phenylalanine berlebihan di dalam otak boleh menyebabkan kadar seratonin dalam otak berkurang \u2013 membawa kepada masalah gangguan emosi seperti tertekan atau kemurungan.\n\nMethanol pula merupakan antara racun yang boleh mengancam nyawa manusia. Methanol akan berpecah menjadi formic acid dan\u00a0formaldehyde di dalam badan sebaik sahaja diserap. Formaldehyde merupakan bahan neurotoxin yang boleh mengancam nyawa manusia.\n\nAspartame berpotensi tinggi untuk berubah menjadi carcinogen, walaupun diambil hanya 20mg per setiap kg berat badan manusia. Kajian yang dilakukan oleh para saintis terhadap tikus makmal mendapati, ia boleh meningkatkan kebarangkalian berlakunya tumor dalam badan. Bagi tikus betina pula, ia meningkatkan kebarangkalian berlakunya leukaemia\u00a0dan\u00a0lymphomas,\u00a0serta sel kanser di pelvis dan urethra.\n\nSemestinya, kesan karsinogen terhadap kanak-kanak adalah sangat tinggi berbanding orang dewasa disebabkan oleh berat badan mereka yang sedikit. Karsinogen memberi impak yang tinggi terhadap embrio. Disebabkan itu, wanita yang mengandung juga terdedah dengan risiko yang besar akibat karsinogen.\n\nNatural Alternatives \u2013 Aspartame/Sucralose Free Gum\n\nJangan risau! Tidak semua chewing gum tak boleh dimakan. Terdapat juga beberapa jenama chewing gum yang bebas dari aspartame dan sucralose di pasaran. Walau apa pun, penting sekiranya anda menyemak dahulu kandungan bahan dalam barangan yang dibeli.\n\nSeeloknya, cari chewing gum tanpa pewarna tiruan, tanpa perasa tiruan, tanpa pemanis tiruan dan tanpa bahan pengawet tiruan. Sukar nak cari, bukan? Tetapi ada! Jangan risau.\n\nDi sini saya tertarik untuk berkongsi video berkenaan pembuatan chewing gum. Selepas anda menontonnya, anda mesti terfikir sendiri. Lebih baik makan buah-buahan dari makan getah berperasa ni kan?\n\nKredit gambar: Jonas Thun, batay-batay, Bexi"
"Jom ketahui jenis-jenis alergik yang mungkin anda tidak perasan.\n\nAlergik atau alahan bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana alahan yang teruk boleh menyebabkan kematian. Terkejut bukan! Alergik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walau pun tiada sejarah dalam keluarga menunjukkan ada ahli keluarga yang lain mengalami alahan yang sama.\n\nMalah alahan boleh berlaku sejak bayi atau muncul secara tiba-tiba sama ada semasa remaja atau semasa sudah meningkat dewasa. Jom lihat dan baca perkongsi tentang alergik dengan fokus kepada apakah jenis-jenis alergik dan rawatan serta petua untuk mengatasinya.\n\nIni adalah alergik yang paling popular dan diketahui oleh masyarakat di seluruh dunia. Ada orang yang alah kepada sesejenis makanan dan langsung tidak boleh mengambil makanan yang mempunyai kandungan bahan tersebut. Di antara makanan yang selalu menyebabkan alergik ialah makanan laut dan kekacang. Jika termakan tanpa sengaja, individu tersebut mungkin akan mengalami:\n\nJika anda disahkan mempunyai alahan kepada sesejenis makanan, elakkan daripada makan makanan tersebut agar tidak mengalami komplikasi yang tidak diingini.\n\nJenis alergik yang seterusnya ialah alahan kepada habuk. Bagi kita manusia yang normal. Kehadiran habuk di sekeliling rumah, pejabat, atau di kawasan luar adalah sesuatu yang normal dan tidak akan menjejaskan kita dari apa segi sekali pun. Namun\u00a0 bagi mereka yang alah kepada habuk, jika mereka berada dalam psersekitaran yang berhabuk, mereka akan mula mengalami keadaan berikut:\n\nOleh itu, jika anda mempunyai alahan kepada habuk sila elakkan diri daripada berada dalam persekitaran yang berhabuk kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anda. Jika anda terpaksa berada di tempat berkenaan, pastikan anda menutup mulut dan hidung dengan topeng muka dan pastikan anda memakai baju lengan panjang dan seluar panjang bagi mengurangkan interaksi di antara kulit anda dengan habuk yang ada di situ.\n\nAlahan kepada cuaca sejuk atau cold urticaria\n\nAnda mungkin tidak pernah mendengar tentang jenis alahan yang ini kerana ianya agak jarang berlaku di Malaysia di mana cuaca kita tidak mempunyai 4 musim. Alahan ini biasa berlaku kepada penduduk yang tinggal di negara 4 musim di mana suhu menjadi terlalu sejuk apabila musim sejuk tiba. Bagi individu yang mengalami alahan jenis ini, di antara simptom yang akan dialami ialah:\n\nBagi individu yang mengalami alahan kepada cuaca sejuk, cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan cara memakai pakaian yang tebal semasa musim sejuk agar kulit anda terlindung daripada cuaca sejuk yang boleh menjejaskan kesihatan anda.\n\nJenis alergik yang seterusnya ialah alahan kepada binatang perliharaan. Bagi individu yang mengalami alahan jenis ini, mereka tidak boleh berada berdekatan dengan binatang perliharaan terutamanya yang berbulu seperti kucing dan anjing. Malah bagi mereka yang mempunyai alahan kronik, mereka tidak boleh berada dalam bilik yang pernah dimasuki oleh binatang perliharaan walau pun pada masa itu binatang tersebut sudah tidak berada di sana. Di antara simptom yang akan dialami jika berada dekat dengan binatang perliharaan ialah:\n\nBagi mereka yang mempunyai alahan kepada binatang perliharaan, cara yang terbaik ialah untuk menjauhkan diri daripada sebarang binatang perliharaan. Jika anda mengunjungi rumah saudara atau kenalan, tanya dahulu jika mereka mempunyai binatang perliharaan dan jika ada, maklumkan bahawa anda mengalami alahan tersebut dan minta mereka untuk menempatkan binatang perliharaan di bilik lain dan bukannya membiarkan ia berada sebilik dengan anda semasa di sana.\n\nJenis alahan yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah alahan kepada gegaran atau getaran. Contoh getaran ialah menaiki motorsikal untuk tempoh masa yang lama. Manakala contoh geseran ialah geseran pakaian kepada kulit badan seperti geseran seluar kepada paha dan betis. Bagi mereka yang mengalami alahan kepada gegaran dan geseran, apa yang akan mereka alami jika berlakunya gegaran dan geseran ialah:\n\nJenis alergik yang seterusnya ialah alahan kepada debunga. Ini adalah alahan di mana seseorang tidak boleh berada dekat dengan sebarang tumbuhan yang berbunga atau jambangan bunga hidup kerana kehadiran debunga yang terdapat pada bunga itu akan menyebabkan dia mengalami keadaan buruk seperti:\n\nJika anda alah kepada debunga, sila jauhkan diri daripada bunga. Jika anda menghadiri majlis yang mempunyai bunga hidup sebagai perhiasan, jangan lupa untuk membawa sapu tangan untuk menutup hidung dan mulut anda tanpa menyebabkan tuan majlis kecil hati.\n\nItulah dia perkongsian tentang jenis-jenis alergik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang alahan ibu mengandung dan kebaikan tomato untuk kulit."
"Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang paling ditakuti oleh rakyat Malaysia. Rawatan kemoterapi bagi pesakit kanser adalah sangat menyakitkan, malah ia juga boleh membawa maut sekiranya dikesan pada tahap yang serius. \n\nTahukah anda bahawa kanser boleh dicegah dengan mengamalkan makanan anti kanser. Nak tahu apakah dia makanan anti kanser?\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kanser? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser adalah penyakit ketumbuhan yang berbahaya di dalam atau di luar badan yang disebabkan oleh pertumbuhan tisu yang tidak normal dan boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Di antara kanser yang paling kerap menyerang rakyat Malaysia ialah kanser pangkal rahim, kanser payudara, kanser limfoma, kanser patu-paru, dan kanser tulang.\n\nKanser adalah sejenis penyakit kronik yang berkaitan dengan satu keadaan di mana berlakunya ketidakseimbangan dalam replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah dan bereplikasi mengikut aturan bagi membolehkan tumbesaran badan dan proses pemulihan selepas berlakunya sebarang kecederaan kepada tubuh badan. \n\nNamun adakalanya sel ini bertambah secara tidak normal lalu menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal pada badan yang dikenali sebagai tumor.\n\nTumor boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bukan barah (benign) dan barah (malignant). Tumor bukan barah tidak akan merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain manakala tumor barah yang terdiri daripada sel-sel barah yang tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah juga boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan berlakunya komplikasi sistemik dan kehilangan fungsi multi organ lalu menyebabkan kematian.\n\nApabila sel kanser sampai ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di bahagian tersebut. Keadaan barah yang sudah merebak ini dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. \n\nSelain itu, perkataan barah juga boleh digunakan untuk keadaan di mana berlakunya pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor seperti yang berlaku kepada pesakit leukimia.\n\nApakah makanan anti kanser yang boleh mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kanser?\n\nBawang putih, bawang besar, dan bawang bombay\n\nBawang merupakan super food yang dipercayai mampu mengawal dan mencegah kanser. Kesemua bawang yang disenaraikan ini mempunyai satu bahan yang dimakan Allicin. Allicin adalah bahan yang memberikan rasa tengik dan gas pemedih mata yang ada dalam bawang. Bagaimana bawang putih, bawang besar, dan bawang bombay membantu mencegah kanser?\n\nAllicin adalah bahan antibakteria, antivirus, antiradang dan antioksida yang sangat membantu untuk mencegah kanser dan mencegah sel kanser daripada merebak ke bahagian tubuh badan dan organ yang lain. Oleh itum amalkan bawang dalam menu setiap hari anda. Bawang putih dan bawang besar seeloknya dimakan secara mentah sementara bawang bombay boleh dimasukkan ke dalam masakan.\n\nKunyit merupakan herba yang selalu kita gunakan sebagai bahan masakan. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya kunyit adalah salah satu daripada super food yang boleh digunakan untuk mencegah dan merawat kanser. Di dalam kunyit terdapat satu bahan yang bernama antiangiogenesis yang berfungsi untuk menghalang bekalan darah daripada sampai kepada sel kanser. \n\nApabila set kanser tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya, sel kanser tersebut akan mati. Apabila semua sel kanser telah mati, maka pesakit akan menjadi bebas kanser. \n\nMakanan anti kanser yang seterusnya ialah teh hijau yang kaya dengan antiangiogenesis seperti kunyit. Fungsi utama antiangiogenesis adalah untuk menghalang bekalan darah daripada sampai ke sel kanser supaya sel kanser tersebut mati. \n\nSelain itu, teh hijau juga mempunyai fungsi detoks yang membantu membuang toksin dari tubuh badan. Satu lagi bahan baik yang ada dalam teh hijau adalah folifenol yang sangat membantu melawan sel kanser.\n\nBunga Kubis bukan sahaja sedap dijadikan sebagai salah satu bahan dalam sayur campur, malah ia juga terkenal sebagai pengganti nasi bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Namun ketahuilah bahawa yang sebenarnya bunga kubis juga adalah makanan anti kanser. \n\nBunga kobis mengandungi sulforaphane iaitu sebatian yang telah terbukti secara klinikal mempunyai kesan anti kanser. Sulforaphane yang dilepaskan ke dalam badan akan menyerang sel kanser dan menghapuskannya tanpa menjejaskan sel badan lain yang sihat.\n\nAnda pasti tahu, lobak merah sangat baik untuk mata. Apa yang anda tak tahu, lobak merah juga mampu mencegah dan merawat kanser. Kajian mendapati bahawa lobak adalah makanan anti kanser dan mampu merawat kanser prostat. \n\nDalam satu kajian, tikus yang diberikan lobak merah setiap hari berjaya bebas daripada kanser prostat apabila sel kanser yang ada berjaya dimusnahkan dan tidak dapat membiak. Oleh itu, jadikan lobak merah sebagai salah satu menu dalam makanan anda setiap hari.\n\nAnda suka makan tomato? Tomato juga adalah makanan anti kanser. Tomato mempunyai satu bahan yang bernama lycopene iaitu satu fitokimia yang berfungsi untuk melawan sel kanser. Selain itu, tomato juga kaya dengan antioksida yang membantu menghasilkan sel badan yang sihat.\n\nItulah dia tadi info tentang makanan anti kanser yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca kanser dan kanser rahim"
"Anda mencari idea hadiah untuk diberikan kepada kawan perempuan? Kami akan senaraikan hadiah hari jadi untuk kawan perempuan terbaik kepada anda dengan pelbagai pilihan membolehkan anda semua membuat pilihan untuk diberikan kepada kawan perempuan.\n\nMemang betul, terkadang kaum wanita agak cerewet dalam beberapa perkara tetapi tidak semua begitu. Jadi, sebelum anda hadiahkan untuk seseorang perempuan, pastikan anda tahu apakah yang si dia suka. \n\nApabila semua itu dah tahu, pasti idea carikan hadiah akan jadi lebih mudah kerana anda telah tahu apakah\u00a0present\u00a0yang bersesuaian untuk mereka berpandukan umur, latar belakang dan lain-lain.\n\nHadiah hari jadi untuk perempuan yang terbaik ialah perfume. Hal ini kerana setiap wanita amat menyukai wangi-wangian apabila keluar dari rumah. \n\nNamun mereka mempunyai cita rasa masing-masing mengikut keselesaan sendiri. Sekiranya anda hadiahkan perfume terutamanya perfume kegemaran mereka, akan membuatkan hari mereka bertambha ceria dan gembira. Jadi tunggu apa lagi, cepat tanyakan kepada kawan perempuan, perfume kegemaran mereka.\n\nAnda tidak tahu untuk hadiahkan apa semasa hari jadi kawan perempuan. Apa kata anda hadiahkan beg tangan . Pasti mereka akan suka dan gembira. Namun pastikan beg tangan tersebut salah satu daripada kegemaran mereka supaya akan menambahkan kegembiraan pada masa tersebut. \n\nHal ini keran beg tangan merupakan salah satu perhiasan paling penting kepada wanita semasa keluar dari rumah untuk meletakkan segala barang yang diperlukan. Sebagai contoh dompet, perfume, telefon , tisu , sedikit barang make up dan lain-lain. \n\nHadiah hari jadi untuk perempuan yang terbaik ialah tudung. Hal ini kerana tudung merupakan satu barangan paling mereka sukai dan gemar terutamanya design tersebut mempunyai pelbagai warna dan bentuk menarik. \n\nApabila anda hadiah kepada mereka tudung pasti akan membuatkan hati mereka gembira dan seronok sekali. Jadi tunggu apa lagi, ayuh dapatkan tudung dalam pelbagai bentuk design menarik di pasaran sekarang.\n\nHadiah hari jadi untuk perempuan yang seterusnya ialah cincin. Cincin merupakan satu benda paling penting kepada perempuan dalam senarai perhiasan mereka. Hal ini kerana cincin apabila seorang perempuan memakainya akan kelihatan lebih gempak dan elegan sekali di mata masyarakat terutamanya dengan insan tersayang. Jadi ini lah saatnya untuk melihat kawan perempuan anda kelihatan cantik dan berseri-seri.\n\nKasut merupakan hadiah yang sesuai untuk diberikan semasa sambutan hari jadi kepada kawan perempuan anda semua. Namun sebelum hadiahkan , anda perlu tahu tentang saiz mereka risau akan memberikan kesan kepada mereka sekiranya ia kecil mahupun besar. Cepat dapatkan sekarang di pasaran untuk hadiahkan kepada kawan perempuan anda.\n\nHadiah yang sesuai dan terbaik untuk diberikan kepada perempuan ialah make-up. Hal ini kerana perempuan sangat suka apabila mereka kelihatan cantik dan menawan ketika keluar dari rumah untuk menghadiri sebarang majlis atau perjumpaan dengan kawan mahupun insan tersayang. Satu set make up juga merupakan satu keperluan untuk wanita dan dijadikan salah satu perhiasan kegemaran mereka paling disukai.\n\nNeckalce juga sesuai untuk dihadiahkan kepada kawan perempuan semasa sambutan hari jadi mereka. Hadiah necklace ini pasti akan jadi hadiah paling gempak dan menarik kerana ia merupakan salah satu perhiasan paling penting untuk perempuan agar dirinya kelihatan elegan di mata masyarakat. Jadi tunggu apa lagi, ayuh dapatkan necklace ini di pasaran dengan kadar segera.\n\nSet berus Solek juga hadiah sesuai dan terbaik untuk diberikan kepada kawan perempuan semasa hari jadi mereka. Mereka pasti akan gembira dan teruja sekiranya dapat hadiah ini daripada kawan baiknya sendiri. Anda boleh dapatkan set berus solek ini di pasaran dalam pelbagai bentuk dan corak menarik sehingga menyebabkan anda rambang mata untuk memilih yang mana.\n\nHadiah yang sesuai untuk diberikan kepada kawanp perempuan semasa hari jadi ialah jam tangan kesihatan. Hal ini kerana jam tangan juga merupakan satu perhiasan penting bagi perempuan apabila keluar dari rumah bagi memudahkan mereka melihat waktu dan kelihatan elegan sekali. \n\nJam tangan ini juga akan menyebabkan seseorang mengetahui keadaan kesihatan mereka sekaligus memberikan sedikit motivasi untuk menjaga kesihatan.\n\nAkhir sekali, hadiah sesuai untuk diberikan kepada perempuan semasa menyambut hari kelahiran mereka ialah purse. Hal ini kerana purse juga amat penting bagi wanita untuk mereka meletakkan duit dan card yang berkenaan seperti kad pengenalan, bank , watson dan sebagainya. Sekiranya anda bagi kat mereka, pasti akan teruja kerana hadiah tersebut salah satu daripada kegemaran mereka.\n\nBerikut merupakan beberapa senarai hadiah hari jadi untuk diberikan kepada perempuan, anda boleh pilih mana yang ingin diberikan berdasarkan senarai tersebut. Tidak ketinggalan juga anda dijemput untuk membaca \n\nPenulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan bukanlah mewakili pendapat laman Bidadari.My"
"Bayi yang baru lahir digalakkan untuk minum sus ibu berbanding susu formula. Ini kerana susu ibu lebih khasiat daripada susu formula yang diproses dan dijadikan serbuk susu yang hanya tinggal dibancuh dengan air panas. Jika susu badan telah habis, maka terpaksa lah untuk gunakan susu formula diberi kepada bayi. Tidak semua ibu mempunyai susu badan yang banyak.\n\nIbu yang suri rumah lebih mudah untuk menyusukan anak berbanding yang bekerja. Ibu yang bekerja akan memerah dahulu susunya kemudian dimasukkan ke dalam botol susu dan di simpan untuk diberikan kepada bayi. Mereka juga perlu membawa alat perahan susu ke tempat kerja untuk memerah susu jika tiba masanya. Jadi ia agak remeh.\n\nSusu badan yang disimpan itu boleh dipanaskan sebelum diberikan kepada si bayi. Tetapi ada cara yang betul untuk memanaskan susu tersebut. Bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai cara memanaskan susu ibu dan perkara yang tidak boleh dibuat. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nCara yang betul untuk memanaskan susu ibu\n\nSusu yang dipanaskan terlalu lama atau menggunakan suhu yang terlalu tinggi,lebih dikenali \u2018Susu Overheat\u2019,boleh mengurangkan Kadar Lemak dalam susu ibu.Disamping boleh mengurang atau memusnahkan zat-zat yang ada dalam susu ibu. Sayanglah kan? Sebab tu penting ya proses suamkan susu ini sebab kita nak kekalkan kebaikan susu ibu ini.\n\nSuhu yang digalakkan untuk suamkan susu adalah 37-40\u00b0c.Dipercayai untuk meniru paras suhu tubuh manusia. Susu ibu TIDAK BOLEH dihangatkan di dalam microwave. Sebab-sebabnya :\n\n-Penggunaan microwave semasa menghangatkan susu membuatkan susu tidak disuamkan dengan sekata.Terdapat bahagian yang panas secara berlebihan,\u2019hot spots\u2019,dan sebaliknya..Hot spot ni berisiko mengakibatkan lecur pada mulut bayi.\n\n-Mengawal suhu menggunakan microwave agak sukar dan boleh mengakibatkan Overheat berlaku.\n\nSebelum suamkan,susu perlulah dicairkan terlebih dahulu.Proses ini digalakkan dibuat secara perlahan bukan secara drastik. Cara-caranya :\n\n-Malam sebelum susu digunakan,susu dari frozen dikeluarkan mengikut sistem FIFO(First In First Out)\n\n-Lalukan dibawah air atau rendamkan susu didalam semangkuk air,kemudian masukkan ke bahagian chiller.\n\n-Jika menggunakan plastic storage,digalakkan untuk transfer susu ke dalam botol susu apabila susu sudah cair.\n\n-Suamkan susu menggunakan nisbah 1:2..1 bahagian air panas didih dicampurkan dengan 2 bahagian air paip.-Nisbah ini sangat bersesuaian dan anda akan dapat sekitar 37\u00b0c,nisbah yang disarankan untuk suamkan susu ibu\natau gunakan warmer yang banyak dijual di pasaran.Tapi ingat,jangan letak berlama-lama pula dalam warmer,overheat nanti.\n\nNak suamkan susu juga tak boleh guna air panas dari mesin air ya,sebab suhu air panas dari mesin air ni biasanya lebih dari 40\u00b0c.Memang akan overheatlah susu tu. Sebab ramai ibu kongsikan mereka guna air panas semata dari mesin air. Hasilnya, susu overheat.\n\nSaya pernah cuba guna mesin air yang sedia ada di rumah. HQ bagitahu suhu air panas mereka sekitar 80\u00b0c,saya perlu dilute 1:5 bahagian air paip,baru dapat suhu 40\u00b0c.. Jadi nak guna juga,anda kena cuba sendiri. Lain jenama dan model, lain ya suhu air panas mereka.\n\nKalau tak nak suamkan susu, boleh tak? Boleh saja,tiada masalah pun.Bergantung pada penerimaan baby tu sendiri. Boleh keluarkan awal dalam 15-30minit sebelum waktu bayi minum untuk kurangkan sejuk. Susu dah disuamkan bertahan hanya SEJAM saja selepas disuamkan.Kalau baby tak minum,kena buang. Jadi suamkan apabila perlu dan kuantiti yang diperlukan sahaja ya.\n\nSusu dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, ia perlu habiskan dalam tempoh 24 jam apabila dicairkan. Oleh itu, digalakkan simpan susu mengikut perfeed atau 2-3 kali feed ikut keperluan anak.Jadi cairkan,terus bahagi dan habiskan. Susu tidak boleh disuamkan 2 kali.\n\n\u274cRendam susu dalam air panas didih atau\n\n\u274cHangatkan ia dalam microwave dan lain-lain.\n\n*Jadi bagi ibu yang bekerja, jika ingin panaskan susu badan, pastikan cara anda adalah betul dan tidak memudaratkan khasiat susu badan. Jika ingin panaskan susu badan tetapi tidak tahu caranya, boleh cuba ikuti langkah ini. Ia lebih selamat dan tidak memudaratkan khasiat susu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Amalan sunat Hari Raya Aidiladha adalah amalan yang diamalkan oleh umat Islam untuk menghormati dan menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha. \n\nHari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, di mana umat Islam merayakannya sebagai mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang bersedia mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS, atas perintah Allah SWT.\n\nSalah satu amalan sunat yang paling penting semasa Hari Raya Aidiladha adalah pelaksanaan ibadah korban. \n\nIbadah korban merujuk kepada pengorbanan binatang ternakan yang halal sebagai tanda kesyukuran dan penghormatan kepada Allah SWT. \n\nPengorbanan binatang ini juga bertujuan untuk mengikuti jejak Nabi Ibrahim AS dan menghargai pengorbanannya yang besar. \n\nIbadah korban harus dilakukan dengan sempurna mengikut tatacara syarak, termasuklah pemilihan binatang korban yang sihat dan sesuai.\n\nAmalan sunat lain semasa Hari Raya Aidiladha adalah membaca takbir Hari Raya. Takbir Hari Raya ini biasanya dibaca selepas solat fardhu lima waktu dan juga selepas solat Aidiladha. \n\nIa adalah satu bentuk pengagungan dan penghormatan kepada Allah SWT semasa Hari Raya Aidiladha.\n\nRasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah.\n\nNabi Muhammad SAW bersabda: \u201cHiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan ALLAH).\u201d (Riwayat al-Tabarani)\n\nPada Hari Raya Aidiladha disunatkan bertakbir (takbir muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke-3 tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.\n\nSebaik sahaja selesai menyembelih binatang korban, umat Islam dianjurkan untuk menunaikan solat sunat Aidiladha. \n\nSolat sunat Aidiladha ini dilakukan dengan tujuan menyampaikan rasa syukur kepada Allah SWT dan memperoleh keberkatan daripada Nya.\n\nHari Raya Aidiladha juga merupakan masa yang baik untuk berkumpul dengan keluarga dan sahabat. \n\nIa adalah peluang untuk menguatkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dan juga menunjukkan kasih sayang serta persaudaraan antara satu sama lain.\n\nMelalui interaksi yang penuh kasih sayang dan kehangatan ini, kebahagiaan Hari Raya Aidiladha dapat dinikmati bersama-sama.\n\nSemasa Hari Raya Aidiladha, umat Islam dianjurkan untuk memakai pakaian yang rapi dan bersih sebagai tanda menghormati dan menghargai kehadiran Hari Raya. \n\nPakaian yang disarankan adalah pakaian yang sopan dan sesuai dengan adab berpakaian dalam agama Islam.\n\nSelain itu, memakai pakaian yang baik juga memberikan rasa percaya diri dan kebanggaan sebagai umat Islam yang menghormati agama dan tradisi.\n\nMandi sunat aidiladha antara\u00a0amalan sunat hari raya\u00a0yang biasa diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum keluar menunaikan solat hari raya.\n\nHal ini berdasarkan kepada hadis riwayat Ibnu Abbas katanya:\n\n\u0643\u0627\u0646 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u064a\u063a\u062a\u0633\u0644 \u064a\u0648\u0645 \u0627\u0644\u0641\u0637\u0631 \u0648\u064a\u0648\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0636\u062d\u0649\n\nAdalah Rasulullah SAW mandi pada hari Aidilfiri dan hari Aidiladha\n\nSebelum mandi dimulakan, kita perlu membaca lafaz niat seperti yang berikut:\n\nNawaitul Ghusla Li \u2018idil Adha Sunnatan Lillahi Taala\n\n\u201cSahaja Aku Mandi Hari Raya Aidiladha sunnah Kerana Allah Taala\u201c\n\nBerwangi-wangian ini juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Nabi SAW bersabda maksudnya:\n\n\u201cTiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. Wangian 3. Rasa seronok dalam solat.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)\n\nMalah Rasulullah SAW juga amat menyukai wangian, dan baginda tidak pernah menolak pemberian seperti wangian.\n\nBerbeza dengan amalan sunat hari raya aidilfitri yang meminta kita untuk makan sedikit sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. \n\nBagi amalan sunat hari raya aidiladha pula, tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat.\n\nKesimpulannya, banyak amalan sunnah yang boleh kita laksanakan ketika hari raya dan semestinya ia mempunyai ganjaran pahala tertentu kepada yang mengamalkan.\n\nSelain dari amalan sunat hari raya aidiladha ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hari raya seperti:"
"Siapa yang suka merungut bila disuruh goreng keli sebab takut minyak meletup masa goreng? Kadang ikan jadi tidak rangup dan hancur dan paling teruk lagi ialah bau hanyir tidak hilang walaupun sudah dibersihkan berpuluh kali.\n\nBau hanyir jadi masalah utama ikan keli. Untuk menyelesaikan masalah itu, Afy AL Habibi berkongsi cara hilangkan bau ikan keli di laman Facebook. selain itu juga dibagi resepi mudah untuk goreng ikan keli supaya jadi rangup. Rupa ikan keli pun elok lurus badannya, tidak ada yang patah pinggang. Paling penting masa gorengnya tidak meletup. Tidak adalah sahabat bidadari disini yang kuat melatah asyik terperanjat tengok minyak terpercik sana-sini.\n\nBaiklah, kalau ingin tengok macamana cik Afy sediakan buat apa dengan ikan keli ini kenalah tengok resepi sampai habis. Selamat goreng keli.\n\nResepi Rahsia Goreng Keli Tidak Hanyir Dan Meletup\n\nIkan menjadi dengan cantik dan tidak bengkok. Paling penting ikan tidak hanyir dan rangup. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan sambal belacan atau sambal hijau.\n\nSelain rahsia goreng ikan keli, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Anak-anak selalu kelihatan letih dan tidak larat? Ibu bapa pasti risau akan kesihatan anak-anak kerana mereka kurang aktif berbanding kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas akan mula aktif dan ingin mencuba banyak perkara baru. Lebih-lebih lagi aktiviti yang melibatkan fizikal.\n\nPada awal permulaan, mungkin ibu bapa tidak ambil berat kenapa anak cepat letih dan tidak bermaya, tetapi jika dilihat dengan lebih teliti kemungkinan anak mempunyai penyakit Talasemia. Apa itu penyakit Talasemia?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta penyakit Talasemia. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nTalasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.\n\nPenyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.\n\n\u2705 Talasemia Major \u2013 Pesakit Talasemia.\n\n\u2705 Talasemia Minor \u2013 pembawa, tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat.\n\nApakah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit Talasemia Major?\n\nSel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.\n\n\u2705 Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan.\n\n\u2705 Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah.\n\n\u2705 Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas.\n\n\u2705 Kembung perut disebabkan oleh pembengkakkan hati dan limpa.\n\n\u2705\u00a0Perubahan pada pembentukan tulang muka.\n\n*Jika anak anda mempunyai tanda-tanda awal penyakit Talasemia seperti di atas, cepat-cepat pergi berjumpa doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Jika tidak dirawat awal kemungkinan penyakit Talasemia ini akan menjadi lebih teruk. Cuba dapatkan nasihat daripada doktor perubatan yang sah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Antara masalah tukang masak harian terutama surirumah ialah \u201dhari ni nak masak apa?\u201d. Balik-balik lauk tu. Kalau ikan, asam pedas la, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api la. Kadang \u2013 kadang, sudah kehabisan idea nak masak. Tambahan kalau seisi rumah cerewet makan. Padahal ikan adalah sumber protein yang paling sihat dan kurang lemak.\n\nApakata hari ini kita nak cuba resepi yang lain, yang jarang-jarang ada di dapur orang kita. Tapi berkhasiat, enak dan sesuai untuk orang yang sedang berdiet terutama mak-mak kan.\n\nKalau kebiasaannya, ikan siakap kita guna untuk masak sweet and sour, goreng berlada atau tiga rasa. Berbeza resepi kali ini, resepi yang berasal dari Thailand ini ikan siakap dimasak rebus ala asam pedas. Cuma rasanya jauh berbeza kerana ia menggunakan bahan yang jauh berbeza yang biasa masyarakat kita gunakan.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Dalilah Hassan dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook! Wah, confirm menjadi!\n\nNota: Semua bahan diatas dikisar halus.\n\nResepi \u2013 resepi yang anda boleh cuba:\n\nTerdapat beberapa resepi lain yang menarik dan boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jika tidak keberatan, tekanlah butang \u201cshare\u201d dan kongsikan bersama kenalan anda ya!"
"Wahhh. Mesti ramai yang suka makan karipap rangup yang panas-panas kan. tambah-tambah sekarang dah ada macam-macam jenis inti karipap. Ada inti kentang, ayam, daging, sardin, telur dan lain-lain lagi. Walaupun ada pelbagai jenis karipap, inti kentang yang ada rasa rempah kari masih lagi popular di kalangan penggemar karipap. \n\nRasa rempah karinya yang ada sedikit pedas bersama ubi kentang yang lembut sangat sesuai untuk digabungkan dengan ayam atau daging. Inti karipap ini akan bertambah sedap kalau kita buat sendiri kat rumah. Almaklumlah boleh isi ayam/daging dalam kuaniti yang banyak. Lagilah terasa sedap intinya. \n\nRasa inti yang sedap haruslah di \u2018balance\u2019 kan dengan kulit karipapnya yang ohsem. Barulah lagi sedap. Jom tengok resepi karipap rangup dari facebook Assalammualaikum Hai Saya Reen.\u00a0Resepinya mudah untuk difahami dan diikuti. Jom!!\n\nDah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Selain resepi Karipap Rangup nih, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih."
"Di negara kita terdapat pelbagai jenis pisang yang sangat sedap untuk dimasak mahupun dimakan begitu sahaja. Antara pisang yang famous dan menjadi pilihan masyarakat kita ialah pisang nangka, tanduk, kapas, emas, abu, berangan, rastali dan sebagainya. Masing-masing mempunyai keunikan dan rasa sedap yang tersendiri di samping terdiri dari nutrient dan zat yang penting untuk tubuh badan kita.\n\nUntuk pisang sahaja, masyarakat kita telah mempelbagaikan resepi dan masakan yang sedap yang dapat terhasil dari buah pisang itu sendiri. Lihatlah betapa istimewanya buah pisang yang Allah anugerahkan buat kita semua. Ada yang boleh dibuat pisang goreng, pengat pisang, sira pisang, kek pisang, lepat pisang dan pelbagai jenis lagi kuih muih dan resepi yang menarik dan sedap-sedap.\n\nHari ini kami akan kongsikan resepi pengat pisang yang sangat mudah buat anda. Pengat pisang sangat sesuai dan sedap untuk dihidangkan kepada sesisi keluarga pada waktu petang. Rasanya yang berlemak dan manis-manis sangat sedap untuk dimakan baik sewaktu masih panas ataupun sejuk. Pisang yang menjadi pilihan untuk dibuat pengat adalah pisang nangka kerana rasanya yang manis dan sedikit masam membuatkan rasa pengat pisang sangat marvelous.\n\nResepi ini dipetik dari Facebook oleh saudari Faizah Awang. Beliau telah kongsikan resepi pengat pingat yang sangat lah mudah untuk disediakan. Kalau time penat balik kerja pun masih boleh buat tau sebab x sempat nak berpeluh kat dapur pun nk siapakan menu ini. Haa selamat mencuba semua!\n\nPisang nangka\nGula kabung/kerek\nSantan\nDaun pandan\nSedikit garam\nSagu\n\n(1) Satukan semua bahan ke dalam periuk kecuali pisang & sagu.\n(2) Masak dengan api yang slow je sebab takut pecah minyak nanti kuah jadi tak cantik\n(3) Bila santan dah mendidih masukkn pisang & sagu\n(4) Masak sampai pisang lembut. Siap!\n\nSelain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang boleh anda buat sebagai rujukan. Silalah lihat kesemuanya ya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE juga!"
"Sesiapa sahaja pasti tidak selesa jika kerap berpeluh, bukan? Lebih-lebih lagi peluh di bahagian ketiak, tapak tangan dan kaki. Apabila tapak tangan berpeluh, memang agak susah untuk kita bersalaman dengan orang. Berpeluh di bahagian ketiak dan kaki pula boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.\n\nAda juga kes, tapak tangan asyik berpeluh sehingga sukar untuk \u2018scan\u2019 cap jari di bank sehingga perlu dilakukan berkali-kali. Ia amat menyusahkan kerana kita akan rasa malu untuk bersalaman dengan orang lain. Kadang-kadang kita tidak melakukan apa-apa kerja yang berat tetapi tetap berpeluh.\n\nKenapa tapak tangan kita mudah berpeluh? Adakah ia satu penyakit yang berbahaya?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tapak tangan kerap berpeluh dan cara rawatannya. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.\n\nKondisi ini dinamakan hiperhidrosis, iaitu peluh berlebihan adalah keadaan di mana terdapat peluh di luar keperluan fisiologi badan. Kondisi ini tidak membahayakan nyawa, namun boleh memberi kesan yang ketara ke atas kualiti hidup individu yang mengalaminya:\n\nHiperhidrosis ini mungkin disebabkan faktor keturunan. Ia lazimnya bermula di zaman kanak-kanak atau remaja. Ada sesetengahnya, hilang setelah mencapai umur dewasa, namun ada sesetengahnya berterusan hingga ke tua.\n\nBerlaku apabila sistem saraf simpatetik yang mengawal aktiviti kelenjar peluh, terlalu aktif. Namun, punca ia berlaku masih tidak diketahui. Biasanya berlaku di tapak tangan dan kaki, serta ketiak. Sesetengahnya di muka dan di belakang badan.\n\nBerlaku disebabkan oleh penyakit seperti kencing manis, obesiti, hipertiroidisme, jangkitan seperti batuk kering (tuberculosis) dan kanser kelenjar limfa seperti limfoma. Secara amnya ia memberi kesan kepada seluruh badan.\n\nSelain itu, ada beberapa punca kepada kondisi ni!\u00a0\n\nBoleh gunakan spray antiperspiran dan deodoran komersial yang boleh di dapati di pasaran. Jika tidak berkesan, gunakan aluminium klorida heksahidrat. Ia memerlukan penggunaan setiap hari untuk 7 hingga 10 hari terawal berturut-turut, kemudian sekali seminggu untuk mengekalkannya.\n\nUbat antikolinergik berfungsi dengan menghalang aktiviti asetilkolina yang bertanggungjawab mengaktifkan sistem simpatetik. INi akan mengurangkan penghasilan peluh. Contoh ubat antikolinergik: glycopyrrolate dan propantheline bromida.\n\nIa adalah proses mengalirkan tenaga elektrik menerusi lapisan kulit menggunakan air paip sebagai media. Pada awal sesi rawatan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit setiap 2 atau 3 hari. Selepas itu setiap sesi rawatan boleh dijalankan setiap 2 minggu.\n\nRawatan ini melibatkan suntikan botox pada kawasan yang terlibat dan perlu diulangi setiap 4 hingga 5 bulan. Kesan daripada pengambilan botox termasuk rasa sakit dan lemah otot yang sementara.\n\nProsedur ini hanya boleh dilakukan jika langkah-langkah yang lain telah gagal. Pakar bedah akan membuat pembelahan kecil di bawah ketiak dan memasukkan instrumen endoskopik khas ke dalam dada untuk memotong saraf yang terlibat dengan kelenjar peluh.\n\n*Hiperhidrosis ini tidak begitu merbahaya kerana ia tidak membawa kepada kematian. Cuma ia boleh mengganggu aktiviti harian kita. Jika rasa ragu-ragu, pergi berjumpa doktor atau pakar-pakar yang berdekatan untuk memeriksa sejauh mana tahap berpeluh dan dapatkan nasihat daripada mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bagi seorang wanita, kitaran haid adalah sesuatu yang sangat penting kerana ia adalah salah satu kayu pengukur kesuburan tubuh badannya.\n\nKitaran haid yang normal menandakan bahawa tubuhnya mengeluarkan telur setiap bulan maka ia adalah petunjuk bahawa wanita itu seorang yang subur sementara kitaran haid yang tidak normal dan tidak tetap berkemungkinan berpunca daripada tahap kesuburan yang\u00a0 rendah.\n\nOleh itu adalah sangat penting untuk seorang wanita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid normal dan tidak normal.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid yang normal?\n\nKitaran haid yang normal adalah pusingan haid yang teratur di mana seorang wanita didatangi haid pada pusingan yang teratur tanpa sebarang masalah.\n\nSecara purata umur paling awal untuk seorang gadis didatangi haid adalah pada usia 9 tahun dan selewatnya pada usia 15 tahun. Selewat-lewatnya 15 tahun. Jika seorang anak gadis masih belum didatangi haid pada usia 15 tahun, dia perlu dibawa ke klinik untuk mengalani pemeriksaan bagi memastikan tiada sebarang ketidak normalan atau masalah pada system peranakannya.\n\nKitaran haid yang normal ialah 28-35 hari. Kitaran haid yang terlalu panjang atau terlalu pendek adalah dianggap sebagai tidak normal dan memerlukan rawatan bagi memastikan ianya normal semula. Hari pertama haid adalah hari pertama dalam kitaran haid.\n\nMaksudnya, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari, dia akan didatangi haid semula pada hari yang ke29. Dan begitulah seterusnya kitaran yang sama akan terus berulang.\n\nNamun ada masanya mungkin jumlah hari dalam kitaran akan berubah sedikit bergantung kepada beberapa faktor seperti:\n\nSedikit perubahan pada kitaran haid adalah normal. Sesekali anda akan perasan haid anda mungkin terlewat atau terawal beberapa hari. Ianya adalah normal asalkan masih berada dalam anggaran 18 sehingga 35 hari.\n\nUntuk pengetahuan anda, darah\u00a0 haid adalah berbeza di antara individu bergantung kepada kaum, genetik, suhu persekitaran, pemakanan dan kandungan lemak dalam badan, gaya hidup, dan sebenarnya. Oleh itu tempoh haid, warna darah haid, serta bau adalah tidak sama bagi setiap wanita.\n\nTempoh haid yang normal adalah selama 5 hingga 7 hari.\u00a0 Purata jumlah darah dan tisu yang hilang ketika seorang wanita didatangi haid ialah sekitar 30 hingga 50 militer (ml) sehari.\n\nSekiranya aliran darah haid terlalu laju dan melebihi 80ml sehari anda perlu berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Pemindahan darah mungkin dilakukan untuk menggantikan darah yang hilang dari tubuh badan.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid yang\u00a0 tidak normal?\n\nKitara haid yang tidak normal ialah kitaran haid yang tidak menentu dan pusingan yang melebihi 35 hari. Terdapat beberapa scenario kitaran haid yang tidak normal iaiatu:\n\nKitaran haid yang tidak normal mungkin petanda bahawa ada masalah dengan system peranakan dan boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung.\n\nApakah darah haid yang tidak normal?\n\nSelain kitaran haid, seorang wanita juga perlu memerharhatikan keadaan darah haidny a kerana sebarang ketidak normalan pada darah haid boleh menjadi tanda bahawa ada yang tidak kena dengan system pembiakan wanita tersebut. Di antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:\n\nItulah dia info tentang kitaran haid normal dan tidak normal yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang waktu subur wanita, perbezaan darah haid dan istihadah, dan rawatan kesuburan."
"Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab (\u0627\u0644\u0635\u0644\u0648\u0627\u062a)\u200e, diambil dari perkataan solat (\u0627\u0644\u0635\u0644\u0627\u0629\u200e) yang bererti doa atau pujian. da juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta\u2019ala untuk mengeluarkan hamba-Nya dari kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:\n\n\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0644\u0627\u0626\u0650\u0643\u064e\u062a\u064f\u0647\u064f \u0644\u0650\u064a\u064f\u062e\u0652\u0631\u0650\u062c\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0638\u064f\u0651\u0644\u064f\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u064f\u0651\u0648\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0631\u064e\u062d\u0650\u064a\u0645\u064b\u0627\n\nMaksudnya: Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Ahzab:43).\n\nPara ulama\u2019 telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma\u2019) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya hukum berselawat yang menjadi wajib adalah:\n\nDalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah swt menyuruh hambaNya berselawat. Sebagaimana dalam firman Allah di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat adalah perkara yang penting dalam Islam.\n\nWalaupun ungkapan selawat itu adalah sebagai tanda puji-pujian buat junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga Baginda, namun berkat dari amalan ini, banyak kebaikan yang diperoleh oleh orang yang membaca selawat itu sendiri.\n\n\u0627\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u0644\u0670\u0653\u0640\u0626\u0650\u0643\u064e\u062a\u064e\u0647 \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u064f\u0648\u06e1\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u0649\u0651\u0650 \u064a\u0670\u06e4\u0640\u0627\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u06e1\u0646\u064e \u0627\u0670\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u06e1\u0627 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064f\u0648\u06e1\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u06e1\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u0650\u0645\u064f\u0648\u06e1\u0627 \u062a\u064e\u0633\u06e1\u0644\u0650\u064a\u06e1\u0645\u064b\u0627\u200f\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cSesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.\u201d (Surah al-Ahzab:56)\n\nSedangkan Allah dan para malaikatNya juga sentiasa berselawat untuk melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada Rasulullah saw, inikan pula kita sebagai hamba Allah yang serba daif ini. Selaku ummat Nabi Muhammad saw, kita seharusnya sentiasa berselawat ke atas Nabi sebagai lambang kecintaan kepada Baginda.\n\n2) Diampunkan Dosa Dan Ditinggikan Darjat Di Syurga\n\nDari Anas bin Malik\u00a0ra, beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,\n\n\u0645\u064e\u0646 \u0635\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0639\u0644\u064a\u064e\u0651 \u0635\u0644\u0627\u0629\u064b \u0648\u0627\u062d\u062f\u0629\u064b\u060c \u0635\u064e\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d\u060c \u0648\u062d\u064f\u0637\u064e\u0651\u062a\u0652 \u0639\u0646\u0647 \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064f \u062e\u064e\u0637\u064a\u0626\u0627\u062a\u064d \u0648\u0631\u064f\u0641\u0650\u0639\u064e\u062a\u0652 \u0644\u0647 \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064f \u062f\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0627\u062a\u064d\n\nMaksudnya: \u201cSesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).\u201d (HR An-Nasa\u2019i)\n\nSelaku hamba yang penuh kekurangan, kita semestinya tidak pernah lepas daripada melakukan dosa. Selain bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan, selawat juga dapat menggugurkan dosa kita. InsyaAllah\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0623\u064f\u0643\u0652\u062b\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0641\u064e\u0643\u064e\u0645\u0652 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u062a\u0650\u064a \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u064e \u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u0627\u0644\u0631\u0651\u064f\u0628\u064f\u0639\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u064e \u0648\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0632\u0650\u062f\u0652\u062a\u064e \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0643\u064e \u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u0641\u0627\u0644\u0646\u0651\u0650\u0635\u0652\u0641\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0632\u0650\u062f\u0652\u062a\u064e \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0643\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0627\u0644\u062b\u0651\u064f\u0644\u064f\u062b\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0632\u0650\u062f\u0652\u062a\u064e \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0643\u064e \u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u0623\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u062a\u0650\u064a \u0643\u064f\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0625\u0650\u0630\u0646 \u062a\u064f\u0643\u0652\u0641\u064e\u0649 \u0647\u064e\u0645\u0651\u064e\u0643\u064e \u0648\u064e\u064a\u064f\u063a\u0652\u0641\u064e\u0631\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u064f\u0643\u064e \n\nMaksudnnya: \u201cYa Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?\u201d Baginda s.a.w., menjawab: \u201cSekadar mana yang engkau suka\u201d; Aku berkata: \u201cAku hendak untukkan sesuku dari masaku\u201d; Baginda s.a.w., bersabda: \u201cSekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu\u201d;\n\nAku berkata: \u201cKalau begitu aku untukkan setengah dari masaku\u201d Baginda s.a.w bersabda: \u201cSuka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu\u201d; Aku berkata: \u201cKalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku\u201d Baginda s.a.w., bersabda: \u201cSuka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu\u201d;\n\nAku berkata: \u201c(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan\u201d; Baginda s.a.w., bersabda:\u00a0\u201cJika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu.\u201d (HR Imam Ahmad & at-Tirmizi)\n\nSelawat adalah salah satu jaminan agar kita terpelihara dan terselamat daripada segala kebimbangan dan dukacita tentang dunia dan akhirat.\n\nDari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,\n\n\u0645\u0646\u0652\u00a0\u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e \u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u064e\u0629\u064b \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0628\u0647\u0627 \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064b\u0627\n\nMaksudnya: \u201cSesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.\u201d (HR Muslim)\n\nSebagai manusia biasa, kita selalu mengharapkan agar alim ulama dan ahli ibadah agar mendoakan kesejahteraan kita. Kita selalu inginkan doa orang yang soleh buat kita. Tetapi, apabila kita berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, Allan akan berselawat kepada kita sepuluh kali. Pastilah selaku manusia yang daif, puji-pujian dari Allah swt itu sesuatu yang didamba.\n\nDari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda;\n\n\u0645\u0627 \u0645\u0646 \u0623\u062d\u062f \u064a\u0633\u0644\u0645 \u0639\u0644\u064a \u0627\u0644\u0627 \u0631\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0632 \u0648 \u062c\u0644 \u0625\u0644\u064a \u0631\u0648\u062d\u064a \u062d\u062a\u0649 \u0623\u0631\u062f \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0627\u0644\u0633\u0644\u0627\u0645\n\nMaksudnya: \u201cTiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.\u201d (HR Abu Daud dan Ahmad)\n\nSelawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad untuk menyampaikan salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat akan dikirimkan kepada Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.\n\n6) Mendapat Syafaat Nabi Saw Di Akhirat\n\nDari Ibn Mas\u2019ud ra, bahawa\u00a0Nabi\u00a0saw bersabda,\n\n\u0623\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u0650 \u0628\u0650\u064a \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064b\n\nMaksudnya: \u201cOrang\u00a0yang\u00a0lebih\u00a0berhak\u00a0mendapat syafaatku pada hari qiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.\u201d (HR at-Tirmizi)\n\nKehidupan kita di dunia ini hanya sementara, Akhirat adalah pengakhiran dan tujuan hidup kita. Di Akhirat nanti, hanya redha Allah serta amalan soleh di dunia yang boleh kita harapkan untuk meraih syurga Allah. Namun, dengan amalan berselawat, Nabi Muhammad saw turut memberi syafaatnya kepada umatnya yang banyak selawat kepadanya.\n\n7) Mendapat Tempat Yang Dekat Dengan Nabi saw\n\nDari Anas ra, bahawa\u00a0Nabi\u00a0saw bersabda,\n\n\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0623\u064e\u0642\u0652\u0631\u064e\u0628\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0641\u0650\u064a \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0645\u064e\u0648\u0652\u0637\u0650\u0646\u064d \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064b \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627\n\nMaksudnya: \u201cSesungguhnya orang yang\u00a0lebih\u00a0hampir kepadaku dari kalangan kamu pada ban qiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang\u00a0lebih\u00a0banyak\u00a0selawatnya kepadaku di dunia\u201d (HR al-Baihaqi)\n\nMudah-mudahan dengan amalan selawat yang kita amalkan di dunia ini dapat menjadi asbab agar Baginda sentiasa dekat dengan kita di akhirat nanti. Harapan agar Nabi Muhammad saw dapat selamatkan kita dari azab neraka asbab amalan selawat ini. Amiiin\n\nAmalan selawat sangat mudah untuk diamalkan, malah setiap masa dan ketika kitab oleh berselawat kepada Nabi Muhammad saw. Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas menurut dalil-dalil yang sahih adalah:\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\n\nMaksudnya:\u00a0Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.\n\nMudah-mudahan amalan selawat ini dapat membuahkan rasa cinta dan kasih kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Secara tidak langsung, menjadi motivasi kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang soleh serta mengamalkan serta menghidupkan sunnah Nabi dalam rutin harian kita."
"Sekali anda berjangkit kutu rambut, memang susah nak dibanteras semula. Ada kutu rambut bukan bermakna anda seorang yang pengotor. Tetapi jangkitan mungkin berlaku semasa anak-anak anda berada di taska.\n\nTidur beramai-ramai di taska akan menyebabkan kutu rambut melompat dari satu kepala ke kepala yang lain. Jom kami kongsikan cara hilangkan kutu rambut yang berkesan.\n\nAnda boleh hilangkan kutu kepala dengan menggunakan air beras. Cara menyediakannya ialah:\n\nBelimbing buluh yang masam dan berasid akan membunuh kutu yang ada di kepala anda. Cara menggunakan belimbing buluh untuk menghilangkan kutu kepala ialah:\n\nDaun sirih bersifat antiseptik dan mampu membunuh kutu rambut yang sedang merayap di kepala anda. Caranya sangat mudah iaitu:\n\nGaram akan membunuh kutu yang bermaharajalela di kulit kepala anda. Caranya ialah larutkan 2 sudu garam didalam setengah cawan air panas. Kacau sebati, tuang air larutan garam tadi ke seluruh kulit kepala dan rambut. Urutkan supaya tiada kutu yang akan terlepas. Bilas. Kutu yang mati akan jatuh bersama air. Lagi elok kalau anda sikat rambut dengan sikat kutu untuk menangkap kutu yang terselamat.\n\nSifat limau nipis yang berasid juga akan membunuh kutu rambut di kepala anda. Namun, jangan lakukan petua ini terlalu kerap kerana dikhuatiri kandungan asid dalam limau nipis akan menghakis kulit kepala anda lalu menyebabkan kepedihan. Cara menggunakan limau nipis untuk menghilangkan kutu kepala ialah:\n\nCara kedua yang boleh anda gunakan ialah dengan mengisar 3 biji limau nipis sehingga menjadi pes. Kemudian tampalkan pes tadi ke seluruh kepala termasuk rambut. Balut kepala anda selama satu jam. Bilas sehingga bersih. Kutu kepala akan mati.\n\nSelain limau nipis, anda juga boleh gunakan lemon untuk menghilangkan kutu kepala. Cara menggunakannya sama seperti limau nipis tadi. Kalau takde limau nipis, anda boleh gunakan lemon.\n\nMinyak zaitun sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat dan kebaikan. Salah satu daripadanya ialah untuk menghilankan kutu kepala. Menyapu minyak zaitun ke seluruh kulit kepala dan rambut akan menyebabkan kutu kepala mati kelemasan. Telurnya juga akan mati akibat kekurangan oksigen.\n\n8. Minyak aromaterapi & essential oil\n\nJika anda tiada minyak zaitun di rumah, anda juga boleh gunakan minyak aromaterapi atau juga minyak essential oil untuk mengatasi masalah kutu kepala. Seperti minyak zaitun, apabila anda melumurkan minyak aromaterapi atau minyak essential ke kulit kepala, kutu dan telurnya akan mati kelemasan akibat kekurangan oksigen.\n\nDi dapur anda ada cuka makan? Cuka makan juga boleh digunakan untuk membunuh kutu kepala di rambut anda. Cara menyediakannya ialah:\n\nCuka epal atau apple cider vinegar juga sangat berkesan untuk membunuh kutu kepala. Sekali lagi kami ingin mengingatkan supaya tidak melakukan petua ini dengan terlalu kerap kerana dikhuatiri keasidannya akan menghakis kulit kepala anda. Cara menggunakan cuka epal untuk menghilangkan kutu kepala ialah:\n\nBawang merah mempunyai bau yang kuat. Selain itu, ia juga mengandungi gas yang boleh memedihkan mata. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk membunuh kutu kepala. Bayangkan kutu-kutu bertempiaran lari akibat mata yang pedih dan tak tahan dengan bau bawang. Caranya ialah:\n\n12. Bawang merah & minyak kelapa\n\nAnda juga boleh campurkan sedikit minyak kelapa kedalam pes bawang merah untuk kesan yang lebih menakjubkan. Lagi cepat kutu kepala akan mati.\n\nItulah dia 12 petua hilangkan kutu kepala yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua hilangkan kembung bayi, petua hilangkan kayap, dan petua hilangkan dengkur."
"Sering gelisah, cepat marah, suka memberontak, kurang sabar dan susah untuk tidur merupakan antara tingkah laku utama kesan daripada perisa tambahan pada makanan.\n\nTidak ramai ibu bapa sedar bahawa bahan kimia pada makanan boleh memberi banyak kesan pada tingkah laku anak mereka seperti bergaduh dengan adik beradik, lambat bercakap, resah, bimbang, tekanan perasaan atau kesukaran untuk menumpukan perhatian pada sesuatu.\n\nAnak-anak yang tidak banyak terdedah pada perisa tambahan ini secara umumnya lebih tenang, gembira dan mudah mendengar kata.\n\nKajian juga mendapati anak seawal usia tiga tahun mudah mengamuk dan menghadapi pelbagai lagi masalah tingkah laku yang sukar dikawal ibu bapa apabila mereka kerap meminum jus yang penuh dengan pewarna dan bahan pengawet.\n\nNota editor bidadari.my: Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini pada orang lain untuk sama-sama mendapat manfaat darinya. Namun, admin sangat berharap supaya SEBARANG PERKONGSIAN DISERTAKAN SEKALI LINK ASAL ARTIKEL. Hormatilah usaha dan masa penulis asal.\n\nBahan Pengawet Manakah Yang Patut Kanak-Kanak Elakkan\n\nDi Malaysia, kita belum lagi terdedah dengan budaya membelek label untuk menyemak kandungan bahan makanan setiap kali sebelum membeli sesuatu makanan. Membelek label bukan sahaja bertujuan untuk menyemak sama ada suatu makanan tersebut adalah halal atau tidak.\n\nKita sepatutnya menyemak dan mengetahui apa sebenarnya yang kita makan selama ini. Paling elok, pilih sahaja untuk makan dirumah. Anda pasti yakin dengan apa yang anda sajikan pada keluarga dan diri sendiri.\n\nWalaupun terdapat banyak bahan pengawet dalam pasaran, ada bahan pengawet yang memberi kesan yang lebih buruk berbanding bahan pengawet lain. Di sini saya senaraikan 11 bahan pengawet utama yang patut dielakkan oleh setiap kanak-kanak.\n\nMSG dikatakan boleh menyebab anak migraine, sakit kepala, sakit dada dan kerap berpeluh. Bahan ini mudah didapati dalam makanan ringan, makanan segera dan makan berproses yang sering menjadi kegemaran anak-anak.\n\nKafein merupakan bahan peransang yang bertindak pada otak dan sistem saraf. Kafein biasa dikaitkan dengan teh, nescafe dan kopi \u2013 minuman yang patut dielakkan oleh anak-anak.\n\nNamun begitu, ada kalanya anda boleh menjumpai bahan ini di dalam minuman bergas, minuman\u00a0 bertenaga atau sesetengah coklat. Semak dahulu kandungannya sebelum anda memilih membelinya untuk anak-anak.\n\nPewarna kuning E102 merupakan pewarna sistetik yang diperbuat daripada pewarna aromatik dari petroleum. Ia dikatakan boleh menyebabkan masalah alergik pada kanak-kanak terutamanya yang menghidap asma dan intoleransi pada aspirin.\n\nBahan pengawet ini juga menurunkan kadar zink di dalam darah dan air liur yang seterusnya mengakibatkan kemerosotan kepada tingkah laku kanak-kanak terutamanya. Zink penting untuk metabolisme badan kita, membantu sistem kekebalan tubuh dan pencegahan kepada jangkitan patogen (bakteria dan virus) di dalam tubuh badan kita.\n\nPewarna ini bukan sahaja dijumpai dalam makanan yang berwarna kuning. Adakalanya, ia dicampur dengan pewarna biru (E133) untuk menghasilkan warna hijau. Jadi, semak dahulu label sebelum membeli.\n\nAntara makanan yang mengandungi pewarna ini adalah sos mustard, keropok, gula-gula kapas, gula-gula, minuman bertenaga, minuman berkarbonat, tepung kustard, jeli, jem, ais krim, makanan bijirin dan sarung ubatan kapsul.\n\n#4. Pewarna Kuning, Sunset Yellow FCF (E110)\n\nPewarna kuning E110 juga merupakan pewarna sintetik yang diperbuat daripada tar arang batu (petroleum). Namun, ia sering digunakan dalam makanan yang memerlukan suhu yang tinggi untuk dibuat. Antaranya adalah jeli oren, jeli merah, jem oren, swiss roll dan keropok.\n\nPewarna ini boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, masalah kulit, muntah-muntah dan cirit. Ia diharamkan di Norway.\n\n#5. Pewarna Biru, Brilliant Blue FCF (E133)\n\nPewarna sintetik daripada tar arang batu (petroleum) ini sering dijumpai digunakan bersama pewarna merah E102. Pewarna ini telah diharamkan di Austria, Belgium, Denmark, France, German, Greece, Italy, Norway, Spain, Sweeden dan Switzerland kerana menyebabkan alergik pada mereka yang mempunyai masalah asma atau semput.\n\nPewarna ini boleh dijumpai dalam makanan bertin, ais krim, gula-gula, minuman berperisa, gula-gula getah dan juga ubat kumur.\n\nPewarna merah ini diperbuat daripada serangga yang dihancurkan. Pewarna ini merupakan pewarna yang sering digunakan untuk memberi warna merah pekat pada makanan. Ia boleh dijumpai dalam produk tenusu berasas strawberi, gula-gula, gelatin, jus buahan, kordial, ais krim, yogurt dan syampu.\n\nPewarna ini diketahui boleh menyebabkan alergik dan asma pada sesetengah kanak-kanak. Ia juga boleh menjadi penyebab anak-anak menjadi hiperaktif.\n\n#7. Pewarna Merah, Allura Red AC (E129) & Amaranth (E123)\n\nPewarna E129 dikaitkan dengan hiperkativiti pada kanak-kanak, manakala pewarna E123 boleh mengjadi penyebab masalah hati dan kanser. Penggunaan pewarna ini telah diharamkan di Amerika Syarikat dan Norway manakala di Itali dan France, pengunaannya dihadkan.\n\nAntara jenis makanan yang mengandungi pewarna ini adalah gula-gula kapas, tepung kek segera, jeli, coklat dan gula-gula getah.\n\n#8. Sulfat atau Sulfur Dioksida (E220)\n\nBahan pengawet ini juga diperbuat daripada tar arang batu (petroleum). Bahan ini biasanya dijumpai dalam jus buahan, kordial, minuman ringan, cuka, buahan kering dan makanan berasaskan kentang. Bahan ini digunakan untuk mengawet makanan supaya membolehkan makanan tersebut tahan lama.\n\nE220 diketahui boleh memburukkan lagi serangan asma dan sukar dihadapan oleh sesiapa yang mempunyai masalah buah pinggang. Ia juga boleh memusnahkan vitamin B1 dan vitamin E dalam badan. Disebabkan itu, bahan ini dilarang untuk diambil oleh kanak-kanak.\n\nSodium Benzoate merupakan antara pilihan utama pengawet dalam minuman kotak dan tin termasuk minuman kesihatan. Selain dari minuman ringan, bahan ini juga digunakan dalam makanan berjeruk sebagai bahan pengawet kerana asid benzoate tidak larut di dalam air. Bayangkan impak yang bakal diberikan sekiranya ia berada dalam tubuh anda!\n\nMenurut Dr Hafiz Sulaiman; pengamal perubatan holistik, functional dan anti-ageing regenerative medicine, pastikan minuman kita yang mengandungi sodium benzoate tidak juga mengandungi:\n\n1) Vitamin C: Sodium benzoate akan bereaksi dengan vitamin C membebaskan BENZENE yang diiktiraf sebagai CARCINOGENIC (menyebabkan kanser).\n\n2) Pewarna tiruan: Reaksi pewarna tiruan dan sodium benzoate mungkin menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif. Apatah lagi ditambah dengan gula HFCS dan/atau kafein, kesan yang diberikan adalah lebih buruk.\n\nBahan ini digunakan dalam produk berasaskan daging supaya produk tersebut tahan lama seperti hotdog atau daging burger. Ia membantu mengekalkan warna produk tersebut dan menghalang bakteria membiak.\n\nMakanan jenis ini tidak seharusnya menjadi makanan harian anak-anak kita. Bahan pengawet ini sering dikaitkan dengan masalah kulit, ruam, membengkak dan anaphylaxis (masalah alergik yang boleh membawa maut).\n\nGaram merupakan antara bahan masakan yang wajib untuk menjadi penyedap makanan. Namun awas, jangan berlebihan!\n\nMasalah darah tinggi bukan sahaja boleh dihidapi oleh orang dewasa. Kanak-kanak pun tidak terkecuali. Oleh itu, kanak-kanak terutamanya yang berusia dibawah 7 tahun harus dipantau supaya tidak mengambil sodium secara berlebihan.\n\nTerlalu banyak produk di pasaran kini mengandungi bahan-bahan ini. Antara masalah yang dihadapi oleh pengguna-pengguna di Malaysia adalah tidak semua produk menulis kandungan bahan-bahan dengan terperinci.\n\nKebanyakannya tertulis \u201cmengandungi pewarna dan bahan pengawet yang dibenarkan\u201d. Sudah tentu semua bahan-bahan yang disenaraikan di atas adalah dibenarkan.\n\nOleh itu, untuk memastikan kita dan keluarga mendapat zat yang terbaik tanpa bahan-bahan yang menjejaskan kesihatan, pilihlah untuk makan di rumah.\n\nTiada siapa boleh nafikan, makanan yang disediakan di rumah adalah yang terbaik. Air tangan ibu adalah yang terbaik untuk mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Selain itu, si ibu boleh mengawal sendiri pengambilan makanan anak-anaknya.\n\nTidak perlu bimbang menyemak apa kandungan bahan makanan tersebut. Kesihatan dapat dikawal, kebersihan pun terjamin."
"Jom cuba resepi dalca ini. Dalca, juga dikenal sebagai kaddu ka dalcha, ialah kari India yang dibuat daripada daging kambing, dal dan asam. Biasanya disajikan dengan hidangan nasi yang disebut bagara khana.\n\nDi Malaysia, dalca terdapat dalam pelbagai jenis. Ada dalca kambing, dalca ayam, dalca ikan dan dalca sayur. Dalca biasanya dihidangkan dengan nasi tomato, nasi beriyani mahupun nasi minyak.\n\nMasakan dalca dapat dihidangkan sebagai jamuan untuk acara majlis-majlis perayaan. Terutamanya untuk orang yang bercita-rasa India.\n\nUntuk menjimat masa, kami hadirkan kepada anda resepi dalca sedap khas India yang dikongsikan oleh Muhammad Azhari di Facebook. Resepi dalca kaki dan tengkuk ayam. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi dalca,\u00a0 kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
"Tidak dinafikan makanan yang mempunyai lemak dan berminyak memang sangat sedap untuk di makan. Bayangkan sendiri jika dapat makan sup tulang bersama lemak goreng dengan nasi panas. Ataupun bayangkan juga betapa sedapnya jika dapat makan burger daging dengan kentang goreng rangup yang best! \n\nNamun sedarkah kalian yang hakikatnya makanan sedap begini tidak bererti bagus untuk kesihatan. Buktinya makanan yang berlemak ini boleh menyebabkan kegemukan disebabkan adanya kandungan lemak tepu yang sukar untuk dihilangkan dari tubuh. Bak kata mudah, dah macam kesan kotoran degil yang sukar untuk dihilangkan dari kolar baju yang berwarna putih.\n\nJom Kita Kenali Apa Itu Lemak Tepu \n\nJumlah lemak tepu yang berlebihan di dalam diet makanan harian bukanlah satu perkara yang baik. Ini kerana lemak tepu ini sebenarnya boleh menjadi penyebab untuk penyakit jantung dan strok. Menurut WHO, jumlah pesakit untuk penyakit jantung koronari dan strok telah meningkat kepada lebih daripada 14.1 juta nyawa setahun. \n\nTidak dinafikan bukannya mudah untuk menghindari lemak tepu ini. Kerana itu, lemak tepu tidak bererti perlu terus dihentikan pengambilannya buat selama-lamanya. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menghadkan pengambilan lemak tepu daripada jumlah yang banyak kepada jumlah yang lebih sedikit. \n\nKiranya jika dulu asyik makan makanan berlemak dan berminyak setiap hari maka selepas ini jarakkannya dengan hanya di ambil dalam masa beberapa kali seminggu dan selepas itu beberapa kali sebulan. Tidak mengapa, selain dari goreng kan ada banyak lagi kaedah lain untuk urusan masak memasak. Bakar, kukus dan rebus juga boleh menjadi kaedah masakan yang bagus untuk pelbagai menu yang sedap. \n\nLemak Tepu Boleh Menjadi Penyebab Untuk Banyak Penyakit\n\nWalaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain. \n\nWalaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat. Keadaan salur darah tersumbat inilah yang akan menyebabkan berlakunya serangan strok dan serangan jantung. \n\n7 Jenis Makanan Tinggi Lemak Tepu Yang Perlu Dihadkan Pengambilannya\n\nBahan yang digunakan untuk menghasilkan mayonis adalah telur putih dan juga minyak masak. Minyak yang digunakan untuk pembikinan mayonis ini sememangnya adalah di dalam kuantiti yang sangat banyak. Kerana itu mayonis dikategorikan sebagai makanan kurang khasiat. \n\nNamun masih tetap ada cara untuk menikmati mayonis ini sebenarnya. Salah satu cara terbaik untuk makan mayonis adalah dengan menyediakan salad dengan campuran pelbagai sayur segar dan letakkanlah mayonis ini sebagai sos. \n\n2 \u2013 Marjerin, Mentega atau Planta\n\nTidak kisah apa panggilan untuknya sama ada marjerin, mentega mahupun planta. Yang penting kandungan bahan ini adalah lebih tinggi daripada maonis itu tadi. Jika benar sayangkan tubuh badan sendiri adalah sangat elok untuk hindarkan diri dari makan banyak makanan ini. Cukuplah sekadar 1-2 sudu mentega sehari dengan cara menikmatinya sebagai sapuan pada roti bakar dan lain-lain.\n\nWhipped cream mungkin ada yang kenal dan mungkin juga ada yang tidak. Whipped cream ini sebenarnya sering digunakan di dalam pembuatan pencuci mulut terutama dengan gaya inggeris. Ia juga seringkali digunakan dalam pembikinan kek. Kandungan lemak tepu dalam whipped cream memang tersangat tinggi dan tidak hairanlah mengapa ramai penggemar makanan pencuci mulut yang berubah bentuk tubuh menjadi semakin gemuk selepas sering menikmatinya dalam jangkamasa yang lama. \n\nKeju memang ada khasiat di dalamnya tapi hakikat yang keju ini turut mengandungi lemak tetap tidak boleh disangkal. Jika hendak nikmati keju memadailah dengan hanya mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit. Jangan terlalu obses dengan rasanya yang sedap berlemak kerana hakikatnya keju ini boleh menyebabkan kesihatan tubuh merosot jika terus di makan secara keterlaluan tanpa had.\n\nCari pengganti yang lebih rendah dalam lemak tepu dan baik untuk kesihatan. Sebagai contoh boleh digunakan minyak herba dan ghee buatan sendiri bagi mengantikan lemak haiwan seperti dari daging, kulit ayam dan sebagainya.\n\nMakanan yang dimasak dengan cara goreng juga turut mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Makanan goreng seperti kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya sama sekali harus dielakkan. Jika benar-benar rasa teringin untuk menikmati menu sebegini, anda boleh gunakan minyak zaitun untuk proses menggoreng bagi mengantikan minya sawit biasa. Rasanya juga akan bertambah sedap!\n\nSatu lagi makanan yang mengandungi kandungan lemak tepu yang agak serius adalah kek aising. Lagi-lagi jika lapisan krim di atasnya. Nampak memang sedap tapi ia juga boleh beri kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Nak makan kek tak salah tapi ada baiknya di beli kek yang fokus dengan penggunaan bahan mentah sihat atau buat saja sendiri di rumah dengan menggunakan gula perang gelap, tepung multigrain, dan pemanis semulajadi seperti madu. \n\n7 Petua Terbaik Bagaimana Untuk Hindari Lemak Tepu Dalam Badan\n\nTerdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang. \n\n#1 \u2013 Kurangkan pengambilan kuantiti daging merah dalam diet harian\n\n#2 \u2013 Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan berbanding dengan minyak sawit biasa\n\n#3 \u2013 Hindarkan diri dari memakan kulit ayam dan lemak lembu terutama dalam menu sup dan juga yang di goreng.\n\n#4 \u2013 Ambil tahu ilmu kalori dan ketahui jumlah sebenar berapa banyak lemak yang badan anda perlukan untuk setiap hari\n\n#5 \u2013 Penting untuk elakkan diri dari makan makanan sejuk beku yang banyak terjual di pasaraya \n\n#6 \u2013 Tambahkan supplement Omega 3 ke dalam menu diet harian anda untuk berikan tahap kecergasan yang lebih tinggi pada tubuh\n\n#7 \u2013 Kurangkan pengambilan hasil produk tenusu di dalam menu makanan seharian. Jika ingin makan keju pilih yang rendah lemak dan jika ingin minum susu pilih susu jenis tepung dari susu lemak penuh.\n\nBentuk Badan Yang Kurus Tidak Bererti Tiada Lemak Tepu! \n\nAnda jangan ingat mereka dengan keadaan fizikal yang agak \u2018besar\u2019 saja punya masalah lemak tepu ini. Tidak! Anda yang berbadan ramping juga boleh menjadi pengumpul lemak tepu yang berjaya jika sama sekali tidak menjaga tahap pemakanan masing-masing. \n\nMulai hari ini kita sama-sama usaha untuk ubah corak pemakanan kerana dengan cara itu tubuh badan kita di masa yang akan datang lebih kekal sihat dan terbaik."
"Panau nampak masalah enteng, sebenarnya boleh menjadi masalah besar. Info sebenar mengenai panau.\n\nPanau selalu ada di muka, belakang badan, leher dan tangan. Biasalah panau boleh berlaku pada anak remaja. Budak-budak termasuk kita dahulu pun begitu, tidak menjaga pakaian.\n\nKadang-kadang lepas bersukan, sarung kaki tidak masuk terus ke dalam mesin basuh. Sarung kaki tu dibiarkan begitu untuk dipakai semula untuk bersukan hari seterusnya. Bukan sahaja kesihatan terjejas malah bau juga akan terjejas.\n\nDi sini kami ingin berkongsi info punca-punca kita dijangkiti panau. Info ini kami ambil dari Dr. Suhazeli Abdullah.\n\nPanau ini berpunca dari sejenis jangkitan kulat atas kulit. Nama kulat itu adalah Malassezia. Dekat-dekat ejaan dengan si pesakit yang malas urus kebersihan pakaian. Memang kulat amat sukakan lembab dan tempat terlindung.\n\nNama penyakit dalam perubatan pula disebut Pityriasis Vesicolor. Tak payah hafal pun nama kulat ini. Sebut sahaja panau. Doktor yang melihat bentuk tompokan putih atas badan kita tidak perlu susah payah ambil sampel kulit atau darah bagai. Sekali tengok rupanya begitu terus boleh beri diagnosa panau.\n\nPun begitu, Doktor akan berhati-hati jika bentuk tompokan putih agak berlainan dan kawasan serangan \u201cpanau\u201d itu berada di tempat yang tidak biasa. Panau biasanya berada di kulit belakang, dada depan, lengan dan betis. Jika bentuk tompok sama dengan panau tetapi kulit akan menebal dan tiada deria sentuh serta terletak di siku atau muka, kemungkinan ianya kusta. Jadi, Doktor wajib lakukan ujian lanjut termasuk torehan kulit.\n\nPanau tidak bahaya, cuma gatal. Manakala kusta bahaya kerana boleh menyebabkan cacat.\n\nSeseorang senang dijangkiti kulat Malassezia ini jika:\n\n1. Menginap di negara panas dan lembab seperti negara kita Malaysia\u00a0\n\n2. Anda kuat berpeluh yang menyebabkan badan senantiasa lembab\n\n3. Keadaan kulit lembab dan pakaian yang sendat sehinggakan tiada pengudaraan sempurna boleh meningkatkan pembiakan kulat panau ini.\n\n4. Sistem imuniti badan rendah seperti pesakit HIV, Kencing manis dan kurang zat makanan juga menyebabkan kulat senang tumbuh\n\nBaik, panau ni boleh rawat ke? Ya boleh dirawat sepenuhnya. Cuma pesakit perlu banyak bersabar kerana rawatan memakan masa. Ada yang sembuh tempoh seminggu, tetapi ada yang sembuh berbulan-bulan. Ianya bergantung keterukan serangan kulat panau.\n\nKes ringan biasanya cukup dengan ubat sapuan luaran atau mandian sahaja. Jika teruk, ubat makan akan diberikan sekali.\n\n*Untuk keterangan yang lebih lanjut mengenai panau, pergilah berjumpa doktor dapatkan nasihat daripada doktor. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Baca artikel asal di sini."
"Haiwan yang bernama nyamuk ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Hal ini kerana ia mampu membawa penyakit berbahaya dan mengancam nyawa. Anda selalu menggunakan perangkap nyamuk yang dibeli di kedai? Terasa mahal dan cepat habis? \n\nKali ini, mari kami kongsikan kepada anda 5 DIY perangkap nyamuk menggunakan barang-barang yang berada di rumah anda dan mudah untuk membuatnya.\u00a0Anda juga boleh jimat kerana tidak perlu keluarkan wang yang banyak membeli barang lain lagi.\n\n1. DIY Perangkap Nyamuk Dengan Botol\n\n2. DIY Perangkap Nyamuk Dengan Limau \n\nPerangkap DIY cara ini amat mudah sekali kerana ia tidak memakan masa yang lama untuk anda lakukan dan bahan-bahannya juga tidak rumit. Pasti ada di dapur anda sahaja. Mudah bukan?\n\n3. DIY Perangkap Nyamuk Dengan Pinggan\n\nDIY kali ini berfungsi sebagai perangkap namun ia memerlukan sedikit usaha dan kemahuan. Jangan risau, terdapat penyelesaian yang boleh anda lakukan. Barang yang anda perlukan adalah sebuah pinggan plastik dan gam. Apa yang perlu anda lakukan adalah oleskan gam pada permukaan piring.\u00a0\n\nSelepas itu, anda boleh menampar nyamuk dengan piring tersebut dan anda akan melihat hasilnya. Jika anda membuat aktiviti itu di persekitaran yang mempunyai banyak nyamuk, anda akan mendapat hasil yang memberangsangkan.\n\nAnda juga boleh meletakkan sedikit sabun di pinggan tersebut. Namun, agak rumit kerana memerlukan tenaga anda untuk menampar nyamuk. Teringat ketika zaman sekolah rendah dahulu, ada seorang kawan lelaki yang mempunyai \u2018buku nyamuk\u2019 dimana dalam buku tersebut penuh dengan nyamuk, bekas nyamuk mati serta darah nyamuk. \n\nGeli jika melihatnya walaupun itu merupakan cara pelajar tersebut menangkap nyamuk. Dengan mengambil buku dan menutup buku tersebut di tengah-tengah nyamuk yang terbang. Aduh. Itu adalah bertentangan dengan DIY nyamuk yang kami kongsikan menggunakan pinggan ini.\n\n4. DIY Perangkap Nyamuk Dengan Air\n\nDIY nyamuk ini amat mudah dilakukan. Malah ada yang sudah membuatnya tetapi tidak perasan bahawa ia sebenarnya boleh menjadi perangkap nyamuk. \n\nCara-caranya adalah anda isi air ke dalam baldi dan masukkan cecair detergen ataupun sabun ke dalamnya. Pada kebiasaannya nyamuk akan bertelur di dalam air yang bertakung.\u00a0\n\nPermukaan air yang telah bercampur dengan cecair detergen akan menjadi tegang sekaligus nyamuk tidak boleh bertelur di dalamnya. Oleh itu, bukan sahaja tidak dapat bertelur malah kesan cecair detergen itu akan menenggelamkan nyamuk.\u00a0\n\nAnda boleh letakkan bekas yang berisi air dan detergent tersebut di \n\n5. DIY Lilin Semulajadi Penghalau Nyamuk\n\nLilin ini bukanlah memerangkap nyamuk sebaliknya lebih kepada bersifat menghalau nyamuk. Kebaikannya adalah ia tidak beracun seperti sesetengah produk penghalau nyamuk di pasaran, tetapi ia berkesan seolah-olah produk pasaran yang terbukti berkesan.\n\nWalaupun memerlukan beberapa bahan dan lebih banyak sedikit berbanding cara lain, namun DIY perangkap nyamuk ini dikatakan berkesan. Ramai yang berpuas hati melakukan diy gaya ini. Minta bantuan suami atau mak di rumah untuk melakukan diy perangkap nyamuk ini bersama-sama.\n\nDemikianlah 5 DIY perangkap nyamuk yang boleh anda cuba di rumah. Ia terbukti berkesan dan sangat mudah untuk dibuat. Dapatlah anda menjimatkan wang poket anda kerana kebanyakan barang yang diperlukan ada di rumah anda! Selamat mencuba.\n\nJom baca juga Diy non-toxic play dough, Diy pepper spray, Diy kad ucapan hari ibu dan Diy permainan anak."
"Adakah penyakit TB adalah penyakit merbahaya? Info sebenar mengenai penyakit TB paru-paru ini boleh dijadikan sebagai rujukan.\n\nMari kita ketahui mengenai infi sebenar tentang penyakit TB oleh Dr. Suhazeli Abdullah.\n\nPenyakit Tb ini sukar untuk mati kecuali keadaan terlalu teruk atau didiagnos terlalu lambat sehingga pesakit sudah terlalu nazak. Ataupun pesakit mempunyai penyakit sampingan lain seperti HIV atau Kencing Manis, yang menambahkan lagi keterukan serangan kuman Tb.\n\nPenyakit Tb boleh sembuh sepenuhnya dengan rawatan antibiotik khas Tb. Gabungan antibiotik anti-tb telah berjaya dari kajian saintifik mengubati penyakit Tb seluruh dunia.\n\nBerikut Adalah Beberapa Fakta Yang Perlu Anda Ketahui\n\n*Kita tidak boleh memandang remeh terhadap penyakit TB. Jika kita rasa badan lemah tidak bemaya, batuk-batuk, cepat-cepat kita pergi berjumpa dengan doktor. Semoga info ini memberi mafaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya daripada penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bagaimana Mengatasi Pertengkaran dalam Perkahwinan- Ketahui Punca Masalah Sebenar!\n\nKonflik atau masalah kadang-kala baik untuk hubungan anda. Apabila anda bertengkar dengan pasangan anda, itu menunjukkan bahawa anda selesa dengan diri anda sendiri dan anda tidak takut untuk menunjukkan sikap\u00a0 sebenar anda. Walau bagaimanapun, pertengkaran yang terlalu banyak\u00a0 atau kerap berlaku ialah keadaan dan cerita yang berbeza. Apabila setiap kesalahan kecil atau apabila isu remeh-temeh sering diperbesar-besarkan dan dibiarkan berlarutan, perkahwinan anda mungkin akan berada dalam keadaan huru-hara.\n\nUntuk menyelesaikan sebarang konflik, selidiklah masalah sebenar yang terjadi dan ketahui punca atau sebab berlakunya masalah tersebut. Jika tidak, anda seperti seorang pakar bedah yang memotong daging pesakit tanpa melakukan diagnosis terlebih dahulu. Berikut antara sebab dan punca yang menyumbang kepada pertengkaran dalam perkahwinan.\n\nSemua orang pasti memiliki keistimewaan tersendiri. Maka, setiap orang juga pasti berbeza di antara satu sama lain. Ini membawa kepada perbezaan tafsiran dalam keutamaan, perspektif dan keputusan. Anda akan menemui dan mengetahui perihal yang berlainan tentang pasangan anda apabila anda mula hidup di bawah satu bumbung yang sama. Si isteri pasti tidak suka pabila suaminya menyelerakkan barang-barang setelah si isteri baru sahaja mengemas rumah, manakala si suami pula tidak suka isterinya balik lewat dari kerja dan tidak memasak untuknya di rumahnya.\n\nItu antara contoh perbezaan sikap dan personaliti yang menjadi punca pertelingkahan dalam perkahwinan. Walau bagaimanapun, selagi anda menghormati dan saling melengkapi antara satu sama lain, perbezaan personaliti dan sikap pasti tidak akan menjadi masalah besar dalam perkahwinan anda.\n\nKelangsungan hidup adalah amat penting untuk semua orang. Mempunyai sumber kewangan yang cukup dan stabil akan memberikan rasa selamat apabila seseorang jatuh sakit, apabila peti sejuk kehabisan makanan dan apabila bil-bil bulanan datang menjengah. Itulah sebabnya apabila anda menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup, anda akan berasa tertekan.\n\nTekanan disebabkan masalah kewangan ini akan menjadi dua kali ganda bebannya apabila anda mempunyai anak-anak kecil yang perlu anda tanggung dan jaga. Oleh sebab itu, penting untuk setiap pasangan untuk mengawal perbelanjaan semasa dan sentiasalah hidup bersederhana dan mengikut kemampuan.\n\nKekal setia kepada pasangan anda ialah cabaran yang paling besar bagi orang-orang yang sudah berkahwin. Janji yang terungkap di hari bahagia suatu masa dahulu untuk sentiasa bersama perlu tersemat dalam fikiran setiap pasangan dan mestilah sentiasa dipelihara janji tersebut. Walau bagaimanapun, pasti akan ada pasangan yang terlupa akan janji-janji tersebut akibat perangai dan sikap mereka sendiri.\n\nApabila ini berlaku, perkahwinan anda akan bergelora, kemudiannya pertelingkahan dan pergaduhan pasti akan berlaku. Malah keadaan yang lebih buruk seperti perceraian mungkin akan terjadi. Oleh itu, peliharalah janji-janji anda untuk kekal bersama selamanya.\n\nKurang komunikasi ialah punca utama salah faham. Anda mungkin telah mengenali antara satu sama lain untuk jangka masa yang panjang tetapi ia tidak bermakna anda boleh melemparkan kata-kata cemuhan, dan menganggap pasangan anda membaca fikiran anda sepanjang masa atau tidak mengendahkan kata-kata pasangan anda. Untuk mengekalkan komunikasi yang berkesan dalam keluarga, sentiasalah memberi perhatian kepada apa sahaja yang pasangan anda katakan. Saling bertukar-tukar pendapat atau idea tentang perihal pasangan pasti akan menambahkan persefahaman antara satu sama lain.\n\nJarang berlaku masalah atau pertelingkahan bukanlah suatu tanda aras yang sahih dalam menentukan kebahagian sesuatu perkahwinan. Kematangan pasangan boleh diukur berdasarkan sejauh mana mereka boleh mengatasi masalah mereka, bagaimana mereka mengukuhkan hubungan mereka dan bagaimana mereka menjadi bertambah baik melalui sokongan antara satu sama lain. Berjuanglah untuk terus mengekalkan perkahwinan anda selama-lamanya!"
"Nak tahu khasiat Moringa? Artikel ini akan berkongsi tentang manfaat dan khasiat Moringa untuk kesihatan yang mungkin kita tidak tahu.\n\nPokok Moringa atau dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai pokok kelor, munggai, rambungai dan lemunggai merupakan tanaman yang berasal dari negara India dan boleh hidup di kawasan tropika dan subtropika. Antaranya boleh dijumpai secara meluas di negara kita. Malah, ladang tanaman pokok kelor ini ada diusahakan secara meluas di Johor. Masakan India banyak menggunakan bahan dari pokok ini seperti daun dan buahnya yang berbentuk seperti kacang atau seakan bendi dalam masakan harian mereka, contohnya kari dan dalca.\n\nDari segi botani, pokok moringa dikenali sebagai Moringa oleifera dengan pertumbuhan boleh mencapai tinggi sehingga 10 -12 meter. Kulit batangnya seakan kabus yang boleh diumpil atau dikopek dengan diameter pemeluk sebesar 45 cm.\n\nPokok moringa memiliki daun yang lebat bersaiz kecil dan mudah luruh serta dahan yang rapuh. Buahnya akan muncul dalam bentuk seperti kantung bendi tetapi bersaiz lebih besar antara 10-25 cm. Benih daripada buahnya boleh dijadikan semaian untuk menanam anak pokok dan pokok ini sangat tahan dengan keadaan cuaca kering atau kemarau.\n\nPenyelidik dari Pusat Penyelidikan Hospital Ottawa, Kanada pada tahun 2012 melaporkan bahawa analisis daun moringa mengandungi nutrien yang kaya seperti garam mineral (kalium, kalsium, fosforus, zat besi), vitamin A dan D, asid amino perlu dan antioksidan seperti beta karotena dan flavonoid. \n\nTambahnya lagi, penggunaan pokok moringa yang merangkumi pelbagai bahagian tumbuhan seperti daun, buah, akar dan batangnya telah diamalkan sejak dahulu lagi untuk aspek perubatan. Malahan, masyarakat seluruh dunia memberi gelaran pokok ini sebagai \u2018Pokok Ajaib\u2019, \u2018Hadiah Tuhan kepada Manusia\u2019, \u2018Penyelamat Orang Miskin\u2019 dan sebagainya.\n\nBerikut merupakan antara khasiat kesihatan pokok moringa yang telah diketahui berdasarkan penerbitan kajian saintifik sebelum ini.\n\nCiri Anti Hiperglisemik Menurunkan Gula dalam Darah\n\nKomponen daun pokok moringa telah dikaji secara meluas untuk melihat kesannya dalam menurunkan kadar gula dalam darah terutamanya bagi pesakit kencing manis atau diabetes. Kajian klinikal dilakukan ke atas model tikus dan juga manusia yang kedua-duanya menunjukkan perubahan yang memberangsangkan. Ekstrak daun moringa sebanyak 300 mg/kg-bw diberi kepada tikus selama 21 hari menunjukkan penurunan kandungan gula sebanyak 69%. Hal ini dilaporkan setanding dengan penggunaan ubatan moden anti diabetik Glipizide yang biasa diambil sebanyak 2.5 mg/kg-bw.\n\nDalam sampel manusia, terdapat pengurangan kandungan gula dalam darah sebanyak 29% oleh pesakit kencing manis Jenis-2 yang mengamalkan tablet daun moringa pada kepekatan 98% selama 90 hari.\n\nSebatian aktif yang diberi nama moringine dalam daun moringa iaitu sejenis kelas kimia alkaloid dilaporkan berperanan dalam memberikan kesan hipoglisemik atau menurunkan kadar gula dalam darah.\n\nDi negara-negara mundur, pokok moringa dijadikan sumber makanan bagi mengatasi masalah kebuluran dan kekurangan khasiat makanan dalam tubuh. Hal ini telah diulas oleh penyelidik dari Pusat Perubatan John Hopkins, Maryland, Amerika Syarikat pada tahun 2005.\n\nKajian tersebut menyatakan bahawa daun moringa boleh dimakan mentah, dimasak atau disimpan dalam bentuk kering untuk berbulan lamanya tanpa kehilangan kandungan nutrien di dalamnya.\n\nMalah, daun moringa dilaporkan mengandungi lebih kandungan vitamin A berbanding lobak merah, lebih kalsium berbanding susu, lebih zat besi daripada bayam, lebih vitamin C daripada oren dan lebih kalium daripada pisang. Kandungan protein dalam daun moringa juga menyamai pengambilan telur dan susu!\n\nPokok moringa telah digunakan sebagai ramuan ubatan sejak turun-temurun walaupun kajian saintifik yang menyokong dakwaan tertentu adalah masih belum diluaskan. Namun, kajian awal menunjukkan penemuan yang meyakinkan mengenai kesan positif kandungan dalam pokok moringa yang boleh merencat pertumbuhan kanser limfoma dan kanser kulit.\n\nKajian lepas juga menunjukkan bahawa sebatian dalam daun moringa boleh menghentikan pembentukan sel kanser baharu supaya kanser tidak terus merebak.\n\nWalaupun penyakit AIDS yang disebabkan oleh virus HIV masih belum mempunyai penawar, amalan diet mengandungi pokok moringa disarankan oleh pengamal perubatan herba bagi membantu meningkatkan sistem imun pesakit ini.\n\nKandungan antioksidan dalam daun moringa contohnya boleh membantu melawan radikal atau penyakit yang cuba menyerang sistem imun pesakit yang sedia lemah ini. Malah, ekstrak daun moringa juga dilaporkan mempunyai kesan antimikrob yang sangat baik.\n\nManfaat Kesihatan Setiap Bahagian Pokok Moringa\n\nBerdasarkan kajian yang diterbitkan di Food Science and Human Wellness oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Bangalore, India pada tahun 2016, berikut ialah manfaat kesihatan setiap bahagian pokok moringa. Ulasan ini mengambil kira amalan petua yang diamalkan oleh masyarakat di India, jadi, dakwaan ini tidak boleh dianggap saintifik sepenuhnya.\n\nDaun \u2013 merawat asma atau lelah, sakit ulu hati, kencing manis, cirit-birit, demam malaria, sifilis, sakit kepala, jangkita mata dan telinga, antioksidan, antimikrob, mengurangkan tekanan darah dan kolesterol.\n\nBiji benih \u2013 merawat hipertiroidism, antiherpes, masalah gout, sawan, antimikrob dan anti keradangan.\n\nKulit akar \u2013 anti ulser, anti keradangan, perangsang kardiak.\n\nBunga \u2013 mengurangkan kolesterol, agen anti keradangan sendi, demam sejuk dan masalah sukar membuang air kecil.\n\nPod atau kantung buah \u2013 merawat cirit-birit, masalah hati dan limpa dan sakit sendi.\n\nAntara khasiat kesihatan pokok moringa ialah dapat menurunkan kadar gula dalam darah, sumber nutrien yang mencukupi kepada tubuh, berpotensi mencegah kanser dan pelbagai lagi manfaat daripada setiap komponen pokok tersebut.\n\nNamun, harus diingat bahawa kita tidak boleh terlalu bergantung dengan rawatan alternatif petua sebegini kerana pelbagai faktor sebenarnya boleh mempengaruhi kesembuhan kita. Dos atau amaun yang diambil juga boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu jika kita tidak mengamalkan konsep bersederhana."
"Tertanya-tanya tanda kolesterol tinggi? Kolesterol ialah sejenis lemak yang dikenali sebagai lipid. Ia diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan kita boleh menghasilkan kolestrol yang diperlukan untuk fungsi badan. Malahan, ia juga boleh didapati melalui sumber makanan berasaskan haiwan.\n\nApabila kita mendengar sahaja nama kolestrol, mulalah terbayang penyakit jantung dan orang yang mempunyai lemak yang terlalu banyak. Inilah stigma masyarakat berkaitan kolestrol.\n\nSebenarnya, kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia yang penting untuk tubuh badan kita. Kolestrol perlu dikekalkan pada tahap yang normal untuk kebaikan maksima.\n\nKolestrol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ia amat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baharu dan menghasilkan hormon tertentu. Hormon ini berfungsi untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.\n\nKolestrol kelihatan seperti lilin yang dibuat oleh hati. Ia terhasil daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang atau tidak larut dalam air. Oleh itu, lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolestrol dalam pembuluh darah.\n\nHigh Density Lipoprotein (HDL) dikenali sebagai kolestrol baik. Ia berfungsi untuk mengeluarkan kolestrol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati.\n\nMalahan, HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat iaitu menjaga pemakanan dan bersenam dapat membantu meningkatkan HDL.\n\nManakala, Low Density Lipoprotein (LDL) dikenali sebagai kolestrol jahat. Kolestrol LDL berbahaya kerana ia cenderung untuk melekat di dinding arteri. Lama-kelamaan, plak kolestrol yang tebal dan keras akan terjadi. Kita perlu turunkan paras kolestrol LDL untuk kurangkan risiko penyakit jantung.\n\nTrigliseride ialah bentuk lemak yang terhasil dalam tubuh. Kadar trigliseride yang tinggi disebabkan oleh amalan merokok, pengambilan alkohol, masalah obesiti dan gaya hidup yang tidak aktif.\n\nIndividu yang mempunyai tahap trigliseride yang tinggi lazimnya mempunyai tahap Jumlah Kolestrol (Total Cholestrol) yang tinggi. Ini termasuk LDL yang tinggi dan tahap HDL yang rendah. Pesakit diabetes dan jantung biasanya mempunyai tahap gliseride yang tinggi.\n\nDalam artikel ini, penulis akan kongsikan tanda-tanda kolesterol sudah tinggi dalam badan dan cara mencegahnya. Moga kita mengambil langkah berjaga-jaga tentang kesihatan kita dan ahli keluarga.\n\nOrang yang mempunyai kolesterol tinggi di dalam badan, biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom. Ia sukar dikenal pasti pada peringkat awal. Namun begitu, terdapat beberapa gejala yang mungkin berlaku seperti berikut:\n\nKolesterol yang tinggi dalam badan amat berbahaya dan boleh mengakibatkan risiko penyakit-penyakit yang lain. Kita dapat mencegah kolestrol tinggi dengan mengikut langkah pencegahan yang berikut:\n\nFaktor keturunan dan diet menjadi penyebab utama paras HDL, LDL dan paras kolestrol dalam badan kita. Oleh itu, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat, menjaga pemakanan dan sentiasa bergerak aktif.\n\nJika anda ada tanda-tanda kolesterol tinggi yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor. Jangan biarkan masalah melarat tanpa mendapat nasihat dan rawatan. Rawatan awal boleh mencegah penyakit lain yang disebabkan oleh kolestrol tinggi seperti strok dan sakit jantung.\n\nSemoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel:"
"Berbicara tentang rezeki, sebagai seorang yang beragama islam pastinya kita wajib mempercayai bahawa rezeki datang dari Allah. Malahan seawal kita berada dalam alam roh sewaktu berada di dalam rahim ibu lagi semua rezeki dan perjalanan hidup kita sudah tertulis. Selaku hambanya kita sebagai manusia wajib berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang kita hajatkan namun di akhirnya Allah lah yang menentukan setakat mana rezeki kita.\n\nTerdapat lapan jenis rezeki menurut pandangan para ulama dan ilmuan islam.Jom ketahui konsep rezeki yang sebenar.\n\nSetiap satu rezeki ini adalah berbeza di antara satu sama lain dan semuanya sudah tertulis untuk kita. Cuma mungkin kita belum memperoleh rezeki tersebut kerana belum berusaha dengan sekuatnya dan mungkin juga kerana belum tiba masa untuk kita memilikinya. Lapan jenis rezeki tersebut ialah:\n\nRezeki yang telah dijamin ialah jenis rezeki yang telah dijanjikan oleh Allah kepada semua makhluknya termasuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ini adalah rezeki yang telah tertulis di Luth Mahfuz semasa kita masih berada di alam roh dan selamat berada di dalam rahim ibu. Rezeki yang telah tertulis ini pasti kita akan dapat kerana ia telah dijamin oleh Allah. Di antara rezeki yang telah dijamin oleh Allah ialah:\n\nTiada sesiapa yang boleh menghalang kita daripada memperoleh rezeki ini kerana ianya telah tertulis untuk kita.\n\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646 \u062f\u064e\u0627\u0628\u0651\u064e\u0629\u064d \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0642\u064e\u0631\u0651\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0648\u0652\u062f\u064e\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0644\u0651\u064c \u0641\u0650\u064a \u0643\u0650\u062a\u064e\u0627\u0628\u064d \u0645\u0651\u064f\u0628\u0650\u064a\u0646\u064d\n\n\u201d Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.\u201d (Surah Hud : 6)\n\nRezeki ini adalah rezeki yang dijanjikan oleh Allah untuk setiap yang berusaha untuk mendapatkan rezeki. Bagi manusia yang keluar mencari rezeki, dijanjikan dengan gaji dan rezeki yang banyak. Kepada burung yang keluar untuk mencari makanan, dijanjikan makanan untuknya dan keluarga. Malah untuk tumbuhan juga Allah janjikan rezeki yang datang dari hujan dan sinaran matahari\n\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u0646 \u0644\u0651\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0644\u0650\u0644\u0652\u0625\u0650\u0646\u0633\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0639\u064e\u0649\n\n\u201d Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.\u201d(Surah An-Najm : 39).\n\nJenis rezeki yang seterusnya ialah rezeki yang kita akan dapat disebabkan oleh kita seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada Allah. Semakin banyak kita bersyukur, semakin murah rezeki kita. Ini juga adalah janji Allah. Oleh itu, marilah kita menjadi hamba yang bersyukur.\n\n\u0644\u064e\u0626\u0650\u0646 \u0634\u064e\u0643\u064e\u0631\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0623\u064e\u0632\u0650\u064a\u062f\u064e\u0646\u0651\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0626\u0650\u0646 \u0643\u064e\u0641\u064e\u0631\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u0650\u064a \u0644\u064e\u0634\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064c\n\n\u201d Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.\u201d(Surah Ibrahim : 7)\n\nKonsep rezeki yang seterusnya ialah rezeki yang datang secara tak terduga. Kalau orang melayu, ini adalah rezeki yang kita gelar rezeki terpijak atau duit jatuh dari langit. Rezeki ini datang tanpa kita pinta dan tanpa sebarang usaha dari kita. Bersyukurlah jika kita mendapat rezeki jenis ini.\n\n\u200e\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646 \u064a\u064e\u062a\u0651\u064e\u0642\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u064a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644 \u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0645\u064e\u062e\u0652\u0631\u064e\u062c\u064b\u0627( ) \u0648\u064e\u064a\u064e\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062d\u064e\u064a\u0652\u062b\u064f \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062d\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0628\u064f\n\n\u201d Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.\u201dm(Surah At-Thalaq : 2-3).\n\nSatu lagi jenis rezeki ialah rezeki yang datang kerana kita sebagai hamba banyak beristighfar kepada Allah. Itulah sebabnya kita perlu banyak beristighfar kepada Allah. Bukan sahaja ia akan mendekatkan diri kita kepada Allah, malah ia akan membawakan rezeki kepada kita.\n\n\u0641\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u063a\u064e\u0641\u0651\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627 ( ) \u064a\u064f\u0631\u0652\u0633\u0650\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0621\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0651\u0650\u062f\u0652\u0631\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627\n\n\u201d Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.\u201d (Surah Nuh : 10-11).\n\nAllah menjanjikan rezeki kepada hambanya yang bernikah. Ini kerana menikah adalah perbuatan yang dituntut di dalam islam. Selepas bernikah biasanya rezeki kita akan melimpah-ruah. Setelah mendapat anak, anak juga membawa rezeki kepada kita.\n\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0643\u0650\u062d\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0649\u0670 \u0645\u0650\u0646\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0626\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646 \u064a\u064e\u0643\u064f\u0648\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0641\u064f\u0642\u064e\u0631\u064e\u0627\u0621\u064e \u064a\u064f\u063a\u0652\u0646\u0650\u0647\u0650\u0645\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650\u0647\u0650\n\n\u201d Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.\u201d(Surah An-Nur : 32).\n\nJenis rezeki yang seterunsya ialah rezeki kerana anak. Ketahuilah bahawa setiap anak yang lahir adalah pembawa rezeki. Jangan takut untuk mengandung kerana risau tidak cukup duit untuk membesarkan dan memberikan yang terbaik buat anak.\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u0652\u062a\u064f\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627\u062f\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062e\u064e\u0634\u0652\u064a\u064e\u0629\u064e \u0625\u0650\u0645\u0652\u0644\u064e\u0627\u0642\u064d \u0646\u0651\u064e\u062d\u0652\u0646\u064f \u0646\u064e\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0625\u0650\u064a\u0651\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652\n\n\u201d Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.\u201d (Surah Al-Israa\u2019 : 31).\n\nJenis rezeki yang terakhir ialah rezeki yang kita dapat kerana bersedekah. Sesungguhnya sedekah membuka pintu rezeki. Sedekah tidak akan membuatkan kita jatuh miskin malah ia akan memberikan kita rezeki yang melimpah-ruah.\n\n\u0645\u0651\u064e\u0646 \u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a \u064a\u064f\u0642\u0652\u0631\u0650\u0636\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0642\u064e\u0631\u0652\u0636\u064b\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064b\u0627 \u0641\u064e\u064a\u064f\u0636\u064e\u0627\u0639\u0650\u0641\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0636\u0652\u0639\u064e\u0627\u0641\u064b\u0627 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064e\u0629\u064b\n\n\u201d Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.\u201d (Surah Al-Baqarah : 245).\n\nItulah dia perkongsian tentang konsep rezeki yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel konsep rezeki ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca kurang rezeki jenis rezeki dan keberkatan rezeki"
"Mencari idea cara nak buat jamu homemade?\n\nWanita yang mementingkan kecantikan tubuh dan wajah pastinya rajin mengamalkan pelbagai usaha untuk mencapai impiannya. Seperti kata orang, untuk menjadi cantik perlukan usaha yang menyakitkan.\n\nTak perlulah sehingga buat pembedahan plastik atau suntik botoks, kita tetap boleh cantik dengan cara yang paling selamat. Bagi yang menggemari jamu, terdapat banyak jenama di pasaran. Dari yang paling terkenal, sehinggalah yang dihasilkan sendiri.\n\nKenapa penggunaan jamu begitu penting bagi kaum wanita? Ada yang sudah mengamalkannya dari hari pertama kedatangan haid sehingga sudah menjadi warga emas. Namun begitu, usaha yang memakan masa puluh tahun itu boleh dilihat hasilnya.\n\nDengan kulit yang mulus dan tegang, sihat tanpa sebarang penyakit, daya ingatan yang kuat dan bentuk tubuh yang masih bergetah. Itulah penangan jamu. Ada yang begitu taksub sehingga menurunkan pelbagai petua berharga kepada anak cucu zaman-berzaman.\n\nWalaupun rasanya mungkin pelik, pahit dan payau, lama-kelamaan kita akan terbiasa. Lebih-lebih lagi, jika ada rakan atau saudara yang menegur perubahan diri kita. Boleh tersenyum panjang sampai ke telinga. Bila sampai dan minta rahsia kecantikan, maksudnya berbaloilah kan?\n\nDisebabkan penangan jamu yang tak pernah lekang dek zaman ni, apa kata penulis berkongsi 11 idea jamu homemade semula jadi yang lebih selamat dari yang dibeli. Jom baca!\n\nWalaupun terdapat pelbagai jenama jamu yang terkenal di luar sana, bukan semua orang rajin membelinya. Kenapa?\n\nSenarai di atas kemungkinan menjadi penghalang untuk anda yang nak mencuba jamu. Bila melihat rakan mempunyai kulit yang cantik dan berbadan langsing, anda pun teringin untuk mencubanya. Namun, anda tak yakin dan tak berani mencubanya.\n\nJangan risau. Di sini penulis akan kongsikan idea untuk buat jamu homemade menggunakan bahan-bahan semula jadi. Bukan saja bersih, dijamin selamat dan lebih berkhasiat. Malah, duit poket anda juga boleh dijimatkan.\n\nCaranya ialah sebiji telur ayam kampung dicampurkan dengan sedikit madu dan kunyit hidup yang dikisar. Minum setiap bulan ketika datang haid.\n\nAmbil sedikit cekur, halia, serai dan daun herba. Kisar kesemua bahan dengan setengah gelas air kosong. Minum setiap pagi ketika perut masih kosong.\n\nRahim Sihat dan Hilangkan Bau Tempat Sensitif\n\nAmbil beberapa helai daun sirih dan rebus dengan setengah periuk air. Pastikan air hanya tinggal segelas saja selepas dimasak. Minum seminggu 2 atau 3 kali.\n\nLancarkan Darah Haid dan Seri Wajah\n\nAmbil sedikit kunyit hidup, halia, seinci gula melaka, 1 sudu pes asam jawa dan suku sudu kecil serbuk manjakani dan 1 liter air. Air perlu dididihkan dulu, kemudian barulah masukkan semua bahan. Selepas masak, tapis dan masukkan ke dalam botol. Minum dalam 6 sudu besar setiap hari. Bakinya simpan di dalam peti sejuk.\n\nCaranya ialah sediakan 5 biji manjakani, 6 ulas bawang putih, sedikit halia, sedikit halba dan lada hitam. Tumbuk kesemua bahan hingga lumat dan sebati. Bahan-bahan yang ditumbuk, digentel menjadi bulat dan dikeringkan. Setiap kali badan rasa tak sedap, boleh dimakan 2 biji dengan minum air secukupnya.\n\nAmbil sedikit halia, kunyit, manjakani, bawang putih, habbatussauda, lada hitam dan halba. Sangai seketika bawang putih, halba, habbatussauda dan lada hitam di dalam kuali. Setelah tu, campurkan dengan bahan-bahan yang lain dan dikisar dengan sedikit air.\n\nBuat bentuk bulat-bulat sebesar saiz ibu jari. Makan pada waktu pagi ketika perut kosong dan sebelum tidur.\n\nAmbil halia ikut suka, 5 atau 7 helai daun sirih, cekur, kunyit hidup, temu kunci dan 3 ulas bawang putih. Kisar semua bahan dengan sedikit dan kemudian ditapis. Masukkan ke dalam botol dan sejukkan. Minum sedikit saja setiap hari dan boleh dicampurkan dengan madu.\n\nSediakan halia, 2 batang serai, 1 sudu kecil halba, 1 sudu kecil bunga cengkih, 1 sudu kecil biji pelaga, 1 sudu kecil bung lawang, 2 batang kayu manis, beberapa helai daun pudina dan 2 sudu besar madu.\n\nKetuk halia dan serai. Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Akhir sekali, masukkan daun pudina dan rebus dalam 10 minit. Tapis airnya dan masukkan madu.\n\nAmbil 3 inci halia, 3 inci kunyit dan 1 inci temulawak. Kemudian, tumbuk halus semua bahan dan direbus dengan segelas air. Tapis dan minum airnya ketika masih suam-suam panas. Boleh ditambahkan sedikit gula atau madu.\n\nAmbil seinci halia dan tumbuk halus. Campurkan dengan segelas susu. Kemudian, tapis sebelum diminum. Boleh juga dipanaskan seketika susu tersebut dengan halia.\n\nAmbil 20 helai daun sirih, 4 inci temu kunci dan 250 ml air suam. Buang kulit temu kunci dan kisar semua bahan. Perahkan adunan untuk mendapatkan jusnya.\n\nMacam mana? Pasti anda rasa nak cuba mana-mana idea jamu homemade yang dikongsikan ni kan? Selain semuanya ada di dapur rumah saja, kosnya juga jauh lebih murah dan selamat. Ingin penulis nasihatkan di sini, minum air masak banyak-banyak jika sudah mengamalkan jamu.\n\nJemput baca juga tentang petua kulit muka glowing cara penjagaan muka dan cara memutihkan kulit muka\n\n*Perkongsian di atas adalah merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mengambarkan pendirian Bidadari.My"
"Susu bukan sahaja untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Malah susu juga penting dalam semua peringkat umur. Susu mempunya banyak khasiat yang tubuh badan kita perlukan. Jadi segelas susu sehari amat penting dalam kehidupan seharian kita.\n\nSusu kaya dengan pelbagai mikronutrisi yang tidak terdapat dalam makanan lain seperti Vitamin A, B,C D,E dan K, potassium, fosfat, folate, zat besi dan mineral lain. Kaya mengandungi vitamin dan mineral serta mempunyai banyak kelebihan tersendiri seperti untuk ketahanan tulang serta gigi. \n\nOleh itu, susu memang perlu diambil untuk kesihatan kita. Susu, juga boleh dicampurkan dengan makanan lain untuk mendapatkan nutrisi yang lebih. Apakah makanan yang boleh dicampur sekali dengan susu?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kebaikan campuran susu dengan makanan lain. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri. Makanan yang boleh dicampur dengan susu\n\nKajian menujukkan bahan khasiat dalam carrot dikenali sebagai karotenoid. Bahan ini adalah sejenis bahan antioksidan.\n\nIa sejenis bahan mudah larut dalam minyak dan lemak. Lemak dalam susu akan bantu penyerapan bahan berkhasiat ke dalam darah dengan lebih tinggi. Sebaiknya guna susu segar.\n\nTomato juga kaya bahan karotenoid. Tomato yang dimasak dengan minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato mentah. Tomato juga boleh dibuat jus, tetapi sebaiknya diminum bersama susu.\n\nLabu juga kaya karotenoid. Sebaiknya diambil bersama santan, sebab terdapat sedikit minyak dalam santan\n\nKuning telur ada lutein (karotenoid), sebaiknya diambil bersama minyak zaitun. Sesuatu jenis bahan berkhasiat sebaiknya diambil bersama bahan dari kumpulan yang sama (larut air dengan larut air dan larut minyak dengan larut minyak).\n\n*Jadi, selepas ini bolehlah campurkan susu dengan sayuran seperti carrot dan tomato. Di kedai makanan juga ada menjual minuman jus carrot susu dan jus tomato susu. Insyaallah, badan kita akan mendapat nutrisi yang bagus dan kesihatan kita akan baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang,\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Keenakan kacang menjadikan ia sering dijadikan menu sampingan harian anda. Mungkin mentega perisa kacang hazel sentiasa menjadi teman baik anda semasa sarapan pagi, susu badam semasa waktu tengah hari dan coklat kacang almond semasa waktu petang anda. Hampir setiap hari anda mengambil kacang, tetapi adakah kacang tersebut benar-benar menyihatkan anda?\n\nSecara amnya, semua kacang adalah sumber lemak tak tepu, protein, serat, pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan. Makan lebih banyak kacang adalah cara mudah untuk mendapatkan lebih banyak serat. Selain itu, kacang adalah sumber magnesium yang baik dan merupakan sumber nutrien lain yang diperlukan oleh tubuh badan kita.\n\nTahukah anda, dengan memakan lebih banyak kacang, ia dapat menyokong jantung anda dengan membantu menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik di dalam badan. \n\nTerdapat banyak cara untuk anda menggunakan kacang dalam pemakanan seharian, tetapi pilihlah kacang yang berkhasiat. Berikut adalah jenis kacang yang berkhasiat dan boleh dimakan.\n\nJenis kacang brazil ini mengandungi banyak selenium, mineral yang terlibat dalam pengeluaran hormon tiroid. Mineral ini sangat penting dalam fungsi antioksidan bagi proses melindungi diri kita daripada barah. Ia juga amat bagus untuk kesihatan rambut dan kuku.\n\nSatu kajian menunjukkan kesan secara langsung terhadap peningkatan kolesterol darah dalam sembilan jam setelah pengambilannya. Setiap hidangan 1 ons kacang brazil ini mengandungi 187 kalori, 19 g lemak, 3 g karbohidrat, 0 g gula, 2 g serat dan 4 g protein.\n\nSecara amnya, jenis kacang ini sering berkait rapat dengan biskut. Boleh dikatakan bahawa kacang macadamia ini sering diremehkan khasiatnya. Namun tahukah anda, kacang macadamia mengandung thiamin dan lemak tak tepu yang turut terdapat dalam minyak zaitun.\n\nSetiap hidangan 1 ons kacang macadamia mengandungi 204 kalori, 21 g lemak, 3,9 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat dan 2.4 g protein. Ia sesuai bagi anda yang ingin berdiet tetapi suka berkudap-kudap.\n\nSering menjadi makanan ringan, jenis kacang hijau yang kecil ini memiliki kandungan nutrien dan antioksidannya yang tinggi. Ianya adalah salah satu kacang yang terdapat dengan kadar kepekatan antioksidan yang tertinggi iaitu lutein dan zeaxanthin. Salah satu fungsinya adalah untuk meningkatkan kesihatan mata.\n\nSetiap hidangan 1 ons kacang pistachio ini mengandungi 159 kalori, 12.8 g lemak, 7.7 g karbohidrat, 2.1 g gula, 3 g serat, dan 5.7 g protein.\n\nKacang Pecan sangat terkenal dengan sumber Vitamin E yang tinggi. Ia juga merupakan sumber thiamin yang cukup hebat, vitamin B kandungan jenis kacang ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisma tenaga di dalam tubuh badan kita.\n\nAnda boleh menyediakan kacang ini di dalam yogurt, oatmeal, sup, sayuran dan banyak lagi. Setiap hidangan 1 ons kacang pecan mengandungi 196 kalori, 20 g lemak, 3 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat, dan 2.6 g protein.\n\nKacang hazel adalah sumber vitamin E, tembaga, mangan dan antioksidan yang baik. Antioksidan di dalamnya bahkan terbukti dapat membantu menurunkan kolesterol dan radang. Jenis kacang ini juga amat popular kerana kesedapannya sehingga ia dimakan bersama coklat.\n\nJangan lupa untuk menikmati hazelnut sebagai makanan ringan atau tambahkan hazelnut panggang ke dalam hidangan sayuran, salad dan pasta. Pastikan kulit tetap ada kerana kulitnya juga mengandungi kepekatan antioksidan tertinggi. \n\nSetiap hidangan 1 ons kacang hazel pula mengandungi 178 kalori, 17 g lemak, 0 mg sodium, 4.7 g karbohidrat, 1.2 g gula, 2.8 g serat, dan 4.2 g protein.\n\nKaya dengan sumber vitamin E dan K yang baik, serta zat besi dan magnesium yang tinggi, kacang pine sangat berkhasiat untuk kita semua. Zat besi amat penting untuk pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. \n\nBagi vegetarian yang mungkin kekurangan mineral tanpa daging dalam makanan mereka, kacang pine adalah penyelesaiannya.\u00a0 Kacang pine dikatakan mengandungi hampir lapan gram zat besi setiap cawan, jadi ia adalah sumber mineral yang sangat hebat. \n\nAnda boleh gunakan kacang pine ini untuk taburkannya di atas pasta, salad, ayam, atau ikan untuk makanan yang sihat. Setiap hidangannya 1 ons mengandungi 190 kalori, 19 g lemak, 0 mg sodium, 4 g karbohidrat, 1 g gula, 1 g serat, dan 4 g protein.\n\nBanyak sebab mengapa kacang almond mempunyai pelbagai khasiat. Selain menjadi sumber serat dan protein yang tinggi, ia juga terbukti dapat membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat. \n\nTahukah anda bahawa kacang almond kaya dengan vitamin E? Satu hidangan kacang ini menyediakan 60 peratus zat daripada keperluan harian anda! Beberapa penyelidikan bahkan mengaitkan makan kacang ini dapat menurukan risiko terkena penyakit barah usus. \n\nSetiap hidangan 1 ons kacang yang popular ini mengandungi 164 kalori, 14 g lemak, 6 g karbohidrat, 1 g gula, 3.5 g serat dan 6 g protein.\n\nTahukah anda, kacang gajus mempunyai lebih banyak zat besi berbanding dengan kacang lain? Dengan khasiat zat besinya yang tinggi, ia amat baik sekiranya jenis kacang ini diamalkan setiap hari. \n\nTekstur kacang ini juga menjadikannya pengganti tenusu yang hebat kerana penuh dengan serat yang pelbagai. Setiap hidangan 1 ons kacang gajus mengandungi 160 kalori, 12 g lemak, 9 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat dan 5 g protein.\n\nKacang tanah adalah sumber protein yang baik dan kaya dengan kandungan vitamin serta mineral. Anda boleh mendapat khasiatnya dengan memakan mentega kacang. Namun perlu diingatkan bahawa mentega kacang mempunyai kolori yang cukup tinggi, jadi jangan makan melebihi dua sudu.\n\nSetiap hidangan 1 ons kacang tanah mengandungi 161 kalori, 0.4 g lemak, 4.5 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat dan 7 g protein. Lebih elok jika anda amalkan makan jenis kacang ini sebegitu sahaja selepas digoreng.\n\nTidak terkecuali, kacang walnut adalah sumber tumbuhan yang kaya dengan asid lemak omega-3, yang penting dalam diet kita dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Walaupun ia lebih tinggi kalori dan lemak daripada kacang lain, walnut mengandungi lemak sihat yang diperlukan oleh tubuh. \n\nKacang walnut juga dapat membantu anda tetap kenyang lebih lama.\u00a0 Setiap hidangan 1 ons kacang walnut mengandungi 220 kalori, 22 g lemak, 5 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat dan 5 g protein. Masyarakat barat mengamalkan makan kacang walnut sebagai sarapan pagi.\n\nItulah dia jenis kacang yang berkhasiat boleh dimakan dan diamalkan kita semua. Jom baca juga resepi kuih kacang hijau, khasiat kacang untuk ibu hamil, Resepi bun kacang merah dan Resepi kerabu kacang panjang."
"Hari ini, kami ingin kongsikan mengenai tips dan amalan yang dapat dibuat untuk mendidik anak yang nakal. Mempunyai anak yang nakal bukanlah perkara luar biasa. Menjadi kebiasaan untuk anak sedikit nakal semasa mereka kecil.\n\n\n1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). Berkatalah-katalah dengan dirinya. Masukkan input positif ke dalam minda separa sedarnya dengan berkata mengenai perkara-perkara baik.\n\n2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun anak kita.\n\n3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.\n\n4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.\n\n5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.\n\nPernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu\u2019man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. \u201cTuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah \u201csaya mendidik Hanafi sejak 40 tahun sebelum dia dilahirkan\u201d.\n\nKalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. 40 tahun pula itu. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.\n\n*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Jika baik diri kita, maka cantiklah akhlak mereka. Begitu juga untuk sebaliknya."
"Nak tahu petua orang tua tentang kecantikan?\n\nWanita pada masa dulu amat menitikberatkan soal kecantikan. Lihat saja filem-filem klasik lakonan Tan Sri P.Ramlee, kebanyakan pelakon wanitanya mempunyai kulit yang mulus dan langsing bak kerengga.\n\nKetika itu, mereka tak terdedah dengan produk-produk kecantikan seperti sekarang. Tanpa perlu ke Sephora, Sasa, Guardian atau Watson, mereka mampu menjaga kecantikan wajah dan tubuh dengan cara mereka sendiri.\n\nJadi, dalam artikel ni, penulis ingin berkongsi petua yang diamalkan oleh orang-orang tua kita dulu. Mengikut sedikit kajian yang dilakukan, kebanyakan bahan yang digunakan merupakan dari alam semula jadi.\n\nYang paling penting semuanya boleh dikutip dari sekeliling atau dari dapur rumah saja. Petua-petua yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ni perlu disimpan sebagai rujukan generasi akan datang.\n\nAnda mesti tak sabar-sabar nak tahu tentang petua orang tua tentang kecantikan tersebut kan? Mana tahu boleh nampak macam gadis 18 tahun kan. Jom baca!\n\nPetua Orang Tua Tentang Kecantikan Kena Cuba\n\nKetika zaman remaja dulu, penulis rajin mencuba tips ni. Yelah masa tu tak mampu nak beli produk wajah yang mahal-mahal. Hasilnya memang terbaik. Kulit menjadi cerah, lembut dan susah nak tumbuh jerawat.\n\nCaranya ialah tuang 2 cawan air ke dalam beras dan dibasuh dengan cara meramasnya. Basuhan pertama ni dibiarkan sementara. Kemudian, anda akan dapati terdapat mendapan kanji di bahagian bawah. Buang air jernih di atasnya. Sapukan kanji di kulit wajah setiap hari pada waktu pagi.\n\nJika anda ada masalah kulit kusam dan kering, boleh cuba petua mudah ni. Ambil mangkuk atau besen yang mempunyai permukaan lebar. Letakkan di luar rumah pada waktu malam. Paling penting letakkan ia di bahagian yang tinggi.\n\nEsoknya, anda akan dapati titisan embun di dalam mangkuk tersebut. Sapukan air tersebut pada wajah setiap hari. Jangan pula tadah mangkuk ketika musim hujan tau!\n\nBibir yang kering dan mengelupas, gelap dan lebam mencacatkan kecantikan wajah. Ada orang yang menderita masalah kulit kering atau ekzema di sekitar mulut, alergik dengan lipstik dan sebagainya.\n\nMasalah ni boleh diatasi dengan menyapu sedikit madu asli pada bibir sebelum tidur. Malah, anda juga boleh menyapu gel petroleum seperti Vaseline pada bibir. Ia dapat melembapkan bibir yang kering dan seterusnya memudarkan warna gelap pada bibir.\n\nJintan manis sering digunakan sebagai bahan masakan untuk membuat sate, rendang dan sebagainya. Namun, tahukah anda rempah ni sangat bagus sebagai minuman untuk kuruskan badan? Ia mampu membakar kalori dengan cepat dengan meningkatkan metabolisme.\n\nCaranya ialah amik 2 sudu besar jintan manis dan cuci bersih-bersih. Kemudian, rebuskan dengan 2 gelas air sehingga mendidih. Boleh diminum selepas air rebusan menjadi suam. Boleh juga dicampurkan dengan lemon untuk memberi rasa yang lebih segar.\n\nMasyarakat India sering menggunakan kunyit dalam rawatan kecantikan mereka. Salah satu kebaikan kunyit ialah untuk mencerahkan kulit wajah dan menyamarkan noda hitam. Anda boleh mencuba petua mudah ni tanpa tertipu dengan produk timbang kilo.\n\nAmbil setengah cawan beras dan dicuci bersih-bersih. Rendam beras tersebut dengan 2 hiris kunyit hidup. Biarkan seketika hingga beras kembang. Kemudian, kisar halus kedua-dua bahan ni. Untuk kesan yang terbaik, gunakan 2 kali seminggu sebagai skrub.\n\nApabila tumbuh jerawat besar yang menyakitkan, ia umpama mimpi ngeri buat wanita. Jika anda bakal menjadi raja sehari tak lama lagi, cuba petua ni agar jerawat cepat kecut.\n\nCaranya ialah ambil beberapa helai daun jambu batu. Cuci bersih-bersih dan kisar dengan setengah biji tomato. Sapukan saja pada keseluruhan wajah sebagai mask. Tunggu hingga kering dan cuci muka seperti biasa. Buat setiap hari hingga jerawat hilang.\n\nSiapa yang tak nak nampak muda kan? Nak nampak awet muda mestilah mempunyai kulit wajah yang tegang, lembap dan tiada kedutan. Tanpa perlu cucuk vitamin C dan botox, anda hanya perlu amalkan pemakanan yang sihat.\n\nCaranya ialah kisar setengah batang lobak dan sebiji tomato. Jadikan minuman sarapan anda untuk menggantikan kopi dan teh. Anda boleh menikmatinya dengan menambah susu segar. Ingat, jangan tambah gula!\n\nSemakin bertambah usia, garisan halus mulai kelihatan di sekitar mata, tepi mulut dan dahi. Malah, orang yang mempunyai kulit wajah yang terlalu kering lebih mudah nampak tua dari umur mereka.\n\nCara mudah untuk atasi masalah ni ialah ambil sedikit nasi dan kisar dengan sedikit air. Pastikan air tersebut pekat dan jangan cair. Tambahkan sebiji putih telur dan gaul rata. Sapukan di wajah sebagai mask. Buat seminggu sekali.\n\nRambut yang tak dijaga dengan baik mudah mendapat masalah kelemumur, gugur dan kering. Tanpa perlu membazir wang ke salun rambut, anda sendiri boleh mencubanya di rumah.\n\nCaranya ialah ambil setengah cawan santan kelapa yang pekat dan dicampurkan dengan setengah cawan yogurt. Sapukan pada rambut dan kulit kepala hingga rata. Cuba petua ni seminggu 3 kali, anda akan terkejut dengan hasilnya. Jangan lupa pula cuci rambut lepas tu ye!\u00a0\n\nJika terdapat parut jerawat, ruam atau luka, mesti anda rasa tak selesa. Kini, pelbagai jenis produk untuk hilangkan parut ada dijual di pasaran. Namun, bukan semuanya berkesan walaupun harganya boleh tahan mahal.\n\nAmbil daun aloe vera atau lidah buaya dan cuci bersih untuk hilangkan kesan tanah atau serangga. Kemudian, keluarkan isinya yang berbentuk gel. Hancurkan gel tersebut dan dicampurkan dengan minyak bayi (baby oil). Sapukan pada bahagian parut.\n\nUntuk dapatkan pipi merah, ramai yang sanggup bersolek dan memakai blusher. Sebenarnya, anda boleh dapatkan wajah yang kemerahan tanpa perlu memakai solekan.\n\nPetua mudahnya ialah ambil setengah cawan beras pulut. Rendam selama semalaman dan esoknya bolehlah dikisar halus. Sapukan di wajah 2 kali seminggu. Wajah bukan saja kelihatan merah, malah kulit juga akan menjadi lebih halus dan lembap.\n\nJika anda ialah penggemar kopi atau teh, kuat merokok dan sebagainya, pasti anda anda masalah yang satu ni. Kos untuk memutihkan gigi agak mahal di klinik gigi dan kesannya bergantung pada rutin harian kita.\n\nCaranya ialah ambil sesudu minyak kelapa dan kumur selama beberapa 10 hingga 15 minit. Buang air tersebut dan bilas mulut hingga bersih. Buat sehingga gigi menjadi putih semula.\n\nApa pandangan anda semua tentang petua-petua orang tua tentang kecantikan yang dikongsikan ni? Mudah bukan, semuanya ada di seliling kita saja. Walaupun tiada bukti untuk menyokong keberkesan petua-petua orang tua ni, namun tak salah untuk mencuba. Kata orang biar lambat asal selamat.\n\nAda petua yang penulis sendiri pernah mencubanya dan hasilnya memang menakjubkan. Apa kata pembaca Bidadai.my pula mencuba kali ni dan kongsikan pengalaman anda itu dengan kami. Jangan lupa mencuba! Jemput juga baca artikel tentang tips kecutan jerawat, tips penjagaan muka dan cara penjagaan muka"
"Al Quran itu naskhah yang agung. Wahyu dari Ilahi. Tuhan semesta alam yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Sewajarnya, Al Quran itu dipelihara sebaiknya. Begitu juga perlu beradab apabila ingin membacanya. \n\nAl-quran dan as-sunnah telah menggariskan akan adab-adab yang perlu dijaga oleh setiap muslim untuk memelihara kesucian kalam Allah swt ini.\n\n1. Membaca Ta\u2019awwuz (isti\u2019azah) Sebelum Membaca Al Quran\n\nMaka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca Al Quran, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk\u201d. (Surah Al Nahl, 16:98)\n\n2. Dianjurkan Dalam Keadaan Suci Ketika Memegang Dan Membaca Al Quran\n\nDaripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw melarang seseorang yang sedang menuju ke negeri musuh sambil membawa Al Quran kerana khuatir Al Quran tersebut dirampas musuh. (Hadis Riwayat Muslim No.1869)\n\n3. Khusyuk Ketika Mendengar Bacaan Al Quran\n\n\u201cDan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat\u201d. (Surah Al-A\u2019raf, 7:204)\n\n\u201cMaka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al Quran?. Sekiranya (Al Quran) itu bukan daripada Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya\u201d. (Surah Al Nisa\u2019, 4:82)\n\n5. Sujud Tilawah Ketika Membaca Ayat Sajdah\n\nDaripada Abu Hurairah r.a dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, \u201cApabila seseorang membaca ayat sajdah lalu dia sujud, maka syaitan menjauhi sambil menangis, dan syaitan tersebut berkata, \u2018Aduh celaka! Manusia diperintahkan sujud lalu dia bersujud, maka dia mendapat syurga, sedangkan aku diperintahkan sujud lalu aku membangkang maka aku mendapat neraka\u201d. (Hadis Riwayat Muslim No.81)\n\n6. Menangis Ketika Membaca Atau Mendengar Al Quran \n\n\u201cDan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat bercucuran air mata mereka disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri), sehingga berkata: \u2018Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatkanlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad saw)\u201d. (Surah Al Ma\u2019idah, 5:83)\n\n7. Membaca Al Quran Dengan Perlahan Dan Sesuai Dengan Tajwid\n\n\u201cDan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan\u201d. (Surah Al Muzzammil, 73:4)\n\n8. Selalu Membaca Dan Mengingati Al Quran\n\n\u201cDan ingatlah apa yang dibaca di rumahmu daripada ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sungguh Allah Maha Lembut, Maha Mengetahui\u201d. (Surah Al Ahzab, 33:34)\n\n9. Semakin Bertambah Keimanan Setelah Membaca Atau Mendengar Pembacaan Al Quran\n\n\u201cDan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) keimanan mereka dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal\u201d. (Surah Al Anfal, 8:2)\n\n10. Mengamal Kehidupan Berlandaskan Al Quran\n\n\u201cMaka berpegang teguhlah engkau kepada (agama) yang telah diwahyukan kepadamu. Sungguh, engkau berada di jalan yang lurus\u201d. (Surah Al Zukhruf, 43:43)\n\nSemoga kita sentiasa menjaga adab dalam membaca Al Quran dan dikurniakan ganjaran pahala daripada Allah swt atas asbab menjaga kesucian kalamNya. Aamiin.\n\nSumber: Al Quran Perkata Kaedah Berwarna Mu\u2019jam, Dato\u2019 Dr Hussamuddin Haji Yaacub"
"Tidak dinafikan, menjadi ibu bapa kadang kala mencabar emosi kita. Sebagai manusia biasa, kita pasti pernah meninggikan suara dan mungkin terlanjur menengking anak atas sebab-sebab tertentu.\n\nApabila kita sudah tengking anak, kita sebenarnya sedang mengosongkan \u2018tangki cinta\u2019 anak kita. Anak yang kosong tangki cinta ini berada dalam keadaan sangat tak stabil. Dia akan pergi mencari sumber cinta lain di luar sana untuk penuhkan tangki cintanya.\n\nTidak mustahil individu seperti penagih dadah, budak-budak rosak akhlak, geng kongsi gelap dan sebagainya, jika mereka mampu memenuhkan tangki cinta si anak yang kosong tangki cintanya, mereka inilah yang anak kita akan cari!\n\nOleh itu, setiap kali apabila kita sudah menengking anak, penuhkan semula tangki cinta anak itu agar mereka tidak mencari sumber cinta yang tidak sepatutnya untuk memenuhkan semula tangki cinta mereka.\n\nBerikut merupakan 5 teknik ibu ayah perlu lakukan jika sudah tertengking anak untuk mengisi semula tangki cintanya.\n\nPelukan dan \u2018physical touch\u2019 ini sangat penting bagi menenteramkan semula suasana hati anak kita.\n\nIni kerana, dengan pelukan, ianya mampu meningkatkan paras hormon cinta (oxytocin) dan menurunkan paras hormon stress (cortisol) anak itu.\n\n2. SEBUT PERKATAAN YANG MENENTERAMKAN JIWA\n\nPercaya atau tidak, dengan meminta maaf kepada anak, ia bukan sahaja dapat menenteramkan jiwa si anak malah jiwa kita juga.\n\nKetepikan sebentar ego kita demi anak-anak. Ibu ayah boleh menambah kata-kata pujian lain agar ianya lebih berkesan di hati anak.\n\nSesetengah anak mungkin tidak memahami jika kita menyebut bahawa kita sayang dia. Ini kerana, perkataan sayang itu agak abstrak bagi anak di bawah umur 5 tahun. Anak-anak ini akan faham apabila kita buktikan perasaan sayang kita dengan perbuatan dan pergerakan.\n\nSebagai contoh, ibu atau ayah boleh memasak sedap-sedap buat anak, jahitkan baju mereka, rapikan bilik mereka, susun mainan anak, dan sebagainya. Perkara-perkara sebegini termasuk dalam pergerakan cinta yang boleh menenteramkan si anak.\n\nKita juga boleh lebihkan masa bersama anak sebagai tanda maaf kita atas tengkingan kita sebentar tadi.\n\nHadkan masa dengan \u2018handphone\u2019\u00a0atau sesekali, ambil cuti untuk meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.\n\nHadiah tidak semestinya mahal. Kadang-kala, cukup hadiah mainan di kedai RM2.00. Walaupun harganya tidak semahal harga permainan lain di luar sana, ia sudah cukup membuatkan hati anak itu berbunga-bunga.\n\nAnak-anak bukan melihat hadiah itu sangat, mereka sebenarnya hendak melihat sama ada kita prihatin atau tidak dengan emosi dan perasaan mereka.\n\nSama seperti kita, nak-anak juga punya emosi. Mereka ingin rasa dihargai, aman, tenteram dan tenang terutamanya apabila bersama kita.\n\nOleh itu, sebagai ibu bapa, maafkan mereka dan isi semula tangki cinta mereka apabila kita telah memarahi atau menengking mereka.\n\nSemoga dengan cara ini, anak-anak akan lebih menghargai dan menghormati kita bukan sahaja pada hari ini, tetapi sehingga kita sudah menjangkau usia emas kelak."
"Mahu tahu cara kuruskan badan dengan cepat? Awal tahun hari tu siapa yang berazam nak kurus? Berapa kilogram dah hilang?\n\nKalau azam anda masih belum tercapai, pakai baju masih ketat, seluar hampir tak boleh nak zip, terkeluar semua spare tyre yang tak berapa cantik, tengok cermin rasa tak best, jom baca artikel ni. Kami nak kongsikan cara kuruskan badan dalam masa 60 hari yang selamat dan berkesan dan fakta berdasarkan sains yang etrbukti.\n\nAda macam-macam jenis diet yang viral sekarang. Diet atkins, diet pisang, diet telur, diet cinderella, diet alkaline, diet detox, diet paleo, diet ketogenic, diet baby food pun ada.\n\nPersoalannya? Betulkah diet-diet ekstrem yang kami senaraikan diatas sesuai dan berkesan untuk semua orang? Adakah diet-diet ekstrem ini takkan menjejaskan kesihatan anda dalam jangkamasa yang panjang? Kalau pun anda berjaya turunkan berat badan, ada tak kemungkinan berat anda akan rebounce bila anda berhenti?\n\nNasihat kami, sebelum mengamalkan apa-apa jenis diet, periksa tahap kesihatan anda dan dapatkan nasihat dari doktor. Yang tengah amalkan diet ekstrem, jangan sesekali lupa untuk berjumpa doktor secara berkala. Apa yang paling penting, pilih untuk kurus cara selamat dan sihat.\n\nOk, berbalik kepada topik kita pada hari ini. Jom kami kongsikan cara kuruskan badan dalam masa 60 hari yang selamat dan berkesan.\n\n1. Kawal Pemakanan- Cara Kurus Dengan Cepat\n\nUntuk kurus, perkara paling penting yang wajib anda buat ialah kawal pemakanan. Biasa kita dengar orang kata, sifir untuk kurus ialah 80% pemakanan, 20% senaman.Inilah rahsia cara kuruskan badan dengan cepat.Paling penting adalah inilah cara kuruskan badan tanpa produk. Ianya sangat benar. Apa yang kami maksudkan dengan kawal pemakanan?\n\nSecara amnya, jumlah kalori yang diperlukan setiap hari jika anda dalam proses untuk mengurangkan berat badan ialah 1500 kalori untuk wanita, 2000 kalori untuk lelaki. Pastikan pengambilan kalori harian anda tak melebihi jumlah yang kami nyatakan tadi.\n\nMacam mana nak kira jumlah kalori yang anda makan? Boleh install application yang membantu anda mengira kalori. Berikut adalah beberapa application yang user friendly & mudah untuk digunakan.\n\nUntuk kurus, elakkan makanan yang bergoreng & berkuah. Pilih makanan yang dikukus, dibakar, dan digrill. Kurangkan garam & gula dalam masakan. Elakkan penggunaan serbuk perasa. Untuk sayur-sayuran, ulam-ulaman adalah lebih baik berbanding sayur yang digoreng.\n\nNak kurus? Jangan makan nasi berpinggan-pinggan. Paling mudah, gunakan penumbuk anda sebagai garis panduan. Banyak mana nak ambil nasi? Ambil sebesar penumbuk. Jangan lebih. Bimbang tak kenyang sebab nasi sikit? Lebihkan sayur-sayuran. Lepas makan minum teh hijau tanpa gula.\n\nSelain menjaga kalori, memilih jenis makanan & menjaga portion makanan, adalah sangat penting untuk anda mengawal jumlah gula & garam yang diambil setiap hari. Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. Ha gitu!\n\nTips utama untuk kurus ialah makan sedikit tapi kerap. Kalau lapar? Anda boleh snacking. Tapi awas, jangan snacking dengan cempedak goreng, keropok lekor atau popia bersira. Tukar kepada kekacang, salad & buah-buahan.\n\nKudap-kudapan ala Malaysia memang sedap tapi boleh pengsan kalau tengok jumlah kalorinya. Nak-nak lagi pisang goreng cheese macam dalam gambar kat bawah ni.\n\nSemua mesti agak kenal atau pernah dengar tentang Intermittent Fasting (IF) ini. Diet jenis ini semakin popular untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Hal ini kerana ianya sedikit lebih senang dan kurang ketat berbanding dengan kaedah pengawalan kalori makanan yang diambil (pembatasan kalori).\u00a0\n\nIF merupakan kaedah senang untuk diamalkan. Kita boleh mengambil makanan secara normal tanpa sekatan. Hanya pada-waktu-waktu tertentu sahaja kita dilarang mengambil makanan, tetapi tempoh tersebut tidaklah lama. Contohnya makanan hanya dimakan di dalam masa yang ditentukan dalam sehari atau minggu. \n\nSecara umumnya, terdapat dua jenis asas diet IF. Pelbagai banyak variasi dan paling popular adalah: 16/8, 18/6 dan 20/4. Nombor-nombor ini mewakili tempoh masa sekatan makanan dan masa pengambilan makanan. Contohnya, jika anda memilih 16: 8, masa ini terdiri 16 jam tanpa makanan dan kemudian 8 jam tempoh masa untuk makanan. Jadi anda boleh setkan masa tersebut. Contohnya untuk tidak makan antara 8 malam sehinggalah 12 tengah hari esoknya.\u00a0 Waktu makanan anda adalah dari waktu 12 tengah hari sehinggalah 8 malam. Jika anda ingin lebih ketat lagi, mungkin mengurangkan masa pemakanan kepada 6 jam taupun 4 jam sahaja.\u00a0\n\nBanyak hasil kajian sains telah menunjukkan keberkesanan diet IF ini. IF juga terbukti dapat mengurangkan tekanan darh tinggi menurut kajian oleh Malinowski et. al (2019).\n\nKalau nak kurus, elakkan daripada makan pada waktu malam. Pastikan anda makan malam sebelum pukul 8.00. Disiplin sangat penting kalau nak kurus. Kaedah ini mungkin hampir sama seperti diet IF, tetapi untuk kali ini, ianya lebih fleksibel. Anda masih dapat makan sarapan pagi esoknya berbanding IF.\n\nSelepas pukul 8.00 malam, kalau lapar jangan makan. Tapi anda boleh isi perut yang lapar dengan air teh atau kopi tanpa gula. Kalau lapar sangat, tak boleh tahan, makan salad atau buah. Atau pun, lagi bagus kalau anda tidur awal. Kaedah ini mungkin hampir sama seperti diet IF, tetapi untuk kali ini, ianya lebih fleksibel. Anda masih dapat makan sarapan pagi esoknya berbanding IF.\n\nTeh hijau atau green tea sememangnya membantu anda yang ingin menurunkan berat badan. Rasa lapar? Minum teh hijau. Ia bukan sahaja membantu mengisi perut yang lapar, ia juga boleh mengurangkan masalah perut masuk angin dan kembung. Paling best? Ia membantu membakar kalori. Tapi ingat, bancuh tanpa gula.\n\nSeperti yang kami sebutkan diatas, sifir untuk kurus ialah 80% pemakanan, 20% senaman. Senaman bukan sahaja membantu untuk membakar kalori, malah ia juga membantu untuk muscle toning. Nak buat senaman apa? Berapa kali seminggu?\n\nSenaman kardio sangat membantu untuk anda kurus. Di antara jenis senaman kardio ialah berlari, mengayuh basikal, berenang, lompat tali skipping, dan kalau anda ada keahlian gymnasium boleh gunakan mesin-mesin kardio yang ada.\n\nBerapa kali seminggu kena bersenam? Jawapannya bergantung kepada anda. Minimum ialah 20 minit 3 kali seminggu. Kalau dapat lagi kerap & lebih lama, lagi membantu untuk anda kuruskan badan. Jaga pemakanan, rajin bersenam, pasti anda akan kurus.\n\nPercaya tak kalau kami kata, orang yang tak tidur dengan secukupnya akan mengalami masalah berat badan. Susah nak kurus. Kenapa? Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan. Macam mana nak bakar lemak?\n\nItulah dia cara kuruskan badan dalam masa 60 hari yang selamat dan berkesan. Amalkan tips yang kami senaraikan tadi secara konsisten, anda pasti akan tersenyum selepas 60 hari. Kami jamin, baju anda akan rasa longgar. Naik atas mesin penimbang, anda senyum sampai ke telinga. Selamat kuruskan badan! Jemput juga abca artikel panduan kalori makanan, senaman kardio dan panduan diet intermittent fasting"
"Nak ikut diet Lisa Surihani? Pasti anda akan cantik bak empunya badan. Rahsia beliau kekal langsing setelah melahirkan 2 orang anak, telah membuatkan ramai peminatnya kagum. Ini kerana beberapa tahun lepas, Lisa pernah mengalami kenaikan berat badan yang ketara.\n\nNamun, tiba-tiba beliau membuat kejutan dengan tampil berbeza dan langsing. Walaupun sudah memiliki 2 orang anak, bentuk badannya kelihatan seperti anak dara. Melalui laman Instagramnya, beliau telah berkongsi beberapa tips yang diamalkan bagi mengurangkan masalah berat badan.\n\nDiet yang diamalkan oleh beliau boleh dicontohi kerana sihat dan tidak menggunakan jalan pintas. Jadi, apa kata anda teruskan pembacaan tentang topik yang akan dibincangkan nanti. Mana tahu, anda akan dapat idea yang menarik untuk kuruskan badan pula.\n\nDi bawah ini merupakan beberapa tips diet yang dikongsikan oleh Lisa Surihani untuk para peminatnya. Namun, beliau telah mengingatkan para peminatnya bahawa tips ini berkesan untuk dirinya dan mungkin berbeza untuk orang lain. Jom baca!\n\n\u00a01. Tidak terburu-buru untuk kuruskan badan\n\nMenurut Lisa, beliau tidak mahu mengurangkan berat badan dengan pantas. Ini kerana bimbang akan mengalami kenaikan berat badan dalam masa singkat. Oleh itu, proses untuk mendapatkan badan yang langsing, fit dan bertenaga dibuat dengan sabar.\n\nLisa lebih selesa untuk kurus mengikut keupayaan diri dan tidak mahu terlalu memaksa. Senang kata, beliau mahu \u2018enjoy the process.\u2019 Biar kurus dengan cara yang sihat dan selamat.\n\nMenurut Lisa, selepas melahirkan anaknya yang kedua pada tahun April 2017, beliau mula bersenam sekitar Ogos 2017. Waktu yang diperuntukkan untuk bersenam ialah selama 1 hingga 1 jam setengah setiap hari.\n\nPada peringkat permulaan, beliau bersenam sebanyak 6 hari seminggu. Aktiviti yang dilakukan ialah senaman ringan seperti berbasikal, berjoging, lompat bintang, berlari atas treadmill dan sebagainya. Pada ketika itu, berat badannya sudah mula turun. Pada masa yang sama, beliau tetap menjaga pemakanan.\n\n3. Cuba memahami rentak tubuh sendiri\n\nLisa menasihatkan peminatnya agar kekal sabar dalam proses penurunan berat badan. Ini kerana, ada ketikanya berat badan tidak turun dan kekal begitu dalam tempoh tertentu (plateau). Jangan cepat stres dan cuba fahami rentak tubuh kita.\n\nGunakan daya kreativiti untuk menyingkirkan lemak dengan cara yang sihat. Anda boleh menukar menu diet, teknik senaman dan sebagainya. Sampai masanya nanti berat badan anda akan turun semula.\n\nBeliau juga menjaga pemakanan dengan hanya memakan nasi herba ponni. Beras tersebut merupakan beras putih yang kaya dengan serat. Awalnya, beliau hanya makan sekali sehari pada waktu makan tengah hari.\n\nBeras ponni yang disyorkan Lisa ini bagus untuk pesakit diabetes. Anda boleh membeli apa-apa jenama pun. Kelebihan beras ini ialah walaupun dimakan dengan kadar yang sedikit, ia tetap mengenyangkan.\n\n5. Kurangkan gula dalam minuman dan makanan\n\nSalah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan berat badan ialah kurangkan pengambilan gula. Itulah yang dilakukan oleh Lisa Surihani. Beliau menasihatkan peminatnya agar hentikan pengambilan air kordial dan minuman berkarbonat.\n\nCara yang baik ialah minum kopi atau teh tanpa gula. Agak-agak boleh cuba tak? Alah bisa tegal biasa. Bila kita biasakan diri minum minuman yang manis, kita tidak boleh menelan air yang tawar. Itulah permainan psikologi saja. Cuba ubah diri.\n\nSeperti yang diterangkan di atas, pada awalnya Lisa hanya makan sekali ketika waktu lunch. Kemudian, beliau mula mengamalkan Intermittent Fasting (IF). Caranya ialah beliau akan berpuasa selama 16 jam.\n\nMisalnya jika mula IF pukul 6.00 petang, selepas waktu itu Lisa tidak akan makan. Beliau hanya minum selepas pukul 6.00 petang. Itu pun minuman yang tak bergula. Makanan first meal adalah pada keesokan harinya pukul 10.00 pagi.\n\nDiet IF diamalkan selama 4 bulan dan dalam masa yang sama pengambilan gula tetap dikurangkan. Dalam tempoh setahun, berat badan Lisa sudah hampir sama ketika dia masih langsing dulu. Anda boleh baca tentang kaedah berdiet cara IF untuk pemahaman yang lebih jelas.\n\nAh, ni tips yang sangat penting. Bila tidur cukup, barulah badan bertenaga keesokan harinya. Bila badan sihat, tentunya mudah untuk kita bersenam, amalkan diet IF dan sebagainya kan?\n\nNi merupakan rahsia yang wajib diamalkan dalam apa saja diet. Jika nak kulit cantik, kena minum air. Jika nak badan langsing, wajib minum air. Untuk elak penyakit, air jangan dilupa. Begitu pentingnya air untuk sistem tubuh kita.\n\nLisa pasti gembira dan bersyukur kerana mendapat seorang suami seperti Yusry Abdul Halim. Menurut Lisa, Yusry sangat menyokong apa-apa tindakan isterinya itu. Apa saja yang membuatkan Lisa gembira, suaminya itu tetap setia menyokongnya.\n\nWalau apapun penampilan Lisa, Yusry tetap menerima dan menyayanginya. Wah, untung kan? Patutlah begitu mudah Lisa menurunkan berat badan kerana sokongan suami tercinta yang tidak berbelah bahagi. Itulah yang sepatutnya semua suami perlu lakukan kepada isteri mereka.\n\nMenurut Lisa, setiap individu perlu berasa selesa dan gembira dengan diri mereka sendiri. Jangan membiarkan orang lain menentukan makna kecantikan anda. Walaupun badan anda berisi atau terlalu kurus, anda tetap cantik dengan cara tersendiri.\n\nDengan kesemua tips yang dikongsikan oleh Lisa Surihani ini membuktikan semangat beliau untuk berubah. Selepas melahirkan anak keduanya, berat Lisa mencecah 66kg. Kini, beliau tampil menawan dengan berat badan 49kg. Hampir 17kg berjaya dibuang. Jika Lisa boleh, anda juga pasti boleh.\n\nJangan lupa baca tentang Plant Base Diet dan jadual diet tanpa modal yang besar."
"Teruskan\npembacaan anda untuk mengetahui 10 makanan berkhasiat yang perlu anda amalkan\nuntuk menurunkan berat badan dan kekal sihat. \n\nRasanya awal Januari ramai antara kita yang memasang niat untuk sihat dan kurus bukan? Adakah anda berjaya?\n\nTidak mengapa dan jangan risau, hari ini melalui perkongsian artikel ini kita akan membincangkan mengenai makanan yang berkhasiat yang mampu membantu kita untuk kekal menurunkan berat badan dan kekal cergas. \n\nMatlamat utama di sini adalah untuk berkongsi info mengenai jenis-jenis makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan kita. Diet secara sihat lebih baik daripada pengambilan ubat kurus yang terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan kita dalam jangkamasa yang panjang. \n\nMakanan Berkhasiat untuk Diamalkan Berdasarkan Kajian Sains\n\nYogurt cukup sinonim dengan pelan diet untuk mengurangkan berat badan. \n\nMenurut kajian Universiti Tennese, memakan yogurt sebanyak 3 kali sehari mampu untuk menurunkan berat badan terutamanya lemak di bahagian perut. \n\nNamun harus dipastikan yogurt yang dipilih adalah yogurt asli dan rendah lemak. Ini kerana yogurt asli lebih rendah kandungan kalorinya berbanding yogurt yang berperisa. \n\nAnda boleh menambah buah-buahan segar kegemaran ke dalam yogurt anda. Yogurt sebaiknya diambil pada waktu pagi.\n\nKekacangterdiri daripada lemak baik iaitu lemak mono tak tepu , serat dan protein. Serat dan protein sangat baik dalam proses menurunkan berat dan menguruskan badan.\n\nDengan pengambilan serat, kita akan cepat kenyang dan mengurangkan rasa \u2018craving\u2019 pada makanan berlemak. \u00a0Antara kekacang yang baik untuk dijadikan snek ketika proses diet adalah kacang badam, walnut, gajus dan pistachio. \n\nWalaupun kekacang merupakan snek yang sihat namun ia perlu diambil dalam kuantiti yang terkawal. Tambahan pula, terdapat protein dalam kekacang yang boleh menyebabkan alahan terhadap sesetengah individu.\n\nSayuran berdaun hijau mempunyai kandungan vitamin A dan C yang tinggi. Vitamin ini dapat membantu dalam proses antioksidan dan peningkatan metabolisme. Sayuran berdaun hijau juga mengandungi serat yang tinggi yang semestinya bagus untuk mereka yang biasa mengalami masalah pencernaan.\n\nAntara sayuran berdaun hijau yang disarankan ialah kobis, bayam, sawi dan kale.\n\nBuah citrus seperti oren, lemon dan buah limau gedang (grapefruit) amat disarankan sepanjang proses menurunkan berat badan. Limau gedang mempunyai enzim yang dapat membantu pembakaran lemak dan mengurangkan kanji dan gula dalam badan.\n\nEnzim tersebut juga dikatakan mampu untuk menyerap nutrient yang diperlukan oleh badan. Buah limau gedang memang sangat digalakkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. \n\nAir suam yang diletakkan hirisan lemon dikatakan dapat mengempiskan perut. Lemon juga dapat mengawal nafsu makan secara tidak langsung.\n\nMinyak zaitun merupakan lemak tak tepu yang membantu dalam pengawalan paras kolesterol di dalam darah. \n\nSekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Kanser di Jerman pada tahun 2000 melaporkan bahawa pengambilan minyak zaitun dalam diet makanan boleh membantu dalam pencegahan penyakit kanser.\n\nTambahan pula, sebatian fenol yang tinggi dalam minyak zaitun berperanan sebagai agen antioksidan yang sangat bagus dalam tubuh kita.\n\nNasi merupakan makanan ruji terutamanya untuk masyarakat Asia dan ia merupakan sumber karbohidrat utama. Nasi juga merupakan faktor yang memainkan peranan penting untuk menurunkan berat badan. \n\nTukarlah beras putih anda kepada beras perang kerana beras perang mengandungi 3.5 gram serat untuk satu hidangan. Kandungan serat yang tinggi akan membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. \n\nNasi merupakan makanan ruji terutamanya untuk masyarakat Asia dan ia merupakan sumber karbohidrat utama. Nasi juga merupakan faktor yang memainkan peranan penting untuk menurunkan berat badan. \n\nSelain itu, penyelidik dari Universiti Shenyang, China pada tahun 2019 mengakui dalam kertas penyelidikan mereka bahwa beras perang amat membantu kesihatan tubuh terutamanya bagi mereka yang menghidapi penyakit seperti kencing manis atau penyakit kardiovaskular. \n\nBila nak kuruskan badan mesti kita akan dimomokkan dengan ayat bahawa coklat itu menggemukkan. Bagi penggemar tegar coklat anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan anda tidak perlu khuatir. \n\nAnda boleh memilih coklat gelap sebagai pengganti kepada coklat yang anda biasa makan. Polifenol di dalam coklat gelap mampu mebantu dalam proses menurunkan berat badan. \n\nKandungan cacao dalam coklat gelap adalah sebanyak 60% dan ia sangat baik untuk kesihatan kita. Namun harus diingatkan pengambilan coklat gelap hanya 1 kiub sahaja dibenarkan sehari. Coklat gelap boleh dijadikan sebagai snek bagi mengurangkan rasa \u201ccraving \u201c pada makanan manis.\n\nOat merupakan makanan berkhasiat yang berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Pengambilan oat sebagai sumber sarapan amat baik untuk mendapatkan badan yang langsing dan ramping. Pengambilan 3 sudu besar sehari oat lebih baik berbanding sepinggan nasi lemak. \n\nSebuah kumpulan penyelidikan di Ireland pada tahun 2019 telah menerbitkan penemuan mereka berkenaan kelebihan diet oat yang boleh menurunkan gula dan mengawal berat badan melalui kehadiran beta glucan dalam komposisi oat, selain serat yang tinggi.\n\nTeh hijau dipercayai berupaya untuk percepatkan proses pembakaran lemak dan juga menghalang penyerapan lemak arteri. \n\nIni dapat dikuatkan dengan penyelidikan yang dijalankan oleh International Journal of Obesity. Dos yang disarankan oleh pakar adalah 3 hingga 5 cawan sehari. Teh hijau seeloknya diminum kosong dan panas. \n\nAir putih merupakan agen pelangsingan yang paling baik kerana selain ia adalah 0 kalori ia juga berfungsi sebagai agen nyah toksik. Wanita dewasa disarankan untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari atau menurut coach-coach diet setiap berat 25 kg perlu minum sebanyak 1 liter air. Misalnya berat anda 50 kg anda disarankan unutk meminum 2-liter air putih. \u00a0\n\nProses\nuntuk menurunkan berat badan haruslah dimulakan dengan sebab yang betul dan\n\u2018mind set\u2019 yang tepat supaya kita tidak mudah tersasar dari perjalanan dalam\nmenurunkan berat badan. \u2018Mind set\u2019 yang tepat akan memberi motivasi kepada diri\nkita untuk meneruskan usaha menjadi lebih sihat. \n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Sedapnya kalau dapat makan burger Malaysia sebagai sarapan atau minum petang. Burger Malaysia merupakan antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Gabungan rasa pau yang gebu di dalam dan rangup diluar, di tambah pula dengan rasa sambal di tengah beserta timun mampu menarik minat para penggemarnya.\n\nCara-cara untuk membuatnya lebih kurang sama sahaja dengan cara-cara nak membuat doh roti dan doh donut. Cuma bezanya, selepas doh sudah siap, doh akan dibulat-bulatkan sebelum digoreng. Sesudah menggoreng, potong di bahagian tengah tetapi tak putus seluruhnya. Kemudian, bolehlah masukkan sambal ikan bilis yang telah siap di masak bersama-sama hirisan timun.\n\nResepi mudah dari Faiezah Ramsudi pasti cantik kejadiannya. Apa lagi? Jom mencubanya.\n\nTerdapat juga resepi menarik yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
"Jerawat yang tumbuh di muka memang merunsingkan! Jom ketahui cara hilangkan jerawat yang berkesan mengikut pemerhatian dan hasil kajian sains.\n\nJerawat atau acne ialah keadaan kulit yang tidak sihat terutamanya di kawasan muka dengan penampakan dan pertumbuhan ketulan kecil berwarna merah dan kadang-kadang menyebabkan nanah. Terma perubatannya ialah \u201cacne vulgaris\u201d yang setelah dikaji, disebabkan oleh perubahan hormon yang disebabkan makanan, sistem fisiologi badan (akil baligh) dan isyarat otak akibat tekanan perasaan dan emosi yang tidak stabil.\n\nMasalah jerawat telah mengakibatkan masalah keyakinan diri kepada ramai orang kerana wajah merupakan aset terpenting apabila berdepan dengan masyarakat. Oleh itu, obsesi terhadap produk penjagaan muka, pencegahan jerawat dan menghilangkan jerawat semakin menjadi-jadi.\n\nKebanyakan syarikat pembuat produk ini hanya mengutamakan penyelesaian terhadap simptom jerawat seperti mengecutkan jerawat, memudarkan bintik hitam, meredakan bengkak akibat jerawat supaya susut dan sebagainya.\n\nTahukah anda, terdapat banyak cara hilangkan jerawat? Artikel ini akan berkongsi cara hilangkan jerawat menurut pendapat saintifik setelah dilakukan beberapa siri kajian dan penyelidikan sains yang diyakini.\n\n1. Kurangkan Makanan Tinggi Nilai Indeks Glisemik\n\nMenurut sebuah kajian di Universiti Melbourne, Australia pada tahun 2007, pengambilan diet makanan yang rendah kandungan indeks glisemik berjaya menurunkan 22% risiko jerawat berbanding kumpulan kawalan.\n\nKajian seumpama turut dikendalikan dengan pemerhatian diet rendah indeks glisemik ini selama 12 minggu yang menyaksikan penurunan sehingga 50% masalah jerawat.\n\nKini, anda boleh mencari produk alternatif makanan yang sebelum ini tinggi nilai indeks glisemik. Antara cadangan makanan rendah indek glisemik ialah\n\nKajian oleh penyelidik dari Boston, Amerika Syarikat mendedahkan bahawa pengambilan susu akan meningkatkan 22% risiko jerawat, manakala pengurangan minuman susu skim akan menurunkan 44% risiko pertumbuhan jerawat.\n\nMenurut ulasan kajian tersebut, protein yang terkandung dalam susu dan produk tenusu seperti yoghurt, dadih, yoghurt, keju dan sebagainya boleh mengakibatkan alahan protein, seterusnya menyekat liang pori.\n\nLiang pori yang tersekat akan mengumpulkan pertumbuhan bakteria lalu menyebabkan tumbuhnya jerawat.\n\n3. Pengambilan makanan tinggi kandungan omega-3\n\nKajian klinikal menunjukkan bahawa kandungan omega-6 dalam makanan seperti kekacang dan protein seperti daging, telur dan ayam boleh menyebabkan keradangan penyebab jerawat.\n\nOleh itu, cara hilangkan jerawat yang disebabkan oleh omega-6 adalah dengan mengambil diet makanan yang kaya dengan omega-3. Hal ini disebabkan oleh aktiviti anti keradangan omega-3 yang sangat baik bagi menghilangkan keradangan dan jerawat.\n\nMenerusi penyelidikan saintifik, didapati bahawa peratus pemulihan dan pencegahan jerawat dalam kalangan mereka yang mengambil makanan tinggi omega-3 ialah sebanyak 66.7%.\n\nBerikut adalah antara senarai makanan kaya omega-3 yang membantu hilangkan jerawat:\n\nRawatan dan penjagaan ini melibatkan penggunaan produk perapian diri dan kosmetik yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Big Pharma seluruh dunia sebagai cara hilangkan jerawat.\n\nKaedah ini memberikan kesan langsung dengan segera secara rawatan ke atas permukaan kulit. Formulasi produk yang dihasilkan disesuaikan dengan tujuan atau cara hilangkan jerawat yang diingini.\n\nOleh itu, sila perhatikan bahan-bahan tersebut pada label kandungan produk yang anda beli untuk hilangkan jerawat (pastikan juga produk itu selamat dan diakui sah oleh KKM):\n\nAyurveda ialah amalan perubatan masyarakat di India sejak 5 ribu tahun dulu untuk mengubati masalah berkaitan kesihatan menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi.\n\nMenariknya, perubatan Ayurveda khususnya sebagai cara hilangkan jerawat telah dibuktikan secara kajian klinikal dan diterbitkan di Journal of Ethnopharmacology pada tahun 2001.\n\nKajian tersebut menggunakan ekstrak tumbuhan daripada\n\nmasing-masing dikenali dengan nama tempatan lidah buaya, buah pokok mambu, ibu kunyit, mahani (sarsapilla), buah pokok manja puteri (kaduka), biji arjuna dan ashwaganda.\n\nPengambilan ekstrak tumbuhan tersebut secara tablet dan krim sapuan didapati telah memberikan nilai pemulihan jerawat sebanyak 57.89% ke atas 53 peserta yang terdiri daripada 35 lelaki dan 18 perempuan berusia 14 hingga 28 tahun.\n\nJangan hairan ya jika aktiviti senaman dan fizikal dicadangkan kepada anda sebagai cara hilangkan jerawat.\n\nPertama sekali, senaman boleh menyeimbangkan hormon dan meredakan emosi yang selalunya akan menyebabkan tekanan dan perubahan hormon penyebab jerawat.\n\nSelain itu, kajian klinikal pada tahun 2011 oleh para penyelidik Kanada mendapati bahawa skor acne bagi wanita yang melakukan aktiviti senaman menurun sebanyak 32%.\n\nAktiviti senaman yang dicadangkan adalah seperti jogging, brisk walking, berbasikal dan apa-apa senaman fizikal sekurang-kurangnya 30 minit yang dilakukan 3 kali seminggu.\n\nSelain hilang masalah jerawat, tubuh pun jadi sihat!\n\nAntara cara hilangkan jerawat ialah mengubah tabiat pemakanan yang lebih sihat, melakukan senaman dan penggunaan produk. Usaha menghilangkan jerawat ini perlulah dilakukan dengan sabar tanpa mengambil jalan pintas seperti menggunakan produk pengelupasan yang sebenarnya mempunyai kandungan merkuri atau bahan toksik lain yang lebih berbahaya.\n\nGaya hidup yang sihat merupakan kunci utama yang bukan sahaja bertindak sebagai cara hilangkan jerawat tetapi untuk kesihatan tubuh badan yang berpanjangan.\n\nJemput juga abca artikel produk hilangkan parut jerawat dan tips buang blackhead"
"Pokok dukung bukan sekadar tumbuh di dalam semak, tetapi menyimpan pelbagai khasiat.\n\nJom ketahui khasiat pokok dukung anak dalam artikel ini.\n\nPokok dukung anak biasanya tumbuh melata di tepi rumah, di tepi jalan, dan di tepi longkang. Malah ada yang tidak mengenali pokok herba dengan ini dan menyangka ia adalah rumput yang langsung tidak berguna.\n\nTahukah anda yang sebenarnya pokok dukung anak mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang pastinya membuatkan anda terkejut?\n\nPokok dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruri adalah sejenis tumbuhan dari spesis herba berubat yang selalunya dijumpai di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, malah pokok ini juga ada di negara China dan Amerika Syarikat.\n\nTerdapat banyak jenis pokok dukung anak yang telah dikenal-pasti di seluruh dunia, dan di antara yang dijumpai di Malaysia adalah daripada jenis:\n\nMungkin juga anda tidak mengenali pokok dukung anak kerana anda memanggil pokok herba ini dengan nama yang lain. Di antara nama lain bagi pokok dukung anak ialah:\n\nApakah kebaikan dan khasiat pokok dukung anak?\n\nPokok dukung anak sememangnya terkenal dengan kebaikan dan manfaat untuk kesihatan. Ianya digunakan secara meluas di seluruh dunia sejak zaman dulu kala lagi sebagai perubatan alternatif. Di antara khasiat pokok dukung anak ialah:\n\nHati manusia boleh rosak akibat toksin yang berlebihan. Di antara penyit berkaitan hati yang paling kerap berlaku ialah jaundis atau demam kuning, hepatitis B, dan kanser hati. Salah satu daripada khasiat pokok dukung anak ialah untuk merawat penyakit berkaitan hati dengan cara membantu hati untuk detoks atau menyah toksin. Untuk merawat hati dengan pokok dukung anak, berikut adalah caranya:\n\nSeawal tahun 1985, kajian berkenaan fungsi pokok dukung anak melawan penyakit ketoksikan hati telah dijalankan. Menerusi kajian bersama para penyelidik India dan Jepun, mereka melaporkan kesan antihepatotoksik atau penawar masalah hati yang mengandungi toksik bahaya,\u00a0\n\nMereka menggunakan ekstrak pokok dukung anak ini dan mengenal pasti sebatian bioaktif yang terlibat untuk tindakan antihepatotoksik ialah phyllanthin, hypophyllanthin, triacontanal dan tricontanol.\n\nPenyakit batu karang sememangnya menyakitkan. Jika anda terkena penyakit batu karang, anda boleh berikhtiar dengan menggunakan pokok dukung anak.\n\nCaranya ialah dengan minum air rebusa pokok dukung anak seperti yang kami kongsikan di atas, atau boleh juga jadikan pokok dukung anak sebagai ulam dimakan dengan nasi.\n\nCelur pokok dukung anak dan jadikan sebagai ulam. Insya Allah batu karang anda akan hancur jika diamalkan selalu.\n\nMasyarakat dunia menggunakan petua ini bagi merawat masalah batu karang, maka, dari situlah timbulnya nama lain pokok dukung ini yang dikenali sebagai \u201cstone breaker\u201d (pemecah batu) yang dimaksudkan untuk batu karang.\n\nUlasan oleh para penyelidik dari UPM Serdang pada tahun 2006 melaporkan bahawa menurut ujian pra klinikal, ekstrak pokok dukung anak ini mampu mencegah pembentukan kristal kalsium oksalat. Kristal tersebut merupakan batu karang yang sering dijumpai dalam pundi kencing dan buah pinggang.\u00a0\n\nMungkin pada masa ini demam malaria agak jarang berlaku. Pada satu masa dahulu, wabak demam malaria adalah satu perkara yang biasa, dan orang lama menggunakan pokok dukung anak sebagai alternatif untuk mengatasi demam tersebut. Caranya:\n\nSelain ulasan saintifik mengenai keupayaan pokok dukung anak mencegah pembentukan batu karang, penyelidik-penyelidik UPM Serdang tersebut turut melaporkan berkenaan keupayaan pokok dukung anak memberikan kesan anti babesial.\n\nKesan anti babesial ialah kesan melawan parasit yang memasuki tubuh. Mekanisme yang sama turut diperhatikan dalam pencegahan dan penyembuhan demam malaria.\n\nMenurut kajian lepas yang dirujuk mereka, sebatian glukogallin dan nirurisida dalam pokok dukung anak memberikan kesan anti babesial yang sangat baik.\u00a0\n\nJika anda atau orang tersayang mengalami penyakit asma, apa kata anda berikhtiar dengan pokok dukung anak. Caranya ialah dengan mengeringkan pokok dukung anak seperti cara yang kami kongsikan di atas, dan campurkan serbuk dukung anak itu tadi ke dalam makanan dan minuman pesakit asma.\n\nInsya Allah jika diamalkan secara konsisten, semput-semput yang dialami akan berkurangan.\n\nHal ini turut disokong dalam penulisan jurnal saintifik oleh pengkaji-pengkaji di India pada tahun 2012.\n\nMereka mencatatkan penggunaan pokok dukung anak sebagai ubatan alternatif turun temurun sejak perubatan ayurveda dan dalam kalangan masyarakat di India hingga ke hari ini. Namun, belum ada kajian klinikal yang konklusif untuk mengesahkan pendapat ini.\n\nJika anda mengalami masalah hilang selera makan, pokok dukung anak boleh membantu mengembalikan selera makan anda. Caranya:\n\nSelain rasanya yang enak bagi penggemar ulam ulaman, kandungan antioksidan yang tinggi seperti lignan, flavonoid, triterpene, sterol dan alkaloid memberikan nilai tambah dalam hidangan kita.\n\nJika anda mengalami batuk, rebus pokok dukung anak dan minum airnya. Ianya akan melegakan batuk yang anda alami. Dada anda akan berasa lapang.\n\nPada tahun 2017, sekumpulan penyelidik di universiti awam di Dhaka, Bangladesh telah melaporkan aktiviti anti keradangan oleh pokok dukung anak dalam jurnal berprestij\u00a0BMC Complementary and Alternative Medicine.\u00a0\n\nEkstrak pokok dukung anak boleh mengurangkan tahap keradangan sehingga 69% selain dijadikan antiradang bagi gejala seperti batuk dan ulser.\u00a0\n\n7. Mengurangkan jaundis atau demam kuning bayi\n\nJika bayi anda terkena demam kuning, pastinya anda akan berasa susah hati melihat bayi anda menangis setiap kali diambil darah di klinik untuk pemeriksaan bilubirin.\n\nSalah satu daripada petua menghilangkan jaundis yang boleh anda lakukan ialah dengan memandikan bayi anda dengan air rebusan akar pokok dukung anak. Petua ini juga dilaporkan telah diamalkan oleh masyarakat di serata dunia sejak turun-temurun.\n\nJika anda terkena kurap, anda boleh berikhtiar menghilangkan kurap dengan menggunakan daun pokok dukung anak.\n\nCaranya, ambil daun pokok dukung anak. Tumbuk sehingga halus. Tampal bahagian yang berkurap. Lakukan selalu sehingga kurap anda hilang.\n\nUntuk penyakit kudis buta, anda boleh juga gunakan daun pokok dukung anak sebagai petua. Caranya, ambil daun pokok dukung anak. Tumbuk bersama sedikit garam halus.\n\nTampal ke bahagian kudis buta dan biarkan sehingga kering. Amalkan selalu sehingga kudis buta anda tiada lagi.\n\nKeberkesanan pokok dukung anak dalam merawat kurap dan kudis buta adalah disebabkan sifat antimikrob nya yang sangat baik. Panau dan kudis buta masing-masing berpunca daripada jangkitan kulat dan parasit.\u00a0\n\nKajian PhD di University of Slaford, Manchester pada tahun 2015 telah melaporkan beberapa sebatian bioaktif yang bermanfaat dalam dunia perubatan bagi merawat pelbagai masalah dan penyakit disebabkan mikrob dan radikal. Malah, kajian tersebut turut membuktikan satu lagi sebatian yang diberi nama corilagin.\n\nItulah dia info tentang pokok dukung anak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Menarik bukan? Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang idea pokok hiasan dalam rumah, khasiat bunga telang, dan khasiat labu kuning.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Mee segera adalah makanan yang mempunyai pelbagai jenama produk di negara Asia. Antaranya, Maggi, Mee Sedap, Mamee dan pelbagai lagi. Di pasaraya juga tidak asing dari menjual mee segera. Pasti ada menjual mee segera berbungkus-bungkus.\n\n Jika kita tiada masa untuk masak, mee segera adalah makanan yang paling mudah untuk diambil dan cepat. Mee segera juga enak dimakan sebab itu ia digemari oleh ramai orang tidak kira usia. Daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa.\n\nTetapi mee segera tidak elok dimakan selalu kerana ia tidak mempunyai nutrisi yang bagus. Lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kesan pengambilan mee segera terhadap kanak-kanak. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nMee segera \u2013 Ia tidak berkhasiat dan menyebabkan kanak kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan.\n\nItu kenyataan dari pakar UNICEF yang menjalankan kajian pemakanan dan status nutrisi bagi kanak kanak di asia tenggara.\n\nIsu pengambilan BERLEBIHAN mee segera dikalangan kanak kanak bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut melibatkan Indonesia dan Filipina.\n\nWalaupun ia tidak berkhasiat, namun kanak kanak gemarkannya berikutan kandungan perasa dan garam yang tinggi. Ibu bapa juga lebih selesa untuk menghidangkan mee segera berbanding makanan ruji konvensional seperti nasi kerana ia pantas dan mengenyangkan.\n\nFaktor kemiskinan merupakan antara faktor mengapa mee segera dijadikan pilihan. Harga yang murah, jualan yang meluas dan promosi hebat produk mee segera juga menjadi faktor.\n\nMee segera bukan solusi kepada masalah kekurangan zat makanan. Ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Kanak kanak yang mengambil mee segera secara berlebihan boleh alami masalah kegemukan dan kurang berat badan.\n\nYa, walaupun gemuk, sebenarnya mereka tidak memperoleh nutrient yang penting untuk pertumbuhan. Paling ketara adalah zat besi dan vitamin. Kekurangan zat besi akan menjejaskan perkembangan otak.\n\n*Seeloknya, elakkan daripada kanak-kanak terbiasa makan mee segera selalu. Mee segera boleh dimakan tetapi tidak boleh selalu, sebulan sekali sudah mencukupi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. \n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Jom kami kongsikan 17 ubat gout yang paling berkesan untuk anda cuba.\n\nGout merupakan antara penyakit yang akan membuatkan pesakit sangat menderita kesakitan. Seolah-olah ada serpihan kaca tajam di setiap sendi yang menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat setiap kali bergerak. Jom kami kongsikan 17 ubat gout yang paling berkesan untuk anda cuba.\n\nHalia bersifat anti radang dan boleh mengurangkan keradangan yang berlaku akibat gout yang dialami. Anda boleh masukkan halia ke dalam makanan yang dimakan setiap hari, atau boleh juga minum air halia. Cara membuat air halia adalah seperti berikut:\n\n2. Halia, halba, kunyit & madu\n\nMinuman halia, halba, kunyit & madu sangat berkesan untuk menghilangkan gout. Caranya:\n\nUntuk pesakit gout, amalkan minum teh halia setiap hari. Bancuh teh bersama halia yang diketuk untuk meneutralkan asid urik yang terkumpul dalam badan anda. Apabila asid urik dalam badan anda berkurangan, secara automatik penyakit gout juga akan beransur-ansur hilang.\n\nSelain itu, anda juga boleh jadikan halia sebagai pes untuk ditampal pada sendi yang sakit. Apabila anda diserang kesakitan, anda boleh buat pes halia dengan cara:\n\nBuah epal mampu mengurangkan kesakitan akibat gout dengan cara meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam badan. Anda boleh makan sebiji epal setiap pagi dan malam, atau boleh juga dijadikan sebagai jus.\n\nCuka epal telah lama digunakan di negara barat sebagai ubat gout. Cuka epal yang bersifat asid membantu menghilangkan kesakitan akibat gout dan artritis. Caranya:\n\nAnda juga boleh menambahkan satu sudu madu ke dalam cuka epal untuk diambil setiap hari.\n\nCeri hitam mempunyai\u00a0antosianin yang membantu mengatasi keradangan akibat gout. Apabila keradangan berkurangan, sakit anda juga akan hilang. Selain itu, ceri hitam berfungsi untuk membuang toksin dari badan. Ada beberapa cara untuk anda menggunakan ceri sebagai ubat gout iaitu:\n\n9. Ceri hitam & bawang putih\n\nAnda juga boleh amalkan minum jus ceri hitam & bawang putih setiap hari. Cara membuat jus ini ialah:\n\nLemon yang bersifat asid mempu meneutralkan lebihan asid urik dalam badan anda. Amalkan minum jus lemon setiap pagi dan malam.\n\nSelain jus lemon, anda juga boleh amalan jus lemon yang dicampur dengan baking soda. Caranya:\n\nBaking soda mempu mengurangkan asid urik dalam badan dan mengurangkan keradangan akibat gout. Caranya:\n\nKandungan kalsium dalam pisang mampu mencairkan kristal asid kepada cecair untuk dibuang dari badan melalui sistem perkumuhan. Selain itu, pisang juga membantu mengurangkan bengkak pada sendi sekali gus mengurangkan kesakitan yang anda rasai. Anda boleh makan 2 biji pisang setiap pagi dan malam untuk mendapat kebaikannya.\n\nAnda juga boleh campurkan pisang dan yogurt sebagai ubat gout yang berkesan. Caranya:\n\nTimun yang sejuk mampu meneutral asid urik berlebihan yang ada dalam badan anda. Anda boleh gunakan timun sebagai ubat gout dengan cara:\n\nSelain itu, anda juga boleh jadikan timun sebagai pes untuk ditampal pada sendi yang bengkak dan sakit. Caranya:\n\nArang aktif memiliki keupayaan untuk menyerap asid urik daripada badan. Terdapat pelbagai cara untuk anda gunakan arang aktif sebagai ubat gout iaitu:\n\nItulah dia 17 ubat gout yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua sakit tekak, petua sakit perut, dan petua hilangkan migrain."
"Jom kita baca tentang beberapa kisah tazkirah ringkas tentang Ramadhan. Pada bulan yang penuh berkah ini, segala pintu-pintu langit akan dibuka manakala pintu neraka akan ditutup dan turunnya malaikat ke bumi untuk memberikan rahmah. \n\nSiapa tidak tahu bulan yang mulia inilah seluruh umat Islam sangat digalakkan untuk melakukan kebaikan untuk melipat kali gandakan pahala sebagai bekalan di akhirat kelak. Oleh kerana kemuliaan Ramadhan ini tiada tolok bandingnya maka sengaja kami ingin kongsikan sedikit kisah tazkirah ringkas sebagai penghayatan dan renungan kita bersama sebelum Ramadhan tahun ini melabuhkan tirainya.\n\nTazkirah 1: Syafaat Mencari Malam Lailatul Qadar\u2019\n\nAsal sahaja menyebut Ramadhan, pasti tidak asing lagi kedengaran tentang malam Lailatul Qadar iaitu malam penuh kemuliaan yakni malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Perbanyakkanlah ibadah dan amalan saat 10 malam terakhir ini kerana siapa yang mendirikan solat malam dengan sungguh-sungguh di malam hari nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini. \n\nKedatangan malam Lailatul Qadar ini juga tiada siapa dapat menduga namun Rasulullah S.A.W ada memberikan petunjuk bahawa malam seribu bulan ini akan hadir dalam sepuluh malam yang terakhir pada bulan Ramadhan dan secara tepatnya adalah di malam-malam ganjil.\n\nIstimewanya malam Lailatul Qadar ini adalah kerana ia merupakan malam dimana turunnya mukjizat mulia iaitu Al-Quran oleh Allah S.W.T yang diperantarai Nabi Muhammad S.A.W. \n\nBeruntungnya mereka yang mendapat syafaat malam Lailatu Qadar ini kerana rata-rata ulama berpendapat bahawa ketika seorang muslim itu melaksanakan amalan dan ibadah tepat di malam Lailatul Qadar, maka orang itu akan mendapatkan pahala yang besar dan nilai pahalanya adalah lebih besar dari seorang muslim yang beribadah selama seribu bulan yakni setara dengan 80 tahun.\n\nSangat rugi kepada mereka yang tidak cuba untuk merebut syafaat malam Lailatul Qadar ini. Di malam yang mulia itu, seorang muslim bukan sahaja beroleh keberkahan tetapi juga kesejahteraan, kedamaian hati malah akan dibebaskan daripada segala kerosakan hati dan diampunkan dosa-dosa lalu.\n\nTazkirah 2: Kelebihan Mengamalkan Pembacaan Al-Quran\n\nMendalami Al-Quran itu hukumnya wajib dan secara tidak langsung seorang muslim itu perlu mengimani, memahami, mengamalkan dan menyebarkan kalam Allah ini. Al-Quran merupakan kunci untuk seseorang itu menjadi insan yang sempurna di sisi Allah serta akalnya juga akan lebih terpelihara dan tidak mudah menjadi majnun atau gila. Insan yang mata hati dan fikirannya sentiasa mengingati Al-Quran, maka dia akan sentiasa dirahmati Allah S.W.T dalam pelbagai cara. Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T kepada umat Islam. Ramai sahaja umat Islam yang masih berdolak-dalih untuk membacanya saban hari dengan pelbagai alasan seperti kesibukan bekerja sedangkan sebenarnya membaca Al-Quran itu bukannya dikira jika membaca keseluruhannya tetapi dengan beberapa surah sahaja juga dikira pahala. Setiap huruf yang dibaca dalam Al-Quran, Allah menjanjikan 10 pahala sebagai ganjaran dan dikira sebagai telah melakukan satu kebajikan.\n\nSaat amalan kita dihitung tatkala di Padang Mahsyar, Al-Quran ini akan bertindak sebagai pendamping yang dapat menyelamatkan diri ketika diri kita dihisab dan juga menghindarkan diri dari huru-hara yang berlaku di Padang Mahsyar. Ahli keluarga kita sendiri juga tidak akan berupaya untuk membantu \u00a0malah mereka sangat sibuk dengan urusan diri masing-masing di hari pembalasan kelak.\n\nTazkirah 3: Kesan Memperbanyak Amalan Istighfar\n\nSeseorang yang rajin beristighfar, Allah akan membantunya menempuh setiap kesusahan yang dialami itu. Pada setiap kesempitan yang dilalui akan ada cara mengatasinya dan mungkin apa yang dilakukannya akan membuahkan rezeki yang tidak disangka-sangka.\n\nSeluruh umat Islam sangat digalakkan untuk beristighfar kerana selain ianya dapat meningkatkan iman, istighfar juga dapat menjadi penenang hati. Apabila kita beristighfar secara tidak langsung amalan ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.\n\nKesan kepada mereka yang gemar beristigfar juga akan membantu seseorang itu mengecapi hidup dengan penuh yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah. \n\nJusteru itu Islam sangat menggalakkan umatnya untuk kerap beristighfar, selalu bertaubat kerana kita sebagai manusia biasa pasti tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Sedangkan Rasulullah S.A.W yang maksum itu sendiri rajin mengamalkan istighfar iaitu 70 kali saban hari, inikan pula kita manusia biasa.\n\nPada hari-hari biasa juga kita sangat digalakkan untuk bersedekah apatah pula bila \u00a0tibanya bulan Ramadhan yang penuh berkah ini kerana amalan bersedekah itu sangat sinonim dengan iman seorang Muslim. \n\nSetiap apa yang disedekahkan dengan niat ikhlas yang diterima di sisi Allah S.W.T akan dikurniakan dengan ganjaran pahala. Pahala yang paling sedikit adalah 10 kali ganda manakala yang paling banyak adalah 700 kali ganda.\n\nRebutlah peluang untuk bersedekah sebanyak mana yang anda mampu kerana selain mendapat pahala yang tidak ternilai secara tidak langsung anda telah membantu untuk mengurangkan beban dan kepayahan orang lain yang tidak berkemampuan dan daif. \n\nYang dinamakan sedekah itu luas, tidak seharusnya ia berbentuk wang ringgit. Ubat-ubatan, makanan, senyuman, baju, tenaga kerja juga disifatkan sebagai sedekah. Malaikat juga akan turut mendoakan mana-mana mukmin yang rajin bersedekah itu kesejahteraan malah Allah akan melapangkan seluas-luas pintu rezeki untuknya.\n\nTazkirah 5: Kebaikan Berbuka Puasa Dengan Buah Kurma\n\nBukan sekadar suatu tradisi namun berbuka dengan kurma merupakan sunnah Rasulullah selain menyimpan seribu satu syafaat untuk kesihatan manusia. Kita sangat digalakkan untuk berbuka puasa yang didahului dengan kurma kerana kurma dapat membekalkan tenaga dengan lebih cepat setelah seharian kita letih bekerja tanpa menjamah sebarang makanan atau minuman. \u00a0\u00a0\n\nPastikan anda memakan kurma segar yang asli kerana kebanyakan kurma yang terjual di pasaran hanya berbentuk manisan dan mengandungi banyak gula yang tidak baik untuk kesihatan. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah S.A.W kerana mempunyai khasiat semulajadinya yang tinggi dan dapat mengembalikan paras gula rendah dalam darah kepada paras normal. \n\nKurma asli juga memiliki serat yang baik yang mampu membantu untuk mencegah sembelit dan mengelakkan daripada menghidap penyakit kencing manis. Zat-zat yang terkandung dalam kurma iaitu glukosa dan fruktosa hanya memerlukan masa dalam lingkungan 5 ke 10 minit untuk diserap dalam usus manusia saat perut kosong.\n\nItulah dia 5 Kisah Tazkirah Ringkas berkaitan Lailatul Qadar, Al-Quran & Sebab Berbuka Dengan Kurma sempena Ramadan ini. Jom baca juga"
"Anda teringin untuk membuat kuih koci tapi tidak tahu caranya? Jika ya, hari ini kami akan berkongikan resepi kuih koci yang popular di Malaysia ini!\n\nUntuk pengetahuan anda, kuih koci ini terbahagi kepada dua iaitu koci labu dan koci pulut hitam. Dan jangan risau. Kerana resepi ini mengandungi dua dua jenis kuih koci tersebut.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Diena Anilda\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSalam. Semalam ramai yang mintak resepi\u00a0#kuihkocibydienaamous. Kuih koci tradisional yang telah dimodenkan sedikit cara ia dibuat. Kalau dapat daun pisang yang cantik maka cantik la kejadiannya. Kalau tak, hitam hitam juga kuih koci yang saya buat.\n\nResepi ni mak saya yang ajar dan telah diolah beberapa perkara oleh saya untuk menambah keenakan kuih koci itu sendiri.\n\nSebelum ni mak saya buat untuk berniaga tapi setelah mak saya sakit diabetes dan di potong sebelah kaki, dia tak lagi mampu untuk membuat kuih ini yang sememangnya remeh dan leceh. Jadi saya meneruskan warisan beliau. Sahabat sahabat doakan mak saya sentiasa sihat dan berada di dalam lindungan Allah. Jaziah Bte Sahya Jie. I love u mak!\n\nKawan kawan yang hari hari tengok saya post kat fb tapi jauh nak order tu, dipersilakan bersilat.\n\nNota 1: Dadih santan kene pandai adjust ye. Jangan cair sangat, jangan pekat sangat. Kalau tercair,\u00a0 bancuh sedikit tepung beras+air, tapis msukkan dalam dadih.\n\nNota 2 : Masak sampai dadih plupp..plupp..plupp.. untuk tahan lama. Untuk dadih ni saya takde sukatan yang betul betul tepat. Ikut seni tangan masing ok\n\nSelain resepi kuih koci, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Bagaimana otak cara suami berfikir?Kebiasaan minda orang lelaki, sampai aje di rumah, terus tukar \u201cgear\u2019 kepada MAKAN \u2013 MAIN \u2013 TIDUR. Badannya automatik menjadi \u201cstatik atau Off\u201d sebagaimana keadaan kereta di isi minyak di stesen minyak.\n\nSebaliknya minda orang perempuan akan terus aktif \u201cmultitasking\u201d ligat macam lipas kudong memebuat kerja rumah yang tak sudah sudah.\n\nOleh itu jika isteri inginkan suaminya tolong buat sesuatu di rumah, caranya:\n\nSampai suami di pintu terus sambut dia dengan ungkapan kesyukurann seorang pahlawan pulang dari peperangan, \u201cAlhamdulillah, my hero dah balik\u201d.\n\nTerus (MAKAN) sediakan makanan dan minuman sekadar utk dia mengalas perut dan membasahkan tekaknya. Biar dia sendirian dalam 10 minit.\n\nSelepas ini dia akan (MAIN). Terpulang kepada minat dan hobi suami, Ada yg baca majalah, tgk tv, baca surat khabar, menyiram bunga, tengok barangan hobi dan sebagainya, Waktu ini boleh ajak bersembang. Dan masa inilah AMAT sesuai minta pertolongannya membantu kerja rumah. Katakan kepadanya hanya dia seorang sahaja yang boleh membuat kerja itu.\n\nJika kerjaya suami memang berat dan meletihkan, selepas MAKAN dia akan terus TIDUR. Biarkan dan iktiraf dia tidur. Tentukan jangka masa tidur dan berjanji untuk kejutkan dia. In sya Allah dia akan bertenaga nanti untuk membantu kerja rumah."
"Apabila kita terlalu kerap menggerakkan tangan seperti menulis, menaip atau menggenggam sesuatu dengan lama, tangan kita akan berasa sakit. Tangan adalah salah satu anggota yang kuat bekerja kerana semua kerja menggunakan tangan. Contoh, mengangkat barang, memindahkan barang, menulis dan pelbagai lagi. Apakah akan berlaku jika tangan kita berasa sakit dan susah untuk membuat kerja?\n\nSelain itu juga, kita sebagai umat islam susah untuk menunaikan ibadat. Pernahkah anda mengalami sakit di saraf tangan sehingga menyukarkan anda untuk membuat kerja? \n\nMari kami kongsikan info sebenar sakit di saraf tangan. Dr. Kamarul Ariffin, seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Dr. Kamarul Ariffin akan berkongsikan info mengenai sakit di saraf tangan.\n\nContoh tanda sakit di saraf tangan.\n\n\u25fe\u00a0Rasa kebas dan menyengat di tangan\n\n\u25fe\u00a0Sakit yang meluap-luap di tangan atau jari-jari.\u00a0\n\n\u25fe\u00a0Sakit semasa menaip, menulis dan mengemas.\u00a0\n\n\u25fe\u00a0Kebas atau semut-semut di tangan dan jari pada waktu malam terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan kadang-kadang melibatkan jari manis.\n\nJika anda mengalami tanda-tanda di atas, anda mungkin menghidapi \u201cSindrom Terowong Karpus\u201d atau \u201cCarpal Tunnel Syndrome\u201d.\n\nIa adalah kesakitan pada saraf median yang membekalkan deria rasa kepada tangan dan jari akibat tekanan pada saraf itu yang berpanjangan.\n\n\u25fe\u00a0Pergerakan berulang kali atau berterusan tangan ataupun pergelangan tangan (contohnya penggunaan papan kekunci komputer)\n\n\u25fe\u00a0Tekanan dan gegaran yang berlebihan pada tangan atau pergelangan tangan\n\n\u25fe\u00a0Tendon pada kawasan terlibat bengkak dan menekan saraf median, mengakibatkan kesakitan dan kekebasan pada pergelangan/tapak tangan.\n\n\u25fe\u00a0Kecederaan atau kepatahan tulang di pergelangan atau tapak tangan.\n\n\u25fe\u00a0Pemendapan air di kawasan berkaitan seperti yang berlaku sewaktu mengandung atau pada pesakit kencing manis.\n\n\u25fe\u00a0Posture yang tidak betul atau tidak ergonomik.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Berehat seketika di antara kerja (pacing)\n\nJumpa doktor untuk pemeriksaaan dan rawatan:\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Ubatan anti radang dan penahan sakit\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Fisioterapi (regangan & modaliti lain)\n\n*Beringatlah sebelum terkena. Kita perlu berhati-hati semasa bekerja dan jangan terlalu kuat bekerja. Ia boleh memudaratkan kesihatan kita tanpa kita sedar. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kita selalunya cenderung untuk berfikir bahawa kita tahu apa yang kita buat, tapi adakalanya atau terutamanya apabila ia berkaitan dengan kehamilan, kita sebenarnya salah. Glade B. Curtis, M.D., penulis bersama Your Pregnancy, Week by Week, mempunyai penyelesaian kepada 9 tanggapan salah tentang kesuburan.\n\n\nAnda mungkin mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan yang memberi pendapat tentang kehamilan,\n\n\u201cKehamilan berlaku secara semula jadi. Ianya akan hadir apabila anda berhenti bimbang tentangnya.\u201d\n\nMendengarnya adalah amat menjengkelkan, terutama apabila perkara yang diinginkan kita adalah hamil. Namun hal ini selalunya benar. Tekanan boleh menjadi perosak utama dalam proses kehamilan. Jika anda memiliki tahap kortisol yang menaik beserta hormon tekanan, ia boleh secara negatif memberi kesan kepada ovulasi dan kesuburan.\n\n\u201cBertenang dan biarkan ia berlaku,\u201d kata Dr. Curtis.\n\n\u201cBerhenti terlampau mencuba untuk merancang kehamilan.\u201d\n\nSebaliknya, beliau mencadangkan anda untuk mengingatkan anda bahawa kehamilan adalah keajaiban yang kerap berlaku.\n\n\u201cSaya sering memberitahu pesakit-pesakit saya yang terlalu aktif mencuba untuk berhenti \u2018bekerja keras\u2019 dan pada masa itulah selalunya mereka hamil.\u201d\n\nJika anda hendak melakukannya, lakukan dengan betul (dengan jumlah yang betul!). Dr. Curtis mencadangkan untuk melakukan persetubuhan setiap hari atau selang sehari semasa anda berada dalam tempoh paling subur.\n\nJika anda, seperti wanita lain, tidak tahu bilakah tempoh tersebut, teruskan dengan selang sehari selama tempoh anda merasakan anda berada dalam keadaan paling subur. Lebih daripada itu akan mengurangkan kiraan sperma pasangan anda. Kurang daripada itu akan menyebabkan anda terlepas waktu kritikal kesuburan.\n\n\u2018Douching\u2019 atau pembersihan vagina mungkin menjadi kelaziman sebagai langkah seterusnya dalam rutin untuk hamil. Ia sama sekali bukanlah idea yang bagus. Membersihkan vagina boleh bertindak seperti spermisid, mengubah PH vagina anda.\n\n\u201cIni mampu mengurangkan kesuburan,\u201d kata Dr. Curtis. Begitu juga pelincir peribadi, kebanyakannya produk yang ada menunjukkan bukan saja akan mengurangkan kiraan sperma, juga akan menjejaskan pergerakannya.\n\nBila kita bercakap tentang ketidaksuburan, kita biasanya bermula dengan bertanya jika keadaan wanita tersebut menjadi isu dalam hal ini. Dr. Curtis berkata, kes-kes ketidaksuburan biasanya adalah 40 peratus berkaitan dengan lelaki, 40 peratus berkaitan wanita, dan 20 peratus kombinasi kedua-duanya.\n\n\u201cKerap kali, bakal ibu bergegas untuk menemui doktor pada saat pertama lewat hamil. Ini adalah salah.\n\nDan ingatlah: Ia selalunya mengambil 6 bulan dan 1 tahun untuk pasangan yang sihat untuk hamil.\u201d\n\nTidakkah anda terfikir anda memerlukan sijil dalam matematik untuk mengandung?\n\n\u201cTidak memahami masa ovulasi adalah kesilapan popular,\u201d kata Dr. Curtis.\n\nBagi kebanyakan wanita, ovulasi berlaku pada kitaran pertengahan, tetapi itu turut mengandaikan kitaran 28 sehingga 32 hari. \u201cKebanyakan wanita mengalami ovulasi 14 hari sebelum permulaan haid mereka,\u201d kata beliau.\n\n\u201cJadi, sebagai contoh, jika anda mempunyai kitaran 24 hari, ovulasi adalah dalam lingkungan hari ke-sepuluh.\u201d\n\nSemua maklumat ini akan mengelirukan jika anda mengalami haid yang tidak menentu atau tidak ingat bila kali terakhir anda mengalami haid.\n\nKesilapan biasa yang lain? Tidak mengira dari permulaan hari pertama kitaran anda. \u201cHari pertama adalah hari pertama keluar darah haid, bukan sehari selepas atau sebelum hari itu,\u201d kata Dr. Curtis. Ini kerana kesuburan boleh secara literal akan menurun dalam masa beberapa jam, ia amat penting untuk mengetahui masa kitaran yang tepat.\n\nDr. Curtis mencadangkan supaya menggunakan kit ramalan ovulasi. Mempunyai kalendar yang menjejaki kitaran haid anda juga akan sangat membantu. Begitu juga dengan menggunakan ramalan ovulasi secara dalam talian atau aplikasi telefon bimbit.\n\n#6 Cuba Untuk Kekal Mengikut Jadual\n\nSebanyak mana kita telah mencuba, kehamilan tidak boleh dirancang. Menurut Dr. Curtis, secara puratanya, yang normal, pasangan sihat akan mengambil kira-kira setahun untuk hamil.\n\n\u201cRamai wanita mengambil kira-kira 6 bulan atau lebih hanya untuk mempunyai kitaran haid yang biasa atau anda tidak akan pasti jika anda sedang berovulasi, (atau jika anda mempunyai soalan-soalan tentang kesuburan). Oleh itu ia adalah idea yang bagus untuk mendapatkan nasihat doktor.\u201d\n\nTiada siapa yang tahu mengapa, tetapi ada banyak anekdot dan maklumat sains untuk menyokong fakta iaitu selepas persetubuhan, adalah amat membantu jika anda kekal baring di atas katil dengan pinggul menaik untuk kira-kira 20 hingga 30 minit.\n\nDalam erti kata lain, selepas sibuk, Dr. Curtis menasihatkan, \u201cJangan melompat atau berlari ke dalam bilik air atau mencuci vagina!\u201d Hanya dengan melakukan itu saja akan mengubah dan boleh menyelesaikan sehingga 80 peratus masalah kesuburan.\n\nOleh itu, sebanyak mana anda ingin menari gembira kerana memikirkan anda sudah pun \u2018mencipta\u2019 bayi, sekurang-kurangnya bertahanlah untuk sementara waktu.\n\nMungkin anda selalu mempunyai haid yang tidak menentu dan bimbang anda akan mempunyai masalah untuk hamil. Atau mungkin anda mempunyai diabetes dan mahu memastikan ia terkawal sebelum mencuba untuk hamil. Mendapatkan khidmat professional bukanlah neurotik atau gila \u2013 ia bijak!\n\nIni adalah situasi di mana anda tidak harus mengabaikan perasaan bimbang yang banyak, kata Dr. Curtis. Sebaliknya, dapatkan khidmat doktor atau konsultan kesuburan secepat mungkin untuk membuat perancangan. Dengan cara itu, jika ia mengambil masa yang panjang sedikit untuk anda hamil, anda sudah pun mengetahui bagaimana untuk menguruskan perkara-perkara tertentu.\n\nDan, jika anda melakukannya, anda akan mendapati akan membaca tanda \u201ccampur\u201d lebih cepat daripada yang anda fikirkan, anda sudah bersedia untuk diawasi oleh seorang doktor dan bertindak dengan sihat.\n\nDr. Curtis berkata, \u201cMengapa minum minuman yang memabukkan, merokok, alkohol, mengambil dadah jika anda tahu ia boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan?\u201d\n\nBeliau memberi amaran kepada pesakit-pesakitnya bahawa bahagian awal semasa hamil adalah paling kritikal dalam perkembangan fetus.\n\n\u201cTiada jumlah alkohol yang selamat semasa hamil, dan kita tahu merokok itu merbahaya.\n\nNasihat saya adalah, jika anda tidak menggunakan perlindungan,tetapi mengambil dadah, alkohol dan rokok, bertindaklah seperti anda sudah pun hamil.\u201d\n\nSemoga 9 tips yang dikongsi membantu pembaca sekalian untuk hamil."
"Cara elak kedut! Haa siapa yang tak suka untuk terus nampak muda. Kalau nak tahu, kita boleh elak wajah berkedut seperti elakkan dari berjemur di bawah matahari kerana ia akan merosakkan sel kulit tetapi dalam masa yang sama kita perlu lakukan juga langkah yang lain untuk atasi masalah kedutan di wajah ini. \n\nSemua Wanita Patut Cuba Cara Untuk Elak Wajah Berkedut\n\nAnda juga mahu kulit wajah kekal kelihatan tegang dan berseri walau usia semakin lanjut? Jika ya maka anda bolehlah cuba pelbagai cara yang ada. Tak dinafikan jalan paling cepat dan senang adalah dengan membuat suntikan botox bagi yang punya wang tetapi hakikatnya masih lagi ada tips lain yang lebih bersifat semulajadi.\u00a0 \n\nSebelum itu, anda harus tahu yang kulit kering serta peningkatan usia adalah antara penyebab utama masalah kulit kedut. Maka, lakukanlah beberapa rahsia amalan khas untuk kembalikan kelembapan pada wajah untuk elak wajah dari masalah berkedut ini. Antara rahsia tersebut adalah :\n\nKandungan kanji asli didalam beras adalah selamat digunakan malah beras bersifat elastic sangat sesuai untuk menegangkan serta membuat kulit muka menjadi anjal.\n\nCaranya: ambil segengam beras, di basuh 1 kali dan kemudian di rendam buat semalaman supaya menjadi lebih lembut dan kembang.\u00a0 Kemudian toskan beras tersebut dengan penapis hingga kering dan kemudian di tumbuk sehingga benar-benar halus seakan tepung. \n\nAmbil sedikit dan campurkan susu segar, digaul hingga sebati dan sapukan ke seluruh muka seakan memakai masker selama 15 hingga 20 minit.\u00a0 Bilas muka dengan air suam dan dapat kita rasa kelembutan pada kulit wajah. Disarankan menggunakan mastker beras ini 3 kali seminggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.\n\nTelur ayam kampong mengandungi khasiat, nutrisi serta vitamin E yang mampu membantu menegangkan kulit muka serta membantu kulit muka lebih putih dan tegang. Selain ianya murah, ianya agak mudah didapati dan tanpa bahan campuran\n\nCaranya: asingkan putih telur dari kuning telur dan kemudian sapukan putih telur pda muka secara menyeluruh.\u00a0 Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan pastikan ianya betul-betul kering. Bilas muka dengan air suam sehingga bersih.\u00a0 Sebaiknya gunakan masker putih telur ini selama sebulan dan rasainya kelainan pada kulit muka kita\n\nKhasiat lidah buaya memang cukup dikenali dan sering digunakan didalam produk kecantikan muka.\n\nCaranya: Kerat sebatang daun lidah buaya, asingkan isi yang jernih dan kemudian disapukan ke bahagian muka sehingga menyeluruh.\u00a0 Biarkan ianya kering dalam 20 minit dan bilas muka dengan air suam. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan kesannya pasti tidak mengecewakan dan lakukan secara konsisten selama sebulan\n\nMakankan terutama ikan salmon yang kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang boleh membantu keanjalan kulit sekaligus mengelakkan kedutan pada kulit wajah.\u00a0\n\n5. Tukar Minuman Kegemaran Dari Kopi kepada Koko\n\nKandungan antioksidan dalam koko membantu pengaliran darah di dalam badan dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan air serta menajdaikan kulit sentiasa lembap\n\nPunya ciri pelembap dan anti bakteria dengan pelbagai khasiat yang tersembunyi dan enzim yang terkandung didalam madu membantu kulit lebih tegang dan bersinar.\n\nCaranya: Sapukan madu di muka secara menyeluruh dengan beberapa lapisan.\u00a0 Biarkan selamat 15 hingga 20 minit, kemudian di bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan pasti teruja dengan hasil kulit yang menegang dan bersinar.\n\nPastikan madu yang di ambil merupakan madu asli tanpa bahan campuran atau madu kelulut yang punya fungsi yang sama.\n\n7. Banyakkan Pengambilan Buah-buahan dan Sayuran\n\nJadikan kebiasaan memakan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, E dan C kerana ianya mampu menghindarkan kulit dari menjadi kering malahan akan membuatkan kulit kita sihat dan lembap.\n\nGunalah krim pelembap yang mempunyai minimum SPF-30 bagi mengatasi masalah kulit kering kerana selain kekerapan kita berada di persekitaran berhawa dingin mahupun di bawah sinaran matahari akan membuatkan kulit kita mudah kekeringan jadi krim pelembap dengan vitamin C membantu melindungi serta mengekalkan kelembapan kulit wajah.\n\n9. Elak Sabun atau Cecair Mandian Yang Tidak Sesuai\n\nSelain pelembap, pastikan sabun atau cecair mandian yang digunakan mengandungi pH seimbang, sesuai keadaan kulit dan elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat yang boleh mengeringkan kulit\n\n10. Minum Banyak Air Kosong Tiap Hari\n\nPengambilan air yang secukupnya mampu membuatkan kulit kita lembab tampa malah meminum 8 gelas air sehari dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit kita.\n\nCara Elak Wajah Berkedut Elok Dimulakan Sejak Awal\n\nSebaiknya, wajah perlu di beri penjagaan yang baik sejak dari usia muda lagi. Paling afdal semasa dalam peringkat usia 20an dan ke atas. Namun jika dulu tidak biasa dan kini baru ingin bermula pun tidak mengapa. Asalkan anda ada kemahuan dan kerajinan untuk itu maka lakukanlah mengikut kehendak anda sendiri.\n\nApapun, amalan rahsia untuk cara elak wajah dari berkedut ini boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Isteri tu jika sedang buat pada wajah sendiri apa salahnya letak sekali kat wajah suami. Tapi awas ya para suami jangan pula nanti bila dah makin hensem cawangan baru pula yang ingin di buka nanti. Jom baca juga"
"Tempoh kehamilan adalah merupakan saat yang paling indah bagi setiap kaum wanita. Namun begitu, sepanjang tempoh tersebut, badan anda akan mengalami banyak perubahan hormon, fisiologi dan dan fizikal.\n\nSekiranya anda menjaga tubuh anda dengan baik, anda bukan sahaja menjaga tahap kesihatan anda, tetapi juga tahap kesihatan bayi. Oleh itu, sangat penting untuk anda menekankan pemakanan yang sihat bagi membolehkan anda mempunyai tempoh kehamilan yang sihat dengan mengikuti beberapa garis panduan makanan yang mudah.\n\nRamai wanita yang begitu bimbang akan kenaikan berat badan mereka semasa hamil. Ada wanita yang takut berat badan mereka naik secara mendadak, akibat risau tidak mampu mendapatkan berat badan asal mereka selepas hamil nanti.\n\nUntuk pengetahuan, berat badan ibu yang hamil akan meningkat lebih dari sekadar berat bayi dalam kandungan. Bagi membolehkan bayi yang dilahirkan sihat, badan anda memerlukan air yang banyak, darah dan cecair amnion (amniotic fluid).\n\nSemasa tempoh kehamilan, berat badan anda akan meningkat sebanyak 15 hingga 20 pound berat air sahaja. Untuk kepastian, berbincanglah dengan doktor berkenaan berat yang ideal yang harus ditingkatkan semasa mengandung.\n\nGambarajah dibawah menyediakan beberapa saranan umum.\n\nNutrisi Yang Diperlukan Tubuh Badan Anda\n\nSemasa kehamilan, semestinya badan anda memerlukan nutrisi yang lebih banyak berbanding sebelum hamil. Walaupun frasa \u201cmakan untuk dua orang\u201d yang sering dijadikan ayat seloroh ibu-ibu hamil tidak 100% benar, tetapi tidak dinafikan, tubuh anda memerlukan lebih banyak makro-nutrisi (seperti kalori, protein, dan cecair) dan mikro-nutrisi (seperti kalsium, folat dan zat besi).\n\nSetiap kumpulan makanan mampu memberi kebaikan tertentu pada anda. Sebagai contoh, bijirin adalah bagus sebagai sumber tenaga pada badan. Buahan dan sayuran pula kaya dengan vitamin, fiber dan bahan anti-oksidan.\n\nKumpulan makanan yang mengandungi daging merah, daging putih, ikan, ayam, tauhu dan kekacang pula menawarkan badan anda protein, vitamin B, folat dan zat besi. Tidak ketinggalan, bahan tenusu kaya dengan vitamin D dan kalsium.\n\nKesemua kumpulan makanan ini sangat diperlukan oleh wanita hamil yang sihat.\u00a0Oleh itu, penting sekiranya anda menekankan pengambilan semua kumpulan makanan tersebut dengan seimbang. Jangan lupa, minum air 8 hingga 10 gelas setiap hari!\n\nBadan anda tidak akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya anda kekurangan nutrisi dari mana-mana kumpulan makanan tersebut. Oleh itu, anda perlu ingat. PELBAGAIKAN PENGAMBILAN MAKANAN ANDA. Jangan disebabkan makanan kegemaran anda adalah ikan semata-mata, anda mengabaikan pengambilan makanan lain seperti susu atau sayuran.\n\nSeelok-eloknya, pilih makanan yang berkhasiat dan rendah lemak seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran berbanding makanan ringan, donut dan minuman bergas. Anda tidaklah perlu sehingga mengabaikan terus makanan kegemaran anda. Anda hanya perlu seimbangkannya dengan makanan yang berkhasiat.\n\nDengan pengambilan makanan berkhasiat yang optimum, anda dapat memastikan badan anda memperoleh vitamin dan zat yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan anda. Bayi sihat, anda pun gembira. Betul tak?\n\nJadual berikut menunjukkan sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan zat tertentu.\n\n*Lebih baik sekiranya mengambil versi tanpa lemak atau rendah lemak\n\nAdakah Saya Harus Mengurangkan Pengambilan Garam Dalam Diet Saya?\n\nTidak semestinya semua wanita wajib mengurangkan pengambilan garam atau sodium semasa hamil. Secara umumnya, sekiranya wanita itu mengurangkan pengambilan makanan yang masin (seperti keropok, ikan masin, jeruk atau makanan frozen), ia adalah lebih baik untuk kesihatan. Walau apa pun, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih baik dan terperinci berkenaan diet khas yang sepatutnya anda amalkan.\n\nBagaimana Sekiranya Saya Mengidam Makan Benda Bukan Makanan?\n\nPernah terdengar ada wanita mengandung yang mengidam makan kaca, atau besi? Kedengaran aneh tetapi tidak mustahil berlaku. Semasa hamil, ada juga wanita yang mengidam untuk memakan ais, tembikar, lumpur, abu rokok atau kanji. Keadaan ini dikenali sebagai pica.\n\nApabila wanita mengalami pica semasa hamil, ia mungkin berpunca dari kurangnya vitamin atau mineral tertentu. Sekiranya ada kenalan, atau anda sendiri mengalami masalah seperti ini, segeralah berjumpa doktor dan berkongsi masalah anda. Benda bukan makanan akan membahayakan diri sendiri dan juga bayi dalam kandungan.\n\nKredit gambar: Nadia Martinez, Anastasiya Ahmetova"
"Sebagai seorang ibu yang baru melahirkan, pastinya salah satu daripada keseronokan yang anda tunggu-tunggu adalah untuk menyusukan bayi terus dari kantung susu. Ikatan hati dan jiwa yang terjalin di antara ibu dan anak semasa menyusu adalah sangat berharga dan tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Namun begitu, tidak semua ibu diberikan rezeki susu yang banyak dan melimpah-ruah.\n\nAda ibu yang tida mempunyai susu sejak hari pertama melahirkan. Ada juga ibu yang mempunyai banyak susu pada awalnya namun secara tiba-tiba susu mula merudum dan akhirnya kering. Jika anda masuk dalam kategori ibu yang tidak mempunyai susu badan, artikel ini adalah ditulis khas untuk anda. Jom kami kongsikan cara keluarkan susu badan beserta petua dan tips sains yang terbukti berkesan.\n\nPerkara pertama yang perlu anda lakukan ialah jangan stress. Ini kerana dari segi sudut pandangan sains, semakin stress seorang ibu semakin sedikit susu yang akan dikeluarkan oleh tubuh badannya. Kami faham, anda akan berasa stress dan tertekan apabila tidak dapat mengeluarkan susu yang secukupnya untuk mengenyangkan bayi anda, namun anda perlu ingat bahawa semakin anda stress semakin tak cukup susu untuk bayi anda.\n\nOleh itu, apabila susu anda tidak cukup, pesan diri untuk kekal bertenang. Anda boleh kekal bertenang dengan cara tidak terlalu memikirkan tentang susu yang tidak cukup dan lakukan perkara yang boleh menenangkan perasaan seperti menonton rancangan kegemaran, mendengar muzik kegemaran, bersembang dengan suami atau sahabat baik, dan sebagainya.\n\nSelain stress, kesedihan dan kemurungan juga boleh menyebabkan susu anda menjadi kering. Bagi ibu yang baru melahirkan, anda mungkin akan berasa sedih atau murung tanpa mengetahui apakah puncanya. Ia berlaku kerana kecelaruan hormone yang sedang berlaku dalam tubuh badan anda. Jangan dilayan kerana ianya boleh menjadi semakin teruk dan menyebabkan anda mengalami meroyan atau post partum depression.\n\nJika anda sedih disebabkan oleh perkara yang dapat dikenal-pasti, atasi masalah tersebut dengan kadar segera agar anda boleh kembali ceria dan gembira. Ibu yang gembira akan menghasilkan susu yang banyak untuk bayi kesayangan.\n\nSalah satu punca susu badan menjadi kering atau tidak cukup adalah disebabkan oleh tubuh badan si ibu tidak mendapat nutrient yang secukupnya. Oleh itu jangan terlalu ketat dalam menjaga pemakanan terutamanya semasa tempoh berpantang. Kami faham bahawa anda tak sabar untuk kurus semula dan mendapat bentuk badan dan berat seperti sebelum mengandung, namun ingatlah bahawa keutamaan anda buat masa sekarang ialah memastikan bayi anda mendapat susu dengan secukupnya.\n\nJangan bercatu semasa makan. Makan setiap kali anda berlapar. Malah anda juga boleh makan sambil menyusukan bayi. Selain memastikan anda mendapat makanan yang secukupnya, pastikan juga anda makan makanan yang berkhasiat. Bila lapar anda boleh snacking makanan berkhasiat seperti buah-buahan, susu, granola, dan sebagainya. Dengan itu anda bukan sahaja dapat menghasilkan susu yang banyak malah dalam masa yang sama akan dapat menguruskan badan.\n\nSelain memastikan anda mendapat makanan yang secukupnya, adalah sangat penting untuk anda memastikan tubuh badan mendapat air yang secukupnya. Jangan hadkan pengambilan air kosong setiap hari semata-mata kerana takutkan pantang-larang orang lama kononnya kalau minum air banyak semasa berpantang, rahim akan kembang. Air yang anda minum akan diserap oleh tubuh badan bukannya masuk terus ke dalam rahim lalu boleh menyebabkan rahim mengembang.\n\nJika anda tidak mendapat air yang secukupnya, tubuh badan akan kekeringan lalu penghasilan susu badan juga akan terjejas. Kurang minum air akan menyebabkan susu badan anda berkurangan. Itulah sebabnya kenapa ibu yang menyusukan diberi kelonggaran atau ruksyah dalam berpuasa.\n\nOleh itu, kalau anda nakkan susu badan yang banyak dan melimpah-ruah, banyakkan minum air kosong dan air suam. Amalan minum susu juga sangat membantu untuk membanyakkan air susu.\n\nPastikan anda mendapat tidur dan rehat secukupnya\n\nCara keluarkan susu badan yang seterusnya ialah dengan memastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. Tubuh badan yang mendapat tidur dan rehat yang secukupnya akan mengeluarkan susu yang banyak. Itulah sebabnya apabil anda berasa penat, susu juga akan merudum.\n\nAmbil makanan yang boleh menambah susu atau milk booster\n\nPastinya anda biasa dengar tentang makanan yang boleh membanyakkan susu. Mungkin anda berasa ragu-ragu dan kurang percaya bahawa ada makanan yang boleh membanyakkan susu tapi percayalah bahawa sesungguhnya memang ada makanan yang terbukti membantu membanyakkan susu. Di antara makanan menambah susu yang boleh anda cuba ialah:\n\nItulah dia info tentang cara keluarkan susu badan berserta petua dan tips sains yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara banyakkan susu badan, makanan tambah susu badan, dan tips penyusuan susu ibu."
"Nak tahu telefon Huawei terbaik yang dikeluarkan untuk tahun ini? Kami senaraikan bersama harga dan spesifikasi agar anda mudah untuk merancang pembelian.\n\nHuawei menjadi salah satu peranti Android yang menjadi pilihan ramai dan berada di kelasnya tersendiri iaitu kelas pertengahan terbaik. Jenama ini digemari ramai kerana eksklusif, kamera berkualiti, rekabentuk yang nipis, tahan lama dan sebagainya.\n\nPada tahun ini, pelbagai telefon Huawei terbaik dikeluarkan dengan spesifikasi, harga dan citarasa mengikut peringkat. Jom tengok model Huawei mana yang menjadi pilihan mengikut citarasa anda!\n\nHuawei Nova Y70 merupakan telefon Huawei terbaik 2022 yang mempunyai harga bawah RM 1000. Pasti ramai yang sedia maklum bahawa antara kekuatan model ini terletak pada bateri dan kameranya.\n\nModel ini dikuasakan oleh Hisilicon Kirin 710 dengan GPU Mali-G51 MP4. Dioperasikan oleh EMUI 12, pasti prestasi lebih lancar dan mantap. Sebanyak 128GB dibekalkan dan dipadankan dengan 4GB RAM. Jika tidak mencukupi, pengguna boleh menambahkan kad mikro SD yang boleh memuatkan sehingga 512GB.\n\nKapasiti bateri juga sangat memuaskan dengan 6000mAh 22.5W Huawei Super Change. Dari segi kualiti kamera pula, kamera utama dengan 48MP, 5 MP sensor ultra lebar serta 8MP kamera hadapan.\n\nSelain itu, skrin bersaiz 6.57 inci dilengkapi dengan paparan TFT LCD. Pembeli mempunyai tiga pilihan warna iaitu Pearl White, Crystal Blue dan Midnight Black. Selain reka bentuk yang menawan, Huawei Nova Y70 mempunyai berat 199 gram sahaja.\n\nDilancarkan pada Julai 2022, peranti ini menggunakan salah satu cipset terbaik pada smartphone iaitu Snapdragon 778G. Ia dilengkapi dengan GPU Adreno 642L. Sistem operasi untuk model ini adalah HarmonyOS 2.0.\n\nPembeli mempunyai dua pilihan storan iaitu 128GB yang dipadankan dengan 8GB RAM mahupun 256GB bersama 8GB RAM. Tiada slot kad mikro SD disediakan untuk peranti ini. Paparan skrin tak dinafikan terbaik dengan 6.78 inci OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Kualiti audio juga terbaik dengan pembesar suara sterio.\n\nBateri juga tidak kurang hebatnya dengan kapasiti 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W. Anggaran masa pengecasan adalah 10 minit sahaja dari kadar bateri 20% hingga 80%. Memang pantas!\n\nAnda pasti terpukau dengan hasil gambarnya kerana kamera utama 50MP, sensor ultra lebar 8MP, 2MP kamera makro serta dwi-kamera selfie 60MP + 8MP. Kamera utama atau kamera selfie, keduanya dapat menghasilkan gambar yang jelas, warna yang cantik dan tajam.\n\nHuawei Nova 10 Pro dijual dengan empat pilihan warna iaitu hitam, kelabu, hijau dan violet. Beratnya pula adalah 191 gram sahaja. Jika dilihat dari segi rekaan kerangkanya, model ini kelihatan tahan lasak. Harga yang ditawarkan pada masa kini bermula RM 2175 ke atas.\n\nKeluaran Huawei Mate Xs 2 hadir dengan penambahbaikkan dari isu-isu yang timbul berkaitan keluaran telefon yang boleh dilipat oleh Huawei pada sebelum ini. Model ini merupakan telefon Huawei terbaik yang kelima dan boleh dilipat.\n\nHuawei Mate Xs 2 dikuasakan oleh Snapdragon 888 4G (5nm) dengan GPU Adreno 660. Ia menggunakan sistem operasi HarmonyOS 2.0. Storan yang dibekalkan memang besar iaitu 512GB bersama 8GB RAM. Jika tidak mencukupi, pengguna boleh menambah kad nano memory yang boleh memuatkan 256GB.\n\nDikeluarkan pada May 2022, kamera utama dengan 50MP, 8MP telefoto dan 13MP sensor ultra lebar. Kamera swafoto pula dengan 10.7MP. Paparan skrin yang dilipat adalah 6.5 inci OLED manakala jika tidak dilipat bersaiz 7.8 inci OLED yang menyokong 120Hz. Paparan memang lancar, jelas serta pencahayan yang baik.\n\nKapasiti bateri memang besar dengan 4600mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Antara kelebihan lain adalah menyokong penggunaan pen stylus,tak begitu tebal, menyokong mode multitasking dengan lancar dan sebagainya.\n\nHuawei Mate 50 Pro antara telefon Huawei terbaik yang terkini dikeluarkan oleh jenama terkenal ini. Banyak perkara menarik terdapat pada peranti ini terutama dari segi kamera, prestasi dan sistem pengecasan.\n\nDari segi kualiti kamera, kamera utama dengan 50MP XMAGE, sensor ultra lebar 13MP manakala 64MP telefoto. Kamera swafoto pula sekadar 13MP. Dengan kadar tersebut, hasil gambar menjadi lebih jelas, fokus dan pencahayaan yang baik.\n\nBeralih pada prestasinya, Huawei Mate 50 Pro dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ 4G Gen 1 dengan GPU Adreno 730. Sistem operasi yang digunakan adalah sama seperti model Huawei yang lain iaitu HarmonyOS 3.0.\n\nKapasiti bateri juga besar dengan 4700mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar 66W manakala tanpa wayar 50W. Terdapat dua pilihan storan iaitu 512GB dan 256GB UFS 3.1. Pengguna juga boleh menambah kad memori sehingga 256GB.\n\nPaparan skrin sedikit besar iaitu 6.74 inci OLED. Kadar segar semula yang dibekalkan adalah 120Hz. Walaupun sedikit berat iaitu 209g, kelebihan yang ada termasuklah kalis air dan kalis debu IP68. Terdapat 4 pilihan warna menarik yang ditawarkan iaitu kelabu, oren, ungu dan hitam. \n\nModel paling terkini Huawei untuk 2022 adalah Nova 10 SE yang dilancarkan pada Oktober 2022. Huawei Nova 10 SE dikuasakan oleh cipset Snapdragon 680 4G (6nm) yang menggunakan sistem operasi EMUI 12. Namun peranti ini tidak menyokong perkhidmatan Google Play. GPU yang digunakan adalah Adreno 610.\n\nPembeli mempunyai tiga pilihan storan sama ada 128GB bersama 6GB RAM, 128GB bersama 8GB RAM mahupun 256GB bersama 8GB RAM. Tiada tambahan slot kad mikro disediakan.\n\nSelain itu, bateri berkapasiti\u00a0 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Skrin bersaiz 6.67 inci menggunakan paparan OLED dengan kadar semula 90Hz. Resolusi skrin pula adalah 1080\u00d72400 piksel dan menyokong mod Always On Display.\n\nKualiti kamera juga memuaskan dengan kamera utama 108MP, 8MP sensor ultra lebar manakala kamera swafoto 16MP. Smartphone ini bersaiz poket dengan berat hanya 184g. Pengguna pasti berasa selesa untuk memegangnya. Warna yang ditawarkan memang menarik iaitu kelabu, mint dan hitam. Anggaran harga untuk masa kini adalah RM 1000 ke atas.\n\nBagaimana dengan model telefon Huawei terbaik di atas? Pasti ada yang menepati ciri peranti keinginan anda. Setiap model mempunyai kelebihan tersendiri. Harga yang ditawarkan memang berbaloi, sesuai dengan perinciannya.\n\nPilihlah telefon mengikut bajet dan penggunaan yang anda inginkan. Selamat membeli!\n\nNak teroka telefon terbaik dari pelbagai model terkemuka pada tahun ini? Mungkin model di bawah yang anda cari!"
"Macam mana dengan azam tahun baru untuk turunkan berat badan awal tahun dulu? Dah berjaya turunkan berat badan? Tahniah. Tapi kami faham, bahagian perut adalah antara kawasan yang paling susah untuk dikuruskan. Jom kami kongsikan senaman kempiskan perut yang boleh anda cuba.\n\nAktiviti berbasikal merupakan senaman kardio berimpak rendah yang\u00a0membakar banyak lemak pada kawasan perut. Oleh itu, kalau anda sedang berusaha untuk mengempiskan perut, berbasikal adalah senaman yang terbaik untuk anda. Apa yang menarik, anda boleh memilih untuk melakukan senaman ini di dalam atau di luar rumah.\n\nKalau anda ingin bersenam di dalam rumah, beli mesin senaman basikal. Jika nada memilih untuk bersenam di luar sambil menikmati keindahan alam, anda boleh beli basikal yang sebenar.\n\nJika anda tiada apa-apa jenis basikal, usah risau. Anda masih boleh lakukan senaman kayuhan basikal tanpa menggunakan basikal. Caranya:\n\nRamai menyangka bahawa aktiviti berjongging adalah untuj meningkatkan tahap kecergasan dan menurunkan berat badan, bukannya untuk mengempiskan perut. Yang sebenarnya, semasa berjogging, seluruh tubuh badan membakar lemak termasuk perut. Semakin laju anda berlari, semakin kuat otot perut bekerja lalu membakar lemak dengan lebih banyak. Proses memkabar lemak di kawasan perut membantu mengempiskan perut anda.\n\nSelain berjogging, aktiviti berjalan kaki juga merupakan senaman kempiskan perut yang anda boleh lakukan. Ianya sangat sesuai bagi mereka yang mengalami kecederaan dan tak mampu untuk berlari. Lagi laju anda berjalan, lagi cepat perut anda akan kempis.\n\nSenaman squats sememangnya terbukti berkesan untuk mengempiskan perut, mencantikkan punggung, dan mengecilkan peha. Caranya sangat mudah:\n\nRasanya semua orang tahu bagaimana untuk melakukan push up. Push up merupakan senaman kempiskan perut yang sangat berkesan.\n\nSenaman plank seakan-akan push up cuma bezanya anda perlu kekalkan kedudukan tanpa naik dan turun. Dengar macam mudah, tapi bila dah buat baru akan rasa. Paling penting, pastikan badqn anda lurus bukannya melengkung. Jika anda rajin lakukan plank, perut anda akan kempis dengan cepat.\n\nSenaman ini sangat berkesan untuk mengempiskan perut. Caranya:\n\nAnda boleh menggunakan gym ball untuk mengempiskan perut yang buncit. Caranya:\n\nSenaman kempiskan perut yang seterusnya ialah leg crunch. Caranya:\n\nMesin Trek Torso adalah alat senaman yang sangat berkesan untuk mengempiskan perut. Caranya:\n\n12. Senaman angkatan bahagian atas badan\n\nSenaman kempiskan perut yang seterusnya ialah senaman angkatan bahagian atas badan. Caranya:\n\nSenaman crunch songsang juga merupakan senaman kempiskan perut yang mudah. Caranya:\n\nSenaman ini sama seperti senaman crunch yang biasa cuma bezanya anda perlu pastikan kaki sentiasa berada di dalam keadaan lurus. Caranya:\n\n15. Senaman crunch dengan tolakan tumit\n\nSenaman ini sama seperti senaman crunch yang biasa cuma bezanya anda perlu menolak tumit dari lantai.\n\nAnda boleh gunakan roda Ab Roller untuk mengempiskan perut. Caranya:\n\nJika anda mempunyai akses untuk pergi ke gym, anda boleh pilih mesin elliptical trainer yang fokus kepada otot perut. Mesin ini membantu mengempiskan perut dan menguatkan otot perut. Ada six packs barulah bergaya, kan.\n\nSenaman abs terbukti membantu mengempiskan perut buncit. Caranya:\n\nItulah dia 18 senaman kempiskan perut yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga mungkin menyukai tulisan kami berkenaan cara kuruskan badan, cara kempiskan perut,\u00a0dan cara senaman wanita hamil."
"Anda penggemar puding tak? Pernah cuba puding triffle? Puding Triffle diberi nama kerana puding ini mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek sebagai lapisan pertama, lapisan kastard untuk lapisan kedua, dan lapisan jelly atau agar-agar sebagai lapisan ketiga. Bagi yang rajin dan kreatif, mereka akan menambah hiasan whipping cream atau hiasan buahan sebagai lapisan paling atas bagi menampakkan kemewahan dan kesedapan menu tersebut.\n\nPuding triffle sangat sesuai dihidangkan sebagai menu pencuci mulut terutamanya bagi majlis-majlis keraian tertentu. Disebabkan puding ini mempunyai banyak lapisan, ia sangat sesuai untuk diletak ke dalam acuan bekas-bekas kecil agar senang untuk dimakan. Jika bekas yang besar, risau pula nanti tak cantik atau hancur apabila dipotong.\n\nDari segi kemanisan puding tersebut, kita boleh mengubah mengikut citarasa kita. Jika kita tidak suka manis dan mementingkan kesihatan, bolehlah dikurangkan seminimum yang mungkin. Tapi, janganlah sampai terlalu tawar, nanti bila makan puding tu nanti tak sedap pulak kan. Puding triffle ni haruslah ada rasa lemak-lemak manis gitu. Barulah sedap dan menjadi!\n\nResepi yang akan kami kongsikan pada hari ini adalah resepi puding triffle special dari saudari Aura Zaura di Facebook. Puding triffle yang dihasilkan beliau sangat menarik dan tidak rumit untuk disediakan. Just follow step by step ok!\n\nKek Swiss roll\nFruit cocktail\nKristall jelly nona (Guna agar2 je kalau nak jimat)\n1 tin susu cair\nTepung kastard\nWhipping cream\nGula\n\nLapisan 1 :\n\u2022 Potong Swiss roll dlm 1.5cm buh dlm bekas, siramkan dgn air fruit cocktail\n\nLapisan 2:\n\u2022 Masak 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula (sukati nak manis lebih ke tak)\n\u2022 Bancuh 4 sudu tepung kastard dengan air dan masukkan ke dalam susu tadi. Kacau sampai berkilat dgn api perlahan\n\u2022 Tuang adunan kastard ke atas kek tadi\n\u2022 Campak-campakkan fruit cocktail dalam kastard, tunggu sampai agak-agak sejuk dan keras\n\nLapisan 3:\n\u2022 Masakkan kristal jelly Nona (ikut resepi dia) atau agar2 (resepi sukati la gula n sirap, jangan terlalu keras, agar2 tu biar lembek skit baru sdp) jgn manis sangat sebab dah ada kek dan whipping cream yg manis\n\u2022 Biarkan sejuk skit\n\u2022 Tuang agar2 atas kastard dan biarkan sejuk\n\nLapisan 4 (Tambahan):\n\u2022 Putar whipping cream sampai kental\n\u2022 Piping je la atas agar2 td\n\u2022 Utk hiasan letak strawberry atau buah2 lain-lain. Buah strawberry tu dibubuh piping gel/jelly supaya berkilat\n\u2022 Sebenarnya whipping cream kalau x mau bubuh pun x pe. Saje nak bagi cantik dan lebih sedap\n\nSelain resepi dessert ini, ada banyak lagi dessert lain yang best dan menarik yang kami kongsikan khas buat anda. Jemput lihat kesemuanya. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE!"
"Kita selalu dengar ungkapan \u2018Sakit Penghapus Dosa\u2019. Namun, tahukah kita dari mana datangnya ungkapan ini? Pastinya dari hadith Nabi SAW iaitu:\n\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a \u0633\u064e\u0639\u0650\u064a\u062f\u064d \u0627\u0644\u0652\u062e\u064f\u062f\u0652\u0631\u0650\u064a\u0651\u0650 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a \u0647\u064f\u0631\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e\u0629\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0635\u0650\u064a\u0628\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0646\u064e\u0635\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0644\u0627 \u0648\u064e\u0635\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0644\u0627 \u0647\u064e\u0645\u0651\u064d \u0648\u064e\u0644\u0627 \u062d\u064f\u0632\u0652\u0646\u064d \u0648\u064e\u0644\u0627 \u0623\u064e\u0630\u064b\u0649 \u0648\u064e\u0644\u0627 \u063a\u064e\u0645\u0651\u064d \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0634\u0651\u064e\u0648\u0652\u0643\u064e\u0629\u0650 \u064a\u064f\u0634\u064e\u0627\u0643\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0627 \u0643\u064e\u0641\u0651\u064e\u0631\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0637\u064e\u0627\u064a\u064e\u0627\u0647\u064f\n\nMaksudnya: Daripada Abu Sa\u2019id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: \u201cTidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.\u201d (HR Bukhari, Muslim, at-Tirmizi & Ahmad)\n\nPenyakit yang Allah berikan adalah salah satu daripada banyaknya ujian dalam hidup kita di dunia ini. Tujuannya adalah untuk menguji kesabaran dan keimanan kita terhadap Tuhan Yang Menciptakan.\n\n\u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u0629\u064e \u0644\u0650\u064a\u064e\u0628\u0652\u0644\u064f\u0648\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064f \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064b\n\nMaksudnya: \u201cDia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.\u201d (Surah al-Mulk: 2)\n\nOleh sebab itu, redha dan sabarlah dengan ujian penyakit yang Allah berikan. Selain daripada berikhtiar untuk berubat, kita juga disarankan mengamalkan doa-doa memohon kesembuhan daripada Allah SWT.\n\nSekiranya kita diuji dengan penyakit demam sekalipun, berdoalah kepada Allah SWT agar diberi kesembuhan daripada penyakit tersebut. Antara doa sembuh penyakit yang boleh kita amalkan adalah dengan beberapa potong ayat al-Quran:\n\nMaksudnya: \u201c.Dan Dialah (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati-hati orang yang beriman.\u201d\n\nMaksudnya: \u201c.Dan penyembuh (penawar) bagi apa yang (penyakit-penyakit yang berada) di dalam dada.\u201d\n\n\u064a\u064e\u062e\u0631\u064f\u062c\u064f \u0645\u0650\u0646 \u0628\u064f\u0637\u0648\u0646\u0650\u0647\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0627\u0628\u064c \u0645\u064f\u062e\u062a\u064e\u0644\u0650\u0641\u064c \u0623\u064e\u0644\u0648\u0627\u0646\u064f\u0647\u064f \u0641\u064a\u0647\u0650 \u0634\u0650\u0641\u0627\u0621\u064c \u0644\u0650\u0644\u0646\u0651\u0627\u0633\u0650\n\nMaksudnya: \u201c.Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar bagi manusia.\u201d\n\n\u0648\u064e\u0646\u064f\u0646\u064e\u0632\u0651\u0650\u0644\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0671\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0653\u0621\u064c \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064c \u0644\u0651\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya: \u201cDan kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.\u201d\n\nMaksudnya: \u201cDan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.\u201d\n\n\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0621\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627\u06df \u0647\u064f\u062f\u064b\u0649 \u0648\u064e\u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0653\u0621\u064c\n\nMaksudnya: \u201c.Katakanlah, Al-Quran itu ialah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.\u201d\n\nSelain daripada berdoa dengan ayat-ayat al-Quran, terdapat juga zikir yang kita boleh amalkan untuk memohon kesembuhan penyakit daripada Allah SWT.\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w.\u00a0yang menjadi penyembuh kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.\u201d\n\nWalaupun selawat ini pernah menjadi kontroversi kerana terdapat bait zikirnya yang dikatakan seperti syirik, namun ulasa Almarhum Tuan Guru Dato\u2019 Dr. Harun Din ini sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada kita.\n\nMenurut Tuan Guru Dato\u2019 Dr. Haron Din, di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan \u2018Tib\u2019\u00a0adalah bermaksud \u2018ilaj\u2019\u00a0iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna \u2018ubat\u2019 atau \u2018penawar\u2019. Ia bukan bermaksud \u2018Syafi\u2019\u00a0iaitu menyembuhkan. Dengan itu kalau diterjemahkan:\u00a0\u201cYa Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW\u00a0yang menjadi penawar kepada hati-hati\u201d.\n\nIktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT sahaja yang boleh memberi kesembuhan kepada segala penyakit yang kita hadapi. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.\u00a0Semoga Allah SWT sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepadaNya.\n\nDoa dan zikir sembuh penyakit bukan setakat boleh dibaca oleh pesakit sahaja, malah ada doa-doa yang Nabi SAW ajarkan kepada kita untuk dibaca ketika melawat orang sakit iaitu:\n\nDari Ibnu Abbas R.A pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa barang siapa yang melawat orang sakit (yang belum sampai ajalnya), bacakanlah doa ini sebanyak 7 kali disebelahnya, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya:\n\n\u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u064e \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0631\u0652\u0634\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0634\u0652\u0641\u0650\u064a\u064e\u0643\u064e\n\nMaksudnya: \u201c.Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Agung semoga Dia menyembuhkanmu.\u201d (HR. Abu Daud)\n\nDari Aisyah\u00a0RA bahawa apabila Rasulullah SAW menjenguk orang sakit atau ada orang yang sakit datang kepada Baginda, Baginda akan berdoa:\n\n\u0623\u064e\u0630\u0652\u0647\u0650\u0628\u0652 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0627\u0633\u064e \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u0650 \u0627\u0634\u0652\u0641\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0634\u0651\u064e\u0627\u0641\u0650\u064a \u0644\u064e\u0627 \u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0624\u064f\u0643\u064e \u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064b \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u063a\u064e\u0627\u062f\u0650\u0631\u064f \u0633\u064e\u0642\u064e\u0645\u064b\u0627\n\nMaksudnya: \u201cHilangkanlah penyakit wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah wahai Zat Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dariMu, iaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit.\u201d (HR. Bukhari dan Muslim)\n\nDaripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,\u00a0\u201cSesiapa yang menziarahi saudaranya kerana Allah nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga.\u201d (HR Tirmizi)\n\nHukum menziarahi orang sakit adalah sunat muakadah, iaitu sunat yang sangat dituntut.\u00a0Antara adab-adab yang perlu kita amalkan ketika menziarahi orang sakit adalah:\n\n1) Niat ikhlas kerana Allah SWT. Menziarahi orang yang sakit itu atas dasar kasih sayang, tanggungjawab dan juga persaudaraan. Bukan kerana inginkan publisiti, pujian dan seumpamanya.\n\n2) Melakukan ziarah itu pada waktu yang sesuai. Jangan terlalu lama melakukan ziarah tersebut kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesusahan dan mengganggu orang yang sakit.\n\n3) \u00a0Ucapkanlah kata-kata yang elok, mententeramkan dan menggembirakan hati orang yang sakit. Jangan sesekali melemahkan semangat orang yang sakit sekalipun keadaannya sangat uzur.\n\n4) Disunatkan untuk mendoakan orang sakit supaya cepat sembuh. Antara doa yang boleh dibaca adalah seperti yang telah di tulis dalam artikel ini.\n\n5) Jangan bercerita tentang perkara buruk atau aib orang sakit kepada orang lain.\n\n6) Bagi orang sakit yang tiada harapan sembuh atau sedang nazak, dituntut ke atas ahli keluarga atau ahli terdekat untuk mengajarkannya ucapan Lailahaillallah agar kalimah tauhid tersebut menjadi ucapan terakhir sebelum dia meninggal dunia. Sunat untuk kita membaca Surah Yaasin dengan suara yang dapat didengar oleh orang lain, dan surah Ar-Raad dengan suara perlahan yang hanya didengar oleh diri sendiri.\n\nSetiap penyakit yang wujud di muka bumi ini Allah turunkan bersama-sama dengan penawarnya.\n\nDaripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\n\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0644\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064b\n\nMaksudnya: \u201cAllah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.\u201d\u00a0 (HR Bukhari)\n\nOleh itu, jika kita ditimpa dengan ujian penyakit, wajib bagi kita berusaha untuk sembuh dengan ilmu perubatan yang Allah ilhamkan kepada para doktor. Namun begitu, kita juga wajib berdoa memohon kesembuhan daripada Allah SWT juga. Ini kerana, pentingnya iktikad dan keyakinan kita bahawa hanya Allah SWT sahaja yang Maha Menyembuhkan. Berdoa dan bertawakallah kepada Allah SWT setelah kita berusaha untuk menyembuhkan segala penyakit yang kita hadapi."
"Laptop terbaik bawah RM 2000 pasti dicari oleh golongan pelajar khususnya. Laptop atau komputer riba kini menjadi alat terpenting bagi pelajar sebagai medium pembelajaran.\n\nTak ketinggalan juga pasti ramai pekerja pejabat terutamanya turut mencari laptop dengan harga yang murah dan berpatutan bersesuaian dengan bajet yang mereka ada.\n\nJangan risau, kini terdapat banyak jenama terkenal yang mengeluarkan laptop dengan harga bawah RM 2000 namun kualitinya tetap tip top!\n\nKami telah senaraikan beberapa pilihan laptop terbaik yang mampu milik dan mungkin akan jadi pilihan anda. Jom survey laptop yang bertepatan dengan citarasa anda!\n\nBagi anda yang bekerja atau sedang menyambung pelajaran, \u00a0mungkin anda boleh membeli laptop ini untuk kegunaan seharian. Penggunaan bateri jenama ini mampu bertahan dengan lama.\n\nBukan itu sahaja, malah spesifikasi dan reka bentuknya tahan lasak. Jika laptop ini terjatuh, terkena goresan atau tumpahan air, laptop ini masih boleh digunakan seperti biasa.\n\nLaptop ini juga boleh dilipat dan mempunyai dua kamera. Tak cukup dengan itu, ia dilengkapi sistem operasi Chrome Os.\n\nLenovo Ideapad\u00a0 3 14ADA05 81W000UVMJ / 14IGL05 81WH004WMJ 14\u201d\n\nLenovo Ideapad 3 merupakan salah satu laptop terbaik bawah RM 2000. Mempunyai rekabentuk yang minimal, sangat sesuai untuk pelajar dan juga pekerja kerana harga yang mampu milik.\n\nDengan 4GB RAM dan\u00a0 storage 256GB SSD, pasti laptop ini akan berfungsi dengan lancar. Pakej pembelian termasuk Lenovo Backpack dan waranti selama 1 tahun.\n\nLaptop ini dikeluarkan pada Julai 2021 yang direka khas buat pelajar sekolah mahupun mahasiswa. Menariknya laptop ini boleh dilipat menjadi tablet. Jadi sesuai untuk anda membawa kemana-mana sahaja. Jika anda mahu, anda boleh menambah storage dengan kad micro SD. Menarik bukan?\n\nRAM: 4GB DDR4 RAM (Tambahan RAM disediakan)\n\nSkrin: TFT LCD 14\u2033 FHD 1920 x 1080 pixel\n\nLaptop terbaik bawah RM 2000 seterusnya adalah Acer Aspire 3 A314-35-P9D3. Dengan 4GB DDR4 RAM, anda juga boleh membeli tambahan RAM samaada 4GB, 8GB, 12GB atau 20GB RAM.\n\nAnda pasti puas untuk membuat sebarang tugasan kerana laptop ini mempunyai skrin 14 inci full HD bersama 1920 x 1080 pixel. Nak buat kerja pun mesti tak pening kerana skrin yang jelas dan terang.\n\nProcessor: AMD Athlon Silver 3050U Processor\n\nLaptop keluaran Dell pasti berkualiti kerana jenamanya tidak asing lagi di serata dunia kerana sering mengeluarkan laptop terbaik. Jika anda inginkan RAM yang lebih, anda boleh dapatkan 16GB DDR4 RAM dengan harga bawah RM 2000.\n\nJika anda ingin menyertai kelas atau perjumpaan online, membuat tugasan, mengedit dan sebagainya, pasti memuaskan anda.\n\nStorage: 64GB Storage + 256GB SSD\n\nReka bentuk yang eksklusif namun harga memang berbaloi dan pastinya harga bawah RM 2000. Dengan skrin 14 inci Full HD dan resolusi 1920 x 1080, sudah pasti anda mudah untuk melakukan apa jua tugasan kerana skrinnya yang jelas dan terang.\n\nLaptop ini senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai berat 1.43 kg sahaja. Ketebalan laptop pula adalah 13.5 mm, memang sangat mudah untuk dipegang.\n\nBukan itu sahaja, laptop JOI Book 155 Pro turut dilengkapi Windows 10 Pro. Anda juga boleh menambah MS Office 365 dan sudah pasti harganya masih bawah RM 2000. Jika anda seorang mahasiswa atau pekerja, laptop ini sangat sesuai untuk anda.\n\nGrafik: \u00a0Intel UHD Graphics 600 GPU\n\nNak laptop ala-ala Macbook dengan harga bawah RM 2000?\u00a0 Teclast F7 pasti jadi pilihan anda. Reka bentuk yang eksklusif, berat laptop ini adalah 1.5kg dengan ketebalan 7 mm sahaja. Nipis dan mudah dipegang.\n\nDengan 38Wh, bateri mampu bertahan selama 8 jam. Selain itu, paparan skrin adalah 14.1 inci IPS yang membolehkan pengguna melihat dari sudut tontonan yang lebih baik dan kualiti imej yang mengagumkan.\n\nSudah pasti anda selesa untuk menonton video, melayarai internet atau membuat assignment. Dengan laptop ini juga anda boleh menyambungkannya pada HDMI.\n\nProcessor: AMD Athlon Silver 3050U 2,3GHz\n\nLaptop keluaran HP dengan model 15s-eq1017AU juga merupakan laptop terbaik bawah RM 2000 yang sesuai untuk pekerja dan juga pelajar. Sesuai untuk anda membuat kerja harian atau sebarang tugasan.\n\nTerdapat dua pilihan warna yang anda boleh pilih iaitu pale gold atau natural silver. Setiap pembelian anda akan mendapat waranti selama 1 tahun. Tengok feedback, ramai yang berpuas hati beli dengan seller ini.\n\nRAM: 6GB / 8GB / 12GB/ 16GB DDR4\n\nGrafik: Intel\u00ae Ultra HD Grafics Card\n\nStorage: 64GB / 128GB / 256GB / 512GB / 1TB SSD\n\nLaptop keluaran DERE dengan model V14S antara laptop yang paling ringan dengan berat 1.32KG. Ringan, mudah dipegang dan dibawa kemana-mana.\n\nDengan 14.1 inci dan resolusi 1920 x 1080 pasti membuatkan anda selesa untuk membuat kerja atau assignment kerana paparan gambar atau video yang jelas dan terang. Bateri juga boleh bertahan dengan lama.\n\nTerdapat 3 pilihan warna iaitu merah jambu, kelabu dan hijau. Setiap pembelian anda akan mendapat banyak hadiah percuma seperti tetikus, kamera USB, USB hub dan sebagainya.\n\nPasti ada laptop terbaik bawah RM 2000 yang menjadi tumpuan anda. Jangan risau, kami telah mencadangkan penjual yang boleh dipercayai di Shopee. Mereka merupakan pengedar sah dan ada juga penjual secara terus dari laman Shopee jenama tersebut.\n\nTunggu apa lagi? Jom beli sekarang sementara harga masih berbaloi buat anda yang mencari laptop bajet tetapi kualiti tip top!\n\nKami juga ada menulis artikel lain seperti:\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pandangan penulis."
"Apabila kami lihat di carian Google, kami dapati ramai juga yang mencari tentang maklumat ini. Iaitu kesan dan sebab sakit perut semasa hamil. Jadi kami membuat keputusan untuk menulis mengenainya. Semoga artikel ini membantu.\n\nAdakah ia normal untuk sakit perut semasa mengandung?\n\nKetidakselesaan abdomen atau perut sekali-sekala adalah perkara biasa apabila berlakunya kehamilan. Tetapi awas sebaliknya. Pada peringkat awal ia mungkin nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menjadi tanda untuk masalah yang serius. Peringatan, perlu diketahui sakit perut yang teruk atau berterusan sama sekali tidak boleh diabaikan.\n\nDi bawah ini kami kongsikan sebab kebiasaan sakit perut dan rasa tidak selesa semasa mengandung, tetapi jangan cuba untuk mendiagnosis sendiri. Lebih baik anda terus berjumpa dengan doktor untuk jawapan yang lebih tepat.\n\nTerutamanya jika anda mengalami sakit perut atau kekejangan bersama-sama dengan pendarahan, pendarahan kecil, demam, menggigil, keputihan, rasa hendak pitam, rasa tidak selesa semasa membuang air kecil, atau loya dan muntah-muntah, atau kesakitan yang tidak reda selepas beberapa minit berehat.\n\nApakah masalah-masalah yang serius boleh menyebabkan sakit perut semasa mengandung?\n\nKehamilan ini berlaku apabila telur disenyawakan di luar rahim, biasanya di dalam salah satu tiub fallopio. Ia boleh menyebabkan beberapa kekejangan pada badan ibu dan lain-lain gejala di awal kehamilan.\n\nJika tidak dirawat, kehamilan \u2018ectopic\u2019 boleh mengancam nyawa. Hubungi doktor anda\u00a0 anda dengan segera jika anda mempunyai mana-mana gejala berikut.\n\nKeguguran adalah kehilangan kehamilan dalam pertama 20 minggu. Ianya perkara paling ditakuti oleh setiap bakal ibu. Terdapatnya pendarahan adalah gejala pertama untuk keguguran. Kemudiannya diikuti oleh sakit perut beberapa jam untuk beberapa hari kemudian.\n\nPendarahan boleh menjadi sedikit atau banyak. Kesakitan mungkin terasa secara kejap atau berterusan, ringan atau tajam, dan mungkin ibu merasakan lebih kepada seperti sakit belakang atau tekanan pelvik.\n\nIbu berada di keadaan \u2018Labour\u2019 pramatang atau kelahiran pra-matang jika sang ibu mula mempunyai pengecutan atau pengembangan serviks sebelum usia 37 minggu kehamilan.\n\nHubungi doktor segera jika\u00a0 mempunyai mana-mana gejala berikut dalam trimester kedua atau ketiga (sebelum 37 minggu):\n\nSemoga tips ini membantu untuk bakal ibu dan ayah :-)"
"\u2018Membaca Jambatan Ilmu\u2019. Membaca adalah satu aktiviti yang tidak ada kerugian baginya. Sedangkan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw juga adalah ayat \u2018Iqra\u2019 yang bermaksud bacalah. Ini menunjukkan bahawa agama Islam sangat mementingkan budaya membaca dalam kalangan umatnya.\n\nBudaya membaca boleh dipupuk kepada anak-anak seawal usia mereka masih bayi. Walaupun pada usia ini mereka masih belum boleh membaca, tetapi ibu bapa boleh berperanan untuk membacakan buku-buku yang mudah dan ringkas kepada bayi.\n\nKemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa. Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25% ketika lahir, 50% ketika berumur enam bulan, 85% ketika berumur tiga tahun dan 95% ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.\n\nJusteru itu, terdapat kata-kata mutiara yang sangat bererti, \u2018Membaca adalah hak setiap kanak-kanak\u2019. Membaca untuk anak-anak terlalu banyak faedahnya. Maka, menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa memperkenalkan budaya membaca kepada anak-anak sedari kecil.\n\nMelalui pembacaan, anak akan terbiasa mendengar/melihat pelbagai perbendaharaan kata yang baru. Ini akan memperkaya kosa kata mereka dan membantu mereka dalam memahami berbagai perkara yang ada di sekitar mereka.\n\nHal ini juga merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk membuat otak agar lebih berkembang kerana anak dirangsang untuk memperkaya bahasa mereka.\n\nSebagai contoh, sebuah penelitian di\u00a0Rhode Island Hospital, Amerika Syarikat, telah membandingkan dua kelompok bayi yang berusia lapan bulan.\n\nKelompok pertama adalah kelompok yang sering dibacakan buku cerita oleh orang ibu bapanya, manakala kelompok kedua sebaliknya. Hasil menunjukkan bahawa bagi kelompok pertama, kosa kata beserta pemahaman si bayi meningkat menjadi 40%, sedangkan kelompok kedua hanya meningkat 16%.\n\nDengan perbendaharaan kata yang semakin banyak, ia dapat membantu anak lebih mudah dalam berkomunikasi. Mereka akan lebih percaya diri dalam berucap kerana mereka kaya dengan berbagai kata dan perkataan. Malah, hal ini juga dapat membantu anak-anak untuk menyusun perkataan dengan baik.\n\nSelain itu, sewaktu ibu bapa membacakan buku kepada anak-anak, sebaiknya pembacaan tersebut berlaku dengan nada suara serta intinasi yang dapat didengar dengan baik oleh anak-anak (read a loud).\n\nKerana dengan\u00a0read a loud,\u00a0ibu bapa sebenarnya telah mengajarkan banyak keterampilan dalam berkomunikasi. Anak-anak juga akan belajar bagaimana cara untuk berkata-kata, mendengar dan membaca dengan baik.\n\nBerbagai konsep dalam kehidupan dapat ibu bapa kenalkan kepda anak-anak melalui membaca. Mulai dari pengenalan berbagai jenis warna, bentuk, huruf, angka dan lain-lain.\n\nMalah, kebiasaannya, anak-anak yang bersifat inkuiri akan sering bertanya soalan sekiranya ibu bapa membacakan sesuatu konsep atau ilmu yang baru kepada mereka. Sesi soal jawab ini secara tidak langsung sangat membantu anak-anak untuk memahami seuatu konsep baru.\n\nMembaca dapat melatih anak untuk berfikiran logik. Ketika ibu bapa membacakan buku untuk anak, mereka akan belajar untuk memahami sebab dan akibat, belajar untuk memahami konsep ilmu logik, serta berfikir secara abstrak. Anak juga akan belajar mengenai akibat dari suatu tindakan, dan hukum-hukum apa yang benar dan salah.\n\nBiasakan anak untuk berani mengambil keputusan sendiri. Contohnya, anak dibacakan buku cerita tentang \u2018Akibat membuang sampah merata-rata\u2019. Dari bacaan tersebut, anak akan dilatih berfikir bahawa kalau mereka membuang sampah merata-rata akan menyebabkan kesan-kesan yang tidak elok, seperti banjir, penyakit dan pencemaran dan lain-lain.\n\nAktiviti membaca memerlukan perhatian yang cukup lama. Ini dapat melatih konsentrasi anak, bagaimana mereka tetap dalam posisi tenang, mendengarkan dan memproses informasi agar diterima dengan baik.\n\nBila anak sudah terbiasa sejak kecil dilatih konsentrasinya, maka ia akan lebih mudah untuk melaksanakan serta menyelesaikan suatu pekerjaan dengan hasil yang maksimum.\n\nMembaca tentang aneka ragam kehidupan dapat membuka fikiran anak-anak. Informasi yang mereka terima dapat membantu mengembangkan kreativiti otak mereka. Ini kerana anak akan terpanggil untuk memiliki rasa ingin tahu terhadap sesuatu cerita atau ilmu baru yang diperolehi daripada pembacaannya.\n\nSecara tidak langsung, ia dapat memotivasikan mereka untuk membuat suatu inovasi melalui daya imaginasi dan kreativitinya.\n\n7) Mewujudkan Hubungan dan Interaksi Antara Anak Dengan Ibu Bapa\n\nProses membaca buku merupakan proses komunikasi yang interaktif antara ibu bapa dan anak-anak. Hal ini membantu menjalinkan ikatan emosional antara kedua-dua pihak.\n\nAnak akan merasa dihargai dan diberi perhatian dan dicintai oleh ibu bapa. Kebahagiaan itulah yang akan membuat mereka merasa dekat dengan kedua ibu bapa. Anak merasa memiliki sahabat terbesar dalam hidupnya yang setia menemani mereka dalam apa keadaan sekalipun.\n\n8) Membentuk Akhlak Dan Nilai Sosial\n\nPembacaan juga merupakan salah satu cara untuk membangunkan karektor anak-anak. Pilih bacaan yang mengandungi nilai-nilai sosial. Dengan cara ini, anak dapat belajar untuk berperilaku dengan baik dan tahu berkenaan adab serta adat masyarakat.\n\nSebagai contoh, jika kakak bakal menerima adik baru, ibu bapa boleh memilih cerita yang bertemakan adik beradik dan kekeluargaan. Dari cerita itu, ibu bapa boleh mempersiapkan si kakak dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menerima kehadiran ahli baru dalam hidupnya.\n\nKakak perlu merasa bahagia dan berbesar hati kerana memiliki seorang adik. Bukannya perlu merasa iri hati serta merasa tersisih jika dia memiliki adik.\n\nJika dari kecil anak-anak sudah terbiasa dibacakan buku oleh ibu bapa mereka, hal ini akan mendorong untuk anak-anak suka membaca buku jika mereka sudah pandai membaca sendiri. Ini kerana, mereka sudah terbiasa berada dalam lingkungan kondusif yang menmpengaruhi mereka untuk melakukan aktiviti membaca.\n\nHal ini akan memupuk minat serta budaya membaca dalam diri mereka. Pada tahap ini, amalan membaca bukanlah suatu hal yang harus dipaksakan lagi kerana kesedaran itu akan timbul sendiri dalam \u00a0diri anak betapa pentingnya membaca.\n\nMalah, amalan membaca juga akan menjadi hiburan buat mereka. Dengan cara ini juga, mungkin menjadi satu terapi buat mereka. Ini kerana, membaca akan membuatkan anak dapat duduk dengan tenang. Malah dapat merehatkan minda serta tubuh mereka.\n\nAnak yang terbiasa dibacakan buku sejak kecil, tidak akan mengalami kejutan budayasewaktu mereka memasuki zaman persekolahan. Sebuah data statistik di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa anak-anak yang pintar di sekolah adalah seorang pembaca yang baik.\n\nMalah mereka juga memiliki ibu bapa yang rajin membacakan buku kepada mereka. Kajian lain yang diterbitkan dalam\u00a0Perspective Psychological Science\u00a0pada Januari 2013 menyatakan bahawa, \u201cMembaca pada anak-anak dengan gaya interaktif meningkatkan IQnya lebih dari 6 poin\u201d.\n\nBegitu banyak faedah yang ibu bapa serta anak-anak boleh perolehi daripada amalan membaca buku untuk kanak-kanak. Tidak ada istilah kata terlambat. Mulailah dari sekarang. Membaca membuatkan anak menjadi lebih pintar. Malah, dengan membaca juga, anak-anak akan belajar banyak perkara tentang kehidupan. Dengan ini, ia bukan sahaja menambah kepintaran, malah menambah kematangan anak-anak.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Faedah Membaca Untuk Kanak-kanak yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Fidyah merupakan denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan. Hukum membayar Fidyah adalah wajib. Anda perlu menyempurnakannya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. \n\nIa di anggap sebagai satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya masih tidak dilaksanakan. Kewajipan ini jelas di nyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :-\n\nPuasa yang di wajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu, makan sesiapa di antara kamu yang sakit? atau dalam musafir ( bolehlah ia berbuka ) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang di buka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak di kerjakan puasa) \n\n( Surah Al-Baqarah : 184 )\n\nKadar bayaran Fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Kadar kiraan fidyah adalah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).\n\nUntuk Ukuran Fidyah, seberapa banyak jumlahnya harus dikeluarkan, para ulama memiliki beberapa pandangan terhadapnya. Jom lihat penjelasan berkaitan ukuran fidyah.\n\nSebahagian ulama seperti Imam As-Syafi\u2019i, Imam Malik dan Imam An-Nabawi menetapkan bahawa ukuran Fidyah yang harus di bayarkan kepada setiap 1 orang fakir miskin adalah 1 mud gandum sesuai dengan ukuran mud Nabi SAW. \n\nMaksudnya mud adalah telapak tangan yang di genggam untuk menampung makanan (mirip tangan ketika berdoa). Mud dapat dilihat dalam istilah ukuran volume, bukanlah ukuran berat. Dalam Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu disebutkan bila diukur dengan ukuran zaman sekarang, 1 mud setara dengan 675 gram atau 0,688 liter.\n\nSebahagian Ulama yang lain seperti Abu Hanifah berpendapat \u00bd sha\u2019 atau 2 mud gandum dengan ukuran mud Rasulullah SAW atau setara dengan sesetengah sha\u2019 kurma atau tepung. Ia umpama seperti memberi makan siang dan malam hingga kenyang bagi seorang miskin. Sebahagian Ulama yang kira-kira \u00bd sha\u2019 beratnya 1.5 kg dari makanan pokok. \n\nPendapat dari kalangan Hanafiyah, seperti Imam Al-Kasani dalam Bada\u2019i\u2019iwa As-Shana, satu Sha\u2019 itu setara dengan 4 mud, sama dengan jumlah zakat fitrah yang dibayarkan. Bila ditimbang, 1 sha\u2019 itu beratnya 2.176 gram. \n\nTerdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.\n\nDengan syarat risau akan keselamatan bayi yang dikandung dan dikhuatiri berlaku keguguran, perempuan hamil adalah orang ini dikenakan membayar fidyah atas tidak menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan.\n\nIbu yang merasa bimbang jika berpuasa memudharatkan bayi yang di susuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka dia boleh membayar fidyah untuk menggantikan puasa yang di tinggalkan.\n\nHutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah di sempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.\n\n5. Musafir Dan Pesakit Yang Tidak Mengqadhakan Puasa Pada Tahun Di Tinggalkan\n\nMusafir dan pesakit yang tidak mengqhadakan puasa pada tahun sebelumnya juga wajib mengqhadakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang di tinggalkan. \n\nMereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun berikutnya (bulan Ramadhan) dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada\u2019) puasa yang telah ditinggalkan. Tahukah anda, bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang anda tinggalkan!\n\nSeseorang boleh membayar Fidyah ketika hari meninggakan puasa ataupun sehingga akhir bulan ramadan. Tiada masalah untuk anda lakukan pembayaran pada awal atau akhir ramadan.\n\nHal ini dapat dilihat oleh sahabat Anas bin Malik ketika beliau telah tua. Mereka yang tidak boleh melaksanakan puasa boleh melakukan fidyah pada awal waktunya. Contohnya, terdapat ada orang yang sakit yang tidak dapat diharapkan lagi kesembuhannya. Mereka boleh membayar fidyah setelah masuknya bulan ramadan.\n\nApabila bulan Sya\u2019ban telah datang dia sudah terlebih dulu membayar fidyah. Hal yang sebegitu tidak diperbolehkan. Mereka harus menunggu sehingga bulan Ramadhan benar-benar telah masuk, kemudian barulah mereka boleh membayarkan fidyah pada hari itu atau hari-hari lain dalam bulan Ramadhan. \n\n( Hari yang di tinggalkan) X ( Tahun gandaan ) X ( 1 cupak ) = Fidyah\n\nKadar bayaran Fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak. Anda boleh membayar zakat fitrah (\u00bc gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.\n\nApabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan. \n\nContohnya jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah :- \n\nRM 4.00 ( 1 Cupak) x 3 hari x 3 tahun = RM 36.00\n\nWalaubagaimanapun, kepastian mengenai \u00a0Fidyah ini seharusnya di rujuk kepada Majlis Agama Islam untuk lebih jelas lagi pengertian dan caranya melaksanakannya.\n\n1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan"
"Nasi kebuli merupakan nasi warisan santapan Diraja. Orang Terengganu biasa panggil nasi boli. Maksud nasi kebuli ini singkatan nama Nasi Kebawah Duli, makanan tradisional khususnya daerah Kuala Lipis Pahang.\n\nJarang sangat boleh jumpa nasi ini kerana memang tidak ada orang jual. Kalau ingin merasa nasi kebuli kena pergi kenduri di kampung mesti jumpa, selalunya dibuat sebagai buah tangan untuk tetamu. Namun zaman sekarang jarang orang buat sebagai buah tangan.\n\nBagi sebagian orang nasi ini lagi sedap dari nasi dagang. Nasi kebuli biasanya dimakan dengan kuah gulai ikan aye a.k.a ikan tongkol. Kalau ingin lagi sedap makan dengan ikan masin/ikan kering.\n\nCara orang lama masak nasi kebuli dengan cara yang sekarang pula sangat berbeza. Oleh itu, Farah Izli berkongsikan resepi nasi kebuli turun-temurun yang gerenti menggamit selera dengan rasa yang amat tradisional. Ayuh cubakan resepinya.\n\nSelain nasi kebuli, kami juga menulis resepi lain yang tidak kalah menarik. Sila baca dan cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Siapa suka bubur butir nangka? Bubur praktis ini paling senang dihidang untuk menu berbuka puasa. Ayuh cuba buat.\n\nResepi butir nangka yang dikongsikan oleh Kak MJ menggunakan tepung pulut campur tepung gandum sehingga terhasil doh yang lembut tidak keras atau cair. Cara buat bubur ini hampir sama dengan bubur lain yang juga menggunakan doh tepung pulut dan tepung gandum. Seterusnya, kuah santan lemak manis sangat sepadan dengan butir nangka ini.\n\nAyuh buat bubur butir nangka sebagai sarapan atau sebagai minum petang. Resepi kami hadirkan daripada Kak MJ di laman Facebook. selamat mencuba.\n\nSelain butir nangka, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Tortilla wrap buat sendiri, sebenarnya lebih jimat banyak. Kos untuk dapat 9 keping tuh tak sampai RM 3 pun. Cuma kena rajin dan gigih sikit la. Resepi tortilla wrap yang dikongsi oleh E-mah Najmah ini lembut, jimat dan mudah. Apa lagi, jom ikuti dan cuba resepi ini. Pasti tak menyesal. Bolehlah nanti makan dengan seisi keluarga ataupun boleh dijadikan bekal. Wrap tuh boleh buat banyak-banyak dan simpan di dalam peti. \n\n1. Masukkan tepung, garam dan baking powder dalam bekas yang sesuai. Gaul-gaul biar sebati. Nak guna mixer pun boleh, pakai hook untuk dough ye. \n\n3. Masukkan air suam, gaul. Dah boleh start uli dengan tangan. Uli, uli dan uli sampai doh tak melekat kat tangan dan permukaan bekas tu. Uli lama sikit sampai doh tu nampak smooth/licin.\n\n4. Bahagikan doh kepada 9 bahagian. Kalau nak tortilla tu besar, jadikan 8 bahagian je. Kemudian tutup bekas yang ada doh tu dengan kain bersih, rehatkan doh tu selama 15 minit. Ni step penting ya, lagi lama rehat (up to 2 hours), lagi bagus.\n\n4. Dah cukup rehat, Boleh start leperkan doh. Masa ni, kalau tengah leperkan dan nampak doh tu asyik mengecut balik ke asal, maksudnya gluten dalam tepung masih belum cukup relax. Rehatkan balik doh lagi 15-30 minit.\n\n5. Leperkan sampai nipis, kalau tebal nanti tortilla kita jadi keras. Nipis, tapi jangan sampai terkoyak. Bedakkan sikit doh dengan tepung masa proses meleperkan doh. Buat bentuk bulat, nak cantik dan bagi nampak seragam semua saiz, tekap doh yang dah leper tu dengan pinggan saiz sesuai. \n\n6. Panaskan non-stick pan, api kecil je. Letak doh yang dah dileperkan tu atas pan. Jangan masak terlalu lama, nanti tortilla kita jadi garing/keras, tak boleh nak balut. Bila tengok ada bubbles kecil timbul (tak lebih 1 minit) kat permukaan tortilla tu, dah boleh terbalik kan. Lagi sebelah masak antara 20-30 saat dah cukup.\n\n7. Ulang step 5-6 sampai habis. Buat satu-satu ye. Leperkan doh, pastu masak. Ulang lagi. Jangan lapiskan doh yang belum masak tu ye, nanti melekat. Jadi buat satu-satu. Kegigihan yang tinggi diperlukan saat ni.\n\n8. Dah siap semua, boleh la buat wrap. Letakkan letak salad, hirisan tomato & timun jepun, cheese, ayam goreng disalut tepung bestari, mayonis dan sos cili.\n\nSelain resepi tortilla wrap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Apakah Yang Berlaku Kepada Bayi Anda Kehamilan Minggu 11 Ini?\n\nSemasa minggu 11 kehamilan, bayi anda adalah kira-kira 1.5 inci panjang \u2013 kira-kira saiz sebiji limau nipis. Bayi anda hampir terbentuk sepenuhnya, dan sudah tentu mempunyai rupa bentuk manusia yang jelas. Apa yang mungkin kelihatan seperti gula-gula kecil atau seekor berudu, sekarang meregang, menendang dan berguling seperti perenang segerak.\n\nTangannya akan terbuka tidak lama lagi dan kelihatan jari kaki dan jari tangan yang jelas pada apendaj bayi anda. Tiada lagi kaki seperti kaki katak! Terdapat gigi kecil tumbuh di bawah gusinya dan kukunya mula terbentuk.\n\nTerlalu awal pada saat ini untuk menentukan sama ada anak anda adalah lelaki atau perempuan, tapi dalam minggu 11, testis akan terbentuk untuk budak lelaki dan ovari bagi bayi perempuan.\n\nPada kehamilan minggu 11, ramai wanita mengalami sedikit kelegaan daripada minggu-minggu yang sukar semasa hamil. Anda akan mendapat lebih tenaga kerana loya mulai surut. Walaupun begitu, semasa loya menghilang, ia adalah kebiasaan untuk mengalami hal pada penghujungnya.\n\nSembelit adalah simptom normal kehamilan yang datang bersama dengan semua anjakan hormon yang sedang dialami oleh tubuh anda. Anda juga akan mengalami pedih ulu hati. Sekali lagi, ini adalah kesan sampingan anjakan hormon di dalam tubuh anda yang menyebabkan kawasan berbeza pada tubuh anda berasa relaks dan adakalanya boleh menjadikan rasa tidak selesa.\n\nSemasa kehamilan minggu 11, anda mungkin boleh melihat permulaan \u2018baby bump\u2019 anda. Untuk sesetengah wanita, benjolan ini adalah jelas, manakala bagi wanita lain pula adalah sebaliknya. Setiap orang menunjukkan benjolan berbeza pada masa-masa yang berbeza.\n\nKebanyakan berat wanita sudah meningkatkan antara 2-5lb pada masa ini semasa hamil, tapi jangan tertekan jika berat anda tidak berada dalam lingkungan itu. Cuba makan makanan yang penuh berzat adalah apa yang anda perlu fokus.\n\nJangan menjadi gila dengan memakan untuk 2 orang kerana tubuh anda sebenarnya hanya memerlukan 300 lagi kalori sehari berbanding sebelum hamil. Ini bermakna, jumlahnya adalah sebanyak kudapan kecil sahaja.\n\nSaya bercakap tentang sebiji epal dan mentega kacang. Saya menggunakan kehamilan saya sebagai alasan untuk makan banyak dan memanggilnya sebagai kudapan. Saya tidak akan menasihatkan anda untuk mengikuti cara ini. Ia benar-benar bukan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.\n\nApa Nak Buat Minggu Kehamilan 11 Ini?\n\nTempoh kehamilan itu panjang, tetapi ia akan menjadi lebih cepat daripada apa yang anda fikir. Minggu ini seharusnya menjadi minggu untuk memperlahankan diri dan meraikan di mana kehamilan anda berada pada masa ini.\n\nMemang menarik dan tidak sabar sehingga mahu mempercepatkan masa sehinggalah anda memegang bayi comel anda, tapi adalah penting untuk menggunakan masa anda untuk mempersiapkan diri menghadapi perubahan mendatang. Minggu ini ambillah sedikit masa untuk diri sendiri dan merenung.\n\nJika belum ada, mulakan sebuah jurnal kehamilan. Anda boleh menggunakan jurnal kosong di mana anda merekod fikiran, perasaan, matlamat, dan harapan. Ini juga boleh menjadi tempat yang bagus untuk mengumpulkan senarai untuk dibuat yang tidak pernah berakhir yang muncul di dalam minda anda.\n\nTerdapat banyak juga jurnal kehamilan siap untuk diisi yang memberikan panduan, jika anda lebih berminat kepada itu.\n\nTerdapat banyak perubahan berlaku dalam hidup anda semasa kehamilan. Tubuh anda menjadi pengalaman menaiki roller-coaster yang penuh misteri yang memberi banyak kesan tanpa mempertimbangkan rutin dan perancangan anda. Hormon anda akan beranjak seperti air pasang surut dan pada suatu hari anda akan berasa berada di puncak dunia, manakala hari berikutnya seperti hidup sedang menyeret anda.\n\nTambahan, ada banyak hal-hal fizikal perlu disiapkan. Fail pendaftaran, bilik tidur bayi untuk dihiaskan dan artikel yang tidak sudah serta buku tentang keibubapaan untuk dibaca, penyusuan bayi, bersalin dan kelahiran. Ia amat meletihkan.\n\nOleh itu, gunakan kehamilan minggu 11 untuk mula berlatih mengenai berfikir dan pemprosesan. Membentuk latihan berfikir setiap minggu akan membantu anda menghadapi perubahan yang menggilakan. Tanpa berhenti memproses perubahan yang dilalui pada masa lalu atau fikir tentang perancangan anda pada minggu depannya, kehamilan boleh mengambil alih kawalan minda serta emosi anda. Jadi, mulakan musim transformasi kehidupan."
"Topik perbincangan kali ni ialah berkaitan dengan tayar kereta. Kalau tanya pemandu lelaki, rata-rata mereka lebih arif bab-bab kereta berbanding pemandu wanita. Bukan mengecilkan kemampuan kaum wanita, namun lelaki lebih cekap menguruskan kenderaan.\n\nJadi, dalam artikel ni, penulis akan berkongsi 10 tips tentang tayar kereta yang wanita perlu tahu. Moga dengan perkongsian ni, anda akan dapat sedikit pengetahuan tentang cara menguruskan tayar kereta.\n\nJika ada masalah pada tayar kereta, sekurang-kurangnya anda tahu cara untuk menanganinya. Malah, ada di antara tips yang dikongsikan ni, mungkin pemandu lelaki pun tak pernah tahu.\n\nIni merupakan langkah keselamatan yang boleh diambil supaya anda menjadi seorang pemandu yang berhemah. Pasti ramai wanita yang menyangka tayar kereta hanya perlu digantikan bila bunganya sudah haus. Oleh itu, mereka memandang ringan aspek-aspek yang penting yang lain. Silap tu!\n\nJom semak tips tayar kereta yang anda semua perlu ambil tahu.\n\nSetiap tayar kereta mempunyai corak yang timbul sebagai medium untuk mencengkam permukaan jalan. Selain itu, bunga tayar yang juga dikenali sebagai thread mempunyai tanda aras untuk mengukur tahap kerosakannya.\n\nJika bunga tayar sudah makin haus dan melebihi hadnya, itu petanda anda perlu menggantikan tayar kereta yang baru. Jika anda terus menggunakannya, kereta boleh terbabas. Yang paling teruk boleh mengakibatkan kereta terbalik apabila tayar meletup.\n\nTayar kereta perlu diperiksa dengan kerap atau sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tekanan angin mencukupi. Pastikan tayar kereta tak terlalu kempis dan tak terlampau keras.\n\nJika angin kurang, ia akan menyebabkan tayar menjadi lembik. Akibatnya pemanduan menjadi tak stabil dan mudah terbabas. Jika tekanan angin terlampau tinggi akan menyebabkan tayar menjadi keras. Jika nasib tak baik, tayar boleh meletup.\n\nKadangkala, tayar kereta yang baru dibeli mungkin mengalami masalah pada permukaan seperti timbulnya benjolan. Ini disebabkan oleh tayar tersebut menghampiri tempoh tarikh luput atau kesilapan dalam pembuatan (manufacturing defect).\n\nBenjolan akan menyebabkan pemanduan tak lancar dan akan menyebabkan gegaran. Selain akan merosakkan kereta anda, nyawa anda juga dalam bahaya. Oleh itu, pastikan tayar kereta yang dibeli tak luput tarikh, rata dan tak terkopek permukaannya.\n\nJika anda menukar tayar kereta, pastikan tayar tersebut dihasilkan pada tahun sama tayar hendak ditukar. Jika anda membeli tayar lama, jangka hayat tayar tersebut tak akan lama.\n\nBagaimana cara nak mengetahui bila tayar kereta yang ingin ditukar itu dihasilkan? Misalnya pada bahagian tarikh keluaran (manufacturing date) dinyatakan nombor 0106. Nombor ini menunjukkan tayar ini telah dihasilkan pada minggu ke-1 pada tahun 2006.\n\nJika anda membeli tayar terpakai (second hand), pastikan bunga tayarnya asli seperti yang dihasilkan oleh kilang. Kadangkala, ada penjual tayar yang membuat lorekan palsu seakan-akan bunga tayar masih tebal.\n\nLagi tebal bunga tayar tu, harganya lagi mahal. Oleh itu, para penjual mengambil kesempatan dengan membuat lorekan sendiri secara manual. Bagaimana cara nak kenal pasti? Lorekan yang terhasil tak kemas seperti yang dibuat menggunakan mesin.\n\nTayar kereta yang dilorek melebihi had akan menyebabkan tayar menjadi nipis. Dikhuatiri hal ni akan menyebabkan tayar meletup secara tiba-tiba. Jangan lupa belek-belek tayar terpakai yang nak dibeli.\n\nSeperti pemandu lelaki, ada juga wanita yang sukakan sport rim yang besar-besar. Yelah, kereta akan nampak lebih cantik dan sporty. Jika anda menggunakan sport rim yang besar, pastikan tayarnya juga tebal.\n\nMalahan, penggunaan sport rim yang lebih besar iaitu misalnya daripada 14 inci kepada 15 inci boleh memberi impak pada kereta anda. Secara tak langsung, tayar kereta anda juga terjejas. Ini kerana ia akan memberi kesan pada spesifikasi asalnya.\n\nMungkin ada di antara kita yang tak tahu, sangat digalakkan untuk kita menukar kedudukan tayar kereta setiap tiga bulan sekali. Bagaimana caranya? Misalnya tayar bahagian belakang (kiri) ditukar di bahagian hadapan (kanan) dan sebaliknya.\n\nTujuannya supaya anda dapat mengimbangi keadaan tayar dan mengurangkan risiko tahap kerosakan pada setiap bahagian tayar.\n\nSetiap 3000 hingga 5000 kilometer perjalanan kereta yang anda pandu, jangan lupa lakukan alignment kereta. Namun, jika anda sudah merasakan kereta dah tak seimbang ketika memandu, segera lakukan alignment kereta.\n\nJika anda membuat alignment, biasanya balancing turut dilakukan sekali oleh mekanik kereta. Alignment ini penting kerana dua buah tayar kereta di bahagian depan akan diselaraskan supaya lurus semasa memandu. Tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak ketika dipandu.\n\nMacam satu keseronokan pula apabila memandu laju di atas jalan raya. Namun, ramai yang tak tahu bahawa bukan semua kereta boleh dipandu laju seperti jet pejuang. Tahap kelajuan yang boleh dibawa oleh setiap kereta tak sama sebenarnya.\n\nJadi jangan terkejut, kalau anda bawa laju bukan saja minyak kereta cepat habis tapi juga tayar kereta cepat rosak.\n\nBukan mudah untuk kita mengagak beban muatan di dalam kereta. Itulah sebabnya ramai yang mengabaikan kemampuan had bebanan kereta. Malah, mungkin juga ramai yang tak tahu.\n\nSetiap kereta mempunyai had bebanan yang tak sama. Jika kereta kecil, tak mungkin kita boleh membawa muatan secara berlebihan. Kesannya bukan saja pada tayar tetapi juga pada kereta itu sendiri.\n\nDiharapkan artikel ni membuka mata pemandu wanita tentang kepentingan dan tips menjaga tayar. Pandu kereta saja tak cukup, anda perlu mengambil tahu tentang setiap bahagian di dalam kereta anda terutamanya tayar.\n\nTak perlu menjadi pakar macam mekanik. Cukuplah anda mempunyai sedikit pengetahuan tentang tayar dari aspek penjagaan dan keselamatan. Ia sangat membantu ketika dalam kecemasan dan untuk mengelak diri ditipu. Yang paling penting, keselamatan anda dan penumpang juga terpelihara.\n\nJemput juga baca artikel tentang suplemen untuk ibu hamil dan kolagen terbaik"
"Kedatangan haid setiap bulan memang tidak lari lagi bagi wanita yang belum monopos atau kanak-kanak perempuan yang belum akil baligh. Apabila datangnya haid, pasti bagi sesetengah wanita akan mengalami senggugut yang teruk sehingga menyebabkan badan rasa kurang sihat.\n\nSenggugut ini sangat memberi kesan terhadap aktiviti harian wanita kerana ia boleh membuatkan seseorang itu merasa mual-mual atau lebih teruk pengsan akibat senggugut yang teruk. Mood juga boleh berubah-ubah dan selera makan akan hilang. \n\nBagaimana cara untuk mengurangkan senggugut teruk ini?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 tips kurangkan senggugut teruk. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\n Pemerhatian dan kajian kesihatan menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yang dirasai.\n\n Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dengan mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.\n\n3. Minum air hingga dua liter\n\n Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua liter dalam sehari. Teh suam tanpa gula juga boleh membantu melegakan senggugut.\n\n Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam di bahagian bawah perut untuk mendapatkan kelegaan.\n\n Mandi air suam juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat senggugut.\n\n Tekanan juga dikatakan boleh menyebabkan senggugut. Jadi pelajari kaedah untuk menguruskan tekanan dengan baik.\n\n Bagi sesetengah wanita, diet juga memainkan peranan. Kurangkan atau elakkan makanan manis, berlemak, makanan berproses dan mengandungi kafein kerana ia boleh merangsang sakit senggugut. Antara makanan yang disarankan adalah kekacang, badan, tomato, lada benggala dan sayur berdaun hijau gelap.\n\n Halia juga dikatakan dapat membantu melegakan masalah senggugut khususnya sebelum haid. Jadi, masukkan lebih halia dalam masakan anda. Boleh juga minum teh halia yang disediakan sendiri.\n\n Urutan pada abdomen selama lima minit sehari boleh membantu melegakan senggugut kerana ia menggalakkan aliran darah.\n\n Akhir sekali, boleh mengambil ubat atau pil penahan sakit yang ringan. Jika tidak berkesan, boleh gunakan ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen beberapa hari sebelum kedatangan haid.\n\n*Berikut adalah tips-tips untuk kurangkan senggugut bagi wanita-wanita di luar sana yang mengalami masalah senggugut teruk. Tetapi, jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, lebih baik pergi berjumpa doktor pakar puan yang berdekatan untuk membuat pemertiksaan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Bac artikel asal di sini."
"Sembelit berlaku kerana sudah lama tidak membuang air besar. Jika hendak membuang air besar, penghidap akan berasa sakit di bahagian dubur. Terdapat kesan luka sedikit di bahagian dubur. \n\nSembelit bukan sahaja berlaku di kalangan orang dewasa, malah bayi dan kanak-kanak juga akan mengalami sembelit jika tidak dijaga. Faktor pemakanan dan gaya hidup mempengaruhi sembelit. Kasihan jika bayi dan kanak-kanak terkena sembelit.\n\nBagaimana hendak tahu bahawa jika anak kita terkena sembelit?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai punca dan kesan sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nMacam mana nak tahu mereka sembelit? Tengok kekerapan bayi atau kanak-kanak membuang air besar. Kekerapan buang air besar bagi mereka adalah berbeza.\u00a0Contohnya :\n\n\ud83d\udc49Sakit perut dan rasa tidak selesa.\n\n\ud83d\udc49Ketulan najis keras yang boleh di rasa di perut. Tapi ini kadang-kala sahaja boleh berlaku.\n\n\ud83d\udc49Kanak-kanak tidak mengendahkan rasa untuk membuang air besar sebab tak mahu gunakan tandas yang biasa mereka guna ataupun terlalu leka bermain.\n\n\ud83d\udc49Bila rasa sakit, kanak-kanak akan lebih menahan daripada membuang najis.\n\n\ud83d\udc49Kurangnya pengambilan air atau sumber serat (sayur dan buah).\n\n\ud83d\udc49Kadang-kadang disebabkan oleh usus besar kanak-kanak kurang aktif berbanding kebiasaan.\n\n*Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak membuang air besar, jika tidak anak-anak akan terkena sembelit. Pastikan anak-anak dapat makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Penyakit kencing manis ini adalah salah satu penyakit yang merbahaya kerana banyak kesan sampingannya. Contohnya, kabur penglihatan, kebas kaki, luka lambat sembuh dan pelbagai lagi. Menurut kajian, kaum india yang paling ramai mempunyai penyakit kencing manis.\n\nDi Malaysia, terdapat ramai rakyat Malaysia yang mempunyai penyakit kencing manis. Hal ini amat serius kerana terdapat kajian yang mengatakan bahawa penyakit kencing manis boleh mengakibatkan mati pucuk. Apakah kaitan penyakit kencing manis dan mati pucuk? Info sebenar mengenai penyakit kencing manis mengakibatkan mati pucuk.\n\nDr. Suhazeli Abdullah merupakan doktor pakar keluarga di sebuah klinik. Cara beliau terang dan memberi nasihat amat jelas dan mudah difahami. Mari kami kongsikan kata-kata Dr. Suhazeli Abdullah mengenai isu ini.\n\nApa yang pasti adalah penyakit kencing manis itu sendiri boleh menyebabkan \u2018erectile dysfunction\u2019 atau mati pucuk. Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyerang saraf. Apabila saraf rosak signal untuk mendapatkan rangsangan seksual akan teraniaya. Arakian, terjadilah mati pucuk.\n\nBegitu juga wanita yang mempunyai kencing manis selalunya sukar untuk hamil kerana gangguan hormon kesuburan. Paras gula yang tinggi akan menyukarkan tindakbalas hormon ke atas kliang telur wanita.\n\nSelain dari lemah tenaga batin, kencing manis yang tidak terkawal juga adalah salah satu punca ketidaksuburan organ peranakan samada wanita atau lelaki. Ini juga adalah fakta.\n\nGula penting dalam pembentukan air mani samada air mani lelaki atau wanita (sperma dan ovum). Tetapi kandungan gula yang tidak terkawal boleh merosakkan sistem pembentukan air mani tersebut secara optima. Oleh yang demikian doktor akan selalu menasihati pesakit kencing manis agar mengawal paras gula mereka ke paras yang terbaik sebelum berusaha untuk hamil.\n\nMenjadi dakyah sesetengah pihak yang benci kepada kaedah perawatan moden, menuduh ubat kencing manislah punca utama berlakunya mati pucuk dan mandul.\n\nPadahal mereka lupa, matlamat utama rawatan adalah untuk mengawal kencing manis sekaligus boleh memulihkan semula kekuatan tenaga batin pesakit. Ubat kencing bukan punca masalah mati pucuk.\n\nMalah sebaliknya kajian mendapati metformin (ubat kencing manis) boleh digunakan untuk merawat wanita yang mandul. Rawatan metformin ini bagi kes yang khusus dan perlu dibincang dengan pakar. Pendek kata, metformin adalah selamat digunakan untuk salah satu dari rawatan kesuburan wanita dan ianya terjamin tidak mencacatkan janin jika hamil.\n\nBegitulah juga insulin, selamat digunakan. Doktor selalu menasihati para pesakit kencing manis yang tidak terkawal dan mempunyai masalah kesuburan agar mengambil ubat kencing manis tanpa ingkar. Tujuannya supaya kencing manis mereka terkawal dan peluang untuk hamil adalah tinggi.\n\n*Jika kita ada masalah penyakit peribadi yang kita malu untuk dikongsikan kepada orang lain, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Doktor-doktor sudi membantu dan memberi nasihat kepada pesakitnya. \n\nHal-hal ini kita tidak perlu malu untuk bercerita kepada doktor, kalau tidak bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran penuh daripada penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Soto dikatakan berasal dari Indonesia yang kemudiannya mula mendapat tempat di Singapura dan Malaysia. Kalau di Malaysia, soto lebih popular di Johor berbanding negeri lain. Ianya sering di sajikan sebagai hidangan sarapan pagi. Ada soto ayam dan soto daging. Cara memasaklah lebih kurang seperti masak sup. Namun rasanya lebih \u2018rich\u2019 disebabkan rempah-rempah yang diperlukan berbanding sup biasa.\n\nJom tengok resepi Soto Ayam dari Noor Ashikin Saerah ini. InsyaAllah sangat mudah difahami dan diikuti. Jom tengok resepinya. Bahan-bahannya untuk 10-12 orang makan ya.\n\nSenang dan mudahkan? Sekiranya ingin menggantikan bihun dengan yang lain seperti mi, koey tiow, sohun atau nasi impit tiada masalah. takde lah bosan dengan bihun soto jer. Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Soto Ayam ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
"Untuk menjadi lebih sabar apabila anak-anak mengamuk terdapatnya cara efektif.\n\nUntuk posting ini Ibu akan berpanjang lebar membicakan salah satu sebab mengapa anak boleh mengamuk dan hilang rasa penitingnya dirinya untuk dia dan dunia.\n\nFahami mereka terlebih dahulu sebelum menghukum. [Parenting]\n\nMemahami tahap perkembangan anak-anak adalah penting. Jika anak itu berumur diantara 1.5 hingga 2.5 dan membawa kepada 3 tahun dalam sesetengah kes, maka ini adalah umur anak itu menguatkan \u2018survival skill\u2019 nya.\n\nAnak pada usia ini sangat EGO CENTRIC \u2013 maksudnya hanya memikirkan keperluan diri sendiri dan tidak mementingkan orang lain. Jika anak melihat anak-anak pada usia ini berkelakuan begini, janganlah cepat panik dan menyangka anda telah melahirkan anak yang tamak dan tidak berakhlak mulia!\n\nBertenanglah dan jangan bersedih. Ini cumalah satu tahap yang dilalui oleh semua orang. Bertuah seorang anak itu jika ibu bapanya mengenali tahap ini dan mendidik penuh sabar dan hormat supaya anak itu berasa selamat dan boleh maju ke tahap seterusnya dimana anak itu mulia pandai berkongsi dan memikirkan perasaan dan kepentingan orang lain.\n\nMengapa Tahap Ini Penting Dikendalikan Dengan Baik?\n\nKerana pada tahap ini anak menguatkan perasaan aku wujud di sini. Aku penting dengan kata lain, a sense of self. Ini sangat penting untuk anak itu bertapak. Bila ibu bapa memahami tahap ini dan memberi ruang untuk anak itu membangunkan keyakinan kewujudannya maka dengan segera anak itu akan maju ke tahap seterusnya.\n\nJika tidak dikendalikan dengan baik.ini akan membuat anak itu bersaa kecewa dan kekecewaan seperti inilah yang bila berkumpul akan menyebabkan seorang anak kecil itu tantrum.\n\nPada tahap 1.5 tahun hingga 3 tahun ini mungkin anda nampak anak anda tidak suka berkongsi barang mainannya. Mungkin juga memukul anak kecil yang lain.\n\nBila anak bermain dengan kawan-kawannya, pilihlah untuk dibawa keluar mainannya itu, HANYA MAINAN yang dia boleh berkongsi. Anak kecil pun tahu sayang akan barang mainannya. Oleh itu hormatlah barang kepunyaannya.\n\nJanganlah hanya kerana dia anak kecil anda MEMAKSA dia untuk memberi semua mainannya kepada orang lain. Itu yang Ibu maksudkan hormat akan perasaannya.\n\nKita orang dewasa pun tidak memberi dengan mudah barang yang penting dalam hidup kita kepada sebarangan orang. Contoh, kita tidak mudah memberi orang meminjam kereta, komputer, telefon kita kepada any Tom, Dick or Harry.\n\nKenapa? Kerana barang itu penting untuk kegunaan kita dan kita perlu menggunakannya dengan cermat. Kerana kita bertanggung-jawab terhadap barang itu. Jika kita benarkan seorang yang tiada lesen memandu dan tidak termasuk namanya ke dalam insuran kereta kita, maka tentunya lebih payah kita memberi pinjam kereta kita kepada orang itu.\n\nPada anak-anak kecil, barang mainannya adalah ibarat kereta, komputer, telefon bimbit dan barang berharga kita. Itulah sebab, bila ada anak kecil yang lain nak bermain mainannya. Ambil sedikit masa\n\n#1 Minta izin dia untuk kawannya itu bermain sama. Lebih elok jika ibu atau ayah kepada anak itu yang meminta dengan baik dan hormat.\n\n#2 Anda pula sebagai ibu dan bapa menerangkan elok untuk dia berkongsi dan bertanya mainan yang mana yang boleh dia berkongsi?\n\nJANGAN MEMAKSA TAPI MEMUJUKLAH. Inilah masa untuk membina sikap murah hati dan belas ehsan.\n\n#3 Ibu bapa yang diberi berkongsi mainan itu, ambillah masa untuk mengucap terima kasih kepada anak itu dan mengingatkan dengan baik anaknya untuk bermain dengan baik mainan kawannya itu. Inilah masa untuk menyemai amanah dan akhlak mulia.\n\nIbu sangat tidak suka melihat perbuatan sesetengah ibu bapa yang membiarkan sahaja anak-anak mereka merampas mainan kawan. Bermain mainan kawan dan merosakkannya dan selamba sahaja dengan perbuatan itu.\n\nBila balik meninggalkan mainan bersepah dan ada yang rosak dibuat oleh anak. Tidak ada sepatah ucapan meminta maaf pun yang keluar. Ibu bapa begini tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah mengajar akhlak yang salah ke dalam diri anak-anak mereka!\n\nMereka ini tidak membetulkan perangai anaknya itu. Atau jika membetul, akan melakukan dengan bengis. Bila mereka membetulkan dengan bengis di hadapan orang lain terutamanya, anak itu akan hilang hormat dirinya.\n\nMaka jangan hairan jika anak itu akan suka mengamuk-ngamuk, tidak mahu mendengar cakap dan suatu masa jika keadaan berterusan dalam bentuk berbeza pun, anak ini akan menjadi individu yang bermasalah!\n\nSemoga dijauhi kita ibu bapa prihatin dari bersikap sambil lewa begitu. Ibu doakan"
"Mencari resepi apam gula hangus yang sedap? Resepi apam gula hangus kukus ini datangnya daripada Ziela Lewis di laman Facebook.\n\nSepatutnya namanya ialah apam gula hangus gebus gebas kerana bentuknya memang super gebus dan gebas.\n\nSekali cuba resepi ini memang tidak akan cari resepi lain. Rasanya manis, lembut, sedap. Senang buat apam gula hangus kukus ini.\n\nRasanya yang lembut, sedap dan wangi membuat anak-anak suka makan. Tanpa tunggu lama, sila cuba dan kongsikan resepi di bawah ini.\n\nSelain resepi apam gula hangus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sambal hijau berlado biasanya dimasak untuk dimakan bersama ikan goreng garing seperti keli goreng berlado hijau, atau ikan talapia goreng, bahkan ada pula masak ayam berlado hijau.\n\nSambal berlado hijau memiliki kelazatan sendiri yang berbeza dengan sambal merah umumnya. Sambal berlado sentiasa akan menambah wangi aroma masakan. Makin berselera pula makan dibuatnya.\n\nJika anda teringin masak sambal hijau berlado yang lazat punya, resepi Afy AL Habibi lah jawapnya. Resepi ini dapat perkongsian ramai dan komen positif di Facebook. Mungkin anda boleh cuba hidangkan sambal hijau berlado hari ini. Bahkan dimasak dengan telur mata pun sedap juga.\n\nSelain sambal hijau berlado, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Apabila lelaki berkata, \u201cBaju saya sudah gosok belum?\u201d Itu bermaksud dia mahu isteri sterika bajunya. Sama ada dia tidak sempat, malas dan memang tidak \u2018reti\u2019 langsung sterika baju.\n\n\njustsewolivia.com\n\nApabila lelaki berkata, \u201cSaya sudah lewat ni.\u201d Itu bermaksud dia memang sudah sedia lewat, lebih kurang 5 hingga 10 minit lalu sudah di atas jalan.\n\nApabila lelaki berkata, \u201cAwak ada nampak stokin saya?\u201d Itu bermaksud dia tidak mahu cari sendiri atas faktor dia sudah penat cari, dia malas atau memang dia jenis \u2018king\u2019 dalam rumah.\n\nApabila lelaki berkata, \u201cBalik nanti awak mahu beli lauk atau saya beli lauk?\u201d Itu bermaksud, dia mahu makan di rumah dan dia sudah \u2018sengkek\u2019 atau mahu berjimat cermat.\n\nApabila lelaki berkata, \u201cAwak ada mesyuaratkah hari ini?\u201d Itu bermaksud dia mahu isteri ambil anak di sekolah, pusat asuhan atau tadika. Apabila ditanya, baru dia cakap ada kerja lain petang nanti.\n\nApabila lelaki berkata, \u201cMinyak kereta itu saya sudah isi malam tadi.\u201d Itu bermaksud dia mahukan penghargaan, paling kurang ucapkan terima kasih. Lebih baik doa terus untuknya.\n\nApabila lelaki bertanya, \u201cKita mahu balik bila rumah mak?\u201d Itu bermaksud dia ada urusan salah satu hari di hari minggu. Lebih jelas apabila dia tanya beberapa kali soalan yang sama."
"Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan segala yang terbaik buat anak-anak. Mempunyai anak-anak yang cinta Al-Quran, bijak membaca Al-Quran dan menghafaz Al-Quran merupakan kurniaan terindah buat ibu ayah.\n\nBagaimanakah cara untuk mendidik anak cintakan Al-Quran sejak awal usia?\n\nIkuti perkongsian ibu ini iaitu Puan Siti Aminah Sulaiman, melalui laman Facebook beliau tentang tips menyemai rasa cinta pada Al-Quran dalam diri anak-anaknya yang bernama Muiz dan Nur Solehah.\n\nSemoga ianya bermanfaat buat kita semua.\n\nSebenar tak susah nak dapat anak yang \u2018ketagih\u2019 baca Al-Quran.\n\nSepanjang pengalaman saya mengajar anak-anak menghafaz Al-Quran, saya lihat ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu mudah untuk dididik cintakan Al-Quran.\n\nSaya kongsikan apa yang perlu kita buat supaya kita mudah nak ajar anak, anak suka baca dan hafaz Al-Quran.\n\nSaya mula dengan berdoa dahulu kepada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak saya cinta kepada Al-Quran.\n\nAllah Maha Baik, Dia sememangnya tidak pernah menghampakan hambaNya. Lambat atau cepat, Dia akan beri pada waktu yang paling sesuai.\n\nBerdoalah wahai ibu ayah. Jangan bergantung harap pada manusia, tetapi letak harapan sepenuhnya kepada Allah.\n\nPelbagai keajaiban akan berlaku dengan izinNya.\n\nSaya perasan anak-anak saya ni, bila \u2018time\u2019 saya rajin baca Al-Quran, mereka pun rajin ambil sendiri Al-Quran nak baca, tak perlu saya suruh atau paksa.\n\nTapi kalau \u2018time\u2019 saya sendiri tak sentuh Al-Quran, memang liat nak suruh anak baca Al-Quran.\n\nIni yang saya belajar daripada pengalaman selama 8 tahun mengajar anak-anak menghafaz Al-Quran di rumah.\n\nSituasi ini menunjukkan betapa pentingnya mewujudkan suasana Al-Quran itu di rumah. Inilah yang dipanggil Biah Al-Quran.\n\nAnak-anak perlu melihat ibu atau ayah mereka sentiasa istiqamah membaca Al-Quran dan tanpa sedar, anak akan terdorong untuk menjadi rajin membaca Al-Quran juga.\n\nSejujurnya saya memang \u2018hantu\u2019 TV sejak kecil lagi. Cakap sahaja apa-apa cerita, mesti saya akan melekat depan TV, drama bersambung-sambung lagi saya suka.\n\nTetapi saya perasan, apabila saya cuba ajar anak saya Al-Quran, TV menjadi satu masalah besar buat saya.\n\nSaya susah nak fokus mengajar anak dan masa saya menjadi sangat singkat bila ada TV, sebab akan ada sahaja cerita yang ingin saya tonton.\n\nAkhirnya, saya buat keputusan untuk potong siaran TV di rumah dan itu berlaku pada 5 tahun yang lepas.\n\nAlhamdulillah, rupanya ia adalah pengorbanan yang berbaloi. Mulai hari itu, saya mempunyai lebih banyak masa untuk mengajar anak-anak, dan saya juga punya masa untuk diri saya sendiri mempelajari Al-Quran.\n\nUntuk berjaya dalam mendidik anak, ibu bapa perlu sentiasa mengisi gelas ilmu. Bagaimana kita nak tumpahkan ilmu kepada anak kita jika gelas kita sendiri kosong, bukan?\n\nSaya sedar yang diri saya serba kekurangan ilmu Al-Quran. Lalu saya terus ambil Pakej Kombo 10 Kelas untuk belajar Ibrah Al-Quran dengan Ustaz Syaari Ab Rahman.\n\nTahun ini dan tahun-tahun seterusnya, akan menyaksikan saya menjadi pelajar Al-Quran bersama dengan anak-anak saya.\n\nLebih banyak kita belajar, lebih banyak rupanya kita tidak tahu. Jangan malu mengakui kelemahan diri, terus belajar untuk menambah ambah ilmu.\n\nLatih diri kita dan anak-anak untuk melazimi ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan seharian. Jadikan Al-Quran sebagai panduan utama dalam apa jua perkara yang kita lakukan.\n\nAdakah kita sudah membaca Al-Quran hari ini? Semoga kita dapat menjadi contoh terbaik buat anak-anak dalam membentuk mereka menjadi generasi celik dan cinta Al-Quran.\n\n*Sumber asal tips mendidik anak cinta Al-Quran ini dikongsikan oleh Puan Siti Aminah Sulaiman melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau."
"Ketahui cara belajar bersangka baik dengan Allah.\n\nBersangka baik dengan Allah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Nak-nak lagi tatkala kita sedang diuji dengan ujian yang maga berat, atau didatangi dengan ujian yang bertimpa-timpa. Bersabar dan bersangka baik dengan Allah adakalanya lebih mudah untuk diungkap dengan kata-kata namun tak mudah untuk hati melakukan dengan penuh redha dan ikhlas. Jika anda sedang mengalami keadaan ini, jangan sesekali salahkan diri sendiri atau merasakan bahawa diri anda adalah seorang pendosa. Ini kerana bersangka baik dengan Allah bukanlah sesuatu yang mudah.\n\nBersangka baik dengan Allah memerlukan latihan dan keazaman diri yang kuat. Walau pun ianya bukan sesuatu yang mudah namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan.\n\nNak tak kalau kami kongsikan cara berbaik sangka dengan Allah yang boleh kita amalkan untuk melatih diri agar sentiasa bersangka baik dan percaya bahawa Allah sebaik-baik perancang dan Allah tidak akan membebankan hambanya lebih daripada kemampuan dan daya upaya hambanya itu.\n\nApabila kita beristighfar, bukan sahaja Allah akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati kita malah kita juga akan mendidik hati agar sentiasa yakin dengan perancangan Allah. Apabila kita yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang, pastinya kita akan percaya bahawa ujian yang datang dari Allah adalah yang terbaik untuk kita.\n\n2. Banyakkan berselawat ke atas nabi\n\nSelain beristighfar, membanyakkan selawat ke atas nabi juga adalah satu lagi cara untuk kita mendidik hati agar bersangka baik dengan Allah. Apabila jiwa terasa terlalu lelah semasa diuji, basahkan lidah dengan selawat ke atas nabi. Insya Allah hati akan berasa lebih tenang dan kita akan bersangka baik dengan Allah.\n\nMembaca Al-Quran adalah salah satu terapi jiwa yang dapat merawat duka-lara dan nestapa yang sedang kita alami. Jika hati berasa tidak tenang semasa diuji, banyakkan mmebaca Al-Quran. Jika terasa seolah-olah hampir rebah akibat diuji, ambil masa untuk bersendiri dan membaca kitab suci Al-Quran. Dengan membaca Al-Quran jiwa kita akan berasa lebih tenang dan secara automatik kita akan faham bahawa Allah uji kerana dia sayangkan kita dan dengan ini kita akan menjadi seorang hamba yang bersangka baik dengan penciptanya.\n\nSolat sunat adalah satu lagi cara bersangka baik dengan Allah yang boleh kita amalkan. Jika selama ini kita Cuma biasa melakukan solat wajib, apa kata kita rajinkan diri untuk melakukan solat sunat yang lain seperti solat sunat sebelum subuh, solat sunat dhuha, solat sunat hajat, dan sebagainya. Ketahuilah bahawa apabila dahi bersujud kepada Allah, itulah masanya doa kita akan didengari di langit dan diaminkan oleh para malaikat.\n\nJika kita rasa ujian yang kita sedang alami adalah terlalu berat, apa kata kita baca sirah nabi dan lihat semula betapa hebat ujian yang Allah berikan kepada para nabi. Dengan cara ini kita akan insaf dan sedar bahawa seteruk mana ujian yang kita alami, ada orang lain yang diuji dengan lebih berat.\n\n6. Ingat semula nikmat yang Allah dah beri kepada kita\n\nDengan cara mengingati semula semua nikmat yang Allah berikan kepada kita selama ini, insya Allah kita akan redha dan mampu untuk bersangka baik dengan Allah semasa diuji.\n\n7. Ujian adalah cara untuk Allah dekatkan kita dengan dia, kerana nikmat boleh membuatkan kita lupa kepadanya\n\nCara terakhir untuk mendidik hati agar bersangka baik dengan Allah ialah dengan cara sentiasa ingatkan diri bahawa ujian adalah cara untuk Allah dekatkan kita dengan dia. Ini kerana apabila diuji kita akan sentiasa ingat pada Allah, banyak melakukan ibadat dan banyak berdoa kepadanya sedangkan apabila hidup kita senang dan penuh dengan nikmat, kita mungkin akan terlupa kepada Allah dan semakin jauh daripadanya. Kami ingin kongsikan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah.\n\nPada zaman Rasulullah, ada seorang sahabat yang sangat miskin. Walau pun miskin dia selalu solat berjemaah dengan Rasulullah. Rasulullah perasan bahawa sebaik sahaja selesai bersolat dia akan tergesa-gesa untuk pulang ke rumah. Lalu Rasulullah bertanya,\u201cMengapakah kamu begitu tergesa-gesa untuk pulang setiap kali selepas selesai bersolat?\u201d\n\nLalu sahabat menjawab, Ya Rasulullah aku sangat miskin, aku berkongsi pakaian solat ini dengan isteriku, dan rumahku jauh, jika terlambat pulang , isteriku pasti terlepas waktu solat. Ya Rasulullah , mohonlah kepada Allah untuk menjadikan aku kaya, agar akau dapat meluangkan masa untuk mendengar kuliahmu\u201d\n\nLalu Rasulullah berdoa pada Allah. Akhirnya sahabat itu menjadi senang dan kaya-raya. Namun dia semakin sibuk dengan urusan dunia sehingga \u00a0tiada masa untuk berjemaah dengan Rasulullah di masjid seperti dahulu. Nah! Inilah buktinya bahawa ada masanya nikmat dunia boleh menyebabkan kita menjadi lalai dan semakin jauh dari Allah. Oleh itu sentiasa percaya bahawa kita yang diuji adalah insane terpilih. Allah mahu kita sentiasa dekat dengannya dan tidak hanyut dengan dunia.\n\nItulah dia info tentang cara belajar bersangka baik dengan Allah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang doa mudah dapat kerja, adab ziarah kubur dan doa murah rezeki."
"Sebenarnya, kalau anda ingin tahu, saya pernah melalui situasi yang sama. Malah lebih parah sebab waktu itu saya stuck dalam kajian Ph.D saya. Sudah setahun berhempas pulas siang dan malam, tapi masih tiada penyelesaian untuk kajian saya itu.\n\nSaya menemui jalan buntu. Setiap hari saya risau memikirkan ratusan ribu ringgit yang perlu dibayar balik kepada penaja sekiranya saya gagal mendapatkan Ph.D.\n\nTapi masha Allah, dari situlah Tuhan mengajar saya rahsia \u2018mudah berjaya\u2019 tersebut. Rahsia bagaimana sesuatu yang sukar boleh jadi mudah, yang impossible jadi possible.\n\nSehingga sekarang saya masih ter-\u201cwow\u201d dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu, pada akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D \u2018tanpa pindaan.\n\nDi situlah saya belajar \u2018magiknya pertolongan Tuhan\u2019. Ia satu kisah yang sering saya ulang-ulang di hadapan anak didik. Kerana kadang kala mereka hampir berputus asa dan merasa yang diri mereka tidak pandai mana.\n\nBukan begitu. Saya percaya setiap orang hebat, cuma kita perlu tahu \u2018rahsia\u2019nya. Rahsia untuk membuka pintu kejayaan dengan mudah.\n\n\u2018Don\u2019t bang the door. Find the \u2018Key\u2019\n\nKali ini saya ingin kongsikan kisah tersebut buat anda yang sudi singgah dan membaca perkongsian kecil ini. Kisahnya agak panjang, tapi mudah-mudahan anda mendapat manfaat darinya. Amalkan dan lihat bagaimana \u2018magik\u2019 dari Tuhan datang dalam hidup anda dan sebenarnya itulah yang saya alami kini setiap hari.\n\nIngin Tahu \u2018Short Cut\u2019 Untuk Meraih Kejayaan?\n\nSuatu hari, dalam perjalanan pulang dari menyampaikan ceramah \u2018Ihya\u2019 Ramadhan\u2019 kepada warga Malaysia di bumi Canterbury, New Zealand, suami bertanya,\n\n\u201cMana pergi adik-adik undergrad kita? Kenapa diorang tak join? Yang datang berapa kerat je. Itu pun muka-muka yang sama\u201d\n\nMemang benar. Ballroom hostel yang menjadi tempat program berlangsung kelihatan sunyi tanpa kehadiran adik-adik undergraduate. Kecuali beberapa orang yang memang selalu ada. Yang hadir lainnya, adalah pelajar-pelajar Master dan Ph.D yang rata-rata sudah berkeluarga.\n\nSuasana dalam kereta sunyi sepi sebentar.\n\n\u201cAda aktiviti di universiti kot\u201d jawab suami apabila melihat saya tidak memberi sebarang jawapan. Dia yang tanya, sudahnya dia juga yang bagi jawapan.\n\nBukan saya tidak memberi perhatian. Sebenarnya soalan suami itu menyebabkan fikiran ini jauh melayang. Lipatan hidup sebagai seorang undergraduate di University of Minnesota terselak satu per satu.\n\n\u2018Dulu saya pun macam tu\u2019 \u2013 jawab saya jujur. Tapi kata-kata itu hanya mampu diucapkan di dalam hati.\n\nBenar, hampir setiap kali ada program dianjurkan saya hanya buat \u2018donno\u2019. Bukan itu saja, saya memilih untuk tidak mahu terlibat dalam jawatankuasa persatuan pelajar walaupun semasa di MRSM Jasin saya memegang jawatan \u2018Vice President\u2019 . Apabila kawan meminta tolong, saya banyak mengelat. Macam-macam alasan saya beri.\n\n\u2018Lebih baik aku belajar. Semester ni aku mesti dapatkan \u20184-flat\u2019 lagi.\u2019 Begitulah selalunya suara kecil dalam diri saya berkata. Sampai ke satu tahap, kawan serumah buat solat terawih dan tadarus Al-Quran pun saya tak join. Saya di mana? Belajar.\n\nBetapa teruknya sikap saya waktu itu, siang malam belajar demi mengejar kejayaan. Kerana di fikiran saya, apabila disebut \u2018usaha tangga kejayaan\u2019 saya memahaminya macam rumus matematik: 1+1=2.\n\nBahasa mudahnya, makin banyak berusaha makin mudah berjaya.\n\nSemakin banyak spend masa mengulangkaji pelajaran dan semakin banyak latih tubi dibuat, maka peluang untuk score A lebih besar. Umpamanya 30+50 = 80.\n\nSedangkan kalau terlibat dengan aktiviti persatuan, tentulah kurang masa belajar. Tak cukup masa buat latih tubi. Elok-elok dapat markah 80, turun jadi 60 pula.\n\n\u2018Nanti tak score pula. Lebih baik focus untuk belajar.\u2019 Begitulah saya mencongak-congak di fikiran.\n\nSelepas berusaha sehabis baik, saya akan buat solat hajat sebelum peperiksaan, berdoa memohon agar Tuhan menolong semasa menjawab soalan nanti. Harap-harapnya 80+20 = 100 dan moga-moga saya dapat A. Begitulah cara saya bertawakal.\n\nMasa itu saya rasa kejayaan ibarat berada di sebalik sebuah pintu namun pintu itu berkunci dan saya perlu bekerja keras untuk membukanya. Kerana itu saya menggunakan \u2018Formula 80/20\u2019: 80% usaha, 20% tawakal. Banyakkan usaha, insha Allah lebih mudah \u2018pintu\u2019 terbuka.\n\nNamun secara jujurnya, perasaan saya amat tertekan. Itu pun saya masih belum sedar yang sebenarnya \u2018formula\u2019 rajin saya tidak tepat.\n\nI was actually banging the door.\n\nApabila saya buat Ph.d, ternyata \u2018pintu\u2019 kejayaan itu lebih kebal.\n\nWalau macamana saya cuba berhempas pulas, ia tetap tidak mahu terbuka. Usaha saya untuk belajar, buat kajian siang dan malam tidak mendatangkan hasil. Idea yang datang semuanya \u2018tak boleh pakai\u2019 untuk hasilkan tesis Ph.D saya.\n\nNampaknya pintu kejayaan kali ini bukan saja berkunci, malah ibarat bilik kebal yg memerlukan password, tapi saya tak tahu apakah ia.\n\nKali ini tekanannya hampir-hampir menyebabkan saya ingin saja melupakan niat utk membuka pintu itu.\n\nDalam keadaan \u2018frust\u2019 itu saya mengadu pada suami yang ketika itu baru selesai mengimamkan solat maghrib kami. Saya sangkakan beliau akan beri jalan penyelesaian yang saya boleh cuba: bertanyakan orang lain yang lebih pakar, cari buku lain yang lebih bagus, atau jom kita pergi bercuti sekejap untuk \u2018refresh\u2019 minda.\n\nTapi sebaliknya, jawapan suami benar-benar memeranjatkan saya:\n\n\u201cMama dah belajar, buat kajian siang malam. Dah terlebih rajin dah babah tengok. Cuba kali ni mama buat benda lain selain buat kajian mama tu\u201d katanya sambil melipat sejadah. Saya yang masih bertelekung, duduk tidak berganjak.\n\n\u2018Buat benda lain?\u2019 saya bertanya dalam hati, confused dengan apa yang dimaksudkan suami. Berkerut-kerut dahi saya cuba memahami. Suami pula bingkas bangun mencapai naskah Al-Quran di tepinya.\n\nBaru saja ingin bertanya, beliau sudah terlebih dahulu memberi jawapannya: \u201cBabah rasa ada eloknya mama organize usrah untuk muslimat. Bincang pasal Quran. Buat sebulan sekali pun dah ok.\u201d Cadang suami.\n\nMatanya tepat memandang saya dengan air muka yang begitu meyakinkan. Al-Quran di tangannya mula diselak dan dibaca. Begitulah suami, membaca beberapa halaman kitab dari Tuhan itu usai solat maghrib menjadi rutinnya setiap hari.\n\nSambil mendengar bacaannya yang lunak itu, ironinya fikiran saya bertambah confused. Terus terang saja, sebenarnya saya tidak bersetuju dengan cadangan suami itu. Saya fikir, dah la kajian saya sedang bermasalah, masa pula nak digunakan untuk hal lain? \u2018Lagilah terkandas kajian mama nanti\u2019 saya mendengus perlahan.\n\nSuami yang mendengar, memberhentikan bacaan Qurannnya. \u201cMama, kita memang kena berusaha untuk berjaya. Tapi, kejayaan itu perlu juga \u2018dijemput\u2019\u201d katanya lembut sambil pengusap kepala saya yang masih duduk berteleku di sebelahnya. Agaknya memahami kusut di fikiran isterinya ini.\n\n\u2018Dijemput\u2019? Bertambah kerut dahi saya dibuatnya. Saya memang tidak memahaminya. Dalam keadaan percaya tak percaya itu, saya pujuk hati \u2018Takpela, buat je la, kalau buat research pun bukannya ada idea nak proceed macamana. Kepala tengah berasap\u2019\n\n\u201cOk\u201d jawab saya perlahan sebelum membuka telekung.\n\nBegitulah permulaannya bagaimana saya menganjurkan usrah di kalangan kakak-kakak dan adik-adik yang sama-sama sedang buat Master dan Ph.D. Memang betul telahan saya, banyak masa digunakan untuk tujuan itu: cari bahan, prepare slide, praktis bercakap, buat usrah. Malah saya juga join kelas tajwid yang diajarkan oleh seorang sister berbangsa Arab.\n\nAkibatnya, waktu saya di universiti menjadi berkurangan. Kalau sebelum itu saya akan ke universiti setiap hari dari pukul 8 pagi sampai ke pukul 5 petang, kali ini jadual belajar saya tidak sepenuh itu. Ada beberapa jam yang saya \u2018tak nampak muka\u2019 di universiti.\n\nTapi yang menghairankan saya, waktu belajar yang sudah berkurangan itu tiba-tiba menjadi lebih efisyen. Idea datang tanpa disangka, umpama hujan yang turun dari langit secara tiba-tiba di tengahari yang panas. Alhamdulillah, akhirnya idea yang datang itu benar-benar berhasil.\n\n\u2018Ya Allah, senang je rupanya nak buat Ph.D ni. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah\u2019 teriak saya dalam hati setiap kali urusan kajian saya dipermudahkanNya.\n\nMasha Allah, umpama magik, \u2018pintu\u2019 kebal itu terbuka sendiri dengan mudah, tanpa perlu saya menghentamnya seluruh jiwa dan raga seperti sebelumnya. Kerana saya sudah menemui \u2018password\u2019nya!\n\nSehingga sekarang saya masih ter-\u201cwow\u201d dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu, pada akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D \u2018without amendment\u2019. Ya Allah, bukankah satu waktu dahulu semuanya macam impossible? \u2018Now Dia bagi lulus tanpa pembetulan? Masha Allah\u2019\n\nKeluar bilik viva, sahabat saya yang ikut serta dalam viva tersebut sebagai pemerhati sempat berkata \u201cnampak rileks je tadi\u201d..Betul katanya, saya sendiri terperanjat dengan apa yang berlaku. Tapi saya tahu \u2013 semuanya Allah punya kerja.\n\nBaru saya faham apa yg suami maksudkan dengan kejayaan perlu dijemput. Betul usaha kita belajar perlu sehabis baik. Tapi jangan kita lupa yang kejayaan itu dari Tuhan. Dia ada \u2018kunci\u2019 untuk membuka pintu kejayaan tersebut. Walau macamana kebal pun, Tuhan tahu \u2018password\u2019 pintu itu dan anytime Allah boleh tolong buka jika Dia mahu.\n\nItulah the power of \u2018Kun Fayakun\u2019 milik Tuhan.\n\nBaru saya sedar betapa bodohnya saya selama ini menekan diri sendiri. Sebenarnya target untuk mendapat pointer \u20184-flat\u2019 itu tidak salah. Yang salahnya ialah apabila saya fikir saya perlu bersandarkan kepada daya upaya diri sendiri, berhempas pulas untuk membuka \u2018pintu\u2019 kejayaan itu sehingga menekan diri sendiri. Bahkan sehingga mengabaikan orang lain yang memerlukan saya dan mengabaikan program-program lain yang penuh barokah.\n\nSedangkan Tuhan sentiasa ada dan bersedia untuk menghantar \u2018pasukan tentera\u2019Nya untuk membantu.\n\n\u2018Sesiapa yang meringankan kesusahan seorang Mukmin ketika di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.\u2019 (Hadis riwayat Muslim)\n\nInilah teknik \u2018beyond\u2019 rajin yang saya ingin saya kongsikan: yang rajin itu sangat bagus untuk mendaki tangga-tangga mencapai kejayaan. Tapi rajin belajar sahaja tidak cukup. Kita perlu juga rajin \u2018menjemput\u2019 kejayaan itu dengan membuat banyak kebaikan kepada orang lain.\n\nPakar motivasi dari Barat menyebutnya sebagai \u2018the power of servicing others.\u2019\n\nBegitulah, rupanya sifir Tuhan bukan 80/20 tapi sebaliknya: 20/80. Kita perlu rajin berusaha sehabis baik, tapi usaha mereka yang terbaik itu sebenarnya hanya mewakili 20%. Selebihnya 80% kita perlu juga menggunakan masa, tenaga dan hati untuk \u2018menjemput\u2019 kejayaan itu: tolong orang lain, menyumbang pada masyarakat, melakukan aktiviti amal kebajikan.\n\nPendek kata, buat perkara-perkara lain yang Allah suka.\n\nNantinya, walaupun waktu ulangkaji jadi sedikit berkurangan, percayalah kita akan lebih mudah faham. Lebih mudah jawab soalan ketika peperiksaan. Lebih mudah score.\n\nPara pembaca semua, begitulah cara Allah mengajar makhlukNya. DisuruhNya kita lakukan satu kebaikan tetapi dalam kebaikan itu, diberiNya kita ribuan manfaat.\n\n\u2018Don\u2019t bang the door. Find the \u2018Key\u2019"
"Salah satu rutin wajib saya dengan Yaya ialah mengajarnya membaca dan iqra\u2019. Sekurang-kurangnya sekali setiap hari.\n\nTapi, realitinya, waktu 30 minit itulah mama perlu \u2018on\u2019kan butang kesabaran. Sebab, si anak akan mengeluarkan macam macam perangai, berbagai karenah. Kadang kadang macam cacing kepanasan, tak boleh duduk diam. Time tu lah dia kononnya mengantuk atau lapar. Sedangkan sebelum tu kusyuk je tengok karton.\n\nGeram je mama dibuatnya. Tapi saya tahu, tak elok saya mengajar dia dengan kurang sabar. Tak guna anak pandai membaca tapi tertekan dibuatnya. Saya sedar yg lebih penting dalam hidup ini, bukan apa yg kita buat, tapi kebahagiaan dan keberkatan dari apa yang kita buat.\n\nKerana itu saya mencari formula, macamana supaya saya dapat menghadapi karenahnya ketika mengajar, tanpa mencalar keberkatan yang dicari. Alhamdulillah, akhirnya saya temui pada satu kalimat agung. Ia selalu dibaca sebelum memulakan sesuatu. Cuma kali ini saya mendapat perspektif berbeza.\n\nRupanya ia bukan sekadar di baca supaya amal kita diterima. Tapi ia penuh dengan pengharapan yg bersandarkan pada kasih sayang Allah yang sememangnya Maha Pengasih Maha Penyayang.\n\nYa, formula itu ada pada ayat pertama dalam Al-Quran.\n\nBismillahirrohmanirrohim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.\n\nSaya baca ayat ini sebelum mengajar yaya, cuma kali ini penuh dengan pengharapan dan doa semoga Allah dengan kasih sayangNya yang tidak terbatas membantu saya melakukan tugasan itu penuh dengan kasih sayang juga.\n\nJika saya benar benar memaknai doa itu, tentu 30 minit tersebut akan menjadi aktiviti yg membahagiakan dan mudah-mudahan mendatangkan keberkatan. Belajar sekejap tapi anak mudah faham. Anak tidak tertekan sebaliknya merasa seronok. Begitu juga mama.\n\nYa, itulah yang saya rasai. Karenah anak tetap saya, tapi Alhamdulillah saya lebih bahagia menghadapinya."
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi kangkung goreng belacan yang semestinya sedap. Kangkung goreng belacan antara sayuran yang ramai diminati kalangan rakyat Malaysia.\n\nKangkung goreng belacan dimasak dengan cara menumis bahan-bahan tumbuk dengan minyak yang sedikit. Kesedapannya semakin bertambah apabila dimasak dengan belacan. Citarasa belacan goreng yang dicampur dengan bahan lain sangat merangsang selera.\n\nPaling sedap makan kangkung goreng belacan dengan nasi putih panas-panas. Gandingkan dengan telur dadar goreng garing makin sedap makan. Kangkung goreng belacan disediakan di restoran Melayu atau restoran Thailand, dijual seharga RM 4 satu bahagian.\n\nSupaya puas makan, sebaiknya masak sendiri kangkung goreng belacan dengan resepi daripada Khadijah Jaafar di laman Facebook. Puas makan sayur boleh bertambah. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kangkung goreng belacan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mencari resepi kek batik? Kek batik merupakan salah satu antara kek yang paling banyak menarik hati masyarakat Malaysia. Banyak ibu yang selalu mendapat permintaan daripada anak-anak di rumah untuk membuat kek batik.\n\nBagaimana tidak, kek batik mempunyai rasa yang unik dan menarik. Ia bukan diperbuat daripada segala macam adunan tepung, ia hanya bermodalkan coklat dan biskut dan anda dapat menciptakan kek batik yang digilai ramai ini.\n\nResepi membuat ke batik ini sangat senang. Ini pula alasannya kenapa ramai orang yang ingin mencuba membuat kek batik di rumah. Berbeza dengan kek coklat cream pada umumnya, rasa kek batik pula tidak memuakkan.\n\nKek batik juga sesuai untuk dijadikan hidangan acara kenduri dan majlis. Bahkan tidak sedikit yang membuat kek batik sebagai hidangan untuk hari raya. Bahkan juga ramai peniaga kek batik yang mengaku selalu habis terjual saking sedap dan banyaknya peminta kek batik.\n\nUntuk menjawap semua permintaan anda mengenai resepi kek batik. Di bawah ini pula kami berkongsikan resepi-resepi kek batik pilihan yang viral dan tentunya mendapatkan perkongsian ramai. Tunggu apa lagi. Yuk tengok resepinya.\n\n#1 Resepi Kek Batik Tanpa Telur\n\nTidak semua orang menyukai telur bahkan ada yang alergi makan telur, kulit merah-merah, gatal dan sebagainya. Untuk itu kami cadangkan anda resepi kek batik tanpa telur yang mana sangat elok untuk anda yang berpantang makan telur. Kek batik resepi daripada\u00a0\u200eNatrah Syafiqah\u00a0di Facebook ini sangat simple, moist dan tak memuakkan. Sila cuba.\n\n#2 Resepi Kek Tanpa Susu Pekat, Milo, Serbuk Koko, Marjerin dan Telur\n\nPercaya tak percaya dengan tajuk resepi ini. Namun begitulah realiti nya. Kek batik resepi \u200eSuzi Yanti Md Hane\u00a0di Facebook ini hanya menggunakan whipping cream dan susu coklat sahaja. Anda penasaran dengan resepinya? Jom intip resepi di bawah ini. Resepi ini menggunakna biskut jejari.\n\n#3 Kek Batik Marie Topping Chocolate Ganache\n\nTidak sama dengan kek batik pada umumnya, kek batik resepi\u00a0Suliza Sadzali\u200e\u00a0di Facebook ini menggunkakan topping coklat ganache. Gerenti sedap dan nikmat. Terasa coklatnya. Jom cuba resepinya.\n\nJikalau biasanya orang buat kek batik menggunakan biskut Marie, lain lagi dengan kek batik resepi daripada\u00a0Zaimah Zakaria\u200e\u00a0di Facebook ini. Menggunakan biskut jejari dalam resepinya. Jika dilihat memang nampak cantik dan lain macam. Tentunya semakin menarik untuk dimakan. Jom tengok resepinya di bawah ini.\n\n#5 Resepi Kek Batik Empire @ Kak Rose\n\nPernah dengar kah anda kek batik empire? atau di Brunei lebih dikenali sebagai kek batik kak Rose ? dinamakan sebegitu kerana nama pencipta idea kek batik ini ialah demikian. Resepi daripada\u00a0Noy Yullan di\u00a0Facebook ini telah menarik perhatian ramai bahkan sampai ke negeri jiran. Tunggu apalagi ayuh tengok resepinya.\n\n1. Putar 200 gm mentega bersama 1/4 cawan gula dengan speed sederhana dahulu baru tukarkan kepada speed tinggi.2. Putar hingga gebu dan adunan bertukar putih pucat.3. Sediakan 4 biji telur gred A atau B. Bersihkan kulitnya. Tadi kan kita guna speed tinggi, maka sebelum masukkan telur, tukar dahulu dengan speed sederhana. Pecahkan dan masukkan telur satu per satu ke dalam adunan.4. Apabila kuning telur sudah pecah dan bersatu (sekejap saja), tukar kembali ke speed tinggi. Putar hingga kembang.5. Masukkan 1 sudu kecil esen vanila, 1/4 cawan susu pekat, dan 1/4 cawan kaya. Putar sebati.\n\nNota : Kaya yang kita gunakan di sini adalah kaya jem yang kita sapu di atas roti. Tak kisah jenama apa.6. Perlahankan mixer supaya tepung tak berterabur.7. Masukkan 3/4 cawan tepung gandum dan 1/4 cawan serbuk horlick original yang sudah diayak. Putar sekadar sebati. 8. Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama rata, masukkan ke dalam mangkuk.\n\nNota : Ketika ini, bolehlah didihkan air kukusan dengan api sederhana. Tutup pengukus supaya suhu stabil.\n\n9. Satu bahagian adunan tadi, masukkan pewarna hijau. Pewarna lain pun boleh. Gaul rata.10. Sediakan 150gm biskut marie (anggaran 26 keping). Patah 4 dan bahagikan kepada 2 bahagian.11. Masukkan separuh daripada biskut marie ke dalam adunan hijau.12. Satu bahagian adunan dimasukkan 1/2 sudu besar chocolate emulco dan 1 sudu besar serbuk koko atau serbuk coklat.13. Gaul rata dan masukkan baki biskut marie tadi. Gaul rata.14. Sediakan acuan. Sapu mentega/marjerin/minyak pada keseluruhan bahagian dalam acuan. Masukkan sedikit tepung. Golek-golek-golekkan supaya tepung rata di dalam acuan.15. Terbalikkan acuan.16. Hentak beberapa kali bagi membuang sisa tepung. Tujuannya adalah supaya kek tidak melekat dan senang dikeluarkan.17. Masukkan adunan hijau. Tekan-tekan dengan sudu dan hentak acuan itu beberapa kali supaya adunan di dalam acuan mampat dan tidak berongga ketika masak.18. Apabila air mendidih, letak adunan hijau tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga adunan hijau masak. Nak tutup permukaan acuan boleh, tak tutup pun boleh. Kalau tak nak tutup, pastikan kita lap dulu wap pada penutup pengukus sebelum mula mengukus kek.19. Apabila adunan hijau masak, masukkan pula adunan coklat. Tekan-tekan dengan sudu dan hentak loyang beberapa kali supaya adunan mampat. Tutup permukaan acuan dengan plastik pun boleh.20. Kukus sekitar 25 minit atau hingga adunan masak. Cara untuk tahu kek sudah masak atau belum ialah ambil lidi, cucuk di tengah kek. Keluarkan semula, jika lidi keluar bersih, maknanya kek sudah masak. Jika ada kek yang melekat pada lidi maknanya kek belum masak lagi.21. Tutup api.22. Terbalikkan di atas redai. Kalau tidak ada, terbalikkan di atas pinggan.23. Siap.24. Masukkan nutella ke dalam piping bag, gunting hujungnya. Drizzle dengan nutella dan hias ikut kreativiti masing-masing.\n\nNota : Nutella boleh juga dicampur sedikit minyak masak supaya tidak terlalu pekat dan nampak berkilat.\n\nAnda tahu kan kek batik cheese yang tengah viral ini. Sampai-sampai kek batik cheese yang ada di kedai itu pun boleh habis sekelip mata saking banyaknya peminat. Kalau beli sepotong makan sekejap sudah habis. Baik buat sendiri boleh makan puas-puas. Jom cuba resepi kek batik cheese daripada\u00a0\u200eNoorfazidatulhani Binti A Ghani\u200e \u00a0di Facebook ini.\n\nYang mana menajdi kegemaran anda? Selain resepi kek batik, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Penyakit batuk kering atau juga dikenali sebagai tibi dan tuberkulosis merupakan penyakit yang menjadi ancaman masalah kesihatan utama di seluruh dunia. Ia juga merupakan penyakit berjangkit yang muncul semula.\n\nPenyakit ini selalunya menjangkiti paru-paru disebabkan oleh sejenis bakteria. Namun, bakteria tersebut juga boleh menjangkiti bahagian lain seperti tulang, perkumuhan, sendi, usus, kulit, organ pembiakan, selaput otak dan sebagainya.\n\nAgen penyebab penyakit ini ialah sejenis bakteria yang dikenali sebagai mycobacterium tuberculosis. Bakteria ini berbentuk rod manusia. Malahan, penyakit ini juga boleh dijangkiti daripada mycobacterium bovis yang disebabkan oleh m.bovis.\n\nMalahan, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), risiko jangkitan penyakit ini berbeza-beza antara setiap negara. Di benua Afrika dan Asia, jangkitan HIV telah meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit batuk kering.\n\nRisiko untuk mendapat penyakit ini ketika melawat luar negara amat rendah. Namun, elakkan berada di kawasan sesak seperti kawasan pengangkutan awam, hospital dan sebagainya.\n\nMalah, elakkan diri daripada terdedah kepada pesakit batuk kering. Ini disebabkan penyakit batuk kering bukan sahaja boleh menjangkiti orang dewasa tetapi juga kanka-kanak.\n\nApabila seseorang pesakit itu batuk, ludah atau bersin, bakteria yang dilepaskan di udara akan menjangkiti individu yang berhampiran. Hal ini disebabkan batuk kering merebak melalui titisan air ke udara.\n\nApabila bakteria berjaya masuk ke dalam badan, ia akan menyerang paru-paru. Lama-kelamaan, ia akan bergerak melalui saluran darah ke tempat-tempat lain di badan.\n\nManakala, batuk kering bovine (disebabkan oleh mycobacterium bovis), boleh merebak pemakanan yang tercemar, produk tenusu yang tidak dipasteur daripada lembu yang dijangkiti.\n\nPenyakit ini boleh berjangkit tetapi kebanyakan jangkitan tidak menyebabkan penyakit. Risiko mendapat penyakit ini amat rendah, namun boleh meningkat oleh pelbagai faktor terutamanya bagi pesakit HIV disebabkan kurang daya tahan penyakit.\n\nTerdapat beberapa gejala yang menunjukkan seseorang individu itu telah dijangkiti batuk kering, iaitu:\n\nJika tidak mendapatkan rawatan dengan segera, individu itu akan berisiko mendapat komplikasi iaitu batuk berdarah, udara dalam paru-paru dan paru-paru bernanah. Oleh itu, segeralah mendapatkan rawatan doktor perubatan di hospital.\n\nKahak pesakit, pemeriksaan cecair atau tisu badan yang lain akan didiagnosa terlebih dahulu melalui ujian makmal. Diagnosa akan dilakukan berdasarkan ciri-ciri klinikal sekiranya tiada pengesahan mikrobiologi.\n\nPesakit akan dirawat dengan rawatan pelbagai ubat selama 6 bulan. Selama 2 bulan, ubat isoniazid, rifamipicin, pyrazinamide dan ethambutol akan diberikan selama 2 bulan. Kemudian, selama 4 bulan akan diberikan ubat isoniazid dan rifamipicin.\n\nBagi pesakit batuk kering yang rentan ubat, lebih sukar dirawat. Mereka perlu dirawat oleh pakar yang terlatih. Selama 18 hingga 24 bulan, sebanyak 4 hingga 6 jenis ubat perlu diberikan.\n\nBagi memastikan pesakit mengambil setiap dos ubat, Rawatan Di Bawah Pemerhatian Langsung atau isolasi diberikan. Para pesakit akan diasingkan daripada pesakit lain apabila dimasukkan ke dalam wad.\n\nMereka akan sentiasa diawasi oleh petugas kesihatan yang terlatih selama 6 bulan. Apabila hendak memeriksa dan mendekati pesakit, staf hospital perlulah memakai sarung tangan dan topeng mulut.\n\nAda beberapa kriteria kemasukan pesakit ke hospital iaitu:\n\nTerdapat beberapa perkara penting untuk mengawal jangkitan batuk kering yang sangat berbahaya ini. Antaranya ialah:\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang batuk kering dari aspek punca, cara jangkitan, gejala dan rawatan yang diperlukan. Jangan ambil mudah tentang penyakit ini, lebih-lebih lagi bagi golongan tua dan kanak-kanak.\n\nSentiasa menjaga kebersihan diri, jauhkan diri daripada tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai. Jika ada tanda-tanda yang dinyatakan segera dapatkan rawatan di hospital. Ini kerana penyakit batuk kering boleh menjangkiti ahli keluarga dan orang berhampiran.\n\nMoga bermanfaat. Baca juga punca penyakit tibi dan batuk kering kanak-kanak"
"Nota Editor :Nazali Noor merupakan seorang penulis buku yang telah berjaya mencapai status bestseller beberapa tahun dahulu dengan tajuk buku \u201cUlu Yam di Liverpool -Aku Bukan Mat Salleh Celup\u201d. Beliau juga merupakan pensyarah Kanan di Liverpool John Moores University. Buku tulisan terbaru beliau adalah \u201cAnak-anak Abah\u201d yang boleh didapati di Facebook. Klik sini\n\nNajmi tidak sebijak Kakyongnya Najwa. Juga tidak sepopular Najman anak kedua saya.\n\nJadi apa istimewanya Najmi? Di mana dia mencari identiti dirinya agar dia tahu akan potensi dan kekuatan dirinya yang dia juga anak yang unik dan penuh keistimewaan?\n\nJujurnya Najmi adalah klon saya. Wajahnya, fizikalnya, cara berjalannya persis saya. Tapi nalurinya, tindakannya, cara dia memahami dan melontar pandangan saling tak tumpah seperti Ain.\n\nDia tidak banyak bicara tapi seorang pendengar yang sangat baik. Seorang yang sangat patuh dan bertanggungjawab. Dalam banyak keadaan dia yang banyak mengalah dari kakak dan abangnya. Dalam semua keadaan dia mendahulukan adik adiknya Adam dan Awwab.\n\nDalam kesemua anak anak saya Najmilah yang paling reliable dan paling matang.\n\nDisuruh apa sahaja dia tak pernah berkata \u2018Ahh\u2019 atau bertangguh tangguh. Tak kira macamana letih atau penatpun dia akan sentiasa buat apa yang diminta tanpa rungutan.\n\nDia anak yang paling pandai mengambil hati saya dan Ain. Dalam banyak keadaan acapkali kami rasa Najmilah yang jadi anak sulung dari anak kami berlima kerana sikap prihatin dan tanggungjawabnya.\n\nDia bukan antara pelajar yang senang dapat dan faham seperti Najwa kerana itu dia selalu kata pada saya,\n\n\u201cAbah, Najmi tak pandai macam Kakyong jadi Najmi kena usaha lebih kan Bah?\u201d\n\nKerja sekolahnya sentiasa tip top dan sistematik kerana dia tahu dia harus usaha lebih untuk faham sesuatu.\n\nDia tak betah meminta minta atas apa juga yang dia korbankan untuk abang, kakak mahupun adik adiknya.\n\nReward pada Najmi sangat mudah. Cukup dengan ucapan terima kasih dan ciuman di pipi dan ubun ubunnya.\n\nBerbanding Najman yang sentiasa suka populariti dan dipuji puji, Najmi lebih senang jika dia dihargai dengan hanya segaris senyuman di bibir kami.\n\nDia yang paling kerap membantu Ain di homestay milik kami. Ke kedai membeli itu ini dan abang yang paling disayangi Adam dan Awwab.\n\nPernah dalam sembang saya bersama Najmi saya kata\n\n\u201cNajmi.. Abah nak mintak tolong tau kat Najmi\u201d\n\n\u201cKalaulah abah dah takda kan nanti, Najmi janji dengan abah Najmi akan jaga mama dan adik adik ya Najmi?\u201d\n\nTanpa berfikir lama dia balas pertanyaan saya\n\n\u201d I promise abah. Najmi anak lelaki kan? I will look after mama, Adam, Awwab and the family.\n\nBut I am sure you going to live longgggg very very longggg time.\n\nNajmi anak saya yang paling suka memeluk saya dan pada usia remajanya kini dia masih senang dipeluk cium oleh saya da. Ain tanpa rasa segan dan malu.\n\nDia anak remaja yang sentiasa mencari masa untuk menempel dengan kami walau sekadar bergebang kosong.\n\nSeringkali datang menawarkan diri untuk mengurut dan memijak belakang Ain dan saya hampir setiap malam tanpa jemu.\n\nPernah sekali saya minta dia pijak dan urut belakang dari usai solat isyak kerana keletihan sampai saya tertidur. Bila saya terjaga sudah hampir tengah malam Najmi masih setia mengurut walau dia dah tersangap sangap kepenatan.\n\n\u201cEh laaa kenapa tak tidur lagi ni? Bila abah dah tertidur Najmi berhenti ajalah urut abah.\u201d\n\n\u201cTakpalah abah penat kan bah? Kesian kat abah letih sakit badan\u201d\n\nDi sekolah Najmi disenangi semua guru gurunya. Dia seorang yang sangat aktif bersukan dan mewakili Liverpool dalam pertandingan bola keranjang.\n\nBaru baru ini dia menerima anugerah di sekolahnya sebagai \u201cmost valuable player\u201d di anugerah sukan di sekolah. Kerana dia kapten pasukan bola keranjang dan bermain untuk pasukan sekolah dan daerah untuk year 9 walau dia masih di year 8.\n\nPencapaian akademiknya juga sangat baik. Dia sebtiasa mendapat pujian dari kesemua guru dan digekar \u201cMr reliable\u201d oleh guru guru sekolah.\n\nSaat paling emosi pada saya bila Najmi tanyakan saya satu soalan\n\n\u201cAbah can I ask you a question bah?\u201d\n\nSaya pandang wajahnya dengan dahi yang berkerut\n\n\u201cOf course Najmi? Ada yang tak kena ke Najmi?\u201d\n\n\u201d Takdalah bah. I just want to ask you this\u201d\n\nDia diam seketika menyusun ayat saya kira\n\n\u201d Bah.. You know that I am not as clever as Kakyong nor as glamourous and confident as Najman kan bah?\n\nI just want to know if you are proud of me?\n\nIf you are not takpa bah.\n\nShow me the way how to improve bah.\n\nI will work hard to make you and mama proud of me.\nI promise\u201d\n\nTekak saya kering dan mata saya berkaca.\n\nDia hampiri saya dan kami berpelukan.\n\n\u201d I am so proud of you Najmi. You are a perfect son to abah and mama.\n\nA son that any parent will be proud and wishing for.\n\n\u201cThat is the best gift I ever had from you abah.\n\nAnak anak adalah talian hayat kitakan teman?\n\nSetiap mereka istimewa dengan cara tersendiri.\n\nJangan beza bezakan kasih sayang antara mereka ya?\n\nBila abah dah takda nanti abah nak Najmi baca semula coretan dari hati abah ni ya nak?\n\nShow this entry to your children that you are an amazing kid\n\nAnd tell all of them that I am so proud of you."
"Apakah penyakit HFMD? Penyakit HFMD merupakan singkatan bagi penyakit tangan, kaki dan mulut. Ia disebabkan oleh enterovirus [Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71)]. \n\nJadi, di sini kami kongsikan tip cegah penyakit HFMD dari Dr Afiq Rahim untuk pembacaan anda. Secara umum, penyakit ini mudah menjangkiti bayi dan kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun. \n\nIni kerana, mereka belum lagi mempunyai perlindungan atau imuniti terhadap enterovirus. Namun, didapati kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa juga boleh dijangkiti HFMD. \n\nSemalam viral seorang kanak-kanak di Sarawak dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Hasil siasatan pihak KKM mendapati, kanak-kanak berusia 2 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dan bukan berpunca akibat jangkitan HFMD walaupun pesakit mempunyai penyakit tersebut pada masa yang sama.\n\nPenyakit HFMD kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya. Namun sekiranya dibiarkan, kanak-kanak yang menderita akibat HFMD akan mengalami dehidrasi air dan komplikasi yang lain.\n\nBerikut adalah beberapa tips yang berguna terutama ibubapa untuk mencegah penyakit HFMD ini. \n\nBagaimanakah Penyakit HFMD Boleh Dicegah Daripada Menjangkiti Anak-Anak?\n\n1) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.\n\n2) Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.\n\n3) Elakkan berkongsi barangan peribadi dengan pesakit HFMD\n\n4) Sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.\n\n5) Bersihkan peralatan yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak yang dijangkiti HFMD.\n\n6) Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau simptom jangkitan.\n\n7) Elakkan anak-anak yang dijangkiti dengan HFMD ke tempat awam\n\n8) Ibubapa digalakkan mengambil Cuti untuk menjaga anak-anak mereka yang dijangkiti penyakit HFMD\n\n9. Berikan Diet Yang Seimbang Kepada Anak Anda\n\n10. Dapatkan Tidur atau Rehat Secukupnya\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Memang susah untuk cari istilah yang sesuai menggambarkan anak-anak anugerah Allah ini. Namun secara asasnya, tips ini khusus buat ibubapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan \u2013 ADHD, dyslexia, autism, learning disorder, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.\n\n#1 Pastikan Anda Faham Diagnosis Anak Anda.\n\nDapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, samaada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.\n\nBagi anak yang sudah bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah \u2013 penting untuk pastikan anak dapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/pendidikan.\n\n#3 Bincang Dengan Doktor Dan Cikgu Tentang Penempatan Sekolah\n\nIni akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan \u2013 samaada kekal mainstream, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.\n\n#4 Letakkan Situasi Pada Perspektid Yang Tepat\n\nFahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar \u2018perangai\u2019. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, ia mungkin akan jadi kenangan yang manis untuk anda.\n\n#5 Jangan Terlalu Tertekan Dengan Perkara Yang Kecil.\n\nAda kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada kala anda terpaksa mengalah bila mereka tak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.\n\n#6 Kekalkan Sisi Positif Anak Anda\n\nTidak kira betapa sukarnya menjaga dia, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali dia buat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.\n\nAnda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.\n\nWaktu makan, bermain, tidur, keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.\n\n#9 Tetapkan\u00a0Jangkaan Yang Realistik Sesuai Dengan Kemampuan Anak Anda\n\nJika anak anda ada masalah autism, dyleksia dan learning difficulties, jangan paksa mereka jadi engineer/doktor/arkitek bila besar nanti.\n\n#10 Cipta Makna Kejayaan Bagi Anak Anda Sendiri\n\nSeperti kata guru saya, ada kalanya, ada seorang ibu perlu realistic dan berpada dengan meletakkan tanda aras Berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tak jadi pelajar harapan sekolah pun tidak apa. raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.\n\nDan yang paling penting, berbaik sangka dengan Allah. Setiap yang diatur olehNya adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan putus asa untuk terus berdoa, agar Allah memelihara mereka ketika kita ada dan nanti bila kita tiada.\n\nSebahagian tips diolah dari tulisan Smith & Segall, 2015."
"Setiap anak itu unik. Masing-masing ada kelebihan, kekuatan dan kemahiran tersendiri. Namun, sangat menyedihkan di mana \u2018kepandaian\u2019 itu hanya diukur dari segi akademik semata-mata.\n\nAnak yang pandai membaca umur 4 tahun,\n\nAnak yang hafal sifir umur 7 tahun,\n\nAnak yang mampu menulis beribu-ribu patah perkataan,\n\nKena pandai MEMBACA, MENULIS, MENGIRA baru dikatakan pandai.\n\nKesian anak-anak yang baru 4 tahun ini dimana masih \u2018sibuk\u2019 berlari, melompat, memanjat dan bermain ini dikatakan \u2018nakal\u2019, tidak duduk diam, tidak fokus belajar.\n\nHakikatnya, setiap manusia itu mempunyai kemahiran, kecenderungan dan potensi yang berbeza. Tidak semestinya mereka lambat membaca itu mereka tidak pandai.\n\nKenali potensi setiap anak. Cara mereka berbeza. Didik mereka selaras dengan MINAT mereka. Terdapat pelbagai cabang bidang \u201ckepandaian\u201d yang patut dilihat oleh ibu bapa dalam diri anak-anak.\n\nMari kita pelajari apa itu MULTIPLE INTELLIGENCE yang diketengahkan oleh Prof. Howard Gardner. Menurut beliau, intelligence inilah yang membezakan setiap manusia.\n\nKanak-kanak yang tergolong dalam kumpulan ini cenderung dikategorikan sebagai word smart. Mereka lebih cepat bercakap dan petah dalam berkomunikasi.\n\nKanak-kanak golongan ini mempunyai kepintaran logikal atau matematikal. Mereka mempunyai kemahiran berfikir secara logikal yang tinggi.\n\nMereka mudah faham corak, eksperimen, fakta, matematik dan perkara-perkara yang kompleks.\n\nGolongan ini mempunyai tahap imaginasi yang tinggi. Mereka mempunyai kepakaran menggunakan ruang dan visual. Orang kata \u2018berseni\u2019.\n\nHaaaa.. Kanak-kanak golongan ini memang selalu dilabel LASAK, HIPERAKTIF dan TIDAK DUDUK DIAM. Memang selalu mengundang cikgu-cikgu sekolah pening kepala. \ud83d\ude02\n\nNamun, sebenarnya mereka perlu diberi ruang dan mempelbagai aktiviti yang membolehkan mereka bergerak untuk membantu perkembangan secara optimum.\n\nAnak-anak kategori ini mempunyai daya pendengaran yang tinggi. Mereka juga dikatakan hebat mentafsir perhubungan antara bunyi dan perasaan.\n\nGolongan ini mempunyai kemahiran mengawal emosi dengan baik. Selalunya anak-anak ini mempunyai perwatakan yang mudah disenangi oleh orang sekeliling dan mudah didekati.\n\nMereka ini dikatakan mempunyai kemahiran sosial yang baik. Peramah, pandai menjaga perasaan orang lain dan pandai bergaul.\n\nKanak-kanak ini selalunya mempunyai ramai kawan dan mampu mengekalkan hubungan baik dengan orang lain dalam jangka masa yang panjang.\n\nMereka dan alam berpisah tiada. Golongan ini sukakan alam semulajadi. Anda akan dapat lihat anak-anak ini gemar mengutip batu, daun kering, bunga dan sebagainya.\n\nKutip bukan sebarang kutip. Sebenarnya, mereka sedang memerhati, mengeksplorasi dan mempelajari tentang alam semulajadi.\n\nSelalunya anak-anak ini juga sangat tertarik dengan perubahan fenomena alam semulajadi seperti fenomena hujan, kitaran hidup haiwan dan sebagainya.\n\nAnak-anak jenis ini peka akan kewujudan Maha Pencipta. Mereka akan mengaitkan setiap yang dilihat di sekeliling mereka adalah tanda ciptaan Allah swt dan kekuasaanNya.\n\nSecara tidak langsung, mereka akan mudah menyebut Subhanallah, Alhamdulillah dan tahu bila hendak mengucapkan kalimah-kalimah memuji Ilahi.\n\nKenalilah potensi setiap anak dan berikan rangsangan yang betul berdasarkan minat mereka. Anak yang berjaya tidak semestinya straight A\u2019s tetapi berjaya dalam bidang yang mereka MINAT!\n\nSumber: Buku \u201c3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna\u201ddaripada Puan Adlil Rajiah."
"\u2018Syurga seorang isteri terletak pada tapak kaki suami\u2019. Kita selalu mendengar ayat ini sebelum berkahwin lagi. Di alam perkahwinan sangat indah kerana kita dapat meneruskan hidup kita bersama pasangan di masa susah dan senang. Itu adalah salah satu kelebihan apabila mula masuk ke alam perkahwinan.\n\nPada awal-awal perkahwinan, bak kata orang waktu itu masih lagi berbunga-bunga dan jika gaduh pasti akan diselesaikan dengan cepat. Jika keluar pergi kerja atau khusus, pasti akan mula rindu walaupun tidak sampai 24 jam tinggalkan pasangan. \n\nUntuk mengekalkan kemanisan rumahtangga bukan mudah kerana ada turun naiknya. Jadi, bagaimanakah untuk mengekalkan kemanisan rumahtangga tersebut?\n\nDaripada perspektif seorang isteri, terdapat beberapa cara atau tips yang boleh digunakan untuk mengekalkan kemanisan rumah tangga. Antaranya adalah membuatkan suami selalu rindu akan isterinya. Bagaimana pula untuk membuat suami rindukan isterinya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips-tips untuk isteri buat suami cepat rindu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nTips-tips untuk isteri buat suami cepat rindu\n\nIni adalah beberapa strategi licik yang anda boleh buat pada suami sendiri:\n\n*Berikut adalah tips-tips untuk membuat si suami sentiasa rindukan isterinya apabila tidak bersama. Buat isteri-isteri di luar sana, boleh lah ikuti tips ini untuk mengekalkan kemanisan rumahtangga anda. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mengandung luar rahim juga dikenali sebagai mengandung anggur. Bahasa inggerisnya ialah ectopic pregnancy. Setiap wanita pasti berasa ngeri apabali mendengar perkataan mengandung luar rahim. Jom kami kongsikan info tentang mengandung luar rahim.\n\nApa yang dimaksudkan dengan mengandung luar rahim?\n\nDalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan ialah\u00a0ectopic pregnancy. Perkataan\u00a0ectopic\u00a0bermaksud \u201cdi tempat yang salah\u201d. Dan seperti namanya, kehamilan ektopik bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.\n\nDalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim, implantasi berlaku dalam tiub falopio. Apabila janin berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.\u00a0 Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa.\n\nKehamilan diluar rahim tidak bertahan lama dan harus digugurkan dengan segera.\n\nBagaimana mengandung luar rahim boleh berlaku?\n\nTelur yang telah disenyawakan akan mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak dari ovari ke rahim\u00a0melalui tiub falopio. Ia sepatutnya diimplantasi dan mula berkembang didalam rahim. Namun, masalah pada tiub falaio seperti tiub rosak, tersumbat atau sempit boleh menghalang telur yang telah disenyawakan daripada sampai ke destinasi yang sepatutnya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.\n\nSiapa yang mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim?\n\nKehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi risiko anda akan meningkat sekiranya anda:\n\nApakah tanda atau simptom mengandung luar rahim?\n\nAgak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman\u00a0keguguran\u00a0seperti senggugut dan keluar sedikit darah.\u00a0Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:\n\nJika kehamilan di luar rahim tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut:\n\nApa yang anda perlu lakukan jika anda syak sedang mengandung luar rahim?\n\nJika anda mengalami simptom-simptom yang kami sebutkan di atas, sila berjumpa\u00a0 doktor dengan segera. Jika tiub falopio anda telah pecah, anda perlu terus dibedah. Tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal\u00a0 dan pembedahan dapat dirancang, jika perlu.\n\nAnda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan. Ujian darah juga perlu dilakukan untuk mengukur tahap hormon\u00a0chorionic gonadotrophin\u00a0(hCG). Ia bukan sahaja akan\u00a0memberitahu samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan salah satu tanda kehamilan di luar rahim.\n\nDoktor juga akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadangkala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan semula selang beberapa hari.\n\nJika doktor mengesyaki anda\u00a0 mengandung luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda.\n\nApa yang akan dilakukan oleh doktor apabila anda disahkan mengandung luar rahim?\n\nSebaik sahaja anda disahkan mengandung luar rahim dan tiub falopio anda masih belum pacah, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan janin tersebut. Tiub falopio anda tidak akan dibuang jika ia boleh dibaiki. Kaedah laparoskopi adalah lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:\n\nJika tiub falopio anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang.\u00a0Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada:\n\nDalam kes di mana tiub falopio dapat diselamatkan, kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat untuk menggugurkannya atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya.\n\nAdakah mengandung luar rahim boleh menjejaskan kesuburan?\n\nJawapannya ialah ya. Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. Namun jika salah\u00a0satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, peluang anda untuk mengandung lagi akan menurun, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat penyakit radang pelvik atau endometriosis.\n\nApakah kebarangkalian untuk anda mengandung luar rahim lagi?\n\nTerdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk anda mengandung luar rahim pada kehamilan yang seterusnya. Walau bagaimanapun, risikonya bergantung kepada tahap kesuburan anda\u00a0 dan tahap kerosakan yang telah berlaku.\n\nTidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda.\n\nItulah dia info tentang mengandung luar rahim yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk kali ini. Semoga bermanfaat."
"Tempat kerja adalah tempat kita mencari rezeki. Walau perlu hadap muka boss hari-hari tapi itu sudah menjadi sebahagian daripada tugas. Tapi bayangkan bila tiba-tiba boleh terjadi pergaduhan dengan rakan sekerja dan ini benar-benar boleh menyebabkan rasa stress. Tak elok sebenarnya gaduh dengan rakan sekerja ni dan jika benar telah berlaku cepat-cepatlah pulihkan semula perhubungan. \n\nNak tak nak demi tugas dalam mencari rezeki, wajah rakan sekerja yang sama tetap perlu dihadap juga setiap pagi dan setiap hari melainkan hari cuti. Jadi bila sikap sudah bersikap dingin begini, bagaimana nak berkerja dengan baik kan? Sebab itu hubungan sesama rakan sekerja ini perlu di jaga sentiasa. \n\nGaduh Dengan Rakan Sekerja Hanya Mendatangkan Masalah \n\nBila sudah bergaduh dengan rakan sekerja pastinya tidak rasa selesa. Manakan tidak, walau sudah tidak bercakap dan bertegur sapa namun tetap terpaksa juga berjumpa dan mungkin tak dapat elak langsung dari bertemu muka. \n\nMacam mana nak fokus buat kerja dengan suasana yang tidak selesa begini? Jadi adalah lebih baik dengan segera mencari jalan penyelesaian untuk pulihkan hubungan dengan rakan sekerja segera. Tak kiralah siapa yang salah asalkan diri sendiri dulu segera beralah. Beralah tak bererti salah. \n\nCara Pulihkan Hubungan Dengan Rakan Sekerja \n\nBila dah\u00a0gaduh dengan rakan sekerja, walaupun diri sendiri yang menang namun semangat untuk berkerja bersama sudah tidak ada lagi. Secara tidak langsung rasa seronok untuk ke tempat kerja sudah semakin hilang dan prestasi kerja juga boleh ikut menurun. Kerana itu adalah lebih baik untuk segera berbaik dan jangan lakukan perkara bodoh\u00a0dengan bergaduh lagi untuk kali yang seterusnya. \n\nAntara tips bagaimana untuk pulihkan hubungan dengan rakan sekerja adalah : \n\nSelalunya bila sudah bermasam muka pasti susah untuk bertegur sapa,\u00a0jadi mulakanlah dengan ucapan selamat pagi dengan penuh senyuman. Tak kisah la dia nak balas atau tak tapi sekurang \u2013 kurangnya anda sudah memulakan langkah pertama hari ini. \n\n#2 \u2013 Kekalkan Diri Dengan Aura Positif \n\nMasuk kerja dengan aura yang positif adalah penting. Dengan cara begini diri sendiri akan rasa lebih tenang dan bersemangat. Jangan lupa juga untuk tegur semua rakan-rakan sekerja termasuklah rakan sekerja yang sedang bergaduh dengan anda pada waktu ini.\n\n#3 \u2013\u00a0 Ringankan Tulang\u00a0Untuk Kerja Bersama\n\nBiasanya dekat pejabat kerja pasti menimbun maka untuk pulihkan\u00a0 hubungan dengan rakan sekerja bolehlah dimulakan dari situ. Sebagai contoh, bila lihat rakan sekerja tengah sibuk banyak kerja dan perlukan bantuan, jadilah ringankanlah tulang untuk membantunya walaupun dia tidak minta bantuan anda. Orang sebegini selalunya mungkin akan menolak tapi anda perlu bersabar dan bersikap tenang.\u00a0\n\n#4 \u2013 Belanja Makan\u00a0Untuk Berbaik Semula\n\nUntuk pulihkan suasana di tempat kerja anda perlukan sedikit usaha, buat la sedikit amal jariah sewaktu lunch belanja mcd ke belanja makan ke, orang kata makanan nih kan satu penawar yang mujarab.\n\nMakan boleh buat orang kembali bertenaga dan ceria, mungkin cara nih dapat rapatkan\u00a0 balik hubungan dengan rakan sekerja anda walau gaji kita tak banyak mana jangan kedekut, apa yang anda beri insyallah lebih yang anda dapat.\u00a0\n\n#5 \u2013 Cari Punca\u00a0Kenapa Boleh Pergaduhan Ini Berlaku\n\nJangan lupa untuk turut cari punca kenapa hubungan dengan rakan sekerja itu boleh menjadi keruh. Anda ada hutang dengan dia ke, ada salah cakap ke, atau kadang-kadang anda tak sedar yang anda buat silap. Cuba bertanya dan rendahkan ego dan\u00a0 kalau ada yang anda tidak puas hati dengaannya baik luahkan saja dari terus pendam rasa. Daripada bergaduh ada baiknya berdan cuba cari jalan penyelesaian yang baik.\u00a0\n\n#6 \u2013 Minta Maaf Dengan Ikhlas\n\nDengan ego masing-masing memang masalah takkan selesai,\u00a0maka ada baiknya untuk minta maaf. Jika tak boleh minta maaf secara berdepan atau boleh juga minta maaf melalui SMS atau whatsapp. \n\nTak salah kalau anda meminta maaf dulu, kalau malu untuk berdepan anda boleh hantar melalui sms ke selitkan pada coklat ke apa-apa saja cara yang pulihkan keadaan. Tak baik bermasam muka lama-lama.\n\nKadang-kadang punca utama adalah sifat yang suka bergosip di tempat kerja. Jangan bergosip, silap-silap boleh jadi fitnah. Bincanglah hal kerja jangan libatkan soal pribadi sekali.\u00a0Jangan lagi bergosip takut nanti boleh jadi punca pergaduhan lagi dengan rakan sekerja. \n\n#8 \u2013 Jaga Privasi Sesama Rakan Sekerja Dengan Baik\n\nBila anda kerja dia satu tempat kerja memang tak lari dari buat kesilapan. Walaupun anda rapat jagalah privacy masing-masing dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Sentiasa elakkan diri daripada bergaduh di tempat kerja. \n\nGaduh Dengan Rakan Sekerja Boleh Dielak Dari Awal \n\nSedar ataupun tidak masalah pergaduhan dengan rakan sekerja ini boleh diatasi sejak dari awal lagi. Cara paling mudah adalah dengan berbuat baik dengan semua orang. Bila kita baik dengan orang maka orang pun akan baik dengan kita. \n\nJangan juga diperbesarkan perkara yang kecil sebab nanti wajah rakan sekerja itu juga yang akan perlu dihadap setiap hari. Amalkan hubungan yang harmoni di tempat kerja barulah rezeki senang nak masuk. Bila semua berbaik-baik masa nak pergi kerja pun happy dan masa nak balik kerja pun rasa gembira juga. \n\nSedangkan suami isteri pun bergaduh kan, inikan pula rakan sekerja. Jadi jagalah hubungan rakan sekerja sebaiknya demi kebahagiaan bersama dalam mencari rezeki. Baca juga Blog Mau Kerja"
"Tugas seorang isteri tidak boleh dipandang rendah. Tugas mereka lebih mencabar dan bukan semua orang boleh membuatnya. Menyiapkan pakaian anak, masak makanan untuk seisi keluarga, mengemas rumah, mendidik anak semua itu, bukan semua orang boleh buat.\n\nZaman sekarang banyak kisah si isteri stress kerana menguruskan hal keluarga seorang diri di rumah. Jika bukan si suami yang membantu isteri, siapa lagi yang boleh membantu. Itu jika si isteri menjadi suri rumah sepenuh masa, bagaimana pula jika isteri yang bekerja. \n\nSemestinya mereka akan lebih penat berbanding suri rumah sepenuh masa. Mereka perlu menguruskan hal keluarga dan kerja pada masa yang sama. Begitu hebat sekali isteri zaman sekarang.\n\nJadi sebagai suami, kita perlu membuat sesuatu untuk meringankan beban si isteri. \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk suami hilangkan penat si isteri. Info ini dikongsikan oleh\u00a0Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq. \n\n5 Tips untuk hilangkan penat isteri \n\n1. Minta si dia berterus terang\n\nKebanyakan isteri yang penat ni dia takkan bagitahu pun dia penat. Paling teruk pun dia akan menangis sendirian di dalam bilik je. Paling bahaya kalau ianya bertukar stres yang terpendam!\n\nTugas suami lah untuk korek dan minta isteri berterus terang. Dengan cara itulah suami boleh tahu apa yang sedang dihadapi oleh si isteri. Isteri pun akan lebih rasa diperhati dan dihargai\n\n2. Cari tahu sumber kepenatan isteri\n\nLain orang lain sumber utama kepenatannya. Ada yang sumber utama kepenatannya datang daripada pinggan mangkuk, ada yang datang daripada kain yang tak berlipat, ada yang datang daripada kain yang tak sempat disterika dan bermacam macam lagi.\n\nSuami lah yang kena kreatif untuk bagi solusi pada setiap kepenatan tersebut. Tak salah pun kita invest sedikit wang untuk beli gajet dapur ke, upah tukang kemas rumah ke atau beli perkakas yang boleh mudahkan urusan harian isteri asalkan isteri kita tu tak tenggelam dalam kepenatan yang boleh membunuh jiwanya.\n\nSerius! Dengan sedikit pujian dah boleh mengurangkan kepenatan isteri kita kerana pujian juga adalah sejenis Social Reward pada otak si isteri. Mengikut kajian, social reward ni kesannya pada otak kita sama dengan kita menerima sedebuk duit cash!\n\nTelinga lelaki ni bukan dicipta untuk diri mereka sendiri sahaja sebenarnya. Ianya juga adalah alat untuk terapi jiwa seorang isteri.\n\nBiarkan mereka membebel dan meluahkan segalanya di atas lengan kita. Tadahkan telinga kita untuk mereka! Belajar untuk ketap bibir daripada memberikan sebarang solusi. Biarkan mereka meluahkan dulu apa yang terbuku di hati. Itulah baru dinamakan Listening Therapy bagi seorang isteri.\n\n5. Ajak si dia dating & bercuti\n\nBanyak kepenatan isteri ni datang daripada pekerjaan yang sama dan berulang ulang setiap hari. Ini semua membawa kepada Mental Exhaustion.\n\nCaranya adalah dengan membawa isteri kita tu keluar sekejap daripada kitaran harian mereka dengan bercuti dan berdating berdua. Kita break her daily routine! InsyaAllah bila mereka kembali ke rumah nanti, mereka akan kembali dengan lebih bersemangat dan bertenaga kembali!\n\n*Tips ini boleh dicuba oleh para suami jika ingin menghilangkan penat si isteri. Tips ini tidak memerlukan tenaga dan masa yang banyak dan lama, hanya puji si isteri dan tunjukkan bahawa kita hargai hasil kerja mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Peranakan jatuh adalah keadaan di mana rahim tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya dan jatuh ke bawah lalu masuk ke dalam faraj. Peranakan jatuh akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan. Ia akan menjadi semakin teruk sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera.\n\nApakah jenis peranakan jatuh dan apakah perbezaannya?\n\nTerdapat 3 jenis peranakan jatuh dan setiap satu daripadanya berbeza di antara satu sama lain. Jom kami terangkan ketiga-tiga jenis rahim jatuh.\n\nPeranakan jatuh berlaku kerana kelemahan pada otot pelvis. Otot pelvis boleh menjadi lemah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:\n\nDi antara tanda awal peranakan jatuh yang akan ditunjukkan oleh tubuh badan ialah seperti berikut:\n\nSelain itu, wanita yang mengalami peranakan jatuh juga akan mengalami tanda-tanda dibawah:\n\nWanita yang mempunyai masalah peranakan jatuh mungkin akan mengalami komplikasi yang berikut:\n\nJenis rawatan untuk peranakan jatuh bergantung kepada faktor-faktor berikut:\n\nSekiranya masalah peranakan jatuh yang dialami berada pada tahap permulaan dan belum serius, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi. Senaman pelvis adalah jenis rawatan yang akan diberikan. Pesakit akan diajar teknik senaman pelvis yang betul untuk membetulkan semula kedudukan peranakan.\n\nBerurut juga membantu masalah peranakan jatuh. Anda boleh mencari tukang urut ataua bidsn yang pandai sengkak perut untuk menaikkan semula rahim ke kedudukan yang asal.\n\nPesari faraj iaitu alat berupa gelang juga boleh dipakaikan pada serviks pesakit peranakan jatuh bagi menyokong rahim darioada terus jatuh. Gelang tersebut perlu ditukar setiap 4 bulan.\n\nTerapi penggantian estrogen adalah kaedah rawatan dimana pesakit akan diminta untuk mengambil hormon estrogen bagi mengelakkan otot pelvis menjadi lemah.\n\nTerdapat juga beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah peranakan jatuh. Dua pembedahan tersebut ialah:\n\nBagaimana cara untuk mencegah peranakan jatuh?\n\nAnda boleh mencegah peranakan jatuh dengan cara:\n\nItulah dia info tentang peranakan jatuh yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekiranya anda sukakan artikel ini, ada juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda mengandung luar rahim, kanser rahim, dan petua cepatkan bukaan rahim"
"Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara puratanya dua jam setiap hari. Pastinya terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis seperti mereka letih, lapar, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas. \n\nSetiap individu khususnya ibu bapa, keluarga terdekat serta orang sekeliling akan merasa kurang senang apabila mendengar bayi menangis, apatah lagi jika bayi itu berteriak kuat dan berpanjangan.\n\nTahukah anda, jika bayi anda menangis melebihi purata 3 jam sehari, berkemungkinan bayi tersebut terkena sawan tangis atau infantile colic.Awas, anda harus kerap kali memastikan bayi anda selesa untuk mengelakkan daripada menangis setiap masa.\n\nApakah Sawan Tangis? Sawan Tangis Ini Bagaimana?\n\nSawan tangis merupakan keadaan bayi yang menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu atau lebih. Keadaan ini sering berlaku sebenarnya memandangkan ianya terjadi kepada satu hingga dua daripada lima bayi yang dilahirkan dimana-mana tempat sekalipun. \n\nBayi yang mengalami masalah sawan tangis kebiasaannya menangis berlebihan terutama sekali pada waktu petang dan malam namun serangan sawan tangis ini masih boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia amat sukar dijangka. \n\nSelalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu. Apabila usia bayi mencecah tiga atau empat bulan, ia berhenti sedikit tetapi adakalanya keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan atau lebih.\n\nJika dilihat, bayi yang mengalami sawan tangis mempunyai tangisan yang amat luar biasa kuatnya dan kadangkala rasa seperti telinga hendak menjadi pekak akibat mendengar suara tangisan tersebut yang amat nyaring sekali. \n\nTanda-tanda sawan tangis boleh dikesan ketika bayi menangis, tangan mereka tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat. \n\nPelbagai usaha perlu dilakukan ketika sawan tangis terjadi. Antaranya seperti memberi bayi susu badan, puting tiruan, mendodoi serta membedung bayi. Namun lazimnya, usaha ini masih gagal untuk mententeramkan bayi daripada berhenti menangis. \n\nSawan tangis juga dapat menyebabkan perut bayi menjadi kembung (masuk angin) kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi terasa tidak selesa.\n\n10 Punca Sawan Tangis Ibu Bapa Perlu Tahu\n\nBagi mengelakkan daripada berlakunya sawan tangis, anda harus kenal pasti apakah punca dan penyebabnya. Bolehlah kita berjaga-jaga sebelum terkena. Jom kita lihat 10 punca sawan tangis sering berlaku pada bayi.\n\nBiasanya bayi yang mengalami abdomen sakit akan menangis akibat kesakitan. Ia merupakan salah satu simptom atau punca sawan tangis. Biasanya bayi akan menangis selama lebih dari 3 jam dan akan berhenti apabila keletihan.\n\nBayi yang tidak selesa juga akan menyebabkan sawan tangis. Biasanya dari faktor persekitaran, suhu dan sebagainya. Jadi, apabila bayi tidak selesa, pasti mereka akan menangis untuk mengatakan bahawa mereka di dalam keadaan yang tidak baik. Anda harus peka akan hal ini.\n\nDalam masyarakat kita serta agama Islam khususnya, punca utama sawan tangis adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus. Biasanya, bayi yang baru lahir ini dapat melihat makhluk halus atau jin yang dipanggil ummu sibyan ini. \n\nBiasanya makhluk halus ini akan menggangu bayi sehingga mengalami gangguan tidur malam dan sebagainya.\u00a0Banyakkanlah membaca doa dan ruqyah dalam rumah dan bayi anda.\n\n4. Susu Atau Makanan Tidak Hadam\n\nSawan tangis juga boleh berlaku apabila susu atau makanan yang diminum oleh bayi ini tidak hadam. Ia adalah salah satu punca sawan tangis yang ramai ibu bapa tidak peka. Hal ini akan mengakibatkan bayi menjadi tidak selesa dan akan menangis berterusan.\n\n5. Usus Sensitif Kepada Protein Yang Terkandung Dalam Susu\n\nBayi yang baru lahir biasanya amat sensitif terhadap protein yang terkandung di dalam susu. Jangan terkejut jika hal ini juga merupakan salah satu punca sawan tangis terhadap bayi. Jadi, apabila memilih atau memberi susu, pastikan ianya bersesuainya dengan bayi tersebut.\u00a0\n\n6. Alahan Terhadap Protein Susu Lembu\n\nBukan sahaja susu formula yang bayi minum, sawan tangis juga berlaku apabila bayi mengalami alahan terhadap susu lembu. Susu lembu yang murah biasanya mempunyai protein yang rendah. Tidak semua bayi sesuai untuk minum susu lembu tersebut. Pastikan anda memberi susu yang berkualiti tinggi terhadap bayi anda. \n\nPada mulanya, adalah cabaran kepada ibu bapa untuk mencuba pelbagai jenis susu dan melihat kesesuaian susu tersebut terhadap bayi. Tidak mengapa, asalkan sawan tangis dapat dielakkan.\n\nPunca angin dalam badan juga salah satu penyebab terjadinya sawan tangis. Biasanya angin dalam badan ini berlaku akibat alahan kepada susu dan sebagainya. Elakkan menangis juga supaya angin tidak terkumpul di dalam badan yang boleh menyebabkan sawan tangis.\n\n8. Menangis Tanpa Sebab Yang Jelas\n\nBiasanya bayi yang menangis tanpa sebab yang jelas juga salah satu punca terkenanya sawan tangis. Buat masa sekarang, doktor juga belum mengenal pasti 100% penyebab kepada sawan tangis ini.\n\n9. Menangis Dalam Masa Yang Tertentu Dan Tempoh Masa Yang Lama\n\nMenangis dalam masa yang tertentu dalam tempoh masa yang panjang juga adalah salah satu punca sawan tangis. Menangis adalah cara untuk bayi berhubung dan menunjukkan bahawa mereka mempunyai masalah. Jadi, apabila bayi anda kerap menangis pastikan anda memeriksa semua keadaan bayi anda.\n\n10. Interaksi Antara Ibu Dan Bayi Tidak Mencukupi Atau Kurang Sesuai\n\nPunca terjadinya sawan tangis juga datang dari interaksi ibu itu sendiri dengan anaknya. Biasanya interaksi yang tidak mencukupi atau kurang sesuai juga menunjukkan salah satu penyebab berlakunya sawan tangis ini. Sebagai ibu, anda haruslah memastikan interaksi dengan bayi mencukupi dan bayi sentiasa dalam keadaan yang selesa.\n\nAntara Cara Mengatasi Sawan Tangis Boleh Dilakukan\n\nSekiranya sawan tangis berlaku dan tidak dapat dielakkan, jangan bimbang. Atasinya dengan mudah. Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah sawan tangis.\n\nSekiranya bayi anda terkena sawan tangis, anda haruslah banyakkan bersabar. Jangan stress. Ini merupakan ujian untuk anda sebagai ibu bapa. Jika bayi anda tidak pulih dalam masa beberapa hari, anda harus membawanya ke rawatan perubatan Islam bagi yang beragama Islam. Insyaallah semuanya akan pulih seperti sediakala!\n\nJom baca juga Tips redakan tangisan anak, Punca bayi menangis malam dan Sebab bayi kuat menangis."
"Rukun iman ada 6 perkara. Salah satu daripadanya ialah percaya kepada malaikat, iaitu rukun iman yang kedua. Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang paling taat kepada Allah. Malaikat dibuat daripada api, sedangkan kita manusia dibuat daripada tanah liat yang busuk dan kotor. Malah malaikat adalah makhluk yang tidak berasa mengantuk, lapar, atau penat seperti manusia.\n\nDalam islam, terdapat banyak malaikat dan setiap satunya dicipta untuk tugas yang tertentu. Setiap malaikat mempunyai tugasan masing-masing. Mengajar tentang nama-nama malaikat dan tugasan mereka adalah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama anak-anak.\n\nIstimewa untuk anda, jom kenali malaikat dalam islam untuk si kecil. Pastinya anda anda akan berasa seronok untuk mengetahui nama-nama malaikat dan kisah mereka.\n\nSalah satu nama malaikat yang wajib anda perkenalkan kepada anak-anak ialah malaikat yang berada di bahu kiri dan kanan setiap manusia dan bertugas untuk mencatit setiap perbuatan yang dilakukan sepanjang hayat. Pastinya anak-anak anda akan berasa teruja bila mengetahui bahawa ada dua malaikat yang sentiasa mengikut dan duduk di bahu kiri dan kanan mereka.\n\nMalaikat Raqib adalah malaikat yang duduk di bahu kanan dan bertugas untuk mencatat setiap kebaikan dan perkara kebajikan yang kita lakukan. Tugasnya ialah untuk mencatat pahala kita.\n\nSementara Malaikat Atid adalah malaikat yang duduk di bahu kiri dan sentiasa mencatat segala dosa yang kita dapat akibat perbuatan jahat dan mungkar yang kita lakukan di dunia. Di akhirat nanti, setiap manusia akan dihisab di hadapan Allah. Setiap dosa dan pahala akan dibentangkan untuk pengadilan.\n\nMengajar anak-anak tentang Malaikat Raqib dan Malaikat Atid bukan sahaja menyeronokkan malah ia akan mengingatkan anak-anak agar sentiasa takut untuk melakukan dosa dan berlumba-lumba untuk mendapat pahala memandangkan ada malaikat yang sentiasa mencatat segala apa yang kita lakukan.\n\nIni adalah malaikat yang paling digeruni oleh umat islam. Ustaz dan ustazah selalu bercerita bahawa sebaik sahaja mayat dikuburkan, ia akan ditemani oleh dua malaikat yang akan menyoal mayat selama dia berada di dalam alam kubur. Kedua-dua malaikat ini bernama Mungkar dan Nangkir.\n\nJika sepanjang hidupnya mayat hidup dengan berlandaskan islam serta melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan, maka dia akan dapat menjawab soalan yang ditanya.\n\nNamun jika kita hidup sesuka hati tanpa memikirkan dosa pahala dan hari akhirat, di alam kubur nanti kita tidak akan mampu menjawab soalan yang ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Malaikat Nangkir. Maka kita akan disiksa dengan teruk sehingga hari kiamat. Betapa azabnya siksa di alam kubur, pastinya kita akan ketakutan jika dapat mendengar jeritan para penghuni kubur yang sedang diseksa.\n\nMalaikat Mikail bertugas untuk membawa rezeki kepada semua hidupan di muka bumi termasuk manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Tanggung jawab yang digalas oleh Malaikat Mikail ialah untuk memastikan:\n\nTugasan yang dilakukan tersebut ialah untuk memastikan semua hidupan di muka bumi mendapat rezeki yang banyak dan tidak putus. Pernah dengar orang tua berpesan agar tidak menggantung gambar manusia di dalam rumah, atau jangan simpan patung berupa binatang dalam rumah kerana dikhuatiri bahawa malaikat rahmat tak masuk ke rumah? Malaikat Mikail adalah malaikat rahmat yang dimaksudkan kerana tugasnya membawa rezeki.\n\nMalaikat seterusnya yang boleh anda perkenalkan kepada anak-anak ialah Malaikat Israfil yang bertugas untuk meniup sangkakala apabila tiba hari kiamat. Sebaik sahaja tiupan sangkakala berlaku, bumi akan hancur dan semua makhluk di atas muka bumi akan mati. Kemudian, Malaikat Israfil akan meniup sangkakala sekali lagi di mana manusia akan hidup semula dan berhimpun untuk hari akhirat.\n\nTugas Malaikat Jibrail ialah untuk membawa wahyu daripada Allah SWT kepada Rasul dan Nabi. Salah satu kisah Malaikat Jibrail yang paling ikonik ialah peristiwa Rasulullah junjungan kita Nabi Muhammad mendapat wahyunya yang pertama.\n\nMalaikat Jibrail memeluk Nabi Muhammad di Gua Hirak dan menyuruh baginda untuk membaca. Rasulullah yang tidak pandai membaca menggigil ketakutan dan pulang ke rumah ke pangkuan Siti Khadijah isteri yang tercinta. Wahyu merupakan ajaran islam yang datang dari Allah. Ia turun kepada para nabi dan rasul dan disemat menjadi kitab.\n\nSebagai contoh, wahyu yang turun kepada Nabi Muhammad ditulis sebagai kitab Al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad dan Al-Quran menjadi pegangan kita sebagai umat Nabi Muhammad. Selain membawa wahyu, tugas lain Malaikat Jibrail ialah menguruskan bala dan malapetaka di muka bumi seperti berikut:\n\nIni adalah malaikat yang menjaga pintu syurga. Hanya manusia yang bertaqwa kepada Allah akan dibenarkan untuk masuk ke syurga. Malaikat Ridhwan akan melayan penghuni syurga dengan baik dan penghuninya akan hidup bersenang-lenang di dalamnya dengan penuh bahagia.\n\nMalaikat Malik adalah penjaga pintu neraka. Mereka yang timbangannya mengandungi lebih dosa berbanding pahala akan dihumban ke dalam neraka dan diazab dengan seberet-berat siksaan. Penghuni neraka akan diazab berulang-kali mengikut dosa yang dilakukan.\n\nItulah dia perkongsian tentang nama-nama malaikat dalam islam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga keluarga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang panduan sambut tahun baru cara islam, cara menghormati ibu bapa dan gaya asuhan ibu bapa."
"Adakah anda tahu tentang emas yang menjadi salah satu biji emas yang berharga? Ramai anak muda kini yang kurang ilmu pengetahuan tentang emas dan salah faham tentang emas. Walaupun harga emas mahal semasa hendak membelinya, tetapi ia boleh memberi keuntungan kepada kita di masa hadapan.\n\nMembeli rantai emas, cincin emas, gelang dan subang emas adalah dikira satu pelaburan. Ia bukan sahaja menjadi satu aksesori wanita malah ia dikira harta berharga buat wanita. \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 fakta tentang emas. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.\n\nJom kita ketahui fakta-fakta mengenai emas. Terdapat 7 fakta mengenai emas, antaranya :\n\n1. Emas adalah tabungan atau pelaburan paling mudah difahami oleh rakyat Malaysia sejak dulu lagi.\n\nAda duit sedikit beli barang kemas, suri rumah mudah simpan dan jaga. Bila terdesak kepajak gadai sahaja (Ar-Rahnu). Jika tiada gelang di tangan dianggap suami tiada harta.\n\n2. Emas juga ada naik turun\n\nHarga emas sama seperti pelaburan lain ada naik turunnya. Harga emas cuma jarang turun drastik, tetapi kenaikannya drastik. Harga emas selalunya naik apabila pasaran ekonomi tidak menentu, politik tidak stabil. \n\n3. Emas itu dianggap Save Heaven\n\nEmas itu penyimpan nilai yang baik ketika ketidakpastian ekonomi. Ketika orang tidak pasti hendak letak duit di mana, maka emas antara pilihan yang baik.\n\nEmas tiada risiko kehilangan nilai sebagaimana matawang kita kini. Nilai ringgit semakin menyusut berbanding dolar semakin ketara. Kita telah kehilangan nilai wang ringgit lebih 25% sejak tahun 1998 lagi, sedangkan emas terus meningkat nilainya.\n\nKita akan terkejut dengan nilai inflasi 5 ke 10 tahun kedepan. Roti gardenia pun naik harga apatah lagi barang lain. Harga emas biasanya tetap naik bersama.\n\n6. Emas untuk apabila harga naik\n\nEmas adalah aset pasif, ia hanya menghasilkan \u2018Capital Gain\u2019. Ia tidak menghasilkan \u2018Cashflow\u2019 sebagaimana hartanah. Ia juga tidak rugi selagi kita tidak menjualnya. Purata kenaikan emas dalam tempoh 19 tahun adalah 10.53% berbanding ASB 7.16%.\n\nEmas juga ada kos tersembunyi seperti kos menyimpan, nilai upah, harga jual dan beli (spread), perlindungan untuk nilai sesuatu emas. Fahami ini akan memudahkan kita menyimpan emas.\n\n*Berikut adalah 7 fakta mengenai emas yang pasti menguntungkan kita di masa hadapan. Bagi anak-anak muda yang baru mahu berjinak dengan membeli emas, info ini dapat membantu anda. Semoga info memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Artikel kali ni tidak memaparkan petua, isu-isu kekeluargaan, kesihatan dan kewanitaan. Penulis berbesar hati berkongsi beberapa fakta pelik tapi benar untuk memberi hiburan di samping menambah ilmu pengetahuan para pembaca.\n\nFakta-fakta yang dikongsikan ni adalah dari serata dunia yang mungkin anda baru pertama kali membacanya. Ada yang di luar jangkaan akal fikiran dan logik, namun semuanya tak mustahil jika Allah mengkehendakinya berlaku.\n\nJom baca fakta pelik tapi benar yang tak terjangkau akal fikiran kita.\n\n1# Buku \u201cEverything Men Know About A Women\u201d\n\nHasil karya Dr. Alan Francis ni bukan buku biasa-biasa. Jika membacanya, anda pasti bersetuju dengan tajuk tu. Mana taknya, 120 muka surat dalam tu semuanya kosong. Begitulah peningnya kaum lelaki dengan orang perempuan!\n\n2# Jangan menilai buku dari kulitnya\n\nAda sebuah kedai buku di Australia yang menjual buku-buku dengan cara yang paling unik. Semua buku yang dijual dibalut dengan kertas. Tajuk dan ringkasan ditulis di bahagian sampul. Jadinya pembeli tak boleh menilai kandungan buku dengan tengok kulit saja bak kata pepatah \u2018don\u2019t judge a book by it\u2019s cover.\u2019\n\nJika ibu penguin kehilangan anaknya, ia sanggup mencuri anak penguin yang lain untuk menggantikan anaknya yang hilang. Itulah namanya kasih sayang ibu kepada anaknya!\n\n#4 Tak gayat naik kapal terbang\n\nTahukah anda mengapa kerusi kapal terbang berwarna biru? Warna biru dikatakan akan memberi ketenangan dan kurangkan rasa takut para penumpang. Sekurang-kurangnya hilanglah gayat bila terbang di langit.\n\nDi Jepun, air hujan akan disimpan dan digunakan semula untuk membersihkan jalan raya. Teknologi yang canggih, mesra alam dan menjimatkan. Malaysia juga perlu gunakan kaedah ni nampaknya.\n\nSebuah syarikat bernama LifeGem telah mencipta berlian menggunakan abu mayat. Tujuannya supaya ia dapat dijadikan kenangan abadi kepada orang yang rapat dengan si mati. Untuk yang beragama Islam, haram hukumnya ye. Berapa harga berlian ni agaknya?\n\n#7 Betul ke ada lebuh raya dalam bangunan?\n\nJepun memang terkenal sebagai negara yang termaju di dunia dari segi sains dan teknologinya. Bayangkan ada sebuah bangunan di negara itu yang mempunyai laluan lebuh raya yang merentasi bangunan tingkat 5, 6 dan 7. Tak bergegar ke kalau lori besar yang lalu?\n\nPara pekerja di syarikat Coca-Cola akan diberhentikan kerja jika ditangkap meminum Pepsi semasa sedang bekerja. Musuh dalam selimut rupanya!\n\nLogam padat biasanya hanya boleh dicairkan dengan suhu yang tinggi. Berbeza pula dengan galium, jika anda memegangnya, ia akan mencair pada suhu bilik. Ini kerana logam ni akan mencair pada suhu 29.2 darjah celcius. Unik kan?\n\nSeorang ahli falsafah Athen yang bernama Chrysippus meninggal dunia dalam keadaan yang pelik. Lawaknya sendiri telah mengorbankan dirinya.\n\nLegenda gusti yang dikagumi dunia, Mike Tyson ada sebab tersendiri menjadi seorang ahli gusti. Hanya kerana seekor burung merpati yang didera oleh orang yang tak berhati perut. Bayangkan apa pula yang berlaku kepada si penjahat tu?\n\nSiapa kata hanya manusia saja yang mempunyai bakat dalam lukisan? Buktinya seekor cimpanzi comel bernama Congo sangat suka melukis. Dah hampir 400 lukisan telah dihasilkan olehnya. Wow! Tapi, jangan pula pandai-pandai tarik lukisan yang sedang disiapkan. Memang pekak telinga kena jerit.\n\n#13 Nak tak tengok semula mimpi kita?\n\nSeorang saintis Jepun berjaya menghasilkan mesin MRI yang boleh merakam mimpi. Yang seronoknya, kita boleh menontonnya semula selepas bangun tidur. Kalau mimpi hantu, rasa-rasanya berani tak tengok?\n\nPelukis terkenal Leonardo da Vinci mampu menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk membuat kerja dalam 1 masa. Ketika satu tangan sedang melukis, tangan yang satu lagi pula boleh menulis.\n\nPizza Hut pernah menghantar pesanan pizza ke Stesyen Angkasa Antarabangsa pada tahun 2001. Demi nak makan pizza sanggup mereka bayar kepada Pizza Hut di Rusia sebanyak $1 juta.\n\n#16 Ni namanya jarak sekangkang kera\n\nJadual penerbangan paling pendek di dunia hanya mengambil masa 2 minit saja. Ia menghubungkan 2 buah pulau di United Kingdom dengan jarak 2.7 km. Baru duduk dah kena turun!\u00a0\n\nSebuah syarikat di Jepun bernama Clear Radar menghasilkan pemadam lut sinar. Pemadam itu membolehkan kita melihat apa yang kita nak padam dulu.\n\nHotel terbesar di dunia terletak di negara Arab. Khabarnya ia akan dibuka kepada umum pada tahun ni. Hotel yang bernama Abraj Kudai ni mempunyai 1000 buah bilik, 70 buah restoran dan 5 landasan helikopter. Semoga kita berpeluang menginap di situ.\n\n#19 Uniknya mesin pengimbas kod bar\n\nBila nak semak harga barang yang dibeli di pusat membeli-belah, biasanya kita akan gunakan mesin pengimbas kod bar. Namun, tahukah anda yang memberi maklumat produk tersebut bukan pada garisan hitam tu tapi ruangan putih di antara garisan bar.\u00a0\n\nMadu ialah satu-satunya makanan yang tak akan rosak. Sebotol madu yang berusia lebih 3000 masih boleh dimakan tanpa rasa ragu-ragu.\u00a0\n\nSeorang lelaki autistik mampu melukis pemandangan New York dari arah langit. Yang hairannya, walaupun hanya pusing-pusing di situ menaiki helikopter selama 20 minit, dia mampu melukisnya sama seperti dalam realiti. Anugerah Allah kepada insan istimewa.\n\n#22 Jika semua manusia di bumi bertemu\n\nAda hampir 7 bilion manusia di muka bumi ni. Jika kita bertemu dengan kesemua manusia selama 1 saat, masa yang diambil selama 224 tahun.\u00a0\n\nDi Dubai, perkhidmatan Uber bukan saja menyediakan kenderaan seperti teksi tapi juga helikopter. Nak ke mana tu naik helikopter?\n\nSeronok tak baca fakta pelik tapi benar yang kami kongsikan ni? Macam-macam berlaku di sekeliling kita. Ada yang lucu, ajaib, canggih dan menakutkan. Jangan lupa kongsikan artikel ni dengan insan tersayang. Kalau nak tambah maklumat lain pun dipersilakan.\n\nJemput juga baca artikel menarik lain seperti cara lembutkan daging dan tips cili kisar"
"Anda teringin nak pergi ke Jepun tapi belum pasti bandar mana yang ingin anda kunjungi? Apa kata kami cadangkan anda pergi ke Osaka. Bandarnya sangat menarik dan terdapat pelbagai pusat tarikan pelancong di sana. Jom kami kongsikan tempat menarik di Osaka, Jepun.\n\nUniversal Studio Jepun merupakan taman tema yang sangat seronok dan sesuai dikunjungi bersama keluarga. Ia adalah taman tema universal studio yang pertama di asia. Ia dibuka pada tahun 2001 di Osaka Bay Area. Terdapat 8 seksyen di sini iaitu: Hollywood, New York, San Francisco, Jurassic Park, Waterworld, Amity Village, Universal Wonderland, dan The Wizarding World of Harry Potter. Dengan keluasan 39 hektar, pastinya anda sekeluarga akan terhibur di sini.\n\n2. Istana Osaka ( Osakajo )\n\nPembinaan Istana Osaka bermula pada tahun 1583 di atas tapak lama Istana Ishiyama Honganji yang telah dimusnahkan oleh Oda Nobunaga 13 tahun sebelumnya. Toyotomi Hideyoshi membina istana ini dengan harapan supaya ia menjadi pusat pentadbiran Jepun baru dibawah pentadbirannya. Istana Osaka adalah istana terbesar di Jepun semasa ianya dibina. Walau bagaimana pun, setelah kematiannya beberapa tahun kemudian, tentera Tokugawa menyerang dan memusnahkan istana tersebut. Pada tahun 1660 an, Tokugawa Hidedata membina semula istana ini namun menara utamanya disambar kilat dan musnah terbakar pada tahun 1665.\n\nPada tahun 1932, istana ini dibina semula dan kekal berdiri megah selepas peperangan dunia kedua. Pada tahun 1997 ianya dibaiki semula dan dijadikan sebagai muzium Toyotomi Hideyoshi.\n\nTerletak di Kampung Perlabuhan Tempozan di teluk Osaka, Osaka Akuarium merupakan pusat akuarium Jepun yang paling hebat dan menarik. Ia mempamirkan hidupan laut yang hidup di Pasific Rim. Hidupan marin dipamerkan dalam 15 tangki yang mewakili kawasan-kawasan di Pasific Rim. Anda pasti terpesona.\n\nTerletak berdekatan Stesyen Namba, Minami merupakan salah satu pusat bandar utama di Osaka. Ia merupakan pusat hiburan utama yang menawarkan pusat membeli-belah dan syurga makanan buat anda. Anda boleh masuk ke bandar ini dengan menggunakan 3 jenis keretapi atau 3 jenis keretapi bawah tanah. Pilih sahaja kenderaan mana yang menjadi pilihan anda.\n\n5. Pesta Tenjin ( Tenjin Matsuri )\n\nIa tersenarai sebagai salah satu festival yang berada dalam top 3 perayaan di Jepun. Dua lagi perayaan yang berada dalam senarai 3 teratas ialah Gion Matsuri di Kyoto dan Kanda Matsuri di Tokyo. Festival ini bermula pada abad kesepuluh dan diadakan setiap tahun pada tarikh 24 dan 25 Julai. Perayaan diadakan di daratan juga di sungai dan diakhiri dengan letupan bunga api yang meriah.\n\n6. Sumiyoshi Taisha ( Sumiyoshi Grand Shrine )\n\nSumiyoshi Taisha merupakan salah satu daripada kuil yang tertua di Jepun. Ia diasaskan pada abad ketiga sebelum kemunculan agama Budha. Senibinanya adalah berasaskan senibina unik yang digelar Sumiyoshi-Zukuri dan bebas dari sebarang pengaruh seninina asia.Dewa di kuil ini melindungi para pelancong, nelayan dan pelaut.\n\n7. Osaka Rekishi Hakubursukan\u00a0 ( Osaka Museum of History )\n\nIa dibuka pada tahun 2003 di dalam sebuah bangunan tinggi di sebelah NSK Osaka, berhadapan dengan Istana Osaka.Dari tingkat atas bangunan ini, anda akan melihat pemandangan terbaik Istana Osaka. Muzium sejarah ini menceritakan sejarah bandar Osaka dari zaman dahulu kala sehingga ke zaman moden.\n\n8. Osaka Eki ( Osaka City Station )\n\nStesyen keretapi yang besar ini pastinya memukau anda. Ianya telah melalui kerja pembaik-pulihan pada tahun 2011 dan kini dinobatkan sebagai salah satu daripada stesyen keretapi tercantik di Jepun.\n\n9. \u014csaka Shiritsu Kagakukan ( Osaka Science Museum )\n\nMuzium sains ini terletak di Pulau Nakanoshima dan terdiri daripada 4 tingkat yang sangat menarik. Terdapat pameran bertemakan alam semesta, kimia, elektrik dan janakuasa. Pertunjukan sains diadakan 3 kali sehari dalam bahasa jepun.\n\nApa yang menarik di Tennoji? Di sinilah letaknya bangunan tertinggi di Jepun iaitu Abeno Harukas. Di sini juga terdapat kuil Shitennoji dan Tennoji Park yang memiliki taman zoologi dan muzium seni.\n\nIa adalah kawasan tumpuan orang ramai termasuk pelancong dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai pusat tarikan seperti muzium, taman tema dan pusat membeli-belah. Perlabuhan domestik dan antarabangsa Osaka juga berada di sini.\n\n12.\u00a0Kokuritsu Bunraku Gekij\u014d ( National Bunraku Theatre )\n\nAnda sukakan seni dan teater? Anda wajib singgah di sini dan menyaksikan persembahan boneka tradisonal Jepun. Teater ini mula popular pada zaman Edo apabila Bunraku yang hampir sama dengan Kabuki mula mendapat sambutan dihati masyarakat Jepun. Apa yang menarik, terdapat persembahan dalam bahasa inggeris. Jadi, tiada masalah jika anda tidak faham bahasa jepun.\n\nItulah dia 12 tempat menarik yang wajib anda kunjungi di Osaka. Selamat bercuti!\n\nBagaimana artikel ini? Wah semuanya menarik bagi kami. Anda suka tempat menarik di Osaka yang dikongsikan? Ada tempat cadangan lain patut kami kongsikan? Selain tempat di atas, kami juga ada menulis tempat menarik yang lain. Jemput baca. Jangan lupa share dan like artikel ini ya."
"Memasak masakan yang enak seperti sup, rendang atau dodol dengan menggunakan pressure cooker, boleh disiapkan dalam masa kurang daripada 60 minit. Namun, jika anda memasaknya di atas dapur biasa, ia pasti memerlukan masa sekitar 2 hingga 5 jam. Jadi, boleh dikatakan bahawa pressure cooker ini akan memudahkan tugas memasak menjadi lebih cepat.\n\nBagi anda yang mencari pressure cooker terbaik, jangan risau, mari kami bantu anda. Jom lihat senarai 13 pressure cooker terbaik multifunction pelbagai kegunaan.\n\nDengan tekanan sehingga 40KPa, Midea Pressure Cooker MY-CH502A ini akan memasak makanan yang lazat dalam masa yang sangat singkat. Ia mempunyai pelbagai fungsi yang boleh memasak apa sahaja yang anda inginkan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan 2 periuk tidak melekat yang berbeza iaitu untuk nasi dan sup atau daging.\n\nSesetengah daripada kita mungkin agak bimbang ketika menggunakan pressure cooker kerana dikhuatiri tidak selamat. Namun, dengan adanya pressure cooker ini, ia menjamin keselamatan kerana mempunyai 10 mekanisme keselamatan yang berbeza. \n\nDengan mekanisme keselamatan ini, terdapat perlindungan anti sekatan, perlindungan panas berlebihan dan peranti pelepasan tekanan.\u00a0Oleh itu, pressure cooker ini dikatakan antara pressure cooker terbaik dalam memberi keselamatan kepada anda ketika memasak.\n\nPressure cooker Ewant adalah merupakan salah satu pressure cooker terbaik dalam kualitinya dan harganya mampu milik. Ia berkebolehan memasak 8 menu berbeza berdasarkan sistem pratetapnya. Sistem tetapannya juga boleh diubah mengikut keinginan anda dalam penyediaan masakan.\n\nSelain itu, pressure cooker ini mempunyai pemasa yang boleh ditetapkan untuk merancang waktu makanan anda masak mengikut masa yang diinginkan. Menarik lagi, ia juga dapat mengekalkan makanan yang disimpan agar tetap terus panas.\n\nDengan pressure cooker Primada Pressure Cooker PC6010 ini, anda boleh memasak daging yang lembut dan sangat lazat dalam masa 30 minit. Ianya juga menawarkan mod masakan hidangan ala-ala masakan bertaraf chef dengan hanya menekan satu butang sahaja. Pressure cooker Primada yang menakjubkan ini memiliki kapasiti sebesar 6 liter.\n\nPressure cooker terbaik ini juga sangat menjimatkan tenaga elektrik sehingga 40 peratus yang sememangnya menakjubkan. Ia juga sesuai dimiliki oleh keluarga yang sederhana.\n\nPressure cooker ini memiliki warna merah cantik yang sememangnya menyerlah daripada pressure cooker yang lain. Ianya bukan sahaja cantik malahan fungsinya mudah digunakan. Jadi, anda boleh memasak pelbagai jenis masakan dengan sempurna.\n\nSelain itu, ia dapat memasak dengan sendiri tanpa memerlukan tenaga daripada anda. Cukuplah dengan anda memasukkan bahan-bahan masakan dan tunggu sehingga siap dimasak. Jadi, pressure cooker terbaik daripada Sharp ini juga patut menjadi pilihan anda.\n\nPressure Cooker Butterfly Pressure Cooker ini pula merupakan sejenis pressure cooker manual. Ia terdiri dari pelbagai saiz dan harganya jauh lebih murah berbanding pressure cooker elektrik. Menakjubkan, ia dapat membina tekanan dengan lebih cepat dan pantas.\u00a0\n\nJika anda peminat pressure cooker manual, kami cadangkan anda memiliki pressure cooker terbaik berjenama Butterfly ini. Pasti anda tidak akan menyesal dengan kehebatannya.\n\nPressure cooker Breville BPR700 ini pula memiliki skrin LED dalam pemilihan program yang mudah digunakan untuk jenis masakan yang anda inginkan. Pressure cooker ini menggunakan fungsi yang bertukar secara automatik antara tekanan dan memasak secara perlahan-lahan untuk memberikan hasil masakan yang terbaik. Selain itu juga, ianya juga mempunyai sistem pelepasan wap 3 hala yang menjadikannya antara pressure cooker terbaik dalam keselamatan penggunanya.\n\nPressure cooker Birkeshire PC-260-M menawarkan 36 program pra-tetap untuk menghasilkan hidangan yang terbaik dan harganya yang mampu dimiliki. Pressure cooker terbaik ini dilapisi dengan sistem non stick yang memastikan pembersihannya mudah dilakukan. \n\nIa juga berfungsi sebagai kuali tumis, periuk nasi dan juga pemanas makanan yang terbaik. Pastinya anda tidak akan menyesal memiliki pressure cooker Birkeshire PC-260-M ini atau dijadikan sebagai hadiah.\n\nAnda boleh memasak pelbagai jenis masakan dengan menggunakan Pressure cooker Giselle Digital ini. Ia sebenarnya dapat menggantikan semua kuali dan periuk anda yang lain. \n\nPressure cooker ini memiliki 22 program pra-tetap dan anda hanya perlu tekan butang yang diinginkan untuk memasak masakan kegemaran yang anda mahukan!\n\nPressure cooker ini diperbuat daripada aloi aluminium untuk memastikan kualiti dan ketahanannya bertahan dengan lama. Dengannya, pasti hidangan menjadi sangat lazat seperti dihidangkan oleh seorang chef yang profesional.\n\nPressure Cooker Tefal Home Chef Smart Pro IH \n\nPressure Cooker Tefal Home Chef Smart Pro IH Multi Cooker ini didatangkan dengan periuk sfera yang mudah ditanggalkan untuk cucian pantas selepas menggunakannya. Dengan 19 program pratetapan, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis menu masakan untuk rakan dan keluarga anda yang tersayang. Pressure cooker terbaik daripada Tefal ini pasti menjadi teman baik anda kelak.\n\nCukuplah memiliki semua fungsi peralatan di dapur anda, Pressure cooker Cornell CPC-E60C menjadi idaman ramai kaum wanita. Sekiranya anda masih baru dalam dunia masakan, disertakan dengan buku resipi yang pasti memberi pengalaman memasak yang sangat hebat buat anda. \n\nDi dalam buku resepi ini, terdapat 16 resepi sedap yang mudah untuk diikuti oleh anda. Dengan pressure cooker Cornell ini, keyakinan anda pasti akan meningkat. Jika anda tidak percaya, cubalah memilikinya sekarang!\n\nPressure cooker Noxxa adalah salah satu pressure cooker yang terbesar kerana anda boleh menyediakan keseluruhan hidangan untuk keluarga 6 hingga 8 orang. Anda juga boleh menggoreng di dalam pressure cooker ini. Selain itu, suhu masakannya juga dapat ditetapkan untuk mendapatkan hasil yang diperlukan.\n\nPressure cooker Noxxa memiliki kemampuan seperti perkakas dapur yang lengkap. Ianya bukan sahaja antara pressure cooker terbaik, malah amat sesuai untuk anda yang berkeluarga besar.\n\nPressure Cooker Philips HD2137 mempunyai banyak menu pratetap yang berbeza dan mampu memasak dua hidangan yang berbeza dalam satu pressure cooker ini. Selain itu, hidangan yang dimasak dengan pressure cooker ini lebih enak. Tambahan pula, fungsi tersebut pasti memudahkan kerja-kerja memasak anda seharian.\n\nJika anda sedang mencari pressure cooker terbaik yang murah, kami sarankan anda untuk memiliki pressure cooker Russell Taylors ini. Harganya hanya di bawah RM200 dan prestasinya setara dengan beberapa model yang lebih mahal. Selain itu, ia juga dapat menyiapkan masakan yang diinginkan dengan lebih cepat.\n\nBerikut adalah pressure cooker terbaik yang pelbagai fungsi dan berkualiti pilihan ramai. Jom baca juga bantal terbaik, tuala wanita terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan Oven terbaik. \n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Pertumbuhan jerawat sukar diramal dan tidak mudah ditutup sekiranya wajah mengalami tumbuh jerawat secara tiba-tiba. Tanpa disedari, ia merosakkan mood dan keyakinan diri kita sepanjang hari. \n\nJerawat tumbuh apabila keadaan kulit mengalami liang pori tersumbat disebabkan oleh pengeluaran minyak dan sebum secara berlebihan.\n\nSerum jerawat merupakan pelembap dengan tekstur bahan-bahan yang mempunyai kepekatan yang lebih tinggi sehingga dapat meresap dengan mudah ke dalam kulit. \n\nSerum jerawat secara khususnya dapat menyelesaikan masalah kulit seperti mencerahkan kulit serta menyembunyikan kedutan, jerawat, bintik hitam dan hiperpigmentasi, atau kulit yang tidak rata.\n\nBagi anda yang tercari-cari serum untuk menyelesaikan masalah jerawat, ini adalah antara serum terbaik untuk jerawat.\n\n1. For Beloved One Advanced Hyaluronic Acid Moisturizing Serum\n\nDiformulasikan dengan asid gliserin dan hyaluronik, serum terbaik untuk jerawat ini memberi kelembapan kepada kulit dan mengekalkannya sepanjang hari agar wajah anda tidak terasa tegang. \n\nSerum ini akan menyerap secara langsung ke dalam lapisan kulit wajah paling dalam dan membuatkan kulit menjadi bersinar dan cantik. Serum jerawat ini juga berkesan dalam membaiki kulit wajah dan mengekalkan hidrasi serta tidak menyebabkan alahan pada kulit.\n\n2. Skin Inc Vitamin C Serum\n\nSerum jerawat yang begitu hebat dari Skin Inc. ini direka khas dengan gabungan Vitamin C, B6 dan E untuk membantu mengurangkan penampilan cela dan pengeluaran sebum yang berlebihan. \n\nKapsul yang diekstrak rumpai laut di dalamnya dibuat untuk menyumbang kepada pengeluaran kolagen secara bahan semula jadi yang diformulasikan untuk menganjalkan kulit anda.\n\n3. Mario Badescu Anti Acne Serum\n\nSerum jerawat Mario Badescu Anti Acne Serum ini mengandungi asid Salisilik yang menghalang pembiakan bakteria menjadi penyebab utama pertumbuhan jerawat. \n\nTriethanolamine di dalamnya dapat mengurangkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Tekstur gel serum jerawat ini mudah meresap dan dapat membantu menjaga kulit agar menjadi licin dan berseri.\n\n4. By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum\n\nSerum jerawat yang mengandungi Vitamin C ini dapat memperbaiki kerosakan yang terjadi pada kulit wajah seperti cela dan jerawat. Ianya juga dapat membuatkan tona warna kulit menjadi sekata. Serum ini juga dikatakan bebas daripada paraben yang amat sesuai terutamanya untuk pengguna wanita.\n\nDiformulasikan dengan 10 bahan semula jadi yang tidak akan menyebabkan kulit wajah anda menjadi jengkel setelah memakainya. Ianya juga mengandungi 70% Vitamin Tree yang dapat memberikan kelembapan sepanjang masa pada kulit wajah.\n\n5. Eucerin ProAcne Solution Super Serum\n\nEucerin ProAcne Solution Super Serum adalah salah satu jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh kebanyakan pakar dermatologi. Serum terbaik untuk jerawat ini membantu memulihkan kesihatan kulit serta dapat meningkatkan keyakinan dengan kulit yang lebih berseri. \n\nSerum jerawat ini mengandungi 100% asid semula jadi yang dapat mengurangkan jerawat pada lapisan kulit wajah.\n\n6. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum\n\nOleh kerana cuaca di Malaysia tidak dapat diramalkan, ia akan membuatkan kulit kita sering terdedah kepada matahari. Kulit akan cepat kering dan berminyak sehingga menyebabkan jerawat. \n\nOleh itu, serum jerawat Tea Tree Shine Control keluaran daripada Naruko ini akan menjadi penyelamat yang baik untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. \n\nSerum\u00a0 jerawat 4-in-1 ini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan Serenoa Serrulata dan 1% asid Salisilik yang berfungsi untuk mencegah dan mengawal rembesan minyak serta mengetatkan liang pori. Dengan penggunaan serum jerawat ini, kulit anda akan bebas daripada minyak, jerawat dan cela.\n\nSerum jerawat Nutox Advanced Serum Concentrate diperkaya dengan dua ciri utama iaitu Actigenic + dan B\u2019Nest Collagen. Menggunakan kelebihan ramuan daripada mikro alga dan ekstrak fibre India, ia memberikan kesan signifikan pada kulit dan membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan berseri. \n\nRamai yang menyarankan agar menggunakan serum jerawat ini secara konsisten untuk mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedutan dan kulit kusam hanya dalam beberapa minggu.\n\n8. Nano White Dark Spot Corrective Serum\n\nSerum jerawat daripada produk Nano White ini diperkaya dengan tiga bahan pencerah utama yang dapat membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan dapat menghasilkan warna kulit yang lebih sekata. \n\nDengan menggabungkan teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semula jadi, ia membentuk kosentrasi pencerahan yang menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk penyerapan bahan aktif dengan lebih berkesan.\n\n9. Garden of Eden Rosa T Triple Action Acne Serum\n\nDiperbuat daripada ekstrak minyak Pohon Teh Australia yang tulen, serum jerawat Garden of Eden Rosa T Triple Action Acne Serum ini direka khas untuk melawan jerawat ringan atau degil tanpa merosakkan permukaan kulit anda. \n\nSelain membunuh bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat, ia juga dapat mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan pada kulit anda. \n\nSelain itu, serum terbaik untuk jerawat ini juga kaya dengan Vitamin E yang dapat membantu melegakan parut jerawat dan meningkatkan kesihatan kulit pada wajah anda.\n\n10. Garnier Sakura White Ultimate Serum\n\nSerum jerawat Garnier Sakura White Ultimate Serum ini berfungsi melindungi dan menghidrat keadaan kulit kering selama 24 jam dengan formula ultrasonik. Ia dapat menyerap dengan cepat ke dalam lapisan kulit. \n\nSerum ini amat sesuai untuk kulit wanita Asia dan diperkaya dengan 5000 kapsul pemutihan ekstrak Sakura yang bertujuan menghasilkan tona warna 3 kali lebih cerah.\n\nItulah antara serum terbaik untuk jerawat yang sesuai untuk anda cuba. Jom baca juga\u00a0Scrub badan terbaik,\u00a0set berpantang,\u00a0lip balm terbaik\u00a0dan\u00a0toner terbaik untuk kulit kering.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Penghawa dingin atau panggilan pasarnya air-con sudah semakin menjadi keperluan pada zaman kini. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas dan kering, kebanyakan dari kita sangat memerlukan bilik yang mempunyai air-con untuk lebih fokus membuat apa-apa kerja.\n\nNamun, kajian mendapati air-con lebih membahayakan kesihatan anda berbanding bermanfaat pada\u00a0anda. Berdasarkan kajian yang dilakukan, penghawa dingin yang tidak diselenggara dengan sebaiknya menyumbang pada seribu jenis masalah pada kesihatan anda termasuklah sakit kepala, kekejangan serta kerengsaan pada mata dan kulit.\n\nSimpton masalah pernafasan seperti tercungap-cungap, dada terasa sempit, kerap bersin serta tekak sakit dan kering juga berkait rapat dengan penggunaan penghawa dingin.\n\nBukan sahaja air-con dimurah yang patut anda berikan perhatian, air-con di dalam kereta dan ditempat kerja juga menyumbang pada masalah yang sama. Bakteria dan fungus yang ditapis oleh air-con kereta anda boleh menyebabkan pelbagai jangkitan dan alergi.\n\nSebuah kajian yang dilakukan mendapati bahawa terdapat lebih dari 400 jenis bakteria ada dalam filter penghawa dingin kereta anda! Bakteria ini membiak dengan cepat\u00a0dalam kereta yang telah terdedah kepada tahap kelembapan yang tinggi seperti cuaca di Malaysia atau kereta yang tidak digunakan dalam masa yang lama.\n\nTidak kira seberapa banyak masalah kesihatan yang boleh disenaraikan akibat penggunaan penghawa dingin, saya pasti anda tidak akan berhenti menggunakannya. Betul tak?\n\nBagaikan masih memakan makanan tinggi lemak dan kandungan gula walaupun sudah mengetahui akibat daripada pengambilan makanan tersebut dalam kuantiti yang tidak terkawal. Jangan risau. Saya pun begitu juga! Hehe :)\n\nDisini saya kongsikan bagaimana untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti peredaran udara sama ada anda berada di rumah, pejabat mahupun di dalam kereta.\n\nDi rumah atau di tempat kerja\n\n1. Jadualkan pemeriksaan atau penyelenggaraan tahunan untuk unit penghawa dingin anda.\n2. Elakkan apa juga kelembapan tambahan pada penghawa dingin anda.\n3. Ganti unit penghawa dingin anda setiap 10 tahun.\n4. Sekiranya anda tinggal di apartment, atau pejabat anda terletak di bangunan yang tinggi, usahakan untuk memilih tingkat yang tinggi. Kajian mendapati bahawa, kebanyakan\u00a0individu yang tinggal atau bekerja menggunakan sistem penghawa dingin kurang dari 60 meter dari aras tanah menghidap simptom masalah pernafasan.\n\n1.\u00a0Gantikan filter apabila sepatutnya.\u00a0Kajian mendapati bahawa jumlah bakteria akan meningkat sebanyak 67 peratus dan jumlah kulat pula meningkat dua kali ganda sekiranya penghawa dinggin tersebut menggunakan filter yang sudah lama.\n\nSaranan berkenaan kekerapan menukar filter penghawa dingin kereta anda adalah berbeza, bergantung pada pengeluar dan tahap penggunaan anda, tetapi seelok-eloknya, tukarlah filter anda setiap 12,000 hingga 15,000 kilometer perjalanan.\n\n2. Bersihkan habuk pada air filter anda sekerap mungkin.\n\n3. Panaskan penghawa dingin anda terlebih dahulu.\u00a0Kajian mendapati bahawa, tahap pertumbuhan bakteria meningkat 5 ke 15 minit selepas penggunaan air-con bermula. Seelok-eloknya, buka air-con anda 15 minit sebelum anda benar-benar mahu menggunakannya (juga dengan membuka tingkap) untuk mengurangkan risiko anda terdedah pada bakteria dan fungus.\n\nWalau apa pun, tidak kita dimana anda berada, sekiranya cuaca tidaklah terlalu panas, cukuplah sekadar membuka tingkap dan nikmatilah udara segar yang sebenar \u2013 paru-paru anda pasti akan berterima kasih pada anda!\n\nKredit gambar: Peter Zsakai, Monkey Wrench Media, Luay1985"
"Meluangkan masa bersama anak-anak dapat membantu kita untuk kenali anak-anak dengan lebih rapat. Sebagai contoh, membelikan hadiah untuk mereka, memberi kata-kata semangat, membantu mereka menyiapkan kerja sekolah dan bermain dengan mereka. Perkara-perkara ini dapat membantu mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan anak.\n\nSesetengah ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak sehingga setiap perbuatan yang dilakukan oleh mereka, ibu bapa tidak ambil tahu. Ia boleh memberi kesan negatif terhadap anak-anak. \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai hindari 5 perbuatan ini dilakukan kepada anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nHindari 5 perbuatan ini dilakukan kepada anak-anak\n\nTerdapat 5 perbuatan yang perlu dihindari ibu bapa untuk dilakukan kepada anak-anak. Antaranya ialah :\n\n1. Bagi anak bersendirian dengan gajet\n\nKita bukan tak percayakan anak kita tetapi kita tak percayakan kandungan internet yang ada di sekeliling kita.\n\n2. Bagi semua benda yang anak minta\n\nJangan bagi semua yang anak kita minta. Kita kena didik dan ajar anak bezakan apa itu keperluan dan apa itu kehendak. Anak yang boleh terima bila kita tak tunaikan permintaan mereka, self-control mereka lebih baik.\n\n3. Jangan amalkan bohong anak walau niat untuk mendidik\n\nAkan sampai satu masa anak kita boleh hidu kebohongan kita. Daripada situ kita akan hilang respect mereka terhadap kita. Malah authority dan credibility kita sebagai mak ayah pun boleh pudar di mata anak anak kita.\n\n4. Kita tak bagi anak luahkan emosi mereka langsung\n\n\u201d Eh, anak lelaki mana boleh menangis\u201d\u201d Jangan menangis! Diamlahhhh! Kalau tak diam, mak cubit! \u201c- ini salah satu cara bagaimana kita tak bagi anak kita express emosi mereka tanpa sedar. Sampai masa anak kita akan jadi sangat pemendam dan itu akan sangat bahaya pada kesihatan emosi dan psikologi mereka.\n\n5. Kita bagi anak bebas berkawan tanpa selidik siapa kawan kawan anak kita\n\nKita kena tahu, masa depan anak kita terletak pada siapa kawan kawan rapat mereka. Kawan kawan adalah Circle anak kita yang sifatnya sangat \u2018Contagious dan Influential\u2019 pada mindset dan attitude anak kita. Perangai, pegangan agama dan kelembutan hati dan diri anak kita banyak dipengaruhi oleh kawan kawannya. Walau kita dah didik anak kita sepenuh jiwa raga kita tetapi jika anak kita tersalah pilih kawan, memang habis rosak masa depan.\n\n*Berikut adalah 5 perbuatan yang perlu dihindari ibu bapa daripada dilakukan kepada anak-anak mereka. Anak-anak kita akan mula sensitif apabila usia mereka di peringkat remaja. Jadi, ibu bapa perlu sentiasa ada bersama mereka dan ambil tahu tentang kawan-kawan mereka dengan manjadi kawan kepada anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini."
"HFMD adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease (Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut). HFMD terjadi disebabkan oleh virus kumpulan enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV71) dan biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.\n\nHFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.\n\nKebiasaannya, penyakit ini akan surut dalam masa 1 minggu, mungkin kurang atau lebih. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya beransur\u00a0hilang pada hari ketiga atau keempat. Namun, ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh,\u00a0manakala\u00a0lepuh dan bintik-bintik merah di tangan dan kaki akan biasanya mengambil masa untuk\u00a0hilang dalam tempoh 10 hari.\n\nPenularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan. Sama ada sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti, atau sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.\n\nMereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti:\n\nApakah Rawatan Yang Sesuai buat HFMD?\n\nDiagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.\n\nAspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.\n\nRawatan untuk mengurangkan gejala HFMD adalah dengan menjada kebersihan diri dan persekitaran. Kuarantinkan anak yang terkena jangkitan dan jauhi tempat-tempat awam. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.\n\nApakah Yang Perlu Dilakukan Oleh Ibu Bapa Jika Anak Dijangkiti HFMD?\n\nAnak yang terkena jangkitan HFMD akan mengalami demam ringan. Namun, penting untuk ibu bapa mengawal suhu badan anak. Sekiranya demam anak melarat, segera ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.\n\nUlser yang berada di tekak, lidah dan mulut anak akan menyebabkan mereka tidak selera makan. Malah ada sesetengah bayi yang menolak untuk minum susu kerana terasa sakit di bahagian mulut. Pastikan anak tidak terdehidrasi. Jika anak langsung tidak mahu makan dan minum, kemungkinan anak anda akan mengalami dehidrasi dan perlu masuk air di hospital.\n\nBagi ibu bapa yang bekerja kerajaan, anda layak memohon Cuti Kuarantin (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016) untuk menjaga anak anda yang perlu dikuarantin.\u00a0 Namun, bagi pekerja swasta, anda boleh memohon cuti tahunan atau perlukan budi bicara majikan agar anda dapat menjaga anak anda di rumah.\n\nIni kerana, anak yang terkena jangkitan HFMD perlu kuarantin dan tidak boleh di hantar ke pusat jagaan kerana bimbang ia menularkan jangkitan tersebut kepada anak asuhan yang lain.\n\nWalaupun pihak pengamal perubatan mengatakan tiada rawatan khusus untuk menyembuhkan HFMD, namun anda boleh berusaha kaedah yang sesuai untuk mempercepatkan penyembuhan. Antaranya:\n\nKebiasaannya, anak yang mengalami ulser di mulut akan menolak makanan dan minuman kerana terasa perit. Anda boleh cuba berikan aiskrim lembut atau puding kerana ia mampu memberi kelegaan kepada anak. Anda boleh membuat sendiri aiskrim tanpa gula dengan menggunakan buah-buahan yang dicampur dengan susu ibu atau susu segar. Anda juga boleh berikan anak anda susu ibu atau susu segar yang telah disejukkan untuk anak anda minum.\n\nAir kelapa muda sememangnya petua yang diajarkan oleh orang tua-tua untuk menurunkan suhu demam. Berikan air kelapa muda yang segar kepada anak anda. Elakkan menambah gula. Sebagai alternatif, boleh juga memberi air barli. Ia mengandungi antioksidan yang melawan virus, sekaligus membantu menurunkan suhu demam anak.\n\nSelain air kelapa, anda juga boleh\u00a0berikan jus buah-buahan yang lain seperti oren atau epal yang kaya dengan vitamin C. Kalau jus tersebut disejukkan adalah lebih baik. Ini kerana, lebih mudah untuk anak minum. Dan lebih bertambah baik jika elakkan gula dalam jus tersebut. Buah-buahan itu sendiri sudah mengandungi gula dan boleh memberi tenaga kepada anak.\n\nSup dan bubur ayam adalah antara makanan yang paling mudah diterima oleh anak-anak ketika tidak sihat. Pastikan anda melebihkan bahan yang bersifat antiviral seperti bawang putih dan sayuran seperti lobak merah ke dalam sup dan bubur tersebut.\n\nMandikan anak dengan sabun anti-bakteria seperti Lifebouy, Dettol atau Protect. Mandikan anak dengan kerap. Selain daripada dapat membersihkan anak, mandi juga membantu menurunkan suhu demam anak.\n\nBersih dan mop lantai di rumah anda setiap hari dengan pencuci lantai anti-bakteria. Persekitaran yang bersih dapat mengelakkan virus ini terus menular.\n\nSapukan losyen yang bersesuaian atau Calamine Zinc Oxide + Menthol agar anak kurang rasa gatal-gatal. Bila anak rasa kurang gatal, mereka tidak akan kerap menggaru ruam-ruam tersebut.\n\nSemburkan ubat semburan yang sesuai pada ulser yang terdapat dalam mulut anak. Anda boleh gunakan AftaMed Spray atau Gengigel Spray untuk masalah ulser anak anda. Kebiasaannya selepas 30 minit semburan, anak akan mula rasa lega dan sudah boleh menerima makanan dan minuman seperti biasa.\n\nHFMD sangat mudah menular dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu sangat penting agar kita menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Manakala, anak-anak yang telah dijangkiti HFMD, ibu bapa perlu PRIHATIN UNTUK KUARANTINKAN ANAK agar virus ini tidak menular kepada orang lain.\n\nWalaupun pelbagai petua yang dikongsikan untuk merawat HFMD, tetapi adalah sangat penting untuk anda berbincang dahulu dengan pengamal perubatan yang mendiagnosis anak anda agar ubat atau rawatan yang anda berikan kepada anak anda selamat dan sesuai.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan HFMD yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Jom kenali pulau di Malaysia yang menarik untuk pergi.\n\nBila kita sebut sahaja percutian di pulau atau di kawasan pantai, kita pasti terfikir pantai yang putih bersih serta air laut yang tenang kebiruan. Dan kebiasaannya, pulau-pulau di luar negara yang akan terbayang diminda kita.\n\nTapi, sebenarnya negara kita juga mempunyai banyak pulau yang masih terpelihara daripada pencemaran. Antara pulau di Malaysia yang anda boleh lawati adalah:\n\nPulau Langkawi adalah sebuah Kawasan Bebas Cukai. Kebanyakan orang yang bercuti di sini, pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk memborong sakan.\n\nAntaranya, koleksi pinggan mangkuk, coklat import dan minyak wangi. Pulau ini terkenal dengan ikon tugunya iaitu Burung Helang. Malah, nama pulau ini juga diambil sempena nama sejenis burung helang iaitu Helang Merah Kawi.\n\nTerdapat tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati di sini antaranya, Makam Mahsuri, Kereta Kabel Langkawi, Laman Padi dan pelbagai tempat lagi. Untuk menikmati suasana pantai dan air laut yang cantik, anda boleh pergi ke Pantai Cenang dan Pantai Tengah.\n\nPulau Pangkor tidaklah sebesar Pulau Langkawi. Kawasannya kecil sahaja, malah anda boleh pusing keseluruhan pulau hanya dengan menaiki motor kapcai. Bentuk muka buminya berbukit-bukau.\n\nDatarannya masih dipenuhi kehijauan hutan. Penduduk di sini juga hidup dalam suasana kampung yang segar. Walaupun keluasannya tidak besar, namun terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di Pulau Pangkor.\n\nPulau Pangkor padat dengan sejarah kerana pada suatu ketika dahulu ia pernah dijadikan sebagai kawasan kubu pertahanan pihak Belanda daripada serangan musuh. Disebabkan itu, terdapat banyak lokasi-lokasi bersejarah yang menarik untuk kunjungi di pulau ini seperti kota Belanda, Batu Bersurat dan kawasan Perkuburan Belanda.\n\nSelain melakukan aktiviti seperti snorkeling dan memancing, anda juga boleh menyewa bot untuk melawati pulau-pulau lain yang terletak berdekatan seperti Pulau Giam, Pulau Mentangor dan Pulau Pangkor Laut.\n\nPulau Tioman memiliki status sebagai salah satu daripada pulau yang paling indah di dunia. Wah! Menarikkan? Tak perlu anda bersusah-payah menaiki kapal terbang untuk menikmati pulau-pulau di luar negara. Pulau Tioman pun sudah cukup untuk memberikan anda pengalaman keindahan pulau yang memukau.\n\nPulau ini terkenal dalam kalangan mereka yang suka menyelam. Selain daripada aktiviti menyelam skuba, banyak lagi aktiviti yang lain boleh anda rancang untuk lakukan seperti meneroka hutan di mana tersedianya trek-trek untuk dilalui, dengan laluan yang terpendek adalah berkepanjangan 2 km dan yang terpanjang adalah 8 km. Anda juga boleh melawati air terjun-air terjun yang terdapat di sini dan mendaki gunung.\n\nTempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah\u00a0Kampung Salang. Antara resort yang popular di Kampung Salang adalah\u00a0Salang Pusaka Resort,\u00a0Salang Sayang Resort\u00a0& Salang Indah Tioman. Kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.\n\nPulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600meter dari dasar laut. Pulau ini dikatakan sebagai salah satu destinasi menyelam skuba yang terbaik di dunia. Malah pernah mendapat liputan di dalam media antarabangsa seperti Discovery Channel dan National Geographic.\n\nSelain itu, ekosistem lautan sekitar Pulau Sipadan ini sangat kaya dengan pelbagai spesies batu karang dan ikan yang dianggarkan lebih daripada 3000 jenis. Jangan terkejut, anda mungkin akan\u00a0berjumpa dengan ikan jerung secara\u00a0\u2018live\u2019\u00a0di Pulau Sipadan kerana ia adalah hidupan laut yang biasa dijumpai di sini.\n\nJika anda menyelam ke dasar laut Pulau Sipadan, mata anda akan didedahkan kepada kawasan \u2018perkuburan\u2019 penyu iaitu dasar laut yang dipenuhi dengan cengkerang penyu yang telah mati.\n\nPulau Mabul antara pulau yang terkenal di Sabah kerana kedudukannya yang terletak berdekatan dengan Pulau Sipadan yang merupakan salah satu kawasan menyelam yang terbaik di dunia.\n\nTerdapat banyak penginapan yang tersedia di sini, sesuai dengan bajet anda. Antara perkara yang menarik di pulau ini adalah ia sangat kaya dengan hidupan marin yang penuh dengan warna-warni. Pelbagai jenis ikan dan sotong yang eksotik dapat dilihat melintas di depan mata jika anda\u00a0menyelam skuba di sekitar lautan pulau ini.\n\nAnda juga boleh melawat Perkampungan Kaum Bajau Laut yang terdapat di sekitar pulau ini.\n\nPulau Layang-Layang terletak sejauh 300 km dari Kota Kinabalu. Jika dibezakan dengan pulau-pulau yang lain di Sabah, kos untuk ke Pulau Layang-Layang ini agak tinggi. Namun percayalah pengorbanan anda untuk ke sini sangatlah berbaloi.\n\nPulau yang berkepanjangan 1.2 km ini memiliki panorama dasar laut yang menakjubkan. Kedudukannya yang jauh dari sebarang ancaman pencemaran menjadikan keindahannya seribu kali lebih memukau.\n\nNamun begitu, terdapat hanya satu pusat penginapan sahaja di sini iaitu Layang Layang Island Resort. Resort ini ditutup setiap tahun dari bulan September hingga Februari ketika kehadiran angin monsun. Oleh itu, jika anda bercadang untuk bercuti di sini, pastikan rancang jadual anda sebaiknya.\n\nAntara tarikan utama di Pulau Kukup adalah perkampungan terapung yang terdapat di sini. Ia merupakan kawasan perkampungan tradisional nelayan dan majoriti penduduknya adalah bangsa Cina.\n\nSelain kawasan perkampungan, Pulau Kukup hampir keseluruhannya terdiri daripada kawasan paya bakau. Boleh dikatakan sebagai kawasan paya bakau yang terbesar di Malaysia. Sepertimana di kawasan paya bakau yang lain, pulau ini agak kaya dengan hasil tangkapan seperti udang, ketam, dan bermacam lagi spesies ikan yang lain.\n\nSalah satu aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah menaiki jambatan gantung berkepanjangan 600meter yang digelar Arboretum. Selain itu, aktiviti lain yang anda boleh lakukan adalah menaiki bot untuk menyelusuri sungai-sungai sambil melihat kehadiran burung yang banyak berterbangan di awan.\n\nPulau Rawa memiliki pantai berpasir putih yang bersih dan dasar laut yang mempesonakan. Jangan lepaskan peluang anda untuk bersnorkeling di pantai jernih kebiruan ini untuk menikmati panorama indah hidupan marin serta batu karang yang terdapat di dasar laut pulau ini.\n\nDaratan pulau ini pula dikelilingi oleh hutan tebal yang menghijau. Oleh sebab itu, cara yang terbaik untuk anda menikmati keindahan pulau ini adalah dengan berkanu di sekitarnya pada hari laut tenang.\n\nPulau Perhentian merupakan salah satu tempat percutian yang popular di Malaysia. Ia terdiri daripada 2 pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.\n\nPulau Perhentian Besar menyediakan pelbagai resort dengan pakej yang menarik. Manakala, Pulau Perhentian Kecil pula, pulau ini agak berbeza dengan Pulau Perhentian Besar\u00a0kerana kebanyakan pelancong lebih tertarik untuk melawat pulau Kecil disebabkan oleh kewujudan tempat-tempat penginapan yang menawarkan harga bajet.\n\nWalaupun agak meriah, alam semula jadi di sini masih terpelihara dan kekal terjaga. Walau bagaimanapun, pulau-pulau ini ditutup ketika musim tengkujuh iaitu antara bulan Oktober ke Februari.\n\nBerbanding pulau Perhentian, Pulau Redang lebih maju dan membangun dalam sektor pelancongan. Malah di pulau ini terdapat tapak pemuliharaan penyu yang penting di Terengganu. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat penyu bertelur di pesisir pantai di sini.\n\nAntara aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Redang adalah jungle trekking, menyelam skuba, berenang dan snorkeling.\n\nUntuk pengetahuan anda juga, di sekitar perairan pulau indah ini juga terdapat 2 buah tempat karamnya kapal lama ketika Perang Dunia Kedua iaitu kapal H.M.S Prince of Wales dan H.M.S Repulse.\n\nKeluasan Pulau Kapas tidaklah besar mana. Cuma berkepanjangan 2 km dan kelebaran 1 km sahaja. Tetapi ia tetap terkenal dan menjadi pilihan para penyelam. Malah, ia juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.\n\nPantai Pulau Kapas memiliki pasir pantai yang cantik bersih memutih. Malah ia juga memiliki Hutan Tropika yang masih belum tercemar, sesuai untuk anda melakukan aktiviti jungle trekking sambil menikmati keindahan flora dan fauna.\n\nSalah satu aktiviti yang terkenal untuk dilakukan di sekitar pulau ini adalah mencandat sotong. Anda boleh menyewa bot yang terdapat di jeti Marang untuk mendapatkan hasil laut yang segar. Kebiasaannya, aktiviti ini rancak dilakukan dalam bulan Jun ke Julai setiap tahun.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan 11 Pulau Di Malaysia yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Kita perlu tekun dalam menterjemahkan akhlak Rasulullah S.A.W. bagi mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh mahupun solehah supaya dapat membentuk sahsiah mereka yang mantap serta cinta akan Islam. \n\nDalam kehidupan seharian Rasulullah S.A.W., baginda tidak hanya menyeru umatnya melakukan kebaikan sahaja, namun baginda juga menyeru umatnya untuk menunjukkan teladan yang baik dengan melaksanakannya. \n\nDalam mendidik anak-anak yang semakin hari semakin membesar, terdapat 15 akhlak Rasulullah S.A.W. yang perlu diteladani dalam mendidik anak yang boleh kita contohi. Mudah-mudahan, anak-anak akan membesar menjadi anak soleh solehah.\n\nDalam mendidik anak-anak khususnya, akhlak Rasulullah S.A.W. yang patut dicontohi adalah bersikap tegas dengan anak-anak dalam apa jua keadaan. \n\nTegas disini bukan bermaksud kita harus memukul ataupun memarahi anak-anak sehingga mengganggu emosi mereka tetapi tegas dalam konteks Islam dalam mendidik anak-anak adalah menegur mereka ketika mereka membuat suatu kesalahan. \n\nSebagai contoh, ketika anak kita melakukan kesalahan, jangan memberi apa-apa kemahuan mereka selagi mereka tidak betul-betul menyesal dengan tindakkan yang mereka lakukan. Itu adalah pengajaran terhadap mereka.\n\nSelain bersikap tegas, akhlak Rasulullah SAW adalah pemaaf dan sifat ini perlu diteladani dalam mendidik anak bagi memastikan anak-anak kita juga mempunyai sifat pemaaf. \n\nSifat pemaaf merupakan salah satu ciri orang yang bertakwa dan akhlak yang disayangi Allah S.W.T.. Disini kita harus menekankan sifat pemaaf dalam mendidik anak agar mereka dapat memaafkan segala salah dan silap serta menjadi insan yang pemaaf.\n\n\u201cDan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.\u201d\n\nDalam kehidupan berkeluarga khususnya sangat dianjurkan untuk meminta maaf bagi yang merasa berbuat kesalahan dan suka memaafkan bagi orang yang diminta maaf. Suka memberi maaf adalah perbuatan yang sangat terpuji. Akhlak Rasulullah ini perlu ada dalam mendidik anak-anak anda. \n\n\u201cOrang yang kuat bukanlah orang yang kuat berlawan, melainkan orang yang dapat menahan nafsu ketika marah\u201d.\n\nAkhlak Rasulullah yang perlu diteladani seterusnya adalah penyayang. Akhlak Rasulullah yang penyayang ini mempunyai banyak kelebihan yang dapat diteladani oleh anak. Sifat penyayang ini akan membawa kebahagiaan dunia akhirat. Ia bererti kita sentiasa mengambil berat tentang mereka dan peka tentang segala masalah mereka.\n\n4. Bersikap Lemah Lembut Dengan Anak\n\nSalah satu akhlak rasulullah S.A.W. yang patut kita contohi adalah bercakap lemah lembut dengan anak. Bersikap lemah lembut ini adalah melayan mereka dengan sopan serta memanggil mereka dengan panggilan yang indah-indah. Selain itu, seringlah mendukung anak kecil anda serta mengusap kepala mereka.\u00a0\n\nAda satu kisah dimana Aqra\u2019 bin Habis dari Bani Tamim mengaku bahawa beliau mempunyai 10 orang anak dan tidak pernah mencium anak-anaknya, lalu Rasulullah memandangnya dan berkata :\n\n\u201cBarang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi\u201d\n\nAkhlak rasulullah S.A.W. seterusnya dalam mendidik anak adalah mengajarkan kepada anak-anak tentang mencintai dan kebergantungan kepada Allah S.W.T.. Maksudnya, kita hendaklah mengajarkan kepada anak-anak kita tentang agama. Sabda Rasulullah S.A.W. :\n\n\u201cNak, aku akan memberimu beberapa pelajaran: peliharalah Allah, nescaya Dia akan balas memeliharamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan jika kamu meminta pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, sesungguhnya andaikata manusia bersatu-padu untuk memberimu suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan dapat memberikannya kepadamu, kecuali mereka telah ditakdirkan oleh Allah untukmu.\u201d\n\n6. Tidak Menghalang / Mengekang Anak Bermain\n\nDalam mendidik anak, kita janganlah menghalang anak-anak dari bermain sebagaimana akhlak rasulullah S.A.W. yang amat suka melihat anak-anak bermain. Dari Aisyah R.A. ia berkata :\n\n\u201cAku dahulu pernah bermain boneka (anak patung) di sisi Nabi S.A.W. Aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Ketika Rasululah S.A.W. masuk ke dalam rumah, mereka pun bersembunyi dari beliau. Lalu beliau menyerahkan mainan padaku satu demi satu kemudian mereka pun bermain bersamaku.\u201d\n\nMengajar ilmu keagamaan merupakan salah satu perkara paling penting perlu diajarkan kepada anak-anak selaras dengan akhlak rasulullah S.A.W. Baginda sering mengajarkan ilmu agama kepada anak-anaknya semenjak kecil lagi. \n\nJika anak tidak dididik sejak kecil lagi dikhuatiri mereka akan terpengaruh dengan pergaulan yang tidak bermoral dan sebagainya. Cara mengajarkan ilmu keagamaan kepada anak adalah dengan mengajar satu per satu dan bukan secara serta merta.\n\nSelain ilmu keagamaan, mengajarkan cara-cara solat kepada anak merupakan salah satu akhlak rasulullah S.A.W. yang perlu diikuti kerana solat itu merupakan tiang agama. Rasulullah S.A.W. bersabda :\n\n\u201cPerintahlah anak-anak kalian untuk solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan melakukannya pada usia sepuluh tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (anak lelaki dan perempuan).\u201d\n\nMengajar anak-anak dengan bacaan doa harian merupakan salah satu akhlak rasulullah S.A.W. yang ramai tak sedar. Rasulullah SAW berdakwah juga dengan menyebarkan ilmu berkaitan doa kepada umatnya apatah lagi keluarga dan anaknya. Antaranya adalah doa makan, doa masuk tandas, doa keluar rumah dan sebagainya.\n\nRasulullah S.A.W. berpesan supaya turut mengajarkan kepada anak-anak berpuasa. Dengan berpuasa kita dapat menerapkan nilai kesabaran serta membentuk jiwa yang suci dalam kalangan anak-anak kita. Diriwayatkan dari Ar-Rubayyi\u2019 bintu Mu\u2019awwidz, ia berkata :\n\n\u201cKami menyuruh anak-anak kami berpuasa. Kami buatkan untuk mereka mainan dari kain perca. Jika mereka menangis kerana lapar, kami berikan mainan itu kepadanya sehingga tiba waktu berbuka.\u201d\u00a0\n\n11. Mendidik Anak Agar Berbakti Kepada Orang Tua\n\nMendidik anak agar berbakti kepada orang tua sering diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada anak-anaknya. Dalam Islam sendiri telah menitikberatkan tentang betapa berdosa besar jika derhaka kepada orang tua kita. Betul tak?\n\n12. Mendidik Anak Terapkan Akhlak Mulia\n\nAkhlak Rasulullah sering dikenali sebagai seorang yang mulia dan paling baik di muka bumi ini. Sifat seseorang itu dapat dinilai dengan 2 perkara iaitu agamanya dan akhlaknya. Rasulullah S.A.W. sering mengajarkan nilai-nilai kebaikan kepada anak-anaknya, insyaallah kita pun boleh ikut bersama dalam mendidik anak kita, mudah-mudahan.\n\n13. Tidak Memilih Kasih Antara Anak-Anak\n\nRasulullah S.A.W. tidak juga pernah memilih kasih diantara anak lelaki dan perempuan atau semua anak-anaknya. Rasulullah juga berpesan supaya berlaku adil dengan anak-anak dan jangan memilih kasih. Hebatnya akhlak rasulullah S.A.W.\n\n14. Mengajar Pekerjaan Rumah Tangga (Bagi Anak Perempuan)\n\nDalam mendidik anak perempuan khususnya, Rasulullah S.A.W. mengajarkan hal-hal pekerjaan rumah tangga seperti memasak, mencuci pakaian dan membersih rumah. Ini juga penting dalam islam kerana kudrat wanita adalah menjadi isteri bukan mencari nafkah untuk keluarga, tetapi membantu hal rumah tangga.\n\n15. Mengajar Batas Pergaulan Antara Perempuan Dan Lelaki\n\nAkhlak Rasulullah S.A.W. dalam mendidik anak-anak juga meliputi pergaulan. Beliau sering mengajarkan batas-batas pergaulan diantara lelaki dan perempuan, tentang menjaga pandangan dan juga dosanya mendekati zina. Ia perlu diteladani dan dicontohi oleh kita.\n\nDalam mendidik anak, kita perlu banyak bersabar serta tidak berputus asa dengan segala karenah mereka. Insyaallah, tiba masanya nanti anak akan jadi terbaik untuk anda. Jom baca juga Doa penerang hati anak, Tuntutan nafkah anak, Petua dapat anak kembar dan Taska atau tadika untuk anak."
"Kali ini kami ingin kongsikan penyediaan resepi kek paling mudah di dunia, lagi senang daripada kesemua kek yang ada.\n\nMana tidak senangnya, kek yang dibuat ini tanpa telur, tanpa butter dan tanpa mixer. Namun hasil kek amatlah cantik dan gebu. Menarik bukan? Semestinya resepi ini amat mudah dicubakan. Resepi kek tanpa telur.\n\nKek coklat sedap ini hanya menggunakan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan pengembang kek. Sekali lagi kami cakapkan, tanpa telur dan butter ya!\n\nAnda yang alahan telur atau yang tengah berdiet sangat dialu-alukan untuk buat kek ini. Resepi didatangkan daripada Afiqah Koh\u200e\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nResepi Kek Tanpa Telur dan Butter\n\nSelain resepi kek tanpa telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Teringin nak masakkan Ayam Masak Merah sendiri? Sedap dan lazat jer kan makan menu ini di majlis-majlis seperti kenduri, keraian, jamuan dan sebagainya.\u00a0 Jangan risau yer, anda boleh cuba buatnya sendiri kerana resepi ini mempunyai cara pembuatan yang amat mudah dan bahan \u2013 bahan yang senang untuk didapati. Sekiranya anda seorang amatur juga anda boleh menyediakan hidangan ini.\n\nAyam masak merah adalah masakan tradisi orang Melayu. Rasanya pedas dan manis kena dengan tekak orang kita menjadikannya kegemaran ramai orang. Resepi kali ini adalah sebuah resepi ayam masak merah style kenduri kahwin. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said. Resepi ini merupakan resepi turun menurun tau. Rugi kalau tak cuba.\n\nSelain resepi Ayam Masak Kicap Berempah ini, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Nak tahu senarai sekolah berasrama penuh terbaik di Malaysia? Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak dari segala segi kehidupan, terutamanya dalam soal pendidikan. Apabila anak mahu menjejakkan kaki kea lam sekolah menengah, pastinya seawal anak berada dalam tahun 6, ibu bapa sudah mula melihat-lihat dan mencari-cari sekolah yang terbaik untuk anak-anak.\n\nSekolah berasrama penuh adalah di antara pilihan utama ibu bapa di Malaysia. Jom lihat 20 senarai sekolah berasrama penuh terbaik dan mempunyai rekod baik sentiasa.\n\nSekolah Tun Fatimah adalah sebuah sekolah yang sememangnya terkenal dengan keputusan peperiksaannya yang cemerlang. Tidak hairanlah kenapa ibu bapa berlumba-lumba mahukan sekolah ini. Ia terletak di Johor Bahru, Johor. Ia telah dibina pada tahun 1965 dandirasmikan oleh DYMM Sultanah Johor. Ia mempunyai pelajar perempuan sahaja.\n\nSekolah yang menduduki tangga kedua ialah Sekolah Seri Puteri yang asalnya digelar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer dan berada di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur sebelum ditukar namanya kepada Sekolah Seri Puteri dan dipindahkan ke Cyberjaya. Sekolah ini adalah untuk pelajar perempuan sahaja.\n\n3. Sekolah Sultan alam Shah, Putrajaya\n\nSekolah Sultan Alam Shah atau singkatannya SAS asalnya \u00a0terletak di Jalan Yaacob Latiff , Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Kini ia telah berpindah ke premis baru seluas 35 ekar di Putrajaya sejak 26 April 2003.\n\n4. Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan\n\nKolej Tunku Kurshiah adalah Sekolah Berasrama Penuh yang pertama bagi pelajar perempuan Melayu di Malaysia. Nama asalnya ialah Malay Girl\u2019s College dan terletak di Kuala Lumpur. Kini ia bertukar nama kepada Kolej Tunku Kurshiah dan telah berpindah ke kawasan seluas 22 ekar di Bukit Merbah, Seremban, Negeri Sembilan. s\n\n5. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor\n\nSekolah Menengah Sains Kota Tinggi \u00a0adalah Sekolah Berasrama Penuh yang ke34 dibina di Malaysia. Ia terletak di Johor Bahru dan terletak berdekatan dengan pusat perlancongan Desaru yang popular.\n\n6. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor\n\nKolej Islam Sultan Alam Shah atau KISAS terletak di Klang, Selangor. Sehingga kini ia kekal sebagai satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan empat. Ramai tokoh intelektual, tokoh politik serta alim ulama telah dilahirkan sekolah hebat ini.\n\n7. Sekolah Menengah Sains Tengu Munawir, Negeri Sembilan\n\nSekolah Menengah Sains Tuanku Munawir yang terletak di Seremban adalah Sekolah Berasrama Penuh yang menduduki kedudukan ketujuh dalam keputusan peperiksaan SPM pada tahun 2019 yang lalu. Ia terletak di Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan. Pada awal penubuhannya ia diberi nama Sekolah Menengah Sains Seremban, namun pada 8 Mac 2011, ia ditukar kepada nama baru sempena nama Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9. Sekolah ini menerima pelajar lelaki sahaja.\n\nSekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak atau nama ringkasnya SBPI Gombak juga dikenali sebagai INTEGOMB. Ia terletak di Jalan Sungai Pusu, Gombak dan sangat dekat dengan kampus utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). SBP Integrasi Gombak adalah salah satu daripada beberapa buah sekolah yang berkonsepkan integrasi di Malaysia.\n\nSekolah intergrasi telah diwujudkan seiring dengan permintaan aliran Sains Agama yang semakin mendapat sambutan daripada ibu bapa pada masa kini. Untuk pengetahuan anda, SBPI menawarkan 3 aliran iaitu:\n\nMenduduki kedudukan yang ke Sembilan ialah SBP Intergrasi Rawang yang terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Ia juga lebih dikenali sebagai SEPINTAR merupakan salah satu daripada Sekolah Berasrama Penuh yang melaksanakan program Tahfiz Model Ulul Albab atau singkatannya TMUA. Tidak banyak sekolah di Malaysia yang melaksanakan model program tersebut. Di antara sekolah lain ialah:\n\n10. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak\n\nKolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) adalah sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki di Malaysia. Ia terletak di Kuala Kangsar, Perak. Ia hanya menerima pelajar lelaki sahaja. Pada awalnya, sekolah ini hanya menerima pelajar dari golongan elit Melayu sahaja. Namun selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini telah dilonggarkan. Hari ini semua rakyat Malaysia layak untuk memasuki sekolah ini.\n\nBerikut adalah senarai kedudukan sekolah Berasrama Penuh bagi kedudukan ke11 sehingga 20 bagi tahun 2020:\n\n11. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu\n\n12. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur\n\n13. Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani\n\n14. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak\n\n15. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor\n\n16. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Selangor\n\n18. Sekolah Menengah Sains Muzafar Syah, Melaka\n\n19. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur\n\nItulah dia info \u00a0tentang 20 senarai sekolah berasrama penuh terbaik Malaysia bagi tahun 2020 berdasarkan keputusan SPM tahun 2019\u00a0\u00a0\u00a0 yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang senarai MRSM di Malaysia cara tampal lencana sekolah dan aktiviti menarik sempena cuti sekolah."
"Di kala cuaca yang panas kini, pasti kita inginkan tempat yang sejuk dan boleh menghilangkan rasa hangat di badan ini. Di rumah, pasti aircond akan dibuka sentiasa, jika bukan 24jam pasti waktu malam akan dibuka untuk keselesaan semasa tidur. Bagi keluarga yang tiada anak kecil berumur bawah 2 tahun tidak mengapa tetapi bagi yang ada anak kecil ia boleh membahayakan kesihatan anak.\n\nMengapa aircond boleh membahayakan kesihatan anak berumur bawah 2 tahun?\n\nMari kami kongsikan info sebenar 5 faktor bayi tidak boleh duduk di tempat aircond terlalu lama. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nFaktor bayi tidak boleh duduk di tempat aircond terlalu lama\n\n1) Telinga berair, demam, selsema dan berhingus\n\nSiang tadi semasa saya periksa seorang pesakit ini, dalam diam Tan Sri Profesor Amin datang dari belakang. Dia duk perhati saya bersihkan telinga seorang bayi ini. Pesakit ini berumur satu tahun dua bulan. Sudah hampir sebulan telinganya berair.\n\nBermula dengan serangan sakit tekak dan demam. Kemudian selesema dan hidung berair yang susah nak berhenti. Pada masa sama telinga pun mulai keluar cecair.\n\n2) Telinga bernanah, rupanya gegendang bocor\n\nHari ini ibu bapanya membawa beliau ke klinik kami di PPUM. Selepas saya periksa, saya keluarkan dan sedut semua nanah yang ada dalam telinganya, rupa-rupanya gegendang telinga beliau sudah bocor.\n\n3) Jangkitan telinga mudah berlaku kepada kanak-kanak\n\nKeadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana pesakit terutama pada usia kanak-kanak. Jangkitan ke telinga lebih mudah berlaku kepada anak-anak berbanding kita-kita yang dah \u2018tua\u2019 ini. Saya berikan ubat titis antibiotik untuk diletak pada telinganya. InshaaAllah akan sembuh nanti.\n\n4) Mandikan air suam waktu pagi\n\nProf Amin sempat pesan kepada ibu pesakit ini, kalau boleh waktu pagi itu mandikanlah dengan air suam-suam. Supaya gejala selesema ini mudah terkawal. Suam bukan panas ya. Ini petua orang tua yang tak salah kalau nak amalkan.\n\n5) Habuk dan hama terkumpul dalam pendingin angin\n\nPenghawa dingin juga perlu berpada-pada untuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya anak kita jadi selesema tak berhenti ini bukan sahaja sebab sejuknya aircond itu, tetapi juga sebab habuk dan hama yang terkumpul pada aircond tu melekat masuk pada hidung anak kita.\n\n*Berikut adalah faktor-faktor bayi tidak boleh duduk di tempat aircond terlalu lama. Begitu juga di depan kipas. Bayi yang baru lahir lebih sensitif maka ibu bapa perlu menjaganya dengan baik. Dapatkan nasihat pakar jika ingin melakukan sesuatu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mencari resepi kek yang berlainan? Kali ini kami hadirkan resepi kek santan. Kek ini sesuai sangat untuk sarapan atau minum petang.\n\nSebagai seorang yang suka masak, mestilah teringin hidangkan kek yang sedap untuk orang tersayang. Kek santan boleh jadi pilihan anda. Selain caranya senang, rasanya juga sedap.\n\nSesuai nama yang diberi, mestilah kek ini menggunakan santan. Rasa kek yang umumnya manis jadi makin berlemak dan lazat dengan kolaborasi santan. Beri sedikit pewarna yang anda suka, maka jadilah kek santan yang menarik dan sedap. Sila cubakan resepi kek santan oleh \u200eWanie Bake\u200e di laman Facebook.\n\nCampur bahan yang diblend tadi dengan :\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Disebabkan musim penghujan sudah pun bermula, badan memang agak sejuk semacam dan perut kembung. Jadi, kami nasihatkan buat resepi simple ini. Halia, bawang putih, dan lada hitam sememangnya herba yang sangat bermanfaat untuk membuang angin dan panaskan badan. Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu mengurangkan kembung perut, angin, sebu, senak, sembelit dan keasidan perut.\n\nMakan dengan nasi panas panas, lada hitam serbuk, dan kicap lemak manis. Lepas itu sendawa tiada henti. Badan pun rasa segar dan hangat. Jom cuba masak telur dadar sihat dengan resepi daripada Syu Azis di laman Facebook.\n\nResepi Telur Dadar Buang Angin Dalam Badan\n\nSelain telur dadar sihat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Wanita hamil hendaklah menjaga diri dan kesihatan dengan baik ketika mengandung. Anda harus menjaga kesihatan dari aspek fizikal dan emosi kerana ia akan mempengaruhi kesihatan kandungan anda. Berikut merupakan panduan untuk memastikan kesihatan ketika hamil terjamin\n\nWanita hamil hendaklah mengambil pemakanan diet yang sihat dan seimbang. \u00a0Pastikan anda mengambil makanan yang mempunyai nutrisi yang memberikan manfaat kepada kesihatan. Anda boleh mengamalkan diet seperti makan buah-buahan serta sayuran-sayuran. Selain itu, anda boleh menyediakan sarapan yang mengandungi karbohidrat contohnya roti dan bijirin. Seterusnya adalah penting juga untuk mengambil pemakanan yang mempunyai protein seperti ikan, daging dan susu.\n\nWanita hamil perlu memastikan makanan yang diambil dan dimasak adalah bersih. Pastikan sayur-sayuran dan daging dicuci dengan bersih sebelum dimasak. Seterusnya, jika anda ingin makan di luar atau membeli daripada luar pastikan gerai atau restoran tersebut mempunyai tahap kebersihan yang baik. Hal ini amat penting untuk memastikan kesihatan anda terjamin dan terhindar daripada jangkitan penyakit.\u00a0 Antara penyakit yang boleh dihidapi adalah jangkitan salmonella di mana ia berlaku diakibatkan makan ayam kurang masak dan telur mentah.\n\nFolid asid merupakan tambahan diet yang penting kerana ia boleh mencegar spina bifida dan kecacatan lain tiub neural bayi. Hal demikian berlaku kerana tiub yang melindungi saraf pusat tidak menutup sepenuhnya. Oleh yang demikian, wanita hamil dinasihatkan untuk mengambil folid asik 400mcg bermula dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama. Untuk pengetahuan anda, folat juga boleh didapati secara semulajadi iaitu melalui pemakanan seperti sayur-sayuran dan bijiran.\n\nPengambilan ikan juga amat baik dimana minyak ikan mengandungi asid lemak Omega-3 yang berkemungkinan membawa kesan positif kepada praeklampsia, berat kelahiran bayi, perkembangan otak dan saraf bayi pada peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan berminyak mempunyai kandungan mineral, protein, vitamin D serta asid lemak omega 3. Ia akan membantu perkembangan dan pembesaran bayi namun ia mengandungi merkuri\u00a0 serta bahan pencemar yang lain. oleh itu, adalah disyorkan untuk makan ikan berminyak seperti tenggiri dan sardin tidak lebih dua kali dalam seminggu.\n\nSenaman dapat membantu anda meningkatkan kekuatan dalam tubuh anda. selain itu, ia akan menjaga dan meningkatkan ketahanan tubuh terutamanya apabila berat badan kian bertambah. Melalui senaman, anda dapat memastikan anda kembali ke bentuk badan asal setelah bayi dilahirkan. Adalah disyorkan untuk mengikuti program senaman dengan pelatih yang pakar kerana mereka akan membimbing anda untuk melakukan senaman dengan betul. Selain itu, senaman juga boleh membantu menghilangkan rasa stress atau kemurungan yang biasanya dihadapi oleh wanita hamil."
"Kami ingin berkongsikan resepi minum petang iaitu terang bulan. Mari semak cara buatnya.\n\nAda yang panggil terang bulan, ada yang panggil apam balik. Asasnya sama sahaja hanya beza cara sebut di daerah tertentu. Menu ini terkenal di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Kebiasaannya makanan ini dinikmati sewaktu makan pagi atau bersantai minum petang.\n\nMenarik lagi kerana resepi terang bulan yang didatangkan daripada Munierah Solehah yang berkongsi di laman Facebook menggunakan topping yang enak. Bagaimana tidak, coklat, cheese, dan kacang sebagai topping. Belum lagi coklat dan cheese yang cair kena panas, amat menyelerakan. Tengok pun mesti menitik air liur.\n\nTanpa berlama-lama jom buat kuih terang bulan untuk minum petang.\n\nNota: Resepi ni boleh jadi 5-6 keping terang bulan.\n\nSelain kuih terang bulan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Apakah resepi biskut kuih raya moden yang sedap tetapi tidak rumit untuk membuatnya?\n\nMana lengkap hari raya jika tidak terhidang kuih raya yang pelbagai jenis rasa dan warna yang menjadi manisan wajib di setiap rumah. \n\nJika setiap tahun kita borong kuih raya di kedai, apa kata tahun ini untuk lebih jimat cuba buat sendiri di rumah. Tidak susah pun sebenarnya, pasti semua orang boleh buat dan ikut dengan resepi yang betul. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai aneka resepi menarik biskut kuih raya moden yang boleh anda cuba sebagai persediaan menyambut lebaran tidak lama lagi.\n\nBuat penggemar coklat Nutella, resepi Nutella Pod ini istimewa untuk anda cuba di rumah. Kalau beli memang harganya mahal, sebab harga Nutella sahaja di pasaran sudah mencecah puluhan ringgit mengikut saiz.\n\nBuat sendiri lagi jimat dan anda boleh tambah inti atau topping yang disukai sendiri. \n\nSelalu kita dengar brownie cake, kali ini brownie cookies pula. Resepi dari Che Nom ini memang sedap dan menjadi kegemaran ramai.\n\nSelain ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam, ia juga menggunakan bahan-bahan utama yang berkualiti seperti dark chocolate, dan sebagainya.\n\n3. Resepi Green Mint Chocolate Chip Cookies\n\nBiskut yang mempunyai tekstur unik lembut di luar dan kenyal di dalam ini diberi nama Green Mint Chocolate Chip Cookies.\n\nJika anda seorang pengemar coklat dan pudina tentunya biskut ini akan menjadi kegilaan anda di hari raya nanti. \n\nBiskut yang menarik perhatian kanak-kanak tentunya Rainbow Cookies atau dikenali juga dengan panggilan biskut Lidah Kucing.\n\nBentuknya yang seakan-akan bunga dan berwarna-warni menjadi perhatian ramai setiap kali tiba musim lebaran.\n\nBiskut kuih raya moden yang seterusnya adalah biskut florentine. Menarik tentang biskut ini ia tidak menggunakan langsung cecair.\n\nHanya sahaja bahan-bahan kering yang digunakan seperti kekacang sedikit mahal berbanding pembuatan biskut lain. \n\nNamun memang berbaloi bila anda rasa mewah di mulut setiap kali mengigit keranggupan biskut ini. \n\nBuat pengemar red velvet, jangan lepaskan peluang untuk anda cuba resepi biskut red velvet ini.\n\nBiskut ini seakan rupa biskut coklat chip hanya dari segi rasa, warna, dan cara membuatnya berbeza dengan bahan yang tidak begitu banyak serta mudah untuk didapatkan. \n\n7. Resepi Choco Ball Milo Nestum\n\nSiapa kata tiada oven di rumah tidak boleh buat kuih raya sendiri? Resepi Choco Ball Milo Nestum ini sangat sesuai kepada sesiapa yang mahukan resepi ringkas tanpa perlu bakar. \n\n8. Resepi Famous Amos Choc Chip\n\nSiapa yang tidak kenal dengan biskut popular dari jenama terkenal Famous Amos. Kali ini kami akan berkongsi dengan anda biskut eksklusif ini untuk anda buat ketika hari raya. \n\nMeringue adalah sejenis pencuci mulut yang terkenal di Perancis, Switzerland, dan Itali. Ia diperbuat daripada putih telur yang dipukul dengan gula dan bahan berasid contohnya seperti limau, cuka, atau krim tartar. \n\nDi antara ketiga-tiga jenis meringue ini, dikatakan Italian Meringue adalah meringue yang paling stabil manakala French meringue\u00a0adalah asas kepada keseluruhan meringue yang kita gunakan.\n\nSelalu kita makan biskut kuih raya moden pastinya tidak ketinggalan dengan sesuatu yang manis dan kurang khasiat. \n\nNamun bagi anda yang ingin cuba yang lebih sihat tetapi sedap, Biskut Oat Pisang ini tentu akan memberikan anda kelainan yang luar biasa. \n\nHanya dengan menggunakan tiga jenis bahan, anda boleh membuat donut coklat lembut dan ranggup di luar. \n\nPepero pun rupanya boleh dibuat sebagai kuih raya tau. Resepi ringkas tetapi sedap ini pasti bakal menambat hati kanak-kanak di hari raya. \n\nResepi seterusnya adalah Sesame Seed Cookies yang disalut dengan bijan ranggup di luar. \n\nBiskut Dalgona Biscoffee mungkin di antara resepi yang terbaru dan terkini bagi kuih biskut raya moden yang perlu anda cuba. \n\nCampuran premiun dari bahan Nescafe dan Biscoff memberi hasil yang sedap, dan sangat berbaloi di buat ketika hari raya nanti. \n\nJangan salah sangka, walaupun bentuk Cofee Bean Cookies seakan-akan biji kopi namun tidak ada satu pun bahannya yang berasal dari kopi.\n\nMalah ia mengantikan serbuk koko dan dua jenis tepung sebagai bahan utama yang digunakan. \n\nKuih kapit adalah sejenis kuih tradisional yang menjadi kegemaran masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kuih ini bukan sahaja menjadi penyeri pada hari raya bahkan antara menu wajib pada malam Tahun Baru Cina.\n\nMenariknya, kuih kapit turut diperbaharui menjadi biskut kuih raya moden yang menarik seperti kuih kapit Oreo ini. \n\nBiskut Milo Chakiss adalah salah satu dari resepi biskut kuih raya moden yang sangat mudah dibuat dan sedap sehingga menjadi kesukaan kanak-kanak. \n\nSelain dari resepi biskut kuih raya moden ini, anda juga boleh baca artikel resepi kami yang lain berkenaan kuih dan cookies seperti:"
"Jom kita kenali anak-anak rasulullah, nabi kesayangan kita!\n\nRasulullah SAW dikurniakan tujuh orang anak yang terdiri daripada tiga anak perempuan dan empat orang anak lelaki. Enam orang daripada mereka lahir dari perkahwinan Rasulullah dengan isteri pertamanya iaitu Khadijah binti Khuwailid.\n\nKasih dan cinta Baginda terhadap isteri kesayangannya semakin bertambah melalui satu sabdanya:\n\n\u201cIa telah beriman kepadaku tatkala orang-orang kafir kepadaku, ia telah membenarkan aku tatkala orang-orang mendustakan aku, ia telah membantuku dengan hartanya tatkala orang-orang menahan hartanya tidak membantuku, dan Allah telah menganugerahkan darinya anak-anak tatkala Allah tidak menganugerahkan kepadaku anak-anak dari wanita-wanita yang lain.\u201d\n\nAnak sulung Rasulullah ini diberikan nama Al-Qasim dan dilahirkan di Mekah. Qasim meninggal dunia pada usia yang sangat muda iaitu dua tahun dan masih belum putus menyusu badan mahupun pandai berjalan.\n\nTerdapat pendapat yang mengatakan Qasim lahir setelah ayahnya diangkat menjadi pesuruh Allah sedangkan pendapat kedua pula, Qasim dilahirkan sebelum Rasulullah menjadi rasul.\n\nAbdullah mendapat panggilan \u2018Thayyib\u2019 dan \u2018Thahir\u2019 yang membawa maksud kemuliaan dan kesucian kerana dilahirkan ketika kenabian baginda Rasulullah SAW. Seperti abang sulungnya, Abdullah juga diriwayatkan meninggal ketika usia kanak-kanak di kota Mekah iaitu pada 615 M.\n\nZainab binti Muhammad merupakan puteri sulung Rasulullah dan dilahirkan kira-kira 30 tahun selepas kelahiran Rasulullah. Menginjak usia dewasa, Zainab membesar menjadi seorang muslimah yang sangat mulia peribadinya dan menarik minat sepupunya sendiri iaitu Abu al-Ash bin Ar-Rabi\u2019 untuk menjadikannya sebagai isteri.\n\nKetika Rasulullah diangkat menjadi pesuruh Allah, Zainab dengan sangat teruja mengajak suamianya untuk turut memeluk agama yang dibawa ayahnya sendiri namun ditolak dengan sekerasnya. Zainab berasa sangat sedih apabila ayahnya dan umat Islam yang lain sudah berhijrah ke Madinah sedangkan dia masih berada di Mekah bersama suaminya.\n\nKetika berlakunya perang Badar, suami Zainab yang merupakan tentera Quraisy Mekah ditawan tentera Islam. Zainab cuba menebus suaminya dengan memberikan kalung permberian ibunya sebagai ganti. Baginda menjadi sangat sedih dan membebaskan Abu al-Ash tanpa sebarang tebusan tetapi dengan syarat, Zainab perlu diceraikan.\n\nAbu Al Ash akhirnya memeluk Islam setelah peristiwa barang dagangannya dirampas oleh tentera Islam. Ketika itu, Abu Al Ash datang ke Madinah dan meminta perlindungan dari bekas isterinya. Rasulullah menyatukan semula Zainab dan Abu Al-Ash dan mereka hidup dengan penuh bahagia.\n\nZainab wafat pada tahun ke-8 H dan meninggalkan dua orang anak bernama Umamah dan Ali.\n\nRuqayyah merupakan puteri kedua Rasulullah dan dilahirkan pada tahun ke-33 setelah lahirnya Rasulullah. Puteri kedua Rasulullah ini dinikahkan dengan salah seorang sahabat baginda iaitu Uthman bin Affan dan dikurniakan seorang putera bernama Abdullah.\n\nSebelum itu, Ruqayyah pernah bernikah dengan Utbah bin Abu Lahab teapi perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian akibat perbezaan pegangan agama.\u00a0\n\nSeperti kakaknya Zainab, Ruqayyah sentiasa menyokong perjuangan bapanya di jalan Allah dan tergolong dalam kalangan mereka yang paling awal berhijrah ke Madinah.\n\nRuqayyah mengalami episod yang mendukacitakan apabila satu-satunya anaknya meninggal dunia sehingga Ruqayyah dikatakan jatuh sakit. Ketika itu, Rasulullah sedang mempersiapkan tentera Islam untuk Perang Badar.\n\nSebaik sahaja tentera islam mengecapi kemenangan, Ruqayyah kembali pada penciptanya pada usia 22 tahun.\n\nUmmu Kalthum dilahirkan ketika tahun 34 setelah kelahiran Rasulullah sekaligus menjadikannya puteri ketiga dalam adik beradiknya. Jarak umur Ummu Kalthum dengan kakaknya Ruqayyah yang dekat menjadikan kedua-dua puteri ini sangat rapat sehinggakan begitu banyak persamaan.\n\nKedua-duanya mengahwini lelaki dari anak Abu Lahab. Seperti kakaknya, perkahwinan tersebut tidak bertahan lama disebabkan perbezaan akidah.\n\nSetelah kewafatan Ruqayyah, Rasulullah menyuruh Uthman bin Affan mengahwini Ummu Kalthum pula. Uthman turut dikenali sebagai Zun Nurain yang membawa maksud pemilik dua cahaya kerana mengahwini dua puteri Rasulullah.\n\nUmmu Kalthum diriwayatkan meninggal pada tahun ke-9 hijrah pada bulan Ramadan.\n\nFatimah merupakan puteri bongsu kesayangan Rasulullah yang sentiasa menemani ayahnya walaupun ketika baginda wafat. Fatimah digelar dengan panggilan \u2018Az-Zahra\u2019 kerana parasnya yang cantik.\n\nFatimah juga sangat indah akhlaknya dan\u00a0 dikenali sebagai serikandi yang sangat berani sehingga dinobatkan sebagai ketua bidadari di syurga kelak.\n\nRasulullah mengahwinkan Fatimah dengan Ali bin Abi talib yang juga merupakan sepupu baginda. Selama perjuangan Rasulullah menyebarkan dakwah, Fatimah tidak pernah meninggalkan bapa kesayangannya.\n\nFatimah amat berdukacita setelah kewafatan Rasulullah sehingga jatuh sakit sebelum menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira enam bulan setelah Rasulullah dijemput Ilahi.\n\nIbrahim bin Muhammad merupakan satu-satunya putera Rasulullah yang lahir dari Mariah al-Qibtiyah. Putera bongsu Rasulullah ini turut meninggal ketika masih bayi, kira-kira setahun setengah umurnya iaitu pada tahun ke-10 H.\n\n\u201cSungguhnya bagi Ibrahim ibu yang menyusukannya di dalam syurga.\u201d\n\nPenutup: Mengenali Anak-Anak Rasulullah Adalah Tanda Sayang Pada Baginda\n\nRasulullah SAW adalah teladan seorang bapa yang terbaik. Baginda juga telah menunjukkan cara terbaik dalam mendidik anak-anak seperti dituntut Islam. Bahkan anak-anak Baginda juga sangat sesuai dijadikan suri teladan dalam menjadikan diri sebagai muslim yang dekat dengan Allah.\n\nDengan mengenali dan menyayangi anak-anak Baginda, itulah sebahagian bukti bahawa kita sangat sayang dengan Rasulullah SAW dan keluarganya."
"Kita sebagai manusia perlu menjaga kesihatan diri seperti melakukan senaman diri dan makan makanan yang sihat. Oleh sebab itu, tercipta lah piramid makanan untuk menjadi panduan kepada manusia untuk pengimbanan makanan yang sihat. Piramid makanan ini sangat bagus kerana selain mendapatkan kesihatan baik, ia dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang ideal.\n\nIni adalah cara menjaga kesihatan diri pada zaman kini. Di zaman Rasulullah, cara beliau mengamalkan kesihatan diri agak berbeza sedikit daripada sekarang. Cara beliau mengamalkan kesihatan diri amat bagus dan menurut kajian ia memberi banyak kebaikan pada individu itu sendiri. Bagaimanakah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 8 sunnah rasulullah menjaga kesihatan diri. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n8 Sunnah Rasulullah menjaga kesihatan diri\n\n2 Cara Rasulullah menjaga kesihatan dengan menjaga kebersihan diri\n\n3 Rasulullah tidak pernah makan berlebihan\n\n4 Rasulullah menjaga kesihatan diri dengan gemar berjalan kaki\n\n6 Sentiasa optimis dan tidak berputus asa"
"Tempe diperbuat daripada kacang soya. Tempe dan tauhu walaupun berasal daripada kacang soya namun sangat berbeza pada proses penapaian. Tekstur tempe juga lebih keras daripada tauhu. Tidak semua orang suka tempe kerana rasa kacang soya nya sangat terasa berbanding tauhu.\n\nNamun tahukah anda bahawa tempe kaya akan protein dan memiliki vitamin B12 yang berasal daripada bakteria yang digunakan pada proses penapaian. Tempe juga kaya akan serabut. Sangat baik untuk kesihatan.\n\nBanyak jenis masakan tempe. Masakan tempe yang paling sering kita jumpai ialah tempe goreng, di mana tempe digaul dengan rempah, tepung dan sedikit garam kemudian digoreng sehingga garing dan rangup. Olahan tempe goreng rangup selalu dijumpai di restoran jawa dihidang bersama ayam penyet.\n\nNamun ada sebahagian orang yang tidak suka tempe goreng. Oleh itu kami menyediakan resepi tempe yang berlainan iaitu tempe telur masin. Tanpa menunggu lama, sila baca resepi mudah tempe telur masin yang di kongsikan oleh \u200eAdlina Aini Afifi\u200e di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Sila cuba resepi ini.\n\n1. Hancurkan telur masin. (Untuk sepeket tempe gunakan 1 biji telur masin. Kalau gunakan kuningnya sahaja, boleh guna 2 biji telur masin).\n\n2. Sesudu butter. Guna minyak masak pun boleh.\n\n3. Masukkan bawang putih, cili kering dan daun kari sampai naik bau.\n\n4. Terus masukkan telur masin sudah dihancurkan tadi dan masukkan susu cair. Ikut suka ingin creamy mana. Dalam 2 sudu sudah ok.\n\n5. Masukkan tempe yang sudah digoreng.\n6. Kacau-kacau sedikit. Siap.\n\nMakan macam itu pun sedap, wangi nya sangat menggoda selera. Selamat menjamu selera.\n\nSelain resepi tempe telur masin, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Orang kata hitam bawah kuali adalah petanda bahawa seseorang wanita rajin memasak di dapur. Makin hitam bawah kuali, ia adalah petanda bahawa semakin rajin dia memasak. Adakah benar dakwaan ini? Walau apa pun, hitam di bawah kuali bukanlah pemandangan yang menarik, terutama sekali jika anda menggantung kuali di dapur dan dapat dilihat oleh semua orang yang masuk ke dapur.\n\nJika anda mengalami masalah hitam bawah kuali dan teringin untuk mempunyai kuali yang cantik berkilat tanpa membeli yang baru, yang sebenarnya ada cara yang boleh anda lakukan. Malah tanpa memerlukan kos yang tinggi. Tak percaya? Jom kami kongsikan cara hilangkan hitam bawah kuali dengan mudah dan murah yang dijamin berkesan.\n\nAnda kenal sabun cap buruh? Zaman dulu-dulu sabun cap buruh digunakan untuk membasuh pakaian kerana ia sangat berkesan untuk menghilangkan kotoran degil yang melekat pada baju. Malahan pada hari ini, para muslimin dan muslimah yang pergi menunaikan haji dan umrah biasanya membawa sabun cap buruh sebagai bekalan untuk membasuh baju semasa berada di bumi arab.\n\nNamun tak ramai yang tahu bahawa sabun cap buruh juga boleh digunakan untuk menghilangkan hitam bawah kuali. Nak tahu caranya?\n\nTahukah anda bahawa satu lagi cara untuk hilangkan hitam bawah kuali yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan soda bikarbonat yang ada di dapur. Caranya adalah seperti berikut:\n\nSatu lagi petua hilangkan hitam bawah kuali yang anda boleh cuba ialah dengan menggunakan kulit nanas yang telah direbus. Apabila membeli buah nanas, sama ada untuk dimakan begitu sahaja atau untuk dimasukkan ke dalam masakan, kulitnya jangan dibuang. Apa yang boleh anda lakukan ialah rebus kulit nanas tadi dan gunakan untuk menyental bawah kuali yang hitam tanpa menggunakan sabun dan air. Anda pasti tersenyum apabila melihat kualai yang dulunya hitam kini berkilat semula.\n\n4. Air rebusan asam gelugur atau asam keping\n\nBiasanya setiap dapur di Malaysia mempunyai asam keping atau juga dikenali sebagai asam gelugur yang banyak digunakan dalam masakan orang kita. Tahukah anda bahawa selain melazatkan masakan, asam gelugur juga boleh digunakan untuk menghilangkan hitam bawah kuali. Caranya-caranya ialah seperti berikut:\n\nSelalu anda cuci tandas dan bilik air di rumah gunakan pencuci jenama apa? Salah satu daripada jenama yang paling terkenal di Malaysia ialah Harpic. Ini kerana ianya terbukti berkesan untuk menghilangkan kotoran degil yang melekat pada mangkuk tandas, sinki, dan jubin di bilik air. Tahukah anda bahawa pencuci tandas Harpic juga berkesan untuk menanggalkan hitam pada bawah kuali? Caranya ialah:\n\nBagi memastikan kuali anda sentiasa putih berkilat dan tidak hitam semula, kami cadangkan anda ulang langkah yang sama dengan menggunakan salah satu tips yang diberikan setiaptiga bulan sekali. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, rendam kuali anda dengan salah satu bahan dan gosok sehingga bersih tanpa perlu menunggu bahagian bawah kuali menjadi hitam. Bukan apa, kalau dah hitam nanti penat anda menggosok untuk putihkan semula.\n\nItulah dia perkongsian tentang cara hilangkan hitam bawah kuali yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca masalah rumah tangga jenis kuali dan kaedah lembutkan daging."
"\u201cAlamak.dipatuk ular tiba-tiba!\u201d \u201cWaduh waduh.hendak buat macam mana ini ya?\u201d Pasti cemas apabila anda sendiri atau orang di sekeliling dipatuk ular. \n\nBuntu jadinya tau! Siapa yang tidak? Oleh itu, kami kongsikan di sini satu artikel dari Dr Afiq Rahman melalui laman blog peribadi beliau, iaitu tentang tip dan tanda jika dipatuk ular.\n\nSuhu akibat El-Nino di Malaysia semakin panas mengakibatkan binatang berbisa seperti ular mula mencari tempat perlindungan yang lebih sejuk.\n\nAkan tetapi kehadiran mereka boleh mendatangkan bahaya kepada manusia. Kebiasaannya ular akan segera beredar jika ternampak kelibatan manusia atau haiwan pemangsa yang lain.\n\nNamun jika kita mengganggu sarangnya atau merasakan dirinya terancam maka ular akan mempertahankan dirinya segera.\n\nJika terpatuk oleh ular, berikut adalah langkah-langkah penting untuk menyelamatkan nyawa:\n\nApakah Tip Penting Jika Mangsa Dipatuk Ular? \n\n1) Bertenang jangan panik. Tenangkan sahabat anda sekiranya dia di patuk ular.\n\n2) Beredar daripada kawasan bahaya pada kadar segera.\n\n3) Hadkan pergerakan badan terutama kawasan yang dipatuk. Sebarang pergerakan otot meningkatkan penyerapan bisa ular ke dalam saluran darah dan limpa.\n\n4) BIARKAN sahaja kawasan patukan ular. Jangan buat apa-apa pada kawasan luka seperti IKAT, SEDUT BISA ULAR, TOREH LUKA, GOSOK, PICIT LUKA, MENYAPU UBAT HERBA / BAHAN KIMIA DLL. Ini kerana perbuatan ini akan meningkatkan risiko jangkitan kuman pada luka, bisa mudah masuk ke saluran darah dan pendarahan teruk pada kawasan luka.\n\n5) Baringkan mangsa dalam keadaan yang selesa. Kurangkan pergerakan kawasan luka patukan dengan bantuan \u2018sling\u2019/\u2019splint\u2019 (alat keras yang akan mengurangkan pergerakan kawasan luka).\n\n6) Sekiranya bisa ular masuk ke dalam biji mata, curahkan air ke kawasan mata yang terjejas dengan sebanyakknya.\n\n7) Tanggalkan barang kemas / peribadi seperti jam tangan, rantai, gelang dan pakaian yang ketat HANYA SEMASA di dalam perjalanan ke hospital atau di hospital sahaja dan bukannya di tempat kejadian.\n\n8) Hubungi pihak BOMBA / JPAM / Ambulans untuk bantuan pengangkutan. Segera ke HOSPITAL!\n\nApakah Tip Lain Jika Mangsa Dipatuk Ular?\n\n1) Jangan minum kafein ataupun alkohol. Ini akan meningkatkan peredaran darah seterusnya mempercepatkan kesan bisa ular.\n\n2) Jangan cuba-cuba untuk menangkap ular. Serahkan tugas tersebut kepada pihak penyelamat seperti JPAM / Bomba. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengingati warna badan, bentuk kepalanya (tiga segi / bulat), keadaan ular ( contohnya posisi menegak untuk mematuk bagi ular senduk).\n\nApakah Tanda Jiika Mangsa Dipatuk Ular?\n\n1)\u00a0Elapidae (Ular Tedung Selar, Senduk, Katam Tebu etc),\n\n1) Mangsa kelihatan amat letih (drowsiness)\n\n2) Masalah membuka kedua belah biji mata ( bilateral ptosis)\n\n3) Masalah bercakap, membuka mulut, menggerakkan bibir atau menelan.\n\n5) Masalah pergerakan jantung (cardio failures).\n\n6) Bisa ular senduk / tedung selar juga boleh menyebabkan luka patukan menjadi buruk, gangrene dan pembengkakan yang teruk.\n\n1) Luka kawasan patukan mengalami pembengkakan yang teruk dan pendarahan yang tidak berhenti.\n\n2) Kawasan sekeliling luka menjadi hitam, gangrene.\u00a0\n\n3) Berlaku pendarahan sistemik seperti pendarahan gusi, dalam usus / perut, mudah lebam jika kawasan badan terhentak dengan objek keras dan paling bahaya pendarahan dalam otak atau organ utama badan.\n\n4) Blister atau Lepuh Berair pada kawasan sekitar luka patukan.\n\nAdakah Kejadian Ini Kerap Dan Bahaya?\n\nSumber:1. Dr Suhazeli Abdullah\u200b2.\u00a0Malaysian Society on Toxinology3. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)\u200b4. Medtweetmy\u200b\n\n*Takut bukan? Yang penting, anda sudah tahu serba sedikit bagaimana hendak menangani situasi mencemaskan ini. Jadi, jangan lupa share untuk pengetahuan orang lain di luar sana ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Teringin nak makan ban manis yang gebu, lembut dan enak? Boleh lah cuba buat sendiri. Kalau kukus ban ini, boleh feeling-feeling makan roti impit. Boleh jadikan intinya krim, sosej, telur, ayam, sayuran dan sebagainya. Bolehlah dijadikan menu bekal, berkelah. Pastinya, kepuasan makan dari titik peluh sendiri lagi sedap kot. \n\nJom tengok resepi dari Fierah Zulaikha yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku. Pasti jadi enak dan sedap. Apa lagi selamat membuat dan menguli doh. \n\n(Telur ikut suka nk letak pon boleh, xnk pon xde masalah)\n\nResepi ini sesuai untuk semua jenis ban roti, donut dan pizza. Mudahkan? Jimat pun jimat. Apa lagi. Jangan lupa kongsikan resepi Ban Manis ini dengan yang lain. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi menarik yang lain."
"Vitamin C terbaik pastinya merupakan satu keperluan dalam kehidupan keluarga terutamanya anak-anak. Namun, golongan dewasa dan tua juga sangat penting untuk amalkan vitamin C bagi meningkatkan antibodi dan kesihatan dalaman tubuh badan.\n\nSelain itu, vitamin C juga dapat mengelakkan penyakit berjangkit, masalah jantung, perut serta penyakit kronik yang lain. Begitu hebat sekali khasiatnya sehingga menaikkan selera makan anda dan anak kecil. \n\nJom lihat antara vitamin C terbaik 2021 yang menjadi pilihan ramai.\n\n1. Blackmores Vitamin C 500mg 60s\u00a0\n\nVitamin C terbaik berjenama Blackmore ini mempunyai khasiat yang sangat hebat. Ia bukan sahaja sesuai untuk anda yang sibuk bekerja menggunakan tenaga, tetapi juga untuk para wanita, mereka yang ingin hamil dan juga golongan tua.\n\nBlackmores Vitamin C ini membantu semua proses tubuh badan dan menjadikan sistem badan lebih lancar. Terdapat pelbagai jenis vitamin blackmore namun vitamin C terbaik ini adalah pilihan yang tepat.\n\nVitamin C terbaik dari Forever Living Absorbent C ini berfungsi membaiki tisu tubuh badan dan menguatkan sistem imunisasi tubuh. Pastinya ia sangat sesuai diambil oleh wanita dan lelaki dewasa tak kira usia.\n\nSelain khasiat imunisasi, vitamin C terbaik ini juga mengandungi kolagen semulajadi yang dapat mencerahkan kulit dan menjadikan kulit lebih berseri-seri.\n\n3. Vitamin C Extra Skin White\n\nBagi anda yang ingin menjaga keterampilan kulit wajah, Vitamin C terbaik ini boleh anda cuba. Ia dapat memudarkan bintik hitam, jerawat, jeragat dan menghalang kulit daripada sunburn.\n\nShaklee Vitamin C sangat berkesan untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan dan perlu pengambilan vitamin C. Antara adalah ia dapat membantu tubuh mendapatkan zat besi, melidungi otak dan saraf serta menghasilkan sel darah merah dan hemoglobin.\n\nUntuk pengetahuan anda, Vitamin C ini juga memberi manfaat metabolisme asid folik dan mengeluarkan hormon anti-stress.\n\n5.\u00a0 Redoxon Double Action Vit C + Zinc Effervescent\n\nRedoxon adalah jenama vitamin yang terbaik sekiranya anda mengunjungi farmasi atau Watson. Vitamin C ini berfungsi mengekalkan kesihatan badan dengan membekalkan khasiat mineral yang diperlukan oleh tubuh.\n\nKanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun juga boleh mengambil vitamin jenis ini. Ia amat bagus untuk proses metabolisme tubuh badan selain dapat menguatkan rambut, tulang dan gigi.\n\n6. Cebion Effervescent Vitamin C 1000mg 4x10s\n\nVitamin C terbaik berjenama Cebion ini sangat terkenal dalam kalangan para wanita, kotak yang menarik dan sarat dengan 1000 mg vitamin, pastinya menjadi pilihan ramai pengguna.\n\nKulit akan lebih cerah dan cantik semulajadi dengan pengambilan Cebion Vitamin C. Tak percaya? Jom amalkan setiap hari.\n\n7.\u00a0 ATOMY Color Food Vitamin C 2g X 90Sticks\n\nVitamin C Atomy ini berstatus halal dan mempunyai banyak khasiatnya. Ia berbentuk sachet dan serbuk dimana setiap hari anda boleh amalkan satu sachet. Mudah sangat kerana ia senang dibawa ke mana-mana. Rasanya pula sangat sedap dan manis-manis buah.\n\nVitamin C terbaik dari Amway ini dikenali sebagai Amway Vitamin C Nutrilite atau Bio C. Ia sangat bagus untuk kesihatan tak kira usia. Masalah kesihatan boleh dicegah dengan pengambilan Nutrilite Vitamin C ini.\n\nTambahan pula, ia boleh dijadikan makanan tambahan bagi menghalang berlakunya pembentukan kanser payudara dan lain-lain lagi.\n\n9. VitaHealth Vitamin C with Zinc+ 30\u2019s\n\nVitamin C, yang kaya dengan ascorbic acid ini sangat membantu menguatkan tubuh badan dan mencegah dari sebarang penyakit.\n\nDengan pengambilan vitamin c terbaik ini, tubuh akan terlindung dari segala radikal bebas dan virus. Namun, kebersihan juga perlu dititik beratkan bagi mendapatkan kesihatan yang lebih baik.\n\n10. Bio-Life Non Acidic Vitamin C & Bioflavonoids 2\u00d730\u2019s\n\nVitamin C terbaik ini mengandungi biofavonoid bagi memudahkan ia diserap ke dalam tubuh badan anda. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengamalkan pemakanan secara vegetarian.\n\nBio-Life Non Acidic Vitamin C & Bioflavonoids ini juga tidak mengandungi asid tetapi berfungsi menyihatkan tubuh badan serta kehidupan anda.\n\n11. Vitamin C 1000 mg Wild Rosehips ACORBiC (30 tablets)\n\nNak wajah dan badan cantik? Vitamin C 1000 mg Wild Rosehips ACORBiC ini sesuai digunakan jika anda mempunyai masalah kulit berjerawat dan ingin menjaga kulit wajah serta kesihatan tubuh badan. Selain memutihkan wajah, ia berfungsi melembabkan wajah.\n\n12. 21St Century Vitamin C 1000Mg Orange Chewable 60S\n\n21St Century Vitamin C 1000Mg Orange Chewable 60S ini sesuai untuk anda yang mempunyai kolestrol, darah tinggi dan semakin berumur. Kesan anti-aging akan membantu mengatasi masalah penuaan dan kedutan pada wajah anda.\n\n13.\u00a0 Berocca Effervescent 15 tablets x3 / 45 tablets\u00a0\n\nVitamin Berocca ini menjadi popular suatu masa dahulu apabila gosip berkaitan Tun Dr. Mahathir sendiri yang mengamalkannya. Namun, sebenarnya ia sangat bagus diamalkan untuk jantung. Tiada pewarna, gula tambahan dan bahan terlarang di dalamnya.\n\n14. Flavettes Efferscent Vital (Vitamin C+Calcium+Vitamin D) 30s\n\nFlavettes Efferscent Vital yang dikatakan vitamin C sedap ini kaya dengan Vitamin C 1000 mg, Calcium 250mg dan Vitamin D3 300iu. Dengan mengamalkannya sebagai makanan kesihatan tambahan, anda akan lebih sihat dan antibodi lebih kuat.\n\nIa juga berfungsi untuk keserian wajah dan tubuh badan. Hanya masukkan sebiji vitamin ke dalam air, tunggu vitamin diserap air dan minum. Rasanya sedap seperti air oren.\n\n15. Swisse Ultiboost High Strength Vitamin C 1000mg\n\nSwisse Ultiboost High Strength C menyokong kesihatan sistem imun dan membantu mengurangkan selesema teruk dan mereka yang mengalami simptom selesema biasa. Formula bukan berasid ini juga menyokong kesihatan kulit dan penyerapan zat besi dalam diet.\n\nSelain itu, kebaikan vitamin C ini juga adalah menyokong fungsi dan tindak balas sistem imun agar menjadi lebih sihat. Vitamin ini juga membantu mengurangkan tempoh dan simptom selesema biasa, vitamin ini juga dapat membantu pembentukan kolagen yang dapat menyokong keanjalan kulit, membaiki kulit dan menyembuhkan luka. Vitamin ini juga menyokong penyerapan zat besi pemakanan.\n\nVitamin meningkatkan imuniti anda, menguatkan tulang anda, menyembuhkan luka, meningkatkan penglihatan anda dan membantu anda dalam mendapatkan tenaga daripada makanan.\n\nTanpa pengambilan vitamin yang mencukupi, anda mungkin merasa letih, terdedah kepada jangkitan dan\u00a0komplikasi lain yang serius yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan anda. Vitamin C Nurraysa kembali lagi dengan wajah dan formula baru. Kali ini Vitamin C Nurraysa diformulasi dengan campuran oren, madu dan kurma.\n\nMembantu meningkatkan daya imunisasi badan, membantu melancarkan sistem pencernaan, membantu menghalang radikal bebas, membantu melawan penyakit berjangkit, membantu mengurangkan masalah sembelit serta membantu melawan bakteria.\n\n17. Vitayang Purwey C 500mg+ Zinc\n\nVitamin Vitayang Purwey C 500mg+ Zinc berfungsi sebagai antioksidan penangkal beberapa virus, misalnya flu. Imun booster, mendukung fungsi kekebalan tubuh dan melindungi terhadap mikroorganisme termasuk virus, bakteri dan jamur. Membantu meningkatkan metabolisme energi, pengaturan hormon dan kolagen.\n\nBersama dengan zat lain membantu menurunkan LDL. Membantu mempercepat penyembuhan, penutupan luka. Merangsang regenerasi sel saraf. Meningkatkan imunitasi badan, antioksidan penangkal virus, seperti flu, gusi berdarah, pembentukan kolagen. mempercepat penyembuhan dan penutupan luka, membantu penyerapan zat besi, menjaga kesehatan kulit dan memproduksi hormon anti stress.\n\n18. KITSUI Vitamin C + Shine\n\nProduk terbaru dari kitsui iaitu Vitamin C+ Shine.\u00a0 Vitamin C sangat popular dalam kalangan wanita sekarang. Ia merupakan sejenis supplemen yang dapat membantu dari segi kecantikkan dan keputihan wajah. Wajah yang kusam juga akan kembali berseri dengan penggambilan vitamin c.\n\nVitamin C shine dirumus khas dengan 6 jenis Buah-buahan penting yang kaya dengan Vitamin C semulajadi dengan gabungan Vit A, Vit D, Vit B12, Vit B2, Vit B6.\u00a0Mengurangkan risiko kulit berkedut, jeragat dan sunburn. Kitsui vitamin C shine diperkaya dengan vitamin & mineral. Halal dan selamat serta mendapat kelulusan GMP.\n\nMenguatkan sistem imuniti badan, memberi kecergasan badan, mencantikkan kulit, bersih dan lebih glowing. Vitamin ini juga menjaga kesihatan mata lebih baik, sebagai Antioksidan yang tinggi melindungi kulit dari sinaran UVA & Uvb. Vitamin ini juga sesuai dan selamat untuk seisi keluarga.\n\n19. Kordel\u2019s Vitamin C 1000mg + Zinc\n\nVitamin ini mengandungi 2 khasiat penting iaitu vitamin C dan Zink, yang membantu menguatkan sistem imun. Gabungan itu didapati dapat mengurangkan keterukan selesema dan selsema, serta memendekkan tempoh jangkitan saluran pernafasan yang lain.\n\nDiformulasikan di Jerman, sebuah negara yang terkenal dengan teknologi canggih dalam pembuatan tablet effervescent terbaik. Vitamin ini tiada pewarna tiruan. Versi effervescent vitamin C dan zink boleh dihadam dengan cepat. Ini membolehkan penyerapan 100%, yang sangat penting untuk orang tua dan mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah.\n\n20. Life Extension Vitamin C and Bio-Quercetin Phytosome\n\nQuercetin dan vitamin C kedua-duanya menggalakkan kesihatan imun. dalam percubaan klinikal rawak, quercetin menggalakkan tindak balas imun yang sihat pada orang dewasa yang lebih tua cergas secara fizikal.Vitamin C menggalakkan pengambilan zat besi yang sihat serta penghasilan kolagen.\n\nSelain itu, vitamin C untuk badan anda dilengkapi dengan kuersetin. Malah, vitamin C dan bioflavonoid sering hadir bersama dalam makanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan buah sitrus. Gabungan di antara vitamin C dan Zink membantu meningkatkan sistem imun seseorang. Vitamin C dengan Dihydroquercetin menyelesaikan masalah ini melalui penambahan antioksidan flavonoid yang dikenali sebagai dihydroquercetin.\n\nItulah dia 20 vitamin c terbaik yang boleh anda amalkan untuk kesihatan tubuh badan, kecergasan fizikal, kecerdasan mental dan juga kecantikan wajah. Jom baca juga sunblock terbaik, Moisturizer terbaik dan serum terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Masih ramai yang terlupa akan adab kunjung mengunjung sewaktu berziarah. Jom ketahui!\n\nAmalan kunjung mengunjung sudah sebati dalam masyarakat tanpa mengira musim perayaan atau pada hari kebiasaannya. Saling menziarahi merupakan salah satu cara untuk menghubungkan silaturahim yang sangat disukai \u00a0Allah SWT. Sesungguhnya silaturahim itulah bukti bahawa umat Islam itu bersaudara.\n\nBahkan Islam juga menyenaraikan begitu banyak kelebihan sekiranya menyambung hubungan sesama Islam.\u00a0 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:\n\n\u201cBarangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.\u201d\n\nNamun, dalam kegembiraan berkunjung ke rumah sanak-saudara, teliti dahulu beberapa adab yang perlu dipatuhi apabila kita berziarah. Antaranya ialah:\n\nAktiviti berziarah mampu mendekatkan hubungan yang renggang, sifat buruk menjadi baik dan kasih sayang kembali bersinar. Apabila kita ikhlas, rahmat Allah SWT akan datang.\n\nBetulkan niat untuk mengeratkan silaturahim bukannya untuk bermegah-megah, menunjuk harta yang dimiliki atau memanjangkan persengketaan.\n\nSebelum berkunjung ke rumah seseorang, adalah lebih baik jika \u00a0tuan rumah mengetahui akan kehadiran tetamunya. Hal ini bagi memudahkan tuan rumah membuat persiapan dan kehadiran tetamu tidak membebankannya. Kita tidak tahu, jika tuan rumah mempunyai urusan yang lebih penting semasa kita ingin bertandang atau sebagainya.\n\nElakkan datang berkunjung pada tiga waktu ini iaitu, selepas subuh, waktu tengahari dan selepas isyak. Jika bertandang pada juga, dibimbangi masa rehat tuan rumah akan terganggu. Tuan rumah pula berasa tidak selesa dan serba salah untuk melayan tetamu.\n\nJadi pilihlah masa yang sesuai untuk bertandang kerana faktor ini lebih memudahkan tuan rumah dan tetamu sendiri.\n\nUmat Islam diajar untuk sentiasa mengikut adab sopan. Begitu juga apabila kita berkunjung ke rumah orang. Berilah salam sebelum masuk ke dalam rumah. Salam adalah ucapan selamat yang berbentuk doa demi mendoakan kesejahteraan kepada sesiapa yang mendengarnya. Had memberi salam adalah sebanyak tiga kali, seperti dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud;\n\n\u201cApabila seseorang kamu meminta izin sampai tiga kali belum juga diberi izin, maka hendaklah dia beredar balik.\u201d\n\nPerkara mengenai memberi salam sebanyak tiga kali ini turut difirmankan Allah \u00a0SWT dalam al-Quran:\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu terlebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). Maka, sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin), maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu \u2018baliklah\u2019, maka hendaklah kamu berundur pulang; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.\u201d\n\nMaka, jika kita sudah memberi salam sebanyak tiga kali dan masih tiada jawapan, hendaklah berundur pulang dan bukannya memberi salam dengan lebih banyak serta menunggu dengan lebih lama. Mungkin tuan rumah tiada di rumah atau belum sedia menerima tetamu.\n\nAllah itu cantik dan suka umatnya \u2018bercantik-cantik\u2019 dan kemas. Bahkan sesama manusia sendiri sukakan benda yang cantik termasuklah yang gemarkan fesyen terkini.\n\nNamun, pakailah pakaian yang mengikut garis panduan\u00a0 Islam iaitu menutup aurat dan tidak terlalu berlebihan dalam berhias. Pilihlah pakaian yang sopan serta tidak mencolok mata sesiapa yang memandang. Pasti tuan rumah juga berasa selesa apabila menerima kehadiran tetamunya yang berpenampilan kemas dan menarik.\n\n\u201cHendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencinta.\u201d\n\nSekiranya berkemampuan, bawalah buah tangan kepada tuan rumah yang kita bertandang. Buah tangan tidak semestinya mahal atau berjenama, tapi cukuplah sebagai \u00a0satu tanda penghargaan dan kasih sayang kerana kesudian tuan rumah menerima kunjungan kita. Antara buah tangan yang sesuai adalah makanan, seperti buah-buahan.\n\nApabila berada di rumah orang, hendaklah berusaha menjaga pandangan serta tutur kata. Walaupun kita akan memerhati keadaan sekeliling, usahlah mata dibiarkan melilau dan menganggar nilai harga perkakas atau perabot dalam rumah.\n\nLukman al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya;\n\n\u201cWahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.\u201d\n\nMalah, sangatlah dilarang untuk membawa pulang barang tanpa izin tuan rumah. \u00a0Jika membawa anak kecil, amat perlu mengawasi mereka agar tidak melakukan kerosakan mahupun mengambil sebarang barangan dalam rumah. Walaupun itu hanya sekadar barang permainan yang kecil.\n\nApabila bertemu dengan ahli keluarga, rakan, jiran atau kenalan kita, pasti akan ada isu yang akan dibualkan sebagai topik utama.\n\nWalaupun sedang rancak bercerita, hendaklah saling mengingati agar tidak berkata perkara yang boleh mengundang perselisihan atau bercerita akan keburukan orang lain. Elakkkan daripada mengumpat, mengeji mahupun memfitnah orang lain. Bahkan gurauan yang boleh membuatkan orang lain terasa hati juga patut dielakkan.\n\nSemasa menikmati hidangan, seeloknya, ambil makanan yang terdekat terlebih dahulu sebelum mengambil makanan lain. Nikmati hidangan dengan sopan, tidak tamak dan gelojoh.\n\nUsah mudah mengkritik makanan yang disediakan jika tidak kena dengan selera kita. Jamahlah sedikit, bagi menghormati perasaan tuan rumah yang berusaha menyediakan makanan. Sebaiknya berikan pujian yang baik yang menyedapkan hati dan mengembirakan tuan rumah.\n\nSelain itu, paling penting mulakan\u00a0 dan akhiri makan dengan doa serta habiskan makanan yang berada dalam dalaz pinggan.\n\nSebaiknya, kita tidak berlama-lamaan sewaktu berziarah, kerana khuatir akan menyusahkan \u00a0\u00a0tuan rumah serta membuatkan mereka berasa kurang selesa.\n\nSepertimana kita datang dengan izin, maka kita juga perlu memaklumkan kepada tuan rumah sewaktu ingin beransur pulang. Perbuatan ini tanda kita menghormati tuan rumah dan mengikut hadis Nabi SAW;\n\n\u201cApabila salah seorang dari kalian mengunjungi saudaranya lalu ia duduk bersamanya, maka janganlah ia bangkit sehingga saudaranya itu mengizinkannya.\u201d\n\nUcapkanlah terima kasih kepada tuan rumah yang sudi meluangkan masa, menerima kehadiran kita dan bersusah payah menyediakan juadah terbaik untuk kita nikmati. Ucapan ini walaupun ringkas dan pendek tetapi mampu membuatkan tuan rumah berasa\u00a0 tenang dan bersedia untuk menerima kunjunga kita lagi.\n\nPenutup: Kunjung-mengunjung dan saling berziarah adalah budaya zaman berzaman yang perlu diteruskan.\n\nBerziarah atau berkunjungan bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan yang sedia terjalin, bahkan\u00a0 dapat meluaskan jangkauan kenalan sesama insan. Namun, adab semasa berziarah perlu diamalkan agar perbuatan dikira sebagai berpahala dan pertemuan diberkati Allah.\n\nJangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik kami seperti:"
"Jom ketahui 10 makanan antikanser sebagai teman baik anda!\n\nSetiap orang perlu mengamalkan pemakanan seimbang yang mengandungi nutrien yang mencukupi. Begitu juga dengan pesakit kanser. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebenarnya tak ada makanan spesifik yang dapat sembuhkan kanser.\n\nNamun begitu, amalan pemakanan ialah faktor penting yang perlu ditekankan oleh pesakit kanser. Ini kerana jenis kanser dan rawatan yang diterima akan meningkatkan keperluan badan. Maka, keperluan pemakanan bagi setiap pesakit juga menjadi berbeza.\n\nMenurut Institut Kanser Negara, rawatan antikanser seperti radioterapi dan kemoterapi akan memberi pelbagai kesan sampingan. Salah satunya terhadap selera makan. Oleh itu, pesakit kanser perlu makanan yang baik dan berkhasiat supaya lebih sihat ketika menjalani rawatan.\n\nDalam artikel ni, penulis akan berkongsi 10 jenis makanan antikanser yang bagus diamalkan. Namun, perlu diingatkan, makanan seimbang juga perlu diambil supaya tubuh badan lebih bertenaga dan sihat.\n\nBadan pesakit kanser mempunyai kandungan asid yang tinggi, sama seperti orang yang normal. Namun, pesakit kanser berisiko alami komplikasi lain disebabkan sel antibodi badan yang lemah.\n\nJadi, sel-sel kanser akan kecut dan tak mudah membiak apabila darah pesakit bersifat alkali iaitu pada nilai pH8. Bagaimana caranya? Langkah terbaik ialah pesakit perlu mengambil lebih banyak sumber garam galian dalam diet harian. Garam galian akan menyebabkan proses pengionan.\n\nGaram galian ialah sumber bukan organik yang diperoleh daripada tanah dan air yang diserap oleh haiwan dan tumbuhan. Misalnya kalsium, potasium, zink, zat besi dan sebagainya.\n\nAntara makanan yang tinggi kalsium ialah tenusu, sayuran hijau, ikan salmon dan sardin. Manakala bagi potasium pula ialah brokoli, badam, pisang, avocado dan kacang pis.\n\nBagi membentuk komponen sel darah merah, makanan yang kaya dengan zat besi diperlukan seperti ayam, ayam belanda, telur dan bijirin. Malahan, makanan yang kaya dengan zink seperti gajus, yogurt, daging merah, tiram dan sebagainya juga perlu diambil.\n\nDi dalam kunyit terdapat sejenis bioenzim yang dipanggil curcumin tanin. Bioenzim ni dapat menyekat bekalan makanan yang diserap oleh sel-sel kanser. Ini dapat mengelakkannya daripada terus membiak dan menjadi ketumbuhan yang aktif.\n\nBahan aktif di dalam kunyit ni memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan kuat seperti vitamin C dan E. Seperti yang diketahui umum, kunyit ialah agen antibakteria dan antiseptik semula jadi.\n\nAntara penyakit kanser yang boleh dirawat menggunakan kunyit ialah kanser payudara dan prostat. Malahan, penggunaan kunyit juga dapat mengurangkan risiko penyakit leukimia bagi kanak-kanak. \n\nBuah-buahan seperti nanas mengandungi campuran enzim proteolitik seperti bromelain yang dapat melawan kanser. Enzim ni dikatakan amat baik untuk memecahkan sel kanser.\n\nLapisan protein yang melindungi nukleus (pusat sel kanser) boleh dipecahkan dengan memakan buah nanas yang mempunyai ektrak bromelain. Apabila nukleus dimusnahkan, pusat utamanya akan terdedah dan terapung di dalam darah. Oleh itu, sel-sel kanser tersebut mudah dimusnahkan.\n\nKebaikan bawang dalam melawan sel kanser tak boleh dipertikaikan lagi. Pengasas Kumpulan Sokongan Pesakit Kanser, Dr Yasmeen Farouk Mohamed mengatakan bahawa bawang putih dan bawang besar digalakkan dimakan secara mentah. Manakala, bawang Bombay lebih sesuai dimasak.\n\nDikatakan bahawa bawang putih ialah makanan terbaik untuk menjauhi diri daripada risiko kanser. Kajian mendapati bahawa orang yang banyak makan bawang putih kurang risiko mendapat kanser esofagus, perut dan usus.\n\nBau tajam yang terhasil daripada bawang putih disebabkan oleh komponen yang dipanggil allicin. Komponen inilah yang bersifat antibakteria, antivirus, antiradang dan antioksida yang bagus untuk pesakit kanser.\n\nDurian belanda ialah sejenis buah eksotik yang mempunyai jus yang manis dan isi yang berserat. Ada pihak yang mengatakan bahawa kemampuannya membunuh sel kanser 200 kali ganda lebih berkesan berbanding kemoterapi.\n\nWalaupun kesahihan fakta ni masih diperdebat, namun tak salah untuk kita mencubanya. Buah ni mempunyai kesan penghalang terhadap angiogenesis. Angioegenesis ialah proses pembentukan saluran darah yang baru. Di mana, ia akan menjadi permulaan pertumbuhan kanser.\n\nPengambilan kapsul berasaskan biji aprikot merupakan rawatan alternatif bagi penyakit kanser. Rawatan menggunakan biji aprikot yang kaya dengan amygdalin iaitu vitamin B17 disokong oleh ramai pengamal perubatan di negara kita.\n\nVitamin B17 dapat membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel sihat di dalam tubuh. Selain itu, khasiat vitamin ni ialah dapat tingkatkan kecergasan pesakit yang sedang menjalani terapi.\n\nDalam vitamin B17, terdapat satu komponen penting iaitu benzaldehyde yang akan membunuh pusat sel kanser sepenuhnya.\n\nSelain rasa isinya yang manis, buah manggis mempunyai banyak khasiat. Terdapat sejenis enzim di dalamnya iaitu polyphenols yang bagus diambil setelah sel-sel kanser musnah. Kulit manggis dikatakan mengandungi antioksida yang kuat dan dapat mengelak penyakit kanser merebak dan berulang.\n\nSelain itu, kulit manggis mempunyai pelbagai bahan bioaktif seperti asid fenolik dan flavonoids yang baik untuk mengurangkan risiko kanser. Komponen fitokimia di dalamnya juga mempunyai kemampuan untuk atasi keradangan. Oleh itu, ia dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.\n\nTeh hijau cukup dikenali sebagai minuman yang kaya dengan antioksida. Dengan meminumnya secara konsisten dikatakan bahawa dapat kurangkan risiko kanser payudara, kanser kelenjar prostat dan kanser usus.\n\nTeh hijau mempunyai sifat antiangiogenesis, selain boleh membuang toksin. Malahan, teh hijau juga ada folifenol yang dapat melawan sel kanser. Oleh itu, dengan meminumnya setiap hari dapat menangkis radikal bebas yang dapat merosakkan sel-sel sihat.\n\nYang lebih menarik lagi, komponen catechin dalam teh hijau boleh kecutkan ketumbuhan. Malahan, ia dapat merencatkan pertumbuhan sel kanser yang baru.\n\nKebaikan utama tomato untuk pesakit kanser ialah ia dapat melindungi sel DNA daripada rosak, yang mana boleh risiko menjadi kanser. Tomato kaya dengan antioksida lycophene yang dapat mencegah sel kanser daripada menjadi aktif.\n\nWarna merah pada tomato juga mempunyai likopen yang membantu mencegah pertumbuhan sel kanser payudara. Tomato boleh dimakan mentah sebagai salad atau juga dijadikan jus dan dimasak dengan hidangan.\n\nMenurut laman web Food for Breast Cancer, lemon mempunyai ciri-ciri antikanser yang baik. Selain kaya dengan vitamin C, lemon juga merupakan sumber asid klorogenik, didymin, eriocitrin, hesperedin dan sebagainya. Kesemua sumber ni terbukti mempunyai sifat antioksida dan antiradang.\n\nAlkohol perillyl, hesperedin dan limonin terbukti menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Dalam kajian di makmal, ekstrak lemon menunjukkan kematian sel yang diprogram daripada hormon sel kanser yang positif.\n\nAkhir kata, semoga penulisan artikel ni memberi maklumat kepada pembaca tentang makanan antikanser yang boleh diamalkan. Sama ada bagi pesakit kanser sedia ada atau untuk mengelakkan risiko penyakit ni, anda boleh mencubanya.\n\nWalaupun ada kajian yang masih belum terbukti dan sedang dikaji, namun tak salah untuk kita membuat rawatan alternatif. Namun begitu, bagi pesakit kanser dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.\n\nMungkin bukan semua makanan yang dinyatakan ni bersesuaian dengan jenis dan tahap kanser. Yang paling penting, amalkan pemakanan seimbang seperti yang digariskan oleh KKM dan amalkan gaya hidup aktif.\n\nJemput baca artikel kanser yang lain seperti kanser mata kanser rahim dan makanan punca kanser"
"Tidak dinafikan, menjadi ibu bapa bukan sesuatu yang mudah. Ia sememangnya mencabar fizikal, mental dan emosi kita semua.\n\nWalaupun kita sibuk dalam melakukan pelbagai urusan harian, ianya bukan alasan untuk kita mengelak daripada membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan keibubapaan.\n\nDalam apa jua yang kita lakukan, kita memerlukan ilmu. Begitu juga dalam aspek mendidik anak-anak. Ilmu keibubapaan sangat penting dalam melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.\n\nSedangkan untuk memasak dan bercucuk tanam pun kita memerlukan ilmu, apatah lagi dalam hal mendidik anak-anak yang merupakan \u2018saham akhirat\u2019 kita, bukan?\n\n5 BUKU \u2018PARENTING\u2019\u00a0 SANTAI IBU AYAH WAJIB BACA\n\nBerikut merupakan 5 buah buku berkonsepkan \u2018parenting\u2019\u00a0 yang wajar dibaca oleh kita semua dalam usaha kita memberi didikan terbaik buat anak-anak.\n\n1. 3 KERTAS, 3 KRAYON, 3 PENSEL WARNA\n\nPenulis : Adlil Rajiah & Najmi Haniffah\nPenerbit : Must Read Sdn. Bhd\nJumlah halaman : 474\n\nBuku yang cukup santai dan penuh warna-warni ini memuatkan pelbagai topik menarik dalam 3 bahagian berikut :-\n\nIanya menjawab pelbagai persoalan yang sering bermain di fikiran kita sebagai ibu bapa.\n\nTurut menjadi sisipan dalam buku ini adalah beberapa resipi untuk kanak-kanak yang boleh dijadikan rujukan buat ibu bapa dalam menyediakan makanan buat anak tercinta.\n\nPenulis : Adlil Rajiah\nPenerbit : Must Read Sdn. Bhd\nJumlah halaman : 376\n\nBuku penuh warna-warni ini membawa kita menyelami dunia dan jiwa anak-anak agar kita tidak cepat melenting dalam menghadapi pelbagai situasi.\n\nBuku kedua hasil nukilan Puan Adlil Rajiah ini merangkumi beberapa bahagian iaitu :-\n\nBahagian terakhir dalam buku ini yang bertajuk \u2018Why So Serious, Parents\u2019\u00a0 memuatkan beberapa ringkasan kisah benar daripada pengalaman peribadi beliau.\n\nPenulis : Nur Khairunnisa Iskandar\nPenerbit : Telaga Biru\nJumlah halaman : 159\n\nSebagaimana yang kita ketahui, anak kecil mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan gemar bertanyakan soalan. Soalan mereka ada kalanya sangat \u2018advance\u2019\u00a0 sehingga kita sendiri tidak tahu jawapan terbaik bagi menjawab pertanyaan tersebut.\n\nMungkin kita pernah ditanya anak dengan soalan seperti \u201cMana Allah?\u201d. Panduan untuk menjawab soalan sebegini ada di dalam buku ini.\n\nBuku \u2018parenting\u2019\u00a0 berkonsepkan islamik ini memuatkan tips-tips dan cara untuk ibu ayah menjawab 16 soalan daripada anak-anak dalam mengenal Allah S.W.T dan agama Islam.\n\nPengisian buku yang penuh warna ini dapat membantu kita sebagai ibu ayah dalam merungkai tanda tanya si manja dengan kreatif, agar mereka mudah untuk memahami perkara-perkara abstrak dan hukum-hakam agama.\n\nPenulis : Anie-Alja\nPenerbit : Komrad Buku\nJumlah halaman : 239\n\nMembaca buku ini ibarat kita berbual dengan penulisnya, Anie-Alja. Walaupun ianya tidak berwarna, namun buku ini cukup santai dan membuatkan kita tidak mahu berhenti daripada membacanya helaian demi helaian.\n\nBuku ini dibahagikan kepada 8 topik yang berkisar tentang pelbagai aspek perbezaan keibubapaan zaman dahulu dan masa kini.\n\nBuku ini turut menjawab persoalan tentang ketegasan ibu bapa yang garang umpama \u2018singa\u2019 dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.\n\nPenulis : Dr. Taufiq Razif\nPenerbit : Hilal Asyraf Resources\nJumlah halaman : 220\n\nBuku \u2018parenting\u2019\u00a0 terbaru yang penuh warna ini padat dengan tips dan teknik menarik berkenaan keibubapaan daripada Dr. Taufiq Razif, seorang doktor perubatan.\n\nBuku yang mengandungi 41 Bab dan 99 Nota Parenting ini mengupas pelbagai isu tentang keibubapaan dan anak-anak secara ringkas dan santai.\n\nGaya bahasa yang digunakan juga sangat mudah difahami dan wajar dijadikan sumber inspirasi buat kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan generasi masa kini.\n\nIbu bapa adalah guru pertama buat anak-anak. Menjadi ibu bapa membuatkan kita perlu menuntut ilmu setiap saat. Anak-anak berbeza antara satu sama lain dan kita seharusnya memahami cara mendidik setiap seorang daripada mereka.\n\nAyuh kita belajar ilmu \u2018parenting\u2019 melalui buku-buku ini dalam mendidik anak-anak. Semoga kita menjadi ibu bapa hebat yang sentiasa bertakhta di hati mereka.\n\nSelamat membaca dan selamat menimba ilmu!"
"Hmm.. hujung minggu nih tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Nak idea atau cadangan menu tengah hari? Apa kata cuba masakkan ayam percik pula.. yela kalau asyik-asyik menu sama.. bosan jugalah kan.\n\nMasakan percik-percik ini rasanya berasal dari negeri pantai timur. Orang kata glamour lah masakan percik nih kat kedai-kedai makan sebelah pantai timur nih. Ada ikan percik, ayam percik, daging percik dan sebagainya. Kebanyakkan resepi percik ini, bahan mentahnya akan dibakar atau dipanggang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah percik. Nak lagi sedap, sebelum dibakar atay dipanggang jangan lupa perapkan bahan mentah tersebut dengan bahan perapan. Mesti naik umph punya.\n\nResepi mudah yang dikongsi oleh Syieda Zulida sangat mudah diikuti dan dicuba dirumah. Pasti baunya menyelubungi segenap rumah. Anak- anak mesti suka punya lah. Lagipula , dengan teknologi yang ada sekarang, lagilah mudah nak membakar. Tak payah nak cucuh arang walaupun sebenarnya kaedah tradisional ini lagi sedap. Rasa pahit dan bau arang tuh boleh naikkan selera kot. Haha. Takpela apa-apa pun jom tengok resepinya. Part nak mmembakar macam mana terpulanglah. Pilihan masing-masing.\n\nMudahkan? Selamat mencuba. Jemput cuba resepi kami yang lain juga."
"Anda tahu cara untuk membuat kuih sagu? Jika tidak, memang tepat pilihan anda untuk ke bidadari.my hari ini kerana hari ini kami akan berkongsikan kepada anda resepi kuih sagu.\n\nUntuk yang baru pertama kali memasak kuih, jangan risau. Kuih sagu sebenarnya antara kuih yang paling senang untuk dibuat dan bahan yang digunakan juga senang untuk didapati. Kami pasti bahan bahan ini pasti ada di dapur anda.\n\nKuih ini banyak dijual di pasar malam. Tapi pastinya belum tahu samada ia kena dengan selera anda atau tidak. Apa kata anda cuba sendiri resepi kuih sagu ini untuk minum petang anda.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Nor Shakinah Md Zainal\u200e\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSelamat petang. Harini saya nak share cara buat kuih sagu untuk yang belum tahu cara. Tanpa sukatan janji ikut cara dibawah confirm jadi. Cara buat dan bahan yang simple tapi ramai yang suka kan. Kenyal kenyal lembut\n\nSelain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Kami pasti ramai yang terunggu-tunggu resepi ini. Bertanyakan tahap-tahap dan cara membuat resepi kek coklat indulgence tanpa gelatin. Maka itu, hari ini kami tunaikan permintaan anda semua yang mana tengah sibuk menatal enjin carian untuk cari resepi sejak tadi.\n\nResepi dikongsikan oleh Nur Afirah Mohd Rosely\u200e di laman Facebook. Kek coklat diperbuat menggunakan coklat pahit (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) dan menggunakan coklat ganache sebagai lapis atas.\n\nDengan kaedah yang agak rumit sedikit, anda memang perlukan sabar tingkat tinggi untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Diperlukan keterampilan yang handal dalam membuat kek agar kek menjadi. Selamat mencuba.\n\n*Untuk kaedah coklat putih sama sahaja cuma bezakan coklatnya.\n\nSelain resepi kek coklat indulgence, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tahukah anda apa itu kemahiran motor halus? Kemahiran motor halus adalah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil, kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari dengan penglihatan. Antara pergerakan yang melibatkan otot kecil merujuk kepada kebolehupayaan koordinasi jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, jari kaki, bibir dan lidah.\n\nKemahiran motor halus amat penting dalam kehidupan seharian kita. Maka kita perlu mengajar anak dengan melakukan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus. Banyak contoh aktiviti permainan yang melibatkan kemahiran motor halus boleh dilakukan di rumah bersama anak-anak. Apakah aktiviti-aktiviti tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 aktiviti kemahiran motor halus. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.\n\nMudah je aktiviti ini, banyak sepit baju dekat rumah kan? Tambah sikit objek supaya bantu anak menyepit. Nampak mudah, tapi bagi kanak-kanak aktiviti ini sangat sukar kerana perlukan kekuatan jari untuk menyepit dan perlukan fokus yang tinggi untuk transfer objek ke dalam bekas.\n\nBoleh beli warna yang berbeza dan boleh ajar anak untuk mengenal warna.\n\nIbu bapa boleh dapatkan klik kertas yang pelbagai warna untuk jadikan aktiviti lagi menarik.\n\n*Ini adalah antara 3 contoh aktiviti yang boleh dilakukan di rumah dan tidak memerlukan barang atau objek yang banyak. Aktiviti ini boleh dilakukan selalu jika anak tertarik dengan permainan tersebut. Ibu bapa juga perlu galakkan anak-anak untuk bermainan permainan\u00a0 sebegini daripada bermain permainan di gajet. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Selamat petang, masak apa hari ini? Jika tidak ada idea ingin masak apa, maka kami cadangkan goreng sayur campur dimakan bersama ayam goreng dan sambal belacan. Sedap tiada terkata menaikkan selera makan.\n\nRodza Azilah berkongsikan resepi sayur goreng campur yang mudah. Resepi sayur ini menggunakan bahan sayuran seperti kobis bunga, lobak merah, brokoli, bawang putih, bawang Holland, dan tauhu jepun sebagai pelengkap.\n\nSesiapa yang ingin makan sayur campur goreng untuk makan pagi boleh cubakan resepi ini. Resepi ini senang dan ringkas sangat. Selama mencuba.\n\nSelain resepi sayur campur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Dalam kegembiraan bakal bercuti panjang, ada yang tak senang duduk. Lebih-lebih lagi, bagi kanak-kanak lelaki. Biasanya, ibu bapa akan mengambil peluang cuti panjang ni untuk mengkhatankan anak-anak mereka.\n\nApa itu berkhatan? Berkhatan ialah ibadah wajib yang disyariatkan dalam agama Islam. Berkhatan bagi lelaki bermaksud membuang lebihan kulit iaitu kulup (foreskin). Ini bermaksud kulit bahagian depan yang menutupi kepala zakar akan dibuang.\n\nLebihan kulit tu perlu dibuang supaya tak menutupi keseluruhan zakar. Tujuan utamanya ialah supaya kemaluan seseorang tu bersih daripada kekotoran yang terkumpul di bahagian lebihan kulit tu.\n\nKekotoran yang tak dibersihkan akan menyebabkan keradangan kulit seperti jangkitan saluran kencing. Selain itu, mudah terjadinya penyakit berjangkit yang berpunca daripada hubungan seksual.\n\nPengalaman berkhatan atau bersunat pastinya seakan-akan mimpi ngeri yang tak boleh dilupakan. Setelah melalui proses ni, ia menandakan kanak-kanak lelaki telah memasuki fasa alam dewasa.\n\nSelepas berkhatan, kanak-kanak kecil tak mampu menjaga diri mereka dengan baik. Justeru, bantuan ibu bapa diperlukan dalam penjagaan mereka agar luka di bahagian zakar lekas sembuh.\n\nArtikel ni akan membincangkan 10 tips penjagaan anak selepas berkhatan yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam laman Facebook miliknya. Moga perkongsian ni memudahkan ibu bapa dalam aspek penjagaan luka selepas berkhatan.\n\nMenurut Dr Kamarul, jangan biarkan balutan luka tak dibuka lebih daripada 72 jam. Balutan perlu dibuka untuk periksa jika terdapat sebarang masalah atau komplikasi seperti jangkitan atau nanah, bengkak, jahitan terbuka atau keruping kulit melekat pada balutan.\n\nJika langsung tak dibuka, dikhuatiri zakar mengalami komplikasi yang perlu dapatkan rawatan. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pantauan agar tiada sebarang masalah yang timbul. Periksa jika ada kelainan pada luka di bahagian zakar.\n\nJangan biarkan luka berkhatan kering sendiri. Anda perlu mencucinya 2 hingga 3 hari sekali menggunakan normal saline. Normal saline ialah larutan yang sudah disteril menjadikannya lebih selamat untuk mencuci luka berbanding air paip.\n\nBagaimana cara untuk cuci luka berkhatan? Mula-mula sekali, bersihkan segala daki atau darah kering yang terdapat di sekeliling luka. Kemudian, cuci luka dengan normal saline. Jangan lupa periksa jika ada jahitan yang terbuka atau terdapat sebarang tanda-tanda jangkitan. Akhir sekali, balut semula luka jika semuanya dalam keadaan baik.\n\nBiasanya, selepas melalui prosedur berkhatan, pihak hospital atau klinik akan membekalkan ubat. Tujuannya supa luka berkhatan lekas sembuh tanpa sebarang infeksi.\n\nAntara ubat yang diberikan ialah ubat tahan sakit yang hanya perlu diambil ketika berasa sakit saja. Keduanya, antibiotik yang perlu dimakan mengikut masa yang ditetapkan dan mesti dihabiskan.\n\nSelain itu, ubat cucian iaitu normal saline juga diberikan sekali. Malahan, boleh juga dibeli di farmasi. Dr Kamarul menasihatkan supaya jangan menyapu minyak atau herba pada luka. Dikhuatiri berlaku jangkitan pada luka tersebut.\n\nBiasanya, kanak-kanak yang baru lepas berkhatan akan memakai kain pelikat untuk keselesaan mereka. Namun, kadangkala apabila kepala zakar bergesel dengan kain atau seluar yang dipakai akan membuatkan mereka rasa sakit dan ngilu.\n\nIbu bapa tak perlu risau dengan keadaan tersebut dan terangkan pada anak-anak rasa ngilu tu normal. Jika sebelum berkhatan, bahagian kepala zakar dilitupi kulit, kini ia terdedah dan menjadi sensitif. Lama-lama nanti, rasa ngilu tu akan hilang.\n\nKanak-kanak yang baru lepas berkhatan akan berasa sakit akibat luka berkhatan. Oleh itu, sediakan pakaian yang longgar dan selesa. Boleh saja pakai seluar, jika anak-anak selesa. Janji jangan ketat.\n\nIni penting supaya aliran darah tak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Proses penyembuhan luka juga akan menjadi lebih cepat.\n\nJika pada zaman dulu, kanak-kanak lelaki yang baru lepas berkhatan hanya berbaring saja tanpa buat apa-apa. Bangun saja, pasti kena leter dengan datuk dan nenek. Sebenarnya, cara tu salah.\n\nSelepas saja berkhatan, biarkan anak-anak berjalan. Jangan biarkan mereka berbating saja. Kenapa? Aktiviti ringan ni dapat bantu pengaliran darah menjadi lancar. Selain itu, luka juga akan cepat sembuh. Namun, jangan pula lasak sangat seperti main bola atau sepak takraw.\n\nKanak-kanak yang baru lepas berkhatan perlu minum air secukupnya. Air yang secukupnya penting dalam proses penyembuhan luka.\n\nPantang larang orang dulu-dulu yang mengatakan jika minum air banyak-banyak akan menyebabkan bentan, tak benar. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi air masak secukupnya. Malahan, boleh juga sediakan jus buah-buahan yang banyak khasiat.\n\nSeperti juga sebelum berkhatan, kanak-kanak perlu makan hidangan yang berkhasiat. Pastikan hidangan tersebut lengkap dengan vitamin, kalsium, protein, zat besi, serat, karbohidrat dan sebagainya.\n\nJangan risau, berikan saja ayam, telur, ikan, kicap dan sayur yang menjadi pantang ketika baru lepas berkhatan. Ia tak akan menyebabkan kegatalan dan warna kehitaman pada luka bersalin.\n\nNamun, jika ada masalah alergik, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Yang paling penting makan seperti biasa, namun cukup khasiatnya.\n\nMenurut doktor lagi, luka berkhatan biasanya akan pulih dalam tempoh masa 10 hingga 14 hari. Namun jika sebaliknya, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Antara tanda-tanda yang perlu diberi perhatian ialah masih rasa sakit pada luka, luka membengkak, banyak nanah, demam yang tinggi dan sukar untuk kencing.\n\nPerkara ni tak boleh dipandang ringan. Kemungkinan berlaku jangkitan serius yang perlu dirawat dengan segera. Sentiasa pantau keadaan luka berkhatan tersebut.\n\nKini, terdapat pelbagai jenis kaedah berkhatan. Oleh itu, setiap kaedah ni perlukan rawatan susulan yang berbeza. Biasanya, selepas berkhatan doktor akan memaklumkan kepada ibu bapa tentangnya.\n\nJika menggunakan kaedah jahitan secara konvensional, jahitan berkhatan tersebut tak perlu dibuka. Manakala jika menggunakan teknik klamp, anda perlu membawa anak berjumpa doktor untuk membuka jahitan. Akhir sekali, jika menggunakan kaedah gam, tak perlu berjumpa doktor.\n\nSeperti yang dijelaskan di atas, jika terdapat tanda-tanda komplikasi dan jangkitan, anda perlu membawa anak untuk dapatkan rawatan.\n\nKesimpulannya, ibu bapa perlu menjaga anak-anak yang baru lepas berkhatan agar proses penyembuhan luka menjadi pantas. Selain itu, dengan penjagaan yang teliti anak-anak akan berasa selesa dan tiada sebarang masalah.\n\nMoga penulisan ni dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak lelaki yang bakal berkhatan kelak. Terima kasih yang tak terhingga kepada Dr Kamarul atas perkongsian yang dapat membantu ibu bapa dalam menjaga anak-anak selepas berkhatan.\n\n*Jemput juga baca artikel batuk kering kanak-kanak dan anak hiperaktif"
"Selsema biasanya ditakrifkan sebagai jangkitan pernafasan bahagian atas yang disebabkan oleh virus yang biasanya menjejaskan hidung tetapi ia juga boleh mempengaruhi tekak, sinus, tiub eustachian, trakea, larynx dan tiub bronkus.\n\nSecara statistik, selsema adalah penyakit yang paling sering berlaku di seluruh dunia.\n\nSelsema adalah penyakit yang akan sembuh secara beransur-ansur yang disebabkan oleh mana-mana satu daripada lebih 250 virus yang ada.\n\nWalaubagaimana pun, penyebab selesema yang paling biasa adalah rhinovirus. Selsema juga boleh dipanggil coryza, nasofaringitis, rhinopharyngitis, dan sniffles. Semua orang boleh terdedah kepada selsema\n\nJom kami kongsikan petua hilangkan selsema.\n\nMadu ternyata amat berkhasiat dalam menangani pelbagai penyakit kerana bersifat antibakteria dan anti-mikrob. Kajian\u00a0menunjukkan madu mampu mencair dan mengeringkan kahak juga selesema. Campur madu dalam air limau nipis atau teh herba.\n\nSistem imun badan anda memerlukan vitamin C untuk menentang jangkitan selesema. Kajian yang diterbitkan oleh\u00a0Annals of Nutrition and Metabolism\u00a0menjelaskan vitamin C yang ada dalam limau, oren, lemon, anggur, buah-buahan dan sayur-sayuran lain mampu melegakan jangkitan pada saluran pernafasan.\n\nMalah, ia juga boleh menguatkan sistem imun badan agar anda tidak mudah dijangkiti penyakit. Masukkan buah lemon dan madu dalam teh panas, lalu nikmati minum petang anda dengan tenang. Beri masa selesema mula berkurangan.\n\nMenurut University Health News (UHN), halia adalah tumbuhan herba yang secara semulajadi mampu menangani masalah selesema, muntah dan loya kerana keberkesanannya menghilangkan rasa sejuk dalaman.\n\nCaranya, ketuk halia dan masukkan \u00a0ke dalam minuman panas atau air limau atau amalkan minum teh halia.\n\nSelesema boleh mengakibatkan badan anda kehilangan air. Air masak boleh menstabilkan kembali suhu badan anda. Minum air masak dengan secukupnya atau gantikannya dengan jus buah-buahan. Elakkan daripada minum kafein atau minuman beralkohol.\n\nAmerican Journal of Preventive Medicine\u00a0melaporkan amalan berkumur dengan air garam mampu mencegah jangkitan pada saluran pernafasan dan meringankan sakit tekak. Hal ini kerana air garam boleh mencair dan mengurangkan mukus yang mengandungi bakteria dan virus.\n\nCaranya, masukkan \u00bc sudu kecil garam dan \u00bc sudu kecil\u00a0baking soda\u00a0ke dalam air suam, kacau dan kumur atau masukkan air ke dalam rongga hidung.\u00a0Pastikan air yang ingin diguna telah dimasak.\n\nDaun sirih terkenal dengan pelbagai khasiat untuk mengubati penyakit. Baru-baru ini, kajian membuktikan daun sirih memiliki minyak yang mengandungi\u00a0phenol\u00a0 dan dipanggil sebagai\u00a0chavicol berupaya untuk\u00a0bertindak sebagai antiseptik.\n\nCaranya, ramas daun sirih sehingga keluar lendir, lalu sapukan lendir pada batang hidung atau rendam dan lenyekkan daun sirih dalam minyak biji sawi lalu sapukan pada dada.\n\n9. Kawal suhu bilik dan suhu badan\n\nPengidap selsema perlu memberi perhatian lebih kepada dua perkaran ini, iaitu suhu bilik dan suhu badan. Apabila selsema, badan akan mengalami demam atas tindak balas pertahanan badan terhadap virus. Elakkan tempat yang sejuk dan pakai jaket tebal. Suhu sejuk boleh menambah selsema menjadi lebih teruk.\n\nSelsema boleh dikurangkan dengan mendapat rehat yang secukupnya. Secara umumnya orang dewasa memerlukan masa tidur sebanyak 6 hingga 7 jam sehari.\n\nBagi kanak-kanak memerlukan 8 hingga 10 jam dalam satu hari. Tergantung dengan aktiviti hidup. Apabila selsema datang, cuba rehat dengan tempoh itu atau lebih.\n\n11. Rendam badan dengan air suam\n\nMandian dengan air suam boleh membuat tubuh lebih selesa dan santai dan mengurangkan rasa lemah akibat selsema. Air suam juga membantu mengurangkan selsema yang dialami.\n\nSelain minum teh o panas, air lemon juga boleh melegakan selsema. Perah jus lemon dan campurkan dengan air suam. Tambah sedikit madu. Minuman ini boleh diambil dua kali sehari, pagi dan malam.\n\nPetua hilangkan selsema ini adalah cara tradisional yang sering digunakan oleh orang lama. Bawang adalah tumbuhan yang mampu menyerap virus sehingga menjadikan ia sesuai sebagai ubat yang menyembuhkan selsema. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan dengan bawang.\n\nPertama, hiris bawang merah, letakkan di dalam bekas, kemudian letakkan di sudut bilik di mana anda berehat. Cara kedua ialah hiris bawang merah ke dalam saiz yang kecil, gabung dengan minyak eucalyptus, kemudian sapu pada badan seperti perut, dada dan belakang.\n\n14. Bernafas dalam wap air panas\n\nAnda yang berjangkit selsema sudah tentu sering berasa hidung tersumbat. Hiruplah wap air suam untuk melegakan hidung tersumbat. Tambah minyak essencial seperti minyak lemon atau lavender untuk memberi kesan yang merehatkan.\n\nUntuk melawan virus dalam badan, badan perlu diberi pemakanan yang mencukupi. Petua hilangkan selsema ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana biasanya apabila selsema, selera makan juga berkurangan. Paksa diri untuk makan. Badan anda memerlukan tenaga untuk melawan virus.\n\nItulah dia petua hilangkan selsema yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!"
"Semua wanita inginkan bentuk tubuh yang cantik, mantap dan solid. Tanpa perlu menggunakan sebarang alatan dan makan supplement kesihatan, anda boleh dapatkan bentuk badan yang cantik.\n\nYang penting, anda perlulah rajin buat latihan squat. Squat adalah salah satu teknik senaman kardio yang memerlukan anda mencangkung. Bukan cangkung cara biasa ye! Untuk buat squat, anda perlu tahu teknik yang betul. Kalau nak lebih faham, tonton video pada pautan ni:\n\nDalam artikel ni, kami akan berkongsi kelebihan latihan squat terutamanya bagi wanita. Tak kiralah anak dara ke, suri rumah ke atau wanita bekerjaya. Anda semua berhak untuk mendapat tubuh yang cantik. Malah, latihan squat ni juga bagus untuk kesihatan tau!\n\nBagi yang tak biasa buat atau baru pertama kali cuba, anda mesti berasa susah dan sakit. Sebelum menyerah kalah, ambil tahu dulu sama ada teknik yang anda buat tu betul atau tak. Jika dah biasa nanti, di mana-mana pun boleh lakukan latihan ni.\n\nSebelum mulakan apa-apa jenis senaman, kita perlu buat warm up dulu. Jangan terus bersenam kerana ia akan mengejutkan badan, memberi tekanan dan seterusnya anda akan berasa sakit selepas beberapa hari.\n\nSebagai permulaan, lakukan latihan ni sedikit dulu. Mungkin sebanyak 10 hingga 15 kali ikut keselesaan masing-masing. Jangan paksa otot untuk bekerja dengan keras. Lama-kelamaan anda akan berasa selesa. Bila dah nampak hasil, ketagih pula jadinya nanti.\n\n#1 Memantapkan Bentuk Pinggul dan Punggung\n\nJika dengar perkataan squat, perkara pertama yang terlintas dalam kepala ialah punggung yang pejal dan pinggul yang bulat. Tak nafikan, hasil melakukan senaman squat yang konsisten boleh memantapkan bentuk di kedua-dua anggota badan tersebut.\n\nBila buat latihan squat, bahagian utama yang akan nampak hasilnya memang punggung dan pinggul. Sebenarnya bukan ni saja kelebihan squat, ada banyak lagi yang ramai tak tahu.\n\n#2 Pembinaan Otot Di Seluruh Badan\n\nWalaupun latihan squat memfokuskan pergerakan kaki dan punggung, namun ia juga berkesan untuk membina otot di bahagian-bahagian lain tubuh. Senaman ni begitu \u2018berkuasa\u2019 hingga mampu membantu rembesan hormon yang penting untuk pertumbuhan tisu otot.\n\nPerasan tak di bahagian perut, pinggul, punggung, bawah lengan dan peha ada permukaan seperti kulit oren. Itulah namanya selulit. Ia merupakan pengumpulan lemak yang sukar disingkirkan.\n\nNamun, selulit boleh dihilangkan dengan latihan squat yang konsisten. Bagi yang ada masalah ni, tak perlu rasa rendah diri lagi. Tanpa kos yang tinggi, anda boleh buat squat di mana-mana tanpa kira masa.\n\nDikatakan bahawa regangan ketika melakukan squat dapat mengepam darah ke seluruh tubuh dengan lebih lancar dan efisyen. Apabila perjalanan darah menjadi lancar, lebih banyak nutrien dan oksigen akan sampai ke organ-organ yang penting.\n\nLatihan squat dikatakan mampu membantu proses penghadaman yang baik dengan menyingkirkan bahan buangan. Apabila otot bertindak balas terhadap latihan squat ni, ia dapat memperbaiki aliran cecair di dalam badan. Jadinya, proses pembuangan melalui usus juga menjadi lebih lancar.\n\n#6 Mudah Dilakukan Tanpa Sebarang Peralatan\n\nKadang-kadang yang buat kita malas nak bersenam ialah terpaksa ke gimnasium, nak beli peralatan pun mahal dan susah nak simpan. Ada pula tak cukup masa sebab sibuk dengan urusan harian. Tapi tak bagi latihan squat.\n\nLatihan ni boleh dibuat di mana-mana pun dan pada bila-bila masa. Nak buat squat di dapur pun boleh, masa sedang kemas rumah pun boleh. Jangan buat dalam tandas pula ye!\n\nBagi orang yang masih muda lagi, senaman squat boleh menguatkan otot lutut. Apabila kita melentur dan meregangkan lutut, lebih banyak oksigen dan darah mengalir di sekitar sendi.\n\nJika diamalkan dari usia muda, anda boleh kurangkan risiko sakit lutut pada usia tua nanti. Squat dapat membantu untuk menjaga dan menguatkan lutut.\n\n#8 Bagus untuk Masalah Punggung dan Buku Lali Lemah\n\nKebanyakan senaman yang berimpak tinggi memberi tekanan pada bahagian belakang tubuh. Malahan, senaman tersebut juga memberi tekanan yang tinggi pada lutut dan pergelangan kaki.\n\nJangan risau. Squat ialah latihan yang berimpak rendah dan tak mendatangkan tekanan serta kecederaan pada bahagian lain. Ia sangat baik untuk orang yang mempunyai masalah punggung dan buku lali yang lemah.\n\nBiasanya kita bersenam selain untuk memantapkan bahagian yang diingini, untuk nampak kurus dah tentu tujuan utama. Latihan squat dapat membakar lemak. Disebabkan latihan squat dapat membina otot, ia dapat membantu meningkatkan metabolisme.\n\nAnda bukan saja dapat tubuh badan yang diingini, mengekalkan kesihatan dan tetap cergas, tetapi juga dapat turunkan berat badan.\n\nApabila buat latihan squat, perkara pertama yang perlu dibuat ialah berdiri tegak. Teknik yang betul akan dapat memperbaiki postur tubuh dan membina keseimbangan tubuh yang lebih baik.\n\nBagi mereka yang mempunyai tubuh yang sedikit membongkok, latihan ni amat berkesan. Ia dapat menguatkan otot belakang dan mengelakkan sakit belakang. Lama-kelamaan, postur tubuh akan menjadi lebih lurus dan tak lagi membongkok.\n\nKesimpulannya, squat ialah senaman yang sangat mementingkan teknik. Apabila salah teknik, ia akan menyebabkan kecederaan di bahagian lutut dan pinggul. Akhirnya, anda akan berasa bosan, trauma dan malas. Buat ikut kemampuan dan jangan mengharapkan hasil yang pantas sehingga memberi tekanan pada tubuh.\n\nLakukan squat dengan perasaan seronok dan rasa ingin berubah pada gaya hidup yang lebih sihat. Set dalam minda bahawa latihan squat perlu dinikmati tanpa bebanan emosi. Yang paling penting pelajari teknik yang betul, berdisiplin dan konsisten. Semoga anda menyukai artikel kelebihan latihan squat ini."
"Solat merujuk kepada sembahyang di dalam agama Islam dan terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang sudah baligh dan berakal (waras) sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu dan solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.\n\nSolat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu solat subuh, solat zohor, solat asar, solat maghrib dan solat Isyak.\n\nSekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada (ganti) dan bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.\n\n\u201cSesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh Nya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepada Nya\u201d\n\nSejarah Solat dan Kisah Disebalik Kewajipan Solat 5 Waktu\n\nKita sudah ketahui apa itu solat dan sekarang, apa kata kita ketahui tentang sejarah solat pula? Mesti ramai dalam kalangan anda yang belum ketahui tentang sejarah solat kan? Jom lihat satu persatu.\n\nSejarah solat subuh terjadi apabila selepas kejadian Nabi Adam A.S. dikeluarkan dari syurga kemudiannya baginda dihantar ke bumi akibat melanggar perintah Allah S.W.T. .\n\nApabila pertama kali Nabi Adam A.S. tiba ke bumi, perkara pertama yang dilihatnya adalah kegelapan dan baginda amat ketakutan. Namun apabila terbitnya fajar di waktu Subuh, baginda pun solat dua rakaat kerana bersyukur terlepas dari kegelapan malam dan bersyukur kerana siang telah menjelma.\n\nSejarah Solat Zohor pula terjadi apabila Nabi Ibrahim A.S. bersyukur kerana semasa upacara penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. ditukarkan dengan kibas ketika waktu tergelincirnya fajar. Maka Nabi Ibrahim A.S. bersujud kesyukuran kepada Allah S.W.T. sebanyak empat rakaat.\n\nNabi Yunus A.S. merupakan orang pertama yang solat Asar dan merupakan sejarah solat Asar pertama pada hari dimana baginda dikeluarkan dari perut ikan nun.\n\nBaginda telah dimuntahkan oleh ikan nun pada waktu yang telah hampir waktu Asar di tepi pantai. Kemudiannya, baginda besyukur dan bersembahyang 4 rakaat kerana telah diselamatkan dari perut ikan nun.\u00a0\n\nSejarah solat Maghrib pertama kalinya berlaku apabila Nabi Isa A.S. dikeluarkan oleh Allah S.W.T. dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sendiri. Kejadian waktu itu berlaku pada waktu terbenamnya matahari. Nabi Isa A.S bersyukur lalu bersembahyang tiga rakaat kerana telah diselamatkan dari kejahilan tersebut.\n\nSejarah solat Isyak pula berlaku ketika Nabi Musa A.S. tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan. Dimana ketika ini dadanya dipenuhi dengan rasa kecewa.\n\nAllah S.W.T. menghilangkan kesemua rasa kecewa Nabi Musa tersebut diakhir waktu Isyak. Lalu kemudian baginda menunaikan solat 4 rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T.\u00a0\n\nKita semua ketahui bahawa solat merupakan tiang agama, malah solat juga kunci kepada terimanya semua amalan yang dilakukan dalam mengejar ganjaran pahala dan syurga. Sebelum solat lima waktu diwajibkan keatas umat Islam, solat pertama yang diwajibkan adalah solat waktu malam. Firman Allah S.W.T. :\n\n\u201cHai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)\u201d\n\nSurah Al-Muzzammil (Ayat 1 hingga 2)\n\nKemudian selepas itu, melalui firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Muzammil ayat 20, Allah SWT memberi keringanan dalam kewajipan solat malam dan ianya diganti dengan qiammullail iaitu menghidupkan malam dengan ibadah seperti solat malam, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Jadi kita sudah ketahui sejarah solat dari waktu Subuh sehingga waktu Isyak. Jom kita ketahui pula kisah disebalik kewajipan solat 5 waktu.\n\nSejarah Kenapa Solat 5 Waktu Diwajibkan?\n\nSolat lima waktu telah diwajibkan keatas umat nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan penutup kepada segala nabi dan rasul serta penghulu kepada segala para sekalian nabi (anbia\u2019).\n\nJika dibandingkan dengan para nabi sebelumnya, proses solat dilakukan atas beberapa faktor. Namun ibadah yang diwajibkan ke atas umat rasulullah S.A.W. diterima oleh baginda secara terus daripada Allah S.W.T. dan pada asalnya Allah memerintahkan untuk solat adalah sebanyak 50 waktu sehari semalam.\n\nKisah disebalik asalnya kewajipan solat 5 waktu ini terjadi pada peristiwa Israk dan Mikraj. Di dalam peristiwa ini, rasulullah bukan sahaja menerima perintah kewajipan bersolat, namun baginda berpeluang berjumpa dengan para nabi dan rasul terdahulu malahan berkesempatan juga berbual dengan para nabi-nabi terdahulu.\n\nRasulullah S.A.W. juga diperlihatkan dengan manusia yang menanggung azab kerana ingkar dengan perintah Allah serta betapa nikmatnya mereka yang patuh kepada perintah Allah.\n\nSejarah Solat Dari Peristiwa Israk Mikraj\n\nDi dalam peristiwa ini, Rasulullah S.A.W. telah dibawa ke Sidratul Muntaha. Sidratul Muntaha terletak melepasi garisan langit ketujuh dan hanya boleh dilepasi oleh Rasulullah S.A.W. sahaja.\n\nPada asalnya, solat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada Rasulullah SA.W. adalah 50 kali sehari semalam, namun apabila tibanya dilangit ke enam, Rasulullah bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang menasihatkan supaya bertemu kembali dengan Allah S.W.T. bagi meminta untuk mengurangkan lagi waktu solat kerana umat Rasulullah S.A.W. adalah umat yang lemah untuk solat sebanyak 50 kali sehari semalam.\n\nRasulullah menerima nasihat itu lalu baginda pun kembali menghadap Allah S.W.T. untuk meminta pengurangan jumlah solat 50 waktu. Lalu kemudiannya Allah mengurangkan jumlah 50 waktu kepada 40 waktu. Lalu Rasulullah kembali turun ke lapisan langit keenam untuk bertemu Nabi Musa A.S. namun Nabi Musa A.S mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi dan begitulah seterusnya berulang kali sehingga jumlah tersebut berkurangan menjadi 5 waktu.\u00a0\n\nSelepas perintah itu ditetapkan menjadi 5 waktu, Rasulullah turun bertemu Nabi Musa dan Nabi Musa mencadangkan lagi agar jumlah waktu itu dikurangkan lagi namun baginda Rasullullah S.A.W. berasa amat malu memohon keringanan berulang kali kepada Allah SWT dan baginda redha dan akur menerima perintah solat 5 waktu sehari semalam.\n\nKemudian baginda pun kembali ke bumi dengan membawa perintah Allah untuk solat 5 waktu sehari semalam dan pada awalnya kewajipan bersolat, semua waktu solat hanya diwajibkan dua rakaat sahaja kecuali Maghrib iaitu tiga rakaat. Namun selepas baginda berhijrah ke Madinah, Rasulullah S.A.W. mendapat wahyu supaya pada waktu solah zohor, asar dan isyak ditambah kepada empat rakaat.\n\nKesimpulannya, solat itu mempunyai rahsia yang tersendiri yang kesannya boleh dirasai jika seseorang itu melakukannya dengan penuh ikhlas dan semata-mata kerana Allah dalam mencari keredhaan dari Nya.\n\nSolat dapat membentuk jati diri kita ke arah peribadi yang lebih mulia, menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat serta membentuk diri menjadi seorang yang lebih ikhlas dalam melakukan ibadah. Mulai saat ini, marilah kita memperbaiki solat kita ke arah yang lebih baik agar segala amalan kita diredhai oleh Allah S.W.T.\n\nJom baca juga kelebihan solat sunat dhuha, cara solat sunat rawatib, perkara yang membatalkan solat dan jenis solat dan ibadah dalam qiamullai."
"Siapa yang tidak pernah dengar tentang Kolagen. Hampir semua orang atas muka bumi ini tahu yang kolagen merupakan satu bahan yang sangat bagus untuk seseorang itu tampak muda bergetah berbanding usia sebenar. Maka tak hairanlah mengapa wanita asia terutamanya sangat suka pengambilan kolagen untuk tubuh. Nak cantik la katakan.\n\nUntuk pengetahuan lebih, kolagen ini sebenarnya berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud \u201cpenghasilan gam\u201d (glue producing). Hal ini kerana, pada zaman tersebut kulit haiwan dibakar dan dijadikan sebagai gam. Kolagen ini adalah sejenis bahan yang boleh menjadikan kulit kita\u00a0lebih elastik, kuat dan bersih! \n\nAntara Khasiat Utama Kolagen Pada Tubuh\n\n\u2013 Khasiat Kolagen Untuk Kulit Berjerawat\n\nDari dulu lagi kolagen sudah terkenal sebagai produk yang boleh merawat jerawat sekali dengan parutnya. Pada masa yang sama kolagen juga sangat terkenal kerana dapat menghilangkan kesan kedutan pada wajah. Kolagen boleh di ambil dalam bentuk makanan mahupun suntikan. \n\nTidak hanya untuk perempuan, kolagen juga sesuai untuk golongan lelaki. Kolagen untuk lelaki mengandungi zink yakni sejenis nutrisi yang dapat mencepatkan pemulihan kulit dan mengelakkan pembentukan kelemumur. Kolagen juga boleh\u00a0bantu memperbaiki sel dan otot bagi mereka yang rajin bersenam.\n\nWalau niat sebenar mahu makan kolagen untuk kedutan sekalipun namun kolagen ini dapat bantu beri kelebihan yang lain juga. Kolagen ini sangat bagus kembalikan kelembapan pada kulit bagi masalah kulit kering. Kolagen juga boleh beri impak pada kuku untuk kelihatan lebih sihat, cantik dan berseri.\n\nKalau nak tahu, setiap helaian rambut ada mengandungi kolagen. Kolagen inilah yang akan menentukan tahap kesihatan rambut. Jika kandunan kolagen di dalam tubuh baik maka rambut juga akan kelihatan sihat, cantik, lembut dan bersinar. Tak dinafikan juga, kadar kolagen yang semakin menurun boleh menyebabkan masalah keguguran rambut yang drastik. \n\n\u2013 Khasiat Kolagen Pada Kulit Secara Menyeluruh\n\nKesimpulannya, kolagen dapat bantu beri kelebihan secara menyeluruh. Lapisan pada kulit di tubuh dapat dianjalkan semula dengan pengambilan kolagen yang cukup. Kolagen ini juga dapat bantu lindungi kulit tubuh dari masalah radikal bebas. Ia juga dapat melambatkan proses hidrasi oleh permukaan kulit. Nak kulit yang cantik? Elok mulakan pengambilan kolagen bermula sekarang.\n\nAntara Fakta Menarik Berkaitan Kolagen Yang Perlu Diketahui\n\nFAKTA 1Semakin berusia maka semakin kurang kolagen yang dihasilkan tubuh. Pada usia 35 tahun pembentukan kolagen dalam tubuh kita akan terus terhenti sepenuhnya. \n\nFAKTA 2Ramai menganggap kolagen ini hanya untuk jadikan kulit wajah nampak lebih muda dan bergetah tapi sebaliknya kolagen ini adalah untuk kecantikan tubuh secara menyeluruh dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. \n\nFAKTA 3Menurut kajian, pada usia 25 tahun kolagen yang telah wujud di dalam tubuh akan mula menyusut secara perlahan-lahan sebanyak 1.5% setiap tahun. Pada usia 40 tahun kolagen akan terus menyusut sebanyak 30% setahun. Akhir sekali, pada usia 60 tahun kolagen ini akan menyusut lagi sebanyak 50% pula setiap tahun. Kolagen yang semakin berkurangan ini boleh dibanyakkan semula dengan pengambilan kolagen tambahan.\n\nFAKTA 4Kolagen berkait rapat dengan kalsium. Kedua-duanya sangat penting untuk tulang. Kalsium berfungsi untuk kuatkan tulang dan kolagen pula berfungsi sebagai \u2018pelekat\u2019 tulang supaya sendi kita bersatu. Dengan pengambilan kolagen secara konsisten, ia dapat menguatkan tulang dan mencegah dari masalah tulang rapuh. \n\nFAKTA 5Penggunaan kolagen\u00a0tidak boleh bertahan selama-lamanya, mungkin dalam masa 2-4 bulan sahaja. Setelah kesan tersebut berkurangan, anda perlu menggunakan produk kolagen tersebut semula untuk mendapat hasil yang sama.\n\nIni Adalah Cadangan Untuk 5 Jenis Kolagen Terbaik Yang Ada Dipasaran\n\nBlackmores Collagen 10,000 mg diperkaya dengan ekstrak benih anggur dan vitamin E. Ia dapat membantu meremajakan kulit dalam jangka masa 6 ke 12 minggu. Kolagen ini berkesan dalam membaiki kulit sambil mempromosikan pertumbuhan sel baru untuk tampak makin cantik dari dalam. Vitamin E dan ekstrak biji anggur pula akan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.\n\nProduk ini dijamin asli tanpa bahan pengawet dan bahan tambahan tiruan yang lain. Rasanya sedap dan enak untuk dijadikan sebagai salah satu minum supplement kegemaran.\n\nKolagen Total Image ini didatangkan dalam bentuk minuman. Ia mengandungi 5000mg kolagen ikan marin dengan tambahan bahan herba semulajadi. Tujuannya adalah untuk mengembalikan keremajaan kulit. Ia sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita. \n\nPengambilan secara konsisten akan dapat bantu mengurangkan masalah kulit kendur di bawah mata, lebam bawah mata, rambut gugur dan sebagainya. Ia juga akan dapat membantu mencantikkan kuku sambil meningkatkan kualiti tidur. Jangan risau, ianya sama sekali halal.\u00a0\n\n3- Aurawhite Beauty Gold Collagen with Tripeptide Gold\n\nAurawhite salah satu jenama yang gah di pasaran. Penampilan produk Beauty Gold Collagen turut mendapat sambutan. Produk ini baik untuk bantu tingkatkan kecantikkan secara luar dan dalam. Ianya sesuai digunakan untuk lelaki dan juga wanita dari usia 16 tahun dan ke atas. \n\nPengambilan kolagen ini secara konsisten akan dapat membantu mencerahkan kulit yang agak gelap terutama akibat terdedah kepada cahaya matahari. Ianya juga dapat melembut dan melembapkan kulit secara menyeluruh. Masalah jerawat dan bintik hitam juga dapat dikurangkan. Rasanya seperti anggur dan sangat sedap untuk diamalkan.\n\nKinohimitsu J\u2019pan Collagen adalah dalam bentuk minuman yang terus sedia untuk di minum. Ia didatangkan dengan 5300mg collagen peptide yang direka khusus untuk untuk memulihkan kulit. Ia juga dapat membantu untuk proses awet muda. Kolagen Kinohimitsu J\u2019pan Collagen ini juga sangat mudah diserap oleh kulit dengan cepat.\n\nPengambilan produk ini secara konsisten bukan hanya dapat mencantikkan kulit wajah tetapi juga dapat membantu menegangkan payudara dan punggung untuk bentuk badan yang lebih solid. Kiranya bukan hanya untuk kulit dan cantik wajah tapi juga bentuk tubuh badan yang mengiurkan.\n\nBeauxlim Collagen dengan Pomegrante ini adalah satu jenis kolagen dalam dengan perisa buah-buahan dengan rasa masam manis yang enak. Ia dihasilkan daripada kolagen marin yang berkualiti dengan tambahan ekstrak buah delima dan teh polyphenols untuk hasil yang lebih baik. \n\nPengambilan secara konsisten akan dapat bantu tingkatkan kesihatan kulit secara luar dan dalam di samping mencerahkannya. Masalah kedutan dan pengeluaran melanin yang boleh membawa kepada unsur penuaan juga dapat dikurangkan.\n\nTernyata Kesan Kolagen Pada Tubuh Sangat Banyak!\n\nBadan kita sememangnya boleh menghasilkan jumlah kolagen untuk tubuh secara semulajadi. Namun penghasilan kolagen ini semakin lama akan semakin berkurang apabila umur semakin meningkat. Kerana itu, sesiapa yang berada di usia muda kulit tampak lebih tegang, anjal dan cantik berbanding dengan mereka yang telah di mamah usia. Ini semua ada kaitan dengan penghasilkan kolagen tersebut. \n\nFaktor gaya hidup juga boleh mengurangkan penghasilan kolagen ini. Sebagai contoh orang yang suka merokok, sering berkerja di bawah panas terik matahari dan kurang amalkan pemakanan yang tidak seimbang akan menjadikan penghasilan kolagen berkurangan daripada biasa.\n\nKesimpulannya, penggunaan kolagen telah dibuktikan dengan testimoni-testimoni positif daripada para pengguna. Terdapat banyak produk yang berasaskan kolagen yang terdapat di pasaran sekarang dan jika berminat, anda boleh order dari Lazada\u00a0Malaysia pada bila-bila masa.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my"
"Bacaan gula normal boleh menentukan sama ada badan kita sihat atau tidak? Kadar gula pun boleh menjadi \u201chint\u201d pertama simptom pelbagai jenis penyakit? \n\nKesihatan sangat penting bagi setiap orang. Kehidupan tanpa kesihatan yang baik tidak akan memberikan apa-apa kebaikan kerana kita diibaratkan seperti \u201cmayat hidup\u201d yang tidak boleh berbuat apa-apa atau terbatas dalam melakukan banyak perkara. Untuk itu memeriksa tahap kesihatan adalah sangat mustahak. Mungkin tidak ramai yang tahu dari bacaan gula dalam darah kita boleh mengesan pelbagai jenis penyakit di peringkat awal. \n\nGula atau secara sainsnya dipanggil glukosa adalah sangat penting untuk keperluan tubuh manusia bagi menghasilkan sumber tenaga. \n\nTanpa glukosa, sel di dalam badan tidak mampu untuk bekerja normal kerana tidak mempunyai kecukupan tenaga bagi menjalankan fungsinya.\n\nKategori tekanan darah & bacaan gula normal\n\nRajah di bawah ini adalah panduan khusus bagi anda, untuk melihat kategori tekanan darah dan juga tahap bacaan darah normal bagi tubuh manusia. Mesin tekanan darah atau lebih dikenali sebagai Sfigmomanometer biasanya akan digunakan. \n\nBagi julat bacaan glukosa atau bacaan gula normal adalah seperti rajah di bawah ini. \n\nWaktu yang disyorkan untuk membuat ujian kadar gula\n\nTerdapat 4 waktu dan situasi yang sangat digalakkan untuk seseorang itu mendapatkan bacaan gula dalam darah. Antaranya seperti:\n\nUjian boleh dilakukan apabila individu itu telah berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian dijalankan. \n\n2. 2- hour postprandial blood sugar (2HPP)\n\nUjian boleh dilakukan iaitu 2 jam selepas individu itu makan. Ia membolehkan doktor mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin. \n\nUjian kadar gula yang dikenali secara rawak ini dilakukan dengan cara berpuasa sebelum membuat ujian. Bacaan gula yang terlalu tinggi, ia berpotensi menghidap diabetes. \n\n4. Oral glucose tolarance test (OGTT)\n\nDiabetes adalah salah satu dari pembunuh senyap ibu hamil. Ujian darah ini khusus bagi setiap ibu hamil untuk menentukan sama ada mereka terlibat dengan simptom diabetes atau tidak. Biasanya ibu hamil akan diambil sampel darahnya untuk diuji sebelum dan selepas diberikan minum air gula. \n\nBanyak sebenarnya tips atau cara yang boleh kita gunakan untuk kurangkan gula dalam darah. Namun ini adalah 4 cara terbaik untuk anda cuba:\n\nAktiviti ini membantu turunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.\n\nElak makan dan minuman manis, hadkan pengambilan karbohidrat. Boleh amalkan diet suku-suku separuh.\n\n3. Ambil makanan yang kurang Glycemic Index\n\nJenis makanan ini boleh mengurangkan tahap gula dalam jangka masa panjang.\n\nPerbuatan ini boleh mengancam nyawa anda. Bincang dengan doktor untuk pengambilan ubat atau insulin. \n\nSemoga artikel berkenaan dengan panduan bacaan gula normal ini boleh memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk dirujuk dan dikongsikan kepada ramai orang lagi. Kesihatan yang baik adalah rahsia kehidupan yang terbaik. \n\nSelain dari artikel berkenaan dengan bacaan gula normal ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain dan menarik seperti:"
"Jom belajar dan ketahui khasiat serai wangi.\n\nSerai wangi atau nama saintifiknya\u00a0Cymbopogon nardus @ citronella datang dari keluarga\u00a0Poaceae. Ia berasal dari Sri Lanka.\u00a0Serai wangi merupakan sejenis rumput yang berbau wangi dan mempunyai persamaan dengan serai makan. Serai wangi lebih kuat bau berbanding dengan serai makan. Serai wangi digunakan pada bahagian luar tubuh manakala serai makan boleh dimakan.\n\nSerai wangi tergolong dalam keluarga rumput yang berbau dan jangkahayatnya adalah panjang. Ia boleh tumbuh sehingga 1m hingga 1.5m. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x 2.5cm.\n\nDaunnya licin, urat daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya tirus. Selaput daunnya adalah lurus dan bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dan kuat, menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan apabila dipotong.\n\nJom ketahui apakah khasiat serai wangi.\n\nDaun serai juga telah terkenal berabad lamanya sebagai perangsang sistem imun yang berkesan dan berupaya mencegah pelbagai gangguan penyakit.\n\nDoktor dan saintis telah menemui bahawa 1 gram serai wangi mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan sel kanser. Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser.\u00a0 Pesakit kanser di Israel telah digalakkan oleh doktor untuk minum jus serai pada hari mereka menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi untuk mempercepat proses rawatan.\n\nApa itu Citral? Citral merupakan salah satu komponen di dalam serai wangi yang mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan manusia. Citral terdapat di dalam beberapa tumbuhan lain juga tetapi dijumpai paling tinggi di dalam daun serai.\n\nKajian terbaru dari \u2018Food and Nutrition Research Institue\u2019 dari Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) menyatakan setiap 100 grams serai wangi yang direbus mengandungi lebih dari 24.205 micrograms beta karotin. Beta Karotin merupakan salah satu komponan anti oksidan yang kuat.\n\nSerai wangi mengandungi Citral yang menyah toksin di dalam badan dengan meningkatkan kekerapan urinisasi dan perpeluhan. Aktiviti ini membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, sistem pencernaan, saluran darah dan membuang bahan toksin yang tidak diperlukan badan melalui proses urinisasi.\n\nSerai wangi membantu membuang toksin dari badan termasuk urik asid. Penyingkiran urik asid dan bahan toksin dari badan mampu mengurangkan berat badan berlebihan seseorang.\n\nDaun serai wangi\u00a0 mempunyai elemen Citral yang membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan, urik asid, toksin dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Meminum air rebusan serai wangi setiap hari mampu menstabilkan tekanan darah seseorang.\n\nAhli akademik di \u2018Department of Nutritional Sciences\u2019 dari University of Wisconsin telah menyiarkan penemuan mereka mengenai kaitan di antara serai wangi dan kolestrol di dalam Jornal Kesihatan Lemak (medical journal Lipids) pada tahun 1989. Mereka menjalankan kajian pada 22 orang peserta yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi.\n\nSetiap peserta dikehendaki mengambil 140 mg kapsul pati serai wangi setiap hari. Kesannya, purata peserta telah berjaya menurunkan kadar kolestrol dari 310 ke 294. Selepas 3 bulan, kebanyakan peserta rata-rata dapat menurunkan kadar kolestrol sebanyak 38 mata.\n\nSerai wangi membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas, hati, buah pinggang, dan saluran darah. Memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan sistem pencernaan badan.\n\nTumbuhan serai wangi mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan manusia dan telah ditemui nenek moyang kita sebagai salah satu tumbuhan herba. Serai wangi\u00a0 juga pernah dikenali sebagai daun demam (fever grass) kerana mampu mengubati demam.\n\nSerai wangi selalunya diminum seperti teh kerana dipercayai dapat membantu dalam masalah pencernaan, diarrhea dan senak perut. Minuman serai wangi dapat menenangkan ketegangan, dan melegakan senak perut. Minuman ini bukan hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh meminumnya.\n\n11. Anti bakteria dan anti kulat\n\nSerai wangi mempunyai komponen anti-bakteria dan anti-kulat. Kebanyakan suri rumah menggunakan serai di dalam masakan untuk melegakan batuk dan demam. Tetapi masih ramai orang yang tidak tahu mengenai khasiat serai pada kesihatan manusia.\n\nSerai wangi membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin kerana kandungan yang terdapat dalam serai wangi dapat mengurangi angin yang ada di dalam usus termasuk di dalam perut.\n\nSerai wangi sangat sesuai dijadikan minuman untuk orang yang mengalami Artritis. Pesakit yang menderita kerana masalah sendi tulang dan urat akan mendapat banyak manfaat dari khasiat serai wangi.\n\nSerai wangi\u00a0 membantu sistem pencernaan dan mampu memberi kelegaan pada sakit gastrik. Ia juga mampu melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan.\n\nSerai wangi digunakan secara meluas untuk merawat jerawat dan bintik-bintik hitam di muka. Ia mempunyai elemen anti-bakteria dan membersihkan kotoran pada kulit.\n\nSerai wangi mengurangkan sakit senggugut ketika datang bulan. Jika anda senggugut, minum air rebusan serai wangi.\n\nDaun serai wangi juga banyak dijadikan sebagai herba semulajadi untuk ibu-ibu berpantang, salah satunya untuk berurut. \u00a0Khasiat daun serai wangi ternyata membantu membuang lebihan angin dalam badan, mengurangi sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan, dan baunya yang wangi juga menenangkan ibu-ibu yang sedang berpantang.\n\n18. Khasiat mandi air serai wangi\n\nMereka yang mengamalkan mandi air serai wangi akan dapat:\n\nItulah dia khasiat serai wangi yang ingin kami kongsikan kepada anda.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang\u00a0 khasiat serai, dan khasiat delima."
"Tertanya-tanya khasiat buah delima? Suka makan buah delima, tetapi tidak tahu akan khasiat dan kebaikan buah delima yang ada?\n\nBerikut adalah 15 sebab mengapa jus delima sangat baik untuk kesihatan anda. Jom baca!\n\nBuah delima atau nama saitifiknya, Punica granatum L. (pomegranate) dilaporkan mempunyai pelbagai khasiat kesihatan berdasarkan penyelidikan makmal dan eksperimen yang telah dijalankan. Tidak hairanlah jika banyak produk minuman atau suplemen kesihatan sekarang banyak memasukkan pati delima atau jus delima sebagai salah satu komponen.\n\nSecara umumnya, buah delima mampu mencegah atau merawat pelbagai penyakit berisiko tinggi yang dikaitkan dengan keadaan tekanan darah tinggi, kandungan gula yang tidak terkawal, kandungan kolestrol, keadaan oksidatif dan aktiviti keradangan pada tisu tubuh.\n\nSebatian aktif dalam buah delima seperti polifenol mempunyai kesan anti-oksidan, anti radang dan anti kanser yang tinggi.\n\nDalam artikel ini, kesan terapeutik dan kesihatan buah delima akan dibincangkan dengan lebih lanjut.\n\nPokok delima boleh hidup di kawasan kering, sangat rintang terhadap pelbagai jenis musim dan hanya memerlukan air yang minimum untuk hidup dan membesar. Kawasan kering dan berangin merupakan tapak penanaman yang popular bagi pokok delima, contohnya di kawasan Turki, Mesir, Tunisia, Sepanyol dan Maghribi.\n\nBuah delima dikategorikan sebagai sejenis beri dengan ketinggian pokok boleh mencecah sehingga 30 kaki. Daunnya sepanjang 3-7 cm dan lebar 2 cm berbentuk oblong.\n\nBunganya berwarna merah terang, oren atau merah jambu dengan diameter 3 cm bersama 4 hingga 5 kelopak. Buah delima berbentuk heksagonal membulat dengan diameter 5 -12 cm dan berat purata 200 gram. Kulit buah yang tebal\u00a0 dan agak keras melindungi biji buah delima.\n\nKira-kira 18% daripada biji benih buah delima ialah minyak. Minyak ini kaya dengan kandungan asid puninik (65%). Terdapat juga sebatian fitoestrogen yang menyerupai hormon steroid seks manusia khususnya dalam tubuh wanita.\n\nJus buah delima merupakan sumber gula yang baik seperti gula fruktosa, sukrosa dan glukosa. Terdapat juga asid organik ringkas seperti asid askorbik (vitamin C), asid sitrik, asid fumarik dan asid malik bersama kehadiran asid amino prolin, methionin dan valin.\n\nKelas sebatian yang terbanyak dalam jus buah delima ialah tanin dan flavonoid yang menandakan potensi farmakologikal dari segi aktiviti anti-oksida dan pengawetan.\n\nEllagitannin yang merupakan tanin boleh diuraikan menjadi asid hidroksibenzoik yang banyak digunakan dalam aplikasi pembedahan plastik.\n\nSebatian ini mencegah kematian sel kulit dengan aktiviti anti-oksidanya yang tinggi. Sebatian anti-oksida yang lain dalam jus buah delima ini termasuklah punicalagin, punicalin, catechin, flavonol dan flavan-3-ol.\n\nSementara itu, kehadiran sebatian anti-oksida anthocyanin memberikan warna merah kepada jus buah delima.\n\nKulit kayu dan akar pokok delima sangat kaya dengan sumber alkaloid. Sebatian ini terdiri daripada bahan berasaskan karbon. Alkaloid daripada pokok delima sering digunakan untuk merawat masalah kecacingan dalam rawatan tradisional.\n\nBeberapa penyelidikan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu buah delima sebagai agen rawatan kesihatan adalah seperti berikut:\n\nBagri et al. (2009): Mereka menggunakan bahagian bunga dan menghasilkan ekstrak untuk diberikan kepada tikus makmal. Mereka mendapati kandungan kolestrol dalam darah berkurang dengan signifikan.\n\nAlthunibat et al. (2010): Dengan menggunakan ekstrak kulit buah delima pula, aktiviti anti-oksidan dan enzim didapati meningkat untuk prestasi hati dan ginjal yang lebih baik dalam spesimen tikus yang dikaji mereka.\n\nFaria et al. (2007): Melihat kesan pengambilan jus buah delima ke atas tikus makmal dan mendapati bahawa terdapat peningkatan ketara terhadap aktiviti enzim seperti catalase, glutathione\u2010S\u2010transferase, glutathione reductase, superoxide dismutase dan glutation synthetase yang bertanggungjawab dalam memberi perlindungan daripada serangan radikal dan oksidatif.\n\nEsmaillizade et al. (2004): Kajian pengambilan jus pekat buah delima (40 g/hari) oleh para pesakit diabetis menunjukkan penurunan kandungan kolestrol dan gula yang signifikan.\n\nGuo et al. (2008): Mereka mengkaji kesan pengambilan jus pulpa buah delima (250 ml per hari) ke atas individu dewasa sihat dan mencatatkan perubahan positif dalam peningkatan aktiviti anti-oksidan dalam plasma darah mereka.\n\nSementara itu, Hajimahmodi et al. (2009) meneruskan perbincangan ini dengan melihat pula kesan pengambilan jus buah delima (100 gram) ke atas individu dewasa sihat. Pemerhatian yang sama turut dirakamkan apabila kapasiti anti-oksidan dalam plasma darah mereka meningkat dengan signifikan.\n\nJurenka pada tahun 2008 ada menyenaraikan beberapa kesan kesihatan pengambilan jus buah delima, antaranya:\n\nPermintaan dan pengambilan buah delima dalam diet makanan semakin meningkat disebabkan khasiatnya yang semakin diketahui umum. Derivatif buah delima seperti jus, kulit buah dan biji benihnya mengandungi sebatian yang bernilai tinggi untuk memberi kesan kesihatan yang positif.\n\nUntuk mendapatkan nutrien maksimum dari buah delima, dicadangkan supaya anda membuat jus delima anda sendiri dan bukan membelinya di kedai yang mungkin dimasukkan bahan kimia pengawet atau gula tiruan.\n\nWalaupun jus delima mempunyai banyak kebaikan, anda masih perlu mendapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu jika anda mempunyai masalah kesihatan atau sedang mengambil ubatan hospital bagi mengelak sebarang komplikasi.\n\nJurenka, J. (2008). Therapeutic applications of pomegranate (Punica granatum L.): a review.\u00a0Alternative medicine review,\u00a013(2). (link)\n\nViuda\u2010Martos, M., Fern\u00e1ndez\u2010L\u00f3pez, J., & P\u00e9rez\u2010\u00c1lvarez, J. A. (2010). Pomegranate and its many functional components as related to human health: a review.\u00a0Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety,\u00a09(6), 635-654. (link)\n\nZarfeshany, A., Asgary, S., & Javanmard, S. H. (2014). Potent health effects of pomegranate.\u00a0Advanced biomedical research,\u00a03.(link)\n\nSelain khasiat buah delima, kami juga menulis khasiat sumber yang lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.\n\n*Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Tahukah anda bahawa setiap sepuluh saat laporan dibuat tentang seorang kanak-kanak yang didera? Atau kira-kira empat kanak-kanak mati setiap tahun akibat daripada penyalahgunaan? Ia adalah realiti yang sangat menyedihkan bahawa kanak-kanak yang teruk dizalimi setiap hari oleh orang dewasa yang sepatutnya untuk menyayangi dan menjaga mereka.\n\nArtikel ini menceritakan tentang 4 jenis penderaan kanak kanak kanak. Ianya adalah: penderaan fizikal, pengabaian, penderaan psikologi, dan penderaan seksual.\n\nSeorang kanak-kanak dikira sebagai mengalami penderaan fizikal jika terdapat tanda-tanda kecederaan yang boleh dilihat di tubuh kanak-kanak dan kecederaan ini bukan disebabkan oleh kemalangan.\n\nTerdapat bukti seperti luka, calar, melecet, berparut, patah atau kecederaan tulang, terseliuh, pendarahan, luka di kulit, kebakaran, melecur, hilang kewarasan atau hilang fungsi psiko logikal atau kehilangan rambut dan gigi.\n(Akta Kanak-Kanak 2001)\n\nBerlaku apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.\n(Akta Kanak Kanak 2001)\n\nBerlaku apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dan menjadi mangsa dari segi seks. Jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.\n(Akta Kanak Kanak 2001)\n\nkegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.\n\nThere\u2019s no such thing as someone else\u2019s child. Semua kanak-kanak adalah anak-anak kita.\n\nSama samalah kita menjaga kanak kanak hari ini"
"Mee udang kuah pekat. Siapa ingin makan mee udang? Rasanya sangat mabeles dan menitik air liur. Berikut di bawah ini kami berkongsikan resepi mee udang yang dibagikan oleh Siti Aisyah di laman Facebook.\n\nResepi mee udang yang viral. Kuah pekat mee udang ini diperbuat dengan menambahkan stok udang yang dibuat daripada kepala udang. Kemudian ditambahkan keledek dan kentang blend yang membuat kuah semakin jadi pekat.\n\nKepedasan mee udang mengikut selera anda. Jika anda suka udang lagi banyak, boleh tambahkan udang lagi. Jika ingin kuah lagi pekat, boleh tambahkan stock udang ataupun kentang blend. Senang buat sendiri boleh ejas resepi.\n\nTanpa buang masa, mari tengok resepi di bawah ini dan hidangkan mee udang untuk keluarga sebagai sarapan mahupun hidangan petang nanti. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi mee udang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pasti ada yang tak tahu cara semak tracking J&T Express \u00a0terutama buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam membeli barangan secara dalam talian.\n\nSiapa je tak kenal dengan J&T Express. Memang ramai menggunakan kurier ini untuk menghantar barangan kerana mudah dan cepat sampai ke penerima. Bayaran yang dikenakan juga memang berpatutan. Tak hairanlah ramai penjual yang menggunakan syarikat kurier ini.\n\nPenerima pula pasti sering tertanya-tanya di mana barangan mereka berada agar mudah untuk membuat persediaan atau perancangan. Tak kira barang murah atau mahal, besar atau kecil, pasti ada rasa tak sabra untuk menerimanya.\n\nJadi, dengan adanya perkhidmatan tracking ini, senang anda mengawasi lokasi atau status semasa penghantaran. Bagaimana cara mendapatkan semakan barangan ini?\n\nSebenarnya ada beberapa cara untuk anda semak tracking J&T ini. Anda boleh menyemak secara dalam talian atau sebaliknya. Yang pasti kesemua cara ini mudah dan cepat. Ketiga-tiga cara ini memerlukan nombor tracking atau airway bill yang boleh anda dapatkan dari pemberi.\n\nCara pertama adalah pergi sahaja ke mana-mana cawangan J&T dan meminta petugas untuk menyemak keberadaan barangan anda. Namun anda perlulah mendapatkan nombor tracking terlebih dahulu daripada penjual atau pemberi.\n\nCara kedua juga mudah dan dilakukan secara dalam talian. Melalui cara ini, anda dapat menyemak nombor tracking menerusi aplikasi J&T Malaysia. Anda perlu memuat turun aplikasi J&T Malaysia di Google Play atau App Store. Kemudian daftar akaun anda dan masukkan semua maklumat. Anda boleh mula menyemak di\u00a0 paparan \u2018status\u2019.\n\nCara terakhir ini paling mudah kerana anda tak perlu ke cawangan J&t dan tak perlu memuat turun sebarang aplikasi. Anda hanya perlu layari laman web J&T Express. Cara ini paling pantas dan menjimatkan masa. Ini cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menyemak number tracking secara dalam talian:\n\nSetelah menyemak nombor tracking J&T Express, anda akan memperolehi maklumat seperti status terkini penghantaran, proses, lokasi barangan dan tarikh.\n\nAnda pasti tertanya-tanya tentang maksud status atau istilah yang dipaparkan. Kadangkala ada perkataan yang kita tidak pernah dengar dan sukar untuk kita mengetahui keadaan semasa barangan tersebut. Di sini kami sertakan semua istilah yang sering dipaparkan pada tracking dan maksudnya hasil perkongsian dari J&T Express PCP Presint 15 418.\n\nPemberi atau penjual sudah drop off barangan anda di mana-mana cawangan J&T. Syarikat kurier juga telah mengimbas barangan untuk mengemaskinikan data didalam sistem kurier.\n\nIstilah ini digunakan setelah barangan anda dibawa keluar dari tempat barangan yang dihantar menuju ke tempat pengagihan barang utama kurier atau dipanggil gudang. Ia juga dipanggil sebagai Parcel Hub.\n\nProses ini biasa dilakukan pada waktu malam. Selepas sampai di gudang atau Parcel Hub, barangan akan diproses atau diagihkan mengikut poskod barangan anda. Melalui proses ini, maklumat penghantaran akan dimuatnaik pada status.\n\nIstilah ini digunakan apabila barangan pelanggan telah pun siap sedia untuk keluar dari gudang lalu menuju ke gudang setiap negeri mengikut poskod penerima.\n\nPada tahap ini, barangan pelanggan telah sampai ke gudang mengikut poskod negeri yang tertera.\n\nIstilah ini digunakan sekiranya barang pelanggan belum keluar untuk penghantaran. Ini bermaksud barang tersebut akan singgah terlebih dahulu di J&T Drop Point atau CDC terdekat dengan poskod penerima.\n\nInilah status penghantaran yang ditunggu oleh setiap penerima. Status ini menandakan barangan anda telah keluar dan siap sedia untuk dihantar secara terus ke rumah anda.\n\nStatus ini menandakan barangan anda sudah selamat dihantar ke rumah dan telah diterima. Sekiranya barangan anda tidak sampai tetapi status bertukar seperti ini, anda boleh membuat semakan penerima pada J&T secara dalam talian atau terus ke cawangan J&T berdekatan.\n\nJika status barang anda jadi begini, ia mungkin terjadi atas beberapa sebab. Namun jangan risau kerana penghantaran akan dilakukan semula. Jika masih gagal pada kali ketiga, barangan anda akan dihantar semula kepada pemberi atau penjual. Anda perlulah peka dengan panggilan telefon yang dibuat oleh penghantar barang.\n\nMudah bukan untuk menyemak tracking J&T Express? Dengan semakan dalam talian, tak sampai lima minit anda boleh menjejaki barangan anda di mana jua. Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda untuk membeli barangan secara online.\n\nKami juga ada menulis artikel lain tentang resepi, keluarga, kesihatan dan tips yang lain. Jom tambah informasi dengan artikel-artikel di bawah:"
"Apa itu HFMD? Ini adalah penyakit wajib mak ayah tahu. HFMD merupakan penyakit tangan, kaki dan mulut yang disebabkan oleh virus. Ibu bapa hendaklah peka terhadap penyakit HFMD ini kerana biasanya ia akan menjangkiti kanak-kanak.\n\nPenyakit ini boleh dikatkan adalah penyakit yang kerap dihadapi oleh kanak-kanak kecil. Ianya sangat mudah dijangkiti. Lebih-lebih lagi jika pergi ke tempat-tempat awam seperti taman permainan. Sebab itulah, apabila pergi ke tempat awam, mak ayah digalakkan untuk menjaga kebersihan anak dengan sering menggunakan sanitizer.\n\nPerkongsian Dr Taufiq Razif tentang HMFD menarik untuk dihadam oleh mak ayah.Semoga mendapat manfaat.\n\nItulah sebab kalau anak kita ada sahaja tanda-tanda ini terus dibawa ke klinik kesihatan ataupun hospital :\n\n1. Kurang selera makan.2. Demam.3. Ruam pada bahagian kaki dan tangan.4. Ulser yang banyak di dalam mulut.\n\nBenda Paling Penting Mak Ayah Wajib Tahu!\n\n*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk mengambil langkah-langkah yang bijak agar penyakit ini tidak terkena pada anak-anak.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran daripada penulis iaitu Dr Taufiq Razif. Untuk post asal penulis boleh merujuk di sini."
"Menurut kajian wanita nampak lebih cantik masa bercinta! Tapi memang tidak dinafikan yang wanita memang akan nampak lebih cantik masa sedang bercinta daripada sebelumnya. Mungkin kerana masa bercinta ini semuanya indah. Lebih-lebih lagi jika dah rasa angau satu badan, dengan mudah\u00a0wanita akan nampak lebih cantik akibat bahagia.\u00a0\n\n Apabila tanya pada cik abang di luar sana, wanita lebih cantik masa bercinta atau selepas kahwin? Jawapannya mereka juga sama iaitu wanita lebih cantik waktu bercinta. Kata mereka lagi, wajah wanita semasa bercinta nampak amat berseri-seri. Oleh itu, di sini akan dikongsikan lima sebab mengapa wajah wanita nampak lebih cantik masa bercinta berdasarkan beberapa sumber bacaan.\u00a0\u00a0\n\n5\u00a0 Sebab Mengapa Wanita Nampak Lebih Cantik Masa Bercinta\n\n#1 \u2013 Rasa Lebih Teruja Untuk Menjaga Wajah\u00a0\n\nSalah satu sebab kenapa wanita lebih cantik masa bercinta adalah kerana pada waktu ini mereka mempunyai azam yang tinggi untuk menjaga wajah. Pada waktu bercinta ini, untuk nampak cantik di mata kekasih adalah satu keutamaan. Yelah nanti buatnya si kekasih cari yang lain, melopong pula!\u00a0\n\nTambahan pula wanita semasa bercinta masih lagi belum bergelar isteri maka\u00a0 sudah semestinya punya lebih banyak masa dalam soal penjagaan wajah. Tidur malam sambil bayangkan si kekasih hati juga menjadi salah satu faktor.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n#2 \u2013 Turut Pentingkan Penampilan Tubuh Yang Ramping Dan Menawan\n\nSelain itu, antara sebab lain kenapa wanita nampak lebih cantik masa bercinta adalah kerana pada waktu ini mereka amat menjaga tubuh badan mereka supaya mereka kekal ramping dan sihat. Malah ada di antara mereka pada waktu bercinta ini gemar mengamalkan jamu supaya sentiasa kelihatan cantik dan langsing. Kaedah sampingan lain dengan mempunyai tidur yang mencukupi. Wanita yang mempunyai tidur yang cukup tanpa gangguan akan mengelakkan mereka dari masalah obesiti.\u00a0\n\n#3 \u2013 Lebih Gemar Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat\u00a0\n\nWanita semasa bercinta akan lebih tumpukan perhatian pada tubuhnya. Semua aspek akan diambil kira termasuklah soal gaya hidup dan pemakanan. Untuk terus kelihatan cantik di mata kekasih ada di antara wanita ini yang sanggup menghabiskan masa dan duit untuk ke spa dan ke gym.\n\n#4 \u2013 Kurang Tekanan Kerana Sentiasa Gembira Dan Angau\u00a0\n\nKurang tekanan juga menjadi salah satu faktor wanita nampak lebih cantik masa bercinta. Wanita semasa bercinta ini sama jugalah seperti si lelaki yang asyik happy tersenyum dan angau. Bila hati sudah penuh rasa gembira ditambah dengan keseronokan nikmat bercinta sudah tentu tahap tekanan menjadi kurang.\u00a0\n\nTambahan pula wanita yang sedang bercinta ini punya masa sendiri untuk hilangkan stress dengan keluar berhibur bersama rakan, tonton wayang bersama kekasih hati, keluar makan-makan, shopping dan sebagainya.\u00a0\n\n\u00a0#5 \u2013 Rasa Bahagia Bila Dirinya Disayangi Dan Dilindungi\n\nWanita yang sedang hangat bercinta ini juga akan nampak lebih cantik disebabkan oleh fikirannya sendiri yang terasa amat disayangi dan dilindungi. Sifat teman lelaki yang suka mengambil berat juga membuatkan si wanita ini amat bahagia.\u00a0\n\nMengapa Wanita Bercinta Agak Berbeza Setelah Berkahwin?\n\nWanita semasa sedang bercinta akan bersusah payah untuk menjaga pemakanan pemakanan dengan tidak makan makanan yang tinggi kolestrol. Berbeza pula dengan selepas kahwin mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan semua itu malah dek kerana terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Akibatnya wanita setelah berkahwin akan mudah mengalami obesiti.\u00a0\n\nBukan itu sahaja, faktor kepenatan menguruskan anak-anak juga menjadi salah satu faktor kenapa wanita nampak lebih cantik masa bercinta berbanding waktu berkahwin. Lagi-lagi jika anak dari jenis yang lasak. Pasti penat dan pening kepala hendak menguruskannya. Bila penat sudah tentulah waktu makan juga akan menjadi tidak berjadual dan soal makan malam juga ikut apa yang ada di atas meja makan mengikut menu yang digemari anak-anak.\u00a0\n\nBagi wanita yang sudah berkahwin dan berkerjaya, tekanan di tempat kerja turut memainkan peranan dalam kehidupan mereka. Apabila tiba di rumah setelah penat berkerja terpaksa pula berdepan dengan tekanan akibat kerenah anak dan yang lebih teruk lagi jika ada pergolakan dalam rumahtangga yang di bina.\u00a0\n\nWaktu sebelum berkahwin dan masih bercinta,\u00a0 jika ada tekanan dari tempat kerja dan sebagainya, dengan mudah dapat menghilangkan tekanan tersebut dengan keluar bersama kawan-kawan untuk pergi shopping, tengok wayang, bercuti dan sebagainya pada bila-bila masa yang dimahukan. Berbeza pula selepas berkahwin kerana kini waktu mereka untuk pergi bercuti bersama kawan-kawan sudah sukar untuk dilakukan lagi. Saat setelah berkahwin anak-anak dan keluarga adalah tumpuan utama berbanding untuk keluar bersama teman baik.\u00a0\n\nJangan Salahkan Wanita Bila Penampilan Mereka Berbeza Ketika Bercinta Dan Setelah Berkahwin\u00a0\n\nJelas dan nyata, wanita semasa bercinta dan setelah berkahwin memang agak berbeza. Ini disebabkan oleh keadaan semasa yang sedang dilalui. Bayangkan jika sedang bercinta si wanita ini ada banyak masa untuk dirinya sendiri. Dapat fokus pada diri sendiri untuk menjaga penampilan agar cantik sentiasa, dapat ke gym dan keluar sana sini untuk bersuka ria. Tetapi setelah berkahwin jangankan ingin keluar berseronok dan tonton wayang, ingin dapatkan masa tidur yang cukup juga sudah menjadi susah.\u00a0\n\nMasa mereka juga menjadi tidak teratur kerana sibuk menguruskan soal anak dan rumah tangga. Kesan dari gejala kurang tidur ini sedikit sebanyak akan menyebabkan peningkatan hormon dalam badan akan menyebabkan rupa mereka nampak lebih berusia dari umur sebenar.\n\nWanita Berkahwin Masih Boleh Cantik Semula Seperti Masa Bercinta\n\nWalaubagaimanapun, sebagai lelaki anda tidak boleh menyalahkan si wanita yang berubah setelah berkahwin. Selaku seseorang yang telah bercinta hingga tahap berkahwin dengan si wanita ini, anda perlu tahu pengorbanan mereka selama ini. Bantulah kekasih hati yang telah bergelar isteri ini untuk kembalikan kecantikan mereka persis sewaktu sedang bercinta dulu.\u00a0\n\nBerikanlah sedikit masa dan belanja untuk wanita pujaan hati rehat dan bebas dari segala tekanan. Tidak mustahil dengan cara ini si wanita tersebut akan kembali cantik seperti sedang hangat bercinta dulu. Yakin dengan wanita yang dicintai untuk menjadi isteri dan ibu yang baik buat anak-anak adalah jauh lebih penting dari kecantikan luaran. Cantik dalaman itu lebih penting berbanding cantik luaran masa bercinta. Baca juga senarai tugas bridesmaid , petua suami isteri romantik ."
"Sebut saja asam pedas, mesti semua orang sudah tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di negeri Melaka dan Johor. Kami akan kongsikan resepi asam pedas melaka yang sedap dan mudah.\n\nWalau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor yang mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Namun resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.\n\nKebiasaannya asam pedas menggunakan bahan asas iaitu ikan, semua jenis ikan. Masakan ini tidak menggunakan santan, ianya hanya menggunakan rempah ratus dan air. Sukatan harus mengikuti selera kerana kadang ada yang suka lebihkan pedas ataupun lebihkan asam.\n\nHidangan ini tak selalunya disajikan untuk makan keluarga sahaja, namun biasanya masakan ini juga dihidangkan di hotel-hotel di Melaka. Resepi yang dibuat oleh Aryn Naza\u200e di laman Facebook ini menggunakan jenis ikan campur-campur saja. Rasanya jadi menarik dan sedap tentunya. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi asam pedas melaka, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Petang-petang sambil tunggu suami balik kerja, apakata kalau mak buat popia sayur. Boleh buat frozen untuk dimakan esok atau untuk potluck nanti.\n\nPopia frozen easy peasy! Buat hari ini boleh goreng esok petang. Semestinya jimat masa dan tenaga mak di dapur. Jika ingin goreng, cukup keluarkan popia biar sejuk hilang sekejap dan terus goreng.\n\nResepi popia sayur kali ini amat mudah. Dibawakan daripada laman Facebook yang dikongsikan oleh Zur Ain Salim. Lengkap dengan sos pencicah popia. Sos juga boleh dimakan sebagai pencicah keropok lekor. Untuk popia, terpulang kuantiti ingin banyak mana.\n\nNote : Terpulang masing-masing ingin masak sayur sekejap atau lama. Boleh masak sekejap sahaja untuk kekalkan kerangupan sayuran tersebut.\n\nSelain resepi popia sayur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sedapnya kalau boleh makan kek lapis strawberry cheese yang buat sendiri. Pasti terasa puaskan? Keknya yang lembut dengan gabungan rasa strawberry dan cheese. Nak manis ke. Kurang manis ke. nak pekat ke. tak nak pekat ke. Pasti terasa puas sebab kena dengan selera kita.\n\nResepi yang dikongsi Sarina Sanek ini mendapat perkongsian ramai di laman muka buku. Selamat mencuba resepi yang simple dan mampu milik ini. Senang ja bahan-bahannya. Jom tengok resepinya. Pasti tak menyesal.\n\nSelain resepi Kek Lapis Strawberry Cheese, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Mencari cucur jawa untuk dijadikan kudapan petang ini? Kami datangkan resepi cucur jawa yang menarik daripada Nurul SyifAa di laman Facebook.\n\nCucur jawa biasa dipanggil kuih topi kerana bentuknya yang menyerupai topi. Di Indonesia pula dipanggil penyaram.\n\nCucur jawa biasa dijumpai di pasar malam. Dijual harga seringgit satu. Baik buat sendiri, pasti puas makan boleh pula dibuat untuk jualan. Gerenti akan menghasilkan cucur jawa yang sedap dan laku.\n\nLangkah-langkah membuat cucur jawa disertakan dalam resepi ini. Dibuat dengan tepung gandum dan tepung beras. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi cucur jawa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Seperti biasa, dikesempatan ini juga ramai yang sudah bercadang untuk bercuti bersama keluarga di merata-rata tempat khususnya dalam Malaysia. Dalam membuat perancangan untuk bercuti perkara pertama yang perlu ditekankan adalah berkenaan dengan penginapan. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda homestay ada kolam renang yang berpatutan harganya untuk menginap.\n\n#1 Homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers\n\nSeperti namanya juga, memang homestay ini dibina berkonsepkan dalam kontena. Menarik memang lain dari yang lain. Tidak perlu risau bila cuaca panas kerana setiap bilik disediakan lengkap kemudahan penghawa dingin dan kipas.\n\nBukan itu sahaja, ruangnya juga sangat besar, ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak juga. Kedudukan homestay ini jauh terpencil dari bandar ini memberikan lokasi penginapan yang lebih privacy dan tenang dikawasan kampung.\n\nApa yang lagi menarik, dari homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers ini, anda hanya perlukan 3-8 minit untuk berjaan kaki dan sampai ke Pantai Saujana di Port Dickson. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti mandi-manda, berkelah, watersport, dan sebagainya.\n\nAlamat:\u00a01466, Jalan Pantai Batu 4, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan\n\nMembawa inspirasi dari reka bentuk rumah lumbung Indonesia, De Valda\u2019s Chalet\u00a0adalah penginapan paling ideal untuk mereka yang bercuti bersama rakan sekerja, ahli keluarga, dan orang yang tersayang. Hanya ada 3 buah chalet yang dipanggil Chalet Lumbung.\n\nChalet ini lengkap segalanya termasuklah kolam renang, dan kawasan lapang dan luas untuk melakukan aktiviti keluarga. \n\nAlamat:\u00a0Lot 104b Km 10, Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan\n\nMahukan homestay ada kolam renang dengan lokasi yang strategik tetapi ada bajet yang terhad? INB Resort Ayer Keroh mungkin pilihan paling bijak untuk mereka yang mahukan harga berpatutan tetapi kualiti penginapan gred A+. \n\nDengan ciri ala-ala kampung ditengah-tengah kota, lokasi homestay ini boleh dikatakan sangat strategik. Hal ini kerana, ianya sangat hampir dengan tempat peranginan popular seperti Zoo, Taman Rama-Rama, Malacca Wonderland, dan banyak lagi.\n\nAlamat:\u00a03169, Simpang Padang Keladi, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka.\n\nKampungstay Desa Murni menawarkan ciri rumah moden dan tradisional berkonsepkan suasana kampung. Suasananya yang damai, masakan yang enak dan sedap pasti buat selera anda terpukau terasa bagai di kampung halaman.\n\nBerkedudukan di tengah titik semenanjung Malaysia iaitu Temerloh ia sangat dekat dengan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi seperti Pekan Sari Temerloh (15 minit), Car Boot Sale Temerloh (15 minit), Esplanade Temerloh (15 minit) Hogoh de Coco (15 minit), Vanilla Temerloh (25 minit), Warung Selai (25 minit), Monumen Titik Tengah Semenanjung (40 Minit), Deerland Park (40 minit), Elephant Sanctuary (40 minit), dan pelbagai lagi.\n\nAlamat:\u00a0Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh\n\n#5 YES I DO Chapel \u2013 R.O.M Church \n\nTerletak di Gelang Patah kawasan Legoland. Yes I Do Chapel menjadi daya tarikan bagi orang di luar Johor Bahru untuk datang menginap di sini. Ia dikategorikan sebagai penginapan berkelas tinggi seperti hotel 3 bintang dengan pemandangan yang cantik di tengah-tengah bandar. \n\nMempunyai jaringan akses pengangkutan yang mudah dan hebat, ia menawarkan kepada anda kemudahan untuk pergi dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Yes I Do Chapel memang pilihan yang terbaik untuk yang mahu bercuti di Johor Bahru dalam suasana yang selesa, damai, dan santai. \n\nAlamat:\u00a032, Jalan Bestari 15/4, Taman Nusa Bestari, 81300 Johor Bahru, Johor\n\nCenang Homestay bukan sahaja ada swimming pool, malah anda juga boleh berjalan kaki sekitar 5 minit dari chalet untuk sampai ke pantai dan menghirup udara dingin di sana. Soal tempat makan dan kemudahan wifi, jangan risau kerana banyak restoran berhampiran yang murah dan menawarkan sajian enak begitu juga dengan jaringan internet percuma.\n\nAlamat:\u00a0Cenang Home Stay, Lorong Madrasah, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah\n\nBercuti di Janda Baik, jangan pernah lupakan Sugeh Hill Resort. Pemilik chalet ini adalah ikon usahawan tempatan yang berjaya di Malaysia iaitu Dato Alif Syukri. \n\nSugeh membawa kelainan yang lain daripada yang lain kerana ia dikelilingi oleh alam semula jadi yang mana konsepnya sendiri adalah hutan hujan tropika. Lebih 40 jenis bilik disediakan untuk anda pilih. Tentunya banyak sekali aktiviti menarik yang boleh dilakukan. \n\nAlamat:\u00a0Lot 495, Kampung Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang\n\nPerdana Serviced Apartment Resorts adalah hotel paling strategik di Langkawi. Hanya berlokasi 5.3 kilometer dari kotaraya membolehkan pengunjung mendapatkan akses yang mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.\n\nLebih 40 apartment siap perabot dan kemudahan seperti mini bar, penghawa dingin, televisyen LCD, balkoni peribadi, dapur kecil yang serba lengkap, dan sebagainya untuk anda. Paling menarik sekali, di sini disediakan kolam renang luas dan besar yang menghubungkan dua blok bangunan apartment. \n\nAlamat:\u00a0Lot 79, Jalan Kuala Melaka, Mukim Padang Matsirat, 07100 Langkawi, Kedah\n\nHomestay ada kolam renang yang seterusnya adalah Anjung Sayang Chalet. Kolam renang yang dimaksudkan ini bukanlah kolam renang tertutup tetapi sebaliknya ia hanya terletak 1-2 minit dari Pantai Puteri. Ini bermakna lokasi bilik penginapan anda nanti memang betul-betul dihadapan kawasan pantai.\n\nIa menawarkan suasana rumah kampung yang selesa, murah, dan sangat tenang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Antara tempat menarik lagi yang berdekatan dengan Anjung Sayang Chalet adalah seperti Makam Hang Tuah, Masjid Tertua Tanjong Kling, Rumah Tradisional Melayu Melaka dan Perkampungan Nelayan Hailam. \n\nAlamat:\u00a0No 218, Batu 8, Kampung Pengkalan Perigi, 76400 Tanjung Kling, Melaka.\n\nDimana ingin dapatkan penginapan yang berhadapan dengan pantai peribadi sendiri khusus untuk para tetamu jika tidak di \u00a0Umang-umang Chalet. Chalet ini begitu strategik kerana ia terletak di tepi pantai di perkampungan nelayan di Kuala Linggi.\n\nLebih kurang 8 jenis bilik ada ditawarkan kepada anda bermula dari jenis bilik standard sehinggalah bilik jenis family seaview. Kedua-duanya menjanjikan pengalaman yang lua biasa. \n\nAlamat:\u00a0 Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Pantai Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.\n\nHomestay ada kolam renang yang terakhir dengan harga yang murah adalah D Chalet Ombak Biru. Chalet ini terletak berhadapan dengan pantai di Pengkalan Bakal. Ia sesuai untuk ada yang bercadang untuk bercuti bersama keluarga yang ramai kerana ia menyediakan 10 unit bilik single dan 2 unik bilik keluarga.\n\nKemudahan yang disediakan disini termasuklah swimming pool, BBQ, gazebo, dan sebagainya untuk memberi keselesaan yang paling maksima kepada tetamu. \n\nAlamat:\u00a0 Lot 3319, Kampung Sungai Kertah, 78300 Masjid Tanah, Melaka.\n\nPenginapan yang selesa memberi kesan kepada percutian yang penuh makna. Jangan lupa rancang perjalanan dan waktu anda dengan teliti agar semua perancangan yang diharapkan mampu berjalan dengan lancar.\n\nSelain dari artikel berkenaan dengan homestay ada kolam renang anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan homestay untuk percutian di seluruh Malaysia seperti:"
"Apa itu Royal Jelly? Adakah Royal Jelly berkhasiat?\n\nJom ketahuinya dengan membaca artikel ini dengan lebih lanjut.\n\nRoyal Jelly merupakan merupakan susu Ratu Lebah yang menjadi makanan utama Ratu Lebah dan larvanya. Ianya berbeza dengan pollen, propolis dan madu. Royal Jelly merupakan produk yang dihasilkan sendiri oleh lebah dan bukan merupakan modifikasi daripada produk tanaman atau penternakan yang menggunakan bahan kimia.\n\nDikatakan bahawa Ratu Lebah mampu hidup sehingga lebih daripada 5\u00a0 tahun lamanya. Disebabkan Ratu Lebah diberi Royal Jelly, maka usianya adalah jauh lebih panjang berbanding lebah-lebah lain yang hanya memakan pollen dan madu.\n\nRoyal Jelly mengandungi asi amino, mineral, fruktosa dan glukosa dan juga beberapa jenis vitamin seperti \u00a0vitamin A, B-kompleks, C, D, E dan K dengan kelebihan pada vitamin B-kompleks: B1, B2, B3, B5, B6, B12, biotin, asid folik dan inositol.\n\nTerdapat 11 jenis mineral dalam royal jelly. Di antaranya ialah kalsium, magnesium, zink, kalium, iron, mangan, kobalt, kuprum dan lain-lain lagi.\n\nJom ketahui apakah khasiat royal jelly.\n\nRoyal Jelly mengandungi antioksidan yang melawan tanda-tanda penuaan. Mampu meremajakan kulit, mengetatkan liang, ia juga menghilangkan radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan memberikan sinaran yang sihat kepada kulit anda.\n\nKhasiat kepada kulit oleh Royal Jelly ini diakui dalam ulasan kertas kajian saintifik penyelidik dari Sepanyol pada tahun 2008 yang diterbitkan di Journal of Food Science.\n\nMereka membandingkan sebatian bioaktif dalam Royal Jelly dengan propolis dan madu lebah biasa. Sesungguhnya, Royal Jelly mempunyai banyak khasiat bioaktif dan antioksidan untuk diamalkan.\n\nSelain untuk kecantikan kulit,Royal Jelly juga berkesan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat. Ia mengandungi sifat anti-radang yang mengurangkan keradangan, menghilangkan bakteria, dan membaiki kulit.\n\nApa yang perlu anda lakukan adalah mengambil sedikit Royal Jelly, sapukan di kawasan yang bermasalah dan basuh selepas 20 minit. Lakukan pada waktu pagi.\n\nPada tahun 1990 lagi iaitu hampir 30 tahun lepas, kajian Royal Jelly ke atas kecantikan kulit telah dijalankan.\n\nAntaranya, penyelidikan di Jepun mengenal pasti sejenis protein khas dalam Royal Jelly yang diberi nama royalisin yang mempunyai sifat anti acne dan anti bakteria yang sangat bermanfaat.\n\n3. Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata\n\nUntuk menghilangkan lingkaran hitam di mata, ambil dua sudu Royal Jelly dan sapukan seluruh kawasan yang terjejas. Biarkan 20 minit, kemudian basuh.\n\nKandungan antioksidan dan bioaktif yang lain dalam Royal Jelly sebagaimana yang telah dilaporkan dalam kajian-kajian lepas sememangnya membantu penjagaan kulit kita!\n\nAnda juga boleh melembapkan tangan dan kaki anda dengan yang kering dengan Royal Jelly.\n\nSapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Basuh dengan air sejuk.\n\nAnda pasti akan melihat perubahan kulit anda secara dramatik!\n\nRoyal Jelly mengukuhkan sistem pertahanan badan bagi mengelakkan penyakit yang mungkin boleh menyebabkan tahap kesihatan yang merosot.\n\nKajian yang diterbitkan di jurnal Food Chemistry pada tahun 2009 oleh sekumpulan penyelidik dari Jepun menunjukkan bahawa Royal Jelly mengandungi protein yang terbina daripada peptida yang bersifat antioksidan.\n\nProtein ini dilaporkan berkuasa menangkap radikal bebas dalam tubuh yang jika tidak dikawal, akan menyebabkan berlakunya sistem fisiologi tubuh melalui mutasi, pembentukan sel kanser atau gangguan hormon.\n\nRoyal Jelly menormalkan serta meningkatkan aktiviti seksual lelaki dan wanita. Royal Jelly menambah hormon androgen untuk lelaki dan tahap estrogen wanita. Pengambilan secara harian dapat melegakan simptom awal menopause, kesakitan haid, simptom-sindrom premenstrual, kekejangan, keletihan dan kemurungan sewaktu hamil.\n\n10 HD A \u2013 (hidroksi desenolic asid) adalah sejenis lemak penting dalam royal jelly yang berfungsi untuk merencat atau membantutkan pertumbuhan barah. Hanya Royal Jelly yang mengandungi bahan istimewa ini dalam makanan.\n\nKajian oleh Dr. Townsand pada 1959 tentang pertumbuhan kanser Lautan Atlantik, 10-HDA (10-Hydroxy Decanoic Acid), asid lemak yang terdapat dalam royal jelly boleh merencat pertumbuhan kanser.\n\nKajian antikanser ini diteruskan oleh penyelidik Jepun pada tahun 1987 yang memperlihatkan kesan positif Royal Jelly menjadi agen antitumor bagi kanser leukemia dalam spesimen tikus makmal mereka.\n\nRoyal Jelly dilaporkan mengandungi 3% faktor \u201cR\u201d iaitu bahan yang masih belum dikenalpasti oleh para saintis sehingga kini. Dipercayai bahan ini mampu memperbaiki kesuburan.\n\nRoyal Jelly kaya dengan karbohidrat yang membekalkan tenaga yang diperlukan oleh semua sel dalam tubuh badan. Terdapat hampir 266 kalori tenaga yang boleh dibekalkan oleh Royal Jelly.\n\nKandungan asid amino dan protein B di dalamnya adalah sangat bagus bagi merangsang tenaga.\n\nKandungan Vitamin yang Tinggi dalam Royal Jelly\n\nRoyal Jelly sangat kaya dengan vitamin untuk keperluan tubuh. Berikut disenaraikan lagi kebaikan vitamin tersebut berdasarkan khasiat kesihatan yang berkaitan.\n\n10. Kebaikan vitamin A dalam Royal Jelly\n\nKehadiran vitamin A dalam Royal Jelly mencegah selsema, mengelakkan mandul, resdung, paru-paru berair, pekak dan rabun malam.\n\n11. Kebaikan vitamin B1 dalam Royal Jelly\n\nVitamin B1 dalam Royal Jelly berkesan merawat keletihan, mengantuk, kejang otot, sukar tidur dan masalah saraf.\n\n12. Kebaikan vitamin B2 dalam Royal Jelly\n\nVitamin B2 dalam Royal Jelly baik untuk pembentukan kulit, mengelak kudis, penyakit gusi, kornea menjadi kabur.\n\n13. Kebaikan vitamin B3 dalam Royal Jelly\n\nVitamin B3 dalam Royal Jelly membantu tindak balas karbohidrat dalam membina hormon, mengelak penyakit jantung dan penyakit otak, mengelak cirit-birit dan ganguan fikiran.\n\n14. Kebaikan vitamin B5 dalam Royal Jelly\n\nVitamin B5 dalam Royal Jelly membantu membentuk imuniti system / menguatkan untuk mengubati alahan. Mengurangkan ketegangan, mengelak uban.\n\n15. Kebaikan vitamin B6 dalam Royal Jelly\n\nVitamin B6 dalam Royal Jelly membantu tindak balas kimia dalam tubuh, penting untuk otak berfungsi dengan baik, membina sel darah, mengurangkan penyakit sengal sendi, sakit kepala, mengawal rasa loya, mengurangkan gugup, mengawal gigi, menurunkan kolestrol dalam darah dan menjana sistem saraf yang baik.\n\n16. Kebaikan vitamin B12 dalam Royal Jelly\n\nVitamin B12 dalam Royal Jelly menggalakkan pembentukan darah merah, membina genetik dan berfungsi untuk perjalanan sistem saraf.\n\n17. Kebaikan vitamin C dalam Royal Jelly\n\nVitamin C dalam Royal Jelly membantu mengekalkan tindak balas kapilari, menjaga kekuatan tulang/gigi, mengawal vitamin lain dari proses pengoksidan. Untuk kulit yang sihat/cepat menyembuhkan luka. Menyembuhkan demam dan selsema, mengawal kolestrol dalam darah, mengelak serangan jantung dan mengelak penyakit mulut dan gusi.\n\n18. Kebaikan vitamin D dalam Royal Jelly\n\nVitamin D dalam Royal Jelly berfungsi untuk mntuk menguatkan tulang dan gigi serta penyerapan kalsium dan phosphorous. Mengawal penyakit sengal sendi.\n\n19. Kebaikan vitamin E dalam Royal Jelly\n\nTokosferol iaitu vitamin E dalam Royal Jelly bertindak sebagai anti oksidan. Ia baik untuk sistem saraf, organ penafasan dan mengatasi masalah kekenduran pada kulit. ia juga mengawal tisu dan pembentukan sel darah merah. Mengelakkan sakit jantung, barah, darah tinggi, dan penyakit sengal sendi.\n\nPaling penting untuk membantu dalam proses sistem pembiakan dengan cara meningkatkan kualiti air mani lelaki dan telur perempuan yang sangat penting untuk mereka yang mandul.\n\nItulah dia khasiat royal jelly yang ingin kami kongsikan kepada anda.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat aloe vera, khasiat peria, dan khasiat yogurt.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Pada postingan kali ini kami kongsikan resepi pau kukus yang gebu sangat. Pau merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam, sama ada manisan, berdaging atau sayur-sayuran.\n\nTeknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan. Bagi mengenal pasti jenis-jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut.\n\nPau termasuk favorit dalam kalangan kanak-kanak hingga orang dewasa. Ciri pau ialah bulat dan gebu serta lembut dimakan. Di bawah ini kami kongsikan resepi pau gebu yang sangat diminati, dikongsikan oleh Rosaslinda Md Nor\u200e di Facebook.\n\nAnda boleh mencuba resepi ini dirumah dengan cara kukus dan anda boleh meletak inti yang anda mahu seperti kaya, kacang merah, coklat, cendawan, ayam dan lain-lain.\n\n1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk besar.\n\n2. Tuangkan Bahan B cecair sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.\n\n3. Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit.\n\n4. Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pimpong ( anggaran berat 35 gm ).\n\n6. Masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan sebesar guli ( anggaran berat 12 gm ).\n\n8. Letakkan doh di atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat atau bulat, atau letakkan di atas paper cup yang dileperkan sedikit.\n\n9. Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.\n\n10. Kukus pau selama 7 hingga 10 minit.\n\nSelain resepi pau kukus gebu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Menjaga kesihatan badan amatlah penting. Salah satunya dengan cara menjaga berat badan jangan sampai berat berlebih dimana berat dan tinggi tidak sebanding. Oleh kerana itu salah satu cara menjaga berat badan adalah dengan mengamalkan senaman dan diet yang selaras.\n\nZaman kini banyak sangat orang jual obat kurus pelbagai jenis dan menjanjikan badan kurus dalam masa yang pantas. Namun tidak semua orang suka minum ubat-ubat atau jamu sintetik tersebut. Ada juga yang masih mengamalkan minuman herba yang semula jadi.\n\nAntara minuman semula jadi terus daripada buah dan sayur yang boleh dibuat minuman kurus ialah jus kurus yang dikongsikan oleh Khairuzetti Zaini Collections di laman Facebook. Tidak disangsikan lagi, beliau telah pun cuba sendiri jus tersebut dan memang menjadi. Memang memakan masa dan harus konsisten minum, tapi janji sihat tiada efek sampingan apa salahnya dicuba.\n\nSelain jus kurus, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sebenarnya banyak lagi sumber pencemaran dengan aluminium selain periuk nasi aluminium dan juga periuk aluminium .\nMemanglah sedikit aluminium pasti akan ada dalam air minum dan dalam makanan sebab ia adalah sebahagian dari apa yang ada di alam sekitar secara alami.\n\nNamun begitu sebab Aluminium bukan zat galian yang diperlukan oleh badan kita ia boleh menyebabkan penyakit.\nAluminium yang masuk kedalam sel saraf dan otak telah disahkan boleh menyebabkan penyakit Alzheimers.\n\nDari mana kita mendapat aluminium secara berlebihan?\n\nBerikut adalah punca aluminium memasukki badan kita :\n\nBaking powder, tepung self rasing, formula bayi ( tinnya aluminium) makanan berproses dan yang dibaluk dengan aluminium foil, bahan pewarna dan \u2018food additives;\n\nkrimer kopi, antacid dan lain-lain ubatan, bahan dalam vaksin( teramat sedikit), kosmetik, deodoran, losyen, sunscreen serta minuman dalam tin atau packet yang bersalut aluminium, serta periuk dan botol air, acuan kueh, tin kek dan lain-lain bekas aluminium. Awas tomato puree yang dijual dalam tin.\n\nBila kita guna periuk aluminium dan masak dengan kepanasan tinggi serta letakkan bahan cuka atau masam dalam masakkan, ini menambahkan aluminium yang akan larut kedalam kuah.\n\nBila seseorang itu lebih banyak memakan makanan berproses, makan luar dan minum dari tin, lagi banyak aluminium memasukki badannya .\n\nKebanyakkan aluminium ini akan keluar balik dari badan, ia tidak diserap tetapi bagi orang yang ada masalah penghazaman , masaalah usus yang menyebabkan radang, lagi banyak aluminium akan diserap .\n\nLangkah pertama untuk minimakan risiko keracunan dengan aluminium\n1.elak produk ubatan yang ada aluminium\n2.elak deodoran beraluminium\n3.elak bekas masak makan dan minum aluminium\n\n#1 Mandi secara berendam dengan garam Magnesium sama ada Magnesium Flake atau Epsom Salt Seminggu sekali\n\n#2 Ambil capsule N Acetyl Cystein 2 hari dalam seminggu, Ini akan banyakkan \u2018glutathione\u2019 dalam sistem badan dan ini diperlukan untuk proses detox .\n\n#3 Pastikan cukup Vitamin D dalam badan ( berjemur panas waktu pagi atau ambil supplement D3 atau minyak ikan cod. Ada bukti Vit D akan tingkatkan glutathione dalam badan\n\n#4 Ambil supplement MSM . ( ada jual di farmasi brand Stay Well )\n\n#5 Ambil kunyit atau extract nya curcumin beberapa hari dalam seminggu"
"Mencari punca leher hitam? Leher yang hitam atau berkerak boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan penampilan yang kurang menyenangkan. Ada yang berpendapat bahawa tanda leher hitam ini memberi petunjuk kepada beberapa jenis penyakit seperti kencing manis, jangkitan kulat atau masalah kulit.\n\nSejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Ayuh ketahuinya bersama punca leher hitam dengan terus membaca artikel ini.\n\nDari segi perubatan, masalah leher hitam ini dikenali sebagai acanthosis nigricans. Keadaan leher hitam ini dicirikan sebagai tekstur kulit yang gelap, kasar dan tebal.\n\nAntara bahagian kulit yang boleh berlaku masalah kehitam kulit acanthosis nigricans ini ialah:\n\nDari segi klinikal, sampel kulit hitam yang diambil menunjukkan keadaan papillomatosis (ketumbuhan kecil yang tidak merebak) dan hyperkeratosis (penebalan lapisan luar kulit dengan protein yang dipanggil keratin) pada permukaan kulit tersebut.\n\nMasalah Leher Hitam Acanthosis Nigricans Masalah Seluruh Dunia\n\nFenomena leher hitam atau kulit acanthosis nigricans ini pertama kali direkodkan pada tahun 1891. Dalam sesebuah komuniti, laporan kes berkaitan masalah kulit ini adalah sekitar 7-74%.\n\nFenomena ini sering dikaitkan dengan umur, bangsa, jenis, tahap obesiti dan sistem imun seseorang. Masalah ini paling banyak dijumpai dalam kalangan masyarakat natif Amerika, Afrika-Amerika, Latina dan bangsa kulit putih kaukasian. Dilaporkan juga, kes leher hitam lebih banyak berlaku dalam kalangan perempuan kulit hitam berbanding kulit putih.\n\nPertumbuhan dan kemunculan kesan hitam pada kulit ini tidak bersifat barah atau merebak.\n\nKisah ini dipetik daripada artikel kajian ulasan saintifik yang ditulis oleh pakar dari New Jersey Medical School pada tahun 1994.\n\nPada Julai 1889, seorang wanita berusia 62 tahun bertemu pakar kulit di Klinik Swasta Paul Gerson Unna di Hamburg, Jerman. Beliau mengadu masalah pembentukan tompokan hitam seakan daki yang berlaku di bahagian leher, tengkuk, mulut dan kawasan alat sulit.\n\nKeadaan ini diberi nama acanthosis nigricans yang berasal dari perkataan Greek untuk acantho = duri, manakala nigricans dari bahasa Latin yang bermaksud menjadi hitam.\n\nMenjelang tahun 1909, hampir 50 pesakit didiagnos dengan keadaan acanthosis nigricans ini. Kesemua mereka memiliki persamaan menghidapi penyakit ketumbuhan kanser di bahagian abdomen atau usus.\n\nOleh itu, gejala ini menjadi ukuran awal bagi petanda penyakit kanser bagi pakar perubatan zaman dahulu. Kini, gejala ini tidak semestinya dikaitkan dengan pembentukan sel kanser, tetapi boleh jadi berpunca daripada faktor-faktor tertentu.\n\nJenis- jenis Acanthosis Nigricans beserta Punca Leher Hitam\n\nMenurut pakar dermatologi Hospital Umum Mumbai pada tahun 2014 yang menerbitkan kajian ulasannya mengenai masalah leher hitam dan acanthosis nigricans ini, masalah kulit ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut punca penyebabnya seperti berikut:\n\n1. Leher Hitam yang Berpunca daripada Masalah Obesiti Kegemukan\n\nObesiti atau kegemukan merupakan punca utama bagi masalah leher hitam. Sebarang perubahan tisu atau permukaan kulit disebabkan acanthosis nigricans ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur mereka yang obesiti, tetapi lebih menonjol dalam kalangan golongan dewasa.\n\nMengikut statistik, lebih separuh daripada individu dewasa yang mempunyai berat >200% daripada berat ideal mereka akan mengalami masalah leher hitam atau acanthosis nigricans.\n\nHal ini terjadi disebabkan kesan sampingan pengambilan ubatan moden tertentu. Jenis ubatan yang menyebabkan hyperinsulinemia atau peningkatan kadar insulin yang tinggi dalam tubuh akan mengakibatkan keadaan ini.\n\nKesan luka kecil atau melepuh akibat acanthosis nigricans pada permukaan kulit hitam ini akan berlanjutan walaupun pengambilan ubat tersebut telah dihentikan.\n\n3. Sindromik \u2013 Terhasil sebagai Gejala Penyakit Tertentu\n\nLeher hitam atau kawasan acanthosis nigricans pada kulit boleh jadi merupakan manifestasi kepada serangan penyakit tertentu. Permukaan kulit hitam ini hadir sebagai salah satu gejala bagi penyakit tersebut.\n\nTerdapat dua jenis penyakit yang menunjukkan gejala leher hitam, iaitu:\n\nDisebabkan perkembangan antibodi terhadap reseptor insulin, hal ini telah menyebabkan berlakunya acanthosis nigricans atau punca leher hitam.\n\nAntara penyakit atau masalah kesihatan yang menyebabkan masalah ini ialah lupus. Sistem pertahanan badan menyerang diri sendiri berbanding menyerang patogen luar.\n\n5. Familial Acanthosis Nigricans (faktor genetik)\n\nJenis acanthosis nigricans ini tiada kaitan sama sekali dengan \u201cfamily\u201d atau keluarga. Masalah ini merupakan penyakit pada kromosom yang bermula pada usia kanak-kanak.\n\nNamun, keadaan acanthosis nigricans yang menghitamkan leher, ketiak, siku dan sebagainya itu boleh timbul pada bila-bila masa, tidak semestinya ketika masih kanak-kanak.\n\nKeadaan ini biasanya akan berkembang sehingga seseorang itu mencecah fasa akil baligh dan akan mula menurun atau stabil.\n\nLeher hitam bukan lagi perkara yang boleh dianggap remeh kerana keadaan ini menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Keadaan leher hitam atau secara perubatannya dikenali sebagai acanthosis nigricans, bukan keadaan leher \u2018berkerak\u2019 daki yang dengan mudah boleh disental buang menggunakan sabun dan scrub.\n\nAntara punca leher hitam atau acanthosis nigricans ini ialah masalah obesiti, ubatan, sindrom penyakit, tindakan autoimun dan masalah genetik pada kromosom. Langkah bersesuaian yang sewajarnya perlu diambil untuk sama-sama menjaga kualiti kesihatan anda.\n\nSemoga bermanfaat! Jempuu juga abca artikel tentang punca jerawat badan ,\u00a0punca kulit kepala gatal dan punca kerap kencing"
"Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Pasti suasana menyambut ketibaan Ramadan ini bukan sahaja dirasai oleh golongan dewasa. Malah, anak-anak juga akan turut bersemangat menyambutnya. \n\nMasjid akan dipenuhi tidak kira peringkat umur dari sekecil bayi hingga golongan tua. Manakan tidak, ibu bapa pasti akan membawa anak-anak ke masjid untuk turut merasai suasana berbuka puasa beramai-ramai dan menunaikan solat berjemaah demi merebut ganjaran yang berganda dibulan mulia ini.\n\nNamun, isu membawa anak kecil di masjid kerap menjadi isu besar di kalangan ibu bapa dan kariah masjid. Ye, umum mengetahui \u2018keriuhan\u2019 anak-anak ini di dalam masjid pasti sedikit sebanyak akan mengganggu para jemaah yang lain untuk beribadah.\n\nDalam isu ini, penyelesaian patut diambil dengan kaedah kerjasama dan saling hormat menghormati diantara satu sama lain. Nasihat yang diberikan oleh pihak masjid perlu didengari dan ibu bapa juga perlu sensitif untuk mengawal anak masing-masing supaya para jemaah dapat beribadah dengan selesa.\n\nAntara inisiatif yang boleh diambil oleh pihak masjid ialah dengan menyediakan kemudahan atau sudut bermain dan penjagaan buat kanak-kanak. Kemudahan seperti ini atau lebih dikenali sebagai kemudahan yang \u2018mesra kanak-kanak\u2019 akan mewujudkan suasana yang selesa buat ibu bapa yang membawa anak kecil ke masjid.\n\nPasti usaha mewujudkan masjid yang \u2018mesra kanak-kanak\u2019 ini sangat diraikan oleh para ibu bapa kerana memudahkan mereka sepanjang berada di masjid. \n\nMereka boleh turut berjemaah dengan tenang dan anak-anak pula bebas bermain dan beraktiviti semasa menanti ibu dan bapa selesai menunaikan ibadah.\n\nIkuti perkongsian Puan Azizah di facebook tentang pengalaman beliau hadir ke masjid yang menyediakan ruang khusus bagi anak-anak untuk bermain dan beraktiviti.\n\nSangat mesra kanak-kanak. Masjid ini menyediakan ruangan solat khas untuk ibu dan anak. Terdapat ruang bermain untuk anak-anak di ruangan solat muslimah aras 2. \n\nIbu bapa perlulah tetap memantau anak-anak semasa bermain dan lebih baik jika ada anak yang lebih besar turut bersama mereka. \n\n2. Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam\n\nKids Corner yang terbaik! Terdapat ramai sukarelawan daripada kalangan pelajar IPT yang akan membantu menguruskan kanak-kanak di sana. Anak-anak perlu didaftari oleh ibu bapa. Setiap kad nama akan diberikan untuk setiap anak yang tertera nama ibu bapa masing-masing. \n\nApa yang menariknya, pihak masjid menyediakan bilik-bilik khas mengikut kategori umur kanak-kanak. Mereka akan beraktiviti mengikut umur dan pelbagai mainan turut disediakan. Aktiviti dilakukan mengikut peringkat umur. Manakala, bayaran adalah atas infak ibu bapa setelah selesai menunaikan solat.\n\nBagi golongan ibu juga disediakan ruang iktikaf di bahagian ruang solat tertutup di bawah masjid dan dibenarkan tidur di situ.\n\nMasjid ini juga mempunyai sukarelawan terdiri daripada kalangan pelajar IPT yang bertugas setiap hari sepanjang bulan Ramadan.\n\nMereka akan menjalankan aktiviti playgroup untuk anak-anak di sana. Juga mempunyai bilik kids corner dibahagian bawah masjid. Ibu bapa perlu mendaftarkan anak-anak mereka sebelum menunaikan solat.\n\nDi ruang solat utama dan di bahagian tingkat atas juga ada sukarelawan yang akan bawa peralatan mewarna dan kertas untuk anak-anak beraktiviti. Namun, pantauan daripada ibu bapa tetap diperlukan bagi anak-anak yang masih kecil.\n\n4. Masjid Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong\n\nTerdapat satu sudut taman mini permainan untuk anak-anak di dalam masjid ini. Namun, agak jauh dari ruangan solat ibu dan masih perlukan pemantauan daripada penjaga.\n\nJemaah muslimat boleh beriktikaf dibahagian tingkat atas masjid. Lebih sejuk dan selesa. \n\nSama juga seperti Masjid Ampuan Jemaah, masjid ini juga mempunyai ruang permainan buat kanak-kanak. Tetapi, sedikit jauh dari ruang solat wanita, kaum ibu. \n\nDi dalam ruang solat wanita juga turut disediakan ruang untuk anak-anak duduk bermain. Dicadangkan agar anak-anak dibekalkan alat mainan sendiri untuk beraktiviti.\n\nMasjid ini juga mempunyi sudut bermain kanak-kanak tetapi lokasinya juga sedikit jauh daripada ruang solat. Namun, pihak masjid menyediakan tempat yang selesa buat kaum wanita untuk beriktikaf kerana terhadap penghadang yang tertutup di ruangan solat buat muslimah.\n\nPihak masjid menyediakan bilik permainan buat kanak-kanak di bangunan pentadbiran masjid. Para ibu juga boleh menunaikan solat bersama anak-anak kecil di ruang terbuka masjid.\n\n8. Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi\n\nInisiatif Biro Wanita, Masjid Hasanah ini patut dipuji atas usaha mereka menyediakan perkhidmatan nurseri percuma di dalam masjid bagi membolehkan ibu bapa ikut berjemaah sepanjang bulan Ramadan.\n\nPenjaga di sini masih tetap berkesempatan mengerjakan solat terawih secara bergilir-gilir. Ibu bapa dinasihatkan untuk memendekkan jumlah rakaat kepada 8 sahaja demi memberi ruang kepada penjaga untuk berterawih secara berjemaah juga.\n\nKebanyakkan penjaga adalah terdiri daripada kalangan surirumah tangga yang akan membantu menjaga si kecil sepanjang ibu bapa mereka menunaikan ibadah.\n\n9. Masjid Seksyen 13, Shah Alam\n\nMasjid ini juga menjadi tumpuan warga Shah Alam kerana sangat mesra kanak-kanak dan selesa bagi jemaah yang datang berkeluarga. \n\nDisediakan playground untuk anak-anak bermain di bahagian tepi masjid. Bagi golongan wanita yang tidak selesa bersolat di ruang solat utama, mereka masih boleh bersolat di ruang luar masjid yang berbumbung dan turut disediakan kipas bagi keselesaan jemaah. \n\n10. Masjid Bandar Baru Seri Putra\n\nLokasi masjid ini di Kajang, Selangor. Apa yang menarik, perkhidmatan nurseri sempena Ramadan telah disediakan di Bilik Kuliah, Masjid Bandar Seri Putra. \n\nIbu bapa boleh menghantar anak mereka ke nurseri ini yang sesuai bagi kanak-kanak yang berusia dari umur 1 hingga 8 tahun. Perkhidmatan seperti ini sangat memudahkan ibu bapa yang membawa anak kecil supaya mereka dapat fokus dalam beribadah.\n\nPasti ada banyak lagi masjid yang mengambil inisiatif meraikan kedatangan kanak-kanak ke masjid dengan menyediakan pelbagai kemudahan buat mereka dan membantu memudahkan urusan para ibu bapa. \n\nKanak-kanak dirai, pihak masjid dihormati dan ibu bapa disantuni. Semoga tiada yang berkecil hati dan tersinggung di antara satu sama lain di bulan mulia ini. Panjangkan silaturrahim sesama kita bukannya sengketa. Mudah-mudahan niat hadir ke masjid bersama keluarga itu diganjari pahala oleh Allah swt."
"Zaman moden dan hipster ini, sudah ramai dalam kalangan masyarakat yang tak tahu jenis ikan yang berada di pasar. Bila ditanya ikan kembung, tenggiri ataupun ikan bawal pasti ramai yang tidak mengenali, baik wanita ataupun lelaki.\u00a0 Khas buat anda yang tidak mengenali jenis ikan yang berada di pasar, di sini jom kami senaraikan beberapa jenis ikan sungai dan laut dalam di pasar.\n\nIkan bawal tergolong dalam jenis ikan kumpulan ataupun keluarga Bramidae. Pada masa ini ia terdapat di lautan dalam. Selain itu, mereka banyak ditemui di lautan Atlantik, Indian dan Pasifik. Malah, mereka juga sering ditemui di laut Norway, Mediterranean dan lautan Jepun.\n\nBiasanya ikan bawal ini sering dijadikan masakan \u2018sweet and sour\u2019. Jadi di pasar, biasanya kita akan banyak melihat ikan bawal ini. Jenis ikan ini terdapat tiga kumpulan iaitu, ikan bawal putih, bawal emas dan bawal hitam.\n\nSedapnya bila bercakap tentang ikan tenggiri! Tenggiri merupakan jenis ikan penting yang digunakan di seluruh dunia sebagai sumber makanan. Sebagai jenis ikan yang berminyak, ia diperkaya dengan omega-3 asid lemak. \n\nDaging ikan tenggiri ini mudah rosak dengan cepat, terutama di kawasan tropika dan boleh menyebabkan keracunan makanan.\u00a0 Jadi, ianya perlu dimakan pada hari penangkapan, melainkan didinginkan dengan betul atau melalui proses pengawetan. \n\nDi Perancis, ikan tenggiri diawet menggunakan garam yang membolehkannya tahan lama dan dijual secara meluas di seluruh negara. Di Jepun pula, ia sangat popular untuk membuat sejenis sushi yang dikenali sebagai saba-zushi.\n\nTerdapat banyak kadar merkuri yang terdapat dalam ikan ini. Tahap ini berbeza dengan ketara untuk spesies yang berbeza dan juga untuk spesies yang sama di lokasi yang berbeza. Perlu diingatkan bahawa kanak-kanak dan wanita hamil harus mengelakkan memakannya kerana kadar methylmercury yang tinggi terdapat dalam ikan ini.\n\nIkan Selayang atau Sardin adalah ikan yang sama. Jenis ikan ini merupakan jenis ikan kecil yang berminyak dalam keluarga Clupeidae. Istilah \u2018sardin\u2019 pertama kali digunakan dalam bahasa Inggeris pada awal abad ke-15 dan mungkin berasal dari pulau Mediterania Sardinia, di mana sardin pernah memenuhi kawasan tersebut.\n\nJenis ikan selar ini berwarna kekuningan dan sedikit berbelang di bahagian badannya. Jenis ikan ini mempunyai rupa seakan-akan ikan kembung. Ia mendiami kawasan pantai seperti teluk dan terumbu karang.\u00a0\n\nIkan selar memakan ikan kecil dan krustasea. Untuk pengetahuan anda, ikan ini mengeluarkan hingga 161,000 telur setiap ekor diantara bulan Mac dan Oktober. Ia merupakan sumber makanan yang berharga di beberapa kawasan dan rasanya amat sedap sekali.\n\nIkan Patin adalah jenis ikan air tawar yang mendiami daerah-daerah sungai dan lombong-lombong. Ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan dan berasal dari Sungai Mekong. Bentuk fizikal utamanya adalah tidak bersisik, mempunyai misai dan lembut.\n\nPanjangnya boleh mencapai 1 meter panjang dan beratnya boleh mencecah 20 kilogram. Ikan patin\u00a0 pernah mencetuskan kontroversi kerana harganya boleh mencecah RM180.00 sekilogram di sekitar negeri Pahang.\u00a0 Jenis ikan ini juga terkenal dengan keenakan dan kelembutannya isinya.\n\nJenis ikan patin yang diternak di Malaysia biasanya dikenali sebagai Patin Kolam atau Patin Sangkar.\u00a0 Pasti ramai yang tahu bahawa masakan yang paling sedap dengan ikan ini adalah Gulai Tempoyak Ikan Patin.\n\nSiapa tak kenal ikan haruan? Ikan haruan adalah jenis ikan yang kepalanya seperti belut atau ular. Biasanya ikan ini dimakan oleh para wanita yang dalam pantang.\n\nJenis ikan ini berasal daripada bahagian Afrika dan Asia. Ikan pemangsa ini mempunyai sirip dorsal panjang dan mulutnya yang besar. Ikan haruan amat sedap dimakan jika dibuat sup, digoreng atau dimasak dengan sambal.\n\nBadan ikan kerapu yang berbintik amat mudah dikenali oleh sesiapa sahaja. Ia merupakan jenis ikan yang berada di lautan dalam. Harganya boleh dikatakan agak mahal juga namun rasanya amat sedap.\n\nIkan kerapu biasanya mempunyai badan yang tegap dan mulut besar.\u00a0 Bentuknya agak besar dan panjang melebihi satu meter dan berat sehingga 100 kilogram.\u00a0 Mereka biasanya memakan ikan, kurita, dan krustasea.\u00a0\n\nSesetengah spesies lebih suka menyerang mangsa mereka. Biasanya ikan ini menggunakan mulut mereka untuk menggali pasir untuk membentuk tempat perlindungan.\n\nIkan siakap merupakan ikan yang paling popular dipesan di restoran makanan laut ataupun masakan panas. Jenis ikan ini biasanya amat sedap dibuat masak tiga rasa ataupun stim limau. Isi ikan ini amat pejal dan manis.\n\nIkan siakap mempunyai badan yang panjang berskala kecil, mulut besar dan ekornya yang lurus atau bulat.\u00a0 Ikan ini memakan krustasea, moluska, dan invertebrata yang lain.\n\nJenis ikan ini mempunyai rasa yang sedap dan warnanya kemerah-merahan. Ikan kerisi bersaiz sangat sederhana. Ikan ini amat sedap dibuat masak halia atau masam manis. Jika goreng begitu sahaja pun amat sedap!\n\nIa merupakan ikan air masin.\u00a0 Penangkapannya memerlukan lesen agar ia tidak terancam oleh tangkapan yang berlebihan atau melampau.\u00a0\n\nIkan keli biasanya mempunyai kepentingan komersial yang besar. Jenis ikan keli yang bersaiz besar biasanya dijadikan santapan seperti goreng kunyit, kari dan sebagainya. Bentuknya yang panjang dan berwarna hitam serta memiliki misai seperti kucing sehingga dipanggil \u2018catfish\u2019.\n\nSebut sahaja ikan pari pasti ramai yang mengenali fizikalnya yang berbentuk leper serta mempunyai ekor yang panjang. Jenis ikan ini hidup di air tawar dan lautan. Ikan pari biasanya amat sedap dimakan dengan bakar bersama air asam. Ia adalah antara jenis ikan yang berada di pasar dan mendapat permintaan ramai.\n\nItulah dia jenis ikan sungai dan laut dalam yang terdapat di pasar. Jom baca juga Resepi Ikan Viral, Khasiat Delima, Khasiat Daun Pudina dan Petua Kecantikan dari Dapur."
"Sudah menjadi fitrah manusia, ingin hidup berpasangan. Ingin menyayangi dan disayangi. Ingin dikasihi dan dibelai manja. \n\nBagi seorang gadis, pastinya hati akan terusik apabila melihat orang di sekeliling berbahagia dengan pasangan masing-masing sedangkan diri sendiri masih kesunyian tidak berteman. Nak-nak pula bila ada makcik bawang yang mula bertanya tentang jodoh dan pasangan.\n\nJika anda sedang mencari pasangan, pastinya anda mahukan lelaki terbaik sebagai suami. Takut juga kalau tersalah pilih. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. \n\nKami tahu, jauh di sudut hati pastinya anda tertanya-tanya adakah dia ditakdirkan untuk anda? Apakah tanda lelaki itu jodoh kita? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tanda lelaki itu jodoh kita sebagai panduan. Semoga bermanfaat!\n\nSi dia membuatkan anda semakin dekat dengan Allah\n\nTanda dia jodoh kita yang pertama ialah si dia membuatkan anda semakin dekat dengan Allah. Ketahuilah bahawa untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia dan dirahmati Allah, anda dan pasangan perlu menjalankan cara hidup dengan mengikut ajaran islam. Lelaki yang baik akan membawa anda semakin dekat dengan Allah. Semasa berkenalan anda sudah dapat melihat sedikit sebanyak bagaimana personaliti dan sikap si dia. Di ntara perkara yang boleh anda perhatikan ialah:\n\nBerasa seolah-olah tak boleh hidup tanpa dia\n\nTanda dia jodoh kita yang seterusnya ialah kita akan berasa seolah-olah tak boleh hidup tanpa dia. Kita tak dapat bayangkan hidup dalam dunia tanpa dia. Kita tak boleh bayangkan untuk hidup bersama lelaki lain, dan bukannya dia. Ia adalah satu perasaan yang akan datang dengan sendiri, tanpa boleh dipaksa atau dicipta. \n\nApabila anda mula merasakan yang anda tak mampu hidup tanpa dia, percayalah bahawa itu adalah tanda bahawa dia jodoh kita.\n\nDalam hidup, kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis lelaki. Mungkin juga anda akan jatuh cinta berkali-kali dengan ramai lelaki namun perasaan yang kami sebutkan tadi adalah sangat istimewa. Anda takkan merasainya dengan semua lelaki yang anda sayangi. \n\nApabila anda merasakan yang anda tak boleh hidup tanpa dia, bukanlah bermaksud anda mengubah pergantungan daripada bergantung kepada Allah kepada bergantung kepada manusia. Tapi anda mahu menghabiskan hidup anda dengan dia, bukan lelaki lain.\n\nSi dia membuatkan anda berasa istimewa\n\nSeterusnya, tanda lelaki itu jodoh kita ialah si dia membuatkan anda berasa sangat istimewa dengan layanan yang sangat istimewa. Jika si dia benar-benar sukakan anda, dia akan melayan anda dengan cara yang sangat baik dan manis. Di antara contoh layanan istimewa yang mungkin anda tak perasan sedang berlaku ialah:\n\nTanda lelaki itu jodoh kita yang seterusnya ialah kita akan berasa sangat selesa apabila meluangkan masa bersama. Kita akan berasa bahagia dan serasi tak kira walau apa pun aktiviti yang dilakukan bersama. Tidak semestinya kita dan si dia mempunyai minat dan kegemaran yang sama, namun asalkan dapat meluangkan masa bersama, kita tak kisah. Sebagai contoh:\n\nJika anda merasai perasaan yang ini, ia adalah tanda bahawa dia sememangnya jodoh anda. Kalau ikutkan hati, setiap hari nak berjumpa. Setiap hari nak meluangkan masa bersama. Tak kisah apa pun perkara yang dilakukan, hatta sekadar duduk bersama dalam kereta, masing-masing diam dan memerhatikan alam. Ia dah cukup indah dan membahagiakan buat kita. Kalau dah rasa perasaan ini, tak ragu-ragu lagi bahawa dia adalah jodoh kita.\n\nItulah dia tanda lelaki itu jodoh kita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Didoakan semoga anda ditemukan dengan jodoh baik yang boleh membimbing ke syurga dalam masa terdekat. Ketahuilah bahawa Allah sebaik-baik perancang, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Jika anda sukakan artikel ini anda juga dijemput untuk membaca perkongsian doa murah rezeki jenis talak , dan sihir pemisah"
"Dalam inbox, saya menerima beberapa pertanyaan. Orangnya berbeza, tapi soalannya sama: \u201cmacamana nak dapatkan semula semangat yang hilang?\u201d\n\nBetul, saya akui. \u2018Semangat\u2019 ni penting, macam nadi kehidupan. Tapi ia sukar untuk dikekalkan.\n\nSemasa saya buat Ph.D, saya juga melalui fasa yang sama. Boleh bayangkan tak, setahun pertama sudahlah tiada hasil. Yang paling berat, hujung tahun pertama itu juga saya kehilangan orang yang akan call saya tiap-tiap hari, yang akan gelak bila saya berceloteh, yang akan masakkan lauk kegemaran saya, tuam-picit-bagi ubat bila saya sakit.\n\nEmak saya, orang yang paling sayang saya tanpa belah bagi. Emak dipanggil Ilahi saat saya berhempas pulas, menemui jalan buntu. Pada saat saya sarat mengandung anak sulung.\n\nOn top of that, visa saya dibatalkan pihak kerajaan NZ kerana melahirkan anak sehingga 5 bulan saya stuck di Malaysia. Semuanya berlaku tiba-tiba, pada masa yang sama. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu perasaan waktu itu.\n\nTahun berikutnya, Tuhan menjemput seorang lagi orang yang saya sayang. Abah mentua saya, orang yang belikan saya \u2018Bubble Tea\u2019 betul-betul lepas saya cerita yang saya gemar minuman itu. Tau-tau saja tengahari itu abah bawa pulang air Bubble tea.\n\nBukan mudah, kehilangan dua orang tersayang ketika anda sedang bertungkus lumus dengan sesuatu yang sangat memeningkan kepala.\n\nTambah sukar apabila bumi Christchurch dilanda gempa bumi kuat hingga mengorbankan ratusan orang. Universiti tutup. Perpustakaan, makmal semua tutup. Setiap hari berjaga-jaga, takut gempa berlaku lagi.\n\nSemangat saya? Ya Allah, Tuhan saja yang tahu. Saya pernah \u2018terduduk\u2019 tak tahu nak buat apa melainkan bangun awal pagi dan menangis tiap-tiap malam berdoa kepada Allah.\n\nSaya macam dah tak tahu nak proceed macamana lagi dah, hanya mampu menangis di hadapanNya. Macam seorang anak kecil yang menangis mencari emaknya saat semua terasa asing.\n\nWaktu itu, saya ingat lagi. Saya janji kat Allah. Yang saya nak jadi manusia lebih bermanfaat bila saya dah bergelar seorang \u2018Dr\u2019.\n\n\u201cYa Allah, tolonglah hambaMu ini, kerana aku ingin menyumbang dengan lebih banyak selepas ini. Tolonglah aku menyelesaikan urusan ini agar dapat aku melakukan misi ku yang seterusnya.\u201d\n\nDalam hati saya semat satu azam: saya ingin menyumbang yang terbaik kepada anak-anak murid, kepada masyarakat apabila tamat belajar. Tuhan dah tolong saya, saya mesti tolong orang lain. Saya set misi hidup saya, mengharapkan pertolongan Tuhan.\n\nYa Allah, saya tak tipu. Tuhan beri saya jalan keluar satu persatu. Tapi janji saya dengan Tuhan, sampai sekarang saya ingat. Sebab itu di kalangan anak-anak murid, saya beriya buat free motivational talk, bagi free tutorial, organize club untuk buat aktiviti amal bersama mereka.\n\nDan yang paling menggembirakan saya ialah apabila hampir setiap hari, pintu office saya diketuk dan Tuhan datangkan rahmat: anak-anak murid yang ingin dibantu. Saya tidak akan lokek spend masa untuk memberi semangat kepada mereka, bantu mereka hidup bermisi, lebih kenal Tuhan.\n\nSebab itu janji saya. Dan sebab saya faham, Tuhan akan bantu saya bila saya bantu orang lain. Setiap hari, ada saja magik saya terima dari Tuhan. Dan alhamdulillah, setiap hari hidup saya penuh dengan motivasi.\n\nDi sinilah saya ingin kongsikan. Yang sebenarnya setiap dari kita Tuhan jadikan sempurna, manusia hebat. Setiap orang boleh hidup penuh makna, kekal bersemangat, setiap hari penuh inspirasi jika kita ada MISI hidup.\n\nIa satu jawapan kepada persoalan \u2018kenapa aku mesti siapkan juga Ph.D ini no matter what\u2019 \u2018kenapa mesti susah payah baca buku parenting, pergi seminar pada hujung minggu sedangkan itulah waktu rehat kita\u2019 \u2018kenapa mesti siapkan juga projek ilmiah ni walau ribut taufan melanda\u2019\n\nSiapa orang yang ingin anda bantu? Siapa orang yang ingin anda bahagiakan dengan melakukannya? Dengan cara apa kita ingin menjemput \u2018blessing\u2019 dari Tuhan?\n\nSaya selalu katakan kepada anak didik, \u201cjika anda ada misi hidup, awak takkan kisah untuk tidur pukul 4 pagi, bangun semula pukul 6 pagi sebab awak ada misi yang perlu dicapai\u201d\n\nMasalahnya kebanyakkan kita tidak ada misi hidup. Masuk universiti sebab orang lain masuk universiti. Sebab itu bila orang lain ponteng kuliah, kita pun ponteng kuliah. Hidup melalui rutin yang sama setiap hari, pergi kerja balik kerja. Hidup terasa hambar dan bosan. Hilang semangat.\n\nAyuh kita cari misi hidup kita. Dan bantu anak-anak kita untuk cari misi hidup mereka. Di sini saya berikan 3 perkara penting berkenaan misi hidup:\n\n#1 Misi hidup perlu mempunyai dua elemen penting\n\nIaitu siapa yang akan dibantu, dan apa yang akan dibantu atau bagaimana caranya. Ia juga perlu jelas dan spesifik.\n\n #2 Misi hidup mestilah sesuatu yang memberi kesan mendalam kepada emosi kita\n\nYang kalau kita teringat saja misi ini sudah cukup mampu untuk menyentuh perasaan kita dan memberikan motivasi dan semangat yang tinggi untuk berjuang mencapai misi tersebut.\n\n#3 Misi hidup tersebut perlulah dikaitkan dengan tujuan hidup yang sebenar iaitu mendapatkan redha Allah.\n\nDalam ebook saya, saya ceritakan semuanya secara lebih terperinci. Juga bagaimana menanam misi hidup dalam diri anak-anak kecik kita. Biar mereka membesar, setiap hari bersemangat dan hidup penuh makna.\n\nSaya percaya, setiap orang yang Allah jadikan..sesiapa pun dia..punya misi hidup masing-masing. Tugas kita untuk mencarinya dan lihat bagaimana hidup sentiasa kekal bersemangat..kerana kita dalam satu perjalanan untuk mencapai satu misi. Dan Tuhan Maha Mengetahui.\n\nPernah saya katakan pada seorang anak didik \u201ckalaupun ajal kita sampai awal sedang misi belum tercapai, don\u2019t worry. All this while, Tuhan tahu yang kita berusaha ke arah itu. Bukankah Tuhan melihat pada usaha dan niat kita?\u201d\n\nWalaupun ada dugaan dan halangan yang datang, ia tidak akan terus \u2018menghantui\u2019 kita. Kerana kita masih punya misi untuk dicapai. Moga-moga dengan misi ini, Allah yang Maha Penyayang sudi memberi kita kesudahan yang baik. Insha Allah di syurga nanti, kita bertemu semua insan-insan tersayang yang sudah meninggalkan kita.\n\nSaya doakan semoga Tuhan memberi kita semua motivasi, semangat yang tinggi dalam hidup ini. Jika ada kebaikan dari penulisan kecil ini, mohon sebarkan. Saya percaya ramai orang di luar sana yang hidup tanpa bermisi.\n\nMoga-moga ada manfaat yang mereka boleh dapat dengan izin dan hidayah Tuhan, Allahumma Amiin."
"Panduan Snek sihat untuk wanita hamil"
"Buttercream biasa digunakan sebagai sapuan kek mahupun isi di dalam kek. Buttercream juga biasa digunakan sebagai hiasan kek. Kek akan jadi makin cantik dan kemas apabila dihias dengan buttercream.\n\nButtercream pula ada pelbagai jenis. Pada resepi ini kami akan mengongsikan resepi buttercream yang dikongsikan oleh Ashiqin Sadikun di Facebook. Resepi ini telah mendapat perkongsian yang sangat ramai.\n\nResepi yang akan kami suguhkan kepada anda sangat simple dan mudah. Yang anda perlukan hanyalah praktikal menggunakan buttercream selalu agar menciptakan hiasan yang kemas.\n\nSila cuba resepi buttercream yang telah kami tulis dengan sangat kemas ini. Terdapat 5 resepi buttercream. Selamat mencuba.\n\nItulah antara resepi buttercream mudah yang kami kongsikan. Sila cuba di rumah anda dan mula deco kek anda dengan buttercream yang sangat menarik.\n\nSelain resepi buttercream, kami juga menulis resepi mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pokok kunyit merupakan pokok yang mempunyai seribu satu khasiat perubatan. Dalam artikel ini, mari kami kongsikan khasiat bahagian daunnya.\n\nDaun kunyit merupakan sejenis daun yang selalu dicari terutama untuk masakan. Daun kunyit diambil daripada pokok kunyit\u00a0(Cucuma domestica) yang mudah ditanam dalam kebun mahupun dalam pot atau pasu di sekeliling rumah.\u00a0\n\nDaun kunyit ini mempunyai bau yang wangi dalam masakan. Oleh sebab itu, jika masak labu masak lemak memang wajib letak daun kunyit. Ia akan membuat masakan tersebut lebih sedap.\n\nDaun kunyit mempunyai banyak khasiat. Tahukah anda khasiat daun kunyit?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai khasiat daun kunyit. Info ini dikongsikan oleh Puan Aisyah badar. Puan Aisyah gemar berkongsikan tips dan petua di laman Facebooknya. Banyak info-info yang bermanfaat.\n\nDaun kunyit ni bukan setakat best buat masak jek, tapi khasiat dia pun best tau. Orang tua dedulu selalu suruh anak-anak perempuan dorang makan daun kunyit sebab daun kunyit ni boleh wangikan badan.\n\nSebab tu la agaknya orang dedulu takde deodorant pun no hal. Ketiak dorang wangi jek. Okey jom kita tengok khasiat daun kunyit yang lain.\n\n*Banyakkan khasiat daun kunyit ini. Ia boleh menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan. Jika bau badan tidak menyenangkan, bolehlah makan daun kunyit untuk menghilangkan bau badan. Tidaklah kita berhabis-habis duit beli produk bermacam-macam nak hilangkan bau badan.\n\nSelain itu, Puan Aisyah juga memberi tips, daun kunyit ini boleh dijadikan masker muka untuk mendapatkan kulit muka yang cantik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel dan petikan tersebut telah diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.\n\nKhasiat Daun Kunyit Menurut Kajian Sains\n\nSementara itu, berdasarkan kajian saintifik dan analisis makmal, beberapa rahsia kesihatan dan khasiat daun kunyit mula terbongkar. Berikut disenaraikan hasil kajian tersebut:\n\n1. Melawan serangan kulat dan bakteria (antikulat dan antibakteria)\n\nKajian para penyelidik dari Kerala, India telah mendedahkan bahawa daun kunyit mempunyai minyak pati yang mampu merencatkan pertumbuhan kulat A. flavus dan toksin yang dihasilkan kulat seperti aflatoksin.\u00a0\n\nDengan hanya kepekatan serendah 1%, minyak pati daun kunyit ini mampu merencat sehingga 95.3% pertumbuhan kulat tersebut dan 100% perencatan pada kepekatan 1.5%.\n\nBerdasarkan analisis makmal mereka, kandungan bioaktif dalam daun kunyit seperti \u03b1-phellandrene, p-cymene dan terpinolene mampu merencat pertumbuhan mikrob seperti kulat dan bakteria.\n\nDalam kertas kajian yang diterbitkan di Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine pula melaporkan kandungan antioksidan utama dalam daun kunyit ialah b-sesquiphellandrene (22.8%) dan terpinolene (9.5%).\n\nKajian mereka mencatatkan keupayaan bahan antioksidan tersebut dalam merencatkan proses pengoksidaan kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal.\n\nRadikal bebas yang menyebabkan proses pengoksidaan dan kerosakan tersebut sebenarnya merupakan antara punca penuaan selular yang boleh dilihat secara fizikal melalui kulit kusam dan kelihatan tidak bermaya atau tua.\n\nSelepas ini, bolehlah kita amalkan pengambilan daun kunyit dalam masakan harian!\n\nSelari dengan usaha mencari penawar kanser, banyak kajian dijalankan menggunakan sumber alam semula jadi untuk dijadikan alternatif yang lebih berkesan dan selamat.\u00a0\n\nSekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat pada tahun 2010, menzahirkan pendapat mereka dalam terbitan artikel ulasan saintifik mereka di jurnal Phytochemistry Letters bahawa metabolit sekunder atau sebatian bioaktif yang terdapat dalam tumbuhan mampu dijadikan potensi agen antikanser.\n\nHal ini kemudiannya disokong oleh para saintis di UPM Serdang pada tahun 2011 yang menggunakan ekstrak daun kunyit untuk melihat kesannya ke atas pertumbuhan tumor.\u00a0\n\nDalam ujian in vitro atau ujian makmal \u2018tabung uji\u2019 mereka, daun kunyit terbukti mampu menghentikan pertumbuhan sel kanser hati, kolon dan payu dara.\n\nPenyakit kudis buta disebabkan oleh serangan kutu hama Sarcoptes scabies yang menjadikan munculnya bintik dan bintil merah yang gatal.\u00a0\n\nBukan hanya sekadar petua tradisi, pes campuran daun kunyit dan jus perahan lemon telah dibuktikan secara saintifik mampu merawat masalah kudis buta, berdasarkan ulasan saintifik penyelidik di India pada tahun 2011.\n\nSebatian bioaktif dalam kedua-dua duan kunyit dan lemon mempunyai kesan antimikrob yang sangat baik.\u00a0\n\n5. Menghalau serangga dan nyamuk sebagai racun perosak semulajadi\n\nBagi mengelakkan penggunaan racun serangga yang mengandungi bahan kimia sintetik, daun kunyit boleh dijadikan sebagai racun semulajadi bagi menghalau nyamuk atau serangga perosak.\n\nMenurut ulasan pengkaji di Amerika Syarikat dan Arab Saudi yang menerbitkan kajian mereka dalam jurnal Food Chemistry pada tahun 2012, daun kunyit mengandungi labda-8(17), 12-diene-15 dan beberapa sebatian fenolik lain yang berperanan sebagai agen menghalau nyamuk dan serangga liar.\n\nKita sebagai masyarakat Melayu memang sudah sedia beruntung dengan manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh daun kunyit memandangkan kebanyakan masakan kita menggunakan daun kunyit sebagai salah satu ramuan yang menambah keenakan rasa.\n\nSelain bertujuan memberikan rasa dan rupa hidangan yang menarik, khasiat-khasiat daun kunyit ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan sistem tubuh kita juga.\u00a0\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Apakah itu suntikan HPV? HPV atau nama penuhnya Human Papilloma Virus ialah penyebab utama kanser pangkal rahim atau kanser servik. Tahukah anda bahawa setiap wanita yang sudah berkahwin berisiko dijangkiti HPV. Ini bukan mitos, tetapi fakta.\n\nKanser servik merupakan kanser yang ketiga paling kerap terjadi dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal (kanser usus besar). Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa kanser servik dilaporkan berlaku setiap tahun.\n\nPenyakit ini menyumbang 6% daripada jumlah kematian akibat kanser bagi golongan wanita. Laporan ini amat merisaukan kita semua. Justeru, dalam artikel ini, penulis akan berkongsi info-info yang perlu diambil tahu oleh semua wanita berkaitan suntikan HPV.\n\nSuntikan HPV ialah sejenis vaksin atau pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di bahagian lengan dalam tempoh 6 bulan.\n\nJadual pemberian suntikan adalah seperti berikut:\n\nPusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendedahkan bahawa gadis yang menerima walau hanya 1 atau 2 dos suntikan, lebih dilindungi berbanding yang tidak menerima suntikan langsung.\n\nKandungan vaksin ini halal dan tidak meragukan.\n\nPada masa ini, KKM hanya memberikan suntikan secara percuma kepada semua gadis yang berumur 13 tahun. Ini disebabkan anak gadis berisiko untuk mendapat HPV. Dengan mengambil suntikan seawalnya, vaksin ini boleh melindungi diri mereka untuk mendapat kanser servik pada masa akan datang.\n\nJika sudah melepasi umur minimum itu, anda masih boleh mendapatkan suntikan HPV di klinik atau hospital swasta. Bayaran akan dikenakan bergantung kepada institusi tersebut.\n\nDi Manakah Boleh Dapatkan Suntikan HPV?\n\nJika gadis berusia 13 tahun masih bersekolah, mereka akan diberikan suntikan di sekolah. Jika sudah tidak bersekolah lagi, mereka masih boleh mendapatkannya secara percuma di klinik kesihatan berdekatan.\n\nBagi golongan bukan sasaran (melepasi umur 13 tahun) anda perlu ke hospital atau klinik swasta.\n\nHanya anggota kesihatan yang berdaftar, bertauliah dan terlatih boleh memberikan suntikan HPV.\n\nPeranan Ibu Bapa / Penjaga Berkaitan Suntikan HPV\n\nSetiap ibu bapa atau penjaga perlu memberikan persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda mendapat suntikan HPV secara percuma. Pastikan anak gadis anda mendapat ketiga-tiga suntikan mengikut jadual yang ditetapkan.\n\nJika anak anda tidak dapat hadir ke sekolah semasa suntikan diberi, temujanji yang baru perlu dibuat. Tarikh yang baru akan diberi oleh anggota kesihatan. Pastikan anak anda tidak terlepas suntikan yang tertinggal itu.\n\nSuntikan HPV ini selamat. Namun begitu, ada kes sampingan yang berlaku (1 kes bagi setiap 10 orang), iaitu:\n\nNamun, ada juga kes di mana terdapat alahan yang bersifat sederhana dan teruk. Anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu jika pernah ada alahan selepas suntikan MMR semasa Tahun 1.\n\nJika ada kesan sampingan selepas suntikan, anak anda akan diletakkan di bawah pemerhatian. Jika teruk, kemungkinan suntikan kedua dan ketiga tidak boleh diberi. Namun, keadaan seperti ini amat jarang berlaku.\n\nJika ada simptom-simptom lain akibat suntikan, segera dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital berdekatan. Jangan risau, suntikan ini tidak menyebabkan kemandulan, keguguran, kematian atau kecacatan bayi.\n\nSiapa yang Tidak Boleh Ambil ?\n\nTerdapat beberapa keadaan yang menyebabkan anda tidak boleh menerima suntikan HPV iaitu:\n\nUntuk mendapatkan perlindungan yang optimum daripada kanser servik setiap wanita perlu mengambil suntikan HPV. Jika tidak pernah mendapat suntikan ketika berusia 13 tahun di sekolah, masih tidak terlambat untuk mendapatkannya di klinik atau hospital swasta.\n\nPastikan juga ketiga-tiga dos telah diambil mengikut jadual yang ditetapkan.\n\nSelain memberikan suntikan HPV secara percuma bagi anak gadis berusia 13 tahun, kerajaan juga membantu golongan wanita yang melepasi umur tersebut. Pada tahun 2019, suntikan HPV melalui Program MyHPV diberikan secara percuma.\n\nBantuan ini diberikan kepada wanita bujang atau belum pernah berkahwin, warganegara Malaysia atau taraf penduduk tetap. Syarat utamanya ialah wanita yang lahir pada tahun 1992 hingga 1996 yang terdiri daripada golongan B40 dan M40.\n\nMengikut rekod, bantuan suntikan HPV secara percuma telah diberikan pada setiap tahun sejak 2012. Namun buat masa ini, pemberian suntikan MyHPV 2019 telah ditamatkan pada tahun 2020. Bagi program tahun 2020, kerajaan belum membuat sebarang pengumuman.\n\nJika anda hendak mendapatkan maklumat lanjut tentang suntikan HPV, bolehlah dapatkannya di:\n\nDiharapkan dengan info-info penting yang dikongsikan ini, para pembaca mendapat manfaat sepenuhnya. Ibu bapa janganlah bersikap enteng dalam hal seperti ini. Maklumkan kepada anak gadis anda tentang kepentingan suntikan HPV demi kesihatan mereka.\n\nBagi wanita yang sudah berkahwin, namun tidak pernah mengambil suntikan ini, anda boleh mendapatkan nasihat berdasarkan info di atas. Sesungguhnya lebih baik mencegah daripada merawat.\n\nSemoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel tentang kanser ovari makanan kuatkan rahim dan punca payudara bengkak"
"Sedih sungguh hati bila bayi kecil batuk tak henti-henti. Nak bagi ubat, risau. Taknak ada kesan sampingan.\n\nJom kami kongsikan petua hilangkan batuk bayi dengan cara selamat tanpa ubat yang dijamin berkesan.\n\nIni adalah petua hilangkan batuk bayi menggunakan bahan yang ada di dalam dapur iaitu kentang. Caranya:\n\nMenurut ibu-ibu yang telah mencuba, bukan saja cara ini mengurangkan batuk dan selsema, mala hia juga dapat menurunkan demam. Kentang mempunyai sifat anti bakteria dan kentang mentah amat terkenal untuk membantu mengurangkan simptom artritis, jangkitan, melecur dan sakit mata.\n\nJika digunakan untuk membuat jus, kentang boleh membantu masalah perut tidak selesa dan kembung. Jika dijadikan serbuk dan dicampurkan dengan air, ia boleh membantu mengurangkan berat badan. Banyak betul khasiat kentang, kan.\n\nSelain kentang, bawang juga boleh digunakan untuk menghilangkan batuk bayi. Nak guna bawang jenis apa? Menurut para ibu yang biasa menggunakan petua ini, bawang kuning dikatakan lebih berkesan dari bawang besar merah manakala bawang besar putih dikatakan lebih berkesan dari bawang kuning.\n\nMacam mana bawang boleh membantu mengurangkan batuk pada bayi?\n\nIni petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.\n\nIni juga petua menghilangkan batuk secara tradisional yang lain. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.\n\n5. Daun selasih, oregano dan daun sirih\n\nDaun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.\n\nPerah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.\n\nBakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.\n\nIni petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.\n\nIni petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.\n\n10. Daun kaduk dan kapur makan\n\nRamas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.\n\nPetua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.\n\nPetua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi.\n\nBayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.\n\n13. Bersikan rumah, perkakas dan pakaian\n\nAnak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.\n\nPetua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap dala bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.\n\nTepuk ini saya belajar dari salah seorang fisioterapi ketika anak saya dimasukkan ke wad akibat bronchitis. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung. Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.\n\n16. Wap bawang putih dan minyak zaitun\n\nSamada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau anda boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar.\n\nRiba anak dengan menghadapkan mukanya kea rah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.\n\nIa akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.\n\nItulah dia petua hilangkan batuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!Jemput juga abca artikel petua hilangkan sembelit bayi"
"Makan malam dengan ayam madu sedap sungguh. Apalagi kalau digandingkan dengan nasi minyak dan acar timun.\n\nAyam madu ala mamak yang dikongsikan oleh Adnilsam Apat di laman Facebook ini patut anda cuba. Sos madu ayam diperbuat menggunakan bahan-bahan yang terasa enaknya.\n\nSelain dihidangkan untuk makan malam bersama keluarga, ayam madu juga sedap dijadikan menu iftar yang merangsang selera. Makan pula jadi berselera.\n\nSelain resepi ayam madu , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Murtabak maggi sedap dan cepat. Cara lain makan maggi, telur atau murtabak? Kerana bahan ini berbahan asas telur dan maggi serta dibuat macam murtabak. Apa pun hidangan ini memang sedap. Lagi kalau guna maggi yang enak, lebih enak pula lah murtabak maggi kejadiannya.\n\nMurtabak maggi juga sedap dimakan masa berbuka, confirm licin. Ianya boleh dijadikan lauk. Boleh juga dimakan macam itu sahaja dicicah dengan sos cili.\n\nSatu bungkus maggi boleh dapat dua keping murtabak mengikut resepi murtabak maggi mini ini, jimat bukan? Murtabak yang terhasil besar dan tebal. Membuatnya mudah tidak sampai setengah jam sudah siap.\n\nUmmi Hashikin berkongsikan resepi murtabak maggi mini di laman Facebook. Ramai yang minat resepi ini. Maka, di bawah ini kami terangkan kembali resepi murtabak maggi sedap mudah yang patut anda cuba.\n\nSelain resepi murtabak maggi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bayi yang baru lahir kulitnya sangat lembut, halus, dan mulus. Pastinya anda akan berasa tidak puas untuk membelai bayi anda. Betapa besar kasih sayang seorang ibu dan ayah, anda akan menjaga bayi anda sehingga seekor nyamuk pun takkan dibiarkan untuk hinggap dan menggigit kulit bayi anda. Jika apabila ada bintik merah pada kulit bayi anda, pastinya anda akan berasa risau, bukan?\n\nBintik merah pada kulit bayi terutamanya pipi dan badan bukanlah sesuatu yang normal. Kulit bayi yang sihat dan normal akan licin dan bebas daripada sebarang bintik merah atau kegatalan yang lain. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang bintik merah pada bayi termasuklah apa puncanya dan apa yang perlu mak ayah lakukan dengan segera.\n\nBintik merah yang timbul pada wajah bayi biasanya berlaku disebabkan oleh ruam susu. Semasa bayi anda menyusu, akan ada susu yang tumpah dan terpercik ke wajah bayi anda. Sekiranya tidak dilap dan dibiarkan susu kering diwajah bayi anda, lama-kelamaan ruam susu akan mula timbul. Adakah ruam susu sesuatu yang berbahaya? Jawapannya tidak. Namun ruam susu akan menyebabkan bayi anda mengalami kegatalan dan jika tidak dikawal akan merebak ke seluruh wajah bayi anda.\n\nOleh itu, pastikan anda mengelap wajah bayi anda dengan tuala basah setiap kali selepas bayi anda siap menyusu agar tiada sisa susu yang melekat di wajahnya. Ia adalah langkah yang sangat baik untuk mengelakkan dan mengelakkan ruam susu merebak dan menjadi semakin teruk. \n\nUntuk menghilangkan ruam susu, anda boleh amalkan petua menggunakan bunga raya. Caranya ambil sekuntum bunga raya, ceraikan kelopaknya dan sapukan getah melekit pada kelopak bung raya tadi ke bahagian pipi yang terkena ruam susu. Amalkan setiap pagi sehingga ruam susu hilang.\n\nBintik merah pada bahagian punggung dan kemaluan bayi adalah ruam lampin. Ianya adalah sangat menyakitkan dan bayi anda akan berasa pedih setiap kali membuang air kecil dan besar, malah bayi anda akan menjerit semasa mandi. Ruam lampin yang tidak dirawat dengan segera akan menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan berlakunya lecetan dan luka pada kulit bayi. Jika bayi anda mengalami ruam lampin, berikut adalah langkah penting yang perlu anda lakukan:\n\nBintik merah pada bayi juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah kulit yang dipanggil ekzema. Biasnaya ekzema akan mula berlaku pada bayi yang berumur 6 bulan keatas. Agak jarang untuk ekzema berlaku pada bayi yang lebih muda. Bagaimanakah cara untuk anda mengenal pasti sama ada bintik merah pada bayi anda adalah ekzema?\n\nKebiasananya bintik merah ekzema akan mula muncul pada bahagian pipi dan dahi bayi. Dua bahagian itu adalah kawasan pertama ekzema. Bintik merah ini tidak akan hilang walau pun sisapukan krim atau losyen malah mungkin akan menjadi semakin teruk. Lama-kelamaan bintik merah akan merebak ke bahagian lain tubuh badan seperti perut, belakang badan, siku, lutut, lengan, dan di celah lipatan kulit.\n\nRuam merah ekzema juga akan menyebabkan:\n\nTiada ubat khusus untuk ekzema namun anda boleh mengurangkan gejala ekzema dengan mengamalkan tips berikut:\n\nSelulitis adalah ruam merah pada kulit bayi yang berlaku disebabkan oleh berlakunya jangkitan pada kulit bayi yang disebabkan oleh\u00a0bakteria\u00a0Streptococcus.\u00a0Jangkitan bakteria ini akan menyebabkan\u00a0kulit bayi anda mengalami:\n\nOleh itu jika bayi anda mendapat ruam merah yang disertai oleh gejala yang kami nyatakan diatas, segera bawa bayi anda ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan bagi memastikan yang ianya bukan Selulitis kerana Selulitis adalah sangat bahaya dan boleh berjangkit.\n\nImpetigo juga adalah sejenis jangkitan pada kulit bayi yang disebabkan oleh\u00a0bakteria\u00a0Streptococcus\u00a0atau\u00a0Staphylococcus.\u00a0Bakteria ini\u00a0biasanya masuk ke dalam melalui pori-pori kulit yang terbuka akibat luka. Pada awalnya, impetigo akan bermula dengan bintik merah yang kemudian menjadi gelembung dan akan pecah apabila digaru. Cecair yang keluar ini akan menyebabkan jangkitan pada bahagian lain kulit dan orang sekeliling. Ianya juga merbahaya dan perlu dirawat dengan segera.\n\nItulah dia info tentang bayi najis bayi warna hijau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang hidung bayi tersumbat bayi tidak berak dan penyakit pneumonia"
"Ikan keli salai, ikan keli masak berlado, ikan keli goreng kunyit, pecal lele dan macam-macam lagilah hidangan berasaskan ikan keli!\n\nSelain enak dinikmati, ikan keli sebenarnya membawa banyak khasiat kesihatan kepada kita! Ayuh baca artikel ini untuk ketahuinya.\n\nIkan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus yang juga dikenali sebagai catfish ialah spesies yang banyak diternak untuk tujuan pemakanan. Bukan sahaja di Asia, ikan ini juga dimakan di negara-negara Afrika, Eropah Timur dan Amerika.\n\nWalaupun kualiti dan rasa ikan keli dari pelbagai negara mungkin berbeza, tetapi ikan disebut-sebut untuk mempunyai banyak nutrien yang baik untuk kesihatan.\n\nMenurut analisis makmal, ikan keli mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).\n\nKadar lemak dalam ikan keli yang berjumlah 9-12 % juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.\n\n1. Baik untuk sistem peranakan wanita\n\nBagi wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak, ikan keli boleh dijadikan antara sumber makanan dalam diet seharian.\n\nKandungan omega 3 yang tinggi dalam ikan keli mempunyai fungsi untuk \u2018menyuburkan\u2019 rahim wanita.\n\nBagi yang sudah jemu dengan ikan laut seperti ikan kembung, ikan sardin dan ikan parang, ikan keli merupakan sumber omega 3 yang baik selain jauh lebih murah (RM7 sekilo) daripada makanan tinggi omega 3 yang lain seperti ikan salmon (RM100 sekilo), minyak bunga matahari (RM15 sekilo) dan kacang walnut (RM80 sekilo).\n\n2. Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi dalam kandungan\n\nBerita baik untuk ibu mengandung, antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) yang terkandung dalam ikan keli turut memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan manusia.\n\nZat ini mampu meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi dalam kandungan.\n\n3. Mengurangkan simptom psoriasis dan ekzema\n\nDiet ikan keli dalam hidangan seharian juga membantu mengurangkan simptom psoriasis dan ekzema.\n\nPara pengkaji di Nigeria pada tahun 2013 telah membentangkan hasil kajian mereka mengenai khasiat nutrisi ikan keli. Antaranya, kandungan Poly Unsaturated Fatty Acids (PUFA) yang terkandung dalam ikan keli dipercayai membantu pengurangan simptom masalah kulit seperti psoriasi dan ekzema.\n\nKandungan PUFA ini jarang dilihat dalam produk makanan berasaskan ikan yang lain dan produk PUFA daripada ikan keli ini ditawarkan dengan harga yang rendah dan mampu milik yang sepatutnya dimanfaatkan oleh orang ramai.\n\n4. Melambatkan proses penuaan & penyakit autoimun\n\nIkan keli mengandungi banyak antioksidan yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan antipenuaan dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.\n\nBerdasarkan kajian tahun 2011 yang diterbitkan di jurnal Environmental Monitoring and Assessment,\u00a0ikan keli mengandungi antioksidan yang berkeupayaan melawan serangan radikal seperti peroksida lipid dan bertindak sebagai enzim untuk menghalang serangan bahan-bahan pencemar, contohnya, polyaromatic hydrocarbon (PAH).\n\nKaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu. Ia adalah ideal untuk diet untuk kesihatan.\n\nPenyelidikan yang dikendalikan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik.\n\nKandungan protein dari ikan keli dengan sebahagian daripadanya adalah kira-kira 18 gram, kira-kira 8 gram karbohidrat, 0.7 gram serat dan 13 gram lemak.\n\nSetiap 100 gram ikan keli yang mengandungi tenaga 229 kilokalori. Ikan keli juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C, vitamin A , vitamin B kompleks, dan juga kalsium , magnesium, fosforus, kalium, natrium, dan zink. Ia juga kaya dengan vitamin D.\n\nIkan keli yang diternak di ladang mungkin mengandungi kurang merkuri kerana ia telah diberikan diet khas.\u00a0Ikan keli dari ladang juga mengandungi asid amino 3 lebih rendah\u00a0 tetapi lebih tinggi dalam asid amino 6.\n\nMenurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus.\n\nSatu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, melaporkan bahawa tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk kesihatan neorologikal atau saraf.\n\nIkan keli juga membantu pertumbuhan otak dengan kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA.\n\n8. Menjaga kesihatan jantung & mengurangkan risiko sakit jantung\n\nIkan keli mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanannya iaitu fitoplankton. Kebaikan asid lemak tersebut ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.\n\nMinyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung.\u00a0Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung.\n\n9. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung\n\nLaporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.\n\n10. Meningkatkan kesihatan pesakit kencing manis\n\nIkan keli yang tinggi asid lemak omega 3 mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin.\n\n11. Mengurangkan radang akibat artritis reumatoid\n\nKandungan asid amino yang tinggi dalam ikan keli dipercayai membantu mengurangkan radang akibat penyakit artritis reumatoid.\u00a0Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) yang tinggi dalam ikan keli ialah mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis.\n\nSelain mengurangkan radang akibat penyakit artritis reumatoid, kandungan asid amino yang tinggi dalam ikan keli dipercayai mengurangkan tekanan darah tinggi.\n\nKandungan omega 3 dan asid amino yang tinggi dalam ikan keli mengurangkan risiko terkena kanser.\n\nSekumpulan penyelidik dari Jepun pada tahun 2009 telah melaporkan antara sebatian asid amino utama dalam ikan keli ialah glutamat, aspartat, leusin dan lysin.\n\nSebatian-sebatian ini sangat bermanfaat untuk berpotensi melawan pertumbuhan kanser dengan menggalakkan pembentukan protein untuk sistem fisiologi tubuh yang lebih baik.\n\n14. Mengurangkan risiko penyakit thrombosis atau masalah pembekuan darah\n\nOmega 3 dalam ikan keli mengurangkan risiko penyakit thrombosis atau masalah pembekuan darah.\n\nMenurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk sistem peredaran darah dalam badan\n\n15. Mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan\n\nMinyak omega 3 dalam ikan keli membantu mengurangkan kandungan kolesterol jahat dalam badan.\n\nIkan keli juga baik untuk pembesaran kanak-kanak kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ia membantu anak menjadi bijak dan fokus ketika belajar.\n\nAntara kajian menarik yang dilakukan ialah pada tahun 2012, penyelidik dari Indonesia mencampurkan isi ikan keli ke dalam biskut untuk dijadikan biskut formula yang mengandungi protein yang tinggi.\n\nProduk yang terhasil ini diterima baik oleh ibu bapa yang melihat perkembangan yang baik dalam kalangan anak-anak mereka yang berusia 5 tahun ke bawah ketika itu.\n\nSelain itu, ikan keli juga mengurangkan masalah tekanan jiwa dengan kandungan DHA yang terdapat di dalamnya.\n\nTahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Keharidan asid amino dalam ikan keli juga memberikan efek yang sama.\n\nItulah dia khasiat ikan keli. Rasanya pun sedap sangat. Anda sukakan artikel ini? Anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat bunga telang, khasiat daun limau purut, dan khasiat kulit kayu manis.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Jom cuba resepi bihun sup ayam ini.\n\nBerbincang pasal bihun, antara penyediaan bihun yang banyak di kedai-kedai ialah bihun goreng dan bihun sup. Jika anda lebih suka bihun berkuah, maka tentunya sekarang anda mencari-cari resepi bihun kuah sup yang sedap. Oleh itu, kami menyajikan kepada anda resepi bihun sup ayam yang mudah dikongsikan oleh Nurain Ain di Facebook.\n\nResepi ini telah mendapat perkongsian ramai dan banyak yang sudah mencubanya. Bihun sup sangat mengenyangkan kerana bagaimana jua ia mengandungi karbohidrat serta daging ayam yang kaya akan protein. Makanan ini boleh dimakan bila-bila masa.\n\nTanpa membuang masa, sila anda cuba resepi bihun sup di bawah ini. Hidangkan bihun sup macam kedai yang anda buat kepada ahli-ahli keluarga anda.\n\n1. Rebus ayam sampai empuk dengan halia, akar daun bawang dan daun sup, garam dan aji secukup rasa. Ayam tak perlu dipotong agar mudah untuk disiat-siat nanti.\n\n2. Mayang 3 ulas bawang merah,\u00a0 3 ulas bawang putih dan halia.\n\n3. Tumis bahan-bahan nombor 2 dengan minyak 3 sudu makan sampai garing. Masukkan\u00a01 batang kulit kayu manis dan sebunga cengkih.\n\n4. Masukkan 1 sudu besar rempah sup adabi.\n\n5. Kalau sudah agak bau, masukkan sedikit air rebusan ayam tujuannya supaya tidak hangus.\n\n6. Angkat dan jirus dalam air rebusan ayam.\n\n7. Didihkan sekejap dalam 15 minit bagi rempah-rempah tadi meresap dalam isi daging ayam. Tutup api.\n\n8. Ambil isi ayam serta tulang-tulang yang telah disiat-siat. Masukkan ke dalam kuah sup tadi. Siap.\n\nSelain resepi sup bihun ayam, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ibu tunggal adalah wanita yang kematian suaminya dan bersedia untuk meneruskan tugas dalam membesarkan anak-anaknya. Selain itu, ibu tunggal juga dikatakan wanita yang telah bercerai dengan suami dan berhak diberikan hak penjagaan ke atas anak-anaknya. \n\nTiada wanita yang inginkan gelaran ibu tunggal. Oleh itu, status ibu tunggal sebenarnya secara tidak langsung memberi tamparan yang begitu hebat kepada perubahan kehidupan secara keseluruhannya.\n\nTekanan hidup sebagai ibu tunggal adakala menguji kesabaran. Mari kita bincangkan pelbagai cabaran yang harus dihadapi sebagai ibu tunggal.\n\nWanita seorang yang beremosi dalam menangani sesuatu perkara lebih-lebih lagi seseorang yang menempuh cabaran sebagai ibu tunggal. Mereka akan melayan karenah anak-anak serta melakukan bebanan kerja yang belum diselesaikan, ia juga boleh menjadikan emosi tidak stabil dalam menghadapi cabaran sebagai ibu tunggal.\u00a0\n\nContohnya, akibat kes penceraian yang telah berlaku, anak-anak menjadi tempat melepaskan marah yang tak akan habis. Mengikut fakta, purata ibu tunggal yang berada di Malaysia ialah 72% menjadi ibu tunggal apabila suami mereka meninggal dunia, manakala 23%yang bercerai, 4% suami menghilangkan diri dan\u00a0 1% yang telah ditinggalkan suami. \n\nSebagai seorang wanita yang bergelar ibu tunggal, kita hendaklah mengawal emosi supaya dapat menghadapi cabaran sebagai ibu tunggal.\n\nMasalah dalam kewangan adalah perkara wajib yang harus ditangani dan juga cabaran bagi seorang ibu tunggal. Hal ini kerana kos sara hidup pada masa kini sangatlah mahal sehingga menjadi satu cabaran buat ibu tunggal.\u00a0\n\nSebagai contoh, makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal memerlukan kos. Maka, benarlah peribahasa yang mengatakan bahawa \u2018semakin besar periuk, maka besarlah keraknya\u2019 yang bermaksud tidak kira berapa banyak gaji yang diperolehi, wang tidak pernah mencukupi, kecuali bagi mereka yang bijak menguruskan sumber kewangannya.\u00a0\n\nBagi menghadapi krisis kewangan dalam menempuh cabaran sebagai ibu tunggal, kita haruslah bijak menguruskan kewangan mempunyai simpanan kecemasan pada kemudian hari.\n\nIbu tunggal haruslah diberi sokongan daripada seseorang apatah lagi jika mempunyai masalah dan mengalami tekanan. Hati seorang ibu akan mudah berasa sunyi tanpa seseorang yang menyokongnya dari belakang. Sokongan amat penting untuk mereka.\n\nAnda harus faham akan kesusahan ibu tunggal yang berusaha mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya dengan baik. Setiap cabaran yang dilalui oleh ibu tunggal haruslah disokong supaya mereka lebih kuat hadapi semuanya.\n\nSetiap manusia tidak boleh mengatasi masalahnya seorang diri, lagi-lagi ibu tunggal yang kematian suaminya. Setiap masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal ada penyelesaiannya, namun adanya pendengar adalah lebih baik. \n\nMereka turut kehilangan pendengar setia seperti suami. Oleh itu, dalam menghadapi cabaran ibu tunggal, mereka terpaksa berdikari dan mendapatkan bantuan orang luar agar tidak terbeban.\n\nMenjadi perbualan orang ramai adalah satu cabaran buat ibu tunggal. Setiap perkara yang berlaku disekeliling kita pasti akan ada yang memerhati dan menjadikan kita topik harian mereka. Lebih-lebih lagi, topik berkenaan penceraian, kematian dan sebaliknya yang melibatkan suatu cabaran yang sukar buat ibu tunggal.\u00a0\n\nApabila sudah digelar ibu tunggal, ia menjadi suatu perkara yang agak sukar diterima oleh diri sendiri dan menjadi cabaran\u00a0sebagai ibu tunggal. Kadang-kadang, gelaran ibu tunggal atau lebih dikenali sebagai janda boleh menyakiti perasaan sendiri\u00a0apabila dipanggil begitu. \n\nIa menjadi suatu cabaran yang sukar untuk ibu tunggal bermesra dengan jiran tetangga yang lain.\u00a0Untuk pengetahuan anda, Pusat Perlindungan Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, yang didirikan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan sebagai rumah perlindungan orang tua, remaja bermasalah, terlanjur dan anak yatim, selain menerima isteri yang didera. Mereka juga tidak terkecuali untuk memberi bantuan kepada ibu tunggal.\n\nSungguhpun kebanyakan masa diisi dengan kesibukan, ada ketika kesunyian akan hadir dan memenuhi ruang fikiran sekaligus rindu untuk berbual dengan orang tersayang. Ia adalah cabaran ibu tunggal. \n\nContohnya, rindukan pelukan suami, berbual dengan suami dan rindu untuk meluahkan segala-galanya kepada suami. Oleh itu, sebagai seorang isteri dan juga ibu tunggal, kita haruslah redha dan bertakwa dengan segala hal yang telah berlaku.\n\n8. Tiada Masa Untuk Diri Sendiri\n\nSalah satu cabaran ibu tunggal adalah anda perlu pandai mengatur masa untuk diri sendiri. Banyak masa yang digunakan oleh ibu tunggal untuk menguruskan anak dan bekerja, ia menyebabkan mereka kekurangan masa untuk diri sendiri.\n\nContohnya, masa untuk berhias, membeli belah, bercuti dan mencari pasangan hidup yang baru sangat sukar. Bagi menghadapi cabaran sebagai ibu tunggal, kita hendaklah bijak mengatur masa untuk diri sendiri supaya tidak mudah mengalami tekanan dan dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga.\n\n9. Terpaksa Membuat Perkara Yang Sukar\n\nCabaran ibu tunggal memang sukar lagi-lagi apabila terpaksa membuat perkara yang sukar. Tiada seseorang yang dapat membantunya dalam membuat pilihan yang terbaik. \n\nContohnya, tiada sesiapa membantu mereka untuk mengangkat barang berat, barang yang dibeli dipasaraya dan sebagainya. Mereka terpaksa buat semuanya sendiri.\n\n\u00a0Terdapat banyak lagi cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal. Jangan risau, semua masalah ini boleh diatasi dengan mudah, mungkin ianya memakan masa sedikit. Pastikan ibu tunggal dikelilingi oleh mereka yang supportive dan baik!\n\nJemput baca juga Hukum ibu bapa sakiti anak, Ucapan hari lahir untuk anak, Kemahiran pragmatik anak dan Perkara ibu bapa perlu didik anak."
"Bagaimana cara nak jadi romantik? Atau bagaimana cara menjadi pasangan yang sweet? Biasalah nama pun dah kahwin kan? Mestilah nak bina hubungan suami isteri yang baik. Kalau boleh nak terus kekal romantik macam tengah hangat bercinta. Biar kebahagiaan kekal lama sampai ke hujung hayat!\n\nBagi anda yang mahu tahu cara nak jadi pasangan romantik, bolehlah baca dan cuba 10 petua di bawah ni. Petua-petua ini boleh diamalkan sebagai cara untuk menjadi perempuan romantik dan ia juga boleh dijadikan sebagai cara menjadi lelaki romantis sekali. \n\nApakah Ciri Lelaki / Perempuan Romantik Ini Sebenarnya?\n\nUntuk menjadi\u00a0lelaki dan perempuan romantik ni ada banyak kaedah. Antara tips menjadi lelaki dan perempuan romantik paling popular adalah penyabar dan penyayang. Dan macam mana cara nak jadi lelaki dan perempuan romantik ini sebenarnya amat berkaitan dengan perbuatan. \u00a0\n\nTak susah pun\u00a0untuk menjadi\u00a0suami dan isteri\u00a0romantik ni sebenarnya cuma ada yang rasa malu atau mungkin tidak tahu\u00a0cara-cara untuk mulakan. Bimbang dikata buang tebiat juga barangkali. \n\nAntara ciri-ciri lelaki dan perempuan romantik itu adalah :\n\n10 Petua Untuk Jadi Pasangan Suami Isteri Yang Romantik \n\nTidak dinafikan golongan wanita sangat mahukan lelaki yang\u00a0romantik sebagai suami. Bagi wanita, lelaki romantik ini boleh menjaganya. Lelaki romantik juga dianggap sebagai seseorang yang bijak untuk\u00a0membuatnya bahagia. \n\nUntuk mengetahui tips-tips bagaimana\u00a0untuk menjadi\u00a0lelaki yang\u00a0romantik, di sini turut diberikan beberapa petua bagaimana untuk jadi pasangan suami isteri yang romantik. Jika rasa nak\u00a0kongsikan tips atau\u00a0cara-cara nak jadi\u00a0pasangan yang\u00a0romantik ini dengan pasangan juga boleh. \n\n#1 \u2013 Beri Perhatian Yang Lebih Pada Pasangan\u00a0\n\n Macam mana nak jadi suami atau isteri romantik? Petua yang pertama, apabila pasangan anda jatuh sakit berilah perhatian sepenuhnya. Jangan pula membebel sebaliknya anda perlu jaga pasangan anda yang sedang sakit dengan penuh kasih sayang.\n\nSokongan anda dalam menemaninya saat dia sakit, ambil berat, memenuhi segala keperluannya, suapkan makan, beri makan ubat dan masak makanan kegemarannya akan membuatkan hati pasangan rasa cair!\n\n#2 \u2013 Sentiasa Berhubung Melalui Telefon\n\nTak susah nak jadi suami isteri romantik, pastikan sentiasa berhubung dengan pasangan anda seolah-olah baru bercinta walaupun usia perkahwinan sudah mencecah hampir 5 tahun. Hantar SMS cinta atau whatsapp selamat berkerja setiap hari. \n\nHantarkan juga ungkapan i love you atau i miss you bila terpaksa berjauhan dengan pasangan anda.\u00a0Tunjukkan rasa cinta anda padanya tanpa rasa pernah bosan kerana kata-kata cinta dapat menguatkan lagi kasih sayang anda dan pasangan. \n\n#3 \u2013 Keluar Dating Macam Loving Couple\n\nCara nak kekalkan suasana suami isteri romantik adalah dengan lakukan aktiviti bersama. Tak salah untuk keluar dating berdua walaupun dah ada anak.\u00a0\n\nLuangkan masa dengan pasangan anda seperti makan bersama, tengok tv bersama, tengok wayang, masak bersama, sidai kain bersama, kemas rumah sama-sama. Aktiviti yang simple pun dapat mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri tau.\n\n#4 \u2013 Buat Kejutan Untuk Pasangan\n\nKejutan sangat penting dalam hubungan, tak kiralah pada hari lahir atau hari istimewa, kejutan juga dapat dibuat pada hari-hari biasa dan dapat buat pasangan rasa lebih bahagia. Kejutan boleh dilakukan dengan pelbagai cara.\n\ncontoh\u00a0: Selitkan kad ucapan cinta, beri hadiah, belanja makan, berikan pelukan kasih sayang secara mengejut, menghantar bunga, taburkan kepingan bunga di atas katil, masakkan makanan yang special, boleh jugak menyorok di belakang langsir.\n\nSetiap kejutan akan jadi lebih bermakna dan menjadi kenangam buat pasangan. Kejutan juga dapat menghangatkan lagi cinta anda dan pasangan. \n\nSaling puji memuji antara satu sama lain juga penting. Sebagai isteri selalulah pandang kebaikan suami. Sebagai suami pula selalulah lihat kerajinan isteri. Puji juga. Dengan cara begini setiap pasanga akan nampak dimata betapa pasangannya cukup sempurna.\n\nSuami memuji masakkan isteri, penampilan isteri dan isteri juga memuji suka sikap baik suami, kecomelan suami pastinya menyemarakkan cinta dan memberikan rasa bahagia dalam rumahtangga. Jadi janganlah berat mulut untuk puji pasangan anda seiklas hati.\u00a0\n\n Dalam rumah tangga sangat penting untuk ada sikap saling hormat menghormati. Bila si isteri menghormati suaminya kita akan nampak ciri-ciri isteri yang solehah dan bila suami menghormati isterinya kita nampak sikap toleransi. Dengan cara begini pastinya menjadi keluarga yang bahagia. \n\nSetiap pasangan pastinya ada pergaduhan, mana ada suami isteri yang tidak bertengkar tapi perkara yang perlu ada adalah pandai memujuk dan sikap beralah.\u00a0\n\nJangan bermasam muka terlalu lama, cepat-cepat mengaku salah dan turunkan ego. Anda pujuklah pasangan anda dengan penuh kasih sayang. Hati pasangan yang sedang panas akan cepat jadi sejuk kalau anda pandai memujuk. \n\nPenting untuk kekalkan suasana romantik dalam rumah tangga.\u00a0Selalulah juga bergurau senda dengan pasangan anda. Pastikan rumah anda penuh dengan gelak tawa kerana gurau senda dapat menceriakan pasangan dan diri sendiri. Gurau senda suami isteri adalah salah satu kunci kebahagiaan juga.\n\n#9 \u2013 Menjadi Pendengar Yang Setia\n\nBila pasangan anda ada masalah jadilah pendengar yang setia. Walau anda tak dapat selesaikan masalahnya, cukuplah anda menjadi tempat dia meluah segala perkara. \n\nBila pasangan anda menceritakan masalahnya bermakna andalah orang yang paling dipercayai olehnya. Tetap berada disampingnya walaupun apa masalah yang dihadapi kerana anda adalah sumber kekuatan baginya. \n\n#10 \u2013 Jangan Lupa Tarikh Istimewa\n\nWalaupun nampak remeh tapi ramai yang lupa tarikh-tarikh istimewa. Penting untuk ingat tarikh istimewa ini sebenarnya. Bila ingat tarikh istimewa dan penting begini, ia dapat menunjukkan yang anda juga sangat menghargai pasangan. \n\nWalau dengn ucapan ringkas sudah cukup bermakna. Raikan tarikh-tarikh istimewa dengan pasangan anda kerana ia amat bermakna dan romantik juga.\n\nPetua Suami Isteri Romantik Bagus Untuk Pasangan Dah Lama Kahwin\n\nItulah dia 10 petua bagaimana untuk menjadi\u00a0orang \u2018baru\u2019 dalam usaha untuk menjadi\u00a0seorang yang\u00a0romantik. \n\nTak salah sebenarnya untuk menjadi sepasang suami isteri yang romantik kerana itu adalah salah satu cara untuk terus kekalkan kehangatan semasa bercinta di dalam rumahtangga. Baca juga isteri tidak hormat suami dengan sebabnya sekali, persediaan untuk menjadi suami dan tanda isteri curang."
"Air kelapa diminum ketika musim panas, memang menyegarkan. Namun, banyak khasiat kesihatan air kelapa sebenarnya. Jom kita ketahui dengan membaca artikel ini.\n\nPokok kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera merupakan tanaman yang banyak dijumpai di kawasan persisiran pantai dan merupakan ikon tumbuhan bagi kawasan tropik.\n\nPokok kelapa tumbuh dengan subur di kawasan berpasir dan mempunyai toleransi yang tinggi dengan kawasan yang mengandungi kepekatan garam yang tinggi.\n\nWalaupun begitu, pokok kelapa turut boleh tumbuh dengan subur di kawasan kering seperti yang diperhatikan di kawasan Karachi, Pakistan yang hanya menerima 250 mm jumlah air dalam masa setahun.\n\nNegara pengeluar terbesar kelapa ialah Indonesia, diikuti Thailand dan Vietnam dengan China dan Amerika Syarikat sebagai negara yang paling banyak mengimport kelapa dunia.\n\nAir Kelapa Ibarat Air 100 Plus Semulajadi\n\nRendah kalori, bebas dengan kolestrol dan lemak, ini hanya sedikit kebaikan air kelapa. Air kelapa atau pun disebut sebagai 100plus semula jadi kini semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat.\n\nTahukah air kelapa sebenarnya lebih baik daripada kebanyakan air penghidrat tenaga diluar sana. Air semula jadi ini sangat kaya dengan nutrient nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh. Berikut merupakan kebaikan air kelapa yang menjadi mengapa ia sungguh popular.\n\nBagi mereka dil uar sana yang ingin menurunkan berat badan, jangan takut untuk minum minuman yang sihat ini kerana air kelapa ini kandungan lemaknya rendah. Jadi, usahlah khuatir, berat anda tidak akan naik jika anda minum air kelapa.\n\nAir kelapa juga boleh mengawal nafsu makan anda dengan membuatkan anda kenyang dengan serta merta. Dengan air kelapa sahaja anda boleh berdiet.\n\nAnalisis makmal melaporkan bahawa air kelapa mengandungi hanya 0.2 gram lemak tepu, 0% kolesterol, 3.7 gram jumlah karbo dan banyak mineral dan vitamin.\n\n#2 Boleh Mendapatkan Kulit Yang Licin, Halus dan Mulus\n\nKulit anda tidak sekata? Ataupun masalah jerawat? Apa kata anda cuba meminum air kelapa. Air kelapa berupaya melembabkan kulit anda sama seperti fungsi pelembab yang dijual di pasaran sekarang.\n\nSelain itu, ia juga membuang minyak minyak muka yang banyak dan membuatkan kulit anda lebih sekata. Tidak hairanlah jika krim krim pemutih dan pelembab yang dijual mengandungi ekstrak kelapa yang banyak. Tetapi, bukankah lebih elok jika kita berpaling kepada alam sekitar?\n\nPenyelidik dari Singapura pada tahun 2009 telah melaporkan bahawa kandungan nutrien penting dalam air kelapa ialah sitokinin iaitu antara fitohormon yang penting dalam memberikan kesan antioksidan yang tinggi.\n\n#3 Ubat Bagi Mereka Yang Mabuk\n\nMenurut seorang Professor Antropologi di Union College, James M. Schafaer, mabuk adalah disebabkan badan mengandungi tosik yang banyak tetapi tidak mampu untuk mengeluarkannya.\n\nSemasa mabuk, seseorang akan mengalami muntah muntah dan rasa seperti hendak membuang air kecil. Air kelapa mengandungi electrolyte (mineral dalam air) dan vitamin yang diperlukan untuk mengembalikan tenaga yang hilang semasa mabuk.\n\nAir kelapa dikatakan boleh mempercepatkan proses pencernaan. Jadi, jika anda menghadapi masalah seperti sembelit, sakit perut dan sebagainya, anda sangat digalakkan untuk meminum air kelapa.\n\nSebagaimana terbukti melalui analisis makmal, air kelapa mengandungi kadar fiber yang tinggi dan boleh mengelakkan daripada berlaku masalah penghadaman di dalam perut.\n\nIa juga boleh mengelakkan daripada berlakunya gastrik apabila perut tidak berada dalam keadaan berlapar dalam masa berpanjangan.\n\nSeperti yang disebutkan di atas tadi, air kelapa dikenali sebagai air isotonik semula jadi. Air ini mempunyai beberapa elemen seperti kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium yang sangat diperlukan oleh tubuh semasa bersukan.\n\nIa juga lebih sihat daripada meminum air tenaga yang dijual di pasaran! Ketika sedang melakukan aktiviti yang lasak dan berpeluh, badan manusia akan hilang banyak mineral. Jangan lupa, kandungan mineralnya lebih banyak daripada air tenaga kegemaran anda.\n\nMalah, kajian saintifik oleh para penyelidik di USM Pulau Pinang pada tahun 2002 telah membandingkan tahap rehidrasi air kelapa berbanding air berkarbohidrat dan air masak.\n\nHasil kajian menunjukkan air kelapa memberikan kelebihan dari segi hidrasi badan dengan mikronutrien seperti mineral dan vitamin yang sangat membantu sistem fisiologi tubuh.\n\nMenurut Dr Bruce Fife Pengarah Pusat Penyelidikan Kelapa, kajian menunjukkan bahawa air kelapa boleh meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.\n\nDisebabkan oleh ketidak seimbangan electrolyte di dalam badan, maka berlakunya peningkatan tekanan darah. Memandangkan air kelapa mampu untuk mengimbangkan electrolyte maka tidak hairanlah jika ia dikatakan mampu mengurangkan strok dan tekanan darah.\n\nAdalah sangat digalakkan bagi penghidap penyakit darah tinggi untuk meminum air kelapa setiap hari untuk mengawal tekanan darah anda.\n\nJangan samakan air kelapa dengan air yang dijual di pasar raya. Kerana kemampuannya lebih daripada itu! Ia mempunyai gula, vitamin, mineral, enzim dan macam macam lagi tetapi masih lagi bersifat semula jadi.\n\nSelain itu, air kelapa juga mengandungi 5 electrolyte penting yang ada di dalam badan manusia seperti kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium.\n\nBerapa Banyak Yang Patut Anda Ambil?\n\nTerus terang, memandangkan air kelapa boleh dinikmati begitu sahaja, tiada halangan untuk anda minum seberapa banyak yang anda suka. Walau bagaimanapun, pakar daripada Mayo Clinic sangat mengesyorkan anda untuk minum dengan banyak jika anda seorang yang aktif bersukan.\n\nJangan lupa untuk mencari buah yang paling segar, paling muda dan paling hijau semasa proses mencari air kelapa. Selalunya buah kelapa yang paling hijau dan muda itulah yang mengandungi air yang banyak. Goncanglah buah kelapa itu jika anda masih mahukan kepastian untuk mengetahui berapa banyak kandungan airnya.\n\nAyuh amalkan air kelapa dalam kehidupan seharian kita!\n\nJika sebelum ini pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna, air kelapa pula bolehlah dikenali dengan air ajaib dengan seribu satu khasiat.\n\nMasih banyak penyelidikan yang boleh dilakukan untuk mencari khasiatnya kepada kita. Air kelapa merupakan sumber anugerah alam yang sangat bernilai.\n\nTerserah kepad kita untuk memanfaatkannya kerana khususnya kita di Malaysia, buah kelapa boleh dijumpai di mana-mana, dan jika dijual sekalipun, pada harga yang berpatutan.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Tengah hari layan mee sup chinese style pula. Resepi mudah saja dikongsikan oleh Amoi Sally di laman Facebook. Berbaloi jika anda untuk cuba di rumah.\n\nSelain untuk dihidangkan sempena memenuhi menu harian keluarga, mee sup juga boleh dijadikan menu untuk acara rumah terbuka, kenduri dan lain-lain.\n\nMee sup China amat disukai ramai. Rasanya yang \u201cringan\u201d dan ala healthy food membuat ia makin digilai, lagi-lagi orang yang tengah berdiet.\n\nMee sup China diperbuat dengan mee kuning/bihun celur yang dicampur dengan seafood dan sayuran. Makan dengan cili flakes dan sedikit kuah bijan. Sedap tiada terkata.\n\nSelain resepi mee sup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tahukah anda mengenai khasiat kesihatan minyak zaitun? Mari teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui khasiat dan kebaikan minyak zaitun.\n\nApabila disebut olive oil atau pun minyak zaitun, apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda? Semestinya kini anda membayangkan minyak zaitun yang digunakan sebagai bahan dalam beberapa masakan seperti salad dan spageti, bukan?\n\nMinyak zaitun juga sinonim dengan masakan berunsurkan diet Mediterranean.\n\nHarganya di pasaran juga agak mahal kerana perlu diimport dari luar negara.\n\nSecara tradisionalnya minyak zaitun sangat terkenal dalam potensinya untuk merendahkan kolestrol, mengelakkan penyakit jantung dan sangat rendah lemak. Diet yang berasal daripada Timur Tengah ini telah membuktikan Extra Virgin Olive Oil (EVOO) adalah yang terbaik dari banyak aspek khususnya kesihatan.\n\nMenurut statistik, seorang lelaki biasa Greek akan mengambil 20 liter minyak zaitun setiap tahun berbanding dengan lelaki Malaysia yang hanya 2 liter setahun. Negara-negara yang kebanyakan populasinya mengamalkan minyak zaitun seperti Itali, Greek dan Sepanyol dalam pemakanan mereka didapati mempunyai kadar kanser yang jauh lebih rendah berbanding populasi negara Eropah Utara yang kurang mengamalkannya.\n\nMinyak zaitun dihasilkan dengan cara pemerahan sejuk buah zaitun tanpa menggunakan bahan kimia tambahan dan hanya sedikit haba dikenakan. Umumnya, komposisi kimia minyak zaitun ialah pecahan gliserol (90-99%) dan sedikit amaun bahan bukan gliserol (0.4-5%).\n\nMinyak zaitun sebenarnya merupakan sumber kepada sekurang-kurangnya 30 sebatian fenolik. Antara sebatian utama tersebut dikenali sebagai\u00a0oleuropein, hydroxytyrosol dan tyrosol. Banyak kajian tertumpu kepada keupayaan aktiviti biokimia sebatian tersebut.\n\nPara saintis mengelaskan sebatian ini kepada 6 kumpulan iaitu:\n\nSecara umumnya, sebatian fenolik yang terdapat dalam minyak zaitun mempunyai ciri anti-oksidan dan anti radikal yang kuat.\n\nKandungan dan kualiti mintak zaitun juga sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:\n\nBerikut merupakan 5 khasiat dan kebaikan minyak zaitun yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita, berdasarkan petua turun-temurun yang diwarisi.\n\nDi Malaysia, akibat cuaca yang terlampau panas kadang kala menyebabkan kulit kita kering dan tidak bermaya. Jadi, gunalah minyak zaitun untuk melembabkan semula. Apabila anda mandi, sapukan sedikit minyak zaitun ke kulit dan anda akan lihat kesannya dengan serta merta.\n\nUntuk kegunaan di kaki pula, anda boleh menggunakan stoking rendaman minyak zaitun untuk mendapatkan kulit kaki yang lebih licin dan lembut. Bukan itu sahaja. Minyak zaitun boleh digunakan sebagai pelembab bibir, kuku bahkan punggung bayi anda bagi memudahkan untuk membuang najis.\n\nSelain itu, minyak zaitun boleh diletakkan di kulit kepala dan rambut anda bagi merawat masalah kelemumur dan kulit kepala kering. Hanya letakkan minyak zaitun di kulit kepala anda sejam sebelum anda mandi. Biarkan selama sejam kemudian bilas dengan air.\n\nOil-Pulling adalah teknik daripada Ayuverda yang telah digunakan secara meluas di dalam dunia terapi. Selalunya sesudu minyak zaitun akan dikumurkan selama 15 ke 20 minit beberapa kali setiap hari. Mungkin bagi mereka yang pertama kali mendengarnya berasa janggal dengan teknik ini.\n\nTetapi teknik ini sebenarnya boleh menyah toksik badan anda dengan membunuh dan menyingkirkan bakteria, hingus dan segala toksik yang tersekat di badan. Dengan teknik ini, ramai orang mengatakan boleh lega daripada penyakit seperti arthritis dan alergik sehinggalah ke demam dan senggugut.\n\n#3 Mengurangkan Masalah Rambut Gugur, Bulu\n\nLazimnya, binatang peliharaan seperti kucing lebih terdedah kepada masalah ini. Jika binatang pelihaaan anda memakan bulu yang rosak dan tidak sihat, ini akan menyebabkan masalah pencernaan kepadanya.\n\nJadi ia akan memuntahkan semula bulu yang rosak tersebut. Dengan memberi minyak zaitun pada binatang peliharaan anda, bulu mereka akan menjadi lebih lembut dan teratur maka tidak akan wujudlah masalah ini lagi!\n\nDikatakan jika anda tambahkan setengah sudu teh minyak zaitun ke dalam makanan binatang peliharaan setiap hari, anda akan melihat perubahan ke atas mereka yang kini mempunyai bulu yang lebat dan cantik!\n\nSecara tidak langsung, anda boleh mengamalkan menyapu minyak zaitun pada rambut anda untuk mendapat rambut yang sihat dan bersinar!\n\nKita tahu minyak zaitun boleh melembabkan kulit dan rambut. Tetapi bukan itu sahaja! Dengan Vitamin E dalam minyak zaitun, akan membuatkan bukan sahaja kek, tetapi cupcake dan muffin anda kelihatan lembap dan gebu.\n\nMinyak zaitun juga boleh menahan kelembapan itu daripada kering dengan cepat selain menambahkan nutrien-nutrien tambahan ke dalam kek.\n\nBukankan lebih seronok jika kita makan sambil menjaga kesihatan?\n\nSelain daripada kelebihan yang disebutkan di atas, minyak zaitun juga boleh digunakan untuk mengilatkan perabot perabot anda di rumah seperti kayu dan lantai.\n\nTetapi diingatkan janganlah guna minyak gred yang terlalu tinggi kerana bimbang ia akan merosakkan kerja si tukang kayu kerana kandungan gred yang tinggi boleh melunturkannya. Pastinya anda akan lebih gembira melihat perabot perabot anda lebih bersinar dengan menggunakan minyak zaitun.\n\nDari segi penyelidikan saintifik pula, terdapat beberapa kajian dijalankan ke atas kaitan pengambilan minyak zaitun terhadap perkembangan kesihatan manusia. Lopez-Miranda pada tahun 2010 ada mengulas berkenaan senarai kesan pengambilan minyak zaitun ke atas kualiti kesihatan manusia, antaranya:\n\nSementara itu, Cicerale et al. (2008) ada merumuskan beberapa kajian lepas tentang kesan kandungan sebatian fenolik dalam minyak zaitun ke atas aktiviti selular, seperti\u00a0 berikut:\n\nSemestinya, terdapat banyak lagi khasiat dan kegunaan minyak zaitun ini yang tidak disenaraikan dan terus dikaji oleh para saintis. Usah ragu ragu lagi dengan keupayaan minyak zaitun. Pengambilannya juga amat mudah untuk diamalkan pada setiap hari.\n\nHanya makan satu sudu minyak zaitun dalam makanan anda setiap hari dan anda akan menikmati khasiatnya yang banyak itu. Tambah-tambah lagi jika dijadikan amalan dan bahan wajib di dalam masakan.\n\nKami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain. Semoga ianya turut bermanfaat. Oh ya, jangan lupa untuk share dan kongsi dengan menekan butang share Facebook jika artikel yang dikongsi bermanfaat.\n\n*Artikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Makin dekat dengan tarikh bersalin, makin berdebar-debar hati dibuatnya. Bermacam-macam perasaan. \n\nRasa tak sabar nak menimang cahayamata yang baru, tak sabar nak bertentangan mata untuk kali pertama, tak sabar untuk peluk cium anak yang dikandung dalam perut selama 9 bulan 10 hari. Dalam masa yang sama rasa risau kalau ada kelengkapan yang belum sedia, terutamanya beg untuk ke hospital.\n\nNak tak kalau kami kongsikan checklist barang yang perlu dibawa bersama semasa ke hospital? Lepas ni bila tiba masa untuk anda kemas beg hospital, cuma perlu rujuk senarai yang kami sediakan dibawah.\n\nBeg hospital anda perlu diisi dengan kelengkapan untuk ibu & bayi. Jangan lupa kelengkapan untuk si ayah sekali kalau anda & suami merancang untuk tinggal di wad bersama.\n\nIni adalah benda yang paling penting.\u00a0 Jangan sampai tertinggal. Buku antenatal mengandungi semua rekod & data penting anda & bayi sepanjang tempoh kehamilan. Ia juga mengandungi segala catatan doktor termasuk info penting seandainya ada mempunyai risiko komplikasi semasa bersalin.\n\nBawa kad pengenalan anda. Jika anda bukan seorang warganegara, jangan lupa bawa passport.\n\n3. Surat jaminan atau Guarantee Letter\n\nJika anda bakal menggunakan surat jaminan, pastikan ianya sudah sedia & dimasukkan sekali ke dalam beg hospital. Letakkan di poket tepi supaya tidak kemek atau terkoyak.\n\nAnda masih wajib bersolat selagi anda belum bersalin. Apa yang menyedihkan, ramai ibu yang sedang menunggu waktu bersalin di hospital tidak bersolat.\n\nSurah Yassin boleh dijadikan sebagai peneman anda semasa menahan sakit bersalin.\u00a0 Baca & fahami maksud ayat-ayat suci yang terkandung didalamnya. Waktu tidur, boleh letakkan surah Yassin disisi bantal.\n\nIanya sangat penting. Anda perlu memakai maternity pad sebaik sahaja berlaku pendarahan atau air ketuban mula bocor. Nanti selepas selamat bersalin, anda akan terus memakai maternity pad sehingga darah nifas & wiladah kering.\n\nJangan lupa bawa bakul makanan\u00a0 sebagai bekal semasa anda sedang menunggu masa untuk bersalin & selepas melahirkan. Bakul makanan boleh diisi dengan:\n\nJika anda bersalin di hospital kerajaan, anda akan dipakaian pakaian pesakit. Namun jika anda bersalin di hospital swasta, anda akan memakai pakaian sendiri. Bawa\u00a0 sekurang-kurangnya 5 helai baju lengan panjang. Anggaran 5 helai adalah untuk kegunaan dari proses sebelum bersalin sehingga keluar dari wad. Mengapa baju lengan panjang? Supaya aurat anda terpelihara & mengelakkan kesejukan.\n\nBersedia dengan baju sejuk. Pakai jika terasa terlalu sejuk, terutamanya selepas bersalin bagi mengelakkan bentan.\n\nElakkan memakai seluar selepas bersalin. Kain batik atau skirt adalah yang terbaik & selesa untuk anda. Bawa sekurang-kurangnya 5 helai.\n\nAnda akan menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Pemakaian nursing bra akan memudahkan proses penyusuaan. 3 helai sudah memadai.\n\nBiasanya ibu yang baru melahirkan akan mengalami bengkak susu, dan susu akan menitis sentiasa. Pemakaian nursing\u00a0 pad mencegah daripada masalah baju yang basah disebabkan susu.\n\nLupakan seluar dalam yang ada dalam almari baju. Beli seluar dalam pakai buang. Lepas guna terus masukkan ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi jika anda bersalin secara pembedahan, pemakaian seluar dalam biasa boleh menyakitkan.\n\nPastikan anda bawa selipar atau sandal untuk memudahkan anda bergerak, terutamanya ke tandas. Pastikan selipar anda mempunyai bunga yang elok & tidak licin bagi mengelakkan anda tergelincir semada berada di dalam tandas.\n\nAurat wajib dijaga semasa berada di hospital. Tudung sarung adalah lebih sesuai berbandung\u00a0 shawl yang perlu dililit.\n\nJangan sesekali lupa untuk memakai stoking terutama sekali selepas anda melahirkan. Pemakaian stoking membantu mengelakkan anda kesejukan supaya tak terkena sakit urat, demam atau pun bentan. Ia juga menghalang angin dari masuk ke dalam badan.\n\nSelepas bersalin, ikat rambut anda dengan ketat & tinggi supaya mengelakkan angin masuk ke dalam badan. Ia juga membantu mengelakkan anda terkena sakit kepala.\n\nTuala mandi tidak disediakan di hospital. Anda perlu membawa sendiri dari rumah.\n\nSapukan minyak panas untuk memanaskan badan selepas bersalin. Sapukan ke perut ( elakkan luka pembedahan ), leher, belakang telinga, betis, dan tapak kaki. Ianya membantu perjalanan darah & menghilangkan sakit-sakit badan akibat proses bersalin yang panjang.\n\n20. Alatan mandian & persiapan diri\n\nJangan lupa untuk bawa sabun, syampu, ubat gigi, berus gigi, sikat, bedak dan sebagainya.\n\n21. Pengecas handphone & power bank\n\nAnda memerlukan handphone untuk terus berhubung dengan orang yang tersayang. Jangan lupa bawa pengecas & power bank supaya handphone anda tidak kehabisan bateri.\n\n22. Pakaian untuk pulang ke rumah\n\nJangan lupa untuk sediakan pakaian untuk hari penting iaitu kepulangan anda ke rumah bersama orang baru.\n\nBawa sekurang-kurangnya 10 helai lampin pakai buang.\n\n3. Tisu basah ( wet wipes )\n\nJangan lupa bawa tisu basah untuk menukar lampin bayi.\n\nTuala mandi untuk sikecil jangan dilupa. Basuh dulu sebelum digunakan.\n\nSediakan tuala kecil untuk dibuat lap.\n\n6. Baju untuk pulang ke rumah\n\nSediakan baju yang paling comel untuk bayi anda pakai sewaktu pulang ke rumah.\n\nItulah dia checklist senarai barang \u00a0yang perlu anda sediakan untuk dibawa bersama ke hospital semasa bersalin. Semoga perkongsian kami pada kali ini membantu anda. Jangan lupa save artikel ini untuk panduan anda semasa mengemas beg hospital."
"Semakin dekat tarikh hari bahagia, semakin resah rasanya. Macam-macam perkara perlu diuruskan. Baju nikah. baju bersanding, pelamin, catering, senarai tetamu, pengapit, photobooth, makeup, dan sebagainya. Salah satu daripada perkara yang boleh memeningkan kepada bakal raja sehari ialah goodies kahwin yang akan dibawa pulang oleh para tetamu sebagai kenangan.\n\nBakal pengantin, tak perlu pening kepala. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan idea goodies kahwin yang menarik, mudah, dan pastinya akan membuatkan tetamu sentiasa ingat tentang majlis perkahwinan anda.\n\nTelur adalah goodies kahwin yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Siapa yang tak suka apabila mendapat telur pada majlis perkahwinan? Anda boleh pilih sama ada mahu menggunakan bunga telur atau memasukkan ke dalam bekas telur. Zaman sekarang ada pelbagai design bunga telur dan bekas telur yang cantik. Istimewanya, sekiranya anda memberikan telur dalam bekas, bekas yang cantik tersebut boleh disimpan oleh para tetamu sebagai kenangan yang berkekalan sehingga bila-bila.\n\nTerfikirkah anda, jarang sekali pengantin memberikan penanda buku atau bookmark sebagai goodies kahwin mereka. Yang sebenarnya, penanda buku merupakan buah tangan yang sangat menarik untuk diberikan kepada para tetamu. Nak lagi istimewa, anda boleh engrave nama anda dan pasangan pada penanda buku yang diberikan. Pastinya tetamu anda akan teringatkan anda setiap kali membaca buku menggunakan penanda buku yang anda berikan.\n\n3. DIY goodies sendiri di photobooth\n\nIni merupakan idea goodies kahwin yang sangat menarik. Pada hari ini, kebanyakan majlis perkahwinan mempunyai photobooth. Anda boleh jadikan photobooth anda sebagai hub untuk tetamu anda membuat sendiri goodies kahwin yang diminati. Apa yang anda perlu lakukan ialah keluarkan duit yang lebih untuk menempatkan seorang penjaga booth dan printer di photobooth tersebut.\n\nTetamu anda boleh mengambil gambar di photobooth yang disediakan dan kemudian boleh mencetak gambar mereka dalam bentuk gambar, penanda buku kertas, atau mug. Menarik bukan? Pastinya majlis anda akan menjadi lain daripada yang lain dan diingati oleh para tetamu.\n\nSiapa yang tidak sukakan popcorn? Anda juga boleh jadikan popcorn sebagai goodies kahwin untuk majlis resepsi anda. Nak lagi menarik, anda boleh sewa satu popcorn di mana popcorn akan dibuat segar semasa majlis anda berjalan. Para tetamu bukan sahaja boleh melihat proses popcorn dibuat, malah boleh makan sambil membawa pulang popcorn sebagai kenangan. Mugkin goodies kahwin ini tidak akan kekal lama, namun kami jamin para tetamu yang datang akan ingat idea goodies anda yang menarik ini.\n\nBarangan kristal sememangnya goodies kahwin yang popular di kalangan pengantin zaman kini. Barangan kristal bukan sahaja kelihatan cantik dalam gambar malah ianya boleh disimpan oleh para tetamu sebagai hiasan dan kenang-kenangan. Mungkin anda terfikir, kristal harganya agak mahal. Anda perlu membeli dalam jumlah yang banyak untuk semua tetamu. Tahukah anda, anda boleh dapatkan barangan kristal dengan harga yang murah di kedai pengantin yang terdapat di Nilai 3. Apa kata hujung minggu ini anda jalan-jalan ke sana bersama tunang tersayang?\n\nSiapa yang tak sukakan haruman dan wangian? Pastinya anda teruja dengan idea goodies kahwin yang ini kan? Bayangkan lilin wangi dengan bau kegemaran anda dalam bekas kaca cantik yang dihiasi riben dan bunga kecil. Pastinya tetamu anda akan tersenyum lebar apabila mendapat cenderamata istimewa seperti ini dari majlis resepsi anda. Lilin wangi adalah di antara goodies kahwin yang agak jarang diberikan di Malaysia. Namun, kalau anda beri kepada tetamu, pastinya akan sangat dihargai.\n\nTahukah anda, para tetamu anda pasti akan menyimpan kotak kayu kecil yang anda jadikan sebagai goodies kahwin semasa majlis anda. Kotak kayu kecil tersebut boleh digunakan untuk menyimpan kerongsang, barang kemas, duit syiling, malah barangan menjahit. Ia juga boleh dijadikan sebagai perhiasan yang cantik di ruang tamu. Unik kan? Anda juga tak perlu menghias dengan banyak. Cuma ikat reben pada kotak kayu kecil tersebut, pasti akan nampak cantik berseri semasa majlis anda berjalan.\n\nKalau kotak kayu kecil terlalu mahal dan akan menyebabkan anda terlebih berbelanja daripada bajet yang ditetapkan, anda juga boleh jadikan kotak tin kecil sebagai goodies kahwin semasa hari persandingan anda. Harga kotak tin adalah lebih murah daripada kotak kayu. Ada ramai peminat dan pengumpul kotak tin di Malaysia. Ianya boleh dijadikan sebagai perhiasan atau menyimpan barang seperti biskut, kerongsang, barang kemas, dan sebagainya.\n\nTasbih yang dibuat dari manik yang cantik juga boleh dijadikan sebagai goodies kahwin. Harganya juga adalah murah. Ada ramai penjual online yang menawarkan tasbih dengan harga kompitetif. Anda boleh survey dan dapatkan penjual yang memberikan harga yang paling murah. Tasbih yang diberikan kepada tetamu biasanya akan dijadikan sebagai hiasan dalam kereta atau meja kerja.\n\nKalau anda ada bajet yang lebih, boleh juga beli tasbih yang diperbuat daripada kristal atau mutiara. Harganya mungkin agak mahal namun pastinya anda berpuas hati kerana memberikan goodies kahwin yang terbaik kepada tetamu anda.\n\nIdea goodies kahwin terakhir yang ingin kami kongsikan ialah surah Yassin. Apa yang menarik, anda boleh pilih design dan tema yang sesuai dengan majlis anda. Anda juga boleh engrave nama anda dan pasangan serta tarikh perkahwinan anda pada kulit Yassin tersebut.\n\nItulah dia 10 idea goodies kahwin yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips memilih barang hantaran."
"Topik tentang bunga-bunga ni pasti menjadi kegemaran kaum mak-mak kan? Kali ini, penulis nak kongsikan tips dan cara melebatkan bunga kertas. Rasanya bukan kaum wanita sahaja yang suka, para suami pun tak kurang minatnya.\n\nPokok bunga kertas ni bukanlah tanaman yang rare dan susah dijaga. Di mana-mana pun, kita senang terserempak pokok ni. Disebabkan pokok bunga kertas tidak memerlukan penjagaan yang cerewet, jadi ia memang pilihan utama untuk mencantikkan rumah.\n\nPokok bunga kertas atau bougainvillea sememangnya sejenis pokok yang menghasilkan bunga yang cantik. Bunganya ringan dan nipis seakan-akan tekstur kertas. Itulah sebabnya ia dipanggil bunga kertas.\n\nIa merupakan sejenis pokok yang berbunga sepanjang tahun. Kelebihan pokok bunga kertas ialah warna bunga-bunganya pelbagai dan sangat cantik. Ada ungu, putih, merah, merah jambu, kuning dan sebagainya.\n\nYang istimewa tentang pokok ini ialah ada spesies yang boleh menghasilkan bunga lebih daripada 1 warna. Jadi, anda jangan pula terkejut kalau ternampak pokok yang mengeluarkan bunga berwarna putih dan ungu.\n\nJarang sekali kita nampak pokok bunga kertas yang bunganya merimbun-rimbun sampai batang dan daun pun tak nampak. Kalau ada pun, bunganya sekadar hidup segan mati tak mahu. Kenapa jadi begitu?\n\nSudah disiram, sudah dibaja. Namun, bunganya keluar berjarak-jarak dan sedikit. Teringin juga hendak lihat pokok bunga kertas kita itu merimbun sehingga menutup pintu pagar. Sampai pokoknya pun tak nampak. Bunga sahaja yang penuh.\n\nJadi, kalau nak tahu tips lebatkan bunga kertas, jangan malas membaca. Mana tahu tips yang dikongsikan ini akan menjadikan halaman rumah anda seperti taman bunga. Jom baca!\n\nUntuk memastikan pokok bunga kertas anda cantik merimbun, ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan, iaitu: Ranting-ranting perlu dipotong kira-kira 50 cm atau 60 cm dari batang pokok. Pertumbuhan ranting-ranting baru akan menghasilkan bunga yang lebat.\n\nBagi yang baru nak mencuba-cuba tanam pokok bunga kertas, cubalah langkah ini.\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang tips lebatkan bunga kertas. Sebenarnya tidaklah susah mana untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang merimbun dan cantik. Yang penting ia mendapat cahaya matahari yang cukup dan baja secara konsisten.\n\nKalau anda ada tips-tips rahsia yang ramai tak tahu, sudi-sudilah berkongsi dengan kami. Kita boleh bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu dalam bidang tanaman. Anda juga boleh mengongsikan gambar pokok bunga kertas anda yang cantik dengan kami.\n\nJemput juga baca tentang tips jenis tanah untuk bercucuk tanam ,tips tanam bunga orkid dan penanaman jagung."
"Sudah tentu ramai yang mencari-cari resepi begedil. Terdapat beberapa jenis begedil yang boleh boleh kita dapati antaranya ialah begedil kentang, begedil tauhu, begedil daging dan sebagainya. Jadi, pada hari ini kita akan berkongsi dengan anda juadah yang berasal dari Indonesia ini. Kita akan berkongsi cara-cara untuk menyediakan begedil ayam yang sudah tentu sedap hingga menjilat jari. \n\nBegedil juga datang dalam pelbagai saiz, ada yang kecil dan yang bersaiz besar. Terpulang kepada anda untuk menentukan saiz yang anda inginkan semasa menyediakannya nanti. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat cara menyediakan juadah yang berasal dari Indonesia ini.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah dan telah mendapat banyak perkongsian dan like di laman sosial Facebook.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nJika anda berminat untuk melihat resepi-resepi lain yang telah saya kongsikan sila lihat pada pautan yang telah saya sediakan di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda."
"Jika anda rasa bosan dengan menu ikan yang itu-itu sahaja. Bagaimana kalau anda cuba menu ikan goreng tomyam pula. Rasa pelik kah? Sama sekali tidak, resepi ikan kali ini gerenti anda mesti suka.\n\nNoor Hazaliena Hassan temukan resepi yang unik buat ikan goreng tomyam dan berkongsi di laman Facebook. Dengan menggunakan rempah tomyam dan pes tomyam, cik Nor mengubah hidangan tomyam yang identik berkuah menjadi ikan goreng.\n\nRasa masakan tomyam yang masam-masam pedas dijamin akan menaikkan selera makan. Belum lagi wangi ikan goreng yang harum sangat. Makan lauk ini dengan nasi putih mesti tambah 2 pinggan. Mana lebih menyelerakan yang ada sayur atau yang tidak ada sayur? Mengikut selera anda. Jom cuba buat ikan goreng tomyam.\n\nSelain ikan goreng tomyam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Tiada idea untuk amsak pada hari ini? Mencari masakan ayam ala Chinese yang sedap? Pada perkongsian ini akan kami tuliskan resepi ayam halia Chinese style dengan rasa sebenar.\n\nAyam halia Chinese style rasa sedap dan hangat di perut. Masakan ini berkhasiat dan mampu mengurangkan angin dalam badan.\n\nMasakan ini sedap dimakan dengan nasi panas. Ianya berkuah dan kuahnya pula sedap jadi makin menambah nafsu makan, anak-anak pun suka.\n\nTanpa buang masa, mari lihat resepi yang dikongsikan oleh IsMa Lyeza di laman Facebook sekarang juga. Selamat mencuba.\n\nResepi Ayam Masak Halia Chinese Style\n\nSelain resepi ayam halia Chinese style, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Terdapat beberapa fasa sebelum anak mula bercakap.\n\nSebelum sampai kepada fasa bertutur, anak akan mula mempunyai kemahiran yang dikenali juga sebagai kemahiran pra pertuturan.\n\nMari kita hadam penulisan daripada Puan Iffah Rashida tentag kemahiran ini.\n\nSebelum anak mula cakap perkataan pertama dia, amat penting utk anak kuasai kemahiran pra pertuturan.\n\nJadi tips untuk ibu bapa yang ada anak bawah 1 tahun. Sediakan dan asah kemahiran pra pertuturan anak seperti berikut:\n\n\u2013 Lirikan mata anak ikut pegerakan dan respon dari kita\n\n\u2013 Sama ada kita bergerak, atau mainan kita pegang digerakkan ke kiri n ke kanan utk anak ikut pergerakkan tersebut.\n\n2. Kontek mata dan tumpuan bersama\n\n-Bersemuka dengan anak, anak tengok objek dan tengok ibu/bapa kemudian tengok objek semula\n\n-boleh guna shaker/toys kt rumah tu , n then tunjuk dekat anak . Kemudian tunggu utk anak pandang kita, if anak x pandang letak objek tersebut depan muka supaya anak pandang mata kita\n\n3. Pastikan anak ada keinginan untuk berinteraksi dengan kita iaitu dengan meminta, meminta tolong, menunjuk perkara yang dia minat.\n\n\u2013 Galakkan anak guna gerak badan / isyarat badan utk bagitahu apa dia nak\n\n-Lama-lama dia ready dah nak sebut \u2018nak\u2019\n\nIf anak tiada keinginan untuk berkomunikasi dari bayi lagi.. this is a red alert.\n\n\u2013 Beri ruang dan galakkan untuk anak tiru gaya dan aksi\n\n\u2013 Antara aksi awal yg anak mula tiru adalah tepuk tangan ? , high ?, flying kiss ? , bye-bye ? , salam ?, peek a boo, shaking item , ketuk-ketuk guna mainan, aksi nk tido ? , aksi makan/minum\n\n\u2013 Dari awal bulan kita galakkan utk anak berceloteh.\n\n\u2013 Tiru bunyi anak supaya anak boleh tiru bunyi kita.\n\n5. Object permanance iaitu mencari benda / orang yg hilang\n\n\u2013 Bayi 6 bulan ke atas anak akan peka dan sedar sesuatu tu boleh ada n then hilang\n\n\u2013 Bayi 1 year old dia akan mula ingat dan mencari mainan atau kita bila kita main sorok2\n\n\u2013 Daya tumpuan anak akan semakin meningkat\n\n\u2013 Kita expect daya tumpuan semakin bagus (boleh la attend task 5 min or so)\n\n\u2013 Kita expect anak bermain mainan ikut cara and fungsi yg betul\n\n\u2013 Start tiru cara kita bermain, sbb tu ibu bapa perlu bermain dgn anak.\n\n-Mula follow and ikut giliran walaupun tumpuannya sekejap.\n\nPerkara yang akan menjejaskan kemahiran pra pertuturan yang sepatutnya berkembang dari 0-12 bulan ni adalah apabila anak kurang ransangan daripada persekitaran seperti \u2018more time on gadgets and less time with people surrounding\u2019.\n\nSo enhance kemahiran pra pertuturan anak kalau nak anak mula bercakap!"
"Antara kelebihan anak yang agak manja ialah dia mudah menangis teresak-esak sambil memaut kita rapat ketika kita perlu keluar rumah. Air matanya laju, seolah-olah kita akan meninggalkannya selama seminggu.\n\nAnda biasa dengan situasi itu? Jika ia, jangan risau, sebab saya juga biasa mengalaminya.\n\nTapi, pagi tadi \u2013 keajaiban berlaku. Sebab tu saya nak share, mana tahu ia juga mujarab untuk anak anda.\n\n\u201dMama, mama nak pergi mana?\u201d katanya bila dia nampak saya dah bersiap dengan tudung dan beg.\n\nSaya tak jawab terus, sebaliknya datang duduk sebelah dia yang masa tu sedang menonton tv.\n\n\u201dYaya, mama nak pergi belajar\u201d \u2013 saya kata.\n\n\u201dYaya rasa, Allah suka tak kalau mama pergi belajar?\u201d tanya saya.\n\n\u00a0\u201dSuka\u201d jawabnya ringkas. Dengan suara kelat. Muka pun kelat.\n\n\u201dTapi esok, mama ada kat rumah dengan yaya, ok?\u201d\n\n\u201dBye sayang mama. I love you. Assalamualaikum\u201d\n\n\u00a0\u201c I love you. Waalaikummussalam (dengan pelat2 budak dia hehe)\u201d \u2013 sambil terus menonton tv.\n\nSaya melangkah keluar, dalam hati \u2013 aik?? Biar betul?\n\nTakde menangis?\nTakde tarik tangan mama?\nTak ikut pun ke pintu?\n\nPower betul kesannya bila sebut je Allah. 1 minit je. Tak payah nak umpan dengan apa-apa. Tak payah tinggi suara.\n\nSejak kebelakangan ini, saya selalu bercerita tentang Allah kepada yaya. Dalam apa-apa pun situasi. Sebab saya yakin, kalau anak feel:\n\nbetapa hebatnya Allah\nbetapa baiknya dan sayangnya Tuhan kat dia\n\nPengaruh Tuhan akan sangat besar pada dia.\n\nNanti, kita akan senang pujuk dia bila dia takut untuk ke dapur seorang diri. Kita cakap saja \u201dAdik jangan takut, Allah jaga adik, sebab Allah sayang adik.\u201d Jangan terkejut jika dia menjadi lebih berani.\n\nBila dia malas belajar, kita cakap saja \u201dKakak, Allah suka kita belajar. Nanti bila kakak pandai, kakak boleh tolong orang. Kan Allah suka kita tolong orang.\u201d Dia pasti akan suka belajar.\n\nTapi semua ini akan mudah berkesan, jika kita sentiasa bercerita kepada anak tentang Allah, kehebatannya, betapa sayang dan baiknya Dia kepada kita. Yang Allah sentiasa terlibat dalam kehidupannya.\n\nBanyak caranya. Tapi contoh-contoh di bawah antara yang saya sering lakukan dan mungkin anda boleh cuba juga:\n\n#1\u00a0Bila Anak Menunjukkan Akhlak Yang Baik, Atau Membuat Benda Baik Seperti Tolong Angkat Barang.\n\n\u201cBaiknya adik. Allah sayang adik dan suka sangat bila adik tolong mama ni. Allah baik sangattt, sebab tu Dia suka kalau kita pun baik.\n\nNanti Allah bagi adik present, bagi adik masuk syurga. Sebab adik good girl, tolong mama. Adik nak tak masuk syurga?\u201d\n\nBila dia kata nak, kita terus ajar dia untuk doa. Minta dia tadah tangan, dan ajar dia untuk doa dari hati.\n\n\u201dYa Allah, terima kasih sebab bantu adik jadi good girl. Adik nak jadi orang baik. Please help adik jadi good girl. Sebab adik sayang Allah dan adik nak masuk syurga. Thank you Allah\u201d\n\n#2\u00a0Bila Dia Dapat Sesuatu, Contohnya Ais Krim Kegemarannya, Kita Kaitkan Balik Dengan Allah.\n\n\u00a0Sentiasa ajarkan yang semua nikmat, semua yang dia suka tu dari Allah. Allah yang bagi. Tanamkan yang Allah baik sangat dengan dia.\n\nContohnya, sambil makan ais krim, katakan \u2013\n\n\u201dSedapkan ais krim ni Abang Long? Ais Krim ni Allah yang bagi kat Abang Long. Sebab Abang Long baik, selalu tolong mama jaga adik. Bila Allah bagi kita something, kita kena say thank you to Allah. Bila kita say thank you, nanti Allah bagi lagi banyak ais krim, present\u201d\n\nKemudian ajak dia tadah tangan dan doa,\n\n\u201dYa Allah, thank you Allah, bagi Abang Long makan ais krim. Thank you Allah. Abang Long sayang Allah\u201d.\n\n#3\u00a0Bila nampak sesuatu yang cantik (apatah lagi kalau anak memang kata cantik). \n\n\u201dCantikkan bunga ni kakak. Siapa cipta bunga ni? Allah sebab Allah Maha Hebat. Semua Allah cipta. Allah yang cipta kakak, turunkan hujan, cipta burung yang terbang tu. Hebat tak Allah?\u201d Confirm anak jawab \u201dHebat\u201d\n\nTips \u2013 kalau anak ada soalan susulan berkenaan Allah, syurga (biasanya memang akan ada), saya fikir kita wajib menjawab dengan cara yang terbaik. Senang cerita, tekankan tiga perkara:\n\nSaya baru mengamalkan kurang sebulan. Hasilnya, masyaAllah \u2013 sangat luar biasa. Senang di ajak solat. Senang di pujuk. Senang di suruh.\n\nCuba amalkan dan lihat perubahan pada anak kita."
"Sambal jantan ini sedap kalau makan dengan nasi putih dan ulam. Cicah ayam goreng pun sedap. Sambal jantan inilah yang selalu dihidangkan bersama nasi di warung makan. Sambal ini rasa dia memang pedas tapi sedap sangat.\n\nSambal ini boleh buat stok simpan dalam peti ais untuk tahan lama. Nanti kalau mahu makan tinggal cedok saja sambal itu. Sambal jantan sedap dimakan dengan ayam goreng, ikan goreng, dan daging goreng. Makan bersama nasi putih padu betul rasanya.\n\nSambal jantan hanya menggunakan garam, gula, dan cuka untuk membangkitkan rasa. Selain itu ianya pula tidak dimasak di atas api. Untuk lebih jelas, sila baca resepi sambal jantan Afy AL Habibi di laman Facebook.\n\nSelain sambal jantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Pernah atau tidak anda dengar tentang bunga air mata pengantin? Dari namanya sahaja sudah kedengaran unikkan. Bagi yang pertama kali dengar, jom kita ikuti perkongsian artikel lengkap mengenai tentang bunga ini berserta dengan cara penanamannya di rumah khusus bagi para wanita di luar sana. \n\nAsal usul bunga air mata pengantin\n\nBunga air mata pengantin mempunyai beberapa nama panggilan yang popular antaranya seperti coral vone, chain of love, coralina, dan Bellisima grande, dan Mexican creeper. Nama saintifiknya adalah Antigonon leptopus\u00a0dan menjadi kegemaran dari kalangan penternak kelulut di Malaysia.\u00a0\n\nAsal usulnya berasal dari negara Mexico dan umum ditemukan di Asia, Afrika, Karibia dan Amerika.\n\nMenurut sejarah, tumbuhan ini dipercayai dibawa oleh orang-orang Belanda yang pernah memerintah Indonesia sebagai tanaman hiasan. Ini juga termasuklah ke seluruh benua Amerika, Asia Tenggara, dan India. \n\nUmumnya, pokok bunga ini hidup secara membelit dan melilit pokok atau batang tumpangan yang menyokongnya tegak\u00a0\n\nApabila pokok ini ditanam atas teralis, ia mampu untuk tumbuh dengan lebat sehingga membentuk teduhan dari hari yang panas. Dari segi ketinggian, ia mampu mencapai ketinggian 25 kaki atau lebih.\n\nBentuk daunnya kadang kala berbentuk hati yang tersusun sepanjang batang (yang menjadi tulang belang) hingga ke hujung kecil membentuk sulur paut. Pada hujung batang terdapat bunganya yang berwarna merah jambu dan sulur paut untuk menjalar ke apa-apa yang menjadi penyokong untuk terus menjalar.\n\nBahagian bawah batang yang membentuk tulang belakang terdapat akar akan tertanam dalam tanah. Bahagian akarnya pula akan terhasil ubi di bahagian pangkal bahagian bawah dalam tanah.\u00a0\n\nBerikut adalah cara menanam pokok bunga ini mengikut langkah permulaan sehingga ke penjagaannya.\n\nTerdapat pelbagai jenis bunga air mata pengantin yang ada ditanam di Malaysia. Ia terdiri dari jenis Love Chain, Antigon Leptopus Hook & Arn, dan Antigonon guatimalense Meisn.\n\nSelain jenis, ada juga yang tertarik dengan warnannya yang menarik seperti bunga merah muda ataupun putih dengan bunga dan daun yang indah.\n\nPerkara penting sebelum menanam adalah menyediakan medium tanaman terlebih dahulu. Butirannya seperti yang berikut:\n\nTanah sebagai medium tanaman wajib digembur terlebih dahulu selain turut memastikannya cukup kandungan nutrien. Sekiranya tanah yang diguna belum gembur, kita haruslah merubah struktur tanah dengan menggunakan cangkul.\n\nHal ini penting bagi memastikan pokok bunga yang ditanam mampu untuk mencari nutrisinya sendiri dengan mudah. \n\n4. Membaja tanah untuk menanam pokok\n\nPembajaan asas perlu bagi menambah unsur nutrien untuk memperbaiki struktur tanah. Untuk pemupukan kita boleh menggunakan baja organik seperti baja kompos.\n\nBaju kompos ini memang pilihan yang terbaik untuk proses pembajaan asas kerana ia bagus dalam membantu kegemburan tanah, kaya dengan unsur nitrogen terbanyak dan unsur nutrien lain yang lebih lengkap untuk tanah dan tanaman.\n\nApabila tanah sudah disiapkan, proses penanaman pokok akan bermula. Berikut adalah langkahnya:\n\nTerdapat dua cara untuk menanam bunga ini iaitu dengan kaedah keratan ataupun biji benih. \n\nWeeding atau bahasa ringkasnya merumput penting bagi memastikan tanaman dapat hidup dengan mendapat semua nutrisi yang diperlukan. Ia harus dilakukan secara berkala, dalam seminggu atau dua minggu sekali. \n\nApabila tanaman sudah tumbuh tinggi, ini menandakan pokok akan mula mengeluarkan bunga. Kita boleh sahaja potong atau pangkas bagi memastikan kita mendapat bentuk yang diingini.\n\nSeketika, apabila bunga sudah muncul mula dengan menyemburkan air ke arah bunga agar bunga nampak segar. Lakukan penyiraman rutin, dan jaga kelembaban tanah untuk mencegah umbi tidak membusuk kerana pokok boleh diserang kulat jika tanah terlalu lembab.\n\nDiharapkan informasi yang disampaikan kali ini mengenai perkebunan dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat.\n\nSelain dari info mengenai bunga air mata pengantin ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:"
"Pasti ada yang mencari review HONOR 70 untuk mendapatkan pelbagai informasi sebelum membelinya. HONOR 70 merupakan smartphone yang dikeluarkan pada bulan Ogos, 2022. Walaupun baru dikeluarkan, namun model ini telah mendapat 21 anugerah daripada 35 anugerah yang diperoleh oleh HONOR.\n\nHONOR 70 adalah smartphone keluaran HONOR selepas HONOR Magic4 Pro. Ianya juga pengganti kepada HONOR 50 iaitu model keluaran tahun 2021. Smartphone ini dikeluarkan dengan lebih banyak inovasi, penambahbaikkan yang menarik dari keluaran model sebelum ini.\n\nPeranti pintar ini dikategorikan dalam smartphone midrange atau kelas pertengahan. Berbaloi atau tidak membeli HONOR 70 pada tahun ini? Nak tahu jawapannya, jom kita teroka spesifikasi menarik pada HONOR 70.\n\nTumpuan utama HONOR 70 semestinya pada kamera yang memang terbaik. Tengok sahaja reka bentuk luaran smartphone ini, pasti anda terpukau dengan kelainan pada kameranya yang mempunyai dual ring. Patutlah ramai yang memberi pujian terhadap model ini.\n\nKamera dicipta dengan Sony IMX800 sekaligus menjadikannya telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai perincian ini. Paling menarik, walaupun dalam suasana gelap dan pencahayaan yang minima, gambar yang dihasilkan dapat menonjolkan subjek dengan lebih berkualiti dan cantik.\n\nKualiti kamera memang mantap, sesuai untuk mereka yang meminati bidang fotografi atau suka berselfie. Kamera utama adalah 54 MP, kamera Ultrawhite dan kamera makro dengan 50 MP dan kamera selfie adalah 32 MP. Tinggi bukan kualiti kamera HONOR 70 ini?\n\nBerita baik buat Youtuber atau content creator, HONOR 70 menampilkan perincian baharu pada kameranya iaitu Solo Cut Mode yang dapat membantu menghasilkan video atau vlog dengan baik. Apa yang menarik, anda boleh merakam video dengan kualiti 4k dan sistem rakaman multi-video iaitu anda boleh merakam menggunakan kamera hadapan dan kamera belakang secara serentak.\n\nHONOR 70 menampilkan chipset Qualcomm Snapdragon 778G Plus dengan pemproses 6nm. Bukan itu sahaja, ia dipadankan dengan 256GB storan beserta 8GB RAM yang mencukupi untuk kegunaan harian, kerja, permainan video dan sebagainya.\n\nPaling penting untuk anda tahu adalah peranti pintar ini menggunakan Android 12 dan Magic UI 6.1. Peranti ini juga dibekalkan dengan rangkaian 5G. Saiz sim pula adalah SIM Nano serta boleh dimasukkan dua kad sim serentak.\n\nSistem bunyi pula menggunakan pembesar suara mono sahaja. Sistem cap jari juga dibekalkan seperti telefon pintar yang lain dan pada model ini ia terletak di dalam skrin, di bahagian bawah paparan.\n\nNamun terdapat sedikit kelemahan pada model HONOR kali ini. Antara kelemahan HONOR 70 adalah ia tidak membekalkan atau tidak menyokong kad mikro SD, tidak mempunyai pembesar suara sterio dan tidak kalis air.\n\nSama seperti HONOR Magic4 Pro, skrin yang digunakan oleh model ini adalah 1920Hz PWM dimming dengan kadar kerlipan skrin tertinggi. Ini bermakna ianya baik buat mereka yang sering menjalankan tugas menggunakan smartphone sepanjang hari.\n\nDengan tampilan skrin 6.67 inci OLED FHD+ serta resolusi 1200 x 2652 pixel, anda pasti selesa dengan warna atau cahaya yang dihasilkan pada skrin. Kadar segar semula pula sebanyak 120Hz dengan pilihan tetapan Standard, High dan Dynamic.\n\nHONOR 70 pasti bermanfaat buat anda yang melakukan kerja menggunakan smartphone sepanjang hari atau sering melakukan tugasan luar. Hal ini kerana baterinya berkapasiti tinggi iaitu 4800 mAH. Ini membolehkan bateri anda bertahan berjam lamanya sesuai dengan penggunaan cip dan pemprosesnya yang tinggi.\n\nLebih menarik apabila ia ditampilkan dengan sistem pengecasan pantas. Hanya dalam 20 minit, telefon anda mampu mencapai 60% daripada 0% dengan kadar pengecasan 66W.\n\nBuat anda yang suka smartphone yang ringan dan mudah dipegang serta di bawa, HONOR 70 pasti menepati citarasa anda. Berat smartphone ini adalah 178 gram sahaja dengan ketebalan 7.91mm, tak seperti model sebelum ini sedikit berat dan tebal.\n\nReka bentuk Honor 70 juga menarik kerana terdapat lengkungan pada panel skrin di setiap sisi.Di Malaysia, warna yang ditawarkan adalah Crystal Silver dan Emerald Green. Namun sebenarnya ada dua lagi warna model ini iaitu warna hitam dan emas. Kesemua warna\u00a0 memang memperlihatkan smartphone anda lebih moden, mewah dan eksklusif.\n\nDah tengok review HONOR 70 dari pelbagai aspek, pasti anda tertanya-tanya harga jualannya. Dengan perincian menarik di atas, anda pasti tak sangka dengan harga yang ditawarkan pada permulaan model ini dikeluarkan. Harganya tidak terlalu mahal dan berbaloi iaitu dengan kadar RM 1999 pada permulaan penjualannya.\n\nHONOR memang sentiasa membekalkan model smartphone dan menekankan terhadap kualiti kamera. Buat anda yang mencari smartphone kamera bawah RM 2000 tetapi mempunyai perincian yang baik serta kamera berkualiti, kami memang mencadangkan anda untuk memilih HONOR 70.\n\nSekian review HONOR 70 dari kami. Jika anda rasakan model ini berbaloi, tunggu apa lagi jom dapatkannya sekarang!\n\nKami juga ada menulis artikel lain berkaitan gajet terkini seperti:"
"Pernahkah ternampak sawi jeruk di pasaraya tapi asyik terpikir macam mana makan dia, apatah lagi terpikir nak buat dia. Kai choy @ sawi jeruk ini ialah sayur yang diawetkan dalam air garam. Bikin sendiri lebih yakin akan kebersihannya.\n\nSawi jeruk boleh dimakan dengan ikan goreng tambah bawang dan cili pun sedap seperti resepi di bawah ini. Atau diratah kosong macam itu sahaja juga boleh. Jika suka dimasak asam pedas pun boleh.\n\nJika anda berniat mencuba resepi sawi jeruk yang dikongsikan oleh Nurul Hidayah Salleh di laman Facebook ini, anda harus bahagi dan kurangkan bahan-bahan kerana resepi di bawah ini disediakan untuk kiraan orang berniaga.\n\nResepi Kai Choy @ Sawi Jeruk\n\nSelain sawi jeruk, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sebagai seorang ibu yang menyusukan, semestinya tiada lain yang bermain di fikiran melainkan sentiasa berfikir cara untuk membanyakkan susu badan supaya anak anda tidak kelaparan.\n\nBertambah risau bila susu anda drop akibat stress, kepenatan, atau demam. Jangan rungsing ibu, jom kami kongsikan makanan tambah susu yang boleh anda ambil setiap hari.\n\nSawi, harganya murah dan mudah dibeli. Di mana-mana kedai atau supermarket ada jual sawi. Tahukah anda, sawi merupakan antara makanan tambah susu yang sangat berkesan. Anda boleh masak sawi dalam pelbagai cara sama ada digoreng, sup sayur, tumis air, atau campurkan dalam nasi goren. Kalau nak banyakkan susu, jangan lupa makan sawi selalu.\n\nHalba merupakan rempah-ratus yang biasanya ada dalam setiap dapur. Halba sangat sedap jika dimasukkan ke dalam nasi lemak dan nasi dagang. Selain itu, halba juga membantu membanyakkan susu badan. Ada pelbagai cara untuk anda mengambil halba sebagai makanan tambah susu. Di antaranya ialah:\n\nLongan kering adalah makanan tambah susu yang sering menjadi sebutan para ibu kerana keajaibannya untuk membanyakkan susu. Kalau susu anda tiba-tiba kering, segera beli longan kering untuk direbus dan diminum airnya.\n\nSelain longan kering, kurma merah juga sangat berkesan untuk membanyakkan susu badan. Anda boleh rebus kurma merah bersama longan kering, dan tambahkan sedikit gula batu. Bukan saha membanyakkan susu malah ia juga memberikan tenaga. Rasanya pun sedap.\n\nAir horlicks bukan sahaja sedap, mengenyangkan dan memberikan tenaga, malah dia juga merupakan makanan tambah susu. Apabila lapar, bancuh secawan horlicks panas untuk mengisi perut. Atau anda juga boleh minum secawan horlicks panas sambil mengepam stok susu atau menyusukan anak.\n\nAda peminat durian kat sini? Tahukah anda, durian merupakan makanan tambah susu yang ramai orang tak tahu. Sifat durian yang panas menggalakkan penghasilan susu badan dan menyebabkan payudara cepat penuh. Malah durian juga membuatkan air susu berbau harum.\n\nApabila anda makan coklat, badan akan merembeskan hormon yang memberikan anda rasa bahagia. Apabila anda rasa bahagia, secara automatik penghasilan susu juga akan meningkat. Nak susu banyak, jom makan coklat.\n\nBadam bukan sahaja lazat malah membantu menambahkan susu badan. Ia kaya dengan protein dan zat besi. Ada pelbagai cara untuk anda mengambil badam setiap hari. Di antaranya ialah:\n\nOat kaya dengan serat dan terbukti sebagai makanan tambah susu yang terbaik. Jika anda amalkan memakan oat setiap hari, anda bukan sahaja akan membanyakkan penghasilan susu malah ia membantu merendahkah paras kolesterol dalam badan. Anda akan menjadi semakin sihat.\n\nKurma merupakan makanan sunnah kegemaran Rasulullah. Tidak dinafikan, kurma mempunyai 1001 khasiat dan salam satu daripadanya ialah memberikan tenaga supaya anda tidak mudah penat. Badan yang penat akan menyebabkan penghasilan susu berkurangan sementara badan yang bertenaga dan segar akan menghasilkan banyak susu.\n\nSeperti kurma, madu juga membantu memberikan tenaga supaya badan sentiasa menghasilkan susu yang mencukupi untuk anak anda.\n\nBayam kaya dengan\u00a0zat besi, kalsium, folat dan vitamin A yang menggalakkan penghasilan susu ibu. Jadikan bayam sebagai sayur kegemaran anda, pastinya susu akan semakin meriah.\n\nBijan kaya dengan kalsium. pengambilan kalsium yang mencukupi menjamin\u00a0 anda terhindar dari masalah kekeringan susu.\n\nSup lobak putih sangat enak kalau dimakan dengan nasi panas. Tahukah anda, lobak putih juga merupakan makanan tambah susu yang murah dan berkesan. Sekarang anda dah ada menu baru untuk dimasukkan ke dalam senarai makanan harian anda.\n\nSeperti lobak putih, lobak merah juga membantu membanyakkan susu badan. Lobak merah boleh dimakan sebagai sayur, ulam, malah boleh dibuat jus lobak susu.\n\nMakanan berasaskan soya seperti air soya, tau fu fah, tempe, dah tauhu juga merupakan makanan tambah susu yang akan membantu membanyakkan susu badan anda. Kalau pergi ke pasar malam, jangan lupa untuk beli semangkuk tau fu fah. Sedap kan.\n\nKacang dal kaya dengan vitamin B. Dan vitamin B sememangnya terkenal sebaga vitamin yang mencetuskan modd bahagia dan gembira. Apabila anda gembira, susu badan juga akan menjadi banyak.\n\nBuah jambu batu kaya dengan vitamin C dan membantu membanyakkan susu badan.\n\nDaun kucai sedap dibuat cekodok atau digoreng sebagai sayur. Daun kucai juga adalah salah satu makanan tambah susu yang murah dan mudah dimasak.\n\nAnda suka minum air barli? Ia bukan sahaja membantu menyejukkan badan dan mengatasi masalah seperti kencing kotor, kencing tak lawas dan keputihan, malah barli juga membanyakkan susu badan.\n\nPegaga boleh dimakan sebagai ulam atau dimasukkan ke dalam gulai masak lemak. Kalau anda nakkan kelainan, boleh juga minum jus pegaga.\n\nTeh hijau sudah lama digunakan sebagai makanan tambah susu. Anda juga boleh masukkan longan kering atau kurma merah ke dalam teh hijau yang diminum.\n\nMakanan beryis seperti donut dan roti juga dikatakan membantu menambah susu.\n\nItulah dia makanan tambah susu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda pasti akan sukakan perkongsian kami tentang bengkak susu, penjagaan gigi susu dan\u00a0 perkembangan bayi 2 bulan"
"Nota Editor : Kisah tembikai ini menarik untuk dijadikan renumgan oleh semua orang.Kadang-kala kita mungkin mengeluhkan akan sesuatu. Kita marahkan sesuatu. Tetapi kepada siapa sebenarnya kita keluh atau marah itu?\n\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014-\n\norganicfacts.net\n\nSeorang wali Allah membeli sebiji tembikai untuk keluarganya.Si isteri lantas membelah tembikai itu dan dia begitu marah lantas berkata.\n\n\u201d Wahai isteriku,kepada siapakah engkau hamburkan marahmu? Kepada si penjual tembikaikah? Atau kepada aku suamimu yang membeli tembikai itu?\n\nAtau kepada si penanam tembikai? Atau kepada Si Pencipta tembikai itu sendiri?\u201d\n\n\u201d Wahai isteriku yang trcinta,seandainya engkau menunjukkan marahmu pada si pnjual tembikai,nescaya dia mahu menjual yang baik-baik sahaja.\n\nSeandainya engkau marah terhadapku yang juga pembeli tembikai itu,nescaya aku juga pasti mahu mmbeli yang terbaik untuk ahli keluargaku.\n\nSeandainya marahmu kepada si penanam tembikai,pasti dia juga mengharapkan tanaman yang diusahakan mengeluarkan hasil yg baik.\n\nLalu kepada siapa engkau hamburkan marahmu kalau bukan kepada Si Pencipta buah tembikai itu sendiri yakni Allah yang maha mencipta?\u201d\n\nDIA yang maha mencipta dengan sebaik-baik kejadian dan DIA yang maha mengetahui setiap sesuatu.\n\nSi steri menangis dan terus brtaubat kpd Allah. Begitulah suami yang mentarbiah isteri dengan yakin pd Allah dan begitu pula isteri yang terdidik hatinya dengan takut pada Allah.\n\u202a"
"Kaum wanita, terutamanya golong mak mak sentiasa akan mencantikkan rumahnya dengan pelbagai jenis hiasan. Dewasa ini, pokok hiasan dalam rumah semakin mendapat hati di Malaysia kerana ia bukan sahaja cantik pada pandangan mata malah berfungsi untuk membersihkan udara dalam rumah.\n\nNamun tahukah anda, tidak semua pokok hiasan sesuai diletakkan di dalam rumah kerana boleh menyebabkan keracunan toksid. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda mengetahui pokok hiasan jenis mana yang selamat. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan jenis pokok hiasan dalam rumah yang mak mak boleh tanam.\n\nSpider plant merupakan pokok hiasan dalam rumah yang sangat diminati oleh mak mak di Malaysia. Ini kerana rupanya yang cantik mampu menaikkan seri dalam rumah. Malah ia juga sangat mudah dijaga. \n\nHarganya pun murah. Satu lagi kelebihan spider plant ialah pokok hiasan dalam rumah yang kecil ini memiliki daya serap racun yang sangat tinggi. Jika anda letakkan pokok spider plant di dalam rumah, ia mampu menyerap racun yang berada dalam udara di rumah anda.\n\nPokok hiasan yang seterusnya ialah pokok aloe vera yang juga dikenali sebagai pokok lidah buaya. Aloe vera yang ditanam dalam pastu putih kecil adalah sangat cantik dan menyegarkan pandangan mata. \n\nIa seperti terapi untuk mata anda. Selain lendirnya yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti kecantikan dan kesihatan, daun aloe vera juga sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menyerap semua bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam udara di rumah anda seperti benzena dan formaldehyde.\n\nPokok hiasan dalam rumah yang mak mak boleh tanam yang seterusnya ialah pokok sirih gading atau nama inggerisnya Devil\u2019s Ivy. Kebiasaannya, pokok sirih gading ditanam dalam pasu kecil dan digantung di balkoni atau halaman rumah. \n\nPokok sirih gading bukan sahaja mampu menyerikan rumah anda malah ia juga membantu membersikah kualiti udara dalam rumah anda. Seperti pokok hiasan dalam rumah yang lain, pokok sirih gading menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya yang berterbangan di udara rumah anda.\n\nAda yang memanggilnya dengan nama pokok lidah mertua. Ada juga yang mengelarnya pokok lidah jin. Apa pun nama yang anda panggil, pokok lidah mertua merupakan salah satu daripada pokok hiasan dalam rumah yang paling popular di Malaysia. Malah ia selalunya dijadikan sebagai hiasan di sekolah, pejabat, klinik, dan hospital.\n\nPokok hiasan lidah mertua menjadi kegemaran ramai kerana parasnya yang cantik serta sangat mudah untuk dijaga. Malah ia juga bertindak sebagai penapis udara dan membantu membersihkan udara dalam rumah anda.\n\nPokok hiasan dalam rumah yang seterusnya ialah kegemaran kami. Pokok pakis boston adalah sangat cantik dan unik. Jika anda jadikan ia sebagai penghias meja, nescaya seluruh bilik anda akan kelihatan cantik berseri. Penjagaannya pun sangat mudah. Anda cuma perlu siram sekali dalam seminggu. Nak tahu apa yang lagi best tentang pokok pakis boston?\n\nPokok pakis boston terkenal dengan keupayannya untuk memberikan kelembapan kepada kawasan sekeliling. Oleh itu, jika anda letakkan pokok pakis boston di atas meja di pejabat anda, tiada lagi masalah kulit kering akibat terlalu lama berada dalam penghawa dingin. Kulit anda akan kekal lembab dan berseri.\n\nWah! Namanya sahaja dah kedengaran gah. Belum lagi anda tengok rupa bentuk pokoknya yang cantik. Pasti anda akan jatuh cinta dengan pokok hiasan dalam rumah yang ini. Mostera Deliciosa adalah pokok hiasan dalam rumah yang terkenal di Malaysia malah ia merupakan pokok hiasan dalam rumah yang digemari di seantero dunia.\n\nIa menjadi pilihan ramai wanita kerana kecantikannya dan penjagaan yang mudah. Bukan itu sahaja, pokok hiasan dalam rumah ini dikatakan mampu memperbaiki kualiti udara dalam rumah dengan cara menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu membersihkan udara dalam rumah anda kerana kemampuannya untuk menyerap formaldehyde dalam udara.\n\nPokok hiasan dalam rumah yang seterusnya ialah Dracaena. Bagi anda yang jarang membuka tingkap rumah, pokok hiasan ini adalah pilihan yang terbaik buat anda. Ini kerana Dracaena berfungsi untuk mengurangkan udara yang berkuap dalam rumah dan memberikan pengudaraan yang baik kepada rumah anda. Hasilnya, udara rumah anda akan menjadi segar dan nyaman.\n\nPokok hiasan dalam rumah yang kelihatan seperti pokok keladi ini juga sangat cantik dipandang. Semakin naik serinya kalau anda letakkan dalam pasu kecil dan gantungkan di atas kepada tempat anda berehat dan bersantai. Pokok hiasan golden pothos sememangnya di antara pokok hiasan dalam rumah yang sering dicari oleh mak mak apabila ke tapak semaian pokok.\n\nPhilodendron adalah sejenis pokok hiasan dalam rumah yang menjalar yang memiliki daun bentuk hati. Seperti pokok hiasan dalam rumah yang lain, ianya juga sangat mudah dijaga dan mempu meningkatkan kualiti udara dalam rumah anda. \n\nKalau anda nakkan pokok hiasan dalam rumah yang berbunga, peace lily adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Ia bukan sahaja mencantikkan rumah anda malah membantu membersihkan udara.\n\nItulah dia 10 pokok hiasan dalam rumah terbaik yang mak mak boleh tanam. Pokok hiasan dalam rumah bukan sahaja mampu mencantikkan, malah akan meningkatkan kualiti udara dalam rumah. Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin meminati artikel kami tentang resepi periuk noxxa dan resepi berpantang."
"Muzik memberikan kesan kepada emosi sama ada ketika gembira, sedih, rindu mahupun untuk membangkitkan semangat. Ada orang yang menjadikan kegemaran mendengar muzik untuk membangkitkan emosi-emosi tertentu.\n\nMuzik yang mendamaikan, rancak atau juga perlahan diiringi dengan barisan lirik yang memukau serta alunan suara yang merdu pasti memberi kesan kepada orang yang mendengarnya.\n\nItulah sebabnya ada orang yang suka mendengar lagu-lagu sedih ketika kecewa. Ketika adanya sukan-sukan besar di negara kita atau dunia, lagu-lagu untuk membangkitkan semangat kesukanan akan diterbitkan.\n\nBegitu juga ketika ada wabak penyakit yang melanda dunia seperti Covid 19, industri muzik tempatan juga tidak melepaskan peluang mencipta beberapa lagu. Tujuannya untuk memberikan semangat kepada masyarakat dalam mengharungi kehidupan dengan normal baharu.\n\nOleh itu, dalam artikel ini penulis ingin kongsikan beberapa contoh lagu semangat dengan liriknya sekali yang boleh menjadi motivasi diri untuk membangkitkan semangat. Lagu-lagu ini tidak terhad kepada lagu tempatan sahaja. Apa sahaja lirik yang baik boleh dijadikan pembakar semangat.\n\nTidak kiralah anda seorang pelajar, ahli sukan mahupun seorang suri rumah. Lagu-lagu semangat seperti ini memberikan aura positif untuk menjalani kehidupan harian. Hayati lirik lagunya dengan mendalam. Anda pasti akan mendapat semangat yang mungkin sudah hampir pudar. Cubalah!\n\nMimpi adalah kunci\nUntuk kita menaklukkan dunia\nBerlarilah tanpa lelah\nSampai engkau meraihnya\n\nLaskar pelangi\nTakkan terikat waktu\nBebaskan mimpimu di angkasa\nWarnai bintang di jiwa\n\nMenarilah dan terus tertawa\nWalau dunia tak seindah surga\nBersyukurlah pada yang kuasa\nCinta kita di dunia\n\nSelamanya\nCinta kepada hidup\nMemberikan senyuman abadi\nWalau hidup kadang tak adil\nTapi cinta lengkapi kita\n\nLaskar pelangi\nTakkan terikat waktu\nJangan berhenti mewarnai\nJutaan mimpi di bumi\n\nMenarilah dan terus tertawa\nWalau dunia tak seindah surga\nBersyukurlah pada yang kuasa\nCinta kita di dunia\n\nMenarilah dan terus tertawa\nWalau dunia tak seindah surga\nBersyukurlah pada yang kuasa\nCinta kita di dunia\n\nLagu: Kuasa Juara (Lagu Tema Sukan SEA 2015)\n\nLaungan gegar suara\nHarapan nusa bangsa\nKini tibalah masanya\nBuktikan semangat wira\n\nDemi negara\nBerani mara\nPenuh tenaga\nKuasa juara\n\nKami baru sepasukan\nBerjuang tanpa batasan\nTewaskan setiap lawan\nMaruah kami pertahankan\n\nDemi negara\nBerani mara\nPenuh tenaga\nKuasa juara\n\nKan ku libas\nPejam mata satu persatu ku cantas\nFokus konsentrasi cetuskan tenaga\nLaungkan suara seia sekata\nMenggegar satu asia tenggara\n\nAyuh bangun bangun\nAnak malaysia\nBerikan segalanya\nKejayaan dicipta\n\nKibarkan bendera kini\nSemboyang dah berbunyi\nKita bersatu padu menjayakan misi dan visi\n\nDemi negara\nBerani mara\nPenuh tenaga\nKuasa juara\n\nDemi negara\nBerani mara\nPenuh tenaga\nKuasa juara\n\nJika kau fikirkan kau boleh\nKau hampir boleh melakukan\nJika kau fikirkan ragu-ragu\nUsahamu tidak menentu\n\nJika kau fikirkan kekalahan\nKau hampiri kegagalan\nJika kau fikirkan kemenangan\nKau hampiri kejayaan\n\nEngkaulah apa kau fikirkan\nTerkandung dalam pemikiran\nBerfikir boleh melakukan\nFikirkan boleh\n\nPercaya apa kau lakukan\nTabah apa kau usahakan\nBertindak atas kemampuan\nEngkau boleh\n\nJika kau fikirkan kau boleh\nKau hampir boleh melakukan\nJika kau fikirkan ragu-ragu\nUsahamu tidak menentu\n\nJika kau fikirkan kekalahan\nKau hampiri kegagalan\nJika kau fikirkan kemenangan\nKau hampiri kejayaan\n\nEngkaulah apa kau fikirkan\nTerkandung dalam pemikiran\nBerfikir boleh melakukan\nFikirkan boleh\n\nPercaya apa kau lakukan\nTabah apa kau usahakan\nBertindak atas kemampuan\n\nBila bertalu rentak di kalbu\nHasrat yang tersirat semakin kuburu\nBila bergema laungan gempita\nHarapan bernyala nadiku berganda\n\nGemuruh jiwa semangat membara\nDari puncak ingin ke angkasa\nBerkalungkan bintang berkelipan\nMenyerlah jauh dari yang biasa\n\nBila bertalu rentak di kalbu\nHasrat yang tersirat semakin kuburu\nBila bergema laungan gempita\nHarapan bernyala nadiku berganda\n\nGemuruh jiwa semangat membara\nDari puncak ingin ke angkasa\nBerkalungkan bintang berkelipan\nMenyerlah jauh dari yang biasa\n\nUngkapan ini bukan sekadar bermimpi\nSegalanya pasti kan terbukti nanti\n\nGemuruh jiwa semangat membara\nDari puncak ingin ke angkasa\nBerkalungkan bintang berkelipan\nMenyerlah jauh dari yang biasa\n\nGemuruh jiwa semangat membara\nDari puncak ingin ke angkasa\nBerkalungkan bintang berkelipan\nMenyerlah jauh dari yang biasa\nMenyerlah jauh dari yang biasa\n\nBerjuta bintang menyanyi\nKu di antara yang satu\nMungkin cahaya dan impianku\nDi sini. gemilang\n\nLalu ku redah onak duri dan lautan api\nKemuncaknya inginku tawan aku jelajahi.. ohh..\n\nKini gemilang itu semakin pasti ku genggam\nGemilang suara keyakinan kian dalam\nGementar harus jangan, jiwaku harus bertenaga\nMungkinkah ini menjadi realiti\n\nLalu ku redah onak duri dan lautan api\nKemuncaknya inginku tawan aku jelajahi.. ohh..\n\nKini gemilang itu semakin pasti ku genggam\nGemilang suara keyakinan kian dalam\nGementar harus jangan, jiwaku harus bertenaga\nMungkinkah ini menjadi realiti\n\nKini gemilang itu semakin pasti ku genggam\nGemilang suara keyakinan kian dalam\nGementar harus jangan, jiwaku harus bertenaga\nMungkinkah ini menjadi realiti\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang 5 lagu semangat yang boleh memotivasikan diri untuk membakar semangat. Jika anda berasa \u2018down\u2019 dan tiada semangat untuk melakukan apa-apa sahaja, cuba dengar lagu-lagu ini dan hayati liriknya.\n\nSemoga ia membawa perubahan besar dalam hidup. Setiap orang mampu melakukan perubahan dan tidak hanya berada di takuk yang sama. Yang penting kita berusaha menangkis semua perasaan yang melemahkan jiwa dan bersemangat untuk maju ke hadapan.\n\nJemput juga baca artikel tentang kata-kata semangat, misi hidup mutiara kata tentang kehidupan dan ayat motivasi untuk wanita"
"Pasti anda cukup kenal dengan figura yang cukup terkenal dan disegani ini. Siapa lagi kalau bukan ustazah Asma\u2019 Harun. Pendakwah terkenal ini berjaya menyampaikan ilmunya dengan begitu hebat sekali sehingga diminati ramai.\n\nPada penulisan kali ini, penulis ingin memperkenalkan wanita hebat ini kepada para pembaca sekalian. Kita juga perlu menjadi hebat sepertinya. Walau tidak sepenuhnya, auranya sudah cukup untuk menarik diri kita ke arah kebaikan.\n\nBeliau sering membuat perkongsian ilmu secara langsung dalam media sosialnya. Ini menyebabkan ramai orang mula mengenali beliau dan namanya mula menjadi sebutan.\n\nJom kita mengenali beliau dengan lebih mendalam.\n\nNama Pasangan: Tengku Fazli Bin Tengku Yahya\n\nPekerjaan: Pendakwah, penceramah bebas, motivator, perundingcara rumahtangga,\u00a0bekas penolong pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan\u00a0penolong pengarah Bahagian Halal\n\nSejak kecil lagi ustazah Asma\u2019 telah pendidikan agama dan moral yang terbaik oleh orang tuanya. Ayahnya bernama Harun Bin Ismail. Beliau bekerja sebagai seorang peniaga nasi ayam dan juga pendakwah.\n\nManakala, ibu tersayangnya bernama Fikriah Binti Awang dan merupakan seorang guru fizik. Yang sangat mengagumkan, moyangnya ialah Tok Guru Haji Abbas dan datuknya pula ialah Ustaz Haji Awang Abu Bakar. Bukan calang-calang salahsilah keluarga ustazah Asma\u2019.\n\nUstazah Asma\u2019 mempunyai seramai 10 orang adik beradik iaitu Najihah, Ibrahim, Aishah, Abdul Hadi, Asiah, Siti Khadijah, Siti Aminah, Muhammad Nasrullah dan Nabilah.\n\nKeluarga besar beliau dididik dengan penuh kasih sayang, disiplin dan didikan agama yang cukup sempurna. Mengikut perkongsian ustazah Asma\u2019, kesemua adik-beradiknya berjaya khatam al-Quran dengan bergurukan ibu dan bapanya.\n\nBiasanya, selepas waku subuh dan maghrib mereka akan membaca dan mempelajari al-Quran bersama-sama. Walaupun ibu dan ayahnya sibuk dengan urusan pekerjaan, mereka tidak pernah penat untuk mengajar al-Quran.\n\nIbunya sering menitipkan nasihat kepada anak-anaknya bahawa, walau sesibuk manapun mereka nanti, jangan lupa ajarkan sendiri al-Quran kepada anak-anak. Penulis amat kagum dengan didikan dan nasihat yang diberikan oleh ibu beliau.\n\nSelain itu, mereka juga diterapkan disiplin untuk makan bersama-sama. Anak-anak tidak boleh makan bersendirian. Jika terasa lapar pun, mereka akan alas perut dengan makanan ringan. Jika sudah kenyang sekalipun, semuanya perlu berkumpul bersama-sama.\n\nSejak kecil lagi, kesemua adik-beradik ustazah Asma\u2019 dibiasakan dengan kelas ilmu agama. Walaupun tidak faham apa-apa, mereka tetap akan ke kuliah bersama-sama ibu dan ayah.\n\nMenurut beliau, setiap hari Jumaat, beliau dan keluarganya akan ke Masjid Rusila. Tujuannya untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Tok Guru Haji Hadi. Itulah permulaan kecintaan ustazah Asma\u2019 terhadap ilmu agama.\n\nPada hampir setiap hujung minggu, ibu dan ayahnya akan membawa mereka sekeluarga berjalan-jalan. Kadang-kadang ke taman permainan, ada masanya pula ke pantai.\n\nWalaupun anak-anaknya ramai, ibu dan ayah ustazah akan memastikan kesemuanya ikut dengan menaiki kereta yang sama. Semua wajib ikut walaupun sudah dewasa. Adik-adik yang masih kecil diletakkan di atas riba.\n\nUstazah Asma\u2019 mengagumi sikap orang tuanya yang mengamalkan sikap toleransi yang tinggi. Walaupun ibunya sibuk dengan tugas sebagai guru, ayahnya tidak keberatan untuk memasak hampir setiap hari. Wah, sangat mengagumkan!\n\nMenurut beliau lagi, ibu bapanya berusaha memastikan anak-anak mereka akan berkumpul dalam apa jua aktiviti. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, pupuk kasih sayang dan saling menghormati.\n\nKetika berumur 22 tahun, beliau telah bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik, Tengku Fazli. Suaminya berasal dari Kuala Besut, Terengganu. Setelah bertahun-tahun hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seramai 7 orang anak.\n\nNama anak-anak mereka ialah Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.\n\nUstazah Asma\u2019 sangat berterima kasih dengan didikan agama dan disiplin yang diterapkan oleh orang tuanya sejak beliau kecil. Menurutnya, beliau berjaya disebabkan oleh kedua-dua ibu bapanya.\n\nMalahan, kehadiran suami lebih memberikan kesempurnaan buat dirinya. Suaminya seorang yang sabar, prihatin, pendengar setia dan sering memberi nasihat kepada beliau.\n\nItulah serba sedikit perkongsian penulis tentang figura yang hebat ini. Anda boleh membaca dan menonton perkongsian ilmu dalam media sosial beliau iaitu:\n\nBagi pembaca yang belum tahu, anda boleh menyaksikan ceramah agamanya di saluran Youtube. Antara ceramah beliau ialah:\n\nMalahan, beliau juga ada menulis beberapa jenis buku tentang ilmu dan dakwah. Anda boleh mendapatkannya di kedai buku mahupun secara online.\n\nDiharapkan kita semua mendapat manfaat daripada artikel ini, in shaa Allah. Semoga Allah membalas segala jasa dan usaha beliau dalam menyampaikan ilmu. Apakah video ustazah yang memberikan kesan kepada anda? Kongsikan dengan kami.\n\nBuat ustazah Asma\u2019, moga terus diberikan kesihatan yang baik dan jangan jemu-jemu menyampaikan ilmu. Semoga segala kebaikan beliau diberkati Allah di dunia dan akhirat.\n\nAnda juga boleh membaca tentang biodata Ustaz Ebit Liew dan kisah Imam Syafie. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat.\n\nBiodata Ustazah Asma\u2019 Harun, Pendakwah Terkenal (link)"
"Makanan merupakan keperluan asas dalam kitaran hidup manusia dan \u00a0membekalkan tenaga kepada manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup.\n\nTerdapat berjuta jenis makanan di dalam dunia dan ada diantaranya boleh mendatangkan bahaya terutama sekali kepada ibu yang sedang hamil.\n\nKebiasaannya ibu hamil akan teringin atau dalam istilah harian kita mengidam untuk makan sesuatu. Namun perlu diambil perhatian bahawa ada beberapa makanan yang merbahaya untuk dimakan terutamanya ketika hamil. Sekiranya ibu hamil atau suami tidak mengendahkan larangan ini, ibu hamil berpotensi untuk mengalami keguguran.\n\nPenjagaan pada fasa awal kehamilan terutamanya trimester yang pertama sangat penting kerana ketika itu kandungan masih baru dan agak \u2018fragile\u2019 malah ibu juga dalam keadaan alahan yang teruk. Penting bagi ibu hamil untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat sepanjang proses kehamilan sebagai persediaan bergelar ibu sesudah melahirkan.\n\n15 Makanan Bahaya Untuk Ibu Hamil\n\nMelalui perbincangan ini, kami ingin berkongsi info mengenai makanan merbahaya yang perlu dielak oleh ibu hamil. Terdapat beberapa makanan merbahaya antaranya adalah;\n\nMakanan mentah sama ada dari sumber sayur ataupun haiwan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menganggu kesihatan ibu dan kandungan.\u00a0 Makanan mentah seperti sushi, daging separuh masak dan sebarang makanan mentah mengandungi bakteria yang berupaya untuk menyebabkan keguguran.\n\nIkan mentah boleh menyebabkan jangkitan seperti salmonella dan listeria. Menurut kajian ibu hamil mempunyai kebarangkalian lebih tinggi iaitu sebanyak 20 kali untuk mendapat jangkitan listeria berbanding orang biasa. Listeria akan menyebabkan ibu lemah dan kekurangan air .\n\nManakala daging mentah atau separa masak menyebabkan ibu hamil berpotensi untuk dijangkiti bakteria atau parasit seperti Toxoplasma , e.coli dan salmonella. \u00a0Kandungan yang dijangkiti dengan bakteria ini akan terbantut proses tumbesarannya.\n\nSebaiknya telur mentah juga perlu dielakkan kerana seperti yang kita sedia maklum telur mentah berkait rapat dengan bakteria salmonella. Salmonella berupaya mengakibatkan ibu muntah-muntah, demam, diarrhea dan kekejangan perut.\n\nSekiranya tidak dirawat dengan segera boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau bayi meninggal di dalam kandungan.\n\nSebaiknya makanan yang ingin dimakan perlu dimasak sebelum dimakan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.\n\nIkan yang Mempunyai Kandungan Merkuri Tinggi\n\nIkan merupakan sumber protein yang baik dan berkhasiat namun terdapat beberapa jenis ikan yang mempunyai merkuri tinggi di dalamnya. Ikan dari laut dalam seperti ikan todak, mackerel dan ikan marlin merupakan ikan yang mempunyai merkuri tinggi.\n\nIbu hamil perlu mengelakkan makanan yang mengandungi merkuri tinggi. Merkuri di dalam makanan akan mengakibatkan perkembangan bayi di dalam kandungan lambat dan berlaku kerosakan saraf pada bayi.\u00a0 Makanan bermerkuri tinggi akan mengakibatkan toksik kepada buah pinggang, sistem imunisasi badan dan sistem saraf.\n\nOrgan dalaman seperti hati lembu dan hati ayam tidak elok diambil oleh ibu hamil kerana berupaya untuk mengakibatkan kecacatan pada muka,jantung serta toksik. Walaupun organ dalaman mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi sebaiknya elakkan untuk makan organ dalaman.\n\nKafein merupakan bahan yang boleh didapati dalam minuman seperti koko, teh , kopi dan minuman ringan. Pengambilan kafein oleh ibu hamil hanya sekitar 200mg sehari ataupun sekitar 2 hingga 3 cawan sahaja.\n\nKafein berupaya untuk diserap pantas oleh bayi melalui plasenta dan kafein yang \u00a0tinggi \u00a0berupaya untuk menganggu tumbesaran tulang bayi serta menyebabkan bayi yang dilahirkan lebih ringan daripada bayi normal.\n\nBayi yang mempunyai berat yang lebih rendah ketika dilahirkan mempunyai risiko penyakit jantung dan diabetes apabila besar kelak. Malah lebih membimbangkan bayi tersebut boleh menghadapi risiko kematian ketika dilahirkan.\n\nIni untuk ibu yang mempunyai alahan kepada kekacang. Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi kekacang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.\n\nSama seperti makanan mentah , buah dan sayuran yang tidak basuh juga mempunyai bakteria seperti toxoplasma, e-coli dan salmonella. Bakteria ini didapati semasa proses penanaman, pembungkusan , penyimpanan dan ketika proses menjual.\n\nKita sedia maklum bahawa bakteria ini berupaya untuk menganggu sistem tumbesaran janin di dalam kandungan.\u00a0 Misalnya bakteria toxoplasma boleh menyebabkan kerosakan mata dan otak yang serius ketika dilahirkan.\n\nBuah-buahan masam seperti buah pic boleh menyebabkan ibu keguguran dan pengambilan epal masam sepanjang kehamilan juga menyebabkan bayi lahir pramatang dan kurang sihat. Manakala buah betik muda berpotensi untuk menyebabkan kontraksi awal yang boleh mengakibatkan keguguran.\n\nSusu dan produk tenusu mentah seperti keju mengandungi bakteria seperti listeria, salmonella dan e-coli. Bakteria seperti listeria sangat merbahaya kepada ibu hamil kerana boleh mengakibatkan keguguran. Sebaiknya ambillah produk tenusu yang sudah dipasteur demi menjaga keselamatan diri.\n\nSemasa dalam proses kehamilan sebaiknya elakkan pengambilan makanan pedas kerana makanan pedas juga dikhuatiri boleh menyebabkan pendarahan, keguguran dan kelahiran bayi pramatang. Selain itu , ibu juga akan mudah mengalami sakit perut akibat makanan pedas.\n\nIbu hamil sama sekali ditegah untuk minum minuman beralkohol sepanjang proses kehamilan . Ini kerana minuman beralkohol berupaya menyebabkan keguguran dan bayi meninggal di dalam kandungan. Selain itu , pengambilan minuman beralkohol juga boleh mengakibatkan bayi menghidap down syndrom , kecacatan wajah dan penyakit mental.\n\nIbu hamil memerlukan makanan berkhasiat dan penuh dengan nutrisi lengkap. Makanan ringan rendah dengan kandungan nutrien dan vitamin serta tinggi dengan gula dan lemak tepu.\n\nPengambilan makanan ringan secara berterusan sepanjang kehamilan boleh meningkatkan risiko diabetes dan juga komplikasi semasa proses kelahiran. Elakkan pengambilan makanan ringan yang tidak berzat dan pilihlah snek seperti buah-buah segar.\n\nDaun lidah buaya atau dikenali sebagai aloe vera mempunyai kandungan anthraquinones yang merupakan sejenis julap . Bahan ini boleh mengakibatkan kontraksi rahim dan pendarahan yang membawa kepada keguguran.\n\nMakanan diproses seperti sosej,daging cincang dan nugget boleh dikategorikan sebagai makanan tidak selamat untuk ibu hamil. Makanan ini juga sebenarnya tidak bagus untuk proses tumbesaran bayi di dalam kandungan. Biasanya makanan yang diproses mengandungi translemak yang sangat tinggi.\n\nMungkin ada beberapa jenis makanan yang nampak remeh untuk diberi perhatian namun sebenarnya sikap ambil mudah akan semua perkara terutamanya ketika hamil mempunyai risiko yang sangat bahaya.\u00a0 Jadi ambillah langkah sebaiknya dalam memastikan kesihatan diri dan juga bayi di dalam kandungan.\n\nSemoga artikel ini memberi manfaat buat semua yang bakal bergelar ibu.\n\n*Jemput juga membaca artikel menarik tentang tanda awal mengandung , pantang larang ibu mengandung dan amalan ibu mengandung."
"Kahwin sempadan atau nikah di Siam (Thailand) sudah berlaku sejak dulu lagi. Ada juga yang memilih untuk kahwin di Indonesia. Malah kahwin sempadan sekarang siap ada pihak yang tawarkan perkhidmatan untuk bantu pasangan ini bernikah. Ramai juga yang berfikir, adakah sah kahwin di sempadan ini? Bagaimana pula caranya? Namun pernahkah anda terfikir apakah sebenarnya punca mengapa kahwin di sempadan ini terus berlaku dari hari ke hari.\n\n7 Sebab Utama Mengapa Ramai Pasangan Boleh Terjebak Dengan Kahwin Di Sempadan\n\n1 \u2013 Tidak Mendapat Restu Dari Kedua Orang Tua\n\nTidak mendapat restu adalah salah satu sebab pasangan kahwin lari. Kebanyakan ibu bapa yang mementingkan harta tidak akan memberi restu jika anak mereka tidak mengikut apa yang mereka mahukan.\u00a0Tindakan segelintir masyarakat yang begini secara tidak langsung telah menyebabkan kebanyakan pasangan mengambil keputusan untuk kahwin lari. Lagi-lagi untuk pasangan yang masih muda yang sedang buta dengan cinta.\u00a0\n\nSeharusnya ibubapa diluar sana perlu hormat pilihan anak-anak bagi memudahkan urusan berkaitan soal perkahwinan. Jika semua ibubapa bersikap sporting sudah tentu peratus pasangan untuk kahwin lari akan semakin rendah. Sedangkan dalam Islam juga ada menyebut supaya memudahkan urusan perkahwinan, jadi kenapa perlu menghalang niat baik anak-anak mereka.\u00a0\n\nWalaubagaimanapun, jangan terus dikecam sikap ibubapa yang menghalang ini kerana tidak semua membantah perkahwinan si anak dek kerana faktor darjat dan pangkat. Ada juga sesetengan ibubapa ini yang menghalang disebabkan oleh sikap bakal pasangan itu sendiri yang tidak seindah khabar. Adalah tidak\u00a0mustahil ibubapa tidak restu itu kerana pasangan tidak sebaik yang disangka.\n\nKeinginan suami mahu berpoligami juga manjadi penyumbang besar sebab pasangan kahwin lari. Isu suami mahu berpoligami dan membuat keputusan untuk kahwin lari ini bukanlah suatu isu yang baru. Saban tahun jika kita lihat, jumlah suami yang berpoligami dan berkahwin di sempadan Malaysia semakin meningkat. Jumlah peningkatan sebegini, sememangnya amat membimbangkan. \n\nMana tidaknya, kebanyakan wanita yang menjadi isteri kedua merupakan anak gadis. Jika perkara sebegini masih berleluasa dibimbangi akan mendatangkan masalah pada masa akan datang. Antara sebab kenapa para suami mengambil keputusan untuk kahwin lari adalah kerana isteri pertama tidak memberi restu. Biasalah isteri mana akan senang-senang beri izin untuk suami nikah satu lagi. Ianya suatu lumrah dan fitrah bagi wanita untuk tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain.\u00a0\n\nAntara sebab lain kenapa pasangan memilih untuk terus kahwin lari adalah faktor pergaulan. Pasangan muda yang bercinta ditambah dengan rasa seronok dan sebagainya, dengan mudah akan menjerumuskan mereka ke dalam kancah maksiat. \n\nAkibat ketelanjuran mereka dalam percintaan itulah yang akan menyebabkan mereka rasa susah hati jika termengandung dan sebagainya. Bila timbul rasa bersalah dan taubat, mereka mula mengambil keputusan untuk berkahwin dan bila sesetengah ibubapa melarang disebabkan tidak tahu hal sebenar, si pasangan ini akan mengambil keputusan untuk kahwin lari dan menjauhkan diri dari keluarga.\u00a0\n\n4 \u2013 Kos Perkahwinan Yang Tinggi\n\nKos perkahwinan di Malaysia saban tahun semakin meningkat. Ia memberi kesan buat mereka yang berpendapatan kecil untuk berkahwin. Ini juga merupakan salah satu sebab kenapa pasangan membuat keputusan untuk kahwin lari. Ini kerana, dengan berkahwin di sempadan Malaysia kosnya amat rendah dan tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jadi tidak hairanlah kenapa setiap tahun ramai pasangan muda memilih untuk kahwin secara lari begini.\u00a0\n\n5 \u2013 Jumlah Wang Hantaran Yang Over\u00a0\n\nSelain dari kos perkahwinan untuk sediakan majlis, permintaan hantaran yang tinggi dari pihak keluarga perempuan juga menjadi sebab pasangan kahwin lari. Mungkin bagi segelintir ibu bapa diluar sana ia adalah perkara biasa. Namun sikap segelintir ibu bapa yang gemar meminta hantaran yang terlalu tinggi hingga kadangkala tidak munasabah telah menambah beban buat si pasangan terbabit. Akibatnya dari ingin berkahwin secara baik, si pasangan terus buat keputusan untuk kahwin di sempadan asalkan mereka dapat terus bersama sebagai suami isteri sebagaimana yang dihajati.\n\n6 \u2013 Tersepit Dengan Permintaan Keluarga\u00a0\n\nFaktor seterusnya ini mungkin anda tidak percaya tetapi ia memang ada berlaku di dalam kalangan masyarakat kita. Untuk pengetahuan, masih ada ibubapa yang mementingkan adat. Sebagai contoh nak pilih pasangan mesti dari negeri yang sama dan sebagainya. \n\nSikap segelintir ibu bapa yang mementingkan diri sendiri begini telah menjadi sebab pasangan kahwin lari. Inikan zaman moden maka sudah tiba masanya untuk ibu bapa memberi kebebasan untuk anak mereka memilih pasangan masing-masing. Bukan adat yang menjadi ukuran untuk sebaliknya budi pekerti dan agama yang perlu dipentingkan.\u00a0\n\n7 \u2013 Proses Kahwin Di Sempadan Lebih Mudah\u00a0\n\nProses perkahwinan di sempadan yang mudah turut menjadi sebab pasangan kahwin di sempadan. Bagi mereka proses berkahwin di Malaysia adalah rumit, sebab itu mereka mengambil keputusan untuk berkahwin lari. Tetapi apa yang mereka tidak tahu proses yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari sebenarnya. Sikap segelintir pasangan yang acuh tidak acuh inilah yang akan menimbulkan masalah apabila mereka punya anak atau akan bercerai jika jodoh tidak panjang nanti.\u00a0\n\nJangan Terus Kahwin Di Sempadan Sebelum Tahu Akan\u00a0 Risikonya\n\nKahwin di sempadan ini sebenarnya sah cuma bagi undang-undang perkahwinan negara ia tidak patut dilakukan kerana akan mendatang masalah yang lebih besar. Lagipula ada banyak risiko yang boleh berlaku. Sebagai contoh :\n\n1 \u2013 Si wanita mungkin terpedaya dengan janji manis pasangan konon anak di ajak kahwin sedangkan cuma ingin bawa lari ke sempadan untuk tujuan pelacuran dan sebagainya.\n\n2 \u2013 Pasangan mungkin dijanjikan untuk mudah berkahwin tetapi rupanya menjadi sindiket penipuan.\n\n3 \u2013 Pasangan terlajak teruja hingga tidak tahu kena daftar semula di dalam negara. Akhirnya perkahwinan membawa masalah apabila surat beranak untuk anak tidak dapat dikeluarkan kelak.\n\nSesungguhnya kahwin lari atau kahwin di sempadan ini lebih banyak keburukan berbanding dengan kebaikan. Perkahwinan di sempadan banyak risiko dan tidak boleh dijadikan jalan pintas untuk bernikah. Walaupun dalam Islam, seorang lelaki itu tidak akan dihalang untuk berkahwin di mana sekalipun termasuk berkahwin di sempadan tetapi janganlah terlalu mengikut perasaan. Kaji dulu segala baik buruk dan pandanglah jauh ke depan sebelum tersilap membuat keputusan."
"Cuaca yang panas di malaysia membuat tekak kita pening kepala, sakit tekak dan terutama sekali batuk. Batuk membuatkan kita rasa tidak selesa kerana sentiasa batuk tidak kira masa dan tempat. Ia juga membuatkan kita rasa segan di khalayak ramai kerana kerap batukdan risau jika ia boleh memberi kesan terhadap orang sekeliling.\n\nSelain itu, batuk juga membuatkan kita tidak boleh tidur malam. Ya, ia amat menyeksakan kerana tidak dapat tidur yang lena. Bagaimana kita mahu mengubati batuk ini?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai jenis batuk dan rawatan mengubatai batuk. Info ini dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\nTahukah anda ada 2 jenis batuk? Mari kita ketahui jenis batuk.\n\nKahak adalah pekat lendiran yang dihasilkan oleh mukosa dalam hidung, mulut, tekak. Kalau kita sihat, lendiran ini ada juga, cuma ia cair. Jika ada iritasi pada mukosa, seperti bendasing, perengsa, atau jangkitan tertentu di kerongkong serta di paru-paru, maka lendiran ini boleh dihasilkan lebih banyak atau lebih pekat dan dipanggil kahak. Kehadiran kahak ini buat tekak tidak selesa, maka tercetus refleks batuk untuk membuangnya.\n\nAda juga batuk yang tidak berkahak. Seringkali batuk jenis ini disebabkan oleh rasa tekak gatal atau kering. Ini biasanya tanda-tanda jangkitan tekak (laryngitis/pharingitis/tonilitis). \n\nAdakalanya pula batuk kering disebabkan oleh salur pernafasan menjadi sempit, contohnya ketika serangan asma. Selain itu, terdedah kepada habuk, jerebu dan bahan kimia, serta merokok juga boleh sebabkan batuk kering.\n\nSelepas penilaian doktor, ada beberapa jenis ubat yang mungkin diberi oleh doktor, antaranya adalah:\n\nUbat batuk jenis ini sesuai untuk batuk berkahak. Ia diberi untuk memudahkan kita buang kahak. Mekanismanya sama ada dengan mencairkan kahak, atau menghasilkan batuk yang lebih efektif. Sebab itu ada ubat batuk, lepas kita ambil, rasa macam lebih kahak terhasil.\n\n\u2013 Contoh ubat: Mucolix, Bisolvon, Bromhexin\n\nIni ubat yang sesuai batuk kering. Ubat ini menghambat reflek batuk. Ada dua mekanisma, iaitu menampan reflek batuk di otak, atau di tekak. Oleh kerana ada ubat antitussive yang bertindak di otak, sebahagiannya mempunyai kesan sedatif dan boleh menyebabkan mengantuk.\n\n\u2013 Contoh ubat: Copastin, Codeine, Benadryl\n\nJangkitan pada salur pernafasan boleh menghasil menyebabkan salur pernafasan menyempit seperti reaksi asma, dan mencetuskan batuk. Ubat lelah akan melegakan kesempitan salur pernafasan, mengurangkan bengkak pada mukosa, hentikan penghasilan mukosa berlebihan.\u00a0\n\nAda juga ubat lain yang diberi bersama ubat batuk. Di bawah ini adalah kemungkinannya:\n\nKadangkala, masalah batuk itu bukan dari tekak atau paru-paru, tetapi dari hidung. Ketika kita selsema, hingus boleh mengalir ke belakang(post nasal drip) dan menyebabkan iritasi pada tekak, lantas mencetus refleks batuk. Jika batuk begini, doktor akan beri ubat selsema.\n\n\u2013 Contoh ubat: Loratadine, Clarinase, Actifed\n\nAntibiotik akan diberi jika dan hanya jika doktor mengesyaki anda ada jangkitan bakteria pada salur pernafasan atau paru-paru. Jika doktor syak ia jangkitan virus, maka anda tidak perlu antibiotik. Ini kerana antibiotik adalah untuk membunuh bakteria, bukan virus. Untuk bunuh virus perlu ubat antivirus. Namun kebanyakan jangkitan virus boleh pulih sendiri (self limiting) tanpa ubat antivirus.\n\nBiasa dalam bentuk ubat untuk dihisap dan berangin. Ia diberi untuk kurangkan kerengsaan tekak gatal.\u00a0\n\n1) Perbanyakkan minum air. Air diperlukan agar kahak tidak terlalu pekat. Ia juga boleh melegakan tekak yang kering.\n\n2) Elakkan makanan atau minuman yang boleh sebabkan iritasi pada tekak seperti makanan pedas/berempah dan berminyak.\n\n3) Elakkan kopi dan minuman beralkohol. Kopi adalah diuretik(penggalak buang air kecil), jadi ia boleh buat anda dehidrasi.\n\n4) Boleh ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C, dan madu.\n\n5) Ambil ubat batuk over-the-counter(OTC) yang boleh dibeli di farmasi.\n\n7) Pakai topeng muka untuk elakkan penyebaran jangkitan atau melindung diri daripada habuk/jerubu/asap/bahan kimia.\n\n1) Bila batuk anda tidak berkurang selepas 3 hari. Batuk yang berpanjangan boleh menandakan masalah serius seperti tuberkulosis(TB) serta bronkoetasis.\n\n2) Kahak anda terlalu pekat, banyak dan berubah warna kepada hijau, kuning atau jika kahak anda ada darah. Kena peka dengan warna kahak.\n\n3) Batuk anda kerana sesak dada. Asma, jangkitan paru-paru, paru-paru berair, dan lemah jantung boleh akibatkan sesak dada.\n\n4) Bunyi batuk anda lain daripada biasa. Terutamanya pada kanak-kanak. Bunyi kokol disebabkan Pertusisis. Batuk menyalak (barking) disebabkan oleh Diptheria.\n\n5) Lepas doktor mulakan ubat darah tinggi, batuk pun datang. Ada ubat darah tinggi menyebabkan batuk.\n\n*Kerap batuk memang membuat kita rasa tidak selesa. Jadi, cepat-cepat berjumpa doktor kerana batuk tidak boleh baik dengan sendirinya. Seperti ubat di atas yang telah di nyatakan oleh doktor, kita boleh mendapatkan ubat tersebut di klinik dan hospital yang berdekatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penuh. Boleh baca artikel penuh di sini."
"Fillet ikan ialah bahagian isi ikan yang dipotong-potong memanjang dan tanpa tulang. Fillet ikan dijual di pasaraya dengan harga yang boleh tahan. Biasanya fillet ikan dory adalah antara fillet yang terkenal, namun ada pula fillet ikan lain yang tidak kalah sedap. Oleh itu kami telahpun tuliskan 10 kumpulan resepi fillet yang lazat untuk anda cubakan.\n\nResepi seterusnya ialah fillet buttermilk. Cara menyediakan fillet buttermilk pula amat senang. Bahan-bahan yang diperlukan amat mudah didapat. Justeru, lauk yang terhasil amat sedap, lemak dan berkrim ala masakan western. Mari cuba resepi oleh Mieza Hassan di laman Facebook.\n\n2. Fillet Ikan Dori Bersos Lemon\n\nMenu untuk tengahari iaitu fillet ikan dori bersos lemon. Tiada sesiapa yang sanggup abaikan resepi ini. fillet ikan yang digoreng garing dengan tepung kemudian disiram dengan sos lemon. Hidangan mewah ini amat membangkitkan selera. Resepi oleh Nur Hanani Baharuddin di laman Facebook.\n\nLazatnya fillet ikan dori masak sweet sour. Makan makin sedap sebab guna fillet ikan lembut yang disalut dengan tepung segera yang rangup. Resepi kuah sweet sour ala Cahaya Shaza Aieyzaty amat sedap terangkat.\n\n4. Fillet Goreng Berlada Limau Nipis\n\nVarian menu seterusnya ialah fillet ikan patin goreng berlada limau nipis. Resepi ini mencetuskan rasa masam dan pedas dalam satu pinggan. Dapat makan dengan nasi putih makin menyelerakan. Resepi oleh Yusnizah Mohd Bachalan di laman Facebook.\n\n5. Fillet Ikan Masak Tiga Rasa\n\nAliah Nizan berkongsikan resepi fillet ikan masak tiga rasa di laman Facebook. Resepi ini amat sedap macam kedai punya.\nPedas, masam, dan manis masakan ini padu terangkat. Resepi yang mampu puaskan selera.\n\nFillet kali ini lain dari yang lain kerana ia akan mengejut anda dengan inti salted egg yolk lemak masin. Hidangan ini sedap dijadikan lauk makan dengan nasi, atau dimakan macam itu sahaja dengan sos. Resepi dikongsikan oleh Janet Koh dilaman Facebook.\n\nLauk ala chinese simple yang patut cuba. Resepi ini menggunakan fillet ikan sutchi. Makan lauk ini konfirm semua suka, makan pula bertambah. Resepi dikongsikan oleh Nadiah Noor di laman Facebook. Ikan sutchi ini lagi sedap dari dory, isi dia putih.\n\nSup ini begitu sedap dimakan ketika masih panas, amat sesuai untuk mereka yang demam, selsema, dalam pantang, dan sewaktu dengannya. Kalau mahu tambah tauhu putih yang dipotong kiub pun boleh. Resepi daripada Paan Selamat yang berkongsi di laman Facebook.\n\nSiapa suka makan umai? Buat umai tidak susah, lagi-lagi tidak perlu dimasak. Cuma lama nak menunggu untuk dijamah sampai meleleh air liur. Resepi umai fillet dory dikongsikan oleh Emy Amiza di laman Facebook.\n\n10. Kari Ikan Fillet Choo Chee Ala Thai\n\nMenu ini ada dekat kedai Thai tapi jarang orang order. Padahal kari ikan ala thai ini amat sedap. Tidak rugi mencuba, pedas dan berlemak kejadiannya. Hirisan daun limau purut dan cili merah sebagai hiasan. Resepi dikongsikan oleh Kesavan Supramaniam di laman Facebook.\n\nSelain resepi fillet, kami menulis kumpulan resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya."
"Setiap bulan, seorang wanita\u00a0 mempunyai hari paling subur. Jika anda sedang berusaha untuk mengandung, pastikan anda bersama suami pada hari keramat tersebut. Jom kami kongsikan 14 tanda subur wanita yang ramai isteri tak tahu.\n\nJika anda ingin mengetahui jawapan yang paling\u00a0 tepat sama ada anda sedang subur atau pun tidak, anda boleh mendapatkan alat pengesan kesuburan atau \u2018ovulation predictor kit\u2019 (OPK). Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat penguji kehamilan.\n\nProses ovulasi menyebabkan suhu basal tubuh meningkat.\u00a0Untuk menggunakan kaedah ini, anda pelu mengambil suhu badan setaip hari, sebaiknya wewaktu bangun tidur. Ambil suhu pada waktu yang sama setiap hari untuk ketepatan. Catat.\n\nOleh kerana peningkatan suhu badan tidak begitu ketara, pastikan anda menggunakan termometer yang tepat & stabil bacaannya iaitu termometer basal. Biasanya, semasa tubuh mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.\n\nSebanyak satu per lima wanita berasa sakit pinggang semasa waktu subur. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai sakit pinggang sebelah atau keradangan di tempat spesifik. Keadaan ini dipanggil \u201cmittelschmerz\u201d\u00a0(sakit di tengah). Ianya boleh berlaku selama beberapa minit sehingga beberapa jam.\n\nPerut anda akan terasa kembung menjelang waktu subur. Ini berlaku kerana berlakunya perubahan hormon estrogen & progesteron dalam badan.\n\nSelain perut kembung, perut anda juga akan kelihatan sedikit buncit. Ini berlaku kerana meningkatnya kandungan gas dalam perut akibat kekembungan.\n\n6. Lendiran faraj & keputihan yang\u00a0 jernih\n\nSewaktu subur, anda akan perasan keluarnya lendiran faraj yang berupa keputuhan jernih tanpa bau. Ianya tidak begitu melekit. Lendiran faraj ini boleh diumpakan seperti putih telur. Fungsi lendiran faraj ialah untuk memudahkan sperma berenang menuju ke arah ovum.\n\nSatu lagi tanda subur yang ramai wanita tak perasan ialah\u00a0 peningkatan nafsu syahwat atau Libido. Anda akan berasa lebih ghairah dan mudah terangsang. Pada waktu ini, pasangan anda akan kelihatan lebih menarik dan menggoda. Anda juga akan berasa lebih seksi & perasan cantik.\n\nAnda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga sebenarnya memberikan tanda-tanda kepada suami bahawa anda sedang subur. Anda akan kelihatan lebih menawan dimata suami. Bau badan anda juga lebih harum dan seksi pada suami.\n\nRasa sakit seperti kejang atau \u2018cramp\u2019 pada bahagian perut bukan saja berlaku sewaktu datang haid tapi juga berlaku pada hari anda paling subur. Tahap kekejangan berbeza bagi setiap wanita. Ada wanita yang mengalami kekejangan yang sangat sedikit sehingga langsung tak perasan. Ada wanita yang mengalami kekejangan yang kuat & terasa seperti senggugut.\n\n9. Posisi Serviks (Pangkal Rahim) Tinggi & Lembut\n\nSatu lagi tanda seorang wanita sedang subur ialah perubahan pada serviks atau pangkal rahim. Pada waktu biasa, serviks berada dalam keadaan tertutup, kering, terasa agak kesat, dan berada pada posisi rendah. Mudah dirasa apabila anda memasukkan jari.\n\nApabila menghampiri waktu ovulasi, serviks akan terasa lembut, sedikit terbuka, lembap dan pada posisi tinggi . Apabila anda masukkan jari, serviks berada agak jauh di dalam. Waktu terbaik untuk memeriksa serviks adalah pada waktu malam. Pastikan tangan anda bersih sebelum membuat pemeriksaan.\n\nMenjelang ovulasi, berlakunya peingkatan hormon dalam tubuh badan lalu menyebabkan payudara anda akan terasa sedikit sensitif dan ngilu. Ada juga wanita yang mengalami bengkak payudara semasa waktu subur.\n\n11. Deria Rasa & Bau Lebih Tajam\n\nSelain tanda-tanda di atas, ada juga wanita yang mendakwa mereka biasanya akan dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih baik pada waktu subur. Oleh itu, wanita juga kebiasaannya akan menjadi lebih berselera ketika proses ovulasi.\n\n12. Tompokan Darah ( spotting )\n\nTompokan darah atau spotting berlaku akibat kadar penurunan estrogen yang mendadak sebelum berlakunya ovulasi. Penurunan paras estrogen menyebabkan\u00a0paras progesteron akan turut menurun dan berlakunya luruhan endometrium secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya tompokan darah.\n\nUntuk pengetahuan anda, pada kawtu subur kulit muka wanit akan menjadi sangat berminyak. Lebih berminyak daripada waktu normal.\n\nBiasanya mood swing dikaitkan dengan PMS atau tanda nak datang bulan. Yang sebenarnya, mood anda yang tidak menentu juga adalah salah satu tanda anda sedang subur.\n\nSelain mengatahui tanda-tanda waktu subur wanita di atas, ada baiknya untuk anda mengtahui cara mengira waktu subur.\u00a0Berikut adalah cara kira waktu subur selepas haid dengan tepat dan mudah. Untuk mengetahui waktu subur, terdapat 2 perkara yang perlu anda tahu:\n\nOleh itu, jika tempoh kitaran haid\u00a0anda adalah sekitar 27 \u2013 30 hari, maka anda akan paling subur pada hari ke 9 hingga 19. Jangan lupa untuk bersama suami setiap hari pada hari ke 9 sehingga hari ke 19 dalam kitaran haid anda.\n\nSelain menggunakan kaedah kiraan,\u00a0 anda boleh menggunakan kalkulator ovulasi secara online seperti:\n\nItulah dia 14 tanda subur wanita & cara kira waktu subur wanita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda."
"Sebenarnya, mencukur rambut bayi yang baru lahir bukan sekadar adat orang Melayu, tetapi ia merupakan amalan yang disarankan dalam Islam. Malah lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/299) ada menyatakan sunat mencukur rambut anak lelaki dan perempuan selepas penyembelihan aqiqah pada hari yang ketujuh dan\u00a0bersedekah emas atau perak mengikut berat rambut tersebut.\n\nIni berdasarkan hadith daripada Saidina Ali R.A, katanya, Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan dan bersabda:\n\n\u0639\u064e\u0642\u0651\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u0650 \u0628\u0650\u0634\u064e\u0627\u0629\u064d \u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u064a\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0627\u0637\u0650\u0645\u064e\u0629\u064f \u0627\u062d\u0652\u0644\u0650\u0642\u0650\u0649 \u0631\u064e\u0623\u0652\u0633\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u062a\u064e\u0635\u064e\u062f\u0651\u064e\u0642\u0650\u0649 \u0628\u0650\u0632\u0650\u0646\u064e\u0629\u0650 \u0634\u064e\u0639\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650 \u0641\u0650\u0636\u0651\u064e\u0629\u064b\u060c \u0642\u0627\u0644: \u0641\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0648\u064e\u0632\u0652\u0646\u064f\u0647\u064f \u062f\u0650\u0631\u0652\u0647\u064e\u0645\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064e \u062f\u0650\u0631\u0652\u0647\u064e\u0645\u064d\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cWahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah perak mengikut berat rambut tersebut.\u201d Ali berkata: \u201cFatimah pun menimbang rambut itu dan mendapati beratnya satu dirham atau setengah dirham.\u201d (HR al-Tirmizi & Al-Baihaqi)\n\nMemandangkan amalan mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan ini adalah anjuran agama, maka adalah lebih baik kita lakukannya dengan cara yang betul mengikut sunnah iaitu mencukur rambut sehingga botak. Bukan sekadar menggunting beberapa helai rambut untuk buat syarat sahaja.\n\nIslam sememangnya agama yang penuh dengan hikmah, malah amalannya selari dengan fakta sains. Mencukur rambut bayi bukan amalan yang sia-sia, malah tujuannya adalah untuk\u00a0menjaga kebersihan\u00a0dan memastikan anak kecil itu bebas dari penyakit. Ia bagi membuang rambut bayi yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran.\n\nMengikut adat orang Melayu, kenduri cukur jambul akan diadakan untuk mencukur rambut bayi yang baru lahir. Hakikatnya, tanpa kenduri sekalipun, ayah dan ibu boleh melakukannya di rumah sendirian tanpa sebarang majlis keraian.\n\nMemandangkan kepala bayi masih lagi lembut, jadi ayah dan ibu harus berhati-hati semasa mencukur rambut si kecil. Bagi mengelakkan kepala bayi tidak terluka semasa proses mencukur, terdapat beberapa tips yang anda boleh cuba.\n\nSediakan peralatan yang perlu sebelum anda mula mencukur rambut bayi. Antara alatan yang diperlukan adalah:\n\n\u2013 Bekas berisi air & syampu bayi\n\nSebelum anda mula cukur, pastikan anda telah bersedia. Cuci tangan anda sebelum mencukur. Dan bagi ayah ibu yang pertama kali melalui pengalaman ini, pastinya ada sedikit perasaan gementar. Oleh itu, adalah penting untuk anda pastikan diri anda dalam keadaan tenang. Selain itu, pastikan bayi berada dalam keadaan selesa dan nyaman. Mungkin anda boleh cukur kepala semasa bayi sedang tidur atau selepas menyusu. Namun, jika bayi sedang berjaga, ayah dan ibu perlu bekerjasama. Mungkin ibu boleh memangku bayi manakala ayah pula mencukur kepala bayi.\n\n3) Cukur rambut bayi dengan cara yang betul\n\nUntuk memastikan kepala bayi tidak terluka, anda harus tahu mencukur rambut bayi dengan cara yang betul. Semasa proses mencukur, mata pisau pencukur mungkin jadi tumpul, jadi sediakan beberapa pisau pencukur untuk melancarkan proses mencukur rambut bayi anda.\n\n4) Sediakan bekas plastik dan penimbang\n\nSediakan bekas plastik dan penimbang untuk menimbang bekas plastik semasa kosong dan juga bekas plastik selepas diisi dengan rambut yang telah dicukur.\n\nAlat penimbang yang digunakan haruslah penimbang yang digunakan untuk menimbang emas. Sekiranya tidak ada, anda bolehlah sediakan 2 bekas plastik yang sama. 1 biarkan kosong, 1 lagi untuk isi rambut yang telah dicukur. Selepas selesai proses mencukur, anda boleh ke kedai emas untuk menimbang berat rambut tersebut.\n\n1) Setelah ayah ibu dan bayi dalam keadaan tenang, bolehlah mulakan proses mencukur rambut bayi.\n\n2) Gunting rambut bayi terlebih dahulu sekiranya rambut terlalu lebat.\n\n3) Kemudian, mula mencukur rambut bayi dari atas ke bawah.\n\n4) Basuh pisau tadi dengan air berisi shampo tadi.\n\n5) Setelah habis dicukur, rapikan dengan mencukur dari bawah ke atas hingga habis sisa rambut terbuang.\n\n6) Selepas licin, lap kepala bayi dengan tuala.\n\nMenurut hadith di atas, adalah sunat untuk bersedekah dengan nilai timbangan rambut bayi yang baru lahir dengan nilaian perak atau emas. Oleh sebab itu, rambut bayi yang dicukur tadi perlu dikumpulkan untuk ditimbang.\n\n1) Timbang bekas plastik yang kosong.\n\n2) Timbang bekas plastik yang telah diisi dengan rambut yang dicukur.\n\n3) Tolak perbezaan berat untuk dapatkan berat rambut sahaja tanpa berat plastik.\n\n4) Darabkan berat rambut dengan nilai emas semasa. Jika tak mampu, boleh guna nilai perak.\n\nRM212.85 dibundarkan kepada nilai terdekat, iaitu RM213. Namun begitu, jika anda ingin bersedekah lebih dari nilai tersebut juga dibolehkan.\n\nSetelah dapat nilai tersebut, maka bolehlah anda mencari orang fakir atau miskin dan bersedekah dengan nilai duit itu kepada mereka. Jika tak kenal sesiapa fakir dan miskin, anda bolehlah tanya kepada AJK surau atau masjid di kariah anda. Kebiasaannya mereka tahu siapa golongan fakir dan miskin di kawasan anda.\n\nKesimpulannya, cukup rambut bayi yang baru lahir adalah amalan yang disunatkan dalam agama Islam. Ia bukan sekadar adat orang Melayu. Oleh sebab itu, adalah lebih baik pelaksaannya mengikut cara yang diajarkan Nabi SAW kepada kita. Bukan sekadar ikut-ikutan seperti apa yang diamalkan dalam adat majlis cukur jambul.\n\nAmalan bersedekah dengan nilai timbangan rambut bayi yang baru lahir dengan nilaian perak atau emas adalah tanda kesyukuran kerana dikurniakan cahaya mata. Kegembiraan itu dizahirkan dengan amalan bersedekah.\n\nMarilah sama-sama kita mendoakan semoga anak dan zuriat keturunan kita menjadi anak-anak yang soleh solehah."
"Kulit minyak dan berjerawat adalah musuh utama bagi wanita dan juga lelaki sehinggakan ia akan menjejaskan penampilan seseorang. Bagi kulit wajah yang bermasalah, penting untuk anda ketahui punca dan cara atasinya.\n\nJerawat dan kulit berminyak selalunya terjadi akibat radikal bebas, salah pilih produk, perubahan hormon dan macam-macam lagi. Namun, untuk mengatasi masalah jerawat dan kulit berminyak, anda boleh cuba memakai clay mask.\n\nClay mask dapat membaiki sel kulit dengan lebih baik dan sihat. Jom lihat antara clay mask terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat.\n\n1. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask \n\nClay mask dari Innisfree mengandungi bahan semulajadi yang sesuai digunakan untuk kulit bermasalah. Ia berfungsi mengurangkan minyak pada wajah dan menghalang radikal bebas menghasilkan jerawat baru.\n\nClay mask terbaik untuk berminyak dan berjerawat ini akan mengangkat sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih segar, sihat dan lembab sentiasa. Ia juga menutup liang-liang pori yang terbuka serta membaiki sel kulit yang rosak.\n\n2. Freeman Facial Clay Mask (Mint & Lemon)\n\nFreeman mengeluarkan pelbagai jenis clay mask untuk atasi masalah kulit wajah namun bagi masalah kulit berjerawat dan berminyak, anda boleh gunakan Mint & Lemon Clay Mask. \n\nHanya sapukan dan scrubkan wajah biarkan dalam masa 10 minit sahaja, kemudian bilas wajah anda. Pasti kulit lebih segar tanpa minyak dan dapat memudarkan jerawat dengan baik.\n\nClay mask terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat juga adalah Himalaya Purifying Neem Mask. Ia mengandungi bahan semulajadi seperti nimba dan kunyit. Fungsi clay mask ini adalah untuk melindungi kulit wajah dari segala bakteria dengan adanya kandungi multani mitti.\n\nBagi anda yang menghadapi masalah jerawat dan kulit berminyak, clay mask ini juga akan menghasilkan kulit yang sihat serta menghilangkan minyak wajah dan memudarkan jerawat.\n\n\u00a04. MUGWORT PORE CLARIFYING WASH CLAY MASK AXIS-Y\n\nDengan kandungan ekstrak Mugwort, clay mask terbaik ini membersihkan kulit wajah secara mendalam sehinggalah ke liang-liang roma yang terbuka. \n\nBagi kulit bermasalah seperti berjerawat dan berminyak, ia mengangkat sel kotor kulit dan menyihatkan kulit secara semulajadi. Masalah jewarat dan kulit gatal juga dapat diatasi. \n\nUntuk pengetahuan anda, clay mask terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat ini dapat melambatkan proses penuaan kerana ia turut kaya antioksidan.\n\n5. Freeman Feeling Beautiful Sweet Tea & Lemon Peel-Off Clay Mask\n\nClay mask berbentuk peel off ini menjadi tarikan ramai kerana kandungan dan manfaatnya. Ia lengkap dengan kandungan Sweet tea dan lemon, benar-benar berbau segar dan harum. Jenama Freeman sememangnya sangat dipercayai dan diyakini berkesan.\n\nSelain menarik kotoran pada kulit wajah, clay mask terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat ini mengawal minyak kulit serta memberi kelembapan terbaik untuk kulit wajah. Ia kaya dengan antioksidan malah menampakkan kulit lebih segar dan awet muda.\n\n6. Green Tea Purifying Clay Mask\n\nGreen tea purifying clay mask ini merupakan produk buatan China yang sesuai untuk para wanita. Clay mask terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat ini dapat mengawal minyak wajah yang berlebihan, membersihkan kulit serta membekalkan nutrisi yang lebih sihat dan selamat.\n\n7. Some By Mi Super Matcha Pore Clean Clay Mask\u00a0\n\nDiperbuat daripada green tea dan serbuk Matcha, clay mask Some By Mi ini juga mengandungi daun teh dan beberapa bahan organik yang lain. Khasiat bahan sangat terbaik untuk kulit wajah dan sesuai dijadikan produk penjagaan wajah. \n\nIa dapat mengurangkan bintik hitam dan putih, jeragat, jerawat serta kulit berminyak. Selain itu, ia juga menutup pori-pori wajah supaya wajah nampak lebih licin dan cantik berseri.\n\nSelain berfungsi sebagai clay mask, Rhassoul 600 juga boleh dijadikan pencuci muka dan skrub. Ia berfungsi 3 dalam 1 dan sangat sesuai untuk mereka yang berjerawat dan mengalami muka berminyak. Bagi kulit sensitif, clay mask ini sangat elok untuk digunakan.\n\nJangan terkejut dengan clay mask terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat ini, jerawat akan kecut dan kulit akan lebih cantik dan lembab. Anda boleh guakan setiap hari jika dijadikan pencuci wajah manakala boleh gunakan sebagai mask 1 atau 2 kali seminggu.\n\n9. SKINEATS Charcoal Purifying Clay Mask\n\nClay mask terbaik yang diperbuat dari arang ini mempunyai khasiat yang sangat hebat. Ia dapat membersihkan kulit wajah yang bermasalah seperti berjerawat dan berminyak dengan sangat baik.\n\nJerawat makin pudar, bakteria, toksid dan lebihan minyak wajah dapat dihapuskan. Penggunaan mask ini jgua dapat melancarkan darah di bahagian kulit wajah sekaligus menghalang perbentukan jerawat. \n\nCara menggunakannya adalah sangat mudah, anda cuma perlu campurkan sedikit serbuk clay mask dengan sedikit air, boleh disapukan di muka. Selain itu, anda boleh campurkannya dengan yogurt, madu dan lain-lain bahan bersesuaian untuk khasiat yang lebih bagus.\n\nJVR Clay Mask Cleanser ini dikategorikan sebagai clay mask untuk kulit berminyak dan berjerawat. Menarik lagi, ia dapat mengurangkan blackhead dan mengawal kulit berminyak. \n\nPasti lebih efektif kesannya sekiranya anda menggunakan clay mask di seluruh bahagian wajah terutamanya yang berjerawat. Ia dapat mengecutkan jerawat dan menghilangkannya jika digunakan secara konsisten setiap minggu.\n\nBerikut adalah antara clay mask terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat. Jom baca juga shampoo terbaik, lip balm terbaik, toner terbaik untuk kulit kering dan toner untuk kulit jerawat.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Menu sayur yang paling mudah dimasak, resepi yang simple dan ringkas tapi sedap. Resepi sayur kubis daripada\u00a0Norlia Abdul Raman\u200e di Facebook ini rasanya manis dan crunchy.\n\nTerkadang para ibu bingung ingin buat resepi sayur kubis apa. Biasanya masak tumis dengan bawang kasih berkuah bukan? Tumis sayur macam itu ialah menu harian yang biasa ibu buat.\n\nMaka kali ini kami hadirkan resepi sayur kubis yang berlainan. Ianya ialah dengan menggoreng sayur kubis dengan bawang putih. Anda tidak perlu kuatir dengan rasa bawang putih. Selagi anda tidak menggunakan bawang putih berlebihan maka rasanya akan tetap terjaga.\n\nResepi ini menggunakan kubis brussel. Sayur ini enak dimakan bersama nasi putih mahupun diratah macam itu saja pun boleh. Selamat mencuba.\n\nResepi Sayur Kubis Brussel Goreng Bawang Putih\n\nSelain resepi sayur kubis brussel goreng bawang putih, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jom kita baca kisah tazkirah Ramadhan untuk jiwa ini. Ramadhan adalah bulan mulia dan penuh dengan rahmat. Setiap kebaikan dan amal ibadat yang kita lakukan akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. \n\nMalahan Allah menjanjikan satu malam penuh rahmat yang cuma berlaku sekali dalam setahun iaitu malam Lailatul Qadar. Sesiapa yang beribadat pada malam Lailatul Qadar akan mendapat pahala seolah-olah beribadat selama 1000 tahun.\n\nDi antara amal ibadat yang boleh kita lakukan sepanjang Ramadhan untuk mengumpul pahala ialah dengan membanyakkan:\n\nJom hayati kisah tazkirah ramdhan di bawah ini.\n\nMenurut catatan sejarah pada zaman Rasulullah terdapat seorang wanita yang sangat kuat beribadah, siang malam dia bersolat. Dia juga sering puasa sunat dan berjaga di tengah malam untuk berqiamullail. Pendek kata, semua yang mengenalinya tahu bahawa wanita itu adalah seorang yang sangat beriman dan menghabiskan hidupnya untuk beribadat kepada Allah. Pasa suatu hari wanita itu meninggal dunia.\n\nJenazah wanita itu diuruskan oleh para sahabat dan sambil menguruskan jenazah, para sahabat bersembang sesame sendiri, \u201cWanita ini bakal masuk syurga kerana amalan soleh yang telah dilakukannya di sepanjang riwayat hidupnya.\u201d Lalu datang Rasulullah mengatakan: \u201cWanita ini adalah ahli neraka\u201d.\n\nPara sahabat yang mendengar berasa pelik dan bertanya kembali kepada Rasulullah: \u201cMengapa begitu wahai Rasulullah? Sedangkan wanita ini di waktu siangnya berpuasa dan di waktu malamnya rajin bangun malam bertahajjud\u201d\n\nRasulullah menjawab: \u201cKerana wanita ini tidak menjaga lidahnya, suka mengadu domba, mengata dan mengumpat\u201d\n\nKesimpulan daripada kisah ini ialah dosa yang sering kita lakukan setiap hari seperti mengumpat, menfitnah, mengadu domba dan sebagainya boleh menghapuskan segala pahala yang kita perolehi daripada ibadah yang kita lakukan. Adalah sangat rugi kalau kita kehilangan semua pahala kerana tidak menjaga mulut. Lagi sedih kalau kita termasuk dalam golongan ahli neraka akibat mulut kita yang jahat.\n\nKisah sahabat Nabi yang terlupa untuk membayar zakat fitrah\n\nSalah seorang sahabat Rasulullah iaitu Saidina Usman terlupa untuk membayar zakat fitrah hingga selesai solat Aidilfitri. Sebaik sahaja teringat, Saidina Usman segera pulang ke rumah dan mengambil seekor unta yang paling bagus miliknya untuk dijual. Duit hasil jualan unta tadi dia gunakan untuk memerdekakan seorang hamba yang merupakan seorang kanak-kanak.\n\nSetelah selesai memerdekakan hamba itu, Saidina Usman menghadap Rasulullah saw dan berkata:\n\n\u201cYa, Rasulullah, bahawasannya saya telah lupa membayar zakat fitrah, namun saya telah menjual seekor unta yang paling bagus dan saya gunakan untuk memerdekakan seorang budak. Apakah itu setara nilainya dengan zakat fitrah yang saya terlupa membayar itu?\u201d\n\nDi hadapan para sahabat, Rasulullah saw kemudian menjawab:\n\n\u201cSangat merugikan bagi sesiapa pun yang tidak membayar zakat fitrah, kerana pahala zakat fitrah itu sangatlah tidak terhingga. Jangankan memerdekakan seorang budak, memerdekakan 100 orang budak pun tak akan dapat menyamai pahala zakat fitrah.\u201d\n\nBerdasarkan kisah ini, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa tanggung jawab membayar zakat fitrah datang dengan ganjaran yang sangat besar. Rugilah kalau kita gagal untuk menunaikan kewajipan tersebut.\n\nPeperangan yang berlaku pada bulan Ramadhan\n\nSepanjang Ramadhan pastinya kita berasa penat dan lemah memandangkan kita kekurangan makan dan minum. Namun tahukah anda bahawa sesungguhnya Rasulullah dan para sahabat berperang semasa bulan Ramadhan? Di antara peperangan yang berlaku semasa Ramadhan ialah:\n\nPerang Badar berlaku pada 17 Ramadhan 2 Hijrah. Ia merupakan sebuah peperangan yang membawa kemenangan kepada tentera islam di bawah pimpinan Rasulullah yang pada waktu itu berumur 55 tahun. Kemenangan berpihak kepada islam walau pun jumlah tentera islam dan perlatan yang dibawa jauh kurang daripada tentera lawan.\n\nPada 10 Ramadhan 8 Hijrah Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu tentera dari kaum Ansar & Muhajirin menuju Mekah untuk membebaskan kota suci itu dari genggaman orang kafir. Peperangan ini dimenangi oleh tentera islam tanpa setitis pun darah mengalir ke bumi.\n\nDinamakan sebagai Perang Khandak kerana Rasulullah serta sahabat menggali parit mengelilingi Kota Madinah sebagai perisai melawan tentera musuh. Setelah menggali sambil berpuasa di bawah panas terik matahari selama enam hari enam malam, siaplah parit sedalam 10 hasta serta panjangnya 15 ribu hasta mengelilingi Kota Madinah.\n\nHebat sungguh Nabi Muhammad dan para sahabat yang mampu berperang sambil berpuasa semasa bulan Ramadhan. Pendek kata, sepanjang bulan ramadhan yang mulia kita perlu rebut peluang dengan melakukan kebaikan dan mengelakkan diri daripada melakukan dosa dan perkara yang kurang baik agar kita tidak terlepas dari merebut hikmah ramadhan yang Cuma datang setahun sekali.\n\nDi antara perkara yang dianjurkan untuk kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ialah dengan meluangkan masa untuk mendengar dan membaca tentang kisah-kisah tauladan yang boleh menjadi pedoman buat kita. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan kisah tazkirah Ramadhan yang pastinya memberikan kita tauladan supaya menjadi seorang muslim dan muslimah yang lebih baik.\n\nItulah dia perkongsian tentang kisah tazkirah ramadhan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tazkirah pendek dan tanda kematian."
"Strok haba seringkali diperkatakan tiap kali berlakunya musim panas dan kemarau di Malaysia. Malah baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan kes kematian seorang pelajar yang terkena strok haba semasa bermain bola sepak di tengah panas terik.\n\nMalah jiran kami sendiri, meninggal dunia akibat strok haba setelah berbasikal dalam panas terik untuk balik dari tempat kerjanya. Apakah sebenarnya strok haba? Macam mana strok haba boleh menyebabkan kematian?\n\nStrok haba atau juga dikenali sebagai renjatan haba adalah keadaan di mana\u00a0suhu badan seseorang meningkat dengan cepat ke paras 41 darjah celcius atau lebih akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.\n\nStrok haba biasanya berlaku semasa cuaca terlalu panas. Itulah sebabnya kenapa anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar semasa cuaca terlalu panas.\n\nStrok haba berlaku berpunca daripada kehilangan air dan garam galian dalam badan secara mendadak. Apabila anda berjemur dibawah panas matahari yang terlalu terik untuk tempoh masa yang terlalu lama, badan anda akan kehilangan air dan garam galian melalui proses perpeluhan.\n\nSemakin panas cuaca, semakin banyak anda akan berpeluh. Semakin banyak anda berpeluh, semakin banyak air dan garam galian akan keluar dari tubuh badan anda. Jika anda tidak minum air secukupnya untuk menggantikan air dan garam galian yang hilang dari badan, anda akan terkena strok haba.\n\nApabila anda terkena strok haba, tubuh badan anda akan mengeluarkan simptom-simptom berikut sebagai petanda atau warning:\n\nRawatan untuk strok haba boleh dibahagikan kepada dua iaitu rawatan di tempat kejadian dan rawatan di hospital. Bagi rawatan di tempat kejadian, orang di sekeliling boleh:\n\nItulah dia info tentang strok haba yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang meruang, pil perancang, dan bahaya aluminium kepada kesihatan."
"Jom fahami apa itu ibu tumpang.\n\nSetiap pasangan yang sudah berumah tangga, pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata. Anak itulah menjadi pengerat hubungan suami isteri, pewaris keturunan dan harta. Malahan, kehadiran anak juga akan melengkapkan lagi institusi kekeluargaan.\n\nNamun, bukan semua pasangan dianugerahkan rezeki cahaya mata. Ada yang cepat diberikan anugerah ni. Ada yang terpaksa tunggu lama hingga bertahun-tahun. Malah, ada pula yang langsung tak berpeluang menikmati rezeki tersebut.\n\nPerkembangan sains dan teknologi yang pesat memberikan pelbagai alternatif dari segi kaedah rawatan dan perubatan bagi mengatasi masalah ketidaksuburan. Selain kaedah Permanian Beradas (IUI) dan Persenyawaan In Vitro (IVF), terdapat kaedah ibu tumpang (surrogate mother).\n\nDalam artikel ni, penulis akan mengupas isu berkaitan ibu tumpang dari aspek agama Islam dan sains. Diharapkan perkongsian ni dapat menjernihkan kekeliruan para pembaca tentang isu yang sering diperkatakan ni.\n\nIbu tumpang ialah kaedah menumpang rahim seseorang wanita yang berkeupayaan untuk hamil secara sukarela atau dibayar dengan kadar tertentu. Jika melibatkan bayaran tertentu ia akan melibatkan kontrak yang dipanggil \u2018surrogacy contract.\u2019\n\nWanita ini akan mengandungkan anak yang ditumpang benih pada rahimnya selama 9 bulan. Selepas melahirkan anak, wanita tersebut perlu menyerahkan bayi kepada pasangan berdasarkan perjanjian yang disepakati dalam kontrak.\n\nPerjanjian dalam kontrak yang disepakati tu melibatkan sejumlah wang yang perlu dibayar oleh pasangan suami isteri kepada ibu tumpang bayi mereka. Ibu tumpang tersebut akan dibayar setelah menyerahkan bayi mengikut masa yang dijanjikan.\n\nSetelah itu, suami isteri tersebut akan memelihara anak tersebut yang dianggap sebagai anak kandung dari segi undang-undang.\n\nMengapa Wujud Ibu Tumpang Dari Aspek Sains?\n\nKaedah ibu tumpang wujud disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:\n\nWalaupun kaedah moden ni telah terbukti dan berjaya membantu pasangan yang memerlukan anak, namun bagaimana pandangan Islam tentang ibu tumpang ni? Adakah ia menepati syariat dan berlandaskan lunas-lunas Islam?\n\nTerdapat 5 kaedah perlaksanaan ibu tumpang dari aspek perubatan, iaitu:\n\n1. Sperma dan ovum pasangan suami isteri disenyawakan di luar. Kemudiannya, dimasukkan ke rahim wanita ajnabi (orang asing).\n\n2. Sperma dan ovum pasangan suami isteri disenyawakan di luar. Kemudiannya, dipindahkan ke dalam rahim isteri lelaki yang lain (bagi yang berpoligami).\n\n3. Sperma dan ovum diambil daripada lelaki dan wanita yang berlainan (bukan pasangan suami isteri) dan disenyawakan di luar. Kemudiannya, dimasukkan ke dalam rahim wanita ajnabi yang lain. Apabila telah selamat melahirkan anak, maka akan diserahkan kepada orang lain yang inginkan zuriat.\n\n4. Sperma suami disenyawakan dengan ovum wanita ajnabi (atas faktor tertentu yang menyebabkan isteri tidak mahu atau tak boleh hamil). Wanita tersebut akan mengandungkan anak tersebut sehingga proses kelahiran. Setelah anak diserahkan, pasangan tersebut akan membayar sejumlah wang kepada wanita ajnabi tu.\n\n5. Ovum isteri disenyawakan dengan sperma lelaki ajnabi. Kemudiannya, dipindahkan ke dalam rahim wanita ajnabi yang lain. Selepas melahirkan bayi tersebut, pasangan tersebut akan memberikan bayaran kepada ibu tumpang tersebut.\n\nSelepas meneliti 5 kaedah yang digunakan ni, penggunaan kaedah ibu tumpang adalah haram di sisi Islam. Pengharaman kaedah ibu tumpang berlandaskan maqasid syariah iaitu prinsip hifz al-Nasl yang menekankan penjagaan nasab (keturunan).\n\nTerdapat 2 sudut yang diteliti berkaitan kaedah ibu tumpang, iaitu:\n\n1. Walaupun ovum dan sperma diambil daripada pasangan suami isteri yang sah, namun apabila dipindahkan ke rahim wanita lain dikhuatiri berlaku kekeliruan dari sudut nasab anak.\n\n2. Sumbangan sperma, ovum, embrio dan rahim oleh pihak ketiga atau penggunaan kaedah yang lain haram di sisi syarak.\n\nPada masa akan datang, ia akan menjadi pergaduhan dan kekecohan kerana masing-masing akan mendakwa anak tersebut merupakan zuriat asal mereka. Bayangkan pasangan yang berbangsa lain menggunakan perkhidmatan ibu tumpang yang berbangsa lain pula, bukankah akan menimbulkan kekeliruan?\n\nMelalui khidmat ibu tumpang, anak yang dikandung dan dilahirkan mempunyai hubungan genetik atau tiada langsung dengan ibu tumpangnya kerana ovum dan sperma milik orang lain.\n\nDi luar negara, misalnya di Eropah, kadar permintaan untuk menggunakan khidmat ibu tumpang semakin meningkat. Malahan, setakat ini, tiada undang-undang khusus untuk menyekat kaedah rawatan ketidaksuburan yang menggunakan khidmat ibu tumpang.\n\nDisebabkan bayaran yang diterima oleh ibu tumpang sangat tinggi, perkhidmatan yang ditawarkan juga semakin banyak. Khidmat ibu tumpang yang melibatkan kontrak dianggap sah di Amerika Syarikat, California dan Ukraine.\n\nKesimpulannya, kaedah ibu tumpang diharamkan oleh agama Islam untuk mengelakkan percampuran nasab yang akan menimbulkan kekeliruan di kemudian hari. Dengan membenarkan kaedah ni, identiti si anak dan keturunannya juga boleh dipersoalkan.\n\nPengharaman ibu tumpang melibatkan beberapa aspek iaitu:\n\na. Melanggar hukum dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T\n\nc. Peranan ibu yang tak menepati syariat Islam\n\nd. Fatwa larangan dalam penyewaan rahim\n\nDengan adanya perkembangan dari segi perubatan, pasangan yang inginkan anak boleh mencuba kaedah lain yang tak melanggar syarak. Jika tidak berjaya, anggaplah ketiadaan anak itu sebagai ujian yang diturunkan oleh Allah. Percaya pada hikmahnya.\n\nSemoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel tentang pemakanan untuk ikhtiar hamil dan tanda subur wanita"
"Dalam ayat Al-Quran tentang cinta, Allah mengajarkan kita berkenaan dengan maksud cinta yang begitu besar meliputi kasih sayang antara Tuhan kepada hamba Nya, Rasul kepada umantnya, dan manusia sesama manusia. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan himpunan ayat Al-Quran berkenaan cinta merangkumi cinta kepada Allah, Rasulullah, dan manusia untuk rujukan pembaca sekalian. \n\nAyat Al-Quran tentang cinta kepada Allah\n\n2. Surah Ali Imran, ayat 21\n\n\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651\u0648\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0641\u064e\u0627\u062a\u064e\u0651\u0628\u0650\u0639\u064f\u0648\u0646\u0650\u064a \u064a\u064f\u062d\u0652\u0628\u0650\u0628\u0652\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0630\u064f\u0646\u064f\u0648\u0628\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u063a\u064e\u0641\u064f\u0648\u0631\u064c \u0631\u064e\u062d\u0650\u064a\u0645\u064c\n\n\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0633\u064e\u064a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0670\u0646\u064f \u0648\u064f\u062f\u064b\u0651\u0627\n\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u0670\u0647\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0670\u0647\u064c \u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u064c \u06d6 \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0670\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0670\u0646\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u064f\n\n\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0637\u0652\u0645\u064e\u0626\u0650\u0646\u064f\u0651 \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u06d7 \u0623\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0637\u0652\u0645\u064e\u0626\u0650\u0646\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u064f\n\n\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651\u0648\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0641\u064e\u0627\u062a\u064e\u0651\u0628\u0650\u0639\u064f\u0648\u0646\u0650\u064a \u064a\u064f\u062d\u0652\u0628\u0650\u0628\u0652\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0630\u064f\u0646\u064f\u0648\u0628\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u063a\u064e\u0641\u064f\u0648\u0631\u064c \u0631\u064e\u062d\u0650\u064a\n\n\u0641\u064e\u0627\u0637\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u06da \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u064b\u0627 \u06d6 \u064a\u064e\u0630\u0652\u0631\u064e\u0624\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u06da \u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0643\u064e\u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064c \u06d6 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u0650\u064a\u0639\u064f \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0635\u0650\u064a\u0631\u064f\n\nAyat Al-Quran berkenaan cinta kepada Rasul\n\n\u0644\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0623\u064f\u0633\u0652\u0648\u064e\u0629\u064c \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064c \u0644\u0650\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064e\u0631\u0652\u062c\u064f\u0648 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e \u0648\u064e\u0630\u064e\u0643\u064e\u0631\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0637\u0650\u064a\u0639\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0637\u0650\u064a\u0639\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0637\u0650\u0639\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0641\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0623\u064e\u0637\u064e\u0627\u0639\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u06d6 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649\u0670 \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u062d\u064e\u0641\u0650\u064a\u0638\u064b\u0627\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0642\u064e\u062f\u0650\u0651\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u064a\u064e\u062f\u064e\u064a\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650\u0647\u0650 \u06d6 \u0648\u064e\u0627\u062a\u064e\u0651\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u06da \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0633\u064e\u0645\u0650\u064a\u0639\u064c \u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064c\n\n\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0622\u0628\u064e\u0627\u0624\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0628\u0652\u0646\u064e\u0627\u0624\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0625\u0650\u062e\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0634\u0650\u064a\u0631\u064e\u062a\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u064c \u0627\u0642\u0652\u062a\u064e\u0631\u064e\u0641\u0652\u062a\u064f\u0645\u064f\u0648\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u0650\u062c\u064e\u0627\u0631\u064e\u0629\u064c \u062a\u064e\u062e\u0652\u0634\u064e\u0648\u0652\u0646\u064e \u0643\u064e\u0633\u064e\u0627\u062f\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0633\u064e\u0627\u0643\u0650\u0646\u064f \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0648\u0652\u0646\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0628\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064d \u0641\u0650\u064a \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0641\u064e\u062a\u064e\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0635\u064f\u0648\u0627 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649\u0670 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0628\u0650\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650 \u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0627\u0633\u0650\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nAyat Al-Quran berkenaan cinta kepada ibu bapa\n\n\u0648\u064e\u0642\u064e\u0636\u064e\u0649\u0670 \u0631\u064e\u0628\u064f\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0644\u064e\u0651\u0627 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u0648\u064e\u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0625\u0650\u062d\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u06da \u0625\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u064a\u064e\u0628\u0652\u0644\u064f\u063a\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u0650\u0628\u064e\u0631\u064e \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0643\u0650\u0644\u064e\u0627\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064f\u0641\u064d\u0651 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0646\u0652\u0647\u064e\u0631\u0652\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0648\u0652\u0644\u064b\u0627 \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u064b\u0627\n\n\u0648\u064e\u0627\u062e\u0652\u0641\u0650\u0636\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0646\u064e\u0627\u062d\u064e \u0627\u0644\u0630\u064f\u0651\u0644\u0650\u0651 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u064a\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a \u0635\u064e\u063a\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627\n\n\u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0626\u064b\u0627 \u06d6 \u0648\u064e\u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0625\u0650\u062d\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0628\u0650\u0630\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0628\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u062a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0633\u064e\u0627\u0643\u0650\u064a\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0630\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0628\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064f\u0646\u064f\u0628\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u062d\u0650\u0628\u0650 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0628\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e\u062a\u0652 \u0623\u064e\u064a\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u064f\u062e\u0652\u062a\u064e\u0627\u0644\u064b\u0627 \u0641\u064e\u062e\u064f\u0648\u0631\u064b\u0627\n\n\u0648\u064e\u0648\u064e\u0635\u064e\u0651\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u062d\u064e\u0645\u064e\u0644\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f \u0623\u064f\u0645\u064f\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u0652\u0646\u064b\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0647\u0652\u0646\u064d \u0648\u064e\u0641\u0650\u0635\u064e\u0627\u0644\u064f\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0639\u064e\u0627\u0645\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0635\u0650\u064a\u0631\u064f\n\n\u0648\u064e\u0648\u064e\u0635\u064e\u0651\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0625\u0650\u062d\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u06d6 \u062d\u064e\u0645\u064e\u0644\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f \u0623\u064f\u0645\u064f\u0651\u0647\u064f \u0643\u064f\u0631\u0652\u0647\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0648\u064e\u0636\u064e\u0639\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f \u0643\u064f\u0631\u0652\u0647\u064b\u0627 \u06d6 \u0648\u064e\u062d\u064e\u0645\u0652\u0644\u064f\u0647\u064f \u0648\u064e\u0641\u0650\u0635\u064e\u0627\u0644\u064f\u0647\u064f \u062b\u064e\u0644\u064e\u0627\u062b\u064f\u0648\u0646\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064b\u0627 \u06da \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649\u0670 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0644\u064e\u063a\u064e \u0623\u064e\u0634\u064f\u062f\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0628\u064e\u0644\u064e\u063a\u064e \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e \u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0632\u0650\u0639\u0652\u0646\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064e \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u062a\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0627\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0652\u0644\u0650\u062d\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a \u0630\u064f\u0631\u0650\u0651\u064a\u064e\u0651\u062a\u0650\u064a \u06d6 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u062a\u064f\u0628\u0652\u062a\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\n\n\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627 \u0645\u064e\u062b\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627\u0621\u064d \u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0641\u064e\u0627\u062e\u0652\u062a\u064e\u0644\u064e\u0637\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0646\u064e\u0628\u064e\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u064a\u064e\u0623\u0652\u0643\u064f\u0644\u064f \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0627\u0645\u064f \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649\u0670 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062e\u064e\u0630\u064e\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064f \u0632\u064f\u062e\u0652\u0631\u064f\u0641\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0632\u064e\u0651\u064a\u064e\u0651\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0648\u064e\u0638\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0642\u064e\u0627\u062f\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062a\u064e\u0627\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0646\u064e\u0647\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0635\u0650\u064a\u062f\u064b\u0627 \u0643\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u062a\u064e\u063a\u0652\u0646\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0645\u0652\u0633\u0650 \u06da \u0643\u064e\u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0646\u064f\u0641\u064e\u0635\u0650\u0651\u0644\u064f \u0627\u0644\u0652\u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0644\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u064a\u064e\u062a\u064e\u0641\u064e\u0643\u064e\u0651\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n20. Surah Al-Kahfi, ayat 45 \u2013 46\n\n\u0648\u064e\u0627\u0636\u0652\u0631\u0650\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u062b\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627\u0621\u064d \u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0641\u064e\u0627\u062e\u0652\u062a\u064e\u0644\u064e\u0637\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0646\u064e\u0628\u064e\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0635\u0652\u0628\u064e\u062d\u064e \u0647\u064e\u0634\u0650\u064a\u0645\u064b\u0627 \u062a\u064e\u0630\u0652\u0631\u064f\u0648\u0647\u064f \u0627\u0644\u0631\u0650\u0651\u064a\u064e\u0627\u062d\u064f \u06d7 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0645\u064f\u0642\u0652\u062a\u064e\u062f\u0650\u0631\u064b\u0627 \ufd3f\u0664\u0665\ufd3e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0627\u0644\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0646\u064f\u0648\u0646\u064e \u0632\u0650\u064a\u0646\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u06d6 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0627\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u064e\u0627\u062a\u064f \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0643\u064e \u062b\u064e\u0648\u064e\u0627\u0628\u064b\u0627 \u0648\u064e\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0623\u064e\u0645\u064e\u0644\u064b\u0627\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0644\u0652\u0647\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u06da \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0641\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0641\u064e\u0623\u064f\u0648\u0644\u064e\u0670\u0626\u0650\u0643\u064e \u0647\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0627\u0633\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n22. Surah Ali Imran, ayat 185\n\n\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064d \u0630\u064e\u0627\u0626\u0650\u0642\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650 \u06d7 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0648\u064e\u0641\u064e\u0651\u0648\u0652\u0646\u064e \u0623\u064f\u062c\u064f\u0648\u0631\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u06d6 \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0632\u064f\u062d\u0652\u0632\u0650\u062d\u064e \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064f\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0641\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0641\u064e\u0627\u0632\u064e \u06d7 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u0629\u064f \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0645\u064e\u062a\u064e\u0627\u0639\u064f \u0627\u0644\u0652\u063a\u064f\u0631\u064f\u0648\u0631\u0650\n\nAyat Al-Quran berkenaan cinta kepada manusia\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u0652\u0646\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0643\u064e\u0631\u064d \u0648\u064e\u0623\u064f\u0646\u0652\u062b\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0634\u064f\u0639\u064f\u0648\u0628\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0627\u0626\u0650\u0644\u064e \u0644\u0650\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0631\u064e\u0641\u064f\u0648\u0627 \u06da \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0643\u0652\u0631\u064e\u0645\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062a\u0652\u0642\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06da \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064c \u062e\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064c\n\n\u0627\u0644\u0632\u064e\u0651\u0627\u0646\u0650\u064a \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0646\u0652\u0643\u0650\u062d\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0632\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e\u0629\u064b \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0627\u0644\u0632\u064e\u0651\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e\u0629\u064f \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0646\u0652\u0643\u0650\u062d\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0632\u064e\u0627\u0646\u064d \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064c \u06da \u0648\u064e\u062d\u064f\u0631\u0650\u0651\u0645\u064e \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e\n\n\u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0627\u0635\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0628\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0627\u0635\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064e\u0629\u0650\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0646\u0652\u0643\u0650\u062d\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064e\u0627\u062a\u0650 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649\u0670 \u064a\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064e\u0651 \u06da \u0648\u064e\u0644\u064e\u0623\u064e\u0645\u064e\u0629\u064c \u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064e\u0629\u064c \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u062c\u064e\u0628\u064e\u062a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0646\u0652\u0643\u0650\u062d\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u0650\u064a\u0646\u064e \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649\u0670 \u064a\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064f\u0648\u0627 \u06da \u0648\u064e\u0644\u064e\u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064c \u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064c \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064d \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u062c\u064e\u0628\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7 \u0623\u064f\u0648\u0644\u064e\u0670\u0626\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650 \u06d6 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u064a\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0628\u0650\u0625\u0650\u0630\u0652\u0646\u0650\u0647\u0650 \u06d6 \u0648\u064e\u064a\u064f\u0628\u064e\u064a\u0650\u0651\u0646\u064f \u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u062a\u064e\u0630\u064e\u0643\u064e\u0651\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\nAyat Al-Quran berkenaan cinta dan jodoh\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0627\u062a\u064e\u0651\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064d \u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0632\u064e\u0648\u0652\u062c\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u062b\u064e\u0651 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0631\u0650\u062c\u064e\u0627\u0644\u064b\u0627 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0646\u0650\u0633\u064e\u0627\u0621\u064b \u06da \u0648\u064e\u0627\u062a\u064e\u0651\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062a\u064e\u0633\u064e\u0627\u0621\u064e\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0627\u0645\u064e \u06da \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0631\u064e\u0642\u0650\u064a\u0628\u064b\u0627\n\n\u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u064b\u0627 \u0644\u0650\u062a\u064e\u0633\u0652\u0643\u064f\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0648\u064e\u062f\u064e\u0651\u0629\u064b \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u06da \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0641\u0650\u064a \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0644\u064e\u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u064d \u0644\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u064a\u064e\u062a\u064e\u0641\u064e\u0643\u064e\u0651\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n\u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0628\u0650\u064a\u062b\u064e\u0627\u062a\u064f \u0644\u0650\u0644\u0652\u062e\u064e\u0628\u0650\u064a\u062b\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0628\u0650\u064a\u062b\u064f\u0648\u0646\u064e \u0644\u0650\u0644\u0652\u062e\u064e\u0628\u0650\u064a\u062b\u064e\u0627\u062a\u0650 \u06d6 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0637\u064e\u0651\u064a\u0650\u0651\u0628\u064e\u0627\u062a\u064f \u0644\u0650\u0644\u0637\u064e\u0651\u064a\u0650\u0651\u0628\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0637\u064e\u0651\u064a\u0650\u0651\u0628\u064f\u0648\u0646\u064e \u0644\u0650\u0644\u0637\u064e\u0651\u064a\u0650\u0651\u0628\u064e\u0627\u062a\u0650 \u06da \u0623\u064f\u0648\u0644\u064e\u0670\u0626\u0650\u0643\u064e \u0645\u064f\u0628\u064e\u0631\u064e\u0651\u0621\u064f\u0648\u0646\u064e \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u06d6 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u0629\u064c \u0648\u064e\u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u064c \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u064c\n\n\u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0632\u064e\u0648\u0652\u062c\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0630\u064e\u0643\u064e\u0651\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u064e \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u062a\u064f\u0646\u0652\u0628\u0650\u062a\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064f \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0630\u064f\u0631\u0650\u0651\u064a\u064e\u0651\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0631\u064e\u0651\u0629\u064e \u0623\u064e\u0639\u0652\u064a\u064f\u0646\u064d \u0648\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u064e\u0651\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627\n\nSelain dari panduan ayat al quran tentang cinta ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan perkahwinan seperti:"
"Nota Editor: Artikel ini berkisahkan tentang tanggungjawab dan peranan sebagai seorang isteri dan ibu. Ia telah berjaya menjadi artikel yang viral di Facebook. Kami kongsikan semula. Semoga mendapat manfaat. Artikel asal boleh diperolehi di sini Facebook.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\n\nSenyum dan simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama-sama bekerja. Namun kerja rumah dia yang buat dari memasak, memasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak-anak. Suami tolong sikit-sikit sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih.\n\nSampai tidak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggikan suara pada suami. Letih, penat, tension atas alasan buat semua sebab wajib taat suami.\n\nPernah saya melihat seorang makcik yang kaya raya,suaminya memang sediakan semua untuknya dan dia tidak perlu bekerja. Saya tengok dia iron baju, tiba-tiba dia kata pada saya,\n\n\u201cMakcik ni dah macam hamba dalam rumah ni. Suami balik sekali sekala, sibuk dgn kerja tak habis-habis.\u201d\n\nKerana itu bila bercakap tentang soal tanggungjawab isteri dan tanggungjawab seorang ibu, kita kena faham sebelum bercakap. Kita kena belajar sebelum melalui.Bukan ikut-ikut rumahtangga orang lain. Suami kena faham agama dan faham apa yang Nabi ajar.\n\nIsteri kena faham agama dan faham apa yg Nabi ajar. Bukan ikut budaya Melayu. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat banyak sangat kerja, suami tolong sikit-sikit. Allah hu Akbar!\n\nLepas tu masam muka pada suami yang hakikatnya Nabi dah cakap org yg masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dengan suaminya kembali.Sebab tu perempuan yang baik ialah perempuan yang bila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang dan bahagia.\n\nTapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban kerja rumah dan urus anak tidak pernah habis?\n\nWajib bagi wanita bercantik-cantik untuk suami, menyayanginya sepenuh hati, berlemah lembut padanya,tidak meninggikan suara,setia dan taat selagi tidak melanggar perintah Allah,berkata baik padanya dan sentiasa syukur dan bermanis muka.\n\nBerapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati, tapi muka amat susah nak manis dgn suami, tengking-teking suami,susah nak senyum dengan suami, ada pula mood-mood hari ni nak bercakap, esok nak diam. Ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis-habis.\n\nJangan Ikut Budaya Melayu. Ikut Apa Yang Nabi Ajar.\n\nSaya berforum dengan penceramah dan pakar kaunseling rumahtangga terkenal, orang datang padanya untuk cari jodoh, org datang padanya juga untuk bercerai.Namanya Tuan Hj Hussim, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah.Lebih kurang seusia beliau. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya.\n\nKatanya,\u201d Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik,sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua. Itu kerja saya.\n\nIsteri saya kata, abang, malam-malam abang ambik alih buat kerja tu semua ok. Kita sama-sama kerja. Saya nak bagitahu dalam rumahtangga, suami kena rajin.Tak boleh malas.\n\nLani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumhatangga selama ini.Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku.\u201d\n\nBerforum pula saya dengan Ustaz Nizam Kadir, Tanyalah Ustaz TV9 katanya, suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami.\n\nHabis isteri? Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala, Sebab tu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.\n\nIsteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri.Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat.Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga.\n\nKita hari ni orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control. Padahal itu yang Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja.Akhirnya penat dapat, dosa pun dapat\u201d\n\n\u201cMenurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.\n\nSeandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya.\n\nMaka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.\n\nJika isteri bekerja di luar rumah (sama-sama mencari nafkah), maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil\u201d\n\nRumahtangga masing-masing, masing-masing uruskan. Jangan kita menjadi orang yang memecah belahkan rumahtangga orang lain kerana orang yang memutuskan silaturahim tidak akan cium bau syurga kata Nabi.\n\nJangan kita memandaimandai menilai mengikut mata kasar kita sedangkan kita tidak belajar dan tidak ada ilmu. Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Fatimah sampai kasar tangannya mengisar gandum, kerana Saidina Ali bekerja di luar rumah. Maka Fatimah menjaga di dalam rumah.\n\nNamun Saidina Ali yang bekerja luar rumah juga turut mengadu sakit dadanya yang amat sangat, kerana dialah tukang angkut air untuk keperluan keluarganya dan dialah juga yang turut sama membuat kerja-kerja rumah kerana dia tahu itu kerjanya.\n\nSaidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.\n\nMenjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab. Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri, Adilnya Islam\n\nSama-sama memuliakan antara satu sama lain"
"Anda mencari resepi mee goreng basah yang sedap dan terangkat? Mari baca resepi yang kami kongsikan kali ini. Iaitu tentang cara memasak mee goreng basah yang gorgeous.\n\nResepi mee goreng basah yang telah mendapat perkongsian ramai ini patut anda cuba. Resepi dikongsikan oleh Fayad Gojez\u00a0di laman Facebook. Sedap sungguh tampaknya mee goreng basah ini.\n\nMakan mee goreng basah panas-panas sebagai hidangan makan malam lagi sedap. Mee dihidangkan dengan pelbagai seafood seperti udang dan sotong, ada pula fish ball dan juga bermacam sayur semakin membuat mee menjadi makin menarik.\n\nSedap sungguh rasanya jika dapat makan mee goreng basah hari ini. Sila simpan resepi ini dan masak mee goreng basah bila-bila masa. Selamat memanjakan selera.\n\nSelain resepi mee goreng basah, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Menu untuk hidangan petang. Resepi begedil daging berbahan asas kentang sedap sedia temani masa petang-petang anda.\n\nUntuk membuat begedil daging diperlukan bahan-bahan yang mudah sangat. Selain itu, cara penyediaanya juga amat ringkas.\n\nSelain sedap untuk dijadikan kudapan, begedil daging sedap juga dijadikan lauk tambahan makan nasi. Selain itu, ia juga sedap dimakan dengan soto, mee dan nasi goreng.\n\nMari cubakan resepi begedil daging sedap yang dikongsikan oleh Adeela Azhar\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.:D\n\nSelain resepi begedil daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Walaupun jarang para ibu memasak ketam, namun ketam ialah antara jenis seafood yang disukai ramai. Masakan ketam yang biasa dihidangkan ialah ketam bercili, ketam kari, ketam goreng dan lainnya. Dengan olahan resepi yang enak dapat dihasilkan masakan ketam yang menarik.\n\nWalaupun ketam memiliki kulit yang sangat keras, namun dagingnya yang berwarna putih sangat lunak dan enak. Bahkan kesemua daging yang ada pada badan ketam boleh dimakan.\n\nKetam memiliki banyak khasiat antaranya dapat mencegah osteoporosis, meningkatkan tenaga, baik untuk jantung, penawar kanser, penawar denggi dan lain-lain.\u00a0\u00a0Selain berasal daripada lautan, ada juga ketam air tawar. Namun rasa dan pengolahan masakan tetaplah sama.\n\nUntuk menyamankan selera anda serta memudahkan anda dalam memasak ketam. Di bawah ini telah kami sediakan 5 resepi ketam yang enak dan nyaman tentunya. Resepi-resepi yang disukai ramai di Facebook ini kini boleh anda cubakan dengan mudah. Tunggu apalagi, jom masak ketam!\n\nResepi ketam masak bercili ini patut anda cuba. Ketam yang digoreng dan digaul dengan cili sangat terasa pedasnya. Resepi perkongsian ramai ini dikongsikan oleh Azahari Abdullah\u200e di Facebook. Sekali makan mesti nak-nak lagi.\n\nResepi Ketam Nipah Kari Masak Kering\n\nKetam nipah antara jenis ketam yang disukai ramai. Penyajiannya dengan cara kari masak kering menambah kelazatan ketam ini. Resepi ini dapat dijadikan sebagai menu untuk hari raya atau kendara-kenduri, seperti\u00a0\u00a0\u200eNur Sirhan Tiben kongsikan dalam Facebook.\n\nResepi ketam yang tak kalah sedap ialah butter crab. Pada resepi ini kami berkongsikan resepi butter crab enak berlemak. Resepi daripada \u200eSyaza Aiman Seh Wali\u200e di laman Facebook. Sila cuba resepinya.\n\nResepi ketam seterusnya yang mendapat perkongsian ramai ialah sweet corn crab soup a.k.a sup ketam jagung manis. Mesti anda penasaran dengan resepi yang dikongsikan oleh \u200eAnita Hj Andrias Yusof\u200e di laman Facebook. Resepi sedap dan menarik ini patut anda cuba.\n\nResepi terakhir ini ialah antara yang favorit juga. Selalunya orang buat ketam masak kari atau sup. Apakata hari ini anda buat ketam telur masin pula. Resepi daripada Zaimah Zakaria\u200e di Facebook. Sedap tak payah makan kat kedai.\n\nResepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi telur, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bengkung ialah kain yang dililit kemas dari bahagian abdomen badan hingga ke pinggul. Amalan pemakaian bengkung ini merupakan salah satu amalan wajib bagi wanita berpantang dalam masyarakat Melayu. Menurut amalan orang terdahulu, pemakaian bengkung bukan sekadar untuk membantu ibu berpantang mendapatkan semula bentuk badan yang ramping selepas hamil dan bersalin, tetapi juga baik untuk proses pemulihan ketika tempoh berpantang.\n\nJika dahulu bengkung dililit menggunakan tali kain, tapi bengkung kini leboh moden dan terdapat pelbagai jenis. Ada yang ikat menggunakan tali, menggunakan cangkuk atau pelekat velcro. Jadi ia lebih cepat dan mudah untuk dipakai atau ditanggalkan.\n\nKain lebar sepanjang 15 meter. Bengkung jenis ini adalah bengkung tradisional yang diamalkan oleh orang tua dahulu. Ia memerlukan kemahiran untuk melilit. Namun bengkung jenis ini lebih kejab, kemas dan cepat mengembalikan bentuk badan berbanding bengkung lain. Tetapi, sayangnya, bengkung ini susah untuk dipakai dan dibuka semula.\n\nKain lebar yang diikat dengan tali secara berselang-seli (seakan-akan zig-zag). Boleh dipakai seperti bengkung jawa. Bengkung bersalin jenis ini lebih mudah untuk dibuka. Hanya longgarkan ikatan zig-zag. Terdapat 2 jenis bengkung zig-zag, iaitu zig-zag 1 tali dan zig-zag 2 tali, tetapi, bagi anda yang bertubuh kecil, zig-zag 1 tali lebih sesuai kerana ikatannya akan jadi lebih kejab dan kemas.\n\nBengkung barut sama seperti bengkung bersalin yang dipakai oleh bayi baru lahir. Bengkung ini hadir dengan banyak tali di bahagian kiri dan kanan fabrik. Tali perlu diikat dengan ketat. Ia boleh dipakai sendiri dan mudah untuk dibuka, Cuma sedikit renyah kerana terlalu banyak tali.\n\nBengkung moden adalah inovasi serta gabungan konsep bengkung dan korset (ciptaan Barat). Ia seakan korset dengan cangkuk, zip, zap-on dan tiub. Lebih mudah untuk dipakai dan sangat sesuai untuk yang bersalin secara ceaser. Bengkung moden bersifat praktikal dan mudah untuk dipakai serta dibuka semula.\n\nFaedah Memakai Bengkung Bagi Ibu Selepas Bersalin\n\nMenurut kepercayaan tradisional, pemakaian bengkung bagi ibu selepas bersalin bertujuan:\n1) Mendapatkan bentuk badan yang ramping;\n\n4) Menguatkan kembali\u00a0kedudukan asal tulang belakang;\n\n6) Menggalakkan\u00a0postur badan yang lebih baik;\n\nNamun begitu, sejauh mana faedah berbengkung ini disokong oleh fakta sains, masih belum dapat disahkan. Memandangkan pemakaian bengkung ini adalah amalan tradisional wanita Melayu, jadi, dalam artikel ini, kami bawakan pendapat daripada Barat pula tentang pemakaian bengkung bagi wanita selepas bersalin.\n\nMenurut Dr Sherry Ross, seorang Pakar Ginekologi dan Obstetrik dan Kesihatan Wanita, tujuan utama bengkung adalah untuk menyokong dan menyelaraskan abdomen anda sehingga organ-organ dan otot-otot di abdomen anda boleh berfungsi secara normal semula. Bengkung juga boleh membantu kulit-kulit yang longgar selepas bersalin agar mengecut semula. Malah bengkung juga memberikan mampatan ringan untuk membantu mengecutkan uterus anda. Tambahan pula, jika anda bersalin secara \u00a0pembedahan caesarean, bengkung boleh menyerap tekanan dari pembedahan tersebut semasa tempoh penyembuhan.\n\nManakala menurut Laura Arndt, seorang spesialis dalam senaman bagi pra dan pasca kehamilan, dan juga CEO Matriarc, bengkung juga boleh membantu mengurangkan kesakitan, meningkatkan mobiliti, menstabilkan lantai pelvik anda, dan juga membantu menyembuhkan diastis recti (keadaan pasca kehamilan yang biasa, di mana otot-otot perut anda tetap terpisah).\n\nMenurut satu kajian yang diterbitkan dalam Physiotherapy Canada, bengkung boleh membantu wanita untuk mudah berjalan selepas bersalin. Manakala, menurut kajian kedua yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik, bengkung juga dapat membantu wanita mengurangkan kesakitan, penderitaan dan pendarahan selepas pembedahan caesarean.\n\nAdakah Bengkung Membantu Berat Badan Turun?\n\nWalau bagaimanapun, menurut Dr Sherry Rose, secara saintifiknya, bengkung tidak membantu penurunan berat badan dan mengawal pengekalan air dalam badan seperti yang sering didakwa oleh kebanyakan ibu. Namun begitu, disebabkan bengkung membantu mengurangkan kesakitan supaya ibu-ibu selepas bersalin boleh kembali aktif dan sihat, maka ia boleh membantu mengurangkan berat badan dengan cara itu secara tidak langsung.\n\nAnda boleh mula memakai bengkung sejurus selepas bersalin jika doktor mengesahkan bahawa anda tiada masalah untuk memakai bengkung. Namun, bagi anda yang bersalin secara pembedahan caesarean, seeloknya tunggu beberapa minggu baru mula memakai bengkung. Namun begitu, anda tidak boleh memakai bengkung terlalu ketat kerana terlalu banyak mampatan boleh melambatkan penyembuhan. Anda sepatutnya dapat bernafas dengan selesa dan tidak berasa terhad dalam pergerakan anda ketika memakai bengkung.\n\nMengikut amalan tradisional Melayu, pemakaian bengkung mempunyai aturan tersendiri. Bengkung hanya boleh dipakai dalam masa 5 jam sehari, jangan sesekali pakai lebih dari 8 jam atau 24 jam.\u00a0Dan tidak digalakkan memakai bengkung sewaktu tidur.\n\nSelain itu, bagi wanita yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan, terutamanya pada luka pembedahan caesarean, atau mempunyai komplikasi kehamilan seperti preeklampsia atau anmionitis harus mengelakkan berbengkung.\n\nAmalan berbengkung bagi wanita selepas bersalin banyak faedahnya. Bukan sekadar untuk mendapatkan bentuk badan yang ramping, tetapi juga membantu proses penyembuhan ibu selepas bersalin. Namun begitu, anda harus memakai bengkung dengan cara yang betul. Bimbang sekiranya tersalah pakai, ia akan memudharatkan."
"Nota Editor : Sebaga suami, sayangilah isteri anda. Lebih-lebih lagi apabila saat dia mengandungkan anakmu. Saat mengandung amat kritikal sekali dalam fasa rumah tangga. Dan jangan biar dirinya sendirian. Semoga perkongsia Ibu Rose ini membantu untuk para suami budiman sekalian.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\n\nSeorang isteri yang mengandungkan anakmu adalah seorang wanita yang sangat kasih kepadamu.\n\nDia mengharapkan kasihnya dibalas balik dengan sangat ketara pada masa-masa ini.\n\nKepelikan perangainya dan rupanya mungkin menghilangkan selera dan kesabaranmu.ingat dia isterimu, dia sedang mengandungkan zuriatmu.bersabarlah kerana hormonnya berkecamuk.\n\nBersabar sayang, kerana dia sedang sangat bersabar untuk mu. Bukan senang jika mulut senantiasa payau, hendak makan pun tak lalu di telan. Asyik hendak muntah dan setiap kali muntah urat-urat akan sakit-sakit.\n\nGosok belakang dia sayang dan sabar jika dia marah-marah. Dia bukan marah kepadamu, dia tidak bijak lagi menangani rasa pelik di dalam dirinya walaupun ini bukan anak yang pertama, ketahuilah setiap kali mengandung bukan sama rasanya.\n\nMaklumlah anak pun tidak sama. Umurnya juga semakin meningkat dan suasana dan situasi hidup semasa itu juga berbeza.\n\nBila dia sudah sangat sarat, dia akan susah sangat untuk bergerak dan bernafas, mudahkan pergerakkannya dengan memimpinnya dan berjalan bersamanya mengikut kelajuannya.\n\nJangan dipaksa dia bergerak laju.fahami sayang, anak yang dikandungnya sudah masuk atau sedang menekan tulang panggulnya.jika dia bergerak laju, sakit zuriatmu itu.jadilah suami yang prihatin sayang..banyak pahalamu.\n\nBila dia bertarung nyawa membawa keluar zuriatmu.jika sayang dibenarkan beradalah di sisinya sepenuh diri, pemikiran, hati dan jiwa. Dia amat memerlukanmu. Tidak ada yang lebih indah dirasai semasa itu selain dari pertolongan dan kasih-sayang seorang suami yang Allah datangi.\n\nSetelah dia berjaya melahirkan anakmu, kucupi dahi dan pipinya dan ucapakn terima-kasih kerana kuasa kata-kata manismu ibu adalah penawar segala sakitnya.\n\nKemudian berilah dia berehat dan lakukanlah tugas sayang terhadap ahli baru dalam keluargamu.\n\nSesungguhnya bukan mudah menjadi suami yang prihatin yang memimpin keluarga dan melindungi keluarga dari api neraka. Kamu layak menjadi suami sedemikian.\n\nTerima kasih kerana berusaha menjadi suami yang baik, pengasih dan prihatin. Usahamu itu amat berharga di dalam kita berusaha membina dunia yang sejahtera.\n\nSemoga Allah memudahkan segala usaha baik kita."
"Sedapnya rambutan dimakan sejuk-sejuk, berjus dan manis! Tapi tahukah anda, rambutan turut memberi pelbagai khasiat kesihatan?\n\nKetahuinya dengan terus membaca artikel ini.\n\nRambutan atau nama saintifiknya Niphelium lappaceum kaya dengan vitamin A, C, protein, karbohidrat, dan serat. Mineral yang terkandung dalam buah rambutan pula adalah seperti kalsium, niacin, zat besi, potassium, fosfor, magnesium, dan zink.\n\nRambutan ialah sejenis buah tropikal yang datang dari keluarga Sapindaceae. Menariknya, terdapat lebih 2000 spesis rambutan di dunia ini!\n\nTumbuhan ini natif atau banyak dijumpai di kawasan Asia Tenggara dan sudah mula diusahakan untuk ditanam di kawasan seperti Australia, India, Syria, Congo dan Afrika Selatan.\n\nTerdapat pelbagai warna buah rambutan seperti merah jambu ke merah, kuning ke oren, merah terang ke maroon atau merah kekuningan. Semakin banyak produk berasaskan buah rambutan dihasilkan disebabkan rasanya yang digemari ramai, antaranya jus, marmalade, jem dan jeli.\n\nBuah rambutan boleh digunakan secara tradisional untuk merawat kencing manis. Caranya:\n\nSecara saintifiknya, sebagaimana yang dikaji oleh Muhtadi dan rakan-rakan pada tahun 2016, sebatian flavonoid dan fenolik membantu rangsangan penghasilan insulin dalam sel beta di pankreas.\n\nHal ini seterusnya dibuktikan mereka ke atas tikus diabetik yang diberi makan ekstrak isi buah rambutan selama 11 hari. Kesannya, penurunan gula dalam darah direkodkan dengan peratus penurunan sebanyak 62%.\n\n2. Menurunkan suhu badan yang panas akibat demam\n\nKulit buah rambutan juga boleh digunakan untuk menurunkan suhu panas akibat demam. Caranya:\n\nMalah, terdapat kajian yang melaporkan keberkesanan rambutan dalam melawan demam denggi bagi strain jenis 2. Sebatian geraniin dalam isi buah rambutan dikatakan berperanan melawan virus Denggi yang menyebabkan demam.\n\nSecara tradisional, rambutan juga boleh digunakan untuk mengurangkan uban di rambut. Anda hanya perlu sediakan daunnya sahaja. Caranya:\n\nRambutan juga boleh digunakan untuk mengubati ulser mulut. Caranya:\n\nPenyelidik Indonesia dari Fakulti Farmasi Universiti Sam Ratulangi, Manado pada tahun 2012 berjaya melaporkan keberkesanan kulit kayu pokok rambutan yang digunakan untuk merawat ulser yang berpunca daripada Candida albicans.\n\n5. Rawatan tradisional untuk pelbagai penyakit\n\nBuah ini adalah ubat tradisional di Malaysia dan Indonesia yang telah digunakan selama beratus-ratus tahun.\n\nUlasan daripada penyelidik Universiti Sains Malaysia pada tahun 2017 menyatakan bahawa rambutan telah digunakan secara tradisional dalam beberapa rawatan untuk penyakit seperti alahan, demam, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain.\n\nKarbohidrat dan protein dalam rambutan membantu untuk meningkatkan tenaga dan mengelakkan kembung perut. Rambutan juga kaya dengan air yang membantu untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang dan menghilangkan dahaga.\n\nAnalisis komposisi kimia buah rambutan menunjukkan kandungan nutrien utama seperti karbohidrat (23.8%), protein (2%), lipid (0.23%), serat (0.7%) dan kandungan air yang paling banyak (72%).\n\nVitamin C dalam rambutan membantu tubuh anda dalam proses penyerapan mineral, besi dan tembaga. Ia juga melindungi tubuh daripada rosak akibat dari radikal bebas.\n\nSalah satu daripada nutrien utama rambutan adalah asid gallik. Sebatian ini berfungsi sebagai pemusnah radikal bebas dan melindungi badan kita daripada kerosakan oksidatif dan amat membantu untuk melawan kanser.\n\n9. Menyingkirkan kotoran dari buah pinggang\n\nFosforus dalam rambutan membantu menyingkirkan bahan buangan dalam buah pinggang dan adalah penting untuk pertumbuhan, pembaikan dan penyelenggaraan tisu dan sel-sel badan.\n\nRambutan juga mengandungi sejumlah besar kalsium yang bekerja bersama-sama dengan fosforus untuk menguatkan gigi dan menguatkan tulang.\n\nRambutan adalah sumber zat besi yang sangat baik membantu untuk kawalan jumlah oksigen di dalam badan yang dapat mengawal pening dan keletihan akibat anemia, penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.\n\n11. Kaya dengan serat dan rendah kalori\u00a0\u00a0\n\nRambutan mempunyai kandungan serat yang baik dan rendah kalori. Buah menghalang kita penuh untuk masa yang lama kerana serat yang tinggi dan kandungan air dan kawalan rasa lapar yang tidak teratur itu.\n\nIni juga membantu dalam pengurangan berat badan.\n\nManfaat kesihatan lain rambutan adalah meningkatkan imuniti. Ia membantu untuk melawan jangkitan badan yang menyerang badan kita.\n\nSelain itu, kandungan karotena, thiamine, riboflavin, niacin dan asid askorbik (vitamin C) ternyata membantu menjadikan rambutan lengkap dengan mikronutrien penting yang menyihatkan tubuh badan.\n\nSelain faedah nutrisi, rambutan juga menawarkan fungsi terapeutik. Pengambilan buah-buahan yang boleh membantu untuk membunuh parasit usus dan membantu melegakan gejala-gejala cirit-birit dan demam.\n\nRambutan menjadikan kulit anda lembut dan gebu. Kandungan airnya yang tinggi dapat menghidratkan kulit anda, dengan itu menjadikan ia lembut, licin dan lembut.\n\nOleh kerana keupayaannya untuk menyingkirkan radikal bebas rambutan dapat melindungi badan anda daripada kerosakan oksidatif. Antioksidan hadir dalam rambutan untuk menghapuskan kanser.\n\nRambutan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesihatan rambut anda.\n\nPes daun rambutan menyuburkan rambut anda jauh ke dalam. Ambil sedikit daun rambutan dan campurkan ia sehingga menjadi halus. Tambah sedikit air dan perah ekstraknya. Sapukan campuran pada rambut dan kulit kepala anda.\n\nBuah rambutan juga mengandungi protein yang dapat memulihkan sel-sel yang rosak dan mengantikan sel yang mati dengan sel yang baru.\n\nBuah rambutan turut mengandungi serat yang membantu melawaskan pembuangan air besar sekaligus membantu mengurangkan masalah sembelit.\n\nBuah rambutan juga mengandungi Vitamin A yang membantu menyihatkan mata serta membantu menyembuhkan penyakit akibat kekurangan Vitamin A seperti penyakit anemia, ini turut dibantu dengan kandungan zat besi didalam buah rambutan.\n\nKandungan Vitamin C didalam buah rambutan juga memberi antioksidan kepada tubuh sekaligus membantu mengurangkan penyakit akibat kekurangan vitamin C seperti sariawan, bibir pecah. lemah daya lawan penyakit dan sebagainya.\n\nBagi mereka yang memiliki kadar kolesterol yang tinggi , anda digalakkan menikmati rambutan kerana buah rambutan mengandungi flavonoid yang dapat mengurangkan jumlah kolesterol jahat.\n\nHal ini dapat dilihat menerusi kajian penyelidik dari Indonesia yang menerbitkan kajian mereka di Journal of Applied Pharmaceutical Science pada tahun 2016.\n\nMereka memerhatikan perubahan kandungan kolesterol tikus yang diberi makan ekstrak isi buah rambutan sebanyak 500 mg/kg selama 14 hari. Hasilnya, terdapat penurunan sebanyak 61% kandungan kolesterol diperhatikan.\n\nMineral fosfor yang terdapat dalam buah rambutan turut berfungsi meneutralkan toksin serta menyempurnakan pekerjaan ginjal. Sekaligus membantu proses detoks tubuh. Jika anda sedang berdiet, anda boleh mengurangkan makanan manis dengan buah rambutan untuk tubuh dan berat badan yang lebih ideal.\n\nKandungan antioksidan dalam rambutan turut berpotensi dijadikan bahan farmaseutikal, kosmetik mahupun nutraseutikal.\n\nPenyelidikan SIRIM Malaysia bersama Universiti Malaya pada tahun 2008 bukan sahaja mendapati bahawa isi buah ramburan mengandungi antioksidan yang tinggi, malah kulit buah rambutan turut mengandungi sebatian fenolik yang tinggi, setanding dengan biji anggur dan teh hijau!\n\nItulah dia khasiat rambutan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang khasiat peria katak, khasiat petai, dan khasiat rebung.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Jom buat kuih raya dengan Cadbury sempena raya ini! Cadbury Dairy Milk ingin mengajak semua rakyat Malaysia bersama-sama menyediakan kuih raya dari hati dan menyumbang kepada komuniti yang memerlukan menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati di bulan Ramadan tahun ini. \n\nCadbury Dairy Milk dengan kerjasama pembuat kuih tempatan akan berkongsi pelbagai resipi enak serta unik seperti, Kek Batik Coklat Cadbury, Biskut Keju Cadbury, Almond London Cadbury dan Tart Coklat Cadbury, yang terkenal dengan rasanya yang tersendiri dan kelazatan coklat Cadbury Dairy Milk.\n\nMemandangkan pandemik ini telah menjejaskan kehidupan banyak isi rumah berpendapatan rendah dan menyukarkan usaha mereka dalam mencari pendapatan, ramai rakyat Malaysia telah tampil menyahut cabaran dan menghulurkan bantuan. Diinspirasikan oleh usaha mulia tersebut dan didorong oleh semangat kedermawanan yang selaras dengan jenama Cadbury Dairy Milk, serta nilai dan budaya \u2018Kepelbagaian dan Keterangkuman\u2019.\n\nCadbury Dairy Milk mendorong rakyat Malaysia untuk menyediakan kuih raya serta bersama-sama menyertai program kemasyarakatan ini. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai kempen ini:\n\nAnda pasti berasa gembira apabila mengetahui bahawa bagi setiap kuih raya yang dibuat dan dimuatnaik di Instagram*, Cadbury Dairy Milk akan menyumbang kepada komuniti yang memerlukan. Food Aid Foundation akan menghantar pek sumbangan Raya yang mengandungi barangan keperluan, duit raya dan Kuih Raya Cadbury Dairy Milk kepada keluarga yang memerlukan."
"Jika China mempunyai cerita mengenai Mulan yang menyamar sebagai lelaki ketika berperang, sejarah Islam telah menyaksikan kisah sebegitu yang jauh lebih awal. Ya! Sirah Islam telah menyaksikan Khaulah Al Azwar yang telah berperang dengan beraninya bersama angkatan tentera Islam lain menentang musuh.\n\nBezanya Khaulah Al Azwar dengan Mulan, ini adalah kisah nyata seorang wanita Muslimah yang diizinkan pergi berperang dek kerana kecekapannya yang sangat hebat! Khaulah juga boleh dianggap sebagai seorang wanita berani yang tangkat bertindak. Walaupun Khaulah seorang wanita namun kehadirannya memang patut ditakuti musuh kerana kehandalannya bermain senjata dan bertempur adalah setanding dengan pahlawan lelaki yang ada. \n\nAnda belum pernah mendengar kisah mengenai Khaulah Al Azwar ini? Tidak mengapa, di sini akan dikongsikan kisah Khaulah Al Azwar si bidadari besi yang penuh berani ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada para wanita muslimah di luar sana. \n\nKhaulah Lahir Dalam Keluarga Para Perwira\n\nKhaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman para sahabat Rasulullah SAW. Khaulah memiliki penampilan tubuh yang tinggi lampai dan tegap. Minat Khaulah agak berbeza dengan wanita lain di mana Khaulah sejak kecil sudah mahir bermain pedang dan tombak. \n\nTeknik bertempur juga turut ada di dalam diri Khaulah. Ini semua diwariskan oleh ayahnya sendiri yang bernama Al-Azwar. Khualah juga merupakan adik ipar kepada Dhiraar Al-Azwar yang juga memiliki tahap kehandalan yang agak hebat semasa berada di medan perang. \n\nKhaulah Manfaatkan Ilmu Perang Yang Diwarisi Dari Ayahnya\n\nKetangkasan Khaulah mengangkat namanya sebagai wanita mujahidah yang sangat pandai berperang menggunakan senjata dan berkuda. Malah jika mengikut sejarah Islam sendiri, Khualah ini boleh dikatakan sebagai pahlawan muslimat yang paling handal di waktu itu. \n\nTernyata Khaulah bukan calang-calang wanita yang boleh di pindang enteng. Dengan semangat dan keinginannya yang benar-benar ingin agama Islam terus dibela membuatkan Khaulah benar-benar berani untuk bertempur.\n\n\n\nKhaulah benar-benar mahu manfaatkan segala ilmu peperangan yang diperturunkan oleh ayahnya. Maka Rasulullah SAW sendiri telah memberi izin untuk Khaulah ikut berperang bersama angkatan tentera Islam yang lain. \n\n\n\nIkut Berperang Dalam Perang Yarmuk Dengan Penuh Berani\n\nPerang Yarmuk menjadi saksi di mana Khaulah berperang dengan penuh tangkas dan berani. Peperangan tersebut turut melibatkan pejuang wanita Islam dan Khualah adalah si pemimpin untuk kaum wanita ini. Dalam perang Yarmuk, Khualah turut mengalami kecederaan di kepala.\n\nDalam peperangan Yarmuk yang penuh bersejarah itu juga, Dhiraar Al-Azwar yang juga merupakan abang ipar kepada Khualah telah ditawan oleh pasukan Romawi. Keadaan itu menyebabkan Khalid begitu marah lalu memerintahkan pasukannya untuk segera ikut membebaskan Dhiraar. \n\nPenangkapan Si Abang Membuatkan Khaulah Semakin Hebat Berlawan\n\nDengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, Khaulah menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed. Khaulah tanpa ada rasa gentar terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat demi untuk membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan untuk terus berlawan.\n\nKehadiran Khaulah yang penuh berani mempertahankan pasukan tentera Islam telah mengejutkan pasukan tentera Romawi. Masing-masing menjadi hairan dengan kehadiran si pejuang bertopeng yang sangat berani itu. Malah Panglima Khalid bin Al-Waleed turut berasa kagum dan hairan akan gerangan si pejuang bertopeng yang tangkas menentang musuh tersebut. \n\nMenjadi Pejuang Bertopeng Misteri Di Tengah Medan Perang\n\nAkhirnya, Khalid bin Al-Waleed berpeluang untuk berhadapan dengan Khaulah. Khalid bin Al-Waleed terus menerus bertanya siapakah si gerangan yang datang berperang membantu tentera Islam tetapi Khaulah sendiri mengelak untuk menjawab soalan tersebut. Khalid tetap tidak putus asa dan selepas puas di desak akhirnya Khaulah mengalah. \n\n\u201cWahai panglima. Aku tidak mengelak darimu kecuali kerana rasa malu terhadapmu. Anda seorang panglima besar, sedangkan aku wanita. Tetapi. Aku terpaksa melakukan ini kerana hatiku sakit dan marah.\n\n\u201cAku adalah Khaulah binti Al Azwar. Aku sedang bersama wanita kaumku. Kemudian datang orang memberi khabar bahawa saudaraku Dhiraar ditawan, maka aku pun menaiki kuda dan melakukan apa yang anda lihat ini.\u201d\n\nKehadiran Khaulah Membuatkan Tentera Islam Lain Kembali Bersemangat\n\nKhalid Al Waleed yang terkejut apabila mendapati Khaulah adalah wanita menyebabkan dirinya berasa sangat sedih bercampur hairan. Khalid menjadi tertanya-tanya mengapa wanita sanggup keluar ikut berjihad dengan gigih demi untuk menyelamatkan tawanan perang.\n\nSejak itu, Panglima Khalid Al Waleed terus bersumpah untuk menyelamatkan Dhiraar dengan apa jua cara sekalipun. Kehadiran Khaulah menyebabkan para pejuang Islam kembali bersemangat untuk terus berperang. \n\nPeperangan Yarmuk yang hampir dimenangi oleh pihak Romawi telah mula bertukar. Perang Yarmuk terus berkecamuk dengan para perajurit Islam dengan di bantu oleh Khaulah dan pasukannya. Dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada pasukan Arab. Khaulah amat berpuashati tatkala Dhiraar berjaya dibebaskan daripada tawanan Romawi.\n\nKhaulah Sangat Disenangi Dengan Jasa Yang Tinggi \n\nItulah serba sedikit kisah Khaulah Al Azwar yang telah banyak berjasa untuk Islam. Khaulah tidak sama seperti wanita lain kerana beliau lebih tertumpu di medan perang. Namun kehadiran Khaulah telah membuktikan yang wanita juga kuat dan amat penting di sisi kaum adam.\n\nInilah kisah perjuangan Islam yang disertai serikandi Islam yang tidak gentar bertempur bersama perajurit lelaki. Khaulah dan pasukannya sentiasa ada di barisan belakang untuk meniup kata semangat dan merawat pejuang yang cedera. Tiba masa mereka juga akan tampil menghunus pedang untuk bantu pertahankan para pejuang yang berada di ambang kekalahan."
"Semua orang mahukan bentuk badan yang cantik dan sempurna. Tetapi apa yang penting adalah kesihatan kita. Semasa menjalankan \u2018diet\u2019, adakah diet kita itu baik untuk kesihatan kita? Diet yang tidak bagus akan membawa kemudaratan kepada tubuh badan kita.\n\nAmalan diet, tidak makan makanan karbohidrat dan hanya makan pisang sahaja tidak baik untuk tubuh badan. Tubuh badan kita dicipta sempurna, jadi semua makanan asas dalam piramis makanan perlu ada dalam diet seharian kita.\n\nBagaimanakah mahu mengamalkan diet yang baik untuk tubuh badan kita? Makanan apa yang bagus?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 15 makanan yang bagus untuk orang yang sedang berdiet. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.\n\n15 Makanan yang bagus untuk orang diet\n\nYogurt mengandungi banyak khasiat seperti kalium, kalsium, protein dan vitamin D. Yogurt sangat baik untuk sistem penghadaman dan boleh membuatkan tubuh rasa lebih sihat. Makanlah yogurt tanpa gula atau perisa atau tambahkan sedikit madu untuk kuruskan badan anda hari ini.\n\nSarapanlah dengan kurma kerana ia mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga sepanjang pagi. malah ia mungkin masih membuatkan anda kenyang sehingga tengahari, dengan itu anda tidak akan makan sewaktu makan tengahari.\n\nsesetengah rempah seperti cili dan halia didapati boleh membakar kalori. malah penambahan lada hitam dalam makanan bukan sahaja membantu proses penghadaman, malah ia juga meningkatkan pembakaran lemak sehingga 25%. Jadi tambahkan cili atau halia dan masakan anda.\n\nJus lemon ditambah sedikit air dan madu dipercayai mampu membantu menurunkan berat badan. Jus lemon kaya dengan vitamin c yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh manakala madu pula memiliki nutrisi dan mineral larut lemak\n\nDapatkan buah yang mengandungi serat dengan banyak. Serat merupakan nutrien yang penting dalam diet anda. Ia membantu anda supaya kenyang lebih lama dan melawaskan sistem penghadaman juga.\n\nKacang merupakan sumber tenaga yang baik bagi tubuh kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti protein, vitamin dan lemak yang sihat. Kekacang dipercayai dapat menurunkan berat badan dan kadar kolesterol dalam darah anda.\n\nJika anda ingin mempercepatkan proses pelansingan diri, minum susu suam yang tinggi kalsium dan rendah lemak. Pola pemakanan yang tinggi kalsium dan rendah lemak membuatkan berat anda cepat turun.\u00a0\n\nOat sangat bagus untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ia juga sekaligus membantu tubuh anda supaya lebih ramping dan lansing.\n\nUbi panggang yang disapu dengan minyak zaitun mampu menghilangkan rasa ketagih anda kepada makanan berlemak seperti burger atau kentang goreng.\n\nAnda juga mampu menghasilkan piza yang mampu buatkan anda kurus. Sediakan piza dengan toping yang dipenuhi dengan sayuran dan buat sendiri sos piza di rumah menggunakan bahan semulajadi seperti tomato serta minyak zaitun dan tepung gandum yang rendah lemak.\n\nBuah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak pada bahagian perut. Delima hebat melawan lemak sebagaimana ia menolong membawa dalam proses pencernaan.Bahan yang terkandung dalam buah delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan masalah kembung.\n\nMentega kacang mengandungi protein dan serat di dalamnya yang boleh membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lama. jadi anda akan tidak makan sebarangan sehingga waktu makan sampai.\n\nPopcorn adalah makanan ringan yang boleh mengenyangkan. Ia mempunyai lebih banyak protein daripada kerepek ubi dan lebih banyak zat besi daripada telur dan bayam. Popcorn kebanyakkannya lempung dengan udara. Ini menjadikan ia sangat berkesan untuk diet anda.\n\nMinyak kelapa mengandungi rantaian asid lemak sederhana. Lemak ini boleh diserap terus ke dalam sel dimana ia boleh segera dibakar dan bertukar menjadi tenaga untuk keperluan tubuh. Menambah minyak kelapa dan menu harian sangan bermanfaat untuk penurunan berat badan.\n\nApabila mulut anda sukar berhenti mengunyah makanan yang lazat, cubalah mengunyah gula- gula getah perisa pudina. Rasa ini membantu menahan keinginan untuk makan.\n\n*Semua orang boleh diet, tetapi kita perlu beringat kesihatan kita juga perlu dijaga. Seperti yang telah disenaraikan oleh puan aminah, makanan-makanan ini boleh diamalkan dalam diet seharian. Tujuan pertama kita untuk diet adalah untuk menjaga kesihatan kita bukan sahaja mahu bentuk badan yang cantik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nJemput juga baca artikel tentang piramid makanan untuk diet seimbang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pastinya anda semua telah tahu definisi anak sulung bukan? Menjadi anak sulung bukanlah satu pilihan yang boleh dibuat oleh seseorang. Adakah menjadi anak sulung ini satu perkara yang rumit atau menyeronokkan? \n\nMengikut kajian, anak sulung lebih tinggi IQ nya, ini kerana \u2018mental stimulation\u2019 mereka lebih banyak. Anak sulung juga biasanya mendapat 100% fokus ibu bapanya. Seluruh perhatian ibu bapa hanya kepadanya. Anak sulung juga biasa lebih terserlah kemampuan memimpinnya ini kerana mereka mempunyai adik-beradik yang perlu mereka awasi. \n\nDisebalik kelebihan yang telah anda baca diatas terselit seribu satu tanggungjawab yang peru ditanggung oleh mereka. Mari kita lihat apakah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang anak sulung yang telah dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif.\n\n*Dengan perkongsian ini, kami berharap para pembaca akan memahami keadaan dan tanggungjawab yang akan dipikul oleh seorang yang bergelar anak sulung di dalam sesebuah keluarga. Sebagai seorang anak sulung perlulah sentiasa menyediakan diri dengan sebaik mungkin kerana anda adalah ketua keluarga selepas ibu dan bapa anda.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di\u00a0sini. \n\nJangan lupa untuk kongsikan juga kepada kenalan terdekat anda! Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di\u00a0sini."
"Mencari resepi roti yang sedap\u00a0 dan menarik? Umumnya roti selalu dimakan sebagai sarapan atau waktu petang kerana ianya\u00a0 tak berat namun amat mengenyangkan.\n\nBagaimana pula santapan roti versi anda? Apakah anda mencelurnya dengan susu? Atau makan dengan jem? Bahkan ada juga yang makan roti dengan kuah kari. Sebenarnya sangat banyak versi makan roti mengikut orang yang berbeza.\n\nNamun mesti ada masanya anda berasa bosan juga dengan menu roti yang itu-itu sahaja kan. Oleh itu kami kongsikan untuk anda 25 resepi roti yang sangat kreatif, viral dan sedap. Gerenti anda dan satu keluarga akan suka.\n\nResepi-resepi di bawah ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang digunakan pada resepi ini juga mudah dan senang disediakan. Resepi ini pun tak memakan masa. Sangat sesuai dengan anda yang sibuk kerja masuk pagi dan tak sempat menyiapkan sarapan itu.\n\nTidak dinafikan lagi bahawa resepi roti di bawah ini sangat disukai dan digemari kerana kesemuanya sangat viral di Facebook. Tunggu apalagi. Sila cuba resepinya.\n\n1. Resepi Roti Sangkaya Ala Boat Noodle\n\nLemak berkrimnya roti ini. Kalau anda pernah makan di boat noodle, anda pasti perasan ada menu \u201cRoti Sangkaya\u201d. Rasa dia sedap sangat tapi aduh tak puas makan. Tak cukup tuk puaskan lemak badan ini.\n\nSpesial untuk anda, kami kongsikan resepi mudah dan ringkas untuk anda jamu perut anak-anak dan suami masa cuti ini. Resepi daripada Solehah Yusoff di Facebook.\n\nPuding yang sangat lezat. Lengkap dengan gambar corak yang sangat cantik bernuansa pokok sakura seakan ada di Jepun. Puding roti sakura sangat sesuai untuk majlis mewah mahupun dihidang kepada keluarga. Boleh dimakan bila-bila sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Norhazani Che Mamat\u200e di Facebook.\n\nBuat sendiri boleh letak cheese sampai meleleh. Kali ini kami akan berkongikan resepi nan cheese versi Noor Hazerah\u200e. Sebenarnya ini ialah resepi donut tapi ditukarnya menjadi nan cheese. Jangan risau dengan rasanya. Resepi ini sudah sangat famous di jagad Facebook.\n\nSiapa yang suka makan sosej mesti suka resepi roti ini. Resepi roti sosej yang dikongsikan oleh Yati Rahim\u200e di Facebook ini dibuat dengan bahan sosej yang dibalut dengan cheese dan roti keping. Rasanya sangat sedap dan mengenyangkan. Apalagi kalau dicicah dengan sos dan mayonais.\n\n5. Resepi Roti Goreng Inti Milo\n\nRangup di luar namun lembut dan cair di dalam. Sedap makan panas-panas. Roti milo goreng viral ini patut anda cuba. Resepi daripada Atika Aula di Facebook ini sangat elok kejadinnya. Hati-hati jika letak milo jangan berlebih sangat nanti sampai terkeluar bila goreng.\n\n6. Resepi Roti Bun Inti Kacang Merah\n\nRoti bun inti kacang untuk minum kopi petang-petang. Sedia untuk dihidangkan di atas meja untuk disantap bersama keluarga. Roti bun yang diperbuat dengan tepung gandum, telur, gula, susu. Diberi inti kacang merah menjadikan ia terasa manis dan sedap dimakan dengan bun yang gebu.\n\nResepi roti bun yang gebu, manis berinti kacang merah yang sedap, mudah dan patut cuba. Resepi didatangkan daripada Cik Su di laman Facebook.\n\nAnda tercari resepi roti pita yang sedap? Kali ini akan kami kongsikan resepi roti pita sedap mudah daripada Mazira Hassan\u200e\u200e di laman Facebook. Roti pita berbentuk bulat. Apabila dihidang selalunya dipotong setengah seperti poket doraemon. Kemudian diisikan inti ke dalamnya. Roti pita biasanya diisi daging, sayur dan sos ke dalamnya. Ianya jadi tebal, sedap dan mengenyangkan.\n\nResepi rotiboy rangup di luar dan mempunyai aroma wangi yang khas seperti kopi. Sekali tercium wangi Rotiboy confirm siapapun akan tergoda dan ingin beli. Namun harganya agak mahal dan tidak semua kawasan ada kedai Rotiboy.Jika teringin sangat makan Rotiboy silalah buat Rotiboy sendiri di rumah merujuk resepi daripada Cik Elly yang dikongsikan di laman Facebook.\n\nYus Sue di laman Facebook berkongsikan cara membuat roti sarang lebah step by step. Bahkan dengan bahan seadanya boleh ciptakan roti enak ini.\u00a0Roti sarang lebah boleh anda buat untuk hidangan acara-acara majlis, boleh juga untuk hidangan petang-petang dan untuk berniaga. Dijadikan oleh-oleh juga amat menarik. Selamat mencuba.\n\n10. Roti Keping Gardenia Sosej Cheese\n\nRoti gardenia sosej cheese dibuat dengan cara roti dileperkan dan dilapiskan dengan cheese dan sosej. Yang membuat roti makin menarik ialah ianya digulungkan bersama sosej dibalut tepung roti sebelum digoreng. Rasa kudapan ini rangup dan padat serta cheese yang meleleh dalam mulut sangat meletup di mulut. Sila cubakan resepi roti gardenia sosej cheese yang dikongsikan oleh Jamilah Kak Mel di laman Facebook.\n\nBahan asas membuat kudapan ini ialah roti Gardenia yang digelek nipis. Roti kemudian dipotong setengah lingkaran dengan melekatkan tepi kedua-dua roti. Roti ini diisi dengan daging burger dan sosej yang dihancurkan. Sebelum isi dimasukkan, roti harus digoreng terlebih dulu. Roti poket doraemon sedap dijadikan hidangan minum petang. Lebih sedap lagi kalau dihidangkan panas-panas. Terasa garing dan renyah. Sila cubakan resepi daripada Bonda di laman Facebook.\n\nRoti john memang sedap dan mengenyangkan, makan satu saja boleh kenyang. Ia diperbuat dengan roti oblong yang diisi dengan daging kisar, bawang, cili, telur dan sayuran. Tidak hairan roti john ini banyak penggemarnya. Apa kata kalau anda buat resepi roti john sedap menjilat jari daripada \u200eTengku RosElyza Raja Muhammad\u200e di laman Facebook.\n\n13. Resepi Roti Keping Telur Sardin Viral\n\nIni bukan resepi roti telur sardin biasa. Bahannya menggunakan roti keping yang kemudian dibalut dengan sardin dan telur yang sudah digaulkan.\u00a0Jika roti ini disajikan sebagai sarapan untuk keluarga anda, confirm mereka akan sangat menyukainya. Selain daripada tampilan yang menyelerakan, rasa yang gerenti sedap, juga roti ini sangat bergizi dan kaya akan protein. Resepi dikongsikan oleh \u200eZur Ain Salim\u200e di laman Facebook.\n\nResepi pizza ini sangat simple dan memerlukan sekitar 15 minit sahaja. Tidak leceh membuat adunan doh roti pizza. Cukup guna roti putih yang ada di rumah anda. Kalau ada roti yang hampir expired namun tidak habis lagi. Boleh diubah menjadi roti pizza yang sedap sangat! Resepi pizza mudah serta lengkap dengan gambar step by step yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di facebook.\n\nSeterusnya kami hadirkan untuk anda resepi puding roti pelangi yang viral di laman Facebook dikongsikan oleh Zura Zul\u200e. Selain sedap, puding ini juga boleh bikin kenyang. Puding ini juga boleh anda buat sebagai makanan petang-petang mahupun untuk acara majlis.\n\nMeroti ialah aktiviti masak yang paling diminati. Kali ini kami akan jemput anda membuat roti jala yang lembut. Hidangan ini boleh dibuat untuk menu sarapan pagi atau minum petang. Resepi oleh Cahaya Saudah di laman Facebook.\n\nPagi-pagi sarapan sarapan roti canai. Resepi ini boleh anda cubakan di rumah terutamanya jika anda jenis yang suka makan roti canai. Ahli keluarga mesti suka. Untuk yang bujang pula daripada berseorangan lepak di kedai mamak, tidak ada salahnya cuba buat sendiri bukan? Boleh jemput kawan-kawan makan bersama. Resepi oleh Snk Mohammad di Facebook. Pastikan doh rehat selama 8-10 jam baru goreng ya.\n\nMenu simple senang buat di rumah. Roti puri kembong resepi Nurasykin Ali di laman Facebook ini sangat mudah ditiru. Tanpa yis dan menjadi gebu. Sedap sangat dapat cicah kari, sambal tumis ikan bilis, kacang merah, kuah dal, kuah kacang, sardin atau sengkaya.\n\nJika anda punya lebihan roti yang dekat habis tempoh, baik anda olah menjadi bingka roti. Maka, tidaklah membazir dan dapat merasa hidangan sedap. \u200eNurul Atika berkongsikan resepi bingka roti dilaman Facebook.\n\n20. Resepi Murtabak Roti Daging Cheese\n\nJom minum petang dengan murtabak daging cheese. Hidangan yang tampak sukar namun senang sangat kerana menggunakan roti keping sahaja. Penyediaan mudah dan cheese yang meleleh itu sangat menyelerakan. Resepi dikongsikan oleh Nazura Zainal Abidin di laman Facebook.\n\nRamai yang suka makan roti kering manis. Makan roti kering cicah dengan teh o. Orang-orang tua suka makan macam ini. Lagi senang dengan cara simple hanya guna roti yang hampir expired pun boleh. Ini bukan resepi sekadar marjerin tabur gula. Nur Ashikin A Ridzuan berkongsikan resepi yang unik di laman Facebook. Pastinya lebih sedap.\n\nSedap, senang dan lazat. Buat karipap dengan mudah menggunakan roti keping. Tidak ada roti keping putih jangan gusar, roti lain ada, contoh sandwich loaf yang diguna oleh Zaitul Ummi di laman Facebook. Potong ikut suka boleh dapat 12 keping. Buat inti karipap pun yang mudah dan simpel.\n\n23. Resepi Popia Roti Inti Ayam\n\nResepi menarik roti lain ialah popia roti berinti ayam. Senang dan sedap untuk kudapan minum petang. Menggunakan roti keping dan kulit popia. Anda hanya perlu lipat-lipa roti dan balut dengan kulit popia. Inti yang sedap menambah kesedapan popia roti. Resepi oleh \u200eNor Izan Mustapa\u200e di Facebook.\n\n24. Resepi Roti Gardenia Burger Malaysia\n\nSeterusnya ialah burger Malaysia versi guna roti celup tepung. Bubuh sambal nasi lemak semalam beli sedikit, selitkan hirisan timun, tangkupkan roti goreng. Halah halah mudahnya hiburkan hati sendiri. Ada roti hampir expired, ginilah jadinya. Anak-anak suka cicah kuah kari pun sedap. Resepi dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di laman Facebook.\n\nResepi terakhir ini senang ya amat. Tidak perlu uli teruk-teruk, tidak perlu tunggu sampai doh kembang. Resepi dikongsikan oleh AJ Idris di laman Facebook.\n\nResepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi roti, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Tidak perlu membazir masa beratur panjang semata-mata ingin layan colek ayam. Mari sini kami kongsikan resepi colek ayam yang simple.\n\nHidangan ini menjadi kesukaan ramai dan ianya amat terkenal di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Colek ayam ialah makanan tradisi dimana ayam dan cucur dipotong-potong dan dimakan dengan sos gula Melaka pedas. Hidangan ini sedap untuk kudap-kudap petang.\n\nTanpa tunggu lama ayuh cubakan resepi colek ayam Kelantan ala Tini Hussin yang berkongsi di laman Facebook. Buat colek banyak boleh simpan buat cicah keropok ikan. Mudah, sedap, dan lazat amat.\n\nSelain colek ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Baru-baru ini telah tular akan laporan sebuah akhbar yang melaporkan peningkatan peratusan murid-murid tahun 1 yang buta huruf dan tidak tahu membaca. Isu ini telah menimbulkan suasana panik di kalangan ibu bapa.\n\nKenapa kita tidak seharusnya panik?. Ini kerana berdasarkan kajian, kanak-kanak hanya bersedia untuk membaca pada usia 6 hingga 7 tahun. Adalah normal mengikut perkembangan kanak-kanak jika mereka hanya bersedia untuk belajar membaca ketika darjah 1 di sekolah. Ia normal!Tidak perlu panik.\n\nIbu bapa perlu bertenang. Fahami dan pelajari dahulu perkembangan awal kanak-kanak. Jangan bebankan mereka dengan sesuatu yang mereka belum bersedia.\n\nMungkin anak kita tidak mampu membaca di awal usia seperti sesetengah kanak-kanak yang \u201cword smart\u201d dimana sudah boleh membaca \u2018surat khabar\u2019 pada usia 4 dan 5 tahun. Namun, mereka pasti mempunyai kebolehan dan kecenderungan ke arah bidang lain seperti yang diterangkan dalam teori\u00a0yang diasaskan oleh Howard Gardner \u201cTheory of Multiple Intelligences\u201d.\n\nMenurut teori ini, setiap manusia mempunyai 9 (atau lebih) multiple intelligences. Setiap manusia itu berbeza. Sama juga seperti anak-anak kita. Sudah pasti ada intelligences\u00a0yang mereka lebih dominan daripada yang lain. Kenali potensi anak dan didik mereka mengikut minat dan kelebihan yang ada dalam diri mereka.\n\nNamun, perkara penting yang patut ditanam dalam diri anak-anak ialah MINAT untuk membaca terlebih dahulu. Luangkan masa untuk membaca bersama anak-anak dengan pelbagai buku kegemaran mereka. Wujudkan suasana ilmu di dalam rumah dan cipta ruang mini perpustakaan buat keluarga. Usaha ini secara tidak langsung akan mewujudkan budaya membaca dan minat itu pasti tertanam dalam diri mereka sehingga dewasa kelak.\n\nSalah satu usaha untuk menarik minat anak-anak kecil untuk membaca ialah dengan mencipta pelbagai permainan kreatif supaya suasana dan proses membaca itu seronok dan menghiburkan.\n\nJom ikuti beberapa idea kreatif daripada Puan Azrina dalam menarik minat anak kecil membaca. Anak pasti tidak bosan!\n\nBiasakan anak-anak dengan lagu-lagu fonik yang mengajar bunyi-bunyi huruf sebagai asas dalam proses membaca. Kaedah fonik terbukti berkesan dan pantas dalam mengajar kanak-kanak untuk membaca. Perkara ini selaras dengan kajian yang menyatakan bahawa otak manusia membaca dengan cara memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi.\n\nAntara lagu-lagu fonik yang baik untuk didengar oleh kanak-kanak ialah ABU ADA AYAM untuk Bahasa Malaysia dan CORY CAT untuk Bahasa Inggeris. Mereka boleh menyanyi sambil mengikut pergerakan di dalam video tersebut. Kaedah ini pasti banyak membantu anak-anak untuk mudah mengingati setiap bunyi huruf yang ditayangkan.\n\nTanah liat dan kanak-kanak memang berpisah tiada ?. Ajak anak bermain tanah liat sambil membentuk pelbagai huruf dan suku kata.\n\nSebagai permulaan, bentuk huruf tanpa gabungan huruf yang lain sambil membunyikannya. Jika anak sudah mahir bunyi setiap huruf, bolehlah digabungkan bunyi-bunyi huruf yang lain pula.\n\nSiapa cakap nak pancing ikan hanya boleh di sungai atau di laut sahaja? Memancing di dalam rumah pun boleh.?\n\nKelipkan klip kertas pada kertas-kertas yang telah dipotong dan ditulis huruf. Sediakan alatan memancing dan lekatkan magnet padanya seperti \u2018umpan\u2019. Suruh anak \u2018pancing\u2019 huruf yang kita bunyikan.\n\nAnak pasti teruja untuk memancing huruf yang disebut ibu bapa. Mereka akan berusaha keras untuk memastikan umpan mereka terlekat pada bunyi huruf yang betul.\u00a0?\n\nTulis huruf yang ingin dipelajari pada potongan kecil kertas. Ajarkan anak untuk memadankan huruf yang betul seperti yang tertera pada kad imbas. Sambil memadan dan melekat kertas huruf, ibu bapa bolehlah membunyikan gabungan huruf tadi bersama anak.\n\nHanya menggunakan penutup botol terpakai, tuliskan beberapa huruf konsonan dan vokal untuk membentuk gabungan bunyi.\n\nBagi anak-anak yang sudah mahir, galakkan mereka untuk membentuk gabung bunyi sendiri hasil pembelajaran sebelum ini. Aktiviti ini mampu menguji sejauh mana tahap membaca mereka.\n\nAktiviti ini pasti menyeronokkan. Kanak-kanak memang suka bermain dengan air. Mereka pasti suka bermain pistol air seperti ini sambil belajar membaca.\n\nCara bermainnya ialah ibu bapa membunyikan gabungan huruf yang dikehendaki dan anak akan menembak ke arah kertas yang betul. Selain belajar membaca, aktiviti ini juga dapat menguji daya fokus dan visual anak-anak untuk menembak ke arah sasaran dengan tepat.\n\nPelbagai kaedah bermain boleh dilakukan dengan hanya menggunakan bola pom pom ini. Salah satunya ialah meniup bola pom pom ke dalam cawan dengan menggunakan straw.\n\nWah!nampak menarik bukan? Mesti anak-anak teruja untuk memastikan bola tersebut masuk ke dalam cawan sampai termengah-mengah meniup straw tersebut. ?\n\nAktiviti ini memang terbaik. Bukan sahaja bantu anak membaca tetapi mampu menguji daya visual dan meningkatkan kemahiran motor halus mereka.\n\nAnak-anak akan memadankan suku kata yang sama dengan menggunakan getah yang disediakan. Sungguh kreatif ibu ini mencipta permainan yang menarik seperti ini!\n\nIbu bapa boleh membuat \u00a0beberapa potongan kecil kad dan menulis perkataan yang ingin dipelajari di atasnya. Setiap kad haruslah mempunyai beberapa perkataan yang lain agar anak-anak dapat meneka \u00a0perkataan yang akan dibunyikan semasa permainan dijalankan.\n\nAktiviti ini akan membantu anak fokus untuk memilih perkataan yang tepat sambil mengasah kemahiran motor halus mereka untuk mengawal pergerakan dan otot jari semasa menggunakan penyepit baju tersebut.\n\nAktiviti ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sudah mahir membaca supaya ibu bapa boleh menguji tahap penguasaan kemahiran membaca anak-anak mereka.\n\nTuliskan beberapa menu di atas kertas. Pastikan perkataan yang ditulis menggunakan warna yang berbeza agar mereka mudah untuk membaca suku kata yang terdapat dalam satu perkataan. Anak-anak pasti leka bermain permainan ini terutamanya anak perempuan. \u263a\n\nPelbagai permainan yang kreatif boleh dicipta dengan hanya menggunakan cawan polistren. Salah satu idea yang menarik ialah dengan menutup suku kata yang sama atau bermain memory game iaitu menutup semua bulatan tersebut dan hanya membuka suku kata yang sama sahaja.\n\nPermainan ini akan lebih menarik jika ibu bapa memasang lagu kanak-kanak yang berentak rancak kerana akan membuatkan kanak-kanak teruja untuk membuka setiap cawan tersebut dengan lajunya mengikut rentak lagu.?\n\nMewarna sambil belajar membaca sampai comot-comot! Anak pasti seronok!\n\nAnak-anak perlu mewarna suku kata yang sama sambil membunyikannya dengan menggunakan warna air yang berwarna-warni.\n\nBunyikanlah suku kata tersebut sambil menyanyi. Suasana belajar itu pasti bertambah menarik!\n\nSumber: Hasil perkongsian Puan Azrina di laman facebook beliau."
"Biskut buah pinggang resepi orang dulu. Biskut ini bentuknya amat unik menyerupai buah pinggang maka biskut ini diberi nama biskut buah pinggang. Entah apa idea mula-mula yang mencetuskan bentukan biskut semacam buah pinggang tapi tetap unik dan menarik sangat.\n\nBukan mengada-ada tapi biskut ini sangatlah sedap dan cara penyediannya sangat mudah. Biskut ini amat sesuai untuk hidangan hari raya. Memang tetamu yang datang akan cari biskut ini.\n\nSelain itu, anda pun boleh buat untuk jual. Tapi kena asingkan bekasnya supaya tidak cepat habis dengan orang di rumah. Sila cubakan resepi biskut bua pinggang yang dikongsikan oleh \u200eNoorzaiton Nordin\u200e di laman Facebook.\n\nSelain biskut buah pinggang, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Terdapat banyak kaedah dalam mengklasifikasikan jenis tanah, namun tukang kebun biasanya menggambarkan tanah menggunakan kata-kata seperti berpasir, tanah liat dan sebagainya. Istilah ini seringkali jelas menggambarkan tekstur jenis tanah.\u00a0\n\nMengetahui pelbagai tekstur jenis tanah akan dapat membantu anda meramalkan bagaimana ia memberi kesan dalam keadaan yang berbeza. Inilah faktor penting yang perlu diberi perhatian dalam menyubur dan menjadikan tumbuhan anda berkembang.\n\nTanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan beberapa jenis bahan organik. Tanah merupakan komponen yang sangat penting bagi menjalankan penanaman pelbagai jenis tanaman khas untuk makanan, industri atau ternakan. \n\nJenis tanah adalah berbeza-beza di setiap lokasi dengan lokasi yang lain.\u00a0 Jenis tanah terbentuk dari proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu. Kini, terdapat banyak jenis tanah yang terbentuk di muka bumi yang mempunyai pelbagai ciri untuk kita kenali.\u00a0\n\nBagi tujuan perancangan pertanian, maka terdapat tiga aspek penting berkaitan tanah. Ia adalah klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat ini amat penting bagi mereka yang meminati bidang pertanian dan ingin memajukan tanaman.\n\nPenyediaan untuk penanaman, tanah yang sesuai diperlukan untuk menanam jenis sesuatu tanaman. Di Malaysia terdapat 6 jenis tanah yang sesuai iaitu tanah liat, tanah pasir, tanah gambut, tanah loam, tanah keranji dan tanah endapan. Jom kita lihat jenis tanah yang ramai tak kenal.\n\nJenis tanah yang sesuai untuk pertanian adalah jenis tanah loam. Tanah ini sangat disukai oleh para pekebun. Ia mempunyai kandungan yang hampir sama di antara tanah lampung, tanah endapan dan pasir.\u00a0\n\nTanah ini juga mengandungi humus iaitu kira-kira 40 peratus pasir, 40 peratus endapan dan 20 peratus tanah liat. Nilai PH dalam tanah loan adalah tinggi dan kandungan kalsiumnya juga amat tinggi dan bagus untuk tanaman.\u00a0 Jenis tanah loam ini berwarna hitam dan sangat lembut, gembur dan rapuh di tangan apabila dipegang.\u00a0\n\nMenyerap udara dengan baik untuk tanaman tetapi sangat cepat kering juga adalah salah satu cirinya. Tanah loam mempunyai daya pengudaraan yang baik. Udara dapat bergerak bebas antara partikel-partikel tanah sehingga ke akar tanaman.\n\nTanah endapan mempunyai partikel yang lebih kecil berbanding dengan tanah pasir dan ianya sangat lembut dan ringan. Tanah endapan boleh menyerap air namun nutrien di dalam tanah ini cepat hilang. Jenis tanah ini amat sejuk dan kering.\u00a0\n\nIanya jenis tanah yang mampat dan padat. Pengudaraan di dalam tanahnya pula boleh membawa masalah kepada tanah. Hanya tumbuhan tertentu sahaja boleh hidup di sini.\n\nTanah keranji atau tanah seline ini adalah jenis tanah yang kering dan bergaram. Tumbuhan atau tanaman akan menghadapi masalah jika ditanam pada tanah jenis ini. Ia tidak sesuai digunakan untuk penanaman sama sekali.\n\nTahukah anda, tanah jenis pasir ini mempunyai partikel yang sangat besar dan lentur? Jenis tanah ini bersifat kering dan berderai.\u00a0 Biasanya ia tidak menyerap udara kerana mempunyai ruang kumbahan yang besar.\u00a0\n\nHal ini akan menyebabkan air mengalir dengat cepat dan tidak dapat diserap oleh akar. Nutrien di dalam tanah juga tidak dapat bertahan dengan lama kerana akan hilang bersama air yang mengalir. Tanah pasir sesuai untuk tanaman sebenarnya tetapi tidak kepada tumbuhan hijau.\n\nJenis tanah yang berwarna hitam atau perang ini adalah tanah gambut.\u00a0 Jenis tanah ini mempunyai bahan organik dan air yang sangat tinggi.\u00a0 Ia dikategorikan dalam kumpulan tanah yang berorganik.\u00a0\n\nTanah gambut dikatakan telah terbentuk kira-kira 9000 tahun dahulu dengan pereputan bahan mineral, tumbuhan dan sebagainya yang telah ditimbus di dalamnya. Ketika hujan, udara sangat banyak di dalamnya dan ia pula akan kering ketika musim kemarau. \n\nTanah gambut di Malaysia dikategorikan sebagai tanah bermasalah. Ia sama seperti tanah bris dan tanah berasid sulfat.\u00a0 \u00a0Sekiranya anda melihat jenis tanah yang sama seperti span dan boleh dibentuk, maka tanah tersebut adalah jenis tanah gambut. \n\nKebanyakan kawasan di Selangor mempunyai tanah gambut yang amat sesuai untuk penanaman pokok kelapa sawit. Tanah gambut amat sesuai untuk pokok kelapa sawit hidup subur.\n\nRamai tak tahu bahawa tanah juga mempunyai partikel yang sangat berbeza. Tanah liat merupakan jenis tanah yang mempunyai partikel yang sangat kecil dan rapat antara satu sama lain. Tanah ini sangat melekat ketika basah dan akan keras apabila kering. \n\nJenis tanah ini sangat padat jika dibandingkan dengan jenis tanah yang lain.\u00a0Disebabkan partikelnya sangat kecil dan halus, pengudaraan dalam jenis tanah ini tidaklah begitu baik dan juga sangat sukar menerima penyerapan air. \n\nApabila menanam sayuran pada tanah jenis ini, tanaman akar tidak dapat bergerak dan pengemburan perlu dilakukan dengan kerap. Biasanya tanah liat ini berwarna kuning kemerah-merahan.\u00a0\n\nUntuk menentukan tanah anda itu jenis tanah liat kepal, tanah tersebut masih dalam keadaan basah. Namun, sekiranya ia melekit maka ia adalah jenis tanah liat biasa.\n\nJenis tanah ini terjadi berpunca dari suhu udara yang tinggi dan kesan hujan turun. Akibatnya, pelbagai mineral yang diperlukan oleh tumbuhan menjadi larut dan meninggalkan sisa-sisa oksida besi dan alumunium. Ia boleh digunakan untuk bercucuk tanam tetapi tidaklah disarankan.\n\n8.\u00a0 Tanah Gunung Berapi atau Volkano\n\nJenis tanah ini terhasil akibat letusan gunung berapi. Lava gunung berapi telah bercampur dengan tanah, bahan mineral dan menghasilkan tanah jenis volkano. Tanah ini amat subur kerana nutrientnya pelbagai.\u00a0 Nilai tanah ini juga amat mahal harganya.\n\nItulah dia antara jenis tanah yang perlu anda ambil tahu.\u00a0 Sudah pasti tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam menjadi pilihan anda! Jom baca juga kawasan tanah tinggi, Jenis burung di Malaysia dan Jenis cendawan."
"Jom ketahui bentuk-bentuk rezeki dari Allah SWT. Bukan sekadar wang ringgit sahaja.\n\n\u201c.Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.\u201d\n\nRezeki adalah pemberian yang Allah kurniakan ke atas makhluk-makhluknya dalam pelbagai bentuk dan cara. Rezeki juga sangat luas, merangkumi makanan, minuman, kesihatan, pekerjaan, masa lapang, dan pelbagai \u00a0nikmat lain dan bukanlah merujuk kepada wang ringgit semata-mata.\n\nRezeki yang dijamin adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT berdasarkan takdir-Nya dan qada qadar yang ditetapkan oleh Allah SWT. Rezeki ini telah ditentukan oleh Allah SWT tanpa ada sesiapa pun mampu mengubahnya dan berlaku atas kuasa Allah sahaja tanpa pengetahuan sesiapa pun.\n\n\u201cTidak ada satu makhluk pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.\u201d\n\nJadi, di dunia ini setiap hamba Allah SWT telah ditetapkan rezeki masing-masing.\n\n#2 Rezeki Kerana Usaha atau Kerja\n\nRezeki juga bergantung kepada sebanyak mana usaha yang kita lakukan. Lebih banyak usaha akan lebih banyak rezeki yang akan diperolehi.\u00a0 Dengan itu janganlah berputus asa dengan setiap pekerjaan yang dilakukan, pasti ada rezekinya. Itulah janji Allah SWT dalam firman Allah SWT dalam surah an-Najm.\n\n\u201cTidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.\u201d\n\n\u201cSesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.\u201d\n\nRezeki dengan bersyukur bermakna lebih banyak kita bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan selama ini, bermakna Allah SWT akan melebihkan rezeki berganda kelak. Dengan itu, jadilah hamba Allah yang bersyukur untuk ditambah rezeki lagi, amin.\n\nRezeki tak disangka seperti mendapat hadiah atau buah tangan tanpa diminta dan diduga. Atau tiba-tiba mendapat tambahan gaji atau kenaikan pangkat serta sebagainya lagi. Firman Allah SWT:\n\n\u201cBarang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.\u201d\n\nIstigfar atau ucapan \u2018astagfirullah hal\u2019adzim\u2019 adalah kunci kepada pintu rezeki. Lalu beristigfarlah selalu, setiap hari dan minit dengan sebanyaknya supaya kita mendapat rezeki yang banyak dan melimpah ruah.\n\nAllah SWT berfirman dalam surah Nuh:\n\n\u201cBeristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta.\u201d\n\nBagi golongan yang berkehendak untuk menikah tetapi bimbang memikirkan kehidupan selepas berkahwin, khasnya mengenai perbelanjaan serta aspek kewangan, janganlah risau kerana Allah telah menyatakan bahawa perkahwinan itu adalah rezeki dan akan membawa rezeki.\u00a0 Dalam surah an-Nur, Allah berfirman;\n\n\u201cDan nikahkanlah orang yang masih bujang di antara kamu dan juga orang yang layak daripada hamba sahayamu baik lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah SWT akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya.\u201d\u00a0\n\nRamai orang yang tak mahu anak yang ramai atau bimbang anak yang banyak akan menyusahkan atau membebankan. Sebenarnya anggapan begini adalah salah sama sekali dan perlu diubah.\n\nAllah SWT telah menetapkan rezeki tersendiri untuk setiap anak itu bahkan kepada penjaganya. Oleh itu janganlah risau untuk memiliki anak yang ramai. Ini kerana memiliki anak yang ramai itulah orang yang kaya sebanarnya. Firman Allah SWT:\n\n\u201cDan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.\u201d\n\nBersedekah adalah ibarat menamam padi, iaitu ditabur dengan satu benih sahaja tetapi yang tumbuh adalah berpuluh biji beras yang lain, dan apabila disemai lagi benih itu akan tumbuh lebih banyak beras.\n\nBegitulah juga jika kita bersedekah, semakin banyak rezeki yang diperoleh asbab daripada perbuatan bersedekah. Bahkan Allah berjanji sesiapa yang bersedekah akan Allah gandakan rezekinya dengan berlipat kali ganda.\n\nBerfirman Allah SWT dalam\u00a0 surah al-Baqarah:\n\n\u201cSiapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah SWT, pinjaman yang baik (infak dan sedekah) maka Allah SWT akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dalam jumlah yang besar.\u201d\u00a0\n\nAda rezeki yang menanti di awal pagi. Jadi bangunlah awal pagi dan dirikan solat subuh serta solat sunat yang lain untuk meraih rezeki yang menanti untuk dikutip dalam pekerjaan seharian kita. Rasulullah SAW bersabda,\n\n\u00a0\u201cWahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.\u201d \n\nBagi mendapatkan rezeki daripada Allah SWT, hendakalah kita sentiasa memlihara silaturahim sesama manusia. Malah janglah pula membiarkan tali silaturahim terputus agar rezeki kita juga tidak terputus.\n\n\u00a0\u201cBarang siapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.\u201d\n\nTidak Allah jadikan rezeki itu dari satu sumber sahaja, tetapi melalui banyak jalan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Rezeki ini menjukkan sayanganya Allah SWT kepada hamba-hambaNya, apatah lagi yang selalu mengingati-Nya.\n\nDengan itu wajiblah kita menjaga hubungan dengan Allah agar rezeki dari-Nya sentiasa berpanjangan, amin.\n\n\u00a0\u201c.Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya).\u201d \n\nJemput baca artikel kami yang lebih menarik \u00a0Rezeki Berkat dan\u00a0 Punca Hilang Keberkatan Rezeki"
"Ayuh ikuti kisah bayi-bayi yang boleh berkata-kata. \n\nBayi yang boleh berkata-kata merupakan salah satu keajaiban yang berlaku dengan izin Allah S.W.T. Pastinya keajaiban ini untuk memberi pengajaran yang bukan sahaja untuk dikagumi tetapi untuk mengakui keagungan Allah S.W.T yang berkuasa menjadikan sesuatu yang kelihatan mustahil dan luar biasa.\n\n\u201cTidak ada bayi yang dapat berkata-kata ketika masih dalam buaian kecuali tiga orang bayi. Tiga orang itu ialah Isa anak Maryam, bayi yang membela Juraij dan bayi yang menyusu pada ibunya.\u201d\n\nBerikut kisah tiga orang bayi yang terdapat dalam hadis Rasulullah S.A.W:\n\nKaum jahiliyah memfitnah ibu Nabi Isa iaitu Maryam berbuat zina sehingga melahirkan anak. Nabi Isa menjawab semua tuduhan itu seperti dalam surah Maryam: 28-34:\n\n\u201cWahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!\u201d\n\nKaum jahiliyah menyatakan kepada Maryam bahawa keturunannya bukanlah daripada penzina dan berakhlak buruk. Lalu Maryam menunjukkan anaknya untuk menjawab tuduhan zina kepadanya.\n\nMelihat keajaiban itu mereka berasa mustahil untuk seorang bayi berbicara. Namun, mereka lupa bahawa Allah S.W.T memberi mukjizat kepada Nabi Isa.\n\nBaginda menjawab tuduhan itu dengan menyatakan, baginda adalah seorang hamba Allah yang diberi kitab Injil dan seorang Nabi.\n\nBaginda diberkati Allah dan diperintahkan untuk solat, berzakat dan taat kepada ibunya, selain tidak sombong, takbur dan derhaka. Bahkan baginda juga dijanjikan keselamatan dan kesejahteraan pada hari dilahirkan dan hari kematian serta pada hari kiamat.\n\nJuraij seorang ahli ibadat yang sangat taat. \u00a0Dia telah yang membina surau sebagai tempatnya beribadat. Suatu hari, ketika \u00a0dia sedang bersolat, ibunya datang dan memanggilnya di surau itu.\n\nAwalnya, Juraij berkira-kira untuk menjawab panggilan ibunya. Namun, akhirnya dia memutuskan untuk meneruskan solatnya. Ibunya kecewa kerana anaknya itu tidak menyahut panggilannya.\n\nKeesokan harinya, ibunya datang lagi dan memanggil anaknya itu ketika sedang solat. Juraij masih mengabaikan panggilan ibunya dengan meneruskan solatnya. Perkara itu berlaku sebanyak tiga kali sehingga ibu \u00a0sedih dan marah, lalu berdoa;\n\n\u00a0\u201cYa Allah, janganlah matikan Juraij sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.\u201d\n\nLalu, pada suatu hari datang seorang\u00a0 pelacur untuk menggoda dan memfitnah Juraij. Namun Juraij langsung tidak tergugat dan terus khusyuk mendirikan solatnya. Wanita tersebut kecewa dan putus asa lalu menemui seorang pengembala kambing dan berzina.\n\nTidak lama kemudian, wanita itu hamil dan melahirkan seorang bayi. Namun wanita tersebut mendakwa dan menuduh Juraij adalah bapa kepada anaknya itu. Orang kampung yang terdiri daripada kaum bani Israel berasa marah lalu datang menghancurkan surau Juraij. Mereka sememangnya sudah lama menaruh rasa cemburu atas ketekunan Juraij beribadah.\n\nJuraij terkejut dengan tindakan mereka lalu bertanya dengan sabar akan tindakan mereka. Mereka pun menceritakan hal yang sebenar. Juraij meminta izin untuk bersolat sunat dua rakaat, \u00a0kemudiannya meminta dibawakan bayi itu kepadanya, lalu dia\u00a0 memegang perut bayi itu. Dan bertanya siapa ayahnya.\n\nBayi itu menjawab, bahawa ayahnya adalah seorang penggembala kambing. Orang kampung berasa sangat malu dan meminta maaf. Mereka mahu membina semula surau daripada emas. Juraij menolak dan meminta surau dibina daripada tanah sahaja.\n\nBayi Yang Sedang Menyusu Pada Ibunya\n\nKetika seorang bayi sedang menyusu ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki yang tampan dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berdoa agar anaknya menjadi seperti lelaki itu;\n\n\u201cYa Allah, jadikanlah anakku ini kelak seperti lelaki itu.\u201d\n\nNamun, bayi tersebut berdoa agar dia tidak menjadi seperti lelaki itu. Kemudian, melintas pula seorang perempuan dengan wajah pucat dan kepenatan kerana dikejar oleh orang ramai. Mereka berteriak menyatakan wanita itu pencuri dan penzina. Dalam kepayahan untuk bernafas dan kesakitan, dia berdoa kepada Allah.\n\nIbu itu berdoa agar anaknya tidak menjadi seperti itu. Namun, anak itu berdoa dia mahu menjadi seperti wanita tersebut.\n\nIbunya berasa pelik, mengapa anaknya mahu menjadi seperti wanita itu dan bukan lelaki yang pertama melintas tadi. Anak itu menyatakan, lelaki pertama itu penjahat dan wanita tadi merupakan seorang yang mulia di sisi Allah S.W.T dan bukan seperti yang dituduh.\n\nKekuatan dan keajaiban kuasa Allah S.W.Tmampu melakukan sesuatu di luar ruang fikir kita. Setiap yang berlaku, pastinya memberi pengajaran dan menguatkan keimanan.\n\nJika anda menyukai artikel ini, pasti anda juga menyukai perkongsian kami yang lain tentang;"
"Tak sabar sambut hari ibu, ibu pasti terkejut jika kita buat kejutan berupa parti dan hadiah ni! Nak buat sendiri kek atau nak beli tiada masalah, tetapi kek hari ibu bagaimana yang menarik dan unik yang menjadi pilihan anda. \n\nTerdapat banyak jenis kek hari ibu yang boleh anda dapatkan. Menghasilkan sendiri adalah lebih baik sekiranya anda pandai buat kek dan dessert. Pasti sedap kan! Sebelum beli atau buat kek hari ibu, penting untuk anda ketahui perkara-perkara berikut:\n\nDengan mengetahui asas kegemaran kek hari ibu, anda boleh memilih reka bentuk kek, design, warna dan corak kek. Ibu pasti suka! Jom lihat 15 jenis kek hari ibu boleh anda beli atau buat sendiri.\n\nKek coklat moist atau dikenali dengan nama kek coklat kukus adalah pilihan seluruh keluarga. Dari anak kecil sehinggalah tua, pasti akan makan kek coklat moist ini. Sangat sedap dan menarik jika anda hiaskan dengan buah-buahan atau coklat-coklat.\n\nSekiranya ibu anda meminati kek perisa red velvet, kek red velvet ini sesuai dijadikan kek hari ibu. Tambahan fondant dan krim boleh digunakan untuk mencantikkan kek. Yang penting, rasa dalaman kek adalah kek red velvet. Jika ibu anda meminati warna merah, boleh juga anda beli kek red velvet sebagai kek hari ibu.\n\nRamai kaum ibu suka makan kek buah kukus. Bukan sahaja sedap, tetapi juga berkhasiat. Cara membuatnya juga tidak susah, tidak juga perlukan kos yang banyak. Kek buah kukus ini tidak memeningkan anda memandangkan ia tidak terlalu manis dan tiada fondant.\n\nBagi anda yang merupakan penggemar nutela, apa kata anda beli atau buat sendiri kek nutela khas untuk hari ibu. Kek hari ibu ini pasti menyerlah dan rasanya lebih sedap dari kek yang lain sebelum ini. Apatah lagi, ia adalah kek cheese tart Nutela.\n\nJika ibu anda tidak gemarkan kek, jangan risau, brownies adalah pilihan yang tepat. Kek tidak terlalu padat seperti brownies. Makan banyak kali pun tidak mual. Nak nampak cantik dan menarik, tambah buah strawberri, anggur atau coklat di atas brownies tersebut.\n\nWau, ini menjadi kegemaran ramai para ibu. Kek buah yang segar ini sangat berkhasiat dan dipenuhi pelbagai jenis buah-buahan. Sebiji kek macam tak cukup rasanya, buatlah saiz yang lebih besar supaya semua dapat merasa dan menikmati kek buah ini.\n\nKek hari ibu berkonsep kek jelly ini sesuai anda buat jika ingin menjimatkan wang. Kek ini memerlukan bajet yang sangat rendah tetapi tidak mengapa jika anda ingin buat sendiri atau membelinya. Pasti ada!\n\nKek cheese adalah kek kegemaran ramai wanita dan lelaki. Luaran kek boleh dihias dengan pelbagai jenis bunga, buah, fondant, cheese dan lain lagi. Sekali makan, pasti nak lagi! Ada juga ibu bapa yang tidak gemar makan makanan seperti cheese, anda harus ketahui dahulu selera mereka.\n\n9. Kek Kopi Atau Kek Tiramisu\n\nPasti ada peminat tiramisu di sini! Tidak terkecuali ibu dan keluarga anda. Peminat kek tiramisu pastinya mereka yang sukakan perisa kopi, teh, nescafe dan sebagainya. Ada juga yang memang gemarkan kek ini sahaja.\n\nSempena hari ibu, anda boleh buat atau tempah sahaja kek nombor mengikut jumlah nombor umur ibu anda. Lebih meriah lagi kek tersebut jika anda tambahkan buah-buahan seperti anggur, strawberi, berri dan juga macaroon. Hiasan gula bunga atau fondant bunga pun boleh ditambah.\n\nKek hari ibu ini agak rare. Jika ibu anda tidak meminati kek, anda boleh jadikan nasi lemak atau makanan ruji yang lain seperti mee goreng, bihun goreng, laksa dan macam-macam lagi sebagai kek. Mudah sahaja, cuma susun atur sahaja seperti sebiji kek.\n\nLihat sahaja sudah cukup menyelerakan, tekstur dan bentuk kek yang cantik seperti topi ini adalah pilihan terbaik untuk dijadikan kek hari ibu. Kek hari ibu berbentuk topi ini boleh digunakan perisa vanila, strawberi dan lain-lain lagi yang bersesuaian.\n\nPersiapan Kek Hari Ibu \u2013 Beli Atau Buat Kek Sendiri\n\nSama ada membeli atau membuat kek sendiri sempena hari ibu, semuanya harus dimulakan dengan segera. Maklumlah jika terlambat, tak sempat buat atau tak dapat bahan kek yang lengkap.\n\nSekiranya anda ingin menempah kek, anda boleh tempah di mana-mana kedai dengan beritahu mereka lebih awal atau bersama kenalan yang pakar membuat kek. Jangan lupa maklumkan secara terperinci akan kek yang anda inginkan. Kek hari ibu anda pasti menjadi jika persiapan dilakukan dengan teliti.\n\nItulah dia 12 jenis kek hari ibu yang sesuai untuk anda buat sendiri atau beli untuk ibu anda. Pasti sedap dan menepati citarasa mereka. Jom baca Resepi biskut red velvet, Hadiah menarik untuk ibu dan cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak."
"Rutin harian mengambil si anak di tadika. Ternanti-nanti ibu wajah anak yang tersenyum girang di tadika menggambarkan perasaan seronok dan puas bermain bersama rakan-rakan.\n\nNamun, hari ini sedikit berbeza. Dari jauh telah terdengar teriakan si anak menangis kuat. Laju sahaja si ibu mengatur langkah mendapatkan anak walau sisa demam masih berbaki.\n\nDigagahkan diri mendapatkan anak lantas terus didakap dan didukung demi meredakan tangisan. Sesi siasatan ala-ala \u2018Detective Conan\u2019 bermula.\n\nIbu: \u201cKenapa menangis Muhammad? Penar ke dekat sekolah tadi? Lapar? Sakit?\u201d.\n\nAnak: \u201cMuhammad nak balik rumah. Dekat rumah ada atok, ada mama, ada abah\u201d.\n\nIbu: \u201cLaaa..Nanti balik kita jumpalah atok dengan abah. Bukannya pergi mana pun. Ada je dekat rumah\u201d.\n\nAnak: \u201cSebenarnya, Muhammad lapar. Muhammad nak makan sama-sama dengan mama. Nak mama suap. Nak tidur sama-sama dengan mama. Nak peluk mama. Muhammad rindu mama\u201d.\n\nTangisan anak terus terhambur keluar tanpa ditahan-tahan lagi.\n\nIbumu baru terbaring sakit yang sedikit cuma,\n\nNamun, perasaan rindu akan suapan, pelukan dan ciuman ibu terus menebal dalam hatimu.\n\nMaafkan ibu telah menjadi punca sedih dihatimu,\n\nMaafkan ibu yang telah alpa akan perasaanmu,\n\nSelagi ada hembusan nafas ini, selagi itu dirimu tidak akan sunyi dengan kasih ibumu ini.\n\n3 Kuasa Istimewa Ibu Ayah Buat Anak\n\nWahai ibu dan ayah, jangan pernah lupa akan 3 kuasa istimewa ini.\n\nKerana kesannya sangat mendalam dalam diri anak. Percayalah, kuasa istimewa ini akan membentuk emosi anak yang positif, mudah empati dan lembut hatinya.\n\nPernahkah kita terfikir akan nasib anak-anak yang telah kehilangan ibu dan ayah sejak kecil? Bagaimana perasaan rindu yang terpaksa ditanggung oleh mereka?\n\nSedangkan kita yang sentiasa ada bersama anak ini pun mereka tetap rindu, inikan pula mereka yang telah ditinggalkan ibu dan ayah yang pasti tidak akan kembali lagi di dunia ini.\n\nYa Allah, tidak dapat dibayangkan perasaan yang ditanggung mereka diusia sekecil ini. Semoga Allah swt memberi kita kesempatan masa dalam mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak.\n\nUsah leka dengan urusan kita sahaja sehingga mengabaikan keperluan emosi dan perasaan anak yang dahagakan belaian kita.\n\nLuangkanlah masa bersama mereka walau untuk seketika. Sudahkah kita peluk anak hari ini? Peluklah anak sekarang, sesungguhnya mereka rindu akan kehangatan kasih sayang ibu dan ayah setiap hari!"
"Solat yang ditinggalkan wajib diganti dan dibuat semula. Mari sama-sama ketahui cara qada solat yang tertinggal.\n\nDari sudut bahasa, solat bermaksud \u00a0\u2018berdoa dengan kebaikan\u2019. Manakala\u00a0 dari sudut istilah syarak pula bermaksud \u2018himpunan perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir (membesarkan Allah), dan diakhiri dengan taslim (memberi salam) dengan syarat-syarat tertentu\u2019.\n\nSetiap umat Islam mengetahui bahawa solat adalah tiang agama, andai lemah atau longgar tiangnya maka runtuhlah agama seseorang itu. Dengan itu solat adalah wajib hukumnya bagi muslim yang baligh, berakal, suci daripada hadas kecil dan besar. Kewajipan ini ditegaskan Allah SWT dalam surah al-Baqarah:43;\n\n\u201cDan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.\u201d\n\nDengan itu, jika seseorang meninggalkan solat secara sengaja\u00a0 boleh membawa kepada kafir. Seperti sabda Nabi SAW;\n\n\u201cPerjanjian di antara kami dan mereka (orang-orang munafiq itu), ialah dengan solat. Maka sesiapa yang meninggalkannya sungguh dia telah menjadi kafir.\u201d \n\n(Hadis Riwayat Ahmad, al-Nasaie, al-Tirmizi dan Ibn Hibban)\n\nSolat fardhu, sama ada\u00a0 ditinggalkan secara sengaja atau tidak adalah ajib diganti atau qada. Tidak kiralah sama ada seseorang itu meninggalkan solat lantaran sebab-sebab tidak ada ilmu, kurang kesedaran mahupun kesibukan urusan kerja dan tanggungjawab.\n\nSolat yang tertinggal tetaplah dikira sebagai \u2018hutang\u2019, iaitu berhutang dengan Allah\u00a0 dan wajib \u2018membayar\u2019nya dengan menggantikan solat tersebut. Ia juga disebut sebagai \u2018qada\u2019 solat yang bermaksud solat yang ditunaikan selepas waktunya.\n\n\u201cHutang Allah itu lebih perlu ditunaikan(diganti)\u201d\n\nTerdapat dua situasi solat perlu qada iaitu:\n\n\u201cBarangsiapa yang terlupa solat atau tidur dan terlepas waktunya, kafarahnya bersolatlah sebaik sahaja dia ingat.\u201d\n\nDalam karya al Fiqh al-Manhaji, menyatakan mereka yang melengah-lengahkan solat hingga terlepas waktu atau malas, hukumnya adalah berdosa besar dan perlu menggantikan solat tersebut.\n\nTidak terdapat lafaz niat khusus dalam menggantikan solat yang tertinggal. Seseorang boleh menggunakan apa-apa sahaja lafaz niat asalkan bermaksud untuk menggantikan solat tersebut.\n\nBerikut panduan niat bagi solat qada lima waktu.\n\n\u201cSahaja aku solat fardu subuh dua rakaat qada kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u201cSahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat qada\u00a0 kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u201cSahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qada kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u201cSahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u201cSahaja aku solat fardu isyak empat rakaat qada kerana Allah Taala.\u201d\n\nSeseorang perlu mengetahui jumlah solat yang perlu diqadanya, iaitu solat yang telah ditinggalkan. Namun jika tidak pasti gantilah solat tersebut sehingga yakin bahawa semua solat sudah diganti(menurut ulama mazhab Syafi\u2019i).\n\nSebagai mengganti solat, tidak ada waktu tertentu. Menurut Dr. Wahbah Zuhaili, solat harus diganti pada waktu solat fardhu, pada bila-bila masa pun termasuk waktu yang dilarang.\n\nUlama dalam kalangan Syafi\u2019iyyah, Hanabilah dan Maliki juga mengharuskan solat qada dilakukan pada waktu yang dilarang dan waktu selain itu. Namun, solat yang tertinggal lantaran terlupa atau tertidur hendaklah segera dilakukan apabila terbangun.\n\nPenutup: Qada Adalah Usaha Untuk Membayar Hutang Solat Kepada Allah SWT.\n\nSetiap insan pasti pernah terlupa atau terleka, apatah lagi dalam hal mendirikan solat. Dengan itu sebagai cara membaiki\u00a0 solat fardhu yang tertinggal, gantilah solat tersebut dengan sesegera mungkin. Dan, beristiqamahlah dalam usaha mengganti solat agar dapat \u2018membayar\u2019 hutang kepada Allah SWT dengan segera.\n\nBahkan, berusahalah untuk mendirikan\u00a0 solat pada awal waktu agar dapat sentiasa menjaga waktu solat, selain menghindari daripada tertinggal dan terlupa. Allah SWT juga sangat suka kepada hamb-Nya yang berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik dan bertaubat pada-Nya. Dengan itu hidup pasti akan menjadi \u00a0lebih berkat dan dilindungi Allah SWT. Amin.\n\nJangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik kami seperti:"
"Harum semerbak bau chocolate chips cookies subway. Ada ke yang suka makan cookies subway nih sampai tak paling kiri kanan? Sedap sangat lah katakan? Tapi sekarang nih dah tak perlu dah nak ke subway semata-mata nak makan chocholate chips cookies nih. Boleh jer cuba buat sendiri kat rumah.\n\nKalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Chocolate Chips Cookies nih agak popular juga di kalangan orang muda sekarang. Selain dijadikan snack, cookies ini juga dijadikan sebagai doorgift untuk majlis-majlis tunang, akd nikah, kahwin dan sebagainya. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan cookies, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Untung kan?\n\nResepi daripada\u200e\u00a0Aliza Azwan\u200e \u00a0ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat subway padahal buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya. \n\nDah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Pejam mata pun boleh buatkan? Dah boleh makan cookies style subway walaupun tak keluar rumah. Bolehlah cuba resepi Chocholate Chips Cookies nih dan kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih."
"Tahukah anda khasiat bawang putih sebenarnya adalah terlalu banyak. Bawang putih bukan sekadar hanya digunakan dalam masakan, tetapi melangkaui sehingga kegunaan dalam ilmu perubatan dan penyelidikan sains.\n\nJika anda perhatikan, bawang putih atau garlic selalu digunakan dalam pelbagai jenis masakan, dan kebanyakannya digunakan dalam pasta dan roti kerana aromanya yang harum dan membuka selera. Tetapi, tahukah anda bahawa bawang putih mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita?\n\nYa! Jangan terkejut kerana bawang putih dikatakan merupakan antara 10 makanan terbaik di dunia.\n\nSecara mitosnya, bawang lebih dikenali dengan kegunaannya untuk menghalau \u2018vampire\u2019 dek kerana baunya yang sungguh kuat. Walau bagaimanapun, kini bawang putih telah digunakan secara meluas dalam pelbagai masakan daripada Itali, Amerika, Cina sehinggalah ke dalam masakan Melayu sendiri.\n\nBawang putih boleh diambil dalam bentuk mentah atau yang sudah dimasak. Kebanyakan sebatian dalam bawang putih mengandungi kumpulan berfungsi organosulfur, iaitu kumpulan kimia yang boleh bertindak sebagai antikarsinogenik atau antikanser.\n\nKandungan sebatian flavanol yang tinggi dalam bawang putih seperti kaempferol dilaporkan membantu proses nyah toksik bahan karsinogen dalam tubuh.\n\nPara pengkaji, seperti Fleischauer & Arab pada tahun 2001 ada mengulas mengenai kejayaan penyelidikan penggunaan bawang putih untuk merawat atau mengurangkan pertumbuhan kanser seperti kanser prostat, payu dara, mulut, perut, kolorektal dan paru-paru.\n\nAnda boleh mengelakkan daripada demam dengan memakan bawang putih kerana bawang putih sangat kaya dengan anti-oksidan. Jangan lupa untuk menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan seharian anda selepas ini.\n\nNamun, kajian penggunaan bawang putih untuk merawat demam masih belum diluaskan kerana antara kajian awal yang meneroka hal ini mendapati kesan yang tidak signifikan untuk terus merumuskan bahawa bawang putih boleh merawat demam.\n\nSeperti yang dinyatakan sebelum ini, bawang putih boleh dijadikan sebagai petua pemakanan untuk mencegah tubuh badan kita daripada mendapat demam, bukannya sebagai penawar demam.\n\nOrang yang menghidap penyakit kencing manis atau diabetes boleh mula mengamalkan pemakanan bawang putih kerana bawang putih boleh membantu menstabilkan kadar gula dalam darah mereka. Bawang putih akan membantu dalam meningkatkan pengeluaran insulin dan meningkatkan kepekaan insulin.\n\nKhasiat bawang putih dalam menstabilkan gula dalam pesakit diabetis boleh dikaitkan dengan kehadiran sebatian sulfur seperti alliin, allicin, diallyl disulfide, diallyl trisulfide, diallyl sulfide, S-allyl cysteine, ajoene dan allyl mercaptan. Ekstrak bawang putih dilaporkan mampu mengurangkan rintangan insulin seterusnya meningkatkan pertukaran gula dalam darah.\n\nJangan bimbang lagi kerana bawang putih ialah penyelesaian kepada masalah jerawat dan jeragat! Bawang putih turut bertindak sebagai agen anti acne.\n\nTetapi diingatkan, jangan terus meletakkan bawang putih ke muka kerana ia akan menyebabkan kulit anda pedih. Rendam dahulu bawang putih sebelum mengoles ke muka anda.\n\nJika anda ingin hasil yang lebih baik, letakkan sebelum tidur dan basuh muka anda pada keesokan paginya.\n\nIni merupakan satu daripada kegunaan bawang putih secara luaran. Memandangkan bawang putih mengandungi sulfur yang menjadi agen pelebat rambut, hanya letak bawang putih di sekitar kulit kepala anda dan urut dengan perlahan lahan.\n\nLebih murah dan mudah berbanding anda ke salon kecantikan bukan? Mengapa perlu membazir jika terdapat pilihan yang lebih murah.\n\n#6 Menghalang Parasit dan Mikroorganisma Jahat\n\nSaintis mendapati mereka yang mengambil bawang putih dalam diet seharian mereka kurang diganggu serangan parasit berbanding mereka yang tidak mengambil bawang putih. Ini kerana bawang putih mempunyai sifat antibiotik untuk menghalang bertindak melawan aktiviti mikroogranisma tersebut.\n\nSalah satu komponen aktif dalam bawang putih iaitu thiosulfinat yang didapati mampu merencatkan pertumbuhan bakteria H. pylori dengan kandungan minimum 40 \u03bcg/mL.\n\nBakteria ini, jika memasuki sistem tubuh manusia akan menyerang sistem pencernaan manusia khususnya di kawasan perut dan menyebabkan masalah pencernaan seperti cirit-birit, keradangan dan mungkin boleh mengakibatkan kanser.\n\n#7 Merawat Penyakit Kardiovaskular dan Tekanan Darah Tinggi\n\nBagi penghidap penyakit darah tinggi dan kardiovaskular, bawang putih mungkin boleh dijadikan sebagai rutin pemakanan harian mereka. Dalam satu kajian yang telah dijalankan di UK, bawang putih juga dikenal pasti mampu mengurangkan risiko serangan penyakit strok.\n\nKajian eksperimental dan klinikal yang telah dilakukan berjaya menunjukkan keberkesanan bawang putih dalam menurunkan tekanan darah, mencegah atheroskelorosi (saluran darah tersumbat), pengurangan tahap kolestrol dan trigliserid (lemak), merencat pengumpulan platelet serta meningkatkan aktiviti fibrinolitik (pembekuan darah akibat luka).\n\nSelain itu, bawang putih yang lebih tua atau matang adalah lebih berkesan dalam menunjukkan ciri-ciri pencegahan penyakit ini berbanding bawang putih muda kerana kandungan sebatian aktif S-allylcysteine yang lebih tinggi.\n\nPsoriasis adalah penyakit yang mana kulit menjadi merah, gatal gatal dan bersisik. Dengan mengoles bawang putih ke kulit yang dijangkiti psoriasis, secara tidak langsung ia akan mengurangkan simptom simptomnya. Dikatakan sebagai petua, sekiranya amalan ini dilakukan secara kerap, ia akan mampu menghalang psoriasis daripada berlaku lagi.\n\nSeperti yang disebutkan di atas tadi, anti biotik yang ada di dalam bawang putih itu boleh membunuh bakteria dan melegakan bengkak tersebut, seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan. Dengan hanya meletakkan sedikit bawang putih di kawasan bengkak, boleh melegakan bengkakan tersebut.\n\nSebatian allicin dalam bawang putih dilaporkan bertanggungjawab dalam memberi kelegaan terhadap serangan bakteria. Di samping itu, kajian Bayan et al. (2014) ada menambah bahawa penggunaan ekstrak bawang putih bersama halia mampu membasmi pertumbuhan bakteria dan meredakan bengkak dengan lebih berkesan.\n\nKita selalu mempunyai masalah selumbar dan semestinya, bukan mudah untuk mengeluarkannya.\n\nPetua orang zaman dahulu ada mengajar bahawa dengan hanya letakkan sepotong bawang putih di kawasan yang terkena selumbar dan balutkan dengan plaster, biarkan selama beberapa jam, akhirnya selumbar akan keluar dengan sendiri.\n\nTambahan pula, sifat antimikrob dalam kandungan bawang putih boleh menghalang daripada luka untuk terus merebak.\n\nKehadiran allicin dalam bawang putih bertindak sebagai penyembuh dan penahan sakit semula jadi. Sedikit bawang putih boleh menyelesaikan masalah gigi anda!\n\nTetapi, jangan lupa untuk periksa dengan pakar pergigian anda.\n\nSeperti yang disebutkan tadi, allicin yang terkandung dalam bawang putih akan mempercepatkan proses penyembuhan. Ia juga membantu dalam melawan beberapa alergik atau alahan terutama yang berkaitan dengan masalah udara.\n\nDalam satu kajian yang dijalankan oleh Mukherjee dan rakan-rakan pada tahun 2004, mereka mendapati bahawa bawang putih meningkatkan ketumpatan tulang.\n\nJadi, untuk melawan osteoporosis, adalah digalakkan untuk makan bawang putih di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat.\n\nSebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, bawang putih boleh mengurangkan rintangan insulin dalam badan dan tekanan darah.\n\nOleh itu, hal ini boleh menghentikan kenaikan berat badan dengan mengubah sel lemak yang telah dikeluarkan oleh badan dan menyumbang kepada aktiviti metabolisma yang lebih baik.\n\nSesetengah kebaikan bawang putih akan diperolehi apabila anda memakannya, tetapi ada juga yang perlu digunakan secara luaran. Jika digunakan secara luaran seperti untuk menyapu ke luka kecil, gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit, bergantung kepada saiz luka tersebut.\n\nJurnal American Family Physician ada mencadangkan pengambilan bawang putih harian bagi golongan dewasa adalah sebanyak 4 gram (1 atau 2 ulas bawang putih setiap hari).\n\nJagalah kesihatan diri anda dengan salah satu caranya ialah memasukkan bawang putih dalam diet pemakanan harian anda!\n\nSelain bawang putih, ada artikel menarik lain yang boleh anda baca. Oh ya, jangan lupa untuk share dan like artikel ini jika anda merasakan ianya berfaedah.\n\n*Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai G6PD dan agak terpinga-pinga apabila mendengar buat kali pertama. Penting sebagai ibu bapa untuk kita mengetahui fakta mengenai G6PD!\n\nBerdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh babycenter.com ,penghidap G6PD di seluruh dunia telah meningkat hampir kepada 400 juta orang setakat 2017.\n\nDi Malaysia sahaja , seorang daripada 10 orang rakyat Malaysia menghidapi penyakit G6PD dan kebanyakan penghidap G6PD adalah lelaki kerana ia berkaitan dengan kromosom X.\n\nManakala wanita pula berpotensi sebagai pembawa kepada kekurangan enzim G6PD. Kekurangan enzim G6PD merupakan penyakit genetik dan akan dihidapi seumur hidup.\n\nArtikel ini akan mengajak kita semua untuk mengambil tahu 4 fakta penting mengenai apa itu G6PD.\n\nG6PD atau nama penuhnya \u2018glucose 6 phosphate dehydrogenase \u2019 merupakan enzim yang terdapat di dalam sel darah merah.\n\nKekurangan enzim G6PD di dalam sel darah merah akan membuatkan sel darah merah tidak berupaya dengan baik untuk melawan radikal bebas.\n\nRadikal bebas akan memusnahkan protein di dalam sel darah merah dan sekaligus berlakulah sel darah merah pecah atau hemolisis. Apabila hemolisis berlaku, pesakit berpotensi untuk menghidapi \u2018hemolytic anemia\u2019 yang akan menyebabkan pesakit selalu pening dan letih.\n\nG6PD berfungsi untuk melindungi sel darah merah daripada hemolisis apabila terdedah\u00a0 kepada makanan,ubatan atau jangkitan tertentu.\n\nHemolisis merupakan situasi dimana kekurangan G6PD akan menyebabkan ketidakstabilan pada sel darah merah lalu sel darah merah pecah.\n\nMenurut Dr. Azam Mohd Nor, Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur.\u00a0 Bayi yang menghidapi kekurangan enzim G6PD \u00a0terutamanya yang baru dilahirkan mudah mendapat jaundis (kekuningan) dan tahap jaundis mudah naik mendadak yang boleh menyebabkan kerosakan otak.\n\nKerosakan otak berlaku akibat sel darah merah yang mudah pecah menyebabkan bilirubin meningkat dengan cepat dan bilirubin berupaya untuk memindahkan toksik ke otak.\n\nSekiranya situasi ini berlarutan dan tidak ditangani dengan segera, bayi berkemungkinan untuk mengalami terencat akal.\n\nSelepas bayi dilahirkan, sampel dan tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk mengetahui sekiranya bayi itu adalah bayi yang menghidapi kekurangan enzim G6PD atau tidak.\n\nKekurangan enzim G6PD tidak mempunyai simptom khas tetapi biasanya kita dapat melihat simptom ketara apabila sel darah merah pecah ataupun hemolisis.\n\nAntara simptom yang kita dapat lihat adalah;\n\nSimptom yang sederhana tidak memerlukan rawatan doktor kerana sistem badan kita sendiri akan\u00a0 menghasilkan sel darah merah yang baru.\n\nSebaliknya apabila simptom kekurangan enzim G6PD semakin membimbangkan, para ibu bapa perlu bergegas membawa anak berjumpa dengan doktor.\n\nSelepas bayi dilahirkan, sampel dan tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk mengetahui sekiranya bayi itu adalah bayi yang menghidapi kekurangan enzim G6PD atau tidak.\n\n4. Penjagaan anak yang kekurangan enzim G6PD\n\nSeperti yang kita tahu, kekurangan enzim G6PD ini merupakan penyakit seumur hidup. Sebagai ibu bapa atau orang yang rapat dengan penghidap penyakit ini, penting untuk kita mengetahui kaedah terbaik untuk membantu mereka.\n\nWalaupun kekurangan enzim G6PD merupakan penyakit seumur hidup namun ia bukanlah penghalang kepada penghidapnya menjalani kehidupan aktif dan sihat.\n\nDiharapkan mereka yang berhadapan dengan isu kekurangan enzim G6PD mendapat manfaat melalui artikel ini. Jangan jadikan segala kekurangan itu sebagai penghalang untuk bergerak ke hadapan."
"Alat pemadam api adalah bahagian yang paling penting dari setiap pelan keselamatan kebakaran. Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja secara sah mengesyorkan kepada semua tempat kerja untuk menyimpan alat pemadam api ini.\u00a0 \n\nSelain itu, Persatuan Perlindungan Kebakaran Negara juga mengesyorkan agar anda menyimpan alat pemadam api di rumah anda juga.\n\nTerdapat tiga komponen bagi menjana api menjadi besar iaitu oksigen, haba dan bahan api. Ini biasanya dirujuk sebagai segitiga atau piramid api. Bahan api boleh menjadi jenis bahan mudah terbakar apabila terkena kepada haba yang mencukupi untuk mencapai suhu yang dapat menghasilkan api.\u00a0\n\nTahukah anda, oksigen pula mencipta pembakaran berterusan dan sentiasa memastikan api sentiasa terbakar. Ketiga unsur segitiga atau piramid api ini diperlukan untuk menjana kebakaran. Alat pemadam api berfungsi dengan mengeluarkan sekurang-kurangnya salah satu unsur ini untuk memadamkan api.\n\nTerdapat 5 Kelas Jenis Alat Pemadam Api\n\nAlat pemadam api bukanlah sesuai dengan semua kebakaran. Malah, terdapat lima jenis alat pemadam api yang telah dikelaskan mengikut kategori yang berlainan iaitu A, B, C, D, dan K. Setiap kelas ini menunjukkan jenis alat pemadam api yang boleh digunakan dengan berkesan mengikut kebakaran yang berlaku. \n\nGunakan panduan ini untuk menentukan jenis alat pemadam api yang perlu anda beli untuk memastikan rumah atau tempat kerja anda selamat.\n\n1.\u00a0 Alat Pemadam Api Kelas A\n\nJenis alat pemadam api kelas A digunakan untuk bahan bakar biasa seperti kertas, kayu, kain dan beberapa jenis plastik. Alat pemadam api ini biasanya menggunakan air atau jenis bahan kimia kering sama ada untuk menyerap haba atau menutup api.\n\n2.\u00a0 Alat Pemadam Api Kelas B\n\nKebakaran yang berasal dari cecair dan gas mudah terbakar boleh dipadamkan oleh jenis alat pemadam api kelas B. Jenis alat pemadam api ini boleh digunakan untuk kebakaran yang disebabkan oleh minyak atau bahan api.\n\n3.\u00a0 Alat Pemadam Api Kelas C\n\nAlat pemadam kebakaran Kelas C adalah berkesan terhadap kebakaran elektrik dari wayar, panel dan semua yang berkaitan dengan elektrik. Jenis alat pemadam api ini biasanya berfungsi dengan melepaskan bahan yang dapat menghentikan pengaliran elektrik.\n\n4.\u00a0 Alat Pemadam Api Kelas D\n\nAlat pemadam api kelas D digunakan pada logam mudah terbakar. Ini termasuklah magnesium, natrium, aluminium dan titanium. Sepanjang berada di rumah, anda harus kenal pasti akan bahagian mana yang sesuai digunakan bagi alat pemadam api jenis ini.\n\n5.\u00a0 Alat Pemadam Api Kelas K\n\nLazimnya digunakan di dapur restoran, jenis alat pemadam api kelas K berkesan memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh lemak memasak, gris, dan minyak. Ia menggunakan proses yang dipanggil saponifikasi dengan melepaskan agen alkali untuk membuat buih yang memerangkap wap dan memadamkan api.\n\nJenis Alat Pemadam Api \u2013 Panduan Di Rumah\n\nSudah kenal akan kelas alat pemadam api?\u00a0 Mari kita ketahui pula jenis-jenis alat pemadam api dan sedikit panduan untuk anda menggunakannya di rumah.\n\nJenis alat pemadam api air dan buih memadamkan api dengan mengambil unsur haba segitiga api atau kebakaran. Fungsi buih ini juga dapat memisahkan elemen oksigen daripada elemen lain. Ia adalah untuk kebakaran Kelas A sahaja dan tidak boleh digunakan pada kebakaran Kelas B atau C. \n\nIa tidak boleh digunakan untuk kelas B dan C kerana akan menyebabkan cecair mudah terbakar dalam kebakaran Kelas B atau boleh membuat bahaya kejutan pada kebakaran Kelas C.\n\nAlat pemadam api Karbon Dioksida memadamkan kebakaran dengan mengambil unsur oksigen segitiga kebakaran dan juga mengeluarkan haba dengan pelepasan yang sangat sejuk. \n\nJenis alat pemadam api karbon dioksida boleh digunakan untuk kebakaran Kelas B & C. Jenis alat pemadam api ini biasanya tidak berkesan pada kebakaran Kelas A.\n\nPemadam api jenis kimia kering memadamkan kebakaran dengan mengganggu tindak balas kimia segitiga kebakaran. Pemadam api jenis yang paling banyak digunakan pada hari ini adalah jenis alat pemadam api kimia kering serba guna yang berkesan untuk kebakaran Kelas A, B, dan C. \n\nEjen ini juga berfungsi dengan mewujudkan penghalang antara unsur oksigen dan elemen bahan bakar pada kebakaran Kelas A.\u00a0 Alat pemadam api kimia kering biasa adalah untuk kebakaran Kelas B & C sahaja.\n\nJenis alat pemadam api kimia basahl adalah agen baru yang memadamkan kebakaran dengan mengeluarkan haba segitiga kebakaran dan menghalang pembakaran semula. Ia bertindak dengan mewujudkan penghalang antara elemen oksigen dan bahan bakar. \n\nJenis alat pemadam api ini biasanya sesuai bagi kebakaran Kelas K dalam operasi memasak komersial. Ada juga yang boleh digunakan dalam kebakaran Kelas A di dapur komersial, terutamanya di dapur rumah.\n\nAlat pemadam api ini memadamkan kebakaran dengan mengganggu reaksi kimia atau mengeluarkan haba dari segitiga kebakaran. Jenis alat pemadam api ejen pembersih adalah berkesan pada kebakaran Kelas A, B dan C.\n\nPemadam api Serbuk Kering adalah sama seperti jenis kimia kering namun perbezaannya adalah jenis serbuk kering memadamkan kebakaran dengan memisahkan bahan api dari unsur oksigen. \n\nJenis alat pemadam api ini adalah untuk Kelas D yang berkaitan dengan kebakaran logam yang mudah terbakar. Jenis ini tidak berkesan kepada semua kebakaran yang lain.\n\nAlat pemadam api jenis kabus air digunakan untuk memadamkan kebakaran dengan mengambil unsur panas segitiga kebakaran. Ia merupakan alternatif kepada alat pemadam api jenis ejen pembersih. Alat ini digunakan bagi kebakaran Kelas A dan iajuga selamat digunakan untuk kebakaran Kelas C.\n\nItulah dia jenis alat pemadam api serta panduan pemadam api di rumah. Jom baca juga fungsi penapis udara semulajadi, Golongan haram disentuh api neraka dan Mengandung tetapi Period."
"Antara hobi anak-anak ialah cari gaduh sesama mereka. Si adik walaupun baru setahun lebih tapi kehebatannya mengusik si kakak memang tidak dapat disangkal.\n\nTime kakak nak main kereta, time tu jugaklah dia nak main kereta tu. Merengek-rengek, menjerit-jerit macam tak pernah main. Bila kakak dia main anak patung, dia pun nak anak patung tu. Sampai si kakak membebel. \u201cAqif, anak patung untuk girl ok.\u201d\n\nSi kakak pun sama je. Boleh beralah, tapi lepas 5 minit gaduh dengan adik. Tak pun lepas mama atau babah mula masuk campur.\n\nBiasala. Budak-budak. Dah nama pun adik beradik. Main bersama, nangis bersama. Gaduh pun bersama.\n\nHmmm. Apa nak buat ek? Nasihat dah berbuih mulut, tegur dah naik muak, marah pun dah.\n\nKelmarin, lepas saya selesai baca Quran, saya panggil yaya yang masa tu sedang melompat-lompat main dengan adik. Saya tanya dulu,\n\n\u201dAllah\u201d cepat dia menjawab. Ok, nampaknya dia faham bab ni.\n\nThen saya tunjukkan Al Quran yang saya buka tu, pada ayat ini \u2013\n\n\u201dDan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;\u201d\n\n(Surah An Nisaa \u2013 ayat 36)\n\nSaya pun ceritakan pada dia dalam bahasa dia mudah faham. Yang Allah suka kalau kita be nice to mama babah, adik beradik (dan semua dalam list di atas).\n\nSaya pun mula menyucuk \u2013 \u201dPandai yaya. Aqip tu adik beradik yaya. Dalam Quran ni, Allah kata, Allah suka kalau yaya nicely dengan aqip, sayang adik, jaga adik, tolong adik.\u201d\n\n\u201dYaya rasa Allah suka tak kalau yaya gaduh-gaduh dengan Aqip?\u201d Cucuk lagi.\n\n\u201dTak.\u201d Amboi, teori cepat je faham.\n\n\u201dSo yaya jangan gaduh-gaduh dengan adik lagi ya. Kalau adik nak apa-apa, yaya bagi je. Sebab adik kan kecil lagi. Dia tak tahu apa-apa\u201d\n\nYaya angguk faham. Tapi, hehe, lepas 10 minit dah gaduh pasal buku pulak.\n\nTakpela, saya faham, gaduh itulah bonding mereka.\n\nCuma saya harap mereka jangan bergaduh sesama mereka bila dah besar nanti.\n\nIni point apa saya nak capai:\n\n#1 Tunjuk Kepada Anak Apa Allah Cakap Dalam Quran\n\nDia selalu nampak babah atau mamanya baca Quran. Dan dia pun dah dirutinkan untuk baca surah pendek dalam Quran. Tapi, ini takde makna kalau dia tidak tahu apa sebenarnya Quran tu. Apa yang dia baca sebenarnya?\n\n#2 Kaitankan Ayat Quran Dengan Kehidupan Sekeliling\n\nTentang dia dengan adik dia. Tentang siapa bagi dia makan ais krim yang dia suka tu. Tentang siapa yang bagi dia pandai baca buku. Yang jaga dia masa dia tidur.\n\nSo, pelan-pelan, saya nak dia mula tahu, yang nanti, dia boleh refer kepada Quran. Kalau dia ada problem, kalau dia sedih, kalau dia dapat something. Apa Tuhan suka, yang tak suka. Semua jawapan ada dalam Quran.\n\n#3 Ingatkan Anak Tentang Apa Allah Cakap Dalam Quran\n\nBila dia gaduh and taknak beralah dengan adik dia, boleh saya ingatkan dia apa Allah cakap tentang be nice to adik-beradik."
"Hal yang membuat malas memasak terkadang adalah kerana tidak tahu resepi masakan apa yang patut dibuat. Bermula dari memikirkan bahan utama hingga cara memasak yang sedap.\n\nMasakan ayam biasanya menjadi makanan yang sentiasa disukai oleh ahli keluarga. Namun ada kalanya rasa bosan terhadap masakan ayam itu hadir. Pada masa seperti itulah para ibu diharapkan untuk memiliki kreativity dalam memasak ayam.\n\nUntuk anda yang mencari-cari resepi ayam, kami cadangkankan kepada anda resepi ayam masak kunyit. Resepi ini mendapatkan perkongsian sangat ramai di Facebook \u200eHayati Harun\u200e.\n\nResepi ayam masak kunyit sangat mudah dan senang. Walaupun memiliki kuah yang kelihatan pekat, namun resepi ini tidak memerlukan santan. Hanya kombinasi dengan rempah pilihan,\u00a0 membuat ayam masak kunyit menjadi makanan yang memiliki taste menarik.\n\nUntuk mempersingkat masa, mari lihat resepi ayam masak kunyit di bawah ini. Sila cuba dan hidangkan ayam masak kunyit buatan anda kepada ahli keluarga.\n\n2. Kalau bahan tumis sudah wangi, masukkan ayam.\n\n4. Akhir sekali, kacau sehingga kuah agak pekat. Angkat dan siap untuk dihidangkan.\n\nSelain resepi ayam masak kunyit, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!\n\nSemua resepi yang dikongsikan kami pasti dapat menghiburkan hati dan perut ahli keluarga yang lain."
"Ramai ingin menjadi gembira dan bahagia. Ya, kegembiraan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kegembiraan dan kebahagian bukanlah sesuatu yang boleh diukur.Ianya melibatkan fikiran dan bukannya sesuatu yang nyata. Ianya adalah bergantung kepada pemikiran dan perspektif seseorang. Cara seseorang itu melihat kembiraan mungkin berbeza antara satu sama lain. Tiada konsep yang tetap untuk menakrifkan kegembiraan dan kebahagian.\n\nWalau bagaimanapun terdapatnya persamaan antara orang gembiran dan bahagia. Kebanyakkan mereka mempunyai ciri pemikiran yang sama apabila dikaitkan dengan kebahagian. Apa kata anda bacanya dan fahaminya. Enam rahsia yang membuatkan orang gembira ini menjadi orang yang tersangat bahagia berbanding orang lain. Rahsia untuk bahagia.\n\nRahsia 1 : Orang Yang Bahagia Tidak Bergantung Pada Perkara Lain\n\nRahsia kebahagian yang pertama adalah tidak bergantung kepada perkara lain. Mereka tahu bahawa kebendaan dan perkara-perkara lain bukanlah kunci kebahagian.Tidak kisah apa benda tersebut,kereta mewah, rumah besar dan lain-lain, semua perkara ini tidak dapat mengelabui mata mereka. Untuk gembira mereka tahu ianya adalah datang daripada pemikiran yang positif.\n\nMereka juga tidak terlalu bergantung dengan orang lain. Tetapi ini bukan bermakna mereka tidak percaya akan hubungan sesama insan. Mereka percaya bahawa pentingnya sokongan dan kasih sayang daripada orang lain, tetapi tidak terlalu bergantung tinggi kepada perkara tersebut.\n\nRahsia 2 : Mereka Sangat-Sangat Suka Diri Mereka\n\nOrang yang lebih bahagia mempunyai keyakinan diri yang kuat. Mereka mempunyai asas cinta pada diri yang lebih baik. Mereka tidak terlalu terpengaruh dengan emosi negatif seperti, \u201caku tidak menarik,\u201d, \u201d aku tidak pandai\u201d dan lain-lain. Jikalau ada, mereka akan cepat-cepat menyingkirkannya. Berbanding dengan orang yang kurang gembira, mereka senang terpengaruh dengan emosi ini. Kesannya, mereka akan cuba membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Akibatnya mereka akan menjadi lebih negatif kerana perbandingan ini.\n\nOrang gembira bertindak sebaliknya. Mereka tahu tidak adil untuk membanding diri mereka dengan orang lain. Hal ini kerana mereka adalah unik. Manakan sama untuk membandingkan epal hijau dan epal merah. Kedua-duanya adalah berlainan dari sudut rasa dan bau, walaupun hakikatnya adalah hampir sama.\n\nSelain itu, mereka tahu dengan membuat pembandingan \u2018remeh\u2019 ini membuatkan mereka berada dalam emosi tidak stabil. Bagi orang yang bahagia, mereka tidak memerlukan pembandingan orang lain untuk menentukan kebahagian mereka.\n\nRahsia 3 : Sedar Ada Kalanya Musim Suram\n\nLangit tidak selalu cerah. Itulah hakikat kehidupan. Orang yang lebih gembira dan bahagia sedar akan kenyataan ini. Mereka bukan sekadar sedar tetapi memberikan respon yang lebih baik berbanding orang yang tidak. Mereka tahu bahawa jika langit tidak cerah, apa yang dapat dibuat oleh mereka adalahsenyum dan terus mengambil atau mencari payung. Bukan sekadar mengharapkan mentari muncul semula dalam masa sekelip mata.\n\nBerbeza dengan orang yang tidak gembira, mereka sedar hakikat ini. Tetapi mereka sebenarnya tidak benar-benar menghayati hakikat kehidupan ini.\n\nRahsia 4 : Tidak Menafikan dan Positif\n\nOrang yang bahagia tidak menafikan apa yang mereka alami. Mereka mungkin sedih dan kecewa dengan sesuatu yang berlaku, tetapi apa yang penting adalah bagaimana mereka melihat selepas itu. Mereka jujur pada diri terhadap perkara yang berlaku. Mereka tidak lari daripada masalah. Mereka sedar perasaan yang sedar dialami ketika itu (sedih, kecewa) , tetapi mereka percaya ada hikmah yang dapat dipelajari. Mereka cuba meyakinkan diri bahawa pasti ada jalan di sebalik kegelapan tersebut. Cewah :-)\n\nYang penting, daripada cuba mencari kenapa masalah itu berlaku, mereka lebih gemar bertanya \u201cApa yang saya belajar daripada cabaran ini?\u201d\n\nRahsia 5 : Lebih Mudah Memaafkan\n\nOrang yang bahagia adalah mereka yang lebih mudah memaafkan kesilapan berbanding orang lain. Terjerat dengan sikap dendam, tidak memaafkan diri sendiri atau orang lain adalah merupakan antara perkara yang sangat berbahaya kepada diri. Perkara ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat bergerak kehadapan kerana adanya pengalaman menyakitkan dalam hati.\n\nOrang yang bahagia juga seorang yang mempunyai emosi yang tidak sihat. Mereka juga marah dan mungkin berdendam atau tidak memaafkan diri atau orang lain. Cuma \u2018kemaafan\u2019 mereka itu hadir lebih cepat dalam diri berbanding orang lain. Mereka mudah memaafkan kesilapan sendiri dan orang lain. Perkara inilah menyebabkan mereka tidak terlalu membuang masa dengan perkara negatif.\n\nCiri terakhir orang yang gembira adalah mereka melihat kehadapan lebih banyak daripada ke belakang. Mereka bukanlah seorang yang lupa diri dan tidak sedar asal-usul, tetapi mereka seorang yang cepat bertindak berdasarkan respon terakhir. Mereka tidak membuang mesa mengenangkan nasib diri, tetapi lebih bertanya kepada diri, \u201cApa yang seterusnya?\u201d\n\nAnalogi yang sama dapat diaplikasi dalam memandu. Apabila memandu, adakah biasanya anda melihat ke hadapan ataupun ke belakang? Tidak dinafikan anda perlu melihat ke belakang sekali-sekala, tetapi dengan memandang ke hadapan yang dapat membuatkan anda bergerak lebih jauh.\n\nSemoga ciri ini dapat disemadikan dalam diri anda dalam menjadi orang yang bahagia dan gembira."
"Mahu resepi periuk noxxa? Punyai periuk noxxa di rumah tapi tidak dipakai? Mungkin ada sebahagian orang yang mempunyai kes sama. Dikeranakan tidak tahu ingin masak apa dengan periuk noxxa, pada akhirnya periuk menjadi hiasan dapur saja.\n\nSupaya periuk anda tidak hanya jadi hiasan dapur, baiknya anda intip resepi di bawah ini dan buat hidangan menggunakan periuk noxxa. Ada 25 resepi makanan periuk noxxa yang ingin kami hadirkan untuk anda.\n\nMemasak dengan periuk noxxa sangat mudah. Malah ianya menjimat masa dan cara memasak tidak pula leceh. Tinggal tekan, tunggu dan siap! Sambil itu boleh buat kerja yang lain pula.\n\nResepi makanan periuk noxxa di bawah ini ialah antara masakan kesukaan ramai di Facebook. Rugi jika anda tidak mencuba resepi periuk noxxa ini. Selamat mencuba.\n\n1. Resepi Kek Sarang Semut Noxxa\n\nDengan periuk noxxa hanya steam selama 20 minit untuk membuat kek sarang semut. Berbanding dengan menggunakan oven boleh ambil masa hingga 1 jam. Boleh untuk buat bekal adik, anak mahupun suami untuk bawa ke sekolah atau tempat kerja. Resepi daripada\u00a0Zarida CN\u00a0di laman Facebook.\n\nSardin homemade menggunakan periuk noxxa cara Ida Kamarudin\u200e yang dikongsikan di laman Facebook. Dijamin halal, bersih, sedap, tiada bahan pengawet dan yang paling penting dijamin tidak terkontaminasi dengan cacing. Resepi menggunakan ikan selayang. Hidangkan sardin dengan perah asam limau, potong cili dan bawang.\n\n3. Resepi Nasi Arab Style Noxxa\n\nGuna periuk noxxa untuk masak nasi arab macam mudah bukan? Seperti resepi nasi arab masak periuk noxxa yang dikongsikan oleh Suzanah Zakaria\u00a0di laman Facebook. Kemudahan menggunakan periuk noxxa ialah, ianya boleh memudahkan anda memasak bahkan masakan yang rumit macam nasi arab sekalipun. Bahkan hasilnya pun sangat memuaskan.\n\nSelama masa raya, boleh sampai 3 kali memasak nasi khaumok untuk tetamu. Nasib baik ada periuk noxxa. Hanya dengan 8 minit High Pressure siap sudah nasi untuk dihidangkan pada tetamu. Resepi daripada Amalina Izzah Roslan di laman Facebook.\n\nMudah dan simple masak apam nasi dengan noxxa. Merujuk resepi daripada\u00a0MasitahLubis NinaLabuchi di laman Facebook. Boleh membuat apam nasi yang sedap bahkan pada percubaan pertama.\n\nMemasak nasi daging senang saja menggunakan periuk noxxa HP selama 18 minit. Kalau biasanya menggunakan periuk biasa dan leceh namun dengan periuk noxxa segalanya jadi mudah. Resepi daripada\u00a0Rumaiah Asan\u00a0di Facebook.\n\nBahan Air Asam Nasi Daging :\n\n7. Resepi Kek Coklat Kukus Noxxa\n\nMencari resepi kek noxxa yang mudah dan sedap?\u00a0Nur Farah Syamimi membagikan resepi kek coklat kukus sukatan cawan di laman Facebook. Gerenti mudah dan lazat. Selamat mencuba.\n\nTeringin masak ayam panggang tapi tidak ada oven mahupun pemanggang ajaib? Tidak perlu risau jika anda punya periuk noxxa. Segalanya jadi mudah bahkan memanggang ayam sekalipun. Resepi daripada\u00a0Dhila Fadhila\u00a0di Facebook.\n\nAntara resepi terbaik yang pernah ada. Gabungan antara tepung beras dan tepung gandum menghasilkan laksam yang lembut (bukan lembik) dan tidak melekit apabila dipotong. Resepi daripada\u00a0Zura Ibrahim di laman Facebook untuk hidangan 5 orang.\n\nJarang orang mahu membuat dodol di rumah kerana penyediaannya yang leceh. Dodol yang dimasak dengan periuk biasa juga memerlukan tenaga untuk mengacaunya dan lama. Namun dengan periuk noxxa semuanya jadi mudah. Memasak dodol dengan periuk noxxa hanya memerlukan masa yang singkat. Jom tengok resepi perkongsian daripada Ida Karim di facebook di bawah ini.\n\nMembuat bubur jagung tidak sukar. Resepinya iaitu dengan mecampurkan pulut ke dalam bubur jagung. Sedap sungguh rasanya, sangat pekat memikat lemak berkrim jika menggunakan cara ini. Style bubur jagung daripada Rozmaliza Omar di laman facebook ini mengungkapkan rahsia resepi bubur jagung yang lazat.\n\nBingka ambon selalunya dijadikan oleh-oleh dari suatu negeri. Dijual dengan harga yang tidak murah. Kelazatan bingka ambon mampu menarik hati orang ramai. Jika anda punya noxxa di rumah, mendapatkan bingka ambon bukanlah benda yang sukar. Dengan noxxa anda boleh membuat bingka ambon macam kedai jual. Sedikit resepi yang diubah suai oleh \u200eMyra Nysa di laman Facebook ini boleh anda cubakan.\n\nSuasana petang-petang paling sedap kalau dapat duduk rilek depan TV dengan family sambil makan pizza. Masak pizza guna Noxxa tidak sampai 5 minit sudah siap. Di bawah ini kami sertakan resepi yang sangat fleksibel, terpulang pada kreativiti anda untuk hasilkan pizza yang sedap. Resepi pizza noxxa oleh Noor Aisyah II di laman Facebook. Pizza rangup berkerak di bawah, lembut di atas.\n\nBernoxxa masak puding caramel dengan resepi daripada \u200eEzzah Azlinda di laman Facebook. Lembutnya puding disira gula hangua @ caramel yang lemak manis menjilat jari. Cara masaknya pula mudah sangat dan tidak memakan masa. Sila cubakan.\n\nBahan Gula Hangus @ Caramel :\n\nSiapa yang ada noxxa, boleh buat nasi impit sendiri di rumah. Tidak perlu guna nasi impit mini dalam plastik lagi. Senang dan pantas menggunakan noxxa. Sila cubakan resepi oleh Iza Khair di laman Facebook.\n\nDengan noxxa masak jadi mudah. Resepi noxxa berikut ini paling senang ialah roti loaf coffee. Untuk hidang roti loaf coffe untuk sarapan pagi, sebelum tidur campak-campak dulu bahan dalam bekas, masukkan dalam breadmaker noxxa set No.4. Biar saja satu malam dalam noxxa esok pagi langsung makan. Resepi dikongsikan oleh \u200eSue Anna\u200e di laman Facebook.\n\nBubur kanji utara memang terkenal di Kedah. Bubur ini lain resepi nya tidak sama dengan bubur lambuk tapi macam bubur lambuk. Bubur kanji inilah yang akan diedarkan di masjid-masjid masa bulan Ramadhan sekitar kedah. Orang ramai sama-sama kacau bubur kanji dalam kawah. Resepi diberikan oleh \u200eFarihan Azizan di laman Facebook.\n\nTidak perlu pening cari pengukus untuk buat kuih seri muka. Dengan noxxa menyediakan kuih seri muka jadi lebih senang. Bahkan yang tidak pandai masak kuih pun boleh jadi pandai. Resepi dikongsikan oleh \u200eHasrina Bakar di laman Facebook. Sedap dihidangkan sebagai kudapan minum teh sambil tengok TV layan drama korea.\n\nOrang pantai timur suka sira labu. Sebelum makan simpan dulu sira labu dalam peti ais, makan sejuk-sejuk lagi sedap. Tidak perlu buang kulit labu supaya dia tidak hancur. Kulit labu nipis boleh dikopek bila dah masak. Resepi dikongsikan oleh Bunda Nadiah di laman Facebook.\n\nWalaupun tidak punya oven, tidak perlu risau. Kerana dengan menggunakan noxxa sahaja boleh buat banyak jenis makanan. Salah satunya cheese cake viral ini. Sangat senang masak burnt cheese cake ala noxxa. Resepi dikongsikan oleh Noorul Hidayah Nh di laman Facebook.\n\n20. \u200eResepi Maggie Homemade Noxxa Noodle Maker\n\nJom buat mee maggie sendiri di rumah tanpa was was. Selamat sejahtera tanpa bahan kimia berbahaya menggunakan noxxa noodle maker. Resepi didatangkan daripada Mira Hana di laman Facebook.\n\n21. \u200eResepi Kek Kukus Buah Noxxa\n\nYang paling terbaik ialah anda tidak perlu tambah air. Malah air kukus tidak berkurangan. Itulah keajaiban periuk Noxxa. Jika pakai kukus biasa boleh habis 4 jam tetapi dengan noxxa hanya 2 jam sahaja. Konfirm akan menjadi walaupun baru pertama kali cuba. Resepi dikongsikan oleh Rinawati Husnan di laman Facebook.\n\nCara Kukus Guna Periuk Noxxa :\n\nAyuh buat kek marble durian ala periuk noxxa. Rasa jangan diragukan, memang sedap sangat. Anna Nordiana berkongsikan resepi kek marble durian di laman Facebook. Sila cubakan.\n\nResepi kek seterusnya yang boleh dibuat dengan noxxa ialah kek coklat lapis cheese. Kukus pakai periuk noxxa sahaja. Cara-cara yang mudah dan senang pun kejadian kek lembut sangat. Kalau ingin sedap pakai chocolate van hauten. Resepi dikongsikan oleh Hartini Omar\u200e di Facebook.\n\nRamai yang cari resepi kek marble dengan periuk noxxa. Sedap dan lazat cicah dengan air milo untuk minum petang. Sila cuba buat kek marble ala noxxa resepi daripada Jay Anne Zaihan di laman Facebook.\n\nResepi memikat hati mertua dengan kuih dangai. Kali ini kami bawakan anda resepi kuih dangai oleh \u200eIntan Mazwin Awinie\u200e di laman Facebook. Buat kuih dangai versi noxxa hanya dalam masa 19 minit siap. Rasa memang macam dangai.\n\nSelain resepi noxxa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tadi bercakap dengan seorang kenalan yang baik di masjid yang baru dikenali. Rupanya garang dan sangat bengis rupanya. Minum dan berbual bersama.\n\nTiba-tiba saya kata padanya semua orang yang mengenal Allah akan menghargai isterinya. Sebenarnya isteri kita berkorban banyak untuk kita. Tak terkira banyaknya.\n\nKita berdakwah dan bekerja dapat jumpa banyak orang lain. Kita ramai kawan. Dapat dengar macam-macam ceramah dan nasihat. Ke sana ke sini. Walaupun penat.\n\nTidak sama seperti isteri. Mereka banyak masa dalam 4 penjuru rumah. Anak menangis, berak, tukar pampers, sepah rumah, suap makanan, mandikan anak. Kutip baju, basuh baju, jemur baju, angkat baju, lipat baju, kemas dalam almari.\n\nKena cari baju. Kenal setiap baju suami dan anak-anak. Lemas dalam rumah mereka. Segala perkara mereka uruskan. Didik dan layan anak-anak 24 jam. Mereka berusaha jaga aurat dan maruah mereka. Itulah ibu dan seorang isteri.\n\nSaat kita balik rumah kita kena hargai mereka. Senyuman kita ubat buat mereka. Senyum lebar-lebar. Tiada orang lebih kuat kerja dan fikir buat manusia seluruh alam seperti Nabi saw tapi beliau orang paling banyak senyum.\n\nPicit belakang mereka. Khidmat di rumah. Beri kasih sayang buat mereka. Beli hadiah. Beli bunga. Ucapkan cinta sayang dan terima kasih buat mereka.\n\nSebab itulah Umar ra tidak marah bila isterinya membebel. Kerana dia tahu isterinya rindukannya dan berkorban demi manusia yang lain. Nabi saw tidak pernah marah isterinya bergaduh dan jatuhkan makanan/ protes depan sahabat rhum.\n\nTetapi isteri Nabi saw dan isteri sahabah rhum menjadi manusia paling mulia. Mereka wanita terbaik dalam dunia.\n\nTiba-tiba kawan saya menangis. Ustaz, saya tidak pernah lembut dan senyum dengan mereka. Sudah tiga tahun berkahwin. Saya keras dan kasar. Terima kasih ustaz. Dia peluk saya dan menangis.\n\nItulah kesan berada di jalan Allah. Hati lembut mendengar nasihat. Ya Allah berilah beliau dapat berkasih sayang dengan isteri dan anaknya.\n\nSedih rasanya jika berkasar dengan orang yang kita sayang dan mereka pun sayang kita"
"Resepi yang paling dicari ialah sambal bilis rangup. Siapa suka beli sambal bilis rangup yang biasa dijual di pasaraya mesti tahulah resepi ini. Ya ini sama macam sambal bilis rangup yang selalu dijual di kedai runcit bahkan dalam talian sekalipun itu. Biasa dijual dengan harga RM10-RM11 satu bekas kecil. Sedap memang dan bikin ketagih.\n\nNamun daripada terngiang-ngiang sambal bilis rangup di kedai itu, alangkah baiknya anda buat sendiri di rumah. Boleh letak bilis banyak anda mahu. Puas makan satu balang. Boleh sesuaikan pedas suka-suka dan paling penting memang rangup berhari-hari tau macam orang jual punya.\n\nJomlah buat sendiri. Kami datangkan resepi daripada Noriza Jaja di laman Facebook. Makan dengan apa pun sedap. Yang pasti memang tidak ada guna air dalam sambal ini sebab itu sambal ini rangup.\n\nNota : Jika terbanyak minyak masa menggoreng tidak mengapa. Tinggal kaup sambal bilis yang sudah digaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis. Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi.\n\nSelain sambal bilis rangup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan? Dah penat membawa badan yang berat ke sana-ke sini.\n\nJika anda betul-betul serius nak kuruskan badan, jom amalkan menu diet yang akan kami kongsikan di sini. Amalkan sebagai menu seharian, insya Allah anda akan kurus dalama masa 4 minggu.\n\nUntuk menurunkan berat badan dengan cepat, anda perlu ikut tips berikut:\n\nDi antara makanan yang wajib anda elakkan ialah:\n\nJom kita tengok apakah menu diet yang boleh anda amalkan:\n\nKalau anda jenis kembang tekak nak makan oat, pastinya anda tak teruja dengan menu yang ini.\n\nTapi percayalah, sekali anda rasa overnight oat, anda pasti akan jatuh cinta kerana ianya langsung tak sama dengan oat yang biasa ada di dapur anda. Untuk membuat overnight oat, bahan yang anda perlukan ialah rolled oat, susu segar, yogurt asli, madu, dan buah-buahan pilihan anda.\n\nApa itu rolled oat? Rollled oat ialah oat ialah oat mentah yang belum dimasak seperti oat biasa. Ia juga lebih tebal berbanding oat biasa. Kalau anda nak kurus, rolled oat adalah pilihan terbaik kerana kandungan kalori dan kadar serapannya yang jauh lebih baik.\n\nMacam mana cara nak buat rolled oat? Caranya ialah:\n\nDi antara buah-buahan yang sedap dimasukkan ke dalam overnight oat ialah:\n\nSelain buah-buahan, anda juga boleh masukkan kekacang seperti almond, pecan, macadamia, dan pistacio. Anda juga boleh jugakan coklat chips dan perisa vanila jika suka.\n\nRamai yang berkongsi pengalaman berjaya kurus dengan mengamalkan diet telur. Anda boleh jadikan telur sebagai menu dalam diet seharian anda. Terdapat pelbagai masakan yang boleh anda buat dengan menggunakan telur. Di antaranya ialah:\n\nSelain menu berasaskan telur, menu berasaskan pisang juga dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan cepat. Menu diet menggunakan pisang juga agak murah kosnya berbanding buah-buahan yang lain. Anda boleh makan pisang dengan cara sihat yang berikut:\n\nMenu berasaskan ayam juga sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Ada pelbagai menu diet yang boleh anda buat menggunakan ayam. Di antaranya ialah:\n\n5. Grilled salmon, sayur kukus, dan nasi beras perang\n\nMenu diet yang ini pasti buatkan anda tergoda. Nak menyediakan pun sangat senang. Anda cuma perlu grill salmon selama 5 minit. Kukus sayur pilihan seperti brokoli, kobis bunga, atau kacang buncis dan masak satu genggam nasi beras perang. Ianya bukan sahaja sedap dan memberikan tenaga malah anda akan berasa kenyang dengan lama.\n\nUntuk pemilihan sayur, elakkan sayur yang digoreng kerana kalorinya yang sangat tinggi. Ulam adalah pilihan yang terbaik. Di antara ulam yang sedap dimakan ialah:\n\nNamun, elakkan daripada mencicah ulam dengan budu atau sambal belacan kerana ia akan membuatkan anda terlajak makan, bertambah-tambah nasi dalam pinggang.\n\nMenu diet yang seterusnya ialah menu berasaskan sup. Terdapat pelbagai sup yang boleh anda masak termasuklah:\n\nUntuk kurus, anda perlu kurangkan makan nasi. Kalau anda rasa tak puas makan nasi yang sedikit, anda boleh ambil kacang kuda dalam menu setiap hari.\n\nMengunyah kacang kuda akan mengurangkan keinginan anda untuk makan nasi. Anda boleh kukus atau rebus kacang kuda dalam kuantiti yang banyak dan bekukan dalam freezer. Setiap hari, keluarkan sedikit untuk anda makan. Panaskan dan hidangkan.\n\nBunga kobis boleh digunakan sebagai menu diet harian. Ianya boleh digunakan sebagai pengganti nasi. Malah anda boleh buat nasi goreng menggunakan kobis bunga. Anda cuma perlu gantikan nasi dengan kobis bunga. Selain itu, anda boleh rebus kobis bunga dan kisar menjadi sup kobis bunga yang sangat sedap dan mengenyangkan.\n\nSinggang juga merupakan menu diet yang boleh anda amalkan. Nak memasaknya juga sangat mudah. Anda cuma perlu bersihkan ikan, masukkan ke dalam periuk bersama kunyit, serai yang diketuk, asam jawa, bawang, dan air. Selain singgang ikan, anda juga boleh buat singgang daging, singgang sotong, dan singgang ayam.\n\nItulah dia menu diet yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga boleh membaca perkongsian kami tentang cara kempiskan perut, cara kuruskan badan, dan tips diet."
"Jom masak udang pula hari ini! Udang goreng tepung yang super rangup dan garing. Resepi yang kami kongsikan sangat spesial kerana menggunakan oat. Nampak cantik, sedap dan menyelerakan. Sedap dimakan bila-bila masa. Dimakan sebagai camilan mahupun makan dengan nasi juga boleh.\n\nCara membuat udang goreng tepung oat sangat simple, sekelip mata sudah boleh siap. Bahan-bahannya tidak leceh. Anda patut mencuba resepi udang goreng tepung oat yang dikongsikan oleh Yuss Aisya di Facebook ini. Jikalau anda beli di kedai satu pinggan udang goreng tepung mencapai RM 10, mahal kan. Maka, lebih berbaloi jika anda buat sendiri di rumah.\n\nUdang goreng tepung boleh dimakan sebagai camilan dicicah dengan sos mahupun sebagai lauk makan bersama nasi. Rasanya yang tidak pedas, garing dan sedap sangat disukai kanak-kanak. Anda yang ingin buat untuk jualan juga boleh pakai resepi ini. Sila cuba.\n\nSelain resepi udang goreng tepung, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mesti ramai yang jenuh duduk di rumah. Sempena cuti panjang ini mari kita hilangkan jenuh dengan pelbagai resepi menarik untuk dihidang kepada keluarga. Tepat sekali kami telah tuliskan resepi menarik yang boleh anda cuba di rumah untuk kudap-kudap manja hilangkan bosan.\n\nAfy AL Habibi kembali berkongsi resepi menarik iaitu roti pizza di laman Facebook. Kali ini bukan roti pizza biasa melainkan roti pizza cheezy extra, dan berita gembira pula bahawa pizza ini dibuat hanya guna pan sahaja. Tidak guna air fryer mahupun oven. Mudahkan kerja mak tentunya. Walaupun caranya ringkas, pizza ini sangat sedap. Boleh dicuba untuk hidangan minum petang. Gerenti resepi menjadi dan lazat\n\nApi jangan buka besar. Nanti bawah hangit sebelum cheese sempat cair.\n\nSelain roti pizza extra cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Meletihkan, setiap kali membaca atau mendengar sikap saling membanding antara ibu-ibu. Ibu budak tersebut tidak bagus. Ibu ini pula tidak pandai mendidik anak. Ibu lain terlalu memanjakan anak-anak. dan macam-macam lagi. Meletihkan!\n\nUntuk seketika, berhenti! Berhentilah menghakimi orang lain, berhentilah membanding-banding. Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing, dan perjalanan hidup masing-masing. Sekiranya ibu tersebut tidak memberikan perkara sebaik kita memberikan anak kita, berhentilah menghakimi. Kita tidak tahu kisah kehidupan beliau.\n\nSebagai seorang ibu, saya menyedari sesuatu: sekiranya anda sering risau tidak mampu menjadi ibu yang baik, anda sebenarnya\u00a0adalah ibu yang terbaik!\u00a0Logik akalnya, setiap ibu pasti mahu memberikan yang terbaik untuk anak mereka.\n\nPercayalah, tiada manusia yang sempurna. Perkara yang membezakan kita dengan orang lain adalah sejauh mana usaha kita untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik setiap hari.\n\nDisini terdapat 7 perkara yang sering dihakimi oleh ibu-ibu lain dan ia sepatutnya dihentikan sekarang!\n\nAnda boleh menghasilkan susu sebanyak 12 oz sehari, lebih banyak dari yang mampu dihasilkan di ladang-ladang lembu setiap hari. Anak anda mampu menyusu sehingga\u00a0kenyang, kadang kala sampai berlebih susu tersebut.\n\nAnak anda menyusu badan sepenuhnya sehingga usia menjangkau 2 tahun, tidak seperti anak orang lain. Namun begitu, berhentilah\u00a0menghakimi ibu lain sekiranya mereka tidak mampu menyusu anak mereka sama seperti yang anda lakukan.\n\nJangan menghakimi, sekiranya bayi tersebut hanya diberikan susu formula. Jangan menghakimi sekiranya bayi tersebut tampak sedikit kurus berbanding bayi anda. Berhenti menghakimi! Jangan membanding-banding! Elakkan menunjuk-nunjuk!\n\nTidak semua orang bertuah seperti anda. Ketahuilah, sekiranya diberi peluang, ramai yang mahu memberikan bayi mereka sepertimana yang anda berikan. Namun, setiap orang mempunyai alasan mereka sendiri.\n\nMungkin ibu tersebut\u00a0tidak boleh, mungkin ibu tersebut tidak mahu, atau mungkin ibu tersebut pernah menghidapi kanser payudara. Kita tidak pernah tahu! Walau apa pun pilihan atau alasan mereka, kita tidak layak memandang serong pada mereka.\n\nKakak saya sendiri mempunyai masalah kurang susu ibu. Bayinya berhenti menyusu badan seawal usia 6 bulan. Macam-macam sudah dicuba, pelbagai kaedah\u00a0sudah dilakukan, namun masih tidak mendatangkan hasil.\n\nAkhirnya, dia\u00a0terpaksa memberi bayinya susu formula walaupun memeritkan. Bantulah, dan berilah sokongan pada para ibu sepertinya. Sikap membanding tidak boleh menyumbang apa-apa kebaikan \u2013 hanya setakat kepuasan pada diri sendiri.\n\nSebagai umat Islam, berpeganglah bahawa, \u201crezeki masing-masing ditentukan oleh Allah mengikut keperluan masing-masing\u201d.\n\nBerpantang selepas melahirkan anak-anak menjadi antara perkara yang sangat penting untuk setiap ibu terutamanya dalam masyarakat kita. Berbanding orang Barat, masyarakat kita mempunyai kaedah berpantang yang lebih ketat.\n\nNamun begitu, berbeza mengikut budaya sesetengah orang, cara berpantang turut berbeza. Berpantang mengikut cara mak mertua, berpantang mengikut cara ibu sendiri, atau pun berpantang mengikut gaya moden.\n\nAda yang berpantang selama 10 hari sahaja, ada yang berpantang selama 4 bulan, malah ada yang berpantang selama setahun! Ada juga yang tidak terlalu menjaga makan sewaktu dalam pantang, ada yang hampir semua makanan tidak boleh dijamah.\n\nBerbeza. Kita tidak sepatutnya membeza atau membanding cara berpantang mana yang lebih baik. Masing-masing dengan cara masing-masing. Apa yang penting, amalan mana yang didapati kurang sesuai dengan kita, jadikan sempadan manakala amalan mana yang didapati elok, jadikan panduan.\n\nTelevisyen atau tiada televisyen? iPad, tablet, smartphone atau tiada lansung? Setiap ibu mempunyai pandangan masing-masing. Ada ibu yang berpendapat, tablet membantu mengawal anak dalam keadaan yang tidak terkawal.\n\nAda ibu pula berpendapat, televisyen membantu perkembangan minda anak-anak. Ada juga ibu yang berpendapat, iPad adalah perlu kerana anak-anak perlu didedahkan dengan teknologi yang sezaman dengan mereka.\n\nSebaliknya, ada ibu yang berpendapat terdedah pada iPad menyebabkan anak kurang bersosial. Ada juga yang berpendapat, televisyen memberi pengaruh yang buruk dalam minda anak. Ada pula yang berpendapat teknologi menyebabkan anak terdedah dengan pelbagai penyakit yang merbahaya.\n\nTeknologi ini ada baik dan ada buruknya. Masing-masing dengan cara masing-masing. Jangan dihukum ibu yang memberikan anak mereka lengkap seorang satu tablet sedari usia 1 tahun. Mereka pasti mempunyai alasan mereka sendiri.\n\nJangan beranggapan hanya kita yang tahu apa yang terbaik. Ibu-ibu lain juga mempunyai Google sama seperti anda.\n\nAda ibu memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz bagi menggalakkan anak mereka menghafaz al-Quran. Ada ibu pula gemar anak mereka ke taska abim bagi membolehkan anak mereka membesar dalam suasana dan didikan Islam.\n\nAda ibu lain merasakan anak patut dihantar ke tadika Chinese bagi membolehkan anak mereka belajar bahasa Mandarin. Ada juga ibu yang lebih memandang tadika Smart Reader bagi membolehkan anak mereka cepat membaca. Ada ibu yang sekadar menghantar anak mereka di Tadika Kemas kerana yuran yang ditawarkan agak berpatutan.\n\nUntuk ibu-ibu yang lebih terkehadapan, anak-anak mereka terdedah dengan pelbagai aktiviti tambahan. Bowling, memanah, berenang, kelas muzik, kelas mewarna dan melukis, serta pelbagai lagi aktiviti yang dikatakan boleh meransang minda anak.\n\nTidak dinafikan, terdapat pelbagai pilihan bentuk pendidikan untuk anak-anak. Semuanya mempunyai pros dan cons yang tersendiri. Kita sebagai ibu seharusnya bijak memilih yang terbaik dan sesuai dengan anak kita, bukan terikut-ikut dengan orang lain.\n\nKita juga tidak sepatutnya merendah-rendahkan pendidikan yang diterima orang lain. Bukan semua yang sesuai dengan anak kita, sesuai juga untuk orang lain. Memperlekehkan orang lain adalah tanda wujudnya sikap menunjuk dalam diri anda, bukan untuk kebaikan anak.\n\nBilangan anak sering menjadi isu perdebatan sesama para ibu. Sesetengah ibu berpendapat lebih baik mereka mempunyai bilangan anak yang sedikit supaya mereka boleh memberi semua yang terbaik pada anak mereka.\n\nJadi, mereka memperlekehkan para ibu yang mempunyai anak ramai kerana kelihatan tidak menang tangan dan kelam kabut menjaga anak mereka serta tidak pandai merancang anak.\n\nSesetengah ibu lain pula berpendapat anak ramai mendatangkan rezeki. Jadi, mereka memperlekehkan para ibu yang mempunyai anak sedikit kerana tidak subur atau terlalu mementingkan diri sendiri.\n\nSaya mempunyai seorang rakan yang malu untuk mengaku bahawa beliau mengandung kerana khuatir orang akan menganggap beliau dan suami tidak pandai merancang anak. Apabila kandungannya sudah mencecah 6 bulan, barulah beliau terpaksa menyatakan perkara sebenar.\n\nPerkara tersebut tidak seharusnya berlaku pada mana-mana wanita. Anak dalam kandungan seharusnya dihargai dan dibangga, bukan untuk disorok atau perlu berasa malu. Sikap suka berfikiran negatif dan bersangka buruk masyarakat kita menyebabkan berlakunya perkara seperti ini.\n\nSama ada wanita tersebut tidak dikurniakan rezeki anak, mempunyai anak hanya dua atau 10 sekalipun, ia adalah bergantung pada rezeki dari Allah. Mempersoalkan \u201cmengapa dia tiada anak?\u201d, \u201cmengapa anak dia seorang sahaja?\u201d atau \u201cmengapa ramai sangat anak?\u201d, adalah sama seperti mempersoalkan hukum dan rezeki yang ditetapkan oleh Allah.\n\nFikir dahulu sebelum mengutarakan soalan. Dikhuatiri, anda boleh melukai perasaan orang lain.\n\n#6 Cara membesarkan dan mendisiplinkan anak\n\nBaru-baru ini, terpampang didada akhbar yang menggalakkan \u201cmenghidupkan budaya rotan dalam mendidik pelajar\u201d. Artikel tersebut menerima pelbagai reaksi dari pembaca: kecaman dan sambutan.\n\nSesetengah ibu berpendapat zaman sekarang tidak sesuai lagi menggunakan kaedah merotan. Namun sebaliknya, ada juga ibu yang berpendapat kaedah mendisiplinkan anak tidak tertakluk pada zaman asalkan kaedah yang digunakan adalah betul. Saya berikan contoh lain.\n\nKata orang tua-tua, sekiranya anak jatuh dan menangis, kita jangan cepat-cepat berlari dan memujuknya. Kita buat tak tahu sahaja supaya dia tidak mudah menangis. Namun ada doktor psychiatrist berpendapat, cara tersebut tidak patut diamalkan. Menurut beliau, sebagai ibu, kita seharusnya menyelami perasaan anak tersebut dan menyokongnya.\n\nTidak wajar kita bertelagah tentang kaedah mana yang terbaik. Ada kalanya, cara tersebut sesuai dengan anak kita. Tetapi, tak semestinya cara tersebut sesuai pada anak orang lain. Apa yang penting, kita saling menghormati cara masing-masing dan cuba berikan apa yang terbaik pada keluarga kita.\n\nMengecam cara orang lain mendidik anak tidak pun boleh membuatkan anak kita menjadi anak yang baik dan soleh secara semulajadi. Jangan kerana sibuk melihat kesalahan orang lain, kita terlupa kesalahan yang dilakukan diri sendiri.\n\n#7 Ibu suri rumah sepenuh masa vs. ibu bekerjaya\n\nTajuk ni paling kerap menjadi perdebatan sesama ibu. Ibu suri rumah sering dilihat relax dan tidak banyak kerja. Mereka boleh memberi sepenuh perhatian pada anak-anak. Mereka sering dipandang serong kerana dikatakan tidak mempunyai kehidupan sosial yang lain selain dengan suami dan anak-anak.\n\nHakikatnya, menjadi suri rumah sepenuh masa mempunyai bebanan tanggungjawab sama seperti ibu yang bekerjaya. Masa mereka sentiasa penuh dengan hal-hal rumah yang tidak pernah berkesudahan. Menjelang petang, mereka sudah terlalu keletihan dari segi mental dan juga fizikal.\n\nIbu bekerjaya pula sering dilihat seronok kerana tidak terlalu dibebani dengan masalah di rumah. Mereka boleh berbual mesra dengan rakan sepejabat, dan juga mempunyai wang sendiri untuk membeli apa jua barang yang disukai.\n\nMereka sering dipandang serong kerana tidak mempunyai masa dengan anak-anak dan sibuk mengejar kekayaan. Hakikatnya, ibu bekerjaya juga terbeban dengan dua masalah: hal di rumah dan hal di pejabat.\n\nJadi, ibu bekerjaya mesti mampu membahagikan masa dengan bijak. Menjelang penghujung hari, sama seperti ibu suri rumah, mereka sudah terlalu keletihan dari segi mental dan juga fizikal.\n\nUsahlah saling menghakimi. Saya yakin, sekiranya diberi pilihan, pasti ibu bekerjaya berharap dapat menjadi suri rumah sepenuh masa. Apakan daya, kedudukan kewangan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan dalam keadaan ekonomi yang serba sesak masa kini.\n\nSaya juga yakin, sekiranya diberi pilihan, pasti ibu suri rumah sepenuh masa berharap dapat mempunyai\u00a0masa untuk diri sendiri. Mereka pasti berharap sekali sekala boleh keluar dan berbual bersama rakan-rakan serta tidak dibebani dengan hal yang sama hampir setiap hari.\n\nApakan daya, mungkin kos penjagaan anak di pusat penjagaan tidak mengizinkan mereka berbuat demikian. Ditambah lagi dengan isu penderaan dan buli di pusat penjagaan masa kini yang kian meruncing menyebabkan mereka tidak sanggup membiarkan anak mereka dijaga oleh orang lain.\n\nWalau apa pun pilihan para ibu, mereka pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Sebagai manusia biasa, setiap orang pasti ada melakukan kesilapan.\n\nSekiranya kita ternampak perkara yang tidak kena dilakukan oleh ibu lain, memadailah memberi pendapat dan menegur secara personal, bukan dengan cara menghukum dan memalukannya dikhalayak ramai.\n\nIngat, sebagaimana kita tidak suka dihakimi oleh orang lain, kita juga seharusnya tidak melakukan perkara yang sama pada orang lain. Peringatan untuk diri saya juga.\n\nKredit gambar: Sarah Wooden, Syafirol Hafiz Arsad, Mareike Ahner"
"Cara didikan anak perempuan dan anak lelaki adalah berbeza. Anak lelaki, hati mereka lebih kental dan kuat berbanding anak perempuan. Anak perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah rasa terkilan jika berbahasa kasar dengannya. Mereka perlu ditegur dengan lembut dan bukannya dengan meninggikan suara kepada mereka. Begitu juga dengan anak lelaki.\n\nAnak perempuan perlu dididik dengan baik dari kecil kerana mereka lebih mudah dididik daripada anak lelaki. Mereka lebih mendengar kata dan kurang nakal, maka lebih mudah untuk kita didik dari kecil. Sebelum mereka mula masuk ke usia remaja di mana pada masa itu, emosi mereka akan kurang stabil kerana ingin mencuba banyak perkara yang baru. Ibu bapa perlu didik anak perempuan 5 perkara ini.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai didik anak perempuan 5 perkara ini sebelum masuk usia remaja. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Perkara yang perlu dididik kepada anak perempuan\n\n1. Ajarkan anak perempuan kita SIFAT MALU\n\n-Kerana sifat malu itu nanti akan menjadi benteng pertahanan maruah & harga diri mereka\n\n2. Ajarkan perempuan kita BATAS AURAT mereka\n\n\u2013 Kerana batas aurat anak akan menjadi bebanan kita di akhirat nanti jika tidak dijaga dengan betul\n\n3. Ajarkan anak perempuan kita tentang tanda & persiapan AKIL BALIGH mereka\n\n\u2013 Kerana anak kita perlu mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual untuk melalui umur yang mana mereka \u2018ditaklifkan\u2019 segala syariat agama\n\n4. Ajarkan anak perempuan kita KELEMBUTAN & KASIH SAYANG\n\n\u2013 Tunjukkan pada anak perempuan kita macam mana cara menyalurkan kasih sayang dengan cara yang betul & bagaimana untuk berlemah lembut terhadap orang yang mereka sayang kerana ianya adalah fitrah sebenar mereka.\u00a0 Ceritakan kepada mereka juga tentang kasih sayang Pencipta kepada mereka. Anak yang rasa disayangi akan mudah menyayangi\n\n5. Ajarkan anak perempuan untuk MERASA CANTIK & BERHARGA DARIPADA DALAMAN\n\n\u2013 Ajar anak perempuan untuk merasa cantik secara dalaman supaya mereka tak bergantung kepada pujian luaran. Itulah kenapa mak ayah juga perlu maniskan mulut kita dengan pujian dan kata kata penghargaan terutamanya kepada anak perempuan.\n\n*Anak perempuan\u00a0 mungkin sukar untuk dijaga tetapi mereka mudah dididik. Didiklah mereka dengan 5 perkara di atas sebelum masuk usia remaja. Insyaallah jika mereka dididik dengan baik dari kecil, apabila sudah mencapai umur akil baligh, mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak diingini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-0rang tersayang.Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Jemput baca artikel doa nabi Yusuf ini. Seringkali ianya dikaitkan denga doa penyeri muka.\n\nKisah Nabi Yusuf as diceritakan secara panjang lebar dalam Surah Yusuf. Surah Yusuf adalah satu-satunya surah yang memuatkan kisah seorang Nabi secara lengkap dan disebut sendiri oleh Allah sebagai sebaik-baik kisah.\n\nSurah Yusuf adalah kisah seorang Nabi yang diberi mukjizat oleh Allah untuk menafsir mimpi.\u00a0Kisah seorang Nabi yang sangat dicintai oleh bapanya, namun dizalimi oleh adik-beradiknya kerana perasaan iri hati. Kisah seorang Nabi yang menjadi hamba, kemudian menjadi seorang pembesar Mesir. Dan kisah seorang Nabi yang tampan dan digoda oleh wanita, namun tetap teguh keimanannya serta menjaga kehormatannya.\n\nJika anda membuat carian di internet tentang Doa Nabi Yusuf, anda akan jumpai banyak perkongsian tentang doa Nabi Yusuf untuk mencantikkan wajah dan dijadikan sebagai Doa Pengasih. Namun, sebenarnya banyak lagi doa yang Nabi Yusuf panjatkan kepada Allah swt seperti yang tertulis di dalam Surah Yusuf as.\n\nKehidupan Nabi Yusuf sering diuji. Bukan sahaja diuji dengan adik-beradiknya, malah juga diuji dengan fitnah wanita. Pastilah saat Nabi Yusuf diuji, Nabi Yusuf akan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah swt untuk meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah swt.\n\nAntara doa yang dipanjatkan kepada Allah swt adalah:\n\nMaksudnya, \u201cWafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan himpunkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.\u201d (Surah Yusuf, Ayat 101)\n\nPengakhiran yang baik (husnul khatimah) adalah impian dan cita-cita bagi kita seorang Muslim. Kita sentiasa berharap agar kita mati dalam keadaan iman dan Islam. Oleh sebab itu, kita boleh amalkan doa ini agar sewaktu Malaikat Izrail mencabut nyawa kita, kita dalam keadaan yang beriman. Mudah-mudahan Allah swt menempatkan kita selepas mati bersama para solihin.\n\n#2 Doa Penyeri Muka Wajah Berseri & Dihormati\n\n\u0625\u0650\u0630\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u064a\u064f\u0648\u0633\u064f\u0641\u064f \u0644\u0650\u0623\u064e\u0628\u0650\u064a\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0628\u062a\u0650 \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0631\u064e\u0623\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064e \u0639\u064e\u0634\u064e\u0631\u064e \u0643\u064e\u0648\u0652\u0643\u064e\u0628\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0634\u0651\u064e\u0645\u0652\u0633\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e \u0631\u064e\u0623\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0633\u064e\u0627\u062c\u0650\u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201c(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: \u201cWahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.\u201d\u00a0(Surah Yusuf, Ayat 4)\n\nSurah Yusuf ayat 4 yang dibaca 3 kali ini merupakan salah satu amalan ilmu pengasih yang sangat ampuh dalam kalangan para penggiat ilmu hikmah. Amalan Surah Yusuf ayat 4 ini banyak diamalkan untuk yang menginginkan aura pengasih, aura jodoh, aura ketampanan dan kecantikan keluar terpancar dari diri kita.\n\nMalah ada juga yang berkongsikan c agar membaca Ayat 39 Surah Taha, selepas membaca Ayat 4 Surah Yusuf.\n\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u0644\u0652\u0642\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0645\u064e\u062d\u064e\u0628\u0651\u064e\u0629\u064b \u0645\u0651\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u0650\u062a\u064f\u0635\u0652\u0646\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\u064a\n\nMaksudnya, \u201c.Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.\u201d (Surah Taha, Ayat 39)\n\nGandingan kedua-dua potongan ayat al-Quran ini sering diamalkan sebagai ayat pengasih antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, antara sesama sahabat dan saudara, juga untuk mereka yang ingin mencari jodoh.\n\nNamun begitu, adab dalam berdoa, kita haruslah meletakkan sepenuh pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah swt. Hanya Allah swt yang berkuasa menentukan segala ketentuan mengikut kehendakNya. Kita sebagai hamba, hanya perlu berdoa, dalam masa yang sama berusaha untuk melakukan segala suruhan serta meninggal larangan Allah swt dan meraih redha Allah swt.\n\n\u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0622\u062a\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0646\u0650\u064a \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u0650 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e\u0646\u0650\u064a \u0645\u0650\u0646 \u062a\u064e\u0623\u0652\u0648\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062d\u064e\u0627\u062f\u0650\u064a\u062b\u0650 \u06da \u0641\u064e\u0627\u0637\u0650\u0631\u064e \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u0648\u064e\u0644\u0650\u064a\u0650\u0651\u064a \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650\n\nMaksudnya, \u201cYa Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta\u2019bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat\u201d (Surah Yusuf, Ayat 101)\n\nDoa ini dipanjatkan ketika Nabi Yusuf as sudahpun berada di puncak karearnya sebagai Menteri di Mesir. Walaupun Baginda sudah dibebaskan daripada penjara serta terlepas daripada tuduhan fitnah, tetapi Baginda tetap menyerahkan diri dengan penuh kerendahan kepada Allah swt. Baginda hanya memohon pelindungan di dunia dan akhirat daripada Allah swt.\n\nPengajaran Penting Dari Kisah Nabi Yusuf as\n\nBanyak pengajaran yang kitab oleh ambil daripada kisah Nabi Yusuf as. Namun begitu, pengajaran yang paling penting dan paling utama adalah menahan diri daripada melakukan zina. Dugaan yang dialami oleh Nabi Yusuf as sewaktu digoda oleh isteri pemerintahnya adalah sangat berat berbanding ujian yang Nabi Yusuf alami ketika ditinggalkan oleh adik-beradiknya di dalam hutan.\n\nSewaktu Nabi Yusuf ditinggalkan oleh adik-beradiknya, Nabu Yusuf pada waktu itu tiada pilihan lain, hanya boleh bersabar dan terus berdoa kepada Allah swt. Namun, ujian dengan wanita yang juga merupakan seorang wanita jelita yang menjadi isteri kepada pemerintah juga majikan Nabi Yusuf, ia adalah satu ujian teramat berat bagi kita seorang manusia.\n\nIni kerana, sewaktu kejadian Nabi Yusuf as digida dan diajak untuk berzina, terdpat banyak faktor yang boleh mendorong Nabi Yusuf as untuk terjerat dengan godaan tersebut. Namun, hanya keimanan kepada Allah swt, ketaqwaan serta keikhlasan Nabi Yusuf yang dapat menyelamatkannya daripada ujian tersebut.\n\nOleh sebab itu, kita perlu sentiasa ingat bahawa hanya dengan pertolongan Allah swt sahaja dapat menyelamatkan kita daripada maksiat.\n\n\u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\n\nMaksudnya, \u201cTidak ada daya dalam menjauhi maksiat dan tidak ada upaya menjalankan ketaatan melainkan dengan pertolongan Allah.\u201d\n\n\u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0645\u064e\u0639\u0652\u0635\u0650\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0637\u064e\u0627\u0639\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0645\u064e\u0639\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650\n\nMaksudnya, \u201cTidak ada daya untuk menghindarkan diri dari maksiat selain dengan perlindungan dari Allah. Tidak ada kekuatan untuk melaksanakan ketaatan selain dengan pertolongan Allah.\u201d (Syarah Shahih Muslim)\n\nSungguh godaan wanita itu sangat dahsyat bagi seorang lelaki. Sekiranya kita yang berada di posisi Nabi Yusuf as, tentu kita sendiri tidak kuat untuk menghadapi godaan tersebut. Namun kita perlu sentiasa ingat bahawa maksiat itu boleh dihindarkan hanya dengan pertolongan Allah swt.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Husnuzon yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Membuat donut bukanlah hal yang sukar. Bahkan donut mahal, gebu dan sedap sejenis donut big apple dapat anda buat jika anda mengikuti resepi yang kami kongsikan kali ini.\n\nResepi kali ini iaitu tentang donut big apple yang menjadi kesukaan ramai. Walaupun telah banyak jenis donut yang dikomersilkan, namun donut big apple memiliki citarasa khas sendiri yang memikat lidah dan ramai penggemarnya. Walaupun dengan harga yang boleh tahan cukup mahal.\n\nResepi donut big apple yang lembut, gebu, rangup, lazat sekarang bukanlah rahsia lagi. Dengan perkongsian yang diberikan oleh\u00a0\u200ePuteri Noraishah\u00a0di laman Facebook.\u200e\u00a0Anda boleh mencipta donut rasa restaurant yang lebih berbaloi tentunya.\n\nResepi dengan perkongsian ramai ini patut anda cuba, lagi jika anda teringin buat donut untuk menjamu selera keluarga mahupun untuk berjualan juga boleh. Sila tengok dan cuba resepi di bawah ini.\n\nSelain resepi donut big apple, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Tanjung Malim ialah sebuah bandar di selatan negeri Perak di dalam daerah Mualim. Bandar ini juga dikenali dengan gelaran \u2018Bandar Pendidikan\u2019 kerana sejarah pembukaannya bermula dengan penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 1922. Jom kami kongsikan 9 tempat menarik di Tanjung Malik yang wajib anda lawati.\n\nDi muzium ini, para pengunjung akan berkesempatan \u00a0untuk mengetahui \u00a0sejarah bidang pendidikan di negara Malaysia. Lokasinya terletak di dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sememangnya tersohor dalam bidang pendidikan Malaysia.\n\nDi sini ada dipamerkan peralatan-peralatan lama yang digunakan dalam bidang pendidikan di Malaysia seperti pembaris lama, kalkulator \u2018abacus\u2019, patung anatomi manusia dan sebagainya. Ada juga informasi mengenai tokoh-tokoh pendidikan yang telah membawa kemodenan kepada sistem pendidikan negara.\n\nPameran berkala turut dianjurkan, jadi kenalah mengikuti mereka di laman sosial. Tempat ini sesuai dilawati oleh peminat-peminat sejarah.\n\nTaman Tasik Embayu ialah sebuah tasik buatan yang luas dengan pelbagai kemudahan rekreasi untuk penduduk tempatan di Tanjung Malim. Taman ini merupakan sebahagian daripada bandar terancang Proton City. Taman ini dikelilingi dengan rumah-rumah banglo mewah menyerlahkan kecantikannya.\n\nLanskap di sini dijaga dengan teliti dan rapi. Pelantar titi yang dihubungkan ke kolam amat cantik dan sesuai untuk diambil gambar. Aktiviti-aktiviti seperti bersenam, berkelah dan bermain di taman permainan ada disediakan.\n\nPemandangan luas persekitaran dengan latarbelakang bukit-bukau menambahkan lagi keindahan tempat ini. Penganjur tempatan ada mengadakan aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan beriadah untuk penduduk tempatan pada hujung minggu.\n\n3. Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil\n\nTarikan alam semulajadi Tanjung Malim yang popular ialah taman perkelahan Sungai Bil. Suasana sungai yang tenang dengan air yang jernih amat sesuai untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga atau teman-teman tercinta. Permukaan sungai berbatu-batu dan di sekelilingnya ada ditumbuhi pokok-poko menghijau amat menenangkan jiwa dan raga.\n\nAda pelbagai kemudahan seperti tandas, ruang rehat, kemudahan barbeku, kedai makanan dan sebagainya disediakan untuk para pengunjung. Jika ada keinginan untuk mandi di sungai di Tanjung Malim, bolehlah ke sini untuk merasainya sendiri. Kemudahan penginapan turut disediakan.\n\nUntuk peminat-peminat sukan lasak pula, ada juga aktiviti \u2018go kart\u2019 di Tanjung Malim ini. Tidak perlu lagi pergi ke bandar-bandar besar untuk menikmati permainan ini kerana di Tanjung Malim pun ada. Litar terbuka go kart ini sesuai untuk seisi keluarga.\n\nKeselamatan dititikberatkan oleh pemiliknya, dengan penggunaan helmet wajib untuk setiap peserta. Manakala, penghadang tayar terpakai digunakan untuk melembutkan impak kemalangan.\n\nRekabentuk litar ini menarik dengan liku-liku tajam dan separuh daripadanya dibina di bawah sebuah lebuhraya utama. Ada juga gerai minuman ringan selepas puas bermain go-kart.\n\nHalia merupakan sejenis tumbuhan rizom yang sangat berkhasiat kepada badan. Di ladang ini, para pengunjung akan berkesempatan melihat dengan sendiri penanaman halia secara komersil di Perak. Spesis halia yang ditanam ialah spesis \u2018Bentong\u2019 yang bersaiz lebih besar dan lebih pedas rasanya.\n\nMemang menarik melihat bagaimana ianya ditumbuh, diproses dan kemudiannya dibungkus untuk jualan di seluruh Malaysia. Selain itu, ada juga kilang pemprosesannya untuk melihat mesin-mesin gergasi memproses halia segar. Di sini, para pengunjung ada peluang untuk meminum teh halia panas segar daripada ladangnya.\n\nTrend seni jalanan menjadi sesuatu yang semakin popular di bandar-bandar besar Malaysia. Seni jalanan di Pekan Lama Tanjung Malim mewarnai jalan belakang deretan kedai-kedai di sini. Dahulunya, kawasan jalan belakang kosong dan kusam kini menjadi tarikan pelancongan yang popular.\n\nDi antara lukisan-lukisan mural yang ada di sini adalah bertemakan binatang tempatan, sains dan teknologi, semangat patriotik dan sebagainya. Kalau sudah habis mengambil gambar lukisan-lukisan seni jalanan di seluruh Malaysia, bolehlah berkunjung ke sini pula.\n\n7. Mata Air Panas Ulu Slim\n\nKebanyakan mata air panas di Malaysia mempunyai suhu yang sesuai untuk berendam dan bermandi-manda tetapi di Ulu Slim, suhunya mencecah sehingga 100 darjah celsius. Jadi tak berapa sesuai untuk mandi. \u00a0Apa yang menarik di mata air ini, para pengunjung suka datang untuk mendidih makanan \u00a0seperti telur didih, jagung, petai dan sebagainya yang dikatakan memberi lebih khasiat kepada badan.\n\nPemandangan yang unik dihasilkan oleh wap-wap mata air panas dan spesis lumut hijau mata air panas menambah efek kepada gambar-gambar diambil sini. Kemudahan awam seperti pondok rehat, laluan pejalan kaki dan kawasan merebus juga disediakan.\n\nSebuah kolam ikan luas untuk kegiatan pemancingan rekreasi telah dibina di Tanjung Malim yang popular di kalangan pemancing-pemancing tempatan. Antara ikan-ikan di sini ialah ikan baung, mekong, tilapia dan sebagainya. Konsep memancing di sini ialah tangkap dan lepas.\n\nIkan-ikan sini besar-besar semuanya dengan berat daripada 7 kilogram sehingga 40 kilogram. Malah, apa yang menarik, tempat ini dibuka selama 24 jam setiap hari. Setiap bulan, mereka turut mengadakan cabutan bertuah untuk para pengunjung.\n\n9. Arung Jeram Sungai Ulu Slim\n\nSebuah sungai yang mengalir di Tanjung Malim iatu Sungai Ulu Slim sangat sesuai dijadikan tempat pertarungan air dengan sukan arung jeram. Sungai ini mempunyai jeram kelas 1 sehingga 3 dan berjarak 6 kilometer dari hulunya ke muara sungai.\n\nMasa terbaik untuk pergi ialah pada peralihan monsun apabila air menjadi lebih deras. Sebelum masuk ke dalam air, taklimat keselamatan akan disampaikan kepada para peserta. Para peserta tidak perlu ada pengalaman kerana semua teknik-teknik pengendalian akan diajar. Tempahan daripada pengendali bertauliah disyorkan untuk kegiatan ini.\n\nItulah dia 9 tempat menarik \u00a0di Tanjung Malim yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Jom baca artikel tempat menarik di Teluk Intan , tempat menarik di Tawau dan tempat menarik di Lumut."
"Apakah itu hernia? Penyakit hernia adalah ada benjolan pada satu ruang di bahagian badan. Ia berlaku kerana sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung. Ia dikenali sebagai angin pasang.\n\nIa dipanggil angin pasang kerana benjolan itu ada masa boleh dilihat dan ada masa tidak dapat dilihat. Sifat ini dalam bahasa perubatan dikenali sebagai \u2018reducible\u2018. Angin pasang ini selalu berlaku di kalangan kanak-kanak, orang dewasa juga ada yang terkena penyakit ini.\n\nBayi lelaki lebih ramai yang terkena penyakit ini berbanding bayi perempuan. Sama juga seperti orang dewasa. Penyakit ini mungkin kelihatan seperti berbahaya tetapi ada cara untuk memulihkannya. Bayi boleh melakukan pembedahan untuk memisahkan kantung yang dijumpai di bawah lapisan otot dengan saluran sperma dan saluran darah.\n\nPembedahan ini tidak mengambil masa yang lama, ia memerlukan masa lebih kurang 15 ke 30 minit. Kemudian, pesakit boleh dibawa keluar pada hari yang sama. Apa kata kita cegah dulu anak kita sebelum terkena angin tetapi bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk mencegah kanak-kanak daripada terkena hernia. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nBonjol tenggelam apabila ditekan dan jika anak berbaring terlentang.\n\nBonjol membesar apabila anak batuk atau menangis.\n\nKadang-kadang bonjol masuk ke dalam pundi-pundi buah zakar.\n\nTindakan yang perlu diambil ibu bapa\n\nPeriksa kawasan pelipat paha anak jika ia menangis atau mengadu sakit.\n\nAda bonjol di pelipat paha atau di dalam pundi-pundi buah zakar yang perlu dipastikan diagnosisnya.\n\nBonjol yang tidak dapat dimasukkan ke dalam.\n\nAnak muntah, sakit perut dan sentiasa menangis.\n\n\u2013 Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang diperbuat dari beras atau gandum, mengandungi banyak serat untuk menghindari dari masalah sembelit atau meneran.\n\n\u2013 Segera berjumpa dengan doctor apabila mengalami batuk yang berpanjangan atau bersin yang berterusan.\n\n\u2013 Ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih lagi kepada bayi mereka supaya bayi tidak selalu menangis atau sukar membuang air besar kerana kedua aktiviti seperti menangis dan meneran hanya akan memberi lebih tekanan kepada hernia tersebut.\n\n*Selain kanak-kanak, lelaki dewasa juga berisiko untuk dapat penyakit hernia ini atasa faktor usia dan pemakanan. Penyakit ini boleh baik melalui pembedahan tetapi lebih bagus jika kita dapat mengelaknya. Lebih-lebih lagi kanak-kanak. Bayi juga boleh terkena penyakit ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anda sedang mencari stroller baby? Tengah survey stroller mana yang terbaik, paling praktikal, senang digunakan, boleh digunakan sehingga bayi anda besar, dan yang paling penting sekali datang dengan harga yang berpatutan dan mampu milik? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips memilih stroller baby yang terbaik untuk anak anda.\n\nTahap keselamatan stroller yang menjadi pilihan anda adalah di antara perkara yang paling penting dalam memilih troller yang terbaik buat bayi anda. Di antara ciri-ciri keselamatan yang boleh anda periksa ialah:\n\nPerkara kedua yang perlu anda pertimbangkan ialah berapa bajet anda untuk membeli stroller? Terdapat pelbagai jenis dan jenama stroller di pasaran. Dari yang paling murah kepada yang paling mahal. Yang paling penting, pastikan stroller yang dibeli adalah berada dalam kemampuan anda dan tidak membebankan anda.\n\nJika bajet anda dibawah RM500, kami cadangkan anda survey stroller baby berjenama Sweet Cherry atau My Dear. Kalau bajet anda dalam lingkungan RM1000, anda boleh tengok-tengok stroller baby berjenama Combi, Halford, atau Mac Laren.\n\nJika anda berkemampuan untuk membeli atroller baby dengan harga RM1000 ke atas, anda boleh survey stroller baby berjenama Quinny, Babyzen, GB, Peg Preggo, Graco atau Britax.\u00a0Walau apa pun, sekali lagi kami tekankan, pilih stroller baby yang tidak membebankan anda dari segi kewangan.\n\nFungsi recline pad stroller baby adalah sangat penting terutamanya jika anda akan menggunakan stroller tersebut untuk bayi yang baru lahir sehingga berumur 6 bulan yang belum mampu untuk duduk dengan sendiri. Fungsi recline akan membantu bayi anda tidur dengan lebih selesa dan anda tidak akan risau tentang keadaan bayi anda di dalam stroller.\n\nKalau nak beli stroller, pastikan stroller baby tersebut mempunyai ciri pemegang yang boleh dilaras supaya anda selesa dan tidak sakit pinggang semasa menolak stroller. Bayangkan, kalau anda jenis yang rendah dan suami pula jenis yang tinggi menggalah, kalau pemegang stroller anda boleh dilaras, anda berdua boleh adjust pemegang mengikut tinggi masing-masing. Kan memudahkan?\n\n5. Material tahan lasak dan kuat\n\nPilih stroller dengan material yang tahan lasak. tidak mudah koyak, dan tahan lasak. Apa yang paling penting, pastikan juga stroller baby yang anda pilih mempunyai kain yang boleh dibuka atau mudah untuk dibersihkan untuk menjaga kebersihan stroller.\n\nUntuk cuaca di Malaysia yang panas dan mempunyai sinaran matahari yang terik, kanopi merupakan aksesori yang wajib ada pada stroller baby.\u00a0 Kalau ada kanopi, anda boleh membawa bayi berjalan-jalan di kawasan outdoor sambil menutup stroller dengan kanopi. Kalau berjalan di dalam pusat membeli-belah sekali pun, apabila bayi anda tidur, anda boleh tutup kanopi untuk memberi lebih privacy kepada bayi anda.\n\nBagi kami, lagi kecil saiz stroller selepas dilipat, lagi bagus stroller tersebut kerana ia bukan sahaja memudahkan penyimpanan tanpa memerlukan ruang yang besar, malah mudah untuk diangkat dari dalam bonet dan ke dalam bonet. Stroller yang boleh dilipat seperti umbrella fold adalah yang menjadi kegemaran ibu-ibu di Malaysia seperti Babyzen Yoyo.\n\nSemasa membeli stroller baby, pastikan stroller yang dibeli boleh muat masuk ke dalam bonet kereta anda. terutama sekali jika anda memandu kereta yang mempunyai bonet yang kecil seperti Viva dan Myvi. Kalau anda memandu kereta besar sekali pun, anda perlu tengok berapa besar ruang yang tinggal selepas anda memasukkan stroller ke dalam bonet. Ada lagi tak ruang untuk meletakkan barang-barang yang lain?\n\nSelain saiz stroller, berat stroller baby juga sangat penting. Stroller yang anda beli akan keluar masuk bonet dengan kerap. Kalau anda membeli stroller yang berat, ia akan menyukarkan proses memasukkan dan mengeluarkan stroller. Stroller yang ringan juga akan memudahkan urusan anda semasa keluar berjalan-jalan seperti melipat stroller semasa di eskelator atau membawa stroller sabagai muatan kabin semasa menaiki kapal terbang. Jenama Combi mepunyai stroller seringan 3 kilogram sahaja. Menarik, kan?\n\nSemasa memilih stroller, cuba tolak stroller tersebut untuk melihat sama ada pengendaliannya mudah atau agak sukar. Cuba tolak dengan satu tangan, dan cuba tolak dalam pergerakan yang tidak lurus iaitu sambil membelok ke kiri dan ke kanan.\n\n11. Saiz tempat membawa barang di bawah stroller\n\nKalau anda perhatikan, di bawah stroller baby ada ruang untuk menyimpan barangan. Pilih stroller dengan ruang menyimpan barang yang besar supaya memudahkan anda untuk meletakkan barang seperti beg berisi barang bayi dan barang shopping semasa berjalan-jalan.\n\nTips memilih stroller yang seterusnya ialah pastikan stroller yang dipilih mempunyai fungsi boleh diubah kedudukan bayi sama ada melihat ke arah ( forward facing ) anda atau memandang ke luar ( rear facing ). Jika anda membawa bayi kecil, posisi bayi memandang anda adalah lebih sesuai kerana bayi akan lebih tenang jika dapat melihat anda dan anda juga tidak perlu memeriksa bayi anda setiap 5 minit.\n\nBagi bayi yang lebih besar, berjalan-jalan di dalam stroller sambil memandang ke luar adalah lebih menyeronokkan kerana bayi anda akan dapat melihat keadaan sekeliling. Apabila anak anda tertidur, ubah kedudukannya supaya memandang ke arah anda dan turunkan kanopinya supaya mendapat tidur yang lebih lena.\n\nJika anda membeli stroller untuk bayi yang baru lahir atau dibawah umur 6 bulan dan belum mampu mengangkat kepala sendiri, pastikan anda memilih stroller baby yang mempunyai ciri ketinggian kepala boleh dilaras supaya anda boleh adjust kedudukan kepala bayi anda sama ada untuk ditinggikan atau direndahkan.\n\n14. Had berat dan umur bayi\n\nNasihat kami, pilih stroller yang boleh digunakan tanpa had umur dan berat bayi. Supaya anda faham, jom kami terangkan. Ada sesetengah stroller hanya sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 6 bulan sahaja, iaitu stroller berbentuk bucket dan bayi tidak dapat duduk di dalamnya.\n\nMaka, apabila bayi anda sudah pandai duduk, anda terpaksa membeli stroller yang baru. Ada juga stroller yang mempunyai had berat bayi yang doleh ditampung. Apabila bayi anda melebihi had berat yang dibenarkan, ianya tidak lagi selamat untuk digunakan.\n\nStroller yang boleh dipadankan dengan carseat ialah satu bonus buat anda. Sebagai contoh, kalau bayi anda sedang tidur dalam cerseat, anda tak perlu alihkan bayi ke dalam stroller. Cuma angkat carseat bersama bayi dan pasangkan kepada frame stroller. Mudah kan?\n\nItulah dia tips memilih stroller yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang senarai barang bayi, tips hilangkan jaindis, dan tips hilangkan ruam susu"
"Mencari resepi ayam yang sedap namun tidak tahu mahu buat resepi apa? Anda bosan dengan ayam goreng, ayam gulai, ayam masak sambal dan lain-lain? Terlebih lagi keluarga anda yang tidak suka makanan pedas. Maka, ayam masak kicap ialah menu pilihan terbaik.\n\nCara memasak ayam kicap ialah dengan mereneh ayam dengan kicap manis. Ayam direneh dengan kicap hingga pekat dan melekat. Dengan kombinasi rempah-rempah pilihan, ayam masak kicap memiliki rasa manis, gurih dan aroma wangi yang sangat merangsang selera.\n\nAyam masak kicap biasa dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi. Ayam masak kicap boleh disantap pada waktu petang mahupun malam. Kanak-kanak sangat menyukai ayam masak kicap kerana rasanya tidak pedas. Ayam masak kicap juga dihidangkan untuk kenduri atau majlis kahwin.\n\nPada tulisan di bawah ini kami kongsikan resepi ayam masak kicap sedap yang mendapat perkongsian ramai. Resepi ini dikongsikan oleh Zur Ain Salim di Facebook. Sila cuba dan buat ayam masak kicap versi anda.\n\nSelain resepi ayam masak kicap, dibawah ini kami berkongsi resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share ya. Jemput baca dan mencubanya."
"Memarahi anak-anak adalah satu keadaan yang tak dapat dielakkan. Ada masanya kita memarahi anak akibat terlalu penat dengan tanggung jawab dan urusan seharian, lalu anak menjadi mangsa. \n\nAda masanya juga kita memarahi anak apabila sudah tidak dapat menahan perasaan apabil anak meragam atau melakukan kesalahan yang sama berulang kali walau pun sudah dipesan agar tidak dilakukan.\n\nNak-nak lagi bagi ibu yang bergelar suri rumah di mana 24 jam ibu akan berada bersama anak tanpa waktu rehat untuk bersendiri. Memarahi anak bukanlah satu kelemahan atau kekurangan, namun ianya boleh dikurangkan jika kita tahu kaedah psikologi kanak-kanak berkenaan petua yang mak ayah boleh guna untuk mengelakkan daripada asyik marah anak.\n\nJangan bandingkan seorang anak dengan anak yang lain\n\nKesilapan yang paling kerap dilakukan oleh ibu bapa ialah suka membandingkan anak dengan adik-beradiknya yang lain atau anak orang lain. Di antara ayat yang selalu digunakan ialah:\n\nKetahuilah bahawa membandingkan anak dengan orang lain akan membunuh jiwa mereka. Setiap manusia dicipta tak sama. Oleh itu tak mungkin anak kita sama dengan manusia lain seperti yang kita bandingkan.\n\nJangan bosan dengan soalan anak yang berulangkali\n\nAnak kecil suka bertanya soalan yang sama berulang kali. Pada mulanya kita akan menjawab dan melayan soalan yang diberikan, namun lama-kelamaan kita akan menjadi bosan dan mula marah apabila soalan yang sama ditanya sekali lagi. Yang sebenarnya, anak bertanya soalan bukan kerana inginkan jawapan, kerana mereka memang sudah tahu apakah jawapannya. Tetapi anak bertanya kerana:\n\nJangan terlalu sedih dan kecewa sehingga berkasar dengan anak jika keputusan peperiksaan tidak sehebat yang diharapkan\n\nAdalah sesuatu yang normal sekiranya kita berasa kecewa sekiranya keputusan peperiksa anak tidak sebaik yang diharapkan. Lebih-lebih lagi jika kita sudah berhabis banyak duit untuk menghantar anak ke pusat pembelajaran yang baik, atau sudah meluangkan masa untuk mengajar anak dengan sendiri. Ibu \n\nbapa mana yang tidak inginkan anaknya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang? Namun ketauilah bahawa tahap kemampuan anak-anak adalah berbeza. Lagi pun, tidak cemerlang dalam peperiksaan tidak bermakna anak tidak cemerlang dalam hidup.\n\nJangan terlalu fokus kepada kekurangan anak sehingga tidak nampak kelebihan lain yang ada dalam diri anak\n\nPsikologi kanak-kanak yang seterusnya ialah jangan sesekali terlalu fokus kepada kekurangan anak sehingga kita tidak nampak kelebihan yang ada dalam diri anak. \n\nAnak kita adalah manusia biasa yang mempunyai kelamahan diri, seperti kita juga. Namun dalam masa yang sama, anak juga memiliki pelbagai kebaikan dan kehebatan yang membuatkan anak kita menjadi seorang insan yang istimewa. \n\nJangan terlalu fikir tentang kelemahan anak, sebaliknya sentiasa ingat kepada kelebihan yang ada. Sebagai contoh, anak kita mungkin kurang dari segi pelajaran namun dia sangat rajin membantu kita melakukan kerja rumah.\n\nJangan bertanya kenapa anak kurang budi pekerti jika diri sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik\n\nIni adalah satu perkara yang kurang disedari oleh ibu bapa. Tahukah anda bahawa anak-anak akan memerhatikan segala perbuatan serta tingkah laku kedua orang ibu bapanya lalu meniru perbuatan tersebut. Kita adalah idola dan contoh buat anak-anak. \n\nJika inginkan anak yang berbudi pekerti mulia dan berakhlak hebat, kita sebagai ibu bapa wajib menunjukkan akhlak dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak. \n\nBak kata pepatah, bapa borek anak rintik. Oleh itu jangan bertanya kenapa anak kurang berbudi pekerti jika diri sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik.\n\nJangan terlalu garang dan jangan suka menggunakan kekerasan dengan anak-anak\n\nTips psikologi kanak-kanak yang terkahir ialah jangan menjadi terlalu garang kepada anak-anak dan jangan suka menggunakan kekerasan dengan niat untuk membentuk atau mendidik anak. \n\nIbu bapa yang terlalu garang dan suka menggunakan kekerasan akan menghasilkan anak yang keras hatinya. Ia juga boleh menyebabkan anak berdendam dan jauh dari kita. Sebagai ibu bapa, kita mahukan anak yang menyayangi, menghormati, dan rapat dengan kita.\n\nJika kita terlalu garang dan suka menghukum anak dengan kekerasan setiap kali anak melakukan kesalahan atau tidak mencapai tahap yang kita tetapkan, lama-kelamaan anak akan menjauhi kita. Apabila anak meningkat remaja, anak akan semakin rapat dengan kawan-kawan dan semakin jauh dari kita. Ini kerana anak merasakan mereka mempunyai rakan sebaya yang sangat memahami mereka sedangkan ibu bapa di rumah garang macam singa.\n\nItulah dia info tentang psikologi kanak-kanak, petua yang mak ayah boleh guna untuk mengelakkan daripada kerap marah anak. Kerana terlalu kerap memarahi anak-anak akan memberikan kesan yang buruk kepada mereka. \n\nSemoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang anak lambat bercakap anak lambat berjalan dan tanggung jawab seorang bapa kepada anak."
"Printer berkualiti pasti dapat bertahan lebih daripada tempoh tiga tahun atau empat tahun penggunaannya. Printer biasanya digunakan oleh semua lapisan masyarakat untuk mencetak pelbagai jenis urusan kerjaya ataupun sebagai hobi. \n\nTambahan pula pada musim pandemik, pasti ramai yang bekerja dan belajar dari rumah yang memerlukan printer. Jom kami kongsikan 12 printer murah terbaik berkualiti.\n\nHP Deskjet Ink Advantage 2336 All In One Printer\n\nPrinter ini mempunyai fungsi lengkap iaitu untuk mencetak, mengimbas dan menyalin. Semuanya menjadi mudah untuk dilakukan dan printer hanya perlu disambungkan melalui USB. Cetakan kertas mampu dibuat sebanyak 1000 helai dan ke atas secara purata.\n\nPrinter ini menggunakan ink 682. Walaupun printer ini menjadi pilihan ramai kerana sangat berkualiti, namun printer ini tidak menyokong cetakan dari telefon bimbit dan Mac Os.\n\nSekiranya anda mencari wireless printer dengan harga lebih murah tetapi tetap mempunyai fungsi cetak, imbas dan salin, Canon Pixma TS3470 pasti menjadi pilihan anda. Printer ini mampu mencetak sehingga 200 hingga 300 helaian.\n\nNak cetak secara terus dari laptop, telefon bimbit atau komputer pun boleh. Anda mempunyai pilihan untuk menyambung menggunakan USB dan wifi. Ramai yang membeli printer ini kerana harga inknya sangat murah.\n\nHP Deskjet All In One Printer 2622\n\nPrinter HP All-in-One 2622 ini mempunyai fungsi mengimbas dan menyalin yang menyerupai mesin fotokopi. Anda boleh membuat salinan tanpa perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk pergi ke kedai percetakan. \n\nAnda juga boleh menggunakan printer ini secara wireless melalui memuat turun aplikasi pada telefon pintar. Dengan reka bentuk yang menarik dan futuristik, printer murah ini adalah pilihan kebanyakan pengguna yang sukakan printer yang simple tetapi mudah digunakan.\n\nCanon TS307 Single Function Inkjet Color Printer\n\nPrinter Canon TS307 yang dikatakan printer murah terbaik ini mempunyai fungsi yang dapat memudahkan pekerjaan anda dengan kemampuannya untuk mencetak tanpa wayar. \n\nAnda boleh mencetak secara terus dokumen yang diinginkan menggunakan aplikasi khas yang dimuat turun di telefon pintar. Reka bentuknya juga cukup unik yang menjadikan ianya kelihatan cukup premium berbanding harganya. Namun kekurangannya adalah printer ini tidak mempunyai fungsi pengimbasan.\n\nPrinter ini mampu mencetak foto berkualiti tinggi dalam resolusi tinggi sehingga beresolusi 4800\u00d71200. Anda juga boleh mencetak gambar atau pelekat yang diinginkan tanpa had dengan menggunakan printer ini. \n\nNamun harus diingatkan juga, sekiranya anda ingin mencetak pelekat, anda perlu menggunakan kertas pelekat yang terdapat di kedai alat tulis. Ia sangat serbaguna untuk mencetak.\n\nPrinter kecil dan ringan ini adalah pencetak yang hanya dikhaskan untuk anda yang suka mencetak gambar. Ia boleh dihubungkan menggunakan Bluetooth, sama ada melalui telefon pintar, komputer riba ataupun komputer desktop. \n\nUntuk pengetahuan anda, printer murah terbaik ini hanya boleh mencetak foto menggunakan kertas khas kerana printer ini mempunyai teknologi HP ZINK.\n\nPrinter laser Brother Monochrome HL-1110 ini sangat terkenal dengan kelajuan tinggi dan tidak mudah rosak. Namun, harga printer laser yang mampu mencetak warna boleh dikatakan sedikit mahal. \n\nWalau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan printer laser jenis hitam putih dengan harga yang sangat berpatutan. \n\nHarga dakwat yang digunakan oleh printer Brother Monochrome ini juga lebih murah dan tahan lama. Sekiranya anda perlu mencetak kertas dengan dakwat warna hitam putih, printer ini sangat sesuai untuk anda.\n\nKerjaya sebagai guru selalunya memerlukan anda mencetak sukatan pelajaran atau bahan pelajaran untuk dibawa ke sekolah. Anda boleh menjimatkan wang anda jika membeli printer ini kerana ia turut menjimatkan dakwat. \n\nTak perlu nak ke kedai printing atau mencari printer di kawasan berhampiran anda lagi. Anda juga dapat menggunakan printer murah terbaik ini untuk mengimbas dan membuat salinan juga.\n\nPrinter Canon Pixma E410 dengan harga yang berpatutan ini mempunyai pelbagai fungsi. Ia bukan hanya mampu mencetak tetapi turut mempunyai fungsi pengimbasan yang membolehkan anda membuat pelbagai jenis salinan. \n\nMenarik lagi, printer murah terbaik ini mempunyai mod senyap yang mengurangkan bunyi bising pencetak ke tahap yang paling minimum. Jadi, ia tidak akan menghasilkan gangguan bunyi.\n\nPrinter Canon Pixma Ink G1010 merupakan printer murah terbaik yang mempunyai kapasiti tangki dakwat yang besar dan murah untuk diganti. \n\nBagi mereka yang inginkan printer yang tahan lama dan dapat mencetak dengan jumlah helaian yang banyak, printer ini adalah jawapannya. Ia sangat sesuai untuk pelajar kerana kemampuannya untuk mencetak dengan cepat akan memudahkan mereka.\n\nEpson L3256 Ecotank All In One Ink Tank\n\nBanyak kelebihan printer ini seperti mampu mencetak dengan revolusi tinggi iaitu 1440dpi dengan kelajuan yang tinggi, boleh berfungsi dengan wifi dan boleh disambungkan dengan telefon bimbit.\n\nHarganya sedikit tinggi berbanding printer yang lain namun berbaloi dengan fungsinya yang pelbagai dan berkualiti. Nak cetak, imbas dan salin, semuanya boleh dilakukan. Dengan anggaran 4 500 helaian untuk cetakan hitam putih dan 7 500 helaian cetakan berwarna, sesuai jika anda merupakan seorang pelajar atau pekerja yang sering mencetak apa-apa bahan.\n\nPaperang P2 Bluetooth Mini Photo Printer adalah printer mini mudah alih daripada China. Printer murah terbaik ini menggunakan teknologi percetakan terma menggunakan bateri lithium-ion yang mempunyai ketahanan untuk jangka masa yang panjang iaitu hampir 24 jam. Printer ini boleh didapati dengan harga bermula serendah RM 219.\n\nPrinter yang ringan dan kecil ini memiliki fungsi bluetooth dan boleh digunakan untuk membuat cetakan secara langsung dari telefon pintar anda. \n\nDengan fungsi ini, anda kini dapat mencetak gambar yang anda mahukan dengan serta-merta. Saiznya yang kecil menjadikannya senang untuk dibawa ke mana sahaja.\u00a0\n\nGambar dan tulisan yang dicetak hanya boleh menghasilkan warna hitam dan putih sahaja. Bagi mereka yang tidak berminat dengan gambar berwarna monokrom, anda tidak digalakkan untuk menggunakan printer ini.\n\nBerikut adalah Printer Murah Terbaik Berkualiti sesuai untuk kegunaan anda. Jom baca juga\u00a0wifi portable terbaik,\u00a0Microwave oven terbaik Malaysia,\u00a0termometer terbaik\u00a0dan\u00a0mekap remover drugstore terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Mencari pelitup muka respirator KN95 yang bersesuaian. Bolehlah cuba fikir tentang produk 3M ini.\n\n3M melancarkan respirator KN95 pakai buang baharu 3M\u2122 Particulate Respirator 9513 hari ini yang direka bentuk untuk melitupi muka dan membolehkan udara melalui lapisan turas penapis, bukan di bahagian tepi respirator.\n\n3M\u2122 Particulate Respirator 9513 merupakan contoh aplikasi sains oleh 3M untuk menghasilkan produk yang lebih inovatif bagi melindungi pengguna dalam kehidupan seharian mereka.\n\nDiperbuat daripada bahan penapis proprietari 3M, 3M\u2122 Advanced Electrostatic Media, respirator ini menapis habuk dan zarah lain, sambil membolehkan pemakai respirator bernafas dengan mudah. Bahan penapis ini berupaya menapis sekurang-kurangnya 95% zarah bawaan udara seperti kotoran, habuk, pasir, zarah dari ekzos kenderaan, PM 2.5 dan alergen sekiranya digunakan mengikut arahan pemakaian yang betul.\n\nPelitup muka biasa dan pelitup muka perubatan sering kali longgar apabila dipakai, mewujudkan ruang terbuka antara pelitup muka dengan muka pengguna. 3M\u2122 Particulate Respirator 9513 mempunyai empat lapisan beserta reka bentuk 3D yang selesa dan mudah untuk pemakai respirator bernafas.\n\n3M\u2122 Particulate Respirator 9513 menampilkan getah sisi boleh regang yang dilengkapi dengan cangkuk bagi memastikan respirator terletak rapi pada muka. Lapisan penapis yang lembut memudahkan pengguna bernafas dan lebih selesa dipakai. Selain itu, klip hidung yang terbenam menawarkan penampilan yang lebih kemas, dan sesuai untuk digunakan ketika bekerja dan kegunaan santai.\n\nRespirator ini mengandungi mikrofiber cas tinggi yang berkesan meningkatkan pemerangkapan zarah bawaan udara dan membolehkan pemakai bernafas dengan mudah ketika musim jerebu, lazimnya dari bulan Jun hingga September di Malaysia.\u00a0\n\n\u201cSebagai peneraju global dalam perlindungan respiratori, kami mencipta respirator ini bagi memberi perlindungan kepada pengguna di mana sahaja dalam kehidupan seharian mereka,\u201d jelas Megan Selby, Presiden Bahagian Kesihatan dan Keselamatan Pengguna 3M. \u201cRespirator ini amat berguna bagi mereka yang mungkin terdedah kepada orang ramai atau debu seperti pengguna pengangkutan awam dan penunggang motosikal.\u201d\n\nRespirator ini boleh didapati dalam pek mudah guna dan mudah simpan yang mengandungi satu atau tiga respirator setiap pek. 3M\u2122 Particulate Respirator 9513 menampilkan reka bentuk menegak yang boleh dilipat leper agar mudah dipakai dan disimpan. Respirator ini mempunyai jangka hayat lima tahun dari tarikh pembuatan.\n\n3M\u2122 Particulate Respirator 9513 kini boleh didapati secara dalam talian di Lazada 3M Flagship Store dan Shopee 3M Official Store serta kedai-kedai terpilih pada Harga Runcit Cadangan RM6.00 bagi pek yang mengandungi satu respirator dan RM15.00 bagi pek yang mengandungi tiga respirator."
"Buah avokado mempunyai pelbagai khasiat.\u00a0Di antara khasiat yang terdapat di dalam buah avocado adalahVitamin K,\u00a0Folate,\u00a0Vitamin C,\u00a0Potassium,\u00a0Vitamin B5,\u00a0Vitamin B6, dan\u00a0Vitamin E.\u00a0Selain itu, ianya juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).\n\nSebiji buah avokado mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15g lemak. Buah avocado tidak mengandungi kolestrol atau sodium, dan rendah dalam kuantiti lemak tepu.\u00a0Salah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium. Setiap sajian 100g, mengandungi 4% lebih banyak daripada pisang, yang mana sudah dikira buah yang tinggi kadar potasium.\n\nSerat ataupun fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado.\u00a0Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu menurunkan berat badan.\n\nDi dalam satu kajian yang melibatkan dua kumpulan, satu kumpulan diarah untuk makan makanan yang mengandungi buah avokado, manakala kumpulan satu lagi makan makanan yang sama tanpa buah avocado.\u00a0Kemudian, mereka akan disoal dengan beberapa soalan berkaitan dengan lapar dan kadar kekenyangan.\n\nResponden yang makan buah avocado meresakan 23% lebih kenyang.\u00a0Jika kajian ini betul, maka dengan kerapkan makan buah avocado, anda boleh mengurangkan kadar pengambilan kalori dan lebih senang untuk mengikut jadual diet.\n\nJom kami kongsikan resepi smoothies avokado untuk mengurangkan berat badan. Bahan-bahannya:\n\nCaranya, kisar semua bahan dan boleh terus diminum semasa fresh. Anggaran Kalori ialah 400kcl sahaja.\n\n2. Membantu mengekalkan jantung yang sihat\n\nMasalah jantung merupakan salah satu punca utama kepada kematian di dunia. Masalah jantung pula sering dikaitkan dengan saluran darah, tahap kolestrol, trigliserida, tekanan darah dan sebagainya.\n\nAvokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine \u200b\u200b. Tahap homocysteine \u200b\u200bdikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.\n\n3. Membantu badan menyerap nutrisi dengan lebih baik\n\nSesetengah nutrient adalah \u201cfat soluble,\u201d bermaksud ia perlukan lemak \u00a0termasuklah vitamin A,D,E dan K untuk dihadam. Avokado kaya dengan semua itu.\u00a0Satu kajian mendapati bahawa pengambilan buah avocado boleh meningkatkan penyerapan antioksida sebanyak 26%.\n\n4. Mengurangkan dan mencegah katarak mata\n\nBukan sahaja avokado boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida, bahkan ianya sendiri mengandungi antioksida yang tinggi dan\u00a0nutrisi seperti Lutein dan Zeaxanthin, yang mana sangat penting kepada kesihatan mata.\n\nSatu kajian menunjukkan bahawa nutrisi ini boleh mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, yang mana biasa dialami oleh orang tua.\u00a0Oleh itu, mengambil buah avocado setiap hari boleh memberikan kesihatan kepada mata dalam jangka masa yang lama.\n\nMinyak avocado ditambah ke dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membantu menambahkan seri dan cahaya kepada\u00a0kulit. Selain itu, ia juga\u00a0membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan pada kulit.\n\n6. Mengurangkan kesan penuaan pada kulit\n\nAvocado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imunisasi, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.\n\nAvocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semulajadi dan bertindak untuk melawan nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar kepada masalah nafas berbau.\n\n8. Mengekalkan kestabilan & fungsi sel dalam badan\n\nSalah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium\u00a0Potasium adalah salah satu nutrient yang orang selalu kurang ambil. Potasium boleh mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan, selain berperanan penting di dalam badan.\n\nSalah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium.\u00a0Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dengan terkawal) boleh mengurangkan tekanan darah, iaitu satu faktor utama kepada masalah jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.\n\nBuah avocado mengandungi kadar lemak yang tinggi. Malah, 77% kalori di dalam buah ini datangnya daripada lemak tersebut, membuatkan buah ini antara buah yang berlemak. Namun\u00a0lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid oleik (oleic acid).\n\nAsid oleik adalah asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) yang membawa kebaikan kepada badan. Lemak itu juga terdapat di dalam minyak zaitun.\u00a0Asid oleik terbukti boleh mengurangkan kadar keradangan dan mengurangkan risiko penyakit kanser kepada mereka yang mempunyai gen pembawa kanser.\n\n11. Menurunkan kadar gula dalam darah\n\nSerat ataupun fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado.\u00a0Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah.\n\nSerat ataupun fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado.\u00a0Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu melawaskan pembuangan air besar.\n\nArthiritis merupakan masalah yang biasa di alami oleh orang tua.\u00a0Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah avokado dan minyak kacang soya, dikenali sebagai Avocado and Soybean unsaponifiables boleh mengurangkan simptom arthirtis pada tulang (osteoarthritis).\n\nIa juga berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang.\n\nItulah dia 13 khasiat avokado yang pasti buatkan anda terkejut. Apa lagi, jom kita beli avokado.Jemput juga baca artikel khasiat lengkuas dan khasiat peria."
"Lopes ialah makanan tradisi turun-temurun. Lopes terkenal terutama di Indonesia dan Malaysia. Makanan ini merupakan hidangan pencuci mulut atau sebagai menu sarapan. Lopes diperbuat daripada tepung pulut yang direbus atau kukus.\n\nLopes agak padat dan dibentukkan segitiga. Namun walaupun padat, lopes tetap lembut di dalam. Jangan lupa daun pisang untuk bungkus untuk bagi aroma wangi ke atas lopes.\n\nCara makan lopes pula adalah dengan ditabur kelapa parut kukus, dan disiram dengan kuah gula Melaka/gula merah yang pekat manis, barulah sedap. Daripada tunggu bazar Ramadhan baru ada orang jual, baik buat sendiri boleh makan bila-bila. Selamat mencuba resepi lopes tradisi daripada Haryati Hamim\u00a0di laman Facebook.\n\nSelain lopes, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Bagi sesetengah ibu bapa yang moden, memberi puting kepada bayi adalah salah satu alternatif paling mudah untuk mereka. Semua bayi baru lahir akan ada satu tabiat semulajadi menghisap dimana ia adalah refleksi normal bagi bayi. Hal ini kerana ada sesetengah bayi menghisap apabila kepenatan, bosan, ingin dipujuk dan sebagainya. \n\nPuting bayi juga membantu bayi meningkatkan berat badan dengan lebih cepat disamping mengurangkan risiko dan komplikasi semasa proses pemantauan hospital. Oleh itu, puting bayi atau puting dummy boleh digunakan untuk memenuhi keperluan bayi. Namun diingatkan, jangan menggunakan puting secara berlebihan kerana ia juga akan memberi impak negatif kepada bayi seperti bayi tidak mahu menyusu atau makan.\n\nKedua-dua puting bayi ini boleh anda pilih berdasarkan faktor-faktor seperti umur bayi, bentuk puting dan sebagainya. Jom lihat 7 tips pilih puting bayi dengan betul dan tepat.\n\nAda si kecil yang memang cerewet dengan bentuk dan jenis puting yang mereka hisap. Jika mereka menolak untuk meminum susu botol, periksa semula jenis puting yang anda gunakan. Cuba untuk tukar puting yang mempunyai saiz lebar dan menyerupai payudara ibu.\n\nCuba susukan si kecil secara perlahan-lahan, mungkin mereka akan lebih suka dan terbiasa dengan bentuk tersebut. Bentuk puting bayi yang paling baik adalah yang berbentuk seperti puting payudara ibunya.\n\nAnda juga digalakkan membeli dan mencuba satu persatu bentuk puting botol yang sesuai dan disukai oleh si kecil. Ada botol susu, putingnya panjang, ada yang pendek dan ada juga yang agak keras dan lembut. Biasanya puting yang warna kuning lebih lembut dan paling disukai oleh bayi. \n\nBerdasarkan harga pula, bukan bermakna murah itu lebih bagus dari yang mahal. Kadang-kadang harga yang murah itu selalunya tidak mudah tahan lama. Kualitinya tidak setanding kualiti puting yang mahal.\n\nHarga sebuah puting bayi boleh didapati lebih daripada RM10 ke atas. Selalunya, ada sahaja yang menjual dengan harga RM10 ke bawah tetapi selalunya kualiti pada puting tersebut sangat rendah dan tidak bertahan lama. \n\nSelain itu, kualiti pada puting bayi juga di ambil kira takut kalau ada jangkitan pada mulut bayi. Hal ini juga boleh menyebabkan, bayi akan mengalami alergik pada sesetengah puting tersebut. Oleh itu, kita hendaklah bijak dalam memilih kualiti puting yang sesuai dengan bayi. \n\nPuting ortodontik dibentuk untuk menggalakkan bayi menghisap sama cara seperti menyusu badan. Puting bayi ini selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi dari tercekik atau menelan puting itu.\n\nPuting bayi yang diperbuat daripada getah ini bertahan lebih lama daripada yang lain. Sangat ramai para ibu memilih puting ortodontik ini kerana ianya sangat mudah untuk memberi anaknya meminum susu dan juga ada yang mengatakan bahawa puting ortodontik ini dapat menghalang bayi dari tersedak susu.\n\nSetiap bayi ada lebih selesa memakai puting yang ortodontik ini dan ada yang tidak. Puting ortodontik ini dapat memudahkan seorang bayi yang baru hendak belajar untuk meminum susu menggunakan botol. Hal ini juga boleh dititikberatkan bagi bayi yang pramatang kerana ada sesetengah bayi tidak dapat meminum susu badan secara normal kerana ia masih lagi kecil.\n\nAda sebahagian bayi dia suka yang jenis lembut dan fleksibel tetapi kekadang ada sebahagian puting yang lembut dan fleksibel ini tidak tahan lama. Ia bergantung kepada ibubapa untuk memilih apa yang si kecil mahukan.\n\nPuting bayi yang mempunyai ciri seperti lembut dan fleksibel ini sangat membuatkan si kecil berasa selesa. Ia sangat disukai oleh bayi dimana teksturnya lembut dan fleksibel. Ia juga menjadi permainan kepada bayi kerana sangat menarik untuk digigit. Bayi mempunyai hobinya yang suka menggigit sesuatu benda yang ada didepannya. \n\nNamun sedemikian, ada sesetengah bayi tidak suka puting jenis yang lembut dan bayi yang suka menggigit juga tidak sesuai menggunakan puting yang lembut sebegini. Sebagai ibu bapa kita haruslah peka dengan kehendak si kecil sama ada menggunakan puting bayi jenis lembut, fleksibel atau dengan sebaliknya.\n\n5. Lubang Pada Puting Tidak Terlalu Besar\n\nLubang pada puting bayi ini sangat penting dan patut dititik beratkan kerana jika si kecil tersedak susu, ia boleh menyebabkan lubang pada puting. Bayi akan minum secara perlahan jika lubang pada puting bayi itu kecil dan ia bagus untuk bayi.\n\nJika lubang pada puting bayi itu besar, aliran air yang lalu menjadi laju dan ia sangat tidak sesuai untuk bayi. Tetapi boleh jadi juga, bayi tidak puas untuk minum susu jika lubang pada puting ini terlalu besar. Anda hatus memastikan lubang pada puting tersebut sesuai untuk aliran susu bayi. Pasti bayi puas minum susu!\n\nTetapi boleh terjadi juga akibat gigitan bayi yang sangat kuat sehingga menyebabkan puting bayi itu terkoyak atau tidak boleh digunakan lagi. Perkara ini juga harus diwaspada pada ibubapa agar serpihan puting yang koyak itu tidak ditelan oleh si kecil. Ini boleh mengakibatkan kematian akibat tercekik. \n\n6. Mengikut Faktor Umur Yang Sesuai\n\nTak semua bayi harus menggunakan puting! Bagi bayi yang baru sahaja lahir atau masih awal dan kecil lagi digalakkan meminum susu badan sahaja. Manakala bagi umur 1 -2 tahun boleh sahaja menggunakan puting ini. \n\nAda sebahagian ibu bapa juga telah mengajar anak mereka supaya memakai puting dari kecil lagi kerana ia memudahkan urusan kerja mereka. Seharusnya perkara ini tidak patut digalakkan kerana bayi yang masih baru haruslah sepuasnya meminum susu badan sahaja dan masih terlalu awal untuk memberinya meminum susu menggunakan puting bayi. \n\nLama kelamaan, mereka yang jarang meminum susu badan akan mula terbiasa dengan susu botol. Jika minum susu botol pula, si kecil akan menjadi ketagih untuk terus menghisap menggunakan susu botol.\n\nSetiap saiz puting kebanyakkannya sangatlah berbeza. Ada yang besar, kecil dan sederhana. Saiz puting ini juga akan mengikut saiz botol yang digunakan. Secara amnya usia bayi bukanlah pengukur kepada saiz botol. Namun pada kelazimannya bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, botol yang sesuai adalah 160ml kerana faktor saiz botol yang kecil.\n\nBagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, pemilihan botol susu begantung pada jumlah susu yang di minum oleh bayi. Sesetengah ibu memberi minum susu anaknnya pada kadar yang kerap, tapi jumlah atau kuantiti susu sedikit. \n\nSebagai contoh, 3 -5 oz untuk sekali minum. Jadi botol yang sesuai tentulah botol bersaiz 5oz/160ml. Bayi yang meminum melebihi 5oz untuk sekali minum tentu sekali botol 8oz/240ml.\n\nBerikut adalah senarai tips pemilihan puting bayi yang betul dan tepat. Jemput baca Panduan dan teknik urutan bayi, Punca bayi lambat merangkak dan Perkara Wajib anda tahu sebelum sunat bayi perempuan."
"Lelaki kata kaum wanita sangat sukar difahami. Mungkin betul pernyataan tu. Namun, golongan lelaki juga tak kurang hebatnya bukan? Jika wanita sangat \u2018complicated\u2019 emosinya, lelaki pula tak nak kalah egonya. Siapa setuju?\n\nDisebabkan sifat berlawanan inilah, lelaki dan perempuan diciptakan oleh Allah untuk saling melengkapi. Bayangkan jika seorang suami asyik moody setiap hari, macam mana nak jadi ketua keluarga? Itulah sebabnya sifat yang halus terletak dalam diri seorang wanita. Lelaki pula lebih cool, tegas dan mampu memimpin.\n\nKalau suami tiba-tiba terasa hati dengan kita, apa yang perlu dibuat? Jangan risau. Dalam artikel ni, penulis akan kongsikan tips dan cara untuk cairkan ego lelaki. Sebenarnya tak susah manapun, yang penting cuba dulu.\n\nTak seperti wanita, lelaki lebih suka menjauhkan diri jika berlaku salah faham atau pergaduhan. Sifat wanita pula hendak menyelesaikan masalah dengan cepat. Selagi tak selesai, selagi itulah emosi mereka terganggu.\n\nBerbeza pula dengan lelaki. Itulah sebabnya mereka suka keluar dari rumah, berjumpa rakan-rakan atau melepak di restoran mamak. Jangan salah faham. Tindakan mereka ni bukan sebab nak lari dari masalah. Jauh sekali kerana perasaan menyampah.\n\nSebagai ketua keluarga, mereka perlu berfikir panjang sebelum bertindak. Oleh itu, langkah terbaik ialah biarkan mereka berada di zon tenang. Nanti dah surut amarah dan ego di dada, anda pasti terkejut melihat si suami pulang membawa bungkusan makanan.\n\nRagam wanita yang satu ni memang tak boleh dielakkan. Hampir kebanyakan wanita sedar dan tanpa sedar suka membebel. Mungkin kerana penat menguruskan rumah tangga, banyak perkara yang perlu dibereskan dan pelbagai isu lagi menjadikan mulut mereka seperti bertih goreng. Tanpa sedar ego pasangan juga semakin melangit.\n\nNamun, jangan pula kerap kita membebel dengan pasangan untuk isu kecil sekalipun. Tindakan ni akan membuat suami menjadi bosan dan meluat dengan perangai kita. Jika hendak memberi teguran, apa kata kurangkan sungutan. Baiki komunikasi dengan cara teguran yang lembut pada masa yang sesuai.\n\nSesekali berilah pujian kepada pasangan. Tak salah bukan? Kita sebagai wanita sanggup pakai baju cantik-cantik dan bersolek dengan harapan dipuji oleh si suami. Sama juga situasinya dengan pasangan. Walaupun mereka tak harapkan pujian, ringankan mulut berkata yang baik-baik.\n\nMisalnya, suami sedang bersiap-siap ke tempat kerja. Anda pun berkata:\n\n\u201cHandsome suami kita hari ni. Kena pula warna baju ni dengan abang.\u201d\n\nPercayalah senyuman panjang yang terukir itu pasti mewarnai hari-hari mereka. Nak bekerja pun jadi bersemangat. Mana tahu nasib baik nanti, balik kerja anda pula yang dapat seutas gelang tangan. Suami yang kental sifat egonya pun boleh cair.\n\nAntara sifat utama lelaki ialah menyimpan masalah dalam diri. Mereka jarang berkongsi masalah kecuali dengan orang yang sangat dipercayai seperti ibu, isteri dan sahabat baik. Itu pun ada yang sanggup menelan sendiri kerana ego dan tak nak dianggap lemah.\n\nOleh itu, jika pasangan menceritakan masalah mereka, jadilah pendengar yang baik. Mereka memilih kita kerana percaya dan selesa untuk berkongsi masalah. Jangan sesekali mengkritik idea atau luahan hati mereka. Hanya dengar dan pujuk. Jika perlu, berikan nasihat yang membina.\n\nSebab apa kita mengahwini pasangan? Salah satunya sebagai pelindung diri dan anak-anak. Oleh itu, sebagai ketua keluarga, suami dianggap sebagai hero yang sanggup mengorbankan apa saja demi keluarga.\n\nJika ada sebarang masalah dalam keluarga, orang pertama yang perlu dirujuk mestilah suami. Jangan sesekali abaikan tugas dan tanggungjawab pasangan. Ini akan membuat ego mereka tercalar kerana pasangan seakan-akan meragui keupayaan mereka menyelesaikan masalah.\n\nBila kita keluar bekerja atau menghadiri majlis, perkara pertama yang dititikberatkan tak lain tak bukan tentulah pakaian dan rupa. Sanggup beli baju mahal-mahal. Sanggup bersolek berjam-jam lamanya. Siap buka YouTube nak belajar cara pakai tudung ikut trend terkini.\n\nMalangnya bila berada di rumah, kita hanya memakai T-Shirt dan berkain batik saja. Alasannya senang nak buat kerja rumah. Sebenarnya tak menjadi masalah. Yang penting, nampak bersih, kemas dan wangi. Yang perlu kita pertontonkan kecantikan ialah kepada pasangan, bukannya orang lain di luar sana.\n\nSuami yang penat di tempat kerja, pasti mengharapkan kedamaian hati apabila pulang ke rumah. Bayangkan balik saja rumah, nampak isteri menyambutnya dengan senyuman ikhlas. Kecantikan isteri pasti akan menambat hati mereka. Bila terlalu banyak kerja, mereka mesti penat dan ego untuk mengakuinya.\n\nKaum lelaki paling suka dengan pasangan yang bersikap lembut, manja, hormatkan orang tuanya dan pandai menguruskan rumah tangga. Jangan sering menunjukkan sifat negatif di hadapan mereka terutamanya dengan anak-anak dan ahli keluarga.\n\nSikap negatif yang keterlaluan seperti suka mengumpat, cemburu buta, syak wasangka dan sebagainya akan membuat mereka berasa tertekan. Bila sedang marah, lebih baik diam.\n\nJangan menggunakan ayat-ayat yang negatif sehingga membuatkan pasangan malas nak melayan drama anda. Hujung-hujung anda pula yang sakit kepala dengan ego pasangan.\n\nSetiap pasangan mengharapkan isteri mereka menerima kelebihan dan kekurangan diri mereka seadanya. Jika ada masalah kewangan misalnya, cuba berbincang cara untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Dengan dunia serba moden ni, pelbagai pekerjaan boleh dilakukan.\n\nJangan sesekali membanding-bandingkan pekerjaan, kemampuan dan tanggungjawab suami dengan orang lain. Yang paling penting, jangan sesekali bercerita tentang kemampuan lelaki lain dengan pasangan anda. Itu umpama mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak.\n\nSebagai seorang isteri mithali, kita mestilah menjaga harga diri sebagai wanita yang sudah berumah tangga. Jaga batasan pergaulan dengan lawan jantina di tempat kerja. Cukuplah hubungan anda dengan rakan-rakan lelaki hanya sebagai rakan sekerja.\n\nJangan sesekali berhubungan dengan mereka di luar waktu kerja. Jika ada situasi yang memerlukan anda bekerja dengan rakan lelaki misalnya dalam suatu projek, beritahu suami anda. Hubungan tanpa batasan akan menimbulkan fitnah dan memberi kesan pada rumah tangga anda.\n\nKalau suami sedang marah, tak kirahlah disebabkan kesilapannya atau pun anda, cuba masak sedap-sedap untuknya. Sesekali mengalahlah untuk suami kan. Masak lauk kegemarannya. Lepas tu, letak atas meja hias cantik-cantik.\n\nBalik rumah, bila terhidu bau asam pedas kegemaran terbanglah egonya dibawa angin lalu. Pasti dengan senyuman meleret, sang suami menyuruh anda menemaninya makan. Kan kata orang-orang tua kita, nak ikat suami, ikat perutnya dulu.\n\nSebagai orang Islam, ini adalah perkara paling asas yang perlu ada dalam sebuah rumah tangga. Pastikan kita solat berjemaah dengan anak-anak. Marah macam mana pun, ada masalah teruk sekalipun, jangan lupa solat berjemaah. Hanya inilah yang menjadi pendinding diri.\n\nJika suami sedang marah, jangan biarkan dia solat bersendirian. Pujuk dia untuk solat bersama-sama. Aminkan doa-doanya selepas solat. Percayalah, pasti egonya akan mencair.\n\nDiharapkan tips yang dikongsikan ni akan menjadi panduan berguna bagi semua pembaca. Nak cairkan ego lelaki mudah saja, cari titik kelemahan mereka. Namun, gunakan kelemahan tu dengan cara yang positif.\n\nBagi lelaki pula, jangan terlalu ego. Sesekali berlembutlah dengan pasangan. Jika ada yang tak kena, nasihatkan mereka dengan baik dan lembut. Jika rumah tangga nak bahagia, perlu saling bekerjasama dan berusaha menjaganya dengan baik.\n\n*Jemput juga baca artikel kriteria lelaki idaman wanita dan hadiah untuk lelaki"
"Bila sebut tentang mandi limau, perkara pertama yang terlintas di fikiran anda pastinya amalan perubatan islam dan tradisional untuk menghilangkan sihir dan gangguan makhluk\u00a0 halus. Ini kerana mandi limau adalah sinonim dengan ritual tersebut.\n\nNamun tahukah anda bahawa yang\u00a0 sebenarnya amalan mandi limau telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi kerana terdapat 1001 khasiat disebalik amalan mandi limau.\n\nIstimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan khasiat mandi limau yang tak ramai anak muda zaman sekarang tahu.\n\nSalah satu daripada khasiat mandi limau ialah untuk menyegarkan tubuh badan yang lesu dan penat. Apabila anda balik dari kerja dalam keadaan yang penat, ditambah lagi dengan kepenatan menghadap kesesakan lalu lintas, mandi limau adalah satu hadiah untuk diri sendiri.\n\nAroma segar dari limau pastinya akan membuatkan anda terlupa sekejap tentang kepenatan yang dialami. Cara untuk menyediakan mandian limau adalah sangat mudah. Ambil beberapa biji limau, potong. Tak perlu potong terlalu nipis.\n\nMasukkan limau tadi kedalam baldi atau besen yang berisi air. Perah limau supaya keluar airnya. Apabila mula mandi, selepas anda selesai bersyampu dan bersabun, basahkan badan dengan air limau tadi. Gosokkan kulit limau ke badan. Kemudia bilas dengan air biasa.\n\nKalau anda kerap sakit kepala, mandi air limau adalah sangat membantu. Ini kerana aroma harum dari kulit limau boleh mengurangkan kesakitan yang dialami.\n\nMalah keasidan limau yang terkena kulit kepala boleh merehatkan pembuluh darah di kepala yang sedang membengkak dan terlalu sarat dengan aliran darah. Cara mandi limau untuk menghilangkan sakit kepala adalah seperti berikut:\n\nKalau anda selalu mengalami masalah sakit badan, lenguh-lenguh, dan terasa badan berat, mandi limau boleh membantu menghilangkan masalah yang anda alami.\n\nAnda pernah dengar tentang mandi ais bersama limau? Ia adalah satu kaedah tradisional yang terbukti berkesan untuk memberikan badan yang ringan dan bebas dari sakit-sakit serta lenguh-lenguh. Cara untuk mandi ais bersama limau ialah seperti berikut:\n\nSemakin kita berusia, biasanya tubuh badan akan mula meragam dan mudah dimasuki oleh angin. Badan yang berangin akan menyebabkan kita berasa tidak selesa.\n\nSelain makan ubat klinik atau dibeli dari farmasi, salah satu ikhtiar yang boleh anda lakukan ialah dengan mandi limau. Cara mandi limau untuk menghilangkan angin adalah sama seperti yang kami nyatakan di atas tadi.\n\nCuma bezanya anda boleh masukkan limau dan sedikit garam bukit atau garam kasar dalam air mandian. Amalan mandi air limau bersama garam akan membantu mengatasi masalah angin dalam badan.\n\nYang ini pasti ramai perempuan suka. Tahukah anda bahawa mandi air limau bersama kuntuman bunga membantu menaikkan seri muka dan menghadirkan aura positif yang akan membuatkan orang suka pada kita.\n\nCara mandi limau untuk menaikkan seri muka ialah seperti berikut:\n\nItulah dia info tentang khasiat mandi limau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat limau purut, khasiat daun parsley, dan khasiat daun kunyit."
"Jom ketahui khasiat jintan manis.Jintan manis merupakan di antara herba yang paling dikenali oleh ibu-ibu yang biasa masuk ke dapur. Selain menyedapkan masakan, jintan manis juga terkenal dengan khasiatnya untuk melangsingkan badan.\n\nJintan manis kaya dengan vitamin A, B, dan C, garam galian seperti fosforus, zat besi, magnesium, mangan, potassium, kalsium, asid amino, serat yang tinggi dan rendah dengan kalori.\n\nIstimewa untuk anda, jom kami kongsikan kelebihan dan khasiat jintan manis.\n\nKhasiat jintan manis yang paling terkenal ialah untuk melangsingkan badan. Jintan manis membantu membakar lemak, meningkatkan kadar metabolisma, dan menurunkan berat badan anda dengan cepat. Anda perlu minum teh jintan manis sekurang-kurangnya 3 kali sehari sebelum mengambil makanan berat.\n\nNamun harus diingat, untuk mendapat kesan yang optimum dari teh jintan manis ini, anda perlu menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Cara untuk membuat teh jintan manis ialah:\n\nDari sudut sains pula, jintan manis sememangnya membantu proses pencernaan. Ini telah dibuktikan oleh kajian oleh Johri\u00a0 pada tahun 2011. Kajian ini turut menyatakan bahawa jintan manis kaya dengan anti oksida yang sememangnya baik untuk untuk kesihatan.\n\nDalam kajian berlainan oleh Agah dan rakan-rakan pada tahun 2013 pula mendapati bahawa simpton pesakit yang mempunyai simpton \u00a0irritable bowel syndrome (IBS) diberi dengan rawatan jintan manis selama dua minggu berkurangan.\n\nWanita yang mengamalkan jintan manis dalam menu setiap hari akan mendapati bahawa garis halus akan lambat tumbuh diwajah mereka. Ia berlaku kerana jintan manis mengandungi bahan yang melawan radikal bebas dan memastikan sel kulit mendapat oksigen yang secukupnya.\n\nPada tahun 2007, sekumpulan penyelidik dari Iran berjaya mengenal pasti beberapa kandungan antioksidan dalam jintan manis yang mempunyai kuasa melawan radikal bebas yang tinggi.\n\nMereka menghasilkan minyak pati jintan manis yang mengandungi sebatian antioksidan seperti \u00a0\u03b1-pinene (29.1%), 1,8-cineole (17.9%) dan linalool (10.4%).\n\nTahukah anda, anda boleh menggunakan jintan manis untuk mengatasi masalah kulit kering. Caranya:\n\nSelain melembabkan kulit, jintan manis juga boleh digunakan untuk mencerahkan kulit. Hebat sungguh kan! Untuk mencerahkan kulit, anda boleh gunakannya sebagai toner homemade. Nak tahu cara membuatnya?\n\nAnda juga boleh gunakan jintan manis sebagai scrub muka homemade. Kosnya sangat murah dan mudah untuk disediakan. Cara-caranya:\n\nPenjagaan kulit melalui penggunaan jintan manis ini dipercayai boleh dikaitkan dengan kehadiran sebatian bioaktif dalam jintan manis seperti carvacrol, carvone, limonene dan linalool yang menghalang pertumbuhan mikroorganisma penyebab kulit kusam dan tidak bermaya.\n\nJintan manis mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, kalium, besi, zink, selenium dan mangan yang bertindak sebagai antioksidan untuk menguatkan dan menyihatkan akar rambut supaya lambat menjadi uban.\n\nMenurut petua, minum air rendaman jintan manis setiap pagi.\n\nSelain melambatkan uban, jintan manis juga membantu mengatasi masalah rambut gugur dengan cara menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang baru. Cara menggunakan jintan manis untuk melebatkan rambut ialah:\n\n8. Menghilangkan bengkak, kemerahan atau kegatalan mata\n\nJika mata anda tiba-tiba bengkak, kemerahan, atau kegatalan, anda boleh gunakan jintan manis untuk melegakan mata anda. Caranya:\n\nKajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan pada tahun 2016 melaporkan antara khasiat jintan manis yang bersifat anti radang.\n\nKajian PhD tersebut melaporkan antara kegunaan jintan manis, bunga lawang dan kulit kayu manis yang mempunyai sifat anti radang untuk mengelakkan berlakunya bengkak dan kegatalan.\n\nJintan manis juga boleh digunakan untuk membuang toksin yang terkumpul dalam badan. Di antara tanda badan anda mengandungi terlalu banyak toksik ialah selalu penat, mudah mengantuk, berasa malas, tidak bertenaga, dan tidur yang tidak lena. Jika anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan, anda boleh detox dengan cara:\n\nPembuangan toksin ini boleh dikaitkan dengan penyingkiran melalui ikatan bersama sebatian bioaktif dan antioksidan jintan manis seperti yang diterangkan dalam perenggan-perenggan di atas.\n\nPes jintan manis juga digunakan secara tradisional untuk menghilangkan selulit degil pada kulit anda.\n\n11. Mengecilkan liang pori di muka\n\nJintan manis juga boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori di muka anda.\n\nJintan manis juga kaya dengan zat besi. Didapati sesudu teh jintan manis mengandungi 1.4 mg zat besi. Sekadar maklumat 1 daripada 5 orang dewasa biasanya didapati mengalami masalah kekurangan zat besi.\n\nIanya sangat membantu dalam pertumbuhan kanak-kanak dan masalah period wanita (Parker-Williams,2019). Walaupun sekadar penambahan perisa tambahan, ianya sangat membantu mencukupkan keperluan zat besi individu.\n\nItulah dia kelebihan jintan manis menurut sains yang ingin kami kongsikan.\n\nSekadar peringatan, ini sekadar input tambahan sahaja, untuk maklumat yang lebih jelas dan sesuai dengan anda, rujukan doktor diperlukan.\n\nJika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang: \n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak sawit dunia yang terbesar melalui agensi seperti FELDA, FELCRA dan syarikat penanaman swasta.\n\nMinyak sawit sememangnya digunakan secara meluas dalam bidang penyediaan makanan disebabkan kualitinya sebagai minyak goreng yang tahan lama, boleh diguna berulang kali dan murah berbanding pilihan minyak sayuran yang lain seperti minyak jagung, minyak bijan dan minyak bunga matahari.\n\nTambahan pula, banyak kajian telah dijalankan dan menemukan bahawa komposisi kimia minyak sawit mempunyai banyak khasiat dan kebaikan.\n\nInfografik kebaikan minyak sawit secara umum oleh MPOB Imej via MPOB\n\nMinyak sawit mentah yang diperoleh daripada mesokarp buah kelapa sawit (Elaeis guineensis) terdiri daripada bahan kimia yang dikenali sebagai gliserida dan sebilangan kecil komponen bukan gliserol.\n\nKomponen bukan gliserol termasuklah asid lemak bebas, logam surih, air, debu dan komponen-komponen kimia kecil yang lain.\n\nKajian lepas telah mengenal pasti komponen kecil yang terkandung dalam minyak sawit mentah ialah karotenoid, tokoferol, tokotrienol, sterol, fosfolipid, squalene dan hidrokarbon tripterpenik dan alifatik.\n\nKarotenoid, tokoferol dan tokotrienols merupakan komponen yang penting dalam komposisi minyak sawit kerana bahan-bahan tersebut menyumbang kepada kestabilan dan sifat pemakanan minyak kelapa sawit.\n\nKarotenoid memberikan ciri-ciri warna oren-merah untuk minyak kelapa sawit mentah. Sebatian ini juga menawarkan perlindungan oksidatif sebagai benteng pertama penahanan sekiranya berlaku pengoksidaan (warna oren-merah minyak bertukar) disusuli oleh benteng pengoksidaan sebatian trigliserida.\n\nKarotenoid ialah prekursor atau bahan pemula untuk pembentukan vitamin A melalui proses in vivo (semulajadi).\n\nSementara itu, tokoferol dan tokotrienols adalah isomer (struktur formula sama tetapi berbeza struktur) vitamin E dan merupakan antioksidan kuat yang memberi kestabilan oksidatif kepada minyak.\n\nSebahagian daripada komponen bukan gliserida dalam minyak sawit mentah seperti asid lemak bebas, air, debu dan logam surih hanya akan merosakkan kestabilan minyak apabila kehadiran sebatian-sebatian ini akan menjadikan minyak berbau busuk mengurangkan tahap antioksidan minyak.\n\nOleh itu, minyak mentah perlu menjalani proses penapisan di mana sebatian yang tidak diingini akan dikeluarkan.\n\nProses penapisan minyak kelapa sawit boleh menjalani penapisan fizikal atau kimia, dengan kaedah fizikal merupakan kaedah penapisan yang lebih biasa diamalkan di kilang minyak kelapa sawit Malaysia.\n\nNamun, penapisan secara fizikal ini telah menyebabkan penyingkiran sebahagian daripada tokoferol, tokotrienol dan kemusnahan semua karotenoid yang ada minyak kelapa sawit mentah.\n\nJusteru itu, proses penapisan fizikal yang diubah suai, yang mana kaedah penghasilan minyak kelapa sawit yang berkualiti melalui kaedah penapisan, pelunturan dan nyahbau sambil mengekalkan kebanyakan karotenoid dan vitamin E yang mula-mula hadir dalam minyak sawit mentah, telah dibangunkan dan diamalkan secara meluas. \u00a0\n\nMinyak sawit mentah Malaysia biasanya mengandungi 500 hingga 700 ppm (bahagian per juta) karotenoid. Kelapa sawit yang ditanam secara komersial di Malaysia adalah daripada tenera (T) pelbagai, yang merupakan kacukan antara jenis dura (D) dan psifera (P) bagi spesis Elaeis guineensis.\n\nSpesies kelapa sawit lain, seperti E. oleifera [melanococca (M)] dari Amerika Selatan, telah didapati mengandungi tahap karotenoid yang lebih tinggi sehingga 4,000 ppm.\n\nKarotenoid juga telah dilaporkan dijumpai dalam beberapa minyak sayuran mentah, tetapi tahap mereka biasanya lebih rendah, biasanya kurang dari 100 ppm.\n\nMinyak sawit mentah dianggap sebagai alam semulajadi terkaya di dunia yang mempunyai sumber tumbuhan karotenoid.\n\nKandungan retinol (provitamin A) yang terdapat dalam minyak sawit dianggarkan sebanyak 15 kali \u00a0lebih banyak daripada lobak merah dan 300 kali lebih banyak daripada tomato. Keberkesanan provitamin A dalam minyak sawit merah telah didokumenkan oleh beberapa penyiasat.\n\nSelain daripada khasiat pemakanan utama ini , karotenoid mempunyai sifat antioksidan yang penting kerana keupayaan mereka untuk bertindak sebagai benteng penahan yang berkesan melawan radikal oksigen singlet.\n\nKarotenoid sawit juga telah dilaporkan untuk mempunyai kesan perencatan ke atas perkembangan jenis kanser tertentu.\n\nPeranan mereka menghalang percambahan beberapa jenis kanser seperti oral, pharyngeal, paru-paru, dan kanser perut telah disiasat.\n\nLebih daripada 80% vitamin E dikesan berada dalam minyak sawit mentah. Vitamin E adalah sangat berguna sebagai antioksidan yang memberikan kestabilan terhadap kemerosotan keadaan oksidatif minyak.\n\nTambahan pula, kehadiran vitamin E bersama karotena membantu untuk sama-sama memberikan perlindungan sinergi terhadap pengokisdaan terhadap trigliserida tak tepu.\n\nTokotrienols dalam minyak sawit telah dilaporkan berjaya menurunkan kolesterol plasma dengan menghalang aktiviti enzim HMG-CoA (3-hydroxy-3-methylglutaryl Coenzyme A) reductase, yang mengawal sintesis kolesterol dalam hati.\n\nSebatian tokotrienols juga memainkan peranan yang penting dalam menyekat perkembangan jenis kanser tertentu, khususnya, kesan perencatan terhadap sel kanser payu dara.\n\nUbiquinone dan Sterol dalam Minyak Sawit\n\n\nUbiquinone ialah sekumpulan komponen kecil yang dijumpai dalam minyak sawit mentah.\n\nYang paling biasa dikesan ialah ubiquinone-10, juga dikenali sebagai koenzim Q 10 (CoQ 10). Kandungan sebatian ini dilaporkan dikesan sebanyak 10 hingga 80 ppm.\n\nWalaupun \u00a0hadir pada kepekatan yang agak rendah, ubiquinone-10 adalah penting untuk meningkatkan sistem imun, melegakan angin, melindungi daripada penyakit jantung, dan mengurangkan tekanan darah tinggi.\n\nKumpulan sebatian quinol antioksidan kuat yang 10 kali lebih berkesan daripada vitamin E.\n\nSterols adalah satu lagi kumpulan komponen kecil yang berharga yang terdapat dalam minyak sawit mentah. Sterol amat bernilai dari segi potensi dan aplikasi dalam industri makanan dan farmaseutikal.\n\nKandungan sterol dalam minyak kelapa sawit telah dilaporkan berkesan dalam menurunkan paras kolesterol plasma darah manusia ."
"Setiap hari kita mandikan, ada sesetengah orang yang setiap kali ingin melaksanakan solat akan mandi. Bagi mereka sekiranya tidak mandi sebelum solat, mereka merasa tidak bersih dan malu untuk berhadapan dengan Allah SWT.\n\nMandi harian dan mandi wajib agak berbeza dari segi tertib walaupun tujuannya hampir sama iaitu membersihkan diri kerana Allah SWT.\n\nMandi wajib disertai dengan rukun yang mesti kita lakukan untuk menyucikan diri daripada hadas besar.\n\nSelepas seseorang wanita itu yakin dia sudah suci dari haid atau nifas, wajib bagi dia untuk melaksanakan mandi wajib.\n\nIni bagi membolehkan mereka untuk melakukan ibadah harian seperti solat , puasa dan membaca ayat suci al-Quran.\n\nDalam menguruskan jenazah orang Islam rukun mandi wajib mestilah dilaksanakan sebagai mungkin.\n\nBagi jenazah muslim yang syahid ketika berperang untuk menegakkan islam sahaja tidak perlu dimandikan.\n\nAda sesetengah ulama berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu bangun dari tidur dan mendapati keluarnya air mani, kita perlu untuk mandi wajib bagi membersihkan diri dari hadas besar.\n\nBagi pasangan suami isteri yang melakukan hubungan intim diwjibkan untuk mandi wajib . Ini dinyatakan menerusi hadis\u00a0 \u201cJika seseorang duduk di antara empat anggota badan istrinya (maksudnya: menyetubuhi istrinya , pen), lalu bersungguh-sungguh kepadanya, maka wajib baginya mandi.\u201d (HR. Bukhari no. 291 dan Muslim no. 348)\n\nDalam perkongsian kali ini, kita akan menelusuri langkah mandi wajib mengikut sunnah Rasulullah SAW.\n\nNabi Muhammad SAW meninggalkan kita dengan tertib yang terbaik untuk melaksanakan mandi wajib.\n\n10 Langkah Mandi Wajib Cara Rasulullah SAW\n\nBacaan niat bergantung kepada tujuan kita mandi wajib.\n\nSekiranya kita mandi wajib untuk menyucikan diri daripada haid, bacalah niat seperti di bawah;\n\nSahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala. \n\nJika tujuan mandi wajib adalah untuk menyucikan diri setelah hubungan intim suami isteri;\n\nSahaja aku mandi junub kerana Allah Taala. \n\nSebelum memulakan sebarang ibadah atau aktiviti harian, kita digalakkan untuk mulakan dengan bacaan bismillah bagi mendapatkan keberkatan dari Allah SWT.\n\nPastikan air kena diseluruh tangan dan tiada yang menghalang dari air daripada membasahi tangan. Sunat membasuh tangan adalah sebanyak 3 kali.\n\nPastikan segala kekotoran dicelahan jari dan kuku dibersihkan.\u00a0 Sekiranya anda memakai pewarna kuku pastikan warna tersebut telah ditanggalkan sebelum anda melakukan rukun mandi wajib.\n\nBersihkan diri daripada segala kotoran dan najis yang terdapat disekitar kemaluan sama ada najis mahupun air mani. Cuci kotoran dengan menggunakan tangan kiri.\n\nSetelah membasuh kemaluan tangan kiri, tangan tersebut perlulah dicuci dengan bersih bagi mengelakkan ada kotoran atau najis yang masih tertinggal di celahan kuku.\n\nProses mengambil wudhu untuk mandi hadas dilakukan seperti ingin melakukan solat dan kita boleh menangguhkan tertib basuh kaki selepas siap mandi.\n\nBasahkan rambut secara rata disetiap helaian rambut.\u00a0 Ratakan sebanyak tiga kali. Nabi Muhammad SAW membasahkan rambut menggunakan teknik selaan disetiap helaian rambut.\n\nSekiranya ada diantara anda yang mengenakan pewarna rambut, sebaiknya lunturkan warna tersebut supaya warna rambut kembali kepada warna asal .\n\nSekiranya mandi wajib dilakukan tanpa melunturkan warna asal ia menjadi tidak sah. Ini kerana ada pewarna rambut yang tidak celus air.\n\nSiraman kepala dimulakan dengan bahagian kanan\u00a0 kemudian kiri dan akhir sekali ditengah-tengah kepala.\n\nUntuk wanita yang dalam keadaan junub, dibolehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya.\n\n\u0639\u0646 \u0623\u0645 \u0633\u0644\u0645\u0629\u060c \u0642\u0627\u0644\u062a: \u0642\u0644\u062a:\u00a0\u064a\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647! \u0625\u0646\u064a \u0627\u0645\u0631\u0623\u0629 \u0623\u0634\u062f \u0636\u0641\u0631 \u0631\u0623\u0633\u064a. \u0641\u0623\u0646\u0642\u0636\u0647 \u0644\u063a\u0633\u0644 \u0627\u0644\u062c\u0646\u0627\u0628\u0629\u061f \u0642\u0627\u0644 \u201c\u0644\u0627. \u0625\u0646\u0645\u0627 \u064a\u0643\u0641\u064a\u0643 \u0623\u0646 \u062a\u062d\u062b\u064a \u0639\u0644\u0649 \u0631\u0623\u0633\u0643 \u062b\u0644\u0627\u062b \u062d\u062b\u064a\u0627\u062a. \u062b\u0645 \u062a\u0641\u064a\u0636\u064a\u0646 \u0639\u0644\u064a\u0643 \u0627\u0644\u0645\u0627\u0621 \u0641\u062a\u0637\u0647\u0631\u064a\u0646\n\nDari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: \u201cWahai Rasulullah SAW\u060c\u00a0sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: \u201cTidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330).\n\nNamun ia berbeza untuk wanita yang mandi wajib untuk menyucikan diri daripada haid. Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk membuka ikatan rambut sebelum mandi bagi memudahkan air mengalir dicelahan rambut.\n\nSunnah Nabi Muhammad SAW adalah dengan mendahulukan tubuh bahagian kanan semasa mandi.\n\n\u0639\u0646 \u0639\u0627\u0626\u0634\u0629\u061b \u0642\u0627\u0644\u062a: \u0625\u0646 \u0643\u0627\u0646 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u064a\u062d\u0628 \u0627\u0644\u062a\u064a\u0645\u0646 \u0641\u064a \u0634\u0623\u0646\u0647 \u0643\u0644\u0647. \u0641\u064a \u0646\u0639\u0644\u064a\u0647\u060c \u0648\u062a\u0631\u062c\u0644\u0647\u060c \u0648\u0637\u0647\u0648\u0631\u0647\n\nDari \u2018Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)\n\nPastikan air kena keseluruh tubuh badan termasuk di bahagian lipatan atau celahan. Sekiranya ada bahagian tubuh badan yang tidak dibasahi dengan air mandi wajib menjadi tidak sah.\n\nDiharapkan artikel ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua.\n\nBersama kita menghidupkan kembali sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada kekasih Allah SWT diakhirat kelak."
"Siapa sahaja yang tak suka dengan resepi yong tau fu, makanan kegemaran rakyat Malaysia dan seronok apabila makan beramai-ramai. Makan pula dengan sos yang tersendiri memang terangkat. Setiap kali ke pasar malam memang wajib kalau beli juadah yong Tau Fu ni kan? Boleh pilih beraneka hidangan sampingan yang anda seperti fishcake, crab stick, kangkung, bebola dan pelbagai lagi. \n\nResepi yong tau fu ini sebenarnya berasal daripada makanan tradisi kaum masyarakat Cina. Boleh juga dihidangkan dengan cara sup atau sos kicap manis. Kalau nak tahu kesedapan resepi yong taufu ini terletak pada sos. \n\nSemestinya sos yang likat dan Pekat dan sedikit manis dimakan bersama dengan hidangan bebola dan lain-lain. Nak buat sos kicap manis pun senang sahaja, bahan yang mudah untuk kita dapatkan. Jom baca perkongsian dari Riza Molinda membuat dua kombinasi sos yong tau fu ini.\n\nBukan ini sahaja resepi yang kami dah kongsikan untuk anda, terdapat pelbagai lagi resepi menarik yang ada untuk anda baca dan semestinya mempunyai banyak perkongsian dari ramai orang. Jangan lupa share dan like ya! Terima kasih kerana singgah ke laman web kami."
"Satay atau Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Selain satay lembu dan ayam, ada pelbagai macam jenis satay seperti : satay arnab, satay hati, satay pedal, satay perut, dan satay ikan. Satay biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit.\n\nKelezatan satay belum sempurna apabila tidak dilengkapi dengan kuahnya. Ciri khas orang melayu ialah memakan satay dengan kuah kacang. Kuah kacang dibuat daripada kacang tanah yang ditumbuk halus atau kasar mengikut selera. Bahan-bahan seperti rempah ratus, kacang tanah, santan, cili kering, minyak masak dan sedikit belacan. Gula merah juga boleh ditambahkan ke dalam kuah satay untuk meningkatkan warna dan rasa kuah satay.\n\nPada resepi kali ini kami akan mengongsikan resepi satay ayam serta kuah kacang yang sangat lazat. Resepi ini dikongsikan oleh\u00a0NazLynn Ismail\u00a0di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai. Sila cuba resepi ini.\n\nResepi Satay Ayam Kuah Kacang Paling Lazat\n\n1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.\n\n2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.\n\n3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.\n\n1. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.\n\n2. Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.\n\nSelain resepi Satay Ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ayat pickup line untuk suami tak sama seperti ayat pickup line untuk pakwe dan sebagainya. Maklumlah, dah kahwin kenalah kreatif sikit dalam menambat hati suami. Ye dak?\n\nAyat pickup line untuk suami boleh dijadikan sebagai hiburan, kegunaan bersama untuk menceriakan hari anda dan pasangan. Paling penting, ayat pickup line untuk suami haruslah padu dan tidak hambar. \n\nTak pasal-pasal tak jadi pula kalau si dia sudah dapat mengagak! Jom lihat ayat pickup line untuk suami yang menarik dan best boleh anda gunakan.\n\n Sayang, datang sini kejap. Tak boleh jauh-jauh, dekat sini jap.\n\nOh, sebab dalam hati saya, kan ada hati awak!\n\nAwak kurang minum air lah tu\n\nTaklah, sebab cinta awak sentiasa memanaskan saya.\n\nSalah, sebab merah tu tanda cinta kita.\n\nSampai hati awak samakan saya dengan kuali\n\nKuali boleh dipinjam-pinjam, awak milik saya seorang sahaja!\n\nBilalah kita nak pergi bercuti kan.\n\nTaknak, saya nak bercuti dalam hati awak sentiasa.\n\nTahu tak kenapa saya tak makan roti?\n\nTidak, sebab saya dah kenyang dengan cinta awak.\n\nAbang, tolong rasa kejap. Kenapa garam ini masin sangat?\n\nGaram memang masin la sayang oi\n\nSaya tak pilih a atau b, saya pilih u sorang je sayang.\n\nKalau kita bergaduh, saya rela abang pukul saya, tapi jangan pukul hati saya.\n\nSebab dalam hati saya ada abang.\n\nSayang nak air apa? saya buatkan.\n\nKo pinang dikau dengan basmallah ya sayangku.\n\nTak boleh, sebab cinta kita terlebih manis selalu.\n\nDalam rumah supaya hanya ada kita berdua tanpa gangguan.\n\nSaya suka sangat abang jadi anak tunggal\n\nSebab tunggal, isteri pun kena tunggal.. tak boleh bermadu.\n\nDalam banyak-banyak bunga, bunga apa paling busuk?\n\nSalah, bunga yang tak halal sedangkan ada bunga yang halal dan manis depan mata.\n\nHati saya..Hati saya terseliuh jatuh ke dalam hati abang.\n\nJom teman saya ke dapur jap. Tolong cari barang.\n\nHati saya yang dah lama awak curi tu.\n\nPernah tengok cahaya matahari terang benderang tu?\n\nMacam tu lah terang benderangnya awak kat dalam hati saya ni.\n\nB, ada hantu ke dalam rumah ni?\n\nHabis tu siapa yang takutkan saya tadi.\n\nMacam tulah sedapnya bercinta dengan awak setiap hari.\n\nB, jom tolong saya tanam baja malam ini.\n\nBaja pokok apa awak nak tanam?\n\nBaja cinta kita berdua agar terus mekar bersemi.\n\nAbang, untung rumah kita ni kecil.\n\nSebab luaran sahaja kecil, dalaman besar sangat sebesar asmara kita.\n\nKalau saya masak tak sedap, awak kena pura-pura sedap tau.\n\nSebab walau awak gemuk, saya pura-pura kata awak tuff sangat.\n\nYa. Comel macam bakal anak kita dalam perut ni (Surprise baby)\n\nDulu saya tak suka sejarah, sejak kahwin dengan awak, saya suka sejarah.\n\nSebab senanglah saya nak abadikan sejarah cinta kita selamanya.\n\nDalam banyak-banyak umpan, umpan apa paling senang makan?\n\nTaklah umpan hati saya untuk dapatkan awak.\n\nSebab puteri semua takut nak kena menghadap sayang dulu.\n\nWalaupun nama awak bermula dengan huruf Z dan selalu jadi orang terakhir, tapi awak sentiasa jadi orang pertama di Hati saya.\n\nNampak tak bantal yang padat kekabu tu?\n\nPadat itulah perut awak saya jaga sejak awak kahwin dengan saya kan.\n\nPercaya tak wujudnya benda lain selain dari bidadari?\n\nBidadara yang depan mata saya ni.\n\nTugas awak untuk cintakan saya setiap masa.\n\nAwak, boleh tak bagi location untuk saya ke hati awak?\n\nSelagi nafas berdegup kencang, selagi itu sayang awak\n\nSehingga tiada nafas pun, rindu takkan pernah padam.\n\nAwak, saya nak jadi petani lah.\n\nBolehlah saya tanam cinta di hati awak lepas ini.\n\nAyat pickup line untuk suami boleh jadi sebagai soalan dan jawapan ataupun sekadar ayat. Suami pasti terhibur dan seronok dengan ayat pickup line yang diberikan oleh anda. Jom baca Ayat pengasih pikat suami, Ucapan ulang tahun perkahwinan dan Nafkah isteri."
"Bila sebut perkataan fibroid, semua wanita akan berasa ngeri. Nak-nak pula fibroid semasa mengandung. Anda sedang mengandung? Risau kalau ada fibroid? Jom luangkan masa membaca info lengkap\u00a0tentang fibroid semasa mengandung dibawah.\n\nFibroid ialah ketumbuhan daripada otot rahim. Saiz fibroid adalah dari sekecil 1mm sehingga sebesar bola sepak. Lazimnya fibroid tidak berbahaya, tidak kira berapa besar saiznya. Mempunyai fibroid\u00a0 tidak meningkatkan risiko anda mendapat kanser.\n\nJika saiznya sangat besar atau tumbuh di bahagian luar dinding rahim, kadang kala ia boleh menolak uterus ke tepi atau memaksanya tumbuh secara tidak normal. Ketumbuhan pada uterus juga boleh menekan pundi kencing atau usus.\n\nDalam kes-kes terpencil, fibroid yang terlalu besar mungkin menghalang pintu rahim. Dalam kes tersebut, wanita yang hamil mungkin perlu melahirkan melalui pembedahan caesarean.\n\nTidak diketahui dengan pasti apakah yang menyebabkan fibroid, \u00a0tetapi perubahan tahap estrogen nampaknya memainan peranan dalam tumbesaran fibroid. Apabila tahap estrogen tinggi akibat \u00a0kehamilan, kadar tumbesaran fibroid meningkat.\n\nSecara normalnya fibroid semasa mengandung tidak merbahaya\u00a0tetapi bergantung kepada di di mana kedudukannya dan adakah ianya membesar atau tidak.\n\nKebanyakan kes, fibroid tidak membesar semasa mengandung dan tidak mengakibatkan apa-apa komplikasi utama kepada kehamilan atau kelahiran bayi. Masalah biasa yang mungkin terjadi ialah sakit pada bahagian peranakan dan pendarahan ringan (spotting), tetapi tidak menyebabkan risiko tinggi kepada kandungan.\n\nPembesaran fibroid bergantung kepada paras estrogen di dalam badan. Walaupun secara puratanya kes fibroid ini jarang membesar semasa kehamilan, tetapi tetap ada sebilangan kecil yang mengalami pertambahan saiz fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan akibat pengaruh estrogen yang berada pada aras tertinggi semasa trimester pertama kehamilan.\u00a0Fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.\n\nApakah simptom-simptom fibroid semasa mengandung\u00a0?\n\nDi antara simptom fibroid semasa mengandung ialah:\n\nJika anda mempunyai simptom-simptom yang diatas, doktor mungkin akan membuat imbasan ultrasound untuk mengenal pasti samada ianya fibroid, sista, tumor atau ketumbuhan lain. Jika fibroid itu tumbuh pada lapisan dalam rahim atau dalam ruang uterus, ia juga boleh dilihat menggunakan histeroskop, iaitu tiub yang dimasukkan melalui faraj dan serviks ke dalam uterus.\n\nApa perlu dibuat kalau disahkan ada fibroid semasa mengandung?\n\nIbu yang mengalami fibroid ketika mengandung disarankan untuk melakukan pemeriksaan ultrasound berkala dengan lebih kerap untuk memantau saiz fibroid dan memastikan pembesaran janin boleh berlaku dengan baik.\n\nPemeriksaan berkala dengan pakar perbidanan juga penting demi memastikan tiada apa-apa komplikasi atau kemungkinan keguguran, kesakitan dan kelahiran pramatang.\n\nIbu-ibu juga dicadangkan mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat sepanjang kehamilan, bukan sahaja untuk kandungan yang sihat tapi dalam langkah \u201cmelawan fibroid\u201d juga.\n\nAdakah fibroid semasa mengandung meningkatkan risiko keguguran?\n\nYa. Tetapi keguguran boleh berlaku kalau fibroid jenis submukosa yang membesar dalam rahim (yang tidak membesar terkecuali). Fibroid jenis ini akan menyebabkan lapisan endometrium semakin menipis dan menghalang bekalan darah yang secukupnya untuk pembesaran janin. Walaubagaimana pun cuma peratusan kecil yang mengalami fibroid jenis ini dan biasanya ia dapat dikesan oleh pakar. Sebab itu pentingnya pemeriksaan berkala dan kerap.\n\nKeguguran boleh berlaku terutama bagi fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim. Ia menyebabkan lapisan endometrium dalam rahim menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut.\n\nSelepas melahirkan bayi, rahim yang mempunyai fibroid akan mengalami masalah untuk mengecut. Ini boleh menyebabkan \u2018tumpahan darah\u2019 selepas bersalin.\n\nFibroid juga menrangsangkan\u00a0 pengecutan rahim (kontraksi)lebih \u00a0awal sebelum waktu yang sepatutnya dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Fibroid boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi melintang atau songsang.\n\nSekiranya fibroid terletak bersebelahan dengan plasenta, ia mungkin boleh menjejaskan pengaliran darah kepada fetus, seperti yang dijelaskan oleh pakar. Selain itu, fibroid yang berkembang dari segi saiz meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang. Kehamilan itu juga berisiko untuk mengalami keguguran.\n\nSungguhpun kebanyakan kes fibroid tidak mengganggu kelahiran, namun ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Antaranya, ia boleh mengganggu laluan kelahiran serta posisi bayi dalam kandungan. Sekiranya fibroid menutup laluan kelahiran, atau bayi berada pada kedudukan songsang /\u00a0melintang, maka pembedahan C-section perlu dilakukan.\n\nFibroid ketika hamil boleh menjadi punca rahim bermasalah untuk mengecut. Ia adalah\u00a0salah satu penyebab utama tumpahan darah selepas bersalin. Untuk mengelakkan ianya berlaku, suntikan ubat akan dipreskripsikan untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.\n\nKebanyakan fibroid semasa mengandung tidak perlu dirawat kecuali simptom-simptomnya menyebabkan masalah bagi anda. Doktor anda akan membuat saranan berdasarkan:\n\nFibroid tidak serius dan tidak mengganggu kesihatan ibu hamil, doktor hanya akan memantau kehamilan tersebut. Sekiranya perlu, doktor akan mempreskripsikan ubat tahan sakit. Pembedahan mengeluarkan fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Namun,\u00a0jika ianya membahayakan kesihatan ibu hamil, ia akan dilakukan selepas melahirkan bayi.\n\nItulah dia info lengkap tentang fibroid. Semoga perkongsian kami pada hari ini bermanfaat buat anda.\n\nJemput juga baca artikel seperti punca mengandung luar rahim\u00a0, kencing kotor semasa hamil dan punca kolestrol."
"Kelantan amat tersohor dengan hidangan gulainya. Jika mak -mak ke sana, tentu akan banyak jumpa maanan berasaskan kuah jens berempah ini. Sama ada gulai daging, ikan bahkan ayam.\n\nMakan tengah hari nasi putih dengan gulai ayam amat memuaskan selera. Ingin lagi berselera? Bungkus nasi dan alas dengan daun pisang. Tentu autentik rasanya. Makan dengan keropok. Sedap tiada terkata. Wah sudah tidak sabar untuk cuba resepi ini\n\nUntuk menjamu selera anda, kami tuliskan di bawah ini resepi gulai ayam yang amat sedap. Dikongsikan oleh Afy AL Habibi\u200e di laman Facebook. Buat sekali pasti teringin lagi!\n\nBahan Pes Gulai Ayam (5-6 ketul ayam) :\n\nSelain resepi gulai ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa membawa bahagia. Biasa dengar pepatah ini? Ia menggambarkan betapa hebat dan agungnya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Namun perasan tak, dewasa ini ramai anak yang mempertikaikan tentang kasih ibu. Ada yang mengatakan ibunya pilih kasih, malah ada yang merajuk dan tidak bertegur sapa dengan ibu sendiri.\n\nDuhai anak-anak, ketahuilah bahawa sesungguhnya kasih seorang ibu tiada tandingannya. Seorang ibu akan melakukan segala-galanya buat anak malah sanggup mengorbankan diri sendiri asalkan anaknya bahagia. Apakah bukti kasih seorang ibu? Seawal kita berada dalam kandungan ibu lagi kita sudah mendapat curahan kasih sayang tak tidak berbelah bahagi.\n\nKasih ibu bermula seawal kita berada dalam kandungan, sebelum ditiupkan roh oleh Allah\n\nKetahuilah bahawa kasih ibu bermula seawal kita berada dalam kandungannya, malah sebelum kita ditiupkan roh oleh Allah. Sebaik sahaja ibu mengahui yang dia mengandungkan kita, pastinya ibu akan berasa sangat bahagia. Sejak saat dia mengetahui kita wujud, kasih sayang ibu kepada kita tak dapat digambarkan. Ibu akan mula menjaga dirinya dan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk kita.\n\nIbu akan mula menjaga makan minum, untuk memastikan kita mendapat semua nutrien dan khasiat terbaik untuk pembesaran dan perkembangan. Ibu akan makan buah-buahan, makan makanan yang terbaik, minum susu, malah ibu akan mengelakkan makanan tajam yang boleh menjejaskan kandungan walau pun ianya adalah makanan kegemarannya seumur hidup. Malah ibu akan berhenti daripada melakukan aktiviti lasak dengan niat untuk memastikan kita sentiasa selamat dalam kandungannya.\n\nBukankah itu tanda kasih seorang ibu? Malah apabila kandungan semakin besar ibu akan mula menyediakan persiapan buat kita. Memilih nama yang indah dengan maksud yang baik, membelikan kita semua kelengkapan yang kita perlukan seperti pakaian, alatan mandi, malah mainan. Semasa kita masih dalam kandungan juga ibu sudah mula mencari taska atau pengasuh terbaik buat kita. Itulah bukti betapa besarnya kasih seorang ibu.\n\nKerana kasih, seorang ibu sanggup menahan kesakitan semasa bersalin\n\nKata orang, sakit bersalin adalah kesakitan paling teruk di dunia. Tahukah anda seorang ibu terlalu kasihkan anaknya sehingga sanggup menanggub azab untuk melahirkan dan kesakitannya akan terus hilang sebaik sahaja menatap wajah kita, anak yang dikandungkan selama 9 bulan 10 hari? Malah sebelum bersalin ibu telah melalui pelbagai kesukaran semasa tempoh kehamilan.\n\nMorning sickness, sakit pinggang, lenguh badan, simpul mengkarung, kepenatan yang melampau, malah ada ibu yang mengalami komplikasi kehamilan yang teruk seperti pendarahan, pre-eklampsia, muntah teruk sehingga kurus kering, dan sebagainya. Semua kesukaran yang dilakui oleh ibu kita adalah petanda betapa besarnya kasih seorang ibu.\n\nSemasa melahirkan, ibu akan mengalami kesakitan yang teramat. Kontraksi dari bukaan 1 cm sehingga 10 cm. Malah ada yang terpaksa melahirkan dengan cara induce di mana kesakitannya berkali ganda daripada bersalin normal kerana rahim dipaksa untuk berkontraksi. Ibu akan diseluk beberapa kali untuk memeriksa tahap bukaan. Malah ibu akan dijahit sejurus selepas kita dilahirkan.\n\nJika ibu melahirkan melalui kaedah pembedahan, semua lapisan perut ibu akan dilapah hidup-hidup kemudian dijahit semula. Ibu akan mengalami kesakitan bukan sahaja semasa berpantang, malah selama bertahun-tahun. Selepas melahirkan melalui pembedahan, luka pembedahan akan kekal sakit untuk tempoh yang lama. Malah apabila batuk atau bersin, ibu akan berasa sakit di situ. Ibu juga tidak dapat kembali aktif untuk tenpoh yang lama.\n\nMembesarkan anak dengan penuh kasih sayang\n\nSebaik sahaja dilahirkan, ibu akan membelai dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Semasa berpantang, dikala tubuh badan masih lemah dan mengalami kesakitan akibat bersalin, ibu berusah-payah tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur untuk menjaga kita. Pendek kata,seekor nyamuk pun takkan dibiarkan untuk hinggap di badan kita. Kita ditatang bagai minyak yang penuh. Namun masih ada anak yang mempertikaikan kasih seorang ibu.\n\nSemakin kita membesar, ibu bukan sahaja akan menjaga kita malah mendidik kita agar menjadi manusia yang berguna dan berjaya di dunia juga akhirat. Ibu akan menerapkan nilai murni dan ajaran islam agar menyerap dihati kita dan menjadi amalan hidup sehingga ke akhir hayat. Ibulah orang pertama yang mengajar kita abc, 123, alif ba ta, mengaji, dan sebagainya.\n\nIbu sentiasa ada untuk anaknya tak kira apa yang berlaku\n\nCuba kenang kembali kenangan bersama ibu semasa kita kecil dahulu. Ibu memujuk dan mendukung kita yang sedang menangis kerana jatuh. Ibu mencuci luka dilutut kita dan menyapukan ubat sambil memujuk kita dengan penuh kasih sayang. Ibu tidak tidur kerana menemani kita yang sedang demam. Ibu mengahantar kita pada hari pertama persekolahan. Ibu setia menemani kita belajar disaat kita menduduki peperiksaan.\n\nMalah semakin kita dewasa, ibu adalah orang pertama yang mengajar kita cara memakai tuala wanita dan cara mandi wajib. Pastinya kita takkan melupakan wajah ibu disaat menghadiri majlis konvokesyen tanda kejayaan kita dalam pendidikan. \n\nIngat lagi wajah ibu semasa kita menyampaikan berita yang kita akan berumah tangga? Wajah ibu semasa kita menyampaikan berita yang kita akan menjadi seorang ibu sepertinya? Wajah ibu semasa pertama kali melihat cucu yang lahir dari rahim kita?\n\nItulah dia info tentang kasih seorang ibu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sesungguhnya kasih ibu telalu agung. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang hadiah untuk ibu , masalah adab anak moden zaman, dan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa."
"Kelazatan makanan Thailand selalu mampu mencuit hati. Setiap sensasi rasa yang dicipta mampu menggetarkan indera. Hidangan ringkas kali ini semestinya tidak boleh anda lewatkan.\n\nSebagai penggemar makanan Thai, semestinya anda mengenal masakan ayam phad kra phao. Phad kra phao ayam sesuai untuk anda yang sukakan sentuhan lembut ayam yang pedas.\n\nDaun selasih mesti ada untuk memberi aroma basil yang melazatkan. Layan selera dengan phad kra phao yang dihidangkan dengan nasi putih dan telur mata mampu membangkitkan selera.\n\nAyuh cuba masak phad kra pao sekarang. Resepi didatangkan daripada Azwa Muhammad di laman Facebook. Resepi untuk 2 orang makan ya. Jadilah yang terpaling simple punya resepi yummy!\n\nSelain resepi phad kra phao, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mencari resepi aiskrim goreng sedap mudah cepat? Inilah rahsia buat aiskrim goreng paling mudah dan cepat! 5 minit sahaja sudah siap boleh dimakan.\n\nYang paling senang lagi ialah bahan yang digunakan hanya 2 bahan sahaja! Iaitu 2 keping roti dan aiskrim untuk membuat satu biji aiskrim goreng.\n\nCara membuat aiskrim goreng amat unik. Sesuai namanya aiskrim goreng diperbuat dengan cara menggoreng aiskrim dalam minyak panas namun tetap mengkekalkan kesejukkannya. Mesti anda persoalkan macam mana boleh aiskrim digoreng?\n\nAiskrim goreng panas di luar namun sejuk di dalam. Kudapan ini harus dimakan cepat-cepat sebab cepat cair. Tanpa buat anda penasaran lagi, jom buat aiskrim goreng sejuk di tekak! Resepi daripada Salimah Olie di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nP/s : pastikan minyak betul-betul panas semasa menggoreng aiskrim.\n\nSelain resepi aiskrim goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Akhir-akhir nih, terlayar-layar di media sosial gambar-gambar corn cheese sosej nih. Sampai jadi viral lah kiranya. Tambah-tambah di kalangan peminat tegar cheese. Sedapnya makan bila panas-panas dan santai-santai dengan yang tersayang. Bahan pun tak banyak dan cara nya pun tersangatlah mudah.\n\nBahan utamanya haruslah cheese dan sosej. Hanya perlu cucuk kan pada lidi sate dan celupkan dalam bancuhan tepung. Kemudian, salutkan dengan serbuk roti dan akhir sekali gorengkannya dalam kuali yang mengandungi minyak panas. Pastikan tenggelam yer. tapi kalau tak dapat tenggelam, kenalah rajin balik balikkannya ok.\n\nJom ikuti resepi mudah dari Aisyah Rich . Resepi beliau mendapat perkongsian ramai. Jom.\n\nCampurkn semua bahan bertanda * sampai sebati, pastikan adunan pekat sedikit supaya senang nak celup. Kemudian celup sosej cheese dalam bancuhan tepung dan kemudian golek golekkan dalam serbuk roti. Pastikan semua bahagian bersalut dan gorengkan dalam minyak yang panas. Pastikan minyak banyak dan betul betul panas. Kalau yang tak suka cheese sangat, tapi masih nak cuba, boleh lah kurangkan jumlah cheese yang dicucuk.\n\nDah siap goreng tuh. Jangan tunggu lama-lama. Baca doa dan boleh terus makan dengan sos dan mayonis. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain ya. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami."
"Kalau sedang\nmeluangkan masa bersama dengan rakan \u2013 rakan, ataupun bersama keluarga, pasti\nkita mahukan kudap \u2013 kudapan. Selain itu, kudap \u2013 kudapan juga boleh\ndihidangkan kepada tetamu yang hadir sekiranya juadah utama kita belum siap\nlagi. Ianya juga boleh dimakan semasa bosan, semasa menonton televisyen atau\nbila \u2013 bila masa sahaja. Senang kata, kudap kudapan ini amat sesuai untuk semua\nlapisan umur dan digemari semua. \n\nSekiranya anda mencari idea untuk membuat kudapan, disini kami bawakan sebuh resepi biskut gunting tepung Bistari. Rasanya pedas dan manis, membuatkan sesiapa sahaja nak lagi dan lagi. Ianya juga amat mudah untuk disediakan dan mengambil masa yang sekejap. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita tengok resepi biskut gunting tepung bistari yang disediakan oleh Huda Seman dan mendapat banyak perkongsian di Facebook.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba: \n\nMudah bukan resepi ini? Selain daripada resepi biskut gunting ini, terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang!"
"Baru sahaja mendapat cahaya mata yang pertama? Dan bayi pula kerap menangs? Jom fahami sebab bayi menangis.\n\nBukan mudah sebenarnya untuk menjaga bayi yang baru lahir. Terutamanya untuk memahami maksud tangisan bayi. Perkara ini mungkin menjadi sedikit kesukaran kepada ibu bapa baharu.\n\nBayi anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk dirinya sendiri dan sangat bergantung kepada anda untuk menyediakan makanan, kepanasan dan keselesaan yang diperlukan kepada dirinya. Tangisan adalah merupakan cara utama bayi anda berkomunikasi dan ianya memerlukan tindak balas segera daripada anda.\n\nKadang-kadang sukar untuk memahami maksud tangisan ini. Tetapi dalam masa yang sama, anda akan mula pelajari untuk mengenali perkara yang diperlukan oleh bayi anda. Proses ini mungkin bermula sedikit perlahan pada awalnya.\n\nTetapi lama-kelamaan si bayi akan belajar cara-cara lain untuk berkomunikasi dengan anda. Pada proses tumbesaran inilah bayi anda akan lebih bijak dalam menggunakan mata, membuat bunyi dan tersenyum dan akhirnya \u00a0mengurangkan keperluan untuk dirinya menangis untuk menarik perhatian.\n\nDalam pada itu, sebelum bayi baru lahir ini bijak dalam membuat hal di atas, mungkin ini maksud yang cuba disampaikan olehnya. Semoga anda dapat menafsir sebab bayi menangis:\n\nKelaparan adalah salah satu sebab yang paling biasa untuk bayi yang baru lahir menangis. Tips mudah untuk anda. Jika bayi anda menangis, besar kemungkinan dia sedang lapar.\n\nPerut kecil bayi tidak mampu untuk memenuhi segala makanan. Jadi, bayi akan kerap menangis untuk meminta sedikit susu. Salah satu formula yang dapat digunakan untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan memberi si dia makan setiap 2 jam.\n\nJika usia bayi anda adalah kurang daripada lima bulan, dia mungkin menangis pada lewat petang dan malam. Ini adalah perkara biasa, dan tidak bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Walau bagaimanapaun, semak jua dengan perkara lain.\n\nBayi anda sangat perlukan sentuhan. Si dia mahu dirinya banyak didukung, diberikan sentuhan fizikal dan beberapa tingkah-laku yang menghiburkannya.\n\nJadi si bayi mungkin akan menangis untuk memberitahu penyataan ini. Anda boleh cuba sedikit menggoyangkan dirinya dan menyanyi kepadanya ketika anda memegang.\n\n\u201cTidakkah si dia akan menjadi manja dan mahu asyik didukung?\u201d\n\nAnda mungkin berasa bimbang tentang memanjakan bayi anda jika memegangnya terlalu kerap. Tetapi dalam beberapa bulan pertama hidupnya, perkara itu tidak benar sebenarnya. Bayi kecil sangat memerlukan banyak keselesaan fizikal. Dengupan jantung anda mampu membuat si bayi tenang dan selesa.\n\n4. Saya letih dan perlu berehat\n\nSelalunya, bayi mendapati dirinya sukar untuk tidur secukupnya. Terutamanya jika mereka benar-benar lebih-letih. Anda boleh pelajari isyarat tidur bayi untuk mengelakkan hal ini. Antaranya adalah seperti merengek dan menangis pada perkara yang sedikit, merenung ke angkasa atau senyap sahaja.\n\nNamun jika bayi anda\u00a0 menerima terlalu banyak perhatian dan pelukan dari pengunjung, dia boleh menjadi terlalu dirangsang. Ini dia akan mendapati dirinya sukar untuk tidur.Membawa bayi anda ke tempat yang tenang untuk membantu dirinya tidur dan berehat.\n\n#5 Saya berasa terlalu sejuk / panas\n\nBayi anda mungkin benci berada dalam keadaan lampin yang berubah atau semasa dimandikan. Selain itu, elakkan memakai pakaian berlebihan pada bayi. Dirinya mungkin boleh berasa rimas kerana dek rasa terlalu panas. Bayi secara amnya perlu memakai sedikit tebal daripada anda untuk menjadi selesa.\n\nAnda boleh menyemak sama ada keadaan bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasai perut. Jika perutnya berasa terlalu panas, keluarkan dirinya daripada selimut dan sebaliknya ketika idur. Jangan berpandukan tangan atau kaki bayi anda, kerana kaedah ini kurang tepat.\n\nPerubahan pada lampin boleh menajdi salah satu sebab mengapa bayi menangis. Lampinnya mungkin telah basah kerana dirinya mungkin sudah membuang air kecil/besar di dalamnya.\n\nAtaupun bayi anda kemungkinan menangis jika pakaiannya terlalu ketat. Oleh itu berikan keselesaan pada dirinya.\n\nBerhati-hati dengan perubahan pada bayi anda. Jika dia kurang sihat, dia mungkin akan menangis dalam nada yang berbeza dengan tangisan yang biasa. Ia mungkin lebih lemah, lebih mendesak, berterusan, atau nyaring.\n\nSelain itu anda akan dapati dirinya mungkin menangis lebih daripada kebiasaan, ini boleh menjadi satu tanda lagi bahawa dirinya tidak sihat.\n\nTiada siapa yang tahu dengan lebih baik keadaan bayi anda selain anda. Jika anda merasakan adanya sesuatu yang tidak kena dengan si dia, berjumpalah dengan\u00a0 doktor.\n\nDemikianlah 7 sebab kenapa bayi menangis. Semoga selepas ini, tips yang dikongsi mampu membantu anda membuat tafsiran lebih baik terhadap tangisan bayi anda.\n\nMak ayah, jemput juga baca tulisan kami lain seperti jadual imunisasi bayi dan bayi tumbuh gigi."
"Mencari resepi kek batik sukatan cawan yang menarik untuk dicuba? Terasa nak makan kek tetapi oven takde. \n\nBoleh cuba buat kek batik. Caranya mudah jer dan tak leceh. Campur-campur, kacau-kacau dah siap. Kek batik ni walaupun mudah nak buat tapi rasanya boleh berlainan tau. Bergantung kepada bahan yang kita gunakan. Ada sesetengah guna milo, ada sesetengah guna serbuk koko, ada sesetengah gabungkan milo dan koko. Ada guna susu pekat, ada yang guna susu segar. \n\nBagi yang nak cuba buat kek batik tetapi belum jumpa resepi ikut sukatan, bolehlah cuba resepi dari sis Mya Ja\u2019amat . Ada anggaran dan sukatan. Selamat mencuba.\n\nNota kaki : Sukatan itu adalah guideline je tau. Jadi ikut lah nak tambah berapa banyak. Nak kurangkan berapa banyak. Ikut selera masing-masing. Yang tak suka manis boleh lebihkan koko, kurangkan susu pekat.\n\nBoleh juga cuba versi resepi kek batik yang lain di sini.\n\nSelain resepi kek batik sukatan cawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Apakah hukum ibu bapa menggunakan duit raya anak dan bagaimana pula cara terbaik menguruskannya?\n\nBila tiba Hari Raya, kanak-kanak tentunya golongan yang sangat gembira kerana mereka tidak sabar untuk mengumpul duit raya dari orang yang lebih dewasa. \n\nDahsyatnya, kanak-kanak zaman sekarang kebanyakkannya mampu mengutip duit raya sehingga mencecah ratusan ringgit. Bila berlakunya situasi ini, ibu bapa perlu bijak dalam membantu anak menguruskan wang mereka dengan baik. \n\nMana mungkin dibiarkan anak boros semasa berbelanja atau menggunakan duit raya yang dimiliki itu untuk sesuatu yang tidak bermnafaat. \n\nJusteru itu, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai hukum menggunakan duit raya anak dan tips cara pengurusan kewangan anak-anak yang terbaik. \n\nAmalan pemberian duit raya ketika hari raya\n\nAmalam pemberian duit raya setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri sangat sinonim dikaitkan dengan masyarakat Islam di Malaysia ini tidak kira usia khususnya kanak-kanak.\n\nAmalan ini dipercayai sebagai salah satu cara yang bagus untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam selain membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.\n\nIa memberi banyak manfaat kepada golongan yang memerlukan khususnya jika kita memgutamakan pemberian tersebut kepada golongan asnaf dalam kalangan kaum kerabat dan masyarakat luar juga.\n\nMengenai pemberian duit raya yang terbaik ianya perlulah diberikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah agar kebaikan tersebut mampu menjadikan amalan yang diberkati oleh Nya.\n\nHukum ibu bapa ambil duit raya anak\n\nMenurut Ustaz Azhar Idrus, konsep ibu bapa ambil duit raya dari anak adalah sama dengan berhutang. Yang mana ibu bapa wajib membayarnya semula apabila digunakan.\n\nIbu bapa tidak boleh menggunakan duit raya anak-anak dengan sesuka hati kecuali apabila dalam keadaan yang sangat memerlukan sahaja. \n\nJika ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka\u00a0wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.\n\nDalam kata lain, kewajipan untuk melunaskan hutang duit anak-anak tetap sama. \n\nTips urus duit raya anak dengan baik mengikut kata pakar\n\nIbu bapa yang masih runsing memikirkan duit raya tidak diuruskan dengan baik oleh anak, boleh mengikut tips urus duit yang kami senaraikan di bawah ini.\n\nJika ada seorang anak sahaja mungkin tidak menjadi masalah untuk kita mengenal pasti duit raya mereka. \n\nNamun biasanya yang menjadi masalah adalah bila mana kita mempunyai 2, 3 atau lebih jumlah anak-anak di rumah. Ibu bapa perlu asingkan setiap duit anak untuk mengelakkannya dari bercampur agar tidak keliru.\n\nPastikan setiap anak juga mendapatkan jumlah duit raya yang sama agar adil kepada semua. \n\n2. Simpan duit anak dalam bank / tabung khas bagi pelaburan\n\nKalau boleh, lepas habis raya sahaja cepat-cepat ajak anak untuk pergi simpan duit dalam bank atau tabung khas pelaburan agar tidak terguna kepada sesuatu yang tidak berfaedah. \n\nHari ini, terdapat banyak pilihan tabung khas pelaburan yang bermanfaat untuk menyimpan. Contohnya seperti Tabung Haji yang terkenal dengan jumlah dividen yang tinggi dan menjimatkan. \n\nSelain itu, ibu bapa juga boleh simpan duit raya anak di Amanah Saham Bumiputera (ASB). Semua orang pasti tahu akan kebaikan tabung simpanan ini yang memberikan diagihkan sebanyak 6.75% bersama bonus sebanyak 0.50%.\n\nBukan itu sahaja, Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut memperkenalkan skim amanah saham tertentu semenjak anak berusia 6 bulan lagi. Memang sangat mudah dan menguntungkan. \n\nBagi ibu bapa yang berminat untuk menyimpan dana pendidikan anak-anak sejak kecil, mungkin akaun SPPN-i adalah pilihan yang bagus untuk dicuba.\n\nKita tidak tahu sejauh mana pinjaman pendidikan di masa hadapan boleh menyediakan kemudahan kepada anak-anak. Justeru itu membuat persiapan yang rapi terlebih dahulu adalah sangat digalakkan. \n\n5. Didik anak menjadi orang yang berjimat cermat\n\nPepatah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan menabung dan berjimat cermat sangat penting diberikan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil lagi.\n\nDitambah cabaran ekonomi sara hidup yang semakin tinggi dan tiada kesudahan ini, ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak untuk belajar dalam menguruskan perbelanjaan mereka dari kecil lagi agar tidak menjadi seseorang yang boros.\n\nDiharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai duit raya anak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan dan panduan bersama. \n\nSelain dari panduan simpan duit raya anak-anak ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kewangan seperti:"
"Biasanya, kita tidak terus pergi ke klinik bila mengalami batuk-batuk. Kita akan pergi bila batuk kita terlalu teruk dan lelah. Jadi boleh bayang betapa peritnya bila batuk tambahkan lagi dengan lelah. Tentu susah untuk kita melakukan aktiviti harian.\n\nJika pergi klinik, kita perlu menunggu lama untuk mendapatkan ubat yang sama. Selain itu, di hospital pula, kita takut ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut. Semua kerja kita akan tertangguh, tidak dapat lakukan apa-apa langsung. Apa yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan batuk lelah?\n\nMari kami kongsikan info mengenai petua melegakan batuk lelah menggunakan bawang putih dan madu. Petua ini dikongsikan oleh Puan Diana Said. Puan Diana Said suka berkongsikan petua-petua dan tips dengan orang ramai di Facebook. Jom kita baca petua yang diberi Puan Diana.\n\nDIY dua bahan untuk legakan batuk lelah.\n\n1) Ambil madu dan masukkan dalam cawan\n\n2) Cincang bawang putih dan masukkan dalam cawan madu tadi dan kacau guna sudu plastik atau kayu.\n\n3) Simpan selama 30 minit sebelum makan.\n\n4) Makan satu sudu setiap 1 jam sekali sehingga madu habis dan batuk lega.\n\nSenang jer kan nak buat petua ni. Lima minit jer dah siap. Bawang putih ni elok sebab dia antibakteria jadi dia tolong clearkan tekak kita.\n\n*Petua ini boleh diikuti oleh semua golongan masyarakat. Insyaallah ia boleh mengurangkan batuk lelah anda. Jika batuk lelah anda masih sama dan tidak ada perubahan, pergilah berjumpa doktor. Mungkin ada masalah lain yang kita tidak tahu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Dalam ayat Al-Quran tentang berusaha, Allah menjelaskan bahawa setiap ujian dan dugaaan yang diberikan adalah untuk menilai sejuah mana tahap keimanan manusia ketika bergelut dalam kehidupan.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan himpunan ayat Al-Quran berkaitan dengan motivasi dalam kehidupan yang boleh anda jadikan pengajaran untuk terus bangkit mencipta kejayaan.\n\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u062c\u064e\u0627\u0647\u064e\u062f\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650\u064a\u064e\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0633\u064f\u0628\u064f\u0644\u064e\u0646\u064e\u0627\u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0644\u064e\u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u08d6\n\n\u0641\u064e\u0645\u064e\u0622 \u0627\u064e\u063a\u0652\u0646\u0670\u0649 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0651\u0627 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u064a\u064e\u0643\u0652\u0633\u0650\u0628\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u06d7\n\n\u0645\u064e\u0622 \u0627\u064e\u063a\u0652\u0646\u0670\u0649 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0645\u064e\u0627\u0644\u064f\u0647\u0657 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0633\u064e\u0628\u064e\u06d7\n\n\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u062a\u064e\u0651\u0642\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0651\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064f\u0651\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u08d6\n\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0631\u064e\u0627\u062f\u064e \u0627\u0644\u0652\u0627\u0670\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0633\u064e\u0639\u0670\u0649 \u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0639\u0652\u064a\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064c \u0641\u064e\u0627\u064f\u0648\u0644\u0670\u06e4\u0649\u0650\u0655\u0643\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0633\u064e\u0639\u0652\u064a\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0651\u0634\u0652\u0643\u064f\u0648\u0652\u0631\u064b\u0627\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0647\u0650\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0627\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0648\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064f\u0651\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\n\n\u0643\u064f\u062a\u0650\u0628\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u062a\u064e\u0627\u0644\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0643\u064f\u0631\u0652\u0647\u064c \u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06da \u0648\u064e\u0639\u064e\u0633\u0670\u0653\u0649 \u0627\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0643\u0652\u0631\u064e\u0647\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0640\u064b\u0654\u0627 \u0648\u064e\u0651\u0647\u064f\u0648\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06da \u0648\u064e\u0639\u064e\u0633\u0670\u0653\u0649 \u0627\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651\u0648\u0652\u0627 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0640\u064b\u0654\u0627 \u0648\u064e\u0651\u0647\u064f\u0648\u064e \u0634\u064e\u0631\u064c\u0651 \u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u08d6\n\n\u0648\u064e\u0642\u064f\u0644\u0650 \u0627\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0641\u064e\u0633\u064e\u064a\u064e\u0631\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0652\u0644\u064f\u0647\u0657 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u06d7 \u0648\u064e\u0633\u064e\u062a\u064f\u0631\u064e\u062f\u064f\u0651\u0648\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0644\u0670\u0649 \u0639\u0670\u0644\u0650\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u064a\u0652\u0628\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u062f\u064e\u0629\u0650 \u0641\u064e\u064a\u064f\u0646\u064e\u0628\u0650\u0651\u0626\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u06da\n\n\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062f\u064f\u0648\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0627\u064e\u0648\u0652\u062b\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0651\u062a\u064e\u062e\u0652\u0644\u064f\u0642\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0641\u0652\u0643\u064b\u0627 \u06d7\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u062a\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062f\u064f\u0648\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0645\u0652\u0644\u0650\u0643\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0627\u0628\u0652\u062a\u064e\u063a\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u0650\u0651\u0632\u0652\u0642\u064e \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0652\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0644\u064e\u0647\u0657 \u06d7\u0627\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u062a\u064f\u0631\u0652\u062c\u064e\u0639\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n\u0641\u064e\u0627\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0636\u0650\u064a\u064e\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0670\u0648\u0629\u064f \u0641\u064e\u0627\u0646\u0652\u062a\u064e\u0634\u0650\u0631\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0628\u0652\u062a\u064e\u063a\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0630\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0644\u064e\u0651\u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064f\u0641\u0652\u0644\u0650\u062d\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n\u0627\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0641\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u0629\u064f \u0641\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0644\u0650\u0645\u064e\u0633\u0670\u0643\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u064a\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u062d\u0652\u0631\u0650 \u0641\u064e\u0627\u064e\u0631\u064e\u062f\u0652\u062a\u064f\u0651 \u0627\u064e\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0639\u0650\u064a\u0652\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u06d7 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0648\u064e\u0631\u064e\u0627\u06e4\u0621\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0651\u0644\u0650\u0643\u064c \u064a\u064e\u0651\u0623\u0652\u062e\u064f\u0630\u064f \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651 \u0633\u064e\u0641\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u0629\u064d \u063a\u064e\u0635\u0652\u0628\u064b\u0627\n\n\u0642\u064f\u0644\u0652 \u064a\u0670\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0639\u064e\u0644\u0670\u0649 \u0645\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0627\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a\u0652 \u0639\u064e\u0627\u0645\u0650\u0644\u064c \u06da\u0641\u064e\u0633\u064e\u0648\u0652\u0641\u064e \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u06d9\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062a\u064e\u0645\u064e\u0646\u064e\u0651\u0648\u0652\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0636\u064e\u0651\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0628\u0650\u0647\u0656 \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0644\u0670\u0649 \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064d \u06d7 \u0644\u0650\u0644\u0631\u0650\u0651\u062c\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0646\u064e\u0635\u0650\u064a\u0652\u0628\u064c \u0645\u0650\u0651\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0643\u0652\u062a\u064e\u0633\u064e\u0628\u064f\u0648\u0652\u0627 \u06d7 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0646\u0650\u0651\u0633\u064e\u0627\u06e4\u0621\u0650 \u0646\u064e\u0635\u0650\u064a\u0652\u0628\u064c \u0645\u0650\u0651\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0643\u0652\u062a\u064e\u0633\u064e\u0628\u0652\u0646\u064e \u06d7\u0648\u064e\u0633\u0652\u0640\u064e\u0654\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650\u0647\u0656 \u06d7 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0645\u064b\u0627\n\n\u064a\u0670\u0628\u064e\u0646\u0650\u064a\u064e\u0651 \u0627\u0630\u0652\u0647\u064e\u0628\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0641\u064e\u062a\u064e\u062d\u064e\u0633\u064e\u0651\u0633\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0651\u0648\u0652\u0633\u064f\u0641\u064e \u0648\u064e\u0627\u064e\u062e\u0650\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0627\u06df\u064a\u0652\u0640\u064e\u0654\u0633\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0651\u0648\u0652\u062d\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u06d7\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0647\u0657 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0627\u06df\u064a\u0652\u0640\u064e\u0654\u0633\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0651\u0648\u0652\u062d\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0643\u0670\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n\u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u062a\u064e\u0646\u0652\u0635\u064f\u0631\u064f\u0648\u0652\u0647\u064f \u0641\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0627\u0650\u0630\u0652 \u0627\u064e\u062e\u0652\u0631\u064e\u062c\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0631\u064f\u0648\u0652\u0627 \u062b\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e \u0627\u062b\u0652\u0646\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0650\u0630\u0652 \u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0627\u0650\u0630\u0652 \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0652\u0644\u064f \u0644\u0650\u0635\u064e\u0627\u062d\u0650\u0628\u0650\u0647\u0656 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0646\u0652 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0645\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e\u0627\u06da \u0641\u064e\u0627\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0633\u064e\u0643\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u062a\u064e\u0647\u0657 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u064e\u064a\u064e\u0651\u062f\u064e\u0647\u0657 \u0628\u0650\u062c\u064f\u0646\u064f\u0648\u0652\u062f\u064d \u0644\u064e\u0651\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0631\u064e\u0648\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0643\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u0641\u0652\u0644\u0670\u0649\u06d7 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0647\u0650\u064a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u0644\u0652\u064a\u064e\u0627\u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0639\u064e\u0632\u0650\u064a\u0652\u0632\u064c \u062d\u064e\u0643\u0650\u064a\u0652\u0645\u064c\n\n\u00a0\u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062f\u064e\u0627\u06e4\u0628\u064e\u0651\u0629\u064d \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0642\u064e\u0631\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0648\u0652\u062f\u064e\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627 \u06d7 \u0643\u064f\u0644\u064c\u0651 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0643\u0650\u062a\u0670\u0628\u064d \u0645\u064f\u0651\u0628\u0650\u064a\u0652\u0646\u064d\n\n\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652 \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0630\u064e\u0644\u064f\u0648\u0652\u0644\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0627\u0645\u0652\u0634\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0645\u064e\u0646\u064e\u0627\u0643\u0650\u0628\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0643\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u0650\u0651\u0632\u0652\u0642\u0650\u0647\u0656\u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064f\u0651\u0634\u064f\u0648\u0652\u0631\u064f\n\n\u064a\u0670\u0653\u0627\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0627\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064f \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0643\u064e\u0627\u062f\u0650\u062d\u064c \u0627\u0650\u0644\u0670\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0643\u064e \u0643\u064e\u062f\u0652\u062d\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0645\u064f\u0644\u0670\u0642\u0650\u064a\u0652\u0647\u0650\u06da\n\nUsaha merupakan faktor penting dalam mencapai kejayaan. Berikut adalah beberapa alasan yang penting untuk anda tahu.\n\nUsaha adalah upaya yang kita lakukan untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Tanpa usaha yang konsisten dan gigih, sangat sulit untuk mencapai apa pun yang diinginkan. \n\nDengan melakukan usaha, kita dapat mengasah keterampilan dan kemampuan kita dalam berbagai bidang. Usaha yang berkelanjutan memungkinkan kita untuk terus belajar, beradaptasi, dan berkembang. \n\nSemakin kita berusaha, semakin baik kita akan menjadi dalam hal-hal yang kita lakukan, dan ini akan membantu kita meraih kejayaan.\n\nUsaha adalah kunci untuk mengatasi rintangan dan ujian yang mungkin kita hadapi dalam perjalanan menuju kejayaan.\n\nUsaha yang sungguh-sungguh memungkinkan kita untuk memaksimumkan potensi yang kita miliki. Setiap individu memiliki potensi unik dan kemampuan yang dapat dikembangkan. \n\nTanpa usaha yang serius, potensi itu mungkin tidak akan pernah terwujud. Usaha membantu kita untuk menggali potensi kita yang tersembunyi, mendorong batasan diri, dan mencapai hasil yang luar biasa.\n\nUsaha yang konsisten dan terarah membantu membangun keyakinian diri. Apabila kita melihat hasil dari usaha itu sendiri, kita akan berasa bangga dan yakin diri dalam kemampuan yang dimiliki.\n\nSelain dari panduan ayat Al Quran tentang tentang berusaha ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kejayaan seperti:"
"Anak lelaki sulung adalah pangkat tinggi selepas ayah. Hal ini kerana, mereka mempunyai tanggungjawab kepada keluarga jika berlaku apa-apa perkara kecemasan. Syurga anak lelaki walaupun selepas berkahwin adalah di bawah telapak kaki ibu, maka mereka masih ada tanggungjawab kepada ibu dan adik-beradiknya.\n\nOleh itu, anak lelaki perlu dididik dari kecil dengan menerapkan sifat-sifat murni seperti nilai-nilai murni. Ada 5 sifat murni yang perlu dididik kepada anak lelaki. Apakah sifat-sifat murni tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 sifat murni yang perlu dididik kepada anak lelaki. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Sifat murni yang perlu dididik kepada anak lelaki\n\n1. Ajar mereka kawal emosi marah\n\n2. Ajar mereka untuk luah perasaan marah dengan cara yang selamat\n\n3. Ajarkan mereka empati dan memahami perasaan mak ayah dan adik beradiknya\n\n4. Ajarkan anak lelaki kita tentang belas kasihan\n\n5. Ajarkan anak lelaki kita sifat ringan tulang\n\n*Berikut adalah sifat-sifat murni yang perlu diserapkan dalam diri anak lelaki sebelum mereka mendirikan rumahtangga. Ibu bapa juga perlu menunjukkan sifat murni di depan anak agar mereka lebih mudah untuk dididik dan memahami apa itu sifat murni. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pastinya semua wanita inginkan kehidupan yang sempurna tatkala sedang hamil. Salah satu caranya adalah mendapatkan makanan yang berkhasiat dan bervitamin tinggi demi menjaga kandungan bayi mereka. Buah-buahan adalah vitamin segar yang boleh diamalkan oleh ibu hamil setiap hari.\n\nAwas, hati-hati juga dalam memilih buah kerana ada buah-buahan yang tidak sesuai dimakan oleh ibu hamil. Ia bukan sahaja menyebabkan keradangan, sakit perut dan perut berangin, tetapi risikonya juga boleh menyebabkan keguguran sekiranya tersilap mengambil buah. \n\nApakah buah-buahan yang sesuai dan baik untuk dimakan oleh ibu hamil? Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, A, B, K, magnesium, serat dan lain-lain lagi. Setiap buah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam membekalkan zat kepada ibu hamil. Jom lihat buah yang baik untuk ibu hamil.\n\nSekiranya anda ingin mengatasi masalah diarre, pernafasan ataupun imunisasi tubuh yang lemah, mangga adalah buah yang baik untuk ibu hamil. Mangga mengandungi vitamin C dan A dalam melindungi tubuh badan anda. 1 cangkir mangga sudah memenuhi 100% keperluan tubuh.\n\nSeperti yang kita tahu, ibu hamil pasti sering merasa muntah dan mual. Pisang mengandungi vitamin B6 dan C yang boleh mengatasi mual, muntah dan juga penyakit lain. Ia juga dapat mengatasi sembelit, kegelisahan dan banyak lagi.\n\nMenurut kajian Jurnal Thorax, ibu hamil yang selalu makan buah epal akan melahirkan bayi yang kurang penyakit asma atau alergi. Khasiat epal adalah pencegahan masalah ibu dan bayi.\n\nBuah aprikot mengandungi kolin, folat, magnesium dan juga kaya dengan pelbagai vitamin. Ia membantu merangsang otak bayi untuk tumbesaran yang lebih baik dan mengelakkan bayi daripada cacat.\n\nBuah berry adalah buah yang baik untuk ibu hamil. Ia sangat kaya dengan fitonutrien seperti\u00a0flavonoid\u00a0dan antosianin dimana mudah diserap ke dalam tubuh badan. Disamping mencantikkan kulit, pernafasan dan jantung akan terjaga.\n\nBuah lemon bukan sahaja untuk mengurangkan toksid dalam badan, tetapi boleh melegakan perut dan usus dalam keadaan yang selamat dan sihat. Ibu hamil boleh minum jus lemon untuk elakkan sembelit dan lancarkan proses penghadaman.\n\nBuah yang baik untuk ibu hamil adalah anggur. Anggur berfungsi melancarkan penghadaman, pencernaan, kram perut dan kaki serta bagus untuk metabolisme tubuh badan. Ia kaya dengan vitamin, folat dan fruktosa.\n\nBuah pir bukan sahaja sedap, khasiatnya juga banyak. Selain mengandungi banyak air yang penuh vitamin dan tenaga, pir juga menghalang jangkitan ke tubuh badan anda.\n\nCherry\u00a0atau ceri adalah buah yang baik untuk ibu hamil yang boleh diambil ketika hamil. Ia memudahkan nutrisi diserap ke plasenta dan bayi, malah berfungsi merangsang pertumbuhan sel tubuh. Sekiranya tidak boleh tidur malam, buah ceri memudahkan anda tidur dengan tenang.\n\nJika anda ingin nutrisi yang lebih tinggi iaitu vitamin C, E, karotenoid, flavonoid dan polifenol, buah jambu batu adalah buah yang baik untuk ibu hamil. Tekanan darah ibu mengandung akan menjadi lebih baik dan stabil. Ia juga dapat melancarkan proses pencernaan dan mengurangi konstipasi ibu bersalin.\n\nDelima penuh dengan sifat antioksidan. Antioksidan membantu meningkatkan tenaga dan menyihatkan dalaman tubuh badan, jantung, usus dan perut anda. Ibu mengandung disarankan mengambil buah delima sentiasa. Ia juga kaya dengan asid folik.\n\nBuah kiwi sangat kaya dengan vitamin C, A, K yang berfungsi melancarkan perjalanan darah anda. Ia juga mengatasi darah beku, sistem pernafasan dan lain-lain lagi. Zat besi buah ini amat diperlukan oleh ibu hamil. Ia tidak begitu manis, tetapi sedikit masam dan sedap.\n\nBuah yang baik untuk ibu hamil juga adalah tembikai. Tembikai yang mempunyai banyak air ini mempunyai nutrisi dan zat yang tinggi seperti potassium dan magnesium. Ibu hamil akan lebih selesa dan tidak lenguh atau sengal kaki.\n\nKurma bukan sahaja mengenyangkan tetapi dapat menguatkan tenaga, mengatasi masalah pendarahan dan menyihatkan tubuh badan. Kurma boleh diamalkan untuk ikhtiar hamil juga, ketika hamil dan selepas hamil.\n\nBuah manggis adalah buah yang sihat dan tidak mengandungi asid perosak. Buah yang baik untuk ibu hamil tidak terkecuali adalah buah manggis. Sedapnya isi buah manggis ini, bolehlah jadi pemanis mulut bagi si ibu.\n\nRadikal bebas dapat dijauhkan dari tubuh badan kerana buah naga mengandungi kandungan vitamin C yang kuat. Selain mengelak masalah jantung, kanser, ia juga melindungi janin dari kecacatan.\n\nBuah yang baik untuk ibu hamil dan berfungsi mencantikkan wajah adalah buah strawberri. Buah strawberri yang amat terkenal di Cameron Highland ini dapat mencerahkan wajah dan mencegah kecacatan bayi.\n\nKismis adalah buah anggur kering yang mempunyai pelbagai khasiat untuk ibu hamil. Ia kaya dengan vitamin, mineral bolon, riboflavin dan folat.\u00a0Selain dapat menguatkan ingatan ibu, ia juga turut terkesan kepada bayi di dalam perut. Pasti bijak pandai!\n\nSelain dari buah-buahan segar, buah yang diproses seperti kismis juga sangat bermanfaat. Anda boleh amalkan kismis dalam pemakanan dan secara begitu sahaja. Untuk ibu mengandung amat sesuai dan disyorkan.\n\nBegitulah 18 buah yang baik untuk ibu hamil boleh dimakan. Makanlah sebanyak mana yang anda inginkan, pasti ia amat berkhasiat buat anda. Jemput baca cara senaman ibu hamil, Tanda hamil anak perempuan dan Hadiah hari jadi anak perempuan."
"Bagi peminat masakan, hari ini kami ingin kongsikan tips untuk mereka yang suka berada di dapur.Ini antara masakan atau tips yang menarik untuk dicuba. Tips ini boleh membuatkan anda kelihatan sebagai pakar masakan.Antara yang kami paling suka adalah tips No.5.\n\nCara pemakanan aiskrim anda pasti akan berubah selepas anda melihat tips ini. Ia hanya memerlukan sebuah aiskrim potong. Semakin mahal sebuah aiskrim yang digunakan, semakin sedap sandwich aiskrim yang tersedia nanti. Betulkah? :-P\n\nTidak pandai untuk mengupas lemon? Ingin mencari tips dan cara yang mudah tetapi membolehkan anda nampak seperti pakar masakan. Cubalah gubahan lemon ini.\n\nIni adalah untuk tips untuk sesiapa suka membuat kek. Rekaan yang terhasil memang menyebabkan semua orang pasti kagum dengan bakat kek anda.\n\nKalaulah Burger Bakar Abang Burn tahu tips ini, pastinya indsutri burger bakar akan bertukar dan berwajah baru. Semoga rahsia ini diketahui cepat oleh Burger Bakar Abang Burn. Sebabnya kami sedikit malas untuk membuat tetapi terliur melihat gambarnya.\n\nIni adalah cara mudah untuk membuat roti cheese. Anda hanya memerlukan sekeping roti dan beberapa keratan kecil cheese. Cheese yang dikerat itu akan disumbat antara celahan roti yang sedia dipotong sebelum itu. Boleh hias roti cheese anda dengan meletakkan beberapa herba kecil yang menaikkan aroma cheese anda.\n\nKongsikan 5 Tips ini kepada rakan-rakan anda jika ianya menarik."
"Dalam Islam, amalan berdoa merupakan sesuatu amalan yang memberi impak yang besar kepada umatnya. Antara kelebihan dan kepentingan doa adalah:\n\n1) Sebagai pelindung dan senjata orang mukmin agar dijauhkan Allah daripada godaan syaitan dan segala musibah.\n\n2) Untuk meningkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan kepada Allah swt. Dengan berdoa, kita dapat mendekatkan diri dengan Allah swt dan bergantung harap hanya kepada Allah swt.\n\n3) Allah sangat suka kepada hambaNya yang berdoa dan meminta-minta kepada Nya. Jadi, berdoalah dan mintalah serta mengadulah apa sahaja kepada Allah swt. Hanya Allah yang mampu perkenankan doa permintaan kita.\n\nRasulullah saw bersabda, \u201cSesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong.\u201d\u00a0(HR at-Tirmizi)\n\n4) Doa merupakan tali penghubung antara anak dengan ibu bapa yang telah meninggal dunia. Sabda Nabi saw, \u201cApabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalan kecuali 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.\u201d (HR Bukhari dan Muslim)\n\n5)\u00a0Doa dapat mententeramkan jiwa, menjadi penenang dan penawar kepada hati yang lara. Firman Allah, \u201cKetahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.\u201d (Surah ar-Ra\u2019d ayat 28)\n\n6) Doa membuka pintu rahmat Allah swt. Seperti mana sabda Nabi saw, \u201cDoa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat.\u201d (HR ad-Dailami)\n\nSebenarnya banyak lagi kelebihan berdoa. Itulah sebabnya Nabi saw menyebut, \u201cDoa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi.\u201d \n\nDaripada hadis-hadis ini kita dapat melihat betapa pentingnya amalan berdoa bagi seorang hamba Allah. Oleh sebab itu, sangat penting setiap ibu bapa mendoakan anak-anak mereka.\n\nDoa ibu bapa itu tiada hijabnya, seperti mana sabda Nabi saw, \u201cTiga doa yang sangat mustajab yang tidak ada syak lagi (diterima oleh Allah swt) iaitu doa orang teraniaya, doa orang yang musafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya.\u201d (HR at-Tirmizi)\n\nAntara doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk anak-anak adalah:\n\n1) Doa Agar Anak Rajin Solat\n\n\u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0671\u062c\u0639\u064e\u0644\u0646\u0650\u0649 \u0645\u064f\u0642\u0650\u064a\u0645\u064e \u0671\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0648\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646 \u0630\u064f\u0631\u0650\u0651\u064a\u064e\u0651\u062a\u0650\u0649 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644 \u062f\u064f\u0639\u064e\u0622\u0621\u0650\n\nMaksudnya: \u201cWahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku\u201d. (Surah Ibrahim ayat 40)\n\nDoa ini adalah doa Nabi Ibrahim as untuk anak-anaknya. Sungguh besar harapan ibu bapa, agar zuriat keturunannya adalah dari golongan yang menjaga solat. Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu nak perhatikan anak-anak kita setiap masa, mudah-mudahan, dengan doa ini, anak-anak serta zuriat keturunan kita sentiasa terpelihara dan memelihara solat mereka.\n\n2) Doa Agar Anak Menjadi Penyejuk Mata\n\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0628\u06e1 \u0644\u064e\u0640\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u06e1 \u0627\u064e\u0632\u06e1\u0648\u064e\u0627\u062c\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0630\u064f\u0631\u0651\u0650\u064a\u0651\u0670\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0631\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u064e\u0639\u06e1\u064a\u064f\u0646\u064d \u0648\u0651\u064e\u0627\u062c\u06e1\u0639\u064e\u0644\u06e1\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0650\u0644\u06e1\u0645\u064f\u062a\u0651\u064e\u0642\u0650\u064a\u06e1\u0646\u064e \u0627\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627\u200f\n\nMaksudnya:\u00a0\u201c.Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami\u00a0melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.\u201d (Surah al-Furqan ayat 74)\n\nDoa ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga yang bahagia. Ini kerana, doa ini bukan sahaja memohon agar beroleh pasangan serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hati, malah, doa ini juga memohon agar kita sebagaiibu bapa dapat menjadi role model (qudwah hasanah) buat anak-anak.\n\n3) Doa Agar Anak Diberi Rahmat\n\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0632\u0650\u0639\u0652\u0646\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064e \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u062a\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0651\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0627\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0652\u0644\u0650\u062d\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a \u0630\u064f\u0631\u0651\u0650\u064a\u0651\u064e\u062a\u0650\u064a\n\nMaksudnya:\u00a0\u201c.Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).\u201d (Surah al-Ahqaf ayat 15)\n\nDoa ini membawa maksud yang sangat mendalam. Sebagai seorang hamba kepada Allah swt, sememangnya kita perlu sentiasa berdoa agar kita tidak lalai dengan nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan. Malah, doa ini juga memohon agar kita serta zuriat keturunan kita dapat terus istiqamah beramal soleh kepada Allah swt.\n\n4) Doa Agar Anak Lembut Hati\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0637\u0650\u064a\u0641\u064c \u0628\u0650\u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u064f \u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0634\u064e\u0627\u0621\u064f \u06d6 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0650\u064a\u0651\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0632\u0650\u064a\u0632\u064f\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.\u201d\u00a0(Surah as-Syura ayat 19)\n\nDoa ini dibacakan kepada anak agar hati anak menjadi lembut, tidak keras dan degil. Al-Latif adalah salah satu nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut. Mudah-mudahan, dengan berkat kelembutanNya, anak kita juga punyai hati yang lembut.\n\n5) Doa Agar Anak Mentaati Perintah Allah\n\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0671\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u064e\u0643\u064e \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646 \u0630\u064f\u0631\u0651\u0650\u064a\u0651\u064e\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627\u0653 \u0623\u064f\u0645\u0651\u064e\u0629\u064b \u0645\u0651\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064e\u0629\u064b \u0644\u0651\u064e\u0643\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0631\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0646\u064e\u0627\u0633\u0650\u0643\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064f\u0628\u0652\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627\u0653 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u0671\u0644\u062a\u0651\u064e\u0648\u0651\u064e\u0627\u0628\u064f \u0671\u0644\u0631\u0651\u064e\u062d\u0650\u064a\u0645\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cWahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.\u201d (Surah al-Baqarah ayat 128)\n\nDoa ini dibacakan oleh Nabi Ibrahim as ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail as. Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita serta keturunan kita menjadi hamba Allah yang taat dan beribadah dengan cara yang benar serta tidak sesat. Semoga Allah menerima taubat kita.\n\n6) Doa Mendapat Zuriat Yang Baik\n\n\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u0650\u0649 \u0645\u0650\u0646 \u0644\u0651\u064e\u062f\u064f\u0646\u0643\u064e \u0630\u064f\u0631\u0651\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064b \u0637\u064e\u064a\u0651\u0650\u0628\u064e\u0629\u064b \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u0633\u064e\u0645\u0650\u064a\u0639\u064f\u00a0\u0671\u0644\u062f\u0651\u064f\u0639\u064e\u0627\u0653\u0621\n\nMaksudnya:\u00a0\u201c.Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.\u201d (Surah Ali Imran ayat 38)\n\nDoa ini dibaca oleh Nabi Zakaria as ketika memohon daripada Allah swt agar dikurniakan zuriat. Nabi Zakaria sudah bertahun-tahun kahwin tetapi diuji dengan tiada zuriat. Nabi Zakaria as tanpa putus asa sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya. Akhirnya Allah swt perkenankan doa Baginda dan mengurniakan seorang anak yang bernama Nabi Yahya as.\n\nDoa ini sangat sesuai diamalkan agar kita dikurniakan zuriat yang baik akhlaknya. Malah bagi pasangan yang belum direzekikan zuriat, anda juga boleh amalkan doa Nabi Zakaria as ini untuk memohon rezeki anak.\n\n7) Doa Agar Anak Diberi Kefahaman Agama\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0641\u064e\u0642\u0650\u0651\u0647\u064f\u0651 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652\u0647\u064f \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0623\u0652\u0648\u0650\u064a\u0652\u0644\u064e\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).\u201d\n\nDoa ni dibaca oleh Rasulullah saw sewaktu baginda mengusap kepala Ibnu Abbas ketika beliau kanak-kanak. Dan kesannya Ibnu Abbas menjadi seorang yang bijak dan tawaduk. Beliau adalah yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah saw semasa hayat beliau.\n\nAnda boleh amalkan bacaan doa ini kepada anak-anak sambil mengusap ubun-ubun mereka. Boleh baca doa ini sewaktu anak-anak tidur ataupun sebelum pergi ke sekolah.\n\nSetiap ibu bapa wajib mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allah swt kepada kita. Sudah pasti kita akan ditanya kelak bagaimana kita mendidik mereka. Justeru itu didiklah anak dan berilah ilmu agama kepada anak-anak dengan sebaik-baiknya. Jangan lepaskan peluang untuk doakan kebaikan anak-anak kerana doa ibu bapa kepada anak-anak adalah sangat mustajab.\n\n\u201cKetahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar\u201d (Surah al-Anfal ayat 27-28)\n\nSelain artikel doa untuk anak , jemput juga membaca artikel lain tulisan kami seperti amalan ibu mengandung, cara tanam uri dan juga doa mudah bersalin.Oh ya, jangan lupa untuk share dan like artikel ini jika dirasakan bermanfaat."
"Mesti ramai di antara kita menyangkakan bahawa semasa kita tidur adalah masa di mana badan kita berehat dan tidak bergera semata-mata bukan? Hakikatnya, semasa kita tidur terlalu banyak proses yang sangat penting yang dijalankan oleh badan kita pada waktu tersebut.\n\nTidak cukup tidur boleh mendatangkan mudarat kepada seseorang jika kita tidak tidur dalam tempoh masa yang panjang. Ini menunjukkan betapa pentingnya tidur kepada kita untuk memastikan kesihatan kita terjamin.\n\nMari kita lihat tanda-tanda isteri tidak cukup tidur yang para suami perlu tahu yang telah dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Tanpa melengahkan masa lagi mari kita baca apakah tanda-tanda tersebut.\n\n5 Tanda Isteri Tidak Cukup Tidur \n\n*Kita perlulah selalu memerhatikan gerak-geri isteri kita. Jika tanda-tanda yang telah anda baca di atas ada pada isteri anda, bolehlah anda ambil tindakan. \n\nTolong isteri anda kemas dapur dan jaga anak supaya isteri dapat tidur awal dan pastinya anda akan merasakan perbezaan yang ketara pada isteri anda kemudian hari.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di\u00a0sini. \n\n Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di\u00a0sini."
"Sedang mencari maklumat lanjut mengenai pelbagai jenis susu formula? Berikut adalah beberapa cara untuk beralih dengan lancar daripada satu jenis susu formula ke formula yang lain.\n\nProses mencari susu formula yang sesuai untuk si manja perlu diberi keutamaan. Memandangkan tubuh badan mereka masih membesar, anda perlu memahami dengan teliti bahan-bahan yang digunakan dalam susu formula anak anda sebelum membandingkan satu jenama dengan yang lain. Akhirnya, anda mahukan susu formula yang bukan sahaja menjamin kesihatan, malah lazat bagi anak anda! Sebagai peringatan, sentiasa semak dan pastikan sumber susu formula dan cara ia dihasilkan bagi ketenangan minda.\n\nBerikut adalah jawapan kepada soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa tentang perbezaan susu formula dan cara yang sesuai untuk mengalih daripada\u00a0 satu formula ke formula yang lain. Kami cadangkan agar anda dapatkan nasihat dan penjelasan daripada doktor anak anda jika anda mempunyai kemusykilan.\n\nAdakah penukaran susu formula membahayakan kesihatan anak saya?\n\nIa tidak berbahaya sama sekali! Susu formula dihasilkan daripada susu lembu atau susu kambing. Perkara yang paling penting untuk dilakukan selepas bertukar susu formula anak anda adalah memantau si kecil\u00a0 untuk memastikan susu formula baru tiada kesan sampingan terhadap sistem penghadaman mereka.\n\nBolehkah saya terus bertukar antara susu formula?\n\nYa, tentunya boleh! Memandangkan kebanyakan susu formula diperbuat daripada susu lembu, pertukaran antara susu formula biasanya tiada menjadi masalah. Jika ingin menukar susu formula yang mudah dihadam perut si manja, antara susu formula yang boleh dicuba adalah susu tepung Friso\u00ae Gold yang terdapat di Malaysia. Ia dihasilkan dengan Susu NOVAS\u2122 Signature yang diimport dari ladang tenusu di Belanda. Setiap formula akan menjalani proses kawalan rantai ketat jenama yang dikenali sebagai \u201cGrass to Glass\u201d, dan setiap tin susu akan mempunyai kod QR TrackEasy dicetak padanya untuk pengesanan asal bahan.\n\nSusu Signature NOVAS\u2122 diperoleh dari ladang Belanda dengan lebih 140 tahun sejarah dan pengalaman. Lembu-lembu dipilih khas dan diberi makan untuk menghasilkan susu berkualiti tinggi yang digunakan bagi menghasilkan formula susu yang digemari ramai. Seiringan dengan Teknologi LocNutri jenama, anda boleh dapatkan sample formula susu Friso\u00ae Gold kaya dengan nutrien dan mudah dihadam.\n\nPanduan langkah demi langkah tentang cara menukar formula\n\nJika anda telah memutuskan untuk beralih kepada susu formula, langkah seterusnya ialah peralihan secara beransur-ansur iaitu dalam tempoh satu hingga dua minggu. Jadual berikut menunjukkan panduan ringkas untuk beralih daripada formula semasa anda kepada, sebagai contoh, Friso Gold:\n\nSebagai peringatan, tiada tempoh yang tetap atau wajib untuk beralih dengan cepat dari satu susu formula ke formula yang lain. Jika anak anda mengambil masa yang lebih lama, maka bersabarlah dengan mereka. Sebaik sahaja mereka menerima sepenuhnya susu formula baharu, usaha anda akan berbaloi.\n\nTip menukar susu formula dengan lancar\n\nPertama, sentiasa baca dan ikuti arahan yang dicetak pada produk dengan teliti, kerana jenama yang berbeza mempunyai kaedah bancuhan dan pencairan masing-masing, yang merangkumi nisbah serbuk air kepada susu yang berbeza. Elakkan campuran serbuk dua jenama susu atau lebih dalam satu botol kerana perbuatan itu akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.\n\nKedua, perhatikan anak anda selepas bertukar susu formula. Dalam tempoh 24 jam pertama, anda akan memahami cara sistem penghadaman mereka menerima susu formula baharu. Jika anda perasan kesan sampingan yang ditunjuk di bawah, ini bermakna susu formula baharu mungkin tidak sesuai untuk anak anda dan mungkin perlu ditukar:\n\nPerlu diingatkan juga bahawa perubahan kecil dalam tabiat buang air anak \u2014 seperti tekstur, kekerapan dan sedikit perubahan dalam warna najis mereka \u2014 tidak perlu dibimbangkan. Ini adalah kerana jumlah bahan tambahan (seperti zat besi dan prebiotik) yang terkandung dalam susu formula mungkin berbeza mengikut jenama. Anda patutlah mengekalkan jenis dan jenama susu formula yang sama selama sekurang-kurangnya seminggu untuk memahami bagaimanakah ia sebenarnya mempengaruhi sistem penghadaman dan pergerakan usus anak anda.\n\nSeterusnya, anda perlu mengekalkan ketenangan dan sabar dalam proses penukaran susu formula. Anda juga perlu memahami bahawa pilihan anak anda mungkin berubah apabila mereka semakin membesar dan lebih mengikut deria rasa mereka. Oleh itu, anda haruslah mencuba formula baharu apabila diperlukan, kerana setiap formula yang anda cuba mendekatkan anda kepada formula yang sesuai untuk si manja.\n\nJika anak anda menghadapi masalah menukar susu formula, dapatkan nasihat daripada pakar pediatrik anda atau hubungi talian Friso Care di 1800-88-1647 untuk mendapatkan maklumat lanjut, tersedia setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang."
"Percayakah anda hanya menggunakan 3 bahan saja boleh buat resepi kek cheese sedap yang sangat mabeles!\n\nHanya menggunakan cream cheese Tatura, susu dan telur saja, membuat kek cheese yang gebu gebas jadi semudah kelipan mata.\n\nResepi kek cheese creamy yang dikongsikan oleh Marina Zainal\u00a0di laman Facebook ini telah mendapat perkongsian yang amat ramai. Banyak yang telah cuba membuat di rumah, dan hasilnya tidak menipu, memang mudah!\n\nSekarang membuat kek cheese tidak lagi susah. Semua orang boleh buat jika resepi semudah dan sesenang ini betul bukan? Tunggu apa lagi, mari buat kek cream cheese sekarang.\n\nBeginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!\n\nNota :\u00a0Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali cuba buat. Kalau rasa mahu kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.\n\nSelain resepi kek cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya"
"Kebanyakan kita kurang arif tentang cara kira formula kalori. Apa itu kalori? Mengapa ia begitu penting untuk kesihatan tubuh kita? Ramai yang silap dengan beranggapan bahawa cukuplah mereka makan makanan yang sihat dan seimbang.\n\nYa, memang betul kita perlu makan mengikut piramid makanan. Namun, anda juga perlu tahu keperluan kalori harian. Keperluan kalori ini berbeza-beza bagi setiap orang. Misalnya bagi seorang atlet, keperluan kalorinya lebih tinggi daripada seorang kerani.\n\nJika anda suka makan makanan yang tidak sihat, seeloknya semak keperluan kalori tubuh. Bagi yang langsung tidak aktif dan jarang membuat aktiviti fizikal, anda berisiko mendapat masalah kesihatan.\n\nJika anda makan dengan kadar berlebihan, walaupun ia sihat dan bagus, anda tetap akan mengalami kenaikan berat badan. Ini disebabkan pengambilan kalori anda sudah melebihi keperluan badan. Keliru? Jangan risau, selepas baca artikel ini anda akan lebih jelas.\n\nJusteru, dalam artikel ini penulis akan kongsikan cara yang betul untuk kira formula kalori. Sebelum itu, jom baca tentang maksud kalori secara mendalam.\n\nSetiap makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari berfungsi untuk menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam badan dipanggil kalori.\n\nNilai kalori diukur dengan unit kilokalori (kcal). Kalori diperlukan oleh kita untuk melakukan pelbagai aktiviti harian misalnya berjalan, tidur, mendaki gunung dan sebagainya.\n\nMengapa Keperluan Kalori Setiap Orang Berbeza?\n\nKeperluan kalori setiap orang berbeza bergantung kepada faktor-faktor berikut:\n\nLelaki memerlukan kalori yang lebih tinggi berbanding wanita. Ini disebabkan peratusan otot yang lebih banyak dalam tubuh mereka. Golongan lelaki juga kebanyakannya bertubuh besar, lebih memerlukan tenaga dan membuat kerja berat berbanding wanita.\n\nBerbanding orang dewasa, seorang remaja memerlukan kalori yang lebih tinggi. Ini kerana mereka sedang mengalami proses pertumbuhan yang pantas dan pesat.\n\nBagi orang yang aktif dan mengamalkan aktiviti fizikal yang berat, keperluan kalori mereka lebih tinggi. Misalnya keperluan kalori bagi atlet, petani, buruh, penternak dan peladang lebih tinggi daripada orang yang bekerja di pejabat.\n\nIni disebabkan kalori diperlukan oleh tubuh untuk pelbagai aktiviti harian. Lebih berat aktiviti fizikal, lebih banyak kalori diperlukan. Selain itu, kalori juga diperlukan untuk pengekalan suhu badan, metabolisme dan pertumbuhan.\n\nPastinya anda tak sabar nak tahu cara kira keperluan kalori tubuh. Jom kita semak formula kalori yang tepat. Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan.\n\nAnda perlu tahu Indeks Jisim Tubuh (BMI), berat badan ideal dan tahap aktiviti fizikal yang sering dilakukan.\n\nDi bawah ini ialah ialah cara untuk mengira BMI:\n\nBerat badan Atan ialah 85 kg. Ketinggiannya ialah 1.72 m. Oleh itu, BMI Atan ialah;\n\nMaka, BMI Atan (28.7) mengikut jadual di atas boleh diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan.\n\nTentukan keperluan kalori anda dengan formula berikut\n\na. Berat badan semasa (kg) didarabkan dengan faktor seperti dalam Jadual B mengikut status berat badan dan aktiviti fizikal.\n\nb. Tambah 400 hingga 600 kcal/hari sekiranya perlu peningkatan berat badan atau tolak pengambilan kalori.\n\nJadual B: Faktor F Bagi Penentuan Kalori Orang Dewasa\n\nSuzi ialah seorang kerani di sebuah kilang. Dia melakukan aktiviti fizikal dengan kadar sederhana saja. Berat badan Suzi ialah 63 kg dan mempunyai ketinggian 160 cm. BMI Suzi adalah normal iaitu 24.6 kg/m2.\n\nOleh itu, keperluan kalori Suzi ialah:\n\n63 kg x 35 (Faktor F) = 22005 kcal / 2200 kcal sehari\n\nAni berusia 34 tahun. Dia merupakan seorang operator telefon. Berat badannya ialah 75 kg dan ketinggian 162 cm. BMI Ani ialah 28.8 kg/m2. BMI ini menunjukkan bahawa Ani mengalami masalah berat badan berlebihan.\n\nOleh itu, keperluan kalori Ani ialah:\n\n75 kg x 30 (Faktor F) = 2250 kcal sehari\n\nDisebabkan Ani mengalami berat badan berlebihan, tolakkan 500 kcal daripada jumlah kalori yang telah diperolehi iaitu:\n\n2250 kcal \u2013 500 kcal = 1750 kcal sehari\n\nRaju ialah seorang petani. Dia mengusahakan pelbagai jenis sayur-sayuran di kebunnya. Berat badan Raju ialah 50 kg dan ketinggiannya ialah 165 cm. BMI Raju menunjukkan bahawa dia kurang berat badan iaitu 18.38 kg/m2.\n\nOleh itu, keperluan kalori Raju ialah:\n\n50 kg x 40 (Faktor F) = 2000 kcal sehari\n\nDisebabkan BMI Raju sangat rendah, dia perlu menambah kalori hariannya.\n\n2000 kcal + 500 kcal = 2500 kcal sehari\n\nAnda juga boleh mengira BMI dan keperluan kalori secara online di\u00a0 laman web MyNutri. Di laman ini, terdapat pelbagai info yang bagus untuk panduan kita. Antaranya panduan pemakanan, menu sihat, pembakaran kalori, fakta pemakanan dan sebagainya.\n\nKita perlu mengambil kalori mengikut keperluan tubuh. Jika anda seorang yang aktif, keperluan kalori perlu ditambah. Bagi mereka yang kurang aktif pula, keperluan kalori perlu dikurangkan.\n\nJika mengambil kalori berlebihan, ia akan meningkatkan risiko obesiti. Malahan, penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sesetengah jenis kanser dan jantung boleh menyerang.\n\nManakala, jika pengambilan kalori terlalu kurang akan menyebabkan berat badan susut dan kekurangan nutrien tertentu. Malahan, bagi kanak-kanak jika keperluan kalori tidak mencukupi dalam tempoh yang lama akan menyebabkan bantut.\n\nNampaknya, setakat ini saja perbincangan penulis tentang cara kira formula kalori yang betul. Anda boleh mengajar keluarga dan rakan-rakan tentang formula kalori ini. Semoga artikel ini memberikan semangat kepada anda untuk menjaga kesihatan.\n\nJangan lupa baca tentang tips timbang berat badan dan senarai kalori makanan Malaysia. Moga bermanfaat."
"Sepanjang\u00a0melayari bahtera rumah tangga, adalah menjadi satu kebiasaan ketidaksefahaman antara pasangan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah dalam mulut pun tergigit, inikan pula kita sebagai manusia biasa.\n\nPasti kadang kala akan berlakunya pergaduhan kecil. Namun saya percaya, sedikit pergaduhan dan perselisihan pendapat akan mematangkan kita dalam menjalani perhubungan sekaligus mengeratkan lagi kasih sayang sesama suami dan isteri.\n\nDalam pergaduhan tersebut, pasti akan berakhir dengan salah seorang merajuk, kerana terluka kononnya. Adakalanya sang suami merajuk, tetapi kebanyakannya pasti sang isteri yang merajuk. Lebih-lebih lagi isteri yang agak suka bermanja dengan suami.\n\nMemujuk adalah SANGAT penting dalam perhubungan. Sekiranya anda mengabaikan sahaja perasaan pasangan, dikhuatiri pasangan akan menyimpan sahaja perasaan negatif tersebut dan akan memburukan lagi hubungan anda di masa hadapan.\n\nArtikel kami hari ini adalah berkenaan langkah\u00a0memujuk pasangan selepas bergaduh. Diharap, artikel ini dapat membantu kita yang sering ketandusan idea untuk memujuk pasangan sekaligus\u00a0memberikan kita kesedaran dan semangat berkobar-kobar untuk membawa perubahan pada hubungan kita kearah yang lebih baik, inshaAllah.\n\nPernahkah anda mendengar pepatah, diam tidak bermakna kalah. Begitu juga dalam perhubungan suami isteri. Adakalanya, salah seorang harus mengalah demi keharmonian rumah tangga.\n\nBersikap mementingkan diri sendiri bukan sahaja merosakkan perhubungan anda, ia juga pasti mengganggu emosi dan perasaan anda. Berusahalah untuk memujuk pasangan anda.\n\nTidak semestinya apabila kita memujuk beliau, bermakna si dia selalu betul. Walaupun kita tampak merendahkan diri kita semasa memujuk pasangan ketika itu, jangan risau. Hakikatnya kita nampak mulia di mata Allah, inshaAllah.\n\nLANGKAH 1. Tuning in atau mengenalpasti\u00a0emosi pasangan anda\n\nTerlebih dahulu, sebelum melakukan apa-apa tindakan, kenalpasti dahulu emosi pasangan anda ketika itu\u00a0dengan \u2018tune in\u2019. Saya berikan analogi mudah.\u00a0Ingat tak kita pada radio lama?\n\nRadio zaman atuk atau ayah kita? Radio lama terpaksa di \u2018tune\u2019 secara manual untuk membolehkan kita menjumpai frekuensi yang sesuai dengan siaran radio kegemaran kita.\n\nPuas kita memusingkan tombolnya agar frekuensi betul-betul bersesuaian dan membolehkan siaran yang dimahukan kedengaran jelas.\n\nBegitulah\u00a0juga dengan cara menangani pasangan kita. Kita cuba untuk \u2018tune in\u2019 dengan frekuensi pasangan kita.\n\nKenalpasti emosi pasangan anda dengan memandang tepat pada matanya dan bertanya padanya secara lembut, \u201cAdakah awak kecewa? Marah? Sedih? Atau sekadar merajuk?\u201d\n\nLANGKAH 2. Berhubung dengan menerima dan mendengar\n\nCuba menyelami perasaan pasangan anda. Bertanya secara lembut apa yang menyebabkan dia berperasaan sebegitu. Lebih elok sekiranya anda memeluk beliau dan mendengar apa sahaja luahan hatinya.\n\nDalam pergaduhan, selalunya isteri kerap menangis. Sambil memeluknya, katakan padanya, \u201ctidak mengapa untuk menangis, tidak mengapa untuk marah\u201d. Cuba mendengar dengan tenang apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda, walaupun ada antaranya anda tidak bersetuju.\n\nSimpan dahulu apa yang ingin anda katakan. Buang terus perasaan untuk menang. Dengar dan menerima apa yang si dia mahu luahkan dengan setia.\n\nTunjukkan empati anda. Pastikan si dia mengetahui yang anda sangat memahami perasaan beliau. Kemudian, minta maaf dengan pasangan anda. Sekiranya anda seorang isteri, cium tangan suami anda.\n\nBagi suami pula, cium dahi isteri anda. Sebaik sahaja pasangan anda sudah bertenang, bolehlah anda menjelaskan sebab sebenar apa jua tindakan anda. Mengapa anda memilih warna hitam berbanding warna cream untuk sofa baru anda.\n\nMengapa anda terlupa memasukkan baju dalam bakul kain kotor pagi tadi. Mengapa anda terlupa membasuh pinggan pagi tadi. Mengapa anda pulang lewat dari tempat kerja hari ini. Apa sahaja.\n\nTerangkan dengan lembut dan tenang agar tidak mewujudkan pergaduhan baru pula. Sekiranya pasangan tidak menyukai dengan beberapa perangai anda, tekadkan keazaman untuk berubah. Sekali sekala, cuba berjenaka dengan si dia.\n\nKebanyakan dari kita lebih suka dipujuk semasa kita merajuk. Jangan biarkan kononnya supaya si dia cool down baru nak pujuk. Jika ditunggu, dikhuatiri pelbagai prasangka buruk bermain di dalam hatinya.\n\nDitambah lagi dengan hasutan syaitan yang suka apabila suami isteri bergaduh. Dari perkara kecil, pasti akan bercambah menjadi perkara besar. Jangan sekalipun merasakan bahawa itu perbuatan sia-sia. Ketahuilah, ada pahala memujuk yang Allah sediakan.\n\nJadi, bagaimana untuk memujuk pasangan anda?\n\nApabila bergaduh, kita kerap terlupa segala kebaikan yang dimiliki oleh pasangan kita. Disebabkan oleh satu perkara kecil yang menyebabkan kita marah, segala keburukan pasangan kita akan diungkit.\n\nElakkan melakukan perkara tersebut. Puji pasangan anda tentang apa jua yang anda sukakan padanya. Cantik, bergaya, pandai masak, comel, manja. Atau kuat, bergaya, rajin menolong di dapur, pandai melayan anak, kacak. Apa sahaja.\n\nBoleh baca : Pickup line terbaik untuk suami\n\nHadiah adalah antara cara yang sangat berkesan untuk memujuk pasangan anda terutamanya untuk kaum wanita. Tidak perlu dengan hadiah yang mahal. Hadiah yang kecil pun sudah memadai sekadar untuk memberitahunya anda sangat menyayangi dia.\n\nRujuk artikel ini untuk mengetahui bentuk hadiah yang sesuai untuk si dia: Tips Hadiah Untuk Suami dan Isteri.\n\n3) Mengajak melakukan apa yang dia suka\n\nSuami saya kerap mengajak saya melakukan aktiviti yang saya sukai untuk meredakan pergaduhan. Berbasikal, bermain ping pong atau memasak bersama-sama. Apa sahaja yang saya sukai.\n\nSemestinya saya akan menolak untuk menguatkan keegoan saya. Namun beliau memaksa. Walaupun penuh dengan keegoan, saya akui, dengan melakukan aktiviti yang saya sukai bersamanya, perasaan marah tersebut dapat berkurang sedikit demi sedikit.\n\nBawa pasangan anda keluar makan malam, membawanya ke pusat peranginan, hantar sejambak bunga di pejabat beliau atau apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakan pasangan anda.\n\nKaum lelaki tentunya terkenal dengan pandai mengucapkan kata-kata indah. Sekiranya anda pandai berkata manis sewaktu diawal cuba memperisterikan isteri anda, sudah pasti tidak mustahil untuk anda mengaplikasikan skil yang sama untuk memujuk beliau.\n\nCuba buatkan pasangan anda ketawa. Anda pasti mengetahui apa yang mampu membuatkan si dia ketawa. Buat lawak, geletek manja ataupun buat gaya yang kelakar.\n\nBerdoa adalah cara yang paling penting dalam meredakan suasana rumahtangga yang ribut. Namun, ini tak bermakna anda hanya berdoa tatkala ditimpa masalah sahaja. Sentiasalah berdoa demi kebahagiaan rumahtangga. Lazimi menyebut zikir :\n\nKredit gambar: Nur Brkich, Sadiya Durrani, D\u2019Arcy Vallance"
"Sebaik sahaja diijab kabulkan dan bergelar seorang isteri, syurga seorang wanita adalah pada suaminya. Malah walau apa urusan sekali pun, suami adalah keutamaannya. Bukan lagi ibu bapa. Malah dalam islam, untuk keluar dari rumah sekali pun seorang isteri wajib meminta kebenaran suami. Namun begitu, ia tidak bermakna bahawa hubungannya dengan ibu bapa dan keluarga terus terputus.\n\nSelepas berkahwin, seorang anak perempuan masih mempunyai tanggungjawab ke atas kedua ibu bapa dan keluarganya. Islam bukanlah agama yang zalim sehingga terus memutuskan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan di antara anak dan ibu bapanya. Jom ketahui info tentang 10 tanggungjawab anak perempuan selepas berkahwin kepada ibu bapanya yang mungkin ramai terlepas pandang.\n\nMenyayangi dan menghormati kepada kedua ibu bapa\n\nTanggungjawab anak perempuan ke atas ibu bapa selepas berkahwin adalah untuk sentiasa menyanyangi dan menghormati mereka berdua sehingga ke akhir hayat. Ibu bapa adalah dua manusia pertama yang mengenali kita. Malah mereka terlalu berjasa kepada kita. Walau apa pun yang kita lakukan takkan dapat membalas jasa mereka.\n\nSayangi kedua ibu kita dan layanlah mereka dengan baik, lembut, sopan, dan penuh hormat. Luangkan masa bersama mereka. Bawa keluarga balik ke kampung pada hujung minggu untuk menggembirakan hati kedua ibu bapa kita yang semakin tua.\n\nSelaku anak perempuan, adalah menjadi tanggungjawab untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa walau pun setelah bergelar seorang isteri. Teruslah menjadi seorang anak yang baik dan berbakti kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih ada. Jika ibu bapa sudah tua dan tidak mampu untuk ke hospital dengan sendiri, adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai anak untuk membawa mereka.\n\nJika ibu bapa kita sakit, adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sehingga sihat semula. Jangan jadikan status seorang isteri sebagai alas an untuk tidak menjalankan tanggung jawab ini.\n\nMenjaga nama baik kedua ibu bapa\n\nKita akan sentiasa membawa nama kedua ibu bapa walau ke mana pun kita pergi dan ianya berterusan walau pun setelah kita bergelar seorang isteri. Akhlak dan perilaku kita menggambarkan didikan yang diberikan oleh mereka sejak kita kecil. Oleh itu sentiasa jaga nama baik mereka agar nama baik mereka tidak tercemar disebabkan oleh kita. Malah di dalam keluarga mertua, pastinya setiap gerak-geri kita diperhatikan, lebih-lebih lagi kalau kita baru berkahwin.\n\nMenjaga silaturrahim dengan ibu bapa, adik-beradik serta ahli keluarga yang lain\n\nSilaturrahim dan hubungan yang baik di antara kita dan ibu bapa serta adik-beradik yang lain haruslah dijaga walau pun kini kita sudah mempunyai keluarga sendiri. Hubungan darah yang ada takkan pernah putus sampai bila-bila.\u00a0 Begitu juga dengan keluarga yang dekat seperti sepupu-sepapat. Menjaga silaturrahim adalah di antara tanggung jawab yang kita galas. Malah satu hari nanti apabila ibu bapa kita sudah tiada lagi, jangan sesekali lupa untuk terus menjaga silaturrahim ini.\n\nJangan bebankan kedua ibu bapa dan keluarga dengan masalah rumah tangga\n\nSalah satu dugaan dalam berumah tangga ialah masalah kewangan. Walau sesusah mana pun, jangan sesekali bebankan kedua ibu bapa atau ahli keluarga yang lain dengan masalah kewangan kita. Usaha untuk menyelesaikannya sendiri dengan sedaya upaya sebelum meminta bantuan mereka. Jadilah manusia yang berdikari dan tidak bergantung kepada ibu bapa. Mungkin kita fikir ibu bapa kita mampu membantu namun sampai bila? Kalau kita sentiasa bergantung kepada mereka, bagaimana jika mereka sudah tiada satu hari nanti?\n\nHulurkan bantuan kewangan setakat yang mampu\n\nTanggung jawab anak perempuan selepas berkahwin yang seterusnya ialah untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada ibu bapa setakat yang termampu. Jika anda seorang wanita berkerjaya, tak salah kalau anda hulurkan duit kepada mereka setiap kali dapat gaji. Jika ibu bapa mengadu kekurangan duit, anda juga bertanggung jawab untuk memberikan duit setakat mana yang mampu.\n\nAda orang menghantar anak kepada ibu bapa untuk dijaga atas alasan tidak bercaya kepada pengasuh. Padahal sepatutnya pada usia senja, kedua ibu bapa perlukan rehat yang banyak dan meluangkan masa untuk beribadat mengumpul pahala. Jangan sesekali bebankan kedua ibu bapa kita.\n\nBersabar dengan segala kekurangan dan karenah kedua ibu bapa\n\nSemakin ibu bapa kita tua, mereka akan menjadi semakin sensitive dan mudah terasa. Malah mereka inginkan layanan yang istimewa daripada kita. Banyakkan bersabar dalam melayan karenah mereka seperti mereka bersabar melayan kita sewaktu kecil dulu.\n\nSebagai anak perempuan, di antara tanggung jawab kita ialah untuk sentiasa mendoakan kebaikan buat kedua ibu bapa. Malah satu hari nanti apabila ibu bapa kita sudah tiada di dunia, kita perlu terus mendoakan mereka yang kini berada di alam kubur.\n\nHulurkan bantuan kepada ibu bapa dan adik-beradik bila diperlukan\n\nTanggung jawab anak perempuan selepas berkahwin yang terakhir ialah untuk menghulurkan bantuan kepada ibu bapa dan adik-beradik apabila diperlukan. Tak kira sama ada bantuan dari segi masa, tenaga, atau wang. Jangan sesekali berkira dan kedekut dengan mereka. Bukan orang lain pun, ahli keluarga kita sendiri juga.\n\nItulah dia perkongsian tentang tanggung jawab anak perempuan selepas berkahwin yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanggungjawab seorang bapa dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa"
"Cara sama macam ayam masak kicap namun kali ini kita menggunakan ikan cencaru. Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook berkongsikan resepi ikan cencaru masak kicap mudah dan sedap.\n\nYang menarik jika menggunakan ikan cencaru ialah sebaiknya mencabut kulit ikan terlebih dulu. Kerana kulit ikan cencaru agak tebal berbanding ikan biasa umumnya.\n\nResepi ini konfirm akan disukai kanak-kanak kerana ia manis dan sedap. Jika ingin pedas sila tambah cili sesuai selera. Sila masak ikan masak kicap untuk hidangan makan petang mahupun malam.\n\nSelain resepi ikan masak kicap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kali ini kami bawakan sebuah resepi yang unik dan boleh divariasikan oleh anda sendiri. \n\nSelalu sahaja kita mencari resepi yang boleh diubah suai mengikut citarasa kita bukan? Akan tetapi, untuk menukar resepi tersebut perlukan keberanian dan juga anda perlu mengambil risiko. Buat mereka yang bukan risk taker, pasti susah untuk anda mengubahsuai sesebuah resepi. \n\nHari ini, kami akan kongsikan sebuah resepi kek cheese pelbagai perisa yang telah dikongsikan oleh Roziati Mdali di Facebook. Resepi ini telah hangat di Facebook kerana hasilnya yang memuaskan. Anda juga boleh mengubah perisa resepi ini. Unik kan? Jadi anda tak perlu lagi risau kek ini tak jadi atau tak mendapat rasa yang sedap. \n\nResepi ini juga menggunakan bahan \u2013 bahan yang mudah untuk didapati dan sekiranya anda bukan seorang baker pun tidak menjadi masalah. Apa tunggu lagi, jom check\u00a0it\u00a0out!\n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang \u2013 alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial."
"Kunci kebahagiaan rumahtangga bukan hanya pada hadiah cincin berlian dan kereta mewah seperti yang dipaparkan golongan elite atau artis. Bukan juga pada kepuasan di bilik tidur seperti yang diiklankan perniagaan ubat kuat.\n\nRumah tangga yang bahagia boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan sesama pasangan. Hentikan berharap pasangan anda berubah menjadi seperti yang anda harapkan. Mulakan perubahan tersebut dengan diri anda sendiri, hari ini.\n\nSemua sudah maklum, solat merupakan tiang agama. Kukuhnya agama, kukuhlah rumah tangga anda, inshaAllah. Tidak kira sesibuk mana anda dan pasangan, pastikan anda menjaga solat anda bersama-sama.\n\nSaling mengingati sekiranya salah seorang daripada anda terleka. Paling baik sekiranya suami berjemaah di surau dan isteri menjaga solat diawal waktu. InshaAllah sekiranya anda dan pasangan menjaga suruhan utama Allah, Allah pasti akan menjaga hubungan anda.\n\n#2. Ucap Terima Kasih Sekurang-kurangnya Sehari Sekali\n\nAnda sering mengucapkan terima kasih pada orang lain walaupun sorang tersebut sekadar memberi anda laluan di kedai runcit yang sempit.\n\nBagaimana pula pada pasangan anda? Tunjukkan penghargaan pada pasangan anda sekurang-kurangnya sehari sekali \u2013 walaupun anda merasakan perbuatan tersebut adalah tanggungjawabnya.\n\nUcapkan terima kasih pada isteri anda atas hidangan makan malam yang disediakan beliau. Ucapkan terima kasih pada suami anda kerana menghantar anak-anak ke sekolah. Ucapkan terima kasih pada pasangan kerana membasuh sendiri pinggannya sebaik lepas makan.\n\nKata-kata penghargaan boleh mengingatkan pasangan anda betapa anda menyayanginya dan dengan mengetahui beliau dikasihi, si dia akan berusaha menjadi yang lebih baik untuk anda.\n\n#3. Berikan Layanan Pada Si Dia Dengan Penuh Hormat Dihadapan Orang Lain\n\nTidak kira anda menghadiri kenduri, temujanji bersama kawan rapat, menghabiskan masa bersama keluarga di kampung atau menemaninya membeli barang di pasar, layanlah pasangan anda dengan penuh hormat. Pimpin tangannya sewaktu berjalan. Berikan senyuman manis padanya. Letakkan tangan anda di atas bahunya.\n\nDan JANGAN sesekali merendahkan atau memperlekehkan dia walaupun dengan niat untuk bergurau.\n\n#4. Belajar Untuk Meminta Sesuatu Dengan Lembut Dan Baik\n\nAnda harap suami anda tidak lupa memasukkan baju kotor dalam bakul? Anda kempunan suatu makanan dan berharap isteri anda memasaknya? Anda mahu suami sama-sama membantu anda didapur?\n\nPastikan anda bertanya, berbanding menyuruh. Sebagai manusia biasa, kita pasti tidak suka disuruh. Begitu juga pasangan anda. Sebagai contoh, daripada berkata \u201cMaknye, saya nak kopi\u201d\n\nAdalah lebih manis sekiranya anda berkata \u201cSayang, boleh awak buatkan kopi untuk saya?\u201d Dua ayat yang membawa pada maksud dan hasil yang sama, tetapi ayat kedua kedengaran lebih mudah untuk dipenuhi. Lebih-lebih lagi disaat isteri anda baru lepas pulang dari kerja, penat dan terkial-kial menyediakan makan malam untuk keluarga.\n\nSebagai contoh lain, daripada berkata \u201cAbang, sidaikan kain\u201d. Adalah lebih manis sekiranya diganti dengan \u201cAbang, boleh saya minta tolong awak sidaikan kain?\u201d Sekiranya anda menjadi orang yang disuruh, mana antara dua ayat ini menjadi pilihan anda untuk melaksanakannya segera?\n\n#5. Lakukan Sesuatu Untuk Si Dia Sama Seperti Yang Pernah Anda Lakukan Diawal Perkahwinan\n\nHantar bunga padanya ditempat kerja. Selitkan nota dalam beg kerjanya. Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, singgah ke kedai dan belikan coklat kegemarannya. Peluk si dia sekuatnya semasa dia merajuk. Puji ketampanannya dan penat lelahnya mencari rezeki untuk keluarga. Hantarkan mesej mengucapkan kata-kata rindu sewaktu di pejabat.\n\nSekali sekala, pergilah \u201cberbulan madu\u201d untuk mengeratkan hubungan. Perbuatan kecil ini bukan sahaja menggembirakan hati pasangan, ia juga boleh mengimbau balik kenangan manis bersama yang menautkan kasih anda padanya.\n\n#6. Berusaha Memperbaiki Diri Menjadi Yang Lebih Baik Setiap Hari\n\nBuktikan cinta anda dengan berusaha memperbaiki tabiat yang biasa anda lakukan, tetapi tidak disenangi pasangan. Sebagai contoh, sekiranya dia mahu anda kekal sihat dan mengempiskan perut, berusaha pergi ke gym atau mengayuh basikal setiap hari. Lebih bagus sekiranya anda melakukan aktiviti tersebut bersamanya.\n\nSekiranya pasangan anda seorang yang pembersih, hentikan membiarkan stokin kotor bersepah diatas lantai atau lupa memberus gigi setiap malam. Mengucapkan kata-kata sayang selalu ada baiknya, tetapi lebih baik sekiranya kasih sayang itu turut diluahkan dengan perbuatan.\n\n#7. Belajar Untuk Mengabaikan Dan Tidak Terlalu Berkira\n\nSuami terlupa menyidai tuala selepas mandi dan membiarkannya di atas katil? Isteri kelihatan selekeh dirumah? Rumah bersepah? Suami terlupa hari lahir anda? Kopi yang disediakan isteri terlalu pahit?\n\nBenar ia sangat menyakitkan hati, lebih-lebih lagi ia berlaku hampir setiap hari. Tapi! Tahan dahulu keinginan anda untuk merungut. Sebaliknya, cuba mengingatkan diri anda, \u201csaya terima perkara yang tidak boleh saya ubah, dan saya terima seadanya kekurangan pasangan saya\u201d\n\nSekiranya anda berlapang dada, anda pasti akan berasa lebih tenang menghadapi situasi ini. Jangan putus asa mengingatkan si dia. Pasangan anda akan lebih senang dan gembira memperbaiki dirinya demi anda.\n\n#8. Setiap Hari, Bertanya \u201cBagaimana Hari Awak Harini?\u201d\n\nPasangan anda mempunyai mesyurat penting yang perlu dia hadiri harini? Dia keluar makan tengah hari dengan rakan baik yang sudah 10 tahun tidak ditemui? Dia menghadiri temuduga kerja?\n\nBerbual tentang perkara penting yang berlaku setiap hari adalah sama seperti berkongsi harapan dan impian bersama-sama. Anda membina persefahaman sesama pasangan dan hubungan yang baik. Anda turut membuatkan pasangan rasa diambil berat dan disayangi.\n\nTunjukkan padanya, setiap yang berlaku padanya adalah penting untuk anda.\n\nMelakukan aktiviti menarik bersama-sama boleh mengeratkan lagi hubungan sesama pasangan. Anda juga boleh mencari dan mencipta aktiviti yang sama-sama diminati.\n\nBerbanding asik mengeluh suami anda gemar berlingkar dihadapan televisyen dihujung minggu, apa kata anda mengajak suami anda sama-sama berbasikal di taman tasik di Putrajaya atau berjoging sambil menikmati matahari terbit sekiranya rumah anda berdekatan dengan pantai?\n\nSekiranya pasangan anda jenis gemar menghidangkan pelbagai alasan untuk menolak, anda perlu menjadi lebih kreatif untuk mengajaknya turut serta. Katakan padanya tiba-tiba ada rakan memberi tiket wayang secara percuma dan berharap si dia menemani.\n\nPasangan anda pasti tidak kisah menghabiskan masa dengan anda walaupun perkara tersebut kurang dia gemari. Tetapi ingat! Anda juga perlu melakukan perkara yang sama. Meskipun anda tidak berminat ke stadium menonton perlawanan bola yang si dia gemari, sekali sekala tawarkan lah diri anda untuk menemani beliau.\n\nSekiranya suami anda sudi menemani anda membeli belah, anda harus bertimbang rasa dan membelek barangan yang perlu sahaja supaya dia tidak serik lagi untuk menemani anda. Asalkan anda dan pasangan gembira menghabiskan bersama, walau apa jua aktiviti tidak begitu penting.\n\nSelain itu, melakukan projek bersama-sama juga antara cara efektif anda boleh menghabiskan masa bersama pasangan. Merancang parti hari jadi anak, melakukan bisnes online bersama-sama, berbincang interior design rumah baru anda, atau sekadar merangka perancangan masa depan anda.\n\n#10. Peruntukkan Masa Untuk Diri Sendiri\n\nTidak semestinya apabila sudah berkahwin, masa anda mesti dihabiskan 100% bersama pasangan. Anda berhak untuk mempunyai masa untuk diri sendiri juga. Secara peribadi, saya percaya jika kita mempunyai masa untuk diri sendiri dan juga memberi ruang pada pasangan anda untuk dirinya, ia akan lebih mengeratkan lagi hubungan sesama suami isteri.\n\nMemanjat gunung, mengait, mempelajari alat muzik, memancing mahupun melakukan aktiviti lasak \u2013 tidak semua hobi boleh dikongsi bersama pasangan anda. Hobi anda itu membuatkan anda lebih unik dimata pasangan dan orang lain.\n\nPeruntukkan sedikit masa untuk melakukan apa yang anda suka lakukan. Sesekali, keluarlah bersama rakan-rakan atau ahli keluarga tanpa pasangan.\n\nPerkara paling utama yang patut anda berikan perhatian: Tidak kira apa jua hubungan anda dengan orang lain, pasangan anda mesti menjadi nombor satu dalam apa jua perkara. Dalam Islam juga, isteri mesti meletakkan suami sebagai orang paling penting dalam hidupnya, melebihi ibu bapanya dan ahli keluarganya sendiri.\n\nSuami pula, mesti menzahirkan kasih sayangnya pada isteri, melebihi pada anak-anak. Selain daripada mengeratkan lagi kasih sayang, meletakkan pasangan kita ditempat teratas dalam hidup kita boleh memberi contoh yang baik pada anak-anak dan membolehkan anak-anak menghormati kita dan pasangan kita.\n\nSekiranya anda sudah berjanji untuk menemani isteri membeli belah, jangan membatalkannya semata-mata kerana rakan-rakan anda mengajak bermain tenis di saat akhir. Jika anda kerap melakukannya, isteri anda pasti akan sentiasa rasa tertipu dan tidak teruja dengan janji-janji anda lagi di masa hadapan sekaligus merenggangkan hubungan anda.\n\nWalau apa pun kesibukan anda, utamakan masa berdua bersama pasangan. Bawa isteri ke candle light dinner di KL Tower, menonton wayang berdua, mengikut suami menonton perlawanan kriket yang diminatinya atau apa jua aktiviti asalkan masa anda diluangkan sedikit untuk pasangan anda.\n\nSetiap insan yang berumahtangga pasti berharap semoga jodoh yang dikurniakan Allah kekal hingga ke hujung hayat. Kunci utama kebahagiaan anda dan pasangan adalah menjaga hubungan dengan Allah, inshaAllah Allah akan menjaga hubungan anda.\n\nNamun, berdoa sahaja tidak memadai. Contohilah Sunnah Rasulullah dan para isteri dalam cara mereka menghidupkan kasih sayang sesama mereka. InshaAllah bahtera yang dilayari dapat diharungi bersama walau apa pun badai yang melanda hingga ke destinasi yang abadi \u2013 syurga."
"Menu tradisional sambal tumis ikan talang masin. Siapa tercari resepi sambal ikan sedap ini?\n\nTidak sama seperti sambal ikan biasa. Resepi sambal ikan kali ini dikongsikan oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail di laman Facebook., menggunakan ikan masin talang.\n\nSambal ikan ini kering dan tidak berkuah untuk kekalkan kerangupan ikan masin. Tambah kelazatan menu ini dengan menuangkan sedikit minyak bekas gorengan ikan masin tadi ke dalam sambal.\n\nPetua hilangkan kemasinan ikan masin iaitu ikan masin hendaklah direndam dengan garam kasar anggaran segenggam selama 10 hingga 15 minit atau lebih, untuk kemasinannya dikurangkan. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sambal ikan masin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Berfikir-fikir untuk membeli permainan untuk anak?\n\nSering buntu mainan jenis apa yang patut dibeli?\n\nBagaimana membuat pilihan dalam membeli mainan anak terutamanya yang membantu dalam perkembangan mereka?\n\nIkuti 10 tips ini apabila ingin membeli sesuatu permainan buat anak-anak supaya dapat merangsang perkembangan bahasa mereka.\n\nBayi pada tahap ini sedang melalui fasa perkembangan kemahiran motor dan deria mereka. Mereka juga mula belajar tentang sebab dan akibat.\n\nActivity Board ini akan membolehkan mereka merasai kesan yang terjadi apabila mereka menyentuh sesuatu objek.\n\nKenalkan nama objek-objek disekeliling bayi untuk membantu perkembangan bahasa mereka.\n\n2. Shape Sorter (1 sehingga 1\u00bd tahun)\n\nPada umur ini, kemahiran penyelesaian masalah semakin meningkat. Antara mainan yang sangat sesuai untuk bayi anda ialah shape sorter\u00a0dan stacking rings.\n\nGalakkan interaksi dua hala semasa bermain seperti \u201cIni segitiga\u201d, \u201cSegitiga ini berwarna merah\u201d dan seterusnya untuk stimulasi bahasa anak.\n\n3. Set Memasak (1\u00bd sehingga 2 tahun)\n\nPermainan ini amat sesuai untuk\u00a0pretend play buat anak kecil. Adalah amat digalakkan ibu bapa turut terlibat sama semasa bermain untuk mengalakkan komunikasi dua hala.\n\n4. Mr. Potato Head (1\u00bd sehingga 2 tahun)\n\nPermainan ini sangat bagus untuk pengenalan anggota badan manusia dan aksi yang berkaitan kepada anak.\n\nMereka juga boleh bermain olok-olok (pretend play) seperti menyuap makanan, memandikan dan menidurkan Mr. Potato itu sambil \u2018bersembang\u2019 dengannya. \ud83d\ude0a\n\n5. Doll House (2 sehingga 3 tahun)\n\nMembina dan mereka bentuk sebuah rumah anak patung mengalakkan kombinasi pelbagai kemahiran bermain anak. Mereka akan menunjukkan pelbagai aksi dan kita akan dapat mendengar perkembangan bahasa anak-anak pada fasa umur ni.\n\nPenggunaan frasa dan kombinasi ayat-ayat dapat dikembangkan seperti \u201cSaya letak kerusi disini ibu\u201d dan \u201cSaya telah memberi susu kepada bayi ini\u201d semasa bermain doll house seperti ini.\n\n6. Set Doktor (2 hingga 3 tahun)\n\nAnak-anak memang gemar bermain olok-olok bukan? Mereka akan berimaginasi untuk menjadi doktor, polis, ahli bomba dan lain-lain.\n\nSet kelengkapan permainan doktor boleh juga dibeli oleh ibu bapa untuk mengalakkan anak-anak berimaginasi dan berkomunikasi semasa bermain.\n\nLakonkan watak doktor dan pesakit untuk mewujudkan interaksi dua hala semasa bermain. Cara ini mampu membantu anak-anak untuk menambah lagi kosa kata mereka.\n\n7. Blok (3 hingga 4 tahun)\n\nPermainan blok sangat berkait rapat dengan imaginative play. Dengan menggunakan blok-blok ini, anak-anak akan membentuk set permainan olok-olok mereka sendiri seperti rumah, zoo dan sekolah semasa bermain.\n\nBagaimana permainan ini boleh menggalakkan perkembangan bahasa anak? Mudah sahaja!. Contohnya, ibu bapa boleh kenalkan anak-anak dengan barang-barang yang terdapat di dalam rumah seperti meja, kerusi, televisyen dan lain-lain.\n\nBagi anak-anak yang telah mahir bertutur, tambah kosa kata mereka seperti \u201cMeja ini warna hitam\u201d, \u201cKerusi ini ada enam\u201d, dan \u201cTelevisyen ini berbentuk segi empat\u201d. Mudah bukan?.\ud83d\ude0a\n\n8. Action Figures (3 hingga 4 tahun)\n\nKanak-kanak akan terdedah dengan banyak karakter hasil ekplorasi persekitaran di sekelilingnya. Mereka akan berminat untuk melakonkan watak-watak seperti cikgu, doktor atau superhero yang sering dilihat oleh mereka.\n\nSecara tidak langsung, mereka akan mencipta pelbagai dialog yang berkaitan semasa bermain seperti \u201cMurid-murid hari ini kita akan belajar ABC\u201d semasa melakonkan watak seorang guru.\n\n9. Seni Kraf (4 hingga 5 tahun)\n\nSelalunya kanak-kanak menggunakan bahasa tertentu dalam set yang mereka cipta sendiri seperti suasana dalam rumah, hospital atau sekolah.\n\nAlatan tambahan seperti playdoh, krayon dan warna air dalam mereka cipta persekitaran \u2018olok-olok\u2019 ini mampu menambah tema atau karakter yang bakal dicipta, sekaligus memperbanyakkan lagi kosa kata buat mereka.\n\n10. Board Games (5 tahun ke atas)\n\nPada peringkat ini, kebanyakkan kanak-kanak telah memasuki alam persekolahan. Mereka gemar akan permainan yang mencabar daya pemikiran mereka.\n\nPermainan seperti dam ular, scrabble dan monopoli sangat bagus untuk mengasah kemahiran menyelesaikan masalah anak-anak.\n\nPerkara yang paling penting apabila mendedahkan mereka dengan permainan seperti ini ialah mampu mengalakkan interaksi sosial antara kanak-kanak yang bermain bersama-sama.\n\nFitrah anak untuk bermain. Namun, adalah penting untuk memastikan permainan itu dapat menyumbang kepada perkembangan mereka secara optimum. Jadilah ibu bapa yang bijak dalam memilih. \ud83d\ude09"
"Setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan seorang anak hadir dalam keluarga mereka dengan darah keturunannya. Anak juga merupakan satu rezeki di mana bukan semua orang boleh memilikinya. Ketika anak dilahirkan, ibu bapa akan menyayangi mereka dan menjaganya dengan baik.\n\nTetapi ia tidak mudah bagi sebahagian pasangan untuk mendapatkan zuriat. Ada sesetengah pasangan yang mendapat anak selepas beberapa tahun berkahwin dan ada pasangan yang mudah mendapat zuriat. Lebih sedih lagi, ada pasangan yang tidak boleh mendapatkan zuriat akan sebab-sebab tertentu.\n\nTekanan ini akan berlaku kepada si isteri kerana tidak dapat mengandung. Mengapakah isteri tidak dapat mengandung?\n\nHal ini kerana mungkin salah satu puncanya adalah kurang kesuburan kerana mempunyai ketumbuhan endometriosis. Ketumbuhan endometriosis ini boleh menghalang isteri daripada mengandung.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai ketumbuhan endometriosis punca wanita tidak boleh hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nEndometriosis adalah penyakit yang biasa dialami golongan wanita peringkat umur 30 dan 45 tahun. Endometriosis bukanlah kanser di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus dan organ reproduktif.\n\nNamun, endometriosis kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus. Bagi wanita yang cuba hamil, endometriosis boleh menjejaskan kesuburan terutama jika ia terdapat pada ovari atau tiub follopian.\n\nSakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen pada pertengahan haid\n\nMemberi kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil\n\nJika endometriosis muncul pada satu atau kedua-dua ovari, ia boleh menjejaskan kualiti telur sekaligus mencegah kehamilan. Ketika di lapisan tiub follopian, ia dapat menghentikan telur dari berenang ke rahim di mana ia akan disenyawakan.\n\nPakar perubatan juga menunjukkan endometriosis boleh merosakkan sperma lelaki setelah dibebaskan dalam tubuh wanita. Walaupun alasan ini tidak diketahui secara jelas, namun endometriosis menyebabkan keradangan dalam tubuh dan menjejaskan sperma dan juga telur.\n\nMalangnya, endometriosis ini tidak dapat disembuhkan tapi ia boleh dirawat dengan baik. Biasanya doktor akan mencuba beberapa prosedur sebelum pesakit menjalani pembedahan.\n\nUbat tahan sakit \u2013 Tanda endometriosis paling jelas adalah sakit sebelum dan selepas haid. Doktor boleh mengesyorkan ubat biasa seperti paracetamol atau ibuprofen.\n\nTerapi hormon \u2013 Semasa haid, hormon ada naik dan ada turun. Ini menyebabkan tisu endometrium di luar rahim menebal dan berdarah. Oleh itu, ubat hormon dapat melambatkan proses penebalan ini sehingga mengurangkan rasa sakit.\n\nMelibatkan penghapusan ketumbuhan endometrium dan melindungi ovari serta rahim anda. Ia biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Ketika ketumbuhan dikeluarkan, kualiti telur bertambah baik dan ini membuka peluang wanita untuk hamil.\n\nSekiranya doktor mengizinkan, anda boleh cuba hamil selepas dua minggu pembedahan. Namun, jika selepas pembedahan masih tiada tanda-tanda hamil anda boleh melakukan prosedur lain seperti pembekuan telur, Intrauterine Insemination (IUI), IVF atau ubat kesuburan.\n\n*Jika isteri mengalami tanda-tanda seperti sakit ketika berhubungan seks dengan suami, sakit di bahagian pelvis dan obdeman, keluar darah berlebihan ketika haid dan lain-lain seperti yang dinyatakan di atas, berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Permainan slime tiba-tiba menjadi popular di serata dunia. Mesti kita pernah nampak di Facebook, Instagram atau Youtube tentang cara-cara buat slime. Seronok tengok kanak-kanak menarik, menguli, memicit dan bermain slime ni.\n\nSlime tu apa sebenarnya? Slime ialah sejenis bahan kental yang bersifat elastik dan mudah ditarik serta dibentuk. Tujuan permainan ini adalah untuk berseronok dan mencungkil kreativiti kanak-kanak.\n\nTentulah kanak-kanak paling menggemari kraf seperti ini kerana sifatnya yang mudah dilentur dan berwarna-warni. Slime boleh dibeli di kedai atau secara online. Mungkin harganya juga agak mahal.\n\nApa kata kita buat sendiri slime di rumah? Malahan, boleh juga ajar anak-anak kita untuk membuatnya. Ia boleh dijadikan aktiviti ketika cuti sekolah atau hujung minggu. \n\nDalam artikel ni akan dikongsikan cara membuat slime yang selamat untuk kanak-kanak. Dikatakan bahawa bahan utama untuk membuat slime di pasaran ialah menggunakan serbuk borax atau sodium borate. \n\nBorax ialah bahan kimia yang bersifat panas. Kesannya akan menyebabkan kulit menjadi melepuh jika terdedah pada kulit untuk jangka masa yang panjang. Borax banyak terdapat di dalam serbuk atau cecair pencuci pakaian.\n\nOleh itu, sebagai ibu bapa kita perlu memberi perlindungan terbaik untuk anak-anak kita. Aktiviti membuat kraf ini boleh dilakukan bersama-sama tetapi menggunakan \u00a0bahan-bahan yang lebih selamat.\n\nNak tahu caranya? Teruskan pembacaan artikel ini.\n\nNota: Jika nak slime kurang melekit, tambahkan 1/4 sudu besar contact solution.\n\nNota: Pastikan tangan anak-anak bersih ketika mengulinya. Ini kerana, sambil bermain slime enak ni, mereka juga boleh memakannya. Kreatif kan? \n\nNota: Tepung jagung bersifat elastik dan seperti gel apabila bercampur dengan air. Ia tak mudah cair seperti tepung gandum dan sebagainya. Oleh itu, slime yang menggunakan tepung jagung lebih selamat dan kosnya juga rendah.\n\nNota: Seperti slime Nutella, slime gula aising juga boleh dimakan. Namun, jaga-jaga jangan terlebih makan pula. Rongak gigi anak-anak dibuatnya nanti.\n\nNota: Jika adunan slime agak melekit, tambahkan 1/4 sudu besar contact solution.\n\nNota: Jika nak tambah pewarna juga boleh. Sambil main tarik-tarik, boleh juga masuk ke dalam mulut. Yummy, sedapnya!\n\nNota: Jika nak slime kurang melekit, tambahkan 1/4 sudu besar contact solution.\n\nNota: Resepi ini boleh juga dimakan. Seronok kan, sambil main-main boleh juga menjadi pencuci mulut. Jika dah puas main, boleh dimasukkan dalam beg plastik yang berzip dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. \n\nNota: Slime Sugus ni mesti sedap sebab bau buah-buahan. Anak-anak pasti teruja membuatnya.\n\nNota: Pastikan anda menggunakan syampu yang bermutu dan dikhaskan untuk bayi. Ini kerana ia lebih selamat bagi kanak-kanak. \n\nMenarik bukan? Tak lama lagi cuti sekolah akhir tahun akan bermula. Anda boleh jadikan aktiviti membuat slime ini untuk mengisi masa lapang anak-anak. Mereka tentu gembira dan teruja.\n\nMalahan, ada juga resepi di atas yang boleh dimakan begitu saja. Oleh itu, boleh juga dijadikan aktiviti ketika menyambut hari keluarga atau majlis hari jadi anak-anak. Yang penting, pastikan penyediaan bahan-bahan bersih. Jika bahan-bahan perlu dimasak, ibu bapa mesti memantau anak-anak.\n\nSemoga artikel ini dapat memberi idea untuk anda berhibur bersama anak-anak. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan keluarga dan sahabat handai.\n\nJemput membacara artikel lain kami seperti cara melembutkan rambut dan cara menghormati ibu bapa gaya Rasulullah"
"Ayam masak halia ini kebiasannya menggunakan daging ayam yang pejal pada bahagian dada. Memudahkan untuk dipotong secara kecil. Siapa yang tidak suka makan daging ayam yang pejal itu, boleh cuba buat resepi ini pula supaya lalu makan.\n\nSesuai dengan namanya ayam masak halia. Resepi masakan ini memang kena menggunakan banyak halia. Kalau tidak, tidak akan padu lah rasanya. Rasa kesedapan yang berasal daripada halia ini yang membuat masakan ini sangat disukai oleh masyarakat malaysia.\n\nResepi ayam masak halia ini sangatlah mudah. Hanya memerlukan bahan seadanya seperti bawang, cili kalau mahu pedas, sos tiram, tepung jagung dan halia yang banyak.\n\nKali ini kami kongsikan resepi ayam masak halia yang dikongsikan oleh \u200eFdlah Ila\u200e di Facebook. Resepi yang mudah, simple namun rasanya sedap macam kedai melayu. Jom cuba resepinya.\n\nSelain resepi ayam masak halia, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kejadian ini selalu berlaku pada semua bayi yang baru dilahirkan. Apakah yang selalu berlaku? Demam kuning. Setiap bayi yang baru dilahirkan akan diperiksa\u00a0 dan memastikan bayi tiada masalah dan kesihatannya baik. Tetapi, bayi tidak dapat elak daripada terkena demam kuning.\n\nApa yang membezakan setiap bayi yang terkena demam kuning adalah sama ada tahapnya tinggi, sederhana atau rendah. Jika rendah, bayi tidak perlu ditahan wad tetapi jika tinggi bayi perlu ditahan wad untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Demam kuning tidak merbahaya kerana ia boleh dirawat dengan rawatan biasa dan akan hilang dalam masa 1 hingga 2 hari sahaja.\n\nJika bacaan demam kuning bayi tinggi, sudah pasti ibu akan rasa risau akan kesihatan bayi. Tetapi jangan risau kerana ada cara untuk turunkan bacaan demam kuning bayi dengan cepat dan mudah. Bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 tips turunkan demam kuning bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n5 Tips turunkan demam kuning bayi\n\nAnda hanya perlu kerap menyusu untuk turunkan kuning bayi. Kalau boleh, setiap 1-2 jam.\nNamun, ada juga kes dimana ibu menyusu dengan kerap, tapi bila esoknya ke klinik, kuning tak jugak turun! Malah kuning semakin naik atau mungkin turun sedikit saja.\n\nRupa-rupanya puncanya ialah..ramai ibu tidak menyusu dengan cara yang betul, yang mana lekapan penyusuan mereka adalah SALAH. Sesetengah ibu tidak perasan, kadang kala bayi bukannya menyusu, tapi sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menelan susu. Akibatnya, bayi tidak dapat cukup susu dan kuning juga susah untuk turun.\n\nBila lekapan bayi tidak betul di payudara ibu, susu ibu akan tersekat dan tidak keluar dengan lancar!\n\nTips 2: Pemakanan Yang Berkualiti Dan Seimbang\n\nIbu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundis.\n\nMenjaga pemakanan yang sihat dan seimbang sangatlah penting untuk anda yang sedang berpantang dan menyusu. Anda perlu sihat dan bertenaga, untuk menghasilkan susu yang cukup dan berkualiti untuk bayi.\n\nTips 3 : Titiskan Susu Kambing Ke Dalam Mulut Bayi\n\nTitiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundis.InsyaAllah terbukti membantu para ibu.\n\nTips 4 : Pancaran Lampu Sinaran UltraViolet\n\nSekarang zaman sudah canggih.Sudah ramai yang menawarkan servis penyewaan mesin sinaran ultraviolet khas untuk menurunkan demam kuning si kecil.Jadi si ibu boleh survey dan lihat di kawasan mana yang menyediakan servis sewaan mesin ini.\n\nTips 5 : Beri Si Kecil Susu Formula\n\nMungkin ada yang akan fikir : \u2018eh awalnya nak bagi susu FM.\u2019 Tapi sebenarnya dari segi praktikal, susu FM sangat membantu para bayi membuang air besar dan kecil dengan lebih kerap.\n\nSemakin kerap si kecil membuang, peratus untuk kuning si kecil berkurangan adalah lebih tinggi memandangkan kuning akan berkurangan apabila si kecil membuang air besar dan kecil.\n\n*Ikuti 5 tips yang dikongsikan oleh doktor ini, Insyaallah demam kuning bayi anda akan turun dengan cepat. Jika bayi anda mengalami demam kuning yang tinggi, jangan risau dan gelabah. Cuba gunakan tips yang dikongsikan oleh doktor ini. Selepas doktor sahkan demam kuning bayi anda tinggi, semestinya doktor akan memberi nasihat bagaimana mahu menurunkan demam kuning.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sebelum kita mengupas lanjut mengenai senaman antenatal. Mari kita pelajari dahulu apa itu definisi antenatal. Antenatal bermaksud semasa mengandung atau fasa sebelum melahirkan.\n\nProses mengandung akan menyebabkan perubahan kepada bentuk badan dan hormon tubuh badan wanita.Peningkatan berat badan akibat hormon yang berubah boleh menyebabkan ketidakstabilan pada sendi dan otot.\n\nSekiranya bakal ibu tidak mengambil langkah berjaga-jaga isu ini boleh memudaratkan kesihatan mereka.\n\nMenjawab persoalan di atas, perlukah bakal ibu melakukan senaman antenatal? Untuk makluman umum, senaman semasa hamil merupakan persediaan bagi ibu untuk menghadapi proses kelahiran dan stamina bagi menjaga bayi.\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia, senaman antenatal dapat membantu melembutkan \u00a0otot dan sendi para ibu.Selain itu, senaman antenatal dapat memberi penekanan kepada semua bakal ibu untuk mengekalkan postur betul selepas bersalin.\n\nUntuk ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan disarankan untuk melakukan senaman secara sederhana atau lembut dan yang paling penting ia tidak menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jangan lakukan aktivit senaman yang membebankan diri seperti High Intesive Training mahupun angkat berat.\n\nNamun sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal, para bakal ibu digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar ginekologi terlebih dahulu.\n\nAmerican College of Obstetricians and Gynecologists menyarankan bakal ibu untuk melakukan aktiviti senaman antenatal sekurang-kurangnya 30 minit sehari.\n\nIkuti panduan ini untuk mengetahui senaman yang sesuai dengan usia kandungan anda.\n\nUsia kandungan untuk fasa trimester pertama adalah 1 hingga 3 bulan .\n\nIbu digalakkan untuk berjalan selama 20 minit setiap hari ataupun sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.\u00a0 Pada ketika ini ibu dengan nasihat dari doktor disarankan untuk melakukan aktiviti seperti berjoging, aerobik (sederhana) dan tarian ringan.\n\nPada trimester kedua usia kandungan sudah mencecah 4 hingga 6 bulan. Para bakal ibu boleh melakukan yoga.\n\nYoga mampu meningkatkan keupayaan dari segi teknik pernafasan , menenangkan diri dan ransangan tubuh badan.\n\nSekiranya masih mampu meneruskan aktiviti fizikal seperti di trimester pertama teruskan namun sekiranya anda sudah tidak mampu hentikan aktiviti seperti berenang, berjoging dan berbasikal.\n\nKandungan sudah berusia 7 hingga ke 9 bulan. Senaman dilakukan lebih kepada persiapan stamina untuk melahirkan bayi.\n\nIbu dilarang untuk melakukan aktiviti fizikal yang berat sebaliknya senaman dibuat secara santai sahaja.\n\n5 Jenis Senaman Antenatal Yang Disarankan\n\nSenaman ringan digalakkan bagi ibu yang sudah memasuki fasa trimester kedua dan ketiga. Sekurang-kurangnya usia kandungan sudah mencecah 16 minggu.\n\nTurut dikenali sebagai senaman \u2018pelvic floor\u2019. Senaman kegel adalah untuk menguatkan otot vagina dan membantu dalam proses pengawalan membuang air kecil secara tiba-tiba.\n\nSenaman ini dilakukan dengan cara ;\n\nKemut otot kegel seperti ingin menahan air kencing.\n\nTenangkan minda dan tahan nafas selama 3 saat dan lepaskan\n\nUlang rutin diatas sebanyak 3 set sehari. 1 set senaman ini bersamaan 10 kali rutin di atas dan setiap set mengambil masa 2 hingga 3 minit.\n\nCramp atau kekejangan pada otot betis selalu terjadi kepada ibu mengandung.\n\nOleh sebab itu, para bakal ibu digalakkan untuk melakukan senaman betis bagi melegakan dan mengelakkan berlakunya kekejangan.\n\nBerdiri berdepan dengan dinding. Kekalkan jarak tangan antara badan dan dinding. Letakkan tapak tangan pada dinding dan pastikan tapak tangan selari dengan paras bahu.\n\nDekatkan hujung sebelah kaki ke dinding dan sebelah lagi ditolak ke belakang. Kedua-dua belah kaki mesti rapat dengan lantai. Dekatkan muka ke dinding dengan cara bengkokkan tangan. Pastikan badan lurus dari hujung kaki ke bahu.\n\nTenangkan minda dan bertahan selama 5 saat. Ulang rutin di atas sebanyak 10 hingga 15 kali sehari.\n\nSenaman ini dapat membantu dalam regangkan peha di sebelah dalam dan memudahkan proses kelahiran. Senaman regangan peha dilakukan seperti;\n\nDuduk dalam keadaan tegak. Rapatkan kedua-dua belah tumit sedekat yang boleh\n\nPegang hujung kaki dan tekan lutut ke bawah.Tahan dan cuba tenangkan minda selama 5 hingga 10 saat.\n\nUlang rutin di atas sebanyak 10 hingga 15 kali sehari.\n\nSenaman ini dipercayai dapat menguatkan otot pinggul bagi memudahkan proses kelahiran bayi.\n\nBerdiri dalam jarak kaki yang stabil dan badan merasa selesa.\n\nPegang dumbbell atau botol mineral yang berisi air dan rapatkan ke pinggang. Pusingkan pinggul sebanyak lima kali mengikut arah lawan jam.\n\nKemudian pusingkan\u00a0 pinggul mengikut arah ikut jam. Ulang rutin di atas sekurang-kurangnya 10 kali sehari.\n\nSenaman mengangkat pelvis ini mampu untuk menguatkan otot perut selain dapat membetulkan postur badan dan mengurangkan tekanan darah.\n\nKaedah senaman mengangkat pelvis adalah seperti berikut;\n\nDuduk dalam keadaan posisi merangkak. Pastikan bahagian belakang badan lurus dan rata.\n\nBengkok badan ke bawah selama 5 saat. Ulang rutin di atas sebanyak 10 hingga 15 kali sehari.\n\nBersenam dapat membantu para ibu sebagai langkah persediaan untuk proses kelahiran dan tenaga semasa menjaga bayi. Bersenam juga dapat meningkatkan peluang untuk ibu melahirkan secara normal.\n\nSenaman antenatal dapat membantu bakal ibu untuk mengurangkan tekanan semasa proses kehamilan selain menjadikan bakal ibu lebih tenang dan gembira.\n\nBakal ibu akan mudah tidur dan beroleh tidur yang berkualiti kerana senaman merupakan aktiviti fizikal yang meletihkan Bersenam semestinya dapat mengurangkan risiko berat badan bertambah selepas proses melahirkan.\n\nBakal ibu perlu menghentikan senaman antenatal sekiranya terdapat simptom-simptom seperti di bawah;\n\nPerkara yang paling penting dalam menjalankan senaman antenatal adalah bakal ibu perlu merasa selesa dengan aktiviti tersebut.\n\nJangan paksa diri melakukan sesuatu diluar kemampuan diri.\n\nSemoga artikel ini memberi sedikit manfaat buat mereka yang membaca.\n\nJemput juga membaca artikel menarik di Bidadari.My seperti amalan ibu mengandung, makanan tambah darah dan juga faedah memakai bengkung."
"Bagaimana cara nak tahu mengandung atau tak khusus bagi wanita hamil?\n\nMana-mana wanita pun pastinya sentiasa menunggu kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan mereka.\n\nNamun dalam tidak sedar, kadang kala oleh kerana keterujaan itu ramai antara kita yang terlepas pandang akan tanda kehamilan yang sebenar.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang cara nak tahu mengandung atau tak yang boleh anda jadikan panduan di awal kehamilan.\n\nPanduan cara nak tahu mengandung atau tak\n\nUmumnya, terdapat beberapa panduan cara nak tahu mengandung atau tak. Berikut ini kami kongsikan beberapa caranya.\n\nCara nak tahu mengandung atau tak yang pertama boleh dikesan dari lewatnya datang period. \n\nHaid datang lewat berkait rapat dengan masalah proses menstruasi yang tidak normal. Kehamilan menjadi salah satu punca haid lambat. \n\nKebiasaan wanita akan mula sedar seawal 4 minggu kehamilan jika mereka mengira kitaran haid mereka. \n\nBagi sesetengah kes, wanita juga boleh berlaku pendarahan ringan yang biasa berlaku pada 10 \u2013 14 hari selepas sperm dan ovum bercantum buat pertama kalinya kesan daripada embryo mula menempel ke dinding rahim.\n\nPendarahan ini boleh dibezakan dengan mudah dengan darah haid. Yang mana darah ini mempunyai ciri warnanya yang lebih terang, keluar dalam bentuk tompokan, dan hanya keluar dalam masa yang singkat sahaja.\n\n3. Rasa kejang atau sakit dibahagian perut\n\nPendarahan yang berlaku akan datang bersama kesan sakit, kejang, atau kembung di bahagian perut.\n\nKesakitan ini disebabkan oleh terhentinya produksi hormon progesteron dari\u00a0corpus luteal\u00a0setelah hadirnya sel plasenta. Perut juga terasa kejang kerana\u00a0otot rahim yang meregang apabila\u00a0hadirnya janin.\n\nDi awal kehamilan, wanita mengandung biasanya berisiko untuk mudah letih, lesu, dan lemah.\n\nHal ini kerana, tubuh badan mengalami peningkatan kadar hormon progesteron, selain dari faktor seperti perubahan isipadu darah, denyutan jantung, serta metabolisme tubuh.\u00a0\n\nPerubahan saiz dan bentuk pada payudara boleh berlaku seawal usia kandungan masuk pada 2 minggu pertama selepas percantuman antara spem dan ovum.\n\nHal ini semuanya disebabkan oleh perubahan hormon (peningkatan hormon progesteron & estrogen) yang berlaku kepada kaum wanita lalu menyebabkan payudara membengkak dan mengeras. \n\nSiapa sangka perubahan pada payudara ini penting oleh kerana ia sebagai tanda persediaan awal tubuh badan untuk proses penghasilan susu dan penyusuan bayi nanti. \n\nAntara perubahan biasa yang dialami adalah areola (warna hitam di sekeliling puting) berubah warna menjadi lebih gelap dan membesar ukur lilitnya.\n\nBukan hanya perubahan fikikal, wanita hamil juga biasa akan mengalami masalah perubahan emosional.\n\nAmatlah normal semasa di awal mengandung untuk emosi dan mood mereka sentiasa berubah-ubah.\u00a0\n\nWanita yang mengandung akan melalui perubahan pada hormon hCG. Hormon ini dikenali sebagai hormon yang menyebabkan rata-rata wanita terasa ingin terkencing.\n\nHormon ini memberi kesan kepada peningkatan saliran darah melalui buah pinggang. Kekerapan kita untuk kencing bergantung kepada usia dan peningkatan berat badan bayi dalam kandungan\u00a0akibat tekanan pada bahagian pundi kencing.\n\nGejala loya, mual, atau morning sickness biasa berlaku seawal minggu ke-4 hingga minggu ke-6 bagi sesetengah wanita.\n\nHal ini disebabkan oleh peningkatan asid pada perut\u00a0akibat bertambahnya paras hormon estrogen. Selain itu, ia juga berkait rapat dengan hormon HCG\u00a0(Human Chorionic Gonadotropin)\u00a0yang mulai dihasilkan oleh plasenta.\n\nMengidam berlaku pada kebanyakan wanita hamil yang mempunyai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.\n\nIa boleh berlkau pada makanan, bahan, atau perkara-perkara lain. Sungguhpun begitu, tidak semua ibu mengandung mengalami masalah mengidam ini. \n\nCara nak tahu mengandung atau tak yang paling mudah seterusnya adalah dengan membeli alat ujian air kencing kehamilan (UPT). \n\nAlat ini banyak dijual di farmasi dan berfungsi untuk mengesan hormon hCG yang meningkat pada awal kehamilan. Kebanyakkannya mampu untuk mengesan hormon ini dalam masa 8 hari selepas kita terlepas haid. \n\nSelain dari panduan cara nak tahu mengandung atau tak ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:"
"Nak tahu khasiat kunyit latok? Artikel ini akan berkongsi tentang manfaat dan khasiat latok untuk kesihatan yang mungkin kita tidak tahu.\n\nLatok atau nama saintifiknya Caulerpa lentilifera juga dikenali sebagai anggur laut enak dimakan mentah atau dijadikan bahan dalam salad dan masakan harian. Latok banyak dijumpai dan dijual oleh para nelayan di perairan Sabah pada harga lebih kurang RM15 sekilo. \n\nLatok merupakan sejenis rumpai laut dari keluarga algae yang natif di kawasan perairan Indo-Pasifik. Mengikut sejarah, latok mula diternak secara komersial pada tahun 1950 di Filipina dan terus dikembangkan di negara Jepun pada tahun 1986. \n\nSehingga kini, makanan laut ini semakin menjadi pilihan banyak negara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti bulung (Indonesia), rong nho (Vietnam), umi-budo (Jepun), lato atau arosep (Filipina) dan latok di Malaysia yang dipopularkan oleh suku kaum Bajau di Sabah.\n\nTerdapat pelbagai kebaikan kesihatan dan khasiat yang boleh diamalkan antaranya sifat latok yang boleh mengurangkan lemak dan diabetes. Artikel ini akan membincangkan khasiat latok sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh para pengkaji terdahulu.\n\nPenyelidikan bersama Universiti Malaysia Sabah dan UPM Serdang pada tahun 2010 telah menerbitkan kertas kajian yang menyenaraikan sumber nutrien yang banyak dalam latok yang diperolehi dari kawasan Borneo Utara. \n\nAntara nutrien yang dikesan dalam latok ialah protein, lipid, serat, karbohidrat, vitamin C, asid lemak perlu dan garam mineral (natrium, kalium, kalsium, magnesium, zat besi, zink, kuprum, iodin dan selenium).\n\nSecara puratanya, dianggarkan terdapat 32.99% serat makanan dan 17.21% serat larut dalam latok. Kehadiran serat larut ini membantu dalam memberi kesan penurunan kolesterol dan dan gula dalam darah. Seterusnya, boleh mencegah gejala-gejala penyakit yang berkaitan dengan sistem metabolik manusia. \n\nSerat juga amat diperlukan bagi sistem penghadaman yang baik (khas bagi mereka yang mengalami kesukaran membuang air besar). Selain itu, serat boleh memanjangkan rasa kenyang apabila bahan makanan berada lebih lama dalam sistem pencernaan.\n\n3. Kaya dengan Asid Lemak Perlu\n\nAnalisis kandungan lemak dalam latok mendapati bahawa latok mempunyai asid lemak tidak tepu yang lebih banyak berbanding lemak tepu. Antara jenis asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam latok ialah asid linolik, asid palmitik dan asid oleik. \n\nMalah, latok mengandungi omega-3 sebanyak 7.55%. Kandungan omega-3 membantu tubuh manusia mencegah pembentukan plak pada saluran pembuluh darah, mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan sistem imun badan selain mengurangkan kolesterol dalam darah. \n\nKajian juga melaporkan kandungan protein dan asid amino perlu yang sangat tinggi dalam latok. Protein sangat diperlukan tubuh bagi proses pemulihan sel dan organ. \n\nNamun, ada salah faham berkenaan latok yang dikatakan membekalkan kolagen bagi awet muda. Latok tidak boleh memberikan kolagen secara terus untuk kulit tetapi asid amino dan protein dalam latok boleh membantu mengurangkan kesan-kesan penuaan dan meningkatkan kesihatan sel. \n\nMenarik sekali, profil protein dan asid amino dalam latok ini turut dijumpai dalam makanan kaya protein yang lain seperti telur dan kacang soya.\n\nSekumpulan penyelidik dari Universiti Kasetsart, Bangkok Thailand pula mengenal pasti beberapa vitamin dalam latok. Antara vitamin yang dikesan ialah vitamin C, vitamin E, thiamin, riboflavin dan niacin. \n\nSumber vitamin ini amat penting bagi tujuan antioksidan dan meningkatkan sistem imun badan daripada serangan radikal dan penyakit luar. \n\nMalahan, kandungan vitamin dalam latok ini lebih kurang menyamai kandungan vitamin yang terdapat dalam sayuran lain seperti kobis, lobak merah dan selada.\n\nLatok mengandungi polisakarida yang terdiri daripada sulfat, galaktosa, glukosa, arbinosa, xilosa dan pecahan kecil mannosa, rhamnosa dan fukosa. Penyelidik-penyelidik dari Institut Oceania Tahiti pada tahun 2017 telah mengulas kajian-kajian saintifik lepas yang melaporkan nilai perubatan dan kesihatan polisakarida ini.\n\nAntara kajian klinikal yang dijalankan telah menunjukkan potensi besar latok sebagai bahan anti virus, anti tumor, anti keradangan, anti penggumpalan dan perangsang sistem imun dan sumber analgesik.\n\nNamun, kajian lebih terperinci perlu dijalankan bagi mencari formulasi terbaik untuk menghasilkan sebatian ubatan dari latok bagi tujuan farmasi ini.\n\n7. Bertindak sebagai Sebatian Antibiotik dan Antioksidan \n\nSementara itu, kajian oleh sekumpulan saintis Malaysia dari Universiti Sunway mendapati bahawa latok mempunyai potensi antioksidan dan antibakteria yang sangat baik. \n\nSifat-sifat tersebut disimpulkan terhasil daripada kehadiran sebatian bioaktif dalam latok seperti asid lemak, terpene dan alkaloid.\n\nLatok merupakan anugerah alam yang berharga dari alam yang memberikan punca rezeki dan khasiat kesihatan kepada tubuh badan manusia. Sesekali kita boleh alih selera dengan cuba mengambil latok dalam diet seharian. \n\nRasanya yang unik yang dikatakan meletup-letup dalam mulut, ditambah dengan khasiat kesihatan daripada sumber nutrien yang terkandung di dalamnya menjadikan latok sebagai makanan laut yang istimewa."
"Hati kami tersentuh dengan perkongsian Tuan Hilal Asyraf Official yang mendapat perkongsian sebanyak 2.8 ribu kali di Facebook ketika artikel ini diterbtkan. Sungguh! Adakalanya dalam tak sedar kita mengeluh tentang kekurangan dan masalah yang dihadapi. Mungkin kita terlupa bahawa ada insan lain yang hidupnya jauh lebih susah dan menduga daripada kita.\n\nSejauh mana kita bersyukur? Hari ni kami kongsikan sedikit coretan beliau. Semoga bermanfaat dan menjadi pengajaran buat kita semua. \n\nGombak sedang hujan teramat lebat. Saya sendiri tadi terkandas sebentar. Rasa susah terdetik di dalam hati, namun keadaan motor Grab ni menarik perhatian.\n\nSaya terkenangkan tuannya.Jika saya rasa susah, Tuannya pasti lagi susah hati. Hujan terlalu lebat begini, bagaimana nak meneruskan usaha cari rezeki.\n\nYang menjadikan saya lebih sayu sebab baru-baru ini saya ada tempah makanan menggunakan khidmat Food Panda. Makanan yang saya tempah selepas sejam setengah masih tak sampai-sampai.\n\nSaya buat laporan. Kemudian saya diberitahu, penunggang motorsikal yang membawa makanan saya terlibat dengan kemalangan. Tiada nyawa terkorban atau kecederaan parah, tetapi makanan saya habis bersepah di atas jalan raya.\n\n\u201cTuan mahu kami ganti makanan Tuan atau refund duit?\u201d Tanya operator. Saya dah tak fikirkan makanan, saya fikirkan keselamatan penunggang motorsikal. Beberapa kali saya tanya operator \u201cRider okay tak? Rider okay tak?\u201d\n\nPeristiwa tu sangat menikam jiwa saya.\n\nSeakan-akan Allah nak tambah lagi kesedaran ini kepada saya hari ini, dalam perjalanan pulang, saya terjumpa pula lori kutip sampah, bersama seorang pekerjanya, masih tekun bekerja di tengah hujan lebat, kilat sabung menyabung.\n\nMengapa mereka tidak berhenti, mencari tempat berteduh? Saya tidak tahu. Hujan terlalu lebat untuk saya berhenti dan bertanya. Tapi mungkin kerana menjaga amanah kerja.\n\nKita kadang melihat pekerjaan-pekerjaan macam ini, kita \u2018take it for granted\u2019. Ada pandang lekeh. Tetapi mereka antara punca kehidupan kita masih berjalan dengan baik. Nak makan minum ada orang hantarkan, tanpa kita fikir apa nasib orang itu. Sampah cukup masa ada orang angkut, tanpa kita terdetik pun bagaimana kehidupan mereka.\n\nKadang bila hujan, kita merungut sebab aktiviti terganggu. Ada orang, bukan sekadar aktiviti, tetapi punca rezeki terputus sebentar. Ada pula orang, perlu meneruskan juga kerjanya tak kira cuaca. Betul-betul satu teguran untuk kita.\n\nAda yang terlalu seronok bila hujan lebat, sebab syok, sejuk, boleh lepak di rumah. Terlupa kita insan-insan yang kurang bernasib baik bila hujan turun dengan lebat. Rakan-rakan peniaga pasar malam contohnya.\n\nGombak masih hujan mencurah-curah.Semoga Allah berikan keselamatan kepada semua, mempermudahkan urusan semua orang pada cuaca yang sebegini menguji, dan mengampunkan kita semua atas salah silap serta kelalaian kita."
"Pernah dengar dan cuba resepi tauhu berlauk? Ala-ala kuih cara berlauk tetapi gantikan tepung dengan tauhu dan tauhu telur. Dan kaedahnya pun sikit berbeza. Kalau cara berlauk terus bakar atas api jer. tapi tauhu berlauk nih kena kukus dulu, celup dalam telur dan goreng hingga kekuningan. Yang paling penting boleh simpan tau. \n\nJadi di sini, kami kongsikan resepi tauhu berlauk untuk dicuba. Tak lah bosan sangat kalau hari-hari walaupun kena hadap menu sama jer. Sebab apa? Sebab inti dan resepi nya boleh tukar kan. Terpulang kepada selera dan pilihan masing-masing. Sebab boleh tukar bahan-bahan yang hendak diletakkan dalam tauhu berlauk nih. Resepi ini dikongsikan oleh \u200eLynn Riduan Koo . Sangat mudah difahami dan diikuti. \n\nMakan bersama sambal kicap memang power. Senang jer nak buat sambla kicap nih. Tumbukkan semua bahan-bahan ini. Cili padi, bawang putih seulas (bakar sehingga hitam), gula dan kicap manis.\n\nSedia untuk dinikmati. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Tauhu Berlauk ini dan resepi kami yang lain ya."
"Ayuh ketahui jenis-jenis neraka dan tingkatannya.\n\nSebagai umat islam, kita wajib percaya akan kewujudan syurga dan neraka, jika syurga sering dikaitkan dengan tempat indah atas balasan baik kepada golongan yang patuh akan perintah Allah, apakah pula neraka?\n\nDalam bahasa Arab neraka disebut \u2018naar\u2019\u00a0 atau (an-nar). Kata \u2018neraka\u2019 juga disebutkan banyak kali dalam al-Quran dan ditegaskan bahawa\u00a0 bahan bakar neraka adalah dari manusia dan batu (ada yang memaksudkan berhala).\n\nNeraka adalah tempat\u00a0 pembalasan, penyeksaan dan hukuman bagi golongan\u00a0 yang derhaka pada Allah SWT dan engkar akan ajaran\u00a0 Rasulullah SAW. Ada yang terus kekal dalam neraka selamanya dan ada juga yang akan masuk ke syurga akhirnya setelah dihukum dalam neraka, sesuai dengan dosa-dosanya yang telah diperbuat.\n\nSiksaan yang paling ringan dalam neraka adalah sandal api yang boleh mendidihkan otak.\n\n\u201cSesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya kerana panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorangpun yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat siksaan paling ringan.\u201d \n\nAllah SWT telah menyatakan dengan jelas dalam al-Quran tentang tingkatan neraka, hukuman kepada para penghuni mengikut \u00a0jenis-jenis neraka bersesuaian dengan kesalahan dan dosa semasa di dunia.\n\nRasulullah SAW Menangis Mendengar Kisah Neraka\n\n\u201cJibril datang kepada Rasulullah SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Baginda, \u2018Mengapa aku melihat kau berubah muka?\u2019\n\nJawab Jibril, \u2018Ya Rasulullah SAW, aku datang kepadamu di saat Allah SWT menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui neraka jahanam itu benar, seksa kubur itu benar, dan seksa Allah SWT itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya\u2019.\n\nLalu Rasulullah SAW bersabda, \u2018Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahanam\u2019. Jawabnya, \u2018Ya Rasulullah, ketika Allah SWT menjadikan jahanam, maka dinyalakan 1,000 tahun sehingga merah kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih. Kemudian, 1,000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya\u2019.\n\n\u2018Demi Allah SWT yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya\u2019.\n\n\u2018Demi Allah SWT yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya\u2019.\n\n\u2018Demi Allah SWT yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya\u2019.\n\n\u2018Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, setiap pintu ada bahagiannya dari lelaki dan perempuan\u2019.\n\nBaginda bertanya lagi, \u2018Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?\u2019 Jawab Jibril, \u2018Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda\u2019.\n\nTanya Rasulullah SAW, \u2018Siapakah penduduk pintu masing-masing?\u2019 Jawab Jibril, \u2018Pintu yang pertama untuk orang munafik dan orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya al-Hawiyah\u2019.\n\n\u2018Pintu kedua tempat orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi\u2019in bernama Saqar, pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladza, pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah, pintu keenam tempat orang Nasara bernama Sa\u2019eir\u2019.\n\nKemudian Jibril dalam diam kerana segan pada Rasulullah sehingga ditanya, \u2018Mengapa engkau tidak terangkan penduduk pintu ketujuh?\u2019 Jawab Jibril, \u2018Dalamya orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat\u2019.\n\nMaka Baginda jatuh pengsan dan Jibril meletakkan kepala Baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali.\n\nSesudah sedar, Baginda bersabda: \u2018Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?\u2019\n\nJawab Jibril, \u2018Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu\u2019. Kemudian Rasulullah SAW menangis, Jibril juga menangis.\n\nLalu mereka berdua mendengar firman Allah SWT , \u2018Wahai Jibril, wahai Muhammad! Sesungguhnya Aku menjauhkan kalian berdua dari \u00a0jenis neraka dalam islam. Tetapi janganlah kamu merasa aman dari siksaKu!\u201d\n\nTerdapat tujuh jenis neraka yang disediakan Allah SWT kepada para umatnya yang melakukan dosa semasa hidup di dunia, iaitu:\n\nNeraka Jahannam berada di tingkat teratas, iaitu bermula dari tingkat paling atas sehingga ke bawah (terakhir). Merupakan neraka yang paling dasyat siksaannya dan\u00a0 menempatkan kaum kafir yang kekal di sini selama-lamanya selain umat Islam yang melakukan dosa besar dan tidak bertaubat.\n\nFirman Allah SWT dalam surah an-Nisa\u2019:169 yang bermaksud:\n\n\u201cOrang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah.\u201d\n\nNeraka ini di tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah \u00a0SWT dan berpaling daripada Islam. Firman Allah bermaksud:\n\n\u201cSebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan neraka Ludza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.\u201d\n\nNeraka di tingkat ketiga ini adalah tempat hukuman bagi golongan yang lalai dalam menunaikan perintah Allah SWT lantaran dipengaruhi oleh duniawi.\n\nNeraka ini juga menjadi tempat pembalasan bagi golongan yang suka mengumpulkan harta berupa emas atau perak, kedekut untuk mengeluarkan zakat serta menghina orang miskin.\n\nDi neraka ini harta yang mereka kumpulkan itu akan dibakar dan diminumkan sebagai siksaan kepada mereka.\n\n\u201cKecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung, Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya, Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?(iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, Yang (membakar) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.\u201d\n\nNeraka ini neraka dihuni oleh golongan yang tidak amanah terhadap harta anak yatim. \u00a0Nama neraka ini terdapat dalam surah \u00a0an-Nisa\u2019: 10, surah \u00a0al-Mulk: 5,10,11 dan beberapa surah lagi.\n\n\u201cSesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).\u201d\n\nNeraka di tingkat kelima, antara penghuninya adalah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makanan orang miskin atau kesusahan, tidak percaya kepada hari akhirat, suka mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan memecahbelahkan persaudaraan.\n\n\u201cDan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia terus-menerus membakar kulit manusia.\u201d\n\nDalam ayat ini digambarkan neraka Saqar adalah tempat penyeksaan yang sangat pedih. Dinyatakan penyeksaannya berupa sengatan api yang membakar kulit manusia secara terus menerus sehingga hangus tanpa meninggalkan apapun sisa, tetapi meninggalkan rasa sakit yang berpanjangan.\n\nNeraka ini berada di tingkat keenam. Penghuninya yang melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah SWT, serta minum arak akan menerima pembalasan di sini.\n\n\u201cDan diperlihatkan dengan jelas \u00a0jenis neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat.\u201d\n\nGolongan musyrik yang menyekutukan Allah juga menerima siksaan dalam neraka ini dan akan disiksa oleh para sesembahan mereka.\n\n\u201cDan orang-orang yang kafir dan mendustkana ayat-ayat kami , mereka itulah penghuni neraka Jahim.\u201d\n\nNeraka paling bawah menempatkan golongan yang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud:\n\n\u201cSiapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas.\u201d\n\nNeraka ini juga disediakan bagi golongan yang semasa hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Termasuklah yang tidak mengendahkan ajaran Islam; wanita yang tidak menutup aurat, lelaki yang memakai sutera dan emas, golongan yang memakan rezeki dengan cara tidak halal, riba dan sebagainya.\n\nPenutup: Tinggalkan hal yang boleh mengheret kita ke azab neraka, perbanyakkan amalan yang membawa ke syurga. \n\nMendengarkan nama serta para penghuninya saja sudah membuatkan kita gerun, takut dan ngeri, apatah lagi membayangkan diri sendiri berada dalam golongan ahli neraka itu. Sesungguhnya, tidak ada manusia yang mampu menahan azab neraka yang dahsyat ini, bahkan tidak ada sesiapapun yang mahu menjadi bahan bakarnya, nauzu billahi min zalik!\n\nNamun, inilah hukuman yang diciptakan oleh Allah SWT bagi orang-orang yang ingkar kepada-Nya dengan berterusan berbuat dosa, menyekutukan-Nya, tidak mendirikan solat, berzina dan sebagainya.\n\nIngatlah bahawa Allah \u00a0SWT bukan sahaja mencipta neraka untuk sengaja menghukum hamba-Nya, bahkan adanya syurga sebagai ganjaran kepada ketaatan serta habuan bagi sesiapa yang bertakwa dan beribadah. Lalu burulah syurga, tinggalkan hal-hal yang akan mengheret kita ke neraka kelak.\n\n\u201cPeliharalah dirimu dari api \u00a0jenis neraka dalam Islam yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang yang kafir.\u201d\n\nSemoga ini membantu menjadi laluan agar dijauhkan diri daripada perbuatan buruk yang mendorong kita ke neraka-neraka Allah Azzawajalla, amiin.\n\nJika anda menyukai perkongsian kami ini, pasti anda juga menyukai artikel menarik kami tentang 4 Golongan Yang Haram Disentuh Api Neraka (Wajib Baca!)"
"Mengimbau kembali zaman persekolahan kita dahulu, subjek Pendidikan Seni adalah kelas yang mengajar kita cara-cara menghasilkan pelbagai seni dan kraf yang menarik.\n\nSebelum anak-anak kecil memulakan alam persekolahan mereka, ibu bapa boleh mendedahkan mereka dengan aktiviti seni atau kraf bermula dari rumah.\n\nIanya dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak terutamanya kemahiran menggunting dan menampal sebagai persediaan untuk menulis di sekolah kelak.\n\nSelain itu, aktiviti kraf juga dapat meluaskan lagi daya imaginasi mereka di samping mengasah bakat, daya kreativiti dan inovasi anak kecil.\n\n10 IDEA KRAF MUDAH UNTUK DILAKUKAN DI RUMAH\n\nBerikut merupakan 10 cadangan kraf mudah untuk dilakukan bersama anak-anak kecil di rumah. Semoga bermanfaat!\n\nBahan-bahan :\u00a0\u2018Tissue roll\u2019,\u00a0\u2018salotape\u2019, kertas warna,\u00a0gunting, tali / riben\n\nTips : Gunakan kertas berwarna terang supaya hasilnya lebih menarik.\n\nBahan-bahan : Kertas warna pilihan,\u00a0\u2019tissue roll\u2019,\u00a0\u2018sticker\u2019, gunting, gam\n\nTips : Jika tiada \u2018sticker\u2019, boleh gunakan potongan pelbagai bentuk daripada kertas warna atau potongan gambar menarik daripada majalah lama sebagai hiasan teleskop ini.\n\nBahan-bahan : Kertas warna pilihan, pen marker, gunting, gam\n\nBahan-bahan : Kertas warna, kad manila biru / kotak terpakai, gunting, gam\n\nBahan-bahan : pinggan kertas, kertas warna, tali / riben, kapas, gunting, gam\n\nBahan-bahan :\u00a0\u2018Paper cupcake liners\u2019,\u00a0\u2018masking tape\u2019, batang ais krim, kertas warna,\u00a0gunting\n\nTips : Boleh juga lekatkan batang ais krim pada lidi dan cucukkan ia ke dalam kotak tisu terpakai, polistrin atau span keras untuk untuk dijadikan hiasan.\n\nBahan-bahan : Pinggan kertas, kertas warna, pen marker, warna air, gunting\n\nTips : Untuk menjadikan ikan yang lebih menarik, boleh tambahkan bunga, riben, topi atau sebarang hiasan lain pada ikan tersebut.\n\nBahan-bahan : Pinggan kertas, pen marker, warna air. gunting\n\nTips : Tambah sebarang hiasan pada topi agar ianya kelihatan lebih menarik.\n\n10. \u2018FELT / PAPER ICE CREAM\u2019\n\nBahan-bahan : Kain felt / kertas warna, batang ais krim, gam UHU (jika gunakan kain felt) / gam biasa (jika gunakan kertas)\n\nNota : Ianya bukan sahaja dapat digunakan oleh anak kecil untuk bermain \u2018pretend play\u2019, tetapi juga boleh menjadi salah satu bahan untuk mengajar anak tentang warna dan mengira.\n\nTerdapat pelbagai lagi idea kraf menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak dengan menggunakan beberapa bahan asas sahaja.\n\nSemoga dengan meluangkan masa bersama anak-anak untuk berkreativiti sebegini, ianya dapat mengasah pelbagai kemahiran serta meningkatkan keyakinan diri agar mereka tidak kekok untuk melakukan aktiviti seni dan kraf di sekolah nanti.\n\nKelak, apabila mereka menginjak ke alam remaja dan dewasa, mereka mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam mencari alternatif penyelesaian terhadap sesuatu perkara."
"Bukan auto tapi fakta, untuk kurus kita semua perlu diet seimbang dan bukannya diet memaksa diri. Ramai yang salah faham tentang diet. Silap-silap semua makanan tak disentuh, macam mana nak dapat khasiatnya pula?\n\nSebenarnya, kita harus mengamalkan diet seimbang dimana pemakanan adalah faktor utama yang harus kita titik beratkan selain bersenam. Kenapa? Kita makan setiap hari, makanan adalah untuk tenaga, pertumbuhan dan kekuatan, jadi pastinya pemakanan adalah perkara pertama yang perlu kita ubah. \n\nPenting untuk kita mengamalkan jadual diet yang berkesan. Terdapat jadual diet yang sememangnya sesuai untuk anda kurus dan sihat dalam masa sebulan. Sekurang-kurangnya ada penurunan berat badan, kesegaran yang lebih terasa dan kebaikan dalam kesihatan anda walaupun tidak bersukan.\n\nTips Pemakanan Dari Jadual Diet Yang Tepat\n\nJom kami kongsikan jadual diet yang berkesan untuk anda kurus dalam masa sebulan. Jadual diet ini diamalkan oleh penulis sendiri tanpa bersukan, sememangnya ia berkesan menurunkan berat badan 10 kg selama sebulan!\n\nAntara Lauk-Pauk Yang Boleh Anda Amalkan Dalam Diet Ini Adalah: \n\nKenapa Perlu Kurangkan Minyak Dan Gula?\n\nDengan mengurangkan minyak dan gula, ianya bererti anda \u2018Eat Clean\u2019 dan makan makanan yang rendah kalori. Untuk setiap makanan, anda harus mengambil makanan yang rendah kalori. Sebagai contoh, bihun goreng dan mee goreng, manakah yang lebih rendah kalorinya? Itulah yang perlu anda semak. \n\nSelalunya makanan bergoreng seperti mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, keropok lekor dan lain-lain lagi goreng-gorengan merupakan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi. Tahukah anda, 1 biji karipap bersamaan dengan 3 senduk nasi? Ia bukan bermaksud anda perlu fokus kepada kuantiti makanan tetapi kalori yang ada dalam setiap makanan.\n\nKurangkan Sukatan Nasi, Lebihkan Lauk Dan Sayur\n\nNasi adalah karbohidrat yang berfungsi membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Jika diambil secara berlebihan, ia akan berubah menjadi lemak. Oleh itu, ambillah nasi dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebihkan sayur-sayuran dan lauk. \n\nLauk dan sayur-sayuran perlulah penuh dalam jadual diet anda. Nak makan begitu sahaja pun tiada masalah! Anda harus tahu seimbangkan karbohidrat, protein dan fibre untuk mendapatkan lebih banyak zat vitamin, mineral dan kalsium dalam tubuh badan. Barulah anda bakal dapat tubuh badan ideal yang anda impikan.\n\nBina Jadual Diet Anda Tanpa Tertekan\n\nSetelah anda mengenalpasti apa yang elok dimakan dan diminum, tetapkan menu makanan anda di dalam jadual diet. Anda boleh memilih apa sahaja lauk pauk yang kalorinya rendah. \n\nBagi snek petang dan makan malam pula, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Susu dan makanan sunnah seperti kurma dan madu juga baik untuk kesihatan.\n\nSemoga jadual diet ini dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan berkesan. Jom baca juga khasiat limau purut untuk kurus, khasiat jambu batu dan khasiat daun parsley. Semoga bermanfaat!"
"Rambut asyik gugur? Jom ketahui vitamin apa yang perlu diambil untuk mengatasi masalah rambut gugur. Tips vitamin untuk rambut gugur.\n\nKulit kepala manusia secara purata mengandungi lebih kurang 100 ribu folikel rambut. Daripada jumlah tersebut, 90% berada dalam fasa anagen iaitu fasa pertumbuhan rambut yang aktif.\n\nFenomena kehilangan rambut atau rambut gugur dikenali sebagai alopecia. Secara umumnya, keadaan alopecia ini berlaku apabila unsur unsur penting seperti protein, mineral dan vitamin tidak mencukupi untuk menghasilkan rambut yang sihat.\n\nMasalah rambut gugur sememangnya memberi kesan yang besar ke atas kualiti hidup seseorang. Rambut ibarat mahkota individu yang perlu dipelihara dengan baik. Keadaan rambut gugur atau masalah kehilangan rambut boleh menurunkan tahap keyakinan seseorang dan menjadikan mereka anti sosial.\n\nOleh itu, dalam artikel ini, peranan vitamin untuk rambut gugur akan dibincangkan sebagaimana yang pernah diulas dalam kajian sekumpulan penyelidik bersama dari Arab Saudi dan Amerika Syarikat pada tahun 2018 yang diterbitkan dalam jurnal Dermatology and Therapy.\n\nKumpulan vitamin ini mewakili kumpulan retinoid larut lemak yang memberi banyak khasiat kesihatan kepada tubuh seperti penglihatan yang baik, fungsi pertahanan badan dan pertumbuhan selular.\n\nSecara alami, vitamin A datang dalam bentuk kompleks tidak lengkap (sumber haiwan) dan provitamin (sumber tumbuhan) yang perlu diuraikan menjadi vitamin A lengkap oleh tubuh badan pada peringkat sel.\n\nBerikut ialah antara cadangan makanan yang mengandungi sumber vitamin A:\n\nCadangan pengambilan vitamin A bagi seorang dewasa berusia lebih 19 tahun ialah 1300 mcg/hari. Dilaporkan, pengambilan diet makanan atau suplemen yang terlalu tinggi kandungan vitamin A akan menyebabkan rambut gugur.\n\nVitamin B kompleks termasuklah 8 jenis bahan vitamin larut air yang berperanan membantu metabolisme sel, iaitu:\n\nKesemua vitamin tersebut boleh didapati secara suplemen kecuali biotin kerana biotin dihasilkan sendiri oleh tubuh. Kehadiran vitamin B akan membantu kualiti rambut yang lebih baik.\n\nOleh itu, sumber vitamin B ini boleh diperolehi dengan mudah melalui diet pemakanan seperti berikut:\n\nMalah, kekurangan biotin dilaporkan menyebabkan masalah kehilangan rambut, ruam gatal dan kuku yang rapuh. Laporan lepas mengaitkan pengambilan 3-5 mg biotin dalam sehari untuk tempoh 3-4 bulan mampu meningkatkan kesihatan rambut mereka yang mengalami sindrom \u201crambut tidak boleh disikat.\u201d\n\nSementara itu, asid folik dan vitamin B12 mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan asid nukleik; untuk membentuk RNA, DNA dan protein. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi faktor melebatkan folikel rambut yang memerlukan sintesis selular yang lengkap.\n\nDikenali juga sebagai asid askorbik terbit daripada metabolisme gula glukosa, vitamin ini sangat terkenal dengan tugasnya mencegah pengoksidaan dan melawan serangan radikal bebas.\n\nAntara makanan yang tinggi kandungan vitamin C ialah:\n\nSelain itu, vitamin C bagus untuk rambut gugur kerana peranannya yang bertindak sebagai agen penting dalam sintesis serat kolagen dan penyerapan mineral ferum bagi kesihatan rambut.\n\nWalaupun kekurangan vitamin C sering dikatakan menyebabkan ketidaknormalan pembentukan rambut dan bulu badan, belum ada data yang menyeluruh secara saintifik yang mengesahkan perkara ini.\n\nVitamin D ialah vitamin larut lemak yang dihasilkan dalam lapisan kulit epidermal keratinocytes. Namun, vitamin D yang diperolehi melalui diet makanan atau sintesis dalam kulit adalah dalam keadaan tidak aktif dan perlu diaktifkan secara enzim.\n\nSumber utama vitamin D ialah cahaya matahari yang menukarkan molekul dalam tubuh menjadi vitamin D lengkap. Namun, terdapat beberapa senarai makanan yang boleh menjadi sumber vitamin D yang baik, antaranya:\n\nUntuk rambut gugur, vitamin D membantu aktiviti selular pembentukan folikel rambut. Banyak kajian lepas yang mengaitkan kekurangan vitamin D sebagai punca rambut gugur.\n\nDengan sifat anti radang dan penjagaan imunisasi tubuh oleh vitamin D, hal ini dapat mencegah berlakunya masalah rambut yang lebih teruk sekiranya terdapat keradangan atau gangguan aktiviti selular pada folikel rambut.\n\nVitamin E membantu menyeimbangkan tahap oksidan/antioksidan dan melindungi sistem tubuh daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal.\n\nContoh makanan yang kaya dengan vitamin E ialah:\n\nMenurut kajian lepas, didapati kandungan vitamin E dalam kalangan mereka yang mengalami masalah rambut gugur adalah lebih rendah berbanding kumpulan kawalan.\n\nRambut gugur atau kehilangan rambut merupakan masalah biasa dalam komuniti dermatologi yang memperlihatkan impak psikologi dan emosi oleh mereka yang mengalaminya.\n\nPengambilan vitamin untuk rambut gugur yang secukupnya adalah sangat wajar bagi membantu perkembangan dan pertumbuhan folikel rambut yang normal dan fungsi sel pertahanan yang lebih baik. Jemput juga baca artikel rawatan rambut beruban dan cara elakkan keguguran rambut selepas bersalin"
"Mencari resepi breakfast yang mudah dan mengenyangkan? Kami ada satu resepi mudah yang sesuai untuk menu sarapan.\n\nTerkadang pening pikirkan apa menu sarapan yang terbaik. Makanan berat takut terlampau kenyang pula. Sempat terpikirkan menu sarapan yang ringan-ringan namun mengenyangkan, dan menu sarapan yang kami tuliskan di bawah ini amat patut anda cubakan.\n\nMungkin ada yang sudah perasan dengan sardin gulung. Namun bagaimana dengan sardin gulung cheese? Tidak semua kedai menjual sardin gulung cheese, bahkan boleh dikatakan sedikit sukar dijumpai. Namun resepi ini jadikan semua mudah. Sila cubakan resepi sardin gulung cheese ala \u200eMeena Yen yang terkenal di laman Facebook. Resepi amat sedap, mudah dan berbaloi. Guna roti gardenia sahaja.\n\nSelain sardin gulung cheese, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ekzema. Hanya yang mengalami akan faham betapa sakitnya keadaan yang dialami. Lagi perit kalau penyakit kulit tersebut berlaku kepada seorang bayi. Susah sungguh hati ibu melihat kulit bayi yang kemerahan dan luka melecet. Lagi sayu hati melihat anak menangis kesakitan. \n\nDah macam-macam usaha anda lakukan namun ekzema pada bayi masih belum kurang, jauh sekali menunjukkan tanda untuk sembuh.\n\nBerita baik untuk anda, kajian menunjukkkan bahawa 60% bayi eczema akan sembuh daripada penyakit tersebut dan akan menjalani kehidupan normal seperti anak lain semasa meningkat remaja sekiranya mereka mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat serta mendapat penjagaan yang betul semasa kecil.\u00a0Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda merawat eczema bayi anda dengan baik.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips menjaga bayi eczema serta ubat eczema untuk bayi yang terbaik dan berkesan berdasarkan pengalaman kami menjaga bayi yang mengalami eczema teruk. Semoga bermanfaat untuk anda. \n\nApa yang dimaksudkan eczema pada bayi?\n\nEczema adalah sejenis penyakit kulit di mana bayi anda akan mengalami keadaan kulit yang gatal, kemerahan, kering dan kadang kala melepuh, berair atau berkerak akibat keradangan pada kulit. Ia mungkin muncul dalam tompokan kecil atau besar pada mana-mana bahagian badan terutamanya pipi, tangan, dan kaki.\n\nPasti anda nak sangat tahu, macam mana bayi anda boleh terkena eczema? Di mana silapnya? Apa puncanya? Untuk pengetahuan anda, di antara punca utama seseorang bayi boleh terkena eczema ialah:\n\nApakah ubat terbaik untuk menghilangkan eczema?\n\nYang sebenarnya tiada ubat yang dapat menghilangkan eczema dengan cepat dan berkesan. Jika anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan dari doktor, anda akan dibekalkan dengan ubat yang mengandungi steroid. Pengambilan ubat dengan steroid adalah selamat untuk bayi anda asalkan diambil dengan pengawasan doktor dengan dos dan kekerapan yang betul.\n\nWalau bagaimana pun, cara terbaik untuk menghilangkan eczema ialah dengan cara:\n\nBagaimanakah cara untuk mengurangkan kegatalan eczema bayi anda?\n\nSelain menyapukan ubat yang diberikan oleh doktor, anda juga boleh membantu mengurangkan kegatalan dan kesakitan yang dialami oleh bayi anda dengan cara berikut:\n\nItulah dia info tentang ubat eczema untuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang gripe water untuk bayi dan suhu normal bayi"
"Ada seorang kawan letak gambar kereta Ferrari di meja kerjanya dan di wall komputernya. Dia letak sebuah gambar Banglo di depan meja kerjanya. Dia tampal gambar duit 10 juta di depannya.\n\nDia bagi semangat pada saya supaya berniaga sepertinya dan tampal semua itu juga.\n\nDia desak dan pujuk saya. Taknak ke semua ini. Saya kata baik semua ni. Bagus kau. Cuma tambah satu jadual ni di meja kau. Ini rahsia yang buat segalanya nikmat dan berkat.\n\nSaya tunjukkan jadual hidup saya padanya yang diberi oleh seorang guru pada saya masa umur saya 12 tahun. Ini jadual lama hidup saya. Guru itu tuliskan untuk saya dulu. Saya simpan sampai hari ni. Allah ubah hidup saya asbab amalan masjid. Amalan yang dibuat oleh para sahabah rhum.\n\nSegala puji bagi Allah, Allah hadiahkan saya melihat ratusan orang masuk Islam. Allah hadiahkan ribuan anak muda rempit dan jalanan mula jadi Daie dan alim besar.\n\nItu semua lebih berharga dari 2 bilion ringgit. Lebih berharga dari ferrari. Lebih berharga dari istana dunia ini. Tapi bila ada orang mula kata macam-macam. Untuk sejukkan hati orang saya sayangi.\n\nSaya kata pada mak dari kecil,\n\nSebenarnya dunia ini Allah punya. Dia akan letak dunia bawah kaki orang yang nak Allah. Orang yang buat dakwah.\n\nMak saya cuma senyum. Akhirnya dalam kita tak nak semua tu pun, Allah boleh beri. Tapi kita hanya mulia bukan bila dapat itu semua. Tapi hanya bila kita bawa sunnah Nabi saw. Bila Allah terima kita. Jika kita tinggalkan amalan itu maka seluruh hidup ini tak bererti lagi."
"Kebanyakan resepi atau masakan terutama menu kampung menggunakan santan. Siapa sahaja yang tak gemarkan makanan bersantan? Sedap, berlemak dan menambah rasa. Buktinya anda pasti gemar memakan rendang dan aneka gulai lemak.\n\nDi sebalik penambahan rasa pada masakan, santan mengandungi banyak khasiat dan kebaikan terhadap kesihatan. Antaranya adalah membantu mengurangkan berat badan, membantu masalah kelemumur dan gatal kulit kepala, berpotensi mencegah kanser dan lain-lain.\n\nSantan bukan hanya ada santan cair sahaja, malah terdapat santan serbuk. Tahukah anda perbezaan antara santan segar, kotak dan serbuk ketika memasak? Anda perlu mengetahuinya kerana hal ini akan mempengaruhi tekstur dan rasa masakan anda.\n\nSetiap masakan bersantan perlu menggunakan jenis santan yang betul untuk mendapatkan rasa yang sedap. Jom tengok perbezaan santan-santan ini dan masakan yang sesuai mengikut jenis santan.\n\nSantan segar atau lebih dikenali sebagai santan pekat mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding santan yang lain. Ramai yang membuat santan segar sendiri di rumah kerana lebih puas dan tidak banyak dicampur dengan air. Kami sertakan cara pembuatan santan segar sendiri untuk anda.\n\nSediakan kelapa parut dan masukkannya di dalam pengisar dan pastikan kadar air sama dengan paras kelapa parut. Sekiranya kelapa parut telah di bekukan, rendamkannya di dalam air panas terlebih dahulu sebelum mengisarnya. Hal ini bertujuan mengembangkan semula kelapa parut tersebut.\n\nKisar beberapa kali dan tapiskannya. Untuk mendapatkan tekstur santan yang lebih baik, tapiskannya menggunakan tapis kain. Anda juga boleh menggunakan tapis biasa. Perah atau ramas sehingga santan keluar.\n\nJika anda mahukan tekstur santan dengan lebih baik, tapiskan semula santan kerana masih terdapat banyak hampas yang tersisa. Simpan santan segar ini di dalam peti ais bahagian sejuk beku jika anda tidak ingin menggunakannya segera untuk mengelakkan santan basi.\n\nSantan segar sangat sesuai untuk masakan kampung seperti gulai atau masakan berkuah yang lain kerana mempunyai tekstur yang pekat dan likat. Jika anda ingin menggunakan santan segar yang diletakkan di dalam frozen, rendamkannya di dalam air dan tunggu sehingga santan cair.\n\nNamun berbeza jika anda ingin membuat nasi lemak atau rendang. Untuk masakan ini, anda boleh terus memasukkan santan yang masih beku ketika hendak memasak. Kebiasaannya, santan segar yang berada di pasaran dijual di dalam plastik lutsinar. Jadi mudah untuk anda tahu kepekatan santan tersebut.\n\nSantan kotak memang banyak digunakan dalam pelbagai masakan kerana ianya mudah untuk didapati. Sesuai untuk yang ingin mula belajar memasak atau yang mencari jalan mudah untuk mendapatkan santan. Santan kotak juga ada yang cair dan ada yang pekat. Sebelum membelinya, pastikan anda perhatikan label dengan betul.\n\nKini, pelbagai jenama santan kotak dikeluarkan. Anda pasti biasa mendengar tentang santan kotak Kara, Ayam Brand, M&S, Saji dan sebagainya. Setiap jenama santan ini mempunyai tekstur, rasa dan kepekatan yang berbeza.\n\nAnda pasti sering menyimpan lebihan santan kotak di dalam peti sejuk beku. Hati-hati jika anda ingin menggunakannya semula kerana santan tersebut akan berketul walaupun sudah sebati dalam masakan sehingga tekstur makanan menjadi kurang cantik.\n\nUntuk mengatasi masalah ini, anda perlulah mengisar semula santan beku ini bersama air panas. Anggaran air panas mengikut kepekatan yang anda inginkan. Kisarlah sehingga santan tidak lagi berketul dan teksturnya seperti santan biasa.\n\nPasti ada dalam kalangan anda yang suka masak menggunakan santan serbuk. Antara sebab ramai yang menggunakan santan ini adalah santan serbuk mudah untuk disimpan, murah, tahan lama dan berkrim. Antara jenama santan serbuk terkenal adalah Enak, S&P dan sebagainya.\n\nSantan serbuk sebenarnya sedap di gunakan untuk memasak pencuci mulut seperti agar-agar, kek dan puding yang memerlukan santan. Tak hairanlah jika ada yang menggunakan santan serbuk untuk menggantikan penggunaan susu dalam masakan ini.\n\nJika untuk masakan lain, santan serbuk dikatakan lebih sedap digunakan untuk memasak nasi lemak kerana lebih lemak berkrim dan aromanya lebih menyerlah.\n\nTerdapat dua cara menggunakan santan serbuk. Cara pertama adalah anda boleh memasukkan terus santan terus dalam masakan. Cara kedua adalah gaulkan santan dengan sedikit air terlebih dahulu sebelum campurkan dalam masakan.\n\nBuat pengetahuan anda, santan serbuk pilihan dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah masakan yang tercair. Campur sahaja serbuk santan ke dalam masakan atau gaulkannya terlebih dahulu dengan sedikit kuah yang dimasak.\n\nKesimpulannya, proses permulaan untuk mendapatkan santan memang sama. Tetapi proses seterusnya berubah mengikut tekstur, ketahanan dan jenis masakan.\n\nDah faham perbezaan santan segar, kotak dan serbuk? Mudahlah anda menyesuaikan santan dengan jenis masakan selepas ini. Jom masak rendang, kari dan gulai lemak tanpa ragu-ragu! Artikel ini ditulis berdasarkan pemerhatian penulis sahaja. Jika anda mempunyai cadangan atau informasi lain, kongsikannya bersama kami!\n\nJom baca artikel kami yang lain seperti:"
"Jom cuba buat resepi kek batik nestum. Sedapnya kek batik nestum bila memikirkannya! Kek batik selalu ramai peminat, walau ada banyak resepi kek sedap lainnya namun pesona kek batik tidak tergantikan.\n\nKek batik ada banyak jenis antaranya kek batik coklat, kek batik cheese, kek batik Oreo, kek batik nestum dan lain-lain. Kek batik dibuat daripada roti marie yang dikombinasikan dengan coklat, susu dan telur serta bahan lainnya.\n\nKek batik tidak menggunakan tepung. Cara memasaknya tanpa bakar, hanya perlu menyejukkan kek batik sehingga mengeras. Namun begitu, kek batik tampak keras di luar namun sangat lembut apabila dimakan.\n\nTanpa memakan masa, kami bahagikan kepada anda resepi kek batik nestum yang dikongsikan oleh Fatimah Ali di Facebook. Keenakan kek ini membuat banyak netizen yang membuat lagi dan lagi kek ini di rumah. Sekarang anda pula. Selamat mencuba.\n\n3. Bila butter sudah cair masukkan Milo, serbuk koko, susu pekat. Kacau sedikit.\n\n4. Kemudian masukkan telur dan air kacau lagi sampai pekat.\n\n5. Kemudian tutup api masukkan nestum dan biskut marie. Kacau rata.\n\n6. Alaskan loyang atau bekas dengan plastik.\n\n7. Masukkan adunan kek di atas tadi.\n\n9. Sejukkan dalam peti sebelum kek dipotong.\n\nBoleh juga cuba versi resepi kek batik yang lain di sini.\n\nSelain resepi kek batik nestum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, kek coklat dan sebagainya. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Sarang Semut pula. Kek sarang Semut merupakan kek gula hangus yang tekstur nya seperti sarang semut. Kadang-kadang ia juga dikenali sebagai kek sarang lebah. Boleh di bakar ataupun dikukus. \n\nKek Sarang Semut ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai, minum petang bersama teh \u2018O\u2019 panas. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat Kek Sarang Semut nih. Cepat dan Mudah. \n\nKalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Bolehlah ambil tempahan dari kenalan- kenalan. Hasil jualan nya, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan untuk keluarga. Yela bahan dan cara-caranya pun mudah. Sesuailah untuk yang bekerjaya.\n\nResepi Kek Sarang Semut yang dkongsikan oleh Norhaliza Hussein , bukan sahaja mudah dibuat tetapi memang sedap. Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya. \n\nSelain resepi Kek Sarang Semut ini, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Jom cuba resepi sambal sotong ini.Penggemar-penggemar makanan pedas pasti terasa terliur bila teringatkan sambal sotong yang pedas dan berkuah pekat. Bersalut lah katakan. Di makan pula dengan nasi panas. Pasti bertambah-tambah lah nasinya. Boleh lari plan diet kot. \n\nTapi tak apa. Orang kata \u201d cheat day\u201d. Sekali ni ja makan ikut selera. Rasa sotong yang manis dan kuahnya yang bersambal bukan selalu boleh makan. Sekali-sekala jer kan. \n\nCara nak masak pun tak susah. Bersihkan sotong, masak sotong tersebut, keringkan air sotong sedikit, tapiskan air sotong dan kemudian bolehlah masukkan sotong ke dalam kuah sambal yang telah dimasak. Pasti kuah sambalnya pekat. Tak berkuah sangat.\n\nJom tengok dan cuba resepi yang mendapat perkongsian ramai iaitu resepi sambal sotong Suhaila Osman. Nescaya tak pandang kiri kanan dah. Silap-silap boleh ambil hati mak mertua nanti. Dah sedap kan. Takkanlah tak kena puji.\n\nMudahkan ? Senang dan pasti sedap sehingga menjilat jari. Resepi sambal sotong kuah likat yang marvellous. Selamat mencuba. \n\nTerdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama yang tersayang."
"Shahzan Hotel Kuantan merupakan sebuah penginan gah dan terkenal di sekitar Kuantan, Pahang. Sekiranya anda mencari penginapan yang selesa, harga berbaloi serta berada di lokasi yang strategik di Kuantan, hotel ini pasti menepati citarasa anda!\n\nBandar Kuantan kini makin popular untuk destinasi pelancongan. Pelbagai tempat menarik yang wujud bagi menarik lebih ramai pelancong ke sini. Dengan kemunculan Menara Kuantan 188, iaitu antara menara tertinggi di Malaysia, pasti lebih ramai pelancong mahu ke sini.\n\nPenginapan terbaik di sini sudah pasti yang berada di tengah-tengah bandar Kuantan kerana memudahkan perjalanan pelancong. Oleh itu, Shahzan Hotel Kuantan merupakan rekomendasi terbaik buat para pelancong tempatan mahupun luar negara.\n\nNak tahu apa yang menarik jika menginap di hotel ini? Jom kami rungkaikan keistimewaan berada di Shahzan Hotel Kuantan!\n\nHotel 3 bintang ini pasti memberikan pengalaman terbaik sepanjang penginapan anda di sini. Apa yang menarik, Shahzan Hotel Kuantan merupakan sebuah hotel yang mengamalkan kelestarian alam dan konsep hijau (green hotel concept).\n\nHotel Shahzan Kuantan mempunyai 152 bilik dengan 5 jenis bilik berbeza. Anda boleh menempah Junior Suite, Deluxe Twin, Standard Queen, Standard Twin mahupun Deluxe Queen. Berdasarkan review pengunjung yang pernah menginap di sini, bilik memang teratur, bersih dan selesa.\n\nSetiap bilik berkonsepkan moden dan anda pasti terpukau dengan susun atur biliknya. Apa jua tujuan anda melancong sama ada atas urusan perniagaan mahupun percutian, dengan bilik berkonsep moden, anda boleh bersantai dengan selesa.\n\nKemudahan asas yang disediakan di setiap bilik adalah televisyen, seterika, pendingin hawa, WiFi dan sebagainya. Bagi umat islam, kemudahan solat disediakan iaitu sejadah dan arah kiblat. Jika anda mahukan Al-Quran, minta saja pada pihak hotel.\n\nNak bersantai sahaja di hotel bersama keluarga? Anda boleh membawa anak-anak ke kolam renang terbuka. Ada dua jenis kolam dengan dua kedalaman berbeza yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.\n\nWalaupun menginap di hotel, anda juga boleh barbeku di sini. Parkir juga disediakan khas buat penginap. Jika anda ingin mengadakan seminar atau mesyuarat, dewan seminar disediakan beserta auditorium.\n\nSekiranya anda malas untuk keluar dari hotel dan mencari tempat makan, datang saja ke Puteri Teja Caf\u00e9 yang menyediakan sarapan enak serta \u00a0aneka makan tengahhari dan makan malam yang terdiri dari menu tempatan dan antarabangsa. Kafe ini menjadi pilihan ramai dan merupakan kafe yang digemari pengunjung.\n\nTak mahu makan yang berat? Jangan risau, di kafe Pekan Deli terdapat pelbagai jenis pemanis mulut, pastri, snek, kopi dan lain-lain. Pekan Deli terletak di lobi hotel ini. Semuanya memang sedap tak terkata.\n\nBerada di tengah-tengah bandar Kuantan, mudah untuk anda melawat ke tempat-tempat menarik yang berdekatan. Antaranya adalah Dataran Sungai Kuantan, Menara Kuantan 188, Kuantan Parade dan Pantai Teluk Cempedak.\n\nBukan itu sahaja, anda juga boleh berjalan kaki lebih kurang 3 hingga 12 minit untuk sampai ke Masjid Negeri Pahang, Kuantan Street Art, Menara Kuantan 188, Kuantan Kula Cake dan Kuantan Esplanade.\n\nJika anda mahu membeli cenderamata atau mencari aneka makanan, datanglah ke Taman Kerang Kuantan dan Padang MPK 1 kerana terdapat banyak gerai di kawasan ini. Jika dari hotel, perjalanan mengambil masa 5 minit sahaja.\n\nLokasi: Lot Pt 240, Jalan Bukit Ubi Jalan Masjid, Kuantan, Pahang.\n\nBerita baik buat anda yang mempunyai perancangan untuk menginap di sini, Hotel Shahzan Kuantan sering melakukan promosi yang berbaloi, jimat dan terhad! Semua promosi yang ada, anda boleh lihat di laman web rasmi mereka.\n\nDengan kelebihan tersebut, Shahzan Hotel Kuantan pasti menjadi pilihan pelancong untuk menginap di Kuantan. Apa tunggu lagi? Jom rancang percutian anda ke Kuantan dan tempah penginapan di sini. Rasai penginapan yang selesa dan memuaskan bersama Shahzan Hotel Kuantan!\n\nBanyak tempat menarik di sekitar Pahang yang mungkin anda belum pernah kunjungi. Sementara nak ke Kuantan, jangan lupa untuk singgah di tempat-tempat seperti berikut:"
"Setiap wanita pastinya akan berasa teruja apabila mengetahui bahawa dirinya hamil. Tak sabar nak kongsikan berita gembira kepada suami. \n\nPastinya anda juga akan mula mencari ilmu dan maklumat tentang kehamilan sebagai panduan anda melalui tempoh kehamilan selama 36 minggu. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info lengkap ibu hamil termasuk panduan lengkap nutrisi, pantang, dan penyakit.\n\nPastinya anda tertanya-tanya apakah nutrisi penting yang anda perlukan sepanjang tempoh kehamilan agar memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua khasiat yang diperlukan supaya dapat berkembang dan membesar dengan baik. Berikut adalah di antara nutrisi penting yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung:\n\nYang sebenarnya anda perlu mula mengambil folik asid seawal 3 bulan sebelum anda mengandung bagi memastikan badan anda mengandungi folate yang lengkap dan bersedia untuk mengandung. Di antara fungsi folate ialah untuk memastikan pembentukan saraf tunjang bayi anda pada peringkat awal kehamilan berjalan dengan baik. \n\nJika badan anda tidak mempunyai folate yang mencukupi, mungkin saraf tunjang bayi anda tidak akan terbentuk dengan sempurna lalu menyebabkan berlaku kelainan pada bayi anda apabila dilahirkan. Selain pil folik asid, anda juga boleh mendapatkan folik asid dari sumber semulajadi seperti brokoli, almond, avokado, sayuran hijau, dan kekacang.\n\nZat besi ialah di antara vitamin yang akan diberikan kepada ibu mengandung apabila ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan pra natal. Di antara vitamin yang mengandungi zat besi yang popular di Malaysia ialah Obimin dan Iberet. Pastikan anda makan vitamin yang diberikan kerana zat besi membantu pembentukan darah yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan anda. \n\nKekurangan sel darah merah akan menyebabkan anda mengalami masalah kekurangan darah atau anemia. Darah yang mencukupi adalah sangat penting bagi memastikan rahim dan plasenta mendapat bekalan darah yang diperlukan. Selain pil zat besi yang diberikan oleh klinik, anda juga boleh mendapatkan zat besi dari sumber semulajadi seperti hati, bayam, tomato, telur, kacang kuda, gajus, sotong, kepad, udang, dan kerangan laut yang lain.\n\nMungkin selama ni mungkin anda menyangka bahawa vitamin c adalah vitamin untuk kecantikan dan meningkatkan imuniti agar tidak cepat jatuh sakit. Yang sebenarnya, vitamin c juga sangat penting untuk ibu mengandung kerana ia membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Maksudnya, tanpa pengambilan vitamin c, badan anda tidak akan menyerap zat besi yang diambil dengan sepenuhnya. Rugi kan?\n\nZat besi yang tidak diserap oleh tubuh badan akan dibuang melalui najis di mana najis anda akan berwarna hitam. Pernah mengalaminya? Ia adalah petanda bahawa badan anda gagal untuk menyerap zat besi dengan baik. Oleh itu, jangan lupa untuk ambil vitamin c sama ada dalam bentuk pil atau juga dari sumber semulajadi seperti oren, kiwi, epal hijau, tomato, pisang, dan bawang putih.\n\nTahukah anda bahawa vitamin B dikenali sebagai vitamin yang membahagiakan? Ini kerana ia mampu memberikan anda mood yang baik. Sesuai sangat untuk ibu mengandung yang biasanya mengalami masalah mood swing dan sentiasa moody. \n\nSelain itu, B Complex juga membantu perkembangan sel darah merah dalam badan supaya badan anda tidak mengalami masalah kekurangan darah atau anemia yang boleh menjejaskan kandungan. Selain pil B Complex, anda juga boleh mendapatkan B Complex dari sumber semulajadi seperti tuna, avokado, kekacang, roti gandum, salmon, dan daging. \n\nKalsium adalah sangat penting untuk ibu mengandung kerana ia membantu pembentukan tulang dan gigi bayi dengan baik selain memastikan ibu tidak mengalami masalah reput tulang dan reput gigi. Adalah sangat penting untuk anda mengambil kalsium yang mencukupi sepanjang kehamilan agar anda tidak mempunyai masalah osteoperosis pada masa tua nanti. \n\nSelain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya sepanjang kehamilan akan memastikan gigi anda tidak cepat luruh menyebabkan anda kerongakan. Selain pil kalsium, di antara sumber semulajadi kalsium ialah susu, kekacang, dan keju.\n\nOrang melayu memang kaya dengan pantang-larang, termasuk semasa mengandung. Di antara pantang-larang ibu mengandung yang paling kerap disebut ialah:\n\nPenyakit merbahaya yang boleh menjadi komplikasi kehamilan\n\nTerdapat pelbagai penyakit yang boleh menjadi komplikasi sepanjang kehamilan dan boleh menjejaskan kandungan anda. Di antaranya ialah:\n\nItulah dia info ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda juga akan berminat untuk membaca perkongsian kami tentang darah rendah semasa mengandung, tanda awal mengandung, dan barang keperluan bayi baru lahir."
"Siapa pernah tengok dan makan kek ini? Kek ini sejenis kuih lejen yang dapat dijumpai pada hari raya. Orang dulu rajin buat kek ini, zaman sekarang susah jumpa kek ini.\n\nNama sebenar kek ini ialah kek madeline bentuknya menyerupai loceng mungkin kerana itulah ada orang panggil kek loceng. Kek ini ada acuan dia tapi boleh ditukar dengan menggunakan kertas cup cake sahaja.\n\nKek madeline merupakan kek butter yang dibalut dengan jem strawberry di permukaannya dan kelapa parut. Paduan bahan-bahan ini melahirkan rasa enak yang hebat. Di bawah ini kami share resepi yang didatangkan daripada Norul Hayati\u200e di laman Facebook. Resepi dalam gram bagi memudahkan lagi untuk sukat.\n\nSelain madeline kek, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Tubuh badan bayi yang baru sangat sensitif. Ketika siapkan bayi, anda perlu mendukung atau memegang dengan berhati-hati. Pastikan bayi selesa dan tidak rimas dengan cara anda memegang mereka. Pada awalnya, pasti akan berasa janggal untuk mandikan bayi terutama sekali ibu bapa muda yang tiada pengalaman.\n\nJangn bimbang, kita boleh mulakan secara perlahan-lahan dan yang pasti selamat buat bayi. Untuk siapkan bayi, ada 3 peringkat. Apakah peringkat-peringkat tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 peringkat untuk siapkan bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nSEDIAKAN SEMUA KEPERLUAN MANDIAN DAN PERSALINAN SELEPAS MANDI\n\n Keperluan mandian \u2013 termasuklah semua barangan dan peralatan yang diperlukan untuk mandi seperti besen kecil / tab mandi, sabun bayi, span atau kain lembut,\n\n Persalinan bayi \u2013 pakaian bayi selepas dimandikan termasuklah tuala, lampin, krim, bedak, putik kapas, dan sebagainya.\n\n Biasanya tilam getah akan dihamparkan bersama semua kelengkapan ini.\n\n Pastikan anda mendapatkan ruang yang luas, selesa dan selamat untuk anda dan bayi.\n\n Bagi ibu yang masih belum boleh duduk dengan selesa di atas bangku, mandikan bayi dalam keadaan berdiri seperti di sinki dapur atau di atas meja.\n\n Lapikkan alas getah untuk mengelakkan anda daripada tergelincir semasa mendukung bayi.\n\n Jauhkan benda-benda lain seperti baldi dan gayung yang tidak digunakan. Ianya berisiko kerana mengganggu ruang keselesaan anda.\n\n Jika perlu, letakkan tong sampah atau baldi berdekatan untuk meletakkan lampin bayi yang kotor. Ini dapat mengelakkan anda menjadi kelam-kabut semasa proses menanggalkan lampin bayi.\n\n Kedalaman air yang disyorkan ialah sekadar untuk bayi berbaring setakat bahunya terendam.\n\n Iaitu lebih kurang 10cm untuk bayi yang berusia kurang dari 6 bulan.\n\n Bagi bayi 6 bulan ke atas, pastikan kedalaman air tidak melebihi paras pinggang bayi dalam posisi duduk.\n\n Mandikan bayi dengan air suam \u2013 tidak terlalu sejuk mahupun terlalu panas.\n\n Suhu yang sesuai ialah sekitar 37o\n\n Celupkan siku anda untuk merasa kehangatan air, bukannya merasa dengan tangan anda.\n\n Sekiranya lampin bayi dipenuhi air kencing atau najis, pastikan punggung bayi dibersihkan terlebih dahulu.\n\n Tutupi bahagian tubuhnya dengan tuala terlebih dahulu supaya bayi tidak kedinginan.\n\n Ini untuk memudahkan anda mengambil masa dan posisi yang selesa semasa membersihkan bahagian muka dan kepala bayi.\n\n Gunakan satu tangan untuk menyokong leher dan kepalanya, manakala satu tangan lagi digunakan untuk membersihkan anggota badan bayi.\n\n Selepas membersihkan muka dan kepala bayi, teruskan menggosok lembut dari anggota di bahagian atas badan ke bawah dan dari depan ke belakang.\n\n Ratakan air dan gunakan sabun yang sesuai.\n\n Bagi bayi baru lahir yang sensitif, cukup sekadar meratakan air bersih tanpa perlu menggunakan sabun.\n\n Tidak perlu menggosok tuala ke kulit bayi yang masih halus. Sebaliknya, tepukkan sahaja tuala secara perlahan-lahan ke badan bayi.\n\n Baringkan bayi di atas tilam getah sebagai persediaan sekiranya bayi terkencing sebelum sempat dipakaikan lampin.\n\n Gunakan tuala lembut yang kering dan bersih untuk mengeringkan mata, muka, leher, dan celah-celah jari.\n\n Tali pusat hendaklah dibersihkan dan dikeringkan setiap hari untuk mengelakkan jangkitan kuman.\n\n Gunakan antiseptik yang dibekalkan oleh hospital atau cukup sekadar menggunakan air bersih.\n\n Luangkan sedikit masa untuk mengurut bayi sebelum dipakaikan baju. Kebanyakan bayi sangat sukakan urutan.\n\n Selain memupuk kemesraan, urutan juga dapat memberi ketenangan kepada bayi.\n\n Gunakan minyak bayi seperti minyak telon atau losyen pelembap yang sesuai untuk memberi urutan.\n\n Selalunya bayi diurut lembut di bahagian perut dan tapak kaki.\n\n Terdapat pelbagai teknik urutan bayi yang boleh dipelajari.\n\n Sekiranya anda masih belum berani untuk mandikan bayi di dalam tab mandi, gunakan span atau kain lembut sebagai pengelap badan bayi sehingga bersih.\n\n Pernahkah anda melihat alat penyokong bayi yang digunakan dalam tab mandi? Ianya sangat membantu sesetengah ibu kerana dapat memudahkan pergerakan.\n\n Tetapi, jangan terkejut kerana ada bayi yang cukup tidak selesa dengan alat ini.\n\n Bayi yang baru lahir tidak seharusnya dimandikan terlalu lama.\n\n Cukuplah sekadar 3 hingga 5 minit.\n\n Dalam cuaca di Malaysia, seelok-eloknya bayi dimandikan sebanyak 2 kali sehari.\n\n Jadikan rutin untuk mandikan bayi anda pada sekitar waktu yang sama setiap hari.\n\n Ianya mampu memberi isyarat kepada bayi untuk mengetahui waktu tidurnya selepas ini.\n\n*Berikut adalah 3 peringkat semasa menyiapkan bayi yang baru lahir. Langkah-langkah ini peru diikuti satu persatu untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Jika anda sudah handal dalam menyiapkan bayi, tidak perlu lagi mengikut langkah ini. Bagi ibu bapa muda di luar sana boleh ikuti langkah-langkah ini.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kalau diperhatikan, kini ramai ibu hamil di Malaysia\u00a0melahirkan anak secara pembedahan Caesarean. Pembedahan ini mungkin dilakukan secara elektif atau kecemasan.\n\nPembedahan Caserean yang dilakukan secara elektif bermakna pembedahan yang dirancang mengikut tarikh yang ditetapkan, sementara pembedahan secara kecemasan ialah pembedahan yang dilakukan serta-merta kerana bimbang bayi dan kesihatan ibu berada dalam keadaan bahaya.\n\nTidak kisahlah jenis pembedahan yang dipilih, pembedahan Caesarean banyak melibatkan kehilangan darah. Anggaran kehilangan darah boleh jadi sekitar antara 200ml hingga 1500 ml.\n\nIni semua bergantung bergantung kepada kesukaran ketika pembedahan. Secara logiknya, sudah tentu lebih banyak darah akan hilang untuk pembedahan yang dilakukan secara kecemasan berbanding secara elektif.\n\nSekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean, penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina. Luka akibat pembedahan memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.\n\nBerikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu;\n\n11 Tips Sembuh Luka Ceasarean Cepat\n\nMenurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.\n\nAnda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.\n\n2. Makan makanan berzat dan seimbang\n\nAnda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih.\n\nMakan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin.\n\nJangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.\n\nAir adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang.\n\nKekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.\n\n4. Elak daripada mengambil ubat tradisional\n\nTidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak.\n\nAda pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.\n\nPastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.\n\n5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin\n\nSemasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh.\n\nAmalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.\n\nSakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.\n\nMenyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.\n\nTerdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.\n\n8. Pastikan luka kering dan bersih\n\nBiarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.\n\nAnda boleh menggunakan \u2018binder\u2019 atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus.\n\nIa juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.\n\n10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan\n\nAktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.\n\nSokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.\n\nTanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;\n\n1. Demam berterusan.\n2. Sakit pada tempat luka\n3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj\n4. Keluar nanah dari tempat luka\n5. Tanda kemerahan pada sekitar luka\n6. Keluar air jernih dari tempat luka\n7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak\n8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka\n\nSekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera. Semoga artikel ini membantu."
"Menyandang gelaran ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih pada zaman moden yang serba mencabar seperti hari ini di mana anda perlu menyeimbangkan di antara kerjaya dan keluarga. Belum lagi kita berbicara tentang cabaran dalam membesarkan anak-anak pada zaman di mana gejala sosial dan keruntuhan moral berleluasa tanpa kawalan.\n\nIstimewa untuk anda ibu bapa yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik setiap hari, jom kami kongsikan mutiara kata ibu bapa sebagai panduan dan pegangan kita bersama.\n\nTiada ibu bapa yang sempurna, namun semua ibu bapa pastinya berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak\n\nSebagai seorang manusia, pastinya anda akan melakukan kesilapan dan akan ada kekurangan di sini dan di sana dalam proses membesarkan dan mendidik anak-anak. Ada masanya anda akan berasa seolah-olah anda bukan seorang ibu atau bapa yang baik. Ada masanya anda akan merasakan seolah-olah anda berdosa dan bersalah kepada anak-anak. Ianya adalah sesuatu yang normal.\n\nKetahulah bahawa tidak ada ibu bapa yang sempurna di dunia. Ini kerana kita adalah manusia. Tiada manusia yang sempurna. Namun yang pasti kita sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Kita akan berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Ia adalah sudah memadai. Tidak perlu berusaha untuk menjadi seorang yang sempurna kerana ia adalah mustahil.\n\nUntuk berada dalam memori anak anda pada hari esok, anda perlu berada dalam hidup anak anda pada hari ini\n\nPastinya hati anda akan tersentuh dengan mutiara kata ibu bapa yang ini. Sungguh! Di antara cabarab utama menjadi ibu bapa ialah untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan dalam masa yang sama perlu melakukan yang terbaik untuk kerjaya. Satu perkara yang mungkin ada yang terlupa ialah anak kecil cuma sekali dan mereka membesar dengan cepat.\n\nAda ibu bapa yang terleka dengan kerjaya sehingga terlupa untuk meluangkan masa mencipta memori indah bersama anak-anak. Malah ada yang memilih jalan mudah dengan memberikan gadjet kepada anak-anak supaya duduk diam dan tidak meminta perhatian dari kita ibu bapa. Mungkin hari ini anda lega tidak diganggu oleh anak-anak namun mungkin anda akan menyesal dikemudian hari apabila anak sudah besar.\n\nOleh itu, ibu bapa sekalian jom kita luangkan masa bersama anak-anak. Anak adalah sangat berharga. Anak adalah segala-galanya. Jom cipta memori indah bersama anak-anak semasa mereka kecil untuk dikenang semula bila mereka sudah dewasa.\n\nDi dunia ini anda hanyalah orang biasa namun bagi anak-anak anda adalah dunia mereka\n\nAllahu akbar. Tersentuh hati kami membaca mutiara kata ibu bapa yang ini. Sungguh! Di mata manusia lain kita mungkin bukan sesiapa. Sekadar manusia biasa seperti jutaan manusia lain yang wujud di dunia. Namun ketahuilah bahawa dimata anak-anak, kita adalah segalanya. Kitalah dunia mereka. Itulah sebabnya kenapa kita sebagai ibu bapa perlu banyak meluangkan masa bersama anak-anak yang sangat dahagakan perhatian dan kasih sayang daripada kita.\n\nSetiap anak perlukan kasih sayang seperti tumbuhan perlukan air\n\nKalau kita tanam pokok, pastinya kita perlu menyiram pokok tadi dan memastikan ia tidak berada dibawah cahaya terik matahari yang boleh menyebabkan pokok tadi mati. Malah kita akan memastikan tiada ulat bulu yang akan memakan daun pokok yang kita tanam. Begitu juga dengan anak yang kita lahirkan. Bagaimana pokok perlukan air untuk hidup, anak kita juga memerlukan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari kedua ibu bapa untuk membesar menjadi seorang manusia yang berjaya.\n\nAnak umpama kain putih, kitalah yang mencorakkannya\n\nIni adalah mutiara kata ibu bapa yang paling popular di Malaysia. Tak dapat dinafikan, anak sememangnya dilahiran ke dunia dalam keadaan suci, polos, dan jernih. Kita selaku ibu bapa adalah manusia yang bertanggung jawab untuk membentuk siapa anak kita. Setiap didikan kita akan menentukan siapa anak kita di kemudian hari.\n\nSebagai seorang yang beragama islam, adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk menerapkan ajaran islam dalam hidup anak dan memastikan anak sentiasa melakukan segala suruhan agama dan meninggalkan segala larangan. Adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak.\n\nAnak-anak memerlukan kehadiran kita lebih daripada hadiah\n\nAda ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan menghadiahkan anak-anak dengan pelbagai hadiah sebagai pengganti agar kurang rasa bersalah yang dirasa dalam hati. Mereka bernaggapan bahawa hadiah mahal yang diberikan dapat menggantikan diri mereka yang tidak dapat berada bersama anak.\n\nNamun ketahuilah bahawa anak-anak memerlukan kehadiran kita ibu bapa lebih daripada hadiah. Kasih sayang dan perhatian ibu bapa adalah apa yang didambakan oleh anak-anak, bukannya hadiah. Walau semahal mana hadiah yang anda berikan kepada anak, takkan mampu menandingi kebahagiaan yang akan dirasai jika anda meluangkan masa bersama mereka.\n\nItulah dia info tentang mutiara kata ibu bapa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tanggungjawab seorang bapa terhadap anak , kata-kata semangat dan misi hidup"
"Anda kena cuba resepi sotong goreng tepung ini. Sotong goreng tempura bermaksud saduran rangup yang ringan dan berongga. Ia tidak keras berkeping-keping sebaliknya ia lebih crunchy dan saduran pula tidak mudah terkelupas.\n\nGoreng ala tempura berasal dari Jepun. Di mana sotong digoreng dengan adunan tempura. Jenis tepung yang diguna dan rasio adunan haruslah sesuai agar mendapatkan adunan tempura yang rangup dan garing.\n\nMaka itu kami tuliskan pada perkongsian kali ini resepi sotong goreng tepung rangup yang dikongsikan oleh Yuss Aisya di laman Facebook.\n\nTanpa buang masa, anda yang kehabisan idea memasak sotong boleh cuba resepi sotong goreng tepung rangup di bawah ini. Krup krap bunyinya. Selamat mencuba.\n\nBoleh cuba pelbagai resepi sotong lain di sini.\n\nSelain resepi sotong tempura, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Madu ada pelbagai jenis, contohnya madu tualang, madu yaman, madu ratu, madu propolis, madu manuka dan madu kelulut. Setiap madu datang daripada sumber yang berlainan. Maka khasiatnya juga berlainan.\n\nDi pasar raya di mana-mana sahaja ada menjual madu dalam pelbagai bentuk botol dan jenama. Kita boleh pilih yang mana satu kita mahu. Madu boleh digunakan dalam minuman dan juga pencuci mulut. Jika mahu madu yang asli tiada tambahan bahan-bahan lain sepeti gula boleh membeli madu di kawasan kampung. Ia sememangnya mempunyai sumber madu tersendiri dan dalam madu tersebut tiada bahan lain selain madu.\n\nSebelum kita makan madu, tahukah anda mengenai khasiat sebenar mengenai madu? Bahasa mudahnya fakta mengenai madu.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta khasiat madu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri. \n\n1) Madu tidak sesuai diambil bersama garam\n\nPenggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.\n\nKajian yang dilakukan sebelum ini menunjukan pengambilan madu beserta garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut.\n\n2) Cara-cara khasiat dalam madu diserap dalam badan\n\nKenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.\n\nMadu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Seeloknya diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.\n\n3) Cara makan buah dan madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain\n\nJawapanKita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (asid fenolik) akan lebih mudah dan lebih banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.\n\nJika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa \u201cRasulullah s.a.w. menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan\u201d\n\nTalbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu\n\nBarli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini;\n\n2. Tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil\n\n3. Bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae.\n\nBuah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia\n\n4) Cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak\n\nMenurut kaedah tradisional, keaslian madu ditentukan dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah :\n\n1. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air.\n\nSebenarnya, madu lebah asli \u2013 air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama. Semua kaedah di atas belum lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya. \n\nCara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69\n\n.kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir..\n\n2. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap contohnya perang\n\n3. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar\n\n4. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan \u2013 `Food as Medicine\u2019\n\n5. Bahan antioksidan ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC.\n\nKajian saya menunjukan madu kelulut lebih tinggi khasiat berbanding madu biasa. Hasil kajian saya juga madu kelulut asli juga ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)\n\n5) Adakah madu boleh diletak dalam peti ais? \n\nMadu sebaiknya disimpan dalam chiller (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Madu (khususnya madu kelulut) sebaiknya dibuang air untuk mengelakkan berlaku penapaian (yang akhirnya akan mengurangkan khasiat madu tersebut). Enzim dalam madu juga akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Bahan karbohidrat dalam madu juga akan berubah kepada hidroksimetilfurfural (HMF) jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.\n\nBerikut adalah fakta mengenai madu yang perlu anda tahu. Madu ini juga adalah makanan sunah Rasulullah. Ia baik untuk kesihatan dalaman dan luaran. Madu ini juga tidak perlu ragu-ragu lagi mengenai khasiatnya. Banyak kajian yang telah menunjukkan madu bagus untuk kesihatan tubuh badan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sebelum ini mungkin anda tidak mengenali semut charlie. Namun sejak kebelakangan ini semut charlie sering disebut-sebut di media sosial berikutan banyaknya kejadian anak yang menderita sakit akibat digigit semut charlie.\n\nYang sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan semut charlie? Dari mana semut ini datang? Apakah yang akan berlaku jika anda digigit semut charlie?\n\nSemut charlie atau nama saitifiknya Staphylinidae sudah wujud di Malaysia sejak dahulu lagi tapi ianya tidak menjadi sebutan kerana dahulu tiada media sosial untuk memviralkan kes gigitan semut charlie yang berlaku.\n\nSemut charlie adalah dari keluarga kumbang walau pun namanya adalah semut. Selain semut charlie, ia juga mempunyai nama lain seperti\u00a0rove beetle, semut semai, dan semut kayap. Lain tempat, lain nama yang diberikan kepada semut charlie.\n\nSemut charlie kelihatan seperti semua biasa yang selalu ada di kawasan rumah anda. Apa yang membezakan semu charlie daripada semut biasa yang tidak merbahaya ialah warnanya.\n\nSemut charlie berbelang dengan warna hitam pada tubuh badannya. Oleh itu, jika anda ternampak semut berbelang hitam di rumah, segera buang semut tersebut.\n\nSemut charlie mempunyai sayap namun kebiasaanya, sayap semut charlie tidak kelihatan kerana semasa merayap, semut charlie menyimpan sayapnya.\n\nApabila terkejut, semut charlie akan mengangkat abdomennya seperti kelakuan kala jengking dan melepaskan bisanya. Oleh itu, pastikan anda tidak membuatkan semut charlie tersebut lalu menyengat anda dengan bisa yang ada pada perutnya.\n\nDi manakah semut charlie biasa ditemui?\n\nSemut Charlie suka bersarang dan tinggal di habitat seperti kawasan sawah padi, semak-samun, padang & hutan. Semut charlie selalunya datang ke tempat tinggal manusia pada waktu malam kerana tertarik kepada cahaya lampu. Semut charlie cukup sukakan cahaya lampu pada waktu malam.\n\nAdakah gigitan semut charlie boleh membahayakan manusia?\n\nYa. Racun semut charlie sangat merbahaya kepada manusia. Dikatakan bahawa racun yang terdapat dalam badan seekor Semut charlie adalah bersamaan dengan 12 kali ganda racun yang terdapat di dalam badan seekor ular tedung sela.\n\nDi dalam badan semut charlie terdapat sejenis\u00a0cecair hemolimf atau toksin yang paling bisa di dunia yang dipanggil pederin.\n\nMalah, semut charlie yang\u00a0dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih mempunyai racun. Jika bisa semut charlie terkena pada kulit, kulit anda berasa sakit, pedih, dan gatal serta menjadi merah kehitaman.\n\nApakah tanda anda terkena bisa semut charlie?\n\nApabila anda terkena bisa semut charlie, kulit yang terjejas akan menjadi:\n\nBagaimana untuk mengelakkan daripada terkena bisa semut charlie?\n\nRacun semut charlie boleh melekat pada cadar, baju, dan lantai rumah anda. Cara paling berkesan untuk mengelakkan daripada terkena bisa semut charlie ialah dengan cara mengelakkan semut ini daripada masuk ke dalam rumah anda atau dekat dengan tubuh badan anda. Di antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:\n\nBagaimana cara untuk mengelakkan daripada semut charlie semasa melakukan aktiviti luar seperti berkhemah atau hiking?\n\nJika anda mengadakan aktiviti luar di kawasan yang mempunyai habitat semut charlie, anda boleh mengelakkan daripada digigit semut charlie dengan cara:\n\nApa nak buat kalau anda terkena bisa semut charlie?\n\nItulah dia info tentang semut charlie yang ingin kami kongsikan pada hari ini. semoga bermanfaat buat anda. Elakkan orang tersayang, terutamanya anak kecil anda daripada terkena bisa semut charlie kerana ianya sangat menyakitkan."
"Tart selalunya diisi dengan kek, ayam dan sekarang ini, biasanya tart selalu diisi bersama keju yang dipanggil sebagai cheesetart. Intinya pula diisi bersama bluberi, strawberi atau apa \u2013 apa sahaja mengikut citarasa anda. Resepi cheesetart telah berevolusi dan berubah dari masa ke semasa. Kini, cheesetart gebu telah menjadi trend. Permukaannya yang gebu membolehkan kita melukis di atasnya. Maka, terjadilah cheesetart yang lebih berseni, dan menarik untuk dimakan. \n\nCheesetart merupakan sebuah juadah yang amat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. Lazimnya, ianya hanya dihidangkan di hotel. Namun kini, bersama resepi \u2013 resepi yang mudah untuk didapati, sesiapa sahaja boleh membuat cheesetart. Bahan \u2013 bahannya juga mudah untuk didapati selain daripada cara pembuatannya yang ringkas. \n\nCheesetart amat sesuai untuk dijadikan hantaran, hadiah ataupun dimakan begitu sahaja. Rasanya yang berlemak dan manis boleh memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya. Kali ini, kami bawakan resepi cheesetart bukan yang biasa kita lihat, tetapi magnum cheesetart. Wah, menarik sekali kan? \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Noorul Izzah Marzuki dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita lihat!\n\nBahan \u2013 bahan untuk tart shell:\n\nBahan \u2013 bahan untuk inti cheese: \n\nBahan \u2013 bahan untuk lapisan coklat luar:\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nTerdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jadikanlah memasak salah satu aktiviti untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan menggunakan resepi yang kami sediakan. Jangan risau, kebanyakkan resepi disini mudah untuk diikuti dan dijamin berkesan. Jangan lupa ya untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!"
"Resepi Korea selalu menarik hati ramai. Dan antara resepi Korea yang paling terkenal dan disukai ramai ialah ayam goreng pedas.\n\nBahkan di restoran Korea yang ternama, menu ayam goreng pedas paling ramai pembelinya. Kenapa hidangan ini amat digilai? Rupanya rahsia ialah pada sos pedas yang dilumur pada ayam tersebut.\n\nAyam goreng nan garing dan lembut, dibalur dengan sos pedas manis pekat melekat sedap menjilat jari sekarang boleh anda buat sendiri di rumah.\n\nFafae Mimie berkongsikan cara memasak ayam goreng pedas Korea mudah di laman Facebook. Dengan resepi ini anda boleh masak dan mengisi perut tanpa harus pergi ke restoran Korea, sudahlah harganya mesti mahal bukan?\n\nSelain resepi ayam pedas Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Baru baru ini, mahkamah tinggi Amerika Syarikat \u2018menghalalkan\u2019 perkahwinan sejenis (lelaki boleh kahwin lelaki dan perempuan boleh kahwin perempuan) di seluruh negeri-negerinya. Apa yang dulunya tidak dibenarkan dan dipandang serong oleh kebanyakan masyarakat Amerika, kini bukan sahaja diterima, bahkan disahkan pula oleh undang-undang. Cukup menggerunkan.\n\nNampaknya, seluruh dunia seolah-olah terpaksa akur kepada tuntutan golongan LGBT ini. Tidak berapa lama dulu ia diluluskan di negara-negara Eropah termasuk yang terbaru, di Ireland. Tidak mustahil, dengan kelicikan perancangan mereka melalui pelbagai jalan, ke depan ini negara-negara Asia yang cukup \u2018anti\u2019 dengan kesongsangan ini mungkin akhirnya terpaksa tunduk.\n\nDi Malaysia juga, golongan LGBT ini wujud. Tapi di sini, perjuangan mereka masih taboo dan ditolak oleh kebanyakan masyarakat Islam yang masih rasional. Namun, berhati-hati adalah mesti, selain dari memastikan bahawa golongan yang pro perjuangan LGBT tidak mendapat pentas di media dan di parti-parti politik, bagi setiap kita, terutamanya ibu bapa, ada peranan yang boleh kita lakukan untuk sekurang-kurangnya memastikan anak-anak kita bebas dari gejala ini.\n\nProses pembentukan identiti seseorang bermula sejak dia dilahirkan. Pengalaman hidup seseorang sewaktu kecil berperanan besar dalam menentukan anak lelaki membesar menjadi lelaki dan anak perempuan membesar sebagai perempuan.\n\nAda ahli akademik yang menyatakan bahawa proses ini bermula sejak anak-anak berusia 8 bulan dan paling kritikal sebelum anak-anak mencecah usia 5 tahun. Dalam tempoh ini, ada 5 perkara yang perlu diberi perhatian dalam memastikan anak-anak lelaki tidak membesar menjadi \u2018gay\u2019.\n\n#1 Pengaruh Bapa Dalam Kehidupan Anak\n\nPertama sekali, adalah pemerkasaan peranan ayah. Kajian yang cukup popular yang dilakukan oleh Irving Bieber terhadap lelaki-lelaki gay menunjukkan bahawa ketiadaan ayah yang punya sifat \u2018qawwam\u2019 (pelindung) dan rijal (kejantanan) adalah punca utama mengapa anak-anak lelaki mengalami kecelaruan identiti hingga menjadi \u2018gay\u2019.\n\nPeranan ayah mesti diperkasakan dalam keluarga, apa yang diperlukan bukan ayah yang \u2018sweet\u2019, romantik dan boleh melakukan semua jenis kerja-kerja rumah, bukan juga ayah yang garang macam singa sepanjang masa, tapi ayah yang tegas dan lembut pada masanya, bertanggungjawab dan melayani anak-anak lelaki sesuai dengan fitrah mereka.\n\nBieber menyarankan dalam kajiannya agar ayah-ayah bermain dengan anak-anak lelaki, terutamanya permainan-permainan berbentuk fizikal yang agak \u2018kasar\u2019. Permainan antara ayah dan anak ini pada peringkat awal usia anak-anak menurut beliau boleh membentuk jatidiri dan sifat kelelakian anak-anak lelaki.\n\nKehilangan figura ayah dalam kehidupan anak-anak, terutamanya di barat di mana banyak berlaku kelahiran luar nikah yang mana anak tidak mengenal ayahnya mungkin menyebabkan penyakit ini banyak berlaku di barat.\n\n#2 Memastikan Anak Membesarkan Dalam Suasana Lelaki\n\nAdalah penting untuk mereka yang berada di sekitar anak-anak tersebut memastikan anak-anak lelaki membesar dalam suasana lelaki. Sebagai contoh, anak-anak lelaki jangan dibenarkan bermain dengan anak patung \u2018cute\u2019 bersama dengan anak perempuan, memakai lipstick atau memakai pakaian perempuan. Jika ia berlaku, ahli keluarga dan ahli masyarakat mesti menegur dan memperbetulkan keadaan.\n\n#3 Membenarkan Anak Melakukan Aktiviti Lasak\n\nAnak lelaki mesti dibiarkan bermain dengan kasar, bergomol, meredah lecak dan bermain bolasepak dengan rakan-rakan sebaya. Luka-luka sedikit tidak mengapa selagi tidak berbahaya. Permainan berkumpulan seperti bolasepak dan galah panjang adalah penting untuk membentuk identiti dan sifat kepimpinan. Sesekali juga, ayah juga perlu melayani hobi anak-anak lelaki dengan melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal MTB, memanjat gunung dan bermain perang.\n\n#4 Menterapkan Dalam Diri Anak Bahawa Bahagian Sulit Mereka Tidak Boleh Disentuh Oleh Orang Lain\n\nKeempat, anak lelaki juga mesti diajar agar tiada siapa yang boleh menyentuh bahagian sulit mereka. Biasanya perkara ini wajib diajar kepada anak-anak perempuan, tapi hidup dalam zaman ini, di mana anak-anak lelaki juga terdedah kepada pencabulan, anak-anak lelaki mesti juga diingatkan bahawa bahagian sulit mereka adalah eksklusif hanya untuk diri mereka.\n\n#5 Kepimpinan Ayah Harus Diiktiraf Dalam Institusi Kekeluargaan\n\nKelima, ibu kepada anak-anak lelaki mesti mengesahkan sifat kepimpinan ayah dalam rumahtangga. Jika ayah kurang berfungsi, atau berlaku perceraian dalam rumahtangga, ibu mesti seboleh mungkin cuba untuk tidak memburukkan ayah di hadapan anak-anak.\n\nBanyak masalah sosial yang berlaku di kalangan anak-anak remaja asalnya adalah dari rumahtangga yang berantakan dan bercerai berai. Kesannya bukan sehari dua, seminggu dua, tapi dibawa hingga ke mati.\n\nLima perkara ini mesti diambil kira oleh ibu bapa dalam memastikan anak-anak lelaki tidak membesar menjadi \u2018gay\u2019. Anak-anak lelaki bukan sahaja mesti dibesarkan sebagai lelaki, tetapi sebagai \u2018rijal\u2019 yang sentiasa siap siaga jiwanya untuk membantu agama.\n\nMoga Allah memberi kita semua kekuatan.\n\n*Idea asal artikel ini adalah dari Dave O\u2019 Leary yang menulis tentang \u2018How to prevent homosexuality in boys\u2019 di lama \u2018Fathers for Life\u2019."
"Breast pump terbaik seharusnya perlu ada untuk ibu yang baru lepas bersalin. Breast pump di kala ini agak penting kerana ia dapat mengurangkan bengkak akibat susu yang bertambah dengan drastik pada payudara. \n\nPayudara yang membengkak dengan susu jika terus dibiarkan boleh mengangu tahap kesihatan ibu. Antara yang sering berlaku ibu akan mula mendapat demam panas, gigil satu badan dan cepat emosi kerana keadaan yang tidak selesa. \n\nBengkak Susu Boleh Diatasi Dengan Bantuan Breast Pump\n\nBengkak susu memang menyakitkan. Bengkak susu terjadi bila susu berkumpul di payudara sehingga mengeras tetapi susu yang ada tetap susah untuk keluar. Jika keluar pun sedikit saja. Biasanya bengkak susu berlaku di kawasan dada hingga ketiak yang membuatkan ibu rasa sakit dan mengalami demam ringan. \n\nInilah yang dinamakan sebagai bengkak susu dan untuk surutkan bengkak ini tidak ada cara lain melainkan cuba untuk alirkan keluar susu yang ada sama ada dengan cara beri bayi isap ataupun dengan cara mengepam keluar dengan bantuan breast pump. \n\nTerdapat 3 Kategori Breast Pump Yang Ada Di Pasaran\n\nTerdapat 3 jenis breast pump yang akan dirungkaikan dalam artikel ini, iaitu double electric breast pumps, single electric breast pump dan juga manual breast pumps.\n\nManual breast pump bermaksud pam untuk payudara yang tidak menggunakan tenaga elektrik. Ianya lebih ringan dan senyap. Harga juga jauh lebih murah berbanding jenama lain yang ada di pasaran. \n\nUntuk ibu yang baru pertama kali melahirkan seeloknya beli dulu manual breast pump untuk percubaan awal bagi membiasakan diri terlebih dulu sebelum beralih ke pump elektrik yang lebih eksklusif.\n\n#2 \u2013 Single Electric Breast Pump\n\nBagi yang malas untuk menggunakan normal brast pump yang perlu digunakan dengan tenaga tangan sendiri, anda boleh beralih kepada Single Electric Breast Pump. Single Electric Breast Pump adalah sejenis pam susu yang hanya boleh digunakan pada sebelah payudara pada satu-satu masa. \n\nWalau hanya satu pam sahaja tetapi ia turut memberi kemudahan dengan kurangnya jumlah peralatan yang perlu di bawa apabila ingin menggunakannya.\n\n#3 \u2013 Double Electric Breast Pumps\n\nDouble electric breast pumps pula adalah sejenis pam untuk keluarkan susu dari payudara ibu dengan cara yang lebih pantas. Ini kerana double electric breast pumps ini mempunya dua pam untuk kiri dan kanan secara sekaligus. Ia dapat menjimatkan masa untuk memperoleh jumlah susu yang banyak dengan cepat. \n\nPam ini paling berguna dan bermanfaat untuk para ibu yang berkerjaya dan sentiasa mengejar masa. Paling best, kebanyakan double breast pumps dengan fungsi kuasa eletrik ini turut mempunyai fungsi urut untuk keselesaan para ibu. \n\nCara Menggunakan Breast Pumps Dengan Betul\n\n1. Baca dan fahami arahan yang ada pada set breast pump yang anda dah beli.\n\n2. Pastikan brest pump anda dalam keadaan masih steril. Jika tidak, anda harus rendamkannya \u00a0selama 10 minit sebelum menggunakannya.\n\n3. Basuh tangan anda sebelum memasang dan mengikut arahan daripada buku petunjuk.\n\n4. Anda harus berada dalam keadaan yang selesa. Anda boleh cuba untuk\u00a0menarik nafas beberapa kali untuk mengurangkan tekanan stress sebelum mengepam susu anda. Gunakan pam yang sesuai mengikut saiz payudara anda.\n\n5. Anda digalakkan mengurut payudara anda untuk mendapatkan refleks ejeksi susu.\n\n6. Sebelum mengepam, pastikan payudara anda ditengah-tengah dalam cup. Sementara mengepamnya, puting anda cenderung untuk mengembang dan memanjang. Jika anda sedang mengepam dengan cup yang terlalu ketat, ia akan menyebabkan payudara sakit dan bekalan susu juga akan berkurangan.\n\n7. Disyorkan 2 kali sehari dimana setiap sesi hanya 15 \u2013 20 minit sahaja.\n\n8. Mula dengan pam sedutan yang rendah dan secara beransur-ansur anda boleh tingkatkan sedutan yang diperlukan untuk mengekalkan susu mengalir. Jika susu anda berhenti mengalir, berhenti mengepam dan urut payudara anda untuk beberapa minit. Sambung selepas beberapa minit anda mengurut.\n\n9. Apabila anda selesai dengan sesi mengepam, ketatkan bekas botol susu dan simpan dalam peti sejuk.\n\n10. Cuci dan keringkan alat pengepam yang disentuh oleh susu. Tiub mengepam harus dicuci dengan air suam bersabun dan dikeringkan.\n\nAntara Jenama Pengeluar Breast Pump Terbaik Untuk Pilihan Para Ibu di Malaysia\n\nTidak dinafikan ada banyak jenama breast pumps di pasaran tempatan. Malah ada juga breast pumps dengan jenama luar negara yang sangat cantik dan praktikal. Di sini akan dikongsikan antara cadangan jenama breast pumps terbaik untuk pilihan para ibu di Malaysia mengikut testimoni ramai pengguna sebelum ini.\n\nAntara jenama pengeluar breast pumps terbaik tersebut adalah :\n\n1 \u2013 SCF330/20 Philips Avent Natural Manual Breast Pump Standard\n\nReka bentuk pam payudara ini ringan dengan fungsi mudah guna dan mudah bawa. Bentuknya yang ringkas senang juga untuk di bawa tika travel. Walau kecil tapi fungsinya sangat bagus untuk memerah susu dengan jumlah yang sepatutnya. Ia juga sangat mudah untuk dibersihkan selepas selesai digunakan.\n\n2 \u2013 Medela Swing Maxi Double Electric Breast Pump\n\nMedela Swing maxi menggabungkan dengan motor yang lebih berkuasa kerana ia dibuat untuk mengepam dua kali. Berbanding dengan pengepam tunggal, dua pam boleh mempercepatkan masa mengepam dan memberikan susu lebih banyak. Mudah dari segi beroperasi dan selesa untuk digunakan. \n\nDengan butang atas dan bawah mudah membolehkan anda mengawal vakum untuk mencapai tahap keselesaan tertinggi anda kerana memberikan aliran susu anda dengan baik. Apa yang menyebabkan ibu-ibu bekerja tertarik dengan pam payudara ini adalah kerana ianya boleh menggunakan elektrik dan juga bateri yang boleh dicas semula. Maka anda boleh mengepam di mana-mana sahaja. productnation\n\nSpectra S1 boleh bantu dapatkan kuantiti perahan susu ibu di tahap yang paling maksimum. Ia mempunyai fungsi perahan yang sangat cekap setanding dengan gred pam payudara yang ada di hospital. Pam payudara ini mempunyai bateri yang boleh dicas semula. Ia sangat mudah untuk dikenndalikan dan juga mudah untuk di basuh. \n\n4 \u2013 Malish ILARIA Double Electric Breast Pump\n\nIni adalah Pam elektrik yang sangat cepat untuk proses memerah susu ibu. Pam ini sangat sesuai untuk para ibu berkerjaya yang sering mengejar masa terutama untuk ke tempat kerja pada waktu pagi. Ia dapat beroperasi secara senyap tanpa bunyi bising dan paling penting ia mudah dikendalikan dan mudah juga untuk dibersihkan. Hasil perahan dapat menjadi dua kali ganda banyak kerana ia boleh memerah pada ke dua-dua belah payudara pada satu masa. \n\n5 \u2013 MOMO House Single Electric Breast Pumps\n\nPam payudara dari jenama MOMO mendapat tempat di hati para ibu kerana sifatnya yang sangat ringan, kecil dan tidak remeh untuk digunakan. Kecekapannya yang dapat memerah susu dengan cepat dan senyap turut membuatkan ianya menjadi antara pilihan utama para ibu yang suka travel bersama baby. Apa yang lebih menariknya lagi, pam ibi turut boleh disambungkan secara terus pada komputer, usb ataupun power bank anda. \n\n6 \u2013 Tommee Tippee Closer to Nature Electric Breast Pump\n\nBreast pump daripada jenama Tommee Tippee ini juga tidak kurang hebatnya berbanding breast pump lain yang ada di pasaran. Kelebihan utama pam ini, ianya mudah untuk dibersihkan dan di pasang kerana bentuknya yang tidak terlalu remeh. Corong silikonnya amat lembut pada payudara dan amat selesa sepanjang tempoh mengepam. \n\nIa juga sangat comel dan sesuai untuk di bawa ke mana-mana terutama jika mahu bercuti atau balik kampung. Pam ini bukan saja boleh beroperasi dengan penggunaan elektrik tetapi juga boleh digunakan dengan penggunaan bateri jenis double A.\n\nBaik Beli Online Untuk Harga Yang Jauh Lebih Murah Dan Berbaloi\n\nHarga untuk breast pumps ini ada yang berharga puluhan ringgit untuk jenis manual breast pump dan ada juga yang berharga mencecah sehingga ribuan ringgit untuk jenis double electric breast pumps. Jika anda nak berjimat banyak, anda boleh buat pembelian secara terus di Lazada.\n\nKenapa Lazada? Kalau nak tahu di Lazada ada jual breast pumps dengan harga murah. Terlajak murah hingga sangat berpatutan sekali! Tak percaya? Jika tak percaya boleh lihat sendiri betapa murahnya harga breast pumps ini di lamanweb Lazada Malaysia. \n\nTahap keberkesanan adalah berbeza mengikut jenis kulit dan individu. Produk di atas hanyalah sekadar cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman dan ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my"
"Tahukah anda bahawa kita perlu membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk mengetahui tahap kesihatan kita. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan mana-mana yang berdaftar atau lebih mudah pergi ke hospital kerajaan. Ianya agak leceh kerana perlu mengambil nombor dan menunggu giliran tapi ia demi kebaikan diri anda sendiri.\n\nLelaki mahupun wanita semua peringkat umur perlu melakukan pemeriksaan diri di klinik atau hospital. Lebih-lebih lagi wanita yang masa akan datang akan mengandung maka kesihatan mereka adalah penting. Antara penyakit yang wanita alami adalah kanser serviks. Jadi, sebagai wanita anda perlu melakukan ujian pap smear untuk melihat adakah individu tersebut mempunyai kanser serviks atau tidak.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kepentingan membuat ujian pap smear bagi wanita. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nRamai di kalangan kita mengetahui kanser serviks adalah antara penyakit kanser kerap dihidapi wanita di Malaysia selain kanser Payu Dara, namun tidak semua bersedia untuk melakukan saringan awal kanser serviks.\n\nJangan takut dan segan! Kesihatan anda lebih utama!\n\n Kanser serviks berlaku dalam kalangan wanita di seluruh dunia.\n\n Ia boleh dicegah jika dikesan pada peringkat awal.\n\n Ujian pap smear adalah kaedah mudah mengesan perubahan sel bahagian rahim.\n\nPenting ! Wanita yang sudah berkawin wajib lakukan ujian pap smear tau iaitu saringan untuk mengesan kanser serviks pada peringkat awal.\n\n*Jadi tunggu apa lagi. Jika anda belum melakukan ujian pap smear, pergi ke klinik kesihatan wanita atau hospital untuk membuat ujian tersebut. Tidak perlu malu kerana ia adalah untuk kesihatan diri anda dan masa akan datang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Peminat tapai pulut mari-mari lihat resepi tapai pulut yang amat simple ini. Mesti anda teruja tengok molek dan gebunya pulut tapai yang terhasil.\n\nBahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut ialah beras pulut dan ragi. Beras pulut dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, tapai pulut ini dibungkus dengan daun khas dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam.\n\nTidak hairan bahawa hidangan ini amat digemari dikalangan penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu dan Kelantan bahkan telah merambah ke semua negeri.\n\nTapai pulut biasanya dihidangkan pada masa menyambut perayaan. Tapai pulut sedap dimakan macam itu sahaja. Jom buat tapai pulut dengan resepi daripada Zakiah Zolkepli di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi tapai pulut, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Nama saintifik untuk lidah buaya atau aloe vera ialah Aloe vera linn dari keluarga Liliaceae. Ia juga\u00a0dikenali dengan nama lily of the desert, plant of immortality dan tumbuhan berubat.\n\nNama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.\n\nLidah buaya adalah tumbuhan yang berasal dari timur, selatan dan utara Afrika juga Madagascar. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan.\n\nDi antara nutrisi yang terdapat dalam lidah buaya ialah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, B1, dan C.\u00a0Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.\n\nLidah buaya digunakan untuk menyuburkan & melebatkan rambut. Caranya:\n\nLidah buaya juga sangat berkesan untuk menghilangkan batuk. Caranya:\n\nSelain menghilangkan batuk, lidah buaya juga sangat serasi untuk menghilangkan sakit tekak. Caranya:\n\nRamai yang tak tahu, lidah buaya juga sangat berguna untuk menghilangkan sembelit. Caranya:\n\nJika anda mempunyai masalah diabetis, anda juga boleh berikhtiar dengan menggunakan daun lidah buaya. Caranya:\n\nDaun lidah buaya juga boleh menyejukkan badan. Caranya:\n\nJika anda terluka, ambil jel lidah buaya dari pokok dan sapukan ke bahagian yang luka. Biarkan jel kering sendiri, tak perlu dibasuh.\u00a0Lidah buaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.\n\nJika kulit muka anda sunburn teruk, anda boleh gunakan jel lidah buaya untuk menghilangkannya. Jadikan jel lidah buaya sebagai masker. Biarkan di muka selama 30 minit dan bilas.\n\nJika anda melecur disebabkan terkena air panas, wap panas atau ekzos, cari pokok lidah buaya dan ambil jelnya. Sapukan ke kawasan yang melecur untuk mengurangkan rasa sakit dan merawat dengan cepat.\n\nLidah buaya mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan. Ia melancarkan dan membersihkan salur penghadaman.\n\nSalah satu bahan yang ada dalam lidah buaya ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. Bahan ini dapat menjana pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.\n\nLidah buaya boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu jelnya pada kepala , dahi dan pelipis.\n\n13. Mengurangkan gatal-gatal akibat digigit serangga\n\nJika digigit serangga seperti nyamuk atau agas, sapukan jel lidah buaya untuk menghilangkan kegatalan.\n\nLidah buaya sangat berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia membantu mengecutkan jerawat, melembabkan, melembutkan, dan mencerahkan kulit. Nak kulit muka yang tegang? Nak awet muda dan kurangkan kedutan? Rajin-rajin sapukan jel lidah buaya ke kulit muka.\n\nJika anda mempunyai masalah tumit yang kering, keras, merekah dan sakit, daun lidah buaya boleh membantu. Sapukan jelnya setiap malam.\n\nAntioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan. Gel lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluarga polyphenol. Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada badan.\n\nPereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami. Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan perbentukan plak pada gigi. Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain. Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigu, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida albicans.\n\nItulah dia khasiat lidah buaya yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang khasiat jagung, khasiat cekur, dan khasiat rebung."
"Ada satu lagi resepi menari dari negera jiran, Biskut Kastengel, resepi Indonesia/Belanda. Biskut keju savori, lemak dan masin tanpa gula. Sesuai untuk yang tak makan manis. Amat sedap patut anda cuba.\n\nBiskut ini diperbuat daripada tepung kek, butter, margarin, kanji tepung jagung, susu dan telur. Bahan yang tidak kalah penting dalam resepi ini ialah keju cheddar dan gouda yang dipakai sebagai topping. Kalau tidak ada keju gouda boleh guna semua keju cheddar.\n\nWalaupun bentuk luaran nampak macam \u2018scone\u2019 iaitu tekstur roti dan kek yang lembut, sebenarnya tekstur biskut ini ialah keras dan rangup macam biskut raya, oleh kerana itu dia kena dibakar sampai garing. Menarik sangat resepi biskut yang dikongsikan oleh Ida Alina Salleh di laman Facebook. Anda boleh buat untuk hidangan raya nanti.\n\nSelain biskut kastangel, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Nota Editor :Artikel\u00a0ini datangnya daripada\u00a0myhealth\u00a0dan ditulis oleh\u00a0Raja Intan Dianna Raja Azham.\n\nHujan lebat yang lazimnya melanda negara ini menyebabkan beberapa daerah di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor ditenggelami banjir. Selain masalah bencana alam itu sendiri yang menyebabkan kerosakan harta benda yang teruk, masalah lain yang mungkin lebih membinasakan tetapi dipandang ringan adalah isu kesihatan.\n\nBanjir adalah punca utama pelbagai penyakit bawaan air seperti demam kepialu, taun, Hepatitis A dan leptospirosis kerana mangsa terdedah dengan air yang tercemar.\n\nJangan pandang ringan dengan penyakit-penyakit tersebut yang mempunyai simptom biasa seperti cirit-birit dan demam kerana jika lambat dirawat, ia boleh membawa maut.\n\nWalaupun cuaca dikatakan semakin elok dan banjir semakin surut, mangsa masih perlu berhati-hati kerana sumber air yang tercemar dan keadaan persekitaran yang kotor.\n\nPakar Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Gan Ing Earn berkata, ramai yang mengambil lewa simptom-simptom seperti cirit-birit sedangkan ia petanda keadaan yang boleh menyebabkan maut.\n\n\u201cApabila mengalami cirit-birit yang teruk, badan pesakit akan kehilangan air yang banyak.\n\n\u201cIa lalu menyebabkan darah semakin berkurangan ke buah pinggang kerana air diperlukan untuk semua sistem berfungsi lalu keadaan ini menyebabkan buah pinggang rosak.\n\n\u201cKeadaan ini boleh berlaku dengan pantas. Ada pesakit yang baru sahaja cirit-birit selama dua hari dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),\u201d ujarnya.\n\nTerang Ing Earn, apa yang penting adalah elakkan makanan dan minuman yang tercemar serta mengutamakan penjagaan kebersihan yang betul."
"Mencari info dan ingin belajar punca kanser paru-paru dan tanda-tanda kanser paru. Artikel ini adalah tentang punca kanser paru-paru serta tanda kanser paru-paru.\u00a0\n\nTahukah anda, menurut pangkalan data daripada World Health Organization (WHO) GLOBOCAN 2018, kanser paru-paru merupakan jenis kanser yang paling biasa dijangkiti oleh lelaki dan merupakan kanser ketiga paling biasa dihadapi oleh populasi Malaysia. Nah, untuk lebih mendalam, hanya untuk tahun 2018 sahaja, terdapat 4,686 kes baru yang didiagnosis dengan 70 peratus kes terdiri daripada golongan lelaki dan 30 peratus golongan wanita. Dengar agak mengerunkan.\n\nMenurut Malaysian Study on Cancer Survival (MySCan) 2018, kanser paru-paru mencatatkan kadar kemandirian paling rendah di antara semua jenis kanser. Purata kadar kemandirian lima tahun untuk pesakit kanser prostat di Malaysia adalah sebanyak 73 peratus, seterusnya diikuti oleh kanser payu dara 67 peratus dan kanser usus 57 peratus, berbanding kanser paru-paru sekadar hanya sekadar 11 peratus.\n\nKanser paru-paru terjadi disebabkan pertumbuhan sel abnormal yang tidak terkawal pada satu atau kedua-dua organ paru-paru. Sel-sel abnormal ini membahagi secara berlebihan sehingga membentuk tumor.Perkara ini akan menyebabkan paru-paru gagal menjalankan fungsinya untuk membekalkan oksigen yang cukup ke dalam saluran darahTumor yang hanya berada disatu tempat sahaja dinamakan tumor benigna.\n\nManakala tumor malignan pula adalah sel kanser yang telah merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem limfa dan saluran darah (metastasis) dan menyebabkan ia lebih sukar untuk dirawat.\n\nTerdapat dua jenis utama kanser paru-paru dengan cara rawatan adalah berbeza. Jenis pertama adalah Non- Small Cell Lung Cancer (NSCLC) dan yang kedua adalah Small Cell Lung Cancer (SCLC). Sebanyak 80% hingga 85% kanser paru-paru adalah tergolong dalam NSCLC. Di bawah NSCLC,terdapat adenokarsinoma, karsinoma sel skuamosa dan karsinoma sel besar.\n\nSub-sub jenis ini, yang bermula dari pelbagai jenis sel paru-paru dikelompokkan sebagai NSCLC kerana rawatan dan prognosisnya serupa. Manakala, sebanyak 10% hingga 15% daripada keseluruhan kes kanser paruparu adalah SCLC. Kanser paru-paru jenis ini tumbuh dan menyebar lebih cepat daripada NSCLC.\n\nKetahui Simptom-simptom Kanser Paru-paru Sebelum Terlambat\n\nSimptom tambahan seperti di bawah juga boleh berlaku jika kanser sudah merebak ke bahagian badan yang lain:\n\nTahap-tahap Kanser yang Wajib Anda Tahu\n\nTumor hanya terdapat dalam satu paru-paru dan tiada pada nod limfa\n\nKanser telah merebak ke nodus limfa sekitar paru-paru yang dijangkiti\n\nKanser telah merebak ke nodus limfa di sekitar trakea, dada dan diafragma di kawasan sama dengan paru-paru yang dijangkiti\n\nKanser telah merebak ke nodus limfa pada paru-paru yang lain atau pada leher\n\nKanser telah tersebar ke seluruh tubuh dan bahagian lain paru-paru\n\nRisiko kanser paru-paru meningkat dengan penggunaan tembakau. Hal ini kerana rokok mengandungi lebih daripada 400 bahan kimia yang kebanyakannya dilaporkan mempunyai sifat karsinogenik. Bahan karsinogen utama di dalam rokok adalah nitrosamine dan \u2018polycyclic aromatic hydrocarbon\u2019.\n\nIndividu yang tidak merokok juga mempunyai risiko menghidap kanser paru-paru (jika terdedah kepada asap rokok) sebanyak 24% berbanding individu yang tidak terdedah dengan asap rokok.\n\nPekerja yang bekerja di tempat yang terdedah dengan bahan ini seperti pelombong dan tukang kapal boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.Serat asbestos adalah silica yang boleh bertahan lama di dalam tisu paru-paru. Kini, penggunaan asbestos dikawal di sesetengah negara.\n\nGas radon adalah gas radioaktif semulajadi yang merupakan hasil daripada pereputan uranium yang mengeluarkan sejenis radiasi pengion. 12% kematian kanser paru-paru dikaitkan dengan gas radon.\n\nPekerja bawah tanah seperti di kawasan lombong dan bangunan terdedah kepada gas radon daripada batuan dan tanah. Air yang tercemar dengan radon juga boleh menyebabkan kepekatan radon yang tinggi terutamanya di dalam terowong, stesen janakuasa, gua, tempat mandi awam dan spa.\n\nKehadiran gas ini hanya boleh diuji dengan menggunakan alatan ujian khas kerana ia tidak berbau dan tidak dapat dilihat.\n\nIndividu yang mewarisi gen yang mengganggu pemulihan DNA berisiko tinggi untuk menghidap beberapa jenis kanser termasuk kanser paru-paru.\n\n\u2018Chronic Obstructive Pulmonary Disease\u2019 (COPD) dan \u2018Pulmonary fibrosis\u2019 (parut pada paru-paru) akan meningkatkan risiko kanser paru-paru walaupun kepada individu yang tidak merokok.\n\nPendedahan yang berpanjangan terhadap udara yang tercemar disebabkan asap kenderaan, perindustrian dan\u00a0 kilang mampu meningkatkan risiko kanser paru-paru kepada individu yang terlibat.\n\nPekerjaan seperti pemandu trak, pekerja garaj dan mekanik, pelombong dan pekerja ladang yang terdedah kepada eksos enjin diesel juga mengalami peningkatan risiko pembentukan sel kanser pada paru-paru.\n\nKesimpulannya, punca kanser paru-paru serta kadar kemandirian pesakit kanser paru-paru biasanya ditentukan terutamanya oleh penggunaan tembakau, faktor etiologi utama dalam karsinogenesis paru-paru serta faktor genetik, diet yang kurang sihat, faktor pendedahan pekerjaan danpencemaran udara yang boleh berlaku secara bebas atau menghirup udara yang mengandungi asap rokok atau tembakau berlandaskan epidemiologi deskriptif kanser paru-paru (Malhotra et al. 2016).\n\nPembedahan untuk membuang tumor sering dijalankan untuk kanser tahap rendah sperti tahap 1 dan 2. Walaubagaimanapun, pesakit masih berisiko mendapat kanser semula walaupun setelah menjalani pembedahan ini.\n\nKomplikasi jantung dan penyakit lain pada paru-paru akan menyukarkan lagi pembedahan.Prosedur pembedahan ditentukan berdasarkan saiz dan lokasi tumor. Pesakit kemungkinan besar mengalami kesukaran bernafas dan lemah badan selepas pembedahan.\n\nJika tumor merebak ke nod limfa atau trakea, atau kesihatan pesakit tidak sesuai untuk menjalani pembedahan,terapi radiasi menjadi alternatif pilihan.\n\nTerapi ini tidak membawa kepada risiko seperti pembedahan, akan tetapi ia akan menyebabkan kesan seperti kepenatan, pendarahan berlebihan, mabuk, muntah dan cirit birit.Bahagian kulit yang dirawat juga akan berasa sakit dan beransur pulih setelah rawatan selesai.\n\nUbat-ubatan tertentu perlu diambil dalam masa yang ditentukan. Malangnya, ubatan kemoterapi mampu membunuh sel yang sihat dan akan memberi kesan sampingan kepada pesakit. Kerosakan pada sel darah boleh membawa kepada kesukaran penggumpalan darah dan mudah dijangkiti penyakit.\n\nKesan yang lain pula termasuklah kepenatan, penurunan berat badan, keguguran rambut, muntah-muntah dan cirit birit. Kesan sampingan ini juga akan pulih selepas rawatan ini selesai.\n\nTerapi sasaran molekul melibatkan pengambilan ubat-ubatan yang telah dikenalpasti akan mensasarkan gen atau protin yang spesifik bagi menghentikan perebakan kanser.\n\nPesakit kanser paru-paru di tahap kritikal boleh menjalani terapi ini.Terapi ini akan meningkatkan sistem imun untuk menentang sel-sel tumor dengan menggunakan ubatan tertentu seperti nivolumab (Opvido) dan pembolizumab (Keytruda)\n\nJauhi perkara-perkara yang boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru terutamanya asap rokok. Jika anda seorang perokok, hentikan amalan tersebut dengan kadar segera. Merokok bukan hanya membahayakan diri anda, malah memberi kesan berbahaya terhadap orang lain dan alam sekitar.\n\nDengan kemajuan bidang perubatan masa kini, pelbagai alternatif boleh digunakan untuk menghentikan gejala ini termasuklah mengambil nicotine dalam bentuk gum, semburan, mahupun pelekat.\n\nGunakan alat pengesan gas radon khas untuk memastikan kehadiran gas radon di kediaman anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan dengan serta merta jika anda mempunyai risiko yang tinggi terutamanya bagi yang pernah mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit berkaitan paru-paru. Ingat! Bertindaklah segera demi kesihatan anda.\n\nSemoga anda pelajari sesuatu daripda artikel punca kanser paru-paru ini. Jemput juga baca artikel penulisan lain seperti kanser usus dan kanser limforma."
"Jom baca petua cara mencegah kencing manis.\n\nKencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit kronik. Malangnya, jumlah rakyat Malaysia yang menghidap kencing manis semakin meningkat pada saban tahun.\n\nYang lebih menakutkan lagi ialah bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula yang tinggi di dalam darah, namun masih belum membuat pemeriksaan doktor. Perkara ini membuktikan bahawa tahap kesedaran masyarakat masih rendah.\n\nMenurut laporan epidemiologi kencing manis pada tahun 2018, dianggarkan seramai 2.5 juta rakyat Malaysia yang menghidap kencing manis berusia seawal 18 tahun dan ke atas. Ini menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai pesakit kencing manis tertinggi di Asia.\n\nPenyakit kencing manis ialah sejenis penyakit yang tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal. Bagaimana seseorang itu boleh mendapat kencing manis? Ia terjadi apabila paras gula di dalam darah tinggi akibat kurangnya jumlah atau kurang keberkesanan hormon insulin.\n\nHormon insulin dihasilkan oleh pankreas yang terletak di belakang perut manusia. Hormon ini akan terhasil apabila dirangsang oleh glukosa di dalam darah. Insulin berfungsi untuk mengawal paras gula di dalam darah.\n\nBagi orang yang normal, insulin akan menukarkan makanan berkanji dan bergula kepada tenaga. Manakala bagi pesakit pula, disebabkan kekurangan insulin atau sensitiviti tisu badan, makanan bergula dan berkanji tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.\n\nIa merupakan penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal. Maksudnya ialah individu yang mengalami penyakit ini tidak menyedari simptom-simptom kencing manis. Apabila tidak menjaga pemakanan, kandungan gula di dalam darah akan naik mendadak.\n\nBerapakah Kadar Normal Gula dalam Darah\n\nKadar gula dalam darah bergantung kepada jumlah karbohidrat yang diambil. Secara perubatan, kadar gula normal dibahagikan kepada 2 iaitu kadar gula rawak dan kadar gula berpuasa.\n\nBagi kadar gula untuk mendiagnosis kencing manis ialah:\n\nNamun, diagnos yang lebih tepat perlu dilakukan melalui ujian darah HbA1c. Ia dilakukan untuk melihat paras gula dalam darah dalam masa 3 bulan yang lepas.\n\nSiapakah yang Berisiko Mendapat Kencing Manis?\n\nTerdapat beberapa ciri yang membolehkan seseorang itu mudah mendapat kencing manis, iaitu:\n\nWalaupun penyakit ini merupakan penyakit senyap, namun ada beberapa gejala yang boleh dikenal pasti, iaitu:\n\nLangkah pencegahan awal perlu dilakukan untuk mengelakkan diri daripada menghidapi kencing manis. Antara yang perlu dilakukan ialah:\n\nJika anda sudah didiagnos menghidap kencing manis, selain mendapatkan rawatan perubatan dan mengambil ubatan, beberapa petua tradisional boleh diamalkan. Malahan, petua ini juga boleh diamalkan untuk mencegah kencing manis lebih awal.\n\nHalia dikatakan sangat baik untuk pesakit kencing manis dalam mengawal glisemik, menggalakkan pengeluaran insulin dan mencegah katarak pada mata. Terdapat sejenis halia dari Australia yang dikenali halia buderim mampu meningkatkan kadar glukosa dalam sel otot tanpa sebarang penggunaan insulin.\n\nSelain itu, halia juga mampu membantu meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi kita daripada penyakit in. Kajian mendapati bahawa 2 gram serbuk halia yang diminum setiap hari mampu menurunkan paras gula sebanyak 12%.\n\nSayur yang berasa pahit ini kaya dengan lektin yang mampu menurunkan kemampuan glukosa dalam darah. Malahan, lebih menarik lagi peria katak mampu mengawal selera makan individu.\n\nCara yang boleh dilakukan ialah kisar peria katak dengan sedikit air dan bahan-bahan lain seperti epal hijau, cili benggala hijau, daun saleri atau timun. Ingat, jangan ditambahkan gula. Amalkan secara konsisten pada setiap hari.\n\nBawang putih bukan sahaja mewangi dan melazatkan masakan, malahan ia mempunyai banyak khasiat dari aspek perubatan. Bawang putih mampu mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi yang merupakan antara masalah utama pesakit.\n\nFitokimia dalam daun kari berkesan membantu menstabilkan tahap gula dalam darah. Malahan, ia juga memberi kesan kepada metabolisme karbohidrat. Selain itu, sifat antioksidannya mampu membantu pengeluaran sel pankreas dengan lebih aktif dan seterusnya menghasilkan lebih banyak insulin.\n\nBunga cengkih mengandungi 30% daripada fenol antioksidan dan quercetin. Oleh itu, ia bersifat antiradang dan baik untuk sistem penghadaman pesakit kencing manis.\n\nMenurut kajian, bunga cengkih dapat membantu mengawal kadar gula, trigliserida dan paras kolestrol LDL dalam darah pesakit.\n\nPelbagai kajian yang dilakukan membuktikan bahawa halba mampu menurunkan kadar gula dengan melambatkan proses pencernaan makanan. Malahan, khasiatnya yang lain ialah melambatkan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil.\n\nPengambilan kayu manis mampu meningkatkan kemampuan insulin. Selain itu, \u00a0sifatnya yang antioksidan dapat mencegah tanda dan gejala kencing manis.\n\nJusteru, kita perlu mencegah penyakit kencing manis dengan lebih awal lagi. Elakkan makanan yang manis, banyak kanji dan tinggi lemak. Sebaik-baiknya, individu yang berumur 30 tahun dan ke atas perlu menjalani ujian saringan faktor risiko NCD setiap tahun.\n\nUjian ini merangkumi pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan kolestrol, pemeriksaan BMI dan ukur lilit pinggang. Namun begitu, jika anda ada gejala-gejala penyakit ini lebih awal, dapatkan pemeriksaan kesihatan.\n\nMoga bermanfaat. Baca juga beras untuk kencing manis dan tanda-tanda kencing manis"
"Jika kebiasaannya otak-otak diperbuat daripada ikan, kali ini kami ingin membawakan kepada anda resepi otak-otak ayam pula. Kami pastikan ramai yang suka resepi otak-otak ayam ini.\n\nSama macam otak-otak ikan, otak-otak ayam dibuat dengan cara menghancurkan daging ayam dan menggaulnya dengan sambal otak-otak. Sambal ini rasanya pedas-pedas manis. Kemudian bahan otak-otak tadi dibungkus dengan daun pisang. Daun pisang inilah yang nantinya akan member aroma wangi kepada otak-otak yang kita buat.\n\nOtak-otak sangat sesuai dijadikan menu minum petang atau bahkan jika tetiba rasa lapar tengah malam boleh makan otak-otak sahaja, konfirm kenyang. Sebab otak-otak diperbuat daripada ayam yang padu dan mengenyangkan. Boleh saja jika anda ingin menjadikan otak-otak lauk untuk makan nasi.\n\nResepi otak-otak ayam dikongsikan oleh Rozmaliza Omar\u200e di laman Facebook. Sedap tidak terkata, patutla resepi ini mendapat perkongsian yang amat ramai di Facebook.\n\nSelain otak-otak ayam, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Hmm.. hujung minggu nih tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Nak idea atau cadangan menu tengah hari? Apa kata cuba masakkan ayam masak kurma pula.. yela kalau asyik-asyik menu sama.. bosan jugalah kan. Lagipun menu masak kurma ini boleh dipelbagaikan. Tidaklah semestinya ayam sahaja. Kalau dah jemu dengan ayam. Tukarlah. Mudahkan? Tak payah pening-pening.\n\nJadi untuk kali ini, kami kongsikan resepi Ayam Masak Kurma Pekat dan Pasti Sedap yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman yang menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan cara penyediaannya pun ringkas dan senang. Apa lagi jom tengok resepinya.\n\n1. Tumbuk bawang putih bersama halia. Manakala, bawang merah dimayang. Tumis sekali hingga naik bau dan kekuningan.\n\n2. Bancuhkan serbuk kurma dengan sedikit air. Masukkan dalam tumisan bawang. Goreng sehingga ia pecah minyak.\n\n3. Kemudian, boleh masukkan ayam. Kacau sebati dengan rempah. Biarkan seketika dalam 2 minit dan baru boleh tambah santan.\n\n4. Kacau sebati, tambahkan ubi ketang dan lobak merah. Masukkan serbuk perasa gula dan garam. Biarkan ia reneh sehingga ayam masak dan ubi kentang empuk.\n\n5. Bila dah semakin pekat kuahnya. Boleh tutup api dan tabur hirisan cili tadi. Dah siap.\n\nSenang dan mudahkan? Sekiranya ingin menggantikan ayam dengan yang lain seperti kambing, daging atau telur tiada masalah. Takde lah bosan dengan ayam jer. Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Ayam Masak Kurma ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
"Jom ketahui info pengeluaran kwsp untuk pendidikan.\n\nBagi anda yang bekerja, pastinya anda tahu bahawa duit KWSP anda yang berada dalam akaun 2 boleh dikeluarkan untuk tujuan peribadi. Maksudnya, anda tidak lagi perlu menunggu sehingga berumur 50 tahun untuk menikmati duit KWSP anda. \n\nHari ini kami akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang proses pengeluaran KWSP untuk pendidikan sebagai panduan dan rujukan anda.\n\nApakah jenis pengeluaran yang boleh dilakukan dari akaun KWSP anda? Menurut laman web Kumpulan Simpanan Wang Pekerja, berikut adalah beberapa jenis pengeluaran wang KSWP yang boleh anda lakukan:\n\n1. Siapa yang boleh memohon pengeluaran KWSP untuk pendidikan?\n\nPengeluaran KWSP untuk tujuan pendidikan ini boleh dilakukan untuk membiayai yuran pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara. Pengeluaran ini meliputi pengajian oleh:\n\n2. Siapa yang layak untuk memohon pengeluaran KWSP untuk pendidikan?\n\nSekiranya anda membuat permohonan pengeluaran KWSP untuk tujuan pendidikan, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh KWSP iaitu:\n\n3. Apakah syarat sah permohonan pengeluaran KWSP untuk pendidikan?\n\nSekiranya anda telah memenuhi syarat kelayakan yang kami nyatakan di atas, langkah yang seterusnya ialah bagi anda memastikan bahawa anda memenuhi semua syarat di bawah:\n\nBerikut adalah dokumen yang anda perlu hantar bersama permohonan:\n\nSelain dokumen yang kami nyatakan di atas, pihak KWSP juga memerlukan dokumen sokongan yang lain. Anda boleh rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Pendidikan untuk semua dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan kaunter. Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan yang dirasakan perlu. Pihak KWSP juga mempunyai hak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. \n\nSekiranya permohonan pengeluaran KWSP untuk pendidikan anda berjaya, bayaran akan dilakukan dengan cara berikut:\n\nBayaran Dalam Malaysia. Untuk kes ini, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :\n\nBagi bayaran Luar Malaysia, bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :\n\nItulah dia perkongsian kami tentang pengeluaran KWSP untuk pendidikan. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang ranking terkini universiti di Malaysia."
"Ikan merah merupakan ikan yang yang hidup di air masin, biasa dikenali sebagai ikan siakap merah. Ikan merah banyak dijual di pasar segar, tapi harga boleh tahan mahal. Lagilah kalau beli di kedai, ikan merah 3 rasa, ikan merah bakar, memang terus tebuk poket.\n\nIkan merah seekor boleh makan 2-4 orang. Masak untuk satu keluarga untuk sambut hari jadi mahupun hari istimewa lain. Boleh kenyang dari malam hingga ke pagi.\n\nSelain itu resepi masak ikan merah banyak pilihan. Paling sedap dimasak stim dan berkuah. Oleh itu, kami telahpun tuliskan 10 resepi ikan merah yang padu. Sila baca dan cubakan resepinya.\n\nIkan merah sedap buat sup. Orang dalam berpantang pun ramai dicadangkan untuk makan sup ikan merah. Tidak berani sangat mencuba ikan-ikan lain sebab takut hanyir. Resepi dikongsikan oleh Ainn Mustafar di laman Facebook.\n\nSelain masak sup, ikan merah sering orang buat masak asam disebabkan isinya yang lembut dan rasa masam akan hilangkan bau hanyir dia. Makan pula jadi makin berselera. Ayuh cubakan masak ikan merah masak asam resepi oleh Azla Shakila di laman Facebook.\n\nMemang ramai yang suka masakan ini, tapi teragak-agak ingin masak sebabnya risau terlebih masam, terkurang masam, terlebih masin. Nampak simple tapi tidak kena pada cara memasaknya, kemungkinan kurang selera mahu memakannya. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.\n\nNak cari kelainan masak kari ikan? Jika nak kelainan boleh cuba masak kari ikan masala. Makan dengan nasi panas gerenti sedap. Ada sedikit berbeza cara masak, sebab ikan perlu digoreng dahulu. Nak tahu lebih lagi macamana masak kari ini, boleh baca resepi di bawah. Tak susah pun sediakannya. Selamat mencuba by Khadijah Jaafar.\n\nAsam pedas ikan merah memang paling lazat kalau dimasak bersama daun kesum, kacang bendi, dan tomato. Kalau ingin lagi pedas bubuh lada hitam. Resepi dikongsikan oleh Tie Bakawaliku di laman Facebook.\n\nKalau ikan merah yang besar, bila dibuat goreng makan panas-panas, memang rasa juicy dan berlemak dekat bahagian-bahagian tulang tepi, dapat pula bahagian ekor lembut isinya memang sedap sampai sum-sum tulang ikan pon boleh dimakan. Rasa yang sedap dengan rempah dan manis isinya. Resepi oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.\n\nIkan merah masak taucu pula lain pesona dia. Apatah lagi wangi bau dia yang buat kecur air liur. Guna sebungkus kecil saja taucunya. Letak cili padi sedikit bagi pedas. Dapat makan dengan nasi putih panas memang mendapat lah makan. Resepi dikongsikan oleh Ariff Budiman Zainal Abidin di laman Facebook.\n\nKari Kepala Ikan Merah Tanpa Santan\n\nMemang puas dapat makan satu kepala ikan lemak-lemak manis. Rempah-remah kari pula sudah bagi rasa pekat maka masak kari tanpa santan pun tiada masalah malah lebih kurangkan lemak santan. Resepi oleh Nor Khomariah Norrohman di laman Facebook.\n\nFish Head Noodle Soup ini keunikannya adalah kerana menggunakan kepala ikan, selalunya ikan merah atau jenahak. Kepala ikan akan digoreng terlebih dahulu. Bagi sup pula menggunakan susu, rasa pelik bukan? Sup susu? Tapi percayalah dengan ramuan yg betul, anda akan terkesima dengan keenakkannya. Kalau ingin rasa boleh buat sendir, selamat mencuba. Resepi oleh Nor Fardzilah Talib di laman Facebook.\n\nIkan kukus curah kuah stim limau. Sedap sangat sampai tidak pandang langsung kanan kiri. Paling sedap kalau dapat hirup kuah stim limau itu. Rasa masam-masamnya membangkitkan selera makan. Resepi dikongsikan oleh Syakila Thulus di laman Facebook.\n\nMenarik bukan resepinya? Selain resepi ikan merah, kami juga menulis resepi lain yang tidak kalah menarik. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Kita lihat sekarang, ramai netizen yang suka komen perkara yang negatif di gambar-gambar artis atau gambar orang biasa tanpa memikirkan hati dan perasaan orang tersebut. Netizen kini semakin ramai dan termasuk lah budak-budak bawah umur yang komen di gambar orang lain. Tidak salah jika mahu komen di gambar orang lain tetapi komen yang diberikan adalah negatif dan boleh memberi kesan kepada mangsa.\n\nApakah yang membuatkan netizen ini suka komen negatif di gambar-gambar artis atau orang biasa? Perkara ini berlaku kerana mereka tidak dididik mengenai digital etiquette atau etika digital. Apakah itu etika digital?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kepentingan didik anak mengenai digital etiquette. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nDigital Etiquette atau Etika Digital ni adalah kita ajar anak kita cara nak bergaul dan berkomunikasi dengan orang di alam maya seolah olah dia sedang berkomunikasi dan bergaul dengan orang di alam realiti. Cara anak kita bergaul, berbalas komen, bersembang dan melayan orang di dunia digital kalau boleh biar sama dengan cara dia layan orang yang dia selalu \u2018face to face\u2019. Barulah betul adab bergaulnya.\n\n Kalau nak tegur, tegurlah dengan sopan\n\n Kalau bergaduh jangan sampai buka aib\n\n Kalau nak menyakat sekalipun jangan sampai buat body shaming\n\n6 Kebaikan didik anak etika digital\n\n*Itulah maksud etika digital. Zaman dulu, teknologi tidak secanggih sekarang, maka netizen juga kurang memberi komen kepada artis atau orang lain. Oleh itu, orang dulu-dulu, adab mereka lebih sopan daripada orang zaman kini. Maka, ibu bapa perlu didik anak mengenai etika digital agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak baik kepada orang lain. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang yang disayangi.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Perkataan Dajjal berasal dari kata dajala, yang bermaksud menutupi (sesuatu). Mengapa disebut Dajjal adalah kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan. \n\nDajjal dalam perkataan arab secara lazim digunakan untuk istilah nabi palsu. Namun istilah Dajjal, merujuk pada susuk \u201cpenyamar\u201d atau \u201cpembohong\u201d yang muncul menjelang kiamat. Istilahnya adalah al-Masih Ad-Dajjal terjemahan dari istilah Suryani Meshiha Deghala yang telah menjadi kosa kata umum dari Timur Tengah selama lebih dari 400 tahun sebelum Al-Quran di turunkan. \n\nDisebutkan oleh Al-Imam al-Qurthubi kitab At-Tadzkirah bahawa Dajjal di antaranya bermaksud Kadzdzab (tukang dusta), Muwammih (yang menipu manusia). Asy-Syaikh Ibnu \u2018Utsaimin dalam kitab Syarah Lum\u2019atul I\u2019tiqad\u00a0pula\u00a0mengatakan : \n\n\u201c Di katakan demikian karena dia adalah manusia yang paling besar penipuannya.\u201d \u00a0Dikatakan juga bahawa Dajjal adalah \u201c Seorang laki-laki pendusta (penipu) yang keluar di akhir zaman mengaku sebagai Rabb\u201d\n\nAntara ciri-ciri Dajjal dan sifatnya adalah Dajjal tidak disebut di dalam Al-Quran, tetapi terdapat dalam hadis dan sunah yang menguraikan sifat-sifat Dajjal. Berdasarkan kepercayaan yang telah umum dalam kalangan muslim, karakteristik Dajjal adalah seperti berikut:\n\nDajjal memiliki cacat fizikal berupa mata kiri yang buta dan mata kanan yang dapat melihat tetapi berwarna gelap (hitam). Beberapa hadis telah menjelaskan bahawa ia hanya memiliki sebuah mata. Ia akan menunggang keldai putih. Untuk pengetahuan anda, satu langkahnya sama dengan satu mil jaraknya. \n\nKeldai tersebut akan memakan api dan menghembus asap malah dapat terbang di atas daratan dan menyeberangi lautan. Selain itu, Dajjal adalah seorang pemuda yang gemuk, kulitnya kemerah-merahan, berambut kerinting, matanya yang buta dan mata itu seperti buah anggur yang masak (tidak bersinar). Dia akan menipu para umat umat muslim dengan megajari mereka tentang syurga dan menyeberangi lautan. \n\nKelihatan Huruf Arab Kaf Faa Raa (kafir, bermakna kufur) akan muncul pada dahinya dan akan mudah dilihat oleh muslim yang pandai membaca mahupun yang buta huruf. Dajjal ini akan menyatakan dirinya adalah tuhan dan menipu manusia dalam berfikir. \n\nSecara umumnya, ia merupakan satu makhluk yang akan memunculkan diri tatkala bumi menghampiri garisan penamat. Datangnya Dajjal memberikan alamat kiamat sudah dekat. Sebagai Umat manusia di muka bumi ini,anda haruslah melakukan persiapan ketika berhadapan dengan Dajjal kerana dengan persiapan tersebut mampu menhindarkan kita supaya tidak terpesong dengan dusta yang di hasut oleh Dajjal.\n\n8 Persiapan Dan Cara Menghadapi Dajjal\n\n1. Berpeganglah Dengan Agama Islam, Mendalami Keimanan dan Ilmu Islam.\n\nApabila umat islam mendalami ilmu tentang islam dan Al Quran, mereka tahu Dajjal itu manusia yang mengaku tuhan. Dajjal adalah manusia hebat yang diberi kekuatan oleh Allah SWT. Ada hadis yang menunjukkan bahawa Dajjal itu manusia dan bukan tuhan. \n\n\u201c Sesungguhnya Allah tidak buta sebelah matanya. Ketahuilah Dajjal itu buta mata sebelah kanannya seperti buah anggur yang mengembung.\u201d (HR Muslim) \n\nApabila Dajjal itu mengaku di tuhan sedangkan keadaan fizikalnya tidak sempurna, bolehkah kita mempercayainya? Sedangkan kita tahu bahawa Allah SWT itu maha sempurna. Semua orang beriman nanti akan dapat melihat di dahi Dajjal itu tulisan Ka Fa Ra (kafir). Oleh itu, ilmu dan agama haruslah diterapkan dalam diri umat islam agar dapat bersiap sedia untuk kedatangan dajjal.\n\n2. Meminta Perlindungan Kepada Allah Daripada Fitnah Dajjal\n\nDalam Hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda,\n\n\u201d Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud ( dalam solat ) hendaklah ia meminta perlindungan daripada Allah SWT dari empat perkara dan berdoa, \u201cAllahumma inni a\u2019uudzubika min adzaabi jahannama, Wamin adzaabil qabri, Wamin fitnatil mahyaa wal mamati, Waminsyarri fitnatil masiihid Dajjal. ( Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka jahanam dan seksa kubur dan fitnah kehidupan dan kematian serta keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal).\u201d (HR Muslim). \n\nDoa ini sebaiknya diamalkan selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam. Para Ulama berpendapat perkataan \u2018hendaklah ia\u2019 adalah perintah. Di dalam usul fiqah perkataan \u2018hendaklah\u2019 adalah perintah. Apabila di sebut perintah, ia bermaksud wajib. \n\nWajib bagi kita untuk menghafal doa itu dan membacanya di dalam solat sebelum memberi salam. Hendaklah di situ hukumnya wajib dan tidak ada yang menunjukkan bahawa hukumnya sunat mengikut kaedah usul fiqah. Jom kita hafal doa ini.\n\nJika tidak boleh menghafal dengan cepat, buatlah perlahan-lahan. Jika tidak dapat di dalam bahasa Arab, di dalam hati sekurang-kurangnya mintalah doa dengan bahasa melayu. Kemudian cuba hafal pula di dalam bahasa Arab.\n\nHadis Nabi daripada Nawas bin Sam\u2019an, bersabda Rasulullah bersabda, \n\n\u201c Barangsiapa di antara kamu bertemu dengan Dajjal bacakan kepadanya permulaan surah Al-Kahfi.\u201d ( HR Muslim ). Kemudian di sebutkan di dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda, \u201c Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al-Kahfi maka ia terpelihara darifitnah Dajjal.\u201d ( HR Abu Daud). \n\n4. Berhijrah di Mekah Dan Madinah \n\nAntara orang yang terpelihara dari fitnah Dajjal ialah mereka yang tinggal di Mekah dan Madinah. Rasulullah telah bersabda, \n\n\u201cMadinah tidak akan di masuki rasa takut terhadap Dajjal kerana pada waktu itu kota memiliki tujuh pintu, masing-masing di jaga oleh dua orang malaikat.\u201d ( HR Bukhari ). \n\nDi dalam Hadis yang lain pula dinyatakan, \n\n\u201cBahawa Dajjal itu tidak dapat memasuki Madinah dan Mekah kerana di halang oleh para Malaikat.\u201d\n\n5. Persiapan Kebendaan, Fizikal dan Kemahiran\n\nHadis Nabi SAW menganjurkan umatnya untuk berenang, memanah dan berkuda bagi persiapan mengahadapi kemunculan Dajjal. \u00a0Aktiviti ini dapat melindungi diri dan Umat Islam pada masa akan datang. \n\nPersiapan kebendaan seperti menanam kurma dan menyediakan stok kurma berdahan di rumah-rumah, membuat perigi perigi air, menukarkan wang kertas kepada emas dan perak, menyediakan alat keperluan seperti tali, cangkul, kapak dan sebagainya juga adalah langkah awal dalam menyediakan diri apabila tibanya hari kemunculan Dajjal. \n\nDi samping itu juga, anda juga boleh membentuk atau bergabung dengan komuniti islam yang lain serta orang-orang yang beriman dan memahami tentang akhir zaman. Jangan lupa untuk terus Istiqamah dengan amalan-amalan Sunnah seperti solat sunat rawatib, tahajjud, dhuha, syuruk serta Puasa Sunat. \n\n\u201cYa Allah, Lindungilah kami dari fitnah Dajjal yang begitu dahsyat dan jadikanlah kami hamba yang mempersiapkan diri untuk menghadapinya dengan bekal iman yang kukuh. Amin Ya Rabbalalamin.\u201d"
"Adakah anda sering tertanya-tanya apakah punca cepat mengah? Jom baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut punca cepat mengah menurut pemerhatian dan penyelidikan sains.\n\nTerma perubatan bagi mengah ialah \u201cdyspnea\u201d yang bermaksud pernafasan tercungap-cungap apabila seseorang itu sukar bernafas atau mendapatkan udara ke dalam paru-paru.\n\nSecara normalnya, seorang dewasa yang sihat akan bernafas sebanyak 20 kali dalam masa 1 minit bersamaan 30 ribu kali sehari.\n\nManakala, menurut statistik, 1 dalam setiap 4 individu mengalami masalah dyspnea ini. Golongan warga emas juga mempunyai kebarangkalian 75% untuk diserang rasa cepat mengah ini berbanding golongan muda.\n\nAntara simptom mengah atau dyspnea ini ialah:\n\nSelain melakukan aktiviti fizikal yang berat, berada di kawasan altitud tinggi dan mengalami perubahan suhu yang ketara, antara punca cepat mengah ialah disebabkan keadaan kesihatan seperti yang disenaraikan berikut:\n\n1. Rasa Mengah yang Datang Secara Tiba-tiba (acute dyspnea)\n\nKes ini juga dipanggil sebagai dyspnea akut. Antara punca cepat mengah ini ialah keadaan seperti:\n\nSistem pernafasan yang merangkumi saluran pernafasan sehingga paru-paru merupakan komponen utama yang mempengaruhi punca cepat mengah. Antara penyebab punca kesukaran pernafasan dan cepat mengah ialah:\n\nPunca cepat mengah turut dikaitkan dengan masalah kardiovaskular, khususnya masalah jantung, antaranya:\n\nFaktor persekitaran yang tercemar turut memburukkan lagi keadaan bagi mereka yang mengalami asma atau lelah.\n\nPesakit akan cepat mengah dengan keadaan sekeliling yang tercemar dengan bahan kimia berbahaya, asap kenderaan, habuk, asap rokok dan debunga.\n\nBahan-bahan pencemar ini membuatkan paru-paru semakin susah untuk \u2018bekerja\u2019 yang seterusnya menjadi punca cepat mengah dan sukar bernafas.\n\nEmosi seseorang sebenarnya sangat berkuasa untuk menentukan tingkah laku yang bakal berlaku.\n\nDalam kes dyspnea, perasaan panik dan punca cepat mengah ini boleh dikurangkan dengan mengawal emosi supaya menjadi lebih positif.\n\nHal ini disokong oleh kajian sekumpulan penyelidik dari University of Oxford, United Kingdom pada tahun 2013 yang melihat trend perhubungan antara emosi dengan persepsi dyspnea.\n\nKawalan emosi yang lebih terarah kepada pemikiran negatif ternyata boleh menyebabkan seseorang itu berasa murung dan mudah panik.\n\nDianggarkan, mereka yang gagal mengawal emosi mempunyai kebarangkalian lebih tinggi sebanyak 40% untuk mengalami masalah pernafasan dan masalah keresahan (30%).\n\nHal ini seterusnya dikaji dari segi penglibatan sosial mereka yang semakin berkurangan lalu menyebabkan peratus tinggal lebih lama di hospital melebihi 3 hari yang sepatutnya sebanyak 10% dan 25% kekerapan bertambah bagi mereka dimasukkan ke dalam wad hospital semula.\n\nKajian yang sama yang melihat kesan emosi ke atas masalah dyspnea tadi turut melihat kesan kehidupan sosial terutamanya berkaitan jantina.\n\nHasil penemuan mereka agak mengejutkan apabila wanita mempunyai \u00a0risiko 2 kali ganda lebih besar untuk menderita penyakit ini. Hal ini lebih berkaitan dengan faktor sosial dan emosi wanita berbanding faktor sistem fisiologi.\n\nMereka yang berhadapan dengan keadaan cepat mengah ini turut dikaitkan dengan kualiti hidup yang lebih rendah. Malah, jika mereka berada pada tahap kualiti hidup yang sama, kesan kesihatan ini tampak lebih teruk dalam kalangan wanita.\n\nKajian tersebut menerangkan fenomena ini dengan sifat keterbukaan wanita yang bertindak balas secara terbuka berbanding lelaki berkaitan emosi.\n\nNamun, masih belum ada kesimpulan yang konklusif berkenaan perbezaan jantina dalam persepsi terhadap masalah kesihatan ini dari segi perubahan fisiologi, keseimbangan hormon, pengalaman hidup dan budaya serta cara pengurusan emosi masing-masing.\n\nPunca cepat mengah boleh terjadi atas beberapa faktor. Lumrahnya, apabila seseorang itu melakukan kerja berat yang memerlukan tenaga, sudah pastilah mereka akan berasa penat dan mengah.\n\nAntara aktiviti fizikal yang menjadi punca cepat mengah ialah berlari, berbasikal, mengangkat barangan berat, mendaki gunung, melakukan senaman, aktiviti gim dan sebagainya.\n\nNamun, keadaan cepat mengah ini turut dikaitkan dengan masalah \u201cdypnea\u201d yang berpunca daripada kualiti kesihatan diri yang mula merosot.\n\nAntara faktor kesihatan yang menjadi punca cepat mengah ialah serangan akut, gangguan sistem pernafasan, penyakit kardiovaskular, keadaan persekitaran yang tercemar, pengurusan emosi dan pengaruh kehidupan sosial.\n\nNamun, harus diingat, anda perlulah segera mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor perubatan yang bertauliah sekiranya rasa cepat mengah anda bertukar menjadi masalah pernafasan yang semakin serius.\n\nKandungan artikel ini hanyalah menyenaraikan faktor atau punca cepat mengah untuk dijadikan rujukan bersama.\n\nJemput juga baca artikel punca selsema dan punca angin medu"
"Itu persoalannya bagi mereka yang selalu merasa sempit, tiada duit, kesihatan tidak menyebelahi mereka, hidup tidak bahagia dan macam-macam lagi. Dalam hidup, serahkan segala-galanya kepada Allah SWT, Maha Pemberi Rezeki. Kita hanya perlu usaha, doa, tawakal dan paling penting yakin dengan Allah.\n\nMulai saat ini, anda boleh terapkan diri untuk amalkan doa murah rezeki dan zikir-zikir supaya dapat memudahkan segala urusan dan murah rezeki. Jom lihat 16 doa murah rezeki yang mujarab dan berkesan dengan izin Allah SWT. Insha-Allah.\n\nBaca surah Al-Maidah ayat 114 ini setiap kali lepas solat, semakin kerap anda baca, semakin anda akan tenang dan sentiasa rasa cukup. Sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT walau apapun nikmatnya.\n\nDoa Nabi Sulaiman ini sangat kuat kesannya. Ia sering diamalkan Nabi Sulaiman dalam meminta petunjuk, memohon dipermudahkan dan mendapatkan kekayaan serta kejayaan. Seperti kita tahu, Nabi Sulaiman adalah raja segala makhluk, betapa besarnya rezeki Allah SWT turunkan kepada Nabi Sulaiman.\n\nDoa: Rabbi ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba\u2019dii innaka anta lwahhaab.\n\nErtinya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.\n\nSurah Al-Ikhlas adalah doa murah rezeki yang anda harus tahu. Ia bukanlah surah pendek untuk dibaca dalam solat sahaja, tetapi ia mempunyai keajaiban tersendiri. Selain memuji Allah, Allah sentiasa akan menolong sesiapa sahaja yang mengamalkan surah ini baik dari apapun yang diperlukan. Bacalah setiap hari dan bila-bila sahaja.\n\nDoa murah rezeki yang mujarab dan berkesan anda perlu amalkan juga adalah Surah Syura, ayat 19. Murah rezeki anda setiap kali membaca doa ini. Kalam ini memuji Allah SWT sebagai maha kuasa dan maha kuat. Niatkan dalam hati untuk memuji Allah dengan ikhlas.\n\nBagi mereka yang sering mengeluh dan terfikir \u201cKenapa rezeki aku sempit sangat\u201d , \u201cKenapa susah sangat rezeki aku nak masuk?\u201d, doa murah rezeki ini sangat mujarab untuk masalah anda.\n\nTolong amalkan doa murah rezeki ini dengan niat yang baik dan ikhlas untuk memohon pertolongan Allah SWT. Bacalah banyak kali dan berulang kali.\n\nYakinlah Allah SWT maha pemberi rezeki, maha pemurah, maha berkuasa atas semua perkara. Sentiasa memujinya dan mengakui kebesarannya dengan membaca doa murah rezeki ini. Sesungguhnya Allah SWT maha pemberi rezeki.\n\nDoa murah rezeki ini boleh anda baca setiap kali selepas solat atau setiap kali anda berhajat sesuatu. Anda boleh baca dengan kerap sekali. Pasti anda terkejut akan rezeki yang tak disangka-sangka datang kepada anda.\n\nBaca berulang kali tiada masalah. Lagi kerap anda baca, lagi bagus. Semoga segala hajat anda termakbul asbab mengamal doa murah rezeki ini. Banyak kisah-kisah mereka yang mengamakan doa murah rezeki ini. Semoga murah rezeki anda juga.\n\nBanyak kelebihan surah Al-Waqiah yang boleh anda nikmati jika anda benar-benar mengamalkan surah ini. Anda boleh membaca pada pagi hari selepas solat subuh dan sebelum memulakan hari anda.\n\nAr-Rahman boleh dibaca pada pagi hari sebelum memulakan pagi anda atau selepas solat dhuha. Ayat yang terkandung dalam Surah Ar Rahman banyak mempersoalkan tentang kekuasaan Allah swt. \n\nIa bertujuan untuk manusia benar-benar berfikir dan meletakkan Allah swt nombor 1 di antara semua perkara. Utamakan Allah dalam segala hal pasti memudahkan urusan anda dan mendatangkan kebaikan kepada anda.\n\nDoa murah rezeki yang mustajab juga adalah surah Yasin. Yasin dapat memudahkan urusan anda dan mendatangkan rezeki. Mohonlah hajat anda tanpa jemu, Insha-Allah, Allah akan makbulkan. \n\nAnda mungkin menerima rezeki dalam pelbagai cara seperti jodoh, ilmu dan manfaat, kesihatan yang baik, kewangan yang baik dan lain-lain lagi. Diri anda juga akan sentiasa dilindungi Allah SWT.\n\n12. Zikir Laa Ilaaha Illallaah Al Malikul Haqqul Mubin\n\nAmalkan bacaan zikir \u2018Laa Ilaaha Illallaah Al Malikul Haqqul Mubin Muuhammadur Rasulillah Shaa Diqul Wa\u2019dil aminn.\u2019 Baca selalu sebanyak mana yang anda mampu, namun baca 100x setiap hari, Allah akan menghilangkan kesusahan dan kemiskinan anda.\n\n\u201cBarangsiapa mengucapkan \u2018Subhanallah wabihamdihi Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya\u2019 sehari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan.\u201d (HR. Bukhari: 5926)\n\nSegala urusan anda dipermudahkan dan dosa-dosa diampunkan. Pahala pujian kepada Allah ini juga akan membantu memudahkan urusan kiamat anda nanti.\n\n14. La Haula Wala Quwwata Illa Billah\n\nBacalah selalu La Haula Wala Quwwata Illa Billah sebagai tanda anda menyerah diri kepada Allah. Tiada kekuatan dan upaya melainkan dari pertolongan Allah SWT. Allah SWT akan membantu anda dalam apa jua masalah yang anda hadapi.\n\nMohonlah ampun dengan istigfar setiap hari 100 kali. Mulakan dari pagi sehinggalah sebelum anda tidur. Allah Maha Penyayang dan pasti akan menolong anda.\n\nTolong tampal doa murah rezeki ini di workstation anda. Hari-hari anda melihat dan membacanya, rezeki anda pasti melimpah ruah. Cubalah doa murah rezeki ini. Ia tak dapat disangkal lagi.\n\nItulah dia 16 doa murah rezeki yang mustajab dan berkesan untuk anda amalkan. Jom baca juga Doa Nabi Daud Lembutkan Hati Seseorang, Doa pengasih untuk suami isteri dan Doa untuk suami dibaca isteri."
"Kuih Seri Muka merupakan kuih tradisional Melayu yang agak susah untuk dibuat. Kuih yang di atas nya lapisan pandan dan dibawahnya lapisan pulut memerlukan bahan, sukatan dan langkah-langkah yang betul untuk menghasilkannya. Jika tidak, kemungkinan kuih yang dihasilkan terlembik, terkeras atau terlerai adalah sangat tinggi. \n\nNamun begitu, masih ramai yang ingin cuba membuatnya dengan pelbagai resepi dan petua. Kenapa? Kerana rasa lemak pada lapisan atas dan rasa pulut yang enak dan lemak itu menjadi sebab kuih seri muka ini masih menjadi kegemaran dan kesukaan orang ramai, terutama sekali golongan tua.\n\nMungkin resepi kuih seri muka dari Noraslinda Md Radzhi\u00a0ini tidak akan menemui kehampaan. Tidak salah untuk kita mencubanya. Siapa tahu selepas mencubanya, kita boleh tersenyum kepuasan kerana seri mukanya menjadi. Yeay.\n\nBahan A \u2013 Lapisan Bawah (Pulut)\n\nSelain resepi kuih seri muka ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Buat penggemar nasi kerabu kelantan tetapi dalam masa yang sama nak diet, silalah munculkan diri. Resepi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi\u200e di laman Facebook ini sesuai sangat dengan tema dietnya kerana apa yang penting dalam diet adalah kuantitinya dan bahannya. Ganti guna gula dan garam yang lebih sesuai dan kurangkan kuantitinya. Nasi pula dimasak menggunakan 100% bunga telang. Harum pula tu baunya. Memang padu!\n\nGaul rata kesemuanya. Dah siap sedia untuk dimakan. Pasti sedap. Tapi ingat ini resepi untuk satu hidangan. kalau nak tambah, pandai-pandailah double kan. \n\nResepi Bahan Setiap Satu Untuk Nasi Kerabu\n\nBaca pun dah telan air liur kan? terbayang-bayang kan?. Selain dari resepi Nasi Kerabu ini, terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat."
"Peminat hidangan kambing jangan skip resepi ini. Pada kesempatan ini kami akan berkongsikan resepi kambing barbeque. Sedap nian kambing barbeque, dengar tajuk pun boleh terliur.\n\nMakan daging kambing ialah sunnah rasul. Dimana makan kambing adalah baik untuk kesihatan dan sesuatu yang berkaitan dengan kambing seperti susu kambing pun menyihatkan. Masakan daging kambing agak mahal, kalau makan dekat restoran untuk satu keluarga boleh kering poket.\n\nNamun sekali-sekala bolehlah manjakan perut dengan menu daging kambing pula. Terlebih lagi jika anda ingin menjalankan acara aqiqah atau kenduri lain, kami cadangkan anda masak menu daging kambing barbeque. Resepi di bawah didatangkan daripada Rozmaliza Omar di laman Facebook.\n\nSelain kambing barbeque, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Jom kita cuba resepi kek coklat moist pula. Siapa pernah makan kek coklat moist yang sangat enak, sangat gebu dan paling penting, melt dalam mulut? Mesti jarang jarang dapat rasa bukan.\n\nHari ini kami akan kongsikan kepada anda resepi kek coklat moist yang sangat enak dan mendapat sambutan hangat dari kalangan netizen! Rata rata yang telah mencuba resepi ini memberi feedback yang sangat positif!\n\nTak rugi kalau anda cuba resepi kek coklat moist ini.\n\nAkak nak bagitau ni. Akak kalau buat kek choc moist kukus memang suka sangat-sangat resepi ni. Sangat moist, lembut dan gebusss. Dah lama akak guna resepi ni masa zaman zaman kek choc ni tengah popular. Tapi sayang akak dah tak ingat siapa punya resepi. Amik dari pakcik google.\n\nDah berpuluh resepi akak cuba tapi yang ni yang paling terbaikkk! Siapa nak try, akak share resepinya kat sini. Semoga yang memberi resepi di berikan pahala yang melimpah ruah.\n\nNota : Ayak tepung, baking soda dan baking powder\n\nSelain resepi kek coklat moist, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Sekali pandang seperti harimau bintang, inilah gambaran umum kucing Bengal yang menjadi\u00a0 idaman untuk dipelihara oleh pecinta kucing. Bentuk dan coraknya yang unik membuatkan semua tertawan melihatnya.\n\nKucing Bengal adalah kucing kacukan yang terhasil daripada pembiakan silang, yang juga bertujuan untuk menghasilkan pelbagai jenis baka yang unik. Untuk spesis ini, ia merupakan kacukan baka-baka kucing seperti kucing harimau bintang Asia, American Short Hair, Burma, Egyptian Mau dan Abisinia.\n\nTidak peliklah jika bulunya seakan harimau bintang jika ia sememangnya mempunyai baka haiwan tersebut. Perwatakan kucing ini juga cukup unik seiring dengan rupanya. Mungkin ini antara sebabnya kucing Bengal adalah kucing termahal di dunia.\n\nTahukah anda kucing Bengal juga mempunyai jenisnya tersendiri. Jenis kucing ini dapat dilihat dari segi corak bulu. Corak tersebut adalah Rosetted Spotted dan Marbled.\n\nUntuk corak Kucing Bengal Rosetted Spotted, coraknya mirip dengan harimau bintang iaitu tompokan kecil dan berwarna coklat emas. Pasti ramai yang biasa melihat jenis ini kerana ia sangat terkenal.\n\nKucing Bengal dengan jenis Rosetted Spotted mempunyai banyak variasi. Ada yang single spotted, pawprint rosetted, arrow rosetted dan lain-lain. Sebagai contoh, kucing Bengal dengan single spotted mempunyai warna tompokan dengan warna latar pada kot. Manakala kucing dengan arrow rosetted pula bercorak anak panah berbentuk segi tiga pada bulunya.\n\nUntuk kucing Bengal jenis corak Marbled pula mempunyai bulu yang rapat dan sangat tebal. Tompokannya mendatar, tidak sekata dan berbeza saiz atau rawak. Si comel jenis ini kebiasaannya mempunyai dua pusara atau warna yang banyak.\n\nKucing Bengal marble juga mempunyai pelbagai jenis variasi. Antaranya adalah Chaos Pattern Marble, Horizontal Flowing Marble dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, setiap jenis kucing ini mempunyai warna berbeza seperti kelabu, hitam dan biru.\n\nJadi secara umumnya, kucing Bengal terbahagi kepada dua jenis iaitu Rosetted Spotted dan Marble. Namun setiap jenis juga mempunyai pelbagai kelompok atau variasi yang boleh dibezakan secara umum berdasarkan corak dan pola warna pada tubuh kucing.\n\nBanyak ciri kucing Bengal yang membolehkan kita mudah untuk membezakan spesis ini dengan spesis yang lain. Tahukah anda bahawa kucing Bengal mempunyai bulu yang tebal, rapat dan halus. Lazimnya badan Bengal kelihatan lebih tegap dan panjang kerana bahagian leher yang berotot.\n\nKucing Bengal mempunyai kepala yang sedikit besar dan panjang. Kebiasaannya, hidung kucing ini\u00a0 berwarna merah dan ada garis hitam. Jika anda perasan, telinga kucing ini menegak sehingga menampakkannya seperti kucing liar. Ekornya pula tidak terlalu panjang dan berbelang hitam.\n\nUniknya, mata kucing ini kelihatan lebih besar dan lebar. Lazimnya mata kucing Bengal berwarna biru, hijau atau sedikit kekuningan. Secara purata, jangka hayat si Bengal adalah 9 hingga 13 tahun.\n\nPasti ada yang tertanya-tanya tentang berat kucing Bengal. Anggaran berat kucing unik ini sekitar 4 Kg hingga 5 Kg, namun jika ianya kucing jantan, berat boleh mencecah 10Kg. Tidak hairanlah kucing ini dikategorikan sebagai kucing atlet.\n\nSekiranya anda ingin membela kucing Bengal, anda perlu juga ketahui sifat kucing ini kerana setiap kucing mempunyai sifat yang berbeza. Lebih-lebih lagi Kucing Bengal, bukan sahaja luarannya yang unik, namun turut \u00a0mempunyai sifat yang menarik.\n\nSifat yang pertama adalah spesis ini agak sedikit liar memandangkan ia tergolong sebagai kucing hutan. Ia memerlukan cara terbaik untuk melatihnya menjadi lebih baik. Walaupun sedikit liar namun sebenarnya kucing ini sangat penyayang dan setia pada tuannya.\n\nDengan sifat penyayangnya ini, pemilik haruslah memberi perhatian sepenuhnya untuk bermain dan menguruskannya. Anda perlu berhati-hati jika Bengal sudah mula bosan. Hal ini kerana pelbagai perkara tak dijangka \u00a0akan dilakukannya seperti merosakkan barangan yang berada di sekeliling.\n\nBukan itu sahaja, kucing Bengal sangat aktif dan suka bermain. Kalau kucing lain ada yang takut dengan air, namun tidak untuk Si Bengal. Jadi mudah untuk anda memandikannya. Aktifnya Si Bengal membuatkannya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan bijak.\n\nPerlu diingatkan, Bengal suka untuk memanjat dan melompat. Oleh itu, jika anda ingin membelanya anda haruslah menyediakan ruang khas untuknya yang tinggi.\n\nBanyak fakta menarik tentang kucing Bengal yang anda perlu tahu sebelum anda ingin mendekati kucing ini. Jom kita kita terokanya!\n\nKucing Bengal memang suka bermain. Seperti yang telah dinyatakan kucing ini memang sangat aktif dan memerlukan lebih perhatian. Sekiranya anda berminat untuk membelanya, anda perlu menyediakan pelbagai alat atau permainan untuknya.\n\nSi Bengal juga bijak dalam hal-hal tertentu. Kucing ini cepat belajar perkara baharu dan sangat suka dengan helah.\n\nWalaupun kelihatan sedikit ganas, tahukah anda kucing Bengal\u00a0 manja terutama dengan pemiliknya. Sifatnya ini membuatkannya sentiasa ingin bermain dan berada bersama penjaganya. Tidak hairanlah jika anda melihat kucing jenis ini sentiasa mengekori penjaganya ke mana-mana sahaja.\n\nBukan sahaja mempunyai corak pada tubuh yang cantik, malah bulunya kelihatan berkilat lebih-lebih lagi jika berada di bawah pencahayaan yang baik. Kombinasi warna Bengal dan kilauannya pasti membuat anda terpukau.\n\nKucing ini digelar sebagai pemburu semula jadi kerana mempunyai kemahiran dan kecekapan yang tinggi terhadap aktiviti ini. Kelajuan dan kelincahan mirip seperti harimau bintang. Jika anda memelihara ikan di dalam akuarium atau kolam, hamster, burung atau apa-apa binatang kecil, awasi mereka kerana Si Bengal mungkin akan menerpa sekelip mata.\n\nBerbanding dengan kucing lain, Bengal adalah spesis yang pembersih. Oleh itu, anda perlulah membersihkan tray najis atau kawasan kucing beberapa kali dalam satu hari. Jika tidak, Bengal akan membuang najis di tempat yang tidak diingini.\n\nSpesis ini juga suka menggigit. Buka barang sahaja yang menjadi bahan gigitan, anda juga boleh menjadi mangsanya terutama ketika Bengal sudah mula bosan.\n\nPasti puas apabila dapat memelihara Kucing Bengal yang unik ini. Penjagaannya juga perlu dilakukan dengan sabar dan rapi. Jika anda sudah biasa memelihara kucing, anda pasti dapat memelihara Bengal dengan baik.\n\nMembela Si Bengal memang menyeronokkan, namun ada juga cabaran yang akan anda lalui. Setiap kucing mempunyai kelainan yang membuatkannya menjadi kucing unik dan disayangi ramai.\n\nSuka akan fakta menarik? Jom baca artikel kami yang lain seperti:"
"Anda sedang mencari kipas siling terbaik? Anda berada di ruangan yang tepat kerana kami menulis entang pilihan kipas siling yang berkualiti dan pasti memenuhi citarasa anda.\n\nRamai orang memilih untuk memasang kipas siling di rumah berbanding menggunakan pendingin hawa. Hal ini kerana dapat menjimatkan penggunaan elektrik, mudah untuk dicuci, merasakan angin semula jadi dan sebagainya.\n\nKipas siling juga adalah aksesori yang menghiasi ruangan rumah dan bilik. Jom baca kipas siling terbaik dengan spesifikasi yang pasti dapat menarik minat anda.\n\nKipas Siling Midea 60 Inch MFC-150A15\n\nKipas siling 60 inci dari Midea antara kipas siling termurah namun berkualiti tinggi di Malaysia. Dengan tiga bilah dan lima kelajuan, anda boleh laraskan kelajuan kipas yang cukup untuk menyejukkan ruang menginap anda.\n\nTerdapat mekanisma keselamatan berganda yang dijamin selamat. Motor kipas juga berkualiti dan tahan lama. Warranty juga disertakan selama 12 bulan. \u00a0Kipas yang mempunyai design yang simple ini menggunakan tenaga elektrik 75W sahaja.\n\nKipas siling keluaran Deka antara jenama yang paling laris di pasaran dan mempunyai beberapa jenis kipas siling yang lain selain Deka Kronos F5P. Kipas siling berwarna hitam kelihatan simple tetapi sangat\u00a0 eksklusif. Paling penting keselamatan kipas terjamin dan mendapat kelulusan SIRIM.\n\nSaiz kipas adalah 56 inci, sesuai untuk anda yang mempunyai ruangan kecil. Terdapat lima bilah kipas dengan tiga kelajuan berbeza. Istimewanya kipas ini kerana mempunyai remote untuk mengawal dari jauh. Warranty tiga tahun untuk motor sahaja turut disertakan.\n\nJika anda inginkan kipas yang boleh bertindak sebagai aksesori juga, kipas keluaran Deka dengan model DDC21 LED perlu dimasukkan ke senarai pembelian. Reka bentuknya sesuai untuk anda yang mempunyai hiasan rumah berkonsepkan klasik atau minimalist.\n\nDengan lima bilah kipas bersama enam tahap kelajuan pasti dapat menyejukkan anda seperti menggunakan pendingin hawa.\u00a0 Dengan remote yang ada, anda mampu mengawal kelajuan kipas atau laraskan tiga tahap pencahayaan lampu dari jarak jauh.\n\nKipas ini juga dilengkapi dengan fungsi \u2018reverse dan forward\u2019 iaitu berputar arah jam atau berlawanan jam. Fungsi ini sangat popular di negara luar yang mempunyai iklim panas dan sejuk. Di Malaysia, fungsi ini amat diperlukan semasa musim hujan kerana suhu sedikit sejuk. Dengan fungsi reverse, udara panas dari siling akan ditolak ke bawah.\n\nKipas siling jenama Panasonic dengan model F-M15AO memang sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet rendah. Walaupun begitu, kualiti produk dari Panasonic tidak dinafikan sangat berkualiti dan boleh bertahan dengan lama.\n\nKipas 60 inci bersama regulator atau pengatur ini mempunyai dua warna iaitu putih dan kelabu gelap. Dengan tiga bilah kipas dan lima kelajuan yang berbeza tidak akan menghasilkan bunyi yang kuat.\n\nKipas ini berkualiti kerana dilengkapi dengan ciri keselamatan yang baik dan menggunakan teknologi motor yang canggih.\n\nPanasonic pun ada kipas siling yang boleh dikawal menggunakan remote. Dengan saiz 56 inci sesuai sesuai untuk menghiasi dan menyejukkan ruangan rumah anda. 1 tahun warranty juga disertakan.\n\nLima bilah kipas dengan tiga tahap kelajuan mempunyai ciri keselamatan yang baik seperti dapat mengelakkan badan atau bilah kipas jatuh serta mengelakkan motor terlebih panas. Ketetapan masa adalah 1,3, dan 6 jam manakala 3 dan jam adalah berfungsi sebagai mode tidur.\n\nKipas Siling Sharp PJC116BK 56 Inci\n\nProduk keluaran Sharp juga merupakan antara kipas siling terbaik yang dikenali ramai. Kipas yang bersaiz 56 inci ini mempunyai lima bilah dengan tiga tahap kelajuan. Ia mampu mengawal menggunakan remote seperti kipas moden yang lain. Warna hitam kipas membuatkannya kelihatan mewah.\n\nPaling penting, warranty disediakan iaitu 3 tahun warranty untuk motor manakala 1 tahun untuk warranty umum. Tenaga yang digunakan adalah 75W sahaja.\n\nBerat hanya 5kg dengan saiz 56 Inci boleh befungsi dan menghasilkan udara dengan kuat. Lima bilah kipas yang boleh selaraskan lima kelajuan pasti dapat menyejukkan anda mengikut tahap yang anda mahu. Paling menarik, kipas keluaran Elba ini mempunyai pelbagai ketetapan kelajuan.\n\nTenaga yang digunakan pula sebanyak 60W dibina bersama fius haba keselamatan dan dilengkapkan dengan wayar keselamatan. Motor adalah 100% diperbuat dari tembaga. Warranty turut dibekalkan selama satu tahun.\n\nKipas Siling Khind CF615 / CF618\n\nTerdapat tiga bilah kipas\u00a0 dengan lima tahap kelajuan dengan kawalan elektrik menggunakan 80W tenaga elektrik sahaja dengan pengudaraan 240m\u00b3/min. Jika anda memilih kipas bersaiz 56 inci, kawalan remote disertakan berbeza kipas 60 inci yang hanya dikawal secara manual.\n\nMasa kawalan kipas dengan remote boleh ditetapkan selama 1, 3 atau 6 jam dengan penggunaan tenaga elektrik 75W.\n\nPengudaraan 250m\u00b3/ min dan penggunaan tenaga 100W dapat menyebarkan udara sejauh 20cm\u00b3 sehingga 30m\u00b3. Cukup sejuk dan menghasilkan angin yang kuat. Sangat sesuai untuk anda yang mencari kipas bajet kerana harga dalam lingkungan RM 100 sahaja.\n\nWalaubagaimanapun, ia mempunyai motor bearing berganda yang akan membuatkan prestasi kipas bertahan lebih lama. Kipas ini dijamin selamat kerana dilindungi dengan fius haba keselamatan.\n\nKipas siling REZO ZR56 merupakan model kipas keluaran REZO terbaru pada tahun 2022. Model ini memang tak dapat dinafikan lagi sangat berkualiti kerana boleh menyebarkan 30% angin tambahan daripada biasa.\n\nDengan saiz 56 inci serta bewarna hitam kelihatan lebih mewah dan moden. Terdapat lima bilah kipas dengan lima tahap kelajuan pasti menghasilkan pengudaraan yang baik untuk anda di pejabat ataupun di rumah.\n\nPakej termasuk kawalan remote dan warranty selama 1 tahun untuk aksesori dan 3 tahun untuk motor.\n\nElmark Vifast adalah model kipas siling terbaru yang dikeluarkan oleh Elmark pada tahun 2022. Design kelihatan mewah dan moden lebih-lebih lagi kipas berwarna emas. Kualitinya sangat bagus dan setanding harga sesuai dengan trademarknya \u2018king of fans\u2019.\n\nPengudaraan yang ekstrem, design yang kecil iaitu 52 inci beroperasi tanpa sebarang bunyi kitaran. Mudah dikawal kerana pakej termasuk remote. Ada lima bilah kipas dengan lima tahap kelajuan.\n\nWarranty juga disertakan iaitu 1 tahun untuk IR Receiver dan 5 tahun warranty untuk motor.\n\nKipas siling jenama Alpha sememangnya terkenal dengan design kipas yang luar biasa, cantik dan lain daripada yang lain termasuklah model Alkova. Sesuai untuk anda yang mencari kipas untuk menghiasi seganap rumah ataupun pejabat.\n\nKipas 56 inci ini mempunyai tiga bilah kipas yang boleh menghasilkan sehingga lapan tahap kelajuan dengan kawalan remote. Menggunakan motor DC, dapat menjimatkan penggunaan tenaga, berfungsi dengan senyap serta menghasilkan angin yang kuat.\n\nBukan itu sahaja, ia mempunyai kawalan masa dan ketetapan pelbagai kelajuan. Warranti pula selama 10 tahun.\n\nBoleh dikawal menggunakan remote, kipas keluaran Alpha juga kelihatan eksklusif dan merupakan antara model yang terkenal. Kipas ini bersaiz 56 inci mempunyai lima bilah kipas dengan empat tahap kelajuan.\n\nKipas ini juga berfungsi dengan senyap dan paling istimewa ia tahan karat. Warranty dibekalkan sehingga tiga tahun untuk motor manakala satu tahun untuk pengawalan kelajuan.\n\nDalam banyak-banyak kipas siling terbaik yang disenaraikan, sudah tentu ada yang dapat menambat hati anda. Jangan risau, senarai yang ada memang sangat berkualiti. Pilih sahaja mengikut keinginan dan bajet anda.\n\nKami juga ada menulis beberapa artikel lain seperti:\n\nPendapat dan pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis."
"Negara kita pernah digemparkan dengan kes kematian beberapa orang kanak-kanak disebabkan oleh Difteria setelah sekian lama penyakit ini tidak wujud di Malaysia.\n\nApakah penyakit Difteria? Kenapa ianya terlalu merbahaya hingga boleh menyebabkan kematian?\n\nMenurut Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia,\u00a0Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria\u00a0Corynebacterium diphteriae\u00a0yang menjangkiti bahagian tekak dan tonsil, atau farinks.\u00a0Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara\u00a025-50%.\n\nManakala menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia,\u00a0Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an. Ia jarang berlaku di negara perindustrian kerana pemberian vaksin DPT telah dilaksanakan.\n\nPenyakit difteria meningkat semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi. Penyakit ini dikesan di kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi.\n\nDifteria merupakan sejenis jangkitan\u00a0bakteria yang menjejaskan \u2018mucous membranes\u2019 bahagian tekak dan hidung. Jangkitan ini juga sangat cepat boleh merebak dari seorang ke seorang. Namun demikian difteria ini boleh dicegah menerusi suntikan vaksin.\n\nDifteria ini merupakan sejenis jangkitan pada saluran pernafasan bahagian atas. Penyakit ini juga selalunya boleh dilihat pada anak kecil. Hal ini kerana mereka kemungkinan besar tidak disuntik vaksin bagi mencegah difteria ini.\n\nSelain itu,orang tua yang berusia dalam 60 tahun juga berisiko tinggi\u00a0untuk mendapat penyakit difteria ini. Hal ini kerana sistem imun mereka agak lemah disebabkan usia yang lanjut. Itulah sebabnya mereka ini amat mudah terjebak ke arah jangkitan seperti ini.\n\nAgen penyebab Difteria ialah virus Corynebacterium diphtheriae. Bakteria yang dijangkiti oleh virus corynebacteriophage akan mengeluarkan toksin difteria. Toksin Difteria akan menjangkiti tekak (tonsil, farinks, larinks, hidung) dan kadangkala selaput mukus lain, kulit , konjunktiva dan kemaluan.\n\nBerapa lama virus akan berada dalam tubuh sebelum simptom Difteria mula terjadi?\n\nTempoh pengeraman ialah dari 2 hingga 5 hari atau lebih lama.\n\nPenyakit ini boleh\u00a0tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan sentuhan fizikal. Bakteria akan menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit\u00a0sukar bernafas.\n\nPenyakit ini merebak melalui sentuhan dari seorang ke seorang atau pun sentuhan objek yang terjejas oleh bakteria tersebut. Selain itu, penyakit ini juga boleh merebak apabila seseorang itu berada berhampiran dengan orang yang mempunyai penyakit ini. Apabila mereka batuk, bersin atau meniup hidung kemungkinan untuk merebakkan virus ini menjadi lebih ketara.\n\nDi samping itu, setelah seseorang itu telah dijangkiti penyakit difteria ini maka bakteria tersebut akan membebaskan toksin berbahaya yang akan melalui saluran darah dan menghasilkan sejenis salutan pekat yang berwarna kelabu pada bahagian hidung, tekak, lidah dan saluran pernafasan. Kadang kala, toksin ini juga boleh merosakkan organ penting seperti otak, jantung dan ginjal.\n\nMenurut ulasan\u00a0Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.\u00a0Jangkitan Difteria adalah teruk dan boleh mengancam nyawa.\n\nKomplikasi Difteria adalah sepanjang hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Risiko meningkat di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah.\n\nWalau bagaimana pun,\u00a0kadang-kadang doktor pun boleh terlepas pandang penyakit difteria kanak-kanak apabila pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda demam atau sakit tekak biasa yang tidak serius.\n\nPenyakit difteria kanak-kanak hanya dapat dikenalpasti pada peringkat awal dengan mengambil sampel kuman dari pesakit dan diuji di makmal. Namun, doktor akan mulakan rawatan awal pada pesakit yang disyaki kerana penyakit difteria boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.\n\nPenyakit difteria ini sekiranya tidak dirawat dengan segera boleh membawa kepada banyak komplikasi yang membahayakan seperti:\n\nApakah beza di antara Difteria dan Tonsilitis?\n\nUmumnya, difteria juga adalah sejenis jangkitan\u00a0tonsilitis. Namun, terdapat sedikit perbezaan umum antara selaput tonsil biasa dan difteria. Rupanya lebih kurang dan sering dianggap sama. Oleh itu,\u00a0jika anda inginkan kepastian lebih lanjut tentang gejala yang dihidapi, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan. Ini kerana, penyakit difteria akan merebak dengan sangat cepat dan amat membahayakan nyawa.\n\nTapi malangnya antitoksin ini tidak akan memusnahkan semua toksin yang sudah ada di dalam badan, maka penyakit ini boleh berulang.\n\nBagaimana melindungi anak anda daripada dijangkiti Difteria?\n\nCara terbaik mencegah penyakit difteria ini adalah dengan mengambil\u00a0vaksin\u00a0lima serangkai\u00a0iaitu\u00a0DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Imunisasi\u00a0ini diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan.\n\nKanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi. Mereka yang akan melawat\u00a0ke luar negara perlu mendapatkan vaksin untuk mencegah Difteria.\n\nItulah dia info tentang Difteria yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai Influenza A dan penyakit HMFD."
"Anak yang ada ekzema boleh dijangkiti infeksi pada kulit dengan mudah. Yang sering dijangkiti adalah bacteria dari jenis streptococcus atau staphylococcus.\n\nBakteria ini ada di sekeliling kita tapi kulit yang utuh tidak dijangkiti sebab kulit ada perlindungan semula jadi termasuk bakteria probiotik yang berada atas kulit. Kulit anak ekzema tidak ada perlindungan ini.\n\nAda berapa keadaan yang menyebabkan jangkitan:\n\n1. Terdedah pada tempat banyak kuman seperti tempat mainan anak dalam pasaraya.\n\n2. Tempat bertanah dan berpasir, lebih lagi yang ada najis binatang.\n\n4. Mengunakan tepung, minyak dan sapuan yang sudah berkuman( contaminated) tanpa disedari.\n\n5. Pakaian dan kain yang tercemar dengan kuman. Jika ada kudis bernanah basuh pakaian berasingan\nMasukkan satu tutup Cholorox dalam baldi air untuk rendam sebelum basuh.\n\nMaka, anak ekzema perlukan perlindungan dengan basuhan yang boleh cegah bakteria patogen tanpa gsnggu sistem perlindungan kulit.\n\n#Contoh basuhan sepert Calendula atau Echinacea mother tincture yang boleh dititiskan pada air bersih. Air bertapis dimana tapisnya nyahkan bakteria .\n\n#Bila ada radang boleh juga gunakan Povidone yang dicairkan.\n\n#Selepas dibasuh kawasan mekecet boleh disapukan atau semburkan dengan minyak yang ada kuasa antiseptic seperti teatree, eucalyptus dan sebagainya.\n\n#Balutan dengan bandage bersih yang dibasahkan dengan Calendula mother tincture boleh juga digunakan semasa kulit melecet untuk hindarkan infeksi.\n\nJangan lupa rawatan dalaman yang saya sudah banyak kali sebut sebelum ini untuk sihatkan usus dan tingkatkan sistem immune."
"Susu kambing mendapat tempat dihati ibu mengandung di Malaysia memandangkan ia adalah salah satu daripada makanan yang mendapat label makanan sunnah. \n\nSeperti yang kita sedia maklum, makanan sunnah adalah makanan yang diamalkan oleh Rasulullah dan juga makanan yang dimakan oleh ahli syurga. Oleh itu, rugi sangat kalau kita tak amalkan makanan sunnah, terutamanya semasa tempoh mengandung.\n\nJika anda memilih untuk mengamalkan susu kambing sepanjang tempoh mengandung, pastinya anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang kebaikan susu kambing untuk ibu mengandung. Susu kambing sememangnya kaya dengan 1001 kebaikan dan sesuai untuk dimalkan oleh semua lapisan umur, terutamanya bagi ibu yang sedang mengandung. Di antara kebaikan susu kambing untuk ibu mengandung ialah seperti berikut:\n\nSalah satu daripada kebaikan susu kambing ialah membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh badan. Apabila sistem imuniti meningkat, anda tidak akan mudah untuk dijangkiti penyakit. Adalah sangat penting bagi memastikan anda sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan agar tidak menjejaskan kandungan.\n\nIbu yang sering jatuh sakit dan kerap makan ubat sepanjang tempoh kehamilan boleh menjejaskan tumbesaran bayi didalam kandungan. Oleh itu, jika anda kerap berasa tidak sihat, apa salahnya kalau berikhtiar dengan mengamalkan susu kambing demi kebaikan anda dan bayi dalam kandungan.\n\nSatu lagi kebaikan usu kambing adalah ianya bersifat alkali, oleh itu ia tidak akan menyebabkan perut anda berasid. Perasan tak, bila anda makan makanan yang berasid seperti asam dan jeruk, anda akan berasa sakit perut. Ini berlaku kerana asid dalam makanan tadi akan bertindak balas dengan asid dalam perut anda lalu menyebabkan berlakunya ketidakselesaann.\n\nMalah bagi ibu yang sedang mengalami morning sickness, biasanya asid dalam perut akan menyebabkan ketidakselesaan dan heartburn. Oleh itu, pengambilan susu kambing yang bersifat beralkali adalah sangat membantu.\n\nMeningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan \n\nAnda sedia maklum bahawa ibu mengandung selalu penat, tidak dapat memberikan tumpuan dengan baik, dan menjadi seorang yang pelupa. Anda akan menjadi seorang yang sangat caca-marba. Jangan salahkan diri sendiri, ianya berlaku kerana ketidakseimbangan hormon yang sedang berlaku dalam tubuh badan anda. Amalan minum susu kambing membantu untuk mengatasi masalah yang dinyatakan tadi. Lepas ni takde lah anda terlupa di mana anda letakkan kunci kereta.\n\nSemakin besar kandungan anda, sistem penghadaman akan semakin terjejas dan tidak dapat berfungsi pada tahap optimum. Ini berlaku kerana kandungan yang semakin besar akan menghimpit sistem pencernaan dan usus anda lalu menyebabkan pergerakan usu menjadi semakin perlahan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan susu kambing semasa mengandung membantu membaiki fungsi sistem penghadaman anda.\n\nMenguatkan tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf\n\nSusu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Kalsium yang terdapat dalam susu kambing membantu menguatkan tulang, otot, sendi, kulit dan saraf ibu mengandung. Ia membantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi agar tidak reput. Selain itu, kalsium dalam susu kambing juga membantu pembentukan tulang dan gigi bayi dengan sempurna.\n\nTahukah anda bahawa terdapat satu bahan dalam susu lembu yang boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami alahan atau morning sickness. Bahan tersebut iaitu protein kompleks Alpha-casein & Beta-casein Protein tidak terdapat dalam susu kambing. Oleh itu, amalan minum susu kambing semasa mengandung mengurangkan risiko anda mengalami alahan semasa mengandung.\n\nSesuai untuk anda yang mengalami masalah alahan kepada laktosa (lactose intolerance)\n\nKajian mendapati bahawa kandungan laktosa dalam susu kambing adalah sangat rendah berbanding susu lembu. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah alahan kepada laktosa atau lactose intolerance yang menyebabkan anda tidak dapat minum susu lembu, anda boleh jadikan susu kambing sebagai alternatif. \n\nKebaikan susu lembut untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah ianya tidak menyebabkan tubuh badan menghasilkan lendir, mukus, atau pun kahak. Ini kerana susu lembu boleh menyebabkan badan menghasilkan lendir lalu menyebabkan anda mengalami batuk, selsema, dan serangan asma.\n\nSusu lembu kaya denganRriboflavin. Di antara kebaikan Riboflavin kepada ibu mengandung ialah:\n\nSusu kambing mengandungi potassium dan kalsium yang tinggi serta kandungan sodium yang rendah menjadikan ianya sebagai alternatif terbaik untuk menstabilkan tekanan darah sepanjang tempoh anda mengandung. \n\nJika anda mempunyai masalah sembelit semasa mengandung, kami cadangkan anda amalkan minum susu kambing setiap hari. Ini kerana susu kambing membantu melembutkan najis. \n\nKandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes atau kencing manis semasa mengandung. Adalah sangat penting untuk anda mengelakkan daripada terkena penyakit ini kerana ia boleh menjejaskan kandungan malah boleh menyebabkan berlakunya keguguran atau kelahiran pra matang.\n\nItulah dia info tentang susu kambing untuk ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron, kebaikan folik asid untuk ibu mengandung, dan barang keperluan bayi baru lahir"
"Anda tentu pernah nampak orang yang menghadapi masalah jerawat di dagu. Jerawat tersebut hanya berkumpul di bahagian itu. Ada orang yang mengalami masalah jerawat di dagu yang biasa, ada pula mempunyai jerawat batu yang mengandungi nanah.\n\nSebenarnya masalah jerawat berlaku di mana-mana bahagian tubuh. Ada di wajah, di belakang badan atau di dada. Ia merupakan perkara normal dan tidak perlu ditakuti. Kesan paling ketara apabila terdapat banyak jerawat, kita akan berasa kurang keyakinan diri.\n\nBahagian muka merupakan anggota tubuh yang kerap terdedah kepada masalah jerawat. Ini disebabkan wajah merupakan kawasan yang paling mudah terdedah dengan persekitaran. Debu, habuk, pencemaran dan bahan kimia di sekeliling mudah melekat pada wajah.\n\nJerawat di wajah berlaku di bahagian dahi, pipi, keseluruhan wajah atau dagu saja. Namun, dalam artikel ini penulis akan kongsikan punca berlakunya jerawat di dagu dan tips rawatan bagi mengatasi masalah ini. Jom baca!\n\nTerdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah jerawat di dagu ini. Antaranya ialah:\n\nMasalah hormon bermula sejak kita mencapai umur akil baligh. Ia merupakan masalah yang kerap terjadi pada usia tersebut. Ini disebabkan remaja mengalami pelbagai perubahan hormon.\n\nPerubahan hormon ini menyebabkan tubuh mereka tidak dapat menyesuaikan diri lagi pada proses pertumbuhan itu. Kesannya akan menyebabkan jerawat tumbuh di permukaan yang berminyak seperti di bawah dagu.\n\n2. Kitaran haid yang tidak tetap\n\nKitaran haid yang tidak sekata mungkin berpunca daripada masalah pada bahagian ovari atau rahim. Wanita yang mengalami masalah ini seharusnya perlu bertemu dengan pakar ginekologi. Jika dibiarkan mungkin akan menyebabkan masalah lain seperti jerawa di dagu atau bahagian yang lain.\n\n3. Teknik penjagaan wajah yang salah\n\nRamai yang mengabaikan rutin penjagaan wajah mereka. Selepas seharian berada di luar rumah, kita perlu membersihkan wajah daripada sebarang solekan dan produk kulit. Walaupun anda berada di rumah saja, wajah tetap perlu dibersihkan.\n\nKotoran yang terperangkap di wajah, perlu dibersihkan dengan betul. Kita tak sedar ketika membasuh wajah, kita hanya fokus pada bahagian pipi. Bahagian bawah dagu selalu terlepas pandang. Namun, di situlah banyak kotoran yang terkumpul. Belum campur dengan sisa minyak daripada makanan yang terlekat di situ.\n\nZone terdiri daripada dahi, hidung dan dagu. Pada ketiga-tiga bahagian ini, pengeluaran minyak (sebum) berlaku secara berlebihan bagi sesetengah orang. Ini disebabkan terdapat banyak kelenjar sebum yang terdapat di permukaan tersebut.\n\nApabila sebum dan kotoran tak dibersihkan dengan betul akan menyebabkan iritasi. Kotoran tersebut akan terperangkap di liang pori-pori kulit. Lama-kelamaan, ia akan menyebabkan berlakunya jerawat.\n\n5. Tidak cukup tidur dan rehat\n\nApabila anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi, wajah akan menjadi lesu dan kurang bermaya. Ini juga akan menyebabkan pengeluaran sebum yang aktif di bahagian wajah. Malahan, anda juga perlu dapatkan rehat yang secukupnya jika sedang bercuti atau sakit.\n\n6. Gaya pemakanan yang kurang sihat\n\nGaya pemakanan yang tidak sihat juga menjadi faktor penyumbang kepada masalah ini. Makanan yang berlemak dan berminyak akan menyebabkan jerawat terutamanya di dagu. Jika anda ada alergik, elakkan makanan laut dan kekacang.\n\nAnda suka picit jerawat? Hentikan tabiat ini. Apabila anda memicit jerawat, kotoran \u00a0seperti darah, nanah dan isi jerawat akan keluar. Kotoran ini mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan bahagian lain juga ditumbuhi jerawat.\n\nSelain menggalakkan pertumbuhan jerawat, tabiat ini juga akan menyebabkan luka dan parut. Parut tersebut tak mudah hilang dan akan mengambil masa. Kesan parut ini akan mencacatkan lagi penampilan anda.\n\nTerdapat beberapa jenis ubat yang akan menyebabkan kesan sampingan iaitu jerawat di wajah yang tertumpu di dagu. Antaranya ialah ubat perancang, vitamin B, corticosteroid dan anti depressants. Walaupun ubatan ini penting bagi merawat penyakit berkaitan, namun tetap ada kesan sampingan.\n\nJika anda sering ditumbuhi jerawat di wajah terutama dagu, sila perhatikan tuala, sarung tilam dan bantal anda. Adakah semua itu kerap ditukar? Tuala yang basah dan lembap akan menyebarkan bakteria dan kulat apabila dilap pada wajah.\n\nSarung tilam dan bantal pastinya dipenuhi \u2018peta dunia\u2019 jika jarang ditukar. Segala habuk, bakteria, air liur dan sebagainya berkumpul di situ. Jika anda tidur, kotoran itu melekat pula di muka.\n\nBagi yang menghadapi masalah jerawat di dagu, ada beberapa tips yang boleh diamalkan. Jangan risau, masalah ini boleh diselesaikan jika anda peka dengan keadaan kulit dan persekitaran. Apakah tips tersebut?\n\nUbat ni sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ia perlu diambil dengan arahan doktor. Cara penggunaannya perlu dipatuhi untuk mengelakkan masalah menjadi lebih teruk.\n\nJika jerawat yang timbul ada terkandung nanah, maka anda perlu menggunakan ubat yang mengandungi antibiotik. Antibiotik dapat membunuh bakteria, mengecutkan jerawat dan menghilangkan parut. Jika masalah jerawat terus berlarutan, dapatkan nasihat pakar kulit.\n\n2. Amalkan gaya hidup sihat dan aktif\n\nAmalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dalam diet harian anda. Jika anda nak kulit yang bersih, berseri-seri dan licin, banyakkan ambil makanan yang kaya dengan vitamin. Sayur-sayuran dan buah-buahan sangat baik untuk kesihatan kita.\n\nSelain itu, dapatkan tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jauhi stres dan amalkan senaman untuk mendapatkan tubuh yang sihat.\n\n3. Jaga kebersihan wajah dan diri\n\nRajinkan diri membasuh muka dengan betul. Gunakan produk wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Jangan sesekali membeli produk timbang kilo yang hanya indah khabar dari rupa.\n\nJangan lupa menggunakan tuala yang berlainan untuk wajah. Selain itu, kerap membersihkan bilik tidur dan tukar cadar katil. Ini akan meminimumkan punca masalah jerawat di dagu atau bahagian lain.\n\nItulah saja perkongsian penulis tentang topik punca dan tips rawatan jerawat di dagu. Anda boleh kongsikan artikel ni kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Masalah jerawat di dagu boleh berlaku kepada sesiapa saja. Mungkin ada yang tak tahu punca dan cara mengatasi masalah ini. Semoga bermanfaat.\n\nJemput juga baca tentang makanan punca jerawat dan tips kecutkan jerawat"
"Sebagai seorang anak, pastinya kita perlu sentiasa menjaga adab semasa berada di hadapan kedua ibu bapa. Lebih-lebih lagi apabila berkata-kata dan berkomunikasi dengan mereka. Sebelum berkata kita perlu memastikan apa yang keluar dari mulut kita adalah perkara yang baik dan tidak akan mengguris hati kedua ibu bapa.\n\nDalam kehidupan seharian, setiap manusia akan melakukan kesilapan. Jika kita nampak ada perkara yang kurang betul dilakukan oleh ibu bapa, tak salah kalau kita tegur dengan niat yang baik. Namun harus diketahui bahawa ada cara yang berhemah untuk mengur kedua ibu bapa. Tak bolehlak kita menegur mereka dengan cara yang sama kita menegur kawan-kawan.\n\nNah ini tips cara menegur ibu bapa.\n\nMenegur dengan niat yang ikhlas dengan tujuan yang baik\n\nAdab pertama dalam menegur ibu bapa ialah teguran yang dilakukan adalah dengan niat yang ikhlas dan tujuan yang baik. Pastikan anda bukan menegur ibu bapa dengan sengaja untuk menjatuhkan air muka mereka atau sengaja mahu mencari kesalahan mereka. Walau apa pun yang kita lakukan pastikan ianya dilakukan dengan niat yang baik.\n\nMalah adalah sangat baik kalau sebelum anda memulakan bicara, sampaikan kepada ibu bapa bahawa anda menegur dengan niat yang baik dan menegur kerana sayang. Bukannya kerana benci. Insya Allah ibu bapa anda akan mendengar teguran yang diberikan dengan hati yang terbuka.\n\nMenegur perkara yang tidak selari dengan islam\n\nCara menegur ibu bapa yang seterusnya ialah pastikan anda menegur ibu bapa anda yang melakukan perkara yang tidak selari dengan islam. Sebagai contoh, anda menegur ibu yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Ini adalah cara teguran yang betul. Seorang anak dibenarkan untuk menegur ibu bapanya yang melakukan perkara yang bertentangan dengan agama. \n\nMenegur ibu bapa secara tertutup, bukannya di hadapan orang lain\n\nJika anda ingin menegur ibu bapa, pastikan anda melakukan teguran dengan keadaan yang tertutup. Jangan sesekali menegur ibu bapa di khalayak ramai atau di hadapan orang lain kerana ianya akan menjatuhkan maruah dan air muka ibu bapa. Teguran seorang anak kepada ibu bapa di hadapan orang lain akan menyebabkan ibu bapa kita dipandang serong oleh orang yang mendengar.\n\nMemilih masa yang sesuai untuk menegur\n\nSelain menegur ibu bapa secara tertutup, cara menegur ibu bapa dengan cara yang betul seterusnya ialah kita wajib memilih masa yang sesuai untuk menegur mereka. Sebelum memulakan bicara, perhatikan keadaan sekeliling. Perhatikan mood kedua ibu bapa kita. Kalau mereka kelihatan sedih atau susah hati, atau mungkin juga sedang marah, adalah tidak sesuai untuk kita melakukan teguran.\n\nTegurlah kedua ibu bapa semasa mereka berada dalam keadaan yang tenang agar emosi mereka berada adalam keadaan yang baik dan bersedia untuk mendengar teguran kita dengan dada yang lapang. Selagi anda tidak menemui masa yang sesuai, tangguhkan niat untuk memberikan teguran sehingga berjumpa masa yang sesuai.\n\nMenegur dengan cara sopan dan lemah lembut\n\nAdab menegur ibu bapa dengan cara yang betul yang seterusnya ialah menegur dengan cara yang sopan dan lemah lembut. Susun ayat anda dengan baik. Mulakan bicara dengan ayat yang manis. Jangan sesekali meinggikan suara atau menggunakan ayat yang boleh mengguris hati kedua ibu bapa. Pemilihan ayat, perkataan, bahasa, dan intonasi suara yang baik adalah sangat penting semasa menegur ibu bapa agar tidak menjadikan kita masuk ke dalam kategori anak derhaka.\n\nElakkan daripada bertikam lidah atau bertelagah\n\nSemasa memberikan teguran kepada ibu bapa, elakkan daripada bertikam lidah atau bergaduh dengan ibu bapa kita. Berkemungkinan, semasa kita melakukan teguran ibu atau bapa kita berasa tidak puas hati atau marah lalu menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara kita dan mereka. Oleh itu, elakkan daripada bertengkar. \n\nJika ibu bapa mula marah atau tidak berpuas hati, tamatkan perbincangan dengan segera agar suasana tidak menjadi semakin tegang dan boleh merosakkan hubungan baik dalam keluarga. Sentiasa ingat bahawa niat anda membuat teguran ialah untuk mendapatkan hasil yang baik.\n\nTerima dengan hati yang terbuka jika teguran tidak diterima\n\nAda kemungkinan bahawa ibu bapa anda tidak menerima teguran yang diberikan. Mungkin mereka tidak mengaku pernah melakukan perkara yang diperkatakan. Atau mungkin juga mereka tidak setuju bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah atau tidak betul. Ketahuilah bahawa ada kemungkinan bahawa anda pula akan dipersalahkan.\n\nOleh itu, bersedia dari awal kepada semua kemungkinan yang kami nyatakan di atas tadi. Jika teguran anda tidak diterima, senyum dan tamatkan perbincangan. Tidak perlu anda terus berkeras dan berusaha untuk membuktikan bahawa ibu bapa anda salah.\n\nMeminta maaf kepada ibu bapa selepas selesai memberikan teguran\n\nAkhir sekali, minta maaf kepada kedua ibu bapa selepas melakukan teguran. Mohon maaf jika mereka ada berkecil hati atau terasa dengan teguran yang kita berikan. Mohon keberkatan hidup dari mereka. Dan ingatkan sekali lagi bahawa anda menegur dengan niat yang baik. Anda mengegur kerana sayang, bukannya kerana benci.\n\nItulah dia info tentang cara menegur ibu bapa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang adab terhadap ibu bapa, cara membalas jasa ibu bapa, cara eratkan hubungan ibu dan anak."
"Sup sayur fishball homemade merupakan antara menu diet yang sesuai. Lagi berkesan, sekiranya fishball itu di buat sendiri kerana khasiatnya lebih terjaga dan segar.\n\nTahukah anda? Sebenarnya kita boleh cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Bahan dan caranya pun mudah. Semudah abc dan 123. Mesti terkejut punya bila tengok resepi di bawah nanti. Yang paling penting bolehlah digunakan serta merta di dalam sup sayur nanti.\n\nBuat mak-mak yang ingin naikkan selera makan anak-anak pun boleh mencuba menu sup sayur ini tau. InsyaAllah anak-anak akan suka.\n\nApa lagi jom tengok resepi Sup Sayur Fishball Homemade ini. Resepi homemade yang berkhasiat ini daripada Suzana Othman. Untuk perasa, terpulang pada masing-masing ya. Boleh jer kalau nak kecualikan ajinomoto tu tau.\n\nDah siap. Mudahkan? Untuk jenis-jenis sayur, bolehlah tukar atau tambahkan sayur-sayur yang bersesuai untuk dimasukkan ke dalam sup sayur.\n\nSelain resepi sup sayur fishball homemade ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Dan satu lagi terima kasih lah sebab sudi melawat blog kami nih."
"Salah satu masalah ketidaksuburan wanita adalah disebabkan Endometriosis. Ianya mengganggu kitaran haid dan menyebabkan sukarnya untuk menganggar waktu subur dengan tepat. Disini dikongsikan 8 tips untuk mencegah Endometriosis.\n\n#1 Jumpa doktor pakar sakitpuan (Gyne) untuk diperiksa peranakan dan buat ultrasound scan khususnya vaginal scanning (TVS)\n\na. Setiap wanita samada sudah kahwin atau belum yang mengalami tanda-tanda berikut:\n\nb. Wanita yang sukar hamil setelah satu tahun kahwin dan telah mencuba untuk hamil setelah memahami kaedah-kaedah waktu subur. Bagi wanita yang lambat kahwin iaitu selepas umur 30 tahun perlu jumpa pakar sakitpuan setelah gagal untuk hamil selama 6 bulan.\n\nc. Wanita yang mengalami keguguran diperingkat awal kandungan khususnya pada 3 bulan pertama kehamilan. Kalau kandungan berlaku berulang2 kali ia patut tampil jumpa pakar sakitpuan untuk menjalani beberapa ujian untuk mengesan punca keguguran.\n\nd. Wanita yang mengalami perdarahan yang banyak dan berpanjangan, sama ada disertai dengan kesakitan atau tidak dan khususnya mereka yang dalam lingkungan umur 40an keatas.\n\n#2 Melakukan pembedahan untuk membetulkan rahim yang retroverted\n\nPembedahan ini digelar \u2018Ventrosuspension of uterus\u2019 atau \u2018 Uplift Uterus\u2019 , boleh dilakukan secara laparocopy atau minilaparatomy.\n\nSaya cadangkan gadis muda sebelum kahwin yang mengalami senggugut teruk perlu dipantau dan jika rahimnya retroverted dan kesakitan semakin tidak boleh diatasi dengan rawatan biasa, pembedahan membetulkan rahim patut dilakukan.\n\nSaya telah menemui ramai gadis muda yang telah ditimpa penyakit endometriosis diperingkat yang teruk dimana banyak kerosakkan telah berlaku. Pembedahan membetulkan rahim boleh mengawal pertumbuhan endometriosis.\n\n#3 Ubah tabiat dan adab makan,pemilihan makanan yang berzat dan berkhasiat. Jauhkan makanan yang mengandungi terlalu banyak penawet dan perisa ( Junk and Fast foods)\n\na. Lebih makan sayur, ulam dan buah. Dari sini terdapat banyak sumber berbagai vitamin, logam, essential amino acids. Antioxidant yang kesemuanya akan meningkatkan system pertahanan badan atau immunity.\n\nSaya percaya tisu darah haid yang tumbuh menjadi endometriosis ada kaitan dengan wanita yang lemah ketahanan atau immunity. Ada kalanya, walaupun rahim retroverted wanita itu tak mengidap endometriosis sebab immunitynya tinggi dan dapat menangkis pertumbuhan penyakit tersebut.\n\nb. Diantara buah yang dicadangkan ialah jambu batu, papaya, dragon fruit, water melon, green apple, red grape, delima., strawberry dan keroma.\n\nc. Sayur dan ulam yang dimakan mentah sebagai salad atau rojak dan menggunakan virgin olive oil dan lemon sebagai dressing adalah baik dan berkesan untuk meningkatkan immunity.\n\n#4 Pengambilan supplement \u2013 Antioxidant dan Vitamin\n\nPengidap endometriosis mengandungi hormone estrogen dalam tahap yang terlalu tinggi dan tidak cukup kandungan progesterone. Ini menyebabkan sel-sel yang sensitif kepada tindakan estrogen saperti endometrium, sel-sel payu dara tumbuh membiak tanpa kawalan, biasanya progesterone biasa yang counter tindakan estrogen.\n\nIni menggalakkan tumbuhan endometriosis, fibroid dan tumbuhan payu dara.\n\nPil-pil progesterone saperti Norculut biasa saya gunakan untuk merawat endometriosis. Walau demikian ada juga Krim progesterone yang dijual dipasaran internet, yang biasa disapukan pada depan siku atau belakang lutut mengikut dos yang di syorkan. Progesteron biasanya tidak memberi kesan sampingan.\n\nProses pertumbuhan penyakit endometriosis melibatkan reaksi radangan atau inflammation teruk menyebabkan kerosakkan tisu berlaku pada tempat pertumbuhan endometriosis dan kawasan sekitaran.\n\nMakanan kita seperti betik dan nenas banyak mengandungi enzim-enzim yang ada kesan untuk mengurangkan radangan /inflamasi tisu \u2013 papase dalam papaya dan bromalin dalam nenas.\n\nDalam pasaran internet bolih beli \u2018Fibrovan\u2019 \u2018Serrapeptase\u2019 Nattokinase\u2019 yang sama kesan saperti enzim diatas. Mudah dipesan melalui internet. Boleh membantu bersihkan \u2018kotoran\u2019 disekitar belakang rahim.\n\na, Minuman kopi dan teh selain teh hijau dan minuman fizzy/carbonik tidak digalakkan dan patut dijauhkan. Sedangkan air paip juga dipercayai mengadungi sisa-sisa estrogen dari pil perancang yang masuk air melalui kencing.\n\nb. Segala jenis insecticide spray, racun rumput rumpai ,cat, bahan kimia dalam sabun dan bahan pencuci dan dalam shampoo, gas fume dari kereta, kilang air conditioner. Semua patut dielakkan jika boleh, cuba guna bahan organik.\n\n#8 Tenangkan fikiran dan rehat \u2013 Teguhkan iman dan tingkatkan taqwa\n\nBerbagai kaedah boleh digunakan untuk mencapai ketenangan fikiran, kecerian emosi dan kestabilan rohani. Hakikat ini sangat penting kerana bila stress, ketahanan badan dan immunity lemah dan penyakit mudah menyerang.\n\na. Riadah atau senaman sangat penting \u2013 30 minit sehari, tidak kisah apa bentuk pun asalkan keluar peluh dan mengikut kegemaran masing-masing.\n\nb. Pilih satu hobi sama ada muzik, melukis ,mengail ikan atau lain yang boleh melapangkan fikiran.\n\nc. Sicialise \u2013 cari rakan dan teman yang mengajak kepada membuat kebajikan, menolong orang susah atau miskin.\n\nd. Bagi musliminat \u2013 solat , baca quran, doa dan berzikir. Bagi agama lain meditation, yoga dan lain-lain yang dapat mentenangkan fikiran dan melapangan jiwa.\nText module"
"Semalam, saya tengah sibuk menumbuk bawang di dapur. Tiba-tiba dari dapur saya dengar:\n\n\u201cSubhanallah. Cantiknya Allah cipta kucing ni\u201d kata kakak yaya, separa menjerit. Saya toleh, rupanya dia tengah tengok seekor kucing cute yang lately suka datang ke rumah kami.\n\n\u2018Allahuakbar. Mudahnya dia memuji Tuhan\u2019 saya mengomel seorang diri di dalam hati. Yelah, kalau saya nampak kucing cute belum tentu cakap ayat yang sama.\n\nInilah yang selalu \u2018mencairkan\u2019 hati seorang mama. Bila nama Tuhan selalu meniti di bibir anak. Nampak bunga cantik, ingat Allah. Dapat coklat, thank you Allah. Nak sesuatu, doa minta kat Allah.\n\nAnak tahu, yang dia ada Tuhan yang sangat baik dengannya. Yang kalau apa pun terjadi, first skali yang dia ingat ialah Allah, Tuhannya yang boleh settle kan apa pun masalah.\n\nSebab dalam hidup ni, ramai orang pandai. Keputusan ujian A berderet, tapi bila ada problem tak pandai nak urus emosi. Terbawa-bawa sehingga ponteng kuliah, hilang hala tuju hidup. Sedangkan Tuhan dah bagi \u2018formula\u2019 hidup bahagia:\n\n\u201d iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang\u201d\n\nSebab tu tugas seorang mak ayah yang paling penting ialah supaya Allah ada dalam hati anaknya.\n\nSebenarnya kita tak perlu jadi ustaz ustazah untuk boleh melakukannya. Kuncinya terletak pada selalu kaitkan anak dengan Allah. Contohnya:"
"Orang zaman dahulu suka menasihati dan memberi pengajaran dengan cara yang halus dan cantik termasuk peribahasa. Jika diperhatikan, peribahasa adalah salah satu perantaraan yang digunakan untuk mereka memberikan peringatan dengan cara santai dan lembut. \n\nSalah satu cabang isu yang dirangkumi oleh peribahasa ialah tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.\n\n Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan beberapa peribahasa yang menyentuh tentang peranan ibu bapa dalam sebuah keluarga dan yang paling utama dalam mendidik dan membentuk anak-anak agar menjadi seorang manusia yang hebat apabila dewasa kelak. \n\nIni adalah peribahasa tentang peranan ibu bapa yang sangat indah kerana ia memberikan peringatan kepada kedua-dua pihak iaitu ibu dab juga anak. Bagi si anak, peribahasa ini mengingatkan supaya sentiasa mentaati dan menghormati ibu kerana redha seorang ibu diperlukan oleh seorang anak untuk masuk ke syurga.\n\nDalam masa yang sama peribahasa ini juga mengingatkan seorang ibu agar sentiasa redha kepada anak. Jangan terlalu mudah terasa dan ambil hati dengan anak kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan kesukaran dalam hidup anak. Seorang ibu adalah keramat hidup bagi anaknya, Oleh itu pastikan kita sebagai ibu sentiasa redha dan mendoakan yang terbaik buat anak di dunia dan akhirat.\n\nCuba anda bayangkan bagaimana keadaan seseorang yang sedang membawa sebuah kuali dengan minyak yang diisi penuh? Pastinya dia akan berjalan dengan berhati-hati agar minyak tidak tumpah. Ia adalah gambaran betapa sayangnya seorang ibu bapa kepada anaknya sehingga dijaga dengan baik agar anaknya mendapat semua yang terbaik dan tiada sebarang kekurangan.\n\nBegitulah perumpamaan betapa besarnya kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. Tiada satu pun kasih sayang di dunia yang mampu menandingi kasih ibu bapa kepada anaknya. Malah ada satu lagi pepatah yang berkaitan iaitu kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa membawa bahagia.\n\nPeribahasa ini adalah di antara peribahasa peranan ibu bapa yang paling popular. Ianya adalah satu peribahasa yang sangat terang dan mudah difahami. Bapa borek anak rintik bermaksud bagaimana ibu bapa, begitulah anak-anaknya. Anak-anak akan mengikut kelakuan dan peribudi kedua ibu bapanya. \n\nJika bapanya seorang yang baik budi dan menjaga tingkah laku, pastinya anak-anaknya juga akan menjadi seorang yang berakhlak. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa seharusnya berusaha menjadi seorang manusia yang terbaik memandangkan kita adalah contoh bagi anak-anak.\n\nKe mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi\n\nPeribahasa yang ini adalah lebih kurang sama dengan peribahasa peranan ibu bapa yang di atas. Anak-anak akan meniru segala perbuatan dan sikap ibu-bapanya. Itulah sebabnya kita sebagai ibu bapa wajib memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Malah ajaran islam menganjurkan kita agar menjaga tingkah laku dan melakukan amal soleh seawal anak masih berada dalam bentuk bayi di dalam kandungan.\n\nBetapa hebatnya kuasa Allah, bayi dalam kandungan pun akan mengikut tingkah laku dan perangai kedua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibu. Kajian mendapati bahawa seorang ibu yang sentiasa bersedih, marah, dan tidak menjaga emosi semasa mengandung akan mempengaruhi personaliti anak yang berada dalam kandungan. Bayi yang dilahirkan akan cenderung untuk mempunyai sikap ibu semasa mengandung.\n\nSeperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring\n\nPeribahasa ini mungkin kedengaran agak kelakar namun ia sangat padat dengan nasihat dan peringatan agar kita sebagai ibu bapa sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kerana kita adalah contoh tauladan kepada anak-anak. Bagaimana kita ingin membentuk anak yang baik jika diri kita sendiri tidak mengamalkan nilai-nilai murni?\n\nSebagai contoh, bagaimana kita ingin mendapatkan anak yang soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak menjaga solat 5 waktu. Pastinya anak-anak akan melihat bahawa kita sendiri tidak mendirikan solat. Bagaimana kita mengharapkan anak-anak kita menjaga solat setiap hari?\n\nPepohoh pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin\n\nAnda pernah dengar peribahasa ini? Berdasarkan peribahasa di atas boleh disimpulkan bahawa sesuatu tidak akan berlaku tanpa sebab. Contohnya, pokok tidak akan meliuk jika tidak ditiup angin. Begitu juga dengan anak-anak kita di rumah. \n\nMereka memerlukan kita sebagai ibu bapa sebagai pendorong untuk mereka melakukan sesuatu dengan baik dan cemerlang. Oleh itu, adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak.\n\nKera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan\n\nIni adalah peribahasa yang sangat popular. Kami pasti anda biasa mendengar peribahasa ini. Ini adalah salah satu peribahasa dalam bentuk sinis di mana orang tua zaman dahulu memerli kelakuan sesetengah ibu bapa yang lebih mengutamakan orang luar sehingga mengabaikan anak yang merupakan darah daging sendiri. \n\nIa juga adalah satu bentuk peringatan agar kita sentiasa mengutamakan anak sendiri yang merupakan tanggung jawab dan amanah kepada kita.\n\nItulah dia info tentang peribahasa peranan ibu bapa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tanggung jawab seorang bapa terhadap anak, cara didik anak perempuan, dan peranan ibu bapa"
"External hard disk terbaik pastinya menjadi buruan para editor. Bagi mereka yang bekerja sebagai editor, mahupun yang memerlukan pengolahan CD, external hard disk pastinya menjadi barang yang penting bagi mereka. Hard disk pada mulanya direka berukuran besar tetapi telah ditambah baik sehingga menjadi ukuran yang lebih kecil. Disebabkan produk ini mampu menyimpan file yang sangat besar, hard disk mula diminati ramai.\n\nSelain berfungsi sebagai media penyimpanan data, hard disk juga berperanan untuk menyimpan aplikasi yang diinstall ke dalam komputer. Menariknya mengenai external hard disk, data penyimpanannya lebih besar berbanding dengan internal hard disk. External hard disk juga mudah untuk digunakan kerana hanya perlu menyambungkan kabel USB ke laptop ataupun computer.\n\nSenarai di bawah menunjukkan senarai external hard disk terbaik yang mungkin menjadi pilihan anda. Sekiranya anda mencari hard disk yang mungkin sesuai untuk kegunaan anda.\n\nSeagate External Hard Disk Backup Plus\n\nSekiranya anda mencari hard disk yang dapat menyimpan gambar dan video yang berkapasiti tinggi, anda mungkin akan suka dengan jenama hard disk ini. Hal ini kerana, hard disk ini mempunyai kapasiti stor yang besar. Jadi, tiada masalah untuk anda menyimpan semua file gambar dan video yang besar. \n\nSelain itu, jenama hard disk ini juga direka dengan saiz yang kecil bagi memudahkan hard disk ini dibawa ke mana-mana. Hard disk ini juga sangat ringan. Lebih menarik lagi, produk ini sangat nipis, jadi anda boleh memasukkan produk ini ke dalam poket anda. Hard disk ini mempunyai kapasiti sama seperti USB 3.0, 2.0 dan USB-C. \n\nBagi pelajar universiti yang kebiasaannnya mempunyai banyak file untuk disimpan, hard disk ini sememangnya sangat sesuai untuk mereka gunakan. Hard disk ini juga boleh ditetapkan jadual untuk membackup file. Jadi file anda akan backup dengan sendiri, jadi anda tidak perlu risau file anda akan hilang. Hard disk ini juga boleh di set kata laluan untuk privacy anda. Memang sangat menarik! \n\nWestern Digital My Passport External Hard Disk\n\nBagi mereka yang menggunakan gopro untuk mengambil video ketika pergi holiday, memori yang disimpan pastinya sangat banyak. Anda boleh menyimpan kesemua memory gopro ke dalam hard disk ini. Jenama hard disk Western Digital ini direka agar tipis dan mudah untuk dibawa. Lebih menarik lagi, hard disk yang ringan ini memudahkan penggunanya untuk membawa ke mana sahaja. \n\nTempoh waranti yang diberikan juga lama iaitu selama 3 tahun. Jadi sekiranya anda mengalami sebarang kerosakan dalam tempoh tersebut, anda boleh datang ke kedai yang anda beli. Terdapat pelbagai pilihan warna yang cantik. Antaranya ialah warna merah, hitam, putih dan biru. \n\nHard disk ini juga sesuai untuk digunakan dengan sistem window 10 dan window 8.1. Jika anda membeli hard disk berjenama ini, anda akan diberikan kabel USB beserta buku manual untuk memudahkan anda. \n\nUSB 3.1 8TB SSD External Hard Drive\n\nLain dari hard disk yang biasa, hard disk jenama ini direka dengan lapisan luar yang disaluti oleh aluminium alloy. Lapisan ini dapat mengelakkan lapisan luar dari cepat panas. Lebih menarik lagi, hard disk ini dilengkapi dengan fungsi auto sleep. Sekiranya anda tidak menggunakannya selama 10 minit, hard disk anda akan terpadam sendiri. Ini juga direka bagi mengelakkan hard disk menjadi panas. \n\nSaiz hard disk yang kecil, dan ringan pastinya memudahkan penggunanya. Sesuai untuk dibawa dalam beg mahupun poket seluar. Hard disk ini juga dilengkapi dengan anti-kejutan. Hal ini dapat menghalang bahagian dalam disk ini rosak walaupun terjatuh. Secara umumnya, jenama external hard disk ini direka untuk tahan lasak dan menjaga privacy. \n\nToshiba Canvio Gaming USB 3.2 Portable External Hard Drive\n\nExternal hard disk terbaik yang lain ialah Toshiba Canvio Gaming. Sekiranya anda seorang kaki game, anda pasti akan tercari hard disk yang dapat menyimpan semua koleksi game anda. Jom tengok hard disk Toshiba Canvio Gaming ini, hard disk ini sememangnya direka khas bagi tujuan tersebut. \n\nHard disk ini berkapasiti sehingga 1TB, 2TB dan 4TB. Hard disk ini sesuai digunakan dengan playstation, Xbox dan juga PC. Jika hard disk ini mengalami sebarang kerosakan, anda boleh mengantarnya ke kedai kerana terdapat 2 tahun warranty yang diberikan. Hard disk ini mudah dibawa ke mana-mana sekiranya anda ingin bermain dengan kawan-kawan. \n\nSeagate Portable External Hard Disk HDD Game Drive for PS4\n\nHard disk jenama ini juga banyak memberikan kelebihan kepada penggunanya. Model hard disk ini sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai PS4. Hal ini kerana hard disk ini boleh mengakses data secara pantas. Sama dengan tempoh warranty yang diberikan selama 3 tahun, kapasiti hard disk ini juga sangat besar iaitu sebanyak 2TB.\n\nAnda pasti merasa puas dengan proses hard disk yang cepat dan tidak mengalami sebarang lagging ketika menggunakannya. Penghantaran datanya juga sangat cepat kerana memiliki 5400rpm. Jika anda menggunakan hard disk ini untuk menyimpan koleksi data game anda, cuti anda pastinya lebih menarik kerana saiz hard disk yang kecil memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana.\n\nTranscend StoreJet 25H3 Portable External Hard Drive\n\nSekiranya anda selalu mengalami masalah data hard disk yang rosak akibat terjauh, anda pastinya akan tertarik dengan kelebihan yang ditawarkan oleh hard disk ini. Hard disk ini menyediakan sistem perlindungan 3 peringkat. Perlindungan 3 peringkat ini pastinya dapat melindungi gambar serta video yang terdapat dalam hard disk ini.\n\nJika dilihat dari perlindungan yang ditawarkan oleh hard disk ini, hard disk ini kalis kejutan dimana bahagian luarnya dilengkapi dengan getah. Lebih menarik lagi, hard disk ini dilengkapi dengan butang auto backup yang pastinya dapat memudahkan anda. Kapasiti hard disk ini juga sangat besar dan ruang simpanan sehingga 4TB.\n\nKemudahan yang disediakan hard disk ini membolehkan anda untuk memindahkan data tanpa perlu menyambung wayar USB.\n\nAdata EXT HDD Pro Durable HD710 Pro\n\nSama seperti jenama hard disk Transcend StoreJet, jenama hard disk ini juga dilengkapi dengan 3 lapisan perlindungan. Hard disk ini merupakan hard disk yang kalis air serta tahan kejutan. Hal ini menjadikan jenama hard disk ini sangat terkenal dengan daya tahan dan kecanggihannya. Hard disk ini juga mempunyai warranty selama 3 tahun.\n\nJenama hard disk ini juga telah diuji dengan menenggelamkannya ke dalam air sehingga 2-meter dsn dibiarkan selama 60 minit. Diingatkan, keberkesanan kalis air bagi hard disk ini akan terjamin sekiranya USB port ditutup dengan baik. Lebih menarik lagi, hard disk ini boleh disambungkan dengan pelbagai jenis window. Antaranya ialah window XP, 8, 7, 10, Linux dan banyak lagi.\n\nSekiranya anda memang seorang yang suka membuat video, anda boleh menyimpan video anda sehingga berdurasi 854 jam dengan quality HD. Terdapat dua storage yang anda boleh pilih iaitu 1TB atau 2TB. Anda juga dapat melihat proses pemindahan dengan menyalanya lampu berwarna biru. Manakala, sekiranya terdapat apa-apa masalah pada hard disk ini, lampunya akan bertukar berwarna merah.\n\nApacer AC236 1TB USB 3.1 Gen 1 Portable External Hard Disk Drive\n\nSekiranya anda salah seorang pengguna Macbook, external hard disk ini sememangnya sesuai untuk anda. Hard disk ini direka khas untuk pengguna Macbook. Rekaannya yang nipis dan menarik pastinya dapat menarik perhatian anda.\n\nLebih menarik lagi mengenai hard disk ini, ia direka dengan anti calar dan anti cap jari. Hal ini pastinya menjadi kelebihan bagi mereka yang selalu mencalarkan barangan mereka. Proses backupnya yang pantas juga memberikan anda kelebihan sekiranya anda seorang yang sibuk. Hard disk ini juga datang dengan pelbagai pilihan warna. Antaranya ialah hitam, biru, merah dan kuning.\n\nSelain itu, hard disk ini turut dilengkapi dengan Smart Power Management yang dapat menukarkan produk ini kepada mod jimat tenaga jika pemindahan berhenti sehingga 10 minit. Hal ini menjadikan hard disk ini tahan lebih lama. Sambungan USB di hard disk ini juga akan tetap kemas walaupun digunakan dengan kerap.\n\nSilicon Power A62 Game Drive External Hard Disk Drive\n\nExternal hard disk terbaik yang lain ialah Silicon Power. Hard disk ini sangat menarik kerana mempunyai pelbagai kelebihan. Sekiranya anda mempunyai Xbox One, anda mesti akan suka dengan kelebihan hard disk ini.\n\nHard disk ini kalis air dan anti kejutan. Kelebihan ini menjadikan hard disk ini sangat tahan lasak. Walaupun hard disk ini adalah untuk kegunaan Xbox, hard disk ini juga boleh digunakan dengan PC. Selain itu, data untuk menyimpan dan memproses juga sangat cepat. Disebabkan hard disk ini anti kejutan, ia tetap bertahan walaupun jatuh dari ketinggian 122cm.\n\nSekiranya anda bermain game dan terpaksa berhenti, anda tidak perlu risau perlu memulakan semula permainan anda. Hal ini kerana, game tersebut akan bersambung di tempat anda berhenti. Tempoh warranty hard disk ini adalah sehingga 3 tahun. Memang sangat berbaloi dan menarik!\n\nToshiba HDD CANVIO Basics Portable External Hard Disk\n\nJenama ini menyajikan pelbagai kelebihan seperti portable dan nipis. Hard disk ini sesuai digunakan untuk PC kerana mempunyai saiz kapasiti yang besar. Proses penyimpanan anda akan lebih optimum sekiranya menggunakan jenama ini. Memudahkan anda untuk memindahkan file kerana anda hanya perlu drag dan drop gambar atau file yang anda mahukan.\n\nJika anda seorang yang tidak mempunyai masa, anda mungkin akan suka dengan pemindahan data yang cepat. Hard disk ini boleh memindahkan sehingga 5.0 GB dalam masa yang singkat. Tempoh jaminan yang ditawarkan oleh hard disk ini juga lama iaitu 2 tahun.\n\nDi samping itu, anda juga akan diberikan buku panduan sekiranya baru ingin mencuba menggunakan produk ini. Harga yang ditawarkan oleh hard disk ini juga adalah harga mampu milik iaitu RM 200. Memang berbaloi!\n\nWestern Digital WD Black P10 Game Drive External Hard Disk productnation\n\nSesuai dengan Namanya, hard disk ini adalah hard disk yang dikhaskan untuk peminat gaming. Kelajuan hard disk sehingga 140MB sememangnya akan menarik perhatian para gamers. Hrd disk ini sesuai digunakan pada PC maupun konsol. Saiznya yang nipis dan ringan memudahkan penggunanya untuk membawa ke mana-mana sahaja.\n\nSelain itu, anda boleh bermain game tanpa had ataupun masalah lagging. Walaupun saiz hard disk ini kecil, hard disk ini mampu menyimpan sehingga 125 buah game. Rekaannya yang menarik dengan warna yang mewah iaitu hitam menjadikannya hard disk yang exclusive.\n\nHard disk ini mempunyai warranty selama 3 tahun dan boleh digunakan untuk window, macOs, Xbox, PS4 dan banyak lagi. Pemint gaming, apa tunggu lagi? Memang berbaloi untuk dimiliki!\n\nPenggunaan hard disk sememangnya memudahkan ramai orang. Walaupun banyak cara yang boleh digunakan untuk menyimpan file dan gambar-gambar, namun penggunaan harddisk lebih menjamin privacy. Hal ini kerana penggunaan hard disk tidak terdedah dengan risiko pencerobohan.\n\nPenggunaan hard disk yang bersesuaian dengan anda juga pastinya memudahkan urusan harian anda. Anda juga boleh mengakses file, gambar, video, mahupun lagu di mana sahaja walaupun tanpa computer anda. Hard disk juga boleh diperoleh mengikut kesesuaian anda seperti untuk peminat game, pengguna macbook dan banyak lagi. Memang sangat berbaloi!\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Solok lada merupakan sejenis hidangan tradisional melayu. Ia juga dikenali sebagai lada sumbat. Masakan ini popular di negeri Kelantan dan Terengganu dan merupakan hidangan istimewa di sana.\n\nSolok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan. Solok lada biasanya dimakan bersama nasi kerabu.\n\nSelain nasi kerabu, solok lada juga sedap dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato dan lain-lain. Dijadikan lauk dimakan bersama nasi putih dan kuah kari pun sedap.\n\nTanpa membuat anda tertunggu, di bawah ini kami kongsikan resepi solok lada mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Sharifah Sury di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi solok lada, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Nabi Yusuf adalah anak ketujuh daripada dua belas anak Nabi Yaqub. Ibunya bernama Rahiel. \u00a0Ibunya wafat saat Yusuf berusia dua belas tahun. Baginda dikurniakan Allah dengan rupa yang bagus, paras tampan dan tubuh yang tegap serta menjadi idaman setiap para\u00a0wanita.\n\nNabi yusuf Alaihi salam juga merupakan salah satu dari Nabi Allah yang dituliskan kisahnya dalam Al Quran. Baginda adalah salah satu dari 25 nabi dan rasul yang wajib kita ketahui. \n\n1. Mimpi Yang Dialami Oleh Nabi Yusuf a.s\n\nSewaktu Nabi Yusuf masih kecil, dia bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan bersujud di hadapannya. Dia begitu terkesan dengan mimpinya. Pada keesokan hari, Dia menceritakan mimpinya kepada ayahnya.\n\n\u201cWahai ayahku, aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan. Aku melihat semuanya bersujud kepadaku.\u201d \n\nMendengar perkara ini, Nabi Yaqub begitu gembira kerana dia tahu itu bukanlah mimpi biasa. Itu adalah sebuah tanda bahawa suatu hari nanti Nabi Yusuf akan menjadi seorang yang dimuliakan oleh Allah dan manusia. \u00a0\n\n2. Pertemuan Saudara-saudara Nabi Yusuf a.s\n\nNamun begitu, saudara Yusuf iri dan dengki. Mereka merasa bahawa Nabi Yusuf lebih disayangi daripada mereka. Selain Nabi Yusuf, \u00a0Adik-mereka bernama Bunyamin turut dibenci kerana dianggap mendapatkan kasih sayang yang sama seperti Nabi Yusuf. Dalam sebuah pertemuan rahsia, saudara-saudaranya yang iri hati ada memberi cadangan supaya mencampakkan Nabi Yusuf ke dalam telaga. \n\n3. Nabi Yusuf a.s Dicampak Ke Dalam Telaga\n\nSaudara-saudara Nabi Yusuf meminta izin untuk mengajak Nabi Yusuf bermain di tepi hutan. Pada awalnya, Nabi Yaqub ragu-ragu, tetapi setelah didesak oleh anak-anaknya, akhirnya Nabi Yaqub mengizinkan dengan memberi pesan kepada mereka agar berhati-hati dan menjaga adiknya dengan baik. \n\nSetibanya di tempat tersebut, mereka menyuruh Nabi Yusuf segera menanggalkan pakaiannya. Tanpa membantah, Nabi Yusuf ikutkan sahaja kata-kata saudaranya lalu mereka mencampakkannya di dalam telaga itu tanpa menghiraukan jeritan tangisan Nabi Yusuf.\n\nSetelah pulang ke rumah, mereka berpura-pura menangis dan memberitahu Nabi Yaqub bahawa Nabi Yusuf telah di makan oleh serigala. Dengar kata anak-anaknya tadi, membuatkan Nabi Yaqub menitiskan air mata. \n\nDatanglah kelompok orang-orang musafir. Seorang di antaranya sedang mengambil air. la menurunkan timbanya dan merasakan timba itu berat. Mereka melihat seorang budak lalu menyelamatkannya dan menyembunyikannya sebagai barang dagangan. \n\nAkhirnya, mereka sepakat untuk menjual Nabi Yusuf itu kepada salah seorang menteri di negeri Mesir yang bernama Qitfir Al Aziz. Mereka menjualnya dengan harga yang murah. Qitfir membeli Nabi Yusuf untuk membantu isterinya, Zulaikha dalam menguruskan rumah tangganya. \n\n5. Nabi Yusuf a.s Digoda Oleh Zulaikha\n\nNabi Yusuf bekerja dengan baik, cekap, dan jujur selama bertahun-tahun. Setelah Nabi Yusuf meningkat dewasa, dia sangat gagah dan tampan. Siapa sangka, Zulaikha menaruh harapan dan jatuh cinta kepada Nabi Yusuf kerana keperibadiannya dan ketangkasan Nabi Yusuf dalam bekerja.\n\nKetika suami Zulaikha, Qitfi pergi ke luar negeri, Zulaikha memanggil Nabi Yusuf ke biliknya. Dia cuba menggoda Nabi Yusuf tetapi Yusuf menolak dan berlari ke luar bilik. Zulaikha menarik baju Nabi Yusuf dari belakang. Ketika Nabi Yusuf membuka pintu bilik, tiba-tiba sahaja muncul Qitfir. \n\nZulaikha merasa cemas dan ketakutan. Untuk membela dirinya. Zulaikha menuduh Nabi Yusuf telah berbuat buruk kepadanya. Yusuf sangat terkejut mendengar tuduhan tersebut. Dia berusaha menjelaskan kepada Qitfir bahawa dia tidak bersalah. Mendengar pengakuan keduanya, Qitfir menjadi keliru hendak percaya pada siapa. \n\nOleh kerana itu, dia bertanya kepada saudara Zulaikha yang terkenal jujur dan bijak. Saudara Zulaikha berkata, \u201cJika baju yang dikenakan Nabi Yusuf koyak di bahagian depan, isterimu bercakap jujur. Namun, jika baju Nabi Yusuf koyak di bahagian belakang, Yusuflah yang bercakap jujur.\u201d \n\nQitfir melihat ke arah Nabi Yusuf dan didapati bahawa baju Nabi Yusuf koyak di bahagian belakang. Itu bererti isterinya yang berbohong. Hal ini membuatnya sangat kecewa pada isterinya. Qitfir berpesan kepada Nabi Yusuf agar tidak diceritakan kepada sesiapa pun dan meminta isterinya memohon ampun atas dosanya.\n\n6. Khabar Angin Tentang Nabi Yusuf a.s\n\nWalaupun mereka berusahamerahsiakan peristiwa itu, akhirnya tersebar juga. Zulaikha kemudian menjemput wanita-wanita yang menyebarkan khabar angin tersebut datang ke rumahnya. Dia menyediakan tempat duduk untuk mereka lalu memberikan sebuah pisau untuk memotong buah-buahan. \n\nWanita-wanita itu melihat Nabi Yusuf. Mereka kagum kepada ketampanan Nabi Yusuf. Tanpa mereka sedari, mereka telah melukai jari tangan sendiri tanpa sedar. Mereka berkata, \u201cMaha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya, ini tidak lain lagi hanyalah seorang malaikat yang mulia.\u201d P\n\nNabi Yusuf berdoa, \u201cWahai Tuhanku penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Jika engkau tidak hindarkan segala tipu daya mereka ke atas diriku, aku takut aku tidak mampu menghindarinya lagi dari \u00a0ajakan mereka sehingga aku termasuk orang-orang yang merugi.\u201d Doa Yusuf dikabulkan oleh Allah. \n\nSetelah peristiwa itu, hati Qitfir menjadi tidak tenang. la menyedari bahawa isterinya bersalah. Tetapi demi menjaga nama baiknya, dia memenjarakan Nabi Yusuf agar Nabi Yusuf diputuskan bersalah di pengadilan. \n\nYusuf bersabar dan berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan. Baginda diangkat menjadi nabi oleh Allah setelah menerima beberapa ujian serta diberikan mukjizat. Salah satunya adalah dapat menafsirkan mimpi.\n\n7. Keadaan Nabi Yusuf a.s Di Penjara\n\nNabi Yusuf berdakwah kepada para penghuni penjara. Di antara mereka, terdapat dua orang pegawai istana raja Mesir yang dipenjarakan kerana tuduhan menentang raja. Mereka menceritakan mimpi yang dialami mereka. \n\nOrang yang pertama berkata, \u201cSesungguhnya aku bermimpi memeras anggur.\u201d Sementara itu, orang yang kedua berkata pula, \u201cSesungguhnya aku bermimpi membawa roti di atas kepala, kemudian muncul burung gagak dan mematuk roti-roti tersebut. Kami mohon kepadamu agar engkau mantafsirkan erti mimpi kami kerana kami yakin engkau adalah orang yang mampu melakukannya.\u201d \n\nNabi Yusuf menjelaskan kepada orang pertama tadi, \u201cWahai Saudaraku, sesungguhnya engkau akan dibebaskan dan dapat bekerja kembali dengan raja\u201d. Sementara kepada orang yang kedua pula, dia menjelaskan, \u201cDan engkau Saudaraku, sebelumnya aku mohon agar engkau tabah kerana mimpimu memberitahu kepadaku bahawa engkau akan menerima hukuman mati.\u201d \n\n8. Nabi Yusuf Mentafsir Mimpi Raja\n\nPada suatu hari, raja Mesir bermimpi aneh berulang-ulang kali. Dia mengumpulkan seluruh juru ramal istana. Akan tetapi, seluruh juru ramal tidak mampu mantafsirkan mimpi tersebut. Datang pegawai istana raja yang mengatakan bahawa mimpinya pernah ditafsirkan oleh Nabi Yusuf dengan tepat. \n\nRaja tersebut ingin Nabi Yusuf menafsirkan mimpinya. Pengawal menceritakan mimpi raja kepadanya, \u201cHai Yusuf, sesungguhnya raja kami bermimpi tentang tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus dan tujuh bijian yang hijau dan tujuh lainnya yang kering.\u201d \n\nNabi Yusuf berkata, \u201cSahabatku, tafsir mimpi memberitahukan bahawa negeri Mesir akan mengalami masa subur selama tujuh tahun, tetapi negeri Mesir akan mengalami kemarau panjang selama tujuh tahun pula. Nabi Yusut berkata lagi, \u201cSimpanlah hasil gandum kalian di waktu musim subur sebagai bekal untuk bertahan di musim kemarau yang panjang.\u201d \n\nSetelah selesai berbicara, pegawai istana menyampaikan tafsir mimpi yang dijelaskan oleh Nabi Yusuf kepada Raja. Mendengar penjelasan itu, raja sangat senang. Sebagai balasannya, raja memerintahkan pengawalnya agar membebaskan Nabi Yusuf dari penjara.\n\n9. Nabi Yusuf a.s Dilantik Menjadi Bendaharawan \n\nRaja menawarkan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Yusuf. Mendengar penawaran tersebut, Yusuf berkata, \u201cJika memang engkau percaya kepadaku, jadikanlah aku bendaharawan negara. Sesungguhnya, aku mampu menjaga juga berpengetahuan dalam hal tersebut.\u201d \n\nSejak saat itu, raja mengumumkan Nabi Yusuf, iaitu sebagai bendaharawan negara. Raja memberikan kuasa kepadanya untuk menjalankan pemerintahan khususnya menangani krisis yang akan terjadi. Nabi Yusuf bekerja keras melaksanakan amanat raja. \n\nDi bawah kepemimpinannya, Mesir menjadi negeri yang adil, makmur dan damai. Selain menjalankan pemerintahan, Yusuf juga giat berdakwah menyampaikan ajaran Allah sehingga pengikutnya bertambah dari hari ke hari.\n\n10. Pertemuaan Saudara Nabi Yusuf a.s. Semula\n\nSemua berlaku seperti ramalan Nabi Yusuf. Banyak rakyat kehabisan gandum. Saudara-saudara Yusuf yang dulu telah datang ke Kerajaan Mesir. Mereka cuba untuk meminta bantuan dan mendengar bahawa Kerajaan Mesir memiliki seorang yang mampu menghadapi krisis yang tengah terjadi. \n\nSaudara-saudara \u00a0Nabi Yusuf sampai di Mesir dan terus menuju ke kerajaan tersebut. Nabi Yusuf mengenali mereka tetapi, saudara \u2013 saudaranya tidak mengenalinya.\n\nNabi Yusuf memberikan gandum kepada mereka dan berpesan bahawa mereka harus datang kembali membawa saudara bongsu mereka, iaitu Bunyamin. \n\nMereka merasa hairan bagaimana Nabi Yusuf mengetahui tentang Bunyamin. Namun, mereka tidak terlalu memikirkannya. Permasalahan mereka lebih besar dibanding dengan memikirkan keanehan tersebut.\n\nPada kemudian hari, mereka membawa Bunyamin dan diberikan tempat berehat yang selesa. Sementara itu, Yusuf mencari kesempatan untuk \u00a0berbicara dengan Bunyamin kerana dia telah lama merindukannya. Yusuf mengundang Bunyamin untuk bertemu di ruangannya. Yusuf memberitahu dia adalah saudara Bunyamin yang dulu. \n\nSudah tiba masanya untuk saudara-saudara Yusuf pulang. Tanpa pengetahuan saudara-saudaranya, Nabi Yusuf memasukkan tempat minum milik kerajaan ke dalam beg milik Bunyamin. Ketika para pengawal kerajaan memeriksa di pintu keluar kerajaan, mereka menemukan tempat minum milik kerajaan dalam beg yang dibawa oleh Bunyamin. \n\nAkhirnya Bunyamin ditangkap. Bunyamin tidak boleh pulang bersama saudara- saudaranya. Walaupun begitu, mereka masih memohon dengan berkata. \u201cWahai Tuan, sesungguhnya ia memiliki ayah yang sudah lanjut usia. Oleh kerana itu. ambillah salah seorang dari kami sebagai pengganti adik kami.\u201d \n\nYusuf berkata, \u201cSesungguhnya kami menahan adikmu kerana dia terbukti telah mengambil barang milik kerajaan. Oleh sebab itu, kami tidak boleh membebaskannya. Jika kamu ingin adik kamu bebas, kembalilah kamu dan bawa ayah kamu ke sini untuk mengambil adikmu.\u201d Akhirnya, mereka pulang tanpa membawa Bunyamin. \n\nSesampainya di Palestina, mereka menyampaikan berita tentang penahanan Bunyamin dan permintaan untuk membawa Nabi Yaqub ke Mesir. Mendengar berita tersebut, Nabi Yaqub menjadi sangat sedih sehingga dia jatuh sakit dan kedua matanya menjadi buta.\n\n12. Pertemuan Semula Keluarga Nabi Yaqub\n\n\u201cWahai Tuan, kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan dan kami datang membawa barang-barang yang tidak berharga. Ayah kami sentiasa bersedih kerana telah kehilangan dua orang yang sangat dicintainya. Setiap hari, beliau menangis sehingga matanya menjadi buta. Sekarang kami kekurangan makanan. Oleh kerana itu, kami memohon kepada Tuan untuk memberikan gandum kepada kami.\u201d \n\nMendengar berita tersebut, Nabi Yusuf sangat sedih dan hiba. Nabi Yusuf pun berkata: \u201cApakah kamu tahu kejahatan yang telah kamu semua telah lakukan terhadap Yusuf?\u201d Saudara-saudara Yusuf merasa hairan dan terkejut mendengarnya dan berfikir bagaimana dia boleh mengetahui tentang perbuatan yang pernah mereka lakukan. \n\nSekali lagi Yusuf berkata, \u201cTahukah kamu semua, sesungguhnya akulah Yusuf yang pernah kamu semua \u00a0lemparkan ke dalam telaga.\u201d Mereka kemudian bertanya dengan ragu, \u201cApakah kamu benar- benar Yusuf?\u201d Yusuf berkata, \u201cAkulah Yusuf. Sesungguhnya Allah telah melimpahkan kurnian-Nya kepada aku. Sesungguhnya barang siapa yang bertakwa dan bersabar Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik.\u201d \n\nPengakuan Nabi Yusuf benar-benar membuatkan mereka semua terkedu. Mereka semakin yakin bahawa orang yang ada di hadapannya adalah Nabi Yusuf setelah melihat bukti-bukti yang ada. Mereka pun kemudian mengakui kesalahan mereka dan memohon maaf kepada Nabi Yusuf. \n\nYusuf memaafkan mereka dengan penuh kasih sayang dan memberi makanan serta menitipkan bajunya untuk diusapkan ke mata ayahnya agar sembuh. Sesampainya di sana, mereka menceritakan berita tentang Nabi Yusuf dan memberikan baju titipan yusuf pada Nabi Yaqub. \n\nMendengar berita tersebut. Nabi Yaqub menjadi sangat gembira. Ketika baju Yusuf diusapkan ke matanya tiba-tiba sahaja matanya sembuh dari kebutaan. Kegembiraan yang dirasakan Nabi Yaqub begitu besar. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya yang telah lama dirindukannya. Mereka semua pergi ke Mesir untuk bertemu Nabi Yusuf. \n\nKetika sampai sahaja di Mesir, mereka disambut oleh Nabi Yusuf. Nabi Yusuf menaikkan ayahnya di singgahsana sambil berkata, \u201cWahai Ayahku, inilah mimpiku yang dahulu itu. Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana.\u201d\n\nTidak lama kemudian, terdengar berita bahawa Zulaikha masih mencintai Nabi Yusuf. Ketika suaminya telah meninggal, rasa cintanya kepada Nabi Yusuf semakin kuat. Meskipun usia Zulaikha semakin bertambah, pesona kecantikannya tetap memancar. \n\nDia telah bertaubat dan mengakui kesalahannya. Akhirnya, Allah SWT telah letakkan perasaan kasih Nabi Yusuf terhadap Zulaika dan Baginda tertarik kepada Zulaikha. Mereka menikah dan hidup bahagia. \n\nDari pernikahannya tersebut, keduanya dikurniakan dua orang anak bernama Ifratsim dan Minsya. Nabi Yusuf terus berdakwah hingga meninggal di usia 110 tahun dan dimakamkan di dekat sekitar makam Ibrahim."
"Rasanya sudah menjadi budaya masyarakat kita..\n\nBila dah penuh satu rumah, mulalah nanti ada ibu ayah menjerit sana sini..\n\nSemua pun jangan. Lama-lama nak senang, bagi anak gadjet. Rumah tak sepah, anak tak bising, kita pun tak penat. Betul tak?\n\nTapi, inikah suasana yang kita mahukan? Adakah tindakan kita ini membantu perkembangan mereka? Sudah tentu tidak!\n\nAnak memerlukan ruang untuk bermain dan bereksplorasi. Jika terlalu banyak halangan dan kekangan dari ibu bapa, ini akan membantutkan perkembangan mereka dalam meneroka alam sekeliling.\n\nAyuh!kita simplify kehidupan sekeliling supaya dapat menyediakan suasana yang dapat merangsang perkembangan anak-anak.\n\nMenurut Dr. Payne, adalah penting bagi ibu bapa untuk simplify kehidupan anak-anak kerana akan lebih memudahkan proses membesarkan mereka. Terdapat 5 tips yang diketengahkan oleh Dr. Payne dalam bukunya \u201cSIMPLICITY PARENTING\u201d yang boleh dijadikan panduan ibu bapa masa kini.\n\nPastikan kawasan rumah dan barang yang ada di dalam rumah adalah selamat, kalis air dan tidak bahaya.\n\nJadikan persekitaran rumah kita sebagai \u201cZON MESRA KANAK-KANAK\u201d dimana anak-anak bebas berlari tanpa ibu bapa tidak perlu risau mereka akan terjatuh, terkena bahan-bahan yang tajam atau berbahaya.\n\nKita perlulah meminimalkan barang yang terdapat di dalam rumah seperti baju dan alat permainan anak-anak. Kita boleh asingkan atau menjual baju-baju dan mainan yang tidak digunakan lagi. Pilih mainan yang bagus dan terbaik untuk perkembangan anak-anak sahaja.\n\nDr. Payne menyatakan bahawa sebenarnya kanak-kanak tidak memerlukan barang permainan yang banyak. Bila kita meminimalkan alat permainan, anak-anak akan lebih focus bermain daripada menyepahkan dan berebut mainan antara satu sama lain. Logikkan?\n\nAda 3 jenis permainan yang akan membuatkan anak-anak kita tidak perlu bergantung kepada alat permainan semata-mata. Antaranya,\n\na) Trial and Error Play: Proses bermain semulajadi seperti anak merangkak dan berguling-guling di sekeliling rumah dan sebagainya yang tidak memerlukan sebarang alat permainan.\n\nb) Touch and Experience Play: Adalah lebih baik anak-anak bermain dengan benda yang sebenar seperti buih, pasir, tanah dan sebagainya kerana dapat merangsang hampir keseluruhan sensori mereka dengan baik.\n\nc) Imaginary Play: Anak-anak berlakon atau bermain olok-olok menjadi cikgu, doktor, chef yang sibuk di dapur. Permainan seperti ini mampu meningkatkan kreativiti dan imaginasi anak-anak tentang sesuatu perkara yang berlaku disekeliling mereka.\n\nUbahsuai jadual harian anak supaya anak tidak terlalu terikat dengan aktiviti akademik semata-mata. Berikan mereka peluang dan masa untuk diri mereka sendiri untuk melakukan aktiviti yang mereka suka.\n\nIbu bapa juga perlu cuba mewujudkan rutin yang ringkas dalam kehidupan harian anak-anak seperti:\n\nApabila mereka mempunyai rutin harian ringkas seperti ini, kehidupan mereka akan lebih lancar dan mereka akan lebih tahu apa yang perlu dilakukan setiap hari tanpa perlu disuruh-suruh atau dimarahi oleh ibu bapa. Ibu bapa juga akan kurang tekanan!\n\nKurangkan hidangan dimeja, tidak perlu memasak sehingga 4 hingga 5 hidangan dalam suatu masa. Cukup sekadar 1 atau 2 hidangan yang sihat dan lengkap untuk keluarga.\n\nApabila kita kurangkan masa di dapur, sudah pasti kita akan lebih banyak masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Bonding Time lebih berkualiti dan ibu-ibu sudah pastinya tidak letih mengusap peluh didapur!\n\nJadikan kerjasama itu nilai pegangan dalam keluarga. Agihkan tugas harian bersama-sama suami dan anak-anak. Kalau ibu masak, ayah tolong jaga anak. Mudahkan? Jadi ibu tidak perlu menanggung keletihan dan bebanan seorang diri sahaja di rumah.\n\nEmosi ibu sangat penting dalam menentukan \u2018cuaca\u2019 sesebuah keluarga.\n\nMari kita amalkan tips di atas supaya kita dapat membesarkan anak-anak dengan lebih mudah. Semoga ibu bapa lebih tenang selepas ni ya!\n\nSumber: Artikel ini telah diolah daripada artikel asal Puan Farhan di laman facebook beliau."
"Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Ia membentuk 37.5 % daripada keseluruhan kawasan Malaysia. Sarawak terdiri daripada 12 bahagian, salah satunya adalah bahagian Kuching sebagai ibu negeri Sarawak. Bahagian Kuching pula terdiri daripada 3 daerah iaitu Kuching, Bau dan Lundu.\n\nOleh kerana negeri Sarawak ini terlalu luas, anda sememangnya tidak akan dapat melawat keseluruhan bahagian dalam 1 trip percutian sahaja. Ini kerana, di Kuching sahaja terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati.\n\n20 tempat menarik yang anda boleh lawati di Kuching\n\nPercutian anda ke Kuching tidak lengkap sekiranya anda tidak melawat Kuching Waterfront. Kuching merupakan tempat mula-mula Raja James Brooke mendarat di Sarawak. Dermaga ini didirikan sepanjang 1km di pinggir Sungai Sarawak. Segala-galanya yang anda perlukan dan anda mahu ditemui terdapat di sini.\n\nPerkara pertama yang anda dapat lihat di sepanjang pantai adalah patung-patung kucing. Sepanjang pantai, terdapat beberapa fakta menarik yang berkaitan dengan bandar Kuching. Terdapat juga beberapa tarikan di sekitar termasuk monumen untuk menghormati Charles Brooke dan kuil Cina tertua di Kuching, Kuil Tua Pek Kong.\n\nAnda boleh dapatkan cenderahati dan buah tangan di kedai-kedai berdekatan Kuching Waterfront. Pada malam hari pula, terdapat pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan di sini.\n\nLokasi:\u00a0Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak\n\nSelain menggunakan kereta, anda juga boleh menaiki bot untuk melihat tempat-tempat menarik di Kuching. Sarawak River Cruise akan membawa anda menyusuri sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan menarik di sekitarnya.\n\nSarawak River Cruise\u00a0menawarkan pakej perjalanan menyusuri sungai selama 2 jam, pada harga antara RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Jamuan minum petang disediakan sepanjang tempoh 2 jam tersebut. Pengunjung juga akan dipersembahkan dengan tarian Suku kaum Etnik Sarawak.\n\nAntara pemandangan yang boleh dilihat dari atas bot adalah Brooke\u2019s Dockyard, bekas masjid negeri, Astana (tempat gabenor Sarawak bertugas), Fort (Kubu) Margherita, Waterfront, gunung Santubong, Kampung Boyan dan lain lain termasuk kediaman salah seorang ahli keluarga terdekat Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Haji Taib Mahmud yang tersergam indah seperti istana selain\u00a0menikmati pemandangan di pinggir sungai serta dalam masa yang sama boleh juga merasai pengalaman melihat matahari tenggelam jauh di horizon.\n\nLokasi: 1st Floor, Lot 42, Section 33, 124, Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (5.30 petang \u2013 7.00 malam)\n\nMuzium Sarawak telah diiktiraf sebagai muzium terbaik di dunia. Ia telah dibuka pada tahun 1891 dan merupakan muzium tertua di Borneo.\n\nAnda dapat mengenali keunikan Sarawak melalui muzium ini. Anda akan dapat pelajari budaya etnik Sarawak, tatu mereka dan banyak lagi. Di muzium ini juga mempamerkan artifak, seni kraftangan asli etnik Sarawak, serta bahan sejarah di Pualu Borneo.\n\nBagi anda yang meminati sejarah, Muzium Sarawak pasti menjadi tempat wajib untuk kunjungi.\n\nLokasi: Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching, Sarawak\n\nWaktu Operasi: Isnin-Jumaat (9.00 pagi \u2013 4.00 petang)\n\nSabtu-Ahad (10.00 pagi \u2013 4.00 petang)\n\nKubu Margherita terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Kubu ini dinamakan \u2018Fort Margherita\u2019 bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret.\n\nKubu ini berbentuk bangunan segi empat dibina dari batu-bata berplaster. Rekabentuk bangunan ini adalah berdasarkan kubu dan istana Inggeris Renaissance. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1879.\n\nSemenjak itu, bangunan ini digunakan sebagai penempatan pasukan tentera pertahanan kota, gedung senjata, penjara, menara kawalan dan pusat mengawal di bawah pemerintahan Rajah Kedua. Pada tahun 1971, bangunan ini dijadikan sebagai Muzium Polis dan kini dipulihara sebagai kubu.\n\nLokasi: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak\n\nWaktu Operasi: Isnin-Jumaat (9.00 pagi \u2013 4.00 petang)\n\nSabtu-Ahad (10.00 pagi \u2013 4.00 petang)\n\nBangunan muzium ini dahulunya merupakan James Brooke Malay College\u00a0dan kemudian diambil-alih dan diubah-suai bersesuaian menjadi sebuah muzium.\n\nPada tahun 1930 bangunan ini dikenali sebagai Madrasah Melayu Sarawak. Ianya digunakan khas untuk melatih para guru dalam pendidikan Melayu peringkat tinggi. Tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam membangunkan masyarakat Melayu itu sendiri\u00a0(Sarawak Gazette, 2 Mac, 1931).\n\nMuzium ini terbahagi kepada tujuh buah galeri. Setiap galeri mempamerkan bahan yang berkaitan dengan sesuatu disiplin seperti seni reka bentuk, persenjataan, seni hiasan dan sejarah Islam di Sarawak.\n\nLokasi: Jalan P.Ramlee 93400 Kuching, Sarawak\n\nWaktu Operasi: Isnin-Jumaat (9.00 pagi \u2013 4.00 petang)\n\nSabtu-Ahad (10.00 pagi \u2013 4.00 petang)\n\nPasar Serikin terletak kira-kira 60 km dari bandar Kuching. Ia bersempadan dengan Indonesia, jadi tidak hairanlah jika peniaganya ada yang warga Indonesia.\n\nDi sini anda boleh tawar-menawar untuk mendapatkan harga lebih rendah untuk sesuatu barang. Pelbagai jenis barangan baru dan terpakai dijual. Selain itu, terdapat barangan basah seperti sayur, ikan dan lain-lain yang menjadi keperluan harian penduduk tempatan.\n\nWaktu Operasi: 6.00 pagi \u2013 12.00 tgh hari (Sabtu & Ahad)\n\nMasjid Bandaraya Kuching adalah masjid pertama dan paling tua di Negeri Sarawak dan menjadi lambang Islam di negeri ini. Masjid ini dibina pada tahun 1847 oleh seorang Ketua Orang Melayu Sarawak yang termasyur dan ternama, iaitu Datu Patinggi Ali dan keluarganya.\n\nMasjid ini telah melalui pelbagai fasa pembaharuan sejak 1847 hingga 1967. Dalam bulan Februari, 1966, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, mencadangkan supaya masjid lama itu diroboh dan digantikan dengan sebuah masjid yang baru. Cadangan ini telah diterima dan usaha-usaha pun diteruskan untuk memungut lebih besar lagi derma, kerana kos membina sebuah masjid baru dijangkakan menelan belanja kira-kira RM1 juta.\n\nLokasi: 332, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung No3, 93400 Kuching, Sarawak\n\nMedan Niaga Satok terletak di tebing Sungai Sarawak, kira-kira 6km dari Bandar Kuching. Medan Niaga ini merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA, dengan kapasiti 1,444 ruang niaga tetap, dan keutamaan diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok.\n\nLokasi: Petra Jaya, 93050\u00a0Kuching, Sarawak\n\nWaktu Operasi: 7.00 pagi \u2013 10.00 pagi (Sabtu)\n\n7.00 pagi \u2013 12.00 tgh hari (Ahad)\n\nTerdapat banyak kampung Melayu asli (kampung tradisional Melayu) di sepanjang tebing utara Sungai Sarawak, bersebelahan dengan Fort Margherita. Antara tiga buah kampung utama iaitu Kampung Boyan, Kampung Gersik dan Kampung Sourabaya. Anda boleh menaiki teksi melalui jalan darat atau menaiki bot penambang untuk ke sana.\n\nKek Lapis sememangnya sinonim dengan Sarawak. Tidak lengkap sekiranya anda tidak menikmati Kek Lapis Sarawak sekiranya datang ke sini. Lokasi popular di Kuching untuk kek lapis ialah di perkampungan Melayu ini. Terdapat beberapa kedai menjual kek lapis, tetapi yang paling popular di kalangan pelancong ialah Kek Lapis Dayang Salhah, Mira Cake House dan Kek Lapis Zaharah. Kesemuanya dikatakan sedap belaka.\n\nAnda boleh mencuba dulu sebelum beli. Terdapat lebih daripada 30 jenis kek lapis. Selain daripada kek lapis, terubuk ikan masin juga adalah makanan wajib yang dibeli oleh pelancong dari Semenanjung untuk dibawa pulang.\n\nKampung Budaya Sarawak terletak di Pantai Damai, Santubong iaitu 32km dari bandar Kuching. Perkampungan ini merupakan tempat terbaik untuk mengenali budaya dan cara\u00a0hidup masyarakat setempat.\n\nKampung Budaya ini juga digelari \u2018Muzium Hidup\u2019 yang dibangunkan untuk memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian Negeri Sarawak.\n\nWaktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang\n\nKampung Annah Rais merupakan perkampungan rumah panjang masyarakat Bidayuh. Kampung ini terletak kira-kira 60 km dari bandar Kuching. Pelancong boleh melihat keunikan cara hidup, menghayati kreativiti dalam kesenian kraftangan dan budaya masyarakat Bidayuh.\n\nTerdapat rumah inap desa disediakan bagi mereka yang ingin bermalam. Di sini juga terdapat kolam mandian panas semulajadi bersebelahan air sungai yang sejuk.\n\nPusat perlindungan ini untuk haiwan liar terutamanya orang utan yang terancam kepupusan. Ia terletak kira-kira 24 km dari bandar Kuching.\n\nPada waktu pagi dan petang, mereka akan diberi makan. Waktu itulah sesuai untuk anda lawati kerana anda juga boleh melihat bagaimana cara mereka diberi makan.\n\nWaktu Operasi: 8.00 pagi \u2013 4.45 petang (Isnin \u2013 Jumaat)\n\nKuil ini terletak berdekatan Kuching Waterfront. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Cina di sini.\n\nNama sebenar kuil ini adalah Siew San Teng Tua Pek Kong, dan dikatakan bahawa ini adalah kuil Cina tertua di Kuching. Kuil ini dipercayai dibina oleh pendatang Cina dari Kalimantan, Indonesia. Pelbagai sumber berbeza dalam menyatakan tarikh sebenar kuil ini dibina. Walau bagaimanapun, semua bersetuju bahawa kuil itu dibina sebelum abad ke-19.\n\nLokasi: Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching\n\nAstana\u00a0merupakan sebuah\u00a0istana\u00a0yang terletak di utara tebing\u00a0Sungai Sarawak, berhadapan dengan\u00a0Kuching Waterfront. Kini, ia merupakan kediaman rasmi bagi\u00a0Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang mewakili Sarawak dalam\u00a0Majlis Raja-raja.\n\nIstana ini telah dibina pada tahun 1870 oleh\u00a0Raja Putih Sarawak\u00a0ke-2,\u00a0Charles Brooke sebagai hadiah buat perkahwinannya dengan isteri baginda\u00a0Margaret Alice Lili de Windt. Istana ini pada kebiasaannya dibuka untuk lawatan umum kepada pelancong. Dari tepi Kuching Waterfront, pengunjung dapat melihat dengan jelas taman dan Astana Kuching Sarawak dari bot yang dinaiki melintasi\u00a0Sungai Sarawak.\n\nLokasi: Jalan Astana Lot, Kampung Istana\n\nMuzium Tekstil ini diwujudkan di banguna Pavilion. Senibina bangunan adalah campuran Renaissance Inggeris dan Penjajah British.\n\nIa telah dibina dalam tahun 1907 sebagai Pusat Perubatan dan kemudiannya dijadikan sebagai pejabat Jabatan Pendidikan. Muzium Tekstil ini menyimpan dan mempamerkan tekstil dan busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh etnik masyarakat Sarawak. Antaranya ialah Pua Kumbu masyarakat Iban dan Kain Songket Melayu Sarawak.\n\nLokasi: Jalan Tun Abang Haji Openg\n\nWaktu Operasi: Isnin-Jumaat (9.00 pagi \u2013 4.00 petang)\n\nSabtu-Ahad (10.00 pagi \u2013 4.00 petang)\n\nTaman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan hujan bergunung-ganang yang terletak dua jam dari Kuching. Terletak berdekatan Lundu, bandar kecil di barat daya Sarawak.\n\nPada mulanya, taman ini merupakan kawasan pemuliharaan tertutup bagi Rafflesia yang menakjubkan, bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga satu meter diameter. Walau bagaimanapun, selepas pelbagai kajian kesan alam sekitar, Jabatan Taman Negara memutuskan bahawa Gunung Gading adalah satu khazanah yang patut dikongsi dengan orang ramai.\n\nIa telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Walau bagaimanapun, Taman Negara Gunung Gading masih lagi dipantau dengan teliti oleh Jabatan Taman Negara untuk memastikan semua pelawat mendapat peluang untuk melihat bunga Rafflesia tanpa menyebabkan sebarang kerosakan kepada pucuk muda dan flora lain di kawasan berdekatan.\n\nWaktu Operasi: 8.00 pagi \u2013 5 petang setiap hari\n\nTaman Negara Kubah berkeluasan 5500 ekar persegi. Ia terdiri daripada hutan hujan Borneo yang meliputi Banjaran Matang di mana Gunung Serapi merupakan puncaknya yang tertinggi.\n\nNama Kubah adalah bersempena kepada Gunung Serapi yang berbentuk seperti kubah. Ketika cuaca terang, Gunung Serapi ini dapat dilihat dengan jelas dari Kuching Waterfront. Taman Negara Kubah hanya terletak 30km dari Kuching.\n\nWaktu Operasi: 8.00 pagi \u2013 5 petang setiap hari\n\nTerletak berdekatan pekan Bau ialah sebuah gua yang dipanggil Gua Pari-Pari atau Fairy Caves.\n\nDi dalam gua ini, anda akan dapat melihat tumbuhan-tumbuhan hijau yang hidup di dalam gua di samping melihat keindahan dan sejuknya suasana gua. Ia adalah sesuatu yang sukar dibayangkan oleh mereka yang belum pernah masuk ke dalam kawasan sebegini.\n\nNamun begitu, oleh kerana ianya gelap dan licin, anda dinasihati agar datang dengan pemandu untuk mengelak sebarang masalah.\n\nBangunan Steamship adalah bangunan warisan yang terletak di Kuching Waterfront. Bangunan ini asalnya adalah milik syarikat steamship yang ditubuhkan pada tahun 1875. Iaitu pengenalan kepada kapal pengangkut untuk menggantikan kapal layar bagi membolehkan penghantaran dilakukan sepanjang tahun tanpa bergantung pada angin monsun.\n\nBangunan ini dibina tahun 1930-an, semasa pemerintahan Charles Vyner Brooke, Raja Putih ketiga dan terakhir di Sarawak. Ia digunakan sebagai syarikat atau gudang, serta pejabat.\n\nHari ini bangunan Sarawak Steamship Co. telah menjalani pemulihan, dan ia menempatkan kedai makanan & minuman serta kedai serbaneka.\n\nLokasi: No. 52, P.O. Box 131, Jalan Main Bazaar, Kuching\n\nBangunan ini berbentuk segi empat dan dibina pada tahun 1879. Pada mulanya bangunan ini dijadikan sebagai kem tahanan untuk banduan. The Square Tower kemudiannya ditukar menjadi kubu pertahanan. Malah, ia juga pernah juga digunakan sebagai dewan tarian oleh pemerintahan Brooke.\n\nLokasi: Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Kuching yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Keletihan merupakan sesuatu perkara yang normal bagi kita semua terutamanya bagi kanak-kanak yang masih kecil lagi. Kebiasaanya, ibu bapa akan berasa agar risau apabila anak-anak mereka sering berasa letih sedangkan anak-anak mereka tidak membuat apa-apa aktiviti yang lasak pada hari tersebut.\n\nIbu bapa perlu mengambil berat akan hal ini kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai kesan kepada anak-anak apabila dewasa nanti. Jadi, ibu bapa hendaklah prihatin terhadap masalah ini.\n\nMari kita lihat antara tanda bahawa anak kita tidak cukup daripada Dr Taufiq Razif. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu bapa.\n\n 3. Selalu menguap di siang hari. \n\n*Diharapkan dengan perkongsian ini, ibu bapa akan lebih memahami anak-anak mereka dan memberikan perhatian yang sewajarnya agar anak-anak mendapat tidur yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang penyakit. \n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Seorang kanak-kanak haruslah dilindungi daripada menjadi mangsa dera sama ada secara fizikal atau mental. Undang-undang untuk melindungi kanak-kanak telah dicipta dengan tujuan untuk menjamin keselamatan yang sewajarnya untuk mereka. Melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab setiap orang dan masyarakat.\n\nJika anda mengesyaki ada kanak-kanak yang didera secara fizikal atau mental anda haruslah segera melaporkan ia kepada pihak polis. Langkah lain yag boleh anda lakukan ialah dengan berjumpa doktor atau guru yang boleh membantu kanak-kanak tersebut.\n\nUndang-undang melindungi kanak-kanak adalah perlu supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Undang-undang tersebut boleh membantu anak-anak anda untuk membesar dengan yakin dan tanpa rasa takut. Kanak-kanak seharusnya dibiarkan membesar dalam keadaan yang gembira dan ceria. Untuk itu haruslah ada undang-undang yang ketat untuk melindungi kanak-kanak.\n\nKita selalu membaca mengenai kes kanak-kanak menjadi mangsa dera dimedia-media. Tidak kurang juga cerita-cerita sedih tentang kekejaman terhadap kanak-kanak. Dalam usaha untuk menghentikan perbuatan ini terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah, undang-undang yang sewajarnya haruslah diimplementasikan.\n\nDi kebanyakan negara terutamanya di Amerika Syarikat, undang-undang ini telah dikuatkuasakan dengan tegas. Kanak-kanak haruslah dilindungi kerana merekalah yang akan membentuk masa depan dunia. Anda boleh memainkan peranan anda dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika anda mengesyaki ada kanak-kanak menjadi mangsa dera.\n\nTerdapat pelbagai jenis undang-undang yang melindungi kanak-kanak. Jika anda kekurangan pengetahuan tentang topik ini, anda boleh merujuk diinternet untuk maklumat lanjut. Terdapat banyak laman web yang menerangkan secara terperinci tentnag undang-undang yang melindungi kanak-kanak.\n\nPara pendidik seharusnya menggunakan kaedah yang bersesuaian sebagai denda kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah dan bukannya melakukan perkara-perkara yang negatif dan boleh memudaratkan kanak-kanak. Mendenda pelajar seharusnya mempunyai nilai didikan didalamnya supaya mereka belajar daripada kesilapan mereka.\n\nJika seseorang pelajar itu telah menjadi mangsa dia seharusnya tidak menyembunyikan perkara itu, sebaliknya haruslah ia segera melaporkan kepada pihak berkuasa.\n\nMenggunakan kanak-kanak sebagai pekerja tidak seharusnya digalakkan. Ada kanak-kanak yang disuruh bekerja pada usia yang terlalu muda dan itu adalah tidak sihat untuk mereka. Terdapat banyak organisasi yang memainkan peranan menjaga keselamatan kanak-kanak. Jika anda adalah saksi kepada kes penganiyaan kanak-kanak, laporkan ia kepada pihak berkuasa."
"Sebagai ibu ayah, sebelum bayi lahir, kita bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi keperluan fizikal mereka, malah kita juga perlu menggali ilmu tentang perkara yang boleh dilakukan bersama bayi untuk membantu perkembangan mereka.\n\nTahukah anda bahawa stimulasi kanak-kanak boleh dimulakan sejak hari pertama bayi dilahirkan?\n\nSelain daripada penyusuan susu ibu, \u2018tummy time\u2019\u00a0 juga merupakan perkara yang sangat penting untuk diberikan kepada bayi seawal usia mereka.\n\nBerikut merupakan 8 tips yang \u2018simple\u2019\u00a0 tetapi cukup bermanfaat untuk diamalkan oleh ibu ayah dalam memberikan \u2018tummy time\u2019\u00a0 buat bayi.\n\nMungkin, ada yang tertanya-tanya, bilakah waktu yang sesuai untuk mula Tummy Time bersama bayi?\n\nBagi bayi yang lahir cukup bulan dan sihat, \u2018tummy time\u2019\u00a0 boleh diberikan kepada bayi seawal usia 1 hari.\n\nUntuk permulaan, letakkan bayi pada riba kita atau di atas bantal sambil mengusap-usap bahagian belakang badan bayi. Dengan cara ini, ia akan membantu bayi untuk berasa selesa dengan posisi meniarap.\n\nPastikan posisi bahagian kepala bayi lebih tinggi daripada bahagian punggung pada fasa permulaan ini.\n\nBagi bayi yang baru lahir, \u2018tummy time\u2019\u00a0 boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat iaitu selama 10 ke 20 saat.\n\nKemudian, tambahkan masa apabila bayi semakin selesa dan dapat mengangkat kepala ketika posisi meniarap dalam tempoh yang lebih lama.\n\n4. TIARAPKAN BAYI ATAS LANTAI / TILAM\n\nApabila bayi sudah kelihatan lebih \u2018alert\u2019\u00a0 semasa meniarap di atas riba atau bantal, boleh mula tiarapkan bayi di atas lantai atau tilam yang sedikit keras pula (tidak terlalu terbenam).\n\nJika mahu letak bayi di atas \u2018comforter\u2019, pastikan \u2018comforter\u2019\u00a0 tersebut tidak tebal kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bayi lemas jika bayi menyembamkan muka ke bawah.\n\nKita boleh meletakkan cermin kecil di hadapan bayi semasa bayi meniarap supaya bayi terstimulasi untuk melihat refleksinya pada cermin.\n\nAktiviti ini sesuai untuk bayi yang sudah boleh menahan kepala sehingga 5 minit.\n\nKita juga boleh meniarap bersama bayi dan berborak dengannya.\n\nBayi bawah usia 1 bulan hanya mempunyai jarak penglihatan sejauh lebih kurang 13 hingga 15 cm. Jadi, kita perlu berada rapat untuk meniarap dan berbual dengan bayi agar bayi dapat melihat kita.\n\nSelain itu, gunakan permainan yang berbunyi semasa aktiviti\u00a0\u2018tummy time\u2019\u00a0 bagi merangsang bayi untuk melihat ke arah bunyi tersebut.\n\nIanya dapat membantu perkembangan deria pendengaran dan juga deria penglihatan bayi.\n\nPastikan kita sentiasa ada bersama bayi sepanjang aktiviti \u2018tummy time\u2019\u00a0 ini.\n\nElakkan daripada membiarkan bayi tidur tanpa pengawasan semasa mereka dalam posisi meniarap.\n\nBayi perlu dirangsang seawal usia mereka. Sebagai ibu ayah, kita bertanggungjawab untuk membantu perkembangan bayi mengikut \u2018milestone\u2019\u00a0 perkembangan mereka.\n\nMulakan aktiviti \u2018tummy time\u2019\u00a0 seawal usia bayi. Apabila bayi sudah pandai terlentangkan badan mereka daripada posisi meniarap, itu menunjukkan bayi sudah mempunyai kekuatan bahagian atas tubuh yang baik. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna!"
"Sebagai seorang ibu yang baru melahirkan, anda pastinya terlalu mengambil berat tentang bayi anda.\n\nSegalanya tentang bayi anda akan diperhatikan dengan penuh teliti termasuklah posisi untuk menidurkan si comel anda. Posisi bayi tidur meniarap sememangnya mengundang kontoversi sejak dahulu lagi.\n\nKata orang tua, bayi yang tidur meniarap akan selamat daripada masalah kembung. Namun melalui pembacaan anda tentang ilmu parenting, ada yang kata posisi bayi tidur meniarap boleh membahayakan nyawa bayi anda. Jadi, mana satu yang betul sebenarnya? Bayi tidur meniarap bagus untuk bayi anda atau sebaliknya?\n\nApa kata orang tua dulu-dulu tentang posisi bayi tidur meniarap?\n\nKalau ikutkan kata bidan yang banyak menyambut kelahiran bayi dan ibu-ibu berumur yang berpengalaman menjaga ramai anak selama berpuluh tahun, tidur meniarap adalah sangat baik untuk bayi anda. Ini kerana, menurut mereka, posisi bayi tidur meniarap akan:\n\nOleh itu, kalau ikutkan pendapat orang lama, bayi tidur meniarap adalah posisi yang baik untuk bayi anda. Sama da anda mahu ikut atau tidak, terpulang kepada anda. Sebagai ibu, anda yang menentukan apa yang terbaik untuk bayi anda.\n\nApa kata perubatan moden tentang bayi tidur meniarap?\n\nMenurut perubatan moden, menidurkan bayi dalam posisi meniarap adalah merbahaya kepada bayi anda kerana:\n\nApakah hukum bayi tidur meniarap dari sudut pandangan islam?\n\nKebanyakan ulamak mengkategorikan posisi tidur secara meniarap sebagai makruh berdasarkan hadith berikut:\n\n\u201cSuatu hari Nabi SAW sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara meniarap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, \u201cHai Abu Zar, sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.\u201d\u00a0(Hadith Riwayat Ibnu Majah)\n\nOleh itu, sekiranya anda beragama islam, sebaiknya kita menjauhkan diri daripada perbuatan yang makruh. Benar, ianya bukan satu namun menjauhkan perkara yang makruh adalah lebih baik daripada melakukannnya.\n\nItulah dia info tentang bayi tidur meniarap yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.\u00a0Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik lain kami seperti petua hilangkan ruam susu, petua bengkak susu dan petua bercerai susu."
"Badan berbau memang memberikan rasa tidak senang kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Ayuh ketahui punca badan berbau.\n\nBadan manusia menghasilkan sebatian organik yang mudah meruap dalam bentuk gas berbau yang unik.\n\nPeluh merupakan hasil perkumuhan yang dikeluarkan oleh badan dengan sifatnya yang tidak berbau. Kebiasaannya, peluh sering dikaitkan dengan bau badan yang busuk.\n\nNamun, kehadiran bakteria merupakan antara punca yang akan menghasilkan bau yang tertentu, bergantung kepada jenis bakteria di permukaan tersebut.\n\nPenghasilan bau badan ini berbeza-beza mengikut aspek-aspek seperti:\n\nMenariknya, menurut kajian, bau badan ini mampu memberikan maklumat berkenaan kesihatan, tingkah laku, keadaan emosi dan serangan penyakit.\n\nBau badan dihasilkan dari pelbagai bahagian tubuh dan wujud dalam macam-macam bentuk seperti:\n\nOleh itu, artikel ini akan terus membincangkan mengenai punca bau badan berdasarkan kajian yang pernah dijalankan.\n\nBau badan manusia boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu (1) perspirasi (bau kulit), (2) bau yang terhasil daripada mulut dan kaviti oral dan (3) bau yang terhasil daripada hasil perkumuhan manusia.\n\nBerikut ialah penerangan lebih lanjut mengenai punca dan komponen yang terkandung dalam bau badan kita. Ulasan ini dipetik daripada kertas kajian sekumpulan penyelidik di Korea Selatan yang diterbitkan di jurnal TrAC Trends in Analytical Chemistry.\n\nKebanyakan kajian mengenai bau badan manusia tertumpu kepada bau yang dikeluarkan pada ketiak dan kaki.\n\nAnalisis makmal menunjukkan bahawa bau pada kulit ini mengandungi rantaian pendek sebatian asid lemak yang lemah. Dikatakan, sebatian utama yang memberi bau badan ini ialah (E)-3-metil-2-heksenoik asid.\n\nBau badan juga merupakan hasil gabungan antara beberapa kelas kimia seperti:\n\nTambah menarik, terdapat pecahan lagi sebatian kimia yang terkandung dalam bau badan mengikut usia.\n\nBagi individu berusia 40 tahun ke atas, komponen utama yang memberikan bau badan ialah 2-nonenal.\n\nDianggarkan, 90% daripada bau mulut datang daripada kaviti oral manakala selebihnya 10% datang daripada sistem pencernaan dan pernafasan manusia.\n\nKomposisi gas berbau yang dihasilkan oleh mulut ini telah dianalisis dan menunjukkan bahawa terdapat banyak gabungan gas dan sebatian. Antaranya:\n\nPunca bau mulut ini dengan penghasilan gas dan sebatian tersebut mungkin memasuki tubuh melalui serapan dari persekitaran atau dihasilkan oleh sistem tubuh.\n\nAnalisis bau nafas dapat memberikan banyak maklumat. Contohnya, analisis kandungan alkohol bagi kes pemandu mabuk.\n\nSelain itu, jika terdapat pengesanan kehadiran sebatian halogen organik, hal ini boleh dikaitkan dengan pendedahan kepada ubatan atau bahan pencemar persekitaran.\n\nManusia menyingkirkan bahan kumuh yang tidak diperlukan badan atau bahan yang boleh memberi ancaman ketoksikan, antaranya melalui air kencing dan najis.\n\nTambahan pula, analisis makmal ke atas hasil kumuh ini dapat memberikan maklumat kesihatan yang lebih mendalam. Contohnya, status kesihatan berdasarkan ujian air kencing dan analisis najis.\n\nAir kencing khususnya, dapat digunakan untuk mengetahui tahap penyakit seperti:\n\nBerdasarkan kajian, sejumlah sebatian organik mudah meruap dalam air kencing dan najis dilaporkan berperanan memberikan bau perkumuhan tersebut, sebagai contoh, asid, ammonia, sulfur dan nitrogen.\n\nAntara hikmah badan kita mengeluarkan bau-bauan yang tertentu adalah sebagai petanda awal bagi risiko penyakit yang mungkin dihidapi.\n\nBerdasarkan kajian perubatan berikut, sebatian tertentu yang dikesan dalam gas bau badan boleh menjadi rujukan untuk diagnosis penyakit, antaranya:\n\nSecara umumnya, punca bau badan adalah disebabkan hasil interaksi antara bakteria dengan peluh, sebatian organik dan gas yang dikeluarkan oleh tubuh badan serta hasil perkumuhan badan.\n\nSelain penjagaan kebersihan diri untuk menyingkirkan bakteria penyebab bau badan, amalan gaya hidup yang sihat turut menyumbang kepada kurangnya bau badan.\n\nNamun, harus diingatkan bahawa sekiranya anda mendapati bahawa bau badan seakan lain, ditambah dengan simptom kesihatan dan tubuh yang tidak bermaya, seeloknya berjumpa dengan pakar perubatan bagi mendapatkan khidmat nasihat yang bersesuaian.\n\nIngat, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jemput juga baca artikel cara menghilangkan bau peluh badan dan cara hilangkan bau badan wanita"
"Musim sekolah bakal dibuka, pasti ramai mak-mak yang tidak lari dari tanggungjawab untuk memastikan lencana sekolah anak ditampal dengan baik. Ya, itu adalah salah satu tanggungjawab mak dan ayah setiap kali sekolah akan dibuka.\n\nSebaik sahaja beli baju sekolah yang baru, selesaikan awal-awal hal lencara ini. Nanti tak adalah asyik tertangguh dan kena buat last minit je kan. Lagipun tampal lencana sekolah ini sering dianggap satu perkara rumit unutk ibu bapa tambah-tambah mak ayah yang bekerjaya ni. \n\nBukan tak tahu nak menjahit, tapi masalahnya memang tak sempat. Jangan risau lagi, sebenarnya anda tak perlu ambil masa yang banyak untuk tampal lencana sekolah. Terdapat cara tampal lencana sekolah yang mudah, jimat dan cepat boleh anda lakukan. Pilih sahaja mana-mana cara tampal lencana sekolah yang senang.\n\nJahit manual lencana agak sukar bagi sesetengah orang yang tak biasa memegang jarum dan benang. Namun, ia mudah dan ringkas sahaja. Pastikan anda gosok pada bahagian yang ingin dijahit dahulu supaya tiada kedutan.\n\nLetakkan sedikit gam di bahagian belakang lencana supaya tidak lari posisinya. Anda boleh juga gam lencana di tengah-tengah poket baju sekolah. Kemudian, gosok lencana dengan seterika, maka tak perlu lagi anda jahit jelujur atau letak jarum peniti.\n\nSesudah itu, ambil benang yang sudah dimasukkan ke dalam lubang jarum dan mulakan menjahit. Jangan lupa jahit di atas poket, bukannya menutup poket tersebut ya! Akhir sekali, buat jahitan sembat susup di sekeliling lencana tersebut. Mudah kan?\n\nSudah pasti barang yang anda perlukan juga adalah benang dan jarum sahaja. Jimat kan? Ia sudah pun berada di rumah anda, tak perlu beli lagi.\n\n#2 Tampal Guna Double Sided Adhesive Cloth\n\nRamai yang tak tahu akan double sided ashesive ini. Double sided adhesive cloth ini boleh anda dapatkan di mana-mana kedai seperti kedai jahit, kedai fabrik, daiso, diy dan lain-lain lagi. Tape ini sememangnya digunakan untuk fabrik dan pakaian. Hanya 2 bahan itu sahaja yang perlu anda sediakan.\n\nCara tampal lencana sekolah ini amat mudah dimana anda perlu memotong adhesive cloth ini mengikut saiz lencana yang ingin ditampal. Kemudian, letakkan di belakang lencana tersebut dan serika sahaja sehingga ia melekat. Mudah bukan?\n\nTak sampai 5 minit pun boleh siap dengan cara ini. Ia juga tahan lama dan kukuh di pakaian anak anda. Rupanya beginilah yang tukang jahit lakukan jika menggunakan adhesive cloth ini untuk melekat sesuatu fabrik.\n\nCara tampal lencana sekolah gaya sebegini pula memerlukan anda menyediakan gam fabrik iaitu sejenis gam yang boleh disapukan kepada kain dan khas untuk fabrik.\n\nRamai ibu bapa tak tahu akan cara tampal lencana sekolah yang mudah ini. Cara tampal lencana sekolah dengan menggunakan gam fabrik ini juga hanya mengambil masa yang pantas dan tidak lama. \n\nGam fabrik bermaksud gam kain dimana anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai fabrik atau kedai aksesori jahitan. Anda hanya perlu sapu sedikit gam di sekeliling lencana dan sedikit dot di belakang lencana. Tak perlu letak gam banyak-banyak. Hanya sedikit sahaja supaya ia tidak basah. Kemudian, tekan-tekan sedikit dengan tangan. Siap!\n\n#4 Tampal Guna Double Sided Tape\n\nAnda cuma perlukan beberapa peralatan sahaja untuk melakukan cara tampal lencana sekolah sebegini. Cukuplah sekadar\u00a0tape (double sided) yang boleh anda dapatkan di pasaraya, kedai buku atau di mana sahaja dan juga gam biasa (pilihan alternatif). \n\nSerika dahulu double tap dari bahagian atas yang kelihatan bersinar-sinar, kemudian tekapkan di lencana anda perlahan-lahan. Buka double sided tap tersebut dan lekatkan di bahagian baju anak pada posisi yang tepat dan betul.\n\nPastikan ia betul-betul terlekat pada lencana baju anak. Letakkan sedikit gam jika ia tidak terlekat sepenuhnya. Tetapi gam boleh diletak sebelum anda mula lekatkannya.\n\nPerkara Yang Perlu Dititik Beratkan Dalam Menampal Lencana\n\nDengan menitik beratkan semua perkara di atas, pasti urusan anda menjadi lebih lancar dan mudah. Terdapat banyak cara tampal lencana boleh anda pilih dan aplikasikan. Pasti ada cara yang lebih senang, mudah dan sesuai untuk anda. Semoga bermanfaat.\n\nJom baca juga artikel berkaitan Aktiviti cuti sekolah, Sindrom hari pertama sekolah dan Idea bekal ke sekolah."
"Sahabat adalah seseorang yang sentiasa ada bersama kita semasa kita susah dan senang. Mereka tiada hubungan darah dengan kita tetapi setiakawan dan tanggungjawab mereka kepada kita wujud. Sahabat tidak semestinya mempunyai minat dan perangai yang sama seperti kita. Namun mereka boleh melengkapi diri kita yang serba kekurangan semasa diperlukan.\n\nTetapi bukan mudah untuk kita mencari sahabat yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita dan ingin membantu kita semasa kita susah. Jika ada, mungkin tidak banyak hanya dalam kelompok yang kecil sahaja. Tujuan utama kita ada sahabat adalah untuk membantu kita dan menasihati kita jika kita melakukan perkara yang salah. Selain ibu bapa, sahabat juga boleh menunjukkan contoh yang bagus kepada kita.\n\nTerdapat 7 quotes yang membantu kita untuk mencari sahabat yang bijak dan baik. Apakah quotes itu?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 quotes yang melambangkan kita dikelilingi sahabat yang bijak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n7 Quotes kita dikelilingi sahabat yang bijak\n\n1. \u2018Great mind discuss ideas, average mind discuss events, small mind discuss people\u2019\n\n2. \u2018Always go for discussions because discussions are always better than arguments because an argument is to find out who is right, and a discussion is to find out what is right\u2019\n\n3. \u2018Sometimes your circle decrease in size, but increase in value\u2019\n\n4. \u2018You are the average of the 5 people you spend time with\u2019\n\n5. \u2018If you surround yourself with clowns, don\u2019t be surprised if your life becomes a circus\u2019\n\n6. \u2018Don\u2019t expect to see positive changes in your life if you surround yourself with negative people\u2019\n\n7. \u2018Surround yourself with The Dreamers, The Believers and The Thinkers, but most of all surround yourself with those who see greatness within you, even when you don\u2019t see it yourself\u2019\n\n*Dikurniakan sahabat yang bijak dan hebat adalah salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Bukan semua orang dapat sahabat yang baik dan boleh menegur perbuatan kita yang tidak elok secara depan-depan tanpa orang lihat. Betapa untungnya kita mendapat sahabat yang baik. Jika anda memiliki sahabat yang baik dan bijak, jagalah hubungan dengan mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tugas seorang suami sangat penting sebagai ketua keluarga. Para lelaki perlu ada persediaan untuk menjadi suami. Ini supaya mereka lebih memahami apakah sebenarnya tanggungjawab yang perlu dipikul. Bersedia sebelum menjadi suami ini boleh merangkumi banyak aspek.\n\nPara lelaki juga perlu buat persediaan untuk jadi suami dengan ambil tahu bagaimana untuk bimbing isteri dan anak-anak sebagai sebuah keluarga. Sesungguhnya, tugas seorang lelaki untuk menjadi seorang suami bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak yang perlu difikirkan.\n\nPersediaan Untuk Menjadi Suami Sangat Penting Buat Semua Lelaki\n\nAda sesetengah lelaki tidak bersedia dan tidak bersungguh-sungguh untuk berkahwin. Mereka hanya memikirkan keseronokan dalam menikmati alam rumahtangga dan menjalani kehidupan baru sebagai suami isteri. \n\nBila tiada persediaan sebelum menjadi suami begini, rumahtangga boleh menjadi goyah. Ibarat kita bina sebuah rumah tapi tidak menggunakan asas yang kukuh, begitu juga untuk kita membina sebuah kehidupan kekeluargaan. \n\nTanpa persediaan, kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi rumahtangga boleh menjadi satu masalah. Kerana itu para lelaki wajib buat persediaan untuk menjadi suami agar lebih berasa lebih yakin dan bersedia. \n\nOleh yang demikian, persiapan sebelum menjadi suami amat penting buat mereka yang akan menjadi ketua keluarga dan pemimpin untuk isteri dan anak-anaknya.\u00a0\n\n10 Persediaan Untuk Menjadi Suami Yang Baik Bagi Isteri\n\nAda beberapa perkara yang harus seorang lelaki itu lakukan sebagai persiapan atau persediaan sebelum menjadi suami. Di bawah ini telah disenaraikan akan 10 perkara untuk dilalukan oleh mereka sebelum menjadi suami.\n\nPenting bagi seorang lelaki untuk mempunyai tujuan dan perancangan dalam kehidupan. Ini untuk mereka tahu apa perlu dibuat bila mereka berkahwin dan telah menjadi seorang suami kelak. Sebagai ketua keluarga perlu ada hala tuju sesebuah perkahwinan. \n\nKena tahu apa yang perlu dibuat dan apa yang tak patut dilakukan. Memang penting untuk siapkan matlamat hidup sebelum berkahwin bagi memiliki matlamat dan tujuan jelas yang mahu dicapai dari perkahwinan tersebut.\n\nMempunyai kesihatan yang baik juga penting sebagai persediaan sebelum menjadi suami. Perlunya menjaga kesihatan dari penyakit yang merbahaya sebelum berkahwin agar tidak memudaratkan pihak isteri dan keluarga yang bakal dibina dan tidak menjadi beban kepada keluarga atau isterinya selepas berkahwin.\n\n3. Siapkan Diri Dengan Pengetahuan Agama Dan Akidah\n\nPersiapan sebelum menjadi suami bagi seorang lelaki yang beragama Islam adalah berkaitan dengan agama dan akidah juga. Ini adalah perkara yang paling penting sebelum berkahwin kerana ia adalah asas dalam kehidupan. Ia juga melibatkan perintah agama yang tidak boleh dipandang ringan. \n\nKursus kahwin juga ada mengajar bagaimana untuk menjadi seorang suami yang tahu tentang agama dan hukum hakam. Bakal suami perlu tahu apa yang boleh apa yang tidak boleh. \n\nIni untuk mengukuhkan keimanan dalam diri dan bila berkahwin boleh menjadi pembimbing untuk keluarga menuju jalan yang diredhai Allah. Maka rajin-rajinkanlah diri untuk menghadiri dan mendengar majlis ilmu.\u00a0\n\n4. Mempunyai Pengetahuan Tentang Seks (Hubungan Intim Suami Isteri)\n\nSetiap pasangan yang berkahwin mesti mempunyai pengetahuan tentang hubungan seks iaitu hubungan antara suami isteri. Ini juga ada kaitan dengan persediaan sebelum menjadi suami.\n\nSetiap lelaki perlu tahu ilmu asas dan persediaan untuk memenuhi fitrah masing-masing secara halal. Tiap bakal suami harus bersedia baik dari segi fizikal dan emosi. Mereka boleh belajar melalui orang yang lebih dulu berkahwin untuk membantu beri tunjuk ajar dan ilmu sebelum masuk ke dalam alam perkahwinan.\n\n5. Menambah Pengetahuan Tentang Kehendak Seorang Isteri\n\nBanyakkan membaca buku untuk membina pengetahuan bagi menjadi suami terbaik. Atau mungkin boleh bertanya terus kepada mereka yang berpengalaman. Sebagai seorang ketua keluarga,suami harus bijak menangani apa jua situasi agar tiada pihak yang tersinggung.\n\nPerkahwinan bukanlah perkara suka-suka sebaliknya suami bakal memikul tanggungjawab yang lebih berat. Sebagai persediaan sebelum menjadi suami, seorang lelaki harus mempelajari ilmu kehidupan untuk dijadikan tiang kebahagiaan hidup berumah tangga.\u00a0\n\n6. Persiapkan Diri Dengan Mengubah Sikap Negatif Ke Positif\n\nSebelum berkahwin, jika seorang lelaki itu tahu dirinya ada pelbagai sikap yang negetif, maka segeralah ubah ke sifat positif. Dan lelaki itu perlu lebih terbuka dalam melakukan perubahan. Cuba buang jauh-jauh sikap negatif yang boleh merosakkan diri sendiri dan juga bakal pasangan dan keluarga.\n\nBelajarlah untuk menjadi anak yang terbaik buat ibu, suami yang terbaik buat isteri, ayah yang terbaik buat anak-anak dan menantu lelaki yang baik untuk ibu bapa mertua.\u00a0\n\n7. Persiapkan Diri Dengan Menambah Kekuatan Mental\n\nSelepas berkahwin, pasti akan datang pelbagai ujian dan dugaan dalam rumah tangga. Masalah ini mungkin datang daripada suami isteri itu sendiri ataupun orang luar. \n\nJika mental suami tidak kuat, rumah tangga yang dibina boleh hancur dalam sekelip mata. Kerana itu, seorang lelaki perlu mempunyai kekuatan mental, jiwa dan hati supaya mereka mampu mengawal diri dalam menghadapi dugaan dan cabaran bersama isteri dengan bijak dan harmoni.\n\n8. Persiapkan Diri Dari Segi Kerjaya Dan Harta\n\nAntara persiapan atau persediaan sebelum menjadi suami yang paling utama adalah kerjaya! Bila seorang lelaki mempunyai kerjaya dengan pendapatan yang tetap barulah si isteri juga akan ikut bahagia. \n\nJika masa bujang si lelaki hanya perlu menyediakan bajet untuk diri sendiri, tetapi kini tidak lagi. Selepas berkahwin suami perlu memberi nafkah dan memenuhi keperluan asas keluarganya seperti menyediakan tempat tinggal yang selamat dan lain-lain. \n\nMemang betul mengumpul wang adalah tanggungjawab suami dan tidak salah jika isteri membantu setelah mendapat keizinan suami. Namun sebagai ketua keluarga itu adalah tanggungjawab utama kepada para suami yang dituntut dalam agama.\n\n9. Siapkan Diri Dengan Kemahiran Hidup dan Komunikasi \n\nAntara kemahiran asas yang penting ialah kemahiran komunikasi. Lelaki atau suami ini harus mengetahui cara komunikasi untuk membuatkan isteri dan anak-anak\u00a0 rasa istimewa. \n\nKomunikasi boleh memberi kesan yang besar kepada perkahwinan jika tidak dijaga dengan baik dan diabaikan. Antara kemahiran yang lain seperti pengetahuan tentang kesihatan, baiki barang rosak, bertukang, buat kerja rumah, semua kemahiran itu perlu untuk seorang lelaki dalam persediaan sebelum menjadi suami.\n\n10. Siapkan Diri Dengan Keberanian dan Kekuatan Untuk Lindungi Keluarga\n\nSeperti yang kita tahu lelaki memang dijadikan sebagai pelindung wanita. Mereka diberi keberanian dan kekuatan untuk melindungi hak-hak mereka terutamanya keluarga mereka.\n\nOleh yang demikian hendaklah seorang lelaki yang akan berkahwin bersedia menyiapkan diri dengan kekuatan dan kemampuan fizikal dan mental serta persediaan yang perlu untuk melindungi keluarganya daripada bahaya dan gangguan perkara yang tidak elok.\n\nPersediaan Untuk Menjadi Suami Adalah Satu Perkara Yang Serius\n\nItulah serba sedikit persediaan sebelum menjadi suami bagi golongan para lelaki. Ianya boleh dipraktikkan sedikit demi sedikit. Paling penting, ini semua adalah demi masa depan dan berusahalah dengan bersungguh-sungguh! \n\nMakin anda bersedia dengan melakukan persiapan menjadi suami bererti makin cerah juga masa depan anda bersama bakal isteri tercinta. Baca juga sebab lelaki lambat kahwin, faedah melihat calon pasangan dan kriteria lelaki idaman wanita."
"Dahulunya, jahitan tangan amat penting terutamanya dalam menjahit pakaian yang terkoyak, baju anak, kain kusyen dan sebagainya. Tidak dilupakan, membuat kraftangan dan menjalankan projek jahitan juga memerlukan anda mempelajari akan pelbagai jenis jahitan tangan.\n\nTerdapat banyak jenis jahitan tangan yang boleh kita aplikasikan pada jahitan pakaian dan sebagainya, namun yang penting adalah kekemasan, kehalusan dan kualiti jahitan tersebut.\n\nSecara umumnya, ramai tukang jahit menggunakan mesin jahit untuk menjahit pakaian, tetapi memperbaiki kemasan jahitan tersebut dengan jahitan tangan. Ketika menggunakan jahitan tangan, kita dapat mengasah kemahiran secara konsisten dengan lebih terperinci lagi. Jom lihat antara jenis jahitan tangan yang boleh kita gunakan.\n\nJahitan insang pari biasanya digunakan untuk mengemas tepi fabrik. Ia juga digunakan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif. Cara jenis jahitan tangan ini perlu bermula dari kiri ke kanan dan daripada beberapa jelujur halus pada sisi kiri.\n\nKemudiannya, cucuk jarum secara menegak pada sisi sebelahnya dan halakan jarum ke arah kita. Selepas itu letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang tersebut. Untuk mematikan jahitan ini, perlu membuat jelujur halus menegak di sebelah kanan jahitan insang pari yang terakhir.\n\nJenis jahitan silang pangkah ini digunakan untuk menjahit kelepet, pita zip, lapik dan juga digunakan sebagai jahitan sulaman. Cara untuk membuat jenis jahitan ini, ianya perlu dijahit dari bahagian kiri ke kanan. Ia perlu dimulakan dengan jahitan kia.\n\nKemudian, masukkan jarum pada bahagian bawah dan atas dengan ukuran jarak 1 milimeter. Selepas itu, silangkan jahitan tersebut dan setiap jaraknya perlu 1 milimeter. Akhir sekali matikan jahitan silang pangkah tersebut dengan jahitan kia.\n\nJahiatan lubang butang biasanya digunakan untuk menjahit lubang butang, cangkuk, palang dan juga butang katup. Untuk membuat jenis jahitan ini, anda perlu membuat jahitan pemula dengan jahitan kia dari kiri ke kanan. Cucuk jarum tersebut secara menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik.\n\nKemudian anda perlu tarik benang dan selitkan dibawah jarum. Selepas jahitan tersebut siap, matikan jahitan tersebut dengan jahitan kia. Buat secara kemas dan pastikan saiz butang tersebut sesuai dengan lubang butang yang telah dipotong.\n\nJika anda tertanya-tanya apakah jahitan kia, jahitan ini biasanya digunakan untuk menjahit klim meretas. Ia digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan. Jahitan ini amat kukuh, amat rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin.\n\nJika mesin rosak, jenis jahitan tangan ini biasanya boleh menggantikan jahitan mesin tersebut. Untuk memulakan jahitan kia, anda perlu memulakannya dari kiri ke kanan. Jarak jahitan tersebut perlu dijarakkan sebanyak 1 milimeter hingga 2 milimeter.\u00a0\n\nKemudian ulang lagi sekali ditempat yang sama. Kemudian buat jarak sepanjang 4 milimeter dari jahitan pertama. Selepas jahitan siap, matikan jahitan tersebut.\n\nJenis jahitan ini digunakan untuk mengemas tepi fabrik. Ia juga digunakan untuk cangkuk, palang dan butang katup. Untuk membuat jahitan ini, anda perlu mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.\n\nKemudian, anda perlu cucuk dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik tersebut dan tarik jarum ke arah anda. Apabila siap, matikan jahitan tersebut dengan jahitan kia. Ia kelihatan sangat kemas dan cantik bukan?\n\nJahitan sembat ini biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet. Jenis jahitan ini amat halus, rapat dan kukuh. Ia boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.\n\nJahitan sembat ini juga digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung. Untuk membuat jahitan sembat, anda perlu membuat jahitan kia dari kanan ke kiri. Apabila membuat jahitan ini, sisi atas kanan harus condong ke kiri sebanyak 30 darjah. Apabila selesai jahitan sembat ini, matikan dengan jahitan kia.\n\nMenjahit untuk membaiki kelepet merentas, sudah pasti jahitan jelujur ini diperlukan. Jahitan jenis ini boleh menggantikan jahitan mesin. Untuk memulakan jahitan ini, anda perlu membuat jahitan kia dari kanan ke kiri.\n\nJenis jahitan tangan ini perlu dilakukan dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 hingga 5 milimeter. Selepas siap jahitan tersebut, matikan jahitan tersebut dengan jahitan kia.\n\nDaripada jahitan asas yang banyak digunakan untuk hiasan, jahitan rantai adalah antara yang paling indah jahitannya. Jenis jahitan ini perlu dimulakan dari sisi kain yang salah dan seterusnya, melakukan pembalikan sepenuhnya dengan meletakkan jarum kembali melalui lubang yang sama. \n\nIanya adalah untuk membiarkan gelung benang tergantung sedikit dan jika ianya tidak tergantung, benang akan tertarik sepenuhnya. Gelung ini akan membentuk pautan rantai. Setelah habis jahitannya, matikan jahitan tersebut dengan kukuh.\n\nIni sebenarnya bukanlah satu jahitan khusus. Ia adalah amalan menggunakan jahitan yang berbeza untuk membuat corak pada kain. Sulaman telah menjadi hobi kegemaran kebanyakan wanita sejak peradaban awal.\u00a0\n\nBahkan ada stereotaip terkenal wanita dari Zaman Pertengahan yang sedang duduk di atas tenunan. Dengan menggunakan jahitan asas seperti jahitan berlari, jahitan silang, jahitan rantai dan lain-lain, sesiapa sahaja boleh membuat bunga, haiwan atau apa sahaja corak yang dikehendaki. Yang diperlukan hanyalah sedikit imaginasi, kesabaran dan ketekunan.\n\nItulah dia pelbagai jenis jahitan tangan yang harus anda ketahui. Pastinya urusan anda lebih mudah dalam menyempurkan jahitan tangan yang diperlukan. Jom baca juga jenis tanah, jenis emas, jenis kain dan jenis rempah ratus dan fungsinya."
"Nak tahu rahsia dan tips tanam bunga orkid supaya subur dan lebat? Artikel ini khas untuk pencinta bunga orkid.\n\nBunga orkid sama juga dengan pokok-pokok bunga yang lain seperti mawar, ros Jepun, kaktus dan sebagainya mempunyai peminatnya tersendiri. Warna bunga dan kelopaknya yang unik membuat mata tidak jemu memandang.\n\nPokok hiasan komersil ini mempunyai nilai yang tinggi dan popular di serata dunia. Terdapat pelbagai jenis spesies orkid iaitu melebihi 700 jenis.\n\nHarga pokok orkid bergantung kepada jenisnya. Ada yang murah, ada juga yang sangat mahal. Bagi peminat setia pokok orkid, mereka sering mencari spesies bunga yang cantik.\n\nSpesies yang rare di nurseri boleh mencapai harga ribuan ringgit. Yang lebih mahal tentunya spesies hibrid yang ditanam secara eksperimen. Tidak hairanlah ada yang sanggup berhabisan demi hobi yang satu ini.\n\nJusteru, buat peminat bunga orkid, penulis akan kongsikan rahsia dan tips untuk menanam bunga orkid supaya subur. Teruskan pembacaan anda.\n\nAda beberapa perkara yang perlu diambil perhatian supaya pokok-pokok orkid anda subur dan berbunga lebat. Antaranya:\n\nSediakan arang yang boleh dibeli di nurseri. Sebelum digunakan, rendam arang-arang tersebut terlebih dahulu. Anda juga boleh menggunakan sabut kelapa, batang atau tunggul kayu atau batu-bata yang dipecahkan.\n\nKemudian, masukkan arang sebanyak 3/4 ke dalam bekas atau pasu. Ambil pokok orkid dan letakkan ke dalam pasu. Penuhkan arang sehingga batang pokok orkid menjadi tegak, seimbang dan kukuh.\n\nPerlu diingat, pastikan akar pokok orkid berada dekat dengan medium arang, sabut dan sebagainya. Tujuannya agar akar pokok orkid dapat mencengkam dengan cepat dan tumbesaran pokok mencapai tahap optimum.\n\nSebelum dimasukkan ke dalam pasu, akar-akar yang telah kering dan reput perlu dibuang terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan tunas-tunas baru akan tumbuh dengan sihat dan baik.\n\nPokok orkid memerlukan penjagaan yang rapi. Ia mudah diserang penyakit dan serangga perosak. Di bawah ini disenaraikan jenis serangan dan cara mengatasinya.\n\nCara penjagaan: Menggunakan penyembur racun kulat mancozeb, benomyl, maneb dan sebagainya.\n\nCara penjagaan: Kurangkan penyiraman air dan sembur racun kulat mancozeb atau captan.\n\nCara penjagaan: Sembur racun kulat thiram, benomyl dan sebagainya.\n\nCara penjagaan: Cantas daun yang reput dan kawal kelembapan air.\n\nCara penjagaan: Sembur racun serangga yang sesuai.\n\nCara penjagaan: Jaga kebersihan dan sembur racun perosak malathion.\n\nCara penjagaan: Letakkan pokok orkid di bawah cahaya matahari. Kemudian, sembur white oil atau dimethoate.\n\nCara penjagaan: Hanya memusnahkan bahagian pokok yang dijangkiti virus.\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang rahsia dan tips tanam bunga orkid supaya subur. Sebenarnya, tidaklah susah nak tanam pokok orkid. Jika ikut segala tips yang dikongsikan di atas pastinya bunga orkid akan berkembang mekar.\n\nSama seperti pokok-pokok hiasan lain, serangan penyakit dan serangga perosak merupakan musuh utama. Oleh itu, dapatkan maklumat yang betul tentang cara penjagaan setiap pokok orkid anda itu. Mungkin ada yang sensitif dan ada pula yang mudah dijaga.\n\nSemoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian artikel ini. Jangan lupa baca tentang:"
"Kuih yang mendapat tempat di hati segenap lapisan rakyat Malaysia bersesuaian dengan namanya, burger malaysia.\nBurger Malaysia menggunakan inti ikan bilis yang pekat.\n\nBurger Malaysia telah lama menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Kuih ini sudah ada sejak lama, selalunya di jual sebagai kuih camilan pagi di gerai makan tepi jalan. Dekat pasar malam pun banyak yang jual kuih ini.\n\nCara membuat burger Malaysia ini sangat simple dan mudah. Bermula daripada membuat adunan roti hingga membuat isi. Ada dua jenis isi yang biasa digunakan iaitu, isi sambal ikan bilis dan isi sardin.\n\nBerikut kami berkongsi kepada anda cara paling mudah beserta resepi yang lengkap dengan gambar\u00a0bagi menghasilkan burger mini malaysia yang gebu, lembut dan cepat. Sila ikuti resepi yang dikongsikan oleh \u200eNoorastella Muhamma\u200e di Facebook. Burger Malaysia yang gebu dan lembut. Tutorial berikut menggunakan 1 kg tepung gandum dan menghasilkan 80 biji burger mini mengikut saiz.\n\n3. Masukkan 2 sudu penuh gula.\n\n4. Masukkan setengah sudu baking powder.\n\n5. Masukkan 1 sudu penuh ragi/yis.\n\n6. Masukkan setengah senduk nasi margerin.\n\n8. Kemudian adun sebati menggunakan air suhu bilik. Tak perlu gunakan air suam. Pastikan doh sedikit lembik dan doh melekat sekitar basin dan jari.\n\n9. Bahagikan doh mengikut saiz kesukaan. Bila proses bahagi doh selesai, boleh mulai panaskan minyak utk menggoreng. Doh ini memamg cepat kembang tanpa perlu tunggu lama di sebabkan penggunaan yis/ragi dan baking powder.\n\n10. Goreng dalam api perlahan agar burger masak sekata.\n\n11. Angkat bila kuih sudah berwarna keperangan.\n\n13. Bila sudah sejuk, potong keliling burger menggunakan gunting. Jangan putuskan ya.\n\n14. Dalam pada itu, sediakan hirisan timun dan inti mengikut kesukaan. Boleh gunakan sambal ikan bilis ataupun sambal udang kering. Di sini sy gunakan ikan sardin dlm tin yg di tumis dan di tambahkan sos cili.\n\n15. Buka belahan burger dan masukkan hirisan timun.\n\n17. Tutup rapi burger dan inilah dia burger malaysia yang gebu gebas!\n\nSelain resepi burger malaysia, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari idea buat kek yang mudah dan lazat? Kami cadangkan kek Milo kukus semudah ABC. Resepi ini amat berguna untuk anda yang tidak punya oven di rumah.\n\nResepi ini paling ramai dicari kerana ia amat mudah dan rasanya sedap. Dengan hanya 3 bahan sahaja, Milo, telur, dan susu pekat, jadilah ia kek Milo sedap, lembut elok macam kek mahal-mahal di kedai.\n\nKek Milo amat sesuai dihidang sebagai menu minum petang. Lagi kalau diberi topping coklat ganache lemak manis, gerenti sedap lupa dunia. Ayuh buat kek Milo kukus, resepi dikongsikan oleh Mime Mustafa di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain kek Milo kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Tepung bungkus ialah kuih muih tradisional yang sukar dijumpai masa kini. Walau masih ada yang menjual tepung bungkus tapi sudah semakin kurang.\n\nTepung bungkus amat lembut, ia diperbuat daripada tepung beras. Bila makan terasa lemak lemak masin ditambah pula inti kelapa yang sedikit manis.\n\nInti menggunakan kelapa muda yang disira nisan hingga kering, namun ramai juga yang guna gula merah. Inti dibulatkan sebesar ibu jari kemudian digolekkan di atas tepung pulut dan dibungkus daun pisang.\n\n\u200eAsmaak Razali\u200e berkongsikan resepi tepung bungkus lembut, sedap dan mudah di laman Facebook. Resepi telah kami kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi tepung bungkus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Di entry yang lepas, kami telah kongsikan resepi sup cendawan yang lemak dan pekat berkrim. Ia sangat lazat untuk dicicah bersama dengan roti atau dimakan begitu sahaja. Sangat mengenyangkan. Kali ini pula kami akan paparkan resepi sup sayur cendawan yang sangat berkhasiat buat seisi keluarga anda.\n\nCendawan yang sedap dimasak sup ialah cendawan tiram. Cendawan tiram ni memang sesuai untuk dimasak apa sahaja seperti sup, tomyam, goreng mahupun gulai. Rasanya yang kenyal dan tidak mudah lembik apabila dimasak menjadikan ia sangat berselera untuk dimakan bersama dengan nasi putih yang panas.\n\nCendawan tiram ni bagus tau sebab ia memang organik dan tiada menggunakan bahan kimia untuk menanamnya. Memang ia selamat untuk dimakan. Di samping itu, ia juga mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin yang sangat dibutuhkan oleh tubuh badan kita. Ia juga merupakan agen antioksida dan dapat melindungi faktor genetic tubuh badan kita.\n\nPilihan menu kali ini seperti yang dijanjikan ialah sup sayur cendawan. Resepi berkhasiat ini telah dimuatnaik oleh saudari Amy Haron di Facebook. Sup ini sangat simple dan mudah sahaja penyediaannya. Sekejap je boleh siap! Selamat mencuba!\n\nRempah tumis = bunga lawang, cengkih, kayu manis dll\nIkan bilis\nLada sulah\nGaram, gula & aji\nDaun sup\nCendawan tiram\nKentang\n\n1. Tumis bahan hiris, ikan bilis bersama rempah tumis hingga sedikit garing\n2. Masukkan air. Bila dah mendidih, masukkan lada sulah & bahan perasa\n3. Masukkan kentang & cendawan\n4. Bila hampir masak, masukkan daun sup.Siap utk dihidang!\n\nHaa amacam? Senang kan? Resepi mudah dan sedap ini telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Selain resepi ini juga, terdapat banyak lagi resepi lain yang kami paparkan di blog kami ini. Selamat menjengah resepi dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
"Adakah anda tahu perkembangan otak bayi berlaku seawal usia kandungan 2 minggu lagi?. Perkembangan ini akan terus berlaku sehingga si kecil ini menjengah ke alam dunia bila dilahirkan kelak.\n\nPara ibu bapa perlu melengkapkan diri tentang ilmu perkembangan bayi sejak dari alam rahim lagi kerana kualiti kehidupan seseorang itu ditentukan bagaimana pembentukan otaknya sejak dari alam rahim dan akan berlangsung sehingga dewasa.\n\nPembentukkan otak bermula dengan terbentuknya neural plate. Dari neural plate, akan terbentuklah neural tube dan akan bersambung dengan tulang belakang.\n\nBermula dengan formasi ini, otak bayi terus berkembang membentuk beberapa bahagian lain yang dinamakan forebrain, midbrain dan hindbrain.\n\nProses pembentukkan ini akan lengkap ketika usia kandungan mencecah 7 minggu. Proses perkembangan otak bayi akan terus berlangsung apabila dilahirkan kelak.\n\nApabila dilahirkan bayi sudah mempunyai neuron atau sel otak yang diperlukan untuk menjalani kehidupan.\u00a0 Saiz otak mereka hanya sekitar 25% dari saiz otak orang dewasa pada ketika ini.\n\nFasa ini adalah sangat penting untuk setiap bayi kerana proses pembelajaran dan pembentukkan struktur otak paling pesat berlaku dalam kehidupan seseorang.\n\nApabila umur 3 tahun pula, saiz otak mereka akan terbentuk hampir 80% menyamai saiz otak orang dewasa. Maka, tidak dapat disangkal lagi bertapa pentingnya fasa usia 0-3 tahun pertama hidup mereka, golden age yang perlu diprogramkan sebaik mungkin.\n\nFasa ini bertindak seperti sponge yang menyerap semua maklumat tanpa tapisan yang akan menjadi program di dalam minda mereka. Mereka akan membesar dengan program yang telah di bina ketika usia ini.\n\nMenurut Dr Rizal Abu Bakar, pada peringkat ini, kanak-kanak akan menerima dan memproses sesuatu maklumat lebih mudah melalui visual. Dalam erti kata lain, mereka lebih mudah \u2018meniru\u2019 atau mengikut apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar.\n\nPerkembangan bahasa diawal usia bayi berkait rapat dengan perkembangan bahagian otak visual cortex dan cerebellum.\n\nMenurut Dr Rizal Abu Bakar lagi, bayi tidak dapat melihat dengan jelas selepas dilahirkan. Pada usia 6 bulan sel di dalam otak mula fokuskan pada pembentukkan visual cortex iaitu bahagian otak yang khusus dalam hal melihat.\n\nSel otak juga pada ketika ini mula disaluti satu lapisan yang dinamakan myelin. Bayi akan mula dapat melihat dengan jelas dan terang apabila myelin mula terbentuk. Mereka juga akan mula mengenali wajah, corak dan warna.\n\nPada fasa ini, ibu bapa digalakkan untuk mempelbagaikan mimik muka ketika berinteraksi dengan anak-anak. Gunakan pendekatan bahasa visual iaitu bahasa yang menghadirkan gambaran atau imej dalam minda mereka.\n\nPada usia setahun, cerebellum bayi membesar tiga kali ganda. Perkembangan ini berkait rapat degan kemahiran motor mereka.\n\nPada ketika inilah kita dapat lihat perkembangan mereka fasa demi fasa bermula dengan meniarap, merangkak dan berjalan. Adalah penting untuk merangsang perkembangan motor halus dan kasar anak-anak pada waktu ini.\n\nMaka, boleh disimpulkan bahawa kita perlu berinteraksi dengan anak kecil menggunakan bahasa visual dan gerakan tubuh kerana fungsi bahagian otak keduanya ini sedang berkembang dengan pesat sekali.\n\nKanak-kanak tidak berfikir menggunakan Prefrontal Cortex (PFC) sebaliknya mereka banyak bergantung kepada bahagian otak yang dinamakan amygdala (pusat emosi).\n\nMereka masih tidak mahir dalam pertimbangan baik dan buruk, betul atau salah, pengurusan emosi dan impulsiviti. Untuk mendidik anak dalam pengurusan emosi yang baik, tunjuk dahulu bagaimana kita sebagai orang dewasa mengurus emosi kita dihadapan anak.\n\nIngat! Interaksi secara visual itu lebih berkesan berbanding bahasa verbal untuk anak-anak kecil. Mereka akan copy paste\u00a0segala apa yang dilihat disekeliling mereka berbanding mendengar apa yang dikatakan oleh orang dewasa.\n\nFaktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Otak Anak\n\nProses interaksi sosial adalah amat kritikal pada ketika ini buat si kecil. Proses ini melibatkan komunikasi diantara anak tersebut dengan ibu bapanya atau orang di sekelilingnya seperti pengasuh dan adik beradik.\n\nSuasana yang mengalakkan hubungan sosial yang baik akan membantu anak-anak dalam perkembangan bahasanya dan juga merangsang daya kreativiti mereka.\n\nOtak anak pesat berkembang. Jangan racuni otak mereka dengan segala macam makanan yang memudaratkan. Wajib elakkan dan dihindari makanan yang ada unsur 6P ini:\n\nPernah dengar \u2018Fit Body, Fit Brain\u2018?. Kajian mendapati kanak-kanak yang aktif mempunyai fungsi kognitif yang lebih baik daripada yang tidak aktif.\n\nKanak-kanak yang aktif bergerak juga mempunyai pusat memori iaitu hippocampus yang lebih besar berbanding mereka yang pasif. Jadi, setiap kanak-kanak itu wajib bergerak aktif untuk perkembangan otak yang sihat dan cerdas!.\n\nPentingnya aktiviti luar kepada anak-anak kerana melalui interaksi dengan dunia luar, pelbagai kemahiran dapat dirangsang seperti kemahiran motor, kemahiran sosio-emosi dan kemahiran kognitif\n\nDengan bermain pasir, memijak rumput, mendengar deruan ombak dan melompat di atas lopak air akan merangsang segala fungsi deria mereka. Sekaligus, merangsang perkembangan otak yang baik buat si manja.\n\nKetahuilah, membiarkan anak-anak hanya terperuk di rumah tanpa membawa mereka mengenal alam sekeliling dan tidak menggalakkan interaksi sosial\u00a0 dengan mereka, tindakan ini hanya akan membantutkan perkembangan otak mereka sahaja.\n\nBerhati-hati ibu bapa!. Beri pendidikan, rangsangan mengikut kaedah yang betul. Fasa 0-6 tahun ini sangat penting dalam kehidupan anak-anak. Jika tersalah acuan, kurang atau terlebih stimulasi akan memberi kesan kepada mereka bila membesar nanti.\n\nSumber: Dr. Rizal bin Abu Bakar (Konvensyen Kekeluargaan Islam: Neuro Parenting, Kemahiran Keibubapaan Saintifik & Islamik)"
"Kali ini kami ingin berkongsi resepi ikan bawal emas stim kicap menggunakan ikan bawal emas. Rasa lemak-lemak manis dari ikan bawal emas ini pasti menambah rasa kesedapan masak stim kicapnya. Sebenarnya sedap juga ikan masak macam ini kerana rasa sebenar ikan dapat dikekalkan. Tidak semestinya ikan bawal emas ini sahaja. Boleh juga dicuba dengan ikan-ikan yang lain.\n\nResepi kali ini kami datangkan daripada Nor Khomariah Norrohman yang berkongsi resepi di laman Facebook. Resepi yang lebih sedap dan menarik ini tidak akan menyesal untuk anda cuba. Dah lah sedap, mudah pun mudah.\n\nResepi ini pasti sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas untuk makan tengah hari atau makan malam. Gerenti siapa yang cuba mesti akan bertambah-tambah makan. Silap-silap boleh lari dietnya. Mana tak nya, bertambah jer nasinya. Jom cuba resepi di bawah.\n\nResepi Ikan Bawal Emas Stim Kicap\n\nKami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Bestkan kalau kita boleh install \u2018reminder\u2019 Apps yang sangat powerful.\n\nBila berlaku sesuatu (situasi) contohnya kita malas, kita down, rasa nak give up, tension, \u2018reminder\u2019 Apps tu ingatkan kita tanpa perlu susah payah kita nak baca balik nota dalam phone, atau tengok post-it note, atau baca buku motivasi yang tebal-tebal.\n\nTak payah susah-susah, \u2018reminder\u2019 tu datang sendiri dan cukup mampu untuk buat kita tersedar dan tak jadi nak malas. Tak jadi rasa down.\n\nSaya nak share teknik tu. Teknik ni dah banyak kali membantu saya sebagai reminder paling powerful. Contohnya, saya akan cerita apa yang berlaku pagi tadi.\n\nLepas solat subuh, saya baca Quran. Sikit je, dapat baca 4 page saja. Tapi saya baca sekali terjemahan (sebab tak tahu Arabic) dan mana-mana ayat yang menyentuh dan menyentap hati saya akan tandakan. Buat nota kecil di tepi pakai colorful sticker, sebab mudah untuk saya tengok-tengok balik \u2018apa yang saya belajar dari Quran\u2019\n\nHari ni, salah satu ayat yang saya tandakan ialah ayat ke 60 dari surah Al An\u2019am:\n\n\u201cDan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan masa umur kamu yang telah ditetapkan.\n\nKemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.\u201d\n\nSaya tandakan dan tepi Quran di page itu saya letak nota yang tertulis \u201cmake good use of time\u201d dan saya sambung pembacaan.\n\nAda satu waktu pagi ini, saya terlelap. Mata rasa mengantuk. Adalah dalam 30 saat saya terlelap. Tiba-tiba, dengan mata yang masih terlelap, ada suara yang berbisik \u201cEh, make good use of time!!!\u201d\n\nTuan-puan, tidak semena-mena mata saya terbuka dan terus jadi segar bugar, terus sambung buat kerja\n\nSubhanallah. Sangat power reminder dari Tuhan ni. Bila situasi memerlukan, reminder tu terus datang.\n\nSahabat-sahabat boleh cuba. Ini step dia:\n\n#1 Baca Quran beberapa muka, seeloknya di awal pagi ketika fikiran dan jiwa kita masih fresh.\n\n#2 Niatkan semoga Allah bantu mudahkan urusan kita hari ini dan sebagai tanda Allah is my no 1 priority.\n\n#3 Baca terjemahan sambil ponder benefit dan kaitannya dengan diri kita, perjuangan kita, masalah yang sedang dihadapi.\n\n#4 Mana-mana ayat yang menyentuh dan menyentap hati, tandakan dengan nota kecil di tepinya. Nota kecil ini adalah rumusan dari ayat tersebut. Yang nantinya akan jadi \u2018reminder\u2019 kita.\n\nTeknik ni alhamdulillah sangat berkesan kepada saya. Saya yakin ia juga pasti berkesan kepada sesiapa saja. Sebab ia adalah Al Quran, sumber inspirasi terbaik. Dan Tuhan sangat baik. Kita cuba sedikit mencari pertolongan dan tips dariNya, Dia akan beri lebih dari usaha kita."
"Selain perlu berhati-hati dengan peralatan tajam dan periuk panas, sebenarnya dapur gas kaca yang kita gunakan di dapur juga boleh mengundang bahaya kepada seisi rumah.\n\nHampir setiap hari kita mendengar tentang kes-kes yang melibatkan dapur gas kaca yang secara tiba-tiba meletup atau pecah. Bagaimanakah kejadian seperti ini boleh berlaku dan bagaimana pula untuk membendungnya?\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai keburukan dapur gas kaca yang perlu anda tahu bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga di rumah. \n\nWalaupun dapur gas kaca ini adalah salah satu dari teknologi terkini tetapi tidak dinafikan ianya juga mempunyai keburukan yang tertentu. \n\nBerikut ini adalah antara keburukan dapur gas kaca yang perlu anda tahu.\n\nHarga dapur gas kaca agak mahal jika hendak dibandingkan dengan dapur elektrik asas atau dapur keluli tahan karat yang lain. \n\nSalah satu keburukan dapur gas kaca yang merumitkan adalah ia memerlukan penjagaan khas yang tertentu.\n\nDapur ini tidak boleh dibersihkan menggunakan pembersih biasa kerana ia berisiko menyebabkan calar. Sebaiknya ia dibersihkan dahulu menggunakan krim pembersih khas. \n\nOleh kerana dapur gas ini diperbuat daripada kaca, maka ia mudah pecah apabila tidak dikendalikan dengan betul dan berhati-hati. \n\nBiasanya, dapur ini boleh retak apabila berlaku perbezaan suhu atau ada objek berat yang terjatuh atasnya. \n\nMemandangkan periuk atau kuali tidak akan bersentuhan dengan penunu api, ia akan mengurangkan kemampuannya untuk memerangkap haba bagi tujuan memasak. \n\nAkibatnya, sesetengah sajian mungkin mengambil masa yang lebih lama daripada biasa. Kita mungkin terpaksa mengubah kaedah memasak untuk beberapa resipi untuk mencapai hasil yang diingini. \n\n5. Memerlukan peralatan memasak yang beralas rata\n\nTidak seperti dapur gas biasa di mana masakan boleh dimasak dalam mana-mana jenis peralatan memasak seperti periuk atau kuali. Bagi dapur gas kaca sebaliknya, ia memerlukan jenis periuk atau kuali yang mempunyai alas yang rata.\n\nElakkan dari menggunakan permukaan periuk atau kuali yang bulat kerana ini akan mengurangkan lagi kawasan sentuhan dengan haba. \n\n6. Memerlukan peralatan memasak dengan saiz yang sesuai\n\nFaktor saiz sesuatu peralatan memasak bukanlah satu perkara yang besar sebenarnya. \n\nNamun sangat disarankan agar kuali atau periuk yang digunakan untuk memasak di dapur gas kaca ini sebesar kawasan penunu yang dipanaskan.\n\nHal ini bagi memastikan pemindahan haba dapat dilakukan secara maksimum meliputi seluruh peralatan memasak yang kita gunakan. \n\n7. Kotoran yang sukar untuk dibersihkan\n\nUntuk menghilangkan kesan degil, anda mungkin perlu menggosak kawasan yang kotor itu berulang kali. \n\nNoda kotoran mungkin menjadi tidak kelihatan, tetapi sukar untuk memulihkan sepenuhnya kawasan pembakar. \n\nSekiranya makanan telah dibakar lebih lama daripada masa yang diingini, potensi untuk kotoran hitam hilang amatlah mustahil.\n\nTips elak dapur kaca cepat pecah\n\nTadi kita sudah memahami antara keburukan dapur gas kaca yang berisiko tinggi untuk membahayakan seisi keluarga. \n\nMaka tidak hairanlah sesetengah orang mengelar dapur ini sebagai bom jangka kerana banyak kes yang terjadi, dapur kaca mereka tiba-tiba meletup tidak semena-mena.\n\nSebenarnya kita boleh praktikkan cara yang betul untuk elak dapur kaca cepat pecah dan kekal selamat semasa digunakan.\n\nTerdapat beberapa tips mudah yang boleh anda buat. Antaranya adalah seperti:\n\n1. Jangan lap dapur yang sedang panas\n\nJangan sesekali lap dapur ketika ianya masih panas. Biarkan dapur sejuk, barulah kita boleh mencucinya atau lap sehingga bersih. \n\n2. Jangan memasak lebih dari kapasiti\n\nDapur kaca membawa nilai estetika yang tinggi kepada keseluruhan dapur. Banyak orang menggunakannya sebagai elemen yang menampakkan lagi dapur rumah cantik. \n\nJusteru itu, amatlah tidak sesuai untuk kita masak sesuatu yang besar dan berat atas dapur ini. Ia tidak mampu untuk menyokong beban berat melebihi kapasiti yang ditetapkan. \n\nHadkan penggunaan dapur gas kaca dalam tempoh masa yang pendek. Jika kita perlu masak atau rebus masakan yang lebih berat dan memerlukan masa yang lama untuk siap, digalakkan untuk kita menggunakan dapur mudah alih sahaja. \n\nElakkan dari menggunakan suhu yang maksimum setiap kali masak. Selain ia boleh mengurangkan risiko dapur pecah, kawal suhu secara berhemah juga mampu memberi penjimatan yang banyak.\n\nAliran udara yang baik penting bagi memastikan suhu panas ketika memasak dapat dialirkan dengan baik. \n\nCara ini serba sedikit dapat mengurangkan risiko dapur gas kaca pecah secara tiba-tiba. \n\nJenama popular mungkin tidak memainkan peranan yang penting dalam pemilihan dapur gas kaca yang tepat. \n\nNamun begitu, kualiti jenama memberi nilai tambah bagi menambah ketahan dapur bagi tempoh yang tertentu. \n\nSelain dari keburukan dapur gas kaca ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan barang-barang di dapur seperti:"
"Mencari tips dan petua cara mengubati gout? Gout ialah sejenis penyakit metabolik yang menyerang kawasan sendi tulang apabila terkumpulnya kristal\u00a0 yang menyebabkan keradangan. Sendi yang terlibat akan membengkak dan memberikan kesakitan serta kekakuan pada kawasan yang terjejas. Lokasi yang paling biasa berlakunya gout ialah sendi di bahagian kaki, khususnya di ibu jari kaki. Kawasan sendi lain yang mungkin diserang gout ialah lutut, siku, buku lali, pergelangan tangan, atau mana-mana sendi badan. \n\nPenyakit gout sering dilaporkan dalam kalangan lelaki usia pertengahan dan wanita yang menopause atau putus haid. Masalah kesihatan ini terjadi disebabkan pengumpulan asid urik yang membentuk kristal di kawasan sendi dan tisu penghubung.\n\nDoktor dari Tamil Nadu, India, Dr. Sabari Rajan dan Dr. Shibina menjelaskan bahawa penyakit gout ini semakin banyak berlaku disebabkan perubahan pemakanan, masalah obesiti, gejala metabolik, dan peningkatan umur. Sejak dua dekad kebelakangan ini, kes gout bertambah dua kali ganda yang dikaitkan dengan perubahan diet pemakanan.\n\nArtikel ini akan membincangkan mengenai gout dan cara mengubati gout yang berkesan supaya pesakit tidak diserang gout pada masa akan datang. \n\nSekumpulan penyelidik dari Hospital Universiti Cooper, New Jersey, Amerika Syarikat telah menyenaraikan punca berlakunya penyakit gout, antaranya:\n\nParas asid urik yang tinggi akan menyebabkan pembentukan kristal gout ini. Oleh itu, kandungan paras asid urik yang normal dan perlu dikekalkan dalam tubuh ialah di bawah kepekatan 6.0 mg/Dl.\n\nMenurut Rees et al. yang menerbitkan kajian ulasan mengenai rawatan gout pada tahun 2014 di National Review of Rheumatology, cara mengubati gout memfokuskan penyingkiran kristal sodium urate iaitu kristal yang menyebabkan keradangan pada sendi gout.\n\nPencegahan dari segi mengubah gaya hidup merupakan langkah terbaik, namun pesakit yang menghidapi penyakit gout ini masih boleh diubati dan diuruskan untuk kelangsungan hidup yang lebih baik dan selesa.\n\nBerikut merupakan antara langkah cara mengubati gout yang boleh dibahagikan kepada 3 fasa:\n\nUbatan NSAID atau ubatan anti keradangan bukan steroid ini sesuai digunakan bagi pesakit gout yang tidak mempunyai masalah penyakit komorbiditi yang lain. Ubatan ini sangat tidak sesuai bagi pesakit yang menghidapi penyakit buah pinggang kerana boleh menyebabkan buah pinggang rosak teruk dan menaikkan tekanan darah tinggi.\n\nAntara jenama ubatan NSAID yang digunakan ialah indomethacin, celecoxib, dan rofecoxib (jualannya ditarik balik di pasaran US).\n\nPesakit gout yang menghidapi penyakit buah pinggang pada tahap sederhana selamat menggunakan ubatan colchicine ini berbanding NSAID, dengan mematuhi dos yang disyorkan. Ubatan ini dihasilkan daripada esktrak pokok lili sepsis Colchicum autumnale yang telah digunakan secara tradisi untuk merawat gout sejak 2000 tahun yang lalu.\n\nNamun, pengambilan ubatan ini akan mendatangkan kesan sampingan seperti diarrhea, kekejangan pada otot abdomen, dan loya.\n\nDos pengambilan ubatan ini juga sangat perlu dipantau oleh doktor perubatan kerana ubatan ini boleh mendatangkan kesan toksik.\n\nBagi serangan gout yang akut (belum kronik), suntikan steroid adalah sangat membantu dalam mengurangkan keradangan dalam tempoh 24 jam. Pendekatan ini tidak begitu berkesan sekiranya terdapat banyak sendi yang diserang gout.\n\nRawatan ini juga sangat selamat dan boleh diberikan kepada pesakit gout yang mempunyai penyakit buah pinggang. Pengambilan ubatan corticosteroid secara oral (makan) juga boleh dilakukan yang memberi kesan kelegaan dalam tempoh 7-10 hari.\n\nUbatan untuk Pencegahan Gout Akan Datang\n\nSelepas serangan gout akut ini reda, adalah penting untuk mencegah serangan gout akan datang. Maka, pencegahan ini dilakukan dalam tempoh beberapa minggu pertama selepas serangan gout akut tersebut.\n\nKebarangkalian pesakit gout untuk mendapat serangan gout kedua ialah 62% dalam tempoh setahun, 78% pada tahun kedua, dan 89% pada tahun kelima.\n\nSecara umumnya, doktor perubatan akan memberikan ubatan NSAID atau yang berkenaan mengikut tahap kesihatan pesakit.\n\nDalam terapi ini, pesakit akan disarankan untuk mengurangkan pengambilan alcohol, penjagaan diet pemakanan dari segi saiz hidangan, dan mengawal berat badan bagi mengurangkan rintangan insulin; yang menyebabkan masalah gout.\n\nTerapi ini bertujuan memberikan gaya hidup pesakit yang baru bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang lebih kronik selepas serangan gout akut, contohnya:\n\nAntara makanan yang perlu dielakkan bagi mengurangkan risiko atau gejala gout ialah:\n\nSementara itu, makanan yang boleh mengurangkan kandungan asid urik penyebab gout adalah seperti:\n\nPengurusan dan Penjagaan Kebajikan Pesakit Gout\n\nPesakit gout perlu sentiasa diberi perhatian dan penjagaan rapi selain mendidik mereka tentang perkara berkenaan gout. Antara halangan yang mengganggu pengurusan pesakit gout yang berkesan adalah apabila:\n\nTerdapat pelbagai rawatan dan ubatan moden yang telah dibangunkan sebagai cara mengubati penyakit gout. Di samping itu, bimbingan dan didikan ke atas pesakit gout dan masyarakat secara umumnya dapat membantu pemahaman mengenai perubahan gaya hidup yang boleh membantu mengurangkan masalah gout dan menambah kualiti kesihatan bersama. Sesungguhnya, pencegahan kepada sesuatu penyakit itu merupakan langkah yang terbaik.\n\nJemput juga abca artikel makanan penyebab gout dan ubat gout."
"Semestinya kita tahu kebaikan meminum jus, terutamanya di waktu pagi. Selain dari enak, ia juga memberi seribu khasiat pada kesihatan anda. Di sini kami kongsikan idea gabungan jus serta kebaikannya pada tubuh anda.\n\nTakkan hari-hari nak minum jus tembikai dan fresh orange di restoran-restoran yang sudah semestinya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buat di rumah lebih mudah, kan? Tahap kebersihannya lebih diyakini.\n\nBerikut ialah idea gabungan jus buah-buahan yang boleh dicuba di rumah beserta khasiat kesihatan yang telah dibuktikan menurut kajian saintifik:\n\n1. Epal + timun + seleri\n\nMengurangkan risiko kanser, mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh dan menyembuhkan masalah sakit perut serta sakit kepala.\n\nMenurut kajian lepas, epal, timun dan seleri mengandungi triterpenoid yang berfungsi sebagai agen antikanser.\n\nKajian saintis di New York pada tahun 2007 melaporkan keberkesanan buah epal dalam merencat pertumbuhan kanser hati, payu dara dan kolon. Kajian tahun 2016 dan 2006 pula masing-masing menunjukkan kesan timun dan daun selero yang positif ke atas perencatan pertumbuhan kanser hati.\n\nDengan kandungan antioksidan yang tinggi khususnya flavonoid, gabungan tiga jenis bahan ini memberikan jus yang kaya dengan khasiat kesihatan untuk membaiki sistem fisiologi tubuh.\n\n2. Tomato + lobak merah + epal\n\nMemperbaiki masalah kulit dan menyelesaikan masalah nafas berbau.\n\nWarna merah dan terang pada tomato, lobak merah dan epal adalah antaranya disebabkan kehadiran anthocyanin dan karotenoid. Kedua-dua bahan ini dilaporkan oleh Eindbond dan rakan-rakan pada tahun 2004 dalam jurnal berprestij Food Chemistry untuk memberikan sifat antioksidan dan antipenuaan yang sangat baik.\n\n3. Lobak merah + halia + epal\n\nGabungan lobak merah, halia dan epal mampu meningkatkan kadar metabolisma dan membersihkan\u00a0sistem tubuh badan anda.\n\nMalah, tambah menarik, penyelidikan bersama antara saintis di Itali dan Portugal berjaya menghasilkan filem yang mengandungi ekstrak buah-buahan tersebut dalam bentuk filem aktif.\n\nFilem aktif dengan antioksidan yang tinggi daripada buah-buahan tersebut sangat bermanfaat untuk memanjangkan tempoh pembungkusan apabila aktiviti antioksidan yang tinggi boleh menyingkirkan serangan radikal luar.\n\n4. Nanas + epal + tembikai\n\nUntuk menghilangkan garam berlebihan dalam badan dan memperbaiki sistem pundi kencing dan buah pinggang.\n\nKhasiat ini dimanfaatkan daripada sifat antihipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi) dan diuretik (penyingkiran garam daripada badan melalui air kencing) yang dimiliki oleh nanas, epal dan tembikai.\n\n5. Epal + timun + kiwi\n\nGabungan jus epal, timun dan kiwi mampu membantu memperbaiki masalah kulit.\n\nSecara saintifiknya, kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Pusat Perubatan Sains Amerika Syarikat pada tahun 2012 melaporkan bahawa buah-buahan tersebut mengandungi sebatian flavonol istimewa yang dikenali sebagai fisetin.\n\nSelain memberi aktiviti antioksidan yang baik bagi membaiki masalah kulit, fisetin sememangnya terbukti berkeupayaan melawan pertumbuhan kanser prostat, pankreas dan paru-paru.\n\nBerdasarkan Laporan Hortikultur Inovasi Australia pada tahun 2015 yang disediakan oleh Dr Nathan O\u2019Callaghan, banyak kajian lepas yang menggabungkan buah pear dan epal dalam melihat kesannya ke atas kandungan gula dalam darah.\n\nTambahan pula, dengan nilai indeks glisemik yang rendah bagi kedua-dua buah tersebut, kawalan gula dalam darah akan menjadi lebih muda. Kandungan asid fenolik yang tinggi dalam pear dan epal dipercayai membantu kesan antidiabetes yang berkesan.\n\n7. Tembikai susu + anggur + tembikai + susu\n\nKaya dengan vitamin C, vitamin B2 dan meningkatkan aktiviti sel serta menguatkan daya ketahanan badan.\n\nSelain itu, menurut penyelidik dari Australia pada tahun 2010, pengambilan buah-buahan ini membantu sistem penghadaman dan penjagaan pencernaan yang lebih baik melalui khasiat serat yang tinggi.\n\n8. Betik + nanas + susu\n\nKaya dengan vitamin C, E dan zat besi. Memperbaiki masalah komplikasi kulit dan meningkatkan metabolisma badan.\n\nSelain dalam bentuk jus, kombinasi ini telah dipersembahkan dalam bentuk jem betik + jem nanas + susu tepung oleh para penyelidik dari India yang menerbitkan hasil kajian mereka di Food Science Research Journal pada tahun 2017.\n\nGabungan ini menghimpunkan antioksidan dan serat yang tinggi dalam betik dan nanas beserta kalsium dan protein yang tinggi dalam susu. Ternyata, kombinasi yang sungguh memmberi banyak khasiat!\n\n9. Pisang + nanas\u00a0+ susu\n\nLebih kurang dengan kombinasi jus sebelum ini, gabungan pisang + nanas dan susu terbukti kaya dengan vitamin dan nutrisi.\n\nHasil jus ini turut menghindarkan dari sembelit dengan kandungan serat yang tinggi dalam pisang, nanas dan susu.\n\n10. Tembikai + Nenas + Oren\n\nGabungan jus buah-buahan ini seperti minuman punch yang banyak dihidangkan di majlis koktail, bukan?\n\nSeawal tahun 1980, formulasi penghasilan jus daripada kombinasi 3 buah ini telah dilakukan dan diterbitkan di jurnal saintifik, Journal of Food Science.\n\nGabungan nutrisi seperti antioksidan, vitamin dan mineral yang terkandung dalam buah-buahan tersebut tanpa penggunaan atau penambahan gula tambahan, menjadikan jus ini sangat perlu dicuba di rumah!\n\nJus buah yang disediakan sendiri ternyata memberi banyak khasiat kesihatan berdasarkan kajian-kajian lepas. Gabungan buah-buahan ini terserah kepada anda yang ingin mengamalkannya, bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.\n\nSesungguhnya, kita amat bertuah kerana dikelilingi oleh sumber alam yang mudah didapati dan murah serta memberikan khasiat kebaikan yang terbaik.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Siapa yang tak teruja tengok donut susu? Nampak saja gambar donut terus Like sampai terliur taknak swipe punya. Apa yang spesial sangat pasal makanan ini? Mungkin kalau donut tabur gula itu sudah biasa bukan? Sekarang ini kita mahu buat donut dengan bahan susu pekat dan berterabur susu tepung.\n\nMakan donut susu masa petang-petang memang terbaik bukan? Walau tampak sederhana namun sedap dan kenyang perut. Jangankan kanak-kanak, mak mertua pak mertua pun suka makan donut macam gini. Sebab dia simple, manis boleh ejas dan bikin ketagih.\n\nTanpa buang masa, sekarang waktunya anda untuk manjakan tekak dengan donut susu viral pula. Mesti teruja sungguh ingin cuba buat bukan? Mari-mari kami kongsikan bersama anda resepi donut susu viral daripada Siti Suliana Ana di laman Facebook. Resepi ini spesial sikit sebab anda boleh pilih ingin donut perisa pandan ataupun biasa.\n\nSelain resepi Donut Susu, kami juga menulis resepi menarik lain. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Terima kasih sudah berkunjung ke laman web kami."
"Jodoh pertemuan adalah kerja Tuhan. Tugas manusia adalah mempertahankan perkahwinan yang telah dibina. Setiap pasangan yang berkahwin mahu kekal sehingga ke akhir hayat. Sayangnya, tidak semua perkahwinan itu akan berjaya seperti yang dirancangkan. Kini ramai wanita terpaksa melalui tempoh iddah setelah sah bercerai.\n\n\n\nAngka kes penceraian semakin hari semakin meningkat. Ada yang bercerai disebabkan sikap curang terhadap pasangan dan ada juga yang bercerai berpunca dari campur tangan pihak yang ke tiga.\n\nIddah Adalah Berbeza Mengikut Jenis Penceraian\n\nJenis iddah ada beberapa jenis. Ianya berbeza mengikut jenis penceraian. Jenis penceraian terbahagi kepada DUA (2) iaitu: \n\nSetiap Perempuan Yang Bercerai Wajib Melalui Tempoh Iddah\n\nDi dalam Islam, setiap perempuan yang bercerai wajib melalui tempoh iddah. Tujuan Iddah ini dikenakan adalah untuk memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin. Ini bagi mengelakkan rasa ragu terhadap nasab sebenar anak sebelum berlakunya perkahwinan baru dengan lelaki yang lain.\n\nIddah turut terbahagi kepada DUA (2) iaitu :\n\nTempoh Iddah Bagi Seorang Wanita Yang Telah Bercerai Hidup dan Mati\n\nTempoh iddah untuk wanita yang bercerai hidup dan mati adalah berbeza. Terdapat TIGA keadaan bagi perempuan yang bercerai masa hidup. Manakala tempoh iddah bagi perempuan yang kematian suami pula ada DUA. \n\nTEMPOH IDDAH UNTUK WANITA YANG BERCERAI HIDUP\n\nTEMPOH IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI\n\nAntara Larangan Untuk Wanita Yang Sedang Di Dalam Iddah \n\n1. Menerima Khitbah Seorang wanita yang baru saja ditalak suaminya, atau ditinggal mati, ketika masa iddah itu dia tidak boleh menerima ajakan atau lamaran (khitbah) dari seorang lelaki lain.\n\n2. Menikah Kalau sekedar menerima lamaran saja diharamkan, maka tentu saja bila menikah lebih diharamkan lagi. Seorang wanita yang dicerai suaminya atau ditinggal mati, harus menunggu sampai masa iddahnya selesai terlebih dulu sebelum berkahwin semula. \n\n3. Keluar Rumah\u00a0Seorang wanita yang sedang menjalani masa iddah diwajibkan melakukan apa yang disebut dengan mulazamtu as-sakan (\u0645\u0644\u0627\u0632\u0645\u0629 \u0627\u0644\u0633\u0643\u0646). Artinya adalah selalu berada di dalam rumah, tidak keluar dari dalam rumah, selama masa iddah itu berlangsung. \n\n4. Berhias\u00a0Seorang wanita yang sedang dalam masa iddah dilarang untuk berhias. Di antara kategori berhias itu adalah seperti menggunakan alat perhiasan seperti emas, perak atau sutera. Menggunakan minyak wangi dan sebagainya. \n\nPenceraian Semakin Berlaku Umpama Sebuah Trend Di Akhir Zaman\n\nBercerai mati sememangnya sudah tidak dapat diubah ketentuan. Walaupun sedih tetapi soal ajal maut tidak dapat dibuat apa. Masalahnya, semakin hari semakin banyak kes cerai hidup yang telah difailkan. Bercerai akibat curang juga semakin menjadi-jadi. Yang akan menerima tempias akibat perpisahan pastinya anak-anak hasil daripada perkahwinan tersebut. \n\nHargailah pasangan dan kenanglah juga segala susah payah tika bersama sejak dulu hingga kini. Untuk apa diturut kata hati. Rumahtangga mana tak dilanda ujian. Perkahwinan mana tak diuji Allah SWT. Tetaapi itu tidak bermakna segalanya hanya boleh selesai dengan kaedah penceraian semata-mata."
"Kata orang tua, bila anak mula menggigit jari kaki tandanya dia nak adik lagi (hihi)\n\nHakikatnya, bayi mula menggigit jari kaki mungkin disebabkan :\n\nGusinya yang mula gatal gusi untuk tumbuh gigi.\n\nTabiat menggigit ini mula terjadi seawal usia bayi 4 bulan.\u00a0Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda boleh mula memberikannya sesuatu yang lembut seperti teether bagi kegunaan digigit bagi melegakan rasa gatal tersebut.\n\nGejala teething berbeza beza mengikut bayi.\u00a0Ada yang menyebabkan kerengsaan dan ketidak selesaan pada bayi dan ada juga yang tiada terkesan apa apa.\n\nAntara kesan teething ialah \u00a0bengkak gusi, sering menggigit dan mengunyah, memasukkan jari ke dalam mulut, tidur yang tidak nyenyak dan kegelisahan, kurang menyusu susu ibu dan mungkin juga ruam lampin berikutan terlalu kerap membuang air besar.\n\nDapatkan teether dengan saiz dan umur yang sesuai untuk bayi anda.\u00a0Design nya bukan sahaja membantu proses Teething si comel namun ia merangsang tumbesaran kognitifnya ketika memegang Teether tersebut.\n\nSesuatu yang lembut dan tidak merbahaya adalah penting untuk si kecil anda!\u00a0Lebih jimat untuk mendapatkan teether jenis berus gigi seperti dibawah kerana ia boleh digunakan terus sebagai berus gigi.\n\nPastikan materialnya daripada bahan yang selamat ya ibu!\n\nSokong bayi anda dengan kata kata yang menggalakkan.\u00a0Proses Teething berlangsung selama setahun ke dua tahun pertama.\u00a0Hargai dan laluinya bersama sama dengan gembira dan bermakna ya.\n\nDan mungkin juga ia \u00a0benar benar maksudkan bahawa dia mahukan adik"
"Begitu sempurnanya agama Islam, sehinggakan ketika kita ingin menaiki kenderaan juga diajarkan supaya kita berdoa. Selaku hamba, kita sentiasa memohon perlindungan dari Allah swt dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, begitu juga ketika kita menaiki kenderaan.\n\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u2013 \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652 \u0633\u064e\u062e\u064e\u0651\u0631\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064f\u0642\u0652\u0631\u0650\u0646\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e. \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0645\u064f\u0646\u0652\u0642\u064e\u0644\u0650\u0628\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u2013 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u060c \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u060c \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a\u0652 \u0638\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652\u062a\u064f \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u064a\u0652 \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a\u0652\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0630\u064f\u0651\u0646\u064f\u0648\u0652\u0628\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e\n\nMaksudnya, \u201cDengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang memudahkan ini (kenderaan) untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami (di hari Kiamat). \n\nSegala puji bagi Allah (3x), Allah Maha Besar (3x), Maha Suci Engkau, ya Allah! Sesungguhnya aku menganiaya diriku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.\u201d (HR Abu Daud: 3/34, At-Tirmizi: 5/501, dan lihat Sahih At- Tirmidzi: 3/156)\n\nKesalahan Lazim Ketika Membaca Doa Menaiki Kenderaan\n\nBacaan doa naik kenderaan ini adalah dari potongan ayat al-Quran. Oleh sebab itu, seharusnya kita itu, membaca doa ini dengan tajwid yang betul. Selain itu, bacaan yang betul juga akan menyebabkan makna ayat yang dibaca juga betul, dan tidak mengelami sebarang kesilapan makna.\n\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652 \u0633\u064e\u062e\u064e\u0651\u0631\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064f\u0642\u0652\u0631\u0650\u0646\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e. \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0645\u064f\u0646\u0652\u0642\u064e\u0644\u0650\u0628\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\nSUBHAANAL LADZII SAKHHORO LANAA HAADZAA WA MAA KUNNAA LAHUU MUQRINIIN, WA INNAA ILAA ROBBINAA LAMUNQOLIBUUN\n\nKebiasaannya, ramai antara kita yang tersilap baca pada 2 tempat ini, iaitu:\n\nSepatutnya bacaan \u2018na\u2019 pada huruf \u2018kunnaa lahuu\u2019 dipanjangkan dan huruf \u2018qof\u2019 pada \u2018qolibuun\u2019 dipendekkan. Kebiasaannya, apa yang selalu terjadi ialah sebaliknya.\n\nMereka pendekkan na dan panjangkan qof. Doa ini adalah petikan dari ayat al-Quran (Surah Az-Zukhruf, Ayat 13-14). Maka sebab itu, kita harus memastikan bacaan kita adalah betul, kerana pastinya maksud doa akan jadi berbeza jika tersilap baca.\n\nSelain membaca doa menaiki kenderaan, terdapat juga adab-adab lain yang boleh kita amalkan ketika menaiki kenderaan. Antaranya:\n\n1) Bertakbir Dan Bertasbih Selama Perjalanan\n\nJabir\u00a0ra\u00a0berkata,\u00a0\u201cKami bertakbir ketika melewati jalan yang naik, dan bertasbih ketika melewati jalan yang turun\u201d. (HR Al-Bukhari)\n\nDari hadis ini, kita dapat ketahui bahawa ketika kenderaan menaiki tempat-tempat yang tinggi seperti menaiki bukit di Cameron Highland, maka ucapkan:\u00a0\u2018Allahu Akbar\u2019. Manakala, ketika menuruni tempat-tempat yang lebih rendah ucapkan:\u00a0\u2018Subhanallah\u2019.\n\nBertakbir manakala menaiki tempat yang tinggi akan membuat kita merasakan kebesaran Allah\u00a0swt serta keagunganNya. Sedangkan bertasbih ketika menuruni tempat yang rendah akan membuat kita merasakan kesucian Allah\u00a0swt\u00a0dari segala kekurangan.\n\nRasulullah\u00a0saw\u00a0melarang kita mengutuk syaitan ketika tergelincir dari kenderaan, tetapi mengajarkan kita untuk mengucapkan,\u00a0\u2018Bismillah\u2019.\n\nUsamah bin Umair\u00a0ra\u00a0menceritakan,\u00a0\u201cAku pernah dibonceng Nabi saw lantas tunggangannya tergelincir, maka aku berkata, \u201ctergelincirlah syaitan\u201d.\u00a0Maka Nabi berkata, \u2018Janganlah kamu katakan tergelincirlah syaitan.\u00a0Jika kamu berkata demikian, dia (syaitan) akan membesar hingga sebesar rumah, dan berkata, \u2018Dengan kekuatanku.\u2019 Akan tetapi katakanlah, \u2018Bismillah\u2019. Jika kamu berkata demikian, dia akan mengecil hingga sekecil lalat.\u201d\u00a0(HR Abu Daud)\n\nJika kenderaan yang kita naiki tergelincir atau terbabas mungkin atas faktor-faktor jalan yang tidak elok, teruslah ucapkan \u2018Bismillah\u2019. Menyebut nama Allah swt\u00a0akan meleburkan syaitan sebagaimana air meleburkan garam.\n\nDi antara adab berkenderaan adalah tidak membebani kenderaan dengan muatan yang berlebihan. Sebagai contoh, jika motorsikal hanya mampu membawa 2 orang, janganlah kita menunggang motosikal sehingga 4 orang di atasnya.\n\nRasulullah\u00a0saw pernah memboncengkan sebahagian sahabatnya seperti Mu\u2019adz, Usamah, Al-Fudhail, begitu juga memboncengkan \u2018Abdullah bin Ja\u2019far dan Hasan atau Husain bersama-sama, semoga Allah\u00a0Ta\u2019ala\u00a0meredhai mereka semua.\n\nMembebani kendaraan melebihi daya angkut yang telah ditetapkan merupakan suatu bentuk kezaliman. Hal ini akan menyebabkan kendaraan menjadi rosak dan ini merupakan bentuk pembaziraan harta.\n\n4) Memandang Kenderaan Yang Lebih Rendah\n\nRasulullah\u00a0saw memberi petunjuk kepada umatnya bagaimana cara memperkuat rasa syukur atas pelbagai nikmat yang Allah\u00a0saw\u00a0anugerahkan adalah dengan selalu memandang orang yang berada di bawahnya dalam akal, nasab (keturunan), harta, dan berbagai nikmat. Baginda saw bersabda,\n\n\u0627\u0646\u0652\u0638\u064f\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0623\u0633\u0652\u0641\u064e\u0644\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u0646\u0652\u0638\u064f\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0641\u064e\u0648\u0652\u0642\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u061b \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0623\u062c\u0652\u062f\u064e\u0631\u064f \u0623\u0646\u0652 \u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u0632\u0652\u062f\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652\n\nMaksudnya, \u201cLihatlah orang yang lebih rendah dari kalian, dan jangan melihat orang yang di atas kalian. Itu lebih layak untuk kalian agar tidak memandang hina nikmat yang Allah anugerahkan kepada kalian.\u201d\u00a0(HR Muslim)\n\nDari hadis ini kita dapat ketahui bahwa, jika menaiki kereta, lihatlah orang yang menaiki motorsikal. Manakala, jika kita menunggang motorsikal, lihatlah orang yang sedang berbasikal. Tujuannya adalah kita akan merasa syukur dengan apa yang kita miliki.\n\nKenderaan sudah menjadi suatu keperluan dalam kehidupan seharian manusia. Kenderaan bukan sahaja membantu pergerakan serta pekerjaan kita sehari-hari menjadi lebih mudah, tetapi juga ia memudahkan kita untuk bermusafir.\n\nSekiranya kita berkenderaan kerana tujuan musafir, adalah lebih baik, jika kita turut membaca doa-doa lain selain daripada doa menaiki kenderaan. Ini kerana, dalam sebuah hadis disebutkan,\n\n\u062b\u064e\u0644\u064e\u0627\u062b\u064f \u062f\u064e\u0639\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d \u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u062c\u064e\u0627\u0628\u064e\u0627\u062a\u064c \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0643\u0651\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0646\u0651\u064e: \u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0638\u0652\u0644\u064f\u0648\u0645\u0650\u060c \u0648\u064e\u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u0650\u060c \u0648\u064e\u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u0650\u0647\u0650\n\nMaksudnya, \u201cTiga waktu diijabahi (dikabulkan) doa yang tidak diragukan lagi iaitu: (1) doa orang yang dizalimi, (2) doa seorang musafir, (3) doa orang tua pada anaknya.\u201d (HR Ahmad 12/479 no. 7510, At-Tirmidzi 4/314 no. 1905, Ibnu Majah 2/1270 no. 3862. Syaikh al-Albani menghasankan hadis ini)\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Doa Menaiki Kenderaan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Seorang mengadu isterinya jauh dari amalan Islam. Tak solat langsung. Tak nak tutup aurat. Suka bersosial. Lelaki tadi baru-baru dapat hidayat. Dia benar-benar sedih dan rasa benar-benar kecewa.\n\nDia balik rumah dan masuk bilik. Menangis dalam doa. Ya Allah maafkanlah hambaMu ini. Selamatkanlah isteriku. Selamatkanlah kami. Maafkan kerana salah diriku selama ini, isteriku tidak faham Islam.\n\nDia hadiahkan isterinya bunga. Kemudian pujuk isterinya. Sayang cantik dan sempurna. Sayang bidadari abang dunia dan akhirat. Sayang sempurna di mata abang. Sayanglah bidadari paling cantik dalam syurga nanti. Sikit jer lagi sayang. Abang janji dengan kita dekat diri pada Allah kita akan rasa bahagia yang sebenarnya. Bahagia ni dari Allah.\n\nIsterinya setiap malam dengar suaminya baca Al-Quran dan hadis Nabi saw. Kemudian bersama suaminya belajar Islam. Meluangkan masa di jalan Allah. Tengah malam suaminya bangun menangis pada Allah. Ya Allah betapa hati ini menyayangi isteriku. Kau sayangilah dirinya. Sayangilah kami. Ya Allah pimpinlah kami sehingga kami peroleh redhaMu.\n\nIsterinya mula berubah. Dia terasa benar-benar bahagia. Saat taat Allah itu lebih bahagia. Siapa sangka bertudung itu lebih nikmat dari terbuka sana sini. Siapa tahu nikmat di jaga dan dicemburui suami itu lebih nikmat dari hidup macam burung yang bebas. Hanya yang melalui akan merasainya. Itulah nikmat TAAT dan CINTA ALLAH.\n\nBangunkanlah pasangan kita dengan kasih sayang dan iman. Syukurilah hidup ini. Redha dengan segalanya."
"Masih ingatkah kita tentang azam dan matlamat kita apabila kita sudah bergelar ibu ayah? Ramai di kalangan kita berniat dan berusaha untuk menjadi ibu ayah yang positif setiap hari.\n\nTetapi ramai juga yang tersasar. Setiap kali tersasar, ingatlah bahawa kita sebenarnya berada di \u2018track\u2019\u00a0 yang betul. Kerana, kita sebagai insan yang diuji ini telah mengaku tersasar, lalu berniat untuk mahu berubah.\n\nBagaimanakah cara untuk kita berubah dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan terhadap anak-anak? Ayuh kita mulakan dengan perkara kecil terlebih dahulu, semoga ianya menjadi asbab untuk kita terus berubah ke arah perkara kebaikan yang lebih besar.\n\n7 KESILAPAN IBU AYAH DAN ALTERNATIF PENAMBAHBAIKAN\n\nSetiap daripada kita pasti pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan. Menjadi ibu ayah juga, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.\n\nKesilapan demi kesilapan yang kita lakukan sebenarnya mengajar kita tentang banyak perkara berkaitan dengan matlamat keibubapaan hari ini.\n\nAyuh kita baiki 7 perkara yang sering kita lakukan terhadap anak-anak ini, yang mungkin tidak kita sedari ianya adalah suatu kesilapan.\n\nSedar atau tidak, kerap kali kita sebagai ibu ayah tersilap dengan terus \u2018react\u2019\u00a0 kepada perkara yang disampaikan oleh anak. Pada kebiasaannya, kita langsung memarahi anak atau terus membuat \u2018judgement\u2019\u00a0 kepada perkara tersebut tanpa respon kepada mereka.\n\nMulai hari ini, ayuh niat dan sasarkan untuk respon kepada perkara yang anak sampaikan kepada kita dan elakkan \u2018react\u2019.\n\nUsah terburu-buru \u2018react\u2019\u00a0 dan membuat penilaian. Beri respon dengan bertanyakan kepada mereka perkara yang sebenarnya terjadi, tunjukkan rasa empati kita dengan situasi tersebut dan jelaskan kepada mereka tentang perkara itu.\n\nKita mungkin tidak sedar yang kita sering kali berwajah serius dan masam apabila berhadapan dengan anak-anak. Kesannya, apabila kita ingin menegur anak, mereka akan menjadi takut untuk bercakap atau bercerita.\n\nMulai hari ini, jom serlahkan wajah baik kita yang manis dengan senyuman kepada anak dan pandang matanya apabila ingin berbicara. Dengan cara ini, anak akan rasa lebih \u2018relaks\u2019 untuk bercerita, mudah menerima teguran dan lebih bersedia untuk mendengar nasihat kita.\n\nSesetengah ibu ayah tidak membenarkan anak bercakap terlebih dahulu. Konsep mereka adalah ibu ayah bercakap dahulu, kemudian baru anak boleh bercakap.\n\nPeraturan ini tanpa disedari sebenarnya boleh membantutkan hasrat anak untuk bercerita tentang perkara sebenar kerana dikhuatiri akan dibangkang serta dimarahi oleh ibu ayah.\n\nPraktikkan konsep yang lebih baik iaitu konsep \u2018give first\u2019\u00a0 dengan mendengar terlebih dahulu cerita anak. Setelah selesai anak bercerita, barulah kita pula bercerita dan berbicara padanya.\n\n4. BERKATA \u2018TIDAK BOLEH\u2019 / \u2018NO\u2019\u00a0 TANPA TELITI PERMINTAAN ANAK\n\nMelihat kepada pengalaman atau momen lampau anak, kerap kali kita sebagai ibu ayah berkata \u2018tidak boleh\u2019 atau \u2018no\u2019\u00a0 tanpa memahami seluruh makna permintaan anak.\n\nSebagai alternatif, katakan YA atau BOLEH kepada permintaan anak, kemudian baru diselitkan dengan TAPI untuk perkara yang kita tidak benarkan.\n\nSebagai contoh, jika anak minta untuk bermain di taman permainan serta membeli mainan atau \u2018junk food\u2019\u00a0 di sana, ibu ayah boleh berkata begini :\n\n\u201cAbang boleh bermain di taman permainan, tetapi kita tidak boleh beli mainan / makanan manis, Papa dah bawakan air masak dan bekalan buah untuk abang\u201d.\n\nBukan sekadar berkata \u2018tidak boleh\u2019 atau \u2018no\u2019.\u00a0 Kita seharusnya teliti permintaan anak serta jelaskan dengan baik perkara yang kita benarkan dan tidak benarkan.\n\n5. LUPA PUJI ANAK SEBELUM TEGUR\n\nKita sering kali terlupa untuk memuji kebaikan atau kelebihan anak sebelum menegur mereka. Pada kebiasaannya, kita terus menegur kesilapan anak sehingga terlupa untuk memuji niat sebenar dan bakat anak bijak ini.\n\nSeeloknya, puji anak terlebih dulu setiap kali sebelum menegurnya. Sebagai contoh :\n\n\u201cBagus, kakak berani kacau air panas ni, tetapi kacau dengan perlahan agar air tidak tertumpah.\u201d\n\n\u201cBerani dan kreatif abang bergayut dalam kereta, tetapi kita hanya boleh bergayut di taman permainan, lebih selamat berbanding di dalam kereta.\u201d\n\n\u201cPandai adik mengecat, tetapi berhati-hati ya adik agar tidak terlanggar cat sehingga tertumpah.\u201d\n\nDengan cara ini, anak akan berasa diri mereka dihargai dan akan lebih berhati-hati agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi.\n\nDalam kesibukan kita melakukan tugasan harian, kita sering kali terlupa untuk menghadiahkan pelukan lama yang \u2018powerful\u2019\u00a0 untuk anak-anak. Alasan kita adalah masa yang kita ada sangat terhad.\n\nSekiranya kita benar-benar sibuk, satu pelukan yang berkualiti setiap hari juga sudah memadai. Jom peluk anak minima 16 saat, buat sekurang-kurangnya 1 kali sehari. Kemudian, kita boleh tambah bilangannya kepada 3 hingga 5 kali sehari.\n\nAyuh sasarkan untuk peluk setiap anak, setiap hari, sebaiknya pada waktu pagi, sebagai permulaan hari yang hebat untuk mereka.\n\n7. LUPA BERDOA UNTUK ANAK SEBELUM TIDUR\n\nTidak dinafikan, kerap kali kita sebagai ibu ayah hanya berdoa untuk anak ketika usai solat sahaja dan anak tidak mendengar perkara yang didoakan untuknya itu.\n\nPada waktu malam pula, mungkin juga anak-anak tidur dengan membaca doa sebelum tidur sahaja, tanpa mesej untuk mereka memperkukuh tingkahlaku baik mereka pada keesokan hari.\n\nAyuh amalkan untuk turut mendoakan anak sebelum anak tidur pada waktu malam sambil didengari oleh anak. Sebutkan hasrat kita kepada anak dengan menyebut perkataan yang positif agar anak tahu perkara yang kita mahukan daripada mereka.\n\nSebagai contoh, apabila kita mahu anak bangun pagi dengan ceria, tersenyum gembira dan tidak menangis, sebelum tidur pada waktu malam, ibu ayah boleh katakan begini kepada anak :-\n\n\u201cAmmar senyum bangun pagi esok, Ammar gembira nak ke sekolah esok,\u00a0Ammar solat Subuh awal pagi esok,\u00a0Ammar cepat siap ke sekolah.\u201d\n\nSemoga dengan penutup hari sebegini, ianya bakal membangkitkan emosi positif dalam diri anak apabila anak bangun pagi setiap hari.\n\nKita semua hamba Allah, insan biasa yang pasti diuji dengan pelbagai ujian. Setiap kesilapan yang kita lakukan juga adalah ujian daripada Allah agar kita menjadi insan yang sentiasa belajar daripada kesilapan.\n\nBertuah sebenarnya apabila diri kita diuji. Ujian tanda Allah sayang dan\u00a0Allah dekat dengan kita.\u00a0Allah sentiasa perhatikan kita, Allah mahu beri apa yang kita hajati dan Allah mahu tunaikan hasrat kita itu.\n\nAllah mahu menaikkan darjat kita sebagai ibu ayah dengan menguji kesabaran dalam diri kita apabila kita melakukan kesilapan.\n\nOleh itu, sentiasa berdoa, sabar, bersangka baik, dan berusaha untuk memperbaiki diri kita setiap hari. Semoga kita menjadi ibu bapa yang dapat mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan sentiasa dirahmatiNya."
"Buah-buahan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Sebagai contoh buah epal mempunyai khasiat yang bagus dalam penghadaman. Buah epal bersifat fiber sebab itu ia bagus untuk penghadaman. Selain itu, buah oren kaya dengan vitamin dan mineral.\n\nBuah-buahan tempatan juga banyak khasiatnya. Contoh, pisang memberi sumber tenaga yang segera serta mengatasi masalah sembelit. Buah betik pula mengandungi antioksidan. Buah-buahan tempatan lain juga mempunyai khasiat yang tinggi. \n\nBagaimana pula dengan khasiat buah durian belanda? Adakah khasiatnya sama seperti durian biasa? Ada yang mengatakan durian belanda lebih berkhasiat berbanding kunyit hitam dalam mencegah kanser. Betulkah fakta ini?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai buah durian belanda lebih berkhasiat berbanding kunyit hitam. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.\n\nKunyit hitam adalah bahan berkhasiat antioksidan yang dikenali sebagai metoksiflavon. Jenis bahan ini juga hadir dalam kulit limau kalamansi. Bahan berkhasiat kunyit hitam diserap ke dalam darah manusia pada kadar yang sangat rendah iaitu 1-4%.\n\nBahan ini juga diserap dalam bentuk yang diikat. Jika sesuatu jenis bahan berkhasiat kurang diserap ke dalam darah dan diserap dalam bentuk yang diikat, jadi ia akan kurangkan kekuatan bahan tersebut dan kurang memberi kesembuhan.\n\nDurian belanda kaya asid fenolik bebas. Bahan berkhasiat ini diserap ke dalam darah dengan segera dalam bentuk bebas dan diserap pada kadar yang tinggi sehingga 74%.\n\nBahan berkhasiat dalam madu kelulut juga diserap ke dalam darah dalam bentuk bebas, jadi kombinasi buah durian belanda dengan madu kelulut adalah yang terbaik berbanding kunyit hitam.\n\n*Kesimpulannya, kedua-duanya mempunyai khasiat yang bagus untuk tubuh badan. Cuma kombinasi antara buah durian belanda dan madu kelulut lebih efektif berbanding kombinasi antara kunyit hitam dan madu kelulut. Jadi, selepas ini boleh lah cuba gabungkan buah durian belanda dan madu kelulut. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Dewasa ini kita dapat lihat pelagai makanan tambahan/supplemen dijual bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang bertanya saya tentang pengambilan supplemen, bagi saya mudah.\n\nJika anda boleh mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dengan mencukupi daripada makanan harian anda, TIDAK PERLUlah ambil sebarang supplemen. Namun pada masa sekarang kebanyakan raw food yang kita ambil telah diubahsuai genetiknya (genetically modified food), jadi perlu hati-hati.\n\nSatu contoh, jika anda sudahpun mempunyai BMI yang ideal dan anda meminta supplemen untuk menurunkan berat badan, adakah saya akan syorkan? Tentulah tidak, kerana anda tidak perlu supplemen tersebut!\n\nTetapi bagi sebahagian golongan, tidak kira lelaki mahupun wanita yang berada dalam keadaan/kondisi tertentu, seperti:\n\n#1 Keperluan nutrien anda bertambah, contohnya mengandung/menyusukan serta anda tidak mampu konsisten untuk mencukupkan keperluan zat melalui diet biasa anda\n\n#2 Kerap mengalami simptom seperti letih dan tak bermaya sedangkan pekerjaan anda menuntut untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari (contohnya surirumah sepenuh masa dengan anak-anak yang ramai/aktif)\n\n#3 Anda selalu berada dalam kesibukan sehingga susah untuk mendapatkan makanan seimbang pada waktu yang sesuai sehingga pengambilan gizi yang lengkap terjejas (contohnya doktor yang sangat sibuk oncall selang sehari sehingga pemakanan dan tidur yang cukup terpaksa dikorbankan)\n\nSebenarnya dalam perubatan moden juga, ada banyak contoh penggunaan supplemen, contohnya;\n\nJadi pada pendapat peribadi saya, untuk golongan spt yang disebutkan di atas, tiada masalah untuk ambil supplemen bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian.\n\nTapi bijaklah memilih supplemen yang berkualiti, preferably non-GMO dan ambil dengan cara yang betul dan tepat. Menjaga kesihatan itu sangat dituntut oleh agama kerana kesihatan yang baik adalah salah satu kunci ibadah yang sempurna.\n\nIni hanyalah pendirian peribadi saya, dan ia tidak mewakili semua doktor yang lain. Saya tahu ramai yang kurang setuju/tidak pro-supplemen di luar sana, dan saya sangat hormati dan tetap hargai jika ada perbezaan pendapat.\n\nJika anda rasa anda termasuk golongan yang perlukan supplement dan inginkan konsultasi, silalah berbuat demikian 011-3205 7105"
"Sakit sungguh kalau terkena ulser mulut. Setiap masa sakit. Nak bercakap rasa sakit. Waktu nak makan lagi lah, boleh menangis dibuatnya. Lagi susah hati kalau ulser terjadi kat anak kecil. \n\nMenangis-nangis mengadu sakit. Yang sebenarnya apa punca ulser mulut? Macam mana ulser boleh tiba-tiba muncul dalam mulut? Jom ketahui punca ulser mulut supaya anda boleh elakkan dimasa hadapan.\n\nApakah ulser mulut? Ulser mulut adalah tompokan putih yang merupakan sejenis kudis yang terdapat di bahagian lembut mulut kita termasuk gusi, bahagian dalam pipi, dan lidah. Rasa sakit yang disebabkan oleh ulser mulut akan menyebabkan anda hilang selera makan dan kesukaran untuk bercakap.\n\nApakah punca ulser mulut? Di antara punca yang paling kerap berlaku ialah:\n\nPunca ulser mulut yang pertama ialah disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas. Kalau anda perhatiakan, semasa cuaca panas ramai yang akan jatuh sakit. Ramai yang akan mengalami demam, batuk, selsema, bengkak tonsil, dan ulser mulut. Ini berlaku kerana cuaca panas akan menyebabkan badan anda kekeringan dan kekurangan air lalu menyebabkan mulut dan bibir anda pecah lalu menjadi ulser.\n\nSekiranya anda sedang demam, suhu tubuh badan anda akan meningkat lalu menyebabkan ulser akan berlaku dalam mulut anda. Lazimnya, semakin tinggi suhu badan anda, semakin tinggi risiko untuk anda mendapat ulser mulut. \n\nOleh itu, jika anda sedang demam, pastikan anda kawal suhu badan agar tidak menjadi terlalu tinggi kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan anda mendapat ulser malah demam yang terlalu tinggi boleh membawa komplikasi yang lain seperti sawan tarik dan kerosakan otak.\n\nJika anda kurang minum air, badan anda akan menjadi kering dan mengalami keadaan kekurangan air atau dehydration. \n\nApabila badan anda tidak mendapat air yang secukupnya, anggota badan dan organ anda akan mengering. Rongga mulut anda juga akan kering lalu menyebabkan timbulnya ulser. Oleh itu, untuk mengelakkan ulser pastikan anda minum air kosong dengan secukupnya setiap hari.\n\nKadang-kala, ulser berlaku disebabkan oleh tabiat anda yang suka menggosok gigi dengan terlalu kuat. Apabila anda menggosok gigi dengan terlalu kuat, berus gigi anda berisiko untuk terbabas dan melanggar gusi, bahagian dalam pipi, dan lidah lalu menyebabkan luka. \n\nLuka di dalam mulut yang sentiasa basah dan penuh dengan kuman akan menjadi ulser mulut dalam masa sehari. Oleh itu, gosok gigi anda dengan cermat dan perlahan-lahan agar tidak mendapat luka dalam mulut yang akan menjadi ulser.\n\nPunca ulser yang seterusnya ialah disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus, dan fungus di dalam mulut. Kehadiran bakteria, virus, dan fungus semasa mulut anda terluka akan menyebabkan berlakunya jangkitan kepada luka tersebut lalu melarat menjadi ulser. \n\nJangkitan boleh berlaku disebabkan oleh berkongsi makanan, berkongsi air, berciuman, atau pun melakukan oral seks.\n\nPunca ulser mulut yang ini adalah yang paling popular dan kerap berlaku. Pernah tak anda tergigit lidah atau bibir semasa makan? Atau semasa bercakap? Akhirnya anda akan mendapat luka di dalam mulut dan luka tadi akan bertukar kepada ulser mulut yang menyakitkan.\n\nKekurangan zat makanan juga boleh menyebabkan anda mendapat ulser yang berulang. Ini kerana badan anda tidak mendapat vitamin, mineral, dan gizi yang secukupnya. \n\nTerkena dawai alat ortodontik\u00a0semasa rawatan pergigian\n\nTahukah anda bahawa terkena dawai alat ortodontik semasa mendapatkan rawatan pergigian juga adalah di antara punca ulser mulut. Apabila mulut anda terkena dawai yang tajam, ia akan menyebabkan luka yang akhirnya bertukar menjadi ulser.\n\nSesetengah penyakit kronik juga akan menyebabkan anda mudah mendapat ulser. Ini berlaku kerana penyakit kronik malah ubat dan rawatan yang diberikan untuk mengatasi penyakit tersebut akan menyebabkan imuniti anda menurun. Di antara penyakit kronik yang sering dikaitkan dengan ulser mulut ialah:\n\nJika anda berada dalam keadaan yang tertekan, risiko anda untuk mendapat ulser akan meningkat. Ini kerana tekanan akan menyebabkan imuniti badan anda menurun dan mudah mendapat jangkitan dan penyakit.\n\nSelain tekanan, kurang rehat juga akan menyebabkan anda mendapat ulser mulut. Oleh itu, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya setiap hari.\n\nKurang tidur juga akan menyebabkan anda mendapat ulser mulut. Oleh itu, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya setiap hari agar kesihatan anda terjaga dan tidak mendapat ulser mulut yang menyakitkan.\n\nBagaimanakah cara untuk menghilangkan ulser mulut? Di antara cara yang paling berkesan untuk menghilangkan ulser mulut ialah dengan cara:\n\n Itulah dia punca ulser mulut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca demam denggi dan punca sedu"
"Anda inginkan kelainan untuk menu minum petang? Kali ini kami bawakan resepi langos iaitu Hungarian Flat bread yang selalunya dihidangkan bersama krim masam. Ianya amat terkenal sebagai makanan jalanan di Hungary.\n\nCara pembuatan langos amat mudah kerana ia menggunakan bahan yang mudah untuk kita dapati. Bahan \u2013 bahannya seperti tepung gandum, yis dan susu tidak asing lagi dengan kita. Malahan, ianya boleh didapati dirumah kita sekarang ini. Langos amat sesuai dihidangkan bersama bermacam \u2013 macam jenis inti, yang manis ataupun yang pedas. Bergantung kepada selera anda!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Alawiyah Alwani Adnan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nIngin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!"
"Daun dan biji ketumbar banyak digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional kesihatan. Oleh kerana terdapat banyak manfaat dan kegunaannya dalam kehidupan seharian kita, adalah lebih baik ia sentiasa ada di rumah.\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara tanam daun ketumbar dengan betul dengan menggunakan beberapa kaedah penanaman yang terbaik.\n\nPokok ketumbar atau coriander adalah tumbuhan yang dikategorikan sebagai daun herba dan amat terkenal di kalangan masyarakat Asia dan Latin sebagai bahan tambahan dalam masakan.\n\nBoleh dikatakan keseluruhan pokok ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Contohnya daun ketumbar boleh digunakan untuk masakan seperti sup dan tomyam. \n\nBiji ketumbar boleh dijadikan rempah. Akar ketumbar pula boleh dijadikan ikhtiar untuk perubatan tradisional.\n\nBeza daun ketumbar dan daun sup\n\nSiapa kata hendak tanam daun ketumbar perlu ruang yang besar dan luas sahaja? Ruang yang sempit dan terhad seperti pasu bunga juga sesuai untuk digunakan untuk menanam daun ketumbar asalnya ia berpandukan langkah yang betul.\n\nBerikut ini kami kongsikan beberapa langkah atau cara tanam daun ketumbar dalam pasu untuk rujukan anda.\n\nKenapa pokok ketumbar cepat mati dan layu?\n\nRamai orang mengadu mengapa pokok ketumbar yang mereka tanam, baru sahaja tumbuh tunas sikit sudah layu atau mati. Jika boleh bercambah pun pasti tidak tahan lama.\n\nSatu perkara yang anda perlu tahu. Sebenarnya pokok ketumbar dan pokok daun sup sangat alah kepada air. Hanya bahagian akarnya sahaja yang perlu bersentuhan dengan air.\n\nNamun ramai yang menanamnya dengan cara merendam sampai ke pangkal batang dahan. Hal inilah yang menyebabkan bahagian yang terendam rosak. \n\nSelain dari tips cara tanam daun ketumbar ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan ilmu perkebunan seperti:"
"Anda baru sahaja memasuki apa yang biasanya dirujuk sebagai \u201ctempoh fetus\u201d. Bayi anda sekarang menelan cecair dan menjadi aktif dengan jumlah tendangan yang ketara.\n\nTisu dan organ di dalam tubuh bayi anda akan mula berkembang pada suatu kadar pecut. Ginjal, usus, otak, dan hati sedang membina sel-sel darah merah, menggantikan kantung yolka yang mulai lenyap, dan berfungsi walaupun masih banyak pertumbuhan sepanjang kehamilan anda.\n\nKuku kecil dan jari-jari yang lebih jelas serta jari kakinya mulai timbul di mana sebelum ini adanya webbing di antara setiap angka. Juga, rambut lembut seperti pada buah pic sedang tumbuh pada badan bayi anda.\n\nPerubahan Yang Boleh Dijangka Sepanjang Kehamilan Minggu 10\n\nSekarang anda sudah pun mencapai kehamilan minggu ke-10. Semasa lawatan doktor berikutnya, anda akan mendengar denyutan jantung bayi anda buat pertama kalinya. Dengan menggunakan stetoskop Doppler (sejenis alatan ultrabunyi), doktor anda akan meletakkan alat tersebut di atas perut anda dan mendengar bunyi pantas jantung bayi anda.\n\nIa serupa dengan bunnyi seekor kuda yang menderap. Momen istimewa ini adalah momen pertama dari tubuh yang anda kongsi bersama-sama bayi anda.\n\nAnda mungkin mahu mempertimbangkan pakaian hamil pada tempoh berdekatan ini. Uterus anda bersaiz sebesar sebiji pear sebelum anda hamil dan sekarang ia sebesar limau gedang. Di antara sedikit kenaikan berat badan, kembung perut, payudara melembut, pilihan pakaian hamil adalah situasi mengikut kes dan apa yang penting adalah anda berasa gembira dan selesa, yang bermaksud bayi anda juga gembira dan selesa.\n\nSenaman pada masa ini tidaklah amat terhad tetapi ia adalah idea yang bagus untuk bertanya doktor anda tentang aktiviti fizikal yang betul yang anda boleh terlibat. Berenang dan berjalan adalah aktiviti yang disyorkan sepanjang kehamilan dan ini semua akan memberikan kebaikan yang anda akan terima kerana kekal aktif.\n\nSenaman menajamkan ton otot, membina kekuatan, dan meningkatkan daya ketahanan. Ketiga-tiga atribut positif ini akan menyumbang dalam menguruskan tempoh anda perlu membawa berat tambahan. Ia akan mengurangkan kesakitan fizikal semasa melahirkan, dan akan memudahkan peralihan untuk mendapatkan semula rutin senaman yang anda sudah berlatih sebelum hamil.\n\nSesuatu untuk dipertimbangkan pada masa ini adalah kemungkinan berlakunya jangkitan sepanjang kehamilan. Jangkitan trek kencing adalah jangkitan bacteria yang paling kerap direkodkan pada wanita hamil.\n\nTahap progesteron yang lebih tinggi daripada paras biasa melawan keseimbangan hormon tubuh anda dengan cara memudahkan trek kencing anda. Ini menyebabkan aliran kencing yang perlahan dan membenarkan bacteria untuk memiliki banyak masa untuk berkembang.\n\nBakteria jangkitan usus bergerak dari rectum kepada uretra anda dan terus bergerak sehingga ke trek kencing anda dan terus berkembang. Ini akan membawa kepada jangkitan pundi yang dikenali sebagai cystisis. Simptom keadaan ini termasuk ketidakselesaan, pedas berdesing semasa kencing, keperluan untuk kencing lebih kerap, dan kesakitan pada bahagian bawah abdomen.\n\nMaklumkan kepada doktor anda jika anda mengalami mana-mana simptom ini. Tidak mengendalikan cystisis akan menyebabkan kepada jangkitan buah pinggang dan komplikasi yang lain, yang boleh membawa kepada kelahiran pra-matang. Doktor akan mempreskripsikan antibiotic walaupun simptom hilang sebelum selesai.\n\nAda juga keadaan trek kencing yang dipanggil asymptomatic bacteriuria. Jangkitan ini tidak memaparkan sebarang simptom pada 50% wanita yang sedang hamil. Anda diuji untuk keadaan ini pada lawatan pertama anda dengan doktor melalui sampel air kencing dan ia boleh dirawat menggunakan antibiotik.\n\nDua lagi keadaan untuk diambil berat adalah bacteria vaginosis dan jangkitan yis yang biasa. Jangkitan trek alat kelamin bakteria vaginosis boleh juga tidak mempunyai simptom.\n\nJika anda mempunyai simptom, ia adalah termasuk lelehan berwarna muda dan nipis serta berbau dan kemungkinan rasa tidak selesa pada vagina dan vulva anda. Keadaan ini juga akan membawa kepada kelahiran pra-matang atau juga terpecahnya membrane amnion yang mengelilingi bayi sebelum masanya.\n\nJangkitan yis adalah sesuatu yang biasa di kalangan wanita hamil dan sebenarnya lebih mungkin terjadi di kalangan mereka. Kulat halus dalam keluarga Candida dijumpai hampir satu pertiga daripada jumlah semua wanita dan tahap estrogen meningkat berpunca daripada kehamilan telah meningkatkan perkembangan fungal dan yis, di mana ia mengalahkan microorganism yang bersaing dan membawa kepada jangkitan.\n\nJangkitan yis tidak akan memburukkan perkembangan bayi anda dan ia juga tidak menimbulkan ancaman serius kepada bayi anda jika jangkitan ini ada semasa kelahiran. Melalui salur lahir, bayi anda mungkin masuk ke jangkitan biasa yang dipanggil sebagai jangkitan kandida, yang mana dikenalpasti melalui tompok putih dalam mulut bayi anda. Ini adalah biasa, lembut, dan jangkitan yang mudah dirawat."
"Jom baca khasiat kurma untuk kesihatan yang terlalu banyaknya.Lebih-lebih lagi khasiat kurma untuk ibu mengandung. Power betul!\n\nBuah kurma adalah dari pokok kurma iaitu sejenis pokok palma dalam genus\u00a0Phoenix. Kurma telah menjadi makanan harian penduduk\u00a0Timur Tengah\u00a0selama beribu-ribu tahun.\n\nPohon ini dipercayai berasal dari sekitar\u00a0Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak zaman silam dari zaman\u00a0Mesopotamia\u00a0ke zaman\u00a0Mesir\u00a0Purba seawal tahun 4000 SM. Malah terdapat bukti arkaeologi tentang penanaman kurma di\u00a0Arabia\u00a0timur pada tahun 6000 SM.\n\nKurma masak dalam empat peringkat iaitu kimri\u00a0(matang),\u00a0khalal\u00a0(saiz-penuh, rangup),\u00a0rutab\u00a0(masak, lembut), dan\u00a0tamar\u00a0(masak, kering matahari). Namun, di Malaysia kita biasanya menikmati kurma jenis tamar, iaitu kurma yang telah kering.\n\n9 Khasiat Kurma Untuk Diet Kesihatan\n\nKurma mempunyai isi yang lembut, mudah cerna dan gula ringkas seperti fruktosa dan dextrose. Malah ia juga turut memberi tenaga segera kepada pemakannya. Itulah sebabnya buah kurma sering menjadi amalan sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan.\n\nSelain kerana sunnah Rasulullah saw, umat Islam mengamalkan buah kurma sewaktu bersahur dan berbuka puasa sebagai pemberi tenaga setelah lapar berpuasa.\n\nMenurut kajian bersama penyelidik dari Amerika Syarikat dan Mesir pada tahun 2020, kurma mengandungi 70% karbohidrat memberikan 157 kalori tenaga bagi kurma segar dan 300 kalori bagi kurma kering.\n\nMenariknya, kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah.\n\nHal ini menyebabkan kadar serapan gula yang perlahan dan terkawal oleh badan untuk jangka masa yang panjang lalu menerangkan hikmah pengambilan kurma untuk bertahan di bulan puasa.\n\nIni pula khasiat kurma untuk perut kita.\n\nBuah kurma kaya dengan serat makanan sekitar 8 gram bagi setiap 100 gram hidangan, yang menghalang penyerapan kolesterol jahat (LDL).\n\nKajian penyelidik di Amerika Syarikat pada tahun 2008 yang diterbitkan dalam jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition mendapati bahawa kurma mengandungi 73% serat makanan yang membantu sistem penghadaman yang lebih baik.\n\nDi samping itu, ia juga berfungsi seperti julap lembut yang melancarkan pembuangan najis kerana kandungan seratnya. Selain itu, ia juga membantu melindungi dinding usus daripada bahan kimia penyebab kanser yang terdapat di dalam kolon.\n\n3. Anti Jangkitan dan Anti Radang\n\nKurma juga mengandungi antioksidan flavonoid polifenol yang dikenali sebagai tanin. Tanin mempunyai ciri-ciri anti jangkitan, anti radang, dan anti pendarahan (mencegah risiko pendarahan kecil).\n\n4. Baik Untuk Mata dan Kulit\n\nKurma juga mengandungi vitamin A (149 IU atau 5% daripada RDA setiap 100 g). Vitamin A mempunyai sifat antioksidan dan bagus untuk mata. Di samping itu, ia juga diperlukan untuk mengekalkan mukosa dan kulit yang sihat.\n\nPengambilan buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin A juga dapat mencegah risiko kanser paru-paru dan rongga mulut.Ini merupakan khasiat buah kurma untuk kecantikkan.\n\nSelain itu, kurman mengandungi lebih 23 asid amino yang tidak dijumpai dalam buah-buahan lain yang popular seperti oren, anggur, epal dan pic.\n\nAsid amino ini membantu pembentukan protein untuk kegunaan tubuh yang lebih sihat.\n\nKurma juga mengandungi \u00a0flavonoid seperti beta karoten, lutein, dan zeaxanthin. Antioksidan ini mempunyai keupayaan untuk melindungi sel-sel dan struktur lain dalam tubuh daripada kesan berbahaya radikal bebas.\n\nTambahan pula, sekumpulan penyelidik dari Nigeria pada tahun 2014, menjumpai beberapa lagi sebatian antioksidan yang baik untuk kesihatan kita, antaranya anthocyanin, fenolik, sterol, karotenoid dan procyanidins.\n\nKurma adalah sumber zat besi yang sangat baik. Ia mengandungi 0.90 mg / 100 g buah (kira-kira 11% daripada RDA \u2013 Recommended Dietary Allowances).\n\nZat besi merupakan komponen hemoglobin di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen dalam darah. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia (kurang sel darah merah).\n\n7. Elak Risiko Strok Dan Penyakit Jantung\n\nKurma adalah sumber potassium yang baik. 100 gram kurma mengandungi 696 mg atau 16% daripada \u00a0RDA. Potassium merupakan komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.\n\nOleh itu, potassium dapat mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung koronari.\n\nBuah kurma juga kaya dengan mineral seperti kalsium, mangan, zat besi, dan magnesium. Kalsium sangat penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Selain itu, ia juga diperlukan oleh badan untuk penguncupan otot, pembekuan darah, dan pengaliran denyutan saraf.\n\nBadan manusia menggunakan mangan sebagai faktor utama untuk enzim antioksidan. Zat besi pula diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah. Magnesium pula penting untuk pertumbuhan tulang.\n\nBuah kurma juga mengandungi kumpulan vitamin B-kompleks serta vitamin K. Antara vitamin B yang terkandung di dalam buah kurma adalah pyridoxine (vitamin B-6), niacin, asid pantothenic, dan riboflavin.\n\nVitamin ini bertindak membantu tubuh untuk metabolisme karbohidrat, protein, dan lemak. Vitamin K pula fungsi utamanya adalah membantu proses pembekuan darah dan menghentikan pendarahan.\n\nMengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma:\n\nKebaikan Buah Kurma Menurut Kajian Saintis\n\nKebaikan buah kurma turut disebut dalam al-Quran dan hadith. Oleh sebab itu, para saintis mengambil peluang untuk mengkaji kehebatan buah kurma.\n\nKajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia pula menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.\n\nMengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.\n\nIa juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.\n\nKurma bukan dinikmati begitu sahaja sama ada secara segar atau kering. Ia sering dijadikan sebagai pencuci mulut. Resepi buah kurma juga telah dipelbagaikan untuk memenuhi selera dan komersial seperti kurma coklat, jus kurma, susu segar perisa kurma dan banyak lagi.\n\nResepi Menu Buah Kurma Yang Mudah Dan Menyelerakan\n\nBosan makan kurma begitu sahaja? Apa kata anda cuba tiga resepi kurma di bawah untuk menambahkan selera lagi.\n\nSmootie Kurma bukan sahaja sesuai dijadikan menu pencuci mulut, tetapi juga sesuai dibuat menu untuk bersahur ketika berpuasa.\n\nCucur kurma sesuai dijadikan menu minum petang.\n\nPuding kurma sesuai dijadikan menu pencuci mulut.\n\nBuah kurma sangat kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia mengandungi tinggi tenaga, rendah kalori, tinggi karbohidrat, tiada kolesterol dan lemak trans.\n\nIa bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, tetapi juga dapat membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan. Selain berkhasita, ia juga sedap dimakan. Boleh dijadikan snek, pencuci mulut mahupun menu minum petang.\n\nSelain khasiat kurma, kami juga menulis khasiat sumber lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Jom baca tentang Hari Tasyrik dan kelebihannya yang perlu kita tahu. Ketahui tentang maksudnya dan banyak lagi.\n\nApakah yang Dimaksudkan dengan Hari Tasyrik?\n\n\u00a0Hari Tasyrik ataupun digelar Ayyam at-Tashriq dalam bahasa Arab merupakan hari raya\u00a0umat Islam\u00a0yang termasuk dalam hari raya Aidul Adha. Hari Tasyrik juga merupakan hari untuk makan dan minum selain mengingati Allah SWT.\n\nTambahan lagi umat Islam masih dalam kegembiraan menyambut hari raya Aidil Adha. Disebabkan itu semua jenis puasa adalah dilarang pada hari Tasyrik. Pada hari ini juga merupakan waktu penyembelihan haiwan atau ibadah korban.\n\n\u201cDari Jubair bin Math\u2019am dari Nabi SAW, Baginda bersabda: \u2018semua hari Tasyriq adalah waktu penyembelihan (haiwan korban)\u2019.\u201d\n\nWaktu terbaik untuk penyembelihan binatang korban adalah selepas menunaikan solat sunat Aidul Adha ataupun pada 10 Zulhijjah, sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah atau pada hari Tasyrik yang terakhir.\n\nHari Tasyrik adalah selama tiga hari dalam bulan\u00a0Zulhijjah\u00a0iaitu pada 11, 12 dan 13\u00a0Zulhijjah. Atau tepatnya selepas hari raya Aidul Adha iaitu pada 10 Zulhijjah.\n\nMengenai hukum berpuasa pada hari Tasyrik, telah jelas diterangkan melalui riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW mengutuskan Abdullah bin Hudzaifah agar mengelilingi kota Mina serta menyampaikan;\n\n\u201cJanganlah kamu berpuasa pada hari ini kerana ia merupakan hari makan, minum, dan berzikir kepada Allah.\u201d\n\nJadi sudah jelaslah bahawa hari Tasyrik adalah hari yang dilarang atau diharamkan untuk berpuasa pausa fardu, sunat mahupun puasa nazar. Ini bersesuaian dengan makna hari Tasyrik sendiri yang bermaksud \u2018hari makan dan minum\u2019. Sepertimana sabda Baginda;\n\n\u201cHari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.\u201d\n\nApakah Terdapat Keutamaan Pada Hari Itu?\n\nTerdapat banyak keutamaan hari Tasyrik yang perlu diketahui agar umat Islam agar dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.\n\n\u201cSesungguhnya hari yang paling mulia di sisi Allah adalah hari Idul Adha dan (Hari Tasyrik)\u201d\n\nApakah Kepentingan Pada Hari Tasyrik Ini?\n\nApakah Terdapat Ibadah atau Perbuatan Baik Lain yang Dianjurkan Pada Hari Tasyrik Ini?\n\nBanyakkanlah lakukan ibadah harian dengan mempertingkatkannya dengan niat untuk memperoleh kebaikan pahala dan kerberkatan Allah SWT. antaranya;\n\nTerdapat banyak hikmah Allah SWT menghadiahkan hari Tasyrik kepada umat Islam beserta dengan larang-larangan tertentu. Selain untuk meraikan kegembiraan untuk makan dan minum serta bersenang-senang dengan ibadah korban dan ibadah takbir dan zikir, larangan berpuasa pada hari Tasyrik adalah bentuk ujian dalam menilai sejauh mana keimanan hamba-Nya dalam mengikuti larangan tersebut.\n\nTinggallah sama ada untuk kita mengikutinya atau melanggari ketetapan yang diperintahkan oleh Allah SWT.\n\nJemput untuk membaca artikel kami yang lain. Anda mungkin menyukai Tanda Hati Hitam\u00a0dan\u00a0 Tip Mengaji al-Quran untuk Baiki Diri"
"Anda merancang untuk melawat Kuantan, ibu negeri Pahang? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 11 homestay di Kuantan yang selesa dan bersih dengan harga berpatutan.\n\nAnda tentu mencari homestay / rumah tamu yang berbaloi dengan wang yang anda keluarkan. Kami menyediakan perkhidmatan homestay / rumah tamu yang setara dengan nilainya. Untuk anda sekeluarga yang ingin bercuti di Kuantan, Gambang, penginapan yang selesa, lengkap, bersih dan berpatutan.\n\nRumah semi D setingkat yang baru pasti memberi kepuasan dan keselesaan kepada anda. Terletak di hadapan Taman Tema Air Gambang. Sesuai untuk keluarga yang ramai.\n\n\u2013 3 bilik tidur dan 2 bilik air\n\u2013 Semua bilik dilengkapi aircond dan kipas siling\n\u2013 Katil queen size di semua bilik\n\u2013 Kerusi jati / kabinet / almari dan katil kayu\n\u2013 TV 42 inci (Astro Enjoy)\n\u2013 Mesin basuh, peti sejuk, dapur gas, jug eletrik dan periuk elektrik\n\u2013 Peralatan memasak\n\u2013 Pinggan mangkuk / cawan gelas / sudu garpu\n\u2013 Seterika dan board\n\u2013 Ampaian kain\n\u2013 Bantal / tilam tambahan disediakan\n\u2013 Teh dan gula disediakan\n\u2013 Sejadah\n\u2013 Tempat meletak kenderaan yang luas (muat lebih 2 buah kereta)\n\n\u2013 Bukit Gambang Water Park \u2013 2 min\n\u2013 Universiti Malaysia Pahang (UMP) \u2013 10 min\n\u2013 Matrikulasi Pahang \u2013 8 Min\n\u2013 KIPSAS \u2013 25 min\n\u2013 KPTM Kuantan \u2013 25 min\n\u2013 Bandar Kuantan \u2013 30 min\n\u2013 Restoran Zaman \u2013 22 min\n\u2013 Air Terjun Sg. Pandan \u2013 25 min\n\u2013 UIA Kuantan \u2013 35 min\n\u2013 Pantai Teluk Cempedak \u2013 40 min\n\u2013 Pantai Cherating \u2013 50 min\n\u2013 Lebuh Raya Pantai Timur \u2013 10 min\n\u2013 Kem Tentera Batu 10 & Lapangan Terbang Kuantan \u2013 20 min\n\u2013 Berdekatan dengan gerai makan, kedai runcit, kedai dobi, padang permainan & surau\n\nKami menawarkan perkhidmatan homestay yang bersih, selesa dan menjimatkan. Sesuai untuk seisi keluarga atau untuk bilangan yang lebih ramai sekiranya menghadiri kenduri perkahwinan, melancong, mendaftar ke pusat pengajian, kursus jangka pendek dan lain-lain.\n\nSelain sewaan harian kami turut menawarkan sewaan mingguan dan bulanan. Harga sewaan boleh dirunding.\n\n\u2022 2 minit ke Pantai Batu Hitam\n\u2022 5 minit ke Klinik Komuniti Beserah\n\u2022 7 minit ke Tunas Manja Beserah\n\u2022 5 minit ke Pantai Beserah\n\u2022 5 minit ke Pasar Ikan Segar Beserah\n\u2022 4 minit ke Pantai Balok\n\u2022 15 minit ke Pantai Telok Cempedak\n\u2022 15 minit ke Bandar Kuantan\n\u2022 15 minit ke Politeknik Sultan Ahmad Shah\n\u2022 5 minit ke Pusat Perkhidmatan Balok (pasar, masjid, restoran KFC, Petronas, ATM, pasar raya & restoran makanan laut)\n\u2022 20 minit ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA)\n\u2022 10 minit ke Pelabuhan Kuantan\n\u2022 10 minit ke Kawasan Perindustrian Gebeng\n\u2022 25 minit ke Pantai Cherating\n\u2022 Berdekatan Lebuhraya Pantai Timur (Jabur, Gebeng Exit)\n\u2022 Berdekatan Kuantan Bypass Expressway\n\u2022 Pasar Malam setiap hari Selasa dan Jumaat\n\n\u2013 Bilik utama (1 katil kelamin + air cond + kipas + tandas)\n\u2013 Bilik kedua (1 katil kelamin + kipas + tempat gantung baju)\n\u2013 Bilik ketiga (1 katil single + kipas)\n\n\u2022 1 bilik air tambahan\n\u2022 TV\n\u2022 Sofa\n\u2022 Meja makan\n\u2022 Mesin basuh\n\u2022 Peti sejuk\n\u2022 Seterika & papan alas\n\u2022 Ampaian baju\n\u2022 Dapur gas, pinggan mangkuk & alatan memasak\n\u2022 Cerek elektrik\n\u2022 Selimut, bantal & cadar\n\u2022 Sejadah & telekung\n\nSesuai untuk seisi keluarga atau untuk bilangan yang lebih ramai sekiranya menghadiri kenduri perkahwinan, melancong, mendaftar ke pusat pengajian, kursus jangka pendek dan lain-lain.\n\nSelain sewaan harian kami turut menawarkan sewaan mingguan dan bulanan. Harga sewaan boleh dirunding.\n\n\u2013 3 minit ke Pantai Balok\n\u2013 3 minit ke Pantai Batu Hitam\n\u2013 4 minit ke pasar ikan segar Beserah\n\u2013 5 minit ke Pusat Perkhidmatan Balok (pasar, masjid, restoran KFC, Petronas, ATM, pasar raya dan restoran makanan laut)\n\u2013 6 minit ke Pantai Beserah\n\u2013 6 minit ke Klinik Komuniti Beserah\n\u2013 7 minit ke Tunas Manja Beserah\n\u2013 15 minit ke Pantai Telok Cempedak\n\u2013 15 minit ke Bandar Kuantan\n\u2013 15 minit ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA)\n\u2013 15 minit ke Pelabuhan Kuantan\n\u2013 15 minit ke Kawasan Perindustrian Gebeng\n\u2013 20 minit ke Politeknik Sultan Ahmad Shah\n\u2013 25 minit ke Pantai Cherating\n\u2013 Berdekatan Lebuhraya Pantai Timur (Jabur, Gebeng exit)\n\u2013 Berdekatan Kuantan Bypass Expressway\n\u2013 Pasar malam setiap hari Isnin dan Khamis\n\n\u2013 Bilik utama: 1 katil kelamin, air cond, kipas, tandas dan almari\n\u2013 Bilik kedua: 1 katil kelamin, air cond dan almari\n\u2013 Bilik ketiga: 1 katil kelamin, kipas dan ampai baju\n\u2013 Bilik keempat: 1 katil kelamin dan kipas\n\n\u2013 1 bilik air tambahan\n\u2013 TV setelite Astro\n\u2013 Meja makan\n\u2013 Mesin basuh (13 kg)\n\u2013 Peti sejuk\n\u2013 Seterika dan papan alas\n\u2013 Ampaian baju\n\u2013 Dapur gas, pinggan mangkuk dan alatan memasak\n\u2013 Cerek elektrik\n\u2013 Rice cooker\n\n\u2013 Check-in: 2:00 pm\n\u2013 Check-out: 12:00 pm\n\nKami mempunyai dua lagi homestay yang boleh disewa iaitu D\u2019 Batu Hitam Guest House 2 dan D\u2019 Pelindung Homestay yang jaraknya lebih kurang 6 minit perjalanan daripada D\u2019 Pelindung Homestay.\n\n4. Naza Homestay At Bukit Gambang Waterpark\n\nHomestay Semi-D corner lot bersuasanakan pesona Inggeris. Ianya luas dan selesa untuk percutian keluarga.\n\n* Bilik utama dengan katil queen, billik air, air-cond & kipas\n* Bilik kedua dengan katil queen, air-cond & kipas\n* Bilik ketiga dengan 2 katil single, air-cond & kipas\n* Dapur lengkap dengan alatan memasak & peti ais\n* Ruang tamu selesa dengan sofa bed, TV, Astro (full channel) & meja makan\n* Halaman rumah dengan gazebo (pondok rehat) & tapak BBQ\n* Parking kereta yang luas\n\n\u2013 1 km dari Gambang Waterpark\n\u2013 3 km dari Kolej Matrikulasi Pahang\n\u2013 3 km dari Kolej Komuniti\n\u2013 5 km dari Pekan Gambang\n\u2013 7 km dari Universiti Malaysia Pahang\n\u2013 25 km dari airport\n\u2013 35 km dari Bandar Kuantan\n\nRumah dengan 4 bilik tidur, 3 bilik air, ruang keluarga, ruang tamu yang luas serta dapur. Dilengkapi dengan:\n\n\u2013 Air cond di SEMUA bilik & ruang tamu\n\u2013 Set sofa\n\u2013 Meja makan\n\u2013 Kipas angin SETIAP bilik, dapur dan ruang tamu\n\u2013 Katil bersaiz Queen di master room, bilik 2, bilik 4\n\u2013 2 katil single di bilik 3, 1 katil single di bilik 2\n\u2013 Extra toto\n\u2013 Cerek elektrik, rice cooker, dapur gas, mesin basuh, peralatan asas di dapur (spt pinggan mangkuk, gelas, sudu, garfu)\n\u2013 Peti sejuk\n\u2013 TV (Astro)\n\u2013 Wi-Fi\n\u2013 Set BBQ\n\u2013 Sejadah, Telekung, Quran & Yasin\n\n* 5km ke pusat bandar Kuantan\n* 5km ke Terminal Makmur (stesen bas utama)\n* 2km ke Yayasan Pahang\n* 3km ke Medan Ikan Bakar & Makanan Laut Tanjung Lumpur\n* 2km ke deretan kedai minum petang (keropok lekor, makanan laut celup tepung, satay, otak-otak)\n* 5km ke lokasi membeli belah pusat bandar spt Mydin, East Coast Mall, Mega Mall, Kuantan Parade\n* 6km ke Pasaraya Giant\n* 3km ke Petronas, Klinik Putra Medic, farmasi, 7-Eleven, Tunas Manja, TenTen\n* 6km ke tempat rekreasi Taman Gelora (untuk senaman pagi, jalan kaki, jogging)\n* 5km ke Jeti Kuantan River Cruise\n* 10km ke tempat perkelahan Teluk Cempedak (McDonald\u2019s Drive Thru & KFC Drive Thru)\n* 5km ke UIA (kampus perubatan)\n* 15km ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah\n* 10km dari Exit LPT Kuantan \u2013 Bandar Indera Mahkota\n* 25km dari Exit LPT Gambang\n* 30km ke Gambang Water Park\n* 10km ke Mini Water Park Indera Sempurna\n* 30km ke Bandar Diraja Pekan\n* 30km ke Pantai Cherating\n* 18km ke Pantai Balok\n* 15km ke Pantai Batu Hitam\n* 10km ke Kolej Islam Pahang\n* 10km ke Kolej Politeknik Mara\n* 15km ke Kolej Shahputra Indera Mahkota\n* 18km ke Kolej Profesional Mara Indera Mahkota\n* 25km ke Universiti Malaysia Pahang (Kampus Gambang)\n* 25km IKM Pekan\n* 30km ke Kolej Matrikulasi Gambang dan Kolej Komuniti Gambang\n* 5km ke MRSM Kuantan\n* 10km ke SEMSAS, Kuantan\n* 25km ke SBPI Pekan\n* 30km ke SHAH, Pekan\n\nHomestay Kuantan inspirasi pilihan anda. Rumah penginapan Semi-D yang selesa dan bersih untuk anda bercuti bersama keluarga, rombongan, berehat dan bermalam dalam suasana menginap di rumah sendiri semasa dalam perjalanan ke Pantai Timur atau bercuti di Kuantan, Pahang.\n\nRumah Semi-D yang luas dan selesa. Kemudahan yang disediakan. Terdapat 4 bilik tidur di lengkapi perabut:-\n\n\u2013 2 bilik tidur (aircond & kipas)\n\u2013 2 bilik tidur (kipas)\n\u2013 Dapur berkabinet\n\u2013 Dapur gas 2 tuku\n\u2013 Peralatan asas termasuk rice cooker, cerek elektrik, kuali, pinggang mangkuk\n\u2013 Meja makan\n\u2013 Mesin basuh\n\u2013 Peti sejuk.\n\u2013 Kipas meja\n\u2013 2 bilik air (barangan mandian disediakan)\n\u2013 2 Ruang rehat yang luas\n\u2013 Perabut kerusi\n\u2013 2 kipas syiling\n\u2013 1 Kipas berdiri\n\u2013 TV\n\nHalaman rumah yang di lengakapi set meja & kerusi utk bersantai & set BBQ. Parking kereta berbumbung. Kolam ikan di belakang rumah. Ruangan menyidai baju di sediakan di belakang rumah.\n\n\u2013 Pantai Batu Hitam (2 minit)\n\u2013 Pantai Beserah (5 minit)\n\u2013 Pusat Bandar Kuantan (10 minit)\n\u2013 Teluk Cempedak,Pantai Gelora (8 minit)\n\u2013 Pantai Sepat (20 minit), Cherating (30 minit)\n\u2013 Gambang Water Park (35 minit)\n\u2013 Kuantan River Cruise (15 minit)\n\u2013 Tg. Lumpur \u2013 Ikan bakar, sotong celup tepung, masakan laut\n\n\u2013 Bilik 1: Aircond, Kipas, Katil Queen, Almari, Bantal, Sterika dan Tilam (Toto) tambahan\n\u2013 Bilik 2: Kipas dan Katil Dua Tingkat (Queen katil bawah dan atas katil single)\n\n\u2013 Ruang Dapur: Dapur, cerek, periok, meja makan dan peti sejuk\n\n\u2013 Ruang Tamu Dan Ruang TV yang selesa\n\n**Gerai Makanan Berdekatan (Untuk Breakfast / Lunch / Dinner) Hanya Di Seberang Jalan\n\n5 \u2013 15 Minit Ke:\n\u2013 Pusat Bandar Kuantan\n\u2013 Shopping Centre\ni. East Coast Mall\nii. Kuantan Parade\niii. Mega Mall\n\u2013 Hospital Kuantan\n\u2013 Terminal Bas\n\u2013 Wisma Belia\n\u2013 SUKPA\n\u2013 UIAM (Universti Islam Antarabangsa)\n\u2013 Kolej Universiti SHAHPUTRA\n\u2013 POLISAS (Politeknik Kuantan)\n\u2013 Kolej Komuniti Kuantan\n\u2013 Kolej Profesional Mara\n\u2013 UITM Kuantan\n\u2013 Kolej IKIP\n\u2013 Kolej PSDC\n\u2013 KIPSAS (Kolej Islam Pahang)\n\u2013 Kolej Polytech Mara\n\u2013 Sekolah Integrasi Kuantan\n\u2013 MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)\n\u2013 SEMSAS (Sek. Men. Sains Sultan Hj. Ahmad Shah)\n\u2013 Pusat Perkelahan Telok Chempedak\n\u2013 Pantai Sepat\n\u2013 Taman Pertanian\n\u2013 Lapangan Terbang\n\u2013 Kompleks Pejabat Kerajaan\n\n20 -30 min ke:\n\u2013 Universiti Malaysia Pahang (UMP)\n\u2013 Institut Perindustrian Pahang (ILP)\n\u2013 Pusat Perkelahan Cherating\n\u2013 Gambang Waterpark\n\nKami menawarkan perkhidmatan homestay yang bersih, selesa dan menjimatkan. Sesuai untuk seisi keluarga atau untuk bilangan yang lebih ramai sekiranya menghadiri kenduri perkahwinan, melancong, mendaftar ke Pusat Pengajian, kursus jangka pendek dan lain-lain.\n\nSelain sewaan harian kami turut menawarkan sewaan mingguan dan bulanan. Harga sewaan boleh dirunding.\n\nBooking deposit diperlukan sebanyak RM 50 / night. Full payment dibayar semasa penyerahan kunci.\n\n\u2022 2 minit ke Pantai Beserah\n\u2022 2 minit ke Klinik Komuniti Beserah\n\u2022 3 minit ke Tunas Manja Beserah\n\u2022 5 minit ke Pantai Batu Hitam\n\u2022 5 minit ke Pasar Ikan Segar Beserah\n\u2022 7 minit ke Pantai Balok\n\u2022 10 minit ke Pantai Telok Cempedak\n\u2022 10 minit ke Bandar Kuantan\n\u2022 10 minit ke Politeknik Sultan Ahmad Shah\n\u2022 10 minit ke Pusat Perkhidmatan Balok (pasar, masjid, restoran KFC, Petronas, ATM, pasar raya, restoran makanan laut)\n\u2022 15 minit ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA)\n\u2022 15 minit ke Pelabuhan Kuantan\n\u2022 15 minit ke Kawasan Perindustrian Gebeng\n\u2022 30 minit ke Pantai Cherating\n\u2022 Berdekatan Lebuhraya Pantai Timur (Jabur, Gebeng Exit)\n\u2022 Berdekatan Kuantan Bypass Expressway\n\u2022 Pasar malam setiap hari Isnin dan Khamis\n\n~ Bilik utama (1 katil kelamin + air cond + kipas + almari pakaian + tandas)\n~ Bilik kedua (1 katil kelamin + kipas + almari pakaian)\n~ Bilik ketiga (1 katil kelamin + kipas + ampai baju)\n\n\u2022 Mempunyai halaman untuk bersantai yang luas\n\u2022 1 bilik air tambahan\n\u2022 TV setelite astro\n\u2022 Set kerusi jati\n\u2022 Meja makan ala Jepun\n\u2022 Mesin basuh (13 kg)\n\u2022 Peti sejuk\n\u2022 Seterika & papan alas\n\u2022 Ampaian baju\n\u2022 Dapur gas, pinggan mangkuk & alatan memasak\n\u2022 Cerek elektrik, rice cooker\n\u2022 Selimut, bantal dan cadar (tambahan disediakan)\n\u2022 Sejadah & telekung\n\u2022 Parking luar pagar yang luas (muat untuk bas)\n\n9. Homestay Semi D Kayu Jati @ Bukit Gambang\n\nIni adalah homestay Semi D ke 3 kami di Bukit Gambang. Rumah Semi D kami ini bersebelahan dengan Semi D No. 11 dan Semi D No. 9.\n\nSekiranya tuan/puan berhajat untuk mencari homestay yang bersebelahan, kami menyediakan 3 buah homestay bersebelahan antara satu sama lain.\n\nSangat sesuai sekiranya mempunyai keluarga yang besar atau bagi program lawatan pelajar dan sebagainya.\n\n\u2013 3 bilik tidur dan 2 bilik air\n\u2013 Semua bilik dilengkapi air-cond\n\u2013 Katil queen size di semua bilik\n\u2013 Kerusi jati / kabinet / katil jati\n\u2013 TV 40 inci (Astro)\n\u2013 Mesin basuh, peti sejuk, dapur gas & periuk elektrik\n\u2013 Peralatan memasak (set BBQ juga disediakan)\n\u2013 Ampaian kain\n\u2013 Tempat meletak kenderaan luas\n\n\u2013 Bukit Gambang Water Park \u2013 2 min\n\u2013 Universiti Malaysia Pahang (UMP) \u2013 10 min\n\u2013 Matrikulasi Pahang \u2013 8 min\n\u2013 Bandar Kuantan \u2013 30 min\n\u2013 Air Terjun Sg. Pandan \u2013 25 min\n\u2013 UIA Kuantan \u2013 35 min\n\u2013 Berdekatan dengan kedai makan & kedai runcit\n\n\u2013 Check in: 2.00 pm\n\u2013 Check out: 12.00 pm\n\n* Muslim family only\n* Harga adalah dari hari Ahad hingga Khamis\n* Caj tambahan sebanyak RM40 / malam pada cuti umum, cuti sekolah, Jumaat & Sabtu\n\n10. Bukit Gambang Resort City Homestay\n\nLokasi penginapan yang strategik untuk tujuan berikut:-\n\n\u2013 Bercuti bersama keluarga.\n\u2013 Urusan rasmi seperti majlis konvokesyen dan pendaftaran berdekatan Kolej Komuniti dan Matrikulasi Gambang, Universiti Malaysia Pahang (UMP).\n\u2013 Bermalam dan sebagainya.\n\u2013 Rumah 3 bilik dan 2 bilik dengan kelengkapan rumah yang siap.\n\u2013 Kemudahan dapur untuk memasak sesuai untuk seisi keluarga.\n\n\u2013 3 bilik tidur (semua bilik ada aircond)\n\u2013 2 bilik air\n\u2013 3 bilik katil queen size beserta almari\n\u2013 TV with astro, peti sejuk, meja makan, seterika\n\u2013 Peralatan memasak seperti rice cooker, dapur gas, kuali, cawan, pinggan mangkuk dan lain2\n\u2013 Sejadah\n\n\u2013 Exit LPT Gambang 10 minit\n\u2013 Gambang Waterpark 3 minit\n\u2013 Universiti Malaysia Pahang 10 minit\n\u2013 Kolej Matrikulasi Pahang 5 minit\n\u2013 Kolej Komuniti Paya Besar 5 minit\n\u2013 Kedai Runcit dan Kedai Makan 3 minit\n\u2013 Kawasan Perkelahan Teluk Cempedak 30 minit\n\u2013 Bandar kuantan 20 minit\n\u2013 Ikan Bakar Tanjung Lumpur 30 minit\n\u2013 Bandar DiRaja Pekan 50 minit\n\nRumah teres 3 bilik di Indera Mahkota 15. Rumah ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu.\n\nHanya 5 km ke bandar Kuantan. 10 km ke Pantai Teluk Cempedak. Hanya 7 km dari exit ke Kuantan Lebuhraya Pantai Timur. Senang dicari.\n\nItulah dia 11 homestay di Kuantan yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Semoga bermanfaat!"
"Mencari resepi air detox untuk kesihatan?\n\nMedia sosial dipenuhi dengan bahan dan langkah menghasilkannya semasa ia mula diperkenalkan. Bagi mereka yang suka berniaga pula, ini dilihat sebagai peluang terbaik memperkenalkan air detoks sebagai produk terbaru mereka.\n\nTidak menolak dengan kenyataan bahawa hati dan buah pinggang kita secara semulajadinya menjalankan fungsi detoks, meminum banyak air juga membantu membuang bahan-bahan tidak sihat yang ada di dalam tubuh.\n\nMaka, di sinilah air detoks memberikan kebaikannya. Ia menyokong hati dan buah pinggang dengan nutrien atau zat makanan yang diperlukan tubuh. Mari lihat 4 resepi air detoks yang anda boleh cuba:\n\nFakta khasiat: Lemon membantu pencernaan sementara mengeluarkan toksin dari tubuh. Vitamin C menjadikan kulit lebih sihat.\n\nMalah, menurut kajian para saintis di Korea Selatan pada tahun 2015, diet berasaskan minuman detoks lemon mampu menurunkan tahap lemak badan dan meningkatkan aktiviti insulin untuk kawalan gula dalam darah yang lebih baik.\n\nKajian mereka dijalankan ke atas 84 wanita Korea yang mempunyai masalah berat berlebihan selama 7 hari. Hasil kajian mereka menyimpulkan bahawa lemon sangat bagus diamalkan dalam diet seharian sebagai langkah pencegahan penyakit kardiovaskular. Penggunaan timun pula sangat bermanfaat dalam menjadikan badan kekal hidrat.\n\nNota: Air boleh ditambah ke dalam jag berulang-kali sehingga anda perlu menukar timun dan lemon.\n\nFakta khasiat: Menurut analisis makmal, strawberi tinggi dengan kandungan antioksidan, potassium, vitamin C dan nutrien lain. Daun selasih pula mempunyai bahan aktif yang bersifat anti-radang dan anti-bakteria.\n\nPenggunaan buah strawberi untuk memberi kesan detoks juga disokong oleh kajian para saintis di China pada tahun 2018. Mereka mengesan 3 jenis enzim (SOD, CAT, POX) yang berperanan sebagai agen detoks.\n\nMereka turut mencadangkan pemilihan strawberi yang lebih tua dan masak ranum kerana mengandungi antioksidan yang paling tinggi berbanding strawberi yang lebih muda.\n\nFakta khasiat: Menurut petua orang lama, halia bagus untuk perut yang sakit dan sakit tekak. Daun pudina pula memberikan rasa kesegaran.\n\nBerdasarkan kajian oleh saintis Poland pada tahun 2008, mereka menganalisis kandungan bahan aktif di dalam halia dan daun pudina. Mereka mendapati bahawa kedua-dua halia dan daun pudina mengandungi monoterpenoids, sesquiterpenoids dan sebatian aromatik yang lain.\n\nSebatian aktif ini ternyata membantu memberikan tahap kesihatan yang baik kerana kaya dengan kuasa antioksidan dan antimikrob.\n\n4. Mangga + Lemon + Nanas\n\nFakta khasiat: Bromelain di dalam nanas merupakan enzim anti keradangan. Mangga membantu pencernaan.\n\nKombinasi jus minuman ini telah diamalkan oleh penduduk India sejak berzaman dahulu. Hal ini memberi inspirasi kepada penyelidik di sana pada tahun 2003 untuk menganalisis kandungan nutrisi yang terkandung di dalam minuman tersebut.\n\nAntara nutrisi hebat yang dikesan ialah kandungan asid askorbik atau vitamin C yang sangat bagus untuk sistem pertahanan tubuh.\n\nTambahan pula, kajian oleh sekumpulan penyelidik di Sepanyol pada tahun 2012, melaporkan bahawa mangga, nanas dan lemon mempunyai kapasiti antioksidan yang sangat baik. Mereka menambah, kandungan serat dalam buah-buahan tersebut turut menyumbang sebagai diet yang seimbang.\n\nNota: Jumlah nanas dan mangga adalah 1/3 daripada gelas\n\nAir detoks tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan. Kebersihan dan kesegarannya juga lebih diyakini jika kita membuatnya sendiri. Ia bukan sahaja lazat, tapi apa yang lebih penting adalah menyihatkan tubuh kita.\n\nPenggunaan buah-buahan yang segar juga membekalkan nutrisi yang seimbang buat kita. Jangan lupa untuk mencuba dan amalkan!\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Hadiah untuk kanak-kanak perempuan 5 hingga 8 tahun memang banyak pilihan yang boleh dibuat. Namun adakah mereka menyukai dan sesuai dengan peringkat umur? Oleh itu, ibu-bapa atau sesiapa sewajarnya meneroka minat kanak-kanak terlebih dahulu sebelum memilih hadiah yang sesuai.\n\nJika anda buntu mencari hadiah untuk kanak-kanak perempuan yang sesuai, melalui artikel ini kami telah senaraikan 35 idea hadiah untuk mereka yang pasti membuatkan mereka seronok pada hari istimewa.\n\nPatung beruang atau teddybear sememangnya menjadi pilihan utama ramai orang untuk dijadikan hadiah buat kanak-kanak perempuan kerana sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.\n\nDengan 3 saiz patung beruang comel yang berbeza dan pelbagai warna anda boleh pilih. Hadiah ini sesuai seawal bayi tiga bulan ke atas sebagai bantal peluk atau mainan untuk dipegang. Saiz 40cm pun sudah cukup besar. Nak paling besar boleh ambil saiz 60cm.\n\nBaju juga menarik dan bermanfaat untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak kerana semestinya mereka akan pakai. Mana tahu ianya menjadi baju yang teristimewa kerana dihadiahkan oleh anda.\n\nBaju di atas sesuai untuk melakukan aktiviti luar atau membeli-belah. Jika anak anda berumur 1 tahun hingga 6 tahun, baju ini sangat sesuai untuk mereka bergaya kerana corak dan design harimau bintang yang cantik.\n\nPembelian termasuk sepasang baju lengan panjang dan seluar. Baju diperbuat daripada premium cotton sangat selesa dipakai dan tidak pudar.\n\nKanak-kanak juga tak dapat dipisahkan dengan dunia fotografi. Setap detik, peristiwa atau objek pasti menjadi bahan fotografi yang membuatkan mereka bahagia sambil meneroka alam sekeliling.\n\nWalaupun kamera khas untuk kanak-kanak, ia bukan kamera permainan. Malah berfungsi sebagai kamera yang biasa digunakan. Kamera ini sangat sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 \u2013 12 tahun.\n\nBukan sahaja berfungsi sebagai kamera, anak-anak juga boleh bermain game menerusi kamera digital 8MP ini.\n\nHoodie sangat sesuai untuk anak-anak atau anda yang suka bergaya. Ianya mungkin menjadi pakaian kegemaran mereka terutama pada musim sejuk dan ketika ke sekolah pada awal pagi.\n\nHoodie dari jenama Mini Pink sangat menarik kerana dipenuhi dengan corak bunga. Diperbuat daripada printed floral fleece, hoodie ini mempunyai zip yang penuh dan poket kangaru.\n\nMenghadiahkan buku cerita sangat bermanfaat kerana dapat menimbulkan minat membaca, meningkatkan imaginasi dan meningkatkan penguasaan membaca bagi kanak-kanak.\n\nMembaca boleh dijadikan hobi pada waktu lapang atau aktiviti sebelum tidur. Manfaatkan masa yang ada dengan didikan tentang agama seperti kisah Nabi pasti dapat menarik perhatian mereka untuk mengetahui lebih banyak berkaitan sirah.\n\nAnda boleh dapatkan set buku cerita dari Ana Muslim tentang kisah-kisah Nabi. Setiap set ada 4 buku tentang kisah Nabi dengan ilustrasi berwarna. Sambil belajar ada aktiviti juga yang disediakan yang dapat menguji minda anak-anak.\n\nPasti ramai kanak-kanak yang gemar memakai skirt. Kalau\u00a0 bukan kanak-kanak pun, pasti para ibu gemar memakainya pada anak kerana lebih kelihatan bergaya.\n\nSkirt dengan 4 lapisan termasuk inner di dalam tidak panas jika dipakai kerana kainnya yang lembut. Skirt yang cantik ini mengembang dan kelihatan beralun. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 \u2013 10 tahun.\n\nSet aksesori rambut pasti menjadi salah satu hadiah untuk kanak-kanak perempuan yang pasti mereka suka. Sangat padan dipakai tidak kira anak berambut pendek atau panjang. Dengan 18 item dalam satu kotak, sangat sesuai dengan harganya yang kurang dari RM 20.\n\nPelbagai corak dan warna aksesori rambut yang pasti membuat cilik tampil bergaya. Set termasuk getah rambut, penyepit rambut, riben dan macam-macam lagi.\n\nTak kurang juga pasti ramai kanak-kanak perempuan amat menyukai kartun Barbie. Set ini pasti dapat meningkatkan imaginasi dan cara berfikir dengan kreatif bagi kanak-kanak.\n\nAnda boleh memilih set rumah Barbie mengikut bajet anda kerana purata harga bermula dari RM 39.33 sehingga RM 85.89 sahaja. Jika anda mempunyai lebihan bajet, rumah Barbie dengan empat tingkat, 14 jenis bilik termasuk perabot dan patung Barbie pasti memuaskan anak-anak.\n\nKanak-kanak pasti suka pakai topi yang cantik ini lagi-lagi bila ke pantai. Jangan tak tahu, kanak-kanak juga mempunyai minat seperti orang dewasa untuk berfesyen.\n\nTopi pantai dihiasi dengan riben dan bunga yang cantik. Warnanya juga sesuai untuk semua kanak-kanak perempuan kerana warna pastel dan lembut. Memang cantik dipakai sewaktu berkelah, bersiar-siar dan lain-lain.\n\nSekali-sekala mandi bagaikan di spa dengan bath bomb pasti mengujakan kanak-kanak. Cuba sekali pasti mereka nak mandi selalu dengan bath bomb ni. Jangan risau, bath bomb dijual dengan harga dan set yang berbaloi.\n\nBath bomb adalah sabun yang 100% dibuat sendiri dengan bahan mengikut cosmetic grade dan tidak bertoksik. Setiap bahan yang digunakan selamat dan mempunyai kebaikan tersendiri untuk kulit. 9 bauan dengan warna yang berbeza pasti akan menyegarkan badan dan minda.\n\nKanak-kanak perempuan pasti menyukai permainan membeli-belah. Bukan sekadar bermain, mereka juga boleh meneroka dan mempelajari tentang perkhidmatan di kaunter pasar raya dan mengenali banyak barang, kreatif serta imaginatif.\n\nSesuai untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke atas, banyak perkakas yang ada hanya dalam satu set dan mempunyai lampu dan suara. Walaupun banyak perkakas, namun senang untuk dipasang dan hanya mengambil masa yang cepat.\n\nCadar sangat sesuai untuk dijadikan hadiah terutama pada ibu bapa yang ingin mula mengasingkan tempat tidur kanak-kanak. Beli cadar dengan design menarik seperti kartun pasti membuatkan anak-anak ingin tidur di bilik sendiri.\n\nAda dua set cadar iaitu set katil bujang 2 dalam 1 serta set katil queen 4 dalam 1 dijual dengan harga murah dan berbaloi. 20 corak yang pasti membuatkan anda rambang mata kerana coraknya yang comel dan berwarna-warni.\n\nTak dinafikan ada ibu bapa yang suka mengumpul koleksi kasut kanak-kanak kerana comel dan nampak bergaya. Jom tambah koleksi kasut kanak-kanak. Ada banyak pun pasti boleh pilih dan sesuaikan dengan konsep pakaian si cilik.\n\nKasut di atas yang penuh kerlipan dan riben yang besar pasti membuatkan anak-anak ingin pakainya selalu. Sesuai untuk kanak-kanak 18 bulan dan ke atas.\n\nBerbasikal dari kecil dapat meningkatkan keberanian kanak-kanak dalam mencuba sesuatu yang baru. Bukan itu sahaja, anak-anak dapat belajar menyeimbangkan diri, meningkatkan stamina dan meningkatkan kecekapan dalam mengawal basikal.\n\nSekiranya anda mencari hadiah untuk kanak-kanak berumur 2 dan ke atas, basikal dengan pelbagai corak dan warna ini sesuai untuk anak-anak anda. Tempat duduk yang boleh laras, mempunyai raga dan tempat duduk belakang pasti menarik minat anak-anak.\n\nKeadaan cuaca dan pandemic yang melanda pasti membuatkan ibu bapa khuatir untuk membawa anak-anak bersuka ria di taman. Beli sahaja set mini permainan gelongsor dan buaian untuk anak-anak bermain di rumah. Jimat masa, tenaga dan keselamatan anak-anak juga terjamin.\n\nSelain gelongsor, terdapat buaian dan jaring bola khas untuk mereka. Lengkap dengan musik, pasti anak-anak akan merasai feel yang lebih menarik berbanding di taman awan. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 0-6 tahun.\n\nKanak-kanak juga mempunyai citarasa yang tinggi untuk mendeko bilik tidur mereka. Secara tidak langsung, mereka juga akan lebih seronok dan berani untuk tidur seorang diri di bilik yang baru.\n\nJika anda mempunyai anak perempuan yang ramai, katil ini mempunyai dua tingkat. Lapisan bawah katil juga boleh ditarik dan sesuai untuk dijadikan tempat tidur yang ketiga. Bukan itu sahaja, di dinding katil ada banyak rak yang boleh menyimpan barang anak-anak.\n\nDidikan awal kanak-kanak dimulakan dengan mengenal warna, huruf dan nombor. Berikan anak-anak buku mewarna kerana menjadi asas untuk menulis dengan baik. Buku mewarna juga dapat meningkatkan kreativiti dan bertindak sebagai terapi psikologi si kecil.\n\nNak jimat beli buku berwarna magik yang berfungsi dan bertukar warna apabila menggunakan pen air. Beli satu buku percuma pen magik air. Nak warna berulang kali pun boleh kerana warnanya akan kembali putih setelah kering.\n\nBermain puzzle dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah, meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta merangsang kemahiran kognitif.\n\nSesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas, belajar melalui puzzle juga salah satu cara terbaik. Puzzle dengan pelbagai tema, gambar dan warna pasti menarik perhatian mereka.\n\nSudah menjadi kelaziman membeli barang kemas untuk anak-anak perempuan sewaktu kecil. Bukan sahaja untuk perhiasan malah sebagai pelaburan sewaktu dewasa kelak.\n\nGelang emas 916 pelbagai corak juga dijual di Shopee dengan berat dan saiz yang tepat serta harga berbaloi. Pakej termasuk kotak barang kemas. Beli dengan penjual di bawah kerana boleh dipercayai dengan maklum balas yang banyak dan positif.\n\nJika anak-anak anda suka menyanyi, hadiah mini mikrofon yang sangat sesuai untuk si cilik yang ingin mengembangkan bakat terpendam mereka. Mikrofon dengan LED berkilauan padanya agak unik dan boleh disambungkan dengan telefon bimbit, MP3 dan komputer riba.\n\nMikrofon ini boleh dilaraskan sehingga 110cm, menggunakan bateri untuk berfungsi dan bertindak sebagai salah satu teknik pembelajaran.\n\nHadiahkan telekung pada kanak-kanak sudah pasti anak-anak gembira dan lebih seronok dan bersemangat untuk menunaikan solat dan ibadah lain lebih-lebih lagi apabila mendapat telekung baru.\n\nTelekung cotton untuk kanak-kanak pasti selesa kerana lembut dan sejuk. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun. Telekung tidak melekap pada badan dan tidak perlu memakai anak tudung kerana elok terletak. Telekung dihiasi lace atau sulaman mencantikkan lagi telekung.\n\nKini lebih banyak buku digital diterbitkan selaras dengan peredaran zaman. Buku digital lebih menarik kerana mempunyai bunyi dan ilustrasi menarik. Beli buku digital islamik untuk anak-anak agar lebih mudah dedahkan mereka dengan ilmu agama.\n\nBuku digital islamik keluaran MommyHana mempunyai dua target umur iaitu My First Book sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun. Manakala My Islamic Book sesuai untuk kanak-kanak berumur4 tahun hingga 12 tahun.\n\nKedua-dua buku mempunyai ilmu berkaitan agama sesuai untuk lingkungan umur tersebut seperti rukun solat, huruf hijaiyah dan doa harian. Kelebihan buku ini adalah boleh dicas, mempunyai bateri, isi kandungan islamik serta mempunyai dua bahasa iaitu melayu dan arab.\n\nPuzzle Jigsaw ini diperbuat daripada 100% kayu \u00a0MDF berkualiti yang sesuai untuk kanak-kanak dan tidak bertoksik. Wooden Jigsaw membantu koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan daya penyelesaian masalah bagi kanak-kanak.\n\nPuzzle kayu ini berpotensi untuk tahan lebih lama. Walaupun diperbuat daripada kayu, namun design dan corak berwarna dan jelas. Anda boleh borong papan jigsaw yang berbentuk huruf, nombo, bentuk, haiwan dan sebagainya.\n\nSejadah elektronik sangat bagus untuk anak-anak yang baru mahu belajar untuk solat. Jika anda sibuk dan tiada masa, bagi saja sejadah ini dan mereka boleh mempelajari sendiri dengan jelas dan mudah.\n\nSejadah ini dilengkapi dengan audio bacaan dari niat sehingga doa dan tasbih, bacaan untuk solat fardhu dan sunat, kompas kiblat, gambaran tertib dan kiraan rakaat untuk rujukan pengguna. Sesuai untuk anak-anak berumur 4 sehingga 12 tahun.\n\nDidik anak dari kecil untuk menabung dengan memberinya hadiah tabung yang unik dan comel seperti tabung dalam rajah di atas. Berkonsepkan mesin ATM, tabung digital mempunyai musik terutama bila wang dimasukkan ke dalam tabung dan memasukkan kata kunci.\n\nKanak-kanak pasti teruja dan ingin selalu menyimpan duit. Secara tidak langsung, mereka belajar untuk menguruskan wang yang diperoleh.\n\nSekiranya anda tiada masa untuk bawa anak bermain di taman, bawakan konsep taman ke rumah dengan membeli set permainan khemah yang besar dan bagus untuk si cilik.\n\nSet ini termasuk sebuah khemah, sebuah terowong dan kolam bola yang menghubungkan antara satu sama lain. Ringan, mudah dipasang dan disimpan. Corak juga pasti\u00a0 membuatkan anak-anak berasa seolah-olah berada di istana.\n\nAnak-anak suka menconteng dinding? Apa kata anda hadiahkan mereka papan tulis 2 dalam 1 yang sesuai dengan ketinggian dan umur mereka. Papan ini terdiri daripada papan putih dan papan hitam dengan beg penyimpanan barang.\n\nPaling menarik, papan ini mampu berputar 360 darjah dan boleh mengubah ketinggian dan sudut agar anak-anak lebih selesa. Hal ini juga dapat membolehkan anak-anak menulis dengan pelbagai posisi. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas.\n\nSalah satu aksesori yang digilai ramai kanak-kanak adalah jam tangan. Hadiahkan jam tangan digital kanak-kanak pasti mereka suka. Walaupun ianya hanyalah jam tangan kanak-kanak, namun fungsinya tetap canggih.\n\nBoleh merakam gambar, mengesan lokasi anak-anak, boleh membuat panggilan, bertindak sebagai jam loceng dan sebagainya. Paling penting jam ini mengandungi sistem keselamatan iaitu butang SOS yang mampu menghubungkan kanak-kanak dengan ibu bapa dalam 5 saat.\n\nNak hantar anak ke taska atau ke sekolah pasti memerlukan beg khas untuk mereka bawa barang bersama. Kanak-kanak perempuan khususnya pasti suka beg comel dengan kartun kegemaran mereka.\n\nAntara kartun yang digemari kanak-kanak sekarang adalah Frozen. Beg Frozen ini mempunyai material nylon yang kalis air dan mudah untuk dicuci. Beg ini sesuai dengan kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun.\n\nPermainan yang diperbuat daripada silikon dengan pelbagai warna menyerlah ini pasti membuatkan setiap kanak-kanak dan dewasa asyik memicitnya. Permainan sensori ini dapat menghilangkan tekanan atau lazim digunakan sewaktu bosan.\n\nAnda boleh dapatkan permainan ini dengan harga yang sangat murah dan mempunyai pelbagai bentuk seperti Unicorn, epal, Ice Cream dan robot.\n\nUntuk anak-anak berambut panjang, hadiahkan mereka set scrunchies pasti membuatkan mereka terpukau kerana coraknya yang cantik dan menggunakan warna pastel. Getah rambut sangat elastik dan tidak sakit semasa hendak mengikat atau menguraikan rambut.\n\nKalau zaman dahulu dipanggil tanah liat, kini telah diinovasi dengan lebih baik menggunakan bahan yang selamat buat kanak-kanak bermain. Diperbuat daripada tepung gandum, garam dan bahan lain yang berkualiti tinggi dan tidak bertoksik sangat sesuai untuk kanak-kanak bermain sambil dapat mengembangkan minda dan kreativiti.\n\nTerdapat 22 set play dough serta kelengkapan permainan lain dengan konsep berbeza dan menarik seperti sayur-sayuran, hutan, roket dan sebagainya pasti membuat anak-anak teruja. Play dough ini tidak melekit dan tidak berbau.\n\nWalaupun sekadar bantal peluk, pasti menjadi bantal yang paling istimewa dan kesukaan kanak-kanak sehingga mereka dewasa. Bantal kartun arnab dengan saiz 80cm sangat lembut. \n\nAnda boleh pilih warna biru atau pink untuk diberikan kepada mereka. Tambahkan kad ucapan agar lebih bermakna.\n\nTak perlu tunggu untuk ke sekolah, belikan anak pensil warna sudah cukup membuat mereka bahagia. Sekurang-kurangnya ada aktiviti yang boleh dijadikan hobi. Hadiah ini dapat menggalakkan anak-anak untuk mewarna yang boleh meningkatkan fokus dan kreativiti si kecil.\n\nSet pensil warna di atas mempunyai 3 set dengan jumlah alat mewarna yang berbeza iaitu 208, 150 dan 86 batang dalam setiap kotak. Setiap set mempunyai krayon, pensil warna, warna air, gunting, berus warna dan beberapa aksesori lain.\n\nJika anak anda kurang minum, apa kata anda hadiahkan botol air yang comel dengan corak kartun kegemaran mereka. Mana tahu mereka kekal hidrasi dan kerap minum dengan botol baru.\n\nBotol air dari jenama Kidztime sangat berkualiti yang mampu memuatkan 550ml air. Corak dan design pula sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun.\n\nPasti anda tidak buntu lagi mencari hadiah untuk kanak-kanak perempuan yang sesuai dan bermanfaat buat mereka. Selamat membeli dan semoga anak-anak gembira dengan hadiah tersebut!\n\nKami juga ada menulis artikel lain tentang:\n\nPendapat dan pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis."
"\u201cKajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati bahawa; antara punca utama perceraian hari ini adalah disebabkan suami curang atau isteri enggan dimadukan yang mencatatkan jumlah sebanyak 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.\u201d\n\nKajian ini menjadi salah satu sebab dan alasan seorang isteri tidak boleh memandang remeh perihal kecurangan seorang suami. Dek kecurangan suami, perkahwinan yang dibina bakal musnah jika tindakan sewajarnya tidak diambil. Berhati-hati dengan suami curang.\n\n5 Langkah Yang Perlu Isteri Lakukan Apabila Berdepan Masalah Kecurangan Suami\n\nAwas suami curang. Hati mana yang tidak terluka jika suami yang kita sayangi bermain kasih dengan perempuan lain. Namun, jangan sesekali mudah putus harapan dan terus ingin berpisah. Perkahwinan anda masih boleh diselamatkan.\n\nBerikut 5 langkah yang boleh anda lakukan jika berdepan dengan masalah ini:\n\n#1 Jangan ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya\n\nSebagai seorang isteri yang masih sayangkan perkahwinan yang dibina sekian lama, jangan sesekali terfikir untuk terus bertindak meninggalkan si suami yang curang. Masalah berlaku adalah untuk kita hadapi, bukan untuk kita lari daripadanya. Makin kita lari, masalah tetap akan mengekori.\n\n#2 Jangan ambil sikap tidak peduli\n\nBersikap tidak peduli seolah-olah menunjukkan kita meredai kecurangan si suami. Ada sesetengah daripada wanita yang mengambil jalan mudah dengan tidak mengendahkan kecurangan suami, walhal mereka sudah tahu akan perkara tersebut.\n\nSi isteri beranggapan dengan cara membiarkan masalah tersebut, lama-kelamaan masalah tersebut akan hilang dengan sendirinya. Ternyata ianya salah jika seorang isteri beranggapan sebegitu. Kecurangan suami akan menjadi-jadi sekiranya ia dibiarkan dan tidak diambil peduli.\n\n#3 Ambil masa redakan tekanan dan perasaan terhadap suami curang\n\nJiwa mana yang akan tenang bila menyedari suami curang yang kita cintai tiba-tiba berlaku curang. Makin difikir, makin bergelora hati dibuatnya. Oleh sebab itulah, seorang isteri patut tenangkan fikiran dan cuba untuk memberikan masa kepada diri sendiri dan juga suami sebelum mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya. Nescaya bila hati tenang, jalan penyelesaian pasti akan kunjung tiba.\n\n#4 Dapatkan sokongan dan nasihat daripada orang yang berpengalaman\n\nJika keadaan makin rumit dan sukar untuk diselesaikan secara bersama, segeralah dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa dan juga kaunselor atau pakar dalam masalah rumah tangga.\n\n#5 Dekati Sang Pencipta dengan memperbanyak doa dan mempertingkat amalan\n\nKadang-kala kita mungkin tidak sedar bahawa yang memberikan kebahagiaan hakiki adalah Sang Pencipta yang\u00a0 Maha Agung iaitu Allah S.W.T. Mana mungkin hati yang sentiasa lupa akan Dia akan tenang dan bahagia hidupnya. Samalah jua keadaannya dengan sesuatu perkahwinan. Perkahwinan yang bahagia bergantung juga kepada sejauh mana kita berhubung dengan-Nya.\n\nALLAH Maha Mendengar doa hamba-hamba-Nya dan Dia selalu menyeru agar setiap insan berdoa kepada-Nya. Firman-Nya,\n\n\u201c.Dan Tuhan kamu berfirman: \u201cBerdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu.\u201d (Surah Ghafir:60)\n\nPerkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang telah lama terbina. Anggaplah kecurangan suami itu sebagai salah satu gerhana dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti\u00a0 akan menerangi kembali. Wahai suami curang, kasihanilah isteri kamu"
"Apakah rukun umrah dan perkara-perkara penting berkenaan dengan ibadah ini yang perlu anda tahu sebagai persediaan ke tanah suci?\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa rukun umrah yang perlu anda ketahui dan lakukan. \n\nUmrah dari segi bahasa bermaksud ziarah. Manakala dari segi istillah adalah mengunjugi Baitullah (Kaabah) pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.\n\nWajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas orang yang mampu. Namun, bagi mereka yang mempunyai kecukupan dan kemampuan yang lebih, disunatkan bagi mereka untuk mengulangi ibadah haji dan umrah pada tahun-tahun yang berikutnya.\n\nIhram adalah niat dan persiapan khusus yang harus dilakukan sebelum memasuki miqat, yaitu batas yang ditentukan untuk memasuki wilayah suci dan memulai ibadah umrah. \n\nSaat memasuki ihram, seorang Muslim mengenakan pakaian khusus yang terdiri dari dua helai kain putih yang tidak dijahit, serta menahan diri dari beberapa larangan, seperti memotong rambut atau kuku, berburu haiwan, mengikat perjanjian perkawinan, dan sebagainya.\n\n2. Tawaf umrah sebanyak tujuh pusingan\n\nSetelah memasuki Masjidil Haram di Makkah, rukun kedua adalah melakukan tawaf, yaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh putaran dalam arah searah jarum jam, dimulai dari Hajar Aswad (batu hitam) sebagai titik awal. \n\nTawaf dilakukan dengan niat dan menghadap Kaabah, sambil membaca doa dan dzikir tertentu. \n\nTawaf juga dilakukan dengan kekhusyukan dan khidmat sebagai bentuk penghormatan kepada Allah SWT dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW.\n\n3. Sa\u2019i umrah di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah\n\nSetelah selesai tawaf, rukun ketiga adalah melaksanakan sa\u2019i. Sa\u2019i adalah berjalan cepat tujuh kali antara bukit Safa dan Marwah yang terletak di dalam Masjidil Haram. Sa\u2019i mengingatkan umat Muslim akan perjuangan Siti Hajar yang mencari air di antara dua bukit ini. \n\nPada saat itu, umat Muslim membaca doa dan zikir tertentu. Sa\u2019i dimulai dengan berjalan cepat dari bukit Safa menuju Marwah, kemudian kembali ke Safa, dan seterusnya hingga tujuh kali.\n\nRukun terakhir dalam umrah adalah tahallul, yang berarti melepaskan ihram setelah menyelesaikan sa\u2019i. \n\nMelepaskan ihram melibatkan pemotongan atau pemendekan rambut bagi lelaki, sedangkan bagi wanita, cukup memotong sebagian ujung rambut mereka. \n\nDengan tahallul, seseorang diperbolehkan untuk melakukan aktiviti yang sebelumnya dilarang selama berada dalam keadaan ihram.\n\nMenunaikan umrah mengikut urutan bermula dengan niat, tawaf, sa\u2019i dan bertahallul.\n\nMiqat bermaksud sempadan bagi ibadat haji ataupun umrah.\u00a0Jika kita berniat selepas Miqat, maka kita dikehendaki untuk membayar dam iaitu denda.\n\nDua jenis miqat iaitu tempat penduduk luar Mekah dan tempat penduduk di dalam Mekah.\n\nBagi miqat makani (tempat penduduk luar Mekah), antara miqat yang perlu anda tahu adalah:\n\nAntara contoh perkara yang dilarang ketika ihram adalah seperti yang berikut:\n\nTerdapat banyak kelebihan menunaikan umrah yang boleh anda perolehi apabila melakukannya sesuai dengan tuntutan syarak. Antara kelebihannya adalah seperti:\n\nDiriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda:\n\n\u201cBarangsiapa berhaji ke Baitullah tanpa berkata keji, tanpa bersetubuh dan tanpa berbuat kefasikan (selama ihram), maka dia pulang (tanpa dosa) bagaikan bayi yang baru lahir.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Al-Bukhari)\n\n2. Menyamai pahala haji bagi umrah di bulan Ramadhan\n\nMenunaikan umrah merupakan salah satu ibadah yang sangat dianjurkan dalam agama Islam. Setiap amal baik yang dilakukan saat menunaikan umrah memiliki pahala yang besar di sisi Allah SWT. \n\nMenunaikan umrah juga dapat menghapus dosa-dosa yang telah dilakukan sebelumnya, sehingga umat Muslim dapat memperoleh pengampunan dan kedekatan dengan Allah SWT.\n\nMelalui ibadah umrah, seorang Muslim dapat merasakan kehadiran Allah SWT dengan lebih kuat dan merasa lebih dekat dengan Nya. \n\nPerjalanan spiritual ini memberikan kesempatan untuk berkomunikasi secara langsung dengan Allah melalui doa-doa dan zikir.\n\n4. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan diri\n\nMenunaikan umrah memberikan pengalaman yang memperdalam keimanan dan ketakwaan seseorang. \n\nSaat melihat Kaabah dan berada di tanah suci Mekah, umat Muslim dapat merasakan kebesaran Allah SWT dan merenungkan makna hidup serta tujuan sejati dalam hidup ini.\n\nUmrah merupakan salah satu ibadah yang juga dilakukan oleh Rasulullah Muhammad SAW dan para sahabatnya. \n\nDengan menunaikan umrah, seorang Muslim dapat mengikuti jejak dan sunnah Rasulullah SAW, sehingga mendapatkan berkah dan mendekatkan diri dengan Nabi besar kita.\n\nSelain dari panduan rukun umrah ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan haji dan umrah seperti:"
"Siapa pernah rasa Si gebu gebas japanese cotton cheesecake? Kek ini sememangnya lembut yang amat. Sudahlah gebu lembut macam kapas pula dekat dalam. Memang tidak rasa sedikitpun tekstur kek yang tebal dan berminyak macam kek lain. Tidak hairanlah ramai orang cadangkan dan suka beli kek ini.\n\nCara menghasilkan Japanese cotton cheesecake lembut gebu ini amat senang. Noraisyah Eisyah berkongsikan resepi Japanese kek versi bajet. Kalau biasanya orang buat Japanese cheesecake pakai cream cheese, cik Noraisyah malah pakai cheddar cheese sahaja, sebab itulah kek ini kek bajet. Kek pecah-pecah sebab pakai oven gas. Kalau ingin cantik pastikan pakai oven elektrik.\n\nUntuk dapatkan hasil kek yang sempurna memang tidaklah mudah. Ini berlaku untuk semua kek. Kena banyak ulang buat dan sabar bila hasil belum sempurna. Tapi yang boleh buat sempurna masa pertama kali buat itu baguslah, ada bukan tidak ada yang boleh menjadi masa percubaan pertama. Jom kita buat sama-sama resepinya.\n\nTeknik terbaik cara bakar guna oven elektrik :\n\nTeknik bakar guna oven gas :\n\nSelain Japanese cotton cheesecake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Adakah sesiapa yang mencari resepi pancake mudah utuk sarapan pagi? Ayuh, tengok resepi pancake mudah yang kami kongsikan di dibawah ini.\n\nPancake ialah hidangan pencuci mulut yang lembut. Ia diperbuat daripada tepung gandum, susu segar, telur, gula dan sedikit baking powder. Hanya dengan bahan-bahan mudah ini, boleh menghasilkan pancake yang sedap, gebu dan amat lembut.\n\nBetapa mudah resepinya bukan? Rugi sangat jika anda tidak cubakan di rumah. Selamat mencuba resepi pancake mudah yang dikongsikan oleh Aisyah Abu yang dikongsikan di laman Facebook.\n\nSelain resepi pancake mudah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bagi yang suka makanan pedas, tentu akan suka dengan resepi yang dikongsikan hari ini.\n\nSambal lada sangat sesuai disajikan bersama ayam, ikan mahupun daging. Sambal lada ini menjadi kegemaran ramai kerana ia sangat sesuai dimakan dengan pelbagai jenis makanan seperti nasi kerabu, nasi berlauk, bihun sup dan bermcam-macam lagi.\n\nTerdapat pelbagai cara juga untuk membuat sambal lada ini. Resepi ini merupakan cara membuat sambal lada daripada negeri Kelantan. Ia juga dikatakan mampu bertahan lama iaitu berbulan-bulan apabila dimasukkan dalam peti ais.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai orang. Mari kita cuba resepi ini!\n\n***Bahan2 tu pandai2 la anggaran sendiri ye.\n\nSelain resepi Kek Pandan Kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
"Anak-anak zaman kini terdedah dengan alat gajet seperti telefon pintar, permainan video dan lain-lain lagi. Mereka sering bermain alat gajet sehingga ia menjadi satu habit. Hal ini amat serius kerana ia membuatkan anak-anak lalai dengan alam maya sehingga tidak ambil kisah dengan dunia realiti. \n\nIbu bapa perlu mengambil tindakan segera agar hal ini tidak menjadi satu masalah yang berpanjangan. Anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik mereka dari rumah. Terapkan mereka dengan sifat ingin tahu dan nilai-nilai murni. Sebagai contoh, amalan membaca.\n\nMembaca dapat menambah ilmu dan mengembangkan lagi pemikiran kita dengan hal dunia realiti. Bagaimana kita mahu didik anak kita untuk membaca dari kecil?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 cara mudah jadikan anak ulat buku. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Cara mudah untuk didik anak jadi ulat buku.\n\n#1 \u2013 Bagi anak kita Authority dulu\n\nYa, biarkan anak kita yang pilih buku dengan bebas dan sesuka hati dia. Mula mula memang la dia baca buku komik atau buku yang tak berfaedah dulu tapi bila cinta pada buku tu dah berputik lama kelamaan semua jenis buku pun anak kita akan jatuh cinta\n\n#2 \u2013 Jaga \u2018state\u2019 anak ketika dia bersama buku\n\nMasa anak tengah membaca, jangan pergi jerkah atau pergi tengking dia. Walaupun dia koyakkan buku sekalipun! Kita taknak emosi dan pengalaman negatif tu dikaitkan ( anchored ) pada buku tu.\n\n#3 \u2013 Jangan paksa anak membaca\n\nTugas kita bukan memaksa anak tetapi tugas kita adalah bagaimana kita nak anak kita tu ada \u2018wonderful feeling\u2019 bila tertengok buku buku tersebut.\n\n#4 \u2013 Jadikan diri kita \u2018teachable\u2019\n\nSekali sekala tu buat buat je macam kita tak tahu apa apa dan minta anak kita ajarkan perkara perkara yang ada di dalam buku yang anak kita sedang baca tu. Ianya satu perasaan yang indah bila anak kita rasa dengan membaca buku, mereka sebenarnya sedang\u2019 contribute\u2019 sesuatu pada mak ayahnya juga\n\n#5 \u2013 Jadikan diri kita model\u00a0terbaik\n\nKebiasaan ataupun habit kita ni sejenis benda yang senang \u2018 tular dan berjangkit \u2018 pada anak kita. Itulah kenapa kalau habit kita suka main handphone setiap hari di depan anak-anak, maka habit tu pun akan melekat pada mereka.\n\n*Jika kita tidak mampu untuk didik anak kita jadi ulat buku, seeloknya kita ikuti cara yang ke 5 iaitu jadikan kita sebagai model yang terbaik. Terdapat seorang bapa di luar negara, di mana anaknya suka membaca. Apabila ditanya apa yang bapanya buat, dia berkata bahawa dia selalu membaca buku atau surat khabar di depan anaknya. Oleh sebab itu, anaknya turut suka membaca.\n\nCerita ini telah dibuktikan bahawa amalan membaca perlu dimulakn oleh ibu bapa sendiri. Jika ibu bapa suka membaca, anak-anak juga akan ikut suka membaca. Tetapi kika ibu bapa sibuk bekerja dan bermain telefon bimbit, maka anak juga turut mengikutinya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikal asal di sini."
"Ucapan selamat tahun baru sudah sinonim dengan semua orang. Tak salah nak ucapkan ucapan selamat tahun baru ini. Dengan mengucapkan ucapan selamat tahun baru begini tidak ubah seperti suatu doa yang baik. Ucapan selamat tahun baru akan lebih menarik dan bermakna jika diucapkan dengan ayat yang istimewa.\n\nSecara tidak langsung, kata kata mutiara dan\u00a0ucapan\u00a0selamat\u00a0tahun baru ini dapat dijadikan sebagai pembangkit semangat dan sebuah kata semangat untuk muhasabah diri. Tidak semua orang pandai berkata-kata dan di sini telah disenaraikan beberapa contoh ucapan selamat tahun baru yang bermakna untuk diungkapkan.\n\nMasa demi masa silih berganti, membawa pelbagai cerita suka dan duka, tahun baru bakal menjelang tiba, disambut dengan penuh bersemangat, semoga kegagalan tahun lalu akan membawa kejayaan pada tahun hadapan\n\n\u00a0Jangan pernah putus atas kegagalan tahun lepas, sebaliknya di tahun baru ini bangkit dengan seribu macam cara untuk mngecapi kejayaan yang gemilang. Selamat tahun baru, semoga tahun baru ini membawa kejayaan buatmu\n\nLagi beberapa hari usia akan semakin meningkat seiring dengan tahun lepas yang telah meningalkan kita. Buatmu sahabat, ku titipkan doa semoga tahun ini menjadi tahun yang gemilang untukmu. Mari bersama mengharungi tahun baru ini dengan jiwa dan semangat yang kental demi untuk kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak.\u00a0\n\nJangan takut untuk ucapkan selamat tinggal pada tahun yang lepas. Teruskan bersemangat dengan doa semoga tahun ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun lain yang sebelumnya dan harapan semoga kita akan terus kekal bersama menjadi teman baik yang saling melengkapi di saat susah dan di kala senang. Aamiin.\u00a0\n\nBahagia, derita, kejayaan serta kesedihan telah kita lalui pada tahun yang lalu, semoga pada tahun ini Allah memberkati setiap langkah yang kita jalani untuk meraih impian bersama-sama selagi hayat masih dikandung badan. InshaAllah.\u00a0\n\nAda buku warna ungu, terletak di bilik\u00a0 tertamu,\n\nPantun ini ku tujukan khas buat kamu, dengan ucapan selamat tahun baru.\n\nJadikan masa lalu sebagai pengajaran, dan masa depan sebagai kejayaan, Selamat datang tahun baru, selamat tinggal tahun yang lalu, semoga kita saling mencapai kejayaan yang lebih hebat berbandung dulu.\u00a0\n\nTahun baru ibarat muka surat baru di atas sebuah kertas kosong, kertas yang akan kita tuliskan segala yang indah dan bermakna dalam kehidupan kita pada masa yang akan datang. Selamat tahun Baru dan semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik buat kita semua.\n\nKeamanan tak akan pernah wujud tanpa adanya perpaduan. Selamat Tahun Baru dan hiasilah tahun baru ini dengan semangat perpaduan dalam diri kita bersama-sama.\n\nSemoga kesejahteraan Allah SWT mengisi setiap hari dalam hidupmu, harap kau dan keluarga bahagia dan selamat dalam limpah rahmat-Nya. Selamat Tahun Baru dan semoga tahun baru ini kita akan lebih maju berbanding tahun sebelumnya.\n\nTahun baru ibarat sebuah buku yang mempunyai 365 halaman muka surat, kita yang akan mencorak dan mengisi setiap halaman tersebut dengan keceriaan, semoga dengan tahun baru yang bakal tiba nanti hari kita di warnai dengan kejayaan\n\nMalam ini akan berlalu, minggu ini akan berganjak, bulan ini akan pergi, semoga tahun baru yang akan kunjung tiba ini akan mencoretkan kenangan manis buat kita semua.\n\nJalan-jalan di pekan Rabu, singgah juga\u00a0beli baju baru,\n\nSelamat tahun baru ku ucapkan buatmu, duhai kekasih hatiku\n\nPergi mendaki ke Gunung Kinabalu, banyak rintangan sedang menunggu,\n\nSelamat datang tahun baru, sambutlah dengan azam yang baru.\n\nTahun ini bakal berlalu pergi. Biarpun tahun sebelum ini penuh dengan suka dan duka, tapi itu bukan pengakhirannya. Kini kita bersama-sama melangkah ke tahun yang lain dan semoga tahun baru ini kekal membuat kita tersenyum.\n\n[ image via :\u00a0Dreams Time]\n\nSaat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun dan tahun baru kini datang lagi. Biar segalanya berganti mengikut perginya masa namun hati ku akan tetap setia dan kukuh tetap di sini dengan penuh rasa cinta padamu.\n\nAku tak peduli pada masa yang bergerak kerana masa itu seolah terhenti dengan adanya kasih dan sayangmu yang sentiasa mengharum di sisiku. Terima kasih isteriku kerana tetap sudi bersama mengharungi segala susah senang di sampingku sejak dulu hingga kini.\n\nTahun ini usia kita akan meningkat. Maka sedarlah yang jangka hayat untuk hidup juga sudah semakin pendek. Ayuhlah kita sama-sama sedar dan berusaha memperbanyakkan pahala bermula di permulaan tahun baru yang indah ini.\n\nBercinta sudah! Berkahwin pun sudah! Sama-sama kita doakan semoga kedatangan tahun baru ini dapat menyaksikan kelahiran zuriat tersayang untuk melengkapi hidup kita berdua. Aamiin\n\nSelamat tahun baru sayangku. Jangan risau, walau usiamu semakin meningkat, walau rambutmu semakin memutih dan walaupun dirimu semakin berisi namun hatiku ini akan tetap terus menjadi milikmu sehingga detik nafasku yang terakhir.\n\n Jemput juga membaca artikel tulisan lain kami seperti kena fitnah mari amalkan doa ini, maksud khairat kematian dan manfaatnya pada manusia,\u00a0 golongan yang haram disentuh api neraka dan panduan sambut tahun baru cara Islam."
"Seperti yang ramai tahu, banyak telefon Xiaomi terbaik dikeluarkan pada tahun ini. Dikeluarkan dengan lebih banyak penambahbaikkan dan spesifikasi terkini, peranti pintar Xiaomi pasti bertahan lama dan valid buat jangka masa panjang.\n\nXiaomi adalah salah satu jenama telefon pintar yang terkenal di dunia dan sehingga mendapat permintaan yang meluas di pasaran. Antara sebab ramai yang memilih model ini adalah aksesori yang mudah di cari, sentiasa mengemaskini dengan perincian terbaru, harga yang berbaloi dan sebagainya.\n\nJadi, tidak hairanlah penggunaan model Xiaomi kini makin meluas. Tanpa membuang masa, jom tengok harga dan spesifikasi telefon Xiaomi untuk tahun ini!\n\nXiaomi 12S Ultra dilancarkan bersama siri Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro iaitu pada Juali 2022. Tak banyak perbezaan antara ketiga-tiga model ini melainkan sedikit beza dari segi skrin, kualiiti kamera, kapasiti bateri, berat dan semestinya harga.\n\nXiaomi 12S Ultra dikuasakan oleh cipset terbaik dan terkini iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 (4nm)\u00a0 dengan GPU Adreno 730. Dengan sistem MIUI 13 berasaskan Android 12, pasti prestasi dan update terkini memuaskan pengguna. Pembeli mempunyai pilihan untuk memilih kapasiti storan iaitu 256GB dan 8GB RAM, 256GB dengan 12GB RAM atau 512GB dengan 12GB RAM.\n\nPaparan skrin 6.73 inci AMOLED, kadar penyegarannya mencecah 120Hz, setanding dengan peranti pintar terbaik 2022. Xiaomi 12S Ultra mempunyai 4860mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W.\n\nReka bentuk model ini sememangnya unik dengan kamera besarnya di belakang. Berita baik buat penggemar fotografi, Xiaomi telah bekerjasama dengan LEICA untuk menghasilkan kualiti kamera dan gambar yang terbaik bersama beberapa perincian unggul. Secara umumnya, kamera utama \u00a050MP, kamera ultra lebar 48MP dan telefoto 48MP dengan sensor Sony IMX989. Kamera selfie pula 32MP.\n\nDari segi videografi, Xiaomi 12S Ultra merupakan peranti Android pertama yang menggunakan Dolby Vision dan Hyper OIS. Jika ada yang tak tahu, ia berfungsi untuk menghasilkan rakaman yang lebih stabil.\n\nApa yang menarik dengan model Xiaomi Civi 2? Kelebihannya terletak pada kamera hadapannya yang mempunyai dua lensa atau dwi-kamera dengan 32MP. Dengan ini pengguna dapat berselfie sepuasnya dengan hasil gambar dua kali lebih baik dan berkualiti berbanding model lain. Dari segi kamera utama adalah 50MP bersama Sony IMX766, 20MP kamera ultra lebar serta 2MP kamera makro.\n\nModel ini menggunakan cipset Snapdragon 7 Gen 1 (4 nm) dan dioperasikan bersama MIUI 13 berasaskan Android 12. Dilancarkan pada September 2022, pengguna boleh memilih storan dengan kadar 128GB dan 8GB RAM, 256GB dan 8GB RAM mahupun 256GB dan 12GB RAM.\n\nBateri berkapasiti 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W menggunakan USB-C. Ia mengambil masa anggaran 40 minit untuk memenuhkan sehingga 100%. Model ini turut menggunakan paparan skrin AMOLED 6.55 inci dengan kadar penyegaran 120Hz.\n\nReka bentuk memang nampak mewah dan eksklusif. Xiaomi Civi 2 hadir dengan empat warna yang memukau iaitu hitam, biru, kelabu dan violet.\n\nAnda pasti terpukau dengan reka bentuk Xiaomi Mix Fold 2. Mana tidaknya, ia direka dengan kelebihan boleh dilipat dan menjadi telefon pintar boleh dilipat yang paling nipis di dunia. Buat mereka yang suka akan telefon pintar yang mempunyai skrin besar dan boleh dilipat, model ini pasti memenuhi citarasa anda.\n\nXiaomi MIX Fold 2 dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 serta sistem operasi MIUI 13 berasaskan Android 12. Kapasiti storan cukup memuaskan kerana boleh memuatkan hingga 1TB bersama 12GB RAM.\n\nBateri berkapasiti 4500mAh dan seperti model yang lain menyokong pengecasan pantas dengan kadar 67W.\n\nDari sudut kamera tak kurang hebatnya dengan kamera utama Sony IMX766 50MP, kamera ultra lebar 13MP dan 2x sensor telefoto. Kamera selfie pula 20MP namun tidak terletak pada skrin dalam. Sebaliknya berada di skrin luar. Sama seperti Xiaomi 12S Ultra, kamera turut disokong dengan Leica dengan pelbagai keistimewaan pada kamera seperti Leica Classic dan Leica Vivid.\n\nBagi siri ini, Xiaomi 12T Pro dilancarkan bersama Xiaomi 12T. Bagi sesiapa yang mencari smartphone Xiaomi terbaik dengan harga bermula RM 1999, ini pilihan terbaik buat anda. Harga yang ditawarkan sememangnya berbaloi dengan spesifikasinya.\n\nXiaomi 12T Pro dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Sistem yang disertakan adalah MIUI 13 berasaskan Android 12. Dengan GPU Adreno 730, prestasi telefon pintar ini pasti berjalan dengan lancar.\n\nSalah satu keistimewaan smartphone ini juga terletak pada kameranya. Dengan sensor Samsung ISOCELL HP1, resolusi kamera utama ditawarkan dengan 200MP, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP kamera makro. Kamera hadapan turut memukau dengan 20MP. Kedua-dua kamera ini menyokong ciri panorama dan HDR.\n\nPaparan skrin adalah 6.67 inci dengan CrystalRes AMOLED. Ia turut disokong dengan ciri Dolby Vision dan HDR 10+. Kadar penyegaran disertakan dengan kadar 120Hz. Bateri pasti bertahan lama kerana kapasitinya 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Hanya mengambil kira-kira 19 minit untuk mencapai 100% bateri.\n\nAda yang mencari telefon Xiaomi terbaik yang mempunyai kekuatan pada kamera, reka bentuk dan prestasi terbaik dengan harga berbaloi? Mungkin Xiaomi 12 Lite smartphone yang anda cari! Xiaomi 12 Lite dikuasakan oleh cipset Snapdragon 778G (6nm).\n\nMenggunakan GPU Adreno 642L, peranti ini juga menggunakan sistem MIUI 13 yang berasaskan Android 12. Xiaomi 12 Lite juga menyokong paparan skrin dengan Dolby Vision dan HDR 10+. Paparan AMOLED, kadar penyegaran juga setanding model lain iaitu 120Hz.\n\nTak cukup dengan itu, ada yang gemar dengan smartphone ini kerana boleh bermain video game yang berat, bagus untuk fotografi dan videografi serta kegunaan harian. Selain itu, peranti yang ringan dan nipis ini pasti menjadi buruan ramai kerana bersaiz poket.\n\nMesti ada yang mencari spesifikasi kamera peranti ini. Kamera utama 108MP dilengkapi dengan ciri AI Cinema dan mod malam. Tiada lagi masalah untuk merakamkan gambar lebih bagus ketika malam atau cahaya yang tak mencukupi. Kamera swafoto pula dengan kadar 32MP dilengkapi ciri dwi LED flash Xiaomi Selfie Glow. Kini anda boleh berselfie dengan yakin tanpa mengeditnya semula.\n\nModel ini merupakan siri pertama Redmi yang dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1. Ada yang mencari peranti pintar flagship terbaik, dilengkapi ciri sesuai untuk gamers dan berbaloi dengan harga bawah RM 2000? Kami cadangkan anda untuk memperoleh model ini.\n\nDengan skrin bersaiz 6.7 inci, paparan yang digunakan adalah AMOLED FHD+ \u00a0dengan resolusi 2712\u00d71220. Kadar penyegarannya seperti model lain iaitu 120Hz. Bukan itu sahaja, peranti ini turut menyokong sistem Dolby Vision dan HDR 10+.\n\nKapasiti storan adah 256GB dan dibekalkan hingga 12GB RAM. Kualiti kamera juga tidak menghampakan dengan kamera utama 108MP dengan Samsung ISOCELL HM6, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Bagi kamera hadapan, lensa adalah 20MP.\n\nPrestasi bateri turut memberansangkan dengan kadar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Pantas bukan? Antara keistimewaan lain Redmi K50 Ultra adalah mempunyai sistem penyejuk yang besar, dilengkapi speaker stereo dan Dolby Atmos serta boleh dilipat.\n\nDilancarkan pada April 2022 di Malaysia, POCO F4 GT merupakan siri Poco yang keempat. Reka bentuk Poco F4 GT agak unik dan menarik. Tiga warna ditawarkan menampakkan model ini lebih premium, ganas dan tahan lasak. Sesuailah untuk para gamers terutamanya.\n\nPoco F4 GT dikuasakan oleh cipset Qualcom Snapdragon 8 Gen 1. Semestinya prestasi akan lebih pantas dan lancar. Kadar storan adalah 256GB atau anda boleh memilih 128GB dipadankan dengan LPDDR5 sebesar 8GB dan 12GB RAM.\n\nSkrin pula bersaiz 6.67 inci dengan paparan AMOLED DotDisplay FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz. Kapasiti bateri pula adalah 4700mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W.\n\nPaling unik, Poco F4 GT dilengkapi dengan butang bahu mekanikal. Ciri ini memang berguna untuk gamers kerana butang bahu mekanikal boleh disorokkan dan pengguna boleh bermain online game dengan lebih selesa. Bukan itu sahaja, ia dibekalkan dengan 4 speaker dan sistem Multiple Tab Winding.\n\nRedmi Note 10 Pro adalah telefon Xiaomi terbaik untuk gaming. Peranti pintar ini tergolong dalam semi-flagship. Harga yang ditawarkan memang pasti anda tidak dapat jangkakan memandangkan spesifikasi yang amat mantap.\n\nAntara ciri yang dikatakan padan dengan kemahuan gamer adalah paparan skrin menggunakan Super Amoled, kadar penyegaran 120Hz dan pembesar suara stereo yang jelas dan stabil.\n\nCipset yang digunakan adalah Qualcomm SM7150 Snapdragon 732G dengan GPU Adreno 618. Dengan sistem MIUI 12 berasaskan Android 12, prestasi juga tidak menghampakan. Storan pula dibekalkan hingga 128GB dengan 8GB RAM.\n\nKapasiti bateri pasti memuaskan untuk bermain game kerana kadarnya 5020mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W. Kualiti kamera juga mengagumkan dengan 108MP kamera utama, 8MP sensor ultra lebar, 5MP makro serta kedalaman 2MP manakala kamera swafoto 16MP. Berminat dengan telefon Xiaomi terbaik ini?\n\nRedmi Note 11 Pro Plus 5G\n\nJika anda mahukan smartphone Redmi yang mempunyai prestasi paling mantap, kami cadangkan anda untuk memilih model ini. Harganya sedikit tinggi dalam siri Redmi namun tidak hairanlah kerana spesifikasi yang ditawarkan memang menarik, sesuai untuk bermain game dan penggunaan harian.\n\nDari segi reka bentuk kelihatan minimalis, premium dan cantik. Redmi Note 11 Pro Plus ini dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 920 dengan cip grafik Mali-G68 MC4. Secara ringkasnya, kualiti kamera untuk kamera utama adalah 108MP manakala kamera swafoto 16MP.\n\nBersaiz 6.67 inci, sama seperti kebanyakan telefon Xiaomi terbaik yang lain iaitu menggunakan paparan skrin Super AMOLED\u00a0 HDR 10 FHD+. Kadar penyegaran juga sama dengan 120Hz.\n\nKapasiti bateri adalah 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W yang membolehkan model ini dicas penuh dalam masa 15 minit sahaja. Dengan kadar tersebut, penggunaan telefon pintar ini boleh bertahan dalam lingkungan satu hari mengikut kadar penggunaan harian.\n\nBlack Shark 5 Pro juga pilihan terbaik buat sesiapa yang mencari peranti pintar keluaran Xiaomi yang bagus untuk bermain permainan video. Tak banyak perbezaan antara Black Shark 5 Pro dan Black Shark 5 melainkan dari segi cipset, prestasi dan harganya.\n\nTengok sahaja reka bentuk model ini, pasti pemain permainan video terpukau dan jatuh cinta dengannya. Memulakan penjualan pada Jun 2022, pembeli mempunyai pilihan untuk memilih warna hitam atau putih. Tak kira warna apa yang anda pilih, smartphone ini memang kelihatan eksklusif, ganas dan tahan lasak.\n\nJika sebut prestasi yang bagus, semestinya menggunakan cipset terkini iaitu Snapdragon 8 Gen 1 bersama RAM LPDDR5 6 400Mhz. Kapasiti bateri sedikit rendah iaitu 4650mAh namun pengecasan pantas 120W yang mampu memenuhkan kapasiti bateri dalam masa 15 minit menutupkan kelemahan yang satu ini.\n\nModel ini turut dilengkapi Anti-gravity Dual VC Liquid Cooling iaitu sistem penyejukan terbaik pada masa kini. Paparan skrin pula 6.67 inci dengan ciri AMOLED. Kadar penyegaran mencecah 144Hz. Sistem audionya juga sangat baik untuk menghasilkan bunyi yang jelas.\n\nSama seperti POCO F4 GT, Black Shark 5 Pro Plus mempunyai butang bahu mekanikal yang boleh disorok demi keselesaan pengguna terutama ketika bermain game.\n\nDari sudut kamera, kamera utama dengan 108MP dipadankan dengan sensor ultra lebar 13MP dan makro 5MP. Kamera swafoto pula\u00a0 16MP.\n\nBerbaloi atau tidak memiliki telefon Xiaomi terbaik di atas? Pasti anda rambang mata untuk memilihnya. Sebelum membeli, buatlah pilihan yang bijak sesuai dengan penggunaan, citarasa dan bajet yang anda ada. Selamat membeli!\n\nKami juga ada menulis artikel lain berkaitan smartphone seperti:"
"Selain daripada singgang ikan, ramai pula orang yang membuat daging untuk diolah jadi singgang.\n\nKadang tidak tahu mahu masak daging apa, bosan dengan daging rendang, daging gulai atau menu yang itu-itu saja. Singgang daging boleh jadi pilihan untuk dihidangkan.\n\nMakan singgang daging dengan telur dadar dan ulam budu nikmat sungguh rasanya. Dihidang dengan nasi putih sebagai menu makan siang untuk keluarga mesti semua suka. Makan sampai bertambah-tambah.\n\nTanpa tunggu lagi, mari lihat resepi perkongsian ramai daripada Shareena Nana\u00a0di laman Facebook di bawah ini. Hidangkan menu singgang daging untuk keluarga anda. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi singgang daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Menjadi ibu atau bapa tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Masyarakat kita secara amnya lebih fokus dan banyak berbicara tentang ibu tunggal. Tak banyak yang diperkatakan tentang cabaran bapa tunggal dalam membesarkan anak-anak dan membentuk anak supaya menjadi manusia yang berguna.\n\nBiasa kita dengar orang kata, orang lelaki takkan boleh membesarkan anak sendirian. Kalau isteri meninggal dunia cepat je nak cari isteri baru sebagai pengganti. \n\nBukan itu sahaja, malah ada yang akan mempertikaikan kemampuan seorang bapa tunggal jika memilih untuk membesarkan anaknya sendirian. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya cabaran bapa tunggal adalah sebesar gunung. Tohmahan dan kata negatif yang kita berikan adalah sangat tidak membantu.\n\nDewasa ini, dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar segala-galanya memerlukan kos yang tinggi. Itulah sebabnya kebanyakan isteri zaman sekarang menyandang gelaran wanita berkerjaya. \n\nIni kerana gaji suami seorang tidak dapat menampung belanja dan keperluan seisi rumah. Terutamanya jika anda tinggal di bandar besar.\n\nJika anda bergelar bapa tunggal, pastinya anda adalah satu-satunya yang bekerja dalam keluarga. Gaji anda seorang akan digunakan untuk semua perbelanjaan isi rumah. Cukup atau tidak, itu sahaja sumber kewangan yang ada. Harus diingat bahawa kos membesarkan anak pada zaman sekarang adalah tidak murah. Di antara perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk seorang anak ialah seperti berikut:\n\nJika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, kos untuk membesarkan mereka bukanlah murah. Ini adalah di antara cabaran utama yang akan dihadapi oleh seorang bapa tunggal. Tak mudah bukan? Namun jangan terlalu gusar. Setiap anak dilahirkan dengan rezeki masing-masing. Anak-anak adalah pembawa rezeki. Lagi pun dalam islam kita diajar agar jangan risau dan berkeluh-kesah tentang rezeki. \n\nInsya Allah mungkin sekarang anda perlu berusah-payah bekerja keras untuk membesarkan anak-anak. Percayalah bahawa apabila anak-anak anda sudah besar nanti, mereka akan membalas segala pengorbanan yang anda lakukan.\n\nCabaran dari segi membahagikan masa di antara kerjaya dan anak-anak\n\nApabila anda bergelar seorang bapa tunggal, anda adalah satu-satunya yang bekerja dalam rumah dan dengan anak-anak yang sedang membesar dan memerlukan perbelanjaan yang besar, pastinya anda akan menghabiskan banyak masa untuk mencari duit. Pada masa yang sama anda juga perlu menumpukan perhatian kepada anak-anak yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. \n\nIngat! Anak-anak anda tidak mempunyai ibu seperti anak yang lain. Sebagai bapa, andalah ibu dan adalah ayah. Jika anda tidak meluangkan masa untuk anak-anak, anak anda tidak mempunyai sesiapa di dunia. Anak anda akan berasa kurang kasih sayang dan diabaikan. Ini adalah di antara punca gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja masa kini.\n\nMembahagikan masa di antara kerjaya dan anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Sedangkan pasangan suami isteri pun ramai yang tak mampu untuk melakukannya, inikan pula seorang bapa tunggal. \n\nNamun percayalah, Allah akan membantu anda. Allah akan mempermudahkan urusan anda. Walau pun tak mudah untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan anak-anak, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.\n\nCabaran untuk menguruskan kerja rumah sendirian\n\nIni adalah satu lagi cabaran besar yang perlu dihadapi oleh seorang bapa tunggal. Jika anda mempunyai isteri, lazimnya kebanyakan kerja rumah akan dilakukan oleh isteri.Balik kerja, sampai rumah anda boleh berehat. Makanan telah tersedia. \n\nKain-baju dibasuh dan dilipat kemas oleh isteri. Rumah dibersihkan oleh isteri. Anak-anak dah siap mandi dan kemas, malah kerja sekolah anak-anak isteri dah pastikan selesai. \n\nNamun apabila bergelar bapa tunggal, habis kerja di pejabat anda perlu menyelesaikan pula kerja di rumah. Tidak ada masa untuk anda berehat. Semuanya perlu anda lakukan sendiri dari memasak, membasuh pakaian, melipat kain baju, mengemas rumah, sehinggalah meneman anak membuat kerja sekolah. Jika ada anak yang jatuh sakit, anda perlu menjaga anak sendiri tanpa ada sesiapa untuk bergilir.\n\nBaca pun dah rasa penat. Inikan pula bagi mereka yang melaluinya. Sebab itu kami katakan diawal artikel tadi. Cabaran bapa tunggal adalah setinggi gunung. Ianya tak mudah. Namun ingat, ganjaran yang diberikan oleh Allah bagi segala pengorbanan ikhlas yang anda lakukan demi anak-anak.\n\nFitrah manusia adalah untuk hidup berpasangan. Semua manusia ingin disayangi dan dibelai manja. Namun apabila anda bergelar bapa tunggal, berkahwin baru pastinya satu cabaran. Anda akan risau memikirkan mampukah isteri baru menyayangi dan menjaga anak anda dengan baik seperti anak sendiri? Jika di kemudian hari anda mempunyai anak dengan isteri baru, adakah anak anda sekarang akan masih disayangi oleh isteri baru atau anak anda akan terpinggir?\n\nBelum lagi isu dipandang serong oleh masyarakat. Pastinya akan ada yang berkata bukan-bukan. Kubur isteri masih merah dah gatal nak kawin baru. Isteri meninggal tak sampai setahun dah ada pengganti, dan sebagainya. Itulah sebabnya kenapa ramai bapa tunggal memilih untuk terus bersendirian dan membesarkan anak dengan sendiri.\n\nItulah dia info tentang cabaran bapa tunggal yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami."
"Ayuh sajikan mee hoon goreng hari ini. Mee hoon goreng sedap dijadikan sarapan. Makan dengan sambal nasi lemak, makin sedap.\n\nAnak-anak suka request mee hoon goreng untuk makan pagi. Sebaiknya mak buat sendiri mee hoon goreng di rumah. Lebih terjamin kebersihannya juga amat berbaloi. Hidangkan bersama telur dan sambal merah.\n\nDi bawah ini kami tuliskan resepi mee hoon goreng yang mudah dan lazat yang dikongsikan oleh Suenery Rajendran di laman Facebook. Tanpa tunggu lama mari lihat resepinya di bawah ini.\n\nSelain resepi mee hoon, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tempoh berpantang mengambil masa sehingga darah haid nifas kering lebih kuran 40 hari ke 60 hari. Jika darah haid nifas kering dengan lebih cepat maka si ibu tidak perlu berpantang lagi. Cuma perlu lebih berhati-hati jikalau hormon tidak stabil. Dalam islam jugak tidak digalakkan berpantang sehingga 100 hari. Ramai doktor-doktor pakar juga telah berkongsi info mengenai tempoh berpantang.\n\nDalam tempoh penyusuan anak kemungkinan untuk hamil lagi sekali rendah tetapi tidak bermakna si ibu tidak boleh hamil. Bagaimanakah si ibu boleh hamil semasa tempoh penyusuan?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai punca tidak datang haid selepas bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nRamai ibu menyangka lactational amenorhoea bererti \u201ctidak subur\u201d dan ibu tidak akan hamil ketika menyusukan bayi. Ini sama sekali kurang tepat. Perlu difahami apabila bayi yang disusukan berusia kosong hingga enam bulan, 90% daripada wanita yang menyusukan anak secara eksklusif tidak hamil.\n\nJika anda tidak menyusukan anak secara eksklusif dan masih juga tidak didatangi haid, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan untuk mengetahui puncanya.\n\nBerikut adalah 6 sebab-sebab mengapa seseorang wanita itu tidak didatangi haid.\n\n\ud83d\udccd Masalah ovulasi yang belum berlaku.\n\n\ud83d\udccd Wanita yang terlalu kurus atau obes.\n\nSebab utama tidak datang haid ialah mengandung. Mungkin anda terkejut tetapi ramai wanita yang menyusukan anak sering bertanya bilakah haid akan datang, tiba-tiba mereka merasa tendangan janin di dalam rahim. Oleh itu, bagi ibu yang tidak didatangi haid disarankan melakukan ujian \u201curine pregnancy test\u201d bagi menentukan sama ada hamil atau tidak.\n\nKemungkinan yang kedua ialah masalah hormon. Terdapat pelbagai jenis hormon di dalam tubuh wanita yang mengganggu kitaran haid. Antaranya masalah hormon tiroid, Polycystic Ovarian Syndrome dan hyperprolaktinemia. Doktor yang merawat akan melakukan ujian bagi mengenal pasti masalah ini.\n\nHaid tidak datang juga boleh disebabkan oleh kilang ovari yang belum mengalami ovulasi. Selepas melahirkan bayi, haid hanya akan datang semula jika berlakunya ovulasi. Adalah sukar untuk menentukan bila ovulasi akan berlaku. Tetapi bagi mereka yang menyusukan bayi, proses ovulasi ini mungkin akan berlaku lebih lambat.\n\nMasalah stres dari segi mental dan fizikal boleh menyebabkan darah haid tidak muncul tiba. Kurang tidur juga merupakan sejenis \u201cstres\u201d dan ini juga mempengaruhi kitaran haid kita.\n\n#5: Berat badan dan ketidakseimbangan hormon\n\nSelain itu, masalah berat badan juga boleh mempengaruhi kehadiran haid dalam hidup seseorang wanita. Kadang kalau masalah berat badan dan ketidakseimbangan hormon juga sering berkait dan menyebabkan haid tidak datang. Misalnya, pesakit hypothyroid akan mengalami pertambahan berat badan dan mengalami masalah haid. Oleh itu dapatkan rawatan doktor jika anda mengalami mana-mana gejala-gejala yang tertera seperti di atas.\n\n*Jika tidak mahu hamil setiap tahun, makanlah pil perancang dan jangan pernah sesekali skip makan pil. Si suami juga perlu menjaga si isteri kerana bersalin bukanlah perkara yang mudah untuk isteri lakukan. Seelok-eloknya biarlah anak jarak 2 atau 3 tahun agar mereka dapat rasa bermanja-manja sebelum memiliki adik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pastinya ramai yang menggemari daging kambing bukan? Rasa daging kambing pasti dapat menarik selera anda sekeluarga. Pada hari ini kita akan berkongsi satu resepi yang diperbuat daripada daging kambing iaitu daging kambing masak pasamah. \u00a0\n\nJika kita beli hidangan ini di kedai-kedai makan pastinya kita akan dikenakan dengan harga yang mahal. Jadi tidak dapatlah kita mahu makan daging kambing masak pasamah ini sepuas-puasnya. Jadi tanpa melengahkan masa, mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakan reseipi ini supaya kita dapat makan daging kambing masak pasamah sepuas-puasnya di rumah bersama dengan seisi keluarga yang tersayang.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Zakuan Laris P di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan komen-komen yang baik.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, banyak resepi lain juga yang sudah saya kongsikan di sini. Jangan lupa untuk tekan butang kongsi untuk berkongsi resepi ini bersama rakan-rakan anda."
"Melawat orang sakit adalah salah satu daripada amalan murni yang telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Malah sebagai orang islam, menziarahi orang sakit adalah sangat dituntut oleh agama kita. Di antara hadith yang menganjurkan umat islam untuk menziarahi orang sakit adalah seperti berikut:\n\n\u201cPerumpamaan orang-orang Islam di dalam berkasih sayang dan bersaudara adalah seperti tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya mengadu kesakitan maka anggota-anggota lain juga akan ikut merasakan panasnya dan tidak tidur malam.\u201d\n\n\u201cHak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.\u201d (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)\u200b\n\nNamun begitu terdapat beberapa adab yang perlu kita jaga semasa menziarahi pesakit. Adalah sangat penting untuk kita menjaga adab tersebut agar niat baik kita untuk menziarah tidak berakhir dengan perasaan yang tidak enak pada sesebelah pihak. Jom kami amalkan tips ziarah orang sakit yang perlu kita ambil kira sebelum menziarah saudara-mara atau sahabat handai.\n\n1. Maklumkan bila anda mahu datang dan minta izin untuk datang melawat\n\nPerkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum menziarahi pesakit ialah untuk memaklumkan kepada pesakit dan penjaganya bila anda ingin datang melawat dan minta izin daripada mereka. Katakan anda ingin datang melawat pada keesokan hari, jangan lupa untuk maklumkan pukul berapa anda dijangka sampai. Dan jangan lupa untuk bertanya sekiranya pesakit dan penjaga senang dengan kedatangan anda.\n\nIni kerana, ada masanya waktu yang kita pilih untuk bertandang mungkin kurang sesuai bagi pesakit dan penjaganya, sebagai contoh waktu tersebut ialah waktu untuk makan ubat, waktu untuk mandi, atau juga waktu untuk doktor meronda memeriksa pesakit. Memaklumkan dan meminta izin dari pesakit dan penjaganya adalah salah satu adab menziarahi pesakit yang diambil ringan oleh orang kita.\n\n2. Pilih waktu melawat yang sesuai\n\nIni juga adalah tips ziarah orang sakit yang tak kurang pentingnya. Sila pilih waktu melawat yang sesuai agar tidak mengganggu pesakit yang memerlukan tidur dan rehat yang banyak. Seeloknya elakkan daripada menziarahi pada awal pagi atau lewat malam di mana kebiasaannya waktu tersebut orang tidak bersedia untuk menerima pelawat.\n\nElakkan juga untuk menziarah pada waktu masuk solat fardhu kerana biasanya pada waktu itu orang sedang bersiap-siap untuk menunaikan kewajipan solat. Cara yang terbaik? Tanya kepada pesakit dan penjaganya bila waktu yang paling sesuai untuk anda datang melawat.\n\n3. Bawa buah tangan tanda ingatan\n\nSudah menjadi kebiasaan orang kita untuk membawa buah tangan sebagai tanda ingatan semasa menziarahi orang sakit. Ianya bukanlah satu kewajipan namun ia menjadi kebiasaan kerana kita ingin menghiburkan hati sahabat atau saudara yang sedang sakit. Biasanya orang sakit akan bersedih dan berduka-cita.\n\nApabila kita melawat dan membawa buah tangan, sedikit sebanyak kita akan membantu untuk menggembirakan hatinya. Di antara buah tangan yang biasa diberikan ialah buah-buahan dan bunga. Namun tak salah kalau anda memberikan sedikit wang dengan niat untuk bersedekah.\n\nTips menziarah orang sakit yang seterusnya ialah jangan datang terlalu ramai kerana ia akan membuatkan suasana menjadi sesak dan membuatkan pesakit berasa kurang selesa. Bayangkan jika pesakit terlantar di dalam bilik wad yang sempit, dan anda pula datang melawat bersama segerombolan manusia, pastinya bilik akan menjadi sesak malah tak selesa untuk anda yang melawat.\n\nSemasa melawat orang sakit, sila jaga pertuturan. Elakkan daripada berbangga menceritakan tentang kesihatan diri anda dan jangan sesekali berbicara tentang perkara yang boleh mengguris hati pesakit seperti bercerita tentang kenalan yang mengidap sakit yang sama namun telah meninggal dunia. Elakkan daripada bersembang tentang perkara sensitif.\n\nSebaliknya ajak pesakit bersembang tentang perkara yang baik dan manis yang boleh membuatkannya tersenyum dan terlupa tentang sakit yang sedang dialami. Jadikan kedatangan anda sebagai sesuatu yang dihargai.\n\nApabila melawat pesakit, mungkin anda tidak sedar yang anda sudah berada di sana untuk tempoh masa yang terlalu lama. Yelah, bila dah bersembang anda boleh lupa diri hingga tak sedar dah berjam-jam anda melawat. Oleh itu, tips ziarah orang sakit yang seterusnya yang ingin kami kongsikan ialah pastikan anda tidak melawat terlalu lama.\n\nIni kerana pesakit mungkin perlu dimandikan, perlu diberikan makan ubat. Malah mungkin juga pesakit sedang menahan diri daripada tertidur sambil melayan anda akibat pengambilan ubat. Kita juga mungkin tidak tahu yang pesakit berasa tidak selesa untuk duduk terlalu lama melayan anda.\n\nBukan sahaja pesakit, kita juga perlu memikirkan penjaganya yang juga mempunyai keperluan sendiri. Oleh itu, jadilah seorang manusia yang bertimbang-rasa dan tidak duduk terlalu lama semasa menziarah.\n\n7. Doakan yang baik-baik buat pesakit\n\nAkhir sekali, jangan lupa untuk mendoakan yang baik-baik buat pesakit. Doakan agar Allah sembuhkan sakitnya. Minta agar Allah ampunkan dosa-dosanya dan semoga kesakitan yang dialami akan mengangkat darjatnya di sisi Allah. Percayalah bahawa apabila kita mendoakan saudara sesame islam, para malaikat akan mendoakan kita semula.\n\nItulah dia info tentang tips ziarah orang sakit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang adab ziarah kubur, adab dengan guru, dan adab berkomunikasi dengan orang tua."
"Tekanan boleh berlaku ketika hamil kerana pelbagai dugaan akan dihadapi pada masa tertentu ketika mengandung. Selain itu, melahirkan bayi juga akan mengubah hidup anda iaitu menjadi orang yang bertanggunhawap melahirkan orang baru ke dunia. Selain itu, pelbagai perkara lain yang bermain di fikiran wanita mengandung yang menyebabkan mereka mudah rasa tertekan.\n\nNamun, semua itu hanyalah permainan perasaan kerana kelahiran bayi merupakan saat yang paling indah dalam kehidupan anda. Antara panduan untuk mengelakkan daripada merasa tekanan adalah:\n\nAnda hendaklah memastikan diri anda mengambil rehat yang secukupnya agar kesihatan diri lebih terjamin. Jika berada di tempat kerja, anda boleh berehat di ruang rehat ketika makan tengahari dan kurangkan daripada membuat kerja yang berat. Seterusnya, jika anda letih pastikan tidur awal kerana badan anda sudah bekerja keras menyuburkan bayi yang semakin besar olrh itu anda memerlukan masa tidur yang cukup.\n\nDi samping itu, peranan suami juga penting untuk memastikan isterinya yang tengah hamil tidak melakukan pekerjaan yang banyak dan mengambil masa rehat yang sewajarnya.\n\nMakanan yang berkhasiat dapat membantu minda dan badan anda. Tambahan lagi, jika anda mengambil cara pemakanan diet seperti makanan yang mempunyai asid lemak omega-3, vitamin dan mineral ia boleh menjadikan tahap keceriaan anda termasuk ketika anda hamil.\n\nAntara makanan berkhasiat yang mengandungi nutrient yang baik adalah buah-buahan, ayam, ikan, produk tenusu, sayur-sayuran dan juga bijirin. Oleh itu sebagai wanita yang sedang hamil anda hendaklah memastikan mendapat nutrient yang cukup\u00a0 tetapi tidak perlu keterlaluan untuk mendapat nutrient.\n\nMelakukan senaman akan membuatkan anda lebih ceria. Senaman ketika hamil mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan senaman.anda hanya perku melakukan senaman yang ringan sahaja dan pastikan ia tidak membahayakan kesihatan dan menyebabkan kecederaan kepada diri anda. anda boleh mengamalkan semanam dalam kehidupan harian anda contohnya walaupun di tempat kerja anda boleh dan berjalan selalu. Seterusnya anda hendaklah mengihirup udara yang segar walaupun dalam tempoh masa yang singkat iaitu dalam lingkungan masa 10 minit.\n\nWanita hamil akan rasa bimbang mengalami kesakitan ketika bersalin. Oleh itu, anda boleh melawat wad bersalin terlebih dahulu untuk mengetahui perkara yang harus ditempuhi ketika hendak bersalin sebagai persediaan anda. anda tidak perlu merasa takut kerana menjangkakan tempat untuk melahirkan anak dapat menenangkan fikiran anda.\n\nJika masih ragu-ragu, dapatkan khidmat nasihat doktor untuk memastikan kandungan dapat dilahirkan dengan lancar. Selain itu, fikiran positif juga akan membantu memenangkan fikiran anda contonya kelahiran bayi anda pasti akan menambah keceriaan dalam keluarga anda.\n\nJika anda bimbang tentang cara melahirkan bayi kerana takut ia akan mempengaruhi hubungan anda dengan suami atau meragukan keupayaan untuk menjadi seorang ibu, itu adalah perkara yang biasa yang berlaku. Untuk pengetahuan anda, menjadi ibu bapa adalah sesuatu yang akan bakal anda pelajari dan tempuhi.\n\nJangan risau kerana hidup dalam kekelurgaan sangat menyeronokkan dan merasa bahagia. Anda juga boleh meminta tips daripada ibu yang berpengalaman kerana ia pasti dapat membantu anda untuk membina kehidupan berkeluarga anda sendiri."
"Menghilangkan lemak badan, menjadi kurus ialah keinginan semua orang. Tidak hanya wanita, namun lelaki juga. Pelbagai cara dilakukan orang untuk mendapatkan saiz badan yang ideal dan proporsional.\n\nAntara cara yang dilakukan ialah berdiet. Salah satu nama dietnya iaitu diet atkins. Diet atkins ialah\u00a0program menghilangkan berat badan lewat pemakanan makanan rendah karbohidrat. Diet ini dicipta oleh\u00a0Dr. Robert Atkins dan sangat terkenal.\n\nRamai orang yang telah melakukan cara diet ini dan banyak antara mereka yang berjaya menurunkan berat badan.\n\nDiet atkins tidak menyiksa. Ianya membolehkan kita untuk makan seperti biasa namun dengan low-carbohidrat dan mengikuti fasa-fasa tertentu. Anda tidak perlu risau bila melakukan diet atkins. Kerana diet ini tidaklah mengikat perut macam diet pada umumnya.\n\nPada perkongsian ini kami hadirkan 10 resepi diet atkins pilihan ramai yang dikongsikan oleh\u00a0Nurulnabila Zaidi di laman Facebook. Resepi ini telah mendapat perkongsian sebanyak 68k semasa ianya ditulis. Percaya tidak percaya anda harus mencubanya sendiri. Semoga berjaya melakukan diet anda.\n\nResepi Dada Ayam Lada Hitam + Park Choy Rebus\n\nResepi pertama iaitu dada ayam lada hitam yang digandingkan dengan sayur park choy. Malah daging ayam yang pejal itu mulai sekarang anda harus terbiasa memakannya. Supaya diet atkins anda berjaya.\n\nKalau mahu diet kena cari makanan yang rendah karbohidrat. Untuk resepi ini pula kena cari tuna yang rendah karbohidrat. Kalau mahu clean diet elakkan makanan dalam tin ya.\n\nJangan lupa cari tuna paling rendah karbohidrat. Chicken slice dan hot dog boleh dielakkan kalau tidak mahu guna. Makanan segera kena kurangkan atau dielakkan. Tomato bersukat, fasa 1 elakkan ya.\n\nResepi ini tidak seberapa lulus fasa 1 atkins. Masa beli serbuk rendang pula, kena tengok jumlah karbohidrat dalam serbuk rendang.\n\nResepi Daging Telur Masin + Park Choy Rebus\n\nResepi ini menggunakan carrot, dimana carrot tinggi karbohidrat. Untuk fasa 1 baiknya dielakkan. Resepi ini lulus atkins fasa 1 2 3 4.\n\nResepi ini boleh dijadikan snek minum petang kalau lapar. Keuntungan lain ialah ia boleh simpan seminggu dalam peti sejuk. Selamat karbohirat sebab tidak guna tepung. Lulus atkins fasa 1 2 3 4.\n\nResepi Daging Goreng Kunyit + Saderi\n\nSerbuk kunyit pun ada karbohirat. Hati-hati ya kena beli yang rendah karbohidrat.\n\nResepi Sambal Daging Cincang + Telur Mata Banjir\n\nResepi diet atkins berikutnya ialah sambal daging cincang dan telur mata. Daging dan telur mengandungi banyak protein. Bersama diet atkins tidak kuatir lagi makan daging.\n\nResepi Keropok Lekor Tanpa Tepung (Versi Kurus)\n\nMesti banyak orang yang risau makan keropok lekor. Kuatir dengan minyak, kolesterol dankarbohidrat. Namun dengan resepi ini anda boleh makan keropok lekor juga walau tengah berdiet.\n\nCekodok daging tanpa tepung. Rendah karbohidrat namun mengenyangkan. Boleh dijadikan camilan petang-petang.\n\nSelain resepi atkins, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Siapa peminat laksa siam? Laksa siam sedia untuk makan pagi dan petang. Laksa siam ialah hidangan laksa lemak Thailand yang menggunakan mee laksa halus dan menggunakan banyak rempah.\n\nSebenarnya ada pes siap untuk buat laksa siam. Tapi lagi seronok dan sedap kalau buat sendiri resepi untuk kuah dengan resepi asal dari kelate di bawah. Resepi laksa siam versi orang melayu yang sedap ini dikongsikan oleh Ieja Mohamad Rejab di laman Facebook.\n\nLaksa siam pula biasa dimakan dengan laksa halus atau bihun sebabnya lebih serasi rasa dia. Tapi kalau ingin makan dengan laksa biasa pun OK asal kuah sedap. Untuk dapatkan kuah sedap, jom cubakan resepi di bawah dan anda boleh agak-agak kuantiti bahan.\n\nSelain laksa siam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Denggi adalah salah satu penyakit bawaan virus yang makin tersebar di seluruh dunia, biarpun terdapat peningkatan usaha untuk membendung atau mencegah penyebaran penyakit ini.\n\nPenyakit ini berpunca daripada virus denggi (DENV 1-4), yang berada dalam manusia sebagai hos setelah dibawa oleh nyamuk Aedes.\n\nAntara faktor penyebaran virus denggi termasuklah kekebalan hos kepada virus, kapasiti nyamuk sebagai vektor, peredaran virus, cuaca atau iklim, kapasiti kawalan denggi dan pergerakan penduduk.\n\nLaporan gejala penyakit denggi dari bandar ke pinggir bandar atau penempatan semula telah diperhatikan dalam beberapa dekad kebelakangan ini.\n\nDi Malaysia, kesemua empat jenis virus denggi wujud bersama di negara ini dengan setiap DENV-1, DENV-2 dan DENV-3 menjadi virus utama dalam tempoh yang berlainan, sementara DENV-4 mempunyai pengaruh yang kurang dalam negara.\n\nKajian terbaru menunjukkan bahawa wabak denggi di Malaysia pada 2013 dan 2014 adalah disebabkan oleh perubahan dalam jenis virus DENV, bermula pada 4 hingga 6 bulan sebelum setiap wabak dikesan.\n\nPada tahun 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Pelan Strategik Denggi Negara (NDSP) untuk meningkatkan usaha kawalan denggi. NDSP ini menggunakan strategi untuk meningkatkan pengawasan denggi, kawalan vektor, kes dan pengurusan wabak, pemantauan penduduk dan penyelidikan dalam alat dan strategi kawalan denggi yang inovatif.\n\nHasilnya, trend penurunan kadar insiden denggi berjaya diperhatikan pada tahun 2011 dan 2012. Walau bagaimanapun, negara mengalami lonjakan kadar insiden denggi pada tahun 2013.\n\nKajian oleh Ng et al. pada tahun 2015 mencadangkan bahawa wabak denggi pada tahun 2013 di Malaysia mungkin disebabkan oleh penukaran kemandirian virus yang \u00a0utama denggi dari DENV-3 dan DENV-4 kepada DENV-2.\n\nLangkah-langkah berkesan untuk membasmi vektor atau kawalan nyamuk adalah kritikal untuk mencapai dan mengekalkan pengurangan kes-kes kesihatan yang boleh dikaitkan dengan denggi.\n\nKawalan vektor bertujuan mengganggu penghantaran denggi dari vektor ke hos untuk mengurangkan jangkitan virus denggi dan seterusnya mencegah wabak.\n\nNamun begitu, kaedah kawalan vector ini memerlukan modal yang tinggi dan tenaga kerja yang cekap.\n\nHal ini demikian kerana kos untuk kawalan denggi boleh mencecah sekitar 42-59% daripada jumlah beban ekonomi.\n\nSistem amaran awal yang berkesan akan dapat meningkatkan kesediaan wabak dan tindak balas yang merupakan elemen penting dalam perancangan intervensi awal dan peruntukan sumber.\n\nAmaran awal wabak denggi bukan sahaja dapat meningkatkan kawalan denggi tetapi juga mengurangkan beban kesihatan dan ekonomi denggi dalam kalangan penduduk di sesebuah negara.\n\nKes denggi dilaporkan meruncing terutamanya di negara-negara membangun dengan sumber penjagaan kesihatan yang terhad.\n\nSebahagian besar kajian di Malaysia menunjukkan korelasi atau perhubungan yang bererti antara wabak denggi, hujan, dan suhu, dengan tempoh lag antara 7 hingga 51 hari.\n\nIstilah lag ini biasanya berfungsi sebagai tempoh sisihan masa untuk kawalan vektor.\n\nBerpandukan masa yang optimum untuk amaran awal dan disesuaikan dengan faktor seperti kapasiti kawalan vektor dan keberkesanan wabak pengurusan di kawasan kajian masing-masing, satu kajian di Singapura telah mencadangkan bahawa tempoh masa 3 bulan adalah masa yang mencukupi sebagai tempoh lag kawalan ventor yang berkesan.\n\nSelain iklim, dinamik sebaran wabak denggi dalam satu-satu masa dipengaruhi oleh pelbagai faktor kompleks seperti jenis virus DENV, imuniti kawanan, ketumpatan populasi, dasar dan kapasiti kawalan denggi, pengurusan kawalan wabak , dan komitmen masyarakat untuk penyingkiran larva (jentik-jentik nyamuk) di kawasan kediaman.\n\nSementara itu, kajian oleh Hii et al. pada tahun 2016 menyimpulkan bahawa iklim merupakan pemboleh ubah yang paling mempengaruhi sebaran penyakit denggi melalui tidak balas langsung kesan ke atas biologi nyamuk dan tempoh keberadaan virus DENV dalam nyamuk.\n\nDenggi telah menjadi endemik di Malaysia sejak tahun 1970-an, dengan peningkatan intensiti dan kematangan wabak dalam beberapa dekad kebelakangan ini.\n\nKadar insiden kebangsaan (IR) bagi penularan wabak denggi telah meningkat daripada 32 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2000 kepada 361 kes pada tahun 2014, walaupun trend sebaliknya sementara diperhatikan pada tahun 2011 dan 2012 yang mencatatkan sedikit penurunan.\n\nPada masa yang sama, kadar kes kematian didapati menurun dari 0.6% pada tahun 2000 kepada 0.2% pada tahun 2014.\n\nPada awal 2015, kes denggi mencapai atau melebihi bilangan kes yang dilaporkan semasa tempoh wabak pada tahun 2014.\n\nSehingga kini, tiada sistem amaran awal berasaskan iklim atau amaran wabak telah ditubuhkan untuk pengawasan denggi di Malaysia.\n\nKekurangan data dan pengetahuan serta sokongan yang tidak mencukupi dari pembuat dasar untuk kegunaan sistem seperti itu, boleh menjejaskan pembangunan teknologi dan inovasi untuk mengawal denggi.\n\nPara penyelidik mungkin terikat dengan proses permohonan yang panjang untuk mendapatkan data dari agensi yang berkaitan.\n\nSelain itu, kebolehpercayaan dan kesahihan data yang ada juga merupakan satu cabaran untuk dibuktikan oleh para penyelidik.\n\nWalau bagaimanapun, kualiti data mengenai denggi semakin meningkat dan bertambah baik sejak tahun 2009. Pihak berkuasa terutamanya yang berkaitan dengan bidang kesihatan boleh menggalakkan kajian mengenai pengaruh iklim dan penyakit dengan mengumpulkan data kes denggi tersedia secara terbuka untuk tujuan penyelidikan dan \u00a0menyokong pembangunan dan integrasi sistem ramalan denggi berasaskan iklim.\n\nData iklim adalah data bebas dan boleh didapati secara terbuka.\n\nMemandangkan hubungan kedua-dua faktor antara iklim dan denggi ini dapat didokumentasikan dengan baik, iklim boleh menjadi alat yang mudah dan berkesan untuk meramalkan wabak terutamanya dalam kalangan negara yang sedang membangun atau mengalami kekangan sumber.\n\nSokongan dari institusi akademik dan kesihatan dalam menyediakan pengetahuan dan kemahiran teknikal yang lebih maju untuk ramalan ramalan penyakit seperti sumber pembiayaan akan meningkatkan keupayaan penyelidikan dan minat dalam bidang ini.\n\nDi samping itu, pemasukan pemodelan penyakit canggih sebagai modul kursus universiti untuk kesihatan perubatan, pelajar dan penyelidik akan membantu mengekalkan usaha penyelidikan.\n\nHii, Y. L., Zaki, R. A., Aghamohammadi, N., & Rockl\u00f6v, J. (2016). Research on climate and dengue in Malaysia: a systematic review. Current environmental health reports, 3(1), 81-90.\n\nNg, L. C., Koo, C., Mudin, R. N. B., Amin, F. M., Lee, K. S., & Kheong, C. C. (2015). 2013 dengue outbreaks in Singapore and Malaysia caused by different viral strains. The American journal of tropical medicine and hygiene, 92(6), 1150-1155."
"Biskut raya tidak asing lagi jika kita sebut mengenai Hari Raya Aidilfitri. Terdapat banyak pilihan biskut raya yang dijual di pasar-pasar malam dan bazar-bazar ramadhan.\n\nJika anda inginkan sedikit kelainan pada Hari Raya tahun ini, bolehlah anda menyediakan biskut raya anda sendiri pada tahun ini. Dapatlah anda berjimat sedikit dan dalam masa yang sama dapat mencuba resepi biskut suji yang akan kita kongsikan pada hari ini.\n\nResepi biskut suji ini telah dikongsikan oleh Habsah Ngah di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like. Mari kita lihat bagaimana untuk menyediakan biskut suji ini.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat banyak lagi resepi yang telah kami kongsikan di sini. Jika anda berminat bolehlah klik pada pautan yang telah kami sediakan di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda."
"Setiap permulaan pastinya ada pengakhirannya, begitu juga dengan sesebuah majlis. Sebagai umat Islam kita sangat disarankan untuk membaca doa pembuka majlis dan doa penutup majlis untuk memohon kemudahan serta keredhaan Allah SWT sepanjang majlis berlangsung. Mustajabnya doa hamba-hamba yang terpilih sehingga kita tidak menyedari akan kebaikan itu sendiri. \n\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0628\u0650\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0623\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f\u0643\u064e \u0648\u0623\u064e\u062a\u064f\u0648\u0628\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\n\nSubhanakallahumma wa bihamdika asyhadu an lailaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik\n\n\u201cMaha Suci Engkau ya Allah, dengan memuji Mu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.\u201d \u2013 (Hadis riwayat At-Tirmidzi)\n\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0643\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0632\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0639\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u064a\u064e\u0635\u0650\u0641\u064f\u0648\u0646\u064e \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0627\u0645\u064c \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nSubhaana rabbikaa rabbil \u2018izzati \u2018ammaa yashifuun, wa salaamun \u2018alal mursaliin, wal hamdulillahi rabbil \u2018aalamiin\n\n\u201cMaha suci Tuhanmu, Tuhan pemilik kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Selamat sejahtera bagi para rasul. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.\u201d \u2013 (Surah As Saffat ayat 180-182)\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0642\u0652\u0633\u0650\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0634\u0652\u064a\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0645\u064e\u0627\u062a\u064e\u062d\u064f\u0648\u0652\u0644\u064f \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0645\u064e\u0639\u0652\u0635\u0650\u064a\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0637\u064e\u0627\u0639\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0628\u064e\u0644\u0650\u0651\u063a\u064f\u0646\u064e\u0627\u0628\u0650\u0647\u0650 \u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u062a\u064e\u0643\u064e \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0642\u0650\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0627\u062a\u064f\u0647\u064e\u0648\u0650\u0651\u0646\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0635\u064e\u0627\u0626\u0650\u0628\u064e \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627. \u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0645\u064e\u062a\u0650\u0651\u0639\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0623\u064e\u0633\u0652\u0645\u064e\u0627\u0639\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0628\u0652\u0635\u064e\u0627\u0631\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u0652\u064a\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u0631\u0650\u062b\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0647\u064f \u062b\u064e\u0623\u0652\u0631\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0627\u062f\u0627\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0645\u064f\u0635\u0650\u064a\u0652\u0628\u064e\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u0650\u0646\u064e\u0627\u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064e \u0647\u064e\u0645\u0650\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0645\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e\u063a\u064e \u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062a\u064f\u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0637\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064f\u0646\u064e\u0627\n\nAllahummaqsim lana min khasy yatik, maa tahulu bainanaa wa baina ma\u2019shiyyatik, wa min thaa\u2019atika maa tuballighuna bihi jannatak wa minal yaqiini ma tuhawwinu bihi \u2018alaina mashaaibad dunya.\n\nAllahumma matti\u2019naa bi asmaa\u2019inaa wa abshaarina wa quwwatinaa ma ahyaytana waj\u2019alhul waaritsa minna waj\u2019alhu tsa\u2019ranaa \u2018alaa man \u2018aadanaa wa laa taj\u2019al mushiibatanaa fii diininaa wa laa taj\u2019alid dunya akbara hamminaa wa laa mablagha \u2018ilminaa wa laa tusallith \u2018alainaa man laa yarhamunaa.\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah, anugerahkanlah untuk kami rasa takut kepada Mu, yang dapat menghalangi antara kami dan perbuatan maksiat kepada Mu, dan (anugerahkanlah kepada kami) ketaatan kepada Mu yang akan menyampaikan Kami ke syurga Mu dan (anugerahkanlah pula) keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah dunia ini.\n\nYa Allah, anugerahkanlah kenikmatan kepada kami melalui pendengaran kami, penglihatan kami dan dalam kekuatan kami selama kami masih hidup, dan jadikanlah ia warisan dari kami. Jadikanlah balasan kami atas orang-orang yang menganiaya kami, dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami, dan janganlah Engkau jadikan musibah kami dalam urusan agama kami, \n\ndan janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita terbesar kami dan puncak dari ilmu kami, dan jangan Engkau jadikan orang-orang yang tidak menyayangi kami berkuasa atas kami.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Tirmidzi)\n\nYa Allah Ya Tuhan kami. Pertemuan hari ini adalah usaha untuk menjadikan kami hamba Mu yang soleh dan amanah dengan misi khalifah di muka bumi. Kau permudahkan kami untuk meneruskan usaha baik kami.\n\nYa Allah Ya Rahman Ya Rahim. Segala salah dan silap kami. Kau ampunkanlah Ya Allah. Kami bertaubat kepada Mu Ya Allah. Itulah adalah kelemahan kami sebagai hamba Mu.\n\nSesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun. Ya Allah, Engkau jadikanlah majlis hari ini bermanfaat bukan sahaja di dunia di akhirat kelak Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.\n\nAyat-ayat ini menzahirkan kemuliaan dan sifat Maha Pemurah Allah SWT di mana Dia menggalakkan hambanya untuk berdoa dan memberi jaminan untuk mengabulkan doa-doa tersebut.\u00a0\n\nSemoga dengan usaha kita sentiasa dekat kepada Allah tidak kira di mana-mana ini membolehkan kita tergolong dalam kalangan hamba yang dicintai oleh Nya.\n\nSelain dari doa penutup majlis ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:"
"Tidak dapat dinafikan lagi bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. Tidak kira walau semahal mana pun susu formula yang anda beli di pasaran, takkan sesekali mampu menandingi kehebatan susu ibu ciptaan Allah. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda membaca dan mendapatkan ilmu tentang penyusuan susu ibu seawal tempoh kehamilan anda lagi.\n\nDi antara perkara yang wajib anda ketahui tentang penyusuan susu ibu ialah isu seperti susu ibu tahan berapa jam? Bagaimanakah cara untuk menyimpan susu ibu dengan betul agar tidak mudah rosak?\n\nDi antara maklumat yang paling penting untuk anda ketahui ialah susu ibu tahan berapa jam sebelum ianya menjadi rosak dan kehilangan semua nutrien penting yang diperlukan oleh bayi anda. Adalah sangat penting untuk memastikan bayi anda tidak minum susu yang rosak kerana boleh menyebabkan bayi anda mengalami sakit perut, muntah-muntah, dan cirit-birit.\n\nKata kunci pertama yang anda wajib tahu ialah, berapa lama susu ibu mampu bertahan sebelum menjadi rosak adalah bergantung kepada dua perkara berikut:\n\nSecara asasnya, susu perahan akan bertahan untuk tempoh yang berikut:\n\nTips Menyimpan Susu Perahan Dengan Betul Supaya Tahan Lama Dan Tidak Rosak\n\nPastinya anda teruja untuk mengetahui apakah tipa menyimpan susu perahan dengan betul supaya bertahan dengan lama dan tidak mudah rosak. Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan:\n\n1. Menggunakan bekas penyimpanan susu yang bersih dan telah disterilkan\n\nAnda boleh memilih sama ada untuk mengisi susu perahan dalam botol plastik atau beg linear namun pastikan ianya ialah bebas BPA. Pastikan bekas yang digunakan dicuci dengan bersih dan disterilkan. Elakkan daripada menyimpan susu perahan dalam plastik aiskrim kerana ianya tidak steril. Pastikan bekas yang anda pilih mempunyai cakera penutup (disc seal) agar susu perahan tidak mudah tumpah.\n\nBotol penyimpanan yang anda gunakan juga adalah khusus untuk mengisi dan menyimpan susu perahan sahaja. Jangan gunakan bekas yang sama sebagai bekas makanan, bekas membekukan ikan, dan sebagainya. Jika anda memilih untuk menyimpan stok susu perahan dalam botol, pastikan anda memilih saiz botol yang bersesuaian dengan jenis pam untuk mengelakkan kebocoran atau berlaku tumpahan susu perahan.\n\nNasihat kami, pilih botol yang sesuai untuk sekali minum. Pastinya anda tahu berapa ml susu bayi anda akan minum dalam satu masa. Simpan susu dalam setiap botol mengikut jumlah ml yang diminum oleh anak anda untuk mengelakkan pembaziran. Ini kerana lebihan susu yang telah dipanaskan perlu dibuang. Ia tidak boleh disimpan atau dibekukan semula.\n\n2. Labelkan bekas penyimpanan susu ibu\n\nAdalah penting untuk anda melabelkan setiap bekas penyimpanan susu ibu dengan butiran berikut, terutamanya jika bayi anda tidinggalkan di taska atau rumah pengasuh:\n\nAnda boleh labelkan dengan menggunakan stiker atau marker. Melabelkan setiap susu perahan adalah sangat penting supaya susu bayi anda tidak tertukar dengan susu orang lain. Dan susu yang paling lama diminum dahulu sebelum susu yang baru.\n\n3. Simpan kuantiti yang mencukupi di dalam bekas penyimpanan susu ibu\n\nSepert yang kami nyatakan di atas, cara terbaik untuk menyimpan susu perahan ialah dengan cara menyimpan susu ibu di dalam satu bekas untuk sekali penyusuan sahaja. \n\nSebagai contoh, jika bayi anda biasanya minum 6 oz untuk setiap sesi, maka anda perlu menyimpan 6 oz dalam setiap bekas simpanan. Ia bukan sahaja membantu mengelakkan berlakunya pembaziran malah akan memudahkan penjaga bayi anda untuk menyediakan susu.\n\n4. Tinggalkan sedikit ruang pada bekas penyimpanan susu ibu\n\nIni adalah sangat penting. Jangan isi susu perahan dengan penuh sehingga ke penutupnya. Anda perlu meninggalkan sedikit ruang di dalam bekas penyimpanan, disarankan sekurang-kurangnya satu inci. Ini kerana semasa proses pembekuan, susu ibu akan mengembang dan naik ke atas. Jika anda mengisi dengan terlalu penuh, tidak akan ada ruang untuk susu mengembang lalu akan menyebabkan penutupnya terbuka dan susu melimpah keluar.\n\n5. Amalkan konsep First In First Out ( FIFO )\n\nTips penyimpanan susu perahan yang seterusnya ialah konsep FIFO iaitu\u00a0First In First Out. Maksudnya, gunakan susu yang paling lama dahulu. Bukannya yang baru. Ini adalah sangat penting bagi\u00a0mengelakkan ada susu perahan yang rosak akibat telah sampai tarikh luputnya kerana disimpan dengan terlalu lama. Jika anda mengamalkan konsep FIFO, pastinya tidak akan ada susu perahan anda yang rosak dan terpaksa dibuang.\n\n6. Simpan susu perahan di dalam peti sejuk beku\n\nTips penyimpanan susu ibu yang terakhir ialah pastikan anda simpan susu perahan di bahagian peti sejuk beku atau freezer agar susu perahan anda bertahan dengan lama sebelum rosak.\n\nItulah dia info tentang susu ibu tahan berapa lama yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tips penyusuan susu ibu, masalah penyusuan susu ibu, dan cara penyimpanan perahan susu ibu."
"Keadaan Anda Ketika Kehamilan Minggu Ke-9\n\nBerat badan kebanyakan wanita akan bertambah pada tahap ini yang mana ia adalah normal. Tapi \u201cbaby bunmp\u201d pada kebanyakan dari mereka juga masih tidak kelihatan jelas.\n\nSakit kepala pada ketika ini adalah perkara biasa. Anda boleh mengambil paracetamol mengikut arahan yang dinyatakan di dalam pembungkusnya jika perlu. Berbincanglah dengan pakar kesihatan anda jika terdapat masalah atau perubahan yang amat mengganggu diri anda.\n\nSemasa hamil, maka anda kini lebih cenderung kepada jangkitan pergigian. Oleh itu, jagalah gigi dan gusi anda dengan lebih perhatian. Gunakan berus gigi yang lembut dan flos gigi. Pertimbangkan untuk bertemu dengan doktor gigi anda bagi tujuan pemeriksaan.\n\nLantai pelvic adalah kumpulan otot dan ligamen yang menyokong pundi kencing, uterus dan ususnya. Adalah disyorkan agar semua wanita membuat senaman otot lantai pelvic setiap hari untuk mengelakkan kelemahan dan memperbaiki kekuatan.\n\nMemastikan yang otot lantai pelvik anda berada dalam keadaan baik dengan senaman lantai pelvik akan membantu anda menghindari masalah pund kencing seperti tidak dapat mengawal air kencing semasa hamil atau selepas melahirkan.\n\nSenaman lantai pelvic juga boleh membantu semasa melahirkan dan pemulihan selepas melahirkan. Senaman ringan yang tetap seperti bejalan boleh membantu untuk menguatkan otot lantai pelvik anda.\n\nBayi Anda Semasa Anda Hamil 9 Minggu\n\nBayi anda amat kecil tapi pertumbuhannya amat cepat:"
"Suatu hari anak Khalifah Umar Al-Khattab r.a pulang dari kelas pengajian sambil menangis teresak-esak.\n\nKetika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-teman di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal).\n\n\u201cHai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan baju budak ini\u201d\n\nIa menjadi bahan ketawa teman-temannya sehingga membuat hatinya teramat sedih\n\nKehidupan seharian keluarga pemerintah Islam Khalifah Umar memang sangat sederhana.\n\nWalaupun berjawatan sebagai Khalifah (pemimpin negara), tampalan di bajunya ada empat belas tampalan.\n\nSalah satunya ditampal dengan kulit kayu.\n\nTibalah suatu hari apabila Saidina Umar Al-Khattab r.a berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal (Hari Raya)\n\nKerana ketiadaan wang, pergilah Saidina Umar r.a ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut.\n\nKerana tidak bertemu dengan Bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya seperti berikut :\n\n\u201cKepada Bendahara Baitulmal yang saya hormati, saya memohon pinjaman sebanyak empat dirham. Insya\u2019Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan bayar balik dengan kadar segera.\u201d\n\nTuan Bendahara tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal untuk dikirimkan kepada Khalifah.\n\nSebaliknya dia mengamati isi surat itu lama-lama\n\nDia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan jenis penguasa yang memanfaatkan amanah rakyat untuk kepentingan peribadinya.\n\nTuan Bendahara Baitulmal menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.\n\nTelah saya baca surat Tuan tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal.\u00a0Saya sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani JAMIN bahawa diri Tuan masih hidup sampai awal bulan depan sehingga saya dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan?\u00a0Seandainya ajal menjemput Tuan sebelum awal bulan, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkannya di hadapan \u0627\u0644\u0644\u0647 ?\n\nSelesai membaca surat balasan dari Pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu menunaikan hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.\n\nSetibanya Hari Raya, Umar Al-Khattab r.a melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis.\n\n\u201cMengapa engkau menangis, wahai ayahku?\u201d tanya anaknya.\n\n\u201cAku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.\u201d\n\nKemudian anaknya berkata : \u201cSeharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan \u0627\u0644\u0644\u0647 dan menderhakai kedua orang tuanya.\n\nSesungguhnya aku berharap agar \u0627\u0644\u0644\u0647 Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku..\u201d\n\nSemakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya."
"Pragmatik adalah kajian mengenai interaksi di antara penutur-pendengar dan semua elemen-elemen yang terdapat pada mesej yang ingin disampaikan. Ia juga dikenali sebagai kemahiran bahasa sosial.\n\nKanak-kanak akan mempelajari dan memperolehi kemahiran pragmatik secara berperingkat seiring dengan peningkatan umur. Kemahiran ini sangat penting untuk kanak-kanak menggunakan kemahiran bahasa yang mereka pelajari untuk berinteraksi dan meyampaikan mesej kepada orang sekeliling.\n\nKanak-kanak dengan masalah kelewatan bahasa biasanya akan mengalami kesukaran untuk mempelajari kemahiran pragmatik dengan baik. Berikut adalah kemahiran-kemahiran pragmatik yang ditunjukkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur\n\nKemahiran pragmatik adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ia menunjukkan bahawa kanak-kanak memahami dan menggunakan bahasa dengan betul. Ia juga penting untuk kanak-kanak belajar sesuatu yang baru dengan bertanya soalan dan sebagainya."
"Antara resepi ayam yang ramai peminatnya ialah ayam grill. Resepi ini iaitu memasak ayam dengan cara memanggang terus dengan api di atas pan grill. Rasanya manis, melekit dan aroma ayam panggang yang wangi.\n\nAyam grill sedap diganding dengan kentang goreng dan salad. Ia juga sedap dimakan dengan apa-apa sahaja jenis sos. Ayam grill merupakan menu hidangan ayam yang sihat dan sesuai untuk diet.\n\nResepi golden chicken grill yang akan kami kongsikan ini telah mendapat perkongsian ramai. Ayam diperap terlebih dahulu supaya rempahnya meresap kemudian ayam disalut dengan bahan salut yang pekat melekit. Tidak hairan bahawa rasanya juga pasti akan sangat sedap.\n\nTanpa membuat anda tertunggu-tunggu, marilah intip resepi di bawah ini. Resepi chicken golden grill yang dikongsikan oleh Zalila Amin\u200e\u200e di Facebook. Lengkap dengan pencicah sos daun ketumbar. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi golden chicken grill, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.\n\nAntara resepi ayam yang ramai peminatnya ialah ayam grill. Resepi ini iaitu memasak ayam dengan cara memanggang terus dengan api di atas pan grill. Rasanya manis, melekit dan aroma ayam panggang yang wangi.\n\nAyam grill sedap diganding dengan kentang goreng dan salad. Ia juga sedap dimakan dengan apa-apa sahaja jenis sos. Ayam grill merupakan menu hidangan ayam yang sihat dan sesuai untuk diet.\n\nResepi golden chicken grill yang akan kami kongsikan ini telah mendapat perkongsian ramai. Ayam diperap terlebih dahulu supaya rempahnya meresap kemudian ayam disalut dengan bahan salut yang pekat melekit. Tidak hairan bahawa rasanya juga pasti akan sangat sedap.\n\nTanpa membuat anda tertunggu-tunggu, marilah intip resepi di bawah ini. Resepi chicken golden grill yang dikongsikan oleh Zalila Amin\u200e\u200e di Facebook. Lengkap dengan pencicah sos daun ketumbar. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi golden chicken grill, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bila sebut tentang penceraian pastinya yang terlintas di fikiran adalah musnahnya sebuah rumah tangga yang dibina dengan ikatan kasih sayang. Akan ada isu perebutan hak penjagaan anak.\n\nAkan ada isu tuntutan nafkah untuk anak-anak dan juga hafkah isteri sepanjang tempoh eddah. Kebanyakan isu yang ditonjolkan adalah berkenaan hak seorang isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa perceraian.\n\nNamun tahukah anda bahawa yang sebenarnya seorang suami juga mempunyai hak tersendiri selepas sebuah perceraian berlaku. Namun hak seorang suami jarang diperkatakan memandangkan orang lelaki dilihat sebagai seorang yang kuat untuk menghadapi sebuah perceraian. Hari ini kami akan kongsikan info berkenaan hak seorang suami selepas bercerai sebagai panduan kita semua.\n\nHarta sepencarian merujuk kepada semua harta-benda termasuk rumah, tanah, kereta, barang kemas, perabot, simpanan, wang ringgit, dan apa sahaja benda berharga yang diperolehi secara bersama oleh pasangan suami isteri semasa perkahwinan mereka masih berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara\u2019. Bahasa kasarnya, apa sahaja yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan adalah dianggap sebagai harta sepencarian walau pun cuma salah seorang yang bekerja.\n\nSebagai contoh, sepanjang berkahwin cuma isteri yang bekerja sedangkan suami tidak mempunyai sebarang pendapatan. Sungguh pun cuma isteri yang mempunyai mata pendapatan semasa berkahwin dan harta yang dimiliki dibeli menggunakan duit isteri, ianya masih dianggap sebagai harta seperncarian dan sebaik sahaja perkahwinan mereka berkahir, ianya perlu dibahagikan mengikut hukum syarak.\n\nHarta sepencarian boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang mempunyai berbidangkuasa ke atas pernikahan mereka. Menurut akta di Malaysia, harta sepencarian termasuklah:\n\nTuntutan Harta Sepencarian ini hendaklah dibuat oleh suami di Mahkamah Tinggi Syariah yang mempunyai bidang kuasa ke atas rumah tangga yang telah dibubarkan.\n\nHadhanah bermaksud hak penjagaan ke atas anak-anak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri tanpa penjagaan orang dewasa. Mengikut Hukum Syara\u2019 dan Undang-undang keluarga Islam yang berkuatkuasa di Malaysia, ibu adalah orang yang paling berhak untuk mendapat hak penjagaan ke atas anak-anaknya yang masih kecil iaitu berumur di bawah umur 7 tahun bagi anak lelaki dan 9 tahun bagi anak perempuan.\n\nBagi anak yang melebihi had umur yang dinyatakan di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan ke atas anak tersebut, mahkamah akan menentukan siapa yang berhak untuk mendapat hak jagaan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut samada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.\n\nWalau bagaimana pun terdapat keadaan di mana suami yang bercerai boleh berjaya dalam tuntutan hak penjagaan anak bila mana dia berjaya membuktikan bahawa isterinya tidak layak untuk mendapat hak jagaan. Ketidak layakan tersebut boleh datang dari segi:\n\nTuntutan hak jagaan anak atau Hadhanah boleh dibuat oleh suami di Mahkamah Tinggi Syariah kawasan yang mempunyai bidang kuasa ke atas rumah tangga yang dibubarkan.\n\nTanggung jawab seorang suami selepas bercerai\n\nSelain berbicara tentang hak, adalah penting untuk kita membincangkan sekali tentang tanggung jawab yang digalas oleh seorang suami selepas bercerai. Tuntutan hak seharusnya dilakukan seiring dengan menjalankan tanggung jawab yang digalas dibahu. Di antara tanggung jawab suami selepas bercerai ialah:\n\nItulah dia info tentang hak suami selepas bercerai yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Adalah sangat penting untuk kita memahami bahawa bukan sahaja hak yang perlu dituntut malah tanggung jawab juga perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggung jawab tanpa menyebabkan anda pihak yang tertindas atau rasa dianiaya. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan isu nafkah anak-anak dan hak penjagaan anak-anak.\n\nSemoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang isteri tidak hormat suami persediaan untuk menjadi suami, dan punca isteri merajuk dengan suami."
"Ayuh ketahui manfaat berkhatan kepada kesihatan.\n\nBagi kanak-kanak yang telah berkhatan, bersunat atau masuk jawi sering dikaitkan sebagai \u2018sudah cukup umur\u2019 atau masuk ke alam dewasa.\n\nBerkhatan merupakan prosedur pembedahan membuang bahagian kulit yang menutupi kepala zakar (kulup) bagi lelaki. Bahagian kulup dibebaskan daripada kepala zakar dan kulup yang berlebihan dipotong.Bagi perempuan pula, prosesnya adalah pemotongan bahagian kulit di atas saluran kencing (klitoris).\n\nSelalunya proses ini mengambil masa dalam lima hingga 10 minit sahaja. Tambahan lagi dengan proses berkhatan yang semakin moden dan penggunaan alatan canggih kini, sangat memudahkan selain mengurangkan rasa sakit serta mempercepat proses pemulihan.\n\nUmat Islam di negara ini, melakukan khatan kepada anak lelaki sekitar usia 7-12 tahun. Bagi anak perempuan pula, ada yang dibuat selepas tempoh berpantang atau semasa bayi berumur tiga atau enam bulan.\n\nPun begitu, berkhatan sangat sinonim dengan adat tradisional yang semakin kurang diamalkan pada ketika ini. Rata-ratanya lebih memilih cara moden di klinik atau hospital yang lebih mudah diuruskan.\n\nHukum berkhatan atau bersunat ini adalah wajib bagi lelaki dan perempuan Islam. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W;\n\n\u00a0\u201cLima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku.\u201d\n\nMengapa setiap anak perlu dikhatan, dan Islam mewajibkannya? Mari ketahui manfaat dan faedahnya kepada kesihatan;\n\n1. Kebersihan Alat Kelamin Lebih Terjamin\n\nProsedur bersunat akan membuatkan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki yang dipanggil kulup atau \u2018prepuce\u2019 dibuang.\n\nLapisan kulup sebenarnya mudah dijangkiti bakteria jika tidak dijaga dengan betul dan mengakibatkan pelbagai penyakit dan memudaratkan. Apabila lapisan ini dibuang, lebih mudah bagi lelaki untuk menjaga kebersihan diri. Hal ini bertepatan dnegan saranan Islam yang sangat\u00a0 mementingkan kebersihan seiring dengan keimanan sebagai seorang muslim.\n\nKanser zakar atau penile carcinoma antara risiko utama kepada golongan yang tidak bersunat. Penyakit ini menyerang secara senyap dan hanya dapat dikesan apabila seseorang berasa sakit pada bahagian zakar.\n\nKajian pertama pada tahun 1932 di Amerika Syarikat mendapati daripada 1103 kes, hanya orang Yahudi yang berkhatan tidak mendapat penyakit itu.\n\nKanser serviks antara penyakit utama yang amat ditakuti oleh golongan wanita. Namun begitu, wanita yang telah berkahwin dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kanser serviks, kerana virus human papilomavirus atau HOV tidak dapat menjangkiti wanita jika pasangannya berkhatan.\n\nSelain itu, golongan wanita juga terlindung daripada penyakit dysplasia serviks, herpes, sifilis dan chlamydia jika berkhatan.\n\n4. Dapat Menjauhi Jangkitan Saluran Kencing\n\nKajian Canadian Medical Association Jurnal tahun 2012 melaporkan, kanak-kanak yang berkhatan mendapat dua faedah kesihatan, iaitu melindungi diri daripada jangkitan pada saluran kencing dan kedua, tidak akan mendapat jangkitan pada buah pinggang mereka.\n\nWalaupun belum dapat dipastikan bagaimana ini berlaku, kajian penyelidik mengaitkan berkhatan dengan pengurangan kadar jangkitan virus sehingga 60%.\n\nTisu-tisu pada zakar akan mengalami perubahan dan membina sistem imunisasi yang mencegah penyakit HIV, sekaligus menyembuhkan bahagian zakar jika berlaku radang. Sistem imunisasi ini juga sangat membantu mengurangkan risiko jangkitan kuman HIV.\n\nPenutup: Berkatan Itu Tanda Kebersihan dan Kesucian\n\nIslam agama yang mementingkan kebersihan dan kesihatan, maka dengan itu disyariatkan umatnya untuk berkhatan. Kajian sains juga terbukti dan mengakui kesan yang sangat baik jika berkhatan.\n\nBegitulah Islam, yang menjaga umatnya dalam segenap perkara dalam kehidupan walaupun dalam sekecil-kecil hal, namun kesannya sangat positif dan tidak sia-sia.\n\nSemoga perkongsian ini menarik buat anda. Jom baca lebih banyak artikel menarik kami seperti;"
"Setiap kali diuji pastinya kita akan tertanya-tanya, kenapa? Kenapa kita diuji sehebat begini? Kenapa bukan orang lain? Kenapa kita sentiasa diuji sedangkan orang lain hidup bahagia tanpa dugaan dan masalah. Orang kata Allah uji sebab Allah sayang, tapi betulkah? Kalau Allah sayang kepada kita sebagai hambanya, kenapa Allah seolah-olah sengaja nak kita hidup susah dan tak berpeluang untuk merasa bahagia? Istimewa untuk anda jiwa yang sedang diuji, hari ini kami akan kongsikan info tentang hikmah ujian Allah yang kita mungkin tak perasan.\n\n\u201cJanganlah kamu membenci bala yang sedang melanda dan kesusahan yang sedang berlaku. Kerana boleh jadi perkara yang kamu benci, padanya terletak kejayaanmu. Dan boleh jadi perkara yang kamu utamakan, padanya kehancuranmu.\u201d \u2013 Al-Hasan\n\nUjian yang datang mungkin adalah sebagai kifarah penghapus dosa atau sekadar ujian dari Allah untuk menaikkan darjat kita di sisiNya\n\nIni adalah konsep yang kita sebagai umat islam wajib tahu dan tanamkan dalam diri. Apabila kita diuji, ianya adalah sama ada ujian dari Allah untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya atau boleh juga dugaan tadi datang sebagai kifarah untuk menghapuskan dosa yang kita lakukan. Namun jangan pula kita terlalu cepat menjatuhkan hukum bahawa setiap manusia yang diuji adalah kifarah kerana terlalu banyak melakukan dosa.\n\nTak kira walau yang mana satu pun dugaan yang datang kepada kita, apa yang paling penting ialah kita bersabar dan banyakkan berdoa kepada Allah untuk memohon agar dugaan yang datang segera diselesaikan. Apa pun, kita tetap mendapat hikmah dari dugaan yang datang. Jika ianya sekadar ujian dari Allah, maka jika kita bersabar dan redha menghadapinya, maka darjat kita akan menjadi semakin tinggi.\n\nJika dugaan yang datang adalah sebagai kifarah di atas dosa-dosa yang kita lakukan, sekurang-kurangnya ia telah membantu membersihkan seidkit dosa kita dan mengurangkan berat dalam timbangan dosa semasa kita dihisab di akhirat nanti. Mungkin hari ini kita derita namun yang sebenarnya Allah sedang mempermudahkan urusan kita di akhirat nanti. Bukankah ia satu hikmah yang tak ternilai harganya?\n\nUjian membantu kita untuk menginsafi diri dan menjadi seorang yang lebih baik\n\nTahukah anda bahawa hikmah ujian Allah yang seterusnya ialah ia mampu member ruang kepada kita untuk menginsafi diri dan menjadi seorang manusia yang lebih baik. Apabila diuji, biasanya kita akan berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah untuk mencari ketenangan. Apabila diuji kita akan banyak bersolat sunat, solat taubat, bertahajjud, dan membaca Al-Quran.\n\nSecara tak langsung kita akan sedar betapa selama ini kita jauh dari Allah dan hidup terlalu mengejar dunia. Apabila diuji kita akan sedar dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Kita akan berusaha untuk menjadi seorang muslim yang lebi baik. Bukankah ini satu hikmah yang baik untuk diri kita? Tak semua orang beruntung untuk merasa nikmat insaf.\n\nKetahuilah bahawa setiap kali diuji, kita akan mendapat pahala yang melimpah-ruah asalkan kita bersabar dan redha dengan ujian yang datang tanpa menyalahkan Allah dan melakukan perkara yang bertentangan dengan agama. Pahala yang banyak adalah janji Allah kepada jiwa-jiwa yang tabah semasa diuji. Malah kita yang diuji dibukakan pintu taubat seluas-luasnya. Adalah sangat rugi kalau kita tidak perasan dengan hikmah yang besar ini.\n\nPernah dengar orang kata, doa orang teraniaya tiada hijabnya dan akan terus diangkat ke atas. Ini adalah satu lagi hikmah ujian Allah kepada kita yang perlu digunakan sebaiknya dan jangan disia-siakan. Doa tanpa hijab adalah sebesar-besar rahmat yang diinginkan oleh setiap manusia.\n\nOleh itu, apabila sedang diuji banyakkan berdoa, minta apa sahaja yang kita nak dari Allah. Inilah masanya untuk kita ambil peluang dan minta sehala hajat yang terbuku di dada. Di dalam islam, selain doa orang yang teraniaya, doa seorang muslim yang sedang bermusafir dengan tujuan yang baik juga sangat mustajab. Akhir sekali ialah doa seorang ibu buat anaknya, ia adalah doa tanpa hijab dan akan terus naik ke arasy.\n\nApabila diuji dengan dugaan dari Allah, secara automatik hati kita akan menjadi lebih lembut. Jika selama ini hati kita sekeras batu dan sangat susah untuk menerima kelemahan diri, apabila diuji pastinya kita akan sedar bahawa sesungguhnya kita hanyalah seorang hamba. Kita Cuma mampu merancang namun segala di dunia ini adalah menurut ketentuan Allah.\n\nSeorang yang berhati lembut adalah seorang manusia yang baik. Dia akan menjadi tabah apabila diuji. Dia akan memafkan kesalahan mereka yang menganiaya atau berbuat jahat kepadanya. Malah dia juga akan berasa redha dengan ujian yang datang kerana sedar bahawa Allah uji kerana sayang dan setiap ujian yang datang menjanjikan pahala yang banyak kepada kita.\n\nUjian dari Allah akan menyedarkan kita bahawa dunia ini hanya sementara\n\nHikmah ujian Allah yang seterusnya ialah ia akan menyedarkan kita bahawa hidup kita hanya sementara dan akhirat adalah alam yang abadi. Sebelum diuji, mungkin selama ini kita terlalu leka mengejar dunia sehingga terlupa untuk membuat persediaan untuk alam akhirat. Mungkin juga kita terlalu leka dengan dunia sehingga solat 5 waktu kita menjadi tunggang-langgang.\n\nApabila diuji baru kita sedar bahawa dunia bukan segala-galanya. Kita juga akan sedar bahawa apabila diuji, segala penat-lelah kita mengejar dunia langsung tidak membantu malah boleh jadi ianya adalah sesuatu yang sia-sia.\n\nItulah dia perkongsian tentang hikmah ujian Allah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang jenis talak dalam islam dan tanggung jawab anak lelaki."
"Bila sebut perkataan protein, pastinya anda akan terus terfikirkan ikan, daging ayam, daging lembu, dan sebagainya. Diet tinggi protein merupakan trend terkini bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. \n\nApakah yang dimaksudkan dengan makanan protein? Apakah khasiatnya kepada tubuh badan? Apakah sumber protein yang terbaik?\n\nProtein ialah satu nutrien yang sangat penting kepada tubuh badan manusia. Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan tisu badan dan dalam masa yang sama bertindak sebagai sumber tenaga sama seperti karbohidrat. Tahukah anda bahawa protein adalah komponen utama dalam struktur sel kulit, rambut, kuku\u00a0dan\u00a0tulang. \n\nTubuh badan manusia memerlukan protein untuk\u00a0menghasilkan enzim\u00a0yang penting untuk fungsi tubuh seperti sistem pencernaan dan sistem pembiakan. Protein juga sangat penting dalam penghasilan neurotransmiter\u00a0yang mempengaruhi fungsi otak dan tubuh anda. Protein juga merupakan salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun tubuh badan manusia. \n\nApakah khasiat protein kepada tubuh badan?\n\nTidak dapat dinafikan lagi bahawa protein merupakan salah satu mineral dan zat yang sangat penting untuk tubuh badan. Terdapat pelbagai khasiat protein kepada tubuh badan manusia. Di antara fungsi protein ialah:\n\nApakah kesan kekurangan protein kepada tubuh badan?\n\nKebiasaannya tubuh badan akan memberikan signal apabila anda tidak mendapat protein yang secukupnya. Signal tersebut dipanggil sebagai kesan kekurangan protein dalam tubuh badan. Di antara kesan kekurangan protein yang selalu berlaku ialah:\n\nAnda dah tahu apakah kepentingan protein kepada tubuh badan, serta kesan kekurangan protein. Sekarang tiba masanya untuk anda tahu apakah sumber protein yang terbaik. Di antara sumber protein yang wajib ada dalam menu harian anda ialah:\n\nItulah dia tadi info tentang makanan protein yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang panduan piramid makanan, makanan untuk diet, dan makanan karbohidrat"
"Isteri adalah satu figura penting dalam masyarakat. Tanpa mereka banyak perkara yang tidak mungkin boleh dikecapi. Seorang isteri pastinya telah banyak berkorban demi keluarga dan suami yang tercinta. Isteri juga adalah tulang belakang kepada suami dan juga keluarga. Tanpa sokongan dan pengorbanan seorang isteri pastinya kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga tidak dapat dikecapi.\n\nSeri wajah isteri yang baik sering kali dijadikan kayu ukur kebahagiaan sebuah rumah tangga. Lebih berseri wajah isteri kita lebih bahagia rumah tangga kita. Ini kerana kebahagian hanya dapat dikecapi apabila kedua-dua pihak di dalam rumah tangga dapat memberi komitmen yang penuh untuk memenuhi keperluan antara satu sama lain. \n\nIsteri yang gembira dapat mengubah suasana di dalam sebuah rumah tangga. Ini kerana apabila mereka berada di dalam keadaan gembira mereka dapat memberikan komitmen yang terbaik. Pada hari ini kita akan berkongsi tips-tips menaikkan seri wajah isteri oleh Dr Taufiq Razif.\n\n6 Cara Naikkan Seri Wajah Isteri\n\n*Itulah dia 6 tips yang telah dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif mengenai cara-cara menaikkan seri wajah isteri kita yang tercinta. Harapnya perkongsian ini akan memberi banyak manfaat kepada pasangan suami isteri di luar sana. Selepas ini, bolehlah kita mencuba tips-tips ini dengan pasangan masing-masing! \n\n Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di\u00a0sini. \n\nSelain daripada artikel ini, terdapat beberapa lagi artikel buat anda. Jangan lupa untuk menyinggah disana ya! Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini."
"Karipap merupakan salah satu kuih yang terkenal di Malaysia. Ianya menjadi kegemaran kepada semua lapisan masyarakat. Selalu sahaja kita membelinya di luar, tapi kalau tak bernasib baik, kita mungkin dapat karipap berinti bawang atau yang lagi teruk, berinti angin. Jangan khuatir, kali ini kami bawakan sebuah resepi karipap padat yang anda boleh sediakan sendiri. \n\nResepi ini menjanjikan inti yang penuh dengan ayam dan kentang, pasti menjadi kegemaran sesiapa sahaja yang merasainya walaupun hanya satu suap. Resepi yang telah dikongsikan oleh Safiyya Zaidziqry ini mendapat banyak perkongsian di Facebook dan kata beliau, resepi ini telah digunakannya untuk berniaga! Wah, jom tengok!\n\nNota:Jangan letak bawang, inti akan tahan seharian diluar tanpa masuk kedalam peti ais. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Oh, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!"
"Kanak-kanak dan permainan memang tidak boleh dipisahkan lagi. Jika kita membawa anak jalan-jalan, jika ternampak permainan pasti mereka mahu dan menunjuk ke arah permainan yang diinginkan. Ia mungkin permainan yang tidak pernah dilihat oleh anak-anak dan membuatkan rasa ingin tahu mereka tentang permainan tersebut meningkat.\n\nIa menjadi satu situasi yang sukar buat ibu bapa kerana faktor-faktor seperti harga yang terlalu mahal atau terlampau banyak mainan di rumah sehingga membuatkan rumah kelihatan agak bersepah. Jika terlalu banyak permainan dan tidak disimpan dengan baik, ia akan membuatkan rumah kelihatan bersepah dan bahaya untuk melangkah.\n\nTetapi, untuk elakkan daripada anak-anak terus merengek mahukan permainan baru, ibu bapa terpaksa juga membelikan permainan baru untuk menghentikan anak mereka daripada terus menangis. Ia akan mengakibatkan koleksi permainan anak-anak akan bertambah.\n\nTahukah anda, bahawa permainan sedikit lebih membantu anak-anak dalam perkembangan kognitif mereka. Mengapa ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai permainan sedikit lebih membantu perkembangan anak-anak. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nPermainan sedikit lebih membantu perkembangan anak-anak\n\nMenurut kajian, masa terluang untuk bermain dengan 4 jenis permainan lebih baik daripada 16 permainan. Mainan yang sedikit sebenarnya boleh meningkatkan perkembangan kognitif kerana anak-anak dapat bermain berterusan dengan mencipta pelbagai cara untuk bermain dengan mainan yang ada.\n\nJika permainan terlalu banyak ia boleh menyebabkan tumpuan anak-anak terganggu dan mengurangkan kualiti bermain mereka. Sains juga mengatakan, kanak-kanak lebih gembira bermain dengan permainan sedikit berbanding dengan permainan yang banyak.\n\n*Oleh sebab itu, ibu bapa tidak perlu risau untuk membeli permainan yang banyak bagi membantu mereka menghilangkan bosan atau untuk perkembangan mereka. Ibu bapa hanya perlu meluangkan masa bermain permainan yang ada bersama mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bandar Ho Chi Minh atau dikenali sebagai Saigon sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Tiap kali sebut perkataan Vietnam, pasti terus terbayang syurga membeli-belah. Tahukah anda bahawa selain shopping, terdapat banyak lagi aktiviti menarik di sana. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Vietnam yang tak semua pelancong Malaysia tahu.\n\nOk, kami kongsikan tempat shopping dahulu memandangkan biasanya rakyat Malaysia pergi ke Vietnam untuk bershopping. Pasar Ben Thant adalah pusat membeli-belah yang sangat besar. Apa yang anda nak? Semuanya ada di sini. Kain pasang, kain cotton, kain lace, telekung sembahyang, tudung instant, hiasan rumah, kraftangan, barangan dapur, semuanya ada. Anda juga boleh menempah pakaian yang akan siap dijahit dalam tempoh beberapa jam sahaja dengan kos yang sangat murah.\n\nOk, tempat shopping lagi. Tapi yang ini berbeza daripada Pasar Ben Thant kerana Pasar Binh Tay adalah pusat membeli-belah secara borong atau pukal. Ala-ala GM Klang gitu. Biasanya para peniaga akan mengambil stok di sini. Harganya? Pasti jauh lebih murah daripada pasar yang pertama. Kalau anda ingin membeli sesuatu barang dengan kuantiti yang banyak, sila shopping di sini.\n\nChu Chi Tunnel merupakan terowong bersejarah yang digunakan oleh askar Vietnam semasa berperang dengan askar Amerika dahulu. Rangkaian terowong bawah tanah yang hebat ini\u00a0 adalah seluas 200 kilometer panjang. Di sana juga masih terdapat barang tinggalan sejarah yang digunakan oleh tentera semasa berperang. Semuanya masih berada dalam keadaan baik dan terjaga rapi.\n\nApa yang menarik, anda boleh merasa sendiri pengalaman askar Vietnam semasa berperang. Anda dibenarkan untuk masuk ke dalam terowong yang sempit dan kecil tersebut, jika berani.\n\nMuzum perang ini sangat unik dan menjadi salah satu tempat menarik di Vietnam yang wajib anda kunjungi. Terdapat pelbagai bahan tinggalan sejarah ketenteraan zaman perang Vietnam di sini termasuklah helikopter, kereta kebal, peluru mortar, senapang, meriam dan sebagainya.\n\n5. Independence Palace ( Reunification Palace )\n\nAsalnya ia merupakan tempat tinggal Presiden Republik Vietnam namun sekarang ia menjadi salah satu tarikan pelancong di Vietnam. Bangunan bersejarah ini pasti menarik minat anda dengan replika ketenteraan yang berada di sekeliling bangunan. Apabila anda berada dalam bangunan ini, pasti akan terasa betapa ngeri dan teruknya zaman perang yang dilalui oleh penduduk Vietnam.\n\nIa merupakan pejabat pos lama dengan struktur bangunan klasik yang dijaga dengan baik sehingga ke hari ini. Menariknya, bangunan ini dicipta oleh Alexandre Gustave Eiffel iaitu orang sama yang mereka Eiffel Tower di Paris. Menarik bukan?\n\nPejabat pos bersejarah ini masih berfungsi sebagai pejabat pos, sehingga ke hari ini.\n\nSeperti namanya, ia merupakan sebuah bangunan dimana pertunjukan opera diadakan. Dibina pada tahun 1897 pada era penjajahan Perancis. Ia masih beroperasi sehingga kehari ini. Anda boleh melawat Saigon Opera House untuk melihat sendiri keindahan seni bina bangunan klasik yang bersejarah ini atau boleh juga memilih untuk menonton persembahan opera yang diadakan. Pengalaman menonton opera di Saigon Opera House pastinya sangat berharga.\n\nApa benda boneka air Vietnam ni? Ia merupakan presembahan seni menggunakan boneka kayu di atas pentas yang menyerupai sawah padi. Boneka-boneka kayu tersebut akan dimainkan diatas kolam kecil yang berada di pentas tersebut. Ianya merupakan persembahan seni yang sangat unik dan hanya boleh ditonton di Vietnam. Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan boneka air Vietnam jika anda pergi ke Bandar Ho Chi Minh. Anda pasti terhibur.\n\nAnda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat bangunan tertinggi di Vietnam. Terdapat dua aktiviti yang boleh anda lakukan di sini iaitu sama ada pergi ke cafe yang terletak di tingkat 50 bangunan atau anda juga boleh singgah di Saigon Sky Deck di tingkat 49. Jika anda jenis yang sukakan aktiviti mencabar dan tidak gayat berada di tempat tinggi, Bitexico Financial Tower pastinya destinasi yang sesuai untuk anda.\n\nIa merupakan tasik yang agak misteri, berada di tengah-tengah Bandar Ho Chi Minh. Ia menjadi pusat tarikan pelancong bukan sahaja disebabkan kedudukannya, malah seni rekabentuknya yang unik adalah gabungan senibina timur dan barat. Apa yang unik tentang tasik ini ialah tiada seekor pun penyu di sini walau pun namanya ialah Turtle Lake.\n\nDari mana ia mendapat nama Turtle Lake sedangkan tiada seekor pun penyu di situ? Ia adalah satu kisah sejarah yang perlu anda gali sendiri semasa berada di Vietnam.\n\nTempat menarik terakhir di Vietnam yang ingin kami kongsikan ialah Museum of Vietnamese History. Ia merupakan muzium yang menceritakan perjalanan sebuah negara bernama Vietnam, dari zaman dahulu kala sehingga ke zaman moden. Pastinya lawatan anda ke Vietnam akan lebih menarik jika anda meluangkan masa di sini.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Vietnam yang wajib anda kunjungi jika bercuti ke sana. Selamat bercuti!\n\nAnda suka tempat di atas? Ada cadangan lain tempat menarik patut kami tambah di sana? Selain tempat menarik di Bali, kami juga menulis artikel tempat melancong lain patut anda lawati. Jemput baca dan jangan lupa komen dan share ya."
"Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa ibu bapa terhadap kita.\n\nApakah cara-cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu? Terdapat banyak cara membalas jasa ibu bapa, namun ia tidaklah mampu membalas semua jasa mereka sejak melahirkan kita sehinggalah kita dewasa. Jom kita ketahui apakah cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu. Selagi kita masih hidup dan mampu, kita boleh membalas jasa mereka.\n\nHormati ibu bapa dan jadikan mereka sebagai \u2018raja\u2019, maksudnya anda harus melayan mereka dengan cara yang sangat istimewa. Anak yang menghormati ibu bapa akan mampu menjadikan ibu bapa mereka ibu bapa yang sangat beruntung. Mereka beruntung mempunyai anak seperti anda. Ia adalah salah satu cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu.\n\nDengarlah cakap ibu bapa selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Ibu bapa pasti senang hati apabila setiap percakapan mereka didengar oleh anda. Anda juga akan menjadi anak misali serta diredhai ibu bapa. Ini adalah cara membalas jasa ibu bapa yang sangat mudah.\n\nCara membalas jasa ibu bapa yang lain juga adalah membantu ibu bapa. Bantulah mereka dalam membuat kerja rumah, membeli barang, menyediakan makanan, menghantar ke tempat yang ingin dituju dan lain-lain lagi.\n\nJangan lupa berikan ibu bapa anda duit belanja atau duit untuk keperluan ibu bapa. Berilah seberapa yang anda mampu, namun ketahuilah bahawa semakin banyak anda memberi kepada ibu bapa, semakin murah dan limpah luas rezeki anda.\n\nJadilah seorang penyokong tegar ibu bapa anda. Menjadi penyokong mereka bermaksud anda menjadi kawan baik mereka yang sering menyokong apa yang mereka lakukan. Beri galakan dan pujian sekiranya perkara yang baik berlaku terhadap mereka. Ia adalah salah satu cara membalas jasa ibu bapa anda.\n\nKebanyakan ibu bapa tidak mahukan wang pun, mereka lebih suka anda meluangkan masa bersama mereka sahaja. Meluangkan masa bersama ibu bapa merupakan cara membalas jasa ibu bapa wajib anda tahu.\n\nTunjukkanlah peribadi mulia anda kepada kedua ibu bapa anda. Mereka akan berasa untung dan gembira kerana mempunyai anak seperti anda. Peribadi mulia termasuklah suka membantu orang lain, bercakap sopan, memahami orang tua dan banyak lagi cara membalas jasa ibu bapa yang anda lakukan.\n\nApabila meningkat dewasa, anda pasti akan faham situasi ibu bapa anda yang membesarkan anda sehingga sekarang. Cara membalas jasa ibu bapa yang boleh anda lakukan adalah fahami kesusahan dan pengorbanan ibu bapa anda dan hargai mereka.\n\nHadiah terbesar yang boleh anda berikan adalah percutian, Umrah dan Haji ataupun barang-barang berharga seperti emas, mesin urut dan lain-lain lagi. Berilah satu hadiah besar yang mampu menggembirakan hati ibu bapa anda sebagai cara membalas jasa mereka.\n\nJika tidak mampu tidak mengapa. Cukuplah anda mendoakan mereka, menemani mereka, masak untuk mereka dan melakukan perkara yang menyenangkan hati mereka.\n\n10. Ingat Hari Lahir Dan Hari Penting\n\nJangan lupa akan hari lahir dan hari penting ibu bapa anda. Biarpun mereka sendiri mungkin terlupa, tetapi ingatan anda terhadap tarikh penting ini tetap utuh. Itu yang menggembirakan mereka dan terasa dihargai. Cara membalas jasa ibu bapa dengan mengingati tarikh penting mereka ini amat jarang dilakukan oleh ramai anak.\n\nPeluk cium ibu bapa anda walaupun anda sudah besar dewasa. Itulah apa yang ibu bapa anda mahukan. Jangan malu untuk pegang tangan ibu bapa, bersalaman, berpimpinan tangan, peluk dan cium mereka. Hanya dengan sentuhan sebegitu sahaja, anda sudah boleh membalas jasa ibu bapa anda.\n\nSekali sekala apa kata anda bawa ibu bapa bersiar-siar? Setelah lama mereka bertungkus lumus mencari wang, anda boleh membalas jasa ibu bapa dengan membawa mereka berjalan-jalan. Cara membalas jasa ibu bapa ini amat menyeronokkan dengan membawa mereka bercuti, beli belah atau ke mana sahaja yang mereka inginkan.\n\nCara membalas jasa ibu bapa juga adalah dengan mengajarkan ilmu agama buat mereka. Mereka akan teruja dengan keprihatinan anda mengajarkan dan mengingatkan mereka akan alam akhirat.\n\nApabila meningkat dewasa, anda boleh berjemaah bersama ibu bapa dan mengimamkan mereka. Itulah cara terbaik untuk membalas jasa ibu bapa anda. Sekiranya umur sudah tidak panjang, anda sendiri boleh menjadi imam terakhir bagi mereka dengan menjadi imam solat jenazah mereka.\n\nLawatlah ibu bapa walau di mana sahaja mereka berada. Pulanglah kampung sentiasa untuk melihat keadaan ibu bapa anda. Ini adalah cara membalas jasa ibu bapa harus anda tonjolkan. Mereka pasti meredhai dan merestui anda.\n\nAkhlak yang baik adalah sikap idaman ibu bapa dalam membentuk anak-anak. Beruntunglah jika anda mempunyai seorang anak yang baik akhlaknya, tidak merungut akan kesusahan ibu bapa, sering membantu ibu bapa dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni yang lain. \n\nItulah dia 15 cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu. Lakukan apa yang anda mampu untuk membalas jasa ibu bapa anda, ibu bapa pasti terharu! Jom baca juga Tips Anak Solehah, Doa anak periksa, Hadiah hari jadi anak perempuan dan Kesan atasi anak tak nak makan."
"Pernahkah anda dengar mengenai penyakit kayap ? Atau adakah anda salah seorang yang pernah terkena penyakit kayap? Penyakit kayap lazimnya terkena kepada individu yang mempunyai antibodi yang lemah dan pernah terkena demam cacar air atau \u2018chicken pox\u2019. Apakah tanda-tanda awal terkena penyakit kayap?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tanda-tanda terkena penyakit kayap. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nKayap dikenali sebagai zoster. Ia adalah ruam kulit akibat jangkitan virus saraf. Penyakit kayap, tidak ramai yang benar-benar tahu mengenai jangkitan ini.\n\n Paling merbahaya dan boleh membawa maut, boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan.\n\n Kayap jenis menjalar / melilit (merebak).\n\n Bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada.\n\nAda juga menyerang bahagian dada saja. boleh menyerang bahagian urat saraf \u2018rasa\u2019.\n\n Biasanya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf \u2018rasa\u2019.\n\n Bila ini terjadi, seseorang akan merasa pening2 dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.\n\n*Berikut adalah tanda-tanda terkena penyakit kayap. Di atas juga menunjukkan contoh salah satu penyakit kayap iaitu kayap ular yang sangat merbahaya. Jadi, jika ada tanda-tanda penyakit kayap, anda dinasihatkan untuk terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kanak-kanak memang paling suka makan aiskrim. Apalagi kalau mak-mak cuba buat aiskrim sumi. Pasti mereka akan sering buka peti sejuk teringin lagi dan lagi.\n\nResepi aiskrim sumi dibuat menggunakan bancuhan susu pekat dan susu cair. Bancuhan diletakkan secubit garam supaya rasanya jadi sedap dan lemak manis.\n\nSumi pula dipotong kecil dan diletak di dalam bancuhan susu, inilah bagian yang paling disukai kanak-kanak. Hisap-hisap aiskrim sumi sampai kering plastiknya.\n\nCuaca panas macam ini, jom buat aiskrim sumi segar untuk lepaskan dahaga. Resepi dikongsikan oleh Fareydah Iman Dania\u200e\u200e\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi aiskrim sumi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Miss V atau faraj berbau adalah sesuatu yang sangat memalukan. Sebagai seorang wanita, penjagaan kebersihan diri perlu di beri perhatian terutama pada bahagian miss v ini. Cara jaga miss v dan cara wangikan miss v untuk atasi masalah faraj berbau perlu di buat selalu untuk kesihatan dan masa depan sendiri.\n\nSetiap wanita kena sedar yang penjagaan\u00a0miss v ini bukan suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Di sini akan dikongsikan beberapa tips\u00a0penjagaan miss v dan semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak panduan pada wanita lain di luar sana. \n\nMiss V Boleh Berbau Busuk Akibat 6 Kesalahan Ini\n\nIni adalah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh wanita dalam cara penjagaan miss v. \n\nCara Jaga Miss V Untuk Kekal Sihat Dan Harum Selalu\n\n#1 \u2013 Jangan Basuh Miss V Dengan Sabun Mandi Biasa \n\nJangan basuh miss V dengan sabun mandi biasa atau shower gel sebaliknya miss V perlu dibersihkan dengan sabun pewangi miss V yang khas untuknya saja. Ini bagi memastikan miss V tidak mengalami kekeringan dan iritasi kulit hingga menjadi gatal. Tak susah pun kerana di pasaran ada banyak jenis sabun pewangi miss V yang boleh di beli. \n\n#2 \u2013 Beli Sabun Pewangi Miss V Yang Sesuai Dengan pH Kulit \n\nAntara tips untuk beli sabun pewangi miss V yang betul adalah pada manfaatnya sama ada boleh merapatkan ataupun tidak, pada ramuannya sama ada dari bahan alami seperti sireh dan sebagainya serta wangiannya sama ada kena dengan citarasa sendiri ataupun tidak. \n\nJika jumpa mana-mana sabun pewangi miss V yang disukai maka bolehlah di beli untuk kegunaan diri sendiri. Pastikan juga pH nya sesuai. \n\n#3 \u2013 Cuci Miss V Dengan Air Sireh \n\nCara menghilangkan bau miss V yang seterusnya adalah dengan membasuhnya dengan air sireh. Sireh memang telah lama digunakan secara turun temurun untuk merapatkan kembali miss V dan juga untuk mengurangkan masalah keputihan. \n\nCaranya ambil beberapa helai daun sireh segar, ramaskan di dalam air dan kemudian bolehlah digunakan untuk basuh kawasan miss v sepenuhnya. \n\n#4 \u2013 Tukar Pad Selalu Pada Hari Haid Yang Tenat\n\nSetiap wanita dinasihatkan untuk selalu tukar tuala wanita ketika haid terutama di hari darah banyak keluar. Haid itu sendiri adalah darah kotor dan dengan membiarkan tuala wanita dipakai dalam masa yang lama boleh menyebabkan kuman membiak pada kawasan miss v. \n\n#5 \u2013 Pakai Pakaian Dalam Yang Bersih Dan Longgar\n\nKebersihana itu kunci utama untuk kekal sihat dan wangi. Sebab itu pakaian dalam wajib kena tukar dan tidak boleh di pakai lebih daripada 24jam. \n\nSeluar dalam yang tidak di tukar begini hanya akan mengumpul bakteria yang boleh mendatangkan masalah bau. Ohya, kena pastikan juga pakaian dalam tidak ketat dan dari fabrik yang selesa supaya miss v boleh \u2018bernafas\u2019 dengan baik.\n\n#6 \u2013 Kurangkan Pengambilan Minuman dan Makanan Yang Manis\n\nUntuk pengetahuan, pengambilan minuman dan makanan yang manis boleh menyebabkan kandungan gula yang tinggi dalam badan. Kandungan gula ini pula boleh meningkatkan lagi penghasilan bakteria dan jangkitan kulat\u00a0yang boleh menjadi punca kepada masalah faraj berbau. \n\n#7 \u2013 Trim Rambut Halus Pada Permukaan Miss V\n\n Rambut halus yang ada pada bahagian miss v jangan dibiarkan. Kena trim dan potong pendek selalu. Rambut ini jika dibirkan boleh menjadi kawasan merangkap peluh yang boleh menyebabkan pembiakan bakteria. Pastikan\u00a0cukur atau gunting rambut halus pada kawasan tersebut secara kerap untuk mendapatkan miss v yang lebih bersih. \n\n#8 \u2013 Mandi Sehingga Betul Bersih Dari Hujung Kaki Ke Hujung Rambut\n\nMandi, ya mandi. Mandi untuk bersihkan diri ini kenalah betul-betul bersih dan gunakan sekali sabun mandi yang wangi dan ada fungsi bersihkan bakteria sekali. Gosok sekali bahagian tubuh tu dan jangan lupa gunakan juga pembersih wangi khas untuk miss v dengan shampoo rambut yang sesuai untuk bau yang wangi dan segar pada keseluruhan tubuh. \n\nMakanan Yang Perlu Dihindari Agar Miss V Tidak Berbau \n\nCara untuk menghilangkan bau miss V ini ada banyak sebenarnya dan kalau nak tahu, makanan juga boleh menjadi penyebab kepada bau kurang enak pada bahagian miss v. Di sini akan dikongsikan beberapa makanan yang perlu dihindari agar miss v tidak berbau. \n\nAntara makanan yang perlu di elak itu adalah :\n\nMiss V Ini Mahkota Wanita, Jagalah Ia Dengan Rapi Dan Betul Demi Diri Sendiri Dan Suami \n\nDear ladies, baik yang dah kahwin atau masih gadis, baik dara mahupun janda, ingatlah yang miss v itu adalah aset penting untuk wanita. Sebagai perempuan kena jaga miss v selalu sama macam jaga wajah. Praktik cara jaga miss v yang dikongsikan. \n\nJangan sesekali malas dan pandang remeh kerana miss v merupakan antara aset berharga yang Allah SWT kurniakan untuk para perempuan. Baca juga cara untuk lembutkan rambut tanpa perlu ke salon, cara elak wajah berkedut, dan cara kira waktu subur untuk elakkan kehamilan."
"Tahukah anda kemurungan adalah satu penyakit yang tanpa kita sedar. Ia bukan seperti penyakit biasa seperti demam, batu, selsema, dan lain-lain lagi. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira umur tua atau muda. Kemurungan ini terjadi kepada seseorang tanpa orang itu sendiri sedar, mungkin kita rasa ia adalah sebuah penyakit yang boleh diubati.\n\nKemurungan boleh diubati tetapi ia mengambil masa yang lama untuk sembuh. Kajian telah dijalankan, penyakit kemurungan ini perlu diberi perhatian sepenuhnya jika tidak ia boleh bertambah lagi teruk. Ia juga boleh memberi kesan terhadap kerja, sosial dan aktiviti harian seseorang.\n\nMasyarakat kini mungkin tidak sedar lagi bahawa kemurungan ini amat berbahaya kerana ia melibatkan jiwa dan perasaan seseorang. Kemurungan ini boleh membunuh seseorang secara halus dan sukarela. \n\nKemurungan adalah masalah gangguan mental atau emosi. Dengan bahasa mudahnya, ia berkaitan dan berpunca dari tekanan atau bebanan yang disebabkan oleh masalah peribadi atau kerja. Oleh sebab itu, ia boleh membuatkan seseorang rasa selalu bimbang dan rasa ingin membunuh diri.\n\nTidak mustahil juga, kanak-kanak boleh terkena penyakit kemurungan ini. Tetapi bagaimana kanak-kanak boleh mendapat penyakit kemurungan?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai punca kanak-kanak kemurungan. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul \u201c3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna\u201d, \u201cWhy So Serious Parents?\u201d dan \u201cParents, Welcome To My World\u201d sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. \n\n1. Pergantungan: terlalu bergantung kepada sesuatu atau seseorang. Berlaku bila parents terlalu memanjakan sampai anak takde ruang utk buat keputusan sendiri, takde ruang utk buat silap, takde ruang utk kendali emosi sendiri, takde ruang utk selesaikan masalah sendiri dan lain-lain.\n\n2. Ibu bapa meletakkan expectations yang terlalu tinggi.\u00a0\n\n3. Ibu bapa suka membanding-bandingkan dan tak melihat anak sebagai individu unik.\u00a0\n\n4. Membesar dalam konflik berterusan. Contoh: ibu bapa kerap bergaduh. \n\n*Anak-anak adalah sebuah anugerah kepada setiap ibu bapa. Kehadiran mereka membawa sinaran cahaya yang boleh memberi kebahagiaan kepada sesebuah keluarga. \n\nJangan kita sia-siakan mereka dan beri mereka perhatian sepenuhnya kepada mereka. Selain itu, selalu memberi pujian kepada mereka dan tunjukkan kita bangga dengan mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Khasiat buah pala telah digunakan sebagai rempah-ratus dan bahan perubatan sejak berabad-abad lamanya. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah pala kepada kesihatan diri.\n\nBuah pala kaya dengan nutrisi penting seperti serat, vitamin B6, tembaga, dan mangan. Serat membantu menggalakkan sistem pencernaan yang sihat, manakala vitamin B6 penting untuk fungsi otak dan kardiovaskular yang baik. \n\nBuah pala juga mengandungi antioksidan kuat seperti miristisin, elemicin, dan eugenol yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.\n\nBuah pala mempunyai sifat penenang dan antispasmodik yang dapat membantu meredakan masalah pencernaan seperti kembung, loya, dan cirit-birit. \n\nIa juga dikatakan membantu mengurangkan keasidan perut dan melindungi lapisan perut daripada luka gastrik.\n\nSerat yang tinggi dalam pala dapat memberikan rasa kenyang yang berpanjangan, membantu mengurangkan selera makan berlebihan dan mengawal berat badan. \n\nSelain itu, pala juga diketahui dapat meningkatkan kadar metabolisme, yang dapat membantu pembakaran lemak dan penurunan berat badan.\n\nKandungan tembaga dalam pala membantu menggalakkan penghasilan sel darah merah dan meningkatkan peredaran darah. \n\nAntioksida dalam buah pala juga membantu mengurangkan risiko radang dalam saluran darah, menjaga kolesterol dalam lingkungan yang sihat, dan mengurangkan risiko penyakit jantung.\n\nKebaikan pala yang menarik juga termasuk kesannya terhadap kesihatan otak. Komponen aktif dalam buah pala dapat membantu melindungi neuron daripada kerosakan dan memperbaiki fungsi kognitif. \n\nPenyelidikan menunjukkan bahawa buah pala dapat membantu meningkatkan ingatan, fokus, dan keupayaan pembelajaran.\n\nBuah pala telah digunakan sebagai pengubat tidur semula jadi selama berabad-abad. Ia diketahui mempunyai sifat penenang dan menggalakkan tidur yang berkualiti. \n\nAnda boleh menikmati secawan susu pala hangat sebelum tidur untuk membantu menenangkan tubuh dan memperbaiki kualiti tidur anda.\n\nMenariknya, buah pala juga telah menarik minat para penyelidik dalam bidang penyelidikan kanser. Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa pala mengandungi komponen-komponen yang mempunyai sifat anti-kanser. \n\nMisalnya, kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak pala boleh menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser dalam beberapa jenis kanser, termasuk kanser prostat dan payudara. \n\nWalau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sepenuhnya potensi ini dan untuk mengkaji kesan buah pala terhadap pelbagai jenis kanser.\n\nSelain manfaat kesihatan fizikal, pala juga dikaitkan dengan meningkatkan kesejahteraan emosi. Aroma pala yang harum dan bertenaga memberikan kesan menenangkan dan dapat membantu mengurangkan rasa cemas dan tekanan. \n\nDalam terapi aromaterapi, minyak pati pala sering digunakan untuk mengurangkan rasa gelisah dan membantu mengatasi masalah tidur yang berkaitan dengan gangguan tidur dan rasa cemas.\n\nBuah pala juga boleh memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan kulit. Antioksidan yang terkandung dalam pala membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus. \n\nSelain itu, sifat anti-radangnya juga dapat membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, ekzema, dan dermatitis.\n\nKualiti penenang dan anti-radang pala juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan keradangan dalam tubuh. \n\nBeberapa kajian menunjukkan bahawa pala mempunyai sifat analgesik yang boleh membantu meredakan sakit kepala, sakit sendi, dan sakit otot. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan keparahan migrain dan membantu mempercepat pemulihan selepas kecederaan atau pembedahan.\n\nWalau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa buah pala sebaiknya digunakan dalam jumlah yang sederhana dan sebagai tambahan kepada diet seimbang. \n\nKegunaan yang berlebihan atau pengambilan buah pala dalam dos yang terlalu tinggi mungkin menyebabkan kesan sampingan seperti mual, penglihatan kabur, dan masalah penghadaman.\n\nSelain dari petua khasiat buah pala ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:"
"Masalah habuk dan kotoran debu dalam rumah tak akan selesai jika kita hanya menyapu sahaja. Vacuum sangat penting untuk membersihkan rumah kerana ia menarik dan menyedut habuk-habuk dan radikal bebas halus yang sukar dihilangkan. \n\nTerdapat banyak jenis vacuum di Malaysia, namun perlu untuk kita lihat apakah vacuum terbaik pilihan ramai. Barulah tahu kelebihannya dan kita akan lebih bijak memilih. Berikut adalah vacuum terbaik yang bakal membuatkan rumah anda berubah!\n\n1. Vacuum Philips SpeedPro Max Aqua\n\nMenjadi pilihan ramai walaupun harganya mencecah RM 1K, Vacuum Philips SpeedPro Max Aqua sangat berbaloi untuk dimiliki. Bukan sahaja berfungsi sebagai vacuum, tetapi juga boleh mengemop sehingga memudahkan proses pengeringan. \n\nVacuum terbaik ini tidak memerlukan kita memasang wayar, malah ia juga boleh digunakan rapat ke lantai serta vacuum ke atas siling. Menariknya, ia berbeza dengan vacuum lain kerana mempunyai lampu LED di bahagian depan, salah satu kemudahan yang menjadi kegilaan ramai peminat vacuum.\n\nVacuum terbaik berjenama Riino Evolution V8 ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis permukaan. Antara adalah karpet, lantai dan lain-lain lagi. Mengejutkan, habuk seperti batu, kacang, pasir dan banyak lagi turut dapat dibersihkan dengan mudah sekali.\n\nIa sangat mudah dibawa ke mana sahaja, mempunyai reka bentuk yang cantik dan menggunakan sistem tapisan Hepa. Jenama Vacuum terbaik ini menjadi pilihan ramai kerana kualiti dan penggunaannya yang mudah.\n\nVacuum yang memiliki pemegang ini sangat menarik digunakan untuk membersihkan rumah dan bilik. Ia mengangkat 99.99% kotoran dan habuk kecil sehingga ke partikel micron 0.1. Pembersih vacuum terbaik berbentuk tongkat ini dapat menyedut kotoran di permaidani dan juga lantai yang keras. \n\nIa juga amat ringan iaitu 1.8kg, mudah dibawa ke mana sahaja. Tangki sampah adalah sebesar 800ml dan mempunyai ciri flat mouth yang dapat membersihkan sekitar ruangan yang sempit.\n\n4. Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18\n\nvakum 2-dalam-1 serba baharu daripada Corvan, Corvan 2-in-1 Cordless Vacuum & Mop K18. Kuasa Sedutan sehingga 201AW menjadikan vacum ini diminati ramai suri rumah terutamanya mereka yang mempunyai kucing.\n\nAnda boleh menyimpan pembersih vakum tanpa wayar ini tegak tanpa perlu menggerudi dinding anda. Menariknya mengenai vacum ini ialah pra-penapis yang boleh dibasuh pastinya menjamin kebersihan vacum anda. Penapis juga boleh digunakan semula tanpa perlu menggantikannya. Terdapat penapisan 6 peringkat serta pad mop yang boleh dibasuh untuk menggunakan semula. Mudah digunakan dan diselenggara. Panel sentuh LED yang menunjukkan pembaharuan teknologi vacum serta waranti motor selama 5 tahun. Vcum ini didatangkan dengan lampiran yang berguna dan pengecasan automatik. Pemegang juga tidak berasa panas walaupun selepas 20 minit digunakan kerana motor yang digunakan sangat berkualiti.\n\n5. Karcher Cordless Vacuum Stick VC 4S\n\nVakum tanpa wayar iaitu VC 4s kelihatan anggun dengan rekaannya yang nipis dan lain dari reka bentuk vacuum sedia ada. Dengan kapasiti 0.3 liter, anda mungkin perlu membersihkan tong selepas setiap sesi pembersihan. Vacum ini boleh ditukar menjadi kecil untuk anda gunakan bagi membersihkan kereta anda.\n\nKarcher mahir membersihkan sekitar kaki perabot. Vacum yang fleksibel ini boleh berputar sehingga 180 darjah. Beralih kepada mod pegang tangan untuk membersihkan sofa dan bahagian dalam kereta menggunakan muncung celah 2 in 1 yang disertakan. Vacum ini boleh membersihkan ruang yang sukar dicapai seperti bawah katil, belakang perabot dan banyak lagi.\n\nJenama vacum ini mempunyai kuasa sedutan yang cukup tinggi menjadikan habuk dan rambut senang untuk disedut. Bateri Lithium-Ion 18V yang berkuasa juga memastikan ia berfungsi sehingga 80 minit tanpa perlu mengecas semula. Anda boleh membersihkan rumah tanpa perlu risau tentang bateri yang habis. Anda juga boleh membersihkan kotoran yang disedut dengan mudah.\n\nRekaan vacum ini yang boleh berputar sehingga 180 menjadikan proses pembersihan mudah. Vacum ini sangat sesuai untuk membersihkan kawasan lantai yang besar. Reka bentuk berdiri dan kekal tegak ini juga memudahkan pengguna untuk menyimpannya. Hal ini kerana vacum tersebut boleh bersandar pada dinding atau perabot.\n\nProduk Dyson terkenal dengan reka bentuk futuristik dan bergaya. Dyson V12 Detect Slim direka lebih ringan dan langsing dengan berat hanya 1.5kg sahaja dan 2.2kg dengan kepala dan tongkat pembersih Fluffy dilekatkan. Oleh itu, ia mudah untuk bergerak dan digunakan.\n\nTerdapat butang kuasa merah besar di bahagian atas yang menjadikan penggunaannya lebih mudah. Pembersih vakum mempunyai cengkaman yang sangat baik dan boleh digunakan untuk tempoh yang lama.\n\nDyson V12 mempunyai bateri boleh tanggal yang boleh dicas dalam dua cara- secara berasingan daripada peranti atau semasa masih dipasang. Anda boleh menukarnya dengan bateri tambahan untuk meningkatkan masa penggunaan tetapi bateri tambahan ini perlu dibeli secara berasingan.\n\nBahagian belakang pembersih vakum mempunyai panel LCD bulat yang menunjukkan mod kuasa, pemasa kira detik untuk bateri dan maklumat tentang habuk dan kotoran yang dikumpul apabila peranti dihidupkan. Apabila dicas, paparan menunjukkan tahap bateri. Anda juga boleh bertukar antara mod yang berbeza dengan bantuan butang tepat di bawah skrin paparan. Mod ini termasuk Eco, Auto atau Medium dan Boost.\n\n8. Sharp Bagless Vacuum Cleaner 1600W EC-NS16R\n\nPembersih Vakum Sharp SHP-ECNS16R ini mempunyai ciri yang direka untuk memisahkan habuk daripada udara. Hal ini udara ringan akan ditapis melalui penapis HEPA. Vacum ini juga didatangkan dengan Sistem Penapisan 4 peringkat.\n\nSelain itu, pembersih vakum ini juga dilengkapi dengan Penapis HEPA. Ia membantu mengeluarkan udara yang lebih bersih dan menjadikan persekitaran tempat tinggal anda hampir bebas daripada bahan pencemar.\n\nDengan reka bentuk membuang sampah yang mudah, anda juga boleh mengeluarkan bekas habuk dan mengosongkan sampah dengan mudah. Roda Getah dalam pembersih vakum ini boleh memastikan pergerakan lancar semasa membersihkan dan melindungi lantai anda daripada calar.\n\nTampak ringan, tetapi siapa sangka kuasanya sangat kuat dan berkualiti. Vacuum terbaik MIDEA ini mempunyai sistem filter multistage yang mudah, pantas dan kuat menyedut habuk. Sistem vacuum terbaik ini juga mudah digunakan dimana anda hanya perlu tekan satu butang sahaja, filternya juga mudah dibersihkan dan digunakan semula.\n\nVacuum Midea ini membolehkan ia bergerak sehingga 8 meter diameter, bermaksud anda tidak perlu menukar lokasi plug elektrik sentiasa. Hanya duduk di satu tempat sahaja untuk membersihkan satu ruangan.\n\nVacuum terbaik berjenama Panasonic ini merupakan salah satu vacuum pembersih pilihan ramai rakyat Malaysia. Ia dapat mengesan habuk dan mempunyai kuasa 2200W serta kapasiti 2L. Lengkap dengan 8 lapisan sistem tapisan, ia sangat berkesan membersihkan rumah anda dengan rapi. Itulah juga penangan sis tapis HEPA vacuum terbaik ini.\n\nDibea GT200 ini merupakan vacuum jenis robot yang berbentuk bulat dan sederhana. Ia mempunyai teknologi gyroscope yang mudah merancang pergerakan bagi membersihkan rumah. Vacuum terbaik ini sesuai membersihkan semua jenis lantai seperti jubin, lantai kasar, permaindani serta permukaan bercampur. \n\nAnda boleh mengawal robot ini melalui aplikasinya di telefon bimbit anda. Kuasa bateri vacuum ini juga tahan lama. Amat menyeronokkan, anda tak perlu vacuum sendiri, biar robot yang lakukannya.\n\nJangan terkejut sekiranya vacuum jenis robot terbaik ini dapat melakukan tugasan mencuci rumah sehingga 2 jam. Vacuum terbaik berjenama ILIVE ini boleh membersihkan seluas kawasan 140 meter persegi (1500sqft). Dengan 4 mod pembersihan, anda boleh menentukan masa untuk robot vacuum melakukan tugasan. Selain vacuum, robot ini boleh menyapum mop dan mengilatkan lantai rumah anda.\n\nROIDMI EVE Plus Xiaomi adalah pembersih vacuum robot yang sangat berkualiti pilihan ramai. Selain vacuum, ia juga boleh menyapu sampah, mengemop lantai, menyedut habuk kotoran serta mengeringkan lantai. Kehebatan vacuum terbaik ini dilengkapkan lagi dengan sistem pensterilan automatik \u2013 EVE PLUS.\n\nIa juga mempunyai fungsi sensor untuk memastikan ia terlindung daripada rosak dan fungsi terganggu. Sensor terbaik yang dimiliki vacuum terbaik ini adalah sensor pecutan, sensor anti langgar, anti jatuh, radar, steril dan banyak lagi.\n\n14. KARCHER DRY & WET VACUUM CLEANER NT 30\n\nTahan lasak, begitulah dengan vacuum Karcher N30 ini. Ia boleh vacuum di tempat yang basah dan kering serta mempunyai pengasingan habuk pilihan dan juga beg penapis. Mesinnya juga besar sehingga mempunyai kuasa 30 liter bekas dan turbin 1500 watt untuk memudahkan proses sedutan habuk dan kotoran.\n\nWalaupun sedikit besar berbanding vacuum lain, namun ia sangat mudah dikendalikan kerana bentuknya yang senang dibawa. Sangat berbaloi kerana vacuum terbaik ini juga boleh menyingkirkan turbin dalam masa 44 saat. Ia juga sangat jimat jika dibandingkan dengan kegunaan dan fungsinya.\n\nSama seperti vacuum Karcher tadi, Europower VAC5001 ini juga mempunyai kuasa 30 liter kapasiti. Paling menakjubkan, ia boleh membersihkan tilam, sofa dan juga karpet. Untuk pengetahuan anda, tangki keluli ini tahan pada karat dan pastinya anda boleh menggunakannya selama bertahun-tahun.\n\n16. BLACK & DECKER Cordless Wet & Dry Vacuum with Standard Accessories (7.2V) WD7201G\n\nDengan fungsi kering dan basah, tiada masalah jika anda membersihkan sofa, kusyen atau karpet selain dari lantai yang keras. Vacuum Black & Decker Cordless ini mempunyai kapasiti 175ml dan memerlukan anda cas semula baterinya untuk digunakan. Ia lengkap dengan aksesori yang boleh digunakan untuk kaedah vacuum tersebut. \n\n17. Monlove Wet & Dry Vacuum Cleaner\n\nVacuum terbaik lengkap dengan fungsi kering dan basah ini boleh digunakan untuk membersihkan sofa, kusyen kereta, permaidani dan sebagainya. Sememangnya ia sangat sesuai membersihkan kenderaan seperti van, kapal, kereta dan lain-lain. \n\nTerdapat juga fungsi penyedut yang berkesan mengapungkan tilam udara, pelampung kolam dan kapal keselamatan. Ia turut dikatakan mempunyai pelbagai fungsi, malah kuasa 12V DC ini sangat mudah.\n\nBerikut adalah vacuum robot terbaik paling berkualiti pilihan rakyat Malaysia. Jom lihat juga\u00a0Pelitup Muka KN95,\u00a0Vacuum Robot Terbaik\u00a0dan\u00a0Fakta Tentang Emas.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Badan yang berpeluh dan melekit memang sangat merimaskan. Malah, bau badan akibat peluh ini menjadikan kita rasa tidak selesa dan boleh mengganggu hubungan komunikasi kita.\n\nJom ketahui cara menghilangkan bau peluh badan.\n\nPeluh ialah cecair jernih yang dirembeskan keluar oleh kelenjar di dalam lapisan kulit kita. Kandungan peluh ialah 98-99% air dengan kandungan garam mineral seperti natrium klorida, kalium, kalsium, magnesium dan bahan organik lain, antaranya asid laktik, asid sitrik, asid urik, asid askorbik dan urea.\n\nKelenjar peluh ditemui di seluruh anggota kulit, dengan paling banyaknya terletak di tapak tangan, ketiak dan sekitar kawasan alat sulit.\n\nKelenjar peluh ini diperbuat daripada tiub bergulung yang dikelilingi oleh saluran bekalan darah dan terbuka ke atas kulit melalui liang pori.\n\nFaktanya, peluh tidak mengeluarkan bau. Namun, apabila badan kita mengeluarkan peluh, bakteria akan bertindak balas dengan peluh tersebut untuk menghasilkan bau.\n\nPerasan tak bayi tidak mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan? Hal ini demikian kerana bau badan hanya bermula setelah seseorang itu mencapai akil baligh dengan peningkatan hormon androgen.\n\nAntara punca badan berbau peluh ialah:\n\nOleh yang demikian, dalam artikel ini, cara menghilangkan bau peluh badan akan dibincangkan menurut kajian dan penyelidikan sains yang pernah dijalankan.\n\nAntara produk yang sering digunakan untuk menghilangkan bau peluh badan yang diuji secara dermatologi ialah deodoran dan antiperspiran yang disembur khas pada kawasan kulit tempat peluh.\n\nMinyak wangi atau perfume pula merupakan wangian sintetik yang disembur bagi memberikan bau kuat kepada penampilan kita.\n\nFungsi kedua-duanya seakan sama tetapi sebenarnya berbeza, iaitu:\n\nTerdapat banyak pilihan produk ini di pasaran dalam bentuk spray, pepejal, serbuk, kristal, gel, penggolek dan sebagainya. Ada yang mempunyai bau tambahan seperti lemon, vanilla dan menthol mengikut citarasa peribadi.\n\nTerdapat dakwaan yang mengatakan bahawa antipersiran tidak selamat digunakan kerana mengandungi bahan toksik. Hal ini telah disangkal berdasarkan kajian yang melihat kesan ketoksikan bahan aktif utama antiperspiran iaitu aluminum chlorallhydrate adalah selamat.\n\n2. Panduan ketika Melakukan Aktiviti yang Mengeluarkan Peluh\n\nAntara cara lain untuk mengurangkan bau peluh badan ialah menggunakan deodoran atau antiperspiran pada waktu pagi dan sebelum memulakan aktiviti fizikal yang akan mengeluarkan peluh.\n\nSelain itu, bagi mereka yang mencukur bawah lengan ketiak, elakkan menggunakan deodoran selepas mencukur kerana tindakan tersebut akan menyebabkan rasa pedih dan boleh menimbulkan ruam akibat tindak balas bahan kimia.\n\nBagi pemakai antiperspiran, digalakkan memakainya pada waktu malam, sebelum tidur supaya produk tersebut dapat bertindak dengan lebih berkesan. Malah, ada yang kuat berpeluh ketika tidur, jadi, produk ini boleh mengurangkan kesan peluh dan bau badan berpeluh.\n\nPenting juga bagi mereka yang berpeluh untuk sentiasa minum air secara mencukupi. Pakar pemakanan ada menyarankan untuk kekal hidratkan diri jika anda melakukan aktiviti fizikal berterusan selama 1 jam.\n\nAir membantu mengekalkan suhu badan normal dan mengekalkan elektrolit penting dalam badan seperti mineral.\n\n3. Penggunaan Sabun atau Bahan Anti Bakteria\n\nDisebabkan bau peluh secara umumnya datang daripada bakteria, banyak produk mandian dan anti peluh mengandungi bahan anti bakteria.\n\nDengan penyingkiran bakteria ini, masalah bau badan akan berkurangan.\n\nAnda boleh mencuba hasilkan bahan anti bakteria anda sendiri dengan membancuh 1 sudu hidrogen peroksida ke dalam 1 cawan air, bersamaan 3% kandungan hidrogen peroksida.\n\nLap kan larutan ini menggunakan kain bersih ke kawasan yang berpeluh bagi membunuh bakteria. Kepekatan yang rendah ini (3%) tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi rengsa atau alahan, sekadar mencukupi untuk membunuh bakteria pada peluh.\n\n4. Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati\n\nSebagaimana kata pepatah tersebut, cara terbaik untuk hilangkan bau peluh badan ialah dengan mencegah supaya kita bebas daripada bau badan. Antara langkah yang boleh diambil ialah:\n\nKeadaan peluh yang berlebihan dipanggil hyperhidrosis yang menyebabkan penghasilan peluh walaupun ketika dalam keadaan berehat.\n\nAnda disarankan segera berjumpa dengan doktor perubatan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan susulan.\n\nPeluh ialah salah satu manifestasi tubuh yang sihat kerana bahan-bahan perkumuhan dapat disingkirkan oleh tubuh melalui peluh.\n\nMasalah hanya timbul apabila peluh yang berlebihan mengundang bau yang kurang enak. Maka, antara cara untuk menghilangkan bau peluh badan telah dikemukakan dalam artikel ini untuk sama-sama diamalkan.\n\nSekali lagi diingatkan, sebarang keputusan yang berkaitan dengan kesihatan anda perlulah dibuat dengan nasihat pakar perubatan. Masalah peluh berlebihan juga boleh menjadi petunjuk kepada penyakit lain yang mungkin anda hidapi.\n\nJemput juga baca artikel tips diy scrub badan dan punca toksin dalam badan"
"Hampir 10% wanita dijangkiti penyakit kencing kotor semasa hamil. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria pada sistem urinari tubuh yang meliputi bahagian ginjal, ureter, pundi kencing, dan uretra.\n\nIa bukanlah penyakit yang merbahaya dan boleh berlaku kepada sesiapa saja. Namun, ia boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan sekiranya\u00a0dibiarkan tanpa rawatan.\n\nApakah punca kencing kotor semasa mengandung?\n\nUrethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar. Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana\u00a0 wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan lubang dubur.\n\nKuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur bergerak menuju ke pundi kencing, ia membiak dan terus ke buah pinggang.\n\nIbu mengandung dijangkiti kencing kotor kerana perubahan yang berlaku pada saluran kencing. Rahim yang semakin membesar menghimpit pundi kencing lalu menyebabkan air kencing tidak dapat dikosongkan dengan efektif daripada setiap kali anda membuang air kecil.\n\nOtot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing\u00a0membiak.Apabila keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan jangkitan. Jangkitan inilah yang dikenali sebagai kencing kotor.\n\nKetika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.\n\n4. Air kencing lebih berasid semasa mengandung\n\nAir kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula. Ini berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Keadaan air kencing yang lebih berasid dan tinggi gula menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.\n\n5. Kesilapan semasa membasuh kemaluan selepas membuang air kecil\n\nPenyebab yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Tabiat ini menyebabkan bakteria dari lubang dubur akan masuk ke vagina anda.\n\nHubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing kotor semasa mengandung. Ia boleh berlaku kerana kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.\n\nApakah tanda anda dijangkiti kencing kotor?\n\nBerikut adalah di antara tanda atau simptom kencing kotor semasa mengandung:\n\nAdakah kencing kotor boleh menjejaskan kandungan anda?\n\nKomplikasi kepada masalah kencing kotor semasa mengandung ialah jangkitan kuman pada buah pinggang yang dinamakan pyelonephritis. Jangkitan kuman ini boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian kepada ibu.\n\nBayi yang dikandung juga mengalami kesan yang teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal (preterm labor) dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.\n\nBagaimana cara mengesan kencing kotor semasa mengandung?\n\nPenyakit kencing kotor boleh dikesan melalui\u00a0ujian air kencing. Sekiranya ia dirawat dengan cepat dan menyeluruh, kencing kotor semasa hamil tidak akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.\n\nApakah rawatan untuk kencing kotor semasa mengandung?\n\nKencing kotor semasa hamil boleh dirawat dengan\u00a0antibiotik.\u00a0Selalunya, doktor akan memberikan antibiotik yang perlu dihabiskan dalam masa 3-7 hari. Antibiotik yang diberikan ini adalah selamat untuk bayi dalam kandungan.Habiskan antibiotik anda\u00a0walaupun demam dan sakit sudah berkurangan.\n\nMinum banyak air untuk membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing. Apabila antibiotik anda habis, pergi ke hospital untuk pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman.\n\nJika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotik yang lain. Jika ianya bertambah parah di mana pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil, pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital.\n\nBagaimana untuk mencegah kencing kotor semasa mengandung?\n\nKencing kotor boleh dielakkan melalui beberapa cara seperti berikut:\n\nJika anda mengalami tanda awal kencing kotor seperti kerap kencing, rasa sakit ketika kencing atau tidak selesa di bahagian bawah abdomen, bolehlah mencuba tips berikut:\n\n1. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.\n\n2. Dapatkan beberapa ungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g,\u00a0 dan mempunyai perasa lemon. URAL boleh didapati dari farmasi dan selamat untuk ibu mengandung.\n\nItulah dia info tentang kencing kotor semasa mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaa buat anda."
"Pernah kita terfikir mengapa Nabi Adam as dan Hawa dicampakkan keluar daripada syurga?\n\nBersedia untuk mengetahui sirah Nabi Adam as ? Sirah nabi boleh dijadikan teladan untuk kita selusuri dan mengambil iktibar. Jom baca kisah nabi Adam dalam Al-Quran.\n\nNabi dan rasul merupakan insan yang dipilih Allah swt untuk menggalas tanggungjawab dalam menyampaikan kalimah Allah swt dan memberi petunjuk kepada umat manusia mengenai keesaan Allah swt.\n\nUntuk makluman umum nabi dan rasul berbeza dari sudut tanggungjawab menyampaikan wahyu.\n\nNabi menerima wahyu Allah swt hanya untuk diri sendiri manakala rasul pula menerima wahyu\u00a0 dari Allah swt untuk disampaikan kepada semua umatnya. Melalui artikel ini kami ingin kongsikan sirah mengenai Nabi Adam as yang dicampakkan ke bumi setelah ingkar akan perintah Allah swt.\n\nNabi Adam as merupakan manusia pertama yang ciptakan Allah swt selepas Allah ciptakan bumi dan langit.\u00a0 Nabi Adam as diciptakan dari tanah dan lumpur .\n\nMalaikat gusar dan iblis membantah akan kehendak Allah swt untuk mencipta Nabi Adam. Kegusaran malaikat adalah kerana bimbang akan tindakan manusia yang boleh menyebabkan segala perkara yang tidak baik berlaku di atas muka bumi.\n\nTapi Allah swt berfirman \u201c Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.\u201d, maka malaikat akur dengan kehendak Allah swt.\n\nManakala iblis membantah kerana iblis merasakan dia lebih mulia daripada Nabi Adam as dan iblis tidak mahu patuh perintah Allah swt untuk sujud kepada Nabi Adam.\n\nAkibat kesombongan iblis dan ingkar akan perintah Allah swt, iblis diusir dari syurga dan iblis dilaknat oleh Allah swt sehingga iblis dinyatakan sebagai penghuni neraka.\n\nSehingga ke hari ini iblis telah berjanji untuk menyesatkan semua keturunan Nabi Adam as sehingga hari kiamat.\n\nAllah swt menempatkan Nabi Adam as di syurga bersama Hawa sebagai teman hidup Nabi Adam.\u00a0 Hawa diciptakan untuk menghilangkan rasa sunyi dan memenuhi keperluan fitrah Nabi Adam as.\n\nMesti ramai dah tahu tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi kan. Hawa diciptakan dari salah satu tulang rusuk kiri\u00a0 Nabi Adam as.\n\nNabi Adam as dan Hawa disuruh tinggal di dalam syurga dan Allah swt telah berpesan kepada Nabi Adam as untuk menikmati segala nikmat yang ada di dalam syurga namun jangan sesekali memakan buah dari pohon khuldi.\n\n\u201cDan Kami berfirman:\u201dHai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanan yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kami termasuk orang-orang yang zalim.\u201d\u00a0\n\nAllah swt menyatakan laranganNya sekeras-keras dengan menyatakan bahawa Nabi Adam termasuk dalam golongan zalim dan celaka.\n\nIblis tidak berlengah lagi untuk memujuk dan menyesatkan Nabi Adam as dan Hawa.\n\nIblis merancang untuk memujuk Nabi Adam dan Hawa untuk melanggar perintah Allah swt dengan menyatakan bahawa iblis adalah kawan dan akan membantu mereka memberi nasihat dan tunjuk ajar demi menjaga kebahagiaan mereka.\n\nIblis memujuk Nabi Adam dan Hawa berulang kali dengan menyatakan bahawa larangan Allah swt terhadap buah khuldi adalah disebabkan dengan memakan buah khuldi mereka akan menjadi malaikat dan hidup kekal.\n\nIblis memujuk berulangkali dan menunjukkan keindahan dan keharuman buah khuldi akhirnya pasangan Nabi Adam as dan Hawa termakan pujukan iblis yang hina. Nabi Adam as dan Hawa telah memakan buah larangan tersebut.\n\nSetelah Nabi Adam as dan Hawa memakan buah khuldi aurat mereka telah terbuka sehingga menampakkan seluruh tubuh badan.\n\nAllah Murka dan Campakkan Nabi Adam ke Bumi\n\nAllah swt sangat murka akan mencela perbuatan Nabi Adam as dan Hawa.\n\nDalam firman Allah swt \u201c\u201dTidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata.\u201d\n\nSetelah menyedari keterlanjuran mereka melanggar perintah Allah swt mereka menyesal dan berkata kepada Allah swt ;\n\n\u201cWahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami.\u201d\n\nAllah swt menerima taubat Nabi Adam as dan Hawa serta telah memberi pengampunan kepada mereka namun impian mereka untuk terus tinggal di dalam syurga tidak kesampaian.\n\nSebagai balasan kepada ingkarnya Nabi Adam dan Hawa terhadap perintah Allah, mereka telah diturunkan ke bumi.\n\nAllah swt menitahkan untuk Nabi Adam as dan\u00a0 Hawa untuk turun ke bumi dalam firmanNya;\n\n\u201cTurunlah kamu sekalian, sebagian dari kalian akan menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Dan kamu memiliki tempat tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) dimuka bumi sampai waktu yang ditentukan.\u201d\n\nKisah Nabi Adam as yang di campak ke bumi setelah mengingkari perintah Allah swt sepatutnya menjadi teladan buat kita supaya sentiasa patuh akan perintah Allah swt.\n\nDan sebagai peringatan, iblis sebelumnya merupakan hamba Allah yang kuat beribadat namun kerana kesombongan dan keangkuhannya dia telah dilaknat Allah swt sehingga ke hari pembalasan.\n\nJadi jangan sesekali kita merasa mulia daripada orang lain dan sombong akan nikmat yang diberikan.Semoga ada sedikit pengajaran yang diambil melalui coretan artikel kali ini.\n\nJemput juga baca artikel penulisan kami yang lain seperti kisah Nabi Khidir, kisah Imam Syafie dan kisah Uwais al Qarni"
"Dewasa ini masalah sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sekolah dan remaja berada pada tahap yang membimbangkan. Saban hari ada sahaja berita negatif yang dipaparkan di dalam berita seperti tangkap khalwat, rogol, buang anak, basikal lajak, dan sebagainya. Hari ini kami akan mengupas isu ini dengan memberikan fokus kepada punca dan jalan penyelesaian untuk masalah sosial yang semakin teruk ini.\n\nIbu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga kekurangan masa untuk bersama anak-anak\n\nTidak dinafikan pada zaman serba moden dan canggih ini kebanyakan ibu bapa adalah berkerjaya. Malah kedua ibu bapa biasanya terlalu sibuk dengan kerjaya dan mengejar cita-cita sehingga terlupa bahawa di rumah ada anak yang dahagakan kasih sayang dan mendambakan perhatian serta belaian. Jangan salah faham, ibu bapa melakukan ini semua demi masa depan anak-anak juga. Namun kesannya anak-anak rasa terabai dan kekurangan kasih sayang lalu memilih untuk meluangkan lebih banyak masa bersama kawan sebaya.\n\nApabila terlalu banyak masa diluangkan bersama rakan sebaya, secara automatik anak kita akan mudah terpengaruh dengan unsur negatif. Oleh itu jalan penyelesaian bagi masalah sosial di kalangan pelajar sekolah ialah dengan cara ibu bapa meluangkan lebih banyak masa untuk bersama keluarga. Pandai-pandailah kita membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya.\n\nPunca kedua masalah sosial semakin menular di kalangan pelajar sekolah ialah kebebasan tanpa batasan yang diberikan oleh ibu bapa. Apabila ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya, secara tak langsung anak-anak perlu menjaga diri sendiri dan diberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja tanpa pemerhatian orang dewasa. Anak remaja masih hijau, tidak mampu untuk memilih yang mana baik yang mana buruk. Malah naluri ingin tahu mereka membuatkan mereka mudah terjebak dengan perkara baru yang belum tentu baik untuk dirinya.\n\nSebagai penyelesaian ibu bapa wajib meletakkan batasa kepada kebebasa yang diberikan kepada anak-anak. Sebagai contoh, jangan benarkan anak keluar rumah sehingga lewat malam. Pantau dengan siapa anak kita berkawan. Hadkan aktiviti di luar rumah, dan sebagainya.\n\nTelefon pintar, gadjet dan internet tanpa sempadan\n\nHari ini kebanyakan anak remaja mempunyai telefon pintar atau gadjet dengan data internet tanpa sempadan. Dengan apa yang disediakan di depan mata anak-anak mempunyai peluang untuk terdedah kepada masalah sosial. Sebagai contoh, anak-anak akan mempunyai access untuk melayari laman web lucah untuk melihat gambar atau menontot video yang tidak sepatutnya. Malah anda kita mempunyai access untuk menyertai forum yang membincangkan perkara yang tidak sepatutnya.\n\nTelefon pintar dengan data internet juga membolehkan anak kita berhubung dengan orang yang tidak dikenali melalui laman soial facebook, instagram, wechat, malah aplikasi seperti whatsapp, wechat dan sebagainya juga merupakan sarang untuk anak-anak kita terdedah kepada masalah sosial yang boleh menghancurkan hidup.\n\nOleh itu, ibu bapa perlu memantau telefon pintar yang diberikan kepada anak-nak. Kawal dan hadkan penggunaannya. Anak adalah tanggung jawab dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jangan dipandang ringan.\n\nKurang didikan agama sebagai benteng diri daripada maksiat\n\nSatu lagi punca kebejatan masalah sosial di kalangan remaja dewasa ini adalah kerana kurangnya didikan agama di kalangan anak-anak. Dengan kesibukan ibu bapa dalam mengejar kerjaya kemungkinan kita tiada masa untuk memberikan didikan agama kepada anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bergantung harap kepada sekolah untuk mendidik anak-anak tentang ilmu agama sedangkan ia sebenarnya adalah tanggung jawab kita sendiri.\n\nTanpa didikan agama anak kita takkan tahu apa yang halal apa yang haram. Mereka tidak akan tahu tentang adanya batasan di dalam perhubungan di antara seorang lelaki dan perempuan. Tanpa ajaran agama anak kita takkan tahu tentang hukum penyalah gunaan dadah dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita memberikan didikan agama sebagai enteng diri anak daripada melakukan maksiat. Jangan serahkan 100% tanggung jawab memberikan didikan agama kepada guru di sekolah sahaja.\n\nMasyarakat memilih untuk tidak menjaga tepi kain orang lain\n\nAda pepatah yang berbunyi lebih kurag begini, jangan sibuk menjaga tepi kain orang lain hingga tak sedar kain sendiri koyak-rabak. Tak dinafikan bahawa ada benarnya, di mana kita jangan terlalu sibuk dengan aib orang lain sehingga tak sedar yang sebenarnya lebih banyak keburukan dalam diri sendiri. Mungkin kerana pepatah ini ramai yang memilih untuk tidak menendahkan perihal anak-anak remaja di sekeliling atas alasan itu bukan anak kita.\n\nItulah sebabnya kenapa masyarakat tidak menegur perbuatan anak yang melampaui batas seperti melakukan perkara sumbang di khalayak ramai. Untuk mengatasi masalah ini, tiba masanya untuk kita mengubah mentaliti. Ambil tahu dan ambil kisah tentang ana-anak di sekeliling kita. Sama-sama kita menjaga dan menegur dengan niat untuk kebaikan bersama. Apabila kita sama-sama menjaga anak sesama sendiri, insya Allah masalah sosial di kalangan pelajar sekolah dapat diatasi dengan segera.\n\nItulah dia perkongsian kami tentang punca dan jalan penyelesaian masalah sosial di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga anak-anak kita sentiasa berada dibawah lindungannya dan terpelihara dari perkara yang buruk.\n\nJika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara didik anak perempuan tips bercakap dengan anak remaja, dan panduan apabila anak remaja bercinta."
"Sebagai seorang isteri, hampir kesemua tanggungjawab di rumah terpaksa dipikul. Memasak, menghantar anak ke sekolah, mengemas rumah, menguruskan baju.. Senarai tugas dan tanggungjawab tidak berkesudahan.\n\nDitambah lagi apabila si isteri turut sama memikul tanggungjawab mencari rezeki untuk meringankan beban suami. Pasti di setiap penghujung hari, tenaga isteri berada di paras yang paling minimum.\n\nSemestinya, setiap pengorbanan isteri dijanjikan ganjaran syurga dan pahala yang besar. Tetapi awas! Tidak mustahil untuk si isteri menyimpan rasa hati dan merungut kerana terlalu letih. Tambah memanaskan hati, apabila diwaktu isteri bertungkus lumus di dapur, si suami hanya menonton televisyen dan menunggu makanan di hidang.\n\nMerungut bukan sahaja akan menggangu perhubungan sesama suami isteri. Dikhuatiri, setiap pengorbanannya sia-sia semata kerana tiada unsur keikhlasan lagi.\n\nSi isteri tidak seharusnya dipersalahkan, kerana sebagai manusia biasa, semestinya dia harus diberi masa untuk berehat supaya dia boleh memberikan yang terbaik untuk keluarga setiap hari.\n\nJadi, suamilah orang yang sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam membantu isteri menyelesaikan sebahagian dari kerja rumah.\n\nBagi sang isteri, walau suaminya hanya menolong vacuum rumah dan mencuci pinggan di dapur, ia sangat meringankan serba sedikit bebanan isteri.\n\nNamun, tidak semua lelaki terlatih untuk mengemas dan membantu dirumah. Isteri tidak sepatutnya memarahi dan memaksa suaminya. Si isteri wajib mempunyai taktik untuk menarik suaminya rajin membantu.\n\nKebiasaan minda orang lelaki, sesampai sahaja di rumah dari tempat kerja, mereka akan terus bertukar \u201cgear\u2019 kepada MAKAN \u2013 MAIN \u2013 TIDUR. Badannya automatik menjadi \u201cstatik atau Off\u201d sebagaimana keadaan kereta di isi minyak di stesen minyak.\n\nSebaliknya minda orang perempuan akan terus aktif \u201cmultitasking\u201d ligat macam lipas kudung membuat kerja rumah yang tak sudah-sudah.\n\nOleh itu jika isteri inginkan suaminya menolong sesuatu di rumah, caranya adalah:\n\nSampai suami di pintu terus sambut dia dengan ungkapan kesyukuran seorang pahlawan pulang dari peperangan, \u201cAlhamdulillah, my hero dah balik\u201d.\n\nSi suami bukan sahaja akan berasa gembira, malah segala kepenatan dan tekanan dipejabat teus berkurang serta merta jika mendapat layanan sebegini setiap hari.\n\nSediakan makanan dan minuman sekadar untuk dia mengalas perut dan membasahkan tekaknya. Biarkan dia sendirian dalam 10 minit untuk berehat.\n\nTerpulang kepada minat dan hobi suami, berikannya masa untuk melakukan apa yang dia gemari. Ada yang membaca majalah, menonton televisyen, membaca surat khabar, menyiram pokok bunga, membelek barangan hobi dan sebagainya.\n\nWaktu tersebut merupakan waktu paling sesuai untuk mengajaknya bersembang. Dan masa inilah AMAT sesuai meminta pertolongannya membantu kerja rumah. Katakan kepadanya hanya dia seorang sahaja yang boleh membuat kerja itu.\n\nMinta dengan penuh kelembutan, bukan dalam bentuk arahan. Saya jamin, suami akan berlapang dada untuk membantu anda di dapur.\n\nJika kerjaya suami memang berat dan meletihkan, selepas MAKAN dia akan terus TIDUR. Biarkan dan iktiraf waktu tidurnya. Tentukan jangka masa tidur dan berjanji untuk kejutkan dia. InshaAllah dia akan bertenaga nanti untuk membantu anda dengan kerja-kerja rumah.\n\nTulisan artikel daripada Pak Utih dan Editor oleh Team Bidadari"
"Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi. Tengah merancang untuk bawa anak-anak berjalan? Apa kata kami cadangkan Kuala Selangor sebagai destinasi percutian anda? Ramai yang tak tahu sebenarnya ada pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi di Kuala Selangor. Istimewa untuk anda, kali ni \u00a0kami akan kongsikan 11 tempat menarik di Kuala Selangor.\n\nAnak anda pasti teruja untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan. Pengalaman menyusuri Sungai Selangor sambil dikelilingi cahaya kelip-kelip pasti tidak akan dapat dilupakan sehingga akhir hayat. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan pada waktu malam tapi jangan risau, ianya selamat. Cubalah aktiviti yang lain dari lain ini.\n\nSelain melihat kelip-kelip, anda juga boleh\u00a0 menghayati keindahan alam semulajadi di Taman Alam Kuala Selangor yang merupakan sebuah paya bakau. Taman ini menyediakan laluan sepanjang 3.6 km untuk anda selusuri sambil menikmati udara segar.\n\nBagi peminat aktiviti memerhatikan burung, taman ini turut menyediakan menara tinjau untuk memudahkan anda melakukan aktiviti tersebut sambil melihat keindahan kawasan paya nipah yang berbentuk seperti hati ini.\n\nAktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah mengutip siput, melihat monyet, kera dan lotong serta memerhatikan burung-burung yang diancam kepupusan di dalam sangkar besi bersaiz gergasi yang terdapat di sini.\n\nPada suatu ketika dahulu, bukit ini pernah dijadikan sebagai pusat pentadbiran kerajaan dan benteng terawal Sultan Selangor daripada serangan musuh.\n\nSelain melihat pelbagai peninggalan sejarah, dari bukit ini juga anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan hampir keseluruhan Kuala Selangor. Nak lihat pemandangan lebih mengujakan? Datanglah ke sini pada waktu matahari terbenam.\n\nDi sini juga terdapat banyak pokok yang berusia lebih daripada seribu tahun. Berdasarkan cerita yang pernah disampaikan, keturunan Sultan Selangor pada zaman dahulu kala ada menyembunyikan harta di bawah pohon-pohon ini.\n\nDi antara \u00a0kemudahan yang disediakan di sini pula adalah tempat meletak kereta, ruang untuk bersantai, tandas awam dan perkhidmatan trem pada hujung minggu dan cuti umum.\n\n4. Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor\n\nTaman yang berkeluasan 5 ekar ini terletak hanya 5 minit dari Bukit Melawati dengan menaiki \u00a0trem yang disediakan. Terdapat \u00a01500 ekor ikan daripada 60 spesies ada di sini. Di antara jenis ikan yang dapat ditemui di sini adalah ikan keli, ikan belida, ikan kelah, ikan toman, ikan lampan, ikan kelisa dan banyak lagi. Di samping melihat ikan, anda sekeluarga juga dapat mengetahui pelbagai info menarik yang lain berkaitan ikan air tawar dan sejarahnya.\n\nTurut dipamerkan di sini adalah pelbagai peralatan menangkap ikan yang digunakan para nelayan seperti raga batang, bubu daun, bubu saadah, raga tok dan lain-lain lagi.\n\nSalah satu tarikan yang ada di Bukit Melawati ialah Batu Hampar yang terletak di pintu masuk Kota Melawati. Menurut sejarah, pada suatu ketika dahulu, Sultan Selangor telah menggunakan batu ini sebagai tempat untuk menjatuhkan hukuman pancung kepada pesalah.\n\nNamun ada yang mengatakan bahawa cerita ini tidak benar dan batu ini \u00a0hanyalah digunakan sekali untuk tujuan pancung \u00a0iaitu ketika menjatuhkan hukuman kepada seorang gadis istana yang dikatakan telah melakukan perbuatan yang tidak elok.\n\nIa dikenali sebagai Kota Utrecht pada zaman penjajahan Belanda. Bukit Belanda diberikan nama sedemikian pada ketika itu sempena nama bahtera Belanda yang digunakan oleh Van Brac, ketua Syarikat Hindia Timur Belanda yang telah berjaya menjatuhkan Raja Hadi di Teluk Ketapang.\n\nBukit yang berketinggian 420 meter ini telah dijadikan sebagai kubu pertahanan yang pertama sewaktu penjajahan mereka. Di bukit ini juga terdapat sebatang pokok yang besar yang telah digunakan oleh pihak Belanda sebagai menara tinjau untuk mengesan sebarang pergerakan musuh.\n\nMeriam Penggawa merupakan sebuah meriam yang berkepanjangan 5 1/2 kaki dengan garis muncung 7 inci.\u00a0 Meriam ini dikatakan cukup istimewa daripada yang lain dan diperbuat daripada besi kuning. Nama asal meriam ini adalah Petoi Boga yang bermaksud Puteri Putih.\n\nBerbeza dengan meriam lain, meriam ini terletak di dalam sebuah tempat khas yang kelihatan seperti mimbar masjid dan dilindungi oleh kain berwarna kuning. Al-kisahnya, meriam ini telah ditemui di pinggiran Sungai Buluh pada 23 September 1966 dan kini ditempatkan di dalam kawasan persemadian 3 orang Sultan Selangor.\n\nTerletak hanya 53 km dari bandaraya Shah Alam, Muzium Daerah Kuala Selangor adalah sebuah lagi lokasi yang menarik di Kuala Selangor. Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor.\n\nMuzium ini memiliki ruang pameran yang terbahagi kepada 7 seksyen yang berbeza yang menyampaikan info mengikut kronologi sejarah Kuala Selangori aitu:\n\nSeksyen 1: Penerangan mengenai daerah-daerah serta kepelbagaian etnik yang ada di Selangor.\n\nSeksyen 2: Asal-usul negeri Selangor dan info mengenai penduduk awal negeri ini.\n\nSeksyen 4: Sejarah pengasasan Kesultanan Selangor dan salasilah keturunan Sultan.\n\nSeksyen 5: Pameran koleksi peralatan pembesar istana serta info mengenai dua daerah tertua di Kuala Selangor.\n\nSeksyen 6: Sejarah Kuala Selangor sebagai kota pertahanan.\n\nSeksyen 7: Peninggalan sejarah yang terdapat di Bukit Melawati.\n\nSky Mirror yang turut digelar sebagai Salar De Uyuni Malaysia ini merupakan sebuah fenomena unik yang hanya berlaku pada waktu air surut dan ketika air tenang dari pukulan ombak, di mana pada waktu ini anda boleh berjalan di \u2018atas\u2019 air yang menghasilkan refleksi seolah-olah cermin.\n\nNamun begitu, fenomena ini hanya berlaku 6 hari pada setiap bulan berdasarkan kalendar lunar Cina iaitu pada hari pertama, ke-2, ke-14, ke-15, ke-16 dan juga ke-30. Dan ia juga kebiasaannya berlaku hanyalah sekejap dalam sekitar pukul 10.30 ke 11.00 pagi ketika mana air laut surut. Untuk menuju ke sini, anda perlu menaiki bot dari Jeti Sasaran yang hanya mengambil masa dalam 30 minit.\n\nAnda juga boleh melakukan aktiviti\u00a0 Eagle Feeding di Pasir Penambang. Di sini anda boleh membeli tiket yang dijual di jeti untuk menaiki bot menuju ke kawasan yang menjadi tempat burung helang berterbangan di tengah sungai.\n\nAnda dapat melihat burung-burung ini menyentap makan yang terdapat di dalam sungai. Yang pastinya, pengalaman ini sukar untuk dilupakan, bila lagi nak tengok burung helang secara dekat, kan?\n\nRumah Api Kuala Selangor merupakan sebuah menara yang berketinggian 83 meter yang terletak pada puncak bukit yang berketinggian 27 meter dari paras laut. Rumah Api Kuala Selangor ini telah dibina oleh pihak penjajah British pada tahun 1907 dan mula berfungsi pada tahun 1910.\n\nUntuk pengetahuan anda, rumah api ini pada awalnya diberikan nama sebagai Rumah Api Altingsburg iaitu sempena nama gabenor Belanda yang\u00a0 menguruskan hal ehwal sekitar kawasan ini. Rumah api ini pada ketika itu berfungsi untuk memberi isyarat kepada kapal yang melalui muara sungai agar mengawasi pergerakan mereka daripada kapal lain yang keluar.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Kuala Selangor yang boleh anda sekeluarga lawati. Menarik kan? Apa lagi, jom kita cuti-cuti Kuala Selangor!\n\nAnda sukakan artikel tempat menarik ini. Apa yang masih kurang dan patut kami ceritakan? Kuala Selangor sememnagnya sebuah tempat menarik yang patut berada dalam list. Jemput juga baca artikle tempat meanrik lain ya."
"Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita selepas keluarga. Mungkin sahabat tidak sehebat keluarga, tetapi sahabat sejati adalah umpama adik beradik. Berpisah payah, bergaduh susah. Dengan adanya ikatan persahabatan, sahabat bagaikan sebuah keluarga yang tidak sama pertalian darah tetapi sama jiwanya. \n\nApa salahnya kita menghargai sahabat dengan kata-kata yang indah dan menghiburkan. Apatah lagi sekiranya anda menghantarkan pesanan ringkas berbaur mutiara kata kepada mereka, pasti ia akan menceriakan mereka sepanjang hari.\n\nJom lihat mutiara kata untuk sahabat yang penuh makna dan mungkin akan menghiburkan mereka.\n\n#1 Aku tak berjanji untuk menyelesaikan masalahmu, tetapi aku berjanji tetap akan ada bersama menghadapi masalahmu.\n\n#2 Sahabat sejati bukanlah diukur dari tempoh perkenalan, tetapi diukur dari berapa lama masa berada mereka sentiasa berada untukmu.\n\n#3 Sahabat menunjukkan cintanya disaat ada masalah, bukan saat yang bahagia.\u00a0\u2013 Euriprides\n\n#4 Pergaduhan yang sedikit atau banyak takkan mampu leraikan persahabatan kita, kerana kita adalah sahabat selamanya.\n\n#5 \u201cKelemahan diriku adalah kelebihan dari sahabatku, kelebihan dariku adalah bagian dari kehebatan sahabatku.\u201d\n\n#6 \u201cBesi menajamkan besi, teman menajamkan teman.\u201d (Nabi Sulaiman)\n\n#7 Lebih baik berjalan dalam gelap bersama sahabat, berbanding dari berjalan dalam terang seorang diri.\n\n#8 Sahabat baik akan menerima dirimu seadanya dan sesungguhnya, jadilah diri sendiri!\n\n#9 \u201cSahabat, kau tertawa, aku tertawa. kau menangis, aku pun menangis. Kau terjatuh aku juga terjatuh.\u201d\n\n#10 Tak masalah jika kau tidak punya kekasih, tapi akan ada masalah jika kau tidak punya sahabat.\n\n#11 Sahabat sejati bukanlah mereka yang mempunyai persamaan, tetapi mereka yang saling melengkapi akan setiap perbezaan masing-masing.\n\n#12 Sahabat baik takkan berdiam diri, sebaliknya akan berterus terang.\n\n#13 Lebih mudah mengubah persahabatan menjadi cinta, daripada mengubah cinta menjadi persahabatan.\n\n#14 Terima kasih sahabat kerana menemani diri ini suka duka tanpa jemu, biarpun diri ini tidak sempurna sebagai sahabatmu yang terbaik.\n\n#15 Melangkah sendiri jika ingin berjalan lebih cepat, tapi melangkahlah bersama sahabat jika ingin berjalan lebih jauh.\n\n#16 Teman adalah seribu kawan sewaktu senang, Sahabat adalah seorang kawan di saat susah dan duka.\n\n#17 Tak perlu risau jika sahabat meninggalkanmu, kerana sahabat itu akan tetap menunggumu tanpa dipinta.\n\n#18 Kerana kamu aku tertawa, kerana kamu aku bahagia, kerana kamu aku masih ada, wahai sahabat sejati.\n\n#19 Matahari tak pernah memilih siapa yang harus diberikan sinar. Begitu jugalah dengan sahabat sejati.\n\n#20 Teman merupakan orang yang menyelamatkanku dari neraka yang bernama kesepian. (Naruto Uzumaki)\n\n#21 \u201cPersahabatan bukanlah sebuah kesempatan, tapi merupakan tanggung jawab yang manis.\u201d \u2013\u00a0Khalil Gibran\n\n#22 Selain ibu bapa dan keluarga, kamu adalah sahabat sejati yang menjadi sebahagian dari hidupku.\n\n#23 Sahabat baik yang jujur adalah perlindungan. Tiada risiko dan penipuan dalam setiap hubungan terindah persahabatan.\n\n#24 Jangan berjalan di belakangku, mungkin aku tak dapat memimpinmu. Jangan pula berjalan di depanku, mungkin aku tak mampu mengikutimu. Berjalanlah di sisiku dan jadilah sahabatku.\n\n#25 Jangan nantikan hubungan, tetapi binalah hubungan. Jangan cipta kebahagiaan, tetapi binalah kebahagiaan. \n\n#26 Keikhlasan persahabatan takkan lupus jika jujur menjadi sandaran. \n\n#27 Mungkin aku bukan sahabat terbaik buatmu, tapi ketahuilah kamu adalah sahabat terbaik untukku.\n\n#28 Sahabat, nikmatilah hidupmu dan bergembiralah dalam persahabatan ini kerana ia takkan pudar selamanya.\n\n#29 Jarak bukan pemisah persahabatan kita, Jarak menjadikan hubungan kita bertambah erat setiap hari.\n\n#30 \u201cBurung punya sangkar, laba laba punya jaring, manusia punya persahabatan.\u201d\u00a0\u2013 William Blake\n\n#31 Jika ada sahabat yang tidak percayakanmu, tidak mengapa. Tetapi berilah peluang untuk percaya pada diri sendiri.\n\n#32 Lebih mudah untuk memaafkan seorang musuh daripada memaafkan seorang teman.\n\n#33 Percayalah, bukan pengkhianatan yang akan mengakhirkan kita, namun pertemanan abadi yang akan menemani kita hingga akhir ayat.\n\n#34 Sahabat, Bercita-citalah setinggi langit tetapi hati tetaplah membumi.\n\n#35 Bersahabat bukanlah bisnes, tak perlu kira-kira untung dan rugi.\n\n#36 Ada hikmah Allah temukan kita sebagai sahabat. Aturan Allah adalah yang terbaik dalam kehidupan dunia akhirat.\n\n#37 Seorang pahlawan membuktikan dirinya dengan sebuah tindakan, seorang pecundang membuktikan dirinya melalui perkataan, seorang sahabat pula membuktikan dirinya dengan kesetiaan.\n\n#38 Semua tentangan dan rintangan akan terasa lebih ringan karana sebuah persahabatan yang cukup bernilai.\n\n#39 1000 musuh mudah dicari, 1 sahabat sepertimu sukar dicari.\n\n#40 Wahai sahabat, carilah aku di sana, pimpin aku ke syurga bersamamu.\n\n#41 Kamu adalah ketenanganku, yang menjadikan jiwa ini senang serta menjadikan hati ini terang.\n\n#42 Kita tidak dari rahim yang sama, tapi kita punyi jiwa yang sama.\n\n#43 Sedikit kekuranganmu, adalah kelebihanku. Sedikit kelebihanmu, adalah kekuranganku. Kerana itu, kita adalah sahabat.\n\n#44 Sahabat umpama mutiara terang yang bersuluh ke arahmu, tidak sedikit pun malap tetapi tetap menerangimu dalam apa jua keadaanmu.\n\n#45 Senyumanmu semanis semut menyengat, membuatkan hariku lebih bersemangat.\n\n#46 Kita rapat bukan kerana kau kerabat, tetapi kerana kau sahabat.\n\n#47 Sahabat, semoga bahumu sentiasa ada untuk air mataku. Semoga dirimu sentiasa ada saat ku perlu. \n\n#48 Diam bukan bererti lupa, jika sahabat sentiasa dalam doa.\n\n#49 Sahabat takkan pernah bosan dengan anda, diri anda dan siapa anda.\n\n#50 Dalam banyak-banyak ungkapan, ungkapan apa yang takkan sakitkan hatimu selamanya? Itulah ungkapan dari seorang sahabat.\n\nItulah dia mutiara kata dan ucapan terindah untuk sahabat anda. Sahabat pasti gembira menerima nota-nota ceria daripada anda. Ayat-ayat ucapan serta mutiara kata untuk sahabat boleh anda kongsikan dari hati ke hati atau hantarkan pesanan sahaja kepada sahabat-sahabat anda. Mereka pasti tersenyum seharian mengingati ungkapan yang anda sediakan.\n\nJom baca juga Ciri sahabat dunia akhirat, Harapan ibu bapa terhadap anak dan Cara kurangkan waktu melepak bersama kawan-kawan."
"Ketika kita bangun untuk berdiri atau meregangkan kaki, tiba-tiba lutut menghasilkan bunyi \u2018pop.\u2019 Apakah punca lutut berbunyi? Adakah lutut berbunyi ada kaitan dengan masalah lutut atau tulang?\n\nKetahui dengan lebih mengenai punca lutut berbunyi menerusi pembacaan artikel ini.\n\nLutut merupakan sendi terbesar manusia yang bertujuan menghubungkan peha dengan betis ibarat \u201cengsel pintu\u201d untuk memudahkan pergerakan kaki.\n\nMasalah lutut seperti sakit sendi, sengal dan lutut berbunyi ini sering dikaitkan dengan individu lanjut usia. Menurut laporan penyelidik di Fakulti Perubatan, University of Rzesz\u00f3w di Poland pada tahun 2007, 1 daripada setiap 10 penghuni pusat rehabilitasi dan rawatan fisioterapi adalah dalam kalangan mereka yang mengalami masalah sakit lutut.\n\nDi samping itu, lutut berbunyi sebagai antara masalah berkaitan sakit lutut banyak dilaporkan terjadi kepada mereka dalam usia pertengahan dan warga emas melebihi umur 65 tahun ke atas.\n\nNamun, lutut berbunyi boleh terjadi ke atas sesiapa sahaja seawal usia 3 hingga 5 tahun apabila tulang lutut mengeras sepenuhnya daripada kartilaj lembut dan terdedah kepada risiko sakit lutut.\n\nBunyi \u201cpop\u201d yang terhasil semasa lutut anda diregangkan adalah disebabkan oleh regangan pada otot yang dikenali sebagai popliteus tendon. Otot ini terlekat antara kepala lutut dengan tulung femur (peha).\n\nBerdasarkan kajian oleh penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Baylor, Dallas, Texas pada tahun 1999, kes melibatkan lutut berbunyi sebenarnya boleh berlaku dalam kalangan individu yang masih muda dan sihat.\n\nHuraian lanjut mengenai punca lutut berbunyi adalah seperi berikut:\n\n1. Lutut Berbunyi Tanpa Rasa Sakit\n\nSeringkali apabila anda bingkas bangun atau ketika solat, satu bunyi \u201cpop\u201d kedengaran dari lutut tetapi anda tidak rasa sebarang kesakitan.\n\nHal ini mungkin terjadi disebabkan kehadiran gelembung udara di kawasan kepala lutut. Gelembung udara ini terhasil melalui perbezaan tekanan pada bendalir yang dikenali sebagai bendalir sinovial di kawasan lutut.\n\nAktiviti pergerakan dan lipatan lutut memecahkan gelembung udara ini yang menjadi punca lutut berbunyi. Faktor ini bukanlah sesuatu yang agak membahayakan atau merisaukan.\n\n2. Aktiviti Fizikal Berat dan Latihan Intensif\n\nKajian di Universiti Baylor tersebut turut mengulas berkenaan masalah lutut berbunyi dalam kalangan atlet. Ini disebabkan oleh aktiviti harian atlet yang berlatih dan bertanding dalam acara yang melibatkan aktiviti fizikal intensif.\n\nHal ini menyebabkan mereka lebih mudah berisiko untuk mengalami masalah sakit lutut dan otot yang terkoyak. Sebagaimana yang dimaklumkan tadi, otot popliteus tendon merupakan otot sensitif di bahagian lutut yang mengeluarkan bunyi \u201cpop\u201d apabila diregangkan dalam keadaan lutut yang sakit.\n\nHentakan dan impak kesan daripada kemalangan atau trauma objek berat akan menyebabkan masalah lutut seperti kepala lutut pecah, retak tulang lutut dan otot terkoyak.\n\nSelain itu, kedudukan tulang lutut dan kartilaj atau dikenali sebagai rawan lutut boleh teralih berpindah kedudukan daripada tempat yang sepatutnya.\n\nHal ini akan menyebabkan berlakunya lutut berbunyi. Bunyi \u201cpop\u201d yang terhasil boleh berlaku serta-merta ketika anda terjatuh dengan impak yang sangat kuat. Seterusnya, lutut akan berbunyi setiap kali anda meregangkan kaki.\n\nTambahan, kerosakan saraf di bahagian lutut akibat kemalangan itu akan mendatangkan rasa sangat sakit dan membataskan pergerakan.\n\nPenyakit arthritis berpunca daripada bengkakan dan ketegangan pada kawasan sendi. Masalah ini makin teruk dalam kalangan mereka yang berusia terutamanya yang berumur 50 tahun ke atas.\n\nDisebabkan lutut merupakan sendi yang paling besar, keradangan sendi akan menyebabkan masalah sakit lutut yang disertai dengan gejala lutut berbunyi.\n\nKhusus bagi penyakit arthritis di kawasan lutut, keadaan ini berlaku apabila kartilaj rawan pada kepala lutut mula menipis dan bergesel dengan tulang-tulang bersebelahan. Pengeluaran bunyi lutut ketika penggeseran ini berlaku dikenali sebagai \u201ccrepitus\u201d oleh pakar-pakar perubatan.\n\nChondromalacia ialah keadaan kartilaj yang menipis dan mula lembut pada permukaan patella (kepala lutut).\n\nJika arthritis banyak menyerang individu yang berusia, masalah kesihatan chondromalacia ini banyak dilaporkan dalam kalangan remaja dan belia yang aktif bersukan. Chondromalacia ini juga merupakan gejala biasa yang dialami oleh penghidap arthritis.\n\nKeadaan ini menyebabkan geselan antara patella dengan tulang femur (peha). Sindrom ini turut dikenali sebagai \u201crunner\u2019s knee\u201d yang banyak dialami oleh mereka yang gemar melakukan aktiviti marathon dan larian.\n\nPada peringkat usia muda, tubuh badan masih boleh membaiki masalah penipisan dan kekurangan rawan ini.\n\nMeniskus ialah lapisan kartilaj rawan yang melindungi permukaan tulang tibia (pada betis). Koyakan atau kecederaan di bahagian ini akan menyebabkan kesakitan setiap kali tulang lutut bergerak terutamanya ketika bangun atau berjalan.\n\nOtot ini boleh tercedera dengan sebarang hentaman atau serangan fizikal pada bahagian betis, contohnya aktiviti bola sepak, lompat jauh atau terjatuh di kawasan berkenaan.\n\nBunyi \u201cberkerutup\u201d dan lebih perlahan berbanding bunyi \u201cpop\u201d menandakan bahawa terdapat koyakan pada otot meniskus.\n\nRingkasnya, punca lutut berbunyi adalah disebabkan oleh sebarang perubahan atau kecederaan yang berlaku pada bahagian otot kepala lutut dan sekitar. Dari segi kecederaan, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkannya seperti aktiviti fizikal yang berat, sukan lasak dan kemalangan.\n\nSelain itu, penipisan kartilaj rawan menyebabkan tulang lutut dan kaki saling bergeser yang turut boleh menjadi punca lutut berbunyi.\n\nWaspada semasa melakukan aktiviti fizikal yang berat beserta penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama untuk mengelakkan daripada masalah lutut dan lutut berbunyi ini. Jemput juga baca artikel tentang punca lutut sakit , punca hilang selera makan dan punca hidung tersumbat"
"Selain selsema, batuk, dan demam semasa mengandung, sembeli ketika hamil adalah satu lagi keadaan yang sangat membimbangkan di kalangan ibu mengandung. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info tentang sembelit ketika mengandung sebagai panduan buat anda.\n\nJika anda perhatikan, masalah sembelit biasanya akan semakin kerap berlaku dan menjadi semakin teruk apabila anda melepasi trimester pertama. Di antara punca sembelit semasa mengandung yang telah dikenal-pasti ialah:\n\nSembelit semasa mengandung akan menyebabkan anda mengalami ketidak selesaan dan kesakitan yang teramat sangat, terutamanya semasa membuang air besar. Selain itu, sembelit semasa mengandung juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami:\n\nApakah cara berkesan untuk mengatasi masalah sembelit ketika hamil?\n\nMencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Namun, jika anda sudah terkena sembelit, berikut adalah beberapa tips menghilangkan sembelit ketika hamil yang berkesan yang boleh anda cuba:\n\nMinum air kosong secukupnya setiap hari\n\nPastikan anda tidak lupa untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari untuk mengelakkan badan anda mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Ini kerana apabila badan anda kekurangan air, najis anda akan menjadi keras dan anda akan mengalami sembelit.\n\nJika anda memilih untuk banyak duduk atau baring sentiasa, pergerakan usus anda akan menjadi perlahan lalu menyebabkan anda mengalami sembelit. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengekalkan gaya hidup aktif sepanjang tempoh mengandung. \n\nAnda boleh berjalan-jalan di shopping mall sambil window shopping, naik tangga dan tidak menggunakan lif, dan melakukan senaman ringan. Jika anda mengamalkan gaya hidup aktif, masalah sembelit anda akan berkurangan.\n\nBerhenti makan vitamin zat besi sehingga sembelit anda lega\n\nSatu lagi tips untuk menghilangkan sembelit ketika hamil ialah dengan cara berhenti makan vitamin zat besi untuk sementara waktu sehingga anda tidak lagi sembelit. Ini kerana zat besi adalah di antara faktor penyumbang najis anda menjadi keras.\n\nBuah prune terbukti berkesan untuk membantu melembutkan najis. Oleh itu jika anda terkena sembelit ketika hamil, banyakkan makan buah prune untuk melembutkan najis anda. Selain buah prune, anda juga boleh minum jus prune juga. Jus prune banyak dijual di kedai dan pasaraya.\n\nSelain itu, memakan buah-buahan seperti betik, pisang, avokado dan sebagainya juga sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit semasa mengandung. \n\nJika anda tidak gemar untuk makan buah, anda boleh minum jus buah-buahan. Ia akan membantu melembutkan najis sekali gus mengatasi masalah sembelit yang anda alami.\n\nPengambilan makanan yang kaya dengan serat akan membantu pergerakan usus berfungsi dengan lebih baik dan mengurangkan masalah sembelit. \n\nDi antara makanan tinggi serat yang paling mudah untuk anda amalkan ialah bijirin oat. Anda boleh jadikan oat sebagai sarapan setiap pagi. Nak lagi sedap, anda boleh sediakan overnight oat yang sangat lazat dan menyegarkan.\n\nItulah dia info tentang sembelit ketika hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin sukakan perkongsian kami tentang tanda hamil anak perempuan, tanda hamil anak kembar, dan makanan yang boleh menyebabkan keguguran"
"Apakah yang dimaksudkan dengan epoxy cat lantai? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai panduan berguna dalam menggunakan epoxy cat lantai yang berkesan untuk mencantikkan rumah.\n\nMenghias rumah bukanlah sekadar yang dilihat dari pantulan mata sahaja. Selain mengecat dinding rumah, ramai juga yang mula berminat untuk mengecat lantai di kediaman.\n\nEpoxy adalah bahan yang digunakan dalam bidang pembinaan khususnya di Malaysia ini. Ia diperbuat daripada suatu bahan kimia dalam kategori resin atau gam yang terhasil melalui proses polimerisasai daripada Epoxide.\n\nEpoxy ini sangat banyak digunakan sebagai bahan pelekat dan salutan hal ini disebabkan ciri-ciri kimianya yang kuat dari segi lekatan dan salutan lantai.\n\nTerdapat lima jenis cat epoxy yang boleh kita gunakan. Berikut ini adalah antara contoh cat epoxy yang ada.\n\nSelf leveling floor epoxy\u00a0memiliki fungsi penting untuk melindungi dan membuat permukaan lantai yang diaplikasikan menjadi lebih awet dan tidak rosak apabila terkena gesekan kasar. \n\nMortar coating floor epoxy\u00a0diperbuat dari campuran bahan keras dan memiliki ketahanan tinggi yang tahan lama. \n\nKomposisi resin epoxy yang sudah dicampur dengan hardener\u00a0dan pasir silika inilah yang membuat epoxy mampu melapisi lantai mudah pecah dan bergelombang / tidak rata.\n\nBagi yang mahu lantai rumah tampak lebih estetik dan menarik untuk dilihat, cat epoxy 3D adalah pilihan yang tepat. Cat ini mempunyai pelbagai rekaan lantai 3 dimensi yang menarik.\n\nCat anti-static menggunakan campuran karbon konduktif dan tembaga yang selamat sebagai penebat aliran elektrik. \n\nLapisan cat epoxy tersebut akan mengalirkan elektrik statik tanpa memerlukan\u00a0grounding seperti percikan api. \n\nMenariknya, ciri ini sekaligus meningkatkan faktor keselamatan terutama jika digunakan pada kilang yang menghasilkan bahan mudah terbakar. \n\nCat epoxy flake adalah jenis epoxy lantai yang boleh memberikan tampilan visual menari bagi bangunan dan rumah. \n\nIa sedikit berbeza dari 3D epoxy coating kerana epoxy flake ini memberikan kesan serpihan yang unik pada lantai rumah.\n\nCara menggunakan epoxy cat lantai dengan betul\n\nCara salutan epoxy pada lantai yang salah sebenarnya boleh memberi risiko tidak kemas kepada hasil kerja tersebut. \n\nBerikut ini kami kongsikan antara kesilapan dalam menggunakan salutan epoxy yang sering berlaku. \n\n1. Proses campuran epoxy dan hardener yang tidak sempurna\n\nUntuk menghasilkan satu cat epoxy yang betul ia perlulah mengandungi dua bahan penting iaitu epoxy dan hardener. \n\nKedua-dua bahan ini perlu dicampur mengikut nisbah campuran yang betul untuk menghasilkan salutan epoxy. Nisbah campuran yang biasa digunakan agar ia mengeras dengan sempurna adalah 2 nisbah 1, atau 2:1.\n\nSebelum proses mengecat, pastikan dahulu permukaan lantai bersih, rata, kemas, dan sempurna. Proses salutan epoxy yang terburu-buru akan menyebabkan hasil yang tidak kemas.\n\nLakukan surface grinding secara menyeluruh pada permukaan lantai dan bersihkan juga permukaan daripada habuk-habuk dan kotoran sebelum memasukkan salutan epoxy.\n\n3. Pembentukan buih udara pada permukaan lantai\n\nBuih udara yang terjadi pada permukaan salutan epoxy sering dipandang remeh. Buih inilah yang sebenarnya akan menyebabkan terjadinya lubang-lubang pada permukaan lantai.\n\nUntuk mengatasi masalah ini, proses adunan antara bahan epoxy dan hardener perlu cermat dan elak dari mengacau dengan kelajuan yang tinggi.\n\nKelebihan menggunakan epoxy cat lantai di kediaman\n\nKelebihan utama epoxy cat lantai ini adalah ia sangat kuat dalam melindungi permukaan di ruang terbuka, bumbung, dinding, dan logam walaupun berdepan dengan pelbagai fenomena atmosfera.\n\nCat epoxy ini kali air disebabkan itulah ia amat sesuai digunakan bagi mengecat bilik air, dan mana-mana bilik lain yang mempunyai kelembapan tinggi. \n\nPewarna epoxy dikatakan sangat tahan terhadap tindak balas kimia. Yang mana ia tidak akan berubah warna menjadi kuning sungguhpun memakan masa yang lama. \n\nKomposisi cat epoxy mempunyai ciri-ciri penebat elektrik, rintangan haba yang tinggi, dan refractoriness (mampu bertahan dalam suhu yang tinggi). \n\nSelain dari tips mengenai epoxy cat lantai ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hiasan rumah seperti:"
"Tahukah anda, pensel dan kertas adalah tidak diperlukan dalam memulakan langkah mengajar anak menulis?\n\nPasti perkara ini menimbulkan tanda tanya di minda, bagaimanakah cara untuk mengajar anak menulis tanpa menggunakan pensel dan kertas.\n\nIkuti perkongsian Puan Masturah A. Latib atau lebih mesra dengan panggilan Teacher Mas ini, tentang tips dan langkah-langkah untuk mengajar anak menulis tanpa menggunakan pensel.\n\nAJAR ANAK MEMBACA DAN MENULIS DENGAN KAEDAH FONIK\n\nTerdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar anak membaca dan menulis. Salah satunya adalah dengan menggunakan kaedah fonik.\n\nDua perkara utama untuk mengaplikasikan kaedah fonik ini untuk mengajar anak-anak membaca dan menulis adalah :-\n\nUntuk mengajar anak membaca, ianya memerlukan persediaan awal iaitu bermula dengan kesedaran fonemik.\n\nBegitu juga dengan mengajar anak menulis, ia perlu bermula dengan pra-penulisan.\n\nSebelum anak mula memegang pensel dan menulis di atas kertas, kita perlu pastikan bahawa mereka sudah bersedia dari pelbagai aspek terutamanya dari segi kemahiran mengecam bentuk, kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus.\n\nUntuk permulaan, anak perlu tahu dan boleh mengenalpasti bentuk-bentuk yang ada dalam sesuatu simbol huruf. Oleh itu, sejak usia bayi lagi, mereka sudah boleh diperkenalkan dengan pelbagai jenis bentuk dan bermain pelbagai jenis permainan bagi membantu perkembangan kemahiran motor mereka.\n\nJika tidak, anak mungkin tidak dapat menulis dengan baik disebabkan kemahiran motor halus / motor kasar yang masih lemah atau tidak mengetahui bentuk yang diperlukan untuk menulis sesuatu huruf.\n\nIbu ayah tidak perlu menunggu anak berusia 5 atau 6 tahun untuk mula mengajar mereka menulis. Anak sudah boleh diberi pendedahan pra-penulisan seawal usia mereka sebagai persediaan untuk menulis.\n\nYang pasti, untuk mengajar anak menulis, ianya tidak memerlukan mereka untuk menulis di atas kertas dengan menggunakan pen, pensel, pensel warna, krayon, pen marker, \u2018magic pen\u2019\u00a0 dan sebagainya.\n\nAntara material terbaik yang paling diminati dan digemari anak-anak dalam aktiviti pra-penulisan ini adalah dengan bermain\u00a0\u2018playdough\u2019\u00a0\u00a0(tanah liat).\n\nDengan bermain \u2019playdough\u2019, aktiviti seperti menggentel, mencubit, menguli, melenyek, dan memicit adalah aktiviti yang sangat bagus untuk merangsang perkembangan kemahiran motor kasar serta motor halus anak. Ini kerana, ia dapat menguatkan otot tangan dan jari dalam membantu anak untuk memegang pensel kelak.\n\nSelain itu, bermain \u2018playdough\u2019\u00a0 turut membantu perkembangan kemahiran koordinasi mata tangan yang mana ianya berkait rapat dengan kemahiran membaca.\n\nDengan menggunakan\u00a0\u2018playdough\u2019, anak bukan sahaja dapat bermain sambil meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka, tetapi sekaligus dapat belajar tentang bunyi huruf dan membentuk simbol bunyi huruf sebelum mula membaca dan menulis.\n\n3 LANGKAH AWAL SEBELUM MULA AKTIVITI PRA-PENULISAN\n\nSebelum memulakan aktiviti pra-penulisan, dedahkan anak dengan 3 perkara berikut terlebih dahulu mengikut kaedah fonik :-\n\n3 LANGKAH AKTIVITI PRA-PENULISAN TANPA GUNA PENSEL\n\nAktiviti pra-penulisan amat penting untuk memastikan anak-anak dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Setelah selesai memperkenalkan kepada anak tentang bunyi dan simbol huruf, anak sudah boleh memulakan aktiviti pra-penulisan.\n\nPra-penulisan terbahagi kepada 3 peringkat berikut dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan perlu dibuat secara berperingkat untuk memastikan keberkesanannya.\n\nLangkah pertama adalah dengan melakukan aktiviti \u2018tracing\u2019. Melalui aktiviti \u2018tracing\u2019, anak perlu diberi kertas atau kad yang mempunyai bentuk huruf.\n\nMinta anak untuk membentuk simbol bunyi huruf tersebut dengan menggunakan \u2018playdough\u2019\u00a0 dan kemudian lekatkan \u2018playdough\u2019 di atas huruf itu.\n\nSebagai contoh, anak dikehendaki membentukkan simbol bagi bunyi /i/ seperti yang tertera pada kad huruf. Anak perlu melekatkan \u2018playdough\u2019\u00a0 di atas bentuk huruf ini daripada atas ke bawah dan kemudian letakkan titik di bahagian atas garisan menegak ini. Minta anak untuk menyebut bunyi bagi simbol huruf ini beberapa kali sepanjang melakukan aktiviti \u2018tracing\u2019.\n\nUntuk langkah kedua iaitu aktiviti \u2018copying\u2019, kita hanya perlu letakkan kad simbol huruf di hadapan anak dan minta anak untuk membuat bentuk huruf tersebut dengan menggunakan \u2018playdough\u2019.\n\nSebagai contoh, anak dikehendaki membuat bentuk bagi bunyi /i/ sebanyak mungkin dalam tempoh masa 2 minit. Sambil anak membentuk simbol tersebut, minta anak sebutkan bunyi kepada simbol yang sedang dibuat.\n\nTanpa mengira saiz atau kekemasan bentuk huruf yang dibuat, beri pujian dan penghargaan kepada anak atas kejayaan mereka membentuk simbol yang banyak bagi sesuatu bunyi huruf itu dalam tempoh 2 minit tadi.\n\nUntuk langkah ketiga iaitu aktiviti \u2018dictation\u2019, anak sudah tidak memerlukan kad simbol huruf lagi. Kita hanya perlu memberi arahan kepada anak untuk membentuk beberapa simbol bunyi huruf yang telah dipelajari sebelum ini.\n\nSebagai contoh, anak dikehendaki membentuk simbol bagi bunyi /a/, /i/ dan /u/ dengan menggunakan \u2018playdough\u2019.\n\nSentiasa berkomunikasi dengan anak untuk menyebut bunyi huruf yang sedang dibentuk bagi memastikan mereka telah mengecam dan mengingati bunyi bagi simbol huruf yang dibentukkan itu.\n\nAntara aktiviti dan material lain yang boleh digunakan dalam pra-penulisan adalah seperti contoh berikut :-\n\nWalau apa jua kaedah membaca dan menulis yang dipilih oleh ibu ayah, beri pendedahan awal kepada anak. Pilih pendekatan yang bersesuaian dalam mengajar mereka membaca seiring dengan menulis.\n\nWalaupun anak masih belum boleh menulis, sekurang-kurangnya mereka sudah tahu langkah-langkah untuk membentuk sesuatu huruf dan ianya pasti memudahkan mereka untuk menulis huruf tersebut dengan menggunakan pensel kelak.\n\nWalaupun anak masih belum boleh membaca, sekurang-kurangnya mereka sudah dapat mengecam serta tahu simbol dan bunyi huruf, sekaligus akan memudahkan mereka untuk menggabung bunyi dan membaca nanti.\n\nSemoga kita semua dapat meluangkan masa bersama anak setiap hari untuk melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat, dalam usaha membantu perkembangan anak secara menyeluruh sebagai persediaan untuk mereka membaca dan menulis kelak."
"Ketahui makanan yang melansingkan diri anda :\n\n* Makanan rendah GI (indeks glisemik)\nMakanan yang rendah GI, iaitu jenis yang dihadam dengan perlahan boleh membantu anda berasa lebih kenyang sepanjang hari, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Journal of the American College of Nutrition. Makanan jenis rendah GI termasuk bijirin dan sayuran, dan juga sesetengah buah-buahan seperti limau gedang dan beri biru.\n\n* Jauhi makanan yang tinggi kandungan gula\nSekiranya anda menyemak label makanan, anda akan mendapati kebanyakannya mempunyai gula tambahan (seperti sirap jagung berfruktosa tinggi dan gula putih yang diproses). Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan peningkatan mendadak jumlah kandungan gula dalam darah. Ia boleh menjejaskan rangsangan hormon leptin yang mengawal selera dan metabolisme, dan akan menyebabkan anda lebih berselera untuk memakan lebih daripada biasa."
"Setiap orang pasti pernah mengalami pengalaman masakannya tidak sempurna atau hasilnya tidak menjadi seperti yang diharapkan. Misalnya masakan terlebih masin, manis, atau sebagainya.\n\nJika perkara itu berlaku kepada anda, jangan panik dan risau kerana artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tips bagaimana untuk jadikan masakan terlebih masin kembali enak dan lazat.\n\nPetua dari Chef Marc Maron dalam rancangan masakan Chopped memberitahu bahawa yogurt boleh membantu menjadikan sos yang terlalu masin kembali rasa berkrim dan lazat.\n\nSekiranya sup atau rebusan anda terlalu masin pula, Sarah Moulton dalam buku masakannya mengesyorkan untuk menambah lebih banyak air atau stok tanpa garam untuk mencairkannya. \n\nPengarang buku masakan Ellen Brown\u00a0menambah susu atau krim\u00a0kepada sup yang terlalu masin dimana manfaatnya adalah membantu mengimbangi kemasinan.\n\nBawang putih memiliki rasa yang kuat dan dapat mengalihkan perhatian dari rasa masin. Anda boleh menambahkan bawang putih yang dihaluskan ke dalam hidangan yang terlalu masin untuk memberikan sentuhan tambahan pada cita rasa.\n\nMenambahkan sedikit gula ke dalam makanan yang terlalu masin dapat membantu menyeimbangkan rasa. Gula akan memberikan sentuhan manis yang mampu mengurangi kelebihan rasa garam.\n\nAnda mungkin pernah mendengar bahawa menambah kentang pada sup atau rebusan yang terlalu masin boleh membantu \u201cmenyerap\u201d natrium, tetapi itu adalah mitos.\u00a0\n\nDalam buku\u00a0What Einstein Told His Cook: Kitchen Science Explained, pengarang Robert Wolke menjalankan beberapa eksperimen terkawal untuk menentukan sama ada teknik itu berjaya.\u00a0\n\nKentang\u00a0memang menyerap cecair masin, tetapi cecair yang tertinggal masih sama masinnya juga.\u00a0\n\nJika makanan utama anda terlalu masin, anda boleh cuba membuat hidangan lain yang memiliki rasa yang berlawanan, seperti hidangan manis atau pedas. \n\nDengan menyajikan hidangan lain yang memiliki rasa yang berbeza, anda dapat mengimbangi rasa masin dalam hidangan utama. Misalnya, jika sup terlalu masin, anda dapat menyajikan hidangan penutup yang manis untuk diikuti.\n\n8. Masukkan asam atau jus lemon\n\nAsam seperti cuka atau jus lemon dapat membantu mengurangi rasa masin dalam makanan. Anda boleh menambahkan sedikit cuka atau perasan lemon ke hidangan yang terlalu masin dan mencicipinya secara perlahan. \n\nPastikan anda menambahkan asam sedikit demi sedikit dan mencicipi hidangan secara berkala, agar tidak berlebihan.\n\nGiada de Laurentiis\u00a0juga mengesyorkan memotong garam\u00a0dengan sedikit jus lemon. Keasidan membantu mengimbangi hidangan anda nanti.\n\n9. Tambah perasa tapi bukan garam\n\nSalah satu langkah pencegahan yang penting adalah mengurangi penggunaan garam atau bahan-bahan masin lainnya dalam memasak. \n\nCuba gunakan alternatif seperti rempah-rempah, rencah, atau bahan-bahan lain yang dapat memberikan rasa tanpa menambahkan terlalu banyak garam.\n\nPelepah pisang boleh mengurangkan rasa masin dalam masakan. Apa yang perlu anda buat adalah potong pelepah pisang dalam seinci.\n\nKemudian, bersihkan dan masukkan dalam lauk lalu didihkan bersama sehingga lauk masak. Untuk lebih kemas, pelapah pisang perlu dibuang ketika hendak dihidangkan nanti.\n\nSelain dari petua hilangkan masakan terlebih masin ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan petua halau serangga seperti:"
"Setiap ibu pasti menginginkan yang terbaik untuk anak mereka lebih lebih lagi ibu yang melahirkan anak pertama. Sudah tentu ibu ibu mahukan anak mereka untuk lebih rapat dengan mereka.\n\nTahukah anda, dengan cara menyusukan anak, si ibu akan merasa lebih rapat dan dekat dengan anak. Wah, mudah sungguh bukan. Sambil menyusukan sekali sambil berbonding dengan anak. Tambahan pula, bukankah menyusukan bayi sendiri lebih baik daripada menggunakan susu formula. Semestinya, tidak ada susu formula yang mampu menandingi khasiat susu ibu sendiri.\n\nBagi ibu ibu yang dalam proses belajar untuk menyusukan anak, artikel ini sangat sesuai dengan anda. Artikel ini akan membantu anda untuk mengenal pasti posisi yang sesuai dan selesa untuk menyusukan anak.\n\nCara Menyusukan Anak Dengan Selesa dan Mudah\n\nJika anda masih belajar untuk menyusukan bayi, adalah lebih digalakkan untuk mula menyusukan bayi dengan baby-led attachment (BLA). BLA ini adalah istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan proses bayi mencari susu ibunya.\n\nCara ini adalah cara yang paling neutral sekali untuk menyusukan bayi. apabila anda duduk, cubalah duduk dengan keadaan yang selesa dan sangat digalakkan untuk meletakkan bantal di belakang untuk menyokong tulang belakang anda.\n\nLetakkan si kecil anda antara payu dara anda sambil disokong oleh tangan anda. Anda pasti akan mendapati si kecil akan mula beralih dan mula menyusu.\n\nLebih mudah proses menyusukan bayi ini lebih mudah jika anda duduk dengan selesa dan bersandar. Pastikan anda duduk dalam keadaan yang tenang dengan bantal di sekeliling anda. Dan kalau boleh naikkan kaki anda ke bangku untuk memastikan anda benar benar selesa.\n\nBagi ibu ibu yang melahirkan anak dengan kaedah pembedahan, jangan risau. Anda masih boleh mencuba kaedah menyusukan anak secara BLA. Cuma pastikan anak anda tidak berada berdekatan dengan luka anda.\n\nAnda boleh meletakkan bayi anda di sebelah kanan atau kiri anda dan jangan lupa untuk berada dalam keadaan yang selesa. Selain itu, memandangkan bayi anda masih kecil, pastikan anda menampung kaki si kecil anda.\n\nPosisi Menyusukan Anak Yang Berbeza Untuk Dicuba!\n\nApabila anda sudah terbiasa dengan rutin seharian anda iaitu menyusukan anak, anda boleh mencuba beberapa cara yang berbeza untuk menyusukan mereka.\n\nCara yang pertama adalah cara yang paling biasa digunakan iaitu dengan cara memangku bayi dan menyusukan daripada hadapan. Sudah tentu, ia memerlukan sokongan tangan daripada si ibu untuk menampung bayi. cara ini adalah yang paling mudah untuk diamalkan.\n\nSeterusnya, anda boleh mencuba untuk menyusukan mereka dari bawah ketiak anda. Hanya dekatkan bayi dengan payu dara anda. Cara ini amat disyorkan bagi mereka yang mempunyai anak kermbar kerana dengan cara ini, anda boleh menyusukan kedua duanya sekali gus!\n\nMenjimatkan masa, bukan. Bagi ibu ibu yang mempunyai puting yang bengkak, anda juga sangat digalakkan untuk mencuba cara ini.\n\nCara yang ketiga adalah dengan baringkan bayi anda dan menyusukan dari sebelah kiri atau kanan anda. Cara ini amat sesuai untuk menidurkan bayi pada waktu malam. Sudah tentu si ibu akan merasa lebih selesa menyusukan anak dengan cara ini.\n\nTetapi diingatkan, hati hati untuk tidak tertidur dengan cara begini kerana ianya membahayakan bayi anda.\n\nLebih Banyak Cara Untuk Menyusukan Anak\n\nSetelah beberapa minggu, pasti anda telah dapat menyesuaikan diri untuk menyusukan anak bukan. Bagi yang mempunyai anak kembar, sudah pasti lebih mudah apabila mengetahui anda boleh menyusukan kedua duanya serentak.\n\nLambat laun pasti anda boleh menyesuaikan diri untuk mendukung kedua duanya sekali sambil menyusukan anak. Mungkin pada peringkat awal anda berasa kekok tetapi tidak salah untuk mencuba.\n\nApabila anda membawa si kecil berjalan jalan dan mahu menyusukan mereka, sudah pasti anda merasa tidak selesa untuk kali pertama. Ibu boleh cuba mempraktikkan untuk menyusukan bayi dengan kumpulan ibu atau mungkin dengan keluarga and rakan untuk peringkat awal. Tetapi adalah digalakkan untuk anda menyusukan mereka di tempat yang lebih tersorok untuk mengelakkan bayi anda kurang selesa dan ter ganggu.\n\nKadang kala, akan timbul rasa malu untuk menyusukan bayi di khalayak ramai. Adalah digalakkan untuk anda menggunakan kain apabila menyusukan bayi. bukankah sekarang banyak Baby Cover yang terapat di pasaran? Jadi apa tunggu lagi.\n\nDiharapkan artikel ini sedikit sebanyak mampu memberikan idea kepada ibu ibu yang baru melahirkan anak pertama untuk mencuba kaedah menyusukan anak yang mudah ini."
"Madu kelulut semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar makanan kesihatan tradisional. Tidak hairanlah makin ramai pengusaha tempatan khususnya golongan Bumiputera mula menceburkan diri dalam penternakan madu kelulut.\n\nMari kita singkap kelebihan madu kelulut dari sudut pandangan kesihatan sebagaimana yang telah dikaji melalui penyelidikan saintifik.\n\nMadu kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut. Lebah kelulut (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat dengan saiz lebih kecil yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu.\n\nDianggarkan terdapat hampir 500 spesis lebah kelulut di seluruh dunia, antaranya Trigona scaptotrigona,\u00a0Trigona laeviceps,\u00a0Trigona apicalis,\u00a0Trigona thorasica,\u00a0Trigona itama dan lain-lain lagi.\u00a0Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan\u00a0tropika\u00a0dunia, seperti\u00a0Australia,\u00a0Afrika,\u00a0Asia tenggara, dan kawasan tropika\u00a0Amerika.\n\nAntara negara Asia Tenggara yang dikenal pasti mempunyai lebah Trigona ialah seperti\n\nManakala negara kita Malaysia mempunyai lebih daripada 29 spesis lebah Trigona di hutan hujan tropika.\n\nMereka boleh dijumpai sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semula jadinya dari segi habitat dan pekerjaan harian mereka menghasilkan madu.\n\nMadu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah biasa. Kelulut menyimpan madu di dalam sarang yang berbentuk tempayan kecil yang dilapisi propolis.\n\nRasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Rasa madu kelulut yang masa-masam manis ini menunjukkan sifat asid dan telah diuji oleh Fatima et al. (2018) yang merekodkan bacaan pH 2.79.\n\nLebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.\n\nMenurut Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd. Fahimee Jaapar, sebelum ini kelulut hanya digunakan sebagai agen pendebungaan sahaja dan biasanya boleh menghasilkan madu dalam tempoh satu bulan. Ramai yang beranggapan kelulut tidak boleh menghasilkan madu dalam kuantiti banyak.\n\nNamun, hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) penternakan kelulut yang diusahakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), telah berjaya membuktikan meningkatkan pengeluaran madu kelulut sehingga 2 kilogram (kg) untuk satu koloni dalam tempoh satu bulan.\n\nMadu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, mereka mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral tertentu.\n\nAntara bahan penting dalam madu ini yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti:\n\nAnak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif terhadap serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan dalam persekitaran yang terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.\n\nUntuk mengetahui dengan lebih lanjut, berikut merupakan antara 5 khasiat madu kelulut untuk kesihatan:\n\nKelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi dan anti bakteria. Hal ini boleh dilihat pada keadaan sarang kelulut yang tidak diserang oleh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Kelulut menggunakan resin daripada pokok dan memprosesnya dalam sistem tubuh mereka bagi menghasilkan madu untuk mencegah pembiakan mikrob.\n\nPerkara ini disokong oleh perbincangan dalam kertas kajian Saiful Yazan et al. (2016) yang menyenaraikan antara fungsi madu kelulut adalah untuk bertindak sebagai agen anti bakteria dan melegakan simptom akibat jangkitan kuman seperti batuk dan demam.\n\nMadu kelulut mengandungi vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang penting untuk proses pencernaan. Malah, madu kelulut juga mengandungi anti bakteria yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria dalam salur pencernaan.\n\nUntuk memberi sifat kelegaan kepada sistem pencernaan ini, Lestari dan rakan-rakan (2019) mengesyorkan pengambilan madu kelulut maksimum 20 g atau satu sudu kecil sehari, selain dapat menurunkan indeks glisemik yang berkaitan dengan kawalan gula dalam darah.\n\n3) Anti Oksidan dan Anti Kanser\n\nUmumnya, khasiat propolis merangkumi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavonoid dan pelbagai lagi sebatian kimia yang lain.\n\nBioflavonoid adalah sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.\n\nAsid fenolik dan derivatif pula merupakan bahan antioksidan yang terkandung dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import, mempunyai pelbagai kegunaan.\n\nSelain itu, asid p-koumarik dipercayai boleh mengurangkan risiko barah perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamine (karsinogen). Asid fenilpropionik iaitu sejenis bahan utama madu kelulut pula dilaporkan mungkin boleh mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2), sejenis enzim terbentuk semasa perkembangan barah usus besar.\n\n4) Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah\n\nHospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa dalam darah. Selain itu, pengambilan madu kelulut ini didapati tidak akan menyebabkan kerosakan fungsi ginjal dan hati (tidak bersifat toksik), serta dapat mengurangkan tekanan oksidatif.\n\nNamun begitu, kajian-kajian ini hanya diuji kepada tikus sahaja. Oleh sebab itu, perlu lebih banyak kajian yang dijalankan kepada manusia untuk membuktikan bahasa madu kelulut dapat menurunkan paras gula dalam darah, seterusnya merawat penyakit kencing manis.\n\nKajian Rashid dan rakan-rakan pada tahun 2019 tidak menjumpai kaitan yang signifikan antara pengambil madu kelulut dengan pengurangan kadar gula dalam darah pesakit kencing manis. Mereka menyatakan bahawa kajian mereka terhad disebabkan tempoh pemantauan yang tidak mencukupi (30 hari) untuk melihat trend keseluruhan kesan madu kelulut ke atas kawalan gula dalam darah.\n\nWalau bagaimanapun, mereka melaporkan pesakit kencing manis yang mengambil kelulut sebanyak 30 gram sehari selama 30 hari ini merekodkan penurunan berat badan yang agak ketara. Madu kelulut memberi sensasi rasa kekenyangan yang mengurangkan pengambilan lebih makanan.\n\nOleh sebab madu ialah bahan semulajadi, sanitasi pada bahagian luka dapat dikekalkan, sehingga menghasilkan kesan penyahbauan yang baik untuk luka.\n\nSelain itu, madu kelulut menjalankan aktiviti angiogenik, iaitu mekanisme penyembuhan luka, dan juga mendorong pembentukan tisu granulasi serta penghasilan sel baru pada luka.\n\nBeberapa kajian juga telah menunjukkan aktiviti biologi madu kelulut yang menarik seperti antinociceptive (kelegaan rasa sakit), imunomodulator (rangsangan sistem imun pertahanan tubuh) dan aktiviti nematicidal (membunuh cacing) bagi tujuan penyembuhan luka dengan lebih cepat.\n\nWalaupun terdapat kajian saintifik yang dijalankan terhadap madu kelulut seperti penyelidikan dari pihak tempatan seperti MARDI sehinggalah ke peringkat antarabangsa, namun, hasil kajian masih belum kuat untuk mengesahkan bahawa madu kelulut dapat merawat secara sepenuhnya penyakit-penyakit yang kronik seperti kencing manis dan kanser.\n\nJadi, dinasihatkan kepada pesakit kronik seperti kanser, anda perlu dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan madu kelulut untuk merawat penyakit anda.\n\nMadu kelulut sememangnya kaya dengan\u00a0 nutrien yang bagus untuk kesihatan badan. Madu ini bagus diamalkan untuk mengekalkan kesihatan yang baik sebagai makanan kesihatan tambahan. Namun, untuk merawat penyakit, anda perlu dapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu.\n\nKami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain untuk anda baca. Semoga ianya turut bermanfaat. Oh ya, jangan lupa untuk share dan kongsi dengan menekan butang share Facebook jika artikel yang dikongsi bermanfaat.\n\n*Artikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Kita lihat orang korea amat teliti dalam penjagaan kulit. Di negara korea mempunyai 4 musim iaitu musim luruh, musim bunga, musim panas dan musim sejuk. Perubahan musim ini akan memberi kesan terhadap kulit mereka. Oleh kerana itu, mereka perlu menjaga kulit mereka dengan teliti.\n\nOrang korea sanggup menghabiskan wang demi untuk mendapatkan kulit yang cantik, mulus dan bersih. Tahukah anda mereka mengamalkan 10 langkah ini untuk mendapatkan kulit yang cantik. Apakah langkah-langkahnya?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 10 langkah penjagaan kulit ala korea. Info ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca info yang diberi oleh Puan Sarifa. \n\n10 rutin penjagaan wajah ni adalah basic saja bagi wanita korea. Berbeza dengan rakyat marhain tu. Nak kulit berkaca lah, berkilat lah, pipi merah lah, dan biasanya bila tanya nak kulit macam orang korea.\n\nTapi, cuci muka pon macam gosok baju. Punya la nak cepat cuci lepas tu dahhh settle. Katanya janji cuci muka.. Hahaha. Dik non, salah tu konsep tu.\n\nAda juga yang pening nak cari skin care. Usah kuatir lah, cikgu boleh bantu.\n\nCara cikgu kalau ikut rutin penjagaan korean ni:\n\nIni basic ja belum lagi penambahan scrub dan masker. Biasanya scrub dan masker dalam seminggu 2 kali. Lepas scrub wajah boleh pakai masker wajah.\n\nWahh, lepas ni boleh la amalkan 10 rutin plus 2 tambahan scrub wajah dan masker wajah. Peloles, shining, glass/tiles skin semua.\n\nBiasanya penjagaan korean juga sebulan sekali akan buat facial complete tau. Hat ni kena pi sua muka dekat spa lah. Boleh release stress sama.\n\n*10 langkah kedengaran begitu banyak tetapi hasilnya amat memuaskan. Bagi yang kulit sensitif, kulit kusam, kering dan mudah timbul jerawat boleh menggunakan langkah-langkah ini untuk mendapatkan kulit yang cantik ala orang korea. \n\nIkuti langkah-langkah ini dengan rajin dan konsisten, Insyaallah akan mendapat hasilnya, Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Hari jadi anak lelaki anda semakin hampir? Pastinya anda dah mula memikirkan tentang majlis sambutan hari jadi putera kesayangan anda. Merancang majlis sambutan hari jadi anak sememangnya satu proses yang menyeronokkan dan menerujakan. Salah satu aspek penting yang perlu anda fikirkan ialah apakah tema yang ingin anda pilih? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan idea hiasan hari jadi anak lelaki yang boleh anda jadikan sebagai panduan.\n\nAnak lelaki mana yang tak sukakan Avengers? Pastinya hero anda membayangkan dirinya sebagai superhero apabila menonton filem ini. Terdapat banyak hero hebat didalam filem ini dan salah seorang daripadanay mungkin menjadi kegemaran anak lelaki anda. Anda boleh merancang majlis hari jadi bertemakan filem Avengers dengan menghimpunkan semua watak yang ada didalam filem tersebut, atau anda boleh memilih satu watak yang menjadi kegemaran anak lelaki anda. Di antara watak yang boleh anda pilih ialah:\n\nAnda boleh menghias lokasi majlis hari jadi anak lelaki anda dengan hiasan bertemakan Avengers. Malah perkara lain seperti kek dan buah tangan juga boleh bertemakan Avengers. Nak lagi hebat? Pakaikan anak lelaki anda dengan pakaian hero Avengers kegemarannya. Kalau anda dan suami jenis yang sporting, anda berdua juga boleh memakai kostum hero dan heroin Avengers.\n\nPastinya majlis hari jadi anak lelaki anda akan menjadi sebutan ramai untuk masa yang lama. Apa yang paling penting, anak lelaki anda akan berasa sangat dihargai dan disayangi. \n\nBoboiboy adalah salah satu kartun tempatan yang mendapat hati di kalangan kanak-kanak di Malaysia, terutamanya anak lelaki. Maka tak hairanlah kalau filem Boboiboy meletup-letup di pawagam dengan kutipan yang sangat memberangsangkan. Jika anak lelaki anda sukakan Boboiboy, apa lagi yang anda fikirkan? Jadikan Boboiboy sebagai tema majlis sambutan hari jadi anak lelaki anda untuk tahun ini. \n\n Selain Boboiboy, Ejen Ali adalah satu lagi kartun animasi yang menjadi kegemaran anak lelaki di Malaysia. Anak lelaki mana yang tidak teringin untuk menjadi seorang yang hebat seperti Ejen Ali? Anda boleh pakaikan anak anda dengan pakaian seakan-akan Ejen Ali pada majlis tersebut. Anda juga boleh merancang aktiviti ala-ala spy untuk disertai oleh semua kanak-kanak yang menjadi tetamu pada hari tersebut. Pastinya majlis sambutan hari jadi anak lelaki anda akan menjadi sangat meriah.\n\nIdea hiasan jari jadi anak lelaki seterusnya yang ingin kami cadangkan untuk anda ialah bertemakan Thomas and Friends. Kartun keretapi ini telah lama menghiasi kaca televisyen dan sehingga ke hari ini ia masih tidak gagal untuk mencuri hati anak lelaki di seluruh dunia. Pastinya majlis hari jadi anak lelaki anda akan menjadi sangat meriah dengan hiasan, kek, goodies bag, dan aktiviti yang berkisar tentang Thomas and Friends.\n\nJika anak lelaki anda masih kecil, berumur dari satu tahun sehingga 4 tahun, majlis hari jadi bertemakan siri animasi Super Wings adalah satu tema yang hebat. Lebih-lebih lagi kalau anak lelaki anda terpegun di hadapan televisyen setiap kali siri animasi ini ditayangkan. Terdapat banyak watak menarik di dalam siri ini. Di antaranya ialah:\n\nSetiap watak ini mempunyai karakter dan ciri istimewa tersendiri. Ada pelbagai idea hiasan yang boleh anda lakukan jika anda memilih tema Super Wings.\n\nPercayalah cakap kami. Kalau anda memilih Didi and Friends sebagai tema majlis sambutan hari jadi anak lelaki anda, bukan sahaja tetamu kanak-kanak yang hadir ke majlis anda akan berasa teruja, malah ibu bapa yang turut hadir juga akan tumpang berseronok. Tiada seorang ibu bapa di Malaysia yang tidak kenal kartun Didi and Friends yang telah mencetuskan fenomena di Malaysia. Anda boleh menghias majlis hadi jadi anak anda dengan tema Didi and Friends.\n\nApa yang menarik, anda boleh lakukan pelbagai aktiviti dengan berlatar belakangkan lagu-lagu yang ada di dalam siri animasi ini. Salah satu aktiviti menarik yang boleh anda rancang ialah aktiviti menyanyikan lagu Didi and Friend sambil mengikut gaya watak yang ditayangkan di televisyen.\n\nJika anda mempunyai anak lelaki, maka rumah anda tidak akan sunyi daripada siri Ultraman. Malah mungkin juga anda sudah mengenali dan menghafal semua watak Ultraman yang ada akibat terlalu kerap menemani anak lelaki anda menonton kartun tersebut. Jika anak lelaki anda pencinta Ultraman, maka ia adalah tema yang terbaik untuk majlis hari jadi anak lelaki anda.\n\nUpin dan Ipin adalah kartun yang boleh dikatakan sebagai paling ikonik di Malaysia. Tiada kanak-kanak di Malaysia yang tidak sukakan kartun dua beraik kembar yang lincah ini. Tema Upin dan Ipin adalah idea hiasan hari jadi anak lelaki yang tidak kurang hebatnya. Bila anda pasang lagu tema Upin dan Ipin, pastinya anak-anak yang menjadi tetamu majlis anda akan mula melompat kegirangan.\n\nItulah dia info tentang idea hiasan hari jadi anak lelaki yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin menyukai perkongsian kami tentang skill komunikasi dengan anak, perkara yang perlu dielakkan jika tak mahu anak jadi biadap, dan kenapa anak suka bertanya sebagai panduan untuk anda."
"Mencari resepi maggi yang menarik? Bosan dengan resepi maggi yang itu-itu sahaja? Apakata anda cubakan resepi yang kami kongsikan di bawah ini.\n\nHidangan maggi terbaik kerana mengkombinasikan rasa kari dan tomyam dalam satu hidangan sehingganya melahirkan rasa baru yang mengejutkan lidah. Tidak perlu bingung pilih ingin maggi kari atau tomyam jika anda boleh makan kedua-duanya.\n\nResepi yang kreatif ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook. Resepi dibuat memakai maggi perisa kari dan dimasak bersama pes dan rempah tomyam. Lemak kari tercampur dengan masam tomyam betul-betul mengejut di lidah. Sila rasai kesedapan resepi mudah dan cepat ini dan bersedia untuk rasa yang akan buat anda syok!\n\nSelain maggi kari tomyam, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"petua darah tinggiSemua orang tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Asap rokok bukan sahaja membahayakan perokok seorang, malah mereka yang berada di sekeliling dan tinggal berumah dengannya juga akan menerima tempias.\n\nTak hairanlah kerajaan mula mewujudkan kawasan larangan merokok. Apakah kesan merokok kepada kesihatan?\n\nRokok mempunyai banyak bahan yang boleh membahayakan kesihatan. Di antara bahan bahaya yang terdapat dalam sebatang rokok ialah:\n\nApakah kesan merokok ke atas tubuh badan manusia?\n\nDi antara bahan utama dalam rokok ialah nikotin yang menyebabkan ketagihan. Nikotin merupakan bahan yang sangat menjejaskan tubuh badan anda. Pengambilan nikotin setiap hari akan menyebabkan penyempitan pada saluran darah ke zakar lalu menyebabkan anda mengalami masalah mati pucuk.\n\nSelain menyebabkan mati pucuk, pengecutan saluran darah ke zakar akan menyebabkan anda mengalami masalah ejakulasi pra matang yang sangat memalukan. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan anda kurang bernafsu untuk melakukan hubungan seks bersama isteri.\n\nSelain menyebabkan mati pucuk dan ejakulasi pra matang, nikotin dalam rokok juga akan menyebabkan berlakunya kecacatan pada sperma dan menjejaskan kesuburan. Sperma yang cacat tidak akan dapat berenang dengan laju untuk menuju ke ovum lalu menyebabkan persenyawaan tidak dapat berlaku.\n\nNikotin dalam rokok akan menjejaskan saluran darah dalam badan anda. Dinding saluran darah anda akan\u00a0menjadi tebal dan semakin sempit lalu menyukarkan aliran darah melaluinya. Saluran yang sempit akan menyebabkan berlakunya sumbatan. Biasanya strok atau angin ahmar berlaku disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.\n\nDinding saluran darah yang menyempit dan tersumbat bukan sahaja boleh menyebabkan strok malah ia juga meningkatkan risiko anda mendapat serangan jantung. Merokok menyebabkan peningkatkan denyutan jantung. Serangan jantung boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Kalau anda sayangkan diri & mereka yang terdekat, sila berhenti merokok sekarang.\n\nAsap rokok mengeluarkan lebih kurang 4,000 bahan kimia beracun. Daripada 4,000 bahan kimia tersebut, 53 daripadanya boleh menyebabkan kanser paru-paru. Kanser paru-paru adalah kanser yang boleh membunuh. Ia juga boleh berjangkita ke organ lain dalam tubuh badan anda. Rawatan kemoterapi untuk membunuh sel kanser juga sangat menyakitkan.\n\nMerokok akan merosakkan sistem pernafasan anda dan menyebabkan berlakunya masalah seperti\n\nPerokok mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena trombosis iaitu penyakit darah beku. Ini berlaku kerana darah anda menjadi terlalu pekat dan membeku dengan kadar yang cepat berbanding darah yang normal.\n\nAterosklerosis adalah keadaan di mana dinding saluran darah menjadi rosak disebabkan oleh nikotin yang terdapat dalam rokok.\n\nMerokok akan menyebabkan kemampuan melawan penyakit anda menjadi rendah. Kesannya, anda akan lebih mudah terkena penyakit berjangkit seperti demam, batuk, dan selsema. Malah anda juga akan mengambil masa yang lama untuk sembuh semula.\n\nPerokok akan mengalami masalah kepadatan tulang yang kurang lalu meningkatkan risiko penyakit osteoperosis. Otot anda juga akan mengalami kerosakan akibat bahan merbahaya yang terdapat didalam rokok.\n\n12. Kesan merokok kepada isteri anda\n\nAsap rokok bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan anda malah ia juga boleh menyebabkan isteri anda terdedah kepada risiko berikut:\n\n13. Kesan merokok kepada bayi dalam kandungan\n\nSekiranya isteri anda sedang mengandung, tabiat merokok anda akan menyebabkan bayi dalam kandungan terdedah kepada risiko beikut:\n\nItulah dia kesan merokok yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekiranya anda seorang perokok tegar, kami doakan semoga anda dapat berhenti dari ketagihan merokok dalam kadar segera demi oang yang tersayang.\n\nJika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua hilangkan kayap, dan petua cairkan kahak."
"Sedapnya kalau panas-panas dapat makan cendol kan? Rasa sejuk tekak gitu. Tapi itulah kalau nak makan anak beranak, nak ulang banyak kali makan duit juga nih. Tambah-tambah di zaman kegawatan ekonomi, pastilah kena jimat kan. Nak makan tapi nak jimat, senang jer caranya. Jom buat sendiri. Caranya pun mudah sahaja. Tak susah pun.\n\nCendol buat sendiri nih, dengan modal yang sedikit pun sekali buat dah boleh dapat banyak tau. Banyak-banyak tuh boleh simpan lagi. Bolehlah nak ulang makan banyak kali pun. Kalau nak buat sebagai dessert untuk tetamu dan majlis pun boleh. Nak buat jual apatah lagi. mesti laris punya lah. Tambah-tambah musim panas. Modal pun tak banyak.\n\nResepi Cendol yang dikongsi oleh Nurul Suhaila Lela Kembar di laman muka buku ini mudah, sedap dan yang paling penting sangat sesuai untuk yang inginkan menu dessert untuk sejukkan tekak waktu musim panas-panas. Jadi apa lagi? Dah tak sabarkan. Jom cuba resepinya. Senang dan mudahkan? Bahan pun tak banyak kan? Apa lagi bolehlah sediakan bahan-bahan lain seperti santan, kacang merah, jagung, pulut dan sebagainya. Kalau rasa-rasa nak makan cendol durian, bolehlah beli durian. Yummy. Selamat mencuba.\n\nSelain dari resepi cendol ini, terdapat juga resepi menarik yang lain. Jangan lupa kongsikan dengan yang lain ya. InsyaAllah tak rugi pun. Sebarkanlah ilmu walaupun satu ayat walaupun ia hanyalah resepi. Sharing is caring guys."
"Terdapat pelbagai jenis kek yang menjadi kegemaran orang ramai. Antaranya kek minyak, kek span, kek cheese, kek buah dan sebagainya. Cara nak buat pun tak susah. Hanya campurkan bahan-bahan yang diperlukan dan dibakar di dalam ketuhar. Tunggu jer dia masak.\n\nJadi untuk entri kali ini jom kita fokus kepada menu atau resepi kek buah. Resepi kek lain? Jangan risau, sekiranya inginkan resepi kek mudah dan sedap yang lain, ada disertakan link atau pautan di akhir entri ataupun anda boleh jer taip di bahagian carian resepi kek.\n\nBerbalik kepada kek buah tadi, resepi yang kami kongsikan ini merupakan resepi dari Aya Suraya yang mendapat perkongsian ramai di laman Facebook. Cara yang diberikan amat mudah dan senang untuk diikuti. Jom ikuti resepi beliau. Apa-apa pun jangan lupa buah-buah keringnya ya.. dah nama pun kek buah. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi Kek Buah ini, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Khasiat daun kari sebenarnya banyak dari sudut perubatan.\n\nDaun kari sangat sebati dengan masyarakat di Malaysia. Selain dari bau yang wangi, daun kari merupakan antara elemen masakan yang penting dalam sajian masakan kita.Lebih-lebih lagi kalau masakan gulai ataupun kari. Wajib guna!\n\nSaya percaya, selain dari menjadi sebahagian dari unsur bahan masakan, pasti ramai tidak mengetahui khasiat lain daun kari. Pasti anda akan terperanjat! Jom kami kongsikan.\n\nPokok kari atau nama saintifiknya Murraya koenigii banyak dijumpai di India, Sri Lanka, Bangladesh dan kepulauan Andaman. Penduduk dari negara-negara tersebut yang merantau ke seluruh negara turut membawa tanaman ini untuk ditanam di serata dunia yang sememangnya sangat sinonim dengan masakan India Selatan.\n\nDaun kari mempunyai rasa yang agak kuat, pahit dan sedikit berasid selain mengekalkan aroma dan perisanya walaupun setelah dikeringkan. Daun kari banyak digunakan dalam perubatan ayurveda India dan unani.\n\nKomponenan utama dalam daun kari yang memberikannya aroma dan perasa kari sebagaimana yang dilaporkan oleh penyelidikan saintifik ialah pinene, sabinene, caryophyllene, cadinol dan cadinene.\n\nSelain digunakan untuk masakan, daun kari juga digunakan dalam bentuk minyak pati untuk pembuatan sabun, losyen, minyak urut, potpourri, penyegar udara dan produk aromaterapi.\n\nBerikut pula ialah khasiat kesihatan\u00a0 daun kari ini:\n\n1. Penawar cirit birit dan buasir\n\nDaun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ianya merupakan penawar yang cukup ampuh.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.\n\nJus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.\n\nKajian pada tahun 2009 yang diterbitkan dalam Asian Journal Tropical Medical of Public Health melaporkan bahawa duan kari kaya dengan bahan laksatif anthraquinone.\n\nBahan ini melegakan sistem peredaran usus untuk memudahkan pencernaan dan penyingkiran nyahtinja dari tubuh.\n\nJika sering terasa loya dan pening, cuba tips ini. Ambil jus daunnya yang segar dan dicampurkan dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening .\n\nCaranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.\n\nPetua klasik ini diakui oleh kertas kajian SIngh dan rakan-rakan pada tahun 2014 yang mengaitkan daun kari dan menamakannya sebagai \u201ca miracle plant.\u201d\n\nKari juga berkhasiat dalam merawat diabetes. Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Kaedah ini boleh mengawal diabetes.\n\nAmalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.\n\nDari segi penerangan saintifik terhadap petua tersebut, Singh dan rakan-rakan pada tahun 2014 mengulas mengenai khasiat daun kari yang membantu mengekalkan normoglycemia iaitu kandungan gula dalam darah.\n\nBahan mineral dalam daun kari mengaktifkan sel pankreatik beta yang berperanan menghasilkan insulin. Oleh itu, mereka menyimpulkan bahawa daun kari berpotensi sebagai antara bahan untuk membantu pengurusan pesakit diabetes.\n\nUntuk mendapat rambut panjang dan sihat, cubalah tips mudah ini. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.\n\nMasakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.\n\nKajian dari Fakulti Farmasi di India pada tahun 2014 melaporkan bahawa minyak herba berasaskan daun kari mampu memberi kualiti rambut yang kuat, bebas daripada kelemumur dan menghitamkan.\n\n5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa\n\nJangan berasa hairan, daun kari boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga.\n\nBuahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.\n\nDaun kari juga antara salah satu bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat luka atau lebam. Untuk mengurangkan lebam dan bengkak, hancurkan daun kari dan jadikan seperti pes untuk ditampal pada bahagian yang tersebut.\n\nKandungan alkaloid yang tinggi dalam daun kari menerangkan kesan pemulihan dan rawatan ke atas gigitan serangga dan bengkak. Pada tahun 2015, Saini & Reddy mengulas bahawa daun kari mengandungi coumarins,\nacridine alkaloid dan carbazole alkaloid yang sangat bagus dalam melawan keradangan dan memberi kelegaan kesakitan.\n\nDaun kari juga adalah sumber kecantikan. Kedengaran pelik bukan?\n\nDaun kari dapat digunakan untuk kecantikan diri. Anda boleh amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.\n\nItulah sebahagian khasiat daun kari yang dapat kami kongsikan. Jangan main-main dengan manfaat dan khasiat daun kari yang ada di belakang rumah kita ya.\n\nKajian perubatan yang dilaporkan dalam jurnal Plant Foods for Human Nutrition oleh pengkaji dari India menyatakan bahawa daun kari mempunyai kandungan antioksidan yang banyak dengan kandungan vitamin A yang sangat tinggi.\n\nKajian mereka membandingkan tikus makmal yang diberi makan diet berasaskan daun kari yang menunjukkan kesan antikarsinogen atau kesan melawan radikal bebas yang bertoksik. Diet ini mampu melindungi sistem tubuh tikus tersebut dengan 50% peningkatan kualiti kesihatan.\n\n8.Khasiat Daun Kari Untuk Darah Tinggi\n\nNah, akhir sekali, daun kari juga dikatakan berkesan untuk merawat darah tinggi. Caranya adalah dengan mengawal tekanan darah tinggi dan memastikan peredaran darah berjalan lancar. Ianya juga dikatakn dapat mengurangkan pening kepala.\n\nSeperti yang diketahui, darah tinggi biasanya sering dikaitkan dengan serangan jantung. Oleh itu, secara logiknya boleh dikatakan jika perkara di atas dapat dikurangkan, ianya juga secara tidak langsung mengurangkan kemungkinan serangan jantung. Bacaan lanjut di DrHealthBenefits.\n\nKami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain untuk anda baca. Semoga ianya turut bermanfaat. Oh ya, jangan lupa untuk share dan kongsi dengan menekan butang share Facebook jika artikel yang dikongsi bermanfaat.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang bijak dengan otak yang cerdas. Maka tak hairanlah kenapa makanan tambahan dan supplement yang menjanjikan kecerdasan otak sangat laku terjual di pasaran walau pun harganya bukan murah.\n\nTahukah anda bahawa yang sebenarnya kita tak perlu berbelanja besar membeli makanan tambahan yang mahal untuk mendapat anak yang bijak dan cerdas.\n\nYang sebenarnya ada banyak makanan semulajadi ciptaan Allah yang kaya dengan pelbagai vitamin dan khasiat yang telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan otak dan menghasilkan anak yang bijak. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan makanan untuk otak anak cerdas dan bijak yang boleh anda berikan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.\n\nKurma adalah makanan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah junjungan kita. Kurma juga merupakan salah satu makanan syurga yang disebut di dalam Al-Quran. Di antara vitamin yang terdapat di dalam kurma ialah:\n\nKurma juga sangat baik untuk kesihatan otak. Ia meningkatkan kecerdasan dan meningkatkan daya ingatan agar anak-anak mudah menghafal pelajaran. Ada pelbagai jenis kurma, belilah jenis yang menjadi kegemaran anak-anak.\n\nKecil-kecil dulu siapa selalu makan kismin untuk jadi pandai? Sememangnya kismis adalah satu lagi makanan sunnah yang terbukti secara saintifik sangat membantu dalam kecerdasan otak. Malah kismis juga disebut dalam kitab suci Al-Quran dan hadith:\n\n\u201csesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering\u201d -Imam Zuhdi.\n\nDi antara khasiat kismis ialah membantu:\n\nHebat sungguh khasiat kismis. Rugi kalau kita tak bagi kepada anak-anak. Menurut sunnah, seeloknya bagi kismis dalam kiraan ganjil kepada anak-anak sama ada tiga, lima, atau tujuh ulas. Kenapa dalam kiraan ganjil? Kerana Allah sukakan nombor ganjil.\n\nBuah blueberry bukan sahaja enak dan lazat malah ianya juga sangat baik untuk kecerdasan otak anak-anak. Kalau dulu, buah blueberry dijual dengan harga yang mahal di Malaysia namun hari ini, sudah banyak pasar raya yang menjual buah blueberry beku dengan harga yang murah. Apa yang penting, anak-anak pasti sukakan rasanya dan tiada masalah untuk anda memaksa mereka makan.\n\nTerdapat pelbagai cara untuk anda menghidangkan bluberry kepada anak-anak. Di antara cara yang lazat ialah:\n\nIkan salmon adalah satu lagi makanan untuk otak anak cerdas dan bijak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Ikan salmon mengandungi minyak asid omega 3 yang sangat membantu untuk meningkatkan kecerdasan otak anak-anak. Malah ia juga sangat baik untuk orang dewasa dan orang tua. Pendek kata, seawall bayi berumur 6 bulan lagi kita patut amalkan makan ikan salmon.\n\nDi antara kebaikan ikan salmon ialah:\n\nTahukah anda bahawa yang sebenarnya telur juga merupakan salah satu makanan yang membantu meningkatkan kecerdasasan otak anak dan menjadikan anak semakin bijak? Di antara bahan yang ada di dalam telur adalah seperti berikut:\n\nKajian menunjukkan bahawa telur membantu meningkatkan fokus anak, meningkatkan perkembangan otak dan juga menguatkan memori. Oleh itu, pastikan anda masukkan telur ke dalam menu harian anak-anak kerana ianya sangat baik untuk menghasilkan anak yang bijak.\n\nAvokado bukan sahaja lazat malah kaya dengan pelbagai khasiat. Salah satu daripada khasiat superfood ini ialah untuk meningkatkan kecerdasan minda anak-anak. Di antara bahan yang ada dalam avocado ialah:\n\nTahukah anda bahawa hampir 60% daripada otak kita adalah lemak, jadi nutrien yang terkandung dalam buah avokado adalag bagus untuk perkembangan otak anak dan menjadikan anak lebih bijak. Terdapat pelbagai cara untuk menghidangkan avokado kepada anak-anak. Di antaranya ialah:\n\nMakanan untuk kecerdasan otak dan menjadikan anak bijak yang terakhir ingin kami kongsikan ialah kekacang. Kekacang sangat baik untuk otak kerana ia membekalkan otak dengan lemak penting yang sangat diperlukan oleh otak selain membantu meningkatkan fungsi kognitif dan perkembangan otak anak. Di antara kekacang yang boleh anda berikan kepada anak adalah:\n\nItulah dia info tentang makanan untuk otak anak cerdas dan bijak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang makanan sunnah, anak hyperaktif, tips menjaga anak berkhatan dan aktiviti meransang anak jadi bijak"
"Mencari idea masak nasi goreng yang sedap? Kami punya cadangan iaitu mencuba resepi nasi goreng sardin.\n\nMenyediakan resepi ini pula sangat senang. Bahan-bahan mudah yang mudah diperolehi di dapur sahaja seperti bawang merah, bawang putih, cili, telur dan bahan utamanya sardin.\n\nResepi ini boleh dibuat untuk anak anda yang tidak suka makan sardin ikan secara terus. Dengan membuatnya bersama nasi goreng anak-anak pula akan jadi suka. Tunggu apalagi, mari tengok resepi perkongsian daripada \u200eTengku RosElyza Raja Muhammad\u200e yang kami suntingkan untuk anda di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi nasi goreng sardin, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mari mengubat rindu pada orang tua di kampung dengan kuih pasung. Kuih pasung kuih tradisi orang tua dulu-dulu. Kuih pasung merupakan kuih kegemaran di pantai timur. Ia sedap dimakan pada waktu pagi atau petang. Kuih pasung diperbuat daripada tepung beras. Ia diletakkan kedalam acuan berbentuk kon yang dibuat daripada daun pisang.\n\nWalaupun ini kuih lama, tapi masih ada yang belum pernah tahu kuih ini. Anda yang baru pertama kali tengok rupa dan nama kuih ini. Dan sesiapa yang ingin cuba buat di rumah, sila semak cara buatnya di bawah.\n\nWalau tampilannya nampak macam agak sukar, namun sejatinya cara buat kuih ini mudah yang amat. Cuba sekali baru tahu. Kami tuliskan di bawah ini resepi kuih pasung ala orang dulu-dulu oleh Noor Izzati Saidun di laman Facebook.\n\nResepi Kuih Pasung @ Kuih Basung\n\nSelain kuih pasung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Sejatinya masakan udang tersedia dalam pelbagai menu. Ramai orang masak udang dengan cara tumis, goreng, kari, sup dan lain sebagainya. Tentu saja udang masak merah merupakan antara pilihan masakan udang yang ramai peminatnya.\n\nResepi memasak udang masak merah walaupun mudah namun ada juga antara wanita di rumah yang masih tercari resepi enak yang patut untuk dicuba. Satu lagi cabaran memasak udang ialah apakah memasukkan udang mentah dalam sambal mahupun perlu goreng udang dahulu.\n\nLagi antara keraguan lain para wanita ialah ingin mengupas kulit udang atau tanpa kupas. Untuk menjawab kekeliruan anda semua maka telah kami sertai di bawah ini resepi udang masak merah yang sangat patut anda cuba.\n\nResepi sedap ini gerenti akan memancing selera makan anda semua. Dimakan bersama nasi putih panas digaul bersama sambal masak merah, sangat membangkitkan selera. Jom tengok resepi udang masak merah sedap dan mudah daripada Az Zahra Yusuf\u200e di Facebook seperti di bawah ini.\n\nSelain resepi udang masak merah, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Dewasa ini, suplemen atau makanan tambahan merupakan di antara perkara wajib bagi setiap individu yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri. Apatah lagi dengan gaya hidup sekarang di mana pemakanan kita tidak lagi seperti dulu khasiatnya dan persekitaran juga semakin tercemar. \n\nBagi ibu mengandung, suplemen adalah di antara perkara yang paling dititik beratkan seawal anda membuat buku pink di klinik. Anda akan terus dibekalkan dengan vitamin prenatal yang perlu diambil setiap hari. Pastinya anda nak tahu apakah suplemen untuk ibu hamil yang paling penting bagi memastikan bayi dalam kandungan anda sentiasa sihat dan membesar dengan baik.\n\nAsid folik adalah sangat sinonim dengan ibu mengandung. Bagi wanita-wanita yang mementingkan kesihatan, kebiasaannya mereka akan mula mengambil asid folik seawal mereka merancang untuk mengandung. \n\nIni kerana asid folik sebaiknya diambil seawal 3 bulan sebelum anda mengandung bagi memastikan tubuh badan anda mempunyai folat yang mencukupi pada tahap awal kehamilan.\n\nFolate berfungsi untuk memastikan sistem saraf tunjang bayi anda terbentuk dengan sempurna dan mengelakkan kecacatan pada tulang belakang seperti spina bifida. Berapa banyak folate diperlukan oleh ibu mengandung setiap hari? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap ibu mengandung memerlukan 400mcg asid folik setiap hari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Namun dos asid folik boleh dinaikkan kepada 5mg bagi ibu yang mengalami keadaan berikut:\n\nSelain pil asid folik yang dibekalkan oleh klinik kesihatan, anda juga boleh mendapatkan asid folik daripada sumber makanan semulajadi seperti brokoli, almond, avokado, sayuran hijau, dan kekacang.\n\nIbu mengandung juga sangat memerlukan zat besi kerana zat besi membantu pembentukan sel darah merah. Sepanjang proses kehamilan, tubuh badan anda memerlukan darah dengan kuantiti yang lebih banyak untuk disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Jika anda kekurangan darah, anda akan mengalami masalah anemia yang boleh menjejaskan kandungan.\n\nKekurangan zat besi juga dikaitkan dengan kelahiran bayi pra-matang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda makan pil zat besi anda setiap hari untuk mengurangkan risiko bayi anda dilahirkan tak cukup bulan. Selain vitamin, zat besi juga boleh diperolehi daripada makanan segar seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran. \n\nSepanjang tempoh kehamilan, adalah sangat penting untuk anda memastikan bahawa pengambilan kalsium dalam diet seharian adalah mencukupi agar tubuh badan anda dan bayi dalam kandungan mendapat kalsium yang diperlukan. Kalsium sangat penting untuk pertumbuhan gigi dan tulang bayi anda. Selain itu, ia juga menjaga kesihatan tulang dan gigi anda agar tidak rosak dan mereput akibat kesemua kalsium diserap oleh bayi anda.\n\nJika anda selalu kejang otot, krem, atau mengalami masalah simpul mengkarung, ianya boleh diatasi dengan pengambilan kalsium yang secukupnya. Apa yang paling penting, ianya juga mencegah masalah kerosakan gigi sepanjang tempoh kehamilan. Apa yang lebih utama, pengambilan kalsium yang secukupnya membantu mencegah pre-eklampsia yang boleh menjejaskan nyawa anda dan bayi dalam kandungan.\n\nBerapa banyak kalsium yang anda perlukan setiap hari? Pengambilan kalsium yang dicadangkan untuk ibu mengandung di Malaysia ialah sebanyak 1300 mg bagi ibu yang berumur 14-18 tahun dan 1000 mg bagi ibu berumur 19-50 tahun. Anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt.\n\nOmega 3 adalah salah satu asid lemak perlu yang sangat baik untuk ibu mengandung. Ia membantu mencerdaskan otak dan mengurangkan masalah pelupa yang biasa dialami oleh ibu mengandung. Ia juga membantu perkembangan otak yang baik untuk bayi dalam kandungan anda. Selain dalam vitamin, anda juga boleh mendapatkan Omega 3 dari ikan, terutamanya ikan salmon yang sangat kaya dengan Omega 3, DHa, dan EPA.\n\nVitamin B sangat baik untuk emosi anda. Ia dikenali sebagai vitamin bahagia. Pengambilan B Complex sepanjang tempoh kehamilan membantu mengurangkan masalah mood swing yang biasa dialami oleh ibu mengandung akibat ketidakstabilan hormon yang sedang dilalui oleh tubuh badan anda. Selain itu, B Complex juga membantu pembentukan sel darah merah agar tubuh badan anda mempunyai bekalan darah yang secukupnya.\n\nVitamin C adalah vitamin penting yang diperlukan oleh setiap manusia. Di antara fungsi utama vitamin C ialah untuk meningkatkan imuniti agar tubuh badan tidak mudah jatuh sakit. Selain itu, pengambilan vitamin C juga membantu tubuh badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Oleh itu, pastikan anda mengambil vitamin C yang secukupnya setiap hari. Anda boleh mendapat kebaikan vitamin C dari makanan seperti oren, kiwi, epal hijau, tomato, pisang, dan bawang putih. \n\nVitamin D berfungsi untuk mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan lalu memberikan tulang dan gigi yang sihat kepada anda. Vitamin D boleh diperolehi dari sinaran matahari pada awal pagi, dan boleh juga diperolehi dari makanan seperti ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging. \n\nItulah dia info tentang suplemen untuk ibu hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang pantang-larang ibu mengandung, surah amalan ibu mengandung, dan tanda keguguran."
"Setiap yang bernama manusia pasti tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Ada masanya kita secara sengaja atau tidak terjerumus ke dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan murka Allah.\n\nNamun, itu tidak bermakna kita menerima diri sebagai orang yang berdosa dan terus melakukan kesilapan. Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sentiasa memberikan ruang kepada kita untuk membersihkan diri daripada dosa-dosa.\n\nLalu, apakah yang harus dilakukan sekiranya terjerumus dalam hal-hal yang salah dan berdosa? Ya, bertaubatlah.\n\n\u2018Taubat\u2019 berasal daripada perkataan \u2018Taubah\u2019 yang bermaksud \u2018kembali\u2019. Dari segi bahasa ia bermaksud kembali daripada dosa atau lainnya. Dari segi tasawuf pula, taubat adalah kembali kepada Allah \u00a0SWT dengan melepaskan ikatan dosa yang terus-menerus dari hati kemudian melaksanakan setiap hak tuhan.\n\nBertaubat telah diperintahkan oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah al-Tahrim: 8 yang bermaksud:\n\n\u201cHai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.\u201d\n\nHukum bertaubat adalah wajib dan disunatkan untuk terus bertaubat walaupun tidak melakukan dosa yang jelas. Bahkan dengan menangguhkan taubat akan memberi kesan yang buruk kepada hati. Dosa akan menghitamkan hati serta menghalang daripada menerima segala kebaikan dan hidayah Allah SWT.\n\nBertaubat bukan sahaja perlu dilakukan semasa kita berdosa kepada Allah SWT, tetapi juga \u00a0manusia. Jika kita berdosa kepada Allah SWT, bahkan melakukan kesalahan kepada manusia, maka tiga syarat ini perlu ditunaikan:\n\nSyeikh Soleh al-Uthaimin meletakkan lima syarat taubat seperti berikut:\n\nSyarat-syarat taubat secara umumnya adalah seperti berikut:\n\nWaktu dilakukan solat sunat taubat adalah bila-bila masa sekiranya berasa telah berbuat dosa (kecuali waktu yang dilarang solat). Tetapi masa yang paling baik adalah \u00a0ketika sepertiga malam (2.00 pagi dan ke atas), iaitu ketika berqiamullail.\n\nMengikut pandangan ahli ulama, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak\u00a0dua, empat atau enam\u00a0rakaat.\n\nBerikut adalah cara melakukan solat sunat taubat:\n\n\u0623\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0648\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u0627\u0644\u0649\u064e\n\n\u201cAku solat sunat Taubat dua rakaat semata-mata kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0647\u064e \u0625\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e\u0643\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0643\u064f\u0646\u062a\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0638\u0651\u064e\u0627\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\n\n\u201cTiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dalam kalangan orang yang menzalimi diri sendiri.\u201d\n\n\u201cAku memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia, yang hidup dan berdiri dengan sendirinya. Dan kepadaNya aku bertaubat.\u201d\n\nYa Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.\n\n\u201cYa Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.\u201d\n\nLalu, ingatlah Allah SWT itu sentiasa mengampuni apa-apa jua kesalahan umatNya, bahkan pintu untuk bertaubat sentiasa terbuka sehingga nyawa masih di halkum. Jadi, sekiranya kita melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak, segeralah bertaubat dan menyesali kesalahan tersebut dengan mendirikan solat sunat taubat, kerana inilah salah satu caranya untuk memohon keampunan Allah SWT.\n\n\u201cDan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka \u2013 dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya).\n\nJangan lupa untuk amalkan tips yang telah dikongsikan. Jom baca artikel menarik yang lain untup santapan rohani da menjadi insan yang lebih baik."
"Stress adalah pembunuh dalam diam tanpa disedari. Masyarakat kita belum mempunyai kesedaran tentang betapa bahayanya kesan stress kepada kehidupan dan langkah-langkah untuk menghadapinya. Malah mungkin ada yang sedang stress namun berpura-pura tidak menyedarinya kerana malu untuk meminta bantuan daripada yang pakar.\n\nMalah ramai juga yang menyangka stress akan hilang dengan sendiri apabila dibiarkan. Ketahuilah bahawa anda tidak perlu malu jika sedang stress dan ianya adalah sesuatu yang boleh dikawal. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara hilangkan stress yang paling power dan berkesan.\n\nPerkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mengatasi stress yang sedang dialami ialah dengan mengenal-pasti apakah punca sebenar anda stress. Di sini anda perlu jujur dengan diri sendiri. Ambil masa untuk duduk sendirian, cari suasana yang tenang dan renungkan apakah punca sebenar anda stress. Di antara perkara yang selalu menjadi punca seseorang individu stress adalah seperti berikut:\n\nKenal-pasti cara untuk mengelakkan punca stress\n\nApabila anda dah berjaya untuk mengenal-pasti punca sebenar anda mengalami stress, langkah kedua yang perlu dilakukan ialah untuk mengelakkan punca stress tadi. Jika anda stress disebabkan oleh masalah dalam perhubungan, apa yang perlu anda lakukan ialah atasi masalah tersebut. Sebagai contoh, jika anda stress disebabkan oleh masalah dengan pasangan, berbincang dengannya dari hati ke hati.\n\nBagitahu apa perbuatannya yang menyebabkan anda stress dan minta dia untuk menghentikan perbuatan tersebut. Jika pasangan anda berterusan melakukan perkara yang menyebabkan anda stress, ia adalah petanda bahawa anda sedang berada dalam hubungan bertoksik yang boleh menyebabkan anda akan stress secara berterusan. Ia bukanlah satu hubungan yang sihat malah boleh memakan diri sendiri.\n\nJika anda stress disebabkan oleh hubungan dengan ahli keluarga yang lain atu rakan sekerja, anda juga perlu berbincang dengan baik. Boleh juga cari orang tengah sebagai pendamai. Usaha untuk mencari jalan penyelesaian. Jika kelihatan seperti tiada jalan penyelesaian buat masa sekarang, jauhkan diri buat seketika dan usaha untuk mengatasinya semula di masa akan datang. Jika anda bermasalah di tempat kerja, mugkin anda boleh berusaha untuk mencari kerja di tempat baru.\n\nJika stress anda adalah disebabakan oleh masalah kewangan, anda boleh lihat semula bagaimana sistem pengurusan anda. Lihat berapa banyak duit yang masuk dan bagaimana perbelanjaan anda. Ubah mana yang boleh diubah. Atau anda juga boleh dapatkan bantuan dan khidmat nasihat dari agensi seperti AKPK. Ianya adalah percuma.\n\nIni adalah perkara yang paling penting. Anda perlu sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Jika anda menyayangi diri sendiri, walau apa pun yang terjadi, walau seteruk mana stress yang anda alami, anda akan berusaha untuk mengatasinya dan tidak akan melakukan perkara yang tidak diingini seperti membunuh diri.\n\nMungkin anda dah penat dengar dengan nasihat agar mendekatkan diri dengan tuhan untuk mengatasi stress. Mendekatkan diri dengan tuhan sememangnya akan membantu anda agar berasa lebih tenang dan tidak berasa seolah-olah anda bersendirian dalam menghadapi stress yang sedang dialami. Jika anda beragama islam, banyakkan berzikir dan berselawat. Lakukan solat hajat untuk meminta ketenangan hati dan minta agar Allah permudahkan urusan untuk menghilangkan punca anda stress.\n\nMalah anda juga boleh melakukan solat istkharah sekiranya anda tidak pasti apakah jalan penyelesaian untuk masalah stress yang anda alami. Membaca Al-Quran juga adalah sangat menenangkan perasaan. Jika anda tidak sempat untuk mengaji, anda boleh pasang alunan al-Quran sebagai peneman. Insya Allah anda akan berasa lebih tenang.\n\nMinta bantuan dari orang yang dipercayai\n\nAkhir sekali, jika anda tidak berjaya untuk mengatasi stress walau pun telah berusaha sebaiknya, tiba masa untuk anda meminta bantuan daripada mereka yang tersayang dan golongan professional. Mendapatkan khidmat kaunseling bukanlah sesuatu yang memalukan malah anda sepatutnya berbangga dengan diri sendiri kerana mengambil langkah yang sangat besar untuk menyelamatkan diri sendiri daripada gelumang stress yang boleh membunuh.\n\nItulah dia info tentang cara hilangkan stress yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tanda alami tekanan perasaan, hilangkan tekanan dengan meditasi, dan punca stress."
"Jika sebelumnya kami pernah berkongsikan resepi ayam sos tiram simple, kali ini pula kami akan manjakan anda dengan resepi Thai style chicken oyster sauce atau dalam bahasa kita ialah ayam sos tiram ala Thai.\n\nResepi ini ialah kegemaran ramai. Cuba buat sekali mesti satu keluarga nak lagi, hari hari mesti ingin request masakan ini sahaja.\n\nOleh sebab nama resepi masakan sos tiram, maka paling sesuai dan sedap apabila ayam ditukar dengan seafood. Cuma kadang tidak semua orang makan seafood disebabkan alergik atau alahan lain. Apapun, resepi ini tetaplah terbaik. Tengok gambar pun boleh terliur bukan? Sila cubakan resepi yang dikongsikan oleh \u200eWan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.\n\nResepi Thai Style Chicken Oyster Sauce\n\nSelain ayam sos tiram ala thai, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Gastrik sangat menyakitkan dan boleh mengganggu urusan seharian anda. Lebih-lebih lagi kalau terkena sewaktu sedang berpuasa. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan 13 petua hilangkan gastrik tanpa ubat yang terbukti berkesan.\n\nAir nasi mempunyai bahan yang mampu untuk membuat satu lapisan pada dinding perut anda dan ini dapat membantu untuk mengurangkan kesakitak akibat gastrik. Untuk amalkan petua ini, masak nasi seperti biasa tetapi tambahkan kandungan airnya, seperti anda ingin membuat bubur. Apabila nasi sudah masak tetapi air nasinya masih ada, ambil air tersebut, tunggu sehingga sejuk atau suam, dan minum.\n\nAir limau panas boleh megakan sakit perut disebabkan makanan tidak dicerna di dalam perut dengan betul. Air limau panas akan menggalakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk mencerna makanan di dalam perut dan dapat melancarkan proses penghadaman, sekaligus dapat melegakan perut dari kesakitan gastrik.\n\nKadangkala penyakit gastrik berpunca dari gastric reflux yang mengakibatkan asid di dalam perut anda berada di tempat yang tidak sepatutnya, dan oleh sebab itu, kandungan asid dalam perut yang digunakan dalam perut sudah berkurangan. Mengamalkan minum\u00a0apple cider vinegar\u00a0dapat menstabilkan kandungan asid di dalam perut dan pada masa yang sama dapat membantu mencerna makanan dengan lebih baik.\n\nSesetengah orang tidak dapat meminum\u00a0apple cider vinegar\u00a0secara langsung kerana rasanya begitu masam dan tajam. Anda boleh membancuhnya dengan menambah air dan sedikit madu dan minum sedikit demi sedikit.\n\nTeh daun pudina memang terkenal sebagai petua untuk mengurangkan kesakitan gastrik. Daun pudina mengandungi menthol yang merupakan\u00a0analgesic\u00a0semula jadi yang amat efektif untuk mengubati rasa mabuk atau mual dan juga untuk meredakan kesakitan di bahagian perut. Selain dari teh daun pudina, anda juga boleh mencari apa sahaja produk atau bahan makanan yang mengandungi daun pudina untuk tujuan yang sama.\n\nKadang-kadang gastrik berpunca daripada bahagian bawah abdomen badan anda meragam. Ini biasanya berkaitan dengan sembelit yang menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Kesakitan tersebut merebak ke atas perut menjadi gastrik dan pedih ulu hati. Oleh itu, amalkan meminum segelas jus prun yang akan bertindak sebagai laxatif untuk melegakan sembelit anda.\n\n6. Elakkan makanan tinggi lemak dan pedas\n\nSemasa perut merasa sakit akibat gastrik, elakkan makanan yang tinggi lemak dan pedas. Pilih makanan yang mudah dicerna seperti pisang, nasi, roti dan sebagainya. Makanan pedas dan tinggi lemak akan menyebabkan perut terpaksa mengeluarkan asid berlebihan untuk proses pencernaan.\n\nTeh chamomile terkenal dengan sifat anti-inflamatori dan boleh mengurangkan kesakitan pada perut anda akibat gastrik. Teh chamomile merehatkan otot-otot di sekitar perut dan saluran makanan, sekali gus mengurangkan keadaan \u201ccontractions\u201d yang menyebabkan gastrik. Bancuh satu uncang teh chamomile dan minum, anda pasti berasa lega.\n\nPeranan halia sama seperti teh chamomile di mana ia mengandungi agen-agen anti-inflamatori yang membantu merehatkan otot-otot di sekitar perut dan di saluran makanan dalam badan anda. Halia juga membantu mengeluarkan angin di dalam perut lalu meredakan kesakitan dalam perut akibat gastrik. Anda boleh rebus halia untuk diminum ketika suam atau ketuk sedikit halia dan masukkan ke dalam secawan teh panas.\n\nMenggunakan botol air panas sebagai tuam untuk diletakkan diatas perut juga dapat membantu mengurangkan kesakitan gastrik. Pastikan air yang digunakan tidak terlalu panas kerana kulit mungkin akan merasa sakit. Jangan lupa untuk lapiskan botol dengan kain. Baring di tempat yang selesa dan tuamkan botol air panas ke perut anda untuk menghilangkan gastrik.\n\nAmbil sehelai daun kunyit. Basuh sehingga bersih, dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan segelas susu dan minum setiap kali anda mula diserang gastrik.\n\nRebus daun jaambu batu sehingga mendidih. Tapis. Biarkan sejuk dan minum airnya. Amalkan selalu sekiranya anda kerap diserang gastrik.\n\n12. Kulit kayu manis dan madu\n\nRebus sebatang kulit kayu manis bersama satu sudu madu. Biarkan sehingga menggelegak. Minum apabila suam.\n\n13. Serbuk kulit kayu manis, madu, dan susu\n\nCampurkan 1/4 sudu serbuk kulit kayu manis bersama 1 sudu madu kedalam segelas susu. Panaskan campuran tadi dan minum apabila suhu menjadi suam.\n\nItulah dia 13 petua hilangkan gastrik tanpa ubat yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda."
"Jom masak cucur/cekodok bawang bilis untuk kudapan pagi atau petang. Ramai yang meminta kami untuk kongsikan cucur bawang bilis. Oleh itu kali ini kami akan berkongsikan resepi cucur bawang bilis viral yang mudah dan sedap.\n\nResepi yang dikongsikan oleh Norsiah Zakaria di laman Facebook ini amat mudah untuk dicubakan di rumah. Makan cucur bawang bilis petang-petang sebagai kudapan dicicah sos cili sedap sungguh.\n\nMakan cucur bawang ditemankan teh o ais makin sedap. Cucur bawang bilis sedap dimakan panas-panas. Boleh kenyang makan camilan ini. Mak patut cuba hidangkan di rumah mesti ramai yang suka. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi cucur bawang bilis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sedapnya kalau dapat makan popia otak-otak tuna untuk minum petang. Rangup kulit popia di luar berintikan otak-otak ikan lembut dan enak, mana tidak sedapnya. Belum lagi kalau dapat cicah sos sedap. Tanpa sedar habis berketul-ketul.\n\nKali ini kami datangkan resepi otak-otak tuna dikongsikan oleh Eka Zahra di laman Facebook. Resepi ini hanya menggunakan ikan tuna dalam tin sahaja sebab lebih mudah dan sedap. Cara penyediaanya pun amatlah mudah mulai dari membuat inti otak-otak dan cara lipat kulit popia telah kami tuliskan secara ringkas di bawah.\n\nSila cuba buat popia otak-otak tuna hari ini, boleh untuk minum petang dan sekali untuk makan malam. Gerenti siapa yang cuba resepi ini mesti nak lagi dan lagi.\n\nSelain popia otak-otak tuna, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Selalu guna lengkuas dalam masakan? Jom ketahui khasiatnya pula.\n\nLengkuas atau nama saintifiknya Alpinia galanga terdiri daripada jenis besar dan kecil. Lengkuas besar (greater galangal) dikatakan berasal dari jawa dan digunakan dengan meluas di Malaysia di Indonesia.\n\nManakala lengkuas kecil (lesser galangal) pula dikatakan berasal dari china. Ia juga turut tumbuh di india dan seluruh Asia Tenggara\n\nLengkuas telah digunakan di Barat sejak zaman pertengahan. Sifat-sifat perangsang dan tonik dalam lengkuas pula telah membuatkan orang Arab memberikannya pada kuda untuk merangsangnya. Di Timur pula,lengkuas yang telah dijadikan serbuk digunakan dalam pembuatan pewangi dan minuman.\n\nPerubatan Cina dikatakan menggunakan lengkuas dalam formula untuk\u00a0merawat masalah-masalah pencernaan dan kesihatan sistem penghadaman. Jom kami kongsikan resepi ayam goreng lengkuas yang baik untuk pencernaan.\n\nHal ini selari dengan penemuan oleh sekumpulan penyelidik dari Kyoto, Jepun pada tahun 2003 yang mendapati bahawa ekstrak lengkuas mampu melindungi dinding sistem perut.\n\nKandungan kumpulan asetoksi dalam lengkuas dikenal pasti sebagai bahan yang melindungi dan merawat sebarang kecederaan pada dinding perut tikus makmal mereka.\n\n2. Menghilangkan bau busuk pada badan\n\nDi India pula, lengkuas dikatakan digunakan sebagai pewangi tubuh, ketiak dan juga untuk menghilangkan masalah mulut berbau busuk atau halitosis.\n\nBerdasarkan kajian lepas, komponen 1\u2032-acetoxyeugenol acetate dalam lengkuas merupakan sebatian yang paling utama dalam membasmi pertumbuhan bakteria.\n\nAir rebusan lengkuas dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan ubatan bagi melegakan masalah-masalah seperti kembung, dispepsia (pencernaan yang terganggu), muntah-muntah, dan perut yang mengembung.\n\n4. Merawat arthritis, ulser dan radang perut\n\nLengkuas juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat arthritis, ulser dan keradangan perut, memperbaiki pengedaran darah pada tangan dan kaki, merawat cirit-birit dan melindungi tubuh daripada risiko-risiko kanser tertentu.\n\nSemua pemerhatian ini dikaitkan dengan kehadiran antioksidan dan sebatian bioaktif lengkuas yang sangat bermanfaat.\n\nLengkuas memiliki banyak agen-agen antioksidan yang berkuasa dan berpotensi melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal-radikal bebas.\n\nMenurut kajian sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat, kandungan antioksidan adalah paling tinggi dalam bunga lengkuas berbanding rizomnya.\n\nAntara antioksidan yang dikenal pasti oleh mereka ialah \u03b1-humulane, pentadecane dan 1\u2032-acetoxyeugenol acetate.\n\n6. Mencantikkan kulit dan anti penuaan\n\nLengkuas banyak digunakan dalam penjagaan kulit. Jus lengkuas dikatakan boleh disapu pada kulit untuk merawat masalah kulit.\n\nBerdasarkan laporan kajian-kajian lepas, lengkuas mengandungi lebih 40 jenis antioksidan dan banyak lagi yang masih belum ditemui dan dikenal pasti, yang boleh membantu dalam melindungi kulit terhadap penuaan kulit.\n\n7. Membuang toksin dan membaiki aliran darah\n\nHerba ini dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh dan memperbaiki aliran darah.\n\nKajian dari Singhad College of Pharmacy di India pada tahun 2010 telah mengulas bahawa komponen utama lengkuas iaitu acetoxychavicol acetate, yang turut memberi bau kuat lengkuas, berperanan sebagai antioksidan utama dalam membuang toksin dalam tubuh.\n\nApabila jus lengkuas ini disapu pada kulit terbakar, ini mampu melegakan rasa sakit serta menyembuhkan kulit terbakar.\n\nPelbagai sebatian bioaktif dalam lengkuas memberi kesan antiradang yang boleh melegakan bengkak dan kesakitan.\n\nAnda juga boleh mengamalkan petua tradisi menggosokkan hirisan lengkuas segar pada kulit lebih kurang 2 hingga 3 kali setiap hari bagi mengurangkan parut.\n\nLengkuas juga merupakan antiseptik dan pencuci hebat yang boleh membantu memastikan kulit bersih dan halus tanpa sebarang noda.\n\nKajian para penyelidik dari Pakistan yang diterbitkan pada tahun 2005 di jurnal Fitoterapia, merumuskan bahawa lengkuas mempunyai sifat antimikrob yang sangat baik.\n\nMereka mendapati bahawa ekstrak lengkuas berupaya membunuh pelbagai jenis dan julat mikrob seperti T. longifusus dan Lemna minor.\n\nLengkuas juga boleh digunakan sebagai petua penentang semula jadi terhadap jeragat.\n\nApabila ia disapu pada jeragat, ia akan mengurangkan jeragat cara membersihkan bakteria daripada kulit melalui mekanisme antibakteria yang terkandung di dalam lengkuas.\n\nHal ini tidak asing bagi masyarakat Melayu yang mengamalkan cara ini bagi merawat penyakit kurap dan panau yang dialami, di sebalik fakta saintifik bahawa lengkuas sangat memberikan kesan antimikrob yang baik.\n\nPerubatan Ayurveda telah menggunakan lengkuas dalam rawatan rambut dan kulit kepala. Jika minyak ekstrak lengkuas disapu pada kulit kepala, ia dikatakan mampu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pertumbuhan rambut.\n\nJika anda mengalami masalah rambut rapuh dan kering, gunakan minyak lengkuas untuk kerana mengandungi zink, vitamin dan fosforus yang diperlukan bagi memastikan rambut sihat bersinar.\n\nRizom lengkuas yang diketuk dan dicampur dengan sedikit bawang putih dan cuka dapat digunakan sebagai rawatan herpes iaitu penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus.\n\nKajian oleh para penyelidik di Nagasaki University, Jepun pada tahun 2011 melaporkan bahawa ekstrak lengkuas mampu merencat pertumbuhan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit.\n\nDidapati, komponen utama lengkuas iaitu 1\u2032-acetoxychavicol acetate mampu menghentikan replikasi virus pada peringkat mekanisme sebelum virus terus merebak dengan lebih teruk.\n\nItulah dia khasiat lengkuas yang ingin kami kongsikan kepada anda.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat kopi, khasiat madu kelulut, dan khasiat arabic gum.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Sedapkan kalau dapat makan sotong goreng tepung macam kat kedai tuh kan. Sotong goreng tepung yang rangup di luar lembut di dalam. Cicah dengan sos pun jadilah. Kalau makan dengan nasi panas lagilah naik umph orang kata. Resepi ini sangatlah sesuai untuk sesiapa yang menyesal bila order kat kedai tapi asyik-asyik dapat tepung goreng sotong jer. Buat sendiri pasti tak menyesal dah.\n\nTapi itulah ramai kan yang cakap susah lah nak buat. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Atirah Abdullah Shah Aimin di Facebook. Perkongsian beliau mendapat perhatian dari ramai orang tau. InsyaAllah menjadi. Apa lagi jom tengok resepinya.\n\n\u2013 1 biji telur gred A\n\n\u2013 Serbuk lada putih (1sudu kecil)\n\n\u2013 2 senduk besar tepung serbaguna apa-apa jenama (bestari, adabi, kentucky dan lain-lain)\n\n\u2013 3 sudu besar tepung beras\n\n\u2013 1 sudu besar tepung jagung\n\nSelamat mencuba. Selain dari resepi ini. Kami di bidadari juga ada kongsikan resepi -resepi menarik yang lain untuk dicuba. Jemput tengok dan cuba ya."
"Itulah ayat yang sering didengari apabila ibu bapa mempunyai impian mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh solehah. Tahukah anda, dalam mendidik anak menjadi anak solehah, banyak faktor yang perlu anda beri perhatian.\n\nAntara faktor-faktor yang harus anda ambil tahu adalah dari gaya pemakanan, layanan anda berikan kepada anak, cara bercakap dengan anak dan lain-lain lagi. Gaya hidup dan cara ibu bapa sendiri yang membantu membentuk anak yang solehah, idaman anda. Jom lihat 20 tips mengajar anak menjadi anak yang solehah.\n\nPerkara pertama yang perlu diterapkan dalam diri anak anda adalah agama. Elok agama, eloklah akhlaknya. Berikan didikan agama bermula sejak kecil lagi. Solatlah bersama dan berikan contoh yang baik dalam kehidupan seharian.\n\nCakaplah dengan anak anda secara sopan santun dan beradap. Dengan adanya adab, anak anda akan bercakap dengan anda dengan baik, sopan-santun.\n\nMereka akan melihat cara layanan anda terhadap orang lain. Dengan menghormati orang lain, mereka juga akan menghormati anda dan menjadi anak yang solehah.\n\nPemakanan anak penting dalam melahirkan anak yang solehah. Ya, makan makanan yang baik, jauhi makanan yang haram dan tidak sesuai dimakan oleh anak-anak serta orang Islam.\n\nAjarkan anak anda untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Dari kecil lagi, anda boleh biasakan anak menyebut Alhamdulillah. Bersyukur dapat mengajar mereka menjadi anak yang solehah yang tidak mengeluh akan apapun.\n\nAnak yang solehah pastinya akan menutup aurat mengikut apa yang diajar dalam Islam. Anda boleh mengajar anak menutup aurat sejak kecil lagi. Dengan awal didikan, anak pasti akan menjadi anak solehah.\n\nAmalan mulia seperti hormat menghormati, rajin menolong ibu bapa dan bergaul dengan baik sangat penting dalam institusi kekeluargaan. Anak yang solehah juga hadir dari terapan amalan yang mulia sebegini.\n\nAnak yang diajar dan dididik dengan penuh kasih sayang akan mempunyai hati yang lembut berbanding anak yang diajar dengan cara yang kasar. Beri kasih sayang kepada anak, barulah anak mudah menjadi anak yang solehah dan berkasih sayang.\n\nTerapkan sikap cinta Al-Quran anak bermula dari kecil lagi. Ia lebih mudah dan selamat bagi menyokong sikap anak menjadi manusia yang berguna. Al-Quran juga dapat menjadikan anak, anak yang solehah.\n\n10. Amalkan Makanan Sunnah Dan Supplemen Minda\n\nBerilah anak makanan sunnah dan supplemen minda untuk tumbesaran dan perkembangan minda yang terbaik. Antara makanan sunnah yang boleh diamalkan adalah kismis, kurma dan lain-lain lagi.\n\nCara tidur juga menentukan sikap anak. Cara tidur yang betul dapat membentuk anak yang solehah. Dari kecil lagi, ajarlah anak anda cara tidur seperti nabi.\n\nDuit sangat penting dalam hidup. Anda harus ajar anak anda menguruskan duit dengan betul. Anak yang solehah dan cerdik juga dapat membantu ibu bapa dari segi kewangan.\n\nDoakan anak anda setiap kali lepas solat atau bila-bila masa sahaja. Doa ibu tiada penghalangnya, mintalah pada Allah agar anak anda menjadi anak yang solehah.\n\n14. Layan Ibu Bapa Dengan Baik\n\nAnda sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak. Misalnya, anda melayan ibu bapa anda dengan baik. Dengan mengikuti contoh yang anda tunjukkan, anak anda mungkin cenderung melakukan apa yang anda lakukan. Justeru, akan menjadi anak yang solehah.\n\nNasihat yang bermanfaat adalah anda menasihatkan anak anda beserta sebab, jalan cerita dan hikmah nasihat tersebut. Sebagai contoh, anda meminta tolong anak, anda perlu beritahu kelebihan anak membantu ibu bapa dan lain lagi.\n\n16. Solat Taubat Dan Solat Hajat\n\nSebagai ibu bapa, anda harus meminta dengan bersungguh-sungguh supaya dikurniakan anak yang solehah. Buatlah solat taubat dan solat hajat untuk meminta kepada Allah. \n\nPastikan anak anda belajar dan tidur dengan menghadap kiblat. Semoga dengan cara itu, lebih mudah diberkati. Anak yang mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenar mudah dipupuk menjadi anak yang solehah.\n\nMengajar anak menjadi penyayang terhadap haiwan adalah satu tindakan yang sangat digalakkan. Dengan menjadi prihatin serta penyayang kepada haiwan, anak akan lebih memahami susah senang kehidupan. \n\nSalah satu cara untuk mengajar anak menjadi anak yang solehah adalah meluangkan masa bersama anak. Sama ada luangkan masa bersembang atau menonton TV, asalkan anak ada masa bersama anda bagi mengeratkan silaturrahim.\n\nPenting untuk anda pastikan anak solat di awal waktu. Dengan menjaga solat, mereka juga pasti menjaga adab. Anak yang solehah pasti akan solat di awal waktu. Jadikan ia sebagai rutin harian anak anda.\n\nItulah dia 20 cara mengajar anak menjadi anak yang solehah. Ramai tak tahu betapa pentingnya cara-cara ini diamalkan. Semoga anak anda menjadi anak yang solehah. Jom baca juga Doa anak periksa, Hadiah hari jadi anak perempuan dan Punca dan cara atasi anak tak nak makan."
"Setiap anak mempunyai perangai yang berbeza dan kerenah yang berlainan. Ada anak yang pendiam, tidak banyak ragam, ada yang kuat menangis dan hati yang sensitif, anak yang aktif berlari, berlompat dan macam-macam lagi. Boleh dibuat pening kepala ibu bapa untuk melayannya.\n\nLebih-lebih lagi anak yang semakin membesar dan mencapai umur akil baligh. Mereka akan menjadi lebih sensitif dan ingin melakukan perkara yang mereka tidak pernah buat. Jika kita memarahinya, mereka akan memberontak dan akan lakukan perkara yang tidak diingini.\n\nNamun ada caranya untuk kita lakukan kepada anak-anak sebelum mereka mencapai umur akil baligh dan menjadi lebih sensitif. Apakah caranya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sebelum anak mencapai umur akil baligh. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. \n\nCara untuk didik anak sebelum masuk umur akil baligh\n\n*Ikuti cara yang diberitahu oleh Dr. Taufiq ini, insyaallah anak akan menjadi lebih baik dan dididik dengan penuh kasih sayang. Cara ini dapat menunjukkan kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Mereka akan nampak usaha dan kasih sayang yang kita curahkan kepada mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mesti ramai yang suka kuih talam untuk dijadikan sarapan atau minum petang. Kuih talam yang digemari ramai dan diketahui umum semestinya kuih talam pandan.\n\nAda juga yang sering keliru antara kuih talam dan kuih seri muka. Kedua-duanya memang kelihatan hampir sama namun terdapat perbezaan pada lapisan bawahnya. Kuih talam menggunakan tepung pada lapisan bawah manakala kuih seri muka menggunakan pulut yang telah dikukus.\n\nKini, terdapat pelbagai jenis resepi kuih talam yang boleh anda lihat tertutama jika anda ke pasar. Kesemuanya kelihatan menarik dan mempunyai rasa yang berbeza.\n\nAnda boleh buatnya sendiri di rumah dengan resepi kuih talam yang kami kongsikan dari Facebook. Resepi-resepi ini telah banyak dikongsi dan di cuba ramai orang. Jom cubanya sekali, pasti nak lagi!\n\nPernah cuba kuih talam labu lemak manis? Jika tidak apa kata anda cuba resepi dari Raja Amanina yang dikongsikan di Facebook. Sangat mudah dan pasti menyelerakan. Jom tengok bahan-bahan dan langkah-langkah untuk buat kuih ini.\n\nBahan A:-2 cawan air-1 1/4cawan gula-secubit garam-2helai daun pandanBahan B:-2cawan tepung gandum-1/2cawan tepung beras-1/2cawan tepung jagung-2cawan santan-2cawan air-sedikit garam\n\n1. Masak hingga gula larut dan ketepikan.2. Satukan semua bahan B hingga sebati.3. Campurkan bahan A dan bahan B dan nina masak hingga sedikit pekat.4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.-1bahagian ditambahkan dengan 1/2cawan santan pekat.-1bahagian lagi masukkan sedikit pewarna kuning dan 1cawan isi labu yang direbus & dilenyek.5. Kisar adunan untuk bagi sebati dan halus.6. Panaskan kukusan dan tuang adunan ke dalam loyang yang dialas plastik.7. Kukus adunan putih lebih kurang 15 minit.8. Lapiskan pula adunan kuning dan kukus 20-30minit atau sehingga masak.9. Biarkan kuih talam sejuk sebelum dipotong.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Niessa Chang di Facebook. Ramai yang sudah mencuba resepi kuih talam yang sedap ini. Untuk resepi ini beliau menggunakan loyang bersaiz 10x10x3. Dalam masa 30 minit memasak, anda sudah boleh merasai talam kacang merah.\n\nBahan lapisan bawah:Bahan A200g kacang merah yang direndam semalaman. Kemudian rebus hingga empuk (boleh guna kacang merah dalam tin)Bahan B220g tepung beras1sdb tepung Jagung250ml santan600ml air130g gula pasir1sdt garamSetitis atau dua pewarna pink\n\nCara-cara memasak lapisan bawah:1.Bancuh bahan B dan kacau sebati.\n\n3. Masukkan kacang yang telah direbus dan gaul rata.\n\n4. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dialas dengan plastik.\n\n5. Kukus selama 25 minit.Bahan lapisan atas:180g tepung gandum230g gula pasir2 biji telur250ml santan500ml air1/2 sdt garam dan pewarna merah\n\nCara-cara memasak lapisan atas:1.Bancuh dan kisar semua bahan.\n\n2. Masukkan telur dan gaul sebati.\n\n4. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit.\n\nDah bosan minum cendol? Jom buat kuih talam cendol pula. Pasti sedap dihidangkan bersama minuman petang. Resepi mudah dan enak ini turut dikongsikan oleh Niessa Chang di halaman Facebooknya. Ini bahan-bahannya:Lapisan bawahBahan A:130g gula230g Tepung beras1sdb tepung jagung250ml santan500ml air1 sdt garamBahan B:200g cendol\n\nCara-cara memasak lapisan bawah:1.Campurkan semua bahan kecuali cendol dan gaul hingga sebati.\n\n3. Masukkan cendol ke dalam adunan dan tuang ke dalam loyang.\n\n4. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.Lapisan atasBahan A:230g gula merah500ml air(Masak gula hingga hancur dan tapis)Bahan B:180g tepung gandum250ml santan2 biji telur gred B1/2 sdt garamSedikit Esen vanilla\n\nCara-cara memasak lapisan atas:1. Campurkan bahan A bersama bahan B.\n\n2. Kacau rata kemudian masak hingga naik wap.\n\n3. Tuang ke atas lapisan bawah.\n\nResepi talam gula merah ini dikongsikan oleh Maksu Ta di halaman Facebook. Resepi paling mudah kerana bahan-bahan yang diperluka sudah pasti ada di rumah anda. Anda yang suka akan manisan memang patut cuba resepi ini.\n\n1.Masak gula merah dengan air dan daun pandan.\n\n2. Kacau hingga gula larut dan tutup api. (Tak perlu tunggu menggelegak)\n\n3. Apabila air gula sudah sejuk, tapis kan ke dalam bekas.\n\n4. Masukkan tepung-tepung dan kacau sebati.\n\n6. Kemudian masukkan ke dalam periuk atau kuali.\n\n7. Kacau sekejap di atas api yang sederhana sehingga naik wap dan tutup api.\n\n8. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang dah dilapik plastik yang telah siap disapu sedikit minyak.\n\n9.Kukus sehingga separa masak atau adunan agak keras lalu ketepikan.\n\n1.Campur semua bahan dan kacau sebati lalu tapiskannya.\n\n2. Masukkan ke dalam periuk atau kuali.\n\n3. Kacau sehingga naik wap dan tutup api.\n\n4. Angkat dan curahkan ke atas lapisan gula merah tadi.\n\n5. Kukus semula selama 15 atau 20 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.\n\n6. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.\n\nResepi ini lebih unik kerana mempunyai inti berlauk. Rasanya manis dan sedikit pedas. Memang sedap untuk dijadikan minuman petang bersama keluarga. Resepi yang disediakan oleh Zainoor Aliza Ali ini memang patut anda cuba.\n\n2. Masukkan daging cincang dan kacau rata.\n\n3. Masukkan serbuk lada hitam dan garam dan masaklah hingga sedikit kering.\n\n1. Campurkan kesemua bahan A dan kacau rata (anda boleh menggunakan mixer atau pengisar).\n\n2. Sapukan acuan atau loyang dengan sedikit minyak masak.\n\n3. Masukkan bancuhan ke dalam acuan atau loyang.\n\n4. Masukkan inti daging, daun sup, daun bawang dan sedikit cili merah.\n\n5. Setelah air kukusan mendidih, kukuslah selama 7 minit untuk acuan kecil manakala 20-25 minit untuk acuan loyang 8\u00d78.\n\nPernah rasa talam keledek ungu? Memang susah nak cari yang sudah siap di masak di kedai. Apa kata anda cuba resepi yang dikongsikan oleh Niessa Chang di Facebook. Sangat mudah kerana anda hanya perlu mengisar dan mengukus. Jom cuba!\n\nCara-cara memasak lapisan bawah:1. Kisar hingga sebati semua bahan dan tuang ke dalam loyang.2. Kukus selama 20 minit.Bahan untuk lapisan atas:\n\nCara memasak bahan lapisan atas:1. Kisar sebati dan tuang atas lapisan bawah.2. Kukus selama 20 minit.\n\nResepi kuih talam kastard jagung turut dikongsi oleh Niessa Chang. Beliau memang mempunyai kepakaran dalam membuat aneka kuih talam. Kuih talam kastard jagung tak kurang hebatnya, pasti habis satu loyang dalam sekelip mata. Jom cuba respinya!\n\nBahan-bahan untuk lapisan bawah:1 1/2 cawan tepung beras1/2 cawan tepung jagung1/2 cawan tepung kastard1 cawan gula1 cawan jagung krim manis3 1/2 cawan santanSedikit perwarna orenSedikit garamCara Menyediakan Lapisan Bawah:1. Satukan kesemua jenis tepung dalam sebuah mangkuk.2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.3. Gaul sebati dan tapiskan.\n\n4. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap.\n\n5. Masukkan jagung krim dan gaul sehingga sebati.6. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak.\n\n7.Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.Bahan-bahan untuk lapisan atas:2 cawan santan pekat1 cawan airPasta jagung1 cawan tepung gandum2 sudu besar tepung jagung1 sudu besar tepung ubi2 biji telur2 sudu besar gula pasirSecubit garamSesikit pewarna kuningCara Menyediakan Lapisan Atas:1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah mangkuk.\n\n2. Gaul sebati atau kisar kesemuanya.3. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil.4. Cakar-cakarkan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.\n\nMudahkan resepi kuih talam yang kami kongsikan untuk anda. Paling penting pasti tak menyesal kerana enak. Patutlah ramai yang berkongsi resepi tersebut di Facebook. Apa tunggu lagi? Jom sediakan bahan untuk membuat kuih talam dan dihidangkan buat keluarga.\n\nJom cuba resepi lain yang enak, mudah dan pasti menambah selera seperti:"
"Bagi ibu mengandung, minum air gula merupakan salah satu daripada prosedur yang boleh menjadi mimpi ngeri. Berpuasa sebelum minum air gula mungkin takde masalah, tapi untuk minum air gula itu sendiri, mak aihh boleh termuntah dibuatnya. Dalam keadaan perut tengah kosong akibat berlapar, tiba-tiba masuk pula air gula dengan rasa macam tu, jenuh tahan daripada termuntahkan semula air gula yang diminum.\n\nDulu-dulu takde prosedur minum air gula untuk ibu mengandung. Baru beberapa tahun kebelakangan ini sahaja prosedur ini wujud di Malaysia. Pastinya anda tertanya-tanya apa benda air gula yang wajib diminum tu? Siapa yang kena minum? \n\nApa tujuan minum air gula semasa mengandung? Kalau termuntah atau sengaja tak minum adakah ianya merbahaya? Paling penting sekali, ada tak tips supaya tak termuntah semasa minum air gula?Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info lengkap tentang minum air gula semasa mengandung. \n\nApakah dia prosedur minum air gula semasa mengandung?\n\nMinum air gula atau\u00a0nama lainnya Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) adalah prosedur yang dilakukan ke atas ibu mengandung yang mempunyai risiko mendapat kencing manis semasa mengandung atau\u00a0diabetes gestasi. Apabila seorang ibu mengandung minum air gula yang disediakan, ujian yang dilakukan akan mengesan sekiranya ibu tersebut mengalami kencing manis semasa mengandung.\n\nIni kerana mengesan masalah kencing manis semasa mengandung pada tahap awal adalah sangat penting agar ianya dapat dipantau dan dikawal. Kencing manis semasa mengandung yang tidak dikawal akan menyebabkan berlakunya komplikasi yang buruk seperti pre-eclampsia yang boleh menjejaskan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.\n\nSiapakah yang perlu minum air gula semasa mengandung?\n\nMenurut prosedur yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ibu-ibu meengandung wajib minum air gula sekiranya rekod mendapati bahawa beliau jatuh ke dalam salah satu daripada kategori berikut:\n\nBagaimanakah prosedur minum air gula untuk ibu mengandung dilakukan di klinik?\n\nBagi ibu yang mengandung buat kali pertama dan belum pernah minum air gula semasa mengandung, pastinya anda ingin tahu bagaimanakah prosedur minum air gula semasa mengandung dilakukan. Apakah langkah-langkahnya? Untuk makluman anda, prosedur minum air gula buat ibu mengandung adalah seperti berikut:\n\nTips penting supaya tak muntah semasa minum air gula\n\nKami nak berkongsi tips penting yang membantu anda supaya tak muntah semasa minum air gula. Kalau anda termuntah, anda perlu minum semula air gula tadi. Lagi susah kan? Apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nItulah dia info tentang minum air gula semasa mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Kami doakan semoga anda baik-baik sahaja semasa melakukan ujian minum air gula nanti. \n\nJangan lupa amalkan tips yang kami kongsikan tadi. Insya Allah ianya sangat membantu. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang susu kambing untuk ibu mengandung, alahan ibu mengandung, dan khasiat safron untuk ibu mengandung."
"Tubuh\u00a0seorang wanita Islam muslimah tidak boleh dipandang dengan sewenang-wenangnya oleh sesiapa saja. Tubuh wanita muslimah ini\u00a0seluruhnya\u00a0aurat\u00a0bagi lelaki bukan mahramnya. Ia tidak boleh dipandang apatah lagi disentuh oleh lelaki bukan mahramnya kerana itu tergolong sebagai satu dosa besar. \n\nMaksudnya:\u00a0\u201cSeorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.\u201d\u00a0[HR Muslim].\n\n\u0639\u0646\u0650 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a \u0633\u064e\u0639\u0650\u064a\u062f\u064d \u0627\u0644\u0652\u062e\u064f\u062f\u0652\u0631\u0650\u064a\u0650\u0651: \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e:\n\n((\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0646\u0652\u0638\u064f\u0631\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u064f\u0644\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0648\u0652\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u064f\u0644\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u0623\u064e\u0629\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0648\u0652\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u0623\u064e\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0641\u0652\u0636\u0650\u064a \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u064f\u0644\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u064f\u0644\u0650 \u0641\u0650\u064a \u062b\u064e\u0648\u0652\u0628\u064d \u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u064d\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0641\u0652\u0636\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u0623\u064e\u0629\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u0623\u064e\u0629\u0650 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u062b\u064e\u0651\u0648\u0652\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u0650)) [\u0635\u062d\u064a\u062d \u0645\u0633\u0644\u0645]\n\nPara Ulama\u2019 bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA pula adalah untuk seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59 serta riwayat beberapa buah hadith.\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0628\u0652\u062f\u0650\u064a\u0646\u064e \u0632\u0650\u064a\u0646\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f\u0646\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0638\u064e\u0647\u064e\u0631\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0636\u0652\u0631\u0650\u0628\u0652\u0646\u064e \u0628\u0650\u062e\u064f\u0645\u064f\u0631\u0650\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u062c\u064f\u064a\u064f\u0648\u0628\u0650\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651\n\nMaksudnya: \u201c{Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada}.\u201d [An-Nur: 31].\n\nSiapakah Yang Dikatakan Sebagai Golongan Mahram Bagi Wanita Ini?\n\nSebagai seorang muslim, ya tidak dinafikan perlu menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam agama. Perlu juga untuk selalu menjaga aurat sepanjang masa. Dan sudah jelas dan nyata yang batas aurat wanita adalah muka dan tapak tangan saja boleh didedahkan. Namun bagaimana pula jika perlu mendapat rawatan? \n\nIslam Membenarkan Jika Sedang Berada Di Dalam Keadaan Darurat\n\nSebenarnya, batasan aurat ini juga boleh terangkat hukumnya jika berlaku darurat. Darurat ini termasuklah di ketika berlaku kecemasan termasuklah juga ketika ingin mendapatkan rawatan daripada doktor. Tetapi adalah lebih afdal jika berusaha dulu mendapatkan rawatan daripada doktor wanita. \n\nAkan tetapi jika perlukan khidmat daripada hospital kerajaan misalnya yang agak susah untuk meminta itu dan ini dengan sewenang-wenangnya maka berubat saja daripada doktor lelaki yang bertugas.\n\nContoh paling mudah di dalam keadaan darurat ini adalah untuk wanita yang sudah sampai masa untuk melahirkan anak (bersalin). Si ibu pergi ke hospital dan di saat sedang bertarung nyawa ditakdirkan berlakunya sedikit komplikasi. \n\nKebetulan pula doktor pakar yang bertugas pada waktu itu adalah lelaki, jadinya si ibu sekarang sedang berada di dalam keadaan darurat. Meskipun doktor itu lelaki namun khidmatnya amat diperlukan bagi membantu menyelamatkan nyawa ibu dan anak.\n\nBegitu juga jika bukan sakit bersalin sekalipun di mana kehadiran seorang pembantu yang mahir diperlukan maka walaupun beliau adalah lelaki, khidmatnya amat diperlukan bagi meneruskan sesi perubatan tersebut. Di sini jelaslah bahawa Islam bukanlah satu agama yang menyusahkan sebaliknya Islam adalah satu agama yang boleh membantu memberi garis panduan dalam hidup dengan cara yang sangat teratur dan seimbang. \n\nBuktinya, penggunaan hukum darurat bagi menjaga aurat semasa mendapatkan rawatan sebegini tidak terpakai secara langsung sebaliknya hukum darurat ini digunapakai secara tidak langsung apabila ketidakhadiran orang yang mahir (samada lelaki atau wanita). Ianya adalah sangat diperlukan dalam sesuatu situasi yang boleh mengakibatkan nyawa si ibu, si anak atau si pesakit yang sedang terancam. \n\nKeringanan Ini Turut Disebut Sebagai Rukhsah \n\nBatasan hukum penjagaan aurat dalam bidang perubatan ini boleh diletakkan sebagai rukhsah. Maksud bagi rukhsah ini adalah satu keringanan yang dibenarkan syariat atas keadaan-keadaan tertentu. \n\nKeringanan atau rukhsah ia adalah suatu bentuk kemudahan yang diberikan oleh Islam bagi setiap hambaNya yang sedang berada pada keadaan tertentu yang boleh dikategorikan sebagai darurat, di ambang bahaya dan boleh membawa maut. \n\nRukhsah ini bukan saja untuk aurat ketika mendapat rawatan dalam keadaan darurat, malah ia turut boleh digunakan dalam keadaan yang lain seperti : \n\n1- seorang pesakit atau musafir boleh mengambil wudhu dalam bentuk tayammum dengan menggunakan debu disebabkan tidak boleh terkena air ataupun tidak adanya air yang digunakan untuk berwudhu. \n\n2- doktor yang sedang melakuka pembedahan ke atas pesakit diberi kelonggaran untuk jamak solatnya\n\n3- pengguguran kewajiban solat jum\u2019at kepada orang yang sakit kronik. Dibolehkan juga solat sesuai dengan kemampuan bagi seseorang yang dalam keadaan sakit dan yang lainnya. \n\n4- seorang musafir di beri kelonggaran untuk jamak / qasar solatnya bagi meringankan atau memudahkannya menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, qasar solat empat rakaat menjadi dua ketika dalam keadaan musafir. \n\nItulah serba sedikit mengenai batas aurat wanita ketika sedang menerima rawatan. Bagi yang pernah tertanya-tanya, apakah hukum membenarkan seorang doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sewaktu bersalin serta bagaimana aurat wanita dalam perubatan? Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info pada yang memerlukan."
"Skincare atau produk dari Korea sememangnya menjadi pilihan ramai wanita yang inginkan kecantikan kulit putih dan licin. Sudah menjadi trend, rata-rata wanita pasti ingin mencuba gunakan produk korea. \n\nAnda juga boleh dapatkan produk Korea di Watson dan ianya ada. Jom kenali antara jenama produk Korea di Watson terbaik yang boleh anda cuba dan guna.\n\nProduk Korea di Watson ini membolehkan anda dapatkan secara satu item ataupun pembelian set. Set mini amat sesuai untuk dicuba bagi melihat kesan pertama kali anda memakainya. Namun, pastinya kulit wajah anda lebih cantik, berseri-seri dan bersih.\n\nAnda boleh memilih untuk memakai toner, spot essence, lotion, cream dan lain-lain secara berasingan. Namun, yang terbaik adalah anda menggunakan semua sekali dalam 1 set. \n\nProduk Korea di Watson yang selamat dan berkesan ini terdiri daripada beberapa item seperti pencuci muka, toner, gel untuk jerawat, blemish cream dan macam-macam lagi. \n\nAnda boleh gunakan set ini secara konsisten, pasti berhasil! Ia merupakan produk korea yang sangat berkualiti dengan harga yang mampu milik. Cosrx ini juga sesuai untuk kulit kering, jerawat dan berminyak. \n\nSome by Mi merupakan produk Korea di Watson pilihan ramai terutamanya orang Malaysia. Ia meliputi serum, sabun, pencuci wajah dan juga toner. Kandungan produk penjagaan wajah ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal dan bermasalah seperti jerawat dan berminyak. \n\nProduk Korea di Watson ini telah diformulasi untuk semua jenis kulit dari segi kesesuaiannya. Ia membantu mengatasi masalah penuaan seperti kulit kedut, bergaris halus, kulit kering dan nampak kusam.\n\nSelain itu, ia juga dapat melembabkan kulit serta membaiki tona warna kulit anda. Kandungan Quatro Ampoule ini juga amat membantu untuk membekalkan nutrisi untuk kulit lebih sihat dan cantik. Ia mudah diserap dan sangat berbaloi untuk anda cuba!\n\n5. Corsx Salicylic Acid Daily\u00a0cleanser \n\nJenama Corsx sangat terkenal sebagai keluaran produk Korea di Watson. Corsx Salicylic Acid Daily\u00a0cleanser boleh digunakan secara rutin dengan 2 kali pakai setiap hari. \n\nSegala kotoran dan lapisan sel kulit mati akan dihapuskan dengan sel kulit baharu. Kulit juga akan bebas dari sebarang radikal bebas dan kotoran. Kandungan cleanser ini memudahkan segala kotoran pori-pori disingkirkan dengan mudah. \n\n6. Jayjun Collagen Skin Fit Mask\n\nJayjun Collagen Skin Fit Mask adalah face mask yang boleh anda gunakan untuk segarkan wajah dan atasi masalah kulit. Kolagen yang terkandung dalam face mask ini berfungsi mencerahkan kulit secara semulajadi. \n\nIa sangat kaya antioksidan dan sesuai untuk kulit kusam, berminyak, menua, berjerawat dan berjeragat. Produk Korea di Watson ini boleh digunakan setiap 1 minggu sekali atau dua kali untuk buang sel kulit mati.\n\n7. Klairs Freshly Juice Vitamin Drop\n\nSarat dengan kandungan vitamin, Klairs Freshly Juice Vitamin Drop ini adalah salah satu produk korea di watson yang boleh anda cuba. Ia adalah serum yang menggunakan teknologi penstabilan hibrid dengan pengaktifan L-Ascorbic Acid kepada kulit \n\nUntuk pengetahuan anda, serum ini menjadikan warna kulit anda lebih sekata dan tidak bercapuk. Ia juga melindungi kulit dari cela cahaya matahari dan terbakar. Masalah kulit seperti ekzema dan psoraisis juga dapat diatasi dengan baik. \n\nProduk korea di Watson ini mempunyai kandungan ekstrak bunga Bitter Orange dan 7 Vitamin Complex yang segar. Essence ini sangat bagus untuk kulit kusam, kering dan tidak bermaya. \n\nMemakai serum vitamin Essence akan menjadikan kulit tampak berseri-seri, cerah dan licin. Serapan vitamin ke wajah akan membantu mengurangkan penuaan, kedutan, minyak berlebihan dan toksid pada wajah.\n\n9. Yadah Pore Refining Foam Cleanser\n\nJenama Yadah yang merupakan produk Korea di Watson ini adalah sejenis pencuci wajah yang semulajadi. Ia menggunakan kandungan terbaik seperti putih telur yang berfungsi menyingkirkan segala kotoran pada wajah dan liang pori terbuka dan sebum. \n\nKulit akan lebih segar, tegang dan lebih selesa setelah menggunakannya. Tahukah anda, ia juga menggunakan air bunga Nelumbo Nucifera untuk memastikan kulit licin dan kekal berseri. \n\n10. By Wishtrend Mandelic Acid 5% Skin Prep Water\n\nPernah guna toner daripada By Wishtrend ini? Produk Korea di Watson ini mengandungi kandungan Mandelic Acid 5% iaitu salah satu ramuan AHA yang melindungi masalah kulit berlaku. Ia adalah sebuah toner exfoliate yang membantu mengeluarkan sel kulit mati dan membaiki tona warna kulit.\n\nPenuh dengan Vitamin, toner ini turut menjadikan kulit lebih sihat, cantik dan lembab. By wishtrend Mandelic ini juga sesuai digunakan bagi anda yang mengalami masalah kulit. \n\n11. THANK YOU FARMER Sun Project Shimmer \n\nCream Thank you Farmer ini memiliki SPF30 PA serta menggunakan 100% bahan semulajadi botanikal tanpa sebarang bahan kimis. Ia amat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit gatal atau iritasi. \n\nIa sangat ringan dan selesa dipakai pada kulit wajah. Dengan ekstrak Shea Butter, Omega Oil dan lain-lain lagi, kulit akan terlindung dari cahaya matahari dan radikal bebas. \n\nJenama ini menyajikan kualiti produk yang sememangnya mahal dan mewah. Kandungan bahan yang digunakan juga sangat menarik iaitu emas dan berlian. Kandungannya yang mempunyai ekstrak aloe vera dapat melembapkan kulit dan memberikan teksture yang ringan kepada penggunanya. Kandungan air glasier dan emas dapat memberikan kesan penyejukan.\n\nGel Aloe Emas merupakan produk paling wangi daripada ketiga pilihan yang ada. Mempunyai bau bunga yang lembut serta merupakan pengganti losyen yang bagus. Wangian gel juga akan tetap melekat pada kulit memberikan anda rasa segar dan nyaman.\n\nJenama Korea yang viral sejak kebelakangan ini kerana effect yang luar biasa kepada pengguna. Produk ini mampu menyelesaikan masalah kulit, jeragat, bitnik hitam dan kulit kusam. Produk ini juga dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi yang juga sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetes.\n\nKandungan camu-camu dan vitamin C yang pastinya dapat menghalang enzim tyrosnise yang menghasilkan melanin. Hal ini pastinya dapat membantu mencegah pengeluaran bintik hitam serta hiperpigmentasi. Lebih menarik lagi, produk ini juga membantu mencerahkan kulit anda serta bertindak sebagai anti penuaan.\n\n14. Secret Nature Volcanic Ash Pore Pack\n\nTanah abu gunung berapi terdiri daripada Natrium bentonit. Bahan ini mengandungi cas negatif yang kuat yang mengikat dengan cas positif dalam toksin. Bahan ini membantu menghilangkan semua kekotoran. Oleh itu, tanah liat abu gunung berapi digunakan secara meluas sebagai bahan semula jadi.\n\npembersih kulit yang membersihkan, menyucikan dan menyahtoksik kulit. Tanah liat ini kaya dengan mineral, dan mempunyai ciri antibakteria, antikulat dan antivirus. Produk ini diletakkan dalam bekas dan berat sebanyak 100g. Produk ini disertakan dengan sudu. Setelah memakainya, ia akan mengambil masa selama 15 minit untuk mengering.\n\nSesuai digunakan bagi mereka yang berkulit jerawat, mengecutkan liang pori dan menghalang pembentukan bakteria yang boleh menyebabkan iritasi atau bintik hitam.\u00a0 Tambahan pula, Volcanic Ash Pore Pack ini mempunyai bahan-bahan semula jadi seperti Aloe Vera, Green Tea, dan Brocolli. Ianya akan membantu dalam melembap, menenangkan serta menjaga keanjalan kulit wajah anda.\n\nProduk ini telah ditambah baik dengan menambah 2 lagi penapis UV dan beberapa penapis yang sangat menarik yang anda jarang lihat dalam penjagaan kulit Korea. Produk ini menawarkan perlindungan SPF 50+ PA++++ yang telah disahkan di Korea dan di Sepanyol. Penggunaan Tinosorb M dan Iscotrizinol sebagai penapis baru menjadikan produk ini sangat menarik.\n\nProduk ini bebas daripada pewangi, alkohol serta minyak pati yang mampu menyebabkan kulit menjadi kering. Teksturenya yang bagus menjadikan produk ini menyerap dengan baik ke dalam kulit. Kulit juga akan terasa lebih ringan dan lembap. Sesuai bagi mereka yang mempunyai jenis kulit combination dan kering.\n\nItulah dia antara produk Korea di Watson yang boleh anda dapatkan. Semuanya dipercayai dan boleh anda cuba. \n\nJom baca juga smartphone terbaik Malaysia bawah rm2000, smartphone terbaik Malaysia bawah rm 1000, smartphone terbaik 2019 malaysia dan smartphone terbaik malaysia bawah rm500."
"Adakalanya sebagai wanita, (dan sebagai insan biasa yang sering terlupa untuk bersyukur), saya selalunya merasakan bahawa didatangi haid setiap bulan adalah sangat merimaskan.\n\nBadan yang letih, tidak selesa, sakit belakang, senggugut, ditambah lagi dengan emosi yang tidak stabil menyebabkan minggu tersebut dijalani dengan tidak bersemangat. Dan perkara tersebut terpaksa dilalui setiap bulan!\n\nDisaat saya sedang giat menghafaz Al-Quran, atau saya sedang cuba menghabiskan 30 Juz Al-Quran di bulan Ramadhan, didatangi haid dilihat sebagai mengganggu.\n\nSaya pasti, mesti ramai yang terfikir sekali sekala, mengapa wanita Muslim tidak dibenarkan beribadat semasa didatangi haid? Bukan niat untuk mempersoalkan hukum Allah, tetapi saya yakin, pasti ada hikmah disebalik larangan tersebut.\n\nMengapa Wanita Muslim Tidak Dibenarkan Beribadah Sewaktu Didatangi Haid?\n\nBenar, bukanlah 100% benar wanita Muslim tidak dibenarkan beribadah sewaktu didatangi haid. Mereka hanya tidak dibenarkan untuk mengerjakan solat, berpuasa dan membaca ayat suci al-Quran sepanjang tempoh tersebut.\n\nMereka masih boleh berzikir, berdoa dan bermunajat. Amalan tersebut masih boleh mendatangkan pahala dan masih mendekatkan diri kita pada Allah.\n\nNamun saya akui, adakalanya saya tertanya-tanya sendiri, mengapa tak boleh solat? Adakah kami dikatakan kotor dan menjijikkan sewaktu didatangi haid? Mengapa? Mengapa?\n\nSeringkali, suami saya menasihati, \u201cjangan sekali-kali bersangka buruk dengan Allah\u201d. Disebabkan itu, saya sudah berhenti bertanya. Namun baru-baru ini, saya terbaca suatu artikel yang menjawab segala persoalan saya selama ini.\n\nBenarlah kata suami, jangan buruk sangka dengan Allah s.w.t. Pasti apa yang ditetapkan-Nya terselit beribu hikmah.\n\n\u201cDialah yang menjadikan segala yang di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikannya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu\u201d\u00a0(Al-Baqarah: 29)\n\nAllah s.w.t merupakan pencipta kita semua, pencipta alam semesta ini. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.\n\nSeorang wanita, semasa dalam tempoh haid, menjalani suatu perubahan tingkah laku, emosi, dan psikologi, disebabkan oleh pembebasan hormon estogene diwaktu itu.\n\nDisebabkan perubahan ini, semestinya, wanita tersebut sedikit terganggu dari segi mental. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dengan kajian statistik yang dilakukan terhadap wanita. Didapati bahawa, kebanyakan daripada jenayah yang dilakukan oleh wanita, berlaku semasa tempoh mereka didatangi haid.\n\nDalam Islam, adalah penting bagi seseorang melakukan ibadah dalam keadaan tenang dan khusyuk.\n\nPeliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk (Al- Baqarah: 238)\n\nDi dalam Al-Quran, berulang kali Allah s.w.t menekankan solat dalam keadaan yang khusyuk. Jadi sekiranya wanita tidak berada dalam keadaan emosi yang stabil, bagaimana untuk khusyuk dalam beribadah? Sesungguhnya, Allah s.w.t Maha Mengetahui.\n\nWahai wanita, janganlah bersedih kerana tidak dapat mengerjakan solat dan membaca Al-Quran sewaktu didatangi haid. Ketahuilah, ia merupakan fasa yang normal.\n\nSaya berikan analogi mudah. Seorang pesakit kencing manis dilarang oleh doktor untuk mengambil sebarang makanan manis sehinggalah kandungan gulanya berada ditahap yang rendah.\n\nUntuk manusia normal, makanan manis tidak memudaratkan mereka. Tetapi untuk pesakit tersebut, makanan itu memudaratkan kesihatannya. Sekiranya beliau tidak mematuhi arahan doktor tersebut, adakah sakitnya akan menjadi lebih elok? Tentu tidak, bukan?\n\nBegitu juga dengan kita, sebagai manusia. Sekiranya Allah s.w.t melarang kita melakukan sesuatu, pasti ada penyebab dan seribu hikmah disebaliknya. Allah s.w.t merupakan pencipta kita, semestinya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita, lebih baik dari walau dihimpunkan semua doktor di dunia ini.\n\n\u201cBoleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui\u201d (Al-Baqarah: 216)\n\nIslam bukan sekadar satu agama, Islam melengkapkan hidup kita.\n\n\u201cAllah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya\u201d (Al-Baqarah: 286)\n\nSekiranya wanita itu didatangi haid atau sedang hamil, dia tidak perlu menjalani ibadah puasa. Dia boleh berpuasa bila-bila masa nanti, iaitu sewaktu dia dalam keadaan lebih sihat. Begitu juga dengan ibadah solat. Dia tidak perlu menjalaninya, dan tidak perlu juga menggantikannya.\n\nLihat, Islam itu indah dan mudah, bukan? Benar, Allah s.w.t menjadikan manusia untuk menyembah-Nya, tetapi Allah s.w.t tidak memaksa hamba-Nya\u00a0mengerjakannya diwaktu hamba-Nya tidak mampu."
"Gripe water merupakan salah satu petua hilangkan kembung bayi yang paling popular dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Tidak mengira bangsa, gripe water digunakan sejak dulu lagi. Biasanya anak yang mengalami kekembungan akan meragam dan menangis dengan teruk terutamanya pada waktu malam.\n\nIbu bapa yang anaknya menderita dan meragam disebabkan oleh kembung biasanya akan mencari dan mencuba apa pun petua yang ada asalkan bayi kesayangan kembali sihat seperti biasa, termasuklah memberikan gripe water kepada bayi yang baru lahir. Persoalannya, adakah memberikan gripe water kepada bayi untuk menghilangkan masalah kembung selamat atau tidak? Adakah ianya merbahaya kepada kesihatan bayi anda?\n\nMungkin anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan gripe water? Mungkin selama ini anda langsung tidak pernah mendengar nama minuman ini dan secara tiba-tiba apabila bayi anda mengalami masalah kembung, perkataan gripe water sentiasa disebut-sebut sebagai petua hilangkan kembung bayi yang paling berkesan.\n\nYang sebenarnya gripe water telah wujud di negara barat sejak zaman dahulu lagi. Menurut sejarah, resepi gripe water yang pertama di dunia telah dicipta di England oleh seorang ahli farmasi yang bernama William Woodward pada tahun 1851. \n\nDi antara bahan utama yang terdapat didalam gripe water ialah:\n\nMenurut penciptanya, gripe water sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak termasuk bayi yang baru dilahirkan. Ianya adalah selamat. Untuk bayi, di antara kebaikan gripe water ialah bagi:\n\nUntuk pengetahuan anda, resepi asal gripe water mengandungi alkohol namun kebanyakan gripe water moden yang dijual di pasaran tidak lagi mengandungi alkohol. Namun anda dinasihtkan untuk berhati-hati dan memeriksa kandungan gripe water sebelum membeli. Pastikan jenama gripe water yang anda pilih tidak mengandungi alkohol atau sukrosa yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda.\n\nAdakah gripe water benar-benar berkesan untuk menghilangkan masalah kembung bayi berdasarkan kajian saintifik?\n\nSetakat hari ini tiada sebarang bukti dari kajian saintifik yang membuktikan bahawa gripe water benar-benar berkesan untuk menghilangkan masalah kembung pada bayi. Keberkesanan gripe water adalah berdasarkan kata-kata mulut dari satu generasi ke generasi yang lain. Juga testimoni dari ibu bapa yang berjaya menghilangkan kembung bayi mereka dengan menggunakan gripe water.\n\nTahukah anda bahawa ramai doktor yang mencadangkan gripe water bagi mengatasi masalah bayi kembung walau pun WHO & BFHI iaitu dua badan besar dunia telah menggariskan bahawa tiada sebarang cecair atau makanan tambahan boleh diberikan kepada bayi yang berumur dibawah 6 bulan.\n\nAdakah gripe water selamat untuk diberikan kepada bayi? Adakah ia boleh menjejaskan kesihatan bayi anda?\n\nSeperti yang kami nyatakan di atas tadi, setakat ini tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikan bahawa gripe water berkesan untuk mengatasi masalah kembung pada bayi. Malah kajian mendapati bahawa gripe water asalnya dicipta untuk menghilangkan fen fever iaitu sejenis demam seperti malaria, dan bukannya untuk menghilangkan kembung.\n\nKajian juga mendapati bahawa gripe water yang mengandungi alkohol adalah tidak selamat untuk bayi kerana kandungan alkoholnya yang sangat tinggi iaitu hampir 7%. Kandungan 7% alkohol boleh menyebabkan ketagihan kepada orang dewasa. Bayangkan kesannya jika diberikan kepda bayi yang baru lahir. Pastinya bayi anda akan menjadi ketagih kepada gripe water, malah lebih teruk daripada seorang dewasa.\n\nMalah kajian yang sama mendapati bahawa bayi yang diberikan gripe water berhenti menangis bukannya sebab kembung sudah hilang, tapi kerana bayi anda mabuk akibat alkohol didalam gripe water yang anda berikan. Adakah alkohol merbahaya kepada seorang bayi? Seperti yang kita sedia maklum, alkohol boleh menjejaskan kesihatan seorang dewasa. Maka ia bermaksud alkohol dalam gripe water sangat menjejaskan kesihatan bayi anda.\n\nSeperti yang kami nyatakan di atas, kebanyakan gripe water moden tidak lagi mengandungi alkohol. Mungkin anda akan menarik nafas lega. Namun, ketahuilah bahawa alkohol yang merupakan di antara bahan utama gripe water tidak boleh dikeluarkan daripada resepi tanpa diganti dengan bahan yang lain. Jadi, apakah bahan yang dimasukkan kedalam gripe water sebagai pengganti alkohol? Jawapannya ialah Sodium Bikarbonate.\n\nKandungan Sodium Bikarbonate yang tinggi didalam gripe water dan penggunaan yang berterusan boleh menyebabkan bayi anda mengalami masalah alkalosis dan milk alkali syndrome yang sangat merbahaya kepada seorang bayi.\n\nApakah tips sekiranya anda ingin memberikan gripe water kepada bayi anda?\n\nJika anda memilih untuk memberikan gripe water kepada bayi anda, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda amalkan. Tips yang pertama ialah gripe water yang dijual di pasaran adalah terbahagi kepada kepada 3 jenis iaitu: \n\nPilih gripe water yang hanya menggunakan bahan semulajadi atau Hemopati. Kebanyakkan gripe water jenis supplement tambahan tidak mendapat kelulusan dari FDA dan gripe water dari dadah tiruan boleh memberikan kesan negatif kepada bayi anda. \n\nTips kedua ialah jangan beli gripe water yang memerlukan anda memberinya secara tetap atau regular dosing kepada bayi anda sehingga menyebabkan bayi anda bergantung kepada gripe water tersebut.\n\nItulah dia info tentang gripe water untuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang cara hilangkan kahak bayi, cara sendawakan bayi dan punca pembuangan bayi"
"Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji adalah perayaan terbesar yang disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah pada setiap tahun. Pada hari tersebut, umat Islam disunatkan untuk mengerjakan solat sunat Aidiladha.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara solat sunat Aidiladha yang tepat dengan beberapa kelebihannya.\n\nSolat sunat Aidiladha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan pada pagi Hari Raya Korban / Haji (10 Zulhijjah) setiap tahun dan diikuti dengan 2 khutbah.\n\nHadis tentang perintah melaksanakan solat hari raya\n\nSebuah hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin \u2018Ubaidillah R.A beliau berkata : \u2018\u2019Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan bertanyakan tentang Islam. Kemudian Rasulullah SAW menjawab :\n\nMaksudnya:\u00a0(Kamu perlu) melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.\n\nKemudian lelaki itu bertanya: \u2018\u2019Adakah menjadi kewajipan ke atasku solat selainnya ?\u2019\u2019. Maka Nabi SAW menjawab :\n\nMaksudnya:\u00a0Tidak, kecuali kamu ingin mengerjakan solat sunat.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 46 dan Muslim, No. 11)\n\nDemikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh \u2018Ubadah Ibn Al-Somit RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :\n\n\u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u064f \u0635\u064e\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d \u0643\u064e\u062a\u064e\u0628\u064e\u0647\u064f\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650 \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064f\u0636\u064e\u064a\u0650\u0651\u0639\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0646\u064e\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0626\u064b\u0627 \u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u062e\u0652\u0641\u064e\u0627\u0641\u064b\u0627 \u0628\u0650\u062d\u064e\u0642\u0650\u0651\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u064c \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650 \u0628\u0650\u0647\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0641\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u064c \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0627\u0621\u064e \u0639\u064e\u0630\u064e\u0651\u0628\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0627\u0621\u064e \u0623\u064e\u062f\u0652\u062e\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e\n\nMaksudnya:\u00a0Allah SWT mewajibkan lima solat ke atas hamba Nya. Sesiapa yang melakukannya tanpa meninggalkan sedikit pun kerana meringan-ringankannya, Allah SWT menjanjikannya masuk syurga. Manakala sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa kepadanya. Sekiranya Allah kehendaki, Dia akan mengazabnya dan sekiranya Allah kehendaki, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1420)\n\nJusteru, berdasarkan beberapa riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa selain dari solat fardhu lima waktu, solat-solat yang lain itu adalah termasuk dalam bahagian solat sunat dan antaranya juga adalah solat hari raya.\n\nHukum pelaksanaan solat hari raya aidiladha\n\nHukum\u00a0bagi mengerjakan solat sunat ini adalah\u00a0sunat muakkad iaitu sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.\n\nHukum pelaksanaan solat hari raya bersendirian\n\nHukum menunaikan solat hari raya di rumah sama ada secara bersendirian atau secara berjemaah adalah harus dan sah. Juga disunatkan untuk berkhutbah bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah.\n\nNamun demikian, bagi yang melakukannya secara bersedirian, tidak dituntut untuk berkhutbah.\n\nSolat sunat ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Lafaz niat bagi yang mengerjakan solat ini secara berjemaah adalah seperti berikut:\n\n\u0627\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649\u0652 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0639\u0650\u064a\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0652\u0644\u0627\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 / \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627\u00a0 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\nMaksudnya: \u201cSahaja aku solat sunat hari raya Aidiladha dua rakaat sebagai imam / makmum kerana Allah Taala\u201d\n\nLafaz niat bagi yang mengerjakan solat ini secara bersendirian adalah seperti berikut:\n\n\u0627\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649\u0652 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0639\u0650\u064a\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0652\u0644\u0627\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\nMaksudnya: \u201d\u00a0Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.\u201d\n\nBerdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mus\u2019ab RA:\n\n586 \u2013 \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0628\u0652\u0646\u0650 \u0634\u0650\u0647\u064e\u0627\u0628\u064d\u060c \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0647 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0645: \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650\u060c \u0648\u064e\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0623\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u062e\u064f\u0637\u0652\u0628\u064e\u0629\u0650.\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cDari Ibnu Shihab bahawa Rasulullah SAW Solat di Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha sebelum khutbah.\u201d\u00a0\u2013 (Muwattho\u2019)\n\nBerikut adalah beberapa kelebihan solat hari raya yang boleh anda perolehi:\n\nSolat hari raya merupakan salah satu ibadah yang dilakukan bersama-sama oleh umat Muslim. Ia menjadi sebab berkumpulnya keluarga dan kerabat yang mungkin tidak dapat sering bertemu sepanjang tahun. \n\nMelalui solat ini, hubungan antara nggota keluarga dipererat dan tali silaturahim menjadi lebih kuat.\n\nSolat hari raya diadakan dengan menyatukan umat Muslim dalam kegiatan ibadah yang sama. \n\nSuasana ibadah bersama ini memberikan kebahagiaan dan keceriaan tersendiri, di mana setiap orang merasakan kehadiran dan kebersamaan bersama para jemaah.\n\nHari raya merupakan momen untuk bersyukur atas nikmat dan rahmat Allah SWT. Solat hari raya mengingatkan umat Muslim tentang pentingnya bersyukur atas segala kurnia yang diberikan Nya. \n\nIa juga mengajarkan kita untuk tidak mengabaikan keberkahan yang telah diberikan dalam hidup kita.\n\n4. Menyucikan diri dan menebus dosa\n\nSolat hari raya juga memberikan kesempatan kepada umat Muslim untuk membersihkan diri dari dosa-dosa yang telah dilakukan sebelumnya. \n\nDalam momen ini, umat Muslim diharapkan dapat bertaubat dengan sungguh-sungguh dan menebus dosa-dosa mereka melalui solat yang dilaksanakan dengan penuh kesungguhan.\n\nSelain dari cara solat sunat aidiladha ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan solat sunat seperti:"
"Jom cuba resepi nasi lemak kukus ini. Siapa yang tak suka nasi lemak, makanan khas malaysia ini memang sangat senang dijumpai. Rata-rata semua orang melayu menyukai nasi lemak. Nasi lemak menjadi makanan yang sangat lazim dan banyak yang menjual di kedai-kedai melayu.\n\nNasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.\n\nNasi lemak dapat dibeli di gerai-gerai tepi jalan ataupun kedai makan. Nasi lemak biasanya dihidangkan untuk sarapan ataupun untuk jamuan makan tetamu pada sebuah acara.\n\nResepi nasi lemak sangat mudah, anda boleh membuat sendiri di rumah tanpa membuang masa dan duit untuk membeli berbungkus-bungkus nasi lemak. Tentunya nasi lemak yang dibuat sendiri lagi banyak dan berbaloi.\n\nDi bawah ini kami kongsikan resepi nasi lemak yang dibahagikan oleh Noorastella Muhamma di Facebook. Ia mengongsikan cara membuat nasi lemak yang power beserta dengan sambal yang sedap. Sila dicuba.\n\nResepi Nasi Lemak Rasa Masakan Kedai\n\n(Untuk 200 bungkus nasi lemak)2 mangkuk cili kering halus.6 mangkuk cili kering besar.(gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yg terhasil seimbang rasa pedasnya kerana cili kering yang halus/kerinting lebih pedas dari cili kering besar).Minyak masak.Beras putihHalia sebesar ibu jariSerai 4 btgBeberapa helai daun pandan yg di simpul\n\nBawang besar 8 bijiBawang putih 3 labuSerai 6 batangKunyit hidup sebesar jari kelingkingHalia sebesar ibu jariBelacan 1 1/2 inci di bakarSerbuk cili 6 sudu makan\n\n1. Gunting cili kering halus-halus. Bertujuan cili cepat lembut ketika di rebus.\n\n2. Rebus cili kering dalam kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak.\n\n3. Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau utk pastikan cili kering masak dengan seimbang.\n\n4. Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih. Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.\n\n5. Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus. Simpan dalam besen dan ketepikan.\n\n6. Kemudian, sediakan bahan-bahan utk menumis sambal.\n\n7. Potong halus semua bahan-bahan tumis supaya memudahkan proses blend.\n\n8. Untuk blend bahan-bahan tumis, tidak perlu menggunakan air sebaliknya menggantikannya dengan minyak masak. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.\n\n9. Masukkan sekali serbuk cili. Kemudian blend sampai halus.\n\n10. Setelah itu, boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. (Boleh gunakan minyak bekas goreng ikan bilis untuk menumis. Inilah rahsia sambal yang sedap dan wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama).\n\n11. Masukkan bahan tumis yang di blend halus. Masukkan beberapa helai daun pandan yang di simpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yang maveles!\n\n12. Tumis sampai garing dan terbit minyak/pecah minyak.\n\n13. Kemudian masukkan cili kering yang sudah di blend awal tadi. Ambil setengah bungkus asam jawa dan ramas dalam semangkuk air. Masukkan air asam jawa yang ditapis. Kemudian masukkan gula, garam dan aji. Sambal yang terhasil adalah sambal yang manis-manis pedas.\n\n14. Masak sambal sampai terbit minyak. Kepekatan sambal mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambah air sehingga mencapai kepekatan sambal yang sesuai. Sambal yang sedap adalah sambal yang dimasak dengan waktu lama. (Kebiasaan saya, sambal ini saya sediakan pada waktu malam. Jadi sebelah subuh sambal hanya perlu dipanaskan dan fokus pada nasi pula).\n\nInilah sambal yg telah siap. Merah kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yang lama. 3-4 jam.\n\nSekarang beralih pada penyediaan nasi pula.\n\n1. Cuci beras berkali-kali sampai betul-betul bersih. (Petua agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yang bewarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yang selalu melembabkan nasi).\n\n2. Tuang beras dan halia sebesar ibu jari, serai 4 batang dan beberapa helai daun pandan yang disimpul ke dalam kuali besar. Masukkan air 2 inci dari permukaan beras.\n\n3. Untuk 10 mangkuk beras, gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yang sangat pekat.\n\n3. Masukkan 2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula.\n\n4. Masak sehingga air kering. Sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20 minit. Ketika ini, nasi hanya masak 40% sahaja, 60% lagi akan masak di dalam periuk kukusan.\n\n5. Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan. Taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk untuk aroma nasi yang wangi.\n\n6. Bila nasi sudah kering. transfer ke dlm periuk kukusan yang sudah dipanaskan.\n\nInilah nasi lemak yg telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit. Setelah nasi lemak siap, boleh diletakkan\u00a0 timun, telur rebus atau ayam goreng sebagai pelengkap untuk untuk nasi lemak. Sila dicuba.\n\nBoleh juga cuba resepi nasi lemak versi viral ini.\n\nSelain resepi Nasi Lemak Kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kanser tulang boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak mahupun golongan dewasa.\n\nKebiasaannya, kanser ini terbentuk pada tulang kaki atau tangan.\n\nSecara umumnya, Kanser terbentuk apabila sel membahagi tanpa kawalan dan membentuk tumor.\n\nTerdapat beberapa jenis kanser tulang yang jarang diketahui oleh sebahagian besar masyarakat kita.\n\nHal ini kerana, kanser ini boleh dikategorikan sebagai kanser yang amat jarang ditemui.\n\nMeskipun begitu, kanser tulang juga mampu membawa kepada kesan serius kepada pesakit jika kurang diberikan perhatian.\n\nPernahkah anda mengalami simptom-simptom seperti berikut?\n\nJika jawapan anda \u2018Ya\u2019 , segeralah dapatkan nasihat daripada pakar.\n\nRamai dalam kalangan pesakit tidak mengalami sebarang simptom.\n\nNamun begitu, sesetengah pesakit akan menyedari kehadiran ketulan yang langsung tidak menyebabkan rasa sakit.\n\nKanser tulang terbahagi kepada beberapa jenis, berikut adalah jenis-jenis kanser tulang utama yang wajib anda ketahui!\n\nOsteosarcoma atau osteogenic sarcoma adalah kanser tulang pertama yang paling biasa berlaku dan terbentuk bermula daripada sel tulang.\n\nKanser jenis ini kerap dialami oleh kanak-kanak dan golongan remaja dalam lingkungan 10 hingga 30 tahun pada tulang kaki atau tangan.\n\nOsteosarcoma yang terbentuk di luar tulang yang dinamakan \u2018extraskeletal osteosarcoma\u2019 amat jarang ditemui.C\n\nChondrosarcoma adalah kanser kedua paling biasa berlaku dan terbentuk bermula pada sel rawan.\n\nKanser ini sering terjadi di bahagian pelvik, kaki atau tangan dalam golongan pertengahan usia dan warga emas.\n\nTumor Ewing adalah kanser tulang primer yang ketiga paling biasa terjadi.\n\nKanser jenis ini selalu terjadi pada bahagian pelvik, kaki dan tangan dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda.\n\nIa juga lebih biasa berlaku dalam kalangan lelaki berbanding perempuan serta jarang berlaku pada golongan dewasa berumur lebih daripada 30 tahun.\n\nKebanyakan tumor Ewing terbentuk pada tulang, tisu dan organ lain.\n\nBagi kebanyakan kanser, penyebab sebenar masih belum dikenalpasti termasuklah kanser tulang.\n\nNamun begitu, terdapat faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser tulang:\n\nSindrom genetik seperti Li-Fraumeni dan hereditary retinoblastoma boleh meningkatkan risiko menghidap kanser tulang\n\nPenyakit ini kerap berlaku pada golongan dewasa\n\nPendedahan terhadap radiasi yang tinggi semasa rawatan radiasi untuk kanser juga boleh meningkatkan risiko kanser tulang.\n\nBagi penghidap kanser ini, terdapat beberapa rawatan yang sering digunakan.\n\nRawatan kanser tulang ditentukan berdasarkan jenis kanser yang dihidapi, tahap kanser serta keadaan kesihatan pada waktu itu.\n\nPembedahan akan dilakukan untuk membuang ketumbuhan.\n\nPakar bedah akan menggantikan tulang yang hilang dengan tulang dari bahagian badan yang lain atau menggantikannya dengan bahan lain seperti besi atau plastik keras.\n\nKanser tulang yang besar atau terbentuk di kawasan yang sukar kemungkinan besar memerlukan pembuangan keseluruhan anggota (amputation).\n\nKini, rawatan seperti ini amat jarang dilakukan kerana terdapat alternatif yang lebih baik.\n\nJika \u2018amputation\u2019 terpaksa dilakukan, pesakit perlu memakai anggota palsu dan menjalani beberapa latihan untuk menyesuaikan diri.\n\nKemoterapi melibatkan pengambilan ubatan antikanser yang lazimnya melalui salur darah untuk membunuh sel kanser.\n\nRawatan ini lebih berkesan untuk jenis kanser tertentu seperti osteosarcoma dan ewing sarcoma.\n\nTerapi radiasi menggunakan radiasi tertentu yang berkuasa tinggi seperti x-ray untuk membunuh sel kanser.\n\nTerapi ini sering dijalankan sebelum pembedahan \u00a0bagi mengecutkan sel kanser agar lebih mudah untuk dibuang.\n\nDengan cara ini, risiko untuk menjalani amputation boleh dikurangkan. Selepas pembedahan dilakukan, terapi radiasi dijalankan untuk membunuh baki sel kanser yang mungkin ada.\n\nPengetahuan tentang kanser tulang amat penting terutamanya dalam kalangan individu yang berisiko tinggi.\n\nSetiap individu seharusnya lebih peka dengan perubahan fizikal masing-masing dan bertindak segera jika mengalami tanda-tanda yang telah dikongsikan.\n\nDapatkan nasihat daripada pakar dengan segera bagi meningkatkan peluang anda untuk sembuh dari sebarang jenis penyakit berbahaya."
"Bila anak yang memang ada ekzema disahkan mendapat infeksi staphylococcus, ia tidak berlaku tanpa sebab.\n\nAntara sebab yang saya temui dikalangan pesakit adalah yang berikut :\n\n1. Balik ke Kampung dan rumah kampung berhabuk, bilik lama tinggal .\n\n2. Main dengan kucing yang ada kurap atau kudis.\n\n3. Jatuh ke tanah dan luka\n\n4. Ibu/ penjaga kemas bilik buang habuk bilik, punggah pekakas bilik yang sudah lama tidak berusik.\n\n5. Bawa ke tempat permainan umum seperti dalam pasaraya .\n\n6. Letak anak dalam kerusi bayi dipasaraya.\n\nTempat -tempat dan situasi begini kesemuanya memudahkan infeksi dengan staphylococcus atay streptococcus. Lebih lagi anak sudah ada kulit yang melecet disebabkan eczema maka mudahlah kuman ini jangkiti kulit anak.\n\nAntara langkah pencegahan adalah mandi secepat mungkin selepas terdedah kepada situasi yang saya sebut. Selepas mandi, sapu badan dengan bahan natural yang berseifat antiseptic seperti tea tree oil, calendula atau echinacea.\n\nAwas minyak seperti tea tree perlu dicairkan dahulu dan beberapa titis sudah mencukupi maka boleh dicampur dengan krim lain.\n\nAwas bila nak guna bahan sapu, pastikan bahan itu tidak berkuman. Ada pesakit saya yang dapat infeksi selepas pupuk daun gelengang atau daun sirih sebab batu tumbuk yang digunakan kotor. Ibarat dia lumur kuman ke kulit anaknya dan terus anaknya dapat infeksi yang teruk.\n\nJika nak kemas bilik yang berhabuk, guna kain basah yang sudah celup Kloroks ( Satu sudu besar dalam setengah baldi air ) supaya kuman akan mati dan habuk tidak terbang.\n\nJika guna vacuum cleaner, tutup bahagian yang keluar udara panas dengan kain basah atau guna vacuum cleaner yang ada air dimana habuk akan terperangkap dalam air ."
"Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan senarai barang bayi yang wajib disediakan sebelum bersalin.\n\nAnda sedang menunggu hari untuk menimang cahayamata? Salah satu daripada perkara penting yang patut anda lakukan sebelum bersalin ialah memastikan semua barang bayi telah ada. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan senarai barang bayi yang wajib disediakan sebelum bersalin.\n\nUntuk cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, baju lengan pendek merupakan pakaian yang paling sesuai untuk dipakaikan kepada bayi anda, terutamanya bayi yang baru lahir. Pakaian pendek dan tidak tebal adalah perkara pertama yang ada dalam senarai barang bayi yang anda wajib beli sebelum anda bersalin.\n\nBeli sekurang-kurangnya 6 helai baju lengan pendek. Tak perlu beli terlalu banyak kerana bayi akan membesar dengan sangat cepat. Sekejap je dah kena tukar saiz. Nasihat kami, elakkan daripada membeli saiz newbowrn.Sebaliknya beli baju untuk bayi 3-6 bulan.\n\nBaju lengan panjang adalah untuk dipakaikan pada waktu malam dimana cuaca menjadi sejuk atau jika anda membawa bayi keluar berjalan-jalan di dalam shopping complex yang berhawa dingin. Selain itu, baju lengan panjang juga melindungi bayi daripada digigit nyamuk.\n\nBerapa helai baju lengan panjang yang perlu dibeli? Sama seperti baju lengan pendek, kami cadangkan anda beli sekurang-kurangnya 6 helai baju lengan panjang.\n\nBeli baju, mestilah kena beli seluar. Kami cadangkan anda beli sekurang-kurangnya 10 helai seluar. Nak beli seluar pendek atau seluar panjang? Untuk bayi yang baru lahir, seluar panjang adalah lebih sesuai bagi mengelakkan angin masuk ke badan bayi melalui kaki. Seluar panjang juga lebih varsetil, boleh digunakan pada waktu siang, malam, malah nak keluar berjalan-jalan pun sesuai.\n\nKain lampin juga tak kurang pentingnya. Sepanjang tempoh mengandung, anda mempunyai masa yang lama untuk memilih sama ada mahu gunakan lampin pakai buang atau lampin guna semula. Di Malaysia, kebanyakan ibu menggunakan lampin pakai buang kerana ianya memudahkan ibu. Apabila lampin penuh atau kotor, terus buang ke dalam tong sampah.\n\nSekiranya anda memilih untuk menggunakan lampin pakai buang, beli pek yang kecil dahulu kerana anda belum tahu lampin jenama mana yang sesuai yang bayi anda. Sekiranya lampin tidak sesuai, akan berlaku ruam pada punggung dan kemaluan bayi, dan anda terpaksa bertukar kepada jenama lain. Kan dah membazir.\n\nJika anda memilih untuk menggunakan lampin guna semula, anda boleh beli sekurang-kurangnya satu dozen lampin. Jangan lupa untuk membeli sabun khas untuk mencuci lampin. Elakkan daripada membasuh lampin bayi dengan sabun biasa kerana bahan kimianya boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit bayi yang halus.\n\nWalau pun anda seorang ibu moden, kami nasihatkan supaya jangan lupa untuk menyediakan barut untuk bayi anda yang bakal lahir. Pemakaian barut akan mengelakkan angin daripada masuk ke perut bayi lalu menyebabkan bayi anda mengalami kembung. Percayalah cakap kami, anda takkan mahu membiarkan bayi anda kembung.\n\nTerdapat dua jenis barut iaitu barut biasa dan barut gantung. Anda boleh pilih mana-mana parut. Fungsi kedua-duanya adalah sama. Apa yang membezakannya ialah barut gantung tahan lebih lama. Apabila bagi semakin membesar, anda tak perlu membeli barut baru.\n\nKain bedung juga merupakan barang bayi yang wajib anda beli. Bayi yang dibedung akan berasa selesa seolah-olah berada dalam perut ibunya. Bayi yang dibedung juga akan tidur dengan lebih lama. Apa yang paling penting, pastikan kain bedung tidak terlalu tebal dan menyebabkan bayi kepanasan.\n\nTerdapat pelbagai kain bedung dengan corak comel yang dijual di pasaran. Anda pasti rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana. Ada juga bedung istant, cma zip sahaja, siap. Berapa helai kain bedung nak dibeli? Pada kami, 5 helai dah mencukupi.\n\n7. Sarung kaki dan sarung tangan\n\nSarung kaki dan sarung tangan jangan dilupa ye ibu. Sarung tangan berfungsi untuk mengelakkan bayi anda daripada mencakar muka sendiri, terutama sekali semasa kukunya panjang. Sementara stokin kaki pula melindungi tapak kaki bayi daripada dimasuki angin, selain untuk mengelakkan bayi daripada kesejukan.\n\nBila ke kedai barangan bayi, anda pasti rambang mata dengan pelbagai corak sarung tangan & sarung kaki. Berapa pasang stokin nak dibeli? 5 pasang sudah mencukupi.\n\nBarang bayi yang kelapan ialah topi. Kepala bayi baru lahir perlu ditutup setiap masa bagi mengelakkan angin masuk melalui ubun-ubunnya. Apabila keluar rumah, pun wajib memakai topi. Anda perlu membeli sekurang-kurangnya 3 helai topi.\n\n9. Minyak panas bayi untuk perut\n\nBayi perlu disapukan minyak panas sebelum dipakaikan barut. Tujuannya ialah untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin. Selain perut, sapu juga minyak panas pada tapak kaki, betis, dan tulang keting bayi.\n\nAnda perlu sentiasa pakaikan bayi anda bib supaya bajunya tidak basah akibat muntah atau luak susu. Beli sekurang-kurangnya 3 helai bib.\n\nSediakan satu tiub krim ruam sebagai persediaan sekiranya bayi anda terkena ruam lampin atau ruam susu.\n\nWet wipes atau tisu basah adalah barang yang anda wajib beli. Ianya boleh digunakan untuk membersihkan punggung bayi semasa menukar lampin, atau mengelap susu tumpah dari mulut bayi, dan juga muntah.\n\nSelain itu, anda juga perlu membeli:\n\nItulah dia senarai barang bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang cara meransang perkembangan bayi, tips tummy time, dan senarai kedai bayi di Lembah Klang."
"Anak saya Yaya memang cepat menangis. Empangan air matanya cepat pecah. Lutut tergores kecil pun menangis macam kaki tu kena potong.\n\n\u2018Macamana nak buat?\u2019 Soalan ini yang saya selalu tanya.\n\nSebab saya taknak dia terus membesar dengan karakter \u2018cepat menangis\u2019 walaupun sebenarnya masalah yang dihadapi kecil. Biarlah dia ada \u2018kekuatan dalaman\u2019. Nanti apa pun masalah yang datang, dia tak mudah down dan lost.\n\nMacam-macam tips saya dapat dari seminar parenting. Saya cuba, ada yang berjaya ada yang sebaliknya. Akhirnya, saya kata kat dia \u201cYaya, Allah suka orang yang syukur. Orang yang syukur dia happy. Sebab Allah baik sangat kat dia, bagi dia rumah, mata, tangan.\u201d\n\nSaya teringat satu ayat Quran yang sangat power. \u201cCuba yaya baca surah Fatihah\u201d Dia pun baca dan selepas ayat \u2018Alhamdulillahi rabbil \u2018alamin\u2019 saya mencelah \u201cSee, Allah pun suruh kita cakap Alhamdulillah\u201d Cuba Yaya cakap \u2018Alhamdulillah\u2019, saya mengajaknya, siap dengan nada lagi hehe.\n\nAnda pun tahu magiknya perkataan ini. Bila kita sebut, secara automatik hati akan menjadi lebih tenang, lebih happy, lebih positif. Muka \u2018cemek\u2019 yaya mula hilang selepas dia menyebutnya.\n\n\u201cHa, kan comel macam tu\u201d Dia mula tersenyum. \u201cSebab tu Yaya tak boleh nangis-nangis selalu. Allah bagi Yaya banyak sangat yang best. Tengok yaya tidur pun ada aircond. Ingat tak kawan yaya yang kat Soup Kitchen tu tidur pun tepi-tepi jalan, atas kotak\u201d\n\n\u201cBaik tak Allah dengan Yaya?\u201d Dia angguk perlahan. \u201cSebab tu Yaya kena syukur. Nak syukur kita kena happy. OK sayang?\u201d\n\nAlhamdulillah, banyak perubahan pada Yaya. Dia masih akan menangis tapi tak secepat dulu. Yang paling saya suka, bukan menangis atau tidaknya tu. Tapi bila dia mula tahu yang dalam hidup ni kita perlu bersyukur. Sebab Tuhan baik sangat dengan kita. Ia adalah satu karakter yang sangat power.\n\nYang kalau anak ada masalah pun, live goes on as usual. Sebab mindsetnya penuh syukur. Dia faham yang memang masalah ada, tapi masalah cuma 1, sedangkan nikmatnya beribu. Takkan sebab masalah yang satu terus rasa hambar dalam hidup.\n\nSebab itu saya melihat \u2018cepat menangis\u2019 ini sebagai peluang untuk menanam \u2018rahsia hidup bahagia\u2019 ini dalam diri anak: syukur.\n\nDan yang paling penting, dia perlu tahu yang rahsia ini datang dari Al-Quran, kalam Tuhannya."
"Apa menu masakan anda tengahari atau malam ini? Bagaimana jika anda membuat salah satu masakan ala Thai iaitu resepi ikan tiga rasa. Macam sedap. Memang pun!\n\nSeperti namanya, ikan tiga rasa ini mempunyai rasa yang unik. Rasa yang unik ini antaranya rasa pedas dari cili, manis dan masam daripada sos mahupun nenas.\n\nDi bawah ini ialah resepi ikan tiga rasa yang dikongsikan oleh Yusma Mustafa di Facebook. Sebetulnya untuk membuat ikan tiga rasa boleh menggunakan ikan jenis apapun, tidak kisah. Namun dalam resepi ini menggunakan ikan talapia sebagai bahan utama. Sila mencubanya.\n\nCara Membuat Ikan Talapia Tiga Rasa\n\n1. Goreng ikan sampai garing kedua-dua belah. Pastikan minyak betul-betul panas.\n\n3. Tumis bawang putih dan bawang yang sudah siap ditumbuk sampai naik bau.\n4. Masukkan semua sos.\n5. Boleh tambah gula dan garam secukup rasa.\n6. Jiruskan secawan air bagi sedikit berkuah.\n7. Masukkan timun, nenas dan tomato.\n8. Biar sekejap dalam 2-3 minit bagi lembut.\n\n9. Bila sudah mendidih, boleh masukkan ikan yang sudah siap digoreng tadi. Siap.\n\nSelain resepi Ikan Talapia Tiga Rasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"Mencari resepi ayam goreng berempah yang sedap?\u00a0 Mesti sedap kalau dimakan dengan nasi putih panas panas. Tiada masa ke dapur?\n\nJangan risau. Resepi ayam goreng berempah ini sangat mudah. Tidak perlu pening kepala untuk memikirkannya. Selain itu, resepi ini juga tidak mempunyai sukatan. \u2018Letak ikut suka\u2019 bak kata tuan punya resepi.\n\nAyam goreng berempah selalunya akan dinilai kesedapannya berdasarkan rempah yang digunakan dan kelambakkan serdak serdaknya. Dengan resepi ini, tidak perlu risau! Kerana memang confirm akan mendapat serdak ayam gorengnya yang banyak beserta dengan kesedapan sehingga menjilat jari.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan Safarin Niezam Yassin dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nResepi ayam goreng berempah serai selambak ini memang sedap di makan dengan nasi.\u00a0 Dan resepi ini tidaklah sesukar mana.\n\nBahan yang digunakan untuk ayam goreng berempah ni pun simple sahaja dan mudah didapati! Semuanya tiada\u00a0 sukatan. Agak agak sahaja bahan-bahan ni.\n\n(Jangan letak bawang merah ya! Petua dari Mak Lang kenduri kahwin)\n\nTumbuk Lumat Bahan Yang Bertanda *\n\nJangan Lumat Sangat. Agak agak serai tu berambut ok dah.\n\n#2 Letak kunyit, serbuk kari daging , serbuk cili , garam. Agak agak macam kita garam kunyit ikan tu.\n\n#3 Gaul rata, masuk bahan tumbuk & daun kari tadi .\n\n#4 Tunggu minyak panas dah boleh goreng . Api sederhana besar, jangan besar sangat, nanti ayam tak masak dalam & serdak hangus.\n\nNota 1 : Serai jangan potong halus halus sebelum tumbuk, potong agak agak sejengkal ruas jari tu. Kalau halus halus lepas tu tumbuk, dia tak jadi panjang panjang macam tu. Dia jadi serdak macam rendang\n\nNota 2 : Kalau nak lagi sedap lepas gaul boleh perap dalam peti , tapi tak perap pun sedap jugak\n\nSelain resepi ayam goreng berempah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share dan komen di bawah ya."
"Jerawat yang tumbuh pada wajah selalu menghilangkan keyakinan diri. Ramai menganggap jerawat berpunca dari masalah kulit berminyak, perubahan hormon terutama di kalangan remaja dan semasa kedatangan haid. \n\nPelbagai ubat dan produk khas dikeluarkan di pasaran yang mendakwa ia boleh menghilangkan jerawat. Kesimpulannya, jerawat adalah masalah yang melanda ramai orang sehingga pengeluar produk kecantikan juga mahu mengaut keuntungan daripadanya.\n\nYa,\njerawat berpunca daripada terutamanya kerana keadaan hormon yang biasanya aktif\nsemasa usia remaja. Maka, benarlah anggapan ramai orang. Ini ditambah pula dengan\nbakteria pada kulit dan asid lemak. Gabungan keadaan hormon dan bakteria inilah\nyang akan menyebabkan berlakunya masalah jerawat. \n\nJerawat\nbiasanya menyerang bahagian wajah dan bahagian inilah yang paling merunsingkan\nramai orang. Tetapi, jerawat juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain pada\nbadan. Mungkin anda pernah ternampak jerawat pada dada, bahu, dan merasainya\npada bahagian belakang badan anda. Ini adalah tempat-tempat lain di mana\njerawat boleh menyerang. Jerawat tumbuh di kawasan tersebut kerana kawasan-kawasan\nini adalah kawasan kelenjar minyak.\n\nJerawat\nmempunyai tahap. Jerawat boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap ringan,\nsederhana, dan teruk. Jerawat ringan ditunjukkan oleh bintik putih atau bintik\nhitam. Jerawat sederhana pula ialah jerawat dengan bintik putih atau bintik\nhitam. Bengkak yang dalam dan menyakitkan di bawah kulit, sama ada ia bernanah\natau pun tidak adalah jenis jerawat teruk. Jerawat teruk betul-betul membuatkan\nkita rasa tidak selesa sehingga membuatkan sesetengah orang cuba untuk\nmengeluarkan nanah dengan memicitnya.\n\nMelihat\nnanah yang keluar dari bonggolan merah menyakitkan pada wajah memang satu\nkepuasan. Tapi ia sebenarnya mempunyai kesan yang anda tidak akan mahu. Jadi, sebelum\nanda melakukan perkara tersebut, baca ini terlebih dahulu. Sekiranya anda\nmendapat jerawat, anda perlu mengelakkan daripada melakukan semua yang\ndisenaraikan di bawah ini:\n\nOleh\nitu, cuba dapatkan rawatan yang betul iaitu dengan menggunakan ubat yang\ndisediakan atau dijual di pasaran. Ubat bagi merawat jerawat terbahagi kepada\nubat sapuan dan ubat untuk dimakan. Ubat sapu terdiri daripada losen, krim,\ngel, dan pencuci dalam bentuk cecair. Ini adalah ubat yang biasa digunakan oleh\nmereka yang mengalami masalah jerawat. Ubat yang dimakan pula terdapat dalam\nbentuk pil dan kapsul. Pilih mana-mana yang anda rasakan sesuai.\n\nRawatan\njerawat juga bergantung kepada tahap keterukan jerawat tersebut. Berikut adalah\nrawatan yang ada untuk masalah jerawat;\n\nIa\nberfungsi untuk mencairkan sisa atau daki terutama pada zon T yang berminyak.\nIa juga menyingkirkan sel mati yang menjadi punca kepada liang roma yang\ntersumbat. Hasilnya, kulit menjadi licin, lembut, dan kekal lembap.\n\nIa\nmembunuh bakteria, sekaligus menghalang pembiakannya. Antara contoh ubatannya\nialah Akneroxid 5, Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (benzoyl\nperoxide), Clearasil, dan Palmer\u2019s skin success acne medication.\n\nRawatan\nberbentuk hormonal dapat mengawal pengeluaran sebum dalam kelenjar minyak. Oleh\nitu, ia juga menghalang penghasilan minyak.\n\nAntibiotik\nboleh menyerang kuman yang menyebabkan jerawat menjadi bertambah teruk. Ia\nboleh menghalang pembiakan bakteria dan mengurangkan kemerahan dan bengkak.\nAntara ubat-ubatan dalam kategori ini ialah Aknemycin, Eryderm, C-mycin, Dalacin-T,\ndan Topicil.\n\nRetinoid\ndapat menghalang liang roma dari tersumbat. Retinoid juga memberi kesan\nanti-radang. Antara ubat-ubatan retinoid ialah Isotrex, Oratane, Retacnyl, Retin-A,\nStieva-A, dan Tretinon.\n\nRamai\nyang menyangka rawatan kepada jerawat boleh menghilangkannya dalam jangka masa\npendek. Jadi, selepas satu ubat dirasakan tidak berhasil, mereka terus\nmenukarnya dengan ubat yang lain. Sebenarnya, merawat jerawat boleh mengambil\nmasa sehingga 3 bulan. Bagi jerawat yang teruk, ia boleh mencapai sehingga 5\nbulan untuk dirawati.\n\nSebagaimana\nubat-ubatan yang lain, rawatan kepada jerawat juga ada kesan sampingannya.\nRetinoid, misalnya, memberi kesan yang lebih teruk berbanding yang lain kerana\nia ubat anti-radang yang teruk kesannya. Antara kesan sampingan rawatan untuk jerawat\nialah;\n\nKesan\nsampingan ini bukan sesuatu yang menyeronokkan nampaknya. Sakit perut, loya dan\nsemua yang disenaraikan amat mengganggu urusan harian kita. Jadi, untuk\nmencegah jerawat atau mengelakkan ia semakin bertambah, cuba ikuti tips ini;\n\nAnda\njuga boleh menjaga pemakanan anda. Berikut adalah makanan yang boleh menyebabkan\nreaksi kulit kepada jerawat;\n\nOleh\nitu, anda dicadangkan untuk mengurangkan dan menggantikan semua makanan ini\ndengan makanan yang lebih sihat. Antaranya ialah;\n\nWajah\nyang bersih, lembut dan licin adalah idaman setiap orang. Walaupun 80 peratus rakyat\nMalaysia mendapat jerawat, tapi anda pasti mahu berada di dalam kalangan 20\nperatus yang tidak mempunyai masalah ini. Oleh itu, pastikan anda makan makanan\nyang baik untuk kesihatan kerana ini turut menyumbang kepada kecantikan kulit.\nAnda juga harus menjadi pengguna yang berilmu dalam memilih produk kecantikan\nyang sesuai dan tidak menjejaskan kulit anda. Elakkan menyakitkan diri dengan\nproduk kecantikan yang salah walaupun harganya murah."
"Mee Celup amat popular sekiranya anda berada di sekitar Pantai Timur. Ianya amat unik dan sihat untuk dimakan. Ini kerana ianya terdapat pelbagai jenis sayur dan anda boleh variasikannya mengikut citarasa anda. \n\nResepi Mee Celup ini telah dikongsikan oleh Fatin Shaida dan telah mendapat banyak komen positif. Jom kita lihat!\n\nNota: Wajib celur mee dan sayur \u2013 sayuran supaya tidak berbau sayur dan mee lebih sebati dengan kuah. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nMenarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Jantung adalah satu organ penting dalam badan di mana ia berfungsi mengepam\u00a0darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Jantung terletak di sebelah kiri bahagian dada manusia dan dikelilingi oleh paru-paru. Bukan sahaja manusia yang mempunyai jantung, haiwan juga mempunyai jantung mengikut saiz tubuh badan mereka.\n\nOleh sebab itu, doktor menitik beratkan kita untuk menjaga kesihatan jantung kita kerana jantung adalah satu organ utama yang menyalurkan darah ke seluruh badan kita. Jika kita tidak menjaga kesihatan dan tidak mengamalkan kesihatan yang baik, jantung kita akan mula rosak dan kita akan sukar untuk bernafas seperti orang biasa.\n\nUntuk mengekalkan jantung yang sihat, anda hanya perlu tahu cara yang betul dan mudah untuk menjaga kesihatan jantung.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 cara mudah untuk menjaga kesihatan jantung. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n5 Cara mudah untuk menjaga kesihatan jantung\n\n1. Kekalkan berat badan yang sihat\n\nBerat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.\n\n2. Kekalkan tahap kolestrol, tekanan darah dan gula darah dalam lingkungan normal\n\nLakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.\n\n3. Amalkan diet yang baik untuk jantung\n\nPilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (cth. Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah dijalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.\n\nTabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa. Minumlah Anlene Heart-Plus\u2122 setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan diet seimbang anda. Anlene dirumus khas dengan kebaikan susu dan nutrien-nutrien penting untuk membantu menjaga kesihatan jantung anda.\n\nJangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.\n\n*\u201dMencegah lebih baik daripada mengubati\u201d ayat ini kita selalu dengar dan bermaksud lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu sebelum kita terkena penyakit yang susah untuk dirawat. Jaga kesihatan, kurangkan makanan yang berminyak dan lebihkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pernah cuba makan Ayam Penyet? Jika belum, ayuh cuba resepi ini!\n\nMungkin ramai yang belum tahu, ayam penyet atau sebenarnya Ayam yang dipenyek adalah salah satu makanan tradisi popular masyarakat Jawa di Timur Indonesia dan kini, makanan ini semakin menular di kalangan rakyat Malaysia.\n\nResepi ini menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna laman media sosial dan telah mendapat 8.4 ribu share sejak di post. Wah, nampaknya memang confirm sedap tu! Apa anda tunggu lagi. Ayuh ke dapur sekarang untuk memulakan misi anda.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Nur Alyani\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSila Tumbuk Bahan Yang Bertanda *\n\nTunggu sampai separuh masak, nak sampai masak betul pun boleh, sebab nanti nak goreng jugak\u00a0?\n\n4. SMASH the chicken sekuat hati macam tengah geram kat someone\n\n5. Untuk sambal penyet,\u00a0Ni bahan bahan untuk sediakan sambal penyet, cili api, cili besar, bawang putih, cili kering (yang dah direbus), Tomato (3biji) tapi dalam gambar lupa nak letak\n\n6. Goreng satu satu bahan sambal tadi, (kecuali cili kering tak payah goreng terus tumbuk je)\n\nTomato digoreng dah siap goreng semua, bahan bahan tadi ditumbuk hancur (tumbuk sekali dengan bahan bahan yang dah goreng tadi). Perasakan dengan garam, gula dan asam limau. #nakletakbelacanbakarsikitpunboleh\n\n7.\u00a0Tauhu, tempe ni saya rebus dulu dalam air rebusan ayam tu pastu goreng je uolls\n\nSelain resepi ayam penyet, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
"Putus selera makan atau hilang selera makan merupakan perkara yang tidak diingini. Apatah lagi kita berada di Malaysia yang merupakan syurga makanan dengan pelbagai jenis juadah berbilang kaum. Selain itu, sumber tenaga dan nutrien kita datang daripada sumber makanan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan cara mengembalikan selera makan. Jom kita baca.\n\nSelera makan yang normal ialah bersedia untuk menerima makanan pada waktu kebiasaan kita makan seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Mungkin juga ada yang memilih snek untuk minum pagi, minum petang dan makan lewat malam.\n\nDaripada makanan, kita memperolehi sumber tenaga untuk memberikan kita kudrat menjalankan aktiviti seharian. Nutrien dan zat dalam makanan seperti protein, vitamin dan mineral juga sangat berguna untuk memberi kualiti kesihatan yang baik.\n\nTerdapat pelbagai punca hilang selera makan, antaranya:\n\nBagi memastikan tubuh badan kita lengkap dengan bekalan nutrien, selain memilih diet makanan yang seimbang, selera makan perlulah dikembalikan untuk menikmati makanan-makanan tersebut.\n\n1. Senaman Kecerdasan dan Aktiviti Fizikal\n\nPakar psikiatri dari Nashville pada tahun 2009 ada mengulas dalam kertas kajian mereka tentang kaitan senaman fizikal dan selera makan.\n\nDalam kajian yang diterbitkan di\u00a0Clinical Psychology Review,\u00a0usia seawal remaja boleh dipupuk dengan aktiviti senaman dan kecerdasan fizikal yang dilakukan secara berkala untuk memberikan gaya hidup yang sihat. Kunci utama dalam saranan ini adalah untuk mencegah penyakit kemurungan yang merupakan salah satu punca hilang selera makan.\n\nBukankah kita akan lebih cepat lapar apabila kita melakukan aktiviti fizikal? Dengan pembakaran kalori melalui senaman, mudah-mudahan selera kita akan bertambah untuk mendapatkan sumber bekalan tenaga.\n\nBagi seorang lelaki, lebih kurang 2500 kcal kalori diperlukan dalam sehari manakala lebih kurang 2000 kalori diperlukan oleh perempuan dalam sehari.\n\nHormon yang berperanan meningkatkan selera makan telah dikenal pasti iaitu hormon ghrelin yang banyak dijumpai di dalam perut dan teredar di seluruh tubuh manusia.\n\nSejak 20 tahun yang lepas, terdapat usaha untuk melakukan terapi hormon ghrelin ini sebagai cara mengembalikan selera makan.\n\nSekumpulan pakar dari hospital Hammersmith, London telah menjalankan terapi hormon ini ke atas 9 sukarelawan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan tenaga dan selera yang bertambah.\n\nHal ini membuka jalan yang lebih luas bagi lebih banyak kajian seumpama untuk terus dikendalikan. Hal ini akan memberikan penyelesaian mengembalikan selera makan dengan cara klinikal yang boleh dipantau secara berkesan.\n\nPenggunaan ubatan bagi mengembalikan selera makan hanya boleh diberikan oleh doktor bertauliah kepada pesakit kronik tertentu di bawah pengawasan mereka.\n\nRawatan perubatan merupakan salah satu punca pesakit berkenaan hilang selera makan.\n\nUntuk mengatasi masalah ini, beberapa jenis ubatan telah diformulasi dan dihasilkan bagi mengembalikan selera mereka.\n\nAntara ubatan moden yang digunakan ialah:\n\nTerutama bagi golongan yang berusia, selera mereka semakin hilang apabila usia semakin lanjut. Perkara ini dikenali sebagai anorexia usia yang bermaksud hilang selera disebabkan usia.\n\nTambahan pula, bagi golongan berusia yang menjalani rawatan perubatan seperti kemoterapi, selera makin terbantut.\n\nHal ini telah mendorong sekumpulan penyelidik di Jabatan Psikiatri, Kolej Perubatan Durham, Amerika Syarikat pada tahun 2000 untuk mengkaji cara mengembalikan selera makan.\n\nMereka mendapati, golongan ini yang tidak mempunyai selera makan, memilih untuk lebih tertarik kepada makanan yang dicampurkan dengan perasa yang lebih kuat aromanya.\n\nMenurut kajian tersebut, perasa yang dimasukkan boleh diekstrak daripada bahan semula jadi seperti dalam bentuk minyak pati atau menggunakan perasa makanan tambahan yang dibenarkan.\n\n5. Sokongan Sosial dan Komunikasi Keluarga\n\nUntuk mengembalikan selera makan, tidak salah rasanya kalau setiap ahli keluarga atau rakan-rakan saling memberikan sokongan untuk menaikkan selera makan.\n\nMenariknya, hal ini telah dikaji oleh para penyelidik Jepun pada tahun 2007.\n\nSokongan sosial yang dimaksudkan adalah seperti makan bersama, bertukar juadah dan komunikasi yang baik sesama ahli keluarga.\n\nDi samping itu, kajian ini turut mendapati, kaedah komunikasi berkesan dan sistem sokongan sosial ini membantu golongan berusia atau warga emas di Jepun untuk lebih mengembalikan selera makan mereka.\n\nTerdapat pelbagai makanan yang boleh dijadikan pembuka selera bagi menaikkan lagi selera makan.\n\nAntara makanan tersebut adalah seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini dalam artikel-artikel Bidadari (klik link):\n\nDemikianlah antara cara mengembalikan selera makan yang boleh diamalkan seperti melakukan aktiviti senaman, terapi hormon, ubatan, penggunaan perasa tambahan, sokongan ahli keluarga dan petua pemakanan tertentu.\n\nJika anda sudah berjaya mengembalikan selera makanan itu, janganlah pula lupa diri. Makanlah secara berkadaran sebelum masalah lain pula yang tiba. Semoga bermanfaat! Jom baca juga artikel makanan tinggi garam dan panduan kalori makanan"
"Sahabat yang baik merupakan orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan pertalian darah dengan kita. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi merupakan hubungan yang hampir sama dan serupa seperti hubungan persaudaraan antara adik-beradik. \n\nMaksud Dan Konsep Sahabat Yang Baik\n\nSahabat yang baik juga merupakan orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita dan kita juga mungkin akan memberi manfaat kepadanya. Mereka akan sentiasa melindungi kita walau apa jua yang berlaku.\n\nSahabat adalah seorang yang setia kawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita serta mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. \n\nSahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukan dirinya. Sahabat adalah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang yang sangat menyayangi kita dengan seadanya.\n\nSahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita walaupun ada ketikanya kita berjauhan daripada mereka. Tak cukup dengan itu, jom lihat pula 20 ciri-ciri sahabat yang baik di dunia dan akhirat.\n\n 1. Sentiasa Ada Waktu Untuk Kita\n\nSeorang sahabat sejati selalu ada untuk kita dan sentiasa bersedia untuk berada dengan kita pada bila-bila masa. Apatah lagi di saat kita memerlukannya untuk meluahkan kesedihan, meminta bantuan mahupun meminta pendapat daripada dirinya. \n\nDia tidak akan mencari alasan dan melengahkan waktu untuk anda sehinggakan waktunya yang sibuk pun dikatakan tidak sibuk hanya untuk meluangkan waktu untuk anda.\n\n2. Dapat Menjaga Rahsia Dengan Baik\n\nAntara ciri-ciri sahabat yang baik dunia akhirat juga adalah dapat menjaga rahsia dengan baik. Seorang sahabat sejati adalah tempat yang paling baik untuk menyimpan rahsia dan merupakan orang yang paling kita percaya. \n\nBahkan bermati-matian untuk terus menyimpan rahsia itu sampai bila-bila. Oleh itu, sudah tentu sahabat sejati ini bukan sesekali pengkhianat kepada kita!\n\n3. Sering Bersama Kita Walau Apapun Terjadi\n\nApapun yang terjadi pada kita, seorang sahabat yang sejati tidak akan meninggalkan kita walau apa pun yang terjadi. Tujuannya bersahabat adalah kerana Allah dan dia akan selalu berada dengan kita dalam setiap keadaan yang bermasalah, gembira dan sebagainya. \n\nAndai kita jatuh sekalipun dia sentiasa ada untuk membangunkan dan membangkitkan kita kembali dari kejatuhan pada bila-bila masa dengan ikhlas dan niatnya adalah kerana Allah S.W.T. Itulah ciri-ciri sahabat yang baik dunia dan akhirat.\n\nSeorang sahabat sejati akan memulihkan keadaan dengan membantu kita sedaya upayanya. Ciri-ciri sahabat yang baik juga adalah sebagai seorang penyokong. Andai kata anda mendapat kejayaan atau tidak, dialah yang akan menyokong anda dengan ikhlas dan hati terbuka. \n\nMereka juga sentiasa menyokong tak kira apa jua keputusan anda, asalkan perkara tersebut tidak memudaratkan kedua-dua pihak. Dengan adanya penyokong yang baik, pasti kerjaya dan urusan anda menjadi lebih mudah.\n\nCiri-ciri sahabat yang baik juga akan sentiasa memberi semangat tidak kira waktu. Dikala anda sedang jatuh, dialah yang akan memberi kata-kata semangat untuk anda. Tentunya anda akan rasa bersemangat apabila mendengar ucapan atau nasihatnya kepada anda.\n\nWalaupun dalam menghadapi masalah, seorang sahabat sejati akan berusaha untuk menutupi masalahnya itu agar dapat kelihatan ceria dan gembira apabila bersama kita setiap masa. \n\nDia mampu melindungi kesedihan itu tanpa diketahui dan dibimbangi oleh sahabatnya yang lain agar tidak merosakkan hari sahabatnya tidak kiralah hari penting ataupun tidak. Dia juga mungkin akan berkongsi dengan kita kerana percayakan kita.\n\n7. Rela Dan Boleh Menerima Nasihat\n\nCiri sahabat yang baik juga tidak akan marah dan menyesal sekalipun dirinya dibenci atas tegurannya yang membawa kebaikan sesuatu perbuatan kepada kita. Mereka akan rela dan boleh menerima nasihat untuk kebaikan. \n\nSahabat yang baik faham akan tujuan utamanya adalah untuk tidak terus membiarkan mereka melakukan kesalahan dan mengulangi kesilapan. Selain itu, mereka juga pemberi ingatan yang baik dan setia kepada kita dalam semua perkara.\n\n8. Sering Mengajak Ke Arah Kebaikan\n\nJangan terkejut, sahabat yang baik juga akan selalu mendorong kita untuk membuat kebaikan di jalan yang benar serta dirahmati oleh Allah s.w.t. Dia juga tidak akan membiarkan kita untuk lalai mendirikan solat, berpuasa serta meninggalkan ibadah lain. Mengajak kita untuk melakukan aktiviti ataupun perkara yang berfaedah juga tidak terkecuali.\n\nCiri sahabat yang baik akan sentiasa bersyukur bersahabat dengan anda. Pendek kata, mereka akan menghargai anda dan menyayangi perhubungan persahabatan ini. \n\nDi samping itu, sahabat yang baik akan sentiasa menceritakan kebaikan anda kepada teman anda yang lain. Mereka juga tidak akan menceritakan keburukkan anda.\n\n10. Sedia Memaafkan Perbuatan Dan Kesalahan Anda\n\nSahabat yang baik akan sentiasa memaafkan perbuatan atau perkara yang dilakukan oleh anda. Mereka akan menegur perbuatan anda agar tidak mengulanginya lagi. Ciri sahabat yang baik adalah memaafkan dimana mereka juga tidak akan memperbesarkan masalah yang ditimbulkan oleh anda.\n\nSahabat yang baik juga sentiasa bertanya khabar mengenai sahabatnya yang lain. Pertalian silaturahim dan ukhwah yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Mereka juga akan sentiasa ingin mendengar berita ataupun khabar yang gembira daripada anda. Itulah ciri-ciri sahabat yang baik dunia dan akhirat.\n\nSering mengalah apabila terjadinya salah faham demi menjaga persahabatannya dengan anda adalah ciri-ciri sahabat yang baik. Apabila keadaan sudah reda, mereka akan memberi tahu situasi perkara yang berlaku dengan cara yang baik.\n\nDia setuju dengan semua yang anda lakukan asalkan perkara tersebut tidak salah\u00a0 dan berani untuk menjelaskan kebenaran di hadapan anda. Sahabat yang baik juga tidak suka menghina dan tidak merendahkan diri anda walau apapun yang terjadi. Apabila di belakangmu, dia tidak menceritakan keburukan tentang diri anda.\n\nCiri sahabat yang baik juga adalah ikhlas dalam persahabatan. Mereka tidak bersikap talam dua muka, tidak mengungkit hal-hal masa lampau, atau hal-hal hari yang mendatang. Mereka tidak akan mendapatkan simpati daripada sahabatnya dengan kata-kata kosong. Apabila diminta untuk membantu, mereka akan bersedia untuk membantu anda.\n\n15. Mengenali Diri Anda Lebih Baik Dari Orang Lain\n\nSiapa kata tiada orang yang fahamkan diri anda? Sahabat yang baik tidak hanya mengenali anda di luaran sahaja tetapi dia juga mampu melihat potensi yang ada dalam diri anda. Mungkin anda sendiri pun tidak terlalu menyedari tentang potensi tersebut, tetapi mereka melihatnya. Mereka juga sentiasa mengingati segala yang anda luahkan atau ceritakan kepada mereka.\n\n16. Sentiasa Jujur Dalam Semua Perkara\n\nSahabat yang baik sentiasa berani menegur kesalahan anda dan menyampaikan fakta yang sebenarnya meskipun berisiko untuk menyinggung perasaan anda. Ibarat seperti besi menajamkan besi, sahabat yang baik akan sentiasa membantu untuk saling menajamkan satu sama lain. Mereka juga tidak akan menyembunyikan hal-hal yang tidak diketahui oleh anda.\n\nSahabat yang baik tidak akan cemburu dan menjatuhkan anda, tetapi mereka sentiasa membantu anda. Lebih hebat lagi, ciri-ciri sahabat yang baik adalah memanfaatkan sahabat masing-masing. Pasti lengkap apabila anda menyempurnakan sesuatu yang kurang pada sahabat anda. \n\nPerasaan yang tulus dan ikhlas perlu ada dalam sesebuah persahabatan. Ciri sahabat yang baik adalah perilakunya tidak dibuat-buat dan realistik. Apa yang tidak baik dan tidak elok, sahabat pasti akan menegur anda. Sebagai contoh, anda memakai pakaian, sahabat anda akan memberikan teguran bahawa pakaian tersebut tidak sesuai untuk anda atau warnanya kurang menarik dan sebagainya.\n\nNamun harus diingatkan, apabila anda berada di pihak sahabat anda tadi, nasihatkanlah dengan lembut dan tidak terlalu menusuk hati kerana perkara tersebut dapat menyakiti hati sahabat anda.\n\nKetahuilah bahawa ciri-ciri sahabat yang baik adalah mereka yang selalu menyokong antara satu sama lain. Memang kadang-kadang sesama sahabat juga bersaing namun ketika salah satunya menang yang lain akan turut gembira dan tidak mencemuh yang kalah. \n\nJika anda menemui sahabat jenis macam ni sebaiknya jangan pernah kecewakan mereka ya? Itulah ciri-ciri sahabat yang baik dunia akhirat.\n\nSeseorang yang membantu anda tanpa jemu dan tidak menginginkan upah apa pun dari anda amat sukar ditemui. Sekiranya anda memiliki sahabat seperti ini, sila hargai mereka dan membantu mereka tanpa jemu! Ciri-ciri sahabat yang baik akan ada pada sahabat jenis sebegini.\n\nKesimpulannya, sahabat yang baik ibarat sebiji beras di padang pasir yang luas dan amat sukar mencarinya. Bersahabatlah dengan baik dan niatkan sehingga dunia akhirat. Mudah-mudahan, hubungan persahabatan ini sangat berguna dan membantu anda kini dan kemudian hari.\n\nJom baca juga Cara kurangkan waktu melepak, Punca pembuangan bayi, Langkah mengatasi pembuangan bayi dan Hadiah ibu dan ayah."
"Masalah kekurangan susu badan sering merisaukan para ibu. Mana taknya, susu ibu ialah minuman malah makanan terbaik untuk bayi. Selain dapat melindungi bayi daripada pelbagai penyakit semasa mereka masih kecil, ia dapat memberi nutrien yang lengkap.\n\nTak semua ibu beruntung dapat memberikan susu badan untuk anak-anak mereka sehingga berumur dua tahun. Ada yang terpaksa menghentikan pemberian susu badan lebih awal dan menggantikannya dengan susu formula.\n\nTerdapat beberapa sebab masalah kurang susu badan boleh berlaku, antaranya:\n\nDalam artikel ni, penulis akan memberi tips untuk menambah susu ibu dengan pemakanan semula jadi. Salah satu sebab berlakunya masalah kekurangan susu badan ialah disebabkan oleh faktor pemakanan.\n\nIbu yang baru melahirkan anak perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Malahan, makanan yang berkhasiat akan menghasilkan susu ibu yang berkualiti tinggi. Apabila diberikan susu yang berkualiti, ia mampu mengenyangkan bayi dengan lebih cepat dan sistem imun mereka juga berfungsi secara optimum.\n\nDi sini, penulis sertakan senarai milk booster semula jadi untuk mengatasi masalah kekurangan susu ibu. Jom semak!\n\nBagi masyarakat Amerika Utara, oat merupakan pemakanan paling popular sebagai milk booster. Oat kaya dengan sumber antioksida, zat besi dan serat. Selain dimakan sebagai bubur, oat juga dijadikan smoothies, mufin, lactation cookies dan sebagainya.\n\nKalau anda tak suka makan oat, apa kata kreatifkan cara penyediaannya. Jenis oat yang terbaik ialah rolled oat kerana ia lebih berkhasiat dan tinggi serat.\n\nDalam kebanyakan masakan India, halba digunakan secara meluas. Halba merupakan sejenis rempah yang mempunyai bau yang unik dan menyedapkan rasa masakan. Jangan tak tahu, halba dapat menambahkan susu ibu.\n\nSelain ditambah ke dalam teh, halba juga boleh dimasukkan dalam masakan seperti bubur atau kari. Dikatakan bahawa halba dapat mengaktifkan kelenjar susu dan memperbanyak susu ibu.\n\nPenggunaan jintan manis sebagai milk booster sangat terkenal di negara Eropah. Jintan manis mempunyai fitoestrogen yang dapat meningkatkan keupayaan payudara dalam menghasilkan susu.\n\nSelain digunakan dalam masakan, jintan manis juga boleh ditambah ke dalam minuman. Ia bukan saja dapat tambahkan susu ibu, malah dapat mengurangkan masalah kembung perut bayi.\n\nKayu manis bukan saja merupakan milk booster tapi juga memberikan rasa pada susu badan. Disebabkan susu berbau wangi, bayi akan kerap menyusu. Sama seperti halba dan jintan manis, kayu manis boleh dimasukkan ke dalam teh.\n\nSelain itu, anda juga boleh pelbagaikan cara penyediaanya selain daripada dimasukkan sebagai penyedap rasa masakan. Anda boleh menggunakan serbuk kayu manis untuk membuat roti, biskut dan kek.\n\nAlfalfa digunakan sejak zaman-berzaman sebagai bahan perubatan herba. Ia merupakan sumber makanan utama untuk ternakan tenusu sebagai milk booster. Alfalfa kaya dengan serat, protein, vitamin, garam mineral dan antioksida.\n\nAnda boleh membeli makanan tambahan yang berasaskan alfalfa di farmasi. Ada yang berbentuk kapsul dan serbuk minuman.\n\nKekacang seperti gajus, badam, kacang tanah dan macadamia bukan saja enak dijadikan kudapan, malahan kaya dengan sumber protein. Oleh itu, kekacang dipercayai boleh menjadi milk booster yang berkesan.\n\nSelain dimakan begitu saja, kekacang boleh dijadikan topping untuk salad, dijadikan kek dan biskut, dibuat bubur dan sebagainya.\n\nSiapa sangka pokok yang daunnya tak begitu popular merupakan makanan super. Dalam masyarakat India, daun moringa digunakan dalam masakan dan perubatan. Ia sangat kaya dengan zat besi yang dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.\n\nDalam satu kajian yang dilakukan, seorang ibu yang makan daun moringa setiap hari dapat mengeluarkan susu ibu secara berganda berbanding ibu yang tak memakannya. Daun ini boleh digoreng seperti memasak sayur biasa atau dijadikan masak lemak.\n\nDalam masyarakat Cina, betik muda sering dijadikan sup untuk ibu yang sedang pantang bersalin. Biasanya betik muda akan dimasak dengan ikan sehingga betik menjadi lembut dan supnya menjadi warna putih.\n\nSup ini kaya dengan protein, vitamin dan beta kerotena. Jika anda tak lalu nak makan sup betik ni, anda boleh rebus dan campurkannya dengan salad. Selain itu, anda boleh jadikannya masak lemak atau digoreng bersama sayur-sayur lain.\n\nBuah kurma merupakan salah satu buah yang paling banyak disebut dalam al-Quran. Kurma sangat kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Tak kira kurma kering atau segar, kedua-duanya sangat bagus.\n\nBagi masyarakat Timur Tengah, ibu yang baru lahirkan anak akan terus makan kurma. Selain senang dihadam, kurma juga merupakan milk booster terbaik. Selain boleh dimakan begitu saja, anda boleh jadikannya minuman.\n\nMungkin peria bukan sayur pilihan kebanyakan orang kerana rasanya yang pahit. Tapi jangan lupa, yang pahit itulah ubat terbaik. Peria kaya dengan vitamin C, antioksida dan menyerap zat besi dengan baik.\n\nPeria dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu jika dimakan setiap hari. Anda boleh menjadikannya sebagai masakan atau jus.\n\nMakanan berasaskan soya seperti tempe, tauhu dan minuman soya bukan saja lazat tetapi juga banyak nutrien. Ia sangat kaya dengan protein dan kalsium. Jika nak tambah susu badan, anda boleh menambahkan menu berasaskan soya dalam makanan harian anda.\n\nIngat, minum air soya bukan untuk mendapatkan anak yang putih gebu tetapi untuk memberikan zat dalam susu ibu.\n\nHabbatus sauda yang juga dikenali sebagai jintan hitam. Ia mempunyai kombinasi rasa pahit dan pedas dan sering digunakan dalam masakan dan rawatan alternatif. Bahagian lemak yang terdapat dalam habbatus sauda mampu melancarkan pengeluaran susu.\n\nDiharapkan perkongsian ni dapat membantu para ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu ibu. Yang paling penting, jangan cepat mengalah jika ada masalah ini. Kaum ibu perlu mempunyai ilmu dalam melancarkan pengeluaran susu.\n\nSelain menjaga pemakanan, mereka juga perlu kerap memberikan susu kepada anak-anak. Selain itu, rajin urut payudara agar susu dapat keluar dengan lancar. Dengan gabungan semua tips ni, dengan izin Allah masalah kurang susu dapat diselesaikan.\n\n*Jemput juga baca artikel sukatan susu untuk bayi dan punca bayi tidak mahu minum susu formula"
"Sebagai umat islam, hidup kita adalah berlandaskan ajaran islam. Al-Quran, hadith, dan sunnah Rasulullah adalah sandaran kita dalam menjalani kehidupan seharian termasuk dalam aspek keibu bapaan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan hadith berkaitan ibu bapa sebagai panduan untuk kita menjadi ibu bapa dan anak yang lebih baik.\n\nDaripada Abu Hurairah Radiallah Anhu, Rasulullah SAW bersabda bahawa:\n\n\u0631\u064e\u063a\u0650\u0645\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0631\u064e\u063a\u0650\u0645\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0631\u064e\u063a\u0650\u0645\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f.\u200f \u0642\u0650\u064a\u0644\u064e \u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u200f\u200f\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062f\u0652\u0631\u064e\u0643\u064e \u0623\u064e\u0628\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u0650\u0628\u064e\u0631\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0643\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u062f\u0652\u062e\u064f\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u200f\u200f\n\nMaksudnya: \u201cKehinaan, kehinaan, kehinaan.\u201d Baginda ditanya: \u201cSiapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?\u201d Rasulullah menjawab: \u201cSiapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga. (Riwayat Muslim (2551))\n\nBerdasarkan hadith di atas, boleh disimpulkan bahawa terdapat dua tanggung jawab seorang anak kepada ibu bapanya iaitu semas ibu bapanya masih hidup dan apabila mereka sudah meninggal dunia.\n\nApakah tanggung jawab seorang anak kepada ibu bapanya yang masih hidup berdasarkan hadith di atas?\n\nBerdasarkan hadith di atas, di antara tanggung jawab seorang anak terhadap ibu bapa yang masih hidup adalah seperti berikut:\n\n\u0648\u064e\u0642\u064e\u0636\u064e\u0649\u0670 \u0631\u064e\u0628\u064f\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0644\u064e\u0651\u0627 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u0648\u064e\u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0625\u0650\u062d\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u06da \u0625\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u064a\u064e\u0628\u0652\u0644\u064f\u063a\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0639\u0650\u0646\u062f\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u0650\u0628\u064e\u0631\u064e \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0643\u0650\u0644\u064e\u0627\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u064f\u0644 \u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064f\u0641\u064d\u0651 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0646\u0652\u0647\u064e\u0631\u0652\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0644 \u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0648\u0652\u0644\u064b\u0627 \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u064b\u0627 (Al-Isra\u2019:23)\n\nMaksudnya: \u201cDan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan \u201cHa\u201d, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).\u201d\n\n\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0637\u0652\u064a\u064e\u0628\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0643\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u064f\u0644\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0633\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u064f\u0644\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0633\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650\n\nMaksudnya: \u201cSesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah berasal daripada usahanya dan sesungguhnya anak seseorang adalah berasal daripada usahanya.\u201d\u00a0(Riwayat al-Nasa\u2019ie (4449)\n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0637\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0623\u0652 \u0628\u0650\u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0628\u064e\u064a\u0652\u062a\u0650\u0647\u0650\n\nMaksudnya: \u201cApabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.\u201d\u00a0(Riwayat Muslim (1822))\n\nApakah tanggung jawab seorang anak kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia berdasarkan hadith di atas?\n\nJika tadi kami telah terangkan tentang tanggung jawab seorang anak semasa ibu bapanya masih hidup, kini tiba masa untuk kita mengetahui tanggung jawab selepas mereka sudah tiada. Di antara tanggung jawab yang digalas oleh seorang anak ialah:\n\n\u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u060c \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0623\u064f\u0645\u0650\u0651\u064a \u0645\u064e\u0627\u062a\u064e\u062a\u0652 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064d\u060c \u0623\u064e\u0641\u064e\u0623\u064e\u0642\u0652\u0636\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0646\u064e\u0639\u064e\u0645\u0652\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0641\u064e\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0642\u064f\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0642\u0652\u0636\u064e\u0649\n\nMaksudnya: Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha\u2019 puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: \u201cYa, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk tunaikan.\u201d\u00a0(Riwayat al-Bukhari (1953))\n\n\u0648\u064e\u0627\u062e\u0652\u0641\u0650\u0636\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0646\u064e\u0627\u062d\u064e \u0627\u0644\u0630\u064f\u0651\u0644\u0650\u0651 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0644 \u0631\u064e\u0651\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u064a\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a \u0635\u064e\u063a\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 (Al-Isra\u2019:24)\n\nMaksudnya: \u201cDan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): \u201cWahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.\u201d\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0628\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0628\u0652\u0633\u064e\u0637\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u0650\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u064a\u064f\u0646\u0652\u0633\u064e\u0623\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0623\u064e\u062b\u064e\u0631\u0650\u0647\u0650\u060c \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0635\u0650\u0644\u0652 \u0631\u064e\u062d\u0650\u0645\u064e\u0647\u064f\n\nMaksudnya: \u201cBarangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.\u201d\u00a0(Riwayat al-Bukhari (5986))\n\nItulah dia info tentang hadith berkaitan ibu bapa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tanggung jawab seorang bapa, cara didik anak perempuan, dan peranan ibu bapa"
"Dalam kelonggaran kita diberikan panduan untuk melakukan amalan ketika haid, kita juga perlu peka akan amalan yang dilarang ketika haid. Hal ini amatlah penting bagi memastikan kita tidak silap melakukan apa yang dihukumkan \u201charam\u201d kepada diri kita untuk dibuat dalam keadaan berhadas. Oleh yang demikian, artikel terpanggil untuk berkongsi kepada anda semua khususnya kaum hawa di luar sana mengenai amalan yang dilarang ketika haid. \n\nHaid memang bukan penghalang untuk kita melaksanakan kebaikan atau mengumpul sebanyak mana pahala yang dimahukan. Tetapi dalam keadaan sedang haid ini, kita juga haruslah sentiasa menghormati akan kesucian Islam dengan tidak melakukan apa jua amalan yang dilarang ketika haid. Berikut adalah larangan-larangan yang perlu dielakkan.\n\nSama ada mendirikan solat fardhu atau solat sunat, kedua-duanya adalah salah dan menjadi amalan yang dilarang ketika haid. Salah satu dari syarat sah solat adalah suci daripada hadas kecil mahupun hadas besar. \n\nKategori wanita yang datang haid adalah sedang berada dalam hadas besar. Oleh yang demikian, dia dilarang untuk mendirikan solat. Sekiranya solat tetap didirikan dalam keadaan masih keluar darah haid, maka solat tersebut tidak sah dan perbuatan tersebut dianggap mempersendakan agama oleh kerana kita tahu perkara yang dilarang tetapi masih membuatnya \n\nBerpuasa wajib di bulan Ramadhan atau sunat\n\nWanita diberikan waktu rehatnya dari berpuasa di bulan Ramadhan atau berpuasa sunat. Selain itu, wanita yang mengalami keuzuran berada dalam keadaan haid mahupun nifas pada mana-mana waktu siang atau malam akan menjadi penghalangnya untuk berpuasa.\n\nIni juga termaktub dalam syarat sah puasa iaitu hanya orang yang tidak mempunyai keuzuran sahaja boleh berpuasa. \n\nWanita yang sedang haid atau nifas tidak boleh disetubuhi atau bersetubuh. Bahkan, ijmak semua ulama telah bersepakat bahawa haram hukumnya menyetubhi wanita haid atau nifas.\n\nIni adalah berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 222\n\nDan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: \u201cDarah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat\u201d. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguh Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.\n\nUmumnya, antara syarat sah tawaf adalah sama seperti syarat sah solat iaitu niat, suci daripada hadas besar dan kecil, suci daripada najis sama ada pada badan, pakaian atau tempat tawaf dan menutup aurat.\n\nIni sudah dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbad R. Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:\n\n\u0627\u0644\u0637\u064e\u0651\u0648\u064e\u0627\u0641\u064f \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0628\u064e\u064a\u0652\u062a\u0650 \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064f \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0629\u0650 \u060c \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u062a\u064e\u0643\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0643\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u062a\u064e\u0643\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064d\n\nMaksudnya: \u201cTawaf mengelilingi Kaabah sama seperti solat, hanya sahaja kamu (boleh) bercakap di dalamnya (ketika tawaf). Sesiapa yang mahu bercakap-cakap tatkala tawaf, maka hendaklah mengucapkan ucapan yang baik.\u201d\n\nOleh yang demikian, jumhur ulama telah berpandangan bahawa tawaf yang dilakukan oleh orang yang didatangi haid, adalah tidak sah untuk lebih selamat. \n\nNamun begitu, Ahkam Syar\u2019iyyah Siri Ke \u2013 171 mengatakan bahawa dibolehkan bagi wanita haid untuk melakukan tawaf \u00a0dengan bertaqlid kepada pendapat ulama mazhab Hanafi dan dia dikenakan dam seekor unta apabila:\n\nDalam isu wanita haid masuk ke dalam masjid, para ulama telah berpendapat kepada dua pandangan yang berbeza. Ada yang mengharamkannya ada juga yang mengharuskannya.\n\nBagi institusi fatwa yang mengharamkannya adalah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-49, dan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor\u00a02001. \n\nIni berdasarkan sandaran kepada surah Al-Nisaa, ayat 43 yang bermaksud:\n\nWahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) \u2013 kecuali kamu hendak melintas sahaja \u2013 hingga kamu mandi bersuci.\n\nAdapun begitu, ulama yang mengharuskan wanita haid masuk ke masjid adalah seperti \u00a0Imam al-Muzani (anak murid Imam al-Syafie), salah satu pandangan Imam Ahmad, Daud al-Zahiri dan Ibn Hazm al-Andalusi.\u00a0\n\nMereka bersandarkan kepada hadis Nabi SAW:\n\n\u0644\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u062c\u0650\u0626\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0631\u0650\u0641\u064e \u062d\u0650\u0636\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u064e\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0627\u0650\u0641\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0641\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f \u0627\u064e\u0644\u0652\u062d\u064e\u0627\u062c\u064f\u0651 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0637\u064f\u0648\u0641\u0650\u064a \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u064a\u0652\u062a\u0650 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u062a\u064e\u0637\u0652\u0647\u064f\u0631\u0650\u064a\n\nLakukanlah apa yang diperbuat oleh seorang yang berhaji kecuali jangan engkau Thawaf di Ka\u2019bah. \u2013 (Sahih Bukhari)\n\nNamun demikian, menurut Darul Ifta\u2019 Al-Misriyyah, wanita yang sedang haid ke masjid hukumnya adalah harus jika dia mempunyaii keperluan untuk berbuat demikian. Keperluan yang dimaksudkan di sini adalah seperti menghadiri kelas-kelas agama, dan sebagainya. Hal ini berdalilkan dengan hadis yang diceritakan oleh Aisyah RA bahawa:\n\n\u201cAda hamba perempuan berkulit hitam milik suku Arab dan mereka membebaskannya. Gadis itu datang kepada Nabi Muhammad dan memeluk agama Islam. Dia mempunyai khemah atau bilik kecil dengan atap yang rendah di dalam masjid.\u201d\n\nHadis ini terdapat dalam kitab\u00a0Al-Muhalla Bil Athar\u00a0karangan Imam Ibnu Hazm Al-Andalusi.\n\nAmalan yang dilarang ketika haid adalah pegang mushaf Al-Quran. Hukumnya bahkan haram sama ada secara berlapik ataupun tidak berlapik. Ini dinyatakan sendiri berdasarkan pandangan Mazhab Syafie:\n\n\u201c(Haram wanita haid memegang mushaf) walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid\u00a0 awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal.\u201d\n\nHaram juga menyentuh Al-Quran dengan berlapik kain:\n\n\u201cMushaf ialah sebarang perkataan yang ditulis untuk mempelajari Al-Quran walaupun sebahagian ayat yang dapat difahami. Begitu juga diharamkan menyentuhnya walaupun berlapik pada perca kain.\u201d\n\nHukum bagi wanita yang datang haid lalu mengambil wuduk adalah tidak sah dan haram. Hal ini disebabkan bahawa wuduk tersebut tidak memberi apa-apa kesan kepada hadasnya dan dikhuatiri ia boleh menjadi perbuatan mempersendakan ibadah.\n\nNamun yang demikian, sekiranya sudah menjadi kebiasaan wanita tersebut ambil wuduk sebelum tidur sebagai amalannya, maka ia diharuskan tetapi perlu berniat sekadar untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan.\n\nUlama dalam mazhab Syafie telah bersepakat bahawa wanita yang sedang haid tidak dibenarkan membaca Al-Quran kerana mereka ketika itu dalam keadaan hadas besar.\n\nPendapat itu turut disokong oleh ulama mazhab Hanafi, Maliki dan sebahagian pendapat dalam mazhab Hambali. Hujah mereka ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda: \u201cJanganlah membaca sesuatu pun daripada Al-Quran semasa haid dan berjunub.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat al-Tirmidhi)\n\nFirman Allah SWT dalam surah At-Talaq, ayat 1:\n\nMaksudnya: \u201cWahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya.\u201d\n\nHukum menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang haid adalah haram. Ini bermakna suami berdosa sekiranya menjatuhkan talak ketika isteri haid. Menurut jumhur ulama, talak tetap sah. Namun menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, talak ketika haid tidak jatuh kerana tidak sesuai dengan tuntunan syariat. \n\nHarapnya, sebagai wanita kita hendaklah sentiasa peka dengan amalan yang boleh dibuat dan amalan yang dilarang ketika haid. Ini bagi membolehkan kita membezakan perkara yang mendatangkan pahala dan dosa kepada diri kita sendiri. \n\nAnda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:"
"Sekarang orang ramai tengah gila-gila dengan makanan manis. Pelbagai jenis kek, puding, dan minuman manis yang paling banyak dicari. Salah satu makanan manis yang sangat nyaman iaitu kek coklat puding karamel ialah hidangan manis yang rugi anda tidak cuba.\n\nKek coklat puding karamel ialah perpaduan antara kek coklat yang lembut dan gebu dengan puding karamel yang manis dan berkrim. Dengan rasa yang berkrim dan sedap serta tampilan yang cantik dan menarik, menjadikan kek coklat puding karamel amat sesuai untuk hidangan pencuci mulut bahkan untuk acara-acara mewah dan berkelas.\n\nMakan satu potong kek coklat puding mesti teringin makan lagi dan lagi. Belum lagi sapukan dengan cecair karamel yang melimpah di sekeliling dan tepi-tepi kek. Rasa macam ingin habiskan semua sampai licin. Jemput baca dan cubakan resepi kek coklat puding karamel ala Mdm Kelly\u200e yang berkongsikan di laman Facebook.\n\nSelain kek coklat puding karamel, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Siapa yang tidak kenal dengan ikon negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan angkawasan pertama negara kita. Beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang kerjaya malah seorang bapa yang HEBAT kepada 4 orang cahayamata kini.\n\nJika anda mengikuti beliau di media sosial, pasti terinspirasi dengan cara didikan yang diamalkan beliau dan pasangan Dr. Harlina dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.\n\nIkuti perkongsian Dato\u2019 Dr. Sheikh Muszaphar tentang pengalaman beliau dalam mendidik anak-anaknya dan bagaimana beliau memberi rangsangan yang optimum kepada mereka.\n\n1. Ucapkan \u2018I Love You\u2019 Kepada Anak Setiap Hari!\n\nIni adalah kata-kata keramat kunci dalam membina hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak.\n\nLakukan ini\u261d\u261d\u261dsetiap hari ya ibu ayah! Tunjukkan perasaan kasih dan sayang kita yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak.\n\nApabila kita penuhi tangki emosi anak dengan kata-kata yang positif, pasti mereka akan membesar dengan baik juga.\n\n2. Isi Masa Anak Dengan Aktiviti Bermanfaat\n\nPastikan setiap minit anak-anak itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kerana setiap minit itu mereka belajar!.\n\nAnak-anak kecil belajar daripada persekitarannya. Banyakkan aktiviti yang merangsang perkembangan mereka seperti educational toys dan bermain muzik.\n\n3. Pentingnya Fasa 6 Tahun Pertama (Golden Age)\n\nTidak perlu dinafikan lagi, kajian memang telah membuktikan akan kepentingan fasa 6 tahun pertama anak-anak.\n\nIsi dan penuhi tahun-tahun pertama anak dengan pelbagai ilmu memandangkan fasa ini otak mereka berkembang dengan pesat dan pantas.\n\nSetiap ilmu dan rangsangan yang diberikan akan mempunyai potensi yang tinggi untuk tersimpan dalam memori jangka panjang ( long term memory) otak anak-anak.\n\n4. Beri Galakan Kepada Anak Untuk Capai Tahap Tertinggi\n\nInilah yang sering Dr. Muszaphar kongsikan di dalam media sosial terutamanya kepada anak sulungnya Bella. Beliau menggilap potensi anaknya hingga ke tahap tertinggi dan terbukti Bella sangat cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.\n\nBeri galakan kepada anak-anak untuk mencapai ke tahap yang tertinggi dalam hidup mereka supaya mereka kental, tidak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.\n\nTegas dengan peraturan yang dibuat dan dalam masa yang sama penuhi dengan kasih sayang.\n\nDisplin itu kunci bagi setiap orang yang berjaya. Tegas juga perlu bertempat bukan sehingga \u2018mencederakan emosi\u2019 anak-anak. Mendidik dengan kasih sayang itu adalah TERBAIK!\n\n6. Dedahkan Anak Dengan Pelbagai Aktiviti\n\nPelbagai aktiviti yang dilakukan Dr. Muszaphar dengan anak-anaknya seperti mendedahkan mereka kepada\u00a0 sukan renang, berkuda dan seni pertahankan diri.\n\nPengalaman baru yang dirasai anak-anak akan membina \u2018neuron pathways\u2018 yang baru ibarat highway dalam otak mereka. Semakin banyak \u2018neuron pathways\u2019 ini terbina, makin berkembanglah otak mereka.\n\nMenurut Dr. Muszaphar, kanak-kanak sukakan rutin. Rancang rutin dalam kehidupan mereka seperti kelas mengaji, kelas berenang, kelas musik dan sebagainya.\n\nJadikan aktiviti ini sebagai rutin seharian mereka dan jadual yang perlu diikuti. Rancang dengan baik dan mengikut tahap dan kemampuan anak-anak.\n\nPastikan mata kita sama aras dengan anak semasa berkomunikasi dengan mereka terutamanya apabila ingin menegur dan memberi nasihat. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka dihargai dan penting.\n\n9. Berhenti Berkata \u2018TIDAK\u2019 Sebaliknya Gunakan \u2018KENAPA\u2019\n\nMemang terlalu banyak perkataan JANGAN yang kita sering gunakan terhadap anak.\n\nJika kita sering mengikut kursus-kursus keibubapaan, sering speaker akan mengingatkan bahawa tukarkan ayat JANGAN itu kepada yang lebih positif.\n\nLebih baik kita terangkan mengapa sesuatu perkara atau tingkahlaku itu tidak boleh dilakukan berbanding berkata JANGAN..JANGAN..JANGAN..\n\nHanya menegah tapi tidak memberikan penjelasan. Perkara inilah yang selalu kita terlepas pandang dalam mendidik anak-anak.\n\nMarikan kita amalkan komunikasi berkesan dalam keluarga.\n\nMelentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini memang sinonim dengan tips yang diberikan oleh angkawasan negara kita.\n\nSemuanya kena bermula sejak dari awal agar amalan, tingkahlaku dan adab sopan dapat disemai sejak dari kecil dan proses dalam membesarkan anak lebih mudah kelak.\n\nIni adalah tips yang penting. Sediakan ruang untuk anak yang dapat membantu dalam proses tumbesaran mereka. Contohnya, ruang membaca, ruang bermain dan ruang berkreativiti.\n\nSediakan juga kemudahan dan peralatan yang membantu dalam pembelajaran anak seperti buku-buku ilmiah, educational toys dan peralatan sukan.\n\nAnak-anak akan menjadikan ruang rumah sebagai suatu tempat yang membolehkan mereka mempelajari pelbagai ilmu, bukan hanya terhad di sekolah sahaja.\n\nTahukah anda, anak kecil boleh belajar bahasa sehingga 5 jenis bahasa yang berbeza? Wow!hebatkan?\n\nAyuh!dedahkan anak dengan pelbagai bahasa kerana memiliki potensi yang tinggi di usia kanak-kanak ini.\n\n13. Kenali Tanda Tekanan Pada Anak\n\nYe betul! Mungkin apa yang kita rancang untuk anak dimata kita adalah terbaik. Namun, perkara itu adalah di luar kemahuan mereka atau tiada minat ke arah itu.\n\nSentiasa peka dengan emosi anak. Pastikan kita luangkan masa untuk berbual dengan mereka supaya mereka dapat luahkan apa yang dirasai.\n\nTiada guna mengejar kejayaan di dalam pelbagai bidang andai emosi anak kita abaikan. Jadi ibu bapa yang peka dan prihatin akan perubahan anak.\n\nRaikan minat mereka agar sesi pembelajaran dan pembesaran anak-anak adalah dalam keadaan yang positif dan penuh kasih sayang.\n\n14. Pendidikan Formal Bermula Pada Usia 6 Tahun\n\nTepat! Pendidikan formal bermula ketika anak sudah menganjak ke usia 6 dan 7 tahun. Namun, pembelajaran tentang kehidupan itu bermula sejak bayi lagi!\n\nJangan sangka bayi hanya terlentang, pandang dinding sahaja. Pelbagai rangsangan boleh diberikan kepada mereka untuk mereka belajar. Otak manusia berkembang dengan pesat ketika usia bayi.\n\nMemang terinspirasi dengan perkongsian Dr. Sheikh Muszaphar ketika Seminar Super Parenting yang lepas. Terima kasih kepada followers yang telah berkongsi kembali isi kandungan ucapan Dr. Sheikh Muszaphar di media sosial. Ilmu itu sangat berharga. Semoga kita juga dapat menjadi ibu bapa hebat buat anak-anak kita supaya apabila dewasa mereka dapat memberi manfaat kepada ummah seperti angkawasan pertama negara kita ini \ud83d\udc96.\n\nSumber: Perkongsian Dato\u2019 Dr. Sheikh Muszaphar di laman facebook\u00a0beliau."
"Mencari resepi ayam percik Kelantan? Teringin makan ayam percik Kelantan yang tersohor?\n\nRasa yang mewah dan juicy. Ketika chef Wan masak dalam Best Wan beliau tidak sengaja terkoyakkan paha ayam ketika ingin menghidangkan, rasa macam ingin histeria apabila kamera fokus pada isi ayam lembut berjus lekang dari tulang.\n\nUntuk memuaskan selera, hari ini kami akan hadirkan resepi ayam percik Kelantan menggunakan teknik Chef Wan yang sangat simple yang dicubakan oleh Yuss Aisya di laman Facebook.\n\nAye percik Kelate kuoh meroh namanya. Bahkan dalam sebuah dokumentari di Astro, sebuah kedai ayam percik tersohor di Kelantan cuma beroperasi 3-4 jam setiap hari. Mengapa? Sebab ayam perciknya habis purata 100 ekor dalam tempoh itu sahaja.\n\nTekstur ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy. Tidak hairanlah mengapa ramai beratur panjang di kedai ayam percik di sekitar Kelantan. Resepi di bawah ini ialah untuk satu ekor ayam.\n\nLumur bahan tumbuk dengan ayam, biarkan satu jam.\n\nSelain resepi ayam percik Kelantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sedang mencari nama anak perempuan yang mempunyai maksud yang baik serta indah dipanggil? Sebagai ibu, kita pasti ingin mencari dan memberi terbaik untuk anak. Salah satunya adalah dengan memberi nama anak yang betul.\n\nJom kami kongsikan koleksi nama anak perempuan islam moden yang indah dengan maksud yang baik. Semuanya pasti sedap dipanggil.\n\n1. AFIFA FITIYA\nAnak perempuan yang suci dan memiliki harga diri\n\n2. AFRA NAILA ARKARNA\nAnak perempuan sebagai anugerah di malam ke-13 bulan purnama yang menerangi hati\n\n3. AINA TALITA ZAHRAN\nMata seorang gadis yang berkilau\n\n4. AINIYA FAIDA AZMI\nAnak yang memiliki ketegaran hati dan bermanfaat bagai pohon rimbun yang bersemi\n\n5. AINUN MAHYA\nMata yang bersinar\n\n6. AISHA ALIFA\nKeramahtamahan yang hidup\n\n7. AISHA FARHANA\nAnak perempuan yang hidup dan bergembira\n\n8. AKIFA NAILA\nWanita yang raji beritikaf di masjid dan suka memberi\n\n9. ANNISA FAIHA\nAnak perempuan yang memiliki banyak kelebihan\n\n10. ANNISA KASTURI NAIM\nAnak perempuan penghuni surga yang harum bagai bunga kasturi\n\n11. ARIQA FATINA\nAnak perempuan baik budi dan menarik hati\n\n12. ASKANA SAKHI\nAnak perempuan yang baik hati dan murah hati13. ASSYIFATU HAIFA\nAnak perempuan yang bagaikan obat penawar dahaga\n\n14. ATHIFA FARIHAN WARDA\nAnak perempuan yang memiliki perasaan gembira bagai bunga mawar\n\n15. ATIKA BALQIS AZIZAH\nRatu mulia yang pemurah\n\n16. ATIKA ZAHRA RATIFA\nAnak perempuan yang berakhlak baik, pemurah dan berseri-seri\n\n17. ATIQA FAIRUZ KHALISA\nAnak perempuan yang cantik bagai permata murni\n\n18. AULIA IZZATUNNISA\nAnak perempuan yang penuh rasa cinta dan kemuliaan\n\n19. BADRIYYA SHALIHA\nAnak perempuan yang cantik dan shalihah\n\n20. BAHIYYA ATIQA FAIHA\nAnak perempuan yang cantik yang memiliki keindahan dan banyak kelebihan\n\n21. BAITI DURRIYA\nRumahku adalah cahaya mutiara\n\n22. BALQIS ADZRA\nRatu yang terhormat\n\n23. BARIA KAMILIA\nAnak perempuan yang bagaikan pepohonan yang selalu hijau dan unggul\n\n24. BASIMA SHALIHA\nSenyuman anak perempuan yang shalihah\n\n25. BASIMA WARDATUL ZHAHIRA\nAnak perempuan yang tersenyum bagai bunga mawar yang bercahaya\n\n26. BASYASYA AFIFA\nAnak perempuan yang memiliki wajah berseri-seri sedang mensucikan diri\n\n27. BILQIS FAIHA RIFDA\nRatu yang memiliki banyak kelebihan pemberi pertolongan\n\n28. BILQIS UFAIRA\nRatu yang pemberani\n\n29. BURAIRA BALQIS FAIHA\nRatu yang memiliki banyak kelebihan dan selalu berbuat baik\n\n30. BUSYRA FITRIYANI\nKabar gembira dari anak perempuan yang suci\n\n31. BUTSAINA IFTITAH NAILA\nPermulaan dari anak perempuan yang cantik adalah anugerah\n\n32. DALIYA ZAHRA KHASIEB\nAnak perempuan yang bagaikan bunga pohon anggur yang subur\n\n33. DARY ARRIFDA\nAnak perempuan pemberi pertolongan yang lemah lembut\n\n34. DARY AZZALFA\nAnak perempuan yang bagaikan permukaan mutiara yang lembut\n\n35. DIANA DURRIYATUL JANNA\nAgama yang bercahaya bagai mutiara surga\n\n36. DIANA SYAUQIA\nAnak perempuan yang bagaikan agama yang dirindukan\n\n40. DURRRIYA NAILA TALITA\nGadis yang suka memberi bagaikan cahaya mutiara\n\n41. DZAKIRA AFTANI\nAnak perempuan yang memiliki ingatan yang mengagumkan\n\n42. DZAKIRA TALITA ZAHRA\nGadis yang berzikir bagai bunga\n\n43. DZAKIYYA TALITA SAKHI\nGadis cerdas yang murah hati\n\n44. FADYA JAMIL ANNIDA\nSeruan indah yang menyelamatkan\n\n45. FAIDA ANNAILA\nPemberian yang bermanfaat\n\n46. FAIHA NADA ZALFA\nAnak perempuan yang bagaikan embun di kulit mutiara yang banyak kelebihannya\n\n47. FAIZA ALYA AZIZA\nPemenang yang tinggi dan mulia\n\n48. FAJRA NADA NADIFA\nAnak perempuan yang bagaikan embun pagi yang bersih\n\n49. FAKHIRA SALWA NABILA\nBurung puyuh yang bagus dan cerdik\n\n50. FANY AZHAR AZIZA\nBunga yang fana dan mulia\n\n51. FARAH AZHAR\nAnak perembuan yang bagaikan Bunga-bunga dan kesenangan\n\n52. FARHANA RAQWANI\nKemajuan yang menggembirakan\n\n53. FARIDA KAMILA ZUHDI\nAnak perempuan yang bagaikan permata yang mahal dan sempurna yang rendah hati\n\n54. FATIHA RUSYDA ADDIEN\nAgama pembuka jalan yang lurus\n\n55. FAUZIA RAFIFA\nAnak perempuan yang berakhlak baik adalah kemenangan yang gemilang\n\n56. FITRI SYAFIA\nAnak perempuan yang suci dan sehat\n\n57. GHAZIYA HAFIZA\nAnak perempuan pejuang yang menjaga kesuciannya\n\n58. HAFIZA KHAIRA LUBNA\nKebaikan dan kecerdasan yang terpelihara kesuciannya\n\n59. HAIFA AISH FAIHA\nAnak perempuan yang ramping dan memiliki banyak kelebihan\n\n60. HAMDA SAKHIA\nAnak perempuan yang banyak bersyukur dan murah hati\n\n61. HANA AISH SALMA\nAnak perempuan yangyang bahagia dan selamat\n\n62. HANA KHAIRUNNISA\nSebaik-baiknya anak perempuan yang bahagia\n\n63. HANIA SYAKIRA\nUcapan selamat dan rasa syukur\n\n64. HANIFA RASYIDA\nMuslimah yang teguh dan tegar\n\n65. HASNA NABILA\nAnak perempuan yang cantik dan cerdik\n\n66. HAURA NAZHIFA\nAnak perempuan yang berkulit putih dan bersih\n\n67. HUSNIA RANI ZAHRA\nBunga yang indah dan mempesona\n\n68. IFFA ASTILA RAHMA\nAnak perempuan yang memiliki keturunan yang baik, rasa hormat dan kasih sayang\n\n69. IFTINA ASSYABIYA RAFIFA\nGadis kecil yang berakhlak baik yang mengagumkan\n\n70. ILMI SUHAIMA\nAnak perempuan yang memiliki ilmu tentang keberuntungan\n\n71. IMA SHABIRA\nPemimpin yang penyabar\n\n72. INAYA AZMI ATHIFA\nanak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan perasaan\n\n73. INAYA AZMI ATHIFA\nanak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan perasaan\n\n74. INAYA RAFA\nAnak perempuan yang memiliki perlindungan yang tinggi\n\n75. INSYIRA FAUZIA\nKegembiraan atas kemenangan yang gemilang\n\n76. IRTIA NAZIHA\nKesenangan yang jauh dari hal-hal yang buruk\n\n77. IZA NAJDA\nAnak perempuan yang memiliki keberanian dan kehormatan diri\n\n78. JAMILA RAFIF LUTHFIA\nAnak perempuan yang cantik dan lembut yang berakhlak baik\n\n79. JANNATU SAUQIYA\nAnak perempuan bagaikan surga yang dirindukan\n\n80. JARIA SALSABILA\nAmal yang tak terputus laksana mata air syurga\n\n81. JAUHARA ZAHRANI\nAnak perempuan yang bagaikan permata yang berkilauan\n\n82. JAUZA JAHIRA\nAnak perempuan yang bagaikan buah kenari yang berkilau\n\n83. JIHAN TALITA ULFA\nGadis berwawasan luas yang ramah\n\n84. JUHAINA ZAKIYA\nanak perempuan yang bagaikan kebun yang tumbuh dengan baik\n\n85. KALILA RIFDA\nAnak perempuan yang memberi pertolongan dengan lemah lembut\n\n86. KAMILIA ULFA\nPersahabatan yang sempurna\n\n87. KARIMA HAURA ZUHDA\nAnak perempuan berkulit putih yang mulia dan rendah hatiWanita berkulit putih yang mulia dan rendah hati\n\n88. KHADZIYA NISRINA\nBunga mawar putih yang harum baunya\n\n89. KHAIRA TALITA RUMI\nGadis yang baik hati laksana seorang penyair Ibnu Rumi\n\n90. KHAIRUNNISA SALSABILA\nSebaik-baiknya wanita laksana mata air surga\n\n91. KHALIFA SAKHI\nAnak perempuan sebagai pemimpin yang murah hati\n\n92. KHANSA SABIHA\nSemoga seperti seorang pejuang muslimah yang wajahnya berseri-seri\n\n93. KHATAMI SAHIRA\nMata air terakhir\n\n94. KHAZANA RIDHA NAILA\nAnak perempuan yang suka memberikan hartanya dengan ikhlas\n\n95. LABIBAH ZAKIYYA\nAnak perempuan yang cerdik dan cerdas\n\n96. LAILA FAIHA\nMalam yang memiliki banyak kelebihan\n\n97. LAIMUNA HAURA HASNA\nGadis berkulit putih yang cantik laksana jeruk yang manis\n\n98. LATIFA QOTRUNNADA\nanak perempuan yang lembut bagaikan tetesan embun\n\n99. LUJNA KAMILA\nBukit datar yang ditumbuhi pepohonan yang selalu hijau\n\n100. LUQYANA FARHA\nPerjumpaan kita yang menggembirakan\n\n101. LUTHFIA NISRINA\nGadis yang lembut bagaikan bunga mawar putih\n\n102. LUTHFIA ZAHRA TALITA\nGadis lemah lembut yang selalu berseri-seri\n\n103. MAHDIYATU SYAUQIYA\nAnak perempuan yang selalu rindu mendapatkan hidayah\n\n104. MAHIRA HASNA KAMILA\nKepandaian dan kecantikan yang sempurna\n\n105. MAISYARA SALSABILA\nKetenangan mata air surga\n\n106. MARDIYATU EL-HAZIMA\nAnak perempuan yang teliti dan mendapatkan keridhoan Allah\n\n107. MAWADDATU SHIFWA\nKasih sayang seorang sahabat akrab\n\n108. MUAZARA ULFA\nAnak perempuan yang mendapatkan pertolongan dari persahabatan\n\n109. MUFIDA SALSABILA\nAnak perempuan yang bermanfaal laksana mata air syurga\n\n110. NABILA HASNA AMIRA\nKecerdikan dan kecantikan seorang ratu\n\n111. NADA FAJRIA SALSABILA\nEmbun pagi dari mata air syurga\n\n112. NADHIFATUL AZHAR\nBunga-bunga yang bersih\n\n113. NAFLA SYAKIRA\nBunga matahari yang pandai bersyukur\n\n114. NAILA MUAZARA ULFA\nAnak perempuan yang suka memberi pertolongan dan keramahan\n\n115. NAJWA KHAIRA WILDA\nBisikan kebaikan dari seorang bidadari\n\n116. NAURA HASNA ANNIDA\nAnak perempuan yang mempesona bagai bunga yang indah\n\n117. NAURA NADHIFA AKMAL\nBunga yang bersihnya lebih sempurna\n\n118. NIDA RANIA FAJRIA\nSeruan yang mempesona di pagi hari\n\n119. NISRINA ARIJ HISANA\nBunga mawar putoh yang sangat harum dan cantik\n\n120. NUDA BAHIRA RAMADHANI\nPelangi yang indah di bulan Ramadhan\n\n121. QONITA ISMAN TAQIYYA\nAnak perempuan yang taat kepada suami dan bertaqwa kepada Tuhannya\n\n122. QOSAMA AFKAR BASHIRA\nKeindahan dari buah pikiran yang bijaksana\n\n123. QOTRUNNADA SALSABILA\nTetesan embun dari mata air surga\n\n124. RAFIA FATINA\nAnak perempuan anggun yang menarik perhatian\n\n125. RAFIFATU RIFDA\nAnak perempuan yang berakhlak baik dan suka memberi pertolongan\n\n126. RAHIMA TALITA SHALIHA\nGadis baik yang penuh kasih sayang\n\n127. RAHMA SHAFIYYA\nKasih sayang dari seorang kawan yang tulus\n\n128. RAIDA FAKHIRA\nPemimimpin perempuan yang membanggakan\n\n129. RAIHANA YASMINA FAIHA\nBunga melati yang harum dan memiliki banyak kelebihan\n\n130. RANIATU JANNA\nSurga yang mempesona\n\n131. RASYIDATU MARWA\nPetunjuk jalan yang lurus di bukit Marwa\n\n132. RASYIDATU NAJA\nPetunjuk yang menuju keselamatan\n\n133. RASYIDATU SHAFA\nPetunjuk jalan yang lurus di bukit Shafa\n\nAnak perempuan yang mendapatkan kemudahan dan kebahagiaan\n\nKetengangan saat berada di bukit Marwa\n\nAnak perempuan yang selamat dan bersih dari noda\n\nBurung puyuh yang tumbuh dengan baik\n\nKemudahan dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat\n\nAnak perempuan yang tenang dan periang\n\nSeorang teman yang tulus penuh kasih sayang\n\nAnak perempuan laksana obat penawar rindu\n\nGadis yang cantik yang pipinya kemerah-merahan\n\nAngin semilir yang lembut dan halus\n\nAnak perempuan pemberani yang memancarkan cahaya kesucian diri\n\nAnak perempuan yang memiliki rasa persahabatan yang tinggi dan suci\n\nSebai-baik wanita yang ramah terhadap orang lain\n\nWanita yang penuh rasa persahabatan dan kasih sayang dalam kehidupanku\n\nAnak perempuan yang memiliki kelebihan yang indah\n\nKawan yang tulus dan memiliki kelebihan\n\nanak perempuan yang bagaikan bunga mawar yang sempurna\n\nAnak perempuan yang mendapatkan beruntung dan bahagia\n\nAnak perempuan yang bagaikan kemudahan yang sempurna\n\nAnak perempuan rendah hati yang memiliki hati yang bersih\n\nAnak perempuan yang bercahaya bagaikan permata\n\nIndah bagaikan pepohonan yang selalu hijau\n\nPutri (kerajaan) bunga yang penuh kasih\n\nAnak perempuan yang bagaikan Bunga yang memimpin dengan kasih sayang penuh kasih\n\nFajar menyingsing yang mengawali segala kebaikan\n\nIndah sungguh nama-nama dalam senarai diataskan? Semoga berjumpa dengan nama yang anda berkenan.Kami suka sahaja senarai di atas. JIka anda ingin mencari nama anak lelaki, artikel ini mungkin sesuai untuk anda. Jemput juga baca artikel tanda bersalin dan doa mudah bersalin."
"Terdapat beberapa cara mengatasi kurang keyakinan diri. Kurang rasa keyakinan diri boleh menyebabkan kesan negatif kepada seseorang. Berbanding generasi dulu, generasi sekarang lebih banyak menghabiskan masa dengan melayari media sosial atau bermain video game.\n\nDisebabkan perkara tersebut, mereka jarang menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini pastinya akan mengakibatkan mereka hilang keyakinan diri, apabila terpaksa berhadapan dengan orang ramai.\n\nRasa percaya kepada diri sendiri sangat penting kerana dapat tampil dengan yakin di hadapan orang lain. Di sini saya kongsikan cara mengatasi kurang keyakinan diri. Semoga membantu!\n\nCara mengatasi kurang keyakinan diri yang pertama adalah terima diri anda seadanya iaitu tidak membandingkan diri dengan orang lain. Ramai yang hilang keyakinan kerana terlampau melihat kepada keburukan diri sendiri dan menyanjung kelebihan yang ada dalam diri orang lain.\n\nHal ini sebenarnya akan membuatkan anda berasa tertekan dan merosakkan diri sendiri. Berhenti membandingkan diri dan percaya jika mereka boleh lakukan, kenapa tidak anda? Jika mereka boleh gembira anda juga berhak gembira!\u00a0\n\nApa yang menghentikan anda adalah kerana anda tidak percaya akan diri sendiri. Berbanding selalu merasa teragak-ragak untuk memulakan sesuatu, anda seharusnya cuba untuk melakukan sesuatu yang baru.\n\nLetakkan diri anda dalam posisi yang berani untuk mencuba benda-benda baru. Jangan takut untuk gagal dan cuba untuk melihat perkara baru sebagai pengalaman dan perspektif yang berbeza.\n\nHal ini mungkin akan membantu anda untuk mempelajari benda baru dan dapat memberikan kekuatan sekaligus meningkatkan keyakinan, ketika anda berhasil melakukan sesuatu tanpa teragak. Kita mungkin sedar, terdapat potensi dan kekuatan dalam diri kita yang dapat digunakan apabila kita berani untuk mencuba.\n\nMungkin sebelum ini anda adalah seorang yang tertutup dan takut untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang melibatkan ramai orang. Apa kata anda ambil langkah pertama dengan menyertai aktiviti tersebut tanpa memkirkan bahawa anda akan gagal.\n\nApabila anda menetapkan matlamat harian, anda akan merasa bertanggung jawab untuk menyelesaikan perkara yang disenaraikan oleh anda sebelum tidur. Setiap tugasan yang diselesaikan mungkin dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.\u00a0\n\nJadi cuba untuk senaraikan satu perkara yang ingin dicapai oleh anda pada setiap hari.\n\n4. Memberikan Hadiah Kepada Diri Sendiri\n\nPercaya atau tidak, dengan memberikan hadiah kepada diri sendiri dapat membuatkan anda lagi bersemangat untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Berikan penghargaan apabila anda berjaya menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik, termasuk dalam tips untuk meningkatkan keyakinan diri.\n\nHal ini dapat dijadikan langkah pertama untuk menghargai diri sendiri. Self-reward boleh dikatakan sebagai pujian untuk diri sendiri kerana telah melakukan yang terbaik. Ianya juga membuatkan diri anda rasa lebih dihargai.\n\nSokongan orang sekeliling sangat memainkan peranan dalam meningkatkan keyakinan diri seseorang. Sekiranya orang sekeliling banyak memberikan kritikan, pastinya anda akan merasa tidak yakin untuk melakukan sesuatu perkara kerana risau akan pandangan dan kritikan orang lain.\n\nPenting untuk memilih kawan yang positif, kerana mereka akan menyokong setiap tindakan anda dan memberikan kata-kata semangat untuk apa yang anda lakukan. Mungkin ini dapat menjadi penolak semangat untuk anda mencuba pelbagai perkara baru.\n\nMelakukan sesuatu yang disukai, pastinya dapat membuatkan anda teruja dan yakin dengan apa yang anda akan lakukan.\n\nMelakukan perkara yang anda sukai secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan anda. Ini kerana anda akan berjumpa dengan ramai orang yang menyukai hal yang sama dengan anda. Anda mungkin akan merasa lebih selesa untuk meluangkan masa kerana mempunyai banyak persamaan.\n\nBergaul dengan ramai orang berbanding menjadi kera sumbang, pastinya dapat meningkatkan keyakinan anda. Apabila anda terbiasa berada dalam persekitaran yang ramai orang, anda tidak akan gelisah dan keliru sekiranya perlu bercakap di hadapan ramai orang. Hal ini juga pastinya akan membantu anda untuk berkomunikasi dengan lebih yakin.\n\nBergaul dengan seseorang juga mengajar anda untuk lebih memahami. Bergaul juga, membuatkan anda lebih berfikiran terbuka. Secara tak langsung, anda akan mempelajari banyak perkara dan meningkatkan skill sosial anda.\n\nCara mengatasi kurang keyakinan diri yang lain adalah dengan biasakan diri untuk memuji diri sendiri. Memberikan kata-kata pujian dapat menaikkan mood anda.\n\nIngatkan diri untuk memuji diri ketika anda berjaya menyelesaikan tugasan dan kerja yang susah. Perkara ini akan mendorong diri anda untuk lebih percaya diri dengan setiap tugas atau kerja yang akan dilakukan.\n\nSelain itu, menjaga penampilan anda dengan berpakaian kemas dapat meningkatkan keyakinan diri. Apabila anda menjaga penampilan diri, pandangan masyarakat terhadap anda juga akan berubah.\n\nRamai yang kata penampilan menggambarkan sifat seseorang. Berpakaian kemas boleh meningkatkan kepercayaan seseorang terhadap anda kerana memberikan imej orang yang berjaya. Anda juga pastinya akan lebih yakin untuk berhadapan dengan orang lain.\n\nMenjadi diri sendiri adalah yang paling penting. Jangan disebabkan anda obses dengan orang lain sehingga anda cuba untuk mengubah diri anda. Hal ini akan menyebabkan anda terlalu fokus untuk menjadi sempurna, sehingga anda tidak dapat menikmati perkara yang dapat membuatkan anda gembira.\n\nSebaliknya, jadi diri sendiri dan cari cara untuk percaya kepada diri anda. Dengan ini, anda pastinya akan lebih menikmati pengalaman yang akan datang kepada anda.\n\nDengan berkongsi cara mengatasi kurang keyakinan diri, mungkin dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa tidak yakin terhadap diri sendiri. Apa yang boleh dilakukan adalah menyakinkan diri sendiri yang anda juga boleh buat apa yang orang lain buat. Harap tips ini dapat membantu! Selain artikel diatas, kami juga menulis artikel lain yang menarik."
"Masakan kari ialah sejenis masakan yang menggunakan rempah ratus dalam penyediaannya. Aroma rempah ratus sangat wangi dan boleh membangkitkan selera untuk makan. Lagi-lagi jika tengah lapar di waktu tengah hari, pekena dengan nasi putih dan ulam-ulaman bersama sambal belacan atau budu, tersangatlah Umph!\n\nSelain nasi, kari juga sangat sedap dimakan bersama dengan roti. Biasanya, kalau kita nak makan roti canai atau capatti atau roti seumpamanya, mesti wajib ada kari ni kan sebab gandingannya sangat sedap. Bukan sebiji je roti, dua ke tiga biji pun sanggup habiskan tanpa fikirkan kolestrol ye dakk?? Hihi\n\nUntuk masakan kari, anda boleh cuba untuk pelbagai lauk seperti kari ayam, daging, sotong, udang dan lain-lain. Yang paling kaw adalah kari daging sebab apabila dimasak, air daging akan keluar dan memberikan rasa manis semulajadi pada gulai kari tersebut. Jika ditambah dengan ubi kentang, lagilah bertambah sedap kari anda itu.\n\nJadi, pada hari ini, kami akan paparkan satu resepi kari daging yang telah dikongsikan oleh saudari Roskaryati Abu Bakar di Facebook. Anda patut cuba ni tau, boleh lah nanti cicah dengan roti ker atau makan dengan nasi. Selamat mencuba!\n\n1 Kilo Daging\n2 peket Rempah Kari Daging Babas\nSantan RM4.00\n3 sudu Kerisik.\n2 Tangkai Daun Kari.\nBawang Putih, Bawang Merah, sedikit Halia dimayang.\nSedikit Bunga lawang dn Kulit Kayu Manis\nKentang dn Karet jika suka.\n\n1. Daging dibasuh bersih dan digaul dgn rempah kari daging dan kerisik.\n2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.\n3. Apabila kekuningan masukkan daging yg digaul dgn rempah kari dn kerisik tadi.\n4. Tambah 2 cawan air.\n5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyk.\n6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.\n7. Kalau suka pekat tambah sedikit air je udah dlm santan.\n8. Dah mendidih masukkan kentang.\n9. Kentang dah empuk masukkn cili hijau/cili merah.\n10. Ok..dah boleh tutup api.\n\nSelain resepi kari daging ini, anda boleh lah menjengah lagi ke topik resepi di blog kami ini untuk melihat banyak resepi-resepi lain yang telah kami paparkan buat anda. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
"Demam denggi dan demam denggi berdarah sentiasa menjadi kebimbangan kesihatan utama di Malaysia.\n\nLaporan kes bagi wabak ini telah meningkat secara dramatik dalam beberapa tahun kebelakangan, dari tahun 2012 hingga 2013 (21900 hingga 43346 kes) dan sehingga tahun 2015, terdapat lebih daripada 90 000 kes dilaporkan, hampir tiga kali ganda berbanding pada tahun 2014 (Ong, 2016).\n\nNah baca infografik cadangan pencegahan gigitan nyamuk Aedes oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.\n\nPada masa ini, terdapat ubat antiviral yang khusus untuk rawatan denggi.\n\nWalaupun perkembangan vaksin denggi sedang berjalan, tetapi pengenalan vaksin adalah rumit untuk dilaksanakan disebabkan oleh beberapa kebimbangan seperti penyakit berisiko tinggi melalui peningkatan antibodi yang bergantung kepada dan ancaman jenis virus denggi yang baru iaitu, DENV-5.\n\nDengan peningkatan pesat laporan kes denggi yang dicatatkan, keberkesanan strategi kawalan di Malaysia perlu semakin diberi perhatian.\n\nFaktor Berkaitan Sebaran Wabak Denggi di Malaysia\n\n\nKes-kes denggi telah meningkat secara serius di peringkat global.\n\nBeberapa faktor seperti pertumbuhan penduduk, urbanisasi, pemanasan global dan globalisasi telah memberi kesan ke atas keadaan epidemiologi yang mempengaruhi penyebaran virus oleh kedua-dua vektor nyamuk Aedes iaitu Ae. aegypti dan Ae. albopictus.\n\nAntara faktor tersebut, pemanasan global dan perbandaran mungkin menjadi faktor utama bagi peningkatan kes denggi di Malaysia.\n\nPemanasan global atau perubahan iklim mengubah banyak kitaran hayat serangga dan suhu dan mempengaruhi kitaran hidup nyamuk\n\nAedes yang paling banyak, sebagaimana yang dilaporkan oleh Mohammed dan Chadee (2011), yang memelihara Ae. aegypti pada suhu yang lebih tinggi (34-35\u00baC) menunjukkan pupa (kitaran awal nyamuk) yang lebih besar daripada suhu yang lebih rendah (24-25\u00baC).\n\nTambahan pula, kenaikan suhu boleh mengakibatkan kemandirian spesis (survival) yang lebih tinggi dan penghijrahan vektor ke kawasan geografi yang belum berlakunya endemik denggi.\n\nKajian Banu et al. (2011) mendapati kenaikan suhu bumi melebihi empat dekad yang lalu adalah bertepatan dengan peningkatan risiko wabak denggi di rantau barat daya Pasifik.\n\nBeberapa kajian di Singapura juga menunjukkan hubungan antara perubahan iklim yang kuat dengan peningkatan penyebaran denggi disebabkan suhu, kelembapan dan hujan yang lebih tinggi yang boleh dikaitkan dengan perubahan iklim.\n\nPerubahan iklim mungkin bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan peningkatan kes denggi secara tiba-tiba di Malaysia apabila pembandaran pesat juga didapati menyumbang kepada peningkatan kes denggi.\n\nPembandaran di Malaysia telah meningkatkan kepadatan populasi manusia dan tapak pembiakan vektor di kawasan bandar. Faktor pembandaran yang besar mungkin disebabkan oleh pertumbuhan penduduk dan penempatan penduduk (tempatan dari luar bandar ke kawasan bandar dan warga asing).\n\nPeningkatan habitat pembiakan bagi nyamuk vektor di dalam bekas buatan seperti bekas plastik, pot bunga, tangki septik, lembangan, balang, longkang bumbung, dulang pemungut air peti sejuk dan beberapa lokasi yang jarang berlaku seperti ruangan yang terdapat pada bekas cat plastik dan tangki penyiram tandas.\n\nBerikut merupakan langkah kawalan bagi mencegah penyebaran wabak denggi dengan lebih serius di negara kita:\n\nKawalan bagi kedua-dua larva dan nyamuk dewasa adalah di bawah program kawalan vektor Malaysia.\n\nUntuk kawalan larva, strategi yang telah dijalankan adalah pengurusan persekitaran, pengurangan sumber, penggunaan racun pembunuh larva seperti temephos, pemeriksaan rumah dan penguatkuasaan Akta Serangga Penyakit 1975.\n\nManakala bagi kawalan nyamuk dewasa termasuklah pengasapan (fogging) yang akan dijalankan berdasarkan kes virus denggi yang dilaporkan.\n\nSemua aktiviti fogging perlu dijalankan oleh pengamal terlatih Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan tempatan.\n\nPemeriksaan rumah dan premis dijalankan terutamanya bagi pengawasan tapak pembiakan berpotensi Aedes untuk memeriksa keadaan premis secara berkala bagi memastikan tempat pembiakan nyamuk sentiasa dibersihkan.\n\nKaedah ini tidak berjaya membasmi masalah denggi sepenuhnya disebabkan kekangan sumber manusia dan juga keupayaan nyamuk untuk membiak di kawasan kecil dan tersembunyi.\n\nRawatan racun serangga terdiri daripada temephos (Abate) yang mempunyai ketoksikan yang rendah terhadap manusia dan boleh juga digunakan di dalam air minuman.\n\nRawatan ini sebahagian besarnya dilakukan oleh masyarakat sendiri.\n\nMalangnya, kebanyakan isi rumah tidak menggunakan racun ini secara teratur dan penggunaan dos yang salah.\n\nProgram kawalan vektor denggi Malaysia sangat bergantung kepada kawalan secara bahan kimia.\n\nAntara kegagalan pendekatan kawalan kimia ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor; masalah teknikal fogger (contohnya saiz titisan), masa rawatan, faktor geografi (contohnya arah angin, cuaca) dan keberkesanan/rintangan racun yang digunakan itu sendiri.\n\nDi samping kawalan vektor, pendidikan kesihatan telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama bagi kawalan vektor.\n\nPendidikan terdiri daripada iklan di media (televisyen, radio, akhbar, poster & risalah), kempen dan seminar seminar.\n\nDi negara ini, terdapat banyak iklan dan kempen yang berkaitan dengan denggi. Kandungannya termasuk pemahaman asas tentang penyakit, cara pencegahan dan beberapa sindrom untuk jangkitan.\n\nWalau bagaimanapun, kesan iklan dan kempen masih tidak jelas dan sukar untuk diukur.\n\nSalah satu cabaran yang dihadapi oleh iklan dan kempen adalah kecerapan dan kecaknaan orang ramai terhadap penyakit demam denggi.\n\nPendekatan ini terdiri daripada daya tarikan untuk mengumpan nyamuk dan komponen pembunuhannya, sama ada secara fizikal atau kimia.\n\nPenggunaan perangkap nyamuk dianggap jarang dalam program kawalan nyamuk di Malaysia walaupun beberapa percubaan telah menunjukkan keberkesanan untuk spesis nyamuk Ae. aegypti (Ong & Zairi 2015).\n\nHal ini mungkin disebabkan oleh kerumitan komponen perangkap, mekanisme pembunuhan pasif dan mengambil masa yang agak lama untuk hasil yang diinginkan.\n\nWalau bagaimanapun, sesetengah kawasan di Malaysia telah mencadangkan penggunaan perangkap, contohnya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mencadangkan penggunaan perangkap komersial, Mosquito\u00a0 Magnet \u00ae (Tan 2014).\n\nKesesuaian perangkap ini di kawasan bandar terutamanya kawasan bandar perlu diberi lebih perhatian.\n\nSelain itu, kos produk yang agak tinggi juga perlu dibandingkan dengan beberapa pendekatan lain kerana perangkap terhad untuk mengawal nyamuk dewasa tetapi tidak termasuk nyamuk pada kitaran hidup tahap yang tidak matang.\n\nKaedah baru yang mencadangkan pengubahsuaian genetik kawalan vektor denggi yang terbukti berkesan di negara luar, amat diperlukan dalam program kawalan denggi kerana wabak denggi masih terus berlaku di negara ini.\n\nCubaan kajian lepas telah terbukti berkesan dalam mengawal beberapa jenis perosak seperti lalat buah dan beberapa serangga yang lain.\n\nPada permulaan reka cipta, teknologi untuk pengubahsuaian genetik vektor mendedahkan radiasi arah serangga vektor, dan dibebaskan untuk menindas populasi liar dan menghentikan pembiakan spesis serangga tersebut.\n\nWalau bagaimanapun, terdapat beberapa kebimbangan terhadap kaedah ini terutamanya mengenai rintangan rawak yang mungkin tidak membawa sebarang kesan (Wilke & Marrelli 2012).\n\nDi Malaysia, percubaan pada nyamuk terubahsuai genetik (GM) dikenali sebagai pelepasan serangga yang membawa maut yang dominan kepada nyamuk liar yang lain (RIDL).\n\nKaedah RIDL ini terdiri daripada dua jenis yang berbeza strategi dalam menghapuskan vektor denggi.\n\nBagi yang pertama, spesis jantan akan dijangkiti dengan membawa genetik betina yang boleh mengakibatkan kecacatan penerbangan.\n\nSelepas itu, apabila nyamuk jantan dilepaskan dan berpasangan dengan nyamuk betina jenis liar, maka baka anak-anak tidak akan dapat terbang dan tidak dapat berkahwin atau mencari hos (manusia).\n\nBagi strategi kedua, nyamuk jantan yang terubahsuai secara genetik membawa gene lethal (maut) yang boleh menyebabkan penghapusan anak apabila dilepaskan di lapangan terbuka dan berpasangan dengan nyamuk betina jenis liar.\n\nSeperti yang dicadangkan oleh WHO pada tahun 2006, tiada alternatif lain selain mengawal vektor denggi dalam mencegah penyakit sehingga tahun 2050.\n\nTidak ada peluru ajaib untuk mengawal vektor denggi.\n\nPengurusan alam sekitar harus menjadi pendekatan asas untuk kaedah kawalan lain seperti tapak pembiakan yang ada; vektor boleh dikawal untuk membiak.\n\nLebih banyak dana harus diberikan kepada penyelidikan untuk terus mencari jalan penyelesaian.\n\nSelain itu, pembiayaan kecil mungkin disediakan oleh kerajaan untuk beberapa sekolah, komuniti dan organisasi bukan kerajaan untuk memulakan beberapa aktiviti pencegahan denggi.\n\nStrategi masa depan sepatutnya terdiri daripada pasukan anti-denggi yang cepat bertindak, sama ada di bawah kerajaan atau tidak, untuk mereka bentuk program kawalan, mengesan kes denggi dan berkomunikasi dengan penduduk di kawasan panas yang sering berlaku kes denggi."
"Mungkin ramai lagi yang tidak tahu atau tidak makan bayam Brazil. Faktanya bahawa bayam banyak jenisnya, antaranya ialah bayam Brazil. Di bawah ini kami telah kongsikan resepi buat sayur bayam Brazil yang sedap dan sesuai tekak Melayu.\n\nBayam Brazil bentuknya berbeza dengan bayam [email\u00a0protected] yang umum kita jumpai. Bayam Brazil mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang. Oleh kerana itu, apabila masak bayam Brazil, ambil pucuk dan daun sahaja kerana batangnya keras tidak sesuai dimasak. Tapi jangan buang batangnya itu, kerana batangnya boleh ditanam.\n\nBayam Brazil sesuai dibuat bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran. Daunnya tidak berlendir dan sedikit rangup. Bahkan masyarakat Brazil makan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka.\n\nTumis bayam Brazil dengan sedikit belacan dan cili. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Apalagi kalau digandingkan dengan ikan goreng garing. Boleh bertambah makan 3 pinggan.\n\nSila cuba resepi bayam Brazil tumis belacan cili padi daripada Cik Azza Ahsani\u200e di laman Facebook.\n\nResepi Bayam Brazil Tumis Belacan Cili Padi\n\nSelain resepi bayam Brazil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jagung atau nama saintifiknya\u00a0Zea mays mempunyai pelbagai khasiat seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi. Kandungan lain yang terdapat di dalam jagung manis adalah protein, karbohidrat, kalsium, kalium, sodium dan beberapa jenis elektrolit lainnya. Kesemua khasiat ini sangat berguna dan bermanfaat untuk tubuh badan kita.\n\nMenurut kajian yang dilakukan di Cornell University, jagung merupakan sumber yang kaya antioksidan. Manfaat antioksidan sememangnya terbukti mengurangkan risiko kanser di dalam tubuh dengan cara melawan radikal bebas penyebab kanser.\n\nJusteru, jagung yang mengandungi antioksidan ini sememangnya baik untuk badan. Jagung juga dikatakan memiliki antioksidan yang mampu mencegah terjadinya proses penuaan dengan cepat.\n\nTepung jagung boleh mencegah ruam lampin. Kalau bayi anda terkena ruam lampin, jangan lupa untuk gunakan tepung jagung.\n\nMineral penting untuk tubuh badan seperti fosforus, magnesium, mangan, seng, zat besi dan tembaga juga didapati terkandung di dalam jagung. Fosforus sangat penting untuk mengatur pertumbuhan, kesihatan tulang dan fungsi ginjal. Ginjal yang sihat akan menjamin kesihatan semua organ tubuh.\n\nIni kerana ginjal merupakan organ untuk menyaring darah yang akan disalurkan ke seluruh tubuh. Dengan ginjal yang sihat, proses penyaringan dapat bekerja dengan baik sehingga darah hasil penyaringan menjadi baik untuk disalurkan ke seluruh tubuh. Jagung juga mengandungi mineral seperti selenium yang sukar ditemui dalam bahan makanan lain.\n\n4. Menjaga kesihatan sistem pencernaan dan mengurangkan risiko buasir\n\nJagung memiliki kandungan serat yang cukup tinggi. Justeru, ia dapat membantu mencegah sembelit atau buasir. Serat yang tinggi akan membantu pembuangan air besar dengan lancar.\n\nMenurut kajian, minyak jagung telah terbukti memiliki kesan anti-aterogenik pada tingkat kolesterol sehingga mampu mengurangi risiko berbagai penyakit kardiovaskular atau jantung. Minyak jagung adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan jantung selain membantu menstabilkan degupan jantung supaya ia sentiasa normal.\n\nKesihatan darah sangat penting dan ia dipengaruhi banyak perkara. Bukan sahaja kekurangan zat besi, namun kekurangan vitamin, folat dan mineral juga dapat menjadi penyebab terjadinya anemia. Bagi mencegah anemia, anda disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin B12 dan juga folat yang dapat membantu zat besi untuk membentuk sel darah merah yang baru. Vitamin B12, zat besi dan folat juga terkandung di dalam jagung.\n\nKolestrol jahat di dalam tubuh akan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti strok, jantung serta penyumbatan pembuluh darah. Namun ada juga kolesterol baik atau disebut juga HDL yang terdapat di dalam jagung. Ia dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang terkandung di dalam tubuh.\n\n8. Menguatkan daya ingatan dan mencegah nyanyuk\n\nVitamin B yang terdapat dalam jagung pula boleh meningkatkan daya ingatan dan mencegah terjadinya penyakit alzheimer.\n\nJagung kaya dengan pelbagai vitamin. Warna kuning pada jagung merupakan sumber yang kaya beta karoten, untuk membentuk vitamin A dalam tubuh dan sangat penting untuk memelihara mata, kulit serta lendir membran.\n\nSelain manfaat vitamin A dan vitamin B, vitamin C yang terkandung di dalam jagung juga memiliki manfaatnya. Vitamin C dibantu dengan protein yang juga terkandung di dalam jagung dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sehingga tidak mudah terdedah kepada sakit.\n\nJagung mampu mengawal diabetes. Pengambilan biji jagung dapat membantu mengawal insulin dalam darah dan efektif terhadap hipertensi kerana adanya phytochemical fenolik di dalam jagung. Fitokimia dapat mengatur penyerapan dan pelepasan insulin dalam tubuh yang dapat mengurangkan kemungkinan pesakit untuk membantu mempertahankan gaya hidup yang lebih normal.\n\nKandungan folat yang terdapat dalam jagung dapat membantu wanita yang mengalami masalah pada kesuburan. Folat membantu meningkatkan kesuburan wanita yang berusaha untuk merancang kehamilan.\n\n12. Menjaga kesihatan bayi dalam kandungan\n\nKandungan folat dalam jagung juga dapat membantu menjaga kesihatan bayi sejak dalam kandungan lagi. Nutrisi dalam jagung dapat membantu mencegah terjadinya kecacatan pada bayi. Kandungan vitamin B terutamanya dalam jagung manis dapat membantu dan mempengaruhi kesihatan sistem saraf dan juga tulang belakang bayi.\n\nSelain bayi, ibu hamil juga memerlukan banyak nutrisi. Kesihatan mereka juga sentiasa dalam perhatian. Ibu hamil perlu mendapatkan mineral yang cukup untuk kesihatan tulang dan ginjal mereka.\n\n13. Mengawal paras gula dalam darah\n\nGula dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit kencing manis. Kandungan gula yang tinggi dalam darah berpunca daripada pengambilan makanan bergula yang berlebihan. Justeru, gula dalam darah boleh dikawal dengan mengambil buah dan sayur sayuran termasuklah jagung.\n\nSeperti jantung, strok juga berpunca daripada kolestrol jahat yang berlebihan di dalam tubuh yang menyebabkan berlakunya penyumbatan aliran darah ke otak. Justeru dengan pengambilan jagung, kolestrol jahat penyebab penyumbatan dapat dihindari, sehingga aliran darah dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya mencegah terjadinya strok.\n\nJagung merupakan makanan yang kaya dengan sumber kalori. Kandungan kalori jagung adalah 342 kalori per 100 gram. Ia merupakan salah satu jenis sereal yang tinggi.\n\nItulah dia 15 khasiat jagung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat minyak ikan, khasiat peria, dan khasiat ulam."
"Sebagai manusia yang normal pastinya kita tak dapat lari dari merasakan pelbagai emosi yang dicipta oleh Allah. Salah satu daripada emosi yang akan kita rasai ialah kesedihan. Mungkin kita berasa sedih akibat kehilangan, mungkin juga akibat dikhianati oleh orang yang kita percayai.\n\nTak kurang juga yang berasa sedih mengenangkan perkara buruk yang berlaku dalam hidup. Walau apa pun punca kesedihan yang kita alami, ketahuilah bahawa ianya akan berlalu. Jom lihat perkongsian\u00a0 ayat Al-Quran tentang kesedihan sebagai santapan rohani.\n\n\u201cSesungguhnya, Kami telah kurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Oleh itu, laksanakanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan dekatkan diri kepada Allah). Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah).\u201d\n\nAyat ini adalah peringatan kepada kita bahawa kesedihan yang kita alami hanyalah sedikit berbanding nikmat lain yang diberikan oleh Allah. Tidak terkira nikmat lain yang kita perolehi. Ayat ini juga mengingatkan kita supaya terus beribadat kepada Allah walau pun sedang bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita. Simpan Allah di dalam hati nescaya kesedihan kita akan berkurangan.\n\n\u201cJanganlah engkau bersedih, kerana sesungguhnya Allah bersama kita.\u201d\n\nIni adalah ayat di mana Allah mengingatkan kita supaya jangan terlalu bersedih dan hanyut dengan perasaan sehingga terlupa bahawa sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita. Mungkin ada masanya kita terlalu bersedih sehingga terlupa untuk berdoa dan memohon kemudahan daripada Allah. Itulah sebabnya ayat ini diturunkan, iaitu sebagai peringatan kepada kita. Tak kira betapa sedihnya perasaan jangan sesekali lupa bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita.\n\n\u201cSedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.\u201d\n\nAda kalanya bila kita bersedih, kita berasa kecewa dengan dunia atau merasakan bahawa kita adalah seorang yang gagal. Ini kerana kita terlupa bahawa dunia ini hanyalah sementara manakala akhirat adalah alam yang kekal. Oleh itu, walau pun kita dikhianati jangan terlalu bersedih kerana dunia hanyalah sementara. Kalau kita bersedih kerana dipandang rendah disebabkan kurang berjaya berbanding adik-beradik yang lain, jangan bersedih. Berusaha mengumpul saham akhirat supaya di sana nanti kita akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab.\n\n\u201c(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram.\u201d\n\nAyat Al-Quran yang seterusnya ialah tentang dengan mengingati Allah hati kita akan berasa tenang. Cuba bezakan dua keadaan berikut. Keadaan pertama ialah seorang yang bersedih dan melayan perasaan tanpa mengingati Allah. Keadaan kedua ialah seorang yang bersedih dan memilih untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan solat, mengaji Al-Quran, berzikir dan berselawat. Pada hemat anda, yang mana satu akan lebih berasa tenang?\n\nPastinya yang kedua. Ini kerana apabila Allah sentiasa ada di dalam hati kita secara automatik hati kita akan berasa tenang walau sebesar mana kesedihan yang mendatang. Ini kerana kita tahu bahawa ujian yang datang adalah tanda Allah sayangkan kita dan ingin mengangkat darjat kita di sisinya.\n\n\u201cKatakanlah al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.\u201d\n\nIni adalah ayat tentang betapa Al-Quran adalah penawar bagi kesedihan dan duka-lara yang sedang kita rasai. Itulah sebabnya apabila kita berasa sedih, banyakkan membaca Al-Quran. Alunan ayat suci Al-Quran akan membuatkan jiwa kita berasa tenang dan insya Allah kita lebih redha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang. Apabila hati kita berasa redha dan tenang, kita akan mampu untuk menghadapi dugaan dengan senyuman dan tidak lagi bergelumang dengan kesedihan seperti manusia yang tiada iman.\n\n\u201cDan, berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata; \u2018Sesungguhnya, kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali, mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah yang mendapat rahmat-Nya dan petunjuk-Nya\u2019.\u201d\n\nAyat Al-Quran tentang kesedihan yang seterusnya ialah Surah Al-Baqarah Ayat 156-157 di mana Allah mengingatkan kita untuk terus bersabar ketika sedang diuji dengan kesedihan kerana disebalik kesedihan yang mendatang terdapat seribu rahmat yang mungkin kita belum sedari pada hari ini.\n\n\u201cSesungguhnya, Aku bersama orang-orang yang sabar.\u201d\n\nAyat ini mengingatkan kita bahawa \u00a0Allah sentiasa ada bersama kita yang sedang diuji dengan kesedihan dan seandainya kita terus bersabar dan redha dengan segala yang berlaku, kita akan dirahmati dengan pahala yang berlipat-kali ganda. Jika kita memberontak dan menyalahkan Allah kerana kesedihan yang dialami, kita hanya akan memburukkan lagi keadaan, malah masalah tidak akan selesai.\n\nSebaliknya jika kita bersabar dan redha, Allah akan mempermudahkan urusan kita dan percayalah bahawa kesedihan yang kita sedang alami akan meninggalkan kita apabila tiba waktunya. Percaya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita hambanya.\n\nItulah dia perkongsian tentang ayat Al-Quran tentang kesedihan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kisah tazkirah ringkas dan nuzul Al-Quran."
"Keistimewaan Hari Jumaat yang mesti Umat Islam . Mari ketahui istimewanya hari Jumaat ini.\n\nPerkataan Jumaat atau hari Jumaat berasal dari perkataan \u2018jumu\u2019ah\u2019 dalam bahasa Arab, bermaksud \u2018berkumpul\u2019. Makna berkumpul ini sesuai dengan ibadah yang dilakukan oleh kaum muslimin apabila mereka bersama-sama menunaikan solat Jumaat secara berjemaah. Malah, mereka juga berdoa dan mendengar khutbah yang memberikan nasihat dan ingatan dalam menjalani hidup muslim.\n\nBukan sahaja keistimewaan solat Jumaat yang menjadikan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari, terdapat pelbagai lagi keistimewaan hari Jumaat ini yang perlu diketahui. Berikut merupakan kelebihan hari Jumaat dalam hidup umat Islam.\n\nAbu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda;\n\n\u201cSebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam AS) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.\u201d \u00a0\n\nBerdasarkan hadis tersebut, jelas peristiwa penting berkaitan penciptaan Nabi Adam AS, \u00a0hari baginda dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga serta hari yang berlakunya kiamat.\n\nHari Jumaat merupakan hari kebesaran mingguan umat Islam seperti dalam hadis berikut:\n\nIbnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u201cHari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.\u201d\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)\u201d\n\nPada hari Jumaat, kaum muslimin akan bersolat Jumaat secara berjemaah dan mendengar khutbah. Setelah melalui lima hari yang penuh kesibukan mencari rezeki, solat Jumaat ini kembali mengeratkan silaturahim sesama Islam.\n\nDari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir \u00a0RA berkata, Rasululullah SAW bersabda:\n\n\u201cHari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.\u201d\n\nHari Jumaat menjadi istimewa kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang lebih berbanding hari lain. Oleh itu, seseorang digalakkan untuk meningkatkan amalan pada hari ini bagi meraih pahala yang berganda.\n\nBukti keistimewaan hari Jumaat ini, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke bumi dengan membawa tinta kalam emas dan kertas daripada perak. Malaikat menunggu di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang hadir menunaikan solat Jumaat.\n\nSebaik selesai solat Jumaat, mereka kembali ke arasy dan mempersembahkan catatan\u00a0 kepada Allah SWT dan berkata;\n\n\u201cWahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan solat Jumaat.\u201d\n\n\u201cWahai MalaikatKu, demi kemuliaan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka dan mereka tidak berdosa sedikit pun.\u201d\n\nPada hari Jumaat yang mulia, terdapat dua waktu yang mustajab untuk berdoa iaitu:\n\n\u201cDi antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.\u201d\n\nSelain doa-doa yang dimakbulkan, hari Jumaat juga hari diampunkan dosa-dosa antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u201cSolat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar.\u201d \n\n\u201cSesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntutan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.\u201d \n\nSedekah pada hari Jumaat juga lebih utama dibandingkan amalan sedekah pada hari-hari lainnya. Jadi pada setiap Jumaat perbanyakkanlah sedekah kerana pahala yang berkali ganda.\n\n\u201cSedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama bersedekah pada bulan Ramadan dibanding bulan-bulan lainnya.\u201d\n\nSetiap langkah seseorang\u00a0 yang menghadiri solat Jumaat akan mendapat pahala setara dengan pahala ibadah setahun solat dan puasa.\n\n\u201cSesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan berada di saf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan akan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.\u201d \n\n(Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan)\n\nHari Mendapat Hidayah Dari Allah SWT\n\nHari Jumaat juga merupakan hari istimewa yang Allah SWT berikan kepada umat Islam, yang tidak diberikan kepada umat lain sebelumnya. Allah menjadikan hari Jumaat sebagai hari untuk Dia diberikan keberkatan dan kebaikan. Hal ini seperti sabda Rasulullah SAW:\n\n\u201cKita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi kitab sebelum kita sedangkan kita diberi kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini, Nabi SAW menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), esok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.\u201d \n\nMeninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda \u2018Husnul Khatimah\u2019\n\nSesiapa yang meninggal pada siang atau malam hari Jumaat, adalah petanda husnul khatimah iaitu dibebaskan daripada azab kubur.\n\nDiriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u201cSetiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.\u201d\n\nJumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Rasulullah SAW bersabda;\n\n\u201cPada hari Jumaat juga Kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaan.\u201d\n\nDengan itu kita wajib percaya bahawa kiamat hanya akan berlaku pada hari Jumaat, bukannya hari lain.\n\nPenutup: \u00a0Jumaat yang penuh dengan barakah seharusnya disambut sebaik mungkin dengan amalan soleh.\n\nDalam tujuh hari, Allah mengurniakan hari Jumaat sebagai hari penuh keberkatan dan itu adalah \u00a0peluang untuk meraih lebih ganjaran. Pastinya kurniaan ini, tidak boleh dipandang enteng, lalu dibiarkan sahaja hari Jumaat berlalu sebegitu sahaja. Rebutlah peluang untuk meningkatkan iman dan takwa. Semoga setiap Jumaat dapat diisi dengan bersedekah, berselawat, dan berzikir sesuai dengan tuntutan agama Islam.\n\nJangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik kami seperti:"
"Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko strok, serangan jantung dan kegagalan jantung. Oleh itu, matlamat utama menurunkan tekanan darah tinggi adalah untuk mengurangkan risiko ini.\n\nJom kami kongsikan petua turunkan tekanan darah tinggi yang boleh anda amalkan.\n\n1. Teh buah pelaga, halia dan kulit kayu manis\n\nSatu hasil kajian yang dilakukan pada bulan Disember 2009 yang disiarkan dalam Jurnal India Biokimia & Biofizik menunjukkan sekumpulan peserta yang diberi 1 sudu teh serbuk buah pelaga setiap hari selama beberapa minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam tekanan darah.\n\nGabungan halia, buah pelaga dan kulit kayu manis dapat memberikan hasil yang sangat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Bahan-bahannya:\n\nCara-caranya, hancurkan buah pelaga untuk mendapatkan minyak tanpa perlu mengisar halus. Dalam periuk campurkan semua bahan kecuali madu. Masak hingga mendidih, kemudian renehkan selama 6-9 minit sehingga ia bertukar menjadi warna coklat karamel. Masukkan madu dan kemudian tuang ke dalam cawan dan nikmatinya 1-2 kali sehari.\n\nBunga raya telah lama digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan bahawa bunga raya bukan sahaja membantu menurunkan tekanan darah tinggi malah bunga raya juga berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.\n\nBunga raya juga boleh menjadi perencat kepada Angiotensin Converting Enzyme (ACE). Perencat ACE tergolong dalam kumpulan yang sama dengan ubat-ubatan farmaseutikal yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Hasil daripada perencatan ini, jumlah darah diturunkan dan mengurangkan tekanan darah dalam saluran.\n\nBagaimana cara untuk membuat teh bunga raya? Bahan-bahannya ialah:\n\nCara-caranya, didihkan air dan tambahkan bunga raya dan kulit kayu manis. Biarkan selama 5 minit. Tambah madu dan lemon untuk perasa. Minum 2 hingga 3 kali sehari.\n\n3. Herba Cat\u2019s Claw ( hawthorn )\n\nCat\u2019s Claw atau lebih dikenali sebagai hawthorn adalah tumbuhan memanjat yang dijumpai di Amerika Tengah dan Selatan. Kajian tabung uji menunjukkan pokok ini berpotensi mengembangkan saluran darah (dikenali sebagai vasodilatasi) dan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dengan melancarkan perjalanan darah.\n\nIa juga boleh bertindak sebagai diuretik ringan, menyingkirkan garam yang tidak diperlukan dan air dalam badan, tanin dan flavonoid. Bahan-bahannya:\n\nCaranya, campurkan herba dan air dalam periuk kecil dengan api yang perlahan. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh selama 40-45 minit. Tambah lagi air jika kurang, bergantung pada citarasa anda. Tambah madu dan lemon. Minum sekali sehari.\n\nHerba ini perlu direbus dengan lama kerana ia mempunyai kayu yang keras dan akar serabut. Pengambilan tumbuhan ini perlu dielakkan oleh golongan wanita yang hamil.\n\nBluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Anda boleh mencampurkannya dengan beri yang lain untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Bahan-bahannya:\n\n5. Jus epal hijau & daun belalai gajah\n\nJus epal dan daun belalai gajah juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Bahan-bahannya:\n\nCaranya, kisar semua bahan sehingga halus. Tapis. Minum setiap pagi.\n\nAir kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium yang\u00a0 membantu mengurangkan tekanan darah. Minum segelas air kelapa tanpa gula sebanyak 2 kali sehari. Insya Allah tekanan darah tinggi anda akan turun.\n\nGaram bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Untuk \u201cmengepam\u201d Garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi.\n\nBawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi. Kajian mendapati\u00a0 setiap dos yang mengandungi 1.8 miligram Allicin yang terdapat dalam bawang putih dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.\n\nApabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline a-asid amino akan ditukarkan kepada asid amino L-arginine, seterusnya menghasilkan nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkan rintangan vascular dan seterusnya merendahkan tekanan darah.\n\nKajian membuktikan bahawa kandungan asid lemak omega 3 dalam minyak ikan mampu menurunkan tekanan darah\u00a0 di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol yang baik dalam badan. Terdapat banyak minyak ikan yang dijual di pasaran. Pilih yang tulen dan berkualiti tinggi.\n\nItulah dia petua turunkan tekanan darah tinggi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!"
"Bagaimana Bayi Anda Membesar Pada Minggu ke-12 Kehamilan?\n\nBayi anda sekarang sebesar limau nipis, atau 2 inci panjang dengan berat setengah auns. Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil minggu ini termasuklah menggenggam tangan, melenturkan buku lali, membuka dan menutup mulut, dan menjulingkan matanya. Ini semua adalah tindakan refleks.\n\nJika anda cucuk perut anda perlahan-lahan, dia akan bertindakbalas dengan cara bergoyang dan menggeletek, walaupun anda boleh jadi tidak akan merasai gerakan kecilnya untuk beberapa minggu lagi.\n\nJika anda belum mengalaminya, boleh jadi anda akan mendengar denyutan jantung bayi anda semasa perjumpaan dengan doktor anda nanti. Untuk ramai ibu bapa, ini adalah saat penting kehamilan.\n\n\u2018Baby bump\u2019 akan mula kelihatan pada minggu-minggu ini, terutamanya jika ini bukan kehamilan pertama anda. Pedih hati dan refluks asid adalah simptom-simptom kehamilan yang biasa pada tahap ini.\n\nSecara umumnya, wanita yang sedang hamil dibenarkan untuk mengambil antasid seperti Tums. Pastikan anda mematuhi arahan label dengan berhati-hati dan sentiasa mendapatkan pemeriksaan daripada doktor sebelum mengambil sebarang ubat, termasuk Tums dan Rolaids.\n\nMengubah diet anda juga boleh membantu anda menghadapi simptom yang menyakitkan ini. Elakkan makanan berasid tinggi seperti sos tomato, sitrus, dan garam berlebihan/makanan berperisa untuk menghalang pedih hati menjadi semakin buruk.\n\nRasa pening juga akan meningkat pada minggu ini. Progesteron di dalam tubuh anda telah menyebabkan saluran darah anda mengembang, di mana ia akan menyebabkan anda berasa pening-pening lalat atau pening jika berdiri terlalu cepat.\n\nJika anda merasakan anda mungkin akan jatuh atau mengalami pitam, duduklah atau berbaring dengan kepala di antara kedua-dua belah lutut anda sambil anda menarik nafas dalam-dalam perlahan-lahan selama beberapa kali.\n\nPastikan anda memaklumkan kepada doktor anda sekiranya mengalami pening yang serius. Boleh jadi doktor akan meminta anda untuk menjaga tekanan darah anda. Jika terjatuh semasa mengandung, ia boleh mendatangkan kesan yang serius kepada anda dan juga bayi anda.\n\nBerita baiknya adalah simptom-simptom kehamilan yang tidak selesa ini akan beransur hilang pada minggu ini, termasuk rasa ingin membuang air kecil, payudara melembut, rasa tidak suka kepada makanan, loya atau mual dan muntah (walaupun ini boleh berlaku sepanjang kehamilan kepada sesetengah wanita), dan keletihan.\n\nJika anda sudah mengalami loya atau mual dan muntah pada 12 minggu pertama kehamilan, ia akan mulai reda pada masa ini. Jika itu berlaku, selera makan anda juga akan kembali. Pada tahap ini, ibu yang hamil seharusnya mensasarkan makanan yang tidak mengandungi tambahan kalori setiap hari sepanjang trimester pertama.\n\nBermula trimester kedua, ibu hamil perlu makan kira-kira 300 tambahan kalori setiap hari bergantung kepada keaktifan ibu hamil. Walau bagaimanapun, jika selera makan anda telah kembali, pastikan anda makan makanan yang sihat, termasuklah banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dengan mengehadkan karbohidrat bertapis dan lebihan lemak. Anda akan merasai paling baik pada baki tempoh kehamilan anda jika anda menjaga tubuh badan anda.\n\nPerkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Minggu Ke-12 Kehamilan\n\nSekarang masanya untuk kamu atau pasangan kamu bersetuju ataupun tidak untuk mengetahui jantina bayi anda. Ia tidak mustahil untuk juruteknik ultrabunyi untuk membezakan sama ada bayi anda adalah bayi lelaki atau bayi perempuan pada kira-kira minggu ke-16, walaupun ramai yang tidak mahu memeriksa sehingga mencapai minggu ke-20.\n\nIa amat menarik untuk menjadualkan ultrabunyi 3D bayi anda pada tempoh itu. Ramai pengamal perubatan tidak menggalakkan ini kerana tempoh yang dipanjangkan diperlukan oleh ultrabunyi 3D. Tahap radiasi tersebut boleh mendatangkan keburukan kepada bayi sensitif anda.\n\nRamai pasangan memilih untuk mengetahui jantina bayi mereka supaya mereka boleh bersiap-sedia dengan kehadirannya dengan bilik tidur lengkap serta pakaian mengikut jantina yang sesuai. Namun, jika anda sukakan kejutan dan keadaan teruja ini tidak akan membunuh anda, adalah lebih baik anda mempertimbangkan untuk menangguhkan melihat jantina bayi anda.\n\nPada bulan-bulan berikutnya, anda akan membelanjakan banyak wang dan masa untuk membeli-belah barang-barang baru untuk bayi anda. Sama ada anda membelanjakan wang anda untuk baju, perabot bilik tidur, lawatan doktor, atau perkara-perkara lain, perbelanjaan boleh bertambah dengan cepat.\n\nIa adalah idea yang baik untuk menetapkan bajet yang anda dan pasangan anda belanjakan bagi persiapan bayi anda. Jangan lupa untuk mendaftar untuk benda-benda yang anda mahu dan perlukan untuk bayi anda. Keluarga dan kawan-kawan anda pasti akan gembira untuk membantu anda membuat persiapan untuk si kecil anda!"
"Sebagai pecinta kucing, anda semestinya mahu kucing anda sihat dan cantik. Tentu anda akan berasa risau jika kucing anda didatangi penyakit. Antara penyakit yang paling biasa adalah kutu. Setiap kucing tidak akan lari daripada penyakit kutu kucing ini. \n\nPenyakit kutu kucing ini mungkin penyakit biasa tetapi jika tidak ditangani dengan segera ia boleh menimbulkan penyakit lain yang lebih bahaya. Jadi, bagaimanakah kaedah yang bagus untuk membunuh kutu kucing ini?\n\nMari kami kongsikan kepada tips mengenai kaedah membunuh kutu kucing. Tips ini dikongsikan oleh Puan Tyra Theera. Beliau ingin berkongsikan ilmu mengenai kaedah yang mudah untuk membunuh kutu kucing. Mari kita baca tips yang diberikan oleh puan Tyra.\n\nKutu kucing atau dikenali sebagai Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah yang boleh dijumpai pada badan kucing.\n\nKutu kucing hidup di badan kucing dan menyebabkan kegatalan yang melampau .Sebab itu mereka melakukan aktiviti menggaru menggunakan kuku secara ekstrem .Kadang-kadang tahap kegatalan itu sampai mencederakan kulit kucing .\n\nKaedah yang dibuat untuk bunuh kutu terbabit :\n\nBancuh garam dengan air panas kacau sampai larut .Sebab apa air panas ? kenapa bukan air biasa ? Air panas tu lagi mudah untuk kita larutkan garam dik nooo .\n\nSelapas mandi kita akan nampak kutu tu jatuh di lantai bertaburan arwah habeh semua kutu tu .\n\n*Selepas semua kutu di badan kucing telah dibuang, kita masih perlu memeriksa tubuh kucing. Kita perlu periksa dari semasa ke semasa agar tidak ada lagi masalah kutu kucing. \n\nIkuti tips seperti yang dinyatakan oleh puan Tyra, Insyaallah kucing anda akan sihat dan bebas dari kutu kucing. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Artikel hari ini berkogsi tentang tips dan panduan yang boleh dibuat apabila suami atau isteri ajak makan di luar.\n\nKalau suami ajak isteri keluar makan, bermakna dia ada banyak duit masa itu. Dia nak belanja isterinya dan mungkin ingin menyatakan yang dia \u201cCinta\u201d pada isterinya malam itu.\n\n#1 Jangan banyak dalih dan soal seperti. \u201cNasi dan lauk banyak lagi tu. Siapa nak makan?\u201d Nanti apa yang anda cakapkan itu difahami oleh suami sebagai anda tidak mahu keluar.\n\nWalaupun \u201cbahasa terbalik\u201d anda bermaksud anda pun suka nak makan keluar.\n\n#2 Terus jawab, \u201d Ye ke!!!!! best, sayang abang.. jom\u201d. Pasti suami anda rasa bahagia malam itu. Kerana telah membahagiakan isterinya.\n\n#3 Ikut ajalah ke mana restoran yang dia ingin bawa. Sebab malam itu dia yang nak belanja, jadi dia adalah hos. Walaupun tempat yang dia bawa itu anda tidak suka.\n\n#4 Jika dia yang minta anda tentukan restorannya, Jangan kata \u201cIkut abang le\u201d. Dia akan pening kepala. Dalam mindanya dia ingin isterinya bahagia. Terus terang kepadanya secara jelas restoran yang anda suka malam itu.\n\nKalau isteri ajak suami keluar maka, bermakna dia bosan makan di rumah.\n\n#1 Terus bawa di keluar tanpa berikan apa-apa komen ke mana sahaja dia suka. Kerana jiwa dan emosinya pada masa itu sangat \u201cdown\u201d, dia perlukan suasana lain untuk tambah baiki hormon oxytocinnya yang telah susut.\n\n#2 Jika anda tiada wang masa itu, beritahu dia semasa dalam perjalanan. In sya Allah, semasa membayar nanti, dia akan keluarkan wang daripada beg tangannya dan menghulurkan kepada anda di bawah meja.\n\n#3 Jika boleh sepanjang makan malam bersamanya, elakkan bercakap perkara yang boleh menimbulkan krisis. Ini akan merosakkan proses pembikinan hormon oxytocin dalam jiwanya.\n\n#4 Ucapkan terima kasih dan I Love U kepadanya sebelum anda berdua melabuhkan tirai malam itu."
"Hari ini kami akan kongsikan resepi kerabu kaki ayam. Mesti ramai yang suka makan kaki ayam bukan? Ada rasa unik yang tersendiri pada kaki ayam sehingganya ramai yang suka sangat kaki ayam.\n\nMakan kerabu kaki ayam di kedai mungkin rasanya tidak berapa sedap kerana kekurangan bahan. Jadi sebaiknya anda boleh cuba buat sendiri kerabu ayam resepi daripada Wan LuQman\u200e di laman Facebook untuk makan malam nanti. Gerenti lazat.\n\nResepi ini memang sedap. Kalau anda buat untuk suami, mesti suami akan ketagih dan tambah lagi makan. Mak mertua pula mesti hari-hari suruh anda masak kerabu kaki ayam selalu.\n\nTunggu apa lagi. Sesiapa peminat kaki ayam, jom buat resepi kerabu kaki ayam untuk hidangan hari ini. Pasangan tepat untuk lauk ini adalah nasi putih, telur dadar, sambal belacan dan sup kosong.\n\nSelain resepi kerabu kaki ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Teknik ini telah digunakan oleh kebanyakkan pihak perubatan untuk mengira jangkaan tinggi tumbuhbesaran seorang kanak-kanak. Walaupun ianya tidaklah memberi anggaran yang tepat, namun jangkaan \u2018error\u2019 adalah sekitar 5cm.\n\nPerlu diketahui juga tumbuh besaran kanak-kanak juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti genetik, tabiat harian pemakanan, keadaan kesihatan, nutrien yang diambil, persekitaran dan lain-lain.\n\nDi Bidadari.My, kami ingin kongsikan cara kiraan mudah yang boleh dicuba untuk mengira jangkaan tinggi anak apabila dirinya besar. Ianya sangat mudah untuk dibuat.\n\nAndahanya memerlukan 3 perkara sahaja: Tinggi aya tinggi ibu dan jantina anak. Mudah bukan?\n\nBagaimana? Sudahkan anda mencubanya? Adakah anak anda akan lebih tinggi daripada anda di masa hadapan?"
"Kali ini kami menghadirkan resepi daging. Resepi daging kali ini ialah daging goreng berempah. Bukan macam daging goreng berempah biasa, resepi kali ini ialah daging goreng madu berempah.\n\nZaid Azizy Yaakob berkongsikan resepi ini di Facebook. Hidangan ini rasa manis-manis pedas dan lazat sebab ada rempah dan wanginya boleh buat perut rasa lapar.\n\nCara menyediakannya cukup mudah. Tinggal perap daging dan goreng. Senang bukan? Jimat masa dan boleh makan sedap.\n\nSedap untuk dijadikan lauk semasa kenduri kendara. Makan dengan nasi putih, nasi minyak dan jenis nasi lain. Selamat mencuba.\n\nUntuk membangkitkan rasa daging dan mengelakkan rasa muak daging, perah sedikit asam limau nipis ke atas daging.\n\nSelain resepi daging goreng madu berempah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tasik Pedu merupakan sebuah tempat rekreasi yang kaya dengan khazanah alam. Pasti ramai yang tidak mengetahui salah satu tempat menarik yang terletak di Kedah ini.\n\nBoleh dikatakan sebagai hidden gem atau permata tersembunyi di Kedah, disebalik tempat tersembunyi ini terdapat sejarah dan fakta menarik berkaitan Tasik Pedu. Banyak juga aktiviti menarik di Tasik Pedu untuk membangunkan kembali tempat ini sebagai lokasi percutian menarik di Kedah.\n\nNak tahu sejarah, fakta dan aktiviti menarik di sini? Jom kita teroka Tasik Pedu sebelum merancang untuk datang ke sini agar tidak menghampakan ekspetasi anda!\n\nTasik Pedu sebenarnya adalah sebuah tasik buatan manusia yang terletak di Padang Terap, Kedah yang telah mula dibina pada tahun 1966. Merupakan tasik buatan terbesar di Kedah, pembuatan tasik ini siap sepenuhnya pada tahun 1969 iaitu mengambil masa hampir tiga tahun.\n\nUntuk pengetahuan anda, pembinaan tasik ini merupakan sebahagian projek Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Terletak 50km dari Kuala Nerang, William Halcrow merupakan firma perunding dari England yang membuat rekabentuk dan membina empangan di tasik ini.\n\nPada mulanya, Tasik Pedu\u00a0 digunakan sebagai empangan untuk penanaman padi bagi negeri Kedah dan Perlis. Setelah itu, ia dijadikan tasik yang merupakan salah satu perancangan untuk memajukan ekonomi Kedah dan pusat pelancongan tersohor di negeri ini. Namun projek ini mampu bertahan kurang daripada 15 tahun sahaja sejak ia dibina.\n\nKeluasan tasik ini mencecah 52 km persegi. Kedalaman tasik pula mencecah 60 meter. Pembinaan tasik dan empangan ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang merupakan perdana menteri Malaysia pertama pada ketika itu.\n\nBerada 5 KM dari sempadan Malaysia dan Thailand, sayang seribu kali sayang kerana hotel dan resort berdekatan tasik ini yang bertaraf antarabangsa dengan keluasan dan kemudahan yang banyak telah ditutup. Apa yang menyedihkan lagi adalah bangunan-bangunan tersebut dibiarkan hingga dipenuhi semak-samun.\n\nWalaupun Tasik Pedu mengalami kegagalan sebagai pusat pelancongan terunggul di Kedah, namun masih ada tempat dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti dapat memajukan ekonomi penduduk setempat dan terus memeriahkan lagi Tasik Pedu agar tidak terus di biar sepi begitu saja.\n\nTasik Pedu kaya dengan flora dan fauna. Oleh itu, aktiviti yang terdapat di sekitar tasik semestinya aktiviti berkaitan alam. Buat pecinta alam, ini adalah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Tasik Pedu:\n\nAktivit utama semestinya menikmati keindahan alam semula jadi. Sambil melihat pelbagai khazanah alam, pasti hati rasa tenang dan nyaman. Melihat bukit-bukau kehijauan dan\u00a0 tasik luas terbentang yang kehijauan pasti memberikan satu pengalaman unik. Jangan lupa ootd untuk dijadikan kenangan.\n\nPengunjung boleh berehat di pondok atau bawa tikar dari rumah dan hamparkan di persisiran tasik. Jangan lupa bawa makanan dan berkelah sambil melihat keindahan Tasik Pedu. Pasti berselera apabila makan di tempat yang tenang.\n\nDi sini, anda juga boleh menikmati persekitaran Tasik Pedu di rumah pokok. Bukan senang nak jumpa rumah pokok di Malaysia. Alang-alang ke Tasik Pedu, bawa keluarga berehat di rumah pokok sambil menikmati persekitaran dengan jarak yang tinggi.\n\nKawasan yang terletak jauh dari kesibukan kota sememangnya memberikan ketenangan lebih-lebih lagi hanya suara alam yang kedengaran. Sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan.\n\nTak sah jika ke Tasik Pedu tetapi tidak meneroka khazanah alam dengan menaiki bot unik di sini. Bukan seperti bot biasa, bot ini lebih luas dan selesa.\n\nJika anda menaiki bot yang membawa anda meneroka sekitar tasik, anda dapat melihat pelbagai jenis haiwan liar seperti gajah, kijang, rusa dan lain-lain dengan jarak yang lebih dekat tetapi selamat.\u00a0 Kawanan pelbagai jenis burung yang berterbangan sambil berkicauan juga mengindahkan lagi suasana sekeliling.\n\nBukan itu sahaja, pengunjung dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan dan ada beberapa tumbuhan yang tidak boleh dijumpai di tempat lain seperti pokok tualang. Jika ada yang tak tahu, pokok tualang merupakan tempat persinggahan lebah. Tak hairanlah, madu tualang sangat terkenal dengan kualitinya yang terbaik.\n\nTahukah anda, Tasik Pedu adalah salah satu lokasi memancing paling digemari oleh kaki pancing dari pelbagai latar negeri. Nak memancing ikan air tawar? Ini tempat yang sesuai buat anda!\n\nLebih menarik, banyak bot yang boleh kaki pancing sewakan dengan harga yang berbaloi. Dengar cerita, tasik ini kaya dengan pelbagai jenis ikan air tawar yang besar termasuklah sebarau, tioman, baung dan sebagainya.\n\nTak cukup dengan itu, ramai pemancing yang melakukan aktiviti barbeku setelah naik ke darat dengan ikan segar yang diperolehnya. Hilang segala penat dapat makan hasil tangkapan dengan beramai-ramai.\n\nSebut saja tentang rumah bot pasti ramai yang terbayang Tasik Kenyir atau Tasik Banding. Ramai yang masih belum mengetahui bahawa Tasik Pedu juga mempunyai penginapan atas air yang menyeronokkan iaitu Seri Mahawangsa Boat House.\n\nPenginapan di dalam rumah bot terapung ini boleh memuatkan hingga 70 pax. Nak menginap dengan kelompok yang kecil juga boleh iaitu serendah 10 orang. Pakej termasuk penginapan, alatan memasak, aktiviti, alatan audio dan barbeku mini.\n\nBukan itu sahaja, Seri Mahawangsa Boat House juga menawarkan perkhidmatan lain di Tasik Pedu seperti berkhemah, meneroka tasik, berkelah, team building, memancing, makan tengah hari dan lain-lain dengan kadar tertentu.\n\nJika menginap di sini, pengunjung boleh bermandi-manda, berkayak dan menyertai aktiviti air yang lain. Namun segala peralatan haruslah dibawa sendiri.\n\nPecinta alam pasti suka berada di persekitaran Tasik Pedu. Penuh privasi, nyaman dan tenang kerana jauh dari kesibukan kota. Selain itu, ianya sesuai untuk percutian keluarga sekali gus dapat mendedahkan anak-anak terhadap alam semula jadi.\n\nJika anda ke Kedah, jangan lupa singgah ke Tasik Pedu! Pasti nak datang lagi. Back to nature!\n\nMencari tempat menarik di Kedah? Ini antara tempat yang perlu anda pergi jika ke negeri jelapang padi:"
"Ramai yang tercari resepi shell tart untuk buat kuih tart. Walaupun sudah ada shell tart yang sedia ada tinggal beli di kedai namun terkadang buat sendiri lebih yakin bebas bahan kimia, berbaloi dan puas.\n\nMemandangkan hal tersebut maka kami tuliskan resepi shell tart yang boleh diguna untuk apa-apa sahaja jenis tart. Rupanya senang sangat buat dia. Hanya dengan menggunakan marjerin, gula kastor, telur, tepung, dan sedikit esen vanilla.\n\nMenyediakan adunan pula tidak perlu terlalu kembang. Hanya sekadar sebati sahaja maknanya anda tidak perlu alat untuk menyediakan adunan. Resepi dikongsikan oleh Hlinda Hlinda di laman Facebook. Acuan yang diguna ialah saiz 4.5 cm. Adunan yang didapat sebanyak 110 \u2013 115 biji. Selamat mencuba.\n\nSelain shelltart, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada alat komunikasi yang wajib dimiliki oleh setiap orang hari ini. Dianggarkan, 1.8 billion manusia memiliki dan menggunakan telefon pintar setiap hari.\n\nMenurut hasil dapatan sesetengah kajian, dianggarkan bahawa pengguna telefon pintar melihat skrin sekurang-kurangnya 150 kali sehari.\n\nJika purata masa setiap kali di skrin adalah 3 minit, maka jumlah purata masa setiap pengguna telefon pintar berinteraksi dengan skrin adalah 450 minit sehari. 450 minit, bersamaan dengan 7 jam setengah, iaitu hampir 1/3 dari 24 jam sehari melihat skrin!\n\nBagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, terlalu banyak melihat skrin telefon pintar bukan sahaja akan memudaratkan anda, tapi akan merosakkan hubungan anda dengan anak-anak.\n\nBerikut adalah 5 sebab mengapa setiap ibu bapa WAJIB menyimpan telefon pintar dan memberi sepenuh tumpuan kepada anak-anak ketika bersama dengan mereka:\n\n#1 Penggunaan telefon pintar oleh ibu bapa secara berlebihan di hadapan anak-anak akan menyebabkan mereka merasa mereka kurang penting.\n\nSeorang penyelidik bernama Steiner-Adair telah menjalankan satu kajian terhadap 1000 orang kanak-kanak yang berusia antara 4-18 tahun. Kajian ini adalah berkenaan dengan pandangan mereka terhadap penggunaan telefon pintar oleh ibu bapa mereka.\n\nHasil dari kajian tersebut, Steiner-Adair menyatakan bahawa penggunaan telefon pintar secara berlebihan oleh ibu bapa ketika bersama dengan anak-anak akan memberi mesej kepada anak-anak bahawa ibu bapa tidak berminat dengan mereka.\n\nAntara perkataan yang sering keluar dari mulut anak-anak ketika memberi pendapat terhadap penggunaan telefon pintar oleh ibu bapa mereka adalah \u201cmarah, sedih, sunyi, bosan dan telefon bodoh.\u201d Sesetengah anak-anak sanggup melemparkan telefon ayah dan ibu mereka dengan sengaja ke dinding, malahan ada yang mencampakkannya ke dalam lubang tandas!\n\nMenurut Dr Jenny Radesky, seorang penyelidik dalam bidang pembangunan kanak-kanak, penggunaan telefon pintar oleh ibu bapa di hadapan anak-anak berpotensi untuk menyebabkan anak-anak sentiasa meragam untuk meminta perhatian.\n\nDalam sebuah tinjauan yang dilakukan oleh beliau, didapati bahawa anak-anak yang ibu bapanya terlalu asyik menggunakan telefon pintar sentiasa meragam berbanding ibu bapa yang banyak berinteraksi dengan anak-anaknya secara \u2018face to face\u2019.\n\n#3 Perkembangan sosial anak-anak akan terbantut.\n\nAnak-anak belajar dari ibu bapa bagaimana untuk berinteraksi dengan orang lain. Mereka belajar melalui mimik muka, melalui bagaimana ibu bapa mereka berbual-bual dan melalui bahasa yang digunakan oleh ibu bapa mereka ketika bersosial.\n\nJika perkara ini tidak berlaku kerana ibu bapa sering melekat di skrin, anak-anak tidak ada \u2018role model\u2019 dalam mempelajari kaedah untuk berinteraksi secara fizikal, sekaligus merencatkan perkembangan dan mungkin akan menyebabkan mereka membesar menjadi seorang yang suka menyendiri.\n\n3 sebab di atas adalah sebab mengapa ibu bapa perlu cuba sedaya upaya untuk tidak menggunakan telefon pintar ketika bersama dengan anak-anak.\n\nBayangkan bagaimana perasaan anak-anak ketika mereka sedang bercerita dengan kita dengan penuh perasaan tentang perkara penting yang berlaku di sekolah, kita hanya mendengar acuh tak acuh sambil sibuk menjawab mesej dari Whatsapp dan Telegram.\n\nJusteru itu, jangan marahkan anak-anak bila mereka membesar dan sering buat acuh tak acuh terhadap arahan ibu bapa, perkara ini telah dipelajarinya lama dulu dari ayah dan ibunya yang sentiasa meletakkannya no 2 di belakang telefon pintar.\n\n\u201cWhat you give, you get back!\u201d"
"Anak tak dengar cakap boleh bikin ibu ayah naik angin! Lagi-lagi bila di suruh itu ini, anak dengan sengaja buat tak dengar atau\u00a0tak\u00a0ikut arahan je. \n\nMakin bikin hilang sabar bila si anak tidak mahu mendengar kata hingga tahap mengamuk tak makan pujuk. Memang stress rasanya bila apa yang kita cakap, anak tak nak dengar dan ikut. Dengan sengaja pulak tu! \n\nSering Berlaku Anak Mengamuk Dalam Pasaraya\n\nMakin sakit hati bila bawa anak jalan terutama ke shopping complex. Kat sana masalah akan mula timbul minta dibelikan sesuatu yang tak perlu seperti mainan. Mainan kat rumah dah bersepah malah ada yang sama dengan apa yang dimahukan saat itu. Benda dah ada tapi nak beli lagi?\n\nAlamatnya bila anda tak bagi dia boleh berguling di atas lantai sambil menangis secara tiba-tiba. Bila dalam situasi begini pastinya akan membuatkan sabar hilang dan rasa marah mula membuak-buak. \n\nSabar ya, perkara pertama yang anda perlu buat adalah bertenang dan biarkan dia menangis dulu untuk seketika\u00a0walaupun saat itu anda dah mula berasa malu.\n\nSabar dan Anggaplah Anak Tidak Mendengar Kata Ini Sebagai Ujian\n\nSebagai ibu bapa seharusnya kita bersabar. Kita cuba cari jalan untuk faham mengapa anak tidak mahu dengar kata ini. Pasti ada sebab musabab kenapa anak tak nak dengar cakap. Ibu ayah kena ingat yang anak-anak zaman sekarang berbeza dengan anak-anak zaman dulu. \n\nAnak zaman sekarang ada tantrum iaitu suka mengamuk. Ini termasuklah bila anak tak makan pujuk untuk di ajak makan dan sebagaimana. Antara punca kenapa anak tidak mahu dengar cakap ibu ayah adalah :\n\n6 Tips Untuk Dicuba Bagi Atasi Masalah Anak Tak Dengar Cakap \n\nApakah tindakan yang perlu di buat dalam usaha untuk anak dengar cakap ini? Di sini akan turut dikongsikan beberapa tips untuk atasi masalah anak tak dengar cakap dan semoga ianya bermanfaat setelah di cuba. #1 \u2013 Pujuk Anak Untuk Bertenang \n\nSebagai ibubapa kita tetap perlu pujuk anak walau anak tak makan pujuk. Kerana itu, antara langkah yang pertama patut ibubapa cuba adalah dengan pujuk anak yang tak dengar cakap dengan baik dahulu. \n\nCakaplah dengan lembut, dukung dan pegang anak dengan penuh kasih sayang. Mudah mudahan hati anak akan menjadi lembut. Sebenarnya anak-anak sangat sukakan perhatian. \n\n#2 \u2013 Alihkan Perhatian Anak Pada Perkara Yang Lain\n\nAnda juga boleh cuba alihkan perhatian anak dengan aiskrim atau sebagainya kemudian bercakap dan bertanya dengan baik apakah punca dia tak dengar cakap, mengamuk dan merajuk supaya kita lebih memahami anak kita.\u00a0 \n\nBila anak sebut mainan sedangkan anda tidak mahu beli mainan tersebut untuknya, anda boleh alihkan perhatian anak dengan benda lain yang dia sukai. Anda juga boleh cuba bawa dia ke tempat lain dan ingat jangan gunakan handphone sebagai penyelesaian. \n\nMemberi handphone untuk selesaikan masalah begini hanya akan membuatkan anak semakin rasa bagaikan raja. Sebagai ibubapa, kadang-kadang anda perlu bersikap lebih tegas dengan anak.\u00a0Tidak salah gantikan handphone dengan membawanya ke kedai buku untuk beli buku-buku mewarna yang sangat murah dan sebagainya.\n\n#3 \u2013 Buat Perjanjian Dengan Anak Secara Berhemah\n\nKalau dapat anak tak makan pujuk atau tak dengar cakap begini, anda perlu bijak bermain dengan psikologi anak anda. Contoh, jika anak anda mengamuk tak tentu pasal maka anda boleh buat perjanjian dengan anak. \n\nPenjanjian ini dengan memintanya untuk berkelakuan baik dan sebagai ganjaran anda akan berikan sesuatu. Berikan ganjaran yang dia suka dan tidak memudaratkan seperti bila malam akan bacakan dia buku, belikan buku baru, temankan dia main basikal di laman, bawa main di taman permainan dan lain-lain. \n\nTapi pastikan ganjaran itu bukan dalam bentuk wang ringgit. Bahaya jika beri ganjaran dalam bentuk wang ringgit untuk perkara sebegini takut nanti makin jadi biasa dengan hadiah berupa wang. \n\nJika beri wang untuk hari tertentu seperti dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya tidak mengapalah. Ajar anak terima wang selepas usaha adalah lebih baik untuk bina peribadi anak.\n\nSebenarnya anak-anak tak dengar cakap ini ada cara untuk kita mendekati mereka. Jangan sesekali membebel pada anak, tapi nasihatlah dengan cara yang betul. \n\nPilih waktu yang sesuai, habiskan masa dengan mereka dan\u00a0dengar masalah mereka dengan baik. Walau masih kecil mereka juga ada di lema. \n\nMereka takkan mengamuk tanpa sebab yang munasabah dan nasihatlah dengan baik bahawa perbuatannya itu adalah salah dan ibu ayah memarahi kerana kamu sayang bukan kerana benci.\n\nJika semua langkah sudah anda cuba tapi perangai anak tidak mahu mendengar kata ini masih juga tak berubah, ini bermakna anda perlu bersikap lebih tegas. Jangan ugut anak pula. \n\nAnda mungkin boleh beri sedikit hukuman dengan memendekkan waktu untuknya. Atau beritahu yang barang-barang kesukaannya akan disorok jika masih berdegil. Biar dia rasa kecewa dan setelah semuanya okay jangan lupa untuk terangkan padanya sebab kenapa anda lakukan begitu.\n\n6. Berdoa Pada Allah SWT Supaya Hati Anak Menjadi Semakin Lembut \n\nDisebalik pelbagai cara yang sudah anda cuba itu, jangan lupa untuk berbalik pada Allah\u00a0SWT. Berdoalah untuk anak anda\u00a0kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab. Berdoalah agar\u00a0 hati anak anda lembut dan mudah mendengar kata. \n\nSurah As-Syuura Ayat 19: \u201cAllahu Latifun bi \u2018ibadihi, yarzuqu man yasha\u2019u, wa huwa l\u2019-Qawiyyu l-\u2018Aziz\u201d\n\nMaksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.\n\nDan ingatlan tak ada yang mustahil bagi allah\u00a0\u00a0Anak-anak nih\u00a0 adalah amanah dari allah bila dapat anak tak makan pujuk anggaplah ianya ujian dari Allah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik.\n\n Jangan terlampau stress atau tertekan anak-anak masih kecil sebagai ibu bapa kite perlu banyak bersabar insyallah semakin membesar anak-anak akan semakin mendengar kata."
"Di Malaysia, kajian telah di buat terdapat 50% dari golongan lelaki adalah perokok. Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah. \n\nAsap yang dihembus oleh perokok akan dihidu oleh golongan bukan perokok dan boleh membahayakan kesihatan mereka.\n\nRamai yang nekad untuk berhenti merokok tetapi begitu banyak cabaran untuk berhenti merokok. Berhenti merokok bukan satu kerja yang mudah. Rokok (nikotin) ini bagaikan satu alat kebergantungan kepada perokok. Jadi, bagaimana cara mujarab untuk berhenti merokok?\n\nMari kami kongsikan tips sebenar mengenai cara berhenti merokok dengan menggunakan terapi penggantian nikotin (NRT). Tips ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. \n\nKebergantungan kepada nikotin dari sumber luar(rokok) ini menyebabkan timbul simptom ketagihan bila nikotin dari sumber luar ni diberhentikan secara mendadak.\n\nSimptom ketagihan rokok adalah lesu, kurang fokus, sakit kepala, resah, dan sebagainya. Simptom-simptom ini menjadikan usaha berhenti merokok agak sukar.\n\nBoleh cuba amalkan bebrrapa tips seperti di dalam gambar di bawah. Selain itu, ada cara lain untuk meningkatkan peluang untuk berjaya berhenti merokok.\n\nMenggunakan ubat bantuan berhenti merokok! Ubat bantuan ini juga boleh mengawal ketagihan yang kuat dan mengurangkan simptom-simptom tersebut.\n\nDoktor atau ahli farmasi boleh membantu menyesuaikan pelan berhenti merokok bersama-sama dengan penggunaan ubat bantuan berhenti merokok.\n\nNRT berfungsi untuk mengurangkan kesan ketagihan nikotin ketika proses berhenti merokok. Ia menyalurkan nikotin ke dalam badan dalam kadar yang terkawal. NRT terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tampalan transdermal dan gula getah oral.\n\nMenyediakan sokongan sepanjang hari dengan membantu melegakan simptom penarikan\n\nMemberikan kawalan yang pantas apabila ketagihan yang kuat menyerang.\n\nUbat bantuan berhenti merokok boleh dipilih sama ada dengan menggunakan tampalan transderma atau gula getah oral. Bagi perokok tegar atau mereka yang gagal berhenti sebelum ini, gabungan kedua dua bentuk NRT (tampalan dan gula getah) telah terbukti meningkatkan kadar kejayaan.\n\nNRT boleh didapati tanpa preskripsi dari farmasi. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda menjalankan penilaian awal berhenti merokok dengan profesional kesihatan untuk menentukan dos yang sesuai.\n\nUbat tanpa nikotin terdapat dalam bentuk pil. Ia merangsang kawasan otak yang sama seperti nikotin. Ia membantu mengurangkan ketagihan ketika proses berhenti merokok.\n\nDi Klinik Kesihatan, ada perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok. Boleh dapatkan nasihat dan preskripsi ubat berhenti merokok daripada doktor dan ahli farmasi di sana.\n\n*Berhenti merokok memang sukar tetapi ianya amat berbaloi. Berhenti merokok dapat mengelakkan penyakit kanser, menjimatkan wang dan boleh menyelamatkan nyawa orang-orang yang tidak bersalah. \n\nIkuti tips seperti yang diberi oleh doktor di atas, pasti dapat berhenti merokok. Apa yang penting perlu konsisten dan nekad yang kuat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mencari petua hilangkan buasir? Buasir adalah\u00a0salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur\u00a0yang membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau membengkak. Ia boleh diklasifikasikan kepada dua jenis:\n\nUmumnya gejala yang dirasakan pertama kali adalah muncul bintil merah disekitar dubur, rasa perit dan pedih ketika selesai buang air besar, bahkan mengeluarkan lendir dan sakitnya boleh menjalar hingga ke punggung.\u00a0 Jom kami kongsikan petua hilangkan buasir yang boleh anda cuba.\n\nTumbuk kemudian mencampurkan dengan sedikit air dan setelah dihimpit bawang putih tersebut akan mengelurkan air. Air perahan bawang putih ini boleh dimanfaatkan untuk merawat buasir dengan cara disapu pada bahagian dubur setiap hari. Apabila rutin dilakukan buasir akan cepat hilang dan tidak membengkak lagi.\n\nApabila sudah dilakukan dengan sapuan pada bahagian dubur, jangan lupa minum air putih yang cukup agar tubuh lebih banyak cecair sehingga metabolisme tubuh lebih terjaga dan keperluan cecair yang sangat diperlukan tubuh untuk mengubati buasir ini lebih cepat berkesan.\n\nMinyak badam mempunyai sifat penyerap tisu dan emolien yang boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir luaran. Ia boleh membantu untuk melembap dan mengurangkan keradangan serta melegakan rasa panas dan kegatalan pada dubur dan kawasan di sekitarnya. Caranya:\n\nMenggunakan lidah buaya ialah salah satu penawar semula jadi di rumah yang ringkas untuk rawatan buasir dalaman dan luaran. Lidah buaya mempunyai sifat terapeutik dan antiradang yang boleh mengurangkan kegatalan , kerengsaan dan keradangan buasir. Caranya:\n\nProduk bijian penuh mempunyai serat yang baik yang bermanfaat untuk mengurangkan simptom buasir dan pendarahan. Selain itu, serat membantu untuk mencuci sistem gastrousus dan membenarkan usus besar untuk bertindak dengan lebih berkesan serta menghilangkan sembelit.\n\nMakanan yang kaya dengan serat berfungsi untuk melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis. Anda boleh cuba beberapa produk bijian penuh seperti jagung, oat, barli, beras perang dan gandum kuda.\n\nCuka epal cider mempunyai sifat astringen yang boleh mengecilkan salur darah yang bengkak, melegakan daripada bengkak dan kerengsaan untuk kedua-dua penyakit buasir dalaman dan luaran. Walau bagaimanapun , anda patut menggunakan cuka yang tidak dipasteurkan dan tidak ditapis untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan cepat. Caranya:\n\nApabila anda menghidapi penyakit buasir dalaman atau luaran , anda patut meningkatkan pengambilan air. Minum 8-10 gelas air sehari untuk membantu anda membersihkan sistem dalaman dan menghidratkan seluruh badan. Ia juga memudahkan untuk proses pembuangan najis dan melembutkan najis.\n\nApabila anda tidak mendapat cukup air dan cecair lain untuk badan anda, proses mengeluarkan bahan buangan daripada badan akan menjadi perlahan. Najis akan menjadi keras dan simptom penyakit buasir akan bertambah buruk. Jika anda menderita penyakit buasir dan pendarahan teruk secara berterusan atau berulang , anda haruslah segera berjumpa dengan doktor.\n\nTeh mengandungi asid tanik yang mempunyai sifat astringen semula jadi yang boleh mengurangkan bengkak dan sakit berkaitan dengan buasir. Caranya :\n\nMinyak zaitun mengandungi sifat antioksida dan antiradang yang digunakan untuk memulihkan buasir luaran. Ia juga boleh meningkatkan kekenyalan salur darah dan mengurangkan keradangan serta boleh mengecilkan saiz salur darah yang bengkak dalam saluran dubur. Caranya :\n\nAis membantu dalam menyempitkan saluran darah dan mengurangkan bengkak serta memberi kelegaan daripada sakit dengan cepat. Caranya :\n\nItulah dia petua hilangkan buasir yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat.Jemput juga baca petua hilangkan bisul dan petua hilangkan migrain."
"Mana dia yang suka meratah. Kami ada satu resepi yang sedap untuk sesiapa yang suka makan sayur bendi. Kebiasaannya sayur bendi paling popular dan sesuai tekak melayu ialah yang berasas masam asam. Sama ada tumis air asam atau asam pedas.\n\nKami yakin ramai anda yang sukakan bendi tapi tidak tahu masak apa kerana kalau masak resepi yang tidak kena, bila makan akan rasa geli sendiri sebab licin. Namun kali ini ada resepi bendi goreng telur yang lazat dan gerenti tidak berlendir pun.\n\nBendi goreng telur ini dapat makan dengan nasi panas-panas letak pula kicap sedikit aduh mau 3 kali tambah nasi. Siapa yang suka bendi sia cubakan resepi yang dikongsikan oleh Nina Syakira di laman Facebook.\n\nNota : Telur itu saya memang sudah buang tali pusat dia, memang takkan hanyir walau sudah sejuk sekali pon.\nBendi kalau tidak mahu ada lendir basuh dulu sebelum potong dan letak dalam penapis siap-siap. Biar sejat air.\n\nSelain bendi goreng telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Roti bun inti kacang untuk minum kopi petang-petang. Sedia untuk dihidangkan di atas meja untuk disantap bersama keluarga.\n\nSelain itu, roti bun sedia dihidangkan untuk para tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Roti bun yang diperbuat dengan tepung gandum, telur, gula, susu. Diberi inti kacang merah menjadikan ia terasa manis dan sedap dimakan dengan bun yang gebu.\n\nDi bawah ini kami bentangkan resepi roti bun yang gebu, manis berinti kacang merah yang sedap, mudah dan patut cuba. Resepi didatangkan daripada Cik Su di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nResepi Roti Bun Inti Kacang Merah\n\nSelain resepi roti bun, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pada era moden seperti sekarang ini, minuman tradisional seperti air asam kunyit halia sudah tidak diamalkan.\n\nPadahal sejatinya, minuman tradisional atau semula jadi inilah yang sihat lagi menyihatkan. Ia diperbuat dengan bahan-bahan herba alami yang mengandungi antioksidan yang baik dan organik berbanding minuman lain yang tidak diketahui apa isinya secara tepat.\n\nAir asam kunyit halia tidak dapat dinafikanpenuh dengan berbagai-bagai kebaikan. Ianya sesuai untuk lelaki, perempuan, ibu pantang bersalin, perempuan period dan keguguran.\n\nBanyak khasiat air asam kunyit halia lain yang perlu anda ketahui seperti :\n\nSila tengok resepi yang kami kongsikan di bawah ini, dikongsikan oleh Lin Na Pesona di laman Facebook. Resepi untuk stock satu bulan.\n\nResepi Jamu Air Asam Kunyit Halia\n\nSelain resepi air asam kunyit halia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ada tetamu nak datang? Tak tahu nak hidang apa? Buntu? Sebab menu-menu yang terfikir semuanya leceh dan makan masa. Jangan risau kami di bidadari boleh membantu anda. Ini dia menu mudah untuk tetamu sekelip mata sahaja dah siap. Tapi bukan menu biasa-biasa ya. Masih grand orang putih kata. Menunya adalah Kuah Bakso Indonesia. zup zap zup zap siap.\n\nKalau ada periuk pressure cooker macam Noxxa tuh lagilah. Siap boleh berehat tau. Dan yang paling penting bahan-bahannya pun tak susah nak mencari. Ok. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Ekynn Aziz.\n\nSenang dan mudahkan? Boleh makan dengan bihun, mee, kuey teow.\n\nJangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kuah Bakso Indonesia ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya. Di sini ada resepi yang lain yang boleh dicuba."
"Tiada wanita di dunia ini yang tidak mengimpikan syurga. Allah juga telah memberikan gambaran seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran bahawa wanita solehah pasti dijanjikan syurga. Namun untuk meraih tempat di syurga bukanlah mudah \u00a0tetapi tidaklah mustahil. \n\nJika seorang wanita yang bergelar isteri mengerjakan solat 5 waktu dengan sempurna, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, mentaati suaminya dan kepada yang belum bergelar isteri, beliau mentaati kedua orang tuanya, nescaya syurga itu tidak mustahil untuk dijejaki. \n\nBerikut adalah antara ciri-ciri wanita solehah yang membawa ke syurga. Mari kita renungi bersama dan semoga bersama-sama kita dapat mencium bau syurga.\n\nSemua orang sudah sedia maklum bahawa amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap muslim yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah dan setiap sedekahnya yang diterima di sisi Allah dijanjikan ganjaran yang paling sedikit adalah sebanyak 10 kali ganda pahala. \n\nSebagai contoh, seseorang yang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun jumlah yang disumbangkan tidak seberapa, namun Allah akan tetap membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga di akhirat kelak di atas kejujuran dan keikhlasannya untuk bersedekah. Seorang dermawan yang sering membelanjakan wangnya ke jalan yang diredhai kelak rezekinya juga akan melimpah-ruah.\n\nJanji merupakan suatu perkataan yang menyatakan kesediaan dan kesanggupan seseorang itu untuk berbuat sesuatu yang dipertanggungjawabkan tanpa gagal memenuhinya. \n\nMenurut surah Al-Baqarah ayat ke 40, mereka yang senantiasa mengotakan janjinya dapat menjadi penyebab terhapus dosa-dosanya dan seterusnya membawa ke syurga. \n\nSelain manfaat dapat ke syurga, dengan selalu menepati janji, wanita solehah ini secara tidak langsung mendapat kepercayaan penuh tidak kira dari ahli keluarga mahupun sahabat handai yang dapat membantu memperluas hubungan sosial di samping mendapat pahala kebaikan dan kebajikan antara umat manusia. Hal ini juga dapat memanjangkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.\n\nTiada manusia di dunia ini yang mampu terlepas daripada melalui titian sirat termasuklah para wanita yang diketahui ramainya yang menjadi penghuni neraka. Tempoh perjalanan meniti titian sirat itu bergantung kepada amalan manusia ketika di dunia. \n\nMenurut surah al-Ikhlas, Allah ada menggambarkan betapa pentingnya manusia mengutamakan sifat ikhlas dalam mengerjakan amal ibadah kerana ia dapat membantu manusia di akhirat kelak. \n\nWanita solehah yang sentiasa ikhlas dalam beribadah pasti membawanya ke syurga dan juga secara tidak langsung dapat memberi pengaruh yang baik kepada suami dan anak-anaknya untuk turut serta ke syurga.\n\nMembaca, mempelajari dan sedaya upaya memahami Al-Quran adalah sangat dituntut oleh syarak dan merupakan satu amal ibadah yang sangat utama. Seseorang yang membaca Al-Quran haruslah mengamalkan adab-adab membaca Al-Quran supaya mendapat manfaat\u00a0sebanyak yang boleh melalui pembacaannya. \n\nBegitu tinggi darjat seorang wanita solehah di sisi Allah apabila beliau membaca Al-Quran berserta adab-adabnya. Ini kerana, mereka membacanya dengan penuh khusyuk, syahdu dan jelas didengari akan lebih mempengaruhi dan memberi kesan yang mendalam kepada hati nurani dan memudahkan orang lain yang mendengar.\n\nJusteru, mereka sekaligus dapat menghayati dan bersama-sama merenungkan maksud ayat-ayat suci Al-Quran itu. Wahai wanita solehah, bacalah dan pelajarilah Al-Quran untuk tujuan mendapatkan keredhaan Allah yang boleh membawa ke Syurga dan bukannya untuk mencari populariti.\n\n5. Mengamalkan Amar Ma\u2019ruf Nahi Munkar\n\nCiri wanita solehah seterusnya yang bakal menjadi penghuni syurga adalah gemar melakukan kebaikan sesuai dengan apa yang sudah diajarkan oleh Islam sekaligus menghidupkan amar ma\u2019ruf nahi munkar untuk ahli keluarga dan juga masyarakat sekitar. \n\nAmar ma\u2019ruf bermaksud perintah atau dorongan untuk melakukan perkara-perkara yang baik yang dituntut oleh akidah dan syariat Islam manakala nahi munkar bermaksud perintah untuk menjauhi perkara-perkara yang tidak baik yang harus dihindari oleh akidah dan syariat Islam.\n\nMereka adalah wanita yang membenarkan yang halal dan menghalang yang haram. Ciri-ciri wanita solehah ini bakal membawa anda ke syurga.\n\n6. Melakukan Kebaikan Dengan Makhluk Sekitar\n\nKebaikan tidak harus ditunjukkan hanya kepada umat manusia seperti keluarga, anak yatim, jiran tetangga, fakir miskin tetapi juga kepada haiwan. \n\nBerbuat baik terhadap semua haiwan walaupun dengan kebaikan yang kecil membuatkan wanita solehah ini diberi pahala, dijanjikan syurga dan boleh diampunkan dosa-dosanya. Ciri wanita solehah ini amat mudah bagi mereka yang menyayangi haiwan.\n\nBegitulah besarnya ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT terhadap sesiapa sahaja termasuk wanita solehah yang melakukan kebaikan kepada haiwan meskipun ia bukan haiwan peliharaan atau haiwan yang dianggap najis di sisi masyarakat seperti anjing.\n\n7. Menyambung dan Menjaga Tali Persaudaraan\n\nSeorang wanita yang baik pasti menjalin semula tali persaudaraan dengan orang yang sudah memutuskannya. Itulah salah satu ciri wanita solehah yang turut membawa ke syurga.\n\nLebih banyak wanita ini memberi pada orang, menahan dari menerima sebarang pemberian daripada orang lain untuk dirinya dan juga memberi \u00a0maaf dengan ikhlas kepada orang yang telah menzaliminya akan membawa wanita solehah ini ke syurga. \n\nSeorang muslimah yang memiliki hak untuk mendiami syurga merupakan wanita muslimah yang selalu berbakti kepada kedua orang tuanya, memanjangkan tali silaturrahim dengan saudaranya, menjaga anak yatim, serta menjaga anaknya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.\n\n8. Bertakwa dan Taat kepada Perintah Allah SWT\n\nSyurga hanya tercipta buat sang muslimah yang bertakwa dan ini merupakan tempat yang belum pernah dilihat sebelumnya oleh manusia serta kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. \n\nApabila seorang muslimah bertakwa dan taat kepada perintah Allah serta beriman kepada rukun iman dan rukun Islam, maka secara tidak langsung wanita ini akan menghindarkan diri dari melakukan apa yang dibenci Allah. Ini merupakan salah satu ciri wanita solehah yang akan membawa dirinya ke Syurga yang harus kita beri perhatian.\n\n9. Taat Pada Suami dan Menjaga Kesucian\n\nWanita penghuni syurga adalah wanita solehah muslimah yang mampu taat pada suaminya dan selalu menjaga kesucian diri serta harta suami. Seorang muslimah yang akan masuk syurga merupakan wanita yang juga selalu mempercantik dirinya untuk Allah dan suami. \n\nSeperti semua sudah maklum apabila seseorang wanita itu berkahwin maka syurganya bukan lagi di bawah tapak kaki ibunya tetapi kini sudah terletak di bawah telapak kaki suami. Oleh itu, wanita wajib taat kepada perintah suaminya selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak.\n\nDemikianlah antara ciri-ciri wanita solehah yang membawa ke syurga. Ciri-ciri wanita solehah ini bukanlah menjadi sebuah perbatasan namun ciri wanita ahli syurga seluruhnya yang paling utama adalah dalam kerangka taat pada Allah serta Rasul-Nya. \n\nBarangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya. Semoga kita semua dapat menjadi insan yang lebih baik dan semoga kita dikurniakan dengan pasangan \u00a0hidup yang soleh dan solehah serta menjadikan keluarga yang terbina itu penuh dengan sakinah, rahmah dan mawaddah. Amin!\n\nJom baca juga Kelebihan Surah Ar Rahman ,\u00a0isteri\u00a0Nabi\u00a0Muhammad SAW\u00a0dan Resepi Kari Telur."
"Di Malaysia kini terdapat banyak penyakit yang mengakibatkan kecacatan tubuh badan. Mangsa yang selalu terkena kebanyakkannya adalah kanak-kanak. Antibodi kanak-kanak yang lemah boleh mengakibatkan mereka mudah mendapat penyakit.\n\nSebagai ibu bapa, kita perlu menitik berat kesihatan mereka dengan selalu menyediakan pakaian bersih dan pastikan barang mainan yang mereka gunakan bersih. Pantau aktiviti mereka apabila bermain di luar rumah. \n\nOleh sebab itu, doktor menyarankan ibu bapa untuk memberikan suntikan vaksin Pneumococcal. Apakah vaksin Pneumococcal? \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta vaksin Pneumococcal. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nKuman Pneumococcal (baca \u2018neumokokal), nama sebenar: streptococcal pneumoniae.\n\nKuman ni merupakan \u2018kuman peliharaan\u2019 di dalam hidung kanak2 di bawah umur 5 tahun (paling ramai, bawah 2 tahun),Satu dalam 5 kanak2 di Malaysia (dan juga di negara lain) \u2018pembawa\u2019 kuman ni.\n\nKuman ni boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan. Antaranya :\n\n1. telinga ( otitis media). Kesan jangka panjang: pekak\n\n2. Paru paru (pneumonia). Kalau nasib tak baik, dapat paru-paru bernanah (empyema) atau masuk ICU\n\n4. Selaput otak (meningitis). Kesannya, sama ada lumpuh atau cacat, atau meninggal.\n\nBanyak orang sebut vaksin ni dapat cegah jangkitan paru2. Itu kurang tepat. Nanti saya explain.\n\nSemua penyakit2 bawaan kuman ni, majoriti kes berlaku di kalangan bayi atau kanak2 bawah dua tahun. Kenapa? Sebab kuman ini ada dalam hidung kanak-kanak dan juga kerana sistem pertahanan tubuh bayi tidak sematang orang dewasa / kanak-kanak besar.\n\nOleh sebab itu, vaksin ni sangat disyorkan dimulakan seawal mungkin (2 bulan sudah boleh start cucuk).\n\nKuman yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan selaput otak ini banyak. Ada virus (contoh influenza- pernah dengar selsema burung, H1N1? Adenovirus, RSV), bakteria (salah satunya Pneumococcal ni) dan juga kulat.\n\nBakteria pula, ada banyak jenis. Ada hemophilus, mycoplasma, streptococcal, legionella, chlamydia.\n\nKalau dulu (sebelum tahun 2002), hemophilus influenzae b (Hib) merupakan pemenang tempat pertama untuk carta kuman yang menyebabkan pneumonia dan meningitis. Pneumococcal dapat no 2.\n\nTapi, selepas vaksin Hib diperkenalkan oleh kementerian kesihatan mulai 2002 (dalam vaksin yang 5 atau 6 serangkai itu lah), kes yg disebabkan oleh Hib ni turun mendadak. Yang naik jadi juara siapa? Pneumococcal lah!\n\n\u2018Kenapa anak saya dah diberikan vaksin Pneumococcal ni. Tapi dia dapat juga pneumonia.\u2019Macam saya sebut tadi, bukan Pneumococcal je yg menyebabkan pneumonia. Banyak lagi kuman lain yg menjadi punca pneumonia.\n\nInsya Allah, bila vaksin ni dimasukkan ke dalam jadual imunisasi kebangsaan (tidak tahu bila), korang akan lihat kes Pneumococcal ni berkurang. Actually, bukan korang pun, tapi doktor-doktor dan juga pegawai kesihatan yg terlibat merawat pesakit yg akan nampak trend ni.\n\nAda 4 dos kalau start sebelum umur 6 bulan, iaitu 3 dos sebelum umur setahun, satu lagi selepas umur setahun. Sila consult doktor anda untuk jadual suntikan anak anda.\n\n*Jadi, sudah tahu kan kepentingan suntikan vaksin Pneumococcal. Vaksin ini untuk mencegah kanak-kanak bawah umur 5 tahun daripada kuman Pneumococcal. Jika mahu tahu lebih lanjut mengenai vaksin Pneumococcal, pergi berjumpa doktor pakar yang berdekatan.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Melayan ibubapa atau mertua yang datang ke rumah boleh menjadi sesuatu yang menarik dan mengembirakan.Namun begitu, ianya mungkin menjadi barah jika silap percaturannya. Pasangan atau ibubapa/ mertua sendiri mungkin akan sedikit berkecil hati jika sesuatu tidak mengikut jangkaan.\n\nMelawat cucu [ Studio Grafico EPICS ]\n\nContohnya, apabila ibubapa sang suami datang. Segala hal biasa yang dibuat mungkin berubah. Hal ini kerana semasa inilah sedaya upaya hendak disorokkan sesuatu yang tidak elok. Segala tabiat kurang enak seperti rumah kurang tersusun akan cuba disembunyikan sebaik mungkin. Kesannya, sang isteri mungkin kurang selesa kerana tekanan yang diberikan secara tidak sedar ini.\n\nSebenarnya perkara itu mungkin tampak biasa sahaja di mata ibubapa/mertua.Tetapi tekanan untuk memberi yang terbaik semasa kedatangan mereka mungkin akan mengundang sedikit salah faham. Di sini dikongsikan tips untuk mengatasi daripada berlaku hal tidak diingini supaya semuanya tampak cantik semasa kedatangan mereka.\n\nDibawah ini dikongsikan cara untuk melayan ibubapa atau mertua bertandang ke rumah. Tips ini sesuai untuk pasangan suami isteri Gen Y (iaitu umur sekitar17 \u2013 37) ataupun untuk mereka yang baru berkahwin.\n\n\u00a06 LANGKAH\u00a0MELAYAN IBUBAPA/MERTUA BERTANDANG KE RUMAH\n\nSecara umumnya, objektif utama ibubapa dan mertua datang ke rumah pasangan anaknya ialah:\n\na) Untuk melepaskan rindu terhadap cucunya (jika dah bercucu)\nb) Melihat sendiri suasana kehidupan anak dan menantunya di rumah mereka\n\nSebaik sahaja terdengar desas desus ibu ayah atau mertua nak datang ke rumah, perkara yang wajib dibuat ialah:\n\n1)\u00a0Dapatkan pengesahan kedatangan mereka dengan telefon dan bercakap terus dengan mereka. Jangan gunakan SMS atau mana-mana pesanan laman sosial. Ini memberikan isyarat yang anda sangat teruja menerima kedatangan mereka.\n\n2) Jika tarikh kedatangan mereka tidak sesuai kerana anda berdua ada urusan pejabat yang tidak dapat dielakkan, maka cadangkan tarikh-tarikh lain. Tindakan ini membolehkan\u00a0anda berdua lebih bersedia menerima mereka.\n\n3) Jika ibubapa atau mertua ingin juga datang pada tarikh yang tidak sesuai itu, eloklah berterus terang yang anda berdua tidak dapat memberikan layanan yang sebaik\u2013baiknya melalui percakapan bukan dengan SMS. Hanya dengan lisan sahaja, maksud dan emosi dapat difahami oleh ibubapa dan mertua anda.\n\n4) Jika telah mendapat persetujuan, maka bincanglah sesama suami isteri untuk menyusun strategi agar kehadiran ibubapa mertua di rumah anda bukan sahaya menggembirakan mereka, malah menambahkan pahala anda berdua dan peluang mencari redha Allah.\n\nLANGKAH 2:\u00a0Hari pejalanan ibubapa mertua ke rumah\n\n1)\u00a0Awal-awal lagi, siapkan bilik tidur untuk mereka mengikut kemampuan yang ada.\n\n2) Jangan aturkan tempat tidur mereka bersama-sama dengan cucu di dalam satu bilik melainkan mereka sendiri yang mempelawa cucu tidur bersama.\n\n3) Jangan pula minta mereka tidur di bilik rasmi tidur anda (master bedroom). Ini akan menyebabkan mereka tidak selesa.\n\n4) Salah seorang daripada anda telefon mereka yang sedang dalam perjalanan dengan mengatakan, \u201c Nanti sampai di rumah, kita makan sama-sama\u201d. Walaupun waktu ketibaan mereka bukan waktu makan tengahari atau makan malam. Ini bertujuan untuk menyatakan kegembiraan dia atas kesudian mereka datang ke rumah. Jika mereka \u201cberkeras\u201d tidak mahu dilayan sebegitu kerana mereka kenyang atau sebagainya, maka sediakan juga minuman dan kudapan untuk menyambut\u00a0ketibaan mereka sekalipun mereka tiba waktu tengah malam.\n\n5) Jangan sekali-kali bertanya dengan menggunakan ungkapan ini, \u201cAyah dan mak dah makan ke?\u201d. Sudah pasti mereka akan jawab, \u201cDah, tak perlu susah-susah\u201d. Kebanyakan ibubapa mertua memang berniat nak makan bersama-sama semasa bertemu nanti.\n\nLANGKAH 3: Disiplinkan anak-anak melayan atuk neneknya\n\n1) Sehari sebelum ibu ayah mertua datang, eloklah diberikan taklimat kepada anak-anak terutama sekali yang sudah mengerti dan memahami kerinduan orang tua kepada cucunya.\n\n2) Beri mereka latihan menyambut datuk nenek mereka di pintu, bila makan bersama datuk nenek dan semasa bermain dengan datuk nenek.\n\n3) Latih anak-anak agar tidak \u201cMENGARAH\u201d Atuk dan Opahnya itu ini mengikut kehendak mereka. Tingkahlaku cucu mereka ini juga boleh memberikan persepsi dan jawapan kepada objektif kedua mereka datang bertandang ke rumah anda.\n\nLANGKAH 4: Ketibaan di rumah anda\n\n1) Semua ahli keluarga hadirkan diri untuk menyambut mereka di pintu utama rumah. Walaupun mereka sampai waktu tengah malam, suami isteri WAJIB bersalaman menyambut mereka. Sunat kejutkan anak-anak menyambut Atuk dan Opah mereka. Alangkah terhibur dan hilang penat lelah perjalanan seharian ibubapa mertua jika anda sekeluarga\u00a0menyambut mereka.\n\n2) Jika anda tidak dapat melayan mereka untuk jangka masa yang lama\u00a0kerana tersangat mengantuk atau mempunyai urusan lain, mintalah kebenaran daripada mereka. Mereka juga memahami.\n\n3) Jangan bertanya soalan ini, \u201cAyah dan mak nak balik bila?\u2019 Ini akan menyinggung perasaan mereka.\n\n4) Ungkapan yang baik ialah \u201cKami ada banyak aturcara untuk mak dan ayah ni.. esok ke ke.. lusa ke.. tulat ke..\u201d Tunggulah respon daripada mereka. Daripada jawapan mereka, anda berdua boleh mengagak tarikh mereka bercadang untuk pulang ke kampung. Maka bincanglah suami isteri di dalam bilik untuk melayan mereka selama mereka ada di rumah anda.\n\nLANGKAH 5: \u201cDuplicate\u201d budaya seharian ibu ayah atau mertua di rumah anda untuk keselesaaan mereka\n\n1) Jika ayah kebiasaannya adalah ke masjid untuk solat subuh, sebelum tidur ingatkan beliau\u00a0yang anda akan kejutnya untuk persiapan ke masjid.\n\n2) Pastikan anda bangun lebih awal daripadanya dan tunggu dia di dalam kereta untuk ke masjid.\n\n3) Jika kebiasaan anda pergi kerja sebelum subuh, maka beritahu kepada ayah atau mertua kedudukan kunci-kunci pintu untuk memudahkan mereka keluar rumah bersendirian ke masjid tanpa menganggu orang lain di dalam rumah itu.\n\n4) Jika kebiasaan ibu ayah bersarapan pukul 7 pagi, maka usahakan bangun awal sama ada membeli atau masak juadah untuk sarapan. Sebaik-baiknya makan pagi pertama di rumah ialah sarapan bersama-sama mereka. Jika terpaksa tinggalkan mereka sebelum makan, eloklah nyatakan kemaafan tidak dapat makan bersama dan pastikan semua makanan tersedia untuk mereka.\n\n5) Kebiasaannya ibu bapa metua akan bawa makanan dari kampung. Maka eloklah dihidangkan juga makanan itu dan makan bersama-sama.\n\n6) Semasa sembang pagi itu, eloklah ceritakan \u201caktiviti atau budaya anda seharian di rumah itu\u201d kepada ibu ayah mertua agar mereka boleh menyesuaikan pula diri mereka untuk hari-hari berikutnya di rumah anda.\n\nLANGKAH 6:\u00a0Ibu bapa mertua\u00a0pulang\n\n1) Sediakan buah tangan untuk mereka membawa pulang.\n\n2) Jika anda \u201cterlebih duit\u201d hulurkan semampunya\u00a0kepada mereka berdua sebagai belanja tambang pulang ke kampung.\n\n3) Ungkapkan berulangkali, \u201cNanti datang lagi ya\u201d.\n\n4) Semua turun melambai-lambai hingga mereka hilang daripada pandangan.\n\n5) Berdoalah kepada Allah agar layanan anda itu mendapat pahala dan keredhaan Allah dan doakan agar Allah mengasihi mereka berdua kerana telah menjaga anda berdua dari kecil lagi."
"Di sekolah, murid-murid diajar untuk menghormati ibu bapa atau orang yang lebih tua. Begitu juga di rumah, ibu bapa mengajar anak-anak untuk menghormati dan menyayangi ibu bapa. Itu adalah perkara normal dan wajib bagi setiap orang untuk melakukannya.\n\nTetapi, kini kita lihat, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan dengan tidak menghormati keputusan anaknya sendiri. Setiap anak mempunyai keinginan dan impian tersendiri. Selain itu, ada juga ibu bapa yang tidak mengambil kisah tentang anaknya dan menyerahkan 100% kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka.\n\nPerlakuan ini boleh menyebabkan anak-anak kecewa dengan ibu bapanya. Seterusnya, mungkin akan menyimpan dendam kepada ibu bapanya sendiri. Selain daripada perlakuan di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan anak-anak menyimpan dendam kepada ibu bapa. Apakah punca-puncanya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 punca anak boleh berdendam dengan ibu bapa. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Punca anak boleh berdendam dengan ibu bapa\n\nNeglectful ataupun Uninvolved Parenting ni adalah bila kita terlalu lepas tangan dalam mendidik anak anak- Mungkin kita terlalu sibuk sampai kita abaikan anak anak. Sibuk boleh tapi kena bayar balik defisit emosi dan perhatian anak anak. Kalau tak, anak kita mungkin berakhir menjadi pendendam, haus perhatian dan dahaga kasih sayang\n\n2. Kita abaikan Basic Needs anak\n\nDalam Maslow\u2019s Hierarchy of Needs keperluan paling diperlukan adalah makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan lain lain- Kalau yang ni tak setel, maka yang lain pun akan jadi haru biru. Bayangkan kalau ketua keluarga abaikan nafkah anak anak. Habis kucar kacir semuanya pada diri anak\n\n3. Kita menduakan ayah atau ibunya\n\nAyah dan ibu kepada anak anak kita adalah simbol kehormatan dan simbol maruah anak anak- Jika kita menduakan ibu dan ayah kepada anak kita tanpa alasan yang Syarie, ianya seolah olah kita menghancurkan maruah dan kehormatan si anak. Akan berlaku Trust Issues yang sangat teruk jika tidak diselesaikan daripada awal.\n\nFavoritism berlaku kita selalu pilih kasih antara anak anak. Tanpa sedar Favoritism ni boleh berlaku bila kita hanya utamakan Eye Contact pada anak yang lebih kecil hingga abaikan kakak dan abangnya ataupun bila kita selalu puji anak tertentu sahaja sehingga anak yang lain terasa diabaikan- Ingat, Favoritism akan menyuburkan sifat saling dengki mendengki dalam diri adik beradik kalau tak ditangani dari awal!\n\n5. Kita cederakan emosi anak secara keterlaluan\n\nMengikut kajian, bahagian otak yang aktif ketika Emotional Pain lebih kurang sama dengan bahagian yang aktif ketika Physical Pain. Ya, kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan emosi kadangkala lebih menyakitkan daripada kesakitan pada tubuh badan dan ianya bertahan lebih lama.\n\n*Berikut adalah punca-punca yang menyebabkan anak-anak boleh menyimpan dendam kepada ibu bapa. Ibu bapa perlu ingat bahawa setiap perlakuan yang dilakukan kepada anak-anak akan memberi kesan kepada mereka. Maka, ibu bapa perlu elakkan daripada membuat anak-anak rasa kurang kasih sayang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Untuk memandu kenderaan tidak kiralah kereta, motor, bas, teksi, lori, atau sebagainya, setiap orang memerlukan lesen memandu yang sah. Setiap negara pastinya mempunyai undang-undang lesen memandu yang dikuatkuasakan mereka dan wajib dipatuhi. Begitu juga di Malaysia, negara kita sendiri mempunyai beberapa jenis lesen memandu yang perlu anda tahu. \n\nLesen memandu pelajar atau dikenali sebagai Learning Driving License (LDL) adalah lesen yang membolehkan seseorang individu belajar memandu kenderaan mengikut ketegori kelas yang ada seperti B, B2, D, dan E. \n\nBagi yang masih memiliki lesen L, anda mestilah memperbaharuinya setiap 3 atau 6 bulan sekali jika masih belum lulus ujian daripada JPJ. Sedangkan tempoh sah bagi lesen tersebut pula adalah 2 tahun bermula dari tarikh ia dikeluarkan.\n\nKegagalan anda memperbaharui lesen L dalam tempoh masa yang ditetapkan akan menyebabkan anda terpaksa mengulangi semula prosedur pembelajaran memandu dari mula. \n\nLesen memandu percubaan atau dikenali sebagai Probationary Driving License (PDL) adalah lesen P. Kebiasaannya, lesen ini akan diberikan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ dan tempoh salah laku selama 2 tahun. \n\nSelepas tempoh 2 tahun itu, Lesen P anda akan di \u201cupgrade\u201d menjadi lesen kompeten yang biasa. Namun begitu, untuk mengelakkan anda terpaksa mengulangi prosuder pembelajaran memandu, lesen itu wajib ditukar dalam masa setahun dari tarikh ia tamat. \n\nSeterusnya, bagi lesen kompeten pula atau lebih dikenali sebagai Competent Driving License (CDL). Lesen CDL merupakan lesen yang telah dinaik taraf daripada lesen percubaan P setelah tamat tempoh percubaan selama 2 tahun. \n\nBagi anda yang menjadi pemegang lesen ini, ia tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen tersebut digantung atau dibatalkan. Mengikut undang-undang, lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3, atau 5 tahun sekali.\n\nTempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.\n\nLesen memandu komersial khas iaitu bagi pemandu kenderaan bas dan lori ia juga dipanggil dengan nama lesen memandu vokasional (VDL). \n\nBadan yang berkuasa dalam mengeluarkan lesen ini termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Secara umumnya, lesen ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:\n\nSenarai kelas lesen memandu mengikut kategori kenderaan\n\nTadi kita sudah membincangkan berkenaan dengan jenis lesen memandu. Berikut pula adalah senarai kelas lesen memandu mengikut kategori kenderaan berdasarkan kapasiti cc enjin, jenis penggunaan dan kenderaan. \n\nGDL \u2013 Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang\n\nSemoga perkongsian mengenai jenis lesen memandu ini dapat memberikan anda maklumat yang bermanfaat khususnya bagi semua pemandu di luar sana agar dapat memandu secara sah di sisi undang-undang.\n\nSelain dari artikel berkenaan dengan jenis lesen memandu di Malaysia ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan automobil seperti:"
"Selain daripada nasi, ubi merupakan makanan ruji orang zaman dahulu. Ubi rebus, ubi goreng, lepat ubi, bingka ubi dan kuih keria. \n\nKebiasaannya semua menu yang berasaskan ubi ini dijadikan sebagai sarapan, minum pagi atau minum petang. Terutamanya di kampung-kampung.\n\nJadi, kalau sudah tak tahu nak buat apa, boleh lah cuba masak kuih keria yang dibuat daripada ubi. Nak lagi sedap kuih keria ini, buatlah dari ubi keledek. Lagi lah bertambah sedapnya. Kuih keria ini selalunya akan disira atau disalut dengan gula. Hidanglah kuih keria ini dengan teh panas. Lagi naik umpph orang kata.\n\nJadi apa lagi. Jom cuba resepi Hidayah Jamaludindari laman \u2018facebook\u2019 . InsyaAllah menjadi dengan jayanya. Bolehlah puas hati bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Lagi seronok kalau dapat menjamu orang yang tersayang. Jom tengok resepinya di bawah. \n\nMudahkan caranya? Rasa boleh buatkan? Selamat mencuba. Nak lagi seronok, proses membuat kuih talam ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti dengan anak-anak. Mesti anak-anak seronok punya. Hanya sediakan bahan, campur dan kukus.\n\nOh ya, selain dari resepi Kuih Keria, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain."
"Anda merancang untuk bercuti di Ipoh? Jom kami kongsikan 11 homestay di Ipoh yang selesa dan bersih dengan harga berpatutan.\n\nTerletak di Ipoh, 4.4 km dari AEON Mall Kinta City, Austin GuestHouse mempunyai taman, serta WiFi percuma. Tempat penginapan ini menawarkan teres serta lounge berkongsi. Tempat penginapan ini berada 5 km dari Ipoh Parade.\n\nSemua bilik di rumah tamu ini dilengkapi dengan ruang tempat duduk. Beberapa bilik akan menyediakan anda dengan dapur dengan alat pembakar roti dan peti sejuk.\n\nLost World of Tambun berada 6 km dari Austin GuestHouse, manakala AEON Mall Ipoh Station 18 berjarak 8 km dari tempat penginapan.\n\nPasangan terutamanya suka lokasi ini \u2014 mereka menilaikannya\u00a08.3\u00a0bagi lawatan untuk dua orang.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Ipoh! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nIpoh Apartment menyediakan penginapan yang dilengkapi dengan cantik kira-kira 6 km dari pusat bandar Ipoh. Ia menawarkan tempat letak kenderaan awam percuma di lokasi yang berdekatan, dan Wifi percuma di kawasan awamnya.\n\nUnit-unit penginapan di sini menyediakan ruang tamu dan ruang makan serta dapur kecil dengan microwave, peti sejuk dan cerek elektrik. Ia juga menawarkan TV skrin rata dan pemain DVD. Bilik-bilik mandi dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian, peralatan mandian dan pengering rambut.\n\nBean Residence berlokasi strategik di tengah-tengah Ipoh, serta menawarkan tempat penginapan yang artistik namun selesa, hanya 1.4 km dari Ipoh Parade. Bean Residence bertempat di antara banyak kafe dan kedai makan, serta menawarkan WiFi percuma di seluruh kawasan.\n\nTempat penginapan ini menawarkan pelbagai pilihan jenis bilik untuk saiz kumpulan yang berbeza. Bilik-bilik di hotel ini dihias ringkas, dan semua bilik mendapat akses ke bilik mandi berkongsi dengan kemudahan pancuran mandian.\n\nTempat penginapan ini mempunyai ruang tamu atau ruang duduk umum.\n\nTempat penginapan ini terletak hanya 1 km dari Pusat Perubatan KMC, dan 650 meter dari Maju Jaya Car Rental. Tetamu pasti gembira dengan lokasi Masjid Paloh sejauh 1.5 km dari tempat penginapan ini, dan Pasar Putih yang berada hanya 6 minit berjalan kaki dari Bean Residence.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Ipoh! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nEdm Space terletak di pusat bandar Ipoh, hanya 700 meter dari pusat beli-belah Ipoh Parade yang terkenal. WiFi disediakan di seluruh kawasan penginapan ini.\n\nBilik-bilik dilengkapi dengan hiasan moden dan berseni. Setiap bilik dilengkapi dengan akses ke bilik mandi berkongsi.\n\nDi Edm Space, anda akan mendapati kedai cenderamata yang menjual pakaian, seni dan kraf, serta sebagai hadiah motivasi. Tempat penginapan ini juga menawarkan ruang sosial dengan permainan papan, dart dan filem untuk kegunaan anda.\n\nKawasan ini terkenal untuk penerokaan dengan basikal \u2013 yang boleh anda sewa dari hotel.\n\nIni adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Ipoh menurut reviu bebas.\n\nPasangan terutamanya suka lokasi ini \u2014 mereka menilaikannya\u00a09.1\u00a0bagi lawatan untuk dua orang.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Ipoh! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nYy Residence terletak di Ipoh, 1.4 km dari Ipoh Parade. Ia menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dengan WiFi percuma. Tempat penginapan ini terletak sekitar 1.7 km dari Muzium Han Chin Pet Soo, serta berhampiran dengan Pusat Konvensyen Ipoh. AEON Mall Ipoh Station 18 berjarak sejauh 5 km, dan AEON Mall Kinta City berjarak 5 km dari tempat penginapan ini.\n\nBilik-bilik terpilih menampilkan dapur kecil dengan pembakar roti.\n\nLost World of Tambun berada 9 km dari tempat penginapan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Ipoh! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\n6. H2H \u2013 Marine Home @ Majestic Ipoh\n\nH2H \u2013 Marine Home @ Majestic Ipoh (8 ~ 10 Guests) terletak di Ipoh. Ia mempunyai sebuah taman, kolam renang luaran dan pemandangan gunung. Ia terletak 900 meter dari Ipoh Parade dan menawarkan WiFi percuma.\n\nApartmen ini mempunyai dapur, TV skrin rata, ruang tempat duduk dan bilik mandi.\n\nTempat penginapan ini mempunyai sauna. Terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak untuk kegunaan tetamu di tempat penginapan ini.\n\nPusat Membeli-belah AEON Kinta City berjarak 5 km dari H2H \u2013 Marine Home.\n\nIni adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Ipoh menurut reviu bebas.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Ipoh! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Ipoh! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\n7. H2H \u2013 Holland Cottage @ Majestic Ipoh\n\nH2H \u2013 Holland Cottage @ Majestic Ipoh (6~8 Guests) terletak 900 meter dari Ipoh Parade. Ia menyediakan penginapan di Ipoh dengan akses ke sauna. Apartmen ini menampilkan pemandangan gunung dan taman. Ia juga mempunyai WiFi percuma.\n\nApartmen ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur, ruang tamu dan dapur yang lengkap. TV skrin rata disediakan.\n\nApartmen ini menawarkan pusat kecergasan. Anda boleh menikmati kolam renang luaran di H2H \u2013 Holland Cottage @ Majestic Ipoh (6~8 Guests).\n\nAEON Mall Kinta City dan EON Mall Ipoh Station 18 masing-masing berjarak 5 km dari tempat penginapan ini.\n\nIni adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Ipoh menurut reviu bebas.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Ipoh! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Ipoh! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nBerjarak 10 minit memandu ke Lapangan Terbang Ipoh, The Osbourne Apartments menawarkan tempat penginapan bebas rokok dengan Wifi percuma dan tempat letak kenderaan persendirian percuma. Ia juga berada sejauh 10 minit memandu ke Ipoh Parade dan kuil Cina, Sam Poh Tong.\n\nApartmen-apartmen berhawa dingin menawarkan ruang duduk dengan sofa, TV satelit skrin rata dan pemain DVD. Ia juga mempunyai dapur yang dilengkapi dengan microwave dan peti sejuk. Apartmen-apartmen ini mempunyai 2 bilik mandi dengan pancuran mandi dan pengering rambut.\n\nThe Osbourne Apartments berada 20 minit memandu ke Pusat Membeli-belah The Kinta City dan 30 minit pemanduan ke taman air, The Lost World of Tambun.\n\nJomstay Majestic Suites menawarkan penginapan di Ipoh dalam jarak 900 meter dari Ipoh Parade. Tempat penginapan ini menawarkan akses ke balkoni, pingpong dan WiFi percuma.\n\nApartmen berhawa dingin ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur, TV skrin rata, ruang makan, dapur dan ruang tamu. Apartmen ini juga mempunyai ruang tempat duduk serta bilik mandi dengan bidet dan pancuran mandian.\n\nAnda boleh menggunakan bilik kecergasan di apartmen ini. Jomstay Majestic Suites menawarkan kolam renang luaran dan juga taman permainan kanak-kanak.\n\nAEON Mall Kinta City dan EON Mall Ipoh Station 18 masing-masing berjarak 5 km dari tempat penginapan ini.\n\nIni adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Ipoh menurut reviu bebas.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Ipoh! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Ipoh! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\n10. Luxury 3BR House @ Sunway Lost World\n\nTerletak hanya 200 meter dari Lost World of Tambun, 3BR House @ Sunway Lost World yang mewah menyediakan penginapan di Ipoh. WiFi percuma disediakan di seluruh kawasan penginapan.\n\nIa berada sejauh 2.1 km ke Geopark Lembah Kinta. AEON Mall Kinta City terletak dalam jarak 4.1 km dari rumah percutian, manakala AEON Mall Klebang berada 7 km jauhnya.\n\nMenawarkan sistem kemasukan tanpa kunci, rumah percutian berhawa dingin ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur, TV dan dapur serba lengkap yang menyediakan tetamu dengan mesin cuci pinggan mangkuk, ketuhar, mesin basuh serta alat pembakar roti dan peti sejuk.\n\nTetamu boleh menerokai kawasan sekitar untuk pelbagai pilihan beli-belah dan menjamu selera.\n\nOctagon 16 Guest House terletak di Ipoh, dalam jarak 500 meter dari Ipoh Parade dan 4.3 km dari Pusat Membeli-belah AEON Kota Kinta. Ia lengkap dengan kolam renang luaran dan pusat kecergasan. Apartmen ini mempunyai lounge berkongsi dan WiFi percuma.\n\nApartmen ini dilengkapi dengan TV skrin rata dan ruang tamu. Apartmen ini juga mempunyai ruang tempat duduk serta bilik mandi dengan tab mandi dan pancuran mandian.\n\nPerkhidmatan sewa kereta disediakan di penginapan ini.\n\nPusat Membeli-belah AEON Ipoh Station 18 dan Lost World of Tambun masing-masing terletak 6 km dan 8 km dari apartmen ini.\n\nIni adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Ipoh menurut reviu bebas.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Ipoh! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Ipoh! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini."
"Kadang-kadang kita sebagai mak ayah mengajar anak sesuatu yang berbentuk konsep. Yang tak nampak depan mata.\n\nDisebabkan anak masih kecil, agak sukar untuk mengetahui samada dia faham atau tidak apa yang kita ajarkan. Jadi bagaimana untuk mengetahuinya?\n\nSaya mengamalkan pendekatan yang sangat simple tapi berkesan.\n\nSebab anak kecil sangat susah untuk berkata bohong. Tak pandai berbelit sana sini. Lagi-lagi jika jawapannya cepat. Spontan. Itu memang lahir dari kefahamannya.\n\nAntara yang saya ingin yaya faham ialah apabila dia boleh melakukan sesuatu, ia adalah dengan pertolongan Allah. Bukan sebab dia pandai, bukan sebab dia rajin. Tapi sebab Allah yang tolong dia.\n\nTujuannya supaya, dia membesar sebagai seorang yang tidak arrogant. Merasa diri hebat.\n\nTapi saya perlu juga check pemahamannya tentang apa yang saya tanamkan itu.\n\nSatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, yaya menceritakan kepada saya apa yang dia lakukan semasa belajar berenang. Selepas dia membuat aksi cara-cara bernafas ketika dalam air, saya terus bertanya:\n\n\u201dWahhh pandailah anak mama. Siapa yang ajar yaya berenang?\u201d\n\u201dCikgu\u201d Jawabnya spontan. Saya tanya lagi-\n\u201dSiapa yang help yaya pandai berenang?\u201d\n\u201dAllah.\u201d Nama Tuhan ini terus keluar dari mulutnya.\n\nJatuh jantung mama sekejap.\nNampaknya dia sudah boleh bezakan, antara usaha kita sebagai manusia dan pertolongan dari Allah. Betul, memang cikgu dia yang mengajarnya berenang. Tapi dia faham, yang memberi dia kepandaian berenang itu ialah Allah.\n\nBorak-borak dengan anak. Banyak yang kita akan dapat tahu tentang apa yang anak kita tahu."
"Ayuh kenali Ibnu Sina dan kehebatannya dalam pelbagai bidang.\n\nNama sebenar Ibnu Sina ialah al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau \u00a0dilahirkan pada tahun 370H bersamaan 980M di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 hijrah bersamaan 1037 Masihi di Hamadan, Iran ketika berusia 58 tahun dan dimakamkan di sana.\n\nIbnu Sina berketurunan Parsi. Bapanya berasal dari daerah Balakh, sebelum berpindah ke Bukhara dan menjadi penguasa di Kharmaisan, Bukhara. Selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 390H, \u00a0beliau berhijrah ke banyak tempat seperti Khawarizm, Jarjan, Rayy, dan Hamadan.\n\nBanyak gelaran yang diberikan kepada Ibnu Sina, antaranya;\n\nIbnu Sina dikurniakan oleh Allah SWT dengan akal yang pintar dan cerdik. Ketika berumur lima tahun, beliau sudah mula mempelajari al-Quran dan menghafaznya ketika berusia 10 tahun.\n\nDi usia 10 tahun juga, beliau turut mempelajari ilmu tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin. Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya ilmu al-Quran, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang.\n\nKetika\u00a0 berusia 16 tahun Ibnu Sina telah menguasai ilmu perubatan serta \u00a0ilmu lain seperti bahasa, geometri, matematik, fiqh, sains. Namun beliau lebih cenderung dan sangat meminati ilmu perubatan dan\u00a0 metafizik. Sehinggakan\u00a0 beliau menjadi terkenal sebagai seorang doktor dan ahli falsafah di Bukhara di usianya yang muda. Bahkan beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terulung dan mendapat gelaran \u2018mahaguru pertama\u2019 (al-syeikh al-rais).\n\nSecara keseluruhannya, banyak bidang ilmu yang dikuasai oleh Ibnu Sina seperti; al-Quran, tafsir, perubatan, fIkah, astronomi, sains politik,\u00a0 metafizik, fizik, mantik, logik, sains, geometri, teologi, falsafah, matematik, usuluddin dan tasawuf.\n\nKetokohan Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan\n\nIbnu Sina sudah bergelar seorang doktor ketika usianya 18 tahun. Bakat dan ilmu beliau mula diketahui umum ketika beliau berjaya mengubati pemerintah kerajaan Samaniyah ketika itu, Nuh bin Mansor, yang tidak mampu diubati oleh para doktor yang lain.\n\nSejak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Diriwayatkan sebagai tanda penghargaan kepadanya, pemerintah telah membina sebuah perpustakaan untuknya \u00a0Ibnu Sina menggunakan kesempatan itu sebaiknya dengan banyak merujuk, membaca serta menghafal ilmu perubatan dan ilmu-ilmu lain di perpustakaan itu.\n\nKemasyurannya ketika itu membuatkan beliau \u00a0turut diundang oleh pembesar dan pemerintah lain ke istana mereka seperti seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan.\n\nIbnu sina merupakan seorang pakar perubatan yang mendahului zaman. Banyak formula perubatan yang tidak mampu dicapai dalam dunia perubatan moden hari ini tetapi telah berjaya dihurai oleh beliau. Disebabkan itulah ahli perubatan barat telah menggelarkan beliau sebagai \u2018bapa doktor\u2019 kerana telah berjaya menyatupadukan teori perubatan yunani hippcrates dan gelen, dari ahli-ahli perubatan dari India, Parsi malah daripada pengalamannya sendiri.\n\nSangat banyak pencapaian dan penemuan Ibnu Sina dalam bidang perubatan, antaranya:\n\nKarya dan Hasil Penulisan yang Terkemuka\n\nIbnu Sina banyak meninggalkan karya dalam bentuk penulisan buku, yang yang kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Dikatakan beliau telah menghasilkan 116 karya dalam bidang perubatan sahaja. Serta 276 buah karya adalah dalam bidang lain.\n\nJuga digelar sebagai \u2018Canon of Medicine\u2019 Merupakan karya beliau yang paling termasyur yang ditulis ketika berusia 21 tahun.\u00a0 Karya ini terdiri daripada 14 jilid, dan\u00a0 dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan yang mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance serta perubatan Yunani purba.\n\nIbnu Sina menulis karya ini ketika berusia 21 tahun dan merupakan karya beliau yang pertama.\n\nBuku ini\u00a0 mengandungi sajak perubatan menghuraikan 760 jenis penyakit serta cara mengubatinya.\n\nMengandungi 18 jilid, dan terdiri daripada pelbagai ilmu, seperti pertanian, psikologi, retorik dan syair.\n\nKaray Ibnu Sina mengenai ilmu biologi, fizik, etika, astronomi, psikologi dan teologi.\n\nSebuah buku mengenai ketuhanan serta kemurnian hidup.\n\nBuku ini berunsurkan keagamaan iaitu tentang kerinduannya kepada Tuhan.\n\nKarya yang ini membicarakan persoalan falsafah.\n\nPenutup: Ibnu Sina, tokoh perubatan\u00a0 moden dan pelbagai bidang ilmu yang mendahului zaman.\n\nHasil usaha dan sumbangan dari penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden, bahkan sehingga ke hari ini. Ternyata \u00a0jasa beliau amat besar kepada dunia Islam, bahkan terhadap ilmu-ilmu lain selain perubatan.\n\nSehingga namanya disebut dan dikenang, buku-bukunya dijadikan rujukan oleh universiti terkemuka di negara barat.\n\nSila baca juga artikel-artikel menarik yang ingin kami kongsikan seperti; Ibnu Khaldun Dan 9 Sumbangan Tokoh Sejarawan Islam Terhebat Ini\u00a0 dan Al-Khawarizmi; Sumbangannya yang Menarik. Semoga bermanfaat."
"Tiba-tiba teringin pula makan mee hitam korea. Maka hari ini kami ingin berkongsikan resepi jajangmyeon atau bahasa Melayunya mee kacang hitam atau dalam English korean black bean noodle.\n\nJajangmyeon merupakan hidangan mee ditambah dengan sos pekat diperbuat daripada pes kacang soya hitam, daging dan sayuran yang dipotong dadu, dan adakalanya juga makanan laut. Jajang bermaksud \u201csos digoreng\u201d, myeon pula bermaksud \u201cmee\u201d.\n\nRasa jajangmyoen lebih kepada manis. Namun kalau anda suka pedas boleh tambah lada mengikut selera anda. Resepi yang dikongsikan oleh \u200eNor Athirah\u200e di laman Facebook ini sudah diolah mengikut tekak orang melayu dan bahan-bahannya pula mudah didapat.\n\nTunggu apalagi, jom buat resepinya. Beli di restoran korea harganya mahal bukan? Lebih baik kalau buat sendiri lebih puas makan dan boleh diselaraskan dengan selera anda. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi jajangmyeon, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pada tahun 1970, seorang professor psikologi, Walter Mischel menjalankan satu eksperimen unik terhadap 500 kanak-kanak berusia empat ke lima tahun. Eksperimen yang dipanggil \u201cMarshmallow Test\u201d ini pada asalnya bertujuan untuk memahami kemampuan kanak-kanak menahan keinginan (deferred gratification).\n\nKanak-kanak dalam eksperimen ini ditempatkan dalam satu bilik kosong dan ditawarkan sebiji marshmallow yang diletakkan di atas meja. Kanak-kanak ini diberi pilihan untuk terus memakan marshmallow yang ada atau menahan diri dari makan selama 15 minit, sebagai balasan kerana bertahan, kanak-kanak ini akan diberi reward sebiji lagi marshmallow.\n\nDari eksperimen ini, Mischel mendapati sebahagian kecil tidak dapat mengawal dan terus mengambil marshmallow yang ada. Sementara kanak-kanak lain yang bertahan selama 15 minit telah menggunakan pelbagai teknik untuk menahan keinginan untuk mengambil marshmallow yang pertama tadi.\n\nAda yang menutup mata, ada yang berpaling, ada yang menyepak-nyepak meja, bermain dengan baju dan ada juga yang bermain dengan marshmallow tersebut seperti suatu permainan.\n\nDalam tempoh hampir 50 tahun selepas eksperimen asalnya, Mischel dan kumpulannya mengesan kembali kanak-kanak \u2018marshmallow test\u2019 ini dan melihat perkembangan mereka setelah puluhan tahun selepas eksperimen tersebut.\n\nApa yang didapati oleh mereka ialah kelompok kanak-kanak yang mampu menahan diri dari memakan mashmallow pertama mempunyai keputusan pelajaran yang lebih baik, kesihatan fizikal (seperti BMI) yang lebih baik (selepas 30 tahun), kurang terlibat dengan gejala ketagihan dan kurang masalah rumahtangga.\n\nJangan salah faham, kajian ini bukan untuk berhujah bahawa kemampuan menahan keinginan dari memakan marshmallow akan menentukan kehidupan seseorang pada masa hadapan!.\n\nKonklusi dari kajian ini menarik untuk dijadikan panduan oleh ibubapa dalam menentukan priority dalam mendidik anak-anak. Mischel berpandangan bahawa kanak-kanak yang mampu mengawal diri mempunyai kemampuan mengawal tarikan dalaman (keinginan, nafsu, kehendak) supaya kekal dengan matlamat asal mereka (\u201cjangan makan marshmallow ini\u201d).\n\n\u201cSelf-control\u201d inilah yang menjadi kemahiran penting untuk mereka dalam fasa seterusnya dalam kehidupan, terutamanya apabila dewasa.\n\nRemaja yang terpengaruh dengan kawan yang nakal, terikut dengan budaya merokok dan vaping, ketagihan bahan lucah, terperangkap dengan gejala seksual dan dadah adalah antara contoh keadaan dimana \u201cself-control\u201d ini gagal \u2013 mungkin kerana tidak kuat atau tidak wujud sama sekali!.\n\nBukan bermakna kanak-kanak yang gagal ujian \u201cmarshmallow test\u201d akan semestinya gagal dalam hidup. Tapi konklusi yang mungkin lebih praktikal ialah kalau anak-anak tidak dididik dengan sifat taqwa, mujahadah melawan nafsu dan \u201cself-control\u201d ini dari awal, mereka akan berhadapan dengan masalah pada masa hadapan. Ini kerana dunia ini sememangnya tercipta dengan pelbagai lagi versi \u2018marshmallow test\u2019nya yang tersendiri.\n\nSebenarnya, konsep self-control ini bukan asing dalam tarbiyah anak-anak menurut Islam. Al-quran merakamkan dengan smepurna pesanan Luqman kepada anaknya:\n\n(Luqman berkata): \u201cHai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.\u201d (Luqman:16)\n\nLama sebelum Mischel dan rakan-rakannya mengkaji tentang \u201cself-control\u201d, Islam melalui tinta ilmuannya telah menggariskan peri pentingnya elemen-elemen menanam \u201cself-control\u2019 ini dalam pendidikan anak-anak.\n\nImam al-Ghazali meletakan lima faktor yang boleh mempengaruhi\npembangunan akhlak yang mana harus menjadi agenda setiap keluarga dalam membentuk anak-anak mereka.\n\n(1) Tazkiyyah al-Nafs atau pembersihan jiwa;\n(2) Mujahadah atau melawan hawa nafsu;\n(3) Melazimi amalan kebaikan;\n(4) Membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk;\n(5) Muraqabatullah atau pengawasan diri terhadap Allah SWT.\n\nSemua elemen ini akhirnya menggariskan manusia yang bukan sekadar boleh menahan ujian \u201cmarshmallow\u201d, bahkan apa jua dugaan yang bakal mendepani mereka.\n\nIngatan buat saya dan semua ibu bapa di luar sana, tidak salah berlumba-lumba merancang yang terbaik untuk anak-anak dalam apa juga lapangan \u2013 membaca, menulis, berpidato, bersukan dan apa juga kemahiran. Namun jangan lupa agenda yang lebih besar \u2013 menanam \u2018self-control\u2019 dalam jiwa anak-anak. Mulakan hari ini agar anda berpuas hati dengan hasil eksperimen anda 2o, 30 tahun lagi insya-Allah."
"Penting untuk kita tahu bahawa kulit yang cerah dan awet muda tidak semestinya memerlukan rutin penjagaan kulit yang baik, urutan wajah atau produk yang tepat untuk memelihara kesihatan kulit. Namun, pengambilan suplement vitamin juga dapat memanfaat kulit wajah kita.\n\nUntuk pengetahuan anda, penambahan nutrien dan vitamin tertentu ke dalam diet melalui makanan tambahan adalah cara terbaik untuk mengatasi sebarang masalah kulit.\n\nVitamin berfungsi mengurangkan bintik-bintik hitam, kedutan, kulit kasar, kulit kering, kemerahan dan pelbagai lagi masalah yang berkaitan dengan kulit.. Terdapat juga campuran vitamin yang khusus untuk mengekalkan kesihatan kulit yang terbaik. \n\nBagi memelihara kesihatan kulit, jom lihat antara 10 vitamin terbaik untuk kulit wajah.\n\nVitamin B5 turut dikenali sebagai panthenol atau asid pantotenik yang merupakan salah satu vitamin terbaik untuk kulit. Apabila digunakan secara konsisten, ia dapat melembab dan merawat kulit agar lebih sihat dan licin. \n\nBagi kulit kering, gatal dan bermasalah, vitamin B5 akan merawat dengan baik. Biasanya vitamin terbaik untuk kulit ini dijumpai di dalam makanan seperti kuaci, sayur brokoli dan juga cendawan.\n\nVitamin E sememangnya terkenal dalam pelbagai produk kecantikan untuk merawat kulit serta membantu menyembuhkan kulit dan mengurangkan penampilan parut. \n\nIa dapat membantu melembapkan kulit yang rekah dan menjadi kering. Dengan kesan vitamin E, ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan, menyembuhkan dan melembapkan kulit. \n\nVitamin E boleh dijumpai dalam makanan seperti minyak zaitun, badam, kuaci dan sayur aprikot.\n\nAsid Folik juga merupakan salah satu vitamin yang terkandung dalam kumpulan vitamin B yang memainkan peranan penting dalam menjaga kulit agar sentiasa sihat dan cantik. \n\nKategori vitamin terbaik untuk kulit ini sememangnya kaya dengan kepekatan antioksidan yang tinggi yang dapat meningkatkan kesan anti-penuaan. Asid folik seringterdapat dalam beberapa buah-buahan kegemaran kita seperti betik, strawberi dan raspberi.\n\nAsid Lemak Omega 3 adalah antara lemak yang mempunyai vitamin terbaik bagi kulit untuk mengatasi kedutan, mengatasi masalah keradangan, memberikan kelembapan dan perlindungan UV. \n\nIa juga turut berfungsi dalam membantu memerangkap kelembapan dan mengurangkan kulit yang terlalu kering sehingga menyebabkan pelbagai masalah kepada kulit. Asid Lemak Omega 3 boleh dijumpai dalam tauhu, walnut dan juga biji chia.\n\nSekiranya anda mencari vitamin terbaik untuk kulit yang anti-penuaan, Vitamin A adalah jawapannya. Vitamin A akan memberikan manfaat dalam membantu meningkatkan pergantian sel dan keanjalan pada kulit anda semasa anda tidur. \n\nSelain itu, ia juga bertindak sebagai anti penuaan, mengurangkan garis halus, mengurangkan kedutan dan pelbagai lagi masalah yang berkaitan dengan kulit. \n\nAntara makanan yang mengandungi vitamin A adalah lobak, acai berry dan ubi keledek.\n\nVitamin C amat baik untuk kulit dalam membantu mencerahkan kulit secara semula jadi untuk melawan bintik-bintik gelap. Ia menggalakkan penghasilan kolagen dalam menjaga kulit dari pencemaran bahan radikal bebas. \n\nVitamin C juga bertindak untuk membantu dalam memulihkan tona kulit agar kelihatan sekata. Buah-buahan seperti nenas, mangga dan strawberi biasanya kaya dengan vitamin C yang diperlukan oleh kulit.\n\nVitamin K2 mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam membantu merawat pelbagai masalah kulit. Lazimnya, vitamin terbaik untuk kulit ini terdapat dalam makanan seperti daging dan juga tenusu. \n\nIa juga terdapat dalam makanan yang diperam seperti kimchi, sayur-sayuran jeruk dan sebagainya. Penggunaan vitamin K2 dapat meningkatkan kelembutan kulit pada usia muda, sambil menyokong pengeluaran elastin dan kolagen. \n\nPerasan tak kenapa wanita Jepun kulitnya cantik? Wanita Jepun sering mengamalkan makanan yang kaya Vitamin K2!\n\nSaranan: Vitamin NOW K2 & D3\n\nJuga dikenali sebagai niasin atau niacinamide, Vitamin B3 bertindak sebagai antioksidan dengan kemampuan pencerahan dan anti penuaan yang sangat baik. \n\nVitamin B3 juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit yang menjadikan kulit anda terasa lembut, licin, dan terhidrat. Selain itu, ianya bertindak sebagai ejen pembersihan kulit agar bebas daripada pencemaran, kotoran, dan minyak yang menyumbat liang-liang pori kulit anda. \n\nVitamin B3 boleh didapati dalam makanan seperti kacang tanah, kopi, biji chia, spirulina dan sebagainya.\n\nSaranan: Blackmores Skin Health Insolar With High Dose Vitamin B3 \n\nVitamin D telah dikaitkan dengan perawatan masalah kulit seperti jerawat yang boleh didapati daripada sumber cahaya matahari atau makanan tambahan seperti cendawan Portobello, cendawan Maitake dan cendawan Chanterelle. \n\nIa juga bertindak dalam merangsang pertumbuhan, pembaikan, dan pembaharuan sel kulit agar sentiasa sihat. Vitamin D penting untuk diambil bagi mendapatkan kulit yang lebih bersih, cantik dan berseri-seri.\n\nAlpha Lipoic Acid atau Asid Alpha Lipoic adalah vitamin sarat dengan antioksidan yang lebih kuat berbanding dengan vitamin C dan vitamin E yang bertindak sebagai anti-radang yang terbaik. \n\nIa turut berfungsi dalam membran plasma kulit bagi melawan kerosakan radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit berkedut sebelum waktunya. \n\nSelain itu, vitamin terbaik untuk kulit ini juga dapat mengurangkan pelbagai masalah kulit yang serius. Asid Alpha Lipoic boleh dijumpai dalam makanan berasaskan tomato, keladi, kentang dan sebagainya.\n\nItulah dia antara 10 vitamin terbaik untuk kulit boleh kita amalkan. Jom baca juga Sunblock terbaik, vitamin terbaik untuk mata dan moisturizer terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Sandwich memang jadi kegemaran semua kalangan di semua negara. Sandwich selalunya digemari sebagai santapan pagi. Makanan ini disukai kerana ianya merupakan antara makanan segera yang menyihatkan, kerana kebanyakannya diolah tanpa minyak, jika adapun selalunya orang akan guna minyak sayuran yang menyihatkan dan bukan dengan kaedah menggoreng dengan minyak yang banyak atau deep fry.\n\nWalau tampak sederhana, sandwich kaya akan karbohidrat, protein, dan vitamin, di mana pengambilan dan penggunaan bahan makanan sihat ini perlu untuk pertumbuhan, baik pulih dan penyelenggaraan fungsi tubuh.\n\nBeragam jenis sandwich dijual di kedai runcit. Selalunya yang beli sandwich ialah pekerja, pelajar yang bertolak pagi, atau orang yang dalam perjalanan. Saiznya yang kecil membuat sandwich senang dibawa dan dimakan dimanapun jua.\n\nAnda di rumah juga boleh buat sandwich untuk orang tersayang. Buat sandwich sedap, isi tebal, banyak sayur atau tidak letak sayur, ikut suka anda. Kalau beli di kedai kadang isi sedikit di tengah saja bukan? Senangnya, kami kongsikan 10 resepi sandwich dari kepelbagaian resepi di laman Facebook. Bahkan resepi sandwich jepun pun ada. Cara penyediaan pantas dan senang patut anda cuba.\n\nSandwich pertama ialah yang paling femes. Bahkan menu ini ada di restoran makanan segera, dihidang dengan rekaan bentuk yang lebih menarik, dijual dengan harga yang fansi. Sandwich sardin mayo roll dengan bentuk yang cantik sesuai untuk dijadikan menu potluck acara istimewa. Jom buat sandwich sardine mayo ala Fidzah Saad di laman Facebook.\n\n-Lenyekkan ikan sardin kemudian gaul semua bahan sekali.-Perah lemon sedikit untuk rasa masam (optional).\n\nNampak macam biasa-biasa saja egg sandwich ini. Tapi tahukah anda, sandwich ini tular sekarang. Simpan siap-siap resepi egg mayo daripada NaNie yang berkongsi di laman Facebook. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Boleh jual dekat rakan di pejabat atau jiran-jiran. Kalau rajin memang boleh buat duit. Jika ingin tambah sosej atau stik ketam boleh juga. Celur dulu sosej dan crab stick kemudian potong kecil dan gaul sekali dalam bancuhan telur untuk naikkan sedikit harga jualan. Ini ialah resepi untuk dua bundle roti yang besar.\n\nSeterusnya kami datangkan resepi sandwich dengan capsicum. Capsicum cetuskan rasa pedas dan crunchy. Namun perlu anda tahu cara pilih capsicum betina yang rangup dan manis. Aishah Syarif berkongsi resepi sandwich capsicum dan cara pilih capsicum yang rangup di laman Facebook. Jom intai resepi salad merangkap sandwich di bawah ini.\n\nMemang tidak salah bagi nama sandwich diraja. Pasalnya sandwich ini menggunakan bahan-bahan yang mahal dan bermutu tinggi. Iman Xii berkongsi di laman Facebook resepi sandwich diraja di mana hidangan ini amat sesuai untuk dijadikan hidangan acara minum teh yang mewah. Ayuh buat sandwich diraja rasa kahyangan resepi di bawah.\n\nSandwich makanan segera yang sedap lagi menyihatkan. Selain itu penyediaannya pula amat mudah sekelip mata. Seperti resepi sandwich yang dikongsikan oleh MasAyu Legacy di laman Facebook. Penyediaan bahan resepi ini amat mudah. Hanya potong-potong dan gaul sahaja. Ayuh cubakan resepi di bawah.\n\nMemang nampak simple sandwich telur ala Suraya Yaacob ini. Namun sebenarnya ada satu rahsia yang sebabkan pelanggan tergila-gila pesan berulang kali setiap hari. Pada perkongsiannya di laman Facebook disebutkan bahawa menambah bawang karamel dalam adunan sandwich telur jadikan ia lagi sedap dan wangi. Resepi bawang karamel ini pun kami kongsi sekali. Cuba buat sekali baru tau rasa dia macam mana. Resepi di bawah cukup untuk 1 buku roti panjang dan 1 buku roti pendek dengan 7 biji telur.\n\n-Gaul semua bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu.-Sejukkan dan campur ke dalam sandwich.\n\nSandwich Honey Chili Dan Teriyaki Chicken\n\nSedih bila tengok peniaga yang jual sandwich isi seciput belah tengah saja ada. Yang makan dan membeli, mesti rasa lagi sedih. Seterusnya kami kongsi resepi sandwich tebal gerenti puas makan. Eloklah buat sendiri baru tau senang ke susah. Resepi daripada Hidayah Sobri di laman Facebook.\n\n-Perapkan semua, sekurangnya 6 jam sebelum guna baru warna jadi cantik.\n\n-Dua-dua resepi ini, bakar dalam oven suhu 220\u00b0C selama 30 minit, kalau isi tebal pastikan belah dua bagi nipis sedikit.\n\nSiapa pernah makan wanpaku sandwich? Sandwich ini menarik sebab penuh warna-warni asli. Cara buat sandwich ini disumbat dengan bermacam-macam sayur dan juga protein. Kebanyakkannya bagi yang bekerja akan makan sandwich ini semasa makan tengah hari sebab ia gebu dan mengenyangkan. Rasa dia ada lemak masam masin dan semestinya segar dengan sayur-sayur di dalamnya. Resepi daripada Nurasykin Ali di laman Facebook amat simple, sesuai bagi orang yang berdiet. Boleh juga makan waktu sahur. Buat sebelah malam dan simpan dalam chiller.\n\nResepi Egg mayo Nur Laila di laman Facebook bukan semata telur dan mayo sahaja. Berpuluh kali olah untuk dapatkan rasa yang tidak muak. Sesiapa yang tidak suka egg mayo, dengan resepi ini anda mesti suka dan makan dengan girangnya. Rahsianya ialah resepi ini menggunakan lemon ataupun asam kasturi. Mesti penasaran bukan macamana rasa dia? Jom kita cuba.\n\nResepi sandwich ini biasanya menggunakan sapuan jam strawberry/ jam buah-buahan. Tapi Helena Rizanie Abdullah berkongsi di laman Facebook, menukar jam kepada cili sos. Macamana kejadiannya? Mestilah sedap, Ayuh cubakan!\n\nSelain resepi Sandwich, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya!"
"Apa itu Coklat Ganache?\nCoklat ganache ialah krim coklat yang halus dan lembut. Ianya mengandungi banyak sekali lemak dan bahan utamanya ialah lemak, air, gula dan coklat. Coklat ganache ialah yang biasanya dijadikan topping untuk kek.\n\nGanache memiliki pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan ataupun menyalut kek. Selain menggunakan dark coklat, milk coklat dan white coklat juga boleh digunakan.\n\nUntuk mendapatkan ganache yang likat dan boleh dilepa, Eni Abdullah dalam blognya, mencadangkan untuk menyimpan ganache yang cair tadi dalam peti ais selama 8 jam ke atas biarkan membeku. Kemudian keluarkan dan biarkan ianya pada suhu bilik sehingga lembut. Pada masa ini akan nampak perubaan pada ganache. Ianya berubah menjadi seperti peanut butter atau Nutella tetapi lebih pekat. Ianya boleh disapu, dilepa atau dipaip ke atas kek.\n\nBaiklah, untuk tidak membuat anda tertunggu-tunggu, dibawah ini kami bahagikan resepi coklat ganache mudah dan terbaik yang dikongsikan oleh Sue Hussain di Facebook. Jemput baca dan cuba resepi ini.\n\nResepi Coklat Ganache Sedap Menyalut Kek\n\n1. Kek sebagai bahan utama. Tak kisah resepi kek apapun. Kalau ada lebih krim buat kek, boleh lah buat coat cake guna untuk bagi permukaan kek dan tepi kek licin.\n\n2. 350 gram coklat masakan (nak senang guna yang coin). Biasanya guna jenama beryls.\n\n4. 50 gram unsalted butter. (tak pakai pun tak apa) fungsinya untuk bagi nampak shine gitu.\n\n1. Didihkan air dalam periuk, tak sampai separuh.\n\n2. Slow kan api, isi whipping cream dalam besen stainless steel.\n\n3. Agak-agak whipping cream sudah suam, taburkan coklat masakan tadi. (Jangan kacau kuat sangat nanti berbuih).\n\n4. Kalau sudah cair, angkat. (Alas bawah besen dengan kain)\n\n5. Lepas itu masukkan unsalted butter dan kacau lagi.\n\n6. Sekiranya sudah sejuk, boleh curahkan coklat ke atas kek yang sudah dibuat tadi.\n\nSelain resepi coklat ganache, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ramai mungkin tidak pernah dengar mengenai asid folik. Tetapi kalau yang sentiasa mengikuti gosip artis pasti tahu. Kerana baru-baru ini ada menceritakan mengenai Wan Sakinah , isteri Asyraf Muslim yang mengambil asid folik untuk hamil. Kenapa ibu hamil memerlukan asid folik? Hendak tahu sebabnya?\n\nIbu mengandung sangat memerlukan kahsiat dan mineral yang mencukupi. Jadi perkara ini amat sukar untuk diperolehi. Sudah tentu tidak larat untuk makan kesemua makanan yang kaya dengan vitamin yang disarankan oleh pakar mengambil semasa mengandung. Jadi alternatifnya adalah mengambil asid folik.\n\nAsid folik, juga dikenali sebagai folat atau folacin, adalah salah satu kumpulan B vitamin, juga dikenali sebagai B9. Badan ibu hamil memerlukannya untuk menghasilkan sel-sel darah merah, serta norepinephrine dan seratonin (komponen kimia sistem saraf) semasa hamil. \u00a0Benda ini membantu dalam penghasilan DNA (bahan genetik badan) dan merupakan komponen kritikal cecair kepada tulang belakang.\n\nPerlu diketahui asid folik \u00a0juga merupakan salah satu \u00a0nutrien yang dikenali yang dapat mencegah kecacatan kelahiran tiub neural seperti spina bifida. \u00a0Sekadar informasi, di Australia kira-kira terdaptnya 70 bayi setiap tahun dilahirkan dengan kecacatan tiub neural, iaitu hampir 2.5 dalam setiap 10,000 bayi yang dilahirkan. Satu peratusan yang sedikit tetapi perlu dikurangkan. Di Malaysia, tidak tahu pula,\n\nWanita yang tidak mendapat cukup folat juga boleh meningkatkan peluang mereka untuk keguguran.\n\nBerapa banyak asid folik yang saya perlukan?\n\nBerdasarkan tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Majlis Penyelidikan Perubatan (NHMRC) mengesyorkan bahawa setiap wanita yang mampu atau merancang untuk hamil perlu mempunyai 400mcg tambahan asid folik setiap hari. Waktu yang bersesuaian? Anda memerlukan jumlah tambahan asid folik ini sekurang-kurangnya satu bulan sebelum dan tiga bulan selepas mula mengandung.\n\nApa yang menarik di Australia, sejak September 2009, pengeluar roti diwajibkan menambah asid folik untuk tepung gandum yang digunakan untuk membuat roti dan produk roti lain seperti gulung, Bagels, focaccias dan mufin Inggeris. Ini merupakan kemestian dan ia dijangka dapat menghalang di antara 14 dan 49 kecacatan tiub neural setiap tahun.\n\nJadi anda boleh mengetahui berapa banyak asid folik dalam roti dengan memeriksa senarai ramuan pada pakej atau meminta pembuat roti tempatan Australia untuk senarai bahan-bahan. Adalah dianggarkan bahawa terdapat 120mcg asid folik dalam tiga keping standard roti, tetapi setiap produk roti mungkin berbeza. Roti organik adalah dikecualikan daripada peraturan. Wah, ini sangat mengujakan. Semoga Malaysia juga dapat berbuat demikian di masa akan datang."
"Ada ibu yang sanggup bekerja saban hari sambil mengendong anak.\nAda ibu yang sanggup berhutang di kedai untuk memberi makan anak.\nAda ibu yang sanggup menebal muka pada jiran meminta secupak beras demi menyuap anak.\nAda ibu yang sanggup bergadai harta untuk membiayai pembelajaran anak.\nAda ibu sanggup bergadai nyawa demi kesihatan anak.\n\nTapi kenapa anak-anak sekarang mudah sungguh lupa akan jasa dan pergorbanan seorang ibu? Sedangkan masa kecilnya sering menangis memanggil mahukan ibu sahaja? Tidak ingat langsungkah wahai anak suatu tika dulu akan jerih perih, penat lelah dan bertapa banyaknya air mata ibu yang tumpah dalam membesarkanmu?\n\nDialah anak kecil yang tidur disisi ibu.\nDialah anak kecil yang menyusu bersama ibu.\nDialah anak kecil yang makan disuap ibu.\nDialah anak kecil yang ketawa diagah ibu.\nDialah anak kecil yang sakit ditemani ibu.\nDialah anak kecil yang sekolah dihantar ibu.\nDan, kini bila dia sudah dewasa, hidupnya masih diiringi doa ibu.\n\nDia leka dengan cantiknya bidadari baru disisinya.\nDia leka dengan comelnya anak kecil dimatanya.\nDia leka dengan besarnya kereta yang dipandunya.\nDia leka dengan indahnya rumah yang didiaminya.\nDia leka dengan tingginya pangkat yang disandangnya.\n\nTak guna ilmu yang tinggi jika kita tidak mampu tunduk hormat kepada ibu.\nTak guna pangkat yang besar jika kita tidak mampu mencium tangan ibu.\nTak guna rumah yang indah jika kaki ibu pun tidak dibenarkan jejak.\nTak guna kereta yang mewah jika jasad ibu pun tak pernah dikunjungi.\n\nJangan dilupa akan ibu yang terlalu merinduimu, walau kita sudah punya keluarga sendiri. Rumah ibumu sudah bersawang menanti kunjungan anaknya. Teringin benar dia melihat dan memeluk tubuh anaknya yang mungkin sudah beruban kini. Sungguh hati ibu mentua pasti mahu menatap wajah suri hati yang menjadi peneman hidup anak kesayangannya kini. Sudah bertahun dapurnya tidak berasap memasak lauk-pauk penuh semeja buat cucu-cucunya yang mungkin sudah dewasa kini.\n\nWalau siapa pun dia, dia tetap ibumu. Pulanglah kepangkuan ibumu selagi nyawa dikandung badan. \n\nJangan sampai matanya sudah tertutup rapat buat selama-lamanya, baru kita meratap sendu disisi tanah yang tiada ertinya lagi. Jika dia tiada nilai di dunia ini mana mungkin syurga itu di bawah telapak kakinya!"
"Kesan lebam di tangan akan berlaku secara tiba-tiba tanpa kita sedar. Kadang-kadang kita tidak terlanggar apa-apa benda yang keras tetapi -tiba ada kesan lebam di tangan, kaki atau di anggota badan yang lain. Orang dulu-dulu kata, jika ada kesan lebam di anggota badan secara tiba-tiba maknanya kita terkena gigitan jin. Betulkah?\n\nMari kami kongsikan tentang info ini yang kami ambil dari artikel Dr. Suhazeli Abdullah. Beliau merupakan doktor pakar perubatan keluarga dan banyak memberi maklumat mengenai penyakit yang dihadapi oleh pesakitnya. Info sebenar mengenai faktor lebam di tangan.\n\nMenurut kajian yang dilakukan oleh pengkaji, ia berpunca daripada beberapa faktor yang mengakibatkan kulit kita ada kesan lebam. Bahasa perubatan sebut Senile Perpura. \n\n2 faktor kesan lebam di tangan\n\nLangkah mengelakkan ada kesan lebam di tangan.\n\n*Kesimpulannya, kesan lebam di tangan bukannya disebabkan gigitan jij yang dikata-katakan orang dulu-dulu. Ia disebabkan kolagen di bawah kulit semakin berkurang. \n\nMaka, muncul kesan lebam di kulit. Jika kita terkena penyakit yang kita tidak pasti, berjumpalah dengan doktor pakar yang berdekatan dengan kawasan perumahan anda. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Wanita selepas bersalin penting untuk memastikan mereka mengikuti amalan berpantang yang betul bagi kesihatan berpanjangan. Contoh yang paling terdekat adalah tungku bersalin. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai tungku bersalin merangkumi isu-isu tentang kepentingan, jenis, dan juga kebaikannya kepada wanita selepas bersalin. \n\nAmalan berpantang merupakan amalan turun-temurun yang banyak dilakukan oleh wanita Melayu khususnya selepas waktu bersalin.\n\nUmumnya, tempoh berpantang yang biasa diamalkan adalah antara 40 hingga 55 hari bagi wanita Melayu, manakala 30 hari pula bagi wanita Cina dan India. \n\nAmalan tradisional semasa berpantang salah satunya adalah bertungku. Amalan ini dilakukan dengan memanaskan objek seperti batu yang dibalut herba tertentu.\n\nTungku ini akan dibalut dengan harba dan kain tebal lagi bagi mengelakkan kulit melecur sebelum diletakkan pada bahagian anggota badan tertentu. \n\nRamai yang tidak tahu pentingnya amalan tungku bersalin bagi ibu selepas melahirkan anak. \n\nTerdapat beberapa jenis tungku merangkumi tungku tradisional dan tungku moden. Berikut adalah jenis-jenis tungku yang boleh ada dapatkan dipasaran.\n\nTungku batu adalah tungku tradisional yang mula-mula dipakai oleh para ibu semasa berpantang.\n\nTungku jenis ini mampu untuk bertahan panas lama selama satu jam. Cara penggunaannya, batu sungai tersebut akan dipanaskan atas api selama 5-20 minit sebelum dibalut kain yang dialas herba-herba pilihan.\n\nTungku jenis yang moden ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan tungku sungai tetapi bentuknya yang lebih moden sedikit. \n\nIa tidaklah terlalu berat untuk dibawa kemana-mana oleh kerana beratnya hanya sekitar 2 kilogram sahaja. \n\nTungku yang siap dibalut dan diikat dengan kain ini dinamakan tungku pasir. Ia menjadi pilihan ramai oleh kerana saiznya yang lebih kecil, ringan tetapi mengandungi khasiat yang sama dengan tungku tradisional.\n\nIsi dalamnya terkandung bahan seperti garam bukit dan juga lebih 50 rempah ratus terpilih seperti daun asam, daun mengkudu dan serai wangi.\n\nTungku bersalin yang terhasil dari bahan semula jadi iaitu buah atau daun dikenali sebagai tungku layor.\n\nAntara buah yang sesuai digunakan adalah seperti buah mengkudu, jambu batu hutan, kecubung dan kaduk.\n\nBagi jenis daun pula yang sesuai adalah seperti daun kantan, lengkuas, mengkudu, jambu batu hutan, kaduk, kecubung dan sirih.\u00a0\n\nTungku bijirin digunakan oleh sesetengah bidan kampung sahaja untuk terapi bersalin.\u00a0\n\nBijirin yang digunakan ialah jagung, kacang, lada hitam, daun kantan, lada ekor, kacang hijau, halia, daun pandan, ketumbar dan lengkuas.\n\nAbu yang diperoleh dari kayu api sebenarnya boleh dibuat dijadikan tungku bersalin. \n\nTungku jenis ini amat unik dan jarang sekali dijumpai oleh kerana kurangnya cara memasak menggunakan kayu api. \n\nCara terkini yang paling mudah, moden, dan fleksibal untuk bertungku adalah dengan tungku elektrik yang banyak dijual di pasaran.\n\nTungku moden ini tidak perlu menggunakan api untuk memanaskan melainkan ia hanya perlu dicas elektrik dan digunakan seakan-akan bantal alas di bahagian badan. \n\nCara untuk bertungku bagi wanita bersalin\n\nDisarankan kepada ibu berpantang untuk melakukan bertungku sebanyak 2 kali pada waktu pagi dan petang.\n\nBahagian-bahagian badan yang sesuai untuk bertungku adalah seperti:\n\nKeburukan jika tidak bertungku bagi wanita lepas bersalin\n\nSungguhpun amalan berpantang sudah menjadi amalan sejak turun temuran lagi dan diakui kebaikannya, namun begitu masih terdapat beberapa orang yang memandang remeh akan amalan ini.\n\nKeburukan tidak mengamalkan bertungku mungkin sahaja tidak kita rasai pada masa terdekat namun bagi jangka masa panjang kita sendiri akan mula terasa kesannya.\n\nMasalah rahim jatuh berlaku disebabkan oleh ligamen dan otot yang berfungsi untuk memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran.\n\nKesannya, kedudukan rahim akan jatuh bawah dan ada sesetengah kes ia boleh sehingga terkeluar dari salurah faraj.\n\nWanita yang tidak berpantang dengan betul boleh berisiko menyebabkan kelonggaran pada bahagian sulit atau faraj. Secara tepatnya ia biasa berlaku pada Pelvic Floor Muscle.\n\nFungsi Pelvic Floor Muscle yang sepatutnya mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual akan terganggu sehingga menyebabkan gangguan semasa hubungan intim.\n\n3. Sukar melawan kencing tak lawas\n\nMasalah buang air kencing seperti kerap membuang air kecil, sakit ketika membuang air kecil, dan kencing tidak lawas sememangnya menganggu aktiviti harian kita.\n\nGangguan ini disebabkan oleh wanita mengalami masalah rahim kendur atau prolapse. \n\nKesan dari rahim yang jatuh juga boleh menarik otot dan urat dibahagian pinggang tertarik sehingga menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.\n\nSelain dari petua tentang tungku bersalin ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan bersalin seperti:"
"Salah satu alatan penting dalam melaksanakan ibadah solat bagi umat Islam mempunyai pelbagai pilihan adalah sejadah. Terdapat banyak jenis sejadah yang dijual dengan pelbagai bahan, corak, warna dan kelebihannya. \n\nBagi anda yang mencari sejadah terbaik menarik, unik dan cantik, mari kami kongsikan 11 sejadah terbaik yang boleh anda pilih. Pastinya semua selesa!\n\nSekiranya anda menyukai sejadah daripada Turki, Arbain adalah sejadah Turki terbaik yang patut dimiliki oleh anda. Hal ini kerana kualitinya yang baik, tenunannya sangat halus dan juga sejuk. Pastinya anda akan lebih selesa ketika melakukan ibadah solat.\n\nMenariknya, sejadah terbaik ini dilengkapi dengan beg yang menjadikannya lebih mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana sahaja. \n\nSejadah ini diperbuat daripada bahan chenille, mudah dilipat, tidak mudah berkedut dan reka bentuknya kelihatan agak sederhana.\n\nSekiranya anda menyukai sejadah bercorak tetapi tidak terlalu mencolok mta, maka sejadah Aisyah ini amat sesuai untuk anda. Tidak seperti kebanyakan sejadah bercorak yang lain, warnanya tidak terlalu menonjol dan kelihatan lebih elegan. \n\nSejadah terbaik ini diperbuat menggunakan bahan poliester yang mana permukaan sejadah\u00a0 ini terasa lebih halus dan selesa ketika digunakan. Ukurannya pula sepanjang 120 cm dengan lebar 80 cm.\n\nIa tidak terlalu tebal. Anda boleh melipatnya dengan mudah tanpa perlu risau mengenai kedutannya. Warnanya agak tahan lama dan tidak mudah pudar.\n\nBagi anda yang mahukan sejadah unik dan menarik, apa kata anda cuba gunakan sejadah Bunetik H102. Reka bentuknya menggabungkan motif batik dan menggunakan bahan kulit anak patung yang membuatkannya terasa lembut seperti anak patung. \n\nSelain itu, sejadah terbaik ini juga mempunyai lapisan busa nipis yang dapat memudahkannya dilipat dan sangat ringan.\n\nBukan hanya sejadah bersaiz besar, anda juga boleh memiliki sejadah bersaiz kecil daripada Rumah Rasfur Sajadah. Ia sangat sesuai bagi anda yang sering melakukan aktiviti di luar. \n\nSengaja dibuat dengan ukuran yang lebih kecil, jadi lebih senang untuk disimpan dan dibawa kemana-mana saja.\u00a0Walaupun kecil, sejadah ini tetap selesa digunakan dan di bahagian dalam sejadah ini terdapat juga busa yang menjadikannya lebih lembut. \n\nUntuk pengetahuan anda, sejadah terbaik ini menggunakan bahan poliester yang dapat memberikan kesan sejuk apabila disentuh.\n\nUntuk menjadikan si kecil lebih bersemangat untuk belajar solat, anda boleh membeli sejadah Hilzea ini. Sejadah ini direka khas dengan warna-warna terang yang kelihatan lebih menarik dan menarik perhatian untuk kanak-kanak. Ia sangat selesa digunakan dan saiznya pula amat sesuai untuk kanak-kanak.\n\n6. Sejadah Travel Tatuis Atthaya Raisya Tiara\n\nUmumnya sejadah mempunyai bentuk segi empat tepat, tetapi sejadah ini yang dibuat dengan bentuk depan yang unik dan berbentuk seperti kubah. \n\nReka bentuknya bukan sahaja mesra travel tetapi ia juga diperbuat daripada bahan kalis air. Jadi, anda tidak perlu risau jika sejadah tersebut terkena air atau diletakkan di lantai yang basah.\n\n7. Sejadah Al Imam Karpet Masjid\n\nSekiranya anda berencana untuk menyumbangkan sejadah untuk masjid terdekat, sejadah Al Imam Karpet Masjid ini adalah pilihan yang tepat. Tidak seperti sejadah lain yang lebih kecil, ia direka untuk penggunaan besar-besaran dengan dimensi 600 cm x 120 cm. \n\nSejadah ini diperbuat daripada bahan heatset polipropilena yang halus, senang dijaga dan boleh digunakan untuk penggunaan jangka masa yang panjang.\u00a0\n\nBahagian bawah sejadah ini pula direka khas dengan anti slip, jadi ia lebih selamat dan pastinya tidak licin. Sejadah ini cukup tebal dan akan memberikan lebih banyak keselesaan ketika digunakan untuk solat. \n\nDengan warna hijau yang dominan, sejadah terbaik ini kelihatan begitu neutral untuk dipadankan dengan pelbagai warna atau gaya ruangan bilik.\n\nSejadah lipat Adhwa boleh jadi salah satu sejadah solat terbaik yang perlu anda miliki. Ia mempunyai bahagian yang dapat dibengkokkan atau dilipat yang dapat digunakan sebagai tempat bersandar. \n\nJusteru, sejadah terbaik ini sangat mesra kepada orang tua dan boleh digunakan dalam pelbagai fungsi seperti menjadi sokongan badan ketika membaca zikir atau membaca Al-Quran.\n\nSelain ciri sokongan yang menarik, sejadah ini juga mempunyai permukaan lembut diperbuat daripada baldu berkualiti tinggi. Terdapat juga lapisan busa di dalamnya, yang menjadikan sejadah ini terasa lebih lembut dan menawarkan keselesaan terbaik semasa beribadah. Ia juga mampu menahan beban berat sehingga 100 kilogram.\n\nSejadah yang lembut dan selesa pasti disukai ramai, sejadah Imperial adalah salah satu daripadanya. Sejadah terbaik ini mempunyai lapisan yang diperbuat daripada busa yang dapat memberikan tekstur yang terasa lebih lembut dan nyaman untuk digunakan sewaktu solat. \n\nBahagian luar sejadah ini pula diperbuat daripada bahan poliester yang dapat memberikan kesan penyejukan dan ukurannya amat sesuai untuk orang dewasa.\n\nDari segi penampilannya, sejadah ini juga mempunyai rekaan ringkas dengan warna terang yang indah dan ia tidak terlalu mencolok mata. Oleh itu, sejadah ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah, mas kahwin, ataupun untuk kegunaan peribadi.\n\nDengan ukuran 110 cm x 70 cm, sejadah Dunlopillo ini boleh menjadi sejadah terbaik pilihan anda kerana mempunyai lapisan yang sangat tebal dan terasa sangat lembut ketika digunakan untuk solat. \n\nDengan menggunakan bahan getah semula jadi sebagai bahan lapisan di dalamnya, ianya dapat memberikan kesan penyejukan yang selesa. Dari segi penampilan, ia juga mempunyai rekaan dengan sederhana dan kelihatan lebih elegan.\n\nSejadah terbaik Anya 5 ini mempunyai corak sederhana tetapi elegan. Ia sesuai dibawa ke masjid untuk kegunaan beribadah. Sejadah ini diperbuat daripada bahan polycotton yang menjadikannya sangat ringan untuk dibawa ke mana saja. Tidak hairanlah sejadah ini sangat popular digunakan sebagai cenderahati dan hadiah.\n\nBerikut adalah jenis sejadah terbaik boleh anda pilih untuk dijadikan hadiah dan kegunaan harian. Jom baca juga Oil Cleanser terbaik, hand mixer terbaik, vitamin terbaik untuk kulit dan pelan internet terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Perkongsian kali ini iaitu resepi stew ayam versi Tengku Puan Pahang, iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ialah antara resepi yang popular di Malaysia.\n\nStew ayam sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Bahkan juga sedap dicicah dengan roti keping sahaja. Stew ayam boleh menjadi menu sahur nanti di bulan puasa yang sebentar saja lagi.\n\nMesti ramai yang inginkan resepi stew ayam. Oleh itu, di bawah ini kami hadirkan resepi stew ayam Tengku Puan Pahang versi cik \u200eShiela Husin\u200e yang berkongsikan resepi di laman Facebook.\n\nTanpa tunggu lama, sila salin resepi ini dan selamat mencuba. Nota :\u00a0Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti chicken pie.\n\nResepi Stew Ayam versi Tengku Puan Pahang\n\nSelain resepi stew ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Nak tahu khasiat budu? Artikel ini akan berkongsi tentang manfaat dan khasiat budu untuk kesihatan yang mungkin kita tidak tahu.\n\nBudu merupakan hidangan makanan yang terkenal yang datang dari negeri serambi Mekah, Kelantan. Pelbagai jenis masakan atau makanan dihidangkan bersama budu seperti nasi kerabu, colek, ulam-ulaman dan nasi panas.\n\nBudu merupakan sejenis sos ikan bilis yang dijerukkan dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Penduduk kepulaan Natuna memanggil budu sebagai \u2018pedek\u2019 atau \u2018pedok\u2019 manakala warga Kalimantan memanggilnya \u2018rusip.\u2019 Penduduk di selatan Thailand turut menggunakan budu dalam makanan seharian mereka disebabkan faktor geografi mereka yang dekat dengan negeri Kelantan.\n\nSecara tradisinya, budu disediakan dengan mencampurkan ikan bilis bersama garam pada nisbah 2:1 hingga 6:1. Campuran ini akan dijerukkan atau dibiarkan selama 4 ke 7 bulan. Warna merah pada sesetengah budu datang daripada penambahan gula kabung dan asam jawa.\n\nWalaupun ada yang menganggap budu sebagai makanan orang kampung, budu sebenarnya menyimpan pelbagai khasiat kesihatan yang bermanfaat kepada tubuh kita. Malah, ada yang menganggap budu boleh menjadi \u2018suplemen\u2019 yang bagus untuk kesihatan otak. Hal ini menarik perhatian para penyelidik untuk terus mengkaji kandungan sebatian kimia dalam budu dan manfaat kesihatannya.\n\nBerikut ialah hasil laporan penyelidikan lepas yang mengkaji khasiat kesihatan budu.\n\nPara penyelidik dari UPM Serdang pada tahun 2009 ada menjumpai beberapa strain bakteria baik dalam budu yang ternyata mempunyai beberapa khasiat kesihatan. Tiga jenis bakteria baik tersebut telah dikenal pasti sebagai LA17, LA22 dan LA02.\n\nMereka mendapati bahawa bakteria dalam budu boleh menghasilkan bahan yang bertindak sebagai antibakteria untuk merencat pertumbuhan pathogen atau mikoorganisma jahat yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa selain membantu sistem pencernaan yang lebih baik, bakteria baik dalam budu dapat bertindak memberi perlindungan daripada serangan mikrob luar.\n\nDalam budu, terdapat pelbagai sumber protein dan asid amino yang bagus untuk kesihatan. Antara peptida yang membentuk protein dalam budu ialah pecahan peptida hidrofobik. Sekumpulan penyelidik di Universiti Kebangsaan Seoul, Korea Selatan pada tahun 2003 menyedari akan manfaat peptida ini.\n\nMereka melakukan uji kaji ke atas kesan anti karsinogen atau aktiviti melawan kanser menggunakan ekstrak peptida dalam sos ikan bilis atau budu ini. Kesannya, terdapat peningkatan proses apoptosis atau kemusnahan sel kanser sehingga ke peringkat DNA sel kanser tersebut menggunakan pendekatan ini. Sel kanser yang dikaji mereka ialah kanser limfoma.\n\nOleh itu, mereka menyimpulkan bahawa budu sesungguhnya mempunyai potensi anti kanser yang sangat baik dan meyakinkan.\n\nSumber Nutrien yang Bagus untuk Kesihatan\n\nPenyelidikan bersama para saintif Oregon dan Korea pada tahun 2001 menyenaraikan komposisi nutrien yang menyihatkan yang terdapat dalam budu. Antara kandungan nutrien dalam sos ikan atau budu ini ialah:\n\nSetiap nutrien ini akan berbeza komposisi mengikut jenis ikan yang digunakan seperti ikan bilis, ikan kembung atau ikan herring. Namun, semua jenis sos ikan akan membekalkan nutrien yang mencukupi untuk kegunaan kesihatan tubuh.\n\nProses penapaian budu yang mengambil masa berbulan-bulan ini selain daripada memberikan rasa budu yang unik dan tersendiri, sebenarnya menguraikan molekul protein yang besar pada ikan bilis menjadi komponen asid amino yang lebih mudah diserap oleh badan kita. Kandungan protein yang tinggi sangat berguna untuk sistem tubuh kita gunakan bagi menghasilkan proses pembaikan kerosakan sel dan mengganti sel lama.\n\nProses penguraian protein ini dilaporkan berlaku sekitar 80 ke 120 hari dan taburan sebatian nitrogen dicatatkan pada hari ke-140 hingga hari ke-200. Terdapat hampir 18 asid amino perlu yang direkodkan hadir dalam setiap 100 mL budu yang sememangnya sangat berkhasiat.\n\nKajian lepas juga melihat kesan penukaran asid amino ini bermula selepas hari ke-60, jadi amat disarankan proses penapaian budu ini dilakukan sekurang-kurangnya selama 60 hari untuk mendapatkan khasiatnya.\n\nBagi mereka yang mengalami masalah tidak berselera makan, budu boleh dijadikan sebagai juadah pilihan untuk membuka selera. Umumnya, saintis mengenal pasti 3 jenis aroma yang dihasilkan oleh budu atau sos ikan ini yang berkeupayaan membuka selera seseorang.\n\nBerbau seperti ammonia, keju atau daging merupakan 3 jenis aroma dihasilkan oleh proses penapaian budu. Ada orang yang akan mudah berselera dengan aroma yang terhasil tersebut. Para saintis mendapati bahawa setiap aroma tersebut datang daripada perubahan nilai pH atau keasidan budu yang sedang ditapai.\n\nSekumpulan penyelidik di Vietnam pada tahun 2017 turut mengkaji khasiat kesihatan budu atau dikenali sebagai \u2018nuoc nam\u2019 di negara mereka. Mereka mendapati bahawa sebatian bioaktif khususnya bioflavonoid dalam budu atau sos ikan berperanan memperlahankan proses penuaan dan mampu membaiki kerosakan sel dengan cepat.\n\nKesannya, proses penuaan boleh berkurang dan berpotensi menjadikan tubuh badan lebih kuat dan sihat dengan sumber antioksidan yang mencukupi daripada diet pengambilan budu.\n\nJuadah makanan dari Pantai Timur yang dikenali sebagai budu ini sememangnya memberikan pelbagai khasiat kesihatan, selain daripada rasanya yang unik. Antara khasiat kesihatan budu ialah aktiviti anti bakteria dan antimikrob, potensi pencegah kanser, sumber nutrien yang bagus untuk kesihatan, kaya dengan protein, membuka selera dan mencegah penuaan.\n\nPenyelidikan berkenaan kualiti budu, cara penyediaan dan analisis kimia kandungan budu makin giat dijalankan memandangkan budu menjadi pilihan lebih ramai orang terutamanya bagi pasaran dunia."
"Sebagai umat Islam yang berserah diri kepada Allah swt. dan sedar bahawa tidak kira betapa \u2018baik\u2019nya kita, kita tidak akan dapat benar benar berterima kasih kepada Tuhan kita, maka kita perlu sentiasa memohon keampunan daripada Allah. Berikut adalah 7 amalan sunat yang boleh dipraktikkan dalam \u00a0kehidupan seharian\n\nkerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.\n\n#2 Membaca Al-Qur\u2019an Sebelum Terbit Matahari.\n\nalangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur\u2019an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.\n\n#3 Jangan Tinggalkan Masjid Terutama Di Waktu Subuh.\n\nSebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.\n\nkerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.\n\nAllah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.\n\nkerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu\u2019. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, \u201cOrang yang selalu berwudhu\u2019 senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah\u201d.\n\nDengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah."
"Kita dapat melihat bahawa golongan muda pada masa kini amat mudah mengalami kemurungan. Hal ini disebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik di samping sikap sesetengah orang yang sering menangguhkan sesuatu kerja. Kita hendaklah percaya bahawa setiap masalah walau sebesar mana pun akan ada penyelesaiannya.\n\nMari kita lihat input menarik daripada Puan Nora Zyan tentang bagaimana untuk mengenali tanda-tanda kemurungan agar ianya dapat dibendung dengan lebih awal.\n\n*Kita hendaklah sentiasa peka dengan tingkah laku orang yang terdekat dengan kita yang mempunyai masalah supaya mereka tidak melakukan perkara di luar jangkaan seperti membunuh diri, mengelar pergelangan tangan dan lain-lain.\n\n*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu mereka diluar sana untuk mengesan dengan lebih awal tentang kemurungan yang dialami oleh orang tersayang.\n\nSumber asal boleh rujuk di sini."
"Runsing dengan masalah kuat berdengkur? Atau pasangan anda berdengkur sewaktu tidur bersama? Jom ketahui cara menghilangkan dengkuran dengan terus membaca artikel ini.\n\nMasalah dengkur bukanlah perkara yang asing lagi dalam komuniti kita. Malah, masalah ini telah dicatatkan sejak beribu tahun yang dahulu lagi, sehingga ke zaman Greek purba.\n\nMenurut rekod, fenomena dengkur diperhatikan berlaku dalam kalangan remaja lagi seawal usia 16 tahun.\n\nDengkur merupakan sebahagian daripada spektrum masalah pernafasan semasa tidur. Dari segi anatomi, terdapat perubahan struktur fizikal pada pharynx dan sekatan pada laluan pernafasan.\n\nAntara faktor yang dikaitkan dengan masalah dengkur ialah obesiti, penyakit kardiovaskular, diet makanan yang tidak seimbang, pengambilan alkohol dan penyakit berkaitan saluran pernafasan.\n\nKaedah pembedahan didapati sangat berkesan sebagai cara untuk menghilangkan dengkuran.\n\nDalam kajian pada tahun 1984 di Washington, Amerika Syarikat, 18 responden yang dirawat secara pembedahan menunjukkan peratus hasil berjaya menghilangkan dengkuran sebanyak 94.4%.\n\nNamun, tidak semua daripada kita sukakan idea pembedahan kerana pembedahan membawa banyak risiko selain kos perbelanjaan yang agak tinggi.\n\nOleh sebab itu, artikel ini membincangkan cara untuk menghilangkan dengkuran yang boleh diamalkan.\n\nPemilihan makanan yang memberikan nutrisi dan zat seimbang perlulah dilakukan sebagai antara cara untuk mengurangkan dengkur.\n\nDisebabkan dengkur berpunca daripada keradangan pada bahagian saluran pernafasan, makanan yang mengandungi sumber anti radang yang tinggi bolehlah diamalkan, antaranya:\n\n2. Elakkan Makanan yang Boleh Merangsang Dengkuran\n\nSebaliknya, makanan yang merangsang lagi pengeluaran mucus dan menyekat saluran pernafasan perlulah dielakkan, lebih-lebih lagi beberapa jam sebelum tidur. Contohnya:\n\nUntuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan selesa, pastikan tempat tidur kita sentiasa bersih daripada habuk dan kotoran.\n\nKita akan menghabiskan masa yang agak lama di tempat tidur, dalam julat 4-8 jam atau lebih. Jadi, persekitaran yang kotor akan mendedahkan kita dengan bahan-bahan kotor ini untuk tempoh yang lama.\n\nHal ini boleh menyebabkan alahan pada saluran pernafasan yang seterusnya menyebabkan masalah dengkur terjadi.\n\nAntara tips penjagaan tempat tidur ialah:\n\nPengambilan air khususnya air kosong yang mencukupi dalam sehari membantu tubuh untuk kekal hidrasi.\n\nTubuh yang cukup air sebenarnya sangat penting dalam mempengaruhi masalah dengkuran. Dilaporkan, kekurangan air dalam badan akan menjadikan mucus di saluran pernafasan menjadi lebih keras dan melekit.\n\nHal ini seterusnya akan menyekat saluran udara dan pernafasan yang mengakibatkan dengkuran.\n\nMalah, kajian sekumpulan penyelidik bersama dari Amerika Syarikat dan China pada tahun 2019, mendapati bahawa masalah kekurangan air dapat dikaitkan dengan kualiti tidur yang tidak sempurna.\n\n5. Membersihkan Ruangan Rongga dan Saluran Nasal Hidung\n\nSebelum tidur, anda boleh mencuba membersihkan saluran rongga hidung dengan cecair saline hidung yang boleh dibeli di farmasi.\n\nPenyingkiran bendasing dan mucus pada saluran pernafasan ini dapat memberikan kelegaan dan mengurangkan simptom dengkuran.\n\nAcupuncture merupakan rawatan perubatan tradisional Cina yang diamalkan sejak berkurun yang lalu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.\n\nTerdapat beberapa kajian yang cuba merungkai keberkesanan cara ini untuk menghilangkan dengkuran.\n\nPada tahun 2017, sekumpulan penyelidik di Korea Selatan telah menjalankan kaedah rawatan akupuntur untuk menghilangkan dengkuran dalam kalangan 24 subjek kajian mereka.\n\nKajian tersebut dilakukan selama 8 kali dalam tempoh 4 minggu di kawasan kaviti nasal hidung.\n\nPenemuan kajian mereka melaporkan tiada perhubungan yang jelas untuk mengaitkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk menghilangkan dengkuran. Namun, perkembangan positif yang diperhatikan dalam kesemua subjek kajian ialah kualiti tidur mereka yang bertambah meningkat secara signifikan.\n\nNamun, bagi mereka yang ingin mencuba kaedah ini, beberapa faktor risiko perlulah diambil berat, antaranya:\n\nMasalah dengkuran merupakan masalah tempat tidur yang boleh membawa risiko kesihatan dan mengganggu kehidupan sosial seseorang.\n\nAntara cara untuk mengurangkan dengkuran yang dikongsi dalam artikel ini ialah pemilihan diet yang betul, penjagaan kebersihan diri, hidrasi dan rawatan akupuntur.\n\nNamun, jika masalah dengkuran anda bertambah serius, seeloknya anda berjumpa doktor dengan segera sebelum terlambat. Jemput juga baca artikel tentang nakanan untuk menghilangkan dengkur dan petua hilangkan dengkur"
"Bayangkan sedang khusyuk nak memasak untuk keluarga tersayang, tiba-tiba sinki tersumbat. Sinki pula penuh dengan pinggan mangkuk, cawan dan periuk, air pula bertakung sehingga melimpah keluar.\n\nMesti stres dibuatnya bukan? Ah, jangan risau! Dalam artikel ini akan mengajar cara-cara untuk mengatasi masalah sinki tersumbat. Tips sinki tersumbat yang dijamin berkesan. Tak perlu panggil tukang paip yang kena bayar beratus-ratus. Biarkan saja encik suami tonton sukan kegemarannya.\n\nPara wanita, khasnya ibu-ibu juga boleh jadi super woman. Caranya? Nah, baca tips sinki tersumbat di bawah ni.\n\n#1 Jangan Buang Sisa Makanan Terus Ke Dalam Sinki\n\nJika anak-anak ada tabiat suka membuang sisa makanan ke dalam sinki, nasihatkan mereka agar membuangnya ke dalam tong sampah. Ini adalah sebab utama sinki tersumbat.\n\nLebihan nasi, ketulan daging, lemak, sayuran dan sebagainya tak mudah hancur. Oleh itu, jika dibuang ke dalam sinki, dah tentu sinki akan tersumbat. Malahan, lebihan minyak masak, kuah dan sebagainya juga jangan dibiarkan di dalam sinki.\n\nIni kerana minyak-minyak ini akan terkumpul di saluran paip bersama-sama sisa pepejal tadi. Oleh itu, aliran air akan terganggu, tak lancar dan akhirnya tersumbat. Jangan lupa tips pertama ni ye!\n\nRumah yang tak disapu dan dimop, lama-kelamaan akan kotor. Begitu juga dengan sinki. Walaupun secara luarannya nampak bersih, kita tidak tahu betapa banyaknya sisa yang terkumpul di saluran paip.\n\nOleh itu, rajinkan diri membersihkan sinki dengan cara menuang air panas. Jangan lupa untuk membuka perangkap sinki di bawah sinki untuk mengeluarkan kotoran. Dengan cara ni, sinki anda tidak akan mudah tersumbat.\n\nPastikan paip yang bersambung ke sinki dipasang dengan betul. Paip perangkap sinki mestilah dipasang di bawah sinki. Fungsinya, segala kekotoran akan terperangkap pada bahagian ini saja. Oleh itu, kita hanya perlu tanggalkannya dan bersihkan dengan sekurang-kurangnya sebulan sekali.\n\nTips ini boleh digunakan jika anda hendak memasang sinki di rumah baru. Pilih sinki yang mempunyai jenis perangkap lubang yang dalam. Biasanya perangkap kotoran tidak terlalu dalam. Cari sinki yang mempunyai perangkap yang berbentuk cawan kecil dan mudah untuk membuang kotoran.\n\nJika sinki tersumbat disebabkan oleh minyak dan lemak haiwan, cara paling mudah ialah tuangkan air panas. Tuang beberapa kali. Jika air yang keluar di bahagian paip ke longkang sudah mula lancar, maknanya tips ini berkesan.\n\n6. Plumbing Snake atau Drain Snake\n\nPlumbing snake atau drain snake ialah sejenis dawai yang bergulung khas untuk masalah sinki tersumbat. Di mana nak beli? Anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai hardware.\n\nPlumbing snake ni bersifat fleksibel dan perlu dijolok dari lubang sinki. Ia akan menolak keluar kotoran yang bergumpal dan berkumpul di saluran paip. Pada bahagian depannya berbentuk spiral untuk \u2018menggerudi\u2019 kotoran yang tersangkut. Bolehlah cuba!\n\nKalau tengah kecemasan gunakan saja barang yang ada di stor. Salah satunya ialah dawai atau wayar yang tak digunakan. Fungsinya sama macam plumbing snake, cuma kemungkinan tak seefektif itu.\n\nTapi, apa salahnya mencuba kan? Kalau bernasib baik, selesailah masalah. Kalau tak juga, cuba tips seterusnya ni.\n\nNi bahan yang paling mudah dengan kos yang amat rendah. Pastinya ada di dapur bukan? Kalau tak ada, cepat-cepat beli di kedai runcit. Caranya ialah taburkan garam kasar di dalam saluran sinki. Kemudian, jirus dengan air panas.\n\nGuna pam getah atau pelocok merupakan cara yang paling asas untuk mengatasi sinki tersumbat. Pam ni dapat mengalirkan kotoran menggunakan kuasa sedutan.\n\nCaranya, takung air di sinki, tekan pam getah di bahagian lubang sinki. Ulang beberapa kali hingga aliran air menjadi lancar. Tekanan air dapat membantu menarik sisa kotoran.\n\nAnti-clog merupakan cecair yang paling berkesan untuk menyingkirkan dan menguraikan sisa kotoran. Ia merupakan sejenis asid dan boleh dibeli di kedai hardware. Terdapat pelbagai jenis jenama di pasaran.\n\nDisebabkan cecair ini merupakan asid yang bertoksik dan boleh menyebabkan kecederaan, gunakan dengan berhati-hati. Jauhkan dari kanak-kanak. Sebelum tuang cecair ni, pastikan memakai sarung tangan dan penutup hidung.\n\nCaranya ialah tuang pada bahagian saluran paip sedikit demi sedikit. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kuantiti penggunaan bergantung pada teruknya masalah sinki tersumbat tu.\n\nTak perlu beli bahan yang mahal-mahal, gunakan saja cecair pencuci pinggan mangkuk di rumah. Caranya campurkan secawan cecair pencuci, beberapa biji limau yang diambil jusnya dan 2 liter air panas.\n\nCampurkan kesemuanya, tuangkan ke dalam sinki. Sabun mampu menangkis kotoran seperti minyak dan lemak yang terkumpul.\n\nAnda mesti terkejut kan dengan tips ni? Sebenarnya serbuk pencuci pakaian juga boleh membantu mengatasi masalah sinki tersumbat.\n\nCaranya campurkan 5 hingga 6 sudu serbuk pencuci ke dalam baldi bersama 2 liter air panas. Kemudian, tuangkan larutan ni ke dalam lubang sinki. Ulang beberapa kali.\n\nBaking soda dan cuka juga sebenarnya mampu menyelesaikan masalah sinki tersumbat ni. Caranya campurkan suku cawan baking soda dan suku cawan cuka di dalam sebuah bekas.\n\nApabila dicampurkan, kedua-dua bahan ini akan menghasilkan buih. Jangan tunggu lama, terus tuang ke dalam sinki yang tersumbat. Biarkan selama 10 minit dan akhir sekali jirus dengan air panas.\n\nKalau cuka di rumah tiba-tiba habis, boleh juga gantikan dengan garam. Caranya campurkan suku cawan baking soda dan suku cawan garam. Tambahkan air panas dan kacau sebati.\n\nKemudian, tuang ke dalam sinki yang tersumbat. Tips lain pula, kalau nak tambah jus limau ke dalam larutan pun boleh.\n\nCecair peluntur juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah sinki tersumbat. Caranya tuang sedikit cecair peluntur ke dalam saluran sinki dan curahkan air panas hingga semua sisa kotoran tertanggal.\n\nPastikan anda bersihkan sinki menggunakan sabun selepas saliran menjadi lancar. Ini kerana bahan peluntur amat berbahaya jika masih tersisa di sinki.\n\nMudah bukan kesemua tips yang dikongsikan ni? Yang penting cuba dahulu, jangan cepat merungut. Anda juga tak perlu bayar mahal-mahal pada tukang paip, tak perlu tunggu suami balik dari kerja.\n\nPara isteri juga mampu membaiki sinki yang tersumbat. Jangan lupa kongsikan tips-tips ni kepada saudara-mara dan sahabat handai. Kalau anda ada tips yang lain, boleh juga kongsikan dengan kami. Semoga bermanfaat.\n\nJemput juga baca artikel tentang tips urus rumah DIY perangkap nyamuk\u00a0 dan DIY pepper spray"
"Musim cuti sekolah adalah syurga bagi anak-anak untuk bermain. Tidak terikat dengan rutin sekolah, ibubapa yang lebih fleksible dengan masa dan peluang bertemu dengan sepupu, saudara-mara dan rakan seusia secara automatik menyediakan medium untuk anak-anak bermain. \n\nBagaimana kita nak gunakan masa ini untuk jadi \u2018therapist\u2019 terbaik untuk anak-anak anda.\n\n#1 Beri Ruang Anak Anda Bermain.\n\nSama ada duduk disamping mereka, memerhari dari jauh atau bermain bersama, gunakan peluang ini untuk meneroka perkembangan mereka. Fokus dan beri tumpuan khusus kepada interaksi mereka, bahasa yang mereka guna, pergerakan dan kemahiran yang mereka tunjuk.\n\nBermain juga adakalanya menjadi sumber maklumat penting bagi doktor psikiatri menyelidik dunia kanak-kanak. Bermain adalah bahasa kanak-kanak. Permainan pula adalah watak penting dalam kehidupan mereka.\n\nKecelaruan fikiran, kesukaran komunikasi, gangguan orang lain dan pelbagai isu lagi adakalanya hanya terbongkar dalam sesi bermain mereka. Jika anda menyesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan perilaku anak anda, mungkin cara yang terbaik untuk mula meneroka ialah melalui pemerhatian kepada masa bermain mereka.\n\nMaka bagi ibubapa, memerhati anak bermain juga sebenarnya peluang terbaik untuk anda meneliti perkembangan anak-anak dari dunia permainan mereka. Peluang ini jangan dilepaskan dengan membiarkan anak-anak sambil anda leka dalam dunia anda sendiri (baca: tengok bola, menghadap telefon, media sosial dan sebagainya).\n\nCara bermain dan kemahiran mereka bermain adalah refleksi perkembangan fungsi kognitif dan psikososial mereka. Contohnya umur 1 setengah tahun ke dua tahun, kanak-kanak sepatutnya sudah mampu bermain \u2018compelmentary and reciprocal play\u2019 \u2013 kanak-kanak boleh main peranan dan bertukar aksi mengikut peranan. Contohnya main acak-acak (peekaboo) dan kejar-kejar.\n\nUmur 2 hingga 3 tahun sepatutnya boleh belajar \u2018cooperative social pretend play\u2019 \u2013 jadi ibu pegang baby, ultraman lawan raksasa dan sebagainya. Pada fasa ini watak dan peranan berlaku secara spontan tanpa perancangan.\n\nUmur 3 ke 4 tahun, mereka mampu terlibat dengan permainan diatas dalam kaedah yang lebih kompleks \u2013 ada perancangan, giliran dan jalan cerita yang ringkas.\n\n#7 Permainan Lebih Kompleks Selari Umur\n\nSemakin meningkat usia, permainan akan lebih kompleks, fizikal dan fokus. Permainan juga akan lebih melibatkan elemen sosial yang dominan \u2013 perbincangan, perbualan, meluahkan pendapat dan persetujuan.\n\n#8 Kesan Tanda Tanda Awal Autism dan ADHD\n\nMelalui permainan, tanda-tanda awal autism boleh dikesan. Jika anak anda mengalami masalah perkembangan dari sudut kemampuan bermain yang tidak sepadan dengan usia, mempunyai minat yang sangat terhad.\n\nContohnya minat sejenis kereta dan \u2018preoccupied\u2019 dengan kereta tersebut berhari-hari tanpa mengendahkan permainan lain, tidak mampu berinteraksi dengan kanak-kanak lain dalam permainan, tidak menunjukkan riak wajah seperti kanak-kanak lain ketika bermain, tidak boleh turut serta dalam \u2018role-play\u2019, \u2018duduk dalam dunia sendiri\u2019. Iibubapa perlu alert dengan kemungkinan ciri-ciri autisme.\n\nBegitu juga dengan ciri-ciri ADHD \u2013 tidak boleh duduk diam setempat lebih dari 2-3 minit, sentiasa bergerak, melompat dan memanjat tanpa memikirkan kesan, tidak boleh menunggu giliran ketika bermain, tidak boleh mengikuti aktiviti yang memerlukan tumpuan yang lama dan kompleks.\n\nSemua ini boleh dibongkar melalui pemerhatian ketika masa bermain.\n\n#9 Bahasa Yang Anak Guna Bermain Juga Boleh Memberi Klu Kepada Anda. \n\nPerkembangan bahasa, pengaruh luar \u2013 sekolah, rakan-rakan dan isu yang mereka sebut dalam bermain. Contohnya anak-anak yang terdedah secara tidak langsung dengan bahan seksual, berkemungkinan cenderung dengan bahasa berbaur seksual dalam permainan.\n\n#10 Terapkan Elemen Pendidikan Kepada Anak-Anak Secara Pasif. \n\nContohnya bersabar, hormat hak orang lain, berkongsi, kemahiran dan kreativiti. Pilihlah permainan yang bersesuaian untuk mereka meneroka kemampuan dan perkembangan mereka, sesuai dengan usia mereka. Ia tidak perlu mahal dan tidak semestinya benda yang baru. Be creative and imaginative."
"Lumut merupakan bandar bersejarah yang digelar sebagai Bandar Tentera Laut. Ia juga mempunyai pantai dan pulau yang cantik. Nak tak kalau kami kongsikan 12 tempat menarik di Lumut yang wajib anda lawati sekali seumur hidup?\n\nPulau ketiga terbesar di Perak ini merupakan destinasi percutian terkenal buat pelancong tempatan mahupun luar negara. Anda perlu menaiki feri sama ada dari Jeti Lumut atau Jeti Marina Island. Namun kini, pengangkutan udara iaitu kapal terbang juga telah menyediakan perkhidmatan untuk ke Pulau Pangkor.\n\nPelbagai aktiviti dan tempat menarik yang boleh anda kunjungi di pulau yang penuh sejarah ini seperti Teluk Nipah, Batu Bersurat, Pantai Puteri Dewi, Tortoise Hill, Masjid Terapung dan sebagainya. Nak jelajah dan cuba semua aktiviti di sini memang tidak cukup satu hari. Apa kata anda bermalam di sini kerana pelbagai penginapan dengan bermacam konsep disediakan.\n\nSekiranya sewaktu bercuti ke Lumut anda wajib singgah ke Pantai Teluk Batik. Pantai yang berpasir putih, dengan air laut yang jernih beserta dengan pukulan ombak yang tenang ini sesuai untuk anda bermandi-manda sambil menenangkan fikiran.\n\nDi sini juga terdapat kedai makan sekiranya anda lapar. Kerusi pantai boleh disewa dengan harga bawah RM5. Selain itu anda juga boleh memancing di kawasan berbatu di pantai ini.\n\nTerminal Jeti Lumut adalah jeti moden dan mesra pelancong. Di sini terdapat banyak kedai yang menjual cenderamata. Kalau anda lapar, kedai makan pun banyak di sini. Jika anda ingin bercuti ke pulau berdekatan, inilah jeti yang akan anda gunakan untuk ke sana.\n\nLumut Waterfront terlatak kira-kira 1 kilometer dari Terminal Jeti Lumut. Di sini anda sekeluarga boleh menikmati pemandangan air di sepanjang sungai sambil menikmati angin bayu yang mengasyikkan.\u00a0Di sini anda juga boleh menyewa basikal ataupun skuter elektrik.\u00a0 Kalau anda lapar, di sini juga terdapat banyak gerai menjual makanan.\n\nBazaar Lumut berada tidak jauh dari Lumut Waterfront. Ini adalah tempat membeli-belah yang menawarkan barangan seperti hasil kraftangan, pakaian dan pelbagai hasil laut seperti\u00a0 ikan bilis, ikan kering dan sebagainya. Jika anda ingin membeli cenderamata sebagai kenangan, bolehlah shopping di sini.\n\nJika anda ingin mandi laut iaitu salah satu tempat menarik di Lumut, Teluk Senangin adalah pilihan yang sesuai. Dari sini anda boleh melihat Pulau Pangkor. Di sini anda juga boleh menyewa bot laju. Nak memancing? Di sini sememangnya banyak ikan, sesuai dengan namanya iaitu Teluk Senangin. Pantai di sini lebih cantik dan privasi berbanding Teluk Batik.\n\nMenurut sejarah, nama bukit ini diberikan bersempena dengan nama Raja Engku Busu yang datang dari Selangor setelah dijemput oleh Sultan Perak pada sekitar 1840-an untuk menghapuskan lanun yang menjadikan kawasan sekitar sebagai tempat penyembunyian mereka. Namun begitu, misi tersebut gagal dan Raja Engku Busu mangkat di sini.\n\nBagi yang sukakan aktiviti Jungle Trekking, anda boleh pergi ke Bukit Engku Busu. Bukit yang berketinggian 331.4 meter ataupun 1087 kaki ini adalah puncak yang paling tinggi di bandar Lumut. Untuk sampai ke puncak bukit ini, anda boleh melalui trek yang telah disediakan. Dari puncak bukit ini anda dapat melihat seluruh Bandar Lumut.\n\nTaman Paya Bakau yang terletak kurang daripada 10 minit pemanduan dari Bandar Lumut ini adalah sebuah tarikan semula jadi yang dilengkapi dengan laluan pejalan kaki berkepanjangan 366 meter dengan kelebaran 6 kaki. Di sini anda dapat melihat pelbagai jenis hidupan flora dan fauna sambil menghirup udara segar.\n\nBagi kaki pancing, anda wajib ke sini. Rockbund Fishing juga lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti surau, kedai makan, dewan dan bermacam lagi. Kalau ank bermalam di sini, anda boleh menyewa di Rockbund Fishing Chalet.\n\nKota Belanda yang terletak di Pulau Pangkor adalah sebuah peninggalan sejarah yang wajib dikunjungi jika anda sampai ke Lumut. Di sini anda dapat melihat sisa peninggalan sebuah struktur yang dibina sekitar tahun 1670 untuk tujuan penyimpanan bijih timah yang dikumpulkan dari sekitar negeri Perak.\n\nSetelah puas mengamati sisa kota ini, anda juga boleh melawat kawasan Batu Bersurat yang hanyalah sekitar 100 meter dari Kota Belanda.\n\nPulau Marina adalah satu-satunya pulau buatan manusia yang terdapat di Malaysia. Pantai yang terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor ini boleh diakses secara terus dari Pulau Pangkor dengan memandu melalui jambatan yang menghubungkan kedua buah pulau indah ini.\n\nFrenzy Waterpark adalah salah satu tarikan hebat sekiranya anda singgah ke Pulau Marina. Taman tema air yang terletak di Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini menyediakan permainan air yang mencabar. Anda pernah menonton rancangan Wipeout di Astro AXN? Permainan di sini boleh dikatakan hampir sama dengan yang ada dalam rancangan tersebut. Hebat kan?\n\nItulah dia 12 tempat menarik di Lumut yang wajib anda kunjungi sekali seumur hidup. Kalau sebelum ni anda fikir Lumut hanyalah jeti untuk ke pulau menarik seperti Pulau Pangkor, anda silap sama sekali. Lain kali, kalau anda sampai di Lumut, jangan lupa untuk singgah di tempat-tempat yang kami kongsikan tadi.\n\nAnda sukakan artikel tempat menarik ini. Apa yang masih kurang dan patut kami ceritakan? Jemput juga baca artikle tempat menarik lain ya."
"Menopause adalah satu perkataan yang boleh dianggap sebagai sensitif bagi seorang wanita. Ini kerana orang kita menganggap bahawa sebaik sahaja seorang wanita memasuki fasa menopause, itu bermakna kewanitaannya juga sudah berakhir. Yang sebenarnya menopause adalah satu proses dan fasa yang normal bagi seorang wanita dan ianya tidaklah seteruk yang kita sangka. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang tanda menopause yang ramai wanita tak perasan dan ambil ringan.\n\nHot flashes atau tubuh badan tiba-tiba berasa panas\n\nHot flashes adalah satu keadaan di mana tubuh badan anda tiba-iba terasa panas dan berpeluh dengan banyak tanpa sebab walau pun anda sedang berada dalam bilik yang sejuk dengan penghawa dingin. Ia adalah kepanasan yang tidak normal. Hot flashes berlaku disebabkan pergolakan hormon yang sedang berlaku dalam tubuh badan anda. Menjelang menopause, hormon estrogen dalam tubuh badan akan menurun dan membuatkan fungsi mengawal suhu badan anda terganggu.\n\nHot flashes berbeza-beza di antara individu. Ada yang mengalaminya untuk sesaat dua dan ada yang mengalaminya selama sejam. Pada awalnya mungkin anda tidak perasan apabila hot flashes berlaku namun semakin kerap ia terjadi, anda akan mula berasa ada sesuatu yang pelik sedang berlaku pada diri anda. Jangan panik. Ia adalah satu perkara yang normal bagi wanita yang sedang menghampiri fasa menopause.\n\nDisebabkan oleh hot flashes yang anda alami, secara automatik anda akan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa. Semakin banyak anda berpeluh, semakin kuat bau badan. Oleh itu pastikan anda memakai deodoran dan mandi dengan kerap bagi mengurangkan bau badan.\n\nTanda menopause wanita yang seterusnya ialah anda akan berasa berdebar-debar dan risau tanpa sebab. Ia akan datang secara tiba-tiba. Keadaan ini berlaku kerana menjelang menopause, hormon epinephrine\u00a0dan\u00a0norepinephrine dalam tubuh badan menjadi tidak seimbang lalu menjejaskan ritma degupan jantung lalu menyebabkan ia akan berdegup dengan laju secara tiba-tiba.\n\nJika anda mula merasakan simptom ini, bawa bertenang. Pesan pada diri sendiri bahawa semuanya baik-baik sahaja dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Biasakan diri dengan keadaan ini kerana menopause akan menemani anda sehingga ke akhir hayat.\n\nWanita yang menghampiri fasa menopause akan mengalami masalah untuk mengawal pundi kencing. Anda akan semakin kerap membuang air kecil dan mungkin juga akan terkencing semasa ketawa, batuk, bersin, atau melompat. Ia adalah sesuatu yang normal memandangkan pada masa ini lapisan dinding uretra anda yang semakin menipis dan otot pelvik yang semakin lemah akibat penuaan.\n\nMasalah kulit adalah satu lagi simptom menopause yang menjengkelkan. Anda akan mula ditumbuhi jerawat atau mengalami masalah kulit kering. Oleh itu pastikan anda terus mengamalkan rutin penjagaan kulit muka seperti biasa. Sebaiknya pilih set penjagaan kulit yang dicipta khas untuk anti penuaan. Ia sangat membantu untuk mengatasi masalah kulit yang sedang anda alami.\n\nYa, tidak dapat dinafikan bahawa wanita yang menghampiri menopause akan mengalami mood swing yang teruk. Anda tidak akan dapat mengawal perasaan dan apa yang anda rasa kerana ianya berlaku disebabkan oleh ketidak stabilan hormon dalam tubuh badan. Untuk mengatasinya, anda boleh dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan mengaji, solat sunat, dan puasa sunat. Meluangkan masa berkualiti bersama suami dan anak-anak juga sangat membantu untuk anda menghadapi mood swing yang dialami.\n\nDi antara tanda paling ketara yang anda sedang memasuki fasa menopause ialah anda akan merasa tidak selesa pada bahagian payudara. Payudara akan terasa tegang dan sensitif pada sentuhan. Ianya adalah ketidakselesaan yang selalunya kita alami semasa pms dan diawal proses kehamilan. Malah ada wanita yang merasa sakit dan denyutan pada payudara. Ketidakselesaan dan kesakitan yang berlaku adalah disebabkan pada masa ini berlaku perubahan hormon secara mendadak dalam tubuh badan anda.\n\nUntuk mengatasinya, pastikan anda memakai bra dengan saiz yang betul untuk menampung payudara. Jika anda berasa sakit boleh juga lakukan urutan lembut atau menekap dengan pek ais untuk mengurangkan kesakitan. Mandi air panas juga dikatakan mampu mengurangkan kesakitan yang anda alami.\n\nSatu lagi tanda menopause yang mungkin menyebabkan anda hampir hysteria ialah tumbuhnya misai dan janggut seperti orang lelaki. Jangan terperanjat kalau satu hari, semasa melihat wajah di cermin, anda mendapati ada bulu di atas bibir atau di dagu anda. Pertumbuhan misai dan janggut berlaku kerana kecalaruan hormon dalam tubuh badan anda. Jangan panik. Ia adalah satu perkara yang normal bagi wanita yang menghampiri menopause. Apa yang perlu anda buat? Biarkan sahaja bulu yang tumbuh dimuka anda kerana jika anda mencukur misau atau janggut tersebut, semakin banyak bulu baru yang akan tumbuh dan semakin tebal.\n\nApa yang hairannya, apabila misai dan janggut mula tumbuh diwajah anda, rambut di kepala anda pula semakin menipis. Anda akan mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Malah rambut anda akan menjadi rapuh dan reput. Anda akan perasan yang rambut anda muda patah dan cepat putus. Jangan bersedih kalau anda mula mengalami kebotakan. Pengambilan supplemen seperti Zink membantu untuk mengurangkan masalah yang anda sedang hadapi.\n\nItulah dia info tentang tanda menopause yang ingin kami kongsikan. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga anda berjaya melalui fasa menopause dengan tenang dan bahagia. Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sakit bawah perut ketika mengandung, kesan makan pil perancang, dan aurat wanita ketika berubat"
"Kita banyak menggunakan badan kita untuk melakukan aktiviti harian seperti bersenam, mengemas rumah, kerja-kerja pejabat dan berkebun. Semakin banyak aktiviti yang kita lakukan semakin banyak tenaga yang digunakan. Apabila badan terasa letih dan tidak bermaya, kita memerlukan rehat secukupnya seperti tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari.\n\nSelain rehat yang mencukupi, pemakanan kita juga perlu dijaga dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan kurangkan makanan segera yang mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. Seterusnya, kita juga perlu minum air mineral atau kosong dengan secukupnya. Air kosong ini penting untuk menstabilkan cecair dalam badan. Badan kita terdiri daripada sekitar 60% air. Fungsi cecair dalam tubuh badan adalah ia meliputi pencernaan, penyerapan, peredaran darah, penciptaan air liur, pengangkutan nutrien, dan mengekalkan suhu badan pada tahap normal.\n\nJika kita deman, suhu badan kita akan naik dan doktor selalu berpesan agar banyakkan minum air kosong untuk menurunkan suhu badan. Selain itu, kita selalu rasa penat mengantuk dan menguap oleh kerana badan kita kekurangan air. Air membantu untuk menyegarkan tubuh badan kita. Apakah akibat jika kita tidak minum air kosong secukupnya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 kesan negatif apabila kekurangan air kosong. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n9 Kesan jika badan kekurangan air\n\nJadi kita disarankan minum air 2 liter atau 8 gelas sehari. Bila badan kurang air maka tercetuslah pelbagai implikasi. Antaranya :\n\n5. Air kencing sedikit dan pekat\n\n*Jika anda ada ciri-ciri seperti di atas, anda perlu ubah cara pemakanan. Banyakkan minum air kosong dan\u00a0 kurangkan minuman air manis yang mengandungi gula yang tinggi. Air kosong amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia membantu badan kita untuk kekal cergas dan bertenaga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anak hiperaktif\u00a0 jangan dianggap sebagai seorang yang malas dan nakal. Mengapa? Ini kerana anak hiperaktif ini seringkali tidak boleh duduk diam. Malah anak hiperaktif ini juga tidak dapat memahami arahan dengan jelas. Dipendekkan cerita anak hiperaktif ini hanya tahu untuk bermain saja dan seringkali kelihatan sangat nakal hingga tidak boleh dengar cakap. \n\nBagi mereka yang tidak biasa dengan anak hiperaktif sebegini, sudah tentu ia dapat memberi impak yang negetif. Walaupun anak hiperaktif ini sebenarnya memiliki semangat untuk belajar dan meneroka yang sangat tinggi walaupun sering kelihatan tidak serius dan agak agresif. \n\nSebagaimana yang telah digambarkan tadi, hiperaktif ini mengambarkan seseorang yang berperilaku agak aktif hingga tidak boleh duduk diam di suatu tempat dalam satu masa. Seseorang yang bersifat hiperaktif lebih ke arah bergerak aktif hingga sukar untuk fokus pada sesuatu. \n\nMereka akan terus bergerak secara berlebihan seolah-olah tidak pernah berasa lelah dan penat. Mereka juga kelihatan agak agresif dalam melontarkan kata-kata dan perilaku. Seseorang yang bersifat hiperaktif ini juga seringkali membuat apa-apa tanpa berfikir panjang. \n\nMengapa Hiperaktif Boleh Berlaku? (Punca Datang Dari Mana?)\n\nSelalunya, masalah hiperaktif ini berlaku disebabkan oleh gangguan ADHD. ADHD\u00a0merupakan masalah perkembangan\u00a0pada kanak-kanak dan ADHD ini merupakan gangguan defisit atensi atau hiperaktivitas. Ia seakan satu gangguan otak dan saraf pusat. Ia juga merangkumi gangguan psikologi. \n\nTerdapat 3 kelas utama bagi ciri ADHD, iaitu\u00a0tiada tumpuan, hiperaktif\u00a0dan\u00a0impulsif. Maka tidak hairanlah mengapa anak hiperaktif bersikap lebih aktif, cergas dan tidak dengar cakap berbanding kanak-kanak lain yang sama usia dengannya.\n\nApakah Ciri-Ciri Untuk Anak Hiperaktif Ini?\n\nAnak hiperaktif ini selalunya tidak reti untuk duduk diam. Mereka juga tidak betah untuk duduk tanpa berbuat apa-apa. Mereka akan sentiasa bergerak aktif dan ingin ke sana ke mari. Anak hiperaktif juga seringkali gagal dalam menyelesaikan tugas yang diberi kerana mereka tidak dapat untuk fokus pada arahan dengan tepat. \n\nBiasanya anak hiperaktif sebegini akan aktif dan sentiasa mahu berlari, melompat dan apa saja tak kira masa dan tempat. Ciri anak hiperaktif saat bayi juga ada cuma atas ibubapa itu sendiri untuk menyedarinya ataupun tidak.\n\nAntara ciri anak hiperaktif yang muncul ketika masih bayi lagi adalah :\n\nCara Yang Boleh Dilakukan Untuk Tangani Anak Hiperaktif \n\nMembesar dan merawat\u00a0anak hiperaktif\u00a0memerlukan tahap kesabaran dan perhatian yang amat tinggi. Ia juga memerlukan pengorbanan masa yang sangat banyak. Tanpa sebuah kesabaran dan perhatian memang sukar untuk membantu anak hiperaktif begini. \n\nAntara cara yang boleh dilakukan untuk tangani anak hiperaktif sebegini adalah :\n\nAnak Hiperaktif Turut Ada Kelebihannya Yang Tersendiri \n\nKanak-kanak hiperaktif ini lembab? Kelebihan anak hiperaktif memang ada. Anak\u00a0yang mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder ternyata punya\u00a0kelebihan istimewa. Jangan dianggap sikap\u00a0anak ADHD\u00a0itu selalu saja buruk. Alih tahap penerimaan supaya nampak apakah kelebihan untuk anak hiperaktif ini sebenarnya. \n\nAntara kelebihan yang ada pada kanak-kanak dan golongan hiperaktif ini adalah seperti :\n\n#1 \u2013 Memiliki Keberanian Yang Sangat Tinggi\n\nKeberanian anak hiperaktif memang sangat tinggi. Malah orang dewasa biasa juga tidak seberani mereka. \n\n#2 \u2013 Tahan Sakit Dan Tidak Mudah Putus Asa\n\nAnak hiperaktif ini juga sangat tahan sakit dan tidak mudah putus asa. Buktinya walau bermain dengan lasak dan luka tetapi tetap juga akan kembali bermain lagi selepas itu. \n\n#3 \u2013 Rasa Ingin Tahunya Sangat Memuncak Berbanding Orang Biasa \n\nRasa ingin tahu mereka juga sangat tinggi. Kerana itu adalah bagus jika ibubapa boleh bawa anak hiperaktif ini bermain di luar rumah sambil meneroka sesuatu yang baru. Jika tidak ada masa untuk ke sesuatu tempat, boleh saja bawa mereka main di halaman atau taman permainan yang berhampiran. \n\n#4 \u2013 Fikiran Banyak Diisi Dengan Idea\n\nPercaya ataupun tidak, anak hiperaktif ini penuh dengan idea. Buktinya mereka boleh bina sesuatu dengan lego dan sebagainya. Mereka juga boleh bermain dengan menggunakan imaginasi mereka sendiri dengan mudah. \n\nAnak Hiperaktif Jangan Diketepikan, Rujuk Pada Doktor Untuk Bantuan \n\nGolongan hiperaktif ini selalu sangat bertindak terburu-buru dengan mengikut emosi. Mereka tiada rasa takut untuk redah apa saja dan bila tersilap mulalah rasa menyesal setelah itu. \n\nSebagai contoh, anak yang hiperaktif dengan mudah akan membaling mainannya dengan kuat tanda berang akan sesuatu. Akibatnya mainan itu pecah dan rosak. Apabila ini berlaku si anak yang hiperaktif ini akan mula merasa sedih, geram, tekanan dan sebagainya. \n\nSebagai bantuan, ibubapa boleh merujuk pada doktor pakar melalui hospital yang berhampiran. Jangan malu dengan kehadiran anak yang aktif dan sukar di kawal ini. Dan sekiranya\u00a0kanak-kanak\u00a0mengambil ubat yang diberikan oleh\u00a0doktor InshaAllah masalah ini boleh dipantau. \n\nBaca juga anak tak dengar cakap apa patut ibubapa buat, anak lambat jalan lakukan tips ini untuk anda jalan sendiri."
"Minum petang-petang bertemankan kek coklat moist bakar, terasa sangat sempurna. Kek coklat biasanya dimasak dengan cara kukus. Namun pada perkongsian kali ini pula kami akan menunjukkan resepi kek coklat moist versi bakar.\n\nApa perbezaannya? Kedua-dua rasa kek ini sama-sama sedap dan lembut. Namun ada beberapa orang berasumsi bahawa kek coklat yang dibakar lebih sedap berbanding kukus kerana terasa agak rangup dan tidak terlalu lembik. Namun semua terpulang kepada selera masing-masing. Selain itu juga kemudahan untuk anda yang tidak punya pengukus, boleh buat kek dengan cara dibakar.\n\nApapun jenis keknya mestilah menggunakan resepi yang bagus. Jika anda teringin membuat kek coklat moist versi bakar, anda dipersilakan menengok resepi yang kami kongsikan ini. Tentunya resepi ini bukan sembarang resepi kek coklat biasa.\n\nResepi yang telah mendapat perkongsian sangat ramai di laman Facebook, dikongsikan oleh\u200e Hajjah Ana Samad\u200e ini boleh anda jadikan petunjuk untuk membuat kek coklat moist versi bakar. Confirm anda akan menghasilkan kek yang cantik dan lazat. Tunggu apa lagi. Jom buat resepinya!\n\nResepi Kek Coklat Moist Versi Bakar\n\nSelain resepi kek coklat moist versi bakar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Muhammad Al-Fatih adalah seorang tokoh Islam yang merupakan Sultan Turki Uthmaniyah yang ke tujuh. Juga dikenali dengan nama Sultan Muhammad II, Muhammad Al-Fatih dikenali ramai ketika hidupnya bersama kelompok pejuang seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). \n\nBeliau menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah di Turkistan (Turki). Pastinya anda tertanya-tanya, apakah maksud gelarannya \u201cAl-Fath\u201d itu? Seperti Surah Al-Fatihah yang bermaksud surah pembukaan atau \u201cPembuka yang besar\u201d dimana ia bersempena dengan kejayaannya \u2018membuka\u2019 Konstantinople.\n\nNak Cari Contoh Pemimpin Yang Baik?\n\nImam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: \u201cKonstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.\u201d\n\nTak lain tak bukan, ia adalah Sultan Muhammad Al-Fatih. \n\nAkibat Rom Byzantine sering melakukan provokasi dan menghasut kerabat menteri Turki Uthmaniyah, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih mengambil keputusan untuk menakluk Konstantinopel dimana ia adalah pertembungan Eropah dan Asia. \n\nBeberapa sahabat Rasulullah SAW telah syahid dalam peperangan Muktah. Saiyyidina Ayyub Al Ansari r.a juga telah gugur dalam kempen peperangan itu kerana sakit tuanya. Bagi memperingati jasa Saiyyidina Ayyub Al Ansari r.a, Muhammad Al-Fatih telah membina sebuah makan (mausolea) untuk sahabat Nabi SAW itu setelah beliau berjaya menakluk konstantinopel.\n\nBeliau amat sayangkan sahabat dan para tenteranya, serta menghargai segala perjuangan mereka untuk empayar. Biarpun beliau tegas dan murka jika mengalami kekalahan, namun beliau tak pernah putus asa, malah usaha seterusnya lebih kuat daripada sebelumnya. Hebat kan?\n\nSumbangan terbesar Muhammad Al-Fatih dalam hidupnya yang memberi kesan kepada orang ramai adalah beliau mengakhirkan Empayar Byzantine. Nama Constantinople kemudian ditukar kepada\u00a0Kostantiniyye (varian Turki \u201cKonstantaniah\u201d). \n\nDimanakah kerajaan tersebut sekarang? Mustafa Kemal telah menukar nama kerajaan itu kepada nama\u00a0Istanbul. Kini, ia dikenali sebagai nama Istanbul. Siapa yang tak kenal kan? Masjid Al Fatih juga telah dibina bersebelahan makamnya Muhammad al-Fatih di sana. \n\nBukan sahaja itu sumbangannya, terdapat banyak lagi sumbangan, jasa dan sifat peribadi baginda yang seharusnya menjadi contoh buat generasi sekarang dan akan datang. Khas untuk ibu bapa, didiklah anak dengan mencontohi Sultan Muhammad al-Fatih.\n\nMuhammad A-Fatih mempelajari pelbagai ilmu sejak Baginda kecil lagi. Antaranya adalah Ilmu berkaitan Al-Qur\u2019an, thaqafah Islam, ilmu fiqh, astronomi, matematik, ilmu bahasa, kimia, fizik dan juga ilmu perang. Beliau juga sering dikelilingi ulama yang terbaik ketika zaman kecilnya. Apabila berumur 12 tahun, ayahnya melantiknya menjadi sultan.\n\nMuhammad Al-Fatih yang dianggap pemimpin lemah oleh Byzantine itu sebenarnya bukan seperti yang disangkakan. Muhammad Al-Fatih telah mengkaji sebab kejatuhan zaman nenek moyangnya dan mengatur strategi serta mencari masa yang sesuai untuk menakluk Konstantinopel dan akhirnya Beliau berjaya!\n\nBukan sahaja orang Islam beranggapan begitu, tetapi orang bukan Islam juga tahu bahawa Muhammad Al-Fatih bukanlah pemimpin yang zalim. Setelah menakluk Konstantinopel dan membunuh pemimpin mereka ketika itu, Muhammad Al-Fatih menguruskan rakyat mereka secara tidak zalim. Dia adalah pemimpin yang baik kepada rakyat konstantinopel walaupun telah menakluki kawasan itu.\n\nHal ini terbukti apabila Muhammad Al-Fatih diketahui merupakan seorang yang tidak pernah tinggalkan solat fardu, solat sunat dan solat tahajud setiap malam sekalipun. Beliau sentiasa mementingkan ibadah rakyat dan tenteranya juga. \n\nMalah, beliau juga pentingkan ibadah kita iaitu umat Islam yang akan datang. Sultan Muhammad al-Fatih pernah berkata \u201cjika suatu masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising dan gelak ketawa anak-anak riang di antara saf-saf solat di masjid-masjid, maka sesungguhnya takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian di masa itu\u201d.\u00a0\n\nHal ini telah dipesannya sejak awal lagi. MasyaAllah, sebaik-baik raja dan tentera adalah Muhammad al-Fatih dan tenteranya. Kita harus sahut pesanannya dengan menjaga ibadah dan menjadikan contoh kepada anak kita. \n\n5. Dihormati Dan Disanjungi Kerajaan Luar (Bukan Islam)\n\nPada mulanya, kerajaan Republik Venice yang berdagang dengan Konstantinopel juga sudah gerun dengan kerajaan turki Uthmaniyyah pimpinan Muhammad Al-Fatih setelah penaklukan Konstantinopel. Namun, mereka meminta kebebasan dan pendamaian untuk dijamin keselamatan oleh kerajaan Turki. \n\nSultan Muhammad Al-Fatih memberi jaminan keselamatan dan kebebasan melalui laluan perdagangan. Beliau dihormati dan disanjungi oleh kerajaan Republik Venice.\n\nKuatkan diri dalam Islam bermaksud anda kuat beribadah, kuat melakukan amalan baik, meninggalkan larangan, berbaik dalam silaturrahim dan lain-lain lagi. \n\nRasulullah SAW bersabda: \u201cSesungguhnya mereka menundukkan Konstantinople dan Rom dengan membunuh 40,000 jiwa... Ketika mereka membahagi-bahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita kedatangan Dajjal.\u201d \n\nSabda Nabi: \u201cPeperangan yang terbesar ialah tertakluknya Konstantinople. Dan keluarnya Dajjal ialah selama 7 bulan.\u201d \n\nHadis riwayat al-Hakim: \u201cSesungguhnya pasukan yang menundukkan Konstantinople ialah pasukan Hijaz... Kemudian mereka dikejutkan dengan orang meneriakkan tentang kedatangan Dajjal.\u201d \n\nSemuanya akan berlaku apabila tiba masanya nanti. Jika anda ingin jadi yang terbaik seperti Muhammad Al-Fatih atau bersama-sama dengan Muhammad Al-Fatih nanti, jagalah amalan anda dunia dan akhirat.\n\nItulah dia serba sedikit kisah tentang Muhammad Al-Fatih dan sifat-sifatnya. Semoga menjadi contoh untuk anak-anak kita kelak. Jom baca juga sumbangan Ibnu Khaldun dan nasihat Luqman Hakim"
"Bangun pagi, hidung rasa gatal-gatal. Asyik bersin tak henti-henti. Jerawat batu besar-besar tumbuh macam spotlight kat muka. Nafas selalu berbau, tekak selalu berkahak. \n\nPaling sadis, punyalah teringin nak makan seafood tapi kalau makan, pagi esoknya merasalah akibatnya. Rimas betul dengan masalah resdung. Nak tak kalau kami kongsikan punca resdung supaya anda boleh elakkan dan kurangkan gejala resdung yang merimaskan?\n\nDunia yang kita diami pada hari ini adalah sangat tercemar. Pencemaran udara, pencemaran air, dan sebagainya. Udara yang kita sedut tidak lagi bersih seperti dahulu kala, walau pun jika anda menetap di kampung. \n\nUdaranya penuh dengan partikel debu, asap, dan kotoran dari bahan penyembur yang digunakan setiap hari, sektor perindustiran, dan sebagainya. Bahan kimia yang terdapat dalam udara dan air yang kita gunakan setiap hari akan menyebabkan gejala resdung yang anda alami menjadi semakin buruk. Oleh itu, kurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengurangkan daripada terdedah kepada pencemaran yang ada di luar.\n\nTahukah anda bahawa resdung juga merupakan satu penyakit keturunan yang boleh diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya melalui genetik. \n\nOleh itu, jika ada ahli keluarga anda yang lain mempunyai masalah resdung, maka tak hairanlah kalau anda juga mempunyai masalah yang sama. Kemungkinan besar anak anda nanti juga akan akan mewarisi penyakit resdung melalui genetik daripada anda. Janganlah anda bersedih, ini adalah ketentuan illahi. \n\nApa yang anda boleh buat ialah kurangkan gejala resdung dengan mengelakkan punca resdung yang lain. Makan ubat dari doktor jika tak tahan dengan gejalanya.\n\nPunca resdung yang seterusnya alergi di mana anda mendapat resdung disebabkan alahan kepada sesuatu perkara. Sebagai contoh, alahan kepada habuk. Apabila terdedah kepada habuk, anda akan mula gatal hidung, bersin-bersin, dan akhirnya terkena serangan resdung. \n\nSelain habuk, mungkin juga anda elergik dengan penyegar udara yang digunakan dalam kereta. Setiap kali masuk ke dalam kereta dan terdedah kepada bahan kimia yang ada dalam penyegar udara tersebut, gejala resdung anda akan menjadi semakin teruk. \n\nApakah tanda anda mempunyai masalah alergi? berikut adalah di antara tanda alergi yang boleh anda perhaitkan:\n\nOleh itu, jika anda resdung disebabkan oleh alergi, sila kenal-pasti apakah bahan yang mencetuskan alergik tersebut dan jauhkan diri daripadanya. Insya Allah, resdung anda akan berkurangan.\n\n4. Imuniti atau daya tahan lawan penyakit yang semakin rendah\n\nSemakin usia kita meningkat, kadar imuniti atau daya tahan lawan penyakit dalam badan kita juga semakin menurun. Maka badan kita semakin terdedah kepada alergi yang menyumbang kepada meningkatnya gejala resdung yang dialami. \n\nKalau dulu semasa muda, gejala resdung tidak begitu ketara namun semakin berusia, gejalanya menjadi semakin buruk. Malah mengambil masa yang lebih lama untuk hilang. Perkara ini adalah normal. Apa yang boleh anda lakukan ialah berusaha untuk meningkatkan imuniti dengan cara mengambil makanan atau supplement yang boleh meningkatkan imuniti anda seperti Vitamin C. \n\nGejala resdung yang anda alami juga boleh menjadi semakin teruk sekiranya anda makan makanan yang gatal seperti udang, sotong, kerang, ketam, ikan yang gatal seperti sardin, ayam, dan kekacang. \n\nJika anda mempunyai masalah resdung, ia akan menjadi semakin teruk jika anda tidak menjaga pemakanan dan tidak berusaha untuk mengelakkan makanan gatal seperti yang kami senaraikan di atas. Oleh itu, elakkan makanan gatal yang boleh menjadi punca resdung supaya gejala resdung yang anda alami tidak menjadi semakin teruk.\n\n6. Struktur hidung yang tidak normal\n\nPunca resdung yang seterusnya ialah struktur dan bentuk hidung yang tidak normal. Ketidaknormalan pada hidung anda adalah punca kenapa anda mengalami resdung dan sangat sukar untuk disembuhkan. Di antara ketidaknormalan pada hidung yang selalunya menyumbang kepada resdung ialah:\n\nKeadaan-keadaan di atas akan menyeabbkan rongga sinus anda tertutup dan akibatnya, mukus akan terkumpul dalam rongga yang tertutup tersebut lalu menyebabkan berlakunya jangkitan yang menjadi punca resdung. Oleh itu, jika resdung anda adalah disebabkan oleh ketidaknormalan pada bentuk hidung, dapatkan rawatan daripada doktor.\n\nMereka yang resdung kebiasaannya mengalami masalah mukus yang terperangkap dalam rongga sinus yang tertutup. Jika mukus terperangkap untuk tempoh yang lama dan tidak dikeluarkan, ia akan menjadi semakin pekat dan kandungan air dalam mukus akan menyejat. \n\nPerkara ini akan menjadi semakin teruk sekiranya anda tidak minum air secukupnya setiap hari. Makin kurang air yang anda minum, lagi cepat mukus memekat lalu menyebabkan resdung anda menjadi semakin teruk. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya setiap hari.\n\nJika anda seorang perokok atau biasa berada bersama perokok, asap rokok adalah punca resdung yang mungkin anda tak perasan. Rokok bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan anda berisiko untuk mendapat kanser. \n\nMalah ia juga boleh menyebabkan resdung anda menjadi semakin teruk kerana asap rokok akan menyebabkan keradangan pada dinding sinus.\n\nPunca resdung yang seterusnya ialah jangkitan kulat. Rongga hidung kita yang gelap dan lembab adalah persekitaran yang sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat. Risiko pertumbuhan kulat dalam rongga hidung semakin meningkat sekiranya anda mempunyai imuniti yang rendah.\n\nEh macam tak percaya je. Macam mana pula tu? Kandungan klorin yang tinggi dalam air kolam renang akan menyebabkan iritasi pada lapisan hidung dan dinding sinus lalu menyebabkan resdung anda menjadi semakin teruk.\n\nItulah dia 10 punca resdung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca migrain dan punca senggugut"
"Teringin nak makan kuih tepung pelita tapi tak jumpa mana yang sedap? Hendak pergi mendapatkan tepung pelita yang viral malas pula. Apa kata anda cuba resepi kuih tepung pelita ini. Memang gerenti jadi dan puas hati.\n\nKuih tepung pelita sememangnya telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Maka, tak mustahil lah kalau kuih ini selalu habis dijual di pasar malam.\n\nUntuk pengetahuan anda semua, resepi ini telah dikongsi sejak tahun 2016 dan sehingga kini, telah banyak dikongsi sebanyak 5.8 ribu orang. BUkan sedikit orang yang berkongsi tentang resepi ini. Boleh dikatakan resepi wajib cuba\n\nWah. Bukan calang calang resepi yang mendapat share sebanyak itu. Memang confirm sedap.\n\nResepi ini dikongsikan oleh\u00a0Norizan Ismail\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\n2. Letakkan gula dalam 1 sudu besar rate. Kalau nak air gula lagi banyak boleh letak gula 1 sb penuh\n\n3. Kisarkan semua bahagian sehingga sebati. Jangan lama sangat\n\n4. Memang cair. Jangan tambah air\n\n5. Tuangkan dalam bekas yang ada gula tadi dalam separuh bekas\n\n6. Kukus lapisan bawah 10 minit dengan api kuat\n\n7. Sementara lapisan bawah masak, kisar sebati lapisan atas\n\n8. Bila lapisan bawah dah cukup 10 minit, tuang perlahan lapiasan atas\n\n9. Siap tuang lapisan atas, dan kukus lagi 10 minit\n\nNota : Kalau ada air bertakung dalam kuih, buang airnya\n\n*Kami di Bidadari ingin minta maaf di atas kesilapan bahan yang digunkan dalam resepi tepung pelita ini. Resepi sebenar telah dikemaskini.Jadi, jangan takut untuk mencuba ya.\n\nSelain resepi kuih tepung pelita, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih atau kek lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Ketahui cara berpantang selepas bersalin yang sebenar.\n\nDialog biasa yang kita dengar antara orang-orang tua dengan ibu yang baru melahirkan anak.\n\nOrang Tua 1: Jangan makan kubis, jangan minum ais, jangan makan laksa, jangan makan durian. Nanti Dialog biasa yang kita dengar antara orang-orang tua dengan ibu yang baru melahirkan anak.\n\nOrang Tua 1: Jangan makan kubis, jangan minum ais, jangan makan laksa,\u00a0 jangan makan durian. Nanti kau yang akan sakit sendi bila dah tua nanti. Badan penuh angin, sakit tulang nanti.\n\nOrang Tua 2: Betul tu. Jangan lupa pakai pilis, bertungku, berstokin, bertangas. Kalau tak nanti, suami kau cari perempuan lain. Dengar nasihat orang tua. Kami ni semua dah makan garam dulu.\n\nOrang Tua 3: Air jangan minum banyak sangat. Makan sup sayur dengan ikan masin je. Jangan gerak-gerak sangat nanti badan sakit. Jangan lupa pula pakai bengkung, perut menggelebeh nanti.\n\nPersoalannya, betulkah nasihat-nasihat mereka ni? Adakah pengalaman mereka dahulu wajar dijadikan panduan walaupun tiada sebarang kajian yang menyokong semua hujah-hujah tersebut.\n\nInilah dilema yang sering dihadapi oleh para ibu yang baru saja melahirkan anak. Ada yang seakan-akan taksub dengan amalan turun-temurun ni. Ada pula yang berpandangan jauh dan moden menganggap ni semua mitos saja.\n\nJika tak diikuti pelbagai kata-kata perlian dan cacian yang akan diterima. Jika ikut saja pantang lama yang diagung-agungkan, ibu tersebut pula yang terseksa jiwa dan raga. Apa pendapat pembaca sekalian?\n\nKali ini, artikel akan membincangkan soal pantang dari sudut sains. Menurut kata para doktor sakit puan, tiada istilah berpantang sebenarnya. Oleh itu, penulis akan membincangkan isu ini mengikut pandangan doktor sakit puan terkenal di Malaysia.\n\nPada zaman moden ini, ramai wanita yang mempunyai pandangan mereka sendiri soal berpantang. Ini kerana isu berpantang selepas bersalin sangat berkait rapat dengan soal kesihatan diri sendiri dan usaha memulihkan emosi.\n\nWanita yang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan adat, kemungkinan akan mengikut berpantang cara lama. Manakala, yang berfikiran moden lebih menjurus ke arah berbeza.\n\nKetika dalam proses kehamilan, ibu perlu membawa kandungan sehingga lebih sembilan bulan. Pelbagai masalah terpaksa dilalui bermula dari peringkat awal kehamilan. Oleh itu, selepas melahirkan anak, secara automatik tubuh akan menjadi lemah.\n\nBerpantang secara tradisional mengambil masa dalam lingkungan 40 hingga 100 hari. Jangka masa yang panjang ini diambil untuk melegakan emosi, kembalikan bentuk badan yang asal dan supaya anak mendapat khasiat susu badan yang secukupnya.\n\nDikatakan bahawa amalan tradisional ini dapat mengurangkan tekanan perasaan, membetulkan peredaran darah, mengurangkan angin dan sakit kepala. Malahan, ramai yang percaya amalan berurut dapat memanaskan badan dan mengeluarkan peluh.\n\nAmalan berurut, memakai bengkung dan bertangas tidaklah menjadi isu yang besar jika ada ibu yang hendak mengamalkannya. Masih ada ibu-ibu moden yang menggabungkan pantang moden dan tradisional.\n\nNamun, yang selalu didebatkan oleh para doktor sakit puan tentang pantang tradisional ialah soal pemakanan. Kita sedia maklum bahawa dalam amalan pantang secara tradisional, ibu yang baru melahirkan anak tidak boleh menjamah makanan dan minuman sewenang-wenangnya.\n\nAdakah cara pemakanan pantang tradisional itu betul? Wujud ke makanan yang berangin dan sejuk? Bagaimana pandangan sains tentang isu ini?\n\nMenurut Prof. Dr Imelda Balchin iaitu seorang pakar sakit puan yang dikagumi menerusi posting di Facebook miliknya, seseorang ibu yang baru lepas bersalin perlu mengamalkan pemakanan seimbang.\n\nMenurut beliau, selagi tiada masalah kesihatan yang kronik atau alahan pada ibu dan anak, tiada makanan yang perlu dipantang. Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan gaya hidup yang sihat.\n\nBerikut ialah 11 tips cara berpantang selepas bersalin yang diberikan oleh beliau supaya kesihatan ibu terus terjaga sehingga ke usia tua.\n\nJangan tambah gula ke dalam makanan dan minuman melebihi 6 sudu setiap hari. Yang paling penting, baca kandungan gula pada label makanan atau minuman yang dibeli. Jika berpantang tetapi masih minum air manis, bukan saja boleh kena diabetes tetapi juga masalah kegemukan.\n\nJangan tambah garam ke dalam makanan melebihi 1 sudu kecil setiap hari. Garam yang bagus digunakan ialah garam yang mengandungi iodin. Menurut Prof. Imelda, setiap makanan semula jadi tanpa proses juga sudah mempunyai garamnya yang tersendiri. Kalau asyik makan ikan kering, bukan ke berbahaya dan tak berkhasiat?\n\nDalam amalan pantang secara tradisional, memakan biskut dibolehkan. Sebenarnya makanan berproses seperti biskut, roti dan makanan ringan mempunyai kandungan garam, gula, bahan perasa lain yang lebih tinggi.\n\nLebih baik makan makanan yang dikukus, dipanggang, dibakar, direbus dan dibuat sup. Yang paling penting pelbagaikan jenis makanan dan hanya fokus pada makanan tertentu sahaja. Ikutlah piramid makanan yang lengkap dengan karbohidrat, protein, kalsium, zat besi, vitamin, mineral dan sebagainya.\n\nElakkan bahan perasa tambahan seperti MSG, kicap, sos dan bahan-bahan pengawet yang lain. Lebihkan bawang merah, halia, lada hitam, lemon dan bawang putih untuk memberikan perasa semula jadi yang lebih berkhasiat.\n\nIkut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan makan suku-suku dan separuh. Hadkan nasi kepada suku pinggan saja. Sumber protein seperti ikan, ayam dan daging juga perlu diambil suku saja. Lebihkan sayur-sayuran untuk memberi rasa lebih kenyang.\n\n7. Tak Perlu Pantang Sayur dan Buah\n\nTiada istilah angin sebenarnya. Makan saja seperti saranan KKM. Yang penting jangan sesekali makan buah-buahan dalam tin yang mempunyai sirap atau jus di dalam kotak. Serat sayur dan buah bagus untuk mengelakkan sembelit dan kesihatan usus.\n\nJangan sesekali membeli produk kesihatan yang tak berdaftar. Sehingga sekarang khasiat jamu dalam proses pemulihan wanita lepas bersalin masih lagi kabur. Jaga pemakanan dan gaya hidup sudah mencukupi.\n\nJangan catu air. Minum air mengikut keperluan badan iaitu sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Pastikan minum air kosong dan bukannya air manis.\n\nIbu yang baru lepas bersalin boleh membuat senaman kegel, stretching, plank dan berjalan-jalan. Jangan malas bergerak kerana ia akan membuat badan menjadi kurang aktif. Jika risau peranakan jatuh, buatlah senaman kegel dan bukannya makan jamu.\n\nKesemua tips yang dikongsikan ini bukannya hanya dibuat selepas bersalin saja tetapi juga seumur hidup.\n\nMenurut Prof. Imelda berpantang secara moden lebih menjurus pada panduan menjaga kesihatan secara umum. Ia tak tertakluk untuk menjaga kesihatan selepas bersalin saja. Amalan ni boleh dipraktikkan oleh semua orang tak kira wanita atau lelaki.\n\nKonsep dalam sains lebih mudah iaitu amalan berpantang dapat menjaga kesihatan para ibu lepas bersalin dari aspek yang lebih besar. Bukan saja untuk mengelakkan penyakit meroyan, mengekalkan bentuk badan tetapi juga untuk mengelak obesiti, diabetes, strok, kanser dan sebagainya.\n\nOleh itu, berpantang secara tradisional tak wujud sebenarnya dari sudut sudut sains. Ia perlu dilakukan seumur hidup dan bukannya selama 40 atau 100 hari. Cukup anda menjaga pemakanan, elakkan stres dan gaya hidup aktif.\n\nApa pendapat para pembaca pula tenntang cara berpantang selepas bersalin ini? Kongsikan pandangan anda. Jemput juga baca artikel sebab perlu minum air secukupnya ketika berpantang"
"Kerja saya berdepan dengan orang, dengar cerita orang, dengar masalah dan emosi, dengar pemikiran mereka.\n\nSering saya dengar keluhan orang tua: \u201cSaya sudah hilang wibawa\u201d, \u201cSaya sudah tidak boleh lakukan itu dan ini\u201d. \u201cSaya sudah tak kuat, tak boleh memandu. \u201d\n\nKadangkala anak-anak pula yang hilang sabar dengan ibu-bapa mereka yang asyik rasa marah dan kecewa dengan keadaan diri yang semakin lemah.\n\nAda juga orang tua yang jumpa saya dan mahukan saya kembalikan tenaga dan anggota badannya seperti tahap dahulu.\n\nSudah tentu saya tidak dapat lakukan sebab faktor umur.\n\nJika pembaca atau keluarga pembaca ada mengalami perasan dan emosi begini, inilah dia saranan saya.\n\nSetiap manusia akan lalui fasa-fasa ini :\n\n1. Pergantungan: Dari bayi hingga remaja, tahap pergantungan semakin berkurangan.\n\n2. Bebas atau independant : Tahap remaja hingga dewasa dan diperingkat ini semua benda nak dilakukan sendiri dan boleh lakukan sendiri.\n\n3. Saling membantu atau interdependant adalah peringkat dewasa yang matang di mana individu itu sedar bahawa bekerjasama dan saling membantu menghasilkan yang terbaik untuk dirinya dan kerja. Ini adalah peringkat dewasa matang .\n\n4. Pergantungan : Pergantungan diperingkat umur lanjut bermula lebih awal bagi orang yang dapat penyakit yang mencacatkan seperti stroke atau arthritis tapi setiap yang sudah berumur 70 tahun ke atas akan mengalaminya . \n\nMata kurang nampak , kekuatan anggota badan kurang, tenaga kurang . Dalam peringkat ini , seseorang perlukan kematangan untuk lepaskan independance dirinya dan benarkan dirinya ditolong.\n\nAnak-anak pula perlu sedar bahawa ibu/ayahnya sudah tidak seperti dulu dan dia perlu ditolong . Jika dulu dia menjaga anaknya sekarang sudah sampai masanya anak menjaga dia.\n\nBagi orang yang mengalami keadaan ke empat ini , dia perlu redha dengan ketetapan Allah swt dan nilai semula apa yang dia boleh lakukan dengan pengalaman yang ada padanya dan dengan hikmah yang telah diperolehi semasa bekerja dulu .\n\nKapasiti setiap individu berbeza tetapi tanggung jawab semasa masih diberi nyawa ini adalah untuk amal jariah . Disinilah ramai yang tidak faham erti sebenar beramal salih. Ia bukan puasa, mengaji dan solat. Itu adalah tiang agama dan tiang pada amal jariah tetapi amal salih adalah berkhidmat untuk manusia lain.\n\nBagi yang sudah tua tetapi masih waras lakukanlah sekadar mampu dengan kekangan yang ada padanya di mana kekuatan fisikal sudah kurang. Masih banyak yang boleh dilakukan, sebagai contoh, menulis, mengajar, menjadi penasihat dan paling kurang pun, layan cucu ( bukan jaga cucu, itu terlalu sukar untuk orang yang sudah tua).\n\nAntara pahala orang yang rasa kecewa dengan hilangnya kekuatan dan wibawa serta kuasa yang ada pada masa bekerja adalah pahala dari sifat redhanya dan menerima ketetapan Allah swt di masa tua.\n\nSaya amat memahami bahawa jiwa kita tidak tua tetapti badan saja yang tua. Dalam badan tua itu ada jiwa yang muda tetapi jiwa orang tua juga, jika dalam umurnya yang lanjut sudah mengumpul ilmu dan hikmah, maka jiwa itu berbeza dengan jiwa orang muda dengan hikmah yang ada padanya ( orang tua). \n\nSebagai anak-anak, hormatlah orang tua yang sudah lama hidup dan banyak pengalaman . Tidak sama apa yang dia sudah lalui dan alami dengan kamu, anaknya.\n\nAkhirkata, hidup ini akan berakhir untuk orang yang lanjut usia tetapi ruh adalah selamanya dan ruh tetap muda . Pupuklah ruhmy dengan redha dan syukur dan kayakan ruhmu dengan ilmu dan amal salih mengikut kudrat diri masing-masing."
"Kita tidak mahu sakit hati atau \u2018makan hati\u2019 yang memudaratkan kesihatan. Makan hati lembu lagi baik lebih merangsang selera makan perut kenyang hati senang. Menu kali ini ialah hati lembu masak pengantin. Siapa pernah makan masakan ini?\n\nSesuai namanya \u2018masak pengantin\u2019, hidangan ini sememangnya dihidang pada majlis perkahwinan. Namun begitu, tiada salahnya jika anda ingin buat hati lembu masak pengantin untuk lauk tengah hari atau makan malam di rumah.\n\nSedap lauk ini dimakan dengan nasi putih panas. Rasanya sangat lengkap ada pedas, manis, dan wangi yang menyelerakan. Jom cubakan resepi hati lembu masak pengantin yang dikongsikan Ida Zairi di laman Facebook.\n\nSelain hati lembu masak pengantin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Islam mengajar kita untuk mendidik anak kita mengaji sejak kecil lagi. Kenalkan mereka dengan surah-surah dan ayat-ayat al-quran yang indah. Surah-surah ini mempunyai maksud dan akan membantu kita ketika kita berasa susah dan resah.\n\nPada permulaan, anak-anak akan dikenalkan dengan huruh jawi iaitu Alif, Ba, Ta dan seterusnya seperti gambar di bawah :\n\nBagi memudahkan anak untuk pandai mengaji, kita perlu biasakan mereka untuk mendengar surah-surah yang mudah. Cara ini dapat membiasakan diri anak-anak dan mereka akan cepat belajar. Tetapi bukan mudah untuk menarik minat anak-anak untuk selalu dengar surah.\n\nJadi, bagaimanakah cara untuk mengajar anak untuk cepat mengaji?\n\nMari kami kongsikan info sebenar 3 jenis mainan untuk anak mudah mengaji daro kecil. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita. \n\nJenis-jenis mainan untuk anak boleh belajar mengaji\n\nSeawal kelahirannya Ibu memperdengarkan surah- surah yang ada di dalam vcd Juz Amma ini. Tidak dinafikan yang Iman anak yang kuat menangis semasa dalam pantang, namun surah- surah lazim ini mampu meredakan keadaan yang tetang semasa pantang. Biasalah emosi dalam pantang memang semuanya tekanan. \n\nKita mesti menunggu waktu untuk membelikan anak buku kan. Tidak sabar mahu kongsikan ilmu- ilmu daripada buku, namun buku yang ada di kedai tidak mesra bayi. Jadi Ibu memberikan anak softbook ini semenjak umurnya 5 bulan lagi. Boleh gigit, masukkan dalam mulut dan tidak datangkan kecederaan pada bayi.\n\nDulu sangat susah cari softbook ini, kalau ada pun yang berjenama mickey atau disney. Harga tentulah berganda mahalnya. Softbook ini harga pun murah dan yang penting bercirikan islamik. Iman sangat suka sampai bawa tidur sekali.\n\nCantikkan epal ni? Lagi cantik apabila di on dan bergema \u00a0lagu- lagu nasyid serta doa- doa pendek yang mesra telinga bayi. Walaupun kadang- kadang epal ini dilempar sekeliling rumah, namun ianya tahan lasak dan mempunyai lampu warna warni yang boleh menarik minat anak. Sekarang epal ini diwariskan pula pada adiknya Ikhwan.\n\n*Zaman sekarang adalah zaman teknologi di mana, semua perkara boleh dilakukan dengan mudah menggunakan alat yang dicipta. Alat untuk anak kita belajar mengenali huruf jawi juga ada untuk memudahkan pembelajaran anak.\n\nKelas mengaji juga semakin banyak, jadi tiada lagi alasan tiada masa untuk ajar anak mengaji. Ia adalah perkara wajib dalam islam untuk anak mengenali surah dan ayat-ayat al-quran. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Majlis cukur jambul adalah salah satu sunnah. Ia adalah di mana rambut bayi perlu dicukur sehingga botak untuk membuang segala kotoran yang melekat di kepala bayi semasa dalam kandungan. Selepas rambut bayi dicukur bersih, barulah rambutnya dapat tumbuhbaru dengan lebih sihat.\n\nSelepas rambut bayi dicukur habis, maka kulit bayi akan terdedah dan di situ kita akan lihat betapa lembutnya kulit kepala bayi. Namun, ada di kalangan bayi yang kulit kepalanya berkerak dan berkuping. Kenapa ia boleh terjadi di kepala bayi dan bagaimana untuk hilangkannya secara baik?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk atasi anak yang kerap demam panas. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nPunca kepala bayi berkerak dan berkuping\n\nKerak kepala ini muncul kerana pengeluaran minyak di bahagian kepalanya yang kemudian akan mengering dan mengelupas. Ada juga pendapat mengatakan bahawa hormon yang diterima bayi dari ibunya diakhiri kehamilan berlebihan sehingga mengakibatkan masalah tersebut.\n\nDalam minggu-minggu pertama bayi biasanya beberapa orang bayi mengalami pembentukan kerak di bahagian kepala bayi. Ia seakan serpihan kulit seperti kelemumur. Jangan anggap ia perkara yang remeh. Ini kerana jika kerak ini semakin banyak dan tebal akan semakin sukar menghilangkannya.\n\n5 Perkara yang perlu dielakkan jika kepala bayi berkerak\n\n1. Cuaca atau suhu yang panas di ruangan yang membuat bayi berkeringat.\n\n2. Pemakaian topi bayi tempoh masa yang lama.\n\n3. Meletakkan bedak di kepala bayi.\n\n4. Jika kerak sangat tebal, jangan mencuci kepala bayi setiap hari kerana kepala bayi akan semakin kering.\n\n5. Jangan memaksa mengelupas kerak dalam keadaan kering kerana akan membuat kepala bayi terluka.\n\nCara hilangkan kerak di kepala bayi\n\nBerikut ialah langkah demi langkah menghilangkan kerak kepala bayi. Disarankan untuk melakukannya sebelum atau sewaktu memandikan bayi.\n\n\u2013 Sediakan minyak kelapa, berus rambut bayi dan tuala kecil. \u2013 \u2013 Santan kelapa atau minyak zaitun juga boleh digunakan.\n\n\u2013 Letak sedikit minyak pada tuala kecil dan gosokkan pada kulit kepala bayi.\n\n\u2013 Lakukan gosokanlembutdi atas kepala bayi pada kawasan yang didapati mengandungi kerak kepala. Lakukan secara perlahan dan lembut untuk mengelak kulit kepala bayi luka atau melecet.\n\n\u2013 Biarkan minyak itu meresap dalam tempoh minimum 15 minit sehingga 1 jam. Dalam tempoh itu biarkan bayi anda bermain dengan permainan kesukaannya.\n\n\u2013 Selepas tempoh itu, gosok pada bahagian kerak kepala yang telah disapukan minyak tadi dengan menggunakan berus khas bayi. Buat gosokan secara bulatan berulang kali secara lembut. Hati-hati, kulit kepala bayi masih lembut.\n\n\u2013 Setelah itu, basuh rambut bayi menggunakan air untuk mengeluarkan kerak kepala yang masih melekat pada rambut nipis bayi. Untuk lebih berkesan gunakan sedikit syampu atau sabun bayi dan tuala basah untuk mengeluarkan sisa-sisa kerak kepala bayi anda.\n\n\u2013 Selepas kepala bayi dikeringkan, sapukan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk melebatkan rambut bayi anda. Ia seakan menjadi minyak rambut bayi anda. Lakukan pembersihan lagi jika kerak masih ada keesokan harinya.\n\n*Kerak dan kuping di kepala bayi mungkin tidak merbahaya, tetapi masih perlu dicuci dan dibersihkan. Jika tidak dibersihkan, ia akan mengakibatkan kegatalan dan kepala bayi akan berbau bau yang tidak menyenangkan. Jika rasa takut untuk bersihkan sendiri kepala bayi, pergi berjumpa doktor untuk merawatnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Buah kurma adalah salah satu buah yang menjadi kegemaran umat Islam. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari buah kurma ini. Ada banyak buah kurma di pasaran dan antara buah kurma yang paling mendapat perhatian adalah buah kurma Ajwa.\n\nBuah kurma ajwa sangat istimewa kerana ia adalah salah satu jenis kurma yang ditanam di rantau Madina Munawara di Arab Saudi. Ia adalah kurma hitam yang manis, dengan rasa buah yang sedap. Buah kurma Ajwa ini juga sering dikaitkan dengan pelbagai khasiat hinggakan barangsiapa memakan buah kurma ini dengan adab yang betul dapat menangkal racun dan sihir.\n\nTerdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kurma Ajwa merupakan yang paling dikagumi.\u00a0Kurma Ajwa dianggap sebagai buah kurma yang terbaik di dunia dan sangat istimewa malah Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari makan kurma ajwa ini.\n\nMenurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah sekitar 14 abad yang lampau. Masa kini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja. Maka tak hairanlah kenapa harga buah kurma Ajwa ini agak tinggi jika hendak dibandingkan dengan buah kurma yang lain.\n\nApa yang lebih menariknya lagi, kurma Ajwa mempunyai saiz sederhana dengan jumlah kedutan yang lebih banyak berbanding dengan jenis kurma lain. Dan jika diamati dengan betul-betul, kedutan pada kurma Ajwa ini seakan membentuk kalimah Allah.\n\nAdab Ketika Makan Buah Kurma Ajwa\n\nRamai yang tertanya-tanya, apa cara terbaik untuk makan kurma Ajwa yang betul dan mengikut sunah nabi. Sebenarnya, cara yang terbaik untuk makan kurma Ajwa adalah dengan makan sebanyak 7 biji pada setiap pagi. \n\nDengan memakan 7 biji kurma pada setiap ia dapat dijadikan sebagai penawar kepada racun dan juga sihir. \n\nFadilat Jika Memakan 7 Biji Kurma\n\nAda beberapa sabda yang menyebut tentang kebaikan memakan 7 biji kurma pada setiap pagi. Antaranya: Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda:\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0635\u064e\u0628\u0651\u064e\u062d\u064e \u0628\u0650\u0633\u064e\u0628\u0652\u0639\u0650 \u062a\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e\u0627\u062a\u064d \u0639\u064e\u062c\u0652\u0648\u064e\u0629\u064b\u060c \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0636\u064f\u0631\u0651\u064e\u0647\u064f \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0633\u064f\u0645\u0651\u064c\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0633\u0650\u062d\u0652\u0631\u064c\n\nMaksudnya: \u201cSesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.\u201d [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)] Daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :\n\n\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0641\u0650\u064a \u0639\u064e\u062c\u0652\u0648\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u0650\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064b \u2013 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064e\u0627 \u062a\u0650\u0631\u0652\u064a\u064e\u0627\u0642\u064c \u2013 \u0623\u064e\u0648\u0651\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u0650\n\nMaksudnya: \u201cSesungguhnya pada kurma Ajwah \u2018Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.\u201d [HR Muslim (2048)]\n\nAntara Khasiat Kurma Ajwa Pada Diri Kita\n\nDi atas tadi sudah diterangkan tentang cara makan kurma. Jadi, sekarang akan diterangkan pula dengan anda apakah khasiat kurma Ajwa ini pada diri kita. Selain dari khasiat yang dinyatakan dalam hadis di atas, Kurma Ajwa sebenarnya kaya dengan bermacam khasiat pada tubuh badan kita. \n\nDengan bermacam khasiat yang terdapat di dalam kurma Ajwa, tidak hairanlah kenapa kurma ini mendapat sambutan setiap kali Ramadhan walaupun harganya agak mahal.\u00a0 Anda pasti nak tahu apa lagi khasiat yang ada dalam kurma Ajwa.\n\nAntara manfaatnya adalah seperti di bawah ini:\n\n\u00a0 #1 \u2013 Dapat Melindungi Dari Terkena Jangkitan Penyakit\n\nRamai yang tidak tahu, kurma Ajwa sebenarnya mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Dengan antioksidan ini ia dapat mengelakkan daripada diri anda terkena jangkitan penyakit yang merbahaya. Bukan itu sahaja, jika anda makan kurma Ajwa dengan lebih kerap ia dapat meningkatkan lagi kesihatan diri anda.\n\nDengan khasiat dan serat yang terdapat dalam kurma Ajwa, ia sebenarnya dapat membekalkan kepada mereka yang berpuasa supaya kekal cergas sepanjang hari. Bukan itu sahaja, kurma Ajwa juga sebenarnya sangat bagus untuk mereka yang mengandung. Dengan khasiat yang terdapat pada kurma Ajwa, ia dapat membantu ibu meningkatkan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan jangkitan penyakit berbahaya dan dapat mencegah anemia.\n\n#3 \u2013 Dapat Melancarkan Penghadaman Makanan Dan Mengelakkan Sembelit\n\nMemang tidak dinafikan pada bulan Ramadhan, kita mudah terkena sembelit dan ketidakhadaman makanan. Ini kerana, tubuh badan kita kekurangan air pada siang hari. Justeru itu, untuk mengelakkan dari ia berlaku, anda sangat digalakkan untuk mengamalkan pengambilan kurma Ajwa pada waktu sahur dan waktu berbuka puasa. \n\nIni kerana, kandungan serat yang terdapat di dalam kurma Ajwa sangat berkesan untuk melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya dapat memastikan usus anda berfungsi dengan lebih baik.\n\n\u00a0#4 \u2013 Dapat Bantu\u00a0Menguatkan Memori\n\nDengan khasiat yang terdapat di dalamnya, kurma ajwa bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa. Malah, ia juga sesuai untuk kanak-kanak dan juga mereka yang sedang belajar. Dengan sentiasa mengamalkan kurma ajwa dan kurma lain ia akan menguatkan memori anda. Jadi, apa sahaja yang anda hafal anda akan mudah ingat. Tidak hairanlah, ramai pelajar sekolah sentiasa mengamalkan pengambilan buah kurma terutama sekali sewaktu peperiksaan.\n\nTernyata Kurma Ajwa Sangat Istimewa! Seronoknya Kalau Dapat Nikmati Di Bulan Puasa\n\nKurma memiliki banyak sekali khasiat yang baik bagi kesihatan kerana memiliki kandungan vitamin A, kalsium dan besi yang tinggi. Kurma juga sangat mendapat sambutan terutama jika sedang berada di bulan puasa. Terbayang-bayang rupa kurma Ajwa di fikiran dan jika dapat nikmatinya setiap hari, alangkah seronoknya rasa di hati.\n\nBaca juga\u00a0khasiat tomato mengikut kajian , dan Checklist Ramadhan"
"Kalau dah namanya orang Melayu, pasti sahaja tidak boleh lari daripada sambal belacan. Kalau boleh, semua hidangan mahu dihidangkan bersama sambal belacan. Sambal belacan adalah hidangan yang paling ringkas yang boleh dibuat. Ianya juga boleh dimakan bersama dengan hidangan sup, atau bersama ayam atau ikan goreng. Senang cakap, apa apa sahaja apabila digabungkan bersama sambal belacan, kebaboom! Menghasilkan kombinasi yang amat lazat. \n\nKali ini kami bawakan resepi sambal belacan yang banyak supaya anda boleh mencubanya dan jadikannya stok. Jadi selepas ini, ambil sahaja sambal belacan anda dalam peti ais, sedia untuk dimakan bersama hidangan lain. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Incik dan Cik CA dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif di Facebook. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!\n\nResepi ini tidak menggunakan air kosong. Dari air bawang, cuka, air asam limau kasturi. Disini CA buat 5 kali ganda sukatan. Kalau nak buat banyak pun boleh, cuma gandakan sahaja sukatan di bawah. Sambal ni pedasnya tahap rendah sebab guna cili merah besar banyak dari cili hijau Thai.\n\nSambal ini tak perlu tumis ya. Memang warnanya cantik kerana ianya akan dimasak perlahan \u2013 lahan sendiri hasil air perahan limau. Makin lama makin sedap! Resepi yang CA bagi ini adalah untuk 1 sukatan supaya senang nak buat. CA buat dalam gambar itu 5 kali ganda.\u00a0\n\nNota: Alur air (basuh bawah air paip) sekejap, belah dua dan bakar atas pan sehingga perang. Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah itu tebal jadi ia ambil masa lama sedikit untuk masak. Biarkan kulitnya hangit. Kupas apabila hendak dikisar. Tak perlu basuh dah.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi sambal belacan ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan risau, langkah \u2013 langkahnya mudah untuk diikuti dan pasti akan menghasilkan juadah yang menarik. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda ya! Selamat mencuba!"
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi viral iaitu popia cheese. Siapa suka popia cheese? Mesti ramai yang suka bukan? Kanak-kanak bahkan hingga orang dewasa suka akan popia cheese rangup sedap ini.\n\nCara membuat resepi popia cheese sangat mudah semudah 1..2..3 dan cepat siap. Makannya pula cepat habis. Hidangkan satu balang mesti tidak akan cukup. Apatah lagi kalau kanak-kanak yang makan. Mak memang kena buat banyak balang.\n\nSelain dimakan sebagai camilan keluarga. Banyak yang buat popia cheese untuk berniaga juga. Ramai yang suka dan ketagih makan camilan ini. Anda patut cuba resepi daripada Norliana Abdul Aziz\u200e\u00a0di laman Facebook seperti di bawah ini.\n\nSelain resepi popia cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jom kita lihat banyak khasiat kubis bunga.\n\nKubis bunga merupakan antara sayuran wajib yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Kubis bunga adalah salah satu daripada beberapa sayuran dalam spesies brassica oleracea dalam keluarga brassicaceae.\n\nKubis bunga hanya dimakan di bahagian jambaknya sahaja iaitu sama seperti brokoli. Nama bahasa Inggerisnya ialah \u2018cauliflower\u2019 yang berasal dari gabungan perkataan Latin iaitu \u2018caulis\u2019 (kubis) dan \u2018flower\u2019 (bunga).\n\nKubis bunga kaya dengan serat, folat, air, rendah lemak dan rendah karbohidrat. Ia mempunyai beberapa fitokimia yang banyak terdapat dalam keluarga kubis yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia.\n\nMalahan, ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin K, vitamin B-6, tiamin, riboflavin, niasin dan alfatokoferol. Kubis bunga juga menyediakan sejumlah mineral penting seperti kalsium, magnesium, kalium dan mangan.\n\nOleh itu, dalam artikel ini, penulis ingin berkongsi khasiat bunga kubis menurut sains yang pasti membuat anda teruja. Bagi sesiapa yang tidak suka makan kubis, lebih-lebih lagi bunga kubis, anda pasti akan berubah hati selepas mengetahui manfaatnya.\n\nBagi yang ada masalah usus, anda boleh cuba minum setengah gelas jus bunga kubis setiap hari. Masalah usus yang dihadapi boleh berkurangan jika amalkannya secara konsisten kerana kubis bunga kaya dengan serat yang baik untuk kesihatan usus.\n\nSelain dijadikan jus, anda boleh amalkan bunga kubis dalam pemakanan harian. Jangan sesekali masak terlalu lama kerana khasiatnya boleh hilang. Cukuplah sekadar mencelurnya dalam air panas selama beberapa minit.\u00a0\n\n#3 Kurangkan paras gula pesakit kencing manis\n\nBagi pesakit kencing manis, mereka perlu menjaga makanan yang tidak meningkatkan paras gula dalam darah. Kubis bunga kaya dengan serat dan rendah karbohidrat yang sesuai untuk pesakit kencing manis.\n\nJika anda ingin mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan kolestrol tinggi dalam badan, amalkan memakan kubis bunga. Anda boleh memakannya dengan nasi atau dijadikan jus.\n\nKandungan vitamin K di dalamnya bersifat antiradang. Apabila kita makan bunga kubis secara teratur, ini akan memastikan perjalanan darah yang sihat kerana ia membantu menjaga pembuluh darah. Oleh itu, risiko strok kepada pesakit jantung dapat dikurangkan.\n\nVitamin C dan selenium di dalam bunga kubis dapat membantu memperkuat sistem ketahanan tubuh manusia. Oleh itu, kita tidak mudah penyakit seperti selsema dan demam.\n\n#7 Bagus untuk orang yang berdiet\n\nApabila sedang berdiet, kita digalakkan mengurangkan pengambilan karbohidrat. Justeru, bunga kubis merupakan pilihan yang paling baik kerana ia rendah karbohidrat dan tidak mengandungi zat tepung. Malahan, ia berkesan untuk menurunkan berat badan.\n\nSemasa proses kehamilan, wanita digalakkan makan bunga kubis yang kaya dengan folat, vitamin A, B dan C. Ia sangat baik untuk kesihatan janin dalam kandungan.\n\nSerat yang terdapat di dalam bunga kubis dapat melancarkan pembuangan najis. Jika anda ada masalah sembelit, minumlah jus bunga kubis.\n\nDi dalam bunga kubis terdapat zat kolina yang tinggi. Kebanyakan orang mengalami kekurangan zat ini yang boleh mengakibatkan lemak hati, kerosakan sel dan DNA, kerosakan otot dan mendapat sakit jantung. Kolina bagus untuk perkembangan otak.\n\nKandungan vitamin C di dalam kubis bunga memainkan peranan dalam penghasilan kolagen yang boleh melindungi tulang dan sendi. Malahan, vitamin K di dalamnya dapat menambah ketumpatan tulang dan mengelakkan kadar keretakan.\n\nKandungan antioksidan di dalam bunga kubis dapat melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas.\n\nSulforaphane merupakan antioksidan yang mengeluarkan enzim yang dapat merencatkan pertumbuhan kanser dan ketumbuhan. Ia mampu membunuh sepenuhnya sel-sel kanser yang sudah rosak.\n\nKubis bunga mengandungi asid folik yang dapat memastikan fungsi sistem pembiakan yang baik bagi wanita.\n\nKelebihan kubis bunga untuk lelaki ialah kesan yang baik terhadap libido. Malahan, ia dapat mengekalkan stamina dan kecergasan.\n\nVitamin dan mineral yang terdapat di dalam kubis bunga membantu mengekalkan aktiviti dan minda yang kuat semasa usia lanjut. Ia menguatkan sendi dan tulang sejak dari zaman muda lagi.\n\nVitamin C di dalam kubis bunga dapat membantu penyerapan zat besi dalam darah. Di samping itu, ia juga meningkatkan kadar hemoglobin dan amat baik dijadikan diet harian oleh pesakit anemia.\n\nGangguan pernafasan biasa terjadi apabila virus menggganggu pita suara pada larinks, paru-paru, trakea dan bronkus. Masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan minum jus kubis bunga setiap hari.\n\nKandungan antioksidan dan vitamin C yang terkandung dalam kubis bunga sangat baik untuk melindungi kesihatan mata. Ia dapat melindungi mata daripada pelbagai masalah seperti katarak dan sebagainya.\n\nKandungan antioksidan yang tinggi dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar UV. Malahan, ia dapat mengelakkan risiko kanser kulit dan melindungi sel-sel kulit.\n\nKandungan silikon di dalam kubis bunga dapat mengilatkan, menyuburkan dan menguatkan akar rambut. Oleh itu, pertumbuhan rambut juga menjadi sihat dan masalah rambut gugur dapat dikurangkan.\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang 21 khasiat kubis bunga bagi kesihatan manusia. Pasti anda terkejut kerana khasiatnya bukan calang-calang. Ia merangkumi dari hujung rambut hingga hujung kaki.\n\nSelain rasanya yang lazat, ia memberikan manfaat dari aspek kecantikan dan kesihatan. Oleh itu, berikan anak-anak anda makanan yang mengandungi kubis bunga sejak awal lagi. Semoga bermanfaat. Baca juga artikel khasiat petai dan khasiat ulam"
"Penyakit Infuenza berlaku setiap tahun pada bulan-bulan tertentu. Jangkitan Influeanza adalah jangkitan biasa yang selalu berlaku di Malaysia. Jangkitan Influenza selalu berlaku di kalangan kanak-kanak kerana mereka lebih mudah dijangkiti daripada orang dewasa.\n\nSecara umumnya, penyakit influenza merupakan jangkitan oleh virus influenza yang menyebabkan gejala seperti demam selesema atau\u00a0flu, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan. Jangkitan influenza mudah menular, terutama di tempat-tempat tumpuan orang awam seperti sekolah, asrama, institusi latihan dan kem. Kebanyakan pesakit influenza mengalami gejala ringan dan sembuh tanpa rawatan.\n\nTetapi ada juga kes, seorang kanak-kanak meninggal kerana penyakit Influenza. Oleh itu, jangan ambil mudah mengenai penyakit Influenza. Jadi, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah berjaga-jaga daripada dijangkiti Influenza. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\n\u25feMengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat.\n\n\u25feGolongan berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.\n\nLangkah berjaga-jaga bagi individu mempunyai Influenza\n\nIndividu yang mempunyai gelaja jangkitan influenza pula disarankan amalkan langkah-langkah dibawah ini, sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza:\n\n\u25feBerehat di rumah. Jika pergi ke tempat awam, pakai penutup hidung dan mulut dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan.\n\n\u25feMenutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah.\n\n\u25feElakkan daripada berkongsi peralatan peribadi seperti tuala mandi, sapu tangan dan sebagainya dengan orang yang lain untuk mengurangkan risiko jangkitan.\n\nKKM juga menasihatkan mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan pesakit terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun seperti berikut:\n\n\u25feJika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging);\n\n\u25feElakkan beri ubat NSAIDS(ibuprofen, voren, dsb) untuk kurangkan demam kerana ia boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak.\n\n\u25feMemastikan pesakit minum air secukupnya supaya kekal terhidrat.\n\n\u25feBawa pesakit berjumpa doktor sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai selsema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.\n\n*Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jangkitan Influenza tidak termasuk di bawah senarai penyakit berjangkit yang wajib dilaporkan / notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Namun begitu, masyarakat perlu menjaga kesihatan diri baik-baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Jom lihat beza air mineral dan air minuman.\n\nJika berasa dahaga, dalam fikiran kita hanya hendakkan air mineral untuk memberi kelegaan pada tekak dan menghilangkan rasa haus. Tanpa banyak fikir, kita akan terus menuju ke rak yang menjual adan terus membayar harganya.\n\nNamun, pastikah anda air minuman yang dibeli itu memang betul-betul air mineral atau sebaliknya? Sebenarnya apa itu air mineral? Sama yang macam kita minum di rumah? Banyak persoalan yang perlu dijelaskan kepada masyarakat agar tidak terkeliru.\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sesiapa yang mengambil air mineral semula jadi atau air minuman berbungkus untuk tujuan kegunaan manusia dan dijual perlu mendapatkan lesen punca air tersebut. Ini termaktub dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.\n\nPerbezaan Air Mineral dan Air Minuman\n\nSecara umumnya, semua air adalah sama. Yang membezakan setiap air tersebut ialah kandungan bahan larut seperti mineral, bahan organik dan bahan cemar. Perbezaan ini bergantung kepada punca, cara rawatan dan proses pemprosesan yang digunakan.\n\nBagi memudahkan pemahaman pembaca, di bawah ini disenaraikan perbezaan air mineral dan air minuman mengikut kategorinya.\n\nTerdapat pelbagai jenis mesin air dalam pasaran yang dikatakan sangat mujarab bagi mengubati penyakit tertentu. Itulah sebabnya masyarakat sering terkeliru dengan nama osmosis berbalik, osmosis songsang, R.O Water, air suling dan Ozon Water.\n\nSebenarnya kesemua ini merupakan jenis kaedah rawatan ke atas air yang dilakukan \u00a0untuk air minuman. Secara umumnya proses ini bertujuan untuk menghilangkan bau, rasa dan klorin. Osmosis berbalik digunakan untuk membuang atau mengurangkan mineral. Manakala, ozon digunakan untuk membunuh kuman.\n\nDiharapkan penerangan tentang perbezaan air mineral dan air minuman dapat memberi informasi kepada para pembaca. Jika anda perasan harga setiap air yang dijual berbeza-beza, lebih-lebih lagi bagi air mineral jangan cepat melatah.\n\nSetiap pengilang membuat proses rawatan yang mungkin berbeza misalnya harga bagi aie mineral Spritzer sedikit mahal berbanding jenama Cactus. Ia bergantung kepada proses yang dijalankan.\n\nMalahan, terdapat juga air mineral jenama Evian yang berkali ganda lebih mahal berbanding yang biasa kerana ia diimport dari Perancis. Air mineral ini dihasilkan daripada air mineral tulen dari pergunungan di Perancis.\n\nMalahan, dari segi rasa, air Evian ini sedikit berbeza berbanding air mineral yang lain. Rasanya sedikit masin, payau dan kelat kerana kandungan mineral yang tinggi. Ada yang berpendapat ia seakan-akan rasa air zam-zam.\n\nJusteru, mulai dari hari ini, anda sepatutnya sudah tahu yang mana air mineral dan air minuman. Jika penutup berwarna putih, itu ialah air minuman. Jika penutup berwarna-warni, itu ialah air mineral.\n\nYang paling penting, jangan lupa minum air sekurang-kurangnya 8 gelas pada setiap hari. Jika melakukan aktiviti berat seperti bersenam, berkebun dan sebagainya, minum air lebih banyak. Air sangat penting untuk kesihatan tubuh kita. Moga bermanfaat.\n\nJemput juga baca artikel piramid makanan dan makanan tidak baik untuk anak"
"Ramadan sudah menjelma. Tentu seluruh umat Islam menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran.\n\nBersahur, berbuka dan berterawih di masjid sudah pasti menjadi amalan sekeluarga sempena bulan yang mulia ini.\n\nBukan kita sahaja yang bersemangat, anak-anak juga tidak kurangnya. Meriah masjid dengan kehadiran mereka yang tidak ketinggalan bersama ibu bapa masing-masing belajar tentang ibadah yang dilakukan di bulan penuh keberkatan ini.\n\nNamun, pembelajaran tentang rukun Islam ke-3 ini tidak terhad hanya berpuasa dan berterawih sahaja di masjid. Pelbagai aktiviti menarik juga turut boleh kita jalankan di rumah.\n\nJom lihat 11 aktiviti menarik yang boleh dilakukan sempena Ramadan ini bersama anak-anak.\n\nBagi menyemarakkan bulan Ramadan, hiasi sudut bermain anak-anak dengan bertemakan bulan yang mulia ini.\n\nMereka pasti teruja untuk menggunting, menampal dan menggantung pelbagai hiasan yang berwarni-warni seperti anak bulan dan replika masjid.\n\nAmbil peluang untuk mengajar anak-anak tentang bulan-bulan dalam yang terdapat dalam kalendar Islam. Jadikan aktiviti ini menarik dengan idea kraf yang kreatif.\n\nKurma memang sinonim dengan bulan Ramadan kerana ia makanan sunnah. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan hanya bertemakan kurma.\n\nLihat aktiviti adik Amsyar kita ini, beliau bersama ibunya belajar cara bagaimana untuk menghasilkan susu kurma. Selain belajar tentang minuman yang berkhasiat, anak-anak juga akan mempelajari pelbagai skil seperti cara menggupas kurma, menyukat susu dan menggunakan mesin pengisar.\n\nWah! Menarik bukan?. Sangat mudah dan ringkas. Jom buat bersama anak-anak di rumah.\n\nIbadah puasa adalah salah satu rukun yang terdapat dalam Rukun Islam.\n\nSambil beraktiviti, secara tidak langsung anak-anak akan terdedah dengan asas Rukun Islam yang menjadi pegangan setiap umat Islam sejak kecil lagi.\n\nHangatkan projek ramadan anak dengan mendekorasi tabung sedekah. Ini adalah kesempatan yang baik untuk mendidik anak tentang amalan mulia bersedekah bagi membantu golongan yang lebih memerlukan.\n\nTabung sedekah ini bukan sahaja hanya diletakkan di rumah, pihak sekolah juga boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan tabung sedekah di sekolah masing-masing.\n\nWaktu iftar adalah saat yang ditunggu oleh semua umat Islam. Kemeriahan ini bukan sahaja dirasai oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga pasti tidak sabar menunggu waktu berbuka puasa.\n\nAjak anak untuk bersama-sama merancang menu iftar buat keluarga. Pelbagai resepi ringkas dan mudah boleh dilakukan bersama anak seperti menu sandwich, agar-agar dan aneka kek yang berwarni-warni.\n\nMari kita berkraftiviti bersama anak-anak dengan menghasilkan tasbih yang pelbagai corak dan warna.\n\nAnak-anak memang sukakan aktiviti seperti ini dimana mereka diberi peluang untuk menghasilkan sesuatu benda dengan hasil tangan mereka sendiri.\n\nBeli sahaja bahan-bahan untuk membuat tasbih ini di Kedai DIY kerana harganya sangat murah dan mempunyai pelbagai pilihan.\n\nBulan Ramadan adalah peluang untuk kita tanamkan kecintaan anak-anak terhadap Al Quran. Rancang aktiviti bertadarus atau hafazan mengikut tahap kemampuan dan target yang bersesuaian dengan mereka.\n\nBukan sahaja hafalan, malah ibu bapa juga boleh berdiskusi bersama mereka tentang pelbagai kisah dan asbabul nuzul setiap surah dalam al quran itu.\n\nAktiviti ini akan lebih menarik andai ibu bapa menyelitkan unsur seni dan kraf di dalamnya supaya dapat membantu dalam proses penghayatan dan kefahaman anak-anak.\n\nCarta ini ibarat penghargaan positif anak-anak apabila mereka telah mencapai sesuatu target dalam proses pembentukkan tingkahlaku yang positif.\n\nSebagai contoh, solat di awal waktu, puasa penuh, menghafal surah dan berjemaah di masjid. Lekatkan sticker\u00a0pada carta ramadan apabila mereka berjaya mencapai target yang ditetapkan.\n\nHanya menggunakan bahan-bahan terpakai, hasilkan satu replika masjid atau kaabah bersama anak-anak.\n\nAktiviti yang sangat menjimatkan kos!. Mereka juga boleh menghasilkan pelbagai idea yang kreatif bagaimana untuk mendekorasi dan mencipta sebuah replika tersebut.\n\nKenalkan anak-anak dengan pahlawan-pahlawan Islam yang hebat pada masa dahulu. Tanamkan semangat berjuang dan membela Islam dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.\n\nGantikan watak-watak superhero di luar sana dengan pahlawan Islam seperti Saidina Ali bin Abi Thalib, Saad bin Abi Waqas dan Khalid bin Walid.\n\nSemarakkan bulan Ramadan ini dengan pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak di rumah. Ini adalah masa terbaik untuk mendidik anak akan ibadah puasa yang terkandung dalam rukun Islam ke-3 ini. Selamat berpuasa semua!\n\nSumber: Perkongsian Puan Nurul Syuhada Hashim di laman facebook milik beliau."
"\u200eMenghimbau nostalgia waktu zaman kecik-kecik. Selalunya orang dulu-dulu suka masak lempeng pisang. Kalau zaman sekarang lempeng pisang dapat dijumpai di pasar-pasar malam.\n\nLempeng pisang ialah kuih tradisional masyarakat Melayu. Lempeng pisang bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Namun adunan lempeng pisang diperbuat daripada pisang yang dilenyekkan bersama tepung gandum kemudian selalunya dimasak diatas kuali leper.\n\nKalau zaman dulu memasak lempeng ialah dengan cara dibakar atas sabut. Zaman sekarang pula dibakar di atas magic pan sahaja. Seperti resepi lempeng pisang yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad\u200e di Facebook. Hal ini tentunya lebih memudahkan anda yang tidak boleh membakar menggunakan sabut.\n\nJenis pisang yang sesuai untuk dijadikan lempeng ialah pisang berangan. Kerana rasanya yang manis dan lembut. Tanpa tunggu lama. Mari tengok resepinya di bawah ini. Hidangkan lempeng pisang kepada keluarga anda sebagai camilan minum petang-petang. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi lempeng pisang, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anak menangis tidak mahu ke taska [Chatherine]\n\nAdakah anda mempunyai masalah ini? Anak menangis bila dihantar ke taska untuk pertama kali? Berasa kasihan tetapi akhirnya terpaksa berbuat demikian keranan tuntutan pekerjaan? Semoga tips yang dikongsi ini membantu. Artikel ini juga boleh dibaca di DoktorBudak.\n\nBerikut adalah antara perkongsian dan masalah yang diterima. Semoga jawapan yang diberikan membantu.\n\nDoktor, anak saya berusia 1 tahun 11 bulan dan sudah 2 minggu saya menghantarnya ke nursery/taska. Untuk pengetahuan doktor anak saya dihantar kepada pengasuh sejak berusia 2 bulan.\n\nNamun sejak akhir-akhir ini pengasuhnya kerap tidak sihat dan mencadangkan kepada saya untuk menghantar anak saya ke nursery.\n\nWalaupun sudah 2 minggu, anak saya masih menangis tiap kali dihantar dan diambil dari nursery. Apabila ditanya, dia akan menjawab \u2018takut sekolah\u2019. Kebelakangan ini juga dia sering mengamuk sekiranya membantah apa yang dikehendakinya.\n\nPada pendapat doktor, adakah ini akan menggangu perkembangan emosi anak saya dan apakah kesannya kepada perkembangan emosi anak saya.\n\nAdalah normal bagi kanak-kanak yang berumur antara 7 bulan dan keatas untuk mempunyai \u2018stranger anxiety\u2019. \u2018Stranger anxiety\u2019 adalah salah satu pencapaian tumbesaran (milestone) dari segi pertumbuhan sosial seorang kanak-kanak. \u2018Stranger anxiety\u2019 atau dengan bahasa mudahnya ialah \u2018takut orang\u2019, atau takutkan seseorang yang mereka tidak kenali.\n\nMereka juga mula mengalami \u2018separation anxiety\u2019 atau takut/ gentar untuk berpisah dengan ibubapa. \u2018Separation anxiety\u2019 juga adalah sesuatu yang normal bagi kanak-kanak yang berumur sedemikian.\n\nPekerja-pekerja di nurseri adalah orang-orang yang anak puan tidak kenali, dan memang wajar beliau merasa takut dan menangis. Anak puan mungkin akan mengambil masa berminggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan yang baru.\n\nNamun, sekiranya \u2018separation anxiety\u2019 berlaku dengan tiba-tiba atau berpanjangan, ada kemungkinan ada perkara lain yang berlaku. Perkara seperti penderaan atau buli boleh menyebabkan anak mengalami \u2018separation anxiety\u2019 yang berpanjangan.\n\nSetiap kelakuan kanak-kanak ada makna di sebaliknya. Setiap kelakuan yang negatif selalunya ada mesej yang mereka cuba sampaikan kepada kita. Setiap kelakuan adalah hasil dari satu keperluan yang tidak dipenuhi (a need not being met).\n\nDi dalam keadaan ini, anak Puan Siti mengamuk menandakan ada sesuatu keperluan yang tidak dipenuhi. Bincanglah dengan pengasuh di nurseri mengenai masalah ini. Dapatkan laporan yang terperinci mengenai kelakuan anak di nurseri.\n\nAdakah dia menangis sepanjang hari? Atau dia menangis hanya beberapa minit semasa dihantar? Adakah dia menangis hanya pada orang-orang tertentu? Pastikan tiada penderaan yang berlaku. Periksa sekiranya terdapat ada kesan-kesan penderaan.\n\nSekiranya anak puan telah boleh bercakap, berceritalah dengan dia mengenai nurseri itu dan cuba kenalpasti apakah yang menyebabkannya \u2018takut sekolah\u2019 dari cerita beliau.\n\nSecara amnya, sekiranya kita ingin menghantar anak ke suatu tempat yang baru seperti pengasuh atau sekolah yang baru, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kerunsingan atau \u2018anxiety\u2019 anak, dan mencepatkan proses penyesuaian diri.\n\n\u2022 Bercerita dan berbual dengan anak mengenai sekolah baru eg \u2018nanti adik akan ke sekolah baru, nama sekolah tu ABC, nama cikgu..\u2019. Janganlah menghantar anak secara tiba-tiba tanpa sempat membuat persediaan emosi yang secukupnya untuk anak.\n\n\u2022 Kenalkan kepada pengasuh yang baru, sebelum tinggalkan anak di tempat baru.\n\n\u2022 Sekiranya boleh, cuba tinggalkan secara berkala e.g. hanya 10 minit di hari pertama, 30 minit di hari kedua dan seterusnya (bergantung dan sesuaikan dengan umur anak).\n\n\u2022 Bekalkan barang/ permainan kesayangan anak seperti selimut, bantal yang anak suka."
"Anda sedang merancang percutian ke Kuala Lumpur? Jom kami kongsikan 11 homestay di Kuala Lumpur dengan lokasi strategik, selesa dan harga berpatutan.\n\nAmethyst Love Guesthouse menawarkan penginapan di Kuala Lumpur, serta berjarak 400 meter dari Berjaya Times Square dan 6 minit berjalan kaki dari Fahrenheit 88. Ia menawarkan WiFi percuma dan lounge berkongsi. Penginapan yang mempunyai teres matahari ini terletak berhampiran dengan tempat menarik seperti The Weld. Starhill Gallery berjarak 7 minit berjalan kaki dari sini.\n\nUnit-unit di rumah tamu ini menyediakan ruang tempat duduk. Semua bilik juga dilengkapi dengan mesin cuci pinggan mangkuk.\n\nKakitangan yang fasih dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Rusia dan Cina di penerimaan tetamu boleh menawarkan maklumat sepanjang masa.\n\nAquaria KLCC dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur berjarak 1 km dari Amethyst Love Guesthouse. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, yang berjarak 18 km dari penginapan ini.\n\nBukit Bintang adalah pilihan hebat pelancong yang berminat dengan\u00a0hiburan,\u00a0pasar\u00a0dan\u00a0lawatan mesra keluarga.\n\nIni adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Kuala Lumpur menurut reviu bebas.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kuala Lumpur! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPasangan terutamanya suka lokasi ini \u2014 mereka menilaikannya\u00a09.6\u00a0bagi lawatan untuk dua orang.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kuala Lumpur! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nTerletak di dalam taman peribadi, Tiny garden menyediakan tempat penginapan gaya penginapan dan sarapan di Kuala Lumpur. Tetamu boleh menikmati hidangan di rumah. WiFi percuma disediakan di seluruh penginapan.\n\nBilik-bilik berhawa dingin ini mempunyai ruang tempat duduk dan dilengkapi dengan almari pakaian. Bilik mandi en suite termasuk bidet dan alat pengering rambut.\n\nTetamu boleh mendekati kaunter penerimaan tetamu 24 jam untuk mengaturkan lawatan dan sewa basikal untuk menerokai kawasan sekitarnya.\n\nTempat-tempat menarik berhampiran Tiny garden termasuk Aquaria KLCC, Starhill Gallery dan Dinner in the Sky KL. Ia berada 1.6 km untuk ke Zoo Kebangsaan. Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas berada 7 km jauhnya. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang berjarak 23 km dari tempat penginapan ini.\n\nPasangan terutamanya suka lokasi ini \u2014 mereka menilaikannya\u00a08.3\u00a0bagi lawatan untuk dua orang.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kuala Lumpur! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nMarquee Guest Houzz terletak bersebelahan dengan Pasar Seni. Ia menawarkan penginapan asas yang selesa dalam jarak 3 minit berjalan kaki dari Stesen Putra LRT Pasar Seni dan Jalan Petaling yang terkenal. WiFi disediakan secara percuma di seluruh tempat penginapan ini.\n\nTempat penginapan bebas rokok ini menawarkan bilik-bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin, lantai kayu serta peti keselamatan individu untuk tetamu. Bilik-bilik di sini menyediakan tandas berkongsi dan bilik mandi berkongsi dengan kemudahan pancuran mandian.\n\nDi Marquee Guest Houzz, anda boleh berehat dan bersantai di ruang lounge umum di mana majalah disediakan untuk bacaan. Kemudahan simpanan bagasi disediakan. Kemudahan parking disediakan dengan bayaran tambahan. Kakitangan yang mesra di sini fasih berbahasa Inggeris, Melayu dan Cina.\n\nRumah tamu ini terletak hanya 7 minit berjalan kaki untuk ke Dataran Merdeka dan 15 minit pemanduan untuk ke kawasan Segi Tiga Emas yang terkenal. Terdapat kedai mudah beli 99Speedmart di bawah rumah tamu ini. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak lebih kurang 45 minit pemanduan.\n\nIni adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Kuala Lumpur menurut reviu bebas.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kuala Lumpur! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPasangan terutamanya suka lokasi ini \u2014 mereka menilaikannya\u00a08.7\u00a0bagi lawatan untuk dua orang.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kuala Lumpur! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nNatalie Guesthouse terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, hanya dalam jarak 2.3 km dari Menara Berkembar Petronas. Ia menyediakan bilik-bilik yang berpatutan dan dilengkapi secara ringkas. Wifi disediakan secara percuma di tempat penginapan ini.\n\nRumah tamu ini terletak dalam jarak 500 meter dari Terminal Bas Pudu Sentral. Pusat beli-belah yang popular, termasuk Farenheit 88 dan Sungei Wang Plaza, terletak kurang daripada 2 km dari rumah tamu ini.\n\nSemua bilik dinyamankan dengan kipas. Sebahagian besar daripada bilik-bilik ini dilengkapi dengan katil-katil 2 tingkat. Para tetamu juga mempunyai akses ke kemudahan bilik mandi berkongsi yang menyediakan pancuran mandian air panas.\n\nNatalie Guesthouse mempunyai meja penyambut tetamu yang dibuka 24 jam dan kawasan dapur berkongsi. Para tetamu juga boleh berehat atau berbual-bual bersama tetamu lain di kawasan lounge umum.\n\nIni adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Kuala Lumpur menurut reviu bebas.\n\nPasangan terutamanya suka lokasi ini \u2014 mereka menilaikannya\u00a08.4\u00a0bagi lawatan untuk dua orang.\n\nSojourn Guest House terletak di Kuala Lumpur, 2.9 km dari AEON Taman Maluri dan menawarkan kemudahan seperti lounge berkongsi. Tempat penginapan ini menampilkan kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan restoran. Tempat penginapan ini terletak di daerah Ampang dan TREC KL berjarak 3.9 km jauhnya.\n\nSetiap bilik di rumah tamu ini mempunyai almari pakaian dan TV skrin rata. Bilik-bilik menyediakan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. Bilik-bilik terpilih mempunyai ruang tempat duduk.\n\nSarapan \u00e0 la carte boleh dinikmati di tempat penginapan ini.\n\nStarhill Gallery dan Fahrenheit 88 masing-masing berada 5 km dari Sojourn Guest House. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang berjarak 23 km dari penginapan ini.\n\nPasangan terutamanya suka lokasi ini \u2014 mereka menilaikannya\u00a08.0\u00a0bagi lawatan untuk dua orang.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kuala Lumpur! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\n6.\u00a0Binjai 8 Near KLCC (City Rain )\n\nBinjai 8 Near KLCC (City Rain) menawarkan penginapan di Kuala Lumpur dengan WiFi percuma dan pemandangan bandar. Ia mempunyai kolam renang luaran, pusat kecergasan dan bar. Suria KLCC terletak dalam jarak 8 minit berjalan kaki dari homestay ini.\n\nHomestay ini dilengkapi dengan TV skrin rata, ruang tempat duduk, dapur dengan peti sejuk dan bilik mandi.\n\nKakitangan yang fasih berbahasa Inggeris, Melayu dan Cina di kaunter penyambut tetamu sentiasa sedia membantu anda pada bila-bila masa.\n\nMenara Berkembar Petronas terletak 700 meter dari Binjai 8 Near KLCC (City Rain), manakala Pusat Konvensyen Kuala Lumpur berjarak sejauh 700 meter dari penginapan ini. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berjarak 19 km jauhnya.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kuala Lumpur! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPasangan terutamanya suka lokasi ini \u2014 mereka menilaikannya\u00a09.5\u00a0bagi lawatan untuk dua orang.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kuala Lumpur! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\n7.\u00a0Ana elysees of sakura suite KLCC\n\nAna elysees of sakura suite KLCC\u00a0 menawarkan penginapan dengan pemandangan taman dan teres dalam jarak sekitar 300 meter dari Dinner in the Sky KL. Homestay ini menyediakan taman dan kemudahan barbeku.\n\nHomestay berhawa dingin ini terdiri daripada 2 bilik tidur serta mempunyai 2 bilik mandi dengan tab mandi panas dan peralatan mandian percuma. Dapur dilengkapi dengan ketuhar, microwave dan alat pembakar roti.\n\nKakitangan di kaunter penerimaan tetamu 24 jam fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Cina.\n\nTetamu di Ana elysees sakura suite KLCC\u00a0 dialu-alukan untuk menggunakan tab mandi panas dan sauna. Selain kolam renang luaran, Ana elysees sakura suite KLCC\u00a0 juga mempunyai taman permainan kanak-kanak.\n\nTempat menarik yang menarik berhampiran Ana elysees sakura suite KLCC\u00a0 termasuk Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang terletak 18 km dari Ana elysees sakura suite KLCC\n\nIni adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Kuala Lumpur menurut reviu bebas.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kuala Lumpur! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\n8.\u00a0Little Bear Homestay @ KL Gateway\n\nLittle Bear Homestay @ KL Gateway menawarkan penginapan dengan WiFi percuma dan pusat kecergasan di Kuala Lumpur dalam jarak 6 km dari Berjaya Times Square dan The Weld.\n\nSemua unit mempunyai bilik mandi peribadi, penghawa dingin, TV skrin rata dan microwave. Alat pembakar roti, peti sejuk dan cerek disediakan.\n\nHomestay ini menawarkan kolam renang luaran.\n\nTaman permainan kanak-kanak disediakan untuk kegunaan tetamu di Little Bear Homestay @ KL Gateway.\n\nFahrenheit 88 terletak 8 km dari penginapan ini. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah terletak sejauh 13 km.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kuala Lumpur! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kuala Lumpur! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\n9.\u00a0M City Residence, Ampang, KLCC\n\nM CITY RESIDENCE, AMPANG, KLCC yang menawarkan WiFi percuma terletak di Kuala Lumpur dalam jarak 3.5 km dari TREC KL dan 3.8 km dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Aquaria KLCC terletak dalam jarak 3.8 km dari homestay ini.\n\nHomestay berhawa dingin ini menyediakan dapur, ruang tempat duduk, ruang makan dan TV skrin rata.\n\nGaleri Starhill berjarak 4 km dari homestay ini. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang terletak 22 km dari penginapan ini.\n\nPasangan terutamanya suka lokasi ini \u2014 mereka menilaikannya\u00a08.3\u00a0bagi lawatan untuk dua orang.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kuala Lumpur! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\n10.\u00a0Boody Suites at Platinum Suites\n\nBoody Suites at Platinum Suites terletak di daerah Pusat Bandar Kuala Lumpur dalam jarak 400 meter dari Dinner in the Sky KL dan 700 meter dari The Weld. WiFi percuma disediakan.\n\nBufet sarapan disediakan setiap pagi di tempat penginapan ini.\n\nKolam renang luaran disediakan untuk kegunaan semua tetamu di homestay ini.\n\nTempat menarik yang popular berhampiran Boody Suites at Platinum Suites termasuk Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah terletak sejauh 17 km.\n\nIni adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Kuala Lumpur menurut reviu bebas.\n\nPasangan terutamanya suka lokasi ini \u2014 mereka menilaikannya\u00a09.0\u00a0bagi lawatan untuk dua orang.\n\n11.\u00a0Kasyaf Place @ Cheras KL\n\nKasyaf Place @ Cheras KL menyediakan pemandangan restoran dan kolam renang di Kuala Lumpur dalam jarak 3.6 km dari AEON Taman Maluri.\n\nSemua unit berhawa dingin mempunyai bilik mandi peribadi, TV skrin rata serta dapur yang serba lengkap dan balkoni. Peti sejuk dan cerek disediakan.\n\nHomestay ini menawarkan kolam renang luaran.\n\nTempat penginapan ini mempunyai taman permainan.\n\nBerjaya Times Square dan Trec KL masing-masing berjarak 5 km dari Kasyaf Place @ Cheras KL. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang terletak 18 km dari penginapan ini.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kuala Lumpur! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kuala Lumpur! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nItulah dia 11 homestay di Kuala Lumpur yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!\n\nSukakan artikel ini? Selain menulis tentang homestay di Kuala Lumpur, kami juga menulis artikel menarik yang lain. Jemput juga baca artikel homestay yang lain. Jangan lupa untuk share dan like ya."
"Siapa di sini yang anak nombor 2 ? Anak nombor 2 selalu mengalah dengan anak sulung kerana mereka lebih muda dan diajar untuk menghormati abang atau kakak. Pakaian yang telah dipakai oleh abang atau kakak akan dipakai semula oleh adik. Alasannya adalah hendak berjimat kerana waktu anak pertama lahir banyak baju dan mainan yang dibeli, ia juga masih elok dan berfungsi dengan baik.\n\nTetapi, ramai ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap perasaan anak nombor 2. Ibu bapa terlalu fokus dengan anak sulung kerana mereka akan menjadi contoh yang baik untuk adik-adik. Manakala anak bongsu akan menjadi anak yang paling manja dalam keluarga.\n\nApakah peranan anak nombor 2 ? Adakah menjadi anak nombor 2 satu kelebihan atau kekurangan ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai menjadi anak nombor 2 bukan satu kekurangan, ia adalah satu kelebihan. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq. \n\nBukan semua anak nombor 2 akan kena Second / Middle Child Syndrome\n\nSecond Child Syndrome adalah keadaan di mana anak itu merasa dipinggirkan sehingga karakter dirinya boleh berubah menjadi low self-esteem, suka menyendiri, merasa tak disayangi dan suka buat benda yang menyakitkan hati.\n\nSebenarnya ia bergantung kepada cara parenting ibubapanya. Jangan sampai kita terlalu fokus pada anak sulung dan terlalu bagi perhatian pada anak bongsu dan berharap anak nombor 2 memahami dengan sendirinya\n\nAnak yang mengalami Second Child Syndrome ni cenderung untuk tunjuk perangai attention-seeking contohnya suka buat perangai pelik pelik, suka tantrum dan bergaduh dengan adik beradiknya\n\nTetapi menjadi anak kedua ataupun anak yang berada di tengah ( middle child ) bukanlah satu kekurangan\n\nAnak kedua ni atau middle child ni biasanya lebih terbuka dengan idea baru kerana ego mereka lebih rendah. Mereka juga lebih bagus dalam memahami dan membaca karakter dan emosi orang lain di sekelilingnya\n\nYang penting adalah mak ayah kena sensitif dengan emosi anak dan ada sifat empati yang tinggi pada semua anak tanpa mengira anak tu anak sulung ke, anak kedua, ketiga ke dan seterusnya. Semua anak adalah anugerah terindah kepada kita daripada Pencipta!\n\n*Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak tidak kira anak keberapa sekali pun. Jangan sesekali memilih kasih terhadap anak-anak. Walaupun mereka tidak mengadu kerana kurang perhatian tetapi jauh di sudut hati mereka, rasa sedih, ingin perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa membuak-buak.\n\nAmalan suka membanding-bandingkan juga perlu dielak kerana setiap anak ada kelebihan masing-masing. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani telah diisyhtiharkan sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012. Ianya kaya dengan sejarah dan keindahan alam semulajadi. Anda sedang mencari destinasi untuk bercuti? Jom kami kongsikan 15 tempat menarik di Muar yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.\n\nGunung yang terkenal dengan kisah mistik Puteri Gunung Ledang ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti outdoor seperti berkhemah, jungle trekking dan mendaki gunung. Air terjunnya yang indah sesuai untuk bermandi-manda sambil berkelah atau barbeku seisi keluarga.\n\nDengan ketinggian 1,276 meter\u00a0 dari \u00a0aras laut, pendakian biasanya mengambil masa 4 \u2013 6 jam. Kepada yang berminat untuk mendaki Gunung Ledang, anda disarankan untuk\u00a0 membeli permit dan menempah pemandu arah sebelum mula mendaki.\n\nJika anda ingin bermalam di sini tapi tidak mahu berkhemah, anda boleh menyewa bilik di Gunung Ledang Resort.\n\nDi antara tarikan di Muar ialah Kolam Air Panas Sungai Gersik. Kolam yang terletak berhampiran dengan Pekan Parit Jawa merupakan sebuah kolam air panas semulajadi. Kolam ini bersuhu antara 50-70 darjah Celsius dan dipercayai bagus untuk kesihatan, terutamanya yang mengalami masalah penyakit kulit. \u00a0Masuk adalah percuma.\n\nMenara yang dibina berasaskan senibina inggeris lama ini terletak di Laman Maharani Padang Nyiru. Kawasan sekitarnya menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk melepak dan meluangkan masa sambil menikmati air pancut dan melihat bangunan kedai lama yang dibina pada zaman penjajah inggeris.\n\nMasjid Sultan Ibrahim terletak berdekatan dengan muara Sungai Muar. Masjid tertua di Muar ini mula dibina pada tahun 1890-an. Pada tahun 1930, bangunan masjid baru menggantikan bangunan lama yang dirubohkan. Reka bentuk masjid yang menggabungkan elemen Barat dan Timur Tengah menjadikan masjid ini sangat unik dan cantik persis Al-Hambra\u00a0 di Sepanyol.\n\nTaman Tanjung Emas merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di muara sungai Muar. Di taman ini anda dapat melihat pemandangan laut Selat Melaka. Replika durian gergasi iaitu replika yang biasa djumpai di sekitar bandar utama di negeri Johor akan menyambut para pengunjung apabila anda tiba di taman tersebut.\n\nDi sini terdapat sebuah medan selera yang menyajikan hidangan asam pedas yang sangat enak. Pengunjung juga dapat melakukan aktiviti riadah di sini. Taman yang bersih dan nyaman ini amat sesuai untuk aktiviti keluarga pada hujung minggu atau riadah petang.\n\nAlang-alang anda sudah sampai di Taman Tanjung Emas, tidak salah untuk anda mencuba aktiviti boat cruising di sepanjang Sungai Muar. Pembelian tiket boleh dibuat di Jeti Tanjung Emas. Lawatan yang mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam ini bermula di jeti tersebut dan akan menyusuri sepanjang Sungai Muar.\n\nSepanjang pelayaran, pengunjung dapat melihat Bandar Muar dari pandangan yang berlainan dan lebih istimewa. Pengunjung boleh menempah tour pada waktu petang apabila matahari hampir terbenam untuk menikmati pemandangan yang lebih indah. Selain itu, bagi yang ingin melihat kelipan kunang-kunang pada waktu malam, anda juga boleh membuat tempahan tiket di tempat yang sama.\n\nNamun begitu, ia hanya dibuka pada hari Sabtu atau Ahad sahaja.\n\nTaman Tanjung Ketapang merupakan sebuah kawasan rekreasi yang mempunyai kawasan hutan paya bakau. Di taman ini terdapat banyak monyet dan pelbagai binatang liar lain yang tidak berbahaya kepada para pengunjung. Anda boleh bersiar-siar di dalam kawasan hutan bakau tersebut melalui landasan yang disediakan.\n\nTaman ini juga merupakan di antara lokasi menarik untuk anda menikmati pemandangan matahari terbenam. Selain akitiviti riadah, anda\u00a0 juga boleh memancing di sekitar taman ini.\n\nKepada penggemar sejarah lama Tanah Melayu, anda boleh berkunjung ke Balai Polis Bukit Kepong. Tapak balai polis yang kini dijadikan sebagai muzium ini terkenal dengan peristiwa bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 \u00a0di mana berlakunya pertempuran berdarah antara pengganas komunis dan polis tempatan yang dibantu oleh penduduk sekitar.\n\nTapak bersejarah ini diabadikan sebagai muzium untuk generasi muda menghayati pengorbanan nenek moyang kita yang \u00a0terdahulu. Pada 23 Februari 2017, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar telah merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong.\n\nLadang yang berkeluasan lebih 1500 hektar ini mengandungi 135 jenis herba berlainan yang datang dari seluruh dunia. Ladang ini ada menjual produk seperti minuman herba teh dan \u00a0produk rempah ratus \u00a0kepada pengunjung.\n\nSelain penjualan herba dan rempah ratus, tempat ini ada menyediakan restoran herba yang sangat istimewa. Restoran di sini menyajikan hidangan yang mengandungi herba segar dari ladang.\u00a0 Apa yang istimewa, lantai restoran ini dibuat menggunakan batu kecil refleksologi untuk tujuan kesihatan.\n\nLadang \u00a0ini juga ada menyediakan perkhidmatan penginapan kepada para pengunjung. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu berkhemah atau menempah resort yang disediakan. Bagi yang ingin menjalankan aktiviti seminar atau kem motivasi, di sini juga terdapat kemudahan seperti dewan dan bilik seminar di samping pakej aktiviti melawat kawasan sekitar ladang dan aktiviti meredah hutan.\n\nJika anda seorang yang gemar ke spa, di sini juga ada disediakan pakej spa.\n\nPantai Leka terletak di Parit Jawa. Pantai yang merupakan kampung nelayan ini menjanjikan pemandangan yang amat cantik terutamanya ketika matahari terbenam. Pantai Leka \u00a0juga merupakan kawasan perlindungan burung berhijrah. Di sini merupakan syurga kepada anda yang suka mengambil gambar.\u00a0 Berdekatan Pantai Leka terdapat kawasan hutan paya bakau yang kaya dengan hidupan liar.\n\nJiika anda lapar setelah penat seharian berjalan, anda boleh menikmati hidangan asam pedas di medan selera di sini sambil menikmati bayu laut dan pemandangan Selat Melaka.\n\nJambatan \u00a0yang menghubungkan Tanjung Agas dan Bandar Maharani Muar ini mula dibuka untuk kegunaan orang awam pada 1967. Dirasmikan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur, jambatan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan untuk memancing.\n\nTempat menarik yang seterusnya ialah galeri bukit kepong. Tempat bersejerah ini sering dikunjungi oleh pelancong apabila datang bercuti di Muar Johor. Terdapat pelbagai bahan sejarah yang boleh dilihat serta sekaligus menambah ilmu pengetahuan. Jangan lepaskan peluang ini sambil bercuti dapat mencari sesuatu yang baru dalam kehidupan.\n\nTempat menarik di Muar ialah Don Hu Jurassic Garden Muar. Tempat ini sering mendapat kunjungi daripada penduduk setempat mahupun pelancong apabila datang bercuti ke Muar. Apabila berada di dalam taman ini membuatkan anda seolah berada di dalam filem Jurassic Park.\u00a0 Ini kerana sesetengah dinosaur mengeluarkan bunyi dan menggerakkan ekor.\u00a0 Tambahan pula,landskap taman ini juga cantik sekaligus menghidupkan suasana yang meriah di sini.\n\nAkhir sekali tempat menarik di Muar ialah Bukit Mor. Mereka yang berminat untuk mendaki bersama kawan kawan mahupun keluarga boleh datang ke sini. Dapat melakukan aktiviti bersama, serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Laluannya mengambil masa lebih kurang selama 1 jam dan tidak berapa sukar. Bagi pendaki tegar, laluan ini agak mudah dengan ketinggian 227 meter, tetapi boleh juga untuk sekadar latihan dan mengeluarkan peluh. Setelah sampai ke puncak, anda akan disajikan dengan pemandangan yang cantik dari alam semulajadi.\n\nItulah dia 14 tempat menarik di\u00a0 Muar yang ingin kami kongsikan dengan anda. Tertarik dengan keunikan Bandar Muar? Jom kita bercuti ke sana. Anda juga dijemput membaca artikel kami yang lain iaitu tempat menarik di Langkawi dan tempat menarik di Perak"
"Setiap ibu bapa pasti mesti akan membelikan permainan yang diminta oleh anak-anak mereka. Kanak-kanak yang bawah 4 tahun, mereka mudah dan cepat belajar daripada aktiviti harian mereka. Sebagai contoh, lagu-lagu yang dimainkan di kaca televisyen atau radio.\n\nTahukah anda setiap permainan ada manfaatnya jika dimain oleh anak-anak. Tetapi, apakah permainan yang bagus untuk anak-anak kita? Jenis permainan yang mana sesuai dan selamat untuk mereka bermain?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 jenis permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita. \n\n6 Jenis permainan yang bagus untuk anak-anak\n\nJangan bagi puzzle ABC, Nombor atau aliff ba ta dulu. Puzzle abc, 123 dan aliff ba ta boleh beri untuk anak speech delay 4 tahun ke atas.\n\nPemilihan knob puzzle kena ada latar belakang yang kosong atau tidak serabut.\n\nKitchen roleplay suitcase, Bermain masak- masak\n\nTarget meniru percakapan. Paling mudah minta anak tanya mak dan ayah nak makan apa, anak masak. Mama nak air sirap, minta anak sebut sirap, jus, oren, nasi dan sebagainya.\n\nTarget anak dapat menyamakan objek, untuk fine motor, meminta objek dan mengenal warna/ objek.\n\nTarget belajar meminta, kenal benda/ objek/ warna, latih fine motor jika anak boleh memasukkan tali dalam lubang pada objek\n\nTarget untuk melatih daya tumpuan anak, mengenal warna.\n\nMengambil giliran selepas ibu letak bead anak ambil bead lain dan letak. Jika anak cabut balik bead maksudnya anak belum mencapai tahap boleh mengambil giliran.\n\nAnak akan belajar berkongsi, meminta. Fine motor- anak menolak button tu keluar dari. Matching egg- kemahiran menyamakan benda.\n\nPerlu memilih buku board book bagi memudahkan untuk anak yang mempunyai masalah kemahiran motor membelek buku.\n\n*Setiap permainan yang dibeli untuk anak-anak ada kebaikannya. Anak-anak di usia bawah 4 tahun ini sesuai untuk dididik mengenali beberapa objek dan perkataan sebelum masuk ke tadika. \n\nSekurang-kurangnya, mereka telah mengenali beberapa perkara yang telah diajari di rumah. Jadi, mereka tidak akan rasa susah semasa belajar di tadika. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel di sini."
"Ayam masak merah selalunya dihidangkan di kenduri kahwin ataupun majlis majlis yang besar kerana rasanya amat lazat dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Tetapi tahukah anda, anda juga boleh menyediakan ayam masak merah dirumah dan hidangkannya kepada tetamu ataupun keluarga. Resepi ayam masak merah ini mempunyai cara pembuatan yang amat mudah dan bahan \u2013 bahan yang senang untuk didapati. Sekiranya anda seorang amatur juga anda boleh menyediakan hidangan ini. \n\nAyam masak merah adalah masakan tradisi orang Melayu. Rasanya pedas dan manis kena dengan tekak orang kita menjadikannya kegemaran ramai orang. Resepi kali ini adalah sebuah resepi ayam masak merah style orang dulu \u2013 dulu. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad. Dengar cerita, resepi ini mendapat ribuan perkongsian dan komen komen positif di Facebook. Let\u2019s check it out!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi ayam masak merah ini, terdapat beberapa lagi resepi yang menarik dan semestinya anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda juga ya! Moga bertemu lagi!"
"Mencari info tips makanan sihat makanan ibu berpantang? Bagi ibu yang sedang berpantang, waktu ini merupakan tempoh waktu yang sangat penting untuk memulihkan diri selepas bertarung melahirkan anak dan mengandungkan bayi berbulan-bulan lamanya. \n\nTempoh ini juga merupakan waktu yang paling intim untuk si ibu menjalinkan perhubungan dengan anak yang baru lahir. Untuk mengumpul kekuatan tersebut, si ibu kini berada dalam fasa yang dipanggil \u2018berpantang\u2019 oleh masyarakat Melayu kita.\n\nSecara perubatan, waktu berpantang atau post-natal ialah ketika tubuh badan wanita sedang mengeluarkan darah nifas atau ketulan darah yang terkumpul semasa dinding rahim menebal untuk menampung kehamilan bayi. Selain mengurangkan aktiviti fizikal yang berat, rehat yang mencukupi amat diperlukan oleh para ibu yang berpantang ini. Di samping itu, pemilihan diet makanan adalah amat penting bagi memastikan tubuh badan si ibu kekal sihat. Apatah lagi sekiranya si ibu ingin memberikan susu badan kepada si anak.\n\nOleh itu, artikel ini akan mengupas mengenai cadangan diet makanan dan pilihan makanan yang sesuai untuk ibu mengandung. Diet makanan sihat untuk ibu berpantang ini diolah berdasarkan kajian penyelidikan berkaitan perubatan, kesihatan dan sain makanan yang pernah diterbitkan dalam jurnal terkemuka sebelum ini.\n\nPenyelidikan bersama para pengkaji di university-universiti terkemuka di Amerika Syarikat telah menerbitkan laporan berkenaan diet makanan sihat untuk ibu berpantang dan menyusukan anak pada tahun 2019 di jurnal Nutrients.\n\nMereka mendapati bahawa nutrisi makanan yang diambil oleh ibu ketika mengandung dan berpantang ini adalah sangat penting kerana bakal menentukan risiko kesihatan si anak untuk membesar. Terdapat kes yang dilaporkan bahawa diet tidak sihat si ibu boleh menyebabkan si anak mendapat risiko penyakit kronik dan masalah obesiti.\n\nBerikut ialah antara cadangan makanan ibu berpantang yang boleh diamalkan:\n\nAda yang berpendapat nasi merupakan musuh utama dalam diet lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang berdiet, terutamanya ketika sedang berpantang ini. Namun, nasi adalah sangat penting untuk membekalkan tenaga mencukupi sebagai sumber karbohidrat bagi meneruskan urusan seharian. Apatah lagi ibu berpantang yang perlu menyusukan si anak, lebih tenaga akan diperlukan.\n\nTiada salahnya diet makan nasi bagi ibu yang berpantang. Namun, antara pilihan lebih sihat yang boleh dibuat ialah diet beras perang yang mempunyai kurang indeks glisemik atau kurang gula dan kanji berbanding nasi putih.\n\nSekiranya anda ingin mengalih selera, antara sumber bekalan karbohidrat yang baik adalah seperti roti gandum, barli, ubi, oat, bijirin penuh, spaghetti dan sebagainya.\n\nPelbagai pilihan protein di pasaran boleh dibuat untuk ibu berpantang bagi mengelakkan jemu makan makanan yang sama. Makanan tinggi protein ini juga amat penting bagi memulihkan tubuh si ibu yang baru sahaja selesai melahirkan anak dan memerlukan penggantian sel dan tisu baharu. Kehadiran protein dalam diet makanan boleh menyumbang kepada proses penyembuhan luka melahirkan anak secara lebih cepat.\n\nAntara pilihan makanan tinggi protein untuk ibu berpantang termasuklah:\n\nMasyarakat dahulu ada menegah pengambilan air dan hanya memberikan sedikit sahaja air kepada ibu yang berpantang sehingga \u2018menyeksa\u2019 mereka yang kehausan. Air sebenarnya sangat penting bagi sistem tubuh, apatah lagi buat si ibu yang baru melahirkan anak.\n\nKadar 8 gelas sehari air adalah memadai untuk ibu berpantang mendapat bekalan air yang mencukupi. Sistem tubuh badan amat memerlukan air yang mencukupi untuk beroperasi dengan baik dan kembali kepada rutin sebelum melahirkan anak. Bagi ibu yang menyusukan anak, air yang mencukupi dalam tubuh juga amatlah mustahak supaya tidak \u2018menyeksa\u2019 para ibu ini.\n\nKajian lepas juga melaporkan peningkatan kesihatan sebanyak 80% bagi ibu berpantang yang mengamalkan diet buah segar dan sayuran hijau. Didapati, keradangan dan tekanan oksidatif di peringkat sel adalah berkurangan dengan kehadiran antioksidan yang tinggi dalam buah dan sayuran.\n\nLokasi negara kita yang merupakan zon tropical adalah sangat ideal dengan tumbuhan buah-buahan dan sayuran yang pelbagai. Tambahan pula, buah-buahan yang diimport masih mengekalkan kesegaran dan kualiti masing-masing. Antara pilihan buah-buahan dan sayuran yang boleh diamalkan ibu berpantang ialah:\n\nMakanan yang Perlu Dielak oleh Ibu Berpantang\n\nSekumpulan penyelidik di King\u2019s College London telah mengkaji hubungan antara pengambilan diet tidak sihat dan kesannya ke atas kesihatan mental ibu yang sedang berpantang. Antara kesan negatif diet makanan berpantang yang tidak sihat adalah seperti kemurungan atau masyarakat kita panggil \u2018meroyan\u2019, tekanan jiwa dan ikatan hubungan yang berkurangan dengan anak. Hal ini menunjukkan bahawa diet makanan ibu yang sedang berpantang adalah amat penting bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan diri mereka.\n\nAntara makanan tidak sihat dan tidak digalakkan diambil oleh ibu yang sedang berpantang ialah:\n\nTempoh berpantang merupakan suatu tempoh yang agak mencabar kerana si ibu baru sahaja lepas melalui fasa mengandung dan melahirkan anak yang agak esktrim. Sokongan daripada pelbagai pihak adalah amat penting bagi memastikan kesihatan si ibu dan si anak sentiasa berada di tahap yang optimum.\n\nPengambilan diet yang sihat untuk ibu berpantang ini bukan sahaja penting untuk penyembuhan luka si ibu tetapi juga untuk jangka masa panjang dan kesejahteraan si anak."
"Anda anak bongsu? Atau pasangan anda seorang anak bongsu? Atau anda sedang cuba untuk memahami anak bongsu anda yang tersayang? Artikel ini kami tulis untuk anda. \n\nFakta tentang anak bongsu yang akan kami kongsikan sebentar lagi pastinya sangat membantu anda memahami karakter, jiwa, dan sikap yang ada dalam diri seorang anak bongsu. \n\nTidak dapat disangkal lagi. Manja merupakan di antara sifat yang ada dalam diri setiap anak bongsu, tak kira sama ada anak lelaki atau perempuan. \n\nKedudukan sebagai adik dan anak paling muda dalam keluarga menjadikan anak bongsu mendapat layanan istimewa dari ahli keluarga yang lain. Malah kebiasaannya apa sahaja yang dipinta oleh anak bongsu akan ditunaikan dengan segera menjadikan anak bongsu menjadi manja.\n\nAdakah sikap manja merupakan sesuatu yang negatif? Tidak sama sekali. Jika dia seorang anak perempuan, sikap manja dalam diri biasanya akan kekal menjadi personalitinya dan akan menjadi seorang pasangan yang manja. \n\nJika yang bongsu adalah seorang anak lelaki, dia akan kekal menjadi anak manja kepada ibu, bapa, kakak dan abangnya sehingga dewasa namun tidak semestinya dia akan menjadi seoranh suami yang manja.\n\n2. Suka merujuk kepada ibu bapa, kakak, atau abang sebelum membuat sesuatu keputusan\n\nAnak bongsu biasanya sangat bergantung kepada ahli keluarga yang lain. Walau apa pun yang dilakukan, terutamanya dalam membuat satu keputusan yang besar dan boleh memberi kesan kepada kehidupannya, dia akan suka untuk merujuk kepada ibu, bapa, kakak, atau abangnya. \n\nIni tidak bermakna bahawa dia tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri. Namun lebih kepada sikap yang suka mendengar pandangan orang lain dan mendapatkan sudut pandangan yang berlainan sebelum membuat keputusan.\n\nSikap ini merupakan sesuatu yang baik kerana anak bongsu biasanya membuat pertimbangan yang baik sebelum melakukan sebarang keputusan. Ini akan mengurangkan kejadian mengambil keputusan secara terburu-buru lalu dikesali pada kemudian hari.\n\nFakta anak bongsu yang seterusnya ialah, kebiasaannya anak bongsu akan mendapat gelaran anak emak kerana sangat rapat dengan ibunya. Segala yang berlaku dalam hidup akan diceritakan kepada ibunya. Malah gaji pertama biasanya akan diberikan kepada ibunya sebagai tanda kasih sayang. \n\n4. Selalu bergantung kepada orang lain\n\nKebiasaannya anak bongsu akan mendapa perhatian istimewa dalam keluarga. Setiap ahli keluarga yang lain akan mencuba yang terbaik untuk membantu dan memudahkan urusan si bongsu. Sebagai kesannya, anak bongsu akan selalu bergantung kepada orang lain di dalam hidupnya. Namun tidak bermakna bahawa anak bongsu tidak pandai berdikari. Namun dia sudah terbiasa untuk bergantung harap kepada orang lain memandangkan sudah terbiasa dengan keadaan tersebut sejak kecil.\n\nFakta anak bongsu yang seterusnya ialah mereka sangat sukakan cabaran. Menurut Frank Sulloway, penyelidik dan penulis\u00a0Born to Rebel, anak bongsu kebiasaannya mempunyai ciri-ciri seperti sukakan cabaran, suka mencuba sesuatu yang baru, tidak konvensional, tidak takut untuk mengambil risiko dan suka menegaskan bakat serta identiti mereka sendiri.\n\nIni berlaku kerana sebagai yang paling kecil dan muda dalam keluarga, anak bongsu perlu mencari identiti unik dan tersendiri yang tiada pada ahli keluarga yang lain. Seolah-olah mereka cuba untuk membuktikan bahawa mereka juga bagus dan hebat seperti ibu, ayah, abang, dan kakaknya.\n\n6. Suka mencari pengalaman yang baru\n\nMenurut Frank Sulloway lagi, selain sukakan cabaran, anak bongsu juga mempunyai sikap unik iaitu suka mencari pengalaman yang baru. Anak bongsu akan mencari aktiviti dan perkara baru untuk dilakukan. \n\nSebolehnya mereka akan melakukan perkara yang belum pernah dilakukan oleh ahli keluar yang lain. Sikap sukakan cabaran dan suka mencari pengalaman yang baru ini sebenarnya membantu menguatkan jatidiri anak bongsu dan menjadikan mereka lebih kental dalam menghadapi cabaran hidup.\n\nFakta anak bongsu yang seterusnya juga diambil dari buku tulisan Frank Sulloway. Menurut buku tersebut, anak bongsu cenderung untuk bersikap terbuka. Mereka bersedia untuk menerima sesuatu yang baru dan tidak konservatif. \n\nBersikap terbuka juga bermakna mereka sudi mendengar pendapat dan pandangan orang lain dengan baik. Ini merupakan salah satu daripada sikap positif yang ada pada diri anak bongsu.\n\n8. Seorang yang kelakar, ceria, dan happy go lucky\n\nTahukah anda, anak bongsu biasanya seorang yang kelakar, ceria, dan happy go lucky. Ciri ini menjadikan anak bongsu seorang yang lucu dan selalu menghiburkan mereka yang ada bersama. Satu survey yang bernama YouGov\u00a0yang dijalankan pada tahun 2015. \n\nHasil survey mendapati bahawa anak bongsu selalu menganggap diri mereka sebagai seorang yang kelakar manakala anak sulung selalunya merasakan diri mereka lebih serius.\n\nMenurut pakar psikologi yang bernama Richard Wisemen, anak bongsu biasanya menjadi seorang yang kelakar dan suka menghiburkan orang lain kerana sejak kecil mereka perlu berusaha untuk menarik perhatian ibu bapa dan untuk membuktikan bahawa mereka sebaik kakak dan abang yang lain.\n\nAnak bongsu biasanya merupakan seorang yang santai, relaks, tenang, dan kurang serius. Sikap ini biasanya datang seiring dengan sikap kelakar, lucu, dan suka menghiburkan orang lain.\n\nFakta anak bongsu yang terakhir ialah mereka mudah mendapat kawan baru memandangkan mereka mempunyai personaliti yang kelakar, tenang, happy go lucky dan berfikiran terbuka.\n\nItulah dia fakta anak bongsu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang fakta anak sulung, fakta anak keempat dan koleksi nama anak perempuan."
"Pastinya anda pernah melalui situasi di mana tiba-tiba telinga anda berdesing. Jika telinga anda berdesing sekali-sekala dan jarang-jarang sekali, insya Allah ianya adalah normal. \n\nNamun, jika telinga anda berdesing dengan kerap, anda perlu berhati-hati. Ia mungkin petanda bahawa ada yang tak kena dengan telinga atau kepala anda. Jom kami kongsikan apakah punca telinga berdesing. \n\nApakah yang dimaksudkan dengan telinga berdesing? Telinga berdesing atau istilah perubatannya Tinnitus merupakan satu keadaan di mana seseorang mendengar bunyi seolah-olah siulan, dengungan atau desiran yang tidak didengari oleh orang lain yang berada di tempat yang sama. Keadaan ini boleh berlaku sesekali dengan sekejap, atau boleh juga berlaku dengan kerap dan dalam masa yang lama. Apakah punca telinga berdesing?\n\nTerdedah kepada bunyi yang terlampau bising untuk tempoh masa yang lama\n\nMenurut kajian, sebanyak 90% daripada mereka yang mengalami masalah telinga berdesing dengan kerap dan lama adalah mereka yang sering terdedah kepada bunyi yang terlampau bising untuk tempoh masa yang lama. Sebagai contoh, mereka yang suka mendengar muzik dengan menggunakan headphone, pembuat perabot, buruh binaan, ahli muzik, ahli orkestra, dan pekerja di lapangan terbang.\n\nBagaimana mendengar bunyi yang terlalu kuat boleh menyebabkan telinga berdesing? Apabila anda terlalu kerap terdedah kepada bunyi bising, ia akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada sel sensitif yang ada di dalam koklea telinga. Di antara fungsi koklea ialah untuk menyerap dan mengubah gelombang bunyi kepada maklumat yang akan dihantar melalui saraf kepada otak.\n\nApabila sel dalam koklea rosak, sekali gus akan mengganggu keseimbangan badan lalu menyebabkan anda kerap mengalami telinga berdesing. Oleh itu, jika anda sering terdedah kepada bunyi kuat dan selalu mengalami telinga berdesing, kami nasihatkan supaya anda berjumpa doktor dengan segera untuk membuat pemeriksa bagi memastikan koklea anda tidak rosak.\n\nTahi telinga yang terlalu banyak sehingga menyumbat telinga (impacted earwax)\n\nTahukah anda bahawa setiap hari telinga kita akan menghasilkan tahi telinga. Semakin hari semakin banyak tahi telinga yang akan terkumpul di dalam telinga. Jika anda tidak membersihkan telinga anda, tahi telinga yang terlalu banyak boleh menyebabkan telinga anda tersumbat. \n\nTelinga berdesing adalah di antara tanda yang dikeluarkan oleh tubuh badan apabila berlaku sumbatan tahi telinga. Oleh itu, jaga kebersihan telinga anda. Bersihkan telinga dan korek telinga anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.\n\nMereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi juga biasanya akan kerap mengalami telinga berdesing. Jika kebelakangan ini anda semakin kerap mengalami telinga berdesing, mungkin anda boleh ke klinik untuk memeriksa kadar takanan darah anda. Mana tahu, punca telinga berdesing yang anda alami adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi.\n\nPunca telinga berdesing yang seterusnya ialah masalah tiroid. Jika anda adalah seorang pesakit tiroid, tiada apa yang perlu dirisaukan jika anda sering mengalami telinga berdesing. Pastikan anda makan ubat mengikut aturan yang diberikan oleh doktor. Namun, jika telinga berdesing berlaku terlalu kerap dan menjadi semakin lama, sila berjumpa doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri ada masalah kesihatan lain yang menjadi punca telinga berdesing yang anda alami.Telinga yang tersumbat dengan tahi telinga(Impacted earwax)\n\nAnda juga mungkin mengalami telinga berdesing dengan kerap dan lama disebabkan oleh jangkitan kuman pada mana-mana bahagian telinga termasuk koklea. Oleh itu jika anda semakin kerap mengalami telinga berdesing dan berasa sakit pada telinga, sila berjumpa doktor dengan segera.\n\nKetumbuhan pada saraf yang membawa maklumat pendengaran\n\nPunca telinga berdesing yang seterusnya ialah disebabkan oleh kewujudan ketumbuhan pada saraf yang membawa maklumat pendengaran. Ketumbuhan ini tidak semestinya mempunyai sel kanser namun mampu menjejaskan kesihatan anda, termasuk ketidak selesaan akibat telinga terlalu kerap berdesing. Oleh itu, jangan ambil ringan jika telinga anda kerap berdesing.\n\nTahukah anda bahawa pengambilan ubat-ubatan tertentu juga tekah dikenal pasti sebagai punca telinga berdesing. Di antara ubat yang dikaitkan dengan telinga berdesing ialah:\n\nOleh itu, jika anda perasan bahawa telinga anda kerap berdesing selepas konsisten mengambil sebarang jenis ubat, sila bercakap dengan doktor anda tentang perkara ini.\n\nProses penuaan juga boleh menjadi punca telinga berdesing. Hal ini berlaku kerana apabila anda semakin tua, koklea akan menjadi semakin lemah, rosak, bermasalah, dan tidak dapat berfungsi dengan baik.\n\nPunca telinga berdesing yang seterusnya ialah otosclerosis iaiatu satu keadaan kesihatan di mana tulang yang berfungsi untuk membawa getaran dan gelombang bunyi menjadi keras lalu menyebabkan kesukaran untuk bergetar.\n\nKecedaraan pada kepala juga dikaitkan dengan masalah telinga berdesing. Kecederaan pada kepala boleh berlaku disebabkan oleh hantukan kepada kepala seperti kemalangan, kecederaan semasa bersilat atau bertae kwan do, dan sebagainya. Oleh itu jika anda mengalami hentakan pada kepala yang diikuti oleh telinga berdesing yang kerap, sila dapatkan pemeriksaan.\n\nPunca telinga berdesing yang seterusnya ialah Temperomandibular Joint iaiatu sejenis masalah pada saraf yag terletak di bahagian rahang yang bersambung kepada tengkorak. Kerosakan pada saraf ini biasanya akan membuatkan pesakit tersebut kerap mengalami telinga berdesing.\n\nStress atau tekanan sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Di antara komplikasi yang akan berlaku disebabkan oleh stress ialah telinga selalu berdesing. Jika anda terlampau stress, berusaha untuk mengatasi dan mengawal stress anda agar tidak menyebabkan berlakunya perkara lain yang lebih serius.\n\nItulah dia punca telinga berdesing yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca kaki kebas, punca kerap sembelit, dan punca pedih ulu hati."
"Pernahkah ibu-ibu diluar sana yang ada pengalaman anak tidak dapat melekap dengan betul pada puting? Perkara ini memang selalu akan terjadi kepada sesetengah ibu yang menyusukan anak. Anak tidak dapat minum susu badan dengan puas. Jika ini yang berlaku, ibu terpaksa memerah susu badan dan masukkan ke dalam botol susu untuk diberi kepada anak untuk minum.\n\nNamun, ibu-ibu di luar sana usah bimbang kerana ada jalan penyelesaian untuk masalah ini. Pernah dengar Nipple Shield atau bahasa melayunya pelapik puting? Ia berfungsi untuk untuk memberikan keselesaan kepada si ibu dan anak semasa proses penyusuan. Ia diperbuat daripada silikon, getah atau lateks, maka ibu tidak akan berasa sakit ketika melakukan proses penyusuan.\n\nBagaimanakan cara yang betul menggunakan pelapik puting?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai cara-cara menyusukan bayi menggunakan pelapik puting. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nCara-cara menggunakan pelapik puting dengan betul\n\n1. Walaupun ibu menggunakan pelapik puting,pastikan bayi mengikut proses lekapan dengan betul\n\n2. Biarkan mulut bayi terbuka luas sebelum melekap di payudara ibu.\n\n3. Sebahagian besar kawasan areola sepatutnya berada di dalam mut bayi dan \u2018puting\u2019 perlu berada di belakang mulut bayi (diantara lelangit keras dan lembut)\n\n4. Apabila lekapan berlaku dengan betul, ibu tidak dapat melihat bahagian \u2018puting\u2019 pelapik yang biasanya lebih keras daripada bahagian tepi.\n\n5. Sekiranya bayi tidak dapat melekap dengan betul, lepaskan dia daripada payudara dan ulang sekali lagi.\n\n6. Namun, jangan paksa sekiranya bayi berasa tidak selesa.\n\n7. Titiskan sedikiy susu ibu diatas pelapik bagi menggalakkan bayi melekap dan menghisap payudara ibu.\n\n8. Perah sedikit susu ibu bagi memenuhi pelapik puting dan bagi memberi aliran susu yang mudah semasa bayi mula menghisap. Ini memberinya dorongan supaya terus menghisap.\n\n*Jadi untuk menyediakan persediaan menyambut kelahiran bayi, pastikan pelapik puting ada dalam senarai. Jika anak tidak selesa ketika menyusu atau puting terasa sakit, boleh gunakan pelapik puting ini. Selain memberi keselesaan kepada ibu dan anak, ia juga membantu untuk melancarkan susu untuk keluar. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Zaman kini, semua perkakas rumah boleh dibuat secara diy dan bertukang sendiri. Ia lebih menjimatkan berbanding membeli peralatan rumah dengan harga yang mahal. Salah satu perkakas rumah yang menjadi keperluan ramai adalah penyangkut baju. \n\nTerdapat beberapa idea penyangkut baju yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan penyangkut baju serbaguna ataupun penyangkut baju yang cantik dan terhias lagi menjimatkan. Pasti lepas ini, baju-baju di rumah lebih tersusun, kemas dan cantik. \n\nJom lihat idea penyangkut baju serbaguna dan menjimatkan untuk anda lakukan. Semuanya boleh dilakukan secara diy sahaja. Mudah kan?\n\n1. Rak Penyangkut Baju Paip PVC\n\nRak penyangkut baju boleh dibuat dari paip PVC untuk menjimatkan wang anda daripada membeli yang baru. Anda boleh mendapatkan paip pvc dengan beberapa bahagian sahaja dan kemudiannya menggabungkannya dengan cara yang betul. Akhir sekali, letak penyangkut baju di bahagian atas untuk menyangkut baju.\n\n2. Penyangkut Baju Plastik Buatan Sendiri\n\nSekiranya anda mempunyai penyangkut baju yang diperbuat daripada kayu ataupun kayu-kayu yang boleh dijadikan penyangkut baju secara halus, ia lebih mudah untuk menghiasnya menjadi penyangkut baju plastik. Gunakan tape plastik dan balutkan penyangkut baju dengan tape tersebut satu persatu. \n\nAnda boleh gunakan tape yang bewarna-warni supaya penyangkut baju plastik lebih cantik dan menarik. Ikat di bahagian hujung tape yang sudah dibalutkan pada penyangkut baju supaya tidak terkeluar.\n\nHiaskan penyangkut baju sedia ada anda secara songsang seolah-olah ia jatuh ke bawah. Gunakan latar kayu untuk lekatkan penyangkut baju di dinding agar ia boleh digunakan secara bebas. Nak letak baju atau beg pun tiada masalah. Menarik bukan?\n\nJika penyangkut baju sering digunakan untuk menyangkut baju sahaja, itu semua hanya dulu. Sekarang, anda boleh inovasikan penyangkut baju menjadi lebih serbaneka dengan cara menyangkut selipar, kasut, beg dan lain-lain lagi. \n\nDengan menggunakan playar, gunting penyangkut baju dari hujung untuk menjadikannya satu pattern tertutup untuk menggantung barang dan lain-lain lagi. Penyangkut baju serbaneka ini boleh anda lakukan dengan menggunakan penyangkut baju jenis besi.\n\nTahukah anda, terdapat penyangkut baju ajaib yang digunakan untuk menjimatkan ruang baju dalam almari anda. Selain itu, penyangkut baju ajaib ini juga membolehkan anda menyangkut baju yang lebih banyak dan berlebihan. \n\nSelepas ini, anda tak perlu pening fikirkan penyelesaian untuk menyimpan baju yang banyak di dalam almari lagi. Nasib baik ada wonder hanger ajaib ini!\n\nBukan sahaja penyangkut baju digunakan untuk menyangkut baju, tetapi juga boleh digunakan untuk meletakkan buku. Anda boleh bentukkan penyangkut baju menjadi lebih ke bawah pada bahagian kiri dan kanan. \n\nKemudian, terbalikkan penyangkut baju tersebut untuk diletakkan buku dan sebagainya. Sangkut ia di paku bilik anda. Ia sangat sempurna dan lebih jimat berbanding anda membeli rak buku dinding yang baru.\n\n7. Penyangkut Baju Dari Ranting Kayu\n\nIdea penyangkut baju yang amat kreatif dan semulajadi adalah dengan menggunakan ranting kayu. Tahukah anda, ranting kayu tebal amat kukuh untuk anda jadikan penyangkut baju anda. Bukan sahaja baju, beg, tudung dan kot pun boleh disangkut di sini.\n\nLetakkan di bahagian dinding untuk menampakkan ia lebih eksklusif dan indah. Gunakan kayu yang kemas untuk menghasilkan bingkai bagi penyangkut baju ranting kayu tadi. Kemudian siap, teruskan sangkut pakaian anda!\n\nIdea penyangkut baju seterusnya adalah penyangkut baju dari tangga terpakai. Sama ada tangga anda besi, plastik atau apa sahaja, cat ia dengan cantik. Kemudian letakkan ia secara melintang untuk membolehkan anda menggunakan setiap tangga bagi setiap penggunaan.\n\nAnda perlu menggunakan drill untuk melekatkan tangga di dinding, ia takkan jatuh malah lebih kukuh. Nak letak lampu kecil atau barang-barang di atas tangga tersebut pun boleh. Ia seolah-olah kabinet di bilik!\n\nIdea penyangkut baju kali ini agak \u2018rare\u2019. Anda hanya perlu menghimpunkan kerusi bagi menjadikannya objek untuk menyangkut baju anda. Penyangkut baju dari kerusi ini perlu disangkut tinggi bagi memudahkan anda menyangkut baju. \n\nKerusi akan diletakkan dalam posisi duduk seperti selalu tetapi dilekatkan secara meninggi. Di atas penyangkut baju kerusi tersebut, anda boleh menyimpan barang seperti tuala, topi, aksesori dan sebagainya lagi. \n\nJika anda mempunyai penyangkut baju jenis kayu atau yang melintang, gunakan dawai untuk membentuk tulisan di bawahnya. Playar mudah untuk membentuk tulisan mengikut kemahuan anda. \n\nTulisan yang dibentuk pula akan menjadi cantik berangkai-rangkai. Memang unik dan menarik, ia tampak lebih eksklusif dan lain daripada yang lain.\n\nSama ada anda bertukang secara sendiri bagi menghasilkan tempat lekap dinding yang mempunyai ruang penyangkut ataupun anda dapatkan sahaja di mana-mana kedai yang menawarkan peralatan tersebut. Idea penyangkut baju lekap dinding ini pasti menjadi.\n\nPilih tempat yang sesuai dan strategik untuk anda sangkut pakaian anda. Sekali sudah lekap di dinding, tak perlulah ia diubah-ubah lagi. Oleh itu, tentukan sebaiknya dimana ingin andai letakkan penyangkut baju ini.\n\nItulah dia 11 idea penyangkut baju yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan wang, lebih cantik malah lebih mudah. Pilihlah mana satu idea penyangkut baju yang anda suka. Jom baca juga Diy kad ucapan hari ibu, Diy permainan anak dan Diy pepper spray."
"Akhir-akhir ini dunia Facebook tular dengan satu resepi yang menarik perhatian ramai. Nama resepinya ialah laksa AEON. Diberi nama demikian dikeranakan makanan ini hanya boleh dijumpai di AEON. Siapa pernah cuba AEON punya laksa ini?\n\nKepada anda-anda yang berkurung di rumah, mari sepakat ramai-ramai buat laksa ini. Tidak perlu keluar rumah pergi AEON sudah. Dengan resepi yang kami kongsikan ini AEON datang rumah anda!\n\nApa yang bezakan laksa AEON dengan laksa yang hari-hari dijual di pasar malam atau kedai makan? Jika anda sebegitu penasaran rahsia laksa AEON, sila cubakan resepi yang dikongsikan oleh Hajal Aishah Zakirai di laman Facebook di bawah ini. Resepi ini untuk 4 atau 5 orang dewasa makan.\n\nSelain laksa AEON, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Tahukah anda, vitamin C sangat penting untuk tubuh badan kita. Setiap hari kita memerlukan vitamin C untuk melakukan aktiviti seharian kita. Sejak di bangku sekolah lagi, kita diajar bahawa vitamin C mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan.\n\nPenting sangatkah vitamin C ini? Jika penting, apakah kepentingannya ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar kepentingan vitamin C untuk tubuh badan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nKepentingan Vitamin C untuk tubuh badan\n\n1. Imunisasi / Daya Tahan Badan\n\nDos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.\n\nBukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.\n\nVitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.\n\nVitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau \u201csel karat\u201d. Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.\n\nVitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.\n\nVitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.\n\nVitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.\n\nIa menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.\n\nVitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.\n\nVitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.\n\nPupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.\n\nPengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.\n\nCiri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.\n\nIa juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.\n\nVitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam\n\nVitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.\n\nMasalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.\n\nPesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.\n\nMereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.\n\nVitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.\n\nVitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.\n\nKolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.\n\nKekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.\n\nBadan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.\n\n18. Melindungi dari perubahan warna kulit\n\nVitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).\n\nVitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.\n\nKolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.\n\nIa juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.\n\nPengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut\n\nRadikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.\n\nMereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.\n\nFolikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.\n\nIa membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.\n\nVitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.\n\nVitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.\n\nVitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.\n\nVitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.\n\n*Berikut adalah kepentingan vitamin C untuk tubuh badan kita. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak mengambil vitamin C. Anda boleh pergi beli di Farmasi atau jika mahukan yang murah boleh dapatkan di hospital kerajaan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ikan bilis sedari dulunya memang menjadi favorite. Biasanya digoreng garing, ditumis dengan sambal, dimasak berkuah, semua menarik dan disukai ramai.\n\nMasak ikan bilis sangat senang, sebab itu banyak ibu yang suka memasak ikan bilis untuk hidangan keluarga. Selain memasaknya yang mudah, rasanya juga sedap. Ikan bilis yang digoreng rangup sangat sedap bahkan jika dimakan begitu sahaja.\n\nAlasan lain ikan bilis disukai kerana ia dapat dijadikan makanan jangka masa panjang, seperti resepi yang dikongsikan oleh Bunga Tanjung di Facebook yang telah kami kemas dengan rapi dibawah ini. Iaitu resepi ikan bilis masak pedas. Di mana ikan bilis dan bahan-bahannya digoreng hingga rangup kemudian dihancurkan.\n\nMakanan ini sangat tahan lama. Jika disimpan dalam bekas kedap udara, ia boleh dibawa jenjalan jauh untuk masa yang lama. Boleh pula dijadikan menu untuk bekal anak balik kampus atau anda yang kerja outstation atau macam suami seorang askar yang perlu bawa bekal pergi bertugas satu dua minggu di hutan. Resepi ini boleh dijadikan menu wajip bawa sebagai lauk. Tinggal memasak nasi sahaja.\n\n1. Mesin kering (grind) cili kering yang sudah digoreng bersama garam dan gula (rasa sikit dan adjust garam dan gula secukup rasa)\n\n2. Masukkan bawang goreng dan ikan bilis. Grind sekejap-sekejap supaya tak hancur sangat.\n\n3. Masukkan dalam bekas dan tutup rapat bila sudah betul-betul sejuk.\n\n1. Ikan bilis dan bwg biarkan sejuk dahulu baru blend skali dengan cili kering untuk rahsia kekal rangup.\n2. Ikan bilis klu tak mau hancur boleh tumbuk bagi pecah sikit-sikit dan gaul sebati.\n\nSelain resepi ikan bilis pedas, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sebab utama orang membeli mikrowave oven adalah kerana perkakas dapur ini dapat memasak makanan lebih cepat. Ia adalah ketuhar konvensional dan proses takkan merosakkan kualiti makanan.\n\nDari segi kesihatan, ia membolehkan kita menikmati makanan yang lebih sihat dan tidak kehilangan semua nutrien yang diperlukan. Mikrowave oven juga menggunakan tenaga yang lebih rendah daripada pembakar gas dan ketuhar konvensional.\n\nDengan semua kelebihan yang ditawarkan, tidak hairanlah jika microwave oven ini perlu ada di setiap rumah. Bagi anda yang ingin mencuci mata melihat microwave oven, berikut adalah 12 microwave oven terbaik Malaysia.\n\nMicrowave oven terbaik Malaysia ini adalah Gelombang Mikro AmazonBasics yang mempunyai semua fungsi asas mikrowave yang kita perlukan. Uniknya, ia mempunyai satu ciri yang sangat istimewa iaitu Alexa. \n\nDengan Alexa, anda boleh menggunakan suara anda untuk mengawal mikrowave ini.\u00a0Tetapi, untuk melakukannya, anda harus membeli satu lagi peranti yang disebut \u201cEcho Dot\u201d. \n\nTanpa Echo Dot, Alexa tidak akan berfungsi. Jadi, dengan adanya Alexa, semua yang perlu dimasak hanyalah perlu diberitahu kepada Alexa.\n\nMicrowave Toshiba dengan kapasiti 1.2 kaki padu ini diperbuat daripada keluli tahan karat hitam pada bahagian luarnya. Ia kelihatan elegan dan terdapat panel paparan digital yang besar di hadapan microwave ini.\n\n Di bawah paparan digitalnya, terdapat 6 butang pratetap dan anda boleh memilih untuk memasak popcorn, pizza, dan sebagainya.\n\nSangat mudah digunakan dan anda hanya perlu masukkan makanan ke dalam pinggan putar. Kemudiannya, tekan salah satu butang pratetap yang anda inginkan. Microwave ini akan memasak makanan anda dengan masa yang telah ditetapkan.\n\nTerdapat paparan 4 digit dengan LED yang terang menjadikan penampilannya tampak mewah. 6 butang fungsi utama tepat di bawah paparan digital iaitu popcorn, sensor reheat, sensor cook, level power, auto defrost dan tetap hangat masih tersedia. \n\nDengan fungsi ini, anda tidak perlu mempunyai pengetahuan tentang cara memasak popcorn dan sebagainya.\u00a0 Semua perkara mengenai masakan diambil alih oleh microwave ini dan hidup anda lebih mudah. \n\nSelain itu, microwave oven terbaik Malaysia ini juga lengkap dengan fungsi \u2018child lock\u2019 bagi melindungi anak-anak anda daripada menyalahgunakan microwave tersebut.\n\nIni adalah microwave Chef Komersial yang sesuai untuk dapur bersaiz kecil atau sederhana. Ia sangat sesuai jika anda tidak mempunyai banyak ruang meja makan. \n\nMicrowave ini dilengkapi dengan 10 tahap level memasak yang membolehkan anda memasak makanan dengan hasil yang diinginkan. Microwave ini turut dilengkapi dengan sistem defrost dan juga child lock.\u00a0\n\nSama seperti kebanyakan micowave di pasaran, ia mempunyai 6 butang pratetap iaitu memasak popcorn, kentang, pizza, sayur beku, minuman, dan panaskan semula. \n\nPintunya pula diperbuat daripada kaca kalis calar. Jika anda inginkan microwave oven terbaik Malaysia yang elegan, Sharp Microwave ZSMC0710BB adalah jawapannya.\n\nMenggunakan teknologi penyongsang yang dipatenkan, makanan yang akan dimasak akan lebih baik dan enak. \n\nApabila gelombang mikro menggunakan teknologi penyongsang untuk memasak makanan, ia akan menggunakan daya rendah yang berterusan dalam keseluruhan proses memasak sehingga makanan tidak terlalu masak dan menjadi hangit.\n\nDengan kelebihan teknologi ini juga, kelajuan defrost juga menjadi cepat. Anda akan dapat mencairkan makanan lebih cepat daripada biasa.\n\nMicrowave oven terbaik Malaysia dihasilkan dari keluli ini tahan karat dengan kapasiti 1.1 kaki kubus dan mempunyai kuasa 800 watt. \n\nTerdapat beberapa program memasak termasuk panaskan semula, minuman, popcorn, sayur-sayuran, kentang, alat memasak automatik, masak cepat, defrost dan sebagainya. \n\nMicrowave ini mempunyai sensor terpasang yang digunakan untuk memantau kelembapan makanan anda.\u00a0\n\nSecara keseluruhan, harganya amat mahal. Namun, sekiranya anda mempunyai bajet yang banyak, microwave ini patut dibeli oleh anda.\n\n8. Sharp 1,000W Countertop Microwave ZSMC1131CB\n\nIa mempunyai kuasa 1000 watt dan paparan digital LED yang terang yang boleh digunakan sebagai jam atau pemasa dapur. Semasa microwave ini beroperasi, maklumat akan dipaparkan pada paparan LED tersebut. \n\nMicrowave oven terbaik Malaysia ini mempunyai 10 tahap level memasak yang membolehkan anda memilih untuk memasak pelbagai jenis makanan atau berdasarkan pilihan peribadi yang anda inginkan. \n\nPaling penting, ia sangat sesuai bagi anda yang sibuk kerana microwave ini mampu untuk memasak dengan cepat.\n\nIni adalah mikrowave Farberware dengan kapasiti 1.1 kaki kubus yang mempunyai kuasa 1000 watt. Microwave oven terbaik Malaysia ini membolehkan anda memanaskan makanan dalam masa yang singkat. \n\nTerdapat 10 level kuasa yang membolehkan anda mengaturnya mengikut kesesuaian anda. Sama seperti microwave yang lain, ia juga dilengkapi dengan paparan LED dan 6 butang pratetap.\u00a0\n\nAnda juga dapat mengunci papan kekunci microwave ini apabila anda tidak menggunakannya. Sekiranya anda mempunyai anak, fungsi ini sangat berguna buat anda.\n\nMicrowave dari Morgan ini adalah salah satu microwave yang paling murah di pasaran tetapi kualitinya setanding dengan yang berjenama dan mahal. \n\nPintunya dilengkapi dengan kunci keselamatan yang dijamin tidak mudah dibuka oleh kanak-kanak. Fungsi defrost pada mikrowave ini pula dapat mencairkan makanan sejuk beku dalam masa 30 minit.\n\nMicrowave oven terbaik Malaysia ini mudah dikendalikan dan terkenal dengan kualitinya yang terbaik. Ia dapat mencairkan makanan sejuk beku hanya dalam masa beberapa minit. Oven ini juga boleh menampung kapasiti hingga 20L dan selamat digunakan.\n\nMicrowave Pensonic PMW-280MD ini dibekalkan dengan kuasa output 900 watt dan kapasiti 28L. Ia juga mempunyai sukatan masa selama 95 minit dan pintu pemegang tarik untuk membantu anda mengambil makanan tanpa menyentuhnya ketika panas. Microwave oven terbaik Malaysia ini turut memiliki fungsi keselamatan \u2018child lock\u2019 yang agak baik.\n\nItulah antara microwave oven terbaik malaysia. Jom baca juga\u00a0Pisau Dapur Terbaik,\u00a0Jenama travel backpack terbaik,\u00a0Kamera mirrorless terbaik Malaysia\u00a0dan\u00a0Makep Remover Drugstore terbaik Malaysia.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Kanser ada pelbagai jenis seperti kanser buah pinggang, kanser hati, kanser, kanser otak, kanser usus, kanser paru-paru. Kita selalu dengar adalah kanser payudara yang dijangkiti oleh para wanita. Kanser payudara pada tahap awal masih boleh dirawat lagi kerana ia tidak serius.\n\nTetapi jika tahap kanser sudah mencecah tahap 4, individu tersebut perlu membuat pembedahan untuk membuangnya. Jadi, wanita perlu membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya 3 kali setahun jika tidak mampu pergi setiap bulan. Tahukah anda lelaki juga ada kanser yang hanya kaum lelaki sahaj yang boleh menghidapinya?\n\nKanser tersebut adalah kanser testis. Ia berlaku pada buah zakar lelaki. Lelaki juga perlu memeriksa buah zakar mereka untuk mengetahui jika ada masalah. Bagaimana caranya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kanser testis bagi kaum lelaki. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\nKanser testis ini kanser orang muda, kerana lazimnya berlaku pada lelaki berumur antara 15 \u2013 45 tahun. Penghidap kanser mempunyai harapan yang cerah untuk pulih, sekiranya kanser dikesan dan dirawat awal.\n\n1. Periksa diri sendiri di rumah. Pastikan berada di tempat tertutup, seperti di bilik air. Jangan periksa di tempat yang orang boleh intip.\n\n2. Seeloknya periksa ketika mandi air suam. Kalau mandi air sejuk, nanti kerandut buah zakar mengecut dan jadi sukar nak periksa.\n\n3. Periksa buah zakar dengan jari. Buah zakar berbentuk sfera lonjong, dan di belakang dan atasnya terdapat salur(tiub) yang dinamakan epididimis.\n\n4. Permukaan buah zakar seharusnya licin kecuali di bahagian yang terdapat epididimis. Bandingkan antara buah zakar kanan dan kiri.\n\n5. Buah zakar kanan dan kiri kadangkala tak sama besar, atau tak sama tinggi kedudukannya. Namun perbezaannya seharusnya tak begitu ketara.\n\n6. Jika ada benjolan, bengkak, sakit, kulit menggerutu, atau perbezaan terlalu ketara antara buah zakar kanan dan kiri, maka jumpalah doktor.\n\n*Jika wanita ada kanser payudara, lelaki pula ada kanser testis. Kaum lelaki perlu membuat pemeriksaan doktor juga seperti para wanita untuk mengetahui jika berlaku sebarang masalah. Sama-sama suami dan isteri pergi membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengelak diri daripada terkena penyakit yang tidak diingini.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Maksud rezeki adalah sangat luas, maknanya banyak cabang-cabang dan ianya bukan tertakluk kepada duit atau wang ringgit semata-mata. Perkataan rezeki yang berasal daripada perkataan arab ini \u201crizqi\u201d, secara tepatnya bermaksud \u201csesuatu yang diberi atau sesuatu yang dikurniakan\u201d. \n\nRezeki juga termasuklah mempunyai tubuh badan yang sihat, dipermudahkan urusan untuk melakukan tugasan atau pergi ke sesuatu tempat, boleh tersenyum, merasa gembira dan dapat tidur dengan lena. Semuanya adalah rezeki.\n\nAllah SWT Pemberi Rezeki Kepada Semua Orang Islam Dan Bukan Islam\n\nAllah S.W.T. adalah pemberi rezeki yang mutlak dan Dia memberi kepada sesiapa sahaja rezeki-Nya yang dikehendaki sama ada umat Islam ataupun bukan Islam. \n\nIanya adalah refleksi kepada sifat Allah S.W.T., iaitu Allah Maha Pengasih (Ar-Rahman) tetapi, hanya dengan sifat Allah yang memberi rahmat, ia hanya khas untuk umat Islam sahaja. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang terpilih peroleh rahmat Allah dan rezeki itu telah ditetapkan sejak dari perut ibu lagi atau di loh mahfuz.\n\n15 Amalan Menjemput Rezeki Wajib Kita Lakukan\n\nTerdapat beberapa amalan yang dapat menjemput rezeki kepada kita yang boleh kita amalkan. Dengan mengamalkan amalan menjemput rezeki ini, kemungkinan anda akan terkejut dengan rezeki yang tidak disangka-sangka datang kepada anda. Mari kita ketahui 15 amalan menjemput rezeki yang perlu kita amalkan seharian.\n\nBeristighfar adalah satu amalan menjemput rezeki dengan cara merintih dan membuat pengakuan dosa di hadapan Allah S.W.T. Yang menjadi sebab Allah S.W.T.\u00a0 mengasihani kepada hamba-hambaNya, adalah istighfar. Lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan hambaNya yang dikehendakiNya serta menjemput rezeki kepada kita.\n\nMengamalkan amalan mengingati Allah S.W.T.\u00a0juga akan menjemput rezeki serta membuatkan hati menjadi tenang. Kehidupan juga akan terasa lapang. Ini merupakan rezeki yang hanya Allah S.W.T. berikan kepada orang-orang yang beriman dengan mengingati-Nya.\n\n3. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah\n\nBerbuat baik kepada orang yang lemah ini adalah termasuklah menggembirakan hati dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin. Amalan menjemput rezeki dengan berbuat baik dan menolong isteri dan anak-anak yang masih kecil juga tidak dillupakan. \n\n4. Meninggalkan Perbuatan Yang Mendatangkan Dosa\n\nMeninggalkan perbuatan yang mendatangkan dosa juga akan menjemput rezeki datang kepada kita. Allah S.W.T. amat menyukai hambanya yang meninggalkan kemungkaran. Hidup tanpa melakukan dosa besar dan dosa kecil pastinya satu anugerah untuk kita.\n\nMenunaikan hajat orang lain juga menjadi asbab Allah S.W.T. melapangkan rezekiNya dalam bentuk tertunainya hajat sendiri. Sebab itulah, kita disarankan memikirkan hal orang lain yang lebih penting berbanding diri sendiri. Sabda Rasulullah S.A.W. :\n\n\u201cBarang siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah S.W.T. akan menunaikan hajatnya\u201d\n\n6. Sentiasa Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa\n\nMendoakan kedua-dua ibu bapa juga merupakan salah satu amalan yang mendatangkan rezeki. Apabila ibu bapa redha dengan kita, segala urusan kita dipermudahkan. Lebih mudah juga untuk kita menjemput rezeki. Sabda Rasulullah S.A.W. :\n\n\u201cApabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki Allah S.W.T. daripadanya.\u201d\n\nRasulullah S.A.W. juga pernah berpesan bahawa sesiapa yang menginginkan panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturrahim.\n\nBertawakal dengan setiap perkara yang kita lakukan sepanjang hidup ini, itulah yang terbaik sebagai hambaNya. Dengan bertawakal juga, automatiknya dapat menjemput rezeki datang kepada kita. \n\n\u201cBarang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya) .\u201d\n\nAmalan menjemput rezeki juga adalah dengan cara berikhtiar sepenuh kudrat. Apabila Allah melihat kesungguhan anda, pasti ia menjadi sebba Allah kurniakan rezeki kepada anda. Siapa yang berusaha pasti dia akan mendapatkannya. Ini merupakan sunnatullah dan dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa:\u00a0\n\n\u201cAllah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. berikan kepada orang yang dicintai-Nya saja.\u201d\u00a0\n\n(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)\n\nBagi orang beriman, pastilah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Contohnya, hendak tenang perlu dibacanya Al-Quran, hendak dapat anak yang baik, perlu dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat perlu dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak rezeki yang berkat perlulah dijauhinya yang haram, dan sebagainya. Begitu jugalah dengan amalan menjemput rezeki yang perlu diamalkan.\n\n9. Mengamalkan Zikir Dan Bacaan Ayat Al-Quran Yang Tertentu\n\nZikir dari ayat-ayat Al-Quran selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah dan lain-lain lagi. Selain mudah memahami agama dan diberi kemanisan iman, mengamalkan zikir adalah salah satu amalan menjemput rezeki. \n\nSalah satu nama Allah S.W.T. iaitu Al-Fattah yang ertinya Maha Membukakan dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu, serta ada juga hadis menyebut, sesiapa yang baca surah al-Waqi\u2019ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan (kepapaan).\n\nBerdoa merupakan salah satu amalan menjemput rezeki. Berdoa juga dapat menjadikan kita dekat dengan Allah S.W.T., begitulah apa yang dihajati akan diperkenankan-Nya. Oleh itu, amalkanlah amalan menjemput rezeki dengan sentiasa berdoa pada Allah SWT.\n\nTerdapat pelbagai keterangan bahawa amalan solat tahajud dapat menjemput rezeki serta menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati oleh orang. Mereka mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Selain menjemput rezeki, doanya juga mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.\n\nAntara amalan menjemput rezeki juga adalah sering bangun awal pagi. Rasulullah S.A.W. pernah berkata bahawa memulakan aktiviti harian selepas solat subuh adalah satu amalan yang berkat. Nak rezeki yang banyak, kena sentiasa bangun pagi ya?\n\nAda hadis yang menganjurkan supaya berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. jika hajat atau cita-cita tidak tertunai. Hal ini kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta menjemput rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat yang diinginkan. Banyakkan berselawat adalah amalan menjemput rezeki yang harus kita amalkan setiap hari.\n\nMembuat kebajikan juga merupakan salah satu amalan menjemput rezeki ramai tidak tahu. Membuat kebajikan juga akan menjadikan rezeki semakin murah dan anda bakal disayangi oleh semua orang.\n\nAmalan solat Dhuha yang dibuat sewaktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia juga mempunyai rahsia tersendiri iaitu senang menjemput rezeki masuk. Jadikanlah solat dhuha sebagai kewajipan anda setiap hari biarpun ia adalah sunat kerana terdapat banyak kebaikannya. Allah SWT berfirman:\n\n\u201cWahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.\u201d\u00a0\n\nKesimpulannya, 15 amalan di atas perlu diamalkan hari-hari untuk menjemput rezeki yang melimpah ruah. Marilah sama-sama kita lakukan amalan menjemput rezeki tersebut untuk diperluaskan lagi rezeki kita. Jom baca juga Doa murah rezeki, kelebihan surah Al-Waqiah, Solat dan rezeki dan 8 jenis rezeki dari Allah SWT."
"Perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza kerana ada kanak-kanak yang cepat belajar, ada kanak-kanak yang cepat bercakap, dan ada kanak-kanak yang sudah pandai membaca sebelum masuk tadika lagi. Ibu bapa tidak perlu risau jika anak ada masalah lambat bercakap atau lambat berjalan. Walaupun mereka lambat dalam beberapa perkara ibu bapa perlu terus berusaha untuk membantunya.\n\nSelain itu, perkara selalu yang kita rasa tidak penting juga boleh menjadi isu seperti anak tidak pandai untuk suap sendiri makanan. Majoriti kanak-kanak sekarang, mereka akan mula pandai makan sendiri apabila mereka mula masuk tadika. Sebelum mereka mula masuk tadika, ibu atau bapa yang akan selalu suap mereka makan kerana ia lebih mudah dan cepat jika dibandingkan dengan mereka makan sendiri.\n\nKanak-kanak yang dari kecil sudah dihantar ke rumah pengasuh, mereka selalunya lebih berdikari berbanding kanak-kanak yang tinggal dengan di rumah sendiri. Jadi, mereka tiada masalah dalam suap makanan sendiri. Tetapi, ibu bapa jangan bimbang kerana kita masih boleh mendidik mereka untuk pandai suap makanan sendiri.\n\nIbu bapa boleh menggunakan kaedah Finger Food iaitu makanan yang mudah digigit, dikunyah, ditelan dan dipegang oleh bayi. Kaedah Finger Food ini perlu dididik sejak bayi lagi agar mereka biasa memegang makanan.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kaedah Finger Food boleh mendidik anak untuk pandai makan sendiri. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.\n\nFinger food ni penting sangat dalam perkembangan anak-anak. Antara kepentingannya :\n\n\u2013 Membantu dlm kemahiran asas utk anak makan\n\n\u2013 Membantu meningkatkan kemahiran motor halus\n\n\u2013 Membantu dalam kemahiran yg berkaitan dalam perkembangan normal anak-anak especially kemahiran oral motor (juga main peranan untuk asas bercakap)\n\nKalau mommy daddy semua ada masalah macam dekat atas jangan panik dan tidak terlambat untuk anda ambil tindakan. Ajar semula anak-anak ini untuk makan makanan dlm bentuk finger food iaitu yang boleh dipegang dan dimakan. Kiranya macam back to basic balik. Kalau anak tidak pandai jugak?\n\nMommy daddy perlu bantu anak-anak itu. Bantu mereka untuk ambil makanan, pegang, dan bawa ke mulut. Kali pertama mungkin anak akan takut (takut kepada makanan) tapi lama kelamaan anak akan biasa dengan makanan dan akan selesa untuk makan seperti biasa.\n\n*Kesimpulannya, ibu bapa perlu biasakan anak-anak untuk pegang makanan sendiri dan didik mereka untuk makan dengan tangan. Pada awalnya, ia mungkin kelihatan agak sukar tetapi hasilnya amat berbaloi. Selain dapat mendidik untuk pandai makan sendiri, kita juga dapat latih mereka untuk berdikari dan pandai bercakap. Semoga info ini dapat membantu anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Siapa yang tidak mahu cantik? Semua wanita di dalam dunia ingin menjadi cantik. Lebih-lebih lagi wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai suami yang dicintai. Isteri semestinya mahu cantik di depan suami dan ingin suami bertambah sayang kepada dirinya.\n\nJadi, bagaimana mahu cantik dan sihat tanpa mengeluarkan bajet yang banyak? Hari-hari kita jaga kulit muka, bersenam, masakkan untuk suami dan bermacam-macam lagi untuk tarik perhatian suami. \n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 9 kebaikan isteri minum air rebusan \u2018antioxidant boost\u2019. Info ini dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman. Dia adalah perantis untuk produk Zathura Herbs. Selain itu, dia penulis blog untuk mommaVague. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Puan Noriza.\n\nSiapapun suka melihat kecantikan wanita daripada sudut luar fizikalnya, raut wajah yang berseri seri dan \u2018figure\u2019 badan yang menawan saja. Namun hakikat sebenar, kecantikan tu terletak pada kesihatan dalaman wanita itu sendiri.\n\nKan selalu dengar pepatah cantik dalam cantik juga luarnya?\n\nSo, untuk kalian semua yang mahu benar-benar cantik di mata suami perlu segera lakukan sesuatu dan sebaiknya jangan pernah culas atau liat untuk mengamalkan minum air rebusan istimewa ini.\n\nBahan-bahan untuk membuat air rebusan boost:\n\n1) 7 batang serai \u2013 diketuk (guna 3 batang pun ok)\n\n2) Halia sebesar ibu jari \u2013 diketuk\n\n3) 3 biji lemon \u2013 dihiris (kalau takde lemon, boleh ganti limau nipis)\u00a0\n\n5) Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air dah tinggal agak agak segelas untuk diminum. \n\n*Ini dibahagikan segelas tu 3 kali minum, bukan sekaligus minum. Kalau taknak masam sangat cukup 1 biji je, serai sekadar 3 batang.\n\n9 kebaikan air rebusan antioxidant boost\n\n1. Meningkatkan pencernaan dan mengelakkan sembelit\n\nSerai penuh dengan khasiat fitokimia yang membantu meningkatkan pencernaan dan fungsi lain saluran gastrousus. Jadi ianya bersifat menenangkan dan mengurangkan kekejangan abdomen perut. Selain daripada tu, ia juga boleh merangsang reseptor di usus untuk bekerja dengan lebih cekap apabila menyerap nutrien dari makanan.\n\nWanita yang setiap bulan ada simptom PMS digalakkan sangat amalkan meminum air serai setiap pagi ketika datang bulan. Ianya bukan sahaja boleh bantu hilangkan kesakitan rengat senguggut tu, malahan yang loya mual juga akan tutut hilang.\n\nBaru-baru ini para saintis di Universiti Ben Guriun melakukan kajian mengenai ciri-ciri anti-mutagen dalam serai. Jumlah citral yang didapati hanya dalam 1 gram serai telah diminum ke dalam teh dan kemudian ditambah kepada sampel sel kanser dan sihat. Sel-sel kanser yang masuk dimusnahkan tanpa membunuh sel-sel yang sihat.\n\nUntuk mereka yang sering ada masalah tekanan darah tinggi, cuba lah minum setiap hari. Selain ubatan hospital, lemon pun boleh bantu mengurangkan masalah hipertensi.\n\n5. Buat yang dah terover STRESS tu, kalian wajib minum. Perghhh! Memang jiwa akan tenteram lahhh.\n\nSelalu tahu lemon sahaja yang berfungsi sebagai diuretik. Eh serai ni pun boleh juga tau. So, kalau bergabung dua ni memang mantoppp lah. Selain tu ia juga boleh bantu meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik.\n\nSerai juga merupakan pencegah toksik yang membantu membersihkan buah pinggang, hati, pundi kencing dan pencernaan, dan juga kaya dengan mineral seperti kalium, besi, dan magnesium. Jadi semua organ ni dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan. Besttt kan?\n\nKita makin berusia makin kurang metabolisma badan. So, halia sangat bagus untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.\n\nAntioksidan polifenol yang terdapat dalam lemon pula bantu mengurangkan berat badan pada mereka yang terlebih BMI atau obesiti.\n\n*Banyak kebaikan untuk si isteri minum air rebusan antioxidant boost ini. Hanya memerlukan 3 bahan sahaja. Bahan yang mudah dimiliki dan sememangnya sudah ada di dapur rumah. Lepas ini, suami akan bertambah sayanglah dengan isteri. Apa yang penting perlu rajin dan konsisten. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Selain kanser payudara, kanser ovari juga merupakan satu lagi kanser yang menjadi pembunuh utama wanita di seluruh dunia. Kanser ovari merupakan kanser yang paling kerap menyerang seorang wanita. \n\nSebagai seorang wanita, adalah sangat penting untuk anda mengetahui info tentang kanser ovari terutamanya apakah tanda, punca, dan rawatan untuk penyakit tersebut.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kanser ovari?\n\nOvari adalah organ pembiakan wanita yang berfungsi untuk mengeluarkan ovum atau telur dan mengeluarkan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron. \n\nKanser ovari berlaku apabila terdapat sekumpulan sel yang tidak normal di dalam ovari yang mula membahagi secara tidak terkawal dan membentuk tumor. Terdapat 3 jenis tumor yang dikesan dalam ovari iaitu:\n\nKanser ovari terbahagi kepada 4 tahap iaitu:\n\nRawatan untuk kanser ovari ialah bergantung kepada tahap mana kanser itu berada. Oleh itu, rawatan adalah berbeza dari seorang pesakit kepada pesakit yang lain.\n\nApakah tanda seseorang wanita terkena kanser ovari?\n\nSekiranya seorang wanita mempunyai kanser ovari, tubuh badannya akan mengeluarkan tanda atau simptom. \n\nSebagai seorang wanita, adalah sangat penting untuk kita mengetahui apakah tanda kanser ovari kerana kanser yang dikesan pada peringkat awal dan diberikan rawatan dengan segera mempunyai peratusan untuk pulih yang lebih tinggi berbanding kanser ovari yang dikesan pada tahap yang serius. Di antara tanda kanser ovari ialah:\n\nKebiasaannya kita akan kencing dengan lebih banyak daripada biasa jika minum air lebih banyak daripada normal atau pun jika kita berada di tempat yang sejuk. Ia adalah sesuatu yang normal. \n\nWalau bagaimana pun, jika secara tiba-tiba anda kencing dengan terlalu kerap tanpa sebab yang dapat dikenal-pasti kemungkinan besar ia adalah petanda bahawa anda mempunyai kanser ovari.\n\nPerut tidak selesa dan mual-mual lebih daripada 3 minggu\n\nTanda kanser ovari yang seterusnya ialah pesakit akan mengalami masalah perut tidak selesa serta mual-mual. Perut yang tidak selesa yang dimaksudkan di sini ialah anda akan berasa kembung, senak, dan rasa seolah-olah makanan tidak hadam. \n\nTidak semestinya anda berasa sakit perut. Oleh itu, jika anda berasa perut tidak selesa untuk tempoh yang lama dan dalam masa yang sama berasa mual-mual, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar yang segera untuk mendapatkan pemeriksaan kerana dikhuatiri anda telah mendapat kanser ovari.\n\nOrgan peranak wanita berada di bahagian bawah perut. Jika anda sakit pada bahagian tersebut, ini bermakna anda sedang mengalami rasa sakit pada organ peranakan. \n\nPesakit kanser ovari biasanya akan mengalami sakit atau kekejangan pada bahagian bawah perut. Anda mungkin mengalami rasa sakit seperti senggugut yang berpanjangan dan bukannya masa anda datang haid.\n\nPesakit kanser ovari biasanya akan mengalami perubahan pada selera makan. Mereka mungkin akan hilang selera makan secara tiba-tiba. Atau mungkin juga secara tiba-tiba menjadi seorang yang cepat makan. Selain itu, pesakit kanser ovari juga berkemungkinan untuk berasa kenyang dengan cepat semasa makan. Perubahan pada selera makan ini biasanya berlaku dalam tempoh yang lama iaitu lebih kurang 3 minggu.\n\nWanita yang mengidap kanser ovari biasanya mempunyai perut yang buncit. Oleh itu, jika secara tiba-tiba perut anda menjadi buncit tanpa kenaikan pada bahagian lain tubuh badan, ia adalah salah satu tanda kaner ovari yang perlu anda perhatikan.\n\nKepenatan yang melampau tanpa sebab juga adalah di antara tanda kanser ovari yang perlu anda perhatikan. Seseorang yang normal akan berasa segar dan sihat setiap kali bangun tidur dan cuma akan keletihan selepas berkerja sepanjang hari atau selepas melakukan aktiviti lasak yang memenatkan. \n\nNamun jika anda sentiasa berasa penat setiap masa tanpa melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan anda keletihan, hati-hati. Itu adalah petanda bahawa ada yang tak kena dengan tubuh badan anda.\n\nItulah dia info tentang kanser ovari yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda disahkan mengidap kanser ovari, jangan terus putus asa. \n\nJalani rawatan menikut jadual yang diberikan dan dalam masa yang sama amalkan cara hidup yang sihat. Insya Allah anda boleh bebas dari kanser yang dihidapi. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang makanan anti kanser, punca kanser, dan kanser paru-paru."
"Ada yang bertanya kepada saya tentang \u201cexclusive breastfeeding sehingga 2 tahun\u201d. Rupanya ramai juga yang tersilap faham istilah ini, sehingga ada yang ingin memberikan susu ibu semata-mata sehingga anak berusia 2 tahun.\n\nSetiap ibu pasti mahu yang terbaik untuk anak mereka. [Telegraph]\n\nExclusive breastfeeding bermaksud bayi anda hanya diberikan susu ibu sahaja tanpa disulam/dicampur dengan susu formula atau makanan bayi yang lain.\n\nPara ibu sangat disyorkan supaya mengusahakan exclusive breastfeeding sehingga umur bayi anda 6 bulan. Setelah itu, bolehlah mula memberikan makanan bayi yang bersesuaian, atau istilahnya \u2018weaning\u2019.\n\nAda ibu yang tak mahu memberikan apa-apa makanan sehingga anaknya 2 tahun kerana sangat ingin menjayakan exclusive breastfeeding. Fahaman ini adalah kurang tepat.\n\nSelepas bayi berumur 6 bulan, dia sudah mula meniarap, berguling-guling, dan akan mula merangkak, seterusnya berjalan dan semakin aktif dari hari ke hari, bulan ke bulan. Maka keperluan kalorinya akan bertambah sehingga tidak mampu ditampung oleh susu ibu semata-mata.\n\nSebab itulah selepas 6 bulan bayi anda sudah boleh, malah perlu mula \u2018weaning\u2019. Tapi di samping memberinya makan, teruskan juga breastfeeding sehingga usianya 2 tahun\n\nSaya harap ini membantu meleraikan kekeliruan sesetengah ibu yang pastinya ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka."
"Anda mesti pernah cuba resepi daging kerutuk bukan? Selalunya daging kerutuk terkenal waktu hari raya. Ayuh cuba sendiri resepi daging kerutuk ini.\n\nKini, anda tidak perlu tunggu hari raya untuk makan daging kerutuk. Cukup sekadar ke dapur. Memang anda tidak akan rugi mencuba resepi ini. Sebab rata rata orang mengatakan sedap!\n\nAkak memang jarang buat kerutub daging ni tapi kalau dah buat, memang 1 kg tu makan tuk tengahari je.\n\nMaaf la. Akak lambat bagi resepi. Tak smpat semalam. Ok. Akak edit resepi kat sini ya.\n\n*kalau daging belum cukup empuk boleh tambahkan air lagi ya.\n\nSelain resepi daging kerutuk, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Salah satu perkara yang paling mencabar bagi ibu bapa adalah mahu memberi anak makan. Kanak-kanak banyak ragamnya terutama sekali ketika makan. Sewaktu umur mereka masih di bawah umur 4 tahun, mereka lebih suka bermain sehingga tidak mahu makan.\n\nHal ini membuatkan ibu bapa risau akan kesihatan anak. Kalau kita ingin menyuap mereka makan, mereka akan mengelat, berlari sana sini, menangis kerana tidak mahu makan. Ibu bapa akan rasa penat mengejar anak-anak untuk diberi makan. Cara yang mudah bagi ibu bapa selalu guna adalah memberikan gajet agar mereka akan duduk diam dan makan.\n\nMemberi gajet tidak bagus untuk anak-anak. Ia akan memberi kesan negatif jika mereka selalu bermain gajet di usia yang muda. Jadi, bagaimanakah kita mahu beri makan kepada anak-anak tanpa menggunakan gajet? \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips mudah untuk beri anak makan. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul \u201c3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna\u201d, \u201cWhy So Serious Parents?\u201d dan \u201cParents, Welcome To My World\u201d sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. 7 Tips mudah untuk beri anak makan.\n\nBerikut adalah tips untuk beri anak makan :\n\nYa, memang bosan bila bercakap tentang jadual. Tapi percaya atau tak, ini adalah senjata yang paling berkesan sebenarnya. Cuba jarakkan mealtime anak setiap 3 jam, dan selama gap 3 jam tu jangan bagi apa2 makanan atau snack kecuali air.\u00a0\n\nWhen I say JADUAL, I\u2019m not talking about a specific time of the day, tapi INTERVAL. Ini penting untuk set awareness tentang waktu makan pada anak. Supaya anak tak makan secara random atau bila-bila lapar je, makan. Kaedah ni juga akan pastikan anak LAPAR dan FOKUS MAKAN bila tiba waktu makan.\u00a0\n\nBila anak dah besar sikit, libatkan anak dalam persiapan meja makan. Mungkin boleh suruh dia susun pinggan atau cawan. I did this before, dan mula2 memang challenging sebab anak tak biasa.\u00a0\n\n3. TEMPOH MAKAN 10-30 MINIT SAHAJA\n\nAnak suka main dan tak duduk diam masa makan adalah sebab dia rasa dia ada seluruh masa dalam dunia.\u00a0So how to teach them about sense of time? Perlahan-lahan hadkan masa makan.\n\nBila dah ready nak makan, tunjuk jam dinding dan cakap pada anak \u201cKita boleh makan sampai jarum panjang tunjuk nombor 6 sahaja, okay? So we have to eat quickly, sebab kita ada 20 minit sahaja. Lepas nombor 6, no more food.\u201d Itu contoh.\u00a0\n\nMula2 mungkin anak tak faham konsep masa dan tak tahu berapa cepat jarum jam tu bergerak, but it\u2019s ok. Konsisten hadkan masa dan lama-lama they\u2019ll get it. Strategi ni sangat helpful especially bila kita tengah rushing pagi2 nak pergi kerja atau nak kejar masa.\n\n4. PASTIKAN ANAK DUDUK DENGAN BETUL\n\nI hear this a lot from Occupational Therapist. Pastikan anak SELESA di meja makan. Pastikan kerusi tu tak terlalu besar atau terlalu rendah, dan pastikan anak tak terlalu jauh dari meja makan.\u00a0\n\nCan you imagine makan dalam keadaan permukaan meja satu level dengan muka? . Jadi, pastikan bontot anak tekap di kerusi, siku di atas permukaan meja, dan kaki tidak tergantung. Letak la apa2 kat bawah kaki dia. Atau gunakan booster seat yang boleh ikat di kerusi biasa. Ada banyak booster seat yang portable sekarang.\n\nSensory activities sangat sangat sangat membantu untuk bagi anak tenang dan fokus dalam aktiviti seterusnya iaitu makan.\u00a0Ada banyak sensory activity yang sesuai mengikut umur. Yang paling mudah: melompat, merangkak, menari, anything involves body movements.\n\nBila anak tak duduk diam jugak waktu makan, gunakan senjata seterusnya, SENSORY TOOLS. Cuba google \u201cSensory Tools\u201d atau \u201cSensory Toys\u201d, ada banyak pilihan. Cuba cari yang ada vibration. Vibration adalah one powerful treatment untuk beri anak duduk diam, alert dan focus.\n\nBtw, sensory tools ni sebenarnya selalu digunakan untuk anak autistic/ADHD/ADD/Hyperactive, tapi untuk anak biasa pun, SANGAT MEMBANTU.\u00a0\n\n7. NO SCREEN TIME DURING MEALTIME.\n\nIni yang paling berbuih mulut bila bercakap dengan parents.\u00a0Saya sangat sangat sangat faham kenapa korang terpaksa bagi anak phone, TV, tablet masa makan. Anak makan banyak bila menghadap screen, bukan sebab dia berselera, but because they\u2019re hypnotised. \n\nBrain is conquered by the screen. Anak dah tak sedar dengan apa yang dia buat (makan), anak dah tak rasa kesedapan makanan tu, dan otak dia tak mampu trigger rasa kenyang, sebab dia sebenarnya dah \u201cHILANG DALAM SCREEN\u201d. And this will cause much bigger problems, contohnya masalah penghadaman, overeating, obesity, dan ketagihan skrin.\n\n*Permulaan memang susah untuk kita didik anak kita supaya sopan di meja makan. Tetapi lama-kelamaan, mereka akan terbiasa dengan keadaan di meja makan. \n\nBaik kita mula dari usia mereka muda daripada mereka terbiasa dengan tingkah laku tidak sopan di meja makan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Semua orang mahu kulit yang cantik, mulus dan bersih dari jerawat. Kulit yang cantik datang dari hasil penjagaan kulit yang rapi dan menggunakan produk yang sesuai dengan kulit sendiri. Persekitaran juga memain peranan yang penting dalam mendapatkan kulit yang cantik.\n\nSelain itu, pemakanan yang sihat juga salah satu cara untuk mendapat kulit yang cantik. Zaman kini banyak penjual yang menjual produk kecantikkan di laman sosial. Pelbagai cara mereka katakan untuk melariskan produk yang mereka jual. Sebagai contoh, jika menggunakan produk mereka, dijamin kulit muka akan menjadi bersih dan hilang semua jerawat.\n\nTetapi produk yang mereka jual itu mengandungi bahan-bahan yang bahaya dan akan memberi kesan sampingan kepada kulit. Apakah bahan-bahan yang bahaya terkandung dalam produk mereka?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 5 bahan yang bahaya terkandung dalam produk hilang jerawat. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. \n\nMari kita lihat maklumat-maklumat penting yang tidak diberitahu tentang ubat-ubat jerawat yang biasa disyorkan oleh wargamaya.\n\n5 Bahan yang terkandung dalam produk\n\nKandungan paling lazim dalam produk komersial. Ada dijual di kedai runcit, atas talian, dan farmasi.\n\n\u2014 EX: Oxy10, Benzac, Neutrogena Rapid Clear.\n\n\u2014 TX: jerawat tahap ringan dan sederhana.\n\n\u2014 RX: tak perlu preskripsi doktor.\n\n\u2014 SE: kulit merah, menggelupas dan alahan.\n\nSejenis antibiotik topikal/kegunaan luar. Dijual di klinik dan farmasi sahaja. Boleh guna bersama tretinoin.\n\n\u2014 EX: Dalacin T, T3 Mycin\n\n\u2014 TX: jerawat tahap sederhana dan teruk\n\n\u2014 RX: tak perlu preskripsi doktor\n\n\u2014 SE: loya, muntah, cirit-birit, alahan.\n\nIa adalah derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Disapu sekali sehari.\n\n\u2014 EX: Retin-A, T3 Actin, Differin, T3 Ada Gel\n\n\u2014 TX: jerawat tahap sederhana dan teruk.\n\n\u2014 RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor\n\n\u2014 SE: kecacatan janin, fotosensitiviti, alahan.\n\nAntibiotik makan juga boleh membantu. Dijual di klinik dan farmasi sahaja.\n\n\u2014 TX: jerawat tahap sederhana dan teruk\n\n\u2014 RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor\n\n\u2014 SE: bergantung kepada antibiotik yang diberi.\n\nIa juga derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Di makan sekali sehari.\n\n\u2014 RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor\n\n\u2014 SE: kecacatan janin, kering muka, kering mata, rekah bibir, fotosensitiviti, depression, alahan.\n\nJika dilihat senarai ubat untuk merawat jerawat ini, hanya Benzoyl Peroxide sahaja boleh dibenarkan dijual di mana-mana kedai, termasuk atas talian. Yang lain perlu dibeli di farmasi.\n\nUbat mengandungi retinoid ditegah pengambilannya oleh wanita hamil, menyusukan anak, atau wanita yang merancang untuk hamil. Retinoid hanya akan dimulakan setelah pemeriksaan kehamilan adalah negatif, dan setelah pengambilan bermula, pesakit perlu mencegah kehamilan.\n\n*Kita sebagai pembeli perlu berhati-hati dalam membeli satu produk. Kaji dahulu produk yang dijual oleh penjual dan kandungan di dalam produk. Jika ada masalah kulit berjerawat, lebih baik berjumpa dengan doktor pakar. Doktor akan memberi ubat yang semestinya dijamin bagus dan tidak memberi kesan negatif terhadap kulit.\n\nJika kulit tiada masalah jerawat yang teruk, tetapi ingin membeli produk pencuci muka, boleh beli di farmasi atau Watson, Guardian yang sememangnya menjual produk yang bagus. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Selamat petang semua, perkongsian kali ini tentunya mendapat ramai suka dan share kerana rasanya sedap sangat dan ramai yang cuba buat. Namun begitu, mesti ada yang terheran-heran baca tajuk iaitu salted egg chocolate atau kek coklat telur masin. Resepi yang kontroversi ini mengundang rasa ingin tahu yang tinggi daripada pembaca semua.\n\nAdakah sedap rasa kek coklat telur masin? Sos/serbuk telur masin itu tidaklah masin sangat. Ia lebih kepada memberi rasa berkrim pada masakan. Sehingganya salted egg apabila dikombinasi dengan kek coklat akan mencetuskan rasa baharu yang lebih ekstrem.\n\nBahan-bahan boleh dibeli di kedai bakery atau kedai runcit. Untuk kek coklat moist, anda boleh guna apa-apa resepi kek coklat moist yang sedap versi sendiri. Yang pentingnya disini adalah sos salted egg itu.\n\nSelain sebagai topping kek coklat, sos salted egg boleh dipakai buat cicah dengan macam-macam makanan lain seperti kek pisang, roti gardenia, bun, pancake/lempeng dan lain-lain. Sos pula tahan boleh simpan dalam peti sejuk. Sila cubakan resepi yang dikongsikan oleh Azura Radzi di laman Facebook.\n\nResepi Kek Coklat Salted Egg @ Salted Egg Chocolate Cake\n\nResepi Salted Egg Crumb (Untuk tabur atas kek)\n\nSelain kek coklat salted egg, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Ada sesuatu mengenai anak berusia 2 tahun ni. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Mereka belum betul-betul faham dunia orang dewasa.\n\nMereka nampak berakhlak buruk, campak barang, makan merata-rata, tendang dan jerit jika mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.\n\nOleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.\n\nLantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam \u2018dunia\u2019 dia. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun \u2013 3 tahun.\n\nFahamilah jika anak pada usia ini nampak macam berakhlak buruk.ingat itu bukan akhlak dia, itu adalah dia sedang mempelajari dunia dan bagaimana untuk berakhlak mulia.\n\nMaka tunjukkan kepadanya dengan sabar. Jika dia menjerit, ambil tangan dan letak pada bibirnya memberi tanda tidak perlu menjerit. Jika ada masa bawa dia keluar untuk dia boleh bermain dan menjerit.\n\nJika dia makan bersepah, maka letakkan tempat yang membolehkan dia makan di kawasan itu sahaja. Letak di kerusi baby atau sepertinya.\n\nJika dia menendang, ambil lembut kakinya dan beritahu bahawa tidak perlu menendang jika mahukan sesuatu.\n\nAjar dia untuk mengatakan ya atau tidak. Dan belajarlah bertanya seperti meminta izin sebelum dia melakukan sesuatu kepadanya.\n\nContoh, jika mahu memandikan dia. Katakan, \u2018sayang mama nak mandikan sayang, ya\u2019 dan biar dia boleh memilih. Jika dia kata ya, maka bawalah dia mandi dengan gembira. Jika dia mengatakan \u2018no\u2019 maka teruskan pujuk dan buat sesuatu yang menarik dibilik mandi.\n\nBila anak-anak kecil ini sudah belajar mengatakan yes atau no, sebagai tanda mereka boleh memilih serta ibu bapa menghormati perasaannya, maka situasi anak-anak itu menjerit, menendang, makan bersepah dan sebagainya akan cepat berhenti dan anda akan melihat anak-anak 4-6 tahun yang mudah dibimbing."
"Pernah makan Nasi Ayam Hainan? Ingin cuba memasak sesuatu yang baru tetapi tak ada idea? Apa kata anda cuba resepi yang sangat menarik ini. Resepi ini diyakini sangat mudah untuk difahami dan confirm sedap untuk dimakan seisi keluarga.\n\nNasi Ayam Hainan ini asalnya masakan daripada kaum Cina tetapi telah diasimilasikan supaya sesuai dengan selera orang Melayu.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan Rozita\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSelain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi nasi yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
"Jika anda seorang yang selalu berasa bimbang atau risau maka anda sebenarnya sedang merosakkan tubuh dan minda anda dan emosi anda akan bertukar menjadi marah. Risaukan sesuatu secara keterlaluan tidak akan membawa kita kemana-mana dan ia tidak akan menyelesaikan masalah kita terutama sekali jika kebanyakan perkara yang kita risaukan adalah sesuatu yang bukan dalam kawalan kita. Kerisauan punca kepada cepat dan mudah marah.\n\nPerasaan bimbang ialah sesuatu yang boleh membebankan kondisi mental kita. Apabila kita dalam keadaan bimbang, ia akan memberi kesan kepada emosi kita dan ia boleh mencetuskan perasaan marah dan menjadikan kita panas baran. Kerisauan yang terlampau bukan sesuatu emosi yang positif dan ia mampu menjejaskan kesihatan anda. Jantung anda, sistem-sistem saraf dan pernafasan akan terganngu ketika anda dalam keadaan risau. Petanda akibat daripada perasaan bimbang yang keterlaluan boleh dilihat melalui perubahan kepada tubuh badan.\n\nContohnya anda akan sering berasa tidak sedap perut dan seperti kecut perut. Anda juga dapat merasakan kaki dan tangan anda berada dalam keadaan tegang, dan hati anda terasa tertekan yang teramat sangat. Jika anda mengalaminya, jangan risau kerana ia adalah sesuatu yang diluar kawalan anda. Cuba berfikir positif dan yakinkan diri anda yang hari yang bakal mendatang akan baik-baik saja. Cuba ingatkan kembali perkara-perkara yang mampu anda ubah dan ingati juga perkara-perkara yang diluar kawalan anda, dengan ini anda mampu merasa lebih tenang sedikit.\n\nPerasaan marah ialah emosi yang boleh menghancurkan seseorang. Jika anda gagal mengawal perasaan marah anda kemungkinan akan terjebak untuk melakukan perkara-perkara yang diluar kawalan. Anda akhirnya meletakkan diri anda dalam masalah baru dan mula berasa risau mengenai perkara itu pula. Jadi mengapa tambahkan lagi masalah anda yang telah sedia ada. Cubalah untuk mengawalnya.\n\nEmosi bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan kerana emosilah yang mengawal kegembiraan, marah dan sedih seseorang. Emosi tercipta supaya kita mampu mengawal tabiat dan tingkah laku kita dalam hidup ini. Sekiranya anda gagal mendalami emosi anda, maka emosi tidak akan berfungsi dengan baik untuk anda. Kebiasaannya perasaan bimbang akan membawa kepada kemurungan dan ia merupakan salah satu jenis kesedihan. Dan jika anda mengalami kemurungan dan sentiasa rasa bimbang maka ia boleh menjadikan diri anda seorang yang panas baran.\n\nBayangkan anda sedang dibebani emosi-emosi yang negatif dan apabila ia mencapai tahap maksima anda tak mungkin dapat menahannya lagi. Jika anda melepaskannya dengan menjerit, memarahi dan menyumpah kepada orang lain maka ia akan menjadikan tahap kemarahan anda lebih tinggi lagi. Kita haruslah berfikir secara waras sebelum melepaskan emosi kita kerana hanya perasaan tenang yang akan membuka jalan untuk menyelesaikan masalah kita.\n\nIngatlah tiada siapa pun dapat meramal apa yang akan berlaku hari esok. Oleh itu anda sedar yang ia adalah sesuatu diluar kawalan anda dan satu-satunya perkara yang anda boleh lakukan ialah berdoa dan bersiap sedia untuk menghadapinya. Minda kita sangat kompleks dan jangan biarkan ia menguasai diri kita sepenuhnya jika tidak kita mungkin sentiasa dalam bahaya. Kita haruslah menguasai minda kita supaya kita mampu mengawal atau mengurangkan masalah-masalah dalam hidup ini.\n\nJika anda rasa anda seorang yang malang, ingatlah terdapat orang lain yang lebih tidak bernasib baik daripada anda. Jika anda masih gagal mengawal tahap kemarahan anda, maka jumpalah pakar segera sebelum ia memusnahkan hidup anda."
"Terkesan dengar seorang bercerita kisah benar terjadi mengenai pasangan suami isteri. Hari-hari isteri tadi stres suaminya berdengkur masa tidur. Kadang-kadang lari tidur di ruang tamu. Berdengkur terutama bila penat atau tak sihat semakin kuat.\n\nAda beberapa usaha difikirkan tapi belum dilakukan. Satu hari suami tadi pergi kursus iman dan belajar agama selama lebih sebulan. Isteri tadi semakin rindukan suaminya sangat. Malam-malam tak boleh tidur sebab rindu dengkuran suaminya. Rupanya dia dah tak boleh lena tanpa dengkuran suaminya.\n\nBila suaminya pulang dia sayang dan cerita pada suaminya. Suaminya senyum. Sebelum ni selalu ditegur dan di marahi.\n\nSatu hari takdir Allah, suaminya meninggal dunia. Kenangan paling indah dan paling dingati oleh pasangannya ialah dengkuran suaminya..\n\nBersyukur ialah ubat bagi hati. Satu saat kita akan rindukan segala yang kita nampak buruk hari ini. Percayalah syukur ialah segalanya. Terima kasih pada Allah dan pasangan.\n\nRedha kerana memiliki suami atau isteri. Menerima kekurangannya dan terima seadanya. Tiada siapa pun sempurna dalam dunia ini. Hanya hati yang ikhlas menyempurnakan segala kekurangan orang yang mereka sayangi"
"Pada setiap rumah wajib ada telur di dapur kerana ia adalah bahan asas yang perlu ada dalam rumah. Jika tidak sempat masak, goreng telur makan dengan nasi panas dan kicap, Siap! Telur juga digunakan untuk masak nasi goreng, mi goreng, kuew teow goreng dan lain-laiblagi. Senang kata telur ini boleh dimasak dalam pelbagai jenis resepi.\n\nCuma ada satu sahaja masalah. Bagaimana kita mahu telur itu tahan lama dan segar dalam masa yang lama? Ada orang kata kalau mahu telur tahan lama, perlu basuh sebelum simpan di peti ais tetapi ada juga yang berpendapat tidak perlu basuh pun.\n\nJadi, yang mana satu yang betul?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai cara penyimpanan telur yang betul. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. \n\nAdakah telur perlu basuh atau tidak sebelum simpan?\n\nDi sini mempunyai dua pendapat. Berikut adalah pendapatnya :\n\nKalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.\n\nIanya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.\n\nJika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.\n\nTapi. kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?\n\nNajis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.\n\nWalaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4\u00b0C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5\u00b0C-63\u00b0C), kita tetap perlu beringat!\n\nPada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.\n\nJadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.\n\nTak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.\n\nTak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layernya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.\n\nBila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak. Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan.\n\n*Boleh guna 2 cara ini untuk menyimpan telur di dapur rumah. Kepentingan utama sebelum masak telur adalah basuh dahulu telur dengan air dan hilangkan kesan-kesan hitam di telur. Seeloknya, simpan telur di dalam peti ais agar tahan lama. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Resepi ayam masak ungkep merupakan masakan orang Jawa. Siapa yang pernah makan ayam masak ungkep? Mesti anda akan suka hidangan ini kerana rasanya yang kena dengan tekak kita.\n\nJika anda ingin makan ayam yang berkuah namun ada alahan dengan santan, anda boleh cuba masak ayam ungkep ini. Ianya ialah ayam yang dimasak dengan rempah ratus menyerupai kari namun ia bukan kari. Hidangan ini dimasak dengan mengungkep ayam hingga masak.\n\nHidangan jawa ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi putih panas. Makan bersama kuah, bahkan minyak dalam kuahnya itu pun lagi sedap.\n\nTanpa tunggu lama, kami hadirkan resepi ayam masak ungkep yang dikongsikan oleh \u200eAtier Syah\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba resepi yang mendapat perkongsian ramai ini.\n\nSelain resepi ayam masak ungkep, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Review HONOR Magic4 pasti tercari-cari oleh mereka yang mahu membeli telefon pintar baharu keluaran HONOR yang terkini buat tahun 2022. Ada peminat HONOR di sini? Jika anda pernah menggunakan model keluaran HONOR, anda pasti tahu kelebihan dan keunikan setiap modelnya.\n\nSmartphone flagship ini hadir dengan lebih banyak perincian menarik dari segi reka bentuk, paparan, prestasi dan kamera.\n\nBerbaloi atau tidak menggunakan HONOR Magic4 untuk kegunaan harian, bermain game dan kerja? Jom kita lihat spesifikasi dan perincian telefon pintar ini.\n\nAntara ciri jelas yang menonjolkan dan membezakan HONOR Magic 4 dengan model smartphone lain adalah dari segi reka bentuknya. Pertama, semestinya kita dapat lihat terdapat lengkungan di setiap sisi dan panel telefon pintar ini.\n\nCiri kedua yang sangat ketara adalah reka bentuk kameranya berbentuk bulatan besar di belakang dan bahagian atas smartphone. Ia menampakkan smartphone ini kelihatan lebih unik dan eksklusif.\n\nHONOR Magic4 didatangkan dengan tiga warna menarik dan eksklusif iaitu hitam, emas dan cyan. Warna ini warna umum yang digemari ramai kerana kelihatan lebih premium.\n\nHONOR Magic 4 menggunakan chipset Snapdragon 8 Gen 1 yang mampu memberikan \u2018performance\u2019 yang baik dan tip top. Selain itu, ia membuatkan smartphone anda akan berfuungsi dengan pantas. Selain itu, smartphone ini menggunakan Android 12 dengan sistem Magic UI 6.\n\nTak cukup dengan itu, storan yang dibekalkan adalah 256GB dipadankan dengan 8GB RAM. Ketebalan telefon adalah 8.8 mm dengan berat 199 gram. Tak terlalu tebal dan berat serta sesuai untuk diletakkan di dalam poket anda.\n\nBagi bahagian Privacy dan Security pula memang mantap dan lebih baik dari model sebelum ini. Dengan ciri AI Privacy Call Mode, anda akan lebih selesa untuk berborak dan mendengar perbualan panggilan telefon tanpa didengari orang terdekat.\n\nSensor finger print sudah tentu ada dengan sistem Ultrasonic yang membolekan fingerprint anda dikesan dengan cepat dan lebih unik ia terletak di bahagian skrin. Nak guna face unlock juga boleh.\n\nUntuk perincian lain, HONOR Magic 4 adalah kalis air dan mempunyai cooling system yang akan mengurangkan kepanasan sepanjang penggunaannya. Ia juga menyokong penggunaan WiFi 6, IP68 serta 5G.\n\nKamera di model HONOR ini pasti dapat menghasilkan kualiti gambar yang jelas dan cantik. Mana tidaknya, bahagian bulatan kamera belakang mempunyai tiga kamera beserta dua sensor iaitu 8X8 dToF Laser Focusing System dan Flicker Sensor.\n\nKamera utama adalah 50 MP, telefoto periskop pula adalah 64 MP manakala ultrawhite dengan 50 MP. Kamera swafoto pula adalah 12 MP. Jadi tidak hairanlah jika ramai pengguna HONOR Magic 4 yang memuji kualiti gambar yang dihasilkan model ini cerah, jelas dan cantik.\n\nPaling menarik smartphone ini membolehkan anda merakam gambar menggunakan dua kamera dalam satu masa. Teknologi ini menggunakan sistem Ultra Fusion. Bukan itu sahaja, fungsi HDR pada smartphone ini akan berfungsi secara automatik.\n\nSeterusnya, pasti ramai yang melihat review HONOR Magic4 untuk mengetahui ketahanan baterinya. Dari sudut ketahanan bateri pula, anggaran masa ia bertahan adalah 7 hingga 9 jam sahaja, bergantung kepada penggunaan pengguna kerana kapasiti baterinya 4600mAh sahaja.\n\nSeperti kebanyakan telefon pintar yang lain, HONOR Magic 4 juga menyokong pengecasan pantas. Dengan 100W pengecasan tanpa wayar dan dengan wayar. Pengecasan berwayar menggunakan USB type C. Ianya memang sangat laju dimana boleh dicas penuh dengan anggaran 30 minit.\n\nAnda pasti puas jika menonton movie atau bermain game dengan HONOR Magic 4. Hal ini kerana skrinnya besar iaitu 6.81 inci digandingkan pula dengan Stereo Speaker DTS yang mampu menghasilkan audio yang jelas dan baik. Resolusi skrin pula adalah 2848\u00d71312 Pixel.\n\nBukan itu sahaja, anda tidak akan sakit mata jika menghadap skrin smartphone dalam tempoh yang lama kerana HONOR Magic 4 menggunakan PWM dimming\u00a0 1920Hz di LTPO Display. Dengan tetapan ini juga mampu menjimatkan penggunaan bateri.\n\nDi Malaysia, harga penjualan \u00a0HONOR Magic 4 ditawarkan serendah RM 3999. Harganya memang sangat berbaloi dengan spesifikasi dan perinciannya.\n\nPuas dengan review HONOR Magic4 tersebut? Ha berbaloi atau tidak untuk penggunaan harian anda? Bagi admin, HONOR Magic4 memang berbaloi untuk dimiliki. Lebih-lebih lagi admin suka spesifikasi pada performance dan kualiti kameranya. Jika anda turut merasai yang sama, apa tunggu lagi? Buat tempahan sekarang!\n\nPendapat di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah pendapat dan pandangan penulis.\n\nKami juga ada menulis artikel lain yang mungkin anda cari seperti:"
"Mencari resepi kek yang super lembut? Kami ada satu resepi kek yang sedap sekali hadap, gebu gebas sangat kejadiannya.\n\nKek yang super lembut, fluffy dan tebal ini akan jadi hidangan pencuci mulut yang melazatkan. Belum sempat tunggu sejuk mesti sudah habis dulu.\n\nRamai orang tidak tahan dengan lazatnya blueberry yogurt cake. Rasa manis blueberry campur dengan masam yogurt akan menyatu dan pecah dalam mulut.\n\nMari cubakan resepi blueberry yogurt cake sedap yang dikongsikan oleh Sharifah Saudin\u200e di laman Facebook. Hidangkan untuk jamuan mewah jadi makin istimewa.\n\nSelain resepi blueberry yogurt cake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Solat berasal dari perkataan Arab iaitu \u2018as-Sholah\u2019 yang bermaksud \u2018sembahyang\u2019 dalam agama Islam. Dari segi bahasa solat bererti \u2018doa\u2019. Dari segi syariah pula, solat merupakan ibadah yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam.\n\nSolat merupakan rukun yang paling utama dalam rukun Islam selain mempunyai pengaruh yang baik bagi kedudukan akhlak manusia. Selain memahami akan kepentingan dan kewajipan solat, sebagai hamba Allah yang bertakwa sebaiknya mengetahui akan hal-hal yang membatalkan solat, barulah setiap solat itu lebih baik dan sempurna.\n\nJadi, apakah perkara-perkara yang\u00a0 membatalkan solat itu;\n\nPerbuatan bercakap-cakap yang dimaksudkan adalah mengeluarkan ataupun mengucapkan sekurang-kurangnya dua huruf yang bukan bacaan dalam solat.\u00a0 Manakala jika terbatuk, bersin atau menguap ketika dalam bacaan rukun qauli, maka dikehendaki untuk berhenti dari bacaan tersebut dan kemudiannya diulang kembali bacaannya.\n\nJika anda teruskan bacaan ketika dalam keadaan batuk atau bersin, dikhuatiri bacaan itu akan menjadi salah, maknaya yang tidak tepat sekaligus membatalkan solat tersebut. Dalam hal ini, ia juga termasuk sama seperti bercakap juga kerana mengeluarkan perkataan yang bukan bacaan dalam solat.\n\nJika menangis atau ketawa sehingga mengeluarkan suara serta menggerakkan badan dapat membatalkan solat. Dan jika ini terjadi anda mestilah mengulangi semula solat tersebut.\n\n\u00a0Jika anda menangis atau ketawa tanpa suara, hukumnya pula adalah makhruh. Jadi seelok-eloknya elakkan ketawa atau menangis ketika mendirikan solat.\n\nKetika mendiriakn solat semua anggota badan tidak boleh bergerak (yang bukan gerakan di dalam solat) sebanyak tiga kali berturut-turut. Berturut-turut disini bererti berterusan tanpa henti.\n\nJika gerakan itu dibuat tidak berturut-turut maka solat tersebut tidak batal walaupun dibuat lebih dari tiga kali. Jadi, sebaiknya anda menjaga pergerakan ketika solat.\n\nTakbiratulihram mesti dibaca dan dilafazkan dalam satu nafas tanpa berhenti di tengah-tengahnya dan bacaanya tidak boleh dipisahkan. Contoh bacaan takbiratulihram yang betul dan salah adalah seperti berikut.\n\nBacaan yang salah: Allahu. Akbar (Bacaan yang terputus)\n\nBacaan yang betul: Allah..hu..Akbar (Bacaan yang bersambung dan dalam satu nafas)\n\nRukun pendek adalah iktidal dan duduk antara dua sujud. Rukun ini tidak boleh sengajakan dipanjangkan. Namun jika anda mengalami keuzuran atau sukar bergerak, itu tidak mengapa.\u00a0 Tetapi jika dil;akukan dengan sengaja, adalah tidak boleh.\n\nSolat akan batal serta merta jika anda sengaja membaca surah al-Fatihah misalnya ketika sujud atau rukuk. Namun, jika anda tidak sengaja atau terlupa, solat tersebut tidak batal tetapi anda haruslah berhenti bacaan ayat tersebut apabila anda tersedar, jangan pula diteruskan.\n\nPerbuatan seperti makan dan minum walaupun sedikit akan membatalkan solat denagn serta merta. Contohnya, jika tertelan sedikit sisa makan di mulut, solat tersebut akan terbatal.\n\nSebab itulah disunatkan sebelum solat, untuk bersugi atau berkumur (bersihkan mulut) terlebih dahulu bagi menyucikan sisa makanan dalam mulut.\n\nSebarang benda atau cairan yang keluar melalui qubur dan dubur adalah najis yang membatalkan wuduk. Apabila terbatal wuduk, solat pun akan terbatal dengan serta merta.\n\nJadi, wajib untuk membersihkan najis tersebut dahulu dan memulakan semula solat. Akan tetapi, jika anda mengalami penyakit hadas secara berterusan seperti buasir tahap serius, ia dimaafkan ada beberapa kelonggaran lain.\n\nJika sedang mendirikan solat dan terlihat najis di pakaian, badan, tikar sejadah ataupun tempat solat, solat juga akan terbatal dan harus diulang semula. Jadi, apabila mahu memulakan solat, periksa dan pastikan persekitaran \u00a0bebas dari najis dan kotoran.\n\nPerkara yang membatalkan solat juga adalah niat yang berubah. Sesudah takbiratulihram, anda tidak boleh mengubah niat dan tidak boleh berasa was-was sama ada niat anda betul atau sebaliknya.\n\nSelain itu, tidak boleh ada lintasan hati untuk membatalkan solat sebelum tiba salam. Ini kerana ibadah solat adalah pendek masanya berbanding dengan ibadah haji atau puasa iaitu ibadah haji dan puasa setelah jatuh niat walau apa pun lintasan di hati tidak akan membatalkan ibadah itu dengan serta merta, melainkan berlaku perbuatan yang membatalkannya. Oleh itu, fokuslah ketika sedang bersolat.\n\nDalam mendirikan solat, hal terpenting adalah menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah disyariatkan. Maksudnya, aurat tidak boleh terbuka ketika sedang solat kerana boleh membatalkannya.\n\nTerutamanya bagi golongan wanita yang kerap mengalami dilema telekung singkat, jarang, terselak dan sebagainya. Berhati-hatilah kerana dengan sebab-sebab ini solat menjadi tidak sah.\n\nBagi lelaki pula, pastikan pakaian yang dipakai melebihi paras lutut dan atas dari bahagian pusat serta tidak ketat dan selesa untuk solat.\n\nMemandang ke arah tempat lain dengan sengaja juga boleh membatalkan solat. Ini juga bermaksud tidak fokus ketika mendirikan solat. Sebaiknya hanya memandang ke arah tempat yang akan di sujud, di sejadah.\n\nAndainya ketika solat, terlintas di fikiran anda untuk membuat perkara-perkara yang dapat menjejaskan akidah anda, hukumnya adalah murtad atau keluar dari Islam. Orang yang murtad, solatnya batal dan tidak sah.\n\nRupa-rupanya banyak hal yang boleh membatalkan solat jika tidak berhati-hati dan berjaga-jaga. Dan semua perkara ini sebenarnya kerap terjadi setiap kali mendirikan solat sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Jadi sentiasalah pelajari ilmu tentang solat agar dapat mengingatkan kita bahawa solat adalah hal yang perlukan kekhusyukan dan kesungguhan\u00a0 dalam menunaikannya.\n\nSemoga kita dapat memperbaiki segala perbuatan dan bacaan dalam solat agar solat kita diterima Allah SWT."
"Perkongsian resepi kali ini akan dibawakan kepada anda satu menu paling mudah dan sedap. Resepi berikut ini ialah menggunakan bahan asas daging. Sesiapa ada daging di rumah dan masih bingung mahu masak apa, jom cubakan resepi ini.\n\nNama resepi mudah ini ialah daging goreng sos tiram. Sos tiram digunakan sebagai bahan untuk perapan daging terlebih dulu kemudian daging digoreng dengan bawang, cili padi, halia, kayu manis dan lain-lain sehingga rempah meresap ke dalam daging.\n\nDaging masak sos tiram ialah menu yang cukup mudah untuk disediakan. Apalagi jika anda guna daging yang lembut, cepat masak daging tersebut, lagilah mudah buat resepi ini.\n\nDaging masak sos tiram sedap dimakan dengan nasi putih sebagai lauk makan tengah hari. Lemak dan aroma daging berbaur dengan rempah pilihan membuat hidung berjoget ria. Jom cubakan resepi daging goreng sos tiram daripada Sharmawati Abu Hassan yang berkongsikan resepi di laman Facebook.\n\nSelain daging goreng sos tiram, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Apabila kita rasa gatal-gatal di badan, ia akan digaru dan tanda merah itu akan makin membesar. Bak kata orang-orang dulu. tanda merah itu adalah kerana diludah jin. Beginilah orang-orang melayu yang suka kaitkan penyakit dengan dunia mistik. Tetapi betulkah tanda merah itu adalah ludah jin?\n\nMungkin masih ramai lagi yang mempercayai bahawa tanda merah itu adalah disebabkan ludah jin. Terutama sekali masyarakat yang masih mengamalkan adat dulu-dulu. Mengikut kajian sains ia bukanlah disebabkan ludah jin, tetapi ia disebabkan oleh allergik.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai allergik. Dr. Kamarul Ariffin, seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Dr. Kamarul Ariffin akan berkongsikan info mengenai allergik dan cara untuk merawatnya. \n\nRuam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik. Nama-nama yang biasa digunakan selain daripada jilat/ludah jin adalah:\n\nAlahan adalah reaksi tubuh terhadap allergen, atau bahan alah yang merangsang tubuh menghasilkan histamine. Histamin inilah yang menghasilkan gejala-gejalan alahan.\n\nGejala alahan yang lazim adalah urticaria, diikuti dengan semput, bengkak dan pengsan akibat tekanan darah rendah.\n\nUrticaria selalunya ruam yang timbul dan leper (bintat), berwarna kemerah-merahan, dan gatal. Gatalnya selalu digambarkan sebagai merenyam atau miang, dan sedap bila digaru.\n\nJika alahan tidak serius, urticaria akan hilang sendiri dalam masa 24 jam, namun jika ragu-ragu anda digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.\n\n\u25feAntihistamine (hilangkan gatal)\u2014 Contoh: chlorpheniramine, cetirizine, loratadine\u2014 Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi\n\n\u25feLosyen/krim (hilangkan kerengsaan)\u00a0\u2014 Contoh: calamine, pramoxine\u2014 Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi\n\n\u25feSteroid pil atau suntikan (jika alahan teruk)\u2014 Contoh: prednisolone, betamethasone\u2014 Perlukan preskripsi doktor\n\n*Jika terdapat tanda-tanda merah kegatalan di badan, janganlah kita membuat tindakan terburu-buru untuk menamakannya ludah jin. Kajian telah menunjukkan bahawa tanda merah itu adalah disebabkan alahan atau allergik kepada sesuatu. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan atau boleh pergi ke farmasi untuk mendapat krim gatal.\n\nSemoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran penuh oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Benar, sakit kepala adalah ketidakselesaan biasa yang paling kerap dialami. Tetapi, jika terlalu kerap dan berlanjutan? Ia mungkin menandakan anda mengalami \u2018gangguan\u2019 pada sistem tubuh yang lain. Ini termasuklah masalah resdung dan sinusitis yang serius.\n\nDalam satu artikel ditulis oleh Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ezairy M Sallih menerusi laman Facebook peribadinya, gejala seperti kepala terasa berat, rasa sakit di kawasan dahi dan muka, kesakitan semakin dirasai ketika dalam keadaan tunduk, selain itu seringkali selsema, hidung tersumbat dan berair, merujuk kepada gangguan sinus yang serius.\n\nDalam erti kata lain, rongga sinus terutamanya pada bahagian \u2018frontal sinus\u2019 atau dahi, yang telah dijangkiti dan terdapat pengumpulan nanah adalah berbahaya kerana ia boleh merebak ke bahagian otak.\n\nApakah Yang Patut Dilakukan Oleh Penderita Sinusitis?\n\nDapatkan pemeriksaan doktor. Pemeriksaan hidung perlu dilakukan. Ujian imbasan seperti x-ray dan skan mungkin diperlukan.\n\nKomplikasi lebih buruk boleh berlaku. Jangkitan pada sinus boleh merebak ke bahagian lain termasuk otak!\n\nApakah Tanda Jangkitan Sudah Merebak Ke Otak?\n\nBeberapa tanda jangkitan telah merebak ke otak :\n\n1. Pening teramat sangat2. Kabur dan gangguan pandangan3. Tegang pada belakang leher4. Gangguan pada pertuturan5. Muntah-muntah6. Tahap kesedaran berkurang7. Serangan sawan8. Demam panas\n\n*Bahayanya kan jika jangkitan merebak ke otak? Marilah sama-sama kita sebarkan info penting ini!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Pengambilan antibiotik adalah normal ketika sakit. Apabila kita demam, biasanya ubat antibiotik antara ubat tambahan yang akan dibekalkan oleh doktor. Ianya bertujuan untuk membina sistem ketahanan lebih kuat lagi untuk melawan penyakit.\n\nTetapi, tahukah anda ianya mempunyai kesan jika diambil semasa mengandung? Penulisan ini datangnya daripada PaMa.\n\nKetika mengandung, bakal ibu cenderung untuk berasa was-was dengan pengambilan ubat-ubatan walaupun ia dipreskripsikan oleh doktor yang bertauliah. Justeru pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan hal pengambilan ubat ketika mengandung bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini kepada bayi dalam kandungan selain berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu.\n\nUbat antibiotik antara jenis ubat yang perlu diberi perhatian apabila anda sedang berbadan dua. Satu kajian yang dilakukan mendapati ibu hamil yang mengambil ubat antibiotik ketika sedang mengandung mungkin boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh badan bayi.\n\nKajian yang dilakukan oleh Children\u2019s Hospital of Philadelphia di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pengambilan ubat antibiotik oleh ibu hamil dapat mengurangkan kemampuan anak melawan penyakit yang berkaitan dengan kuman dan bakteria, terutama dalam sistem pencernaan.\n\nDikatakan ibu hamil yang makan antibiotik dapat meningkatkan risiko anak yang lahir mudah terjangkit dengan masalah pencernaan akibat kuman dan bakteria, salah satunya adalah jangkitan E.coli yang boleh membawa maut terutama dalam kalangan bayi yang lahir pramatang. Oleh sebab itu, bayi memerlukan kekebalan badan yang maksimum terutama bakteria baik di dalam ususnya.\n\nOleh itu pengambilan antibiotik dalam kalangan ibu hamil mesti diawasi oleh doktor kerana ia mempunyai kesan sampingan yang besar kepada bayi dalam kandungan. Sebaiknya elakkan daripada mengambil antibiotik jika ibu sekadar diserang demam selesema biasa sahaja."
"Hari yang panas jom minum air yang segar. Kali ini kami akan kongsikan resepi air soda herba segar diminum masa panas-panas macam ini.\n\nJika buat air soda untuk jamuan raya dan acara kenduri gerenti ramai peminat. Rasanya masam, manis, segar dan dahaga pun jadi hilang.\n\nAsalnya air ini ialah untuk detox tapi dibuat jadi lebih menarik. Berikut ini kami hadirkan resepi air soda sedap daripada Fauziah Yahya di laman Facebook.\n\nBahan-bahan untuk membuat air soda amat mudah. Ada yang pakai bahan penyegar seperti kunyit, halia, kurma, kiwi, dan selasih. Anda boleh memasukkannya atau tidak sama sekali.\n\nSelain resepi air soda, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Anda bakal menyambut ulangtahun perkahwinan dalam masa terdekat? Tahniah diucapkan dan jangan lupa untuk buat ucapan ulang tahun perkahwinan terhadap suami anda.\n\nJika anda masih belum punya idea bagaimana untuk memberi ucapan ulang tahun perkahwinan, di sini akan disenaraikan beberapa contoh yang boleh anda guna pakai untuk meraikan detik istimewa tersebut. \n\n10 Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Suami Yang Paling Sweet\n\nUcapan #1 Saya amat bersyukur dikurniakan Tuhan seorang lelaki seperti awak! Jika ditakdirkan masa dapat diundurkan semula, saya tetap akan berdoa supaya Allah SWT hantarkan awak sekali lagi untuk menjadi lelaki paling gah di dalam hidup saya buat selamanya. \n\nUcapan #2Terima kasih abang atas semuanya. Abang tahukan sayang amat cintakan abang. Tiada dua, tiada tiga tetapi hanya satu saja! Ya! Hanya abang seorang di dalam hati sayang sampai bila-bila. \n\n Ucapan #3Dulu daku sangkakan kau yang telah membuatkanku jatuh cinta padamu. Tetapi ternyata ianya silap. \n\nBukan kau yang membuatkanku jatuh cinta padamu sebaliknya daku sendiri yang telah sukarela memberikan hati ini padamu. Mengapa? Kerana kau adalah lelaki yang paling terbaik di atas muka bumi ini. \n\nUcapan #4 Sayang,\u00a0kelak\u00a0kita\u00a0akan\u00a0sama-sama\u00a0tua.\u00a0Tetapi\u00a0ketahuilah\u00a0yang\u00a0cinta\u00a0kita akan tetap muda dan indah. \n\nBiar tubuh kita di mamah usia tetapi kasih dan sayang kita akan tetap kekal utuh tanpa sebarang cacat cela hingga ke akhir hayat. Aku sangat sayang padamu dan sayangku adalah dengan izinNya.\u00a0\n\nUcapan #5 Selamat ulang tahun suamiku. Semoga hubungan\u00a0kita\u00a0akan\u00a0terus\u00a0kekal.\u00a0 Ku harap kau akan dapat menguncikan hatimu hanya untukku. Sesungguhnya ku tak sanggup untuk berkongsi kasih dengan yang lain kerana dirimu terlalu mahal dan istimewa untuk ku kongsikan dengan yang lain.\n\nUcapan #6Biar\u00a0ada\u00a0yang\u00a0berkata\u00a0aku\u00a0ini\u00a0tamak!\u00a0Biar\u00a0juga\u00a0andai\u00a0ada\u00a0yang\u00a0berkata\u00a0aku\u00a0ini\u00a0penting\u00a0diri!\u00a0Namun\u00a0untuk\u00a0ku\u00a0berkongsi\u00a0dirimu\u00a0dengan\u00a0yang\u00a0lain\u00a0memang\u00a0tidak\u00a0akan\u00a0ku\u00a0benarkan.\u00a0\n\nIni\u00a0aku\u00a0terlalu\u00a0amat\u00a0mengasihimu\u00a0hinggakan\u00a0ku\u00a0tak\u00a0mampu\u00a0untuk\u00a0menahan\u00a0api\u00a0cemburu\u00a0andainya\u00a0ada\u00a0insan\u00a0lain\u00a0dihatimu\u00a0selainku.\u00a0\n\nUcapan #7Selamat\u00a0ulang\u00a0tahun\u00a0sayang.\u00a0Maafkan\u00a0segala\u00a0salah\u00a0dan\u00a0silapku.\u00a0Halalkan\u00a0juasemua\u00a0makan\u00a0dan\u00a0minumku.\u00a0\n\nMengapa\u00a0kadangkala\u00a0aku\u00a0bersikap\u00a0kebudakan? Jawapannya adalah kerana aku ingin dibelai manja seperti bayi di atas pangkuanmu. Mengapa kadangkala aku bersikap seakan pengecut yang keterlaluan?\u00a0Kerana\u00a0saat\u00a0itu\u00a0aku\u00a0mahu dipeluk\u00a0erat\u00a0tanpa\u00a0lepas\u00a0dari\u00a0dakapan\n\nUcapan #8Saya\u00a0tidak\u00a0tahu\u00a0nak\u00a0berpuitis.\u00a0Apa\u00a0yang\u00a0saya\u00a0tahu,\u00a0saya\u00a0hanya\u00a0punya\u00a0satu\u00a0hati\u00a0dan\u00a0satu\u00a0hati\u00a0ini\u00a0telah\u00a0saya\u00a0serahkan\u00a0sepenuhnya\u00a0pada\u00a0awak.\u00a0Saya\u00a0juga\u00a0punya\u00a0satu\u00a0jasad\u00a0dan\u00a0jasad\u00a0ini\u00a0telahpun\u00a0saya\u00a0serahkan\u00a0segalanya\u00a0juga\u00a0pada\u00a0awak.\u00a0\n\nAdakah\u00a0saya\u00a0menyesal? Tidak!\u00a0Saya\u00a0tidak\u00a0pernah\u00a0sesal\u00a0apa pun asalkan\u00a0semua\u00a0itu\u00a0untuk\u00a0awak.\n\nUcapan #9Dulu\u00a0cinta\u00a0kita\u00a0pernah\u00a0terhalang.\u00a0Tetapi\u00a0kita\u00a0tetap\u00a0juga\u00a0nekad\u00a0untuk\u00a0bersamaKini\u00a0cinta\u00a0kita\u00a0sudah\u00a0bebas\u00a0dengan\u00a0ikatan\u00a0halal.\u00a0Maka\u00a0saya\u00a0mohon\u00a0agar\u00a0kita\u00a0tetap\u00a0akan\u00a0nekad\u00a0bersama\u00a0untuk\u00a0pertahankannya\u00a0sehingga\u00a0ke\u00a0hujung\u00a0nyawa\n\nUcapan #10Saya tidak perlukan harta. Saya juga tak perlukan emas pertama. Apa yang saya perlu hanyalah kehidupan penuh sederhana bersama satu-satunya suami yang saya cinta. \n\nCinta abang pada saya jauh lebih hebat dan bernilai dari harta, emas dan pertama kerana cinta abang itu boleh buat saya rasa penuh bahagia sampai bila-bila. \n\nDoa Supaya Perkahwinan Terus Kekal Bahagia Penuh Kasih Sayang\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u062d\u064f\u0628\u064e\u0651\u0643\u064e \u0648\u064e\u062d\u064f\u0628\u064e\u0651 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u064a\u064f\u0628\u064e\u0644\u0650\u0651\u063a\u064f\u0646\u0650\u064a \u062d\u064f\u0628\u064e\u0651\u0643\u064e\n\n\u201cAllahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal \u2018amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika.\u00a0\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cYa Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. \u201d\n\nTahu Hargai Pasangan Boleh Eratkan Lagi Hubungan\n\nHubungan suami isteri tidak boleh dipandang ringan. Jangan kerana telah lama berkahwin membuatkan anda rasa suami sudah tidak perlu dilayan sebagaimana ketika di awal usia perkahwinan dulu. Sebernarnya, cara terbaik supaya perkahwinan kekal utuh adalah dengan cara menghargai pasangan dari dulu hingga kini. \n\nLayanilah suami dengan penuh kelembutan dan rapatkanlah diri dengan suami dengan penuh kasih sayang walaupun keduanya sudah semakin di mamah usia."
"Kelebihan dalam teknologi hari ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada sektor pengangkutan, perhubungan, pembelajaran, dan perubatan. Malah dari segi penyediaan makanan juga memberi kelebihan yang sama.\n\nPantas, sihat, dan mesra pengguna itulah antara ciri-ciri menarik bagi sebuah air fryer. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara guna air fryer yang betul.\n\nAir fryer berfungsi untuk memasak makanan dengan cara perolakan udara panas. Perolakan udara inilah yang nantinya menghasilkan tesktur makanan menajdi ranggup seakan-akan digoreng.\n\nMenurut pakar penyelidik, air fryer menggunakan udara panas yang mengandungi titisan halus minyak untuk mengeluarkan air daripada makanan. \n\nHasilnya akan menjadi sama seperti makanan yang digoreng tetapi rendah kandungan lemak.\n\nCara guna air fryer bagi \u201cbeginner\u201d \n\nPanduan suhu dan masa memasak yang sesuai\n\nJadual di bawah ini adalah panduan untuk menetapkan suhu dan masa yang sesuai bagi setiap jenis makanan ketika kita menggunakan air fryer.\n\nTips penjagaan air fryer agar tahan lama\n\nAir fryer juga sama halnya dengan barangan elektrik yang lain. Sekiranya tidak betul cara guna air fryer juga boleh menyebabkan kerosakan yang teruk sehingga \u201cmematikan\u201d semua fungsinya sebagai pemudah di dapur.\n\nBerikut ini kami kongsikan kepada anda beberapa tips penting untuk memastikan air fryer di rumah bertahan lama.\n\nContoh kesalahan dalam menggunakan air fryer\n\nWalaupun penggunaan air fryer di dapur bukanlah satu perkara baru, namun pasti ramai yang melakukan kesalahan yang sama selama menggunakan alat ini.\n\nBerikut ini kami kongsikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan tidak kira oleh pengguna lama atau beginner seperti anda.\n\nUmumnya, kapasiti air fryer adalah sekitar 1.8, 2.5 liter atau sebagainya. Namun dengan kapasiti sebesar itu, kita masih tidak boleh isi makanan terlalu banyak.\n\nHal ini kerana, sistem memasak di dalam air fryer menggunakan aliran udara panas.\n\nJika makanan terlalu padat, ia memberi kesukaran kepada udara untuk bergerak bebas dan memastikan makanan masak dengan sekata.\n\n2. Terlupa untuk panaskan terlebih dahulu\n\nSeperti mana kita menggunakan ketuhar, begitulah juga caranya dengan air fryer. \n\nSebelum memasak apa-apa makanan, air fryer perlu dipanaskan terlebih dahulu agar proses memasak dapat dilakukan secara optimum.\n\nWalaupun kita telah menetapkan tetapan masa untuk air fryer tersebut, namun ini tidak bermakna kita boleh tinggalkannya begitu sahaja khususnya jika memasak daging. ayam, atau ikan.\n\nSeeloknya balikkan makanan yang dimasak dalam satu atau dua kali sepanjang proses bagi memastikan ia dimasak secara sekata.\n\n4. Pilih cara masak yang salah\n\nBanyak makanan yang kita sebenarnya tidak perlu gunakan pun air fryer untuk memasaknya. Contohnya seperti goreng telur sebiji, masak nasi, goreng donut, kukus ikan, dan sebagainya.\n\nMemasak tanpa menggunakan minyak, ia akan menyebabkan permukaan alatan memasak melekat dan seterusnya hasil masakan tampak tidak cantik.\n\n6. Tidak menggeringkan makanan terlebih dahulu\n\nApabila kita mahu memasak makanan seperti daging, ayam, ikan, dan sayuran seelok-eloknya ia dikeringkan terlebih dahulu. Boleh tekapkan dengan tisu sebelum dimasak untuk memastikan makanan itu cepat dan mudah dimasak. \n\nSelain dari panduan cara guna air fryer ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan barang elektrik seperti:"
"Tercari-cari resepi cucur garing, rangup, sedap? Kami adakan untuk anda bukan resepi cucur biasa-biasa. Ini ialah resepi cucur garing yang sedap dan terkenal di Facebook. Tertarik untuk cuba?\n\nPercaya tidak percaya cucur garing boleh dibuat tanpa telur, tanpa baking powder, tanpa soda, dan tanpa air batu. Ya, resepi cucur garing yang dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook hanya menggunakan tepung, iaitu tepung beras, tepung gandum, dan tepung pulut. Senang sangat bukan?\n\nBahkan cucur garing ini kekal garing walaupun sudah sejuk. Tidak percaya? Boleh cuba buat sendiri cucur garing sedap tahap boleh jual.\n\nSelain cucur garing, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Jom cuba resepi apam balik hari ini.\n\nSiapa suka si gebus ini? Makan ketika masih panas sangat sedap tiada tara. Kali ini akan kami kongsikan resepi apam balik versi gebu yang dikongsikan oleh Norwatie Mukhlas di laman Facebook.\n\nApam biasanya dijumpai di pasar malam dan kebanyakan bentuknya nipis, pada resepi ini pula kami hadirkan untuk anda resepi apam menarik yang gebu. Apam balik homemade ini telah menuai banyak pujian dan perkongsian ramai di Facebook.\n\nSelain sedap, makanan ini sangat mengenyangkan tentunya. Anda boleh menambahkan topping yang anda suka seperti susu, Oreo, Nestum, choco rice, cheese, pisang, kacang kisar dan lain-lain. Kesedapan toppingnya bergantung pada kreativiti anda sendiri.\n\nDengan resepi ini anda boleh membuat apam balik homemade yang bahkan lebih sedap daripada yang dijual di pasar malam. Keluarga mesti suka. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi apam balik, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kebiasaannya isteri-isteri kat luar sana dok terfikir-fikir nak masak apa untuk menu petang-petang atau sarapan nih. Buntu kan? Pening gak kepala kan. Pening-pening pun tetap nak cari juga menunya kan? Yela untuk keluarga tersayang kan? Hati senang jer kan bila dapat kenyangkan ahli keluarga. Jom cuba masakkan Kuih Bom. Mana tahu diaorang suka.\n\nKuih Bom ataupun juga dikenali sebagai Kuih Bijan ini merupakan kuih yang berinti kacang hijau yang diselaputi bijan. Kuih ini digoreng dalam minyak yang banyak seperti menggoreng pisang goreng. Rasa isinya yang kenyal, luarnya yang rangup dan inti kacang hijaunya yang lemak mampu membuatkan si pemakan nak lagi dan lagi. Kuih Bom ini boleh dibuat dengan inti kacang ataupun inti kelapa. Ikut selera masing-masing. Nak lagi debabom buat kedua-dua intinya.\n\nCara nak membuatnya cukup mudah dan senang. Sedap pula tuh. Lagi-lagi kalau buat nya dengan kasih sayang. Lagilah bertambah sedap. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Ogy Ahmad yang telah mendapat perkongsian ramai. Jom tengok resepinya.\n\nMudahkan? Bolehlah makan waktu santai-santai petang nanti bersam teh \u2018o\u2019 panas. Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kuih Bom ini, kami juga menulis resepi yang lain. Terima kasih kerana sudi melawat blog kami ini. jemput membaca dan mencuba resepi yang lain ya."
"Apabila pergi ke pasar malam, mesti ramai yang cari ayam madu bakar. Makanan ini ialah khas dijual di tapak pasar malam sahaja. Walaupun ada beberapa dijual ditempat lain namun ramai orang lebih tertarik dengan yang dijual dipasar malam.\n\nPerburuan mencari ayam madu bakar ini makin ramai sejak kebelakangan ini. Ayam bakar madu pasar malam biasanya menjual bahagain kepak dan tongkeng ayam sahaja. Kepak ayam bersaiz kecil, dibakar masak madu. Membuat hidung menari mencium sedapnya bau ayam.\n\nRamai sangat yang cari resepi ini. Oleh itu, pada perkongsian ini kami hadirkan resepi ayam madu bakar khas pasar malam untuk anda cubakan di rumah. Resepi mudah daripada Yaya VictoryYaya di laman Facebook.\n\nResepi ini tidak menggunakan pewarna, hanya sos dan serbuk cili sahaja. Dengan bahan campak-campak dan modal RM 30, boleh buat untuk 2 ekor ayam dan rasanya sangat sedap. Jom cubakan!\n\nResepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam\n\nSelain resepi ayam madu bakar pasar malam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Hari yang paling gelisah bagi para wanita adalah hari mereka akan melahirkan anak pertama mereka. Ia adalah hari yang paling gelisah dan dalam pada masa yang sama perasaan gembira itu ada untuk menyambut anak.\n\nTetapi bagaimana jika bayi yang sepatutnya dilahirkan pada hari tertentu, dilahirkan awal? Atau dengan nama lainnya, bayi pramatang. Pasti si ibu akan berasa takut dan risau jika bayi yang dilahirkan pramatang. \n\nApakah tanda-tanda ibu melahirkan bayi pramatang?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tanda-tanda ibu melahirkan bayi pramatang. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nAntara tanda-tanda dan simptom kelahiran pramatang termasuk:\n\n\u27a1\ufe0fBerlaku kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap dalam masa satu jam (lima atau lebih kontraksi dalam masa sejam).\n\n\u27a1\ufe0fLelehan air dari vagina (ini mungkin menunjukkan air ketuban anda telah pecah).\n\n\u27a1\ufe0f\u00a0Rasa kejang di bahagian bawah perut yang datang sekejap-sekejap.\n\n\u27a1\ufe0f\u00a0Rasa sakit di bahagian bawah garis pinggang yang datang sekejap-sekejap.\n\n\u27a1\ufe0fTekanan pada tulang pelvik di mana terasa seperti kepala bayi menekan ke bawah.\n\n\u27a1\ufe0fKekejangan di bahagian abdomen yang terjadi dengan atau tanpa cirit birit.\n\nJika anda merasai simptom-simptom tersebut maka segera hubungi doktor sakit puan (jika membuat pemeriksaan di hospital swasta) atau terus ke hospital berhampiran.\n\nSatu-satunya cara untuk mengetahui anda akan melahirkan bayi pramatang adalah dengan pemeriksaan pada serviks. Jika serviks sudah terbuka, kelahiran pramatang akan bermula.\n\n2) Jangkitan kuman pada pundi kencing\n\n*Info-info ini sedikit dapat memberi persediaan untuk si ibu menghadapinya. Jangan rasa bimbang atau takut, dapatkan rawatan di klinik pakar puan atau di hospital yang berdekatan. Juga, ikut jadual berjumpa doktor dan nasihat yang diberikan.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"\u201cAyah, kenapa atok tu pakai tongkat?\u201d\n\n\u201cAyah, kenapa atok tu solat atas kerusi?\u201d\n\nAnda pernah alami situasi ini?. Persoalan demi persoalan yang dilontarkan si anak kecil tanpa henti. Sehingga kita rasa dah tak nak jawab apa-apa, diam lagi baik. \ud83d\ude02\n\nJangan risau, bukan anda sahaja yang kena berhadapan dengan situasi ini. Menurut Dr. Bustam Kamri, Dekan Sekolah Sains Sosial di Kolej Yayasan Melaka, bagi kanak-kanak soalan \u2018kenapa\u2019 membolehkan mereka mempelajari tentang dunia sekeliling mereka.\n\n Soalan \u2018kenapa\u2019 juga membantu menyuburkan proses pembelajaran mereka. Kanak-kanak didorong oleh perasaan ingin tahu tentang dunia sekeliling dan seterusnya akan membina konsep, kemahiran, perbendaharaan kata dan kefahaman tentang perkara yang mereka tidak pernah ketahui sebelum ini.\n\nSebagai orang dewasa, menjadi tanggungjawab kita untuk memenuhi keperluan perasaan \u2018ingin tahu\u2019 mereka dengan memberi tindak balas sewajarnya supaya dapat mewujudkan proses pembelajaran yang positif.\n\nBagaimana Cara Membantu Perasaan Ingin Tahu Kanak-Kanak?\n\nDemi menggalakkan proses pembelajaran dalam kehidupan kanak-kanak, setiap soalan yang dilontarkan oleh mereka perlulah dijawab dengan sebaiknya. Bukan hanya membiarkan soalan itu sepi dan hanya mengundang kekecewaan dalam diri si kecil. \n\nCara yang terbaik untuk memberi respon kepada perasaan ingin tahu kanak-kanak ialah:\n\n1. Memberi Respon Dengan Cepat Dan Mudah\n\nAnda perlu cuba menyediakan jawapan secepat mungkin terus untuk menjawab soalan mereka sama ada secara ringkas atau terperinci. Bergantung kepada pengetahuan anda sendiri dan tahap pemahaman kanak-kanak.\n\nSebagai contoh, jika anak bertanya \u201cKenapa hujan turun?\u201d, kita boleh terus menjawab sebagai sumber air kepada hidupan, menyuburkan tanaman dan sebagainya.\n\nJika perasaan ingin tahu mereka lebih mendalam dan mempunyai minat yang tinggi dalam sesuatu perkara yang dibincangkan, anda bolehlah menerangkan konsep tersebut dengan lebih terperinci.\n\nContohnya, kita boleh menerangkan proses pembentukkan hujan kepada kanak-kanak dengan lebih berinformasi tetapi santai dengan kaedah bercerita (story-telling). \n\n2. Utarakan Persoalan Kembali Kepada Kanak-Kanak\n\nMenjawab soalan dengan soalan kembali adalah salah satu cara menggalakkan pemikiran kritis kanak-kanak. Mereka akan cuba berfikir tentang soalan yang mereka sendiri utarakan dan mencari jawapan kepada soalan tersebut.\n\n\u201cKakak rasa kenapa bila awan gelap tu tanda hujan nak turun?\u201d\n\nIni adalah contoh soalan dijawab dengan soalan kembali. Biarkan kanak-kanak bertindak balas dengan soalan asalnya. Cara ini akan membantu dalam mengasah kemahiran penyelesaian masalah (problem-solving) dalam diri mereka.\n\n3. Hargai Dan Raikan Minat Mereka\n\nTunjukkan sokongan anda terhadap minat setiap anak-anak. Jika mereka berminat dengan dunia sains, bawa mereka ke perpustakaan untuk mencari buku-buku yang berkaitan atau ke pusat sains yang berhampiran.\n\nLakukan aktiviti bersama seperti melukis dan berwarna gambar rajah yang menerangkan proses pembentukkan hujan demi memberi kefahaman yang mendalam dalam proses pembelajaran mereka.\n\nOleh itu, ibu bapa, pendidik atau sesiapa sahaja perlulah memberi respon yang positif dengan setiap soalan \u2018kenapa\u2019 yang ditanya oleh kanak-kanak. Proses ini penting dalam proses pembelajaran mereka tentang dunia sekeliling yang baru dan ingin diterokai.\n\nPerasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara adalah asas kepada pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri mereka juga. Jadi, raikan setiap soalan mereka kerana kita ingin melahirkan seorang pemikir agung dewasa kelak!"
"Occupational Therapy merupakan salah satu cabang rehabilitasi yang penting dalam bidang pemulihan kanak-kanak (pediatrik).\n\nOccupational Therapy Practice Framework (OTPF) merupakan framework yang diikuti oleh kebanyakan Occupational Therapist di Malaysia.\n\nMengapa Berjumpa Dengan Occupational Therapist Adalah Penting Dan Membantu?\n\nJika anda mempunyai anak-anak yang dikhuatiri ada kelewatan dalam perkembangan, Occupational Therapist akan melakukan penilaian perkembangan bagi mengenal pasti jika anak anda ada kelewatan dalam kefungsian hariannya.\n\nDengan mengenalpasti kelewatan-kelewatan dalam kefungsian anak anda, seorang Occupational Therapist akan seterusnya melakukan analisis tentang sebab berlakunya kelewatan kefungsian tersebut. Seterusnya, Occupational Therapist akan melakukan perancangan program intervensi yang lebih spesifik untuk membantu kesukaran anak anda.\n\nAntara Kefungsian Yang Menjadi Concern Dan Dalam Perancangan Intervensi Seorang Occupational Therapist Termasuk:\n\n1. Kefungsian Motor Kasar : yang akan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk menguasai pelbagai kemahiran lain. Anak-anak yang punya kelewatan dalam kefungsian motor kasar, akan berisiko tinggi untuk lewat dalam kefungsian-kefungsian lain.\n\n2. Kefungsian Motor Halus : yang akan mempengaruhi keupayaan anak-anak untuk mempelajari kemahiran hidup harian dan akademik. Ini termasuk kemahiran memakai baju, seluar, kemahiran menulis, kemahiran menguruskan diri dan kemahiran-kemahiran lain yang memerlukan anak-anak untuk memanipulasi objek kecil.\n\n3. Kefungsian Motor Visual : yang akan mempengaruhi keupayaan anak-anak untuk memberikan fokus mata. Ini seterusnya akan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk belajar membaca, fokus pada kerja yang sedang dilakukan dan menulis.\n\n4. Kefungsian Motor Oral : yang akan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk belajar minum air, makan pelbagai jenis makanan, melakukan pelbagai pergerakan bibir, lidah dan pipi, menelan air liur dan memberus gigi.\n\n5. Kefungsian Sosial & Komunikasi : yang akan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk memberikan eye contact (yang sangat penting sebagai inisiasi komunikasi dan perbualan), rujukan sosial (social referencing) yang akan mempengaruhi keupayaan anak untuk mengenal pasti perkaitan antara dirinya dan orang disekelilingnya, keupayaan anak untuk memahami fungsinya dalam keluarga, di sekolah serta di dalam komuniti.\n\n6. Kefungsian Kognitif : yang akan mempengaruhi keupayaan anak-anak untuk faham arahan, mengenal objek harian, memahami perkaitan antara objek, perbuatan dan sifat.\n\nPada ketika melakukan penilaian kognitif ini juga Occupational Therapist akan melihat berapa banyak perkataan harian yang sudah difahami oleh anak-anak dan adakah anak-anak menggunakan pengetahuan tentang perkataan itu pada tempat yang betul.\n\nAda Occupational Therapist yang menambah \u2018toolbox\u2019 mereka dengan menghadiri kursus-kursus tambahan dan mendapat sijil.\n\nAntara kursus internasional yang biasa di hadiri oleh Occupational Therapist kanak-kanak termasuk: BrainGym, PECS, SPARK by Hanen, Handwriting Without Tears, dan banyak lagi.\n\nAnda boleh bertanya pada Occupational Therapist yang anda jumpai jika mereka mempunyai \u2018toolbox\u2019 tambahan yang berguna untuk perkembangan anak anda.\n\nKerana Itu Membawa Anak Anda Yang Dikhuatiri Lewat Perkembangan Berjumpa Dengan Occupational Therapist Akan Sangat Membantu Perkembangan Anak Anda Dan Anda Akan Lebih Memahami Keperluan Perkembangan Anak Anda."
"Kek Gula Hangus merupakan hidangan amat mudah untuk sesiapa sahaja ikuti. Baik bagi yang amatur ataupun yang sudah lama memasak, semua boleh mencuba resepi ini. Rasanya amat lazat dan digemari oleh ramai orang. Dengan bahannya yang mudah untuk didapati, dan cara pembuatannya yang mudah, kini tidak ada alasan lagi untuk tidak membuat kek gula hangus ini. \n\nHari ini kami bawakan sebuah resepi yang telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di Facebook. Resepi Kek Gula Hangus ini telah dikongsikan oleh Mahyuni Binti Mahmud di laman Facebooknya. Jom kita tengok! \n\nBagi Cik Yuni, beliau tidak suka manis, kalau sukakan anda sukakan manis, bolehlah ditambah susu pekat 1 cawan. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nPelbagai lagi resepi yang boleh didapati di dalam Bidadari.my! Jangan lupa untuk discover dengan lebih mendalam bagi mendapatkan resepi dan macam macam lagi Sehingga berjumpa lagi nanti!"
"Pasti ramai pembaca ingin tahu apakah amalan yang boleh dilakukan sebelum tidur mengikut Islam dan juga petua orang-orang tua. Topik ini menarik untuk dibincangkan kerana ia boleh dijadikan panduan buat kita.\n\nAmalan dan petua ini pastinya membawa kebaikan kepada kita. Namun, jangan pula membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama. Terdapat sesetengah petua orang-orang dulu yang tidak wajar diikuti.\n\nIa kemungkinan disebabkan kepercayaan kuno yang masih terus diamalkan oleh orang-orang dulu. Justeru, kupasan artikel kali ini menjurus kepada topik amalan dan petua yang membawa manfaat bagi manusia. Jom baca!\n\nSebagai orang Islam, kita digalakkan untuk membuat beberapa perkara sebelum tidur. Antaranya ialah:\n\nAl-Bara\u2019 Bin \u2018Azib meriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda (riwayat al-Bukhari (6311):\n\n\u201cJika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah sepertimana kamu berwuduk untuk solat.\u201d\n\nDalam riwayat yang sama, kita digalakkan untuk tidur mengiring sebelah kanan.\n\nSebelum tidur kita digalakkan membaca doa. Contoh doa yang boleh dibaca terdapat dalam riwayat al-Bukhari (6311).\n\n..dan sebutlah: Ya Allah, aku berserah diri pada-Mu. Aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut. Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan.\u201d\n\n4. Membaca surah dan zikir tertentu\n\nDalam riwayat al-Bukhari (5017), terdapat beberapa amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad sebelum tidur. Baginda akan menadah tangan lalu menghembuskan kedua-dua tapak tangannya.\n\nBaginda akan membaca 3 Qul. Setelah itu, baginda akan menyapu akan menyapu kedua-dua tapak tangannya ke tubuh. Baginda akan menyapu mulai kepala, wajah dan seterusnya ke bahagian tubuh sebanyak 3 kali.\n\nDalam riwayat al-Bukhari (5009), Nabi Muhammad juga mendidik umat baginda agar membaca 2 ayat terakhir dalam surah al-Baqarah. Malahan, kita juga digalakkan membaca surah al-Mulk, Sajjadah dan al-Waqiah.\n\nJangan lupa beristighfar, bertasbih dan berselawat ke atas Nabi Muhammad. Kita amat dituntut untu berzikir hingga tertidur. Jika boleh, usahakan diakhiri kalimat tauhid.\n\nSelepas selesai solat Isyak, kita juga boleh membuat solat sunat witir. Selain mendapat pahala, ia juga dapat menenangkan diri. Seterusnya, kita juga boleh melaksanakan solat tahajjud selepas jam 12 malam.\n\nSebelum tidur, kita perlulah mengibas cadar beberapa kali. Tujuannya untuk membersihkan habuk dan kotoran. Selain itu, ia dapat mengelakkan diri daripada haiwan berbisa yang bersembunyi di atas katil.\n\nSelain tidur mengiring ke kanan, kita digalakkan tidur menghadap kiblat. Jangan sesekali tidur meniarap kerana memberi kemudaratan kepada tubuh badan.\n\nBagi orang-orang dulu pula, aspek petua yang diamalkan lebih cenderung ke arah kebersihan diri dan kecantikan wajah. Malahan, aspek kesihatan dan keselamatan diri juga diutamakan.\n\n1. Meletakkan bawang putih di bawah bantal\n\nBawang putih banyak kegunaannya kepada kita. Selain menjadi rencah dalam masakan, manfaatnya dari sudut kesihatan tidak boleh dipertikaikan. Itulah sebabnya orang-orang tua dulu suka meletakkan bawang putih di bawah bantal.\n\nTujuannya supaya kita dapat tidur dengan lena. Walaupun ia dikaitkan dengan kepercayaan kuno iaitu menakutkan roh jahat, namun ada cerita di sebaliknya.\n\nBawang putih sangat berkesan untuk mengubati batuk dan selsema. Oleh itu, ia diletakkan di bawah bantal supaya apabila kita menghidu baunya yang kuat, ia dapat melegakan kesakitan. Seterusnya, tidur juga akan lebih lena.\n\nPasti anda pernah dimomokkan, jika tidak basuh kaki sebelum tidur, anda akan dapat mimpi buruk. Sebenarnya, petua ini berupa nasihat untuk mendidik anak-anak kecil untuk menjaga kebersihan sebelum tidur.\n\nSebagai ibu bapa, kita boleh memberikan nasihat secara langsung dengan memberikan sebab kaki perlu dibasuh. Disebabkan aktif bermain di luar rumah, pastinya kaki akan kotor. Jika tidak dibasuh, kotoran akan terkena pada sarung tilam.\n\nOrang-orang dulu suka tidur lebih awal iaitu seawal 9.00 malam. Ini kemungkinan disebabkan tiada sebarang hiburan pada waktu malam. Mereka juga perlu bangun awal untuk bekerja. Selain mendapat tidur yang berkualiti, mereka juga kekal aktif dan sihat.\n\nPada zaman dulu, tiada produk kecantikan wajah seperti sekarang. Namun, wanita pada zaman itu tetap menjaga kecantikan. Antara yang dilakukan sebelum tidur ialah berwuduk dan mengamalkan petua tradisional.\n\nAntaranya ialah menggunakan serbuk kunyit, beras, madu dan sebagainya. Mereka juga dikatakan suka membasuh wajah menggunakan air embun dan perigi. Kandungan mineral semula jadi di dalamnya sangat baik untuk kulit.\n\nSetakat ini saja perkongsian penulis tentang amalan sebelum tidur mengikut cara Islam dan petua orang-orang tua. Kita dianjurkan melakukan kesemua amalan menurut Islam sebelum tidur.\n\nSelain mendapat pahala yang berganda, kita juga dapat membersihkan jiwa dari segala kesalahan dan kekhilafan. Ketika berdoa dan berzikir, kita akan merenungi kebesaran Allah. Apabila bangun daripada tidur, hati akan berasa tenang dan lapang.\n\nDari aspek petua orang-orang dulu, kebaikan amalan mereka tetap perlu diakui. Selain memfokuskan amalan kecantikan dan kebersihan diri, soal keselamatan juga amat dititikberatkan. Ini kerana pada zaman dulu, mereka hidup serba kekurangan.\n\nJangan lupa baca tentang tips tidur lena di pautan ini dan adab tidur dalam Islam di sini.\u00a0 Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian ini."
"Sakit jantung merupakan salah satu daripada punca kematian utama di Malaysia. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sakit jantung berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol lalu mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi. Apakah punca sakit jantung?\n\n1. Amalan pemakanan yang tidak sihat\n\nKebanyakan pesakit jantung mengamalkan amalan pemakanan tidak sihat. Amalan pemakanan tidak sihat termasuklah:\n\nAmalan pemakanan tidak sihat akan mengakibatkan tubuh badan kita terdedah dengan pelbagai gejala penyakit khususnya diabetes, darah tinggi dan obesiti yang akhirnya akan menjadi penyebab kepada masalah jantung. Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat dengan mengutamakan makanan sihat, semulajadi, dan segar . \n\nKita selalu dengar bahawa kalau nak sihat, kita perlu rajin bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu. Kenyataan ini adalah sangat benar kerana apabila kita bersenam, jantung akan berdegup dengan laju berbanding semasa kita berehat. \n\nApabila jantung kita berdegup dengan laju, ia akan menghasilkan jantung yang sihat. Pendek kata, senaman menguatkan sistem jantung.\n\nBersenam\u00a0 juga akan membantu merangsang pengaliran darah dengan lebih lancar ke jantung. Sebagai bonus, senaman membantu mengeluarkan peluh dan menjaga berat badan kita. Oleh itu, kalau sayangkan jantung anda, rajinkan diri untuk bersenam.\n\nGaya hidup tidak sihat telah dikenal-pasti sebagai di antara punca sakit jantung yang semakin meningkat di Malaysia. Di antara ciri-ciri gaya hidup tidak sihat adalah termasuk:\n\nPunca sakit jantung yang seterusnya ialah faktor genetik atau keturunan. Tahukah anda, sakit jantung boleh diwarisi. Sekiranya ada ahli keluarga anda seperti datuk, nenek, moyang, ibu, ayah, atau pakcik dan makcik yang mengidap sakit jantung, kemungkinan untuk anda mendapat sakit jantung adalah tinggi.\n\nOleh itu, jika anda berkemungkinan mewarisi sakit jantung, boleh amalkan gaya hidup sihat, rajinkan diri untuk bersenam, dan amalkan pemakanan yang sihat bagi menurunkan kemungkinan anda diserang penyakiy yang boleh membawa maut tersebut.\n\nMereka yang mempunyai masalah lebihan berat badan biasanya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana apabila anda mempunyai badan yang gemuk, ini bermakna kadar kolesterol dalam badan anda juga adalah tinggi. Kolesterol yang terdapat dalam badan anda akan berkumpul di dalam arteri dan saluran darah. \n\nKolesterol yang terlalu banyak akan menyebabkan berlakunya sumbatan dan menyebabkan darah tidak dapat sampai ke jantung. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, tiba masanya untuk anda membetulkan keadaan. Jaga pemakanan, rajinkan diri bersenam, insya Allah berat badan anda akan menurun dan menjauhkan diri anda daripada sakit jantung.\n\nSemakin berumur seseorang individu, semakin tinggi risiko untuk mendapat sakit jantung. Bagi seorang lelaki, risiko untuk anda mendapat sakit jantung meningkat sebaik sahaja anda meraikan hari lahir yang ke empat puluh lima manakal bagi seorang wanita, ianya akan bermula apabila berumur 55 tahun. Oleh itu, semakin anda berusia, elakkan perkara yang boleh menjadi punca sakit jantung.\n\nTekanan darah tinggi juga merupakan di antara punca sakit jantung yang sering diabaikan oleh rakyat Malaysia. Tahukah anda bahawa tekanan darah yang normal adalah di bawah 120/80 mmHg bergantung kepada usia. Jika tekanan darah anda adalah melebihi angka tersebut, bermaksud anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi.\n\nBagaimana tekanan darah tinggi boleh menjadi punca sakit jantung? Tekanan darah yang terlalu tinggi akan merosakkan arteri dan menggalakkan penumpukan plak yang boleh menyebabkan arteri anda tersumbat. Oleh itu, jika anda disahkan mempunyai masalah tekanan darah tinggi, sila pantau tekanan darah anda bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.\n\nStress dan tekanan adalah satu lagi punca sakit jantung yang telah dikenal-pasti. Pada zaman yang serba mencabar ini, stress sudah menjadi perkara biasa. Namun stress yang tidak terkawal boleh menjejaskan kesihatan anda dan menyebabkan anda mendapat sakit jantung. Oleh itu, kawal stress anda. Dapatkan bantuan sekiranya anda tidak mampu melakukannya seorang diri.\n\nUmum tahu bahawa dadah sememangnya musuh utama negara. Ianya bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan malah boleh menghancurkan kebahagiaan orang tersayang. \n\nNamun tak ramai yang tahu bahawa penyalah gunaan dadah boleh menjadi punca sakit jantung. Pengambilan dadah seperti amfetamin dan kokain akan merosakkan sistem jantung anda sekali gus menyebabkan anda mendapat sakit jantung. Oleh itu, sayangi diri anda, jauhi najis dadah.\n\nDidalah sebatang rokok terdapat beribu-ribu bahan kimia merbahay dan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan jantung anda. Semakin banyak rokok yang anda hisap, semakin tinggi risiko anda untuk mendapat sakit jantung.\n\nItulah dia perkongsian kami tentang punca sakit jantung. Semoga bermanfaat untuk anda. Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel kami tentang tanda sakit jantung dan punca kencing manis"
"Bila anak anak remaja mereka kini punya lingkungan sosial yang berkembang.\n\nJika dulu kitaran pergaulan mereka hanya berpusat pada ahli keluarga, kini mereka punyai rakan dan taulan yang ada ketikanya lebih kuat pengaruhnya dari kita ibu bapa.\n\nBenar juga kata orang bijak pandai.\n\n\u201cJika kita mahu tau bagaimana peribadi seseorang, kita lihat siapa teman teman dan sahabatnya\u201d\n\nMembesarkan Najman dan Najmi yang punyai personaliti berbeza tak kurang cabarannya.\n\nNajman lebih punyai personaliti yang berwarna warni dari segi pergaulan sosialnya berbanding Najmi.\n\nTambahan pula tinggal di negara yang budayanya berbeza. Anak anak disini memang diajar untuk jujur meluah pandangan dengan ibu bapa dan dalam hal ini nyata Najman lebih vokal dan kritikal dalam melontar pandangan berbanding Najmi yang lebih tenang dan lebih senang mendengar dari bercerita.\n\nNajman lebih berfesyen dari Najmi. Sementalah dengan popularitinya, dia lebih peka dengan fesyen terkini sedangkan Najmi senang berpuashati dengan apa jua yang disuakan pada dirinya.\n\nJarang benar saya pergi membeli belah pakaian dengan Najman kerana dia lebih berdikari dan cerewet dalam berpakaian. Sedangkan Najmi memang sentiasa menempel dengan saya dan Ain bila mahu membeli pakaian kerana dia tak kisah asalkan selesa.\n\nEntah kenapa beberapa hari lalu Najman bertanya pada saya\n\n\u201d Abah can we get new clothes Abah? Lama dah Najman tak beli baju baru. Boleh tak bah?\u201d\n\n\u201d What do you after Najman?\u201d\n\n\u201d I don\u2019t know yet. Hoody, tshirt or jeans perhaps?\u201d\n\n\u201d Haah kan kitapun dah lama tak gi shopping sama sama kan? Najman asyik dengan kengkawan aja selalu. Boleh beli kasut ke seluar sekolah sekali. Early September dah start sekolah dah kan? Ajak Najmi sekali eh nak?\u201d\n\nDalam hati saya dah jangla Najman akan taknak punya shopping dengan saya. Apatah lagi shopping pakaian. Manalah abah dia ni tau pasal fesyen yang tengah up untuk remaja sekarang ni kan?\n\nDia balas ajak ajak ayam saya tadi dengan jawapan di luar jangka saya.\n\n\u201d Of course abah. Why not? Men\u2019s day out! Mama tak yah pergi. Just the three of us? Nak?\u201d\n\nSaya pulak yang terperanjat dengan jawapan Najman.\n\n\u201d Eh mama mana boleh tak ikut! Mama jaga duit kita. Mama jaga bajet. Kang kalau kita pergi bertiga mama tak bagi bajet kita window shopping ajalah camtu. Ok tak?\u201d\n\n\u201d Hahaha buat apa pergi shopping camtu bah? Oklah mama ikut. Tapi I am the one that are deciding the brand ok bah? I have better taste than the rest\u201d\n\nNajman memang begitu. Dia sentiasa yakin dan tau apa yang dia mahukan dan akan suarakan dengan confident apa yang dia mahu suarakan.\n\n\u201d Ok set! Deal! You jadi our personnal shopperlah. Abah dengan Najmi tag along aja eh?\u201d\n\n\u201d So where are we going then Najman? What\u2019s your plan Mr confident?\u201d\n\n\u201d Liverpool 1 bah! Ada kedai Superdry that I am eyeing a jacket with hoody. Kat John Lewispun tshirt dia lawa Najman tengok hari tu masa keluar dengan kawan. JD Sports ada sale kasut as I think I need a new trainer. What do you think?\u201d\n\nTiba tiba entah kenapa hati saya terfikir mahu menduga Najman. Saya mahu lihat sejauh mana dia mahu menggunakan peluang ini. Saya mahu uji apa dia akan sewenang wenangnya ambil kesempatan kalau saya layan nafsu shoppingnya ini.\n\n\u201d I have a better plan Najman. Let us go to Cheshire Oaks Designers Outlet then?\n\nSelain gi shopping abahpun lama tak gi sana. Boleh abah promote kat pakej shopping kat customer homestay yang ambik pakej cuti cuti UK kita\u201d\n\nCheshire Oaks Designers Outlet memang destinasi shopping ramai pengunjung ke Liverpool. Ia seakan akan JPO kalau di Malaysia. Ada hampir 200 outkets barangan berjenama yang murah dari harga pasaran. Letaknya sekitar 30 minit berkereta dari rumah kami.\n\n\u201d Yesss Abah!! That\u2019s even better! Superdry, Marks & Spencer, Hugo Boss, Polo Raplh Lauren, Fred Perry, Levis, GAP, Ben Sherman all those are my favourite brands! Happy to be your personal shopper abah!\u201d\n\nKemain suka lagi Najman. Mukanya bercahaya cahaya.\n\n\u201d But it is going to be expensive Najman. We have to save money remember? This year abah and mama kan nak simpan duit for out PR application. Kita shopping biasa biasa ajalah ya?\u201d\n\n\u201d Wait Najmi. It is going to be VALUE FOR MONEY dude! Things in Cheshire Oaks are desingers item but cheaper than retail price. We are going for bargains mate.\u201d\n\nNajmi masih tak pasti dan puas hati dengan jawapan Najman. Najmi pandang saya minta kepastian.\n\n\u201d Betul jugak kata Najman tu Najmi. Alah bukan selalupun kan? Takpalah sekali sekala\u201d\n\nMuka Najman makin ceria kerana saya sokong cadangannya.\n\n\u201cSee Najmi even abah is with me on this. Gimme five bah\u201d\n\nNajman mengangkat tangan mahu hi-five dengan saya.\n\n\u201d Thanks abah! I am not going to let you down\u201d\n\nEsoknya usai sarapan kami bersiap anak beranak ke Cheshire Oaks. Adam dan Awwabpun ikut sama sebab Ain kata dia nak bawa dua yang kecil main di playground masa kami tiga beranak bershopping. Najwa macam biasa nak mengikut senang duduk di rumah katanya.\n\nSepanjang jalan Najman sibuk memberi usul itu ini pada Najmi akan apa yang perlu dibeli.\n\n\u201d We go to M&S for school pants Najmi. Go to Clarks for school shoes. I want to buy a new hoody at Superdry. New pair if Jeans at Armani or Calvin Klien, sneakers donno at Nike? Sports Direct perhaps?\n\nDon\u2019t worry bro trust me I am good at this\u201d\n\nDalam hati saya rasa jerat dan sangkaan saya mengena. Memang sah saya akan kena pau kaw kaw dengan Najman nanti.\n\nKetika di Cheshire Oaks Designer Outlet\n\nKami sampai ke Cheshire Oaks Designer Outlet sekitar 12 tengahari. Suasana memang sibuk dan parking penuh. Tapi barangkali rezeki anak anak ada pula parking kosong tak lama lepas kami sampai di tempat meletak kereta.\n\nAin sibuk dengan Adam dan Awwab. Najman mula ceria\n\n\u201cOkay Mr Branded Designer expert. Lead the way\u201d\n\n\u201d What the budget limit bah?\u201d Tanya Najman.\n\n\u201cOkay so I assume unlimited then\u201d\n\nKami menuju ke NEXT outlet dahulu. Saya lihat ada potongan 50%\u201d\n\n\u201cMasuk sinilah jom? Najman kata nak jeans kan?\u201d\n\nKami masuk ke toko NEXT tapi nyata Najman tak berminat dengan jeans di toko ini\u201d\n\n\u201cNo abah. I don\u2019t like this brand. I prefer CK or Levis instead\u201d\n\nTypical Najman. Selalu nak bergaya. Detik hati saya.\n\nKami ke butik CK dan saya lihat Najman bersungguh membelek jeans.\n\nSatu persatu diselak selak. Saya yakin Najman akan mula menyopping di sini.\n\n\u201cNajmi this one suits you lad\u201d\n\nSibuk dia memberi usul pada adiknya. Najmi melayan apa yang Najman usulkan.\n\nSaya selak harga jeans yang dipilih Najman. Harganya sekitar \u00a345 sehelai.\n\nPuas Najman memilih jeans dan dia hampiri saya.\n\n\u201cTakpalah bah. Kita pergi kedai lainlah\u201d\n\nSaya agak terkejut kerana yakin benar dia akan pilih jeans tadi.\n\n\u201cNot too branded I guess eyy?\u201d\n\nKami keluar dari kedai CK dan melewati playground.\n\n\u201cAbah gilah dengan Najman and Najmi eh? Ain layan Adam dengan Awwab kat sini\u201d\n\nSaya mengiyakan usul Ain dan kami ke toko M&S\n\n\u201cCari baju , seluar sekolah dengan socks kat sini ya?\u201d\n\nNajman terus ke bahagian seluar panjang, selesai dia memilih dia ajak Najmi pula\n\nDia sibuk usulkan itu ini pada Najmi\n\n\u201cThis one is wool so warm during winter. This one is esay to iron so we pick this one then okay?\u201d\n\nNajman dah macam promoter M&S saya tengok.\n\n\u201cAbah where is the fitting room?\u201d\n\n\u201cKat sana saya muncungkan mulut menunjukkan tempat mencuba pakaian.\n\nWait I go and pick our socks and white shirt.\n\nSelesai memilih dua beradik tadi ke fitting room mencuba pakaian yang dipilih.\n\nKeluar dari bilik persalinan Najman puas hati tapi Najmi kata seluarnya sempit.\n\n\u201cJom kita cari lagi for you Najmi\u201d\n\n\u201cWait abah jap ya I have change my mind nak tukar seluar lain\u201d\n\nNajman ke seksyen seluar dan dia pilih seluar yang satu lagi\n\n\u201d Yang tadi tu \u00a345 satu. Yang ni murah lagi \u00a324 aja. Kualiti sama so kenapa nak membazir kan bah?\u201d\n\n\u201d Eh baik pulak mat branded ni. Alah adalah nak pau kat kedai lain nanti tu\u201d\n\nKata hati saya walau masih tak percaya dengan apa yang Najman katakan tadi.\n\n\u201d Ok bah dah siap dan jom bayar\u201d\n\n\u201cSocks dah ambik? Baju putih tu?\u201d\n\n\u201cSocks dah ni 6 pasang \u00a310. So takyah beli asing for us. Kami share aja bah. Ni pun kat clearance kalau tak \u00a322. So kita jimat.\n\nBaju putih kat sini so overprice. Kita beli kat ASDA atau TESCO aja bah.\n\nLepas ni winter banyak pakai sweater kat luar so brand biasapun ok dah bah\u201d\n\nDahi saya berkerut dengan apa yang Najman cakap. Masih terpinga.\n\nSaya bayar tapi dalam hati saya masih tertanya tanya.\n\n\u201cThis is awkward. Adalah nanti the catch ni. Mesti Najman pau aku sat lagi\u201d\n\n\u201cKenalah aku kat sini kang ni\u201d\n\nNajman menuju ke rak jeans membelek satu persatu.\n\nSaya biarkan dia dan Najmi berdua sambil memerhati gelagat mereka.\n\nSaya nampak Najman datang pada saya membawa dua helai jeans\n\n\u201d I am thinking of these two for both of us but \u00a385 each is way too much for a pair of jeans.\n\nWe pass these two abah. Kita gi Levislah maybe more value for money\u201d\n\n\u201cEh okay ni baru \u00a3170 for two lagipun bukan selalu kan? Ambiklah\u201d\n\n\u201cAre you serious bah? Mahal ni! Not worth it. I am not going to rob my dad over jeans abah. Cammon old man, Your son is not a gold digger lah bah\u201d\n\nSaya rasa tertampar dengan prasangka saya pada Najman.\n\n\u201cJom bah kita jalan lagi?\u201d Usul Najman.\n\nSaya melangkah dengan masih terpinga pinga.\n\nKami lewati butik Polo Ralph Lauren.\n\nSaya lihat Najman ke kawasan Polo Tshirt Big Pony mengambil sehelai tshirt tertera sulam Paris.\n\nNajmi seakan mengatakan harganya okay tapi Najman mengeleng tak setuju.\n\nMereka hampiri saya dan Najman ajak saya keluar.\n\n\u201cTak jadi ambik tshirt Paris tu? Selalu cakap kat abah nak tshirt tu kan?\u201d\n\n\u201cTulah Najmi kata kat Najman tu bah. Selalu nak sangat ni taknak pulak\u201d\n\n\u201cTakpalah bah kita tunggu boxing day. Mahal sangat \u00a345 for a tshirt. i can wait tunggu sale lain kali\u201d\n\n\u201cHmmmm. This is too good to be true\u201d hati saya terus bicara.\n\n\u201d Let\u2019s go to Levis bah\u201d\n\nKami ke butik Levis di sebegang jalan.\n\nSaya usulkan seorang satu Levis 501 kerana ada diskaun belian dua helai pada harga \u00a399 berbanding harga biasa sehelai \u00a365.\n\n\u201cKami tengok yang sale dulu bah\u201d\n\nNajman dan Najmi kemudian mencuba beberapa helai jeans di fitting room.\n\n\u201cOk bah kami ambik yang ni ya?. Jom bayar\u201d\n\n\u201cTakpa bah yang nipun dah best dah\u201d\n\nGadis cashier menscan tanda harga tertera harga di skrin.\n\nSaya mahu bayar tapi diberitahu gadis cashier\n\n\u201cIf you buy 3 items you will get 25% on all items. Do you want to proceed?\u201d\n\n\u201cWhy don\u2019t you both get anything. Rugi tak ambik peluang diskaun ni.\u201d\n\n\u201cI want a Levis backpack\u201dkata Najmi.\n\nMereka berlegar lagi di kedai Levis mencari barang.\n\n7 minit kemudian Najman dan Najmi datang pada saya.\n\n\u201cDah dapat dah meh bayar jom?\u201d\n\n\u201cBah meh jap bah nak tunjuk seluar ni jap?\u201d\n\nSaya ikuti Najman dan Najmi ke seksyen jeans 501.\n\n\u201cohhh jadi jugak nak jeans mahal\nkan?\u201d\n\n\u201cKami dua beradik dah bincang dah.\n\nKami dah kira kira. Kalau ambik satu jeans 501 ni kita kena tambah \u00a315 aja dari total 3 items lepas diskaun 25% tu bah.\n\n\u201cSo kami decide abah yang beli satu untuk abah. Sebab you are so super sweet ajak kami shopping so you deserve to reward yourself as a cool dad.\n\nAbah saiz apa bah? Meh kami cari dan suggest meh bah?\u201d\n\nKali ni saya benar benar terkedu!\n\n\u201cMehlah bahhhh. Hitam eh bah? Abah takda jeans hitam kan? Saiz abah berapa?\u201d\n\nSaya macam jadi dungu masih terkesima\n\nNajman pilihkan warna hitam dan letakkan ke tangan saya\n\nSaya macam zombie mengikut aja usul Najman kerana masih terpinga pinga.\n\nSelesai mencuba saya katakan yang saiznya okay pada Najman dan Najmi.\n\nSaya bayar di kaunter harga \u00a385 untuk 3 helai jeans.\n\nNyata jeans saya yang paling mahal dari semua barang yang dibeli dari tadi.\n\nKeluar dari Levis saya terima mesej dari Ain di talifon.\n\n\u201cOkay Ain datang sekarang. Adam dengan Awwabpum dah puas dah main ni\n\nKami tunggu Ain dan saya tanyakan Najman\n\n\u201cNak gi SuperDry? Nak hoody kan?\u201d\n\nAin sampai dan kami ke butik Superdry.\n\nDia datang pada saya dengan hoody ditangannya\n\n\u201cTak bah. Nak tunjuk aja. Lain kali kita datang kalau abah ada bajet nak yang ni ya bah?\u201d\n\n\u201cEh okay ni harganya. Abah bayar ya?\u201d\n\n\u201cNot this time bah. Banyak dah abah belanja ni. Next time okay?\u201d\n\nKami keluar dari butik Superdry tanoa tambahan barangan.\n\nThanks abah.. Mama.. Bawak kami shopping hati ni\u201d\n\nKami bergegas ke kereta dan saya berjalan beriringan dengan Najman.\n\nHati saya masih tak puas dan mahu bertanya pada Najman.\n\n\u201cNajman.. Kenapa beli sikit aja? Kata nak shopping macam macam kan?\n\n\u201d abah pernah cerita yang dulu atuk Ulu Yam bagi hadiah kat abah cuma kalau abah dapat nombor satu periksa.\n\nAbahpun tak pernah mintak mintak kat atuk sebab abah tau atuk takda duit kan?\n\nSo Najman rasa abah dah banyak dah reward belanja kami shopping ni walau kami tak show some accomplishment yang abah kena rewardpun.\n\nAbah bawak shopping nipun macam Najman hutang accomplishment kat abah dah bah.\n\nSaya tak tahu nak kata apa apa.\n\nSangkaan yang dia akan jadi opportunist meleset sama sekali.\n\nTiba tiba saya rasa malu dan berdosa pada Najman.\n\nNyata dia lebih dewasa dan matang dari apa prasangka saya.\n\nKita ibu ayah kadangkala tak kenal perubahan anak anak kita kan?\n\nMungkin agaknya kerana kita terlalu sibuk dengan pelbagai perkara lain yang entah apa yang kita sibukkan hingga kita langsung tak kenal jiwa anak anak kita.\n\nKerana kesibukan kita maka kita punyai persepsi dan prejudis negatif pada anak anak kita yang entah lapuk dan basi sedangkan dia jauh telah matang dan berakal dari dia yang dulu.\n\nSaya belajar banyak perkara dari Najman dan Najmi hari ini.\n\nPersepsi jumud saya pada Najman yang dulu luntur sama sekali dengan pengalaman hari ini.\n\nSaya lihat kematangan dan kedewasaan Najman dalam melupuskan persepsi saya padanya selama ini.\n\nKita kena luang masa untuk anak anak kita teman.\n\nAlangkah ruginya kalau kita ibu ayah sendiri tak kenal siapa anak kita dan terus terusan menghukum mereka pada persepsi yang basi!\n\nKita kena kenal siapa mereka dan setiap perubahan mereka.\n\nKalau tak kita yang kenal siapa lagi kan?\n\nTo witness\u00a0Najman and Najmi\u2019s\u00a0\u201cBROTHERHOOD\u201d make me feel so proud of them.\n\nI am a conventional family man."
"Kehamilan adalah antara tempoh yang mencabar bagi setiap wanita. Selain dari terpaksa mempersiapkan diri untuk menghadapi tempoh bersalin, ibu mengandung juga terpaksa berdepan dengan macam-macam ketidakselesaan. Letih, perubahan hormon, perubahan sifat fizikal, mood yang berubah dan macam-macam lagi. Maka tidak hairanlah sekiranya pahala wanita hamil sama seperti pahala orang yang berjihad.\n\nSebaik sahaja sudah masuk dalam trimester kedua kehamilan, anda sepatutnya menambahkan usaha dalam mengambil diet yang sihat dan seimbang. Semakin kandungan membesar, anda akan mendapati bahawa anda sudah tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan di rumah yang menyihatkan.\n\nAkibat terlalu letih dan alahan, anda akan kerap memilih untuk makan di luar. Ketahuilah, makanan di luar tidak dapat diketahui nutriennya dan penjagaan tahap kebersihannya masih diragui. Oleh itu, cuba usahakan untuk memilih makan yang sihat dan mudah di rumah.\n\nKebanyakan wanita hamil terlalu risau akan pertambahan berat badan mereka. Mereka khuatir, mereka tidak akan dapat mencapai berat badan asal seperti sebelum hamil. Ketahuilah, diet untuk mengurangkan berat badan atau untuk menghalang dari pertambahan berat badan semasa hamil bukan sahaja memudaratkan anda, malah kandungan anda.\n\nMenjaga pemakanan yang sihat adalah teramat penting! Jangan terlalu memikirkan penampilan anda atau terlalu risaukan pertambahan berat badan anda. Biarlah semuanya berlaku secara normal. Belilah pakaian yang selesa dan longgar, serta fokus dalam memberikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan anda.\n\nYakinlah, berat badan anda akan kembali normal selepas bayi anda dilahirkan, asalkan anda mengekalkan gaya pemakanan yang sihat.\u00a0Ingatlah, ramai yang mahu melalui pengalaman mengandung seperti anda, tetapi masih belum dikurniakan rezeki oleh Allah.\n\nMengidam, Menjadi Suka Makan dan Benci Pada Sesetengah Makanan\n\nKajian mendapati bahawa, kebanyakan wanita mengandung akan mengidam sekurang-kurangnya satu jenis makanan dan hampir semua antara mereka akan mengalami \u201cfood aversion\u201d iaitu tidak suka akan sesetengah makanan, sedangkan sebelum hamil beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan makanan tersebut.\n\nHormon mungkin memberikan peranan yang besar akan situasi ini, tetapi boleh jadi, mengidam makanan atau benci pada makanan mungkin merupakan antara cara bagi badan wanita memberi signal bahawa ia memerlukan nutrien tertentu atau untuk menghindar makanan tertentu yang mungkin memberi mudarat.\n\nWalaupun teori ini masih tidak disahkan lagi kebenarannya, tetapi diharapkan wanita hamil mengidam makanan yang berkhasiat berbanding makanan ringan. Sekiranya anda mengalami \u201cfood aversion\u201d pada makanan seperti kopi, ais krim, keropok dan minuman bergas, ia mungkin baik untuk anda.\n\nTetapi sekiranya \u201cfood aversion\u201d anda adalah pada sayuran berdaun hijau atau susu, ia mungkin memberi masalah kerana makanan tersebut mengandungi nutrien yang penting untuk tumbesaran bayi yang sihat.\n\nKebanyakan wanita di Malaysia adalah wanita yang bekerjaya. Sekalipun anda adalah suri rumah sepenuh masa, melayan kerenah anak-anak dan menguruskan rumah tangga sudah cukup meletihkan \u2013 lebih-lebih lagi sekiranya anda mengandung.\n\nSekiranya anda tidak bermaya dan tidak mempunyai tenaga untuk memasak, cuba tips ini. Masak dalam portion yang banyak seminggu sekali, dan asingkan setiap makanan mengikut bilangan hari. Kemudian, sejuk bekukan makanan tersebut. Jadi apabila mahu makan, anda hanya perlu panaskan makanan yang ada.\n\nSelain dari dapat mengelak dari makan diluar yang tidak kita ketahui khasiat dan kebersihannya, anda juga dapat mengekalkan pengambilan makanan yang sihat untuk kandungan anda.\n\nAnda kini sudah pun melebihi fasa separuh perjalanan tempoh kehamilah. Lebih baik sekiranya anda menilai semula diet anda. Adakah anda mengambil secara kasar 60 gram atau dua hidangan protein setiap hari?\n\nAdakah anda mengambil mengambil 9 atau lebih hidangan karbohidrat serta 7 atau lebih hidangan buahan dan sayuran terutamanya sayuran berdaun hijau? Adakah anda mengambil vitamin prenatal setiap hari? Adakah anda mengurangkan makanan berlemak, bergula dan bergaram tinggi?\n\nWalau apa pun, tempoh kehamilan anda hanyalah merupakan satu permulaan dalam mementingkan pemilihan makanan yang berkhasiat tinggi. Tidak lama lagi, anda pula akan bertanggungjawab dalam memilih makanan terbaik untuk anak anda. Pemilihan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan semuanya bermula dengan anda.\n\nTahukah anda pada 2004, pihak berwajib USA mengeluarkan garis panduan berkenaan jumlah pengambilan ikan yang disyorkan. Mereka memberi amaran pada wanita yang hamil atau sedang merancang untuk hamil serta wanita yang sedang menyusukan anak untuk mengelakkan dari memakan ikan yang besar (seperti ikan todak, jerung, makerel) yang diketahui mempunyai kandungan merkuri yang tinggi.\n\nMereka juga mensyorkan untuk menghadkan pengambilan makanan laut kepada 12 ouns seminggu atau lebih kurang dua portion hidangan seminggu. Cadangan pemakanan ini juga merangkumi makanan laut yang dikategorikan sebagai rendah merkuri seperti udang, salmon, ikan keli dan tuna dalam tin.\n\nSelain dari muntah-muntah dan loya yang sering dialami kaum ibu, kadang kala semasa tempoh kehamilan, anda juga boleh menghidapi gastroenteritis atau flu perut. Secara umumnya, ia berpunca dari jangkitan virus dan bukan sebenarnya sejenis flu. Jangan risau! Kebiasaannya, kaum ibu akan mengalami penyakit ini dalam jangka masa yang pendek sahaja iaitu lebih kurang 24 jam hingga 3 hari.\n\nPaling penting, sekiranya anda mengalami gastroenteritis, anda perlu banyakkan minum air suam. Sup dan teh panas juga baik untuk mengurangkannya. Berjumpalah doktor dan minta nasihat darinya.\n\nBeliau akan memeriksa sama ada anda tidak mengalami dehidrasi untuk memberi vitamin yang bersesuaian. Jangan risau sekiranya anda tidak begitu berselera untuk makanan selama dua tiga hari. Ia tidak akan memudaratkan kandungan\u00a0anda."
"Mencari tempat menarik di Puau Pangkor? Pulau Pangkor merupakan salah satu tempat pelancongan di negeri Perak. Pulau Pangkor tidaklah sebesar Pulau Langkawi. Kawasannya kecil sahaja, malah anda boleh pusing keseluruhan pulau hanya dengan menaiki motor kapcai.Tetapi merupakan tempat kesukaan ramai.\n\nBentuk muka buminya berbukit-bukau. Datarannya masih dipenuhi kehijauan hutan. Penduduk di sini juga hidup dalam suasana kampung yang segar. Walaupun keluasannya tidak besar, namun terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di Pulau Pangkor.\n\nPulau Giam terletak bersebelahan dengan Pulau Mentagor, dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Pantai Pulau Giam kecil sahaja namun dihampari pasir halus berwarna putih yang sangat cantik. Terdapat banyak batu besar terhampar di sekeliling pulau ini.\n\nUntuk ke Pulau Giam ini, daripada Teluk Nipah anda boleh berkayak ataupun menaiki bot. Bagi anda yang sukakan cabaran, bolehlah berkayak untuk ke pulau ini. Air di sekitar pualu ini juga jernih. Jadi anda boleh bersnorkeling di sini.\n\nAnda boleh menaiki bot dari teluk Nipah untuk ke Pulau Mentagor. Anda akan menikmati pemandangan terumbu karang yang cantik di kawasan perairan Pulau Mentagor. Anda boleh bawa bekalan roti untuk memberi ikan makan sambal aktiviti snorkeling.\n\nAntara kebanyakan pantai di Pulau Pangkor, Teluk Nipah adalah yang paling indah. Pantai ini terletak beberapa kilometer ke utara Pantai Pasir Bogak.\n\nPantai ini terpencil dan mampu mengekalkan kecantikan alam semulajadi. Pulau. Tidak seperti pantai lain, ia mempunyai batu karang dan gamat. Bagi pencinta burung, anda akan dapat menemui burung Enggang di pantai ini.\n\nPantai Pasi Bogak antara pantai yang menjadi tumpuan di Pulau Pangkor. Merupakan tempat menarik di Pulau Pangkor perlu anda pergi. Di sepanjang pantai ini sudah tersedia meja-meja untuk anda berkelah sambil melihat panorama indah Pantai Pasir Bogak ini. Di sini juga terdapat banyak gerai yang menjual makanan.\n\nAntara aktiviti yang anda boleh buat di pantai ini adalah menaiki bot sambal merasai sendiri pengalaman menjala ikan. Selain itu, anda juga boleh bermandi-manda di pantai ni. Namun, hati-hati kerana dasarnya agak berbatu.\n\nPantai Puteri Dewi yang juga dikenali sebagai Pantai Emas terletak 2 km dari Jeti Teluk Dalam. Ia juga dikenali sebagai Pantai Emas kerana keunikan pasir pantai yang kelihatan keemasan apabila matahari terbenam.\n\nPangkor Island Beach Resort yang menguruskan kawasan pantai ini telah membina tempat-tempat penginapan di sepanjang pantai. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti snorkeling, scuba diving, memancing, berkelah, mandi-manda dan aktiviti sukan air.\n\nTeluk Ketapang merupakan sebuah pantai eksotik di Pulau Pangkor. Ia terletak di antara dua pantai, Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Padang rumput hijau yang besar di sebelah jalan utama memisahkan pantai pasir dari jalan raya. Anda boleh bermandi manda di sini sambil melihat pemandangan Selat Melaka.\n\nTeluk Segadas yang merupakan pantai kecil di sebelah selatan Pangkor. Ia dihubungkan ke seluruh pulau dengan laluan hutan kecil yang bermula di Teluk Gadong.\n\nIa adalah pantai kecil yang indah yang jarang dilawati pelancong asing. Namun, rakyat tempatan ramai yang berkhemah di sini. Tidak banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini sekiranya anda bercuti Bersama keluarga.\n\nIni kerana di sini, tiada kemudahan awam seperti gerai, tandas dan surau. Namun, sekiranya anda ke sini bersama sekumpulan rakan, anda boleh berkhemah dan melakukan aktiviti jungle tracking.\n\nTeluk Gadong merupakan salah sebuah perkampungan yang terdapat di Pulau Pangkor. Di sini juga terdapat tempat bersejarah Batu Bersurat dan Kota Belanda.\n\nSelain itu, antara yang menarik di Teluk Gadong adalah homestay terapung di atas air. Sekiranya anda rambang mata untuk memilih tempat penginapan di Pulau Pangkor, mungkin homestay terapung di Teluk Gadong ini boleh dipertimbangkan oleh anda.\n\nBatu bersurat ini terletak di Teluk Gadong dan hanya 100meter daripada Kota Belanda. Lorekan yang terdapat pada batu bersurat ini adalah gambar seorang kanak-kanak yang dilarikan oleh seekor harimau.\n\nMengikut kepercayaan orang ramai, batu ini digunakan untuk mengingati peristiwa di mana seorang kanak-kanak telah dimakan seekor binatang buas. Sebenarnya banyak versi lain lagi tentang kisah di sebalik gambar ini. Sehingga kini, fakta sebenar di sebalik lukisan pada batu bersurat ini menjadi misteri.\n\nPulau Pangkor juga terdapat sebuah lokasi bersejarah\u00a0peninggalan Belanda. Pihak Belanda yang datang ke sini telah membina gedung atau kubu yang bertujuan untuk menyimpan bijih timah pada tahun 1670. Orang Belanda pada masa itu menamakan kubu ini sebagai Kubu Dinding (Dingdingh) sempena nama Sungai Dinding yang terletak di hadapan Pulau Pangkor.\n\nTujuan lain pembinaan kubu ini adalah untuk menghalang pihak Inggeris daripada merampas pulau ini. Ini kerana, dalam masa yang sama, pihak Belanda sedang berperang dengan Acheh yang juga menjadikan Pulau Pangkor sebagai negeri di bawah naungan mereka.\n\nCoral Bay terletak di Teluk Nipah, iaitu antara kawasan yang menjadi tarikan pelancong asing kerana pemandangannya yang cantik. Di sini, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan melihat pemandangan sewaktu matahari terbenam.\n\nPemandangan matahari terbenam di sini sangat cantic dan boleh menjadi memori indah bagi anda sepanjang melawat ke Pulau Pangkor.\n\nTokong Fu Lin Kong\u00a0ialah tokong Taois, agama yang mengikuti ajaran ahli falsafah tersohor Cina,\u00a0Lao Tze.\u00a0Tokong ini sangat kaya dengan kesenian arcanya. Saat masuk sahaja, anda pasti terpukau dengan pintu gerbang yang tersergam gagah. Di sekitar kawasan bawahnya terdapat beberapa kedai makanan dan cenderamata.\n\nDi dalam kawasan tokong pula ada taman kecil yang lengkap dengan kolam. Ruang permainan untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Berdekatan dengan tokong utama, ada satu laluan yang cukup menjadikan lokasi ini unik daripada kebiasaan.Di sinilah terletaknya\u00a0Tembok Besar Mini. Anda tak perlu ke Tanah Besar China untuk merasai pengalaman berjalan di Tembok Besar China.\n\nSelain itu, anda juga akan dapat melihat kesenian arca patung dan senibina tokong orang Cina di sekitar kawasan Tokong Fu Lin Kong.\n\nKebiasaannya bila kita sebut masjid terapung, pasti akan teringat masjid di Terengganu. Tapi, bukan Terenggangu sahaja yang ada masjid terapung. Di Pulau Pangkor juga ada.\n\nMasjid ini dibina pada 7 Mac 2014, Masjid Terapung Pulau Pangkor juga dikenali sebagai Masjid Al-Badr 1000 Selawat. Ia adalah hasil inspirasi daripada Menteri Besar Perak.\n\nBinaan dalaman masjid ini sangat indah dengan pelbagai jenis dekorasi yang menarik. Diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid. Kos pembinaan masjid ini adalah RM11.6 juta dan siap pada tahun 2016.\n\nTortoise Hill menjadi pilihan utama pelancong untuk melakukan aktiviti jungle trekking. Di sini, anda akan dapat melihat flora dan fauna yang eksotik seperti burung enggang dan pelbagai jenis bunga orkid yang jarang dijumpai.\n\nBagi anda yang gemar aktiviti outdoor, jungle trekking di Tortoise Hill wajib masuk dalam senarai aktiviti anda semasa di Pulau Pangkor. Ini kerana Tortoise Hill antara tempat semulajadi yang tidak disentuh di Pulau Pangkor.\n\nAnda boleh merakam gambar spesies burung dan haiwan serta menyaksikan matahari terbenam di atas bukit. Anda juga boleh membawa makanan dan menikmati buku sambil duduk di bawah pokok yang rendang.\n\nKalau ke Pulau Pinag, tidak lengkap sekiranya tidak memborong jeruk. Tetapi, di Pulau Pangkor, tidak sepurna jika anda tidak memborong hasil laut di sini. Antara kilang hasil laut yang terkenal di Pulau Pangkor adalah Kilang Hai Seng Hin ataupun nama terkenalnya Kilang Satay ini.\n\nDisini anda boleh melihat bermacam hasil laut seperti ikan, sotong dan lain-lain dijual di sini. Yang paling meletup di Pulau Pangkor ni sebenarnya ikan bilis mata biru.Rugi kalau tak datang ke sini alang-alang dah sampai ke Pangkor, banyak sangat pilihan makanan laut di sini, bolehlah anda berkelah dengan keluarga selepas shopping di sini.\n\n16) Kilang Hasil Laut Pak Su\n\nBagi pelancong Muslim, Kilang Hasil Laut Pak Su pasti menjadi pilihan untuk memborong produk makanan hasil laut. Menariknya Kilang Hasil Laut Pak Su, mereka tidak mengeringkan hasil laut dengan menjemurnya di tengah terik matahari.\n\nTetapi, mereka mengeringkan hasil laut di dalam bilik yang khas. Produk-produk hasil laut Kilang Pak Su terjamin kebersihannya. Selain itu, cara pembungkusan produk Pak Su juga amat bersih dan tidak hairanlah pada setiap bungkusan produk tertera Halalan Toyyiba.\n\nDi kawasan ini, anda akan dapat melihat aktiviti pertukangan dan pembuatan bot. Bot-bot yang diperbuat daripada kayu ini digunakan oleh nelayan untuk menagkap ikan. Anda akan dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana reka bentuk sebuah bot nelayan di sini.\n\nPekan Pangkor tidaklah besar sangat. Anda boleh ke sini menaiki van pink comel yang menjadi salah satu benda unik di Pulau Pangkor. Di sini terdpaat kemudahan ATM sekiranya anda ingin mengeluarkan duit daripada akaun bank. Anda juga boleh membeli-belah ole-ole dari Pulau Pangkor di sini.\n\nSalah satu tarikan yang terdapat di Pualu Pangkor adalah Jambatan Gantung. Jambatan itu terletak beberapa ratus meter di dalam hutan Pasir Bogak.Oleh itu, anda perlu berjalan kaki masuk ke hutan, kemudian baru anda akan menemui jambatan gantung ini.\n\nSebagai langkah keselamatan, anda tidak boleh berlari atau melompat-lompat di semasa meniti di jambatan ini. Dan perlu dihadkan sekitar 2-3 orang yang meniti jambatan ini dalam satu-satu masa.\n\nJika anda ingin pergi ke Pulau Pangkor, Lumut Waterfront adalah tempat persinggahan pertama dan terakhir sekali anda akan lalui. Disilah tempat menaiki feri ke Pulau Pangkor. Pemandangan di sini menarik dengan landskapnya.\n\nKalau anda datang awal pagi ke sini, dapatlah anda sekeluarga menikmati pemandangan matahari naik yang sangat indah. Bukan setakat ada pemandangan yang cantik, malah terdapat juga gerai dan restoran yang menjual hasil laut dan makanan.\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Pulau Pangkor yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Nak tahu cara forensik anggar masa kematian? Dengan bantuan lalat!\n\nArtikel ini membentangkan kes-kes yang menggunakan pendekatan forensik entomologi untuk membuat anggaran masa kematian mayat yang dijumpai di tempat kejadian. Kedudukan ketinggian bangunan di mana kematian berlaku juga main peranan.\n\nPenyiasatan entomologi forensik adalah bidang kajian berdasarkan pemahaman taburan dan\u00a0 kelakuan komuniti serangga pemakan bangkai atau mayat. Hasil kajian tersebut dipersembahkan di mahkamah atau mana-mana sistem pengadilan sebagai sokongan bahan bukti secara saintifik.\n\nDalam artikel ini, tiga kes forensik yang berlaku di bangunan kediaman tinggi di Malaysia dilampirkan bersama penerangan kepentingan lalat dalam forensik entomologi untuk membantu siasatan jenayah, khususnya dalam penentuan anggaran masa kematian.\n\nTiga kes forensik ini adalah sebahagian daripada kajian kes forensik yang berlaku pada tahun 2012, sebagaimana yang pernah dilaporkan dalam kertas kajian Syamsa et al. (2015).\n\nSemua mayat ditemui di bangunan tinggi yang terletak di kawasan bandar di Kuala Lumpur. Autopsi atau bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik, Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.\n\nAntara isu yang dihadapi untuk menganggarkan masa kematian mayat yang ditemui mati di bangunan tinggi, menggunakan kaedah forensik entomologi\u00a0 adalah apabila bangunan boleh bertindak sebagai penghalang fizikal untuk melambatkan ketibaan serangga dan proses bertelur.\n\nSeorang wanita berusia 36 tahun didapati mati di dalam bilik tidur di tingkat 15 apartmen pada 03 Januari 2012. Dia ditemui dalam keadaan berbaring di atas lantai bilik tidurnya dalam kedudukan yang terdedah.\n\nMayat wanita tersebut sudah berada pada fasa pereputan yang hampir lengkap dengan cecair badan sudah mula terkumpul di bahagian bawah badan. Pil perancang kehamilan ditemui berada bersebelahan dengan mayat. Semua tingkap dan pintu ditutup, kecuali tingkap di kawasan dapur.\n\nSuhu purata bilik tersebut ialah 26.7\u00baC. Dia tinggal bersendirian dan didapati tidak menghubungi saudara-maranya dekat lebih sebulan. Punca kematian tidak diketahui.\n\nLarva lalat S. nudiseta instar ketiga (sudah berada pada kitaran hidup larva ketiga) dan lalat dewasa jenis sarkofagid ditemui menghurung kawasan abdomen dan rambut. Banyak pupa lalat jenis Megaselia scalaris melekat pada rambut dan juga bertaburan di atas lantai.\n\nAnggaran masa kematian untuk kes ini dianggarkan berdasarkan kitar hayat lengkap pupa lalat M.scalaris yang dikumpulkan di tempat kejadian.\n\nBerdasarkan tarikh kemunculan lalat dewasa pada 07 Januari 2012 selepas pemendapan telur yang berlaku pada 26 Disember 2011, maka, masa kematian yang dianggarkan adalah 8 hingga 9 hari dari tarikh penemuan badan.\n\nAnggaran masa kematian ini berpadanan dengan anggaran yang dikeluarkan oleh ahli patologi forensik berdasarkan ciri-ciri patologi mayat.\n\nWalaupun kehadiran lalat sarkofagid sering dijumpai dalam kes-kes forensik di Malaysia, lalat ini tidak digunakan dalam anggaran masa kematian kerana maklumat yang tidak mencukupi dan tidak konsisten tentang biologi dan kitaran hayat mereka.\n\nRajah untuk Kes 1 (a) Larva lalat yang menghurung kawasan abdomen, (b) larva pada rambut (c) pupa pada rambut (d) pupa di atas lantai\n\nPada 08 Februari 2012, satu mayat yang mula mereput milik wanita berusia 75 tahun ditemui di dalam bilik tidurnya di tingkat ke-11 di rumah flat 18 tingkat. Mayat dijumpai berbaring di sebelah kanan dengan bendalir dan cecair badan terkumpul di lantai. Mayat berpakaian penuh dengan baju malam, seluar dan stokin. Menurut saksi, dia terakhir dilihat pada 24 tahun Januari 2012.\n\nUnit rumah tersebut ditutup selain daripada tingkap di kawasan dapur. Suhu purata di kawasan kematian ialah 28.5\u00baC. Punca kematian adalah disebabkan oleh oklusi koronari yang disebabkan oleh atheroma (masalah pembuluh darah).\n\nBahan bukti entomologi dikumpulkan pada 09 Februari 2012, yang terdiri daripada pupa lalat M. scalaris yang melekat pada pakaian serta perabot berhampiran di mana mayat ditemui berbaring. \u00a0Larva instar ketiga daripada S. nudiseta merupakan spesis yang paling banyak dijumpai pada badan si mati. Beberapa lalat sarkofagid dan pupa S. nudiseta dijumpai di lantai.\n\nTerdapat juga kehadiran larva bersaiz sederhana instar ketiga, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Chrysomya megafephala. \n\nTidak seperti Kes 1, anggaran masa kematian untuk kes ini telah dianggarkan berdasarkan kitaran hidup S. nudiseta. \n\nBerdasarkan pada tarikh kemunculan dewasa pada 18 Februari 2012, pemendapan telur dianggarkan telah berlaku antara 29 Januari 2012 dan 2 Februari 2012. Memandangkan spesies ini mungkin tertarik kepada mayat yang sudah busuk, tambahan empat hari tempoh untuk lalat ini bertelur telah dimasukkan ke dalam pengiraan. Oleh itu, anggaran masa kematian telah dianggarkan 12 \u00b1 2 hari dari tarikh mayat ditemui.\n\nAhli patologi forensik menganggarkan dua minggu masa kematian sebelum badan ditemui.\n\nRajah untuk Kes 2 (a) larva pada badan mayat (b) larva pada pakaian (c) pupa di atas lantai (d) pupa di atas perabot\n\nMayat seorang lelaki berusia 52 tahun ditemui di ruang tamunya di tingkat atas unit rumah kedai 5 tingkat pada 11 Mac 2012. Suhu purata bilik ialah 27.3\u00baC. Dia berpakaian penuh dan berbaring di atas tilam. Sekumpulan cecair badan terkumpul menunjukkan proses penguraian yang telah berlaku. Tingkap di kawasan bilik tidur dan dapur didapati dibuka.\n\nSpesimen entomologi di tempat kejadian dikumpulkan pada 12 Mac 2012. Pelbagai saiz larva dikenal pasti sebagai S. nudiseta, lalat Chrysomya rufifacies dan sarkofagid didapati menghurung mayat terutamanya pada leher dan bahagian atas separuh badan selain di bawah selimut. Banyak pupa daripada M. scalaris telah didapati bertaburan di kawasan tilam yang kering dan lantai.\n\nMasa kematian telah dianggarkan mengikut kitaran hidup S. nudiseta berdasarkan pada tarikh kemunculan lalat dewasa pada 22 Mac 2012, dan dikira bahawa pemendapan telur boleh berlaku antara 02 hingga 06 Mac 2012. Masa kematian dianggarkan 11 \u00b1 2 hari sebelum penemuan selepas mengambil kira tempoh S. nudiseta bertelur.\n\nAnggaran ini juga berpadanan dengan anggaran yang dikeluarkan oleh ahli patologi forensik\n\nRajah untuk Kes 3 (a) larva pada leher dan kawasan muka (b) pelbagai saiz larva di kepala mayat (c) larva pada selimut (d) pupa di atas cadar tilam"
"Sedapnya makan biskut nestum. Bau harum nestum dan teksturnya yang rangup mampu membuatkan sesiapa sahaja rasa ketagih dengan nya. Sedar-sedar dah habis satu balang. Snack yang tersangat sedaplah katakan. Ramai yang menyukainya. Tak kira peringkat umur dan bangsa. \n\nBoleh juga sekiranya ingin menjadikan biskut nestum ini sebagai salah satu menu kuih raya. Bahan dan cara pembuatannya juga mudah. Hanya beberapa langkah sahaja. Hanya perlu pukul gula,butter, telur dan esen vanila. Kemudian, tambah nestum dan kacau. Dah siap adunannya. Boleh lah terap dan bakar. \n\nNak terap tuh terasa leceh? Jangan risau. Kalau nak cepatkan terap-terap nih, kena banyakkan lah kakitangan yang terlibat iaitu anak-anak lah kan. Jadikan ianya sebagai aktiviti keluarga. Sebabnya terap-terap ini tak perlu langkah yang \u2018cerewet \u2018 seperti menu lain. Lagipun tak bahaya. Pasti anak-anak excited nak buat. \n\nLepas tuh, sekarang nih kan. Banyak dah penjual-penjual kuih raya menvariasikan biskut nestum ini. Variasi biskut ini bergantung kepada bahan yang ditambah ke dalam resepi semasa membuat biskut nestum ini. Jadi selain dari bahan asas nestum, ada yang menambah coklat, chocholate cip, kelapa, cornflakes dan sebagainya. Bolehlah cuba.\n\nJadi, apa lagi. Jom buat biskut nestum ini ikut resepi Rasidah Karni dari laman facebook yang mendapat perkongsian ramai. Jom tengok resepinya. Selamat mencuba.\n\nMudahkan? Sekelip mata jer dah siap. Bolehlah praktis untuk buat sebagai kuih raya tahun ini. Selain daripada resepi Biskut Nestum ini, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Muntah susu di kalangan bayi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Munta susu boleh menyebabkan bayi anda tersedak susu, tercekik, tidak bernafas, dan boleh membawa maut. \n\nSebagai ibu bapa yang prihatin, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah sebab bayi muntah susu serta tips elak bayi muntah susu.\n\nSemasa bayi anda menyusu, akan ada angin yang masuk ke dalam mulut bayi anda bersama susu dan terus pergi ke sistem pencernaan bayi. Jika bayi anda menyusu dengan menggunakan botol susu, lebih banyak angin akan masuk ke dalam badan bayi anda berbanding bayi yang menyusu terus dari payudara ibunya.\n\nAngin yang masuk ke dalam sistem pencernaan tadi akan kekal di sana jika bayi anda tidak disendawakan dengan baik setiap kali selepas menyusu. Angin tadi akan terperangkap dalam sistem pencernaan dan jika tidak dikeluarkan melalui sendawa atau kentut, lambat-laun angin ini akan keluar dari tubuh badan secara paksaan.\n\nAngin tadi akan keluar melalui mulut bayi anda dengan kelajuan yang tinggi dan akibatnya, bayi anda akan mengalami muntah susu yang banyak. Jika kejadian muntah susu secara paksa ini terjadi semasa bayi anda sedang berbaring atau tidur, risiko untuk bayi anda tersedak susu adalah sangat tinggi.\n\nOleh itu, tips penting yang ingin kami kongsikan kepada anda ialah pastikan bayi anda disendawakan dengan baik dan sempurna setiap kali selepas bayi anda menyusu. Proses menyendawakan bayi akan memastikan angin yang terperangkap di dalam sistem pencernaan bayi anda berjaya dikeluarkan semula dan mengurangkan risiko bayi anda muntah susu.\n\nTerlebih minum susu daripada yang sepatutnya\n\nPunca bayi muntah susu yang seterusnya ialah disebabkan bayi anda terlebih minum susu daripada yang sepatutnya. Sebagai contoh, katakan setiap hari bayi anda akan minum susu dengan jumlah 3 auns sebanyak 5 kali, namun secara tiba-tiba anda atau pengasuh memberikan susu sebanyak 5 auns untuk setiap sesi, maka perut bayi anda akan terkejut dengan jumlah susu yang banyak lalu menolak keluar susu tadi lalu menyebabkan bayi anda muntah susu.\n\nOleh itu, elakkan daripada memberikan bayi anda terlalu banyak susu dalam setiap sesi. Cara yang terbaik ialah memberikan bayi anda dengan jumlah susu yang sedikit namun kerap. Dengan cara ini, risiko untuk bayi anda muntah susu akan berkurangan.\n\nAlahan kepada susu lembu atau laktosa intolerans\n\nSatu lagi punca bayi muntah susu yang ramai ibu bapa tak tahu ialah disebabkan oleh bayi anda mempunyai alahan kepada susu lembu atau istilah perubatannya laktosa intolerans. Apabila bayi anda mempunyai alahan kepada susu lembu, setiap kali susu lembu masuk ke dalam mulut bayi anda, sistem tubuh badan bayi anda akan memberikan reaksi negatif kepada protein yang ada dalam susu lembu.\n\nSelain itu, alahan kepada susu lembu juga bermaksud sistem pencernaan dan sistem penghadaman bayi anda mempunyai masalah untuk memproses gula semulajadi yang ada dalam susu lembu. Apa yang anda perlu tahu ialah kebanyakan susu formula yang dijual di pasaran Malaysia mempunyai protein susu lembu. Oleh itu, kalau bayi anda muntah susu berterusan walau pun sudah berkali-kali anda menukar susu, kemungkinan besar bayi anda alah kepada susu lembu.\n\nSimpom muntah susu disebabkan oleh alahan kepada susu kembu mungkin kelihatan sama dengan muntah susu disebabkan oleh refluks, namun ada satu perbezaan besar di antara kedua-dua keadaan ini. Jika bayi anda muntah susu disebabkan oleh refluks, bayi anda akan mengalami masalah muntah susu sahaja. Tiada masalah besar yang lain.\n\nNamun, jika bayi anda muntah susu disebabkan oleh alahan kepada susu lembu, selain muntah susu bayi anda juga akan mengalami masalah yang berikut:\n\nJika anda mengesyaki bahawa bayi anda mengalami alahan kepada susu lembu, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan.\n\nPunca bayi muntah susu yang seterusnya ialah disebabkan oleh asid refluks. Ketahuilah bahawa berdasarkan pengalaman kami sendiri, sekiranya bayi anda disahkan mempunyai masalah asid refluks, bayi anda akan mengalami masalah muntah susu yang serius dan akan berkekalan sehingga bayi anda berumur 2 hingga 3 tahun. Apakah yang dimaksudkan dengan asid refluks?\n\nAsid refluks atau\u00a0refluks gastro-oesophageal adalah satu keadaan abnormal di mana injap otot pada hujung saluran makanan bayi anda sedang berkembang dan tidak berfungsi dengan baik seperti yang sepatutnya lalu mengakibatkan makanan dan asid perut dari perut bayi anda mengalir keluar semula apabila perut bayi anda penuh dengan susu.\n\nAsid refluks akan menyebabkab bayi anda muntah susu dengan teruk walau pun anda sudah menyendawakan bayi anda berkali-kali setiap kali selepas menyusu. Malah susu yang dimuntahkan juga adalah dalam kuantiti yang banyak. Ia adalah keadaan yang anda tidak boleh kawal dan akan hilang sendiri apabila bayi anda membesar.\n\nSedikit tips dari kami, jika bayi anda disahkan mempunyai masalah asid refluks, sentiasa bersiap-sedia setiap kali bayi anda habis menyusu. Duduk di sisi bayi anda dan bersedia untuk bayi anda muntah. Mungkin ia kedengaran teruk, namun percayalah bahawa semakin bayi anda membesar, masalah muntah susu akan berkurangan secara sendiri.\n\nItulah dia punca bayi muntah susu serta tips elakkan muntah susu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara hilangkan kembung bayi\u00a0\u00a0dan\u00a0resepi makanan bayi."
"Jom layan resepi gulai daging lemak hari ini! Kami akan kongsikan resepi gulai daging campur lemak yang sedap.\n\nRamai orang suka makan lemak daging, sama ada dibuat hidangan berkuah seperti sup dan gulai. Lemak yang lembut dan lunak dalam gulai daging menjadikan gulai lebih terasa likat dan lazat.\n\nDaging campur lemak gulai merupakan hidangan yang tepat untuk dijadikan lauk makan tengah hari dan malam. Makan bersama nasi putih atau nasi impit dan letak keropok. Memang bikin lupa, makan pun jadi bertambah.\n\nSedapnya gulai daging lemak patut dikongsikan, sila cubakan resepi gulai daging yang dikongsikan oleh Masni Bahari di laman Facebook. Sedap dan patut cuba.\n\nSelain resepi gulai daging lemak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bagi seorang wanita, period atau datang bulan merupakan salah satu daripada perkara yang paling penting dalam hidup. Nak-nak pula wanita yang sudah berumah tangga. Pastinya akan sentiasa melihat kalendar untuk memastikan period datang tepat pada waktunya. Kalau terlewat, hati mula berdebar-debar. \n\nMengandung ke? Namun tak semua wanita mempunyai kitaran haid yang normal. Ada yang selalu dibelenggu masalah haid lambat dan tidak tetap. Apakah puncanya? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan sebab period lambat yang ramai wanita alamai tanpa sedar.\n\n1. Perubahan berat badan secara mendadak\n\nPunca period lambat yang pertama ialah perubahan berat badan secara mendadak. Jika baru-baru ini anda mengalami kenaikan atau penurunan berat badan secara mendadak, kemungkinan besar ia adalah penyebab kenapa period anda lambat dan menjadi tidak teratur.\n\nKatakan berat anda menurun secara drastik disebabkan anda sedang mengamalkan rutin diet yang baru, atau berat badan anda naik dengan tiba-tiba selepas berkahwin, secara tidak langsung perubahan pada berat, bentuk, dan saiz badan akan merubah fisiologi badan lalu mengganggu proses ovulasi atau pengeluaran telur setiap bulan. Apabila proses ovulasi terganggu, secara automatik kitaran haid anda juga akan terganggu lalu menjadi punca period lambat.\n\nOleh itu, jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, pastikan berat badan anda tidak turun secara mendadak. Kalau anda perasan berat badan naik dengan cepat, kawal pemakanan dan amalkan gaya hidup aktif supaya berat anda dapat dikawal.\n\nSelain perubahan pada berat badan, perubahan pada pola pemakanan secara tiba-tiba juga boleh menjadi sebab period lambat dan menjadi tidak normal. Sebagai contoh, jika baru-baru ini anda mula mengamalkan diet yang baru seperti ketogenik, atkins, paleo diet, atau intermittent fasting (IF), ini bermakna anda telah mengubah pola pemakanan secara mengejut.\n\nSeperti perubahan berat badan yang mengejut, perubahan pada pola pemakanan secara tiba-tiba juga akan mengganggu proses ovulasi lalu menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Oleh itu, jika anda ingin memulakan sebarang jenis diet, pastikan anda berjumpa doktor dan dapatkan nasihat profesional terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya komplikasi termasuk gangguan pada kitaran haid.\n\nPunca period lambat yang seterusnya ialah kerap keletihan. Dewasa ini, rutin harian seorang wanita adalah sangat memenatkan. Nak-nak lagi bagi wanita yang bergelar seorang ibu. Pendek kata, dari celik biji mata sehingga tidur semula, tak putus-putus tugas dan tanggung jawab yang perlu diselesaikan. Tahukah anda bahawa kerap keletihan dan sentiasa kepenatan juga boleh menjadi punca kenapa period anda lambat.\n\nApabila anda kepenatan, ia akan menganggu hormon dalam tubuh badan lalu menyebabkan proses ovulasi terganggu. Oleh itu, jika kitaran haid anda mula terganggu, dan anda selalu kepenatan, apa kata kalau anda cuba untuk perlahan atau slow down. Apa-apa tugas dan tanggung jawab yang boleh ditangguhkan, boleh ditangguhkan dahulu. \n\n4. Pengambilan ubat atau vitamin (supplement)\n\nRamai yang tak tahu bahawa pengambilan ubat atau vitamin boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid lalu menyebabkan period anda lambat. Ini berlaku kerana bahan kimia aktif yang terdapat didalam ubat atau vitamin yang diambil akan bertindak-balas dengan tubuh badan lalu menjejaskan hormon yang berkaitan dengan kesuburan.\n\nApabila hormon kesuburan terganggu, proses ovulasi juga akan terganggu. Oleh itu, jika period anda mula berubah selepas anda mula mengambil sebarang ubat atau vitamin, sila berbincang semula dengan doktor anda.\n\nIbu-ibu yang baru melahirkan dan menyusukan anak biasanya akan mengalami keadaan di mana period menjadi lewat. Ini berlaku kerana hormon dalam badan masih bercelaru dan belum menjadi normal semula. Namun hati-hati! Tidak datang bulan tak bermakna anda tidak subur dan tidak boleh mengandung. Pastikan anda berjaga-jaga kalau tidak merancang untuk mengandung lagi dalam masa terdekat.\n\nMasalah kesihatan juga tekah dikenal-pasti sebagai salah satu sebab period lambat. Katakan kebelakangan ini anda sering demam atau disahkan mempunyai penyakit kritikal, ia boleh menyebabkan period anda terganggu.\n\nRamai yang tak tahu bahawa perubahan pada rutin seharian boleh menjadi sebab period lambat. Sebagai contoh, jika anda mendapat kerja baru yang melibatkan shif siang dan shif malam, perubahan pada rutin harian ini boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid anda.\n\nWanita yang berada pada fasa pra-menapous atau putus haid juga akan mula menghadapi keadaan period yang tidak menentu dan lambat. Ini adalah di antara simptom yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam fasa tersebut.\n\nJika anda ada mengambil alat perancang kehamilan seperti suntikan depo, implan, pil perancang, IUD dan sebagainya, ia juga boleh menjadi punca period anda lambat. Ini kerana semua kaedah merancang kehamilan tersebut akan mempengaruhi hormon dan tahap kesuburan anda.\n\nSebab period lambat yang terakhir ialah stress atau tekanan perasaan. Stress boleh berlaku disebabkan oleh masalah di tempat kerja, masalah rumah tangga, masalah kewangan, dan sebagainya. Apabila anda stress, hormon GnRH akan berkurangan kerana tubuh badan tidak mengeluarkannya dalam kuantiti yang mencukupi. Kekurangan hormon tersebut boleh menyebabkan period anda lambat.Oleh itu elakkan stress.\n\nItulah dia sebab period lambat yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara kira waktu subur dan perbezaan darah haid dan istihadah."
"Bagi masyarakat Malaysia, cili merupakan antara bahan utama dalam masakan untuk memberi rasa pedas selain menyedapkan masakan. Antara masakan yang menggunakan cili sebagai bahan penting ialah sambal, sambal belacan, masak lemak cili padi, rendang dan sebagainya.\n\nTerdapat pelbagai spesies cili iaitu lada merah dan hijau, cili padi, lada benggala dan banyak lagi. Kandungan capsaicin yang terdapat pada hujung kulit cili memberikan sensasi pedas. Lagi banyak kandungan capsaicin, lagi pedas cili tu.\n\nDisebabkan permintaan yang tinggi, tanaman cili merupakan komoditi pertanian yang memberikan pulangan yang lumayan buat pengusahanya. Namun begitu, tanaman cili secara konvensional agak sukar diusahakan kerana mudah diserang penyakit dan serangga.\n\nTanaman konvensional ialah tanaman menggunakan batas yang biasa dilakukan oleh para petani. Beberapa aspek perlu dititikberatkan bagi tanaman cili secara konvensional. Antaranya ialah:\n\nSelain berisiko tinggi, tanaman secara konvensional agak \u2018cerewet\u2019 dan banyak langkah yang perlu dilakukan sebelum dan selepas penanaman cili. Kini, kemajuan dalam bidang pertanian telah memperkenalkan teknologi fertigasi.\n\nTanaman secara fertigasi merupakan teknik yang telah terbukti memberi hasil yang lumayan dan berkualiti kepada petani. Ia bukan saja memberi kesan yang baik kepada sayur-sayuran, malahan juga buah-buahan.\n\nDalam artikel ni, kami akan berkongsi info dan tips kepada para pembaca yang berminat untuk mengusahakan tanaman cili fertigasi. Kalau anda berminat untuk membuat tanaman cili secara komersial atau sekadar hobi saja, artikel ni dapat membantu anda. Jom baca tips tanaman cili fertigasi.\n\nIa merupakan teknologi tanaman yang menggunakan teknik pembajaan (fertilizer) dan pengairan (irrigation) secara serentak. Sistem fertigasi juga dikenali kaedah tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh tanah (soil borne disease) dan juga berfungsi untuk tingkatkan hasil tanaman.\n\nTanaman fertigasi dapat mengelak penyakit akar disebabkan oleh serangga kulat seperti rhizoton, fusarium, pythium dan penyakit layu bakteria. Inilah yang sering menyerang tanaman secara konvensional.\n\nMalahan, teknologi ni juga lebih mesra alam berbanding kaedah konvensional. Ia menepati amalan pembangunan pertanian lestari, di samping mematuhi agenda pertanian negara.\n\nBagi sesiapa yang berminat untuk mengusahakan tanaman cili fertigasi, anda perlulah mempunyai pengetahuan sebelum melakukannya. Di bawah ini disenaraikan beberapa langkah penting bagi memastikan hasil tanaman berjaya.\n\nDi bawah ni, kami senaraikan beberapa tips penting agar usaha anda menanam cili secara fertigasi berjaya.\n\nKesimpulannya, teknik tanaman cili fertigasi banyak kebaikannya. Jika dilakukan dengan betul, hasil yang diperoleh berlipat kali ganda. Disebabkan itulah teknologi fertigasi semakin popular dalam kalangan para petani dan pengusaha.\n\nDiharapkan artikel ni dapat memberikan gambaran tentang kemajuan teknologi dalam bidang pertanian di negara kita. Mana tahu, anda juga boleh jadi petani moden. Jika dibuat bersungguh-sungguh, pastu lumayan hasilnya.\n\nJemput juga baca artikel jenis tanah dan penanaman jagung"
"Cili kisar atas cili boh adalah di antara bahan masakan yang sangat penting di dalam dapur. Banyak masakan yang menggunakan cili kisar, di antaranya sambal tumis dan asam pedas. Boleh saja beli cili kisar yang dijual di kedai namun ada masanya cili kisar yang dibeli tak menepati cita rasa kita.\n\nSekali beli cilinya pedas, lain kali beli cili kisarnya tak berapa pedas pula. Malah cili kisar yang dibeli tidak akan tahan lama walau pun dah dimasukkan bahan pengawet. Sekejap sahaja dah berkulat. Bagi kita yang beragama islam ada juga isu keraguan tentang tahap kebersihan semasam proses penghasilan cili kisar yang dibeli.\n\nMembuat sendiri cili kisar bukan sahaja menjimatkan duit malah ianya dijamin bersih dan menggunakan bahan yang suci. Jika anda tahu caranya, cili kisar yang dibuat sendiri akan membuatkan masakan anda terasa sangat sedap dan tahan lama. Tak mudah berkulat seperti cili kisar yang dijual di pasaran. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara buat cili kisar homemade dan tips serta petua agar cili kisar tahan lama.\n\nUntuk buat cili kisar sendiri tak susah pun sebenarnya. Modalnya tak mahal. Malah tak ambil masa yang lama untuk siap. Sekali dah buat sendiri anda takkan mahu lagi beli cili kisar di kedai. Jom kami kongsikan cara untuk membuat cili kisar.\n\nYang ini tak ramai yang tahu. Tak ramai yang tahu macam mana cara untuk pastikan cili kisar tahan lama dan tak mudah berkulat.\u00a0 Di antara petua dan tips yang boleh anda lakukan agar cili kisar tahan lama ialah:\n\nItulah dia info tentang cara sediakan cili kisar homemade dan tipa agar cili kisar tahan lama yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara buat stok ayam untuk bayi, jus prune untuk bayi sembelit, dan cara buat ikan pekasam."
"Donut kentang hasil ulian tangan. Resepi donut kentang sedap dan gebu daripada Earney Atyesha\u200e di laman Facebook ini patut anda cuba.\n\nDonut terdapat dalam pelbagai jenis. Kebiasaannya pula donut diperbuat daripada tepung, namun pernahkah anda terfikir untuk makan donut kentang? Rupanya rasanya lazat amat.\n\nBanyak orang jual donut kentang di pasar malam mahupun di kedai kuih muih di waktu pagi. Donut kentang sedap dijadikan sarapan. Resepi ini boleh juga dipakai untuk berniaga. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi donut kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Agak-agaknya, apa punca rambut kering? Jom baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.\n\nTerdapat kira-kira 100 ribu folikel rambut yang terletak di dalam tisu kulit kepala. Di dasar setiap folikel, sel rambut berganda dan tumbuh ke atas menegak dan berkembang bergantung kepada faktor-faktor seperti:\n\nSetiap helai rambut tumbuh dengan perlahan dan terkawal, lebih kurang 1 cm pada setiap bulan dan berterusan selama 3-5 tahun (fasa anagen).\n\nPertumbuhan rambut terhenti\u00a0 dan diikuti peringkat peralihan yang dipanggil fasa catagen.\n\nPeringkat terakhir iaitu fasa telogen berlangsung selama 2-4 bulan untuk rambut mula gugur sebelum diganti oleh rambut yang baru dan memulakan semua kitaran ini pada fasa anagen.\n\nPertumbuhan rambut yang terganggu disertai dengan serapan nutrien yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kualiti rambut yang tidak baik seperti rambut kering, rapuh dan bercabang. Seterusnya, akan menyebabkan masalah rambut gugur.\n\nRambut kering juga menyebabkan penampilan seseorang menjadi tidak begitu meyakinkan kerana secara aestatiknya, rambut kelihatan tidak bermaya.\n\nOleh itu, jom ketahui punca rambut kering dengan terus membaca artikel ini berdasarkan kajian-kajian sains yang pernah dijalankan.\n\nSelain masalah kegatalan kulit kepala akibat kelemumur, masalah rambut gugur dan rambut beruban, rambut yang kering turut memberi kesan emosi yang tidak bagus untuk keyakinan diri dan mendatangkan rimas. Antara punca rambut kering ialah:\n\nSebatian tokotrienol dan tokoferol merupakan antara sebatian dalam keluarga vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan yang baik dalam tubuh.\n\nKekurangan vitamin E dalam tubuh dilaporkan telah menyebabkan masalah-masalah seperti anemia, penyakit saraf dan kekeringan kulit.\n\nTidak terkecuali, kekurangan vitamin E turut menjadi punca rambut kering. Oleh itu, antara sumber makanan yang boleh membekalkan vitamin E adalah seperti berikut:\n\nZink sangat diperlukan sebagai mangkin dalam proses selular yang berlaku dalam tubuh kita, khususnya di folikel rambut.\n\nKajian penyelidik dari Texas, Amerika Syarikat pada tahun 2017 melaporkan bahawa terdapat kes rambut kering dan rapuh yang tidak diketahui puncanya.\n\nNamun, setelah diberikan terapi zink secara oral, keadaan pesakit tersebut beransur pulih dan disimpulkan bahawa kekurangan zink telah menyebabkan masalah rambut kering dan rapuh tersebut.\n\nDi sini, disenaraikan makanan yang tinggi kandungan zink untuk dijadikan amalan sebagai langkah pencegahan rambut kering dan rapuh:\n\nPenulisan artikel yang sama dalam kes zink tadi turut melaporkan kesan kekurangan selenium yang memberi kesan ke atas kualiti rambut dan kulit.\n\nKajian lepas membentangkan hasil kajian mereka ke atas spesimen tikus yang tidak mendapat selenium yang mencukupi. Hasilnya, pertumbuhan rambut atau bulu tikus tersebut menjadi tidak sekata dan mudah gugur.\n\nTerdapat juga kes kekurangan selenium yang dilaporkan menyebabkan kekeringan kulit dan rambut. Kes ini dirawat dengan pemberian suplemen selenium pada kadar yang mencukupi.\n\nSelenium diperlukan tubuh dalam amaun yang sedikit bagi membantu proses penghasilan enzim antioksidan. Seterusnya, enzim ini penting untuk membaiki kerosakan sel atau bertindak sebagai sebagai antioksidan.\n\nAntara sumber makanan yang membekalkan selenium ialah:\n\nDiet yang mengandungi kurang kandungan sulfur didapati telah menyebabkan beberapa gejala masalah kesihatan kepada tubuh.\n\nSekumpulan pakar dermatologi dari Minnesota, Amerika Syarikat pada tahun 1990 menamakan sindrom kekurangan sulfur ini sebagai \u2018trichothiodystrophy.\u2019\n\nKeadaan ini antara lainnya telah menyebabkan displasia rambut atau masalah kerapuhan dan kekeringan rambut.\n\nOleh itu, sebagai cadangan makanan yang kaya dengan kandungan sulfur adalah seperti berikut:\n\nKomponen utama yang menjadikan unit rambut yang sihat ialah protein yang mencukupi, Hampir keseluruhan rambut diperbuat daripada protein yang dipanggil keratin.\n\nMaka, tidak hairanlah sekiranya masalah kerapuhan dan punca rambut kering adalah disebabkan kekurangan protein dalam tubuh.\n\nMenurut kajian sekumpulan penyelidik dari Boston, Amerika Syarikat pada tahun 2010 yang diterbitkan di jurnal Clinics in Dermatology, masalah rambut kering dan rapuh menjadi semakin meruncing dalam kalangan penderita penyakit Kwashiorkor.\n\nPenyakit kekurangan protein ini menyebabkan pertumbuhan organ yang tidak normal, tambah menyedihkan banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar di negara miskin dunia.\n\nSelain protein dari sumber daging haiwan seperti ayam, ikan dan lembu, antara alternatif sumber protein yang boleh diperolehi adalah daripada:\n\nRumusnya, berdasarkan kajian saintifik yang telah dilakukan, punca rambut kering adalah disebabkan diet pemakanan yang tidak seimbang akibat daripada kekurangan vitamin E, zink, selenium, sulfur dan protein.\n\nNutrisi tersebut boleh diperolehi dengan mudah dalam makanan dan sayur-sayuran serta buah-buahan tempatan.\n\nMasalah rambut kering bukan sahaja boleh menyebabkan penampilan diri yang tidak terurus, tetapi merimaskan mereka yang asyik mengalami masalah keguguran rambut akibat rambut yang mudah rapuh apabila kering.\n\nBersama-samalah kita mencegahnya. Jemput juga baca artikel tentang cara lembutkan rambut dan penyebab rambut beruban"
"Setiap anak yang dilahirkan perlu didaftarkan dalam tempoh 60 hari dilahirkan, atau jika tidak, anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50 sebagai denda di atas kelewatan pendaftaran. Bagi anda yang pertama kali melahirkan, berikut adalah cara daftar sijil kelahiran anak sebagai panduan anda.\n\nBukan semua orang boleh pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftarkan kelahiran seorang bagi. Berikut adalah beberapa syarat permohonan pendaftaran kelahiran yang wajib dipenuhi:\n\nSelepas anak anda dilahirkan, pihak hospital akan menyediakan dokumen daftar kelahiran. Anda perlu bawa dokumen tersebut semasa ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk melakukan pendaftaran. Walau bagaimana pun, memandangkan kita sedang mengalami pandemic Covid-19, anda tidak boleh pergi sesuka hati tanpa membuat temu janji terlebih dahulu.\n\nOleh itu, anda perlu membuat temujanji secara online. Apabila anda telah diberikan tarikh dan masa untuk pendaftaran, barulah anda boleh pergi ke sana. Ibu bapa atau penjaga yang sah perlu hadir sendiri tanpa menghantar wakil ke Jabatan Pendaftaran Negara dan pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan.\n\nUntuk melakukan pendaftaran sijil kelahiran, anda perlu membawa dokumen-dokumen tersebut dalam bentuk sijil asal dan Salinan:\n\nDokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sijil lahir anak\n\nSekiranya anda membawa semua dokumen yang diperlukan, permohonan anda akan selesai dalam tempoh 10 hingga 15 minit sahaja untuk menyediakan draf sijil kelahiran. Apabila draf sudah tersedia, anda akan diminta untuk membuat semakan. Adalah sangat penting untuk anda memeriksa setiap maklumat yang dimasukkan. Pastikan tiada maklumat yang tidak tepat dan tiada kesalah ejaan yang berlaku.\n\nSekiranya terdapat sebarang kesalahan dalam draf sijil kelahiran tersebut, maklumkan kepada pegawai berkenaan. Beliau akan melakukan pindaan ke atas kesalahan tadi. Kemudian anda akan diminta untuk membuat semakan sekali lagi sebagai pengesahan sebelum sijil kelahiran dikeluarkan.\n\nApabila sijil kelahiran sudah siap, pastikan anda menyemak semua maklumat dan pastikan ianya adalah betul. Anda akan diberikan sijil kelahiran anak berserta sekeping surat pengesahan penerimaan surat beranak dan tarikh janji temu untuk mengambil Mykid. Pastikan anda simpan kesemua dokumen tersebut dengan baik kerana ianya diperlukan semasa anda dating untuk mengambil Mykid nanti.\n\nCara permohonan pendaftaran kelahiran secara online\n\nPada musim pandemic Covid-19 ini, kesemua pejabat kerajaan menggalakkan orang ramai berurusan secara online. Untuk mendaftar sijil lahir anak secara online, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:\n\nItulah dia info \u00a0tentang cara daftar sijil kelahiran anak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:"
"Ramai orang suka sandwich. Sandwich ialah makanan berupa dua keping roti yang menyepit daging atau sayuran dan diberi sos sehingga rasanya menjadi lebih enak.\n\nSeperti yang terlihat pada resepi kali ini iaitu menggunakan ayam sebagai bahan utama isi sandwich. Permukaan roti disapu dengan marjerin terlebih dahulu baru kemudian diletakkan ayam dan sayuran yang dipotong kecil serta mayonais dan sos yang membuat sandwic terasa lebih menyelerakan dan baunya enak.\n\nSandwich sesuai untuk disantap dan dihidang secara pantas. Menyediakannya amat mudah, ia senang dibawa sebagai sarapan atau makan tengah hari dibawa ke pejabat disiapkan dalam bekas makan siang.\n\nSandwich mudah didapatkan di kedai-kedai runcit. Dijual dengan harga yang berpatutan dan berbaloi. Namun begitu, membuat sandwic ayam sendiri tentunya akan lagi berbaloi. Jom buat sandwic resepi daripada Zuraidah Ismail di laman Facebook.\n\nSelain resepi sandwic ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pening memikirkan menu lauk tengah hari? Apa kata cuba sediakan menu Dalca Daging. Cara penyediaannya pun sangat senang dan mudah. Rebus kacang parpu dan kisar bersama-sama bahan lain. Dan kemudiannya, hanya perlu campur-campur kan bahan-bahan seperti daging dan sayur-sayuran terpilih seperti ubi, carrot, terung, pisang dan sebagainya. Rebus hingga mendidih dan tuangkan santan untuk mendapatkan rasa lemak pada kuahnya.\n\nApa lagi? Tanpa membuang masa jom tengok resepi Dalca Daging yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi yang dikongsikan oleh\u00a0Masni Bahari\u00a0di Facebook ini mendapat perkongsian ramai. Nescaya mudah dan sedap. Selamat mencuba. \n\nDah siap. Bolehlah siap sedia untuk makan dengan nasi putih panas-panas. Mesti naik Umph punya lah. Selain resepi Dalca Daging ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Ayuh ketahui adab dalam menyambut tetamu terutamanya cara menghormati tetamu yang datang ke rumah.\n\nTetamu adalah merujuk kepada seseorang yang datang dengan cara yang diundang atau disambut dengan cara yang baik. Dalam Islam, sering menekankan bahawa setiap tetamu yang datang berkunjung adalah pembawa rezeki dan pulangnya membawa dosa-dosa kecil tuan rumah.\n\nRasulullah SAW memberikan contoh terbaik dalam meraikan para tetamu. Suatu hari, seseorang bertemu baginda dan mengadu kelaparan. Namun, Nabi SAW tidak mempunyai makanan ketika itu. Baginda SAW bertanya, jika ada sesiapa dalam kalangan sahabat yang sanggup menerima lelaki itu bertamu di rumahnya.\n\nSeorang sahabat menawarkan diri dan sanggup menerima lelaki itu sebagai tetamu lalu \u00a0mengajaknya pulang. \u00a0Setibanya di rumah, sahabat itu menceritakan kepada isterinya, lelaki tersebut adalah tetamu Nabi SAW dan mesti diberi layanan serta makanan yang paling baik.\n\nIsterinya mengingatkan bahawa makanan yang mereka miliki hanya cukup untuk mereka sekeluarga. Lalu suaminya meminta semua makanan itu dihidangkan kepada tetamunya itu sahaja. Manakala anak-anak mereka \u00a0ditidurkan lebih awal.\n\nBahkan mereka merancang, apabila mereka mula makan, isterinya akan mematikan lampu dan berpura-pura membaikinya. Perbuatan ini, agar tetamu itu tidak tahu sahabat itu tidak makan bersama.\n\nPerbuatan suami isteri ini, menunjukkan sifat yang snagat memuliakan dan menghormati tetamu. Sesungguhnya ini sebahagian contoh bahwa pelbagai cara boleh dilakukan bagi menghargai tetamu.\n\nSelain itu, disarankan beberapa adab dan cara yang dianjurkan agama Islam dalam menyambut tetamu;\n\nMemuliakan tetamu merupakan akhlak terpuji yang sangat dituntut dalam agama Islam. Bahkan adab ini juga ditonjolkan dengan akhlak para nabi dan rasul yang diutuskan.\u00a0\n\nNabi Ibrahim A.S sangat memuliakan tetamu, apabila tetamu baginda hadir segera menghidangkan makanan tanpa berlengah. Baginda mendekatkan hidangan dan mempelawa mereka menikmati hidangan itu walaupun tidak mengenali tetamu tersebut. Kisah ini terdapat dalam surah al-Dzariyat : 24-27.\n\nMelalui kisah ini, cara menghormati tetamu, hal yang perlu disegerakan adalah menjamu para tetamu dengan hidangan dan minuman sesegera mungkin. Bahkan hidangan tersebut adalah yang terbaik dimiliki selain mendekatkan makanan kepada tetamu dan berbicara dengan lemah lembut.\n\nRasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:\n\n\u201cSesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.\u201d\n\nTetamu yang datang hendaklah diberi layanan baik dan mesra. Pastikan menjaga tutur bicara agar tidak menyinggung tetamu. Tuan rumah pula perlu berpakaian menutup aurat dan kemas.\n\nJika tetamu bermalam di rumah, sediakan\u00a0 tempat\u00a0 yang\u00a0 selesa untuk tetamu tidur dan berehat. Pastikan anak-anak tidak membuat bising hingga mengganggu tetamu yang hadir.\n\nKedatangan tetamu diharapkan dapat menjadi ruang memperoleh pahala. Jadi kehadiran mereka mestilah disambut dengan ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Bukan juga kerana mempunyai niat tersembunyi dan sebagai alat kepentingan diri.\n\nSelain itu, tetamu pula mestilah berkunjung dengan harapan berkongsi kebaikan bersama tuan rumah dan bukan semata-mata kerana keenakan hidangan dan sebab-sebab lain lain.\n\nMemberi Layanan Yang Sama Kepada Tetamu\n\nJanganlah sesekali membezakan layanan terhadap tetamu berdasarkan kerapatan hubungan, status sosial seperti jawatan, pangkat atau manfaat yang diperoleh daripadanya. Sangat tidak wajar jika kita acuh tak acuh melayan tetamu yang berbeza pangkat serta membezakan layanan mengikut jawatan.\n\nSetiap daripada kita hendaklah sentiasa bersedia menerima tetamu, iaitu dengan memastikan adanya simpanan makanan selain rumah yang sentiasa kemas dan bersih. Selain itu, tuan rumah mestilah menyediakan diri sendiri dalam keadaan yang baik bagi menyambut tetamu, iaitu \u00a0dengan sopan dan bukan beremosi yang mungkin boleh \u2018menghalau\u2019 tetamu.\n\nSebaiknya, jika tetamu ingin pulang pula iringi mereka keluar apabila mereka ingin pulang dan jemputlah mereka untuk bertandang lagi. Paling penting, elakkan terus masuk ke rumah selepas tetamu pulang dan langsung mengunci pintu.\n\n\u201cSesungguhnya merupakan perbuatan yang sunnah apabila seseorang (tuan rumah) keluar bersama- sama tamunya sampai ke pintu halaman.\u201d\n\nTuan rumah perlu berusaha agar sentiasa peka dengan kehadiran tetamu. Seharusnya tuan rumah mengetahui dan memahami bahasa badan dan reaksi tetamu bagi mengena pasti tahap keselesaan mereka. Jika tetamu ingin ke tandas atau ingin solat, pastikan disediakan tempat yang sesuai \u00a0agar mereka berasa tenang dan selesa sepanjang berada di rumah.\n\nSediakan tempat khas untuk tetamu wanita, iaitu tempat yang boleh menjaga aurat mereka dan elakkan tempat kotor, sempit dan panas. Hal ini bermaksud, tuan rumah berusaha agar layanan yang diterima adalah yang terbaik dan mampu membuatkan tetamu selesa dan berasa dialu-alukan.\n\nPenutup: Tetamu datang membawa berkat dan rezeki.\n\nIslam sentiasa mengajar umatnya berakhlak mulia dan menghormati sesiapa sahaja. Apatah lagi jika orang itu adalah tetamu yang bertandang ke rumah kita. Berikanlah hak tetamu yang sewajarnya seperti yang sentiasa dianjurkan Islam. Tetamu datang untuk mengeratkan lagi silaturahim dan hal itu mestilah diraikan dengan sebaik yang mungkin. Semoga keberkatan memenuhi ruang rumah-rumah yang memuliakan para tamu.Semoga artikel cara menghormati tetamu ini membantu. Jemput juga baca artikel lain:"
"Baru kahwin? Masih belum ada panggilan manja untuk suami istri masing-masing? Apa kata kalau cuba gunakan panggilan sayang dalam Bahasa Arab untuk pasangan suami-istri. Dengan panggilan khusus begini barulah tampak makin mesra. Bila marah kekalkan panggilan yang sama, InshaAllah makin lentur rasa yang tengah marah tu.\n\nPanggilan begini mungkin terdengar sedikit aneh jika diucapkan di depan umum tapi hakikatnya ia akan menjadi suatu moment yang indah jika terus digunakan berdua sesama suami\u00a0atau\u00a0istri.\n\nKelebihan Menggunakan Panggilan Manja Untuk Suami Isteri\n\n10 Panggilan Manja Untuk Suami Istri Dalam Bahasa Arab\n\nPanggilan manja suami isteri bahasa Arab yang pertama ialah, Habibi. Mungkin ada antara anda yang pernah mendengar perkataan ini. Sebenarnya perkataan ini merujuk kepada lelaki yang bermaksud abang atau kanda. Ia adalah panggilan wanita Arab kepada para suami mereka. Mungkin panggilan sebegini anda boleh gunakan untuk menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga anda.\n\nPanggilan manja suami isteri bahasa Arab yang seterusnya ialah Sodiqi. Sodiqi adalah panggilan dalam Bahasa Arab yang bermaksud setia. Kebiasaanya, panggilan ini biasanya ditujukan kepada sang suami. Ada juga yang tujukan panggilan ini kepada sahabat lelaki yang setia dalam menjalin sesuatu hubungan. Tapi kenapa panggilan ini ditujukan kepada suami pula?. Kerana suami merupakan teman sejati yang setia hidup bersama dengan isteri sepanjang hayat.\n\nPanggilan manja suami isteri bahasa Arab pasti akan membuatkan anda merasa pelik. Mana tidaknya, anda pasti ingat perkataan hubby ini dari perkataan Bahasa Inggeris. Tetapi apa yang anda tidak tahu, arti perkataan hubby ini berasal dari perkataan Arab iaitu \u201cHubun\u201d yang bermaksud cinta. Dalam bahasa Arab, Habibi, Habibie, atau Habiebie adalah nama panggilan untuk laki-laki. Jadi para isteri bolehlah panggil suami dengan salah satu panggilan ini.\u00a0\n\nKalau lelaki ada panggilan \u201cHubby\u201d panggilan manja suami isteri bahasa Arab yang seterusnya\u00a0 ini pula sesuai untuk digunakan bagi panggilan untuk sang isteri. Habibati bermaksud , Kasih sayang, yang tersayang, kesayangan. Panggilan ini menggambarkan bertapa seorang suami kasih dan sayangnya pada sang isteri. Jadi apa kata anda gunakan panggilan ini kepada isteri anda, pastinya isteri anda akan jatuh cinta pandang sekali lagi dengan anda.\n\nPanggilan manja suami isteri bahasa Arab yang seterusnya ini pula kita biasa dengar. Malah ramai antara kita menggunakan panggilan ini kepada suami mereka. Abi berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ayah. Selain dari panggilan \u201cMama\u201d Dan \u201cPapa\u201d anda juga boleh menggunakan panggilan \u201cUmi\u201d dan \u201cAbi\u201d yang pastinya akan kelihatan sungguh manis.\n\nKalau ada panggilan \u201cabi\u201d tak lengkap rasanya kalau tidak menggunakan perkataan panggilan \u201cUmi\u201d untuk wanita. Panggilan manja suami isteri bahasa Arab amat sinonim dalam masyarakat kita. Bukan sahaja anak, malah malah para suami juga turut memanggil isteri mereka dengan panggilan sebegini. Umi berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ibu. Ia menggambarkan betapa pentingnya seorang isteri dalam hidup suami.\n\nHumaira bukan sahaja sesuai untuk digunakan sebagai nama anak malah ia juga boleh di gunakan untuk salah satu panggilan manja suami isteri bahasa Arab. Humaira di inspirasikan dari panggilan Nabi Muhamad S.A.W. Panggilan ini ini pastinya akan membuatkan pipi isteri anda merona merah kerana ia menggambarkan bertapa manjanya isteri anda itu dan membuatkan mereka terasa di hargai\n\nYa Zawjatii berasal dari perkataan Arab Arab iaitu zawjatun yang membawa maksud wahai isteriku. Panggilan manja suami isteri bahasa Arab yang disebutkan ini akan membuatkan isteri anda terasa di hargai. Ini kerana, panggilan ini melambangkan panggilan jujur seorang suami kepada isteri dan menghargai segala penat lelah isteri.\n\nPanggilan manja suami isteri bahasa Arab yang ini akan membuatkan isteri anda cair dan bertambah sayang dengan anda. Mana tidaknya Ya Qalbii merupakan perkataan dari Bahasa Arab yang bermaksud wahai hatiku. Jika isteri anda faham maksudnya sudah pasti isteri anda akan terasa di sayangi dan di hargai.\n\nPanggilan manja suami isteri bahasa Arab yang terakhir ini sama maksudnya dengan panggilan Umi iaitu wahai ibu kepada anak-anakku. Panggilan ini menunjukkan suami menghargai setiap pengorbanan isteri dalam membesarkan anak-anak dan menjaga rumah tangga.\n\nimage via :\u00a0We Heart It\n\nNak Hubungan Suami Isteri Kekal Bahagia? Boleh Gunakan Panggilan Suami Istri Dalam Bahasa Arab Untuk Makin Mesra\n\nItulah serba sedikit panggilan sayang untuk kekal romantis dalam Bahasa Arab. Bagi yang inginkan panggilan suami isteri yang unik dalam bahasa arab, bolehlah pilih mana-mana panggilan yang dicadangkan tadi. Mungkin pada awalnya akan berasa kekok tapi jika terus dipraktikan InshaAllah lama kelamaan akan menjadi semakin mudah. Jika segan, boleh panggil hanya ketika berdua-duaan saja. Terpulanglah pada tahap penerimaan pasangan masing-masing.\n\nJom tuturkan cinta dalam bahasa Asab dan jemput baca panduan untuk mengenali bakal suami beriman,\u00a0 cabaran dan kebaikan kahwin muda serta 7 sebab mengapa ramai pasangan kahwin lari di sempadan juga."
"Stroller adalah keperluan bagi anda yang mempunyai anak kecil bagi memudahkan perjalanan. Sekiranya anda berhasrat untuk melancong atau bercuti, stroller amat penting dibawa bersama. \n\nTerdapat pelbagai jenis stroller mengikut jenis reka bentuk, ruang dan harga yang berbeza. Sukar untuk mencari stroller yang sesuai, jom lihat antara 12 stroller travel terbaik Malaysia boleh anda pilih.\n\n1. MyTools Easy Fold Lightweight Baby Stroller\n\nStroller dengan berat 3.6 kg ini sesuai untuk bayi baru lahir sehinggalah bayi berusia 3 tahun. Reka bentuknya yang bergaya, menjadikan stroller ini menjadi pilihan ibu bapa untuk dibawa semasa dalam perjalanan mereka. \n\nSeperti stoller yang lain, ia juga dilengkapi dengan kanopi, sandaran tangan dan kepala untuk keselesaan si kecil menikmati pemandangan.\n\n2. Sweet Heart Paris ST250 Compact Size Stroller\n\nStroller bersaiz padat ini senang dibawa ke mana sahaja, terutamanya bagi ibu bapa yang ingin melancong ke luar negara. \n\nDilengkapi dengan 8 buah roda bersaiz 5 inci, bakul simpanan, tali pinggang keselamatan dan tempat duduk boleh disesuaikan untuk keselesaan anak anda ketika berada di dalam kereta dorong ini.\n\n3. Louis Ultra Lightweight Foldable Portable Magic Stroller\n\nStroller terbaik ini mudah digunakan dan sangat ringan untuk dibawa dalam perjalan jarak jauh seperti melancong ke luar negara atau dalam negara. \n\nBagi ibu bapa yang tidak suka menggunakan stroller besar, anda boleh mendapatkan stroller ini dengan harga yang berpatutan. Stroller ini dapat disesuaikan mengikut keselesaan si kecil dan dilengkapi dengan dua arah untuk menghadap ke hadapan atau ke arah ibu bapa. \n\nTayarnya diperbuat daripada bahan getah sintetik untuk memastikan keselamatan si kecil semasa berada di jalan yang licin.\n\n4. AMGO Luxurious High View Lightweight Baby Stroller\n\nStroller bersifat mewah ini menjadi pilihan ramai ibu-ibu bekerjaya. Bahannya diperbuat daripada krom berkualiti tinggi dan tidak mudah berkarat. Ia juga dilengkapi dengan kain lycra dan dapat melindungi si kecil daripada terkena sinaran UV. \n\nKerusinya pula boleh disesuaikan dengan 3 level iaitu duduk, separuh berbaring dan berbaring untuk memberi keselesaan kepada si kecil sambil menikmati susu.\n\n5. Maclaren Major Buggy Special Need Stroller\n\nBagi kanak-kanak yang kurang upaya, stroller yang digunakan adalah sedikit berbeza dan istimewa berbanding dengan stroller konvensional. Walaupun terdapat beberapa perbezaan, stroller travel terbaik Malaysia ini masih dalam kategori lightweight yang memudahkan ibu bapa membawanya ketika dalam perjalanan. \n\nIa dilengkapi dengan sandaran kaki untuk keselesaan si kecil meletakkan kakinya tanpa merasa kebas atau lenguh.\n\n6. Baby Jogger City Tour 2\n\nStroller ringan dari Baby Jogger ini sangat sesuai untuk anda gunakan selama 5 tahun. Ia mempunyai berat 6.4 kilogram dan boleh dilipat menggunakan sebelah tangan sahaja. \n\nStroller travel terbaik Malaysia ini juga dilengkapi dengan beg galas untuk memudahkan dibawa semasa dalam perjalanan dan juga menjimatkan ruang simpanan. Stroller ini dilengkapi dengan pelindung matahari agar si kecil tidak terkena sinaran UV.\n\n7. Louis Le Petit Lightweight One Hand Stroller\n\nStroller travel terbaik Malaysia ini mudah digunakan dan sangat ringan untuk dibawa menempuhi perjalanan jarak jauh bersama bayi anda. \n\nBagi ibu bapa yang tidak suka menggunakan stroller besar, anda boleh membeli stroller ini dengan harga yang berpatutan. \n\nIa juga dapat disesuaikan mengikut keselesaan si kecil dan dilengkapi dengan dua arah bagi menghadap ke hadapan atau ke arah ibu bapa.\n\n8. Little One Compatto Lightweight One Hand Cabin Stroller\n\nHarganya boleh dikatakan agak murah tetapi berkualiti tinggi setanding dengan jenama yang mahal. Stroller ini sangat sesuai dibawa ke kabin kapal terbang dan boleh dilipat sehingga kelihatan seperti bagasi. \n\nStroller ini dilengkapi dengan sistem penyerap kejutan bagi menjaga keselamatan si kecil. Anda tidak perlu risau sekiranya makanan tumpah di stroller ini kerana ianya mudah ditanggalkan, dibersihkan atau dicuci.\n\n9. MK Stylish Lightweight Baby Stroller\n\nKanak-kanak berumur 1 tahun ke atas pasti berat badannya akan meningkat. Sudah tentu anda dan pasangan anda tidak mampu untuk mendukungnya lagi. Apa kata sekiranya anda menggunakan stroller dari MK?\u00a0\n\nStroller ini dapat menampung berat maksimum anak anda sehingga 25 kilogram. Sekiranya anak anda bosan duduk, kerusi stroller ini juga boleh ditarik dan memberikan keselesaan berganda kepada si kecil anda.\n\n10. Realeos Lightweight Baby Kids Magic Tricycle Stroller\n\nWalaupun berbentuk seperti basikal, stroller travel terbaik Malaysia dari Realeos ini sangat praktikal untuk dibawa bersama ketika anda keluar bersama dengan anak kecil. Tidak seperti stroller konvensional biasa, ia sangat mudah dilipat. \n\nDilengkapi dengan pemegang seperti kayu monopod, anda boleh mengawal arah stroller ini seperti berbasikal. Si kecil juga akan dapat melihat pemandangan tanpa sebarang halangan.\n\n11. Chicago Bravo Primo Trio Travel Stroller\n\nStroller ini dilengkapi dengan bakul kanak-kanak lipat, kusyen tempat duduk terbalik berkontur dan kanopi bertaraf UPF yang besar dengan pelindung yang boleh dibuka dan ditutup. \n\nStroller ini berfungsi memberi keselesaan maksimum, mempunyai tempat duduk berbaring pelbagai tempat dan tayar getah berisi busa besar seperti sebuah kereta sport. Ia sangat selesa digunakan.\n\n12. Thule Urban Glide 2 Stroller\n\nStroller travel terbaik Malaysia ini adalah salah satu stroller yang paling mudah untuk dibuka dan dipasang. Ia sesuai digunakan untuk membawa bayi bersiar-siar dengan mood berjogging. \n\nRoda depannya dapat dikunci dalam posisi lurus untuk jangka masa yang panjang dan tayarnya yang diisi udara boleh diisi semula udaranya dengan menggunakan pam tayar basikal jenis apa sahaja.\n\nBerikut adalah 12 stroller travel terbaik Malaysia yang menarik untuk digunakan. Jom baca juga seterika terbaik, Microwave oven terbaik Malaysia, termometer terbaik dan mekap remover drugstore terbaik. \n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Anda pernah dengar perkataan fidyah? Biasanya perkataan fidyah akan timbul setiap kali datangnya bulan Ramadhan yang mulia.\n\nSepanjang bukan Ramadhan, media sosial akan dipenuhi dengan info tentang fidyah. Habis sahaja Ramadhan, ianya akan hilang semula. Yang sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan Fidyah? Macam mana cara kira fidyah yang betul di Malaysia?\n\nMenurut Pusat Zakat Majlis Agama Wilayah Persekutuan,\u00a0 fidyah adalah denda ke atas seseorang yang:\n\nApakah hukum membayar fidyah dari sudut pandangan islam? Adakah fidyah wajib dibayar?\u00a0Menurut Pusat Zakat Majlis Agama Wilayah Persekutuan, hukum membayar fidyah adalah wajib, mengikut bilangan hari berpuasa yang ditinggalkan. Anda akan berhutang kepada Allah sekiranya tidak membayar fidyah.\n\nHukum wajib untuk membayar fidyah adalah berdasarkan dalil Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang jelas lagi nyata iaitu:\n\n\u201c(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit\u00a0atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain,\n\ndan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).\u201d\n\nAnda wajib membayar fidyah sekiranya anda gagal menggantikan puasa Ramadhan dan sedang mengalami salah satu daripada keadaan berikut:\n\nSecara asasnya, kadar fidyah adalah berasaskan harga makanan ruji di sesebuah tempat. Kami ambil Malaysia sebagai contoh.\n\nOleh kerana makanan ruji rakyat Malaysia ialah beras, maka cara kira fidyah adalah dengan merujuk kepada harga beras di negara kita. Sekiranya anda sedang menetap di luar negara, cara kira fidyah adalah berdasarkan makanan ruji di negara tersebut sama ada roti, gandum, jagung, ubi, dan sebagainya.\n\nOleh kerana harga makanan ruji tersebut sentiasa berubah, maka kadar fidyah juga berubah setiap tahun. Sekali lagi kami ambil negara kita sebagai contoh. Harga beras akan berubah dari masa ke semasa.\n\nUntuk tahun 2001 mungkin harga beras di Malaysia ialah RM5 sekilogram, manakala untuk tahun 2018, harga sekilo beras telah naik kepada RM7 sekilogram. Oleh itu, kadar fidyah bagi tahun 2001 dan 2018 adalah berbeza kerana kadar fidyah ditetapkan berdasarkan harga beras pada tahun tersebut.\n\nBukan sahaja kadar fidyah berbeza setiap tahun mengikut kadar harga beras, malah kadar fidyah juga berbeza mengikut negeri walau pun dalam tahun yang sama.\n\nSebagai contoh, untuk tahun 2018, kadar fidyah di Selangor mungkin RM7, sementara kadar fidyah di Sabah ialah RM5 sahaja. Kadar fidyah berbeza bagi setiap negeri kerana fidyah adalah dibawah bidang kuasa keraaan negeri. Majlis agama negeri tersebut akan menentukan berapakah kadar fidyah untuk negeri masing-masing.\n\nOleh itu, sekiranya anda menetap di Selangor, sila rujuk kadar fidyah di Selangor dan bayar fidyah anda di dalam negeri Selangor. Sekiranya anda menetap di Kelantan, periksa kadar fidyah di negeri Kelantan dan bayar fidyah anda di Kelantan.\n\nKami berikan anda kadar fidyah bagi Wilayah Persekutuan pada tahun 2017.\u00a0Berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 yang telah diadakan pada 30 Mei 2017 yang lalu, setelah\u00a0 membincangkan tentang isu penambahbaikan pelaksanaan fidyah dan kaffarah di Bahagian baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kadar fidyah bagi Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:\n\nTerdapat 2 cara mengira kadar fidyah di Malaysia iaitu dengan cara mengira:\n\nTahun gandaan\u00a0bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Kami akan berikan contoh supaya anda lebih mudah faham\n\nKatakan pada tahun 2018, anda ingin membayar fidyah untuk puasa yang belum diganti dari tahun 2001. Oleh itu, tahun gandaan akan diperolehi dengan cara menolak 2018 dengan 2001. Anda akan mendapat jawapan 17. Oleh itu, tahun gandaan untuk dikira ialah 17 tahun.\u00a0\n\nItulah dia sedikit info tentang cara kira fidyah. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga membaca artikel menarik seperti kelebihan lailatul qadar, nifas dan perbezaan darah haid dan istihadah."
"Pada hari ini, kami akan berkongsikan dengan anda satu resepi kuih yang sangat popular. Kuih ini sesuai untuk dimakan oleh pelbagai lapisan umur tidak kiralah muda ataupun tua. Kuih yang kami katakan ini adalah kuih cara berlauk.\n\nCara untuk membuat kuih ini tidaklah terlalu remeh dan hasilnya pasti akan memikat selera sesiapa sahaja yang memakannya. Jika mahu lebih sedap letakkan lebih sedikit daging di atas kuih ini. Kebaikan membuat kuih ini sendiri adalah anda dapat membuatnya mengikut selera anda sendiri.\n\n Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi cara berlauk yang telah dikongsikan oleh Nur Haziqah di laman sosial Facebook yang telah mendapat banyak perkongsian dan like.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMenarik bukan resepi kuih cara yang kami kongsikan ini? Jika anda rasakan resepi ini menarik pastikan anda kongsikan resepi ini bersama dengan rakan-rakan terdekat anda. Jika anda mahu lihat resepi lain yang menarik, klik pautan di bawah."
"Wanita mana yang tak inginkan kulit yang putih, cerah, mulus dan berseri. Namun tak semua mampu membeli produk kecantikan atau kosmetik yang mahal. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan cara memutihkan kulit secara semulajadi.\n\nJika anda membeli tomato untuk dimasak di dapur, jangan lupa untuk beli lebih. Tomato boleh dijadikan sebagai masker untuk memutihkan kulit. Ada 3 cara menggunakan tomato untuk memutihkan kulit iaitu:\n\nApabila berbicara tentang dunia kecantikan, semestinya aloe vera akan memunculkan diri. Aloe vera adalah tumbuhan semulajadi yang membantu anda mencerahkan kulit. Jel aloe vera dari pokok adalah jauh lebih berkesan berbanding jel aloe vera yang dibeli di kedai.\n\nJom kami kongsikan 3 cara menggunakan aloe vera untuk mencerahkan kulit secara semulajadi:\n\nTimun bersifat sejuk dan sangat membantu untuk memutihkan kulit muka. Anda boleh jadikan timun sebagai masker untuk dipakai sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.\n\nCaranya ialah ambil 3 inci timun, lenyekkan sehingga hancur. Sejukkan didalam peti ais selama 5 minit, kemudian tampalkan ke muka. Biarka selama 30 minit sebelum dicuci sehingga bersih.\n\nBaking soda telah lama digunakan dalam bidang kecantikan. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan noda pada kulit, malah sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Namun hati-hati, jangan gunakan baking soda dengan terlalu kerap kerana dikhuatiri akan menghakis kulit muka.\n\nCaranya ialah ambil satu sudu kecil baking soda, bancuh dengan sedikit air dan dijadikan sebagai pencuci muka. Gosokkan ke kulit muka selama 3 minit dan bilas sehingga bersih.\n\nOrang india menggunakan kunyit untuk mencerahkan kulit muka. Biasa jumpa orang india yang berkulit gelap tapi kulit wajahnya nampak cerah dan berseri? Kunyit adalah rahsianya. Anda boleh gunakan kunyit sebagai masker. Caranya:\n\nTanah liat digunakan secara meluas untuk tujuan kecantikan. Kaolin clay adalah antara yang terbaik untuk memberikan kesan pencerahan kepada kulit muka. Cara menggunakan kaolin clay sangat mudah. Ambil sedikit kaolin clay, tambahkan air dan sapukan ke wajah sebagai masker. Biarkan selama 30 minit. Cuci sehingga bersih.\n\nBiasa tengok orang simpan air basuhan beras untuk digunakan mencuci muka? Tahukah anda, petua tradisional sejak zaman nenek moyang kita ini sebenarnya sangat berkesan untuk memutihkan muka dan mengecutkan jerawat. Setiap kali membasuh beras, simpan air basuhan yang terakhir. Jangan dibuang tau, rugi.\n\nMasker yogurt dan susu juga boleh digunakan untuk memutihkan kulit muka. Caranya:\n\n9. Susu segar & susu tepung\n\nSelain yogurt asli, susu segar juga boleh dijadikan masker bersama susu tepung. Masker ini dikatakan sangat berkesan untuk mencerahkan kulit wajah. Caranya:\n\nBuah betuk bukan sahaja sedap dimakan terutamanya semasa cuaca panas, malah ia juga berkhasiat untuk memutihkan kulit muka, terutamanya bagi mereka yang selalu berjemur bawah cahaya matahari. Caranya:\n\nBiasa nampak produk penjagaan kulit berasaskan sengkuang di pasaran? Sengkuang sudah lama digunakan sebagai bahan untuk memutihkan kulit muka. Ia boleh dijadikan sebagai masker. Caranya:\n\nLimau nipis boleh membantu memutihkan kulit muka. Ye ke ni? Betul. Ambil sebiji limau nipis, belah dua dan sapukan ke seluruh kulit muka. Kemudian cuci sehingga bersih. Kulit muka anda akan kelihatan cerah dan berseri.\n\nItulah dia cara memutihkan kulit cara ssemulajadi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang petua hilangkan kelumumur, tips penjagaan muka, dan hilangkan parut jerawat."
"Sawan atau sawan tarik adalah perkara yang paling ditakuti oleh ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak kecil serta bayi. Ia merupakan mimpi ngeri setiap ibu bapa. \n\nIni kerana sawan akan memberikan komplikasi yang buruk kepada kesihatan seseorang individu malah ada daripada kesannya akan kekal sehingga ke akhir hayat. Apakah punca sawan? Bagaimana untuk mengelakkan sawan daripada terjadi?\n\nSawan\u00a0adalah keadaan di mana berlakunya gangguan kronik sistem saraf (neurologi) dalam otak disebabkan oleh berlakunya renjatan elektrik pada bahagian\u00a0otak lalu menyebabkan pelepasan cas elektrik yang berlebihan dalam sekumpulan sel otak. \n\nBahagian otak yang berlainan boleh mencetuskan pelepasan cas elektrik berkenaan. Apabila anda terkena sawan, anda akan mendapat simptom-simptom di bawah.\n\nBerikut adalah simptom dan tanda sawan yang perlu anda perhatikan:\n\nAdalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca sawan agar anda dapat mengelakkan ianya daripada berlaku. Di antara punca sawan ialah:\n\nApakah yang perlu anda lakukan jika anak terkena sawan?\n\nJika anda anda mengalami sawan, perkara yang perlu anda lakukan ialah:\n\nItulah dia punca sawan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca gout dan punca jerawat"
"Israk Mikraj berlaku setahun sebelum Rasulullah \ufdfa \u00a0berhijrah ke Madinah. Israk Mikraj terbahagi kepada 2 fasa iaitu Israk yang bermaksud dibawa berjalan dimana Rasulullah \ufdfa menaiki Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Manakala Mikraj bermaksud diangkat \u00a0keatas iaitu perjalanan Rasulullah \ufdfa \u00a0dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha yang terletak di langit yang ketujuh. Peristiwa Israk Mikraj diraikan oleh umat islam pada tarikh 27 Rejab setiap tahun.\n\nRasulullah \ufdfa mengalami kemurungan yang amat sangat akibat kematian Abu Talib & Siti Khatijah. Lalu Rasulullah \ufdfa membawa diri ke Taif kemudian pulang semula ke Mekah. Dakwah Rasulullah \ufdfa juga terganggu akibat kemurungan yang baginda alami.\n\nLalu Allah memerintahkan Malaikat Jibrail untuk membawa Rasulullah \ufdfa melalui Israk & Mikraj. Sebelum dibawa berjalan, Malaikat Jibrail & Malaikat Mikail membedah dada Rasulullah \ufdfa dimana ketulah hitam dikeluarkan dari hati baginda lalu dibersihkan dengan air zam-zam.\n\nKemudian kedua-dua malaikat tadi memasukkan ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah \ufdfa semula serta dimeteri dengan \u201ckhatimin nubuwwah\u201d. \u00a0Selesai pembedahan, seekor binatang bernama Buraq datang membawa nabi melalui Israk sambil diiringi oleh Malaikat Jibrail.\n\nPerjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa\n\nDalam perjalanan ke Masjidil Aqsa, Rasulullah \ufdfa telah diarahkan untuk solat 2 rakaat Madinah, Bukit Tursina, dan\u00a0 Baitul-Laham iaitu tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan. Terdapat pelbagai peristiwa ajaib yang disaksikan oleh RAsulullah. Di antaranya ialah:\n\nSetibanya di Masjidil Aqsa, Rasulullah \ufdfa turun dari Buraq, masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat. Rasulullah\ufdfa berasa dahaga lalu Malaikat Jibrail membawa 2 bekas kepada baginda. Satu bekas berisi arak manakala satu lagi berisi susu. Rasulullah \ufdfa memilih susu lalu minum. Kata Malaikat Jibrail, Rasulullah \ufdfa membuat pilihan yang tepat. Jika baginda memilih arak, nescaya seluruh umat islam akan sesat.\n\nSemasa Mikraj, Rasulullah dibawa naik ke Hadhratul-Qudus untuk menemui Allah. Di sini Rasulullah \ufdfa dan Malaikat Jibrail menaiki tangga syurga yang indah.\n\nRasulullah \ufdfa dan Malaikat Jibrail masuk ke langit pertama dan berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Rasulullah melihat hukuman bagi mereka yang makan riba \u00a0dan mengambil harta anak yatim. Rasulullah melihat penzina lelaki bergantung pada payudara penzina perempuan.\n\nRasulullah \ufdfa bertemu dengan Nabi \u2018Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.\n\nRasulullah \ufdfa bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.\n\nRasulullah \ufdfa bertemu dengan Nabi Idris A.S.\n\nRasulullah \ufdfa bertemu dengan Nabi Harun A.S.\n\nRasulullah \ufdfa bertemu dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah \ufdfa melihat \u00a070,000 umatnya yang masuk syurga tanpa hisab.\n\nRasulullah \ufdfa bertemu Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma\u2019mur menghadap kaumnya. Nabi Ibrahim A.S. bersabda, \u201cDikau akan berjumpa dengan Allah \u0633\u0628\u062d\u0627\u0646\u0647 \u0648\u062a\u0639\u0627\u0644\u0649pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha\u2019if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:\n\n\u201cLAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.\u201d\n\nMengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, \u201cSampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:\n\n\u201cSUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- \u2018ALIYYIL-\u2018AZHIM.\u201d\n\nBagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.\u201d\n\nRasulullah \ufdfa dan Malaikat Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat.\n\nTangga kelapan dikenali sebagai \u201cal-Kursi\u201d di mana terletaknya dahan dari pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah \ufdfa menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok tersebut. Di antaranya ialah:\n\nSeterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.\n\nTangga kesembilan terletak di pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah \ufdfamasuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Rasulullah \ufdfa melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur \u2018Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.\n\nRasulullah \ufdfa sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat berjumpa Allah. Rasulullah terus sujud dan berlakulah dialog antara Allah dan Rasulullah \ufdfa.\n\nAllah: \u201cAngkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.\u201d\n\nNabi Muhammad \ufdfa : \u201cWahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. \n\nDikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan \u2018Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.\u201d\n\nAllah: \u201cAku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. \n\nAku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat\u00b2 di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah \u2018Arasy. \n\nAku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji\u00b2 Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.\u201d\n\nRasulullah bertemu Nabi Ibrahim & Nabi Musa\n\nSelepas selesai munajat, Rasulullah \ufdfa dibawa menemui Nabi Ibrahim A. S. & Nabi Musa A.S. Kedua-dua nabi tersebut menyuruh Rasulullah \ufdfa merayu supaya jumlah solat dikurangkan. \u00a0Selepas sembilan kali merayu, akhirnya Allah memfardhukan solat lima waktu sehari semalam.\n\nRasulullah \ufdfa menunggang Buraq dan pulang semula ke Mekah. \u00a0Semua peristiwa Israk Mikraj berlaku dalam satu malam sahaja. Ia adalah bukti kebesaran Allah & merupakan salah satu daripada tanda kenabian Rasulullah \ufdfa. Peristiwa Israk Mikraj seharusnya dijadikan sebagai iktibar kepada kita semua supaya menjauhkan diri daripada dosa.\n\nJika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai solat taubat, solat tahajud dan solat dhuha."
"Cuba anda raba di tepi mata atau di bawah leher. Mungkin anda akan perasan terdapat biji-biji kecil atau bagi sesetengah orang dipanggil kutil. Hendak dikatakan jerawat bukan pula kerana jerawat akan kering dan tertanggal. Tetapi yang ini terus kekal dan kemungkinan boleh membesar.\n\nKutil, bebola minyak atau tahi lalat hidup, boleh membesar jika tidak dibuang segera atau dirawat. Kadang-kala ini boleh mencacatkan penampilan. Bedak yang disapu pada wajah mungkin dapat menutup untuk sementara waktu sahaja. Apabila wajah dibersihkan ia kelihatan begitu ketara.\n\nTahi lalat akan berada di mana-mana bahagian badan sama ada tahi lalat hidup atau tahi lalat mati.\n\nYang membezakan tahi lalat hidup dan tahi lalat mati ialah biasanya tahi lalat hidup akan kelihatan timbul, atau jika tahi lalat itu tidak timbul tapi bila dirasa dengan jari akan terasa timbul daripada bahagian yang tiada tahi lalat. Tahi lalat hidup boleh membesar jika dibiarkan tanpa rawatan.\n\nTahi lalat mati akan berada dalam keadaan yang merata tanpa pembesaran dan akan berkeadaan sama sampai bila-bila. Tahi lalat yang berada di muka terutama yang tumbuh di bahagian pipi sekadar satu, tidak menjadi masalah kerana pendapat umum mengatakan ia sebagai pemanis kepada yang empunya badan dan tidak perlu di buang. Bagi tahi lalat yang tumbuh di merata bahagian badan membuatkan empunya diri merasa tidak selesa dan ingin membuangnya.\n\nKutil pula selalunya akan timbul berupa biji-biji kecil terutama di sekitar bahagian leher, jika tidak dirawat kutil ini akan membesar dan lebih parah lagi akan tumbuh secara berjuntaian.\n\nBebola minyak atau kelestrol pula kebiasaannya akan tumbuh di sekitar bawah mata atau di kelopak mata yang boleh mencacatkan penampilan seseorang dan membuatkan sesiapa yang mempunyai masalah ini berasa rendah diri dan kelihatan kurang menarik. Masalah kutil dan kelestrol ini puratanya terjadi kepada yang berumur 30 tahun ke atas. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan menjaga luaran kulit iaitu mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan pencuci muka yang bersesuaian sebelum tidur, kurangkan pemakanan yang berlemak, bersantan atau berminyak.\n\nAmalkan pemakanan seimbang, lebihkan buah-buahan, sayuran serta ulaman yang jika diamalkan akan menjauhkan permasalahan bebola minyak dan kutil dan menjadikan awet muda juga menjauhkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung."
"Susu tidak dinafikan mempunyai khasiat yang positif untuk tubuh badan kita khususnya kanak-kanak. Bagi yang selalu membeli susu, anda pasti tidak asing lagi dengan kepelbagaian jenis susu yang ada di rak pasar raya. Apakah beza susu low fat dan full cream?\n\nArtikel pada kali ini, kita akan membahas lebih lanjut mengenai beza susu low fat dan full cream dan kaitannya dengan yang kesihatan diri. \n\nSusu low fat atau susu rendah lemak mengandungi kurang lemak iaitu dalam 1.3% hingga 1.4% sahaja. Jenis susu ini sesuai diminum untuk sesetengah ibu hamil, digunakan dalam masakan dan sebagainya.\n\nSusu full cream atau susu penuh krim pula mengandungi peratusan lemak yangg paling banyak iaitu 3.8%. Oleh kerana kandungan lemaknya yang tinggi, inilah yang menyebabkan susu tersebut memiliki rasa lazat dan berkrim berbanding susu lain. \n\nSusu jenis ini banyak digunakan dalam pembuatan kopi khususnya mereka yang mahu mendapatkan tektur kopi ala barista yang sedap, dan ber-style. \n\nApakah beza susu low fat dan full cream?\n\nSecara umumnya, dari segi penampilan, rupa, dan tekstur, kita mungkin agak sukar untuk membuat perbezaan antara susu low fat dan full cream. \n\nNamun yang demikian, secara teori, fakta dan kandungannya, memang terdapat beza susu low fat dan full cream. Berikut adalah perbezaannya yang boleh anda jadikan panduan sebelum membuat pembelian.\n\nSusu rendah lemak perlu menjalani satu proses untuk membuang lapisan lemak dan krim pada susu iaitu dipanggil sebagai \u201ccentrifugation\u201d. Hal ini jelas, kerana susu rendah lemak ini hanya mengandungi satu peratus jumlah lemak di dalam susu.\n\nBagi susu penuh krim pula ia tidak melalui proses pengasingan lemak yang rapi kerana memang susu ini dijadikan jenis yang penuh berlemak sesuai seperti namanya.\n\nNamun demikian, susu penuh krim menjalani proses \u201cfortified\u201d, dimana nutrisi akan ditambahkan bagi menggantikan nutrisi yang telah pun hilang akibat proses pemanasan susu.\n\nKandungan nutrisi pada susu rendah lemak akan lebih rendah berbanding susu penuh krim oleh kerana proses yang berlaku untuk menghasilkannya.\n\nBanyak proses yang terlibat dalam pembuatan susu rendah lemak sehingga menyebabkan ia kehilangan lebih banyak nutrisi. Dalam kata lain, semakin lama proses pembuatan susu, maka semakin rendah kandungan nutrisi yang tinggal di dalamnya. \n\nSusu full cream amat sesuai dalam pembuatan kek dan memekatkan sos berkrim. Tambahkan sedikit ia ke dalam sup dan risotto, tektur berkrim akan memberi rasa yang luar biasa padanya.\n\nSusu rendah lemak ini pula secara umumnya sesuai digunakan pada semua jenis masakan. Ia mungkin tidak mempunyai rasa berlemak dan berkrim yang memuncak tetapi bagi yang gemarkan tekstur sebegitu pasti ianya sesuai untuk anda.\n\nTambahan lagi, kombinasi cereal sarapan pagi dan susu ini memang membangkitkan selera. \n\nPilihan susu yang terbaik untuk diet dan kesihatan\n\nAda orang berdiet dengan mengambil susu low fat dalam pemakanan kerana kandungan lemak yang rendah. Sebenarnya konsep pemikiran seperti itu tidak tepat sama sekali.\n\nCuba anda perhatikan, beza susu low fat dan full cream juga ada pada kandungan gulanya. Gula pada susu low fat sebenarnya lebih tinggi berbanding full cream.\n\nDalam tubuh badan manusia sendiri, badan perlu menjalani proses lipolysis untuk memecahkan lemak, justeru itu selagi ada pengambilan gula yang tinggi maka insulin akan tinggi juga.\n\nInsulin yang tinggi akan menghalangi proses lipolisis. Minum susu low fat, tidak akan sesekali memecahkan lemak kita kerana kandungan gulanya yang tinggi.\n\nMemilih untuk mengambil susu full cream adalah lebih baik. Hanya sahaja ambillah dalam kuantiti yang sedikit. \n\nDiharapkan perkongsian kami mengenai beza susu low fat dan full cream tadi dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat. \n\nSelain dari info mengenai jenis susu ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:"
"Enaknya rasa puding laici nih? Rasanya yang manis, ditambah tekstur nya yang lembut dengan pelbagai rasa mampu membuatkan si pemakan terasa indahnya dunia. Tambah-tambah jika makan ketika ianya sejuk. Lagilah terasa keenakkannya. Tak boleh nak berhenti tau. Itu orang dewasa, kanak-kanak apatah lagi kan? Lagilah nak lagi dan lagi. \n\nSekarang nih banyak serbuk-serbuk puding yang pelbagai perisa dan jenis di pasaran. Terlalu banyak pilihan. Tapi kalau ada mak-mak yang nak mencuba resepi puding laici tanpa serbuk , boleh lah gantikan dengan agar-agar tali. Bolehlah buat dalam kuantiti yang banyak. Cara ini adalah lebih mudah, jimat dan sedap. Serious tak menyesal. \n\nSesiapa pun boleh cuba membuat Puding Laici versi agar-agar ini. Jadi, jom cuba membuatnya menggunakan resepi dari Norita Ahmad. Walaupun untuk \u2018first timer\u2019. Jangan risau! Resepinya sangat mudah. Tak \u2018complicated\u2019 pun. Hanya campur-campur, kacau dan tunggu sejuk dan keras sedikit. Dah siap. Apa lagi. Jom tengok resepinya. \n\nDah siap. Sedia dihidang. Selamat mencuba. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin menjamu seisi keluarga mahupun yang ingin mencari pendapatan sampingan. Boleh lah kalau nak jual kat rakan kat opis, kat jiran-jiran. Kalau rajin memang boleh buat duit. \n\nSelain resepi puding laici ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Apabila kita duduk terlalu lama atau membongkok, pasti tulang belakang kita akan sakit. Terutama sekali, orang-orang yang ada masalah tulang seperti orang yang berumur 50 tahun dan ke atas. Sakit tulang belakang amat terseksa kerana kita akan susah untuk menegakkan badan.\n\nOrang muda juga tidak lari daripada sakit tulang belakang. Hal ini kerana kerja yang dilakukan tidak mengikut postur badan yang betul. Sebagai -contoh, kerja-kerja mengangkat berat memerlukan cara yang betul jika tidak ia akan mengakibatkan tulang belakang kita sakit.\n\nBegitu juga yang bekerja di dalm pejabat, postur duduk juga perlu betul. Selalu kerja yang menghadap komputer sepanjang hari lebih memberi kesan terhadap postur duduk. Ia boleh membuatkan badan kita membongkok sedikit.\n\nJadi, kita perlu menjaga tulang belakang dengan sebaik mungkin. Tetapi, bagaimana?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tips mudah jaga tulang belakang. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. \n\nTips mudah untuk jaga tulang belakang \u25feDuduk peha 90\u00b0, lutut 90\u00b0, belakang sandar.\n\n\u25feAmbil barang di lantai dengan mencangkung.\n\n\u25feBawa barang rapat ke tubuh, jangan bongkok.\n\n\u25feGunakan troli jika beban terlalu berat.\n\n\u25feApabila pindahkan barang, elak pusing badan.\n\n\u25feDuduk tegak semasa guna komputer di riba.\n\n\u25feSemasa memandu, jangan duduk terlalu melunjur.\n\n*Kita perlulah menjaga tulang belakang kita, jika tidak menjaganya ia akan memberi kesan negatif dan boleh membuatkan badan kita membongkok. Lakukan renggangan badan setiap hari sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Ia boleh melegakan tubuh badan kita sedikit. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kita lihat kini, ramai anak muda yang memakai cermin mata rabun pada usia seawal 6 tahun. Ia sangat tidak bagus untuk kesihatan diri. Jika dari kecil sudah pakai cermin mata, apabila usia meningkat dewasa, rabun mata akan semakin meningkat dan menyebabkan individu tersebut tidak dapat melihat dengan jelas tanpa cermin mata.\n\nMengapakah perkara ini boleh terjadi? Apakah faktor yang menyebabkan mata menjadi rosak dan semakin rabun?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai faktor-faktor yang menyebabkan kerosakkan mata dan tips penjagaan mata. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nRokok mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi. Ia mampu merosakkan sensitiviti pada retina dan menyebabkan sel-sel pada retina mati. Hal ini akan menyebabkan kerosakan mata.\n\nSinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata. Sinarannya yang menyengat mampu membakar kornea, merosakkan lensa mata dan retina.Selain itu, dedahan berlebihan kepada sinaran UV mampu meningkatkan risiko katarak.\n\nTekanan darah yang tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina iaitu kawasan belakang mata yang berfungsi untuk memfokuskan gambar. Penyakit mata akibat tekanan darah tinggi ini dikenali sebagai Retinopati Hipertensi.\n\nPesakit diabetis mempunyai risiko mengalami masalah penglihatan yang dikenali sebagai glukoma. Keadaan ini juga disebut sebagai retinopati diabetis iaitu berlaku kerosakan teruk pada retina. Glukoma merupakan faktor utama menyebabkan penglihatan menjadi kabur atau buta.\n\nPengambilan makanan segera bukan mampu membawa risiko kerosakan mata, malah mampu menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhannya. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta, rabun malam dan mata mongering. Selain itu, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.\n\nPenggunaan computer yang terlalu lama sebenarnya membuatkan urat mata menjadi tegang, keletihan, iritasi dan kurang kepekaan kepada cahaya. Tekanan berlebihan membuatkan otot-otot sekitar mata juga menjadi rosak.\n\nSetelah mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan mata, perlulah kita tahu langkah penjagaan seterusnya selain dari mengelak perkara-perkara di atas.\n\nAntara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mata agar sentiasa nampak cantik dan bercahaya ialah:\n\n1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit), biarpun berjam-jam di depan komputer.\n\n2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.\n\n3. Amalkan senaman untuk mata anda.\n\n1) Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda.\n\n2) Ulang proses ini beberapa kali.\n\n3)Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.\n\n4)Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.\n\n*Berikut adalah faktor yang menyebabkan kerosakkan mata dan tips penjagaan mata. Ibu bapa memain peranan dalam mengawasi anak-anak agar tidak melihat gadjet terlalu lama kerana ia akan memberi kesan kepada mata anak-anak. Pastikan anak-anak tidak melihat gadjet sebelum tidur. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nJemput juga baca artikel punca sakit mata dan petua hilangkan sakit mata\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ibu yang menyusukan pasti sentiasa berfikir macam mana caranya nak tambah susu. Tak perlu membazir beli supplement. Jom kami kongsikan 20 makanan tambah susu yang murah & senang dibeli.\n\n1. Basuh\u00a0halba dan longan kering. Toskan sekejap.\n\n2. Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air.\u00a0Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.\n\n3. Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir.\u00a0Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api.\u00a0Sebelum minum, tapis dulu halbanya. Buah longan kita boleh masukkan terus\u00a0dalam gelas kita.\n\nSeeloknya air ini diminum 2\u00a0kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing.\u00a0Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali.\n\nKurma memang dikenali sebagai salah satu milk booster yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam resepi boleh dibuat, makan begitu sahaja adalah paling mudah.\n\nKegemaran kami ialah jus susu segar & kurma. Caranya campurkan \u00a05 bijik kurma yang dibuang bijinya dengan susu segar. Kisar sampai halus. Minum sejuk-sejuk, sedap sangat.\n\nHabbatus sauda juga makanan penggalak susu yang telah digunakan sejak berkurun lama. Caranya,\u00a0rebus dan diminum airnya.\u00a0Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.\n\nSelain dijadikan petua tambah susu badan, habbatussauda juga sering diguna pakai untuk membantu masalah kesihatan yang lain seperti meningkatkan antibodi dan mencegah penyakit ringan yang lain.\n\nAlfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga berfungsi sebagai agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.\n\nBiasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Lobak putih adalah petua\u00a0orang tua yang katanya boleh menambahkan susu badan.\n\nSatu lagi petua tradisional. Jantung pisang boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak. Ia menambah susu dengan cepat. Sedap dimakan, susu juga bertambah.\n\nBiasanya longan boleh didapati dari kedai ubat cina atau singseh. Ianya dalam bentuk kering dan boleh\u00a0direbus dengan sedikit gula batu \u00a0untuk memberikan rasa manis.\n\nTidak semua orang serasi. Ada orang makan ni boleh dapat demam yang tinggi. Mungkin tengok pada kesesuaian orang, pada ibu yang serasi bolehlah mengambilnya.\n\nMadu sememangnya mempunyai seribu satu khasiat. Salah satu daripadanya ialah membanyakkan susu badan. Minum 1 sudu madu setiap pagi.\n\nOleh kerana madu dan kurma juga mengandungi khasiat untuk menambah susu badan si ibu, para ibu digalakan mengambil oat yang dicampur dengan pemanis asli seperti madu dan hirisan kurma. Pasti lebih enak!\n\nBayam terutamanya mengandungi kadar vitamin dan mineral yang tinggi termasuklah zat besi, kalsium, folat serta vitamin A. Kesemua khasiat ini amat membantu untuk penghasilan susu badan.\n\nIbu \u00a0yang menyusukan dicadang untuk memakan dua bahagian sayuran hijau setiap hari sepanjang menyusukan bayi. Boleh masak tanpa minyak banyak bersama lada hitam dan bawang putih atau dicelur begitu sahaja bersama sedikit garam.\n\nSelain dapat mengeluarkan angin dalam badan untuk ibu yang berpantang, bawang putih juga memiliki khasiat tersendiri untuk menambah susu badan.\n\nSelain dicampur dalam makanan, bawang putih juga boleh dibakar dan dimakan seperti ubi kentang. Atau pum sagat 3 biji bawang putih ke dalam segelas susu yang sudah dicampur madu dan sedikit gula kemudian meminumnya.\n\nBiji halba boleh ditambah sebagai perisa beraroma di dalam lauk-pauk terutamanya sup dan bubur nasi. Kaya dengan lemak omega-3 untuk membantu menambahkan susu.\n\nZaman Rasulullah juga telah gunakan halba dalam proses merawat pelbagai penyakit. Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum.\n\nHalba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya.\n\nBadam dan gajus yang tinggi dengan kadar protein, dan zat besi mampu memberbanyakan susu badan. Makanlah ia sebagai snek kudapan.\n\nMenurut orang barat, bijan adalah sejenis sumber kalsium bukan susu. Seperti yang kita tahu, kalsium amat penting untuk ibu yang sedang menyusukan kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk bantu proses tumbesarannya yang sihat.\n\nBoleh taburkan bijan pada nasi panas mahupun jadikan biskut yang berasaskan bijan sebagai snek yang boleh meningkatkan penghasilan susu badan!\n\nLobak merah boleh dijadikan sebagai ulam atau dibuat jus.\n\nBoleh makan pelbagai makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu, tempe mahupun minuman susu soya itu sendiri.\n\nJantung pisang, pucuk betik, pucuk bebuas, pucuk manis dan pegaga memang terkenal sebagai ulaman yang diambil oleh para ibu yang sedang menyusukan bayi. Selain itu ulam-ulaman ini juga akan menjadi penawar kepada luka-luka dalam perut selepas melahirkan.\n\nRebus kurma merah dan minum airnya sebagai ganti kepada air putih.\n\nBawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.\n\nMinum satu cawan horlicks setiap pagi dan malam untuk membanyakkan susu.\n\nItulah dia 20 makanan tambah susu yang boleh anda amalkan. Semoga berjaya menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun."
"Kamera 360 ini dicipta untuk memberi pengalaman menyeluruh seolah-olah kita berada di tempat tersebut dalam lingkungan 360 darjah. Iasangat sesuai digunakan ketika anda dalam perjalanan dan ingin merakam kenangan indah dalam bentuk video yang menarik. \n\nTerdapat pelbagai jenis kamera 360 yang boleh anda beli dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Jom lihat 9 kamera 360 terbaik Malaysia.\n\nKehadiran kamera Insta360 Air ini membolehkan anda merakam video berkualiti 360 di telefon pintar Android anda. Kamera ini dikatakan mampu untuk merakam resolusi video sehingga 2K serta gambar dalam kualiti beresolusi setinggi 3K. \n\nKamera 360 Terbaik Malaysia ini juga menyokong fungsi VR jika anda mempunyai VR Box. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kamera 360 ini untuk membuat live streaming secara langsung.\n\nJurugambar profesional dan jurugambar video akan membuat tetapan manual di kamera mereka sendiri untuk mendapatkan gambar yang bagus. Kamera 360 Ricoh Theta V sangat sesuai untuk fungsi ini. \n\nLensa kamera ini mempunyai tahap kepekaan yang tinggi dengan ISO 3200 bagi gambar pegun dan ISO 64000 untuk video serta live streaming. Anda juga boleh menyesuaikan cahaya yang akan masuk ke lensa kamera ini mengikut kesesuaiannya. \n\nKemudian, Kamera 360 Terbaik Malaysia ini juga mempunyai kelajuan shutter 1 / 25,000 hingga 60 saat. Dengan kelajuan tersebut, anda dapat menyesuaikan jenis shooting yang akan dilakukan. \n\nDigabungkan dengan teknologi pemprosesan gambar yang amat canggih, hasil tangkapan gambar pada kamera ini juga sangat berkualiti.\n\nFungsi rakaman pada kamera Insta360 One X ini membolehkan anda merakam persekitaran secara keseluruhan dengan baik. Anda juga boleh merakam video dan gambar unik dengan video berkualiti tinggi dengan resolusi setinggi 5.7k. \n\nKamera 360 Terbaik Malaysia ini juga sesuai untuk dibawa ke mana sahaja kerana sangat ringan dan mempunyai reka bentuk yang sangat menarik.\n\nGambar yang dihasilkan oleh kamera 360 ini juga cukup bagus dengan ukuran lensa beresolusi 18MP. Ia mempunyai sistem penstabilan yang cukup bagus. \n\nSekiranya anda inginkan dashcam yang mampu menangkap semua pemandangan di sekitar anda, pilih sahaja kamera Kandao QooCan ini. Ia tidak hanya memiliki kamera untuk merakam foto 360 atau video 360 tetapi juga berfungsi untuk merakam video seperti versi 3D. \n\nDengan menggunakan dua kamera yang sama persis kedudukan mata manusia, fungsi unik ini sangat jarang berlaku pada kamera lain dan ianya amat berbaloi untuk dimiliki.\n\nKamera GoPro Max 360 ini adalah antara kamera sukan 360 yang paling popular di pasaran kita. Ia mampu merakam video berkualiti tinggi dengan resolusi sehingga 5.7k dan juga kalis air. \n\nKamera ini juga dilengkapi dengan sistem penstabilan seperti gimbal yang membolehkan anda gunakannya sukan seperti berbasikal dan juga aktiviti menunggang motosikal.\n\nBagi memastikan kualiti gambar terbaik, resolusi 4K pastinya menjadi pilihan utama bagi anda! Kamera Insta360 One ini mampu merakam gambar pada resolusi 4K tanpa masalah dan ia mempunyai fungsi penstabilan yang sangat baik ketika video dirakam. \n\nSelain itu, anda juga boleh menggunakan Kamera 360 Terbaik Malaysia ini untuk disambungkan secara terus dengan telefon pintar jenis iOS.\n\nKamera 360 jenama Ezviz Ez360 Pano ini agak murah dan sesuai digunakan sebagai CCTV kerana mempunyai sudut pandangan yang luas. Ia mampu merakam hingga resolusi 1080 pixel. \n\nDengan mempunyai fungsi Wi-Fi yang dapat memudahkan anda menonton rakaman dari telefon pintar , ia juga dilengkapi dengan penglihatan malam yang membolehkan anda menonton di kawasan gelap. \n\nApa yang menariknya, kamera ini boleh disambungkan terus kepada smartphone anda tanpa perlu mempunyai komputer atau laptop.\n\nSeluruh badan GoPro Fusion ini dilapisi dengan getah nipis yang membuatkannya tidak licin ketika dipegang dan dapat dikendalikan dengan sangat mudah. \n\nKamera 360 Terbaik Malaysia ini sangat sesuai untuk anda yang sering pergi ke tempat basah atau ketika musim hujan kerana ianya kalis air. Selain itu, ianya juga mempunyai penstabil dalaman dengan 6 paksi.\u00a0\n\nPaksi tersebut akan memastikan video yang diambil tetap stabil walaupun kamera sering bergoncang. Anda juga dapat merakam pelbagai aktiviti luar yang melampau dengan lebih optimum dan kamera ini juga agak kukuh.\n\nGarmin VIRB 360 direka khas untuk anda yang gemar melakukan vlog perjalanan ataupun mengambil gambar. Ia adalah kerana kamera 360 ini mampu merakam dalam jangka masa yang lama tanpa mengalami kepanasan. \n\nBukan itu sahaja, rakaman video juga sangat elok kerana adanya stabilizer di dalamnya. Kamera 360 ini dilengkapi dengan alat pengesan suara yang membolehkan anda memberi arahan melalui suara sahaja. \n\nCiri ini tentunya sangat bermanfaat bagi anda yang kadangkala sukar untuk mencapai butang rakaman pada kamera. Contohnya, semasa berbasikal, menunggang motor dan membawa barang.\n\nItulah dia antara 9 Kamera 360 Terbaik Malaysia yang boleh anda lihat. Jom baca juga Smartphone android terbaik, pelan internet terbaik, Sejadah terbaik dan hand mixer terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Botox adalah satu rawatan di mana individu mendapatkan suntikan di bahagian muka. Suntikan tersebut mempunyai bahan penulenan daripada protein yang asli bagi mendapatkan manfaatnya. Suntikan ini mengambil masa dalam 10 minit sahaja dan ia adalah proses di mana memerlukan kepakaran doktor yang baik.\n\nSuntikan botox ini bukan sahaja untuk mendapatkan kulit yang cantik malah ia juga bagus untuk mengekalkan kesihatan diri. Jangan salah faham dengan konsep mendapatkan botox ini. Bukan semua orang yang mendapatkan suntikan botox ini untuk kecantikan tetapi ia juga untuk merawat penyakit yang dihidapi.\n\nBegitu banyak sekali manfaat yang boleh didapati daripada botox. Apakah manfaat-manfaat tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai manfaat botox. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\nPada dos yang betul, ia melemahkan sedikit otot di muka dan secara tidak langsung mengurangkan kedutan pada muka. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan \u2018gummy smile\u2019 (senyum nampak gusi).\n\nBotox menghalang neurotrasmitter yang menghantar signal kesakitan, maka mengurangakn serangan migrain. Namun begitu, sebelum rawatan ini, doktor akan perlu pemeriksaan lengkap untuk kenalpasti punca migrain.\n\nHiperhidrosis adalah perpeluhan melampau yang biasanya terjadi pada tapak tangan dan tangan serta di ketiak. Suntikan botox pada bahagian ini boleh mengurangkan perpeluhan. Rawatan ini bersifat sementara, perlu diulang setiap 4-6 bulan sekali.\n\nBleharospasm ialah kenyitan mata yang tak terkawal yang lazimnya berlaku selepas strok, kecederaan otak atau kecederaan saraf muka. Suntikan botox pada otot di sekeliling mata, boleh mengurangkan simptom ini.\n\nLeher teleng berlaku akibat kecederaan saraf/otak, strok, masalah otot, palsi cerebral dll. Ia berlaku kerana kekakuan otot leher, lantas jajaran leher tak normal. Suntikan botox boleh kurangkan kekakuan otot itu dan perbetul jajaran.\n\nSpasticity(kekakuan) otot berlaku akibat kecederaan saraf/otak, strok, masalah otot, palsi cerebral dll. Otot menjadi keras dan mengakibatkan pesakit tidak boleh bergerak. Suntikan botox boleh kurangkan kekakuan otot itu dan memudahkan fisioterapi.\n\n7. Botox Rawat Pundi Kencing Overaktif\n\nPesakit kecederaan saraf tunjang/ tulang belakang boleh mengalami situasi dimana otot pundi kencingnya menjadi kaku atau overaktif dan menyebabkan kebocoran air kencing. Botox boleh kurangkan situasi ini.\n\nVaginismus adalah masalah kekejangan pada otot faraj. Ia menyebabkan kesakitan pada faraj, menghalang persetubuhan dan masalah lain. Suntikan botox pada otot yang sesuai akan membantu merawat kondisi ini.\n\n9. Botox Rawat Air Liur Berlebihan\n\nSesetengah kondisi penyakit seperti serebral palsi, menyebabkan pesakit mengalami rembesan air liur yang tak terkawal dan berlebihan. Suntikan Botox sekitar kelenjar air liur boleh mengurangkan rembesan air liur ini.\n\n*Kesimpulannya, botox bukan sahaja untuk kecantikan, ia juga bagus untuk kesihatan diri. Tetapi pasti kan sebelum membuat rawatan botox, klinik yang dikunjungi itu adalah klinik yang berdaftar dan doktor yang profesional serta berpengalaman dalam rawatan botox ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ulser mulut atau mata ikan sangat menyakitkan. Boleh demam dibuatnya. Ada orang, takkan makan selagi ada ulser dalam mulut. Lagi kesian kalau jadi pada anak kecil. Jom kami kongsikan petua hilangkan ulser mulut yang anda boleh cuba.\n\nBerkumur dengan air garam merupakan petua hilangkan ulser mulut yang paling popular. Rasanya semua orang pun tahu. Tapi, tak semua orang berani buat petua ini kerana ianya sangat menyakitkan. Boleh keluar air mata menahan kesakitan apabila air garam terkena pada ulser.\n\nWalau pun petua ini sangat menyakitkan, tapi percayalah! Ini adalah petua yang paling berkesan.\u00a0 Kandungan sodium klorida yang terdapat dalam air garam membantu menyembuhkan ulser dengan cepat. Caranya, mudah sahaja:\n\nSelain berkumur dengan air garam, anda juga boleh sapukan gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid. Gel oral boleh dibeli dari farmasi. Gel oral berasa sejuk apabila disapu kepada ulser. Mungkin anda akan terasa sedikit pedih namun tahap kesakitannya sangat kurang berbanding berkumur dengan air garam.\n\nDi dalam gel oral terdapat\u00a0anesthetic lidocaine iaitu ejen yang menyebabkan bibir kita menjadi kebas lalu mengurangkan sakit akibat ulser. Ia juga membantu ulser cepat sembuh.\n\nLarutan antiseptik seperti Listerine atau Colgate Mouthwash bukan sahaja membantu menghilangkan ulser mulut malah ia juga mencegah bakteria daripada menjangkiti ulser. Berkumur dengan kerap sehingga ulser anda hilang.\n\nSalah satu punca berlakunya ulser ialah kerana kurang minum air. Apabila anda tidak minum air secukupnya, badan akan menjadi kering dan panas lalu ulser pun tumbuh dalam mulut. Oleh itu, apabila ada ulser dalam mulut, pastikan anda minum air kosong secukupnya supaya ulser cepat hilang dan mengelakkan ulser baru daripada tumbuh.\n\nKalau orang tua, mereka akan sapukan marjerin pada ulser yang tumbuh di dalam mulut. Ambil marjerin dengan hujung jari, letakkan pada ulser. Biarkan sehingga marjerin cair dan hilang. Kalau anda tertelan pun takde masalah, kerana marjerin adalah makanan.\n\nSelain marjerin, orang tua juga biasanya sapukan ubat gigi kepada ulser supaya cepat hilang. Pudina dalam ubat gigi mematikan kuman yang menjadi punca ulser, dan mengecutkan ulser dengan cepat. Namun hati-hati, jangan sampai tertelan ubat gigi.\n\nJika anda mengambil supplement vitamin E dalam bentuk kapsul, anda boleh gunakan minyak tersebut untuk disapukan kepada ulser. Caranya:\n\nTeh mengandungi asid tanik yang berfungsi membunuh bakteria dan mengelakkan berlakunya jangkitan pada ulser di samping menyembuhkan luka ulser. Caranya:\n\nKat dapur anda ada baking soda? Anda boleh gunakannya untuk menghilangkan ulser mulut. Ada dua cara yang boleh anda gunakan iaitu:\n\nAloe vera adalah tumbuhan anti bakteria dan anti radang yang membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Untuk kesan yang optimum, kami cadangkan anda guna jel aloe vera dari pokok, bukannya jel aloe vera yang dibeli dari farmasi. Ini kerana jel aloe vera dari pokok adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet. Caranya:\n\nMadu merupakan makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat. Sifat anti bakteria yang ada pada madu menjadikannya sangat berkesan untuk menghilangkan ulser dengan cepat. Ambil sedikit madu dengan hujung jadi, sapukan pada ulser.\n\nAnda juga boleh campurkan sedikit kunyit ke dalam madu sebelum disapukan kepada ulser. Caranya:\n\nAir kelapa muda bukan sahaja membantu menyejukkan badan malah dia juga membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Minum air kelapa muda sekrap mungkin, namun hati-hati, kalau terlalu banyak boleh menyebabkan cirit-birit pula.\n\nJika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua hilangkan sakit gigi, petua hilangkan kayap, dan petua cairkan kahak."
"Tak sempat nak keringkan baju? Jangan risau, mesin pengering baju boleh membantu mengeringkan pakaian dalam masa kurang dari satu jam. Walaupun ia memudahkan anda,\u00a0 harganya mungkin sedikit lebih mahal daripada mesin basuh yang mempunyai pengering baju. Tetapi, tidak semua fungsi mesin basuh dapat menandingi pada fungsi mesin pengering baju.\n\nPengering baju biasanya mengeluarkan lembapan lebih baik daripada pengering mesin basuh. Ia sangat berbeza dalam bilangan kuantiti yang boleh dikeringkan dan tempoh masa yang diperlukan untuk proses pengeringan.\u00a0\n\nJom lihat antara 12 mesin pengering baju terbaik pilihan ramai pengguna.\n\nDilengkapi dengan teknologi Sense Dry, mesin pengering baju Toshiba ini dapat memastikan perbelanjaan bil elektrik lebih rendah dan jimat. Mesin akan dihentikan secara automatik sebaik sahaja pakaian mencapai tahap kekeringan yang optimum.\u00a0\n\nMesin pengering baju terbaik ini turut mempunyai fungsi anti kedut dan fungsi Quick-Dry untuk mengeringkan pakaian anda dalam masa 20 minit.\n\nMidea MD-7388 adalah mesin pengering baju terbaik yang menawarkan pelbagai fungsi pengeringan mengikut fabrik pakaian. Ia menggunakan pemanas termostat yang selamat dalam mengeringkan pakaian anda dengan cekap tanpa merosakkan fabrik pakaian kesayangan anda. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi anti kedutan, sensor kawalan suhu dan juga safe child lock.\n\nDeerma R10 Clothes Dryer Heating (Dua Lapisan)\n\nDengan kapasiti pengeringan 10 kilogram, Deerma R10 juga dikatakan sebagai pengering bajet rendah yang terbaik di Malaysia. Mesin pengering baju terbaik ini menggunakan blower udara panas untuk mengeringkan pakaian dengan pantas. Panel digital juga disediakan untuk anda melaraskan proses pengeringan dengan sewajarnya.\u00a0\n\nFungsi butang kawalan mesin pengering baju ini sangat sederhana dan senang digunakan. Jadi, bagi anda yang mahu hadiahkan mesin pengering baju kepada keluarga anda di kampung, kami syorkan anda memilih Deerma R10 Clothes Dryer Heating ini.\n\nDidatangkan dengan kualiti yang hebat dan harganya mampu milik, Haier HDY-D60 adalah mesin pengering baju pilihan terbaik. Pilih salah satu daripada 7 program yang ditetapkan agar bersesuaian dengan fabrik yang ingin anda keringkan.\u00a0\n\nDi samping itu, ia juga turut dilengkapi dengan teknologi sensor automatik untuk mengesan dan mengoptimumkan tetapan haba dan masa yang optimum.\n\nMenggunakan teknologi True Steam yang digabungkan dengan Two-Way Tumbling, mesin pengering baju terbaik ini dapat mengeringkan pakaian anda sambil mengeluarkan alergen dan habuk dengan berkesan.\u00a0\n\nKedutan pakaian juga dapat dikurangkan. Ia juga mempunyai sistem Smart Diagnosis dan Sensor Dry untuk pemantauan suhu secara automatik dan memberikan prestasi pengeringan yang sangat baik.\n\nMesin pengering baju Tumble Condenser Beko 7KG BKO-DCY7202XW3 ini sangat popular di Malaysia asbab 15 ciri programnya. Dengan fungsi tersebut, anda boleh mengeringkan pelbagai jenis fabrik termasuklah pakaian sukan dan seluar Jeans.\u00a0\n\nSelain itu, mesin pengering baju ini sentiasa dalam keadaan baik kerana ia memiliki penunjuk pembersihan penapis yang memaklumkan waktu pembersihan dan servis diperlukan.\n\nLG 9KG Dual Inverter Heat Pump Dryer TD-H9066WS\n\nDengan teknologi Dual Inverter Heat Pump, LG TD-H9066WS adalah mesin pengering baju terbaik di Malaysia. Ia memiliki tahap kecekapan tenaga yang lebih tinggi dan masa pengeringan yang lebih singkat.\u00a0\n\nSatu lagi kelebihan penting yang ada pada mesin pengering baju ini adalah anda boleh meletakkannya di mana-mana sahaja di rumah anda tanpa perlu mendekati ventilator untuk saluran udara luaran.\u00a0\n\nTenaga elektrik dan masa dapat dijimatkan malah ia mengurangkan 99.9% masalah habuk dan hama. Untuk teknologi pengering pintar tambahan, anda boleh menyambungkannya kepada aplikasi mudah alih untuk digunakan sebagai alat kawalan jauh.\u00a0\n\nElectrolux EDV805JQWA dapat mengekalkan kualiti pakaian, menyediakan penjagaan warna yang unggul dan melindungi kualiti fabrik tanpa pengeringan berlebihan. Sensor pintarnya dapat membantu menjaga kualiti fabrik pakaian anda dengan tepat.\u00a0\n\nDengan pergerakan dram bergantian mengikut arah jam dan lawan jam dalam proses pengeringan, ianya mengurangkan kedutan sebanyak 32%.\n\nMesin pengering pakaian Bosch WTA74201SG adalah salah satu pengering kelas pertengahan yang cukup mengagumkan di Malaysia. Dengannya, pakaian dapat dikeringkan dalam masa 40 minit.\u00a0\n\nAnda juga boleh melaraskan tahap kekeringan yang anda inginkan. Bagi pengeringan automatik, sensor Duo-Tronic dalam mesin pengering baju terbaik ini dapat membantu anda memantau tahap kelembapan dan perbezaan suhu secara automatik untuk mengelakkan terlalu panas.\n\nTeknologi Energy Efficiency dapat mengurangkan penggunaan elektrik biarpun kapasiti mesin pengering baju ini mampu memuatkan muatan sebanyak 8kg kain. Selain itu, ia turut memiliki fungsi kepanasan automatik yang dikawal mengikut kesesuaian kelembapan kain agar tidak mudah berkedut.\u00a0\n\nUntuk pengetahuan anda, Sistem The Quick Dry 35 yang dimiliki oleh mesin pengering baju ini dapat mengeringkan pakaian dalam masa 35 minit yang menjimatkan masa.\n\nWalaupun saiz mesin pengering baju Khind ini kecil tetapi dengan elemen PTC Heating yang terdapat padanya, pakaian boleh kering sepenuhnya tanpa menggunakan suhu panas yang maksimum.\u00a0\n\nDengan beratnya sekitar 25kg, ia lengkap dengan 5 program yang telah ditetapkan seperti Udara Sejuk, Anti-Kedut, Udara Suam, Udara Panas dan Udara Kering. Menarik lagi, ia memiliki pintu yang direka khas bersaiz besar bagi memudahkan proses memasuk dan mengeluarkan kain.\n\nDaewoo memperkenalkan mesin pengering baju yang mempunyai rupa yang anggun dan berteknologi tinggi serta berkapasiti 7 kilogram yang mampu menampung keperluan pengeringan keluarga bersaiz sederhana.\u00a0\n\nIa direka khas supaya dapat mengeringkan pakaian sambil menjimatkan elektrik dan menjadikan pakaian kurang berkedut, kelihatan licin dan cantik selepas proses pengeringan. Anda boleh segera memakai pakaian selepas dikeluarkan daripada pengering.\n\nMesin pengering baju Daewoo juga mempunyai paparan LED yang membolehkan anda mengawal semua pilihan pengeringan dan memantau masa yang tinggal untuk pakaian kering. Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri termostat keselamatan yang dapat melindungi mesin tersebut sekiranya berlaku bekalan elektrik yang berlebihan. Cukup terbaik mesin pengering baju Daewoo ini!\n\nBerikut adalah 12 mesin pengering baju terbaik di Malaysia yang berkualiti tinggi. Blender terbaik, Mesin basuh terbaik dan Air Fryer terbaik. \n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Selepas mengerjakan solat subuh di pagi hari, dan meneruskan membaca al-Quran, apakah lagi ibadah yang terbaik untuk diisi di pagi yang indah? Sudah tentu dengan mendirikan solat sunat dhuha. Apakah solat sunat dhuha itu?\n\nDari segi bahasa, \u2018Dhuha\u2019 bererti \u2018matahari\u2019 atau \u2018cahaya matahari\u2019, manakala dari segi syarak pula, solat sunat dhuha adalah\u00a0 solat yang dilakukan pada waktu matahari baru terbit.\n\nBilakah Waktu untuk Mendirikan Solat Sunat Dhuha?\n\nSesuai dengan maknanya, waktu ditunaikannya adalah pagi, dalam waktu matahari telah naik dengan sempurna sekitar satu galah tingginya (tujuh hasta). Atau lebih tepatnya selama 20-30 minit selepas matahari terbit.\n\nLalu, tempoh solat ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari atau sebelum masuk waktu zohor. Setelah masuknya waktu zohor, maka tamatlah waktu Dhuha (10 minit sebelum zohor).\n\nHukum solat sunat dhuha adalah sunat. Maka ianya tidak diwajibkan ke atas umat Islam. Namun bagi sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran yang besar bersama-sama kelebihannya.\n\nBerapakah Jumlah Rakaat Solat Sunat Dhuha?\n\nSamalah seperti solat sunat yang lain. Solat sunat dhuha boleh didirikan dalam dua, empat, enam atau lapan rakaat\u00a0 mahupun 12 rakaat, dengan setiap dua rakaat disertai satu salam.\n\nPendapat dua rakaat adalah berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar r.a yang berkata bahawa;\n\n\u00a0\u201cRasulullah SAW bersabda; Firman Allah dalam hadis kudsi (maksudnya): \u2018Hai anak Adam, solatlah keranaKu dua rakaat dhuha pada awal hari, nescaya Aku jamin (kesejahteraanmu) hingga akhir hari tersebut\u2019.\u201d\n\nTerdapat juga hadis mengenai pelaksanaan solat dhuha sebanyak lapan rakaat;\n\n\u201cRiwayat daripada Ummu Hani r.a katanya (maksudnya): \u2018Bahawa Rasulullah bersolat Duha sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan kota Makkah. Baginda mengucap salam setiap kali selesai dua rakaat\u2019.\u201d\n\nManakala, solat dhuha sebanyak 12 rakaat pula adalah berdasarkan kepada hadis berikut:\n\n\u201cDaripada Ibn Umar r.a., katanya, \u2018Aku berkata kepada Abu Dzar, Hai, pakcik, berikan nasihat kepada saya\u2019. Jawabnya, \u2018Pertanyaanmu itu sama seperti pertanyaanku kepada Rasulullah SAW\u2019. Lalu Banginda menjawab (maksudnya): \u2018Jika anda laksanakan solat dhuha dua rakaat nescaya anda tidak akan ditulis di kalangan orang yang lalai. Jika anda laksanakan solat dhuha empat rakaat, nescaya anda ditulis di kalangan Abidin, jika anda laksanakan solat dhuha enam rakaat nescaya anda tidak diikuti dengan dosa dan jika anda laksanakan solat dhuha lapan rakaat nescaya anda ditulis di kalangan Qanitin (sentiasa berdiri untuk beribadat). Manakala seandainya anda laksanakan solat dhuha 12 rakaat nescaya dibinakan untuk anda istana di dalam syurga. Setiap tempoh masa, baik siang, malam, atau saat-saat tertentu Allah sentiasa menghulurkan sedekah kurniaNya kepada mana-mana orang yang dikehendakiNya. Tiada kurnia lain yang sering disebut-sebut oleh Allah terhadap hambaNya, kerana kurniaan amalan zikir (yang berterusan) kepada Allah yang dilakukan olehNya\u2019.\u201d\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a\u0652 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0636\u0651\u064f\u062d\u0649 \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.\u201d\n\n3. Rakaat kedua: Membaca surah al-Fatihah dan diikuti surah\u00a0ad-Dhuha.\n\nSelain membaca surah ini, boleh juga membaca surah-surah lain yang dihafal seperti surah\u00a0al-Kafirun\u00a0dan\u00a0al-Ikhlas kerana tidak terdapat apa-apa surah yang ditetapkan khusus untuk solat sunat ini,\n\nTerdapat juga saranan untuk membaca doa ini ketika sujud terakhir solat sunat dhuha:\n\n\u0648\u064e\u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0647\u0651\u064e\u0627\u0628\u064f \u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0648\u064e\u062d\u0650\u0643\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u0652\u0646\u0650\u064a \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0632\u0651\u064e\u0627\u0642\u064f \u0643\u064f\u0646\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0645\u064f\u0633\u064e\u0647\u0651\u064e\u0644\u0627\n\n\u201cBerikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.\u201d\n\nBacaan doa di akhir sujud ini juga tidaklah menjadi wajib, solat anda tetap sah sekiranya tidak dibacakan doa ini, namun tetaplah berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah SWT\u00a0 untuk dikurniakan kebaikan kepada kita.\n\nSelain itu. Terdapat juga doa yang digalakkan dibaca selepas selesai solat sunat dhuha, sebagai permintaan kita agar dimurahkan rezeki pada awal hari tersebut.\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0636\u0651\u062d\u064e\u0627\u0621\u064e \u0636\u064e\u062d\u064e\u0627\u0624\u064f\u0643\u00a0 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u0621\u064e \u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u0624\u064f\u0643\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u064e \u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u064f\u0643\u064e\u00a0 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0648\u0651\u064e\u0629\u064e \u0642\u064f\u0648\u0651\u064e\u062a\u064f\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u0629\u064e \u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u064f\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u0629\u064e \u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u062a\u064f\u0643\u064e\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u0650\u064a\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u0650\u0644\u0652\u0647 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0652\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u062e\u0652\u0631\u0650\u062c\u0652\u0647\u064f\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u064f\u0639\u0652\u0633\u0650\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u064a\u064e\u0633\u0651\u0650\u0631\u0652\u0647\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0637\u064e\u0647\u0651\u0650\u0631\u0652\u0647\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u064e\u0639\u0650\u064a\u0652\u062f\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0631\u0651\u0650\u0628\u0652\u0647\u064f\n\u0628\u0650\u062d\u064e\u0642\u0651\u0650 \u0636\u064e\u062d\u064e\u0627\u0626\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u0626\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0642\u064f\u0648\u0651\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e\n\n\u201cYa Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.\u201d\n\nAllah SWT selalu menjadikan setiap ibadah itu berserta kebaikannya yang terlalu banyak. Begitu juga dengan solat sunat dhuha yang padanya terdapat keistimewaan tersendiri. Antara kelebihan mendirikan solat sunat dhuha ini adalah;\n\nDengan itu, sujudlah kepada Allah pada waktu dhuha sebagai kesyukuran kita kepada Allah SWT yang Maha Pemberi lagi Pemurah. Semoga rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati oleh Allah, iaitu rezeki daripada hati kita yang ingin menjadi hampir kepadaNya dan sesekali tidak melupaiNya. Amin.\n\nBelajar sesuatu daripada artikel cara solat dhuha ini? Jangan lupa untuk amalkan tips yang telah dikongsikan. Jom baca artikel menarik yang lain."
"Mutiara kata ialah kalimat indah yang bertujuan untuk membangkitkan motivasi kepada seseorang. Mutiara kata ini juga kadang-kadang boleh menggetarkan hati kita saat membaca atau mendengarnya. Jom lihat senarai mutiara kata ini.\n\nMutiara kata ini boleh juga dijadikan sebagai inspirasi atau untuk memotivasikan diri dengan memiliki berbagai makna yang dapat meningkatkan kebajikan dan kebijaksanaan hidup. Kata-kata mutiara juga merupakan sebuah kata-kata yang berupa nasihat, petua atau saran positif yang berharga. \n\nBerdasarkan kata-kata mutiara tadi, harap ia dapat memenuhi makna untuk membuka fikiran dan hati seseorang. Semoga ia menjadi sesuatu perkara yang indah yang tidak dapat dilupakan dan menjadi contoh dikemudian hari.\n\nSelian artikel mutiara kata ini, jemput juga baca artikel tentang"
"Selepas isteri bersalin, cara penjagaannya agak lain sedikit daripada cara penjagaan semasa hamil. Badan isteri lebih sensitif dan mereka tidak boleh banyak berjalan disebabkan luka di bahagian sulitnya. Jadi, sebagai suami, anda perlu menjaga isteri dengan 10 kali ganda lebih baik berbanding semasa isteri hamil.\n\nBagi lelaki yang baru bergelar suami dan ayah, terdapat 5 perkara yang perlu anda tahu mengenai isteri selepas bersalin. Apakah perkara-perkara tersebut ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perkara suami wajib tahu selepas isteri bersalin. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n#1 \u2013 Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.\n\n#2 \u2013 Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.\n\n#3 \u2013 Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.\n\n#4 \u2013 Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).\n\n\u2013 Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa\n\n\u2013 Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!\n\n#5 \u2013 Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.\n\n*Berikut adalah 5 perkara yang suami wajib tahu tentang isteri selepas bersalin. Pada mulanya, mungkin si suami tidak biasa dengan perubahan hormon isteri tetapi lama-kelamaan anda pasti biasa. Suami perlu memahami si isteri dan jangan membiarkan isteri keseorangan, cuba bantu apa yang patut. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ikan salmon merupakan ikan yang mengandungi pelbagai nutrisi yang baik. Tidak ada idea resepi ikan salmon? Antaranya ialah omega-3 dalam ikan ini boleh melawan kemurungan dan boleh menggantikan ubat antidepressant.\n\nDokosaheksanoid (DHA) yang terkandung di dalamnya juga memainkan peranan penting untuk perkembangan otak. Salmon dapat menjaga kesihatan mata, menjaga kesihatan kulit, mencegah alzhaimer dan banyak lagi lainnya.\n\nTentunya anda tidak ingin melewatkan makan salmon selepas ini kerana sejatinya salmon merupakan sumber makanan yang penuh dengan kebaikan. Sangat bagus jika anda dapat mengamalkan memakan ikan salmon.\n\nDi bawah ini kami tuliskan 9 resepi ikan salmon untuk anda. Banyak resepi salmon yang menarik pada perkongsian ini yang patut anda cuba. Selamat menghidang salmon.\n\nResepi daripada\u00a0Jewel Ecah di laman Facebook. Rasanya memang sedap. Makan sepinggan tidak cukup, mesti ingin bertambah.\n\nPanggang madu selain sedap diolah untuk ayam, rupanya resepi panggang madu juga sedap sangat dengan salmon.\u00a0Tengku Asmadi berkongsikan resepi salmon madu panggang yang menarik dan patut cuba.\n\n\u200eResepi Salmon Grill With Lemon Sauce\n\nResepi yang mewah dan menarik. Sesuai dijadikan hidangan sempena menyambut perayaan birthday dan sebagainya. Masak dengan kuali non stick pan sebab tidak mahu bagi melekat ikan nanti boleh jadi hancur kalau melekat. Resepi daripada\u00a0\u200eNurul Darwisya Qasdina\u00a0di Facebook.\n\nResepi yang dikongsikan oleh \u200eHaryati Ramli\u200e\u200e di laman Facebook ini juga akan menerangkan tentang resepi sos putih dan salad yang sesuai digandingkan dengan salmon grill.\n\n\u200eResepi Rosemary & Garlic Roasted Salmon\n\nBoleh tahan mahal masakan salmon di kedai. Kalau makan di kedai, boleh cecah RM 30. Baik beli sendiri salmon mentah di pasar raya (RM 13) dan rempah rosemary. Jadilah resepi rosemary dan garlic roasted salmon yang sedap ala\u00a0Hidayah Ismawi di laman Facebook.\n\n\u200eResepi Salmon Goreng Guna Air Fryer\n\nAsyik makan ayam dan daging sahaja. Jom masak ikan pula. Resepi salmon goreng daripada\u00a0Wan Hairani Wan\u200e di laman Facebook. Goreng tidak guna minyak yang banyak seperti biasa. Kalau mahu bakar pun sedap. Cuma letak dalam kuali, tutup kuali dengan penutup dan buka api kecil sahaja.\n\nIkan salmon,Ubi kentang,Cendawan butang dalam tin,Brocoli dan capsicum,Garam, lada sulah, paprika, rosmary kering.Lemon,Yogurt perisa asli,Minyak zaitun.\n\nBukan hanya beef atau chicken saja yang boleh dijadikan masak teriyaki, salmon juga enak dijadikan masak teriyaki. Buat bekal untuk anak dan suami pergi sekolah dan bekerja. Resepi daripada\u00a0Grandisee Devan\u200e\u00a0di laman Facebook.\n\nResepi Kari Kepala Salmon Tanpa Santan\n\nIbu-ibu masak menu apa hari ini? Kali ini kami berkongsikan resepi kari kepala ikan salmon tanpa santan yang simple dan tanpa banyak bahan. Resepi daripada\u00a0Su Abdullah di laman Facebook.\n\nSelain untuk bayi 12 bulan, nugget salmon juga sedap untuk dijadikan menu kudapan. Terutamanya orang yang tidak suka makan ikan salmon, boleh cubakan resepi nugget salmon ini. Resepi dikongsikan oleh\u00a0Azlinda Noh di laman Facebook. Nuget ini dicampur sayur-sayuran dan yang paling penting tanpa garam dan serbuk perasa.\n\nSelain resepi salmon, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Halba adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan. Nasi lemak yang dimasak dengan halba bukan sahaja harum baunya malah sangat lazat dan menyelerakan.\u00a0\n\nPastinya anda tahu bahawa selain melazatkan masakan, halba sangat popular di kalangan wanita terutamanya di Malaysia sebagai salah satu bahan serbaguna yang boleh digunakan untuk kecantikan\u00a0 tubuh badan, sama ada dalam dan juga luaran. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan khasiat halba untuk\u00a0 kecantikan kulit muka. Selepas ini pastinya anda akan pastikan halba sentiasa ada di dalam dapur anda.\n\nAmalan minum air rebusan halba telah menjadi amalan sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi. Air rebusan halba bukan sahaja membantu mencantikan kulit muka malah ia membantu untuk mengekalkan badan yang langsing dan menarik tanpa lelemak\u00a0 berlebihan.\n\nPerhatikan orang tua zaman dahulu. Walau pun sudah berusia, tubuh badan mereka masih menarik\u00a0 bak anak dara. Bukan lagi rahsia, halba adalah jawapannya. Penyediaan ari rebusan halba juga adalah sangat mudah dan menggunakan bahan yang ada di dalam dapur. Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan yang mahal.\n\nUntuk menyediakan air rebusan halba, bahan yang anda perlukan ialah:\n\nSelain dijadikan sebagai air rebusan, halba juga boleh dijadikan scrub. Scrub halba ini boleh digunakan pada muka dan juga seluruh badan. Maklumlah, kita bukan sahaja nakkan kulit muka yang cantik, malah kalau boleh satu badan nak putih berseri.\n\nTerdapat beberapa resepi scrub halba yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Kesemua resepi scrub ini adalah kegemaran kami dan diamalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Anda boleh pilih resepi yang mana satu untuk anda guna pada minggu ini, dan untuk minggu hadapan tukar pula resepi yang seterusnya. Menarik kan?\n\nSelain dijadikan sebagai air rebusan dan scrub, halba juga boleh dijadikan sebagai minyak untuk disapukan pada kulit muka untukm mendapatkan kulit muka yang cantik dan berseri. Seperti air rebusan dan scrub, cara untuk menyediakan minyak halba juga adalah sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Berikut adalah cara untuk menyediakan minyak halba:\n\nItulah dia info tentang khasiat hakba untuk kulit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kebaikan masker daun pegaga, khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil, dan cara buat air selusuh."
"Ibu bapa mesti ingin yang terbaik untuk anak-anaknya tidak kira dari pelbagai segi terutamanya kesihatan anak mereka. Majoriti ibu bapa pasti pernah mendengar mengenai penyakit tetanus. Tetapi tahukah ibu bapa apa itu penyakit tetanus?\n\nTetanus adalah penyakit yang sangat mengerikan. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria Clostridium Tetani. Bakteria ini sering terdapat dari tanah, objek asing dan tisu mati pada luka. Jangkitan bakteria akan melepaskan toksin yang kemudian dibawa oleh saraf ke saraf tunjang (spinal cord) dan batang otak (brain stem).\n\nToksin ini menghalang saraf dari menghantar isyarat otot untuk mengendur. Lalu otot yang yang terlibat akan berada dalam keadaan kontraksi (menegang) secara berpanjangan.\n\n Hendak tahu rasa kesakitannya? Bagi anda yang pernah mengalami kejang otot atau simpul biawak; bayangkan kekejangan itu terjadi serentak pada seluruh badan bermula dari muka, leher, dada, perut dan seluruh tangan dan kaki. Dan ia berterusan selama berjam-jam. Berulang-ulang hingga beberapa minggu. Sekarang bayangkan pula kejang otot itu berlaku terlalu kuat sehingga menyebabkan anda tak mampu bernafas dan patah tulang. \n\nRawatan tetanus bukan mudah. Saat bakteria dah lepaskan toksin, antibiotik pun dah terlambat. Antibiotik hanya berkesan untuk bakteria yang masih hidup. Pemberian antitoksin pula hanya berkesan pada toksin yang bebas dan belum melekat pada saraf.\n\nJadi rawatan sebenar adalah supportif iaitu menyokong organ yang terlibat (paru-paru, jantung, otot, usus) seperti mesin bantuan pernafasan, ubat sedatif, ubat saraf, pemakanan enteral dan menghalang jangkitan bakteria sekunder. Kadar kematian jika tidak mendapat rawatan adalah 100%.\n\nTetanus hanya sembuh apabila terminal saraf baru tumbuh menggantikan saraf yang telah diserang toksin. Ini hanya terjadi selepas beberapa bulan.\n\nNak halang tetanus sangat mudah sebenarnya. Ambil saja imunisasi bagi kanak-kanak dan booster bagi dewasa setiap 10 tahun terutama mereka yang berisiko.\n\n*Ibu bapa hendaklah prihatin terhadap perkara ini kerana ianya bukan perkara yang kecil. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa supaya menjaga kesihatan anak dengan lebih baik.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis iaitu Dr Hana Hadzrami. Untuk post yang asal sila rujuk di sini."
"Darah tinggi terjadi daripada beberapa punca. Antaranya, terlalu stress dan banyak tekanan, obesiti, pengambilan sodium yang banyak dan faktor keturunan. Tahukah anda penyakit darah tinggi boleh mengakibatkan kematian?\n\nWalaupun ia adalah penyakit biasa yang selalu ada pada rakyat Malaysia tetapi ia tersangat bahaya. Kanak-kanak kini juga sudah ada darah tinggi. Ini menunjukkan bahawa faktor gaya hidup kita tidak sihat kerana banyak pengambilan sodium.\n\nKita tidak boleh mengharapkan ubat dari hospital sahaja untuk kawal darah tinggi. Kita juga boleh mengawal darah tinggi malah menurunkan darah tinggi kita. Bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah mengawal darah tinggi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \u2714\ufe0f\u00a0Tekanan darah sering meningkat apabila peningkatan berat badan. Berat badan juga boleh menyebabkan gangguan pernafasan semasa anda tidur (tidur apnea), yang akan meningkatkan tekanan darah anda.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Berat badan adalah salah satu perubahan gaya hidup yang paling berkesan untuk mengawal tekanan darah. Kehilangan hanya 4 ke 5 kilogram dapat mengurangkan tekanan darah anda.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Aktiviti fizikal biasa sekurang-kurangnya 30 minit sepanjang hari dalam seminggu dapat mengurangkan tekanan darah anda dengan 4 hingga 9 milimeter merkuri (mm Hg). Perkara paling penting ialah konsisten kerana jika anda berhenti bersenam, tekanan darah anda boleh naik semula.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Sekiranya anda mempunyai sedikit tekanan darah tinggi (prehypertension), senaman boleh membantu anda mengelakkan hipertensi yang kronik. Sekiranya anda sudah mengalami hipertensi, aktiviti fizikal yang tetap boleh membawa tekanan darah anda ke tahap yang lebih selamat.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Jenis senaman terbaik untuk menurunkan tekanan darah termasuklah berjalan kaki, jogging, berbasikal, atau berenang.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Makan diet yang kaya dengan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain boleh menurunkan tekanan darah anda. Saya faham memang tidak mudah untuk mengubah tabiat makan anda, tetapi dengan melakukan tip-tip yang saya beri ini, anda boleh mengamalkan diet yang sihat:\n\n* Simpan diari makanan. Menulis apa yang anda makan. Pantau apa yang anda makan, berapa banyak, bila dan mengapa.\n\n* Pertimbangkan untuk meningkatkan kalium. Kalium (potassium) boleh mengurangkan kesan natrium (sodium) pada tekanan darah. Sumber kalium yang terbaik adalah makanan, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bukan makanan tambahan.\n\n* Menjadi pembeli pintar. Baca label makanan apabila anda berbelanja dan berpegang pada pelan pemakanan sihat semasa anda sedang makan.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Walaupun pengurangan kecil dalam natrium (sodium) dalam diet, anda dapat mengurangkan tekanan darah dengan 2 hingga 8 mm Hg.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Kesan pengambilan natrium pada tekanan darah berbeza-beza mengikut individu. Secara umum, hadkan natrium kepada kurang daripada 2,300 miligram (mg) sehari atau kurang.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Untuk mengurangkan natrium dalam diet anda, ikuti tip-tip ini:\n\n* Baca label makanan. Jika boleh, pilih alternatif natrium rendah makanan dan minuman yang biasanya anda beli.\n\n* Kurangkan makan makanan yang diproses. Hanya sebilangan kecil natrium berlaku secara semulajadi dalam makanan. Kebanyakan natrium ditambah semasa pemprosesan.\n\n* Jangan tambahkan garam. Hanya 1 sudu teh garam mempunyai 2,300 mg natrium. Gunakan herba atau rempah untuk menambah rasa kepada makanan anda.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Alkohol pada jumlah yang kecil, ia berpotensi menurunkan tekanan darah anda dengan 2 hingga 4 mm Hg. Tetapi kesan perlindungan itu hilang jika anda minum terlalu banyak alkohol. Minum lebih daripada jumlah alkohol yang sederhana boleh meningkatkan tekanan darah. Ia juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat tekanan darah.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Setiap rokok yang anda hisap boleh meningkatkan tekanan darah anda selama beberapa minit selepas anda selesai. Berhenti merokok membantu tekanan darah anda kembali normal. Orang yang berhenti merokok, tanpa mengira umur, mempunyai peningkatan yang besar dalam jangka hayat.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Peranan kafein dalam tekanan darah masih lagi dibincang dan dibahaskan. Kafein boleh menaikkan tekanan darah sebanyak 10 mm Hg pada orang yang jarang menggunakannya, tetapi ia tidak ada kesan yang signifikan terhadap tekanan darah kepada peminum kopi biasa.\n\nUntuk mengetahui sama ada kafein boleh meningkatkan tekanan darah anda, semak tekanan anda dalam masa 30 minit selepas minum minuman berkafein. Sekiranya tekanan darah anda bertambah sebanyak 5 hingga 10 mm Hg, anda mungkin sensitif terhadap tekanan darah yang menaikkan kesan kafein. Boleh rujuk dan berbincang dengan doktor.\n\n\ufe0f8\ufe0f\u20e3 Kurangkan stres dan tekanan hidup\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Stres dan tekanan hidup yang kronik adalah penyumbang penting kepada tekanan darah tinggi. Stres sekali-sekala juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi jika anda bertindak balas terhadap tekanan dengan makan makanan yang tidak sihat, minum alkohol atau merokok.\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Ambillah sedikit masa untuk berfikir semula apa yang menyebabkan anda berasa tertekan, seperti kerja, keluarga, kewangan atau penyakit. Sebaik sahaja anda tahu apa yang menyebabkan tekanan anda, carilah penyelesaian bagaimana anda boleh mengurangkan tekanan tersebut. Sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan semua tekanan anda, anda sekurang-kurangnya dapat mengatasinya dengan cara yang lebih sihat.\n\nPeriksa dan pantau tekanan darah di rumah dan berjumpa doktor anda dengan kerap. Pemantauan di rumah boleh membantu anda mengekalkan bacaan normal tekanan darah anda, membantu anda untuk terus konsisten dengan gaya hidup sihat, dan memberi isyarat kepada anda jika ada tanda-tanda awal komplikasi kesihatan.\n\n\ufe0f\ud83d\udd1f Dapatkan sokongan Keluarga dan rakan-rakan\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Keluarga dan rakan sebenarnya penting dalam membantu meningkatkan kesihatan anda. Mereka boleh menggalakkan anda untuk menjaga diri, membantu untuk berjumpa doktor atau memulakan program senaman bagi memastikan tekanan darah anda rendah. Ini juga dapat memberi anda hubungan dengan orang yang boleh memberi anda sokongan emosi dan mereka yang boleh menawarkan tip praktikal untuk membantu anda.\n\n*Mencegah lebih baik daripada mengubati. Lebih baik ambil langkah berjaga-jaga dari sekarang. Amalkan gaya hidup sihat, kurangkan pengambilan garam dan gula dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ayuh kenali sumbangan Tariq bin Ziyad dan kehebatannya. Serta ketahui kisah membakar kapal dan kata-kata menarik beliau.\n\nTariq bin Ziyad berasal dari kaum Barbar yang berasal dari tanah Afrika. Nama sebenar beliau Thariq bin Ziyad bin Abdullah bin Walgho bin Walfajun bin Niber Ghasin bin Walhas bin Yathufat bin Nafzau yang lahir sekitar tahun 50 Hijrah di daerah Afrika Utara.\n\nDiceritakan Tariq bin Ziyad merupaka seorang anak yatim yang telah kematian \u00a0ibu bapanya akibat dibunuh. Kemudiannya beliau dijual sebagai hamba atau budak suruhan. Satu hari, Musa bin Nusair, yang merupakan serorang Gabenor di Afrika telah memerdekakan dan mengislamkan Tariq selain mengajarnya \u00a0pelbagai ilmu seperti persenjataan, peperangan termasuklah cara menunggang kuda. Sehinggalah akhirnya Tariq bin Ziyad diberi kepercayaan sebagai seorang panglima.\n\nSetelah itu Musa bin Nusair mengangkat Thariq, yang juga panglima terhandalnya \u00a0sebagai penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentera dari bangsa Barbar.\n\nBeliau juga dianggap sebagai seorang panglima penting dalam sejarah Iberia. Di bawah pemerintahan\u00a0 khalifah Umayyah,\u00a0 Al-Walid\u00a0 bin Abdul Malik., beliau mengetuai pasukannya dari pantai utara Algeria yang menakluk Semenanjung Iberia ataupun Hispania.\n\nSehinggakan di Sepanyol, namnya menjadi terkenal sebagai \u2018Tariq el Tuerto\u2019 yang \u00a0bermaksud Tariq Bermata Satu. \u00a0\n\nTariq bin Ziyad merupakan ketua tentera Islam kerajaan Umaiyah yang berjaya menakluki Semenanjung Iberia (Andalusia, Sepanyol).\n\nPada bulan Rejab tahun 97 H ( 19 Julai 711 M), Tariq bin Ziyad mendapat perintah daripada Musa bin Nusair untuk menyerang Semenanjung Andalusia. Dengan \u00a0kekuatan 7,000 orang tentera yang sebahagian besarnya berbangsa Barbar, Tariq dan pasukannya berjaya menyeberangi Selat Andalusia dengan bahtera yang disediakan oleh Julian, Gabenor Ceuta di Afrika Utara, yang berkerjasama dengan tentera Muslimin untuk menentang Raja Roderick, penguasa kerajaan Visigoth di Andalusia.\n\nSetelah mendarat di pantai berbatu karang yang kemudian dinamakan Gibraltar, Tariq bin Ziyad dan \u00a0pasukannya menghadapi kekuatan 25,000 orang perajurit Visigoth. Walaupun bilangan tentera Islam sangat sedikit berbanding dengan pasukan musuh, mereka tidak berasa sedikit gentar. Apatah lagi apabila mendapat kata-kata semngat daripada ketua mereka sendiri.\n\nMenurut riwayat, sebaik sahaja berjaya menyeberangi selat andalusia, Tariq bin Ziyad mengarahkan pasukan Islam membakar semua bahtera yang mereka naiki. Hal ini bagi emngelakkan pasukan Islam melariakn diri semasa pertempuran berlaku, termasuklah mereka akan bertempur berhabisan dengan pasukan musuh kerana sudah tidak ada jalan pulang.\n\nLalu Tariq bin Ziyad pun menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat:\n\n\u201cWahai manusia, ke mana kau akan lari? Laut di belakangmu dan musuh di depanmu. Maka, tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali berjuang berhabis-habisan. Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran.\u201d\n\nTaktik yang digunakan oleh Tariq bin Ziyad ini sangat \u00a0berkesan. Perang yang terjadi lebih seminggu itu, menyaksikan kekalahan Kristian Eropah dan Rodheric mati dibunuh. Kemenangan ini menjadikan Islam bertapak di situ selama 800 tahun.\n\nKemudian Tariq bin Ziyad \u00a0meminta tambahan pasukan kepada Musa bin Nusair. Lalu Musa\u00a0bin Nusair bersetuju dan menghantar 5,000 orang tentera.\u00a0 Dengan itu, satu demi satu kota di Andalusia berjaya ditawan oleh Tariq bin Ziyad; Toledo, Elvira, Granada, Cordoba, Malaga, Arichidona. Sehingga tiba musim panas pada tahun 711 M, pasukan Islam telah berjaya menguasai separuh daripada wilayah Andalusia. Kerana kehebatannya, sebuah bukit diabadikan atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau Gibraltar. Bukit tersebut menjadi tempat pertama kali Thariq bin Ziyad dan pasukannya mendarat dan menyiapkan pasukannya.\n\nPada tahun 712 M, beliau menyusul Tariq bin Ziyad dan pasukannya bersama 18,000 kekuatan tentera melalui jalan lain yang ditempuh oleh Tariq. Musa bin Nusair lalu berjaya menguasai Sidonia, Kormona, Merida, Sevilla, termasuklah berjaya menewaskan kerajaan Visigith,Theodomir di Orihuela.\n\nMusa bin Nusair akhirnya bertemu \u00a0dengan Tariq ibn Ziyad serta pasukannya di Toledo. Mereka lalu bergabung sehingga \u00a0berjaya menakluki Ecija. Zaragoza, Aragon, Leon, Aturia, dan Galicia. Setelah itu mereka bergerak menuju wilayah Pyrenies, Perancis.\n\nIni bermaksud, \u00a0seluruh daratan Semenanjung Andalusia telah dikuasai oleh perajurit Muslim Hanya dalam waktu dua tahun. Beberapa tahun kemudian Portugis mereka taklukkan dan mereka ganti namanya dengan Al-Gharb (Barat).Tidak lama kemudian, mereka dipanggil pulang ke Damsyik oleh Khalifah al-Walid. Hal ini telah mematikan cita-cita Tariq untuk terus menguasai Eropah dengan membawa Islam ke sana.\n\nSebaik sampai di Damsyik, Tariq ibn Ziyad menghembuskn nafasnya yang terakhir pada tahun 720 M.\n\nTariq bin Ziyad, daripada serorang pemuda suruhan akhirnya menjadi seorang panglima yang sangat disegani dan gah namanya sebagai penakhluk yang menyebarkan\u00a0 syiar Islam, sehingga ke esluruh sepanyol.\n\nDiceritakan, beliau menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai idolanya, terutamanya dalam ilmu persenjatan dan peperangan. Beliau juga mencontohi Panglima Khalid al-Walid yang hanya memilih tentera yang paling terbaik iaitu yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Beliau sangat tidak takut akan kematian dan sangat mencintai syahid, dengn itu beliau akan memastikan tenteranya berjuang demi menegakkan syariat Allah.\n\nKeperibadian Tariq wajar dicontohi oleh anak muda zaman kini. Bukan sahaja dalam aspek kenteraan, tetapi juga dalam keperibadian beliau. Usaha kerasa beliau sehingga titisan darahnya perlu dihargai dan dihayati demi mengnigatkan kita bahawa perluasan agama Islam buknalah sesuatu yang mudah.\n\nIngatlah berkat usaha penjuang ini\u00a0 juga, agama Islam pernah berada lebih 800 tahun di bumi sepanyol, bahkan hamper mngusai Eropah keseluruhannya.\n\n Sila baca juga artikel-artikel menarik yang ingin kami kongsikan seperti;"
"Kuih tepung pelita merupakan salah satu kuih tradisional yang menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai terutamanya di bazar-bazar sewaktu bulan puasa. Bagi saya kuih in sememangnya sangat sedap dan menyelerakan. Sedar-sedar dah habis beberapa bekas. Yela, gabungan rasa lemak berkrim bahagian santan dan kewangian pandan bahagian pandan mampu membuatkan sesiapa sahaja menyuap kuih ini suap demi suapan tanpa sedar. \n\nSekarang banyak resepi tepung pelita yang telah diubahsuai dengan dimasukkan tepung jagung la, tepung kwan hoe lah dan macam macam lagi.\u00a0 Apa kata kali ini kita cuba buat menggunakan resepi tepung pelita versi kelantan yang dikongsikan oleh Nor Mastura Yusof dari laman Facebook. Gerenti jadi punya. Lagipun tak banyak pun bahan yang perlu disediakan dan caranya pun mudah. Tidak mengambil masa yang lama. Apa lagi. Jom tengok resepinya.\n\nResepi kuih tepung pelita (versi kelantan)\n\nBahan-bahan dan kaedah penyediaan tepung pelita\n\nDah siap. Mudah kan? Tak payah dah susah-susah nak tunggu kukus pula sebab tepung dah masak. Jadi cara ini mudah dan jimat masa. Silakan share resepi ini jika ianya menepati apa yang anda cari. Anda juga boleh mencuba resepi menarik yang lain. Selamat mencuba."
"Di dalam islam, lelaki mempunyai tugas yang besar dalam membimbing keluarga ke jalan yang benar. Wanita baik dijodohkan dengan lelaki baik, wanita yang kurang baik akan dijodohkan juga dengan lelaki baik. Di sini kita lihat, jika lelaki itu kurang baik, sebelum mendirikan rumah tangga, lelaki itu perlu perbaiki dirinya menjadi seorang yang lebih baik.\n\nLelaki adalah ketua keluarga. Sebagai ketua, lelaki perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab dan tahu bagaimana untuk mengurus sebuah keluarga seperti ketua kumpulan menguruskan kumpulannya. Jika, lelaki tidak menjadi ketua keluarga yang baik, bagaimana ingin membimbing sebuah keluarga ke arah yang benar?\n\nJawapannya, ibu bapa perlu mendidik anak lelaki mereka sejak kecil lagi untuk mengajar mereka menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Ada 5 perkara yang dididik kepada anak lelaki menurut Doktor ini.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai didik anak lelaki 5 perkara ini. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Perkara perlu dididik kepada anak lelaki\n\n1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri\n\n\u2013 contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita\n\n2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility\n\n\u2013 ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak\n\n3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness\n\n\u2013 banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness\n\n\u2013 personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra\u2019 & berinstinjak. Antara ilmu istibra\u2019 yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing\n\n4. Ajar anak lelaki Coping Skills\n\n\u2013 coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke\n\n\u2013 Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak\n\n5. Ajar anak lelaki tentang Empathy\n\n\u2013 bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu\n\n\u2013 amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita \u201cAdik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? \u201d\n\n\u2013 bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang\u00a0hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi.\n\n*Jika kita dididik anak lelaki kita 5 perkara seperti di atas ini. Insyaallah, anak lelaki kita akan membesar menjadi seorang lelaki yang berbudi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai ketua keluarga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang.\n\nKerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji.\n\nDan jikalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama.\n\nApabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun.\n\nTapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP. Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300.\n\nBawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.\n\nUsah pedulikan tahun peruntukan giliran menunaikan haji, its just a number by the way. Bila dah tertulis anda akan tunaikannya, insyaAllah Dia akan buka jalan ke arahnya. Kecuali orang yang tidak melakukan apa-apa.\n\nBecause a journey of a thousand miles begins with a single step. Apa yang pentingnya satu langkah ni? Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan keluar dari rumah untuk menuju ke Tabung Haji. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam Tabung Haji.\n\nKalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam airport. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan menunggu di dalam \u2018departure hall\u2019. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan berjalan di dalam aerobridge untuk masuk ke dalam kapal terbang.\n\nKalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan merasai panasnya berada di padang pasir tapi nyamannya angin saat turun dari kapal terbang di airport Jeddah.\n\nKalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan berjalan kaki di celah-celah hotel yang tinggi-tinggi menuju ke Masjidil Haram. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam Masjidil Haram melalui pintu 1 King Abdul Aziz.\n\nKalau tidak kerana satu langkah ini, kaki anda tidak akan terhenti, kaku dan air mata tiba-tiba mengalir saat kali pertama anda melihat Kaabah.\n\nKalau tidak kerana satu langkah ini, mana mungkin kaki anda melangkah menuruni beberapa anak tangga menuju ke dataran tawaf. Dan kalau tidak kerana satu langkah ini, tentunya anda tidak akan dapat mengelilingi Kaabah untuk melakukan ibadah tawaf bagi menyempurnakan rukun Haji yang menjadi ibadah yang anda lakukan ini sah dn diterima Allah. Betapa pentingnya satu langkah.\n\nInisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.\n\nKemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.\n\nAhli KWSP yang layak adalah seperti berikut:\n\nKemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.\n\nAhli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.\n\nAhli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.\n\nNota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.\n\nSoalan Lazim Pendaftaran Haji Ahli KWSP\n\n#1 Apa Yang Dimaksudkan Dengan Pendaftaran Haji Ahli KWSP? \n\nIa adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.\n\n#2 Adakah\u00a0Melalui Kemudahan Ini Ahli Boleh Mengeluarkan Simpanan KWSP Mereka?\n\nTidak. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka kerana kemudahan ini bukanlah satu jenis pengeluaran. Kemudahan ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji.\n\nIa juga bukan bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri. Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.\n\n#3 Siapa yang layak menyertai kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP? Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:\n\ni. Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap\nii. Beragama Islam\niii. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00\niv. Belum mencapai umur 55 tahun\nv. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji\n\n#4 Bagaimana untuk memohon Pendaftaran Haji Ahli KWSP?\n\nAhli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP.\nNota: Ahli perlu membuka akaun simpanan di Tabung Haji (jika belum)\n\n#5 Di mana ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP?\n\nAhli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP daripada:\ni. Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran\nii. Kios KWSP\niii. Laman web myEPF \u2013 pengguna i-Akaun\niv. Penyata Tahunan Ahli KWSP yang dikirim melalui mel\n\n#6 Bolehkah ahli membuat pendaftaran haji di bawah kemudahan ini bagi pasangan (suami isteri) atau ibu bapa atau anak-anak ahli?\n\nTidak. Kemudahan ini hanya bagi pendaftaran individu ahli sahaja.\n\n#7 Bila kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa?\n\nKemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.\n\n#8 Bolehkah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dibatalkan?\n\n#9 Bolehkah Ahli Yang Berumur 55 Tahun Ke Atas Menggunakan Kemudahan Ini?\n\nTidak boleh, hanya ahli yang berumur di bawah 55 tahun layak menggunakan kemudahan ini.\n\n#10 Mengapa Ahli Yang Berumur 55 Tahun Ke Atas Tidak Layak Menggunakan Kemudahan Ini?\n\nPada umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan KWSP pada bila-bila masa. Oleh itu, mereka bolehlah membuat pendaftaran sendiri dengan Tabung Haji.\n\n#11 Adakah Pendaftaran Haji Ahli KWSP Ini Membolehkan Ahli Mengerjakan Ibadah Haji Lebih Cepat Berbanding Prosedur Sebelum Ini?\n\nTidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.\n\n#12 Bolehkah Ahli Yang Telah Mendaftar Haji Di Bawah Prosedur Tabung Haji Sebelum Ini Menukarkannya Kepada Kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP Tanpa Melibatkan Pertukaran Tarikh Giliran Haji Yang Telah Diberi Sebelum Ini?\n\nBoleh. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan tahun peruntukan haji kekal seperti sedia ada.\n\nManakala wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini akan dicairkan. Buat masa ini, pertukaran ini hanya boleh dibuat di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.\n\n#13 Adakah Pendaftaran Haji Ini Terjejas Sekiranya Ahli Membuat Pengeluaran Kesemua Simpanan KWSP Seperti Pengeluaran Hilang Upaya Atau Pengeluaran Pekerja Berpencen?\n\nPendaftaran haji tidak terjejas dan kekal seperti sedia ada.\n\n#14 Bolehkah Ahli Yang Membuat Pengeluaran Hilang Upaya Diberi Keistimewaan Untuk Menunaikan Haji Lebih Awal Daripada Tempoh Yang Ditetapkan Dengan Syarat Mereka Mempunyai Simpanan Yang Mencukupi?\n\nTidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.\n\n#15 Bolehkah Ahli KWSP Mengeluarkan Simpanan KWSP Bagi Tujuan Membiayai Kos Keseluruhan Menunaikan Ibadah Haji?\n\nTidak boleh. Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Bagaimanapun, di bawah kemudahan ini, ahli boleh membuat pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji.\n\nAyuh mendaftar. Peluang ini mungkin hanya sekali dalam seumur hidup\n\nKredit kepadaMohd Lutfi dan sumber ini diambil facebook.com"
"Kalau anda menginginkan sesuatu yang ekonominya jimat, disini kami sediakan sebuah hidangan khas buat anda. Resepi ini lazat, mengenyangkan dan mudah untuk dihidangkan. \n\nKali ini kami bawakan resepi ikan sardin masak lemak cili api. resepi ini hanya menggunakan ikan sardin didalam tin. Unik kan? Selalunya kita hanya memasaknya dalam satu juadah sahaja tapi kini kita boleh mempelbagaikan juadah itu. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Atiqah Sulaiman dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!\n\nResepi Ikan Sardin Masak Lemak Cili Api\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMudah kan resepi ini? Selain daripada resepi ini, ada lagi beberapa resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya."
"Isteri solehah yang tahu hormati suami adalah dambaan semua lelaki. Isteri solehah ini juga adalah pemaisuri di hati suami untuk disayangi, dicintai dan dilindungi. Tapi mengapa zaman sekarang banyak kisah yang kita dengar di mana\u00a0isteri degil hingga tidak hormat suami?\n\nDalam Islam telah dinyatakan yang isteri taat dan mendengar kata adalah ciri seorang isteri solehah yang layak untuk membau syurga. Namun sayang masih ada dikalangan para isteri zaman ini yang tidak mempedulikan itu semua. \n\n#1 \u2013 Rasa Hormat Hilang Akibat Terkilan Dengan Sikap Suami\n\nRasa Hormat Isteri pada Suami Boleh hilang garas-gara sikap seorang suami itu sendiri.\u00a0Banyak suami yang besikap lepas tangan tentang nafkah bila isteri turut berkerjamencari rezeki,Suami lupa tanggung jawab, suami banyak main hp, tidak tolong jaga anak, semakin lama semakin kurang rasa hormat isteri terhadap suaminya.\u00a0\n\nKadang-kadang hanya pergaduhan kecil, tetapi kata-kata suami itu telah melukakan hati isterinya. Si suami tidak pernah mengeluarkan perkataan maaf akhirnya hati si isteri makin terluka dan memendam rasa.\u00a0\n\nBanyak pekara lain lagi termasuk Suami lupa pada janji,\u00a0 terlalu kerap berbohong asyik melakukan kesalahan yang sama berulang kali,\u00a0 Akhirnya isteri hilang kesabaran dan rasa tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan rumah tangga adam dan hawa, sedikit demi sedikit si isteri akan mula termakan hasutan syaitan.\n\n#2 \u2013 Suami Tak Capai Standard Seperti Yang Isteri Harapkan (High Demand)\n\nAntara penyebab lain isteri degil tidak hormat suami adalah kerana sikap si isteri itu sendiri yang dengan sengaja menilai dan membandingkan suami\u00a0dengan orang lain.\n\nSebagai contoh, si isteri mula bandingkan suaminya dengan rakan sekerja, saudara, adik beradik dan mungkin juga idolanya. Secara tidak langsung isteri itu seakan terlupa yang suaminya juga manusia biasa dengan pelbagai kekurangan. Akibatnya ia boleh menjadi punca pergaduhan dek kerana merasa kecewa apabila si suami tidak seperti yang diharapkan.\n\n#3 \u2013 Suami Tidak Pandai Menghargai Isteri\n\n Sila hargai istri\u00a0sebelum terlambat kerana hargai isteri ini adalah satu perkara yang penting. Jangan terkejut kerana isteri\u00a0dengan rasa\u00a0tak\u00a0dihargai boleh mengundang padah!\n\n Ada juga kes di mana si isteri rasa suami dah tak sayang akibat bentuk tubuhnya yang dah berubah. Ada juga isteri yang rasa tak dihargai walau dah banyak berkorban. Tak perlu canang satu kampung, memadailah dengan ucap \u201cTerima kasih sayang sebab bantu abang\u201d. Itu sudah cukup untuk membuatkan si isteri berasa gembira dan dihargai. \n\nIni tidak, sudahlah si isteri penat berkerja dan jaga rumahtangga demi untuk memastikan beban di bahu suami menjadi ringan, ditambahnya pula dengan caci maki akibat lambat masak dan sebagainya. Sepatutnya si suami tolong bantu dan bukannya dengan sengaja mengambik kesempatan dan memandang remeh hasil titik peluh isteri yang bekerja untuk membantunya.\u00a0\n\nApabila keadaan ini berterusan sudah tentu semakin lama rumahtangga akan menjadi semakin suram. Perasaan marah dan sakit hati akan menjadikan suasana yang sangat dingin dalam perkahwinan. Pada waktu ini sudah terlambat untuk si suami memujuk si isteri untuk kembali macam dulu lagi. \n\n#4 \u2013 Isteri Melihat Suami Berlaku Curang Depan Matanya Sendiri\n\nDalam hubungan\u00a0suami\u00a0isteri banyak perkara perlu dilihat dan paling tak boleh diterima oleh isteri adalah pabila\u00a0suami\u00a0berlaku\u00a0curang\u00a0di belakangnya. Suami curang\u00a0dalam diam bukan satu isu baru. Mengetahui \u00a0suami\u00a0berlaku\u00a0curang\u00a0memang satu perkara yang menyakitkan hati lebih lagi jika melihatnya sendiri depan mata.\n\nAda juga di mana suami sudah beberapa kali berlaku curang. Telah diberi \u00a0peluang namun sama sekali tidak dihargai oleh si\u00a0suami. Dalam keadaan ini memang isteri tidak hormat suami lagi dan hanya cerai yang menjadi titik penyelesaian.\n\nTanda Isteri Mula Degil Dan Hilang Hormat Pada Suami\n\nBerikut adalah pentanda isteri mula hilang rasa hormat pada suami\n\nJangan Dilupa Wahai Isteri Yang Syurga Itu Adalah Pada Suami\n\nPerkahwinan adalah hubungan hati antara dua insan. Maka berbaik-baiklah dan sama-samalah menjaga ikatan sah yang dah terbina. Jangan lupa yang hidup ini tidak kekal untuk selamanya.\n\nUntuk para suami tanya diri sendiri mengapa isteri sudah mula tunjuk rasa tidak hormat. Berubahlah untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik dan lebih hebat untuk si isteri berbanding sebelumnya.\n\n Untuk si isteri pula jangan sesekali alpa yang syurga seorang isteri itu adalah pada suaminya. Jangan mudah sentap! Kenali hati budi suami dan cuba usaha bagaimana untuk lancarkan hubungan yang ada dengan baik. Jika mula ada rasa seperti seorang\u00a0isteri degil yang tidak hormat suami, cepat-cepatlah kikis perasaan tu.\n\nSebagai isteri juga harus bersikap terbuka dan menilai diri sendiri adakah anda isteri yang baik untuk suami anda? Dan ingatlah seburuk mana pun suami anda, anda masih perlu menghormatinya kerana syurga isteri di bawah tapak kaki suami.\u00a0\u00a0\n\nJika ada rasa tidak puas hati luahkan jangan pendam kerana suami itu lurus mereka tak dapat membaca fikiran isterinya. Jangan terlau ikot emosi kerana syaitan suka meruntuhkan rumah tangga."
"Anda suka makan nenas atau nanas?\n\nSebutan sebenarnya ialah nanas mengikut Kamus Dewan.\n\nSebenarnya nanas mempunyai 1001 segala manfaat ramai yang tidak tahu.\u00a0 Sama ada untuk wanita, batuk, kolestrol ataupun sebagai diet. Nanas sangat bermanfaat.\n\nNah kami kongsikan fakta dan manfaat nanas yang ramai tidak tahu.\n\nNanas atau nama saintifiknya Ananas comosus dari famili Bromeliacaeae merupakan antara hasil tanaman komersial yang penting dan digunakan oleh hampir seluruh penduduk dunia.\n\nJika durian dianggap Raja Buah, nanas pula ialah Permaisuri Buah disebabkan rasa dan perisanya yang sangat digemari ramai. Mengikut statistik eksport dan import dunia, nanas ialah buah tropikal ke-3 terpenting selepas pisang dan sitrus.\n\nOrang Eropah menemui nanas di kepulauan Caribbean pada tahun 1493. Mereka berusaha menanamnya namun gagal kerana cuaca yang tidak sesuai. Lalu, nanas diperkenalkan kepada orang Asia, Afrika, dan penduduk Selatan Pasifik.\n\nKerana ia sukar didapati selain memerlukan hampir 3 tahun untuk matang, nanas dianggap makanan mewah suatu masa dulu. Malah, ia turut menjadi simbol ketinggian darjat dan kelas sosial.\n\nPelukis Hendrik Danckerts pernah menghasilkan lukisan berkaitan nanas pada tahun 1675. Dalam lukisan tersebut, ditunjukkan Charles II menerima nanas pertama yang ditanam di England daripada pekebun istana.\n\nSelain boleh dimakan begitu sahaja, nanas juga dijadikan pelbagai produk termasuk jus, cuka, alkohol dan makanan haiwan.\n\nNanas merupakan tumbuhan herba renek yang tumbuh hingga 1-1.5 meter tinggi. Apabila musim berbuah, pokok nanas menghasilkan sehingga 200 bunga yang bercantum menjadi buah.\n\nBuah nanas yang matang mengandungi 14% gula, protein, enzim pencernaan, bromelin, asid sitrik, asid malik, vitamin A dan B. Jus nanas yang terhasil adalah bergantung kepada faktor geografi, musim, pemprosesan dan masa tuaian.\n\nSecara keseluruhannya, nanas mengandungi 81.2-86.2% kelembapan dan 13-19% jumlah pepejal yang merangkumi sukrosa, glukosa dan fruktosa sebagai komponen utama. Karbohidrat merupakan komponen terbesar bagi pepejal tersebut sebanyak 85% dengan komposisi serat ialah 2-3%.\n\nDaun nanas yang boleh mencapai ketinggian 1.5 meter sebenarnya turut dijadikan tekstil. Seratnya digunakan sebagai satu bahan dalam menghasilkan kertas dinding serta barang keperluan rumah yang lain.\n\nDi Malaysia, terdapat universiti tempatan seperti UTHM yang mencipta mesin bagi mendapatkan serat nanas.\n\nKandungan Vitamin C dalam nanas adalah separuh daripada keperluan harian vitamin C. Ia menentang kerosakan sel dan radikal. Justeru, ia bagus dalam melawan masalah seperti sakit jantung dan sakit sendi.\n\nMenurut para penyelidik dari Universiti Bangladesh pada tahun 2015, buah nanas merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik. Sebiji nanas yang sihat dan matang mampu membekalkan kira-kira 16.2% keperluan harian vitamin C.\n\nNanas mengandungi banyak sebatian bioaktif yang penting untuk pertahanan antioksidan, antaranya pelbagai jenis vitamin dan mineral.\n\nPenyelidik yang sama pada tahun 2011 juga melaporkan kandungan antioksidan yang tinggi dalam nanas datang daripada sebatian fenolik yang merupakan sumber antioksidan yang sangat baik.\n\nIa juga baik bagi membentuk tulang yang kuat. Gabungan mangan dan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.\n\nPerkembangan tulang dalam tubuh orang muda dan menguatkan tulang orang tua dapat dikesan melalui pemakanan nanas.\n\nKajian lepas mendapati bahawa vitamin C dalam nanas menyokong pembentukan kolagen dalam tulang, saluran pembuluh darah, kartilaj dan otot selain membantu penyerapan zat besi.\n\nKandungan thiamin di dalam nanas juga tinggi. Thiamin merupakan vitamin B1 yang terlibat dalam menghasilkan tenaga dengan menukar unit karbohidrat kepada tenaga. Vitam B1 juga amat penting bagi formulasi sel darah merah.\n\nSementara itu, dilaporkan bagi setiap 100 gram hidangan nanas, terdapat 52 kalori dengan 1.4 gram serat dan 13.7 gram karbohidrat.\n\nNanas bagus untuk mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak yang biasanya terjadi ketika usia meningkat. Ia diperolehi daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan juga antioksidannya.\n\nHasil kajian menunjukkan pengambilan vitamin C penting untuk mengelakkan katarak.\n\nSelain itu, kandungan asid malik sebanyak 13% daripada keseluruhan kandungan asidik jus nanas berupaya memberikan nilai kesihatan yang tinggi untuk mengekalkan kesihatan oral dan ketahanan imunisasi.\n\nSerat di dalam nanas memastikan usus sentiasa sihat.\n\nKenyataan ini disokong dengan penemuan saintifik yang mengatakan bahawa nanas kaya dengan serat untuk menjadikan pergerakan usus sentiasa berjalan dengan baik dan lancar. Masalah sembelit dapat diatasi dengan kehadiran serat yang baik ini.\n\nNanas mengandungi bromelain iaitu sejenis enzim yang memecahkan protein dan membantu pencernaan. Bromelain juga berfungsi mengurangkan masalah keradangan dan risiko tumbesaran tumor serta risiko penggumpalan darah.\n\nBromelain merupakan bahan di dalam nanas yang paling banyak dikaji. Ini kerana ia hanya ditemui di dalam nanas.\n\nKandungan bromelain di dalam nanas menyebabkan jus nanas digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan.\n\nMenurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Saarland, bromelain di dalam nanas membantu dalam menyembuhkan luka. Losyen yang dibuat berasaskan bromelain menunjukkan ia turut membantu dalam penyembuhan kulit terbakar pada manusia.\n\nJika batuk berkahak dan berhingus, dicadangkan untuk anda makan nanas.\n\nSebatian bromelain dilaporkan menunjukkan kesan antiradang yang baik bagi mengurangkan bengkakan dan kesan radang pada tekak dan juga tisu yang tercedera.\n\nKandungan vitamin dan mineralnya dikatakan bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita.\n\nMenurut Hussain et al. (2015), kandungan mangan yang tinggi dalam jus nanas menandakan pilihan yang bijak bagi mereka yang ingin meningkatkan kesuburan kerana mangan membantu peningkatan kesuburan melalui peningkatan kualiti sperma.\n\nNanas adalah sumber karbohidrat yang diperolehi daripada gula seperti fruktosa,sukrosa, dan glukosa di dalamnya.\n\nSatu cawan potongan nanas mengandungi 82 kalori. Nanas juga bebas lemak dan bebas kolesterol selain rendah kandungan sodium. Kandungan gula di dalamnya ialah 16g secawan.\n\nKhasiat nanas dalam tin adalah kurang berbanding nanas segar. Oleh itu, untuk mendapatkan khasiat sebenar, nanas segar adalah lebih baik.\n\nMinum jus nanas yang dikisar sendiri lebih baik daripada membeli jus yang dijual di kedai dan pasaraya. Ini kerana dikhuatiri kandungan gula dan air yang dicampurkan ke dalamnya menghilangkan nilai khasiat sebenar nanas.\n\nApa jua yang kita makan dan lakukan perlu dilakukan secara bersederhana. Walaupun nanas mempunyai banyak khasiat terutamanya vitamin C, tapi jika dimakan secara berlebihan akan mendatangkan kesan negatif kepada tubuh.\n\nIni termasuklah cirit-birit, rasa loya, sakit pada abdomen, dan pedih hulu hati.\n\nKandungan bromelain di dalam nanas pula boleh menyebabkan ruam, muntah, cirit- birit, dan pendarahan haid berlebihan. Ini berlaku jika makan nanas secara berlebihan juga.\n\nSekiranya anda sedang memakan ubat atau dalam rawatan, seeloknya dapatkan nasihat daripada doktor anda jika mahu makan nanas.\n\nPilih nanas yang masak iaitu yang berwarna kuning terang. Elakkan juga membeli nanas yang sudah layu kerana terlalu masak. Ia dapat dilihat daripada keadaan kulitnya yang berkedut, merekah, dan daunnya yang layu.\n\nLebih bagus jika anda membeli nanas pada hari anda mahu memakannya. Nanas boleh disimpan di dalam peti sejuk sama ada sebelum atau selepas memotongnya.\n\nTapi, pastikan anda memakannya dalam tempoh 3 sehingga 5 hari.\n\nBungkus nanas dalam plastik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk. Bagi nanas yang dipotong pula, simpan ia di dalam bekas kedap udara sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk untuk memanjangkan tempoh kesegarannya.\n\nBerdasarkan semua maklumat di atas, agak rugi jika nanas tiada dalam diet kita. Ia boleh jadi kudapan semasa berehat sambil menonton televisyen atau dimasak bersama- sama bahan lain dalam masakan kita.\n\nJadikan ia sebagai salad semasa makan tengah hari atau jus yang menyegarkan tubuh dan menghilangkan keletihan. Kreatifkan diri dengan menggabungkan nanas dengan buah-buahan lain seperti mangga.\n\nKami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain. Semoga ianya turut bermanfaat. Oh ya, jangan lupa untuk share dan kongsi dengan menekan butang share Facebook jika artikel yang dikongsi bermanfaat.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Tengah mencari review themomix? Masih was-was untuk dapatkan atau tidak? Rasa mahal?\n\nMungkin perkongsian dari Puan Rohayu ini dapat membantu anda buat keputusan untuk dapatkan atau tidak gajet ini. Sekadar kongsi, asalnya Puan Rohayu tidaklah berminat untuk menjadi ejen sah produk ini. Tetapi akhirnya jatuh cinta untuk kongsikan pengalaman menggunakan thermomix selepas menggunakannya.\n\nPuan Rohayu kongsikan juga tips untuk dapatkan dalam pelan yang berbaloi.\n\nThermomix adalah peralatan dapur yang dihasilkan oleh Kumpulan Korporat Vorwerk yang telah ditubuhkan di Wuppertal, Jerman pada 1883 (137 tahun). Perniagaan teras Vorwerk adalah pengedaran langsung peralatan rumah (pembersih vakum Kobold, Thermomix peralatan dapur) dan JAFRA kosmetik\n\nNama Thermomix berasal dari gabungan \u201cthermo\u201d (pemanasan) dan \u201cmix\u201d (campur). Sejarah Thermomix bermula dari penghasilan siri pengadun dipanggil VKM5, pada tahun 1960, dan telah ditambah baik sehingga produk terkininya dikeluarkan pada 2019 dan dinamakan Thermomix TM6.\n\nPeralatan Thermomix TM6 dikatakan canggih kerana merupakan satu alatan dapur yang mampu melakukan lebih daripada 20 fungsi seperti kisar, stim, emulsi, kacau, potong, masak, campur, penimbang, kisar, pukul, uli, cerek, cincang, penapaian, masak suhu tinggi, Sous Vide, memasak perlahan, pra bersih dan lain-lain (Lihat video 1).\n\nPengguna Thermomix boleh memilih untuk membayar RM291/sebulan (0% pelan ansuran dengan kad kredit terpilih) selama dua tahun atau memilikinya dengan cara PERCUMA (terdapat terma dan syarat dikenakan).\n\nThermomix TM6 mempunyai lebih daripada 20 fungsi antaranya kisar, stim, emulsi, kacau, potong, masak, campur, penimbang, kisar, pukul, uli, cerek, cincang, penapaian, masak suhu tinggi, Sous Vide, memasak perlahan, pra bersih dan lain-lain. Ini hanyalah permulaan, melalui \u201csoftware updates\u201d pengguna akan terus menikmati penambahbaikan dari semasa ke semasa (Lihat video 1).\n\nSatu mesin Thermomix TM6 mampu melakukan lebih daripada 20 fungsi peralatan dapur, ini dapat mengurangkan keperluan pembelian alatan dapur yang lain sekaligus membebaskan ruang dapur dan ruang almari pengguna.\n\nThermomix TM6 direka dengan skrin sentuh dan pengguna biasanya hanya perlu menetapkan fungsi, masa, suhu dan kelajuan untuk mengoperasikan mesin ini.\n\n#5 Lebih 50,000 resepi untuk dicuba\n\nMesin in juga boleh disambungkan ke \u201cWifi\u201d dan pengguna boleh memilih untuk mengakses resepi-resepi di Cookidoo yang mempunyai lebih 50,000 jenis resepi. Ini dapat membantu pengguna untuk memasak dengan lebih mudah kerena panduan serta langkah-langkahnya sangat mudah diikuti dan difahami.\n\nHanya tekan dan pilih jenis menu makanan yang ingin dimasak, sediakan bahan yang diperlukan dan masukkan ke dalam mesin satu-persatu mengikut apa yang dipaparkan di skrin.\n\nPengguna juga mempunyai kebebasan untuk memasak resipi dengan cara tersendiri.\n\nThermomix TM6 memberikan anda lebih banyak masa untuk menikmati kehidupan dengan mengurangkan masa penyediaan makanan seperti anda dapat mencincang dalam beberapa saat. Reka bentuk yang bijak juga bermaksud sementara Thermomix TM6 memasak dan mengacau masakan, anda boleh melakukan perkara lain tanpa risau masakan anda hangus! Lihat video 2 untuk mengetahui bagaimana Thermomix TM6 boleh memasak sehingga 3 atau 4 jenis hidangan sekaligus.\n\nCara memasak sehingga 3 hidangan menggunakan Varoma\n\nLebih selamat untuk memasak bersama kanak-kanak: Thermomix adalah peralatan elektrik memasak yang tidak memerlukan gas/api. Jadi ini memberi peluang kepada ibu dan bapa untuk memasak bersama kanak-kanak dengan lebih mudah dan selamat.\n\nThermomix dapat menjimat wang kerana pengguna boleh membuat rempah, pes, roti, sos, dan juga makanan bayi. Memasak dengan Thermomix membantu mengurangkan pembelian hidangan siap yang lebih mahal.\n\nPembersihan Thermomix selepas memasak adalah sangat mudah. Jika terdapat saki-baki makanan, hanya tuangkan sedikit air dan bahan pencuci ke dalam mangkuk Thermomix (\u201cMixing bBowl\u201d) dan kemudian hidupkan kelajuan di aras 10 selama beberapa saat.\n\nIni akan membuang kebanyakan saki-baki dari Mixing Bowl dan tudungnya dan jika perlu Mixing Bowl boleh diambil berasingan dan diletakkan di dalam mesin cuci pinggan mangkuk atau dibasuh dengan tangan.\n\nSemua bahagian aksesori Thermomix kecuali unit asas adalah selamat untuk dimasukkan ke mesin basuh pinggan mangkuk. Unit asas Thermomix sendiri boleh dilap dengan kain yang lembap.\n\nSudah teruja? Kami yang membaca juga rasa semangat untuk dapatkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Thermomix TM6 bolehlah hubungi sendiri Puan Rohayu yang kini merupakan penasihat Thermomix yang sah tu sendiri.\n\nBoleh juga follow Instagram dan Youtube surirumah ini untuk resepi yang menarik menggunakan Thermomix."
"Menggembirakan dan menghargai hati kedua ibu bapa besar ganjarannya. Tidak perlu tunggu hari ibu, hari bapa atau hari jadi sahaja untuk memberi hadiah kepada ibu bapa. Anda boleh berikan hadiah untuk ibu dan ayah pada bila-bila masa. \n\nApakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ibu dan ayah? Jika difikirkan, terdapat banyak hadiah yang sesuai dan pasti ibu ayah sukakan. Jom lihat 25 hadiah untuk ibu dan ayah menarik, pasti mereka suka. \n\nKini, terdapat Al-Quran yang diletakkan tagging berkaitan surah-surah atau amalan harian. Selain Al-Quran yang tampak sangat cantik dan menarik, pasti ibu ayah sukakan Al-Quran yang penuh dengan nilai ilmu.\n\nWalaupun harga telekung siti khadijah agak mahal dan paling murah serendah RM 169, ia merupakan hadiah yang sangat istimewa buat ibu anda. \n\nKain yang sedap dipakai dan jenamanya sangat terkenal sebagai telekung eksklusif sesuai dijadikan hadiah untuk ibu. Beli jiwa mereka dengan hadiahkan telekung pasti membuatkan anda mendapatkan saham akhirat kelak setiap kali mereka menggunakannya untuk solat. \n\nKopiah dan sejadah boleh dihadiahkan buat ayah tersayang. Ia adalah pemberian yang ringkas tetapi amat bermakna. Mereka akan memakainya setiap kali solat dan anda juga memperoleh pahala. \n\nMungkin selama ini tak siapa pernah belikan kopiah dan sejadah buat mereka, tetapi anda adalah yang pertama melakukannya.\n\n4. Rantai Emas Dan Cincin Lelaki\n\nHadiahkan rantai emas kepada ibu dan cincin lelaki kepada ayah. Mereka pasti gembira menerima hadiah daripada anda. Hadiah untuk ibu dan ayah ini juga adalah sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja membesarkan anda. Namun sebenarnya ia tidak terhitung nilai pengorbanan mereka.\n\nBelikan set pakaian untuk ibu dan ayah anda. Set pakaian yang lengkap seperti baju, seluar, baju kurung, baju melayu, kasut pastinya membuatkan mereka tersenyum. Sekurang-kurangnya ada lagi orang yang shopping untuk mereka apatah lagi pakaian yang cantik yang mereka suka.\n\n6. Beg Tangan Dan Beg Lelaki\n\nHadiah untuk ibu dan ayah ini boleh digunakan mereka pada bila-bila masa. Beg tangan untuk ibu dan beg silang untuk ayah. Anda boleh juga lihat pelbagai jenama beg diluar sana namun pastikan ia menepati citarasa ibu dan ayah.\n\nHanya dengan kek sahaja, mereka pasti teruja akan hadiah untuk ibu dan ayah yang anda dapatkan. Luangkan masa makan bersama-sama dengan mereka. Pastikan kek anda tak penuh krim semata-mata, kebanyakan ibu bapa kurang gemar krim kek yang banyak.\n\nBerilah hamper kepada mereka, hamper yang besar akan mengejutkan ibu dan ayah anda. Walaupun hamper berisi pelbagai makanan, ia merupakan hadiah terbaik untuk ibu dan ayah.\n\nIbu pasti sukakan bunga hidup, dia akan simpan dan jaga bunga tersebut dengan baik. Apa kata anda hadiahkan ibu sejambak bunga yang cantik. Buatlah suprise delivery, pasti dia terkejut.\n\nArtificial tree atau pokok hiasan rumah ini sangat sesuai dihias di rumah. Ibu bapa pasti gembira menerima hadiah pokok yang cantik ini. Ia sangat bergaya dan tampak elegen.\n\nTerdapat pelbagai jenis pokok palm tree, banana, skybird, bamboo dan lain-lain lagi. Pilih sahaja mana satu yang ibu ayah suka.\n\n11. Mesin Urut Badan Dan Kaki\n\nTerdapat banyak jenis mesin urut yang boleh anda hadiahkan kepada ibu dan ayah. Mesin urut khas untuk kaki sahaja atau mesin urut badan, semuanya bergantung kepada bajet anda.\n\nHadiah untuk ibu dan ayah ini adalah barang keperluan yang mungkin lama diidam-idamkan oleh mereka tetapi tetap tidak dibeli sebelum ini. Set barang mandian lengkap amat sesuai dihadiahkan. Inilah masanya untuk anda hadiahkan set barang mandian kepada mereka.\n\nHadiah untuk ibu dan ayah yang menarik dan pasti mereka suka adalah perfume! Minyak wangi atau perfume yang bersesuaian untuk ibu dan ayah sangat terbaik dan romantis. \n\nWangiannya juga pasti menggembirakan mereka. Mereka boleh memakainya ke mana sahaja yang mereka suka. Pilih sahaja jenama yang anda suka mengikut bauan yang sesuai untuk mereka.\n\nBarangan elektrik sangat menarik pasti ibu ayah sukakannya. Selain mempunyai pelbagai kelebihan, barang elektrik juga dapat menjimatkan wang mereka. Tak perlu beli lagi kerana sudah dapat hadiah.\n\nAntara barang elektrik yang boleh anda beri adalah seperti pengisar, oven, pembakar roti, pembancuh kopi, dapur dan lain-lain lagi.\n\nKhas untuk hadiah ibu, periuk serbaguna ini sangat menarik dan menjadi kesukaan mereka. Terdapat pelbagai jenis saiz dan warna periuk yang boleh anda pilih.\n\n16. Bawa Ibu Ayah Ke Spa\n\nSelain hadiah fizikal, anda boleh memberikan hadiah perkhidmatan buat ibu dan ayah. Contohnya, anda boleh membawa mereka ke spa untuk membuat rambut, rawatan muka dan lain-lain lagi. \n\nTilam urut mempunyai banyak kebaikan terhadap kesihatan yang boleh ibu dan ayah gunakan. Sepanjang hidup, mereka mungkin belum pernah berasa terlalu selesa dan dapat urut dengan baik. Inilah masanya anda hadiahkan mereka tilam urut!\n\nHadiah untuk ibu dan ayah yang ramai tak terfikir adalah Set Quran Digital. Mereka boleh mengaji dan belajar Al-Quran menggunakan quran digital ini. Amat menyeronokkan dan mengujakan kerana Al-Quran digital akan memberikan panduan untuk pembelajaran Al-Quran.\n\nWang tunai merupakan hadiah untuk ibu dan ayah yang terbaik diberikan. Selama ini pun anda berikan duit, kali ini anda berikan duit yang lebih banyak. Contohnya, duit bulanan diberikan adalah RM 200, untuk hadiah kali ini, berikan seorang RM 500 sebagai hadiah. \n\nAlat senaman di rumah membolehkan ibu dan ayah bersukan dan bersenam secara berterusan di rumah. Ia bagus untuk kesihatan mereka kerana dapat bersenam tanpa ke mana-mana. \n\nNak beli, tetapi mahal dan tak mampu. Oleh itu, hadiahkanlah kepada ibu dan ayah anda! Beli di shopee dengan harga lebih murah dan jimat.\n\nBerikan hadiah tiket percutian di dalam Malaysia untuk kedua ibu bapa anda sebagai hadiah. Walaupun Covid19 menghalang kita, namun jika ada ruang dan peluang, percutian dapat menenangkan ibu dan ayah.\n\nBolehlah mereka bercuti berdua sekaligus sebagai hadiah anniversary mereka sebagai suami isteri.\n\nMotosikal boleh dijadikan hadiah untuk ibu dan ayah terutamanya ayah. Mereka akan menggunakan motosikal tersebut untuk ke mana sahaja dan ronda-ronda petang. \n\nAyah pasti gembira dapat motosikal baru yang lebih sedap dibonceng. Setelah lama asyik menaiki motorsikal lama sahaja.\n\nHadiah untuk ibu dan ayah yang boleh anda berikan juga adalah penapis udara. Ia amat sesuai dan perlu ada dirumah demi menjaga kesihatan ibu dan ayah anda. \n\nBuatlah perubahan pada rumah anda dengan lebih baik. Penapis udara dapat menghalang bakteria dalam rumah dan mendapatkan udara yang lebih baik lagi.\n\nPenapis air dapat memberikan kesihatan terbaik dari segi minuman seisi rumah anda. Ibu dan ayah tak perlu bayar tiap bulan jika anda boleh hadiahkan mereka secara tunai dan belikannya.\n\nSponsorlah ibu dan ayah anda untuk menunaikan umrah atau haji di Mekah. Biayai segala perbelanjaan mereka dan hantar mereka ke sana untuk melakukan umrah. \n\nIa adalah impian untuk semua ibu bapa yang dipendam rapi. Buatlah kejutan hadiah ini untuk mereka! Setelah covid19 reda, bolehlah hadiahkan mereka.\n\nHadiahkan ayah dan ibu baju yang ditulis kata-kata semangat dan penghargaan buat mereka. Pasti gembira hati membaca kata-kata tersebut. Anda boleh tempah dengan syarikat printing baju atau beli sahaja di shopee.\n\nItulah hadiah untuk ibu dan ayah yang menarik dan boleh anda berikan. Pasti ibu ayah gembira menerimanya. Jom baca juga Cara pikat hati mertua, Peranan ibu bapa, cabaran ibu tunggal dan Cara hilangkan sedu bayi.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Mencari khasiat cuka epal? Tahukah anda selain khasiat untuk diet kesihatan, berkesan juga untuk kurus dan kecantikkan diri. Nak tahu? Kenalah terus membaca.\n\nCuka epal atau dikenali juga sebagai apple cider vinager (ACV) adalah sejenis cuka yang diperbuat daripada epal, kebiasannya epal merah. Cuka epal menjadi amalan penduduk benua Amerika Utara sejak dahulu lagi. Tetapi kini, amalan cuka epal sudah tersebar hampir ke seluruh benua termasuk benua Asia. Tidak terkecuali di negara kita, Malaysia.\n\nSejak tahun 1970, pelbagai dakwaan tular mengenai kebaikan cuka epal. Ada yang menyatakan cuka epal mampu menurunkan berat badan, menguatkan imunisasi untuk melawan penyakit dan pelbagai lagi kebaikan untuk kesihatan. Namun, tiada satu bukti saintifik yang dapat menyokong dakwaan tersebut yang lebih dianggap sebagai petua turun-temurun sahaja.\n\nNamun kini, beberapa kajian sains telah dijalankan untuk membuktikan kebaikan cuka epal kepada kesihatan manusia.\n\nCara pembuatan cuka epal ini amat mudah, cuma ia mengambil masa yang lama untuk terhasil kerana perlu diperam melalui proses penapaian. Cuka epal mengandungi asid asetik dan asid malik yang membuatkan ia rasa masam.\n\nCuka epal boleh berfungsi sebagai pelembut rambut anda. Menurut seorang arkitek bernama Cheryl Cheko, beliau sering dipuji oleh pekerja salun kerana rambutnya yang cantik. Beliau menyatakan bahawa beliau menggunakan soda bikarbonat sebagai shampu, dan menggunakan cuka epal ketika membilas rambut.\n\nSelain mencantikkan rambut, cuka epal juga boleh membantu menghilangkan gatal kulit kepala. Ini kerana, cuka epal bersifat asid, dan kebanyakan masalah rambut disebabkan rambut anda terlalu beralkali. Oleh itu, cuka epal membantu meneutralkan rambut dan kulit kepala anda.\n\nMalah, menurut pemerhatian dalam kajian Zaid dan rakan-rakan pada tahun 2017, cuka epal sering digunakan oleh warga Palestin sejak turun-temurun sebagai bahan semula jadi dalam pengurusan diri dan penampilan khususnya dalam kecantikan rambut.\n\nNamun begitu, pastikan cuka epal tersebut DILARUTKAN dengan air terlebih dahulu sebelum digunakan pada rambut. Sekiranya tidak dilarutkan, bimbang ia bukan mencantikkan rambut anda, tetapi menyebabkan rambut menjadi lebih rosak.\n\n2) Khasiat Cuka Epal Untuk Kurus Badan (Membantu Menurunkan Berat)\n\nCuka epal sering dijadikan petua untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, perkara ini masih belum dibuktikan secara klinikal.\n\nMenurut Dr. Elizabeth Trattner, Pakar Perubatan Integratif dan Ahli Akupuntur, beliau sering meneliti meta-analisis klinikal di PubMed untuk melihat cadangan makanan tambahan yang sering diberikan kepada pesakit. Cuka epal antara makanan tambahan yang dikatakan baik untuk kesihatan.\n\nNamun hanya sedikit sahaja data klinikal yang membuktikan manfaat tersebut. Walaupun terdapat dapatan yang menyatakan cuka epal membantu mengurangkan lemak, tetapi ia tidak kuat untuk mengesahkan dakwaan itu.\n\nDalam kajian 2013 yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, penyelidik mendapati bahawa cuka epal dapat menyekat selera makan. Jadi, perkara ini dapat membantu anda mengawal nafsu makan sewaktu dalam proses menurunkan berat badan. Namun ia juga boleh menyebabkan anda terasa mual. Jadi, sebelum anda memulakan apa-apa diet turunkan berat badan, pastikan anda rujuk kepada ahli dietetik atau doktor untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.\n\nNamun, secara umumnya, kebanyakan kajian menyimpulkan bahawa cuka khususnya cuka buah-buahan mampu menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh bagi kajian kes makmal menggunakan sampel haiwan. Bagi penyelidik Kondo dan rakan-rakan pada tahun 2009, mereka merekodkan pemerhatian kesan pengambilan cuka dalam makanan bagi dua jenis kumpulan yang mengalami obesiti di Jepun.\n\nMenariknya, selepas dua minggu, didapati terdapat penurunan yang ketara dari segi BMI, ukur lilit pinggang dan berat badan bagi kumpulan yang mengambil cuka makanan. Ringkasnya, kehadiran cuka akan membantutkan aktiviti selular yang mengumpulkan pembentukan lemak.\n\n3) Menurunkan Paras Kolesterol Dalam Darah\n\nDalam kajian 2012 yang diterbitkan dalam Life Science Journal, didapati cuka epal dapat membantu menurunkan paras kolesterol dan trigliserida bagi pesakit yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.\n\nNamun begitu, jumlah kajian ini terlalu kecil. Jadi, dakwaan dapatan ini masih belum kuat untuk membuktikan bahawa cuka epal dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Masih banyak penyelidikan perlu dijalankan untuk membuktikan hal ini.\n\n4) Kebaikan Cuka Epal Untuk Muka (Menghilangkan Jerawat)\n\nWalaupun ramai membantah penggunaan cuka epal untuk mengecutkan jerawat, kerana bimbang kulit muka menjadi semakin rosak. Tetapi, Dr. Marie Jhin, seorang ahli dermatologi menyatakan, sekiranya cuka epal tersebut dilarutkan sehingga benar-benar cair, ia boleh berfungsi seperti toner kepada wajah. Ia juga boleh mengeringkan jerawat dan menghilangkan bintik hitam pada muka.\n\nSekiranya anda ingin mencuba kaedah ini, anda dinasihatkan mencairkan larutan cuka epal terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Selain itu, cuba sapukan pada pergelangan tangan untuk memastikan sama ada kulit anda sesuai atau tidak, menggunakan larutan cuka epal tersebut. Sekiranya kulit di pergelangan tangan anda tidak mengalami rengsa, maka ia selamat digunakan pada kulit muka anda.\n\nDari segi saintifik pula, cuka epal mempunyai potensi antimikrob yang menghentikan pertumbuhan mikroorganisma. Bagi kes jerawat dan masalah kulit yang kebanyakannya berpunca daripada bakteria atau kulat, bahan aktif dalam cuka epal dilaporkan berperanan sebagai bahan anti bakteria sebagaimana disokong dalam kajian Dr. Nada KhazalKadhim Hindi pada tahun 2013.\n\n5) Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah\n\nSatu kajian pada 2005 yang diterbitkan dalam Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics mendapati apabila cuka epal ditambah dalam makanan yang tinggi glisemik (yang tinggi karbohidrat) ia dapat mencegah bacaan gula naik mendedak selepas makan.\n\nSelain itu, kajian lain pada 2004 yang dijalankan oleh beberapa penyelidik Arizona State University turut mendapati bahawa cuka epal yang dilarutkan sebelum makan makanan yang berkanji boleh mencegah perubahan bacaan gula yang drastik dalam darah selepas makan.\n\nTerdapat juga kajian yang dijalankan oleh University of Tokyo mendapati bahawa asid asetik yang terkandung dalam cuka epal mampu merencatkan aktiviti-aktiviti enzim pencernaan karbohidrat. Kesannya, tidak banyak karbohidrat dapat diserap oleh usus. Perkara ini dapat menghindarkan peningkatan gula dalam darah selepas makan.\n\nNamun diingatkan, sekiranya anda ingin menjadikan cuka epal sebagai rawatan alternatif dalam diet diabetes anda, pastikan cuka epal tersebut dilarutkan dengan air terlebih dahulu untuk mencairkannya.\n\nMalangnya, kenyataan ini hanya MITOS semata-mata. Secara saintifiknya, cuka epal tidak boleh memutihkan gigi anda.\n\nIni kerana, cuka epal yang bersifat asid akan menyebabkan enamel pada gigi terhakis, dan boleh menyebabkan masalah gigi berlubang. Ia juga boleh menyebabkan gigi anda semakin kuning dan menjadi lebih sensitif.\n\nPerkara ini juga belum dibuktikan oleh kajian. Cuka epal yang bersifat asid berisiko menyebabkan masalah tekak anda menjadi lebih teruk. Healthline melaporkan bahawa sesetangah orang telah mengalami esofogus \u2018terbakar\u2019 setelah meminum cuka epal yang TIDAK dilarutkan.\n\nOleh itu, jika anda ingin mengamalkan cuka epal dan meminumnya, pastikan cuka epal dilarutkan dalam air untuk mencairkan kepekatannya.\n\nCuka epal bersifat anti bakteria, dan pastinya ia sesuai untuk disapu pada luka. Mungkin, alasan inilah yang menyebabkan ada sesetengah orang mendakwa cuka epal sesuai disapu pada luka untuk menyembuhkan luka.\n\nNamun begitu, cuka epal juga bersifat asid. Asid boleh menyebabkan kulit anda merengsa dan tidak sesuai untuk dijadikan pilihan utama. Oleh sebab itu, menggunakan sabun anti-bakteria adalah pilihan yang selamat jika dibandingkan dengan cuka epal.\n\nKajian penyelidik dari Jepun pada tahun 2007 mendapati bahawa antara komponen yang terdapat dalam jus epal yang diperam mempunyai kesan anti tumor yang berkesan bagi merencatkan pertumbuhan tumor dalam kajian tikus makmal mereka. Didapati size tumor fibrosarcoma berkurangan iaitu tumor yang menyebabkan penyakit kanser tisu lembut, ligamen dan saraf dalam tubuh.\n\nMereka menemui bahan anti tumor bernama a-glycan bersaiz medium ini iaitu sejenis molekul yang mengandungi glukosa terhasil apabila cuka epal ditapaikan menjadi asid asetik. Mereka membandingkan kehadiran a-glycan ini yang hanya boleh didapati dalam cuka epal yang disediakan sendiri melalui proses penapaian berbanding cuka epal di pasaran yang jenis sintetik. Hal ini disebabkan oleh pembentukan a-glycan datang daripada kanji isi buah epal segar.\n\nSebenarnya, sekiranya anda membuat carian di internet berkenaan kebaikan cuka epal, anda akan mendapati banyak sumber yang berkongsi kebaikan cuka epal. Namun begitu, anda juga harus berhati-hati kerana kebanyakan dakwaan mereka tidak disertai oleh dapatan kajian yang telah dijalankan.\n\nWalau bagaimanapun, anda boleh mengamalkan cuka epal ini sebagai salah satu makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan anda. Cuma, pastikan cuka epal tersebut dilarutkan terlebih dahulu untuk mengurangkan kepekatannya. Cuka epal bersifat asid, dan badan kita tidak boleh dalam keadaan terlalu berasid kerana bimbang akan mendatangkan mudarat yang lain.\n\nTidak kiralah dalam apa-apa amalan sekalipun, kesederhanaan itu sangat penting. Bersederhanalah dalam apa-apa perkara yang kita amalkan. Begitu juga dengan cuka epal ini. Pengambilan cuka epal dalam diet harian pasti ada kebaikan untuk tubuh kerana nutrisi yang terkandung di dalamnya. Namun biarlah kuantiti yang diambil bersesuaian dan tidak berlebih-lebihan.\n\nSelain khasiat cuka epal, kami juga menulis khasiat sumber lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Bagi seorang ibu mengandung, pastinya anda sentiasa berhati-hati agar tidak jatuh sakit bagi memastikan kandungan anda tidak terjejas. Demam, batuk, dan selsema adalah di antara penyakit yang selalu dialami oleh ibu mengandung. \n\nKedengaran seperti penyakit biasa, namun semasa mengandung pastinya anda ingin mengelakkan daripada mengambil sebarang ubat.\n\nKali ini kami akan kongsikan kepada anda info tentang selsema ketika hamil sebagai panduan untuk anda. Kenapa ibu hamil mudah terkena selsema? Adakah selsema ketika hamil boleh menjejaskan kandungan anda? Apakah tips berkesan untuk mengatasi selsema ketika hamil.\n\nKenapa ibu hamil mudah terkena selsema?\n\nIbu mengandung mudah terkena selsema kerana semasa mengandung, tahap imuniti badan akan menurun lalu menyebabkan virus dan bakteria mudah menjangkiti badan. Selepas dijangkiti, anda berpotensi untuk sakit dengan teruk kerana badan tidak mampu untuk melawan penyakit tersebut akibat antobodi yang lemah.\n\nAdakah selsema ketika hamil boleh menjejaskan kandungan anda?\n\nJika anda tertanya-tanya adakah selsema semasa mengandung boleh menjejaskan kandungan, jawapannya ialah ya. Ini kerana semasa mengandung, tubuh badan seorang wanita mengalami perubahan yang besar dan menjejaskan sistem imun dan daya tahan lawan penyakit lalu menyebabkan penyakit ringan seperti selsema mampu memberikan impak buruk yang besar.\n\nSelsema semasa mengandung boleh menjejaskan kandungan anda dengan menyebabkan:\n\nApakah komplikasi yang boleh berlaku kepada ibu hamil akibat selsema?\n\nSelain menjejaskan kandungan, selsema semasa mengandung juga boleh menyebabkan berlakunya komplikasi berikut kepada ibu:\n\nApakah tips untuk menghilangkan selsema semasa hamil yang berkesan?\n\nAdalah sangat penting untuk anda mendapatkan rawatan segera sekiranya terkena selsema semasa mengandung. Pengambilan ubat selsema adalah rawatan yang biasa diberikan jika anda mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Selain mengambil ubat, anda juga boleh mengamalkan tips untuk menghilangkan selsema semasa mengandung yang berkesan seperti berikut:\n\nItulah dia info tentang selsema ketika hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin sukakan perkongsian kami tentang sembelit ketika hamil dan punca kaki kebas"
"Sudah menjadi lumrah bahawa rakyat Malaysia suka makan makanan bergoreng. Lihat sahaja di luar sana, pelbagai jenis gerai yang menjual makanan bergoreng dan makanan ringan yang lazat.\u00a0\n\nWalau bagaimanapun, menggoreng makanan di rumah boleh menyusahkan kebanyakan orang kerana memerlukan waktu yang tepat agar makanan tersebut tidak hangus. Itulah sebabnya Air Fryer adalah satu alat memasak tambahan yang hebat untuk memasak sekaligus menggoreng.\u00a0\n\nBagi anda yang masih bingung dalam memilih jenama dan model air fryer terbaik di luar sana, jom kami senaraikan 10 air fryer terbaik yang pasti akan membantu anda mendapatkan makanan yang lebih sihat dan lazat.\n\nKhind ARF3000 adalah air fryer pelbagai fungsi untuk memudahkan memasak atau menggoreng. Ia mempunyai fungsi pemanas, nyahbeku dan juga pelbagai jenis kegunaan memasak seperti kentang goreng, ayam, daging dan banyak lagi.\u00a0\n\nDengan kapasiti 3 Liter, anda boleh memasak dengan mudah untuk seisi keluarga tanpa sebarang masalah. Air Fryer terbaik ini direka dengan sangat baik dan skrin digitalnya menggunakan sensor sentuh untuk penggunaan yang lebih mudah.\u00a0\n\nIa turut menggunakan teknologi peredaran udara berkelajuan tinggi supaya anda boleh menggoreng makanan anda dengan kurang minyak untuk masakan yang lebih sihat. Jadi, Khind ARF3000 ini adalah antara Air Fryer terbaik yang sangat sesuai untuk sebarang jenis dapur.\n\nAir Fryer Perysmith 4.8L 3D (Saiz XL) PS1530\n\nPerkara pertama mengenai PerySmith 3D Ecohealth II Series PS1530 ini adalah ia kelihatan seperti produk mewah kerana warnanya hitam matte digabungkan dengan warna emas. Air fryer terbaik ini menampilkan teknologi 9 Blade serba baru yang membolehkan sistem pemanasan aliran udara bertambah baik dengan lancar.\u00a0\n\nAir fryer ini dapat menggoreng makanan dengan hampir 80% kurang minyak dan makanan digoreng dengan lebih cepat. Untuk pengetahuan anda, suhu termostatnya boleh dilaraskan daripada 80\u00b0C kepada sekitar 200\u00b0C dan dilengkapi dengan pemasa 30 minit serta pemadaman automatik bagi mengelakkan terlalu panas.\u00a0\n\nSelain itu, Air Fryer PerySmith ini mampu menampung sehingga kapasiti 3.8 Liter yang menjadikannya mencukupi untuk memasak walaupun seisi keluarga kecil.\n\nAir Fryer Amgo 3.8L pula ialah alat menggoreng yang sangat sesuai untuk apa jua jenis dapur. Dengan kapasiti 3.8L, anda boleh memasukkan keseluruhan ayam untuk digoreng tanpa sebarang masalah.\u00a0\n\nSelain itu, ia menggunakan Teknologi Rapid Air yang tidak memerlukan banyak minyak untuk menggoreng makanan dan memberikan anda gaya hidup pemakanan yang lebih sihat. Pemasa dan suhunya juga boleh dilaras.\n\nAir Fryer terbaik seterusnya adalah Hiraki AF105 yang merupakan salah satu air fryer terbaik yang paling berpatutan dan hebat di pasaran dengan kapasiti 3.8L. Ia direka khas dengan sangat baik dan turut menggunakan Teknologi Udara Rapid supaya tidak perlu menggunakan jumlah minyak yang berlebihan semasa memasak makanan bergoreng.\u00a0\n\nSelain itu, Hiraki AF105 ini tidak menggunakan banyak tenaga elektrik kerana hanya menggunakan 1300W sahaja. Jadi, sekiranya anda mencari air fryer terbaik yang mesra bajet dan mudah memasak, Hiraki AF105 adalah jawapannya.\n\nAir Fryer Digital Giselle KEA0202 4.8L\n\nMampu mengendalikan sebarang jenis masakan, membakar atau menggoreng, Air Fryer Digital Giselle KEA0202 4.8L ini menggunakan Teknologi Rapid Air. Ia mampu menghasilkan tekstur luar goreng yang rangup dengan bahagian dalam yang lembut tanpa memerlukan minyak.\u00a0\n\nPada saiz 4.8 Liter, air fryer terbaik berkapasiti besar yang mencukupi untuk memasak sehingga 7 orang dengan mudah. Air Fryer berjenama Giselle KEA0202 ini dilengkapi dengan 7 program pintar terbina yang menggunakan skrin sentuh.\u00a0\n\nAnda boleh menggunakan program ini untuk memasak daging, kerepek, ayam dan pelbagai jenis menu atau memilih program secara manual untuk memasak hidangan anda dengan mudah. Giselle KEA0202 ini adalah pilihan yang tepat untuk anda sekiranya anda mencari air fryer terbaik dengan kapasiti yang besar.\n\nAir Fryer terbaik yang ringkas, mudah dan sangat sesuai untuk mana-mana dapur boleh dicuba juga adalah Airbot AF100.\u00a0 Menggunakan teknologi 360 Turbo Star Wind, ia tidak memerlukan banyak minyak untuk menggoreng makanan, justeru memberikan anda gaya hidup pemakanan yang lebih sihat. Selain itu, ia juga tidak menggunakan banyak tenaga elektrik.\n\nDengan kapasiti 3L, anda boleh memasak, memanggang, membakar atau menggoreng untuk keluarga kecil anda tanpa sebarang masalah. Bagi anda sedang mencari Air Fryer yang ringkas, padat dan mudah, Airbot AF100 ini sesuai untuk anda.\n\nAir Fryer Tefal Fry Delight FX1000\n\nAir Fryer Tefal Fry Delight FX1000 amat berbeza daripada air fryer lain kerana reka bentuknya segi empat sama yang menjadikan kelihatan lebih moden dan anggun. Tefal Fry Delight FX1000 ini adalah multi-cooker, mampu menggoreng, membakar dan memanggang tanpa sebarang masalah.\u00a0\n\nAnda boleh memasak kentang goreng, memanggang daging dan juga ayam panggang mengikut kelembutan yang anda inginkan dengan mudah. Teknologi Air Pulse yang digunakannya dapat mengoptimumkan aliran udara panas yang membantu menggoreng dan memasak tanpa menggunakan sebarang minyak.\u00a0\n\nHidangan siap dengan cepat dan mudah. Menakjubkan lagi, ia mempunyai sensor untuk membuat masakan menjadi masak dengan sempurna. Tefal Fry Delight FX1000 ini juga mampu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan. Jadi, ini juga merupakan Air Fryer terbaik yang kami syorkan kepada anda.\n\nBagi anda yang belum pernah menggunakan Air Fryer, kami syorkan Air Fryer Philips HD9216 Analogue. Sebagai air fryer pelbagai fungsi, segala keperluan anda boleh dipenuhi dengan menggunakannya. Ianya mungkin kecil tetapi amat sesuai untuk membuat makanan ringan atau makanan yang lebih kecil.\n\nMasa dan suhu Air Fryer ini boleh dilaraskan secara manual mengikut keperluan anda dan anda boleh menetapkan masa sehingga 30 minit. Secara keseluruhannya, Philips HD9216 ini adalah salah satu air fryer terbaik yang perlu anda dapatkan.\n\nBirkeshire AF-500-M adalah salah satu air fryer terbaik berkapasiti 5 Liter. Salah satu perkara yang menjadikannya unik adalah ia menggunakan motor 1500W yang senyap dan menjimatkan tenaga.\u00a0\n\nBirkeshire AF-500-M ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti perlindungan terlalu panas dan sebagainya. Secara keseluruhannya, Birkeshire AF-500-M XXL dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan merupakan air fryer berkapasiti besar yang boleh menjadi pilihan anda.\n\nAir Fryer Haier HF-AF40 boleh digunakan untuk menggoreng, memanggang dan membakar menggunakan sehingga 80% kurang minyak berbanding kaedah menggoreng konvensional. Dengan kapasiti 4 Liternya, anda boleh memasak pelbagai masakan setiap hari dengan mudah.\n\nHaier HF-AF40 ini juga didatangkan dengan penapis udara bersepadu yang membantu mengurangkan bau minyak dan masakan di dapur. Jadi, boleh dikatakan bahawa ia sangat sesuai untuk kegunaan asas di dapur.\n\nBerikut adalah 10 Air Fryer terbaik mudahkan anda memasak. Jom baca juga Mesin pengering baju terbaik, Vacuum Terbaik dan Blender Terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Jika diberi pilihan, anda nak kulit sawo matang atau putih melepak? Kebanyakan orang sekarang terlalu obses untuk mendapatkan kulit putih. Bagi mereka itulah lambang kecantikan dan ketampanan seseorang.\n\nItulah sebabnya terlalu banyak lambakan produk timbang kilo di pasaran. Produk seperti ini menjanjikan kulit yang putih dan glowing bak artis Korea. Tanpa disedari, kita membahayakan diri sendiri dengan bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hidrokuinon dan tretinoin.\n\nJangan sesekali malu dengan warna kulit anda itu. Bersyukur dengan pemberian Allah kerana setiap kejadian-Nya cukup sempurna dan ada hikmahnya. Mungkin tidak menarik untuk anda, tetapi bagi orang lain anda cukup sempurna.\n\nLihat saja pelancong-pelancong Eropah yang suka berjemur di tepi pantai. Walaupun mempunyai kulit putih kemerahan, mereka lebih suka dengan kulit berwarna tan. Mengapa kita pula yang nak berlumba-lumba untuk menjadi putih?\n\nKebanyakan orang Asia memiliki kulit sawo matang. Maksud kulit jenis sawo matang ialah berwarna kecoklatan. Ada juga yang memanggilnya kulit hitam manis. Nak dikatakan putih pun tidak, gelap pun tidak. Lebih tepat lagi warna tengah-tengah.\n\nLebih gelap kulit seseorang itu, maka lebih banyak melanin yang dihasilkan. Melanin inilah yang membuatkan warna kulit menjadi gelap. Oleh itu, orang yang berkulit cerah mempunyai melanin yang rendah.\n\nSawo matang diambil daripada gambaran warna kulit buah ciku. Sawo merupakan sejenis buah seakan-akan ciku. Jika diperhatikan kulit dan isinya, ia berwarna coklat. Itulah sebabnya warna kulit sawo matang digunakan untuk merujuk orang yang berkulit coklat.\n\nDalam artikel ini, penulis ingin menyenaraikan beberapa kelebihan buah ciku. Pasti anda yang selama ini berasa rendah diri, akan mula tersenyum. Jom baca!\n\nDisebabkan melanin yang tinggi di dalam kulit, ia dapat menangkis radikal bebas yang boleh merosakkan sel. Oleh itu, kulit tidak mudah menjadi rosak. Radikal bebas memberi kesan kepada lipid yang halus pada kulit.\n\nOrang yang berkulit cerah mudah mendapat risiko kanser kulit berbanding orang yang berkulit sawo matang. Ini kerana kadar melanin yang rendah membuatkan kulit mudah menyerap sinar Ultraviolet (UV) yang berbahaya.\n\nManakala, bagi orang yang berkulit sawo matang, mereka boleh melakukan aktiviti di luar tanpa terlalu risau. Melanin yang tinggi akan menghalang sinar UV daripada merosakkan sel DNA yang akan menyebabkan kanser kulit.\n\nApabila terdedah terlalu lama di bawah pancaran cahaya matahari yang terik, kita akan mudah terkena sunburn. Sunburn akan menyebabkan kulit menjadi seakan-akan terbakar, kemerahan, gatal-gatal dan kering.\n\nBagi orang yang berkulit sawo matang, kesan-kesan tersebut tidak begitu ketara dan biasanya lambat. Malahan yang lebih seronok, individu yang mempunyai kulit ini sukar ada masalah jerawat. Ini disebabkan kulit mereka terjaga dengan sel semula jadi daripada terdedah dengan kotoran.\n\nOrang yang berkulit sawo matang patut berterima kasih dengan melanin pada kulit mereka. Ini kerana melanin ini memberi impak wajah lebih muda. Jadi, anda tak perlu risau kerana wajah akan kekal awet muda.\n\nSelain itu, melanin juga memberi perlindungan dan menjaga kulit daripada rosak. Dalam jangka masa lama, masalah bintik hitam, jeragat, kulit kasar dan sebagainya dapat dielakkan.\n\n5. Nampak Guy dan Tampan (Bagi Lelaki)\n\nLihat saja Remy Ishak dan Khairy Jamaluddin. Dua figura ini bukan saja hebat dalam bidang masing-masing tetapi personaliti mereka memukau mata. Tanpa memiliki kulit yang putih, mereka antara contoh lelaki yang tampan dan macho dengan kulit sawo matang.\n\nPenulis percaya kebanyakan wanita meminati lelaki yang berkulit gelap berbanding cerah. Mungkin nampak lebih guy dan manis. Anda pilih yang mana satu? Semuanya terletak pada citarasa masing-masing.\n\n6. Nampak Manis dan Sedap Mata Memandang (Bagi Wanita)\n\nContoh figura yang berkulit hitam manis bagi wanita ialah Dayang Nurfaizah, Vanida Imran dan Nabila Huda. Walaupun berkulit gelap, mereka mempunyai ramai peminat yang mengagumi kecantikan dan bakat masing-masing.\n\nOrang kata, hitam manis tak jemu mata memandang. Begitulah gambaran bagi wanita berkulit sawo matang. Ada suatu tarikan pada mereka yang membuatkan mata terus memandang.\n\n7. Mengurangkan Risiko Kelahiran Bayi Cacat\n\nDisebabkan melanin dalam kulit dapat melindungi DNA daripada kerosakan akibat pancaran UV, risiko kelahiran bayi cacat menjadi rendah. Ibu hamil yang berkulit sawo matang juga berisiko rendah mendapat masalah kesihatan bagi janin mereka.\n\nBerbanding orang yang berkulit cerah, vitamin D3 lebih banyak terdapat pada individu berkulit sawo matang. Dengan bantuan sinar UV, vitamin D3 akan membentuk kalsium dalam badan.\n\nIni membuatkan tulang menjadi lebih kuat dan sihat kerana penyerapan kalsium tersebut. Bagi kesan jangka panjang, ia dapat mengurangkan risiko osteoporosis.\n\nMelanin bukan sahaja menentukan warna rambut dan kulit, tetapi juga mengekalkan fungsi tubuh. Ini kerana, melanin dapat membantu otak dan saraf berfungsi dengan sempurna. Malahan, ia juga menguatkan penglihatan dan menggalakkan pertumbuhan sel.\n\nNampaknya, cukuplah setakat ini perkongsian penulis tentang 9 kelebihan kulit sawo matang. Inilah hikmah yang Allah turunkan kepada hamba-hamba-Nya. Namun, ramai yang tidak tahu bersyukur dan menganggap warna kulit gelap nampak buruk dan menimbulkan kurang keyakinan diri.\n\nWalau apapun warna kulit anda, percayalah anda sudah cukup sempurna. Kurang di sini, lebih pula di bahagian yang lain. Berbanggalah dengan apa yang ada.\n\nJemput juga baca tentang tips kulit cantik semula jadi dan segala isu tentang kanser kulit. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat."
"Semua orang nak kurus, tapi tak semua mampu kawal nafsu makan. Dah mencuba pelbagai teknik diet, namun tetap gagal. Salah satunya sebab suka makan pencuci mulut sama ada kek, biskut, puding, pastri dan sebagainya.\n\nPencuci mulut biasanya dibuat menggunakan gula yang banyak. Kandungan gula yang tinggi tak baik untuk kesihatan. Ia akan meningkatkan risiko penyakit diabetes dan obesiti.\n\nKita sedia maklum, pencuci mulut biasanya digemari kerana rasanya yang manis dan berlemak. Sedang sedih makan kek coklat, sedang gembira makan ais krim vanila, sedang bosan makan biskut keju. Betul tak?\n\nSiapa cakap orang yang sedang berdiet tak boleh makan pencuci mulut? Anda boleh saja menikmati hidangan pencuci mulut tanpa rasa bersalah. Malahan, ibu hamil dan pesakit diabetes pun boleh makan dengan kadar yang sedikit. Betul ke fakta ni?\n\nSebenarnya ia bergantung pada bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan pencuci mulut. Apa kata anda tukar resepi pemanis mulut kegemaran menggunakan bijirin? Selain rendah kalori dan lemak, ia juga amat menyihatkan. Rasanya juga amat lazat.\n\nBijirin merupakan makanan ruji bagi manusia yang membekalkan sumber tenaga. Terdapat 2 jenis bijirin iaitu bijirin penuh dan bijirin halus. Bijirin penuh lebih berkhasiat kerana mengandungi lebih banyak nutrien berbanding bijirin halus.\n\nBijirin penuh lengkap dengan 3 komponen iaitu bran, germa dan endosperma. Ia mengandungi lebih banyak serat, vitamin B, vitamin E, zat besi, mineral dan asid lemak tak tepu. Manakala bijirin halus telah melalui proses pengilangan yang menyebabkan hanya komponen endosperma yang tinggal.\n\nHasil kajian mendapati bijirin dapat membantu meningkatkan kesihatan kita. Antara kebaikannya ialah:\n\nBagi yang sedang berdiet, ada berita baik untuk anda. Dalam artikel ni, penulis akan berkongsi 6 resepi pencuci mulut berasaskan bijirin. Jangan risau, anda pasti akan makan tanpa henti. Ooops! Kata nak diet kan? Makan secara bersederhana ye.\n\nNamun, jangan risau. Resepi yang dikongsikan ini semuanya mempunyai kandungan gula dan kalori yang rendah, kaya dengan serat dan nutrien lain. Jangan lupa cuba semua resepi ni. Anda tak akan menyesal.\n\nBagaimana? Sungguh menyelerakan resepi-resepi yang dikongsikan ni. Lepas mencuba, jangan lupa memuat naik di laman Facebook dan Instagram. Pasti ramai tak percaya anda masih boleh menikmati makanan yang hebat ni walaupun sedang berdiet.\n\nAnda boleh menikmati hidangan pencuci ni kerana penggunaan bijirin memberi kelebihan dari segi khasiat dan rasa. Malahan, penggunaan gula dielakkan sama sekali dan digantikan dengan madu asli atau stevia.\n\nResepi yang dikongsikan ini menggunakan bahan-bahan yang mudah dengan kos yang minima. Namun, anda boleh juga ubah suai dengan menambah kekacang dan buah-buahan kegemaran.\n\nDiharapkan para pembaca berpuas hati. Jangan lupa berkongsi resepi pencuci mulut menggunakan bijirin yang sihat ni dengan keluarga dan sahabat andai.\n\n*Jemput juga baca artikel tentang panduan piramid makanan dan jadual diet"
"Nama sebenar Ibnu Khaldun \u00a0ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. Beliau \u00a0dilahirkan pada tahun 732 hijrah/1332 masihi di Tunisia. \u00a0Dikenali sebagai ibnu khaldun sempena nama tempat kelahirannya di kawasan khaluniyah di Tunisia. \n\nBeliau adalah keturunan Arab Yaman. Beliau pernah menyandang beberapa jawatan yang penting dalam negara dan antaranya ialah setiausaha negara, anggota majlis ilmiah, duta granada, Ketua hakim negara mesir dan perdana menteri bijayah.\n\nBeliau seorang yang tekun mencari ilmu. Beliau belajar pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sejak kecil lagi. Walaupun beliau adalah seorang yang sibuk tetapi beliau tetap terus menuntut ilmu.Beliau seorang yang bijak membahagikan masa untuk berkhidmat dan menuntut ilmu.\n\n6 Sumbangan Ibnu Khaldun\u00a0Yang\u00a0Sebenar \n\n1. Sumbangan Dalam Bidang Ilmu, Pemikiran Dan Tamadun Manusia \n\nIbnu Khaldun berjaya menganalisis aspek masyarakat politik, ekonomi dan pendidikan dalam karyanya. \u00a0Beliau juga selalu memberi idea dan panduan terbaik tentang asas penggunaan sesebuah tamadun, iaitu mesti tertegak diatas kombinasi keunggulan rohani dan jasmani.\n\nRupa-rupanya, Ibnu Khaldun juga adalah pelapor kepada pemikiran moden sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan. Karya beliau banyak mengaitkan tentang sesuatu perkara dengan perkembangan rohani akal dan akhlak. \n\nKaryanya telah dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para sarjana. Kerana pemikirannya yang bijak, Ibnu Khaldun sering dijadikan wacana, tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis diperingkat pengajian tinggi.\n\n2. Sumbangan Ibnu Khaldun Dalam Bidang Sejarah\n\nIbnu Khaldun ialah \u00a0seorang ahli falsafah sejarah yang terkenal. Beliau juga merupakan pengasas ilmu falsafah sejarah. Objektif Ibnu Khaldun adalah untuk membetulkan fakta salah yang diselewengkan oleh ahli sejarah barat.\n\nBeliau berpendapat bahawa sejarah dan peristiwa sejarah adalah sebagai satu ilmu yang berdasarkan kajian nyata, bukan khayalan atau dongengan semata-mata. Hasil karya bukunya yang terkenal di barat dalam bidang sejarah ialah Al-Muqaddimah dan Al-Ibar. \n\nBuku Al-Muqaddimah ini membahaskan tentang \u00a0karakter peradaban manusia, peradaban badui, bangsa dan kabilah liar serta kondisi kehidupan mereka dan sebagainya. \n\n3. Sumbangan Ibnu khaldun dalam Bidang Politik\n\nTahukah anda, Ibnu Khaldun juga bergiat aktif dalam politik lebih \u00a0dari 20 tahun. Beliau berpendapat bahawa islam adalah asas penting dalam memperbetulkan sesebuah Negara. Pepimpin yang memimpin negara islam ini haruslah seorang yang bijaksana dalam merancang sesuatu perkara demi masa hadapan sebuah negara.\n\nKegagalan kerajaan yang memerintah di negara umat Islam selepas meneruskan dasar warisan penjajah menjadi bukti yang nyata untuk beralih kepada penyelesaian Islam yang syumul. Di sinilah pentingnya umat Islam memiliki pemimpin yang memenuhi sifat kepimpinan Islam, baik dari segi aqidah yang tulen, ilmu yang tinggi dan akhlak terpuji, serta berupaya untuk menjaga keharmonian pelbagai kaum dan agama.\n\n4. Sumbangan Ibnu Khaldun Dalam Bidang Sosiologi\n\nIbnu Khaldun ialah pengasas dan guru dalam bidang sosiologi. Beliau berpendapat bahawa manusia adalah makhluk sosial yang tidak mungkin boleh hidup secara sendirian dan ini membuktikan fakta ini benar.\n\nOrang yang suka bersendirian akan mengalami kesan stres terhadap mental dan fizikal. Stres ini berlaku akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku di dalam kehidupan harian manusia. Stres boleh disebabkan beban dan \u00a0tekanan yang terlalu banyak, kebimbangan yang melampau, keletihan, konflik, panik, kemurungan yang berpanjangan dan tidak bermaya. \n\nSelain itu, \u00a0Ibnu Khaldun menekankan aspek pendidikan akhlak dalam semua penulisannya. Karyanya dalam bidang sosiologi digunakan secara meluas di universiti di eropah dan timur.\n\n5. Pendapat Ibnu Khaldun Berkaitan Asas Pembinaan Sesebuah Negara\n\nBeliau berpendapat bahawa pembinaan sesebuah Negara mestilah berasaskan kepada agama, ekonomi, akhlak, akhlak pemimpin dan rakyatnya. Semua ini dapat menjadikan sesebuah negara membangun. \n\nNegara membangun ialah suatu istilah yang menggambarkan sebuah negara mempunyai satu aras keselesaan dan kebendaan yang rendah. Tiada satu takrifan pun yang mengatakan negara maju yang diiktiraf meluas, dan aras pembangunan mungkin berbeza besar di negara-negara yang dikatakan sebagai membangun. Oleh itu, sesetengah negara membangun mempunyai purata taraf hidup yang tinggi.\n\n6. Pendapat Dan Idea Ibnu Khaldun Berkaitan Bidang Ekonomi\n\nRezeki adalah kurniaan allah yang mesti dinikmati bersama. Rezeki dalam Islam, bukan semata-mata untuk harta, benda dan hasil usaha dari kerja tetapi rezeki \u00a0dalam Islam merangkumi semua aspek yang ada dalam kehidupan manusia iaitu waktu, kesihatan, kecerdasan, isteri, anak, ibubapa, teman, hujan, tanaman,haiwan peliharaan dan sebagainya.\n\nManusia adalah pemegang amanah allah dalam pengurusan harta yang wajib dibelanjakan mengikut syarak. Harta boleh dibahagikan kepada orang yang memerlukan seperti fakir, miskin, amil,mualaf, fisabillilah,ibnu sabil dan anak yatim. Semuanya dapat diberi harta kepada mereka melalui zakat.\n\nKemajukan sesebuah Negara bergantung kepada kemajuan ekonomi dimana suatu bangsa akan mundur dan lemah jika pencapaian ekonominya lemah. Oleh itu, majukan lah ekonomi kita dengan menggunakan sistem ekonomi yang berteraskan islam.\n\n7. Sanjungan dan Penghormatan Diterima oleh Ibnu Khaldun Dari Masyarakat Antarabangsa Sehingga Kini\n\nSesebuah Negara ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu ibnu khaldun chair of islamik studies di university di Amerika. Tempat ini dibuka bagi pelajar yang meminati bidang dalam sains sosial. Ini telah terbukti bahawa ajaran Ibnu Khaldun telah memberi manfaat kepada generasi akan datang.\n\nNama beliau diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka iaitu Universiti Ibnu Khaldun, Jakarta Indonesia. Program yang disediakan di situ termasuklah Tafsir, Hadis, Fiqh, Kalam dan Sufi yang juga berdasarkan kurikulum kursus umum dan elektif. \n\nIbnu Khaldun juga merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam bersyair.\n\nIbnu khaldun banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran ibnu khaldun dalam bidang pengsyairan jelas kelihatan dalam karyanya al muqaddimah apabila membahaskan tentang syair arab. \n\nSyair yang dikenali di zaman Rasulullah Shallallahu \u2018alaihi wa Sallam bersama para sahabatnya adalah berbeza dengan al-ghina\u2019 (nyanyian). Syair arab yang dimaksudkan ini adalah merujuk kepada lantunan suara dengan nada biasa seperti puisi, syair, dan sajak .\n\nIbnu Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya.Oleh itu, Ibnu Khaldun dikenali sebagai \u201cBapa Ekonomi Islam\u201d kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat seperti Adam Smith dan David Ricardo. \n\nIbnu Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al-adl), kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, dan konsep sama rata. Berhubung dengan keadilan, Ibnu Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. \n\nApabila keadilan ini tidak dapat dilaksanakan dengan betul, sesebuah negara akan hancur dan musnah. Menurut beliau, ketidakadilan bukan sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan.\n\nItulah dia Ibnu Khaldun dan sumbangannya yang harus anda ketahui. Berbanggalah kerana Tokoh Sejarawan Islam kita sangat hebat dan memberi manfaat kepada seluruh dunia. Jemput baca juga kisah dajjal, fidyah\u00a0dan tebus talak."
"Jom baca artikel tanda-tanda kencing manis ini.Perlu tahu sebelum ianya menjadi bubur.\n\n\u201cSedapnya kek Nutella ni. Coklat Ritter Sport ni pun sedap juga. Aiskrim pun ada banyak pilihan yang sedap-sedap. Wah, macam-macam pilihan! Rambang mata dibuatnya.\u201d\n\nTanyalah sesiapapun, makanan yang manis-manis pasti menjadi pilihan. Jika makan di luar, seakan-akan tidak lengkap tanpa mengambil vanilla latte, sepotong kek coklat dan kuih-muih. Lebih seronok, sebelum makan ambil gambar dulu dan paparkan di Facebook atau Instagram.\n\nIni merupakan gaya hidup kebanyakan masyarakat di dunia. Dengan kewujudan pelbagai minuman dan pencuci mulut yang viral dalam masa yang singkat, semua berlumba-lumba ingin mencubanya. Namun, tahukah anda jumlah gula di dalamnya? Adakah anda berasa ia selamat dimakan? Sebenarnya anda bukan berlumba-lumba untuk tunjuk anda mengikut peredaran zaman, tetapi \u2018memanggil\u2019 penyakit untuk mendekati.\n\nLazimnya, pencuci mulut dibuat menggunakan kandungan bahan lemak, karbohidrat dan gula yang tinggi. Itulah sebabnya anda terus mencubanya tanpa rasa bersalah. Ini kerana anda sudah ketagihan gula. Ketagihan ini akan menyebabkan anda mendapat penyakit kencing manis.\n\nMungkin anda pun tidak sedar yang anda ialah seorang pesakit kencing manis. Statistik menunjukkan negara kita antara yang tertinggi merekodkan jumlah pesakit kencing manis di Asia Tenggara. Malaysia kini menduduki tempat ke-10 di dunia.\n\nIa juga dikenali sebagai diebetes mellitus iaitu sejenis penyakit kronik berkaitan metabolik yang akan menyebabkan paras gula menjadi tinggi dalam darah. Walaupun gula penting bagi kesihatan kerana berfungsi membangunkan otot dan tisu serta penting untuk otak.\n\nDengan bantuan hormon insulin, gula dalam darah akan bergerak ke dalam sel-sel untuk disimpan. Ia juga digunakan dan ditukarkan sebagai tenaga. Bagi pesakit kencing manis, badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakannya secara total.\n\nJika tidak mendapatkan rawatan dengan segera, kadar gula yang tinggi boleh merosakkan sistem saraf, buah pinggang, mata dan organ-organ yang lain.\n\nOleh itu, khas bagi pembaca bidadari.my, artikel ini akan berkongsi tentang tanda-tanda kencing manis. Orang kata, lebih baik beringat sebelum terkena. Kita perlu mengambil langkah mencegah sejak awal lagi. Jika sudah terkena penyakit ini, tiada ubat untuk menyembuhkannya.\n\nTanda-Tanda Umum Kencing Manis (Peringkat Awal)\n\nSebenarnya, tanda-tanda kencing manis bergantung pada kadar gula dalam darah. Ada sesetengah individu yang mendapat pradiabetes (diabetes jenis 2), kemungkinan tidak akan menunjukkan simptom-simptom yang ketara.\n\nDiabetes jenis 2 berlaku apabila tubuh badan tidak mampu bertindak balas dengan insulin. Akibatnya gula akan terkumpul di dalam darah. Manakala, bagi pesakit diabetes jenis 1, tanda-tanda dapat dilihat dengan lebih cepat dan menjadi lebih teruk.\n\nBerikut ialah tanda-tanda kencing manis umum bagi pesakit diabetes jenis 1 dan jenis 2, iaitu:\n\nJangan ingat apabila kita tiada apa-apa simptom yang ketara menunjukkan kita benar-benar sihat. Kandungan gula dalam darah boleh meningkat tanpa menunjukkan sebarang simptom yang ketara.\n\nWalaupun kadar peningkatan gula darah tidak terlalu tinggi, namun ia masih boleh merosakkan sistem saraf, mata dan buah pinggang. Namun begitu, semakin tinggi kadar gula kadar kerosakan yang lebih teruk boleh berlaku jika tidak menerima rawatan dengan segera.\n\nOleh itu, berhati-hati apabila anda mendapati tanda-tanda ini berlaku kepada diri anda. Antaranya ialah:\n\nTerlalu kerap ke tandas pada waktu malam merupakan tanda bahawa kandungan gula dalam darah adalah terlalu tinggi.\n\nApabila kandungan gula semakin tinggi, buah pinggang tidak dapat memproses dengan betul. Ini menyebabkan terhasilnya glukosa dalam air kencing.\n\nGula yang berada di bahagian lembap di sekitar kemaluan menyebabkan bakteria membiak dan menyebabkan infeksi. Masalah ini mudah berlaku bagi golongan wanita.\n\nTanpa menjaga pemakanan dan mengamalkan senaman yang konsisten, tiba-tiba badan anda menjadi susut. Ini adalah tanda-tanda yang perlu anda waspada. Pesakit kencing manis tidak dapat menggunakan gula dengan berkesan sebagai tenaga.\n\nAkibatnya, tubuh akan mula membakar lemak yang tersimpan. Ini menyebabkan penurunan berat badan yang amat ketara.\n\nPerubahan pada warna kulit merupakan tanda awal adanya kencing manis. Perubahan ini sangat ketara kerana kulit akan menjadi agak gelap kehitaman terutamnya di bahagian ketiak dan leher.\n\nKandungan gula yang tinggi di dalam darah akan mengganggu retina di dalam mata. Lama-kelamaan, ia akan merosakkan penglihatan anda.\n\nKeletihan yang melampau kemungkinan disebabkan oleh penyakit kencing manis. Akibat terlalu kerap kencing, pesakit akan mengalami kekurangan air dalam badan atau dehidrasi. Ia akan menyebabkan gangguan waktu tidur dan merosakkan ginjal.\n\nKesimpulannya, jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan di atas, segeralah dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan memandang remeh perkara ini kerana ia adalah penyakit senyap (silent disease).\n\nJika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai kencing manis, anda perlu sentiasa berwaspada. Begitu juga dengan orang yang mempunyai masalah berat badan, kolestrol yang tinggi dan mempunyai penyakit hipertensi.\n\nAmalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan kerap bersenam. Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat. Elakkan makanan yang bergula, banyak garam, berminyak dan berkanji. Semoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel:"
"Darah pekat bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang rawatan, anda berpotensi untuk mendapat masalah kesihatan yang jauh lebih serius seperti darah beku, deep vein thrombosis, dan sebagainya. \n\nApa yang dimaksudkan dengan masalah darah pekat? Apakah punca darah pekat?\n\nApakah yang dimaksudkan dengan darah pekat?\n\nDarah pekat adalah satu keadaan di mana kadar pembekuan darah dalam salur darah seorang individu adalah pada kadar yang tidak normal. Kadar pembekuan yang tidak normal menyebabkan platlet darah saling bergumpal dan melekat di antara satu sama lain lalu menyebabkan aliran darah dalam badan menjadi lebih perlahan dan kurang lancar berbanding yang sepatutnya.\n\nSekiranya keadaan ini dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan, ia akan memberikan kesan negatif dan masalah kesihatan yang lebih buruk seperti darah beku, aliran darah yang tersumbat, malah boleh membawa maut.\n\nTerdapat beberapa punca darah pekat yang telah dikenal-pasti dari segi perubatan. Di antara punca yang paling kerap berlaku adalah seperti berikut:\n\nApakah tanda atau simptom darah pekat?\n\nMengetahui tanda darah pekat adalah sangat penting supaya anda dapat mengesan penyakit ini dengan lebih awal. \n\nPeluang anda untuk sembuh adalah lebih tinggi sekiranya penyakit anda dikesan pada peringkat awal dan mendapat rawatan dengan kadar segera. Di antara tanda atau simptom darah pekat adalah seperti berikut:\n\nBagaimana cara untuk mencairkan darah pekat?\n\nSeperti yang kami nyatakan tadi, darah pekat yang tidak dirawat boleh menyebabkan pelbagai masalah kronik malah boleh membawa maut. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda mendapatkan rawatan dengan segera bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Di antara cara mencairkan darah pekat yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:\n\nItulah dia punca darah pekat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. \n\nJika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca mulut berbau, punca kurap, dan punca stress"
"Scrub badan buatan sendiri tidaklah sukar seperti yang kita bayangkan. Sebenarnya, ia amat mudah dan menjimatkan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Patutlah ramai peniaga menjual scrub organik, ia mudah dihasilkan malah tidak mengeluarkan kos yang banyak.\n\nKesan scrub badan buatan sendiri juga menjadikan kulit anda lebih flawless, putih, gebu, halus dan mulus, tambahan pula scrub tersebut boleh dipakai secara menyeluruh di muka dan badan. Scrub badan buatan sendiri juga lebih segar dan mempunyai khasiat yang tinggi kerana zat vitamin bahan-bahannya masih ada.\n\nJom lihat 11 jenis scrub badan buatan sendiri yang mudah dibuat dan berkesan.\n\nOat dan strawberi adalah bahan yang boleh digunakan untuk dijadikan scrub badan serta kulit wajah. Strawberi mempunyai vitamin C yang bersifat antioksidan dan menjadikan kulit lebih halus dan mulus. \n\n#2 Scrub Hampas Kelapa, Kunyit Hidup Dan Lemon\n\nHampas kelapa berkesan melembabkan kulit dan menghaluskan kulit wajah dan tubuh anda. Selain mengatasi masalah kulit tubuh yang gatal, ia dapat memudarkan jeragat dan jerawat badan.\n\nCara Buat Scrub Hampas Kepala, Kunyit Hidup Dan Lemon\n\n#3 Scrub Kopi Dan Olive Oil\n\nKopi dapat meninggalkan sel-sel kulit mati dan menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Jangan terkejut dengan scrub badan buatan sendiri ini. Kulit badan anda pasti licin, putih dan berseri.\n\nCara Buat Scrub Kopi Dan Olive Oil\n\nScrub beras dan madu ini sangat harum digunakan untuk wajah dan tubuh badan. Justeru ia adalah suatu scrub badan buatan sendiri yang dapat mengharumkan tubuh badan anda. Biarpun terasa sedikit melekit dengan madu, tapi scrub ini dapat mencerahkan tubuh badan anda secara semulajadi.\n\nCara Buat Scrub Beras, Madu Dan Gula\n\n#5 Scrub Kacang Almond / Badam Dan Minyak Essential\n\nSiapa kata almond atau badam tidak ada kegunaan? Selain khasiatnya untuk tubuh badan dan kulit, ia juga boleh dijadikan scrub bagi menghilangkan jewarat badan dan wajah. Untuk pengetahuan anda, almond dapat melancarkan peredaran darah sekaligus membasmi jerawat yang baru nak tumbuh. \n\nYogurt dapat melembabkan kulit wajah di samping membekalkan khasiat dan zat vitamin ke dalam kulit. Scrub badan buatan sendiri ini boleh juga digunakan untuk tubuh badan sebagai scrub bagi mencantikkan kulit.\n\nHanya bahan yang ada dirumah seperti gula dan timun, anda sudah dapat menjimatkan wang untuk membuat scrub badan sendiri. Timun dapat melembabkan kulit tubuh dan memutihkan kulit secara bersih semulajadi. Scrub badan buatan sendiri ini dapat mengatasi masalah penuaan dan kulit badan yang kering.\n\nCara Buat Scrub Gula Dan Timun\n\n#8 Scrub Daun Pudina Dan Olive Oil\n\nDaun pudina sering digunakan untuk membersihkan tekak dan rongga mulut, tetapi ia juga boleh dijadikan scrub badan buatan sendiri yang sangat sedap dipakai. Selain menyejukkan badan, ia dapat mengatasi masalah badan berbau dan menaikkan aura seseorang.\n\nCara Buat Scrub Daun Pudina Dan Olive Oil\n\nPisang dapat membersihkan kulit wajah dan tubuh serta membasmi kuman dan radikal bebas. Campuran pisang dan madu memberi khasiat kepada tubuh badan disamping mencantikkan kulit. Scrub badan buatan sendiri ini sesuai untuk anda yang ingin tampil lebih awet muda.\n\nCara Buat Scrub Pisang Dan Madu\n\n#10 Scrub Gula Perang Dan Minyak Zaitun\n\nScrub badan buatan sendiri ini sangat ringkas dan mudah dilakukan. Tak perlu nak beli barang apa-apa lagi, semuanya boleh cari di dapur. Jimat dan mudah pula tu! Gula perang dan minyak zaitun mempunyai kelebihannya dapat menghaluskan kulit tubuh badan untuk lebih mulus dan cantik.\n\nCara Buat Scrub Gula Perang Dan Minyak Zaitun\n\n#11 Scrub Garam Laut dan Kelapa (Jenis Kulit Kering)\n\nGaram laut sangat terkenal dalam mengatasi segala jenis penyakit kulit seperti kegatalan, radang, kulit kering dan lain-lain lagi. Untuk mencantikkan kulit tubuh badan dan wajah, garam laut boleh dijadikan scrub bersama kelapa (kulit kering). Ia berfungsi mengelupaskan sel kulit untuk tukar kulit yang baru, melancarkan perjalanan darah anda dan mencerahkan kulit tubuh badan sekaligus wajah.\n\nCara Buat Scrub Garam Laut Dan Kelapa\n\nItulah dia 11 jenis scrub badan buatan sendiri yang boleh kita praktikkan di rumah. Scrub badan buatan sendiri amat mudah dan menjimatkan kerana tidak perlukan bahan-bahan yang sukar dicari. Lepas ni, jimatlah duit poket tak perlu beli scrub di pasaran, buat sendiri je tak sampai 15 minit!\n\nJom baca juga Kecutkan jerawat dengan manjakani, Produk hilangkan jerawat dan Scrub muka terbaik."
"Pernahkah anda makan scone? Scone atau skon ialah sejenis kek yang biasanya dibuat daripada tepung gandum, barli atau mil oat serta menggunakan serbuk penaik sebagai agen pengikat dan cara masak ialah dibakar di atas kuali leper. Skon pula diperisakan manis dan kadangkalanya diberus dengan lapisan kuning telur sebelum dibakar.\n\nNamun pada resepi yang kami tulis kali ini, scone dimasak hanya dengan menggunakan 3 bahan iaitu mentega, tepung naik sendiri, dan krim atau susu segar dan dimasak dengan cara dibakar. Resepi scone ringkas dikongsikan oleh Umie Nurhayati di laman Facebook.\n\nResepi ini paling simple dan sedap, kalau beli sebiji di cameron RM 4 seketul. Buat sendiri puas makan. Kudap-kudap untuk menu minum petang seronoknya.\n\nSelain resepi scone, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Bagaimakah cara pakai samping yang sesuai untuk anda? Tidak lengkap tentunya pakai baju melayu tanpa gandingan samping bersama. \n\nPakaian tradisional untuk lelaki melayu ini sudah menjadi kemestian setiap kali tibanya Hari Raya.\n\nPada Hari Raya pertama, biasanya lelaki akan memakai baju melayu lengkap dengan songkok dan samping \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang cara pakai samping dengan ikatan unik dan tersendiri yang boleh anda gayakan bersama baju melayu di Hari Raya nanti. \n\nPada zaman dahulu, samping digunakan untuk membezakan darjat seseorang sama ada dari golongan Raja, Sultan, kerabat, pembesar atau rakyat biasa. \n\nBerbeza dengan hari ini yang kita lihat, samping digunakan pula untuk membezakan lelaki tersebut bujang ataupun berkahwin. \n\nLelaki yang masih bujang akan memakainya di atas paras lutut manakala lelaki yang sudah berkahwin akan memakainya di bawah paras lutut. \n\nUntuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis ikatan samping dan cara pakai samping yang boleh disesuaikan mengikut kesesuaian cita rasa masing-masing bermula dengan cara tradisional sehinggalah ke moden dan terkini. \n\nIkatah moden ala Johor sesuai dipakai bersama baju melayu tradisional Johor iaitu Baju Melayu Telok Belanga.\n\nCara-cara ikatan moden ala Johor adalah seperti yang berikut:\n\nBiasanya, baju melayu songket dan baju melayu biasa banyak dipadankan dengan ikatan lingkup. Menariknya tentang ikatan ini ia tidak perlukan lilitan atau potongan pelik. \n\nIa sangat mudah dipakai berbanding jenis ikatan lain kerana cara pakai samping ini lebih kurang seperti kain pelikat untuk solat dan sebagainya. \n\nCara-cara ikatan lingkup adalah seperti yang berikut:\n\nIkatan teruna pula seakan sama dengan ikatan lingkup. Tetapi yang membezakannya adalah kedudukan pada bahagian kain ini terbuka. \n\nCara-cara ikatan teruna adalah seperti yang berikut:\n\nAsalnya hanya kain samping pendek tetapi ia dimodenkan menjadi ikatan dendang perantau. Unik pada ikatan ini, bentuk kain yang terkeluar adalah seperti sebuah poket.\n\nSetiap poket ini membawa maksudnya yang tersendiri bergantung pada kedudukanya. Bagi lelaki duda, kedudukan poket perlu berada di bahagian tengah.\n\nManakala yang bujang pula, kedudukannya perlu di bahagian kanan manakala perempuan di bahagian kiri.\u00a0\n\nCara-cara ikatan dendang perantau adalah seperti yang berikut:\n\nMaksud kembung berasal dari kesan menggembung yang terjadi ketika memakai ikatan ini. Ikatan ini sangat popular dari kalangan pengantin lelaki ketika adat pernikahan Melayu.\n\nCara-cara ikatan kembung adalah seperti yang berikut:\n\nJenis samping ikatan pancung banyak dipakai oleh para pengantin di majlis perkahwinan. Namun tidak salah jika dipraktikkan ketika lebaran nanti.\n\nCara-cara ikatan pancung adalah seperti yang berikut:\n\nGaya ikatan bunga tanjung jika dilihat ia tidak ubah sama sekali seperti seorang hulubalang melayu suatu masa dahulu.\n\nKedudukan bunga pada samping membawa erti yang berbeza. Ikatan bunga samping kanan adalah untuk lelaki, manakala\u00a0bunga kiri untuk perempuan.\n\nCara-cara ikatan bunga adalah seperti yang berikut:\n\nSelain dari panduan cara pakai samping ni, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan jenis baju dan kain seperti:"
"Selalunya orang masak cendawan goreng menggunakan cendawan tiram, namun pada resepi kali ini, kami ingin berkongsikan resepi cendawan goreng guna cendawan inoki pula.\n\nTentunya resepi memasak cendawan ini senang sahaja, hanya menggunakan cendawan inoki sebagai bahan asas nya kemudian disalut dengan tepung bestari dan digoreng.\n\nMenggorengnya pula jangan overcooked, agak-agak ia sudah garing kekuningan baru boleh dangkat. Cendawan goreng ini boleh dijadikan camilan dicicah dengan sos cili sungguh sedap.\n\nRasanya sangat rangup, sedap dan menjilat jari. Makan satu sahaja confirm tidak boleh berhenti mengunyah. Mari tengok resepi perkongsian ramai yang dikongsikan oleh Syikin Jana\u200e di Facebook seperti berikut di bawah ini.\n\nNota : Kalau tidak mau campur telur pun, bagi telur supaya tepung dia lekat banyak, jadi lebih crunchy dan kurangkan rasa masin tepung.\n\nSelain resepi cendawan goreng, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Teringin makan sesuatu yang pedas? Tetapi tidak tahu apanya? Jom cuba resepi asam pedas ikan pari yang mendapat perkongsian ramai ini.\n\nAsam pedas seperti yang diketahui amat terkenal di negeri Melaka dan Johor. Jika anda pergi ke Melaka, dan daerah Johor, menu masakan ini wajib anda cuba.\n\nResepi ini telah mendapat perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Sue Ninie. Jom kita tengok apa resepi nya. Asam pedas ikan pari. Jemput baca.\n\nCara Memasak Asam Pedas Ikan Pari\n\nSelain resepi Asam Pedas Ikan Pari, kami juga telah mengongsikan resepi menarik lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"Mencari robot vacuum untuk rumah? Memang letih kalau mengemas rumah setiap hari sambil bekerja dari rumah, tidak dikira dengan tugasan kerja rumah seperti memasak, basuh baju dan sebagainya lagi. Kos ambil orang gaji pun tinggi, lebih baik cari robot. Ya, kini memang ada vacuum robot terbaik yang akan membantu anda mengemas rumah seperti menyapu sampah, vacuum dan juga mengemop lantai. \n\nVacuum Robot terbaik ini bukan hanya mempunyai fungsi vacuum semata-mata tetapi juga dapat menyapu sampah dan mengemop. Namun, fungsi dan kualitinya bergantung kepada jenama vacuum tersebut. Tidak semua vacuum robot mempunyai kegunaan yang sama, oleh itu penting untuk membuat semakan maklumat jenama vacuum robot terlebih dahulu.\n\nFaktor Penting Memilih Vacuum Robot Terbaik\n\nBerikut adalah perkara penting perlu dilihat sebelum membeli vacuum robot. Jom lihat antara jenama vacuum robot terbaik paling berkualiti pilihan ramai rakyat Malaysia.\n\nAnda pasti tidak percaya dengan kualiti yang ditawarkan oleh Robot Vacuum ROIDMI EVE Plus Xiaomi ini. Ia merupakan vacuum robot yang sangat berkualiti, lengkap dengan teknologi inovatif dan pensterilan automatik \u2013 EVE PLUS sehingga fungsi mengeringkan. Vacuum robot terbaik Roidmi Xiaomi yang sah ini juga digelar sebagai pembersih mop dengan pengangkut sampah mudah.\n\nPensterilan yang dimaksudkan adalah pengosongan kendiri dimana debu-debu kotoran tidak akan memberi masalah kepada vacuum robot berkualiti ini. Sedar atau tidak, kotoran terkumpul akan menyebabkan kerosakan, tetapi Robot Vacuum ROIDMI EVE Plus Xiaomi ini akan membersih dengan baik, memastikan ia kosong dan mensterilkannya sendiri serta menyahbauan. Semuanya berfungsi secara automatik, hebat bukan?\n\nAntara Kelebihan Fungsi Robot Vacuum Roidmi adalah:\n\nPakej Vacuum Robot Roidmi ini termasuklah Robot Vacuum Cleaner, Automatic Suction Station, tangki air, , Side Brush , Single-use mop, Mop dan Dust Bag. Ia juga mempunyai waranti antara 1 ke 2 tahun (berhgantung pada harga). Sungguh berbaloi kerana fungsinya sangat pelbagai!\n\nSeperti robot vacuum yang lain, vacuum ini juga mempunyai fungsi menyedut, menyapu dan mengemop. Anda boleh mengawal vacuum ini menggunakan aplikasi Mi Home. Semuanya jadi mudah apabila hanya di kawal di hujung jari.\n\nDengan 2500Pa, vacuum ini mempunyai kuasa sedutan yang kuat dan memudahkan segala habuk untuk dibersihkan dengan mudah. Terdapat 4 mod sedutan serta memuatkan 600ml kapasiti untuk kotak habuk.\n\nUntuk mengemop pula, tangki air dapat memuatkan 200ml dan boleh beroperasi selama 110 minit. Pengecasan hanya mengambil masa 3-4 jam sahaja dan anda boleh menggunakan keseluruhan fungsi selama 80-90 minit.\n\nBrand Khind juga terkenal dengan barang peralatan rumah yang berkualiti. Salah satunya adalah vacuum robot terbaik Khind VC9X6A. Antara 4 mod pembersihan yang dimilikinya adalah mod auto atau zigzag (pergerakan sama ada lurus atau zigzag ketika membersih), mod sudut (lebih sesuai digunakan di bilik air), mod spot (pembersihan yang lebih spesifik) dan mod full go (mod pembersihan yang menyeluruh). \n\nDustbox dan tangki air vacuum robot terbaik ini tidak terlalu besar, ia mengikut kapasiti baterinya. Sekiranya kekurangan bateri sehingga 15%, ia akan auto caj semula.\n\nVacuum robot terbaik berjenama Morgan ini juga mempunyai kualiti tip top dimana ia teknologinya ringkas, namun fungsi menyapunya sangat bagus. Anda akan melihat lantai yang sangat bersih setiap hari. Reka bentuk mini dan kecil amat mudah untuk disimpan. Namun, anda perlu cas bateri vacuum robot ini secara manual.\n\nMempunyai teknologi Alexa, vacuum robot Roborock S6 ini membolehkan anda mengarahkannya menggunakan suara sahaja tanpa telefon. Ia akan bertugas mengikut lokasi yang anda arahkan. Selain itu, waktu operasinya juga lama iaitu 1 jam sehingga 3 jam. Menyapu, mop dan menyedut dengan pantas adalah kepakaran vacuum robot terbaik ini.\n\nRoborock S7 tak kurang hebatnya. Berbanding Roborock S6, Roborock S7 mempunyai fungsi tambahan terutama pada bahagian mop. Fungsi tambahannya adalah VibraRise dan Sonic Mopping. \u00a0\n\nVibraRise akan mengangkat fungsi mop secara automatik jika berada di kawasan berkarpet untuk mengelakkan karpet basah ketika proses mengemop. Fungsi Sonic Mopping pula akan bergegar sebanyak 3 000 kali untuk membersihkan lantai. Dengan tangka air 300 ml, lantai anda akan berkilat dan bersih.\n\nRobot Vacuum keluaran Xiaomi ini tak kurang hebatnya. Ramai yang telah memberikan feedback positif terhadap fungsi dan hasilnya. Vacuum ini mempunyai 2200Pa kuasa penyedutan dengan 2 fungsi utama iaitu vacuum dan mengemop.\n\nSemua jenis habuk di pelbagai jenis permukaan dapat disedut dengan baik kerana ada 4 fungsi sedutan yang berbeza. Pengecasan mengambil masa 5 jam namun vacuum ini boleh beroperasi selama 240 minit.\n\nMi Robot dikawal sepenuhnya menggunakan aplikasi Mijia App. Semuanya jadi mudah dengan kawalan ini iaitu meliputi penukaran mod, remote control, paparan status dan peta lokasi. Paling menarik, vacuum ini beroperasi secara senyap.\n\nWalaupun berada di luar rumah, vacuum robot DIBEA D500 ini tetap akan melakukan tugasnya membersihkan rumah. Anda boleh pantau di aplikasi telefon bimbit walaupun d imana sahaja anda berada. Ia memiliki tangki air yang fleksibel di mana ia boleh digunakan untuk lantai kering ataupun basah. \n\nMenariknya, anda tak perlu risau jika robot ini terjatuh, kerana ia mempunyai sensor anti-jatuh bagi mengesan jenis tempat yang tinggi seperti tangga dan sebagainya. Mudah bukan?\n\nILIFE V5 adalah jenama bagi vacuum robot terbaik yang kemas, cantik dan nampak elegant. Ia berfungsi mencuci segala kotoran dan habuk microfiber serta mempunyai fungsi automatik. Sekiranya rumah mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, hamster, anjing dan sebagainya, vacuum robot terbaik ini akan menyedut habuk dan kotoran tersebut sehingga PM2.5.\n\nDi samping itu, tiada masalah bagi rumah yang besar kerana Vacuum robot ILIFE V5 ini berfungsi membersihkan sehingga 100-130 meter persegi. Ia juga lengkap dengan sistem anti-pelanggaran dan sensor infrared supaya digunakan dengan cara yang selamat tanpa risiko rosak.\n\nVacuum robot terbaik ini boleh membersihkan pelbagai jenis permukaan sama ada jenis kain mahupun lantai keras. Namun begitu, ia tidak dapat membersihkan karpet. Vacuum robot yang dikatakan paling tipis ini memiliki alat kawalan jauh ia sangat mudah dikawal. \n\nVacuum robot terbaik ini mengangkat sampah dan menyimpan di dalamnya semasa proses menyapu. Ia juga dilengkapi dengan Smart Detection 2 serta 23 sensor dan akselerometer bagi memudahkan kegunaan mod operasi yang sesuai dalam membersihkan rumah sehingga selesai. \n\nBerikut adalah vacuum robot terbaik paling berkualiti pilihan rakyat Malaysia. Jom lihat juga Pelitup Muka KN95, Sunscreen Dan Sunblock dan Fakta Tentang Emas. \n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Masalah sengal dan sakit sendi khususnya di bahagian lutut membuatkan pergerakan kita terbatas. Nak bangun berdiri mahupun berjalan dengan betul pun jadi payah. Ayuh ketahui punca lutut sakit sebagaimana yang pernah dibincangkan dalam kertas-kertas kajian perubatan sebelum ini.\n\nLutut merupakan bahagian sendi yang menghubungkan peha dengan betis. Tambahan pula, lutut merupakan sendi yang paling besar bagi tubuh badan.\n\nUniknya penciptaan lutut ini membolehkan kaki kita fleksibel untuk meluruskan, melipat dan menghayun kaki. Selain itu, lutut adalah penting untuk tujuan berlari, berjalan, melompat dan menampung berat badan. Tanpa lutut, tulang kaki yang lurus boleh jadi patah!\n\nPada awal kelahiran, lutut masih bersifat kartilaj atau tulang lembut. Struktur lembut ini akan mengeras menjadi tulang pada usia 3 ke 5 tahun. Tempoh ini agak lama berbanding pembentukan tulang yang lain kerana lutut merupakan jenis tulang sesamoid iaitu tulang yang terletak pada tendon atau otot.\n\nDisebabkan fungsi lutut yang secara utamanya membantu sistem pergerakan manusia, sakit lutut boleh menjejaskan aktiviti harian kita.\n\nPada tahun 1997, sekumpulan penyelidik dari Universiti Calgary, Alberta, Kanada ada menerbitkan kajian ulasan saintifik berkenaan sakit lutut. Mereka merumuskan bahawa sakit lutut boleh dialami oleh pelbagai peringkat umur. Dalam kalangan tentera pula, disebabkan aktiviti ketenteraan mereka, masalah sakit lutut dialami oleh askar lelaki dan perempuan yang berusia antara 18 dan 26 tahun.\n\nBerdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh pakar rheumatologi di Hospital St. Thomas, London pada tahun 1992, kebanyakan mereka yang mengalami sakit lutut adalah berusia 55 tahun ke atas yang disebabkan oleh faktor penuaan.\n\nTambahan lagi, didapati golongan wanita lebih mudah mengalami masalah sakit lutut berbanding lelaki dengan statistik 27 orang dalam setiap 100 wanita. Keadaan ini juga seiring dengan pertambahan usia masing-masing.\n\nMenurut kertas kajian yang diterbitkan oleh pakar ortopedik dan penyelidik di Hospital Minnesota, Amerika Syarikat pada tahun 2000, struktur anatomi bentuk lutut wanita lebih cenderung untuk mereka mengalami sakit lutut.\n\nDilaporkan, masalah sakit lutut ini sering dilaporkan dalam kalangan atlet yang kerap melakukan aktiviti fizikal intensif dan golongan wanita walaupun tidak terlibat secara aktif dengan aktiviti sukan.\n\nPengelasan punca sakit lutut dibahagikan kepada dua iaitu\n\nAntara senarai punca sakit lutut yang dibincangkan adalah berdasarkan huraian seperti berikut:\n\nPunca sakit lutut akibat melakukan aktiviti fizikal berat terjadi apabila aktiviti fizikal tersebut memberi kesan ke atas mekanisma penjajaran atau alignment lutut untuk menjadi tidak normal.\n\nTekanan yang dirasai oleh bahagian sendi lutut menyebabkan ketidakseimbangan mekanisme lutut yang menjurus kepada sakit lutut apabila:\n\n2. Trauma Fizikal atau Kecederaan Secara Langsung\n\nSakit lutut akan mula dirasai apabila seseorang itu mengalami kecederaan atau impak secara terus ke bahagian kepala lutut.\n\nHentakan yang kuat atau terjatuh di permukaan yang keras boleh mengakibatkan rasa sakit yang datang beberapa jam selepas insiden tersebut.\n\nPada masa kejadian, rasa sakit mungkin belum dirasai, tetapi kesakitan akan dirasai apabila kartilaj mula rosak secara berperingkat akibat trauma itu tadi.\n\n3. Berat Badan Berlebihan, Hamil dan Melahirkan Anak\n\nMasalah sakit lutut akan dialami mereka yang sedang hamil dan selepas melahirkan anak. Hal ini disebabkan perubahan sistem rangka badan bagi menyesuaikan badan wanita untuk mengandungkan bayi dan memudahkan urusan kelahiran.\n\nHal ini sedikit sebanyak telah memberi tekanan kepada bahagian sendi yang berperanan menyerap dan menampung sebarang daya dan berat badan bertambahan.\n\nFaktor ini juga boleh menerangkan masalah sakit lutut yang menimpa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.\n\nKhusus bagi wanita, faktor hormon boleh menjadi punca sakit lutut dengan penghasilan estrogen. Dilaporkan, hormon estrogen mengurangkan penghasilan kolagen.\n\nKandungan kolagen yang berkurangan memberi kesan kepada fungsi lutut. Oleh itu, untuk mengurangkan kesan ini. golongan wanita terutamanya boleh cuba mendapatkan sumber kolagen melalui diet makanan seperti:\n\nPunca sakit lutut boleh juga disebabkan oleh tabiat dan rutin amalan harian yang memberi tekanan kepada kawasan sendi lutut. Antaranya ialah:\n\nKajian makanan ke atas sakit lutut masih belum dikembangkan dengan meluas. Punca sakit lutut disebabkan makanan ini berlaku ke atas mereka yang sedang sakit lutut dan pengambilan makanan tertentu akan menambahkan lagi rasa sakit lutut tersebut.\n\nMenurut pengalaman orang lama, berdasarkan pemerhatian mereka, jika anda sedang sakit lutut, elakkan daripada makan makanan yang \u2018sejuk\u2019 atau dalam bahasa lainnya \u2018membuatkan urat kembang.\u2019\n\nAntara petua makanan yang perlu dielakkan ialah kobis, cendawan, pucuk daun, salad, soya dan sebagainya.\n\nBiarpun tiada kajian saintifik untuk mengesahkan atau menafikan dakwaan ini, tidak salah sekiranya dicuba petua elak makanan \u2018sejuk\u2019 ini, sekurang-kurangnya sehingga lutut tidak sakit lagi.\n\nAntara punca lutut sakit ialah aktiviti fizikal yang berat, kecederaan, berat badan berlebihan, hamil, melahirkan anak, faktor hormon dan tabiat rutin harian.\n\nMasalah sakit lutut ini boleh beransur-ansur pulih dan lega secara berperingkat. Ubat tahan sakit boleh diambil bagi meredakan kesakitan pada bahagian lutut. Gaya hidup yang lebih sihat juga sangat bagus untuk diamalkan bagi faedah kesihatan secara keseluruhan.\n\nNamun, jika gejala sakit lutut ini sering berulang dan berpanjangan, anda perlulah mendapatkan khidmat rawatan pakar perubatan bertauliah. Jemput juga baca tentang punca badan berbau dan punca rambut beruban"
"Pernah makan Ayam Penyet? Sedap sangat kan? Terutamanya sambal penyet tuh kan? Menu ini adalah salah satu makanan tradisi popular masyarakat Jawa di Timur Indonesia dan kini, makanan ini semakin menular di kalangan rakyat Malaysia.\n\nJom cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh Syima Sani.\u00a0\n\nBahan-bahan tepung untuk goreng ayam,tempeh dan tauhu:\n\nSiap dihidangkan bersama nasi putih atau nasi ayam, salad, timun, tahu dan tempeh. Selamat mencuba ya! Resepi menarik yang lain."
"Teringin nak makan Pizza Hut atau Domino? Tapi bajet tak berapa nak ada. Boleh lah cuba buat pizza sendiri. Pizza Homemade lah katakan. InsyaAllah rasanya lebih kurang jer dengan Pizza Hut dengan Domino tu. Silap-silap lagi terasa sedap. Yela kepuasan makan dari titik peluh sendiri lagi sedap kot. \n\nJom tengok resepi dari Khairiyah Othman yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku. Pasti jadi enak dan sedap. Apa lagi selamat membuat dan menguli doh untuk pizza homemade. Nak nipis nak tebal terpulang. Topping pun terpulang. Bolehlah ikut selera masing-masing nak topping apa.\n\nSelain resepi Pizza Homemade, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Hajarul Aswad\u00a0(\u0627\u0644\u062d\u062c\u0631 \u0627\u0644\u0623\u0633\u0648\u062f) adalah perkataan Arab yang bermaksud batu hitam. Batu ini boleh dijumpai di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah). Bentuk Hajarul Aswad adalah bundar. Ia berwarna hitam dan berlubang. Tingginya sekitar 150 sentimeter dari atas tanah.\n\nBatu ini mempunyai lingkaran sekitar 30 sentimeter dan garis tengah 10 sentimeter, lebih besar daripada lingkaran muka seseorang.\n\nKerana itu, seseorang yang ingin mencium batu ini harus memasukkan mukanya ke dalam lubang itu. Kepala yang besar pun dapat dimasukkan ke dalam lubang batu hitam ini. Bahagian luar batu hitam ini diikat dengan pita perak yang berkilat.\n\nBagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah tawaf, penjuru yang terletak Hajarul Aswad ini dijadikan tanda sebagai tempat permulaan tawaf.\n\nMereka hendaklah memulai tawaf dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad, kemudian berpusing sebanyak tujuh kali. Ibadah tawaf bermula di penjuru Hajarul Aswad dan berakhir di bahagian penjuru Hajarul Aswad juga.\n\nHajarul Aswad adalah batu yang diturunkan dari syurga. Batu ini asalnya berwarna putih seperti salju. Namun kerana dosa manusia dan kelakukan orang-orang musyrik di muka bumi, batu tersebut akhirnya berubah menjadi hitam.\n\nDari Ibnu Abbas ra, dia berkata bahawa Rasulullah\u00a0saw bersabda,\n\n\u0646\u064e\u0632\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u062c\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0623\u064e\u0633\u0652\u0648\u064e\u062f\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0623\u064e\u0634\u064e\u062f\u064f\u0651 \u0628\u064e\u064a\u064e\u0627\u0636\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0628\u064e\u0646\u0650 \u0641\u064e\u0633\u064e\u0648\u064e\u0651\u062f\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f \u062e\u064e\u0637\u064e\u0627\u064a\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0646\u0650\u0649 \u0622\u062f\u064e\u0645\u064e\n\nMaksudnya, \u201cHajarul Aswad turun dari syurga padahal batu tersebut begitu putih lebih putih daripada susu. Dosa manusialah yang membuat batu tersebut menjadi hitam\u201d. (HR Tirmidzi no. 877)\n\nDari Ibnu Abbas\u00a0ra, dia berkata bahawa Rasulullah\u00a0saw\u00a0bersabda,\n\n\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u062c\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0623\u064e\u0633\u0652\u0648\u064e\u062f\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u0634\u064e\u062f\u064e\u0651 \u0628\u064e\u064a\u064e\u0627\u0636\u0627\u064b \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u062b\u064e\u0651\u0644\u0652\u062c\u0650 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u0633\u064e\u0648\u064e\u0651\u062f\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f \u062e\u064e\u0637\u064e\u0627\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0634\u0650\u0651\u0631\u0652\u0643\u0650\n\nMaksudnya, \u201cHajar aswad adalah batu dari syurga. Batu tersebut lebih putih dari salju. Dosa orang-orang musyriklah yang membuatnya menjadi hitam.\u201d (HR Ahmad)\n\nBatu yang mulia ini juga menjadi saksi di akhirat nanti. \u00a0Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata bahawa Rasulullah\u00a0saw\u00a0bersabda mengenai Hajarul Aswad,\n\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0644\u064e\u064a\u064e\u0628\u0652\u0639\u064e\u062b\u064e\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627\u0646\u0650 \u064a\u064f\u0628\u0652\u0635\u0650\u0631\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0633\u064e\u0627\u0646\u064c \u064a\u064e\u0646\u0652\u0637\u0650\u0642\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0644\u064e\u0645\u064e\u0647\u064f \u0628\u0650\u062d\u064e\u0642\u064d\u0651\n\nMaksudnya, \u201cDemi Allah, Allah akan mengutus batu tersebut pada hari kiamat dan ia memiliki dua mata yang boleh melihat, memiliki lisan yang boleh berbicara dan akan menjadi saksi bagi siapa yang benar-benar menyentuhnya.\u201d (HR Tirmidzi no. 961, Ibnu Majah no. 2944 dan Ahmad 1: 247)\n\nPada tahun 606 M, ketika Nabi saw berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina semula. Setelah proses pembangunan semula itu selesai, dan Hajarul Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah Arab Quraisy tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya.\n\nMelihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengusulkan bahawa yang berhak meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya. Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul.\n\nOleh sebab itu, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad menjalankan amanah untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya dengan penyelesaian yang cukup adil dan hikmah.\n\nBaginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Kemudian, Hajarul Aswad diletakkan di tengah-tengah serban itu.\n\nBaginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkan Hajarul Aswad. Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkan Hajrul Aswad di tempatnya.\n\nTindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari ketua-ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.\n\nAwalnya, Hajarul Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada zaman terkemudian setelah Baginda Nabi saw wafat.\n\nMenurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki, seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajarul Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah. Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajarul Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah.\n\nPemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada tahun 189H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajarul Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.\n\nUsaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 1839-1861 M). Pada tahun 1268H, baginda menghadiahkan lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajarul Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang.\n\nLingkaran emas itu kemudian diganti dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 1861-1876 M). Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918 M), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru.\n\nUntuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajarul Aswad sering dililit dan dilingkari pita perak.\n\nHukum Menyentuh Dan Mencium Hajar Aswad\n\nMenyentuh atau mencium Hajarul Aswad adalah Sunnah dalam ibadah tawaf, seandainya kita tidak dapat menciumnya, cukup menyentuhnya dan tapak tangan kemudian kita cium tangan yang menyentuh Hajarul Aswad tadi.\n\nBerikut adalah hadis-hadis berkenaan Nabi saw mencium dan menyentuh Hajarul Aswad:\n\nDari Abdullah bin Umar ra, \u201cSesungguhnya Rasulullah saw ber-istilam (menyentuh) Rukun Yamani dan Hajarul Aswad pada setiap Tawaf Baginda.\u201d (Mutaffaq alaih) dan di dalam Sunan Abu Daud, \u2033Rasulullah saw menciumnya.\u201d\n\n\u201cSaya melihat Umar ra menyentuh Hajarul Aswad dengan tangannya kemudian mencium tangan beliau itu dan beliau berkata, aku tidak pernah meninggalkan perbuatan ini (menyentuh Hajarul Aswad dan mencium tangannya) sejak aku melihat Rasulullah saw melakukannya.\u2033 (HR Muslim).\n\n\u2033Saya melihat Rasulullah saw bertawaf di Baitullah di atas untanya. Beliau menyentuh Hajarul Aswad dengan Mihjan (tongkat yang bengkok di bagian pegangannya) kemudian mencium tongkat itu.\u201d (Musnad Sahabat di dalam kitab At Tis\u2032ah).\n\n\u2033Sesungguhnya Rasulullah saw bertawaf di Baitullah di atas untanya, setiap kali Beliau melintasi Hajarul Aswad beliau ber-isyarat ke arahnya (Hajarul Aswad) dengan sesuatu yang ada pada beliau (tangan, atau apa saja yang dipegang) dan bertakbir.\u201d (HR Bukhari)\n\n\u2033Sunnah mencium Hajarul Aswad, bila tidak dapat menciumnya, cukup menyentuhnya, bila tidak dapat menyentuhnya, cukup bertakbir, bertahmid atau bertahlil ke arahnya.\u2033\n\n\u2033Sunnah mencium Hajarul Aswad dan bibirnya (yang warna putih), jika tidak mampu, cukup menyentuhnya, jika tidak mampu cukup bertakbir, bertahmid atau bertahlil ke arahnya, tanpa berisyarat. Beliau menambahkan, ketika mencium Hajarul Aswad adalah dengan hidung. Bukan dengan kening atau dua pipi.\u201d\n\n\u2033Sunnah mencium Hajarul Aswad dengan kening, jika tidak mampu, cukup menyentuhnya dan mencium tangan yang menyentuh tadi, jika tidak mampu cukup beri syarat dengan tangan ke arah Hajarul Aswad.\u2033\n\nKeadaan di Kaabah sentiasa penuh dengan orang ramai yang melakukan tawaf. Malah, peluang untuk mencium Hajarul Aswad bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi bagi orang perempuan. Ini kerana, ada waktu-waktu tertentu yang dihadkan untuk para wanita menyentuh dan mencium Hajarul Aswad.\n\nJangan memaksa diri untuk mencium Hajarul Aswad, sehingga menggunakan khidmat \u2018joki\u2019 atau \u2018bodyguard\u2019 dengan membayar mereka sejumlah wang Riyal (dari mulai 75 hingga 150 Riyal). Kita tidak digalakkan melakukan sesuatu method atau cara untuk menjalani Ibadah sunnah dengan melakukan perkara yang haram.\n\nJoki yang dibayar dengan asbab untuk membukakan jalan bagi kita menuju Hajarul Aswad dengan cara menahan, mencegah atau menyingkirkan jemaah lainnya, sudah pasti, hal ini dilarang kerana menganiayai dan menyakiti jemaah lain.\n\nBerdasarkan hadis-hadis yang sahih, Hajarul Aswad adalah batu dari syurga yang diturunkan ke dunia. Sebagai manusia biasa, pasti kita akan rasa teruja dengan batu tersebut kerana asalnya dari syurga. Namun, hakikatnya batu itu adalah sekadar batu, juga makhluk Allah swt. Tidak perlu kita terlalu memujanya.\n\nMencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi saw semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajarul Aswad), beliau berkata-kata:\n\n\u201cAku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah saw menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).\u201d\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Hajarul Aswad yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Shopping Online\u00a0sudah menjadi perkara biasa untuk masyarakat kita. Hanya perlu pilih produk dan setelah selesai fasa pembayaran, bungkusan barangan tersebut akan tiba sehingga ke depan pintu rumah. Selalunya urusan penghantaran akan dilakukan oleh pihak Poslaju parcel hub. Semua barang boleh di beli dengan menggunakan hujung jari. Sejujurnya urusan membeli belah secara atas talian ini ternyata sangat mudah. Sebut saja apa jenis barangan yang diinginkan, semuanya ada untuk dibeli dengan harga yang amat berpatutan. Senang, cepat, tidak buang tenaga dan amat menjimatkan masa.\u00a0 \n\nPembeli Perlu Sabar Tunggu Bungkusan Dari Poslaju Parcel Hub \n\nSetiap bungkusan akan melalui pelbagai fasa sebelum selamat tiba di tangan pembeli. Untuk pihak Poslaju Malaysia, setiap bungkusan akan diasingkan sebelum di hantar ke Poslaju parcel hub mengikut lokasi si penerima. Poslaju parcel hub merupakan pusat agihan yang akan menghantar bungkusan itu mengikut alamat yang ada.\n\nda juga kes di mana parcel yang dihantar lambat tiba. Perasaan resah si pembeli mula muncul bila parcel belum sampai. Pihak penjual yang telah menguruskan segalanya ikut merasa bimbang. Isu ini memang boleh berlaku. \n\nApakah Cara Untuk Mengesan Bungkusan Yang Belum Diterima? \n\nCara untuk mengetahui status untuk parcel yang belum diterima mudah saja. Anda hanya perlu pergi ke website utama milik Poslaju Malaysia dan masukkan nombor tracking. Setelah itu akan muncul ayat yang akan memberitahu status terkini berkaitan parcel anda tersebut. \n\nDi sini akan disenaraikan maksud ayat untuk setiap status yang digunakan oleh pusat agihan Poslaju parcel hub ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam memahami tugas Poslaju parcel hub dengan lebih dekat lagi.\n\nMaksud Untuk Semua Status Yang Digunakan Oleh Pihak Poslaju\n\n1. Item posted over the counter \n\nBungkusan barang baru saja tiba di pejabat Poslaju. Pihak yang bertugas baru saja scan kod bar yang ada pada bungkusan untuk masuk ke dalam sistem.\n\n2. Consignment received and processed from posting at Post Offices \n\nBungkusan telah diterima oleh pihak pejabat pos utama. Kini bungkusan sedang diproses mengikut poskod alamat si penerima.\n\nBungkusan telah mula di bawa keluar dari pejabat pos untuk dihantar ke pusat agihan utama mengikut poskod negeri yang ditulis oleh si pengirim.\n\nBungkusan selamat tiba di pusat agihan mengikut poskod negeri dan sedang di proses.\n\n5. Consignment dispatch out from Transit Office \n\nBungkusan keluar dari pusat agihan dan sedang dihantar ke Poslaju parcel hub terdekat sebelum dihantar kepada penerima. \n\n 6. Arrive at delivery facility at\n\nBungkusan baru tiba di Poslaju parcel hub terdekat.\n\nBungkusan telah di bawa keluar oleh posmen untuk proses penghantaran ke alamat penerima. \n\n 8. Item can be collected at\n\nBungkusan telah sedia untuk diambil dari kaunter pejabat pos yang berkaitan.\n\nBungkusan telah berjaya diserahkan kepada penerima mengikut alamat yang tertera. Nama dan no IC penerima bungkusan turut di ambil untuk dimasukkan ke dalam sistem.\n\n10. Item posted after cut off time \n\n\n\nBungkusan akan diproses pada hari bekerja berikutnya.\n\n\n\n11. Item delivered to mail drop\n\n\n\nBungkusan telah dimasukkan ke dalam peti surat.\n\n\n\n12. Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available \n\nBungkusan\u00a0tidak berjaya dihantar ke alamat penerima. Ini mungkin disebabkan ketiadaan penerima di alamat penerima. Sila hubungi 1-300-300-300 untuk penghantaran yang kedua pada hari berikutnya. Untuk lebih mudah, boleh terus di ambil dari pejabat pos yang terlibat.\n\nJangan Lupa Periksa Isi Kandungan Bungkusan Yang Diterima\n\nJika ditakdirkan bungkusan anda lambat tiba, harap bersabar. Sila berikan sedikit masa dan jika masih juga belum selamat sampai, anda boleh terus ke pejabat Poslaju Parcel Hub terdekat untuk diambil sendiri. \n\nPaling penting jangan cepat melatah dan sila pastikan nombor tracking anda sentiasa ada untuk mudah diperiksa dengan betul pada bila-bila masa yang diperlukan.\n\nAnda juga seharusnya buka dulu bungkusan dan periksa isi dalamnya samada rosak ataupun tidak. Jika rosak bolehlah diberikan semula pada pihak Poslaju parcel hub untuk dihantar semula kepada si pengirim."
"Anda mencari makanan yang simpel dimakan untuk santai-santai? Kami hadirkan kepada anda resepi roti pisang paling simpel dari bahan hingga ke cara penyediaan. Jangan risau anda tidak perlukan mixer, tepung dan lain-lain bahan serta alat. Yang anda perlukan hanyalah roti keping, pisang, sedikit telur dan gula sahaja.\n\nResepi mudah ini didatangkan daripada \u200e\u200eSiti Nur Baini yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Resepi Puan Siti telahpun mendapat ramai perkongsian di Facebook. Dan sesiapa yang cubakan resepi memang teruja sangat sebab penyediaannya amat mudah.\n\nTidak ada alasan lagi untuk tidak sediakan sarapan sebab roti pisang ini boleh siap dalam sekejap sahaja. Sedap dijadikan sarapan ataupun menu minum petang. Gerenti kanak-kanak pun suka sebab rasa manis-manis pisang dan gula lekat dekat roti. Jom cubakan resepi ini.\n\nSelain roti pisang, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Seorang lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membimbing keluarganya ke arah yang benar. Salah satu cara untuk membimbing keluarga adalah dengan mengajar atau mendidik anak dan isteri tentang tanggungjawab mereka. \n\nSetiap didikan yang diberi hendaklah yang positif dan boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling dan diri sendiri. Kenapa begitu ? Sebab didikan yang diberi akan digunakan oleh anak-anak sehingga mereka besar dan mempunyai keluarga sendiri. Terutama sekali anak lelaki.\n\nSebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak lelaki kita untuk menjadi seorang lelaki dan suami yang bertanggungjawab dan prihatin kepada isteri dan anak-anaknya nanti. Didik mereka untuk menghargai isterinya dengan membantu dan memberi sokongan moral kepadanya. \n\nCara yang paling bagus untuk membantu seorang isteri adalah dengan pandai membuat kerja-kerja di dapur. Terdapat beberapa maslahat apabila lelaki membuat kerja-kerja dapur. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu maslahat anak lelaki mereka apabila masuk ke dapur.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 maslahat anak lelaki yang pandai membuat kerja di dapur. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nMaslahat anak lelaki yang pandai membuat kerja di dapur\n\n1) Tak ramai tahu kejantanan ( masculinity ) anak lelaki boleh dilatih di dapur :\n\n2) Lebih jantan lagi bila anak lelaki kita :\n\n3) Tetapi yang paling jantan adalah bila anak lelaki belajar tentang rasa tanggungjawab :\n\n4) Tanpa sedar anak kita akan terdidik :\n\n*Berikut adalah maslahat atau kebaikan-kebaikan jika anak lelaki kita pandai membuat kerja dapur. Zaman sekarang, ramai juga orang lelaki yang pandai masak dan membuat kerja dapur. Oleh itu, ibu bapa jangan segan pilu mengajar anak lelaki untuk pandai membuat kerja dapur. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ada yang mencari resepi kek lapis kukus? Sesiapa yang tidak punya pemanggang boleh cuba resepi ini kerana ianya hanya menggunakan pengukus sahaja. Ini membuatkan proses kek lapis jadi lebih mudah.\n\nSiapa di sini suka makan kek lapis? Jika biasanya anda menjumpai kek lapis warna pink putih maka kali ini kami akan kongsikan resepi kek lapis yang bewarna coklat hijau pula.\n\nResepi kek lapis kukus yang dikongsikan oleh Cik Pooja di laman Facebook ini mendapat sambutan ramai. Ianya lebih menarik dan disukai kerana pilihan warna yang berbeza dengan kek lapis umumnya yang berwarna pink putih.\n\nSedap yang teramat! Resepi patut cuba ini tidak boleh terlepas. Cubakan hari ini untuk hidangan petang-petang.\n\nSelain resepi kek lapis kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sudah menjadi perkara biasa bagi ibu yang menyusukan bayi untuk mengalami masalah masalah berkaitan susu. Antaranya adalah masalah kekurangan susu ibu.\n\nAdakah anda antara yang mengalaminya? Jika ya, baca aritkel ini dengan sepenuhnya mungkin akan membantu untuk menyelesaikan masalah anda!\n\nSeperti biasa. Perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila mengalami situasi seperti ini adalah berjumpa dengan pakar. Sudah tentu pakar pakar di sekeliling anda akan bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah anda.\n\nAnda boleh berjumpa dengan pakar pakar dalam bidang sakit puan untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tetapi, jika anda segan untuk berbuat demikian, anda boleh bertanya secara online kepada beberapa badan badan kesihatan yang terdapat di Malaysia dan mengikuti kursus kursus motivasi mereka seperti Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Program atau mungkin anda boleh sertai Malaysian Breastfeeding Charter Forum yang terdapat di laman sesawang Facebook.\n\nTidak mustahil untuk anda mendapatkan semua ini. Jadi, usah lengahkan masa lagi.\n\nIbu mana yang tidak merisaukan keadaan anaknya. Tambahan pula dengan anak yang masih menyusu. Menambahkan kerisauan apabila mendapat tahu bahawa susu dalam badan tidak mencukupi untuk anak yang sedang membesar. Setelah menyusukan si kecil, pasti anda akan mendapati mereka menangis tidak henti henti pada awal kelahiran.\n\nTapi keadaan ini biasa berlaku kerana bayi yang baru lahir menangis kerana banyak sebab. Mungkiin ketika itu dia mengisyaratkan bahawa dia masih lapar. Namun iibu ibu sering mengagak bahawa mereka telah kenyang atau pun sakit perut.\n\nTerdapat beberapa cara yang mudah untuk mengetahui bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak. Anda hanya perlu perhatikan lampinnya dan ikuti perkembangan berat badannya.\n\nAnda boleh berasa lega kerana bayi anda sihat dan mendapatkan susu yang mencukupi apabila:\n\nAkan tetapi, anda perlu mengambil langkah serius apabila bayi anda kurang berat badan. Anda mungkin perlu memberikannya lebih lagi susu untuk menggalakkan lagi tumbesaran mereka. Adalah lebih elok jika anda menggunakan susu ibu tetapi semestinya susu formula juga boleh digunakan.\n\nJika anda masih lagi ragu ragu tentang kesan memberikan botol susu kepada bayi yang baru lahir, gunakanlah cawan untuk menyusukan mereka. Langkah ini boleh diperaktikkan apabila anda memberikan susu ibu secara ekspress atau susu ibu yang telah siap dipam.\n\nHarus diingatkan, janganlah terlalu bergantung kepada susu formula. Ini tidak bermakna anda boleh menyerahkan tugas menyusukan 100% kepada susu formula. Anda boleh cuba untuk meningkatkan susu dalam badan untuk kembali menyusukan si kecil kembali. Semestinya, bukankah susu ibu lebih baik daripada susu formula?\n\nLangkah Mudah Untuk Memperbanyakkan Susu Dalam Badan\n\nCara pertama yang mudah lagi senang adalah anda cuba untuk menyusukan si kecil anda beberapa kali setiap hari. Apabila anda menyusukan ini bermakna payu dara anda mendapat mesej untuk mengeluarkan lebih banyak kuantiti susu daripada yang diperlukan.\n\nContoh mudah adalah apabila anda selalunya menyusukan setiap 3 jam, anda boleh berselang seli dalam tempoh menunggu itu. Mungkin memberikan sedikit susu di pertengahan tempoh itu. Dengan kata lain, anda menggalakkan anak anda untuk menyusudengan lebih kerap.\n\nPada waktu malam, menyusukan anak adalah perkara yang terbaik. Mungkin anda boleh memberikan anak anda susu secara kerap di waktu siang atau memberikan mereka masa untuk menyusu secara lebih pada waktu malam. Terpulang kepada anda.\n\nTetapi, pada waktu malam kadar prolactin anda iaitu hormon yang menggalakkan susu dalam badan sangat tinggi. Sudah tentu susu dalam badan anda akan banyak pada waktu malam.\n\nDan apabila bayi anda masih lagi tidak puas untuk menyusu, jangan bimbang. Berikan mereka \u2018extra time\u2019 untuk menyusu sehingga 20 ke 30 minit.\n\nSemestinya, kuantiti susu tidak akan berkurang sebaliknya semakin meningkatkan susu dalam badan si ibu. Anda boleh cuba untuk mengulang proses ini sebelum anda mula memberikan susu formula kepada si kecil anda.\n\nLain pula cerita sekiranya bayi anda tidur berpanjangan. Mungkin kerana anak anda sangat mengantuk dan tidak memerlukan susu yang kerap. Ini selalu terjadi pada bayi di awal kelahiran. Tetapi, itu tidak bermakna anda boleh berdiam diri.\n\nAnda perlu pam susu anda untuk mengelakkan payu dara anda bengkak selain daripada menggalakkan kuantiti susu dalam badan. Anda boleh menyimpan susu anda di dalam peti sejuk beku untuk kegunaan di lain waktu.\n\nSesetengah bayi boleh disusukan ketika tidur. Jadi, apa salahnya jika anda melakukan perkara yang sama?\nSebagai ibu yang baru melahirkan anak, pasti anda memerlukan rehat yang cukup. Anda boleh menggunakan masa menyusukan anak sebagai tempoh untuk berehat.\n\nPastikan anda benar benar selesa. Dengar muzik, membaca buku dan off kan telefon bimbit anda. Cara ini mungkin adalah cara yang terbaik untuk melegakan kepenatana setiap hari.\n\nKesihatan bayi sangat penting. Sama pentingnya dengan kesihatan anda. Janganlah abaikan kesihatan sendiri. Jaga pemakanan seharian anda, banyakkan minum air suam dan mendapatkan rehat yang cukup. Cara yang mudah untuk menenangkan diri , bukan?\n\nDiharapkan dengan anda membaca artikel ini sepenuhnya, anda teah Berjaya mencari konklusi untuk permasalahan anda."
"Jom cuba resepi illet ikan dori sweet and sour. Sedap dijadikan lauk makan tengah hari dengan nasi putih panas-panas. Menggunakan isi ikan dori yang dipotong segi empat.\n\nIkan yang dipotong segi empat dicelup telur dan dibalut dengan tepung jagung. Kemudian ikan digoreng garing dalam minyak penuh hingga tenggelam.\n\nIkan dori yang telah digoreng garing ini kemudian dihidangkan dengan sos sweet sour yang disiramkan ke atasnya. Merangsang rasanya ikan dori sweet sour berkuah masam manis.\n\nAnda patut cuba resepi dori sweet sour yang dikongsikan oleh Ana Azly di laman Facebook. Berikut resepinya telah kami tuliskan di bawah ini.\n\nBahan Untuk Sos Sweet Sour :\n\nSelain resepi ikan dori, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kehamilan berlaku apabila sel sperma lelaki bertemu dengan sel telur wanita. Ramai yang tahu mengenai proses ini kerana telah belajar ketika sekolah menengah di subjek sains. Ilmu ini adalah pengetahuan am dan semua orang perlu tahu.\n\nKehamilan bukanlah satu perkara yang bahaya tetapi ia bahaya apabila berlakunya kandungan luar rahim. Kandungan luar rahim amat merbahaya bagi ibu hamil kerana ia boleh mengakibatkan kematian kandungan atau ibu hamil itu sendiri jika tidak dirawat awal. Kandungan tersebut semestinya tidak dapat diselamatkan dan perlu dibedah keluar ibu hamil.\n\nHal ini amat menyedihkan tetapi begitulah yang terjadi. Sebelum berlaku apa-apa, lebih baik kita tahu punca mengapa berlakunya kandungan luar rahim.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai punca-punca kandungan luar rahim. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nPunca kepada masalah ini masih tidak jelas. Tetapi terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk seseorang mengalami masalah ini. Ia adalah:\n\n\ud83d\udc49Sejarah mengandung luar rahim sebelum ini\n\n\ud83d\udc49Rawatan kesuburan: Terdapat kajian menunjukkan mereka yang membuat rawatan kesuburan lebih berisiko untuk mendapat kandungan luar rahim\n\nTerdapat beberapa tanda kandungan luar rahim iaitu :\n\n\ud83d\udc49Sakit yang teruk dibahagian abdomen, bahu dan leher\n\n*Ibu hamil perlu pergi ke klinik dan berjumpa dengan doktor mengikut jadual yang diaturkan. Pentingnya ibu hamil untuk periksa kandungan mereka setiap bulan bagi memastikan kandungan selamat dan sihat. Jika berlaku tanda-tanda kandungan luar rahim, cepat-cepat pergi berjumpa doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bagi yang selalu mengalami senggugut, datang bulan sememangnya satu mimpi ngeri. Kata orang, senggugut adalah sakit kedua paking teruk di dunia selepas sakit bersalin.\n\nAnda menderita senggugut setiap bulan? Jom kami kongsikan 20 petua hilangkan senggugut yang boleh anda amalkan. Semoga cara hilangkan senggugut ini berkesan.\n\nSenggugut berlaku kerana pengecutan otot rahim yang keterlaluan dan juga disebabkan ada darah beku yang terkumpul didalam rahim. Dengan bertungku, anda membantu otot rahim untuk mengecut dengan lebih konsisten dan dalam masa yang sama memecahkan darah beku yang ada dalam rahim.\n\nApabila otot rahim mengecut dengan baik dan tiada lagi darah beku, darah haid akan keluar dengan aliran yang lebih baik lalu mengurangkan kesakitan senggugut yang anda alami.\n\nSelain bertungku, bertangas juga membantu mengurangkan sakit senggugut. Anda boleh amalkan bertangas beberapa hari sebelum anda datang bulan.\u00a0 Bertangas membantu melancarkan pengecutan otot rahim semasa datang bulan dan memecahkan darah beku yang terkumpul didalam rahim.\n\nMenyapu minyak panas ke perut semasa senggugut juga sangat membantu untuk menghilangkan kesakitan yang anda alami. Seperti bertungku dan bertangas, minyak panas memanaskan perut dan membantu otot rahim mengecut dengan lebih baik.\n\nJika anda tidak sukakan bau minyak panas, anda boleh juga sapukan minyak aromaterapi ke perut untuk menghilangkan senggugut.\n\nTerdapat 2 jenis urutan yang boleh membantu menghilangkan senggugut. Jenis urutan yang pertama ialah urutan semasa anda sedang haid. Urutan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri dengan cara menyapu minyak panas dan mengurut sendiri untuk menghilangkan kesakitan.\n\nUrutan yang kedua dilakukan oleh bidan atau tukang urut semasa anda bersih, dan tujuannya ialah untuk menghilangkan senggugut dengan cara membetulkan kedudukan rahim dan meluruskan urat-urat yang bersimpul.\n\nSecawan teh herba panas sememangnya menenangkan dan membantu mengurangkan kesakitan senggugut dengan cara melancarkan perjalanan darah dan merehatkan otot rahim. Kandungan fenolat dalam teh membantu menghilangkan kesakitan.\n\nSesetengah makanan yang tinggi lemak tepu seperti daging boleh\u00a0menyebabkan otot rahim mengecut dengan lebih kuat lalu menyebabkan kesakitan. Pengambilan garam secara berlebihan dalam diet seharian pula akan menyebabkan tiub falopio menjadi bengkak dan berlakunya keradangan.\n\nCoklat gelap atau dark chocolate yang pahit tanpa susu adalah ubat senggugut yang sangat berkesan. Coklat gelap merembeskan hormon yang menyebabkan badan anda terlupa tentang kesakitan yang sedang dialami. Namun, makan dengan berpada. Nanti naik pula berat badan anda.\n\nMinuman herba daripada\u00a0campuran halia, pinang tua, rumput jarum emas, rumput cengkih padang dan daun pudina mampu menghilangkan senggugut yang anda alami. Caranya, masak kesemua herba tadi sehingga mendidih dan minum sedikit demi sedikit setiap kali anda berasa sakit.\n\nAmalan meminum air asam jawa setiap pagi semasa datang haid juga dikatakan membantu menghilangkan senggugut yang kronik. Caranya bancuh satu sudu asam jawa bersama satu gelas air suam, dan minum setiap pagi.\n\nJus daun betik rasanya agak pahit tapi sangat mujarab untuk menghilangkan senggugut. Caranya, ambil beberapa helai daun betik dan kisarkan. Tapis, lalu diminum airnya setiap malam sebelum tidur sepanjang anda datang bulan.\n\nAir rebusan kulit kayu manis juga membantu menghilangkan senggugut. Caranya, rebus sebatang kulit kayu manis bersama sedikit madu. Biarkan sehingga mendidih. Minum dalam keadaan suam. Amalkan setiap pagi bermula seminggu sebelum tarikh anda dijangka didatangi haid.\n\nAir rebusan kulit limau nipis adalah petua hilangkan senggugut yang seterusnya. Ambil sedikit kulit limua nipis, rebus sehingga mendidih dan minum airnya setiap pagi sepanjang anda mengalami seggugut.\n\nAir kunyit sememangnya telah menjadi amalan tradisional untuk menjaga kesihatan rahim sejak zaman nenek moyang kita lagi. Caranya ambil seinci kunyit hidup, sagatkan. Campurkan segelas air lalu diminum. Jika anda tak selera untuk minum begitu sahaja, boleh juga masukkan sedikit madu supaya manis.\n\nKencur atau cekur adalah satu lagi herba yang sangat berkhasiat untuk menjaga kesihatan rahim wanita. Salah satu daripada khasiat air kencur ialah melancarkan perjalanan haid dan mengurangkan senggugut. Caranya, sagat kencur dan campurkan dengan secawan air. Minum setiap pagi. Bukan sahaja senggugut anda akan hilang, malah wajah anda akan semakin berseri.\n\nVitamin B1, B6 dan asid omega yang ada dalam minyak ikan mampu menghilangkan senggugut. Sementara mineral kalsium dan magnesium pula membantu mengelakkan otot rahim mengecut dengan keterlaluan. Sekiranya anda selalu senggugut, anda boleh amalkan supplement yang mengandungi Vitamin B, minyak ikan, kalsium dan magnesium sebagai makanan tambahan setiap hari.\n\nPengambilan vitamin-vitamin tersebut secara konsisten membantu menghilangakan senggugut yang anda alami setiap bulan.\n\nJangan minum minuman berais sepanjang anda datang bulan.\n\nSelain ais, minuman berkarbonat juga boleh menyebabkan senggugut anda menjadi semakin teruk. Oleh itu, jangan minum makanan berkarbonat seminggu sebelum tarikh anda dijangka datang haid. Elakkan juga semasa anda sedang haid.\n\nKafein dalam kopi akan menyebabkan otot rahim mengecut dengan lebih kuat, lalu menyebabkan kesakitan senggugut yang amat sangat.\n\nSepanjang anda datang bulan, pastikan anda mandi dengan air panas. Elakkan mandi air sejuk kerana kesejukan akan menyebabkan peredaran darah dalam rahim anda terganggu dan menyebabkan pengecutan otot rahim yang keterlaluan.\n\nItulah dia 20 petua cara hilangkan senggugut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua hilangkan fibroid\u00a0kanser rahim, dan\u00a0meruang."
"Mencari resepi puteri mandi yang sedap?\n\nAntara kuih tradisional yang selalu dijadikan kudapan minum petang. Puteri mandi kuih kesukaan keluarga. Ramai dicari pada bulan ramadhan untuk menu berbuka.\n\nKuih tradisional Terengganu ini terdapat 2 jenis; puteri mandi yang disira kelapa parut putih dan yang disira kelapa parut coklat yang telah dicampur gula nisan. Rasanya manis dan enak dil lidah.\n\nZaman kini makin berkurang orang berniaga kuih puteri mandi. Kalau pun ada, mungkin rasanya agak sedikit kurang sesuai tekak. Oleh kerana itu, kami hadirkan resepi puteri mandi yang sedap daripada Tuan Adriana Arissa di laman Facebook. Resepi sedap macam air tangan orang dulu-dulu.\n\nCara Memasak Kuah Mandian Puteri :\n\nSelain resepi puteri mandi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Setiap pasangan yang sudah berkahwin inginkan anak yang sihat tubuh badan dan akalnya. Tetapi tidak semua pasangan mendapat anak yang sebegitu. Allah telah kurniakan anak yang istimewa untuk pasangan suami isteri yang istimewa.\n\nApabila anak disahkan adalah anak autism, semestinya ibu bapa akan rasa risau, sedih, takut dan tidak tahu bagaimana mana mahu buat. Tetapi percayalah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Ibu bapa tidak patut rasa risau, takut dan bermacam lagi rasa negatif, malah perlu berfikir cara untuk mendidik mereka agar mereka boleh berdikari.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kemahiran yang perlu diajar kepada anak autism. Cara mendidik anak autisme di rumah.\n\nInfo ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor. Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya.\n\n10 Kemahiran yang perlu diajar kepada anak autism\n\nAnak autism adalah anak yang istimewa. Mereka tidak sama seperti kanak-kanak lain. Mereka memerlukan perhatian lebih dalam mendidik mereka. Berikut adalah kemahiran yang perlu ada dalam diri anak autism :\n\n1. Improve kesedaran anak terhadap rangsangan luar dengan mededahkan anak kpd bnyk aktiviti2 yg melibatkan rangsangan sensori spt main air, main pasir, main benda melekit, comot dan lain-lain.\n\n2. Improve perkembangan motor anak melalui aktiviti fizikal spt memanjat, melompat, berlari, swing, meniti dan lain-lain tetapi bukan lompat atau lari tidak tentu pasal ya. Walaupun berlari dan melompat mesti ada goal dan objektif.\n\n3. Improve tumpuan, eye contact dan kebolehan anak untuk tunggu, lihat, dengar dan buat. Ajar anak untuk tiru perkara simple dulu seperti pergerakan, bunyi dan lain-lain.\n\n4. Improve kefahaman bahasa. Ajarkan perkataan-perkataan harian yg biasa digunakan dirumah. Seperti objek sekeliling, org sekeliling, perbuatan yg biasa dibuat.\n\n5. Ajar anak untuk respon pada kita seperti arahan. Bantu dan tunjukkan caranya jika anak tidak tahu mcm mana nak buat.\n\n6. Banyakkan bermain dan berinteraksi untuk galakkan komunikasi 2 hala.\n\n7. Jangan biar dia duduk seorang diri dan buat hal sendiri. Hal ini kerana, memang tidak membantu perkembangan langsung. Anak autism memang suka meyendiri tapi tidak bermaksud kita perlu biarkan mereka sendiri sebab takut mengamuk.\n\n8. Cari minat anak dan tingkatkan minat tersebut, mana tahu mereka boleh jadi expert bagi minat mereka tu. Seperti melukis, mewarna, masak dan lain-lain (utk yg dh besar sikit la)\n\n9. Masukkan anak ke tadika atau eip program untuk menggalakkan perkembangan mereka terutama sosial. Ibu bapa perlu cari tempat yang sesuai dan boleh menerima anak ni.\n\n10. Jangan putus asa. Mereka anugerah Allah dan penghuni syurga. Mungkin mereka yang akan selamatkan kita nanti di akhirat.\n\n*Besar pahala menjaga anak autism ini. Mungkin di dunia banyak cabaran dan halangan semasa menjaga anak autism ini, tetapi mereka adalah kunci kita untuk masuk ke syurga.\n\nMereka mungkin tidak seperti anak-anak yang lain tetapi mereka tetap seorang manusia seperti kita yang mahukan kasih sayang dan perhatian. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Apabila sebut bab mengurut mesti benda pertama yang kita perlu ada adalah minyak urut. Biasalah kalau badan dah mula sakit-sakit dan tulang lenguh, mesti kita mahu pergi mengurut. Selalu kalau kita pergi mengurut, tukang urut itu selalu menggunakan minyak urut sendiri. Minyak urut itu dibuat sendiri dan bukan dibeli di mana-mana kedai.\n\nSelepas mengurut, tukang urut itu akan menggalakkan kita untuk membeli minyak urutnya yang berharga RM10 sehingga RM20. Tidakkah anda mahu tahu bahan apa yang digunakan untuk membuat minyak urut? Tahukah anda juga boleh membuat minyak urut sendiri?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai resepi membuat minyak urut sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca info yang diberi oleh Puan Sarifa. \n\nMinyak urut ini sangat bagus untuk perut kembung, loya loya , rasa gas dalam perut dan sebagainya. Dulu nenek masak minyak ni buat stok. Bila sakit perut, nenek sapu minyak ni. Rasa lega sangat. Cacing pun keluar bila membuang. \n\nBanyak khasiat juga minyak ni. Boleh juga sapu pada tempat lenguh lenguh, ketat bahu, sakit tengkuk , sakit betis bila buat kerja berat. Sapu sama belakang badan. Eh,boleh sangat kalau guna untuk urut. Orang dalam pantang pun boleh sapu.\n\nAnak buah pun sakit perut cikgu sapu sambil urut urut skit. Gatal gatal pun boleh sapu tau. Alhamdulillah , lega.\n\nJom kita buat minyak ni buat stok!\n\n9 bahan resepi rahsia minyak kembung perut.\n\n1. Tumbuk halia, lengkuas, limau purut, bawang putih, daun pudina, cengkih dan lada hitam\u00a0\n\n3. Masukkan minyak sunflower dalam bekas kaca yang kuat atau periuk . Letakkan di atas air mendidih. Buat macam double boiler. Jaga sampai sampai air kering atau tercampur dengan minyak.\u00a0\n\n4. Masukkan semua bahan yang di tumbuk dan garam kedalam minyak sunflower itu dan kacau lawan jam sambil selawat dan bacalah doa doa sakit saraf, doa kesembuhan. Tutup periuk.\u00a0\n\n5. Masak sehingga 1 jam. Cukup masa tutup api biarkan sejuk sedikit tapis minyak dan simpan dalam bekas.\u00a0\n\n6. Hampas bahan boleh di simpan dan boleh dibuat lulur.\n\nOkay dah siap! Selaman mencuba! Baik buat sekarang simpan stok sebab nanti masa raya makan macam macam perut mula meragam. Nak best lagi boleh peram minyak ni bersama kulit bawang putih.\n\n*Resepi ini amat mudah dan ringkas. Ia tidak susah seperti yang kita jangkakan. Jika ada kelapangan masa, boleh cuba ikut resepi ini untuk membuat minyak urut sendiri. \n\nBagi suri rumah, anda boleh membuat minyak urut sendiri, jika perut anak dimasuki angin, boleh sapu minyak urut ini. Minyak urut ini juga boleh diguna untuk mengurut si suami yang balik penat bekerja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ayuh ketahui kisah Nabi Musa dan Firaun.\n\nNama penuh Nabi Musa ialah Musa bin Imran bin Qohath bin Lewi bin Yakqub bin Ishaq bin Ibrahim. Musa merupakan anak kepada Imran dan Yukabad binti Qahat.\u00a0 Baginda dilahirkan di Mesir semasa pemerintahan Firaun dan menjadi utusan Allah SWT untuk memimpin bani Israel ke jalan benar.\n\nKisah Nabi Musa dan Firaun sangat banyak disebutkan dalam al-Quran, bahkan nama Firaun disebutkan sebanyak 74 kali. Dakwah Nabi Musa kepada Firaun sangat mencabar sekali kerana Firaun seorang yang angkuh dan bongkak sehingga menganggap dirinya adalah tuhan.\n\nKelahiran Nabi Musa dan Mimpi Firaun\n\nSuatu hari, Firaun bermimpi; Mesir terbakar dan semua penduduknya mati kecuali bani Israel sahaja yang terselamat. Mimpi tersebut telah menghantui Firaun apabila ahli nujumnya meramalkan kuasa pemerintahnnya akan jatuh ke tangan seseorang lelaki berbangsa Israel. Disebabkan terlalu takut dan khuatir, Firaun segera \u00a0memerintahkan semua bayi lelaki dibunuh.\n\n\u201cSesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.\u201d\n\nSementara itu, pada masa sama ibu Musa melahirkan Baginda. Kelahiran itu dirahsiakan dan Musa yang masih bayi itu disembunyikan kerana bimbang akan dibunuh.\n\nSuatu hari ibu Musa mendapat petunjuk dari Allah agar dihanyutkan Baginda dalam sungai. Walaupun terlalu sayangkan anaknya itu, ibunya dengan berat hati memasukkan Musa ke dalam bakul dan menghayutkannya ke dalam Sungai Nil.\n\n\u201cKemudian Kami ilhamkan kepada ibu Musa: \u2018Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari rasul-rasul Kami\u2019.\u201d\n\nKemudian bakul yang menghayutkan Musa ditemui oleh Asiah, isteri Firaun yang ketika itu berada di sungai. Asiah segera membawa Musa ke istana.\n\n\u201cSetelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.\u201d\n\nAsiah juga berjaya meyakinkan Firaun untuk menjaga Musa, walaupun pada mulanya Firaun sangat menghalang dan mahu membunuh bayi itu.\n\n\u201cDan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: \u2018(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak\u2019. Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).\u201d\n\nIbu Musa yang masih bersedih mengarahkan anak perempuannya mendapatkan khabar tentang bayinya itu. Dan dari jauh kakaknya mengetahui bahawa Musa telah dijagai di Istana Firaun.\n\n\u00a0\u201cDan berkatalah ia kepada kakak Musa: \u2018Pergilah cari khabar beritanya\u2019. (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.\u201d\n\nAsiah kemudiannya mencari pengasuh untuk menyusu dan menjaga Musa, namun semuanya tidak sesuai kerana Musa tidak berhenti menangis dan tidak mahu disusui.\n\nKakak Musa lalu datang menawarkan bantuan, katanya terdapat seseorang boleh membantu menyusukan Musa dengan baik.\n\n\u201cDan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: \u2018Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?\u201d\n\nLalu ibu Musa datang dan menawarkan diri untuk disusui oleh Musa. Namun dia tidak beterus terang bahawa dia adalah ibu Musa sebenar.\n\nSebaik sahaja mendapatkan ibunya, barulah Musa mahu menyusu dan didodoikan. Ibunya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat membesarkan anaknya sendiri di istana Firaun.\n\n\u00a0\u201cMaka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu)\u201d\n\nSuatu hari, Musa keluar berjalan sekitar kota dan tanpa sengaja terserempak dengan dua lelaki yang sedang bergaduh. Salah seorang daripada mereka berbangsa Israel (sebangsa dengan Musa) dan seorang lagi dari bani Firaun.\n\nLelaki yang sebangsa dengan Musa meminta pertolongannya, lalu Musa mahu mententeramkan mereka dengan melepaskan satu tumbukan dan tanpa sengaja telah menyebabkan kematian lelaki dari kaum Firaun itu.\n\n\u201cDan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, \u2013 seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: \u2018Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya)\u2019.\u201d\n\nMusa segera memohon ampun kepada Allah SWT;\n\n\u201cIa merayu (dengan sesalnya): \u2018Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah \u2013 apalah jua kiranya \u2013 akan dosaku\u2019. (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani\u2019. Ia merayu lagi: \u2018Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah\u2019.\u201d\n\nSelepas peristiwa itu, Musa sangat resah dan bimbang perbuatannya diketahui oleh Firaun. \u00a0Tidak lama kemudian Firaun mengetahui akan kejadian itu dan mahu menangkap Musa. Disebabkan itu Musa terpaksa melarikan diri dan keluar dari Mesir.\n\n\u00a0\u201cDatanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: \u2018Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu\u2019.\u201d\n\n\u201cMusa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: \u2018Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim\u2019.\u201d\n\nNabi Musa Berkahwin dengan Anak Nabi Syuaib\n\nSemasa berjalan tanpa arah dan tujuan selama lapan hari, Musa tiba di kota Madyan, iaitu tempat tinggal Nabi Syuaib yang terletak di timur Semenanjung Sinai, selatan Palestin.\n\nSelepas berlaku beberapa peristiwa dan Nabi Syuaib menikahkan Musa dengan anak perempuannya bernama Saffurah. Musa tinggal di Madyan beberapa lama bersama Nabi Syuaib, sebelum meminta izin bapa mentuanya itu untuk pulang ke Mesir.\n\nDalam perjalanan pulang ke Mesir, Musa dan isterinya tiba di Bukit Sinai. Dari jauh, Baginda ternampak api dan terfikir untuk mendapatkannya sebagai penyuluh jalan. Musa meninggalkan isterinya sebentar untuk mendapatkan api itu.\n\n\u201cSetelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir), ia melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Gunung Tursina. (Ketika itu) berkatalah ia kepada isterinya: \u2018Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri\u2019.\u201d \n\nSebaik sampai di tempat api itu, Musa mendapati api tersebut menyala pada sebatang pokok, tetapi tidak membakar pokok tersebut. Musa sangat terkejut dan hairan. Dan ketika itu jugalah Musa terdengar suara wahyu daripada Allah SWT.\n\n\u201cMaka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): \u2018Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam. (Sesungguhnya api itu adalah sebagai satu isyarat yang didatangkan oleh Allah untuk menarik perhatian Musa ke tempat itu dan bukannya zat Allah, Wallahu a\u2019lam)\u201d\n\n|Kemudian Musa mendengar suara menyuruhnya mencampak tongkatnya, \u00a0dengan tiba-tiba tongkat tersebut menjadi seekor ular yang besar dan bergerak sangat pantas. Musa terkejut dan lari dari situ. Namun Musa diseru untuk kembali ke tempat itu semula dan ditenangkan oleh Allah SWT.\n\n\u201cDan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. (Ia pun mencampaknya), maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru): \u2018Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman\u2019.\u201d\n\nLalu, Allah SWT telah memerintahkan Musa untuk menemui Firaun dan kaumnya demi menegakkan kebenaran agama Allah SWT.\n\n\u201cMasukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tiada cacat; dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu ketika merasa takut (nescaya hilanglah takutmu). Yang demikian adalah dua bukti dari Tuhanmu (untuk engkau menunjukkannya) kepada Firaun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik \u2013 derhaka.\u201d\n\nMendengarkan perintah Allah itu, Musa pun berterus terang \u00a0bahawa Baginda pernah membunuh salah seorang daripada kaum Firaun, dan telah melarikan diri daripada ditangkap.\n\n\u201cWahai Tuhanku, bahawa aku telah membunuh seorang dari kalangan mereka; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku.\u201d\n\nBahkan Musa merayu lagi agar Nabi Harun menjadi penemannya untuk menghadapi Firaun kerana Nabi Harun lebih pandai berkata-kata berbanding dirinya sendiri.\n\n\u201cDan saudaraku \u2013 Harun, ia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku; sesungguhnya aku bimbang bahawa mereka akan mendustakan daku.\u201d\n\nLalu Allah SWT menerima permintaan Musa dengan berfirman:\n\n\u201cKami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang.\u201d\n\n\u201cPergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.\u201d\n\nFiraun begitu marah mengetahui kepulangan Nabi Musa yang membawa ajaran baru selain amalan mereka.\n\nNabi Musa menemui Firaun dan mengajak kembali kepada Allah SWT. Tetapi ditentang keras oleh Firaun dengan angkuhnya.\n\n\u201cSetelah Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami yang terang nyata, mereka berkata: \u2018Apa yang engkau bawa ini hanyalah sihir yang dibuat-buat, dan kami tidak pernah mendengar tentang perkara ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu\u2019.\u201d\n\nNabi Musa tidak berputus asa memberi peringatan kepada Firaun. Tetapi Firaun dengan lebih yakin mengakui bahawa tidak ada tuhan lain melainkan dirinya sendiri. Bahkan memerintahkan Haman membina bangunan paling tinggi untuk melihat tuhan Nabi Musa.\n\n\u201cDan Firaun pula berkata: \u2018Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta\u2019.\u201d\u00a0 \n\nFiraun yang begitu marah mencabar Musa untuk membuktikan kenabiannya.\n\nMaka Nabi Musa pun menunjukkan mukjizatnya dengan mencampakkan tongkatnya. Lalu tongkat itu bertukar menjadi ular. Tangan Baginda juga mengeluarkan cahaya terang setelah diletakkan di ketiaknya, sehinggakan mata semua yang berada di situ menjadi silau.\n\nMelihat kejadian itu, Firaun terus menuduh Nabi Musa sebagai ahli sihir dan mencabar Baginda melawan semua ahli sihirnya dalam satu pertarungan. \u00a0Lalu Firaun menyeru semua ahli sihir di negaranya menyertai pertandingan itu,\u00a0 sehingga bilangan mereka mencecah\u00a0 10,000 orang.\n\n\u201cKalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak.\u201d\n\n\u201cNabi Musa menjawab: \u2018Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha\u2019.\u201d\n\nTiba harinya, para penyihir Firaun mengejek dan memperlekeh Nabi Musa dan Nabi Harun. Mereka menunjukkan kehebatan masing-masing, ada yang melontarkan tali-tali, lalu bertukar menjadi ribuan ekor ular. Nabi Musa sedikit cemas kerana melihat ular yang sangat banyak.\n\n\u201cMereka berkata: \u2018Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?\u2019 Nabi Musa menjawab: \u2018Bahkan kamulah campak dahulu\u2019. Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.\u201d\n\nLalu\u00a0 Jibril datang dan menenangkannya dengan menyuruh Nabi Musa melemparkan tongkatnya,\n\n\u201cKami berfirman kepadanya: \u2018Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada\u2019.\u201d\n\nLalu Nabi Musa mencampak tongkatnya dan muncullah seekor ular yang sangat besar lalu memakan semua ular yang ada di situ. Semua ahli sihir di situ terkejut dan takjub. Kemudian mereka tunduk untuk menjadi pengikut Musa, termasuklah isteri Firaun sendiri.\n\n\u201cNabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: \u201cKami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.\u201d\n\n\u201cFiraun berkata: \u201cPatutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal.\u201d\n\nNamun, para pengikut Nabi Musa tetap berpendirian teguh dan yakin dengan Allah SWT.\n\n\u201cSesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkan-Nya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahala-Nya.\u201d\n\nNabi Musa bersama pengikutnya yang beriman terpaksa melarikan diri dari Firaun dan tenteranya sehingga mereka sampai di tebing Laut Merah, dan tidak ada jalan lain selain menyeberang laut tersebut.\n\nLalu, Nabi Musa memukul tongkatnya ke tanah, dengan kuasa Allah dan mukjizat Baginda, laut itu terbelah menjadi \u00a0dua. Serta merta mereka menyeberangi laut itu.\n\n\u201cDan sungguh, telah Kami wahyukan kepada Musa, \u2018Pergilah bersama hamba-hamba-Ku (Bani Israel) pada malam hari, dan pukul lah (buat lah) untuk mereka jalan yang kering di laut itu, (engkau) tidak perlu takut akan tersusul dan tidak perlu khuatir (akan tenggelam).\u201d\n\nFiraun dan pasukannya yang mengejar dari belakang \u00a0turut menyeberang laut itu, namun mereka semua \u00a0mati kerana ditenggelamkan dalam laut yang telah bercantum itu.\n\n\u201cMaka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya. Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan, dan tidaklah ia membawa mereka ke jalan yang benar.\u201d\n\nPenutup: Lupa bahawa dirinya adalah hamba, bukannya tuhan\n\nAllah SWT mengurniakan kemewahan, kedudukan tinggi, kemasyuran, kesihatan yang baik bukanlah untuk bermegahan, sebaliknya untuk beribadah dan menyerah diri kepada-Nya jua. Apatah lagi sehingga lupa kedudukan diri sebagai hamba Allah SWT.\n\nDemikian kesombongan Firaun yang menganggap dirinya sebagai tuhan, telah menerima azab dan balasan Allah SWT. Semoga kita semua mengambil sedikit pengajaran daripada kisah Firaun ini dalam menjalani kehidupan seharian. Amin.\n\nSemoga anda menyukai artikel kisah nabi Musa dan Firaun ini. Jika anda menyukai artikel ini, sila baca juga perkongsian menarik kami yang lain tentang Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina dan Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa"
"Mencari resepi sayur yang sedap untuk dimasak?\n\nSayur memang sedap dijadikan gandingan makanan berlauk. Terkadang dengan sayur, makan yang biasa pun jadi berselera dan tentunya mampu menambah nafsu makan.\n\nPenyajian sayur ada banyak. Bermula daripada yang sangat simple hingga yang rumit. Namun anda tak perlu risau pasal itu kerana resepi yang kami sajikan ini tak rumit confirm akan senang untuk anda ikuti.\n\nUntuk anda yang tengah berdiet yang dominan makan sayur, resepi-resepi di bawah ini patut anda cadangkan untuk jadi menu diet. Apalagi kalau anda hantunya makan sayur, anda kena bookmark resepi ini. Jangan sampai anda kehilangan resepi-resepi berharga ini kelak.\n\nBersama25 resepi sayur ini, semoga anda dapat memenuhi selera tekak anda mana-mana yang teringin makan sayur tapi bingung mencari resepi itu. Selamat berkreasi dengan masakan anda.\n\nDalca sayur sedap makan dengan apa ya? Dengan nasi minyak, nasi tomato, nasi briyani boleh juga. Sekilas macam kari dengan campuran tulang ayam. Penasaran kan? Jom tengok resepi dalca sayur yang dikongsikan oleh\n\u200eFauziah Yahya\u200e di Facebook ini.\n\n2. Resepi Sayur Lobak Lemak Putih\n\nNampak pada gambar macam sedap kan. Resepi masak sayur lobak lemak putih yang dikongsikan oleh \u200eTie Kemaman\u00a0di Facebook ini banyak dicari kerana rasanya yang sedap dan unik serta warnanya putih. Sayur ini bahkan tak pedas pun. Meskipun menggunakan santan namun sayur ini boleh dimakan oleh kanak-kanak.\n\n3. Resepi Baby Kailan/Baby Kubis Goreng\n\nJangan pelik pula dengar nama \u201cbaby\u201d, kerana sayur kecik-kecik ini ialah sayur kailan yang tumbuh selepas kubis dituai. Untuk resepi sayur baby kailan goreng sedap akan kami sajikan kepada anda perkongsian resepi daripada Zana Adam\u200e di Facebook seperti di bawah ini.\n\nSesiapa yang suka rasam mesti tahu cara makan rasam yang terbaik. Simple saja, makan rasam dengan nasi putih dan ikan goreng pergh sedap! Jom tengok resepi daripada \u200eShameema Ahamed\u200e di Facebook. Selamat memcuba.\n\nLain pula sedapnya karipap sayur, kanak-kanak pun suka. Jadi selain anda buat karipap sayur untuk keluarga, anda juga boleh buat untuk berniaga. Sila cuba resepi karipap sayur daripada \u200eAriyana Rose Mikail\u200e di Facebook seperti di bawah ini. Sambal sira dalam resepi ini ialah sambal/kuah yang digaul bersama karipap selepas karipap digoreng. Sambal ini yang memberi warna merah pada karipap sayur. Rasanya pedas manis.\n\nCara Lipat / Masukkan Inti :\n\nSerius rasa ketagih bila makan popia sayur ini. Sekali makan nak makan lagi. Kalau jenis yang tak makan sayur boleh lah cuba buat maka confirm suka. Jom intip resepi yang dikongsikan oleh \u200eEika Atieka\u200e di Facebook ini.\n\nSeronok sangat kali pertama berjaya buat anak-anak makan bayam. Para ibu mesti tahu betatpa susahnya suruh anak-anak makan sayur apatah lagi bayam. Tapi dengan resepi yang di dapat daripada Yuss Aisya\u200e di Facebook anda tak perlu risau lagi kerana confirm anak-anak mesti makan sebab bentuknya yang comel dan menarik.\n\nSayur campur boleh jadi alternatif masakan sayur anda hari ini. Menggunakan bahan sayur berbeza amat merangsang selera. Seperti resepi sayur campur yang dikongsikan oleh Fatin Farhana di laman Facebook. Ia menggunakan cendawan, brokoli, bebola ikan, lobak merah. Anda boleh cubakan di rumah, guna sayur ikut selera anda.\n\n9. Resepi Sayur Sawi Sos Tiram (Pak Choy)\n\nPerkongsian yang menarik dan banyak dicari iaitu sayur pak choy atau biasa dipanggil sawi bunga. Sekali masak sayur resepi ini mesti anda akan teringin lagi dan ketagih dibuatnya. Kesedapannya lebih terasa bila dimakan dengan nasi putih panas sekali dimakan dengan ikan digoreng garing, makin berselera makan. Resepi dikongsikan oleh Siti Iela\u200e di laman Facebook.\n\nRodza Azilah berkongsikan resepi sayur goreng campur yang mudah. Resepi sayur ini menggunakan bahan sayuran seperti kobis bunga, lobak merah, brokoli, bawang putih, bawang Holland, dan tauhu jepun sebagai pelengkap.\n\n11. Resepi Sayur Kubis Brussel Goreng Bawang Putih\n\nMenu sayur yang paling mudah dimasak, resepi yang simple dan ringkas tapi sedap. Resepi sayur kubis brussel daripada Norlia Abdul Raman\u200e di Facebook ini rasanya manis dan crunchy. Resepi ini menggunakan kubis brussel. Sayur ini enak dimakan bersama nasi putih mahupun diratah macam itu saja pun boleh. Selamat mencuba.\n\nSup sayur cendawan, ialah antara resepi sup yang amat berkhasiat untuk menurunkan berat badan. Khairuzetti Zaini ialah pemilik resepi yang berkongsikan cara diet sihat dengan sup sayur cendawan di laman Facebook. Amalkan gaya hidup sihat dengan makan sup sayur cendawan.\n\nPenyelesaian masalah untuk para mak yang mana anak-anak tidak suka makan sayur. Dengan mengubah masakan sayur biasa menjadi salad yang lazat. Gerenti akan menaikkan selera makan anak. Boleh dimakan dengan roti, kentang tumbuk, daging atau ayam grill dan lain sebagainya. Jom cubakan resepi sayur salad sedap daripada Siti Zanariah Ahmad\u200e\u200e di laman Facebook.\n\nHidangan ini boleh ganti minum petang kudapan buat yang suka makan sayur. Menu ini juga sesuai untuk yang berdiet. Bahan-bahan inti ayam dan bawang dibungkus dengan kubis rolls kemudian dikukus. Jadi macam ala-ala Jepun. Kami datangkan resepi kubis rolls kredit kepada Siti Hajar Ismail\u200e di laman Facebook.\n\n15. Resepi Bayam Brazil Tumis Belacan Cili Padi\n\nBayam Brazil sesuai dibuat bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran. Daunnya tidak berlendir dan sedikit rangup.\u00a0Tumis bayam Brazil dengan sedikit belacan dan cili. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas gandingkan dengan ikan goreng garing.\u00a0Sila cuba resepi bayam Brazil tumis belacan cili padi daripada Cik Azza Ahsani\u200e di laman Facebook.\n\nLauk kegemaran anak-anak. Brokoli sup campur fishball. Mak patut cuba resepi ini, cara masak brokoli dengan fishball dijelaskan pada perkongsian Alin Sulaiman di laman Facebook. Resepi mudah dan membangkitkan selera.\n\nResepi Kali ini ialah tentang olahan masakan bendi. Kami datangkan resepi daripada Radziah Misran di laman Facebook. Resepi sayur bendi tumis air. Jadi makin berselera bukan kalau lauk macam ini? Letak sedikit asam jawa supaya makin sedap rasa sayur, kuahnya pun sedap dihirup. Selamat mencuba.\n\nKangkung goreng belacan dimasak dengan cara menumis bahan-bahan tumbuk dengan minyak yang sedikit. Kesedapannya semakin bertambah apabila dimasak dengan belacan. Paling sedap makan kangkung goreng belacan dengan nasi putih panas-panas. Gandingkan dengan telur dadar goreng garing makin sedap makan. Masak sendiri kangkung goreng belacan dengan resepi daripada Khadijah Jaafar di laman Facebook.\n\nRamai orang kami pasti suka masak kailan goreng ikan masin. Rasa ikan masin yang tajam melengkapi rasa kailan yang simple. Kailan ikan masin sedap dimakan dengan nasi putih. Jika ingin pedas, boleh bubuh cili padi mengikut selera. Resepi kailan ikan masin dikongsikan oleh Julianna Mariska\u200e di laman Facebook.\n\nMenu ini kegemaran orang ramai. Ramai yang tanya resepi dekat Umi Jusoh sebab diorang kata ketagih bila makan dan teringin buat sendiri pula. Maka itu kami adakan resepi yang dikongsikan di laman Facebook tersebut di sini. Rasanya memang spesial, macam tomyam dengan aroma serai dan daun limau purut yang diramas.\n\n21. Resepi Jantung Pisang Tumis Pedas\n\nRamaikah yang suka sayur kampung ini? Bagi orang bandar mungkin sedikit pelik dengan sayur ini. Tapi ketahuilah bahawa sayur jantung pisang amat sedap jika dimasak dengan resepi yang lazat. \u200eNurul Nadia\u200e\u00a0telah berkongsi resepi di laman Facebook iaitu jantung pisang masak tumis pedas. Cuba bayangkan terus menitik air liur.\n\nJantung pisang rebus hingga agak lembut kemudian potong.\n\nWanpaku sando ialah sejenis sandwic dari Jepun. Sandwic ini banyak menggunakan sayur-sayuran di dalamnya. Justeru, sandwic ini dijadikan pilihan menu diet oleh orang Jepun. Berikut resepi dan cara makan dikongsikan oleh Zalila Amin di laman Facebook.\n\nKoyak bahagian tepi kertas pembungkus, kepit supaya sayur tak terburai. Gigit dari tepi sedikit demi sedikit.\n\nTidak ramai yang suka lobak putih kerana ia ada sedikit aroma tajam apabila dikunyah. Namun sesiapa yang bukan penggemar lobak putih patut ambil berat resepi yang dikongsikan oleh Izarizayu Idris di laman Facebook. Sekali cuba terus jatuh cinta.\n\nPelbagai cara masak sayur kangkung yang menyelerakan. Antaranya ialah sayur kangkung berlada. Sayur ini sedap dimakan dengan nasi putih dan lauk goreng. Boleh juga dimakan dengan bubur nasi. Jom cuba resepi oleh Apple Green di laman Facebook.\n\nSebagai seorang ibu mesti kita ingin beri yang terbaik untuk anak-anak bukan? Salah satunya dengan mengolah pucuk pegaga menjadi makanan yang menarik sehingga anak-anak yang mulanya tidak suka jadi suka. Resepi dibuat oleh CikPuan Angelina Joyah di laman Facebook.\n\nResepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya. Jemput juga baca koleksi resepi ikan, resepi sotong dan resepi ayam."
"Kek Marble merupakan salah satu kek yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Antara sebabnya adalah pembuatan Kek Marble ini mudah dan rasanya yang gebu dan moist. Sesiapa yang belum menjadi lagi buat marble jelita boleh ikut cara dan resepi yang kami tulis kali ini. Gerenti menjadi dengan cantik dan jayanya. Yang lagi best, resepi ini menghasilkan kek yang moist.\n\nKek marble ini sesuai untuk minum petang, bekalan berkelah dan majlis hari jadi. Resepi kek marble dikongsikan oleh Ainna Rozimi. Resepi yang dikongsikan naik tinggi dan moist. Lepas tuh bila dah masak, kek tak akan kecut dan tak turun. Resepi ini tidak menggunakan ovalet langsung.\n\nSelain kek marble, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Mencari tempat menarik di Penang 2022 untuk dilawati? Nah, anda berada di tempat yang betul. Kami kongsikan senarai tempat best di Penang wajib anda singgah.\n\nTerdapat pelbagai tempat menarik di Penang sebenarnya selain tempat makannya. Di bawah disenaraikan 53\u00a0 lokasi tempat menarik di Pulau Pinang untuk dilawati bersama keluarga di sana.\n\nAda dua kehidupan di sini iaitu The Natureland dan The Cocoon. Di Natureland, terdapat lebih 15000 ekor rama-rama terbang bebas diantara lebih 200 spesis tumbuh-tumbuhan. Seperti berada di alam lain, ia mempunyai air terjun, kolam, gua dan pelbagai lagi taman yang menyerupai alam semulajadi.\n\nThe Cocoon pula memberi peluang kepada pengunjung untuk terlibat dalam aktiviti yang diatur pengurusan.\n\nHarga Tiket: RM49 (dewasa), RM29 (Kanak-kanak),\n\nRM65 (warga asing dewasa), RM45 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Penang.\n\nSaat menjejakkan kaki, anda pasti terpegun dengan keindahan hutan ajaib. Ia akan mengingatkan anda kepada filem Avatar yang pernah menjadi bualan suatu masa dulu.\n\nAlamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.\n\nWaktu Operasi: Dibuka sehingga 12 tengah malam.\n\nHutan lipur ini ialah lokasi terbaik kepada pengunjung yang mahu beristirehat, menyertai aktiviti lasak dan perkhemahan. Pondok-pondok rehat dan beberapa kolam mandi disediakan bagi kemudahan orang awam.\n\nAlamat: 11050, Teluk Bahang, Pulau Pinang.\n\n\u00a0Muzium Perang Pulau Pinang @ Penang War Museum\n\nIa sebenarnya sebuah kubu yang dibina pihak British pada tahun 1930an. Ia pernah digunakan semasa menentang pencerobohan tentera Jepun.\n\nPengunjung dapat melihat barang-barang bersejarah termasuk meriam, terowong dan kubu pertahanan bawah tanah sedalam 9 meter. Sesetengah terowong memaksa anda untuk merangkak jika mahu melaluinya.\n\nHarga Tiket: RM18 (dewasa), RM8 (Kanak-kanak),\n\nRM36 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung.\n\nTidak lengkap rasanya jika tidak melawat rumah kelahiran seniman hebat kita. Bakatnya dalam bidang seni tiada tolok-bandingnya.\n\nDi rumah inilah beliau dilahirkan dan dibesarkan. Pengunjung dapat melihat koleksi asal barang milik Allahyarham, pusaka peninggalan keluarga, dan halaman rumahnya yang masih dikekalkan hiasannya.\n\nAlamat: Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang.\n\nWaktu Operasi: 9am-530pm dibuka setiap hari kecuali Isnin dan cuti umum.\n\nTaman hijau ini mempunyai lebih daripada 500 spesis tumbuh-tumbuhan tropika. Dengan keluasan melebihi 8 ekar, ia adalah satu-satunya taman seumpanya di Asia Tenggara. Ada banyak aktiviti boleh dilakukan sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak.\n\nAda lawatan khas yang direka untuk kanak-kanak seperti 5 Senses Tour dan Giant 3D Slides and Ladders. Lebih unik lagi adalah Tropical Spice Garden turut mengadakan kelas memasak bagi orang dewasa.\n\nBerada di antara pokok-pokok di sini amat menenangkan. Apa lagi bila dilakukan sambil melihat pinggir laut Teluk Bahang. Disebabkan itulah, ia juga menyediakan khidmat kepada mereka yang mahu mengadakan majlis perkahwinan bertemakan taman.\n\nAlamat: Lot 595, Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM29 \u2013 RM49 (dewasa), RM17 \u2013 RM25 (kanak-kanak), RM23 \u2013 RM39 (warga emas), RM23 \u2013 RM39 (pelajar)\n\nRamai orang memiliki kamera walaupun hanya kamera telefon pintar. Muzium ini kiranya mempunyai kaitan dengan ramai orang yang menggunakan kamera sama ada secara profesional atau sekadar untuk merakam detik-detik indah dalam hidup mereka.\n\nMuzium ini menempatkan koleksi kamera dari tahun 1800 sehingga 1990. Pengunjung dapat melihat perkembangan pada kamera seiring dengan perubahan zaman.\n\nSebuah ruang khas yang digelar Spy Room menempatkan kamera-kamera terkecil di dunia. Ada juga beberapa kamera di mana anda dibenarkan untuk menyentuhnya.\n\nAlamat: 49, Lebuh Muntri, 10200 Penang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (930am \u2013 8pm)\n\nHarga Tiket: RM20 (dewasa), RM10 (pelajar)\n\nMari singgah di Audi Dream Farm jika anda bercuti bersama-sama anak.\n\nAudi Dream Farm adalah sebuah zoo mini di mana kanak-kanak dibenarkan berada dekat, menyentuh dan memberi makanan kepada beberapa haiwan yang ada di sini. Suatu pengalaman baru bagi kanak-kanak yang sedang meneroka dunia apabila dapat memberi makanan kepada haiwan seperti arnab, ikan, kambing, itik, ayam, kuda dan burung nuri yang banyak di atas tanah.\n\nKanak-kanak juga berpeluang melihat kebun sayur-sayuran.\n\nAlamat: 145, MK B, Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM7 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)\n\nJika menyebut tentang kekayaan, emas tidak pernah terlepas daripada senarainya. Peminat emas sanggup membeli emas bagi tujuan pelaburan dan simpanan masa hadapan. Pemilik muzium emas ini faham perkara tersebut.\n\nJadi, mereka yang datang ke sini bukan sahaja dapat mempelajari tentang sejarah emas, tapi mereka juga boleh membeli emas di Public Gold Group yang turut berada di sini.\n\nMereka membuat laluan yang menyerupai terowong berbatu yang membawa pengunjung mempelajari tentang emas.\n\nAlamat: No. 95, Lebuh Bishop, George Town, Penang.\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Ahad (9am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM28 (dewasa), RM15 (kanak-kanak 7 \u2013 12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas), percuma untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah.\n\nKanak-kanak memang suka bermain dan amat gemarkan permainan. Jadi, jika anda berada di Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Adventure Zone.\n\nIa seluas 10,300 kaki persegi dengan pelbagai jenis permainan. Memanjat, merangkak, menggelungsur, semuanya ada di sini. Paling menarik adalah ia terletak di dalam Golden Sands Resort. Diskaun diberikan kepada pengunjung yang menetap di resort tersebut.\n\nPengunjung dinasihatkan untuk mematuhi syarat di Adventure Zone seperti memakai stokin semasa bermain, memakai baju berlengan panjang semasa bermain gelungsur, tidak memakai pakaian renang semasa berada dalam kawasan permainan, orang dewasa mesti menemani kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah.\n\nAlamat: Golden Sand Resort, Jalan Batu Feringghi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Feringgi\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10am \u2013 7pm)\n\nHarga Tiket: RM35 untuk 2 jam\n\nPadang Kota Lama merupakan lokasi bersejarah yang asalnya berfungsi sebagai padang perbarisan dan permainan yang dibuat oleh penjajah British. Kawasan ini ditemui oleh Francis Light.\n\nMenyedari yang ia tidak diduduki manusia kecuali sejumlah kecil penduduk berbangsa Melayu dan Aceh di sepanjang sungai, Francis Light mengarahkan agar hutan bertanah datar ini dibersihkan.\n\nThe Esplanade adalah nama lain bagi kawasan ini yang merangkumi Padang Kota Lama dan Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah. Padang Kota Lama juga terletak berhampiran dengan Fort Cornwallis.\n\nOrang ramai datang ke sini untuk bersiar-siar. Lebih-lebih lagi, ada gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman di sekitarnya.\n\nAlamat: 1, Light Street, 10450 George Town, Pulau Pinang\n\nMasjid Kapitan Keling sudah lama dikenali di kalangan ahli sejarah dan mereka yang menyukai senibina. Ia adalah antara masjid yang paling lama di Malaysia.\n\nMasjid ini dibina pada abad ke 19 oleh pedagang India Muslim. Malah, nama Kapitan Keling juga diambil daripada nama ketua mereka yang telah mewakafkan tanah bagi tujuan pembinaan masjid ini.\n\nMasjid Kapitan Keling merupakan institusi Islam yang pertama dibina di kawasan tersebut dan dipengaruhi oleh senibina Moghul dan Moor. Ia telah melalui banyak pengubahsuaian dan pembinaan semula yang menambah dan memperbaiki masjid tersebut.\n\nSufflok House merupakan satu-satunya rumah agam dengan senibina zaman George yang masih ada di Malaysia. Dibina pada awal 1800, ia menjadi tempat tinggal bagi Gabenor-gabenor British.\n\nSelain menikmati sejarah yang dimiliki rumah agam ini, anda juga dapat menikmati makan tengah hari dan makan malam dengan suasana mewah di dalamnya, yang pernah dinikmati oleh gabenor.\n\nKeindahannya telah menjadikan ia lokasi pilihan di kalangan ramai orang untuk majlis-majlis peribadi seperti perkahwinan.\n\nAlamat: 250, Jalan Air Hitam, 10460 George Town, Pulau Pinang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10am \u2013 10pm)\n\nHarga Tiket: RM20, PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, Bayaran adalah sehingga 6pm sahaja\n\nPeranakan atau Baba dan Nyonya bukan sahaja terkenal di Melaka, malah mereka juga wujud di Pulau Pinang. Mereka dikenali kerana keunikan budaya dan tradisi yang bergabung di antara Melayu dan Cina.\n\nPinang Peranakan Mansion adalah sebuah rumah seorang Baba yang kaya suatu masa dahulu iaitu pada abad ke-19. Rumah agam ini pernah menjadi kediaman Kapitan Cina Chung Keng Kwee.\n\nIa dicipta semula bagi menunjukkan kekayaan adat dan budaya mereka. Kini, Pinang Peranakan Mansion menyimpan lebih 1000 barangan antik untuk dipamerkan kepada orang ramai.\n\nAlamat: 29, Church Street, 10200 Penang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari termasuk cuti umum (930am \u2013 5pm)\n\nHarga Tiket: RM20 (dewasa), PERCUMA untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.\n\nBukit Bendera merangkumi beberapa buah bukit dengan puncak tertinggi adalah 833 meter dari paras laut. Ia menjadi tempat berehat semasa penjajahan British dan kini menjadi destinasi pelacongan yang popular.\n\nPuncak bukit ini boleh dinaiki oleh pelancong dengan menggunakan keretapi. Bukit Bendera menyimpan flora dan fauna yang indah, pemandangan yang memukau dan sejarah serta warisan negara.\n\nDi Bukit Bendera inilah terdapat bangunan-bangunan bersejarah yang diantaranya dibina seawall 1789 dengan senibina dari zaman penjajahan British, Asia dan moden.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (630am \u2013 11pm)\n\nHarga Tiket: RM10 (dewasa), RM5 (kanak-kanak 4 \u2013 12tahun), RM5 (warga emas 60 tahun ke atas).\n\nHarga Tiket (Fast Lane): RM40 (dewasa), RM20 (kanak-kanak), RM5 (warga emas)\n\nAsingkan diri seketika daripada kesibukan bandar dengan mengunjungi perkampungan di atas air ini. Penduduknya terdiri daripada kaum Cina yang mana asal keturunan mereka adalah pendatang dari China yang datang ke Malaysia pada abad ke-19.\n\nPendapatan mereka datang daripada sumber laut sehinggalah ada sebahagiannya yang mula mencari rezeki di bandar. Anda boleh datang ke sini dengan menaiki beca dari George Town.\n\nAlamat: Pengkalan Weld, 10300 George Town, Pulau Pinang\n\nWaktu kunjungan: Setiap hari (9am \u2013 9pm)\n\nTaman Negara Pulau Pinang (Penang National Park)\n\nAda beberapa perkara menarik yang anda boleh lakukan di Taman Negara Pulau Pinang yang berkeluasan 2562 hektar ini.\n\nPertama, trekking. Anda berjalan di antara 414 spesis tumbuh-tumbuhan dan 143 spesis haiwan di dalamnya. Ada dua tempat menjadi \u2018hadiah\u2019 di hujung perjalanan anda merentasi hutan iaitu Teluk Duyung dan kawasan perlindungan penyu.\n\nKedua, menaiki bot. Dengan bayaran kira-kira RM50 sehingga RM100, anda dapat menaiki bot menuju ke Teluk Duyung atau kawasan perlindungan penyu, atau Pantai Kerachut.\n\nKetiga, Titian Kanopi. Anda boleh berjalan di atas titian kanopi sepanjang 250 meter untuk melihat pemandangan indah hutan dari ketinggian 15 meter. Harga tiket bermula RM3 \u2013 RM5.\n\nKeempat, berkhemah. Taman Negara memiliki beberapa kawasan perkhemahan dan ia adalah percuma! Tempah segera kerana lokasinya terhad.\n\nEscape direka dari kerinduan pemiliknya kepada keseronokan bermain di luar rumah dalam alam semulajadi dan memperkenalkannya kepada kanak-kanak pada masa kini.\n\nAerobat untuk bergayut, Airbag untuk melompat, AK Academy untuk permainan air, AK Discovery untuk menyelam, A-Maze untuk bersembunyi, Atan\u2019s Jump untuk terjun ke dalam air, Atan\u2019s Leap untuk terjun di udara, Balance Beam untuk berjalan di atas galah dan banyak lagi permainan menyeronokkan. Kedatangan anda ke sini dijamin tidak akan membosankan.\n\nJika anda suka bermain atau suka bermain semasa kanak-kanak, kembalikan memori anda di sini.\n\nAlamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (10am \u2013 6pm), ditutup pada hari Isnin\n\nHarga Tiket: Harga berbeza mengikut kumpulan (keluarga, korporat, dan sekolah), dan jarak masa tempahan. Layari www.escape.my untuk rujukan harga.\n\nRumah Api Pulau Pinang (Muka Head Lighthouse)\n\nTaman Negara Pulau Pinang juga memiliki sebuah rumah api di dalamnya. Ia mempunyai ketinggian mencapai 14 meter dan dibina di puncak bukit yang tingginya 227 meter.\n\nIa merupakan binaan bersejarah kerana ia dibina pada tahun 1883 oleh pihak British. Rumah Api ini terletak di Teluk Duyung. Jadi, untuk ke sini, anda perlu menaiki bot atau melalui hutan. Sampai di pantai, teruskan perjalanan untuk kira-kira 30 sehingga 60 monit dan anda akan bertemu dengan Rumah Api Pulau Pinang.\n\nAmbil peluang ini untuk memanjat tangga di dalamnya menuju ke puncak rumah api. Ya, ia memang perjalanan yang agak meletihkan. Tapi semua itu hilang apabila melihat pemandangan memukau dari puncak rumah api.\n\n\u00a0Taman Burung Pulau Pinang (Penang Bird Park)\n\nDitubuhkan sejak 1988, ia merupakan taman burung yang pertama dan terbesar seumpamanya di Malaysia. Anda pasti akan teruja kerana di sini ada lebih daripada 3000 ekor burung yang datang dari lebih daripada 300 spesis burung dari seluruh dunia.\n\nSeparuh daripada jumlah tersebut adalah burung dari Malaysia. 150 sangkar disediakan bagi menempatkan burung-burung ini. Taman ini dibina dengan lanskap indah dan pondok-pondok senibina Melayu serta jambatan dari senibina Cina.\n\nAlamat: Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari termasuk cuti umum (9am \u2013 7pm)\n\nHarga Tiket: RM38 (dewasa), RM20 (kanak-kanak di bawah 12 tahun), RM10 (kanak-kanak beruniform sekolah), RM1 (kamera), RM5 (video kamera)\n\nBerjalan-jalan di lorong-lorong di George Town memberikan anda pengalaman yang berbeza. Pada tahun 2012, Ernest Zacharevic iaitu seorang pelukis dari Lithuania telah dijemput untuk melukis di dinding-dinding rumah kedai di sekitar bandar.\n\nPeluang ini digunakan sebaiknya oleh beliau untuk menghidupkan dinding-dinding yang asalnya kosong yang suram menjadi menarik dan meriah. Jalan Muntri, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, dan Jalan Ah Quee kini menjadi lokasi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar bersama-sama karya Zacharevic yang menceritakan suasana budaya tempatan.\n\nKanak-kanak suka meneroka. Melihat alam merupakan penerokaan terbaik yang boleh diperolehi oleh seorang kanak-kanak. Saanen Dairy Farm salah satu daripadanya.\n\nPengunjung memasuki kawasan kampung untuk menuju ke Saanen Dairy Farm. Kanak-kanak akan teruja memasuki ladang ini kerana mereka dapat mempelajari mengenai kambing.\n\nMereka boleh memberi kambing-kambing ini makan dan menikmati produk yang dihasilkan seperti susu kambing, yogurt dan jeli susu kambing.\n\nAlamat: 298 MK1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10am \u2013 5pm)\n\nPengunjung ke sini untuk mengambil gambar dengan gaya kreatif dan menarik, sesuai dengan karya seni yang dihasilkan di dalamnya.\n\nBuat gaya terjunan udara, bermesra dengan beruang Panda, menaiki bas mini comel berwarna kuning, berada di dalam sampan di Clan Jetty, menaiki kereta lembu, menjadi Alice versi kecil di Wonderland, menunggang basikal bersama E.T, mengadakan persembahan magik anda sendiri, dimakan jerung, menyelam di laut dalam, dan dimakan ular gergasi. Pilih mana-mana yang anda suka.\n\nBoleh jadi anda akan menyukai semuanya!\n\nAlamat: 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 Penang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM15 (dewasa), RM25 (kanak-kanak)\n\nSeperti namanya, TeddyVille Museum adalah muzium yang memaparkan koleksi teddy bear pertama dan terbesar dari pelbagai negara dan era; seawal tahun 1900-an!\n\nPatung di sini didatangkan dalam pelbagai saiz. Dari saiz mini dan juga saiz bersaiz manusia, semuanya ada. Pendek kata, pasti terdapat sebuah teddy di sini untuk semua orang.\n\nAlamat:\u00a0Ground Floor, DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.00 am \u2013 6.00 pm)\n\nHarga Tiket\u00a0:\u00a0Dewasa RM36 | Pelajar (13 tahun \u2013 Universiti) RM29 | Kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM 25\n\nLorong Kulit atau dahulunya dikenali sebagai Rope Walk merupakan lorong yang terkenal dengan pasar karat. Bagi peminat barangan antik, inilah pasar karat yang wajib anda singgah!\n\nBukan stok barangan antik sahaja, malah makanan juga turut didapati di sini. Kebanyakannya ialah buah-buahan yang bukan sahaja segar, malah murah harganya. Bukan senang nak jumpa tau!\n\nAlamat: 625 Jalan Dato Keramat Georgetown, 10460 George Town, Pulau Pinang\n\nWaktu Operasi: Setiap Hari (6.00 am \u2013 1.00 pm)\n\nNama pun \u2018magic\u2019, pasti\u00a0 pengalaman anda sepanjang di Magic World Penang ini akan penuh\u00a0 magis! Pengalaman sebegitu jarang dirasai di tempat lain, jadi jika berpeluang, singgah sahaja di sini.\n\nJuga dikenali sebagai Phantamania, antara tarikan utama di sini ialah\u00a0mirror maze,\u00a0ilusi optik dan salji buatan yang tampak nyata. Kami yakin anda pasti akan terhibur dengan setiap tarikan ini!\n\nAlamat: 193, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari ( 10 am \u2013 7 pm)\n\nHarga tiket: RM 18 (Dewasa berumur 18 \u2013 59 tahun) | RM 12 (Kanak-kanak, 17 tahun ke bawah)\n\nBukan di Terengganu sahaja anda boleh melihat penyu, di Penang pun boleh! Jika anda berada di skeitar Pantai Kerachut, singgah sahaja di Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut ini.\n\nBukan sahaja dapat melihat penyu bertelur, anda juga akan menimba ilmu tentang penyu beserta cara menjaga telurnya. Sangat menarik!\n\nAsyik ke kafe atau muzium sahaja, teringin juga untuk ke pulau kecil yang bukan sahaja cantik, malah sedap mata memandang. Untuk itu, lekaslah lawati Pulau Jerejak jika berpeluang ke sini!\n\nSelain itu, dari segi sejarahnya, pulau ini pernah dikenali dengan gelaran \u2018Alcatraz Malaysia\u2018 kerana terkenal dengan penjara yang menempatkan banduan-banduan selepas tragedi 13 Mei 1969 serta tahanan ISA.\n\nDi samping itu, pulau ini juga terkenal dengan pemandangan mata hari terbenam yang sangat cantik. Bagi yang suka bergambar, inilah tempat yang sesuai buat anda!\n\nKepada pembaca yang gemar melakukan aktiviti lasak yang melibatkan ketinggian, lekas serbu The Gravityz yang terletak di Komtar ini. Kepuasan yang dijanjikan memang tidak terperi.\n\nBukan sahaja mencabar, malah menarik kerana anda dapat menyaksikan pemandangan bandar George Town! Usah risau tentang aspek keselamatan, kerana pihak The Gravityz meletakkan perihal itu sebagai keutamaan mereka.\n\nAlamat: the top @komtar, 65 Floor, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang\n\nAda banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di The Top Komtar. Salah satunya ialah di Rainbow Skywalk, di mana anda akan berjalan di atas jambatan kaca. Bagi yang gayat, kami tidak menyarankan anda untuk mencubanya.\n\nSemestinya ianya merupakan satu aktiviti yang mencabar, namun menyeronokkan. Boleh juga anda mencabar rakan-rakan untuk cuba berjalan di sini, mana tahu ada yang berani menyahutnya?\n\nAlamat: 1, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 11 am \u2013 9 pm\n\nHarga tiket: Bermula dari RM 48\n\n\u00a0Dark Mansion \u2013 3D Glow In The Dark Museum\n\nMuzium Dark Mansion ini terdiri daripada seni kreatif moden yang bergaya yang telah menggabungkan elemen sains dan teknologi ke dalamnya. Menarik, bukan?\n\nDi muzium luar biasa ini, anda dapat menyaksikan gambar dengan pelbagai lukisan 3D yang berwarna-warni dan cantik. Sangat sesuai bagi yang suka bergambar!\n\nAlamat: 145, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 6.30 pm\n\nHarga tiket: RM 25.00 (Pemegang MyKad) & RM 35.00 (Bukan warganegara Malaysia)\n\n\u00a0Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge\n\nMungkin anda tidak terbiasa mendengar namanya, namun jika kami sebut tentang \u2018Jambatan Kedua Pulau Pinang\u2019, pasti anda tahu tentang Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge.\n\nIanya juga merupakan antara tarikan utama di Pulau Pinang. Jambatan ini mempunyai panjang 24 km atau 15 batu dan ianya merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia & Asia Tenggara. Mengagumkan? Semestinya!\n\nAlamat: Second Penang Bridge, Bayan Lepas, Penang\n\nSebenarnya, ada banyak pulau kecil yang agak tersembunyi di Pulau Pinang. Salah satunya ialah Pulau Aman, sebuah pulau kecil yang terletak di Seberang Perai.\n\nBagi yang suka memancing, pulau ini memang cocok buat anda. Selain daripada pemandangan yang mendamaikan dan mengasyikkan, ianya juga terkenal dengan aktiviti memancing dan menyalai ikan.\n\nDibina sejak tahun 1891, Kek Lok Si Temple yang terletak di Air Itam, Pulau Pinang merupakan salah satu kompleks kuil terbesar dan terbesar di Asia Tenggara.\n\nIanya bukan sahaja merupakan pusat budaya Cina dan pengajaran Buddha, tetapi juga merupakan pusat khazanah warisan yang unik. Bagi yang cintakan budaya, inilah tempat yang harus anda kunjungi!\n\nAlamat: Kek Lok Si Temple ,11500 Ayer Itam, Penang\n\nAda banyak pantai yang cantik di Penang, dan salah satunya ialah Pantai Batu Ferringhi. Untuk menyaksikan pemandangan laut yang menyamankan, inilah tempat yang cocok buat jiwa anda.\n\nAnda juga boleh mandi di sini. Alang-alang singgah bermandi-manda, boleh juga anda singgah di Pasar Malam Batu Ferringhi. Memang meriah!\n\nAlamat: Pantai Batu Ferringhi, 11050 Pulau Pinang\n\nBagi pembaca yang ingin menghirup udara segar sambil mencari ketenangan di hutan lipur, anda boleh lawati Hutan Lipur Bukit Mertajam untuk tujuan tersebut.\n\nIa mempunyai tempat untuk berkelah, laluan hutan untuk mendaki, dan air terjun. Terdapat juga jambatan gantung dan kiosk teh di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis teh Cina serta telur herba.\n\nAlamat: Kampung Teluk Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Penang\n\nAda ulat buku di sini? Anda pasti teruja jika kami mengatakan yang BookXcess Gurney Paragon ada menjual buku-buku yang berbagai genre. Bukan sahaja berbagai jenis, malah harga yang ditawarkan juga murah.\n\nKebanyakan buku di sini dijual pada harga yang murah, ada potongan harga sehingga 50 \u2013 80 %! Kami yakin sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini, anda pasti rambang mata!\n\nAlamat: 163D-7.06-7.16 & L8.02-8.-5, Gurney Paragon, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 10 pm\n\nAda pembaca yang sukakan seni? Tidak dinafikan, jika jiwa kita sudah melekat dengan seni, melihat karya seni sahaja sudah mampu beri ketenangan dan kepuasan.\n\nMuzium & Galeri Tengku Fauziah merupakan antara muzium yang boleh anda kunjungi. Ianya terletak di dalam USM, jadi singgah sahaja jika anda berada sekitar situ.\n\nAlamat: 808, Jalan Pemimpin, 11800 Gelugor, Pulau Pinang\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 9 am \u2013 6 pm\n\nTak perlu susah-susah ke London untuk menyaksikan patun lilin di Madame Tusaauds, kerana di Penang, anda boleh ke muzium patung lilin ini \u2013 Penang Fun Filled Wax Museum.\n\nMuzium ini mempunyai lebih dari lima puluh model patung lilin. Antara watak lilin yang dipamerkan di sini termasuklah Mr Bean, Ratu Elizabeth II, Jackie Chan, Presiden Obama, Pablo Picasso dan Steve Jobs.\n\nAlamat: Jalan Dato Keramat, 10150 Georgetown, Pulau Pinang\n\nHarga Tiket: RM 10 (Kanak-kanak) | RM 25 (Dewasa) | RM 15 (Warga emas ) | Percuma (OKU)\n\n\u00a0Taman Negeri Bukit Panchor, Pulau Pinang\n\nIngin merehatkan minda sambil bersantai bersama keluarga atau rakan? Singgah sahaja di Taman Negeri Bukit Panchor jika anda berada sekitar Nibong Tebal.\n\nAda pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan jika anda berada di sini. Antaranya termasuklah penjelajahan hutan, aktiviti perkhemahan dan aktivti riadah.\n\nAlamat: Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 7 am \u2013 7 pm\n\nMungkin anda sudah biasa dengan rumah hantu dan anda individu yang tidak lemah semangat. Bezanya, di sini setiap hantu tidak mengganggu anda. Ia adalah patung hantu yang dihias mewakili jenis hantu dari pelbagai budaya.\n\nMaklumat latarbelakang mereka juga disediakan. Hiasannya tidak kurang menyeramkan. Selain itu, mereka juga menyediakan kostum hantu bagi membolehkan anda merakamkan pengalaman sebagai hantu.\n\nHarga Tiket: RM18 (dewasa), RM8 (Kanak-kanak),\n\nRM36 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 Pulau Pinang.\n\nTiada yang lebih mendamaikan lebih daripada kecantikan alam semulajadi. Keindahan The Habitat bukan sahaja dianggap satu keajaiban, tetapi melupakan lokasi paling sesuai untuk mendidik generasi muda bagi mengenali flora dan fauna.\n\nAnda boleh pepohon hijau di Natural Trail sejauh 1.6km, melalui Canopy Walk dan Tree Top Walk untuk menyaksikan pemandangan dari aras tinggi, dan taman-taman yang berbeza tema seperti Fern Garden, Butterfly Bank, Yellow Garden, Purple Garden, dan Fragrant Garden.\n\nAlamat: Bukit Bendera, 11300 Penang, Malaysia\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 8pm)\n\nHarga Tiket:RM50 (dewasa 13 \u2013 59 tahun), RM30 (kanak-kanak 3 \u2013 12 tahun), RM30 (pelajar), RM30 (warga emas 60 tahun ke atas), RM70 (Sunset Walk Adult), RM40 (Sunset Walk Children), RM40 (Sunset Walk Student), RM40 (Sunset Walk Senior Citizen)\n\nDengan ladang berkeluasan 25 ekar, Tropical Fruit Farm mempunyai lebih daripada 250 jenis buah-buahan tempatan dan luar negara meliputi Amerika Selatan, Afrika Tengah, India, Timur Tengah dan banyak lagi.\n\nSelain melihat pokok buah-buahan ini, pelanggan boleh merasai buah segar, makan snek, BBQ, dan minum jus buah-buahan segar dari ladang. Kualiti buah-buahan dan kepentingan alam sekitar dijaga dengan menggunakan baja organik sahaja pada pokok-pokok yang ada. Bahan bukan organik ada digunakan tapi hanya ketika perlu.\n\nTropical Fruit Farm menyediakan beberapa pakej iaitu Guided Farm Tour, Lunch Buffet/Dinner Buffet, Guided Farm Tour with Lunch Dinner, dan Student Packages.\n\nAlamat: Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang\n\nHarga Tiket: RM 5 \u2013 RM75 mengikut pakej\n\nMasjid ini adalah lambang Tanjung Bungah. Dengan keluasan 1295 kaki persegi, ia menelan kos sebanyak RM15 juta dan boleh memuatkan sehingga 1500 orang. Ia dipanggil Masjid Terapung kerana kedudukannya yang berada di atas air iaitu kira-kira 300 meter dari pantai.\n\nAntara keunikan masjid ini adalah ia memiliki menara setinggi bangunan 7 tingkat dan dihiasi ukiran kayu jati dan seni khat. Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh senibina tempatan dan Timur Tengah. Banyak aktiviti keagamaan dijalankan di masjid ini bagi keperluan penduduk tempatan.\n\nAlamat: Jalan Batu Feringghi, 11000 Tanjung Bungah, Pulau Pinang\n\n\u00a0Rumah Agam Cheong Fatt Tze (Cheong Fatt Tze Mansion)\n\nSesiapa sahaja pasti akan menyukai senibina dan hiasan dalam rumah agam milik Cheong Fatt Tze yang dibina apda abad ke-19. Ia dibina dalam gaya rumah tradisional China iaitu senibina yang berbeza dengan minat ramai orang terhadap senibina moden Inggeris-India ketika itu.\n\nMalah, tukang rumahnya juga dibawa dari Selatan China. Bahan-bahan binaannya juga diimport daripada luar negara. Dengan gaya eklektik, rumah Agam Cheong Fatt Tze memiliki 5 laman dalam.\n\nRumah agam yang asalnya mahu dijadikan tempat tinggal bagi keturunannya, kini menjadi lokasi bersejarah dan juga hotel butik. Anda pasti mahu berada di sini.\n\nAlamat: 14th Leith Street, 10200 Penang\n\nAda penggemar jeruk di sini? Kami yakin anda pasti pernah terdengar nama Jeruk Madu Pak Ali, bukan? Ianya merupakan antara kedai jeruk yang paling popular di Penang.\n\nAda pelbagai jenis jeruk yang akan anda temui di sini. Setiapnya juga dijual pada harga yang berpatutan. Alang-alang berjalan di tepi pantai, boleh juga sambil-sambil itu anda makan jeruk ini.\n\nAlamat: 423 & 425, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang\n\n\u00a0Taman Botani Penang (Penang Botanic Garden)\n\nDi Pulau Pinang, umum mengenalinya sebagai Taman Air Terjun Pulau Pinang. Letaknya di dalam lembah di kaki bukit hutan hujan tropika yang mempunyai ketinggian 366 kaki.\n\nMenurut laman sesawang rasmi mereka, www.botanicalgardens.penang.gov.my, taman ini terletak di antara aliran mata ir yang membahagikan kawasan tersebut melalui kawasan luas dan beralun berukuran di antara 29 hektar kaki persegi.\n\nTaman ini merupakan lokasi bersejarah yang dibina oleh pihak British pada tahun 1884. Asalnya ia adalah sebuah tapak kuari granit yang lama yang kemudiannya dibangunkan menjadi taman dengan tumbuh-tumbuhan hutan dan landskap.\n\nTaman Botani menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan termasuk kedai menjual tumbuh-tumbuhan, surau, tram selain tarikan taman-taman khas seperti Taman Jepun, Taman Herba dan Eco-Stream Walk.\n\nAlamat: Kompleks Pentadbiran, Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 Pulau Pinang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (5am \u2013 8pm)\n\nWaktu Operasi (Rumah Pokok): Selasa dan Khamis (930am \u2013 1230pm, 2pm \u2013 430pm), Sabtu dan Ahad (930am \u2013 1230pm, 2pm \u2013 6pm)\n\nMari ke Teluk Duyung jika anda mahukan pantai dan ketenangan hembusan bayu laut. Ia amat sesuai untuk dilawati tidak kira pada hari biasa mahupun hujung minggu.\n\nTeluk Duyung sudah terkenal di kalangan penduduk di sini yang suka berkelah di sepanjang pantainya yang panjang dan berpasir putih. Kepada yang suka berkhemah, anda berpeluang untuk melakukannya di Teluk Duyung kerana ada tapak perkhemahan disediakan.\n\nIa lebih menyeronokkan kerana tiada laluan darat untuk ke sini. Jadi, anda akan merasai pengalaman menaiki bot dari pintu masuk Taman Negara Teluk Bahang. Walaupun begitu, Teluk Duyung bukanlah sebuah pulau.\n\nMahu lebih cabaran? Jalan kaki melalui bukit dan hutan.\n\nLittle India di sini menyerupai Little India yang terdapat di Kuala Lumpur. Bila anda berada di sini, anda akan melihat kedai-kedai pakaian yang menjual kain sari, sutera dan kapas yang menjadi ciri-ciri unik India.\n\nSelain restoran-restoran yang menghidangkan makanan India, anda juga disajikan dengan muzik India selama anda berada di sini. Jadi, kunjungan anda di sini penuh warna-warni.\n\nFesyen dengan warna-warna cerah, tandoori dan tosai, dan makan menggunakan daun pisang. Little India merangkumi 3 jalan iaitu Lebuh Chulia, Lebuh Queen, dan Jalan Pasar.\n\nKanak-kanak mahu pun dewasa, sesiapa sahaja sukakan permainan. Toy Museum Heritage Garden mendakwa mereka adalah muzium permainan terbesar di dunia. Ini kerana mereka mempunyai lebih daripada 120,000 permainan yang bernilai lebih daripada RM60 juta.\n\nAnda juga pasti berasa teruja melihat patung-patung lilin watak cerita atau hero dan heroin kegemaran yang sebesar manusia.\n\nAlamat: 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM26 (dewasa), RM19 (kanak-kanak)\n\nAda pencinta komik di sini? Kami yakin pasti kebanyakan pembaca di sini membesar dengan komik, bukan? Jika rindukan kenangan zaman kanan-kanak anda, lekaslah singgah di muzium ini jika berpeluang!\n\nDibuka sejak tahun 2016, ianya merupakan muzium komik pertama di Asia!\u00a0 Muzium ini memaparkan komik dari perang hingga sekarang, ilustrasi kartun 3D dan watak komik popular seperti Ultraman dan Masked Rider.\n\nAlamat: 2nd level ICT Mall, Komtar,, 10000 George Town, Penang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, hari minggu (11 am \u2013 7 pm) manakala hujung minggu (11 am \u2013 9 pm)\n\nJurassic Research Centre / Dinosour Komtar Penang\n\n200 dinasour \u2018dihidupkan\u2019 kembali! Kanak-kanak pasti menyukai replika dinasour bersaiz gergasi di dalam ruang khas berjeriji. Memang menarik melihatnya di komtar iaitu antara mercu di Penang.\n\nHarga Tiket: RM58 (dewasa), RM48 (Kanak-kanak),\n\nAlamat: [email\u00a0protected], 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang.\n\nUntuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang muzik tradisional dari tahun 1930-an, apa kata anda singgah di Penang House of Music ini?\n\nAnda dapat meningkatkan dan mengembangkan pemahaman muzik anda dengan paparan instrumen muzik yang lama seperti radio lama dan\u00a0recorder.\n\nAlamat: KOMTAR, L4-02, Level 4, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 11 am \u2013 8 pm\n\nHarga tiket: Percuma buat kanak-kanak bawah 5 tahun | Kanak-kanak umur melebihi 5 tahun -RM15.00 | Pelajar -RM15.00 |Warga emas 60 tahun ke atas -RM15.00 | Dewasa -RM 20.00\n\nSudah jumpa tempat menarik di Penang yang ingin dilawati?Selain Pulau Pinang, kami juga menulis artikel untuk tempat menarik yang lain. Manalah tahu jika anda berminat untuk ke sana di lain masa iaitu tempat Menarik Di Langkawi , tempat Menarik Di Melaka, tempat Menarik Di Perak dan tempat Menarik Di Kundasang"
"Senggugut adalah kesakitan yang dialami semasa datang haid. Malah bagi sesetengah wanita, senggugut mula dirasai beberapa hari sebelum darah haid mula keluar. \n\nAda orang mengalami senggugut yang biasa dan masih mampu meneruskan urusan harian seperti biasa. Namun bagi yang kurang bernasib baik, ada yang senggugut teruk sehingga terpaksa bercuti dan berehat di rumah. Apakah punca senggugut?\n\n1. Penguncupan otot dinding rahim yang keterlaluan\n\nSemasa haid, otot rahim anda akan mengembang dan menguncup untuk mengeluarkan datah kotor dari badan. Proses pengambagan dan penguncupan rahim yang normal tidak akan menyebabkan anda mengalami sebarang kesakitan. \n\nNamun, jika otot dinding rahim anda menguncup dengan terlalu kuat disebabkan oleh lebihan hormon Prostaglandin, anda akan mengalami senggugut.\n\nSemakin banyak hormon tersebut dalam tubuh anda semasa haid, semakin kuat oto dinding rahim anda mengecut lalu menyebabkan anda mengalami senggugut yang sangat teruk. Bukan itu sahaja, lebihan hormon Prostaglandin juga akan menyebabkan anda mengalami:\n\nJika anda mengalami senggugut yang teruk bersama tiga simptom yang kami senaraikan ini, kemungkinan besar ianya berpunca daripada lebihan hormon prostaglandin dalam badan. Tiada yang serius. Pengambilan ubat tahan sakit sangat membantu. Dapatkan rehat yang secukupnya.\n\nSalah satu daripada penyebab utama anda mengalami senggugut yang teruk ialah penyakit Endometriosis. Apa yang dimaksudkan dengan Endometriosis? Ia adalah satu penyakit yang menjejaskan kesihatan reproduktiviti seorang wanita dan boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Dan salah satu simptom Endometriosis ialah pendarahan yang banyak semasa haid bersama sakit senggugut yang terlalu kuat.\n\nRahim seorang wanita terdiri daripada 3 lapisan dan lapisan yang paling dalam dipanggil sebagai lapisan endometrium. Apabila tiba waktu subur anda, lapisan endometrium ini akan menebal sebagai persediaan untuk mengandung. Jika persenyawaan tidak berlaku, lapisan ini akan menipis semula dan gugur, lalu menjadi darah haid yang keluar dari badan anda setiap bulan.\n\nEndometriosis berlaku apabila terdapat tisu endometrium yang sepatutnya berada di dalam rahim melekat dan tertanam di tempat yang sepatutnya iaitu di bahagian luar rahim seperti di tiub, ovari, usus, pundi kencing dan dinding abdomen. Apabila ini berlaku, setiap kali anda datang bulan, darah bukan sahaja akan datang dari dalam rahim malah bahagian luar rahim yang tertanam tisu endometrium juga akan berdarah juga.\n\nInilah puncanya kenapa pesakit Endomestriosis mengalami pendarahan yang teruk dan senggugut yang keterlaluan setiap kali datang bulan. Oleh itu, jika anda mengalami senggugut teruk setiap bulan, sila dapatkan pemeriksaan bagi memastikan anda tidak mempunyai penyakit serius yang lain, terutamanya Endometriosis.\n\nSenggugut yang teruk setiap bulan juga boleh berlaku disebabkan oleh adanya cyst didalam ovari anda. Cyst adalah ketumbuhan bukan kanser yang boleh tumbuh dalam ovari anda. Ianya boleh membesar dan menjejaskan kesuburan anda. Malah kehadirannya juga akan menyebabkan anda mengalami senggugut yang teruk. Oleh itu, kalau anda selalu senggugut dan perasan perut anda kelihatan lebih buncit daripada biasa, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.\n\nDari tiga orang wanita, salah seorang daripada mereka akan disahkan mempunyai fibroid. Malah fibroid juga merupakan salah satu daripada punca senggugut yang ramai wanita tak tahu. Fibroid adalah ketumbuhan pada dinding rahim. Fibroid boleh mengecut sendiri namun jika ianya membesar, ia boleh mendatangkan pelbagai masalah termasuk senggugut teruk. Di antara simptom fibroid adalah:\n\nSekiranya anda mempunyai simptom-simptom di atas, kemungkinan besar senggugut teruk yang anda alami setiap bulan adalah disebabkan oleh fibroid.\n\n Radang pelvis atau Pelvis Inflammatory Disease (PID) adalah sejenis jangkitan pada organ peranakan yang juga boleh menjadi punca senggugut teruk setiap kali datang haid. Penyakit ini sukar dikesan pada peringkat awal, dan biasanya hanya diketahui apabila ianya sudah berada pada tahap serius. Siapakah golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit radang pelvis?\n\nMereka yang mengamalkan seks bebas dan bertukar-tukar pasangan adalah golongan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini. Malah mereka yang kerap menggunakan pencuci vagina juga berisiko untuk mendapat radang pelvis kerana bahan dalam pencuci vagina akan mengubah flora dan fauna yang ada di situ dan memaksanya untuk bergerak menuju ke bahagian lain organ peranakan.\n\nDi antara simptom radang rahim ialah:\n\nOleh itu, jika anda mengamalkan seks bebas atau kerap menggunakan pencuci vagina, sila dapatkan pemeriksaan sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas terutamanya senggugut yang teruk setiap bulan. \n\nItulah dia 5 punca senggugut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang petua hilangkan senggugutdan tanda nak datang bulan."
"Kelebihan\u00a0Ajar Anak Berenang Sejak Kecil ini ada banyak namun tak dinafikan masih ada ramai ibu bapa yang was-was untuk mengajar anak berenang sejak kecil atas alasan takut jika anak itu akan lemas. Sebenarnya tak perlu pun tunggu\u00a0anak-anak\u00a0membesar barulah mula diajarkan ilmu untuk berenang ini.\n\nSebagai contoh, anda boleh lihat betapa ramai ibu bapa di luar negara yang tidak mengambil masa lama untuk ajar anak-anak berenang. Malahan, ada ibu bapa yang sengaja mendaftarkan anak mereka di kelas berenang sejak kecil demi untuk membolehkan anak belajar berenang kecil bahkan sejak bayi lagi. \n\n7 Kebaikan Berenang Kepada Anak Sejak Di Usia Muda\n\nIbubapa yang berada di luar negara rata-rata berusaha untuk mengajar anak kecil berenang adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut adalah :\n\n1- Dapat Selamatkan Anak Dari Menjadi Mangsa Lemas\n\n2- Dapat Mengelakkan Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak\n\n3- Dapat Bantu Untuk Merangsang Perkembangan Otak Anak\n\n7- Memberikan Hobi Yang Sihat Bagi Mengantikan Gadget\n\nTips Bagaimana Untuk Mengajar\u00a0Anak Untuk\u00a0Berenang Sejak Kecil Dengan Betul\n\nTips-tips yang dikongsikan di sini adalah berpandukan kepada perkongsian ibu bapa lain yang telahpun berjaya mengajar anak masing-masing untuk berenang. Anda juga boleh ikut praktikkannya jika anda mahu.\n\n1. Praktik Mandi Dalam Tab Mandi Kecil Terlebih Dulu Di Rumah \n\nSebelum boleh di bawa anak untuk mandi manda di dalam sebuah kolam yang agak besar, anda perlu biasakan anak tersayang untuk berendam di dalam tab mandi yang agak kecil dulu di rumah. Caranya adalah dengan mengisi air dan letakkan juga mainan kegemaran ataupun buih sabun untuk menarik perhatian anak. Jangan pula di biarkan si anak seorang diri kerana itu boleh membahayakan, sebaliknya anda juga ikut berada bersama anak dan pantau keadaannya sama ada dia berasa seronok ataupun tidak. \n\nJika anda berkeras untuk keluar dari tab dalam keadaan menangis, menjerit dan sebagainya tika mandi itu, maka besar kemungkinan anak anda belum lagi bersedia. Jika keadaan ini berlaku, mungkin anda boleh tangguhkan dahulu sebelum membawanya ke kolam renang kanak-kanak. \n\n2. Bermain Dengan Si Manja Ketika Mandi Dengan Penuh Rasa Seronok\n\nSalah satu cara untuk menggalakkan mereka berseronok sambil berenang untuk kanak-kanak adalah dengan bermain dengannya. Contohnya, anda boleh menyanyi bersamanya. Ataupun bercakap-cakap dengannya. Permainan \u201cpick-a-boo\u201d pun merupakan salah satu permainan kegemaran kanak-kanak di sekitar 1 tahun. \n\n3. Jejakkan Kaki Ke Kolam Renang Kanak-Kanak Bersama Si Manja\n\nSetelah anda nampak semakin biasa dengan air maka bolehlah anda teruskan operasi seterusnya dengan membawa si manja ke kolam renang kanak-kanak. Fasa pertama sekadar untuk memperkenalkan kolam renang itu dengan menjejakkan kakinya dalam air. Jangan paksa anak untuk terus turun sepenuhnya bagi mengelakkan mereka berasa terkejut dan stress dengan persekitaran yang baru. \n\nUntuk kali yang pertama ini mungkin boleh di bawa main air sedikit saja sambil tunjukkan betapa seronoknya bermain air dan mandi manda di kolam renang itu. Bawa anak sehingga ke tangga kolam, bawa mereka cubaan untuk turun di dalam pelukan dan jika anak nampak tidak selesa segera naik semula. Jangan di paksa!\n\n4. Belikan Pelampung Yang Sesuai Untuk Keselamatan Anak\n\nJangan juga lupa untuk membelikan pelampung pada anak sesuai dengan usia dan size tubuhnya itu. Ada banyak pelampung dan anda boleh pilih dengan bentuk yang comel berserta warna yang menarik untuk menarik minat si manja. \n\nPelampung ini sangat penting untuk keselamatan mereka. Selain itu, pelampung atau mainan air lain juga boleh galakkan mereka berenang dan lupakan ketakutan ketika sedang berada di dalam air. \n\n5. Sediakan Juga Pakaian Baju Renang Yang Sesuai\n\nBaju renang yang sesuai dan berkualiti sangat penting untuk anak-anak anda yang sedang belajar berenang. Baju yang berlengan and berseluar panjang dapat melindungi kulit mereka dari pancaran sinar UV matahari yang merbahaya kepada kulit, jika tidak dijaga. \n\n6. Sentiasa Pantau Keadaan Anak Dalam Kolam Renang\n\nDala tujuan untuk mengajar dan membiasakan diri anak dengan aktiviti berenang, adalah paling penting untuk anda pastikan keselamatan anak selalu. Jangan terlalu asyik berseronok sehinggakan nyawa anak sendiri menjadi mangsa. \n\n Apapun sila pastikan yang anak tidak ditinggalkan di dalam kolam renang seorang diri tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa. Di dalam kolam renang ini adalah amat bahaya jika tidak dipantau. Semasa bermain dengan anak sila ketepikan dulu segala bentuk gangguan yang lain seperti handphone dan sebagainya. Anda tentu tak nak si manja kesayangan lemas kan? \n\nAktiviti Berenang Sejak Kecil Itu Tidak Salah Cuma Ibubapa Perlu Pantau Dan Bersama Anak Selalu \n\nAktiviti berenang memang menyeronokkan. Lagi-lagi jika si manja memang seorang yang amat sukakan air. Seronok sangat rasanya jika dapat berenang bersama dengan si manja di dalam kolam. Namun jangan sesekali lupa yang kolam renang itu boleh juga mengundang bahaya. Tidak hanya air yang ada di dalam kolam malah keadaan basah disekelilingnya juga boleh turut membawa padah. \n\nPastikan anda berada bersama anak selalu. Berjalan di tepian kolam renang hendaklah berhati-hatai kerana kadangkala keadaannya yang licin itu boleh menyebabkan seseorang tergelincir ke dalam kolam. Ada juga yang berlari-lari di kawasan kolam lalu tersungkur dan terhentak kepala. \n\nIngat, nak ajar anak berenang sejak kecil itu adalah tidak salah cuma pastikan ianya di lakukan dalam pemantauan anda setiap masa."
"Dengan modal hanya RM 9 boleh makan dumpling soup berpinggan-pinggan. Satu keluarga boleh makan sampai perut meletup. Lagi kalau ikut resepi yang dikongsikan oleh Wany Lifa di laman Facebook, konfirm akan ketagih.\n\nKami kongsikan resepi sup dumpling yang dijamin halal dan bersih. Modal utama membuat dumpling ialah kena rajin dan sabar kerana anda harus menyediakan inti, mengelim kulit dumpling, walaupun beli yang segera tapi kena pandai dan sabar kelim. Juga harus buat kuah sup yang sesuai dimakan dengan dumpling macam kedai cina muslim punya.\n\nDemi dapat puaskan tekak mestilah boleh. Tambahkan cili sambal konfirm sedap konfirm pengsan. Tidak sabarnya ingin cuba resepi ini. Jangan tak cuba resepi yang dapat perkongsian ramai di Facebook ini.\n\nSelain sup dumpling, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata. \n\nPernahkah anda mengalami ketumbit atau tempelan di bahagian kelopak mata? Ia bukanlah disebabkan oleh perbuatan mengintai orang mandi. Ia disebabkan kuman yang telah merebak di kelopak mata.\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai jenis-jenis ketumbit. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. \n\nKetumbit adalah keradangan kelenjar pada kelopak mata atau pada akar bulu mata. Ia berlaku kerana jangkitan kuman, atau salur kelenjar tersumbat dengan bendasing (debu/solekan/dsb).\n\nTerdapat beberapa jenis kelenjar pada kelopak mata, antaranya, kelenjar sebasea(sebaceous) dan kelenjar Meibomian.\n\nKeradangan pada kelenjar sebasea menyebabkan ketumbit jenis stye. Gejalanya adalah, bintil merah pada tepi kelopak mata, bernanah, dan sakit.\n\nKeradangan pada kelenjar Meibomian menyebabkan ketumbit jenis chalazion. Gejalanya adalah, bengkak pada tengah kelopak mata, tapi tak begitu sakit.\n\nRawatan kedua-dua jenis tembel ni hampir sama, iaitu:\n\n1. Tuam ketumbit beberapa kali sehari dengan tuaman suam. Bersihkan tepi kelopak mata dengan syampu bayi guna putik kapas.\n\n2. Sekiranya tidak sembuh selepas dituam dan dibersihkan beberapa hari, rawatan antibiotik dalam bentuk sapuan mungkin diperlukan.\n\n3. Dalam kes yang lebih teruk chalazion dirawat dengan pembedahan kecil untuk mengeluarkan minyak yang terkumpul.\n\nJika tidak dirawat, keradangan boleh merebak ke seluruh kelopak mata (blepharitis) dan lapisan lemak dibawah kulit (cellulitis). Ia menyebabkan bengkak dan sakit yang teruk.\n\nUntuk elakkan ketumbit, pastikan solekan kelopak mata dibuang sebelum tidur. Pastikan tangan bersih semasa memakai atau menanggalkan kanta sentuh.\n\n*Selepas ini, jika ada ketumbit di mata, jangan memandai-mandai kata puncanya disebabkan suka mengintai orang mandi. Ia adalah mitos yang sering dikatakan oleh orang dulu-dulu sebagai gurauan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Boleh baca artikel asal di sini."
"Pasangan bercinta dan merajuk memang tak dapat dipisahkan. Biasanya orang perempuan memang kuat merajuk, lebih-lebih lagi dengan orang yang dia paling sayang.\n\nTapi, ada masanya orang kelaki pun sekali-sekala akan merajuk juga. Apa salahnya, manusia kan ada hati dan perasaan dan ingin rasa disayangi. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips pasangan merajuk yang boleh anda amalkan supaya bahagia hingga ke syurga.\n\n1. Peka dengan perubahan pada pasangan\n\nSebagai sepasang kekasih, anda sepatutnya sentiasa peka dengan emosi dan tingkah laku pasangan anda. Kalau tiba-tiba pasangan anda diam, tak mahu bercakap dengan anda, atau pun kurang bercakap, tanya sepatah jawab sepatah, pasti ada yang tak kena. Kan?\n\nKalau anda dah perasan ada yang tak ke dengan pasangan anda, dan ada tanda-tanda dia sedang merajuk, jangan buat-buat tak nampak. Jangan diabaikan. Jangan biarkan pasangan anda melayan perasaan seorang diri. Pastikan pasangan anda rasa yang anda sentiasa ada di sisinya.\n\n2. Tanya kalau ada yang tak kena\n\nSebaik sahaja anda perasan yang pasangan anda sedang merajuk, tunggu apa lagi? Cepat-cepat bertanya kalau ada apa yang tak kena. Tanya kalau anda ada lakukan apa-apa perkara yang menyebabkan dia terasa hati atau marah dengan anda.\n\nPada waktu ini mungkin pasangan anda akan berdiam diri dan tak melayan soalan anda, maklumlah orang tengah merajuk. Tapi jangan pula anda angkat kaki. Orang merajuk minta dipujuk. Kalau anda angkat kaki, makin teruk jadinya nanti.\n\nPujuk pasangan anda yang sedang merajuk tu. Sebagai orang yang paling rapat dan kenal dengan dia, pastinya anda tahu macam mana cara terbaik untuk memujuk pasangan anda. Sama ada buat lawak, masakkan makanan kegemarannya, ajak keluar jalan-jalan ke tempat kegemarannya, dan sebagainya. Anda lebih tahu macam mana cara nak memujuk.\n\n4. Jangan dibiar pasangan merajuk dengan lama\n\nNamun ada masanya, anda dah cuba pujuk tapi pasangan anda masih nak merajuk. Orang kata, dah cuba pujuk tapi tak jalan. Ini mungkin berlaku kerana anda dah buat sesuatu yang lebih teruk daripada biasa. Mungkin hatinya terlalu terluka.\n\nKalau begitu, berikan sedikit masa kepada pasangan anda untuk melayan perasaan. Tapi jangan terus abaikan dia. Kalau pun dia buat tak nampak anda yang ada di sebelahnya, anda duduk je lah di sisinya sambil curi-curi mencium dan memeluk si dia.\u00a0Apa yang paling penting, jangan biarkan si dis merajuk dengan terlalu lama. Cuba lagi sampai berjaya.\n\nSifat bertolak-ansur sememangnya perlu ada dalam sebuah perhubungan. Kalau pasangan anda mogok taknak buat kerja rumah semasa merajuk, maafkanlah dia. Jangan pula anda marahkan dia. Kalau \u00a0pasangan anda tak kemas rumah, anda boleh tolong kemaskan. Apa salahnya kalau sesekali anda pula yang kemaskan rumah?\n\nKalau pasangan anda tak memasak sepanjang merajuk, anda belikan makanan untuk dimakan. Atau lagi istimewa, anda pula yang jadi chef tolong masakkan makanan untuk anda sekeluarga. Sikap bertolak-ansur pasti akan membuatkan anda lebih bahagia.\n\n6. Minta maaf atas kesalahan yang dilakukan\n\nSesetengah orang, susah sangat nak minta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan walau pun dia sedar atas kesalahan yang dilakukan, dan dia sedar bahawa kesalahan itu akan melukakan hati orang yang tersayang. Puncanya? Keegoan. Rasa maruah diri akan jatuh kalau meminta maaf.\n\nKami pasti anda bukan macam ni. Kalau ada ada melakukan kesalahan kepada pasangan, jangan takut untuk minta maaf. Takkan jatuh martabat anda dengan meminta maaf. Malah pasangan anda akan lebih menghargai anda.\n\n7. Jangan lakukan perkara yang tidak disukai oleh pasangan anda\n\nKalau dah tahu pasangan anda tak sukakan sesuatu perkara, pastikan anda tak lakukan perkara tersebut. Sebagai contoh, kalau anda tahu isteri anda suka memeriksa semua mesej dalam telefon anda dan tak suka kalau anda bermesej dengan perempuan lain tanpa sebarang perkara penting seperti urusan kerja, jangan sengaja bermesej dengan perempuan lain untuk bersosial.\n\nJika pasangan anda tak suka anda melepak di kedai snooker sehingga lewat pagi, jangan buat selalu. Bukannya anda nak ikut telunjuk pasangan, tapi dalam sebuah perhubungan, sikap tolak ansur adalab penting.\n\n8. Jangan lupa untuk membelai pasangan anda\n\nSetiap manusia suka diberikan perhatian, dan dibelai. Nak-nak lagi kalau tengah merajuk. Waktu pasangan anda tengah merajuk, inilah masanya untuk anda peluk dan cium dia dengan sepuas-puasnya. Mungkin dia akan menolak anda, tapi usah dilayan.\n\nLagi dia tolak anda, makin dekat anda datang kepadanya. Ketahuilah yang sebenarnya, dia tolak anda tak bermakna dia taknak anda peluk dia. Dalam hatinya rasa berbunga-bunga tiap kali anda peluk dia. Cuma yelah, hati tengah merajuk kan. Sebab tu kami katakan tadi, walau pun ditolak, anda perlu peluk dan cium dia juga.\n\nTips yang ni dijamin menjadi. Siapa yang tak sukakan hadiah, kan? Lebih-lebih lagi surprise. Kalau anda dah cuba macam-macam cara untuk memujuk pasangan tapi tak berjaya, kami cadangkan anda belikan dia hadiah yang istimewa untuk menghiburkan hatinya.\n\nAnda tak tahu neak beli apa? Jom kami bagi cadangan. Jika pasangan anda seorang perempuan, anda boleh belikan dia:\n\nKalau pasangan anda lelaki, boleh belikan:\n\nItulah dia tips pasangan merajuk yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pickup line untuk suami , tips keluarga bahagia, hadiah untuk suami , doa untuk anak, dan tanggung jawab isteri."
"Pernah makan daging masak merah? Bukan calang calang daging masak merah, tapi ini daging masak merah thai punya! Ayuh cuba resepi daging masak merah ini!\n\nYa. Amat jarang jarang sekali kita melihat daging masak merah thai. Mungkin ada yang biasa makannya. Tapi untuk sesetengah orang, ia mungkin masakan yang tak pernah mereka dengar.\n\nDaging masak merah thai ini sangatlah senang untuk di masak. Bahan yang digunakan juga amat senang untuk di dapati di kedai kedai runcit. Jadi anda tak perlu risau.\n\nAyuh kita melangkah ke dapur segera untuk mencuba resepi daging masak merah ini!\n\nResepi ini dikongsikan oleh\u00a0Nur Asyiqin Jemain\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSelain resepi daging masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi daging yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Kemurungan ialah salah satu penyakit mental yang biasa dilaporkan tetapi sukar dikesan kerana setiap pesakit ini menunjukkan sindrom-sindrom psikiatri yang berbeza.\n\nNamun, kajian mendapati bahawa simptom utama dalam kes kemurungan adalah disebabkan oleh gangguan atau kehilangan fungsi monoaminergik hormon seperti norepinephrine, dopamine dan 5-hydroxytryptamine yang berada dalam otak manusia. Hal ini dibuktikan melalui ujian klinikal terhadap haiwan dengan cara mengenal pasti simptom kemurungan kepada haiwan melalui pengurangan tahap hormon tersebut.\n\nSehingga kini, terdapat 4 jenis ubatan yang biasa digunakan untuk merawat penyakit kemurungan ini iaitu jenis anti kemurungan tricyclic, pengambilan serotonin terpilih, pengambilan semula serotonin-norepinephrine dan penyekat monoamina oxidase (kesemua ubatan ini perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor yang bertauliah sahaja).\n\nMalangnya, terdapat beberapa kes yang melaporkan kesan sampingan akibat pengambilan ubatan tersebut seperti ketidakstabilan pergerakan, pening, tremor (terketar-ketar), masalah pencernaan, kencing tidak lawas, nafsu seks yang menurun dan pertambahan berat badan yang tidak terkawal.\n\nBerdasarkan analisis dan kajian lepas, kopi didapati kaya dengan sumber sebatian bioaktif yang boleh memberikan kesan farmakologikal (perubatan) yang pelbagai.\n\nPertama sekali, kopi kaya dengan kandungan asid caffeoylquinic dengan sebatian 5-caffeoylquinic acid (5-CQA) merupakan kandungan tertinggi dalam kopi.\n\nKajian mendapati 5-CQA ini berpotensi sebagai agen antimikrob terhadap beberapa mikroorganisma seperti S. marcescens dan E. cloacae. Bahan ini juga menunjukkan kesan antiradang bagi model haiwan.\n\nKemasukan bahan 5-CQA ini ke dalam tikus berjaya mengurangkan kandungan gula dan lemak dalam darah tikus tersebut.\n\nSelain itu, kopi mengandungi beberapa sebatian alkaloid seperti kafein, theobromine dan theophylline. Bahan-bahan ini merangsang sistem saraf tubuh, meningkatkan peredaran darah dan pernafasan selain memberi kesan diuretik (penyingkiran air dari tubuh melalui air kencing).\n\nDi samping itu, sebatian alkaloid dalam kopi membantu ubatan antikanser menjadi lebih bertindak balas dengan sel kanser kolon dan pankreas.\n\nKajian lepas juga melaporkan tindakan kafein dalam membantu regulasi tahap glukosa, lipid dan insulin dalam darah menjadikannya agen anti diabetik yang berpotensi besar.\n\nPengambilan kafein dalam diet seharian secara umumnya dikaitkan dengan pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Sehingga kini, terdapat banyak kajian yang sedang mencari dan membuktikan kebaikan pengambilan kopi dan kesannya ke atas penyakit kemurungan.\n\nContoh Kajian Lepas Mengaitkan Kopi dan Pengurangan Risiko Kemurungan\n\nTahun 1984 \u2013 1989: Ruusunen dan rakan-rakan melakukan kajian ke atas 2232 subjek lelaki dewasa dan 2006 subjek wanita dewasa di negara Finlad yang menyimpulkan perhubungan yang kuat antara pengambilan kopi ke atas risiko kelakuan kemurungan yang lebih rendah.\n\nRisiko relatif kemurungan dalam peminum kafein tegar yang mengambil lebih daripada 813 ml kopi sehari berkurangan sebanyak 28% berbanding mereka yang tidak minum kopi, dalam tempoh 6 tahun kajian tersebut dan dipantau sehingga 11 tahun berikutnya.\n\nTahun 1989: Ratliff-Crain dan rakan-rakan mengkaji kesan dos atau amaun kafein dalam minuman kopi ke atas tahap tekanan perasaan 20 lelaki dewasa dan 20 perempuan dewasa di Amerika Syarikat selama satu minggu.\n\nMereka merumuskan bahawa pengambilan kafein akan mengurangkan kesan emosi yang negatif dan subjek yang tidak mengambil kafein secara sederhana akan mula menunjukkan gejala tekanan perasaan.\n\nTahun 1996 \u2013 2006: Kajian Lucas dan rakan-rakan ke atas wanita dewasa di Amerika Syarikat mendapati terdapat trend pengurangan gejala awal kemurungan dalam kalangan subjek yang mengamalkan minuman kopi, dengan risiko relatif kemurungan berkurangan mendadak sebanyak 68 hingga 95%. Risiko tersebut dipantau dalam tempoh 10 tahun.\n\nTahun 2014: Guo dan rakan-rakan turut menjumpai perhubungan antara pengambilan teh dan kopi dengan risiko kemunculan awal gejala kemurungan dalam kalangan lelaki dewasa dan wanita dewasa di Amerika Syarikat.\n\nKajian ini menunjukkan peminum kopi tegar dengan 4 cawan atau lebih kopi sehari mempunyai nisbah kebarangkalian untuk kurang menunjukkan simptom awal kemurungan sebanyak 1.38 kali ganda berbanding peminum jus buah, 0.98 kali ganda berbanding peminum kopi biasa dan 1.30 kali ganda berbanding peminum minuman bergas.\n\nWalau bagaimanapun, ujian klinikal yang yang mengaitkan kesan kafein ke atas kelakuan kemurungan tidak menunjukkan hasil yang tetap. Hal ini diterangkan dengan kehadiran faktor lain seperti sebatian flavonoid dalam minuman kopi yang boleh mengganggu kesan kafein.\n\nKajian Loke dan Meliska pada tahun 1984 ke atas 12 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan mendapati kumpulan yang mengambil kafein adalah lebih peka dan tajam dengan persekitaran berbanding mereka yang tidak mengambil kafein. Namun, pengambilan kafein tidak boleh dikaitkan dengan perubahan mood subjek yang dikaji.\n\nBagaimana Kopi Dikatakan Boleh Mengurangkan Risiko Kemurungan?\n\nSecara biokimia, kafein didapati mengaktifkan neuron noradrenaline dan bertindak dengan sistem dopaminergik dalam tisu saraf kita.\n\nKafein dilaporkan menyerupai atau meniru kesan penerimaan dopamin yang akan mewujudkan sensasi kelegaan atau kegembiraan.\n\nWalaupun terdapat kesan kesihatan yang baik daripada pengambilan kopi, kesan sampingan yang buruk akan berlaku sekiranya amaun kopi yang diminum terlalu banyak. Secara umumnya, antara kesan sampingan pengambilan kopi yang terlalu banyak adalah seperti:\n\nBagi ibu yang sedang hamil, kajian lepas ada mengaitkan pengambilan kafein yang berlebihan dalam kalangan ibu yang hamil dengan masalah ke atas bayi yang dikandung seperti peningkatan kadar denyutan jantung bayi, masalah jantung bayi serta masalah kepada ibu itu sendiri seperti tekanan darah tinggi dan kencing kotor.\n\nPengambilan kafein dalam minuman kopi khususnya menawarkan banyak khasiat perubatan terutamanya dari segi kesihatan mental.\n\nNamun, pengambilannya mestilah dalam dos yang sederhana bagi mengelakkan terjadinya komplikasi atau kesan sampingan yang memudaratkan tubuh."
"Seringkali apabila kita mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran si manja, pasti ibu-ibu akan mula mencari sesuatu yang menarik untuk dijadikan buah tangan buat tetamu yang hadir.\n\nAntara yang sering diberikan ialah biskut berwarna-warni mahupun makanan ringan seperti jeli, coklat dan gula-gula.\n\nNamun, sedarkah kita bahawa makanan ringan yang sarat kandungan gula serta pewarna dan pengawet itu sebenarnya memberikan kesan yang sangat buruk kepada kesihatan. Apa kata kita cuba berikan sesuatu yang lain yang lebih menyeronokkan serta bermanfaat.\n\nSelain menarik perhatian kerana berwarna-warni dan rasanya yang pelbagai, buah-buahan juga kaya vitamin yang menyokong perkembangan otak dan badan. Secara tidak langsung, ini juga dapat memupuk tabiat pemakanan yang baik dalam diri anak kecil.\n\n2. Alat tulis / pensel warna\n\nPastinya sesuatu yang sangat menggembirakan jika ada yang menghadiahkan set alat tulis ataupun pensel warna / krayon kepada anak kecil. Sudah tentu buah tangan tersebut akan dimanfaatkan sebaiknya untuk melukis atau mewarna.\n\nSeawal usia 2 tahun, kanak-kanak sudah boleh dilatih menggunakan gunting. Ini dapat membantu koordinasi tangan dan mata anak-anak, menajamkan kemahiran motor halus serta kekuatan tangan untuk menggunting.\n\nPlaydoh / set modeling clay juga amat menarik jika dijadikan hadiah. Bermain playdoh / tanah liat sangat digemari oleh kanak-kanak. Selain membantu mengembangkan kreativiti, permainan ini juga mempunyai efek terapeutik.\n\nTidak dapat dinafikan, permainan seperti LEGO sangat mengujakan kanak-kanak. LEGO dapat memupuk kemahiran merancang dan menyelesaikan masalah secara tidak langsung.\n\nKini, terdapat banyak jenis permainan yang berinspirasikan LEGO dan harga yang ditawarkan juga jauh lebih mampu milik.\n\nBukan sahaja kanak-kanak, kita sebagai orang dewasa juga mudah tertarik dengan sesuatu yang comel dan berwarna-warni. Selain harganya yang tidak terlalu mahal, sticker juga mudah untuk didapati di kedai-kedai buku atau alat tulis.\n\nBeberapa tempat pilihan yang boleh ibu bapa kunjungi untuk mendapatkan idea buah tangan seperti Mr. DIY, kedai-kedai pembekal alat tulis, pasaraya besar terutamanya ketika jualan penghabisan stok ataupun ketika pesta buku.\n\nSebaiknya, rancanglah beberapa bulan lebih awal agar anda dapat membeli cenderamata terbaik pada harga yang terbaik."
"Sebagai seorang rakyat Malaysia, pastinya donat merupakan salah satu kuih yang menjadi kegemaran kita bukan? Lagi lagi apabila ianya disalut bersama gula, pasti dapat mengimbau kenangan semasa kecil dahulu, membeli kuih donat selepas balik sahaja daripada sekolah. Donat juga boleh dimakan sewaktu minum petang, dihidangkan bersama air teh o panas. Wah, lazatnya. \n\nSelalunya, kita akan membeli donat di gerai berdekatan dengan kita. Akan tetapi, tahukah anda bahawa cara pembuatan donat amat mudah dan membuatnya boleh dijadikan salah satu aktiviti sihat bersama anak \u2013 anak. Hasilnya juga pasti akan menjadi sangat lazat dan digemari oleh anak \u2013 anak anda. Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, perut pun kenyang kan?\n\nResepi yang kami ingin bawakan kali ini sangat mudah, ringkas dan sangat sesuai untuk pelajar, ataupun sesiapa sahaja yang baru belajar untuk memasak kerana bahannya sangat mudah untuk didapati. Resepi ini telah dikongsikan oleh Sue Syafieqa Balqis dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. \n\nNota: Bancuhkan yis, gula, susu manis ke dalam air setengah cawan air masak, kacau dan tutup. Tunggu sehingga berbuih.\n\nMasakkan atas kuali dengan api yang kecil sampai likat, donat akan lembut sampai esok insyaAllah.\n\nNota:Saya uli sampai licin dalam 15 minit. Tutup doh dengan pinggan/kain basah selama 30 minit. Bentukkan dengan apa \u2013 apa bentuk yang anda suka. Saya buat bentuk ring dan bentuk jalin.\n\nResepi diambil daripada sumber facebook dan diolah oleh Sue Syafieqa Balqis.\u00a0\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nPelbagai lagi resepi yang pastinya boleh menambah variasi pada hidangan anda terdapat disini. Jangan lupa untuk mencuba resepi \u2013 resepi yang ada dan kongsikan bersama rakan \u2013 rakan anda ya!"
"Sudah menjadi fitrah manusia ingin menyayangi dan disayangi. Malah sudah pastinya setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mengharapkan hubungan yang dibina akan kekal bahagia selamanya.\n\nPara isteri terutamanya ingin dilayan dengan baik seperti permaisuri walau pun sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga. Ada yang mengatakan bahawa semakin lama berkahwin semain kurang gula dan manisnya menyebabkan hubungan mula menjadi dingin.\n\nJika kedinginan dalam rumah tangga dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk dibaiki, dibimbangi dalam masa yang sama perasaan cinta dan sayang juga akan mula pudar. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengetahui tanda suami tak sayang isteri agar kita boleh bertindak dengan segera sebelum nasi menjadi bubur. Nak tahu apakah tanda-tanda yang perlu anda perhatikan?\n\nDi antara tanda penting yang anda akan perasan ialan suami tidak lagi memberikan perhatian kepada anda seperti dulu. Kalau dulu suami selalu bersembang dan bergurau-senda dengan anda, kini suami tidak lagi mesra seperti selalu. Malah jika anda mengadu atau ajak bersembang, suami akan kelihatan dingin dan kurang memberikan respons.\n\nTidak lagi menelefon atau menghantar mesej seperti dulu\n\nKalau dulu suami kerap menelefon atau menghantar mesej walau pun sibuk dengan kerja di pejabat, kini dia tidak lagi menghubungi anda. Malah jika anda menelefon suami, kebanyakan masa dia tidak menjawab panggilan anda dengan alas an terlalu sibuk. Pesanan teks yang anda hantar juga lambat dibalas.\n\nTanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah anda akan mula perasan bahawa suami tidak lagi mesra seperti dulu. Kebiasaannya ketidak mesraan yang ditunjukkan kepada anda akan cuba disembunyikan apabila ada orang lain di sisi seperti anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Suami seolah-olah cuba berlakon di hadapan semua orang.\n\nLebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan\n\nTiba-tiba suami lebih suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan berbanding meluangkan masa berkualiti di rumah bersama anda dan anak-anak. Kalau dulu setiap hujung minggu akan digunakan untuk meluangkan masa bersama keluarga untuk melakukan aktiviti yang seronok dan mencipta memori bersama, kini suami anda lebih suka untuk keluar berjumpa kawan-kawan sama ada untuk melepak di kedai mamak atau berkonvoi merentas negeri.\n\nLebih banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit apabila berada di rumah\n\nCuba perhatikan suami anda, adakah secara tiba-tiba dia terlalu banyak meluangkan masa dengan telefon bimbit semasa berada di rumah? Lagi parah kalau secara tiba-tiba telefon bimbit suami anda mempunyai password rahsia dan anda selaku isteri tidak lagi dapat membuka telefon suami anda.Ini adalah salah satu tanda yang paling nyata bahawa suami tidak lagi menyayangi anda. Malah telefon bimbit suami akan sentiasa ada bersamanya, langsung tak boleh berenggang. Apabila masuk ke tandas, suami anda akan membawa telefon bimbitnya sekali. Semasa tidur pada waktu malam, suami anda akan meletakkan telefon bimbintnya dibawah bantal. Sebagai seorang isteri pastinya anda akan mula memahami bahawa sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kena dengan suami.\n\nLebih suka berada di luar daripada menghabiskan masa bersama keluarga di rumah\n\nTanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah suami anda kelihatan seperti lebih suka berada di luar daripada menghabiskan masa di rumah bersama keluar. Sebagai contoh, jika dulu suami anda akan bergegas pulang dari pejabat apabila habis waktu bekerja namun kini suami anda selalu melakukan overtime.\n\nMalahpada hari sabtu dan ahad juga suami anda terpaksa ke pejabat dengan alasan ada tugasan yang perlu diselesaikan. Malah ada masanya suami anda memilih untuk minum bersama rakan sekerja selepas habis bekerja.\n\nDingin semasa berada di atas katil\n\nPada awal perkahwinan pastinya hubungan anda suami isteri di atas katil sangat hangat. Lama-kelamaan mungkin ia akan mula berkurangan dan lebih relax. Itu adalah sesuatu yang normal. Namun jika secara tiba-tiba hubungan di atas katil menjadi dingin, ia adalah satu petanda yang jangan dipandang ringan. Suami mungkin menolak untuk bersama dengan memberikan alasan penat sedangkan selama ini suami anda sentiasa menanti ajakan anda.\n\nJika suami anda mula berahsia, ia juga adalah salah satu tanda suami sudah tidak sayang lagi. Di antara rahsia yang sering disimpan ialah dengan siapa suami keluar, ke mana suami pergi, atas urusan apa. Malah telefon bmbit suami juga mula dikunci dengan password dan anda tidak lagi boleh memeriksa dengan siapa suami anda berhubung setiap hari.\n\nTidur berasingan adalah tanda suami tak sayang isteri yang paling nyata. Berpisah tempat tidur adalah satu tragedi dalam rumah tangga. Suami anda mungkin memberikan alasan ingin menonton televisyen atak ingin menyelesaikan kerja pejabat dan menyuruh anda tidur dahulu tanpanya. Akhirnya suami akan tertidur di luar.\n\nTanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah suami anda akan berubah secara keseluruhan. Suami anda bukan lagi lelaki yang anda kenali satu masa dahulu. Pada awalnya mungkin cuma anda seorang yang menyedari perubahan pada suami namun lama-kelamaan ahli keluarga yang lain juga akan dapat menghidu perubahan yang berlaku.\n\nItulah dia info tentang \u00a0tanda suami tak sayang isteri yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang harta suami harta isteri, harta sepencarian, dan urutan untuk pikat suami."
"Jom ketahui tips dan cara kemas rumah yang boleh dicuba.\n\nMengemas rumah adalah di antara tugasan yang takkan pernah habis. Ia adalah kerja yang perlu dilakukan setiap hari. Malah jika rumah anda mempunyai anak kecil, pastinya anda perlu mengemas rumah berkali-kali setiap hari. Semakin ramai anak kecil dalam rumah anda, semakin cepat rumah bersepah semula dan bermaksud semakin kerap anda perlu mengemas.\n\nAda kalanya mengemas rumah boleh menyebabka kekecewaan kerana walau pun sudah dikemas, rumah masih kelihatan bersepah dan tidak kemas. Jangan bimbang kerana ia bukan masalah anda seorang. Ada ramai ibu di seluruh dunia yang mengalami masalah sama seperti anda.\n\nNak tak kalau kami kongsikan cara kemas rumah supaya sentiasa nampak kemas yang boleh anda amalkan. Kami jamin sekiranya anda ikut tips dan trick yang kami kongsikan, selepas ini rumah anda tidak akan kelihatan berselerak lagi.\n\n1. Buang barang yang tidak digunakan\n\nSalah satu punca rumah menjadi tidak kemas, sentiasa kelihatan berselerak dan berada dalam keadaan tidak bersih adalah disebabkan oleh ada terlalu banyak barang yang disimpan di dalam rumah.\n\nMengaku sahaja kebanyakan barang yang disimpan itu pula adalah barang yang tidak digunakan lagi namun sayang untuk dibuang. Ketahuilah bahawa tabiat suka menyimpan barang lama dan tidak lagi digunakan adalah di antara tabiat yang boleh menyebabkan kerja mengemas anda menjadi semakin rumit.\n\nOleh itu, kalau anda nakkan rumah yang kemas dan bersih sentiasa, anda perlu mula membuang barang lama, rosak, dan tida digunakan lagi. Tolak ke tepi rasa sayang kepada barang tersebut. Mungkin pada anda setiap barang mempunyai memori tersendiri namun percayalah jika anda berjaya membuang apa yang patut, anda akan berasa lebih tenang apabila melihat rumah yang kemas.\n\nPilih barang yang tidak digunakan lagi kemudian keluarkan dari rumah. Anda boleh jual semula dengan harga yang murah seperti carboot sale. Atau anda juga boleh hantar ka pusat kitar semula dan mendapat sedikit wang. Selain itu anda boleh pilih untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.\n\n2. Susun semula susun atur perabot agar rumah nampak fresh\n\nMenyusun semula susun atur perabot di dalam rumah juga sangat membantu untuk membuatkan rumah kelihatan lebih cantik, kemas, dan cantik. Ada masanya rumah anda kelihatan berselerak kerana anda sudah terbiasa dan jemu dengan susun atur sedia ada. Apabila anda menyusun semula perabot yang anda, mata anda akan melihat sesuatu yang segar dan otak akan memproses suasana tersebut sebagai bersih dan kemas.\n\n3. Minta kerjasama ahli keluarga yang lain agar membantu mengemas\n\nMengemas seorang diri adalah sangat memenatkan dan membosankan. Sesekali apa salahnya kalau anda minta bantuan ahli keluarga lain untuk mengemas bersama? Anda boleh jadikan mengemas rumah sebagai aktiviti bersama keluarga pada setiap hujung minggu. Pastinya anda sekeluarga akan berasa seronok melakukan aktiviti tersebut. Bahagikan tugas untuk setiap ahli keluarga atau anda boleh lakukan semua tugasan bersama. Sebagai contoh:\n\n4. Minta kerjasama ahli keluarga yang lain agar tidak menyelerakkan rumah\n\nIni adalah sangat penting. Setiap hari sila ingatkan ahli keluarga yang lain agar tidak menyelerakkan rumah. Beritahu mereka dengan jelas bahawa anda tela mengemas rumah dan berasa sangat penat untuk mengemas semula. Ingatkan mereka bahawa rumah ini milik bersama dan setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing. Jika ada yang membuat selerak, minta individu tersebut mengemas semula dengan segera sehingga kemas seperti sedia kala. Ia akan mengajar ahli keluarga anda untuk menjadi lebih disiplin dalam menjaga kekemasan rumah.\n\n5. Sediakan bilik mainan untuk anak kecil\n\nJika anda mempunyai anak kecil, menyediakan bilik mainan atau play room adalah di nantara alternatif terbaik untuk anda mendapat rumah yang kemas dan bersih. Biarkan anak anda bermain sepuas-puasnya di dalam bilik mainan yang disediakan. Jika berselerak, hanya bilik tersebut yang akan bersepah. Biarkan sahaja jika anda penat atau tiada mood untuk mengemas. Tutup sahaja pintu bilik untuk anda lupakannya.\n\n6. Didik anak untuk menjaga kekemasan dan kebersihan sejak mereka kecil\n\nSatu lagi cara kemas rumah yang boleh anda amalkan ialah dengan cara mendidik anak untuk menjaga kekemasan dan kebersihan rumah sejak mereka kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dari mereka kecil anda perlu mendidik mereka kerana jika sudah remaja, akan susah untuk mereka menerima didikan anda memandangkan mereka sudah biasa membuat selerak dan tidak mengemas semula.\n\n7. Beri upah dan puji anak jika mereka tidak membuat selerak\n\nAkhir sekali, anda jangan lupa untuk memuji ahli keluarga setiap kali mereka membantu mengemas dan tidak menyelerakkan rumah. Pujian adalah dambaan setiap manusia di dunia.\n\nApabila anda memuji, mereka akan lebih bersemangat untuk memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih. Sesekali anda boleh beri mereka upah yang menarik seperti memasak makanan kegemaran mereka atau bawa makan di luar.\n\nItulah dia info tentang cara kemas rumah supaya sentiasa nampak kemas yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara servis aircond rumah, petua kecantikan\u00a0dan hukum gantung gambar dalam rumah."
"Mencari taman tema air di Malaysia? Malaysia mempunyai banyak destinasi percutian yang mempunyai pelbagai tarikan. Antara tarikan tersebut ialah taman tema air yang selamat dan menyeronokkan.\n\nMasih tercari-cari taman tema air untuk anda tuju sempena percutian? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 15 taman tema air di Malaysia. Teruskan membaca!\n\nAlamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 am \u2013 6 pm\n\nSiapa sahaja yang tidak pernah terdengar tentang Sunway Lagoon? Ianya merupakan taman tema air yang popular bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara! Taman tema air berkeluasan 88 ekar ini juga mempunyai lebih daripada 80 tarikan.\n\nAntara tarikan istimewa di sini ialah Vuvuzuela, luncur air yang terbesar di dunia. Berkepanjangan 152 meter, luncur air ini boleh dinaiki oleh pengunjung berketinggian 110 cm sahaja.\n\nTarikan lain seperti Little Zimbabwe dan Surf Beach pula sesuai dan slamat untuk kanak-kanak. Harga tiket di sini ialah RM 133 untuk dewasa (13 tahun ke atas) dan RM 108 untuk kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan RM 108 untuk warga emas (60 tahun ke atas).\n\nAlamat:\u00a0No 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor\n\nBagi pengunjung yang berada sekitar Bangi atau Kajang, antara taman tema air terdekat yang boleh anda singgah ialah Bangi Wonderland. Ada banyak tarikan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa di sini.\n\nAntara tarikannya ialah Water Cannon. Untuk tarikan ini, anda akan duduk di atas \u2018meriam\u2019 dan kemudian anda akan ditolak seolah-olah ditembak dan meluncur ke dalam kolam. Kedengaran menarik, bukan?\n\nTarikan lain pula termasuklah Wonder Loop, Magic Funnel, Meander River dan banyak lagi. Harga tiketnya ialah RM 45 untuk kanak-kanak dan RM 55 untuk dewasa.\n\n#3 Taman Tema Air Gold Coast Morib \n\nAlamat: \u00a0PT. 294, KAWASAN KANCHONG LAUT Mukim, 42700 Banting, Selangor\n\nAlang-alang berada sekitar Banting, singgah sahaja bermalam di Gold Coast Morib Resort. Di resort ini, terdapat taman tema air yang menarik iaitu Taman Tema Air Gold Coast Morib.\n\nIanya bukan sahaja dibuka untuk penginap resort ini, malah orang awam juga boleh singgah bermandi-manda di sini. Harga tiketnya ialah RM 25 untuk dewasa (12 tahun dan ke atas) dan RM 12 untuk kanak-kanak (2 \u2013 11 tahun).\n\n#4 Taman Tema Air Wet World Shah Alam\n\nAlamat: \u00a0No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nWaktu Operasi: Sabtu & Ahad, 10 am \u2013 6 pm\n\nDi Shah Alam, taman tema air ini boleh dikatakan merupakan antara tarikan utama di sini. Tiba sahaja hujung minggu, pasti taman tema air ini akan dipenuhi oleh ramai pengunjung, memang meriah.\n\nHal ini disebabkan oleh tarikan di taman tema air ini yang cukup berbagai. Tarikan paling popular ialah Super Hurricane, gelongsor terbaru di taman tema air ini yang selamat dan menyeronokkan untuk anda cuba.\n\nSelain itu, anda juga boleh mencuba tarikan lain. Antaranya ialah Monsoon Buster, Thunder River, Caribbean River dan Whirlwind Escape. Rata-ratanya juga sesuai dinaiki oleh kanak-kanak dan dewasa.\n\nHarga tiket di sini ialah RM 37 untuk dewasa berketinggian 130 cm dan ke atas, RM 30 untuk kanak-kanak berketinggian 90 \u2013 120 cm. Kanak-kanak berketinggian bawah 90 cm pula mendapat kemasukan percuma.\n\nAlamat: Utama, Bukit Resort City, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Gambang, Pahang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, Isnin \u2013 Khamis 11 am \u2013 6 pm, Jumaat \u2013 Ahad 10 am \u2013 6 pm\n\nTerletak di Gambang, Gambang Water Park ini merupakan antara taman tema air di Malaysia yang cukup terkenal. Tarikan utama di sini ialah gelongsor air yang berkelajuan tinggi yang sangat menyeronokkan.\n\n6 Lane Racer adalah antara tarikan yang mencuri perhatian ramai. Ianya adalah gelongsor air yang boleh dinaiki 6 orang serentak di lorong gelongsor yang berbeza.\n\nSelain itu, anda juga boleh bersantai di Coco Beach, menaiki pelampung dan menuruni gelongsor di Family Raft Ride dan banyak lagi. Harga tiket ialah RM 28 untuk dewasa (13-59 tahun), RM 18 untuk kanak-kanak (6-12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas).\n\nAlamat: Kampung Sungai Rabit, 28000 Temerloh, Pahang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 9 am \u2013 7.30 pm\n\nDi Termeloh, antara tarikan pelancongannya ialah Taman Tema Kubang Gajah. taman tema air ini sesuai dikunjungi oleh keluarga disebabkan oleh persekitarannya yang santai.\n\nAirnya yang tidak terlalu dalam serta tarikan seperti gelongsor air serta taman permainan merupakan antara punca taman tema air ini sentiasa menjadi pilihan untuk meluangkan masa bersama keluarga.\n\nHarga tiket untuk dewasa ialah RM 12 manakala untuk kanak-kanak ialah RM 10. Gelongsor air di sini juga selamat digunakan untuk kanak-kanak dan berketinggian sederhana, jadi anda tidak perlu risau soal keselamatan.\n\nAlamat: \u00a0PT18047/1, Jalan Kilang, Persekitaran JPJ, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 7 pm\n\nSatu lagi taman tema air di Pahang yang menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan ialah Jengka Wonderland. Terletak di Bandar Tun Razak, ia merupakan taman tema air pertama yang dibina di kawasan Felda.\n\nTarikan-tarikan di sini ialah kolam pantai, kolam sungai dan kolam gelongsor. Anda boleh menaiki perahu dayung di kolam pantai. Gelongsor di sini juga berbagai, ada yang boleh digunakan oleh dewasa dan kanak-kanak.\n\nHarga tiketnya ialah RM 12 untuk dewasa, RM 10 untuk kanak-kanak dan RM 8 untuk warga emas. Perahu dayung juga boleh disewa oleh pengunjung secara percuma.\n\nAlamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang\n\nTertanya-tanya gelongsor air terpanjang di dunia terletak di mana? Bukan di luar negara, tetapi di dalam negara kita. Ianya terletak di Taman Tema ESCAPE, taman tema di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.\n\nAda lebih 40 tarikan di sini. Semestinya gelongsor air berkepanjangan 1111 meter ini menjadi tumpuan. Ianya boleh dinaiki oleh kanak-kanak dan dewasa dengan syarat umur minimum 4 tahun. Selamat dan semestinya menyeronokkan!\n\nHarga kemasukan ialah RM 48.50 untuk kanak-kanak dan RM 73.50 untuk dewasa. Seandainya ada harga promosi, anda boleh mendapatkan harga tiket yang jauh lebih murah, memang berbaloi.\n\n#9 Taman Tema Air Adventure Desaru Coast\n\nAlamat: No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor\n\nTaman Tema Air Adventure Desaru Coast adalah salah satu taman air terbesar di dunia. Salah satu kolam pantainya iaitu Tidal Wave Beach juga merupakan antara kolam terbesar di dunia.\n\nAntara tarikan di sini ialah Riptide, Kids Ahoy, Beachside Cabanas, Surfwall dan Kraken\u2019s Revenge. Setiap tarikan ini menjanjikan keseronokan yang tidak terkira untuk rakan-rakan dan keluarga. \n\nHarga tiket kemasukan ke taman tema air ini ialah RM 56 untuk kanak-kanak dan warga emas dan RM 76 untuk dewasa. Sangat berbaloi dengan tarikannya yang bertaraf dunia!\n\n#10 Austin Heights Water & Adventure Park\n\nAlamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor\n\nRata-rata taman tema air mempunyai tarikan yang hampir sama seperti gelongsor air. Namun, berlainan pula dengan taman tema Austin Heights Water & Adventure Park.\n\nTerletak di Johor Bahru, taman tema yang luas ini mempunyai tarikan-tarikan menarik. Antaranya ialah sprinklers, baldi gergasi, senapang air dan gelongsor air yang berbagai ketinggian.\n\nBagi yang berketinggian 120 cm ke atas, harga tiket ialah RM 80 manakala yang berketinggian 120 cm ke bawah, harga tiket ialah RM 70. Untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas, harga tiket ialah RM 70.\n\nAlamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, Bandar, 79250 Nusajaya, Johor\n\nWaktu Operasi: Jumaat \u2013 Ahad, 10 am \u2013 5 pm\n\nBagi yang menetap di Johor, pasti nama taman tema air ini sudah tidak asing lagi buat anda, bukan? Taman tema air bertaraf antarabangsa pertama di Malaysia ini juga merupakan antara tarikan pelancongan utama di Johor.\n\nTerdapat lebih 20 gelongsor dan permainan air yang ada di sini. Gelongsor airnya juga selamat untuk dinaiki, jadi anda tak perlu risau. Gelongsor Splash N Swirl yang merupakan gelongsor terbesar di sini adalah tarikan yang paling istimewa.\n\nHarga tiketnya ialah RM 104 untuk dewasa dan RM88 untuk kanak-kanak. Sangat berbaloi dengan tarikan-tarikan menarik yang ditawarkan di sini.\n\n#12 Taman Tema Air Lost World of Tambun\n\nAlamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak\n\nLost World of Tambun adalah taman tema semulajadi yang terbesar di Utara Semenanjung Malaysia. Lokasinya juga cukup strategik kerana ianya terletak berhampiran dengan bandar Ipoh.\n\nTaman tema ini juga dilengkapi oleh taman tema air. Antara tarikan di sini termasuklah Sandy Bay, Tube Rider, Cliff Racer dan Adventure River. Kolam di sini juga luas, memang sesuai untuk tujuan bersantai. Untuk kanak-kanak, mereka boleh bermandi-manda di Kids Exploraby. \n\nHarga tiket untuk dewasa ialah RM 56, untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan berketinggian lebih 90 cm \u00a0ialah RM 49 dan percuma untuk kanak-kanak berketinggian bawah 90 cm.\n\nAlamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa \u2013 Jumaat 11 am \u2013 7 pm manakala Sabtu \u2013 Ahad 10 am \u2013 7 pm\n\nSambil bercuti di Melaka, singgah sahaja bermandi-manda di taman tema air yang cukup tersohor namanya di Melaka \u2013 Taman Tema Melaka Wonderland. Taman tema air ini mula beroperasi sejak tahun 2010 lagi.\n\nTerdapat 11 tarikan di taman tema air ini. Antara yang popular ialah Tornado Chaser, gelongsor air yang berpusing dan Kamikaze Racer, gelongsor air 6 lorong yang membolehkan pengunjung berlumba untuk menuruninya.\n\nUntuk hari minggu, harga tiket ialah RM 36 untuk dewasa dan RM 29 untuk kanak-kanak. Untuk hujung minggu, harga tiket ialah RM 40.50 untuk dewasa dan RM 34 untuk kanak-kanak.\n\nAlamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka\n\nDi Alor Gajah pula, Taman Tema Air A\u2019Famosa merupakan taman tema air yang sentiasa dikunjungi penduduk dan pengunjung di sini. Ianya juga merupakan taman tema air yang terbesar di Malaysia, sangat mengagumkan!\n\nNama pun taman tema air terbesar, semestinya tarikan di sini berbagai. Antara yang menarik ialah Ice Cream, gelongsor air berbentuk aiskrim yang terpanjang di Asia Tenggara. Tarikan lain seperti Hula Hula, Wave Pool dan Family Raft juga turut menjadi kegemaran ramai.\n\nUntuk harga tiket, harga tiket bagi dewasa ialah RM 45 manakala untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan berketinggian 90 cm ke atas ialah RM 36. Sangat berbaloi dengan tarikannya yang bervariasi.\n\nAlamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11 am \u2013 7 pm\n\nTerletak di Resort Cinta Sayang di Sungai Petani, The Carnivall Waterpark ini adalah antara taman tema air di Kedah yang sering diserbu ramai. Taman tema air yang luas ini memang sesuai disinggah oleh keluarga untuk meluangkan masa.\n\nTarikan-tarikan menarik di sini ialah Twister, Splash Mansion, Tornado Twist, Mushroom Fall dan Boomerang Fall. Rata-ratanya ialah gelongsor air yang memang menyeronokkan, jadi jangan lupa untuk menaiki kesemuanya.\n\nUntuk hari minggu, harga tiketnya ialah RM 24 untuk dewasa dan RM 22 untuk kanak-kanak. Pada hujung minggu, harga tiketnya ialah RM 30 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak.\n\nAnda pasti teruja setelah membaca senarai taman tema air di Malaysia ini, bukan? Semuanya mempunyai tarikan tersendiri, jadi singgah sahaja mana-mana yang berdekatan dengan anda.\n\nSelain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial."
"Laksam Kelantan merupakan di antara menu popular di kalangan rakyat Malaysia. Laksam\u00a0merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam. \n\nResepi Laksam Kelantan yang dikongsi Muhammad Hafizuddin oleh \u200e di laman muka buku ini mudah dan sedap. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya. \n\n10 biji cili merah besar, 10 biji cili padi, cuka, garam & sedikit gula dikisar kasar. Masukkan dalam bekas perasakan dengan gula dan garam. Sambal cili ni tak manis tau. Banyak ke arah masam & masin. Nak perah limau nipis pun boleh jika suka.\n\nTimun batang, kobis, taugeh, daun serai kayu (kalau ada biasa kat Kelantan banyak digunakan), bunga kantan, kacang panjang & daun kesum. (Ini sayur yang biasa digunakan & pembangkit selera)\n\nSelain resepi Laksam Kelantan, terdapat resepi menarik lain untuk dicuba. Selamat mencuba."
"Anda mengalami masalah rambut gugur yang teruk selepas melahirkan anak? Perubahan hormon yang berlaku semasa tempoh mengandung, melahirkan dan menyusukan anak merupakan punca utama anda rambut anda semakin berkurangan.\n\nIstimewa untuk anda, jom kami kongsikan cara melebatkan rambut yang dijamin berkesan.\n\nAnda ada pokok aloe vera di rumah? Boleh gunakannya untuk melebatkan rambut. Caranya ialah:\n\nOrang dulu-dulu mempunyai ramput yang lebat, hitam, dan berliau. Rahsianya ialah santan kelapa. Nak tahu cara menggunakan santan kelapa untuk melebatkan rambut? Begini caranya:\n\nSelain santan kelapa, minyak kelapa dara juga sangat baik untuk melebatkan rambut. ia berfungsi untuk menguatkan akar rambut untuk mengelakkan keguguran rambut yang banyak dan merangsang peetumbuhan anak rambut yang baru. Cara menggunakannya ialah sapukan minyak kelapa dara ke kulit kepala dan seluruh rambut setiap hari.\n\nMinyak argan membantu meningkatkan peredaran darah di kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut. Selain itu, minyak argan juga menguatkan folikel rambut supaya tidak mudah tercabut dan gugur. Sapukan minyak argan ke seluruh kulit kepala dan rambut sebelum tidur setiap malam.\n\nAnda kenal minyak zam-zam? Orang tua zaman dahulu suka pakai minyak ini. Baunya agak kuat dan mungkin memeningkan kepala namun khasiatnya untuk melebatkan rambut tidak dapat disangkal lagi. Kalau anda nak rambut yang lebat, bolehlah amalkan minyak zam-zam. Anda boleh beli minyak ini di kedai runcit.\n\nDaun bunga raya bukan sahaja membantu menghilangkan sakit kepala malah ia juga melebatkan rambut. Caranya:\n\nSatu lagi cara yang boleh anda gunakan ialah dengan menampal pes daun bunga raya ke rambut. Caranya ialah:\n\nMinyak roermary bukan sahaja mempunyai aroma yang harum malah ia juga merangsang pembuluh darah di kulit kepala supaya peredaran darah berjalan dengan lebih lancar. Apabila peredaran darah di kulit kepala berjalan dengan lancar, masalah keguguran rambut juga akan berkurangan lalu rambut anda akan menjadi lebat. Sebagai tmabahan, rambut anda juga akan berbau harum.\n\nSelain perubahan hormon, stress juga merupakan punca utama anda mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Sekiranya anda inginkan rambut yang lebat, tebal, dan cantik, kawal stress anda. Kami faham, di zaman serba mencabar ini, stress merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan.\n\nNamun anda boleh mengawal stress dengan berusaha untuk menjadi lebih positif dan amalkan sikap take it easy.\n\nSekiranya anda pergi ke klinik atau salon untuk rawatan keguguran rambut, biasanya anda akan diberikan supplemen zink kerana zink membantu menguatkan folikel rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut. Selain menggalakkan pertumbuhan anak rambut. Oleh itu, kalau anda nak rambut yang lebat, bolehlah ambil makanan yang kaya dengan zink seperti kacang kuda, daging, hati, avokado, almond, bayam, dan telur.\n\n10. Makanan kaya dengan zat besi\n\nSelain zink, zat besi juga mampu melebatkan rambut anda dengan cara mengurangkan masalah rambut gugur. Anda boleh mendapat zat besi dari makanan seperti bayam, tiram, kacang merah, tomato, kentang, daging lembu, ikan, hati, kekacang, dan sayuran hijau.\n\n11. Makanan kaya dengan vitamin C\n\nMakanan yang kaya dengan vitamin c membantu menguatkan rambut. Ia juga kaya dengan antioksida dan membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Di antara makanan yang tinggi kandungan vitamin c ialah jambu batu, oren, brokoli, betik, kiwi, dan strawberi.\n\n12. Makanan kaya dengan vitamin A\n\nVitamin A bukan sahaja bagus untuk kesadan,.ihatan mata malah dia juga menguatkan rambut sehingga ke akar dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut. Di antara makanan yang kaya dengan vitamin A ialahlobak merah, kobis, labu, bayam, aprikot, mangga, telur, hati, daging lembu, dan susu segar.\n\nKekurangan biotin dalam badan akan menyebabkan rambut anda menjadi reput, rapuh, tidak kuat, dan mudah tercabut dari kulit kepala. Ini kerana biotin membantu menguatkan akar rambut.\n\nOleh itu, mengambil makanan yang tinggi kandungan biotin sememangnya membantu melebatkan rambut anda. Di antara makanan yang tinggi biotin ialah badam, telur, kacang tanah, avokado, lobak merah, tomato, daging merah, ikan salmon, ubi kedek, bawang merah, mangga, dan brokoli.\n\nItulah dia cara melebatkan rambut yang ingin kami kongsikan kepada anda.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang cara hilangkan kutu rambut, petua rambut gugur , dan petua hilangkan kelumumur ."
"Mencari resepi nasi beriani gam yang sedap?\n\nNasi beriani gam merupakan satu variasi daripada nasi beriani yang merupakan masakan berasaskan nasi yang dicampur rempah. Biasanya menggunakan beras basmati dan ayam, daging kambing, ikan, telur atau sayur-sayuran.\n\nNasi ini dimasak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap di dalam periuk bersama \u2018lapisan\u2019 beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan \u2018manis\u2019 daging.\n\nHidangan nasi beriani gam paling dicari masa kenduri kendara, hari raya mahupun majlis perkahwinan. Hidangan ini jadi kesukaan sebab senang dimasak, simpel dan sedap sangat-sangat.\n\nSatu keluarga mesti suka, anak-anak dan encik suami akan makan sampai menjilat jari. Tetamu yang datang pula mesti akan tambah makan dua sampai tiga kali. Memang puas.\n\nAnda yang teringin resepi nasi beriani gam yang super sedap sila tengok perkongsian kami kali ini. Resepi nasi beriani gam yang dikongsikan oleh \u200eEsya Eisya\u200e di Facebook dan mendapat perkongsian ramai.\n\nNota : Kalau mahu pakai daging kena masakkan daging sampai empuk @ rebus dulu daging.\n\nResipi Sambal Masak Merah Nasi Beriani\n\nSelain resepi nasi beriani gam, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Lasagna berasal daripada zaman Yunani, dan ianya merupakan pasta yang berbentuk rata dan lebar. Namun, istilah Lasagna pada pandangan masyarakat Malaysia adalah lapisan pasta tersebut digabungkan bersama sos tomato, daging dan juga keju yang banyak dan melimpah ruah. Sekiranya anda inginkan kelainan akan rasa lasagna, dan menginginkan cara mudah untuk membuat lasagna serta kena dengan tekak kita, orang Malaysia, disini kami bawakan resepi Lasagna Roti Mesra Ekonomi yang menggunakan bahan yang murah dan mudah untuk didapati. Sekarang pun anda boleh cari kat dapur, kalau \u2013 kalau ada roti yang dah nak dekat\u00a0expired date tapi tak terguna\u00a0tu, bolehlah gunakan untuk memasak lasagna ini.\n\nCara pembuatannya agak panjang akan tetapi, arahannya jelas dan mudah untuk anda ikuti. Jom, kita lihat resepi yang dikongsikan oleh Mis Julie Biz dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook.\n\nNota: Saya letak sebab tiada susu. Jadi, saya gantikan dengan keju cheddar\n\nSaya gunakan loyang 8 x 8.\n\nNota: Pastikan lapisan atas skali di tutup dengan kuah lasagna dan sos putih.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi lasagna roti ini, terdapat variasi resepi lain yang anda boleh cuba. Carilah mana yang sesuai, insyaAllah kenyangkan perut, senangkan hati. Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda!"
"Bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik, anda memerlukan penjagaan yang sangat baik. Salah satu cara yang boleh anda lakukan untuk menambahkan kecantikan wajah adalah dengan menggunakan day cream yang seharusnya digunakan pada waktu pagi atau siang hari.\n\nFungsi day cream adalah membantu melembabkan kulit wajah serta melindunginya daripada pelbagai masalah kulit. Adakah anda masih keliru dalam memilih day cream yang terbaik? Jom kami kongsikan antara day cream terbaik yang sesuai untuk anda cuba.\n\n1. Clinique Superdefense Broad Spectrum SPF 25\n\nPelembap serba guna seperti Clinique\u2019s Superdefense Broad Spectrum SPF 25 ini dapat menangani begitu banyak masalah kulit. \n\nSelain menawarkan perlindungan sinar matahari, day cream terbaik ini juga membekalkan vitamin C dan E untuk perlindungan antioksidan dan zat-zat penegas seperti kafein, kreatinin, dan karnitin.\n\n2. Sunday Riley Ice Ceramide Moisturizing Cream\n\nPertimbangkan untuk menggunakan krim pelembap Sunday Riley ini untuk kulit anda. Ia dibuat daripada ekstrak kandungan kelapa untuk menghidrat dan vitamin F untuk menyuburkan jenis kulit yang kering. Day cream terbaik ini sememangnya amat segar dipakai.\n\n3. Glow Recipe Banana Souffle Moisture Cream\n\nProduk krim terbaik ini berasaskan kandungan semulajadi buah-buahan yang fokus kepada penjagaan kulit sepenuhnya. Day cream terbaik ini popular dengan serum dan topeng.\n\nUntuk pengetahuan anda, krim pelembap keluaran terbaru ini mungkin merupakan formula terbaik dihasilkan oleh mereka. Sesuai untuk kulit yang tahan lama dan baunya yang wangi.\n\n4. Vichy Aqualia Thermal UV Defense Moisturizer Sunscreen\n\nKrim Vichy Aqualia Thermal UV Defense Moisturizer Sunscreen ini diperkaya dengan pelembap UV yang menjadikannya pelembap penting untuk penghidratan harian dan perlindungan matahari. \n\nSelain mengandungi SPF 30, ianya memberikan kelembapan ringan, tanpa komedogenik yang hanya diserap oleh kulit, tidak melekit ataupun berminyak.\n\n5. Bare Minerals Pureness Soothing Light Moisturizer\n\nDay cream terbaik ini diperbuat dari pelbagai ekstrak bahan yang memberikan faedah maksimum dan dua daripadanya berasal daripada ekstrak kelapa. \n\nPelembap Bare Minerals Pureness Soothing Light ini sangat ringkas tetapi sangat berkesan dengan penghidratan dalam losyen ringan dan rasa yang menenangkan. Rasanya hebat dan kulit anda akan terasa sempurna setelah beberapa jam penggunaannya.\n\n6. The Inkey List Peptide Moisturizer\n\nDengan kompleks peptida 1 peratus dan protein pelicin royal jelly khas, krim The Inkey List Peptide Moisturizer ini mampu memerangkap pelembap 10 kali ganda, melembapkan dan menghaluskan kulit.\n\n7. ELF Hello Hydration! Face Cream\n\nKrim pelembap wajah tanpa aroma tambahan jenama ELF Hello Hydration! Facr Cream ini adalah bebas wangian. Dengan day cream terbaik ini, anda akan mendapat semua manfaat seperti pencerahan, penghidratan dan ianya ternyata bebas wangian.\n\n8. Then I Met You Calming Tide Gel Cream\n\nSekiranya anda terobsesi dengan formula yang menguatkan, menenangkan dan mencerahkan kulit wajah, anda disyorkan untuk menggunakan krim Then I Met You Tide Gel Cream ini. \n\nWalaupun penuh dengan bahan peptida, krim ini sangat ringan serta ditambah pula dengan kandungan bergamot di dalamnya sehinggakan mengeluarkan bau seperti Fruity Pebbles.\n\n9. Olay Regenerist Micro Sculpting Cream With SPF 30\n\nKrim Olay Regenerist Micro Sculpting Cream with SPF 30 ini merupakan serum anti-penuaan, pelembap dan pelindung matahari dalam satu yang sememangnya serbaguna. \n\nIa adalahsatu-satunya produk yang anda perlukan dalam rutin penjagaan kulit pada waktu pagi. Ujian daripada Beauty Lab mendapati ianya meningkatkan tahap kelembapan kulit sebanyak 31% lebih banyak daripada SPF 30 yang dinilai sebelumnya.\n\n10. Garnier Skin Active Clearly Brighter Face Moisturizer SPF 15\n\nKrim Garnier Skin Active Clearly Brighter Face Moisturizer ini dapat menerangi kulit yang kusam sambil melembutkan dan melindungi kulit anda.\n\nUjian menunjukkan bahawa ianya dapat membantu merangsang pergantian sel, menjadikan kulit lebih cerah dan kulit kelihatan lebih sihat setelah lapan minggu.\n\n11. Supergoop Superscreen Daily Moisturizer Broad Spectrum SPF 40 PA+++\n\nJenama ini sememangnya sangat sempurna untuk semua masalah kulit wajah dan melindungi kulit daripada sinar matahari. Ia juga mengandungi serbuk mineral hingga formula yang paling tidak kelihatan yang sangat sesuai dengan setiap warna kulit. \n\nDay cream terbaik ini menawarkan perlindungan dari sinar UVA dan UVB, menghidrat dan merupakan gabungan yang baik dengan alat solek.\n\nDilengkapi dengan bentuk yang sangat intensif daripada Miracle Broth La Mer yang istimewa, La Mer The Concentrate menampilkan formula berasaskan kelapa dengan manfaat peremajaan kulit dan anti-radang. Serum ini merupakan pemenang Anugerah Kecantikan Terbaik 2019 bagi menghaluskan kulit dalam masa yang singkat.\n\n13. Mary Kay Time Wise Age Minimize 3D Day Cream\n\nLebih dari sekadar pelembap, krim day cream Mary Kay ini mempunyai bahan aktif seperti antioksidan dan peptida untuk faedah penghidratan, pencerahan dan pencerahan tahap tinggi. \n\nKedua-dua formula yang terdapat dalam day cream ini diserap dengan cepat dan tidak berminyak. Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa 80% penguji produk mengatakan bahawa kulit semakin bersinar dan 70% mengatakan bahawa ianya menghilangkan garisan kedutan di wajah.\n\n14. Perricone MD Photo Plasma Anti-Aging Moisturizer SPF 30\n\nPelembap day cream terbaik adalah penghidrat terbaik dalam ujian day cream di makmal. Ia adalah satu-satunya pelindung kulit dari matahari dengan penggunaan bahan mineral. \n\nAhli kimia GH telah mengukur peningkatan 30% tahap pelembapan pada kulit selama enam jam yang paling tinggi daripada semua krim yang telah diuji. Ianya juga terbukti dalam mengurangkan pori sebanyak 8% dalam masa empat minggu.\n\nBerikut adalah antara day cream terbaik yang boleh anda cuba. Jom baca juga\u00a0Serum terbaik untuk jerawat,\u00a0Serum Murah Terbaik,\u00a0serum terbaik untuk kulit kering\u00a0dan\u00a0Serum terbaik untuk whitehead.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Setiap anak-anak mempunyai ciri-ciri personaliti yang berbeza. Ciri personaliti anak-anak boleh dilihat dari segi kelakuan, pemikiran, perasaan dan cara mereka berinteraksi dengan orang lain. Personaliti anak berbeza sejak lahir lagi dan sehingga dewasa. Anda boleh ketahui personaliti anak anda melalui ujian personaliti dengan mudah.\n\nRata-rata laman web merujuk kepada buku keibubapaan yang paling terkenal dan terlaris iaitu buku\u00a0\u2018The Child Whisperer\u2019.\u00a0\u00a0Berbeza dengan personaliti diri remaja dan dewasa seperti Sanguine, Phlegmatic, Melancholy dan Choleric, personaliti anak lebih kepada ceria, sensitif, lincah dan serius. Ia berkait rapat sebenarnya cuma ciri personaliti mengikut peringkat umur dan kelakuan anak-anak.\n\nBagi anak yang personalitinya ceria dan penyayang, anda boleh kenali wajah mereka dengan mimik muka yang pelbagai. Mereka suka senyum dan berpipi pauh, mempunyai pipi bulat, dahi luas dan mata berkelipan. Selalunya mereka juga mempunyai bentuk muka yang bujur.\n\nPersonaliti anak jenis ceria ini amat riang dan rawak, banyak cakap, suka berkawan, gembira selalu, cergas dan lain-lain lagi. Tahukah anda, anak jenis personaliti ceria tidak suka dikawal ketat, tidak suka seruis dan tidak suka bersendirian terlalu lama. Anda boleh bermain dengan mereka seperti kawan dan meluangkan masa sentiasa.\n\nAnak yang mempunyai personaliti sensitif ini seringkali emosional. Ada yang beranggapan bahawa mereka sangat lembut, pemalu, halus, baik hati dan lain-lain, tetapi ia bakal berubah ketika mereka meningkat dewasa. \n\nNamun begitu, mereka sering terasa diabaikan jika anda tidak meluangkan masa bersama, jarang mendengar apa yang mereka ingin sampaikan dan juga kurang beri perhatian kepada mereka.\n\nAnda harus memberi perhatian lebih kepada mereka dan pastikan mereka dikelilingi dengan aura positif. Ciri fizikal anak jenis sensitif ini adalah mereka bersuara lembut, bertona kulit yang sekata antara rambut dan kening, mata bujur badam dan ada juga mata melengkung ke bawah.\n\nAda anak yang terlalu aktif dan digelar hyperaktif tetapi anak yang lincah dan aktif selalunya bersikap seperti hiperaktif juga. Mereka amat bising, riuh, kuat bergerak, aktif dan sentiasa lincah. \n\nPersonaliti anak yang lincah ini tidak suka terkongkong dan sukakan kebebasan. Mereka tidak suka disekat dan suka ke sana ke sini sejak kecil lagi. Anda boleh biarkan mereka bergerak dengan lincah tetapi awasi mereka supaya tidak memudaratkan dan membahayakan mereka.\n\nJika nak tahu, apakah personaliti anak anda? Dia memiliki personaliti yang serius sekiranya dia tidak berselindung dengan anda. Pastinya anak anda suka mengkritik, menilai seseorang dan berlagak pandai! \n\nPenting untuk anda ketahui, mereka sukakan masa bersendirian, suka sesuatu yang teratur dan amat fokus. Adakalanya mereka sangat teliti dengan sesuatu kerja.\n\nUjian Personaliti Anak Yang Boleh Anda Lakukan \n\nUjian Personaliti 1: Perbuatan Dan Kelakuan\n\nUjian personaliti mudah dengan melihat tingkah lakunya sama ada mereka sangat aktif, lemah atau lain-lain. Sekiranya mereka tidak suka melakukan sesuatu perkara seperti bermain dan juga tidak suka bergerak, mereka bukanlah anak yang lincah.\n\nUjian Personaliti 2: Mental Dan Emosi\n\nAnda boleh ketahui personaliti anak anda melalui ujian personaliti mental dan emosi. Ada anak yang cepat sensitif, serius ataupun sentiasa gembira dan ingin bercakap. Ada juga yang lebih suka buat hal sendiri dan diamkan diri.\n\nUjian personaliti kecenderungan otak ini dilakukan atas kelakuan anak anda bertindak balas dengan arahan yang diperlukan. Setiap apa yang dilakukan oleh anak anda, ujian personaliti ini akan menilai sama ada anda menggunakan otak kiri atau otak kanan.\n\nAntara Ujian Personaliti Kecenderungan Otak Adalah:\n\nSekiranya ibu jari kanan bawah anak anda serta tangan kanannya berada di bawah, dia dominan otak kanan\u00a0manakala jika ibu jari kiri bawah dan tangan kiri anak di bawah, ia dominan otak kiri.\n\n Anak anda boleh menyilang kedua belah tangan melalui ujian personaliti ini. Keputusannya pula adalah ibu jari kanan bawah, tangan kiri bawahakan menunjukkan bahawa anak anda cenderung otak kanandan begitu juga sebaliknya.\n\nUjian Personaliti 4: Percakapan Dan Interaksi\n\nUjian personaliti anak yang jarang ibu bapa ketahui dan lakukan adalah percakapan dan interaksi. Anda boleh melakukan ujian personaliti ini dengan bercakap dengan anak dan melihat cara mereka berinteraksi dengan anda. \n\nSama ada interaksi mereka pantas atau tidak, cepat atau tidak, semuanya menandakan personaliti anak anda. Ujian personaliti ini membolehkan anda melayani anak anda dengan cara yang betul dan tepat supaya mereka lebih selesa dan tidak stress.\n\nBila Masa Yang Sesuai Untuk Anda Lakukan Ujian Personaliti?\n\nUjian personaliti untuk anak boleh anda lakukan sejak anak anda kecil lagi. Ketika mereka berumur 2 tahun ke atas, ia adalah masa yang paling berkesan dan sesuai. \n\nNamun, jika anda melakukan ujian personaliti anak pada waktu mereka berumur 4 sehingga 9 tahun pun tiada masalah. Sehinggalah mereka dewasa, pun anda dapat kenali personaliti anak anda.\n\nBegitulah 4 jenis personaliti anak, 4 jenis ujian personaliti dan juga masa yang sesuai untuk anda lakukan ujian personaliti anda. Pasti anda tak sabar lagi untuk lakukan ujian personaliti anak anda kan! Jom baca juga 8 Tips Bayi Pramatang, 7 Tips Pilih Puting Bayi dan Panduan Urutan Bayi Anda Perlu Tahu."
"Mengalami kesukaran bernafas atau keluar darah melalui hidung? Pasti ramai rakyat Malaysia yang pandang remeh bahayanya keadaan ini. Kebiasaannya, kita menganggap yang ianya berpunca dari kurang minum air di hari yang panas ataupun tidak cukup tidur.\n\nDi sini, kami ingin kongsi pengalaman dan pengetahuan\u00a0Dr Ezairy M.Sallih mengenai kanser hidung bagi anda di luar sana.\n\nSeorang pesakit muda masuk ke bilik konsultasi saya. Lelaki berbangsa cina ini nampak risau.\n\n\u201cDoktor, saya risau masalah pada hidung saya..\u201d\n\nSedari mula saya perhati beliau nampak bimbang dengan masalah yang sedang dialami.\n\nSimptomnya hanya sukar untuk bernafas, terasa sempit pada rongga hidung, itu sahaja. Pendengaran beliau normal, tiada masalah pada tekak dan tiada juga pendarahan dari hidung.\n\n\u201cSaya dah masukkan skop dan kamera dalam hidung. Hasil pemeriksaan, saya berpuas hati. Ia hanya masalah resdung biasa. Tak perlu risau,\u201d ujar saya.\n\n\u201cSaya bimbang, doktor. Sekarang orang sihat pun boleh dapat macam-macam penyakit. Saya risau ini ada kaitan kanser atau apa-apa masalah lain.\u201d\n\nBagus pemuda ini. Beliau terus dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor. Risau jika ada apa-apa penyakit di luar pengetahuan beliau.\n\nAnda tahu bagaimana kanser hidung berlaku? Apa tanda-tanda awal?\n\nNasopharyngeal cancer (NPC) merupakan sejenis kanser yang berlaku di bahagian belakang hidung, atas tekak dan boleh mengganggu juga pendengaran pesakit.\n\nRakyat negara kita juga berisiko untuk alami kanser ini. Bangsa cina lebih-lebih lagi.\n\n1. Pembengkakan atau biji pada kawasan leher.\n\n2. Hidung tersumbat atau berlaku pendarahan pada sebelah bahagian hidung sahaja.\n\n3. Masalah pendengaran pada sebelah bahagian sahaja.\n\n4. Di negara kita, tinggi kekerapan berlaku di kalangan masyarakat cina dan bidayuh.\n\n5. Lebih tinggi risiko jika mempunyai sejarah keluarga kanser hidung.\n\n*Berikutan statistik yang telah dilaporkan, diharap info ini dapat membantu anda mengenalpasti tanda-tanda awal kanser hidung. Tolong share ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Kebiasaannya gandingan nasi hujan panas adalah ayam masak merah, acar timun nanas dan dalca. Jadi jom kita fokus kepada resepi kuah dalca. Dimulakan dengan merebus kacang parpu dan kisar bersama-sama bahan lain. Dan kemudiannya, hanya perlu campur-campur kan bahan-bahan seperti ayam, daging dan sayur-sayuran terpilih seperti ubi, carrot, terung, pisang dan sebagainya. Rebus hingga mendidih dan tuangkan santan untuk mendapatkan rasa lemak pada kuahnya. \n\nMudahkan? Nak lagi jelas dan terang, jom lihat resepi yang dikongsikan oleh Muhammad Azhari di laman muka buku. Ianya mendapat perkongsian ramai. Selamat mencuba.\n\nDah siap. Bolehlah dihidang bersama nasi hujan panas, ayam masak merah dan acar timun dan nanas. Selain resepi Kuah Dalca ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Rambut adalah mahkota untuk wanita. Walaupun berhijab namun kesihatan rambut tetap perlu dijaga. Memiliki rambut yang cantik bersinar lembut menawan adalah impian namun sedihnya tak semua orang ada masa untuk ke salon. Habis tu, bolehkah dapatkan\u00a0rambut\u00a0lurus, sihat, dan bersinar tanpa ke salon? InshaAllah boleh. \n\nAda cara nak melembutkan rambut. Tak kisahlah kasar, mengerbang, kerinting, pendek ataupun panjang, kena rajinkan diri. Bila dah okay, tak adalah nanti akan jadi stress bila pegang rambut sendiri yang kasar macam dawai. Mungkin ada yang berpendapat untuk amalkan cara melembutkan rambut ini agak leceh. Hmmm kalau dah nak cantik kenalah sabar dan usahakan. \n\n10 Tips / Cara Lembutkan Rambut Yang Boleh Cuba Sendiri Di Rumah\n\nPunya\u00a0rambut\u00a0kasar hingga susah nak sikat? Mahu tahu cara untuk mendapat\u00a0rambut lembut? Dah tak sabar nak cuba cara melembutkan rambut yang kasar ini? \n\nDi bawah ini ada 10 cara lembutkan rambut (petua rambut lembut) yang boleh di cuba tanpa perlu pergi ke saloon. Semoga ianya bermanfaat. Jom cuba cara\u00a0melembutkan rambut\u00a0kasar dan mengembang dengan bahan-bahan alami. \n\nCara #1 : Jangan Selalu Basuh Rambut Dengan Shampoo\n\nKalau nak rambut yang lembut dan bersinar, jangan shampoo rambut terlalu kerap. Amalkan shampoo rambut bila rambut sudah betul-betul kotor. Paling bagus amalkan penggunaan shampoo beberapa kali seminggu dan janganlah terlalu kerap hingga 2 hari sekali. \n\nSebab mengapa tidak boleh obses cuci rambut dengan shampoo ni kerana bila selalu cuci rambut minyak asli pada rambut akan hilang, sedangkan minyak asli yang ada pada rambut sangat berguna untuk melembutkan rambut. \n\nCara #2 : Gunakan Minyak Zaitun\n\nCara lembutkan rambut yang kedua adalah dengan mengunakan minyak zaitun. Minyak zaitun memang sangat terkenal dengan perbagai mafaat untuk kecantikkan dan kesihatan. Malah minyak zaitun jugak sangat bagus untuk melembutkan rambut.\n\nMinyak zaitun memiliki kandungan mineral dan vitamin E. Vitamin E adalah nutrisi yang baik untuk rambut supaya kekal sihat dan segar. Minyak zaitun juga boleh mencegah kerosakkan rambut serta melembutkan.\u00a0\n\nSapukan minyak zaitun pada keseluruhan rambut dari pangkal rambut hingga ke hujungnya, biarkan selama 10 minit selepas itu bilas mengunakan shampoo hingga bersih\u00a0 lakukan seminggu sekali untuk lihat hasilnya. \n\nCara #3 : Sapu Minyak Kelapa Pada Rambut\n\nSelain minyak zaitun cara lembutkan rambut yang seterusnya adalah dengan mengunakan minyak kelapa. Minyak kelapa memang dah biasa kita dengar baik untuk rambut dan selalu digunakan oleh kaum india. \n\nMinyak kelapa mengandung banyak nutrisi yang diperlukan rambut di antaranya vitamin E dan K. Terdapat juga lemak penting dan asid laktik yang bermafaat untuk melembutkan dan melebatkan rambut.\u00a0\n\nSapukan\u00a0 minyak kelapa dari pangkal hingga hujung rambut. Urutkan secara perlahan dalam 10 minit dan bilas dengan shampoo.\u00a0\n\nCara #4 : Melembutkan Rambut Dengan Lidah Buaya\n\nDaun Lidah buaya juga dipercayai berkesan untuk menyuburkan rambut dan melembutkan. Gunakan daun lidah buaya secara teratur juga dapat menjadikan rambut lebih lebat sihat dan cantik.\u00a0\n\nCaranya mudah saja. Ambil daun lidah buaya yang sudah tua,\u00a0buang kulit dan ambil isinya yang berlendir. Sapukan pada rambut 30 minit atau semalaman dan basuh rambut mengunakan shampoo.\n\nEh eh, pisang?! Ya pisang! Pisang juga sesuai digunakan sebagai cara lembutkan rambut kerana buah pisang sangat kaya dengan nutrisi yang boleh nengatasi masalah kekeringan rambut.\u00a0\n\nAmbil sebiji buah pisang hancurkan isinya dan lumurkan pada rambut 10 hingga 15 minit kemudian bilas dengan air bersih boleh dicampurkan juga dengan sedikit madu. Unik bukan?\n\n Cara #6 : Limau\u00a0 Nipis atau Lemon\n\nLimau nipis atau lemon boleh juga melembutkan rambut. Limau nipis dan lemon kaya dengan vitamin C dan sifatnya yang \u2018tajam\u2019 bagus untuk hilangkan kelimumur.\u00a0\n\nPotongkan limau nipis ke dalam air dan ramas, kemudian bilas pada rambut selepas shampoo. Setelah itu bilas pula dengan air bersih. \n\nUntuk masalah kelimumur yang serius, belahkan limau nipis dan tonyohkan pada kulit kepala selama 10 minit kemudian bilas dengan air bersih. Mungkin sedikit pedih tapi ramai cakap berkesan.\n\nCara #7 : Basuhan\u00a0Teh Hijau\n\nCara lembutkan rambut yang ketujuh adalah dengan menggunakan teh hijau.\u00a0Teh hijau juga bermafaat untuk rambut lembut dan bersinar. Bancuh teh hijau dengan air panas tunggu air menjadi suam kemudian tuangkan pada kulit kepala dan rambut. \n\nRamas dengan lembut selama 2 ke 3 minit kemudian bungkus rambut dengan tuala atau shower cap. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air sejuk hingga bersih.\n\nCara #8 : Cuci Rambut Dengan Air Sejuk\n\nCara lembutkan rambut \u00a0yang seterusnya adalah dengan menggunakan air\u00a0 sejuk. Cuci rambut dengan air sejuk sangat bagus kerana jika selalu cuci rambut dengar air panas akan menyebabkan rambut terasa\u00a0 kasar. \n\n Cara #9 : Pakai Conditioner (Perapi) Setiap Kali Selepas Shampoo\n\nJangan remehkan pengunaan\u00a0conditioner (perapi). Ramai yang hanya gunakan shampoo sedangkan wajib pakai conditioner setiap kali selepas shampoo rambut. Ini kerana conditioner dapat menjaga rambut dari kering dan rosak. \n\nCara untuk guna juga mudah. Hanya sapukan conditioner pada hujung rambut dan biarkan 2 ke 3 minit kemudian bilaslah dengan air sehingga bersih.\n\nCara #10 : Gunakan Vitamin Rambut Yang Sesuai\n\nVitamin untuk rambut juga sangat penting. Selain mengunakan barang-barang semulajadi vitamin rambut yang dijual di pasaran juga bagus untuk menjaga dan melembutkan rambut.\n\nUntuk anda yang terlampau sibuk dan tak cukup masa, vitamin adalah jalan yang paling mudah. Ingat! Shampoo saja takkan mampu melembutkan rambut. \n\nBeli vitamin rambut dan pakai kerana ia bagus untuk melembutkan rambut dan menjaganya dari cepat rosak. Vitamin juga perlu terutama untuk yang selalu menggayakan rambut setiap hari dengan pelbagai produk. \n\nJom Dapatkan Rambut Lembut Dan Berkilat\n\nItulah dia 10 cara melembutkan rambut baik yang mengerbang mahupun yang kerinting untuk di cuba. Rambut\u00a0lurus, berkilau dan\u00a0lembut\u00a0bak sutera memang jadi idaman. \n\nRambut\u00a0yang kering juga pasti membuatkan ramai yang kurang selesa kerana kulit kepala yang kering akan menjadikan\u00a0rambut\u00a0kering. Tak perlu pergi saloon pun tak apa, yang penting kena luangkan sedikit masa untuk kesihatan rambut sendiri. \n\nTeknik penjagaan\u00a0rambut\u00a0untuk mendapatkan\u00a0rambut\u00a0yang\u00a0lembut\u00a0dan lurus memang banyak dan cubalah ikut cara mana yang sesuai dan dirasakan mudah! Yang pasti tahap kejayaan tak sama bergantung pada tekstur rambut masing-masing."
"Bagi ibu yang menyusukan anak, bengkak susu sangat menyiksakan. Boleh demam dibuatnya.\n\nSakit berdenyut-denyut sampai nak buat apa-apa pun tak mampu. Istimewa untuk anda, hari ni kami nak berkongsi punca dan petua hilangkan bengkak susu yang semua ibu wajib tahu.\n\nTerdapat pelbagai punca anda mengalami bengkak susu. Di antaranya ialah:\n\n1.\u00a0Lambat memulakan penyusuan kali pertama\n\nSelepas melahirkan, pastikan anda menyusukan anak secepat yang mungkin. Tujuannya ialah untuk mengelakkan berlakunya bengkak susu dan dalam masa yang sama supaya anak mendapat kolostrum yang membantu meningkatkan imunitinya.\n\nLekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.\n\n3. Jarang menyusukan anak atau mengepam susu\n\nPenyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali.\n\nPenyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya,\u00a0bayi perlu menyusu mengikut signal-signal\u00a0yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir.\n\nApabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand iaitu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya melihat kepada jam.\n\n5. Tidak menyusukan bayi dari kedua belah payudara\n\nJika anda menyusukan bayi dari satu payudara sahaja, ia akan menyebabkan anda mengalami bengkak susu pada payudara yang tidak dihisap. Oleh itu, pastikan anak anda menyusu dari kedua-dua payudara. Bukan satu sahaja.\n\nBagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, mungkin anda tertinggal sesi mengepam kerana batasan tugas dan waktu di\u00a0office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.\n\nPenggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.\n\nItulah dia 7 punca berlakunya bengkak susu. Sekarang kami akan kongsikan 14 petua untuk menghilangkan bengkak susu.\n\nKalau orang dulu-dulu, bila kena bengkak susu mereka akan menyikat payudara dengan sikat rambut. Sikat perlahan-lahan sambil berdoa supaya dikurangkan bengkak. Sikat sekerapnya, insya Allah berkesan.\n\nSelain menyikat payudara, anda juga boleh mengurangkan bengkak susu dengan menggunakan daun kobis. Ambil sehelai daun kubis, bersihkan, keringkan, dan lekapkan ke payudara. Buarkan daun kobis di situ sehingga layu. Bengkak susu anda akan berkurangan.\n\nJika anda mengalami bengkak susu, mandi dengan air panas sangat membantu. Mandi air panas selama 15-30 minit dan halakan air panas ke payudara. Air panas akan membantu melembutkan payudara anda. Sambil mandi, urutkan perlahan-lahan bahagian yang bengkak dan berketul.\n\nYogurt asli juga boleh membantu menghilangkan bengkak susu. Ambil yogurt asli, sapukan ke seluruh payudara dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci sehingga bersih. Bukan sahaja membantu menghilangkan bengkak, yogurt asli juga membantu jika ada berlakunya sumbatan pada kelenjar susu anda.\n\nAnda juga boleh menuam payudara untuk menghilangkan bengkak susu. Caranya gunakan pek panas atau kain yang direndam dalam air panas, dan tekapkan ke payudara anda. Lebihkan ke bahagian yang keras dan berketul. Tekan sedikit, tapi jangan terlalu kuat.\n\nSelain ar panas. ais juga membantu menghilangkan bengkak susu. Ambil ais atau pad gel yang dibekukan, balut dengan kain dan tekapkan ke payudara. Pastikan anda membalut ais atau pad gel dengan kain, bukan meletakkan terus ke payudara.\n\nAnda boleh melakukan urutan sendiri untuk menghilangkan bengkak susu. Caranya gunakan 4 jari, dan urut seluruh payudara, menuju ke arah aerola. Dari atas ke arah aerola. Dari tepi ke arah aerola. Dari bawah ke arah aerola. Lakukan perlahan-lahan kalau sakit.\n\nSelain urutan sendiri, anda juga boleh berurut dengan bidan yang pandai. Namun, mungkin anda akan terpaksa menahan sakit waktu diurut. Insya Allah selepas berurut, bengkak susu anda akan hilang memandangkan bidan pandai mencari titik bengkak susu yang anda alami.\n\nMengepam susu juga boleh membantu menghilangkan bengkak susu. Bengkak susu berlaku kerana terlalu banyak susu terkumpul didalam payudara. Bila anda mengepam, susu dalam payudara berkurangan dan bengkak juga akan hilang secara automatik. Tapi jangan terlalu kerap mengepam kerana makin kerap anda pam, makin banyak susu dihasilkan dan masalah bengkak susu anda akan berulang.\n\nJika anda sedang makan apa-apa jamu, terutamnya set berpantang, sila berhenti makan jamu tersebut sekiranya anda mengalami bengkak susu kerana ada kemungkinan anda mengalami bengkak susu kerana jamu yang diambil. Ada sesetengah jamu mengandungi bahan yang menyebabkan susu menjadi terlalu banyak.\n\nAnak adalah sangat berfungsi untuk menghilangkan bengkak susu. Bila rasa susu anda bengkak, cepat-cepat susukan anak. Namun, apabila mengalami bengkak susu, mungkin aerola anda akan mengeras dan menyebabkan anak sukar untuk menyusu. Jadi, sebelum susukan anda, pam sedikit susu untuk mengurangkan kekerasan aerola.\n\nMarmet adalah kaedah mengepam susu dengan menggunakan tangan. Kalau anda tak bersama anak dan tiada pam susu, anda boleh lakukan marmet. Tak tahu caranya? Anda boleh tengok video marmet yang banyak dikongsikan diyoutube.\n\nJika anda masih dalam berpantang, semasa bertungku anda boleh juga tungkukan payudara. Haba dari tungku panas akan membantu menghilangkan bengkak susu yang anda alami.\n\nAnda dinasihkatkan untuk berjumpa doktor dan dapatkan ubat untuk menghilangkan bengkak susu. Berjumpa doktor juga adalah bagi memastikan tidak berlaku sebarang jangkitan kuman yang boleh menyebabkan Mastitis.\n\nSekian sahaja perkongsian kami untuk hari ini. Semoga info tentang punca dan cara menghilangkan bengkak susu di atas bermanfaat buat anda."
"Puding ialah hidangan pencuci mulut yang manis dan segar. Puding diperbuat daripada serbuk agar agar atau jelly, santan dan susu. Puding yang lembut dan manis ini diolah dengan cara dikukus atau direbus dan ada juga dibakar.\n\nTerdapat beragam jenis topping puding seperti buah, roti, yogurt, coklat dan sebagainya. Puding penuh citarasa manis dan lebih lembut berbandingkan agar agar dan jelly.\n\nSelepas dimasak, puding hendaknya disimpan dalam peti sejuk supaya ia tidak cair, kekal segarnya dan teksturnya tidak berubah.\n\nBerikut di bawah ini telah kami sediakan resepi puding buah peach yang segar dan patut cuba. Resepi puding buah dikongsikan oleh Nor Azlin Ahmad Hamizan di laman Facebook. Sila cuba.\n\nSelain resepi puding buah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Perhubungan suami isteri bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Ianya telah menjadi asam garam dalam sesuatu hubungan untuk berlakunya pergaduhan atau perselisihan faham diantara satu sama lain.\n\nPasangan yang berjaya mengekalkan hubungan mereka untuk tempoh yang panjang mungkin telah menjumpai rahsia kebahagiaan dalam perkahwinan. Rahsia tersebut ialah dengan memberikan kasih sayang kepada pasangan anda secara konsisten walaupun sedikit! Itulah tips rumah tangga bahagia dan harmonis.\n\nBayangkan anda dalam perjalanan pulang kerumah dari tempat kerja dan anda membeli sejambak bunga untuk isteri anda. Isteri anda pula ketika itu mungkin telah menghadapi hari yang sukar ditempat kerja, melayan kenakalan anak-anak yang menguji kesabarannya atau hubungan anda dengan si isteri mungkin kurang intim sejak kebelakangan ini. Lalu anda masuk kerumah dengan sejambak bunga yang anda pilih khas untuk si dia, lalu anda memberikan kepadanya.\n\nApakah agaknya perasaan isteri nada ketika itu? Tahukah anda, dengan melakukan perkara remeh seperti itu anda sebenarnya telah mencipta suatu suasana yang penuh dengan rasa kasih sayang antara anda dan pasangan anda. Si dia juga pasti akan terkejut dengan tindakan anda dan mungkin sangat menghargai pemberian anda itu. Anda secara tidak langsung telah menunjukkan penghargaan anda kepada dirinya.\n\nJika anda keluar untuk membeli barang keperluan, jangan lupa untuk membelikannya hadiah yang biasa-biasa seperti pasu bunga atau baju tidur. Dengan melakukan perkara kecil seperti ini saja sudah cukup untuk membuatkan harinya ceria. Si dia akan menganggap anda tidak pernah melupakan dia walau dimana pun anda pergi.\n\nAnda juga boleh membeli cenderahati yang tertulis \u2018aku rindu padamu\u2019 dan meletakkan ia didalam beg tangannya. Jika dia terlihat cenderahati tersebut ketika berada ditempat kerja, ia akan memberikan suatu emosi indah yang mungkin sudah lama tidak dialami olehnya untuk sekian lama.\n\nJika anda ingin mengubah rutin harian anda yang membosankan itu dengan sesuatu yang romantik, anda sebenarnya tidak perlu berbelanja besar dan hanya sedikit usaha yang diperlukan. Contohnya, tulis satu nota \u2018aku cinta padamu\u2019 dan tampalkannya di televisyen. Atau letak satu nota cinta didalam bahan bacaan kegemarannya.\n\nMasih ingat perkara romantik yang anda buat ketika diawal percintaan dulu? Jika ya, lakukan ia semula! Bangkitkan kenangan indah bersama pasangan anda. Apabila berjalan-jalan ke pusat membeli-belah, pimpin tangannya. Atau ketika menonton televisyen, letakkan tangan anda dibahunya atau peluklah dia. Perkara mudah seperti itu sahaja sudah mampu untuk menghangatkan kembali hubungan anda dengan pasangan anda. Lakukan ia dengan kerap supaya rasa sayang dan cinta sentiasa mekar diantara anda berdua.\n\nTeknik-teknik ini sangat ringkas tetapi boleh membantu mengekalkan hubungan perkahwinan anda. Ia membuatkan pasangan berasa dirinya dihargai dan diingati."
"Para ibu pernah atau tidak tertanya-tanya yang kalau sudah menopos itu boleh datang period lagi atau tidak? \n\nTanpa buang masa lagi, mari kita lihat ulasan Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, seorang pegawai perubatan dalam bidang kesihatan wanita dan kehamilan mengenai perkara ini.\n\nMenopos akan berlaku pada semua wanita dan ianya adalah NORMAL. Menopos berlaku bilamana keadaan dimana kilang telur ovari dah tak hasilkan lagi telur dan hormon wanita pun dah takda sekaligus kitar haid terhenti, dan takde lagi period. \n\nKebanyakkan wanita kita panggil menopos bila umur dia lebeh 45 tahun dan period tak datang-datang lebih setahun. Kebanyakan wanita akan mengalami menopos pada usia lewat 40-an puluhan atau awal 50-an puluhan. \n\nAda yang panggil menopos ni sebagai putus haid \u2013 sebab memang takda dah period lepas umur menopos.\n\nBilakah Wanita Menopos Mesti Berjumpa Doktor?\n\nApakah Yang Doktor Akan Lakukan Nanti?\n\nJangan rasa annoyed bila kena tanya soalan-soalan ni. Memang doktor kena tahu. Contohnya, kalau pernah pakai pil perancang \u2013 risiko wanita tu dapat kanser rahim kurang. Orang yg pernah pakai alat dalam rahim pun risiko dapat kanser rahim dikurangkan. \n\nOrang yg tk pernah beranak, risiko dapat kanser rahim tinggi sikit berbanding mereka yang pernah bersalin. Kencing manis, obesity meningkatkan risiko utk dapat kanser rahim. Tu contoh je, kalau nak cite panjang-panjang tak larat korang baca nanti.\n\nBerapa Lamakah Masa Diambil Untuk Mengetahui Keputusan Sampel?\n\nMengapakah Period Boleh Berlaku Setelah Menopos?\n\nRawatan akhirnya akan diberikan mengikut penilaian doktor dan hasil keputusan makmal.\n\n*Haaaa, sekarang anda sudah tahu bukan. Sila silalah share untuk kesedaran wanita yang masih tidak tahu di luar sana ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Mari sini kami ingin kongsikan resepi Laksa Utara yang sedap sangat.\n\nLaksa Utara merupakan menu yang sangat digemari oleh masyarakat kita di Malaysia.\n\nKalau dulu laksa utara ni sangat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang; namun sekarang makanan ini sudah menjadi kegemaran orang di serata negeri di Malaysia.\n\nSelain dari hidangan keluarga di waktu petang, menu ini juga sering menjadi pilihan juadah untuk meraikan tetamu seperti majlis rumah terbuka, kenduri kahwin dan kesyukuran. Mana tidaknya, laksa utara ini tidak pernah muak untuk dimakan walaupun sudah habis sepinggan nasi!\n\nDah teringin nak makan, apa kata anda cuba buat sendiri laksa utara ni. Kali ini kami kongsikan resepi dari Sheqa Halim di facebook. Katanya, resepi ini adalah dari seorang anak tauke laksa terkenal di Kedah.\n\nSelain resepi Laksa Utara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari artikel tentangt ips atau petua halau kucing berak? Membela kucing adalah perbuatan mulia yang boleh menjadi ladang pahala buat kita, namun jika kita biarkan kucing bebas keluar rumah dan membuang air di merata tempat terutamanya di kawasan rumah jiran, ia boleh mengundang dosa dan menyebabkan masam muka sesama jiran. \n\nJika anda mengalami masalah kucing datang berak di kawasan rumah, boleh amalkan petua halau kucing berak berkesan yang kami senaraikan di bawah untuk mengatasi masalah tersebut.\n\nClorox atau apa-apa jenis bahan peluntur yang lain boleh digunakan untuk menghalau kucing daripada datang membuang di rumah anda. Sedangkan kita manusia yang bertubuh besar pun tidak tahan dengan gas yang dihasilkan oleh Clorox, inikan pula kucing yang bertubuh kecil. Cara yang boleh anda lakukan ialah sembur atau curahkan Clorox di kawasan yang selalu dicemari oleh kucing. Bau Clorox tadi akan menghalang kucing daripada datang lagi.\n\nSelain Clorox, anda juga boleh curahkan minyak tanah ke kawasan yang selalu menjadi tandas awam untuk kucing. Minyak tanah mempunyai bau yang sangat kuat dan menyakitkan hidung. Malah ia juga panas dan akan menyebabkan punggung kucing berasa seolah-olah terbakar jika ia masih cuba untuk membuang di kawasan tersebut.\n\nPetua halau kucing berak yang seterusnya ialah dengan menggunakan ubat gegat. Uba gegat biasa digunakan didalam rumah untuk mengatasi masalah makhluk perosak seperti lipas, namun ramai yang tak tahu bahawa ia juga berkesan untuk menghalau kucing. Kebanyakan kucing tidak menyukai bau ubat gegat yang kuat dan menyakitkan hidung. Letakkan ubat gegat dalam jumlah yang banyak di kawasan yang berkenaan.\n\nIni adalah petau halau kucing yang paling popular di Malaysia. Ada yang mengatakan ianya berkesan namun ada yang mengatakan bahawa ianya langsung tidak berfungsi untuk menghalau kucing. Berdasarkan pemgalaman peribadi kami, petua ini adalah berkesan. Caranya ialah:\n\nBau masam kuat yang dikeluarkan oleh cuka tidak disukai oleh kucing. Ia boleh menyakitkan mata dan hidung kucing lalu menyebabkan mereka menjauhi kawasan tersebut. Anda boleh curahkan cuka di kawasan yang berkenaan atau anda juga boleh sembur dengan kerap seperti setiap setengah jam bagi memastikan bau cuka sentiasa ada di situ dan tidak hilang.\n\n6. Lemon, limau nipis, limau kasturi dan yang sejenis dengannya\n\nPetua halau kucing yang seterusnya ingin kami kongsikan kepada anda ialah dengan menggunakan lemon, limau nipis, limau kasturi, dan buah-buahan sitrus yang sejenis dengannya. Seperti yang kita sedia maklum, buah-buahan sitrus ini adalah bersifat asid dan tajam. Ia akan menyebabkan kucing pedih pada bahagian mata dan hidung. Malah baunya yang berasid boleh dihidu oleh kucing dari jarak jauh. Kucing mempunyai deria bau yang lebih kuat berbanding manusia. Untuk menggunakan petua ini, apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nPetua halau kucing yang seterusnya ialah dengan menggunakan minyak goreng ikan yang ada di dapur anda. Kalau selama ini anda membuang sahaja minyak masak yang tidak mahu digunakan lagi, apa kata lepas ni anda simpan minyak tersebut untuk kegunaan kecemasan seperti masalah kucing datang berak di rumah anda. Caranya ialah sapukan minyak goreng ikan di kawasan yang selalu diberak oleh kucing. Letakkan minyak yang banyak sehingga kawasan tersebut menjadi licin dan kucing tidak dapat meletakkan punggungnya untuk membuang air.\n\nGarfu plastik juga sangat berkesan untuk menghalau kucing daripada membuang air besar atau air kecil di kawasan rumah anda. Caranya mudah sahaja:\n\nSama seperti penggunaan garfu plastik, idea menggunakan lidi sate sebagai cara untuk menghalau kucing adalah sama. Cucuk lidi sate dengan bahagian tajam menghala ke atas di kawasan yang berkenaan. Percayalah, kucing tidak akan membuang air jika punggungnya dicucuk benda tajam. Ia akan mencari kawasan lain yang lebih selesa.\n\nPetua halau kucing yang terkahir ialah dengan cara menyimen kawasan yang selalu dijadikan kawasan buang air oleh kucing. Biasanya kucing akan membuang air di kawasan berumput atau berpasir. Apabila anda menyimen kawasan tersebut, kucing tidak akan berminat untuk membuang di situ lagi.\n\nItulah dia info \u00a0tentang petua halau kucing berak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua haluu lalat, petua hilangkan panas dalam badan dan petua bibir merah."
"Selalu kita dengar buku pink untuk wanita hamil. Namun tentunya kita hanya sekadar tahu daripada pengalaman keluarga atau kenalan yang pernah hamil sebelum ini.\n\nSedangkan untuk wanita yang pertama kali bergelar ibu, buka buku pink sendiri akan menjadi cabaran yang tersendiri bila mana kita tidak mengikut tips serta panduan yang tepat.\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk buka buku pink bagi ibu hamil.\n\nBuku pink atau juga dikenali sebagai Rekod Kesihatan Ibu untuk merekod tahap kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan tersebut. \n\nIa juga mengandungi semua sejarah kehamilan ibu semasa temujanji antenatal di klinik ibu dan anak. \n\nDalam masa yang sama ini semua amat bagus dalam memudahkan doktor menyemak semula rekod kehamilan dan permasalahan sekiranya berlaku ketika proses hendak bersalin nanti.\n\nKenapa ibu hamil perlu ada buku pink? \n\nPentingnya buku pink kepada ibu hamil ini adalah kerana ia:\n\nBila masa yang sesuai untuk buka buku pink?\n\nBuka buku pink sangat disyorkan dalam tempoh masa 6 hingga 12 minggu usia kehamilan. Namun begitu, tidak menjadi kesalahan sekiranya kita membuka buku pink sebaik sahaja disahkan hamil. \n\nTetapi ia tidaklah begitu sesuai memandangkan pada tempoh tersebut, kesihatan kandungan ibu hamil masih sukar untuk dipantau.\n\nSekiranya kita terlewat untuk membuka buku pink, ia akan dikira sebagai \u201clate booking\u201d. Ditambah pakej kena membebel sekali dengan kakak dan mak cik nurse.\n\nUntuk buku buku pink, perkara pertama yang perlu dibawa dan disiapkan adalah dokumen-dokumen penting seperti yang berikut:\n\nSebelum buka buka pink ini juga ibu hamil perlu mengikuti prosedur pemeriksaan yang lebih terperinci dan agak memakan masa. Antara prosedur yang perlu diikuti adalah seperti:\n\nIbu hamil akan diukur tinggi dan beratnya oleh jururawat kemudian bacaan akan direkodkan bersama-sama dengan maklumat kesihatan yang lain seperti kitaran haid, masalah serta sejarah perubatan lampau.\n\nTarikh Jangkaan Bersalin (EDD) dikira berdasarkan tarikh hari pertama haid terakhir. Contoh pengiraannya adalah seperti di bawah:\n\nTarikh pertama datang period paling terkini = 1 April\n\nTarikh buat UPT Test = 15 Mei\n\nKalau double line, alhamdulillah, maksudnya kita sudah mengandung 6 minggu!\n\n1 April \u2013 30 April = 4 minggu\n\n1 Mei \u2013 15 Mei = 2 minggu\n\nUjian air kencing perlu dilakukan untuk memeriksa kandungan protein dan gula dalam air kencing.\n\nIbu akan diberikan suplemen prenatal seperti vitamin C, B kompleks,\u00a0asid folik, dan zat besi.\n\nJanji temu seterusnya akan ditetapkan bagi memantau kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.\n\nApabila selesai, ibu akan diberikan buku pink bagi tujuan merekod segala perkembangan kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan (prenatal) sehingga kelahiran (post-natal).\n\nMaksud warna sticker di buku pink ibu hamil\n\nKalau anda perasan, di setiap buku pink akan dilekatkan bersama warna-warna sticker yang berbeza antara satu sama lain.\n\nBagi yang tertanya-tanya apakah maksud dari nama-nama tersebut, berikut ini kami kongsikan maklumatnya. \n\nKesimpulannya, sticker dengan warna hijau, kuning, dan merah perlu bersalin di hospital besar.\n\nSelain dari panduan buka buku pink ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:"
"Susu dan yogurt tidak lagi asing dari makanan harian orang Malaysia. Susu mempunyai kalsium dan Vitamin D, selain mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi yang menjadikannya sebagai hidangan \u2018lengkap dan seimbang\u2019 iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Oleh itu, setiap orang perlu minum segelas susu sehari untuk mendapatkan kalsium.\n\nYogurt juga mempunyai banyak khasiat. Antaranya, menguatkan tulang, memutihkan gigi, boleh menurunkan berat badan dan lain-lain lagi. Yogurt selalu digemari oleh para wanita kerana ia adalah salah satu makanan diet untuk menurunkan berat badan. \n\nJadi, susu dan yogurt kini menjadi makanan yang digemari oleh ramai orang. Tetapi, tahukah anda tempoh masa penyimpanan susu dan yogurt di rumah? Memang diikutkan tarikh luput lama lagi, tapi bagaimana jika sudah dibuka? Tahan lama ke?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tempoh masa penyimpanan susu dan yogurt. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nTempoh penyimpanan setiap jenis susu dan yogurt\n\n*Setiap jenis susu dan yogurt ada tempoh penyimpanannya selepas dibuka. Seeloknya, disimpan ke dalam peti ais untuk tahan lebih lama berbanding diletak di luar selepas di buka. Jika lebih 3 hari, lebih baik buang sahaja kerana susu itu sudah tidak elok. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Setiap anak mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ada anak yang menunjukkan sikap matang pada usia yang muda, ada anak yang keras kepala, ada anak yang terlalu sensitif dan ada anak yang manja memanjang. Kita tidak dapat jangka anak perangai seperti apa yang kita akan dapat.\n\nKehadiran anak-anak dapat menceriakan suasana dalam keluarga kita. Pelbagai kerenah yang kita dapat lihat dalam diri mereka. Sikap mereka juga berlainan masing-masing. Semakin banyak anak semakin meriah suasana dalam keluarga. Lebih-lebih lagi ketika ingin menyambut perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Ia sememangnya satu memori yang terindah.\n\nTetapi ada satu masalah apabila anak ramai iaitu berlaku salah faham antara adik beradik dan mereka akan mula bergaduh. Ianya satu masalah yang tidak dapat dihindari lagi daripada masalah adik beradik. Apabila mereka mula bergaduh, ibu bapa lah yang perlu menyelesaikan pergaduhan tersebut sebelum ia menjadi masalah besar.\n\nMasalah ini dapat ditangani oleh ibu bapa. Bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk elak anak bergaduh sesama sendiri . Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Tips untuk elak anak bergaduh\n\nTips 1 : Pertama sekali kena tahu ianya normal untuk adik beradik bergaduh ( sibling rivalry ) asalkan ianya tak keterlaluan. Jadi nasihatkan anak kita secara konsisten dan jangan putus asa. Ianya sebuah proses.\n\nTips 2 : Jangan salahkan ( blaming ) anak kita yang mulakan pergaduhan secara keterlaluan. Bersederhana dan bersikap adil lah.\n\nTips 3 : Jangan gunakan emosi yang keterlaluan ketika meleraikan pergaduhan. Kita sendiri kena tenang dahulu. Baru anak anak kita pun boleh ikut tenang dan tak menyimpan dendam\n\nTips 4 : Jangan tengok secara permukaan sahaja. Cuba gali ataupun decode penyebab sebenar anak kita bergaduh. Mungkin mereka sedang dahagakan \u2018connection & attention\u2019 daripada kita\n\nTips 5 : Jangan amalkan Favouritism. Jangan pilih pilih kasih tak kisah la anak kita lelaki ke perempuan ke. Sulung ke bongsu ke. Anak kita sama je. Semuanya ada perasaan. Layan mereka dengan seadilnya. Mereka pun punya hati dan jiwa sama seperti kita juga.\n\n*Ibu bapa perlu menunjukkan sikap dan sifat contoh yang baik di hadapan anak-anak. Jika berlaku pergaduhan antara anak-anak, cuba selesaikan dengan cara yang baik dan beri nasihat kepada mereka. \u2018Air yang dicincang tidak akan putus\u2019 peribahasa ini bermaksud gaduh macam mana pun adik beradik, akhir nanti mereka akan berbaik juga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bagaimanakah cara cepat sembuhkan luka melecur? Kemalangan di dapur dikatakan menjadi insiden yang paling banyak berlaku dalam rumah. \n\nContoh yang paling lazim adalah terkena sesuatu yang panas sehingga menyebabkan luka melecur. \n\nJusteru itu, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara cepat sembuhkan luka melecur. \n\nMelecur adalah kecederaan biasa yang mudah untuk dicegah. Ia berlaku disebabkan oleh kecuaian diri sendiri ketika mengendalikan sesuatu atau objek yang panas.\n\nWalau bagaimanapun terdapat sebab lain yang boleh terjadinya kemalangan ini antaranya disebabkan oleh:\n\nTerdapat tiga jenis tahap melecur yang anda perlu tahu iaitu terdiri daripada tahap pertama, tahap kedua, dan tahap ketiga.\n\nTahap pertama dikategorikan sebagai kurang serius, tahap kedua sederhana, dan tahap ketiga adalah yang paling serius sekali.\n\nKecederaan yang terjadi adalah seperti yang berikut:\n\nTahap 1: kulit merah dan tidak melepuh\n\nLuka jenis ini hanya terjadi pada lapisan luar kulit (epidermis) sahaja. Apabila kita terkena, kita akan merasa sakit. \n\nManakala kawasan lukar akan bertukar berwarna kemerah-merahan seperti sunburn dan melepuh.\n\nTahap 2: kulit melepuh dan kulit menebal\n\nLuka pada tahap 2 lebih serius kerana ia melibatkan dua lapisan kulit iaitu epidermis dan dermis. \n\nIa bukan sahaja melepuh tetapi juga akan menukarkan kawasan melecur tersebut berwarna merah keputihan. Permukaan lukanya pula menjadi kering atau lembap dengan cecair tisu. \n\nTahap 3: kulit menebal secara menyeluruh dan berwarna keputihan\n\nKecederaan melecur di tahap 3 adalah yang paling serius. Semua lapisan kulit cedera akibat melecur. \n\nKawasan kulit yang cedera akan menjadi kering dan berwarna putih, hitam atau coklat gelap. Rawatan yang lewat akan menyebabkan pesakit mengalami dehidrasi dan \u201chypovolemic shock\u201d.\u00a0\n\nDi tahap ini, jangan cuba-cuba untuk merawatnya sendiri. Segera dapatkan rawatan yang lebih terperinci daripada doktor untuk menyelamatkan nyawa anda. \n\nUntuk kecederaan luka melecur yang ringan dan tidak begitu serius seperti tahap pertama, kita sebenarnya boleh memberi rawatan awal di rumah sebagai salah satu cara cepat sembuhkan luka melecur tersebut. \n\nBerikut ini kami senaraikan beberapa cara cepat sembuhkan luka melecur yang boleh anda praktikkan bila terjadinya kemalangan di rumah.\n\nPertamanya, rendamkan luka di dalam air sejuk selama 5 minit sekurang-kurangnya. Ingat, jangan sesekali rendam luka dalam ais atau air yang berais kerana ia akan menyebabkan luka kita semakin berair dan bertambah teruk.\n\nFungsi kita merendam luka dalam air sejuk adalah untuk mengurangkan rasa sakit yang dirasai dan mengurangkan risiko radang atau bengkak di kawasan yang cedera. \n\nKemudian, basahkan tuala dan tuam tuala tersebut pada luka melecur tadi. Boleh ulang langkah ini selama 15 mint atau lebih dengan cara yang paling berhati-hati dan perlahan untuk mengelakkan lepuhan itu pecah. \n\n3. Gunakan antibiotik atau antiseptik untuk merawat\n\nLuka yang berkaitan dengan melecur sangat mudah dijangkiti kuman. Jangkitan ini biasanya akan menyebabkan demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.\n\nJusteru itu bagi membantu merawat luka melecur supaya tidak terkena jangkitan kuman, anda boleh gunakan krim antibiotik dari doktor atau farmasi. \n\nAntara jenama krim yang terbaik di farmasi khusus untuk merawat luka melecur adalah seperti yang berikut:\n\nUntuk menyapu krim atau ubat-ubatan tertentu pada kawasan lepuhan, adalah lebih baik menggunakan tuala lembut daripada cotton ball. \n\nIni bagi mengelakkan fiber halus dari cotton ball melekat pada luka lalu meninggalkan risiko jangkitan yang lain. \n\nJangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak masak, minyak rambut, atau ubat gigi kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bertambah teruk dan sukar sembuh. \n\nBalut dengan longgar kawasan yang melecur dengan pembalut sterile gauze (sterile gauze bandage). Hal ini bagi memastikan adanya ruang pengudaraan untuk luka lekas sembuh. \n\nAkhir sekali, jika terdapat simptom jangkitan seperti keluar lelehan berwarna putih atau kuning atau nanah dari kawasan melepuh, rasa panas, sakit atau bengkak, serta timbul garis-garis merah pada tempat luka melecur itu, pastikan anda mendapatkan rawatan segera di hospital.\n\nSelain dari cara cepat sembuhkan luka melecur ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan kesihatan seperti:"
"Kemaman terkenal sebagai destinasi perlancongan dan makanannya yang sedap. Anda suka jalan-jalan cari makan? Ini adalah destinasi terbaik untuk anda. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Kemaman yang pasti buatkan anda jatuh cinta dengan Terengganu.\n\nPantai Teluk Kalong mempunyai pantai yang putih dengan pasir yang sangat halus. Bentuk geografinya yang berteluk menjadikan kawasan ini sesuai untuk mandi-manda sepanjang tahun tidak kira musim tengkujuh atau musim kering.\n\nPantai ini dibarisi dengan pokok-pokok ru yang indah dengan pemandangan laut yang membiru. Anda juga berpeluang untuk melihat bot nelayan berlabuh membawa hasil tangkapan. Di antara aktivit yang boleh anda lakukan di sini ialah berkelah, bersukan, memancing, berenang dan sebagainya.\n\nTempat ini menjadi kegemaran kaki pancing kerana ada banyak ikan di sini. Di antara spesis yang selalu melekat dibatang joran ialah kerapu, pari dan sebagainya.\n\nSejarah Kemaman bermula sejak 300 tahun dahulu apabila Che Wan Teh datang mencari tempat berteduh setelah tempat asalnya di Pahang menjadi kucar-kacir akibat peperangan. Untuk mempelajari sejarah-sejarah daerah Kemaman, anda boleh melawat Muzium Kemaman.\n\nMuzium Kemaman terletak di tengah-tengah bandar Chukai. Pada asalnya bangunan ini merupakan sebuah bank yang diduduki oleh Malayan Banking Berhad yang telah diubahsuai. Antara artifak-artifak yang ada termasuk duit-duit lama, gambar-gambar daerah Kemaman lama, buku-buku lama dan sebagainya.\n\nMini Zoo Kemaman ialah satu-satunya zoo binatang di pantai timur yang telah dibuka pada tahun 2009. Zoo mini ini ditubuhkan untuk mendidik generasi sekarang tentang kepentingan menjaga spesies flora dan fauna yang kian terancam oleh kegiatan manusia.\n\nKawasannya agak luas iatu sebesar 35 ekar. Zoo ini menjadi habitat kepada 54 jenis spesies termasuk singa, harimau, gajah, orang utan dan sebagainya. Malah, ada juga kebun mini yang dihiasi dengan taman yang mempunyai pelbagai jenis pokok buah-buahan, herba, orkid dan bonsai.\n\nPantai Teluk Mak Nik atau dikenali di kalangan orang tempatan sebagai \u2018Monica Bay\u2019 ialah satu lagi pantai tarikan pelancong yang terkenal di Terengganu. Pantainya tidak sesuai untuk mandi tetapi apa yang menarik di sini ialah tidak ramai pengunjung berbanding pantai-pantai tepi laut di Terengganu.\n\nJadi, bolehlah menikmati pengalaman di tepi pantai sambil mendengar bunyi kicauan burung dan unggas yang menggunakan pokok ru sebagai habitatnya.\n\nSelain itu, ada juga beberapa buah penginapan di sekeliling pantai ini jika bercadang untuk bermalam. Anda sukakan penyu? Kalau bernasib baik, anda dapat melihat penyu naik untuk bertelur atau anak penyu menetas.\n\nTaman Rekreasi Bakau Tinggi terletak di persisiran Sungai Kemaman. Taman rekreasi ini unik kerana ianya terletak dalam kawasan paya bakau. Ada banyak kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, tandas awam, bilik rehat, bangku duduk dan trek berjogging.\u00a0 Ada juga anjung tinjau diatas air sungai. Anda juga boleh memancing di sini. Di sebelah taman ini ada sebuah restoran terapung yang menjadi kegemaran orang-orang tempatan kerana makanannya sedap dan segar.\n\nTerdapat pelbagai produk pertanian di sini seperti sayur-sayuran tempatan, daging ayam, daging lembu dan sebagainya.\n\nHasil lautnya segar-segar belaka. Ikan, kerang, sotong dan sebagainya dijual pada harga yang murah. Bukan sahaja produk makanan, malah ada juga dijual cenderamata dan ubat-ubat tradisional tempatan. Sambil berjalan, bolehlah membeli makanan ringan kegemaran orang tempatan seperti keropok lekor, sata dan sebagainya.\n\nTerletak vuma 5 km dari Kemaman, Pasar Binjai terkenal dengan kuh tradisional yang dijual di sini. Sebut sahaja apa kuih tradisional yang anda teringin nak makan, insya Allah ada di sini.\n\nLepat pisang, cek mek molek, kasui, lompang, tepung gomak. Kalau bulan puasa, pasar ini meriah dengan bazaar ramadhan. Terdapat juga pasar menjual barang basah.\n\nRestoran Tong Juan ialah sebuah restoran Cina halal yang menyajikan masakan laut gaya Cina yang sangat popular di Chukai. Dari luar, rupanya seperti sebuah kedai yang biasa tetapi di dalamnya, penuh dengan para pengunjung yang sangat memilih dalam citarasa makanan.\n\nAda bermacam jenis masakan seperti udang goreng dalam sos mentega, udang galah yang besar, ikan kerapu stim, pelbagai jenis sayuran dan sebagainya.\n\nSemuanya segar-segar kerana didapati daripada nelayan tempatan. Masakan instimewa restoran ini yang menjadi sebutan ramai ialah resepi ketam sumbat. Masakan istimewa disediakan dengan daging ketam yang disumbatkan dalam cangkerang ketam dan digoreng dengan salutan tepung campuran istimewa.\n\nKedai kopi ini amat sinonim dengan bandar Chukai yang telah beroperasi sejak tahun 1940-an. Restoran ini sangat terkenal dengan kopi istimewa yang dibuat di kedai. Malah, orang yang tidak minum kopi pun akan meminati kopi di sini.\n\nRoti bakar istimewa yang dibakar atas arang api turut menjadi pilihan untuk dimakan dengan kopinya. Selain itu, makanan-makanan lain seperti nasi lemak, kari ayam, laksa juga tak kurang sedapnya.\n\nSetiap pagi, tempat ini menjadi sangat sesak dengan kedatangan para pengunjung dari seluruh bandar Chukai. Hiasan dalaman pun menarik perhatian dengan perhiasan vintaj dan papan tanda mencuit hati.\n\nTak lengkap percutian anda ke Terengganu kalau tak makan sata. Nak sata yang sedap? Anda boleh pergi ke Warung Aziz Sata yang terletak di Kampung Geliga, Kemaman. Di sebelah kedai ini ada gerai menjual cengkerang laut dan kuda laut. Mudah nak kenal.\n\nSelain sata, di sini juga ada dijual makanan lain seperti keropok lekor dan pelbagai jenis pais seperti pais ikan pari, pais ikan bakar, pais sotong bakar, pais udang bakar, dan sebagainya. Pulut panggang pun ada.\n\nPantai Rekreasi Kuala Kertih terletak di sebelah jeti Kertih. Ia menjadi tumpuan penduduk sekitar dan para pelancong untuk bersantai ambil angin laut. Makanan laut di sini juga sangat fresh. Jangan lepaskan peluang untuk merasa ikan bakar di sini. Bagi yang beranak kecil, ada disediakan taman permainan.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Kemaman yang pasti buatkan anda jatuh cinta dengan Terengganu. Tak sabar rasanya nak ke sana, kan. Selamat bercuti.\n\nJemput juga baca artikel tempat menarik penulisan kami seperti tempat menarik di Tawau, tempat menarik untuk honeymoon dan tempat menarik di Singapore."
"Mencari smartphone terbaik 2022 Malaysia yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan ramai? Banyak kriteria yang boleh anda lihat dari segi rekaan bentuk, tahun dilancarkan, jenis kamera, memori, storage serta banyak lagi kelebihannya.\n\nMungkin anda ingin berjimat cermat tetapi inginkan smartphone yang benar-benar berkualiti dan terbaik untuk kegunaan jangka masa panjang. Pasti ada yang sesuai buat anda. \n\nJom lihat 10 smartphone terbaik 2022 Malaysia berkualiti pilihan ramai. Mungkin ia juga adalah pilihan anda!\n\nOppo Reno7 sangat sesuai untuk anda yang mencari smartphone dengan kualiti kamera terbaik standing kamera dslr. Kamera belakang adalah 64 MP manakala kamera hadapan 32 MP. Kamera dilengkapi dengan LED flash, panorama untuk kamera belakang, selfie serta HDR.\n\nDengan system pemprosesan CPU MediaTek MT6877 Dimensity 900 5G (6nm), Oppo Reno 7 5G ini mempunyai storan 8 GB RAM dan 256GB ROM. Baru dikeluarkan pada Januari 2022, Oppo Reno7 A mampu memuatkan 2 sim dan menyokong microSD untuk penambahan storan.\n\nBukan itu sahaja, peranti ini menyokong pengecasan pantas dan anda hanya memerlukan lebih kurang setengah jam untuk mengecas sehingga penuh dari 0%.\n\nMenariknya peranti ini kerana dapat menyokong rangkaian 5G. Terdapat dua warna yang ada dipasaran iaitu Ceramic White dan Glaze Black. RAM 8GB dan 12GB diperuntukkan manakala sebanyak 256GB dan 521 GB untuk memori.\n\nReka bentuk pasti membuatkan anda teruja untuk memilikinya kerana unik dari yang lain. Peranti ini kelihatan eligant dan yang penting kalis air. Ketahanannya berlipat ganda memandangkan ia diperbuat daripada seramik.\n\nSkrin pula diperbuat daripada Corning Gorilla Glass Victus dengan IP68. Ia menyokong penggunaan pen stylus. Anda tak perlu risau jika smartphone anda jatuh ke dalam air sedalam 1.5 meter atau jatuh dari ketinggian 2 meter kerana ia masih boleh berfungsi.\n\nPeranti ini menggunakan Android 12, One UI 4.1 yang dikuasakan CPU Qualcomm SM 8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm). Dengan storan 8GB RAM dn 128GB ROM, pasti dapat menyimpan pelbagai fail. Bukan itu sahaja, malah peranti ini sesuai untuk mereka yang membuat kerja menggunakan smartphone.\n\nSamsung Galaxy S22 Ultra ini juga mempunya kamera utama dan kamera depan yang cantik. Kamera belakang adalah 108MP manakala kamera 40MP.\n\nKapasiti bateri pula adalah 5000 mAh dan menyokong pengecasan pantas sebanyak 45W. Selain itu, model Samsung ini menyokong Bluetooth 5.2, wiFi dan system GPS. Dengan adanya IP68, ia kalis terhadap air.\n\nDitawarkan dengan cip prosesor Octa-core (5 nm) ia juga dipadanlan dengan 8GB RAM \u00a0dan storan 128GB ROM, sesuai untuk anda yang ingin menggunakan ruang yang besar. Seperti Samsung Galaxy S22 Ultra 5G, peranti ini juga menggunakan Android 12, One UI 4.1.\n\nAnda pasti rambang mata untuk membuat pilihan kerana mereka menawarkan 4 warna menarik iaitu hitam, putih, pink dan biru lembut.\n\nUntuk kamera pula, anda pasti dapat menghasilkan gambar dengan lebih jelas kerana kamera selfie adalah 32MP manakala kamera utama 64MP. Video yang dihasilkan juga lebih lancar dan mampu menghasilkan perincian yang lebih \u2018smooth\u2019.\n\nPasti ramai yang tahu iPhone 13 pro max mempunyai kelebihan pada baterinya yang tahan lama iaitu Li-Ion 4532 mAh. Tak cukup dengan itu, dengan cip A15 Bionic, pasti melancarkan penggunaan peranti ini. Tak hairanlah ia tersenarai dalam smartphone terbaik 2022.\n\nDengan skrin 120Hz dipadankan dengan Dolby Vision pasti menyenangkan mata anda untuk menonton video atau menghadap skrin dengan lebih lama kerana gambar dan warna sangat berkualiti.\n\nKamera utama untuk iPhone 13 Pro Max adalah 12 MP seperti kebanyakan model sebelum ini namun masih dapat menghasilkan paparan yang berkualiti.\n\nKamera selfie 11T Pro adalah 16MP manakala kamera utama dengan 108MP. Pelbagai mod rakaman yang anda boleh cuba. Peranti ini turut mempunyai paparan Dolby Vision dengan skrin 120Hz.\n\nMenggunakan cip Qualcomm Snapdragon 888 disesuaikan dengan 12GB RAM beserta storan 256GB UFS 3.1, pasti dapat memberi banyak ruang untuk penyimpanan fail.\n\nDengan bateri 5000 mAh, ia menyokong pengecasan pantas dengan kadar 120 Watt. Xiaomi menawarkan 3 warna menarik untuk model ini iaitu Moonlight White, Meteorite Gray dan Celestial Blue.\n\nRealme GT Neo 2 mempunyai paparan skrin yang berkualiti dengan 120Hz, pasti warna yang dipaparkan kelihatan lebih jelas. Skrin pula menggunakan Corning Gorilla Glass 5.\n\nPeranti ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 870 5G dipadankan dengan storan 8GB atau 12GB RAM. Bukan itu sahaja, bateri juga pasti tahan lama kerana diperuntukkan 5000 mAh dan menyokong pengecasan pantas dengan kadar 65W. Anggaran 36 minit diperlukan untuk mengecas dari 0% sehingga 100%.\n\nKualiti kamera juga baik dan dapat menghasilkan kualiti gambar menarik kerana kamera hadapan dengan 16MP manakala kamera utama 64MP.\n\nDengan storan 8GB dan 128GB RAM beserta 128GB atay 12GB RAM, sudah tentu anda dapat menggunakannya dengan puas lebih-lebih lagi untuk membuat kerja atau bermain game. Cip yang digunakan pula adalah Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm).\n\nPeranti ini menyokong Bluetooth, WiFi, GPS, 5G dan banyak lagi. Kamera depan pula sekadar 16MP manakala kamera utama adalah 64MP, namun masih dapat menghasilkan kualiti gambar yang cantik.\n\nBateri yang diperuntukkan adalah 5000 mAh, memang tahan untuk penggunaan tempoh yang lama. Bukan itu sahaja, Red Magic 7 5G turut mempunyai pengecasan pantas dengan kadar 135W bersamaan 15 minit untuk mengecas penuh dari 0%.\n\nRealme X3 Superzoom mengendalikan kuasa pemproses Qualcomm SM8150 Snapdragon 855+ (7 nm). Storan pula 12GB RAM dan internal memori sebanyak 256GB. Kedua-duanya mampu menyokong fail yang besar, aplikasi dan game yang berat. \n\nSelain itu, kamera utama dibekalkan dengan 64MP manakala kamera hadapan 32MP. Bateri yang diperuntukkan pula adalah 4200 mAh. Dua warna anda boleh pilih iaitu putih dan biru.\n\nHuawei Mate 30 Pro telah menjadi kesukaan ramai kerana ciri-cirinya yang sangat menarik dan canggih. Bagi penggemar fotografi dan video, anda memang patut membeli smartphone ini kerana kamera utama dengan 40MP manakala kamera selfie 32MP. \n\nIa juga menggunakan versi 5G pada rangkaian selularnya. Menarik lagi, ia sangat sesuai untuk anda yang menggunakan telefon untuk urusan kerja, bermain game atau sebagainya untuk seharian kerana bateri smartphone ini mencecah 4500mAh. Pasti tahan lama!\n\nBerikut adalah 10 smartphone terbaik Malaysia 2022 yang berkualiti boleh anda dapatkan.\u00a0Jom baca juga\u00a0smartphone terbaik Malaysia bawah RM500,\u00a0smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2,000,\u00a0smartphone terbaik Malaysia bawah RM1,00\u00a0dan\u00a0Produk Hilangkan Parut.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"TONER sudah menjadi satu kebiasaan di dalam step membersihkan wajah. Toner yang lebih dikenali sebagai \u2018penyegar\u2019 ini merupakan antara produk penting bagi mendapatkan wajah yang lebih cantik dan berseri. Toner boleh di pakai oleh kaum hawa dan juga adam.\n\nUntuk pengetahuan anda juga, terdapat sebanyak 4 jenis kategori toner di pasaran iaitu Water Toner (dikenali sebagai water-based kerana berasaskan elemen air), Spray Toner (juga merupakan water-based toner cuma dalam bentuk botol spray), Oil Toner (diperbuat dengan berasaskan minyak) dan akhir sekali adalah Cream Toner (penyegar dalam bentuk krim).\n\nInilah Alasan Mengapa Toner Special Dan Penting Untuk Wajah\n\nMeskipun pemakaian toner ini adalah sangat penting namun masih ada yang dengan sengaja meninggalkan proses pemakaian toner pada wajah. Mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan dan keyakinan ke atas toner ini. Di sini disenaraikan sebab mengapa toner penting untuk wajah seseorang.\n\nAlasan #1 \u2013 Melengkapkan Proses Pembersihan Wajah Dari Saki Baki Solekan Dan Kotoran\n\nMembasuh dengan pencuci muka semata tidak bererti wajah akan bersih sepenuhnya dari kotoran daki dan saki baki solekan. Ini kerana kotoran mungkin masih bersisa di liang pori. Kerana itu perlu digunakan toner kerana toner ini dapat diserap lebih jauh ke dalam pori untuk bantu tanggalkan kesan kotoran secara lebih baik dan berkesan. \n\nAlasan #2 \u2013 Mengecutkan Liang-Liang Pori Pada Muka\n\nTidak hanya membantu mengeluarkan kotoran yang ada di celah pori wajah sebaliknya toner juga berupaya untuk mengecutkan semula pori wajah yang telah terbuka semasa proses mencuci muka tadi. Semakin kecil pori wajah bermakna semakin halus kulit wajah anda.\n\nAlasan #3 \u2013 Menyingkirkan Kulit Mati Yang Ada\n\nToner juga berupaya untuk menyingkirkan kulit mati yang ada pada wajah. Toner dihasilkan dengan formula yang sangat efektif untuk kulit kering, sensitif, dan lain-lain. Yang penting anda perlu tahu jenis kulit wajah sendiri dan belilah toner yang sesuai mengikut jenis dan masalah kulit. \n\nJika wajah ada masalah jerawat elok beli toner yang mengandung\u00a0acid. Untuk kulit wajah kusam pula elok gunakan toner dengan kandungan kolagen atau\u00a0hyaluronic acid.\n\nAlasan #4 \u2013 Seimbangkan pH Kulit Dengan Sekata\n\nWajah juga penting untuk diimbangkan semula pH kulit supaya sekata. Kulit tubuh kita sememangnya mempunyai kandungan asid secara semulajadi. Sedangkan pembersih wajah pula kebanyakannya mempunyai kandungan alkali. Maka kerana itu, perlu digunakan toner untuk menyeimbangkan semula kadar kandungan pH pada wajah selepas di cuci.\n\nAlasan #5 \u2013 Mengembalikan Keremajaan Kulit\n\nIni part paling best! Kalau anda nak tahu pemakaian toner yang konsisten dapat membuatkan kulit wajah lebih segar dan semakin baik berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, toner dapat menyegarkan kulit wajah dan membuatnya lebih terhidrasi.\u00a0 \n\nAlasan #6 \u2013 Minimakan Pertumbuhan Jerawat Pada Kawasan Muka\n\nAkibat pemakaian toner yang betul, secara tidak langsung pori wajah akan semakin mengecil sehingga sukar untuk kotoran dan minyak melekat seperti dulu. Apabila wajah kurang berminyak maka jerawat juga sudah semakin susah untuk muncul pada wajah. \n\nAlasan #7 \u2013 Menambah Lapisan Perlindungan dan Kelembapan \n\nSelain daripada alasan di ata, toner juga boleh membantu membuang bahan klorin dan mineral dari air paip semasa proses mencuci wajah tadi. Bagi anda yang suka travel ke sana sini, anda boleh masukkan toner ke dalam botol spray kecil untuk digunakan sebagai penyegar. \n\nIni bagi memberikan semula kelembapan pada kulit yang hilang semasa terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan semasa dalam penerbangan juga boleh. \n\nCadangan 5 Toner Terbaik Untuk Di Cuba\n\n1 \u2013 EUCERIN Dermato Clean Balancing Facial Toner\n\nEucerin adalah salah satu jenama produk kecantikan yang diyakini orlah ramai rakyat Malaysia. Kini Eucerin juga telah menghasilkan produk penjagaan kulit wajah secara menyeluruh termasuk dengan toner. Ia sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit berminyak, kulit kering dan juga kulit yang berjerawat. \n\nTujuan utama untuk fungsi Dermato Clean Balancing Toner ini adalah untuk membersihkan sisa kotoran yang masih melekat di kulit wajah serta menutup liang pori yang terbuka. Makin best, toner dari jenama Eucerin ini turut dapat menghalang kulit dari menjadi kering kerana ia dapat mengekalkan tahap kelembapan pada kulit. Paling penting ia sama sekali bebas dari sebarang alkohol.\n\n2 \u2013 SIMPLY SITI New Age + Rejuvenating Toner\n\nSiapa tidak kenal dengan Dato\u2019 Siti Nurhaliza. Ikon terkenal yang bukan saja berbakat tetapi juga sangat cantik dan tampak awet muda dari dulu hingga kini. Menjelmanya produk kecantikan beliau sendiri dengan nama Simply Siti benar-benar membuatkan ramai wanita teruja. Ia datang dalam bentuk set lengkap termasuk dengan toner. \n\nKebaikan toner ini dapat menghalang anti-penuaan serta mengembalikan keremajaan kulit wajah dengan kesan yang serta-merta. Antara bahan utama yang ada di dalam toner ini adalah Sesaflash yang akan berfungsi untuk mengekalkan kehidratan serta menaikkan seri kulit wajah. Toner ini juga dapat bantu memperbaiki sel-sel kulit mati pada wajah.\n\nGlow Tonic dari Pixi sangat berkesan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Produk ini mengandungi 5% glyconic acid, lidah buaya dan pH4 yang dapat mengimbangkan kulit. Paling penting ianya sama sekali bebas alkohol. \n\nKelebihan toner ini dapat mencerahkan kulit dan semakin segar bermaya dengan lapisan kulit yang baru tanpa proses pengelupasan. Ia turut diperkaya dengan minyak semulajadi, aloe vera, ginseng dan ekstrak buah-buahan yang sangat awesome untuk kulit wajah. \n\n4 \u2013 NEUTROGENA Alcohol Free Toner\n\nNeutrogena sudah tak asing lagi untuk para peminat barangan yang di jual dalam Watsons dan Guardian. Ia adalah produk yang bebas alkohol dengan tujuan utama untuk bersihkan kulit wajah tanpa membuatkan kulit wajah menjadi kering. \n\nBagi mereka yang punya masalah kulit kering, toner jenama ini sangat sesuai sekali. Ia juga bersifat bebas minyak untuk penyerapan yang lebih berkesan ke atas kulit semasa penggunaan. \n\n5 \u2013 Garnier Skin Naturals Micellar Cleansing Water 125ml\n\nBagi anda yang suka sangat bermakeup, pastikan anda gunakan toner yang dapat bantu bersihkan solekan dengan baik. Diperkaya dengan Micelles, tonr ini dapat bantu buang kotoran yang terperangkap pada kulit wajah terutama pada bahagian mata dan bibir. \n\nDengan penggunaan toner ini, anda tidak perlu sakitkan kulit dengan mengosok semasa ingin singkirkan solekan yang ada. Ia mempunyai rumusan yang sangat lembut tetapi amat berkesan maka gunakan saja secara lembut. Toner ini juga sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering atau sensitif. \n\nPanduan Cara Pemakaian Toner Yang Betul \n\nLangkah 1 : Cuci muka dengan pencuci muka kegemaran sehingga bersih dan sempurna. Seeloknya pencuci muka dari jenis yang lembut.\n\nLangkah 2 : Lap wajah sehingga kering dengan kain tuala muka yang lembut. Lap perlahan sehingga air menyerap ke tuala, jangan di gosok kulit wajah. Nanti boleh menyebabkan masalah kerengsaan.\n\nLangkah 3 : Sapukan sejumlah kecil toner ke atas permukaan telapak tangan, pad kapas atau bebola kapas. Elakkan mencelup kapas ke dalam toner kerana ia akan mencemarkan toner tersebut dengan bakteria.\n\nLangkah 4 : Sapukan secara perlahan ke serata wajah. Jangan digosok. Dap dap dap kapas dengan cara menepuk lembut pada kulit wajah. Biarkan kering dengan sendiri secara semulajadi. Selesai.\n\nNota tambahan : Untuk kulit berminyak dan kombinasi elok guna kapas. Bagi wajah dengan kulit normal, kering dan sensitive elok gunakan tangan.\n\nBoleh Dapatkan Toner Terbaik Secara Online Juga\n\nTak dinafikan toner sekarang ini ada bermacam jenis. Susah sangat nak buat pilihan toner terbaik manakah yang paling sesuai untuk di cuba. Jika buat pembelian secara terus dari pasaraya lagilah akan memeningkan kepala. Tambahan pula jika ada jurujual yang akan sedaya upaya cuba mempengaruhi kita untuk membeli toner yang ingin di kempennya.\n\nCara terbaik, anda boleh beli toner secara online dari pihak onlinea saja. Melalui Lazada anda boleh lihat info produk dan juga maklumbalas pengguna sebelum ini. Anda juga boleh tanya terus maklumat lanjut secara terus kepada penjual jika perlu. Selamat menggunakan toner dan selamat berusaha untuk kulit wajah yang lebih sihat dan sempurna.\n\n Tahap keberkesanan adalah berbeza mengikut jenis kulit dan individu. Produk di atas hanyalah sekadar cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman dan ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my"
"Jarang yang tahu dengan buah satu ini. Belimbing buluh termasuk ke dalam kumpulan buah-buahan. Buah ini banyak tumbuh di Malaysia dan Indonesia. Tidak ramai yang kenal dengan buah ini kerana jarang digunakan dalam masakan. Namun di Malaysia selalunya buah ini diolah jadi sambal hitam Pahang yang amat terkenal. Di Indonesia pula belimbing bulu banyak dicampurkan dalam masakan asam pedas sebagai pemberi rasa masam.\n\nBelimbing buluh boleh dimakan, jika dimasak dalam hidangan berkuah, ia biasanya dijadikan sebagai sayur, oleh kerana itu banyak yang memberi nama belimbing sayur kalau di Indonesia.\n\nDikeranakan rasa masamnya yang menyengat di lidah, belimbing buluh juga amat sesuai dijadikan kismis. Olahan unik daripada belimbing buluh ini mendapatkan perhatian ramai di laman Facebook. Jarang ada yang buat olahan kismis belimbing buluh. \u200eOleh itu perkongsian Csue Ros di laman Facebook tidak boleh anda lewatkan.\n\nSelain kismis belimbing buluh, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Di Malaysia, masyarakat suka makan tauhu telur. Terutama sup tauhu telur, tauhu telur goreng bersama sayur atau tauhu telur goreng begitu sahaja. Tauhu telur boleh dimasak dengan pelbagai jenis lauk. \n\nTauhu adalah makanan yang berasal dari negara China. Makanan ini juga dikenali dengan pelbagai nama di Asia. Malah, ada yang menyebutnya tofu, orang Indonesia, Malaysia dan Thailand lebih suka menyebut tauhu. Ia juga mudah untuk dijumpa di mana-mana kedai.\n\nTauhu telur mempunyai banyak khasiat kerana ia berasal dari air soya. Soya bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus. Jadi, jika mahu dapat kulit yang cantik, boleh amalkan minum air soya. \n\nBerbalik kepada tauhu telur, tahukah anda kita boleh membuat tauhu telur sendiri di rumah dengan menggunakan 3 bahan sahaja. Ia juga mudah dan tidak remeh. \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai resepi membuat tauhu telur sendiri di rumah dengan menggunakan 3 bahan sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Nooramin Munirah. Puan Nooramin berkongsikan resepi ini di lam facebook \u2018Masak apa hari ini\u2019.\n\n*Mudah, bukan resepi yang dikongsikan oleh puan Nooramin. Tauhu telur boleh dibuat sendiri di rumah dan semestinya dijamin selamat untuk makan kerana kita tahu apa kandungan bahannya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mencium anak-anak adalah sangat penting untuk menumbuhkan EQ anak dengan lebih segar.\n\nAnak-anak yang sering dicium dengan penuh kasih-sayang merasai dirinya dikasihi.\n\nJangan segan untuk mencium anak walaupun mereka sudah besar. Sekiranya mereka sering dicium semasa kecil, anda akan mendapati bila mereka sudah remaja, perkara itu jadi kebiasaan bagi mereka.\n\nNamun, dengan remaja dan anak-anak yang telah berusia 8 tahun ke atas, jika hendak menciumnya dikhalayak ramai, bertanyalah dulu. Bukan apa, hanya sekadar menghormati dirinya. Kerana ada setengah kawan-kawan yang jarang dicium oleh ibu bapa mereka akan mengolok-olokan dan mengejek-ejek anak anda dan mengelarnya manja atau yang sepertinya. Kekadang ini akan membuat anak anda stress.\n\nNamun, dalam pengalaman Ibu, jika kita sudah sangat rapat dengan anak-anak dan kita asuh sikap yakin diri tinggi ke dalam dirinya, semua ejekan kawan tidak mencederakannya. Malah, selamba sahaja dia akan mencium anda dan dengan bangga mengatakan; \u201d Ini mak/bapa saya. Saya sayang dia!\u201d . Dan kawan-kawan yang hendak mengejek pun terkedu.\n\nKuasa ciuman sangat kuat, dia menjadikan anak mudah mendengar kata. Bukan kerana mereka takut anda, tapi kerana mereka sangat sayang dan hormat kepada anda. Mereka berasa terhutang budi."
"Tips untuk wanita hamil untuk pertama kali\n\nBuat yang pertama kali hamil, disini kami kongsikan tips yang diharap dapat memberikan inspirasi hamil kali pertama. Selamat mengamal dan berhati-hati ya. :-)\n\nPerbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika mengandung. Dengan keizinan Allah, anak yang bakal lahir akan biasa mendengar alunan indah ayat-ayat suci Allah dan akan mempengaruhi apabila anak meningkat dewasa. Ibu dan bapa sebagai orang tua harus memainkan peranan dengan mengucapkan kata-kata indah Al-Quran sebagai tanda sayang dan kasih kepada bayi yang bakal lahir tersebut. Selain itu, dengan izinNya perhubungan dalam kekeluargaan akan menjadi lebih gembira dan bahagia.\n\nWanita hamil kali pertama harulah menjaga aspek pemakanan dengan menjamu makanan yang seimbang dan berkhasiat semasa mengandung. Ia bertujuan untuk memastikan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan kekal sihat dan terhindar daripada sebarang masalah. tambahan lagi menjamu makanan yang seimbang akan menyalurkan zat yang cukup kepada tubuh. Dengan itu, wanita hamil harus mengelakkan daripada makan sajian yang tidak berkhasiat seperti makanan yang mempunyai lemak tinggi.\n\n3.\u00a0\u00a0 Perlakuan anda akan mempengaruhi keadaan hamil kali pertama\n\nPerlakuan ketika hamil kali pertama akan mempengaruhi keadaan yang bermaksud jika melakukan sesuatu perkara yang tidak elok, ia mungkin menjejaskan tahap kesempurnaan atau kesihatan bayi. Oleh itu, berhati-hatilah ketika ingin membuat sebarang tindakan contohnya marah yang berterusan, memukul haiwan dan sebagainya. Di samping itu, ibu hamil hendaklah memelihara ibadah iaitu seperti mempertingkatkan amalan sunat serta berzikir. Dan adalah digalakkan untuk mengawal emosi dan tingkah laku untuk mengelakkan daripada perkara tidak diinginkan berlaku.\n\nPelbagai pantang larang yang harus dipatuhi oleh wanita yang hamil supaya kandungan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Oleh itu, wanita hamil hendaklah memohon pertolongan daripada ibunya atau ibu mertua bagi mendapatkan maklumat mengenai pantang-pantang ketika hamil. Sebagai contoh antara pantang larang ketika mengandung adalah wanita hamil tidak boleh mengambil makanan tajam seperti nanas kerana ia akan memberikan kesan negatif pada kandungan. Perbuatan yang diluar kawalan turut mempengaruhi keadaan anak sepeti menyepak kucing atau berbuat jahat pada haiwan yang lain. Andaikan kaki kucing yang disepak telah patah, berkemungkinan anak yang sudah lahir juga akan menjadi abnormal.\n\nPerasaan tertekan biasanya berlaku apabila wanita hamil penat bekerja. Sebagai contoh apabila wanita hamil mengandung yang bekerja pejabat mereka tidak mempunyai cukup yang rehat. Setelah balik ke rumah mereka akan menguruskan tanggungjawab seperti menguruskan rumah. Oleh itu, mereka rasa letih dan emosi mudah terganggu. Oleh itu, jika anda mengalami masalah sedemikian anda hendaklah sabar dan mengawal emosi tersebut supaya anda tidak rasa tertekan. Selain itu, suami memainkan peranan penting dalam menjaga isteri dan sentiasa membantu isteri setiap masa. Ia akan mengeratkan hubungan kasih sayang dan menyebabkan wanita hamil merasa selesa dan tidak beremosi.\n\nSemoga tips hamil kali pertama ini membantu."
"Jom cuba resepi agar agar milo oreo ini.\n\nResepinya sangat teramat mudah. Gunakan Milo dan susu sebagai bahan utama. Sukatan gula dan milo ikut selera ingin semanis mana.\n\nAgar agar milo resepi daripada Zaliana Haidir di laman Facebook telah mendapat perkongsian ramai. Yang membuat menarik dan unik ialah agar agar Milo ini menggunakan Oreo dalam layer susu. Anda mesti tidak ingin melewatkan resepi menarik ini bukan?\n\nTanpa buang masa, mari buat agar agar Milo lapis susu Oreo resepi di bawah ini. Boleh dihidangkan sebagi minum petang, pencuci mulut, mesyuarat, open house dan lain-lain. Sukatan untuk 30 acuan puteri ayu.\n\nResepi Agar Agar Milo Lapis Oreo\n\nBila agar agar sudah hancur dan mendidih, masukkan 1 tin susu pekat, milo dan gula sedikit. Kacau sampai sebati dan ketepikan.\n\nUntuk lapisan jangan tunggu agar agar sampai betul-betul mengeras dan jangan letak bila masih lunak nanti tidak jadi lapisannya.\n\nSelain resepi agar-agar Milo, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ada masanya bila hendak raikan sambutan harijadi anak, ibu -ibu teringin hendak membuat kek sendiri. Akan tetapi ketuharnya pula tiada. Apakata kali ini anda cuba resepi popular yang pasti akan jadi ini. Kek coklat lembab yang dikukus sehingga masak. \n\n Dengan menyediakan kek ini, anda pasti akan dapat merasai keenakan coklat yang kaya di dalam kek coklat kukus lembut. Apabila anda makan sahaja, pasti anda akan terpikat dengan rasa dan teksturnya. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Ibu Rabbani dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif di media \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada itu, terdapat beberapa resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini ya!"
"Puteri ayu yang selalu anda makan dan dijual kebiasaannya ialah puteri ayu pandan kelapa. Tapi pernahkah anda makan dan merasa puteri ayu coklat cheese? Resepi ini sempat viral dan dicubakan orang ramai. Adakah anda teringin?\n\nResepi puteri ayu coklat cheese senang sangat! Dikongsikan oleh \u200e \u200eZubaidah Awang\u200e di laman Facebook. Yang perlu anda lakukan hanya menyediakan adunan cheese dan adunan coklat. Lepas itu letak dalam acuan dan boleh dihidang selepas dikukus.\n\nSila cubakan resepi yang amat senang daripada kami. Boleh cuba buat untuk niaga manatahu rezeki kan?\n\nSelain resepi puteri ayu coklat cookies , kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Cili ataupun nama saintifiknya Capsicum merupakan salah satu bahan yang penting dalam masakan terutama sekali di Asia Tenggara. Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai \u2018cabai\u2019 ataupun \u2018lada\u2019. \n\nCili adalah sayuran daripada jenis keluarga solanacea. Seperti yang semua tahu, cili mempunyai pelbagai spesis dan jenis, begitu juga tekstur dan rasanya yang berbeza. Pada artikel kali ini, mari kami kongsikan 5 jenis cili yang mak dan bapa wajib ambil tahu.\n\nCili padi ataupun nama saintifiknya Capsicum Frustecen merupakan cili yang berbentuk kecil tetapi pedasnya sungguh tidak terkata. Ia juga merupakan cili yang dijual dengan harga yang tinggi berbanding dengan cili-cili yang lain. \n\nCili padi akan ditaman secara kecil-kecilan ataupun secara komersial. Pada kebiasaannya, cili jenis ini akan ditanam disekeliling rumah sama ada di dalam polybag atau pasu. \n\nPenanaman cili padi di Malaysia dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan setiap hari. Biasanya Cili Padi digunakan untuk membuat sambal ataupun nasi goreng cili padi. Namun kini, apa jua masakan pasti akan menggunakan cili padi. Ia tidak asing lagi!\n\nCili Benggala (Bell Pepper) ataupun nama botaninya Capsicum annum L adalah sejenis sayuran dari keluarga Solanacea. Cili ini dikatakan berasal dari Mexico, Amerika Syarikat dan Amerika Tengah.\u00a0 Cili ini tidak pedas tetapi rasanya agak enak.\n\nJenis cili ini ditanam untuk digunakan sebagai ramuan atau dalam salad masakan bagi kebanyakan bangsa di dunia ini. Bentuk cili benggala sungguh menarik kerana ia seperti sebiji buah epal. Ia juga tumbuh dengan 3 warna iaitu merah, kuning dan hijau.\u00a0\n\nKaedah penanamannya hampir sama seperti cili besar dari segi agronomi. Penanaman Cili Benggala biasanya diatas batas yang telah disediakan lubang penanaman dengan menebuk lapisan plastik silvershine.\u00a0\n\nCili Siam yakni nama lainnya Capsicum spp adalah sejenis cili yang kecil dan panjang berwarna hijau. Sesuai dengan namanya, Cili Siam diimport dari negara Thailand. Tahap kepedasan cili ini agak kurang berbanding Cili Padi. Lazimnya ia digunakan sambal, nasi goreng dan Tom Yam.\u00a0\n\nIa juga dikenal orang sebagai Hot Green Bird Eye Chili. Cili import yang mendominasikan pasaran kecil tempatan ini agak berbeza sedikit dengan cili burung tempatan walaupun rupanya lebih kurang sama. \n\nDisebabkan jenis cili ini tahan lama dan agak kurang pedas, ia sering menjadi pilihan ramai. Anda dapat melihat pengunaan cili ini kebanyakan di Restoran Tom Yam Thai.\n\nCili besar adalah cili tempatan yang paling banyak ditanam di Malaysia. Ia mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan cili segar. Terdapat beberapa jenis cili besar yang banyak ditanam antaranya adalah Cili Kulai, Cili MC 11, Cili MC 12, Cili M4 dan Cili Silok. \n\nJenis cili ini sering menjadi pilihan para petani kerana nilai komersil dan tahap kepedasan yang hanya dalam 150000 SUH sahaja. Ia juga memainkan peranan penting kerana digunakan untuk membuat cili kering. Harga cili besar selalunya berubah-ubah mengikut keadaan cuaca semasa. \n\nJika musim hujan atau kemarau, harganya akan melonjak naik manakala harganya akan menurun ketika musim panas. Cili besar mempunyai 2 warna iaitu merah dan hijau. Lazimnya, cili besar hijau lebih murah berbanding cili besar merah.\n\nCili kering adalah antara cili yang paling laris di Malaysia. Namun kebanyakkan cili kering diimport dari negara lain seperti China dan India. Di Malaysia, cili kering dijual dengan pelbagai jenis dan harga yang berbeza. \n\nTerdapat beberapa jenis cili kering yang diberi nama mengikut bentuknya, misalnya cili kering berkilat, berkerinting, gemuk dan lain-lain lagi. Ada juga nama yang diberi berdasarkan kepedasannya. \n\nJenis cili kering ini sebenarnya diperbuat daripada cili besar yang dijemur dan melalui beberapa fasa proses untuk menjadikannya cili kering seperti yang sering anda beli. Semestinya ia mempunyai gred dan kualitinya yang tersendiri.\n\nCili besar hijau adalah jenis cili besar merah tetapi ia berwarna hijau dan tergolong sebagai cili besar. Ia digelar varieti Cili Kulai dengan beberapa nama gred di pasaran seperti CA 905 F1 Cili Kulai 905,\u00a0CA 915 F1 Cili Kulai Kering,\u00a0CA 908 Cabai Kulai Kerinting, CA 907 F1 Cili Kulai 905,\u00a0CA 910 Kulai Tempatan,\u00a0CA 914 F1 Cili Kulai Pedas dan juga\u00a08338 Kulai King. \n\nBegitu juga dengan Varieti SDP33 yang dihasilkan oleh Sime Darby Seeds. Terdapat juga beberapa jenis cili yang dilabelkan sebagai Cili Hibrid F1 di pasaran. Ia tidak sama seperti cili besar merah. Namun, ia juga digunakan untuk kebanyakan masakan di Malaysia.\n\nItulah 6 jenis cili yang mak dan bapa wajib ambil tahu. Barulah tahu mana satu yang sesuai untuk dimasak dan boleh diberi kepada anak-anak. Sesetengah orang yang jarang memasuki dapur dan hanya tahu makan sahaja. Mereka tidak akan tahu perbezaan antara cili-cili ini. \n\nCili sangat penting pengunaannya sehinggakan orang melayu membuat pepatah \u201csiapa makan cili, dia yang terasa pedas\u201d. Kepedasannya tak dapat ditandingi lagi. Semoga sedikit pendedahan pada artikel kali ini dapat membantu anda.\n\nJom baca juga Cara sejukkan badan, Cara buat teh masala, Jadual diet dan Kesan makan mee segera."
"Tidur yang cukup adalah sangat penting untuk setiap manusia. Ini kerana semasa kita tidur, ia bukan sahaja masa untuk tubuh badan dicaj supaya bertenaga semula malah ia merupakan masa di mana sel-sel tubuh badan yang rosak akan diperbaiki.\n\nItulah sebabnya kenapa masalah kekurangan tidur bukan sahaja akan menyebabkan kita kepenatan malah akan menjejaskan kesihatan.\n\nOrang dewasa memerlukan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk mendapatkan kesan yang optimum kepada kesihatan. Tidur yang mencukupi akan mengelakkan daripada masalah stres, kenaikan berat badan, dan wajah yang hilang seri. Sebab tu ada istilah \u201cbeauty Sleep\u201d.\n\nIstimewa untuk anda yang mementingkan kesihatan dan kecantikan, hari ini kami akan kongsikan cara untuk mendapatkan tidur yang cukup agar anda kekal bertenaga dan awet muda sentiasa.\n\n1. Tinggalkan handphone di luar bilik tidur\n\nSalah satu punca susah untuk mendapat tidur yang cukup ialah disebabkan oleh gangguan handphone. Berapa ramai di antara kita yang membawa handphone ke atas katil dan masih menggunakan handphone untuk melihat media sosial atau bersembang di chatroom sementara menunggu mata terlelap? Mungkin kita berniat untuk melihat-lihat sekejap sementara mengantuk namun akhirnya menghabiskan masa berjam-jam mengadap handphone. Sudahnya? dah lewat pagi masih belum tidur. Macam mana nak dapatkan tidur yang cukup?\n\nJika anda nakkan tidur yang cukup, sila tinggalkan handphone di luar bilik tidur semasa tidur. Jika anda risau kalau-kalau ada panggilan kecemasan di waktu malam, anda boleh kuatkan nada dering sehingga anda yang berada dalam bilik tidur boleh mendengar panggilan masuk. Tabiat membawa masuk handphone ke dalam bilik tidur akan mengganggu aura bilik dan menyebabkan anda tidak mendapat tidur berkualiti dan secukupnya.\n\nSelain handphone, alatan elektronik lain seperti laptop dan televisyen juga adalah tidak sesuai untuk dibawa masuk ke dalam bilik tidur. Ia akan mengahasilkan tenaga gelombang elektrik yang boleh mengganggu ketenangan penghuni bilik tersebut. Oleh itu, kalau anda susah untuk tidur, elakkan daripada membawa alatan elektrik dan elektronik ke dalam bilik tidur.\n\n2. Mandi air panas sebelum tidur\n\nCara untuk mendapatkan tidur secukupnya yang seterusnya ialah dengan cara mengamalkan mandi air panas sebelum tidur. Mandian dengan air panas akan menyegarkan tubuh badan dan menyediakan badan untuk memasuki fasa berehat semasa tidur. Selepas mandi air panas, tubuh badan akan menjadi relax, segar, dan segala kepenatan dan lesu sepanjang hari akan hilang. Itulah sebabnya kenapa kami sarankan anda untuk mandi air panas sebelum tidur.\n\nDah siap mandi air panas, pakai baju tidur yang paling selesa. Pakai bedak dan wangian kegemaran anda, pastinya mood anda akan sangat baik dan tubuh badan berasa selesa dan bersedia untuk tidur.\n\n3. Minum susu panas atau coklat panas sebelum tidur\n\nDah siap mandi air panas, kami cadangkan anda minum susu panas atau coklat panas, pilih yang mana satu kegemaran anda. Amalan minum susu atau coklat panas sebelum tidur akan menyegarkan dan merelaxkan tubuh badan. Bayangkan, anda dah mandi air panas, selesa dalam pakaian tidur, kemudian minum pula air panas kegemaran, pastinya anda akan berasa sangat selesa untuk masuk tidur.\n\nNamun elakkan daripada minum minuman yang mempunyai kafein seperti kopi atau teh kerana kandungan kafein di dalamnya akan menyebabkan anda susah untuk tidur. Nanti anda berjaga sehingga pagi, susah pula.\n\n4. Pastikan bilik tidur berada dalam suasana yang tenang dan nyaman\n\nDah mandi air panas, dah minum air panas kegemaran, sekarang tiba masanya untuk anda memastikan bilik tidur anda berada dalam suasana yang nyaman dan selesa. Elakkan tidur dalam bilik tidur yang berselerak dan tidak kemas kerana ia akan menganggu mood dan emosi anda. Pastikan bilik anda berada dalam keadaan kemas dan rapi. Selain memastikan bilik berada dalam keadaan kemas, suasananya juga memainkan peranan yang penting untuk memberikan anda tidur yang cukup.\n\nPastikan lampu yang dipasang adalah redup dan tidak terlalu terang. Suhu yang selesa iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas juga adalah sangat penting agar anda mendapat tidur yang cukup. Nakkan tidur yang lebih lena? Kami cadangkan anda pasang lilin aromaterapi dengan bau kegemaran anda. Pastinya anda akan tidur dengan tenang dan lena sehingga pagi.\n\n5. Selesaikan semua urusan sebelum masuk tidur\n\nTips kelima yang ingin kami kongsikan adalah di antara yang paling penting untuk anda amalkan agar mendapat tidur yang cukup. Sebelum anda masuk tidur, pastikan semua urusan telah diselesaikan supaya anda tidak memikirkan benda yang tidak sepatutnya semasa berehat di atas katil, lebih-lebih lagi bagi para ibu. Jika masih ada pinggang mangkuk di dapur yang belum dibasuh, pastinya anda akan susah hati untuk tidur. Malah kalau anda teringat tentang bunga kesayangan yang belum bersiram, pastinya susah untuk anda melelapkan mata. Betul tak?\n\nOleh itu, selesaikan semua urusan dan tanggung jawab sebelum anda masuk tidur. Utamakan apa yang perlu dilakukan dengan segera. Mana-mana tanggung jawab yang boleh ditunda sehingga pagi esok, anda boleh lakukan pada keesokan paginya. Jangan paksa diri untuk melakukan semua tugasan sekali gus.\n\nItulah dia info tentang cara untuk mendapatkan tidur yang cukup yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang posisi tidur terbaik untuk ibu hamil, tips latih bayi tidur malam, dan doa untuk bayi tidur lena."
"Mencari resepi ayam yang menarik? Pada tulisan kali ini kami hadirkan resepi ayam vanggey sedap. Siapa suka makan ayam vanggey? Mesti ada yang belum pernah makan lagi.\n\nAyam vanggey dimasak dengan cara goreng ayam terlebih dahulu baru kemudian dimasak dengan rempah dan bahan kisar. Ayam vanggey sedap dimakan dengan nasi vanggey untuk makan tengah hari atau dihidang untuk acara kenduri kendara.\n\nRamai orang suka hidangan ini. Jika anda buat ayam vanggey mengikut resepi yang dikongsikan oleh Norashida Zainal di laman Facebook, gerenti ramai yang suka masakan anda. Sedap lauk ini patut cuba.\n\nSelain ayam vanggey, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Menghormati ibu bapa adalah salah satu daripada kewajipan seorang anak kepada orang tuanya. Tidak dinafikan, terlalu banyak jasa dan perngorbanan yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kita sejak kita dalam kandungan sehingga hidup sihat pada hari ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara menghormati ibu bapa gaya Rasulullah, panduan buat anak soleh dan solehah sekalian.\n\nPatuh dan taat kepada perintah ibu bapa\n\nApabila kita membesar dan menjadi seorang dewasa, pastinya kita mempunyai hidup sendiri. Malah pada masa ini kita sudah mempunyai keluarga sendiri dan bergelar ibu atau bapa. Sungguh pun kita sudah bergelar seorang dewasa, sebagai seorang anak kita masih mempunyai tanggung jawab untuk patuh dan taat kepada perintah ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam.\n\nAda yang beranggapan bahawa anak perempuan tidak lagi wajib untuk patuh dan taat kepada ibu bapanya selepas berkahwin kerana kini syurganya terletak pada suami. Pandangan ini adalah salah. Walau pun sudah bersuami, tanggung jawab untuk menghormati ibu bapa dengan cara patuh dan taat kepada perintah kedua mereka masih perlu dilakukan, namun wajib meletakkan suami pada kedudukan utama.\n\nMengambil berat dan selalu bertanya khabar kedua ibu bapa\n\nDalam kehidupan kita seharian, pastinya sentiasa sibuk dengan tanggung jawab hakiki di tempat kerja. Ditambah lagi dengan urusan di rumah di mana ada suami dan anak-anak yang sentiasa dahagakan perhatian dan kasih sayang dari kita. Dalam menyeimbangkan di antara keluarga dan kerjaya, ada kalanya kita terlupa bahawa sebagai seorang anak adalah menjadi tanggung jawab kita untuk sentiasa mengambil berat dan bertanya khabar kedua ibu bapa di kampung.\n\nSentiasa mengambil berat dan bertanya khabar ibu bapa adalah di antara cara untuk kita menunjukkan bahawa kita menghormati mereka sebagai orang tua yang telah banyak berjasa kepada kita. Tanpa mereka berdua kita takkan berada ditahap dan pencapaian kita hari ini. Oleh itu, jangan lupa untuk selalu bertanya khabar ibu bapa anda.\n\nSelain itu jangan lupa untuk selalu menjenguk kedua ibu bapa di kampung. Biasanya orang tua sentiasa berasa sunyi dan ternanti-nanti ketibaan anak-anak untuk melawat mereka. Mungkin ibu bapa anda mengharapkan anda untuk pulang namun tidak meminta kerana bimbang akan menyusahkan anda yang sibuk dengan urusan kerja. \n\nMinta pandangan dalam membuat keputusan penting dalam hidup\n\nSatu lagi cara menghormati ibu bapa yang boleh kita amalkan ialah dengan cara meminta pandangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan yang penting dalam hidup. Contohnya sebelum berkahwin, sebelum memilih kerjaya, sebelum membeli rumah, sebelum membeli kereta, dan sebagainya. Sememangnya anda adalah orang yang akan membuat keputusan untuk diri sendiri, namun meminta pandangan kedua ibu bapa menunjukkan anda hormat kepada mereka dan akan membuatkan mereka berasa penting dalam hidup anda.\n\nMelayan kedua ibu bapa dengan lemah-lembut dan penuh kasih sayang\n\nIngat tak lagi? Semasa kita masih kecil dahulu, kedua ibu bapa melayan kita dengan lembut, baik, dan penuh kasih sayang. Kini tiba masanya untuk kita membalas jasa mereka dan menunjukkan rasa hormat dengan melayan kedua ibu bapa dengan lemah-lembut, sopan-santun, dan penuh dengan kasih sayang. Lebih-lebih lagi jika kedua ibu bapa kita semakin tua dan berumur.\n\nOrang tua biasanya lebih sensitif dan mudah terasa. Itulah sebabnya kita sebagai anak wajib menjaga setiap kata-kata, perbuatan, dan layanan kita terhadap mereka agar tidak melukakan hati kedua ibu bapa. Layanan kita yang baik adalah salah satu cara untuk menunjukkan rasa sayang dan hormat kepada kedua ibu bapa.\n\nRingankan tulang untuk membantu kedua ibu bapa\n\nIbu bapa terutamanya yang sudah berumur lazimnya mempunyai tenaga dan keupayaan yang terbatas, tidak sama seperti semasa mereka masih muda. Inilah masanya kita sebagai anak menunjukkan rasa hormat dan kasih kepada mereka dengan cara meringankan tulang untuk membantu kedua ibu bapa dalam urusan seharian mereka. Mungkin dulu ibu bapa kita boleh memandu ke hospital dengan sendiri untuk temujanji dengan doktor, namun kini dengan usia yang makin senja, memandu ke hospital bukan lagi sesuatu yang mudah.\n\nApa salahnya kalau kita luangkan masa untuk menemani kedua ibu bapa ke hospital. Pastinya ibu bapa akan menghargai dan berasa disayangi. Selain itu, rajinkan diri untuk membantu membersihkan rumah, memasak, dan kerja-kerja rumah yang lain. Itulah salah satu cara untuk kita menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa.\n\nMenerima teguran dan nasihat dengan berlapang dada\n\nSebagai ibu bapa, pastinya mereka akan sentiasa memerhatikan segala gerak-geri dan perbuatan yang kita lakukan. Jika ada yang kelihatan kurang sesuai, selalunya ibu bapa akan menegur dan menasihati kita. Mungkin ada kalanya kita merasak bahawa teguran dan nasihat yang diberikan agak tidak sesuai dengan cara kita orang muda, namun sebagai seorang anak sepatutnya kita menerima semua teguran dan nasihat dengan hati yang terbuka.\n\nIa adalah salah satu cara kita menunjukkan rasa hormat terhadap ibu bapa. Jika anda merasakan bahawa teguran yang diberikan tidak relevan, sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada ibu bapa yang sentiasa mengambil berat tentang anda.\n\nItulah dia info tentang cara menghormati ibu bapa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang peranan ibubapa dan gaya asuhan ibu bapa"
"Islam adalah sebaik-baik agama. Perkataan islam datang dari arab yang bermaksud penyerahan diri kepada tuhan tanpa logik dan akal. Negara Malaysia adalah negara islam rasmi dengan majoriti rakyatnya adalah beragama islam. Selain agama islam, Malaysia juga ada penganut agama lain seperti kristian, budha, hindu dan lain-lain lagi.\n\nOrang yang beragama islam dipanggil muslim berpegang pada 5 rukun islam iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Ini adalah 5 rukun islam yang wajib muslim tahu kerana ia adalah tanggungjawab mereka kepada masyarakat.\n\nDalam islam terbahagi kepada 3 kategori wanita islam. Wanita yang beragama islam dipanggil muslimah. Apakah kategori wanita islam?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 3 kategori wanita islam. Info ini dikongsikan oleh Puan Norsyahida Al-HashimyPuan Norsyahida Al-Hashimy. Puan Norsyahida gemar berkongsikan ilmu-ilmu yang bermanfaat di laman Facebooknya. Puan juga mempunyai seorang anak lelaki dan seorang suami yang dicintainya.\n\n\u2013 Memikirkan hal duniawi, Seperti fesyen baju, fesyen niqab, fesyen tudung dan makeup terkini..upload gambar (walaupun menutup aurat) Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu agama dan menceritakan amalan baik yang dilakukannya.\n\n\u2013 Memikirkan cara untuk memperbaiki diri tanpa perlu menghebahkan pada orang lain..sibuk menghadiri majlis-majlis ilmu agama tanpa ada niat untuk menunjuk-nunjuk..memikirkan cara berpakaian yang tidak tabarruj supaya lebih berhati-hati di hadapan ajnabi.\n\n\u2013 Memikirkan sepenuhnya kepada akhirat, mencari redha Allah dalam setiap perbuatan yang dilakukannya..menyibukkan diri untuk bekalan di akhirat kelak dan memikirkan tentang keadaan umat islam dan sentiasa mendoakan moga-moga semua akan mendapat hidayah dan beroleh syurga Allah.\n\n\u25cfSaidatina Aisyah RA pernah berpesan :\n\n\u201cSebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang..\u201d\nMuliakanlah dirimu dengan taqwa, jagalah kehormatanmu dan perhiasilah keperibadianmu dengan cahaya dari Allah swt. Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau di kejar oleh ribuan lelaki, Sesungguhnya itu bukan KEMULIAAN bagimu sebaliknya KEMURAHAN dirimu.\n\n*Berikut adalah 3 kategori wanita islam. Ramai yang tidak tahu bahawa wanita islam dibahagikan kepada 3 kategori iaitu wanita muslimah, wanita mukminah dan wanita muttaqin. Selalu yang disebut adalah wanita muslimah. Wanita mukminah dan wanita muttaqin tidak disebut kerana kurang pencegahan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sesuai dengan peredaran masa, tidak dapat dinafikan anak-anak kita hidup di zaman teknologi yang berkembang pesat. Penggunaan teknologi dan pemberian gajet \u00a0pada masa kini tetap ada pros and cons\u00a0buat anak-anak.\n\nJika kita menggunakan sesuatu kemudahan itu dengan baik, sudah pasti kita dapat manfaatnya. Sebaliknya, jika kita menyalahgunakan sesuatu kemudahan itu, pasti banyak mudarat yang mendatang.\n\nSalah satu medium teknologi yang menjadi kegilaan semua pelayar internet ialah\u00a0youtube. Saluran youtube\u00a0tidak asing lagi dalam kehidupan kita, klik sahaja video apa yang dimahukan, semuanya tersedia ada. Baik dari pendidikan, kerohanian, filem atau drama, semuanya pasti tertera.\n\nMari kita lihat manfaat saluran youtube kepada anak-anak kita yang memberikan informasi yang terbaik dalam proses pembelajaran mereka.\n\nJom ikuti 10 saluran youtube yang bermanfaat ini:\n\nMelalui saluran ini anak-anak berpeluang mengeksplorasi dunia pelbagai jenis hidupan haiwan.\n\nTerdapat tema tertentu dalam seminggu yang boleh diikuti seperti:\n\nVideo-video yang ditayangkan sudah pasti akan mencetuskan pelbagai persoalan dari minda anak-anak kita dek kerana teruja dengan pelbagai informasi yang dipaparkan.\n\nBerminat dengan sains?. Ini adalah saluran yang menarik untuk anak-anak mempelajari dunia sains yang sangat meluas ini!\n\nAntara topik yang dibincangkan ialah lapisan bumi, kesan rumah hijau, hidupan laut dan banyak lagi.\n\nJangan lupa untuk subscribe saluran ini ya\ud83d\ude09.\n\nSangat sesuai sebagai aktiviti pengukuhan kemahiran membaca buat si anak. Saluran ini mengajar anak membaca menggunakan kaedah fonik yang sangat mudah difahami.\n\nMemaparkan video-video yang penuh warna-warni dan animasi yang menarik yang pasti dapat menarik minat dan membantu dalam proses membaca mereka.\n\nSelamat datang ke dunia seni yang penuh warna-warni!\n\nSaluran ini memaparkan pelbagai teknik untuk belajar melukis yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.\n\nAntara teknik yang boleh dipelajari ialah bagaimana untuk melukis ikan duyung, watak permaisuri dan beberapa watak kartun seperti hello kitty.\n\nLagi saluran yang mendedahkan anak-anak kepada dunia sains. Pelbagai eksperimen sains yang menarik ditunjukkan menerusi saluran ini yang mudah untuk dilakukan oleh kanak-kanak di sekolah atau di rumah.\n\nAntara eksperimen yang boleh diikuti ialah:\n\nBukan setakat anak-anak sahaja yang teruja, ibu bapa juga pasti seronok dapat mencuba pelbagai aktiviti sains yang menarik ini.\ud83d\ude01\n\nDunia haiwan memang sangat luas. Terlalu banyak fakta tentang hidupan haiwan ini yang kita tidak ketahui. Melalui video-video inilah kita boleh belajar pelbagai perkara seperti:\n\nPelbagai informasi yang bermanfaat boleh didapati di saluran ini. Memang terbaik!.\n\n7. Its Okay To Be Smart\n\nSaluran ini menceritakan segalanya tentang sains. Antaranya, memberi informasi tentang alam semesta yang menakjubkan, perubahan cuaca yang berlaku di dunia dan evolusi hidupan.\n\nBanyak fakta sains yang dikongsikan dalam video-video di saluran ini. Memang akan membuat kita teruja untuk mengetahui tentang fenomena yang berlaku di sekeliling yang tanpa kita sedar.\n\nDunia sains memang penuh dengan misteri. Layari saluran ini untuk mendalaminya dengan fakta-fakta yang sangat menarik!.\n\nMari ikuti saluran ini, pelbagai persoalan ini pasti akan terjawab. Tambahan lagi, anak-anak pasti teruja mengetahui informasi \u00a0ini.\n\nSaluran yang sangat sesuai untuk pelajar, guru dan ibu bapa yang mencari bahan-bahan yang menarik dalam proses pembelajaran.\n\nGuru-guru boleh menayangkan video-video yang terdapat di dalam saluran ini kepada para pelajar sewaktu di dalam kelas.\n\nPara pelajar pula boleh menggunakan saluran ini untuk mengulangkaji pelajaran dan ibu bapa boleh mencari pelbagai idea untuk\u00a0homeschooling anak di rumah.\n\nPastinya, saluran ini sangat bermanfaat untuk semua penonton.\n\nSama juga dengan saluran Art Hub, anak-anak juga boleh mempelajari pelbagai teknik dalam seni lukis menerusi video yang ditayangkan.\n\nBagi yang mempunyai minat dalam dunia seni, medium ini sudah pasti sangat membantu mereka untuk mengasah bakat melukis.\n\nAnak-anak boleh belajar bagaimana untuk melukis buah-buahan, watak kartun dan pelbagai jenis haiwan.\n\nSangat menarik bukan senarai saluran youtube di atas?. Namun, sekali lagi ditegaskan, jika kita menggunakan teknologi dengan baik, maka banyaklah kita dapat manfaatnya. Jika kita menggunakannya dengan salah, maka banyaklah keburukannya.\n\nPemantauan daripada ibu bapa sangat diperlukan bagi mengawasi anak-anak supaya teknologi itu digunakan dengan sebaiknya.\n\nSumber: Ikuti Puan Rohayati Romli di laman facebook beliau untuk idea homeschooling yang menarik."
"Anda peminat ketam? Pastinya jenuh menahan perasaan bila melihat pelbagai menu berasaskan ketam yang berkeliaran dimedia sosial. Nak-nak lagi pada musim ketam besar iaitu semasa bulan mengambang penuh. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis ketam yang biasa dijual di Malaysia. Setiap jenis ketam mempunyai rasa yang tersendiri.\n\nMalah berlainan jenis ketam, anda akan mendapat tekstur isi yang berbeza. Apa yang lebih penting, bukan semua jenis ketam halal untuk dimakan oleh kita yang beragama islam.\n\nJom kita lihat jenis ketam yang mak-mak perlu tahu supaya tak tersalah beli ketam yang tidak halal untuk dimakan.\n\nKetam bunga ialah ketam yang biasa dijual di pasar-pasar ikan dan pasar basah di Malaysia. Ketam bunga berada di laut dalam dan biasanya ditangkap dengan bot besar. Ia merupakan ketam yang berwarna kebiruan dan mempunyai corak berbunga pada cengkerangnya.\n\nKetam bunga adalah sangat manis dan sedap dimakan. Isinya juga banyak dan pejal menjadikan ia ketam pilihan utama rakyat Malaysia. Cengekerang ketam bunga yang berwarna kebiruan akan berubah menjadi merah apabila dimasak. Kalau anda pandai untuk memilih, anda akan mendapat ketam bunga yang mempunyai telur. Telur ketam bunga yang berwarna oren sangat sedap apabila dimasak.\n\nKetam nipah adalah lebih kecil berbanding ketam bunga. Warnya coklat terang dan selalu dijumpai di kawasan pokok nipah, seperti namanya. Ketam nipah bukan haiwan dua alam maka ianya adalah halal untuk dimakan. Sepit ketam nipah adalah besar dan dibelakang badannya terdapat sepasang kaki berbentuk leper yang digunakan untuk berenang semasa berada di dalam air. Isi ketam nipah mungkin tidak semanis ketam bunga namun ia mempunyai peminat yang tersendiri.\n\nSalah satu khasiat ketam nipah ialah ia mampu mengubati demam denggi. Biasa kita dengar mereka yang mengidap demam denggi digalakkan untuk makan sup ketam nipah, minum air 100 plus dan minum jus betik. Ketiga-tiga yang kami sebutkan ini sememangnya berkesan untuk menghilangkan demam denggi dengan cepat. Jika anda ingin menyediakan sup ketam nipah untuk pesakit denggi, berikut adalah resepinya:\n\nJika anda tidak dapat mencari ketam nipah, anda juga boleh menggunakan ketam jenis lain. Bentuk ketam nipah adalah seakan-akan sama dengan ketam batu menyebabkan ada masanya orang tertukar di antara dua ketam tersebut. Adalah sangat penting untuk kita pandai membezakan di antara ketam nipah dan ketam batu kerana ketam nipah halal dimakan sementara ketam batu pula adalah haram untuk dimakan.\n\nKetam batu adalah sejenis ketam yang biasa dijumpai di celah-celah batu di sepanjang pesisiran pantai. Ia adalah sejenis ketam yang haram dimakan oleh orang islam memandangkan ia adalah sejenis binatang dua alam. Ketam ini boleh hidup di dalam air dan juga di atas darat.\n\nKetam batu berwarna coklat seperti ketam nipah namun warnanya adalah lebih gelap. Berbanding ketam nipah, penyepit ketam batu adalah lebih kecil. Jika ketam nipah adalah kecil dari bentuk fizikal, ketam batu pula berbentuk lebar dan mempunyai isi yang padat. Isinya yang padat menyebabkan ketam batu menjadi kegemaran masyarakat cina.\n\nPerbezaan yang paling ketara di antara ketam nipah dan ketam batu ialah bentuk kaki kecik dihujung badannya. Bagi ketam nipah, kakinya yang terakhir adalah leper dan digunakan untuk berenang semasa berada di dalam air. Sementara bagi ketam batu, semua kakinya adalah sama. Ia tidak mempunyai kaki khas untuk berenang. Oleh itu, jika anda ragu-ragu sama ada ketam tersebut ialah ketam nipah atau ketam batu, lihat sahaja kakinya. Pasti anda akan mendapat jawapan.\n\nIni adalah sejenis ketam laut dalam seperti ketam bunga. Bezanya ialah ketam biru berwarna biru dan tidak mempunya corak bunga pada cengkerangnya. Seperti ketam bunga, keta, biru juga mempunyai isi yang sangat manis dan padat. Semasa gerhana bulan, ketam biru akan menjadi sangat besar dan isinye semakin padat. Pada masa ini juga ketam biru akan bertelur.\n\nIa adalah sejenis ketam yang dijumpai di kawasan pokok bakau. Ia duduk di dalam lumpur dan untuk mencarinya anda perlu mengorek lumpur. Rasa ketam ini agak berlumpur namun jika anda pandai membersihkan dan memasak dengan cara yang betul, rasa ketam bakau adalah sangat sedap.\n\nKetam lumpur adalah ketam yang boleh dijumpai di kawasan berlumpur seperti muara sungai. Ketam lumpur biasanya banyak dijual di kampung nelayan yang berdekatan dengan muara sungai. Ia biasanya dikutip semasa air sedang surut.\n\nItulah dia info tentang tips jenis ketam mak-mak perlu tahu\u00a0 yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang jenis cincin jenis sedekah, dan jenis kuali."
"Setiap ibu bapa yang baru mendapat cahayamata pasti terfikir untuk mengadakan majlis aqiqah bagi menyambut kelahiran bayi tersebut. Pelaksanaan aqiqah untuk bayi yang baru lahir amat digalakkan dalam Islam. Ia merupakan manifestasi tanda syukur kepada Allah atas kelahiran anak.\n\nUntuk itu, pengetahuan tentang aqiqah perlu diketahui sebelum aqiqah dijalankan. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui 9 perkara penting tentang majlis aqiqah.\n\nPelaksanaan aqiqah adalah sempurna sekiranya memenuhi syarat sah aqiqah berikut:\n\n2. Mengetahui Bilangan Haiwan Sembelihan Untuk Aqiqah\n\nKadar aqiqah bagi anak adalah berbeza mengikut jantina. Jika anak lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing manakala anak perempuan pula adalah seekor kambing.\n\nIni berpadanan dengan sabda Nabi SAW :\n\nYang membawa maksud: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing\u201d. \u2013 Riwayat Abu Daud (2842)\n\nSelain kambing, terdapat pilihan lain untuk haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau, unta, kibas, biri-biri dan lain-lain. Jumhur ulamak berpendapat aqiqah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.\n\nBilangan bahagian pula juga mengikut haiwan. Lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sebanyak 7 bahagian yang bersamaan 7 ekor kambing.\n\nBagi haiwan lain, kadar mereka berbeza dan tidak sama juga mengikut umurnya:\n\nHaiwan aqiqah ini juga haruslah tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.\n\nWalaupun aqiqah adalah sunat muakkad, namun terdapat kelonggaran untuk ibu bapa yang ingin melaksanakannya.\n\nIbu bapa yang tidak mampu membuat aqiqah anaknya ketika berusia 7 hari boleh menangguhkannya sehingga anak berusia 14 hari. Namun jika masih tidak mampu untuk melakukannya, ia masih boleh dilanjutkan sehingga anak berusia 21 hari.\n\nJika masih tidak berkemampuan juga, ibu bapa tersebut boleh melakukan aqiqah apabila anak sudah akil baligh. Selepas baligh, gugurlah tuntutan untuk membuat aqiqah daripada ayah dan berpindah kepada anak itu.\n\nUlama bersepakat mengatakan bahawa waktu melaksanakan aqiqah adalah afdhal pada hari ketujuh kelahiran anak tetapi ada juga berpendapat untuk melewatkan aqiqah.\n\nBerikut adalah had waktu yang berbeza mengikut mazhab.\n\n4. Perkara-Perkara Sunat Dalam Majlis Aqiqah\n\nTerdapat beberapa perkara sunat yang perlu diketahui oleh ibu bapa dan keluarga yang ingin melaksanakan aqiqah:\n\nHal ini sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Aisyah r.a., \u201cMenyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.\u201d\n\nIni berpadanan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud ketika Fatimah binti Muhammad S.A.W mengadakan aqiqah anaknya, Rasulullah S.A.W bersabda, \u201cMakan dan jamulah seleramu, tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya.\u201d\n\n5.\u00a0 Adakah Boleh Melakukan Aqiqah Untuk Bayi Yang Sudah Meninggal?\n\nTerdapat berbeza pendapat mengenai bayi yang meninggal dunia. Ada yang mengatakan gugur sunat amalan tersebut dengan kematian.\n\nIni juga termasuk di dalam konteks sekiranya bayi yang dikandung itu meninggal dalam kandungan. Sekiranya mampu, ibu bapa digalakkan membuat aqiqah untuk bayi tersebut.\n\nTidak disunatkan membuat aqiqah untuk anak yatim. Tuntutan aqiqah hanya ditujukan kepada pihak yang wajib memberikan nafkah sahaja iaitu ayah.\n\nJika ayah tidak mampu, tuntutan ini berpindah kepada datuknya. Orang lain tidak dituntut kecuali anak itu sendiri ingin membuat aqiqah setelah dewasa.\n\nTerdapat persoalan tentang pengurusan sisa daging aqiqah. Ini kerana terdapat ramai keluarga yang menggunakan khidmat katering untuk menguruskan majlis aqiqah anak mereka.\n\nSebenarnya tiada dalil khusus atau ijtihad ulamak yang menetapkan demikian. Sisa aqiqah boleh dibuang seperti biasa seperti sisa makanan lain.\n\n8. Bolehkah Memberikan Daging Aqiqah Kepada Orang Bukan Muslim?\n\nMenjadi kemestian bagi keluarga menyambut kelahiran anak untuk menjemput jiran tetangga termasuklah jiran yang bukan Islam.\n\nSebenarnya, memberikan sedikit masakan jamuan aqiqah kepada jiran yang bukan Muslim adalah dibolehkan dan pemberiannya dipanggil sebagai hadiah.\n\nIni menunjukkan imej yang baik sebagai orang Islam selain menjaga hubungan mesra sesama manusia yang berlainan agama selagi mereka tidak memerangi dan menyakiti kita.\n\n\u00a09. Bolehkah Menjual Daging Lebihan Aqiqah?\n\nPendapat majoriti ulama mengatakan bahawa tidak boleh menjual mana-mana bahagian daripada haiwan sembelihan aqiqah. Selain itu, menjual sesuatu daripada haiwan aqiqah akan menyebabkan nilai sedekah yang ingin dicapai dalam ibadah aqiqah tersebut berkurangan.\n\nTetapi, terdapat pendapat daripada ulama mazhab Hambali mengatakan ia boleh dijual asalkan nilai tersebut dimanfaatkan oleh masyarakat awam. Namun adalah lebih baik niatkan sebagai sedekah.\n\nDemikianlah maklumat dan beberapa perkara tentang majlis aqiqah yang perlu diketahui oleh ibu bapa yang ingin melakukan ibadah aqiqah. Diharapkan majlis aqiqah anda membawa keberkatan kepada anak anda.\n\nOh ya, bagi anda yang berhajat untuk membuat majlis aqiqah anak, bolehlah mencuba perkhidmatan Simply Aqiqah.\n\nSimply Aqiqah membantu memudahkan urusan ibu dan bapa yang masih belum melaksanakan aqiqah anak mereka dengan menjalankan perkhidmatan aqiqah di Makkah.\n\nKalau berminat boleh terus ke laman web Simply Aqiqah untuk maklumat lanjut dan urusan penempahan (link)."
"Baju hamil atau baju untuk ibu mengandung merupakan pakaian yang sentiasa dicari oleh bakal ibu untuk tetap tampak cantik semasa berbadan dua. Dapat bergaya dengan pakaian selesa dan nampak cantik pada masa yang sama adalah satu kelebihan. Justeru itu, semasa mengandung para ibu akan sentiasa berfikir bagaimana hendak kelihatan cantik walaupun saiz tubuh sedikit besar daripada saiz asalnya.\n\nTambahan pula jika ketika hamil ini, baju yang dipakai tidak selesa ia boleh menyebabkan ibu berasa kurang berkeyakinan ketika mengandung. Jadi, pemilihan baju ibu mengandung yang sesuai amatlah berguna dan penting bagi meningkatkan keyakinan diri ibu-ibu untuk sentiasa selesa dan gembira.\n\nBagaimanakah caranya untuk memilih pakaian yang sesuai semasa mengandung? Di sini akan dikongsikan beberapa tips berkaitan pemilihan baju ibu mengandung bagi bakal ibu-ibu. Semoga ianya dapat membantu para ibu dalam memilih pakaian yang betul ketika berpakaian. Antara tips tersebut adalah :\n\n7 Tips Membeli Baju Hamil Untuk Ibu Mengandung\n\nSemasa hendak membeli baju mengandung, bakal ibu perlu bijak dalam pemilihan baju. Bakal ibu perlu bijak dalam mengenali bentuk badan ketika mengandung. Jika perut anda lebih ke bawah, pakaian yang lembut di pinggang akan lebih selesa. Manakala, sekiranya perut lebih lebih tinggi wujudkan garisan antara dada dan perut.\n\nAntara cara mewujudkan garisan pada baju mengandung menggunakan tali atau getah. Ianya akan terlihat lebih elegan apabila ada garisan yang memisahkan perut dengan dada. Pada masa yang sama, akan terlihat baby bum ibu tersebut. Tetapi perlu beringat, elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat atau pakaian yang melekat di tubuh badan. Ianya akan menyebabkan ketidakselesaan semasa memakai pakaian tersebut.\n\n#2 \u2013 Fabrik Lembut Yang Serap Peluh\n\nMembeli pakaian hamil\u00a0semasa mengandung perlu mengutamakan soal fabrik. Dan antara fabrik yang paling sesuai untuk pemilihan pakaian ibu hamil ialah dari kain jenis jersi. Jika ibu hamil tidak suka pada kain jersi, ibu-ibu boleh pilih pakaian dari jenis kain yang lain. Cuma pastikan memilih pakaian dengan mengutamakan fabrik kain yang lembut dan menyerap peluh.\n\nIni penting bagi memberikan keselesaan kepada para ibu semasa melakukan pergerakan. Elakkan pemilihan pakaian yang menggunakan kain yang agak keras atau kasar kerana kain ini akan menyebabkan anda berasa kurang selesa dan panas hingga tahap berpeluh-peluh.\n\n#3 \u2013 Pilih Baju Ibu Mengandung Yang Mesra Menyusu\n\nMembuat pemilihan baju mengandung bersama dengan baju mesra menyusu. Ianya boleh menjimatkan kos pembelanjaan dan membolehkan para ibu menggunakan pakaian tersebut dalam jangka masa yang lama yakni semasa mengandung dan menyusu badan.\n\nBaju penyusuan yang paling mudah adalah baju yang hanya perlu selak sahaja di bahagian dada. Ada juga baju mesra penyusuan yang mempunyai butang atau zip di bahagian dada bagi memudahkan proses penyusuan bayi. Pilihlah baju yang begini untuk pemakaian dalam masa yang lebih lama. Barulah jimat dan tak membazir!\n\n#4 \u2013 Pilih Design Atau Corak Menegak Berbanding Melintang\n\nPilih pakaian mengandung dengan design atau corak yang menegak berbanding dengan melintang. Design baju mengandung dengan corak begini sangat sesuai kerana pakaian corak menegak melihatkan si pemakainya kelihatan kurus berbanding dengan pakaian dari corak yang melintang.\n\nWalaupun tubuh wanita mengandung kelihatan besar tetapi dengan menggunakan corak baju yang menegak akan memperlihatkan susuk badan mereka lebih elegan dan kecik walaupun berbadan dua. Barulah nampak lebih langsing.\n\n#5 \u2013 Pilih Seluar Dengan Rekaan Untuk Wanita Mengandung\n\nBagi wanita yang bekerjaya, pilihlah seluar yang direka khas untuk wanita mengandung. Perincian seluar khas untuk ibu mengandung ini selalunya di reka sesuai mengikut kehendak tubuh si ibu yang sedang hamil itu sendiri.\n\nKebiasaannya, seluar ini sangat membantu untuk digayakan ketika sedang hamil di fasa trimester ke-3 kerana semasa fasa ini, kandungan sudah semakin membesar. Selalunya seluar bagi wanita yang mengandung ini mempunyai getah atau tali untuk memudahkan ibu melaraskannya mengikut keselesaan dan saiz perut.\n\n#6 \u2013 Elak Guna Kasut Tumit Tinggi\n\nElakkan menggunakan kasut yang bertumit tinggi semasa mengandung terutamanya\u00a0semasa trimester ke-3. Hal ini disebabkan oleh permukaannya yang tidak stabil. Pada masa yang sama, wanita yang mengandung mudah mendapat bengkak pada bahagian kaki, jadi penggunaan kasut yang bertumit tinggi adalah tidak sesuai.\n\nPemilihan kasut yang flat lebih sesuai bagi wanita yang mengandung dan ianya lebih selamat. Selain itu, pemilihan tapak kasut juga salah satu bahagian yang penting kerana sekiranya tapak kasut yang digunakan itu licin ianya tidak selamat walaupun kasutnya flat. Justeru itu, semasa hendak membeli kasut amatlah disarankan untuk membeli kasut yang mempunyai tapak yang mencengkam supaya ianya tidak licin dan membahayakan ibu yang mengandung.\n\n#7 \u2013 Pilih Tudung Yang Sesuai\n\nAkhir sekali adalah pemilihan tudung. Bagi semua wanita pemilihan tudung haruslah bersesuaian dengan baju yang bakal dipakainya. Ianya serupa dengan wanita yang mengandung, pakaian yang dipakai haruslah sesuai dengan tudung yang dipakainya. Sekiranya, tudung dan baju tidak sedondon maka aura kecantikan seseorang itu tidak menyerlah. Tetapi ianya hanyalah pendapat umum bukan pendapat yang specific.\n\nTon Warna Pakaian Yang Cerah Dan Gelap Ada Kelebihannya Yang Tersendiri\n\nSelalunya urusan beli baju ketika mengandung adalah ketika usia kehamilan berada pada waktu 4 ke 5 bulan dan waktu ini badan sudah agak berisi.\u00a0 Untuk mendapatkan pakaian terkini yang bergaya, ibu-ibu boleh pilih sendiri ton warna pakaian dalam menggayakan fesyen untuk ibu mengandung ini.\n\nJika mahu nampak sentiasa bersemangat dan comel, boleh pilih pakaian ibu hamil dari warna yang lembut dan cerah. Sebagai contoh pink lembut, biru muda, hijau pastel, krim dan sebagainya. Manakala jika ibu-ibu mahu kelihatan lebih eksklusif, lebih langsing dan berkeyakinan, ibu-ibu boleh pilih pakaian dari warna hitam, biru denim dan sebagainya. Yang pasti, warna pakaian ini boleh bantu dari segi mood dan jika rasa sedang risau bolehlah kenakan pakaian dari warna yang ceria seperti kuning untuk hilangkan rasa resah yang ada. InshaAllah.\n\nAntara Jenis Pakaian Hamil Untuk Di Cuba\n\nAda banyak fesyen ibu mengandung\u00a0yang\u00a0sesuai untuk di cuba. Bukan hanya\u00a0baju-baju biasa dari gaun hamil saja yang ada malah ibu-ibu boleh kenakan dress yang lebih menarik, jubah labuh, blouse labuh, skirt panjang, seluar palazo dan sebagainya. Ibu-ibu hamil boleh membeli pakaian sebegini secara berasingan untuk dipadankan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.\n\nCuma pastikan jangan terlalu padankan dengan warna yang sangat kontra dan banyak. Memadailah dengan penggunaan dua ke tiga warna pada satu masa dan pastikan juga pemilihan warna itu nampak okay dan sedap mata memandang ketika digabungkan.\n\nBaju Ibu Mengandung Ada Banyak Di Pasaran, Pilihlah Mengikut Kesesuaian\n\nMasa mengandung merupakan detik terindah yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Memakai pakaian yang selesa ketika hamil adalah salah satu faktor utama ketika memilih jenis pakaian. Ibu-ibu hamil sangat bertuah kerana di pasaran kini sudah ada banyak baju Muslimah yang longgar dan labuh, sesuai untuk ibu mengandung pakai.\n\nApapun, untuk beli beli atau shopping baju mengandung ni tak boleh ikut sedap beli saja tau. Luangkan masa untuk teliti dulu baju tersebut sama ada sesuai untuk dipakai ketika mengandung ataupun tidak. Pastikan juga ianya ada fungsi untuk menyusu badan jika tidak mahu membazir. Baca juga maksud garis hitam di perut ibu mengandung ,perkembangan berat badan bayi 0-12 bulan dan susukan anak tanpa campur formula"
"Perut buncit bukan sahaja menjadi masalah kepada mereka yang berbadan besar dan mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Malah ramai juga mereka yang bertubuh kecil dan kurus mengalami masalah perut buncit. Kenapa ye? Yang sebenarnya apakah punca perut buncit?\n\nAda orang makan tak banyak, selalu bersenam, namun tetap mengalami masalah perut buncit kerana perutnya kembung dan penuh dengan angin atau gas. \n\nMasalah perut kembung atau dalam bahasa inggerisnya bloating adalah punca perut buncit yang selalu berlaku tanpa disedari oleh tuan punya badan. Jika anda perasan yang perut buncit anda adalan perpunca daripada masalah perut berangin, anda boleh amalkan minuman detoks yang berikut:\n\nSelain itu, anda perlu mengelakkan makanan tinggi karbohidrat yang lambat dihadam oleh sistem pencernaan seperti kekacang, brokoli, dan kobis. \n\nMakanan-makanan ini bukan sahaja lambat dihadam malah semasa dalam perut ia juga akan mengeluarkan gas sulfur yang akan bergerak hingga ke dalam usus lalu menjadikan perut anda kembung dan kelihatan buncit.\n\nPernah tak anda dengar orang tua berpesan supaya jangan mandi sejurus selepas makan? Kalau nak mandi, mandi sebelum makan. Bukan sebaliknya. \n\nMungkin kedengaran mengarut pada anda, tapi percayalah bahawa ianya sedikit sebanyak adalah benar. Jika anda amalkan tabiat mandi selepas makan, perut anda akan menjadi buncit. Oleh itu, kalau nakkan perut yang leper dan cantik, elakkan mandi selepas makan.\n\nSelain jangan mandi selepas makan, dari kecil lagi kita suah diajar supaya jangan terus tidur selepas makan. Malah semasa kecil dahulu, kami ditegah daripada berbaring selepas makan dikhuatiri akan tumbuh kura-kura di dalam perut. Yang sebenarnya kura-kura yang dimaksudkan ialah perut buncit.\n\nSelepas makan, anda sepatutnya mengaktifkan diri seperti membasuh pinggan, mengemas dapur, dan sebagainya. Kalau anda makan di luar, selepas makan bolehlah berjalan-jalan sambil window shopping supaya perut anda tidak menjadi buncit.\n\n4. Suka makan bersulam minum air\n\nPunca perut buncit yang seterusnya ialah tabiat banyak minum air semasa makan. Kalau diperhatikan, orang tua zaman dahulu biasanya akan makan sehingga habis sebelum minum air. \n\nIa merupakan salah satu daripada petua untuk mendapat perut yang kempis, cantik, dan tidak membuncit. Namun petua ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana sejak kecil kita sudah membiasakan diri makan sambil minum. \n\nNamun, kalau anda perasan perut sudah mula membuncit, bolehlah cuba ubah tabiat suka minum sambil makan yang boleh menjadi punca perut buncit.\n\nRasanya semua orang pun tahu bahawa tabiat makan terlalu banyak boleh menyebabkan perut anda menjadi buncit dan masalah berat badan terlebih, malas obesiti. \n\nTabiat pemakanan yang terbaik ialah dengan cara mengamalkan sukatan suku, suku, separuh iaitu suku karbohidrat, suku protein, dan separuh sayur. Malah Rasulullah menyuruh kita berhenti makan sebelum kenyang. Pemakanan yang baik bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit malah akan menjaga kesihatan usus supaya dapat berfungsi dengan baik.\n\nPunca perut buncit yang seterusnya ialah gangguan pada sistem usus. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa anda mempunyai masalah gangguan pada usus kerana tidak sedar simptom-simptom yang ada pada badan. Salah satu daripada simptom masalah usus terganggu ialah perut buncit. Yang peliknya, perut anda tidak akan buncit sentiasa, ada kalanya ia akan kempis.\n\nJika masalah perut buncit anda adalah berpunca daripada gangguan pada sistem usus, biasanya perut anda akan menjadi sangat buncit pada sebelah petang. Apa yang anda boleh lakukan sekiranya anda mempunyai masalah gangguan pada sistem usus? Anda boleh mulakan dengan mengelakkan bijirin yang tinggi serat seperti:\n\n7. Alahan kepada gluten atau penyakit Seliak\n\nPunca perut buncit yang seterusnya ialah disebabkan oleh alahan kepada gluten atau juga dikenali sebagai penyakit Seliak. Jika anda merupakan salah seorang daripada pesakit tersebut, badan anda akan memberikan reaksi terhadap makanan yang dibuat daripada:\n\nOleh itu, elakkan daripada makanan yang beritan. Kebiasaannya, masalah alahan kepada gluten ini menyerang golongan kanak-kanak namun orang dewasa yang berada pada umur pertengahan juga berisiko untuk mendapat masalah ini. Selain perut buncit, di antara simptom lain penyakit Seliak ialah:\n\n8. Hormon progesteron aktif dalam badan\n\nPerasan tak, menjelang haid perut anda akan menjadi buncit. Ini berlaku kerana hormon proesteron dalam badan anda menjadi aktif. Selain perut buncit, kesan lain keaktifan hormon progesteron akan menyebabkan anda mengalami keadaan berikut: \n\nTahukah anda, kanser ovari juga merupakan salah satu daripada punca perut buncit? Jika anda perasan perut menjadi semakin buncit, perhatikan jika anda juga mengalami simptom berikut:\n\nPunca perut buncit yang seterusnya ialah kurang bersenam dan gaya hidup tidak aktif. Rajinkan diri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu.\n\nItulah dia punca perut buncit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang makanan untuk diet punca obesiti dan piramid makanan"
"Kita sering mendengar cerita daripada kawan-kawan atau pun mungkin yang terjadi kepada diri kita sendiri mengenai bayi yang mengalami masalah tidur di awal kelahiran.\n\nDalam artikel ini, kami telah berjaya menyenaraikan beberapa punca yang membawa kepada permasalahan ini dan berharap anda akan menemui penyelasaian kepada permasalahan anda.\n\nBiasanya masalah ini akan berlaku di awal 18 bulan yang pertama dan sesetengah akan berpanjangan hingga ke umurnya mencecah setahun! Maka, adalah lebih baik ibu bapa menyelesaikan masalah ini dengan cepat. Ayuh ketahui punca masalah tidur bayi!\n\nLazimnya, bayi tidak akan mempunyai rutin tidur yang spesifik sehinggalah umurnya mencecah 8 minggu. Bagi bayi yang masih di awal kelahiran masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah iaitu dengan cara memberi si kecil menghisap puting mainan atau pun dengan menyusukan bayi.\n\nJika ia tidak berkesan, anda boleh cuba untuk menepuknya sehinggalah dia tertidur dan mereka akan tidur dalam tempoh yang sangat lama. Walau bagaimanapun, pada minggu kelapan, rutin tidur mereka akan berubah sedikit demi sedikit.\n\nJika anda perhatikan, bayi anda tidak akan tidur dengan lena pada waktu siang. Pada mulanya, ia bukanlah sesuatu yang merisaukan kerana mereka akan tidur dengan lebih lena pada waktu malam.\n\nTetapi, rutin ini akan mula berubah pada usia bayi mencecah 5 ke 6 bulan. Bayi akan mula berjaga di tengah malam selepas daripada itu.\n\nKebiasaanya, bayi yang berusia 6 bulan akan menunjukkan tanda awal masalah tidur dengan bangun pada jam 5 pagi. Seterusnya, dia akan berjaga pada jam 11 malam. Dan sekiranya masalah ini berlanjutan sehingga ke umurnya mencecah setahun, anda akan mendapati dia bangun pada jam 9 malam, 11 malam, 1 pagi, 3 pagi dan 5 pagi!\n\nIni bermakna anda harus selesaikan masalah ni dengan segera! Lebih segera anda menyelesaikannya lebih baik!\n\nBagi sesetengah bayi, mereka akan terjaga pada waktu malam kerana lapar. Untuk memastikan bayi anda kenyang dan tidak lapar, anda harus menyusukan mereka sehinggalah mereka betul betul kenyang. Jika anda menyusu badan, susukan mereka sehinggalah mereka sendiri berhenti menyusu.\n\nBagi mereka yang menggunakan susu formula, anda haruslah menetapkan kuantiti yang sesuai dan cukup untuk bayi anda bertahan sehingga keesokkan harinya.\n\nJika anda menggunakan susu formula, anda harus berikan susu sehinggalah dia betul betul kenyang. Tetapi, anda jangan biarkan bayi anda yang menentukan jumlah susu yang dia mahu. Selalunya akan ada lebihan susu di dalam botol susu itu. Jadi ibu ibu haruslah pandai mengagak amaun yang diperlukan oleh bayi anda.\n\nSekiranya bayi anda telah berusia 16 minggu atau pun 4 bulan dan dia mula menunjukkan tanda-tanda tidur yang tidak lena dan berjalan pada waktu malam, ini dalah petanda bahawa bayi anda bersedia untuk menerima makanan berbentuk pepejal.\n\nAkan tetapi, seperti biasa anda harus memastikan berat bayi anda mencapai berat yang ideal iaitu 5.5 kg. bayi anda masih belum bersedia sekiranya beratnya masih belum mencapai 5.5 kg. Ibu-ibu harus bersabar dan tunggu sehingga umurnya mencecah 18 bulan.\n\nBagi ibu-ibu yang telah mula memberikan makanan pepejal kepada anak mereka, anda digalakkan untuk memberi mereka makan 2 jenis makanan yang berbentuk pepejal setiap kali makan sehinggalah dia kenyang. Ini kerana sesetengah bayi akan bosan asyik makan makanan yang sama dan tidak kenyang jadi, adalah lebih baik sediakan dua jenis makanan yang berbeza untuk mereka.\n\nKajian menunjukkan puting bayi membawa 90% kepada punca masalah tidur bayi untuk bayi berusia 18 tahun ke bawah. Terdapat 3 sebab utama mengapa bayi yang menggunakan puting lebih kerap bangun daripada bayi yang tidak menggunakannya.\n\nBayi yang menggunakan putting sebenarnya lebih susah untuk tidur nyenyak dengan menghisap putting. Menghisap putting sebenarnya akan mengganggu rutin tidur mereka.\n\nMereka akan bangun dengan berharap untuk menghisap puting. Akan tetapi, kebiasaannya puting akan jatuh dan itu akan menyebabkan mereka menangis. Bila ibu bapa mengalihkan puting tersebut daripada mulut mereka, mereka akan terjaga dan akan menjadi lebih sukar untuk menidurkan mereka kembali.\n\nSelalunya, jika anda menggunakan puting dengan kerap bayi akan menjadi lebih kerap lapar. Ini akan menyebabkan susu yang diminum dicerna dengan cepat dan akan membuatkan mereka cepat lapar. Semestinya, mereka akan bertambah lapar dengan ketiadaan puting di mulut.\n\nTahukah anda, penggunaan puting sebenarnya elok untuk kesihatan bayi. Puting akan mengurangkan risiko SIDS. Walaupun ini merupakan berita yang baik bagi ibu-ibu di luar sana, penggunaan puting sebenarnya mendatangkan lebih keburukan daripada kebaikan.\n\nMereka sebenarnya akan lebih terdedah kepada jangkitan telinga yang boleh membawa kepada demam panas dan selalunya akan dirawat dengan menggunakan antibiotic. Antibiotik juga akan mendatangkan kebaikan dan keburukan yang tersendiri.\n\nMungkin ramai yang tidak mengetahui. Mendukung bayi sebenarnya adalah salah satu daripada cara untuk menidurkan bayi dengan tempoh yang sangat lama. Ia juga boleh membantu untuk menidurkan anak anda tanpa menggunakan sebarang bantuan.\n\nSejujurnya, anda mungkin akan rajin dan kuat untuk mengangkatnya. Tetapi apa akan terjadi sekiranyaanda tidak lagi terdaya untuk mendukungnya? Ya, anda mungkin boleh menyelesaikannya dengan membeli kerusi tidur bayi.\n\nTetapi anda harus ingat. Apabila bayi anda berusia 12 bulan, dia akan mula bangun 4 ke 5 kali setiap hari setiap kali tidur.\n\nMungkin dengan cara kerusi bayi itu akan Berjaya. Tetapi apa yang akan anda lakukan jka anda menambah seorang lagi anak sebelum anak yang pertama itu pandai untuk tidur dengan sendirinya. Apa akan berlaku jika anda mempunyai kanak-kanak berusia 20 bulan dan bayi yang berusia 4 minggu dalam masa yang sama?\n\nSeperti yang anda dapat bayangkan, mungkin anda tidak akan menang tangan untuk melayan kedua duanya serentak. Ada umur berapa bayi anda akan mula mengerti untuk anda berhenti mendukungnya untuk tidur? Atas factor faktor inilah yang menyebabkan masalah tidur berterusan kepada kanak kanak\n\nIni adalah salah satu punca yang biasa didengari mengapa masalah tidur bayi berlarutan. Kebanyak ibubapa tidak sedar bahawa perkara sebegini terjadi. Apabila mereka ditanya sama ada bayi terjaga sewaktu diletakkan di bawah, mereka akan mengatakan ya. Walau bagaimanapun, mereka tidak perasan bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan separa sedar dengan mata yang separuh terbuka ketika menyusu.\n\nSebenarnya, jika mereka bangun pada waktu malam anda harus membantu untuk menidurkan mereka semula kerana mereka tidak berjaya untuk tidur.\n\nPenyelesaiannya adalah dengan anda mempercepatkan waktu tidur bayi anda 20 minit lebih awal dan bermain dengannya sebelum tidur. Hanya dengan sedikit perubahan, masalah tidur ini akan hilang dengan serta merta!\n\nSebenarnya, masalah ini adalah masalah yang paling selalu dihadapi oleh ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari mengenai hal ini dan tidak mengambil serius. Apa yang dapat kita perhatikan, terdapat pelbagai ragam ibu bapa dalam mempersiapkan anak mereka untuk tidur.\n\nLihat sahajalah pakaian yang dipakaikan. Ada yang nipis, tebal dan sebagainya. Sebenarnya apakah pakaian yang selesa untuk si kecil pada waktu malam? Ayuh kita ketahui.\n\nDi negara yang beriklim sejuk seperti di United Kingdom, ibu bapa di sana akan memakaikan anak mereka pakaian yang tebal dan semestinya, mereka menggunakan pemanas atau heater di dalam rumah untuk menyelesakan diri. Berbanding di Malaysia, kita dapat lihat ibu bapa memakaikan pakaian yang nipis kepada anak mereka dengan alasan pada waktu malam panas walaupun mereka menggunakan alat penghawa dingin.\n\nSebenarnya, itu tidak dapat dijadikan alasan untuk memakaikan pakaian yang nipis kepada anak mereka. Kebanyakan bayi sebenarnya akan lebih selesa dan rasa lebih selamat jika anda memakaikan pakaian yang tebal pada waktu malam. Ia juga akan meminimumkan jumlah si kecil bangun pada waktu malam.\n\nIbu bapa sudah semestinya akan mengatakan anak mereka tidak sejuk pada waktu malam jika ditanyakan perihal pakaian anak mereka di waktu malam. Berdasarkan pemerhatian, bayi akan tidur dengan lebih nyenyak dengan memakaikan pakaian yang tebal.\n\nSejujurnya, kebanyakan ibu bapa yang ditemui telah diberitahu berkali kali mengenai perkara ini tetapi masih lagi menafikan fakta tersebut. Jika anda mendapati bayi anda sejuk pada waktu malam, selalunya si kecil anda akan terjaga sekitar jam 4 pagi.\n\nAda mitos yang mengatakan berpindah rumah boleh menjadi perkara yang buruk untuk tumbesaran bayi. perkara ituternyata salah sama sekali. Ini kerana ia langsung tidak memberi kesan kepada anak anda.\n\nApa yang perlu anda lakukan hanyalah membuatkan si kecil berasa lebih selamat dan selesa apabila berada di rumah tersebut. Selain itu, anda perlu memastikan anak anda biasakan diri dengan persekitaran rumah baru.\n\nCara yang paling mudah untuk melakukan semua itu adalah dengan memberikan susu mengikut rutin makannya dan mematuhi rutin tidurnya. Bayi dan kanak kanak yang masih membesar akan lebih suka apabila mereka mengetahui apa yang akan berlaku selanjutnya.\n\nJika anda mempunyai anak berusia 1 \u2013 3 tahun dan bayi, pastikan mereka tidur di katil yang sama. Jadi, untuk peringkat awal jika anda masih lagi tidak berupaya memasang katil bayi, adalah sangat disarankan untuk anda tidurkan anak anda di dalam katil bayi mudah alih beberapa hari sebelum pindah.\n\nIni adalah untuk memastikan si kecil boleh meneysuaikan diri dengan tempat tidurnya. Salah satu idea untuk membiasakan anak anda dengan persekitaran rumah adalah dengan membawa mereka bersiar siar di kawasan rumah dan jelaskan kegunaan kawasan tersebut.\n\nSelain itu, anda harus pastikan anak-anak anda tidur pada waktu yang sama. Ini adalah sangat penting untuk memastikan anak anda berasa selamat. Sentiasa ingat di dalam diri anda. jika waktu tidur berjalan lancar, pasti anda akan mempunyai masa untuk mengemas rumah.\n\nMemandangkan persekitaran rumah yang baharu, anak-anak anda sudah pasti mahu menguji had dan peraturan di rumah baru. Anda haruslah sentiasa mengingatkan mereka tentang peraturan rumah yang sama. Ini akan membuatkan mereka berasa lebih selamat dan terjamin.\n\nSebelum tidur, anda perlu sentiasa memastikan mood mereka dalam keadaan yang baik untuk tidur yang lebih berkualiti. Jika anda mendapati mereka marah atau sebagainya, anda bolehlah menenangkan mereka dengan membawa mereka berjalan jalan di sekitar kawasan rumah sebelum menidurkan mereka.\n\nWalau apa pun yang anda lakukan, ingatlah. Jangan masuk dan keluar dengan tujuan untuk menakutkan anak anda. ini akan membuatkan mereka takut dan tidak akan tidur dengan baik.\n\nJika anda rasa penggunaan mainan ataupun menepuk bayi untuk tidur akan menyebabkan anak anda terjaga pada waktu malam, anda perlu berhenti menggunakannya. Apa kata anda bertukar kepada cara yang lebih natural dan tidak memerlukan bantuan untuk tidur. Bukankah itu cara yang lebih mudah?\n\nAnda perlu menggunakan teknik yang sesuai dengan peringkat umur anak anda dan memastikan mereka mendapat tidur yang berkualiti. Ingatlah. Rutin tidur ini adalah proses yang sangat penting untuk tumbesaran anak anda.\n\nDiharapkan dengan anda membaca artikel ini sepenuhnya anda akan dapat mengetahui beberapa perkara yang selalunya dipandang ringan yang menjadi penyebab mengapa bayi anda bangun pada tengah malam. Jangan lupa untuk cuba tips tips yang dibekallkan! Ingatlah. Tidur sangat penting bagi tumbesaran seorang bayi. jadi, jangan dipandang ringan."
"Gelabah dan panik sungguh bila anggota badan kita seperti lengan, jari, kaki, perut dan sebagainya terkena air panas. Itu kalau kita yang dewasa terkena air panas, bagaimana pula dengan bayi dan anak-anak kecil kita? Pasti lagi panik dibuatnya.\n\nSama ada bayi atau anda sendiri yang terkena air panas, hanya ada beberapa cara yang selamat boleh anda ikuti. Semestinya ia tidak bertentangan dengan konsep perubatan berbanding mengikut petua-petua asing yang disarankan.\n\nApabila terkena air panas, lengan pasti bertindak balas segera dengan kejutan yang dialaminya. Ada tahap sehingga lengan terus melecur dan merah, anda pula sehingga terbakar dan menampakkan isi-isi lengan. \n\nBagi tahap rendah, sederhana dan paling teruk terjadi pada lengan anda terkena air panas, jangan menggunakan tepung, ubat gigi dan lain-lain bahan untuk merawat dan melegakannya. Sebenarnya, terdapat kesan negatif sekiranya anda mengikut petua-petua sebegitu. \n\nWalau bagaimanapun tahap lengan anda, amat penting untuk anda segera bertindak mengikut langkah-langkah yang perlu anda buat. Jom lihat perkara yang perlu anda lakukan setelah mana-mana anggota badan anda terkena air panas.\n\n1. Buka Atau Alihkan Bahagian Pakaian Tersebut\n\nDengan pantas, anda perlu mengalihkan atau membuka pakaian di bahagian tubuh yang terkena air panas. Sekiranya terkena di lengan, pastikan gelang atau pakaian di bahagian lengan itu disingkap sehingga tidak mendekati kawasan yang terkena air panas.\n\nDalam keadaan sebegitu, pastikan tidak ada haba atau kesan pakaian di lengan anda yang akan menyebabkan lengan anda panas dan berhaba. Takut-takut luka akibat melecur di lengan anda yang terkena air panas tadi menjadi lebih \u2018masak\u2018.\n\nTips: Jangan pakai baju yang tebal, sarung tangan atau apa-apa kain yang tebal di bahagian anggota badan yang terkena air panas. Pakai pakaian yang nipis. Tak perlu dibalut lagi anggota tersebut. \n\n2. Alirkan Air Sejuk Pada Kesan Lecur \n\nTerus berlari ke sinki atau bilik air, alirkan air sejuk terus ke lengan atau anggota badan yang terkena air panas tadi. Bila air sejuk terus mengalir ke lengan anda dalam tempoh masa yang panjang untuk melegakan kesakitan dan kepanasan tersebut.\n\nSelalunya, lebih elok untuk anda alirkan air selama 20 minit. Namun, setelah lengan sejuk dan tidak sakit dengan teruk, anda boleh berhenti mengalirkan air tersebut. \n\nTips: Biar dikatakan membazir bil elektrik, tetapi ia penting untuk anda alirkan air sejuk di lengan anda. Awas, jangan tekap ais pada lengan anda, ia amat bahaya kerana mengakibat aliran darah terhalang.\n\nSetelah mengalirkan air di lengan anda, tuamkan pula lengan anda dengan tuala sejuk. Biarkan bahagian yang terkena air panas itu lega sendiri. Namun, ia mengambil sedikit masa yang agak lama. \n\nTips: Lengan anda menjadi sedikit lega dengan adanya tuaman tuala sejuk pada bahagian yang terkena air panas. Anda boleh tuam dalam tempoh masa yang panjang tiada masalah.\n\n4. Tak Perlu Balut, Biarkan Sahaja\n\nBiarkan lengan atau bahagian anggota yang terkena air panas itu sendiri tanpa perlu dibalut. Pastikan ia sejuk dan jangan biarkan lengan anda terkena barang yang panas atau berhaba. Tunggu beberapa hari dahulu.\n\nTips: Hanya untuk sementara waktu sahaja. Tetapi, jika luka atau kesan lecur terlalu teruk dan berapa di tahap yang tinggi, anda harus terus balut atau pergi berjumpa doktor.\n\nSetelah beberapa hari, kesan terkena air panas tersebut akan menjadi gelembung atau akan kemerah-merahan. Jika gelembung, jangan picit kerana ia akan menyebabkan jangkitan menjadi makin parah. Terus sapukan antiseptik dan balut pada bahagian yang terkena air panas tersebut dengan non-stick bandage\u00a0secara longgar.\n\nTips: Dapatkan antiseptik di farmasi (khas untuk disapu pada luka). Tanya kepada ahli farmasi untuk lebih mudah, tepat disamping dalam menjimatkan masa anda.\n\n6. Jangan Sapu Losyen, Bedak Dan Lain-Lain\n\nIngat, jangan sapu bedak, losyen atau apa sahaja yang anda rasa ia selamat di sapu. Biarkan antiseptik menjalankan tugasnya dahulu untuk menghalang kesan terkena air panas tersebut daripada terkena kotoran. Ia juga berfungsi untuk menyembuhkan kesan lecur pada lengan anda.\n\nTips: Banyak mitos dan petua-petua yang mengatakan anda harus menyapu bahagian terkena air panas dengan bahan-bahan lain seperti tepung, putih telur, ais dan macam-macam lagi. Tolong jangan ikut tips sebegitu jika anda ingin pulih dengan baik dan cepat.\n\nSekiranya luka atau bekas terkena air panas pada anggota badan atau lengan anda menunjukkan kesan yang lebih teruk, segeralah anda berjumpa doktor. Dikhuatiri ia disebabkan oleh jangkitan yang tidak terkawal. \n\nSeandainya terkena air panas sehingga ternampak isi-isi merah atau terkeluar kulit, terus sahaja jumpa doktor. Mereka akan berikan rawatan terbaik berbanding anda merawatnya sendiri di rumah.\n\nTips: Dari awal lagi anda terkena air panas, cuba rawat sendiri di rumah, tetapi jika kesannya amat teruk, terus pergi ke doktor sahaja. Kalau boleh, bertindaklah pantas supaya jangkitan tidak merebak dan menjadi lebih teruk.\n\nItulah dia perkara yang harus anda lakukan jika terkena air panas di lengan atau mana-mana anggota badan. Jangan lambat bertindak! Cepat-cepat kenal pasti apa yang harus anda lakukan. Jika terlalu sakit, minta tolong pada sesiapa yang berdekatan.\n\nJom baca juga jenis cili, diy perangkap nyamuk dan cara sejukkan badan. Semoga bermanfaat."
"Bagi penggemar makanan cina, Chee Cheong Fun tidak lagi asing bagi anda. Resepi Chee Cheong fun ini sebenarnya berasal daripada Guangdong, China. Dikenali juga sebagai rice noodle, di Malaysia boleh dijumpai dengan hidangan bersama yong Tau Fu. \n\nAda juga kedai makan yang menyajikan secara tunggal. Chee Cheong Fun ini biasanya dihidangkan bersama kuah kicap, udang, dan sayur-sayuran. Rupa seakan kuey teow kan, jangan keliru kerana Chee Cheong fun ini diperbuat daripada tepung beras \n\n Di Malaysia agak jarang dan susah nak dapatkan makanan ini yang halal. Tapi jangan risau kami bantu anda untuk mendapatkan resepi chee cheong fun yang halal bagi anda yang pertama kali nak cuba. Jom ikuti perkongsian dari Li Yow yang membuat chee cheong fun udang ini.\n\nBukan ini sahaja resepi yang kami kongsikan dengan anda, terdapat pelbagai resepi menarik lagi yang ada untuk anda jadikan bahan rujukan masakan. Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami! Jangan lupa share dan like ye!"
"Sekiranya anda mencari resepi ban manis untuk dimakan begitu sahaja atau untuk dimakan bersama dengan sosej seperti connie dog, resepi ini untuk anda. \n\nResepi Ban Manis ini amat mudah untuk disediakan, ianya juga mempunyai bahan yang ringkas. Oleh itu, anda juga boleh sediakan dan hidangkan kepada keluarga anda. \n\nResepi Ban ini dikongsikan oleh Fierah Zulaikha dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom scroll!\n\nP/s: Air sukatan anggaran sahaja. Letakkan air sedikit dahulu mengikut kelembutan doh masing-masing. Boleh masukkan telur jika mahu.\n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nMudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!"
"Selalu ada cerita menarik masa memasak ikan keli. Apalagi masa menggorengnya. Di antara takut dan kelakar ketika ramai yang berkongsi pengalaman memasak ikan keli. Bahagian \u2018meletop\u2019 nya itu agak merisaukan.\n\nRamai orang malas menggoreng ikan keli sebab ianya meletup. Macam orang perang pula di dapur, perang dengan ikan rupanya. Tapi masalah ini boleh diatasi dengan tips menggoreng yang kami kongsikan di bawah ini.\n\nJuga disediakan resepi ikan keli berlada yang sedap sungguh. Resepi daripada Zur Ain Salim\u200e di laman Facebook. Selepas ini mesti jadi berani menggoreng ikan keli. Konfirm tidak akan meletup lagi.\n\nTanpa buang masa, jom tengok resepinya di bawah ini. Selamat nencuba dan menghidangkan ikan keli. Makan ikan keli berlada dengan nasi putih, sedap gila.\n\nBahan yang bertanda * ditumbuk atau blender kering.\n\nSelain resepi ikan keli berlada, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pasti ada yang mencari spesifikasi dan harga printer yang viral baru-baru ini iaitu Canon Maxify GX7070. Dengar kata, printer ini memang berkualiti dan sangat sesuai untuk mereka yang mencari printer dengan spesifikasi terbaik.\n\nPrinter menjadi satu alat yang perlu ada terutama buat pekerja dan pelajar. Kadangkala kuantiti kerja yang perlu dicetak terlampau banyak hingga tidak berbaloi untuk hantar ke kedai. Harga cetakan juga kadangkala terlampau tinggi. Bukan itu sahaja, masa untuk keluar ke kedai dan kos minyak perlu diambil kira.\n\nJadi, salah satu jalan penyelesaiannya adalah membeli mesin cetakan sendiri. Walaupun harganya tinggi namun ia menjadi satu kemudahan untuk masa hadapan. Ada juga yang membeli mesin cetak untuk kegunaan sendiri dan menawarkan perkhidmatan mencetak untuk orang lain bagi menampung kembali kos mesin cetak, terutama pelajar.\n\nAntara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli mesin cetak adalah kekerapan penggunaan, spesifikasi, kos penggunaan dakwat dan kelebihan lain. Jadi kami mencadangkan anda untuk membeli printer Canon Maxify GX7070 yang memiliki pelbagai kelebihan terbaik. Jom tengok spesifikasi mesin cetak ini.\n\nPrinter Canon Maxify GX7070 mempunyai reka bentuk yang menarik dan unik. Reka bentuknya mirip seperti mesin pencetak yang besar yang sering dilihat di pejabat dan kedai cetak, namun model ini lebih kecil, minimalis dan ringan. Bentuknya yang kecil dapat menjimatkan ruang.\n\nMesin cetak ini merupakan printer inkjet pelbagai fungsi yang menyasarkan penggunaannya untuk Small-Medium-Business (SMB) dan Small-Office-Home-Office (SOHO). Secara ringkasnya, individu yang memiliki perniagaan kecil dan sederhana serta mereka yang bekerja di rumah, semestinya memerlukan mesin cetak ini.\n\nSecara umumnya, Canon Maxify GX7070 bukan sahaja berfungsi sebagai pencetak, malah boleh membuat salinan, mengimbas atau scan, fax dan ADF. Bukan sahaja kertas, malah menyokong pencetakan pelekat, bunting, sampul surat, label, poster dan sebagainya.\n\nKelajuan mencetak memang sangat tinggi dengan standard ISO print speed (A4) mencecah 24 ipm untuk cetakan hitam manakala 15.5 ipm untuk cetakan berwarna.\n\nKuantiti cetakan juga sangat tinggi dan dianggarkan penggunaannya sebanyak 9 000 helaian cetakan hitam putih dan 21 000 helaian berwarna. Namun jumlah cetakan yang dicadangkan adalah 300 hingga 2500 helaian untuk satu bulan.\n\nTambahan pula, dengan ciri EconoMode dapat mengurangkan penggunaan toner dan menjimatkan kos cetakan untuk setiap helaian. Selain itu, mesin pencetak ini menyokong sambungan Wi-Fi, LAN, AirPrint, Mopria dan direct wireless.\n\nBerikut merupakan kelebihan lain yang terdapat pada printer GX7070:\n\nDakwat yang terhasil untuk mesin pencetak ini dicipta dengan kalis air dan tahan lembapan. Bukan itu sahaja, dakwatnya juga cepat kering untuk memastikan kualiti cetakan yang baik. Pigmen dakwat yang berketumpatan tinggi ini juga dapat menghasilkan teks yang jelas dan tajam.\n\nPengisian semula dakwat sangat mudah dan cekap kerana setiap hujung botol dakwat direka khas dengan saiz yang sesuai dan hanya muat pada tangki dakwat tersebut. Hal ini membuatkan dakwat mudah dimasukkan serta dapat mengelak percampuran ekoran pertumpahan dakwat berwarna yang lain.\n\nTak cukup dengan itu, pengisian dakwat akan berhenti secara automatik apabila tangki dakwat sudah penuh bagi mengelakkan pertumpahan.\n\nDengan ciri ADF, scanner atau pengimbas dapat mengimbas sehingga 50 helaian dengan dua muka sekali gus secara automatik.\n\nUniknya printer GX7070 adalah mengandungi tiga ruangan kertas atau tray. Tray pertama berada di atas yang dapat memuatkan 100 helaian kertas manakala dua tray berada di bawah dimana masing-masing dapat memuatkan 250 helaian bersaiz A4. Ini menjadikan 600 helaian dapat diisikan pada printer tersebut berbanding model GX6070 yang hanya dapat memuatkan 350 helaian sahaja\n\nPengguna boleh menukar katrij sendiri dengan mudah untuk memastikan prestasi penggunaan mesin pencetak yang baik dari semasa ke semasa. Dengan ini, mesin pencetak dapat berfungsi dengan lama walaupun digunakan secara kerap.\n\nJom tengok spesifikasi printer Canon Maxify GX7070 dengan lebih terperinci:\n\nKesimpulannya, printer Canon Maxify GX7070 sesuai untuk penggunaan yang kerap atau pencetakan yang banyak tetapi dengan kos yang rendah.\n\nMesin pencetak 4 dalam 1 tanpa berwayar ini memberi satu kelebihan bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah tetapi menginginkan mesin pencetak yang berkualiti tinggi. Jika anda seorang pekerja yang bekerja di rumah dan peniaga kecil, anda memang perlukan mesin pencetak ini.\n\nKami juga ada menulis artikel berkaitan alat yang anda perlu untuk memudahkan kerja seperti:"
"Menjadi ibu dan ayah buat pertama kali pastinya mengujakan kita semua. Namun, langit tidak sentiasa cerah. Sesekali, pasti berlaku situasi yang mencabar emosi kita.\n\nEmosi negatif ini perlu diubah kembali kepada emosi positif dengan kadar segera agar ianya tidak mengganggu urusan dalam kehidupan seharian kita.\n\nKali ini, saya kongsikan cara untuk mengaktifkan 5 deria asas kita untuk mendapatkan \u2018emotional spark\u2019\u00a0 yang positif. Ia boleh digunakan apabila diri kita berasa \u2018down\u2019\u00a0 dan \u2018mood\u2019\u00a0 dalam keadaan kurang baik.\n\nBagaimanakah cara untuk mengubah emosi negatif kita secara pantas dengan menggunakan 5 deria asas kita?\n\nSepertimana yang kita tahu, kita mempunyai 5 deria asas dan ia telah diaktifkan semenjak kita bayi dan sepanjang kita membesar.\n\nApabila kita membesar, kita akan mula lebih atau kurang cenderung kepada mana-mana deria tersebut. Namun, apabila kelima-lima deria ini digabungkan dan diaktifkan, seluruh diri kita akan menjadi lebih sihat dan seimbang.\n\nSetiap deria mempunyai pengalaman peribadi tersendiri yang kita gemari mengikut kecenderungan di hati kita dan dapat diingati melalui anggota badan (sometimes minds forget but our body remember).\n\nSesetengah individu apabila trauma dan fobia, sangat berkesan dibantu dengan teknik asas dalam bantuan kecemasan : contoh \u2018breathing\u2019\u00a0 untuk jantung, melihat benda / alat tertentu, bau tertentu yang kuat, dengar bunyi yang kuat, dan sentuhan, agar mereka kembali kepada dunia realiti semasa.\n\nUntuk emosi harian kita, ada caranya juga.\n\nBaru-baru ini, saya kongsikan dan buat latihan bersama peserta Seminar Jangan Marah Saya,\u00a0 untuk mengenalpasti aktiviti di bawah 5 deria asas ini, yang mana apabila dilakukan atau dialami semula, \u2018mood\u2019\u00a0 negatif boleh diubah kepada \u2018mood\u2019\u00a0 positif. \n\nIni kerana, pengalaman peribadi paling positif sebenarnya sentiasa ada bersama di dalam diri kita. (Rujukan asal aktiviti dari sini)\n\nIngat, apabila kita dalam keadaan lemah, dan mungkin diri berasa tidak kuat, anggota badan kita sebenarnya sangat cekap dan boleh membantu kita untuk kembali positif. \n\nCuma kita perlu berlatih dan cekap mengenal pasti sesegera mungkin pengalaman peribadi lampau kita dalam mengembalikan \u2018mood\u2019\u00a0 positif tertinggi kita.\n\nAyuh kita sama-sama ikuti 5 langkah mudah ini :-\n\nIngat, pengalaman kita adalah peribadi dan sangat berharga. Tiada sesiapa boleh mengambilnya, merampasnya atau mencurinya dari kita. \u2018Activate\u2019 kan ia!\n\nBerikut merupakan contoh bagi setiap deria sebagai panduan buat semua.\n\n1. ANGGOTA MATA \u2013 DERIA PENGLIHATAN\n\nApabila kita melihat sesuatu perkara itu, secara automatik kita akan berasa sangat \u2018best\u2019, gembira, puas, dan bahagia.\n\nContoh : gambar keluarga, wajah bayi kita, bunga orkid, kad / kata-kata motivasi, gambar pemandangan / laut / gunung, movie kegemaran atau apa-apa sahaja asalkan ianya melibatkan penglihatan kita.\n\n2. ANGGOTA TELINGA \u2013 DERIA PENDENGARAN\n\nApabila kita mendengar sahaja bunyi ini, kita akan terus rasa seronok dan \u2018best\u2019.\n\nContoh : alunan zikir, muzik instrumental, lagu kegemaran, bunyi air terjun, bunyi ombak menghempas pantai, suara ibu, suara anak, atau sebarang bunyi lain yang melibatkan pendengaran kita.\n\n3. ANGGOTA HIDUNG \u2013 DERIA BAU\n\nApabila kita hidu sahaja bau ini, masyaAllah \u2018best\u2019\u00a0 betul.\n\nContoh : bau anak, bau masakan ibu, bau kopi, bau minyak wangi kegemaran, bau baru yang akan didaftarkan (mengikut kajian aroma terapi, bau bunga ros untuk melembutkan emosi keras, lavender untuk \u2018stress free\u2019, oren untuk tenaga, \u2018peppermint\u2019 untuk kesegaran) dan sebagainya.\n\nKenal pasti apa sahaja bau kegemaran yang melibatkan hidung kita untuk menghidunya.\n\n4. ANGGOTA LIDAH \u2013 DERIA MERASA\n\nApabila kita makan atau minum, rasa makanan atau minuman tersebut membuatkan kita rasa sangat \u2018best\u2018.\n\nContoh : air kelapa, air kopi, \u2018cheese cake\u2019, masakan asam pedas, ikan patin masak tempoyak, buah durian, atau apa sahaja yang melibatkan deria rasa kita.\n\nMembayangkan makanan atau minuman tersebut secara visual sahaja pun sudah mampu \u2018activate\u2019kan lidah merasa kita, bukan? Maka, gunakan ia sebagai \u2018emotional spark factor\u2019 untuk kita kembali positif.\n\n5. ANGGOTA KULIT \u2013 DERIA SENTUHAN\n\nApabila kita menyentuh sesuatu objek itu, sentuhan tersebut mampu membuatkan kita berasa \u2018best\u2019.\n\nContoh : pelukan \u2018heart to heart\u2019, pelukan anak, pelukan orang tersayang, menyentuh atau memeluk kelembutan bulu \u2018teddy bear\u2019\u00a0 yang besar, bola \u2018gym\u2019\u00a0 kecil yang boleh digenggam, memeluk bayi, menyentuh kucing, dan sebagainya, yang melibatkan deria sentuhan kita.\n\nWalaupun kita menjadikan pengalaman istimewa peribadi diri bagi meningkatkan \u2018mood\u2019\u00a0 positif kita, utamakan deria hati kita iaitu organ jantung \u2013 qalbu kita. \n\nAmbil wuduk, solat, berzikir serta bacalah Al-Quran kerana ianya dapat menenangkan hati kita yang gundah gulana\n\nMembaca Al-Quran akan mengaktifkan kesemua deria ini \u2013 melihat ayat Al-Quran, mendengar suara sendiri membacanya, menyentuh naskhah Al-Quran, menghidu bau ketenangan Al-Quran serta menghadirkan rasa enak dan selesa di lidah apabila membacanya. \n\nWalaupun deria lidah diaktifkan secara bukan fizikal, namun ianya juga dapat mengalirkan rasa yang aman dan nyaman dalam diri.\n\nSemoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat dipraktikkan oleh kita dalam menyusuri liku-liku kehidupan sebagai hambaNya, suami / isteri, ibu bapa, anak dan khalifah Allah di muka Bumi ini."
"Sebut tentang zikir, yang saya faham selama ni ialah zikir perlu dibuat supaya hati lebih tenang, hidayah Tuhan datang, hidup menjadi lebih berkat.\n\nSenang kata, sebenarnya tiadalah hendak sangat buat. Saya mengaku saya kena paksa diri saya untuk berzikir.\n\nTapi, masha Allah, apa yang berlaku sesi malam dengan anak beri saya \u2018feeling\u2019 baru tentang zikir. Dan saya belajar dari anak saya yaya.\n\nWaktu itu, kami solat Isyak sebelum tidur. Ternguap nguap dia saya tengok, menunggu mamanya siap bertelekung (dia sudah bertelekung terlebih dahulu). Matanya juga sudah hampir terlelap.\n\nSaya tengok jam \u2018patutlah dah nak pukul 1030\u2019. Dalam hati saya kata \u2018nanti lepas solat, terus doalah. Tak payah zikir. Kesian pula dia dah ngantuk benar.\n\nJadi habis sahaja solat, saya tengok mukanya yang mengantuk saya terus angkat tangan, bersedia untuk doa. Tiba-tiba Yaya tanya \u201cMama, zikir?\u201d\n\nMuka saya terus tersipu-sipu. \u201cEh, aah Yaya, sorry mama lupa\u201d Buat-buat lupa nak cover depan anak.\n\nBila start je zikir, tiba-tiba macam magik anak saya jadi happy. Mukanya ceria, hilang mengantuknya. Dia berzikir siap dengan jari-jarinya sekali. \u2018Eh, apa yang berlaku?\u2019 saya pelik. Saya pun secara automatik berzikir dengan happy.\n\nHabis zikir, saya tanya dia. Katanya dia suka zikir. Ya, memang saya nampak dia sangat seronok berzikir.\n\nYa Allah, malunya saya pada diri sendiri. Saya paksa-paksa diri untuk berzikir sedangkan anak, dia yang minta untuk berzikir. Dan dia berzikir dengan sangat gembira. Bukan terpaksa, tapi sesuatu yang padanya seronok untuk dilakukan.\n\nItulah \u2018The power of zikir\u2019 yang saya dapat dari anak saya. Zikir sesuatu yang menggembirakan hati. Yang dengannya, kita rasa gembira.\n\nTerima kasih anakku. Mama belajar banyak darimu."
"Tatkala anak-anak menjawab peperiksaan, ibu bapa boleh mengamalkan doa-doa yang bersesuaian sempena anak menduduki peperiksaan. Terdapat doa anak periksa yang mudah dibaca, dihafal dan difahami oleh anak dan ibu bapa. \n\nLebih afdhal lagi, jika doa ini sering diamalkan, anak akan mudah menduduki peperiksaan dan segala urusan dipermudahkan. Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk berdoa setiap kali peperiksaan anak akan berlangsung. Jom lihat doa anak periksa yang sesuai untuk ibu bapa dan anak.\n\nSurah Al- Insyirah sering kita dengari sejak kecil lagi. Ketika belajar membaca Al-Quran, surah ini pasti menjadi kewajipan untuk anak-anak menghafalnya. Dengan mengamalkan surah ini, anak akan mudah belajar, dilapangkan dada ketika menjawab soalan peperiksaan. Ibu bapa juga boleh membaca surah ini dan niatkan anak mudah menjawab peperiksaan.\n\nSurah An-Nas mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam mendapatkan keberkatan masa dan kejayaan dalam hidup. Sebagai ibu bapa, anda boleh amalkan surah ini dengan niat urusan peperiksaan anak dipermudahkan. Bacalah sekali dengan Surah Al-Ikhlas dan Al-Falaq.\n\nSurah paling mudah diingati ini boleh dibaca untuk anak periksa. Anak anda boleh membaca surah ini sebelum menjawab soalan peperiksaan. Dalam apa sahaja ujian, pasti akan tenang dan berjaya mengatasinya.\n\nSurah Al-Falaq wajar dibaca oleh ibu bapa dan anak yang ingin menduduki peperiksaan. Al-Falaq menghalang daripada berlakunya keburukan dan kerugian serta membantu anda daripada jalan kesesatan. Amalkan surah ini sebelum mula menjawab peperiksaan.\n\nTahukah anda, Yasin adalah surah yang bakal memakbulkan segala hajat anda. Bacalah yasin dan niatkan supaya anak anda berjaya menjawab periksa dan dipermudahkan. Anda boleh amalkan pada pagi ketika anak anda sedang menjawab peperiksaan.\n\n\u201cDan katakanlah,\u2018Wahai Rabb-ku, tambahkanlah kepadaku ilmu.\u201d (QS. Thaaha: 114)\n\nDoa tambah ilmu boleh diamalkan walaupun ketika menduduki peperiksaan. Anak boleh bacakan doa ini untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT semoga ditambahkan ilmu pengetahuan yang banyak dan dapat mengingati pelajaran.\n\nMaksud Doa: \u201cWahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami\u201d\n\nDoa mohon kemudahan untuk menyempurnakan urusan peperiksaan anak anda ini boleh diamalkan oleh anak dan ibu bapa. Baca pada bila-bila masa walaupun ditimpa kesusahan dan kesukaran. \n\nAyat kursi adalah ayat yang hebat bagi orang-orang yang mengamalkannya. Ayat yang hebat ini memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam yang benar-benar hayati dan mengamalkannya. Doa anak periksa ini boleh dibaca setiap kali ingin berdoa.\n\nAllah. Tiada tuhan selain Dia Yang Hidup, Yang berdiri sendiri, Abadi. Tak pernah terlena, tak pernah tidur. Milik-Nyalah segala yang di langit, segala yang di bumi. Siapakah yang dapat memberi perantaraan di hadapan-Nya tanpa izin-Nya? Dia mengetahui segala yang di depan mereka dan segala yang di belakang mereka. Mereka tak akan mampu sedikit pun menguasai ilmu-Nya kecuali yang dikehendaki-Nya. Singgasana-Nya meliputi langit dan bumi. Tiada memberatkan Dia menjaga dan memelihara keduanya. Dia Mahatinggi, Mahaagung. (QS 2:255).\n\nRabbi adkhilni mudkhala shidqin wa akhrijni mukhraja shidqin waj\u2019alli min ladunka sulthanan nashira. Wa qul ja\u2019al haqqu wa zahaqal bathilu innal bathila kana zahuqa\n\nTuhanku, masukkanlah aku ke jalan masuk yang benar dan terhormat, dan keluarkanlah aku dari jalan keluar yang benar dan terhormat; dan berilah aku dari pihak-Mu kekuasaan yang dapat menolongku. (QS 17:81).\n\nRabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir\n\nTuhan, sungguh aku sangat mendambakan uluran kebaikan dari hadirat-Mu. (QS 28:24).\n\nRabbana atina min ladunka rahmah wa hayyi\u2019 lana min amrina rasyada\n\nYa Tuhan kami, anugerahilah kami rahmat dari hadirat-Mu, dan dalam perkara kami berikanlah kepada kami jalan yang benar. (QS 18:10).\n\nTidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.\n\nIkhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.\n\nPeliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.\n\nKau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.\n\nZikir Yang Boleh Diamalkan (Doa Periksa Anak)\n\nItulah dia doa anak periksa dan zikir yang boleh diamalkan oleh anak dan ibu bapa. Semoga anak anda berjaya menduduki peperiksaan yang akan datang. Jemput baca Hadiah hari jadi anak perempuan, Punca dan kesan anak tak nak makan dan Petua tambah selera makan anak."
"Siapa yang nak tahu khasiat buah mata kucing? Cepat angkat tangan! Buah yang mempunyai nama yang unik ini, sememangnya sedap. Kalau makan, memang tak sedar sebesen boleh habis.\n\nBuah mata kucing diberikan nama kerana bentuk isinya yang seaSiapa yang suka makan buah mata kucing? Cepat angkat tangan! kan-akan sama dengan bentuk dan warna mata kucing. Buah ini agak mahal di pasaran kerana rasanya yang sangat manis dan mengandungi air yang banyak.\n\nBuah ini mempunyai kulit berwarna kecoklatan yang nipis dan lembut. Isinya berwarna putih jernih dan terdapat biji berwarna hitam di dalamnya. Ada juga buah mata kucing yang dijual dalam bentuk kering. Rasanya juga sedap dan manis.\n\nBuah ini sedap dimakan begitu saja, dijadikan jus atau isinya dimasukkan ke dalam minuman. Lega dan segar rasa tekak apabila dapat menikmati segelas air buah mata kucing.\n\nTahukah anda bahawa sebiji buah mata kucing banyak nutrien yang tersembunyi? Ia kaya dengan vitamin A, B (B1, B2 dan B3), C, kalsium, zat besi, mangan, fosforus, kalium dan magnesium. Malahan, kandungan fitokimianya yang tinggi sangat baik untuk manusia.\n\nJom kita baca tentang khasiat buah mata kucing.\n\nApabila makan buah mata kucing, ia akan memberi sensasi ketenangan dan meningkatkan fungsi saraf. Oleh itu, jika anda berasa sedih, tidak tenteram dan tertekan, apa kata cuba makan beberapa biji buah mata kucing.\n\nOrang yang ada masalah insomnia akan sukar untuk tidur. Kadangkala sehingga berjam-jam mata tidak mahu lelap. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada kesihatan. Mereka juga akan kelihatan penat dan tidak bermaya. Nampaknya buah mata kucing boleh membantu.\n\nBuah ini berfungsi untuk meringankan tugas jantung dan limpa. Oleh itu, masalah kelelahan, penyakit kardiovaskular dan strok dapat dihindari.\n\nKandungan fitokimia iaitu sejenis antioksida di dalam buah mata kucing dapat menangkis serangan radikal bebas. Oleh itu, kerosakan sel yang akan mengakibatkan kanser dapat dijauhi.\n\nPesakit anemia sangat digalakkan memakan buah mata kucing. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan juga meningkatkan kandungan zat besi di dalam tubuh.\n\nWalaupun buah mata kucing mempunyai lemak dan kalori yang rendah, namun ia tetap boleh dijadikan makanan yang memberi tenaga. Kandungan karbohidrat kompleks di dalamnya dapat meningkatkan stamina.\n\nBagi mereka yang mempunyai antibodi yang rendah, selsema dan demam mudah menyerang. Disebabkan buah ini mengandungi vitamin C, ia dapat meningkatkan ketahanan dan melindungi tubuh daripada jangkitan virus.\n\nIni berita baik buat kaum wanita. Buah mata kucing dikatakan bermanfaat dalam soal kecantikan kulit. Antaranya dengan makan buah ini, kulit akan menjadi awet muda dan melambatkan proses kedutan.\n\nMalahan, ia juga dapat mengurangkan kerosakan dan pengelupasan kulit. Kulit juga boleh menjadi cerah kerana ia bermanfaat menghilangkan warna kulit tidak sekata.\n\nRambut menjadi lambang kecantikan dan mahkota wanita. Malahan, kaum lelaki juga sanggup berhabisan untuk menjaga kesihatan rambut. Zat saponin yang terdapat di dalam biji buah mata kucing merupakan bahan utama dalam pembuatan syampu.\n\nJika anda hilang selera makan mungkin disebabkan kurang sihat, tertekan dan sebagainya, apa kata makan beberapa biji buah mata kucing. Buah ini dikatakan dapat membantu meningkat nafsu makan yang telah hilang.\n\nJika ada luka terbakar di tubuh, anda boleh cuba petua ini untuk mempercepat proses pemulihan. Caranya ialah ambil sedikit kulit buah mata kucing dan bakar sehingga menjadi hitam. Tumbuk halus dan campurkan dengan sedikit minyak gamat atau zaitun. Sapukan pada luka.\n\nWanita yang hamil cepat berasa penat, kurang tenaga dan lemah. Ini disebabkan perubahan hormon dan kandungan yang semakin membesar. Makanlah buah mata kucing setiap malam. Anda juga boleh merebus dan meminum airnya.\n\nBuah mata kucing yang kaya dengan serat dan air dapat membersihkan usus. Selain itu, ia juga berfungsi agar proses penyerapan makanan menjadi lebih berkesan. Jika nak usus yang bersih dan sihat, makanlah buah mata kucing.\n\nSelain buahnya yang banyak khasiat, akar pokok mata kucing juga tidak kurang hebatnya. Bagi orang yang menderita masalah pembuangan air kencing yang tidak lancar, cuba rebus akarnya dan diminum.\n\nUntuk menghentikan pendarahan, anda boleh menggunakan biji buah mata kucing. Caranya ialah tumbuk kasar biji tersebut dan lumurkan di kawasan yang mengalami luka. Selain darah akan berhenti mengalir, rasa sakit juga akan berkurangan.\n\nBagi yang sedang bercita-cita untuk menguruskan badan, apa kata cuba amalkan makan buah mata kucing. Kandungan serat dan air yang tinggi akan membuatkan perut berasa cepat kenyang. Kesannya, kita tidak akan cenderung untuk makan secara berlebihan.\n\nIa juga merupakan makanan sumber tenaga yang baik dan berkalori rendah. Setengah mangkuk buah mata kucing hanya mengandungi 35 kalori. Selain sedap, anda juga dapat menurunkan berat badan.\n\nPastinya anda tak sangka sebegini banyak khasiat buah mata kucing, bukan? Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang tak mampu dihuraikan di sini kerana keterbatasan.\n\nNamun, 16 khasiat yang disenaraikan ini sudah cukup untuk membantu meningkatkan kesihatan dan kecantikan kita. Jika ada pembaca yang telah mencuba tips-tips tersebut, jangan lupa kongsikan dengan kami.\n\nAda banyak artikel tentang khasiat buah-buahan dari aspek kesihatan di Bidadari.my. Antaranya ialah khasiat durian, buah naga dan manggis. Jangan lupa baca."
"Seperti mana dalam Bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia dan Indonesia, bahasa utama seperti english juga terdapat perbezaan antara dua lokasi. Walaupun sebenarnya maksud yang diberikan sebenarnya sama.\n\nInfografik di bawah akan dapat menyelesaikan kekusutan ini. Dengan ini , anda tidaklah lagi perlu tersasul menyebut sesuatu perkataan dan tidak mendapat reaksi daripada orang di sana.\n\nKini baru kami tahu siapa yang menggunakan perkataan \u2018pudding\u2019 dan siapa pula yang menggunakan perkataan \u2018dessert\u2019. Semoga infografik perbezaan English US dan UK ini membantu."
"Pasaraya adalah tempat di mana semua keperluan untuk harian kita ada di sana. Bahasa mudahnya, jika ingin membeli barang untuk keperluan rumah dan diri, boleh terus pergi ke pasaraya. Kita boleh pergi keseorangan atau ada orang yang menemani kita.\n\nSelalu apabila sudah berkahwin dan mempunyai keluarga, kita akan pergi ke pasaraya bersama keluarga. Anak-anak paling gembira apabila pergi ke pasaraya kerana terdapat banyak mainan yang dijual. Ia adalah salah satu cabaran bagi ibu bapa untuk menghalangnya.\n\nJika kita lihat, setiap kali pergi ke pasaraya, mesti ada anak yang mengamuk atau menangis. Pening kepala ibu bapa yang hendak mengawalnya. Apakah punca anak mengamuk di pasaraya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar punca anak mudah mengamuk (tantrum) di pasaraya. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita. \n\nTantrum biasa terjadi kerana beberapa punca. Antaranya ialah :\n\nJangan dikira hanya orang dewasa saja yang boleh rasa kecewa atau frust menonggeng. Anak-anak pun mengalami hal ini.\n\nMisalnya, anak-anak akan menjadi cepat marah apabila mereka tidak dapat sesuatu yang sangat mereka inginkan.\n\nDalam erti kata lainnya, mereka gagal. Kegagalan inilah yang mendorong wujudnya rasa kekecewaan, dan akhirnya kemarahan itupun meledak\n\nAnak anak yg keletihan dan kepenatan melampau akan menjadi mudah marah. Aktivitinya yg padat dengan waktu bermain akan membuat anak cepat marah & beremosi.\n\nSikap orangtua yang terlalu banyak menghalang & mengekang anak turut menyumbang kepada penderaan emosi anak.\n\nAnak akan berasa stress apabila dihalang untuk membuat sesuatu kerana mereka merasakan seolah olah tidak dipercayai. Anak anak ini pada suatu saat akan mencapai titik kemuncak stress dan mengakibatkan api kemarahan yang dipendam meledak.\n\n4. Sifat dasar anak yang emosional.\n\nBeberapa anak mewarisi sifat dasar emosional daripada ibu bapanya. Cek diri kita, adakah kita bersifat emosional?\n\nMereka ini cenderung untuk hilang sabar dengan mudah serta akan marah marah meskipun atas perkara yang remeh temeh.\n\nSalah satu kesalahan yang lazim dilakukan oleh ibu bapa adalah terlalu mengikut kata anak anak. Semua keinginan anak dipenuhi dengan mudah tanpa mahu mendidik anak itu bagaimana caranya untuk memperoleh sesuatu yang diingini.\n\nMenangis sedikit anak dipujuk dengan aiskrim atau mainan. Nah, akhirnya ini akan menjadi kebiasaan, & anak anak ini sudah mengenali pola game yang dibentuk sendiri ibu bapa.\n\nSuatu ketika, dia ingin memiliki sesuatu, dia akan menangis & mengamuk jika keinginan tidak segera dipenuhi oleh ibu bapanya.\n\n*Senarai di atas adalah punca-punca anak mengamuk di pasaraya. Tetapi kita boleh menghindari anak daripada mudah mengamuk dengan mendidik mereka sejak kali pertama jejak di pasaraya.\n\nJika anak mahukan mainan, cuba berkata dengan lembut dan katakan \u2018tidak boleh, lain kali, okay\u2019. Lama kelamaan mereka akan faham. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kita dapat melihat bahawa apabila seseorang menghadapi masalah pasti sesetengah daripada mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengawal emosi. Hal ini kerana mereka sering membuat keputusan ketika dalam keadaan yang beremosi. Akan tetapi, kita dapat melihat bahawa kesan daripada sikap terburu-buru dalam membuat keputusan akan membawa padah.\n\nJom kita lihat info menarik daripada Puan Nora Zyan mengenai teknik terbaik untuk kekal tenang supaya kita mampu membuat keputusan yang wajar apabila menghadapi pelbagai perkara yang mendatang.\n\n*Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu anda dan juga orang yang tersayang untuk memastikan diri sentiasa kekal tenang dalam apa-apa rintangan yang mendatang.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk artikel penuh, sila baca di sini."
"Kanser boleh berlaku di mana-mana sahaja anggota tubuh badan termasuk kulit. Kanser kulit merupakan ketumbuhan poada bahagian kulit yang disebabkan oleh sel yang tidak normal.\n\nKanser kulit boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis kanser yang berasal daripada sel-sel lapisan kulit yang berlainan. 3 jenis kanser kulit yang utama ialah basal cell carcinoma, squamous cell carcinoma dan melanoma.\n\nMelanoma ialah sejenis kanser kulit yang paling berbahaya kerana ia membesar dan merebak dengan pantas ke organ badan yang lain. Dikatakan bahawa kanser kulit lebih kerap berlaku pada individu yang berkulit cerah berbanding berkulit gelap.\n\nNamun begitu, ia juga tetap boleh berlaku pada individu yang berkulit gelap. Menurut Laporan Daftar Kanser di Malaysia (3rd\u00a0Annual Report of national Cancer Registry 2003-2005), kanser kulit ialah kanser yang ke-10 paling kerap berlaku di Malaysia.\n\nTerdapat beberapa faktor yang menyumbang risiko mendapat kanser kulit. Antaranya ialah:\n\nOrang yang berkulit cerah mempunyai jumlah melanin iaitu pigmen kulit yang kurang berbanding orang yang berkulit gelap. Ini menyebabkan mereka mendapat perlindungan yang kurang daripada sinaran Ultraviolet (UV) yang berbahaya dan menyebabkan kanser kulit.\n\nIndividu yang mempunyai banyak tahi lalat atau tahi lalat yang luar biasa (dysplastic naevi) juga mempunyai risiko mendapat kanser kulit.\n\nGolongan yang bekerja di luar bangunan seperti petani, nelayan, pekerja tapak pembinaan dan sebagainya berisiko mendapat kanser kulit. Malahan sesiapa yang pernah mengalami sunburn (kulit terbakar) semasa kanak-kanak atau remaja juga berisiko mendapat kanser kulit apabila dewasa.\n\nKulit yang terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan tanpa memakai pelindung krim suria (sunblock) menyebabkan sinar UV merosakkan sel-sel kulit.\n\nPesakit HIV atau AIDS atau mereka mereka yang mengambil ubat immunosuppressant selepas pemindahan organ mempunyai sistem ketahanan tubuh yang lemah. Ini menyebabkan mereka mudah mendapat kanser kulit.\n\nActinic keratosis kerap berlaku di bahagian wajah, tangan dan kepala individu yang berkulit cerah dan sering terdedah kepada cahaya matahari. Penyakit ini menyebabkan tompok-tompok keperangan, kasar dan bersisik pada kulit.\n\n#6 Pernah ada sejarah menghidap kanser kulit\n\nJika seseorang itu pernah menghidap kanser kulit, dia mempunyai risiko tinggi untuk mendapatnya sekali lagi.\n\nJika pernah mendapat rawatan radiasi atau terdedah kepada radiasi secara berlebihan, individu itu juga berisiko mendapat kanser kulit.\u00a0\n\nPesakit yang mempunyai penyakit genetik seperti xeroderma pigmentosum tidak mampu untuk membaiki sel-sel kulit yang rosak akibat sinaran matahari. Sel-sel ini berisiko menkadi kanser kulit.\n\nJangkitan virus ini berupaya membentuk kanser di bahagian kemaluan.\n\nApabila terlalu terdedah kepada bahan kimia seperti arsenik juga boleh meningkatkan risiko mendapat kanser kulit. Sumber air yang tercemar seperti perigi, tasik dan sebagainya boleh terdedah kepada kadar arsenik yang tinggi. Keracunan arsenik juga boleh berlaku akibat pengambilan ubat-ubatan tradisional.\n\nAmalan merokok juga boleh menyebabkan kanser kulit.\n\nKanser kulit biasanya melibatkan anggota tubuh di bahagian wajah, kepala, leher dan lengan. Ini disebabkan bahagian-bahagian ini mudah terdedah secara langsung kepada pancaran cahaya matahari.\n\nKanser kulit mempunyai bentuk dan keadaan yang berlainan mengikut jenisnya. Antara gejala umum ialah:\n\nRawatan bagi kanser kulit akan dilakukan bergantung kepada jenis kanser kulit, tempat kanser, saiz kanser, umur pesakit dan sejarah penyakit kanser kulit (sama ada pertama kali berlaku atau kes berulang).\n\nRawatan akan dilakukan secara pembedahan. Jika kanser ini tidak dapat dilakukan misalnya disebabkan ia tumbuh berhampiran mata, maka kaedah radioterapi akan digunakan.\n\nKaedah lain untuk merawat kanser ini termasuk cryotherapy, kemoterapi setempat dan topical photodynamic therapy.\n\nBagi kanser jenis ini, pembedahan boleh dijalankan jika ketumbuhan boleh dibedah sepenuhnya. Jika kanser tidak dapat dibedah, rawatan radioterapi akan diberikan.\n\nDisebabkan kanser kulit jenis melanoma tumbuh dan merebak dengan cepat ke bahagian organ berdekatan seperti kelenjar limpa dan organ dalaman, maka pesakit perlu melalui proses CT scan dan biopsi kelenjar limpa.\n\nJika kanser tidak merebak, ketumbuhan ini boleh dibedah dengan sepenuhnya bersama-sama bahagian kulit yang normal. Jika sudah pada tahap kronik, rawatan kemoterapi akan diberikan walaupun biasanya kurang berkesan.\n\nOleh itu, jangan memandang remeh soal penjagaan kulit lebih-lebih lagi apabila berada di luar rumah. Jika ada kelainan pada permukaan kulit sama ada perubahan warna kulit, saiz tahi lalat yang semakin membesar dan sebagainya, segeralah berjumpa dengan doktor.\n\nBerikut ialah beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk mengelakkan berlakunya kanser kulit, iaitu:\n\nSetakat ini sahaja perkongsian tentang penyakit kanser kulit dari aspek punca, gejala dan cara rawatan. Semoga para pembaca bidadari.my mendapat manfaat daripada penulisan ini. Sentiasalah menjaga kesihatan diri kita. Jemput juga baca artikel makanan antikanser kanser testis dan kanser ovari"
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi tradisi India pula. Masalodeh nama diberi. Kudapan ini mampu menghadiahkan anda citarasa kuliner india yang menarik.\n\nMasalodeh dibuat berbasis kacang parpu atau dal. Rasanya sedap rangup di luar tapi lembut gebu di dalam. Cara membuat masalodeh ialah ringkas dan cukup sederhana.\n\nNamun bergitu, ramai yang sukakan masalodeh. Aroma kacang yang ditumbuk halus dan perpaduan rempah daun kari yang wangi, amat merangsang selera.\n\nTeringin masak masalodeh? Sila perhatikan resepi yang dikongsikan oleh Masni Bahari di bawah ini, amat senang untuk dicubakan. Tidak makan masa dan senang. Selamat mencuba.\n\nNota : Supaya adunan tidak telerai masa goreng, guna api sederhana.\n\nSelain resepi masalodeh, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Hari ini dikongsikan tips komunikasi dengan pasangan. Semoga tips ini membantu. Selamat mencuba.\n\nWahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.\n\nSebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri. \n\nOleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar,\n\nCadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. \n\nBila sudah dekat, tepuk bahunya, bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.\n\nSebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan \u201cstereo\u201d menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia. \n\nOleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam \u201ctoilet\u201d. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami ."
"Risau untuk kenalkan teknologi pada anak? Lebih-lebih lagi dengan pengaruh sosial media. Ekosistem teknologi yang selamat untuk anak anda kini tiba di Malaysia.\n\nMemandangkan teknologi dan pengaruh media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi. myFirst kini dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan peranti ekosistem teknologi selamat yang pertama di dunia. Aplikasi myFirst Circle pula merupakan alternatif media sosial terbaik untuk kanak-kanak. Jam pintar myFirst Fone R1s dicipta khas untuk kanak-kanak menerokai teknologi dan berhubung dengan selamat dengan kawalan ibu bapa.\n\nUntuk makluman, myFirst Fone R1s ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej teks, pemain muzik, kamera, jam, GPS serta penjejak kecergasan. Ia turut dilengkapi dengan pemantauan kadar degupan jantung malah pengguna boleh mengumpul lencana menarik sambil mengetahui jumlah langkah mereka setiap hari. Jam pintar ini juga boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak untuk menggunakan tetapan yang terdapat pada jam penggera dan peringatan. Kanak-kanak atau ibu bapa boleh merakam suara untuk digunakan sebagai peringatan. Selain itu, muka jam pintar R1s ini boleh disesuaikan mengikut pemilihan wallpaper beranimasi dan swafoto yang sedia ada!\n\n\u201cmyFirst dicipta sebagai pengalaman teknologi selamat pertama buat kanak-kanak. Pengunaan teknologi myFirst membantu proses perkembangan kanak-kanak melalui pengalaman menggunakan peranti yang inovatif dan menyeronokkan. Kami cuba menzahirkan semula cara kanak-kanak bermain sambil belajar dengan harapan agar ciptaan ini mampu melahirkan komuniti yang membesar dengan pendedahan terhadap teknologi selamat sebelum mereka berhadapan dengan dunia teknologi yang lebih mencabar. Demi merealisasikan usaha ini, kami telah mencipta aplikasi lingkaran sosial yang selamat buat pengguna peranti myFirst yang dipanggil myFirst Circle,\u201d kata G-Jay Yong, Pengasas myFirst.\n\nMemandangkan teknologi semakin maju, kanak-kanak juga harus didedahkan dengan teknologi lebih awal untuk mengikuti keupayaan pembelajaran secara kognitif. myFirst menawarkan pelbagai pilihan produk supaya kanak-kanak boleh bermain sambil belajar dengan selamat dan mudah diakses oleh ibu bapa.\u00a0\n\nmyFirst dilancarkan secara rasmi di my.myfirst.tech. Ibu bapa boleh membeli produk-produk ini di cawangan yang terpilih [https://my.myfirst.tech/locate-store].\u00a0\n\nUntuk maklumat lanjut mengenai myFirst dan rangkaian produk, layari www.myfirst.tech."
"Sebagai seorang muslim kita kena tahu bilakah \u2018tarikh tahun baru\u2019 yang sebenarnya. Sambutan tahun baru Masihi bukanlah keutamaan sebaliknya Maal Hijrah yang menjadi peristiwa besar dalam sejarah tahun Islam. Cara paling afdal untuk sambut tahun baru adalah dengan mengikut panduan secara Islam. Tujuan dan niatnya juga perlulah betul tanpa sebarang niat untuk mengikut ajaran dan cara agama yang lain.\n\nPanduan Sambut Tahun Baru Cara Islam\n\nDi sini akan dikongsikan antara panduan untuk sambut tahun baru cara Islam. Malah cara-cara ini memang sudah lama dilakukan untuk sambut tahun baru (Maal Hijrah) sejak dulu lagi. Jika ingin diadakan sempena tarikh tahun baru Masihi juga tidak salah. Setidaknya ia dapat menarik minat golongan muda ke majlis yang baik daripada terjerumus dengan aktiviti liar yang sering menjadikan sambutan tahun baru sebagai alasan.\n\n1 \u2013 Solat Hajat Dan Munajat\n\nCara utama yang boleh dilakukan untuk sambut tahun baru cara Islam adalah dengan mengadakan solat hajat dan munajat. Kebanyakan surau serta masjid kebiasaanya pada malam tahun baru mereka akan mengadakan solat sunat hajat dan juga munajat. Ia bertujuan untuk memohon agar Allah SWT berkat dan rahmat pada negara kita dan masyarakat Islam di negara kita agar di jauhkan daripada segala musibah dan bencana.\n\n2- Mengadakan Ceramah Di Surau Atau Masjid\u00a0\n\nPada malam ambang tahun baru apa kata kalau kita adakan program ceramah. Ramai penceramah terkenal di negara kita yang boleh kita panggil malah ada di antara mereka sangat digemari di kalangan anak muda. Dengan sebegini kita akan dapat menarik lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai program keagamaan dan mereka akan bersama-sama untuk sambut tahun baru cara Islam.\n\n3- Dendang Lagu Yang Berkonsepkan KeTuhanan\u00a0\n\nDi Malaysia sahaja, ramai kumpulan nasyid dan yang menyampaikan lagu berunsur dakwah. Dengan cara sebegini mereka dapat memperkenalkan kumpulan mereka di samping dapat menarik minat orang muda untuk mendekati Islam. Ia sekali gus dapat dijadikan platfom untuk berdakwah.\u00a0 \n\nKagum dengan penganjur yang mengadakan sambutan tahun baru yang slotnya dihiasi dengan zikir yang memuji Allah SWT. Malah program seperti ini mendapat sambutan yang cukup hangat dalam kalangan masyarakat di negara kita. Lihat sahajalah apabila Selawat Perdana sempena tahun baru, penyertaan mereka luar biasa. Ini menunjukkan bahawa penganjur berjaya menarik minat masyarakat untuk lebih mendekatkan diri dengan program keagamaan seperti ini.\n\n4 \u2013 Adakan Karnival Jualan Produk Tempatan\n\nSalah satu cara sambut tahun baru cara Islam adalah dengan mengadakan karnival jualan. Karnival sebegini memberi peluang buat para peniaga kecil untuk menjual produk mereka. Ia sekali gus dapat meningkatkan lagi ekonomi perniaga kecil. Bukan itu sahaja, ia juga turut dapat meningkatkan ekonomi Islam dengan memberi peluang kepada peniaga islam untuk turut serta bersama dengan karnival sambutan tahun baru.\n\nDalam islam juga menggalakan kita bersukan untuk menjaga kesihatan diri kita. Justeru itu, apa kata sempena sambutan tahun baru, kita anjurkan beberapa aktiviti sukan seperti berbasikal atau pertandingan sukan yang lain. Cara ini amat sesuai dengan untuk kita sambut tahun baru cara islam. Bukan itu sahaja, dengan sambutan seperti ini ia dapat menyatukan masyarakat Islam di negara kita. Bukan itu sahaja, dengan cara sebegini ia juga dapat menarik minat orang muda untuk menyertai program berunsur keagamaan seperti ini.\n\nAntara Syarat-Syarat Menyambut Tahun Baru Cara Islam\n\nNak sambut tahun baru (Maal Hijrah) itu tidak salah dan hendaklah sambutan yang diadakan itu mengikut syariat Islam. Ada juga beberapa syarat utama yang perlu umat Islam ikuti antaranya ialah:\n\nMenyambut tahun baru memang tidak salah tetapi sambuatan tersebut perlulah tidak melanggar syariat islam seperti isi kandung majlis tersebut ada menyerupai agama lain. Ini kerana, sebagai umat islam ia dikuatiri akan memesongkan akidah kita. Seeloknya sambutan tahun baru biarlah ada unsur-unsur islam kerana di situ kita ia kan dapat mewujudkan rasa syukur ke atas keamanan negara yang telah kita kecapi.\n\nBila tanya sahaja pada semua orang apa yang paling best pada malam tahun baru, sudah tentu mereka akan menjawab konsert ambang tahun baru. Apa yang dikuatiri dengan konsert seperti ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Untuk pergi meyambut tahun ia tidak salah tetapi perlulah menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan agar ia tidak keterlaluan.\n\nProgram sambutan tahun hendaklah bersesuaian dengan syarak. Sebagai contoh di luar negara sambutan tahun baru biasanya akan mengandungi perkara yang dilarang seperti minum arak. Setiap penganjur perlu sentiasa memastikan sambutan tahun baru yang mereka sesuai dengan norma dan juga dengan umat islam.\n\nPerkara Yang Elok Dilakukan Bila Tiba Tahun Baru\n\nJangan Terlalu Ghairah Sambut Tahun Baru\n\nTarikh 01.01 setiap tahun akan menyaksikan sambutan Tahun Baru yang meriah di seluruh dunia termasuk Malaysia. Detik 12 malam di tahun baru sangat gemilang di sana sini. Kiranya sambutan tahun baru adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu untuk oleh ramai orang.\n\nWalaubagaimanapun sambutan tahun baru begini janganlah sampai ada tragedi. Memadailah dengan sambut secara sederhana untuk elakkan pembaziran. Malah jangan juga mudah alpa kerana hakikatnya tahun baru Islam adalah pada tarikh Maal Hijrah bukannya sempena tarikh 01.01 mengikut kalender Masihi itu."
"Kami kongsikan 12 tanda kanser yang wajib kita peduli.\u00a0 Pentingnya\u00a0 untuk kita mengetahui mengenai tanda-tanda ini bagi mengelakkan pesakit yang mempunyai peluang untuk diubati\u00a0 hilang kemungkinan untuk sembuh akibat mengabaikan simptom-simptom awal kanser.\n\nKanser bukan lagi satu penyakit yang asing buat masyarakat kita pada hari ini.\u00a0 Setiap hari kita mendengar ada sahaja kematian yang disebabkan kanser malah pada 2016 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan bahawa kanser merupakan punca kematian ketiga\u00a0 tertinggi di negara ini.\n\nPeningkatan kematian yang disebabkan kanser adalah sebanyak 50 peratus sejak 20 tahun kebelakangan ini. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Laporan Pendafaran Kanser Kebangsaan, antara 2007 hingga tahun 2011, sebanyak i 103, 507 kes kanser baharu telah dikenalpasti.\n\nSecara amnya berikut adalah kanser yang biasa dihidapi oleh masyarakat Malaysia dalah kanser usus, kanser paru-paru dan kanser payudara. Di peringkat nasional, kerajaan telah melaksanakan strategi yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Kanser (2016-2020).\n\nPencegahan penyakit kanser bukan hanya tanggungjawab sesetengah pihak, ia memerlukan peranan semua pihak termasuk kita bagi mengurangkan kadar kes kanser terus meningkat .\n\nTahukah kita bahawa kanser boleh merebak dari kanser tahap 1 ke tahap 3 hanya dalam masa seminggu. Dan kanser akan terus menjadi tahap ke 4 pada hari kelapan. Fakta ini sangat meresahkan kita bukan.\n\nBadan kita diciptakan dengan mekanisme pertahanannya yang tersendiri jadi apabila ada sel yang tidak dikenali di dalam badan, badan akan menghantar simptom atau isyarat yang memberitahu bahawa badan dalam keadaan tidak baik.\n\nSebenarnya sebelum seseorang itu disahkan mengjhidap kanser tahap yang kritikal badan akan \u00a0menghantar isyarat supaya pesakit boleh mengambil langkah penyembuhan dengan lebih proaktif.\n\nJadi amat penting untuk ktia mengetahui tanda-tanda kanser yang menyerang supaya kita dapat merawat daripada peringkat awal.\n\nTanda-tanda kanser berbeza mengikut jenis kanser namun hari ini kita akan kupas simptom kanser secara umum terlebih dahulu.\n\nSekiranya anda\u00a0 selalu merasa letih dan letih tersebut \u00a0tidak lega \u00a0walaupun sudah berehat atau mengambil ubat sebaiknya anda buat pemeriksaan awal kerana keletihan berpanjangan merupakan simptom awal kanser.\n\nBagi kanser kulit pula, simptom awal adalah bengkak berwarna merah jambu.\n\nManakala kanser kulit merbahaya seperti melanoma langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan pada bahagian yang dijangkiti.\n\nSelain itu, luka yang tidak sembuh juga menjadi tanda kepada kanser kulit. Misalnya luka jerawat yang berdarah tetapi setelah sekian lama masih juga tidak sembuh.\n\nSekiranya anda mengalami simptom ini sebaiknya berjumpa dengan doktor secepat mungkin.\n\nAndai anda mengalami penurunan berat badan yang terlalu drastik tanpa sebarang sebab seeloknya anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.\n\nSelain mengalami kesukaran untuk menghadam makanan.Penurunan berat badan yang mendadak tanpa sebab biasanya berkait rapat dengan kanser pankreas , esofagus dan paru-paru.\n\nSimptom biasa bagi kanser payudara adalah \u2018breast lump\u2019 tetapi sebenarnya ada tanda-tanda lain untuk kanser iaitu perubahan pada kulit payudara seperti kulit kering dan ruam.\n\nApabila terdapat ruam disekitar payudara ia merupakan hal yang pelik kerana payudara sukar untuk dijangkiti ruam.\n\nSalah satu tanda kanser ovari adalah kenyang dengan cepat. Walaupun jumlah makanan yang dimakan sedikit tetapi pesakit akan mudah merasa kenyang.\n\nSekiranya ada sahabat wanita yang mengadu sakit di bahagian perut\u00a0 atau tulang pelvis dan perut kembung\u00a0\u00a0 dengan kerap setiap bulan bawalah dia berjumpa dengan doktor kerana sahabat anda di dalam bahaya.\n\nHasil kajian daripada National Institutes of Health Amerika Syarikat, kurang selera makan merupakan tanda kanser kolon, ovari dan pankreas.\n\nDemam yang berpanjangan merupakan tanda kepada kanser darah seperti leukimia atau limfoma. Demam merupakan isyarat yang dihantar kepada pesakit supaya mendapatkan rawatan dengan lebih segera.\n\nMerasa sakit tanpa sebab tertentu juga merupakan salah satu tanda kanser yang serius. Misalnya anda tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan anda merasa sakit tetapi anda sakit dengan tiba-tiba dan ia sukar untuk sembuh sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan.\n\nSekiranya terdapat darah di dalam najis anda dan mengalami cirit birit\u00a0 atau sembelit dalam tempoh masa yang panjang anda mungkin berpotensi untuk menghidapi kanser perut atau kanser usus.\n\nSakit tekak berterusan merupakan tanda awal bagi kanser tekak. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan menelan makanan.Adanya ketulan di tekak , hilang suara dan batuk berdarah.\n\nManakala sekiranya lelaki mengalami kencing berdarah,\u00a0 kerap buang air kencing pada waktu malam dan kencing tidak lawas, mereka berpotensi untuk menghidap kanser prostat.\n\nBagi wanita pula sekiranya ingin buang air kecil secara tiba-tiba dan perlu ke tandas dengan segera, anda perlu berwaspada kerana ini merupakan tanda kanser ovari dan kanser buah pinggang.\n\nTerdapat kajian secara klinikal yang menunjukkan kemaluan pada ada kaitan dengan kanser ovari kerana kewujudan neoplasma rahim.Kegatalan pada hidung pula dikaitkan dengan kanser otak.\n\nKanser boleh dicegah dengan pemerikasaan kesihatan secara berkala dan kita perlu sentiasa prihatin dengan ketidakselesaan yang dialami.\n\nBadan manusia dicipta dengan begitu sempurna, badan akan menghantar signal kepada kita sekiranya\u00a0 kita mengalami sebarang situasi yang luar biasa namun ia sudah menjadi tradisi kita untuk mengabaikan tanda-tanda tersebut.\n\nNamun diharapkan menerusi perkongsian ini lebih ramai yang sedar dan ambil peduli terhadap kesihatan diri masing-masing.\n\nJemput juga baca tulisan lain kami mengenai kanser. Antara artikel kanser yang ditulis adalah kanser perut, kanser rahim dan kanser darah."
"Bagi wanita yang sudah berumah tangga, pastinya perkataan IUCD bukanlah sesuatu yang asing bagi anda. Alat perancang rumah tangga IUCD adalah salah satu alat perancang kehamilan yang popular di Malaysia selain pil perancang, implanon, suntikan hormone, dan sebagainya.\n\nBagi anda yang tidak biasa dengan alat mencegah kehamilan ini pastinya anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan IUCD? Bagaimana ia berfungsi? Bagaimana cara menggunakannya? Dan paling penting apakah kesan sampingan.\n\nIUCD adalah satu alat mencegah kehamilan yang merupakan peranti kecil yang diperbuat daripada plastik dan tembaga yang dimasukkan ke dalam rahim anda. Kebanyakan IUCD di pasaran Malaysia adalah berbentuk T dengan terdapat dua benang yang melekat padanya. Besar alat peranti IUCD ialah sepanjang sebatang mancis. Terdapat dua jenis IUCd yang biasa digunakan di Malaysia iaitu IUCD jenis tembaga dan IUCD jenis hormon.\n\nTerdapat 4 jenama IUCD yang biasa digunakan di Malaysia iaitu:\n\nIUCD adalah alat mencegah kehamilan yang sangat popular di seluruh dunia dan ia merupakan salah satu daripada kaedah perancang keluarga yang paling berkesan. Menurut data, hanya dua hingga 8 dari 1,000 wanita yang memakai IUCD termengandung tanpa sengaja dalam tempoh setahun. Malah pemakaian IUCD juga membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin atau STD.\n\nBagaimana ia berfungsi untuk mencegah kehamilan?\n\nIUCD menghalang seorang wanita daripada mengandung dengan cara menghalang proses persenyawaan di antara sperma dan telur. IUCD akan membuatkan lendir rahim dan keadaan rahim tidak sesuai untuk sperma terus hidup dengan sihat lalu menyebabkan sperma menjadi kurang berkualiti untuk proses persenyawaan. Malah ia menghalang perjalanan sperma untuk masuk ke serviks.\n\nMalah sekiranya persenyawaan telah berlaku, IUCD akan menyebabkan berlakunya pencemaran toksik dalam rahim yang menjadi punca proses penempelan tidak berlaku dengan sempurna. Malah IUCD juga membantu menipiskan rahim lalu menyebabkan proses penempelan benih yang telah disenyawakan tidak dapat berlaku.\n\nKeadaan ini akan menyebabkan kesukaran untuk proses persenyawaan berlaku sekali gus mengurangkan kemungkinan untuk seorang wanita itu mengandung\n\nProses pemasangan IUCD adalah sangat mudah dan tidak begitu menyakitkan. Anda mungkin akan berasa sedikit tidak selesa atau mengalami sedikit kesakitan namun ianya bukanlah sesuatu yang sanga teruk. Untuk memasukkan IUCD ke dalam rahim anda, prosedurnya ialah seperti berikut:\n\nSebaik sahaja alat IUCD dimasukkan anda mungkin akan mengalami kekejangan dan berasa sedikit tidak selesa pada bahagian peranakan. Mungkin juga anda akan mengalami sedikit pendarahan.Namun anda tidak akan mengalami kesakitan yang melampau.\n\nBagaimana cara untuk mengelakkan IUCD daripada beralih daripada kedudukannya?\n\nTerdapat kes di mana IUCd telah beralih tempat daripada kedudukan asalnya.\u00a0 Oleh itu anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan sendiri bagi memastikan IUDC tidak beralih dari kedudukan yang sepatutnya dengan melakukan langkah-langkah yang berikut:\n\nPastinya anda ingin tahu apakah kesan sampingan pemakaian alat mencegah kehamilan IUCD. Di antara kesan sampingan yang selalu diadukan oleh pemakai di Malaysia adalah seperti berikut:\n\nItulah dia info tentang IUCD yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang haid tidak teratur dan jenis sakit perut ketika hamil"
"Selalu dengar muzik menggunakan alat peranti fon telinga atau lebih dikenali sebagai earphone. Zaman sekarang, ramai orang yang menggunakan earphone untuk mendengar lagu ketika melakukan aktiviti harian mereka.\n\nBersenam ketika mendengar lagu dapat membuatkan pendengar lebih bersemangat untuk bersenam. Earphone digunakan ketika ingin mendengar lagu tanpa memberi gangguan kepada orang lain. Jadi, hanya kita sahaja yang boleh tahu lagu atau bunyi yang keluar dari earphone.\n\nTetapi ada kesan negatifnya jika kita tersalah guna earphone. Jika kita menggunakan earphone dengan membuka bunyi yang kuat, ia boleh memberi masalah terhadap pendengaran telinga kita. Ia boleh merosakkan pendengaran kita.\n\nJadi, ada cara yang betul untuk menggunakan alat peranti earphone ini.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai cara betul penggunaan fon telinga (earphone). Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. \n\n\u25fePastikan kekuatan bunyi tidak melebihi 60% daripada kekuatan maksima peranti audio. Lazimnya kekuatan maksima sesuatu peranti audio personal ini adalah sekitar 110dB(decibel).\n\nWHO sarankan untuk hadkan bunyi pada 70dB. Bunyi-bunyian pada 85dB dan ke atas akan mula merosakkan pendengaran.\n\n\u25fePastikan berehat daripada mendengar melalui peranti audio setelah mendengar selama 60 minit. Rehat selama 10 minit, dan kemudian boleh sambung semula.\n\nJangan tidur sambil menggunakan peranti audio ditelinga. Sistem pendengaran anda perlu berehat untuk proses pemulihan.\n\n\u25feGunakan headphone yang ada ciri noise cancelling (pemansuhan bunyi) jika kawasan sekitar bising. Bukan naikkan kekuatan bunyi headphone untuk menenggelamkan bunyi persekitaran.\n\nBoleh juga gunakan aplikasi telefon yang hadkan kekuatan maksima bunyi kepada 60%, dan hadkan masa pemain muzik kepada 60 minit.\n\n\u25feJika dibandingkan dengan earphone, headphone dikatakan lebih selamat. Ini kerana jarak pembesar suara headphone dari gegendang telinga lebih jauh, berbanding earphone.\n\n*Jangan kerap menggunakan earphone dengan bunyi yang kuat. Jika tidak boleh berlaku masalah pendengaran telinga dan mengakibatkan kecacatan iaitu pekak. Lebih baik kurangkan penggunaan earphone dan lebih kan berkomunikasi dengan orang sekeliling.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tidak sedikit sebaliknya ramai, baik lelaki mahupun wanita yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk mengekalkan rambut yang sihat dan menawan. \n\nPelbagai produk digunakan sama ada dari bahan semula jadi mahupun bahan kimia, namun kedua-dua masih tidak menampakkan kesan yang diingini. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang manfaat minyak buah keras yang boleh anda gunakan dalam kehidupan seharian khususnya dalam aspek penjagaan rambut yang sihat.\n\nUmumnya buah keras ini menjadi bahan utama dalam rata-rata masakan orang Asia. Ia banyak digunakan sebagai perencah, sambal ataupun gulai.\n\nFungsi utama buah keras dalam masakan adalah untuk memberi kepekatan masakan berkuah, memberikan aroma (manis) dan tidak lupa juga menambahkan kelazatan. \n\nKita hanya sebut mengenai biji buah keras itu sahaja, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu akan manfaat minyak buah keras itu sendiri.\n\nManfaat minyak buah keras sentiasa berkait rapat dengan kegunaannya dalam menjadikan rambut lebih lebat, kuat, menawan, dan sihat. \n\nManfaat buah keras pada kesihatan diri\n\nManfaat minyak buah keras yang utama adalah dapat melebatkan rambut. \n\nIa mengandungi polifenol, asid oleik, dan asid linoleik yang mempunyai sifat antioksidan dan menyebabkan kelonggaran otot di kawasan folikel rambut sehingga merangsang pertumbuhan rambut sendiri. \n\nRambut beruban itu normal kerana setiap dari kita mempunyai folikel rambut di mana terletaknya sel pigmen yang menghasilkan melanin sebagai zat yang memberi warna pada rambut.\n\nKajian menunjukkan bahawa rambut hitam yang bertukar putih sebelum pada masanya mempunyai kaitan rapat dengan masalah seperti genetik, kurang vitamin, stres atau tekanan, pengambilan ubat-ubatan, penggunaan produk rambut yang tidak bersesuaian, faktor gaya hidup dan sebagainya.\n\nDengan penggunaan minyak buah keras, mungkin ia dapat membantu anda dalam menangani masalah rambut beruban yang ketara.\n\nKajian mengatakan bahawa manusia akan kehilangan 80 \u2013 100 helai rambut setiap hari. Ia berlaku sama ada kita menyikat atau tidak rambut itu.\n\nDengan adanya kandungan asid oleik dalam minyak buah keras, ia dapat melambatkan lagi keguguran rambut.\n\nCara buat minyak buah keras homemade\n\nPasti ramai yang ingin tahu setelah membaca manfaat minyak buah keras tadi, adakah minyak ini boleh dibuat sendiri di rumah?\n\nJawapannya, ya! Kita boleh hasilkan minyak buah keras ini sendiri di rumah dengan cara yang begitu mudah sahaja. \n\nSelain dari petua manfaat minyak buah keras ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:"
"Ulser adalah satu tompokan putih itu iaitu sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Kita selalu fikir ulser selalu terjadi pada orang yang sudah besar. Ulser terjadi apabila kurang minum air atau tergigit di bahagian mulut di dalam. \n\nNamun, bayi juga boleh terkena ulser. Mereka akan rasa sakit apabila hendak minum susu kerana puting akan terkena pada bahagian di dalm mulut. Bagaiman kita tahu bayi terkena ulser?\n\nBayi akan mula merengek apabila hendak minum susu. Mereka lapar dan ingin minum susu tetapi disebabkan mulut mereka sakit terkena ulser, maka mereka susah minum susu. Jika kita pun terasa sakit apabila ada ulser dalam mulut, ini pula bayi yang baru mahu mengenali sakit.\n\nBagaimana cara untuk merawat ulser di mulut bayi?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai cara merawat ulser di mulut bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nUlser mulut terjadi disebabkan jangkitan virus seperti herpes, cacar air dan penyakit kaki tangan dan mulut. Rasa pedih muncul dalam masa 24 hingga 48 jam dan bertahan hingga tiga ke empat hari.\n\nPunca lain yang menyebabkan ulser menurut Jurnal of Multidisciplinary Engineering Science Studies (JMESS), ulser juga boleh disebabkan Candida Albicans. Ini kerana beberapa jenis penyakit iaitu stres atau ubat-ubatan yang mengganggu kestabilan.\n\nBayi mungkin tergigit lidah atau bahagian bibirnya hingga luka tanpa disengajakan. Sekiranya daya imun bayi dalam keadaan kurang baik, maka kuman akan cepat masuk dan mengalami jangkitan.\n\nKemungkinan bayi mengalami alergi terhadap sesuatu makanan, termakan atau terminum makanan dan minuman agak panas sehingga menyebabkan luka pada mulut dan menimbulkan ulser.\n\nKekurangan vitamin juga menjadi salah satu punca berlakukan ulser. Kekurangan zink, folat dan vitamin B12 menyebabkan seseorang bayi mudah mengalami ulser.\n\nAda bayi yang memang lahir dalam keluarga yang selalu dijangkiti ulser. Jadi tak hairanlah ia meningkatkan risiko si kecil turut mudah terkena ulser mulut.\n\nJika bayi anda menangis lebih kerap berbanding biasa, asyik merengek, enggan menyusu, minum air atau makan, cuba periksa bahagian mulutnya.\n\nBiasanya ulser mulut yang berwarna kelabu atau kuning dengan garisan tepi yang kemerah-merahan bersaiz kurang daripada 1 sm akan sembuh dengan cepat dalam tempoh masa satu atau dua minggu tanpa rawatan. Untuk membantu anak mengurangkan kesakitannya anda boleh melakukan beberapa perkara iaitu :\n\n*Boleh ikut salah satu cara di atas untuk rawat bayi yang terkena ulser. Jika bayi ada ulser di mulut, cepat bawa mereka ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor. Jika bayi mempunyai ulser, mereka susah untuk minum susu dan kita sebagai ibu bapa pun rasa risau. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Siapa pernah makan kuih ropa atau dikenal dengan kuih lipat Terengganu? Ada lagi kah yang jual kuih ini sekarang?\n\nKami gerenti mesti ramai yang belum jumpa kuih ini. Bagi sesiapa yang belum tahu rupa kuih ini, sila tengok resepi di bawah. Resepi kuih ropa siap-siap kami tulis di bawah dan sedia untuk dijadikan hidangan minum petang.\n\nKuih ropa terdiri daripada bahagian kulit dan inti. Lapisan kulit diperbuat dengan cara menggoreng tanpa minyak adunan tepung dalam kuali leper. Dan lapisan inti pula diperbuat kurang lebih seperti inti karipap iaitu menggunakan bahan asas kentang. Kemudian inti akan dibalut dengan kulit kuih ropa tadi dan digoreng lagi sekejap dengan sedikit minyak dalam kuali leper. Kuih ropa teksturnya garing di luar.\n\nSenang sahaja jika anda berminat untuk mencuba buat kuih ropa. Selain untuk hidangan minum petang, kuih ropa juga sedap untuk hidangan sarapan. Selamat mencuba. Resepi dikongsikan oleh \u200eWan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.\n\nResepi Kuih Ropa @ Kuih Lipat Terengganu\n\nSelain kuih ropa, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ingin makan makanan lazat dan menyelerakan? Jom cuba resepi ikan kukus ala thai ini.\n\nMasakan kukus sepatutnya menjadi salah satu antara hidangan yang merangsang selera makan. Ia juga tidak dimasak menggunakan minyak sehingganya kadar lemak dalam makanan juga rendah. Bolehlah untuk anda yang tengah berdiet makanan berlemak.\n\nMieza Azlan di laman Facebook berkongsikan resepinya, tidak hanya ikan kukus sahaja namun ia juga berkongsikan resepi sambal Thai yang dimakan bersama ikan kukus. Mesti anda tertunggu resepinya, selamat mencuba.\n\nSelain resepi ikan kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Disini dikongsikan petua anak mendengar kata yang boleh dicuba. Kadang-kadang sebagai ibu bapa muda, kemungkinan anda menghadapi situasi anak-anak kecil anda tidak mendengar kata. Dilarang memukul adik, dia tetap memukul juga. Bila diingatkan berkali-kali, dia berhenti sekejab, tetapi dua jam kemudian melakukannya lagi.\n\nJangan cepat stress. Tengok dulu umur anak itu. Kalau dia dibawah 3 tahun, fahamilah dia belum ada self-control lagi. Dia faham tak faham arahan anda itu.\n\nKadang-kadang anda mungkin nampak dia memukul adik kecilnya yang baru beberapa bulan itu. Tetapi apa yang sebenar yang hendak dia lakukan ialah mengusap adiknya. Dia belum pandai kawal kekuatan tangannya. Oleh itu nampaklah seperti memukul. Kerana dia sayangkan adiknya.\n\nKadang-kadang dia mengusap dengan kaki, maka dimata kita kita nampak seperti dia mahu menijak adiknya. Maka kita pun cepatlah marah dan terus menghukum si kakak atau abang itu.\n\nKita pun melarang dan melarang. Tetapi bagaikan tiada telinga, dia tetap melakukannya. Sebenarnya untuk anak sekecil ini memang mereka itu bagaikan tiada telinga. Kerana mereka belum faham.\n\nSabar sedikit dan analisa kembali, lihat kembali dan cuba fahami apa sebenarnya motif anak itu. Jangan cepat menuduh dia cemburukan adiknya. Mungkin itu bukan apa yang dia niatkan. Mungkin dia kerana tidak mengerti lagi, mahu bermain dengan adiknya yang masih terlalu kecil.\n\nSebelum menuduh anak-anak anda tidak mendengar kata, tarik nafas dan fahami keadaan sebenar. Jangan cepat bersangka buruk.\n\nWalaupun anak and itu sudah berusia 4 tahun ke atas, kefahamannya mengenai banyak perkara tidak sama dengan kita.\n\nJangan pula tersalah faham maksud penulisan Ibu ini. Ibu bukan mengatakan anda tidak boleh marah atau melarang anak-anak. Apa yang Ibu nyatakan di sini ialah JANGAN TERLALU CEPAT MENUDUH DAN BERSANGKA BURUK KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA YANG MENYEBABKAN DARAH ANDA MENYIRAP dan anda menjadi tertekan sia-sia sahaja.\nYang penting ialah ambil jalan memahami tujuan tindakan anak kecil itu dan kemudian ajarlah dengan baik agar dia akan melakukan apa yang anda mahu dan menjauhi apa yang anda tidak suka untuknya.\n\nTeruskan memberi nasihat walaupun perlu mengulanginya 1000 kali. Akan sampai masanya dia akan faham dan boleh mengikut permintaan anda dengan baik. THE POWER OF REPEATED WORDS \u2013 Kuasa perkataan yang diulang berkali-kali"
"Mari kita menjamu selera dengan masakan bercita-rasa korea. Apakah anda tahu Tteokbokki? Pecinta makanan Korea mesti menyukai dan tahu apa itu Tteokbokki. Yep ini ialah salah satu makanan famous di Korea.\n\nTteokbokki ialah makanan Korea yang popular diperbuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Ada banyak jenis Tteokbokki namun tteokbokki beras yang paling terkenal.\n\nResepi Tteokbokki yang dikongsikan oleh Alfi Akmal di Facebook ini telah mendapatkan perkongsian ramai. Resepinya sangat mudah. Anda boleh mencuba membuatnya di rumah. Selepas ini anda tidak perlu lagi pergi ke restaurant korea dan menguras poket untuk makan hidangan ini. Sila dicuba..\n\nResepi Tteokbokki Korea (Mudah dan Lazat)\n\nSelain resepi Tteokbokki, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"Tengah mencari idea resepi cornflakes madu?\n\nRaya tak lama lagi, jadi sudah pasti ada diantara kita yang sedang mencari idea untuk membuat kuih apa, bukan? Aktiviti membuat kuih raya adalah aktiviti yang dapat mengeratkan silaturrahim diantara kita. Boleh sahaja kita buat bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.\n\nKuih raya dapat dihidangkan kepada para tetamu yang hadir di hari raya, dan sudah tentu, kita mahu untuk memberi yang terbaik kepada tetamu yang hadir. Jika kita mempunyai kelapangan waktu, apa salahnya untuk kita membuat kuih raya kerana air tangan kita pasti lebih bersih dan terjamin rasanya. Kuih raya seperti cornflakes madu adalah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sesiapa sahaja yang merasainya, pasti hendak lagi. Malahan, boleh jadi satu bekas kuih raya tidak cukup untuk kita semua.\n\nDisini kami bawakan resepi cornflakes madu yang telah dikongsi oleh Min Hani dan telah mendapat perkongsian sebanyak 1.5 ribu di Facebook.\n\nResepi \u2013 Resepi Lain Yang Anda Boleh Cuba:\n\nSelain daripada resepi cornflakes madu ini, terdapat juga beberapa resepi lain yang anda boleh cuba sebagai juadah berbuka puasa ataupun semasa raya. Jangan lupa untuk mencuba dan menekan butang kongsi serta kongsikan bersama rakan \u2013 rakan dan yang tersayang!"
"Untuk peminat-peminat kambing khususnya, hari ini kami akan berkongsi resepi kambing bakar kegemaran anda dan keluarga. Meskipun banyak menu masakan kambing, namun menu kambing bakar sos lada hitam selalunya jadi pujaan ramai.\n\nKambing bakar boleh dijadikan hidangan untuk jamuan raya, acara mahupun majlis istimewa. Resepi di bawah ini menggunakan oven untuk bakar daging kambing. Hal itu boleh sahaja tiada masalah, namun kalau bakar guna arang rasanya lebih sedap dan terangkat.\n\nResepi kambing bakar yang dikongsikan oleh Aryn Locos di Facebook ini hanya untuk makan 2 orang sahaja. Kalau mahu masak banyak kena pandai agak-agak.\n\nResepi ini pula tanpa perap, hanya gaul-gaul dan terus bakar. Jika mahu perap pun boleh. Kami telah menulis tips untuk perap yang baik di bahagian akhir resepi ini. Bahan yang digunakan untuk perapan kambing sangat mempengaruhi keenakan rasanya. Selamat mencuba.\n\n1. Masukkan semua bahan dan gaul sebati dengan daging kambing.\n\n2. Terus bakar. Boleh bakar guna arang atau oven.\n\n3. Bakar guna oven selama 1-1.30 jam suhu 200\u2019C bergantung pada oven.\n\n4. Agak-agak sudah hangus sedikit-sedikit, daging boleh diangkat.\n\n5. Boleh hidang dengan kuah blackpepper atau ratah gitu pun sedap.\n\n1. Cuci daging betul-betul bersih dan tapis sampai tak ada air baru kemudian masukkan semua bahan supaya perapan tak berair dan cair.\n2. Kalau mahu perap, tutup bekas pakai plastik atau Aluminium foil dan letak dalam peti.\n3. Mahu frozenkan pun tiada masalah. Terus masukkan dalam tupperware.\n4. Kalau untuk makan ramai better bakar di atas arang, lagi mengancam dan semerbak baunya.\n\nSelain resepi kambing bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mee goreng merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran bagi kita semua. Mee goreng juga amat terkenal di beberapa negara seperti Indonesia, Singapura dan juga negara kita, Malaysia. Mee goreng biasanya boleh didapati di restoran, warung dan gerai mamak di rata-rata negara yang menjadikannya sebagai salah satu makanan rutin.\n\nMee goreng diperbuat daripada rebusan mee kuning yang kemudiannya digoreng dengan udang, sotong, ayam, cili, telur, tomato dan juga bawang. Sememangnya terbukti bahawa mee goreng ini amat sedap di makan, namun pernahkah anda terfikir tentang kalori di dalam mee goreng tersebut? Jadi, jom kita ketahui tentang kandungan kalori mee goreng tersebut.\n\nPenyataan di atas hanya tertakluk kepada saiz hidangan 290 gram sahaja. Sekiranya hidangan tersebut makin bertambah, maka kalorinya juga akan makin bertambah.\n\nCara Memakan Mee Goreng Dengan Sihat\n\nBagi mengurangkan segala kalori yang terdapat pada mee goreng, disarankan membuang terlebih dahulu minyak pada mee tersebut dengan membasuhnya dan merebusnya terlebih dahulu. Kemudiannya, mengurangkan penggunaan garam, minyak dan gunakan ayam sebagai bahan gantian kepada udang, sotong dan daging. Penggunaan bahan perencah lain dan juga sos juga perlu diminimumkan.\n\nJom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak."
"Setiap ibu mengandung pastinya inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Sebaik sahaja mendapat berita gembira yang dirinya mengandung, biasanya di antara perkara pertama yang akan dilakukan oleh seorang ibu ialah mencari susu untuk ibu hamil yang terbaik di pasaran. \n\nKajian menunjukkan bahawa ibu mengandung memerlukan 1000 ke 1300 mg kalsium atau lebih kurang 3 cawan setiap hari bagi memenuhi keperluan tubuh badan dan untuk disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info tentang kebaikan susu untuk ibu mengandung dan jenis susu terbaik untuk ibu mengandung.\n\nDi antara kandungan yang terdapat dalam susu untuk ibu mengandung ialah iodine. Iodine adalah salah satu bahan yang mampu merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan serta meningkatkan IQ bayi anda. Oleh itu, kalau anda nak bayi yang bijak dan cerdas, jangan lupa untuk minum susu setiap hari sepanjang anda mengandung.\n\nMembantu pembentukan tulang dan gigi bayi yang sempurna\n\nSusu ibu mengandung kaya dengan kalsium yang berfungsi untuk membantu pembentukan tulang dan gigi yang sempurna buat bayi dalam kandungan anda. Jika anda tidak mendapat kalsium yang secukupnya setiap hari, ia akan merencatkan proses pembentukan dan tumbesaran tulang dan gigi bayi anda.\n\nMembantu menjaga kesihatan tulang dan gigi ibu sepanjang tempoh mengandung\n\nSepanjang anda mengandung, bayi akan menyerap kebanyakan nutrien dan vitamin yang masuk ke dalam badan anda, termasuk kalsium. Masalah kekurangan kalsium akan menyebabkan tulang dan gigi anda menjadi reput. Itulah sebabnya ramai ibu mengandung mengalami masalah gigi luruh semasa mengandung. Malah ada juga ibu yang sakit otot akibat kekurangan kalsium. Oleh itu, amalkan minum susu untuk ibu hamil agar tulang dan gigi anda sentiasa sihat.\n\nKebaikan susu untuk ibu hamil yang seterusnya ialah ia membantu mencegah kejang atau simpul mengkarung yang biasa dialami oleh ibu mengandung. Siksa ya amat kalau terkena simpul mengkarung, kan! Boleh menangis dibuatnya. Jika anda mengamalkan minum susu setiap hari, insya Allah masalah kejang dan simpul mengkarung yang anda alami akan hilang sedikit demi sedikit. Anda tak perlu menderita lagi. \n\nMencegah Osteoperisis semasa anda tua kelak\n\nPenyakit Osteoperosis atau reput tulang adalah masalah yang selalu berlaku kepada golongan tua. Ianya berlaku kerana kekurangan kalsium sejak zaman muda. Oleh itu, anda boleh elakkan daripada terkena Osteoperosis semasa tua nanti dengan melakukan pencegahan dari sekarang. Amalkan minum susu setiap hari, terutamanya semasa anda mengandung di mana tubuh badan memerlukan kalsium lebih banyak daripada kadar biasa. \n\nApakah jenis susu terbaik untuk ibu mengandung?\n\nSemasa mengandung, anda boleh memilih untuk minum salah satu daripada jenis susu yang berikut:\n\nSusu lembu adalah susu utama pilihan ibu mengandung di Malaysia. Anda boleh pilih untuk minum susu segar, susu rendah lemak, susu uht, atau susu tepung yang banyak dijual di pasaran. Di antara khasiat susu lembu ialah:\u00a0\n\nSusu kambing biasanya boleh didapati dalam bentuk susu segar atau susu tepung. Ia merupakan makanan sunnah yang semakin mendapatb tempat dihati ibu-ibu di Malaysia. Di antara khasiat susu kambing ialah;\u00a0\n\nSelain susu lembu dan susu kambing, anda juga boleh mengamalakn susu soya setiap hari. Di antara nutrisi yang ada dalam susu soya ialah:\n\nMungkin ini kali pertama anda mendengar tentang susu beras. Susu beras adalah susu yang dihasilkan dari air dan beras. Ianya adalah susu alternatif bagi ibu yang tidak boleh minum susu lembu atau susu kambing kerana alahan kepada laktosa. Susu beras mengandungi:\n\nSusu kacang almond dihasilkan dari kacang almond dan air. Biasanya, kalau orang tak suka susu soya, mereka akan gantikan dengan susu almond.\u00a0Ini adalah pilihan kedua kepada ibu yang alah kepada laktosa. Di antara khasiat susu almond ialah:\n\nItulah dia info tentang susu untuk ibu hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang buah yang baik untuk ibu hamil, cara senaman wanita hamil, dan tips puasa untuk ibu hamil."
"Pasangan yang belum hamil dan belum lagi berpeluang mempunyai cahaya mata digalakkan berjumpa dengan doktor untuk bertanyakkan tentang ujian kesuburan yang boleh diambil. Secara umumnya, terdapat 3 ujian kesuburan wanita yang boleh diambil wanita untuk menyemak tahap kesihatan kesuburan mereka. Manakala bagi sang lelaki, mereka hanya perlu melakukan 1 ujian mudah.\n\nBilakah wanita digalakkan untuk berjumpa dan mengambil ujian kesuburan? Masa terbaik adalah apabila pasangan yang telah berkahwin selama setahun dan telah mencuba beberapa kali untuk hamil tapi gagal.\n\nUjian ini adalah bertujuan untuk mengesan penyakit dalam sistem peranakkan. Menggunakan ujian ini, penyakit seperti fibroid, cyst, endometriosis dan lain-lain dapat dikesan.\n\nKos rawatan ini berbeza mengikut klinik. Kebiasaannya, ianya melibatkan kos sekitar RM50-RM300 untuk setiap sesi.\n\nIni bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang mungkin kuncup atau tersumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman , endometriosis atau fibroid. Secara umumnya adalah untuk menyemak sama ada adanya sumbatan ataupun tidak pada fallopian. Ia akan dilakukan oleh pakar x-ray (radiologist) dan biasanya sejurus lepas beberapa haid; jika haid habis hari ke-7, maka presedur HSG biasanya dilakukan pada hari ke-9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.\n\nJika dilakukan selepas daripada itu, akan ada kemungkinannya cecair yang dimasukkan itu \u2018membasuh\u2019 benih yang telah bercantum.Biasanya kos ini agak sedikit mahal berbanding ujian \u2018vaginal scanning\u2019. Dianggarkan sekitar RM250- RM1000 bergantung kepada klinik. Dalam sesi rawatan ini, satu alat akan dimasukan pada pintu rahim dimana ubat cecair khas akan disuntikan terus ke rahim. Kebiasaannya 5 filem x-ray akan diambil untuk dibuat laporan tentang keadaan saluran fallopian.\n\nJika ujian HSG didapati normal dimana kedua-dua saluran terbuka, ini akan memberikan peratusan 30% pasangan akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan. Jika tidak, rawatan seperti membuka fallopian akan dibuat untuk membaiki masalah yang berlaku.\n\nUjian hormon biasanya adalah ujian tambahan yang dibuat untuk wanita yang kitaran haid tidak teratur. Contohnya seperti wanita yang mempunyai kitaran haid 3-4 bulan sekali. Wanita yang mengalami masalah gemuk/obesity juga dicadang untuk mengambilnya.\u00a0 Ujian ini adalah ujian darah yang bertujuan untuk menyukat paras hormon FSH, LH, Estradiol, Progesteron, Prolactin dan Thyroxin adalah penting. Tujuannya adalah untuk menyemak kemungkinan mengidap PCOS\n\nSemoga ujian kesuburan ini membantu anda dan pasangan hamil."
"Sesuatu hidangan kerap dikaitkan dengan nama negeri. Misalnya, Char kuey teow yang berasal daripada Penang. Sudah tentu resepi Char kuey Teow Penang ingin dicari.\n\nBahkan walaupun banyak lagi jenis char kuey teow lain. Justeru, Char kuey teow Penang paling banyak dicari.\n\nNamun terkadang kepuasan lain orang ialah berbeza. Walaupun telah mencuba kesemua char kuey teow yang dijual di kedai, tapi belum juga jumpa rasa yang mampu menggamit selera negeri Penang.\n\nBanyak ragam si penjual Char Kuey Teow Penang. Kadang-kala letaknya kuey teow sedikit sahaja, manakala kadang juga seafood diletak satu dua sahaja, sayur dan rempah tidak terasa atau kuah yang tidak pekat dan banyak lagi masalah lain.\n\nJom cuba buat resepi Char Kuey Teow Penang. Baru puas hati makan. Anak-anak pasti akan bertambah selera makan. Apatah lagi sang suami.\n\nOleh itu, memang paling untung jika buat Char Kuey Teow sendiri. Untuk mendapatkan citarasa asli Penang, kami mendatangkan resepi daripada Haz Anna Hasan di laman Facebook. Resepi ini boleh anda cubakan untuk hidangan keluarga ataupun untuk berniaga. Selamat mencuba.\n\nCara Menyediakan Jeruk Cili Hijau :\n\nSelain resepi char kuey teow penang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sihir pemisah pasangan. Mungkin ada yang akan tersenyum sinis memikirkan di zaman moden dan serba canggih ini masih ada yang berbicara tentang perkara yang ketinggalan zaman. Namun ketahuilah bahawa walau pun anda merasakan bahawa sihir dan ilmu hitam adalah perkara mengarut dan sudah tidak wujud pada hari ini, yang sebenarnya ia masih berleluasa malah anda boleh terkan sihir pemisah dengan sekeping gambar yang dimuat naik di media sosial seperti facebook dan instagram.\n\nSihir pemisah adalah sihir yang digunakan dengan niat jahat iaitu agar pasangan suami isteri saling membenci di antara satu sama lain dan akhirnya meruntuhkan rumah tangga yang terbina. Ianya dilakukan atas pelbagai sebab. Mungkin disebabkan oleh perasaan cemburu, hasad dengki, dendam, atau mungkin juga sekadar untuk menguji ilmu yang baru dipelajari.\n\nAkhir-akhir ini media sosial digemparkan dengan kes-kes sihir pemisah termasuk penemuan pelbagai alatan yang dikaitkan dengan sihir syaitan ini. Jom lihat tanda sihir pemisah yang semua pasangan perlu tahu supaya boleh sentiasa berjaga-jaga dan dapat mengesan jika ada sesuatu yang tidak kena di antara kita dan pasangan.\n\nKetahuilah bahawa sihir pemisah memiliki beberapa fasa dan setiap fasa menunjukkan betapa serius sihir tersebut mempengaruhi keharmonian rumah tangga mangsa yang dituju. Jika dibiarkan, sihir pemisah yang berada pada fasa awal akan menjadi semakin serius dan meningkat memasuki fasa kedua dan seterusnya. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengesan sihir pemisan pada peringkat awal agar boleh diubati sebelum menjadi semakin serius. Berikut adalah fasa-fasa sihir pemisah:\n\nAdalah sangat penting untuk mengetahui apakah tanda terkena sihir pemisah agar anda boleh terus mendapatkan rawatan jika secara tiba-tiba anda merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah tangga anda. Di antara tanda sihir pemisah adalah seperti berikut:\n\nItulah dia perkongsian tentang tanda sihir pemisah pasangan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua suami isteri romantik dan petua eratkan kasih sayang suami isteri"
"Kanser adalah di antara penyakit yang paling ditakuti oleh rakyat Malaysia. Ia adalah penyakit serius yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan rawatan rapi. \n\nMalah rawatan yang diberikan juga adalah agak menyakitkan dan akan menyebabkan pesakit tidak selesa dengan kesan sampingan dari rawatan. Namun tahukah anda bahawa kanser mata adalah di antara kanser yang jarang berlaku di Malaysia.\n\nJika anda disahkan mengidap kanser mata, ketahuilah bahawa Allah sedang menguji anda. Allah menguji kerana Dia sayang. Usaha anda untuk mendapatkan info tentang penyakit ini adalah satu tindakan yang wajar dan sangat bijak. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info lengkap tentang kanser mata termasuk jenis, tanda, punca dan rawatan yang paling berkesan.\n\nKanser mata ialah kanser yang berlaku pada tisu mata. Seperti kanser yang lain, kanser mata juga boleh merebak kepada bahagian tubuh badan yang lain seperti paru-paru, otak, payudara dan organ badan yang lain. Terdapat 4 jenis kanser yang sering berlaku di Malaysia iaitu:\n\nUntuk pengetahuan anda, sehingga hari ini para saintis dalam bidang perubatan belum masih belum dapat mengenal-pasti apakah punca seseorang mendapat kanser mata. Tiada punca yang dapat dikesan. Wala bagaimana pun, kajian yang dijalankan mendapati bahawa individu yang mempunyai ciri-ciri yang berikut mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser mata:\n\nTerdapat beberapa tanda yang biasa ditunjukkan oleh pesakit kanser mata. Walau bagaimana pun ingin kami ingatkan bahawa jika anda mendapat tanda-tanda berikut, tidak semestinya anda mempunyai kanser mata kerana tanda berikut juga boleh berlaku disebabkan oleh penyakit mata yang lain. Jangan terus panik ya. Di antara tanda kanser mata yang perlu anda perhatikan ialah:\n\nApakah cara rawatan yang terbaik untuk mengatasi kanser mata?\n\n Jika anda disahkan mengidap kanser mata, jangan terus putus asa. Ada rawatan berkesan yang boleh anda lakukan sebagai usaha untuk sihat seperti sedia kala dan bebas daripada kanser. \n\nUntuk pengetahuan anda, rawatan untuk kanser mata adalah bergantung kepada jenis,saiz dan lokasi kanser di dalam mata. Tujuan rawatan ialah untuk memelihara dan memulihkan mata yang terjejas disebabkan oleh kanser dan dalam masa yang sama untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan kanser kepada bahagian lain tubuh badan. \n\nDi antara rawatan untuk kanser mata ialah:\n\nItulah dia info tentang kanser mata yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Ketahuilah bahawa kanser bukanlah satu hukuman mati bagi anda. Disahkan mengidap kanser tidak bermakna anda tidak mempunyai peluang untuk sembuh dan hidup seperti manusia sihat yang lain. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang insulin bukan penyebab kanser, makanan anti kanser, dan punca kanser."
"Tahukah anda, pengambilan lada hijau juga dapat memberikan kebaikan kepada tubuh badan? Khasiat lada hijau yang pasti ramai tidak mengetahuinya. Hal ini kerana, laja hijau sering dikaitkan sebagai pemedas rasa dan tidak elok untuk dimakan kerana akan menyebabkan masalah penyakit seperti buasir dan sebagainya.\n\nWalau bagaimanapun, lada hijau juga mempunyai banyak khasiat yang baik untuk badan anda seperti kandungan vitamin yang terdapat di dalam lada hijau akan dibekalkan ke dalam badan anda serta pelbagai jenis nutrisi dan fiber yang pastinya baik untuk badan anda sekiranya diambil dalam kuantiti yang betul.\n\nCili hijau merupakan sayur yang kaya dengan magnesium, iron, potassium, vitamin A, B, C, E dan P serta fiber. Kandungan magnesium yang terdapat di dalam lada hijau dapat membantu tubuh untuk menyerap segala jenis vitamin dan mineral penting yang baik untuk badan. Fiber dapat membantu memberikan pelbagai jenis kebaikan pada badan anda.\n\nAntara kebaikan fiber dalam badan adalah dapat membantu mencapai berat yang ideal, membantu mengawal kadar gula dalam darah, menurunkan tahap kolestrol, menjaga kesihatan usus serta menormalkan pergerakan usus.\n\nVitamin di dalam lada hijau menjadi sumber antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Kandungan ini mampu memperbaiki sel-sel tubuh yang disebabkan oleh bakteria, dan membantu mencegah pembekuan darah. Antioksidan juga mampu melambatkan proses penuaan.\n\nAntioksidan juga memiliki fungsi untuk menghalang efek negetif yang berasal dari radikal bebas. Semasa proses yang dipanggil pengoksidaan, radikal bebas cuba untuk mencuri elektron daripada molekul lain sama ada lemak, protein atau membran sel. Pengoksidaan menyebabkan kerosakan sel, yang menyumbang kepada penuaan dan penyakit degeneratif.\n\nKandungan vitamin yang terdapat di dalam lada hijau mampu meningkatkan kekebalan sistem imunisasi tubuh badan. Sistem imunisasi yang dikuatkan tentunya dapat melawan pelbagai penyakit. Sistem imunisasi badan yang dipertingkatkan di dalam badan termasuk meningkatkan fungsi sistem pencernaan, membantu menghasilkan sel darah putih serta menjaga serat dan memulihkan fungsi permukaan mukosa.\n\nKekurangan vitamin A di dalam badan dapat menyebabkan badan mudah terkena pelbagai penyakit. Anda yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah mungkin dapat meningkatkan sistem imun dengan memakan lada hijau ini.\n\nCili hijau kaya dengan kalsium yang mampu menguatkan tulang dan gigi. Ia juga mampu mengurangkan risiko osteoporosis dan pendarahan jika tercedera. Seperti yang diketahui, kalsium merupakan nutrien yang penting untuk menjaga tulang dan gigi supaya lebih padat dan kuat.\n\nKalsium juga berfungsi sebagai sumber mineral yang dapat memberikan kekuatan kepada tulang, gusi dan rahang. Kekurangan kalsium juga dapat memberikan keburukan seperti pereputan pada tulang, gigi, hingga masalah gusi.\n\nCili hijau mengandung phytonutrient yang baik untuk sistem pernafasan dan melindungi paru-paru dari penyakit seperti kanser paru-paru, batuk dan asma.\n\nVitamin A yang terdapat di dalam lada hijau pastinya menjadi salah satu khasiat lada hijau yang baik untuk badan. Vitamin A dikenali sebagai vitamin yang baik untuk kesihatan mata. Salah satu kebaikan vitamin A adalah berfungsi untuk mengubah cahaya yang ditangkap oleh mata menjadi listrik yang menuju otak.\n\nKandungan anti oksidan yang terdapat dalam vitamin A juga membentuk fotoreseptor rhodopsin. Fotoreseptor rhodopsin dijumpai dalam sel retina yang berfungsi untuk membantu anda melihat dengan baik pada waktu malam. Sekiranya anda mengalami rabun senja, mungkin anda dapat memasukkan lada hijau ke dalam makanan anda.\n\nKandungan air yang tinggi tanpa kalori sangat baik untuk menurunkan berat badan. Hal ini kerana lada hijau mempunyai nutrisi yang dapat meningkatkan metabolisme badan. Metabolisme yang telah dipertingkatkan pastinya akan membantu dalam proses pembakaran lemak yang terdapat di dalam tubuh badan.\n\nVitamin P yang dikenali sebagai bioflavonoid merupakan vitamin yang terdapat dalam tumbuhan dan dikenali sebagai pigmen tumbuhan. Manfaat vitamin P ini adalah dapat mengurangkan risiko diabetes.\n\nLada hijau juga mengandungi nutrien yang dapat mengawal stress dan membekalkan endorphin yang baik. Hal ini pastinya dapat memberikan emosi yang lebih positif kepada mereka yang memakan lada hijau.\n\nSekiranya anda makan lada hijau, anda mungkin selalu mempunyai masalah hidung yang berair. Lada hijau juga membebaskan endorfin yang membantu meningkatkan mood dan mengurangkan perubahan mood. Ia juga dikatakan sebagai penghilang rasa sakit.\n\nKandungan silikon dalam lada hijau juga berfungsi untuk meningkatkan aliran darah yang terdapat dalam folikel rambut. Vitamin C juga membekalkan oksigen ke rambut menjadikannya lebih sihat, kuat dan tidak mudah untuk bercabang.\n\nVitamin C menjadi sistem pertahanan badan yang dapat menyingkirkan toksik dan radikal dalam baan seterusnya membantu dalam pertumbuhan rambut. Aliran darah yang dialirkan dapat menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.\n\nKhasiat lada hijau yang lain ialah dapat membekalkan kolagen pada kulit. Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam lada hijau membantu membentuk kolagen serta dapat mencegah penuaan kulit. Kandungan vitamin C dan E juga mampu mengurangkan masalah jerawat serta melicinkan kulit anda.\n\nVitamin C bukan sahaja membantu mencantikkan kulit, malah kandungan vitamin C ini dapat memperbaiki kerosakan sel akibt radiasai bebas. Vitamin ini juga melindungi tubuh dari pelbagai infeksi dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.\n\nSekiranya anda suka memasukkan lada hijau ke dalam masakan anda, anda dapat menyeimbangkan kadar gula yang terdapat di dalam badan anda. Hal ini pastinya akan membawa kebaikan bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis. Penggunaan lada hijau bertindak mengawal tahap insulin dalam badan.\n\nKhasiat lada hijau yang menarik juga adalah membantu mencegah barah. Pasti tidak ramai yang menyangka bahawa lada hijau mempunyai manfaat sebesar ini dalam membantu kesihatan tubuh badan. Vitamin E yang merupakan salah satu antioksidan mampu melindungi sel tubuh dari mengalami kerusakan akibat radiasi bebas.\n\nSelain itu, ia bukan sahaja dapat melindungi tubuh badan, malah meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan dan melancarkan pembuluh darah serta menyihatkan sel darah merah. Vitamin E juga mencegah penyakit jantung dan mengurangkan sakit akibat osteoporosis.\n\nCapsaicin yang terdapat pada lada hijau mempunyai kesan merangsang pada membran mukus hidung. Ia juga membantu menjadikan lebih kurus. Oleh itu lendir mengalir dari hidung dengan cepat dan menyembuhkan selesema. Kandungan capsaicin ini bekerja dengan mengalirkan lendir di saluran pernafasan sehingga anda boleh bernafas dengan lega.\n\nSekiranya anda mempunyai selesema, anda boleh membuat sup ayam, atau membuat bubur dan mencampurkannya dengan lada hijau. Hal ini pastinya akan membuatkan anda berasa lebih baik.\n\nAnda juga boleh membaca artikel yang lain di website kami seperti:"
"Sebut pasal nasi goreng. Pasti terbayang bermacam-macam nasi goreng kan? Nasi goreng ini merupakan menu yang mudah dimasak. Jadi apa kata kali ini, cuba masakkan nasi goreng tom yam pula. Sekali sekala variasikan lah jenis nasi goreng. Barulah tak bosan iyo dak?\n\nJangan tak tahu, selain menu tom yam, rencah tom yam juga boleh dibuat nasi goreng tau. Jadi, mari cuba resepi ini, kerana rasanya seakan-akan sama dengan yang dijual digerai, haaa secara tak langsung boleh berjimat kan. Kebersihan dan rasanya juga akan lebih terjamin. Atau mungkin hidangan nasi goreng tomyam ini dijadikan hidangan last minute kita. Mari lihat resepi yang dikongsikan oleh Norhayati Che Ismail\n\nSelain resepi nasi goreng tom yam , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Istilah bekerja disini sudah semestinya diketahui umum iaitu bekerja di dalam ataupun luar rumah. Sekiranya anda membaca artikel ini, sudah semestinya anda seorang ibu yang tergolong dalam kategori bekerja di luar rumah dan itu saya sangat pasti. Dengan itu anda merasakan yang anda memerlukan nasihat dan tip bagi kehidupan anda.\n\nPara ibu perlu memberi keutamaan kepada keluarga dan dalam masa yang sama perlu ada komitmen pada kerja. Kebanyakkan masa bagi seorang ibu yang berkerjaya adalah amat terhad untuk keluarga dan banyak dihabiskan untuk waktu kerja. Sebagai seorang ibu, isteri, dan wanita yang berkerjaya anda perlu bijak dalam menguruskan masa iaitu tidak mencampur adukkan urusan kerja dan peribadi dalam masa yang sama, ini kerana akan memberi kesan kepada anak-anak dan pasangan anda yang akan merasakan diri mereka tidak begitu penting bagi anda.\n\nSikap prihatin kepada anak-anak dan kepada pasangan akan memberi impak yang positif. Mereka akan lebih cenderung untuk membantu anda dan mengambil berat mengenai perkara yang berkaitan dengan diri anda kerana mereka menyedari bahawa anda memberi perhatian kepada mereka walaupun dalam keadaan yang sibuk.\n\nOleh kerana masa yang ada bagi para ibu tidak mencukupi, anda perlu bijak mengambil peluang contohnya ketika menghantar anak-anak ke sekolah, masa yang ada untuk bersama di dalam kereta walaupun hanya sekejap tetapi sudah cukup untuk anda mendengar sedikit masalah anak-anak. Juga bagi pasangan anda, tidak luak rasanya masa yang anda luangkan hanya untuk menelefon ataupun menghantar mesej yang menunjukkan rasa cinta anda kepada si dia, dengan itu, pasangan anda akan merasa lebih dihargai dan disayangi.\n\nSebagai seorang wanita, isteri juga ibu yang berkerjaya, anda perlu memahami dan bersedia dengan risiko yang bakal anda hadapi dalam institusi kekeluargaan terutama apabila menghadapi masalah. Masalah yang mendatang perlu ditangani dengan bijak dan elakkan daripada lari dari masalah kerana ini menunjukkan sikap tidak matang anda kerana perkara ini akan mempengaruhi rasa hormat anak-anak dan pasangan anda itu sendiri.\n\nBerjalanlah dan lihatlah jauh ke hadapan dan sebenarnya anda dapat membezakan yang mana satu merupakan kebaikan bagi keluarga dan menjadikan anda lebih bertenaga dan bergembira. Sudah semestinya sikap positif yang ada pada diri walaupun penat akan membuatkan orang di sekeliling anda juga akan merasa aura kebahagiaan itu bersama.\n\nSemoga tips hari ini membantu ibu yang bekerja"
"Ayat Manzil adalah potongan-potongan dari ayat al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah saw kepada para sahabat ra sebagai ayat syifa\u2019 (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani. Kelebihan ayat Manzil juga boleh dijadikan sebagai pelindung dari gangguan jin dan sihir.\n\nHimpunan ayat-ayat al-Quran, yang dikenali sebagai Manzil ini telah disusun oleh Syaikh al-Hadis Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahalawi, iaitu seorang tokoh utama bagi gerakan dakwah Jemaah Tabligh yang berasal dari India.\n\nHadis sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab \u201cHayatus Sahabah\u201d (Jilid 3, ms 374) yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.\n\nUbai Ibn Kaab ra meriwayatkan: \u201cSewaktu bersama Rasulullah saw, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata, \u201cYa Rasulullah saw, saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit. \u201cPenyakit apa?\u201d Rasulullah saw lalu bertanya. \u201cSejenis gila.\u201d Jawab orang tersebut. Nabi berkata, \u201cDatanglah menghampiriku.\u201d Lalu Rasulullah saw membacakan: \n\n(2) 4 ayat pertama Surah Al-Baqarah.\n\n(3) Ayat 163 Surah al-Baqarah (Wailahukum ilahun wahid.)\n\n(4) Ayat 255 Surah al-Baqarah (Ayat Kursi)\n\n(5) Ayat 256 & 257 Surah al-Baqarah\n\n(6) Ayat 284, 285 & 286 Surah al-Baqarah\n\n(7) Ayat 18 Surah Ali Imran (Syahidallah annahu la ilaha illa huwa.)\n\n(8) Ayat 116-118 Surah al-Mu\u2019minun (Fata\u2018alallah al-malikul haq.)\n\n(9) Ayat 3 Surah al-Jin (Wa annahu ta\u2019ala jaddu.)\n\nBerkata Ubai bin Ka\u2019ab: Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah dia tidak mengalami apa-apa masalah langsung.\u201d\n\nDi samping ayat-ayat yang disebutkan di dalam hadis di atas, ayat-ayat al-Quran lain yang turut terkandung dalam Manzil ialah:\n\nMaulana Muhammad Thalhah bin Syaikh al-Hadis Maulana Muhammad Zakaria pernah menyatakan bahawa mereka sekeluarga turut mengamalkan Ayat Manzil.\n\n\u201cAyat-ayat al-Quran yang terdapat di bawah ini, terkenal di dalam keluarga kami sebagai Manzil. Alim-ulama dalam keturunan kami telah memberi keutamaan kepada ayat-ayat tersebut, sama ada dalam doa ataupun amal. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat Manzil.\n\n#1 Berlindung Daripada Gangguan Jin Dan Syaitan\n\nSebagai seorang anak Adam, kita tidak akan terlepas daripada godaan Syaitan untuk menyesatkan kita. Oleh sebab itu, selain daripada sentiasa melakukan perintah Allah swt dan sentiasa berzikir mengingati Allah, kita juga boleh mengamalkan bacaan Manzil untuk sebagai perlindungan dari gangguan jin dan syaitan.\n\nIni telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) telah disebut dalam kitab-kitab \u2018al-Qawlul al-Jamil\u2019 dan \u2018Behisti Zewar\u2019.\n\n#2 Elak Terkena & Menghalau Sihir\n\nDari pengalaman Dr Amirul Amin, seorang perawat perubatan Islam, beliau menyatakan Ayat Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir, jin dan lain-lain. Dua cara untuk mengubati pesakit yang terkena sihir ialah dengan pesakit sendiri membaca Ayat Manzil ataupun orang lain boleh membacakan Ayat Manzil kemudian menghembus ke dalam air. Air tersebut untuk diminum oleh pesakit.\n\nMaulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya \u2018Behisthi Zewar\u2019, \u201c.Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan aya-ayat Manzil ialah anda perlu membacanya dengan penuh tawajjuh. Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah swt, sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi, bahawa nama-nama Allah swt dan kalimat-kalimatNya mengandungi terlalu banyak berkat\u201d.\n\nPenyembuhan dengan al-Quran dan dengan apa yang diajarkan dari Nabi saw merupakan penyembuhan yang bermanfaat, sekaligus penawar yang sempurna. Allah berfirman:\n\n\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0647\u064f\u062f\u064b\u0649 \u0648\u064e\u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064c\n\nMaksudnya, \u201cKatakanlah al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.\u201d (Surah Fushshilat, Ayat 44)\n\n\u0648\u064e\u0646\u064f\u0646\u064e\u0632\u0651\u0650\u0644\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064c \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064c \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cDan kami turunkan dari al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.\u201d (Surah al-Isra, Ayat 82)\n\nPengertian \u2018dari al-Quran\u2019 pada ayat di atas ialah al-Quran itu sendiri. Kerana al-Quran secara keseluruhan ialah sebagai penyembuh, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat di atas.\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u064f \u0642\u064e\u062f\u0652 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e\u062a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0648\u0652\u0639\u0650\u0638\u064e\u0629\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064c \u0644\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0635\u0651\u064f\u062f\u064f\u0648\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u062f\u064b\u0649 \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064c \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cHai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian pelajaran dari Rabb kalian, dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.\u201d (Surah Yunus, Ayat 57)\n\nAyat Manzil boleh diamalkan kerana ianya adalah himpunan daripada ayat-ayat al-Quran. Kita boleh amalkannya sebagai usaha untuk melindungi diri daripada gangguan syaitan mahupun daripada sebarang musibah.\n\nAyat Manzil juga boleh diamalkan untuk dijadikan sebagai penawar dari gangguan sihir dan juga penyakit. Namun begitu, jika Allah swt masih belum memberi keizinan untuk sembuh, kita tetap tidak akan sembuh, kerana kesembuhan itu hanya dari Allah swt. Al-Allamah Ibnul Qayyim mengemukakan:\n\n\u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0634\u0652\u0641\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0627\u0646\u064f \u0641\u064e\u0644\u0627\u064e \u0634\u064e\u0641\u064e\u0627\u0647\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f, \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0643\u0652\u0641\u0650\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0644\u0627\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0627\u0647\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\n\nMaksudnya, \u201cBarangsiapa yang tidak dapat disembuhkan oleh al-Quran, bererti Allah tidak memberikan kesembuhan kepadanya. Dan barangsiapa yang tidak dicukupkan oleh al-Quran, maka Allah tidak memberikan kecukupan kepadanya.\u201d (Zaadul Ma\u2019ad)\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Ayat Manzil yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Banyak idea doorgift kahwin zaman kini yang telah trending dan boleh anda pilih sebagai contoh doorgift yang anda inginkan. Bagaikan lapuk dek zaman, bunga telur bukanlah pilihan utama lagi yang digunakan sebagai doorgift. Tetapi jangan risau, ia tetap ada dan kadang kala ia dimodenkan dengan pelbagai bungkusan telur yang cantik menarik.\n\nJadi, apakah doorgift kahwin yang menarik dan cute menjadi pilihan anda semua? Pastinya doorgift kahwin yang berupa makanan, hiasan dan barang-barang. \n\nDoorgift kahwin yang eksklusif dan menarik tidak semestinya besar, mungkin yang comel dan cute lebih menarik! Jom lihat 15 idea doorgift menarik dan cute untuk anda pilih.\n\nDoorgift kahwin berupa gula-gula tetapi dalam bentuk eksklusif iaitu Gift Box gula-gula. Mudah sahaja, anda cuma perlu mencari kotak yang cantik dan cute untuk letakkan gula-gula di dalamnya. Terpulang kepada anda untuk meletakkan berapa banyak gula-gula dalam doorgift kahwin ini.\n\nKanak-kanak pasti teruja untuk membuka kotak gula-gula ini, ibu bapa pun turut senang kerana anak-anak mempunyai gula-gula untuk dibawa pulang. Tak perlulah menarik perhatian anak anda dengan cara lain lagi memandangkan mereka sudah tertarik dengan kotak gula-gula ini.\n\nSapu tangan kecil lebih menarik dan cute untuk dijadikan sebagai doorgift kahwin. Sapu tangan boleh digunakan oleh semua tetamu dan boleh dibawa pulang sebagai buah tangan. Pastinya mereka akan menghargai pemberian anda kerana ia boleh digunakan oleh mereka di rumah juga.\n\nPilihlah sapu tangan yang elok digunakan dan tidak berbulu-bulu untuk diberikan kepada para tetamu. Doorgift kahwin ini juga boleh anda hiasi bersama dengan tali, ranting, kertas, bunga dan lain-lain hiasan yang bersesuaian.\n\nKipas tangan turut boleh dijadikan doorgift kahwin untuk majlis anda. Anak muda remaja dan ibu bapa juga senang dengan pemberian berupa kipas ini. Ia amat menarik dan cute, mudah di bawa ke mana sahaja, senang di simpan kerana bersaiz kecil dan boleh digunakan apabila perlu di mana sahaja.\n\nJarang diberikan oleh orang sebagai doorgift, tetapi penggantung kunci bersaiz kecil sederhana ini sesuai untuk dijadikan doorgift kahwin anda. Sekali-sekala, anda boleh hadiahkan para tetamu barangan rumah selain dari makanan sahaja.\n\nPastinya mereka akan gunakannya bila perlu atau hadiahkan kepada keluarga mereka. Anda boleh mengukir dan mencetak nama anda atau ucapan sebagai kenang-kenangan buat para tetamu.\n\nTerpulang kepada anda, anda boleh berikan kotak songket sahaja atau kotak songket beserta barang-barang di dalamnya juga. Doorgift kahwin ini amat legend kerana ia digunakan dari dulu lagi oleh orang berharta. \n\nZaman sekarang, seluruh masyarakat menggunakannya dan mendapatkannya dengan harga yang murah dan sederhana. Namun, corak dan kotaknya amat menarik dan cute untuk anda gunakan bagi menyimpan barang.\n\nDoorgift kahwin yang amat ringkas dan berguna boleh anda berikan adalah Pen Kapsul yang berupa alat tulis. Umumnya, pen kapsul ini amat unik kerana bentuknya seperti kapsul. Tetamu pasti tertarik dan suka akan doorgift kahwin ini.\n\nTerdapat pelbagai pilihan warna pen kapsul yang boleh anda pilih. Semuanya bewarna-warni dan amat meriah! Harganya juga murah jika anda membeli secara borong.\n\nDoorgift kahwin berupa Cookies adalah kegemaran semua tetamu sama ada muda atau tua. Cookies sedap sebagai pemanis mulut boleh anda sajikan bersama kotak cookies atau goodies yang menarik dan cute. Pasti dalam kereta sahaja, sudah habis semua cookies dimakan.\n\nSejadah mini adalah doorgift kahwin menarik dan cute yang boleh anda berikan kepada para tetamu. Anda boleh memilih sejadah mini mengikut tema warna pakaian anda sempena majlis perkahwinan pada hari itu. Menarik kan?\n\nTak semua orang pernah makan macaroon, apa kata anda hadiahkan macaroon sebagai doorgift buat para tetamu. Mereka bukan sahaja dapat menikmati kesedapan macaroon, tetapi akan mengingati majlis anda dengan macaroon paling sedap yang anda berikan!\n\nFridge magnet tidak semestinya mempunyai corak dan bentuk yang harus anda ambil di kedai sahaja. Anda juga boleh memilih untuk custome kan fridge magnet mengikut corak atau bentuk yang anda inginkan.\n\nBagi coraknya pula, anda boleh letakkan nama anda dan pasangan serta tarikh majlis sebagai kenangan buat mereka yang menerima fridge magnet ini nanti.\n\nPen perfume adalah hadiah doorgift yang cukup ringkas tetapi mewah. Dengan kotaknya yang eksklusif, ia bakal menjadi barang kesayangan para tetamu anda. Pasti orang hargai anda memberikan perfume kepada mereka. \n\nUnik, menarik dan cute sangat kalau dapat doorgift kahwin macam ini. Ringkas tetapi sedap dan menarik hati. Tak perlu anda membazirkan ruang untuk menyimpan doorgift yang besar sedangkan doorgift bersaiz kecil lebih mudah dan best.\n\nSekiranya anda suka membuat cupcakes, buatlah cupcakes dan hiaskan cupcakes anda dengan baik. Tetapi dengan jumlah cupcakes yang terlalu banyak, anda boleh tempah sahaja cupcakes untuk dijadikan doorgift kahwin.\n\nRamai wanita tak suka madu, tapi bila kenduri kahwin yang memberikan doorgift kahwin berupa madu, dia yang lebih-lebih nak ambil madu tu! Apa lagi, jom berikan tetamu anda doorgift kahwin berupa madu.\n\nBekas garam dan pepper ini menjadi idaman mak-mak yang suka menghabiskan masa memasak di dapur. Siapa yang taknak bekas garam cantik dan comel ini? Semua pasti teruja melihat doorgift kahwin anda.\n\nMenarik kan idea doorgift kahwin kali ini. Jom baca juga 15 design pelamin kahwin, Kadar mas kahwin mengikut negeri dan 10 Goodies Kahwin Terkini."
"Terdapat pelbagai versi kuih atau kek apam yang\nboleh dicuba dan sudah tentu rasanya sangat sedap dan memikat sesiapa sahaja\nterutamanya golongan kanak-kanak. Kanak-kanak sangat menggemari kuih apam\numumnya mungkin kerana tesksturnya yang lembut dan warna yang memikat hati.\nTambahan pula, rasa kuih apam ini memang sedap tidak diragui lagi.\n\nSebelum ini kami telah memaparkan beberapa resepi\nkuih apam yang menarik dalam pelbagai versi seperti apam pisang, apam oreo,\napam susu, apam nasi dan apam gebu. Haaa banyak versi kan yang boleh anda cuba.\nHanya siapkan bahan asasnya, dan anda sudah boleh mula mencipta resepi rekaan\nanda yang tersendiri. \n\nKali ini, kami akan paparkan resepi apam cheese oren\nsunquick pula. Sangat unik dan sangat respect kepada pencipta resepi ini yang\nsangat kreatif mencuba kepelbagaian resepi apam. Untuk anda yang ingin berniaga\nkuih apam, sangat elok untuk mencuba segala versi yang ada supaya nanti anda\nmampu untuk menjual apam yang digemari oleh pelanggan anda.\n\nJadi, resepi special apam cheese oren sunquick ini telah dikongsikan oleh saudari eiyjan aziean angah di Facebook. Apam yang dihasilkan sangat gebu dan cara penyediaan juga sangat mudah sama lebih kurang sama seperti apam versi lain cuma ditambah cheese dan oren sunquick. Haa buat yang pertama kali nak mencuba, baca betul-betul arahan penyediaannya ya. Pastikan menjadi! Selamat mencuba. \u00a0\n\n 2biji telur gred B 1 cawan gula 1 sudu kecil overlete 3 sudu makan oren sunquict 3 sudu makan tatura cream\u00a0cheese 1 cawan susu cair 2 cawan tepung naik sendiri Sedikit pewarna kuning 1 sudu kecil esen vanilla\n\nSelain resepi apam yang gebu gebas ni, ada banyak lagi resepi lain yang kami paparkan yang wajib anda cuba. Selamat mengasah kemahiran kulinari anda! Dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE sekali ya!"
"Artikel ini adalah tentang kesan makanan segera pada kesihatan. Jom baca semoga sama-sama mendapat manfaat.\n\nMakanan segera dijual bagi memudahkan mereka yang ingin mencari snek makanan ringan dengan kadar yang cepat disediakan. Harga makanan segera juga boleh menjimatkan atau menjadi mahal mengikut jenis makanan yang dijual. Terdapat pelbagai variasi makanan segera yang dijual. Para pelanggan mempunyai banyak sebab untuk mereka terus menikmati makanan segera ini; ada yang sukakan rasanya, suasana tempat makan, harga yang berpatutan, mengikuti trend dan sebagainya.\n\nNamun, makanan segera mempunyai beberapa kesan kesihatan yang buruk disebabkan cara penyediaan dan ramuan yang digunakannya. Kebanyakan makanan segera mengandungi ketumpatan tenaga yang sangat tinggi iaitu 158-163 kcal per 100 gram makanan yang boleh menyebabkan kesan negatif ke atas kesihatan kita. Kalori yang berlebihan daripada penggunaan akan ditukarkan menjadi lemak yang menyebabkan masalah obesiti atau berat badan berlebihan.\n\nOleh itu, artikel ini akan membincangkan kesan makanan segera yang boleh mendatangkan masalah kesihatan yang disokong oleh penemuan kajian penyelidikan saintifik yang pernah diterbitkan sebelum ini. Penemuan utama dan pemerhatian yang sering dikaitkan dengan kesan negatif makanan segera termasuklah risiko obesiti, dyslipidemia, diabetes dan penyakit kardiovaskular.\n\nKesan Makanan Segera ke atas Risiko Obesiti \n\nPeningkatan trend yang membimbangkan mengenai masalah berat badan berlebihan dan obesiti banyak dikaitkan dengan perubahan gaya hidup dan faktor persekitaran. Peralihan bekalan nutrisi sebelum ini daripada hidangan rumah yang cukup nutrisi kepada hidangan makanan segera yang menggunakan produk terproses dan minuman bergula merupakan faktor utama penyumbang epidemic obesiti sedunia.\n\nKajian lepas mendapati bahawa pengambilan makanan segera sekurang-kurangnya 2 kali seminggu berbanding kurang sekali seminggu telah menyebabkan penambahan berat badan melebihi 4.5 kg dalam kalangan remaja dan dewasa. Malahan, mereka yang kerap mengamalkan makanan segera sekurang-kurangya sehari seminggu akan mengalami peningkatan indek jisim badan, BMI sebanyak 0.13.\n\nBerikut merupakan antara laporan pemerhatian lepas yang menyaksikan kesan makanan segera ke atas risiko obesiti:\n\nKesan Makanan Segera ke atas Dyslipidemia\n\nDyslipidemia ialah keadaan kepekatan lemak seperti kolesterol dan trigliserida yang terlalu tinggi dalam darah. Risiko penyakit kardiovaskular ini sering dikaitkan dengan amalan makanan segera. Masalah ini banyak dikesan di dalam sampel golongan dewasa usia pertengahan yang kerap makan makanan segera.\n\nKajian lepas juga mendapati bahawa peserta kajian yang mengambil makanan segera sekurang-kurangnya sebanyak 2.5 kali berbanding kurang 0.5 kali dalam seminggu mempunyai kandungan serum trigliserida sebanyak 117 mg/dl berbanding 95.52 mg/dl. Kandungan kolesterol pula ikut sama bertambah dan lebih banyak berbanding mereka yang kurang ke restoren makanan segera. Kajian ini telah diadakan selama 13 tahun.\n\nDi samping itu, peningkatan pengambilan makanan segera dengan sumber makan segera yang pelbagai mencatatkan peningkatan risiko sebanyak 56-162% untuk mortaliti penyakit jantung disebabkan kandungan kolesterol yang bertambah. \u00a0\n\nKesan Makanan Segera ke atas Penyakit Kardiovaskular\n\nKesan negatif pengambilan makanan segera dalam perkembangan metabolik tidak normal telah banyak dilaporkan oleh kajian lepas. Makanan segera sering dikaitkan dengan risiko rintangan insulin, penyakit kencing manis, sindrom metabolik dan penyakit kardiovaskular.\n\nSatu kajian yang dilakukan selama 15 tahun mendapati bahawa pengambilan makanan segera sekurang-kurangnya 2 kali seminggu akan menyebabkan rintangan insulin yang besar. Pengambilan produk daging terproses dalam makanan segera juga telah menyebabkan berlakunya sindrom metabolik.\n\nSementara itu, amalan makan makanan segera minimum 2 kali seminggu telah meningkatkan risiko kencing manis dan risiko kematian akibat masalah jantung tersumbat. Penemuan ini disokong secara ujian statistik matematik. Risiko menghidap kencing manis juga akan meningkat dalam kalangan mereka yang gemar memesan hamburger dan ayam goreng pada kadar sekurang-kurangnya 2 hidangan dalam seminggu. \n\nDi samping itu, dilaporkan risiko sebanyak 21% lebih tinggi bagi mereka yang suka makan kentang goreng atau French fries \u00a0di restoren makanan segera. Dalam satu kajian ke atas hampir 85 ribu wanita, pengambilan burger, ayam goreng, sosej, produk daging diproses dan kentang goreng menunjukkan peningkatan risiko kencing manis sebanyak 21%.\n\nMasalah hati berlemak yang menjejaskan fungsi hati dalam sistem tubuh kita boleh berpunca daripada kesan makanan segera ini. Pemerhatian selama 4 minggu ke atas mereka yang kerap makan makanan segera sekurang-kurangnya 2 hidangan dalam sehari telah meningkatkan kandungan serum enzim alanine yang menandakan masalah risiko hati berlemak.\n\nMakanan segera boleh dinikmati tetapi bukanlah secara kerap sehingga menjadi rutin. Kekurangan nutrisi dan penggunaan gula, garam, perasa, pengawet dan minyak yang tinggi dalam makanan segera menjadikan makanan segera tidak sesuai untuk dijadikan diet utama dalam kehidupan seharian. \n\nGolongan dewasa seperti ibu bapa perlu sentiasa memantau anak-anak dan golongan remaja yang gemar memilih makanan segera ini supaya mereka tidak ketagih atau terlalu bergantung dengan makanan segera sehingga menjadi tabiat pemakanan yang tidak sihat."
"Masalah kulit boleh menyebabkan ketidakselesaan yang melampau pada penghidapnya. Eczema, juga dikenali sebagai dermatitis, merupakan masalah yang menyebabkan kulit menjadi panas, kering, gatal dan bersisik.\n\nDalam kes yang agak teruk, kulit penghidap akan menjadi terlalu merah dan boleh berdarah. Psoriasis pula merupakan masalah keradangan kulit yang berbeza. Psoriasis diketahui melalui tompokan merah pada kulit dan dilitupi dengan lapisan putih yang lain.\n\nWalaupun merupakan dua penyakit yang berbeza, eczema dan psoriasis berkongsi simptom yang sama iaitu kulit yang terlalu kering dan gatal. Saya juga merupakan salah seorang penghidap eczema. Adanya eczema menyebabkan pergerakan dan aktiviti menjadi terbatas.\n\nSiang malam bergantung pada krim yang diberikan doktor untuk melegakannya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan udara di Malaysia yang tidak begitu bersih ditambah dengan suhu yang panas, menyebabkan eczema ini lebih dari menyeksakan.\n\nTahukah anda, terlalu bergantung pada krim doktor adalah satu petanda yang tidak menyihatkan. Untuk jangka masa panjang, kita pasti akan menanggung penyakit lain akibat daripada pengambilan krim yang terlalu banyak.\n\nOleh itu, penghidap eczema dan psoriasis harus mencari summber rawatan alternatif untuk melegakannya.\n\nSapu: Vegetable Shortening atau Lemak Sayuran\n\nVegetable shortening sering digunakan dalam pembuatan kek atau pastri. Apa kata kali ini, gunakan ia untuk melegakan eczema dan psoriasis.\n\nStruktur vegetable shortening yang agak tebal dan berminyak ini menyebabkan ia merupakan antara bahan yang sesuai untuk disapu pada kulit yang kering dan merekah, sekaligus membantu dalam proses penyembuhannya.\n\nHanya lumurkannya pada kawasan yang dijangkiti, balut dengan plastik dan letakkan pelekat. Biarkannya lebih kurang 2 hingga 4 jam untuk memastikan pelembap itu meresap jauh kedalam kulit.\n\nUlang seberapa banyak yang mungkin sehingga ruam berkurangan.\n\nCampurkan satu cawan minyak sayuran kedalam air mandian untuk melembapkan dan melegakan kulit yang kering.\n\nSelain itu, anda juga boleh mencampurkan 2 sudu besar minyak zaitun dan satu cawan susu ke dalam air mandian anda.\n\nMandian oatmeal juga terkenal untuk melegakan kegatalan pada kulit. Hanya kisar beberapa genggam oatmeal biasa di dalam mesin pengisar dan taburkannya ke dalam air mandian anda.\n\nDengan hanya mencampurkan 1 hingga 3 cawan garam Epsom ke dalam air mandian anda, kegatalan dan sel-sel kulit mati dapat dikurangkan. Tambahkan juga satu sudu kecil minyak lavender ke dalamnya untuk memberi keselesaan, ketenangan dan penyembuhan pada kulit.\n\nKajian terbaru mendapati bahawa rempah ratus dapan mengurangkan keradangan pelbagai jenis masalah kulit \u2013 salah satunya adalah psoriasis.\n\nCurcumin, sejenis bahan antioksida yang terdapat dalam kunyit, didapati boleh melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.\n\nUntuk hasil yang lebih berkesan, amalkan pengambilan satu sudu kecil kunyit setiap hari.\n\nSapu: Cuka Epal Sider atau Apple Cider Vinegar\n\nRamai sudah mengetahui tentang khasiat cuka epal sider ini. Selain dari antara makanan sunnah dan boleh melegakan ketidakselesaan perut, cupa epal sider ini juga boleh digunakan untuk melegakan keradangan dan kesan terbakar pada kulit.\n\nAnda hanya pergu gunakan bebola kapas untuk menyapu cuka epal sider pada kawasan kulit berkuping dan kering. Untuk kawasan kulit yang lebih besar, sapukan secara menyeluruh dengan menggunakan kertas tisu yang bersih yang telah dicelup satu bahagian cuka epal dan satu bahagian lagi air biasa.\n\nAMARAN: Jangan gunakan jenis rawatan ini sekiranya kulit pesakit pecah atau berdarah, kerana cuka epal ini akan menyebabkan pesakit mengalami kepedihan dan dikhuatiri akan menyebabkan ketidakselesaan pada kawasan kulit.\n\nSapu: Minyak Zaitun atau Olive Oil\n\nMinyak zaitun juga merupakan antara minyak semulajadi yang kaya dengan omega-3 yang boleh mengurangkan keradangan.\n\nCuba sapukan minyak zaitun yang bersuhu agak suam keatas kawasan yang dihidapi untuk melembutkan kulit yang terlalu kering. Sekiranya psoriasis menjangkiti kawasan kulit kepala, cuba sapukan sedikit minyak zaitun semasa mandi untuk \u00a0membuang sel kulit mati dan melembutkan kulit.\n\nAmalkan minyak zaitun dalam diet seharian anda boleh membantu menyembuhkan kulit dari dalam.\n\nFlaxseed sangat kaya dengan omega-3, yang membantu dalam menghalang arachidonic, sejenis bahan kimia yang menyebabkan keradangan dalam badan.\n\nKisar kering beberapa sudu kecil flaxseed, dan tambahkannya ke dalam ais krim, jus, salad atau oatmeal. Anda boleh juga menggunakan minyak flaxseed sebagai dressing untuk salad atau sayuran.\n\nPilihan sajian alternatif yang lebih menyihatkan berbanding kangkung goreng belacan atau bayam goreng bercili yang biasa diambil oleh masyarakat kita.\n\nSapukan beberapa titik minyak tea tree yang dicampur dengan sedikit minyak zaitun pada bahagian kulit yang kering atau bersisik beberapa kali sehari. Di Australia, masyarakat di sana gemar menggunakan cara ini untuk mengurangkan kegatalan dan melembutkan bahagian kulit yang kasar akibat masalah kulit yang dihadapi.\n\nAloe vera semakin mendapat perhatian yang meluas di Malaysia terutamanya apabila pelbagai khasiatnya ditemui. Aloe vera dikatakan kaya dengan bahan anti-keradangan dan penyembuhan selain dari memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal.\n\nSekiranya anda mempunyai eczema atau psoriasis, cuba tanam pokok aloe vera sendiri di rumah. Dengan menanam sendiri, anda boleh mengambil gel aloe vera yang segar dan asli. Cara ini lebih baik berbanding membeli aloe vera dikedai yang telah dicampuri pelbagai bahan kimia lain untuk memastikan aloe vera tersebut tahan lama.\n\nKaedah penjagaan pokok aloe vera ini pun tidaklah terlalu sukar berbanding penjagaan pokok lain.\n\nCampurkan 1 1/2 cawan baking soda ke dalam 12 liter air. Gunakan kain kapas yang bersih untuk menyapu campuran baking soda itu pada kulit yang gatal untuk kelegaan yang cepat.\n\nMakan: Minyak Ikan atau Fish Oil\n\nBanyak kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa omega-3 dalam minyak ikan sangat membantu untuk mengurangkan eczema dan psoriasis terutamanya apabila diambil dengan dos yang agak tinggi iaitu antara 3 hingga 10 gram sehari.\n\nNamun, sebagai langkah berjaga-jaga, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil minyak ikan sebagai suplemen tambahan. Selain dari mengambil suplemen tambahan, khasiat minyak ikan boleh juga didapati dari pemakanan ikan-ikan seperti salmon, sardin, herring, makarel dan tuna.\n\nSasarkan pengambilan sekurang-kurangnya 3 ke 4 auns ikan-ikan tersebut seminggu.\n\nPERHATIAN: Omega-6 yang didapati dari minyak bunga matahari, jagung\u00a0dan safflower boleh mengeruhkan lagi keradangan pada kulit. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai masalah kulit, elakkan pengambilan minyak tersebut dalam diet pemakanan seharian.\n\nBACA : Cara Merawat Ekzema Pada Bayi\n\nkredit gambar: Bodra & Jasmin Swift, Tim Lum, John"
"Ada bermacam jenis parut jerawat. Parut hitam, parut berlubang kecil, parut berlubang besar macam kawah gunung berapi, ada juga parut jerawat jenis timbul macam keloid.\n\nWalau apa jenis sekali pun, parut jerawat sememangnya mencacatkan wajah, tak kira lelaki atau perempuan.\n\nNak tak kalau kami kongsikan cara hilangkan parut jerawat yang berkesan? Anda pasti menyesal kalau tak cuba.\n\n1. Asam jawa + bedak sejuk + air kosong\n\nAnda cuma perlukan 3 bahan. Sudah lah cuma perlukan 3 bahan, semuanya mudah didapati & murah. Kami yakin, semua rumah ada 3 bahan ini. Caranya macam mana?\n\nAloe vera atau daun lidah buaya sememangnya berguna dalam dunia kecantikan. Anda boleh gunakan jel aloe vera yang boleh dibeli dari farmasi, namun jel semulajadi dari pokok aloe vera adalah lebih berkesan dan natural tanpa sebarang bahan kimia & pengawet.\n\nCaranya, sebelum tidur, ambil sedikit lendir aloe vera. Sapukan ke kawasan yang berparut dan biarkan semalaman. Keesokan paginya basuh wajah anda seperti biasa.\n\n3. Bedak sejuk + lemon + minyak zaiton\n\nSekali lagi, kita akan gunakan bedak sejuk. Bahan-bahannya:\n\nCampurkan 3 bahan tersebut sehingga sebati. Jadikan sebagai masker dan sapukan ke wajah. Biarkan selama 30 minit lalu dibilas sehingga bersih. Namun, anda dinasihatkan untuk memakai masker ini setiap malam memandangkan lemon bersifat asid dan dikhuatiri akan menghakis wajah.\n\nKandungan mineral aktif didalam tanah liat terbukti berkesan untuk menghilangkan parut jerawat baru dan lama. Dengan penggunaan yang konsisten, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.\n\nMana nak dapatkan tanah liat? Terdapat pelbagai jenis clay mask di pasaran. Gunakan mana-mana jenama yang menjadi pilihan anda. Berdasarkan pengalaman kami, kaolin clay adalah lebih berkesan untuk menghilangkan parut jerawat berbanding tanah liat jenis lain.\n\nBukan sahaja sedap dijadikan ulam dan jus, timun juga berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya? Kisar timun. Tapiskan hampasnya. Hampas anda boleh jadikan sebagai masker. Pakai di wajah selama 30 minit.\n\nAirnya jangan dibuang pula, sayang. Masukkan kedalam botol spray dan jadikan sebagai toner atau penyegar. Spray ke wajah selepas anda mencuci wajah. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan parut jerawat malah mencerahkan kulit anda.\n\nTomato juga mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit termasuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, hancurkan tomato sehingga menjadi pes. Sapukan kewajah sebagai masker. Biarkan sehingga kering, bilas, dan lap wajah sehingga kering.\n\nParut jerawat anda akan semakin pudar dan lama-kelamaan akan hilang jika anda rajin berscrub, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bagaimana scrub membantu menghilangkan parut jerawat?\n\nBila anda scrub, sel kulit lama akan tertanggal dan digantikan dengan sel kulit yang baru dan cantik. Secara automatik, parut jerawat anda juga akan hilang bersama sel-sel kulit yang lama.\n\nAda bermacam scrub dipasaran, pilih sahaja yang mana satu. Namun, anda juga boleh berjimat dengan membuat homemade coffee scrub dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.\n\nNak tak kalau kami kongsikan resepinya?\n\nCampurkan kedua bahan diatas. Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan sedikit air sehingga menjadi pes. Kalau ada madu, boleh gantikan air dengan madu. Sapukan ke wajah. Biarkan seketika dan scrub perlahan-lahan. Cuci muka sehingga bersih. Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jika anda konsisten, pasti parut jerawat anda akan hilang.\n\nMadu sememangnya mempunyai 1001 khasiat, dan salah satu daripadanya ialah menghilangkan parut jerawat. Ambil satu sudu kecil madu dan campurkan dengan satu sudu kecil yogurt asli. Sejukkan sebentar didalam peti ais, kemudian jadikan sebagai masker.\n\nBiarkan semalaman. Keesokan paginya cuci muka seperti biasa.\n\n9. Kulit kayu manis + madu\n\nAmbil secubit kulit kayu manis, campurkan dengan sedikit madu. Jadikan seperti pes dan sapukan ke bahagian wajah yang berparut jerawat. Biarkan semalam, cuci seperi biasa pada keesokan paginya.\n\nCuka epal atau apple cider vinegar juga boleh membantu menghilangkan parut jerawat. Basahkan kapas dengan cuka epal, dan sapukan ke parut jerawat di wajah. Biarkan 5 minit dan cuci bersih.\n\nMemandangkan cuka epal bersifat asid dan menghakis, anda tidak digalakkan untuk melakukan rawatan ini setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai.\n\nItulah dia cara hilangkan parut jerawat yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Mudah sahaja kan? Bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati dan murah. Yang paling penting, anda perlu konsisten kalau nakkan hasilnya. Semoga perkongsian kami pada kali ini bermanfaat untuk anda."
"Berkahwin atau terus membujang merupakan pilihan setiap individu. Lagipun status untuk masih bujang atau dah kahwin ini bukannya jadi satu isu melainkan jika dengan sendirinya mengaku masih bujang sedangkan dah berkahwin dan punya anak. \n\nLagi-lagi untuk si lelaki yang gatal merenyam tu. Memang banyak kes melibatkan gadis dan wanita yang terperangkap dengan cinta suami orang dek kerana si lelaki tersebut mengaku masih bujang. \n\nAkhirnya selepas lama bergelar kekasih atau\u00a0sudah jadi isteri ke dua, barulah tembelang tersebut pecah. Masa ni hati dah terikat maka mulalah timbul masalah hingga digelar sebagai perampas suami orang. \n\nPersoalannya di sini, bagaimana nak bezakan antara lelaki bujang dan sudah berpunya? Macam mana nak tahu lelaki itu dah berkahwin? Apakah ada tanda untuk suami orang jatuh cinta? Tidak dinafikan memang ramai wanita yang tidak dapat bezakan sama ada lelaki itu\u00a0masih bujang atau\u00a0sudah\u00a0berkahwin. \n\nTak mengapa, di sini akan dikongsikan beberapa ciri atau tanda untuk bezakan karakter antara lelaki bujang vs lelaki yang sudah berkahwin. Semoga dengan perkongsian ini dapatlah memberi serba sedikit panduan agar tidak mudah tertipu dek suami orang yang mudah jatuh cinta berkali-kali ini. \n\n19 Tanda Perbezaan Untuk Lelaki Yang Masih Bujang Dan Sudah Berkahwin \n\nSebelum buat keputusan\u00a0nak berkahwin sila perhatikan dulu sifat yang ada pada diri bakal suami anda itu. Anda kena ada usaha untuk pastikan yang lelaki tersebut benar-benar masih\u00a0bujang atau dia itu hanyalah berdrama sedangkan hakikatnya lelaki\u00a0itu sudah pun punya\u00a0isteri. \n\n1 \u2013 Lelaki bujang biasanya lebih tertarik pada wajah seseorang perempuan manakala lelaki yang sudah berkahwin lebih tertarik pada susuk tubuh \n\n2 \u2013 Lelaki bujang tidak berani untuk menatap mata si perempuan lama-lama sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin dengan senang akan tatap mata perempuan tersebut dengan sangat lama. \n\n3. Lelaki bujang akan larikan pandangan ke arah lain bila direnung sedangkan lelaki yang sudah berkahwin akan membalas semula renungan tersebut\n\n4. Lelaki bujang agak gemuruh bila berhadapan atau bercakap dengan seorang perempuan tetapi lelaki yang sudah berkahwin nampak bersahaja\n\n5. Lelaki bujang akan berasa malu bila di puji dan lelaki sudah berkahwin akan mula \u2018jual minyak\u2019 untuk terus masuk jarum\n\n6. Lelaki bujang akan segera balas bila dihubungi manakala lelaki yang sudah berkahwin agak lambat respon. Silap haribulan handphone dimatikan kerana takut si isterinya tahu\n\n7. Lelaki bujang lebih mempunyai perut yang rata manakala lelaki yang sudah berkahwin mempunyai perut yang sedikit boroi ke depan. Ada juga lelaki berkahwin yang perut rata kalau memang dia suka ke gym.\n\n8. Lelaki bujan boleh di ajak keluar bersama setiap hujung minggu tetapi lelaki yang sudah berkahwin akan mula beri alasan jika di ajak jumpa tiap kali hujung minggu.\n\n9. Lelaki bujang dengan senang akan beritahu lokasi rumahnya di mana manakala lelaki yang sudah berkahwin akan sedaya upaya merahsiakannya. Dah lama kenal alamat rumah masih tak tahu kat mana.\n\n10. Lelaki bujang dengan senang beri kata ya jika cakap nak ke rumahnya konon untuk kenal bakal mak mertua sedangkan lelaki yang dah berkahwin akan mula rasa cuak dan rimas bila perkataan nak datang rumah di sebut. \n\n11. Lelaki bujang bersikap lebih cool manakala lelaki yang sudah berkahwin bersifat lebih gatal. \n\n12. Lelaki yang sudah berkahwin akan ajak berjumpa secara tiba-tiba mungkin kerana baru terlepas dari pandangan isterinya sedangkan lelaki bujang akan lebih suka atur temujanji dengan lebih awal. \n\n13. Aura lelaki yang belum berkahwin seakan masih kebudakan sebaliknya aura lelaki yang sudah berkahwin lebih matang dan macho. \n\n14. Lelaki yang masih bujang agak segan dan cuak bila disebut tentang kahwin tetapi lelaki yang sudah berkahwin ini dengan selamba saja akan menceritakan betapa seronoknya berkahwin. Dengan mudah juga mereka akan pelawa anda untuk di ajak kahwin dengannya. \n\n15. Lelaki yang sudah berkahwin bersifat lebih relaks sebaliknya sifat lelaki yang masih bujang akan bersifat lebih caring dan cepat bertindak jika ada sesuatu berlaku pada anda. \n\n16. Lelaki yang sudah berkahwin tidak akan berani save nombor telefon anda dengan nama panggilan \u2018sayang\u2019, \u2018cinta\u2019 dan \u2018my love\u2019. Sila call ke handphonenya dan lihat apakah nama yang tertera di skrin. Jika agak pelik elok anda segera berhati-hati.\n\n17. Lelaki yang sudah berkahwin tidak akan mudah menjawab panggilan telefon dari anda lebih-lebih lagi pada waktu malam. Jika jawab sekalipun akan mengambil masa yang agak lama. Awas! \n\n18. Lelaki bujang akan lebih suka curi-curi pandang pada wanita yang diminatinya manakala lelaki yang sudah berkahwin akan terus pandang secara direct tanpa rasa segan. \n\n19. Lelaki yang masih bujang lebih mudah ingat tarikh penting dalam hidup anda sedangkan lelaki yang sudah berkahwin bersifat lebih pelupa.\n\nJangan Cepat Percaya Pada Lelaki, Selidik Dulu Sebelum Setuju Menjadi Isteri \n\nItulah serba sedikit beza lelaki bujang dan berkahwin. Perkahwinan adalah sebuah akad yang menghalalkan antara lelaki dan wanita maka sebelum bersetuju untuk menjadi isteri eloklah diperhatikan. \n\nSelidik dan ketahui latar belakangnya sebanyak yang boleh dan pastikan juga yang ia bukannya seorang suami orang. Jika sudah jodoh itu persoalan yang lain tetapi jika boleh janganlah sesekali membina jambatan bahagia di atas kesedihan orang lain."
"Mencari resepi daging masak pedas yang best? Hah! Anda berada pada tempat yang betul.\n\nSeperti yang diketahui, daging masak kicap ini antara lauk kegemaran rakyat Malaysia ketika menikmati sama ada makan tengah hari mahu pun makan malam. Asalkan ada nasi putih, ia sudah cukup.Ianya memang boleh buat tidak lena jawabnya jika seseorang itu pandai amsak.\n\nAnda suka makan pedas? Tapi tak jumpa resepi yang kena dengan tahap kepedasan anda? Apa kata anda cuba resepi daging masak kicap ini.Resepi ini boleh dikatakan resepi daging masak kicap yang viral di Facebook.\n\nAnda suka versi yang mana? Selalunya daging masak kicap dihidang kan sekali dengan kentang goreng di dalamnya. Barulah terasa puas dan nikmat apa bila makan.\n\nTidak mahu menulis panjang, kami kongsikan artikel daging masak kicap yang wajib anda cuba. Resepi ini dikongsikan oleh\u00a0Tengku RosElyza Raja Muhammad\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nDaging batang pinang ni cepat lembut. Jadi tak perlu direbus dulu. Bila dah mendidih, masukkan bawang holland, cili merah hiris, cili padi. Gaul rata, masak sampai dia jadi agak pekat dan kering macam dalam gmbr.\n\nYang ni saya tak masukkan garam dan gula sebab dah cukup rasa masin dan manis. (saya guna kicap kipas udang)\n\nMacam mana dengan resepi di atas? Mohon kongsi pendapat anda bila anda selesai mencubanya. Kami pun tidak sabar menunggu feedback dan komen daripada anda.\n\nSelain resepi daging masak kicap, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Sekali lagi, kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Apakah jenis lantai bilik air yang bagus untuk digunakan untuk kediaman masing-masing?\n\nSelain bilik tidur, tandas adalah ruangan penting bagi sesebuah rumah. Berbeza dengan ruangan lainnya, tandas digunakan setiap hari.\n\nDan semestinya memastikan ia dalam keadaan yang bersih, cantik, kukuh, dan tahan lama sebagai kegunaan lasak suatu perkara yang perlu dititikberatkan. \n\nArtikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda tentang tips kemasan lantai bilik air dari aspek jenis material yang sesuai.\n\nTips pemilihan jenis material lantai bilik air elak licin\n\nLantai bilik air sedikit berbeza dengan lantai di bilik lain. Pada kebiasaannya, permukaan lantai ini perlu bersifat kalis air. Hal ini disebabkan oleh air boleh terpercik dari singki, dan ia juga boleh melimpah keluar. \n\nBegitu juga yang terjadi ketika kita mandi. Dalam kata lain, lantai tersebut akan sentiasa basah dan lembap sepanjang masa. Justeru itu pemasangan jenis material lantai yang betul perlu dilakukan untuk memastikan ia dalam keadaan baik.\n\nBerikut ini adalah beberapa jenis material lantai bilik air yang boleh dipilih:\n\nMaterial porselin lebih kukuh dan tahan lama jika dibandingkan dengan seramik. Ini boleh dilihat dari sifat ketahanan airnya yang lebih tinggi dan mudah dijaga dalam beberapa keadaan yang sering berlaku dalam bilik air.\n\nSelain itu, lantai bilik air dari jenis material porselin juga tahan calar, kotoran, dan untuk mencari design pilihan hati pun memang sangat mudah.\n\nNamun begitu, jika niat anda ingin DIY sendiri semasa memasangnya mungkin lebih baik lupakan sahaja. Ini kerana permukaannya memang licin apabila basah dan tidak mudah untuk dipotong dan dibentuk.\n\nSejak kebelakangan ini, lantai bilik air dari material vinyl menjadi pilihan yang popular. Kelebihan vinyl adalah ia sesuai digunakan kepada sesiapa yang mahu DIY sendiri lantai semasa memasangnya .\n\nMaterial ini juga boleh didapatkan di pasaran dari pelbagai saiz dan tekstur mengikut kesesuaian tandas masing-masing.\n\nJika bajet bukanlah masalah bagi anda, lantai bilik air dari batuan semula jadi mungkin pilihan yang tepat. \n\nSifat batuan semula jadi yang keras, tahan lama dan memberi impak visual yang menarik dari segi estetika sehingga menjadikannya antara bahan yang mempunyai nilai jualan semula jadi yang tinggi. \n\nLantai lamina jenis waterproof antara pilihan yang sesuai untuk lantai tandas. Selain laminate waterproof ini tahan lama dan mampu tahan kelembapan, ia juga mudah untuk dibersihkan.\n\nEpoxy sebagai medium kemasan memang tidak asing lagi bagi kediaman kita. Epoxy flake coating adalah lantai yang tidak mudah nampak kotor dan tidak licin. Ia menjadi solusi terbaik bagi menangani masalah lantai bocor. \n\nKayu biasa tidak sesuai digunakan pada lantai bilik air kerana ia tidak mampu menahan kelembapan sehebat kayu yang berteknologi tinggi seperti engineered wood ini.\n\nDiperbuat dari lapisan papan lapis, ia dapat menyelesaikan masalah di bilik air tanpa mengubah rupa fizikalnya yang menyerupai kayu asli. \n\nJubin homogen dikenali sebagai bahan lantai terkuat dan digunakan secara komersial di kebanyakkan tempat-tempat awam. \n\nAsasnya terdiri daripada bahan jubin khas dan tanah liat yang mana ia sangat sesuai dipasang di ruangan yang basah seperti bilik mandi. \n\nJubin paling asas diperbuat daripada campuran tanah liat, pasir, dan bahan semula jadi ini adalah seramik. \n\nMaterial lantai jenis ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding yang lain iaitu tahan lasak, mudah dijaga, mudah dipotong dan paling penting ia murah.\n\nNamun begitu, jubin seramik tidak mempunyai pilihan dan corak yang banyak atau dalam kata lain kita terhad untuk memilih yang sesuai bagi dipadankan dengan bilik air di rumah. \n\nSelain dari artikel mengenai lantai bilik air ini, anda juga boleh baca artikel tentang hiasan rumah seperti:"
"Mencari resepi sayur sawi yang sedap? Kali ini kami menyediakan resepi sayur sawi yang paling sedap di dunia Facebook. Perkongsian yang menarik dan banyak dicari iaitu sayur pak choy atau biasa dipanggil sawi bunga.\n\nSekali masak sayur resepi ini mesti anda akan teringin lagi dan ketagih dibuatnya. Kesedapannya lebih terasa bila dimakan dengan nasi putih panas sekali dimakan dengan ikan digoreng garing, makin berselera makan.\n\nSayur sawi, boleh dibeli dimana-mana pasar raya. Namun masakan rumah ini memang jarang dijual di kedai makan. Maka jika teringin makan sayur sawi sos tiram memang harus masak sendiri, kerana sukar dijumpai di mana-mana kedai makan.\n\nUntuk memudahkan anda yang teringin masak sayur sawi maka di bawah ini telah kami sediakan resepi sayur sawi goreng sos tiram yang sedap sangat. Resepi dikongsikan oleh Siti Iela\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sayur sawi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Indonesia sememangnya menjadi destinasi perlancongan pilihan rakyat Malaysia disebabkan faktor kadar tukaran matawang dan mudah untuk mencari makanan.\n\nSelain Bali dan Bandung, Jakarta juga tidak kurang hebatnya. Jika anda belum pernah sampai ke Jakarta, jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Jakarta yang pasti membuatkan anda tak sabar nak ke sana.\n\n1. Kota Tua Jakarta ( Bavaria Lama )\n\nKota kecil yang terletak di tengah Bandar \u00a0Jakarta ini digelar sebagai \u2018Ratu dari Timur\u2019 ataupun \u2018Permata Asia\u2019 oleh pelayar-pelayar yang datang dari Eropah pada abad ke-16 kerana kekayaan sumber buminya dan lokasinya yang begitu strategik. Semasa era penjajahan, Belanda telah menubuhkan pusat perdagangan di sini kerana kelebihan-kelebihannya.\n\nBangunan lama dengan senibina Eropah mewujudkan suasana klasik di sekitar kota lama ini menjadikan ia lokasi yang mesti dikunjungi sekiranya anda ke Jakarta. Di antara tarikan pelancongan yang ada di Kota Tua Jakarta ialah Muzium Wayang, Muzium Seni Halus dan Seramik, Muzium Maritim, Muzium Bank Indonesia dan banyak lagi.\n\nGedung Kesenian Jakarta terletak di dalam bangunan lama yang dibina pada abad ke19. \u00a0Melangkah masuk ke dalam bangunan ini akan membawa anda ke era lama dengan ruang auditoriumnya yang begitu luas bermahkotakan lampu besar chandelier di silingnya.\n\nWalaupun ianya sebuah bangunan yang klasik, teknologi bunyi di dalam dewan ini sungguh mengagumkan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang diadakan di sini sama ada teater, orkestra, sastera atau sebagainya.\n\nAnak-anak anda pasti teruja! Pusat edutainment ini dibina khas untuk anak-anak yang berusia dari 2 hingga 16 tahun. Kidzania Jakarta dibina \u00a0seperti sebuah kota metropolitan sebenar lengkap dengan jalanraya, pusat membeli-belah, klinik, teater, salon dan sebagainya. Jika anda ke Jakarta, jangan lupa untuk pergi ke sini.\n\nSekali pandang kawasan Ocean Ecopark ini kelihatan seperti kawasan berjogging dengan keindahan alam hijau yang biasa, tapi anda pasti terkejut! Semakin dalam anda terokai kawasan ini, semakin banyak tarikan yang ditawarkan. Di dalamnya terdapat tasik dengan beberapa buah bot kecil, aktiviti flying fox, paint ball, aktiviti memanah dan banyak lagi aktiviti menarik yang lain.\n\nTerdapat juga Faunaland yang menempatkan pelbagai jenis haiwan seperti keldai, burung dan singa. Anak-anak anda pasti seronok kerana dapat mendekati dan memberi makan haiwan-haiwan jinak yang ada di sini seperti arnab, burung kakak tua dan sebagainya.\n\nBukan ikan lumba-lumba sahaja yang ada di sini. Ada juga persembahan burung kakak tua dan singa laut. Diakhir persembahan, pihak Samudra Dolphin Park juga akan bertanya soalan kuiz dan sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat akan mendapat hadiah yang cool! Jadi, duduklah dekat sikit dengan penghibur itu ya, barulah senang nak dapat peluang \u00a0untuk menjawab.\n\nSalah satu taman antik yang wujud di sekitar Jakarta. Persekitaran dan lanskapnya terjaga dengan sangat baik. Taman ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang besar seperti bumbung meneduhi para pengunjung, dan meriah dengan kehadiran burung merpati yang berterbangan di awan.\n\nJika bernasib baik, anda berpeluang melihat persembahan muzik klasik ataupun latihan muzik yang diadakan di sini. Ia sememangnya sebuah taman yang mendamaikan jiwa.\n\n7. Bayt Al Quran And Istiqlal Museum\n\nDi tanah berkeluasan 20,013 meter persegi ini terletaknya sebuah muzium islamik 4 tingkat yang diberi nama Bayt Al Quran And Istiqlal Museum. Di sini terdapat karya terkenal yang dihasilkan di nusantara oleh ulama-ulama dan cendekiawan islam dari abad ke -17 hinggalah abad ke-20. Di antara yang dipamerkan di sini adalah Mushaf Sundawi, Mushaf Istiqlal, Mushaf Wonosobo, Mushaf Malaysia, sistem Al-Quran interaktif, Al-Quran braille antik dan banyak lagi.\n\nZoo ini berkeluasan 147 hektar, dan anda boleh menyewa basikal untuk menjelajah seluruh kawasan zoo. Ditumbuhi lebih daripada 50,000 batang pokok, bayangkanlah kesegaran udara di sini. Di sini terdapat \u00a0lebih daripada 2000 ekor haiwan yang terdiri daripada 400 spesies haiwan yang bukan sahaja datang dari Indoneia, malahan juga dari Amerika Utara, tanah Arab dan juga benua Afrika.\n\nKawasan yang menjadi tarikan utama di sini adalah Kid\u2019s Park di mana kanak-kanak dapat bermain di taman permainan, mendekati burung kakak tua yang boleh berkata-kata dan juga seekor ikan gergasi arapaima yang didatangkan dari Amazon. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di Ragunan Zoo adalah menonton persembahan haiwan, menunggang kuda, menaiki trem dan banyak lagi yang pastinya menceriakan hari anda sekeluarga.\n\n9. Dufan ( Dunia Fantasi )\n\nKerana dunia realiti agak membosankan, kewujudan Dufan ataupun Dunia Fantasi amatlah diidamkan. Banyak sekali tarikan hebat yang terdapat di dalam Dunia Fantasi ini seperti Ice Age Arctic Adventure, Hello Kitty Adventure, Water Ride Niagara-Gara, Thrill Ride Hysteria, Fantasy Lights Magic of Dufan dan banyak lagi.\n\nApa sahaja yang anda impikan ada di sini. Taman tema yang penuh keseronokan di Dunia Fantasi? Taman hijau yang menyegarkan di Ecopark? Mendekati hidupan di dalam lautan biru di Seaworld Ancol? Dan banyak lagi yang mesti dirasai sekali di dalam hidup ada di sini!\n\nKaki shopping? Pasar Seni juga ada di sini. Bukan main menarik lagi barang-barang yang dipamerkan termasuklah lukisan, hasil ukiran, barangan antik dan banyak lagi hasil tangan dan cenderamata yang lain.\n\nBukan itu sahaja, di Ancol Dreamland ini juga anda boleh menyewa kapal untuk menuju ke Pulau Seribu untuk menjauhkan lagi jejak anda di Jakarta ini bersama keluarga. Hebat tak hebat Ancol Dreamland ini? Segala tarikan menakjubkan berada di dalam satu lokasi.\n\nTerletak di Jalan Jambore, Telaga Arwana Cibubur bukanlah sekadar sebuah telaga seperti namanya, tetapi adalah lokasi di mana anda boleh beraktiviti mengeluarkan peluh dan bersantai bersama keluarga tercinta. Di antara tarikan yang terdapat di sini adalah kolam renang pelbagai kedalaman, flying fox, motor ATV, paintball dan banyak lagi.\n\nKalau anda rasa aktiviti-aktiviti di atas kedengaran agak cliche, bagaimana pula dengan aktiviti bercucuk tanam di sawah padi dan akiviti santai memancing? Macam-macam boleh dibuat di sini. Tepuk dada, tanya selera, tapi alang-alang dah sampai, cuba sahaja segalanya yang ditawarkan di sini, baru berbaloi, ye tak?\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Jakarta yang pastinya menarik untuk anda. Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk anda.\n\nBagaimana artikel ini? Anda suka tempat menarik di Jakarta yang dikongsikan? Ada tempat cadangan lain patut kami kongsikan? Selain tempat di atas, kami juga ada menulis tempat menarik yang lain. Jemput baca. Jangan lupa share dan like artikel ini ya."
"Zaman sekarang sangat memerlukan kebijaksanaan pengurusan masa. Lebih-lebih lagi kini, kebanyakan wanita adalah bekerja. Jadi, setiap wanita perlu menjadi LEBIH dari sekadar iron lady.\n\nDisini saya tertarik untuk berkongsi artikel hasil tulisan Prof. Dr. Rozieta Shaary berkenaan pengurusan masa demi mengimbangkan keluarga dan kerjaya. Prof Dr. Rozieta, yang sering menggelarkan diri beliau \u2018ibu\u2019 merupakan seorang pakar dalam bidang Neuro and Behavioural Sciences.\n\nDiharap, kita semua dapat menjadikannya sebagai panduan dalam menjadi muslimah, ibu dan wanita yang lebih baik. InshaAllah manfaat yang diperoleh kita semua hasil dari perkongsian ilmu beliau menjadi tiket untuknya di syurga kelak.\n\nSalah satu sebab mengapa para ibu jadi tercungap untuk mengimbangkan kerjaya dan keluarga adalah pembahagian masa. Kita tidak lagi hidup di zaman industri. Kita kini di zaman IT.\n\nApa kaitannya dengan MASA? Kaitannya ialah, kita tidak lagi dinilai dan dibayar dengan lamanya masa kita melakukan sesuatu tugas tetapi dinilai diatas prestasi kita terhadap tugas itu.\n\nApakah maksudnya perubahan ini terhadap kerja kita? Banyak. Salah satunya, kita tidak boleh bersenang lenang menggunakan masa lagi didalam setiap tugasan kita. Kerana kita tidak lagi dibayar mengikut masa.\n\nTetapi kita dinilai mengikut betapa baik, cepat dan tepatnya apa yang kita buat. Walaupun masih ada lagi servis yang mengenakan jumlah bayaran mengikut masa, namun, pelanggan masih menilai mengikut prestasi.\n\nAllah telah berfirman di dalam surah Al-Asr mengenai pentingnya masa. Suatu hari Ibu telah dipertemukan bersama Al-Ustaz Don Danial untuk menjadi tetamu bagi program Bicara Kebahagiaan. Suatu yang dikatakan oleh beliau yang terus terpahat kuat di minda dan hati serta jiwa Ibu.\n\nLamanya jarak masa sejak Nabi Adam a.s sehingga kini berbanding dengan umur seseorang manusia yang hidup di atas muka bumi ini adalah amat lama. Bermaksud, kebahagiaan yang hendak kita capai di dalam dunia ini perlu membawa kepada kebahagiaan yang lama dan berterusan di akhirat kerana masanya adalah jauh jauh jauh lebih lama. Seseorang insan hari ini hidup paling lama pun dalam 100 tahun. Dalam seratus tahun itulah kita perlu melakukan sesuatu untuk kebahagiaan berterusan selepas hidup di sini.\n\nACTIVITY AXIS YANG MEMBAWA KEPADA ACTIVITY MANAGEMENT\n\nDi dalam buku The 7 Habits by Stephen Covey beliau ada menerangkan perkara ini. Kuncinya bukan pengurusan masa, tetapi pengurusan aktiviti. Sila lihat video ini.\n\nTugasan atau perkara yang kita lakukan seharian terbahagi kepada empat.\ni \u2013 Urgent and Important\nii \u2013 Important but Not Urgent\niii \u2013 Not Important But Urgent\niv \u2013 Not important and Not Urgent\n\nUntuk berkesan dalam menguruskan aktiviti supaya efektif menggunakan masa:\n\n1- Senaraikan apa yang anda lakukan setiap hari.\n2- Klasifikasikan tugasan ini mengikut kategori di atas.\n\nSelalunya kita menjadi sesak nafas dan tidak cukup masa bukan kerana memang masa tiada, tetapi kita tidak dapat memprioritikan kerja. Ya, ramai yang bekerja dengan bos yang juga tidak bijak menguruskan prioriti, oleh itu kerja di tempat kerja menjadi semuanya urgent dan important. Jika kita mahu effective, kita bukan hanya melakukan banyak urgent dan important, tetapi lebihkan important but not urgent, iaitu bahagian ii.\n\nApakah contoh-contoh aktiviti untuk setiap bahagian itu?\n\nContoh Bahagian- i- Urgent and Important\n\nContoh Bahagian ii- Not Urgent but Important\n\nContoh Bahagian iii \u2013 Urgent but Not Important\n\nContoh Bahagian iv \u2013\u00a0Not important and Not Urgent\n\nInshaAllah kita ikuti pula sambungan artikel ini ke Bahagian 2 dengan topik rahsia menguruskan masa dengan baik pula.\n\nPERHATIAN: Artikel yang dikongsi di blog adalah hasil gabungan beberapa\u00a0artikel yang beliau kongsikan. Sekiranya anda berhasrat untuk membaca artikel lengkap, bolehlah melawat page facebook beliau.\n\nKredit gambar: Jim Boud, James Bourne\n\nKredit video:\u00a07 Big Rocks \u2013 The Productivity System\n\nKredit artikel: Prof Dr Rozieta Shaary"
"Kerabu merupakan salah satu juadah yang sihat kerana tidak menggunakan minyak untuk membuatnya. Oleh itu, kandungan lemak di dalam juadah ini sangatlah rendah. Cara pembuatan kerabu sotong juga amatlah mudah semudah ABC. \n\nResepi Kerabu Sotong ini juga mesra ekonomi kerana harganya murah. Oleh itu, sesiapa pun boleh menghasilkannya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Baizura Abd Aziz dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!\n\nNota: Untuk sotong, jangan terlalu lama rebus supaya sotong tidak menjadi liat.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nHa senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!"
"Bila baca tentang kebaikan vitamin C pasti yang terlintas dalam minda ialah khasiatnya untuk kecantikan kulit dan mengubati selsema. Namun, tahukah anda bahawa vitamin C banyak kebaikan lain untuk manusia?\n\nDalam artikel ini, penulis akan kongsikan tentang kebaikan vitamin C yang ramai tak tahu. Sebelum perbincangan dilanjutkan berkaitan kebaikannya, jom kita baca tentang vitamin C terlebih dulu.\n\nVitamin C atau asid askorbik ialah sejenis vitamin larut air. Maksudnya, tidak seperti vitamin yang lain, ia tidak disimpan dalam jumlah yang banyak dalam badan. Lebihan vitamin C dalam badan akan disingkirkan melalui air kencing.\n\nSesetengah haiwan mampu menghasilkan vitamin C sendiri. Namun berbeza pula dengan manusia yang perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan semula jadi atau makanan tambahan (suplemen kesihatan).\n\nSecara umumnya vitamin C penting untuk pembentukan kolagen dan sebagai antioksida semula jadi. Pembentukan kolagen penting untung memberikan struktur kepada tulang rawan, saluran darah dan otot.\n\nApabila kekurangan vitamin C, kita tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan. Maka, pelbagai komplikasi kesihatan akan timbul. Tisu badan menjadi rosak dan menyebabkan penyakit gusi berdarah (skurvi) dan sebagainya.\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dos harian vitamin C berbentuk suplemen bagi Malaysia ialah seperti berikut:\n\nPerlu diingatkan bahawa vitamin C selamat diambil mengikut dos yang ditetapkan seperti jadual di atas. Namun begitu, pengambilan dos yang tinggi iaitu 2000 mg untuk jangka masa panjang tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang.\n\nAnda boleh mendapat khasiat vitamin C yang optimum melalui buah-buahan dan sayur-sayuran. Antaranya ialah jambu batu, buahan sitrus, kiwi, betik, strawberi dan sebagainya. Manakala, dari sumber sayuran banyak terdapat di dalam tomato, kubis bunga, kubis, brokoli dan banyak lagi.\n\nSelain dapat mencantikkan kulit agar kelihatan awet muda dan berseri-seri, terdapat banyak khasiat vitamin C dari sudut kesihatan. Antaranya ialah:\n\nSebuah kajian membuktikan dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin C risiko penyakit kanser dapat dikurangkan. Namun begitu, vitamin C dalam suplemen kesihatan tidak memberikan manfaat seperti ini.\n\nApabila asid urik tinggi di dalam darah, ia akan berkumpul di sendi dan tisu lembut pada sendi. Ini akan menyebabkan penyakit gout. Gout ialah sejenis penyakit artritis yang menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan pada bahagian sendi. Sakitnya bukan kepalang.\n\nBagi pesakit gout, vitamin C sangat baik untuk mengurangkan asid urik di dalam darah. Mereka digalakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C dan juga boleh mengambil suplemen.\n\n\u00a03. Meningkatkan zat besi dalam tubuh\n\nZat besi sangat penting untuk menghasilkan sel darah merah dan mengagihkan oksigen di seluruh tubuh. Bagi orang yang kurang zat besi di dalam badan, anda digalakkan mengambil vitamin C dalam diet harian.\n\nSuplemen vitamin C dapat meningkatkan penyerapan zat besi dalam pemakanan harian. Zat besi yang terdapat di dalam sayur-sayuran, kadangkala lambat diserap oleh tubuh. Vitamin C dapat mempercepat proses ini.\n\nVitamin C sangat penting dalam sistem imun manusia. Antaranya vitamin C menggalakkan penghasilan sel darah putih. Sel darah putih berfungsi untuk melindungi tubuh daripada terkena jangkitan penyakit.\n\nKajian juga mendapati vitamin ini dapat mengeringkan luka dengan cepat. Malahan, orang yang mudah dijangkiti selsema dan demam, digalakkan mengambil vitamin C.\n\n5. Melambatkan masalah penglihatan golongan tua\n\nBagi golongan yang sudah berumur masalah penglihatan (age related macular degeneration) ialah perkara yang biasa terjadi. Namun begitu, suatu kajian telah membuktikan bahawa pengambilan vitamin C, E, zink, beta karotena dan copper melambatkan masalah ini.\n\nKajian mendapati orang yang mengalami dementia atau nyanyuk mempunyai vitamin C yang kurang dalam darah. Masalah dementia selalunya menyerang golongan yang sudah tua. Masalah ini menyebabkan mereka tidak mampu mengingati sesiapa dan tidak memahami apa yang berlaku di sekeliling.\n\nOleh itu, untuk mengelakkan masalah ini berlaku, kita perlu mengambil vitamin C secukupnya sejak muda lagi.\n\nVitamin C ialah sejenis antioksida yang kuat. Ia mampu menguatkan pertahanan badan kita. Antioksida ini dapat meningkatkan sistem imum dan menghalang tubuh daripada serangan radikal bebas.\n\nDengan pengambilan vitamin C yang cukup dikatakan bahawa dapat meningkatkan atioksida dalam darah sehingga 30%. Kesannya tubuh dapat melawan penyakit secara semula jadi.\n\nBagi orang yang mengalami tekanan dan kemurungan, dikatakan bahawa pengambilan vitamin C dapat membantu mereka. Bagi perokok tegar, kaki botol dan individu yang obesiti, biasanya bahan utama yang terdapat dalam ubatan mereka \u00a0ialah vitamin C.\n\nDalam Jurnal Nutrisi Kinikal Amerika, mendapati bahawa orang yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi di dalam darah berisiko rendah mendapat strok. Risiko mendapat strok 42% lebih rendah berbanding mereka yang kurang vitamin C.\n\nSetakat ini saja perbincangan penulis tentang topik kebaikan vitamin C. Jangan lupa mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai nutrien yang seimbang sangat penting untuk kesihatan kita.\n\nJangan lupa baca tentang 10 vitamin C terbaik untuk kesihatan dan khasiat vitamin C untuk ibu mengandung.\u00a0 Moga bermanfaat."
"Sedu menjadi perkara normal atau biasa yang berlaku kepada manusia. Bagi sesetengah orang yang ada masalah sedu berpanjangan, tentunya ini menjadi masalah yang sangat menjengkelkan kerana rasa tidak selesa yang berlaku apabila melakukan aktiviti seharian. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara hilangkan sedu berpanjangan khusus untuk orang dewasa. \n\nOrgan penting yang menyebabkan sedu adalah diafragma. Sedu terjadi apabila otot diafragma mengecut secara tiba-tiba tanpa kawalan sehingga menyebabkan kita menarik nafas secara tiba-tiba.\n\nDalam masa yang sama juga peti suara akan tertutup dan menyebabkan terhasilnya bunyi sedu. \n\nSebab-sebab yang berlakunya sedu adalah kerana makan terlalu banyak dan terlalu laju, minum minuman berkarbonat, makan makanan pedas, stress, dan pengambilan alkohol. \n\nDalam kebanyakkan kes, sedu boleh hilang dengan sendirinya. Namun ada juga dalam keadaan tertentu, ia sukar hilang sehingga sedu berlaku berpanjangan.\n\nUntuk itu tidak ada cara lain selain kita aplikasikan cara hilangkan sedu berpanjangan sendiri. Antara petua yang boleh diikuti adalah seperti:\n\nAir suam banyak khasiatnya yang mana ia membantu peredaran darah apabila arteri dan urat mengembang lalu membawa darah dengan lebih berkesan ke seluruh tubuh.\n\nHanya sahaja sebagai cara hilangkan sedu berpanjangan dengan air suam ia perlulah dilakukan dengan teknik yang betul. \n\nAnda boleh minum air suam dengan perlahan tanpa henti untuk bernafas. Air panas yang mengalir ke dalam badan dapat menghangatkan perut dan diafragma.\n\nKesannya, diafragma akan berkembang dan aliran udara dalamnya akan menjadi lancar.\n\nSedu menjadikan badan kita stress dan pernafasan pula cepat tanpa kawalan. Hal ini menyebabkan pembuluh darah mengecut sehingga mengurangkan kadar karbon dioksida dalam badan.\n\nDengan mengawal pernafasan yang betul, kita akan menjadi tenang apabila berhadapan dengan masalah sedu.\n\nTeknik pernafasan yang betul adalah seperti yang berikut:\n\nValsalva maneuver adalah satu keadaan di mana kita menghembuskan nafas dalam keadaan salur pernafasan tertutup. Contoh angkat berat, meneran ketika buang air besar, atau sebagainya.\n\nBodybuilder buat maneuver ini sebab mereka mahu tingkatkan tekanan dalam perut (intraabdominal pressure) masa angkat.\n\nLemon memiliki khasiat sebagai antiseptik dan antibakteria yang bagus sebagai cara hilangkan sedu berpanjangan.\n\nCaranya, masukkan lemon ke dalam air suam kemudian minum secara perlahan selagi masih hangat untuk dapatkan khasiatnya.\n\nArteri karotid berada pada kedua-dua belah leher kita. Jika anda mengeliat, menguap, atau mahu memeriksa denyutan nadi di leher, arteri karotid lah menjadi lokasi yang betul.\n\nDikatakan bahawa urutan arteri karotid adalah mampu untuk menghilangkan sedu kerana ia membantu dalam\u00a0meningkatkan aliran darah.\u00a0\n\nCaranya, putarkan kepala ke kiri, dan urut arteri di sebelah kanan dalam gerakan bulat selama 5 hingga 10 saat.\u00a0Kemudian ulang perkara yang sama untuk kepala di sebelah kiri pula. \n\nJerit dengan kuat dalam tempoh yang panjang kadang kala boleh menyembuhkan sedu. Cubalah jerit dengan suara yang kuat dan masa yang panjang tanpa putus.\n\nCara alami seperti ini berkesan kesan dari otot sekeliling meregang seterusnya mengurangkan tekanan dan menghilangkan sedu.\n\nLetakkan kuib ais dalam mulut dan hisapnya hingga ia cair sepenuhnya.\n\nPerbuatan menjelirkan lidah yang biasa kita lihat sedikit menjengkelkan ini sememangnya boleh hilangkan sedu. \n\nJelir lidah yang dilakukan berkali-kali mampu untuk merangsang saraf dan otot di bahagian kerongkong untuk mengatasi kekejangan yang disebabkan oleh sedu. \n\nKawasan yang perlu anda perhatikan adalah diafragma yang menjadi organ pemisah antara paru-paru dan abdomen. Tekan di bahagian bawah tulang rusuk terakhir kita. \n\nPercaya atau tidak, otak kita ini terlalu hebat ciptaannya. Kita sebenarnya boleh menyembuhkan sedu dengan hanya mengalihkan fokus untuk buat perkara lain. \n\nSelain dari panduan cara hilangkan sedu berpanjangan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan sedu seperti:"
"Kehadiran orang baru adalah saat yang paling membahagiakan bagi seorang wanita yang bergelar ibu.\n\nNamun, ada sesetengah wanita yang tidak bernasib baik, mengalami masalah kemurungan selepas bersalin. Kali ini kami akan berkongsi tentang 3 jenis kemurungan selepas bersalin dan simptom-simptomnya.\n\nApa yang dimaksudkan dengan kemurungan selepas bersalin?\n\nKemurungan selepas bersalin atau istilah bahasa inggerisnya postpartum depression adalah satu keadaan di mana seorang ibu yang baru bersalin mengalami kemurungan. Dalam masyarakat melayu, keadaan ini juga dipanggil sebagai meroyan.\n\nKemurungan selepas bersalin mungkin berlaku disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut:\n\nApakah tanda awal kemurungan selepas bersalin?\n\nBagi wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin, kebiasaannya akan mempamerkan simptom atau tanda-tanda awal sebelum kemurungan menjadi semakin teruk. Di antara tanda awal kemurungan selepas bersalin yang biasa dikesan adalah:\n\nInsomnia atau\u00a0masalah susah untuk tidur adalah di antara tanda awal kemurungan selepas bersalin yang paling kerap berlaku. Tidak dinafikan, ibu yang baru melahirkan kebiasaannya tidak akan mendapat tidur yang cukup memandangkan tubuh badan masih berasa sakit akibat proses bersalin dan berada dalam proses pemulihan dari tempoh mengandung.\n\nDitambah lagi dengan kepenatan menjaha bayi yang menyusu badan dan kerap terjaga. Namun secara normalnya, apabila ada peluang untuk tidur, ibu yang baru melahirkan akan tidur untuk mendapatkan rehat yang diperlukan. Namun bagi ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin, mereka tidak akan dapat tidur walau pun ada kelapangan.\n\nMasalah insomnia yang tidak dirawat akan menjadi semakin teruk jika dibiarkan dan mengakibatkan berlakunya simptom kedua di bawah.\n\nAkibat insomnia yang menyebabkan kesukaran untuk tidur, ibu yang baru bersalin akan mula berasa tidak sihat badan dan mengalami keadaan-keadaan berikut:\n\nOleh itu, para suami dan penjaga semasa berpantang perlu memberi perhatian sekiranya ibu yang baru melahirkan mengalami simptom di atas.\n\nTanda awal kemurungan selepas bersalin yang seterusnya ialah ibu akan mula berfikiran negatif & memikirkan perkara yang bukan-bukan. Mereka akan berasa bimbang, takut, risau, tidak senang, sensitif, sedih, marah, dan kecewa tanda apa-apa sebab.\n\nSebagai seseorang yang paling rapat, anda perlu melakukan sesuatu apabila mendapati simptom ini ada pada seorang ibu yang baru melahirkan.\n\nTanda awal kemurungan selepas bersalin yang seterusnya ialah sentiasa berasa lapar. Ibu yang baru melahirkan kebiasaannya akan berasa lapar terutamanya bagi yang menyusukan bayi, lebih-lebih lagi bayi lelaki yang menyusu lebih banyak & kerap daripada bayi perempuan.\n\nNamun kelaparan yang berpanjangan adalah sesuatu yang tidak normal dan ia adalah salah satu simptom kemurungan selepas bersalin. Jika anda mendapati bahawa nafsu makan anda terlalu tidak terkawal, ia adalah tanda yang perlu anda perhatikan.\n\nPernah dengar orang kata, ibu yang baru melahirkan kebiasaannya akan menjadi seorang yang pelupa? Yang sebenarnya menjadi pelupa adalah salah satu daripada tanda awal kemurungan selepas bersalin. Masalah pelupa berlaku kerana anda tidak mendapat tidur & rehat yang secukupnya serta gangguan perasaan yang tidak terkawal.\n\nDi antara contoh pelupa yang biasa dialami ialah kegagalan untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Anda juga mungkin terlupa pukul berapa kali terakbir bayi anda menyusu. Menjadi seorang yang pelupa bukanlah sesuatu yang normal, ia adalah di antara tanda kemurungan selepas bersalin yang wajib anda perhatikan.\n\nTanda kemurungan selepas bersalin yang seterusnya ialah berasa seolah-olah hidup tidak bermakna. Anda akan berasa hidup terlalu kosong dan memenatkan. Anda tidak mahu ada lagi di dunia ini. Anda tidak berasa bahagia apabila memikirkan tentang suami & bayi yang baru dilahirkan.\n\nKeadaan paling teruk bagi keadaan ini ialah perasaan untuk mati kerana memikirkan tiada gunanya lagi untuk meneruskan kehidupan. Jika anda merasai keadaan ini, segera dapatkan bantuan.\n\nKemarahan melampau yang tidak dapat dikawal merupakan satu lagi tanda kemurungan selepas bersalin yang perlu diperhatikan. Kemarahan yang dimaksudkan ialah kemarahan yang tidak normal. Sebagai contoh, oleh kerana perkara kecil sahaja, anda mula mengamuk, memecahkan barang, dan menjerit seperti orang hilang akal.\n\nKebiasaannya kemarahan melampau yang berlaku adalah berkaitan dengan bayi anda. Anda akan mengamuk setiap kali bayi menangis meminta susu. Anda akan mengamuk dan enggan menyusukan bayi anda yang sedang kelaparan.\n\nPerasaan marah yang melampau dan tidak dapat dikawal yang kami sebutkan di atas akan menyebabkab berlakunya tanda kemurungan selepas bersalin yang berikutnya iaitu tiada peradaan sayang kepada bayi yang baru dilahirkan.\n\nAnda akan melalui satu perasaan di mana anda berasa benci kepada bayi anda. Anda tidak mempunyai keinginan normal seorang ibu untuk memeluk, mengusap, dan membelai bayi anda dengan penuh kasih sayang. Malah anda memilih untuk menjauhkan diri daripada bayi dan membiarkan apabila ia menangis.\n\n3\u00a0 jenis kemurungan selepas bersalin dan perbezaannya\n\nDari segi perubatan, kemurungan selepas bersalin terbahagi kepada 3 jenis iaitu postpartum blues, postpartum depression, postpartum psychosis. Berikut adalah perbezaan di antara ketiga-tiga jenis kemurungan selepas bersalin tersebut:\n\nPostpartum blues adalah jenis kemurungan selepas bersalin yang paling kerap berlaku. Ia dikategorikan sebagai kemurungan selepas bersalin peringkat pertama dan dianggap sebagai tekanan emosi pada tahap sederhana dan tidak terlalu serius.\n\nIbu baru bersalin yang mengalami postpartum blues akan mengalami keadaan di mana berakunya perasaan murung selepas bersalin. Namun kemurungan tersebut masih boleh dikawal. Ibu yang mengalami postpartum blues akan mengalami perasaan\u00a0seperti:\n\nKebiasaannya, bagi ibu baru bersalin yang mengidap postpartum blue, simptom ini akan hilang dengan sendiri asalkan mendapat sokongan daripada suami & mereka yang terdekat.\n\nPostpartum depression adalah peringkat kedua dalam kemurungan selepas bersalin. Ia akan berlaku sekiranya postpartum blues yang dialami tidak dikawal dan dibiarkan melarat menjadi semakin buruk. Kebiasaannya ia berlaku kerana kegagalan suami & orang terdekat untuk membantu ibu yang baru melahirkan untuk keluar dari postpartum blues yang dialami.\n\nSelain kegagalan untuk mendapat bantuan dan sokongan dari orang keliling, dari segi perubatan, postpartum depression juga berlaku kerana kecelaruan hormon yang terlampau dalam badan ibu yang baru melahirkan. Ibu yang mengalami postpartum depression akan mengalami tanda-tanda yang berikut :\n\nPostpartum depression adalah keadaan yang boleh dianggap sebagai serius dan jika dibiarkan, ibu tersebut akan masuk ke peringkat ketiga kemurungan selepas bersalin iaitu postpartum psychosis.\n\nPostpartum psuchosis adalah keadaan di mana seorang ibu yang baru melahirkan mengalami masalah tekanan mental. Ia adalah tahap ketiga dalam kemurungan selepas bersalin dan merupakan keadaan yang paling serius. Di antara simptom yang ditunjukkan oleh pengidap postpartum psychosis adalah:\n\nPostpartum psychosis adalah masalah tekanan mental dan wajib diberikan bantuan perubatan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.\n\nItulah dia simptom-simptom kemurungan selepas bersalin yang wajib anda ketahui. Anda ada simptom di atas? Segera dapatkan bantuan."
"Menyendawakan bayi adalah salah satu daripada rutin wajib yang perlu anda lakukan dalam penjagaan bayi, terutamanya bagi bayi yang berumur dibawah satu tahun. Sebaik sahaja disahkan mengandung pastinya anda telah melakukan banyak bacaan tentang cara sendawakan bayi. \n\nTerdapat pelbagai kaedah untuk sendawakan bayi. Namun ada beberapa teknik adalah cara yang terbaik di mana bayi anda akan sendawa dengan cepat tanpa anda perlu berusaha keras sehingga lenguh tangan dan kepenatan. Nak tahu caranya?\n\nSemasa bayi anda menyusu, akan ada angin yang masuk ke mulut dab perut bayi anda selain susu. Angin yang masuk tadi, jika tidak dikeluarkan akan terus terperangkap di dalam sistem penghadaman lalu menyebabkan bayi anda berisiko untuk mengalami:\n\nBilakah waktu yang paling sesuai untuk sendawakan bayi anda?\n\nMungkin anda tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk menyendawakan bayi anda. Memilih waktu yang terbaik untuk sendawakan bayi juga memainkan peranan yang sangat penting bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini seperti yang kami senaraikan di atas. Waktu yang terbaik untuk sendawakan bayi anda adalah seperti berikut:\n\nApakah cara sendawakan bayi yang terbaik dan cepat?\n\nPastinya anda tak sabar-sabar untuk mengetahui cara sendawakan bayi yang ingin kami kongsikan. Sebelum itu, ingin kami ingatkan supaya anda sediakan sehelai tuala kecil untuk melapik badan anda kerana bayi anda mungkin termuntah semasa proses menyendawakan. Melapik badan anda dengan kain akan mengelakkan baju anda daripada terkena muntah. Cara untuk sendawakan bayi yang boleh anda cuba ialah:\n\n1. Sandarkan bayi anda ke bahu. \n\nIni adalah cara sendawakan bayi yang paling mudah, berkesan, cepat, dan tidak akan membuatkan anda mengalami lenguh tangan akibat memegang bayi dan menepuk dalam masa yang sama. Caranya:\n\n2. Ribakan bayi dalam keadaan meniarap\n\nCara kedua yang ingin kami cadangkan kepada anda untuk dicuba ialah dengan meribakan bayi anda dalam posisi meniarap. Caranya ialah:\n\nSediki tips untuk anda, jika anda sudah menepuk dan menggosok belakang bayi anda untuk tempoh yang lama namun masih gagal untuk sendawa, anda boleh alihkan badan bayi anda atau bertukar kepada posisi yang lain. Selain itu, jika semasa proses menyendawakan, bayi anda meragam tetapi tidak juga sendawa, mungkin angin dalam sistem pencernaan bayi anda terhalang. \n\nApa yang boleh anda lakukan ialah urut dengan lembut pada bahagian perutbayi anda. Atau anda juga boleh lakukan pergerakan \u2018mengayuh basikal\u2019 dalam keadaan bayi anda berbaring. Insya Allah bayi anda akan sendawa dengan mudah.\n\nItulah dia cara sendawakan bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0 Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai\u00a0cara hilangkan kembung bayi,\u00a0senaman bayi\u00a0dan\u00a0resepi makanan bayi 6 bulan."
"Sebagai ibu bapa pastinya anda akan berasa sangat risau apabila bayi anda tidak sihat. Tak kira sama ada bayi anda demam, batuk, selsema atau muntah-muntah. Bertambah risau bila melihat anak anda batu berpanjangan. Dah kama batuk. Dah jenuh bawa ke klinik untuk pemeriksaan. Dah diberikan ubat dan cuba petua untuk hilangkan batuk namun batuknya belum hilang.\n\nTahukah anda bahawa bayi batuk berpanjangan boleh menjadi tanda bahawa bayi anda mengidap penyakit merbahaya seperti bronkitis. Oleh itu, ianyan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang jenis batuk berpanjangan pada bayi yang merbahaya.\n\nTahukah anda bahawa yang sebenarnya ada beberapa jenis batuk yang sangat merbahaya kepada bayi malah jika tidak dirawat dengan segera ianya boleh membawa maut. Jika bayi anda mengalami batuk yany berpanjangan, adalah sangat penting untuk anda segera membawa bayi anda ke klinik untuk menjalani pemeriksaan bagi memastikan ianya bukan jenis batuk merbahaya seperti berikut:\n\nBatuk basah dan berkahak beserta selsema yang teruk\n\nPerhatikan keadan bayi anda. Adakah batuknya kedengaran basah dan berkahak? Adakah selain batuk, bayi anda juga mengalami selsema yang teruk dengan hingus yang banyak dan pekat? Jika jawapannya ialah ya, kemungkinan besar bayi anda mengidap Pneumonia. Pneumonia atau digelar paru-paru berair oleh orang kita adalah keadaan yang boleh membahayakan bayi anda. \n\nBatuk berkahak dan selsema melebihi dua minggu\n\nUntuk makluman anda, kebiasaannya seorang bayi yang mengalami selsema dan batuk akibat jangkitan kuman atau virus akan mengidap dua penyakit tersebut selama satu sehingga dua minggu. Ianya adalah sesuatu yang normal. Walau bagaimana pun, sekiranya bayi anda berterusan batuk berkahak melebihi dua minggu dan selsemanya juga tidak kering, ia mungkin satu petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi anda. Segera bawa bayi anda ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.\n\nBatuk kering pada waktu malam atau semasa cuaca sejuk\n\nPerasan tak, ada kalanya bayi anda cuma batuk pada waktu malam semasa dia tidur. Padahal waktu siang sekali pun bayi anda tidak batuk. Malah batuknya berbunyi kering tanpa kahak. Bukan sahaja waktu malam, malah ada juga bayi yang cuma batuk semasa cuaca sejuk contohnya sewaktu hari hujan atau berada dalam bilik yang berpenghawa dingin. Untuk pengetahuan anda, bayi yang batuk kering pada waktu malam atau semasa cuaca sejuk sahaja adalah tanda asma.\n\nBayi yang mengidap asma akan mengalami radang dan pengecutan pada saluran pernafasan pada waktu malam atau semasa cuaca sejuk. Radang dan pengecutan saluran pernafasan yang berlaku akan menyebabkan bayi anda mula batuk kering. Oleh itu jika bayi anda batuk kering berpanjangan pada waktu malam atau cuaca sejuk, segera bawa bayi anda untuk pemeriksaan.\n\nSelsema influenza berlaku disebabkan oleh jangkitan virus pada sistem pernafasan. Namanya selsema influenza namun salah satu tandanya ialah bayi anda akan mengalami batuk berpanjangan yang teruk sehingga suaranya menjadi serak. Di antara simptom lain selsema influenza ialah:\n\nCuba dengar bunyi batuk bayi anda. Adakah ianya berbunyi seakan siulan atau gurgling. Malah setiap kali batuk bayi anda kelihatan sesak nafas dan perlu menarik nafas dengan tergesa-gesa hingga tercungap-cungap. Tahukah anda bahawa batuk bersiul merupakan salah satu tanda penyakit Bronkiolitis. \n\nBornkilitis adalah radang pada bronkiol iaitu saluran pernafasan yang paling kecil dalam paru-paru. Penyakit ini biasanya dialami oleh bayi semasa musim sejuk seperti musim tengkujuh. Ianya sangat merbahaya dan perlu dirawat dengan segera.\n\nBatuk kokol atau pertussis adalah batuk yang sangat panjang dimana bayi anda mungkin batuk sebanyak lebih daripada 20 kali dalam satu nafas. Ianya adalah batuk yang sangat teruk dan akan menyebabkan anda terus perasan ada yang tidak kena dengan bayi anda. Ia juga dikenali sebagai sawan batuk kerana batuk yang tidak henti-henti. \n\nBatuk kokol berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria pertussis yang menyerang lapisan saluran udara bayi anda dan menyebabkan ianya menjadi bengkak lalu menghalang saluran pernafasan. Batuk kokol adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.\n\nAnda pernah dengar tentang batuk ini? Ianya adalah batuk yang berpunca dari jangkitan virus pada tekak dan kotak suara bayi anda. Biasanya ia akan berlaku apabila bayi anda selsema. Macam mana cara nak kenal batuk croup? Jika bayi anda dijangkiti batuk jenis ini, bunyi batuk bayi anda akan kedengaran seperti bunyi anjing menyalak. \n\nBayi anda juga akan kelihatan seperti sesak nafas setiap kali batuk. Perhatikan bayi anda apabila dia batuk. Jika berbunyi seperti anjing menyalak dan bayi anda kelihatan sesak nafas, besar kemungkinan dia dijangkiti batuk croup yang merbahaya ini.\n\nItulah dia info tentang bayi batuk berpanjangan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang doa untuk bayi tidur lena dan cara meransang bayi merangkak"
"Menurut kamus Lisan al-Arab, \u2018hajat\u2019 ditakrifkan sebagai kefakiran atau keperluan terhadap sesuatu. Dari segi istilah pula, menurut al-Syatibi, \u2018hajat\u2019 adalah apa-apa yang menjadi keperluan untuk melapangkan dan mengangkat kemudaratan, meningkatkan kesukaran hidup dan hilangnya kesenangan, keceriaan dan maslahat.\n\nOleh itu, solat hajat adalah solat yang didirikan untuk memohon sesuatu permintaan daripada Allah SWT, ataupun menolak perkara yang tidak diingini.\n\nBiarpun sudah ada solat sebanyak lima kali sehari bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta memohon keampunan dan perkenan atas semua permintaan, namun solat sunat ini tetap dilakukan untuk mendapat kelebihan yang lain atau tambahan kepada amalan kita.\n\nLebih-lebih lagi apabila ada keperluan tertentu yang mendesak bagi melancarkan urusan dunia dan akhirat. Contohnya solat hajat untuk mencari jodoh atau menghadapi peperiksaan. Malah Rasulullah sendiri menunaikan solat ketika hal-hal tertentu menjadi serius.\n\n\u201cSesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudia dia bersolat dua rakaat.\u201d\n\nBilangan rakaat dalam solat hajat boleh dilakukan sebanyak dua rakaat (minimum), atau empat rakaat, sehingga 12 rakaat. Namun, mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali berpegang pada pendapat yang pertama iaitu dua rakaat.\n\nSolat sunat hajat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, sama di siang hari ataupun waktu malam.\n\nSangat baik sekiranya solat hajat bersendirian ketika sepertiga malam yang sunyi, kerana lebih mudah khusyuk dan waktu yang mudah dimakbulkan doa.\n\nLebih baik juga didirikan solat hajat selepas tidur malam, bersugi dan mandi terlebih dahulu, kemudian berwuduk dan berpakaian putih bersih.\n\n\u201cSesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.\u201d\n\nBahkan lebih baik lagi jika didirikan solat sunat wuduk dan tahajjud terlebih dahulu sebelum mendirikan solat sunat hajat.\n\nSolat sunat hajat boleh didirikan secara bersendirian ataupun berjemaah, dengan niat dan mendoakan hajat yang diingini, ataupun secara berjemaah dengan \u00a0niat dan permintaan yang sama.\n\nBerikut adalah cara-cara melakukan solat sunat hajat:\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0627\u062c\u064e\u0629\u0650 \u0631\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0623\u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0647\u064e \u0625\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e\u0643\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0643\u064f\u0646\u062a\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0638\u0651\u064e\u0627\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\n\n\u201cTiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.\u201d\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0645\u064f\u0648\u062c\u0650\u0628\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0632\u064e\u0627\u0626\u0650\u0645\u064e \u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u0646\u0650\u064a\u0645\u064e\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646 \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0628\u0650\u0631\u0651\u064d \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0625\u0650\u062b\u0652\u0645 \u064d\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0648\u0652\u0632\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u0651\u064e\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u062c\u064e\u0627\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0631\u0650. \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u062a\u064e\u0633\u0652\u0645\u064e\u0639\u064f\n\n\u0643\u064e\u0644\u064e\u0627\u0645\u0650\u064a\u060c \u0648\u064e\u062a\u064e\u0631\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a \u0648\u064e\u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0633\u0650\u0631\u0651\u0650\u064a \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062e\u0652\u0641\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0627\u0626\u0650\u0633\u064f \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0642\u0650\u064a\u0631\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0650\u064a\u062b\u064f\n\n\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u062c\u0650\u064a\u0631\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u062c\u0650\u0644\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0634\u0652\u0641\u0650\u0642\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0642\u0650\u0631\u0651\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0639\u0652\u062a\u064e\u0631\u0650\u0641\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0628\u0650\u0630\u064e\u0646\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0645\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u0650\u0633\u0652\u0643\u0650\u064a\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0628\u0652\u062a\u064e\u0647\u0650\u0644\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0625\u0650\u0628\u0652\u062a\u0650\u0647\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0630\u0652\u0646\u0650\u0628\u0650\n\n\u0627\u0644\u0630\u0651\u0644\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u0643\u064e \u062f\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u064e \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0627\u0626\u0650\u0641\u0650 \u0627\u0644\u0636\u0651\u064e\u0631\u0650\u064a\u0631\u0650 \u062f\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u064e \u0645\u064e\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0636\u064e\u0639\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064e \u0631\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u062a\u064f\u0647\u064f \u0648\u064e\u0630\u064e\u0644\u0651\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e\n\n\u201cYa Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.\n\nYa Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.\n\nAku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.\n\nYa Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.\n\nAku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.\u201d\n\nSebagai hamba, jangan kita lupa bahawa Allah sangat suka andai kita meminta dan berharap padaNya, jadi sentiasalah memohon kepadaNya dan yakin nescaya akan diperkenankan.\n\nMintalah kepada Allah untuk apa-apa sahaja dan pada bila-bila masa seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah:186 yang bermaksud;\n\n\u201cDan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.\u201d\n\nJangan lupa untuk memastikan diri dan tempat solat berada dalam keadaan, berpakaian bersih serta khusyuk serta tawaduk dalam berdoa. Bahkan yakinlah Allah akan memakbulkan segala pengharapan kita. InsyaAllah, apa-apa yang diinginkan akan diperkenankan oleh Allah SWT mengikut masa dan kehendakNya\n\nBagaimana artikel cara solat hajat ini? Semoga menjadi amalan dalam meminta sesuatu kepadaNya. Kami juga ada menulis artikel menarik lain untuk dibaca."
"Stok ayam habis, daging tidak ada pula, ikan pula habis. Memang telur lah cadangan mak untuk masak hari ini.\n\nTanpa fikir lama, mak hidangkan resepi telur masak kicap seperti resepi yang dikongsikan oleh Roshida Rifqi Raisha Rayyan di laman Facebook. Gerenti sedap dan lazat.\n\nTelur digoreng separa masak, kemudian dimasak dengan rempah masak kicap yang lazat. Dimakan bersama nasi putih panas-panas. Boleh bertambah 2 pinggan makan nasi. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi telur masak kicap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"\u201cOrang yang kuat adalah orang yang sabar\u201d\n\n\u201cDemi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.\u201d \u2013 [Al-Baqarah 2:155]\n\nLain manusia, lain ujian kesabaran yang diturunkan. Ini kerana keteguhan peribadi seseorang individu berlainan dengan individu yang lain. Sesungguhnya ujian yang diberikan kepada baginda Rasulullah s.a.w lebih besar dari apa yang kta lalui sekarang. Boleh dilihat bagaimana tebalnya sabar baginda hingga Islam dapat ditegakkan di buka bumi Allah ini.\n\nUjian yang hebat kepada pemilik sabar yang sungguh hebat. Sabar yang menebal dapat meninggikan tingkat iman seseorang, bukankah sabar itu separuh daripada iman.\n\n\u201cJadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.\u201d \u2013 [Surah al-Baqarah:45]\n\nJadilah seorang hamba yang bersyukur kepada Penciptanya kerana itu boleh membuahkan bunga kesabaran itu sendiri. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu minta ketika menadah tangan dan apa yang terdetik dihatimu memohon sesuatu dariNya.\n\nMarah semakin kencang, makin mudah diracuni syaitan, senang pula membuat hubungan renggang, berleluasa pula diakhir zaman.\n\nBagaimana kita boleh lihat sifat marah boleh meruntuhkan sesuatu hubungan ukhwah yang terbina. Ada kalanya tidak bertegur sampai bertahun diantara saudara mereka sendiri, ini kerana marah berkait rapat dengan keegoan seseorang dan berlaku kerana tiadanya kesabaran didalam hati.\n\nPernah atau tidak kamu fikirkan bahawa sabarmu itu boleh menjalinkan ribuan ukhwah dan persaudaraan serta dapat menyelesaikan ranting-ranting pergaduhan sebelum menjadi lebih parah?\n\nDapatkah kamu menebarkan kasih sayangmu sekiranya rasa sabarmu begitu tipis dan begitu mudah untuk menyalurkan benci, dendam, marah berbanding dengan rasa sayang dan cinta itu sendiri.\n\n\u201cOrang yg kuat itu adalah orang yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah\u201d (HR Bukhari)\n\n\u201cAdakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?\u201d\n\nKata seseorang, Allah yang mencipta keperluan dan Allah jua yang menyempurnakan keperluan. Allah yang mengetahui sesuatu yang terbaik untuk kita. Bersabar dan bertaqwalah kita kepadaNya demi mengecapi keredhaanNya InsyaAllah.\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.\u201d \u2013 [Al-Baqarah:153]\n\nSabar dan ikhlas itu adalah Islam dan sesungguhnya ia begitu indah, belajar dan kejarlah ia serta bertahanlah semampu mungkin, sabarlah dalam bersabar. Wallahualam."
"Mencari resepi nasi lemak yang sedap? Nasi Lemak adalah makanan yang menjadi ikon kepada tanah air kita. Mustahil jika anda berada di Malaysia anda tidak pernah makan Nasi Lemak sememangnya mendapat tempat di hati masayarakat sejak dulu lagi.\n\nPagi pagi, lazimnya anda akan dapat melihat banyak kedai nasi lemak mahupun gerai gerai di tepi tepi jalan penuh dengan pengunjung.\n\nTidak susah sebenarnya untuk membuat Nasi Lemak. Mungkin anda patut cuba sendiri resepi Nasi Lemak yang menjadi punca rezeki pemberi resepi. Menurutnya, resepi ini adalah resepi yang diturunkan oleh arwah Mak beliau. Berdasarkan feedback netizen, rata rata memuji keenakkan dan kelemakkan yang ada dalam Nasi Lemak ini.\n\nApa kata anda cuba untuk memasak resepi ini untuk keluarga anda di rumah untuk sarapan hari esok? Pasti pagi akan lebih bermakna dan gembira untuk seisi keluarga anda.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan Enn Abdullah\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Memang patut anda cuba dan buat di rumah.\n\nKalau mak dia letak bawang dan halia hiris. Sebab saya malas jadi tak letak. Lepas basuh beras, masuk kan bahan bahan kat atas dan on suis. Simple and easy. Try lah. Memang betul rasa lemak dia. Nak jual kena masak macam nak makan sendiri jugak pesan mak saya.\n\nSelain resepi nasi lemak, kami juga mempunyai beberapa resepi nasi yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
"Maryam adalah wanita terbaik sepanjang masa. Wanita terbaik dalam kurun sejarah wanita, dari Hawa hingga kelak yang terakhir, entah siapa. Banyak kaum hawa mencari idola dan suri teladan. Namun mereka tidak tahu siapa kiranya yang pantas diteladani.\n\nYang lain, ada yang punya idola, tapi terkadang hanya latah dan salah langkah. Apakah wanita muslimah tahu tentang Maryam? Tahukah wanita muslimah bahwa Allah telah memujinya sebagai wanita dalam peradaban manusia? Allah \ufdfb berifman,\n\n\u201cDan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: \u201cHai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu).\u201d\n\nMaryam, ayahnya adalah Imran, lelaki soleh dari Bani Israil. Ibunya adalah wanita solehah yang telah menyerahkan putrinya yang masih dalam kandungan untuk berkhdimat kepada Allah.\n\nDan putranya adalah seorang rasul dari kalangan ulul azmi, Isa bin Maryam \ufdfa.\n\nImran ayah Maryam wafat saat anaknya ini masih dalam kandungan ibunya. Atau ia wafat bersamaan dengan kelahiran putrinya (Fabihudahum Iqtadih oleh Syaikh Utsman al-Khomis, Hal: 442). Ibu Maryam berdoa agar anaknya tidak diganggu oleh syaitan. Sehingga saat Maryam dilahirkan, syaitan tidak diperkenankan untuk mengganggunya.\n\nLahirlah Maryam dalam keadaan yatim. Namun karena keberkahan dari kesolehan kedua orang tuanya, banyak ahli ibadah di Baitul Maqdis yang hendak mengasuhnya. Kemudian Rasulullah Zakariya yang menjadi pengasuh Maryam. Kerana kedekatan hubungan famili.\n\nWanita Solehah Yang Menjauhi Gangguan Laki-Laki\n\nAllah memuji Maryam dengan wanita yang benar. Allah Ta\u2019ala berfirman,\n\n\u0645\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0633\u0650\u064a\u062d\u064f \u0627\u0628\u0652\u0646\u064f \u0645\u064e\u0631\u0652\u064a\u064e\u0645\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064c \u0642\u064e\u062f\u0652 \u062e\u064e\u0644\u064e\u062a\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064f\u0633\u064f\u0644\u064f \u0648\u064e\u0623\u064f\u0645\u0651\u064f\u0647\u064f \u0635\u0650\u062f\u0651\u0650\u064a\u0642\u064e\u0629\u064c \u06d6\n\n\u201cAl-Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar.\u201d\n\nMaryam sangat menjaga kesucian dirinya. Ia tidak sembarangan berdekatan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Ia tidak menggoda lelaki dan juga menjauhi godaan mereka.\n\nApakah wanita tergoda dengan lelaki? Ya, kerana secara naluri, wanita pun memiliki ketertarikan kepada lelaki. Dan wanita yang baik adalah yang menjaga diri untuk membuat laki-laki tergoda dan menjaga diri dari godaan lelaki.\n\nPernah suatu ketika Jibril datang kepada Maryam. Datang dalam keadaan lelaki yang sempurna. Namun Maryam tetap menjaga dirinya.\n\nMelihat lelaki yang sangat sempurna ketampanannya, Maryam tidak terkecoh dengan merendahkan dirinya mencuba menarik perhatian laki-laki tersebut. Ia malah berlindung kepada Allah dan meminta laki-laki tersebut menjauh.\n\n\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650\u0643\u0650 \u0644\u0650\u0623\u064e\u0647\u064e\u0628\u064e \u0644\u064e\u0643\u0650 \u063a\u064f\u0644\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0632\u064e\u0643\u0650\u064a\u0651\u064b\u0627\n\nIa (jibril) berkata: \u201cSesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci\u201d.\n\nBarulah Maryam tahu bahwa lelaki tersebut tidak bermaksud menggoda dan mengganggunya. Dan ia juga bisa menjaga diri darinya. Ternyata ia adalah malaikat yang Allah utus untuk menemuinya.\n\nHendaknya wanita muslimah menjadikan Maryam sebagai salah satu teladannya. Janganlah menjadikan orang-orang yang di bawah beliau sebagai teladan. Apalagi dari kalangan non Islam.\n\nAgama kita yang mulia banyak melahirkan sosok-sosok wanita tangguh. Mereka hebat dalam menjalani kehidupan dunia, memiliki cita-cita tinggi di akhirat, dan taat kepada Rabb mereka, Allah \ufdfb.\n\nSudah seharusnya wanita muslimah menjaga diri dari lelaki. Kerana itulah kemuliaan. Jangan tertipu dengan ungkapan bahwa kehebatan wanita itu karena mampu menaklukkan lelaki dengan rayuan. Parameter wanita muslimah bukanlah Cleopatra yang mampu menaklukkan para pembesar dunia dengan tipu dayanya.\n\nContohilah Maryam. Terutama di zaman interaksi lelaki dan perempuan hampir tak ada batas. Maryam yang sudah Allah sebut langsung sebagai wanita yang terpilih, wanita baik-baik, wanita yang disucikan, namun masih enggan berdekatan dengan lelaki kerana takut tergoda. Ia takut kalau berdekatannya dengan lelaki akan menimbulkan sesuatu yang Allah haramkan.\n\nLalu bagaimana dengan wanita muslimah sekarang? Wanita muslimah saat ini, bukanlah termasuk yang disucikan oleh Allah. Semestinya lebih pintar menjaga diri mereka.\n\nWahai saudara muslimah, mintalah taufik dan pertolongan kepada Allah. Mintalah kepada-Nya penjagaan. Penjagaan kesucian diri dan kehormatan sebagai seorang muslimah"
"\u201cSambal ni tak cukup masaklah. Rasa mentah lagi ni. Belum pecah minyak betul-betul lagi ni.\u201d Jom belajar cara tumis pecah minyak sampai pandai.\n\nAnda pernah dapat teguran seperti ini daripada emak? Lebih haru-biru kalau yang tegur itu emak mertua atau suami sendiri. Alamak, mana nak letak muka! Jangan risau, nak memasak juga memerlukan ilmu dan kemahiran.\n\nDalam artikel ini, penulis akan berkongsi tips dan cara tumis pecah minyak. Macam biasa dengar ayat \u2018pecah minyak\u2019 tapi tetap ramai masih keliru. Nampak tumisan macam dah pecah minyak, rupanya masih mentah lagi.\n\nMasyarakat Malaysia menggunakan rempah dan bahan-bahan lain yang banyak seperti cili, bawang, halia, serai dan sebagainya ketika memasak. Yang paling banyak gunakan rempah-ratus ini tentulah kaum Melayu dan India.\n\nMasakan yang menggunakan bahan yang banyak antaranya ialah sambal, kurma, kari, sup dan sebagainya. Cara paling asas ialah memasukkan bahan kisaran dan ditumis hingga naik bau dan nampak garing.\n\nMisalnya ketika membuat sambal tumis, kita akan mengisar cili kering, bawang putih dan merah, halia, serai dan sebagainya. Sebelum memasukkan ikan bilis (digoreng atau mentah), bahan-bahan yang ditumis perlu dipastikan masak secukupnya.\n\nKaedah \u2018masak secukupnya\u2019 inilah yang merujuk tumis hingga pecah minyak. Jika anda biarkan tumisan tidak pecah minyak, akan menyebabkan:\n\nJadi, untuk mengatasi masalah ini, jom baca tips tumis hingga pecah minyak. Anda tak perlu menjadi seorang chef untuk menjadi pakar masakan. Yang paling penting berusaha untuk belajar mengatasi kelemahan.\n\nBagi memudahkan anda untuk memahami apa itu menumis hingga pecah minyak, penulis akan senaraikan langkah-langkahnya.\n\nJika anda bercadang untuk memasak sambal tumis ikan bilis. Sediakan bahan-bahan untuk memasak. Antaranya ialah cili kering, bawang kecil dan besar, gula pasir atau gula merah dan ikan bilis. Jangan lupa halia dan air asam jawa.\n\nUntuk mengisar, bawang kecil lebih enak berbanding bawang besar. Bawang besar biasanya dihiris untuk menumis sahaja. Sambal anda akan manis secara semulajadi.\n\nBahan utamanya iaitu cili kering perlu direndam untuk melembutkan cili dan membersihkan kotoran. Apabila sudah lembut, ia akan lebih mudah hancur apabila dikisar. Jika terus dikisar tanpa direndam, dikhuatiri cilinya akan kasar-kasar.\n\nGunakan cili kering dan bukannya cili boh yang sedia dibungkus. Berbanding cili kering, cili boh lebih memudahkan kerja kerana telah sedia dipeskan. Namun, rasanya kurang enak dan telah ditambah bahan pengawet.\n\nCili kering juga boleh direndam dengan air panas untuk mengurangkan rasa pedas. Ini juga akan memudahkan anda mengeluarkan biji-bijinya. Apabila sudah sedikit masak dengan air panas, nak kisar jadi lebih mudah.\n\n*Tips penting: Kalau suka sambal yang pedas, gunakan cili kering yang licin dan kilat. Bagi yang tak suka pedas, beli cili kering yang kerinting dan berkedut.\n\nUntuk menghasilkan sambal yang sedap dan sempurna, anda perlu menggunakan minyak yang banyak. Cara hendak tahu minyak mencukupi atau tidak, bahan kisaran akan kelihatan sedikit tenggelam.\n\nApabila minyak dimasukkan dengan kadar yang cukup, proses menumis juga akan menjadi cepat dan mudah. Anda tak perlu mengacaunya terlalu lama. Jangan risau, apabila sambal sudah masak, anda boleh kaup buang lebihan minyak yang bertakung.\n\nSebelum bahan kisaran dimasukkan, pastikan minyak dah panas dulu ye! Api jangan terlalu kuat, biarkan sederhana sahaja. Apabila kita menuang bahan kisaran, akan menghasilkan bunyi desiran, itu menunjukkan minyak sudah panas.\n\nSetelah itu, biarkan bahan kisar masak dengan sekata. Anda perlu sering mengacau tumisan agar bahagian bawahnya tidak hangit. Jangan sesekali biarkan kuali anda terlalu lama di atas dapur.\n\nGabungan cili kering dan gula akan membentuk karamel yang mudah terhangus. Oleh itu, jika anda rasa sambal anda terlalu kering, bolehlah ditambahkan sedikit air ketika ini.\n\nProses terakhir sebelum pecah minyak, anda akan dapati bahan kisaran mendap ke bawah. Minyak dan sambal akan mula terpisah. Malahan, warna sambal juga akan menjadi sedikit pekat dan mula mengering.\n\nKetika ini, anda boleh membuang lebihan minyak yang bertakung. Anda sudah boleh masukkan ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu. Gaul semuanya sehingga sebati. Sambal tumis ikan bilis sudah siap untuk dihidang!\n\nAda beberapa kesilapan yang sering dilakukan ketika menumis. Ini menyebabkan kaedah pecah minyak menjadi gagal. Antaranya ialah:\n\nBagaimana dengan tips-tips yang dikongsikan ini? Mudah bukan? Rasanya tidaklah susah untuk buat masakan hingga pecah minyak. Mungkin selama ini anda kurang mengambil tahu dan berasa ia tak penting.\n\nNamun, apabila masakan anda sering dikritik, mestilah ada yang tak kena kan? Rupa-rupanya disebabkan cara menumis yang salah. Lepas ini, anda tak akan ditegur lagi. Percayalah!\n\nSayang seribu kali sayang, banyak macam mana pun bahan. Mewah macam mana pun isinya, jika salah kaedah paling asas, habislah masakan tersebut. Bukan sahaja tak enak, sakit perut pula nanti.\n\nDiharapkan pembaca sekalian dapat memanfaatkan tips tumis pecah minyak yang dikongsikan ini. Jangan lupa baca tentang jenis kacang , 5 trick masakan dan cara potong daging.\n\nTips untuk Menyediakan Sambal Tumis yang Sedap (link)"
"Ada yang mencari telefon Oppo terbaik untuk tahun ini? Berita menarik buat anda, kali ini Oppo melancarkan banyak telefon pintar dengan spesifikasi menarik bersama tawaran yang sangat berbaloi.\n\nOppo merupakan jenama telefon bimbit yang terkenal di dunia dan menjadi jenama terunggul di kalangan peminat Android. Antara kelebihan telefon Oppo terbaik adalah harga yang rendah tetapi kualiti premium, kualiti kamera yang bagus, mempunyai pelbagai model dan lain-lain.\n\nNak tahu berbaloi atau tidak memiliki smartphone Oppo, jom tengok spesifikasi dan harganya!\n\nOppo Find X5 Pro antara telefon Oppo terbaik yang dikeluarkan pada 2022 kerana kekuatannya terletak pada kamera, ketahanan bateri dan prestasinya. Harganya sedikit tinggi namun dengan spesifikasi yang ada menjadikannya sangat berbaloi untuk dimiliki.\n\nDikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 iaitu pemproses terkini, ia dipadankan dengan GPU Adreno 730 yang menjadikannya prestasi yang mantap dan lancar. Sistem operasi yang digunakan adalah ColorOS 12.1 berasaskan Android 12.\n\nSeperti yang telah dinyatakan, ketahanan bateri memang lama kerana kapasitinya 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dengan anggaran 12 minit untuk mencapai 50%. Ia turut menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 50W dengan anggaran 47 minit untuk mencapai 100% bateri.\n\nSebanyak 256GB ROM UFS 3.1 dibekalkan dan dipadankan dengan 12GB RAM. Namun peranti ini tidak menyokong penambahan kad mikro SD. Selain itu, Oppo Find X5 Pro kalis air dan kalis debu dengan IP68.\n\nPaparan skrin memang terbaik dengan 6.7 inci AMOLED bersama Corning Gorilla Glass Victus. Dari segi kualiti kamera, kamera utama dengan 50MP, 13MP sensor telefoto dan 50MP sensor ultra lebar. Kamera hadapan tak kurang hebatnya dengan 30MP. Kamera hadir dengan ciri Hasselblad Color Calibration, panorama, LED flash dan HDR.\n\nOppo Reno 8 Pro dilancarkan bersama dua edisi lain iaitu Oppo Reno 8 dan Oppo Reno 8 Pro Plus. Namun pada pendapat kami, Oppo Reno 8 Pro lebih berbaloi untuk dimiliki dengan harganya. Peranti ini menjadi smartphone terbaik untuk kelas pertengahan.\n\nOppo Reno 8 Pro menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8100-Max . Sistem operasi ColorOS 12.1 berasaskan Android 12 membuatkan prestasinya berjalan dengan lancar. Selain itu, paparan skrin adalah 6.7 inci AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz. Dengan kapasiti bateri 4500mAh, ia menyokong pengecasan pantas 80W yang membolehkan bateri mencapai 100% dalam masa 30 minit.\n\nAntara kelebihan smartphone ini adalah terdapat 2 stereo speaker yang jelas dan lantang, mempunyai ciri air gesture yang membolehkan pengguna mengawal telefon tanpa menyentuh skrin, ada ciri multi-screen connected dan lain-lain.\n\nKualiti kamera memang padu dan memuaskan dengan 50MP kamera utama, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP makro. Kamera selfie pula 32MP. Hadir dengan ciri LED flash, panorama dan HDR, satu keajaiban apabila hasil gambar dengan kekurangan cahaya terutama sewaktu gelap menjadi cerah dan cantik.\n\nRekaannya juga memukau dengan warna yang pasti menjadi kesukaan ramai iaitu Glazed Green dan Grazed Black. Walaupun peranti ini kelihatan tebal tetapi sebenarnya ringan sahaja iaitu sekadar 183 gram.\n\nAda yang mencari peranti kelas pertengahan keluaran telefon Oppo terbaik? Oppo Find X5 Lite perlu dimasukkan ke dalam senarai anda. Peranti ini dikuasakan oleh MediaTek MT6877 Dimensity 900 dan menggunakan GPU Mali-G68.\n\nDengan sistem operasi ColorOS, ia hadir dengan Android 11. Storan yang dibekalkan adalah 256GB UFS 2.2 dipadankan bersama 8GB RAM. Kapasiti ini sesuai untuk penggunaan harian, media sosial dan permainan. Jika storan tidak mencukupi, anda boleh menambahkan kad mikro SD.\n\nBateri juga boleh bertahan dengan lama dengan kapasiti 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W. Pengguna boleh cas telefon dengan penuh dengan anggaran masa 31 minit sahaja. Paparan skrin adalah 6.43 inci AMOLED namun kadar penyegarannya sedikit rendah iaitu 90Hz.\n\nSeterusnya dari sudut kamera, kamera utama dengan kadar 64MP, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP makro. Kamera swafoto pula 32MP. Reka bentuk memang menarik dengan berat 173 gram sahaja dan ditawarkan dengan dua warna iaitu hitam dan biru.\n\nRekabentuk Oppo Reno 8 Z memang memukau terutama di bahagian kerangkanya yang kelihatan minimalis dan premium. Smartphone bersaiz poket ini mempunyai berat 181 gram dan hadir dengan dua warna iaitu rainbow spectrum dan cosmic black.\n\nOppo Reno 8 Z menggunakan cipset Snapdragon 695 dengan GPU Adreno 619. Ia dioperasikan dengan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12. 256GB storan dibekalkan bersama 8GB RAM. Bukan itu sahaja, tambahan slot kad mikro SD juga terdapat pada peranti ini.\n\nKapasiti bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W mampu memenuhkan bateri dalam masa 63 minit. Paparan skrin pula 6.43 inci dengan AMOLED bersama 60Hz kadar segar semula. Kamera utama dengan 64 MP manakala kamera swafoto 16MP.\n\nJika anda tertanya-tanya tentang kelebihan Oppo A96, bagi kami keistimewaan peranti ini terletak pada kapasiti storan, bateri dan kualiti kamera. Ketiga-tiga keistimewaan ini sudah cukup memuaskan untuk penggunaan harian dan multi-tasking.\n\nOppo A96 dikuasakan oleh cipset Snapdragon 680 dengan GPU Adreno 610. Peranti ini dilancarkan dengan ColorOS 11.1 bersandarkan Android 11. Storan juga besar dengan 256GB ROM dipadankan dengan 8GB RAM. Kad mikro SD juga boleh ditambah. Dengan perincian tersebut, pengguna juga boleh bermain permainan online seperti ML dan PUBG.\n\nBateri pasti dapat bertahan dengan lebih lama kerana kapasitinya 5000mAh dan mempunyai ciri pengecasan pantas 33W. Anggaran masa untuk dicas separuh bateri adalah selama 26 minit. 6.59 inci paparan skrin dengan IPS LCD. Kadar segar semula pula 90Hz sahaja.\n\nNamun kualiti kameranya memang terbaik. Kamera utama dengan 50MP manakala kamera hadapan 16MP. Perincian kamera turut mempunyai AI Retouching, Slo-Mo, Timelapse, Portrait dan sebagainya.\n\nNak telefon Oppo terbaik bawah RM 700? Oppo A57 sesuai dengan bajet yang anda ada. Dari segi reka bentuk dan warna memang memukau, minimalis dan kelihatan berkilau lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua warna iaitu hijau dan hitam. Paling menarik, rekaan kerangkanya anti cap-cari.\n\nOppo A57 dikuasakan oleh MediaTek Helio G35. Storan yang dibekalkan adalah 64GB dipadankan dengan 4GB RAM. Jika storan tidak mencukupi, Oppo A57 menyokong tambahan slot kad mikro SD hingga 1TB.\n\nAntara kelebihan lain adalah kalis air dan debu IP54, mempunyai stereo speaker dan paparan skrin 6.56 inci HD+ dengan kadar segar semula 60Hz. Dari sudut kamera, kamera swafoto sekadar 8MP manakala kamera utama 13MP.\n\nSmartphone kelas pertengahan ini\u00a0 mempunyai kadar bateri yang boleh bertahan lama kerana kapasitinya 5000mAh. Kapasiti ini pasti dapat bertahan hingga dua hari mengikut kadar penggunaan. Tak cukup dengan itu, ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W, dimana satu kelebihan buat smartphone untuk kelas ini.\n\nOppo A97 antara smartphone terkini untuk tahun 2022 yang telah dilancarkan di China. Namun buat masa ini, belum lagi bermula penjualan di Malaysia. Oppo A97 dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 810 dan dibina dengan rangkaian 5G berasaskan Android 12.\n\nKadar bateri pasti bertahan dengan lama dengan kadar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W. Storan yang dibekalkan adalah 256GB dan pembeli mempunyai dua pilihan RAM sama ada 8GB atau 12GB.\n\nPaparan skrin pula 6.56 inci IPS LCD yang mempunyai 90Hz kadar segar semula. Resolusi pula 1080\u00d72412 piksel. Secara umumnya, kualiti kamera pada tahap memuaskan dengan 50MP kamera utama dan 8MP kamera swafoto.\n\nJika anda mempunyai bajet yang lebih kecil untuk membeli peranti pintar yang mampu milik, kami mencadangkan anda untuk membeli Oppo A17k yang ditawarkan bawah RM 500 sahaja. Tetapi jika dinilai dari spesifikasi dan perinciannya, memang berbaloi!\n\nAntara smartphone Oppo terkini dilancarkan, Oppo A17k menggunakan cipset MediaTek Dimensity Helio G35. 64GB dibekalkan dan dipadankan bersama 3GB RAM, pengguna juga boleh menambah 4GB secara maya. Jika masih tidak mencukupi, masukkan kad mikro SD yang memuatkan 1TB storan.\n\nKapasiti bateri 5000mAh memang mencukupi dan boleh bertahan dengan lama dengan anggaran 2 hari, bergantung dengan kadar penggunaannya. Tak cukup dengan itu, terdapat mod Super Power Saving yang boleh melambatkan penurunan bateri jika mencecah 10%.\n\nAntara kelebihan lain adalah kalis air IPX4, ringan dengan berat 189 gram sahaja, mempunyai pengimbas cap jari serta menyokong sistem operasi ColorOS 12.1 berasaskan Android 12. Terdapat dua warna pembeli boleh pilih iaitu warna emas dan biru. Selain itu, kamera utama 8MP manakala kamera swafoto 5MP sahaja.\n\nDilancarkan pada Februari 2022, Oppo Reno 7 Pro mempunyai rekaan yang premium, minimalis dan memukau. Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Startrails Blue dan Starlight Black. Telefon bersaiz poket ini mempunyai berat 180 gram sahaja.\n\nOppo Reno 7 Pro dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 1200 Max 5G dengan GPU ARM G77 MC9. Seperti model Oppo yang lain, model ini juga menggunakan sistem operasi ColorOS 12 bersandarkan Android 11.\n\nStoran yang dibekalkan adalah 256GB digandingkan dengan 12GB RAM dan tiada tambahan slot kad mikro pada peranti ini. Kualiti kamera pula berada pada tahap memuaskan dengan kamera utama 50MP, 8MP sensor ultra lebar, 2MP makro manakala kamera selfie 32MP.\n\nKapasiti bateri dengan kadar 4500mAh menyokong pengecasan pantas 65W. Hanya dalam 31 minit, bateri dapat mencapai kapasiti penuhnya 100%. Salah satu kelebihan peranti ini adalah dengan paparan skrin 6.55 inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Pasti warna dan kecerahannya pada tahap yang baik dan jelas.\n\nSatu lagi telefon Oppo terbaik pada tahun ini adalah Oppo Find X5. Peranti ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G dengan GPU Adreno 660. Sistem operasi semestinya ColorOS 12.1 berasaskan Android 12.\n\nKadar bateri memang bertahan lama dengan kapasitinya 4800mAh\u00a0 dan menyokong pengecasan pantas berwayar 88W SuperVOOC dan tanpa wayar 30W AirVOOC. Memang pantas! Skrin bersaiz 6.55 inci menggunakan paparan AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.\n\nPengguna pasti berpuas hati dengan kualiti kamera. Mana tidaknya, kamera utama 50MP, 13MP kamera telefoto, 50MP sensor ultra lebar dan kamera selfie 32MP. 256GB storan dibekalkan bersama 8GB RAM pasti mencukupi untuk penggunaan harian seperti media sosial dan beberapa permainan dalam talian.\n\nBagaimana dengan senarai telefon Oppo terbaik di atas? Secara ringkasnya Oppo mengeluarkan model terbaik untuk tahun ini dengan tawaran harga mampu milik hingga ke peringkat premium. Pilihlah mengikut bajet, citarasa dan pilihan anda!\n\nNak survey telefon bimbit jenama lain terbaik dan yang terkini? Jom terokanya di bawah!"
"Wahhh. Mesti ramai yang suka makan karipap panas-panas kan. tambah-tambah sekarang dah ada macam-macam jenis inti karipap. Ada inti kentang, ayam, daging, sardin, telur dan lain-lain lagi. Walaupun ada pelbagai jenis karipap, inti kentang yang ada rasa rempah kari masih lagi popular di kalangan penggemar karipap.\n\nRasa rempah karinya yang ada sedikit pedas bersama ubi kentang yang lembut sangat sesuai untuk digabungkan dengan ayam atau daging. Inti karipap ini akan bertambah sedap kalau kita buat sendiri kat rumah. Almaklumlah boleh isi ayam/daging dalam kuaniti yang banyak. Lagilah terasa sedap intinya.\n\nRasa inti yang sedap haruslah di \u2018balance\u2019 kan dengan kulit karipapnya yang ohsem. Barulah lagi sedap. Tapi apa kata jom tengok resepi inti karipapnya dahulu. Resepi dari Ogy Ahmad mudah untuk difahami dan diikuti. Jom cuba resepinya.\n\nDah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Jadi, dah boleh tengok resepi kulit karipap pula. Selain resepi Inti Karipap nih, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih."
"Sudah semestinya sebagai seorang anak, mereka mahukan perhatian daripada ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa kita perlulah sentiasa peka dengan keadaan anak-anak kita. Perangai mereka boleh berubah-ubah mengikut layanan dan perhatian yang kita berikan kepada mereka.\n\nAnak nombor 2 sering dirasakan terabai kerana ibu bapa memberikan perhatian yang lebih kepada abang dan adiknya dan ini menjadikan mereka sedikit memberontak. Mereka memberontak bukan kerana tidak cukup kasih sayang tetapi kerana kasih sayang yang diberikan tidak seimbang antara adik-beradiknya yang lain.\n\nAda kajian yang dipanggil Birth Order and Delinquency: Evidence from Denmark and Florida yang dapat mengesahkan bahawa anak kedua ini bersifat memberontak kerana mereka kurang diberikan perhatian. Mari kita lihat cara-cara untuk berikan perhatian kepada anak kedua ini mengikut perkongsian oleh Dr. Taufiq Razif.\n\nBetul Ke Anak Nombor 2 Selalu Diabaikan? \n\n*Nampak seperti perkara yang kecil sahaja bukan? Tetapi benda yang kecil ini yang selalu ibu bapa terlepas pandang. Dengan perkongsian ini, diharap dapat membantu ibu bapa untuk memberikan perhatian dan kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak supaya mereka rasa mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di\u00a0sini."
"Bila sebut perkataan selaput dara\u00a0ia terus dituju pada perempuan. Sebabnya selaput dara adalah lambang keperawanan bagi seorang gadis. Dari segi istilah perubatan,\u00a0selaput dara\u00a0ini disebut sebagai hymen. Apakah selaput dara ini sebenarnya? Mengapa ia sangat penting untuk diperkatakan? \n\n Di negara Asia, terlalu banyak mitos berkaitan\u00a0selaput dara diperkatakan. Malah menurut bacaaan melalui Google, pernah berlaku satu kes yang dimuatnaik melalui Twitter, bila mana seorang \u2018lelaki / suami\u2019 itu minta dilakukan ujian DNA pada anaknya sendiri sebaik saja bayi tersebut dilahirkan.\n\nIni semua disebabkan oleh isu selaput dara hanya kerana \u2018si isteri\u2019 tidak berdarah pada malam pertama selepas melalui hubungan intim! \n\n3 Mitos Paling Kerap Dikatakan Tentang Selaput Dara \n\nMitos #1 \u2013 Selaput dara\u00a0menutup pintu faraj wanita sepenuhnya dan akan \u2018pecah\u2019 saat melakukan hubungan kelamin pada kali pertama. \n\nMitos #2 \u2013 Selaput dara akan pecah dan berdarah semasa melakukan hubungan kelamin pada kali pertama tersebut.\n\nMitos #3 \u2013 Setiap wanita yang telah tidak ada dara bermakna telah pernah melakukan hubungan seks dan ini bermakna saat bernikah itu si wanita ini mungkin telah melakukan hubungan terlarang (zina).\n\nSebab Mengapa 3 Perkara Itu Disebut Sebagai Mitos?\n\nUntuk pengetahuan, selaput dara itu tidak menutupi keseluruhan kawasan vagina dan ianya tidak pecah sebagaimana yang sering digembar gemburkan. Selaput dara ini hanya menutup sedikit ruangan vagina dan kelihatan seperti lubang di situ. \n\nAda kes di mana seorang wanita ini berkahwin dan tidak mengeluarkan sebarang dara disebabkan oleh \u2018lubang\u2019 itu semakin meregang tanpa melibatkan sebarang pendarahan. \n\nDan ketahuilah juga yang selaput dara ini \u2018boleh pecah\u2019 jika wanita atau seseorang gadis aktif itu aktif dalam bersukan seperti berbasikal, gimnastik, menunggang kuda dan sebagainya. Ini bermakna, walaupun dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin namun isu kehilangan dara ini tetap boleh berlaku! \n\n5 Fakta Selaput Dara Sebenar (Wajib Baca!)\n\nBerdasarkan sumber bacaan, terdapat beberapa fakta yang benar mengenai selaput dara ini. Ianya wajib untuk di baca bagi mengetahui apakah selapur dara ini sebenarnya dan sekaligus tidak terus percaya pada mitos. Antara fakta sebenar mengenai selaput dara seorang wanita itu adalah;\n\nFakta #1 \u2013 Selaput dara memang wujud pada si perempuan sejak dari bayi lagi. \n\nFakta #2 \u2013 Selaput dara hanya menutup sebahagian vagina dan kelihatan seperti \u2018lubang\u2019 di tengahnya\n\nFakta #3 \u2013 Tekstur selaput dara ini bersifat mudah lentur seperti suatu lapisan getah\n\nFakta #4 \u2013 Selaput dara tidak koyak atau tidak pecah sebaliknya beralih tempat sedikit apabila hubungan seks dilakukan \n\nFakta #5 \u2013 Selaput dara boleh kembali ke tempat asalnya sekiranya si perempuan ini sudah lama tidak melakukan hubungan intim , tidak lasak dan tidak melakukan aktiviti yang berat.\n\n7 Soalan Berkaitan Fakta Selaput Dara Untuk Diketahui\n\n1 \u2013 Apakah Bentuk atau Saiz Selaput Dara/Hymen Bagi Wanita?\n\nSelaput dara tidak tidak mempunyai bentuk atau saiz yang tertentu. Bentuk\u00a0selaput dara\u00a0wanita memang tidak seragam. Ini kerana saiz selaput dara dan bentuknya adalah berbeza bagi setiap wanita. \n\nKebiasaannya selaput dara berbentuk\u00a0 bulan sabit dan merupakan lapisan yang nipis menutupi bahagian bawah lubang vagina.\n\n2- Dimanakah Kedudukan Selaput Dara Ini Sebenarnya?\n\nSelaput dara atau hymen ini terletak antara 1 hingga 2 sentimeter di dalam bukaan lubang vagina.\n\n3 \u2013 Apakah Fungsi Selaput Dara Ini Pada Vagina Wanita?\n\nMenurut apa yang di baca, selaput dara ini tidak ada fungi apapun untuk vagina. Tetapi ada kajian mengatakan yang selaput dara mungkin berfungsi untuk melindungi organ intim wanita ketika masih bayi. \n\nDi sewaktu bayi sistem imun badan masih lemah dan vagina juga boleh mendapat jangkitan kuman dengan mudah.\n\n4 \u2013 Selaput Dara Ini Memang Bersifat Akan Berdarah Atau Tidak?\n\nTIDAK! Ini kerana tidak semua wanita akan mengalami pendarahan ketika kali pertama melakukan hubungan intim. Wanita yang memiliki\u00a0selaput dara atau lapisan hymen yang sangat nipis dan mudah tertarik dengan sendirinya tidak akan berdarah sama sekali. \n\nSelalunya, darah yang keluar saat kali pertama melakukan hubungan seks itu bukannya disebabkan oleh selaput dara. Sebaliknya, darah yang keluar saat pertama kali melakukan hubungan intim itu boleh disebabkan oleh si suami itu sendiri yang agak kasar hingga menyebabkan regangan pada selaput dara si isteri.\n\n5 \u2013 Adakah Kita Boleh Nampak Selaput Dara Ini Dengan Mata?\n\nYA! Kita memang boleh nampak selaput dara ini dengan mudah. Kedudukannya adalah di antara lipatan labia dan biasanya selaput dara ini bersaiz kecil serta memiliki sedikit benjolan dengan warna yang agak terang. \n\n6 \u2013 Adakah Selaput Dara Ini Hanya Bersifat Nipis Pada Semua Wanita?\n\nTidak! Ada wanita yang lahir dengan selaput dara yang nipis tapi ada jugak yang lahir dengan selaput dara yang lebih tebal. Untuk wanita yang memiliki selaput dara yang tebal ini, mereka mungkin akan terasa lebih sakit saat kali pertama melakukan hubungan intim dan pendarahan juga adalah lebih banyak. Bagaimanapun selaput dara yang jenis tebal ini jarang-jarang berlaku.\u00a0\n\n#7 \u2013 Apakah Ada Wanita Yang Lahir Tanpa Selaput Dara?\n\nMemang wujud wanita yang dilahirkan tanpa selaput dara, dan ianya bukan mustahil, walaupun begitu ia tidak akan mengganggu hubungan intim wanita tersebut, dan itu tidak bermakna dia tidak sempurna\u00a0 atau cacat, jadi bukanlah semua perempuan ada selaput dara seperti yang lelaki sangka.\u00a0\u00a0\n\nIsu mengenai selaput dara ini sangat sensitif pada mana-mana wanita. Dan sebagai lelaki pula jangan cepat sangat jatuh hukum pada wanita. Siasat dan kenali pasangan anda sebelum menuduh dan jika benar tidak ada dara ini, tanya dulu sebelum terus buat andaian. \n\nTidak semua perkara berkaitan \u2018hilang dara\u2019 itu disebabkan oleh hubungan kelamin. Baca juga fakta pecah dara lelaki dan wanita perlu tahu, persediaan untuk menjadi suami dan tanda isteri curang yang sebenar."
"Makanan Barat adalah satu subjek yang luas. Ini kerana makanan barat ini biasanya digabungkan sebagai makanan Eropah dan Amerika dengan pelbagai pilihan menu sangat mempesonakan! Namun, tahukah anda yang makanan Amerika ini mempunyai sejarah dalam masakan Eropah beberapa ratus tahun yang lalu.\n\nSebagai contoh, hamburger diciptakan sebagai salah satu menu makanan bagi pendatang Jerman Amerika untuk menikmati makanan Jerman dari rumah. Selain itu orang Amerika turut menjadikan Pizza, hidangan klasik Itali, sebagai makanan mereka sendiri. Maka tak hairanlah mengapa makanan barat ini ada pelbagai dan boleh diterima dengan mudah oleh ramai orang termasuklah juga dengan masyarakat di Malaysia ini.\n\nMalah, menu makanan barat ini dengan mudah boleh dinikmati di sana sini. Jika rasa malas nak keluar dari rumah pun tak mengapa, boleh terus order menggunakan servis dari Foodpanda. Dan antara 8 makanan barat terbaik yang boleh anda pesan dari Foodpanda ini adalah seperti yang di bawah ini.\n\nBahkan ada banyak lagi menu makanan barat terbaik lain yang boleh dipesan sebagai western food delivery melalui aplikasi atau website Foopanda ini.\n\nMurni Discovery sudah terkenal dengan menu dengan pelbagai pilihan. Mereka menyajikan hidangan dalam bahagian besar dengan harga yang berpatutan. Di sini, mereka menawarkan semua jenis makanan Barat, dari ayam, ikan dan lain-lain lagi.\n\nAnda juga boleh memesan gabungan makanan Barat dengan hidangan tempatan.\nContohnya seperti nasi goreng dengan potongan ayam, isi ayam goreng pada mi goreng, dan banyak lagi! Anda boleh menikmati pelbagai pilihan menu hidangan tanpa perlu risau tentang harganya. Murah saja.\n\nEye\u2019s Steak menyajikan makanan Barat yang berkualiti dengan harga rendah. Steak T-Bone Australia mereka hanya RM20! Sempurna untuk memuaskan keinginan makanan Barat anda. Selain itu, mereka juga menyajikan hidangan lain seperti Chicken Chop dan pelbagai jenis pasta.\n\nBurger adalah salah satu makanan klasik yang disukai semua orang. Apa yang sangat baik mengenai burger adalah pada hidangannya yang bukan saja sedap tapi mengenyangkan. Oleh itu, terdapat banyak restoran burger yang telah mengembangkan resipi asli ke satu fasa yang lain. Burger biasanya disajikan dengan daging, sayur-sayuran dan sos.\n\nIni adalah pilihan yang bagus untuk berkongsi dan anda juga boleh memilih topping di setiap pizza. Dengan pelbagai saiz, anda boleh mendapatkan pizza peribadi atau pizza besar untuk dikongsi bersama rakan atau keluarga. Sesuai untuk sebarang majlis juga. Terdapat banyak pilihan seperti ayam, daging lembu, makanan laut dan juga vegetarian. Pesanlah apa jua menu kegemaran dari jenis pizza yang anda suka.\n\nPasta benar-benar ramuan yang luar biasa. Pelbagai jenis pasta ada di sini seperti spageti, fettuccine, makaroni dan penne. Pasta mudah dimasak dan disediakan tetapi kunci hidangan pasta adalah sos. Gaya memasak yang popular untuk pasta termasuk carbonara, bolognese, Aglio olio dan banyak lagi.\n\nTidak ada yang dapat mengatasi rasa ayam bakar. Ketika panggang kena pastikan daging masih tetap mengekalkan sebahagian besar kelembapannya supaya ayam lembut dan berjus. Lebih baik lagi, memanggang lebih sihat daripada menggoreng, kerana kurang kandungan lemak dan minyak. Nikmati ayam panggang yang dihantar kepada anda oleh Tree Steak House melalui penghantaran Foodpanda.\n\nBruschetta adalah starter hebat yang ringkas tetapi penuh dengan rasa yang padat. Hidangan ini pada dasarnya hanyalah kepingan roti Perancis dengan bawang putih, minyak zaitun dan garam. Ada juga topping berbeza dari tomato, kepingan daging, kacang dan keju. Cubalah hidangan ini dan yang boleh juga dipesan melalui Foodpanda.\n\nSekiranya anda ingin menikmati ayam yang lembut dan berjus, anda boleh memesan menu kepak ayam. Jika anda tidak mahu terlalu kenyang, inilah menu yang terbaik. Pesan beberapa kepak ayam dari Nomms sekarang dan boleh nikmati sambil tonton rancangan atau filem kegemaran dengan aman bersama yang tersayang.\n\nBerita baik untuk rakyat Malaysia, anda boleh memesan makanan Barat untuk dihantar tepat kepada anda setiap kali anda menginginkannya. Dengan gambaran stik yang enak, kentang goreng, burger, pasta dan lain-lain lagi, benar-benar bikin hati penasaran.\n\nWalaubagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana makanan barat sekarang sudah boleh dipesan secara dalam talian melalui aplikasi dan website Foodpanda. Ingin Tapas untuk malam santai romantis? Atau mungkin hidangan Yunani seperti Moussaka untuk keluarga berkumpul? Semuanya ada!\n\nMakanan Barat juga enak untuk anak-anak yang agak cerewet tentang makanan. Maka tidak rugi rasanya untuk pesan makanan barat melalui Foodpanda untuk diri sendiri, teman dan keluarga. Tak payah lagi nak bersusah payah seperti dulu, duduk rumah pun boleh makan hidangan sedap yang terbaik."
"Sudah buntu apa yang hendak masak untuk dijadikan juadah berbuka puasa pada bulan ini? Anak-anak sudah mula muak dengan ayam goreng? Inginkan sedikit kelainan dari hari biasa dan mudah untuk disediakan? Kami disini ada penyelesaian untuk anda. Pada hari ini kami akan kongsikan resepi ayam goreng madu.\n\nAyam goreng madu ini mudah untuk disediakan dan pastinya dapat memikat selera anak-anak dan juga suami di bulan puasa ini. Bolehlah disediakan untuk juadah berbuka puasa ataupun juadah untuk bersahur.\n\nResepi ayam goreng madu ini telah dikongsikan oleh Nurul Akmal Ibrahim dan telah mendapat banyak perkongsian daripada para netizen di Facebook.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang \u2013 alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial."
"Kebiasaannya, kita biasa melihat bahawa perkahwinan diadakan pada waktu cuti persekolahan. Jika sebut mengenai perkahwinan, kita boleh mengagak siapa yang lebih teruja iaitu kaum wanita. Semua orang menginginkan perkahwinan yang indah dan serba sempurna. Itu memang tidak dapat dinafikan.\n\nAkan tetapi, setiap mahligai yang dibina mesti akan ada halangannya. Oleh itu, setiap pasangan mestilah berusaha untuk menangani segala cabaran yang mendatang supaya tidak membawa kepada penceraian. Jom, kita lihat serba sedikit mengenai faktor penceraian daripada Dr Hana Hadzrami. \n\n 1. Berkahwin terlalu awal atau terlalu lambat. \n\n 2. Suami yang tidak bekerja sepenuh masa. \n\n3. Tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.\n\n4. Mereka yang menghina pasangan. Kajian oleh Gottman menunjukkan 4 sifat jahanam yang boleh meramalkan perceraian dengan tepat: \n\n5. Mereka yang berlebih-lebihan gembira dan mempamerkan kebahagiaan melampau sewaktu mula berkahwin. \n\n6. Sering mengelak untuk berbincang sewaktu dilanda konflik.\n\n7. Pasangan yang menggambarkan perkahwinan mereka secara negatif.\u00a0 \n\n*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu setiap pasangan yang akan berkahwin dan yang sudah berkahwin supaya dapat membina mahligai yang bahagia sehingga ke syurga.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Artikel ini merupakan kesinambungan daripada artikel mengenai tips untuk bantu atasi demam, batuk, dan selesema sebelum ini. Sekiranya anda belum membaca artikel tersebut, anda bolehlah membacanya di sini. Berikut merupakan ke-7 hingga 12.\n\n7. Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang.\n\nKulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.\n\nBawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.\n\n9. Bahan meruap mint ataupun pudina (Mentha piperita) \n\nTumbuhan ini boleh membantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus\n\nKunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.\n\nBoleh disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam\n\nRendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis\n\nSelamat mencuba dan dapatkan nasihat Doktor anda\n\n Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di link-link berikut: Tips 7-10, Tips 11-12."
"Mencari resepi puding oreo yang menyegarkan? Puding Oreo ialah antara hidangan yang paling dicari dan boleh dicuba.\n\nPuding Oreo sedap dihidangkan sebagai makanan pencuci mulut. Disimpan dalam peti ais dihidangkan sejuk-sejuk.\n\nPuding Oreo diperbuat menggunakan bahan iaitu, agar agar tali, susu pekat manis-manis buah, Oreo dan gula. Kombinasi bahan-bahan ini membuat puding rasa manis-manis buah, segar dan sedap amat.\n\nAnak-anak mesti suka sangat puding ini. Apalagi bentukan puding yang menarik dengan pataan Oreo di dalamnya. Jadi rasa geram ingin makan. Jom buat puding Oreo sebagai hidangan pencuci mulut hari ini. Resepi puding daripada \u06a4\u0648\u0627\u0646 \u0646\u0648\u0631 di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nTips : Gula batu selalunya diletak untuk mengelakkan puding daripada berair bila sudah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis agar-agar.\n\nSelain resepi puding oreo, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"The power of negotiation with toddlers!\n\nAntara cara untuk mengelak si kecil mengamuk bila kita nak berhentikan sesuatu aktiviti yang dia suka (tengok cartoon, main mainan yg dia sangat suka, gajet) adalah melalui perundingan.\n\nTingkah laku perlu dibentuk sejak awal lgi walaupun ketika itu anak belum faham konsep yg hendak diajarkan, tetapi jika kita tegas bertempat, tidak goyah dan pegang pada kata-kata yg dikatakan. InsyaAllah anak akan belajar untuk percaya bahawa \u2018ucapan\u2019 ibu bapa kita tidak boleh dimanipulasikan.\n\nMama: ok hani, lagi 10 saat tengok n then mama tutup.\n\nMama: counting 1, 2,3,4,... 10. Ok. (Mana switch off TV)\n\nHani:. cry and cry and cry.\n\nMama: Already 10 second. Tv off and wait for her to finish her crying.\n\n(Ibu bapa mesti tegas, anak-anak akan cuba pelbagai teknik utk pastikan ibu bapa goyah- cobaan)\n\nUlang step ini in anything that needs boundaries.\n\nAfter dia dah faham, boundaries, time limit. Process perundingan boleh dimulakan. Usually around 3 to 4 plus bila anak suka independent, and like to be in control and in charged.\n\nBila anak suka jadi ketua dan berdikari. Benarkan dia buat keputusan dengan memilih jawapannya sendiri.\n\nAlong: Ok Hani, tutup TV time to go to bed.\n\nHani: tak nak, tak nak nk tengok smpai habis! Start gelisah dan nak menangis\n\nMama: Ok hani, dah lambat, hani kena tido.\n\nHani pilih nak tengok lagi 10 saat atau 20 saat.\n\n(Hani belum faham 20 saat lebih lama dari 10saat) jadi mama beri penerangan..\n\nMama: 10 saat sekejap, 20 saat lama. Hani nk sekejap atau lama?\n\nHani: Dengan senang hati, tutup TV, and get ready for bed.\n\nEveryone in the family. Bagus hani (pujian itu perlu)\n\nPhew.. elak tantrum x tentu pasai!\n\nRunding bila perlu. Runding sebelum berlakunya tantrum.\n\nIf anak dah start tatrum, rundingan x work kena tunggu anak bertenang dulu baru boleh explain.\n\nSaat tengah mengamuk, anak tidak boleh pay attention kepada apa yg ibu bapa cuba terangkan!"
"Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Sebelum ini kita sudah belajar tentang kuih tradisional Cina yang ada menarik dan unik. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa jenis kuih tradisional India yang popular setiap kali tibanya perayaan mereka.\n\nMenurut rekod, jumlah keseluruhan populasi penduduk Malaysia pada Julai 2016 adalah sebanyak 30,949,962 orang. \n\nDikatakan dari jumlah ini, 6.7% dari jumlah populasi terdiri daripada kumpulan etnik India, atau kira-kira dua juta orang. \n\n90% daripada masyarakat India di Malaysia terdiri dari kumpulan etnik Tamil. Baki 10% pula terdiri daripada kumpulan etnik Telegu, Malayalee, Punjabi, Gujarati dan Sidhi.\n\nKaum India di Malaysia ini juga dapat bertutur dalam beberapa dialek bergantung kepada etnik mereka sendiri seperti bahasa Tamil, Telegu, Melayu, Hindi dan Punjabi.\n\nAneka kuih tradisional India yang wajib kita ketahui\n\nMasyarakat India juga kaya dengan adat resam, tradisi dan budaya mereka yang unik. Setiap kali menjelang perayaan mereka, pastinya terdapat pelbagai aneka kuih tradisional India yang dikongsikan bersama.\n\nBerikut ini kami kongsikan butiran lengkap mengenai aneka kuih tradisional India:\n\nMurukku merupakan kuih trasional India yang dijadikan makanan ringan atau kudapan bagi kebanyakkan penduduk di Malaysia.\n\nRasanya yang berlemak dan ranggup memang sangat sedap dimakan bersama seisi keluarga.\n\nSalah satu makanan ringan terkenal dalam kalangan masyarakat India adalah samosa. Ia dikategorikan sebagai pastri goreng yang disumbat dengan pelbagai jenis inti seperti kentang, rempah-ratus, herba, dan sebagainya.\n\nVariasi jenis samosa yang ada dipasaran sekarang ini sudah diinovasi menjadi makanan bagi semua kaum seperti Melayu dan Cina.\n\nOmapodi adalah kuih tradisional India yang diperbuat dengan campuran tepung, serbuk cili, garam, dan biji ajwain. \n\nJalebi atau nama lainnya jilapi atau zalebia adalah snek seperti gula-gula segar yang berbentuk lingkaran serta beriar dan sangat lazat dimakan ketika sarapan.\n\nManisan berasaskan susu ini adalah dari campuran gula yang kemudian direbus bersama. Setelah sebati dan mencair, ia akan diletakkan dalam bekas-bekas kecil atau acuan bercorak.\n\nApabila sudah sedikit mengeras, palgova akan dipotong mengikut bentuk cube atau berlian.\n\nDikenali sebagai murukku berbentuk bunga ros. Achi murukku sentiasa menjadi kuih tradisional wajib bagi masyarakat India setiap kali tiba perayaan Deepavali. \n\nUntuk membuat achi murukku, kita memerlukan tepung beras sebagai bahan utama. Menariknya lagi, ada pilihan bagi yang vegetarian sama ada mahu menggunakan telur atau tidak. \n\nDipanggil sebagai bebola minyak sapi, nei urundai sangat diminati oleh golongan kanak-kanak yang gemar dengan makanan berasaskan manisan.\n\nTepung kacang dal, minyak sapi, rempah dan buah kismis, antara bahan penting dalam membuat kuih ini. \n\nManisan bebola kecil yang hampir pupus dalam senarai kuih tradisional India ketika Deepavali adalah chittu urundai. \n\nKuih ini diperbuat daripada tepung kacang hijau, kelapa parut, bijan hitam, dan jaggery (gula) kemudian dicicah pula dengan campuran tepung gandum dan tepung beras sebelum ia digoreng dalam minyak sapi.\n\nTarikan bagi ketti urundai adalah dari teksturnya yang sangat keras. Ya, memang betul kuih ini sangat keras sehingga mencabar bagi sesiapa yang mahu membuat atau memakannya.\n\nBentuknya yang seakan-akan kuih donut ini dikenali sebagai athirasam. Rasanya memang manis dan digemari oleh kanak-kanak.\n\nKuih ini diperbuat daripada campuran seperti tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam, kelapa parut dan minyak masak.\u00a0\n\nMasyarakt Melayu mengenai kuih ini sebagai kuih siput, sedangkan bagi masyarakat India mereka memanggilnya dengan gelaran sippi.\n\nSippi mempunyai beberapa cara untuk kita menghidangnya. Sama ada ia digoreng dalam minyak penuh lalu dimakan begitu sahaja atau menyalutinya dengan serbuk gula sebelum di makan.\n\nSeedai mempunyai bentuk yang sangat unik dalam kategori kuih tradisional India kerana ia berbentuk bebola kecil. \n\nSeedai ini diperbuat daripada campuran tepung gandum, kelapa parut, dan rampah ratus. Kemudian ia digoreng dengan minyak sama ada sebagai bukan manisan atau bergula.\n\nKandarppam adalah sejenis manisan berbentuk apam yang sangat kecil dan sudah amat jarang ditemukan di Malaysia. \n\nManisan ini popular dalam kalangan etnik Chettinad di Tamil Nadu, India. Bahan utama untuk membuat kuih ini adalah nasi dan urad dal.\n\nSelain dari tips mengenai kuih tradisional orang India ini, anda juga boleh baca artikel lain kami mengenai budaya dan tradisi di Malaysia seperti:"
"Tidak menjadi insan berguna kita pada hari ini tanpa adanya seorang guru. Guru di rumah adalah ibu bapa manakala guru di sekolah adalah insan yang membakar dirinya sendiri berbakti memberikan ilmu sepenuh hati untuk kita. \n\nWajarlah jika kita melayan dan menyantuni guru sebaik mungkin kerana mereka adalah insan berjasa yang tak dapat kita balas budi sedikit pun. Sama seperti ibu bapa sendiri, mereka juga banyak bersusah payah untuk kita dan sering mendoakan kejayaan kita. Oleh itu, jangan sesekali kita lupa adab dengan guru setiap masa kita bersama mereka. \n\nJom lihat 25 adab dengan guru, kita sebagai pelajar patut ambil tahu.\n\n#1 Beri Salam Dan Tegur Guru Dengan Baik\n\nSetiap kali bertemu guru, tegur mereka dengan baik, beri salam dan salam mereka. Ia menandakan kita menghormati mereka sebagai seorang guru dan lebih tua daripada kita.\n\nDaripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah S.A.W bersabda:\n\n\u201cOrang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai, dan orang yang muda memberi salam kepada orang yang tua\u201c.\n\nSenyuman adalah sedekah, apa salahnya jika kita sedekahkah senyuman untuk guru kita? Senyuman adalah adab dengan guru yang ramai tak sedar, tetapi tetap mendapat pahala.\n\nBantulah guru anda setiap kali melihat mereka mengangkat barang, membawa buku dan sebagainya. Ambillah peluang untuk beradab dengan guru supaya dapat menghimpun pahala.\n\n#4 Berdiri Menjemput Guru Masuk Kelas Atau Ketika Guru Bangun\n\nApabila guru bangun atau masuk kelas, berdiri adalah adab dengan guru yang perlu anda lakukan. Guru akan menyenangi perbuatan anda yang menghormatinya.\n\nJangan cakap perkara yang bukan-bukan dan tidak baik dengan guru. Berbual dan cakaplah perkara yang baik-baik dengan mereka supaya disenangi.\n\n#6 Elakkan Berbisik Di Hadapan Guru\n\nGuru adalah seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Sikap berbisik di hadapan guru adalah tidak baik kerana ia seolah-olah anda berkata-kata tentang guru tersebut.\n\nPelajar yang baik adalah pelajar yang menerima nasihat guru dengan baik. Menerima nasihat adalah adab dengan guru ketika belajar dimana anda tidak membantahnya, malah menerima segala nasihat yang diberikan.\n\nBerbaik sangkalah dengan guru dan jangan sesekali menuduh mereka dengan hal-hal yang tidak baik. Guru akan berasa sedih dan kecil hati sekiranya anda berburuk sangka. Sekiranya ada yang tidak kena, pasti perlu ada buktinya.\n\nJangan berdiam diri, tetapi jawablah jika ditanya oleh guru anda. Guru suka apabila anda berterus terang tidak tahu sesuatu atau cuba menjawab soalan yang telah diutarakan kepada anda.\n\nJangan jadi burung murai yang mulutnya tidak henti-henti berbunyi. Guru tidak akan senang sekiranya anda seorang yang cakap terlalu banyak. Cakap perkara penting sahaja dan berbual kosong tiada masalah, tetapi haruslah kena dengan masanya.\n\n#11 Tidak Bercakap Ketika Guru Mengajar\n\nAdab dengan guru ketika belajar juga adalah tidak bercakap ketika guru sedang mengajar. Sikap anda ketika belajar akan mempengaruhi keberkatan ilmu yang anda terima.\n\nGuru yang mengajar juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Kita pula perlu ada adab dengan guru dengan tidak memperlekehkan kemampuan mereka. Jangan ketawakan mereka dan berkata hal yang tidak baik.\n\n#13 Siapkan Kerja Rumah Yang Diberi\n\nJika tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi guru, ia sama sahaja seperti kita tidak menghormati mereka. Oleh itu, kerja rumah jangan dibuat sebagai perkara yang remeh!\n\n#14 Bercakap Dengan Nada Yang Baik\n\nAdab dengan guru yang ramai terlepas pandang adalah bercakap dengan nada yang baik. Jangan cakap dengan nada yang kuat atau tidak sepatutnya dengan guru yang mengajar kita. Ia sama sahaja seperti kita bercakap dengan ibu bapa kita.\n\n#15 Sedekahkan Amalan Kepada Guru Yang telah Meninggal Dunia\n\nAdab dengan guru biarpun guru telah tiada adalah kita boleh sedekahkan Al-Fatihah atau amalan kepada mereka. Apabila bersedekah dan berbuat sesuatu yang baik, anggaplah itu untuk guru anda yang telah tiada. Sedekahkan pahala kebaikan kepada mereka.\n\nPerasan tak? Kita disarankan untuk turut berdoa untuk guru kerana jasanya amat besar dalam kehidupan kita. Anda boleh amalkan doa seperti berikut:\n\n\u201cWahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa orang tua kami, para sesepuh kami, para guru kami, orang-orang yang mempunyai hak atas kami, orang-orang yang cinta dan berbuat baik kepada kami, dan seluruh umat Islam.\u201d\n\n#17 Menghargai Dan Mengenang Jasa Guru\n\nBanyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai dan mengenang jasa guru. Selain berdoa, anda boleh melawat guru anda (sekiranya mereka masih hidup), bertanya khabar dan membina ukhuwah. Mereka akan berasa dihargai dengan adab anda tunjukkan.\n\n#18 Amalkan Ilmu Yang Diberi Guru\n\nSetiap ilmu perlu diamalkan umpama pohon yang tetap rendang dan berbuah dengan jayanya. Adab dengan guru iaitu mengamalkan ilmu yang diberikan akan memberi kejayaan dunia dan akhirat kepada kita.\n\nJangan risau sekiranya anda tidak tahu cara menambat hati guru, cukuplah anda melaksanakan arahan guru. Guru akan rasa sangat dihargai. Ia adalah adab dengan guru yang ramai tak sedar.\n\nSekiranya ada sebarang masalah, mintalah pertolongan daripada guru anda. Jangan diam dan biarkan. Ia dikira sebagai adab dengan guru sekiranya anda bertanya dan meminta pertolongan guru dengan baik.\n\nBelajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan anda, itu ayat sering kita dengari. Tetapi tahukah anda, belajar bersungguh-sungguh adalah adab dengan guru juga? Guru akan nampak usaha dan tindakan anda dan pasti menyenanginya.\n\nSekiranya guru anda berada di hospital atau rumah, tak salah untuk anda menziarahinya apabila sudah lama tidak berjumpa. Bawalah buah tangan untuk mereka!\n\n#23 Mengutamakan Guru Dalam Urusan Bersesuaian\n\nGuru adalah contoh yang baik untuk pelajar selain dari ibu bapa. Utamakan guru dalam urusan yang bersesuaian dengan anda akan memudahkan urusan anda. \n\n#24 Menganggap Seperti Ibu Dan Ayah\n\nAnggaplah guru seperti ibu dan ayah anda sendiri memandangkan mereka banyak berjasa memberikan ilmu kepada anda. Adab dengan guru yang dipegang rapi ini bakal menyambung erat silaturrahim anda dengan guru.\n\n#25 Meminta Restu Dan Berkat Guru\n\nDalam apa jua tindakan yang dilakukan, mintalah restu dan doa dari guru dan ibu bapa. Doa dari mereka akan menjadikan urusan kita lebih diberkati Allah SWT.\n\nItulah dia 25 adab dengan guru pelajar harus ambil tahu. Jangan dibuat main-main adab dengan guru, inilah kunci utama kejayaan kita ramai yang tak sedar. Jom baca juga kelebihan solat dhuha, Adab terhadap ibu bapa, Doa penerang hati untuk anak dan Adab ziarah kubur."
"Jom fahami hikmah dugaan hidup buat pedoman kita bersama.\n\nBagaimana yang hidup pasti akan merasa mati, begitulah juga keadaannya bahawa setiap yang hidup pasti akan dilanda dugaan dan ujian. Selalunya bila kita diuji dengan dugaan, aka nada yang cuba menguatkan kita dengan mengatakan bahawa Allah uji sebab Allah sayangkan kita. Sebagai seorang hamba yang mengesakan Allah, pastinya kita harus mempercayai bahawa sememangnya dugaan yang datang adalah tanda Allah sayangkan kita hambanya.\n\nTahukah anda bahawa walau pun dugaan yang datang adalah sangat perit dan pahit untuk ditelan, yang sebenarnya dugaan hidup datang bersama hikmah. Namun mungkin kita tidak menyedarinya kerana terlalu fokus dengan kesukaran untuk menghadapi dugaan tersebut.\n\nDugaan datang untuk meningkatkan darjat kita di sisi Allah\n\nSeperti yang kami tulis diatas tadi, dugaan yang datang adalah kerana allah sayangkan kita. Allah nak kita sentiasa ingat dan dekat kepadaNya. Berapa ramai di antara kita yang melupakan Allah semasa senang? Terlalu sibuk mengejar dunia sehingga terlupa untuk mengumpul saham akhirat? Bila diuji, barulah nak dekatkan diri kepadaNya.\n\nApabila mendapat dugaan, biasanya kita akan kembali ke tikar sejadah untuk bersolat dan berdoa agar masalah dan dugaan kita dipermudahkan dengan segera. Apabila diuji barulah kita teringat untuk membanyakkan solat sunat, mengaji, berzikir, dan berselawat. Betul kan?\n\nItulah sebabnya kami katakana bahawa di antara hikmah dugaan hidup ialah untuk meningkatkan darjat kita di sisi Allah. Apabila kita banyak melakukan ibadat dan sentiasa mengingati Allah, pastinya kita akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Insya Allah jika kita mati dalam keadaan sebegini, syurga menanti untuk kita di sana.\n\nSemasa sedang menghadapi dugaan, pastinya ada yang akan bertanya kenapa kita diuji? Kenapa bukan orang lain? Jika ada terlintas persoalan ini di benak atau fikiran, ketahuilah bahawa sesungguhnya kita adalah manusia yang bertuah kerana terpilih untuk diuji. Tidak semua manusia bertuah untuk dipilih sebagai hamba yang istimewa untuk dinaikkan darjatnya di sisi Allah.\n\nOleh itu banyakkan bersabar dan redha semasa menghadapi dugaan hidup. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa Allah uji sebab sayang dan dugaan yang datang ini akan meningkatkan darjat kita di sisi Allah. Ianya tak mudah namun bukan mustahil untuk dilakukan.\n\nDugaan datang untuk melatih diri kita supaya bersabar\n\nHikmah dugaan hidup yang kedua ialah ia melatih diri kita untuk bersabar. Sebagai contoh, jika selama ini kita seorang yang sihat dan menjalankan gaya hidup yang aktif dan secara tiba-tiba kita jatuh sakit lalu terlantar di atas katil. Pastinya kita sedang mengalami dugaan yang sangat hebat dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Daripada seorang yang aktif, kini untuk ke bilik air pun perlukan bantuan ahli keluarga.\n\nDi sinilah hikmahnya. Allah sedang memberi peluang kepada kita untuk mendidik diri supaya menjadi seorang yang bersabar. Ketika diuji, banyakkan berzikir dan berselawat agar kita sentiasa ingat bahawa dugaan yang datang bukan untuk menyusahkan kita. Elakkan daripada terlalu ikutkan perasaan dan menyalahkan takdir. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang sekeliling yang ada bersama kita.\n\nJika kita bersabar dan redha dengan dugaan yang sedang dihadapi, kita sudah berjaya mengharungi salah satu dugaan hidup yang dihantar oleh Allah kepada kita. Insya Allah satu hari nanti bila kita sihat semula, kita akan bangkit sebagai seorang manusia yang lebih baik dan sifat penyabar yang dipupuk semasa sakit akan menjadikan kita seorang manusia yang penyabar dan baik hati.\n\nSelain mendidik kita untuk menjadi seorang yang penyabar, hikmah dugaan hidup yang lain juga ialah untuk mendewasakan kita. Sesungguhnya setiap ujian dan dugaan yang datang dalam hidup akan mematangkan fikiran dan menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik. Jika tidak diuji, mungkin kita tidak akan menjadi manusia hebat seperti hari ini. Oleh itu percayalah dugaan yang datang adalah untuk kebaikan kita.\n\nApabila didatangi ujian dan masalah, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih cekal dan berhati waja. Malah kita lebih menyedari bahawa hidup ini tidak mudah. Semakin banyak ujian dan cabaran yang kita hadapi, semakin kita menjadi kuat dan matang dalam menghadapi pancaroba kehidupan. Bukankah ia sesuatu yang baik?\n\nDugaan datang sebagai peringatan bahawa kita hanyalah seorang hamba\n\nSebagai seorang yang beragama islam, kita mengaku bahawa Allah adalah satu-satunya tuhan yang wajib disembah dan kita manusia yang hidup di dunia hanyalah hambanya yang hina. Ada kalanya kita terlupa bahawa kita hanyalah seorang hamba disebabkan oleh limpahan nikmat yang kita miliki.\n\nOleh itu, sesekali Allah hantar kita dugaan untuk memperingatkan bahawa kita hanyalah seorang hamba dan segala kesenangan dan kemewahan yang kita nikmati hari ini adalah datang dari Allah dengan izinNya.\n\nDugaan datang bersama pahala yang besar\n\nHikmah dugaan hidup yang terakhir ialah dugaan datang bersama pahala yang besar. Apabila diuji, kita akan mendapat pahala kerana sabar dan redha dengan apa yang sedang kita alami. Semasa diuji biasanya kita akan banyak melakukan amal ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan setiap amal ibadat yang dilakukan akan mendapat pahala yang banyak di akhirat nanti.\n\nItulah dia perkongsian tentang hikmah dugaan hidup yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang doa murah rezeki dan doa dipermudahkan urusan"
"Puasa bermaksud menahan lapar dan dahaga di siang hari. Mulut kita tidak akan melakukan kerja seperti mengunyah kecuali bercakap untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Namun, disebabkan mulut kita jarang terbuka kecuali untuk berkomunikasi, ia akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.\n\nMemang benar bau mulut orang yang berpuasa itu adalah tanda kita berpuasa dengan betul tetapi ia boleh menjadi masalah kepada kita. Kita akan berasa malu untuk bercakap kerana takut mulut berbau. Apa yang perlu kita lakukan untuk elak mulut berbau terlalu kuat?\n\nMari kami kongsikan kepada anda tips untuk elakkan mulut berbau ketika berpuasa. Tips ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\n6 tips untuk elakkan mulut berbau ketika puasa\n\nAntara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.\n\n2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur\n\nKopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.\n\nKurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.\n\nAda sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.\n\n5. Gosok gigi dan bersihkan lidah\n\nAntara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.\n\n6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung\n\nJika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!\n\n*Mudahkan tips yang diberi oleh doktor. Ikuti tips ini dan anda tidak perlu bimbang lagi tentang mulut berbau ketika berpuasa. Selepas ini, anda boleh bercakap dengan senang dan lancar tanpa perlu bimbang apa-apa lagi. Apa yang penting, anda perlu konsisten dan rajin untuk melakukannya. Semoga tips ini memberi manfaat kepada dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Pernahkah anda mencuba untuk makan hidangan ala cina Muslim iaitu ayam masak cili kering?\n\nAdihai. Tiba-tiba asahaja rasa terliur. Sedapnya jika dapat makan ayam masak cili kering tengah hari ini.\n\nRasa hidangan resepi ayam masak cili kering ini masam-masam manis dan pedas. Hidangan yang telah disesuaikan dengan selera melayu tentunya. Rugi jika tidak cuba.\n\nSuami, anak, mertua mesti akan suka hidangan ini. Masakan yang sedap serta rencahnya ringan dan sihat. Ia tidak pedas namun lazat anak-anak boleh makan. Daging ayam juga lembut jika dimasak dengan cara benar.\n\nAyuh buat ayam masak cili kering untuk makan tengah hari ini. Resepi dibagikan oleh Fatin Pauzi di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi ayam masak cili kering, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Seronoknya kalau orang puji kita nampak awet muda, bukan? Semua orang mahu kulit yang bersih kalau boleh selembut kulit bayi. Apabila umur makin meningkat, kulit kita juga akan menjadi semakin sensitif. Penjagaan kulit memang diperlukan. Tidak seronok rasanya, kita tengok muka kita di cermin, nampak kusam je.\n\nApa yang perlu kita buat untuk nampak awet muda? Satu kajian mendapati pegaga adalah salah satu tumbuhan yang mempunyai khasiat yang banyak. Selalu pegaga hanya dibuat ulam dan makan bersama nasi. Ia memang amat popular di kalangan orang-orang kampung kerana pegaga mudah tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang, rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya.\n\nJadi, sememang mudahnya untuk mendapatkan daun pegaga. Tapi tahukah anda, daun pegaga juga boleh dibuat masker. \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kebaikan masker daun pegaga. Info ini dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman. Dia adalah perantis untuk produk Zathura Herbs. Selain itu, dia penulis blog untuk mommaVague. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Puan Noriza.\n\nKalau nak tahu lagi khasiat pegaga ni jom kita teroka satu per satu.\n\nDah tau khasiatnya jom kita tengok apa bahannya pulak.\n\n1. Ambil segenggam daun pegaga. Hiris halus-halus.\n\n2. Campurkan daun pegaga dengan sedikit air kemudian blend sampai halus.\n\n3. Dah blend halus, mixed dengan tepung jagung.\n\n4. Kita agak-agak tepung jagung dengan pegaga tu. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.\n\n5. Sapukan ke seluruh wajah (elakkan bahagian mata). Lepas tu biarkan selama 15minit tempek kat muka. Mesti rasa menegang best je muka tu.\n\nSelepas masker mengering, boleh cuci muka macam biasa guna cleanser.\n\n*Mudahkan buat masker daun pegaga. Hanya gunakan 3 bahan sahaja. Selepas ini, kalau ada daun pegaga lebih bolehlah dibuat masker. Mahu kelihatan awet muda memerlukan penjagaan kulit yang rapi dan konsisten. Insyaallah, semuanya akan berjalan dengan lancar. \n\nSemoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Dalam kekecohan isu Covid19, seorang wanita,\u00a0Nurul Kasmadillawati Zakaria telah berkongsikan keperluan yang wajib ada di rumah sewaktu penularan wabak ini. Ia adalah sebagai langkah untuk mengelakkan tercetusnya panic buying dan menenangkan orang ramai.\n\nBerikut adalah tulisan beliau yang tular dan mendapat lebih daripada 6000 perkongsian.\n\n1. Bertenang. Masuk dapur tengok apa yang masih ada. Ambil kertas dan pen, tengok apa yang kurang, senaraikan. Paling utama ialah beras sebab tu makanan ruji kita. Beli lebih sikit daripada biasa. Biasa beli beras 10kg satu beg? Esok pergi beli dua beg. Begitulah. Lebihkan beras kalau ada bajet. Tak perlu beli beras sampai 10 beg. Guna otak, jangan ikut perasaan. Kalau rumah awak selalu ada masalah air, simpan air. Utamakan barang yang penting macam beras, lauk, gula, garam. Kalau ada anak kecik pastikan ada stok susu, pampes. Kalau ada bajet lebih boleh beli makanan dalam tin, bihun, pasta. Kalau ada bajet banyak sikit, boleh beli barang dalam senarai ini:\n\n2. Ubat-ubatan. Kalau awak sakit dan perlu makan ubat setiap hari, tak boleh terputus ubat, sila tambah stok ubat. Ubat adalah sangat penting selain makanan. Ada bajet beli ubat-ubatan basic sikit macam panadol, painkiller, chi kit teck aun, vicks, bla bla bla.\n\n3. Beli ikut keperluan. Beli apa yang awak perlukan sahaja. Tak guna tisu tandas tak payahlah beli tisu tandas. Duit tu guna untuk barang lain yang awak perlu. Jangan sebab tengok orang lain beli awak pun pakat beli juga.\n\n4. Beli ikut kemampuan. Ukur poket sendiri. Tengok orang memborong sampai 3 troli, jangan awak pun beli sampai 3 troli. Sudahnya kat kaunter orang lain bayar cash, awak pula berhutang bayar dengan kredit kad. Salah tu. Acik tak galakkan buat macam tu.\n\n5. Jangan bergolok-gadai semata-mata nak memborong makanan. Seeloknya jangan jual emas. Gunakan cash yang ada. Kenapa acik cakap macam ni? Supaya awak tak menyesal dikemudian hari.\n\n6. Beli dalam keadaan yang tenang. Jangan berebut. Jangan bertolak-tolak.\n\n7. Ambil barang dalam jumlah yang awak perlukan. Jangan buat benda mengarut seperti borong daging burger sampai 2 troli, beli telur 30 papan, beli tisu tandas 10 pek, beli megi penuh bonet kereta. Banyak mana awak perlu? Beli banyak itu sahaja.\n\n8. Kalau awak beragama islam, solat awal waktu. Ini pesanan penting dari acik. Solatlah diawal waktu. Jangan dilupa. Dalam keadaan genting macam ni solatlah talian hayat yang menghubungkan kita dengan Allah.\n\nTapi acik, saya takde duit sekarang. Tengah bulan betul-betul kering. Kena tunggu gaji baru dapat beli barang. Saya susah hati tengok orang lain memborong sakan.\n\nSabar. Bahagian masing-masing. Cuba tengok semula berapa duit yang ada, beli mana yang dapat. Tak boleh beli beras 10kg, beli beras 5 kg atau beras timbang. Atau boleh beli bihun, satu pek lebih kurang RM2 lebih sahaja harganya. Beli setakat yang mampu. Tolak perbelanjaan yang tak diperlukan. Kedai eco ada banyak jual makanan murah dengarnya, boleh cuba tengok di sana.\n\nPesanan terakhir: tak usah tayang barang yang awak borong di media sosial. Troli penuh, bonet kereta penuh, kabinet dapur penuh. Perbuatan awak akan mencetuskan panik, menyebabkan orang yang tak mampu beli semakin tertekan, dan dalam masa yang sama akan membahayakan awak sendiri. Bahaya macam mana pulak acik? Fikirkan sendiri. Dah dewasa."
"Sebagai ibu bapa, kesihatan dan keselamatan anak anda adalah yang paling utama. Pastinya anda akan berasa susah hati jika secara tiba-tiba anak anda kelihatan kurang aktif dan lemah, tidak seperti biasa. Bak kata orang, biarlah rumah kita berterabur tunggang-langgang seperti tongkang pecah diselerakkan oleh anak, asalkan anak sihat.\n\nSalah satu daripada keadaan yang paling merisaukan ibu bapa ialah apabila anak muntah tapi tak demam. Pastinya anda tertanya-tanya apa sebenarnya sakit yang dialami oleh anak anda? Apa puncanya? Apa yang anda perlu buat dengan segera? Istimewa untuk ibu bapa prihatin seperti anda, jom kami kongsikan info tentang anak muntah tapi tak demam.\n\nPerkara pertama yang ana perlu tahu ialah muntah bukanlah satu penyakit. Namun ia adalah salah satu daripada isyarat yang diberikan oleh tubuh badan bagi menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, muntah adalah satu cara tubuh badan membuang atau menyingkirkan isi kandungan perut melalui mulut. \n\nApabila anak anda muntah, cuba perhatikan muntah anak anda termasuk dalam kategori yang mana satu, sama ada:\n\nAdakah anak muntah tapi tak demam satu keadaan yang merbahaya?\n\nSecara amnya, bagi seorang kanak-kanak, muntah bukanlah sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan dan akan pulih dengan sendirinya melainkan jika anak anda muntah-muntah disebabkan oleh penyakit serius. \n\nOleh itu, jika anda anak tiba-tiba muntah, adalah sangat penting untuk anda membawa anak ke klinik untuk pemeriksaan dengan segera bagi memastikan tiada penyakit serius yang menyebabkan anak anda muntah.\n\nApakah punca anak muntah tapi tak demam?\n\nTerdapat banyak perkara yang boleh menjadi punca kenapa anak anda muntah tapi badannya tidak demam. Di antara punca yang selalu dikenal-pasti semasa pemeriksaan di klinik ialah:\n\nSelain punca-punca yang kami senaraikan di atas, terdapat juga keadaan di mana anak anda muntah tapi tak demam disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius dan boleh menjejaskan nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Di antara penyakit serius yang boleh menjadi punca anak anda muntah tapi tak demam ialah;\n\nItulah dia info tentang anak muntah tapi tak demam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat ibu bapa prihatin yang membaca. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang cara hilangkan kahak bayi , cara sendawakan bayi, dan cara banyakkan susu badan."
"Suami yang bekerja di pejabat, dapat menikmati makan tengahari di restoren yang banyak jenis lauk-pauk yang disukai. Dapat kita memilih mengikut selera kita. Malah boleh juga mendapat layanan yang \u201cspecial\u201d dari pelayan-pelayan restoran pilihan kita itu.\n\nBiasanya kita makan bersama-sama dengan rakan sepejabat. Ada juga yang mengajak bersama rakan sepejabat wanita beramai-ramai untuk majlis-majlis tertentu.\n\nMaka penuhlah di atas meja makan kita itu dengan lauk-pauk pilihan kita. Kadang-kadang kalau ramai yang datang, kita akan satukan dua-tiga meja sekali. Kita dapat merasakan keseronokan itu.\n\nPernah tidak kita bayangkan pula bagaimana isteri kita yang full-time house wife tu makan tengahari di rumah. Dia memiliki amat terbatas pilihan untuk tempat makannya dan pilihan lauk-pauknya pula juga amat bergantung pada apa yang dia sendiri masak.\n\nJemu-jemu makan di dapur, dia akan makan mengadap TV dan tak mungkin dia makan di atas katil kita. Maka sendirianlah dia dengan melongokkan nasi dan lauk-pauk ke dalam satu pinggan.\n\nSungguh menjemukan dia. Walau bagaimanapun, dia tetap juga masak lauk-pauk untuk kita pada malam nanti.\n\nKita pun balik ke rumah dengan sifat kita yang sentiasa sibuk dengan urusan rekreasi, jamaah dan persatuan. Kita tidak sempat menjenguk ke dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh isteri kita pada hari itu.\n\nMalah selepas maghrib, sebaik saja isteri telah menghidangkan makan malam, kita pula bergegas keluar tak sempat nak bersama dengan mereka kerana ada urusan jamaah, persatuan dan masyarakat yang \u201cpenting\u201d atau kawan-kawan \u201ccalling\u201d ajak mengeteh di luar.\n\nBalik tengah malam, kita pun terus masuk tidur dan bangun pagi dengan semangat baru dengan penghidupan baru.\n\nKita tidak sentuh pun nasi dan lauk yang isteri kita simpan untuk kita semalam. Yang mana semalamnya, isteri kita melarang anak-anak kita menyentuh lauk kegemaran kita itu kerana bimbang kita balik nanti,.tak ada lauk pula. Bila bangun pagi isteri kita lihat, nasi dan lauk langsung tidak berusik..KECIL HATI DIA.\n\nMakan bersama di satu meja lelaki dan wanita adalah satu perhormatan sosial yang menggambarkan pasangan yang sedang makan itu sedang menjalin hubungan kasih sayang antara mereka. Malah yang lebih nak menunjuk-nunjuk tu, dengan menyedut straw serentak dalam satu gelas yang sama.\n\nIni menunjukkan mereka sedang berkomunikasi pada umum yang mereka adalah pasangan \u201cideal\u201d yang sedang bercinta. Dan dengan lain perkataan, wanita ini jangan kacau. aku yang punya.\n\nBegitu juga isteri kita. Makan bersama itu adalah satu penghormatan suami terhadap isteri atas sumbangannya dalam rumah tangganya itu. Seolah-olah kasihnya berbalas.\n\nMalah lebih menyeronokkan isteri ialah dia dengar perbualan telefon kita dengan rakan menolak ajakan makan di luar disertai dengan nada megah memberi tahu rakan-rakan kita yang malam itu isteri dah masak untuknya. Malah lebih sangat seronok lagi, bila suami membawa bekal nasi dan lauk ke pejabat yang disediakan oleh isteri pagi-pagi lagi.\n\nBagi isteri yang kerja pejabat satu bangunan dengan suami , elok dijadikan budaya makan bersama dengannya di kanteen pejabat tu. Ada peristewa seorang suami berbangga kerana tak pernah dalam sejarahnya makan semeja dengan isterinya.\n\nDan malah berbangga kerana ketua jabatannya masih tak kenal siapa isterinya itu.. rupa-rupanya mereka menghadapi masalah komunikasi rumahtangga.\n\nJadi, berilah penghormatan sosial kepada isteri kita itu. Beritahulah pada umum yang isteri kita itu adalah pasangan ideal kita di dunia dan juga akhirat.\n\nJika hubungan kita dengan isteri tidak se ideal yang kita harapkan. Maka hisablah diri kita akan tingkahlaku kita.. berapa kali kita makan bersama dengannya. berapa kali kita memuji keenakan masakannya.. berapa kali kita pernah berdoa waktu makan bersama-sama dengan nya.. berapa kali kita menyebut\n\n\u201cYa Allah ya Tuhan kami, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhilah kami dari azab neraka yang panas\u201d bersama-sama mengangkat tangan dengan isteri dan anak-anak kita. .. jika belum banyak,... maka: \u201cSelamat mencuba\u201d"
"Pernah tak timbul rasa jemu pada pasangan dalam rumahtangga? Jangan tipu, tentu ada kan? Menerusi media sosial juga seringkali juga muncul status tentang \u00a0perasaan\u00a0isteri\u00a0di mana mereka rasa jemu dan terkilan. Ada juga katanya yang suami sendiri jemu hingga cari wanita lain. Alangkah sedihnya bila baca tentang akan kisah seperti ini. \n\nSebenarnya rasa jemu setelah lama berkahwin ini memang sering terjadi dan tolong jangan diikutkan sangat rasa yang tidak baik ini. Bila di dalam hati ada timbil rasa jemu pada pasangan, takut nanti rasa jemu ini petanda awal untuk rumahtangga menjadi retak. Maka jangan pandang remeh dan kena selalu bertindak untuk betulkan keadaan. \n\nUntuk atasi atau elak rasa jemu dalam rumahtangga, boleh lakukan beberapa keadah mengikut tips yang akan dikongsikan di bawah ini. \n\n10 Tips Untuk\nAtasi Rasa Jemu Dalam Rumahtangga \n\n#1 \u2013 Tukar Penampilan Dengan Gaya Yang Baru\n\n Tukar gaya penampilan merupakan tips terbaik untuk elakkan rasa jemu pada pasangan. Penampilan diri yang semakin berubah mengikut faktor usia jangan dijadikan alasan untuk nampak selekeh. Kemaskan diri dan sesekali tukar penampilan untuk tonjolkan diri anda masih hensem atau cantik bagai dulu di mata suami atau isteri. \n\n#2 \u2013 Pandang Pasangan Dengan Penuh Rasa Cinta \n\nRasa jemu atau bosan ini ada kena mengena dengan hati. Untuk elakkan rasa jemu ini juga, anda boleh pandang pasangan dengan penuh rasa cinta. Biar suami atau isteri anda itu tahu yang perasaan anda padanya masih tetap hangat bagai dulu. Bila mereka faham barulah boleh hilang rasa jemu tu dalam rumah tangga. #3 \u2013 Ungkapkan Kata-Kata Yang Indah\n\n Seorang lelaki jika dia ada rasa sayang dengan mudah dia dapat tunjukkan rasa sayang tu. Cuma sedihnya si suami ni masa bercinta saja nampak romantik penuh puitis tapi bila dah kahwin skill beri ayat pickup line tu macam dah kurang power. \n\nJangan begitu wahai para suami. Sesekali asah skill ungkapkan kata-kata indah itu pada isteri. Dengan ucapan ayat sebegini isteri pasti akan rasa bahagia akan dapat tambahkan rasa cintanya pada anda. Cuma jangan buat selalu takut nanti difikir anda sedang buang tebiat untuk cuba pasang satu lagi. \n\n#4 \u2013 Duduk Berduaan Dalam Suasana Romantik\n\nSering terjadi\u00a0dalam\u00a0hubungan\u00a0rumah tangga,\u00a0rasa\u00a0cinta dan sayang makin menipis setelah ada anak. Ini mungkin disebabkan faktor masa dan kepenatan. Untuk elakkan pasangan dari merasa jemu, jangan jadikan anak sebagai alasan hubungan menjadi dingin. \n\nSelalulah luangkan masa duduk berduaan dalam suasana romantik ketika di dalam bilik tidur. Jadikan waktu siang untuk mencari nafkah dan menjaga anak-anak, seterusnya jadikan pula waktu malam untuk anda dan pasangan duduk berduaan dengan penuh rasa cinta yang hangat.\n\n#5 \u2013 Saling Mencumbu Dan Merayu\n\nMencumbu dan merayu ini juga tersenarai sebagai salah satu tips untuk elak rasa jemu pada pasangan dalam sebuah rumah tangga. Tapi jangan pula di cumbu dan di rayu depan orang, kan dapat malu besar yang tak sudah. Cumbu dan rayulah isteri anda di kala sedang berduaan. Biarlah kehangatan rumah tangga anda hanya kalian berdua saja yang tahu. \n\n#6 \u2013 Luang Masa Untuk Keluar Riadah Bersama\n\nTak dinafikan, seorang isteri memang boleh berasa\u00a0jemu\u00a0akibat rutin harian yang berterusa. Lagi-lagi untuk surirumah yang tidak bergaul mana dengan jiran tetangga. Hari-hari terperuk saja di rumah dan hanya keluar untuk hantar dan ambil anak sekolah serta beli kelengkapan dapur.\n\nDi sini suami bolehlah mainkan peranan dengan luangkan masa untuk keluar riadah bersama. Tak perlu hari-hari, keluar seminggu sekali di hujung minggu juga tak apa. Masa inilah isteri akan dapat peluang untuk berhias sedikit untuk keluar dari rumah bagi hilangkan rasa jemunya yang asyik di rumah sepanjang masa. \n\n#7 \u2013 Berbual Dengan Tenang Bersama Seloka Jenaka\n\nBergurau itu adalah suatu perasaan yang sangat menghiburkan. Berguraulah sesama pasangan sebagai menghibur hati. Dalam rumahtangga hiburan dan seloka jenaka sebegini boleh menjadi pencetus suasana yang baik. Sekaligus dapat hilangkan bosan dan tekanan akibat kerja dan sebagainya. \n\n#8 \u2013 Buat Kejutan Surprise Untuk Hangatkan Suasana \n\nDalam\u00a0rumah tangga, kaum isteri agak susah untuk berasa\u00a0jemu\u00a0pada suami. Tapi suami jangan pula abaikan terus perasaan isteri yang redha apa saja itu. Suami tetap kena tunjuk rasa sayang dan buatlah kejutan untuk hangatkan suasana. \n\nPada hari lahir, pada hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya berilah sedikit hadiah sebagai tanda ingatan. Tak perlu beli barangan mahal pun tak apa, sekuntum bunga ros merah sudah dapat membuat isteri tersenyum sepanjang hari dengan penuh rasa bahagia. \n\n#9 \u2013 Jangan Pendam Masalah Jika Ada Rasa Tidak Puashati\n\nMasalah yang hadir dalam hidup memang tak boleh dielakkan. Itu semua adalah ujian yang perlu ditempuhi. Dalam rumah tangga setiap suami dan isteri tidak boleh pendam rasa. \n\nJika timbul rasa tidak puashati berterus-terang dan berbincanglah. Dengan cara ini masalah yang datang boleh di atasi bersama dan elakkan dari merahsiakan sesuatu bagi mengelakkan salah faham. \n\n#10 \u2013 Panggil Suami / Isteri Dengan Panggilan Yang Disukainya \n\nAlangkah indahnya jika rumahtangga tetap terus begini dengan panggilan manja masing-masing. Dengan panggilan yang disukai begini walaupun pendek tapi dapat membuatkan suasana terus terjaga bagi mengelakkan rasa jemu pada pasangan masing-masing. InshaAllah.\n\nSebagai suami isteri, masing-masing kena usaha untuk selalu panaskan rumahtangga supaya tak jemu dan happy sokmo sepanjang masa. Barulah boleh hidup bersama hingga ke akhir hayat. Aamiin."
"Adakah sesiapa yang mencari resepi mee rebus? Kali ini kami akan berkongsikan resepi mee rebus Terengganu. Pasti anda menyukainya.\n\nResepi mee rebus Terenggangu lazat kali ini dikongsikan oleh Norashikin Ismail di laman Facebook. Resepi yang berbeza dengan mee biasanya, pada resepi ini menggunakan asam jawa dan tidak menggunakan keledek sama sekali.\n\nWalaupun begitu, citarasa mee rebus ini tetap mengkekalkan rasa khas Terengganu. Mee rebus ini sedap dimakan apabila masih panas. Jangan letak mee dalam kuah jika ingin makan dalam masa yang lama, nanti mee jadi kembang.\n\nSelain resepi mee rebus terengganu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi bendi tumis air, sayur sedap dan mudah menyediakannya.\n\nRamai yang suka dan tidak suka bendi. Kebanyakannya orang tidak suka bendi kerana ianya berlendir dan agak keras. Meskipun begitu, bendi juga sedap dijadikan ulam dimakan mentah.\n\nResepi Kali ini ialah tentang olahan masakan bendi. Kami datangkan resepi daripada Radziah Misran di laman Facebook. Resepi sayur bendi tumis air. Jadi makin berselera bukan kalau lauk macam ini?\n\nLetak sedikit asam jawa supaya makin sedap rasa sayur, kuahnya pun sedap dihirup. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi bendi , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Daun stevia atau nama saintifiknya adalah Astereacea merupakan sejenis herba tumbuhan yang mempunyai sejenis komponen pemanis. Bahan pemanis semulajadi yang digelar Steviol Glycoside ini boleh dijadikan sebagai pengganti gula pasir. Ia disebut ekstrak Stevia.\n\nTahukah anda, ekstrak stevia ini tidak mempunyai kalori sama sekali, begitu juga dengan kolestrol dan karbohidrat. Sudah pasti kesannya bukan seperti kesan pengambilan gula biasa yang berbahaya jika tidak dikawal. \n\nEkstrak stevia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai sejenis bahan pemanis di bawah akta pemakanan. Nak tahu kebaikan stevia yang sebenarnya? Jom lihat 15 kebaikan stevia ramai tak tahu.\n\nKajian telah dilakukan antara gula dan stevia. Terbukti, stevia dapat menstabilkan tahap gula dalam darah anda dengan lebih berkesan dan lebih baik.\n\nStevia dapat menghalang jangkitan bakteria atau yis yang berkembang dan membiak di dalam tubuh badan anda. Sekiranya anda menikmati gula biasa, yis akan bekembang dan membiak dengan jayanya.\n\n3. Rendah Kalori Dan Tiada Kolestrol\n\nDengan mengamalkan stevia sebagai gula, kalori dalam tubuh badan anda akan lebih rendah. Anda dapat elakkan diri dari masalah berat badan dan kolestrol berlebihan.\n\nPengambilan gula menyebabkan komponen pemanis terlekat dan terkumpul di dalam badan sedangkan stevia tidak. Stevia mengandungi steviol glycosides yang menghasilkan air kencing dalam sistem penghadaman dan tidak dikumpulkan. Begitulah sebaliknya jika anda mengambil gula.\n\nKebaikan stevia ramai tak tahu adalah ia juga dapat melawaskan kencing anda dengan mudah. Semuanya bermula dengan sistem pencernaan dan penghadaman dengan lancar setelah mengambil stevia.\n\nBerbeza dengan gula, stevia dapat menurunkan tekanan darah anda dengan mudah. Jangan terkejut jika anda tidak amalkan gula dalam pemakanan tetapi amalkan stevia, tiba-tiba tekanan darah turun dengan baik.\n\nBerat badan akan mudah turun sejak amalkan stevia dalam pemakanan dan minuman. Kebaikan stevia ini membuatkan ramai wanita dan lelaki berumur mula amalkannya. Anda pula bagaimana?\n\nSeluruh tubuh badan anda mungkin akan dijangkiti dengan bakteria. Namun, dengan adanya stevia, anda tidak mudah terdedah dengan bakteria lagi. Kebaikan stevia atau ciri-cirinya yang hebat adalah antibakteria terhadap tubuh badan anda.\n\nSalah satu kebaikan stevia juga adalah ia bersifat anti-radang. Anda tidak akan mengalami gatal-gatal badan, ruam dan lain-lain lagi jika anda pengguna stevia. Penyakit kulit juga dapat diatasi dengan mudah.\n\nObesiti berlaku akibat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. Walaupun anda tidak bersenam, anda tidak akan terdedah dengan risiko obesiti sekiranya anda menukarkan gula dengan stevia. Ini kerana stevia bebas dari kolestrol dan kalori.\n\nHerba semulajadi yang berfungsi sebagai pemanis memberikan anda tahap tenaga yang berpanjangan dan kuat. Jangan risau, ia bukanlah gula berlebihan yang bertukar menjadi karbohidrat dan lemak. Anda tidak akan terjejas sedikit pun.\n\nJangan terkejut jika stevia juga berfungsi sebagai kalsium. Antara kebaikan stevia ramai tak tahu adalah ia dapat menguatkan rambut dan kuku. Anda boleh mengamalkan stevia dari kecil lagi terutamanya jika anda bukanlah seorang penggemar susu.\n\nPendek kata, stevia memberikan pendekatan untuk anda amalkan gaya hidup sihat tanpa mengalami tekanan mahupun hypertension. Kebaikan stevia dari segi menguatkan mental juga dapat mengelakkan seseorang itu menghadapi tekanan perasaan dan hypertension.\n\nMasalah insomnia atau sukar untuk tidur pada waktu malam adalah masalah kesihatan yang sangat serius dan bakal menjejaskan hidup anda. Ubahlah gaya pemakanan anda dengan menggunakan stevia sebagai gula dalam minuman, pasti insomnia anda akan berkurangan dan diatasi dengan mudah.\n\nJangan risau jika anda pesakit kencing manis yang ingin menikmati makanan manis. Ekstrak stevia menghalang anda daripada mengalami sakit akibat kencing manis dan luka-luka. Stevia membantu menyeimbangkan kawalan paras gula dalam darah anda dengan berkesan dan baik.\n\n16. Melicinkan Kulit Dan Awet Muda\n\nNak kulit flawless dan gebu? Kulit lebih licin dan awet muda juga adalah salah satu kebaikan stevia yang harus anda tahu. Rupanya ia juga mencantikkan kulit dan menjadikan anda lebih awet muda.\n\nStevia juga mengandungi vitamin dan mineral yang tanpa protein yang berfungsi memutihkan wajah. Bonus bagi anda yang tidak suka makan sayur, tetapi mengamalkan stevia dalam pemakanan. Kulit wajah akan tampil cerah dan putih.\n\nKadang-kadang rasa susah sahaja untuk membuang toksid dari dalam badan kan? Adakalanya sistem pembuangan tidak lancar dan harus anda beri perhatian. Jom tukarkan gula pasir kepada ekstrak stevia supaya anda dapat membuang dengan lebih lancar lagi. \n\nKos barang dapur termasuk gula pasir yang anda beli setiap bulan boleh dijimatkan sekiranya anda bertukar kepada stevia ekstrak. Kebaikan stevia lebih banyak dari gula pasir dan kesannya lebih bagus. Di samping menjimatkan kos barang dapur, anda juga boleh menambah baik tahap kesihatan anda.\n\nKebaikan stevia yang terakhir adalah ia dapat menghalang anda daripada mengalami keletihan yang berlebihan. Badan yang lemah juga dapat diatasi sekiranya anda mengamalkan stevia.\n\nItulah dia 20 kebaikan stevia ramai tak tahu dan sememangnya amat berkesan untuk anda amalkan."
"Haid adalah darah yang keluar dari rahim melalui faraj seorang wanita pada waktu-waktu tertentu yang bukan disebabkan suatu penyakit atau kerana adanya proses kelahiran, tetapi keluarnya darah itu merupakan sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepada seorang wanita. Sifat darah ini berwarna merah kehitaman yang kental, keluar dalam jangka waktu tertentu, bersifat panas, dan memiliki bau yang khas atau busuk.\n\nHaid adalah sesuatu yang normal terjadi pada seorang wanita dalam keadaan yang berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang ketika keluar haid ini disertai dengan rasa sakit pada bahagian pinggul, namun ada yang tidak merasakan sakit. Ada yang tempoh haidnya 3 hari, ada pula yang lebih dari 10 hari. Ada yang ketika keluarnya darah haid didahului dengan lendir kuning kecoklatan, ada pula yang terus keluar berupa darah merah yang kental. Oleh sebab itu adalah penting untuk setiap wanita mengenali ciri-ciri darah haid agar dapat membezakan antara darah haid dan juga darah-darah yang lain.\n\nIstihadah adalah darah yang keluar di luar kebiasaan, iaitu tidak pada masa haid dan bukan pula kerana melahirkan anak. Secara umumnya darah ini keluar ketika sakit, sehingga sering disebut sebagai darah penyakit. Darah istihadah tidak turun dari rahim sebagaimana darah haid, akan tetapi keluar dari urat yang dipanggil al-\u2018Azil (\u0627\u0644\u0639\u0627\u0630\u0644). Imam Nawawi\u00a0dalam Syarah Muslim mengatakan bahwa istihadhah adalah darah yang mengalir dari kemaluan wanita yang bukan pada waktunya dan keluarnya dari urat.\n\nSifat darah istihadah menurut mazhab Syafie adalah cair dan berwarna merah terang (antara merah dan kuning). Malah, kebiasaannya ia tidak berbau seperti darah haid.\n\nKaedah Membezakan Darah Haid Dan Istihadah\n\nBerdasarkan hadis Nabi saw, ada tiga kaedah untuk membezakannya;\n\n1) Merujuk Kepada Kebiasaan Haidnya Yang Lalu\n\nIni berdasarkan sabda Nabi saw kepada wanita yang istihadah. Pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid. Manakala darah yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadah).\n\nIni berpandukan hadis dari Aisyah r.a. yang menceritakan, \u201cFatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi saw: \u201cSesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?\u201d Nabi saw menjawab; \u2018Tidak. Sesungguhnya itu adalah darah dari urat (\u0639\u0631\u0642), bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat\u201d. (HR Bukhari dan Muslim).\n\nOleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap waktu untuk mencatat serta mengingati hari kebiasaan dia didatangi haid. Hendaklah dia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadah (bukan wanita haid atau nifas). Contohnya, jika dia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadah.\n\nJika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan sifat-sifat darah. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah ra yang menceritakan; \u201cFatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadah, maka Rasulullah saw bersabda kepadanya\u201d \u201cSesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wudhu dan kerjakanlah solat\u201d. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini hasan soheh).\n\nHadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadah.\n\n3) Dengan Merujuk Kepada Kebiasaan Haid Kebanyakan Wanita\u00a0\n\nSekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari.\n\nIni berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi ra yang menceritakan; \u201cAku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi saw untuk meminta fatwa dari Baginda. Lalu Baginda bersabda; \u201cSesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah.\u201d (Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Albani; hadis hasan).\n\nWanita Perlu Tahu Perbezaan Darah Haid Dan Darah Istihadah\n\nSetiap wanita perlu tahu membezakan antara darah haid dan istihadah. Hal ini sudah menjadi tanggungjawab peribadinya. Ini kerana darah yang keluar akan menentukan sama ada dia wajib menunaikan ibadah seperti biasa ataupun diharamkan ke atas dirinya.\n\nWanita di Malaysia secara umumnya menggunakan kaedah kebiasaan setiap bulan untuk menentukan sama ada darah yang keluar adalah darah haid ataupun istihadah. Apabila darah keluar melebihi tempoh 15 hari (mengikut Mazhab Syafie), maka darah yang keluar pada hari seterusnya dikira sebagai darah istihadah.\n\nNamun begitu, wanita zaman kini berhadapan dengan perubahan corak kehidupan, pemakanan dan suhu persekitaran yang berbeza sehingga mempengaruhi kitaran haid mereka.\n\nPenggunaan pil perancang dan suntikan pencegah kehamilan juga boleh mempengaruhi hormon tubuh menjadi tidak seimbang. Kesannya, aturan haid jadi tidak menentu sehingga wanita menjadi keliru sama ada darah yang keluar itu darah haid ataupun istihadah. Keadaan yang sama juga boleh berlaku bagi remaja wanita yang baru kali pertama didatangi darah haid dan masih belum mempunyai kebiasaan kitaran haid.\n\nOleh sebab itu, sangat penting bagi wanita untuk mengetahui kaedah membezakan sifat-sifat darah. Hal ini lebih praktikal untuk membezakan sama ada darah haid ataupun istihadah.\n\nMeneliti sifat-sifat darah merupakan kaedah utama yang lebih berkesan untuk membezakan sama ada darah yang keluar itu adalah darah haid ataupun darah istihadah. Kaedah ini memerlukan setiap wanita meneliti dan memerhati ciri-ciri serta sifat darah yang keluar itu.\n\nSebagai contoh, seorang wanita mengalami pendarahan secara berterusan, tetapi pada hari ke-10, dia mendapati sifat-sifat darahnya telah berubah.\n\nJika wanita seperti contoh di atas menggunakan kaedah penelitian kepada perbezaan darah, maka wanita tersebut sudah tamat haid pada hari ke-10 dan boleh mandi wajib serta bersuci pada hari ke-11. Berbeza jika dia mengguna pakai pendapat Mazhab Syafie yang meletakkan tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam.\n\nBukan semua wanita tahu, arif serta yakin untuk memerhati dan meneliti seterusnya membuat keputusan untuk menentukan sama ada darah yang keluar itu adalah darah haid ataupun darah istihadah. Oleh itu, bagi wanita yang sering dilanda was-was, cukuplah jika anda berpegang kepada pendapat Mazhab Syafie iaitu tempoh maksimum bagi haid adalah 15 hari 15 malam. Jika masih terdapat darah yang keluar pada hari ke-16, ia adalah adalah istihadah.\n\nNamun, bagi wanita yang arif serta yakin untuk menentukan jenis darah yang keluar berdasarkan sifat-sifat darah tersebut, anda boleh sahaja mengikut kaedah itu tanpa perlu menunggu hari ke-15 untuk mengesahkan darah yang keluar itu adalah darah istihadah.\n\nSemoga Allah menerima ilmu dan amal kebajikan kita. Amin.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Perbezaan Darah Haid Dan Istihadah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Masalah gigi rosak bukan saja berlaku dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Gigi bukan saja berfungsi untuk menggigit dan mengunyah makanan tetapi juga menyerlah kecantikan seseorang.\n\nJika gigi rosak dan rongak di sana sana sini pastinya akan mencacatkan penampilan. Oleh itu, kita perlulah menjaga gigi sebagaimana anggota tubuh yang lain. Persoalannya, bagaimana gigi kita menjadi rosak sedangkan kita selalu memberus gigi setiap pagi?\n\nJom kita bincangkan topik gigi rosak dari aspek punca, gejala, rawatan dan tips. Sebelum itu, marilah kita fahamkan dulu maksud kerosakan gigi.\n\nGigi yang rosak atau nama lainnya karies berlaku apabila gigi berlubang (kaviti). Ia boleh berlaku pada gigi susu atau gigi kekal. Salah satu petanda utama gigi berlubang ialah makanan akan mudah tersangkut pada celahan lubang.\n\nKadangkala, gigi akan terasa sakit dan ngilu. Apabila gigi rosak, kita boleh mendapat jangkitan kuman yang akan memberikan kemudaratan kepada gigi dan juga tubuh badan.\n\nTerdapat 4 jenis kerosakan gigi, iaitu:\n\na Kerosakan pada bahagian lapisan enamel.\n\nb. Kerosakan pada bahagian lapisan enamel dan dentin.\n\nc. Kerosakan yang merebak ke dalam lapisan pulpa.\n\nBanyak bakteria terdapat di dalam mulut. Ia sentiasa terbentuk di bahagian atas permukaan gigi. Lapisan nipis yang terbentuk ini dipanggil plak. Plak bersifat melekit, tidak berwarna dan melekat pada celah-celah gigi, bahagian tampalan, gigi palsu dan korona.\n\nTahukah anda sebenarnya plak gigi bukannya sisa makanan yang terlekat pada gigi? Tanggapan ini perlu diubah oleh kita. Plak ini mempunyai anggaran lebih daripada 1000 spesis bakteria.\n\nManakala kalkulus ialah tartar yang disebabkan oleh plak yang mengeras dan sukar dibersihkan. Apabila kalkulus terbentuk, iaitu biasanya di bahagian gigi belah dalam, sukar untuk kita memberus dan menggunakan flos.\n\nAkibatnya permukaan gigi menjadi lebih kasar dan lebih banyak plak yang akan terperangkap di kawasan itu. Disebabkan plak terbentuk di luar badan manusia, bakteria tidak terjejas dengan penggunaan antibiotik, agen antibakteria dan sistem ketahanan badan.\n\nApabila kita makan, bakteria yang terdapat pada plak akan bertindak balas dengan gula yang ada di dalam makanan tersebut. Proses ini akan menghasilkan asid. Asid inilah yang akan merosakkan gigi.\n\nAsid yang terhasil akan bertindak ke atas permukaan gigi dan melembutkannya. Proses tindak balas ini dikenali sebagai demineralisasi. Jika asid ini tidak dineutralkan, proses demineralisasi yang berterusan akan merosakkan gigi\n\nAkhirnya, lubang akan terbentuk pada gigi. Malahan, jika plak tidak dibersihkan, ia juga akan menyebabkan penyakit gusi dan nafas berbau.\n\nKawasan gigi yang mudah mengalami kerosakan ialah di celah-celah gigi depan dan belakang. Selain itu, kawasan gigi yang berlapis dan di permukaan gigi geraham juga mudah rosak.\n\nTerdapat beberapa gejala yang menunjukkan terdapat tanda-tanda gigi rosak. Antaranya ialah:\n\na. Warna gigi menjadi berubah sama ada terbentuknya bintik putih atau hitam.\n\nb. Terdapat liang-liang kecil pada permukaan gigi.\n\nc. Apabila makan, makanan mudah melekat pada lubang.\n\nd. Terdapat lubang yang mungkin agak ketara dan ada yang sukar dilihat.\n\ne. Gigi menjadi sensitif iaitu rasa sakit dan ngilu apabila minum air panas atau sejuk.\n\nRawatan bagi mengatasi masalah gigi rosak bergantung pada jenis kerosakan. Ia juga akan ditentukan berdasarkan keadaan dan tahap kerosakan. Jenis rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor gigi yang bertauliah selepas gigi diperiksa.\n\nBiasanya tidak sakit. Kerosakan struktur gigi sukar dilihat dengan mata kasar. Rawatan yang akan dilakukan ialah pencegahan melalui sapuan bahan fluorida. Jika ada lubang agak ke atas, tampalan mudah akan dibuat.\n\n#2 Kerosakan pada lapisan enamel dan dentin\n\nBiasanya akan terasa sakit dan ngilu ketika makan atau berkumur. Pada peringkat ini, lubang kelihatan lebih dalam dan ketara. Rawatan yang sesuai ialah tampalan dengan kadar segera.\n\nBagi kerosakan yang melibatkan lapisan pulpa, pesakit akan mengalami sakit yang teruk dan terasa berdenyut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, akan menyebabkan jangkitan kuman hingga ke akar gigi. Ini menyebabkan gusi bernanah.\n\nJika jangkitan sudah merebak ke akar, gigi akan mati. Oleh itu, rawatan salur akar dan tampalan seterusnya perlu dibuat. Jika banyak gigi yang rosak, korona baru perlu dibuat.\n\nDi sini, penulis akan kongsikan beberapa tips untuk mengatasi kerosakan gigi atau untuk mengelak keadaan menjadi semakin melarat. Ingat lebih baik mencegah daripada merawat.\n\na. Jika anda rasa makanan mudah tersangkut pada bahagian gigi, segera ke klinik gigi untuk dapatkan nasihat dan rawatan.\n\nb. Jangan lupa memberus gigi setiap kali selepas makan atau sebelum tidur.\n\nc. Buatlah pemeriksaan gigi secara berkala iaitu sekurang-kurangnya setahun sekali di klinik kerajaan atau swasta.\n\nd. Pastikan anda menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan gigi.\n\ne. Pada bahagian-bahagian yang sukar dibersihkan seperti di celah-celah gigi, gunakan flos.\n\nf. Gunakan berus yang berkualiti dengan cara yang berkesan.\n\ng. Menggunakan alat pembersihan tambahan yang disyorkan oleh doktor gigi seperti ubat kumur dan interdental brush.\n\nh. Untuk hilangkan plak yang menjadi kalkulus, segera ke klinik gigi untuk buat penskaleran.\n\ni. Ajar anak-anak dari kecil cara menggosok gigi dengan betul.\n\nj. Jaga pemakanan harian dengan mengurangkan makanan dan minuman yang bergula atau berkanji.\n\nDiharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada kita tentang penjagaan gigi yang berkesan. Hargailah kurniaan Allah ini dengan sebaik-baiknya. Jika ada masalah, segera berjumpa dengan doktor gigi.\n\nYang paling penting jangan sesekali membeli produk rawatan gigi yang dijual secara online tanpa nasihat doktor gigi. Dikhuatiri terdapat bahan kimia terlarang di dalam produk-produk tersebut yang akan memberi kemudaratan."
"Kalau pergi restoran cina muslim mesti selalu pesan dumpling sebagai menu pelengkap. Penggemar dumpling jangan risau akan resepi kerana sekarang kami membongkar resepi dumpling yang lazat.\n\nTerdapat pelbagai jenis dumpling, antaranya dumpling daging, dumpling ayam, dumpling kambing dan lain-lain. Bahkan ada pula yang mencampurnya misal : dumpling ayam cendawan, dumpling daging lobak merak ataupun dumpling kambing daun sup.\n\nKebanyakan hal yang membuat orang tidak berani cuba membuat dumpling ialah bahagian membuat kulitnya. Dikuatiri hasil kulitnya tidak selembut dumpling restoran. Namun dalam perkongsian resepi daripada Faridah Koshim\u00a0yang dikongsikan di Facebook. Kami akan menerangkan cara menghasilkan kulit dumpling yang lembut.\n\nTanpa tunggu lama, sila cuba respi dumpling ayam/daging kulit wantan cara di bawah ini. Hidangkan dengan sambal pedas dan kuah sup lagi sedap. Selamat berdumpling semua.\n\nSelain resepi dumpling , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Banyak jenis face mask yang boleh anda cuba dalam mengembalikan keanjalan kulit dan kelembapannya. Namun, mencari face mask terbaik bukanlah mudah kerana anda perlu lihat kandungan dan fungsinya terlebih dahulu.\n\nSesetengah mask mungkin hanya sesuai untuk individu yang berkulit normal dan tidak kepada mereka yang sensitif. Tetapi ada juga face mask yang sesuai untuk semua jenis kulit. Jom lihat antara face mask terbaik pilihan ramai di Malaysia.\n\nSekiranya anda jarang memakai face mask, kulit wajah mungkin berminyak dan terasa kering. Face mask Neutrogena mengembalikan kelembapan kulit dan menjadikan tona warna kulit lebih sekata.\n\nKulit kusam makin hilang, malah ia lebih lembut, berseri dan lebih licin. Face mask terbaik yang menjadi pilihan ramai ini sememangnya berkesan dan selamat dipakai untuk semua jenis kulit.\n\n2. VENZEN Apple Skin Moisture Mask\n\nMasker VENZEN Apple Skin Moisture Facial Mask ini mengandungi bahan semulajadi seperti ekstrak buah epal. Ia membantu melembabkan kulit wajah di samping menegangkan kulit serta mencerahkan kulit muka anda. \n\nBagi masalah kulit kering dan kekurangan zat nutrisi, face mask terbaik ini membekalkan nutrisi ke dalam kulit wajah. Ia menyerap dengan pantas dan mudah ke dalam kulit, malah keberkesanannya lebih tinggi.\n\n3. DERMATORY Ampoule Shot Sheet Mask\n\nWajah lebih cerah, lembut dan lembab dengan menggunakan Face Mask DermatoryAmpoule. Tona warna kulit gelap akibat jeragat dan jerawat juga dapat diselesaikan dengan mudah. \n\nDengan kandungan terbaik dan terbukti berkesan, face mask terbaik ini sesuai untuk kulit sensitif dan masalah kulit yang lain kerana terdapat beberapa variasi. Anda boleh memilih jenis face mask dermatory yang anda inginkan.\n\n4. Innisfree Natural Skin Care Beauty Korean Face Mask\u00a0\n\nDihasilkan di Korea, Face Mask Innisfree mengandungi bahan semulajadi seperti rose, green tea, acai berry, shea butter dan banyak lagi. Ia mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu seperti melembabkan kulit wajah, mengangkat sel kulit mati, melindungi kulit dari radikal bebas dan lain-lain. \n\nJerawat dan parut juga mudah dipudarkan jika anda menggunakan face mask terbaik ini secara konsisten dan rutin. Ia kaya dengan nutrisi, anti oksidan dan zat terbaik untuk kulit. \n\nOlay Magnemasks Infusion adalah face mask yang mempunyai kandungan pentapeptide dan niacinamide yang berbeza dengan kandungan face mask diluar sana. \n\nIa dapat memutihkan wajah kerana mampu menyerap ke dalam lapisan kulit dengan lebih baik sepanjang malam. Anda boleh pakai mask dengan panduan yang disediakan, pastikan anda mengikut cara urutan wajah yang betul. \n\n6. Garnier Skin Naturals Serum Mask\n\nFace Mask Garnier yang juga berfungsi sebagai serum ini mampu membuatkan kulit anda tampak lebih sihat dan cerah. Masalah kulit kering, kurang licin dan tidak bermaya dapat diatasi dengan mudah.\n\nTerdapat 3 variasi face mask dari Garnier yang boleh anda pilih iaitu Hydra Bomb, Lght Complete dan juga Sakura White. Untuk kulit kering dan kusam, light complete dan hydra bomb adalah pilihan face mask terbaik buat anda.\n\n7. SOME BY MI, DIAMOND BRIGHTENING\n\nFace Mask Some By Mi Diamond Brightening ini berfungsi sebagai pemutih wajah di samping menjadikan kulit lebih licin, sihat dan berseri. Ia bebas dari bahan berbahaya dan amat sesuai untuk kulit yang sensitif.\n\nFace mask ini juga telah menjalani ujian hypoallergenic kulit yang lengkap dimana ia terbukti selamat dan boleh dijadikan rutin mingguan untuk menyihat dan memutihkan wajah.\n\n8. DR.WU Soothing Moisture Capsule Mask with Vitamin B\n\nSekiranya mempunyai masalah kulit kering, jeragat, berminyak dan berjerawat, face mask terbaik ini berfungsi mengangkat kotoran radikal bebas dan menghalang sel kulit rosak.\n\nIa juga dapat melembabkan kulit, melindungi dan membina sel-sel tisu kulit wajah dengan baik sekali. Malah, ia adalah anti aging dimana dapat melambatkan proses penuaan. Kulit pasti kekal muda dan tegang.\n\n9. The Face Shop Real Nature Face Mask \n\nFace Mask terbaik dari The Face Shop Real Nature ini mempunyai pelbagai pilihan bahan semulajadi. Antaranya adalah madu, blueberry, avocado, lemon, delima dan macam-macam lagi. Ia juga mengandungi bunga calendula dan marigold yang sangat bagus untuk kesihatan kulit wajah.\n\nKulit wajah akan lembab semulajadi dan kelihatan lebih halus dengan memakai mask ini seminggu sekali atau dua kali. Selain itu, wajah lebih mulus dan licin menjadikan muka anda nampak begitu flawless.\n\n10. DR. MORITA, HYALURONIC ACID ESSENCE\n\nFace Mask terbaik dari Dr. Morita ini sarat dengan kandungan organik dimana ia berfungsi untuk mengeluarkan asid hyaluronik secara semulajadi supaya kulit lebih sihat dan lembab.\n\nBagi anda yang mengalami masalah kulit muka gatal, berjerawat, jeragat radang dan lain-lain, sudah pasti face mask ini sesuai digunakan oleh anda. Semua jenis kulit sesuai menggunakannya kerana bahan semulajadi yang terdapat di dalamnya.\n\nBerikut adalah face mask terbaik yang menjadi pilihan ramai di Malaysia. Beli di Shopee akan memudahkan anda kerana tak perlu ke mana-mana lagi. Jom baca juga Clay mask terbaik Watson, clay mask terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat dan shampoo terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Pernahkan terfikir ingin masak nasi kambing tapi bila difikir-fikir balik rasa macam leceh dan susah? Ya, nasi kambing ialah hidangan berat yang selalunya dihidangkan dalam acara kenduri dan acara rasmi sebagai menu utama. Maka, tidak boleh suka-suka masak nasi kambing jika bukan untuk dimakan ramai dalam suatu acara.\n\nNamun, kami ada cara mudah masak nasi kambing. Cukup untuk seorang makan jika mahu. Kami pastikan resepi ini tidak leceh dan anda tidak perlu pikirkan nak beli kambing berapa kilo untuk buat hidangan ini.\n\nNoorasmidar Zulkifly berkongsikan idea masak resepi nasi kari kambing menggunakan kambing dalam tin. Mudah sangat dibuat dan tidak leceh sedikitpun. Rasanya pula sedap macam nasi kambing yang biasa dibuat untuk kenduri. Kena tambah rempah dan sesuaikan rasa maka jadilah dia nasi kambing tin untuk hidangan keluarga.\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Hari ini kita sudah lalui lebih separuh Ramadhan, bulan yang sangat diberkati. Di samping melakukan amalan-amalan yang baik di bulan ini, eloklah juga kita perelokkan ilmu kita dalam masakan juga untuk hidangan yang terbaik buat keluarga kita semasa berbuka dan bersahur nanti. Kita nakkan yang TERBAIK!\n\nHari ni nak bercakap sikit pasal kacang hijau. Ada yang menggemari kacang hijau? Atau ada yang tak kenal pun kacang hijau tu macam mana? Aiii parah ler tak tau kacang hijau tu macam mana. Kena masuk tadika semula lerr jawabnya. Dulu-dulu cikgu sekolah korang pernah buat eksperimen kacang hijau untuk tengok percambahan dalam masa beberapa hari. Ingat tak?\n\nKacang hijau ni sejenis kekacang jugak cumanya ia warna hijau. Khasiatnya memang tak perlu dirungkai lagi. Ianya kaya dengan vitamin, protein, serat, kalsium dan lemak yang baik untuk tubuh badan kita. Cuma, eloklah kita tidak memasaknya terlalu lama terlebih empuk untuk memastikan kandungan gizi di dalamnya tidak berkurangan.\n\nKali ini, kami kongsikan resepi bubur kacang hijau sedap dari Akak Zainal Abidin di Facebook. Resepi ni sangat klasik dan bakal memukau deria hidu jiran-jiran sebab baunya sangat harum tau. Nak tau rahsia bubur kacang hijau yang sangat harum? Jom layan resepi kat bawah. Tak susah pun, senang sangat!\n\nKacang hijau\nGula pasir\nDaun pandan\nSantan\nGaram\nAir secukupnya\n\nDah boleh makan.. sedap dicicah dengan roti atau pulut.. \ud83d\ude0b\ud83d\ude0b\n\nSelain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Makanan sunnah semakin mendapat perhatian di kalangan rakyat Malaysia yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Kalau beberapa tahun yang lalu, perkataan makanan sunnah mungkin agak asing, namun hari ini sebut sahaja makanan sunnah, pastinya secara automatik anda akan terfikir tentang kurma, buah delima, buah tin, dan sebagainya. \n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan khasiat makanan sunnah yang sangat baik untuk tubuh badan dan minda manusia yang wajib anda masukkan dalam diet seharian.\n\nBila berbicara tentang kurma, ia sememangnya makanan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah. Kurma yang paling digemari oleh baginda ialah dari jenis Rotab. Kurma rotab sangat lazat dan berkhasiat. Kurma juga adalah makanan para penghuni syurga. Apakah kebaikan kurma kepada kesihatan sehingga ia menjadi makanan kegemaran Rasulullah?\n\nBuah delima yang berwarna merah sememangnya sangat sedap dimakan begitu sahaja atau boleh juga dibuat jus. Tahukah anda, buah delima merupakan satu lagi makanan sunnah yang menjadi kegemaran mereka yang mementingkan kesihatan kerana di antara kebaikan buah delima untuk kesihatan ialah:\n\nDidalam Al-Quran terdapat sebuah surah yang bernama Surah At-Tin dimana Allah bercerita tentang buah tin dan buah zaitun yang menjadi makanan penghuni syurga. Apakah khasiat buah tin sehingga diangkat sebagai makanan di dalam syurga? Di antara kebaikan buah tin untuk tubuh badan ialah:\n\nDidalam surah At-Tin juga ada disebut tentang buah zaitun. Kebiasaannya anda akan menjumpai buah zaitun sebagai topping pizza. Tahukah anda bahawa di antara kebaikan buah zaitun ialah:\n\nItulah dia tadi info tentang makanan sunnah yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang panduan piramid makanan, makanan protein, dan makanan karbohidrat."
"Bangun tidur, rasa mata tak berapa selsesa. Pedih dan sakit. Bila pandang cermin, biji mata nampak kemerah-merahan. Kemungkinan besar anda sedang sakit mata. Macam mana tiba-tiba boleh kena sakit mata? Jom kami kongsikan info tentang punca sakit mata yang anda wajib tahu.\n\nTerdapat pelbagai punca anda mendapat sakit mata. Di antaranya ialah:\n\nUlser kornea ialah radang pada kornea mata yang berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman. Ulser kornea merupakan satu keadaan serius yang boleh menyebabkan anda hilang penglihatan atau menjadi buta. Jangkitan kuman pada kornea mata berlaku apabila kuman memasuki kornea melalui\u00a0 sebarang luka atau kecederaan yang berlaku di permukaan kornea.\n\nJangkitan yang berlaku akan menyebabkan anda sakit mata. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, jangkitan tersebut boleh merebak jauh ke dalam mata sehingga menyebabkan anda menjadi buta. Di antara tanda ulser kornea ialah:\n\nGlaukoma akut terjadi kerana berlakunya peningkatan tekanan secara mendadak kepada bola mata disebabkan oleh masalah pengaliran cecair. Kesannya, bola mata menjadi keras, tidak kenyal, lalu menyebabkan kesakitan yang amat dahsyat.\u00a0Ia dianggap sebagai kes kecemasan bagi penyakit mata.\n\nSekiranya tidak dirawat dengan cepat, pesakit boleh menjadi buta. Di antara simptom glaukoma akut ialah:\n\nIa merupakan keradangan yang berlaku pada\u00a0lapisan dalam mata seperti iris, badan siliari dan koroid. Uveivitis berlaku disebabkan oleh\u00a0penyakit sistemik seperti radang sendi, jangkitan kuman dan juga kanser. Ia boleh menyerang satu atau kedua belah mata.\n\nUveititis tidak boleh berjangkit pada orang lain. Kebiasaanya mereka yang sakit mata disebabkan oleh iveititis mengalami kemerahan berupa tompokan merah di sekeliling kornea. Di antara simptom uveititis ialah:\n\nIa adalah keadaan di mana mata anda menjadi sakit disebabkan oleh alahan kepada sesuatu seperi habuk, udara, pewangi bilik, pencuci pakaian, atau bahan dalam alat solekan mata seperti eye shaadow, maskara dan eye liner.\n\nDemam alergi juga boleh menyebabkan anda sakit mata.\n\nSalah satu punca sakit mata ialah mata anda telah dijangkiti oleh bakteria seperti Staphylococci sp dan Stretoccooci.sp.\n\nIni adalah keadaan di mana kelenjar mata di dalam kelopak mata anda menjadi tersumbat lalu menyebabkan keradangan pada kelopak mata. Apabila ia berlaku, mata anda akan mula menjadi merah dan terasa sakit.\n\nGeseran kuat pada kornea\u00a0mata akan menyebabkan mata anda rasa sakit dan pedih yang amat sangat sehingga tak boleh membuka mata.\n\nKehadiran bendasing seperti habuk, kotoran, dan sisa alat solekan juga boleh menyebabkan anda sakit mata.\n\nKalau anda suka mnggosok mata, anda boleh menyebabkan mata anda sakit akibat geseran yang kuat & jangkitan kuman dari tangan yang tidak bersih.\n\nMata yang memandang skrin komputer terlalu lama dan tidak mendapat tidur yang secukupnya juga akan sakit.\n\nAnda boleh mencegah sakit mata dengan mengamalkan tips-tips berikut:\n\nJika anda bekerja di hadapan komputer, pastikan anda tidak mengadap skrin komputer dengan jarak yang terlalu dekat. Pastikan juga anda tidak mengdapat komputer untuk tempoh yang lama tanpa berehat. Setiap 30 minit, berehat sebentar. Pandang keliling pejabat. Pandang kehijauan di luar tingkap. Atau bersembang sebentar dengan rakan sebelah meja anda.\n\nJiki anda memakai contact lense, pastikan membasuh tangan dengan bersih sebelum membuka atau memakai contact lense.\n\nMenggosok mata boleh mencederakan kornea mata & menyebabkan jangkitan kuman\n\nJika anda memakai contact lense, pastikan anda menjaga kebersihannya dengan betul. Tukar mengikut masa yang ditetapkan. Jangan tidur sambil memakai contact lense.\n\nSelalu membuat pemeriksaan mata dengan optometris untuk mengawal penyakit mata seperti glaukoma,\u00a0kerosakan mata akibat diabetis, dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia.\n\nApabila keluar di tengah panas terik, jangan lupa untuk memakai cermin mata hitam untuk melindungi mata daripada sinaran uv matahari.\n\nMerokok meningkatkan risiko anda menjadi buta akibat penyakit katarak, penyakit degenerasi makula , saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina, dan saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina. Merokok sememangnya membahayakan kesihatan.\n\nPastikan anda mengamalkan makanan seimbang untuk menjaga kesihatan, terutamanya kesihatan mata. Makanan yang kaya dengan vitamin A dan lemak asid omega 3 seperti lobak merah, bayam, brokoli,\u00a0 salmon, tuna sangat baik untuk mata anda.\n\nItulah dia info tentang sakit mata yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua hilangkan sakit mata, petua hilangkan ulser mulut, dan petua hilangkan migrain."
"Posisi tidur adalah amat penting dalam kesihatan. Terutamanya ketika hamil. Salah sedikit sahaja, ia mampu memberi kesan kepada kandungan. Mungkin ada yang tertanya posisi tidur ibu hamil mana yang terbaik bukan?\n\nJadi posisi tidur hamil mana yang terbaik?\n\nTidur mengiring adalah yang terbaik semasa hamil. Khususnya, tidur mengiring di sebelah kiri supaya . Tidur mengiring sebelah kiri banyak manfaatnya. Antaranya adalah dapat meningkatkan aliran darah seterusnya memudahkan aliran nutrien ke plasenta. Ia juga membantu buah pinggang anda untuk lebih cekap untuk membuang bahan buangan dan cecair dari badan. Kesannya ia mengurangkan bengkak di buku lali, kaki dan tangan.\n\nAdalah satu cadangan yang baik untuk memulakan latihan diri di awal kehamilan untuk tidur di sebelah kiri anda. Sudah tentu pada peringkat awalnya agak sedikit sukar. Anda mungkin cenderung beralih dari sisi ke sisi.\n\nAnda dilarang tidur dengan berbaring menegak itu sepanjang kehamilan. Banyak kesan negatifnya.\n\nApabila anda tidur cara tersebut, berat rahim akan beralih kepada tulang belakang, otot belakang, usus, dan saluran darah utama. Ini boleh membawa kepada sakit otot dan sakit, buasir. Peredaran anda juga turut terjejas dan boleh mengurangkan peredaran darah ke bayi anda.\n\nLagi tips Posisi Tidur Ibu Hamil"
"Ketahui tanda hati hitam. Kebaikan seringkali membuatkan hati seseorang manusia itu tenang, manakala hati yang penuh keburukan akan menjadikan seseorang itu gelisan dan tidak tenteram.\n\nPada awalnya, setiap hati manusia itu adalah putih dan bersih, namun setiap kali melakukan dosa akan tertinggal satu titik hitam dan kesan tersebut menjadi bertambah banyak apabila melakukan lebih banyak dosa yang yang lain. Dan jika tidak dibersihkan semula hati tersebut menjadi semakin hitam, keras serta tidak takut melakukan apa-apa dosa lagi.\n\nImam al-Ghazali\u00a0 pernah menyatakan bahawa tanda hati sudah mula hitam,\u00a0 apabila berbuat dosa, kita tak rasa bersalah, hilang kemanisan beribadah dan, hati yang tidak makan nasihat.\n\nTerdapat banyak petanda apabila hati seseorang sudah menjadi hitam, antaranya;\n\n#1 Meninggalkan Solat Tanpa Rasa Salah\n\nSolat, jika ditinggakan sekali sahaja, dosanya sudah sangat besar. Bahkan sedikit demi sedikit cahaya keimanan akan ditarik sehinggalah dia tidak berasa apa-apa salah lagi jika tidak bersolat. Apatah lagi jika tidak mendirikan solat banyak kali, sudah pasti semakin berganda dosa yang diterima.\n\n#2 Tidak Gelisah Saat Tidak Melakukan Ibadah\n\nHati yang mati adalah tidak merasa gelisah jika tidak melakukan apa-apa ibadah, bahkan tidak menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.\n\n#3 Tetap Tenang Walaupun Melakukan Dosa\n\nHati yang hitam tetap akan tenang kerana dosa-dosanya telah menutup hati, dan dengan itu mereka tidak berasa apa-apa kesalahan lagi. Bahkan tetap berasa tenang tanpa gusar kerana sudah menjadi kebiasaan baginya.\n\nHati yang telah hitam tidak akan tersentuh atau terpengaruh dengan ayat-ayat suci al-Quran, bahkan berpaling darinya. Berbeza dengan umat mukminin, hati mereka akan bergetar jika mendengar atau membaca ayat-ayat al-Quran.\n\n\u201cMaka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.\u201d\u00a0\n\n#5 Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama\n\nHati yang hitam berasakan tidak perlu memikirkan soal agama dan masa yang ada dihabiskan untuk melakukan hal lain.\n\n\u201cMereka itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.\u201d \n\nHati yang hitam adalah sahabat baik dalam hal yang berunsur maksiat. Ini kerana tidak ada rasa takut dan bersalah dalam hati pemiliknya. Bahkan tidak terbuka hati untuk mempercayai azab dan balasan atas perbuatan mereka.\n\nGolongan yang memiliki hati yang hitam ini sangat tidak gemar mendengar nasihat atau kebaikan lain. Jika dengar pun, bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.\n\n#8 Mudah Bersangka Buruk, Memfitnah dan Mengumpat\n\nDari hati yang hitam itu akan lahir ke mulut dengan kata-kata yang buruk, begitulah sebaliknya. Kata-kata itu adalah pernan penting menunjukkan hati seseorang. Fitnah, mengumpat, mengeji itu dengan perlahan-lahan akan terus mematikan hati seseorang.\n\n#9 Tidak Takut Peringatan Kematian dan Azab di Akhirat\n\nSebuah hati yang telah mati, tidak akan melihat apa-apa peringatan bahkan tidak memiliki sedikitpun\u00a0 rasa takut serta kesal. Disebabkan itulah mereka berterusan melakukan dosa dan kesalahan.\n\nHati yang hitam sangat cintakan dunia dan melakukan apa-apa sahaja untuk memiliki dunaiawi. Tidak takut dan ingat akan kematian dan tidak sedar dunia ini akan berakhir kelak.\n\n#11 Tidak Terpengaruh Hatinya Dengan Pelbagai Ujian, Musibah Dan Cubaan \n\nHati yang hitam sememangnya tidak pernah terpengaruh jika Allah \u00a0menurunkan ujian dan dugaannya. Baginya itu adalah satu musibah yang diikuti dengan cercaan dan tidak pernah mengambil iktibar daripadanya.\n\n\u201cDan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?\u201d\n\n#12 Tidak Pernah Bersyukur Kepada Allah\n\nJauh sekali untuk bersyukur, tetapi lebih banyak mengeluh kesah dan merungut. Bahkan sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian yang Allah SWT kurniakan kepadanya.\n\nSelain dekat dengan\u00a0 perbuatan dosa dan meremehkan kemaksiatan. Hati yang hitam tidak kenal atau tidak tahu membezakan sesuatu hal yang ma\u2019ruf dan munkar. Bahkan tidak pernah mendekatkan diri dengan kebaikan dan kebajikan.\n\n#14 Membenci Orang Alim dan Para Ulama\n\nPemilik hati yang hitam tidak menyukai golongan yang baik yang bertentangan dengannya. Ini kerana mereka tidak menyukai perkara baik yang disampaikan seperti kata-kata atau perbuatan yang baik serta ajakana melakukan kebaikan yang sangat merimaskan baginya.\n\n#15 Berasa Tenang Dengan Kesusahan Orang Lain\n\nPendek kata hati yang hitam ini sudah tidak ada apa-apa perasan yang menjurus kepada simpata, kasihan serta empati terhadapa kesusahan orang lain. Perasaan hasad dengki, cemburu, khianat lebih menguasai dirinya, bahkan apa yang penting hanyalah kegembiraan dan kepuasan hatinya sendiri.\n\nDalam menangani hati yang hitam ini, Allah sentiasa membuka pintu kepada hamba-Nya yang ingin pulang ke pangkal jalan. Dengan itu, hati yang hitam ini boleh dibersihkan dan dirawat dengan diri sendiri yang mahu pulang \u00a0kepada-Nya. Selain itu, terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membersihkan hati, antaranya;\n\nPenutup: Jangan biarkan hati terus menjadi rosak\n\nHati adalah segumpal darah yang sangat penting dalam jasad manusia, juga untuk jiwa dan rohani yang baik. Hanya kerana hati menentukan baik atau buruknya seseorang.\n\n\u201cKetahuilah, dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Jika segumpal daging itu baik, seluruh tubuh akan baik. Jika daging itu rosak, seluruh tubuh juga akan rosak. Ingatlah, segumpal daging itu adalah sebuah hati.\u201d\n\nSama pentingnya jika kita gagal menjaga hati dengan baik, barangkali hati boleh menjadi keras, hitam atau mati. Jadi, hati mestilah dijaga dan sentiasa dibersihkan sebagai cerminan kepada kita sendiri. Oleh itu, jangan sesekali biarkan hati menjadi rosak, kerana untuk mengubatinya adalah lebih sukar.\n\nSemoga anda menyukai artikel tentang tanda hati hitam. Jemput juga membaca artikel-artikel menarik kami yang lain, anda mungkin menyukai artikel Sikap Perlu Ada Pada Anak\u00a0 dan Ayat Al-Quran Tentang Kesedihan"
"Sebagai\u00a0 orang islam, sebelum hendak menikah anda wajib tahu jenis nikah yang dilarang di dalam Islam. Sebagai seorang yang beragama Islam juga, kita patut tahu jenis-jenis nikah yang diharamkan. Kita kena ambil peduli yang tidak semua jenis pernikahan itu dibenarkan dalam Islam.\n\nPerkara ini juga sangat penting untuk diketahui oleh semua pasangan yang bakal menikah.\u00a0 Sebab itulah sebelum menikah setiap pasangan wajib memantapkan ilmu perkahwinan terlebih dahulu. Ilmu sebegini amat penting untuk mengelakkan dari melakukan kesilapan ketika menikah.\n\nAda Beberapa Jenis Nikah Yang Dilarang Dalam Islam Yang Wajib Anda Tahu\n\nJusteru itu, anda wajib tahu apa jenis-jenis nikah\u00a0 yang tidak dibenarkan di dalam islam . Ada beberapa jenis perkahwinan ini pernah berlaku dalam masyarakat kita. Untuk kebaikkan semua anda perlulah elakkan dari perkara sebegini berlaku dalam masyarkat kita. Antaranikah tersebut ialah:\n\nMungkin tidak ramai yang pernah mendengar nikah Syighar. Nikah syighar ini ialah wali yang meletakkan syarat pertukaran atau pejanjian lain sebelum nikah tersebut berlaku.\n\nSebagai contoh lelaki A bersetuju menikahkan anaknya dengan lelaki B tetapi dengan syrat lelaki B wajib menyerahkan ke semua hartanya kepada lelaki A. Jika ini berlaku maka ia di kategorikan sebagai nikah yang dilarang di dalam islam\n\nNikah tahlil ini sebenarnya sering kali berlaku dalam masyarakat kita. Nikah tahlil atau dalam erti kata lain nikah cina buta adalah antara nikah yang sangat terkenal dalam dalam masyarakat kita.\n\nNikah Tahlil berlaku apabila seorang lelaki telah belah berkahwin dengan seorang wanita dan kemudian menceraikan wanita tersebut dengan talak tiga. Kemudian lelaki tersebut meminta lelaki lain bernikah dengan bekas isterinya hanya semata-mata hendak kembali semula dengan bekas isterinya.\n\nNikah mut\u2019ah juga merupakan antara nikah yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat di negara kita.\u00a0 Nikah mut\u2019ah merupakan nikah kontrak. Ia kononya untuk mengelakkan dari berlakunya penzinaan.\n\nTetapi sebenarnya nikah sebegini tidak ada di dalam islam dan islam sangat melarang nikah sebegini kerana ia boleh menzalimi pasangan tersebut dan sebenarnya ia boleh menggalakkan lebih banyak penzinaan.\n\n#4 \u2013 Nikah Dengan Saudara Ibu Susuan\n\nJenis nikah yang dilarang seterusnya ialah saudara ibu susuan. Walaupun cuma sebagai saudara tetapi anda tidak boleh mengahwini mereka. Ini kerana, anda dan juga mereka\u00a0 berkongsi susuan yang sama. Justeru itu, taraf anda dan saudara susuan anda itu merupakan adik beradik dan tidak boleh berkahwin.\n\n#5 \u2013 Berkahwin Dengan Individu Yang Mempunyai Hubungan Kekeluargaan\n\nMereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan anda seperti ayah mak dan adik beradik sememangnya haram untuk di nikah. Tidak kiralah atas alasan apa sekalipun anda tidak boleh bernikah dengan keluarga terdekat. Jjika pernikahan ini terjadi, perkahwinan anda tersebut haram dan terbatal dengan sendirinya.\n\nHukum Melakukan Majlis Akad Nikah Di Masjid\n\nDi atas tadi hawa sudah menyebut beberapa jenis nikah yang dilarang dalam islam. Jadi, anda boleh jadikannya sebagai panduan untuk anda menikah nanti. Bbila anda sudah tahu apa yang dilarang ketika menikah, tibalah masa untuk anda buat majlis akad nikah.\n\nBila sebut sahaja pasal majlis akad nikah, ramai yang memilih untuk melakukan majlis di rumah atau di dewan.\u00a0 Namun begitu, timbul pula persoalan boleh ke majlis akad nikah diadakan di masjid?. Sebenarnya, majlis akad nikah di masjid atau di mana-mana tempat yang sesuai adalah dibolehkan.\n\nMalah, Islam juga membenarkan majlis akad nikah diadakan di masjid. Ia ada disebut dalam sebuah hadis \u00a0bahawa Nabi SAW menikahkan seorang perempuan di dalam masjid.\n\nDaripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u0650\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u0651\u0650\u0643\u064e\u0627\u062d\u064e \u060c \u0648\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f\u0648\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0633\u064e\u0627\u062c\u0650\u062f\u0650 \u060c \u0648\u064e\u0627\u0636\u0652\u0631\u0650\u0628\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0628\u0650\u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0641\u064f\u0648\u0641\u0650\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cHebahkanlah akan pernikahan ini dan lakukanlah ia di masjid, dan palulah (raikannya) dengan memukul gendang (di luar masjid).\u201d\n\nWalaupun di benarkan mengadakan majlis akad nikah di masjid tetapi para tetamu dan juga pasangan pengantin perlulah menjaga adab serta tata-tertib ketika berada di masjid. Antara adabnya ialah:\n\nAdab Buat Tetamu Bukan Islam Untuk Menghadiri Majlis Akad Nikah Di Masjid\n\nAda beberapa adab yang perlu di patuhi bagi tetamu BUKAN ISLAM jika mereka menghadiri akad nikah di majid. Antaranya:\n\nSebelum Hendak Menikah Pasangan Bakal Pengantin Perlulah Mempunyai Ilmu Yang Mencukupi\n\nNikah ini sebenarnya sesuatu yang amat indah. Dengan menikah ia dapat mengelakkan diri kita dari dosa dan dapat mengelakkan diri dari melakukan maksiat. Namun begitu, sebagai umat islam anda wajib tahu apa yang dilarang dilarang dalam islam mengenai akad nikah. Utamakan apa yang islam suruh dan elakkan mengamalkan adat ketika menikah yang boleh memesongkan akidah kita.\n\nItulah serba sedikit perkongsian mengenai jenis-jenis nikah yang diharamkan dalam Islam dan semoga ianya dapat memberi manfaat pada pembaca. Jemput baca juga\u00a0jenis cincin dalam perkahwinan \u00a0dan nusyuz seorang isteri."
"Anda sukakan jeruk? Mesti selalu terliur bila melintas di hadapan kedai yang menjual jeruk. Mesti hendak rasa sahaja semua jeruk itu bukan?\n\nJeruk jenis apa yang pernah anda cuba? Adakah jeruk salak, jeruk kedondong, jeruk mangga, jeruk buah pala, jeruk kundang, jeruk betik, jeruk kelubi dan banyak lagi yang lainnya. Beza buah, beza pula rasa jeruknya.\n\nPada perkongsian kali ini kami ingin berkongsikan resepi jeruk mangga kerana jeruk mangga ini banyak peminatnya. Penjerukan sendiri ialah proses pengawetan makanan dengan direndam di dalam larutan berasid (seperti cuka) atau larutan garam yang pekat.\n\nBuat sendiri jeruk dijamin rangup macam beli di kedai dan tak sebabkan batuk sebab buat sendiri mesti lebih sihat dan boleh adjust bahan. Sila cuba resepi jeruk mangga yang dikongsikan oleh Leesa Alif\u200e di laman Facebook seperti yang telah kami sunting di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi jeruk mangga, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Selalu sahaja kita buntu mencari idea untuk minum petang. Kami ada idea, apa kata anda sediakan roti puri dan sambal sardin? Rotinya amat lazat digabungkan pula dengan kepedasan sambal sardin pasti dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Langkah pembuatannya tidaklah susah dan sesiapa sahaja boleh mencubanya. Menyediakannya juga boleh menjadi salah satu aktiviti berkualiti bersama keluarga. Selain dapat menyediakan hidangan yang menyelerakan, kita juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan di antara satu sama lain. \n\nBahan \u2013 bahan untuk menyediakan juadah ini amat mudah untuk didapati serta tidak menelan kos yang tinggi. Oleh itu, anda juga boleh menyediakannya dalam kuantiti yang banyak dan hidangan ini juga amat sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu. \n\nResepi Roti Puri bersama Sambal Sardin ini telah dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!\n\nResepi Roti Puri dan Sambal Sardin\n\nNota: Bahan bertanda * hendaklah dihiris nipis\n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang \u2013 alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial."
"Jom ketahui\u00a0bahaya menggunakan minyak masak berulang kali.\n\nMasyarakat Malaysia tidak lari dari makanan yang menggunakan minyak masak sama ada untuk menggoreng, menumis dan sebagainya. Kaedah menggoreng itu pula terdapat pelbagai cara.\n\nAda yang menggoreng menggunakan minyak seadanya ataupun ada yang menggunakan kaedah \u2018deep fry\u201d iaitu kaedah memasak yang memerlukan kuantiti yang lebih sehingga terendam makanan yang hendak digorengnya.\n\nJadi, penulisan ini akan difokuskan kepada kaedah menggoreng secara \u2018deep fry\u2019. Penulisan ini tidak berniat untuk menyalahkan kaedah \u2018deep fry\u2019 ini, cumanya hanya ingin mengetengahkan isu penggunaan semula minyak berkali-kali dengan tujuan mengelakkan pembaziran minyak dan seterusnya menjimatkan kos pembelian minyak masak.\n\nTambahan pula, mulai November 2016 kenaikan harga minyak masak akibat daripada pemansuhan subsisdi minyak masak oleh pihak kerajaan merunsingkan banyak pihak terutama para peniaga makanan \u201cdeep fry\u201d.\n\nTapi rasanya bukan sahaja peniaga, di rumah-rumah juga turut menggunakan minyak masak berkali-kali. Ini kerana perkara utama yang difikirkan adalah penjimatan kos walaupun ada segelintir dari kita yang tahu tentang bahayanya penggunaan semula minyak masak ini.\n\nTapi itulah, kebanyakan nya memilih untuk berjimat dari selamat. Oleh itu, penulisan ini ditulis dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu memberi kesedaran pengguna minyak masak dalam membuat pilihan yang tepat dengan memberikan informasi berkenaan kajian berkaitan yang telah dilakukan.\n\nSedikit sebanyak mengenai minyak masak yang sering kita gunakan ini, iaitu terdapat 2 komponen minyak kelapa sawit ini, iaitu 50% saturated fat dan 50% unsaturated fat. Minyak ini kaya dengan vitamin E dan bahan antioksidan yang baik untuk badan kita dalam membaiki struktur sel yang rosak disamping mengelakkan kanser. Lawan untuk antioksidan adalah bahan yang kita panggil sebagai \u2018free radicals\u2019. Bahan free radicals inilah yang selalunya menggalakkan sel-sel kanser dalam badan untuk aktif.\n\nHasil kajian dari Fakulti Perubatan UKM (2012) mendapati bahawa kandungan vitamin E dan antioksidan yang terdapat dalam minyak masak ini amat sensitif terhadap kepanasan. Pemanasan berulang kali merendahkan kandungan vitamin E dan meningkatkan pembentukan free radicals.\n\nSelain dari mengaktifkan sel-sel kanser, free radicals yang terbentuk ini merosakkan kandungan lemak minyak tersebut yang seterusnya akan menyebabkan proses pengerasan dinding salur darah. SItuasi ini akan menyebakan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan terganggu dan seterusnya boleh mengakibatkan darah tinggi, strok dan serangan jantung seterusnya boleh membawa kepada kematian. Terma dalam perubatan adalah aterosklerosis.\n\nDalam satu kajian lain dari fakulti yang sama, mendapati minyak masak tersebut kehilangan khasiat berikutan pengurangan kandungan vitamin E kepada hampir 98% selepas lima kali digunakan untuk menggoreng. Sudahlah khasiat hilang, ditambah pula mudarat pada kesihatan. Nampak tak lebih keburukan dari kebaikan untuk penggunaan semula minyak masak ini.\n\nBerapa kali minyak goreng boleh dipakai?\n\nJadi sekiranya anda masih nak menggunakan berulang kali (tapi yang paling elok tak perlu digunakan berulang kali). Mungkin boleh dua kali sahaja. Selepas dari itu, bolehlah masukkan ke dalam botol dan boleh hantar ke pusat kitar semula. Boleh jaga kesihatan dan persekitaran. Dan boleh juga dapat duit sedikit, Sebab apa?\n\nUntuk anda yang belum tahu. Ada yang membeli tau minyak masak terpakai nih. Dari laman web USIM, minyak masak terpakai ini boleh dikitar semula untuk digunakan untuk membuat biodiesel, sabun, lilin dan sebagainya. Mereka mula menjalankan aktiviti pemgumpulan minyak masak terpakai semenjak tahun 2013 lagi.\n\nTapi anda mesti terfikir-fikirkan, di rumah bolehlah nak buat macam ini, di kedai dan di gerai-gerai macam mana. Itu dah di luar bidang kuasa kita. Sekurang-kurangnya kita sudah kurangkan peratus risiko kesihatan diri. Nak lagi kurang risiko, kurangkan lah pengambilan makanan diluar ataupun makanan bergoreng diluar.\n\nSusah untuk peniaga diluar sana tidak menggunakan semula minyak masak tersebut. Tapi tidak mustahil sekiranya peniaga itu sedar dia mudaratkan pembeli-pembelinya.\n\nJadi, sekarang anda masih nak berjimat, makan sedap ataupun memilih untuk selamat dan sihat? Pilihan di tangan anda. Duit boleh dicari kesihatan tiada tukar ganti. Elak lebih baik dari merawat. Lagipula, kos rawatan untuk penyakit-penyakit kronik yang disebutkan di atas pun bukan murah ya. Sekali lagi, pilihan di tangan anda.\n\nPenulis berharap, sekiranya anda tidak dapat langsung tidak menggunakan semula minyak masak. Sekurang-kurangnya anda sedikit sebanyak sedar penggunaan semula minyak masak perlu dikurang kan jumlah penggunaan nya. Dan kurangkan lah beli makanan bergoreng di luar. Bukan untuk siapa. Untuk anda dan keluarga anda juga.\n\nBagi penjual makanan pula, penulis faham dan tahu, kos untuk menukar minyak masak dengan kerap ini amat tinggi tetapi jauh di sudut hati penulis berharap sedikit penambahbaikkan perlu anda lakukan untuk kesihatan kita bersama. \u00a0Sekian."
"Bukan satu, bukan juga dua tetapi ada lapan jenis tepung beras di pasaran sekarang ini. Apakah jenis tepung tersebut dan kegunaannya?\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda jenis tepung beras dan kegunaannya untuk dijadikan panduan sebelum membeli dan memasak.\n\nTepung beras adalah sejenis tepung yang menggunakan bahan utama iaitu beras untuk pembuatannya. Beras ini akan melalui proses digiling sehingga halus dan kemudian ditapis atau diayak sehingga halus dan bersih.\n\nTepung beras ini juga dikatakan sebagai penganti terbaik bagi tepung gandum bagi mengurangkan risiko kerengsaan dalam sistem penghadapan kepada pengguna yang alah dengan gluten.\n\nJenis tepung beras yang dijual di pasaran\n\nNampak serupa, tetapi kesemua jenis tepung beras ini sebenarnya mempunyai ciri-ciri dan kegunaannya yang tersendiri. \n\n1. Tepung Beras Cap 1 Gajah\n\nTepung Beras Cap 1 Gajah khusus untuk mengoreng. Kita boleh gunakannya jika mahu membuat adunan untuk goreng pisang, keladi, cempedak, keledek, dan adunan gorengan berempah ikan atau ayam seperti yang dijual di mamak.\n\nDikatakan, tepung beras jenis ini sangatlah ranggup dan sesuai dalam pembuatan rempeyek serta tumpi kacang hijau atau dhal.\n\n2. Tepung Beras Cap 2 Gajah\n\nTepung Beras Cap 2 Gajah adalah tepung yang berasaskan beras campuran atau dikisar bersama dengan tepun gandum.\n\nApabila ia digunakan dalam makanan bergoreng, hasilnya akan sama ranggup seperti Tepung Cap Gajah dan juga Cap Teratai.\n\n3. Tepung Beras Cap 3 Gajah\n\nTepung Beras Cap 3 Gajah bagus dalam membuat kuih-muih tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih yang lain.\n\nHal ini disebabkan tepung ini mempu menghasilkan kuih yang lembut, berkilat dan sedap.\n\n4. Tepung Beras Cap 5 Gajah\n\nDalam pembuatan pelbagai jenis mee seperti mee laksa, pilihan yang terbaik adalah Tepung Beras Cap 5 Gajah. \n\nHal ini kerana ia mampu untuk menghasilkan tekstur yang lebih kental dan padu bagi apa jua produk makanan yang kita buat disebabkan bahannya dari 100% beras asli.\n\nTepung Beras Cap Teratai popular sebagai bahan utama dalam pembuatan kuih tradisional seperti rempeyek dan tumpi. \n\nJika anda mahu membuat apam, tepung ini tidak begitu sesuai untuk digunakan kerana kurang rasa lemak, dan tekturnya juga tidak gebu seperti biasa.\n\n6. Tepung Beras Cap 3 Teratai\n\nTepung Beras Cap 3 Teratai ini dikilangkan di Terengganu yang diproses serta dibuat dari beras kisar halus.\n\n Ia menjadi pilihan bagi peniaga yang mahu membuat kuih-muih, laksa, laksam, ikan celup tepung, dan sebagainya.\n\nTepung Beras Cap Jati adalah antara produk keluaran syarikat Jati yang dimonopoli oleh produk beras. Ia diperbuat daripada 100% beras, mesra-vegetarian dan juga disahkan Halal.\n\nTepung ini menjadi pilihan ramai dalam pembuatan pelbagai jenis kuih-muih tempatan dan tradisional.\n\nDalam senarai jenis tepung beras tadi, tentunya Tepung Beras Cap Gelang ini tidak ramai orang tahu. \n\nHanya sesetengah orang yang menggunakannya untuk membuat kuih-muih tradisional dan adunan untuk gorengan. Tepung ini terhasil dari 100% beras yang berkualiti.\n\nTahukah anda, kita sebenarnya boleh buat sendiri tepung beras di rumah dengan bahan dan proses yang lebih sihat tanpa menggunakan bahan pengawet.\n\nSelain dari jenis tepung beras dan kegunaannya ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan bahan di dapur seperti:"
"Adakah anda selalu mengalami gastrik walaupun sudah makan ubat dan jaga makan? Gastrik ini boleh terjadi kepada siapa-siapa pun tidak mengira umur dan jantina. Jika anda tidak berjumpa doktor maka gastrik anda boleh bertambah buruk. \n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai penyebab gastrik dan pantang larang yang perlu dijaga. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.\n\nUbat untuk meneutralkan asid perut yang telah dirembeskan. Asid berlebihan dalam perut boleh menyebabkan iritasi pada mukosa yang telah radang, dan menyebabkan pedih. Jika pedih perut, ambil antasid. Ini ubat pelega. Contoh: Magnesium Trisilicate (MMT).\n\n2. Ubat mengurangkan penghasilan asid perut\n\nUbat jenis ni ada pelbagai klasifikasi, namun matlamatnya satu. Kurangkan penghasilan asid. Ubat jenis ini selalunya dalam bentuk tablet. Ia adalah ubat mengawal atau mencegah simptom gastritis. Contoh: Ranitidine, Omeprazole, Nexium.\n\n3. Ubat mengurangkan perut memulas dan kejang\n\nIritasi asid pada permukaan perut menyebabkan otot perut alami kontraksi dan kekejangan. Terdapat ubat yang fungsinya untuk merelakskan otot perut maka kuranglah rasa perut memulas. Contoh: Hyosine(buscopan)\n\nUbat ini akan memecahkan buih-buih mengandungi udara yang berkumpul dalam perut. Bila buih ini pecah, maka udsra akan terbebas. Maka, ia akan mengurangkan rasa sebu dan kembung perut. Contoh: Simethicone (Hydrosil).\n\nJika dan hanya jika doktor dah periksa dan sahkan ada jangkitan bakteria helicobacter pylori pada perut anda, maka doktor akan beri antibiotik. Ujian jangkitan bakteria itu dibuat melalui ujian hembusan nafas, atau ujian darah. Contoh: Clarithromycin, Metronidazole.\n\nJangan makan ubat lain bersama antasid. Jarak masa antara ambil antasid dan pengambilan ubat lain sebaiknya, satu jam atau lebih.Ubat gasrik boleh diambil sebelum atau selepas makan. Tiada masalah. Seeloknya ubat diambil dalam langkau masa yang tetap (contoh setiap 8 jam). Selain mengambil ubat, ada beberapa pantang larang lain untuk mengelakkan akan mempercepatkan pemulihan gastritis.\n\nBila perlu jumpa doktor semula ?\n\n1. Jika dah makan ubat, tapi masih ada simptom. Kena periksa lebih lanjut.\n\n2. Sakit perut yang sangat kuat. Khuatir ada ulser/bocor/tersumbat.\n\n3. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan.\n\n4. Najis berwarna hitam. Juga tanda pendarahan dari perut. Bahaya!\n\n*Jika anda masih rasa sakit gastrik dan ia semakin teruk, lebih baik anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan ia jadi semakin teruk. Jangan pandang rendah dengan penyakit gastrik ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.\n\nJemput baca artikel lain yang menarik di laman kami :"
"Suka makan cheese tart? Ingin buat cheese tart sendiri? Tapi terhalang sukatan kerana tiada alat di rumah? Macam mana kalau cuba resepi cheese tart sukatan cawan sahaja, senang dan mudah.\n\nResepi ini senang sebabnya ia menggunakan sukatan cawan. Resepi dikongsikan oleh Siti Hajar Hashim di laman Facebook. Mulai sekarang tidak perlu risau lagi pikirkan penyukat bahan.\n\nCheese tart enak lemak manis penuh krim. Sedap dihidangkan untuk tetamu, untuk acara rumah terbuka, dijual gerenti ramai yang beli. Anak-anak mesti akan sangkut di cheese tart ini.\n\nRamai sudah yang tertunggu resepi cheese tart sukatan cawan ini. Jom lihat resepinya di bawah ini!\n\nSelain resepi cheese tart sukatan cawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak terutamanya dari segi makanan. Hal ini kerana kanak-kanak pada masa kini lebih gemar makan makanan yang tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan kepada kesihatan mereka pada masa akan datang. Contohnya, keropok, gula-gula, minuman berkarbonat dan lain-lain.\n\nMari kita hadam perkongsian daripada Dr Taufiq Razif tentang makanan yang dapat membantu prestasi otak anak-anak. \n\n5 Makanan Untuk Meningkatkan Prestasi Otak:\n\n 4 \u2013 Sayur sayuran yang bervariasi. \n\n*Ibu bapa hendaklah mengambil berat akan cara pemakanan anak-anak sejak dari kecil lagi agar apabila meningkat dewasa nanti mereka akan mempunyai tubuh badan yang sihat dan terhindar daripada segala penyakit.\n\nDiharapkan dengan perkongsian ini, akan dapat membantu ibu bapa di luar sana dalam menjaga pemakanan anak-anak mereka. Semoga ibu bapa terus bertabah dalam melayani kerenah pemakanan anak-anak.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Selalu kita makan bubur pulut hitam, pernah atau tidak terfikir dari mana ia datang dan bagaimana ia terhasil? Bagi yang tidak tahu, jom. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda serba sedikit tentang jenis beras pulut hitam yang ada dijual di pasaran dan khasiatnya pada kesihatan. \n\nBeras pulut hitam atau nama saintifiknya (Oryza spp\u00a0L) berasal dari sejenis padi pulut yang banyak ditanam di Malaysia. Ia dinamakan beras hitam oleh kerana warnanya yang hitam pekat apabila mentah.\n\nWarna hitam ini disebabkan oleh kepekatan pigmen anthocyanin yang \u200eterkandung di dalamnya.\n\nMasyarakat tempatan menggunakan pulut hitam untuk dijadikan sajian unik seperti bubur pulut hitam, kuih muih berasaskan pulut hitam dan makanan kesihatan.\n\nPadi pulut umumnya mempunyai dua jenis iaitu pulut hitam dan pulut putih. Menariknya ia bebas gluten dan tidak manis. Apabila dipanggang kering, rasa lembut dan pedas akan mula bertambah menyengat di lidah. \n\nInilah aspek yang memberi perbezaan ketara antara jenis beras pulut hitam dan beras pulut putih. \n\nBagi setiap 1/4 cawan (45 grams) beras pulut hitam, ia mengandungi nutrisi seperti di bawah ini:\n\nJenis beras pulut hitam di pasaran \n\nUmumnya terdapat tiga jenis beras pulut hitam yang ada di pasaran. Berikut adalah huraian bagi setiap jenis yang ada. \n\nBeras pulut hitam adalah beras pulut panjang yang banyak ditemukan di kebanyakkan negara Asia Tenggara. \n\nBagi makanan tradisional atau juadah pencuci mulut seperti bubur, memang beras ini sangat sesuai digunakan dan menjadi pilihan ramai. \n\nBeras Japonica hitam adalah campuran beras Japonica hitam dan beras merah sederhana. Ia bagus untuk membuat salad nasi. Selain daripada itu, ia juga merupakan makanan ruji dalam diet pemakanan orang Jepun.\n\nBentuknya pendek dan hampir bulat. Apabila dimasak, nasinya akan berderai tetapi tekturnya lembut dan sedikit melekit jika handak dibandingkan dengan beras yang lain. \n\nBeras hitam Cina ditanam di negara China dan banyak dimakan sebagai bubur. Jenis beras hitam ini tidak melekat seperti beras hitam yang lain. \n\nMenurut kepercayaan masyarakat mereka, mereka percaya akan khasiatnya yang berupaya mengubati berbagai jenis penyakit, dan amat baik untuk \u200ekesihatan ginjal, perut dan hati.\n\nNama lain bagi beras ini adalah \u201cberas terlarang\u201d. Kedengaran agak pelik tetapi uniknya nama ini diambil sewaktu\u00a0pemerintahan Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing di China dulu, dimana beras ini hanya \u200emilik maharaja.\n\nRakyat biasa tidak boleh memakan beras ini atau jika tertangkap mereka akan dihukum mati. \n\nPerbezaan beras hitam dan beras perang\n\nKhasiat beras pulut hitam dalam kehidupan\n\nKhasiat pada beras pulut hitam menjadikan ia pilihan yang digemari oleh ramai orang. Masyarakat Cina zaman dulu malah turut mengakui khasiat yang ada padanya. \n\nAntara khasiat yang sering dikaitkan dengan beras pulut hitam adalah seperti:\n\nSelain dari info mengenai jenis beras pulut hitam ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:"
"Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba anda sakit gigi. Dah lah tengah mengandung. Jenuh nak tahan sakit. Jangan risau. Anda boleh amalkan 20 petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung tanpa ubat tahan sakit yang berikut.\n\nIsikan air banas ke dalam botol atau anda boleh gunakan hot water bag. Tuamkan pipi pada bahagian gigi yang sakit.\n\nSelain air panas, tuaman dengan ais juga sangat membantu untuk menghilangkan sakit gigi semasa mengandung. Anda boleh gunakan ais yang dibungkus dalam kain tuala atau ice pack.\n\nRendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.\n\nCampuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai antibakteria, anti-radang dan pelali. Campur garam dan lada hitam dalam kuantiti yang sama dengan beberapa titik air untuk menjadi pes. Letakkan bahan ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Ulang setiap hari sehingga rasa sakit berkurangan.\n\nGigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.\n\nAmbil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan ke gigi yang sakit.\n\n7. Daun salam & bunga cengkih\n\nDaun salam dan bunga cengkih adalah salah satu petua hilangkan sakit gigi yang boleh anda cuba. Bahan-Bahan yang diperlukan ialah 3 biji bunga cengkih,\u00a05 helai daun salam, dan air secukupnya. Cara membuatnya, panaskan air sehingga mendidih. Masukkan helaian daun salam dan bunga cengkih ke dalam periuk. Rebus sehingga air rebusan mendidih dan mengeluarkan aroma wanginya.\n\nGunakan untuk berkumur pada setiap waktu sebelum tidur, insha Allah sakit gigi anda akan semakin berkurangan.\n\n8. Air garam & limau nipis\n\nRebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.\n\n9. Daun sirih & bunga cengkih\n\nPetua hilangkan sakit gigi\u00a0yang seterusnya\u00a0 adalah dengan menggunakan daun sirih dan bunga cengkih. Bunga cengkih mengandungi anti inflamasi, anti bakteria, antioksidan dan bersifat sebagai antibiotik yang boleh menyembuhkan luka dan membunuh bakteria pada gigi berlubang. Rebus kedua bahan ini, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur. Ulang sehingga sakit gigi anda sembuh.\n\nBawang putih adalah petua tadisional yang sering digunakan untuk mengubati sakit gigi. Hal ini kerana bawang putih mengandungi\u00a0allicin\u00a0yang bersifat anti radang mampu bertindak mengurangkan kesakitan pada gigi. Caranya ialah dengan menghancurkan dua ulas bawang putih dan garam sehingga lumat. Kemudian, lumurkan pada bahagian yang sakit selama 30 minit. Ulangi dalam 4 kali sehari jika perlu.\n\nAda 2 cara untuk anda menghilangkan sakit gigi dengan menggunakan daun jambu batu. Cara pertama, anda boleh terus mengunyah daun jambu batu. Tak lama selepas mengunyah, anda akan mula berasa kebas dimulut lalu sakit gigi anda akan hilang.\n\nCara kedua ialah dengan merebus daun jambu batu bersama sedikit garam dan dijadikan sebagai air kumuran.\n\nTeh hitam yang pekat dipercayai dapat membantu menghilangkan sakit dengan cara mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai digunakan untuk berkumur. Selain itu, anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam untuk dituamkan pada gigi yang sakit untuk kelegaan sementara membuat temujanji dengan doktor.\n\nTitiskan esen vanila ke kawasan gigi yang sakit. Sakit gigi anda akan reda.\n\nAsam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.\n\nAmbil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.\n\nSetelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.\n\n16. Bersihkan mulut sekerap yang mungkin\n\nMuntah-muntah bukan sahaja membuatkan anda lemah, malah memberi kesan buruk pada kesihatan gigi. Muntah mengandungi asid yang mampu menghakis permukaan enamel pada gigi jika dibiarkan dalam mulut. Permukaan enamel yang terdedah menyebabkan masalah gigi sensitif. Selepas\u00a0muntah-muntah, pastikan anda bersihkan mulut. Lagi baik jika anda memberus gigi.\n\n17. Elakkan makanan terlalu panas atau sejuk\n\nGigi akan terasa lebih sensitif sewaktu mengandung kerana perubahan hormon\u00a0 dalam badan. Elakkan makanan yang boleh menjadi punca kepada gigi sensitif seperti makanan dan minuman yang terlalu panas atau sejuk.\n\nJangan gunakan alasan\u00a0\u2018makan\u00a0untuk dua orang\u2019 untuk anda makan banyak terutamanya makanan manis danhttps://web.telegram.org/#/im tidak berkhasiat. Elakkan makanan bergula untuk kesihatan badan dan gigi.\n\nTukarkan gula buatan dalam makanan dan minuman kepada gula semulajadi pada buah-buahan. Pengambilan gula bukan sahaja tidak baik untuk badan, malah memberi kesan pada gigi dengan pembentukan asid pada permukaan gigi dan seterusnya membuatkan gigi berlubang.\n\nPengambilan kalsium yang mencukupi amat penting untuk kesihatan ibu mengandung dan anak.\u00a0Kekurangan kalsium membuatkan gigi mudah berlubang terutamanya sewaktu kehamilan. Oleh itu, tingkatkan kalsium pada diet harian. Pil supplemen kehamilan hanya merangkumi 10% kalsium harian. Tambahkan kalsium pada makanan seperti yogurt, susu soya dan tauhu untuk kesihatan optimum bayi dan anak.\n\nSelain sakit gigi ketika hamil, ibu juga amat cenderung untuk terkena penyakit gusi. Hal ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang membuatkan badan kurang bertindak melawan bakteria pada gusi. Jika tidak dirawat, kesihatan gusi akan menjadi lebih teruk dan akan menyebabkan\u00a0gingivitis.\u00a0Lebih 50% ibu mengandung tidak terkecuali terkena penyakit ini.\n\nItulah dia 20 petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat kepada anda."
"Memilih seterika terbaik adalah sangat penting kerana seterika merupakan alatan elektrik di rumah yang kerap anda gunakan. Setiap pagi anda perlu menyenerika pakaian untuk dipakai ke pejabat dan pakaian sekolah anak. Memilih seterika yang salah akan menyebabkan anda mengambil masa yang lama untuk menggosok pakaian.\n\nMalah ia juga akan menyebabkan bil elektrik anda melambung tinggi. Paling sedih, pakaian kegemaran anda akan berlubang akibat hangus terkena seterika yang terlalu panas. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips memilih seterika yang terbaik untuk rumah anda.\n\n1. Pilih seterika berwap berbanding seterika biasa\n\nRasanya anda pun tahu tentang perkara ini, seterika berwap atau steam iron adalah lebih baik berbanding seterika biasa. Ini kerena steam iron akan memudahkan kerja anda. Apabila anda menggosok permukaan baju, permukaan yang sebelah lagi juga akan digosok secara automatik. Anda cuma perlu gosok sebelah sahaja. Mudahnya!\n\nTambahan pula, penggunaan seterika yang mempunyai wap akan membuatkan baju anda lebih cepat hilang kedutan kerana adanya wap panas yang keluar daripada seterika tersebut. Ianya tidak sama seperti menyemburkan air ke atas baju yang biasa anda lakukan. Ini kerana air yang anda sembur hanya melekat di permukaan baju dan suhunya adalah sejuk. Sementara stim dari steam iron adalah panas dan menembusi fabrik sehingga ke lapisan di bawah. Hebat tak hebat steam iron ni?\n\nNak tahu 4 iron steam terbaik di pasaran Malaysia sekarang? Jom kami senaraikan sebagai panduan anda.\n\n2. Jika menggunakan seterika bukan wap, pilih seterika yang ringan\n\nKami faham. Tak semua orang mampu untuk membeli iron steam yang mahal harganya. Jika anda cuma mampu membeli seterika biasa, tak mengapa. Jangan bebankan diri membeli seterika dengan harga di luar kemampuan anda. Tujuan anda membeli seterika ialah untuk menggosok baju. Tak kisahlah anda tak gunakan steam iron sekali pun, apa yang paling penting anda tak kelua rumah dengan baju yang berkedut seribu.\n\nJika anda membeli seterika biasa, elakkan daripada memilih seterika yang berat. Pilih seterika yang ringan. Dulu-dulu kita biasa dengar orang kata, kalau nak beli seterika pilih yang berat kerana kononnya lagi berat seterika, lagi cepat baju anda jadi licin.\n\nHakikatnya, apabila anda menggosok baju, kedutan pada baju anda hilang disebabkan oleh kepanasan yang dikeluarkan oleh seterika. Bukannya disebabkan oleh berat seterika itu sendiri. Malahan, seterika yang berat akan menyebabkan tangan anda menjadi lenguh dengan cepat. Nak-nak lagi kalau anda jenis suka seterika baju untuk seminggu sekali gus.\n\nOleh itu, jangan siksa diri dengan menggunakan seterika yang berat. Pilih seterika paling ringan yang anda boleh jumpa. Tangan anda tak mudah lenguh, tenaga anda pun tak habis semata-mata nak mengangkat seterika yang berat.\n\n3. Pilih seterika yang ada logo SIRIM\n\nIni adalah perkara yang sangat penting. Apabila membeli seterika, pilih seterika yang anda logo SIRIM pada kotaknya. Logo SIRIM bermakna seterika tersebut telah melalui ujian SIRIM dan didapati ianya memenuhi piawaian SIRIM dan selamat untuk anda gunakan tanpa risiko seperti meletup atau kebakaran.\n\n4. Pilih seterika dari jenama yang dipercayai\n\nKami nasihatkan supaya anda memilih seterika dari jenama yang boleh dipercayai dan telah lama ada di pasaran Malaysia. Pilih jenama seterika yang dikenali ramai. Dewasa ini terdapat lambakan barangan elektrik tidak berjenama yang datang dari negara China. Membeli seterika tidak berjenama yang datang dari China akan membuatkan anda berisiko tinggi untuk mengalami perkara yang tidak diingini.\n\n5. Pilih seterika yang mempunyai logo 5 bintang Suruhanjaya Tenaga\n\nSeterika yang mempunyai logo Suruhanjaya Tenaga bermaksud ianya telah diuji dan terbukti sebagai alatan elektrik yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Menggunakan alat elektrik jimat tenaga akan menjimatkan bil TNB anda setiap bulan. Berkenaan logo dari suruhanjaya Tenaga, semakin banyak bintang yang diperolehi bermakna semakin jimat alatan tersebut. Maksimum ialah 5 bintang. Oleh itu, pilih seterika yang mendapat 5 bintang dari Suruhanjaya Tenaga.\n\n6. Pilih seterika yang dibuat dari besi tahan karat\n\nPerasan tak, biasanya lama-kelamaan seterika yang telah lama digunakan akan mengalami masalah karat. Karat pada seterika akan melekat pada baju. Oleh itu, pilih seterika yang dibuat dari besi tahan karat untuk mengelakkan daripada ia mudah berkarat.\n\nItulah dia tips pilih seterika terbaik yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda."
"Sembelit sememangnya sangat menyiksakan. Tak kisah sama ada ia berlaku kepada orang dewasa atau kanak-kanak, ianya merupakan satu keadaan yang sangat menyakitkan. Lagi siksa sekiranya sembelit berlaku kepada ibu berpantang yang baru bersalin. \n\nAdakah sembelit merbahaya kepada anda? Yang sebenarnya, sembelit bukanlah sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan anda kecuali sekiranya perkara-perkara berikut berlaku kepada anda:\n\nApakah punca sembelit? Adalah sangat penting untuk kita mengetahui punca sembelit supaya boleh mengelakkannya daripada berlaku.\n\nHormon yang menggila dalam tubuh badan boleh menjadi salah satu daripada punca sembelit berlaku. Sebagai contoh, ibu yang baru bersalin akan mengalami perubahan hormon secara mendadak lalu menyebabkan ramai ibu dalam pantang yang mengalami masalah sembelit. Berita baik untuk anda, sekiranya sembelit yang anda alami adalah berpunca daripada ketidakstabilan hormon, sembelit anda akan hilang dengan sendiri apabila hormon anda kembali stabil.\n\nKetahuilah bahawa kurang minum air kosong merupakan punca sembelit yang paling kerap berlaku di Malaysia. Apabila anda kurang minum air daripada yang sepatutnya, secara automatik badan anda akan menjadi kering. \n\nKesannya, usus akan menyerap air secara berlebihan daripada najis anda menyebabkan najis anda menjadi keras lalu sembelit. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya setiap hari bagi mengelakkan berlakunya sembelit yang menyakitkan.\n\n3. Kurang pengambilan serat dalam diet seharian\n\nSerat atau fiber adalah sangat penting dan perlu diambil dengan secukupnya setiap hari. Salah satu kesan kekurangan serat dalam diet seharian adalah masalah sembelit. Dari mana anda boleh mendapatkan serat? Serat boleh didapati daripada sumber berikut:\n\n4. Menahan daripada membuang air besar dalam tempoh yang lama\n\nSatu lagi punca sembelit ialah akibat daripada perbuatan menahan daripada membuang air besa dalam tempoh yang lama. Perkara ini biasanya berlaku kepada golongan kanak-kanak. \n\nAda masanya mereka terlupa untuk membuang air besar lalu menyebabkan najis menjadi keras lalu sembelit. Oleh itu, perhatikan anak anda. Pastikan mereka membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari bagi mencegah sembelit.\n\nMungkin fakta yang ini kedengaran seperti kelakar. Macam tak masuk akal. Kedengaran seperti kata orang tua zaman dahulu yang tidak mahu anak cucu minum teh o kerana ianya mahal. \n\nNamun tahukah anda bahawa dalam teh sememangnya terdapat bahan yang boleh menyebabkan najis anda menjadi terlalu keras lalu menjadi punca berlakunya sembelit. Oleh itu, jika anda kerap sembelit, elakkan daripada minum teh.\n\n6. Terlalu banyak duduk dan kurang bergerak\n\nPunca sembelit yang ini pastinya membuatkan anda terkejut. Terlalu banyak duduk dan kurang bergerak juga boleh menyebabkan anda mengalami masalah sembelit. Ini kerana apabila anda aktif bergerak, pergerakan usus juga akan meningkat lalu mengurangkan risiko anda menghadapai sembelit. \n\nOleh itu, jika anda selalu sembelit dan kurang bergerak, berubah sekarang. Rajinkan diri untuk berjalan, dan bukannya duduk menghadap handphone atau televisyen selama berjam-jam setiap hari.\n\nPunca sembelit yang seterusnya ialah angin berlebihan yang ada dalam tubuh badan. Angin yang terlalu banyak dalam badan akan menyebabkan berlakunya masalah penghadaman, abdominal cramp, kembung perut, dan sembelit. \n\nOleh itu, jika anda mempunyai masalah sembelit dan dalam masa yang sama terasa seperti banyak angin dalam badan, anda boleh berikhtiar dengan mencari tukang urut.\n\nTekanan perasaan juga boleh menjadi punca sembelit. Oleh itu, kawal stress anda agar ia tidak menjadi terlalu serius sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan anda.\n\nBagi ibu yang baru melahirkan, trauma selepas melahirkan anak juga boleh menjadi punca sembelit. Trauma yang berlaku kepada tubuh badan anda akan menyebabkan berlakunya sembelit. Bagi sembelit yang berlaku disebabkan oleh trauma, keadaan akan pulih selepas tiada lagi trauma.\n\n10. Kekurangan zat besi dalam badan\n\nPunca sembelit yang terakhir ialah kekurangan zat besi dalam badan. Kekurangan tersebut akan menyebabkan najis anda mengeras dan berketul, dan anda kurang bertenaga untuk meneran. Masalah ini selalunya berlaku kepada ibu yang sedang mengandung memandangkan bayi dalam kandungan menyerap semua zat dan khasiat dari badan ibu.\n\nBerikut adalah makanan tinggi zat besi yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah ini: \n\nItulah dia info tentang punca sembelit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua hilangkan sembelit bayi dan petua hilangkan sembelit dengan daun lidah buaya."
"Hari ini kami bawakan sebuah resepi yang amat istimewa iaitu resepi ketam masak lemak cili api. Tahukah anda, resepi ini amat mudah untuk disediakan? \n\nKetam masak lemak cili api boleh dijadikan sebagai masakan tengah hari ataupun makan malam. Dengan resepi ini, anda boleh menyediakannya sendiri serta ianya lebih bersih dan harganya juga sudah tentu lebih jimat. \n\nTanpa membuang masa, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Eqin Norzan di Facebook milik beliau.\n\nResepi Ketam Masak Lemak Cili Api\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nAda pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!"
"Kehadiran lalat di dapur atau kedai makan bukan sahaja mengganggu ketenteraman malah dikhuatiri akan membawa penyakit. Lalat akan semakin banyak pada musim panas memandangkan ia akan membiak dengan lebih cepat pada suhu yang panas. Pastinya kita semua tahu bahawa lalat adalah serangga yang membawa penyakit seperti taun, cirit-birit, demam kepialu, disentri, dan Konjungtivitis epidemic. Nak tahu? Jom baca petua halau lalat cara semulajadi dan murah yang anda wajib cuba.\n\n1. Gantung air yang diisi dalam plastik lutsinar\n\nIni adalah petua halau lalat yang biasa kita tengok di kedai makan dan gerai. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana perbuatan menggantung air yang diisi didalam plastik boleh menghalau lalat? Adakah lalat takut dengan air? Jawapannya tidak. Lalat tidak takutkan air, namun air yang diisi dalam plastik lutsinar tadi akan menyebabkan mata lalat silau. Lalat tidak sukakan cahaya yang terang, maka itulah sebabnya petua ini berkesan.\n\n2. Gantung cd atau dvd lama yang rosak dan tidak dipakai lagi\n\nSama seperti petua yang pertama tadi, cd atau dvd yang digantung akan menghasilkan pantulan yang menyilaukan mata lalat. Untuk mengelakkan mata daripada menjadi silau, lalat tidak akan mendekati kawasan yang berhampiran dengan cd yang digantung. Oleh itu, bolehlah anda amalkan petua halau lalat yang ini.\n\nLilin juga boleh digunakan untuk menghalau lalat memandangkan lalat tidak sukakan haba panas yang keluar dari api lilin dan wax yang terbakar. Itulah sebabnya kenapa kita selalu melihat para peniaga makanan membakar lilin dan meletakkan lilin tersebut di antara tray makanan. Hasilnya? Lalat tidak berani mendekati makanan yang dihidang.\n\n4. Limau nipis dan bunga lawang\n\nPetua halau lalat yang seterusnya ialah dengan menggunakan limau nipis dan bunga lawang. Mungkin anda biasa melihat cara ini digunakan untuk menghalau nyamuk. Yang sebenarnya ia juga berkesan untuk menghalau lalat. Caranya:\n\nCuka yang bersifat berasid dan mempunyai bau yang masam adalah di antara bahan masakan di dapur yang dibenci oleh lalat. Baunya yang kuat akan menyebabkan lalat tidak mendekati dapur anda. Caranya mudah sahaja, anda boleh pilih di antara dua cara tersebut:\n\nBau serai yang harum pada deria bau manusia mungkin berbau busuk pada deria bau lalat sehingga menyebabkan mereka cukup tidak suka dengan bau ini. Jika anda inginkan petua berkesan untuk menghalau lalat secara semulajadi, ini adalah petua yang anda wajib cuba. Terdapat dua cara halau lalat menggunakan serai iaitu:\n\nPetua halau lalat yang seterusnya ialah dengan menggunakan kulit kayu manis. Kulit kayu manis mempunyai haruman kuat yang tidak disukai oleh lalat. Untuk menghalau lalat, anda boleh pilih sama ada mahu meletakkan kulit kayu manis di atas meja atau boleh juga jika ia dikisar kering sehingga halus dan taburkan serbuk kayu manis tadi di atas meja.\n\n8. Bawang putih dan serbuk cili\n\nPetua halau lalat yang ini adalah sangat mudah untuk dilakukan. Ambil sebiji bawang putih, buang kulitnya. Masukkan bawang putih tadi bersama secubit serbuk cili ke dalam sehelai kain kecil. Dan ikat menjadi seperti sup bunjut. Gantung di kawasan yang selalu didatangi lalat. Aromanya akan bertebaran di sekitar kawasan tersebut.\n\nMungkin tak ramai yang tahu bahawa bunga lawang adalah ejen penghalau lalat yang sangat berkesan. Jika dapur anda selalu didatangi lalat, ambil sahaja beberapa biji bunga lawang dan letakkan di atas meja. Biarkan sahaja di situ, dan aromanya akan menghalau lalat daripada datang ke dapur anda lagi.\n\nPetua halau lalat yang terakhir ialah dengan menggunakan hirisan cili. Ambil sahaja cili besar, dan hiris ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Biarkan hirisan tadi berada di atas meja. Jangan dibuang bijinya kerana biji akan mengeluarkan aroma pedas yang akan menghalau lalat.\n\nSelain 10 petua ini, anda juga boleh mengamalkan tips kebersihan berikut untuk mengelakkan dapur atau kedai makan anda didatangi lalat iaitu:\n\nItulah dia info \u00a0tentang petua halau lalat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua halau lipas cara halau tikus dan petua tanam pokok pandan."
"Obesiti atau kegemukan bukan suatu perkara baru di Malaysia. Malah, Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia dalam masalah obesiti atau kegemukan dengan 23.7% penduduknya mengalami obesiti. Rakyat Malaysia juga sedar dengan keadaan ini dan menganggap puncanya adalah daripada pemakanan. Adakah benar tanggapan ini? Dan bagaimanakah untuk mengatasinya?\n\nSebenarnya,\nfaktor berlakunya kegemukan bukan sahaja kerana pemakanan tetapi turut melibatkan\nbeberapa perkara yang lain. Menurut portalwww.myhealth.gov.my, berikut merupakan faktor\nberlakunya kegemukan atau obesiti;\n\nBerat\nbadan akan meningkat sesuai mengikut peningkatan usia kerana berlakunya\npenurunan \u00a0kadar metabolisma. Jadi,\njangan terkejut dengan penambahan berat badan anda walaupun tabiat pemakanan\nanda berubah. Anda mungkin memang suka makan tapi kadar metabolisma juga\nmemainkan peranan besar dalam hal ini. \n\nKita\nbiasa melihat obesiti lebih kerap berlaku di kalangan wanita. Ini kerana kadar\nmetabolisma wanita lebih rendah berbanding lelaki. Lebih-lebih lagi jika wanita\ntersebut mencapai menopause. Ia akan meningkatkan lagi peluang untuk wanita\nmenghadapi obese.\n\nSekiranya\nanda menghadapi masalah obesiti, anda mungkin mahu melihat masalah kegemukan di\ndalam keluarga anda.\n\nTidak\nmenjaga pemakanan merupakan satu punca berlakunya obesiti. Ini ditambah pula\ndengan kurangnya melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal mampu\nmenyeimbangkan tabiat pemakanan anda. Tapi jika anda tidak menjaga pemakanan\ndan melakukan aktiviti fizikal, maka peluang anda untuk mengalami obesiti\nadalah lebih tinggi.\n\nRamai\norang suka makan semasa emosi mereka tidak stabil atau berada dalam keadaan\ntertekan.\n\nBergantung\nkepada jenis penyakit, obesiti juga boleh mengenai mereka yang mempunyai\npenyakit seperti kemurungan, hypothyroidism, dan apa-apa penyakit pada bahagian\notak yang memberi kesan kepada tabiat pemakanan mereka.\n\nAnda\nmungkin makan sesuatu jenis ubat untuk memulihkan penyakit anda. Tapi\nubat-ubatan ini boleh memberi kesan sampingan juga kepada anda. Contohnya steroid\ndan ubat merawat kemurungan. Ubat-ubat ini boleh menyebabkan obesiti kepada\npesakit yang memakannya.\n\nKesan\nobesiti bukan sahaja dilihat pada perubahan fizikal, ia juga memberi kesan\nkepada masalah-masalah kesihatan yang lain. Obesiti hadir dengan tanda-tanda\nyang amat mengganggu urusan harian dalam kehidupan seseorang. Tanda-tandanya\nialah:\n\nSemua\ntanda-tanda ini bukan sahaja berhenti di sini. Ia seterusnya membawa kepada\npelbagai jenis penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi dan tahap\nkolestrol yang tinggi yang boleh menutup arteri. Apabila berlakunya dua perkara\nini, anda boleh terkena serangan sakit jantung dan strok yang mana kedua-duanya\nboleh membawa maut.\n\nMereka\nyang mengalami obesiti juga lebih terdedah kepada risiko penyakit diabetes. Diabetes\nmembuatkan anda berasa sangat haus, kerap pergi ke tandas, dan letih yang\nketerlaluan. \n\nMasalah\nyang timbul akibat diabetes ini tidak berhenti di situ sahaja. Mereka yang\nmengalami obesiti juga cenderung dihampiri penyakit kanser, asma, masalah buah\npinggang yang kronik, dementia, gout, osteoartritis, sakit belakang dan\nkematian pada usia muda.\n\nObesiti\nboleh dikawal atau diatasi dengan mengubah gaya hidup. Ia memang sukar pada\nperingkat awal dan memerlukan komitmen yang tinggi. Namun, sudah ada ramai yang\nberjaya yang boleh anda contohi. Mereka ini berjayamengatasi masalah obesiti\nmereka dan seterusnya kembali sihat hanya dengan berbekalkan keinginan yang\ntinggi untuk menjalani hidup yang lebih baik.\n\nBerikut\nadalah pilihan-pilihan yang ada untuk mereka yang mengalami masalah obesiti:\n\nMengurangkan\nberat badan adalah amat penting dalam mengembalikan kesihatan. Oleh itu,\nsenaman memainkan peranan penting di samping pemakanan yang seimbang. Bagi\nsesetengah orang, memulakan senaman memang menyukarkan. Dengan masalah obesiti\ndan senaman bukan kebiasaan, ia sememangnya kurang memberi motivasi. \n\nJangan\nrisau. Sebenarnya anda boleh bersenam dengan memecahkan waktu senaman kepada\nbeberapa bahagian dalam sehari. Cuba lakukan sekurang-kurangnya 15 minit untuk\nsekali senaman. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Mulakan dengan apa yang anda\nmampu dan tingkatkan usaha sedikit-demi sedikit. Cuba sasarkan untuk mencapai\nsekurang-kurangnya 45 sehingga 60 minit aktiviti fizikal dalam masa seminggu. \n\nAnda\nboleh memilih apa jua aktiviti fizikal yang anda suka dan pastikan anda terus\nmelakukannya. Antara senaman yang anda boleh lakukan ialah berjogging,\nberenang, berjalan laju, dan aktiviti senaman seperti di gim atau sukan lain\nyang anda suka.\n\nJika\nanda ragu-ragu hendak memilih senaman yang sesuai atau ada keraguan kepada isu\nkesihatan yang lain, cuba dapatkan nasihat daripada doktor anda. Mereka akan\nmencadangkan senaman atau aktiviti fizikal lain yang lebih sesuai dengan\nkeperluan anda. \n\nApabila\nanda sudah mula bersenam, cuba jadikan ini kebiasaan. Ini adalah permulaan\nterbaik untuk meningkatkan gaya hidup anda. Anda pasti akan teruja dengan tubuh\nyang lebih langsing, sihat dan anda boleh melakukan urusan dengan lebih mudah\ntanpa tekanan.\n\nKurangkan\nmakan dan minum dengan hanya memilih untuk mengambil makanan yang lebih sihat. Pertama\nsekali, anda mesti mengurangkan makanan seperti makanan segera, makanan\ndiproses dan makanan atau minuman bergula. Bagaimana hendak makanan yang sihat?\n\nMyhealth.gov.my telah berkongsi pengurusan pemakanan yang baik untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti.Pesakit diminta untuk mengurangkan pengambilan hasil bijirin, ubi-ubian, ikan, ayam, daging dan kekacang. Mereka juga digesa untuk mengurangkan pengambilan kalori dengan beberapa langkah berikut;\n\nJika\ningin menurunkan berat badan, pengambilan diet seharian ialah 1500kkal sehingga\n1200 kkal. Berikut merupakan contoh menu yang dicadangkan oleh MyHealth. Anda\njuga dinasihatkan untuk mendapat nasihat Pegawai Pemakanan anda untuk menu yang\nsesuai dengan keperluan anda.\n\nTerdapat\nubat-ubatan bagi mengurangkan berat badan. Namun, ia masih perlu digandingkan\ndengan makanan yang seimbang dan aktiviti fizikal yang berterusan. Ubat-ubatan\nini juga ada kesan sampingan terutama kepada ibu yang sedang mengandung. Oleh\nitu, sekiranya anda mahu mengambil ubat, sila dapatkan nasihat daripada doktor\nanda terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.\n\nPembedahan\nboleh dilakukan untuk mengurangkan berat badan. Walaupun begitu, ia tertakluk\nkepada syarat-syarat tertentu. Pembedahan akan dilakukan sekiranya pesakit\nmempunyai BMI (Body Mass Index) yang terlalu tinggi, tidak boleh mengurangkan\nberat badan walau dengan apa cara sekalipun, dan tidak boleh melakukan urusan\nharian.\n\nObesiti adalah masalah kesihatan yang serius. Walaupun anda melihat ramai orang mengalami obesiti, itu tidak bermakna ia tidak merbahaya. Wujudkan rasa kasihan kepada diri sendiri yang terpaksa menanggung kesakitan dan rasa tidak selesa dalam urusan harian. Mulakan gaya hidup yang sihat pada hari ini dan bersedia untukmencapai impian anda."
"Selain kamera DSLR, ramai pencinta fotografi kini menggunakan kamera mirrorless. Kamera mirrorless lebih ditujukan kepada kamera lensa yang boleh ditukar tanpa cermin tetapi kamera mirrorless ini tidak dilengkapi dengan cermin seperti kamera DSLR. \n\nJadi dengan tiadanya cermin, ia lebih ringkas berbanding dengan kamera DSLR. Selain itu, kamera mirrorless juga dikenali sebagai kamera sistem kompak yang menonjolkan badannya yang lebih kompak tetapi lensanya dapat ditukar.\n\nHarga kamera mirrorless adalah sekitar ribuan ringgit. Jom lihat 12 kamera mirrorless terbaik Malaysia yang tak rugi untuk anda cuba guna!\n\nSekiranyya anda memiliki kamera DSLR dan ingin bertukar kepada kamera mirrorless, Canon EOS R6 adalah kamera yang sangat sesuai! \n\nSalah satunya adalah kerana tidak ada kamera lain yang dapat menandingi sistem Dual Pixel CMOS AF II milik kamera ini. Ia juga dilengkapi dengan penstabilan imej yang mengagumkan dengan lensa 20MP dan kualiti video 4K / 60p yang sangat bagus.\n\nKamera mirrorless terbaik Malaysia ini dilancarkan pada tahun 2018. A7 III telah menerima kemas kini firmware yang mengandungi ciri baru yang turut menjadikan kamera ini sangat hebat. \n\nIa menjadi salah satu kombinasi saiz dan ciri terbaik yang dapat ditemukan dalam kamera mirrorless. Beberapa kelebihannya termasuklah sensor 24.2MP full-frame elok digunakan dalam pelbagai keadaan pencahayaan, sementara sistem AF 693-point canggihnya kini lebih baik dengan kemas kini firmware tersebut.\n\nWalaupun dilancarkan pada Februari 2019, Kamera mirrorless terbaik Malaysia ini masih sesuai untuk semua perkara seperti mengambil gambar biasa sehinggalah kepada fotografi lanskap. \n\nKamera ini ditambah dengan rangkaian mod Simulasi Kamera Fujifilm yang biasa, yang memperlihatkan penampilan lama kamera syarikat ini. Kamera Fujifilm X-T30 adalah kamera serba boleh yang hebat dan menarik.\n\nKamera mirrorless Sony A1 terkenal dengan kemajuan teknologinya dan menunjukkan evolusi canggih yang pantas. \n\nIa adalah kamera mirrorless terbaik yang mempunyai resolusi tinggi yang terperinci pada 30fps dan juga autofokus hibrid 759-point. Sensor bingkai penuh 50.1MP kamera ini juga sesuai untuk videografi yang mampu merakam rakaman 8K.\n\nSony A6000 kekal sebagai kamera mirrorless yang popular untuk pemula fotografi dalam pakej yang biasa tetapi mengagumkan. Kamera A6100 ini menggunakan sistem autofokus A6600 untuk memberikan keupayaan pengesanan berterusan yang pantas untuk kedua-dua gambar dan video.\n\nSememangnya ia merupakan kamera mirrorless serba boleh yang hebat yang harus dibeli oleh pemula fotografi.\n\nKamera Sony A7S III pula adalah kamera video hibrid terbaik yang boleh anda beli. Sony A7S III telah menjadi kamera video 4K terbaik setakat ini. \n\nSensor pencahayaan belakang 12.1MP kamera mirrorless terbaik Malaysia dapat merakam untuk waktu yang sangat lama dalam cahaya yang sangat rendah. Hayat baterinya pula sekitar 75 minit semasa merakam dalam resolusi 4K.\n\nKamera Nikon Z6 menggabungkan sensor 24.5MP yang sangat baik dengan 3.69 juta titik EVF super tajam dan video 4K yang indah. \n\nDengan kemas kini firmwarenya baru-baru ini memberikan hasil yang baik. Harganya sangat murah dan berpatutan untuk dibeli.\n\nSony Alpha 9 yang merupakan salah satu Kamera mirrorless terbaik Malaysia ini dilengkapi dengan resolusi bingkai penuh 24 MP (35,6 x 23,8 mm) sensor BSI-CMOS dan ciri pemprosesan BIONZ X. \n\nDengan sensor dan pemprosesan ini, kamera mirrorless ini mempunyai kelebihan resolusi maksimum 6,000 x 4,000 piksel dengan nisbah aspek 3: 2 dan 16: 9. \n\nCiri lain yang terdapat pada kamera ini adalah sensor kamera dengan penapis anti-alias (low pass) yang meningkatkan ketajaman dan memberikan perincian secara drastik.\n\nKeupayaan kamera Panasonic Lumix S1 ini adalah untuk mengambil gambar sangat mengagumkan. Selain mengambil gambar pada 24MP, anda juga boleh beralih ke mod resolusi tinggi sehingga 96MP sekiranya menggunakan tripod. \n\nGambar yang dihasilkan oleh kamera ini mempunyai kontras dan warna yang lebih baik. Autofokus dan pengecaman wajah juga cukup bagus walaupun dalam gelap yang merupakan antara kamera mirrorless yang terbaik di pasaran.\n\nSamsung NX3000 adalah kamera mirrorless terbaik Malaysia yang dicipta oleh Samsung yang dilengkapi dengan sensor CMOS, lensa 20MP dan skrin 3 inci. Pastinya ia akan memudahkan pengguna untuk mengambil gambar. \n\nSejajar dengan trend semasa, Samsung NX3000 dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi yang memudahkan perkongsian data.\n\nKamera mirrorless biasanya lebih mahal daripada kamera DSLR. Jika anda mempunyai bajet yang terhad, kamera Canon EOS M10 wajib anda pilih. \n\nKamera mirrorless terbaik Malaysia mempunyai sensor lensa 18MP yang mampu menangkap gambar dengan baik dan sangat bagus. Ia mampu menangkap gambar dalam pelbagai pencahayaan dan dapat merakam video pada 1080p tanpa sebarang masalah.\n\nFujifilm X-A2 merupakan kamera mirrorless terbaik Malaysia dengan reka bentuk badan yang anggun dan sangat ringan. Ia mempunyai lensa 16 MP dan dilengkapi dengan sensor CMOS yang dapat menghasilkan kualiti gambar terbaik dengan resolusi maksimum sehingga 4,896 x 3,264 pixel. \n\nIa turut lengkap dengan skrin 3 inci yang boleh dibengkokkan sehingga 180 darjah pastinya sesuai untuk swafoto. Pelbagai ciri hebat seperti 9 mod autofokus akan menjadikan kualiti gambar diambil tampak lebih baik.\n\nBerikut adalah kamera mirrorless terbaik malaysia boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda. Jom baca juga\u00a0Travel backpack terbaik,\u00a0Kamera 360 Terbaik Malaysia,\u00a0Smartphone Andriod Terbaik Malaysia dan\u00a0Sejadah Terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Cendawan mekah, unik namanya. Oh ya, anda sendiri pernah dengar tentang \u2018cendawan Mekah\u2019 ni?\n\nJika belum, anda boleh tahu sedikit sebanyak mengenainya melalui artikel ini.\n\nJika dilihat pada rupanya, terus terang tak seperti kulat pun! Sebaliknya ia lebih kelihatan seperti obor-obor yang hidup dalam air bersih yang manis dengan tambahan gula.\n\nCendawan ini\u00a0 turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Kombucha Tea, Alga Mekah, Mud-mud dan Ibu Som.\n\nKenapa namanya begitu unik sekali? Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa cendawan Mekah atau orang Barat memanggilnya kombucha ini merupakan hasil penemuan nenek moyang kita di nusantara ini!\n\nAnda boleh anggap cendawan Mekah ini sebagai yogurt nusantara kerana cendawan Mekah mengandungi banyak khasiat perubatan daripada kehadiran probiotik di dalamnya.\n\nAlkisahnya, nenek moyang kita dahulu pergi menunaikan haji menggunakan kapal laut yang mengambil masa berbulan-bulan. Untuk menempuh perjalanan berbulan-bulan itu, antara bekalan yang dibawa ialah air teh yang disimpan dalam balang.\u00a0\n\nLama-kelamaan, air teh tersebut mula berkeladak dengan kehadiran bakteria dan yis membentuk kultur yang dipanggil cendawan itu. Mereka terus meminumnya juga, namun, ajaibnya, mereka berasa semakin bertambah sihat!\n\nRupa-rupanya, tanpa sengaja mereka telah mencipta minuman probiotik mereka sendiri semasa dalam perjalanan ke Mekah! Oleh itu, dinamakannya cendawan Mekah!\n\nSecara saintifiknya, pepejal yang terampai kelihatan seperti yang dipanggil cendawan itu bukanlah sejenis cendawan! Tetapi merupakan jaringan selulosa yang terhasil melalui tindakan penapaian bakteria dan yis dalam air teh.\u00a0\n\nDiburu Kerana Dapat Sembuhkan Banyak Penyakit\n\nMenyentuh tentang khasiat Cendawan Mekah ini ternyata ianya dapat membantu sembuhkan banyak jenis penyakit. 1001 penyakit dapat diubati. Kiranya cendawan ini boleh dicuba sebagai salah satu kaedah untuk sihat.\n\nSekumpulan penyelidik dari India ada mengulas khasiat kesihatan cendawan Mekah ini berdasarkan laporan kajian lepas yang diterbitkan di jurnal Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety pada tahun 2014, antaranya :\n\nCendawan Mekah Istimewa Dengan Cara Pembiakan Yang Pelik\n\nPelik! Memang pelik! Berbeza dengan tumbuhan lain. Cendawan mekah ini dibiakkan melalui proses rendaman dengan air teh O. Ya air teh O yang sering diminum itu adalah cara terbaik untuk membiakkannya.\n\nJika direndam sebulan, benih ini akan membesar mengikut bekas yang kita rendam. Kalau anda rendam dalam baldi, maka sebesar baldilah ia akan membesar. Ada juga yang membesarkannya dalam aquarium.\n\nCendawan Mekah hidup sebab ada gula dalam air teh o. Ajaibnya, walaupun air teh bergula dan manis tetapi rasa air teh o yang direndam dengan cendawan mekah ini mempunyai rasa masam. Maka cendawan mekah ini sama sekali tidak akan boleh hidup tanpa gula sebab gula itu adalah makanannya. Tanda cendawan mekah mati adalah apabila ia jatuh ke dasar dan tidak terapung lagi.\n\nStok Benih Terhad Membuatkan Harganya Agak Mahal\n\nBenih cendawan ini agak mahal harganya sesuai dengan khasiatnya untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Benih ini menjadi rebutan diseluruh Nusantara, India, Asia Barat, Eropah kerana nilai kandungan perubatan yang terkandung dalam air cendawan ajaib ini.\n\nSatu cendawan mekah dengan saiz benihnya yang kecil saja sudah boleh mencecah puluhan ringgit. Dan yang pasti stoknya juga adalah sangat terhad!\n\nPada zaman ini, kita boleh membuat pesanan dalam talian untuk membeli SCOBY atau Symbiotic Culture of Bacteria and Yeast yang merupakan agen probiotik untuk menghasilkan kombucha ini.\n\nPernah pada era tahun 70-an, penghasilan cendawan Mekah oleh penduduk tempatan mula tidak menjadi. Hal ini disebabkan oleh langkah kerajaan yang telah membekalkan air paip ke seluruh negara. Malangnya, air paip tersebut masih belum dirawat dan mengandungi klorin. Kehadiran klorin telah membunuh pertumbuhan cendawan Mekah.\u00a0\n\nCendawan Mekah, Ramai Yang Mencuba Dan Menyukainya\n\nMenurut Pengusaha Produk Alga Mekah Ahmad Sanusi Sulaiman, satu ketika dulu produk berkenaan begitu popular hingga membantu pihaknya meraih pendapatan sekitar RM6,000 sebulan.\n\nPada awalnya air cendawan mekah dihasilkan untuk kegunaan sendiri sebagai ikhtiar kepada masalah kesihatan isteri yang juga pesakit diabetes dan hampir mengalami serangan strok akibat paras gula terlalu tinggi.\n\nBenih cendawan itu dibawa rakan dari negara dan beliau turut di ajar cara pembiakan dengan menggunakan balang kaca. Hanya perlu sediakan bancuhan air teh bersama gula ke dalam bekas peraman.\n\n\u201cTindak balas selepas minum cendawan mekah terhadap isteri ternyata positif. Semakin sihat dan paras gulanya juga terkawal. Sejak itu, saya mula jadikan ia amalan sendiri serta ahli keluarga,\u201d katanya.\n\nKhasiat Kesihatan Cendawan Mekah Kombucha Menurut Sains\n\n1. Sistem penghadaman yang lebih baik\n\nMenurut kajian, cendawan Mekah mengandungi probiotik atau bakteria baik yang sama macam dalam minuman yogurt dan yogurt.\u00a0\n\nOleh itu, kehadiran probiotik ini khususnya dalam sistem pencernaan akan membantu penguraian makanan dengan lebih baik dan melancarkan penghadaman.\n\nSelain itu, cendawan Mekah menghasilkan asid asetik dan polifenol yang membantu proses kawalan gula dalam darah dan metabolisme karbohidrat yang lebih teratur untuk memberi rasa kenyang lebih lama.\n\nHal ini membantu dalam kawalan berat badan yang ideal.\n\nSelain itu, minuman ini juga rendah kalori iaitu kira-kira 34 kalori sahaja bagi setiap secawan hidangan dengan 0% kandungan lemak tepu dan kolesterol.\n\nMengandungi asid glukoronik, bahan ini telah dilaporkan secara meluas dalam dunia saintifik, mampu menjadi sebatian antikanser.\n\nSebagaimana ulasan dalam kajian saintifik penyelidikan saintis dari Perancis pada tahun 2018 yang diterbitkan di Jurnal of Food Science, asid glukoronik merupakan komponen yang paling banyak dijumpai dalam teh kombucha atau cendawan Mekah ini.\u00a0\n\n3. Melegakan sendi dan sengal badan\n\nDengan kehadiran glukosamin, bahan ini bertindak melegakan sistem saraf dan melegakan sakit-sakit sendi.\n\nTerutamanya sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah arthritis.\u00a0\n\nHal ini turut menarik minat pengkaji dari Kanada yang membentangkan ulasan mereka di jurnal Food Research International, bahawa cendawan Mekah membantu masalah sendi dan melegakan kesakitan akibat keradangan.\u00a0\n\nAntara nutrisi lain yang terdapat dalam cendawan Mekah ialah vitamin B dan enzim yang boleh memberikan tenaga dengan metabolisme karbohidrat dalam sistem tubuh.\u00a0\n\nProses detoks atau penyingkiran toksik ini berlaku dengan kehadiran probiotik dan antioksidan yang tinggi dalam minuman cendawan Mekah ini.\n\nRadikal bebas dalam tubuh akan diperangkap dan disingkirkan bagi memberikan kesihatan tubuh yang lebih berkualiti.\n\nMalah, menurut hasil kajian saintis Belanda pada tahun 2000, minuman ini mampu melawan serangan dan melindungi tubuh daripada mikroorganisma berbahaya seperti E. coli,\u00a0Sh. sonnei,\u00a0Sal. typhimurium,\u00a0Sal. enteritidis dan\u00a0Cm. jejuni.\n\nKesihatan Dari Allah Maka Janganlah Lupa Untuk Berdoa\n\nSoal sihat dari sakit sebenarnya tidak boleh diharap ke atas mana-mana makhluk baik tumbuhan atau sebaliknya. Semua itu terjadi hanyalah asbab sedangkan pemberi kesembuhan yang sebenar adalah Allah SWT.\n\nMaka jadikanlah ianya sebagai ikhtiar tanpa lalai untuk terus berdoa setiap masa agar diberi kesembuhan supaya kembali cergas seperti dulu semula.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Hari ini kami akan berkongsikan resepi sambal kicap yang sangat mudah. Selalunya sambal kicap ini dimakan bersama sup, nasi ayam, dan hidangan lainnya.\n\nJika anda masak sup, memang paling sesuai kalau diganding dengan sambal kicap. Kalau tetiba nak makan ikan bakar pula, perah saja limau dekat sambal kicap ini. Rasa sambal yang pedas manis ini menjadi pelengkap dan menyatukan semua rasa.\n\nBahan yang digunakan dalam resepi sangat teramat mudah. Hanya guna lada cili dan bawang putih, perasa garam gula dan kicap manis, senang kan? Kalau makan kat kedai sup, sambal kicap selalunya cair dan rasa mentah. Lebih berbaloi kalau buat sendiri.\n\nOh Lisa\u200e berkongsikan resepi sambal kicap di laman Facebook dan tentunya resepi ini sudah mendapat perkongsian ramai daripada netizen. Mari tengok resepi mudah ini dan cuba di rumah anda.\n\nSelain resepi sambal kicap, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya"
"Nak tahu khasiat minyak kelapa dara?\n\nDigelar superfood, minyak kelapa dara atau \u2018virgin coconut oil\u2019 (VCO), \u00a0bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah untuk kesihatan dan kecantikan. Ia mengandungi 1001 khasiat khazanah kesihatan yang tidak ternilai.\n\nMenurut penyelidikan dari Institut Halal UPM Serdang, Mansor et al. pada tahun 2012, lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara datang dari jenis medium-chain fatty acids atau MCFAs yang baik untuk kesihatan.\n\nRamai yang bimbang dengan lemak yang terdapat dalam minyak kelapa dara, padahal\u00a0 ia mudah dihadam dan dengan cepat bertukar kepada tenaga. Lemak ini tidak disimpan di dalam badan sebagai lemak.\n\nKetika ini, Filipina merupakan pengeksport terbesar minyak kelapa dara di dunia. Di negara kita, ramai yang masih tidak sedar akan keistimewaannya, berangkali kerana terlalu biasa dengan kelapa yang mudah ditemui. Tetapi di luar negara, begitu banyak kajian dan penyelidikan dilakukan dan hasilnya begitu mengagumkan.\n\nJika mahu dihitung, terlalu banyak khasiat minyak kelapa dara. Ini adalah sedikit daripadanya:\n\nTerdapat beberapa keistimewaan minyak kelapa dara yang masih belum diketahui ramai. Antara kelebihan yang dikongsi oleh penggunanya sebelum ini dan disokong oleh bukti saintifik adalah seperti berikut:\n\nKebaikan Minyak Kelapa Dara Secara Saintifik\n\nKajian sains mendapati bahawa produk tumbuhan ini mengandungi bahan aktif biologi yang memberikan kebaikan kesihatan atau nutraseutikal. Kandungan antioksidan utama dalam minyak kelapa dara ialah tokoferol (pencegahan penyakit koronari dan kanser), tokotrienol (rawatan pelbagai penyakit), fitosterol (menurunkan kolesterol dalam darah) dan polifenol (meningkatkan metabolisme asid amino dalam usus).\n\nDengan pengambilan minyak kelapa dara juga, aktiviti merencat spesis oksigen reaktif (ROS) yang menyebabkan pengoksidaan dan penuaan dalam tubuh dapat ditingkatkan dengan penambahan aktiviti enzim seperti catalase dan superoksida dismutase.\n\nPada tahun 2009, para pengkaji dari Fakulti Sains Makanan dan Teknologi, UPM, mengulas penggunaan minyak kelapa dara ke atas haiwan dan manusia dalam penerbitan artikel di Trends in Food Science & Technology.\n\nKandungan asid lemak seperti asid laurik yang tinggi dalam minyak kelapa ini sebenarnya membantu kesan antimikrob bagi menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya, contohnya E. coli dan\u00a0 Listeria monocytogenes.\n\nPenggunaan minyak kelapa bersama minyak ikan dikatakan juga mengurangkan risiko tumor dalam kajian ke atas model haiwan.\n\nKajian ke atas populasi Polynesia yang mengamalkan pemakanan kelapa sebagai antara makanan ruji mereka tidak menunjukkan sebarang kesan komplikasi antara pemakanan kelapa dengan penyakit kardiovaskular. Hal ini menangkis dakwaan sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa kelapa mengandungi minyak untuk menyebabkan masalah kardiovaskular.\n\nKeradangan merupakan tindak balas imun badan untuk melindungi diri tetapi mengakibatkan kesakitan dan rasa tidak selesa. Radang di bahagian sendi dikenali sebagai arthritis dan boleh menyukarkan pergerakan dan urusan kerja seharian kita.\n\nRawatan arthritis menggunakan ubatan moden telah mendatangkan kesan sampingan lain, maka, pelbagai alternatif lain terutamanya dari sumber semula jadi telah diterokai. Penggunaan minyak kelapa dara didapati berkesan dalam memberikan kesan terapeutik atau kelegaan kepada masalah sakit sendi ini.\n\nDalam kajian ke atas tikus makmal, dapat disimpulkan bahawa kandungan polifenol yang banyak dalam minyak kelapa dara menjadikannya berkesan sebagai bahan anti keradangan.\n\nMinyak kelapa dara selain digunakan untuk memasak, boleh juga dijadikan sebagai minyak sapuan. Malah, ada yang menggunakannya sebagai minyak pelembab di bahagian yang sebelum ini kasar seperti di kawasan lutut, siku, bibir dan sebagainya yang menjadikan permukaan kembali licin. Tambahan juga, terdapat perubahan pada integriti kulit yang disapu dengan minyak kelapa dara ini.\n\nBerdasarkan uji kaji di makmal, minyak kelapa dara merangsang aktiviti enzim glutathione dan superoksida dismutase. Hal ini membantu dalam kawalan kandungan radikal bebas yang menyebabkan penuaan pada sel dan tisu, lebih-lebih lagi di bahagian kulit.\n\nDisebabkan minyak kelapa dara merupakan lemak makanan yang tidak tepu, adalah sangat selamat jika anda menggunakannya sebagai bahan masakan atau perasa. Malahan juga boleh dimakan begitu sahaja! Sebatian bioaktif di dalam minyak kelapa dara turut memberikan kesan peningkatan imun yang baik.\n\nDalam kajian perbandingan antara minyak kelapa dara, minyak jagung, minyak zaitun dan minyak ikan, dilaporkan bahawa minyak kelapa dara mempunyai kesan peningkatan imun yang tertinggi dalam menyingkirkan endotoksin yang disuntik ke dalam spesimen tikus makmal.\n\nJerawat atau acne pada muka boleh muncul disebabkan pelbagai faktor antaranya tekanan, perubahan hormon, pemakanan dan serangan bakteria seperti\u00a0P. acnes.\u00a0\n\nAnalisis makmal menunjukkan bahawa sebatian asid laurik di dalam minyak kelapa dara berkeupayaan untuk merencatkan pertumbuhan bakteria ini, seterusnya menghilangkan masalah jerawat pada muka. Tambahan lagi, kesan anti jerawat minyak kelapa dara ini adalah lebih tinggi berbanding penggunaan benzoyl peroksida iaitu sebatian kimia yang sering digunakan di dalam produk penjagaan wajah.\n\nWalaupun minyak kelapa dara ialah sejenis lemak makanan, menariknya, berdasarkan laporan kajian saintifik lepas, penggunaan minyak ini boleh melindungi jantung dan merendahkan kolesterol serta tekanan darah.\n\nKomposisi lemak dalam minyak kelapa dara sebagaimana yang dibincangkan di permulaan artikel, merupakan rantaian sederhana asid lemak, maka, apabila masuk ke dalam tubuh, sebatian lemak ini melalui hati untuk diproses tetapi tidak akan ditukarkan kepada kolesterol. Malah, proses ini akan menyumbang sebagai bekalan tenaga kepada tubuh kita.\n\nMinyak kelapa dara sebenarnya sudah lama menjadi makanan dan kegunaan harian di beberapa negara di dunia. Ketika ini, ia sudah mendapat tempat dalam kalangan orang Barat pula dengan menjadikannya menu makanan dalam diet seharian mereka.\n\nKajian menunjukkan mereka yang minum atau menggunakan minyak kelapa dara berada dalam keadaan sihat dan tanpa masalah jantung. Jadi bagi mendapatkan hasil yang terbaik, pilih minyak kelapa dara dan bukan minyak kelapa yang lain.\n\nSelain khasiat minyak kelapa dara, kami juga menulis khasiat sumber yang lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Negara yang kaya akan rempah masakan membuat india terkenal dengan selalu penuh rempah. Seperti rasam, iaitu sebuah hidangan dalam bentuk cecair yang disediakan dengan herba atau rempah, pes asam jawa, kunyit, tomato dan dhal.\n\nDi India, rasam biasanya dijadikan sebagai hidangan makan tengah hari. Rasam termasuk makanan berkuah yang rasanya sedikit pedas, membuat rasam sedap dimakan dengan nasi putih.\n\nJika anda teringin merasai rasam sebenar, sila cubakan resepi rasam daripada Sheena Supramaniam yang disesuaikan dengan resepi asli India. Gerenti rasa sama dan berbaloi untuk makan bersama keluarga atau untuk hidangan kenduri-kendara.\n\nSelain rasam, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Terdapat pelbagai surah yang mempunyai kelebihannya tersendiri di dalam Al-Quran. Antara surah yang ingin dikongsikan pada kali ini adalah Surah Al-Waqiah. \n\nSurah Al-Waqiah merupakan surah yang dikenali sebagai salah satu surah yang penuh barakah dan memiliki banyak khasiat yang besar pada kehidupan seluruh manusia sejagat. Bagi anda yang sering merasa kekurangan wang, sempit rezeki, kedudukan ekonomi yang goyah dan banyak lagi masalah tentang wang ringgit, inilah rahsia yang patut anda tahu.\n\nInsya\u2019Allah dengan mengamalkan Surah Al-Waqiah ini, kehidupan anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mari kita renungi sedikit sebanyak kelebihan Surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian kita.\n\nKhasiat Surah Al-Waqiah ini akan jelas terlihat apabila anda mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang sering dibaca setiap hari. Dengan izin-Nya anda akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya. \n\nApabila anda kerap kali membaca Surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah anda tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit. Rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa anda sedari. \n\nKebanyakan orang meletakkan kefahaman mereka bahawa rezeki itu hanya berbentuk harta dan wang ringgit namun mereka silap kerana maksud rezeki itu luas. Ramai yang tidak menyedari bahawa kesihatan, kekenyangan, kebahagiaan, pekerjaan juga adalah rezeki dan kesenangan atau dengan kata lain disebut juga sebagai nikmat. Inilah kelebihan surah Al-Waqiah yang melimpahkan rezeki anda.\n\nApabila seorang muslim itu mula mengamalkan Surah Al-Waqiah sekurang-kurangnya satu kali setiap malam, secara tidak langsung dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya. \n\nRasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud barangsiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpanya. \n\nTahukah anda, Rasulullah yang maksum dan merupakan utusan Allah yang mulia itu sendiri mengajarkan puteri-puterinya dan isteri-isterinya supaya membaca Surah Al-Waqiah pada setiap malam jadi apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa lagilah seharusnya rajin untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.\n\n3. Dikurniakan Kekayaan Yang Melimpah Ruah\n\nDengan mengamalkan Surah Al-Waqiah dengan membacanya sebanyak 14 kali selepas selesai solat Asar, Insya\u2019Allah akan dikurniakan oleh Allah kekayaan yang berlimpah-ruah dan datang dalam pelbagai bentuk. \n\nWalaupun begitu, jika seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapat beberapa keping wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka insya\u2019Allah dengan sendirinya kekayaan duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.\n\nSesetengah orang berpendapat bahawa untuk lebih mujarab, seorang muslim itu harus mengamalkan Surah Al-Waqiah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis supaya segala hajatnya akan dimakbulkan khususnya yang berkaitan dengan rezeki. \n\nSebahagian ulamak pula berfatwa bahawa sesiapa sahaja yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, sesungguhnya Allah akan mempermudah rezekinya dan menunaikan hajatnya dengan tanpa kesusahan dan mengalir terus dari pelbagai sudut dengan berkahnya.\n\n5. Menjadi Seorang Yang Lebih Bersyukur\n\nPercaya tak, sekiranya anda sering mengamalkan membaca Surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian, secara tidak langsung akan memperoleh kekayaan yang luar biasa. \n\nUntuk terus menjadi seseorang yang sentiasa bersyukur, anda harus mempraktikkan Surah Al-Waqiah untuk mengelakkan diri dari menjadi seorang yang takbur apabila telah dikurniakan kekayaan yang tidak terhingga. \n\nAmalkan membacanya sebanyak 3 kali selepas Solat Subuh dan 3 kali selepas Solat Isyak, Insya\u2019Allah anda akan menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, tidak lokek berkongsi rezeki dengan yang memerlukan dan tidak akan terdetik rasa di hati bahawa selalu memberi dan bersedekah itu boleh mengurangkan harta kekayaan atau suatu pembaziran.\n\n6. Menjauhkan Diri Dari Sifat Riak dan Bongkak\n\nKelebihan membaca surah Al-Waqiah juga tidak terkecuali dapat menghindarkan diri dari menjadi bongkak dan riak. Anda akan dilimpahkan rezeki yang pelbagai dan secara tidak langsung, anda juga akan dapat menghindari dari sifat riak dan bongkak apabila memiliki sebarang kekayaan atau kesenangan dunia. \n\nApabila tiada sifat riak atau bongkak yang lahir di jiwa sanubari seseorang maka mudahlah untuk dia menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Mereka sedikit pun tanpa merasa terbeban dan seseorang itu akan lebih berusaha memperbanyakkan lagi amal jariah yang boleh dijadikan bekalan untuk hari akhirat kelak.\n\n7. Menjadikan Raut Wajah Lebih Berseri-seri\n\nBerwuduk dan solat sering dikaitkan dengan naiknya seri wajah. Jangan tidak tahu, membaca dan mengamalkan Surah Al-Waqiah juga boleh menyumbang kepada naiknya seri dan aura wajah seseorang. \n\nSelain mengamalkan bacaan selepas solat, anda boleh mengambil segelas air dan bacalah Surah Al-Fatihah sekali dengan Surah Qursi dan juga Surah Al-Waqiah bermula dari ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup kepada air tersebut dan minum air tersebut. \n\nDalam hati, berniatlah untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan keluarga anda, Insya\u2019Allah raut wajah akan tampak jernih dan bersih lagi berseri-seri. \n\n8. Menjadi Mukmin Yang Sejati, Lebih Sufi serta Lebih Mendekatkan Diri kepada Allah\n\nUntuk menjadi yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah Swt, Surah Al-Waqiah juga menjadikan asbab untuk anda berubah. Anda harus mempunyai tekad dan iktikad untuk lebih konsisten. \n\nPetua Syeikh Abi\u2019l Abbas, untuk Surah Al-Waqiah, terlebih dahulu anda perlu berpuasa selama 7 hari dimulai pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Khamis. Membuka puasa hanya dengan makanan yang tidak bernyawa seperti sayur-sayuran atau buah-buahan. \n\nDalam 7 hari itu, setelah selesai solat fardhu, hendaklah membaca Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali manakala pada hari terakhir berpuasa iaitu pada malam Jumaat, bacalah Surah Al-Waqiah ini sebanyak 125 kali kemudian disusuli dengan selawat sebanyak 1000 kali. \n\nDengan melaksanakan amalan ini sebagai rutin harian, secara tidak langsung anda dapat mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya menjadikan anda mukmin yang lebih sejati dan bersifat sufi. Anda boleh jadikannya sebagai amalan sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah Swt.\n\n9. Permudahkan Orang Sakit Atau Bersalin\n\nSurah Al-Waqiah ini juga sesuai diamalkan dan dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak. Kelebihan surah Al-Waqiah ini adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasadnya dan mengurangkan kesakitan. Ia dapat mengelakkan daripada mereka terus nazak dan lebih menderita. \n\nApabila surah ini dibaca kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya. Boleh juga diamalkan dan dibaca di sisi wanita yang hendak bersalin supaya urusan bersalin lebih cepat dan dipermudahkan.\n\nItulah dia kelebihan Surah Al-Waqiah menjemput rezeki dan memudahkan urusan. Jelaslah bahawa Surah Al-Waqiah mempunyai pelbagai khasiat dan fadhilat yang ramai tidak tahu. Jika ada masa, bukalah Al-Quran dan hayatilah maksudnya. \n\nJika anda baca dari hati, perasaan sayu pasti timbul selain dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi Allah kasihi kita dan memudahkan urusan kita. \n\nPerancangan Allah itu hebat, jadi jangan pernah kita putus asa. Jadikan amalan membaca Surah Al-Waqiah ini sebagai suatu tabiat atau rutin harian dan hati mesti ikhlas kerana Allah saat membacanya. Jom lihat kelebihan surah Ar Rahman, 9 Ciri Wanita Solehah Bawa Ke Syurga dan Resepi Daging Kurma juga."
"Nak tahu cara buat telur dadar gebu? Bila penyakit malas datang menyapa, lauk paling mudah disediakan ialah telur dadar. Makan dengan nasi putih lawan kicap dengan hirisan cili padi dan bawang merah. Sudah cukup buat kita makan bertambah.\n\nPenulis sangat yakin kebanyakan pembaca menggemari telur dadar. Ia bukan sahaja enak dimakan dengan nasi putih, malahan juga dengan mi dan nasi goreng. Penyediaan yang pantas dan mudah membuatkan telur dadar menjadi pilihan utama jika kesuntukan masa.\n\nNamun begitu, perasan tak telur dadar yang kita buat biasanya nipis, agak kering dan keras. Berbeza pula dengan yang dibeli di restoran. Ianya lebih gebu, lembut dan tebal. Apakah ada rahsia tertentu yang kita tak tahu?\n\nTips Telur Dadar Gebu dan Sedap\n\nHasil kajian yang dilakukan oleh penulis, akhirnya berjaya mendapat beberapa tips yang berguna. Lepas mencuba tips ini, pasti anda akan berjaya membuat telur dadar yang gebu dan sedap. Jom semak!\n\nUntuk mendapatkan telur dadar yang gebu, anda mestilah menggunakan telur yang segar. Telur yang segar pastinya tidak akan bercampur di dalam. Bahagian kuning telurnya terpisah dengan yang putih. Malah, lebih baik lagi jika guna telur gred A.\n\nTelur yang telah dipecahkan perlu dipukul menggunakan garpu sehingga betul-betul kembang. Macam mana nak tahu telur tersebut telah kembang? Apabila digodak dengan lebih lama, ia akan menghasilkan permukaan yang berbuih.\n\nTelur yang telah dipukul sehingga kembang perlu ditapis menggunakan penapis. Tujuannya untuk membuang kotoran dan buih-buih yang terhasil. Kemudian, anda boleh memasukkan bahan-bahan yang lain.\n\nSelepas telur ditapis, masukkan sedikit susu segar atau susu cair. Jangan terlalu banyak, cukuplah sebanyak 3 hingga 4 sudu besar untuk 5 biji telur.\n\nJika anda mempunyai stok krim masakan (cooking cream) atau yogurt asli di rumah, anda juga boleh memasukkannya sedikit. Fungsinya sama seperti susu untuk melembutkan lagi telur dadar. Anda tidak perlu memasukkan kesemuanya, pilih salah satu sahaja.\n\nJika tiada susu, krim masakan atau yogurt, anda boleh menambah sedikit mayonis pada bancuhan telur. Mayonis mempunyai kandungan utama seperti telur, minyak, air dan cuka. Ini akan membuatkan telur dadar anda lebih gebu dan sedap.\n\nAnda juga boleh menambah sedikit air ke dalam telur sebelum dipukul sehingga kembang.\n\nTahukah anda asid sitrik yang terdapat di dalam limau dan lemon mampu menggebukan telur dadar? Caranya ialah setelah telur digodak sehingga kembang, perahkan sedikit jus limau. Jangan lupa tambahkan sedikit garam.\n\nUntuk mendapatkan telur dadar yang mempunyai tekstur seakan-akan lempeng, anda boleh menggunakan sedikit tepung. Tepung yang boleh digunakan ialah tepung gandum atau tepung ubi.\n\nAmbil sesudu besar susu tepung dan campurkan ke dalam 2 sudu besar air suam. Kacau sebati dan kemudiannya tuang ke dalam bancuhan telur. Hasilnya telur dadar bukan sahaja gebu tetapi juga lemak rasanya.\n\nJika ada kepingan keju cheddar di rumah, masukkan ke dalam adunan telur. Caranya ialah potong kepingan keju kecil-kecil dan campurkan ke dalam telur sebelum digoreng. Untuk rasa yang lebih sedap, anda boleh menggunakan keju jenis krim (cream cheese).\n\nJika anda nak telur dadar yang tebal dan naik tinggi, anda boleh tambahkan sedikit baking powder. Ia menjadikan telur dadar bukan sahaja cantik tetapi juga enak.\n\nSelain minyak masak untuk menggoreng telur, anda boleh menggunakan mentega atau marjerin. Jika menggunakan marjerin atau mentega jenis bergaram (salted butter), anda boleh mengurangkan penggunaan garam di dalam bancuhan telur.\n\nNamun, penggunaan mentega asli (pure butter) lebih enak dan gebu. Baunya juga lebih wangi dan menyelerakan.\n\nSelain minyak masak, marjerin dan mentega, anda juga boleh menggunakan minyak sapi untuk menggoreng telur dadar. Jika anda peminat minyak sapi, pasti anda akan suka tips ini. Baunya sahaja sudah cukup membuka selera.\n\nSebelum menggoreng telur, pastikan minyak benar-benar panas. Tidak perlu menggunakan api yang terlalu tinggi. Memadai minyak sudah panas.\n\nBiasanya kita akan memecahkan telur ke dalam bekas tanpa mengasingkan bahagian kuning dan putihnya. Namun, teknik memukul telur secara asing selalu dipraktikkan oleh masyarakt barat untuk menghasilkan telur dadar yang gebu.\n\nCaranya ialah asingkan putih telur dan kuning tanpa sedikit pun bercampur antara satu sama lain. Kuning telur perlulah dipukul sehingga kembang dan berbuih sahaja. Manakala, putih telur perlu dipukul sehingga bertanduk umpama meringue (soft peak).\n\nKemudian, campurkan kedua-dua telur tersebut dengan cara kaup balik sahaja. Tidak perlu dipukul semula. Selepas itu, anda boleh masukkan bahan-bahan lain yang digemari. Masak di atas kuali non stick dengan sedikit minyak.\n\nApa kata anda cuba teknik menggoreng dengan cara yang betul. Setelah minyak panas, tuangkan telur dari jarak yang tinggi (ala-ala buat teh tarik). Kemudian, api dikecilkan sedikit dan tunggu sehingga bahagian bawah masak sepenuhnya sebelum diterbalikkan.\n\nWah, banyaknya tips membuat telur dadar yang gebu dan sedap! Sebenarnya tidaklah susah untuk membuatnya. Anda hanya tidak tahu teknik yang betul. Lepas baca artikel ini, cuba buat telur dadar untuk ahli keluarga anda.\n\nPasti mereka akan kagum dan memuji telur dadar yang anda buat serupa di restoran. Paling penting, pastikan telur yang digunakan benar-benar segar dan dipukul dengan lama. Biarkan bancuhan telur menjadi kembang. Kemudian, anda boleh masukkan apa sahaja yang anda suka.\n\n6 Petua Nak Buat Telur Dadar Gebu (link)\n\nRahsia Telur Dadar Jadi, Gebu, Lembut & Moist (link)\n\n7 Tips & Rahsia Goreng Telur yang Sedap. Macam di Restoran (link)"
"Tak ramai yang tahu bahawa yang sebenarnya mesin basuh juga perlu dicuci selalu. Dah berapa puluh tahun kita gunakan mesin basuh, hari ni baru tahu? Mesin basuh perlu dicuci kerana setiap kali kita menggunakannya untuk mencuci pakaian, akaa ada kotoran dan keladak yang tersimpan di dalam mesin basuh.\n\nLama-kelamaan keladak yang terkumpul tadi akan menyebabkan mesin basuh tidak lagi bersih. Akibatnya pakaian yang dibasuh tidak lagi bersih seperti dulu, malah mungkin juga akan menjadi semakin kotor akibat kotoran yang ada dalam mesin basuh.\n\nKadang-kadang baju tak kotor tapi berbau tak harum setiap kali dicuci. Kalau dulu baju berbau harum sabun basuh setiap kali dicuci, sekarang baju berbau hapak atau masam. Ini juga adalah salah satu petanda bahawa mesin basuh anda sudah terlalu kotor dan perlu dibersihkan.\n\nPastinya anda tertanya-tanya macam mana caranya untuk mencuci mesin basuh. Kalau nak kena hantar ke kedai dah jadi satu hal pula. Nak kena bayar duit, susah juga kalau banyak hari tiada mesin basuh di rumah. Percaya tak kalau kami katakan kita boleh cuci mesin basuh sendiri. Caranya pun sangat mudah. Kenapalah selama ni kita tak tahu.\n\nApa yang anda perlu lakukan ialah:\n\nSelain cara di atas terdapat satu lagi cara membersihkan mesin basuh yang boleh anda lakukan. Cara kedua tidak menggunakan cuka dan soda bikarbonat. Sebaliknya anda perlu membeli sabun khas untuk mencuci mesin basuh. Caranya ialah seperti berikut:\n\nItulah dia dua cara cuci mesin basuh yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Selain itu kami ingin kongsikan kepada anda tips menjaga mesin basuh agar tahan lama. Maklumlah harga mesin basuh bukannya murah, malas kos untuk membaiki mesin basuh yang rosak juga bukannya murah. Di antara tips menjaga mesin basuh agar tahan lama yang boleh anda amalkan ialah:\n\nItulah dia perkongsian kami tentang cara cuci mesin basuh. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara lembutkan daging, cara membuat slime sendiri, dan cara lembutkan rambut."
"Kalori ayam berbeza-beza mengikut cara penyediaannya dan juga pada bahagian-bahagian ayam tersebut. Tiap-tiap bahagian mengandungi kalori yang berbeza. Justeru, cara menyediakan ayam itu memainkan peranan yang penting. Jika dimasak dengan cara yang betul maka akan baiklah untuk kesihatan sekaligus dapat membantu anda berdiet.\n\nJom lihat kalori ayam bagi kandungan nutrisi ayam 1 ketul bahagian paha.\n\nTahukah anda, ayam adalah sumber protein rendah lemak yang memberikan tenaga.\u00a0 Bagi tubuh badan kita, ayam juga merupakan sumber selenium, fosforus, vitamin B6, dan niasin yang sangat baik berfungsi sebagai nutrien.\u00a0\n\nSelain itu, ayam membantu pembentukan otot. Ia juga mengandungi protein yang tinggi serta membantu memaksimalkan pembentukan otot. Malah dapat meningkatkan metabolisma tubuh badan.\n\nCara Menyediakan Ayam Yang Baik Untuk Kesihatan\n\nCara anda memasak akan mempengaruhi kalori pada zat ayam. Membakar atau merebus ayam merupakan salah satu cara terbaik untuk menyediakan . Menggoreng dan penggunaan mentega atau minyak akan menambah lemak dan kalori yang banyak pada daging ayam. Penggunaan tepung pula akan meningkatkan karbohidrat.\u00a0\n\nAntara protein terbanyak yang terkandung dalam daging ayam, adalah di bahagian dada. Ia sangat baik untuk anda yang sedang mengamalkan diet. Hal ini kerana, protein akan membuatkan anda merasa kenyang tanpa perlu makan banyak. Sekaligus mengurangi rasa mengidam terhadap makanan lain yang tidak sihat. Namun, pastikan ia disediakan dengan cara yang sihat.\n\nJom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng."
"Siapa suka makan kari kepala ikan? Ramai yang suka hidangan ini. Hanya penggemar kepala ikan yang tahu kelazatan dan seronoknya dapat makan kepala ikan.\n\nKepala ikan kaya akan protein dan vitamin yang berguna untuk tubuh. Tidak hairanlah ramai orang yang suka makan kepala ikan.\n\nBahkan di kedai makan, kepala ikan paling cepat habis. Biasanya jenis kepala ikan merah paling sedap dimasak kari. Lebih-lebih lagi kalau daging ikan itu lembut, tidak bau hanyir dan kuah kari pekat, makin terliur dibuatnya ingin menghisap kepala ikan sampai licin.\n\nTanpa tunggu lama, mari tengok resepi kari kepala ikan yang dikongsikan oleh Mas Aura\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kari kepala ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pening kepala kita ketika mahu tidurkan anak. Lebih-lebih lagi bayi yang baru lahir kerana mereka masih baru dengan dunia dan memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran. Bayi yang baru lahr memerlukan tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari iaitu melebihi setengah hari.\n\nBayi akan tidur tidak kira waktu malam atau siang, ini bermakna ibu bapa perlu berjaga pada waktu malam untuk beberapa minggu. Setelah itu, lebih kurang 3 bulan, ibu bapa sudah boleh rasa lega kerana waktu tidur bayi sudah stabil dan boleh mengatur waktu tidur mereka.\n\nApabila waktu tidur bayi sudah teratur, tidak ada masalah lagi bagi ibu bapa berjaga pada waktu malam. Namun begitu, ada juga bayi yang sememangnya sukar untuk tidur. Kenapa terjadinya begitu?\n\nHal ini mungkin kerana penyediaan tempat tidur bayi yang tidak betul dan selesa. Bagaimana tempat tidur bayi yang selesa?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai cara menyediakan tempat tidur bayi yang betul. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nCara menyediakan tempat tidur bayi yang betul\n\n\u2013 Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.\n\n\u2013 Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.\n\n-Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.\n\n\u2013 Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.\n\n\u2013 Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.\n\n\u2013 Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.\n\n\u2013 Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.\n\n\u2013 Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.\n\n\u2013 Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.\n\n*Ramai yang masih tidak tahu cara sebenar untuk tidurkan bayi. Sama seperti kita, bayi juga memerlukan tempat tidur yang selesa dan persekitaran yang senyap untuk tidur. Selepas ini, tiada lagi masalah untuk tidurkan bayi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bagaimana Sauna Atau Mandi Wap Dilakukan?\n\nMandi wap atau sauna dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan herba semulajadi. Ini bermaksud anda mendapat wap sauna daripada khasiat herba tersebut. Daun-daun herba direbus dalam periuk manakala anda diselungkupkan dengan selimut, kain atau tikar untuk mendapatkan wap herba tersebut.\n\nSauna akan menyebabkan anda berpeluh dan terasa sedikit panas, namun tatkala anda bersauna, banyak kebaikan sauna yang bakal anda nikmati. Sekarang, sauna tidak sukar lagi untuk dilakukan, ia telah dimodenkan dari segi peralatan.\u00a0 Jom ketahui kebaikan sauna.\n\n13 Kebaikan Sauna Atau Mandi Wap Bakal Mengejutkan Anda!\n\nKata orang, sauna boleh menguruskan badan, betul ke? Setakat menguruskan badan sahaja, banyak cara lagi yang boleh kita lakukan. Sebenarnya, sauna bukan sahaja menguruskan badan, tetapi terdapat banyak kebaikan sauna atau mandi wap yang bakal mengejutkan anda!\n\nTahukah anda, sauna juga dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda? Kebaikan sauna yang ramai tak tahu adalah ia merupakan satu proses detoksifikasi tubuh badan. Detoks akan mengeluarkan racun badan melalui peluh yang mengalir di tubuh badan anda.\n\n2. Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan Tubuh Badan\n\nRamai tak percaya, kebaikan sauna juga adalah dapat membakar lemak tubuh badan anda dan membakar kalori. Anda tak perlu berlari dan bersukan dengan kerap, tetapi buatlah sauna setiap minggu atau bulan. Lemak-lemak akan dibakar justeru berat badan anda juga akan menurun.\n\nOtot dan urat tidak selalunya akan berada dalam keadaan yang betul, namun dengan sauna ia mendapat kedudukannya yang betul. Kebaikan sauna juga dapat mengeluarkan angin dari urat-urat tubuh badan anda. Otot yang sakit dan lenguh juga terasa lega setelah bersauna.\n\nKebaikan sauna dari segi mental adalah ia dapat merehatkan minda dan emosi anda. Anda akan lebih tenang dan rileks sepanjang hari sewaktu bersauna atau selepas sauna. Apabila tubuh badan terasa segar, minda dan emosi juga terasa amat tenang.\n\nKulit sihat dan lebih anjal setelah toksin peluh keluar dari tubuh badan anda. Sekiranya anda sudah lama tidak memanjakan diri mencantikkan kulit, sauna adalah perkara pertama wajib anda cuba. Kemudian, anda akan terasa kulit lebih anjal dan sihat.\n\nPercaya atau tidak, kulit bukan sahaja sihat tetapi lebih cantik, licin dan gebu semulajadi. Kulit anda akan lebih cantik dan lembut seperti anda menggunakan scrub. Sedangkan anda baru sahaja bersauna. Kebaikan sauna dari segi cantikkan kulit tidak dapat disangkal lagi.\n\nApabila racun dan toksin badan sudah keluar, penyakit dapat dicegah dan disembuhkan sedikit demi sedikit. Sebab itulah, selepas bersauna, demam akan kebah, selsema juga turut hilang. Begitu juga dengan penyakit dalaman yang melibatkan rahim, perut, pencernaan dan lain-lain.\n\n\u201cBetul ke sauna dapat kuruskan badan dan rampingkan tubuh badan?\u201d\n\nMemang betul. Bukan sahaja kurus, tetapi tubuh juga lebih langsing dan ramping. Lemak dan kolestrol akan pecah dan memudahkan anda mendapatkan bentuk tubuh badan yang lebih ideal, cantik dan ramping.\n\n9. Membuang Daki Dan Putihkan Kulit\n\nPernahkah anda menggunakan scrub untuk menghilangkan daki di badan? Ia lebih mudah jika anda melakukan sauna. Kebaikan sauna bakal mengejutkan anda adalah sauna juga dapat membuang segala daki di tubuh badan anda sekaligus memutihkan kulit anda. Sauna bertindak balas dengan dermis dan epidermis kulit anda serta pigmentasi kulit tubuh.\n\nAkibat faktor pemakanan, gaya hidup dan lain-lain lagi, kemungkinan besar pengaliran dan peredaran darah anda tidak normal. Tambah-tambah jika anda mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, serangan jantung dan sebagainya. Salah satu kebaikan sauna yang membantu anda adalah ia dapat melancarkan peredaran darah. Memang bagus melakukan sauna untuk kesihatan dalaman, darah dan jantung anda.\n\nAda orang yang sudah sebati dengan bau badan. Ke mana sahaja, bau badan pasti takkan hilang. Penat fikirkan cara menyelesaikan masalah ini. Rupa-rupanya kebaikan sauna adalah menghilangkan bau badan yang selama ini sudah sebati dengan badan anda. Menarik kan? Cuba anda amalkan melakukan sauna setiap minggu. Pasti bau badan akan hilang dengan mudah.\n\nSetelah melakukan sauna, angin dari seluruh badan akan keluar dengan mudah. Ia akan mengelakkan dariapada migrain berterusan, sakit kepala, sakit dan lenguh-lenguh badan serta pedih ulu hati. Kebanyakan masalah kesihatan yang berlaku adalah disebabkan oleh angin dari badan.\n\nAda orang yang mengalami masalah penghadaman, pencernaan dan juga pembuangan atau selulit. Kebaikan sauna adalah dapat melancarkan sistem pencernaan tubuh badan anda. Selepas melakukan sauna, anda akan merasai perbezaan tubuh badan dari segi sistem pencernaan anda.\n\nBanyak lagi kebaikan sauna yang dapat anda nikmati, namun itu sahaja yang kami simpulkan setakat ini. Apa lagi, jom mula bersauna hari ini! Jemput baca Cara hilangkan ketuat di kaki, Produk hilangkan parut jerawat dan Cara penjagaan buah pinggang wajib anda tahu."
"Dari segi perubatan, darah rendah atau anemia berpunca daripada kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras Hb dalam sel darah merah kurang daripada\u00a011gm/dl.\u00a0\n\nHemoglobin mempunyai fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.\n\nSemasa hamil, tubuh akan menghasilkan\u00a0lebih banyak sel darah merah\u00a0untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu mengandung kepada beberapa komplikasi kehamilan.\n\nApakah Punca Darah Rendah semasa mengandung?\n\nMasalah darah renddah semasa mengandung boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Di antaranya ialah:\n\nApakah simptom atau tanda darah rendah semasa mengandung?\n\nDi antara tanda darah rendah semasa mengandung ialah:\n\nApakah komplikasi darah rendah semasa mengandung?\n\nMasalah darah rendah semasa mengandung boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Di antara komplikasi yang biasa berlaku ialah:\n\nDarah rendah semasa mengandung boleh menyebabkan ibu berasa letih, lesu, dan lemah. Anda akan sering terasa pening, sesak nafas, atau berasa sukar untuk fokus. Ia berlaku akibat kekurangan oksigen dan nutrien yang amat diperlukan oleh badan. Wajah seseorang juga cenderung kelihatan pucat serta tidak bermaya.\n\nSekiranya masalah darah rendah berada pada tahap yang serius, tubuh anda akan mengalami masalah untuk meneruskan proses kehamilan lalu menyebabkan\u00a0keguguran.\n\nTumpah darah semasa bersalin adalah antara komplikasi darah rendah semasa mengandung yang paling digeruni. Jika terlalu banyak darah yang hilang, pemindahan darah terpaksa dilakukan bagi mengelakkan kematian.\n\n4. Mengganggu tumbesaran & perkembangan bayi\n\nDarah rendah semasa mengandung juga boleh mengganggu proses perkembangan dan tumbesaran bayi yang ada dalam kandungan.\n\n5. Kelahiran bayi kurang berat badan (IUGR)\n\nDarah rendah semasa mengandung juga boleh menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan normal. Bayi yang mempunyai masalah IUGR (IntraUterine Growth Restriction) biasanya lahir dengan berat badan yang kurang daripada normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital.\n\nDarah rendah semasa mengandung juga boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.\n\nIbu yang mempunyai masalah darah rendah semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami angin meroyan selepas melahirkan.\n\nDalam kes yang paling teruk, masalah darah rendah yang tidak dirawat boleh menjadi punca kematian ibu yang sedang mengandung.\n\nKelahiran bayi pra-matang juga boleh dikaitkan dengan masalah darah rendah semasa mengandung.\n\nIbu yang mengalami masalah darah rendah semasa mengandung biasanya akan mengalami masalah depresi atau tekanan perasaan.\n\nDarah tinggi dan masalah jantung adalah di antara komplikasi yang disebabkan oleh darah rendah semasa mengandung.\n\n11. Kesan jangka masa panjang kepada bayi dalam kandungan\n\nMenurut\u00a0pertubuhan WHO, darah rendah semasa mengandung yang serius boleh menyebabkan anak mempunyai\u00a0perangai yang ganjil dan lemah tahap pembangunan\u00a0mental berbanding rakan sebaya.\n\nDarah rendah semasa mengandung akan menyebabkan tahap imuniti ibu menurun dan mudah terkena jangkitan.\n\nIbu yang mempunyai masalah darah rendah semasa mengandung mungkin akan menjadi\u00a0cepat letih dan tidak mempunyai cukup tenaga semasa meneran. Ini akan menyebabkan gangguan kepada proses bersalin & ibu terpaksa bergantung kepada peralatan bantuan luar untuk melancarkan proses bersalin.\n\nBagaimana caranya untuk mengatasi masalah darah rendah semasa mengandung?\n\nDi antara cara untuk mengatasi masalah darah rendah semasa mengandung ialah dengan memastikan anda:\n\n1. Makan makanan tinggi zat besi\n\nZat besi membantu menghasilkan sel darah merah yang baru sekali gus mengatasi masalah darah rendah semasa mengandung. Di antara sumber makanan yang tinggi\u00a0 kandungan zat besi ialah:\n\n2. Mengambil pil hematinik & semua vitamin yang diberikan oleh doktor\n\nSekiranya anda disahkan mengalami masalah darah rendah semasa mengandung,\u00a0 doktor akan mempreskripsikan ubatan khas untuk mengatasi masalah ini. Di klinik kesihatan kerajaan, biasanya pil hematinik\u00a0yang terdiri daripada zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks akan diberikan.\n\nSelain 4 jenis pil ini, anda juga mungkin dipreskripsikan dengan ubat lain seperti Zincofer atau Iberet. Pastikan anda mengambil pil ini setiap hari mengikut dos yang disarankan oleh doktor.\n\n3. Elakkan makanan yang menghalang penyerapan zat besi\n\nUntuk memastikan penyerapan zat besi berlaku dengan lebih efisyen, elakkan minuman atau makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman berkola, atau minuman bercoklat terutamanya dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan pil zat besi yang dipreskripsikan.\n\nSusu juga mampu menjejaskan penyerapan zat besi pada tubuh. Oleh itu,\u00a0anda perlu menjarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 2 jam selepas memakan ubat.\n\n4. Makan makanan yang membantu\u00a0penyerapan\u00a0zat besi\n\nMakanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi terdiri daripada makanan yang kaya dengan vitamin C. Oleh itu, anda digalakkan untuk makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum. Lebihkan buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C seperti\u00a0jambu batu, limau, betik, tomato, dan sebagainya dalam hidangan harian.\n\nAkhir sekali, pastikan anda sentiasa mematuhi rutin temujanji kehamilan supaya keadaan anda dapat dipantau oleh doktor.\n\nItulah dia info tentang darah rendah semasa mengandung yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga perkongsian ini membawa manfaat.Jemput juga baca artikel petua sakit gigi semasa mengandung\u00a0, petua bersalin normal dan petua mudah bersalin."
"Masakan simpel satu ini patut anda cuba. Ayam sos tiram dimasak dengan kaedah yang amat senang. Guna bawang saja, campak-campak terus jadi sedap.\n\nHidangan ini disukai kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas dan sesuai tekak mereka. Selain itu, ayam sos tiram juga sedap dijadikan lauk makan petang yang simpel dan pantas. Tidak perlu risau masak dikejar masa.\n\n\u200e\u200eCik Puan Sarah berkongsikan resepi ayam masak sos tiram di laman Facebook. Hanya dengan bahan-bahan paling senang masak pun jadi mudah.\n\nSelain ayam sos tiram, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Biasalah kalau kita dijemput untuk datang ke majlis-majlis seperti kenduri kahwin, kesyukuran dan lain-lain lagi, kita akan dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan. Contohnya, makanan yang pedas, air minuman yang manis dan berkarbonat dan makanan-makanan yang berlemak.\n\nHal ini boleh memudaratkan kesihatan diri kita terutama kepada pesakit yang ada darah tinggi, buah pinggang dan sakit jantung. Tindak balas antara makanan dengan ubat ubat-ubatan yang kita makan boleh juga menyebabkan kesan optima ubat tidak dapat disempurnakan. \n\nMari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suhazeli Abdullah mengenai interaksi makanan dan ubat. \n\nInteraksi makanan dengan ubat boleh berlaku dalam pelbagai bentuk:\n\n1. Makanan atau minuman itu menghalang penyerapan serta tindakbalas ubat di lokasi tertentu badan. Contohnya teh boleh menghalang penyerapan zat besi secara optima bagi ibu-ibu hamil yang mengalami anemia (kurang hemoglobin darah). Begitu juga dengan pengambilan kopi terutama kopi pracampuran yang mengandungi ginseng, tongkat ali dan sebagainya, boleh menyebabkan kesan tindabalas ubat semakin tinggi dari jangkaan yang sepatutnya. Akhirnya kandungan ubat-ubatan dalam badan akan berpanjangan. Sedangkan ubat-ubatan itu mempunyai tempoh tertentu yang sesuai berada dalam darah sebelum dikumuhkan melalui buah pinggang.\n\n2. Makanan tertentu juga mempunyai pengaruh ke atas ubat-ubatan samada mengurangkan kesan tindakbalas yang sepatutnya atau meningkatkan kesan tindakbalas. Contohnya limau gedang, buah sitrus dan makanan berserat tinggi boleh bertindakbalas dengan ubat anti-kolesterol dan banyak lagi ubat-ubatan lain.\n\n3. Sesetengah makanan boleh menggalakkan lagi kesan sampingan ubat. Seperti pesakit yang mengambil ubat cair darah (warfarin) untuk sakit jantung. Apabila pesakit memakan makanan yang tinggi vitamin K seperti brakoli dan beberapa lagi, akan mengganggu sistem pembekuan darah.\n\nAndaikata kita tidak mampu untuk menahan nafsu makan, sehingga terpengaruh dengan keenakan makanan, ikutilah tips yang diberi oleh doktor pakar.\n\n9 tips untuk mengelakkan interaksi ubat dan makanan:\n\n1. Sentiasa BACA LABEL pada sampul ubat dan sisip bungkusan (arahan pengambilan, peringatan, interaksi, langkah berjaga-jaga) yang dilampirkan bersama-sama bekas ubat.\n\n2. Adalah sangat penting untuk MEMATUHI ARAHAN yang diberikan berkenaan cara pengambilan ubat yang selamat seperti yang telah diterangkan oleh ahli profesional kesihatan.\n\n3. Ambil ubat bersama-sama segelas AIR KOSONG. Jangan campur ubat ke dalam minuman panas kerana suhu yang tinggi boleh mengurangkan keberkesanan sesetengah ubat.\n\n4. JANGAN CAMPUR ubat ke dalam makanan kecuali diarahkan berbuat demikian.\n\n5. JANGAN ambil herba pada MASA YANG SAMA ketika mengambil ubat.\n\n6. JANGAN ambil ubat bersama-sama ALKOHOL/ARAK. Tapai juga mengandungi kandungan alkohol yang bukan bermaksud arak.\n\n7. SENTIASA MAKLUMKAN doktor atau ahli farmasi berkenaan ubat-ubatan serta herba / yang sedang diambil.\n\n8. MAKLUMKAN ahli profesional kesihatan berkenaan sebarang PERUBAHAN dalam rutin harian (senaman, diet, pengambilan alkohol).\n\n9. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan interaksi ubat-ubatan yang mungkin berlaku, BERTANYALAH PADA DOKTOR / AHLI FARMASI. Simpanlah nombor penting doktor atau farmasi yang anda sayangi.\n\n*Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. \n\nBerhati-hatilah semasa memilih makanan dan jangan makan terlalu banyak makanan berminyak dan tidak sihat terutama kepada pesakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan lain-lain. Dapatkan nasihat pakar jika ingin mengambil seberang ubat.\n\nArtikel ini diterbitkan oleh kebenaran penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Apakah menu hidangan ayam kesukaan anda? Sudah bosan dengan menu ayam yang itu-itu sahaja?Sebaiknya anda boleh mencuba resepi viral dan digilai ramai satu ini! Resepi ayam masak Bali.\n\nSekarang kami akan mengabulkan permintaan anda semua. Resepi ayam masak Bali yang sangat digilai ini telah dikongsikan oleh Izzati Insyirah Rosli\u200e di Facebook. Resepi ini telah mendapat perkongsian sebanyak 18.3K. Waaah mesti resepi ini sangat power!\n\nAnda-anda yang dirumah, cik atau makcik ataupun pakcik, mari tengok resipi yang kami kongsikan ini. Gerenti orang yang sudah memakan ayam masak Bali viral ini tidak mahu berhenti makan! Tidak kisah diet atau apa, anda mesti mencuba resepi ini dirumah.\n\nResepi ini sangat mudah dan tak leceh sedikitpun, namun rasanya sangat sedap sampai menjilat jari! Silakan dicuba.\n\nResepi Ayam Masak Bali (Viral dan Digilai!)\n\n1. Bersihkan ayam. Lumur dengan kunyit dan garam (Tak perlu banyak)\n2. Goreng dalam 10-15 minit (jangan garing sangat). Ketepikan.\n3. Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai. Sehingga menjadi kaler coklat2 kuning.\n4. Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus ya (api sederhana)\n5. Masukkan cili yang dikisar dan biarkan garing.\n\n6. Masukkan kicap. 5 kali titik (kali goncang). Masukkan garam dan gula. Gaulkan\n7. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.\n8. Gaul rata dan biarkan dalam 8-10 minit. Siap.\n\nSelain resepi Ayam Masak Bali, kami juga menulis resepi lain dipostingan sebelumnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"Memakai toner adalah rutin penjagaan kulit wajah yang penting terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat dan jeragat. Anda harus ketahui toner terbaik untuk jeragat sebelum membuat pilhan.\n\nUmum tahu bahawa jeragat adalah masalah yang paling sukar diatasi berbanding dengan jerawat. Tompokan kecil yang berlaku pada kulit wajah ini mungkin disebabkan oleh sinaran matahari, sinaran radioaktif dan macam-macam lagi.\n\nUsah gusar, salah satu cara untuk hilangkan jeragat adalah dengan memakai toner terbaik untuk jeragat. Jom lihat mana satu pilihan anda!\n\nToner yang diperbuat daripada buah-buahan dan arbutin serta vitamin B3 ini sangat sesuai untuk anda yang ingin hilangkan jeragat sambil memutihkan wajah.\n\nIa berfungsi menghilangkan jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam, whitehead dan blackhead, pigmentasi wajah dan menghapuskan kotoran pada kulit wajah. Kulit akan lebih cerah dan clear daripada cela-cela wajah.\n\nPelbagai masalah kulit yang kita hadapi, namun jeragat amat sukar untuk dipudarkan. Menghilangkan jerawat dengan menggunakan toner terbaik untuk jeragat ini adalah pilihan yang tepat.\n\nIa bukan sahaja memudarkan kesan jeragat tetapi dapat mengelakkan jerawat, kulit kusam, mengatasi masalah kulit terbakar dan juga merupakan anti penuaan. Tak ada lagilah kulit berkedut, pastinya wajah nampak lebih muda dan cantik.\n\nCharms Brightening Toner bukan sahaja sesuai digunakan untuk putihkan kulit, amat hebat kesannya termasuklah dalam menghapuskan jeragat. Paling menakjubkan, ia menukarkan sel kulit mati dengan kulit baharu yang cantik dan licin tanpa mengering atau mengelupaskan kulit anda.\n\nKulit juga lebih lembut dan segar dengan formulasi bahan semulajadi yang terdapat dalam toner terbaik untuk jeragat ini. Jeragat dapat dikurangkan, wajah semakin cerah dan berseri-seri.\n\n4. The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution Hydration\n\nTahukah anda, jeragat akan mudah dihapuskan dari dalam kulit? Salicylic acid yang terkandung dalam toner The Ordinary Salicylic Acid ini mengawal dinding dalaman liang kulit untuk hasilkan kulit yang lebih baik.\n\nToner yang terbukti selamat digunakan ini akan memudarkan jeragat, jerawat dan memastikan kulit tidak bertompok-tompok lagi. Pastinya tona warna kulit lebih sekata, cantik dan cerah.\n\n5. Eucerin Pro Acne Solution Toner\u00a0\n\nSangat dipercayai dan telah diuji keberkesanannya, Eucerin Pro Acne Solution Toner juga boleh anda amalkan setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik tanpa sebarang jeragat.\n\nUsai menyapu pada wajah, anda dapat melihat warna daki atau kotoran wajah anda yang terlekat pada kapas. Toner ini juga bertindak sebagai pencuci mekap dan pelindungan kepada kulit daripada segala kotoran yang melekap yang boleh menyebabkan jerawat.\n\nStress bila muka berminyak, berjeragat dan nampak comot! Dengan penggunaan toner wajah Nanowhite, anda cuma perlu menikmati keseronokan dan tenang dalam melakukan rawatan wajah setiap kali memakai toner.\n\nKandungan Orange Extract, Omega White C, Allantoin, Lemon Extract dan Bilberry Extract membantu seimbangkan pH kulit dan tidak akan mengeringkan kulit anda. Ia pasti menjadi jika anda mula gunakannya dari sekarang dengan cara yang betul.\n\n7. Some By Mi Galactomyces Pure Vitamin C Glow Toner \n\nkandugan Vitamin C dan askorbik acik bagi toner ini sangat memberangsangkan. Ia menjadikan kulit lebih bersih, bebas dari sebarang jeragat dan jerawat, melembabkan dan penuh antioksidan.\n\nBoleh dikatakan Toner Some By Mi Galactomyces Pure Vitamin C Glow ini sangat berkualiti tinggi dan harganya pun boleh tahan! Namun, sukar untuk anda temui toner yang benar-benar memberi kesan terbaik seperti Toner Pure Vitamin C Some By Mi ini.\n\nKielh Ultra adalah salah satu jenama dan toner yang juga berkesan untuk pudarkan bekas jeragat. Adakalanya jeragat, parut atau bintik-bintik hitam ini sukar untuk dihapuskan, namun pakai sahaja toner terbaik untuk jeragat ini.\n\nUsah risau dengna kandungannya, sudah pasti ia selamat digunakan dan terbukti berkesan. Anda boleh dapatkannya di Shopee dengan harga yang berpatutan. Pemakaian dengan cara yang betul akan menambahkan keselesaan dalam mengamalkannya.\n\nSolekan mudah ditanggalkan dengan menggunakan Bioderma Sensibio H2O. Siapa sangka dengan formulasi toner ini, ia juga berkesan dalam memudarkan jeragat pada wajah anda.\n\nIa sesuai digunakan oleh anda yang berkulit sensitif, kering dan juga mempunyai masalah jeragat mahupun jerawat. Toner terbaik untuk jeragat ini boleh dipakai untuk anda yang mengalami masalah kulit berminyak, berjeragat, berjerawat dan juga kulit sensitif.\n\n10. [COSRX] Refresh AHA/BHA Vitamin C Daily Toner\n\nJenama Cosrx cukup terkenal dengan toner yang kaya dengan vitamin C. Dipakai setiap hari, kulit pasti lebih cerah, cantik dan menawan. Namun, ia menghapuskan bakteria dan memperbaiki sel kulit wajah dengna memudarkan jeragat anda.\n\nTerdapat 16 bahan terbaik dalam toner ini, dan ia sesuai untuk anda yang berkulit sensitif. Selepas mengamalkan toner ini, pastinya jeragat menjadi semakin pudar. Jom beli di Shopee!\n\nBerikut adalah antara toner terbaik untuk jeragat yang boleh kita cuba, pastinya berkesan! Jom baca juga Toner terbaik untuk kulit kering, Toner terbaik untuk kulit kusam dan Toner untuk kulit jerawat.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Perlukah tahnik bayi dilakukan? Adakah ia wajib? Pasti ada kisah disebalik kenapa perlu melakukan tahnik dan kaedah tahnik bayi yang betul. Ikuti sebuah kisah yang diceritakan semula oleh Asma\u2019 yang telah melahirkan Abdullah Bin Zubair. Ceritanya berbunyi begini:\n\n\u0641\u064e\u062e\u064e\u0631\u064e\u062c\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062a\u0650\u0645\u064c\u0651 \u0641\u064e\u0623\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0629\u064e \u0641\u064e\u0646\u064e\u0632\u064e\u0644\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u0642\u064f\u0628\u064e\u0627\u0621\u064d \u0641\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u0652\u062a\u064f\u0647\u064f \u0628\u0650\u0642\u064f\u0628\u064e\u0627\u0621\u064d \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0641\u064e\u0648\u064e\u0636\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u062d\u064e\u062c\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062f\u064e\u0639\u064e\u0627 \u0628\u0650\u062a\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u0629\u064d \u0641\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u063a\u064e\u0647\u064e\u0627 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062a\u064e\u0641\u064e\u0644\u064e \u0641\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u064e \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u062f\u064e\u062e\u064e\u0644\u064e \u062c\u064e\u0648\u0652\u0641\u064e\u0647\u064f \u0631\u0650\u064a\u0642\u064f \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062d\u064e\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e\u0647\u064f \u0628\u0650\u062a\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u0629\u064d \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062f\u064e\u0639\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e\u0651\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u064e \u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064f\u0648\u062f\u064d \u0648\u064f\u0644\u0650\u062f\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0633\u0652\u0644\u064e\u0627\u0645\u0650\n\nMaksudnya\u00a0:\u201d Aku keluar dan pada ketika aku dah hampir melahirkan. Aku singgah di Quba dan aku telah melahirkan anak di Quba. Kemudian aku pergi menemui Rasulullah SAW. Lalu aku meletakkan anakku di bilik Baginda. Kemudian Baginda memohon untuk dibawakan tamar. Lantas Baginda mengunyah tamar tersebut kemudian meludah kunyahan tersebut di mulutnya. Benda pertama yang masuk ke tubuhnya ialah air liur Rasulullah SAW. Baginda kemudiannya mentahnikkan dengan sebiji tamar dan memberkatinya. Anak aku adalah bayi yang pertama yang dilahirkan pada zaman Islam (iaitu anak kaum muhajirin yang pertama dilahirkan selepas hijrah).\u201d\n\nRiwayat al-Bukhari ( 3909) & Muslim (5741)\n\nApa Anda Perlu Tahu Tentang Tahnik?\n\nJelaslah bahawa Nabi SAW melakukan tahnik kepada bayi pada zaman dahulu. Tahukah anda apa maksud tahnik dan bagaimanakah cara melakukannya? \n\nTahnik dilakukan kepada bayi yang baru lahir untuk mengambil berkah daripada orang-orang yang soleh dengan cara menyapu rasa tamar ke atas lelangit bayi tersebut. Ia seolah-olah membuatkan bayi merasa kemanisan tamar tersebut dan didoakan yang baik-baik.\n\nUmumnya, konsep tahnik adalah seperti didoakan. Oleh itu, mereka yang akan melakukan tahnik kepada anak-anak haruslah yang soleh dan lebih berpengalaman.\n\n\u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064f\u0624\u0652\u062a\u064e\u0649 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0635\u0650\u0651\u0628\u0652\u064a\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0641\u064e\u064a\u064f\u0628\u0652\u0631\u0650\u0643\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u064a\u064f\u062d\u064e\u0646\u0650\u0651\u0643\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652\n\nMaksudnya: \u201cKanak-kanak lelaki dibawa menemui Rasulullah SAW, lalu baginda mendoakannya semoga diberkati Allah dan mentahniknya.\u201d \n\nHukum tahnik bayi adalah sunat dan tidak wajib. Sebaiknya tahniklah bayi kerana ia merupakan amalan Rasulullah SAW. Jika buat, dapat pahala. Jika tidak dilakukan, tidak berdosa.\n\n\u201cAdapun berkaitan hukum hakam yang terdapat di dalam hadis ini, terdapatnya hukum sunat mentahnikkan anak yang baru lahir. Juga berkaitan keharusan mengambil berkat daripada orang yang soleh dan baik. Di dalam hadis itu juga terdapat hukum sunatnya membawa kanak-kanak menemui orang yang soleh untuk bertabarruk dengan mereka.\n\nBukan sahaja hukumnya sunat mentahnikkan bayi dengan tamar, tetapi ia juga sunat jika anda tahnik bayi dengan sesuatu yang manis sekiranya tiada tamar. Contohnya adalah madu.\n\nTahnik bayi yang merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW ini sudah pasti mempunyai manfaat dari segi kesihatan, mental, rohani dan sebagainya. Biarpun hanya sekali tahnik bayi, bayi akan merasai kesannya dari kecil sehinggalah mereka dewasa. Terdapat banyak hikmah melakukan tahnik bayi.\n\nTahnik dapat menguatkan saraf-saraf bayi di bahagian mulut, tenggorokan, dua rahang bawah serta gerakan lisan dan jilatan yang mana amat diperlukan untuk menghisap air susu ibu. Mereka akan bertenaga dan dapat menyalurkan susu terus ke mulut dengan baik dan semulajadi.\n\nKurma mempunyai manfaat kesihatan terhadap bayi dimana ia boleh melindungi bayi dari sebarang penyakit kronik dan juga penyakit biasa. Selain dapat menguatkan imunisasi tubuh badan, bayi akan terhindar dari virus seperti polio, campak, TBC, difteri dan lain lagi.\n\nAir liur kedua orang tua atau orang yang soleh akan mengikat hati bayi untuk lebih positif, baik dan taat. Air liur dari lidah seseorang yang sering membacakan ayat Al-Quran dan zikir mengalir ditubuh seorang bayi supaya dia dapat tumbuh suci dan bersih.\n\nApabila kurma digunakan untuk tahnik bayi, bayi akan menghisapnya sehingga ke pembuluh darah. Kadar gula dalam darah akan automatiknya menjadi semakin normal dan tiada masalah. Bayi juga akan aktif dan lebih bertenaga.\n\nTahnik bayi juga dapat membersihkan mulut bayi khasnya pada bahagian atas langit-langit bayi. Kurma yang lumat itu akan menarik sisa kotoran, bakteria dan sekaligus mencuci mulut bayi.\n\n6. Menyucikan Hati Dengan Manfaat Kurma\n\nKurma mempunyai manfaat yang sangat kuat dari segi jasmani dan rohani. Dengan mengamalkan kurma sebelum bersalin dan ketika berpantang, bayi juga akan terkesan dengan perkara yang baik-baik.\n\nKaedah tahnik bayi yang dilakukan oleh Rasulullah SAW amat dianjurkan dalam Islam dan begitulah kaedah yang perlu kita ikuti. Jika kita menggunakan kurma, madu atau air zamzam, caranya tetap sama. Mungkin sedikit berbeza dari segi kurma dimana anda perlu gigit dan hancurkannya dahulu. Untuk air zamzam dan madu, anda cuma terus sapu di langit-langit bayi.\n\nJom lihat cara tahnik bayi yang betul dan mudah.\n\nItulah dia info, hukum, hikmah dan kaedah tahnik bayi yang perlu anda ketahui. Semoga bermanfaat. Jom baca juga Maksud anak syurga sebenarnya, Cara mengambil anak angkat di hospital dan Langkah mengatasi pembuangan bayi."
"Membuat keputusan untuk kembali bekerja setelah menjadi seorang ibu sudah pasti akan merasa sedikit kekok. Beberapa perkara juga pasti berubah mengikut keadaan semasa. Kemampuan dan masa anda juga akan berubah. Kembali bekerja setelah meninggalkannya memang akan terasa agak janggal.\n\nSelepas melahirkan bagi wanita yang memang suka bekerja, pastinya anda akan merasa masa berlalu begitu lambat tetapi tanpa anda sedari masa itu berlalu teramatlah pantas. Anda merasa begitu teruja untuk kembali bekerja atau pun tiada perasaan untuk kembali bekerja lagi.\n\nApabila anda sudah mula bekerja, anda akan melakukan perkara yang sama seperti sebelum ini, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja seperti biasa pada setiap hari dan masa, cuma yang menjadi kelainan adalah anda akan merindui seseorang iaitu anak anda, buah hati yng baru anda lahirkan dan ketika itu perlu berjauhan untuk beberapa jam kerana komitmen kerja.\n\nKadangkala ianya akan mengganggu konsentrasi anda untuk bekerja dan pastinya perkara ini sedikit sebanyak akan membuat emosi anda mudah tertekan kerana bertambahnya tanggungjawab dalam hidup. Antara tip bagi mengurangkan sebarang masalah kembali bekerja ialah :\n\nTips Kembali Bekerja Setelah Melahirkan Anak\n\nSekiranya anda mempunyai masalah di tempat kerja atau pun di rumah iaitu yang berkaitan dengan anak-anak atau anda sendiri, berkongsilah masalah tersebut dengan pasangan anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih tenang dan dapat mengurangkan beban fikiran anda. Ambillah nasihat daripada pasangan anda dan amalkan yang mana sesuai. Dengan meluahkan masalah yang anda lalui kepada si dia, kemungkinan pasangan anda dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengatasi masalah yang anda lalui.\n\nAnda perlu belajar untuk percaya bahawa anak anda selamat ditinggalkan kepada sesiapa yang anda pilih untuk menjaganya. Anda juga perlu percaya bahawa anda boleh melakukan tugas-tugas seharian anda dalam kerja seperti sedia kala tanpa terdapat sebarang gangguan. Dari kepercayaan yang di bina dalam diri anda, akan terbentuk satu keyakinan untuk anda menghadapi hari-hari yang mendatamg kelak.\n\nGunakanlah masa yang terluang untuk bersama-sama keluarga terutamanya bayi anda kerana walaupun anda sibuk sekiranya anda bijak mencari masa bersama keluarga, ini akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan terutamanya dengan si bayi kerana dia akan merasa seperti di beri perhatian dan dapat mengenali diri anda dengan dekat.\n\nSememangnya mudah untuk merasa tertekan kerana anda ingin \u00a0merasa selesa dengan kehidupan baru anda iaitu kembali bekerja dalam pada waktu yang sama ingin menjaga cahaya mata yang baru hadir dalam kehidupan anda. Ambillah sikap positif dan bersangka baik dalam menghadapi pelbagai masalah."
"Kebanyakan wanita suka apabila pipi mereka merona kemerah-merahan. Bukan disebabkan malu, tetapi ada daya penarik di situ. Ada ke cara untuk memerahkan pipi secara semula jadi tanpa menggunakan produk-produk tertentu?\n\nKalau dilihat wanita yang berkulit putih atau cerah mempunyai kecenderungan berpipi merah. Ini disebabkan faktor keturunan, warna kulit dan cuaca. Mereka bukan pakai blusher tau! Memang semula jadi merah.\n\nKebanyakan orang yang tinggal di kawasan pergunungan misalnya di Tibet mempunyai pipi yang merah. Ini disebabkan tekanan udara di kawasan pergunungan lebih rendah berbanding di kawasan tanah rendah.\n\nTekanan udara yang rendah ini menyebabkan kadar oksigen dalam udara di situ menjadi lebih rendah. Oleh itu, masyarakat di kawasan pergunungan akan mengadaptasi dengan banyak menghasilkan sel darah merah yang mengandungi hemoglobin. Itulah sebabnya pipi mereka menjadi merah. Comel kan?\n\nDisebabkan kita tidak tinggal di kawasan seperti itu, hampir mustahil untuk mendapat pipi yang merah. Cara paling pantas ialah dengan mengenakan solekan. Sapu saja blusher mengikut warna kesukaan, merahlah jadinya.\n\nNak tahu tips pipi merah tanpa pakai blusher? Penulis akan kongsikan petua untuk mendapatkan pipi yang merah tanpa memerlukan kos yang tinggi. Yang penting semuanya menggunakan bahan semula jadi yang murah dan selamat.\n\nBeras pulut terbukti boleh memerahkan kulit wajah. Kandungan asid amino dan vitamin di dalamnya berfungsi sebagai pencerah wajah semula jadi. Anda boleh cuba tips ini seminggu sekali.\n\nCaranya ialah ambil sedikit beras pulut yang sudah dibasuh dengan bersih. Kemudian, kisar halus dengan sedikit air suam atau air mawar. Sapukan pada wajah sebagai masker. Malah, anda boleh jadikannya sebagai skrub dengan menggosok perlahan.\n\nTomato bukan saja enak dimakan, ia juga banyak khasiat untuk tubuh dan kecantikan kulit. Warna merah pada tomato disebabkan oleh likopena. Likopena ialah sejenis pigmen yang menghasilkan warna merah pada sayur-sayuran.\n\nPigmen ini merupakan antioksidan semula jadi yang baik. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin yang baik untuk kulit. Ambil 1 hirisan tomato dan sapukan pada pipi. Biarkan hingga kering. Wajah anda bukan saja menyerap khasiatnya, bahkan menjadikan pipi anda merah.\n\nApabila melancong ke Cameron Highlands, buah inilah yang akan dicari. Strawberi yang masam, enak dimakan dengan celupan coklat. Siapa sangka ia juga sangat berkesan untuk memerahkan pipi.\n\nWarna merah pada buah strawberi disebabkan ia sangat kaya dengan pigmen antosianin. Ia juga mempunyai antioksidan dan vitamin C yang sangat tinggi. Anda boleh ambil sedikit isi strawberi yang dihancurkan menggunakan sudu. Sapukan pada pipi.\n\nAsid sitrik yang terdapat di dalam buah lemon sangat baik untuk kecantikan kulit. Dengan menyapu jus lemon ke wajah, ia dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati dan pudarkan parut. Malahan, ia berkesan untuk mengecutkan jerawat.\n\nOleh kerana sifatnya yang berasid, dinasihatkan agar tidak menggunakan masker jus lemon dengan kerap. Risau ia akan mengeringkan kulit. Cukuplah setakat seminggu sekali.\n\nTahukah anda bahawa cuka epal sering digunakan sebagai pengganti toner atau penyegar wajah? Cuka epal mudah didapati dan harganya juga murah. Biasanya dijual di dalam botol yang besar. Jadi, anda boleh menggunakannya dengan lama.\n\nCaranya ialah campurkan sesudu cuka epal dengan 2 sudu air suam. Sapukan ke arah wajah dengan kapas muka. Anda juga boleh menggunakan penyembur. Ia dapat membersihkan wajah dan melancarkan peredaran darah pada pipi.\n\nLobak bukan saja enak dimasak, tetapi juga sedap dimakan mentah. Kerangupannya membuatkan kita tidak boleh berhenti mengunyah. Paling sedap kalau dibuat jus yang ditambah dengan susu segar.\n\nKandungan beta karotena di dalam lobak merah sangat baik untuk kulit. Jika anda membuat jus lobak merah, jangan dibuang hampasnya. Ambil sedikit dan gosokkan pada wajah. Kemudian, biarkan ia hingga kering.\n\nAnda tentu biasa makan oat bukan? Kalau hendak berdiet, tentunya oat merupakan pilihan alternatif untuk menggantikan nasi. Namun, jangan terkejut bila dengar bahawa oat juga mampu merahkan pipi.\n\nOat mengandungi khasiat antioksidan dan antiinflamasi yang baik untuk kulit. Kandungan protein, vitamin B dan omega 3 di dalamnya sangat tinggi. Anda boleh mencuba tips ini iaitu ambil sedikit oat. Tambahkan sedikit air suam dan gosokkan di wajah seperti skrub. Buat 2 kali seminggu.\n\nSebut saja gula merah, terbayang pelbagai jenis kuih-muih tradisional yang enak-enak. Kuih koci, kuih talam, onde-onde dan sebagainya menggunakan gula merah sebagai ramuan utama. Cuba ke dapur, tengok masih ada tak gula merah yang berbaki.\n\nAnda boleh gunakan gula merah untuk merah pipi. Gula merah mempunyai asid glikolat iaitu sejenis asid alpha hydroxy (AHA). Ia banyak digunakan dalam bidang kecantikan. Parut sedikit gula merah dan campurkan dengan air. Sapu pada wajah selama 10 minit. Jangan lupa cuci, bersemut pula nanti.\n\nBuah naga tak kira yang warna merah keunguan atau yang putih sangat lazat dimakan. Bentuknya yang unik dan rasanya yang manis menarik perhatian. Warna merah pada buah naga disebabkan oleh kandungan yang sama dengan tomato iaitu likopena.\n\nDisebabkan warna merahnya pekat dan tahan lama, ia boleh dijadikan pemerah pipi yang semula jadi. Selain mampu memerahkan pipi, khasiat antioksidannya juga bagus untuk kulit dan kesihatan.\n\nBuah delima sangat terkenal dengan khasiat dan kecantikan warna isinya. Tidak hairanlah buah ini menjadi simbol kecantikan wanita Melayu. Frasa \u2018Bibir bak delima\u2019 menunjukkan betapa cantiknya wanita yang memiliki bibir merah jambu.\n\nBukan saja untuk bibir, buah delima juga boleh menjadikan pipi merah. Caranya ialah sapukan sedikit jus buah delima pada wajah. Biarkan ia sehingga kering. Lalu, bilas bersih-bersih.\n\nJika di sekitar rumah anda ada ditanam bunga ros merah, ambil beberapa kelopaknya. Setelah dicuci, ramas sehingga agak hancur. Sapukan pada pipi. Buat beberapa kali sehingga anda nampak hasilnya.\n\nSetakat ini saja perkongsian penulis tentang topik cara untuk mendapatkan pipi merah secara semula jadi. Jangan lupa kongsikan hasilnya jika sudah cuba. Jom baca petua kecantikan yang lain di khasiat daun pudina dan petua orang tua tentang kecantikan.\n\n6 Petua Pipi Merah Semula Jadi Yang Anda Boleh Cuba (link)"
"Ayuh ketahui kronologi di padang mahsyar.\n\nSesungguhnya mati itu adalah pasti, hanya bila dan di mana sahaja kita masih menanti kematian itu tiba. Sesiapapun tidak mengetahui akan detik kepergiannya kerana telah dirahsiakan oleh Allah SWT.\n\n\u201cSetiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.\u201d\n\nManakala selepas kematian itu, setiap muslim yang akan mengalami 12 fasa, iaitu persinggahan yang begitu azab bagi sesiapa yang banyak membuat larangan Allah. Tetapi persinggahan ini menjadi tempat yang aman bagi mereka yang bertakwa. Dan waktu ini kelak, hanyalah amalan semasa hidup di dunia sahaja dapat membantu melepasi tingkat ujian yang disediakan Allah SWT.\n\nSetiap azab dan nikmat kubur adalah sesuatu yang wujud dan bukannya sekadar bayangan mimpi, mainan perasaan mahupun khayalan. Tetapi ianya terjadi secara nyata terhadap muslim yang baik ataupun sebaliknya.\n\nNabi SAW telah mengajarkan doa perlindungan daripada siksaan kubur. \u00a0Sabda Baginda yang bermaksud:\n\n\u201cApabila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: \u2018Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal\u2019.\u201d\n\n(Hadis Riwayat Muslim, Abu Awanah, Nasa\u2019i dan Ibnu jarud)\n\nRasulullah SAW juga menyebutkan golongan yang gemar melanggar hukum Allah SWT akan menanggung azab yang dasyat ketika di dalam kubur kelak, iaitu golongan yang:\n\nSangkakala ditiup oleh malaikat Israfil atas perintah Allah SWT.\u00a0 Tiupan yang pertama akan mengejutkan dan membinasakan manusia, merosakkan dunia dengan goncangan, gunung ganang menjadi rata,\u00a0 matahari akan digulung, bintang bertaburan dan dunia menjadi gelap gelita dan keadaan alam kembali seperti awal penciptaannya atas kehendak Allah SWT, seperti\u00a0 dijelaskan dalam al-Quran :\n\n\u201cDan ditiuplah sangkakala maka matilah semua yang di langit dan di bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.\u201d\n\nManakala pada tiupan sangkakala yang kedua pula adalah tiupan yang membangkitkan semua manusia.\n\n\u201cDan tiupan sangkakala (kedua), maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka.\u201d\n\nSemasa hari kebangkitan, umat manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Sudah tidak ada rasa malu kerana masing-masing kerana sangat takut dan bimbang dengan nasib sendiri. Ketika itu juga,\u00a0 ibu akan lupakan anaknya, suami juga akan lupakan isterinya dan hanya memikirkan tentang diri sendiri.\n\n\u201cPada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakannya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha menyaksikan segala sesuatu.\u201d\n\nLalu didatangkan api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat berhimpun itu (padang mahsyar).\n\nAda dalam kalangan muslim yang banyak amalannya bergerak menggunakan tunggangan, ada yang berjalan kaki. Terdapat yang kurang amalan mereka berjalan dengan menyeret muka. Dan pelbagai keadaan lagi mewakili perlakuan mereka semasa hidup di dunia.\n\n\u201c(Iaitu) pada hari (ketika ) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit dan mereka (manusia) berkumpul (di padang Mahsyar)\u00a0 menghadap Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.\u201d\n\nPadang mahsyar adalah pengumpulan semua mahluk di dunia pada hari kiamat untuk dihisap segala amalannya dan ditetapkan sama ada akan ke syurga atau ke nereka. Perbandingan lamanya tempoh waktu di padang mahsyar adalah selama satu hari dengan 50,000 tahun di dunia. Bahkan kehidupan di dunia ini dirasakan seperti satu jam saja.\n\n\u201cMalaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb dalam sehari yang kadarnya 50,000 tahun.\u201d\n\nNamun, di padang mahsyar kelak, terdapat tujuh golongan yanga akan mendapat perlindungan arasy, iaitu;\n\nSyafaat adalah pertolongan yang diberikan oleh Rasulullah SAW hanya untuk orang muslim \u00a0sahaja. Golongan musyrik, kafir dan munafik tidak akan mendapat syafaat Baginda kelak.\n\nSabda Rasulullah SAW yang bermaksud :\n\n\u201cDi antara syafaatku adalah untuk orang yang melakukan doas besar di kalangan umatku.\u201d\n\nDi peringkat hisab ini, Allah SWT akan menunjukkan segala amalan yang telah dilakukan ketika hidup di dunia. Termasuklah semua jenis percakapan dan perbuatan yang baik atau buruk.\n\n\u201cDan kamu lihat tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya . Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan.\u201d\n\nUmat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang pertama akan dihisab, dan hal pertama yang akan dihisab dari hak Allah adalah solat, dan perkara pertama yang\u00a0 diadili antara manusia adalah berkaitan darah.\n\nKetika ini, setiap hamba akan diberi kitab amalannyaa, iaitu yang mengandungi semua perkara yang \u00a0dilakukan semasa \u00a0hidup di dunia yang ditulis lengkap oleh malaikat.\n\nSesiapa yang\u00a0 baik amalnya selama di dunia, akan menerima catatan tersebut \u00a0dari sebelah kanan. Sesiapa yang buruk amalannya akan menerima catatan dari belakang dan sebelah kiri, seperti pada firman Allah SWT yang bermaksud:\n\n\u201cAdapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan ia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, maka ia akan berteriak : \u2018celakalah aku\u2019, dan ia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).\u201d\n\n\u201cAdapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata \u2018Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.Telah hilang kekuasaanku dariku\u2019. (Allah berfirman), \u2018Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya\u2019, kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.\u201d\n\n\u201cDan kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah seorang dirugikan walau sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.\u201d\n\nMizan adalah timbangan pada hari kiamat untuk menimbang amalan setiap hamba-Nya. Golongan kafir akan terus dimasukkan ke dalam neraka tanpa pertimbangan Mizan. Hanya orang muslim saja yang amalannya ditimbang.\n\nSelepas itu, umat Nabi Muhammad SAW akan mendatangi air telaga Rasulullah SAW\u00a0 yang bernama \u2018al-Kausar\u2019 yang mengalir dari syurga.\u00a0 Sesiapa yang minum dari telaga tersebut tidak akan haus selama-lamanya.\n\nSesungguhnya setiap nabi mempunyai telaga sendiri, \u00a0namun telaga Rasulullah SAW adalah yang paling mulia,\u00a0 paling besar, paling indah, dan paling banyak pengikutnya. Dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud :\n\n\u201cSesungguhnya setiap Nabi memiliki telaga, mereka membanggakan diri, siapa di antara mereka yang paling banyak peminumnya (pengikutnya). Dan aku berharap, akulah yang paling banyak pengikutnya.\u201d\n\nTelaga al-Khausar ini berbentuk segi empat tepat, sebesar satu bulan perjalanan. Bau air telaga ini lebih harum daripada kasturi, warnanya lebih putih daripada susu dan sejuknya lebih sejuk dari embun.\n\nPada peringkat ini, iman seseorang diuji; ketika ini munafik yang berpura-pura beriman kepada Allah SWT tidak mampu bersujud seperti sujudnya orang mukmin.\u00a0 Malah mereka memohon rayu agar orang-orang mukmin membantu mereka dan menuntun jalan mereka. Sebenarnya yang menjadi petunjuk dan cahaya yang menyuluh hanyalah amalan ketika hidup di dunia.\n\nSirat adalah jambatan yang dibentangkan di atas neraka Jahannam, untuk sampai ke syurga Allah SWT.\n\nSabda Rasulullah SAW tentang titian sirat;\n\n\u201cTempat menggelincirkan, di atasnya ada besi penyambar dan pengait dan tumbuhan berduri yang besar, ia mempunyai duri yang membahayakan seperti yang ada di Najd yang disebut pohon Sud\u2019an.\u201d\n\n\u201cTelah sampai kepadaku bahawasanya sirat itu lebih tipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang.\u201d\n\nSesiapa yang banyak amalan baiknya akan melalui titian sirat ini seperti kilat, terbang seperti burung dan sesiapa yang gagal melaluinya dan jatuh ke dalam neraka di bawahnya.\n\nSelepas melewati titian sirat, jambatan ini akan dilalui untuk menuju ke syurga. \u00a0Selepas melalui jambatan ini, barulah mukmin yang terselamat akan masuk ke dalam syurga.\n\n\u201cSeorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antara satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia.\u201d\n\nPenutup: Perbaiki dan banyakkan amalan sementara masih hidup di dunia.\n\nBegitu mendengar rentetan dan azab balasan Allah SWT di hari akhir sudah cukup gerun dan menginsafkan. Adakah kita sudah bersedia?\n\nWahai saudara-saudara seiislam, masih ada masa untuk kita bermuhasabah dan menyoal diri kita sendiri, adakah sudah cukup amal dan ibadah kita untuk dibawa sebagai bekalan di akhirat kelak? Dan tidak cukupkah dengan bayangan penyiksaan di neraka terhadap golongan yang ingkar akan perintah Allah SWT?\n\nSebelum dipanggil pulang, marilah banyakkan amal dan tinggalkan segala dosa dan maksiat demi menjadikan kita hamba Allah yang menerima buku catatan amalan dari tangan kanan, dan berjaya mengharungi titian sirat menuju syurga Allah SWT seperti burung berterbangan, amiin.\n\nJika anda menyukai artikel ini, mari baca lebih banyak perkongsian menarik kami tentang Nama-nama Neraka dan Tingkatannya Yang Perlu Diketahui dan 3 Golongan di Mahsyar! WAJIB Baca!"
"Memang \u00a0tidak mudah untuk selalu istiqomah dan menjadi muslimah yang baik, tetapi segala hal tersebut layak untuk diusahakan. Untuk menjadi muslimah sejati atau wanita solehah menurut islam, seseorang itu harus memenuhi segala kewajipan baik sebagai seorang anak, isteri, ibu dan peranan lainnya dalam kehidupan. Ia boleh dimulakan dengan menutup aurat.\n\nRamai yang tidak sedar bahawa aurat perempuan itu penting tetapi tetap tidak mempedulikannya. Menutup aurat bagi seorang Muslimah di hadapan golongan yang bukan mahramnya adalah suatu kewajipan. \n\nJika menutup aurat adalah wajib maka jika mendedahkan aurat sahaja sudah dikira berdosa. Hukumnya haram bagi sesiapa yang membuka aurat. Aurat perempuan adalah dari seluruh anggotanya kecuali muka dan kedua telapak tangan. \n\nMenurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di suatu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. \n\nLalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas riwayat Al-Bayan wa At-Ta\u2019rif, Ibn Hamzah al-Husyani. Ia menunjukkan bahawa aurat perempuan itu wajib dijaga dari pandangan seseorang yang bukan mahram. \u00a0\n\n10 Jenis Aurat Perempuan Yang Ramai Tidak Tahu Dan Sedari\n\nPandangan ulama mengatakan bahawa kaki wanita itu adalah aurat perempuan berdasarkan sebuah hadith riwayat Umm Salamah R.Anha yang mana pernah bertanyakan kepada Rasulullah SAW:\n\n\u0623\u064e\u062a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u0623\u064e\u0629\u064f \u0641\u0650\u064a \u062f\u0650\u0631\u0652\u0639\u064d \u0648\u064e\u062e\u0650\u0645\u064e\u0627\u0631\u064d \u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0632\u064e\u0627\u0631\u064c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u200f \u200f \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u0631\u0652\u0639\u064f \u0633\u064e\u0627\u0628\u0650\u063a\u064b\u0627 \u064a\u064f\u063a\u064e\u0637\u0650\u0651\u064a \u0638\u064f\u0647\u064f\u0648\u0631\u064e \u0642\u064e\u062f\u064e\u0645\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627\n\nMaksudnya: Adakah boleh seorang perempuan itu solat dengan memakai baju dan tutup kepala tanpa memakai izar (kain yang dipakai di bahagian bawah badan). Balas Nabi SAW: \u201cBoleh, jika baju itu labuh sehingga menutupi kedua-dua belah kaki\u201d.\n\nRiwayat Abu Daud (640): Oleh itu, janganlah seorang wanita menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki kerana kaki itu adalah aurat wanita.\n\nKita selalu diajar atau didedahkan bahawa aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Ini bermakna belakang tapak tangan ialah aurat yang perlu ditutup. \n\nMungkin kerana itu, kita dapati sebahagian wanita menutup belakang telapak tangan mereka dengan kain. Tambahan, kini sudah ada terjual sarung tangan (hand sock) yang menutup bahagian belakang tapak tangan.\n\nHakikat yang sebenarnya, aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan. Maka itu, seluruh pergelangan tangan adalah bukan aurat. Ini bermakna bukan tapak tangan sahaja bukan aurat malah belakang tapak tangan juga termasuk bukan aurat wanita.\n\nRamai para muslimah yang sudah mula bertudung. Itu adalah perkara baik yang harus kita puji namun sayang sekali kerana mereka bertudung menampakkan bentuk dada. Tahukah anda, bentuk dada adalah aurat perempuan?\n\nBerdasarkan surah An-nur ayat 31, \u201cHendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka\u201d.\n\nHal ini demikian kerana, banyak sebab mengapa islam menyuruh kita menutup dada dan antaranya adalah anda akan merasa selamat kerana dapat menghalang diri sendiri dari terjebak dengan gejala sosial.\n\nKebaikan menutup dada ini tidaklah memudaratkan sebenarnya malahan dapat membantu kita dalam menangangi fitnah yang semakin berleluasa.\n\nRamai muslimah yang memakai turban beranggapan bahawa aurat perempuan itu hanyalah menutup rambut sahaja tetapi hakikatnya islam menyuruh kita menutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.\n\nMenggayakan turban yang menampakkan leher adalah suatu fesyen pada masa kini, sebab itulah tiada sesiapa yang mengambil tahu tentangnya. Ketahuilah bahawa leher juga merupakan aurat perempuan yang kita perlu jaga supaya tidak menampakkannya dan membawa kepada dosa.\n\nNabi SAW bersabda: \u201dSesiapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi dan kemudian keluar untuk pergi ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga dia mandi dahulu dan membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut\u201d\n\nHadis ini menjelaskan bahawa siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian sehingga suatu kaum itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung.\n\nMasyallah, rupanya ia juga merupakan salah satu aurat perempuan yang harus kita semua jaga dengan baik sekali. Janganlah sesekali menarik perhatian seorang lelaki dengan cara berwangian.\n\n\u201cSesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.\u201d (Riwayat Bukhari dan Muslim). \n\nItu bermaksud wanita yang berpakaian tipis atau jarang, ketat atau membentuk dan berbelah atau membuka bahagian-bahagian tertentu dengan sengaja adalah diharamkan. Oleh itu, memakai lah pakaian yang labuh dan sedikit tebal bagi tidak menampak kan susuk tubuh.\n\nBerdasarkan petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Keterangan sabda Nabi Muhamad SAW, \u201cJangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama saja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram\u201d.\n\nMata di sini tidaklah aurat kerana ianya sebahagian daripada muka. Tetapi mata di sini adalah bermaksud kita hendaklah menundukkan pandangan kepada seorang yang bukan mahram. \n\nJika kita berpandangan mata, kita akan mendekati jalan zina. Oleh itu, islam menyuruh kita agar menundukkan pandangan. Berzina dengan mata dan bertentangan mata menjadikan pandangan bukan mahram itu seperti aurat perempuan.\n\n\u201cJanganlah perempuan \u00a0itu terlalu mendayu-dayu dalam berbicara sehingga orang yang mendengarkan ada perasaan didalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik\u201d.\n\nJelas bahawa suara seseorang wanita itu adalah aurat perempuan. Suara wanita tidak boleh diperdengarkan dengan kuat kerana seorang wanita hendaklah menjaga adabnya ketika berbicara. Jika hendak bicara, mestilah hanya perkara yang penting dan berfaedah sahaja. \n\nPerempuan yang akan digantung rambutnya sehingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka yang \u00a0tidak mahu menutup rambutnya dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya. Rambut adalah aurat perempuan yang banyak tarik wanita ke neraka.\n\nWalaupun sehelai rambut yang terkeluar dari anak tudung sehingga bukan mahram dapat melihatnya juga dikira berdosa. Rambut adalah aurat paling susah untuk dijaga kerana ramai yang memakai tudung tetapi tidak menyedari bahawa ada sehelai rambut yang terkeluar dari anak tudungnya.\n\nOleh itu, jagalah aurat perempuan ini sehabis baik. Rambut itu adalah mahkota bagi muslimah dan wanita lain. Biarkan orang yang muhrim sahaja dapat melihatnya seperti ibubapa, adik beradik dan suami. \n\n\u201cKepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis dengannya dan tidak halal baginya\u201d.\n\nPetikan itu membawa maksud, kita sebagai seorang muslim haram untuk bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram walaupun melibatkan kerja. Ramai tidak tahu bersentuhan itu juga seperti aurat perempuan.\n\nPerkara yang memudaratkan untuk kita bersentuhan dengan lelaki dan perempuan adalah sewaktu memeriksa kesihatan seperti doktor. Itupun jika tidak ada seorang pun doktor perempuan di hospital itu, kita diharuskan. \n\nItulah dia 10 aurat perempuan yang ramai tidak sedar. Harap semua dapat jelas dan faham aurat-aurat perempuan yang wajib dijaga dan ditutup. Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini."
"Lauk masak kurma biasanya dibuat dengan daging ayam atau kambing yang ditumis dengan rampaian rempah kisar dan santan kelapa atau kelapa parut. Campuran rempah untuk kurma boleh dijumpai dalam bentuk pracampuran dan dipasarkan secara komersial sebagai \u201cserbuk kurma\u201d.\n\nSekarang pula kami akan mengongsikan kepada anda resepi ayam masak kurma yang berbeza daripada biasanya yang dikongsikan oleh Fadhilah Alattas Syed Mahusin di Facebook. Dimana biasanya bahan untuk memasak ayam masak kurma selalunya menggunakan santan, namun dalam resepi ini ia TIDAK menggunakan santan.\n\nWalaupun tanpa santan namun rasa ayam masak kurma ini sangat sedap dan tampilannya pun menarik. Selain tidak leceh menyediakan santan, juga masakan anda akan sihat kerana kandungan lemaknya sedikit. Sila dicuba resepi ini.\n\nResepi Ayam Masak Kurma Spesial dan Sedap\n\n1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, goreng. Alihkan.\n\n2. Tumis daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.\n\n3. Masukkan bawang merah dan bawang putih, gaul.\n\n4. Masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi.\n\n5. Gaulkan dengan ayam. Masa ini boleh letak kentang.\n\n6. Masukkan rempah kurma babas satu senduk gaul rata dengan ayam.\n\n7. Selepas itu masukkan halia, gaul lagi.\n\n8. Akhir sekali masukkan air, kiub ayam dan perasa. Biar hingga kuah jadi pekat.\n\n9. Kuah sudah siap dan pekat.\n\nSelain resepi Ayam Masak Kurma, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mudah saja jika ingin makan kari ayam tanpa santan. Bersama resepi kari ayam oleh Mohd Saiful Azlan\u200e di laman Facebook ini akan kami akan mendedahkan cara memasak kari ayam tapi tanpa pakai santan.\n\nSebagian orang terkadang tidak makan masakan mengandungi santan antaranya dikeranakan alahan penyakit kolesterol dan lain sebagainya. Namun hal tersebut bukan lagi menjadi masalah mulai kini.\n\nTiada pantangan lagi untuk menyantap hidangan kari ayam. Kerana dengan cara ini anda masih boleh makan kari ayam tentunya.\n\nRasanya masih cukup sama dengan kari ayam biasa umumnya. Tiada perbezaan tertentu bila makan kari ayam tanpa santan ini. Kuah kari pula pekat oleh rempah. Anda patut cuba resepi ini bila-bila. Sila mencuba.\n\nResepi ini untuk 6 ketul ayam\n\nSelain resepi kari ayam tanpa santan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kanak-kanak dan orang dewasa sebenarnya hampir sama sahaja. Tiada orang dewasa \u00a0yang tidak mempunyai ketakutan. Betul tidak? Pasti kita juga takutkan sesuatu. Seperti kes saya, saya sangat apabila semua orang telah tidur. Ianya satu perasaan sunyi dan bimbang akan kewujudan sesuatu yang pelik. Padahal sebenarnya ianya adalah ilusi. Ketakutan adalah sesuatu yang biasa. :-)\n\nBagaimana untuk atasinya? Amat penting kita mengetahui punca ketakutan itu. Kerana daripada situlah kita membina pengalaman dalam mencipta langkah perlindungan yang membantu kita mengelakkan atau meramalkan bahaya.\n\nContohnya seperti membaca kes-kes ilusi hantu yang tidak betul daripada kajian-kajian yang dilakukan. Perkara yang sama juga dapat diaplikasikan untuk kanak-kanak. Ketahui faktor utama ketakutan kanak-kanak dan daripada situlah kita dapat membina langkah kepadanya untuk menjadi lebih berani.\n\nDisini kami kongsikan 5 ketakutan utama kanak-kanak\n\n5 \u2013 Doktor\nIni adalah biasa. Kanak-kanak sememangnya trauma dengan doktor dan perkakasnya. Begitu juga dengan orang dewasa.\n\nSituasi perang mampu membuatkan mereka hidup dalam keadaan trauma. Syukur, negara kita tidak berada dalam situasi ini.\n\nKetakutan yang bersifat peribadi. Contohnya kepada pintu kerana jari pernah dihempap pintu\n\n2 \u2013 Kehilangan Ibu Bapa yang\nKehilangan ibu bapa antara ketakutan utama kanak-kanak. Terutamanya kanak-kanak yang tidak biasa merenggang dengan ibu bapanya. Jadi apa yang boleh dibuat cuba melatihnya dengan meninggalkan sementara waktu kepada saudara mara terdekat.\n\nIbu bapa yang bercerai tidak dapat dinafikan memeberikan kesan psikologi yang cukup kuat untuk kanak-kanak. Semoga kita dihindar daripadanya.\n\nSelain faktor di atas, terdapat pelbagai jenis lagi ketakutan yang biasa dialami.Contoh ketakutan yang berbeza adalah \u00a0seperti ribut petir, mimpi menakutkan atau rancangan TV. Cara kita membantu anak kita mengatasinya adalah memberikan sebanyak boleh maklumat tentang ketakutan. Cuba ajari mereka untuk membezakan antara khayalan dan kenyataan.\n\nKredit gambar :\u00a0\u00a0cheezelsmurf\u00a0,\u00a0\u00a0Mariam Albalooshi"
"\u200eKali ini kami ingin kongsikan resepi hidangan asal Korea iaitu resepi kimchi. Cara penyediaannya mudah dan ringkas. \n\nSetelah ini anda tidak perlu lagi membeli kimchi di restoran Korea. Boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang ekonomi dan semestinya halal.\n\nTerdapat berbagai-bagai resipi kimchi dan bergantung dengan citarasa individu. Resepi perkongsian ramai kali ini datang daripada Hasni Hazair Hasni\u200e di laman Facebook. Resepi ini amat mudah dan bahan pula mudah didapati.\n\nMakan kimchi tanpa lauk lain pun tidak apa. Kimchi boleh dimakan bersama nasi panas, maggi kari, nasi goreng mahupun stew kimchi. Di Korea pula tradisi makan kimchi juga dengan nasi putih ataupun ramyeon.\n\nTunggu apalagi, anda yang menggemari kimchi boleh mengikuti resepi di bawah ini. Gerenti resepi ini sama dengan asli dan sangat sedap terangkat.\n\nSelain resepi kimchi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Dengar tajuk pun rasa mengancam bukan? Makan tengah hari dengan telur air asam mesti berselera makan dengan kuah telur yang pedas masam masin.\n\nIni ialah lauk yang paling mudah dan pantas. Rebus telur hanya 7 minit, buat air asam pula 10 minit. Makan jangan tanya berapa minit sebab tambah 3 kali.\n\nDalam lauk ini anda akan rasa lemak-lemak telur dia, kemudian ada masam, masin, pedas dan paling penting rasa ingin tambah nasi sepinggan lagi. Jom buat lauk telur air asam hari ini. Resepi dikongsikan oleh Norul Haisyu di laman Facebook.\n\nSelain telur air asam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Berpantang adalah proses wajib di mana wanita yang baru lepas bersalin perlu berpantang untuk menyembuhkan semula tubuh badan dan kekuatan diri. Berpantang juga dilakukan untuk mendapatkan semula tubuh badan yang asal.\n\nSemasa berpantang, ada satu perkara yang wajib dilakukan oleh semua wanita yang berpantang. Ia adalah urutan tradisional yang wajib dilakukan. Urutan ini dilakukan bagi membetulkan semula urat-urat badan dan melegakan sendi-sendi tulang.\n\nNamun ada jenis-jenis urutan badan bagi wanita yang berpantang. Apakah urutan tersebut?\n\nMari kami kongsikan kepada anda mengenai jenis-jenis urutan selepas bersalin yang ramai tidak tahu. Info ini dikongsikan oleh Puan Siti Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.\n\nIa dilakukan 3 jam selepas bersalin. Sapuan minyak berubat keseluruh badan membantu mengelak meroyan, melegakan otot selepas bersalin dan melancarkan pengeluaran susu ibu.\n\nIa dimulakan 72 jam selepas bersalin. Urutan tekanan lembut dan sederhana membantu memperbetulkan urat saraf ibu agar midah ibu buang angin, buang air dan lancar nifasnya.\n\nPada hari ke 30. Meletakkan kembali kedudukan batu merian atau pangkal rahim ke tempat atau sarangnya. Jika tidak dilakukan dengan betul, ibu mudah diserang bentan dan sakit pinggang berpanjangan selepas bersalin.\n\nSelepas hari ke 44. Mempersiapkan ibu mendepani kehidupan alam rumahtangga yang lebih sibuk agar ibu tidak mudah diserang sakit urat dan sendi.\n\nSetiap urutan mempunyai teknik, tekanan dan arah urutan yang berbeza2. Urutan yang terbaik mampu melegakan kesakitan otot, mengurangkan stress, melancarkan pengeluaran susu badan dan memudahkan ibu tidur. \n\n*Urutan selepas bersalin amat penting bagi wanita yang baru lepas mengeluarkan tenaga untuk melahirkan anak. Urutan ini selain dapat mengembalikan bentuk tubuh badan, ia juga dapat menghilangkan tekanan wanita selepas bersalin. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Setiap kali anda membuang air kecil dan besar, seeloknya anda lihat dulu keadaan air kencing atau najis sebelum flush kerana lazimnya kedua-dua najis dan air kencing boleh menjadi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh badan anda.\n\nSebagai contoh, warna air kencing yang terlalu gelap dan pekat adalah tanda badan anda kekurangan air. Air kencing berbuih juga merupakan petanda yang diberikan oleh tubuh badan anda.\n\nApakah ciri-ciri air kencing yang normal?\n\nAir kencing yang normal ialah air kencing yang:\n\nJika anda mengalami kencing berbuih, apakah maksudnya?\n\nAir kencing berbuih mungkin berlaku disebabkan oleh salah satu daripada perkara-perkara berikut:\n\n1. Pencuci tandas berinteraksi dengan air kencing anda\n\nBunyi macam kelakar tapi ia boleh berlaku. Air kencing anda akan kelihatan berbuih sekiranya anda kencing dalam mangkuk tandas yang baru dicuci dengan pencuci tandas. Ia berlaku kerana berlakunya tindak balas kimia di antara bahan mencuci tandas & air kencing anda.\n\n2. Anda menahan kencing terlalu lama\n\nAir kencing anda kelihatan berbuih kerana anda telah menahan kencing dengan terlalu lama lalu menyebabkan pundi kencing anda terlalu penuh.\n\nApabila pundi kencing terlalu penuh, anda akan mengeluarkan air kencing dengan laju dan kuat lalu menyebabkan berlakunya kocakan yang kuat pada air di dalam mangkuk tandas. Kocakan yang kuat akan menyebabkan air kencing anda kelihatan berbuih.\n\nOleh itu, jika anda mendapati kencing anda berbuih, cuba kencing sekali lagi semasa pundi kencing anda tidak terlalu penuh untuk melihat sama ada ia masih berbuih atau tidak. Jika air kencing anda masih berbuih walau pun anda ke tandas semasa pundi kencing tidak berapa penuh, maksudnya ada sesuatu yang tidak kena.\n\nApabila anda kurang minum air, secara automatik air kencing anda akan menjadi pekat. Air kencing yang pekat akan lebih mudah kelihatan berbuih berbanding air kencing yang normal.\n\nOleh itu, jika anda mendapati bahawa air kencing anda berbuih tetapi anda perasan ianya sedikit pekat akibat anda terlupa untuk minum air secukupnya,\u00a0cuba kencing sekali lagi selepas anda minum air kosong dengan banyak untuk melihat sama ada ia masih berbuih atau tidak.\n\nJika air kencing anda masih berbuih walau pun anda ke tandas semasa pundi kencing tidak berapa penuh, maksudnya ada sesuatu yang tidak kena.\n\n4. Kehadiran protein dalam air kencing anda\n\nKehadiran protein dalam air kencing juga akan menyebabkan kencing anda kelihatan berbuih. Kehadiran protein dalam air kencing boleh berlaku disebabkan oleh penyakit-penyakit berikut:\n\nOleh itu, kalau anda tidak pernah didiagnos mempunyai penyakit-penyakit di atas, tidak menahan kencing dengan terlalu lama atau air kencing anda tidak terlalu pekat namun kelihatan berbuih, anda perlu berjumpa doktor dengan segera untuk membuat pemeriksaan sama ada terdapat protein dalam air kencing anda.\n\nIni adalah situasi yang mungkin berlaku jika anda seorang lelaki. Semasa anda mengalami ejakulasi, kemungkinan besar air mani anda termasuk semula ke dalam saluran air kencing lalu keluar bersama air kencing lalu menyebabkan air kencing anda kelihatan berbuih.\n\nJika air kencing anda berbuih selepas anda baru berejakulasi, periksa air kencing anda semasa kencing yang berikutnya untuk melihat sama ada ianya masih berbuih atau sudah kembali seperti normal.\n\nAdakah anda perlu terus berjumpa doktor apabila mendapati kencing anda berbuih?\n\nKami nasihatkan anda untuk terus berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya anda mendapati kencing anda berbuih dan:\n\nApakah pemeriksaan yang akan dilakukan oleh doktor?\n\nApabila anda memberitahu doktor tentang keadaan air kencing anda yang berbuih, kebiasaanya doktor akan membuat pemeriksaan rutin ke atas badan anda seperti mengambil tekanan darah, memeriksa denyutan nadi, dan memastikan kehadiran simptom lain seperti lemah-lemah badan, kebengkakan.\n\nKemudian, sampel air kencing anda akan diambil untuk dianalisa. Jika ujian adalah normal, anda tidak perlu risau.\n\nNamun, jika pemeriksaan mendapati bahawa terdapat kehadiran protein dalam air kencing anda, doktor akan mengarahkan supaya darah anda diambil untuk membuat ujian bagi melihat sama ada buah pinggang anda berfungsi dengan normal atau sebaliknya kerana biasanya kencing berbuih dengan kehadiran protein sering dikaitkan dengan masalah kegagalan buah pinggang.\n\nIni kerana buah pinggang yang\u00a0tidak berfungsi seperti normal akan menyebabkan berlakunya kebocoran protein dari penapis buah pinggang lalu masuk ke dalam air kencing.\n\nJika buah pinggang anda berfungsi dengan normal, doktor akan memastikan sama ada anda mempunyai pemyakit lain yang menjadi punca hadirnya protein dalam air kencing anda seperti kencing kotor, kencing manis, tekanan darah tinggi, atau nephrotic syndrome.\n\nItulah dia info tentang kencing berbuih yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat! Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang bahaya pil perancang, punca batu karang, dan bahaya aluminium"
"Hari ini kami akan berkongsikan satu resepi western iaitu resepi spiral goreng. Resepi daripada Harayati Johari\u200e di laman Facebook ini rasanya memang sedap.\n\nSekali cuba makan spiral goreng mesti anda jadi terus suka dan teringin makan lagi dan lagi. Biasanya jarang orang buat masakan spiral goreng. Selalunya spiral dimasak dengan sos mushroom ataupun bolognese.\n\nYang paling menyeronokkan ialah siapapun yang pertama kali mencuba hidangan ini dari yang mula-mula tidak suka akan jadi suka. Makan sampai bertambah-tambah tidak boleh berhenti.\n\nCara memasaknya sama dengan menumis ataupun menggoreng mee pada umumnya. Ianya menggunakan daging cincang, bawang dan herbs lainnya serta sos cili dan sos tiram. Bentuk spiral yang unik dan rasa yang sedap akan membuat anak-anak anda ternanti-nanti dibuatkan hidangan ini. Sila cuba resepinya.\n\nSelain resepi spiral goreng, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, kek coklat dan sebagainya. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Snow Cheese pula. Kek ini boleh di bakar ataupun dikukus. Hanya campur-campur dah siap. Jadi, kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Bolehlah ambil tempahan dari kenalan- kenalan. Hasil jualan nya, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan untuk keluarga. \n\nKek Snow Cheese ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai. Perghh padu rasanya. Rasa creamy cheese tuh sambil merenung jauh. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat kek Snow Cheese nih. Cepat dan Mudah. \n\nResepi Kek Snow Cheese yang dikongsikan oleh NNor Ashikin Ghazali , bukan sahaja mudah dibuat tetapi memang sedap. Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya. Sedikit tips untuk cream cheese. Kalau nak cair dan meleleh lebihkan kuantiti fresh milk. Jangan banyakkan whipping cream. \n\nSelain resepi Kek Snow Cheese ini, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Di zaman moden ini, malang bukan sahaja tidak berbau,\u00a0 malang itu tidak berbau, tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tidak boleh disentuh, tetapi auranya, sungguh memudaratkan!\n\nArtikel ini mengupas ancaman kesihatan akibat kesan pencemaran logam berat di udara.\n\nLogam berat tergolong dalam kumpulan bahan pencemar tak organik yang tidak boleh didegrasi secara biologi dengan jisim atomik melebihi 20 dan ketumpatan melebihi 5 g/cm3.\n\nLogam berat terbahagi kepada dua jenis iaitu logam berat perlu (Cu, Fe, Mg, Mn, Mo, Ni dan Zn) yang berperanan sebagai sumber mikronutrien kepada persekitaran dan juga logam berat tidak perlu (As, Ag, Cd, Co, Cr, Hg, Pb, Se dan Sb) yang tidak mempunyai fungsi biologi dan fisiologi.\n\nKajian lepas melaporkan kepentingan logam berat perlu dalam struktur enzim dan protein.\n\nNamun, logam berat ini diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi tujuan pertumbuhan, metabolisme, dan aktiviti sel. Peningkatan kepekatan kedua-dua logam berat perlu dan logam berat tidak perlu dalam sistem selular secara berlebihan akan mengganggu dan merencat pertumbuhan organisma.\n\nKajian Zengin & Munzuroglu (2005) mengaitkan peningkatan kandungan logam berat dengan peningkatan spesis reaktif oksigen (ROS) seperti radikal superoksida bebas (O.), radikal hidroksil bebas (OH.) atau spesis bukan radikal bebas dalam bentuk molekul seperti O2 dan H2O2.\n\nKeadaan ini akan menyebabkan gangguan fisiologi seperti pengoksidaan protein dan lipid, serangan oksidatif DNA, ketidakseimbangan redoks dalam sel, kemusnahan strukur sel, seterusnya mengakibatkan kematian sel dan organisma.\n\nLogam berat di persekitaran datang daripada sumber alam semulajadi dan aktiviti manusia (antropogenik).\n\nAktiviti gunung berapi, hakisan tanah, dan hujan meteor merupakan antara punca logam berat dari alam semulajadi.\n\nBagi sumber antropogenik, logam berat berkemungkinan berpunca daripada aktiviti perlombongan, penggunaan baja, racun serangga, asap kenderaan dan asap kilang.\n\nSumber antropogenik bagi beberapa contoh logam berat adalah seperti berikut:\n\nJozefczak et al. (2012) mengelaskan ketoksikan logam berat kepada dua jenis iaitu logam aktif-redoks (Cr, Cu, Fe dan Mn) dan logam tidak aktif-redoks (Cd, Hg, Ni dan Zn).\n\nLogam aktif-redoks menyebabkan degradasi oksidatif secara langsung pada peringkat selular manakala logam tidak aktif-redoks mengakibatkan tekanan oksidatif secara tidak langsung melalui mekanisme rencatan enzim dan protein. Kesan ketoksikan beberapa logam berat pada peringkat selular tumbuhan dibincangkan seperti berikut:\n\nCr merupakan logam tidak perlu yang akan menjadi agen ketoksikan bagi perkembagan sesuatu organisma. Dalam tumbuhan, Cr banyak dijumpai dalam bentuk trivalen, Cr3+ dan heksavalen Cr6+.\n\nKehadiran unsur Cr dalam tanah akan mengganggu nilai pH tanah yang menyukarkan resapan nutrien dari tanah pada keadaan pH yang tidak stabil. Sousa et al. (2018) melaporkan kesan perkembangan biji benih, daun, dan batang pokok yang terbantut pada kepekatan Cr yang tinggi.\n\nKetoksikan Cr juga menghalang pembahagian sel pada akar dan memendekkan pemanjangan akar. Kesannya, serapan air dan nutrien yang diperlukan akan berkurangan sebagaimana yang dilaporkan oleh Fozia et al. (2008) dalam kajian kesan kepekatan Cr terhadap pemanjangan akar pokok bunga matahari (Helianthus annuus L.).\n\nCu adalah mikronutrien yang diperlukan dalam aktiviti fisiologi sel sebagai mangkin tindak balas redoks dalam mitokondria, kloroplas, dan sitoplasma serta pembawa elektron untuk respirasi sel.\n\nCu diserap oleh tumbuhan dalam keadaan pengoksidaan Cu2+ melalui sistem akar.\n\nPada kepekatan yang tidak optimal bagi sesuatu spesis, ketoksikan Cu boleh menyebabkan kerosakan sel dan mengganggu aktiviti pembaikpulihan sel.\n\nMediouni et al. (2006) mendapati kandungan Cu yang tinggi telah mengurangkan penghasilan biojisim pokok tomato disebabkan aktiviti fotosintesis yang terganggu.\n\nMn adalah mikronutrien yang diperlukan bagi tujuan fotosintesis, respirasi, dan biosintesis enzim dalam keadaan pengoksidaan Mn2+.\n\nSimptom ketoksikan Mn dalam tumbuhan dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian aerial pokok disebabkan kecenderungan mobiliti oleh Mn daripada akar ke bahagian lain pokok pada keadaan persekitaran yang tercemar\n\nNamun, ketoksikan Mn adalah bergantung kepada spesis tumbuhan, usia pokok, suhu dan pendedahan cahaya matahari. Kesan ketoksikan Mn boleh dikaitkan dengan perubahan struktur daun yang lebih layu, bertompok hitam, dan kerekot (crinkled) disebabkan kandungan CO2 yang terlampau sedikit akibat pengoksidaan dengan Mn.\n\nNi diperlukan dalam kuantiti yang sedikit dalam tumbuhan kecil dan pokok tinggi sebagai agen percambahan biji benih dengan pengaktifan enzim urease dan metabolisme nitrogen.\n\nNi2+ merupakan keadaan divalen bagi Ni yang paling stabil di persekitaran dan sistem biologi.\n\nPerkembangan tumbuhan akan terganggu pada kepekatan Ni yang tinggi apabila aktiviti pengaktifan enzim berlaku dengan kerap dan mengganggu proses hidrolizasi penyimpanan makanan dalam biji benih.\n\nAl Qurainy (2009) melaporkan pengurangan luas kawasan daun dan penurunan ketinggian pokok kacang hijau pada kepekatan Ni yang tinggi.\n\nZn adalah logam berat perlu yang bertanggungjawab dalam kestabilan dan regulasi DNA dan RNA dalam sel. Zn juga diperlukan sebagai konstituen enzim seperti oksidoreduktase, transferase, dan ribosom.\n\nIon Zn2+ diserap oleh pokok melalui tanah dan serapannya dipengaruhi oleh jenis tanah, kandungan jirim organik dalam tanah, nilai pH tanah dan jumlah garam dalam substrat tanah.\n\nKepekatan Zn yang tinggi akan menyebabkannya dominan tanpa fungsi selular berbanding logam lain yang diperlukan.\n\nFenomena klorosis dalam daun disebabkan kekurangan Mn dan Fe adalah kerana kepekatan Zn yang lebih tinggi.\n\nSelain itu, ketoksikan Zn menyebabkan pigmen fotosintesis berkurangan dan kesan genotoksik terhadap tumbuhan yang menjejaskan kualiti pertumbuhan pokok.\n\nLogam berat yang berbeza juga memberikan kesan kesihatan yang berbeza kepada manusia khususnya.\n\nDixit et al. (2015) telah mengulas beberapa kesan negatif logam berat terhadap kesihatan manusia sebagaimana dilampirkan seperti berikut:"
"AISYAH \u2013 seindah namanya, begitu jugalah indah perilakunya.Betapa beruntungnya Saidatina Aisyah kerana telah berjaya menambat hati jejaka terhebat seperti Nabi Muhammad SAW. Malah betapa bertuahnya juga Saidatina Aisyah ini kerana dapat menjadi salah seorang isteri kesayangan Baginda.\n\nRasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud; \u201cKelebihan Aisyah ke atas wanita lain adalah seperti lebihnya ats-Tsarid (sejenis makanan yang lebih banyak manfaat dan disukai Baginda s.a.w) berbanding makanan yang lain.\u201d\u00a0\u2013\u00a0Hadis Riwayat Bukhari\n\nNama Aisyah Sentiasa Meniti Di Bibir Nabi Dan Para Sahabat\n\nRasulullah SAW sering kali memuji Aisyah. Malah Aisyah atau nama sebenarnya Saidatina Aisyah binti Abu Bakar ini turut mempunyai pelbagai kisah dengan Baginda. Dengan Aisyah juga dapat dilihat betapa mesra dan agungnya kisah cinta Nabi dan Aisyah yang amat mendalam.\n\nSaidatina Aisyah r.a lahir di Mekah al-Mukarramah. Ya Saidatina Aisyah lahir di Mekkah yakni sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan. Tidak hanya itu, Saidatina Aisyah juga merupakan puteri kesayangan kepada Abu Bakar as-Siddiq yang tiada tolak bandingnya. \n\nAisyah adalah seorang wanita berparas cantik yang berkulit putih. Atas sebab inilah Aisyah sering dipanggil dengan panggilan \u201cHumaira\u201d yang bermaksud putih kemerah-merahan. Selain cantik, Aisyah juga sangat dikenali sebagai seorang wanita yang cerdas\u00a0dan pintar.\n\nDiri Saidatina Aisyah r.a sering dipuji dan diingati atas segala jasanya yang amat besar terhadap umat Islam. Saidatina Aisyah merupakan salah seorang Ummul Mukminin, isteri Nabi SAW dan Saidatina Aisyah ini juga sememangnya adalah salah seorang tokoh wanita Muslimah yang patut dikagumi dan dihormati dari dulu sehingga kini.\n\nInilah 10 Kelebihan Saidatina Aisyah Yang Yang Tiada Pada Wanita Lain\n\nAnda pasti tertanya-tanya apakah sebenarnya kelebihan Saidatina Aisyah ini sehinggakan beliau sangat disayangi oleh Nabi dan para umat Islam yang lain? Mengapa nama beliau terus harum sehingga ke zaman ini? Berikut dikongsikan beberapa fakta menarik dan kelebihan istimewa berkaitan keperibadian Saidatina Aisyah sebagai seorang srikandi Islam yang ulung ini.\n\n#1 \u2013 Latarbelakang Keluarga Yang Kuat Agama\n\nKelahiran Saidatina Aisyah sebagai puteri kepada Abu Bakar as-Siddiq sudah cukup menaikkan martabatnya. Ibu Saidatina Aisyah r.a yang bernama Ummu Ruman binti \u2018Amir pula merupakan seorang isteri yang mulia, ibu yang baik dan bijak. Saidatina Aisyah r.a mempunyai saudara lelaki bernama Abdul Rahman bin Abu Bakar dan saudara perempuan bernama Asma\u2019 yang mendapat gelaran Zatu an-Nithaqain (wanita dengan dua tali). \n\nMereka sekeluarga amat berpegang kuat dengan ajaran Islam sehingga sanggup untuk memperjuangkan agama Islam bersama Nabi. Nama Saidatina Aisyah r.a yang datang dari keluarga yang hebat menjadi semakin gah apabila disunting sebagai isteri Nabi Muhammad SAW. \n\n#2 \u2013 Mempunyai Tahap Keilmuan Yang Tinggi\n\nSaidatina Aisyah r.a tidak hanya mempunyai akhlak yang baik malah beliau juga merupakan seorang wanita yang sangat bijak dengan tahap ilmu yang tinggi. Saidatina Aisyah r.a turut dikenali sebagai wanita yang mempunyai pengetahuan tinggi dengan ilmu fekah, faraid, tafsir dan juga hadis. \n\nBahkan, Urwah bin az-Zubir pernah mengatakan; \u201cTiada seorang yang lebih alim tentang halal dan haram, ilmu, syair dan perubatan melainkan Aisyah Ummul Mukminin.\u201d\n\n#3 \u2013 Perkahwinan Yang Diberkati Oleh Semua\n\nAisyah dilamar oleh Rasulullah SAW ketika usianya masih muda dan majlis perkahwinannya berlangsung pada bulan Syawal, tahun kedua Hijrah. Rasulullah SAW tidak berkahwin dengan gadis kecuali hanya dengan Saidatina Aisyah ra seorang. \n\nPerkahwinan ini juga adalah kerana wahyu daripada Allah SWT terhadap Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Aisyah; \n\n\u201cAku bermimpi melihatmu selama tiga hari berturut-turut. Malaikat datang kepadaku dengan membawa gambaranmu di dalam balutan sehelai kain sutera. Malaikat berkata, \u2018Inilah gambaran isterimu.\u2019 Aku pun membuka kain sutera yang menutupi wajahmu itu, ternyata itu adalah engkau. Maka, aku katakan, \u2018Jika memang ini daripada Allah, nescaya Allah melaksanakannya\u2019.\u201d Hadis Riwayat Muslim\n\n#4 \u2013 Isteri Antara Isteri Yang Paling Utama Di sisi Rasulullah S.A.W\n\nSelain Khadijah isteri pertama Nabi yang tercinta, Aisyah r.a adalah isteri yang paling utama di sisi Rasulullah s.a.w. Khadijah dan Aisyah merupakan antara dua orang isteri paling di sayangi Nabi dan kedua-duanya sama-sama mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.\n\n#5 \u2013 Turut Menjadi Pembantu Peribadi Kepada Rasulullah S.A.W\n\nSelain menjadi seorang isteri kepada seorang Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah ra juga turut memainkan peranan sebagai pembantu peribadi Baginda dalam urusan menyebarkan risalah Allah SWT.\n\n#6 \u2013 Mendapat Tunjuk Ajar dan Didikan Secara Terus Daripada Rasulullah S.A.W\n\nKelebihan setelah menjadi isteri Nabi, Saidatina Aisyah ra telah berpeluang untuk mempelajari tentang adab, akhlak dan ilmu-ilmu lain secara terus daripada Rasulullah SAW sendiri. \n\n#7 \u2013 Menjadi Periwayat Hadis Rasulullah S.A.W\n\nPeranan Saidatina Aisyah ra sebagai isteri telah membuatkan beliau banyak bersama Rasullullah SAW sepanjang hayatnya. Maka peluang ini digunakan oleh Saidatina Aisyah r.a untuk meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW untuk rujukan pada umat Islam yang lain.\n\n#8 \u2013 Menjadi Tempat Rujukan Para Sahabat Nabi S.A.W\n\nAbu Musa al-Asy\u2019ari pernah berkata; \u201cTidaklah terjadi satu kemusykilan ke atas kami sahabat-sahabat Nabi s.a.w pada suatu hadis, maka kami bertanya tentangnya kepada Aisyah r.a, melainkan kami akan mendapat daripada Aisyah ilmu tentangnya.\u201d\n\n#9 \u2013 Wahyu Turun Ketika Bersama Aisyah\n\nTidak ada wahyu yang turun kepada Rasulullah s.a.w ketika Baginda berselimut dengan wanita, melainkan hanya dengan Aisyah r.a. Baginda bersabda kepada Ummu Salamah;\n\n\u201cJangan sakiti aku dengan mengusiknya (kerana menyakitinya sama seperti menyakitiku). Sesungguhnya, wahyu tidak datang kepadaku sewaktu aku berada di bawah satu selimut dengan seorang wanita pun dalam kalangan isteriku, kecuali ketika bersama Aisyah.\u201d Hadis Riwayat Bukhari\n\n#10 \u2013 Rasulullah S.A.W Wafat Di Sisi Aisyah\n\nKata Saidatina Aisyah r.a; \u201cRasulullah s.a.w wafat di rumahku pada hari dan malam giliranku. Kepalanya diletakkan di atas paru-paru dan bahagian atas dadaku.\u201d\n\nBahkan sebelum wafat, Rasulullah s.a.w turut berkongsi kayu sugi yang telah digunakan oleh Saidatina Aisyah r.a, sehinggakan Aisyah berkata; \u201cSegala puji bagi Allah yang telah menyatukan air liurku dengan air liur Baginda pada detik-detik terakhir kehidupan dunia Baginda.\u201d\n\nTeladanilah Aisyah Dengan Ikut Mencontohi Keperibadiannya\n\nKeikhlasan hati Saidatina Aisyah ra terhadap suami tersayang telah menambahkan rasa cinta dan kasih Rasulullah SAW terhadapnya. Aisyah yang sentiasa menjaga keperibadian dan kehormatan membuatkan dirinya sentiasa disayangi Nabi disepanjang hayat Baginda. \n\nPara wanita zaman ini sangat patut mencontohi keperibadian milik Saidatina Aisyah ra kerana beliau adalah salah seorang muslimah contoh yang terbaik untuk dijadikan panduan."
"Nasihah Luqman Al Hakim keapada anaknya adalah antara tips dan petua parenting yang boleh diikuti.\n\nLuqman Al Hakim merupakan seorang yang terkenal dengan kebijaksanaannya, malah dalam kitab suci Al-Quran terdapat sebuah surah yang bernama Surah Luqman yang menceritakan kisah beliau dan nasihat-nasihat yang diberikan kepada anak lelakinya. \n\nTerdapat 11 nasihat Luqman Al Hakim pada anak yang boleh jadikan sebagai pengajaran iaitu:\n\nPesanan pertama Luqman Al Hakim kepada anaknya ialah supaya mengesakan Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, seperti mana yang tertulis dalam ayat berikut:\n\n\u201cDan, ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, \u2018Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.\u201d\n\n2. Solat, mengamalkan amal makruf nahi mungkar, dan sabar apabila diuji\n\nNasihat kedua Lukman Al Hakim kepada anaknya ialah supaya tidak lupa untuk mendirikan solat kerana solat merupakan tiang agama. Di samping sentiasa mengajak kepada kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Anaknya juga diingatkan supaya sentiasa bersabar menghadapi apa sahaja ujian yang mendatang kerana Allah menguji hambanya kerana sayang dan Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba itu sendiri.\n\nAnaknya juga diingatkan supaya sentiasa bersabar menghadapi apa sahaja ujian yang mendatang kerana Allah menguji hambanya kerana sayang dan Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba itu sendiri.\n\n\u201cWahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari perkara yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.\u201d\n\n3. Berbuat baik kepada ibu bapa\n\nLokman Al Hakim juga tidak lupa untuk mengingatkan anaknya supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa dan mengikut segala arahan yang diberikan selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam.\n\n\u201cDan, Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.\u201d\n\n4. Menolak dengan baik arahan ibu bapa yang bertentangan dengan islam\n\nDalam nasihat yang seterusnya, Lukman Al Hakim mengajar anaknya cara untuk menolak arahan dan permintaan ibu bapa yang melanggar syariat agama. Seperti mana yang tertulis dalam ayat berikut:\n\n\u201cDan, jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan bergaullah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian, hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.\u201d\n\n5. Ibu bapa memarahi anak kerana sayang, bukannya kerana benci\n\nLukman Al Hakim mengingatkan anak lelaki kesayangannya bahawa setiap ibu bapa di dunia memarahi anaknya kerana perasaan sayang dan inginkan yang terbaik buat anaknya, bukan kerana benci.\n\n \u201cHai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.\u201d\n\nLokman Al Hakim berpesan kepada anaknya supaya jangan suka berhutang. Amalan berhutang sesungguhnya merupakan di antara sikap yang keji dan bertentangan dengan ajaran islam.\n\n \u201cHai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.\u201d \n\nNasihat Lokman Al Hakim kepada anaknya yang seterusnya ialah peringatan supaya jangan sesekali berbohong kerana tidak bercakap benar merupakan salah satu daripada dosa besar seperti yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran.\n\n \u201cHai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.\u201d \n\nIni juga merupakan di antara pesanan penting yang ditinggalkan oleh Lukman Al Hakim kepada anaknya. Sesungguhnya mengingati mati akan membuatkan kita semakin dekat dengan Allah dan takut untuk membuat dosa.\n\n \u201cHai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati. Demikian kerana kita akan mengingatkan diri yang bakal pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.\u201d \n\n9. Jangan sombong, angkuh dan membangga diri\n\nDi antara sifat yang perlu dielakkan semasa hidup di muka bumi ialah sifat sombong, angkuh, dan membangga diri. Ini juga termasuk dalam senarai pesanan Lukman Al Hakim kepada anaknya. Seperti firman Allah:\n\n \u201cDan, janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak akan menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.\u201d\n\n10. Allah akan membalas setiap perbuatan kita walau pun sebesar zarah\n\nLukman Al Hakim juga mengingatkan anaknya supaya sentiasa berbuat baik dan elakkan daripada berbuat jahat kepada manusia dan binatang kerana setiap perbuatan kita di dunia akan dibalas oleh Allah walau pun ianya sekadar sebesar zarah. Firman Allah:\n\n\u201cWahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau langit atau bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya, Allah Maha Halus, Maha Teliti.\u201d\n\nItulah dia 10 nasihat Lukman Al Hakim kepada anak yang boleh jadi sebagai pengajaran. Walau pun pesanan ini diberikan pada masa dahulu, namun ianya masih relevan sehingga ke hari ini. Inilah buktinya bahawa isi Al-Quran tidak lapuk dan sentiasa sesuai mengikut zaman.\n\nJika anda sukakan perkongsian kami tentang nasihat Lukman Al Hakim ini, kami pasti anda juga akan berminat untuk membaca tulisan kami tentang tips membentuk keluarga bahagia, doa qunut, dan cara solat jenazah serta doa"
"Bila sebut Bangi, apa yang anda fikirkan? Ada banyak ke tempat menarik di sana? Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Bangi yang pasti membuatkan anda terkejut.\n\nTaman tasik ini dinamakan sebagai Taman Tasik Cempaka kerana banyak pokok Cempakma yang ditanam di sini. Taman tasik yang terletak di tengah-tengah Bandar Baru Bangi merupakan taman yang luas dan terdiri dari beberapa buah padang dan sebuah tasik yang besar.\n\nIa menjadi tempat kegemaran penduduk Bandar Baru Bangi untuk bersantai-santai, bersukan dan berjogging. Taman tasik ini mempunyai trek jogging sepanjang 3km dan banyak pondok rehat untuk pengunjung bersantai dan berehat.\u00a0 \u00a0Terdapat juga taman permainan serta beberapa peralatan atau kemudahan untuk bersenam.\n\nSyurga dunia untuk peminat fesyen. Di sinilah tempatnya kalau anda mencari baju, skirt, jubah, blouse, shawl, akserori wanita. Bangi Central menjadi tumpuan pada setiap hujung minggu terutamanya pada musim perayaan. Bermacam-macam butik terkenal ada di sini. Siapa peminat fesyen dan busana muslimah pasti mengenali Leyana Rahman, Minaz, Elrah, Bella Ammara dan lain-lain.\n\n3. Bangi Wonderland Themepark and Resort\n\nSelain Sunway Lagoon dan A Famosa Water Theme Park, terdapat satu lagi taman tema air yang popular di Malaysia iaitu Bangi Wonderland yang terletak di Bangi Avenue. Terdapat 15 aktiviti yang boleh dilakukan di sini iaitu\u00a0 Pirate Spa, Water Cannon, Surf Rider, Kid Adventure, Body Slide, Spiralax, Insane Racer, Wonderloop, Green Pearl, Boomeriang dan macam-macam lagi.\n\nAnda boleh datang ke sini melalui highway plus dan exit ke Putra Mahkota\u00a0atau boleh juga melalui Jalan Bangi Lama. Lawati website Bangi Wonderland di sini.\n\nAlang-alang sampai ke Bangi, apa kata anda singgah ke Universiti Kebangsaan Malaysia yang lebih dikenali sebagai UKM. Ambil masa anda untuk melawat sekitar campus dan mengimbau kembali zaman anda menjadi seorang pelajar universiti.\n\nTaman Paku Pakis UKM telah mula diusahakan pada bulan Jun 1988 dan telah dirasmikan pada tahun 18 Mei 1990 oleh Al-Marhum Tuanku Ja\u2019afar Ibni Al-Marhum Tuan\u2019ku Abdul Rahman, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia bersempena perayaan Ulang Tahun UKM yang ke-20 tahun.\n\nperasmian ini turut dihadiri oleh Tun Ismail Mohd. Ali dan Tan Sri Abdullah Salleh, sebagai Pro-canselor UKM dan juga Tan Sri Rashdan Baba. Apa\u00a0yang ada di sini? Semestinya paku-pakis dan tumbuhan lain.\n\nJika anda melancong bersama anak kecil, boleh singgah ke Molly Fantasy Bangi Gateway. Lokasinya ialah di ground floor Bangi Gateway Shopping Centre. Di antara tarikan di sini ialah inflatable bouncing castle, cyber wheel, sand art dan sebagainya.\n\n7. IOI Mall Ice Rink Skating\n\nTeringin nak bermain ice skating, anda boleh pergi ke IOI Mall ice skating rink. Pengalaman bermain luncur ais pastinya takkan anda lupakan sehingga ke akhir hayat. Tak pandai meluncur ais? Segan orang lain pandang? Tak perlh risau.Ramai peluncur lain seperti anda. Belajar untuk seimbangkan diri dengan berpaut kepada railing dahulu, bila dah yakin boleh lepaskan tangan.\n\n8. Mee Tarik Warisan Asli Bangi\n\nMakan mee goreng & char kuew teaw mungkin satu perkara yang biasa tetapi makan mee tarik yang fresh-fresh dibuat di depan mata memang satu perkara yang unik. Mee Tarik Warisan Asli diusahakan oleh seorang usahawan yang berasal dari Negara China, & merupakan seorang cina Muslim.\n\nJadi anda tidak perlu ragu-ragu tentang status halalnya. Mee tarik di sini memang sangat kenyal & sedap dikunyah berbeza dengan mee kuning biasa. Jenis masakan pula memang banyak ada yang bergoreng & bersup. Semua resepi di sini dibawa khas dari China. Kalau anda teringin makan menu mee orang Cina Muslim bolehlah singgah di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Bangi.\n\nIni adalah satu lagi kedai makan menarik di Bangi untuk mereka yang ingin mencuba makanan Cina Halal seperti dim sum, masakan kantonis, wantan mee & pelbagai masakan seafood yang menarik.\n\nRestoran ini menyediakan menu makanan berkonsepkan Jepun seperti sushi, set nasi kari Jepun, teriyaki & bermacam lagi menu unik lain. Destinasi ini juga pernah menjadi terjahan rancangan tv popular negara iaitu JJCM TV 3. Apa yang penting anda boleh makan di sini tanpa rasa ragu-ragu samaada halal atau tidak kerana turut terpamer sijil halal dari JAKIM.\n\n11. Restoran Ana Ikan Bakar Bangi\n\nKalau anda pernah mencuba & suka akan ikan bakar petai di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Kuantan maka secara tak langsung anda mesti suka menu-menu ikan bakar di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bangi. Walaupun lokasi 2 restoran ini jauh tetapi konsepnya memang sama & menu makanan ikan bakar yang segar dengan pelbagai jenis masakan Thai & berbakar pasti menjadikan restoran ini satu destinasi yang ideal untuk anda makan malam sedap dengan keluarga.\n\n12. Restoran Sup Urat Keting Bangi\n\nBagi orang pantai timur, menu sup urat keting mungkin bukan satu perkara yang luar biasa. Kalau di Terengganu ada rojak kateh yang juga menggunakan bahagian urat kaki lembu yang akan direbus supaya lembut & kenyal sebelum dijadikan sup & rojak.\n\nDi restoran ini anda boleh makan tengahari atau malam dengan pelbagai pilihan jenis sup-sup & dikena pula dengan sambal yang pasti akan membuatkan anda berpeluh. Selain menu nasi bersup, di sini juga ada menu popular lain seperti satay & nasi himpit yang tidak kurang sedapnya.\n\nMenu makanan dari Indonesia memang ada ramai peminat tegar di Malaysia. Salah satu tempat makan sedap di Bangi yang menyediakan makanan Indonesia adalah di Pondok Malindo yang menawarkan begitu banyak menu makanan Indonesia sehinggakan kebanyakann namanya kita sendiri tidak tahu.\n\nAntara yang pelik namanya tetapi menggiurkan rupanya adalah Gurame Goreng Turbans iaitu merupakan ikan kaloi yang akan digoreng dengan rangup & anda boleh makan dengan nasi bersama sambal cilinya. Menu-menu lain yang biasa kita dengar adalah lele penyet, ayam penyet & nasi ambeng Malindo yang juga tidak kurang menariknya untuk anda\n\nItulah dia 13 tempat menarik di Bangi yang ingin kami kongsikan kelada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat.\n\nKami harap anda sukakan senarai tempat menarik di Bangi/ Selain tempat di Bangi, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan."
"Pada perkongsian kali ini kami ingin berkongsikan resepi kuih popular di Malaysia iaitu kuih tiram. Kuih ini dinamakan kuih tiram kerana bentuknya yang serupa dengan isi tiram.\n\nKuih tiram biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Doh dibentuk dan digoreng kemudian akhir sekali ditabur dengan gula asing. Kuih tiram pula tahan lama dan boleh disimpan untuk jangka masa yang lama.\n\nKuih tiram sesuai dijadikan sebagai makanan harian untuk keluarga kerana ia mudah dihidangkan dan rasanya sedap. Simpan dalam pek plastik atau balang. Kuih tiram boleh dimakan bila-bila masa sahaja.\n\nUntuk anda, telah kami suntingkan resepi kuih tiram ros yang sangat cantik, mudah dan sedap serta mendapat perkongsian ramai. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Al Fatihah\u200e di laman facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kuih tiram, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Resepi lama namun masih sentiasa jadi kesukaan ramai. Siapa suka makan peanut butter? Jom baca dan cuba resepi peanut butter yang dikongsikan oleh Aisyah My di laman Facebook.\n\nPeanut butter yang comel sedap untuk dijadikan kudapan minum petang. Selain itu, rasa masin manis serta kerangupan selepas dibakar yang mengeluarkan aroma wangi amatlah merangsang selera.\n\nSusah mengelak kalau sudah terjumpa peanut butter. Gatal mulut nak makan biskut ini. Penyediaannya mudah sahaja namun diperlukan ketelitian apabila meniru resepi sesuai dengan langkah-langkah yang disediakan. Selamat mencuba.\n\nSuka resepi biskut peanut butter ini? Kami menulis juga resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Asma adalah penyakit di mana pesakit sukar untuk bernafas. Hal ini berlaku kerana keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam\u00a0paru-paru\u00a0menjadi sempit. Oleh itu, pesakit sukar untuk bernafas kerana tidak cukup udara untuk sampai ke seluruh badan.\n\nPenyakit asma bagi kanak-kanak, asma mereka akan semakin baik apabila meningkat dewasa. Dengan syarat, jaga kesihatan dengan baik. Jangan terlalu kuat bersukan sehingga boleh mengakibatkan asma menjadi teruk.\n\nKita hanya tahu cara untuk merawat penyakit asma. Tapi, tahukah anda punca kita boleh mendapat asma?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai punca-punca mendapat penyakit asma. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nKenapa asma berlaku, ia adalah kombinasi factor genetik dan persekitaran.\n\n1. Ibu bapa yang menghidapi asma atau allergik lain seperti resdung, eczema dan lain-lain, anak-anak mereka lebih berisiko untuk menghidap asma berbanding anak-anak kepada ibu-bapa yang tidak menghidap allergik seperti ini.\n\n1- Mengidap penyakit bronchilitis ata radang paru-paru sewaktu kecil. Penyakit ini boleh berterusan sehingga kenak-kanak membesar dan menjadi asma.\n\n2- Kelahiran prematang, terutama jika memerlukan bantuan ventilator sewaktu baby.\n\n6- Terdedah kepada asap rokok atau sebarang pencemaran udara sewaktu kecil, menjadikan paru-paru sangat sensitif. Ia dipanggil hyperactive airway, ini boleh menyebabkan berlakunya asma.\n\nAsma seperti juga penyakit-penyakit allergi yang lain, bukan akan menyerang sepanjang masa. Ada yang terkawal, hanya terjadi apabila terdedah kepada allergen, ada juga yang jenis tidak terkawal yang boleh menyerang pada bila-bila masa.\n\nAntara perkara yang boleh menyebabkan asma berlaku atau menjadi lebih teruk atau tidak terkawal :\n\n1- Jangkitan padai paru-paru dan saluran pernafasan.\n\n2- Alergen (bulu haiwan, debu hama, serbuk bunga).\n\n3- Pencemaran udara seperti asap rokok, jerebu dll.\n\n4- Emosi yang berlebihan (kesedihan yang berlarutan, marah berlebihan, dan tertawa terbahak-bahak).\n\n5- bersukan/ aktiviti fizikal (seperti olahraga).\n\n6- Ubat-ubatan, seperti ubat darah tinggi jenis Beta Blocker cth Labetolol, Propanolol, Atenolol dll.\n\n7- Makanan atau minuman sejuk/ cuaca sejuk\n\n*Punca-punca diatas adalah akibat kita mendapat asma. Persekitaran yang penuh dengan asap dan jerebu membuatkan asma semakin teruk dan tidak terkawal. Maka seeloknya memakai mask N95 untuk elak daripada terhidu asap. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Cerita-cerita rakyat sebenarnya banyak mempengaruhi cara kita berfikir. Terutama jika cerita itu tidak dibawa pengajarannya ke-arah sesuatu yang membangunkan diri.\n\nMalah disebabkan kefahaman yang terhad, cerita-cerita rakyat yang bertujuan mengajar kita tersalah difahami lalu menjadi penghalang pula untuk kita berjaya.\n\nContohnya cerita Mat Jenin. Cerita Mat Jenin bukan mengatakan kita tidak boleh berangan-angan, cerita itu menekan jangan HANYA berangan-angan dan tidak menjadikan angan-angan itu berkembang menjadi passion dan membakar semangat yang kemudiannya akan melahirkan usaha gigih. Itulah mesejnya.\n\nNamun, ramai sangat yang mengambil pengajaran dari cerita itu separuh jalan sahaja. Jadi apa yang diambil ialah, jangan Berangan..inilah masalahnya!\n\nKetahuilah semua yang wujud di atas dunia fizikal ini bermula di dalam angan-angan sesaorang. Cuma ianya tidak dinamakan angan, ia dinamakan idea kreatif. Namun, ianya tetap gambaran yang dilihat berkali-kali di dalam minta sesaorang itu. \n\nKalaulah Steve Jobs tidak berangan-angan mahu membuat laptops ni,computer mungkin masih besar dan Ibu tak dapat menulis kepada anda kecuali di office. \n\nBegitu juga telefon, kapal-terbang malah rumah yang anda diami. Bukankah ianya merupakan angan-angan anda pada suatu ketika dahulu, nak settee macamana dan sebagainya.\n\nMasalahnya ialah bukan anak-anak itu suka berangan. Masalahnya ialah orang dewasa yakni ibu bapa, guru dan penjaga yang cepat sangat melabel anak itu asyik berangan dan tidak belajar. \n\nMasalahnya juga kerana orang dewasa itu belum pandai menyalurkan kebolehan anak itu berangan supaya angan-angan itu membentuk passion yang kuat yang membakar semangat anak itu untuk melakukan sesuatu usaha menjadikan apa yang dia nampak di mindanya dizahirkan di dunia fizikal ini.\n\nDatuk Nicole David, pernah berangan-angan menjadi World Class Champion for Squash.Ibu nak tanya, adakah ini masih angan-angan lagi atau sudah menjadi kenyataan?\n\nOleh itu para Ibu bapa bekerjasamalah dengan para guru menyalurkan kebolehan berangan-angan di dalam diri anak-anak itu untuk menjadi suatu kenyataan yang membangunkan dirinya dan dunia.\n\nJika ada sesiapa komplain anak anda suka berangan-angan, maka katakan kepada orang itu. Syukur, anak saya berpotensi merealisasikan sesuatu yang hebat kerana dia sudah nampak di mata mindanya"
"Pada zaman yang serba canggih ini, semuanya di hujung jari sahaja. Termasuklah penjagaan kesihatan. Jika dulu para ibu mengandung perlu pergi ke klinik untuk pemersiksaan untuk mengetahui tahap perkembangan bayi serta kesihatan diri sendiri, hari ini anda boleh mengetahui segalanya dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon bimbit. Jom kami nak berkongsi tentang apps ibu mengandung yang paling mudah untuk digunakan.\n\nMungkin MamaZone bukanlah aplikasi ibu mengandung yang paling popular. Namun tahukah anda, MamaZone adalah aplikasi mobile untuk wanita mengandung yang pertama di Malaysia. Memandangkan aplikasi ini dibangunkan di Malaysia, maka semua fungsinya adalah sangat sesuai untuk kita yang berada di Malaysia. Di antara fungsi menarik yang ditawarkan oleh MamaZone ialah:\n\nBabycenter adalah aplikasi ibu mengandung yang paling popular di dunia. Aplikasi ini menjadi pilihan ramai ibu mengandung kerana aplikasinya yang mesra pengguna dan mudah untuk digunakan. Babycenter menawarkan maklumat tentang perkembangan bayi anda mengikut minggu dengan penerangan yang sangat terperinci termasuklah:\n\nSelain aplikasi mobile, Babycenter juga mempunyai laman web yang sangat padat dengan maklumat tentang kehamilan, bersalin, berpantang, dan penjagaan bayi. Ini adalah apps ibu mengandung yang sangat kami cadangkan untuk anda.\n\nApps ibu mengandung yang seterusnya ialah Totally Pregnant. Seperti aplikasi ibu mengandung yang lain, aplikasi ini juga memberikan anda maklumat tentang perkembangan bayi dalam kandungan ada. Namun apa yang menarik, aplikasi ini menawarkan video 3D bagi dalam kandungan untuk anda tonton. Walau pun bayi dalam video tersebut bukanlah bayi anda, namun sedikit-sebanyak pastinya anda akan tersenyum lebar bika mengetahui bahawa bayi anda sedang berada pada tahap perkembangan yang sama.\n\nApa yang lebih menarik, aplikasi ini menyediakan platfom untuk anda berhubung dengan ibu mengandung di seluruh dunia. Bolehlah anda berhubung, berkongsi pengalaman, bertukar-tukar cerita, dan mencari jawapan sekiranya ada sebarang pertanya atau kemusykilan tentang kandungan anda. Pastinya menarik untuk mendapat respons dari para ibu dari seluruh dunia.\n\nAplikasi BAbyBump Pregnancy Pro adalah apps ibu mengandung yang boleh anda muat turun untuk telefon bimbit android dan Iphone. Aplikasi menarik ini bukan sahaja menawarkan maklumat tentang perkembangan bayi mengikut minggu secara terperinci. Selain itu, aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri berikut:\n\nJika anda inginkan apps ibu mengandung yang lain dari yang lain, Ovia Pregnancy Tracker ialah aplikasi yang terbaik untuk anda. Aplikasi ini juga sangat terkenal di kalangan ibu mengandung yang mementingkan kecergasan dan kesihatan badan. Di antara fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini ialah:\n\nDengan nama sahaja pastinya anda boleh meneka apakah fungsi yang ditawarkan oleh apps ibu mengandung ini. My Baby\u2019s Beat adalah aplikasi mobile yang dicipta khas untuk anda mendengar bunyi degupan jantung bayi didalam kandungan anda. Caranya juga sangat mudah iaitu:\n\nMy Pregnancy Today adalah apps ibu mengandung yang dibangunkan oleh Babycenter. Seperti yang kami nyatakan di atas, Babycenter mempunyai aplikasi dan laman web yang sangat bermanfaat untuk ibu mengandung. Oleh itu, aplikasi My Pregnancy Today juga pasti tidak kurang hebantnya memandangkan ia dibangunkan oleh Babycenter juga. Di antara ciri-ciri menarik aplikasi My Pregnancy Today ialah:\n\nSebaik sahaja anda mengandung, anda juga boleh muat turun aplikasi Who\u2019s Your Daddy di telefon bimbit suami anda agar anda berdua boleh mengikuti perkembangan bayi bersama. Semasa berada di tempat kerja, apabila berehat sebentar bolehlah suami anda buka aplikasi ini dan melihat perkembangan bayi anda. Pastinya suami anda akan seronok dan teruja. Aplikasi ini menyediakan maklumat tentang perkembangan bayi serta senarai barang yang perlu dibawa ke hospital untuk bersalin nanti.\n\nApps ibu mengandung yang seterusnya ialah Pregnancy ++ yang boleh anda muat turun di telefon bimbit android dan Iphone. Kami masukkan aplikasi mobile ini ke dalam senarai untuk anda muat turun keranaciri-ciri yang ditawarkan oleh aplikasi ini adalah sangat hebat dan bermanfaat seperti:\n\nSprout Pregnany Lite adalag apps ibu mengandung yang hanya terdapat di iPhone. Aplikasi ini sangat mesra pengguna dan menawarkan ciri-ciri yang hebat seperti:\n\nApps ibu mengandung yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah Pregnancy Assistant yang hanya boleh didapati oleh pengguna android sahaja. Aplikasi ini akan memberikan anda maklumat tentang perkembangan bayi anda mengikut minggu. Apa yang paling penting ialah pastikan anda ingat bilakah tarikh hari pertama haid anda yang lepas.\n\nItulah dia info \u00a0tentang apps ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:"
"You shouldn\u2019t find any antivirus for those additional items, but we wish to see Kaspersky offer slightly more than it currently may. Thus, you could trust the particular antivirus without worry. Avast Antivirus is developed by Avast which is among the list of biggest multination cybersecurity computer programs companies on the globe. Typically the malware will wipe out nearly all of the particular samples upon sight, and detect some of the rest of the ones when we try out launch these people. However reliable antivirus is usually, users like to adhere to the software it does not impact his or her machines very much. With so many options available, deciding upon the malware for Windows is a significant challenge. Irrespective of whether you\u2019re looking for by far the most trustworthy malware for Home windows 10, or perhaps the finest cell phone antivirus, it needs to have a uncomplicated, uncluttered program for those users not to get confused. \n\n Typically the Antivirus shields your smart phone from risky sites, spy ware and malware. With all these kinds of antivirus review articles around, searching for an effective and very cost-effective solution is as easy as never before. It\u2019s always important for your antivirus security software to be user friendly, and not demand a whole lot of user intervention. Your ant-virus should definitely have the capability to root out existing malware, but its continuing process is to decrease ransomware, botnets, Trojans, as well as other kinds of cruel programs through obtaining a foothold. Panda Cost-free Antivirus will for sure make the most efficient selections for you to continue to keep your PC safeguarded. \n\n Deciding upon an antivirus can be misleading since there are various antivirus programs top best antivirus on the current market. BitDefender Anti-virus 2018 features a run of more features, lots of unseen on the competitors. Bitdefender Antivirus 2018 is extremely safe, but nevertheless, this can\u2019t help you in case the training course suddenly crashes. \n\n The software program will shield your data by malware just like spyware, infections, and other on-line threats that results from getting at the world wide web. Malware software is nowadays a typical area of having a computer. A compensated antivirus applications are particularly helpful in case you have a PC or device which has been infected. When you are here in in an attempt to know about which is the very best antivirus security software software you came to the appropriate place here I will evaluate both effective antivirus software\u2019s here I\u2019m apt to say you which of them provides a better performance. Deciding upon the particular recommended antivirus program should be a lot easier with the expert opinions. If you\u2019re deciding on a new antivirus software and might need to test an absolutely absolutely free edition, be aware of there are positives and negatives for equally paid and even free variants. \n\n While searching for an antivirus, you will discover various forms of ant-virus programs together with each allowing you to enjoy several capabilities. Anti virus programs will just via the internet gimmicks, they\u2019re an essential area of protecting the pc. It\u2019s going to be worthless to say not any in order to Antivirus application, with the growth in ransomware attacks, obtaining a trusted anti virus protection tool is vitally important. Every ant-virus program features different functionality depending on the laptop you\u2019re employing. There are lots of antivirus programs which can be likely to choose your computer run reduced."
"Dalam hidup berumah tangga, kita tidak akan lari dari badai dan ujian dalam kehidupan ini. Sedangkan lidah dan gigi pun boleh tergigit, inikan pula suami dan isteri. Artikel ini khusus ditulis buat suami bagaimana untuk memahami dan menangani hati isteri yang terguris. \n\nHalusnya hati seorang wanita bergelar isteri\n\nWanita dan isteri adalah insan yang dikurniakan jiwa sensitif. Biarpun mereka mampu untuk menanggung lelahnya mengandung, menahan sakitnya beranak, menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, dan menjadi tulang belakang pada suami, seorang wanita itu tetap insan biasa yang sangat lembut jiwanya.\n\nItulah yang istimewanya Allah kurniakan bagi seorang wanita. Luarannya tampak tidak ambil peduli, namun dalam diamnya dia mahukan perhatian seorang suami.\n\nOleh kerana itulah, seorang lelaki khususnya suami perlu memahami hati wanita lebih-lebih dalam hidup berumah tangga. Bila isteri merajuk dan mahu dimanja, sebenarnya mereka mahukan belaian suami.\n\nSuami yang tidak memahami akan membiarkan begitu sahaja. Jaga-jaga, walaupun hanya sekali hati isteri yang terguris oleh ulah suami, ingatannya itu akan kekal selamanya.\n\nJangan biarkan isteri merajuk, pujuk dan santunilah\n\nRamai lelaki pandang enteng pada masalah \u201cpujuk-memujuk\u201d. Apatah lagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga, bak kata orang sudah pudar \u201charumnya\u201d.\n\nMereka ini lebih cenderung untuk membiarkan begitu sahaja pasangan berlarutan dengan kemahuan sendiri.\n\nPara suami biasanya menganggap bahawa memujuk isteri bukanlah perkara yang besar untuk difikirkan. Inilah silapnya yang berlaku.\n\nHati isteri ada tarikh luputnya. Dengan tindakan kita membiarkan isteri tanpa dipujuk, dalam tidak sedar kita akan membuka lebih banyak masalah yang berpunca kepada penceraian. \n\nMulanya dari yang kecil sedikit, demi sedikit menjadi besar sehingga tidak mampu lagi untuk kita selamatkan rumah tangga tersebut. \n\nCara berkesan untuk suami agar menjaga hati isteri\n\nMenurut perkongsian yang dibuat oleh pendakwah bebas, Imam Muda Hassan, para suami mempunyai beberapa tips berguna untuk menjaga hati isteri dari terguris. Berikut ini adalah cara-caranya:\n\n1. Jangan samakan hati suami dengan isteri\n\nHati lelaki tidak sama dengan perempuan. Orang lelaki lebih cepat untuk memaafkan berbanding wanita disebabkan lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.\n\nOrang perempuan pula lebih banyak melayani emosi kerana itulah fitrah yang Allah jadikan buat mereka. Justeru itu, jangan marahkan mereka sekiranya bersikap sedemikian tetapi cubalah untuk memahami.\n\n2. Jangan biarkan isteri berlarutan dengan emosinya\n\nApabila isteri merajuk, jangan biarkan isteri tersadai dengan emosinya bersendirian. Kita sebagai suami mulakan langkah pertama untuk memulihkan keadaan. \n\nCubalah bertindak atas rasa sayang dan tanggungjawab kerana hanya dengan rasa itu keegoan kita akan ditepis sejauh mungkin. \n\nTidak rugi sama sekali kita membelai, memujuk, memeluk, dan mengucapkan kata-kata maaf kepada seorang isteri.\n\nBukan sahaja ia dapat mengembirakan hati isteri, malah bertambah lagi keharmonian dan keberkatan dalam rumah tangga\n\nAdab-adab suami kepada isteri yang perlu suami tahu\n\nImam Al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitabnya yang bertajuk Al-Adab fid Din berkenaan dengan adab suami kepada isterinya. \n\nTambahan lagi, dalam sebuah hadis ada juga menerangkan tentang berakhlak baik kepada seorang isteri: \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a \u0647\u064f\u0631\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e\u0629\u064e \u0631\u064e\u0636\u0650\u064a\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e : \u0623\u064e\u0643\u0652\u0645\u064e\u0644 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064f\u0647\u0645\u0652 \u062e\u064f\u0644\u064f\u0642\u064b\u0627\u060c \u0648\u064e\u062e\u0650\u064a\u064e\u0627\u0631\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062e\u0650\u064a\u064e\u0627\u0631\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0644\u0650\u0646\u0650\u0633\u064e\u0627\u0626\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652\n\nMaksudnya: Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda,\u00a0\u201cOrang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang mukmin yang paling baik akhlaknya dan sebaik-sebaik kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya\u201d\u00a0(Hadis Riwayat. At-Tirmidzi, 3/466;\u00a0 Ahmad, 2/250 dan Ibnu Hibban, 9/483. Hadis dinyatakan sahih oleh Imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh al-Albani.)\n\nContohi Rasulullah sebagai model suami idaman dan romantik\n\nRasulullah SAW yang menjadi pemimpin umat Islam dan kekasih Allah pun tidak lari dari ujian dalam rumah tangga. Namun, Baginda tidak membabitkan emosi dalam setiap menangani ujian tersebut.\n\nKetika marah kepada Aisyah, Nabi SAW menyuruh isterinya menutup mata hingga berasa cemas dan khuatir dimarahi, tetapi Baginda terus memeluknya sambil menyatakan marah itu hilang setelah memeluknya.\n\nKesimpulannya, suami dan isteri perlu sentiasa berusaha mendalami ilmu dalam rumah tangga untuk supaya setiap konflik rumah tangga dapat diselesaikan dengan aman dan damai. \n\nJauhi sikap ego terhadap pasangan, dan sebaliknya tanamlah sifat pemaaf, bersangak baik dan sentiasa bermusahabah diri kepada Allah SWT. \n\nDiharapkan tips dan panduan yang disampaikan kali ini mengenai isu hati isteri yang terguris dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat.\n\nSelain dari info ini, anda juga boleh baca artikel kami berkenaan dengan hubungan suami isteri yang lain seperti:"
"Makanan yang hendak dibeli, perlulah diperiksa terlebih dahulu tarikh luput makanan tersebut. Itu adalah tindakan pertama sebelum kita membeli makanan yang berpek. Jika tidak, kita akan mendapat keracunan makanan jika makanan tersebut telah melebihi tarikh luput.\n\nTetapi, adakah anda perasan bahawa ada dua jenis pek makanan yang tertulis \u2018guna sebelum\u2019 dan \u2018baik sebelum\u2019. Kedua-dua ayat ini ada maksudnya yang tersendiri. Kita fikir bahawa ia adalah dua benda yang sama.\n\nApakah perbezaan antara \u2018guna sebelum\u2019 dan \u2018baik sebelum\u2019?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai perbezaan antara \u2018guna sebelum\u2019 dan \u2018baik sebelum\u2019. Info ini dikongsikan oleh\u00a0Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. \n\nPerbezaan antara \u2018guna sebelum\u2019 dan \u2018baik sebelum\u2019\n\n\u25fe\u00a0Selepas tarikh yang dinyatakan, makanan tersebut tidak lagi mengekalkan ciri-ciri kualitinya walaupun disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang telah ditetapkan.\n\n\u25feSelalunya label ini digunakan pada produk yang mudah rosak seperti; susu, yogurt, produk telur dan jus buah. Antara perubahan yang dapat dilihat pada makanan ialah berkulat, tengik, masam atau basi.\n\n\u25feSekiranya produk telah melebihi tarikh yang dinyatakan, makanan itu tidak boleh dimakan atau dijual kerana boleh menimbulkan masalah risiko kesihatan apabila dimakan.\n\n\u25feTarikh terakhir produk tersebut mampu mengekalkan sifat kualitinya pada tahap\u00a0terbaik, selagi ia disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang ditetapkan dan tidak dibuka.\n\n\u25fe\u00a0Selepas tarikh tersebut, produk mungkin masih selamat dimakan, tetapi kualitinya merosot. Contohnya perubahan warna, rasa, tekstur, atau tersirat seperti kesegaran makanan.\n\n\u25fe\u00a0Kemerosotan kualiti yang berlaku selepas tarikh tersebut, tetapi makanan masih boleh dimakan, dengan syarat makanan tersebut masih elok dan selamat untuk dimakan.\n\n*Jadi, sekarang kita sudah tahu perbezaan antara \u2018guna sebelum\u2019 dan \u2018baik sebelum\u2019. Selepas ini, jika nampak ayat ini di pek makanan, kita sudah tahu berapa lama kita boleh menyimpannya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pokok pandan merupakan pokok serbaguna yang mempunyai 1001 kegunaan bukan sahaja dalam masakan malah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain seperti mewangikan bilik, menyegarkan udara, malah sebagai satu petua untuk menghalau lipas dari rumah. Mungkin selama ini anda selalu membeli daun pandan di kedai kerana menyangka pokoknya susah untuk ditanam dan dijaga.\n\nYang sebenarnya menanam pokok pandan adalah sangat mudah. Malah menjaganya pun senang. Ianya boleh ditanam di dalam pasu kalau anda tinggal di rumah apartment yang tidak mempunyai tanah. Menarik kan? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang jenis pokok pandan dan petua tanam pokok pandan.\n\nPokok pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolius adalah sejenis pokok tropika. Pokok pandan berwarna hijau dan tumbuh menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok pandan membiak melalui cara keratan, akar, anak benih sulur, dan anak pokok. Pokok pandan hanya berdaun dan tidak mempunyai bunga.\n\nTerdapat dua jenis pokok pandan yang boleh dijumpai di Malaysia iaitu:\n\nCara tanam pokok pandan di dalam pasu\n\nPokok pandan akan hidup subur jika tumbuh atau ditanam di kawasan tanah yang lembab. Tak hairanlah kalau anda perasan di kampung biasanya pokok pandan kebanyakannya hidup segar di tepi longkang, paya. sungai, kolam, dan sebagainya. Ini kerana tanah yang lembab dan tinggi dengan bahan organik adalah jenis tanah yang paling sesuai dengan tumbuhan ini.\n\nJika anda ingin menanam pokok pandan di dalam pasu, berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan:\n\nPetua agar pokok pandan hidup subur\n\nPastinya anda tertunggu-tunggu petua agar pokok pandan hidup subur dan sihat tanpa sebarang penyakit. Untuk menjaga pokok pandan kesayangan anda, berikut adalah petua yang boleh anda amalkan\n\nItulah dia info tentang jenis pokok pandan dan petua tanam pandan yang boleh anda cuba. Lepas ni anda dah tak perlu beli daun pandan di kedai lagi. Jimat kan? Jika anda sukakan perkongsian kami tentang pokok pandan, anda dijemput untuk membaca artikel kami tentang pokok dukung anak, idea pokok hiasan dalam rumah, dan khasiat pokok bunga telang."
"Mencari tempat menarik di Langkawi 2023 ini? Pulau dan pantainya yang memukau menjadikan Langkawi lokasi percutian terkenal bukan sahaja di dalam negara, malah kepada pelancong asing.\n\nAktiviti menaiki bot dari satu pulau ke pulau yang lain seringkali menjadi kewajipan pengunjung. Tapi, bukan itu sahaja sebenarnya tarikan di Langkawi. Berikut adalah lokasi unik pilihan penulis untuk dilawati pengunjung. Termasuklah tempat makan best dan pantai di Langkawi yang boleh anda kunjung.\n\nJika anda dan keluarga sukakan cabaran, cubalah mendaki kira-kira 600 anak tangga sebelum sampai ke lokasi unik yang terkenal di kalangan pelancong asing ini.\n\nIa digelar Telaga Tujuh kerana di sini terdapat 7 buah telaga kecil yang menurut mitosnya menjadi tempat puteri-puteri kayangan bermandi-manda. Dari telaga ini juga ada laluan bagi aktiviti merentas hutan.\n\nCuma, laluannya mungkin agak sukar bagi sesetengah individu yang baru atau tidak biasa dengan cabaran seperti ini.\n\nAlamat: Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah\n\nLangkawi Wildlife Park & Bird Paradise\n\nDi Bird Paradise, anda dibenarkan memberi makanan kepada haiwan-haiwan seperti keldai, landak, dan burung. Keluarga anda juga pasti seronok kerana dapat membelai arnab-arnab yang jinak dan bergambar dengan ular sawa sambil menyaksikan 1500 ekor burung bebas berterbangan dalam taman berbumbung.\n\nDengan keluasan 5 ekar, taman ini menempatkan 2500 ekor burung dari 150 spesis berbeza. Di dalam taman ini juga dibina air terjun setinggi 15m.\n\nHarga Tiket: RM24 (dewasa), RM16 (Kanak-kanak dan warga emas), RM39 (warga asing dewasa), RM22 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah.\n\nMenyaksikan hijau hamparan padi dengan kira-kira 100 ekor kerbau, pasti satu pengalaman menarik kepada mereka yang jarang atau tidak pernah menyaksikannya sebelum ini.\n\nDi sini jugalah anda boleh mendapatkan keju Mozarella yang diperbuat daripada susu kerbau selain yogurt dan aiskrim pelbagai perisa, segar dari ladang. Terdapat juga aktiviti menunggang kerbau serta kafe yang menyajikan hidangan termasuk daging kerbau.\n\nHarga Tiket Masuk: RM3 (MyKad), RM5 (warga asing)\n\nAlamat: Jalan Nyior Chabang, Kampung Nyior Chabang, 07000 Langkawi.\n\n\u00a0Panorama Langkawi SkyCab @ Langkawi Cable Car\n\nIni antara tempat meanrik di Langkawi perlu anda pergi. Dari ketinggian 708m di atas paras laut, anda sekeluarga akan menyaksikan panorama indah hutan, gunung dan pulau sekitarnya.\n\nDi samping itu, terdapat juga aktiviti lain termasuk SkyRex, SkyDome, SkyBridge, SkyTrail dan SkyGlide. Jadi, anda bukan sahaja melakukan satu aktiviti di sini tetapi lebih 6 aktiviti dalam satu tempat!\n\nHarga Tiket: RM30-RM55 seorang (Normal) dan RM90-RM105 seorang (Express Lane) Pakej-pakej lain juga disediakan.\n\nAlamat: Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah\n\nWaktu Operasi: 10am-7pm (Isnin-Khamis), 930am-7pm (Jumaat-Ahad).\n\nAkuarium terbesar di Malaysia ini (60,000 kaki persegi) memuatkan lebih 500 spesis haiwan laut termasuk penguin, jerung, dan arapaima Amazon gergasi. Ia meliputi 4000 haiwan laut dan pelbagai jenis batu karang.\n\nTarikan juga meliputi terowong dalam air sepanjang 15m, teater 3D dan galeri hidupan liar bagi tujuan pendidikan.\n\nHarga Tiket: RM36 (dewasa), RM26 (Kanak-kanak), RM46 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).Alamat: Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah\n\nWaktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)\n\n\u00a0Muzium 3D Langkawi (Art in Paradise Langkawi)\n\nBawa keluarga anda merasai permainan ilusi optik menerusi lukisan dan mural 3D. Pastikan ruang kamera anda cukup besar untuk merekodkan pengalaman di muzium 3D kedua terbesar dunia ini.\n\nHarga Tiket: RM30 (dewasa), RM20 (Kanak-kanak), RM38 (warga asing dewasa), RM28 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah\n\nWaktu Operasi: 9am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)\n\nDikatakan pantai paling sibuk di Pulau Langkawi. Ini kerana terdapat banyak restoran, kedai-kedai cenderamata dan kedai-kedai bebas cukai di sini.\n\nPantainya yang cantik pula menjadikan ia tempat pilihan pelancong untuk bersantai dan merakamkan memori percutian mereka.\n\nTambahan pula, jaraknya hanya 10 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Langkawi. Di sini juga terletaknya resort dan hotel untuk kemudahan tempat tinggal bagi pelancong serta tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.\n\nDengan keluasan 100 kilometer persegi, Kilim Geoforest Park terkenal dengan pantainya yang bersih, hutan paya bakau serta bukit batu kapur berusia lebih 500 juta tahun.\n\nJaraknya hanya 5 minit pemanduan dari pantai Tanjung Rhu yang sememangnya sudah dikenali mempunyai pemandangan yang cantik.\n\nSelain pohon-pohon hijau, air yang jernih, pantai yang bersih, banyak haiwan liar ditemui di sini termasuk pelbagai jenis burung seperti helang dan burung raja udang.\n\nPengunjung dapat menelusuri sungai dengan perkhidmatan bot yang disediakan untuk menikmati pemandangan sekitarnya.\n\nAlamat: 3 kilometer Timur Laut Pantai Tanjung Rhu\n\nHarga lawatan menaiki bot: RM200 \u2013 RM500 untuk sebuah bot\n\nWatak lelaki dalam sebuah drama bersiri antarabangsa pernah memuji watak wanita dalam salah satu sirinya dengan mengumpamakan kecantikannya seperti matahari terbit di Tanjung Rhu.\n\nAirnya sejernih kristal, pasirnya putih dan halus, sunyi dan tenang. Itulah tarikan utamanya. Apa yang ada di sekelilingnya adalah hiasan untuk menyerikan lagi kecantikan aslinya.\n\nContohnya, ada beberapa gerai di tepi jalan yang menjual makanan tempatan yang terkenal di sana iaitu mee gulung.\n\nAlamat: Selepas Pantai Pasir HitamTaman Buaya (Crocodile Adventureland Langkawi)\n\n4000 ekor buaya ditempatkan di dalam taman seluas 20 ekar ini bagi tatapan pengunjung. Antaranya ialah spesis buaya terbesar iaitu Buaya Tembaga, di samping Buaya Siam dan banyak lagi.\n\nPengunjung juga dihiburkan dengan persembahan buaya, memancing buaya, memberi makan kepada buaya, dan pelbagai lagi termasuk pusat pendidikan yang memberi maklumat kepada pengunjung mengenai buaya.\n\nCrocodile Adventureland terbahagi kepada beberapa bahagian, dan apa yang menarik juga adalah ia berlatarbelakangkan gunung.\n\nAlamat: Jalan Datai, Mukim Air Hangat, 07000 Langkawi\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM18 / RM25 (dewasa / antarabangsa), RM12 / RM18 (kanak-kanak / antarabangsa)\n\n*Harga tidak termasuk aktiviti. Pakej juga disediakan yang merangkumi aktiviti dan makanan.\n\nJika anda pernah ke Skytrex Shah Alam, ini adalah cawangan mereka di Langkawi. Skytrex Langkawi terletak di Burau Bay. Mereka yang sukakan cabaran boleh menguji kecekapan diri mereka di sini.\n\nMalah, kanak-kanak bermula usia 12 tahun juga dibenarkan untuk menyertai aktiviti di sini. Walaupun begitu, mereka yang berusia 17 tahun dan ke bawah memerlukan kehadiran ibu bapa.\n\nDengan aktiviti mencapai 30 meter dari tanah, di celah-celah hutan, kekuatan fizikal dan mental anda diuji semasa anda berdiri, berjalan, memanjat, dan bergayut. Pengunjung disyorkan untuk membuat tempahan awal kerana ia sering dikunjungi ramai.\n\nAlamat: Barat Laut Langkawi, berhampiran Burau Bay\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 3pm)\n\nHarga Tiket: RM53 (Little Legend Adventure), RM64 (Eagle Thrill), RM75 (Island Extreme) *Harga istimewa kepada yang membuat tempahan dalam talian.\n\nDurian Perangin ialah air terjun setinggi 14 tingkat! Ya, 14 tingkat di mana anda dapat melihat 14 kolam air terjun yang bersih dan jernih airnya.\n\nAirnya turun dari gunung tertinggi di Pulau Langkawi iaitu Gunung Raya. Anda akan menyaksikan keindahan flora dan fauna semasa berjalan sampai di air terjun. Pokok durian merupakan salah satu daripadanya.\n\nMalah, nama air terjun ini juga diperolehi kerana terdapat banyak pokok durian di sekitarnya. Air Terjun Durian Perangin menyediakan tempat letak kereta, gerai-gerai menjual makanan dan minuman dan gazebo untuk kemudahan pengunjung.\n\nOleh itu, ia sering dikunjungi penduduk tempatan yang datang bersama keluarga.\n\nArca helang gergasi berwarna coklat kemerahan ini mempunyai ketinggian 12 meter. Ia menjadi mercu tanda bagi Pulau Langkawi. Ini kerana nama Langkawi merupakan gabungan Helang (Lang) dan Kawi (coklat kemerahan).\n\nLokasinya berhampiran dengan Jeti Kuah. Malah, anda perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sini dari Jeti Kuah. Pelancong \u2018mengesahkan\u2019 kenangan mereka di Langkawi dengan merakamkan gambar mereka di sini.\n\nTambahan pula, laut terbentang luas dengan gunung-ganang menjadikan dataran ini tampak sangat indah.\n\nSelepas menaiki Sky Cable, anda akan berada di Sky Bridge yang panjangnya 410 kaki. Jambatan ini dibina melengkung di atas Gunung Mat Cincang. Jadi, anda berada pada ketinggian kira-kira 2300 kaki dari aras laut.\n\nSiapa yang takut dengan tempat tinggi, mungkin akan merasainya juga di sini. Tapi, usah khuatir. Kerana ia dibina cukup selamat dan dengan lebar 1.8 meter. Sepertimana anda dapat menyaksikan pemandangan indah dari Sky Cable, begitu juga keadaannya di sini.\n\nAmat rugi jika anda tidak mengambil gambabr atau merakamkan video anda di sini.\n\nAlamat: Jalan Telaga Tujuh, Teluk Burau, 07000 Langkawi\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10am \u2013 8pm)\n\nSelain Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting juga bukan pulau yang berpenghuni. Ia mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai wanita hamil.\n\nIa mengambil masa 15 minit dari jeti untuk mendaki ke tasik yang paling digemari pelancong di pulau ini. Ramai pelancong tidak melepaskan peluang untuk mandi di tasik dengan kedalaman 10 meter dan dikelilingi hutan bakau dan batu kapur.\n\nKerana ia terlalu dalam, mereka yang tidak mahir berenang dan kanak-kanak disyorkan untuk memakai jaket keselamatan. Mereka yang suka jungle trekking pula boleh cuba meneroka hutannya.\n\nMuzium 5D ini ialah muzium pertama yang seumpamanya di Malaysia. Tujuannya adalah untuk menguji deria bau, rasa, dengar, lihat dan sentuh sebagai salah satu satu cara mempelajari perkara baru.\n\nMuzium ini mempunyai pelbagai karya seni termasuk lukisan, kraf 3D, seni cetak dan arca pelbagai tema. Pengunjung disyorkan untuk datang ke sini dan alami sendiri pengalaman ini.\n\nAlamat: Lot No. FF 2 & FF 3, Phase 1, Langkawi Fair Shopping Mall, Kuah, 07000 Langkawi\n\nHarga Tiket: RM20 / RM25 (dewasa/ antarabangsa), RM15 / RM20 (kanak-kanak/ antarabangsa), RM15 (warga emas), RM60 / RM80 (pakej keluarga)\n\nPulau persendirian ini merupakan antara tumpuan pelancong di Langkawi. Aktiviti-aktiviti yang menarik merupakan antara punca ianya begitu terkenal di sini.\n\nAntara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menaiki jet ski,\u00a0banana boat,\u00a0menyelam dan juga\u00a0zipline.\u00a0Pasti cocok dengan jiwa individu yang gemar melakukan aktiviti mencabar!\n\nAlamat: Paradise 101 Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am- 8 pm\n\nHarga mengikut pakej: Silver RM 180 | Gold RM 245 | pLATINUM rm 375\n\nMesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel telah diadakan di Langkawi pada bulan Oktober 1989.Taman CHOGM dibina bagi memperingati peristiwa tersebut. Delegasi dari pelbagai negara itu telah menanam pelbagai jenis pokok di taman awam ini dengan setiap satunya ditandakan dengan nama negara yang diwakili.\n\nTaman yang berkeluasan 10 ekar ini dihias dengan pepohon landskap untuk menjadikannya sebuah taman yang indah. Terdapat sebuah monumen yang dibina berpandukan logo CHOGM.\n\nSuatu ketika dulu, bendera-bendera negara Komanwel diletakkan di situ.\n\nKami tahu anda pasti ternganga melihat harga tiketnya, namun jika anda merasai sendiri pengalaman sepanjang berada di Umgawa Legendary Adventures ini, harga tiket itu semestinya berbaloi.\n\nZipline di sini dikatakan bertaraf\u00a0world-class.\u00a0 Anda akan merentas hutan di Gunung Raya menggunakan zipline di sini!\n\nDi samping aktiviti yang mencabar, pihak mereka sangat mementingkan aspek keselamatan. Jadi, anda tidak perlu risau soal bahaya kerana zipline di sini dijamin selamat!\n\nAlamat: Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 8.30 am \u2013 4.30 pm\n\nIngin menaiki\u00a0skybike?\u00a0Singgah sahaja di Langkawi Skybike yang terletak di Kuah ini! Bukan senang nak jumpa tempat di Malaysia yang menawarkan\u00a0skybike, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.\n\nSelain\u00a0skybike,\u00a0anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti menaiki ATV dan memandu go-kart. Bagi yang sukakan aktiviti mencabar, inilah tempatnya buat anda!\n\nAlamat: Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat, 07000 Kuah, Kedah\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9.30 am \u2013 5.30 pm\n\nHarga tiket: RM 200 untuk 5 game\n\nSalah satu tempat go-kart bertaraf antarabangsa yang patut anda kunjungi terletak di Langkawi, dan ianya adalah Morac Adventure Park!\n\nTerletak berhampiran dengan lapangan terbang, rata-rata pengunjung memuji go-kart yang dikatakan canggih dan memberikan keselesaan yang optimum kepada pengguna. Dijamin menarik, anda wajib serbu!\n\nAlamat: Lot 67, Pantai Cenang Mukim Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 \u2013 12 am\n\nHarga tiket mengikut sesi: 1 Sesi RM75 | 3 Sesi RM215 | 5 Sesi RM355 | 10 Sesi RM690\n\nAntara masjid yang terbesar dan paling terkenal di Kuah ialah Masjid Al-Hana. Masjid ini bukan sahaja luas dan besar, malah cantik dan selesa untuk anda yang ingin beribadah di sini.\n\nDibina pada tahun 1959 dan mempunyai senibina gaya Moor, Masjid Al-Hana tidak sama seperti beberapa masjid lain di Malaysia tetapi strukturnya menarik perhatian.\n\nIa menggabungkan motif Islam dari Uzbekistan ke dalam seni bina gaya Melayu. Masjid ini juga mempunyai\u00a0kubah utama berlapis emas dan beberapa kubah berwarna peach yang lebih kecil di sekelilingnya, sangat menarik!\n\nTidak jauh dari Pantai Cenang, ada sebuah lagi pantai yang indah yang juga merupakan sambungan kepada Pantai Cenang. Pantainya yang panjang menjadi tempat banyak resort dan hotel yang terkemuka.\n\nAntaranya adalah Ambong-Ambong, Resorts World Langkawi, The Frangipani Langkawi Resort, La Pari-Pari dan Villa Del Porto. Ini kawasan yang paling sesuai untuk berehat. Lebih-lebih lagi jika anda mahukan spa bagi menyegarkan tubuh.\n\nHendak mendapatkan perkhidmatan ke pulau-pulau dan lawatan ke hutan paya bakau juga mudah dari sini.\n\nAlamat: Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi.\n\nSatu lagi masjid yang terkenal di Langkawi ialah Masjid Aishah. Dari luar sahaja anda pasti akan terpegun melihat rekaan masjid yang cantik ini.\n\nKebersihan masjid juga patut dipuji. Ramai pengunjung mengakui yang ianya memberikan keselesaan untuk mereka beribadah di sini. Jika berkesempatan, singgahlah solat di masjid ini.\n\nAlamat: Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah\n\nIngin menaiki helikopter dan mengelilingi Langkawi sambil menghayati kecantikan pulau-pulau di sini? Mungkin kedengaran mustahil, namun Helioutpost Langkawi ada menyediakan helicopter tour\u00a0buat anda!\n\nMereka mempunyai beberapa pakej untuk\u00a0helicopter tour,\u00a0 dan yang paling terkenal ialah pakej South Langkawi Island Private Tour, Dayang Bunting Private Tour dan Cenang Private Tour.\n\nAlamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 7 pm\n\nHarga tiket: Bermula dari RM 398.00 \u2013 RM 3498.00\n\nSiapa sahaja yag tidak sukakan bunga, tambahan pula bunga orkid. Di kalangan wanita terutamanya, bunga orkid ini memang sangat digemari.\n\nUntuk itu, apa kata anda singgah di Langkawi Orchid Farm jika anda bercadang untuk ke Langkawi? Terdapat lebih 200 spesis orkid yang akan anda jumpa, dan semestinya semuanya cantik-cantik belaka!\n\nAlamat: Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 6 pm\n\nAda pembaca di sini yang gemarkan aktiviti meluncur menggunakan payung terjun atau\u00a0paragliding? Langkawi Gliders adalah tempat yang wajib anda serbu untuk tujuan itu!\n\nAnda akan menyaksikan pemandangan sekeliling yang cantik sambil anda meluncur. Soal keselaman, anda tidak perlu risau kerana pihak mereka semestinya menitikberatkan aspek itu. Jangan lupa singgah di sini nanti!\n\nMungkin jarang didengari, namun tidak bermaksud ianya tidak boleh dikunjungi. Datai Bay merupakan tempat yang terkenal dengan resort lima bintang.\n\nDatai Langkawi adalah rumah kepada beberapa resort yang paling eksklusif dan mewah di Pulau Langkawi \u2013 The Datai dan The Andaman. Ianya terletak berdekatan dengan Langkawi Crocodile Farm, salah satu tarikan pelancongan di sini.Keindahan pantai berpasir yang indah dan air yang jernih membuatkan ianya sesuai untuk para pengunjung berkelah, menyelam, menaiki bot dan mandi-manda bersama keluarga.\n\nAda banyak tempat bersejarah di Langkawi. Salah satunya ialah Makam Purba yang terletak di Kampung Padang Gaong. Jika anda pencinta sejarah, ini adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi.Makam Purba ini ditemui pada April 1975 yang berkemungkinan merupakan makam orang Acheh yang menetap di Langkawi.\n\nAlamat: Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah\n\nAnda penggemar barangan kraftangan yang bukan sahaja cantik malah berpatutan harganya? Lekaslah singgah di Craft Center!Di sini ada macam-macam hasil kraftangan dan seni yang akan anda jumpa. Pendek kata, kalau bawa golongan ibu-ibu di sini, mesti berjam-jam kerana rambang mata!\n\nKami harap anda sukakan senari tempat menarik di Langkawi, tidak kisalah sama ada pantai di Langkawi, ataupun tempat makan best di Langkawi.\n\nSelain tempat di menarik Langkawi, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan."
"Dulu bila memujuk anak kecil, saya kata\n\n\u201cPakai baju nanti malu orang nampak\u201d\n\n\u201cDuduk elok-elok nanti orang kata tak sopan\u201d\n\n\u201cLepas mandi pakai baju sebab Muslim always wear a suitable clothes at any condition\u201d\n\n\u201cAbang duduk sopan sebab Allah sayang orang yang sopan\u201d\n\nGantikan pandangan manusia dengan pandangan Allah.\n\nKesan yang baik pada keluarga dan lebih lagi diri sendiri.\n\nHati tenang bahagia membahagiakan insha Allah."
"Adalah menjadi harapan untuk kebanyakkan ibu untuk bersalin normal. Hal ini kerana ianya mengurangkan risiko terhadap bayi yang akan lahir. Terdapat beberapa tips yang dapat diamalkan untuk berjaya melakukannya.Sebelum itu, mari kita lihat dahulu tentang kelahiran selain normal.\n\nKadar kelahiran melalui pembedahan c-section semakin meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga kebelakangan ini mencatat kadar tinggi sehingga 50% pada sesetengah pusat perubatan. Faktor yang dikenal pasti menjurus kepada peningkatan ini termasuklah pilihan doktor, tempat kelahiran dan intervensi perubatan seperti induction of labour ( IOL).\n\nTidak kurang juga ramai pesakit memilih untuk menjalani pembedahan cesarean kerana ia lebih singkat, kurang rasa sakit dan ramai yang mahukan kelahiran dalam keadaan terkawal dan tidak tergesa gesa.\n\nPembedahan cesarean memberikan komplikasi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelahiran biasa seperti risiko tumpah darah yang lebih tinggi, jangkitan kuman dan luka terbuka tetapi secara umumnya ia adalah pembedahan yang selamat dan mempunyai risiko yang kurang berbanding dengan pembedahan yang lain.\n\nWalaubagaimanapun sekiranya anda berkeinginan tinggi untuk bersalin normal, terdapat tip tip yang boleh anda ikuti untuk meninggikan peluang anda.\n\n14 Tips- Tips Untuk Berjaya Bersalin Normal\n\nSemoga tips yang dikongsi ini membantu."
"Anak-anak zaman sekarang semakin terdedah dengan budaya yang tidak baik. Bagi mereka itu adalah \u2018trend\u2019 zaman sekarang. Jika tidak ikut, dikategorikan sebagai ketinggalan zaman. Perasaan malu, bersyukur, sifat kemanusiaan, semuanya semakin pudar dalam diri anak-anak sekarang.\n\nAnak-anak adalah generasi yang akan meneruskan dan membangunkan negara. Tetapi, jika anak itu sendiri tidak mempunyai sifat hati dalam diri, bagaimana mahu meneruskan generasi untuk masa hadapan? Ianya menjadi satu masalah bukan sahaja kepada ibu bapa malah kepada negara juga.\n\nBagi mengelakkan anak-anak kita daripada tercemar dengan budaya tidak baik, ibu bapa perlu serapkan sifat hati di dalam diri anak-anak. Apakah sifat hati yang perlu diserapkan ke dalam diri anak-anak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 sifat hati yang diserapkan dalam diri anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n1. Supaya anak kita belajar sifat hati yang bernama Qana\u2019ah\n\nMaksudnya merasa cukup walau dalam serba kekurangan.\n\n2. Supaya anak kita belajar mempraktikkan Tasamuh\n\nMaksudnya sifat hati memaafkan & menghormati orang lain dalam pergaulan tanpa mengira agama, warna kulit dan jumlah harta\n\n3. Supaya anak belajar sifat hati bernama Syukur\n\nMaksudnya merasa berterima kasih pada Pemberi Rezeki walau sekecil apa pun rezeki yang diterima\n\n4. Supaya anak kita belajar juga sifat hati yang bernama Tawadu\u2019\n\nBermaksud merasa tidak sombong bila berhadapan dengan orang lain terutamanya yang lebih miskin dan kurang berharta\n\n5. Supaya anak belajar sifat hati yang bernama Itsar.\n\nInilah sifat mulia yang tertinggi dalam pergaulan iaitu sifat mengutamakan kepentingan saudara se-Iman dan se-Islam melebihi kepentingan diri sendiri.\n\n*Sifat hati ini perlu diserapkan ke dalam diri anak-anak kita agar mereka dapat dibesarkan dengan sifat yang baik dan penuh sifat amalan murni. Sifat hati ini perlu diajarkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana waktu itu mereka boleh menerima ilmu yang kita berikan kepada mereka. Selain itu, waktu itu minda mereka lebih luas dan rasa ingin tahu yang kuat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sebagai seorang ibu, pastinya anda mengambil berat tentang perkembangan bayi anda. Tak kurang juga, anda akan mula membandingkan kemajuan bayi anda berbanding bayi lain yang sebaya dengannya. Kenapa anak orang tu dah berjalan tapi anak saya masih merangkak? Kenapa anak dia dah petah bercakap tapi anak saya sebut mama pun belum pandai?\n\nAnak lambat bercakap adalah di antara isu paling sensitif bagi seorang ibu. Lagi melukakan kalau orang sekeliling mula memperkatakan tentang tentang anak anda yang lambat bercakap. Ketahuilah bahawa tahap perkembangan setiap anak adalah berbeza, namun jika anda mula berasa risau, tak salah kalau anda amalkan petua anak lambat bercakap yang akan kami kongsikan sebentar lagi.\n\nIni adalah petua anak cepat bercakap yang dikongsikan oleh Ustaz Harun Din. Petua ini telah membantu ramai kanak-kanak untuk cepat bercakap. Caranya juga sangat mudah untuk diamalkan. Caranya ialah:\n\nSatu lagi cara yang paling berkesan untuk membantu anak yang lambat bercakap ialah dengan selalu mengajak anak bersembang. Ini adalah kunci utama agar anak anda cepat bercakap. Ramai ibu bapa zaman moden yang mengambil jalan mudah dengan memberikan anak tablet dan mainan dengan niat agar anak duduk diam, tidak mengganggu urusan, dan tidak meragam.\n\nNamun tabiat tersebut adalah di antara punca kenapa anak lambat bercakap. Untuk cepat bercakap, anda perlu selalu berkomunikasi dengan anak. Ajak anak anda bersembang. Anak anda perlukan hubungan dengan manusia untuk berkembang dengan sempurna dan mengikut fasa yang sepatutnya.\n\nElakkan daripada menggunakan terlalu banyak bahasa di rumah\n\nIni adalah salah satu punca anak lambat bercakap yang ramai orang terlepas pandang. Bayangkan keadaan berikut, seorang anak kecil yang dikelilingi oleh keluarga besar. Ibunya bertutur dalam bahasa melayu. Ayahnya bertutur dalam bahasa inggeris. Datang datuk dan nenek, bercakap dalam bahasa melayu loghat kelantan. Datang pula datuk nenek belah ayah, bercakap bahasa melayu dengan pelat kerana mereka berbangsa cina dan lebih selesa bertutur dalam bahasa mandarin. \n\nAnak kecil ini membesar dengan pelbagai jenis bahasa dan tidak tahu bahasa mana satu yang menjadi bahasa ibundanya. Keadaan ini akan menjadikan anak tersebut keliru, dan memilih untuk tidak bercakap walau pun memahami kesemua bahasa yang digunakan di rumah. Oleh itu, nasihat kami ialah hadkan kepada maksimum 2 bahasa untuk digunakan di rumah. \n\nJika anda inginkan anak yang fasih berbahasa melayu dan inggeris, gunakan kedua bahasa tersebut semasa berinteraksi dengan anak. Pesan juga kepada ahli keluarga anda supaya cuma menggunakan dua bahasa tersebut semasa bercakap dengan anak anda untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.\n\nGunakan ayat berbentuk soalan kepada anak\n\nApabila berkomunikasi dengan anak, gunakan ayat yang diakhiri dengan soalan kepada anak anda bagi menggalakkan anak anda bercakap. Di antara contoh ayat yang boleh anda gunakan ialah:\n\nAda perbezaan besar di antara contoh ayat yang kami nyatakan tadi bukan? Kumpulan pertama diakhiri dengan soalan yang akan membuatkan anak anda teruja untuk memberikan respons manakala kumpulan kedua akan mematikan perbualan di antara anda dan anak. Amalkan untuk bertanya soalan.\n\nApabila anda berinteraksi dengan sikecil, pastikan anda bercakap dengan perlahan supaya anak anda dapat menangkap dan mengikut apa yang anda sebut. Jika anda kerap bercakap dengan terlalu laju, anak anda akan menjadi keliru. Tidak dapat menangkap perkataan yang anda sebut dan tidak dapat meniru semula perkataan tadi.\n\nAda juga anak yang memilih untuk tidak bercakap kerana sering dimarahi apabila tidak bercakap dengan betul, contohnya pelat. Jika anda selalu memarahi anak yang tidak bercakap dengan betul, lama-kelamaan anak anda akan memilih untuk diam agar tidak dimarahi. Ini adalah salah satu cara untuk anak anda melindungi diri sendiri. \n\nOleh itu, betulkan anak anda dengan cara yang lembut dan penuh kasih sayang. Pastikan anak anda faham bahawa melakukan kesalahan seperti bercakap pelat bukanlah satu kesalahan yang besar dan perlu dimarahi berulang- kali. Secara tak langsung, ini juga akan meningkatkan tahap keyakinan diri anak anda. Apabila tahap keyakinan anak anda tinggi, anak anda akan cepat bercakap.\n\nItulah dia info tentang petua anak lambat bercakap yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang hadiah hari jadi anak perempuan dan tanggungjawab anak kepada ibu bapa"
"Hari ini kami akan kongsikan resepi yang tersangatlah simple dan senang dibuat, senang dimakan. Ialah sandwiche tuna.\n\nSandwich tuna memiliki banyak kebaikan. Ianya menu sarapan yang simple, sedap, bergizi. Menyediakannya sangatlah mudah, rasanya pula sedap. Sandwich tuna mestilah asasnya menggunakan ikan tuna. Selain itu, juga terdapat sayuran yang sihat.\n\nSandwich mudah dimakan dan mudah dibawa. Sehingganya ramai orang yang membeli sandwich untuk sarapan dimakan bila pergi ke sekolah dan tempat kerja.\n\nMak di rumah boleh cuba menyediakan sandwich di rumah. Jika mak ingin sandwich macam kedai My.news mak boleh rujuk resepi yang kami kongsikan ini. Sandwich tuna yang dikongsikan oleh Nazian Rahman\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sandwich tuna, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya"
"Setiap kali kita merenung anak-anak kita dengan penuh kasih sayang bagaikan akan tumpah melimpah, layangkanlah ingatan kita kepada ibu dan bapa kita. Mereka juga begitu kepada kita.\n\nKadang-kadang dalam kesibukan kita membesarkan anak-anak kita, kita terlupa kita juga pernah dibesarkan oleh dua insan mulia.\n\nKadang-kadang kerana kasihnya mereka kepada kita, mereka juga menegur kita akan cara keibubapaan kita.\n\nJanganlah cepat ambil hati dan melenting memarahi atau mengherdik mereka kerana merasakan diri kita dicabar.\n\nKetahuilah, dalam banyak hal dan dalam kebanyakan keluarga, kejadian seperti itu adalah kerana mereka sangat sayangkan anak-anak dan cucu-cucu mereka.\n\nJika anak-anak anda masih kecil perjalanan anda sebagai ibu bapa masih baru bermula. Anak anda masih kecil maka anda merasakan mereka masih kecil. Namun, akan sampai masanya apabila anak-anak anda sudah dewasa, namun anda masih merasakan mereka itu masih kecil dan memerlukan anda. Ketahuilah itulah yang dirasai oleh ibu dan bapa anda.\n\nOleh itu, jika mereka memberi nasihat seolah-olah anda masih kecil dan tidak tahu apa, BERSABARLAH. Bukan mereka memandang rendah diri anda, tetapi kerana mereka masih memerlukan anda memerlukan mereka. Oleh itu ucapkan sahaja terima kasih dan kucup pipi atau tangan mereka. Fokus kepada niat mereka iaitu kerana mereka kasih kepada anda.\n\n\u201cAh, saya dah lebih 35 tahun mak!!!! Bukan budak kecik lagi nak dicakap-cakap begitu!!!!\u201d\n\nIngatlah suatu masa dahulu, anda pernah mengamuk, meronta, menyakitkan dia dan dia terus bersabar sebagaimana anda bersabar dengan ketidakcerdikan anak-anak kecil anda sekarang. Ingatlah,suatu masa dahulu anda pernah sakit dan dia bersengkang mata memastikan suhu badan anda tidak terlebih panas dan membahayakan sama seperti yang anda lakukan kepada anak-anak kecil anda.\n\nSayangi ibu bapa kita. Buat baik kepada mereka.\u00a0Jangan kita melukakan hati mereka. Melukakan hati ibu bapa itu, berat padahnya. Kita kena \u2018bayar cash\u2019 di dunia ini.\n\nCara kita bertutur kepada ibu dan bapa kita akan dicontohi oleh anak-anak kita.\n\nIngatlah mata-mata kecil yang melihat dan meniru."
"Kulit kering adalah masalah umum yang dialami oleh kebanyakkan orang. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, gatal-gatal, dan kulit tampak kusam. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa cara berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering khusus untuk kaum wanita. \n\nTerdapat pelbagai jenis kulit kering yang boleh berlaku, dan setiap jenis mempunyai ciri-cirinya tersendiri.\n\nKulit kering yang teruk adalah jenis kulit kering yang lebih serius. Ia boleh menyebabkan kulit menjadi sangat kering, kusam, kasar, dan retak-retak. \n\nMasalah ini menjadi teruk berpunca disebabkan oleh penyakit kulit seperti dermatitis atopik atau psoriasis. Faktor-faktor lain termasuklah umur, genetik, atau penggunaan sabun yang mengeringkan.\n\nSelain itu, seseorang juga boleh mengalami kulit kering yang berskala besar, yang dikenali sebagai xerosis universalis. \n\nIni adalah keadaan yang amat jarang berlaku di mana keseluruhan tubuh mengalami kulit yang sangat kering dan mengelupas.\n\nXerosis universalis boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti hipotiroidisme atau sindrom Sjogren.\n\nPenting untuk mengambil langkah-langkah bagi menjaga kulit supaya tetap lembap dan sihat. Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk merawat masalah kulit ini.\n\nSalah satunya adalah dengan menggunakan pelembap yang efektif. Pilih pelembap yang mengandungi bahan-bahan yang melembapkan kulit seperti ceramides, asid hyaluronic, atau gliserin. \n\nCara penggunaan yang betulnya pula adalah digunakan secara berkala, terutama selepas mandi atau mencuci muka.\n\n2. Elak guna produk bahan kimia\n\nElakkan penggunaan produk pembersih yang mengandungi bahan kimia keras yang boleh mengeringkan kulit. Gunakan pembersih yang lembut dan tidak mengandungi alkohol. \n\nSelain itu, elakkan penggunaan produk perawatan yang mengandung parfum juga.\n\nHal ini kerana, kesemua bahan-bahan yang dimaksudkan ini boleh menyebabkan iritasi dan kering pada kulit. Pilih produk yang bersifat hypoallergenic dan sesuai untuk jenis kulit kering.\n\nSatu lagi cara untuk merawat masalah kulit yang hilang kelembapan ini adalah dengan memakai pakaian yang sesuai. Pilih pakaian yang lembut dan material kain yang tidak mengiritasi kulit. \n\nElak dari pakai pakaian yang ketat atau berbahan sintetik yang boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan iritasi.\n\nMenjaga kelembapan udara dalam rumah juga penting untuk mencegah masalah kulit yang hilang kelembapan. Gunakan pelembap udara di rumah, terutama pada musim sejuk atau di tempat-tempat dengan pengudaraan yang kering.\n\nPastikan juga untuk minum air yang mencukupi setiap hari untuk memberikan kelembapan dari dalam tubuh.\n\nDi samping itu, diet yang seimbang turut berguna untuk menjaga kulit yang sihat dan lembap. Pastikan anda mendapatkan nutrisi yang mencukupi, termasuk vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan kulit. \n\nMakan makanan yang kaya akan omega-3 seperti ikan berlemak, kekacang, dan biji-bijian dapat membantu menjaga kelembapan kulit.\n\nPastikan anda elak dari mandi dengan air panas yang terlalu lama, kerana ia boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapan semula jadi. \n\nAir panas boleh menghilangkan minyak alami dari kulit dan menyebabkan kekeringan. Gunakan air suam atau hangat dan hadkan juga tempoh masa mandi anda.\n\nFaktor luaran seperti tekanan dalam diri boleh menjadi salah satu punca kulit boleh menjadi kering. Justeru untuk menampakkan kulit kekal sihat dan mulus, luangkan masa untuk melakukan senaman ringan bagi mengurangkan tekanan harian.\n\nSelain berjogging, anda boleh juga melakukan yoga atau jenis meditasi lain yang bersesuaian. \n\n9. Melindungi kulit dari sinar matahari\n\nSelain itu, penting untuk melindungi kulit dari pendedahan sinar matahari yang berlebihan. Sinar UV dapat menyebabkan kekeringan kulit dan kerusakkan lebih lanjut. \n\nGunakan sunblock atau sunscreen dengan SPF yang sesuai setiap kali anda keluar rumah, terutama di kawasan yang terdedah kepada sinar matahari.\n\nJika anda mengalami masalah kulit yang teruk atau berlarutan, adalah sangat disarankan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar kulit. \n\nMereka dapat menilai keadaan kulit anda dengan tepat dan memberikan nasihat serta pengubatan yang sesuai.\n\nBiasanya doktor akan memberikan krim yang mengandung bahan aktif untuk membantu mengatasi masalah kulit anda.\n\nKesimpulannya, kulit kering bukanlah masalah yang harus diabaikan. Dengan langkah-langkah yang tepat, anda dapat menjaga kulit tetap lembap, sihat, dan terlindungi. \n\nSelain dari tips mengatasi kulit kering ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan penjagaan wajah seperti:"
"Proses bersalin bukannya satu pengalaman suka-suka yang boleh dipandang remeh. Proses bersalin ini akan mengakibatkan tubuh ibu menjadi lemah terutama secara dalaman. \n\nTidak dinafikan ada di kalangan para ibu yang menganggap sudah sihat setelah melihat luka bersalin secara luaran telah pulih namun hakikatnya tahap kesihatan dalaman perlu juga di ambil kira.\n\nCara paling afdal untuk mengembalikan kesihatan ibu selepas bersalin dengan pantas adalah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat di samping pengambilan set bersalin yang terbaik. \n\nMengapa perlu mengambil set bersalin ini sebenarnya? Apakah set bersalin terbaik yang ada di pasaran? Di sini akan dikongsikan sedikit sebanyak info sebagai rujukan para ibu di luar sana.\n\nMengapa Perlu Mengambil Set Bersalin Selepas Bersalin?\n\nMajoriti masyarakat kita terutama dari etnik Melayu sudah terbiasa dengan amalan berpantang selepas bersalin. Amalan berpantang ini jika diikutkan pandangan kepakaran moden ianya tidak wajib tetapi jika di kira dengan fungsi berpantang itu sendiri tak salah rasanya untuk diamalkan.\n\nTambahan pula tujuan sebenar berpantang ini adalah untuk mengembalikan kesihatan, kekuatan dan bentuk tubuh asal ibu. \n\nCuma memang agak susah untuk menyediakan bahan semasa dalam tempoh berpantang seperti dulukala dan kerana itu set bersalin begini sangat membantu untuk senangkan tugasan para ibu di luar sana selepas melahirkan.\n\nSenarai Antara 10 Set Bersalin Terbaik Yang Popular Di Malaysia\n\nNona Roguy merupakan set berpantang dan bersalin yang paling popular di Malaysia. Manakan tidak, jenama Nana Roguy ni dah lama sangat ada di pasaran Malaysia. Dah berdekad pun! Namun, harganya sedikit mahal tapi banyak kelebihan. \n\nSet Nana Roguy mempunyai tablet phytonatal yang boleh mengatasi masalah sembelit di kalangan para ibu selepas melahirkan. Ubat sembelit ni memang bagus dan sangat berkesan. Paling best, set Nona Roguy ini turut dapat membantu para ibu untuk kembali langsing selepas bersalin. \n\n#2 \u2013 Set Berpantang dan Bersalin Orang Kampung\n\nSet berpantang dan bersalin dengan nama Orang Kampung tidak kurang hebatnya. Berdasarkan testimoni yang ada, set Orang Kampung ini cukup bagus untuk mereka yang mahukan khasiat jamu sebenar dalam cara yang lebih mudah dan selesa. \n\nAntara barangan yang ada di dalam set Orang Kampung ini ialah seperti seri lulur, seri pilis, seri susut, kapsul kacip fatimah, minyak telon, minyak gamak, minyak merah, ubat periuk, jeli gamat dan juga bengkung. Soal harga jangan risau kerana ianya sangat murah dan berbaloi. \n\nSet berpantang Shaklee juga antara set berpantang yang terbaik di pasaran. Ini berdasarkan testimoni yang baik dari para pengguna sebelum ini. Malah set berpantang Shaklee ini turut mendapat pujian daripada beberapa pakar yang ada di Malaysia. \n\nSoal harga agak mahal juga tetapi anda masih boleh beli dalam bentuk pakej untuk lebih penjimatan. Yang pasti set berpantang dengan jenama Shaklee ini tidak kurang hebatnya berbanding set berpantang dan bersalin yang lain.\n\n#4 \u2013 Set Bersalin dan Berpantang Anugerah\n\nSedikit berbeza dari set bersalin yang lain, set berpantang dengan nama Anugerah ini lebih kepada luaran dan ia akan menjadi satu kombinasi yang lebih hebat jika di ambil bersama set berpantang Shaklee yang lebih untuk dalaman. \n\nAntara sebab mengapa set bersalin Anugerah ini menjadi popular disebabkan oleh adanya losyen sejuta khasiat dan minyak sejuta rahsia. Set ini juga lengkap dengan semua barangan untuk keperluan ibu dan juga bayi. \n\n#5 \u2013 Set Berpantang Jamu Jelita\n\nSetanding dengan namanya Jamu Jelita, set ini lebih kepada mereka yang mahukan kesihatan dalaman yang baik persis seperti mengambil jamu secara tradisi. Set Jamu Jelita ini lengkap dengan pelbagai barangan untuk bantu pulihkan kesihatan selepas bersalin termasuk juga bengkung untuk langsingkan kembali bentuk tubuh ibu. \n\nDi dalam Set Jamu Jelita ini anda akan dapat memiliki air selusuh, balm hangat herba, jus tradisi wanita, minyak selesa, rendaman herba, sabun nyaman dan tungku herba tradisi dan lain-lain lagi.\n\nSalindah merupakan set bersalin dengan ciri ibu muslimah yang sebagai tema. Set ini dapat membantu menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan. Ini sangat bagus untuk pulihkan kesihatan ibu dengan lebih pantas dan berkesan.\n\nTidak hanya itu, set Salindah ini juga boleh membantu untuk menguatkan semula otot rahim (uterus) dengan menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin dan juga memulihkan alat peranakan selepas selesai bersalin nanti. \n\nUbat Bersalin Afiat digunakan secara tradisional untuk wanita lepas bersalin yang serba lengkap untuk 44hari. Ubat Bersalin Afiat, pilihan wanita bersalin sejak turun temurun. \n\nKandungan Ubat Bersalin Afiat ini terdiri daripada bedak hangat Afiat, pil jamu Afiat, makjun bawang putih, minyak Afiat, akar kayu periuk Afiat, barut Afiat, tali pembentan Afiat, pati Afiat balm, feminine care dan juga gel mandian serai Wangi\n\n#8 \u2013 Set bersalin Amway Tropical Herbs\n\nSet\u00a0bersalin dengan nama Amway Tropical Herbs ini merupakan satu set lengkap untuk tempoh berpantang selama 44 hari. Ia mempunyai set penjagaan bahagian\u00a0secara menyeluruh untuk luaran dan juga dalaman. \n\n Set Bersalin Amway Tropical Herbs\u00a0ni mengandungi 11 produk di dalamnya dan setiap produk ini ada yang untuk di makan, untuk sapuan luaran dan juga untuk mandian. Sebuah buku panduan yang terperinci berkaitan produk, khasiat dan cara penggunaan juga turut disertakan sekali.\u00a0 \n\nSetiap set bersalin ada misinya yang tersendiri. Dan untuk set bersalin dengan jenama Tanamera ini, ia dihasilkan dengan tujuan utama untuk digunakan oleh ibu hamil sejak sejak mengandung lagi supaya mudah bersalin tanpa koyakan faraj. \n\nSetelah selamat bersalin, produk Tanamera ni boleh diterus penggunaannya semasa tempoh berpantang untuk pulih sepenuhnya dengan segera. \n\nTerdapat sebanyak 10 jenis produk di dalam set bersalin Tanamera ini. Produk-produk yang ada untuk setiap Set Bersalin Tanamera ini adalah Minyak Kelapa Dara Sabun Mandi Herba Minyak Urut Herba Herba Pembersih Wanita Mandian Herba Tapel Pilis Bengkung Teh Herba Lulur Badan Herba\n\n#10 \u2013 Spa\u00a0& Ma\u00a0Maternity\u00a0Set\n\nCadangan antara set bersalin terbaik yang ke 10 adalah Spa & Ma Maternity Set. Set bersalin ini turut menjadi pilihan artis Sari Yanti selepas melahirkan anaknya suatu ketika dulu. Tema yang dibawakan oleh set ini seumpama ibu sedang mendapat rawatan selepas bersalin dari spa yang bertaraf 5 bintang.\n\nTerdapat 11 produk yang akan diperolehi dengan pembelian setiap Spa & Ma Maternity set ini. Produk tersebut adalah herba mandian spa, jamu ratu dara, feminine cleanser, pilis herba, minyak kelapa dara, tungku herba, lulur frangipani, bengkung ratu, shape-up lotion, minyak seri herba dan juga gamat emulsion.\n\nApakah Ada Cara Terpantas Untuk Membeli Set Bersalin Terbaik Ini?\n\nYA! Pastinya ada. Jika anda tidak suka bersesak dan pening kepala untuk ke mana-mana kedai farmasi mahupun toko jamu, anda boleh buat pembelian dengan cara yang lebih pantas dan mudah secara online melalui lamanweb LAZADA Malaysia. Jangan terkejut, di Lazada ada jual set bersalin terbaik untuk para ibu di luar sana. Website online seperti Shoppee juga ada.\n\nApapun, tahniah di atas kehamilan anda dan tahniah juga di atas kehadiran bayi baru kesayangan anda itu. Pasti comel kan? Yang penting, para ibu jangan sesekali abaikan kesihatan diri. Pastikan selalu amalkan pengambilan set bersalin terbaik sejak dari hari pertama kelahiran sehingga selesai tempoh berpantang. Sayangi baby itu wajib tapi sayangi diri sendiri juga perlu.\n\n*Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan keseluruhan Bidadari.my"
"Bayi yang berumur dibawah satu tahun adalah sangat mudah untuk jatuh sakit. Sebagai ibu bapa pastinya anda akan sentiasa memerhatikan segalanya pada diri bayi anda termasuk perihal nasjisnya. Anda akan mengira berapa kali bayi anda membuang air besar dalam satu hari, malah warna najisnya juga akan anda perhatikan selain tekstur dan bau. Ia adalah sesuatu yang normal bagi ibu bapa.\n\nAnda pastinya akan berasa risau apabila tiba-tiba sahaja najis bayi anda bertukar menjadi warna hijau. Macam-macam perkara akan bermain di fikiran anda. Adakah bayi anda sakit? Adakah bayi anda tersalah makan? Ada sesuatu yang tak kena dengan perut atau sistem pencernaan bayi anda? Istimewa untuk ibu bapa pritahin, hari ini kami akan kongsikan info tentang najis bayi warna hijau. Apakah puncanya dan apa yang anda perlu buat segera.\n\nApakah warna najis bayi yang normal?\n\nYang sebenarnya warna najis bayi akan berubah dari masa ke semasa bergantung kepada umur dan pemakanannya. Sebagai contoh, semasa baru dilahirkan, najis pertama yang keluar dari badan bayi anda akan berwarna hitam. Najis hutam ini dipanggil sebagai mekonium. Biasanya pihak hospital akan memastikan bayi anda membuang air besar yang pertama sebelum membenarkan anda dan bayi pulang ke rumah.\n\nUntuk beberapa hari yang pertama bayi anda akan mengeluarkan najis yang berwarna hitam dan tidak berbau. Kemudian najis bayi anda akan mula menjadi kehijauan dan mula mempunyai bau kerana bayi anda sudah minum susu. Kebiasaannya najis bayi yang minum susu ibu mempunyai bau yang kurang menusuk berbanding bayi yang minum susu formula. Lagi banyak bayi anda menyusu lagi cepat najisnya berubah warna daripada hitam menjadi hijau.\n\nLama-kelamaan najis yang hijau tadi akan bertukar menjadi coklat dan kekuningan. Anda juga akan perasan bahawa najis bayi anda juga akan berbau kuat. Untuk bayi pada peringkat usia 2 bulan dan ke atas, najis yang normal akan berwarna kuning atau coklat bergantung kepada pemakanannya. Jika tiba-tiba najis bayi anda bertukar menjadi hijau, anda perlu mengetahui apakah puncanya agar anda boleh mengambil langkah yang perlu.\n\nApakah punca najis bayi tiba-tiba menjadi warna hijau dan apa yang ibu bapa perlu lakukan dengan segera?\n\nDari segi perubatan moden, terdapat berapa perkara yang boleh menjadi punca kenapa najis bayi menjadi hijau. Malah kebanyakan puncanya ada di hadapan mata kita namun kita tidak perasan. Di antara punca yang selalu berlaku ialah:\n\nBayi tidak mendapat susu yang secukupnya\n\nBayi yang berumur dibawah 6 bulan cuma boleh diberikan susu ibu atau susu formula sahaja. Anda tidak sepatutnya memberikan air kosong atau makanan lembut kerana ususnya belum matang untuk memproses makanan selain susu. Oleh itu, jika bayi anda tidak menyusu dengan secukupnya, ia akan menyebabkan bayi anda tidak mendapat nutrien yang secukupnya untuk membesar.\n\nAkibatnya usus bayi anda akan menyerap hampir 100% daripada susu yang masuk ke dalam perut bayi anda lalu tiada apa yang tinggal untuk keluar sebagai najis. Itulah sebabnya najis bayi anda menjadi warna hijau seperti hari-hari pertama bayi anda dilahirkan. Oleh itu, jika bayi anda mempunyai najis berwarna hijau kerana tidak mendapat susu yang secukupnya, selepas ini pastikan bayi anda menyusu sehingga kenyang dan tidak lagi mengalami keadaan kurang menyusu.\n\nMasalah pada susu ibu, tidak seimbang di antara susu awal ( foremilk ) dan susu akhir ( hindmilk )\n\nTahukah anda bahawa Allah menciptakan susu ibu dengan sangat unik. Apabila bayi anda menyusu, susu awal yang keluar ialah susu foremilk iaitu susu untuk menghilangkan dahaga bayi anda. Kemudian ia akan menjadi susu hindmilk yang fungsinya untuk membekalkan semua nutrien dan khasiat yang diperlukan oleh bayi anda dan mengenyangkan bayi anda. \n\nSusu awal adalah cair dan kaya dengan laktosa sementara susu akhir lebih pekat dan kaya dengan lemak. Sekiranya susu anda adalah tidak seimbang dan mempunyai susu awal yang banyak berbanding yang sepatutnya, bayi anda akan mengalami keadaan berikut:\n\nJika anda mengepam susu dan perasan bahawa susu anda agak cair daripada sepatutnya, anda boleh pergi ke klinik dan minta nasihat dari pakar laktasi yang ada di sana. Anda akan diberikan penerangan yang baik dan akan tahu langkah yang perlu dilakukan. Selain itu anda juga boleh memastikan bayi anda minum susu dari kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu agar bayi anda mendapat susu awal dan susu akhir yang secukupnya.\n\nPengambilan jamu oleh ibu yang menyusukan bayinya juga boleh menjadi punca najis bayi bertukar menjadi hijau. Ini kerana jamu adalah bersifat panas. Di antara kesan pengambilan jamu kepada bayi ialah:\n\nJika najis bayi anda menjadi hijau selepas anda mula makan jamu, sila berhenti daripada mengambil jamu itu dengan segera. Tunggu bayi anda lebih besar atau berhenti menyusukan bayi jika anda masih ingin makan jamu yang sama.Itulah dia info tentang bayi najis bayi warna hijau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang cara menegur ibu bapa dan cara mengajar anak membaca dengan cepat"
"Ada sesetengah kepercayaan bahawa jika anda tidak datang period 6 bulan selepas habis darah nifas, bermakna anda telah berpantang dengan baik dan darah kotor telah habis keluar semuanya. Benarkah begitu?\n\nSebenarnya dalam istilah perubatan, sebahagian ibu yang menyusukan anak secara regular dan konsisten (biasanya yang fully breastfeeding) akan mengalami LACTATIONAL AMENORRHOEA, iaitu tidak datang period untuk jangka masa tertentu selepas habis darah nifas.\n\nHal ini dinamakan sebagai Lactational Amenorrhoea. [FHI360]\n\nIa tidak terhad kepada 6 bulan, bahkan ada yang tidak datang haid selama lebih setahun kerana menyusukan anak. Ini adalah sebuah fisiologi normal yang terjadi disebabkan kandungan hormon prolaktin yang tinggi dalan tubuh (hormon prolaktin berfungsi merangsang penghasilan susu).\n\nJadi selagi badan anda menghasilkan hormon prolaktin yang tinggi, ia akan menghalang proses ovulasi dan seterusnya menyebabkan anda tidak datang haid.\n\nTetapi tidak semua ibu yang fully breastfeeding akan mengalami lactational amenorrrhoea. Ramai juga ibu yang exclusively breastfeeding tetapi tetap datang haid secara regular selepas habis pantang. Ianya bergantung kepada paras hormon dan sistem tubuh masing-masing.\n\nOh ya, lactational amenorrhoea dan breastfeeding boleh mengurangkan risiko breast cancer, jadi tahniah kerana memilih untuk fully breastfeed anak-anak anda!"
"Mari kita belajar cara menghasilkan sambal kering ikan bilis. Sambal ini\nsangat sesuai untuk dimakan bersama dengan nasi putih. Cara menghasilkannya\njuga tidaklah susah dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.\nBahan-bahannya juga boleh didapati di pasar raya berdekatan. Apabila sudah siap\nnanti bolehlah dihidangkan semasa makan bersama seisi keluarga. Selain itu,\nboleh juga dijadikan bekal untuk suami pergi ke tempat kerja atau untuk\nanak-anak ke sekolah. Pastinya dapat menambah selera mereka apabila dapat\nmerasa masakan anda. Jadi mari kita lihat bagaimana cara-cara untuk menyediakan\nsambal kering ikan bilis ini.\n\nResipi ini telah dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak like dan perkongsian dan komen yang positif. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba: \n\nAnda memerlukan idea untuk masak apa? Tak mengapa, kami disini menyediakan beberapa resepi lain yang anda boleh cuba dan semestinya menarik dan sedap. Lepas ni, lebih banyaklah jenis resepi yang anda boleh hidangkan kepada keluarga. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini ya! Sehingga berjumpa lagi!"
"Apakah panduan untuk pilih telekung sembahyang (telekung solat) supaya tak tersalah beli? Mungkin ramai yang masih belum tahu selalunya telekung sembahyang ataupun telekung solat ini hanyalah di beli sesekali saja. Silap haribulan hanya akan beli sekali setahun apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri. \n\nTidak kisahlah beli walaupun hanya sekali setahun mahupun beberapa tahun sekali sekalipun, yang penting telekung sembahyang itu terus digunakan selalu saban masa sebanyak lima kali sehari. Telekung yang dipakai semasa sujud pada Allah SWT itu sememangnya berasa sangat beruntung kerana di pilih untuk digunakan semasa berdepan dengan Tuhan.\n\n10 Tips Bagaimana Cara Untuk Pilih Telekung Solat Yang Betul Agar Tidak Tersalah Beli\n\nAlang-alang bercerita tentang telekung sembahyang ataupun telekung solat ini, ingin rasanya untuk turut berkongsi tips sebagai panduan bagaimana untuk memilih telekung solat yang betul agar tidak tersalah beli. \n\nPanduan #1 : Pastikan kain tidak terlalu tebal, lembut dan sejuk\n\nSebelum beli, pastikan untuk pegang dulu material kain tersebut. Pastikan ianya lembut dan tidak terlalu tebal. Untuk cara yang lebih baik, letakkan telekung tersebut ke atas lengan dan cuba rasai sendiri akan material kain tersebut. Sejuk ke tak, lembut ke tak dan ketebalan tu okay atau tidak. Jika semuanya okay maka bolehlah dipertimbangkan.\n\nPanduan #2 : Pilih material kain yang tidak menampakkan susuk tubuh \n\nSekarang ini di pasaran, telekung solat banyak yang dihasilkan dari kain jenis lycra. Tidak dinafikan, harganya memang murah namun kita juga kena tahu yang material lycra ini teksturnya adalah agak melekat di badan hingga boleh menampakkan susuk tubuh. Maka berilah perhatian lebih untuk perkara ini. \n\n Panduan #3 : Pastikan kain pakai telekung dari jenis beralas (tidak jarang)\n\nBagi yang amat menitik berat soal aurat, pastikan cari telekung solat yang beralas dan tidak jarang. Tetapi jangan pula terlalu tebal. Ini kerana kain yang tebal boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan berpeluh ketika solat. Bila ini terjadi bagaimana nak solat dengan khusyuk nanti. \n\n Panduan #4 : Jahitan muka yang selesa \n\nPastikan juga untuk teliti bahagian jahitan muka. Bahagian muka ini penting dan sebolehnya cuba dulu telekung tersebut pada tubuh. Kena cuba bagi memastikan yang bahagian muka ini tidak terlalu ketat, tidak terlalu luas dan jangan di buat main kerana ketika solat rambut seorang perempuan itu adalah aurat. \n\nPanduan #5 : Beli berdasarkan size tubuh \n\nTelekung ini didatangkan dalam pelbagai size. Maka pilihlah mengikut size yang betul. Ini penting kerana tersalah memilih saiz boleh menyebabkan kita tidak dapat menutup aurat dengan baik dan pemakaiannya juga akan terasa sangat tidak selesa. \n\nPanduan #6 : Pastikan juga labuh kain sesuai dengan ketinggian\n\nTidak hanya pada telekung di bahagian atas, untuk bahagian kain pakai juga perlu diteliti sebelum beli. Sebolehnya beli dengan melebihi ketinggian sebenar. Jangan terlalu labuh sangat, memadai sesuai dengan mengikut panduan berdasarkan kehendak agama Islam tercinta. \n\nPanduan #7 : Pastikan jahitan kemas dan berkualiti\n\nJika semuanya dah okay, akhir sekali sudah tentulah pada bahagian jahitan. Jika jahitan juga tampak kemas dan berkualiti maka bolehlah anda beli telekung solat tersebut untuk diri sendiri mahupun sebagai hadiah pada mereka yang anda sayang. \n\nTelekung Solat Sangat Sesuai Untuk Dijadikan Sebagai Hadiah / Hantaran\n\nApa yang lebih menariknya lagi, telekung solat di zaman sekarang ini sudah ada bermacam rekaan. Eh jangan salah faham. Para pengeluar telekung solat atau telekung sembahyang ini masih menerapkan soal aurat semasa solat cuma telekung solat yang di pakai tu nampak cantik dan menarik.\n\nSebagai telekung solat yang di jual sekarang sangat cantik dan istimewa. Ini kerana pada sesetengah tempat pada telekung solat tadi turut diletakkan motif bunga dan sebagainya. Warna juga ada banyak pilihan berbanding dulu. \n\nKerana itulah telekung solat ini senantisa menjadi pilihan para bakal pengantin lelaki untuk dijadikan sebagai hantaran pada pihak pengantin perempuan. Telekung solat ini juga sangat sesuai untuk dijadikan simbolik. \n\nGunakan Kaedah Cara Pilih Telekung Solat Dan Rajinkanlah Diri Untuk Beribadat \n\nInilah masalah yang paling dikhuatiri. Sesungguhnya jika hanya sekadar ingin di beli kerana cantik, itu adalah satu kesilapan besar. Kita kena sedar yang telekung sembahyang itu adalah salah satu cara dekatkan diri dengan Allah SWT tetapi malangnya masih ramai yang hanya tahu beli terutama semasa nak raya tetapi tidak seghairah untuk menggunakannya setiap hari. \n\nUntuk hal begini sama-sama kita doakan semoga kita sendiri akan ikut istiqamah dan semoga sahabat taulan, keluarga dan anak-anak kita akan ikut istiqamah juga. \n\nSebenarnya Telekung Solat Adalah Simbolik Kepada Nilai Seorang Wanita Yang Solehah\n\nBenar, telekung solat ini boleh menjadi satu simbolik. Kerana itulah pasangan yang bakal berkahwin di pihak pengantin lelaki akan membawa telekung ini sebagai pemberian kepada bakal isteri. Tidak hanya untuk hantaran ia juga boleh di beri sebagai hadiah kepada sahabat, anak perempuan, adik beradik dan sebagainya. \n\nTelekung ini juga boleh di anggap sebagai satu doa kepada mereka yang diberikan telekung ini. Dan yang paling penting ia turut boleh menjadi satu \u2018sumber\u2019 pengaliran pahala kepada diri sendiri. \n\nBayangkan, kita letak secara sukarela akan telekung sembahyang ini pada sebuah surau berhampiran kediaman. Ada yang datang dan guna telekung tersebut, Allah SWT akan kurniakan pahala kepada diri kita sebagai himpunan saham untuk akhirat kelak. Itulah dia keindahan telekung solat yang patut kita amati."
"Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.\n\nMomordica charantia ialah nama saintifik bagi peria. Sayuran ini dipercayai berasal dari India, dan kini banyak ditanam di Asia, Afrika, dan pulau-pulau Caribbean. Ia dituai sebelum waktu matangnya dan semakin lama, rasanya menjadi semakin pahit.\n\nPeria di Malaysia kebiasannya terdapat 2 jenis. Satu jenis bentuknya panjang dengan warna hijau muda dan satu jenis lagi juga dikenali dengan\u00a0 nama \u2018peria katak\u2019\u00a0 iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua.\n\nOrang tua-tua dahulu selalu menyebut bahawa makanan yang pahit adalah ubat dan penawar kepada penyakit. Oleh sebab itu, ia bagus diamalkan. Penggunaan peria dalam ubat tradisional bermula sejak 600 tahun yang lalu.\n\nPada masa ini, penyelidikan farmakologi dan ujian klinikal mendapati bahawa peria mengandungi beberapa manfaat kesihatan, terutamanya kesan hipoglikemik.\n\nPeria digunakan terutamanya sebagai terapi alternatif untuk menurunkan tahap gula dalam darah pada pesakit dengan diabetes mellitus jenis 2. Ia adalah sayur yang hebat dan popular untuk mengatasi masalah kencing manis melalui ubat alternatif.\n\nUnsur tertentu yang terkandung dalam peria, terutama polipeptida-P, mempunyai komposisi struktur yang serupa dengan insulin haiwan. Keseluruhan komposisi fitokimia peria terdiri daripada charantin, saponin steroid, dan alkaloid.\n\nCharantin secara khusus menambah sintesis glikogen dalam sel-sel hati dan otot. Amalan pemakanan peria secara konsisten dapat memberikan kesan tambahan apabila diambil bersama-sama ubat hipoglikemik konvensional.\n\nMengamalkan peria dalam diet harian dapat membantu anda cepat sembuh daripada penyakit dan mengurangkan risiko anda terhadap jangkitan. Peria kaya dengan antioksidan yang membentuk sistem pertahanan yang kuat untuk melawan virus.\n\nSayuran ini dilaporkan kaya dengan vitamin C, iaitu salah satu antioksidan yang kuat. Antioksidan berfungsi untuk menyerang radikal bebas dalam tubuh dan menghilangkan sebatian lain yang berbahaya yang boleh menyebabkan risiko penyakit.\n\nPeria juga dikenal pasti secara klinikal mengandungi flavonoid yang membantu meningkatkan kesihatan mata seperti \u03b1-karoten, \u03b2-karoten, lutein, dan zeaxanthin. Sebatian-sebatian ini menajamkan mata dan penglihatan pada waktu malam serta menurunkan degenerasi makula.\n\nSelain itu, flavonoid juga memainkan peranan penting dalam anti-penuaan, menghapuskan radikal bebas yang berasal dari oksigen dan spesies oksigen reaktif yang boleh menyebabkan banyak komplikasi.\n\nPeria juga boleh membantu mengurangkan gejala yang disebabkan oleh keadaan pernafasan seperti asma dan bronkitis.\n\nPeria dilaporkan mempunyai ciri anti-histamin, anti-radang, dan anti-virus, yang menjadikannya sebagai makanan tambahan yang ideal untuk mengekalkan pernafasan yang baik.\n\nIa juga membantu anda untuk tidur lena.\n\nPerubatan Cina tradisional dan Ayurveda telah menggunakan peria sebagai rawatan untuk penyakit kulit selama berabad-abad lamanya.\u00a0Sebatian antifungus dan antibakteria yang terdapat pada peria melawan pelbagai jangkitan kulit termasuk kudis buta, dan juga psoriasi. Peria membantu menghentikan aktiviti guanylate cyclase yang bertanggungjawab untuk memburukkan lagi penyakit psoriasis.\n\nSapukan krim yang diekstrak dari peria ke kawasan kulit yang terjejas untuk mengurangkan bengkak dan kerengsaan.\n\nPeria juga digunakan secara meluas untuk membantu menurunkan tahap kolesterol yang tinggi. Hal ini dapat menghalang risiko pembentukan plak atherosclerosis di dinding arteri darah, seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, dan strok.\n\nKajian sekumpulan penyelidik dari Taiwan pada tahun 2014 telah menemui kesan positif pengambilan peria ke atas sistem fisiologi tikus yang dijadikan model kajian.\n\nHasil kajian mereka membuktikan peranan peria sebagai sayuran yang berpotensi besar dalam bidang perubatan untuk meningkatkan aktiviti metabolisme, mengurangkan gula dalam darah dan mencegah keradangan.\n\nPeria juga kaya dengan Vitamin K, iaitu nutrien penting yang berperanan dalam mengawal pembekuan darah normal. Selain itu, vitamin K juga membantu pengagihan kalsium di seluruh badan. Hal ini meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan risiko kerapuhan tulang. Individu yang mempunyai osteoporosis sangat digalakkan untuk amalkan pemakanan yang mengandung vitamin K seperti peria.\n\nKekurangan vitamin K boleh menyebabkan keretakan tulang, mudah lebam, kerosakan sistem pembekuan darah dan pendarahan haid yang berlebihan.\n\nRadikal bebas mencari dan memusnahkan sel-sel yang sihat. Ia juga mempercepatkan penuaan dan menyebabkan banyak komplikasi termasuk kanser.\n\nPeria kaya dengan antioksidan yang memerangi kesan radikal bebas serta meningkatkan imunisasi dengan mewujudkan pertahanan yang kuat untuk melawan penyakit. Antioksidan juga bersifat anti-kanser dan anti-karsinogen.\n\nUjian klinikal terkini dan kajian farmakologi memperlihatkan hubungan antara amalan pemakanan peria dan pengurangan tumor pada individu yang menghidap kanser payudara, serviks dan prostat.\n\nTerdapat satu kajian lain yang dijalankan untuk menguji peranan peria dalam pencegahan kanser, sebagai alternatif kepada rawatan kemoterapi.\n\nMenarik sekali, pengkaji dari Amerika Syarikat pada tahun 2016 telah berjaya sebatian antikanser daripada peria yang diberi nama peptida B-4.\n\nMereka mendapati bahawa rawatan selama 48 jam menggunakan sebatian ini berjaya merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon.\n\nAmalan pemakanan peria adalah selamat bagi kebanyakan individu dalam jangka masa yang pendek iaitu selama 3 bulan. Namun ada juga yang mengalami ketidak selesaan perut ketika mengamalkan peria. Namun begitu, keselamatan untuk jangka masa panjang tidak dapat dipastikan kerana tiada kajian terperinci untuk mengesahkannya.\n\nNamun begitu, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh golongan tertentu untuk mengelakkan kemungkinan risiko-risiko yang boleh berlaku.\n\nPeria berkemungkinan tidak sesuai dimakan oleh ibu hamil. Ini kerana, bahan kimia tertentu dalam peria mungkin akan menyebabkan pendarahan dan keguguran. Namun begitu, kesan sampingan terhadap ibu menyusu tidak dapat diketahui kesahihannya. Untuk keselamatan, adalah lebih baik sekiranya ibu menyusu juga mengelakkan amalan pemakanan peria.\n\nPeria boleh menurunkan tahap gula dalam darah. Sekiranya anda menghidap diabetes dan mengambil ubat-ubatan untuk menurunkan gula darah anda, amalan pemakanan peria mungkin membuat penurunan gula darah anda terlalu rendah.\n\nOleh itu, anda perlu memantau tahap gula dalam darah anda secara teliti. Namun, adalah lebih baik, anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.\n\nTerdapat kebimbangan bahawa peria mungkin mengganggu kawalan gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti memakan peria sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pembedahan anda.\n\nWalaupun rasa peria tersangat pahit, namun khasiatnya banyak untuk kesihatan kita. Ia terkenal sebagai penawar kencing manis kerana bertindak seolah-olah insulin dalam badan. Ia uga selamat diamalkan dalam jangka masa yang pendek.\n\nNamun, bagi mereka yang menghidap penyakit, adalah disarankan agar anda berbincang dengan doktor anda sebelum anda mengamalkan peria sebagai alternatif rawatan penyakit anda.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Adakah yang tidak makan ikan tenggiri? Ruginya, kerana ikan tenggiri amat sihat selain itu ia miliki tekstur yang lembut. Apabila dimasak dagingnya sedap sangat dan wangi. Tidak hairanlah harga pun mahal.\n\nBanyak resepi ikan tenggiri sedap, salah satunya ialah ikan tenggiri goreng masak berempah. Ikan tenggiri dimasak dengan rempah kari ikan, sos tiram, bawang, halia, cili, dan daun kari. Lembut isi ikan tenggiri dibalur rempah-rempah sedap jadi makin wangi dan merangsang selera sangat.\n\nJom masak ikan tenggiri goreng berempah untuk menu makan tengah hari. Resepi dikongsikan oleh Laila Aznam di laman Facebook. Dapat makan ikan tenggiri goreng berempah dengan nasi putih panas-panas sedap di lidah perut pun bahagia.\n\nResepi Ikan Tenggiri Goreng Masak Berempah\n\nSelain ikan tenggiri goreng berempah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana cara belajar Bahasa Inggeris sendiri tanpa sebarang kelas berbayar atau guru profesional yang membantu.\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 10 cara untuk belajar Bahasa Inggeris dengan mudah dan tentunya percuma.\n\nMengapa Bahasa Inggeris penting dalam kehidupan seharian?\n\nMalaysia terdiri daripada pelbagai golongan bangsa dan etnik yang mempunyai bahasa ibunda masing-masing. Setiap dari kita bersatu dengan menjadikan bahasa perantara utama iaitu Bahasa Melayu.\n\nNamun perlu kita ambil cakna juga bahawa bahasa komunikasi utama di dunia ini adalah Bahasa Inggeris. Keperluan mempelajari asas bahasa ini sudah ditekankan sejak di bangku sekolah lagi.\n\nSenario yang berlaku hari ini, di dunia pekerjaan kemahiran Bahasa Inggeris menjadi keutamaan banyak syarikat. Bukan sahaja syarikat besar bertaraf antarabangsa, malah syarikat-syarikat tempatan juga.\n\nDemi masa depan yang lebih cerah serta menghadapi persaingan hidup yang makin sengit, anak-anak perlu dibekalkan dengan penguasaan empat hala iaitu, pertuturan, pembacaan, pendengaran, dan penulisan dalam Bahasa Inggeris yang cemerlang.\n\nPetua cara belajar Bahasa Inggeris sendiri \n\nTidaklah sukar sebenanya untuk belajar Bahasa Inggeris sungguhpun tiada bantuan dari guru. Berikut ini kami kongsikan cara belajar Bahasa Inggeris sendiri untuk anda praktikkan di rumah atau dimana-mana sahaja.\n\n1. Rajin bertutur dalam Bahasa Inggeris\n\nCakaplah Bahasa Inggeris sungguhpun ianya kedengaran teruk. Bercakap adalah cara yang paling semula jadi untuk kita mempelajari tatabahasa dan frasa yang tepat.\n\nAbaikan sahaja jika banyak tatabahasa atau ayat yang tidak betul. Jika tidak rajin berlatih mana mungkin kita boleh kesan kesalahannya. Belajar dari kesalahan yang dibuat, lama kelamaan kita pasti akan terbiasa untuk bertutur menggunakan bahasa ini.\n\n2. Dengar lagu dan baca lirik dalam Bahasa Inggeris\n\nSalah satu cara belajar Bahasa Inggeris sendiri yang lain adalah dari mendengar lagu dan membaca lirik lagu. \n\nBoleh gunakan medium atau aplikasi mudah seperti Youtube, Spotify, radio dan banyak lagi. Dikatakan cara ini boleh menambah lagi vocabulary Bahasa Inggeris kita dengan sangat cepat dalam masa 1 hingga 3 bulan sahaja.\n\n3. Bergaul dengan orang yang mahir dengan Bahasa Inggeris\n\nHari ini tidak sukar untuk mencari kenalan yang mahir dalam bertutur pelbagai bahasa. Setiap hari kita dikelilingi oleh keluarga, rakan-rakan, dan kenalan kerja yang tentunya ada yang pandai berbahasa Inggeris.\n\nCuba untuk bergaul dengan mereka dan beritahu yang kita mahu belajar Bahasa Inggeris dengan berborak atau sebagainya.\n\nKebiasaan seperti ini akan menambah keyakinan dan secara tidak langsung memberi motivasi untuk menguasai Bahasa Inggeris denga cepat kerana kita tidak ada pilihan lain untuk berkomunikasi dengan mereka selain dalam bahasa tersebut.\n\nOrang dewasa yang masih terbelit-belit lidah untuk menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris boleh bermain dengan Tongue Twisters.\n\nPermainan ini memerlukan kita untuk menyebut perkataan-perkataan yang hampir sama sebutannya tetapi berbeza maknanya.\n\nJangan risau sekiranya anda mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan satu ayat dalam Tongue Twisters kerana itulah tujuan sebenar permainan ini untuk melancarkan sebutan yang anda lontarkan ketika bercakap.\n\n5. Sosial media sebagai latihan setiap masa\n\nBanyak cara latihan dalam bertutur dan menulis Bahasa Inggeris yang boleh kita pelajari di internet.\n\nSelain menggunakan platform sosial media, kita juga boleh ambil bahagian dalam platform yang lain seperti forum-forum filem,\u00a0Twitter,\u00a0Reddit, dan pelbagai lagi perbincangan yang berlaku di alam maya.\n\n6. Baca buku kisah-kisah hikayat dongeng\n\nMengapa dalam banyak-banyak bahan bacaan, buku kanak-kanak juga yang dicadangkan untuk mereka yang baru untuk mempelajari Bahasa Inggeris?\n\nHal ini kerana buku kanak-kanak mempunyai kata-kata yang lebih mudah dan merupakan alternatif yang baik untuk pembaca yang dinilai.\n\n7. Menonton filem / drama dalam Bahasa Inggeris\n\nSiapa kata belajar Bahasa Inggeris ini stress? Bagi anda yang gemar menonton filem atau drama luar negara di Netflix atau mana-mana platform streaming yang lain, anda sebenarnya boleh belajar Bahasa Inggeris dengan mudah.\n\nCaranya adalah dengan tonton filem English dan buka sarikata dalam Bahasa Inggeris juga. Dengan cara ini, kita boleh membaca sarikata tersebut sambil mempelajari kosa kata atau\u00a0vocabulary\u00a0baru untuk memahirkan diri dengan bahasa tersebut.\n\nBahasa Inggeris sangat kaya dengan kosa kata. Hal inilah juga yang menjadi punca ramai orang keliru untuk menggunakannya dalam penulisan atau pertuturan.\n\nApa kata bawa sahaja kamus ke mana sahaja kita berada. Tidak kira kamus fizikal atau aplikasi di telefon, kedua-duanya boleh kita gunakan semasa ada masa terluang ketika duduk menunggu LRT, atau waktu bersantai dengan secawan kopi.\n\nLuangkan sedikit masa untuk belajar 20 hingga 30 perkataan Bahasa Inggeris yang baru setiap hari.\n\n9. Beli buku grammar yang mudah difahami\n\nJika anda memang sangat lemah dalam Bahasa Inggeris, boleh cuba untuk menggunakan buku belajar grammar Bahasa Inggeris yang ditulis dalam Bahasa Melayu.\n\nBanyak terdapat di kedai-kedai buku untuk anda cuba dan fahamkan dengan mudah.\n\nKesemua cara belajar Bahasa Inggeris sendiri ini tidak akan berhasil jika dalam diri kita sendiri tidak mempunyai kesungguhan, keyakinan, dan keberanian untuk belajar. \n\nTanamkan dalam diri bahawa setiap usaha yang kita lakukan ke arah untuk memajukan diri dalam mempelajari Bahasa Inggeris mempunyai hasilnya yang tersendiri.\n\nElakkan juga membanding-bandingkan tahap penguasaan kita dengan orang lain kerana lama kelamaan, ia akan mengaburi keupayaan dan pencapaian kita yang sebenar.\n\nBelajar sesuatu yang baru itu adalah proses yang berbeza bagi setiap orang. Justeru itu banyakkan bersabar dan terus berusaha tanpa kenal putus asa.\n\nSelain dari tips mengenai cara belajar Bahasa Inggeris sendiri ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan pembelajaran seperti:"
"Tahukah anda usia bayi 0-3 bulan pertama adalah waktu dimana perkembangan otak bayi adalah yang paling pesat sekali?\n\nAdalah satu kerugian jika kita tidak merangsang sensori bayi pada ketika ini. Input yang terhasil daripada rangsangan sensori yang diterima akan membina banyak sel-sel neuron baru dan menghubungkan antara satu sama lain.\n\nMari kita lihat antara permainan kreatif yang boleh dilakukan dengan bayi dirumah.\n\nCermin! Ya, berikan cermin kepada bayi anda. Biarkan dia melihat dan mengeksplorasi wajah dan anggota badannya sendiri.\n\nIbu dan ayah perlulah berkomunikasi dengan bayi sambil menyebut dan menunjukkan anggota badan yang terlibat. Ini dapat meningkatkan kefahaman bayi dan membina kosa kata yang baru untuk mereka.\n\nBayi juga boleh diajar tentang perasaan dan emosi dengan menunjukkan pelbagai riak dan mimik muka yang berbeza yang menggambarkan perasaan sedih, gembira atau marah.\n\nPeekaboo atau bahasa mudahnya bermain \u201ccak-cak\u201d dengan bayi anda. Permainan ini sangat mudah dengan hanya menggunakan selimut, kain atau apa sahaja yang boleh menutup muka anda atau bayi daripada pandangan.\n\nPenggunaan kain yang berbeza tekstur juga adalah amat digalakkan bagi merangsang daya sentuh bayi.\n\nIbu dan ayah boleh menyusun bantal, selimut atau tilam bayi disekeliling bilik. Letakkan bayi ditengah dan biarkan dia merangkak dan memanjat pelbagai halangan yang berada dihadapannya.\n\nPermainan ini dapat menguatkan motor kasar bayi dan merangsang daya sentuhan bayi juga. Sangat mudahkan?\n\nDengan menggunakan botol mineral terpakai, masukkan manik atau guli yang pelbagai warna bagi menarik perhatian bayi apabila digoncangkan. Ibu ayah juga boleh menvariasikan permainan ini dengan memasukkan air dan dicampur pewarna makanan.\n\nLetakkan haiwan-haiwan plastik di dalamnya ibarat hidupan air sedang berenang-renang dilautan. Menarik bukan?\n\nSalah satu cara untuk merangsang sensori visual anak adalah dengan aktiviti mewarna. Pelbagai warna yang ada di sekeliling mampu menarik perhatian bayi dan secara tidak langsung mendedahkan bayi kepada asas-asas warna.\n\nIbu dan ayah boleh mencampurkan sekurang-kurangnya 3 warna dalam \u201czipper lock\u201d dan melekatkannya diatas lantai atau meja yang sesuai. Saya lebih gemar ia dilekatkan di atas permukaan lantai kerana secara tidak langsung bayi akan dapat manfaat \u201ctummy time\u201d juga.\n\nIdea yang paling mudah untuk membuat beg sensori adalah dengan menggunakan gel rambut atau minyak bayi dan tambahkan aksesori tambahan seperti huruf, nombor dan lain-lain untuk menarik minat bayi.\n\nTekstur yang lembut akan merangsang daya sentuh bayi apabila menyentuh permukaan beg sensori ini.\n\nAktiviti ini sangat menarik untuk merangsang hampir keseluruhan sensori bayi anda! Sediakan pelbagai bahan mentah seperti halia, daun kunyit, bunga kantan dan serai. Kemudian, letakkan di atas hamparan kain.\n\nBeri peluang bayi memegang dan menghidu bahan-bahan mentah tersebut untuk merangsang daya sensori mereka. Jangan lupa untuk menyebut dan memperkenalkan bahan-bahan mentah tersebut bagi meningkatkan kosa kata bahasa bayi anda.\n\nKita boleh memperkenalkan pelbagai konsep dengan hanya menggunakan tema baju untuk bakul sensori bayi seperti:\n\n\u2013 \u201cbaju busuk dan baju wangi\u201d\n\u2013 \u201cbaju basah dan baju kering\u201d\n\u2013 \u201cbaju tebal dan baju nipis\u201d\n\nAktiviti di atas dapat merangsang bayi menggunakan deria mereka untuk meneroka pelbagai tekstur fabrik yang berbeza, bau baju dan membezakan permukaan kering dan basah.\n\nTunjukkan foto-foto keluarga sambil memperkenalkan ahli keluarga kepada bayi anda seperti ayah, ibu, kakak dan abang. Melihat foto sambil membuka dan menutup gambar bagi merangsang daya visual mereka.\n\nSudah pasti mereka akan tersenyum-senyum melihat foto keluarga bersama-sama ibu dan ayah.\n\nLetakkan bahan-bahan yang berlainan tekstur seperti pasir, tepung, air atau garam kasar di dalam bekas. Biarkan bayi anda berpeluang merasa pelbagai tekstur bahan yang berbeza.\n\nIbu dan ayah juga boleh menyediakan aksesori tambahan seperti\u00a0cawan atau botol untuk melatih kemahiran motor kasar bayi."
"Seronoknya dapat balik kampung. Boleh makan kerabu pucuk paku puas-puas. Kat bandar-bandar nih \u2018limited\u2019 sikit. Yela kat bandar semua mahal-mahal walaupun hanya sekadar pucuk paku. Satu lagi susah juga nak dapatkan pucuk paku ini. Tapi kalau nak lepas gian tuh boleh jela belinya. Tak de masalah. Satu lagi masalahnya, susah juga nak dapatkan pucuk paku kat bandar nih. huhu. \n\nBahan utama kerabu pucuk paku ini adalah pucuk paku yang dicelur digabungkan dengan kelapa yang telah diparut, bawang dan sambal cili padi. Bahan tambahan lain seperti ikan rebus, ikan bilis, udang kering, ikan masin atau sebagainya kebiasaannya akan ditambah suntuk menyedapkan lagi menu masakan.\n\nSiapa-siapa yang ada rasa-rasa nak \u2018eat clean\u2019 bolehlah cuba menu kerabu pucuk paku ini. Jadi, bolehlah tengok resepi dari Bahiah Saripuddin yang dikongsi di laman facebook yang mendapat kegemaran ramai. Caranya pun mudah dan nampak sedap.\n\nDah siap! Selamat mencuba. Selain daripada resepi ini, kami ada juga kongsikan resepi menarik yang lain."
"Jiran, pastinya kita semua mempunyai jiran kecuali kalau kita hidup sendirian di dalam hutan. Hidup berjiran adalah sesuatu yang tak dapat kita elakkan Cuma ada yang manis dan ada juga yang pahit. Bertuah kalau dapat jiran yang baik namun kita akan sentiasa makan hati kalau dapat jiran yang tiada sifat tolak-ansur dan bertimbang-rasa.\n\nApabila membeli rumah atau mencari rumah sewa, biasanya kita melihat pelbagai aspek seperti harga rumah, lokasi rumah, keadaan rumah, kemudahan yang berdekatan dan sebagainya. Namun kebanyakan dari kita terlupa untuk menyelidik tentang jiran-jiran yang tinggal berhampiran. Padahal jiran memainkan peranan penting dalam menentukan kesejahteraan kita semasa tinggal di sana nanti.\n\nJom kita mengupas topik jiran dengan fokus kepada apakah yang dimaksudkan dengan jiran dan apakah kepentingan berjiran dalam hidup kita? Semoga bermanfaat.\n\nDari sudut bahasa, menurut laman sesawang Wikipedia, jiran bermaksud orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat (kawasan kejiranan) samada di kiri, dan kanan, hadapan atau belakang, atas dan bawah bagi rumah flat atau kondominium. Bagi penduduk setempat negeri Melaka, jiran boleh juga bermaksud sekumpulan masyarakat yang duduk berjauhan tetapi masih berhubung di dalam situasi tertentu.\n\nSementara menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri; atau tetangga. Berjiran bermaksud tinggal berhampiran dengan; atau bertetangga: Contoh ayat:\n\nDari sudut pandangan islam, konsep jiran adalah sedikit berbeza. Menurut ajaran islam, jiran bermaksud ahli-ahli keluarga dari 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Ini adalah berdasarkan hadith berikut di mana Rasulullah telah bersabda bahawa:\n\n\u201cEmpat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga\u201d. ( Riwayat Abu Daud )\n\nBerdasarkan hadith di atas, ia menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia tetap dianggap sebagai jiran.\n\nManakala menurut Ali Ibn Talhah, jiran membawa maksud hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.\n\nDalam islam, jiran pula terbahagi kepada tiga iaitu:\n\nOleh itu, perkataan jiran membawa pelbagai maksud yang berbeza namun akhirnya menunjukkan kepada perkara yang sama iaiatu mereka yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.\n\nPastinya anda tertanya-tanya apakah kepentingan jiran kepada hidup kita sehingga kita disarankan untuk menghormati jiran dan menjaga hubungan dengan jiran terutamanya yang tinggal di sebelah rumah kita. Di antara kepentingan jiran ialah:\n\nBantuan paling cepat apabila kita dalam kecemasan\n\nSiapakah orang yang paling dekat dengan kita? Pastinya jiran. Bukannya ibu bapa atau adik-beradik kita. Oleh itu apabila kita dilanda kecemasan, jiran adalah orang paling dekat yang boleh kita hubungi dan orang yang paling cepat sampai ke rumah kita. Itulah sebabnya kenapa kita perlu berbuat baik dengan jiran supaya jika kita berada dalam situasi kecemasan, boleh mengharapkan bantuan dari jiran. Jika kita bergaduh dan bermasam muka dengan jiran, anda rasa dia sudi membantu jika kita dalam kesusahan?\n\nMembantu memerhatikan rumah semasa kita tiada\n\nKepentingan jiran yang seterusnya ialah mereka boleh tolong tengokkan rumah semasa kita tiada di rumah seperti pergi bekerja, balik kampung, atau bercuti. Jika kita menjaga hubungan baik sesama jiran, apabila ada yang meninggalkan rumah kosong, pastinya semua akan saling menjaga dan memerhatikan keadaan rumah. Bukankah ia sesuatu yang sangat baik?\n\nKatalah kalau kita dilanda malang di mana rumah dipecah masuk, jiran-jiran yang prihatin pasti akan terus menghubungi polis dan memaklumkan kita sebaik sahaja menyedari kejadian tersebut. Kalau kita jenis menyombong dan suka menyakiti hati jiran, mungkin mereka akan buat tak endah walau pun terdapat tanda rumah kita dipecah masuk.\n\nSaling menjaga anak-anak di kawasan kejiranan\n\nDewasa ini, jenayah terhadap kanak-kanak sangat menakutkan. Terlalu banyak kes culik, cabul, rogol, bunuh, dan sebagainya yang berlaku ke atas kanak-kanak. Salah satu kepentingan jiran ialah kita boleh saling menjaga dan memerhati keadaan anak-anak yang berada dalam kawasan kejiranan. Jika ada anak-anak yang berjalan terlalu jauh, ada yang akan menegur dan bawa pulang.\n\nJika ada kenderaan atau individu yang mencurigakan di kawasan kejiranan, pasti ada yang akan perasan memandangkan kita saling menjaga kawasan kejiranan kita.Percayalah bahawa ia boleh mencegah berlakunya perkara yang tidak diingini. Ini selari dengan pepatah \u201c Jiran sepakat membawa berkat \u201c.\n\nMalah jika ada anak remaja yang berkelakukan sumbang dan tidak senonoh diluar pengetahuan kedua ibu bapanya, di sinilah letaknya fungsi jiran. Jiran yang baik dan prihatin akan menegur perbuatan yang tidak baik itu dan akan memaklumkan kepada ibu bapanya. Ini bukannya perbuatan menjaga tepi kain orang tapi kita mempunyai rasa tanggung jawab untuk sama-sama menjaga anak-anak jiran seperti menjaga anak sendiri. Kita sendiri sebagai ibu bapa, kita tidak tahu semua aktiviti anak-anak semasa berada di luar pengawasan kita. Alangkah beruntungnya bila dapat jiran yang mengambil berat seperti ini.\n\nItulah dia perkongsian tentang maksud jiran dan kepentingan hidup berjiran yang perlu kita faham yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang panduan didik anak dan cara berkenalan mengikut islam."
"NERAKA. Dengar saja sudah bikin diri rasa takut. Tidak terbayang dek mata betapa takutnya neraka ini. Namun berdasarkan apa yang telah diterangkan di dalam AlQuran sesunggunya neraka ini sangat sakit, sakit menakutkan dan sangat perit! Bertuah sesiapa yang dapat masuk ke syurga dan bertuah juga sesiapa yang tidak perlu rasai bahang panas bara api neraka ini. Eh, sebenarnya memang ada pun golongan haram disentuh oleh api neraka ini. Bahkan bukan hanya satu tetapi terdapat sebanyak empat orang yang tidak disentuh api neraka.\n\nKenali 4 Golongan Yang Haram Disentuh Api Neraka\n\nEmpat orang yang tak disentuh api\u00a0neraka ini adalah mereka yang berada dalam kategori orang yang haayyin, layyin, qarib dan sahl. Apakah maksud ke empat-empat orang ini? Jom teruskan pembacaan.\n\nGolongan yang pertama ialah hayyin. Ia merupakan hayyin ialah orang tidak suka marah atau panas baran. Mereka akan sentiasa mengewal diri dari mempunyai sifat marah. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak suka menguruk serta mengeji kelemahan orang lain. Tidak hairanlah jika golongan ini merupakan salah satu golongan yang haram di sentuh api neraka. Anda diluar sana juga boleh menjadi antara golongan tidak masuk neraka dengan sentiasa mengawal kemarahan kita dan elakkan dari mengumpat tentang kesalahan orang lain.\n\nLayyin ialah orang yang menjaga tutur kata dan beradap sopan. Bukan itu sahaja, tingkah laku mereka juga lembut dan tidak suka bersikap kasar. Selain itu, mereka merupakan seo5rang yang suka memberi kebaikkan kepada orang lain dan tidak mudah melenting jika berbeza pendapat. Tidak hairanlah, kenapa orang mempunyai sifat ini menjadi antara golongan tidak masuk neraka.\n\nSatu lagi golongan tidak masuk neraka ialah golongan Qarib. Qarib ialah mereka yang sangat pemurah dengan senyuman. Bukan itu sahaja, meraka juga mempunyai sifat yang akrab dan sangat mesra dengan orang lain.\n\nMesti anda tertanya-tanya apa lagi golongan tidak masuk neraka. Golongan seterusnya ialah golongan Sahl. Golongan ini ialah mereka yang tidak suka menyukarkan urusan orang lain. Golongan ini juga tidak suka mengganggu orang malah mereka suka membantu orang lain bagi memudahkan urusan orang tersebut.\n\nAntara Amalan Yang Boleh Menyelamatkan Kita Dari Api Neraka\n\nTadi dah disebutkan empat golongan tidak masuk neraka. Macam mana pula dengan amalan yang boleh selamatkan kita dari api neraka? Di sini akan turut dikongsikan antara amalan yang boleh menyelamatkan kita dari api neraka. Ada antara amalan ini kita sudah sering kali buat cuma perlu perbanyakkannya. Dan semoga asbab dari amalan-amalan ini bolehlah kita terselamat daripada api neraka yang maha menakutkan itu.\n\nSebagai seorang manusia biasa kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Tidak kiralah kesilapan besar atau kecil, peluang untuk kita bertaubat masih terbuka. Jika sebelum ini kita sudah terlalu jauh dengan Allah, tetapi percayalah pintu taubat masih lagi terbuka. Walaupun dosa kita setinggi bangunan sekalipun tetapi percayalah keampunan Allah seluas lautan. Dengan bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah dapat menjauhkan kita seksaan api neraka.\n\nSatu lagi amalan yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kita masuk ke dalam api neraka ialah dengan memprbanyakkan melakukan amal kebaikkan. Dalam islam juga turut menyeru kita supaya melakukan kebaikkan sesama insan dan membantu orang yang lebih susah. Antara amalan baik yang boleh kita lakukan ialah dengan memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim dan fakir miskin.\n\nSelain itu antara amalan lain yang kitab oleh lakukan adalah dengan selalu mengimarahkan masjid. Apa yang di maksudkan dengan mengimarahkan masjid?\n\nImarah masjid ialah kita kena sentiasa melibatkan diri dengan pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak masjid. Admin yakin kebanyakkan masjid atau surau pada masa kini banyak mengangjurkan majlis ilmu untuk memberi peluang buat umat islam untuk mendekatkan diri dengan Allah. Majlis ilmu seperti ini dapat memberikan diri kita keinsafan dah muhasabah diri. Segali gus kita akan berusaha untuk membuat amalan kebaikkan supaya diri kita jauh dari api neraka.\n\nBukan itu sahaja, kita juga amat disarankan untuk memudahkan urusan orang yang berada dalam kesulitan. Saidatina Aisyah RA mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda: \n\n\u201cBarang siapa yang menjadi penghubung bagi saudaranya yang muslim kepada penguasa dalam menyampaikan satu kebaikan atau memudahkan satu kesulitan, maka Allah akan membantunya dalam melintasi sirat pada hari kiamat ketika tergelincirnya kaki-kaki\u201d.\n\nJusteru itu, tidak hairanlah kenapa admin berkata kita amat digalakkan untuk membantu orang yang ketika dalam kesusahan. Dengan membantu orang yang berada dalam kesulitan ia dapat mengelakkan kita dari masuk ke api neraka.\n\n5. Melindungi Seorang Mukmin Dari umpatan Orang Munafik\n\nZaman sekarang jika kita lihat fitnah,umpatan dan juga mengau domba semakin berleluasa. Ia bukan sahaja berlaku di laman sosial malah di tempat kerja juga turut berlaku perkara yang sebegini. Perkara sebegini bukan berlaku kepada orang biasa malah para alim ulama juga turut di fitnah dengan kata-kata yang sangat kesat.\n\nJadi kita sebagai seorang umat islam apa kata jika kita mambantu dengan melindungi orang mukmin yang tidak berdosa dari umpatan serta fitnah orang munafik. Dengan membantu orang mukmin dari segala hal jahat sebegini ia akan meudahkan urusan kita sewaktu melalui titian sirat di akhirat nanti. Ia bertepatan dengan hadis nadis nabi ini:\n\nNabi SAW bersabda: \u201cBarangsiapa yang melindungi seorang mukmin daripada umpatan orang yang nampak munafik, maka Allah akan mengutus kepadanya seorang malaikat yang akan melindungi dagingnya daripada api neraka Jahannam pada hari kiamat. Barangsiapa menuduh seorang muslim dengan\u00a0 tujuan ingin mencemarkannya, maka Allah akan menahannya di atas sirat Jahannam sehingga dia dibersihkan dari dosa yang telah dia katakan.\u201d \u2013 [HR Abu Daud].\n\nBerusahalah Untuk Selamatkan Diri Sendiri Dari Api Neraka\n\nUntuk selamatkan diri sendiri dari disentuh oleh api neraka ini, banyakkan amal dan jangan sesekali melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah SWT. Ini bukan sekadar nasihat pada orang lain malah pada diri si penulis juga. Api neraka yang sangat panas itu sesungguhnya amatlah dasyat sekali.\n\nNeraka adalah tempat bagi mereka yang ingkar dan tidak patuh pada suruhan Allah SWT maka janganlah kita alpa dan sentiasalah berusaha untuk menyelamatkan diri. Kena selalu ingat yang kehidupan di dunia ini hanyalah sementara cuma."
"Mabuk ketika awal kehamilan adalah perkara yang normal bagi individu yang hamil. Hanya segelintir individu hamil sahaja yang tiada rasa mabuk-mabuk atau banyak kerenah ketika hamil. Jika tidak ada rasa mabuk ketika hamil, maka beruntunglah individu tersebut.\n\nBagi individu yang merasai mabuk ketika hamil, tahu lah betapa peritnya mahu menahan rasa itu. Sesetengah individu mabuk ketika hamil sangat kuat sehinggakan tidak boleh membuat apa-apa kerja. Tetapi berlainan pula bagi mabuk yang tidak kuat, mereka masih boleh membuat kerja dan menahannya.\n\nBagaimanakah cara untuk atasi mabuk ketika awal kehamilan bagi si ibu yang baru kali pertama merasainya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 cara-cara atasi mabuk ketika awal kehamilan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nCara-cara atasi mabuk ketika awal kehamilan\n\n1) Minum air kosong yang mencukupi\n\n3) Hidu bauan yang segar seperti lemon\n\n*Berikut adalah tips cara-cara untuk atasi mabuk ketika awal kehamilan. Tips ini sesuai bagi wanita yang baru kali pertama mearasi mabuk ketika hamil. Jika mabuk anda begitu teruk sehingga hilang selera makan dan tidak boleh lakukan apa-apa aktiviti, pergilah berjumpa doktor pakar yang berdekatan. Jangan ambil ubat sebarangan tanpa keizinan doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mendidik anak tentang adab-adab di rumah, di sekolah, di tempat awam, adab dengan orang tua dan lain-lain amat penting untuk menjadikan anak kita seorang insan yang bertingkah laku baik. Di rumah, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menjadi seorang yang beradab dan bertingkah laku baik apabila di luar. Sekolah pula, cikgu-cikgu boleh mengajar anak murid tentang adab di sekolah dan adab menuntut ilmu. \n\nAnak-anak yang masih kecil ini, kita boleh mengajar mereka banyak perkara. Tetapi, jika kita terlalu lembut dan manja kan mereka sehingga jika mereka buat salah, kita hiraukan. Itu menjadi satu masalah. Mungkin kita rasa benda salah itu biasa kerana mereka masih kecil dan tidak matang tetapi ia akan memberi kesan kepada hidup mereka.\n\nApakah didikkan yang boleh merosakkan adab anak kita ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 didikkan yang boleh merosakkan adab anak kita. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n10 didikkan yang boleh merosakkan anak kita\n\n1. Kita terlampau banyak memuji hingga membuatkan anak tak boleh dikritik sama sekali.\n\n2. Kita terlampau banyak mengikut kemahuan anak hingga anak merasakan dirinya bos dan tuan.\n\n3. Kita terlampau berikan anak hiburan hingga hati anak menjadi keras dan susah nak rasa seronok dengan Al Quran.\n\n4. Kita terlampau suka menjadikan dunia sebagai matlamat utama anak hingga anak mengejar dunia sampai bila-bila.\n\n5. Kita terlampau sibuk sampai mencuaikan anak hingga anak rasa dia tak diperlukan.\n\n6. Kita terlampau tegas dan memaksa hingga anak merasa ingin memberontak dan melawan.\n\n7. Kita terlampau suka pilih kasih antara anak kita hingga anak merasa iri sesama adik beradiknya.\n\n8. Kita terlampau mudah kalah dengan pujukan hingga anak merasa kita adalah ibubapa yang mudah dimanipulasi dan tidak ada pendirian.\n\n9. Kita terlampau \u2018perfectionist\u2019 dan nak segalanya sempurna sehingga anak selalu merasa tertekan dan tak berguna buat ibubapanya.\n\n10. Kita terlampau emosi dan pemarah hingga anak merasakan dirinya adalah tempat kita melampiskan perasaan\n\n*Berikut adalah 10 didikkan yang boleh merosakkan adab anak kita. Memanjakan anak bukan satu perkara yang tidak baik, ia bagus untuk menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Tetapi, tegurlah mereka jika mereka membuat salah dan jangan terlalu keras dengan mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Selamat pagi, apa cerita sarapan pagi ini? Bagaimana kalau kita menjala pula hari ini? Eit ini bukan menjala ikan ya. Pagi ini kami ingin mengajak anda membuat roti jala biasa dan roti jala coklat yang sedap dan manis terasa coklatnya.\n\nHidangan ini dinamakan roti jala kerana bentuknya yang menyerupai jala untuk tangkap ikan.\u00a0Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.\n\nRoti jala biasanya dimakan dengan kuah.\u00a0Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (terkenal di negeri-negeri pantai timur) dan kuah gulai, terutama\u00a0gulai ayam\u00a0(terkenal di pantai barat). Roti jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa.\n\nRoti jala pula dapat dijumpai di gerai-gerai yang menjual kuih untuk sarapan mahupun pasar malam. Jika anda teringin membuat sendiri di rumah, anda boleh merujuk kepada resepi daripada\u00a0Raja Amanina\u200e\u00a0di laman Facebook yang telah kami tuliskan di bawah ini. Lengkap dengan resepi roti jala coklat. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi roti jala, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Hokkaido cheese tart ini sangat popular di seluruh Asia. Cheese tart ini berasal dari Sapporro Jepun. Hokkaido cheese tart juga semakin dikenali di Malaysia. Bagi penggemar makanan manis pasti tak akan lupa untuk singgah membeli cheese tart ini. \n\nKombinasi kerak tart yang rangup dan lembut serta filling yang dipenuhi dengan rasa keju lemak cukup dilihat sempurna. Memang patut Hokkaido cheese tart ini mempunyai peminatnya tersendiri. \n\nHokkaido cheese tart ini juga boleh dimakan ketika ia panas atau sejuk. Mana-mana pun boleh, masih mengekalkan rasa yang sama. Mempunyai kombinasi rasa yang sangat sesuai dan seimbang rasa manis dan masin. \n\nKalau selalu beli boleh kering juga poket, jom lah kami bantu anda buat Hokkaido cheese tart ini yang mempunyai rasa lebih kurang dengan resepi original yang dikongsikan oleh Danita Daniels.\n\n1/2 tsp susu segar Ducth Lady atau any brands *** kena adjust tambah atau kurang )***\n\n******** SEDAP DIMAKAN SEMASA SUAM ATAU PANAS\n\nSebenarnya banyak lagi resepi menarik yang kami dah sediakan untuk anda jadikan sebagai tempat rujukan. Terima kasih kerana menjadikan laman web kami sebagai carian resepi and dan please share dan like!"
"Sizzling termasuk hidangan panas yang memang sesuai dijadikan hidangan petang-petang mahupun makan malam. Makanan ini menarik dan menaikkan nafsu makan. Anda yang menggemari sizzling mesti selalu beli makanan ini di kedai makan.\n\nNamun, kenapa perlu beli lagi jika anda sebenarnya boleh menyediakan sendiri hidangan bertaraf restoran ini di rumah? Anda boleh makan bila masa anda mahu. Sebetulnya resepi sizzling tidak sesukar yang\u00a0 anda bayangkan. Resepi dan bahan-bahannya juga sangat mudah didapat.\n\nTak susah pun nak buatnya jika anda jumpa resepi yang betul. Seperti resepi yang mendapat perkongsian ramai yang kami tulis dibawah ini. Resepi sizzling yee mee yang dikongsikan oleh Yati Mohd di Facebook.\n\nAnda tak perlu risau jika tak ada hot plate untuk sizzling. Anda boleh guna kuali kecil saja. Tampilan beza namun rasa konfirm sama dengan restoran. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.\n\n1. Tumis bawang putih dan halia hingga layu dan masukkan cili kering. Masak hingga naik bau dan bubuhkan cendawan. gaul sebati.\n2. Kemudian masukkan 1 cawan air.\n3. Biarkan cendawan menjadi lembut dan masukkan ayam. Gaul sebati. Kacau dalam 5 min.\n4. Masukkan air. Agak-agak saja. Perasakan dengan kicap pekat, sos tiram, kiub ayam knor, sedikit gula, ajinomoto, serbuk lada hitam dan lada putih. Biar hingga menggelegak dan kecikkan api.\n5. Tutup kuali dan masakkan hingga cendawan dan ayam agak lembut. Masukkan air tepung jagung hingga kuah agak pekat. Sesuai rasa dan selera, boleh tutup api.\n\n6. Untuk menghidangkannya guna kuali kecil. Masukkan kuah, pecahkan telur dan masukkan yee mee sesanggul.\n\n7. Lepas itu alihkan kedalam pinggan dan taruh sayur sawi dan sedikit lagi kuah. Siap untuk dihidang bersama dengan cili api hiris. Selamat mencuba.\n\nYee mee kalau mahu celur dengan air panas sekejap pun boleh juga. Saya tak celur sebab kuah boleh melembutkan yee mee.\n\nSelain resepi sizzling yee mee, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Daun sirih atau nama saintifiknya Piper betle L. berasal dari keluarga Piperaceae. Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan juga masyarakat India.\n\nIa merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki.Jom kenali dan belajar khasiat daun sirih.Jom ketahui khasiat daun sirih.\n\nSirih membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah.\u00a0Daun sirih ini memiliki pelbagai kandungan penting seperti pelembab semulajadi, mineral, vitamin, antioksidan serta antiseptik.\n\nSirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman kepahlawanan Melayu. Sehelai sirih bertemu urat yang dimakan bersama pinang, kapur dan gambir dikatakan dapat menaikkan semangat pahlawan yang bakal berjuang. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat Melayu.\n\nDalam perubatan tradisional, sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus. Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua Melayu dan India.\n\nSehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan di atas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.\n\nJom ketahui apakah khasiat daun sirih.\n\nDaun sirih membantu menghilangkan nafas berbau. Untuk masalah nafas berbau, ada dua cara untuk anda lakukan. Cara pertama ialah dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan.\n\nCara kedua ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis. Gunakan untuk berkumur dua kali sehari, pagi dan malam.\n\n2. Merawat kulit dan masalah jerawat\n\nBagi anda\u00a0 yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, daun sirih mampu menyelesaikan masalah anda. Salah satu kebaikan yang terdapat di dalam daun ini adalah kavikol. Kavikol mampu membunuh bakteria yang bersarang pada kulit wajah.\n\nUntuk menghilangkan jerawat, anda boleh jadikan daun sirih sebagai masker. Caranya, sediakan 3 helai sirih. Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk dan masukkan 3 helai daun sirih tersebut.\n\nMasak sehingga mendidih. Tunggu sehingga air rebusan sirih suam. Basuh muka anda dan ratakan daun sirih tersebut di seluruh muka terutamanya kawasan berjerawat. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas wajah anda mengunakan air suam.\n\nSelain dijadikan masker, daun sirih juga boleh direbus dan diminum. Caranya, sediakan 2 \u2013 3 helai daun sirih, panaskan air dan masukkan daun sirih tersebut. Setelah air mendidih, ambil daun sirih tadi dan kisar sehingga halus. Selepas itu, tapiskan ampas daun sirih itu. Jika anda tidak gemar dengan rasa pahit air daun sirih, letakkan 1 sudu madu untuk mengurangkan rasa pahit.\n\nBagi mendapatkan hasil yang cepat, amalkan masker & minum air rebusan setiap hari.\n\n3.\u00a0Mengubati keputihan dan kegatalan pada bahagian sulit wanita\n\nKeputihan adalah normal bagi wanita, namun jika keputihan yang menimbulkan rasa tidak selesa dan gatal, masalah ini harus di atasi kerana ini boleh mengakibatkan jangkitan di bahagian Miss V anda. Dengan kandungan minyak atsiri, anti septik semulajadi serta anti mikrob yang dapat membasmi kuman dan bakteria penyebab keputihan, daun sirih membantu mengubati keputihan.\n\nCaranya, sediakan 5 \u2013 10 helai duan sirih. Rebus daun sirih tersebut dengan air sebanyak 500 ml sehingga mendidih. Kemudian biarkan air rebusan daun sirih tersebut hingga suhu bilik dan tapis hampas daun sirih. Gunakan air rebusan tersebut untuk membasuh kemaluan anda.\u00a0 Lakukan 2 kali sehari sehingga keputihan dan kegatalan hilang.\n\nUntuk gusi bengkak pula, ambil 5-6 helai daun sirih lalu direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih. Setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.\n\nUntuk menghilangkan bau badan, ambil 2 hingga 3 helai daun sirih. Rebus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih. Keluarkan daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.\n\n6. Melancarkan haid & meredakan senggugut\n\nBagi wanita yang sering mengalami masalah kitaran haid atau senggugut, anda boleh mencuba minum air rebusan daun sirih. Caranya, sediakan 3 \u2013 5 helai daun sirih. Rebus daun sirih tersebut sehingga mendidih. Tunggu air rebusan tersebut sejuk dan menjadi suhu bilik.\u00a0 Tapis dan minum semasa datang haid.\n\nPenyakit asma merupakan penyakit keturunan. Penyakit ini berbahaya yang boleh dibawa walaupun ia bukan jenis penyakit yang kronik seperti diabetis dan jantung.\n\nPenyakit ini akan mengakibatkan rutin harian terganggu kerana apabila terjadinya asma anda akan mengalami sesak nafas, sukar untuk anda melakukan aktiviti yang berat dalam jangka masa yang panjang serta anda akan berasa nafas anda pendek dan sukar untuk bernafas seperti biasa.\n\nBagi anda yang mempunyai penyakit asma, rebusan daun sirih dapat menbantu anda mengatasi gejala -gejala disebabkan asma. Caranya, sediakan 4 \u2013 5 helai daun sirih. Rebus daun sirih tersebut dengan 2 gelas air hingga mendidih. Pastikan anda minum rebusan tersebut secara rutin iaitu minum 2 \u2013 3 kali sehari, tidak kira anda mengalami asma atau pun tidak.\n\nSalah satu khasiat dari daun sirih ialah untuk menyembuhkan batuk. Caranya, rebus 5 helai daun sirih dengan 300 ml air. Minum 2 kali sehari, pagi dan malam semasa anda batuk.\n\nDaun sirih juga boleh dijadikan sebagai penawar sakit jantung. Caranya,\u00a0 tumbuk 3 helai daun sirih bersama 1 sudu makan jintan putih & 3 ulas bawang merah. Tuang secawan air panas. Biarkan sehingga suam dan tapis. Minum 2 kali sehari.\n\nItulah dia 9 khasiat daun sirih yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda sukakan artikel ini? Anda juga pasti akan sukakan info yang kami kongsikan tentang khasiat minyak ikan, khasiat pegaga, dan khasiat petai."
"Pernah tak anda berasa jiwa kosong? Hidup seolah-olah tiada lagi makna. Anda juga keliru dengan hala tuju hidup. Anda rasa nak lari jauh-jauh. Tak nak jumpa sesiapa. Semua orang seakan-akan tak memahami anda. Anda dah bosan dan putus asa.\n\nAda ketikanya anda tak boleh menerima kritikan dan gurauan melampau. Anda menjadi panas baran dan suka marah tanpa sebab. Wajah dah tak ceria seperti sebelumnya. Anda juga bertukar menjadi pendiam dan kurang bersosial.\n\nSebagai manusia, kita tak pernah sunyi dari masalah emosi dan jiwa. Setiap orang ada masalah yang tersendiri. Ada yang mempunyai masalah keluarga yang berpecah-belah, penceraian, kewangan, pekerjaan dan sebagainya.\n\nJusteru sebagai manusia yang dikurniakan akal, kita mestilah bijak mengawal emosi. Jika gagal, anda akan mengalami masalah jiwa kacau yang menyebabkan tekanan. Dari perasaan marah, anda akan mula mencampakkan barang. Akhirnya, tanpa berfikir panjang anda akan mudah naik tangan.\n\nMasalah jiwa kacau perlu ditangani dengan segera. Jika dibiarkan ia bukan saja mengganggu hubungan dengan orang lain tetapi kerohanian kita juga akan terjejas. Dikhuatiri jika anda berterusan bersikap sebegitu, anda akan mengambil jalan singkat untuk mencederakan diri.\n\nYang paling menakutkan anda bukan saja tak berfikir panjang untuk mengambil nyawa sendiri tapi juga orang lain. Justeru, dalam artikel ni penulis akan berkongsi 9 punca berlakunya masalah jiwa yang menyebabkan tekanan.\n\nKorea merupakan negara yang tertinggi di dunia dalam kes bunuh diri akibat daripada depresi. Kenapa mereka sanggup tamatkan nyawa sendiri? Masalah depresi tak boleh dianggap ringan dan penghidapnya perlu mendapatkan rawatan sebelum melarat.\n\nDepresi merupakan sebahagian daripada masalah mental. Namun, bukan bermakna semua penghidapnya gila. Masalah kebimbangan melampau, kemurungan dan ketegangan jiwa bukan istilah gila.\n\nPenderaan sewaktu kecil, dibuli di sekolah, kecacatan anggota badan dan lemah dalam pelajaran antara sebab wujudnya masalah depresi. Lazimnya, mereka kurang bersosial, menyimpan perasaan dan lebih suka menyendiri.\n\nSebagai manusia biasa, adalah sesuatu yang normal apabila kita bersikap cemburu. Kata orang cemburu tandanya sayang. Kita tak mahu kehilangan insan yang disayangi membuatkan hati menjadi cemburu. Namun, sikap cemburu berbeza dengan dengki.\n\nJika ada rakan yang lebih cantik, kaya dan pandai, kita mula tak senang duduk. Dari cakap-cakap belakang, kita mulalah menabur fitnah. Siang malam hanya cari idea untuk menjatuhkan orang tersebut. Macam mana hati nak tenang bila hati penuh dengan hasad?\n\n#3 Rezeki yang tak Diredhai Allah\n\nRezeki yang kita cari dan belanjakan perlulah dari sumber yang halal. Mengambil harta anak yatim, makan rasuah dan riba merupakan dosa besar. Wang yang tak berkat tak akan kekal lama di tangan.\n\nWalaupun banyak duit, hati tak akan tenang. Kita akan berasa sentiasa tak cukup dan masalah mula menimpa bertalu-talu. Akhirnya, jiwa akan menjadi kacau dan keliru. Kekayaan dengan cara begini tak akan buat manusia puas dan bahagia.\n\nApabila kita berasa rendah diri yang keterlaluan, keyakinan dalam diri juga akan tergugat. Apabila anda seorang pekerja, jika ditegur majikan kerana tak puas hati dengan mutu kerja, anda mula tertekan.\n\nJika kurang cemerlang dalam pelajaran walaupun dah berusaha sehabis baik, kita akan mula membandingkan takdir dengan orang lain. Ada juga wanita yang lambat kahwin menyalahkan diri sendiri kerana mungkin berbadan besar, kurang cantik dan tak gebu.\n\nSemua faktor seperti ni boleh mendorong seseorang untuk hilang keyakinan diri. Mereka takut nak menonjolkan diri, takut diejek dan dipinggirkan. Lama-kelamaan, jiwa mereka akan terus kosong dan menyimpan beban yang berat.\n\nApabila melakukan sesuatu pekerjaan, kita mestilah buat yang terbaik. Namun, ada segelintir orang yang ada masalah personaliti Obsesif Kompulsif atau Obsessive Compulsive Personality Disorder (OCPD).\n\nMereka amat mementingkan ketelitian, kesempurnaan dan akan mengawal persekitaran serta orang lain mengikut kemahuan mereka. Apabila gagal mencapai piawaian yang diingini, mereka akan menjadi pemberontak, murung dan jiwa kacau.\n\nApabila kita banyak berfikir sesuatu yang belum berlaku dan tak pasti pada masa akan datang, hati akan menjadi gusar. Ada orang yang terlalu risau memikirkan nasibnya pada masa akan datang misalnya tentang pekerjaan, jodoh, kewangan dan sebagainya.\n\nApabila keimanan mula goyah, kita akan berasa takut sepanjang masa. Takut akan dosa-dosa silam, takut menempuh kematian dan takut kehilangan harta. Apabila ada perkara buruk yang terjadi, mereka akan menyalahkan tuhan.\n\nDisebabkan kerisauan melampau, mereka mula berburuk sangka dengan Allah. Mereka takut menghadapi hari-hari esok. Bila hidup dalam keadaan seperti ni, kita akan berasa lemas dalam kegelapan. Seolah-olah tak ada sinar di hujung jalan.\n\nSeperti mana yang Islam tekankan dalam kehidupan seharian, sifat sabar adalah sebahagian daripada iman. Orang yang sabar membuat keputusan menggunakan akal dan bukannya hati. Mereka masih mampu tersenyum walau menghadapi pelbagai ujian.\n\nBerbeza dengan orang yang terburu-buru, mereka lebih suka melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Jika ada perselisihan faham misalnya, mereka tak akan duduk berbincang dengan baik-baik. Yang penting sakit hati dapat diluahkan.\n\nApabila kita tak ikut suruhan agama seperti solat 5 waktu misalnya, jiwa akan terasa kosong. Dengan solat hati akan menjadi tenang, bahagia dan memberi impak positif dalam kehidupan.\n\nOrang yang melanggar perintah Allah ni ialah orang yang tak takut pada Allah. Mereka berbangga dengan maksiat yang dilakukan. Solat dianggap beban yang mengganggu urusan harian.\n\nSebenarnya orang yang tak solat akan menghadapi banyak masalah, jiwa tak tenteram, cepat marah dan mudah terjerumus pada lembah hina. Jiwa yang kacau membuat mereka berasa ada ruang kosong dalam diri.\n\nApabila ada masalah, kita disarankan untuk mengalah dan meminta maaf walau bukan kesalahan kita. Namun, ada orang yang sangat ego mengakui kesalahan mereka dan sanggup berdendam. Kesumat yang tersimpan dalam diri tak akan membuat diri tenang.\n\nWalaupun kita marah dengan orang yang melukai hati kita, jadilah orang yang pemaaf. Tiada gunanya menyimpan dendam lama-lama kerana yang akan berterusan sakit ialah diri kita. Jika nak tenang, maafkan semua orang yang pernah buat salah pada kita.\n\nKesimpulannya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan jiwa kacau. Jika anda mempunyai salah satu ciri dalam senarai yang diberikan, cubalah berusaha untuk berubah. Jika masalah jiwa kacau ni berlaku di luar kawalan, dapatkan rawatan daripada pakar.\n\nHidup yang singkat ni perlu dinikmati dengan sebaik-baiknya. Janganlah berterusan hidup tertekan sehingga mengganggu kualiti kehidupan. Minta sokongan moral daripada ahli keluarga dan sahabat handai untuk mengatasi masalah anda.\n\nJemput juga baca artikel tentang punca stress dan tips kenali diri sendiri"
"Siapa disini suka makan seaweed? Perkongsian kali ini kami hadirkan resepi kudap-kudap seaweed kegemaran anda. Kita daftar nama dia panjang sedikit iaitu \u201cPopia Seaweed Kudap-Kudap 3 Bahan\u201d Buat sendiri lagi puas hati makan kerana 90% penuh seaweed sahaja.\n\nSeaweed atau bahasa melayu ialah rumput laut ialah mana-mana sahaja tumbuhan alga lautan. Rumput laut diolah menjadi kudapan yang crispy. Kudapan rumput laut amat terkenal di Asia. Selain sebagai makanan, rumput laut memiliki pelbagai manfaat untuk perubatan dan kosmetik.\n\nSiapa pernah tengok cerita Thailand tentang usahawan seaweed yang mencetuskan idea buat kerepek seaweed mesti tahu kudapan seaweed crispy. Dan kali ini Arini Yaacob pula mencetuskan idea kudapan popia seaweed sedap. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana penyediaan kerepek ini. sebenarnya simpel sahaja kerana kita guna dried seaweed. Jomlah, tanpa berlama-lama jemput baca resepi di bawah.\n\nResepi Popia Seaweed Kudap-Kudap 3 Bahan\n\nSelain popia seaweed 3 bahan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Bayangkan, ketika dalam cuaca panas membahang, anda menikmati segelas teh sejuk yang direndam dengan beberapa helai daun pudina. Pasti tekak rasa segar dan nyaman. Pudina atau mint kerap digunakan dalam masakan, produk kecantikan, barangan harian dan kesihatan.\n\nBaunya yang unik, rasanya yang memberikan sensasi sejuk dan berangin, membuatkan daun pudina digunakan dalam pelbagai produk komersial. Malahan, ubat gigi yang kita guna setiap hari juga kebanyakannya mempunyai ekstrak daun pudina.\n\nTahukah anda terdapat pelbagai jenis spesies pokok pudina? Antaranya ialah peppermint, horsemint, spearmint, water mint, pineapple mint, orange mint dan banyak lagi. Ia adalah sejenis herba yang berasal dari spesies laminacece dan tergolong dalam keluarga mentha.\n\nPeppermint merupakan spesies daun pudina yang paling popular. Lihat saja ubat gigi, ubat kumur, sabun badan, krim dan minyak sapu, gula-gula getah dan ubat batuk. Kebanyakan produk komersil menggunakan daun pudina jenis ini sebagai ramuan utama.\n\nAnda nak tahu 1001 khasiat daun pudina? Dalam artikel ni akan dikongsikan khasiat-khasiat daun pudina yang ramai orang tak tahu. Malahan, petua-petua mudah yang boleh dicuba juga akan diberikan.\n\nSebelum tu, jom baca kebaikannya pada kesihatan manusia.\n\n1.Kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan iaitu vitamin A, B2 dan C. Malah ia juga mengandungi mineral seperti besi, kalsium, kalium dan mangan.\n\n2.Mampu mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi.\n\n4.Mengurangkan masalah pedih ulu hati dan gastrik.\n\n5.Jika ada masalah penghadaman, ia boleh membantu merangsang penghadaman.\n\n6.Boleh digunakan jika ada luka kecil, digigit serangga dan gatal-gatal di badan kerana fungsinya sebagai antiseptik, antivirus dan antiparasit.\n\n7.Jika anda memakan daun pudina, ia boleh merangsang tubuh untuk mengeluarkan peluh.\n\n8.Jika selsema, kekejangan otot, sakit-sakit badan dan sakit kepala, jus daun pudina boleh disapukan pada kawasan tersebut untuk melegakan kesakitan.\n\n9.Boleh menghilangkan rasa loya dengan menyapu minyak yang diperbuat daripada daun pudina.\n\n11.Jika kurang selera makan, makan beberapa helai daun pudina bersama-sama dengan ulaman. Boleh juga dijadikan jus dengan dicampur dengan buah-buahan yang lain.\n\n12.Selepas bersenam, kadangkala kita mengalami masalah kekejangan otot, daun pudina mampu melegakan kesakitan akibat kekejangan.\n\n13.Ia juga memudahkan penghadaman lemak dan perjalanan makanan ke dalam saluran usus.\n\n14.Ekstrak daunnya bagus untuk kanak-kanak yang kurang tumpuan dalam pelajaran.\n\n15.Jika kembung perut, teh herba pudina mampu mengurangkan kesakitan.\n\n16.Kajian mendapati pudina mampu bertindak sebagai antikanser dan dapat menghalang ketumbuhan.\n\n17.Masalah berkaitan pernafasan seperti selsema, hidung berair, sakit kerongkong, nafas berbau dan jangkitan paru-paru, daun pudina boleh dijadikan ubat mujarab.\n\n18.Dijadikan bahan utama dalam minyak urut dan minyak untuk melegakan pernafasan yang disapukan pada dada dan belakang badan.\n\n19.Melegakan masalah wanita seperti sakit senggugut, kekejangan di bahagian peranakan dan melancarkan kitaran haid.\n\n20.Bagus untuk orang yang mempunyai masalah kaki berbau apabila memakai kasut tertutup.\n\n21.Kahak degil yang susah nak keluar, boleh disembuhkan dengan meminum secawan air masak yang dicampur ekstrak pudina.\n\nBegitu banyak khasiat daun pudina kepada kita lebih-lebih dari aspek kesihatan. Sejak dahulu lagi, daun pudina dikaji oleh pakar kerana kebaikannya kepada manusia. Oleh itu, tak hairanlah kerajaan menggalakkan penanaman pokok pudina.\n\nDi bawah ni dikongsikan beberapa petua yang boleh dicuba menggunakan daun pudina. Jika simptom masih berterusan, anda perlulah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.\n\nJika digigit serangga, mengalami gatal-gatal akibat panau dan kurap, terbakar ringan dan sebagainya, bolehlah hancurkan sedikit daun pudina dan ditampalkan pada tempat tersebut.\n\nAmbil beberapa helai daun pudina dan sedikit daun ketumbar. Kisarkan kedua-duanya dengan secawan air suam. Campurkan air tersebut dengan setengah cawan jus lemon. Amalkan minum campuran air ni segelas setiap hari.\n\nDaun pudina boleh dijadikan ulam atau dimakan begitu saja. Selain menyegarkan pernafasan, ia dapat membunuh bakteria yang menyebabkan bau mulut dan melegakan kerongkong.\n\nTips lain yang boleh dicuba ialah campurkan 4 sudu besar daun pudina yang dikisar dengan secawan air yang telah dimasak (dibiarkan suam). Kemudian, sejukkan air tersebut. Bila hendak basuh mulut, gunakan air tersebut. Lebih baik berbanding pembersih mulut di pasaran.\n\nKisar 2 cawan daun pudina dan dicampurkan dengan air di dalam baldi. Setelah memakai sabun, bilas menggunakan campuran air pudina tadi. Badan bukan saja terasa segar, malahan wangi. Fungsi antibakteria di dalamnya mampu menghilangkan masalah kulit seperti gatal-gatal.\n\nHilangkan sakit tekak dan kurangkan kahak\n\nCampurkan beberapa helai daun pudina dalam secawan teh panas. Tak perlu tambah gula. Minum selepas teh menjadi suam.\n\nAmbil beberapa helai daun pudina dan dikisarkan dengan secawan air suam. Tambahkan sedikit madu asli. Amalkan setiap hari sehingga sakit berkurangan.\n\nJika anda menghadapi masalah jerawat, ruam dan panau, boleh cuba petua ni. Ambil secawan daun pudina dan dikisar dengan sedikit air saja untuk mendapatkan pes yang pekat. Sapukan sebagai masker di bahagian wajah yang bermasalah.\n\nJika berasa loya, anda pasti tak senang duduk kerana kepala terasa berpusing-pusing dan rasa nak muntah. Selain menggunakan minyak angin untuk mengurangkan rasa loya, anda boleh meramas beberapa helai daun pudina. Sedut baunya perlahan-lahan. Ia akan memberi kelegaan.\n\nJika anda seorang yang kuat berpeluh dan memakai kasut bertutup sehari suntuk, pasti akan ada bau yang kurang menyenangkan. Daun pudina boleh digunakan untuk mengatasi masalah ni.\n\nCaranya, ramas beberapa helai daun pudina dan letakkan ia di dalam kasut. Kebaikannya sebagai antibakteria dan antifungal akan mengurangkan masalah kaki berbau disebabkan oleh masalah peluh. Cuba petua ni dengan kerap.\n\nSetakat ni saja perkongsian tentang khasiat daun pudina. Anda boleh mencuba petua-petua yang diberikan ini. Jangan lupa kongsikan dengan kami hasilnya.\n\nTak susah nak cuba kerana daun pudina mudah didapati di pasar atau di pasar raya. Malah, anda juga boleh menanamnya sendiri untuk menjimatkan kos.\n\nJemput juga baca artikel tentang khasiat bunga cengkih dan khasiat daun parsley"
"Kerabu ikan bilis sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Makan berselera dengan kerabu ikan bilis yang pedas masam masin. Penyediaan kerabu ikan bilis amat mudah hanya memakan masa 5 minit sahaja.\n\nKerabu bilis menu wajib ada di atas meja, digandingkan dengan lauk goreng atau berkuah pun sesuai sangat. Jika anda ingin cuba buat kerabu bilis, sekaranglah masanya. Bahan-bahan pun senang didapat. Kami datangkan resepi kerabu bilis daripada Medina Suehaiyra yang berkongsi di laman Facebook.\n\nSelain kerabu bilis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Mana nak cari Koleh Lemak? Yela, nak jumpa orang jual kuih orang lama macam ni sekarang memang susah. Rata-rata yang jual di pasaran sekarang kuih moden dan citarasa baru. Kuih Tradisional ini sangat popular di kalangan warga pantai timur. \n\nJadi, kali ini kami kongsikan resepi kuih lama yang jarang dibuat orang sampaikan kalau dah teringin kenalah buat sendiri. Resepi yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar\u200e mudah dan senang difahami ini mendapat perhatian pengguna laman muka buku aka Facebook. Bahan-bahannya pun sangat mudah dan ringkas. \n\n1. Tepung beras dibancuh dengan air dan dikacau sehingga sebati.2. panaskan, kacau hingga kering dan kental baru di angkat dan dituang dalam talam kecil. 3. Ratakan setebal 1 1/2 inci dan sejukkan.\n\n1. 2/3 daripada kelapa tadi diperah dan diambil santannya.2. Masukkan gula, bawang, halia dan halba.3. Masak sampai mendidih dan angkat.4. Untuk memekatkan kuahnya, 2 sudu tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air dan dituangkan ke dalam kuah tadi.\n\n1. 1/3 daripada kelapa tadi digoreng dengan api yang sederhana, bila garing, angkat dan tumbuk 1 hiris serai, 3 ulas bawang merah, 3 hiris halia dan tumbuk sampai lumat.2. Masukkan 1 ekor ikan kembung yang dibakar dan digaul dengan sambal tersebut.\n\nDah siap. Bolehlah makan bersama seisi keluarga. Silakan share resepi ini jika ianya menepati apa yang anda cari. Selain dari resepi Koleh Lemak ini, anda juga boleh mencuba resepi menarik yang lain. Selamat mencuba."
"Mencari hidangan ala itali sebenar, kaya akan cheese, berkrim dan berasaskan meatball? Resepi meatball carbonara cheese ialah hidangan tepat yang anda cari.\n\nSesuai di makan pada waktu tengahari ataupun untuk makan malam.\n\nMeatball carbonara cheese penuh krim sedia dihidangkan petang ini. Resepi menarik yang membangkitkan selera ini didatangkan daripada Tengku RosElyza Raja Muhammad dilaman Facebook.\n\nIni ialah antara resepi yang patut cuba. Meatball yang digoreng terlebih dahulu kemudian dibakar dengan carbonara sos dan cheese ke atasnya. Rasa cheese yang meleleh menyatu dengan sos carbonara menambah kesedapan di setiap meatball yang cair dalam mulut.\n\nDengan penyediaan yang mudah, tidak hairan jika resepi ini mendapat perkongsian ramai di Facebook. Sekarang masanya anda cubakan resepi ini pula.\n\nSelain resepi meatball carbonara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.\n\nKedatangan anda ke laman ini membuatkan hati ini berbunga-bunga untuk terus berkongsi."
"Tiada yang jagakan si kecil apabila hendak pergi memasak? Mengemas rumah? Bertukang? Bagi para ibu bapa yang sudah biasa, mereka hamparkan je pelbagai jenis objek di hadapan si kecil. Sudah tentu mereka akan tertarik, tidak jadi hendak menangis apabila ditinggalkan sebentar.\n\nMacam syurga mainan, terpancar kegembiraan pada riak wajah si kecil. Memang tidak salah cara ini, membiarkan mereka leka bermain-main dengan objek yang bermacam bentuk, rupa dan saiz, akan tetapi pemantauan dari si ibu atau si bapa adalah perlu dari semasa ke semasa.\n\nIni kerana, khuatir nanti tiba-tiba ada objek di dalam hidung anak, samada mainan ataupun mana-mana objek yang mereka jumpa tanpa kita sedar. Di sini, kami ingin kongsikan artikel seorang pakar ENT, Dr. Ezairy M.Sallih mengenai bahayanya objek jika termasuk ke dalam hidung si kecil.\n\nBagaimana Objek Termasuk Ke Dalam Hidung Mengundang Bahaya?\n\nSuatu hari nanti anda mungkin akan berhadapan dengan situasi seperti ini. Saya kongsikan mengapa keadaan ini perlu diberi perhatian.\n\nLihat 5 perkara di bawah. Jangan dibuat main.\n\n1. Jangkitan pada kawasan rongga hidung boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kawasan sekitar seperti rongga sinus.\n\n2. Pembengkakan dan masalah pada struktur mata juga boleh berlaku jika jangkitan lewat dirawat.\n\n3. Untuk kes yang lebih teruk, jangkitan ke bahagian otak juga boleh berlaku. Kawasan hidung termasuk di dalam kawasan \u2018dangerous area of the face\u2019 di mana jangkitan mudah merebak ke \u2018cavernous sinus\u2019 dan bahagian otak.\n\n4. Berisiko untuk tertelan atau tersedut ke rongga pernafasan. Yang ini bahaya!\n\n5. Sekiranya objek adalah bersifat menghakis seperti bateri, risiko jangkitan dan kerosakan lebih teruk pada hidung adalah lebih tinggi. Jangan biar lama di rumah.\n\nSemua perkara di atas boleh berlaku kepada anak-anak kita.\n\n*Si kecil hanya tahu bermain, tidak tahu apa-apa. Jadi, jangan lupa share infonya ya untuk perhatian si ibu dan si bapa di luar sana!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Resepi minum petang yang pernah viral. Sekali saja cuba gerenti anda akan ketagih dibuatnya.\n\nNama menu ini ialah Thai milk, minuman yang popular dalam kalangan artis-artis. Diperbuat dengan susu cair, susu pekat, jelly dan biji selasih. Sedap sebab bau wangi dari jelly raspberry dan lemak-lemak susu cair.\n\nLayaknya minuman viral, jika beli satu bungkus boleh tahan juga harga dia walaupun tidak mahal sangat.\n\nTapi kalau ingin buat sendiri lagi berbaloi. Thai milk versi Eda Harun\u200e\u200e ini padu dan terasa lemak-lemak manisnya. Tidak hairanlah resepi Thai milk ini mendapat perkongsian amat ramai.\n\nSelain resepi Thai milk, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"In terms of Bitdefender VPN, the service is absolutely not required to hand over information regarding any type. In addition , the completely free service would not permit you to gain access to global machines. Due to the fact you\u2019ve currently obtained the particular corporation\u2019s equipments while purchasing the complete Security package deal, Bitdefender would not feel the need to read your data. Final, you\u2019ll need to power up the item. Just about every product presents top safety to units running upon various networks. Add minimal system affect, affordable costs, and amazing support, and you will get a must-have object. \n\n The Information feature assists detect the particular computers settings you\u2019ve got in position and what type of activity to you are doing to be able to correct the level and kind regarding protection you obtain. The function is also very useful if you should connect with a portable hotspot. Bitdefender\u2019s feature provides the capacity for making files departed for good at the time you really want them gone. Obviously, the feature can be utilised to get in touch to any various other site also. An fascinating feature is that you are able to run a technique scan for cost-free during mount, though various files continue being downloaded from the official web page. All the required features can be found on the house screen. One other interesting good quality of Pass word Manager module is the approach it can import present databases. The Battle Over Bitdefender 2019 Review and How to Win It The at no cost edition simply offers you 200MB of information per device every single day, which makes it worthless for everything beyond e-mail and very lighting browsing. Furthermore, the conventional format offers more essential features than the majority of the rivals. The particular BitDefender no cost edition will probably be ideal for an individual who wants to mount the software without having to look at it typically. Before you can begin making use of Bitdefender Antivirus Free Edition, you would like to establish a Bitdefender Central accounts. The Bitdefender Antivirus free edition is a little different from almost all of the other selections. It is among the finest performers inside the free-antivirus room in terms of learning resource consumption. Bitdefender Free Malware Edition 2018 is among the most well-known free antivirus security software programs, and that\u2019s because it might be so light-weight on computer resources. \n\n The high grade version delivers you a number of server places to pick from. The modern version of BitDefender is normally impressive. The for no extra money version of the VPN won\u2019t permit you to pick where you are. The Most Popular Bitdefender 2019 Review \n\n You require software program to fasten your user end. The software was obviously a bit slow to load sometimes. As a result, it can flag any potential hazards even ones seen in plans and free games. Moreover, it really is designed with users explanation in your mind. It defends your surfing around. Even when you need good anti virus software, that still could possibly be inadequate specifically in case you are employing a general public Wi-Fi system. Features A very good antivirus program will be capable to easily understand most regarded malware on the internet, however , in cases where something truly does get past from the time safeguard layers, you will need to have an exceptional antivirus using outstanding data file detection prices. \n\n Bitdefender Total Security measure 2019 is intended to protect you against the most innovative web threats on Earth. It uses typically the Photon technology to enhance the velocity and performance of the anti-virus scanning procedure. It is the quintessential protection package that provides the ideal protection in addition to system search engine optimization as well as unit anti-theft in addition to file encryption features. Online Protection safeguards your searching activities."
"Demam kuning atau jaundis sememangnya meresahkan hati ibu yang baru melahirkan. Tak sanggup rasanya tengok anak menangis tiap kali kena ambil darah. Jom kami kongsikan 18 petua hilangkan kuning bayi dengan cepat yang terbukti berkesan.\n\n1. Kenal pasti bahawa bayi anda ada jaundis secepat mungkin\n\nSelepas bayi dilahirkan, dalam tempoh 3 hari pertama, \u00a0pastikan anda sentiasa memeriksa bayi anda untuk memastikan bebas jaundis. Anda boleh melalukan pemeriksaan dengan melihat warna kulit dan mata bayi. Jika bayi terkena jaundis. mata & kulit akan berubah menjadi kuning. Jika anda was-was, segera pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.\n\nApabila membeli peralatan bayi, elakkan membeli baju, sarung tangan & kaki, selimut, sarung bantal, dan cadar yang berwarna kuning.\n\nIbu juga perlu mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna kuning pada 3 hari pertama bayi dilahirkan. Ini adalah salah satu petua yang kami kutip dari seorang bidan yang mempunyai pengalaman menjaga ibu berpantang selama berpuluh-puluh tahun.\n\nBayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula.\n\nIni juga adalah petua paling senang untuk menurunkan jaundis atau demam kuning yang kami dapat dari bidan tersebut. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan dalam peti ais. Caranya, titiskan sedikit susu kambing ke dalam mulut bayi.\n\nSeeloknya ibu juga minum susu kambing kerana khasiatnya akan sampai kepada bayi apabila menyusu. Kenapa susu kambing? Susu kambing adalah susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu, malah Rasulullah saw juga minum susu kambing semasa baginda bayi.\n\n5. Mandikan bayi dengan air daun inai\n\nCari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersbut setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis.\n\nPetua hilangkan demam kuning yang seterusnya ialah dengan memberikan bayi air perahan anggur hitam. Titiskan ke mulut bayi. Insya Allah ianya membantu.\n\nIbu perlu banyak minum pati kurma. Pati kurma banyak dijual di kedai arab. Caranya, ambil 2 sudu setiap pagi atau jadikan jus untuk diminum pagi & malam sepanjang anak anda terkena demam kuning.\n\n8. Elakkan makan jamu & herba\n\nApabila anak terkena jaundis, para ibu dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang jamu & herba seperti lada hitam, kunyit, dan halia kerana bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan jaundis lambat pulih.\n\n9. Asam jawa & daun kucai\n\nAmbil segenggam asam jawa, ramas & tapis. Ambil secekak daun kucai, kisar hingga halus & tapis. Campurkan kedua bahan & tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal. Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.\n\nKupas kulit, kisar sehingga lumat. Tapis berulang-kali sehingga tiada sisa-sisa sengkuang. Titiskan ke dalam mulut bayi. Sengkuang cina dipercayai membantu menyejukan badan bayi & mengurangkan kuning. Ingat, hanya titiskan ke mulut bayi,\u00a0bukannya bagi minum sehingga kenyang. Ulang setiap hari sehingga bayi bebas dari jaundis.\n\n11.\u00a0Jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi\n\nAwal pagi, lebih kurang pukul 7 pagi, letak bayi anda berdekatan pintu atau tingkap supaya terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar. Jemur sekejap sahaja, lebih kurang 10 minit. Ingat ye, jemur pada awal pagi bukannya sewaktu matahari tengah panas terik.\n\n12. Mandikan bayi dengan air bunga\n\nSatu lagi petua yang boleh anda cuba ialah mandikan bayi dengan air bunga. Petik bunga-bungaan yang tidak bergetah seperti bunga ros.\n\n13. Mandikan bayi dengan air ginseng\n\nAnda juga boleh berikhtiar dengan memandikan bayi dengan air ginseng. Di mana nak dapatkan ginseng? Ianya boleh dibeli di kedai ubat tradisional cina.\n\n14. Mandikan bayi dengan air rebusan pokok dukung anak\n\nAmbil secekak pokok daun anak, rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga suam & mandikan bayi anda. Insya Allah kuning akan berkurangan.\n\n15.\u00a0Mandikan bayi dengan air rebusan peria hantu\n\nPeria hantu juga boleh membantu menurunkan bacaan bilubirin anak yang jaundis. Caranya, rebus peria\u00a0hantu sehingga mendidih. Apabila suam, mandikan bayi anda.\n\n16. Mandikan bayi dengan air teh\n\nPetua ini adalah yang paling mudah. Apabila mandikan bayi, masukkan sedikit air teh.\n\nRawatan fototerapi biasanya dimulakan apabila paras bilirubin mencecah tahap tinggi. Namun rawatan ini kebiasannya bergantung kepada umur bayi dan sama ada bayi cukup bulan ataupun pramatang.\n\nUntuk rawatan ini, bayi akan diletakkan di bawah lampu yang mempunyai jarak gelombang cahaya yang tertentu sama ada putih, biru muda, atau biru pekat, bergantung kepada keadaan bayi dan punca kuning terjadi.\n\nKebiasaannya, ia dilakukan di hospital dan bayi akan diletakkan di bawah lampu hampir sepanjang masa. Mata bayi akan ditutup bagi mengelakkan terkena sinaran lampu yang dekat. Kedudukan bayi pula akan diubah daripada masa ke semasa bagi memastikan kesemua bahagian badannya terkena sinaran tersebut.\n\nRawatan ini dilakukan dalam situasi dimanaparas bilirubin terlalu tinggi dan tidak dapat diturunkan melalui rawatan fototerapi ataupun dalam keadaan klinikal tertentu.\n\nItulah dia 18 petua hilangkan kuning bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga perkongsian kami bermanfaat buat anda.\n\nJemput juga baca artikel menarik lain kami seperti petua hilangkan ruam susu, petua bengkak susu dan petua bercerai susu"
"Di negara Arab roti adalah makanan ruji mereka selain daripada nasi. Mereka mempunyai pelbagai jenis roti yang dihidangkan sebagai juadah semasa makan. Tetapi roti yang paling menjadi tumpuan adalah roti arab. Roti arab ini dibuat menggunakan tepung gandum dan dicicah bersama kuah sama seperti kita orang Malaysia yang makan roti cicah kari ayam atau daging.\n\nSudah semestinya juadah ini dapat menarik minat suami dan anak-anak di rumah. Resepi ini amat mudah untuk dibuat dan hasilnya juga pasti menarik dan sedap.\n\nResepi roti arab ini telah dikongsikan oleh Mak Uda Intan di laman Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian. Mari kita lihat cara-cara penyediaanya.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!"
"Siapa kata aktiviti outdoor di KL tidak menarik dan dan membosankan? Sebenarnya terdapat banyak lokasi yang menyediakan aktiviti bagi seisi keluarga, rakan-rakan, dan anak-anak untuk meluangkan masa bersama. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang aktiviti outdoor di KL yang menarik untuk dikunjungi ketika hujung minggu. \n\nDengan membawa konsep taman \u201c\u2018inklusiviti\u201d, Taman Tasik Titiwangsa menjadi tarikan hujung minggu yang menyediakan pelbagai aktiviti secara outdoor dengan latar belakang bangunan pancakar langit. \n\nTaman Tasik Titiwangsa adalah salah satu taman terkenal di Kuala Lumpur. Taman ini menawarkan berbagai macam kegiatan dan atraksi yang menarik bagi pengunjung.\n\nSelain itu, Taman Tasik Titiwangsa juga sering menjadi tempat untuk acara-acara kota seperti pesta perayaan dan festival budaya. \n\nJadi, jika anda mengunjungi Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa adalah tempat yang bagus untuk dikunjungi, terutama jika anda ingin menikmati keindahan alam dan menghabiskan waktu bersama keluarga.\n\nBukit Tabur adalah salah satu destinasi pendakian yang popular bagi warga kota di hujung minggu. Salah satu daya tarik utama Bukit Tabur adalah pemandangan indah yang ditawarkannya. \n\nDari puncak bukit, anda dapat menikmati panorama yang menakjubkan dari ketinggian, termasuk pemandangan kota Kuala Lumpur dan hutan sekitarnya.\n\nDinner in the Sky Kuala Lumpur adalah pengalaman makan yang unik dan mendebarkan di mana anda dapat menikmati makan malam di atas tanah, mengambang di udara dengan pemandangan indah kota Kuala Lumpur\n\nIa adalah konsep makan yang pertama kali diperkenalkan di Belgia pada tahun 2006. Konsep ini melibatkan mengangkat meja makan dan kerusi secara vertikal menggunakan sebuah kren sehingga anda boleh makan dan minum di atas ketinggian.\n\nDinner in the Sky Kuala Lumpur adalah pengalaman yang memberikan sensasi yang mendebarkan. Rasakan adrenalin ketika anda mengapung di udara dengan panorama indah di sekeliling anda.\n\nFlyboard Malaysia adalah kegiatan menarik yang menawarkan pengalaman unik dalam sukan air. Dengan Flyboard, anda akan merasakan sensasi terbang di udara seperti pahlawan super. \n\nDengan menggunakan jet air yang kuat, anda boleh terbang tinggi di atas air, melakukan berbagai gerakan akrobatik, dan merasakan kebebasan di udara.\n\nKLCC Park (Taman KLCC) adalah taman yang terletak di sekitar Menara Kembar Petronas (Petronas Twin Towers) di pusat Kuala Lumpur, Malaysia.\n\nIa menawarkan lanskap yang indah dengan padang rumput luas, taman bunga yang indah, air pancut, dan tasik buatan. Taman ini dirancang dengan baik untuk menciptakan suasana yang hijau dan menenangkan di tengah hiruk pikuk kota.\n\nSelain itu, KLCC Park adalah tempat yang populer untuk jogging dan rekreasi di Kuala Lumpur. Terdapat trek jogging yang panjangnya sekitar 1.3 kilometer yang mengelilingi taman. \n\nJadi, jika Anda berkunjung ke Kuala Lumpur, KLCC Park adalah tempat yang bagus untuk beristirahat, bersantai, dan menikmati suasana hijau di tengah kota.\n\nTaman Tugu memiliki luas sekitar 26 hektar dan ditujukan untuk memperindah kawasan kota Kuala Lumpur dengan keindahan alamnya. \n\nTaman ini menawarkan lingkungan yang hijau, penuh dengan pepohonan, taman bunga, dan tanaman yang beragam. Ini adalah tempat yang ideal untuk bersantai, berjalan-jalan, dan menikmati keindahan alam.\n\nTaman Tugu juga memiliki tujuan konservasi alam dan biodiversitas. Taman ini menjadi rumah bagi pelbagai jenis tanaman dan haiwan, termasuk burung-burung dan lain-lain. \n\nIa adalah tempat yang ideal bagi pengunjung yang mencari ketenangan, keindahan alam, dan kegiatan terkait lingkungan. Anda dapat menikmati suasana taman yang hijau, menjelajahi trek-trek berjalan, dan menghargai monumen peringatan yang bersejarah.\n\nTaman Burung Kuala Lumpur adalah tempat yang menarik untuk anda menghabiskan waktu bersama keluarga atau kawan-kawan, terutama bagi mereka yang tertarik dengan keindahan burung dan alam.\n\nAnda dapat menikmati pemandangan, berinteraksi dengan burung-burung, dan belajar lebih banyak tentang dunia burung melalui pengalaman yang interaktif dan pendidikan.\n\nTaman Burung Kuala Lumpur memiliki koleksi burung yang luas dan beragam. Terdapat lebih dari 3.000 burung yang mewakili lebih dari 200 spesies, termasuk burung-burung hampir pupus dan eksotis. \n\nTaman Kupu-kupu Kuala Lumpur adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi, terutama bagi pencinta alam dan kupu-kupu. \n\nAnda dapat menikmati keindahan kupu-kupu, menjelajahi lingkungan alami mereka, dan mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang pentingnya menjaga kelestarian flora dan fauna. \n\nTaman ini menawarkan habitat alami yang dirancang dengan baik untuk meniru keadaan alam tempat tinggal asli kupu-kupu. \n\nTerdapat lebih dari 5.000 kupu-kupu yang mewakili lebih dari 120 spesies yang berbeza. Anda akan dapat melihat berbagai jenis kupu-kupu dengan warna, bentuk, dan ukuran yang berbeza-beza.\n\n9. Kuala Lumpur Forest Eco Park\n\nKuala Lumpur Forest Eco Park, sebelumnya dikenal sebagai Taman Eko Rimba Kuala Lumpur atau Bukit Nanas Forest Reserve, adalah destinasi yang menarik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.\n\nDengan luas sekitar 11 hektar, taman ini menyediakan kawasan hijau yang berfungsi sebagai paru-paru kota dan tempat perlindungan bagi flora dan fauna asli.\n\nIa adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi pencinta alam dan mereka yang ingin mengalami keindahan hutan tropikakl di tengah kota metropolitan.\n\nAnda dapat menikmati keheningan dan ketenangan hutan, menjelajahi jambatan canopy walkway, dan pelbagai lagi aktiviti outdoor di KL.\n\nBuat penggemar menunggang kuda, ini adalah lokasi menarik untuk aktiviti outdoor di KL yang perlu anda kunjungi. Gombak Horse Riding Club menawarkan pengalaman berkuda yang menarik bagi pengunjung.\n\nAnda dapat belajar cara menunggang kuda dari instruktur yang berpengalaman atau menyewa kuda untuk menjelajahi area sekitar klub.\n\nKlub ini menyediakan aktiviti yang sesuai untuk sesisi keluarga. Sama ada anak-anak mahupun orang dewasa dapat menikmati pengalaman berkuda yang menyenangkan dan edukatif bersama-sama.\n\nSelain dari artikel aktiviti indoor di KL ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan aktiviti menarik dilakukan bersama keluarga seperti:"
"Biskut coklat chips, makanan yang crunchy, dan bahan utamanya ialah coklat. Masa pertama kali makan biskut ini mesti yang terasa ialah sensasi coklat dan coklat chips nya.\n\nBiskut comel ini boleh dijadikan sebagai biskut camilan harian ataupun sebagai camilan untuk hari raya. Biskut ini sering dijual di kedai kek yang mahal. Tentunya harga biskut ini juga mahal dan tidak sama dengan biskut biasa umumnya.\n\nBanyak orang menyukai biskut coklat chips kerana bentuknya yang comel dan menarik serta rasa coklat yang sedap. Anda yang punya masa luang boleh cuba resepi coklat chips yang kami kongsikan ini. Di kongsikan oleh Siti Norizan di Facebook. Resipi ini disukai dan mendapat share yang banyak dari orang ramai.\n\nResepi ini simple tapi rasanya membuat anda tak cukup makan satu balang. Untuk satu adunan resepi ini boleh dapat 100 keping lebih, dapat 2 balang. Bolehlah anda bagikan kepada jiran anda. Sila cuba.\n\n1. Satukan kesemua bahan A dalam bekas. Pukul bagi sebati.\n\n2. Jika sudah sebati, masukkan tepung gandum yang telah diayak. Gaul sebati. (Adunan memang lembik, jangan tambah tepung pulak, nanti keras biskutnya, Kalau rasa lembik sangat, tambah 2 sb tepung)\n\n3. Bila tepung sudah sebati, masukkan coklat chips + coklat rice, gaul sebati.\n\n4. Kalau sudah siap, boleh sudukan adunan dalam tray, tak perlu sapu butter. (Guna sudu kecil saja, mahu cubit-cubit pon boleh.\n\n5. Buat kecil-kecil saja, nanti bila bakar dia akan kembang/leper.\n\n6. Bakar selama 20min-25min suhu 170\u2019C, api atas bawah.\n\n7. Selepas bakar keluarkan tray, biasanya biskut tu dia akan nampak macam tak masak, kalau kita tekan dia macam lembik, biarkan dia sejuk dulu, baru biskut akan elok. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi biskut coklat chips, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Jika dilihat permainan kanak-kanak di pasaran masa kini, boleh jadi rambang mata ibu bapa untuk memilihnya buat anak-anak, bukan?\n\nKalau ikutkan hati, rasa macam nak beli semua. Mana tidaknya, permainan-permainan tersebut kelihatan sangat comel di pandangan mata sehingga menarik perhatian kita dan anak-anak untuk memilikinya.\n\nSebelum kita belikan sebarang permainan untuk anak, jom kita lihat 5 perkara ini terlebih dahulu.\n\nPerkara paling utama, teliti terlebih dahulu manfaat permainan tersebut untuk anak-anak. Adakah ianya sekadar dapat menghiburkan mereka atau ianya bermanfaat dalam membantu meningkatkan tahap perkembangan mereka.\n\nFokus kepada kemahiran yang ingin diterapkan dalam diri si kecil melalui permainan tersebut sama ada kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar, koordinasi mata dan tangan, kemahiran kognitif dan sebagainya.\n\nSaiz permainan juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan permainan anak-anak.\n\nPerhatikan, adakah permainan tersebut terlalu kecil atau tajam menjadikan ianya berbahaya untuk anak sekiranya termasuk ke dalam mulut, telinga dan hidung mereka?\n\nAtau permainan tersebut terlalu besar dan berat sehingga boleh mejejaskan keselamatan anak kita?\n\nPilih permainan yang bersesuaian dengan usia si manja yang kita cintai.\n\nDalam memilih permainan buat anak, fikirkan juga tentang kegunaan permainan itu kelak.\n\nRancang sama ada permainan itu hanya akan digunakan oleh anak ketika di rumah sahaja atau kita merancang untuk membeli permainan yang mudah dibawa ke mana-mana.\n\nSelain itu, teliti juga sama ada permainan tersebut hanya dapat digunakan dengan satu cara bermain sahaja atau ianya permainan \u2018multi-functional\u2019 yang boleh dimainkan dengan pelbagai cara?\n\nSekiranya, permainan tersebut dapat digunakan untuk merangsang perkembangan si manja, dapat mencipta sesuatu permainan baru dan boleh juga digunakan untuk bermain \u2018role-play\u2019, ia pastinya permainan yang berbaloi untuk dimiliki.\n\nPenglibatan ibu bapa dalam bermain apa jua jenis permainan yang dibeli untuk anak adalah sangat penting agar dapat membantu perkembangan mereka dari segi kemahiran komunikasi dan pelbagai lagi kemahiran lain.\n\nAyuh renungkan, dengan membelikan mereka sesuatu permainan itu, adakah kita dapat meluangkan masa kita untuk bermain permainan tersebut bersama anak?\n\nAtau permainan itu dibeli sekadar untuk \u2018menggantikan\u2019 kita di kala kita sibuk menguruskan pelbagai perkara?\n\nPercayalah bahawa anak-anak sebenarnya sangat ternanti-nanti waktu untuk bermain dengan kita kerana bagi mereka, bermain bersama ibu bapa adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan!\n\nHarga sesuatu permainan juga memainkan peranan yang penting. Permainan yang mahal harganya belum tentu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak.\n\nKadang kala, permainan yang lebih murah daripada permainan mahal tersebut adalah lebih bernilai dan bermanfaat buat si manja.\n\nKita tidak mahu berasa menyesal dengan membeli permainan mahal buat anak, tetapi anak bermain permainan tersebut sekejap sahaja, dan kemudian meninggalkan permainan itu kerana berasa bosan, bukan?\n\nOleh itu, pilih permainan yang benar-benar bermanfaat dan berbaloi dengan harganya.\n\nSebagai ibu bapa, usah diikutkan hati dan kehendak si kecil dalam membelikan permainan buat mereka kerana kita mungkin akan tersilap membuat pilihan.\n\nSemoga dengan panduan ini, ianya dapat membantu kita memilih permainan terbaik buat si manja demi membantu tahap perkembangan mereka."
"Kuih Bidaran merupakan kuih goreng yang di buat daripada tepung pulut dan bijan. Kebiasaannya kuih ini berintikan kelapa yang dimasak bersama gula melaka. Tapi bagi yang tidak gemarkan inti kelapa, boleh sahaja tukarkan kepada inti kacang hijau. \u00a0Ada juga yang mengenali kuih ini sebagai Kuih Bom Bijan. Resepi ini dikongsikan oleh Marlia Lia\n\nResepi Kuih Bidaran Inti Kacang Hijau\n\nDah siap kedua-duanya. Bolehlah mulakan proses membentuk. Bulat-bulatkan intinya. Leperkan kulitnya. Masukkan inti yang telah dibulatkan pada kulitnya. Bulatkan semula.\n\nBoleh digoreng terus atau di simpan di dalam peti. Nak lebih tahan lama, digoreng sekejap sebelum di simpan di dalam peti seju beku.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, ada lagi beberapa resepi yang anda boleh cuba untuk sediakan dan hidangkan kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda. Sehingga berjumpa lagi nanti!"
"Mencari jenis rempah ratus yang sesuai untuk masakan anda? Setiap rempah ratus mempunyai fungsi yang berbeza bergantung kepada jenis rasa, kesesuaian dan masakan.\u00a0 \n\nJom kami senaraikan 15 jenis rempah ratus dan fungsinya di dapur bermula dari rempah ratus yang paling biasa digunakan sehinggalah kepada yang tidak pernah anda dengari. \n\nSalah satu daripada jenis rempah ratus ini akan membantu masakan anda ke peringkat seterusnya dan anda juga boleh menggabungkan beberapa daripadanya untuk membentuk perisa yang lebih kompleks.\n\nOregano adalah sejenis rempah ratus yang sihat dan amat berkhasiat. Oregano mungkin kelihatan tidak sedap, tetapi ia mengandungi banyak nutrien. Antara kandungan zatnya adalah vitamin A, C, E, dan K, serta sedikit serat, folat, vitamin B6, besi, kalsium, magnesium dan kalium.\u00a0\n\nHerba ini juga kaya dengan antioksidan dan telah dikaji bagi sifat anti-mikrob dan anti-radang. Oregano dan minyak oregano juga dikaitkan dengan anti-kanser. \n\nSatu sudu teh oregano mengandungi bukan hanya enam mikrogram vitamin K, tetapi mengandungi jumlah antioksidan yang sama seperti tiga cawan bayam.\u00a0\n\nSering digambarkan sebagai jenis rempah ratus yang menjadikan rasa makanan Mexico sedap, jintan sebenarnya boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia bergantung kepada apa yang anda campurkan ke dalam masakan anda. \n\nBerdasarkan kajian yang dibuat, individu yang mempunyai berat badan berlebihan diberi kapsul jintan selama lapan minggu mengalami perubahan berat badan yang ketara.\n\nJenis rempah ratus ini juga telah dikaji untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser. Ciri-ciri perubatannya berasal dari fenol dan flavanol yang terdapat di dalam jintan tersebut.\n\nHalia merupakan jenis rempah ratus yang mempunyai pelbagai komponen dalam mencegah penyakit. Halia telah digunakan sejak zaman purba dan merupakan ubat bagi masalah loya, kembung dan ketidakselesaan badan. Ia turut digunakan untuk merawat mual pagi dan mual oleh proses kemoterapi.\u00a0\n\nHalia juga telah dikaji sebagai ejen pengurusan berat badan yang berpotensi meningkatkan rasa kenyang. Orang yang mengamalkan satu sudu teh halia setiap hari selama 11 hari mengalami penurunan sebanyak 25 peratus dalam kesakitan otot yang berkaitan dengan senaman berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.\n\nJenis rempah ratus yang sihat iaitu kayu manis telah digunakan sebagai ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit seperti masalah pencernaan, diabetes dan banyak lagi. \n\nPenyelidikan baru-baru ini telah menunjukkan keupayaan kayu manis untuk membantu mengurangkan gula dalam darah dan tahap kolesterol.\u00a0 Anda boleh taburkan serbuk kayu manis ke atas oat, roti bakar atau yogurt untuk memberikan aroma dan rasa yang memukau pada hidangan anda.\n\nPeranan jenis rempah ratus ini\u00a0 amat penting dalam masakan di seluruh dunia. Ia mengandungi anti-radang yang 50 kali lebih kuat daripada vitamin C atau E mengikut kajian.\n\nMalahan, kajian juga mengatakan serbuk kari dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser payudara dan ia juga dapat melindungi daripada terkena kanser perut atau usus.\n\nPaprika adalah sebahagian daripada keluarga lada termasuklah lada hijau, lada merah dan beberapa jenis lainnya. Paprika dikatakan amat baik untuk aktiviti antioksidan. \n\nSelain itu, satu sudu teh paprika bersamaan dengan 37 peratus pengambilan harian vitamin A yang disyorkan dan ia juga mengandungi beberapa zat besi.\n\nLada hitam adalah jenis rempah ratus yang baik untuk merangsang enzim pencernaan pankreas, yang meningkatkan penyerapan makanan. Lada hitam juga didapati mempunyai ciri-ciri anti-tumor dan anti-mutagenik. Gunakan lada hitam untuk menambah kesedapan masakan seperti sup, salad, daging, hidangan bijirin dan banyak lagi.\n\nKunyit telah digunakan selama beribu-ribu tahun untuk merawat pelbagai keadaan seperti arthritis, sakit sendi, diabetes, masalah pencernaan, dan kanser. \n\nKunyit mengandungi komponen aktif yang dipanggil curcumin yang boleh menghentikan kanser daripada merebak. Jenis rempah ratus ini juga membantu mencegah diabetes jenis 2 dan melawan kembali terhadap keradangan berbahaya di dalam tubuh.\u00a0\n\nBuah Pala adalah jenis rempah ratus yang harum dan berfungsi dengan baik di dalam pencuci mulut dan hidangan yang enak. Ia berasal dari benih tumbuhan Myristica dan rasanya seperti kayu manis. \n\nBuah Pala merupakan ramuan yang popular dalam makanan India, Malaysia dan Indonesia. Buah Pala boleh memberikan kelegaan untuk pelbagai keadaan, dari senak sehinggalah kepada masalah nafas berbau.\n\nAsam Jawa adalah buah masam yang berasal dari Afrika. Asam Jawa digunakan dalam banyak masakan Afrika tetapi ia juga merupakan ramuan yang popular dalam masakan Amerika Latin dan Asia. Asam jawa adalah julap semula jadi dan ia diketahui memberikan kelegaan demam. Sesetengah orang meminum jus asam jawa untuk mengurangkan sakit tekak.\n\nKardamom tidak begitu popular seperti kebanyakan jenis rempah ratus yang lain. Rasanya yang manis, sangat sesuai untuk pelbagai hidangan pencuci mulut dan gula-gula. Kardamom sebenarnya adalah rempah ratus yang sangat mahal, mungkin sebab itulah ia tidak sepopular yang lain.\u00a0\n\nKardamom dipercayai mempunyai ciri-ciri anti kanser. Ia juga digunakan untuk memberikan kelegaan daripada penyakit asma dan mencegah jangkitan mikro organisma yang berbahaya.\n\nJenis rempah ratus yang sangat popular dalam masyarakat kita adalah bunga cengkih. Cengkih mempunyai rasa yang unik. Ia berfungsi dengan baik dalam masakan Asia, India dan Mediterranean, seperti kari dan stew.\n\nCengkih digunakan untuk meringankan kesan pelbagai penyakit dan kesihatan. Jenis rempah ratus ini dapat memberi kelegaan sakit mulut dan sakit kepala. Rempah ini juga dipercayai mempunyai manfaat penting dari segi mengekalkan ketumpatan tulang.\n\nCayenne dikenali dengan rasa pedasnya yang tersendiri. Cayenne membantu pembakaran lemak dan kalori. Kajian mendapati bahawa cayenne bercampur dengan makanan akan membantu mencegah lemak dan garam.\u00a0\n\nJenis rempah ratus ini tentu saja sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis hidangan yang lazat. Ia adalah tambahan yang luar biasa untuk hidangan masakan serta pencuci mulut.\n\nBenih Fennel juga digunakan dalam banyak hidangan yang lazat, dan merupakan bahan biasa yang terdapat dalam sosej. Untuk pengetahuan anda, jenis rempah ratus ini juga sering digunakan dalam masakan india.\n\nSerbuk cili tidak perlu diperkenalkan lagi kepada semua orang. Ia merupakan penambah rasa sedap dalam hidangan masakan. Serbuk cili juga amat bagus untuk membakar kalori dalam tubuh badan anda.\n\nItulah dia 15 jenis rempah ratus dan fungsinya di dapur boleh anda gunakan. Pasti tak sabar nak masak kalau sudah lengkap semua rempah ratus ini kan? Jom baca juga Ayam goreng berempah, Ikan bakar berempah, Teh berempah (Indian Masala) dan Ayam bakar berempah."
"Lengan yang besar dan menggeleber akan menyebabkan penampilan anda nampak kurang menarik. Ia akan menyebabkan anda berasa rendah diri dan menjejaskan tahap keyakinan diri semasa berdepan dengan orang ramai. Malah anda juga akan berasa tidak seronok semasa shopping baju baru.\n\nLebih-lebih lagi memandangkan raya dah semakin dekat, pastinya anda teringin untuk memiliki lengan yang kecil dan cantik. Kalau anda tercari-cari tips kecilkan lengan dengan cepat yang terbukti berkesan, jom baca artikel ini sampai habis. \n\nKawal kalori yang masuk ke dalam tubuh badan setiap hari\n\nDi antara punca berat badan anda berlebihan dan mempunyai lemak di bahagian lengan ialah disebabkan oleh anda mengambil kalori yang berlebihan setiap hari. \n\nKalori yang berlebihan akan diproses oleh tubuh badan dan disimpan dalam bentuk lemak. Lemak lebihan tersebut akan disimpan di seluruh tubuh badan dan di antara kawasan yang paling mudah untuk lemak berkumpul ialah di bahagian lengan.\n\nOleh itu, jika anda inginkan lengan yang kecil dan tidak menggelebeh pastikan jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh badan setiap hari adalah kurang daripada kalori yang digunakan. \n\nKeadaan ini digelar sebagai kalori defisit. Jika anda memastikan anda mengalami kalori defisit setiap hari, bukan sahaja lengan anda akan mengecil malah berat badan anda juga akan berkurangan.\n\nUntuk mendapatkan kalori defisit, anda perlu mengetahui berapakah jumlah kalori yang anda perlukan setiap hari, berapakah kalori yang anda ambil dari pemakanan setiap hari, dan berapa jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh badan sepanjang hari. Untuk lebih mudah, anda boleh muat turun aplikasi calori counter\u00a0seperti:\n\nMungkin anda tak percaya! Lompat tali atau skipping adalah salah satu senaman yang membantu mengecilkan lengan dengan cepat. Ini kerana apabila anda melompat sambil menggerakkan tangan, anda akan memaksa otot lengan untuk bekerja dengan kuat. \n\nLagi laju anda melompat, makin kuat otot lengan anda bekerja dan hasilnya, lengan anda akan jadi berotot dan lemak berlebihan yang terkumpul pada lengan akan dibakar dan hilang dengan cepat.\n\nKalau anda nak lemak degil di lengan hilang dalam tempoh 14 hari, pastikan anda melompat tali atau skipping sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Jika anda konsisten, pastinya anda akan tersenyum lebar melihat lengan yang semakin kecil, cantik, dan tidak menggeleber.\n\nSelain lompat tali atau skipping, senaman tekan tubi atau pumping juga adalah satu lagi senaman yang sangat membantu untuk mengecilkan lengan yang besar dan menggelebar. Setiap kali anda melakukan tekan tubi, otot lengan anda akan dipaksa bekerja keras lalu membina otot dan membakar lemak. Jika anda seorang yang sibuk dan tidak ada masa untuk bersenam, tekan tubi adalah senaman yang paling sesuai untuk anda.\n\nAnda boleh lakukan senaman tubi sebelum mandi setiap hari. Sebagai contoh, lakukan 10 senam tubi sebelum anda mandi pada waktu pagi, dan 10 lagi tekan tubi sebelum anda mandi pada waktu petang. Jika anda mampu, lakukan dalam kiraan yang lebih. Lebih banyak tekan tubi yang anda lakukan, lebih cantik lengan anda.\n\nDulu waktu sekolah, biasanya semasa pendidikan jasmani kita akan diarahkan oleh guru untuk melakukan lompat bintang. Tahukah anda bahawa gerakan dalam lompat bintang sangat membantu untuk mengecilkan lengan yang besar dan menggeleber. \n\nLagi banyak lompat bintang yang anda lakukan, lebih banyak otot lengan anda bekerja. Tak susah pun untuk anda lakukan lompat bintang. Sambil menonton televisyen atau bermain dengan anak-anak, anda boleh lakukannya.\n\nSenaman lengan dengan pemberat atau dumbell\n\nJika anda betul-betul ingin mengecilkan lengan dengan cepat, kami cadangkan supaya anda keluarkan sedikit duit untuk membeli dumbell atau pemberat. Harganya tidak terlalu mahal, tak sampai RM20 anda boleh dapat sepasang pemberat. \n\nSekiranya anda adalah seorang wanita, kami cadangkan anda beli pemberat 5 kilogram. Manakala jika anda seorang lelaki, kami cadangkan anda beli pemberat 10 kilogram ke atas, bergantung kepada kekuatan anda.\n\nTerdapat pelbagai jenis senaman dengan pemberat yang boleh membantu untuk mengecilkan lengan. Di antara yang paling berkesan ialah:\n\nItulah dia tips kecilkan lengan dalam masa 14 hari yang boleh anda amalkan. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang senaman kardio, senaman kempiskan perut, dan senaman untuk antenatal"
"Selain Coleslaw dan kentang putar, ayam goreng KFC yang crispy dan juicy juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia tak kira pelbagai lapisan, kaum dan agama. Memang boleh ratah berketul-ketul lah nih. Tapi yela, sakit jugak poket kalau kerap sangat makan KFC. Tambah-tanbah bila makin lama harga makin naik. Cubalah sekali sekala buat sendiri. Pasti boleh jimat banyak. \n\nJadi peminat-peminat tegar KFC wajib tengok dan cuba resepi yang dikongsikan oleh Noriza Jaja . Rasanya sedap dan enak seperti di KFC. Tak payah dah susah-susah nak keluar cari KFC. Beratur panjang-panjang. Hanya siapkan bahan dan buat. Bolehlah makan KFC walaupun waktu hujung bulan. Berbaloi-baloi. \n\nSelamat mencuba ya. Selain dari resepi ini, kami juga menulis resepi menarik yang lain. Jemput tengok dan jangan lupa kongsikan dengan yang lain ya. Sharing is caring guys."
"\u2018Rumahku Syurgaku\u2019 istilah ni ada benarnya buat kita. Rumah menjadi tempat tinggal kita, tempat kumpulnya ahli keluarga. Tempat kita bergurau-senda, berehat dan berkasih sayang. Kita tak memerlukan rumah yang besar untuk berasa bahagia.\n\nRumah yang kecil tetapi kemas dan bersih membuat jiwa sentiasa tenang. Itulah sebabnya tak kira lelaki mahupun wanita sanggup menghias rumah untuk kepuasan diri. Bukan semua orang mampu mengupah kontraktor atau interior designer.\n\nPenulis amat kagum dengan orang yang mampu menghias rumah mereka hingga nampak begitu cantik, eksklusif dan mewah walaupun dengan kos yang rendah. Salah satu cara hiasan yang semakin popular ialah dengan penggunaan hiasan cermin dinding.\n\nJusteru, penulis akan kongsikan beberapa idea untuk mendekorasi rumah menggunakan cermin. Jangan risau, pastinya dengan kos yang sangat rendah. Anda mampu DIY sendiri tanpa perlu mengupah orang. Seronok bukan?\n\nSebelum tu, penulis ingin berkongsi kelebihan menggunakan cermin dinding sebagai hiasan dinding di rumah. Antaranya ialah:\n\na. Penggunaan cermin memberi impak visual yang menarik dan terang.\n\nb. Bagi rumah yang mempunyai ruang tamu yang kecil, penggunaan cermin membuat ilusi lebih besar.\n\nc. Penggunaan cermin mampu disesuaikan dengan pelbagai konsep dari minimalis sehingga gaya mewah.\n\nd. Bagi kawasan yang menerima jumlah cahaya yang terhad, cermin boleh diletakkan bertentangan dengan tingkap untuk menambah cahaya.\n\ne. Cermin boleh dijadikan hiasan elegan untuk dinding yang kosong.\n\nDi bawah ni, penulis akan berkongsi beberapa idea hiasan cermin dinding DIY yang anda boleh cuba. Bila ada masa lapang, anda boleh pelbagaikan gaya hiasan.\n\nPenggunaan lampu di keliling cermin akan memberi efek pencahayaan yang menarik. Caranya ialah beli cermin sama ada yang bersaiz kecil atau besar mengikut kesukaan. Kemudian, tampal cermin tersebut di atas sekeping papan plywood.\n\nMenggunakan kayu yang sedikit tebal, buatlah bingkai di sekeliling papan plywood tadi. Jangan lupa lebihkan bahagian plywood untuk menampal bingkai. Anda boleh menggunakan mentol yang diletakkan secara sebaris di kiri kanan bingkai yang dah siap.\n\nJika nak kurangkan penggunaan elektrik, anda boleh menggunakan lampu LED yang menggunakan kuasa bateri. Mesti kaum wanita, suka bersolek di depan cermin yang dipanggil \u2018vanity mirror\u2019 ni.\n\nAnda boleh dapatkan cermin yang sudah sedia berbingkai. Kemudian, lekatkan di dinding secara susunan melintang yang panjang dari syiling hingga hampir mencecah lantai.\n\nBagi membuat hiasan seperti ni, anda perlulah membeli beberapa buah bingkai kecil dan dilekatkan secara rapat-rapat. Anda memerlukan gam khas untuk melekatkannya di dinding. Biasanya menggunakan gam silikon yang tahan lasak.\n\nNak lebih murah, anda boleh beli cermin-cermin kecil yang berbingkai plastik dari Eco. Harganya hanya RM 2.10 bagi setiap keping. Apa yang anda perlu buat ialah tanggalkan bingkai plastik tersebut.\n\nCermin-cermin tersebut bolehlah ditampal di dinding mengikut kreativiti anda. Nak melintang ke, menegak atau berterabur, semuanya ikut citarasa. Malahan, disebabkan harganya yang murah, anda juga boleh menampalnya di siling rumah.\n\nPilih bahagian siling yang diingini misalnya di ruang makan, laluan tengah atau laluan masuk. Mesti nampak unik kan? Ia akan memberikan ilusi refleksi yang menarik.\n\nAnda tentu pernah ternampak hiasan cermin dinding yang diperbuat daripada plastik. Bentuknya seakan-akan cermin tapi lebih ringan dan tak mudah pecah. Harganya juga jauh lebih murah.\n\nTerdapat pelbagai jenis bentuk hiasan cermin plastik ni. Ada yang berbentuk bunga, haiwan, motif, abstrak dan sebagainya. Biasanya pelekat diberikan sekali di belakang cermin tersebut. Ia lebih mudah ditampal dan boleh dipelbagaikan.\n\nAdhesive foil ialah sejenis wallpaper yang digunakan sebagai hiasan dinding. Efeknya sama seperti cermin cuma ialah kepingan kertas yang bercampur logam. Ia biasanya dijual mengikut saiz tertentu.\n\nJika anda seorang yang cepat bosan dan gemar mengubah-ubah hiasan rumah, adhesive foil mirror sangat sesuai. Ia tak perlukan sebarang gam untuk menampalnya. Biasanya di belakang foil tersebut terdapat pelekat biru berbentuk filem.\n\nAnda hanya perlu bersihkan permukaan dinding yang nak dihias. Pastikan permukaan dinding rata dan tak menggerutu. Kemudian, tanggalkan pita pelekat, hiaskan mengikut suka. Anda boleh memotongnya pada saiz yang kecil atau menampal keseluruhan dinding dengan foil.\n\nSebelum memilih dan memasang cermin, anda perlu mengambil kira beberapa faktor penting. Jika tersalah pilih, dikhuatiri konsep hiasan rumah anda menjadi caca-marba. Berikut ialah perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan, iaitu:\n\na. Tentukan ukuran cermin yang sesuai dengan saiz dinding, luas rumah dan konsep yang ingin diketengahkan.\n\nb. Pilih warna bingkai cermin yang bersesuaian dengan ornamen di sekitar rumah misalnya warna dinding, meja dan hiasan.\n\nc. Pastikan anda memilih bentuk dan gaya hiasan cermin dinding yang menonjolkan konsep rumah anda.\n\nSebenarnya walau apa saja barang hiasan di rumah, jika kita malas menjaganya, lama-kelamaan ia akan rosak dan hilang seri. Begitu juga dengan cermin dinding hiasan cermin yang akan pudar, kotor dan rosak jika kita tak rajin membersihkannya.\n\na. Bersihkan cermin dari habuk, minyak dan debu pada setiap hari.\n\nb. Gunakan cuka masakan, alkohol, surat khabar dan sebagainya untuk membersihkan permukaan cermin. Penggunaan bahan-bahan ni akan membuat cermin sentiasa kilat dan tahan lama.\n\nDiharapkan para pembaca yang dikasihi mendapat idea cara untuk buat hiasan cermin dinding secara DIY. Tak susah pun sebenarnya, anda cuma memerlukan sedikit kreativiti, kerajinan dan masa untuk membuatnya.\n\nKos untuk membuat cermin dinding DIY ni juga tak tinggi berbanding yang siap dibeli. Dah pasang nanti, jangan lupa kongsikan dengan kami. Selamat mencuba!\n\nJemput juga baca tentang DIY rak kasut DIY aktiviti anak dan DIY perangkap naymuk"
"Mencari resepi nasi ayam yang sedap dan menarik?\n\n\u201cNasi ayam dan masyarakat Melayu berpisah tiada\u201d. Sepertinya ayat itu memang sesuai. Sebabnya nasi ayam memang sudah jadi makanan kegemaran masyarakat Melayu sejak dulu.\n\nNasi ayam ialah di mana nasi dimasak dengan pelbagai rempah dan kemudian dihidang dengan ayam yang di bakar,\u00a0 mahupun goreng serta lengkap dengan pelbagai sos cili dan kicap.\n\nSemakin hari semakin banyak variasi nasi ayam. Ada yang mengupgrade resepi ayam mahupun resepi sos nya. Seperti 4 resepi nasi ayam yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi-resepi ini mendapat perkongsian ramai di Facebook kerana mereka menyajikan resepi nasi ayam yang memang viral di Malaysia.\n\nJika anda mencari resepi ayam viral yang sedap, confirm menjadi, disukai ramai, anda patut cuba resepi di bawah ini. Dengan berbagai-bagai resepi ini sila pilih resepi yang menarik hati dan buat nasi ayam kegemaran keluarga.\n\n1. Resepi Nasi Ayam Chef Changkul\n\nSiapa yang suka nasi ayam, patut cuba resepi yang dikongsikan oleh Faris Ibrahim\u200e di Facebook ini. Dinamakan nasi ayam chef changkul dengan perkongsian paling ramai. Mesti penasaran resepi apa yang digunakan. Mari tengok di bawah ini. Namun yang paling penting, memasak ini ada satu bahan paling mahal iaitu kasih sayang. Masukkan bahan itu, itulah resipi sebenar masakan kita sedap.\n\nNota :Tujuan digunakan air mendidih ialah untuk \u2018perangkap\u2019 jus ayam agar kekal di dalam daging ayam tersebut.Asingkan air rebusan ini untuk digunakan buat sup, nasi dan sambal.\n\nNota : Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan.\n\n2. Resepi Nasi Ayam Sos Lemon\n\nYang bosan makan nasi ayam biasa, boleh cuba resepi ini. Bahan untuk penyediaan sos boleh olah mengikut citarasa sendiri. Suka sangat gabungannya yang menjadi. Kami beri resepi penuh daripada Afy AL Habibi\u200e di Facebook. Selamat mencuba.\n\nCara Membuat Nasi Ayam Pusa Gold Planta\n\nSiapa yang mencari resepi nasi ayam Thai yang viral? Ini kami sediakan untuk anda resepi nasi ayam Thai daripada Suhaila Azhar\u200e di Facebook. Buat untuk perayaan hari istimewa pun bagus juga. Membuat siapapun yang memakannya akan jatuh hati. Sedap dan senang buatnya.\n\nAyam potong 4 dicuci bersih dengan tepung gandum, garam dan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir, toskan.\n\nNota : Jika tak suka ayam putih, boleh grill ayam sekejap dalam oven/atas dapur sampai kulit garing, isi dalam sudah masak masa kita rebus tadi. Glaze dengan madu/sos tiram sedikit.\n\nSekali sekala mesti teringin membuat nasi ayam. Apalagi kalau ada permintaan daripada keluarga. Ada banyak yang tanya bagaimana cara membuat nasi jadi kuning begitu. Baiklah mar tengok resepi nasi ayam daripada \u200eAtier Syah\u200e di Facebook ini. Sangat senang dan confirm jadi.\n\nKesimpulannya, resepi nasi ayam versi mana yang menjadi pilihan anda? Untuk kami, kami macam suka no 4. Walau bagaimanapun, ianya terpulang pada individu masing-masing. Jangan lupa tinggal komen jika anda telah mencubanya.\n\nSelain resepi nasi ayam, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Petang-petang paling sedap kalau dapat makan menu viral yang semestinya sedap dan menyelerakan bukan? Seperti menu yang akan kami kongsikan kali ini ialah iaitu resepi jagung manis viral.\n\nRupanya jagung manis telah lama tular dalam kalangan rakyat Malaysia. Jagung manis diperbuat menggunakan bahan asas jagung manis yang direbus hingga masak dan lembut. Kemudian dicampur dengan susu pekat sehingga rasanya sangat lemak berkrim.\n\nKandungan karbohidrat dan protein amatlah banyak dalam makanan ini. Jagung manis boleh dimakan gantikan nasi atau makanan berat kerana makanan ini mampu mengenyangkan dan memiliki sumber tenaga yang besar.\n\nSelain itu, anak-anak mesti suka makanan manis dan lemak berkrim seperti ini. Juma Jue telah berkongsikan resepi jagung manis susu viral di laman Facebook. Jom cubakan di rumah! Hidangkan sejuk-sejuk makan masa cuaca panas jadi makin sedap.\n\nSelain resepi jagung manis, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ramai yang mencari resepi kek paling cepat dan senang dibuat. Resepi oreo cheesecake ini termasuk dalam kek yang paling senang dibuat, tanpa dibakar dan boleh disiapkan dalam 20 minit sahaja.\n\nMeskipun begitu, Oreo cheesecake paling lambat dimakan kerana harus tunggu ia keras dulu. Untuk tunggu mengeras cukup memakan masa. Kena simpan dalam peti sejuk supaya cepat keras.\n\nAnak-anak sangat suka Oreo cheesecake. Ia amat lembut dan amat terasa Oreo dan vanilanya. Serasa macam makan oreo sebenar namun dengan kelembutan cheesecake.\n\nMari buat Oreo cheesecake kegeraman anak sekarang juga. Bahan-bahan yang mudah didapat serta resepi yang senang dicubakan dikongsikan oleh Norain Ramli di laman Facebook. Sila cubakan.\n\nSelain resepi Oreo cheesecake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Nak Chocolate Cheesecake yang tak perlu dibakar dan tak menggunakan gelatin? Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhammad Ali. Resepi ini diberi nama Ferrero Rocher Chocolate Cheesecake. Pasti meletup punya lah.\n\nSelain resepi Ferrero Rocher Chocolate Cheesecake,\n\nkami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Cream puff ialah pastri ringan berongga dan biasanya dipenuhi dengan krim atau kastard. Selalu orang buat cream puff kuning, tapi sekarang kami akan mengajak anda untuk membuat cream puff coklat pula, rasanya confirm sedap.\n\nCream puff ini dibuat menggunakan serbuk koko dan filling cream menggunakan coklat nutella. Cream puff ini memang sangat sedap. Puffnya sangat lembut dan cream kastard yang juga sangat creamy dan lazat. Buat satu adunan memang takkan cukup.\n\nTanpa menunggu lama, kami hadirkan untuk anda resepi cream puff nutella yang di kongsikan voleh Suziana Sz\u00a0di Facebook. Guna bahan simple yang ada di dapur saja. Selamat mencuba.\n\nResepi Cream Puff Coklat Nutella Sukatan Cawan\n\n1. Ayak tepung dan serbuk koko.\n\n2. Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.\n\n3. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati.\n\n4. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.\n\n5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment / kertas minyak yang di gris.\n\n6. Bakar 20 minit suhu 210\u2032 C. Sejukkan.\n\n7. Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan coklat ganache atau nutella. Boleh taburkan badam jika suka. Badam tersebut perlu dibakarkan terlebih dahulu sebelum tabur pada coklat ganache tersebut.\n\nTips: Kalau sudah sejuk baru keluarkan dari oven, kalau tak nanti adunan nampak kempis/turun.\n\nSelain resepi cream puff nutella, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Orang Melayu dan sambal memang tidak dapat dipisahkan. Makan apa sahaja\nmesti mahu berserta dengan sambal bagi menambah rasa pedas. Terdapat pelbagai\njenis sambal iaitu sambal sambal hijau, sambal belacan, sambal jawa dan\nsebagainya. Jika sambal digandingkan dengan nasi putih sahaja pun sudah boleh\nbuat anda terliur apatah lagi jika dapat makan bersama lauk-pauk yang\nlain.\u00a0 Pada hari ini kita akan berkongsi\nsatu resipi sambal yang pastinya dapat menarik selera anda sekeluarga iaitu resipi\nsambal bangkok. \n\nJadi tanpa membuang masa lagi mari kita lihat resipi sambal bangkok yang telah dikongsikan oleh Rafidah Sarip yang telah mendapat banyak like dan perkongsian di Facebook. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:"
"Bercinta selepas nikah. Bunyinya sangat manis dan indah. Kalau zaman nenek moyang kita dahulu, bercinta selepas nikah bukanlah sesuatu yang pelik kerana rata-rata orang zaman dahulu bernikah dengan pasangan pilihan keluarga.\n\nMasakan tidak, bila anak gadis berumur 12 tahun, akan ada teruna yang masuk meminang dan biasanya ibu bapa akan menerima pinangan tersebut. Maka berkahwinlah gadis sunti tadi dengan lelaki pilihan keluarga tanpa mengenali siapa gerangan orangnya. Ajaibnya, rumah tangga mereka bahagia dengan anak yang berderet.\n\nItu kisah orang zaman dulu. Pada zaman yang moden dan serba canggih ini, kebanyakan daripada kita memilih untuk mengenali terlebih dahulu lelaki yang ingin dijadikan sebagai pasangan hidup\n\nTak ramai yang sanggup mengambil risiko untuk menikahi lelaki yang tidak dikenali memandangkan kita menikah cuma sekali seumur hidup. Sebolehnya kita nak kenal hati budinya dahulu sebelum memilih untuk menghabiskan hidup bersama.\n\nNamun tahukah anda bahawa yang sebenarnya, bercinta selepas nikah adalah sesuatu yang baik malah ianya sejajar dengan ajaran islam. Istimewa untuk anda yang sedang mencari info tentang bercinta selepas nikah, hari ini kami akan kongsikan beberapa hikmah bercinta selepas nikah yang ramai gadis tak perasan. Semoga bermanfaat buat anda!\n\nIni adalah hikmah bercinta selepas nikah yang paling utama. Bercinta selepas nikah akan mengelakkan kita daripada melakukan dosa. Jangan tipu diri sendiri. Cuba fikirkan. Semasa tempoh bercinta pastinya kita akan menyimpan perasaan sayang dan rindu dendam. Sehari tak jumpa dah rasa rindu. Sebolehnya nak jumpa setiap hari. Setiap saat nak bermesej atau bercakap di telefon. Sebagai umat islam pastinya kita tahu apakah hukum merindui seseorang yang bukan mahram secara berlebihan?\n\nApabila dapat berjumpa, biasanya kita akan keluar berdua sahaja. Apakah pula hukumnya lelaki dan perempuan bukan mahram keluar bersama? Menaiki kenderaan berdua-duaan? Berjalan dan makan berdua-duaan? Apabila berdua pastinya aka nada orang ketiga iaitu syaitan.\n\nSyaitan inilah yang akan membisikkan dan menggoda kita untuk melakukan perkara yang tak sepatutnya. Mungkin hari ini kita mampu menahan godaan nafsu namun kalau setiap hari kita berjumpa dengan kekasih hati, berdua-duaan, dikhuatiri satu hari kita akan termakan hasutan syaitan nak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.\n\nBercinta selepas bernikah akan menjauhkan kita daripada terjebak dengan zina. Malah ia mencegah kita daripada mendekati zina. Selepas berkahwin kita bebas untuk melakukan apa sahaja bersama pasangan. Nak berjalan ke mana-mana sekali pun tiada batasan. Syaitan pula akan menganggu kita dengan niat untuk mengurangkan perasaan kasih sayang dan rindu dendam di antara kita dan pasangan.\n\nZina adalah dosa besar dan sangat ditegah oleh agama. Sangat beruntung mereka yang dapat bercinta selepas bernikah. Seperti hadith yang berikut:\n\n\u201cDitusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.\u201d\n\nBercinta selepas nikah juga akan mengelakkan anda daripada membuang masa bercinta dengan pelbagai lelaki namun akhirnya tidak berakhir dengan pernikahan. Apabila anda bercinta dengan seseorang, pastinya anda akan mengambil masa untuk mengenali hati budinya. Ia akan memakan masa berbulan malah bertahun. Ada yang bercinta bagai nak rak selama bertahun-tahun namun akhirnya terpisah di tengah jalan.\n\nBukankah ianya membuang masa? Masa kita adalah sangat berharga dan takkan berulang kembali. Daripada kita bazirkan masa dengan bercinta dengan orang yang belum tentu menjadi suami, adalah lebih baik kalau kita bertawakal dan serahkan kepada Allah. Bernikah kerana Allah dan bercinta selepas semuanya halal.\n\nSatu lahi hikmah bercinta selepas nikah ialah ia mengelakkan daripada kita membazirkan wang. Tidak dinafikan bahawa bercinta memerlukan duit yang banyak. Anda perlukan duit untuk berhubung, maka anda perlukan duit yang banyak untuk membeli kad tambah nilai. Makin asyik anda bercinta, makin sering anda berhubung maka semakin banyak anda perlu menambah nilai telefon bimbit anda.\n\nBila bercinta, pastinya anda akan berjumpa. Di sini anda perlu keluarkan duit untuk pengangkutan, makan minum, menonton wayang, dan sebagainya. Ianya bukan murah dan apa yang menyedihkan, tiada jaminan bahawa dia akan menjadi pasangan kita yang sah. Jika perhubungan terputus di tengah jalan, semua wang yang kita keluarkan adalah sia-sia.\n\nMengalakkan daripada kekecewaan dan patah hati\n\nPercintaan yang terputus di tengah jalan akan menyebabkan kita patah hati. Putus cinta adalah sesuatu yang sangat menyakitkan. Ini kerana dalam percintaan tiada ikatan yang dijamin. Bila-bila masa sahaja kita boleh ditinggalkan. Berbeza dengan bercinta selepas nikah di mana kita dan pasangan telah diikat oleh ijab Kabul yang suci. Walau apa yang berlaku, walau apa yang terjadi di antara kita dan pasangan, pastinya kita berdua akan berusaha untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina.\n\nTak mudah untuk sepasang suami isteri memilih untuk bercerai, berbanding pasangan kekasih di mana sangat mudah untuk mengucapkan selamat tinggal. Oleh itu, bercinta selepas nikah akan mengelakkan kita daripada mengalami kekecewaan dan patah hati yang menyakitkan.\n\nKita akan hanya mengenali hati budi seseorang selepas duduk serumah\n\nAkhir sekali, kita hanya akan mengenali seseorang selepas duduk serumah. Walau pun anda bercinta elama 20 tahun, selagi anda tidak tinggal sebumbung, anda tidak akan mengenali pasangan anda dengan mendalam. Oleh itu, bercinta selepas nikah adalah jauh lebih baik kerana anda sememangnya sudah tinggal sebumbung. Setuju?\n\nItulah dia perkongsian tentang senarai hikmah bercinta selepas nikah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga keluarga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang faedah melihat calon pasangan sebelum bernikah dan tanggung jawab sebelum bernikah."
"Jururawat adalah pekerja yang banyak menguruskan hal hospital seperti memberi ubat kepada pesakit, memeriksa keadaan pesakit dan membantu pesakit. Jururawat adalah salah satu orang penting di hospital kerana tugas mereka dalam menjaga pesakit selepas dirawat oleh doktor. Tugas-tugas mereka juga, tiada sesiapa yang boleh buat.\n\nDoktor pula tidak boleh memeriksa pesakit 24/7 kerana mereka juga perlu memeriksa pesakit lain. Pesakit bukan sahaja seorang atau dua orang tetapi lebih daripada 30 pesakit. Oleh sebab itu, jururawat memainkan peranan penting di hospital untuk membantu dokor memantau pesakit.\n\nJururawat juga ada pakaian seragam tersendiri dan setiap pakaian seragam mereka mempunyai tugas-tugasnya. Berapa banyak jenis seragam jururawat dan tugas mereka?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 jenis seragam jururawat atau bidan di hospital. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\n6 Jenis pakaian seragam jururawat atau bidan di hospital\n\nJururawat Masyarakat(bidan terlatih) \u2014 memberi perkhidmatan kesihatan kepada para ibu mengandung, menyambut kelahiran, perkhidmatan kesihatan anak, lawatan ke rumah dan perancang keluarga.\n\nJururawat Terlatih(Misi) \u2014 memberi ubat, memantau tanda vital pesakit, membantu penjaga menguruskan aktiviti harian pesakit, dan melakukan prosedur klinikal. Jururawat lelaki pula berjalur biru di bahu dan berseluar hitam.\n\nJururawat Pergigian \u2014 memberi ceramah penjagaan gigi di sekolah, serta memeriksa dan mengatur rawatan pesakit. Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) yang berjalur jingga pula membantu doktor pergigian dalam perawatan.\n\nKetua Jururawat(Sister) \u2014 menguruskan jururawat dalam mentadbir urus sesebuah klinik dan wad.\n\nKetua Penyelia Jururawat(Matron) \u2014 memastikan jururawat sentiasa mengikut prosedur dan tatacara yang digariskan oleh pihak hospital.\n\nJururawat di fasiliti kesihatan swasta mempunyai warna seragam yang pelbagai.\n\n*Bukan semua jururawat mempunyai tugas yang sama. Jururawat juga mempunyai pangkat begitu juga dengan bidan terlatih di hospital. Peranan jururawat penting bagi sesebuah hospital dan memerlukan jururawat yang banyak bagi menguruskan pesakit. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mengimpikan hidup yang bahagia dan harmoni sehingga ke syurga. Ada yang kata makin lama bersama kemanisan mula hilang. \n\nTak sama macam waktu mula-mula berkahwin dulu. Yang sebenarnya kemanisan dalam rumah tangga boleh kekal selama-lamanya kalau kena dengan cara dan tahu tips dan trick yang perlu dilakukan oleh kedua-dua suami isteri.\n\nSalah satu daripada punca rumah tangga mula hilang seri ialah kerana suami tidak mengenal isterinya. Atau dalam kata yang lain tak memahami isi hati seorang wanita. Bila tak faham isi hati secara automatik suami takkan tahu apa yang isteri nak. \n\nLayanan macam mana yang perlu diberikan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan rahsia tentang wanita yang suami perlu tahu kalau nak rumah tangga manis macam gula.\n\nWanita ingin disayangi dan dilayan dengan istimewa seperti hari-hari pertama pernikahan\n\nIngat lagi tak awal-awal pernikahan dulu? Waktu anda dan isteri masih berada dalam fasa bulan madu. Bahagia sungguh rasanya kan? Anda melayan isteri macam permaisuri. \n\nAda kalanya suami beranggapan bahawa semakin lama usia perkahwinan, maksudnya dah kenal hati budi masing-masing. Masing-masing dah tahu hati dan perasaan dah jadi hak milik maka tak perlu lagi nak layan elok-elok untuk mengambil hati.\n\nIni adalah kesalahan paling besar yang biasa dilakukan oleh seorang suami. Ketahuilah bahawa seorang wanita ingin terus disayangi dan dilayan dengan istimewa seperti hari-hari pertama pernikahan. Malah sebolehnya layanlah isteri dengan baik seperti masa anda baru mengenalinya dan dalam usaha untuk memikat. \n\nJangan ingat disebabkan usia perkahwinan yang lama, isteri dah makin tua, isteri dah tak perlukan perhatian seperti zaman muda dahulu. Berkahwin maksudnya anda masih terus bercinta tapi manisnya ialah dalam ikatan yang sah. \n\nOleh itu, ingatlah para suami. Layan isteri seperti mana waktu baru berkahwin dulu, nescaya rumah tangga akan sentiasa bahagia.\n\nRasanya semua suami tahu fakta ini namun malas nak bagi suprise kepada isteri. Atau bahasa pasarnya malas nak ambil port. Kalau anda tercari-cari cara nak ambil hati isteri atau terfikir apakah cara untuk membuatkan isteri rasa bahagia, cuba buat surprise. \n\nSurprise tak semestinya kena keluarkan belanja yang mahal. Ada bermacam idea surprise tanpa kos yang tinggi boleh anda cuba. Di antaranya ialah:\n\nIni adalah bahagian yang paling selalu bermasalah. Isteri suka dipuji oleh suaminya tapi suami tak rasa bahawa pujian adalah sesuatu yang penting. Biasa tak isteri anda bertanyakan soalan-soalan macam ni:\n\nYang sebenarnya seorang isteri sangat dahagakan pujian daripada anda. Oleh itu didik diri untuk rajin memuji isteri anda. Siap makan, pujilah masakan isteri anda sedap macam chef 5 bintang. Nampak isteri anda berhias cantik nak keluar dengan anda, pujilah isteri anda nampak cantik macam bidadari syurga. \n\nNampak seperti remeh dan tak bermakna buat anda tapi percayalah bahawa setiap pujian yang keluar dari mulut anda akan membuatkan isteri anda berasa terawang-awangan bagaikan di syurga.\n\nKejujuran dan kesetiaan adalah perkara paling asas dalam sebuah perkahwinan. Isteri boleh menerima apa sahaja kekurangan anda. Tak kisah kalau gaji anda kecil, tak kisah kalau perut anda buncit maju ke depan, tak kisah juga kalau dia terpaksa berkerja tak cukup rehat untuk membantu ekonomi keluarga. \n\nApa yang penting ialah anda setia dan jujur kepadanya. Elakkan daripada mewujudkan orang ketiga walau pun sekadar untuk suka-suka.\n\nWanita ingin hidup bahagia bersama suami tercinta sehingga ke akhir hayat\n\nKetahuilah bahawa walau berapa banyak kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri anda, isteri anda terlalu mencintai anda dan ingin hidup bersama sehingga ke akhir hayatnya. Seorang isteri akan menutup mata dan menganggap kelemahan anda tidak wujud kerana kasih sayangnya yang mendalam. \n\nAda banyak lagi kelebihan dan keistimewaan dalam diri anda untuk dilihat. Oleh itu, hargailah isteri anda. Terima kelemahan dirinya seperti mana dia menerima kelemahan anda.\n\nItulah dia info tentang rahsia wanita yang suami perlu tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini mungkin juga anda berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua eratkan kasih sayang suami isteri, tips komunikasi berkesan untuk suami isteri, dan idea romantik"
"\u201d \u2018Sampai\u2019 jugak saya ke Indonesia makan mie ayam ni bik. Emang kaya gini rasanya bik?\u201d\n\nBila makan mie ayam bibik ala puan Hashimah, gerenti \u2018feeling\u2019 macam berada di Indonesia. Kesemua bumbu rencah ialah resepi bibik. Untuk dapatkan rasa yang betul-betul orisinil mie ayam Indonesia, kena ikut bulat-bulat resepi bibik.\n\nMulanya mungkin digambarkan rasa seperti makan ayam kicap gaul mee. Tapi sebenarnya tidak. Bumbu berbeza dan hidangan sampingan lain, membawa mie ayam ini ke satu tunas rasa lebih dari sekadar \u201cayam kicap gaul mee\u201d.\n\nBumbu ayam kicap untuk mie ayam ini jugak lebih kaya, berlemak sebab penggunaan buah pala, buah keras dan gula Melaka (di Indonesia bibik masak menggunakan gula merah). Rasa pedas sedikit pada butiran-butiran lada putih dalam kuah. Kuahnya agak pekat, sesuai untuk digaul bersama mee.\n\nBahan sup dan ayam semur (kicap) : (Bahagi 2 bumbu ini nanti)\n\nSelain resepi mie ayam ala Indonesia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Ikan dori banyak dijual isinya sahaja atau dinamakan fillet. Jarang sangat ikan dori dijual bentuk asal. Ikan dori pula ada dua jenis iaitu dori air tawar dan dori air laut. Dan berdasarkan sumber : wikipedia, ikan dori air tawar itu ialah ikan patin. Maka, bergantung anda apabila membeli samada dapatkan dori original mahupun ikan patin.\n\nIsi ikan dori ini dagingnya putih dan lembut. Bila goreng celup tepung memang sedap dan tak bau hanyir pun. Selain itu ikan dori pula sedap dibakar. Bahkan sekarang ada keluaran baharu iaitu Dory Skin crunchy yang ramai permintaan.\n\nAda banyak resepi dori menarik di Facebook dan telahpun kami ringkaskan untuk anda baca dan cuba. Taruk bahan-bahan apa yang ada di rumah sahaja. Lagipun masak ikan dori tidak perlu letak perasa apa-apa sebab ianya telahpun lembut dan sedap. Selamat mencuba.\n\nSiapa pernah buat resepi ini? Selalu jumpa korean spicy chicken bukan? Mana yang boring makan ayam, kita tukar ikan dori pulak. Pun sedappp. Anak-anak sampai berebut la. Dia rasa sweet, sweet, sour, pedas gitu. Resepi dikongsikan oleh Sharinaz Redwan di laman Facebook.\n\nMenu ini sesuai dimakan tengahari. Ikan perlu digaul dengan tepung dulu dan digoreng garing baru kemudian digaul bersama sos lemon yang dibuat menggunakan resepi daripada Nur Hanani Baharuddin di laman Facebook. Cara menyediakannya mudah sangat.\n\nMasyaAllah dia punya sedap tidak pandang kiri kanan masa makan. Rasa masakan ini masam manis tidak ada pedas pun, kanak-kanak mesti suka. Letak dalam bekas bawa bekal ke sekolah pun memang seronok. Resepi dikongsikan oleh Cik Sue Zakaria di laman Facebook.\n\nSelalu kita orang buat masak butter ini untuk ayam, sotong atau udang. Ikan pun sedap, memang menjadi dan sedap. Masak buttermilk ini budak-budak pun suka. Kalau tidak suka pedas gantikan cili padi merah dengan cili besar. Sebaiknya ikan dori dipotong kecil dan digoreng tepung crispy. Paling penting adalah kuah buttermilk yang berkrim itu. Resepi daripada Ticer Teha di laman Facebook.\n\nIkan dori frozen selain buat fish & chip, boleh masak steam juga. Sedap isi ikan lembut steam dengan bawang putih, halia, daun bawang, dan kicap. Resepi dikongsikan oleh Hadzniza Mahdi di laman Facebook. Senang hidangkan lauk ini, berapa minit saja terus siap.\n\nKenyang makan tengahari dengan tempura dori fish dengan sos carbonara homemade. Carbonara homemade buat sendiri lebih yakin dia punya bahan-bahan. Bagi yang berdiet kalori boleh makan juga. Kuah terpulang pada selera masing-masing, kalau ingin buat kuah cair tapi banyak, maka lebihkan air, kalau ingin kuah banyak tapi pekat tambahkan bancuhan tepung. Resepi Mieza Famiza di laman Facebook.\n\nCheese Mozarella Baked Fish With Pandan Leaves\n\nKita datangkan satu menu ala western pula. Kita pakai mozzarella cheese supaya kesan western tu menjadi. Paling penting kena buang hanyir ikan dulu secara rendam dengan tepung gandum dan jus lemon. Ciri masakan ini kena letak daun pandan, satu rumah bau harum daun pandan bila bakar dalam oven. Jom cubakan resepinya oleh Mastura Mukhtar di laman Facebook.\n\nApa rasanya ikan dori masak sup? Biasanya akan hanyir sedikit. Jadi cik Suhana Osman masukkan sedikit minyak bijan, fuhh naik terus bau dia. Makan panas-panas dengan nasi panas memang lega rasa sakit perut. Resepi campak campak sahaja namun lazat, sila cubakan.\n\nIkan dori masak plum ini dia guna sos plum dan bahan main agak-agak saja. Rasa dia jangan bimbang, memang sedap. Sebenarnya senang saja kalau nak masak ikan dori, banyak sangat resepi-resepi yang berbaloi cuba, antaranya resepi baharu yang dikongsikan oleh Ana Nurul Farhana di laman Facebook.\n\nResepi sambal kering dori ala Norliza Bahari di laman facebook amat memikat selera. Pasalnya sambal ini guna serai yang ditumis garing sehingga menghasilkan bau khas. Bau serai inilah yang jadikan rasa sambal merecik lupa dunia. Ikan dori pula tidak perlu diapa-apakan dulu terus masuk sahaja. Mudah bukan?\n\nSelain resepi di atas, kami juga telah menulis resep lain yang tidak kalah sedap dan menarik. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Orang melayu sememangnya terkenal dengan pantang larang dalam hidupan seharian. Dalam setiap langkah kehidupan ada sahaja pantang larang yang dipesan agar diikuti. Salah satu daripada pantang larang yang popular ialah perkara yang perlu dielakkan semasa datang haid. Ada banyak pantang larang ketika haid yang telah disampaikan secara turun temurun sejak zaman nenek moyang kita dulu.\n\nBagi kita yang berada dalam zaman serba moden dan canggih, pastinya ada pantang larang yang kelihatan mengarut dan tidak berasas namun tahukah anda bahawa ada juga pantang larang yang logik dan masih berasas yang tak rugi kalau kita amalkan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang pantang larang ketika haid yang semua wanita kena tahu.\n\nJangan minum air ais, air bergas, dan air kelapa\n\nIni adalah pantang larang ketika haid yang paling popular dan kerap kita dengar. Menurut kepercayaan orang tua-tua, semua minuman sejuk dan berais tidak boleh diminum semasa haid kerana boleh menyebabkan darah haid menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim. Apa yang lebih menggerunkan, dikatakan selepas 5 hingga 10 tahun, darah yang terlekat pada rahim akan menyebabkan kita terkena kanser rahim.\n\nMinuman bergas seperti coca-cola dan pepsi pula dikatakan akan menghalang aliran darah haid lalu menyebabkan ada darah yang tertinggal dalam rahim. Tidak keluar habis. Malah air kelapa juga tidak boleh diminum ketika sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim kita menjadi sejuk.\n\nJika dibaca secara umum, pastinya kita akan merasakan bahawa pantang larang ini adalah mengarut dan tidak relevan. Namun ketahuilah bahawa air bergas sememangnya tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi. Sememangnya ia tidak baik untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kegemukan.\n\nOrang tau menghalang kita daripada mencuci rambut ketika haid kerana pada waktu itu liang kepala sedang berada dalam keadaan terbuka dan boleh menyebabkan kita mengalami sakit kepala akibat \u00a0kepala dimasuki angin. Jika ingin mencuci rambut, orang tua berpesan agar kita mandi dengan air panas dan segera keringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut. Malah kita juga digalakkan untuk mengelakkan mandi air sejuk semasa datang haid.\n\nUntuk pantang larang ini, kami berpendapat bahawa islam adalah agama yang mementingkan kebersihan. Jika kita menuruti pantang larang ini dan tidak mencuci rambut lalu menyebabkan rambut kita berbau dan berasa tidak selesa, ianya bukanlah satu pilihan yang bijak.\n\nJangan makan timun ketika datang haid\n\nOrang duulu-dulu cukup menjaga pemakanan semasa datang haid. Di antara makanan yang menjadi pantang semasa datang haid ialah timun kerana dikatakan getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid melekat di dinding rahim. Malah timun juga dikatakan sejuk dan bole menyebabkan rahim menjadi sejuk dan kembang. Setakat ini belum ada kajian yang membuktikan kebenaran dakwaan ini. Terpulang kepada anda sama ada ingin mengikuti pantang larang ini atau pun tidak.\n\nKetika haid tubuh tidak boleh terhantuk, terjatuh, dan terpukul dengan benda keras terutama bahagian perut\n\nSatu lagi pantang larang semasa haid yang selalu kita dengar ialah elalkan daripada terhantuk, terjatuh, atau terpukul dengan benda keras terutamanya di bahagian perut semasa kita sedang datang haid. Ini kerana kononnya semua itu boleh menyebabkan kita muntah darah lalu menyebabkan rahim terluka. Dari segi perubatan, kesemua pantang larang yang disebut sememangnya boleh menjejaskkan dan membahayakan kesihatan. Oleh itu tak salah rasanya kalau kita ikut pantang larang ini sebagai langkah berjaga-jaga.\n\nJangan makan panadol atau ubat tahan sakit ketika haid\n\nOrang zaman dulu cukup pantang kalau ada yang makan panadol atau ubat tahan sakit jika senggugut. Makan panadol atau ubat tahan sakit semasa haid akan menyebabkan kita senang keguguran. Kita digalakkan untuk bertungku dan minum air suam untuk mengatasi masalah senggugut yang dialami.\n\nDari segi perubatan, apa pun ubat yang diambil perlulah diambil secara bersederhana. Kebergantungan kepada panadol dan ubat tahan sakit boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, kami berpendapat bahawa pantang larang yang satu ini adalah sangat relevan. Tak rugi kalau kita ikut.\n\nJangan masuk masjid dan surau semasa haid\n\nZaman dulu-dulu, orang perempuan yang sedang haid dianggap kotor dan tidak dibenarkan untuk masuk ke masjid dan surau yang merupakan tempat suci dalam agama islam. Itulah sebabnya dulu-dulu, Cuma wanita yang sedang suci dari haid sahaja dibenarkan masuk ke masjid dan surau.\n\nPada pendapat kami, larangan waita haid daripada masuk ke masjid dan surau adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran dan darah haid melekat di lantai memandangkan pada zaman dahulu wanita menggunakan kain yang dicuci berulang-kali sebagai lapik seluar dalam. Penggunaan kain menyebabkan darah haid mudah bocor lalu mengotorkan lantai.\n\nZaman sekarang, kita menggunakan tuala wanita yang sangat baik untuk menyerap darah haid dan kebocoran adalah sanbat sukar untuk berlaku. Oleh itu, pada kami tiada salahnya untuk wanita yang sedang haid untuk masuk ke masjid atau surau asalkan sentiasa memastikan tidka berlaku kebocoran dan mengotorkan lantainya.\n\nItulah dia info tentang pantang larang ketika haid kena tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang darah haid berketul, perbezaan darah haid dan istihadah, dan mengapa wanita muslim tidak dibenarkan beribadat semasa haid"
"Medan merupakan pintu masuk utama ke seluruh Sumatera Utara. Ia merupakan di antara destinasi perlancongan yang menjadi pilihan utama pelancong Malaysia ke Imdonesia. Jom kami kongsikan 14 tempat menarik di Medan yang membuatkan pelancong Malaysia suka ke sana.\n\nDanau Toba merupakan ikon utama Medan. Tak lengkap percutian anda di Medan kalau tak pergi ke tasik ini. Ia merupakan tasik yang paling besar di Indonesia dan merupakan sebuah kawah gunung berapi. Kedalamannya ialah 1600 meter, jangan sesekali anda terjun ke dalam tasik ini.\n\nBerastagi merupakan lokasi percutian hujung minggu kegemaran masyarakat Medan. Di Berastagi terdapat banyak bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Selain itu, ia juga terkenal dengan keindahan dua gunung berkembar. Jika anda sukakan cabaran lasak seperti mendaki gunung, gunung berkembar ini merupakan pilihan yang tepat untuk dikunjungi di Medan.\n\nDanau Linting adalah salah satu tempat menarik di Medan dan merupakan tasik hijau semulajadi. Tempat ini menjadi lokasi yang terbaik untuk beristirehat di waktu petang. Seronok berbuai di pinggir tasik ini, pengalaman yang tiada di tempat lain.\n\nIni adalah tempat menarik di Medan yang sungguh unik.\u00a0 Tinggi Raja merupakan rahsia yang tersimpan dengan amat baik di Sumatera Utara. Tinggi Raja merupakan mata air panas semulajadi yang telah mengeras membentuk salji suam yang diperbuat daripada kalsium karbonat.\n\nTjong A Fie merupakan\u00a0antara penduduk pertama berketurunan Tionghua di Kota Medan yang mana rumah agamnya dibina pada tahun 1900. Terletak di Jalan Kesawan, rumah ni dibuka pada pengunjung pada tahun 2009. Tjong A Fie merupakan bisnesman yang cukup terkenal di Sumatra Utara. Berlatarkan kesenian dari Negara China, tiket masuk ke Tjong A Fie ni dikenakan sebanyak Rp 35,000.00 seorang atau lebih kurang Rm 11.00.\n\n6. Kedai Kain dan Telekung Wajir\n\nSeterusnya kita ke tempat untuk shopping pula. Kedai kain ni terletak di Jalan Wajir. Kami cadangkan anda membeli-belah di sini kerana anda akan lebih selesa\u00a0 kerana kedainya yang tertutup menyebabkan para peminta sedekah dan penjual cenderamata tak dapat masuk dan mengerumuni anda.\n\nTaman Ulos terletak di hadapan Lapangan Terbang Kualanamu. Taman ini dibuat mengikut corak kain tradisional kaum batak di Medan, iaitu kain Ulos. Taman bunga ini disusun mengikut warna kain Ulos tersebut.\n\nIstana lama zaman Kesultanan Deli ini dibina pada zaman Sultan Deli Makmun Al Rashid Perkasa Alamsyah pada tahun 1888. Merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong atau wisata Kota Medan disebabkan keunikan senibinanya. Lokasi di Jalan Brigjen Katamso dan tak jauh dari Hotel Madani.\n\nIstana ni dibuka setiap hari dan bayaran masuk ialah Rp 5000.00 atau lebih kurang Rm 1.50. Di sini jugak banyak gerai-gerai cenderamata yg menjual pelbagai jenis cenderamata dari keychain, t-shirt, dompet, ukiran kayu,\u00a0 fridge magnet ,songket,songkok, kain batik/pelikat, rehal, ayat-ayat Al-Quran\u00a0dan sebagainya.\n\nJangan malu untuk tawar menawar sehingga mendapat harga yang anda kehendaki.\n\nTerletak di Jalan Candi Mendut, Fashion Outlet\u00a0 merupakan kedai pakaian yang telah direject dari kilang tapi masih dalam keadaan baik dan dijual dengan harga yang murah.\u00a0 Di sebelah Kedai Fashion Outlet ni juga terdapat butik Polo, Adidas dan Nike.\n\nGunung Sibayak terletak 1 jam 30 minit perjalanan dari bandar. Sesuai untuk kaki hiking. Cuma satu jam sahaja untuk sampai ke puncak. Kalau nak melihat matahari terbit, boleh mula hiking pada jam 4.00 pagi. Jika cuaca mengizinkan anda boleh lihat Gunung Sinabung meletuskan debunya dan lahar dari puncak Gunung Sibayak seperti yang kami dapat tengok pada tempohari.\n\nMerdeka Walk merupakan lapangan kuliner yang dipenuhi deretan kedai makanan dari makanan tempatan hingga ke makanan barat. Ia dibuka mulai pukul 6 petang hingga ke tengah malam. Lebih meriah pada malam minggu yang mana pelanggan akan dihiburkan dengan live band dan juga beberapa pertunjukkan lain.\n\nWalaupun di sini harga makanan sedikit mahal berbanding tempat lain tetapi suasana yang disajikan memberi lebih kepuasan pada pelanggan.\n\n12. Kedai Rika Bika Ambon & Kuih Lapis Legit\n\nAntara makan tradisional tempatan yg selalu dibawa pulang oleh pelancong yang pergi ke Medan adalah Bika Ambon, Kek Lapis Legit dan juga Bolu (bahulu). Di sini jugak ada dijual Kopi Luwak. Kuih bika dan kuih lapis saiz besar (8\u00d78\u2033) berharga antara 80 \u2013 85k rupiah. Saiz kecil berharga 40\u00a0 \u2013 45k Rupiah, separuh saiz daripada yang besar. Harga mengikut perisa dan saiz.\n\nIa merupakan air terjun yang terhasil dari letusan gunung berapi yang membentuk Tasik Danau Toba beberapa juta tahun dulu. Airnya mengalir terus ke Danau Toba.\u00a0Merupakan air terjun tertinggi di Indonesia. Kesegaran berada di bawah air terjun ini dan peluang melihat pelangi di bahagian bawah air terjun ini pastinya menjadi kenangan yang tak dapat anda lupakan.\n\nAir terjun Teroh Terohdan kolam abadi terkenal dengan aktiviti body rafting. Anda wajib pakai life jacket dan akan melalui beberapa jeram amat deras dan dalam. Jangan bawa alat elektronik jika anda tiada beg kalis air (dry bag). Anda pasti basah kuyup.\n\nItulah dia 14 tempat menarik di Medan yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Menarik kan? Jom kita bercuti ke Medan.\n\nKami harap anda sukakan senari tempat menarik di Medan, tidak kisalah sama ada pantai di Medan ataupun tempat yang lain. Selain tempat di Medan, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan."
"Sesiapa yang bosan makan nasi bolehlah cubakan resepi ini. Resepi makaroni goreng pedas basah yang akan kami kongsikan kali ini.\n\nJika biasanya makaroni dimasak dengan pes carbonara atau marinara atau bolognese, kali ini kita akan menjamu selera dengan makaroni goreng pula.\n\nSemestinya resepi ini menarik kerana makaroni diolah dengan cara goreng pedas. Di mana ia digoreng dengan bawang, cili dan rempah lain sehingganya memberikan citarasa makaroni baharu yang berminyak dan pedas.\n\nTentunya macaroni harus direbus terlebih dahulu supaya semasa digoreng ianya tidak keras dan kering. Dengan resepi yang dibawakan oleh Maznera Suri di laman Facebook ini konfirm anda tidak menyesal. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi makaroni goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Siapa suka kambing? Siapa pernah rasa sup kambing mamak seperti nasi kandar Pelita?\n\nKerana rindu akan sup kambing nasi kandar Pelita nun jauh di sana, terpaksa buat sup kambing sendiri.\n\nResepi sup kambing ala mamak sedap ini telah dikongsikan oleh Bunga Lavender di laman Facebook. Resepi dengan perkongsian ramai ini patut anda cubakan.\n\nMulai sekarang tidak pening lagi untuk memikirkan menu masak kambing. Resepi sup kambing mamak boleh menjadi hidangan yang menarik untuk dihidangkan. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sup kambing, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Apakah anda suka membuat burger? Jika ya, bagaimana anda menyediakan daging burger kesukaan anda? Apakah anda beli daging burger yang siap beli di kedai? Baiknya mulai sekarang anda tidak perlu beli daging burger segera itu kerana tidak pasti kualiti dagingnya bagus atau tidak.\n\nTahukah anda bahawa ada cara mudah supaya anda boleh mendapatkan daging burger yang berkualiti dan dijamin kesihatannya. Iaitu dengan cara buat sendiri daging burger. Buat sendiri lagi jimat, sedap dan berkualiti.\n\nPerkongsian kami kali ini iaitu tentang cara membuat daging burger yang bahkan lebih sedap dibandingkan daging burger di kedai. Langkah-langkah membuatnya juga sangat mudah. Hanya perlu blend daging sampai hancur bersama dengan rempahnya.\n\nResepi daripada\u200e Sue Faizah\u200e di laman Facebook ini sangat mudah dan konfirm menjadi. Sudah banyak yang cuba buat resepi ini di rumah. Memang lebih puas, boleh adjust rasa dan kualiti daging pun dijamin bagus. Sila tengok resepinya.\n\nPilihan 1. Terus masukkan daging yang dibentuk tadi ke dalam freezer (dalam setengah jam hingga sejam). Kalau sudah keras sedikit boleh ambik dan pack untuk disimpan. Atau,\n\nPilihan 2. Kukus dahulu sebentar dalam setengah minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok, kalau kukus telalu lama daging akan kurang juicy bila kita masak nanti). Lepas itu boleh terus pack untuk frozenkan.\n\n*Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam.\n\nSelain resepi daging burger, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ikan siakap merupakan ikan yang digemari ramai. Isinya yang banyak, padat dan lemak manis sangat sesuai dijadikan menu istimewa buat keluarga. Ikan siakap sesuai dimasak untuk pelbagai menu seperti masak pedas, 3 rasa, stim, gulai, dibakar mahupun digoreng.\n\nIkan siakap sangat mudah didapati di pasar sebagai bahan-bahan mentah kerana ikan ini mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat tempatan. Jika kita makan di restoran, harganya mencecah puluhan ringgit bagi seekor ikan bergantung pada saiz dan berat ikan. Jika dibeli sendiri di pasar atau di pasar raya, harganya jauh lebih murah yang kadang-kadang tak sampai pun RM10 ringgit. Sungguh jimat bukan?\n\nMenu lazim dan menjadi pilihan untuk ikan siakap adalah masakan 3 rasa. Ikan siakap 3 rasa sangat sedap dimakan di segenap lapisan umur kerana kuahnya melengkapi semua rasa manis, masam, masin dan boleh diubah tahap kepedasan mengikut kesesuaian masing-masing yang tidak menjejaskan rasanya pun.\n\nJadi, kali ini kami kongsikan satu resepi yang telah diupload oleh saudari Afy Al Habibi di Facebook. Ikan siakap 3 rasa yang dikongsi beliau ini cukup memukau beraurora sekali! Jom kita mencubanya.\n\nIkan siakap yang dibelah ala fillet (lebih rangup dan sedap)\n\nBahan perapan ikan (ditumbuk):\n\u2013 2 hiris halia\n\u2013 3 ulas bawang putih\n\u2013 1/2 sudu kecil garam\n\nBahan lain untuk ikan:\n\u00be sb tepung jagung\n\nBahan kuah 3 rasa (dipotong):\n\u2013 1/2 biji bawang merah- dadu\n\u2013 1/2 biji bawang Holland- dadu\n\u2013 2 ulas bawang putih \u2013 dadu\n\u2013 2 helai daun limau purut\n\u2013 2 hiris halia- hiris memanjang\n\u2013 3 tangkai cili padi merah\n\u2013 1 tangkai cili besar hijau\n\u2013 1 batang serai- hiris serong\n\u2013 1 hiris nanas- hiris dadu\n\nBahan kuah 3 rasa (dikisar):\n\u2013 1/2 biji bawang merah\n\u2013 1/4 biji bawang Holland\n\u2013 1 ulas bawang putih\n\u2013 1/4 sudu kecil ketumbar& jintan putih\n\u2013 2 hiris nipis serai\n\u2013 1/4 hiris nipis halia\n\nBahan lain untuk kuah 3 rasa:\n-1 \u00bd senduk cili kering kisar\n\u2013 1 senduk cili sos Life\n\u2013 1 sb sos tiram\n\u2013 \u00be gelas air asam jawa (secubit asam jawa + 3/4 gelas air)\n\u2013 1 3/4 sudu besar gula\n\u2013 3/4 sudu kecil garam\n\u2013 1/2 sudu besar perencah Hilal\n\n1. Perapkan ikan siakap dengan bahan-bahan perapan selama lebih kurang setengah jam\n2. Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan menjadikan isinya lebih rangup.\n3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak\n4. Setelah garing di kedua-dua belah, angkat dan toskan. Letak tepi.\n5. Gunakan sedikit minyak gorengan ikan siakap tadi untuk menumis. Masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.\n6. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.\n7. Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.\n8. Tambahkan 1 senduk cili sos Life dan 1 sudu besar sos tiram.\n9. Masukkan air asam jawa dan kacau sekata dengan api sederhana perlahan.\n10. Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal. Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.\n11. Akhirnya masukkan potongan nenas sebelum ditutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi.\n12. Siap! Sedia untuk dicurahkan kuah ini ke atas ikan siakap yang telah siap digoreng tadi.\n13. Hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis.\n\nSelain resepi Ikan masak 3 rasa yang beraurora ini, kami juga banyak memaparkan koleksi resepi-resepi lain di laman blog kami ini. Dijemput untuk mencuba kesemua resepi-resepi kami ini. Dan jangan lupa untuk tekan LIKE dan SHARE ya!"
"Namimah disebut dalam bahasa mudahnya sebagai bergossip, menyebar khabar angin dan mengadu domba. Adakah ianya dilarang daam Islam? Jawapan ya!\n\n\u201cDan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, yang sangat enggan berbuat baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa\u201d.\n(Al-Qalam: 10-12)\n\nDi antara bahaya lisan yang tak boleh dihiraukan adalah namimah, atau dikenal dengan istilah mengadu domba. Namimah ini sama dengan rasa benci dan permusuhan. Mungkin sebahagian dari kita yang mengetahui bahaya namimah akan mengatakan,\n\n\u201cAh, saya tak mungkin berbuat demikian.\u201d\n\nNamun, jika kita tidak benar-benar menjaga hati dan lisan ini, kita akan mudah tergelincir. Apalagi ketika rasa benci dan hasad dengki telah memenuhi hati. Bahkan, saat kita menjaga lisan ini dari namimah, tanpa disedari kita terpengaruh oleh namimah yang dilakukan seseorang.\n\nJangan pernah ada rasa tidak suka atau rasa dengki kita kepada seseorang yang menjadikan kita berlaku jahat dan berlaku tidak adil kepadanya, termasuk berbuat nam\u00eemah. Sebab, betapa banyak perbuatan namimah yang terjadi kerana timbulnya rasa dengki di hati.\n\nApalagi kepada saudara sesama Islam, hendaknya kita tidak menyimpan rasa dengki. Dengki dan mengadu domba adalah akhlak tercela yang dibenci Allah kerana boleh menimbulkan permusuhan, sedangkan Islam memerintahkan agar umatnya bersaudara dan bersatu seperti bangunan yang kukuh.\n\n\u201cJanganlah kalian saling mendengki, saling membenci, saling bermusuhan, dan janganlah kamu menjual barang serupa yang sedang ditawarkan saudaramu kepada orang lain, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara\u201d.\n(Hadith Riwayat Muslim)\n\n\u201cTidak akan masuk surga, orang yang qattat (yakni ahli namimah)\u201d.\n(Hadith Riwayat Al-Bukhari dari Hudzaifah)\n\nBerusahalah dengan sungguh-sungguh untuk menjaga lisan dan menahannya dari perkataan yang tak berguna, apatah lagi dari perkataan yang menyebabkan saudara kita rasa disakiti dan dizalimi. Bukankah mulut seorang mukmin tak akan berkata kecuali yang baik.\n\nSemoga Allah senantiasa melindungi kita dari kejahatan lisan kita dan tak memasukkan kita ke dalam golongan manusia yang rugi di akhirat disebabkan tidak menjaga lisan.\n\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u0645 \u0625\u0646\u064a \u0627\u0639\u0648\u0630 \u0628\u0643 \u0645\u0646 \u0634\u0631 \u0633\u0645\u0639\u064a \u0648\u0645\u0646 \u0634\u0631 \u0628\u0635\u0631\u064a \u0648\u0645\u0646 \u0634\u0631 \u0644\u0633\u0627\u0646\u064a \u0648\u0645\u0646 \u0634\u0631 \u0645\u0646\u064a\n\nYa Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan pendengaranku, penglihatanku, lisanku, hatiku, dan kejahatan maniku.\n\nSama samalah kita berlindung kepada Allah swt."
"Ikan keli merupakan antara lauk kegemaran rakyat Malaysia. Namun begitu, ada sebahagain orang yang kurang suka keli kerana ianya agak hanyir dan licin bila dibersihkan. Padahal bau hanyir tersebut boleh hilang bila ikan dibersihkan dengan betul, caranya ada di SINI. Ikan keli biasanya digoreng berlada, dibakar, asam pedas, dan yang paling terkenal sekarang ialah keli masak cekur. Tidak sabar ingin tahu resepi sedap keli lain? Sila cubakan 10 resepi keli yang menarik.\n\n1. Ikan Keli Bakar Masak Cekur @ Pecal\n\nMenu satu ini merupakan carian tertinggi di laman sesawang. Rasanya yang sedap dan wangi buatkan ramai orang menyukainya. Ikan keli harus disalai dulu dan jangan lupa cekur ialah bahan utama tidak boleh terlepas pandang. Resepi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook.\n\n2. Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api\n\nMenu makan tengah hari dengan ikan keli salai masak lemak cili api. Rasa lemak pedas dia sangat sempurna jadi lauk makan tengah hari. Rugi kalau tidak cuba resepi yang dikongsikan oleh Huda Binti Safiei di laman Facebook.\n\nWalaupun tampaknya guna banyak bahan tapi resepi ini tidak renyah. Keli masak taucu mampu bangkitkan selera makan. Rasa pedas, manis yang sesuai amat menyelerakan bila dimakan bersama nasi putih. Ayuh cubakan resepi keli masak taucu oleh Mak Yang di laman Facebook.\n\n4. Ikan Keli Goreng Berlada Berapi\n\nResepi ini amat mudah dan sesuai untuk anda yang suka masakan kampung. Kepedasan menu ini mengikut selera anda. Tapi yang pastinya sekali cuba makan mesti teringin lagi. Resepi dikongsikan oleh Dayah Mamat di laman Facebook.\n\nKeli percik merupakan satu antara resepi keli yang sedap. Zaky Mat Ali berkongsi resepi keli percik yang gerenti lazat dan tidak hanyir. Kuah perciknya sedap dan menyelerakan sangat mari cubakan.\n\n6. Ikan Keli Cili Hijau Bali\n\nKuantiti resepi berikut adalah untuk 4 ekor ikan keli. Jika anda bingung masak apa maka ikan keli cili hijau ialah pilihan tepat. Lauk ini dimakan dengan nasi putih panas, ulam-ulaman, lagilah sedap. Resepi oleh Noor Khadijah di laman Facebook.\n\n7. Ikan Keli Masak [email\u00a0protected]\n\nRamai yang tidak tahu keli masak kari. Ramai yang tanya lembik kah? Hanyir kah? Tidak perlu risau kerana rasa dia tidak hanyir pun. Bahkan tidak perlu salai dulu. Ayuh baca resepi di bawah dikongsikan oleh Akma Laily Nayan di laman Facebook.\n\n8. Ikan Keli Masak Asam Pedas\n\nMasak asam pedas ikan keli guna resepi yang dikongsikan oleh Adib Aufa di laman Facebook. Gerenti ikan tidak akan hanyir kerana guna asam [email\u00a0protected] yang lunturkan licin dan hanyir ikan. Menu ini sedap jadi lauk tengah hari. Ayuh cubakan.\n\nSedapnya ikan keli bakar makan dengan nasi putih. Tidak lupa gandingkan dengan air asam yang merangsang selera. Azirah Hj Rahim berkongsi resepi ikan keli bakar segar di laman Facebook. Kalau anda tengah berdiet baiknya jangan tengok resepi ini.\n\nIngat ikan patin sahaja masak tempoyak? Ikan keli pun boleh juga. Masak pedas kaw-kaw lagi sedap. Resepi ikan keli masak tempoyak dikongsikan oleh Yam Aniss di laman Facebook. Resepi mudah dan lazat, sedap pula hirup kuahnya.\n\nSelain ikan keli, kami juga menulis resepi kumpulan lain yang mendapat perkongsian ramai dan mudah untuk anda cuba. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Setiap wanita tentunya pernah mengalami walau sekali masalah pada alat sulit atau vagina. Masalah keputihan misanya merupakan salah satu masalah yang kerap dan popular dihadapi oleh kebanyakkan wanita di seluruh dunia.\n\nStatistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual.\u00a0\n\nNamun yang menyedihkan adalah masih tidak ramai yang tahu akan implikasi keputihan kepada kesihatan diri.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai jenis makanan punca keputihan bagi kaum wanita yang perlu dielakkan dari makan. \n\nKeputihan (Fluor Albus atau Leukore) adalah satu keadaan yang berlaku pada wanita di mana keluarnya lendir berwarna putih atau seakan-akannya dari lubang faraj.\u00a0\n\nKeputihan berlaku untuk membuang sel-sel lama dan serpihan, memastikan faraj dan saluran pembiakan dalam keadaan bersih serta sihat.\n\nJumlah keputihan yang keluar dikatakan berbeza-beza bagi setiap orang. \n\nTambahan lagi, dari segi warna, konsistensi dan jumlah juga boleh berubah dari hari ke hari bergantung pada kitaran haid seseorang.\n\nSecara umumnya, terdapat empat faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah keputihan wanita ini. Berikut adalah antara penyebabnya:\n\nKeputihan terbahagi kepada dua jenis iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Untuk pengetahuan anda, keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit.\u00a0\n\nManakala, keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.\u00a0\n\nJadual di bawah ini menunjukkan perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis keputihan:\n\nMakanan punca keputihan yang pertama adalah makanan yang mengandungi tinggi lemak. Makanan yang tinggi lemak bukan sahaja boleh menyebabkan kegemukan, malah memberi ancaman kepada kesihatan diri.\n\nLemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain.\n\nTerlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat. \n\nKeadaan salur darah tersumbat inilah yang akan menyebabkan berlakunya strok dan serangan jantung selain keputihan bertambah teruk. \n\nAlkohol bukan sahaja menjadi makanan punca keputihan. Ia bahkan memang memberi kesan yang negatif kepada kesihatan tubuh badan pada keseluruhannya. \n\nPengambilan alkohol bagi wanita tidak dinafikan akan mempengaruhi kesihatan organ wanita. Ia menyebabkan vagina menjadi kering dan gatal. \n\nMusuh utama yang terdapat dalam makanan manis adalah kandungan gulanya yang tinggi. Menurut pakar Obstetric dan Gynecology, gula yang tinggi ini boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria pada vagina.\n\nBukan itu sahaja, pengambilan kadar gula yang tinggi ini juga boleh menjadikan keputihan berubah gatal dan berbau tidak menyenangkan.\n\nMalah akan lebih teruk lagi sekiranya kawasan vagina selalu lembap dan basah. \n\nMakanan bergoreng berpotensi besar menyebabkan jangkitan bakteria pada organ wanita semakin parah.\n\nHal ini kerana makanan punca keputihan seperti ini membuatkan tubuh tidak dapat zat gizi yang mencukupi seperti mana yang disarankan oleh doktor.\n\nMakanan punca keputihan yang terakhir adalah makanan yang pedas. Sebahagian besar masyarakat Melayu memang tidak boleh lari dari makan sambal untuk sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam.\n\nRingkasnya, sambal ini sudah menjadi menu wajib di atas meja makan lebih-lebih lagi bagi yang suka masakan ala kampung.\u00a0\n\nNamun pengambilan makanan yang pedas seperti itu perlulah berpada-pada. \n\nKesimpulannya, penjagaan pemakanan yang baik menjadi salah satu langkah pencegahan daripada penyakit keputihan. Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. \n\nDiharapkan semoga perkongsian kami mengenai jenis-jenis makanan punca keputihan ini dapat membantu anda dalam menangani masalah yang disebabkan oleh kewanitaan. \n\nSelain dari panduan makanan punca keputihan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kesihatan wanita seperti:"
"Ramai ibu bapa yang menggunakan akaun Tabung Haji untuk membuat simpanan kewangan anak. Tambah-tambah lagi bila tiba hari raya, duit-duit raya anak semuanya akan dimasukkan ke dalam akaun tabung haji anak. \n\nDuit simpanan anak ini akan digunakan untuk pendidikan anak, keperluan anak suatu masa nanti dan juga untuk menunaikan umrah dan haji. Anda tidak perlu risau, sebenarnya duit dari akaun Tabung Haji ini boleh anda keluarkan pada bila-bila masa untuk kegunaan anak anda suatu masa nanti.\n\nJangan biarkan anak anda tiada simpanan dari kecil, inilah masa yang sesuai untuk anda terapkan sikap menabung dalam diri anak anda. Cukup sahaja tabungnya penuh, masukkan ke dalam akaun tabung haji mereka. Anda sendiri haruslah jujur dan berdisiplin dalam membuat simpanan ke akuan tabung haji anak.\n\nCara Buka Akaun Tabung Haji Anak\n\nCara buka akaun tabung haji anak tidaklah sukar seperti anda fikirkan. Mengikut perkongsian dari Puan Nora Nija, ia sememangnya mudah dan perlu dilakukan sejak awal lagi. Dari anak masih bayi lagi, anda sudah boleh mendaftar akaun tabung haji anak sebenarnya. \n\nSebelum Ke Tabung Haji, Jangan Lupa Sediakan Dokumen Ini:\n\nSediakan dokumen penting sebelum pergi ke Tabung Haji, tanpa dokumen penting ini, kemungkinan proses membuka akaun anak anda di tabung haji tidak dapat dilaksanakan. Perkara penting yang perlu dibawa adalah:\n\nAmbillah nombor giliran dahulu sebelum nama anda dipanggil ke kaunter untuk apa jua urusan. Selalunya, staff tabung haji akan berikan anda borang dahulu untuk diisi sebelum ke kaunter. Selepas mengisi borang, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga dipanggil.\n\nBorang Yang Perlu Anda Isi Adalah:\n\n1. Slip simpanan wang2. Borang maklumat ahli3. Borang Usaha Wajar Pelanggan Lebih Lanjut (ECDD)\n\nPastikan borang diisi dengan betul dan tidak salah isi borang. Baca dahulu borang yang diberikan. Takut-takut diberikan borang untuk orang dewasa pula. Selepas siap isi, tunggu nombor giliran anda.\n\nCap jari adalah perkara wajib yang diperlukan untuk urusan buka akaun Tabung Haji anak. Pastinya cap jari anda yang diperlukan kerana penjaga atau waris bertanggungjawab 100% untuk akaun anak ini. Apabila anak anda sudah berumur 18 tahun, mereka akan ditukarkan kepada akaun dewasa.\n\nBeberapa minit kemudian, urusan buka akaun tabung haji anak anda akan selesai. Anda boleh memasukkan duit simpanan mereka di akaun tersebut. Sekiranya simpanan melebihan RM 1,300, anda layak mendaftar haji sekaligus untuk anak anda. Tahun peruntukan untuk anak anda pergi haji juga akan ditulis di dokumen. \n\nSekiranya anda juga ingin daftar haji, pastikan akaun 1 KWSP anda melebihi RM 1,300. Anda perlu sertakan slip KWSP yang terkini untuk rujukan pihak Tabung Haji.\n\nCara Masukkan Duit Ke Akaun Tabung Haji Anak\n\nApabila sudah ada akaun tabung haji anak, anda boleh menyimpan duit ke dalam akaun tersebut. Bagaimana nak buat simpanan akaun tabung haji anak? Adakah anda perlu ke tabung haji atau mana-mana bank untuk masukkan duit?\n\nMemang boleh, tetapi anda juga boleh masukkan duit secara online atau internet banking sahaja. Jom lihat cara masukkan duit ke akaun tabung haji anak secara online.\n\nLangkah Pertama Wajib Buat \u2013 Daftar Di ATM\n\nBagi membolehkan anda membuat pembayaran secara online, anda harus mendaftar dahulu akaun Maybank anda untuk link ke akaun tabung haji. Sekiranya tidak mendaftar, tiada menu pembayaran ke akaun tabung haji dalam internet banking anda.\n\nMudah sahaja, anda perlu ke mana-mana ATM Maybank dan masukkan kad ke mesin ATM Maybank. Kemudian, pilih menu Tabung Haji (TH), tekan masuk untuk mendaftar akaun Tabung Haji ke ATM kad anda. Anda perlu memasukkan nombor akaun Tabung Haji di ruang yang disediakan. \n\nRujuk buku akaun tabung haji anda untuk mendapatkan nombor akaun. Anda boleh juga klik pada daftar akaun TH anak di ATM yang tertera. Apabila selesai mengisi nombor akaun dan transaksi berjaya dilakukan, akaun maybank anda sudah bersambung dengan akaun tabung haji. Pendaftaran akaun TH di ATM ini cuma perlu dibuat sekali sahaja untuk mendapatkan akses TH dari online banking Maybank.\n\nCara Simpan Duit Akaun Tabung Haji Anak \u2013 Internet Banking\n\nLogin ke laman web maybank2u.com.my dengan kata laluan yang betul. Masuk ke bahagian pay and transfer dan kemudian anda akan lihat menu sebelah kanan iaitu Tabung Haji. \n\n2. Pilihan Maybank To 3rd Party TH Account\n\nSelepas masuk ke bahagian menu Tabung Haji, klik pilihan Maybank To 3rd Party TH Account. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran ke akaun tabung haji anda sendiri, klik pada Own TH Account.\n\nIsi maklumat pembayaran dengan meletakkan jumlah wang yang betul. Pastikan akaun daripada akaun anda dan akan dihantar kepada akaun Tabung Haji anak anda. Mudah sahaja kan!\n\nItulah dia cara buka akaun Tabung Haji anak dan cara masukkan duit dalam akaun Tabung Haji anak pada bila-bila masa yang anda mahukan. Segalanya berada di hujung jari anda sahaja. \n\nSemoga perkongsian cara buka akaun Tabung Haji dan cara masukkan duit anak ke akaun Tabung Haji ini bermanfaat buat anda. Jemput baca Hadiah untuk ibu dan ayah, Cara pikat hati mertua, Cara atasi sedu bayi dan Panduan urutan bayi."
"Mendapatkan tidur yang berkualiti merupakan perkara paling penting yang anda boleh lakukan demi kesihatan badan.\n\nTidur yang mencukupi memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.\n\nJika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur.\n\nTidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.\n\n#2 Perhatikan Makan Dan Minum Anda.\n\nJangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.\n\nLakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur.\n\nHias bilik tidur dengan gaya yang sesuai untuk tidur seperti lampu tidur yang malap dan warna cat bilik yang menenangkan. Tilam dan bantal yang berkualiti amat penting. Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda.\n\nTidur petang yang panjang boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya terutama penghidap insomnia. Hadkan waktu tidur petang selama 10 hingga 30 minit sahaja dan hanya pada waktu rembang petang.\n\n#6 Lakukan Aktiviti Fizikal Dalam Rutin Seharian Anda.\n\nAktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti serta lebih cepat tidur. Namun, jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.\n\nTekanan terutamanya di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang susah untuk tidur kerana banyak berfikir. Belajar untuk menguruskan tekanan di sekeliling seperti menjadi seorang yang lebih teratur dalam hidup dengan membahagikan perkara yang penting dan kurang penting.\n\nHampir semua orang kadang-kadang mengalami masalah untuk tidur tetapi jika ia terlalu kerap berlaku sehingga mengganggu kualiti hidup, ia mungkin tanda penyakit atau masalah-masalah lain. Dapatkan bantuan doktor.\n\nSemoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua"
"Pastikan kebersihan makanan terjamin ketika hamil. Kebersihan ibu hamil amat penting kerana ianya turut memberi kesan terhadap anak di dalam perut. Kebersihan makanan ketika hamil perlu dititik beratkan oleh ibu mengandung. Jika sistem imun anda tidak berfungsi dengan baik ketika hamil ia akan memudahkan anda dijangkiti kuman. Oleh itu, ia akan menyebabkan anda keracunan makanan seperti mengalami cirit birit dan muntah. Berikut merupakan cara untuk memastikan kebersihan makanan sentiasa terjamin:\n\n1. Membasuh tangan\nAnda perlu mencuci tangan dengan bersih apabila ingin menyediakan makanan. Hal ini penting untuk mengelak kuman merebak dalam makanan tersebut. Tambahan lagi, tangan anda boleh menyimpan kekotoran dan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan berlaku. Cara menyuci tangan betul adalah menggunakan air suam dengan sabun. Cuci sehingga mengeluarkan buih yang bayak dan membasuh pada pergelangan tangan, jati, kuku, ibu cari serta celah jari anda. seterusnya, bilaskan kesan sabun hinggan tangan anda menjadi bersih. Setelah itu, keringkan tangan dengan betul untuk mengelakkan bakteria merebak dengan mudah.\n\n2. Menyimpan makanan pada suhu yang sesuai\nAnda harus pastikan untuk menyimpan makanan pada suhu yang betul untuk mencegah daripada sebarang bakteria. Antara langkah menyimpan makanan dalam suhu yang sesuai adalah apabila membeli makanan sejuk daripada pasaraya, anda hendaklah pulang terus ke rumah dan menyimpannya dalam peti sejuk. Pastikan peti sejuk berada di paras 5 darjah C dan penyejuk beku di bawah -14 darjah C. Selain itu, pastikan makanan betul-betul panas atau sejuk kerana kuman sukakan keadaan yang suam. Antara makanan yang perlu disejukkan dengan betul untuk mengelak bakteria adalah mengandungi yang mengandungi krim seperti kek berkrim, pencuci mulut dan makanan seperti daging dan ayam serta makanan yang mengandungi telur mentah.\n\n3. Masak dengan cara yang selamat\nApabila anda masak, pastikan anda masak sehingga ia menjadi panas dan mengeluarkan wap. Untuk pengetahuan anda, tidak semua arahan pada paket makanan yang tersedia sejuk beku itu tepat keana ketuhar biasa dan ketuhar gelombang adalah berbeza. Jika anda masak danging, pastikan bahagian tengah tidak berwarna merah melainkan anda memasak potongan daging. Selain itu, ketika anda ingin memanaskan makanan pastikan ia panas sehingga ke bahagian dalam. Di samping itu, pastikan makanan beku telah dicairkan sebelum memasaknya.\n\nSemoga tips bertajuk kebersihan ibu hamil ini membantu."
"Bayi sukar tidur lena pasti amat membimbangkan anda. Masa anda juga tidak begitu terurus kerana terpaksa korbankan masa menjaga anak. Tambah-tambah lagi jika anak sukar tidur sehingga tengah malam, bagaimana anda akan mulakan kerja pada pagi esok?\n\nHal ini tidak boleh dibiarkan, ia pasti akan mengganggu tumpuan anda pada keesokan hari. Jangan risau, sudah pasti ada petua untuk memudahkan bayi tidur lena tanpa gangguan dan jagaan pada waktu malam. Petua bayi tidur lena juga bergantung kepada cara anda uruskan bayi anda sebelum tidurkan mereka. Jom lihat petua bayi tidur lena.\n\nBagi memastikan bayi tidur lena, pastikan tempat, keadaan, suasana, susu bayi, pakaian bayi dan juga keadaan ibu bayi diambil peduli. Sebenarnya, faktor-faktor berikut mempengaruhi cara tidur bayi dan kualiti tidur bayi.\n\nSelain daripada petua bayi tidur lena, ada juga amalan doa yang harus anda ikuti. Dengan doa sebelum dan semasa bayi tidur, pastinya bayi akan tidur lena dengan mudah tanpa sebarang gangguan. Doa bayi tidur lena juga disarankan anda amalkan setiap hari walaupun bayi anda sudah tertidur.\n\nBaca selawat Nabi SAW 30x atau 3x dengan niat untuk pujian kepada nabi dan memudahkan urusan anak anda tidur tanpa sebarang gangguan syaitan. \n\nAllaahumma shalli \u2018alaa Muhammad wa\u2019alaa aali Muhammad\n\nAyat kursi harus dibacakan kepada bayi setiap bayi supaya dilindungi daripada makhluk jahat yang lain sehingga pagi. Jangan tinggal ayat ini! Amallah setiap pagi, petang dan malam.\n\nAllah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa\u2019at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)\n\nSurah Al-Qadr dapat memudahkan bayi tidur malam dengan nyenyak. Fadhilat dan khasiat surah ini bukan sahaja dapat mengampunkan dosa selama 40 tahun, tetapi dirahmati dan disayangi nabi. Seronoknya jika diberkati dan disayangi ketika tidur. Oleh itu, amalkanlah surah ini ketika tidurkan bayi.\n\nSesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! \n\n#4 Doa Yang Diajarkan Rasulullah SAW\n\nAt-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma\u2019dan dari Abdul Malik bin Marwan telah meriwayatkan bahawa:\n\nZaid bin Thabit pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakitnya setiap malam iaitu tidak boleh tidur malam (insomnia). Rasulullah SAW kemudian mengajarnya doa ini. Beliau akhirnya dapat tidur nyenyak dengan mengamalkan doa ini sentiasa.\n\n\u201cYa Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.\u201d\n\nAl-Fatihah adalah surah terhebat di antara semua surah. Awalkan bacaan anda dengan Al-Fatihah dahulu sebelum membaca doa-doa lain. Bacalah dengan nada dan niat yang betul. Sesungguhnya Allah SWT akan membantu apa yang anda inginkan termasuklah bayi tidur dengan lena.\n\nMembaca surah Al-Ikhlas dapat menjaga anda daripada 3 perkara ini iaitu kesihatan, kesukaran dan hajat. Bacalah doa ini agar bayi tidur lena dan tidak meragam lagi. Kesakitan atau ketidak selesaan bayi akan diatasi dan bayi akan mudah tidur lena.\n\nZikir seperti Subhanallah, Allahuakhbar dan Alhamdulillah juga boleh anda amalkan untuk bayi tidur lena. Di samping mendapat pahala, anak juga akan diberkati dan dipermudahkan.\n\nItulah dia 7 jenis doa untuk bayi tidur lena yang sesuai diamalkan setiap malam. Walaupun doa-doa ini sering kita dengari, sebenarnya ia mempunyai zat yang cukup kuat dan banyak. Jemput baca Tahnik Bayi, Senarai rumah anak yatim mengikut negeri dan Cara simpan susu ibu yang betul."
"Membentuk keluarga ibarat membina sebuah negara. Kalau tidak mana mungkin wujud tagline \u2018Keluarga Bahagia, Negara Sejahtera\u2019. Keluarga merupakan unit asas yang membentuk masyarakat yang harmoni.\n\nMasih terngiang-ngiang akan kata-kata seorang ilmuwan Islam iaitu andai kita ingin lihat hancurnya sebuah negara itu, lihatlah kepada asas pembentukkan keluarga ummah tersebut. Bertapa pentingnya untuk kita membentuk sebuah keluarga yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.\n\nMari kita lihat beberapa tips yang dikongsi semasa Seminar Keluarga Sunnah yang lalu dalam usaha membentuk keluarga yang ideal.\n\nJaga solat di awal waktu, PASTI keluarga bahagia. Bertambah indah bila kita berjemaah bersama keluarga.\n\nKualiti solat pasti berbeza antara individu yang sekadar bersolat dengan individu yang sentiasa memastikan solatnya diawal waktu. Kualitinya ibarat jauh langit dan bumi.\n\nUsaha untuk solat diawal waktu. Tinggalkan urusan dunia bila azan sudah berkumandang. Semoga kita sentiasa mampu menjaga kualiti solat menjadi yang terbaik.\n\n2. Wujudkan Taqlim Di Dalam Rumah\n\nWujudkan taqlim di rumah sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari. Selalunya dilakukan selang maghrib dan isya\u2019.\n\nTaqlim adalah sesi berkumpul sekeluarga sambil bercerita tentang Allah swt, kisah para anbiya, hadith, tafsir Al quran dan lain-lain lagi.\n\nJadikan rumah kita taman-taman syurga yang sentiasa dipenuhi dengan majlis ilmu yang mendidik jiwa kita dan keluarga.\n\n3. Wujudkan Waktu Khusus Buat Keluarga\n\nApa yang dimaksudkan dengan waktu khusus?. Contohnya:\n\nWaktu khusus ini perlu ada sekurang-kurangnya sekali sehari untuk memastikan kita mempunyai masa berkualiti bersama keluarga.\n\nPastikan TIADA telefon atau gadjet dalam waktu khusus ini ya! Diharamkan\ud83d\ude01.\n\n4. Sebut Nama Anak Dan Pasangan Dalam Doa\n\nDoa itu senjata orang mukmin. Jangan lupa untuk berdoa buat keluarga kita. Sebutkan nama mereka dalam doa kita.\n\nTerdapat beberapa doa yang diajar oleh Ustaz Ebit Liew di akhir penulisan ini untuk kita amalkan. Semoga bermanfaat.\n\nBanyakkan menyebut \u2018Ya Arhamar Rahimin\u2019 yang bermaksud Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang.\n\nMudah-mudahan semua ahli keluarga kita juga turut mempunyai dua sifat ini dalam diri mereka. Ameen.\n\nMalas itu satu sifat yang jelik. Buang perkataan malas dalam hidup kita. Jauhi perkara di bawah kerana sering menjadi punca utama umat masa kini menjadi malas:\n\nSedaya upaya jauhinya supaya setiap masa kita dipenuhi dengan aktiviti yang baik lagi bermanfaat.\n\nTanda Allah swt sayang pada keluarga kita ialah apabila setiap ahli keluarga kita mampu berlembut dan bertoleransi diantara sama lain.\n\nJika ahli keluarga kita masih bermusuhan, bertelingkah dan berkasar itu bermakna ahli keluarga kita masih jauh daripada Allah swt.\n\nApa ciri-ciri Rumah Sunnah?. Rumah yang bersedia menyambut kedatangan Rasulullah saw sebagai tetamu.\n\nBayangkan Rasulullah saw akan datang rumah kita pada hari ini. Adakah kita akan..\n\nPastikah kita Rasulullah saw akan gembira datang ke rumah kita?. Fikir-fikirkanlah.\n\nJadikan sirah Rasulullah saw sebagai contoh tauladan dalam kita membahterai rumah tangga.\n\nSalah satu akhlak Rasulullah saw ialah baginda tidak pernah merungut akan.\n\nRasulullah saw sentiasa berlapang dada dan menyelesaikan setiap masalah dengan adil dan berhemah.\n\nBagaimana mahu bersihkan hati yang hitam?. Haaaa. Rajinkan diri membuat kerja rumah, membersihkan tandas kerana kerja-kerja \u2018kotor\u2019 ini mampu menundukkan hati yang kadang-kadang lalai akan kehidupan sebenarnya.\n\nSambil buat kerja rumah, ulang dalam hati kata-kata ini:\n\n\u2018Ali, kau bukan siapa-siapa, kau tiada apa-apa di dunia ini. Segala kebaikan yang ada pada kau hanyalah kuasa dan pertolongan Allah swt sahaja\u2019.\n\nUlang..ulang dan ulang agar kita sentiasa beringat yang segala yang ada di dunia ini hanyalah milik Allah swt Yang Maha Esa.\n\nSetiap kali kita nampak keburukan dan kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kita hendaklah sentiasa berSABAR.\n\nPerbetulkan diri sendiri dahulu kerana kadang-kala keburukan dan kekurangan itu datangnya dari diri kita sendiri yang..\n\nOrang yang yakin kepada Allah swt tidak pernah memandang rendah kepada orang lain termasuk dirinya sendiri.\n\nSetiap kali buat kebaikan, jangan kita harapkan pujian, penghargaan dan sanjungan orang. Sebaliknya, harapkan keredhaan Allah swt. Setiap kebaikan itu menjadi sebab Allah swt pandang dan sayang akan diri kita.\n\nJika Yang Maha Esa itu sayang akan hambaNya, secara automatik segala makhluk turut sayang kepadanya.\n\nBagaimana mahu mengekalkan suasana mawaddah dalam rumahtangga?. Cuba lakukan perkara ini:\n\nHargai pasangan seadanya kerana kita juga akan menjadi contoh kepada anak-anak untuk menghargai orang yang disayangi mereka pula nanti.\n\n13. Tunjukkan Cinta dan Penghargaan Kepada Keluarga\n\nRingankan mulut untuk melahirkan kata cinta, penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari.\n\nKata-kata positif ini akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Penuhkan tangki emosi pasangan dan anak-anak dengan emosi yang positif.\n\nRasulullah saw tidak pernah memukul, merotan, menengking dan meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak.\n\nBaginda bijak menggunakan bahasa yang berhemah dalam menyelesaikan sebarang konflik dan masalah.\n\nKekerasan dan kekasaran hanya akan mengeraskan hati dan merenggangkan hubungan kekeluargaan sahaja.\n\nCara hidup kita, menentukkan cara mati kita.\n\nCara mati kita pula menentukkan cara kita dibangkitkan kelak.\n\nJadi, jika kita ingin kesudahan penghidupan ini dengan pengakhiran yang baik. Maka, betulkan cara hidup kita dahulu.\n\nPastikan setiap tindakan itu berlandaskan syariat Islam. Berusahalah untuk sentiasa buat kebaikan bukan kemungkaran. Nauzubillah.\n\nSuami yang rajin tolong basuh pinggan BUKAN suami yang dayus.\n\nSuami yang tolong jaga anak, BUKAN suami yang dayus.\n\nSuami yang tolong sidai baju, BUKAN suami yang dayus.\n\nIsteri itu cerminan didikan seorang suami. Jika baik didikan suaminya, maka baiklah isterinya. Insya-Allah.\n\n17. Banyakkan Sujud, Kembali Kepada Allah\n\nJarak suatu masalah dengan jalan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujudnya. Apa sekali pun konflik yang melanda, kembalilah kepada Allah swt.\n\nKualiti sesebuah keluarga itu terletak kepada kualiti solat ahlinya. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya pasti bahagia.\n\nJaga hubungan kita dengan Allah swt kerana Allah swt pasti jaga hubungan kita dengan orang lain. Insya-Allah.\n\nRajin bersedekah sesama anggota keluarga. Bukan hanya wang dan makanan, malah pemberian hadiah permainan untuk si anak kecil juga adalah satu sedekah.\n\nTeringat akan satu kisah seorang alim yang tidak pernah lupa untuk membawa \u2018buah tangan\u2019 buat keluarganya apabila pulang dari tempat kerja.\n\nWalau sekecil-kecil pemberian sepotong coklat buat anak pun sudah menggembirakan hati anak-anak yang menanti di rumah.\n\nKegembiraan itulah yang menjadi kunci kepada keluarga yang bahagia.\n\n19. Suami Perlu Ada Sifat \u2018Ghirrah\u2019\n\nGhirrah bermaksud cemburu. Suami perlu ada sifat cemburu bertujuan menjaga kehormatan isteri dan menghindarkan isteri daripada maksiat.\n\nContohnya, jika isteri ingin keluar bersama rakan-rakan, suami perlu pastikan isteri menutup aurat dan menjaga pergaulannya.\n\nAntara doa-doa khusus yang boleh diamalkan ialah:\n\nRumahtangga yang bahagia adalah salah satu syurga dunia. Pelihara syurga dunia ini agar kita dan keluarga dapat masuk ke syurga akhirat bersama-sama. Ameen.\n\nSumber: Perkongsian di laman facebook Lina Princess Coway"
"Pelbagai jenis pau yang boleh kita dapati kat luar sana. Jensi-jenis kuih ini bergantung kepada jenis intinya. Ada inti kaya, kacang merah, ayam, daging, cendawan, coklat, pandan dan lain-lain lagi. Kuih ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang ataupun minum malam. Rasanya yang lembut dan gebu mampu memikat penggemarnya.\n\nPau juga boleh dijadikan sebagai pengganti makanan berat berikutan ianya diperbuat daripada tepun dan yis yang diuli dan dibentukkan serta mempunyai inti yang terpilih. Kalau kita lihat, pau merupakan menu wajib di setiap hentian R & R di seluruh pelosok Malaysia berikutan cara makannya yang mudah dan cepat. Tambahan pula, ianya boleh di makan di dalam kereta. Bolehlah cepatkan perjalanan untuk ke destinasi. \n\nJadi, jom cuba membuat pau sendiri menggunakan resepi dari Danisha Dhia Darwish\ufeff. Bolehlah dijadikan bekal nanti. Walaupun untuk \u2018first timer\u2019. Jangan risau! Resepinya sangat mudah. Tak \u2018complicated\u2019 pun. Apa lagi. Jom tengok resepinya. \n\nMudahkan? Bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selain resepi Pau ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Singapore letaknya cuma di seberang tambak Johor. Dinobatkan sebagai negara terbersih dan paling selamat, pastinya anda tertanya-tanya kenapa ramai pelancong Malaysia suka pergi ke Kota Singa? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 25 tempat menarik di Singapore yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.\n\nBiasanya pelancong Malaysia pergi ke Singapore untuk ke sini. Di antara yang menarik di sini adalah roller coaster Revenge of the Mummy\u00a0 Sesame Street Spaghetti Space Chase, Transformer the Ride 3D, roller coaster mini Enchanted Airways, Madagascar: A Crate Adventure, Jurassic Park Rapids Adventure dan banyak lagi.\n\nUntuk pengetahuan anda,\u00a0 roller coaster Battle Star Galactica yang terdapat di Universal Studios Singapore merupakan roller coaster yang tertinggi di dunia. Anda yang sukakan perkara ekstrem, jangan lepaskan peluang untuk bermain roller coaster ini.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am \u2013 6.00pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa 13 \u2013 59 Tahun S$76 (Anggaran RM236.35)| Kanak-kanak 4 \u2013 12 Tahun S$56 (Anggaran RM174.15) | Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas S$38 (Anggaran RM118.17)\n\nMercu tanda Singapore.\u00a0Menara Merlion yang berketinggian 37 meter ini adalah lokasi wajib untuk anda lawati jika sampai ke Singapore. Anda boleh naik ke bahagian mulut menara ini menggunakan lif yang disediakan. Dari sini, anda akan disajikan dengan pemandangan Pulau Sentosa dalam 360 darjah.\n\nDah puas bergambar di sini jangan lupa masukkan tiket masuk anda ke dalam salah satu patung emas Merlion yang terdapat di menara ini untuk mendapatkan \u2018prosperity coin\u2019 yang dihasilkan secara yang ekslusif.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am \u2013 8.00pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa S$12 (Anggaran RM37.31)| Kanak-kanak & Warga Emas S$9 (Anggaran RM27.98)\n\nBagi anak-anak kecil, melihat haiwan yang terbang tinggi dengan lebih dekat ini pasti akan menjadi memori yang indah dan menyeronokkan bagi mereka. Bukan sikit burung yang ada di sini, tapi 8000 ekor burung daripada 600 spesies burung yang boleh anda lihat di Jurong Bird Park. Burung-burung yang terdapat di sini didatangkan dari pelbagai negara di Asia Tenggara, Eropah, Amerika Selatan hinggalah ke Afrika, senang cerita, hampir seluruh pelusuk dunia.\n\nAntara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Jurong Bird Park adalah memberi burung-burung makan, termasuklah burung penguin yang ada di sini. Selain itu, kalau anak-anak anda memang betul-betul minat dengan burung, mereka boleh menyertai aktiviti camping bersama penguin dan burung-burung lain, nak tahu bila aktiviti ini diadakan, anda boleh mendapatkan maklumat tambahan dari pihak taman burung ini.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (8.30am \u2013 6.00pm)\n\nNak jumpa orang-orang terkenal dan terhormat? Di\u00a0Madame Tussauds\u00a0impian anda akan menjadi kenyataan. Di antara yang boleh anda temui di sini adalah Madonna, Michael Jackson, Taylor Swift, Angelina Jolie, Leonardo Dicaprio dan ramai lagi. Di sini anda berpeluang bergambar dengan patung-patung yang dibuat daripada lilin.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Jumaat (10.00am \u2013 7.30pm) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (10.00am \u2013 9.00pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa S$39 (Anggaran RM121.26) | Kanak-kanak 3 \u2013 12 Tahun S$29 (Anggaran RM90.17)\n\nOrchard Road telah menjadi tempat berjual beli sejak dari tahun 1850 lagi. Pada masa dulu yang ada di sini hanyalah gerai-gerai yang menjual makanan-makanan dan barangan basah di samping terletaknya kuil dan makam. Namun setelah lebih dari seabad berlalu Orchard Road telah menjadi sebuah kawasan yang membangun dengan pusat membeli-belah terkenal, tempat penginapan, galeri seni dan bermacam lagi yang menjadi tarikan pelancong.\n\nNak makan di sini anda tak perlu susah-susah nak cari, memang banyak restoran yang ada di sini, nak makan apa? Western? Tempatan? Semuanya ada.\n\nNak yang mewah? Simple? Tanya selera. Kalau tak nak keluarkan duit, anda nak berjalan-jalan melihat kawasan sekitar je pun boleh, ada banyak pokok-pokok angsana yang menjadi bumbung dari panahan matahari sepanjang ruangan pejalan kaki di kawasan membeli-belah ini.\n\nPada sekitar tahun 1840-an kawasan Little India ini merupakan tempat aktiviti lumba kuda bagi orang-orang Eropah yang datang. Namun setelah masa berlalu, Little India telah berubah rupa sebagai sebuah\u00a0destinasi\u00a0yang meriah 24 jam setiap hari dengan kewujudan pusat-pusat membeli-belah Mustafa Centre dan Tekka Centre.\n\nBermacam barangan boleh anda jumpa di Little India ini dari barangan kemas hinggalah ke barangan elektronik, semuanya ada di sini. Nak makan tandoori? Minum teh tarik yang kaw-kaw punya? Di sinilah tempatnya.\n\nHanderson Wave Bridge mendapat namanya dari bentuk jambatannya yang seperti ombak. Sangat lain daripada yang lain.\n\nDari jauh lagi Wave Bridge ini sudah menarik pandangan mata kerana keunikan rekaannya. Jambatan ini juga merupakan jambatan pejalan kaki yang tertinggi di Singapura dengan ketinggian 36 meter dari darat.\n\nDengan \u00a0menaiki jambatan yang berkepanjangan 274 meter ini, anda bukan sahaja dapat melihat pemandangan indah kawasan pulau serta flora\u00a0 dan fauna, anda juga akan dapat melawat 3 buah taman yang indah yang terdapat di Singapura iaitu Bukit Teluk Blangah, Kent Ridge Park dan Mount Faber.\n\nNak suasana lagi romantik kalau berjalan di sini? Datang pada waktu malam, kerana pada waktu itu akan dipasang lampu LED dengan pencahayaan yang sangat mempesonakan.\n\nBerkeluasan 101 hektar, Gardens by the Bay ini merupakan satu lagi tarikan alam flora yang terdapat di Singapura. Gardens by the Bay ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden.\n\nDi sinilah juga terletaknya air terjun indoor yang tertinggi di dunia. Rasanya, kalau sekali dah masuk ke taman ini, macam tak nak keluar. Sangat cantik, lebih-lebih lagi kalau anda datang pada waktu malam sekitar 7.00pm \u2013 9.00pm kerana pada waktu ini cahaya lampu neon akan dibuka dan mencahayai pokok-pokok yang terdapat di taman ini. Tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata keindahannya.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Outdoor Gardens (Setiap Hari 5.00am \u2013 2.00am)\n\nTeringin menjadi juruterbang? Jom ke\u00a0Singapore Flight Experience! Di sini anda dapat duduk di kerusi pilot di Flight Simulator Boeing 737. Yang bes.nya, anda boleh bawa seorang atau dua lagi orang lain untuk ke kabin. Dah masuk ke dalam kabin, anda pilih sahaja di mana anda nak mendarat.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am \u2013 10.00pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Scenic Flight 30 Mins S$130 (Anggaran RM404.20)| City Circuits 45 Mins S$160 (Anggaran RM497.47)| Multi City Flyer 60 Mins S$225 (Anggaran RM699.57)| City Flyer S$275 (Anggaran RM855.03) | Ultimate 90 Mins S$295 (Anggaran RM917.22)| Multi Ultimate 90 Mins S$325 (Anggaran RM1010.49)\n\nSingapore Science Centre\u00a0adalah sebuah pusat sains yang memang luar biasa. Di sini terdapat 14 jenis pameran yang interaktif dan menyeronokkan untuk dilihat bersama keluarga. Antara pameran yang terdapat di sini adalah Climate Change, Genome, Living With Viruses, Magic Swing, Uniquely You, Oyr Solar System, Sound Exhibition dan banyak lagi.\n\nYang paling menarik di sini ialah IMAX teater 5 tingkat yang membolehkan anda merasakan pengalaman seperti berada di dalam video yang dipaparkan. Dah puas ke semua pameran yang terdapat di sini, jangan lupa untuk berseronok bersama keluarga bermain salji di Snow City. tak perlu ke luar negara, tak perlu tunggu hujung tahun, bila-bila anda nak merasa salji, datang sahaja ke sini.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am \u2013 6.00pm)\n\nKalau anda tertanya-tanya di mana nak lari dari kesibukan kota, Pulau Ubinlah jawapannya. Memang kontra sekali kalau dibezakan kehidupan di Pulau Ubin ini dan kawasan bandar Singapura yang meriah dengan bermacam tarikan.\n\nDi Pulau Ubin anda dapat melihat bagaimana keadaan Singapura secara keseluruhannya pada tahun 1960-an, memang klasik dan penuh ketenangan, mana tak nya, penduduk di sini pun kurang daripada 100 orang.\n\nDi sini anda sekeluarga dapat menikmati kehidupan seperti di zaman klasik yang tak terganggu oleh kemodenan dan pembangunan, di mana flora dan fauna serta manusia hidup dalam keharmonian. Di sini anda dapat melihat pebagai jenis burung terbang dengan bebas termasuklah spesies burung yang terancam.\n\nSudah puas memerhati burung di pulau ni, jangan lupa singgah ke Chek Jawa Wetlands yang kaya dengan hidupan laut di dasarnya seperti sotong, tapak sulaiman dan lain-lain lagi. Pengalaman di Pulau Ubin pasti tidak dapat dilupakan anda sekeluarga.\n\nDi Singapore Philatelic Museum, anda akan dapat melihat pameran pelbagai jenis setem yang bukan sahaja dari Singapura, malahan dari pelbagai negara lain yang wujud seawal tahun 1830-an hinggalah sekarang. Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga boleh mendapatkan setem yang direka sendiri di muzium ini.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am \u2013 7.00pm)\n\n13. Ferris Wheel At Singapore Flyer\n\nFerris Wheel di Singapore Flyer yang berketinggian 165 meter ini menempatkan kapsul-kapsul berpendingin hawa untuk 28 orang penumpang. Dari kapsul ini anda akan dapat melihat pemandangan indah 360 darjah kawasan sekitar Singapura, dan jangan terkejut kerana anda mungkin dapat melihat Malaysia juga dari kapsul ini pada hari yang jelas pemandangannya.\n\nApa-apa pun Ferris Wheel ini bukanlah untuk orang yang gayat. kalau anda seorang yang gayat jangan kecewa, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat di sini seperti ke Retail Terminal, Flight Simulator, Kenko Reflexology, Fish Spa, XD Theater Motion Simulator dan banyak lagi.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (8.30 am \u2013 10.30 pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa S$33 (Anggaran RM102.60) | Kanak-kanak 3 \u2013 12 Tahun S$21 (Anggaran RM65.29)| Warga Emas S$24 (Anggaran RM74.62)\n\nDengan keluasan 26 hektar,\u00a0Singapore Zoo\u00a0menempatkan lebih daripada 300 spesies mamalia, reptilia dan burung. Singapore Zoo menempatkan haiwan-haiwannya di dalam 11 zon yang berbeza seperti Reptile Garden, Fragile Forest, Wild Africa dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga boleh melihat pertunjukan haiwan yang sering diadakan di sini seperti Elephants at Work and Play Show, Animal Friends Show dan bermacam lagi.\n\nUntuk memberikan pengalaman yang lagi menyeronokkan untuk anak-anak anda, anda boleh mendaftarkan mereka dengan Kidzranger Tour yang mana anak-anak yang berusia dari 5 ke 12 tahun dapat merasa pengalaman menjadi penjaga zoo dengan aktiviti seperti memberi makan dan menjaga haiwan-haiwan comel.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (8.30am \u2013 6.00pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa S$33 (Anggaran RM102.60)| Kanak-kanak 3 \u2013 12 Tahun S$22 (Anggaran RM68.40) | Warga Emas S$15 (Anggaran RM46.64)\n\nBersebelahan sahaja dengan Singapore Zoo adalah zoo untuk haiwan nokturnal yang pertama di dunia. Nokturnal adalah haiwan yang berjaga pada waktu malam tidak seperti majoriti haiwan yang lain. Di sini anda dapat melihat lebih daripada 2500 ekor haiwan daripada 130 spesies.\n\nKalau anda ke Singapore Night Safari ini, anda boleh memilih untuk menerokai hidupan nokturnal ini\u00a0 sama ada dengan berjalan kaki ataupun dengan menaiki tram safari yang disediakan.\n\nBukan sikit untuk dilihat, dengan tram safari pun masa yang diambil adalah dalam 40 minit. Antara zon yang terdapat di sini adalah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan Nepalese River Valley.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (7.30am \u2013 12.00am)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa S$45 (Anggaran RM139.91)| Kanak-kanak 3 \u2013 12 Tahun S$30 (Anggaran RM93.28)| Warga Emas S$18 (Anggaran RM55.97)\n\nMarina Bay Sands dibangunkan oleh Las Vegas Sands dengan kos yang termahal di dunia iaitu S$8 bilion. Lengkap dengan hotel, 2 pusat membeli-belah, 2 teater dan lain-lain lagi.\n\nApa yang menarik untuk para pelancong di Marina Bay Sands ini adalah panorama sekitarnya yang sangat indah terutamanya pada waktu malam kerana kedudukannya di tepi air ditambah lagi dengan pertunjukan cahaya laser.\n\n17. Butterfly Park & Insect Kingdom\n\nDi sini terdapat koleksi serangga terbanyak di dunia. Ada lebih daripada 3000 spesies serangga dan 1500 ekor daripada 50 jenis rama-rama yang wujud di dunia. Suasana\u00a0di dalam taman ini juga sejuk dan menyegarkan.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.30am \u2013 7.00pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa S$16 (Anggaran RM49.75)| Kanak-kanak 3 \u2013 12 Tahun S$10 (Anggaran RM31.09)\n\nWings of Time ini merupakan sebuah pertunjukan yang telah memenangi anugerah kerana kehebatan persembahan yang dihidangkan kepada penonton. Persembahan teater Wings of Time ini secara keseluruhannya menggunakan teknologi yang menggabungkan efek air pancut, muzik, video, efek api dan lampu laser. Ia sangat magikal dan unik.\n\nWaktu Pertunjukan:\u00a0Setiap Hari (7.40pm & 8.40pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Premium S$23 (Anggaran RM71.51) | Standard S$18 (Anggaran RM55.97)\n\nInginkan alam semulajadi, sila pergi ke pusat rekreasi Nature Walk Dragon Trail. Sambil berjoging di sini anda dapat mengambil udara yang segar.\u00a0 Jangan terkejut pula bila anda ternampak patung naga di sini. Bukan patung gergasi naga sahaja yang ada, banyak lagi haiwan lain menjadikan ia kawasan yang seronok untuk anda bergambar sambil beriadah.\n\nInginkan pengalaman yang tberbeza? Jom ke Sentosa 4D Adventureland. Antara keseronokan yang boleh anda rasai di sini adalah anda dapat bersama dengan watak lain yang ada di dalam filem fantasi Journey 2: The Mysterious Island menerokai hutan, gunung dan kawasan misteri yang lain.\n\nSelain itu, anda juga boleh merasai simulasi pergerakan roller coaster dengan aktiviti Extreme Log Ride yang membawa anda ke Himalamazon dan lain-lain lagi. Semuanya terasa begitu realistik dari segi bau, sentuhan dan pemandangan.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am \u2013 9.00pm)\n\nBayaran Tiket Online 4D AdventureLand\u00a0 One Day Adventure Pass Unlimited :\u00a0Dewasa S$35 (Anggaran RM108.82) | Kanak-kanak S$24.20 (Anggaran RM75.24)\n\nSatu bayaran untuk dua aktiviti yang seronok iaitu skyride dan luge. Apabila menaiki skyride untuk mendaki bukit di Pulau Sentosa, anda dapat menikmati pemandangan yang indah pulau ini. Bila sampai ke puncak pula anda boleh menggunakan luge yang disediakan untuk turun melalui Dragon Trail yang berkepanjangan 688 meter.\n\nPengalaman di Sentosa Skyride Luge ini lagi menyeronokkan pada waktu malam dimana anda dapat melihat cahaya lampu yang berkelipan dengan begitu indah dari kawasan ini.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am \u2013 9.30pm)\n\nBayaran Tiket Kombo 2 Luge & Skyrides:\u00a0S$23 (Anggaran RM71.51)\n\nIni merupakan antara yang terbaru di Singapura. Menempatkan pelbagai karya seni yang dikumpulkan dari Asia Tenggara dan Singapura. Karya-karya yang terdapat di sini dihasilkan dari abad ke-19 hinggalah ke zaman moden.\n\nLebih daripada 8000 karya seni yang dipamerkan membuatkan ia salah satu daripada galeri pengumpulan karya yang terbesar di dunia. Kalau anda ke bahagian atas bumbung galeri ini pula, terdapat restoran yang menawarkan pemandangan indah kawasan sekeliling galeri.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Ahad \u2013 Khamis & Cuti Umum (10.00am \u2013 7.00pm) | Jumaat, Sabtu, Sehari Sebelum Cuti Umum (10.00am \u2013 10.00pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa S$20 (Anggaran RM62.18)| Kanak-kanak 7-12 Tahun, Warga Emas, Pelajar S$15 (Anggaran RM46.64)\n\nPerhatian kepada pencinta aktiviti lasak, ini khas untuk anda! Sentosa Adventure Park dapat memberikan anda pengalaman yang memacu adrenalin anda ke langit ketujuh dengan pelbagai aktiviti lasak yang menarik.\n\nAntara yang terdapat di sini adalah MegaZip untuk aktiviti flying fox yang terpanjang di Asia, MegaClimb, MegaWall untuk pengalaman wall climbing yang tertinggi di Singapura dan MegaJump. Anda sekeluarga pasti puas hati dengan semua aktiviti yang ditawarkan di sini, jangan fikir dua kali, kuatkan stamina dari sekarang untuk mencuba semua yang ada di sini sepuas hati!\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (11.00am \u2013 7.00pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Megazip S$45 (Anggaran RM139.91) | Megaclimb S$45 (Anggaran RM139.91)\u00a0 | Megajump S$25 (Anggaran RM77.73) | Megawall S$15 (Anggaran RM46.64) | Megabounce S$15 (Anggaran RM46.64)\n\nSeperti namanya, taman ini diinspirasikan daripada reka bentuk taman sewaktu zaman Dinasti Sung di China. Sungguh menenangkan dan tidak terganggu dengan hiruk-pikuk kota. Sebaik anda sampai ke pintu masuk Chinese Garden ini anda akan disambut oleh sepasang tugu singa yang mengawal kawasan taman seperti mana ia turut digunakan pada zaman dinasti dahulu.\n\nTaman yang berkeluasan 13.5 hektar ini dilengkapi dengan jambatan batu yang cukup indah, rumah teh, pagoda dan taman Bonsai. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat Live Turtle and Tortoise Museum yang menempatkan lebih daripada 200 ekor penyu dan kura-kura yang terdiri daripada 60 spesies yang berbeza.\n\nPercayalah, pemandangan di Chinese Garden ni memang wow!\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (6.00am \u2013 11.00pm)\n\nAsian Civilisations Museum merupakan sebuah muzium tiga tingkat yang menempatkan pameran budaya Asia yang\u00a0 terdiri daripada budaya masyarakat Melayu, Cina, India, Dunia Islam dan Asia Tenggara. Seperti kebanyakan muzium yang terdapat di Singapura, semua pameran dilengkapi dengan teknologi moden untuk menjadikan galeri lebih interaktif bagi para pelawat.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Sabtu \u2013 Khamis (10.00am \u2013 7.00pm) | Jumaat (10.00am \u2013 9.00pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0S$8 (Anggaran RM24.87) | Jumaat 7.00pm \u2013 9.00pm S$4 (Anggaran RM12.44) | 5 Orang Ahli Keluarga S$24 (Anggaran RM74.62)| Pelajar & Warga Emas S$4 (Anggaran RM12.44) | Pelajar & Warga Emas Jumaat 7.00pm \u2013 9.00pm S$2 (Anggaran RM6.22)\n\nItulah dia 25 tempat menarik di Singapore yang ingin kami kongsikan untuk anda. Jom bercuti ke Singapore!\n\nKami harap anda sukakan senari tempat menarik di Singapore, tidak kisalah sama ada laut di Sinagpore ataupun tempat yang lain. Selain tempat di Singapore, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan."
"Artikel ini tentang cara-cara DIY gambar passport yang mudah dan menjimatkan. Hampir kebanyakan negara di dunia menggunakan gambar pasport untuk urusan rasmi dan penting. Di negara kita sendiri, gambar pasport diwajibkan untuk beberapa perkara penting.\n\nJika hendak buat kad pengenalan, visa mahupun pasport antarabangsa, gambar pasport benda utama yang perlu disediakan. Selain itu, untuk segala jenis lesen tidak kira lesen kenderaan, lesen perniagaan juga memerlukan gambar pasport.\n\nKemasukan ke tadika, sekolah dan universiti juga mewajibkan gambar pasport berserta dokumen-dokumen lainnya. Jangan lupa, sijil nikah juga memerlukan gambar pasport ya! Begitu penting gambar pasport dalam urusan penting di negara kita.\n\nNamun, yang menjadi masalahnya ialah kalau ambil gambar pasport dan cuci di kedai, harganya bukan murah. Setiap 4 keping harganya dalam RM16 hingga RM18. Bukan sekeping yang perlu digunakan, kadang-kadang sampai 3 4 keping untuk satu urusan.\n\nDi zaman kemelesetan ekonomi disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda negara, kita semua perlu berjimat-cermat. Apa kata kita buat DIY gambar pasport guna telefon sahaja. Lebih mudah, jimat dan praktikal.\n\nKadang-kadang gambar pasport yang diambil di kedai pun bukannya cantik. Bergantung kepada jurukameranya. Kalau rajin edit, nampak menariklah gambar. Mahal 1 hal, muka pun macam baru bangun tidur dan tidak bersedia.\n\nKalau kita DIY sendiri gambar pasport, bolehlah kita edit mengikut kepuasan hati. Tapi, jangan pula edit bersungguh-sungguh sampai orang pandang muka kita berkali-kali sebab berbeza dengan gambar pasport.\n\nCara DIY Gambar Pasport Guna Telefon 1\n\nIkuti langkah-langkah yang disenaraikan oleh Cik Puan Kam dalam blognya.\n\nMinta tolong adik-beradik atau kawan-kawan ambil gambar anda berlatarbelakangkan dinding kosong berwarna putih atau berwarna. Kalau dinding berwarna, pastikan warnanya kontras dengan baju atau tudung.\n\nSetelah berpuas hati dengan gambar yang diambil, sila muat turun aplikasi PicsArt di Google Play atau App Store. Kemudian, tekan \u2018All Photos\u2019 dan pilih gambar yang hendak diedit untuk buang bahagian latar belakang tersebut.\n\nKemudian, tekan \u2018Cutout\u2019 (lambang gunting) dan lambang \u2018Autocut\u2019 (lambang manusia). Pada masa ini, gambar keseluruhan wajah kita akan menjadi warna merah. Kawasan yang tidak bertanda merah (dinding), maksudnya akan dibuang.\n\nSetelah ditanda merah, tekan lambang \u2018Arrow\u2019 di atas untuk \u2018Save As Sticker.\u2019 Setelah disimpan, buka balik PicsArt. Anda perlu pilih template \u2018Color Backgrounds.\u2019 Cari warna biru cair sama seperti pasport yang dicuci di kedai. Seterusnya, tekan \u2018Sticker.\u2019\n\nGambar yang disimpan awal-awal tadi cari di bahagian \u2018My Stickers > Cutouts.\u2019 Masukkan ke latar belakang biru cair tadi. Susun atur saiz dan kedudukan agar mengikut standard biasa.\n\nSetelah semuanya selesai, pilih \u2018Tools > Crop > Free.\u2019 Pada bahagian ini, ia bertujuan untuk membuang lebihan latar belakang biru cair tadi. Setelah siap buang lebihan, sila \u2018Save\u2019 gambar pasport DIY anda itu.\n\nSebelum mencetak gambar pasport DIY ini, anda buka semula PicsArt. Pilih \u2018Collages > Grids.\u2019 Tekan gambar pasport tersebut 8 kali untuk mendapatkan turutan gambar.\n\nKemudian, tekan \u2018Ratio\u2019 gambar dan pilih saiz \u20183:2.\u2019 Klik pada \u2018Adjust Border\u2019 untuk memilih ketebalan bingkai gambar. Setelah berpuas hati, \u2018Save To Phone.\u2019\n\nSekarang, anda sudah boleh cetak gambar pasport DIY anda untuk pertama kalinya. Pasti rasa bangga bukan? Anda boleh mencetaknya di kiosk layan diri yang kini banyak terdapat di pusat membeli-belah. Malahan, ada juga di pekan dan bandar.\n\nKalau mempunyai mesin pencetak di rumah, lebih baik manfaatkannya. Anda perlu gunakan glossy paper bersaiz 4R.\n\nAnda perlu memuat turun aplikasi Brother iPrint & Scan. Kemudian, pilih menu \u2018Print.\u2019 Kemudian, tekan \u2018Photo\u2019 dan tandakan (tick) pada gambar yang hendak dicetak. Selepas itu, tekan \u2018Done.\u2019\n\nSebelum cetak, semak dulu \u2018Setting Printer.\u2019 Pilih jenis kertas glossy dan \u2018Borderless Off\u2019 (bagi yang sudah buat bingkai gambar awal-awal tadi). Setelah semuanya betul, tekan \u2018Print.\u2019\n\nCara DIY Gambar Pasport Guna Telefon 2\n\nIkuti perkongsian DIY gambar pasport yang dikongsikan oleh saudara Harith Faizal melalui laman Facebook miliknya.\n\nAnda boleh mendapatkannya secara percuma di Play Store. Setelah itu, ambil gambar dengan berpakaian kemas mengikut standard yang ditetapkan. \n\nPada bahagian latar belakang, pastikan pasang langsir atau kain berwarna biru cair yang plain. Jika tidak, anda perlu PhotoShop untuk edit. Banyak kerja pula nanti.\n\nPilih \u2018Potrait\u2019 dan potong (crop) gambar mengikut ratio \u20183:4\u2019. Sila pastikan muka dan badan anda penuh 3/4 daripada gambar yang akan kena crop. Kemudian, \u2018Rotate\u2019 gambar 90 darjah sama ada mengikut arah jam atau lawan arah jam.\n\n\u2018Save\u2019 gambar pada format 1080P JPG. Tekan pada gambar yang disimpan tadi sebanyak 8 kali. Pilih \u2018Layout\u2019 8 keping yang sama saiznya. Pada bahagian \u2018Ratio\u2019 pilih \u20182:3\u2019 untuk mendapatkan gambar saiz 4R.\n\nKlik bahagian \u2018Border\u2019 untuk membina bingkai. Pastikan ada bingkai untuk memisahkan kelapan-lapan gambar tadi. Kemudian, \u2018Save\u2019 sekali lagi menggunakan kualiti 2048P JPG.\n\nSelepas siap \u2018Save\u2019, \u2018Rotate\u2019 kembali gambar dalam keadaan biasa. Jangan lupa simpan gambar untuk kegunaan akan datang. Anda boleh cetak di kedai, kiosk mahupun di rumah.\n\nMudah bukan? Selain mudah dan menjimatkan, anda juga boleh menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan sampingan. Bagi para pelajar yang mempunyai mesin pencetak di rumah, apa kata cuba jalankan perniagaan gambar pasport DIY.\n\nIklankan perkhidmatan anda ini di media sosial sama ada Facebook, Instagram dan sebagainya. Pasti mendapat sambutan kerana harganya di kedai bukan murah. Ada yang menjualnya RM6 untuk 8 keping. Sangat berbaloi.\n\nAnda juga boleh mencuba DIY kad jemputan kahwin dan DIY permainan anak yang menjimatkan kos."
"Pedih ulu hati atau heartburn adalah sangat menyakitkan. Walau pun ianya bukanlah satu kesakitan yang sering kali berlaku namun sesekali ia menyerang, pastinya anda akan terasa tersiksa. \n\nIstimewa untuk anda, jom kami kongsikan apakah punca pedih ulu hati? Bagaimana cara untuk mencegah ianya daripada berlaku?\n\nApakah yang dimaksudkan dengan pedih ulu hati?\n\nPedih ulu hati adalah keadaan di mana anda berasa sakit di bahagian atas perut di bahagian tengah yang berdekatan dengan dada sehingga tidak dapat menegakkan badan. Keadaan ini mungkin berlaku cuma sekejap atau boleh berlarutan untuk tempoh yang lama.\n\nApakah tanda dan simptom pedih ulu hati?\n\nJika anda terkena pedih ulu hati, anda akan mengalami tanda-tanda yang berikut:\n\nTerdapat beberapa punca pedih ulu hati yang telah dikenal-pasti dalam dunia perubatan. Di antaranya ialah:\n\nBagaimana cara untuk menghilangkan pedih ulu hati?\n\nPedih ulu hati boleh diatasi dengan mengambil ubat-ubatan yang berikut:\n\nAdakah pedih ulu hati sesuatu yang merbahaya?\n\nPedih ulu hati bukanlah satu masalah kesihatan yang boleh membahayakan kesihatan. Namun, sekiranya anda mengalami keaddan yang berikut, anda dinasihati supaya pergi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera:\n\nApakah tips untuk mengelakkan pedih ulu hati?\n\nUntuk mengelakkan daripada terkena masalah pedih ulu hati, anda boleh mengamalkan tips-tips yang berikut:\n\nItulah dia punca pedih ulu hati yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca dan punca"
"Dalam islam mengajar kita untuk tepati janji yang telah kita janji pada seseorang. Begitu juga dengan agam lain. Kita perlu menepati janji yang telah kita buat. Memungkiri janji adalah perbuatan yang salah dan boleh mencetuskan rasa marah dan kecewa pada diri seseorang itu.\n\nIbu bapa selalu membuat janji kepada anak-anak. Biasalah kalau anak sudah mula menangis dan merajuk, pelbagai janji yang ibu bapa buat. Contohnya, bawa pergi taman permainan, beli aiskrim, pergi makan kfc dan pelbagai lagi. Jika janji-janji itu dapat dilaksanakan, tidak mengapa. Tetapi, bagaimanakah jika janji kepada anak tidak ditunaikan?\n\nAdakah ia akan memberi kesan negatif kepada anak-anak atau tidak? Anak-anak mungkin akan kehilangan kepercayaan kepada ibu bapa dan tidak akan percaya lagi dengan kata-kata ibu bapa.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai akibat jika mungkir janji pada anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n1. Mengikut teori psikosial Erik Erikson, umur 0-1 tahun adalah Fasa Trust Versus Mistrust yang mana pada umur tu lah anak belajar untuk membangunkan rasa percaya dia pada mak ayahnya sendiri.\n\n2. Masa umur 1 tahun dan ke bawah ni la anak akan nilai mak ayahnya atau \u2018caregiver\u2019 nya. Masa umur tu lah juga anak kita akan membangunkan rasa percaya pada dunia di sekelilingnya.\n\n3. Akibatnya sangat buruk kalau kita rosakkan kepercayaan anak kita pada umur 0-1 tahun tu. Contohnya anak kita akan timbul rasa tidak percaya pada mak ayahnya sendiri, akan memberontak, mudah cemas, kuat meragam dan suka buat masalah disiplin bila dah besar sikit nanti.\n\n4. Masa umur 1 tahun ke atas sepatutnya anak kita dah kena masuk fasa yang lain dah. Sebab itulah bab percaya ni kena selesai awal-awal lagi sebelum anak masuk ke umur 1 tahun ke atas.\n\n5. Itulah kenapa jangan la berbohong dengan anak walaupun nampak remeh & emosi itu kena la jaga bila di depan anak. Nak perang dengan pasangan pun perang dingin dah la bila di depan anak. Kalau nak perang nuklear, sila menyorok di bilik lain.\n\n6. Jagalah emosi kita di depan anak yang masih kecil ni kerana gangguan pada emosi mereka akan efek perkembangan mereka suatu hari nanti. Walaupun mereka nampak comel dan tak tahu apa apa tapi memori negatif tu tetap akan mereka simpan dan serap!\n\n7. Tolong kongsikan info ni pada pasangan yang lain kerana mereka juga berhak untuk jadi ibubapa yang pada untuk anak anak mereka\n\n8. Lebih penting lagi adalah kita ajarkan ilmu ni semua pada pasangan kita sendiri kerana nak didik anak dengan cara yang\u00a0hebat perlukan kerjasama kedua belah pihak.\n\n*Lihat, betapa pentingnya untuk ajar anak timbul rasa percaya kepada ibu bapa. Jika anak hilang rasa percaya kepada ibu bapa, kemungkinan anak tidak mahu lagi untuk menerima dan mendengar nasihat dan kata-kata daripada ibu bapa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Free play adalah aktiviti\u00a0 kanak-kanak bebas bermain tanpa ditentukan oleh sesuatu peraturan atau cara bermain oleh orang dewasa.\u00a0\n\n5 manfaat free play buat kanak-kanak ialah:\n\nMerangsang kreativiti dan membolehkan mereka menghasilkan idea yang unik.\n\nTanpa kehadiran orang dewasa di sebelah yang menentukan setiap langkah dalam sesuatu permainan, kanak-kanak akan bermain secara bebas untuk mencipta apa sahaja yang mereka fikirkan.\n\nSifat kanak-kanak yang sentiasa curiga dan ingin mencuba membolehkan mereka belajar punca dan kesan (cause and effect) terhadap sesuatu perkara itu.\n\nMemupuk sikap berdikari dalam diri anak.\n\nKanak \u2013 kanak akan belajar untuk berfikir sendiri bagi menyelesaikan sesuatu perkara dan ini seterusnya memupuk kebolehan untuk membuat keputusan. Kanak \u2013 kanak itu juga dapat belajar untuk menghiburkan diri mereka sendiri.\n\nOleh yang demikian, secara tidak langsung ia dapat melatih anak untuk menjaga diri mereka sendiri apabila ke sekolah kelak dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa.\n\nMembentuk kemahiran sosial melalui bermain bersama-sama.\n\nKetika bermain bersama-sama, pastinya kadang-kala akan terjadi salah faham dan pergaduhan kecil. Maka, ketika inilah mereka akan belajar untuk menyelesaikan konflik sesama sendiri.\n\nNamun, ibu bapa perlulah memantau anak-anak terutamanya yang masih kecil agar tidak terjadi konflik yang berlarutan atau pergaduhan yang lebih besar.\n\nSemasa proses bermain, pastinya akan ada masa mereka akan bergilir-gilir menjadi ketua atau bertindak untuk mengikut arahan. Anak-anak akan berkongsi barangan mereka serta berbincang akan aktiviti yang ingin dilakukan.\n\nKemahiran sosial yang baik yang dipupuk sejak kecil ini pastinya sangat membantu apabila mereka semakin dewasa kelak agar menjadi orang yang berkeyakinan, berdisiplin, boleh menerima arahan serta berdiplomasi.\n\n Anak dapat belajar mengenalpasti minat serta kebolehan mereka.\n\nBermain secara bebas membolehkan anak memilih permainan yang diingininya. Secara tidak langsung, anak dapat mengenalpasti aktiviti kegemaran mereka dan kebolehan mereka dalam melakukan sesuatu.\n\nSebagai contoh, kanak-kanak yang suka bermain LEGO mungkin seorang yang suka mencipta sesuatu manakala anak yang suka bermain origami pula sukakan sesuatu yang yang memerlukan ketelitian.\n\n Anak dapat belajar mengurus emosi mereka sendiri.\n\nPermainan yang mencabar seperti memanjat pokok, melompat dari tempat tinggi mahupun bergayut pastinya sedikit sebanyak menimbulkan rasa gayat atau sedikit takut pada awalnya.\n\nKetika ini, anak dapat mengenalpasti emosi yang hadir ketika melakukan aktiviti tersebut seterusnya belajar mengatasi ketakutan. Setelah berjaya mengatasi perasaan takut tersebut, pastinya mereka akan berasa seronok serta berpuas hati.\n\nBergurau-senda atau mengusik rakan ketika bermain bersama-sama juga merupakan suatu perkara yang biasa. Maka, kanak-kanak akan belajar untuk menghormati orang lain serta tidak bergurau melampaui batas sehingga menimbulkan kemarahan.\n\nDi satu sudut yang lain pula, anak-anak belajar untuk mengawal emosi agar tidak cepat marah."
"Terdapat pelbagai jenis buah-buahan di Malaysia. Buah-buahan tersebut uga datang dengan pelbagai jenis khasiat yang sangat baik. Kita dinasihatkan untuk memakan buah-buahan untuk kekal sihat. Buah-buahan juga tidaklah mahal, maka tidaklah rugi untuk kita memakan buah demi untuk menjaga kesihatan. \n\nTetapi pastinya ramai di antara kita yang sudah jemu memakan buah begitu sahaja bukan? Pada hari ini kita akan membawa resepi kuah rojak buah untuk anda. Pastinya anda dapat menikmati buah-buahan tanpa jemu lagi.\n\nTanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi kuah rojak yang telah dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin di laman sosial Facebook yang telah mendapat banyak perkongsian.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!"
"Pasti ada yang tak tahu cara ukur saiz cincin lelaki dan perempuan. Pentingnya ketahui \u00a0kerana sekarang ini ramai yang suka memakai cincin. Tak kira lelaki atau perempuan mahupun bujang atau berkahwin, cincin antara aksesori yang digemari.\n\nLebih-lebih lagi pasti ramai yang suka untuk beli secara dalam talian kerana kesuntukan masa untuk keluar, lebih banyak pilihan dan harga lebih murah berbanding di pasaran.\n\nMelalui artikel ini, kami sertakan empat cara ukur saiz cincin lelaki dan perempuan yang mudah dan tepat. Tak usah ragu-ragu lagi untuk membeli cincin secara dalam talian selepas ini.\n\nSebelum memulakan proses mengukur, ini tips yang anda perlu tahu untuk dapatkan saiz cincin yang lebih tepat.\n\nDah tahu tips, mudahlah anda nak ukur saiz cincin. Jom tengok cara mudah dan tepat bagi anda!\n\nCara pertama ini khas untuk anda yang sudah mempunyai cincin lama yang masih muat tetapi lupa saiz. Barang yang anda perlu untuk cara pertama ini adalah cincin lama, kertas, pensel dan pembaris. Berikut merupakan langkah-langkahnya.\n\nCara kedua pula sesuai untuk anda yang baru ingin membeli dan memakai cincin. Barang yang diperlukan adalah sehelai kertas atau benang, pen, gunting dan pembaris.\n\nCara ketiga adalah cara yang mudah. Anda hanya perlukan pita pengukur dan pensel. Berikut merupakan langkah-langkahnya.\n\nCara paling mudah adalah anda hanya memerlukan cincin dan pembaris. Letak sahaja pembaris pada pertengahan cincin dan ukur diameter dalaman cincin tersebut. Mudah bukan?\n\nLangkah akhir bagi keempat-empat cara ukur saiz cincin lelaki dan perempuan adalah padankan panjang ukuran dengan saiz cincin. Rujuk jadual di bawah:\n\nSekiranya anda ingin membeli cincin dengan saiz negara luar, anda boleh rujuk jadual di bawah:\n\nSangat mudah keempat-empat cara ukur saiz cincin lelaki dan perempuan. Semua alat yang digunakan sudah pasti ada di setiap rumah. Dengan ini, anda boleh dapatkan saiz cincin dengan lebih tepat tanpa perlu keluar ke kedai cincin. Jom ukur sekarang!\n\nSelain artikel ini, jom baca artikel lain yang pasti bermanfaat buat anda seperti:"
"Hai semua! Entry kali ini ialah pasal kuih buah Melaka atau dipanggil juga sebagai onde-onde atau kuih kolopong jika di Negeri Sembilan. Jika anda terbayangkan kuih ini, pasti apa yang terlintas di benak fikiran anda ialah gula cair yang penuh di dalam mulut apabila anda mengunyahnya. Ramai yang gemarkannya dan sangat popular apabila menjelang bulan Ramadhan sebagai menu sampingan semasa berbuka puasa.\n\nKuih ini dipanggil sebagai kuih buah Melaka kerana ia menggunakan gula Melaka sebagai intinya. Apabila dimasak, gula itu akan mencair dan apabila dingap ke dalam mulut, memang melting habis. Sedapp sangat! Kalau nak beli kuih ini di kedai, ia dijual dalam range harga 2-3 biji untuk RM1. Bayangkan kalau nak beli banyak, agak mahal jugaklah. Jadi, better buat sendiri kalau nak makan banyak-banyak kan.\n\nPastikan resepi dan bahan-bahan disukat dengan betul agar kuih onde-onde anda sedap dan menjadi. Sebab apa, ada yang buat kuih ni jadi liat nak makan dan rasa keras je. So, rosaklah rasa sedap kuih dan tak nikmat lah nak makan. Kuih buah Melaka kalau kene dengan caranya, ia tidak pecah apabila dimasak, berbau wangi dan lembut apabila dimakan.\n\nJadi, resepi kali ini ialah resepi buah Melaka aka onde-onde yang dihantar special oleh saudari Mariana Zainal di Facebook. Resepi ini mendapat banyak perhatian dank omen dari pengguna Facebook. Jadi, jom try resepi kuih yang mantap ni!\n\n1 batang gula melaka(potong dadu)ketepikan\n1/2 biji kelapa parut gaul dengan sedikit garam(ketepikan)\n\n2 cawan tepung pulut (sama rata)\n3 sdb membukit tepung gandum\nSecubit dua garam\n1 cawan penuh air (daun pandan 4 helai dikisar dengan air kemudian sy sukat satu cawan)\nJika tiada daun pandan, pewarna hijau epal boleh digunakan.\n(satukan semua uli hingga jadi doh x melekat ditangan)\n\n(1) Satukan semua bahan untuk doh dan uli sehinggah doh tidak melekat di tangan.\n(2) Didihkan air dalam periuk sementara untuk sediakan bahan.\n(3) Doh dibulat2kan kecil-kecil dan dimasukkan gula Melaka yang dipotong dadu tadi sebagai inti.\n(4) Masukkan ke dalam air yang mendidih tadi sehingga masak. Nak tahu masak atau tak, buah Melaka/onde-onde akan timbul di permukaan atas. Bolehla dicedok menggunakan penapis dan toskan\n(5) Kemudian, bolehlah golek2kan ke atas kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.\n\nSelain resepi kuih buah Melaka yang sedap ni, ada banyak lagi tau resepi yang best-best ada di blog bidadari.my ni. Jemputlah unutk lihat kesemuanya ya. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
"Tak tahu nak beli hadiah apa untuk ibu, selalunya benda yang sama sahaja! Apa lagi yang boleh dijadikan hadiah untuk ibu?\n\nHadiah untuk ibu sama ada hadiah hari lahir atau hari ibu, tidaklah sukar untuk dicari jika anda tahu apa yang sesuai diberikan. Tidak semestinya hadiah untuk ibu adalah hadiah yang mahal, mewah dan barangan berjenama. Anda boleh mendapatkan hadiah yang menarik mengikut bajet anda. \n\nJangan risau kerana ia tidak mahal, sesungguhnya nilai sesuatu pemberian dan barang tersebut lebih tinggi di mata ibu anda. Jom lihat antara hadiah yang boleh anda berikan kepada ibu anda.\n\nPasu bunga sesuai dijadikan hadiah untuk ibu memandangkan ibu suka bercucuk tanam atau menghias rumah. Mereka boleh gunakannya sebagai hiasan rumah. Mungkin ia adalah benda yang telah lama mereka idam-idamkan. \n\nTelekung adalah salah satu hadiah untuk ibu sebagai lambang kasih sayang. Mereka pasti terharu menerima hadiah telekung daripada anda, apatah lagi telekung itu sangat selesa dan cantik untuk mereka pakai. Sebagai contoh, telekung Siti Khadijah sangat dikenali ramai dan boleh anda hadiahkan kepada mereka.\n\nHadiah untuk ibu sangat menarik adalah rantai ibu dan anak yang boleh dicantumkan. Sama ada ia silver, emas dan sebagainya, rantai ini tetap menarik hati para ibu dan pasti mereka akan menyimpannya. Anda boleh memakainya bersama ibu anda sebagai tanda kasih sayang dan kekeluargaan. \n\nTak perlu yang mahal-mahal jika tidak mampu, cukuplah emas korea sahaja. Hadiah untuk ibu ini boleh dijadikan kegunaan mereka pada bila-bila masa. Pakai duduk rumah pun mereka akan pakai. Set barang kemas seperti anting-anting dan rantai sudah memadai.\n\n5. Suprise Delivery Bunga Dan Coklat\n\nTerkejut mak bila orang datang rumah hantar suprise delivery, bunga berjambangan dengan coklatnya lagi. Itulah sebabnya anda boleh hadiahkan jambangan bunga dan coklat kepada ibu. Hadiah untuk ibu ini pasti buatkan si ibu tersenyum gembira sepanjang hari.\n\nKerusi malas bukan sahaja sesuai untuk ayah, tetapi boleh juga dijadikan hadiah untuk ibu. Kerusi malas dapat menenangkan ibu tatkala berehat setelah menyiapkan kerja rumah seharian. Lihat sahaja di Lazada, pasti banyak kerusi malas pilihan anda yang cantik dan menarik!\n\nIbu pasti gembira melihat tupperware baru yang anda hadiahkan. Set tupperware yang cantik, bewarna-warni dan mudah digunakan adalah idaman para ibu. Tak perlu lagi mereka beli yang baru memandangkan anda sudah jadikan tupperware sebagai hadiah untuk ibu.\n\nBeg tangan yang sesuai untuk para ibu adalah yang bersaiz besar. Namun, tak salah jika nak beli yang sederhana saiznya dan berstyle. Sudah lama ibu tak bertukar beg, jadi inilah masa sesuai untuk anda belikan beg tangan untuk ibu anda. \n\nBantal yang tertulis perkataan ibu atau sesuatu yang sesuai untuk ibu boleh anda jadikan hadiah. Sama ada mereka akan tidur bersama atau ibu akan meletakkan bantal tersebut dibiliknya atau ruang tamu untuk hiasan, tidak menjadi masalah. Bantal ibu ini merupakan hadiah yang sangat romantis untuk seorang ibu.\n\nPerfume atau minyak wangi adalah hadiah terbaik untuk ibu memandangkan ibu anda sudah lama tidak beli minyak wangi yang baru. Pilihlah wangian yang sangat lembur, harum dan tidak menyakitkan hidung. Mereka akan menggunakannya ke mana sahaja mereka pergi.\n\nApa kata anda tukarkan jam tangan ibu anda kepada jam tangan yang baru? Pasti ibu terkejut, maklumlah ada lagi anaknya yang ingat akan lengannya yang lama tidak bergaya dengan jam. Belilah jam yang eksklusif, berwarna keemasan atau silver untuk lebih cantik dan profesional.\n\nPasti seronok ibu menerima hadiah tudung dari anaknya. Kaum ibu-ibu memang suka buat koleksi tudung dan selendang. Anda boleh jadikan selendang atau tudung yang belum pernah mereka beli sebagai hadiah untuk ibu. \n\nDompet wanita yang panjang dan agak besar adalah idaman semua wanita. Anda boleh mencari dompet yang bewarna pastel dan tidak terlalu terang. Sekiranya ibu anda meminati warna merah dan hitam, tidak menjadi masalah membelikan dompet warna tersebut untuk mereka. Penting sekali, ia harus cantik dan berkualiti.\n\nBanyak jenis cadar katil yang cantik dan romantik. Ibu pasti suka jika anda hadiahkannya cadar yang baru. Sudah lama bertukar cadar yang biasa, anda boleh berikan cadar yang lebih empuk dan gebu sempena menghargai pengorbanan ibu.\n\nTelefon bimbit yang lebih elok dan baik daripada telefon bimbit ibu sebelum ini boleh dihadiahkan. Mungkin sudah lama ibu menggunakan telefon bimbit sekarang dan belum mampu untuk tukar yang baru. Anda boleh jadikan hadiah ini sebagai kejutan buat mereka.\n\nJika anda ada masa, belilah tiket wayang dan hadiahkan kepada mereka. Anda tontonlah wayang bersama mereka., ia juga adalah ruang dan masa untuk anda habiskan bersama ibu anda. Ataupun, belikan tiket wayang untuk ibu dan ayah anda! \n\nItulah dia 16 hadiah untuk ibu yang sesuai dberikan dalam bajet rendah dan tinggi mengikut kemampuan anda. Pasti ibu seronok menerima hadiah yang diberikan oleh anda. Jemput baca buah yang baik untuk ibu hamil, cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa."
"Tablet terbaik sesuai untuk setiap individu bergantung kepada bagaimana seseorang itu mahu gunakannya. Sekiranya anda bermain permainan video, anda memerlukan tablet dengan kelajuan tinggi dan jangka hayat bateri yang tahan lama, tetapi jika anda hanya menghantar e-mel tablet yang sederhana pun sudah cukup memadai buat anda.\u00a0\n\nJom kami kongsikan tablet terbaik 2022 canggih dan berbaloi dimiliki. Jangan lepaskan peluang untuk buat pilihan bagi table terbaik 2022 ini.\n\nIPad Mini 6th Gen adalah tablet yang paling terbaik untuk sesiapa sahaja dan mempunyai chipset A15 Bionic bersama Neural Engine. Peranti ini juga menyokong Papan Kekunci Pintar dan Pensil Apple (2th generation), jadi ianya hampir sama dengan penggantian komputer riba. \n\nDengan spesifikasi serba lengkap yang baik dan pelbagai warna yang boleh anda pilih seperti ungu, pink dan kelabu. Selain itu, iPad mini ini adalah pilihan yang bagus untuk ramai orang kerana penggunaannya boleh mencecah sehingga 10 jam. \n\nTablet ini juga dikeluarkan pada awal tahun 2022. Menggunakan cip pemproses Apple M1, storan peranti ini sebanyak 256GB. Dengan dua ciri ini, anda dapat menggunakan tablet dengan lancar dan pantas. Selain membuat tugasan, ia sesuai untuk bermain game.\n\nDengan sistem suara yang efektif, pasti anda akan jatuh cinta dengan reka bentuk perkakasan yang dibuat dengan baik oleh Apple ini. Paling penting, anda boleh menggunakannya bersama papan kekunci dan pensel Apple.\n\nTablet ini adalah tablet terbaik yang pernah dihasilkan oleh Samsung dan ianya merupakan saingan serius kepada rangkaian iPad. Kapasiti bateri untuk tablet ini adalah 10,900 mAh dan mampu bertahan sehingga 13 jam.\n\nDi dalamnya terdapat chipset Qualcomm Snapdragon 778G dengan 6GB RAM dan 128GB storan. Tablet ini juga mempunyai sambungan wifi, Bluetooth v5.0 dan sebagainya. Anda juga akan mendapatkan stylus Samsung S Pen di dalam kotaknya secara percuma.\n\nIPad 12.9 inci ini merupakan antara tablet terbaik yang boleh anda beli dan ia dikatakan iPad terbaik daripada Apple. Tablet ini dilengkapi dengan chipset Apple M1 yang menjadikannya agak lebih pantas daripada model lama.\n\nBukan itu sahaja, bateri tablet ini boleh bertahan untuk seharian dan mempunyai pengecas 20W yang jauh lebih pantas daripada model sebelumnya.\n\nSamsung Galaxy Tab S8 ini dilancarkan pada awal tahun ini. Tablet ini menggunakan sistem pemproses Snapdragon 8 Gen 1 dengan storan 128GB atau 256GB serta 8GB RAM. Tablet ini sangat sesuai untuk anda yang ingin membuat sebarang kerja dan bermain game.\n\nDengan skrin 11 inci dan paparan visual 120Hz, anda dapat menonton video dengan jelas dan terang. Kapasiti bateri yang mencecah 8,000 mAh, pasti anda dapat bermain dengannya sepanjang hari. Kamera utama pula dengan 13MP + 6MP UW manakala kamera hadapan 12MP UW.\n\nSamsung Galaxy Tab S8 Ultra merupakan edisi yang dikeluarkan bersama peranti sebelum ini. Perbezaannya dapat dilihat dari segi storan, kapasiti bateri dan skrin yang lebih baik. Penggunaan peranti ini boleh menggantikan laptop untuk melakukan sebarang tugasan.\n\nGalaxy Tab S8 Ultra mempunyai storan lebih besar iaitu 12GB RAM dan 256GB ROM. Dengan kapasiti bateri 11,200 mAh, pengecasan mengambil masa 82 minit untuk penuh. Skrin model ini lebih besar dengan 14.6 inci dengan paparan 120HZ, Super Amoled dan HDR+10.\n\nXiaomi Pad 5 juga layak dimiliki oleh anda pada tahun 2022 kerana ia menggabungkan banyak ciri premium dengan harga yang mampu milik dan semestinya bawah RM 2000. \n\nTablet ini menggunakan skrin WQHD+ 120Hz dengan saiz 11 inci. Ia juga dibina dengan logam yang membuatnya kelihatan semahal tablet lain. Sistem unit pemproses yang digunakan adalah Qualcomm Sanpdragon 860.\n\nDi samping itu, ia juga mempunyai hayat bateri yang mengagumkan dengan kapasiti 8720mAh dan menyokong pengecasan pantas 22.5W. Kualiti kamera utama sekadar 13MP manakala kamera hadapan adalah 8MP.\n\nTablet Amazon Fire HD 10 ini bukanlah untuk kegunaan semua orang. Fungsinya adalah untuk melakukan tugas yang lebih pasif seperti bermain permainan video dan menonton filem. Padan dengan harganya yang bawah RM 1000.\n\nIanya dilengkapi dengan port USB-C moden dan walaupun tablet Amazon tidak sepantas Apple, tetapi ia amat berguna dalam aktiviti seharian anda. Bukan itu sahaja, malah sesuai dijadikan medium untuk pembelajaran anak-anak.\n\nTablet ini adalah pilihan bagi mereka yang lebih ekstrem kerana dapat menjalankan Windows desktop dan mempunyai pilihan untuk menonton Netflix. \n\nPerlu diingat bahawa ia adalah persis komputer riba yang dilengkapi dengan papan kekunci, pad sentuh, dan skrin 13.5 inci yang menakjubkan. Fungsinya sesuai untuk membaca dan menonton filem dan sekiranya anda ingin menggantikan komputer riba dan mahukan pengalaman tablet tanpa papan kekunci, Microsoft Surface Book 3 adalah jawapannya.\n\nLenovo 11 inci ini menggunakan sistem pemproses Qualcomm Snapdragon 662 dengan kapasiti storan 128GB dan 6GB RAM. Pasti mudah dan lancar untuk anda membuat tugasan.\n\nKapasiti bateri pula sekadar 7700 mAh dan mempunyai sokongan sensor untuk graviti dan cahaya. Kamera hadapan dengan 8MP manakala kamera utama 13MP sahaja. Tablet ini ringan sahaja iaitu sekadar 490 gram.\n\nMenarik sungguh tablet terbaik 2022 ini. Jom baca juga hadiah untuk ibu. dan ayah, serum terbaik dan moisturizer terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Pasta dimakan bersama sos bolognese? Mesti ramai yang suka, tapi tak ramai yang sesuai tekak dengan sos dia kan? Kadang ramai orang yang mulanya tak berapa suka sangat spaghetti bolognese, tapi sekarang dia pulak terlebih western request nak makan spaghetti sebab resepi sos sedap ini.\n\nSos bolognese prego ini boleh juga digunakan untuk membuat topping pizza atau makan dengan roti. Resepi yang mendapat perkongsian ramai yang dikongsikan oleh \u200eSania Weina\u200e di Facebook ini patut dicuba.\n\nUntuk sos yang original itali kebanyakan pakai fresh tomato, rasa yang lebih sedap. Tapi kita orang Malaysia ini tak ada masa nak buat homemade sos, pakai yang botol kadang sos terlebih masam dan sos rasa muak.\n\nPada resepi ini sos dibuat sesuai dengan citarasa tekak local. Daging garing dan tidak hanyir, sos tidak terlalu masam dan paling penting sos sedikit pedas dan ada tekstur letupan \u2018crunchy\u2019 bila kita makan. Sila cuba resepinya.\n\nResepi sos untuk 3 paket pasta.\n\nTips : Resepi ini pakai air sedikit sekadar cuci sisa sos dalam botol. Sebab itu sos akan pekat dan tidak cair. Baru syok makan bertambah.\n\nSelain resepi spaghetti bolognese Prego, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bagi wanita, imej dan penampilan yang kemas sentiasa menjadi pilihan. Pasti runsing kalau bau badan anda memberikan \u2018aroma\u2019 yang tidak menyenangkan. Jom ketahui cara hilangkan bau badan wanita.\n\nManusia mengeluarkan pelbagai jenis molekul meruap dan tidak meruap yang kompleks bergantung kepada faktor-faktor tertentu. Molekul dan sebatian ini mempunyai bau yang tertentu dan penghasilannya adalah dipengaruhi hal-hal seperti:\n\nSebatian ini dihasilkan dari pelbagai kawasan tubuh seperti kulit kepala, ketiak, kaki, mulut dan sebagainya. Namun, menurut kajian saintifik, tiga kelas utama bau yang dihasilkan badan ialah:\n\nOleh itu, khas bagi pembaca sekalian, artikel ini akan berkongsi cara untuk hilangkan bau badan wanita yang sesuai dijadikan amalan.\n\nCara untuk Hilangkan Bau Badan Wanita\n\nBau badan yang tidak menyenangkan ini boleh dihilangkan dengan beberapa cadangan tersebut, merujuk kepada laporan dan kajian sains yang telah dijalankan.\n\n1. Penjagaan dan Kebersihan Alat Sulit Wanita\n\nBau yang keluar dari alat sulit wanita merupakan perkara yang normal sekiranya tidak disertakan simptom pada alat kemaluan tersebut seperti cairan nanah, luka, darah dan sebagainya.\n\nTerdapat beberapa punca yang menyebabkan bau di bahagian alat sulit ini seperti peluh yang terhasil selepas aktiviti fizikal, senaman, seks dan datang bulan.\n\nNamun, terdapat juga faktor lain yang perlu diambil kira yang boleh mendatangkan risiko berbahaya, antaranya:\n\nAntara cara untuk hilangkan bau badan wanita yang disebabkan oleh alat sulit wanita ini ialah:\n\nAntara punca lain yang menyebabkan bau badan wanita ialah keadaan peluh berlebihan. Masalah ini banyak dialami oleh wanita yang melakukan senaman dan aktiviti fizikal yang ekstrim.\n\nTambah memburukkan bagi mereka yang tinggal di kawasan beriklim panas, masalah ini berterusan untuk sepanjang tahun.\n\nAntara langkah yang boleh diambil ialah penjagaan diri dengan memakai sabun anti bakteria yang banyak berada di pasaran dan kerap mandi dalam sehari.\n\nMandi dengan air suam dan sabun yang sesuai turut membantu menyingkirkan peluh daripada terus kekal berada di permukaan kulit.\n\nDi samping itu, semasa aktiviti fizikal dilakukan, pastikan anda memakai pakaian yang longgar dan nipis bagi meningkatkan kadar penyejatan peluh dari badan.\n\nPakaian yang longgar dan nipis ini juga membantu proses penyejukan badan yang lebih baik selain memudahkan pergerakan melakukan aktiviti senaman tersebut.\n\nBagi wanita yang kerap menyarung kasut untuk melakukan urusan seharian, keadaan kaki yang basah atau berpeluh akan menyebabkan bakteria mudah terkumpul dan menghasilkan bau kaki yang kurang menyenangkan.\n\nJadi, pastikan kaki anda sentiasa kering atau semburkan antiperspirant yang bertujuan mengurangkan penghasilan peluh.\n\nPastikan anda sentiasa mengeringkan kaki dengan baik selepas mandi.\n\nMinimumkan penggunaan kasut yang berat ketika berada di persekitaran yang panas dan pakai stokin hanya dalam situasi yang memerlukan.\n\nTerdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan nafas yang berbau dan tentulah cara yang paling jelas untuk menghilangkan bau tersebut dengan tidak memakannya, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai temu janji penting.\n\nMakanan seperti jering, petai dan kerdas tentu sekali memberikan bau nafas yang menusuk.\n\nTahukah anda, terdapat beberapa makanan lain yang boleh menyebabkan bau badan disebabkan kandungan sulfur yang tinggi, berdasarkan analisis makmal.\n\nAntara makanan yang memberi bau badan dan bau nafas yang berpanjangan dan perlu dielakkan untuk hilangkan bau badan wanita ialah:\n\nMemberus gigi dan flossing boleh mengurangkan bau yang terhasil ini. Tetapi, ada satu keadaan perubatan yang dipanggil halitosis iaitu bau mulut yang busuk akibat jangkitan bakteria pada gusi dan gigi.\n\nHalitosis boleh diubati dengan berjumpa segera dengan doktor gigi bagi merawat masalah gusi, mulut kering, kerak gigi dan masalah pergigian yang lain.\n\n5. Cara Hilangkan Masalah Rambut yang Berbau\n\nRambut berbau adalah disebabkan kulit kepala dan rambut yang menghasilkan bau akibat perkumpulan bakteria.\n\nAntara puncanya ialah rambut tidak dikeringkan dengan betul, pemakaian tudung yang memerangkap rambut yang basah dan jarang mencuci rambut.\n\nBau yang dihasilkan dikatakan seperti susu masam, lumut dan kain yang kepam.\n\nUntuk menghilangkan bau badan wanita yang datang dari rambut ini, anda boleh mencuba penggunaan sabun mandian badan anti bakteria\u00a0 yang mengandungi sulfur.\n\nDengan cara ini, bakteria yang terkumpul penyebab bau tersebut dapat disingkirkan.\n\nRingkasnya, 5 cara untuk hilangkan bau badan wanita ialah penjagaan dan kebersihan alat sulit wanita, atasi masalah peluh berlebihan, hilangkan bau busuk kaki, ubah diet makanan dan hilangkan masalah rambut berbau.\n\nPenampilan wanita yang sentiasa ingin tampak cantik perlulah disertai dengan bau badan yang menyenangkan. Selain untuk keyakinan diri, penjagaan diri untuk hilangkan bau badan wanita ini memberi manfaat kesihatan kepada golongan wanita itu sendiri.\n\nJemput juga baca tips badan sentiasa wangi , cara menghilankan bau peluh badan dan petua ketiak berbau"
"Serangan panik (panic attack) adalah munculnya rasa takut atau gelisah berlebihan secara tiba-tiba. Serangan panik boleh dialami sesekali dalam hidup, yang biasanya menghilang saat keadaan atau situasi pemicunya berakhir. Namun, jika serangan panik terjadi secara berulang dan untuk jangka waktu yang lama, maka kondisi ini disebut gangguan panik.\n\nSerangan panik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Terutama sekali kepada orang yang selalu stres, penat dan terlalu kuat bekerja (overwork). Kini, kanak-kanak yang berusia 12 tahun juga boleh terkena serangan panik jika mereka terlalu stes memikirkan sesuatu benda atau trauma.\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tanda-tanda serangan panik atau \u2018panic attack\u2019. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. \n\n5. Rasa seperti terpisah dari realiti\n\n*Di atas adalah tanda-tanda serangan panik yang dikatakan oleh doktor-doktor pakar. Malaysia dahulu tidak didedahkan lagi dengan serangan panik ini, maka masyarakat kurang ambil tahu tentang serangan panik. Masyarakat fikir bahawa serangan panik hanya berdrama sahaja dan tidak ambil serius terhadapnya.\n\nMungkin ia tidak terjadi kepada kita, tetapi jika kita terlalu stres dan memikirkan sesuatu benda, kita juga akan terkena serangan panik. Jika anda ada tanda-tanda di atas, cepat-cepat pergi berjumpa doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diiberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Terasa nak makan cheesy wedges ala-ala KFC? Bolehlah jamu seisi keluarga dengan sos cili atau sos tomato. Bila lagi nak merasa cheese wedges buat sendiri.\n\nNak buatnya tak susah pun. Hanya perlu kukuskan kentang, golekkan kentang tersebut dengan tepung. Dah siap menggolek bolehlah mula menggoreng dengan api yang perlahan. Nak hasil yang terbaik, pastikan bila menggoreng tuh ayam tenggelam dalam minyak panas. Barulah masak sekata. \n\nJadi, apa lagi jom tengok resepi dari Nur Fadzillah Ibrahim yang menjadi kesukaan ramai di \u2018Facebook\u2019. \n\n1. Bersihkan kulit kentang dan pastikan tiada pasir yang melekat dan toskan.2. Didihkan air kukusan. Sementara menunggu air kukusan mendidih, potong kentang.\u00a03. Lepas sudah siap potong, cuci & toskan. Kemudian, susunkan dalam tray kukus. Kukus dalam 5 minit atau sehingga ubi kentang korang empuk. Bila dah empuk sejukkan sekejap.4. Dalam bekas lain, satukan bahan bertanda *. Ambil ubi kentang yang telah kukus tadi dan gaulkan.5. Panaskan minyak dan goreng.\n\n## Nak guna tepung serbaguna pun boleh juga. Terpulang pada korang.\n\n1. Panaskan pan dengan api yang perlahan dan cairkan mentega.\u00a02. Masukkan tepung gandum, serbuk cili n serbuk/ kiub pati ayam. Kacaukan rata.3. Kemudian masukkan susu segar dan masukkan cheese serta pewarna. Kacau sampai cheese cair. Biarkan selama 3 minit sehingga cheezy pekat.\n\nTada. Dah siap. Mesti sedap kan? Selain dari resepi Cheesy Wedges ini, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih."
"Coklat eclairs, makanan unik berasal dari Perancis ini sangat menarik. Makanan berbasis pastri yang berintikan krim dan taburan aising coklat.\n\nCoklat eclairs dimasak dengan cara dibakar. Namun perkongsian \u200eNorasikin Md Noor\u200e cara membuat resepi coklat eclairs tanpa bakar di laman Facebook sesuatu yang menarik untuk dicuba. Bagi kami, cara ini paling senang. Hanya cairkan coklat, hancurkan bahan, gaul dan sejukkan dalam peti sampai keras.\n\nTentunya anda rasa teruja sangat dengan resepi ini bukan? Siapa sangka dengan cara yang amat senang itu boleh hasilkan coklat sedap untuk kudap-kudap hari raya.\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Selalu ibu hamil akan cepat penat dan susah mahu berjalan jauh jika kita perasan. Kaki pun tidak boleh pakai kasut tumit tinggi atau ada tapak tinggi sikit walaupun seinci, mesti tumit akan rasa sakit. Mereka akan pakai kasut yang tapaknya rata atau sandal.\n\nTali sandal pula perlulah tali yang boleh merenggang banyak kerana kaki ibu mengandung akan membengkak dan besar. Apabila mengandung ini, ada macam-macam rasa sakit, maklumlah ibu mengandung bukan bawa diri seorang je, ada lagi satu nyawa di dalam perut mereka.\n\nMereka juga tidak boleh berjalan jauh-jauh atau terlalu lama kerana lutut mereka akan rasa lenguh dan sakit, begitu juga sendi. Mengapakah lutut dan sendi ibu mengandung akan rasa sakit?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai sakit lutut dan sendi ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.\n\nKetahui punca sakit lutut dan sendi\n\nDisebabkan bebanan berat badan bertambah ataupun blood circulation. Jadi\u00a0jika berat anda sudah melebihi ideal weight, lutut akan terasa sakit sebab tidak lagi mampu menanggung berat badan anda. Kurangkan berat badan sehingga dapat kembali berat badan ideal.\n\nSakit pada tumit ini sebabkan oleh rahim/peranakan sedikit terturun dan menekan urat besar pada kaki dan terus ke tumit.\u00a0Cara mengatasinya anda kena berurut dengan tukang urut selepas bersalin. Tukang urut ini biasanya akan menaikkan balik rahim ke tempat asalnya.\n\nCara lain yang boleh buat sendiri di rumah ialah dengan baring dan angkat\u00a0kaki ke atas, \u00a0urut bawah perut anda secara\u00a0atas sedikit dari ari- ari dan tolak naik ke atas secara perlahan- lahan. Masa tidur juga perlu letakkan kaki atas bantal bagi dapatkan posisi supaya rahim akan masuk balik ke tempat asalnya. Kalau versi luar ia dipangil senaman kegel.\n\nSelain pada tu, kena berpantang juga. Elakkan\u00a0minum minuman berais, bergas, berkafein dan sebagainya. Berpantang yang ini bagus, bukan sahaja boleh elakkan sakit lutut atau tumit, ia mampu mengembalikan badan ke bentuk asal dan muka juga lebih berseri dan awet muda gitu!\n\n*Sakit lutu dan sendi itu normal bagi ibu yang sedang sarat mengandung. Jadi, jangan angkat barang yang berat dan berjalan dengan kasut yang ketat dan tidak selesa. Ia akan mendatangkan kemudaratan kepada diri. Jika mahu pakai kasut yang cantik-cantik dan tumit tinggi, tunggu selepas bersalin ye. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Perasaan takut sebenarnya adalah sumber tersirat kepada perasaan marah. Jika anda ada penyakit mental, masalah ketagihan atau masalah panas baran maka perasaan takut boleh jadi adalah puncanya.\n\nJika anda boleh mengawal perasaan takut kepada sesuatu, anda juga secara tidak langsung mampu untuk mengawal perasaan marah anda. Salah satu teknik yang berkesan untuk menghadapi ketakutan ialah dengan bercakap dengan diri anda sendiri secara rasional.\n\nJika anda seorang yang selalu berfikiran negatif seperti \u201csaya dah tak boleh buat apa lagi\u201d atau \u201csaya memang tak mampu menghadapinya\u201d anda haruslah cuba untuk mengikis perasaan itu. Jika tidak ia akan menguasai diri dan berterusan menjadi sumber ketakutan anda sekaligus menimbulkan perasaan marah yang tidak terkawal.\n\nKebanyakan orang selalu berfikiran cetek dan mereka tidak mahu cuba untuk berfikir positif didalam hidup. Jika anda merasakan anda seorang tidak berguna maka perasaan marah akan sentiasa membelenggu anda dan anda pasti akan menghadapi lebih banyak masalah daripada yang sebelumnya.\n\nPemikiran yang tidak rasional tidak akan membawa kita kemana-mana. Kita akan terus disitu, kaku bersama dengan masalah kita dan tiada siapa dapat membantu jika kita tidak mulakan dengan diri kita terlebih dahulu.\n\nPemikiran tidak rasional juga akan menimbulkan lebih banyak perasaan takut tanpa sebab. Jadi, ubahlah apa yang anda mampu untuk ubah dan biarkan saja perkara-perkara yang anda tidak mampu ubah.\n\nSeseorang boleh menjadi marah terhadap sesuatu kejadian walaupun ia sudah berbulan lamanya. Anda seharusnya biarkan saja perkara itu berlalu. Jangan jadikan ia suatu bebanan difikiran anda kerana dikhuatiri akan bertukar menjadi tekanan perasaan dan panas baran.\n\nTerima hakikat yang anda memang tidak boleh kembali semula ke waktu itu untuk mengubahnya. Fikirkan tentang hari ini dan hari yang akan mendatang. Sebaliknya, seseorang sepatutnya belajar daripada kesilapan tersebut supaya tidak mengulanginya lagi. Itu lebih baik daripada berterusan menyesali kesilapan yang telah anda buat.\n\nJika anda menghadapi masalah dalam membuat keputusan, ingatkan diri anda yang keputusan harus juga dibuat walaupun kesannya mungkin tidak seperti yang diharapkan.\n\nHidup ini adalah mengenai membuat keputusan. Kita membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah. Dan jika keputusan itu menimbulkan masalah yang baru, cuba pelajari sesuatu daripadanya supaya anda tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.\n\nHidup untuk membuat keputusan, dan membuat keputusan adalah untuk menyelesaiknan masalah.\n\nAkhir sekali ialah anda perlu menilai dulu keputusan anda itu, pilihan yang anda ada, masalah yang bakal timbul dan kesemua maklumat yang anda perlukan untuk menyelesaikan semula masalah tersebut jika ia berulang.\n\nJika anda telah yakin dengan keputusan anda, terus bertindak tanpa rasa ragu-ragu. Menangguhkan sesuatu penyelesaian masalah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jangan terlalu memikirkan \u201cbagaimana jika ia tidak berkesan\u201d, kerana ia belum pun berlaku dan kemungkinana besar memang tidak akan berlaku.\n\nTetapi jika ia benar-benar berlaku, ia mungkin disebabkan keputusan yang telah anda buat, sikap anda dan lain-lain. Ia tidak bermakna masalah tersebut tidak boleh diselesaikan dan bukan bermakna anda tidak mampu untuk mengubah hidup anda kepada yang lebih baik.\n\nJangan biarkan emosi marah menguasai diri anda. Ingatlah, perasaan takut adalah punca kepada perasaan marah dan jika anda berjaya menguasai perasaan takut, anda setapak untuk mencapai kejayaan. Akhir kata, perasaan takut hanya berguna jika kita bijak menggunakanya."
"Daun parsley adalah bahan biasa yang selalu ada di dapur dan kebanyakannya diguna menghias sup, salad atau sebagai tambahan perasa. Terdapat banyak manfaat kesihatan daun parsley yang hebat ramai tak tahu. \n\nDaun parsley adalah salah satu herba yang paling popular di dunia dimana ia mengandungi vitamin dan nutrien yang penting. Parsley diperkaya dengan Vitamin A, C, E, K serta thiamin, vitamin B12, choline, besi, riboflavin, niacin, folat, asid pantotenik, vitamin B6, kalsium, magnesium dan sebagainya. \n\nApa yang hebatnya, hanya dua sudu daun parsley dapat memenuhi 12% vitamin A harian kita, 150% Vitamin K, 16% keperluan Vitamin C. Tidak hairanlah, mengapa daun parsley sering dipanggil sebagai \u2018superfood\u2019. Jom kita ketahui 10 khasiat daun parsley yang sememangnya hebat untuk kesihatan tubuh badan kita.\n\nDaun parsley adalah bahan luar biasa yang boleh digunakan untuk membersihkan jerawat. Ia mengandungi anti bakteria dan anti-kulat. Inilah sebabnya mengapa ia dianggap sebagai salah satu penyelesaian semula jadi terbaik untuk menyembuhkan jerawat. \n\nSelain itu, daun parsley juga membantu mengimbangi pengeluaran sebum kulit. Daun parsley mengandungi zink, yang merupakan salah satu mineral penting untuk melawan jerawat.\n\nSeterusnya, daun parsley adalah sumber yang diperkaya dengan vitamin C. Vitamin C adalah anti oksidan yang kuat serta membantu mengurangkan kedutan, garis halus dan bintik-bintik hitam di muka. Vitamin C akan meningkatkan tahap kolagen dalam kulit dan membaiki sel-sel kulit yang rosak.\u00a0\n\nDengan cara ini, ia menggalakkan pertumbuhan kulit yang lebih sihat, lancar dan segar dengan cepat. Daun parsley juga dilengkapi dengan vitamin K yang berfungsi meningkatkan keanjalan semula jadi kulit. \n\nIa juga mengurangkan kemerahan kulit. Tahukah anda, vitamin A di dalam daun parsley juga membantu menghilangkan kekeringan kulit, yang merupakan salah satu tanda penuaan yang utama.\n\nDaun parsley mempunyai ciri-ciri kecantikan dan pencahayaan kulit yang indah. Ia adalah penyelesaian yang sangat berkesan bagi menghilangkan perubahan warna kulit dan mendapatkan kulit yang anjal. \n\nJumlah vitamin C yang tinggi di dalam daun parsley boleh dikaitkan dengan zat mencerahkan kulit yang luar biasa yang membantu mengurangkan penampilan cecair, parut dan pigmentasi kulit yang lain.\n\n4. Merawat Di bawah Lingkaran Mata\n\nDaun parsley adalah penyelesaian yang baik untuk merawat masalah di bawah lingkaran mata. Ia diperkaya dengan vitamin A, vitamin C, vitamin K dan klorofil yang membantu meringankan kegelapan dari kawasan bawah mata. \n\nTambahan lagi, kepekatan tinggi vitamin dan mineral yang terdapat di dalam daun parsley dapat menyuburkan kulit dan mencerahkan kawasan mata. Pasti mudah untuk anda menjaga kawasan lingkaran bawah mata selepas ini, guna sahaja daun parsley.\n\n5. Bertindak Sebagai Agen Pembersih Kulit\n\nSelain itu, daun parsley juga merupakan pembersih kulit yang sangat baik. Ia menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati dan juga mengawal pengeluaran sebum. Hasilnya, kulit menjadi bersih, jelas dan sihat.\n\nWarna rambut semulajadi adalah salah satu khasiat utama dari daun parsley untuk rambut. Daun parsley mengandungi jumlah tembaga yang tinggi. Tembaga sangat bermanfaat dalam mengekalkan warna semula jadi rambut kita. Kebanyakan tembaga di dalam daun parsley membantu mengekalkan warna semula jadi rambut kita.\u00a0Menariknya!\n\nDaun parsley juga mempunyai ciri-ciri anti oksidan yang kuat serta berfungsi untuk memperbaiki kerosakan kepada folikel rambut serta kulit kepala. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan minyak yang di kulit kepala.\n\nDengan kandungan vitamin C yang tinggi pada daun parsley, tubuh kita menyerap zat besi yang optimum dan akan membantu menghasilkan sel darah merah. Sel darah merah membawa oksigen dan nutrien lain ke kulit kepala dan menyuburkan folikel rambut serta menghasilkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat.\n\nTerdapat satu lagi khasiat daun parsley yang luar biasa untuk rambut. Keguguran rambut adalah biasa namun boleh jadi masalah yang serius sekiranya tidak dirawat dengan tepat pada waktunya. Paling buruk, ia dapat menyebabkan kebotakan sekiranya tidak merawatnya. Parsley adalah penyelesaian semulajadi yang hebat untuk merawat masalah keguguran rambut atau masalah rambut.\u00a0\n\nIa mengandungi sejumlah besar vitamin dan mineral berfungsi menangani kekurangan nutrien dalam badan kita. Dengan cara ini daun parsley boleh membantu anda dengan masalah keguguran rambut. \n\nTambahan pula, daun parsley mempunyai ciri-ciri anti kulat dan anti bakteria yang dapat menghilangkan mana-mana bakteria yang menyebabkan keguguran rambut berlebihan. Daun parsley juga mengandungi flavonoid anti oksidan yang dikenali sebagai apigenin, ia mengawal keguguran rambut.\n\nKelebihan daun parsley juga adalah ia dapat membantu meningkatkan kesihatan buah pinggang kita. Buah pinggang adalah salah satu organ paling penting dalam tubuh kita. Ia melakukan semua pembersihan dalaman, ramai yang tak tahu. \n\nDaun parsley pula bersifat diuretik malah membantu membuang cecair dari dalam badan kita. Dengan cara ini, ia membantu menghilangkan kekotoran dari ginjal, yang seterusnya membantu merawat penyakit seperti batu ginjal, batu karang, jangkitan kencing dan juga jangkitan saluran kencing.\n\nSatu penyelidikan telah dilakukan oleh Institut Sains dan Teknologi Moscow membuktikan bahawa daun parsley mengandungi beberapa sebatian yang mempunyai ciri-ciri anti kanser. Salah satunya adalah karnosol yang telah dilihat membantu menghalang kanser payudara, kolon, prostat dan kulit. \n\nKompaun lain, yang dikenali sebagai luteolin juga merupakan pencegahan kanser. Ia menghalang pertumbuhan sel kanser dan juga memusnahkannya secara beransur-ansur. Selain itu, daun parsley juga mengandungi apigenin yang boleh membunuh 86% sel-sel kanser paru-paru.\n\nTernyata daun parsley amat berguna untuk tubuh badan kita dan ia bukanlah sekadar hiasan semata-mata dalam masakkan kita. Marilah sama-sama kita jadikan daun parsley ini sebagai hidangan utama, tidak kiralah sarapan pagi, mahupun makan malam. \n\nJom baca juga artikel berkaitan Khasiat daun kunyit, Khasiat daun limau purut, Khasiat daun bidara dan khasiat daun sirih."
"Nota Editor : Seringkali ada pendapat mengatakan bahawa anak-anak ini tidak boleh diberikan muka. Bimbang dirinya mengambil kesempatan ke atas kelembutan kasih ibu bapa. Adakah ini benar? Semoga artikel ini membantu.\n\nHari ini Ibu hendak berkongsi sebuah kefahaman mengenai kasih-sayang di dalam membesarkan anak-anak kita.\n\nKelembutan kasih-sayang dan perasaan timbang-rasa adalah amat penting untuk pertumbuhan EQ yang baik bagi anak-anak kecil dan besar. Bila seorang ibu atau bapa itu mempamerkan kelembutan kasih-sayang ini, ianya menjadikan anak itu merasakan dirinya penting dan dihargai oleh orang yang sangat penting di dalam hidupnya.\n\nDia suka menjadi seorang yang melakukan perkara-kara yang baik-baik supaya ibu bapanya dapat merasakan dia menghargai mereka.\n\nKelembutan kasih-sayang tidak bermaksud tidak boleh memarahi. Kita sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi, mendisiplin dan menghukum anak-anak dengan kelembutan kasih-sayang.\n\nIni adalah skil yang sangat perlu ibu bapa hari ini kuasai. Kerana skil ini tidak begitu dipamerkan oleh ramai ibu bapa dahulu.\n\nTanpa kita sedar inilah yang membuatkan ramai orang kurang bertimbang-rasa hari ini. Ini amat ternyata di laman sosial ini. Contohnya, bila sesuatu perkara yang diviralkan, banyak keji, maki dan kata-kata tidak senonoh di lemparkan. Ini menunjukkan situasi hati dan perasaan mereka yang membuat komen-komen begitu.\n\nPenulisan Ibu ini BUKAN mahu menyalahkan ibu bapa dahulu yang sangat kita kasihi dan hormati. Ia adalah untuk kita boleh mempelajari dari kesilapan mereka dan membetulkannya di dalam keibubapaan kita supaya mereka juga mendapat hasanahnya.\n\nSeorang ibu bapa yang sedar diri akan bahagia bila melihat anak-anaknya lebih bijak melakukan sesuatu kerja dan perkara. Adalah impian hampir semua ibu bapa untuk anak-anaknya menjadi lebih hebat dari mereka.\n\nBukankah anda juga begitu, mahukan anak-anak anda menjadi lebih hebat dari anda? Maka begitu jugalah ibu bapa anda yang sangat sayang pada anda. Mereka juga mahukan anda menjadi lebih bijak asalkan jangan memandang rendah dan memperlekehkan nasihat mereka.\n\nJika kita mahu anak-anak kita pandai membelai anak-anak mereka dan juga kita bila mereka sudah besar, berinteraksilah dengan mereka dengan kelembutan kasih-sayang serta bertimbang-rasa. Ia tidak akan menjadikan mereka anak-anak derhaka. Jauh dari itu.\n\nSebenarnya hati yang penuh kelembutan kasih-sayang dan bertimbang-rasalah yang menjadikan seorang anak itu boleh melayan ibu bapa mereka yang telah uzur terutamanya dengan penuh kelembutan kasih-sayang dan bertimbang rasa juga."
"Permainan bersifat eksplorasi adalah amat membantu perkembangan kanak-kanak.\n\nDalam posting kali ini, saya akan bincangkan tentang satu lagi jenis permainan eksplorasi yang sudah jarang sekali dimainkan oleh anak-anak kita: Menggali Tanah\n\nMenggali Tanah boleh memberikan impak yang amat positif kepada kanak-kanak. Namun, dengan kadar pencemaran persekitaran yang amat tinggi, pelbagai langkah keselamatan perlu dititikberatkan sebelum membenarkan anak bermain dengan tanah di kawasan sebarangan.\n\nBerikut saya senaraikan beberapa cadangan langkah keselamatan sebelum membenarkan anak bermain dengan tanah:\n\n1. Pastikan tanah tidak tercemar dengan sebarang bangkai atau najis binatang.\n\n2. Pastikan tanah tidak tercemar dengan sisa dari puntung rokok.\n\n3. Digalakkan ibu bapa menggunakan tanah yang diyakini kebersihannya seperti dihalaman rumah sendiri atau tanah bersih yang dibeli khas untuk kegunaan permainan anak.\n\n*bermain dengan tanah, efeknya adalah berbeza dengan pasir kerana tanah lebih berat sifatnya dari pasir dan teksturnya juga adalah berbeza.\n\nKebaikan Bermain Menggali Tanah Untuk Perkembangan Kanak-Kanak\n\nKoordinasi mata tangan merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk menggerakkan tangan ke arah yang dirancang oleh perancangan visualnya. Maksudnya, anak menggunakan mata untuk memastikan tangan pergi atau bergerak seperti yang dimahukannnya.\n\nAntara aktiviti yang boleh merangsang koordinasi mata-tangan semasa menggali tanah:\n\nSemasa anak bermain dengan tanah, anak akan berada dalam posisi \u201con-floor\u201d atau atas lantai. Ini akan memerlukan anak untuk mengolah pelbagai posisi bagi menjalankan aktiviti menggali tanahnya.\n\nKepelbagaian olahan posisi tubuh ini (sekejap mencangkung, sekejap melutut, sekejap bersila) akan membantu kanak-kanak untuk mempunyai keupayaan kesedaran tubuh yang tinggi dan seterusnya meningkatkan keupayaan kawalan postur tubuh.\n\nMempunyai kawalan postur tubuh yang baik akan membantu kanak-kanak untuk duduk di meja semasa belajar dengan lebih lama.\n\nSensori merupakan kefungsian paling asas sekali dalam piramid pembelajaran.\n\nBermain dengan tanah merupakan salah satu permainan yang dikategorikan sebagai permainan multi-sensori kerana ianya akan memberikan kanak-kanak peluang untuk eksplorasi secara tactile, visual, auditori (bunyian di luar rumah), olfaktori (bau dari tanah).\n\nKemahiran integrasi sensori akan membantu perkembangan respon adaptif yang amat perlu dalam membantu kanak-kanak belajar kefungsian harian dengan baik.\n\nSifat tanah yang boleh dibuat pelbagai bentuk berdasarkan acuan, akan memberikan stimulasi yang baik pada daya kreativiti dan imaginasi anak-anak. Kerana itu ianya merupakan salah satu permainan bersifat eksploratori yang memberikan impak yang sangat positif pada perkembangan kanak-kanak.\n\nBermain dengan tanah akan melibatkan manipulasi alatan dan tanah menggunakan kedua-dua belah tangan. Ini dipanggil kemahiran bilateral. Kemahiran bilateral adalah amat penting dalam kemahiran menulis.\n\nMerujuk kepada keupayaan kanak-kanak memanipulasi pergerakan jarinya. Semasa bermain dengan tanah, kanak-kanak akan perlu menggunakan manipulasi pergerakan jari yang pelbagai. Ini akan meningkatkan keupayaan motor halus kanak-kanak.\n\nSemasa bermain permainan eksplorasi seperti menggali tanah ini, kanak-kanak akan belajar pelbagai kemahiran menyelesaikan masalah. Permainan eksplorasi merupakan permainan yang akan membenarkan kanak-kanak belajar sendiri bagaimana untuk bermain kerana kemungkinannya adalah pelbagai (never ending possibilities).\n\nBermain menggali dan mengumpulkan tanah, menggali tanah mencari fosil atau menggali dan menanam objek akan membantu meningkatkan daya perhatian dan fokus kanak-kanak.\n\nIni merupakan satu latihan yang amat baik yang seterusnya akan membantu meningkatkan daya perhatian dan fokus mereka semasa sedang belajar kemahiran yang lebih penting samada di rumah atau di sekolah.\n\nPendedahan kemahiran asas sains dan matematik akan berlaku secara natural dan tak langsung semasa kanak-kanak sedang bermain dengan permainan seumpama ini.\n\nBerat tanah, sifat tanah, bagaimana tanah memenuhi bekas, apa yang berlaku bila tanah bercampur air, kepelbagaian tekstur tanah dan banyak lagi perkara yang boleh dieksperimentasi oleh kanak-kanak.\n\nPastikan kebersihan kawasan bagi mengelakan kemudaratan kesihatan."
"Anda belum pernah sampai ke Kota Tinggi? Tak pasti kalau ada tempat menarik di sana? Jom kami kongsikan 12 tempat menarik di Kota Tinggi yang pasti membuatkan anda tertarik nak ke sana.\n\nAir Terjun Kota Tinggi terletak 15 km dari Pekan Kota Tinggi. Air terjunnya yang landai menjadikan ia destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga.\n\nTerdapat juga gelongsor buatan manusia. Sesuai untuk anda bermandi-manda sambil berkelah dan berbabeku.\n\nKalau anda nak bermalam di sini, boleh sewa bilik di Air terjun Kota Tinggi Resort.\n\nAnda perminat kelip-kelip? Dengan bayaran RM20 untuk sekepala, anda akan dibawa dengan bot untuk menyusuri Sungai Kota Tinggi sambil melihat kecantikan kelip-kelip.\n\nWaktu yang paling sesuai ialah dari pukul 8 hingga 10 malam.\n\nJika anda malas untuk menaiki bot untuk melihat kelip-kelip, boleh juga melihat kelip-kelip dari daratan di Firefly Valley Leisure Park.\n\nDengan bayaran RM10 untuk sekepala, anda boleh berjalan-jalan di sekitar taman sambil melihat kelip-kelip berterbangan sambil bercahaya.\n\nMuzium yang dibina pada tahun 1997 ini dibuka kepada umum pada tahun 2002. Ia dibuka bagi mengimbau kembali sejarah kesultanan Johor selepas jatuhnya kesultanan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511.\n\nMuzium ini dibina di sini kerana kepentingan Kota Tinggi sebagai takhta kesultanan Johor Lama.\n\nMuzium ini dibuka pada hari sabtu hingga khamis dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Ianya ditutup pada hari jumaat. Masuk adalah percuma.\n\n5. Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang\n\nMakam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang terletak di Kampung Makam. Ia merupakan lokasi pelancongan yang paling popular di Kota Tinggi.\n\nMakam ini menyimpam seribu satu sejarah pemerintahan kesultanan Johor Lama. Mengikut kitab hikayat Tuhfat Al-Nafis, semasa pemerintahan Sultan Mahmud II, Laksamana Bentan telah pergi memerangi lanun di perairan Johor.\n\nIsterinya Dang Anum yang sedang mengandung telah mengambil sulas nangka yang kemudiannya dihidangkan kepada sultan menyebabkan baginda murka. Lalu Dang Anum dijatuhkan hukuman mati.\n\nLaksamana Bentan pulang dan marah bila mengetahui isterinya telah dibunuh. Lalu di menikam Sultan Mahmud yang sedang dijulang.\n\nKedudukannya cuma 10 minit berjalan kaki dari Kota Tinggi. Kenapa kami masukkan Canopy Tribes dalam senarai tempat menarik di Kota Tinggi? Kerana ianya bukan seperti hotel tipikal yang biasa. Di sini anda bukannya menyewa bilik, tapi anda akan tidur di dalam khemah ( kanopi ) mewah lengkap dengan wifi, tv\u00a0skrin rata dengan saluran satelit dan pemain DVD.\n\nKeesokan paginya, anda akan dihidangkan dengan Sarapan Inggeris/Ireland . Dihantar terus ke khemah mewah anda. Hebat kan?\n\nBangunan Sultan Iskandar\u00a0adalah kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ) di Johor.\u00a0Terletak di\u00a0Tambak Johor-Singapura, ia adalah salah satu daripada dua jalan darat masuk ke Malaysia di sempadan Malaysia-Singapura.\n\nBangunan ini dinamakan sempena Almarhum\u00a0Sultan Iskandar Johor. Dibina sebagai sebahagian daripada projek\u00a0Gerbang Selatan Bersepadu\u00a0di bekas tapak rumah pangsa Lumba Kuda, Kampung Bukit Chagar. Bangunan ini terletak di kawasan seluas 232.237 meter persegi (2.499.780 kaki persegi), menjadikannya kompleks CIQ yang terbesar di Malaysia. Bangunan ini mula beroperasi pada 2008, menggantikan bekas Kompleks CIQ Tambak Johor Johor Bahru.\n\nKalau anda sampai di Kota Tinggi, jangan lupa untuk melawat bangunan ini.\n\nTerletak 9 km dari bandar Kota Tinggi melalui jalan Kota Tinggi-Mersing dan 48 km dari Bandaaya Johor Bahru. Hutan Lipur Panti terletak di dalam Hutan Simpan Panti, iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.\n\nUntuk ke sini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.\n\nWaktu operasi:\u00a0Dibuka pada hari Selasa hingga hari Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.\u00a0Ditutup pada hari Isnin untuk penyelenggaraan.\n\nTempat menarik ini sesuai untuk mereka yang suka mendaki atau jungle trekking. Gunung Muntahak yang terletak di Kota Tinggi, Johor mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki). Gunung ini mempunyai banyak flora yang mempunyai nilai perubatan. Air Terjun Kota Tinggi berpunca dari gunung ini, di mana Sungai Pelepah Kanan yang membentuk air terjun tersebut mengalir turun dari Gunung ini.\n\nUlu Sungai Tengkil yang mengalir turun dari Gunung Muntahak mewujudkan air terjun 10 tingkat. Terdapat trek di sebelah kiri air terjun. Trek tersebut akan membawa pendaki hingga ke tingkat ke-7 air terjun. Pemandangan air terjun di tingkat ini paling cantik sekali. Air terjun yang setinggi kira-kira 30 meter turun menegak melalui permukaan seakan dinding dengan kecuraman 90 darjah.\n\nTerdapat kolam semulajadi yang berair jernih dan sejuk di bawahnya, sesuai untuk mandi-manda. Pendakian ke puncak Gunung Muntahak akan bermula dari tingkat ke-7 air terjun. Ikut sebelah kiri air terjun, trek agak curam dan penuh dengan resam. Trek akan menjadi semakin landai apabila pendaki sampai di ketinggian 1700 kaki. Pendaki perlu mendaki dua puncak permatang sebelum tiba di puncak sebenar.\n\nPuncak permatang yang pertama setinggi 1900 kaki, dari sini pendaki boleh melihat pemandangan di sebelah utara di satu kawasan lereng bukit yang telah runtuh. Puncak permatang yang ke-2 setinggi 2000 kaki. Dari sini ke puncak sebenar hanya kira-kira 15 minit sahaja, dimana pendaki akan menuruni lurah kemudian mendaki semula puncak yang tertinggi.\n\nAnda nak cuba mendaki di sini?\n\nMakam ini juga terletak di Kampung Makam. Ingat lagi kisah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang tadi? Makam ini berkaitan dengan kisah tersebut.\u00a0Papan maklumat pada makam ini menyatakan bahawa tempat ini adalah kota juga makam.\n\nKota Tauhid\u00a0 menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau 2 kali, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil III (1633-1677) seterusnya Sultan Abdul Jalil IV (1699-1718), dan diikuti oleh anakanda Bendahara Tun Habib yang menaiki takhta setelah kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.\n\nIngat lagi kisah Laksamana Bentan yang menikam Sultan Mahmud? Sebenarnya dia pun meninggal dunia di tempat kejadian. Sebelum Sultan mangkat, baginda sempat menikam kaki Laksamana Bentan dan menyumpah 7 keturunannya tidak boleh menjejakkan kaki ke Johor atau akan muntah darah.\n\nDi sinilah jasad Laksamana Bentan disemadikan.\n\n12. Makan Bendarara Tun Habib Abdul Majid\n\nTun Habib Abdul Majid merupakan Bendahara ke19 dalam kesultanan Johor pada abad ke 17. Jika anda melawat Kota Tinggi, jangan lupa untuk melawat makam ini.\n\nItulah dia 12 tempat menarik di Kota Tinggi yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat!\n\nJemput baca artikel tempat menarik di Mersing, tempat menarik di Miri atau tempat menarik di Labuan."
"Ubi kentang adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Mana tidaknya, jika masak kari atau lemak cili api mesti letak kentang untuk menambah rasa kepekatan kuah. Asam pedas juga ada yang masak letak kentang, sama juga dengan lauk yang bersup.\n\nKentang ubi juga boleh dibuat snek seperti kerepek ubi kentang. Ia adalah snek kegemaran rakyat Malaysia dan produk keluaran Malaysia. Kerepek ubi kentang juga telah dipasarkan ke luar negara. Begitu luas kegunaan ubi kentang ini.\n\nTetapi tahukah anda cara pemilihan ubi kentang semasa hendak membeli di pasaraya? Ubi kentang yang terlalu lama, kulitnya akan berubah ke warna hijau dan akan tumbuh tunas. Orang kata, buang sahaja bahagian hijau dan tunasnya. Selebihnya boleh digunakan.\n\nJangan ! Ia memberi kesan yang tidak elok jika kita menggunakannya. Apakah kesan tersebut?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai bahaya makan ubi kentang bertukar warna hijau. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. Bahaya kentang yang telah bertukar warna hijau\n\nMakan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.\n\nKulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.\n\nKentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.\n\nProses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.\n\n*Jangan ambil mudah mengenai ubi kentang. Kita mungkin tidak sedar perkara yang kecil itu boleh menimbulkan masalah yang besar. Jadi, lebih baik kita lebih berhati-hati semasa memilih ubi kentang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Hmm.. hujung minggu nih tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Nak idea atau cadangan menu tengah hari? Apa kata cuba masakkan ayam bakar pula.. Ayam Bakar ala-ala Kenny Rogers. Pasti satu family suka nih. Boleh nak makan dengan nasi ala-ala masakan melayu atau makan ala-ala western. Dua dalam satu.\n\nCaranya pun takdelah susah sangat pun. Hanya kisar bahan-bahan perapan, perapkan ayam dan kemudian sedia untuk dibakar. Dah siap. Hanya tunggu masak jer. Mudahkan? Jimat masa pula tuh. Bolehlah guna lebihan masa untuk berehat atau bergurau senda dengan family.\n\nResepi mudah Ayam Bakar ala-ala Kenny Rogers ini merupakan perkongsian Cik Pooja yang mendapat sambutan hangat dari pengguna Facebook. \n\nSelain resepi Ayam bakar Kenny Rogers, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. \n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bosan asyik makan nasi. Jom kita ber \u201cdimsum\u201d.\n\nDim sum merupakan sejenis masakan Cina. Dimsum biasanya dihidang bersama teh Cina. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina, di mana hidangan ini disediakan sepanjang hari.\n\nDim sum disediakan dalam bahagian kecil di dalamnya ada ayam, daging, dan sayur-sayuran. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.\n\nUntuk menjawap rasa ingin tahu anda, kami menuliskan resepi dim sum dengan isi ayam dan cendawan. Resepi dimsum sukatan ikut suka yang dikongsikan oleh Pieja Arshad di Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai.\n\nSila cuba resepi yang mudah dan mendapat perkongsian ramai ini. Buat dim sum terlazat anda dan kongsikan dengan jiran anda.\n\n1. Campurkan semua bahan dan gaul.\n\n2. Setelah gaul rata ambil sedikit dan letak di atas kulit.\n\n2. Kemudian bungkus dan tekan-tekan sedikit ujung kulit supaya melekit.\n\nDim sum sedap dan lazat suda jadi. Boleh dicicah bersama sos mengikut selera anda."
"Mesti anda pernah makan daging paprik bukan? Selalunya ia dimakan bersama sama dengan nasi goreng atau pun nasi putih. Wah. Pasti enak dimakan panas panas bukan. Ayuh cuba resepi daging paprik ini!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Resepi Daging Masak Kicap\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nKita ada lada besar je\nLobak takde\n\n*guna brang yang ada dalam peti je\n\nSelain resepi daging paprik, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Terdapat pelbagai jenis resepi rendang yang boleh anda cuba untuk dihidangkan sewaktu raya terutamanya. Rendang sedap dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang, lemang dan ketupat.\n\nLazimnya kita hanya melihat rendang daging dan rendang ayam. Sebenarnya pelbagai bahan utama boleh diletak seperti ikan, udang, kerang dan telur. Jangan risau, resepi yang kami sediakan ini sangat mudah untuk dimasak dan pasti sedap!\n\nResepi rendang daging istimewa ini dikongsikan oleh Wan Noraini Wan Adam yang juga penjual lemang dan aneka lauk termasuk rendang daging. Jangan lupa untuk mencuba resepi beliau kerana cara pembuatannya lain daripada yang lain dan dijamin sedap. Anda juga boleh membelinya pada beliau.\n\n3.Masukkan bahan-bahan yang telah disangai dan ditumbuk.\n\n4.Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sehingga naik minyak.\n\n5.Masukkan sedikit rempah rendang Mak Siti.\n\n7.Setelah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa.\n\n9.Masukkan daging yang telah direbus, boleh juga masukkan air rebusan daging.\n\n11.Letak daun kunyit, taburkan cili api dan daun limau purut.\n\nSelalunya kita hanya merasai rendang biasa. Apa kata kali ini kita mencuba resepi unik iaitu rendang hitam manis yang dikongsikan oleh Effa Khodeejaah di Facebook. Bahan yang digunakan dan cara memasak sangat mudah. Sedap dimakan bersama ketupat, lemang dan nasi impit.\n\n1.Kisar bawang besar, bawang putih, biji keras, cili kering, serai dan halia.\n\n2.Perapkan ayam dengan kicap bersama separuh bahan yang dikisar selama 3 jam lebih.\n\n3.Panaskan minyak dan tumis rempah 5 sekawan.\n\n4.Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.\n\n6.Kemudian masukkan semua bahan dan sedikit air asam jawa. Sesuaikan dengan rasanya.\n\nResepi rendang kerang sedap ini pula dikongsi oleh Mariana Zainal. Para pecinta kerang perlu cuba resepi ini. Makan dengan nasi panas pasti buatkan anda bertambah. Tak nak cuba ke?\n\n1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.\n\n2.Masukan asam keping, gula dan tumis hingga betul-betul naik minyak.\n\n3.Masukan kerisik dan daun limau purut.\n\n4.Masukkan santan apabila kuah dah mula pekat ( sentiasa kacau jangan sampai pecah santan).\n\n8.Apabila kuah sudah pekat, sesuaikan dengan rasa.\n\nRendang ayam adalah rendang yang digemari hampir setiap orang. Namun resepi yang dikongsi oleh Maryam Mohamad Yussoff menerusi Facebook dan Youtube Masak Masaklah lebih mudah. Rendang ini dimasak tanpa rempah. Jom tengok bahan dan cara masaknya.\n\n1.Tumis bahan kisar dan kacau seketika.\n\n2.Masukkan 6 sdb cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.\n\n3.Masukkan 10 ketul ayam dan kacau sebati.\n\n4.Tuang 1 cawan air dan kacau sebati.\n\n5.Tutup kuali dan biarkan ayam masak.\n\n7.Masukkan 1 kotak kecil santan dan 1 sdb kerisik kelapa.\n\n8.Tabur sedikit daun limau purut dan kacau sebati.\n\n10.Masukkan 1 keping asam gelugur, sedikit garam dan gula.\n\n11.Taburkan sedikit daun kunyit yang dihiris halus dan kacau sebati.\n\nAnda perlu cuba masak rendang udang ini kerana resepinya sangat mudah. Walaupun tanpa menggunakan santan, namun rasa rendangnya tetap berlemak dan sedap. Resepi ini dikongsi oleh Wani Sharif di Facebook.\n\n1.Goreng udang separuh masak dan ketepikan.\n\n3.Tumis bahan kisar dan serai yg dititik sehingga naik bau dan sehingga cili kering yg dikisar sudah masak (berubah warna menjadi sedikit gelap).\n\n4.Masukkan gula [email\u00a0protected] nisan dan kacaukan sehingga sebati.\n\n5.Letakkan 1 senduk air dan kacau sebati dan keringkan sedikit.\n\n6.Masukkan 2 sudu besar kicap manis dan kacau.\n\n7.Masukkan kerisik dan garam (secukup rasa).\n\n8.Kacaukan sebati dan biarkan dia naik minyak sekejap.\n\n9.Letakkan udang yang telah digoreng separuh.\n\n10.Kecilkan api dan bagi dia naik minyak.\n\n12.Masukkan daun limau purut dan daun salam (jika ada).\n\nSebenarnya ramai yang suka makan rendang ayam hancur kerana senang untuk dimakan dan dicicah dengan lemang atau ketupat. Mudah sahaja untuk buat rendang ini. Kami kongsikan resepi rendang ayam hancur yang pasti sedap yang disediakan oleh Fatyn Zambry di Facebook.\n\n1.Tumis rempah 3 beradik dan daun pandan.\n\n2.Masuk bahan kisar dan tumis sampai garing dan naik bau wangi.\n\n3.Masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak. Biar bagi pecah minyak betul-betul dan perlahankan api.\n\n4.Masukkan kerisik, ayam seekor dan santan. Masak sampai jadi pekat. Api kena perlahan.\n\n5.Masuk garam, gula kabong dan serbuk perasa. Ayam tu dekat isi akan auto hancur. Bahagian bertulang dia maintain je cantik.\n\n6.Apabila dah dapat tekstur pekat, boleh tutupkan api dan tabur daun kunyit.\n\nPasti ramai tak pernah rasa rendang ini. Anda memang perlu cuba rendang daging jintan berempah, pasti menjilat jari lebih-lebih lagi makan bersama ketupat dan lemang. Resepi rendang ini dikongsikan oleh Cikgu Munge di Facebook.\n\n1.Masukkan 2 senduk makan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.\n\n2.Masukkan daging, santan dan jintan manis.\n\n3.Gaul sekata gula melaka dan renehkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.\n\n4.Rendang daging jintan berempah boleh disajikan pekat atau berkuah mengikut kegemaran masing-masing.\n\n5.Boleh taburkan hirisan daun limau yang diracik halus jika suka untuk mengharumkan lagi masakan rendang daging jintan berempah..\n\nResepi rendang ayam minang ini dikongsi oleh Asnidar Ningsih melalui laman Facebooknya. Beliau berkongsi rendang minang yang turut boleh dimasak bersama daging, pedal, hati atau limpa. Dengan satu resepi, anda boleh membuat pelbagai rendang minang yang sedap. Resepinya seperti yang dibawah:\n\n1.Masukkan semua bahan-bahan dikisar dan bahan asas kecuali ayam.\n\n3.Apabila sudah hampir pekat, masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati.\n\n4.Masukkan ayam dan kacau dengan api yang kecil.\n\nPasti ada penggemar Rendang Tok yang sedap dimakan bersama nasi atau lemang. Resepi yang dikongsi oleh Abby Razy ini pasti sedap, tahan lama dan yang penting sangat mudah untuk dimasak.\n\n1.Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, gula melaka, garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.\n\n2.Perap dengan daging selama 4 jam. Nak sedap lagi perap semalaman.\n\n3.Selepas diperap, masak atas api dan masukkan bahan yang tinggal.\n\n4.Masak sehingga kering dan bertukar warna.\n\nResepi rendang ikan juga anda perlu cuba. Sedap dimakan dengan nasi yang panas. Resepi ikan tongkol ini telah dikongsi oleh Eina Dilovina di Facebook. Pasti tak rugi untuk dicuba.\n\n2. Panaskan minyak dan tumis Bahan B. Kacau hingga pecah minyak.\n\n3. Masukkan ikan kayu, santan, kerisik, daun limau purut, garam dan asam gelugur.\n\n4. Masak hingga pecah minyak dan pekat.\n\n5. Masukkan daun kunyit. Kacau sehingga rata dan angkat.\n\nAneka jenis resepi rendang telah kami kongsikan untuk anda. Anda memang perlu cuba kesemua resepi kerana dijamin sedap dan sangat mudah untuk dimasak. Resepi yang dikongsikan di atas telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif dari pembaca yang telah mencubanya.\n\nKami juga ada menulis pelbagai resepi lain yang mungkin boleh memberi inspirasi atau idea untuk anda memasak seperti:"
"Apa menu makan tengahari anda hari ini? kami cadangkan buat resepi tom yam ayam pekat.\n\nResepi tom yam ayam yang pekat memikat, rahsia memikat hati encik suami sekali dengan mak mertua dan seluruh ahli keluarga. Sekali anda cuba resepi ini konfirm ramai yang ketagih tom yam anda.\n\nRahsia kelazatan tom yam ayam terletak pada kuahnya. Makin pekat kuah, makin lazat rasa tom yam. Bila makan mesti ingin hirup semua kuahnya.\n\nTanpa tunggu lama, mari tengok resepi tom yam ayam pekat mudah sangat-sangat oleh Nurul Shazalina Zainudin yang dikongsikan di laman Facebook. Bahan tanpa menggunakan seafood ya. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi tom yam ayam pekat , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Nota editor : Sumber artikel ini datangnya daripada MedicalNewsToday dan diolah supaya untuk memudahkan pembacaan. Semoga artikel tips disengat lebat tips ini membawa manfaat.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\n\nTahukah anda kebanyakan sengatan lebah boleh dirawat tanpa rawatan perlu ke hospital? Namun, ia boleh mendatangkan mudarat jika tidak dirawat dengan betul. Berikut merupakanperkara yang patut dan jangan dibuat apabila anda atau orang berhampiran anda disengat lebah.\n\nJangan pandang rendah kepada sengatan lebah kerana ia mungkin membawa maut!"
"Sedapnya makan biskut kelapa. Bau harum kelapa yang dibakar dan teksturnya yang rangup mampu membuatkan sesiapa sahaja rasa ketagih dengan nya. Sedar-sedar dah habis satu balang. Snack yang tersangat sedaplah katakan. Ramai yang menyukainya. Tak kira peringkat umur dan bangsa. \n\nBiskut kelapa nih merupakan di antara kuih tradisional yang semakin dimodenkan mengikut citarasa masa kini. Ada biskut kelapa yang ditambah cheese, coklat, sagon dan sebagainya. Cara memasaknya pun dah berbeza. Walaupun berbeza, biskut ini tetap sedap di makan. Tambah-tambah di musim perayaan. Biskut favourite nih !! Ada tips untuk buatkan biskut kelapa ini kekal rangup iaitu sangai atau goreng kelapa yang sudah diparut tanpa minyak.\n\nNamun begitu, cara ini membuatkan aroma wangi kelapa berkurangan. Kalau nak kekalkan keharumannya dan kerangupannya, cubalah bakar kelapa ini dengan ketuhar pemanas. Tapi awas, jangan lupa balik-balikkan. Nanti rentung pula. Bakarlah sehingga kering sedikit supaya biskutnya nanti rangup. Tapi jangan risau, jika rasa tak sempat boleh jer nak beli kelapa kering yang dah siap dekat mana-mana bakeri.\n\nJadi, apa lagi. Jom buat biskut ini ikut resepi Hanizah Ahmad Sabardari laman facebook yang mendapat perkongsian ramai. Jom tengok resepinya. Selamat mencuba.\n\nMudahkan? Sekelip mata jer dah siap. Selain daripada resepi Biskut Kelapa ini, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bila datang malas tanpa terduga. Memang jadi huru hara otak. Nak buat semua pun malas. Tapi nak kena buat juga kan. Yela takkan nak biarkan perut anak-anak dan suami tak terisi. Jadi apa kata cuba resepi Pizza French Toast ini. Tersangatlah mudah. Bahan-bahan pun mudah jer.\n\nBahan utama untuk resepi ini adalah roti dan cheese. Yang lain-lain terpulang pada masing-masing. Tengoklah apa yang nak diletak ataupun apa yang ada jer dalam petit uh. Hihihi.\n\nResepi di bawah didatangkan daripada Shida Ambok di laman Facebook. Jom tengok apa bahan dan caranya.\n\nDah siap ! Mudahkan? Bolehlah menjamah dengan seisi keluarga. Kalau nak lagi sedap boleh je kalau nak makan bersama-sama sos cili atau tomato atau chili flakes. Yummy!\n\nSelain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Hendak tahu resepi sarapan pagi menarik boleh anda cuba hari ini? Nah, kami mudahkan kerja anda dengan resepi yang sedang popular sekarang.\n\nSarapan adalah penting untuk menjaga daya tahan tubuh. Sebelum mula bekerja sebaiknya sarapan terlebih dulu supaya tidak letih dan lebih semangat kerja. Pelajar pula kena sarapan dahulu sebelum gerak ke sekolah supaya jadi lebih fokus dan tidak mengantuk dalam kelas.\n\nSarapan memberi sangat banyak kebaikan. Oleh itu, jangan lewatkan sarapan. Jangan biarkan perut anda kosong sebelum beraktiviti. Mulai hari dengan perut berisi dan semangat tentunya.\n\nNamun begitu, masih ramai orang yang melewatkan sarapan dengan alasan tidak suka atau tidak ada selera makan pagi-pagi. Kadang juga ada yang menyukai aktiviti sarapan namun kerana orang tua tidak menyediakan sarapan terpaksalah mereka berangkat dengan perut kosong.\n\nHal demikian tentunya sangat tidak baik. Maka itu pada perkongsian ini kami akan menghadirkan 9 resepi sarapan pagi untuk anda yang selalunya memulai aktiviti di pagi hari.\n\nResepinya mudah sahaja. Resepi perkongsian ramai di laman Facebook ini sepatutnya anda cubakan. Sangat mudah, sedap, kenyang dan memberikan tenaga yang maksima.\n\nResepi pertama iaitu kentang stick goreng. Menu ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang suka makan makanan segera. Resepi daripada \u200eSiti Fatimah Khairiah\u200e di laman Facebook. Cara buat sama macam buat begedil, cuma ini tidak menggunakan telur.\n\nMenu sarapan pagi dengan makaroni goreng daging. Sarapan dengan hidangan ala western, sedap sungguh dan menyelerakan. Resepi western ini dikongsikan oleh \u200eJalilah JJ\u200e di laman Facebook. Berikut resepinya.\n\nSekali sekala buat pancake mudah untuk sarapan pagi. Resepi pancake sedap dan mudah daripada \u200eSiti Nor Zainab Taib\u200e di laman Facebook. 1 adunan boleh untuk buat 8 keping pancake. Masa memasak untuk masing-masing pancake hanya dalam 2 minit. Mudah betul.\n\nResepi sarapan berikutnya ialah kuih kaswi. Resepi tradisional ini masih jadi favorit hingga kini. Buat kuih ini tidak payah renyah-renyah. Orang tua-tua dulu punya cara dan resepi sedap, bahan pun tidak banyak. Maka itu kami share resepi kuih kaswi tradisi daripada Nazirah Zali di laman Facebook.\n\nNota : Adunan ini tidak pekat dan tidak cair sangat. Agak-agak bila kita celup jari dia akan lekat nipis di tangan. Jadi kalau rasa macam pekat sangat boleh tambah air. Warna pun tidak pekat sangat. Selamat mencuba.\n\nBerikutnya resepi sarapan telur yang patut cuba. Hidangan ala arab ini sedap dimakan dengan roti. Nampak memang pucat, tapi kalau makan, mak mertua cubit telinga pun tidak perasan. Bukan main sedapnya. Resepi telur untuk sarapan ini dikongsikan oleh Eyra Munirah\u00a0Adenan\u200e di laman Facebook.\n\nProjek sarapan berikutnya ialah akok kedut guna pembakar roti. Resepi daripada Halimatun AsSaadiah Ismail \u200e di laman Facebook. Sedap dimakan panas-panas dan tidak bau hanyir telur walaupun sudah sejuk.\n\nResepi berikut ini mesti akan buat siapapun yang memakannya akan suka bahkan sampai berebut. Tidak hanya anak-anak bahkan orang dewasa pun suka coney sosej ini. Sila tengok resepi mudahnya yang dikongsikan oleh \u200e Rrose Rapii di laman Facebook.\n\nSedap sarapan dengan macaroni lasagne, kenyang dan puas. Buat semalam, hari ini baru cantik bila dipotong. Resepi macaroni lasagne oleh \u200e Munira ByMhy \u200e di laman Facebook sedia menghiasi sarapan anda.\n\nResepi paling mudah dan simple yang mesti anda boleh buat dan terus menjadi. Resepi daripada Raihan Kamal di laman Facebook sedia dihidangkan untuk sarapan anak dan suami ke sekolah dan tempat kerja.\n\nResepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik bukan? Selamat mencuba.\n\nSelain koleksi resepi sarapan pagi, kami juga menulis resepi koleksi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jom terokai resepi bingka kelapa. Namun berbeza dengan resepi asal, bingka kelapa ini disediakan dengan versi moden iaitu guna oven. Dimana resepi asli guna sabut kelapa semasa proses membakar kuih.\n\nBingka kelapa ialah resepi tradisi yang patut kita lestarikan. Bingka rasanya lembut namun ada tekstur kelapa di dalamnya yang mengejut di lidah. Sangat sesuai dihidang untuk minum petang. Juga cara membuat bingka kelapa amat mudah.\n\nUntuk tahu lebih lagi, sila semak cara membuat bingka kelapa dengan resepi yang didatangkan daripada Adrina Lavender Taurus yang berkongsi di laman Facebook. Cara moden membuat bingka kelapa paling mudah, dengan oven sahaja. Selamat mencuba.\n\nSelain bingka kelapa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"You don\u2019t need to follow with the referrals by buy, you can choose plus choose whichever ones you prefer to use. Needless to say, many individuals gave remarks and critiques as that is a scam. Our TotalAV malware review allows consumers to pick if TotalAV is the perfect choice to fulfill their own requirements. My personal Scanguard evaluation provides you with whole details relating to this anti-virus product. There are numerous positive ScanGuard reviews easily available online. How to Choose Scanguard 2019 Review If you click the backlinks on our website, we might obtain compensation. It is possible to check Scanguard discount site for the provide price details. The ScanGuard website likewise doesn\u2019t speak about anywhere about its web-site that it\u2019s a Microsoft lover. As 2 weeks . really brand new program, there may be little details that can be found regarding that. For that, you need to use the electronic mail or live chat alternatives. When your phone becomes stolen, TrustGo\u2019s new Honest Camera features could be utilised to aid identify the particular perpetrator. If you\u2019d fork out nearly double to get a better digital camera is all your choice, needless to say. Top Choices of Scanguard 2019 Review Nearby feel comfortable with any the best ways to accelerate your Home windows 10 laptop or computer, then please allow me to recommend you check out PERSONAL COMPUTER Health Advisor. A paid antivirus applications are particularly beneficial when you have some sort of PC or perhaps device that is definitely already afflicted. If you\u2019re choosing a new antivirus security software software and may need to take a look at a completely totally free edition, remember there are benefits and drawbacks for the two paid together with free of charge versions. Which whole lot involving unique anti-virus software for the marketplace. Deciding upon the ideal malware software could be a lot less complicated with our qualified reviews. Their user interface is usually likewise really friendly together with clean. Not that you\u2019d probably think that may budget unit to check on it. \n\n You should pay extra if you wish to use a VPN service plan. As varied company will vary degree of support and products and services in a certain region choose the one which greatest suitable from your language in addition to isn\u2019t difficult to get to. Internet marketing businesses would really like you to control your family and friends to secure more sales so that you can easily acquire completely free product for yourself. Consumers really want something which works, regardless of the money-back guarantee or perhaps acceptable costs. The Debate Over Scanguard 2019 Review On occasion, SSD funds is probably not sufficient that folks live the life-style they as soon as had. Should you be not obtaining any SSD benefits, but want to apply for all of them, you will need to take a look at your eligibility. Customer Support Some other region of your TotalAV assessment that numerous people usually don\u2019t take into account when choosing something is customer service. What to Expect From Scanguard 2019 Review? Virus security is a required of getting your own personal computer. Scanguard antivirus scam Many people believe that they can avoid potential threats affordable , you can they don\u2019t visit certain sites or download certain data. Today as soon as cyber menace is an important matter, and every a person must call for a fantastic antivirus security software computer software. The Debate Over Scanguard 2019 Review \n\n You can receive viruses and malware by simply examining your e-mail, browsing the world wide web or out of putting a UNIVERSAL SERIAL BUS memory attach your laptop computer. Although spy ware is extremely risky there are lots of courses out there which can help defend through it. There are numerous forms of Viruses that access personal computers in various approaches but every of these do identical things, stealing your individual info or perhaps harming your personal computer."
"Bisul adalah benjolan pada bahagian kulit dimana didalamnya mengandungi nanah. Ia berlaku disebabkan jangkitan kuman pada liang roma yang tersumbat. Bisul boleh tumbuh pada mana-mana bahagian badan tetapi lebih kerap timbul pada bahagian belakang badan, dada dan juga bahagian pinggul.\n\nBenjolan ini selalunya berada di bahagian kulit dan berwarna merah. Jika ia sudah mengandungi nanah, bahagian tengahnya akan berwarna kekuningan menunjukan ia sudah dipenuhi dengan nanah.\n\nJika benjolan tersebut terlalu besar dan terjadi kepada seorang bayi, ia mungkin mendatangkan simptom yang lain seperti demam, rasa sejuk dan menggigil.\n\nPada peringkat awal, saiz bisul biasanya kecil dan kemudian semakin membesar. Kulit di sekitar menjadi merah lalu mula bengkak dan terasa panas apabila disentuh. Ini menunjukkan bahawa jangkitan telah merebak ke kulit di sekitarnya.\n\nBisul akan makin mengembang dan dipenuhi dengan nanah. Terbentuk dot putih di bahagian atas ketulan ini.\n\nTerdapat 2 punca yang menyebabkan bisul tumbuh dibadan anda iaitu:\n\nBakteria Staphylococcus adalah bakteria utama penyebab bisul. Risiko anda untuk mendapat bisul akan meningkat jika anda:\n\nFolikel adalah kawasan tumbuhnya bulu ataupun rambut. Ia boleh terjadi selepas mencukur bulu dimana berlakunya luka dan memberikan peluang kepada kuman di atas kulit untuk masuk ke dalam lalu menyebabkan bisul.\n\nBila anda perlu berjumpa dengan doktor?\n\nKebiasannya, bisul tidak berbahaya dan akan sembuh dengan sendirinya. Orang kata, bisul akan pecah sendiri apabila ia masak. Kalau tak tahan, anda juga boleh membeli krim antibiotik yang boleh didapati di farmasi untuk merawat masalah tersebut. Tetapi jika anda dalam kategori dibawah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor:\n\nDalam sesetengah kes, bisul boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti:\n\nBisul yang kecil boleh dirawat di rumah dengan cara:\n\nJika benjolan tersebut semakin membesar ataupun masih tidak baik, pesakit boleh berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan nanah tersebut. Prosedur tersebut akan dimulakan dengan memberi bius disekeliling kawasan terlibat.\n\nKemudian, kawasan bisul akan dipotong dan nanah dikeluarkan. Selepas prosedur tersebut, pesakit selalunya akan diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan kuman yang masih ada.\n\nTerdapat beberapa cara-cara untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat bisul. Cara-cara dibawah fokus kepada cubaan untuk mengurangkan jangkitan yang disebabkan bakteria staphylococcus iaitu:\n\nApakah petua untuk menghilangkan bisul dengan cepat?\n\nAda beberapa petua untuk mengehilangkan bisul dengan cepat dan selamat yang ingin kami kongsikan kepada anda iaitu:\n\nMasukkan\u00a0satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.\n\n2. Campuran madu, tepung & kuning telur\n\nUntuk petua ini, anda memerlukan 1 sudu madu, 1 sudu tepung dan 1 biji kuning telur. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati & sejukkan didalam peti ais. Apabila sudah sejuk, sapukan ke atas bisul dan biarkan sehingga kering. Apabila campuran kering, letakkan yang baru. Ulang sehingga bisul anda kecut.\n\nSapukan kapur sirih ke atas bisul supaya cepat kecut.\n\nAmbil seulas bawang putih & tumbuk sehingga halus. Letakkan di atas bisul dan balut supaya bawang tidak jatuh. Ulang sehingga bisul anda mengecut.\n\nItulah dia info tentang bisul yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput baca petua hilangkan sakit gigi\u00a0dan petua hilangkan bisul."
"Nak tahu khasiat daun sup? Artikel ini akan berkongsi tentang manfaat dan khasiat daun sup untuk kesihatan yang mungkin kita tidak tahu.\n\nDaun sup merupakan bahan utama yang ditabur dalam masakan sup untuk memberikan aroma sup yang menyelerakan. Tahukah anda, daun sup tergolong dalam keluarga yang sama dengan saderi? Perbezaan mereka adalah pada saiz petiole atau batang dan kandungan sebatian beraroma yang lebih pada daun sup. \n\nDaun sup bersaiz lebih kecil berbanding saderi. Masakan Asia khususnya masyarakat Cina menggemari penggunaan daun sup disebabkan aroma dan rasa kehangatan yang diperolehi daripada hirupan sup. Sebenarnya, terdapat pelbagai olahan resepi berasaskan daun sup boleh dicuba mengikut kreativiti dan selera masing-masing.\n\nKedua-dua daun sup dan saderi dikenali sebagai celery oleh masyarakat Barat. Namun, secara khususnya, daun sup merupakan varian celery dengan nama A. graveolens var. dulce manakala saderi ialah varian A. graveolens var. rapaceum. \n\nDaun sup banyak ditanam bagi tujuan kulinari yang menggunakan daun dan batangnya untuk masakan seperti salad dan sup. Saderi pula ditanam untuk mendapatkan batangnya yang seakan \u2018ubi\u2019 yang boleh dimasak atau dimakan mentah. Kedua-duanya memiliki khasiat yang lebih kurang sama tetapi terdapat perbezaan dari segi komposisi sebatian kimia dan bahagian tumbuhan yang mempunyai lebih banyak khasiat. Contohnya, saderi pada batangnya manakala daun sup pada akar dan daunnya.\n\nAda juga yang sering tertukar antara daun sup dengan duan ketumbar kerana kedua-duanya tampak serupa. Namun, duan ketumbar boleh dibezakan dengan baunya yang lebih kuat dan kadang kala ada yang menganggapnya memberikan bau seperti bau pijat. \n\nDalam artikel ini, kelebihan daun sup iaitu khasiat daun sup dari segi kesihatan akan dibincangkan. Khasiat-khasiat ini adalah berdasarkan laporan kajian penyelidikan akademik yang pernah dilaporkan sebelum ini.\n\nSecara tradisi, daun sup telah digunakan sejak berkurun lalu sebagai ramuan alternatif dalam perubatan tradisional, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat Cina. \n\nSelain terkenal sebagai herba atau rempah yang beraroma, daun sup telah digunakan untuk merawat mereka yang mempunyai masalah kencing tidak lawas, sakit sendi dan kelesuan.\n\nTerdapat juga petua yang dikongsikan oleh Sinar Harian yang menggunakan daun sup untuk merawat masalah batuk. Cara penyediaannya ialah dengan merebus daun sup bersama batang dan akarnya yang sudah dicuci bersih. Kemudian, tapis air rebusan tersebut dan campurkan dengan madu, sedia untuk diminum dan diamalkan sebanyak 2 kali sehari.\n\nPenyelidik dari Universiti Konkuk, Korea Selatan pada tahun 2012 telah menjalankan saringan kandungan minyak pati dalam daun sup. Direkodkan terdapat 28 komponen utama dalam minyak pati daun sup yang aktif. Minyak pati daun sup ini didapati sangat berkesan dalam melawan radikal bebas dan serangan oksidan.\n\nMenariknya lagi, minyak pati yang terdiri daripada komponen majoriti imidazolyl, valerophenone dan dodecanol ini berupaya merencat serangan pertumbuhan larvae dan boleh bertindak sebagai racun serangga yang mesra alam. \n\nKajian terbaru dari sekumpulan penyelidik dari Universiti Qingdao City, China pada tahun 2021 telah menghasilkan formulasi teh daripada daun sup yang beraroma dan boleh memberikan fungsi biologi terhadap kesihatan manusia.\n\nKajian tersebut diinspirasikan daripada petua tradisi masyarakat Cina yang menggunakan teh daun sup untuk merangsang deria ketenangan dan mudah tidur. \n\nKajian oleh sepasukan penyelidik di Pusat Bioteknologi Tunisia pada tahun 2012 menunjukkan bahawa daun sup mengandungi sebatian phthalide yang memberikan aroma dan bau daun sup yang kuat. Tambahan pula, didapati bahagian yang paling banyak kandungan phthalide ialah akar. Jadi, sila manfaatkan bahagian akar ini apabila anda masak sup nanti!\n\nKajian tersebut turut mengulas peranan phthalide yang memang terkenal dengan pelbagai khasiat kepada tubuh seperti perlindungan terhadap sel kanser, meredakan keradangan, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kandungan kolesterol. \n\n5. Kaya dengan Vitamin dan Nutrien\n\nSebagaimana tumbuhan hijau lain, daun sup turut memiliki sejumlah vitamin, garam mineral dan nutrien yang tinggi untuk kegunaan tubuh menjadi lebih sihat. Antara nutrien yang terkandung dalam daun sup ialah zat besi, fosforus, magnesium, vitamin A, vitamin B, vitamin C, serat makanan dan sebagainya. \n\nKehadiran nutrien ini boleh membantu aktiviti selular yang lebih lancar. Malah, kandungan nutrien ini bertindak sebagai antioksidan yang boleh mencegah berlakunya penyakit atau penuaan awal. \n\nDaun sup bukan sahaja dijadikan sebagai pelengkap masakan dengan aromanya yang memikat selera, namun kini boleh mendatangkan khasiat kesihatan yang pelbagai kepada kita. Namun, cara penyediaannya perlulah seiring dengan tujuan kesihatan iaitu kurangkan garam, minyak dan bahan pengawet atau pewarna dalam masakan. \n\nAntara khasiat daun sup dari segi kesihatan yang boleh kita perolehi ialah perlindungan terhadap keradangan, antioksidan dan pembentukan kanser, serta pengurangan tekanan darah tinggi dan kolesterol dalam darah. Maka, tidak hairanlah dan memang tepat sekali, daun sup sememangnya menjadi pilihan orang ramai untuk dimasukkan dalam masakan."
"Dunia hari ini boleh dikatakan kesemuanya memerlukan kita untuk menguasai bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris. Justeru itu tidak hairanlah ramai yang berlumba-lumba untuk belajar English speaking sejak kecil lagi agar mereka tidak ketinggalan ketika di bangku sekolah nanti.\n\nNamun tidak dinafikan bagi mereka yang lahir dengan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu, tentunya untuk menguasai bahasa ini dalam berkomunikasi ada cabarannya yang tersendiri. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai tips bagaimana untuk mahir belajar English Speaking.\n\n1. Mengikuti kursus belajar English speaking\n\nCara yang paling mudah tetapi memerlukan kita mengeluarkan sedikit modal adalah dengan mengikuti mana-mana kursus Bahasa Inggeris yang ada menyediakan kelas belajar English speaking.\n\nBiasanya kursus seperti ini menyediakan anda pilihan untuk mengikutinya secara bersemuka dalam kelas atau secara dalam talian atau kedua-duanya sekali.\n\nYuran yang dikenakan pula adalah bergantung kepada tempoh kursus per jam yang kita mahukan. \n\n2. Membaca dengan suara yang kuat\n\nSelain itu, cara yang lebih unik tetapi ramai tidak tahu sangat membantu dalam belajar English speaking adalah mengamalkan cara membaca dengan nada yang kuat.\n\nMulakan dengan membaca bahan bacaan yang ringkas dan pendek, memakai kosa kata dasar, dan menggunakan kalimat yang sederhana seperti buku kanak-kanak, novel kanak-kanak, buku cerita pendek, atau sebagainya.\n\nKelebihan membaca buku dengan suara yang kuat akan membuatkan kita terbiasa dengan untuk berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris.\n\nLama kelamaan, sebutan perkataan Bahasa Inggeris kita akan semakin jelas dan loghat akan lebih kedengaran seperti seorang native speakers. \n\nTerdapat banyak aplikasi belajar Bahasa Inggeris secara percuma yang boleh kita muat turun dari telefon pintar masing-masing.\n\nAntara aplikasi yang dimaksudkan ini adalah seperti Lingbe, Busuu, Memrise, Mango Languanges, Duolingo, Hello English, Talk, dan sebagainya. \n\nAnda hanya perlu ke Google Play Store (Android) atau Apps Store (iOS) dan masukkan keyword \u201cEnglish\u201d di ruangan search untuk dapatkan pelbagai lagi aplikasi pilihan yang terbaik bagi membantu memudahkan pembelajaran walau di mana pun anda berada. \n\nSatu masalah yang selalu berlaku kepada mereka yang mahu belajar Bahasa Inggeris adalah tidak kerap untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. \n\nKita malu untuk bercakap di hadapan orang lain dan sering berasa rendah diri untuk menyampaikan apa yang kita mampu dalam bahasa tersebut.\n\nDalam hal ini, amat penting untuk kita mencari seseorang yang benar-benar mempunyai minat yang sama atau mampu untuk menjadi \u201cEnglish Buddy\u201d agar kita boleh mempraktikkan bahasa tersebut dengan baik dan fasih. \n\nSikap kita yang terlalu mementingkan grammar kadang kala boleh menyebabkan kita sendiri takut untuk melakukan kesalahan dalam berkomunikasi. \n\nDengan alasan, \u201ctakut salah\u201d atau \u201cmalu bila salah\u201d. Daripada kita sibuk untuk membetulkan grammar adalah lebih baik kita betulkan cara sebutan terlebih dahulu.\n\nBelajar English speaking sememangnya memerlukan tempoh masa tertentu untuk kita benar-benar menguasainya. Dalam erti kata lain, kita memang tidak boleh lari dari berlatih dan mempraktikkannya.\n\nJika mahu pandai speaking English, anda wajib berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris juga. \n\nCubalah untuk setkan masa di mana anda hanya boleh bercakap dalam English sahaja. Mula-mula mulakan selama sejam, kemudian tambahkan lagi sehingga anda semakin mahir bercakap dalam English.\n\nLama kelamaan, kefasihan dan keyakinan anda akan bersatu untuk mendapatkan kelancaran dalam berbahasa English. \n\nKesimpulannya, menguasai Bahasa Inggeris penting sebagai keperluan untuk kita mengembangkan kerjaya, membuat persediaan untuk pengajian atau meningkatkan interaksi sosial diri.\n\nSelain dari belajar English speaking ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan bahasa seperti:"
"Sebut sahaja Maggi, pasti ramai yang gemarkannya. Boleh dikatakan setiap orang memang sukakan maggi ni tidak kira tahap dan usia, dari muda sampailah tua, memang maggi sangat sedap dimakan. Jika tidak dimasak sekalipun, hanya dengan meratah seperti jajan pun sedap sekali. Namun disebabkan ia tergolong dalam fast food dan tidak bagus untuk kesihatan, pengambilannya harus diterhadkan atau dihentikan terus.\n\nJika nak makan sekali sekala tu, tak de masalah pun. Makan jelah selagi boleh makan, selagi kita masih berselera untuk makan. Bila selera dah tak de, makanan yang paling sedap kat atas dunia ni pun belum tentu kita dapat makan. Jika ada alternatif maggi yang lebih baik seperti yang tiada bahan-bahan pengawet atau bahan-bahan yang dapat membahayakan tubuh badan kita, cubalah beralih ke arah itu. Spend duit lebih sikit pun tidak mengapa asalkan kesihatan kita terjaga.\n\nSatu resepi yang sangat sedap menggunakan maggi ialah dengan membuat kerabu maggi. Rasa kerabu maggi ni sedap sangat; ada rasa masam-masam dan pedas. Memang gabungan rasa yang meletup! Lagipun, senang je nak buat kerabu maggi ni. Letak sayur banyak-banyak bagi berkhasiat sikit menu anda tu ya!\n\nJadi, resepi kerabu maggi kali ini adalah dari saudari Tuannoorsuriya yang sudi berkongsi resepinya di Facebook. Kerabu maggi ini ialah versi siam. So, maklum sahajalah semestinya pedas-pedas sikit baru Wow! Papepun, terpulang pada anda untuk adjust dari segi rasanya ya. Selamat mencuba!\n\n1 paket maggi siam Serda (tak tahu boleh google)\nSotong, sosej, isi ketam, fishcake (ikut suka)\nSayur\u00b2 dhiris halus ( xkisah nak ltak apa):\n\u2013 tomato\n\u2013 Bawang merah\n\u2013 Salad\n\u2013 *kubis bulat\n\u2013 *carrot\n\u2013 *cendawan butang\n*dicelur\n\nBlend bawang merah sebiji,bawang putih seulas, lada besar sebiji, cili api sebiji, air secukupnya.. Lepas blend, masak dlm periuk.. Tambahkan cuka makan, gula, garam dan sos ikan. Dah mendidih tutup api.\n\n1. Celur maggi dan toskan\n2. Tambah perencah maggi\n3. Masukkan bahan\u00b2 yang dicelur dan sayuran tadi\n4. Tambah sos yang dimasak tadi sehingga mendapat rasa yg diingini (Cadangan:3 senduk kecik)\n5. Gaul rata.\n6. Kalau mahu pedas, tambah serbuk cili.\n7. Boleh makan.\n\nSelain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang kami paparkan yang boleh anda cuba. Jemputlah untuk lihat kesemuanya ya. Dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE!"
"Kadang-kala mak pening fikir pasal menu untuk anak-anak pergi ke sekolah. Makanan yang boleh dimasak pantas dan senang dimasak.\n\nKami ada cadangan untuk itu. Ialah pau goreng yang sedap boleh menjadi pilihan para ibu. Pau goreng boleh difrozenkan sehingganya menyediakannya tidak memakan masa dan senang. Buat pau frozen malam, pagi boleh terus goreng balik untuk anak-anak sebelum ke sekolah.\n\nResepi pau goreng daripada Sha Roziah Al Yahya di laman Facebook ini amat menarik. Resepi menghadirkan pau berintikan kacang merah.\n\nDengan digoreng, doh pau jadi rangup dan garing. Guna api yang sederhana, tidak masuk minyak. Masak dalamnya dan warna cantik kekuningan. Adunan ini dapat 12-13 biji untuk doh 40 gram.\n\nSelain resepi pau goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bubur lambuk merupakan makanan tradisional masyarakat kita. Bubur ini lebih popular dan digemari apabila tiba bulan Ramadhan kerana juadah ini menjadi pilihan menu yang sihat untuk berbuka puasa lebih-lebih lagi bagi golongan yang berusia. Biasanya golongan berusia atau yang tidak berselera untuk makan lebih memilih masakan bubur untuk memenuhi keperluan gizi tubuh.\n\nApa yang special tentang bubur lambuk ini ialah juadah ini menggunakan sayur pucuk miding atau pucuk paku merah sebagai bahan masakannya. Pucuk ini sangat sedap apabila dimasukkan ke dalam bubur. Biasanya kalau kita masukkan sayuran lain, rasanya kurang enak bagi yang tidak gemarkan sayur. Namun, berbeza dengan pucuk ini, ia sangat menyedapkan dan membangkitkan selera walaupun anda bukan penggemar sayur!\n\nTidak hairanlah jika bulan Ramadhan, terdapat banyak masjid atau agensi yang bergotong-royong memasak bubur lambuk berkawah-kawah untuk disedekahkan buat orang awam. Di samping mencari keredhaan Illahi, dapat juga mengeratkan silaturrahim dan menghulurkan bantuan makanan kepada yang memerlukan.\n\nIstimewa buat anda hari ini, kami bawakan satu resepi dari saudari Sazilla Rosli yang telah sudi berkongsi resepi bubur lambuk di Facebook. Diharap anda semua Berjaya mencuba resepi sedap yang amat senang ini.\n\n1) Rebus nasi sampai empuk\n2) Ikan dikukus dan diperisikan isi ikan\n3) Blend bawang merah, lada hitam dan isi ikan.\n4) Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi yang dah direbus tadi\n5) Masukkan sayur pucuk miding, daun kadok, daun kunyit, daun kesum dan juga santan\n6) Masukkan garam, gula dan perasa ke dalam bubur. SIAP!\n\nSelain resepi bubur lambuk yang mudah ini, kami juga ada memaparkan resepi-resepi lain yang lazat buat anda cuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
"Bismillah bukan sekadar satu frasa atau ucapan yang biasa kita sebut seperti selamat pagi atau terima kasih. Bismillah adalah satu kalimah yang apabila menyebutnya, terdapat berkat padanya.\n\nDi dalam Islam, ucapan Bismillah sangat dianjurkan apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara. Seperti mana dalam hadis Nabi saw;\n\nDari Abu Hurairah\u00a0ra,\u00a0bahawa Rasulullah\u00a0saw bersabda,\n\n\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u0643\u064e\u0644\u064e\u0627\u0645\u064d \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064d \u0630\u0650\u064a \u0628\u064e\u0627\u0644\u064d \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0641\u0652\u062a\u064e\u062d\u064f \u0628\u0650\u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0623\u064e\u0628\u0652\u062a\u064e\u0631\u064f\u00a0 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e, \u0623\u064e\u0642\u0652\u0637\u064e\u0639\u064f\n\nMaksudnya, \u201cSetiap perkataan atau perkara penting yang tidak dibuka dengan zikir pada Allah, maka terputus berkahnya.\u201d (HR Ahmad)\n\nDari Abu Hurairah\u00a0ra, Rasulullah\u00a0saw bersabda,\n\n\u0643\u064f\u0644\u0651\u064f \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064d \u0630\u0650\u064a\u0652 \u0628\u064e\u0627\u0644\u064d \u0644\u0627\u064e \u064a\u064f\u0628\u0652\u062f\u064e\u0623\u064f \u0641\u0650\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0628\u0650\u0640 , \u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u062d\u0652\u0645\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u062d\u0650\u064a\u0652\u0645\u0650 \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0623\u064e\u0628\u0652\u062a\u064e\u0631\u064f\n\nMaksudnya, \u201cSetiap perkara penting yang tidak dimulai dengan \u2018bismillahirrahmanir rahiim\u2019, amalan tersebut terputus berkahnya.\u201d (HR Al-Khatib)\n\nBeberapa hal disebutkan dalam\u00a0Kitab Al-Mawsu\u2019ah Al-Fiqhiyyah\u00a0(8: 92), bahawa dianjurkan membaca bismillah di awal perbuatan kerana terdapat dalam hadis-hadis Nabi saw. Antaranya, dibaca Bismillah sebelum menaiki kenderaan, memasuki rumah dan masjid, sebelum tidur dan banyak lagi.\n\nDisebutkan juga dalam kitab yang sama, bacaannya adalah \u2018bismillah\u2019, lengkapnya adalah \u2018bismillahirrahmanir rahim\u2019. Jika lupa membaca bismillah atau meninggalkannya secara sengaja, maka tidak ada dosa. Namun jika dilakukan, dapat pahala.\n\nImam Nawawi Al-Bantani menyatakan bahawa bismillah dibaca pada suatu perkara yang penting atau pada perkara mubah dan tidak termasuk dalam suatu yang haram atau makruh. Namun bismillah tidak dibaca untuk suatu perkara yang remeh seperti menyapu kotoran binatang, dan bacaan bismillah bukanlah sebagai bacaan zikir seperti tahlil. (Kasyifah As-Saja Syarh Safinah An-Najaa, hlm. 26)\n\nApakah yang dimaksudkan dengan Bismillah 7? Bismillah 7 adalah satu doa yang mana mengandungi 7 lafaz Bismillah dipermulaan setiap ayat.\n\nAmalan Bismillah 7 ini sangat popular dalam kalangan perawat pengubatan Islam kerana mempercayai bahawa doa ini sangat mustajab untuk menerangkan hati, meluaskan rezeki, memakbulkan segala hajat, menghindarkan dari segala penyakit serta mengelakkan dari gangguan jin dan syaitan.\n\nMalah dengan amalan Bismillah 7 ini juga dikatakan dapat menjadi penawar bagi racun dan juga mengubati orang yang terkena sihir.\n\nMaka Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.\n\nDoa Bismillah 7 ini tidak ada dalam mana-mana dalil mahupun ulama. Tetapi, ia hanya satu doa yang diajar dari zaman-zaman tanpa tahu sumbernya. Walaupun ada yang menyatakan bahawa doa ini diajar oleh seorang Tuan Guru yang terkenal dalam bidang perubatan Islam, namun dakwaan ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya.\n\nMemang terdapat beberapa doa yang digunakan khas bagi tujuan pengubatan atau apa yang dikenali sebagai jampi atau ruqyah (\u0627\u0644\u0631\u0642\u064a\u0629). Biasanya ia digunakan di dalam amalan harian atau pun digunakan semasa mengubat pesakit. Diantara amalan-amalan ini, memang ada diantaranya bermula dengan bismillah. Contoh doa perlindungan dan pengubatan yang diambil dari hadis Nabi saw yang bermula dengan Bismillah ialah:\n\nBersabda Nabi saw: \u201cSesiapa ketika petang membaca\n\n\u0628\u0633\u0645 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0630\u064a \u0644\u0627 \u064a\u0636\u0631 \u0645\u0639 \u0627\u0633\u0645\u0647 \u0634\u064a\u0621 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0623\u0631\u0636 \u0648\u0644\u0627 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0633\u0645\u0627\u0621 \u0648\u0647\u0648 \u0627\u0644\u0633\u0645\u064a\u0639 \u0627\u0644\u0639\u0644\u064a\u0645\n\nMaksudnya, \u2018Dengan Nama Allah yang tiada mudharat sesuatu di atas bumi dan di langit dengan namaNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi maha Mengetahui\u2019 sebanyak 3 kali, nescaya ia tidak akan ditimpa bencana pada pagi, nescaya tak akan ditimpa bencana sehingga petang.\u201d (HR Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)\n\nSheikh Abdul Aziz bin Baaz di dalam Fatwanya yang bertajuk \u2018Hukum Sihir Dan Pembomohan Dan Cara Menanggalkannya\u2019 (\u062d\u0643\u0645 \u0627\u0644\u0633\u062d\u0631 \u0648\u0627\u0644\u0643\u0647\u0627\u0646\u0629 \u0648\u0645\u0627 \u064a\u062a\u0639\u0644\u0642 \u0628\u0647\u0627), ayat ini dicadangkan sebagai amalan pagi dan petang, iaitu dibaca sebanyak 3 kali sebagaimana di dalam hadis.\n\nSatu lagi doa yang selalui digunakan ialah doa Malaikat Jibril ketika merawat Nabi saw dengan ruqyahnya:\n\n\u0628\u0633\u0645 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0631\u0642\u064a\u0643 \u0645\u0646 \u0643\u0644 \u0634\u064a\u0621 \u064a\u0624\u0630\u064a\u0643 \u060c \u0648\u0645\u0646 \u0634\u0631 \u0643\u0644 \u0646\u0641\u0633 \u0623\u0648 \u0639\u064a\u0646 \u062d\u0627\u0633\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u064a\u0634\u0641\u064a\u0643\u00a0 \u0628\u0633\u0645 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0631\u0642\u064a\u0643\n\nMaksudnya, \u201cDengan Nama Allah saya melakukan ruqyah untuk kamu, dari segala perkara yang menggangu kamu, dari segala kejahatan nafsu atau mata-mata yang dengki semoga Allah menyembuhkan kamu, Dengan Nama Allah, aku lakukan ruqyah kepada kamu\u201d\n\n2 hadis ini merupakan membuktikan bahawa Nabi saw juga ada berdoa untuk tujuan pengubatan dengan doa yang dimulai dengan kalimah bismillah.\n\nNamun, bagaimana pula dengan doa Bismillah 7?\n\nWalaupun doa Bismillah 7 dikatakan tidak bersumberkan al-Quran, hadis dan ulama, tetapi tidak salah mengamalkannya sebagai pendinding dan juga ruqyah selagi tidak mengandungi unsur syirik kepada Allah swt.\n\n\u0627\u0650\u0639\u0652\u0631\u0650\u0636\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e \u0631\u064f\u0642\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652, \u0644\u0627 \u0628\u0623\u0633 \u0628\u0627\u0644\u0631\u0642\u064a \u0645\u0627 \u0644\u0645 \u062a\u0643\u0646 \u0634\u0631\u0643\u0627\u064b\n\nMaksudnya, \u201cTunjukkanlah kepadaku ruqyah kalian. Tidak mengapa melakukan ruqyah, asalkan tidak mengandungi syirik.\u201d (Perbahasan ini dapat dilihat dalam kitab ar-Ruqaa \u2018alaa Dhau-il \u2018Aqiidah Ahlis Sunnah wal Jamaa\u2019ah oleh Dr. \u2018Ali bin Nufayyi\u2019 al-Ulyani, al-Madkhal li Diraa-satil \u2018Aqiidah al-Islaamiyyah (hal. 151-152) dan Fathul Majid Syarah Kitabit Tauhid.)\n\nNamun begitu, jika kita dapat beramal dengan Ayat Kursi serta doa-doa yang sahih daripada Nabi saw untuk dijadikan pendinding diri serta amalan ruqyah, pastilah ia lebih baik kerana Nabi saw sendiri telah mengamalkannya. Wallahu a\u2019lam.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Bismillah 7 yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Apa menu makan tengah hari anda hari ini? Apakata kalau kami cadangkan masak ayam salted egg. Hidangan ini sememangnya creamy. Namun pada resepi salted egg chicken style Fatin Izzatee ialah tanpa susu namun tetap ada rasa creamy, sedap sangat.\n\nUntuk menyediakan salted egg chicken, anda hanya perlukan serbuk salted egg, bawang putih, butter, lada jika suka pedas, dan jangan terlupa daun kari. Dan untuk ayam perlu digoreng tepung dulu dengan tepung bestari.\n\nKejadiannya amat sedap. Ayam jadi kering dan garing. Ada rasa pedas, manis dan masin. Bahagian paling best ialah ratah daun kari yang garing itu. Tidak sabar ingin rasa? Cuba buat sekarang makan dengan nasi putih panas-panas. Pergh sedapnya!\n\nResepi Salted Egg Chicken @ Ayam Telur Masin\n\nSelain salted egg chicken, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Kalau orang dewasa mudah sahaja jika ingin menyatakan yang kita suka akan seseorang. Sebut sahaja,\n\n\u201cSaya gembira bermain bersama kawan saya\u201d.\n\nMudah bagi kita untuk menunjukkan atau meluahkan perasaan kepada orang di sekeliling. \n\nNamun, bagaimana pula agaknya untuk bayi?. Bagaimana mereka menunjukkan reaksi apabila mereka gembira, teruja atau sedih?.\n\nMemandangkan mereka masih tidak tahu untuk bercakap, bagaimana mereka menunjukkan bahasa tubuh, mimik muka untuk menzahirkan perasaan mereka?.\n\nMenurut Dr. Mahani Razali, Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan apabila bayi tertarik dan suka kepada seseorang itu. Jom lihat apakah tandanya:\n\n1. Bayi Selalu wujudkan Eye Contact Dengan Kita\n\nBila dipegang, diagah atau kita mula bercakap dengan mereka, akan wujud eye contact bayi dengan kita. Pandangannya membalas pandangan kita, selari dengan emosi mereka yang gembira dan bahagia.\n\n2. Pandangan Cepat Beralih Kepada Kita\n\nMacam tahu sahaja kehadiran kita, cepat sungguh pandangan mereka beralih dan mencari kelibat orang yang disayangi. \n\nEye contact, pandangan mata si kecil terus mengamati muka kita dan akan mengeluarkan bunyi-bunyian, bahasa bayi untuk cuba berkomunikasi.\n\nKuasa pelukan memang tidak dapat dinafikan lagi dalam membantu si kecil lebih mudah bertenang dan selesa.\n\nMereka akan berasa lebih selamat dan perasaan bahagia itu akan jelas terpancar di riak wajah si kecil jika dipeluk oleh orang tersayang. \n\nPernah terjadi bayi yang disangka sudah tidur lena tiba-tiba terjaga apabila si ibu cuba mengalihkan badannya?. Mudah sahaja terjaga. \n\nSituasi ini tidak pelik kerana bayi mula membina hubungan dengan ibunya melalui deria bau dan pendengaran sejak lahir lagi. Sudah pasti si kecil sangat mengenali \u2018bau\u2019 ibunya dan akan menyedari kehadiran atau \u2018kehilangan\u2019 ibunya disisi dengan pantas sekali.\n\n5. Cepat Tersenyum Apabila Memandang Kita\n\nBayi akan mudah tersenyum apabila memandang kita, menandakan mereka senang akan kehadiran kita.\n\nSaat ini adalah waktu terbaik untuk banyakkan berinteraksi dengan mereka untuk membina hubungan atau bonding yang kukuh dengan si kecil.\n\nBayi juga ada bahasanya. Jika mereka nampak orang yang dikenali terutamanya ibu bapanya, pasti mereka akan mengeluarkan bunyi seolah-olah memanggil kita. Perkara ini juga adalah petanda perkembangan bahasa bayi sedang berlaku.\n\nMinta diambil, didukung dan diagah, memang inilah sifat semulajadi si manja jika nampak insan-insan yang dikenali dan disayangi. Terutamanya, ibu bapa atau pengasuh yang rapat dengan mereka.\n\nMudah tersenyum, mudah ketawa dan riak wajah yang suka dengan kehadiran kita adalah satu petanda yang bayi kita mempunyai emosi yang baik.\n\nSeperti yang kita tahu, kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah, perkembangan emosi mereka sangat penting terutamanya semasa diusia bayi.\n\nAdalah menjadi tanggungjawab ibu bapa atau pengasuh untuk membina emosi yang positif dan mendidik anak-anak bagaimana menguruskan dan menyalurkan emosi mereka dengan baik.\n\nSelalu terjadi kepada golongan ibu yang mempunyai bayi kecil. Pantang ibu hilang dari pandangan mata, mesti si kecil ini terus menjerit \u201chuwarggggggggg!\u201d. \n\nSiapa yang pernah mengalami situasi ini?. Kebanyakkan sudah pasti pernah melaluinya sehinggakan mahu ke tandas pun kelam-kabut jadinya.\n\nPerkara ini adalah normal kerana attachment atau bonding yang kuat antara ibu dan anak. Bayi akan berasa tenang jika ibu sentiasa berada disamping mereka.\n\nPerkembangan pesat yang berlaku dalam memori jangka pendek dan panjang bayi serta hasil terbentuknya perhubungan baru antara bahagian otak yang mengawal emosi bayi telah menyebabkan perubahan emosi yang ketara dalam diri mereka.\n\nSekitar 9 bulan dan ke atas, sindrom separation anxiety akan muncul. Mereka akan lebih mudah takut dan tidak selesa dengan kehadiran orang yang tidak dikenali.\n\nAkan berlaku senario-senario yang dramatik jika mereka berpisah dengan ibu bapa atau pengasuh yang rapat dengan mereka. Namun, disebalik itu, separation anxiety juga menandakan kehadiran dan peranan penting kita sebagai ibu bapa dalam kehidupan si kecil sangat bermakna.\n\nPenting untuk ibu bapa dan pengasuh untuk mengetahui bahasa tubuh, gestur, mimik muka dan sebagainya bagi memudahkan kita memahami emosi bayi yang masih kecil ini. \n\nDengan cara inilah si kecil menzahirkan perasaan gembira, sedih, marah atau tidak selesa. Diharap orang dewasa disekeliling mereka dapat memahami apa yang ingin diluahkan. Pastikan kita peka dengan emosi anak-anak ya!."
"Adakah anda penggemar Peppero stick sejati? Kalau iya, rasa apa yang anda paling suka? Makanan ini tidak dijual di semua kedai. Jadi boleh dikatakan merupakan kudapan yang agak premium memandangkan harga pun mahal. Sesiapa yang suka sangat makan kudapan Peppero, kami bagi resepi menarik di mana anda boleh buat Peppero sendiri.\n\nBahan-bahan yang anda perlukan hanyalah kulit popia sebagai bahan utama, coklat, dan kacang almond. Hanya tiga bahan sahaja! Topping pula mengikut kesukaan anda, dalam resepi ini kami tuliskan resepi topping coklat.\n\nCara menyediakan Peppero popia almond stick amat mudah. Namun rasa amat sedap dan seronok. Crunchy, enak, dan manis. Ayuh cuba buat Peppero popia yang dikongsikan oleh Cik Za di laman Facebook. Gerenti puas dan berbaloi, boleh jimat juga. Kudapan ini boleh dibuat untuk snack raya.\n\nResepi Peppero Almond Stick 3 Bahan\n\nSelain popia coklat Peppero, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Pada perkongsian kali ini kami tuliskan resepi dadih mangga. Biasanya dadih diisi nata de coco, namun pada resepi ini Aisy Shuhada meletak buah-buahan.\n\nSemestinya dengan meletak buah-buahan, rasa dadih akan jadi makin segar, sedap dan sihat. Sekali makan mesti teringin lagi dan lagi.\n\nDadih mangga segar dapat dibuat dengan 5 bahan sederhana; serbuk dadih, susu, gula dan paling penting jangan lupa buah mangga. Tidak perlu gunakan perisa mangga, kerana rasa asli buah mangga sudah melazatkan.\n\nMari cubakan resepi dadih mangga mudah 5 bahan ini sekarang. Sejukkan dulu dalam peti baru hidangkan tengah hari. Makin segar dan sedap. Selamat mencuba.\n\nPilih buah-buahan yang segar, rasa lagi manis dan rangup masa makan.\nBila sudah masuk serbuk dadih jangan tinggal ya. Kacau sentiasa.\nKalau kurang manis boleh tambah susu pekat. Jangan tambah gula, nanti manisnya melekat di tekak.\n\nSelain resepi dadih mangga, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jom baca tentang diet Intermittent Fasting Malaysia.\n\nZaman sekarang, kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan sudah semakin meningkat berbanding dulu. Antaranya ialah mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan hidup tanpa tekanan. Malahan, kesedaran tentang corak pemakanan yang berkhasiat dan seimbang juga semakin meluas.\n\nPelbagai jenis diet yang popular di dunia kini menjadi ikutan individu yang mementingkan kesihatan. Jenis diet yang terkenal ialah diet Atkins, diet jenis darah, diet detox, diet vegetarian, diet intermittent fasting dan sebagainya. Kesemua diet ini bertujuan untuk menurunkan berat badan.\n\nDiet-diet ini mempunyai corak pemakanan dan disiplin yang perlu anda patuhi. Yang paling terkenal, tentulah diet Atkins. Diet jenis ini bermatlamat mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.\n\nKini, diet intermittent fasting (IF) pula menjadi trend dalam kalangan selebriti di dunia sehingga memberikan semangat kepada masyarakat untuk mencubanya. Jadi, dalam artikel ini akan dikupas tentang IF di Malaysia.\n\nSumber maklumat tentang diet ini diambil daripada perkongsian Dr Zubaidi Ahmad melalui laman Facebook beliau. Malahan, beliau juga merupakan pengamal diet IF yang telah berjaya menurunkan berat badan.\n\nApa Itu IF Intermittent Fasting ?\n\nIF dikenali sebagai puasa berkala yang bertujuan mengatur pola pemakanan. Oleh itu, diet cara ini menekankan masa makan hanya 8 jam sehari dan tidak makan 16 jam sehari.\n\nDiet ini membolehkan perut dan usus berehat daripada makanan dalam tempoh 14 hingga 16 jam. Maksudnya, dalam sehari ada 24 jam. Kita hanya makan untuk 8 jam dan baki 16 jam lagi kita akan berehat dari makan.\n\nNamun begitu, dalam tempoh \u2018tak boleh makan\u2019, kita masih boleh minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Itulah bezanya dengan puasa wajib dan sunat dalam agama Islam.\n\nIF tidak memfokuskan soal jenis makanan seperti diet-diet yang lain. Yang dipenting hanya tentang bila waktu yang patut kita makan.\n\nDalam Islam kita diwajibkan untuk berpuasa ketika bulan Ramadan dan juga disunatkan untuk berpuasa pada hari-hari tertentu. Puasa syarie ini perlulah disertakan dengan niat. Tempoh masa untuk berpuasa adalah dari subuh sehingga ke maghrib. Oleh itu, masa yang dilarang untuk makan dan minum ialah waktu pagi hingga ke lewat petang.\n\nManakala, IF pula merupakan jenis diet pemakanan yang tidak memerlukan sebarang niat ketika melakukannya. Cukuplah niat untuk menguruskan badan! Tempoh masa tidak makan biasanya pada waktu malam ketika sedang tidur.\n\nYang tidak dibenarkan hanya pengambilan makanan. Kita tetap boleh minum seperti biasa. Namun, hanya air yang tiada kalori dibenarkan seperti air kosong, air kopi dan teh hijau tanpa gula.\n\nSemasa bulan ramadan, kita akan berpuasa dalam tempoh 14 hingga 16 iaitu biasanya bermula pukul 5.30 pagi hingga 7.30 malam. Oleh itu, pada tempoh tersebut biasanya kita tidur dan kemudiannya sibuk dengan kerja di pejabat, di rumah atau belajar.\n\nOleh itu, untuk tidak makan selama 16 jam dalam IF bukanlah sesuatu yang baru dan susah untuk dilakukan. Ini kerana kita sudah terbiasa untuk berpuasa syarie untuk tempoh masa sepanjang itu.\n\nTerdapat beberapa cara melakukan IF, semuanya bergantung kepada keselesaan kita. Antaranya ialah:\n\n16:8 (16 jam puasa, 8 jam makan)\n\nCara ini ialah yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam. 16 jam kemudiannya anda perlu berpuasa. Boleh dilakukan setiap hari atau beberapa hari seminggu.\n\nContohnya ialah kali terakhir anda makan pada pukul 7.00 hingga 8.00 malam dan hanya makan semula pada tengah hari sekitar pukul 12.00 hingga 1.00. Maksudnya, pengamal IF tidak mengambil sarapan.\n\nCara lain ialah kali terakhir anda makan pada pukul 4.00 hingga 5.00 petang dan hanya makan semula pada pukul 8.00 hingga 9.00 pagi. Maksudnya, pengamal IF tidak makan malam.\n\nAnda tidak boleh makan untuk tempoh 24 jam. Cara ini hanya dibuat seminggu sekali atau 2 kali. Dalam tempoh berpuasa, hanya air tanpa kalori dibenarkan.\n\nCara ini ialah contohnya jika anda makan tengah hari pada hari ini, maka pada waktu tengah hari esoknya baru anda boleh makan semula.\n\nKaedah ini membenarkan anda makan seperti biasa selama empat hari misalnya Isnin sehingga Khamis, dan 3 hari bakinya iaitu Jumaat hingga Ahad anda dikehendaki buat IF.\n\n3 hari yang anda perlu buat IF itu tempoh berpuasanya ialah 24 jam.\n\nBagaimana IF Berkesan Dalam Penurunan Berat Badan?\n\nKetika bulan puasa kita cenderung untuk turun berat badan disebabkan pengambilan kalori yang rendah. Begitu juga dengan IF. Berikut merupakan 3 sebab kenapa diet ini boleh berjaya.\n\nSiapa Yang Tidak Boleh Buat IF?\n\nWalaupun jenis diet ini diakui berkesan dan dibuktikan bagus oleh kajian sains, namun ia tidak sesuai untuk semua individu. Antaranya:\n\nTiada jalan mudah dan pintas untuk berjaya. Begitu juga dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Tiada ubat yang mampu mencairkan lemak yang anda sudah kumpul selama bertahun-tahun.\n\nBerikut ialah beberapa tips untuk anda berjaya dalam usaha IF anda, iaitu:\n\nIni sahaja perkongsian tentang IF. Seperti mana diet-diet yang lain, ada yang berjaya dan ada yang gagal. Ada yang terus bermotivasi melakukannya dan menyebarkan motivasi itu untuk membantu orang lain. Ada pula yang terkandas di tengah jalan.\n\nWalau apa jua pengalaman anda itu, pastinya usaha anda tidak akan sia-sia jika bersungguh-sungguh melakukannya. Jika ada pembaca Bidadari.my yang pernah melakukan IF, boleh kongsikan dengan kami.\n\nJemput juga baca artikel tentang diet ibu menyusu jadual diet dan cara diet atkins"
"Bermulanya perkahwinan, maka bermulalah suatu alam baru. Kita akan menerima orang baru dalam hidup kita. Sama ada isteri atau suami kita. Ibu dan bapa mertua juga akan menjadi ahli keluarga kita. Namun, tidak semua pasangan berasa selesa dengan mertua mereka. Ada yang mendapat mertua yang cerewet dan tidak mesra.\n\nAda caranya untuk pikat hati ibu mertua agar terus menyukai kita. Tips di bawah ini boleh membantu anda.\n\n1. Ketika melawatnya, bawalah buah tangan bersama\n\nTiada salahnya jika anda melawat mertua anda tanpa membawa sesuatu kepadanya. Namun, alangkah gembiranya hati ibu mertua jika kita berusaha untuk menceriakan harinya dengan membawa buah tangan setiap kali berkunjung ke rumahnya. Jika anda tahu makanan kegemarannya, boleh juga dijadikan sebagai buah tangan. Masakan daripada hasil tangan anda pasti ada auranya tersendiri.\n\nSudah pasti, jika anda kerap berkunjung dan melawat mertua, anda akan mula mengenalinya dengan lebih mendalam. Jika mertua seorang yang suka bercakap atau berkongsi pengalaman, pastikan anda juga terlibat sama dalam perbualan tersebut. Bersikap ramahlah dengan mereka.\n\nJika mertua anda seorang yang kurang bercakap pula, anda masih perlu cuba untuk berinteraksi dengan mereka. Anda boleh bertanya soalan-soalan mudah kepada ibu mertua misalnya, cara untuk memasak makanan yang enak dan lazat. Untuk bapa mertua pula, tanyalah perihal pekerjaannya dan tanyalah pengalamannya.\n\n3. Jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka\n\nHati mana yang tidak tersentuh pabila melihat anak mereka disakiti. Begitu jua dengan mertua. Walaupun pada saat itu anda perlu menegur anak mereka, cuba untuk menahan perasaan itu sementara berada bersama mertua. Elakkan bertindak kasar atau memarahi anak mereka di hadapan mereka. Mereka beranggapan anda tidak pandai menjaga anak mereka.Ini tips pikat hati ibu mertua yang terbaik daripada kami.\n\nSalah satu cara mudah untuk mendekati dan memikat mertua adalah dengan berkongsi minat mertua bersama-sama. Hal ini kerana dengan adanya minat yang sama, kita akan semakin mudah untuk serasi dan bercampur gaul dengan mertua kita. Namun jangan sampai kita minat sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kelak mereka akan berasa seolah-olah dipermainkan pula. Ajaklah mereka sekali-sekala untuk keluar melakukan aktiviti keluarga bersama.\n\n\u201cTerlajuk perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.\u201d\n\nKetika bersama mertua, bercakap dan bertuturlah dalam sebaik-baik bahasa dan tingkah-laku. Jangan sesekali mengungkapkan perkataan yang boleh mengguris hati mereka. Orang yang lebih tua pasti mempunyai hati yang agak cerewet dan mudah berkecil hati. Sekali anda mengguris hati mereka, mungkin sukar untuk anda merawat hati mereka kembali.\n\n6. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri\n\nWalaupun mereka mertua anda, tetapi mereka tetap ibu dan bapa anda. Tidak ada salahnya melayan mereka seperti mana anda menyayangi ibu bapa anda sendiri. Kasih sayang anda berikan kepada mereka pasti akan mereka hargai dan ingati.\u00a0 Jika keluarga mertua ada sebarang masalah, cubalah untuk bersama-sama menolong dan membantu mereka untuk menyelesaikannya. Ingatlah bahawa mereka juga keluarga anda, bukannya orang lain. Mungkin anda bakal menjadi menantu kegemaran mereka nanti dengan adanya sikap ini.\n\nItulah 6 tips ampuh memikat mertua. Sudah bersedia?"
"Air terjun Pelangi Sungai Lembing yang terletak di Johor ini sangat terkenal bukan sahaja di antara penduduk tempatan, malah pelancong dari luar negeri. Sama seperti nama yang diberikan,air terjun ini mempunyai pelangi yang sememangnya sangat cantik dan menjadi tarikan pecinta alam.\n\nSekiranya anda merancang percutian ke Johor, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri keindahan air terjun ini. Terdapat banyak aktiviti menarik yang dapat anda lakukan sekiranya datang ke sini. Antaranya\n\nBagi mereka yang datang ke sini untuk merasai sendiri pengalaman datang ke Air Terjun Pelangi, jangan risau tentang kenderaan untuk anda ke sana. Hal ini kerana, terdapat beberapa cara yang dapat anda lakukan. Salah satunya ialah dengan menaiki kereta triton yang disediakan, mahupun terus mendaki ke tapak perkemahan Lubuk Beruk.\n\nKenderaan ini dikenali sebgai teksi jentera kerana telah diubah suai bagi keselesaan penumpang. Sekiranya anda ingin datang ke sini menggunakan kenderaan anda sendiri, anda juga boleh membawanya. Pastikan kenderaan anda cukup lasak untuk melalui kawasan hutan tersebut. Jika tidak, terdapat juga beberapa kenderaan yang disediakan oleh penduduk di sekitar itu untuk anda sewa.\n\nSekiranya anda seorang yang meminati aktiviti jungle trekking, anda boleh mencuba untuk menerokai keindahan alam semulajadi Sungai Lembing ini. Seperti yang anda tahu, untuk menikmati keindahan air terjun ini, anda perlu mendaki lebih kurang 1.2 km. Jalan ke air terjun ini akan mengambil masa selama 20-45 minit.\n\nSelain itu, jangan risau untuk membawa keluarga anda datang ke sini untuk berehat. Hal ini kerana, trek untuk ke air terjun sesuai untuk dilalui oleh semua peringkat usia. Tiada masalah jika kanak-kanak mahupun orang yang berusia melalui kawasan ini. Anda juga akan melalui kawasan berbatu, tetapi terdapat tali yang boleh membantu anda merasa lebih selamat serta terdapat juga staff yang akan menguide anda ketika melalui kawasan ini.\n\nDiingatkan bagi anda yang ingin melakukan aktiviti ini untuk memohon permit terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan staff yang akan mengiringi anda dapat disediakan tepat pada masanya. Bagi proses pendakian ini juga, anda boleh membawa sehingga 7 orang. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini bersama rakan-rakan mahupun keluarga anda.\n\nBagi mereka yang sukakan alam semulajadi, mereka pasti akan menyukai pemandangan matahari terbit yang dapat dilihat di sini. Salah satu tarikan di sini ialah melihat matahari terbit. Disebabkan itu, sangat berbaloi untuk anda datang dan menikmati kecantikan matahari yang terbit dengan mereka yang tersayang.\n\nSelain itu, jika anda berniat untuk melihat matahari terbit, pastikan anda memakai baju telah kerana keadaan di sini pada waktu pagi sangat sejuk dan berkabus. Pemandangan matahari ini pastinya lebih menarik dengan kemunculan pelangi yang terdapat di air terjun pelangi Sungai Lembing ini. Pastikan anda menangkap gambar sebagai kenangan anda dan keluarga ketika datang ke sini.\n\nAir Terjun Pelangi Sungai Lembing ini terletak di kawasan hutan simpan. Di sebabkan kawasan yang strategik, anda dapat berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi yang dipenuhi kehijauan. Tempat ini turut menjadi tumpuan para pelancong dari dalam mahupun luar negara kerana keindahan alamnya yang cantik dan menarik.\n\nSelain itu, ketika memasuki hutan simpan ini, anda dapat melihat pelbagai jenis pokok yang berharga. Antara pokok yang dapat anda lihat adalah pokok meranti, merbau, kelat dan keruing yang berusia puluhan tahun. Kanopi yang menarik serta saiz pokok besar yang pastinya menarik perhatian setiap mata yang memandang.\n\nBagi mereka yang berkunjung ke sini, pasti tujuan utama mereka untuk melihat sendiri keindahan air terjun pelangi Sungai Lembing yang menjadi perbualan ramai. Keunikan pelangi yang hanya dapat dilihat pada waktu pagi dengan air terjun yang jatuh pada ketinggian 50 meter itu pastinya memukau mereka yang datang ke sini.\n\nSelain itu, diingatkan bagi mereka yang ingin datang ke sini untuk membuat tempahan lebih awal kerana terdapat had pelancong. Anda juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM 60 oleh kereta yang membawa anda datang ke air terjun pelangi ini. Bayaran yang dikenakan pada waktu cuti sekolah mungkin akan lebih mahal dari pada hari biasa.\n\nBayaran RM60 ini dikenakan termasuk dengan permis memasuki hutan simpan, pengangkutan dan bayaran makanan. Jumlah kehadiran juga dikawal bagi memastikan perkara tidak diingini dari berlaku. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri pengalaman beriadah di sini.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Peminat tomyam ramai tak? Di sini, kami kongsikan resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni dari cikgu Afy AL Habibi. Dapat pula makan dengan bihun. Perggghh. Pasti terangkat lah bihun tomyam nya. Memang tak panggung kepala dah la. Sedar tak sedar dah licin habis semangkuk.\n\nPanaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato. Tomato perlu ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali.\n\nSedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur. Marvellous okay.\n\nSelain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Adakah sesiapa yang sudah cuba makan ayam goreng lada. Bukan ayam goreng berlada ya. Resepi kali ini memperkenalkan kepada anda ayam goreng lada, dimana bahan utama yang digunakan dalam resepi ini ialah lada hitam sebanyak satu sudu besar, puas lah makan.\n\nAyam goreng lada menghadirkan rasa yang menarik iaitu pedas-pedas lemak. Disini lada hitam digunakan sebagai bahan perapan untuk menggoreng ayam. Namun begitu, pemakaian lada yang banyak semestinya mempengaruhi rasa ayam berbanding perapan biasa. Sesiapa yang tertanya-tanya itu, marilah cuba resepi ini sekarang juga. Resepi dikongsikan oleh \u200eSiti Fatimah\u200e di laman Facebook.\n\nLauk ini paling sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas lagi keluar merecik aroma perapan lada tadi. Boleh juga ditambahkan cili padi dan cili besar untuk makin pedas merecik. Selamat mencuba.\n\nSelain ayam goreng lada, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Choki-choki coklat kecintaan anak-anak. Dengan style lain choki-choki hadir dalam aiskrim. Mesti anak-anak lebih suka akan aiskrim choki-choki.\n\nTerkadang tidak hanya anak-anak bahkan orang dewasa juga sangat menyukai aiskrim choki-choki. Ianya segar dan lemak susu serta manis Choki-choki memang tidak boleh tahan. Membuat budak-budak sangat ketagih.\n\nBaru-baru ini, aiskrim Choki-choki sangat digilai ramai. Apapun perisa aiskrim mesti menggunakan Chok-choki. Elok anda buat sendiri aiskrim Choki-choki di rumah. Lebih berbaloi daripada Sang anak beli di luar dengan harga yang tidak berpatutan. Buat sendiri lebih terjamin kebersihannya.\n\nSila manjakan anak-anak anda layan selera mereka dengan aiskrim Choki-choki resepi daripada Ekin OmAr di laman Facebook. Buat sendiri lebih puas boleh letak aiskrim banyak-banyak.\n\nSelain resepi aiskrim Choki-choki, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Malaysia adalah negara yang majorotinya adalah masyarakat beragama Islam, kebanyakan daripada mereka sangat meminati haiwan kucing yang berkaki empat ini.\u00a0 Daripada kucing jalanan sehinggalah kepada kucing domestik. Asalkan kucing, pasti kita minat kan?\n\nKucing ataupun nama saintifiknya \u201cFelis catus\u201d adalah spesies domestik mamalia omnivor bersaiz kecil. Ia adalah satu-satunya spesis domestik dalam keluarga Felidae dan sering dirujuk sebagai kucing domestik untuk membezakannya daripada ahli keluarga liarnya yang lain. Jenis kucing ladang atau kucing liar agak kekok hubungannya dengan manusia.\u00a0\n\nBerbeza pula dengan kucing domestik, ia amat dihargai dan disayangi manusia kerana ia seolah wujudnya persahabatan dan keupayaannya untuk memburu haiwan perosak seperti tikus.\u00a0 \n\nHampir kira-kira 60 baka kucing terdapat di seluruh dunia. Namun tahukah anda, jenis kucing apakah yang paling popular di Malaysia? Jom lihat satu persatu jenis kucing yang sangat terkenal di Malaysia.\n\nSebut sahaja \u2018Maine Coon\u2019 pasti ramai dalam kalangan kita yang mengenali jenis kucing yang bersaiz besar ini. Maine Coon merupakan kucing yang paling popular di dunia kerana kecomelannya dan saiznya yang agak besar, malah beratnya boleh mencecah sehingga 12 kilogram.\n\nMukanya mungkin kelihatan amat garang dan bengis, namun kucing jenis ini amat manja dan senang bergaul. Ciri-ciri jenis kucing ini adalah mempunyai bulu yang tebal dan amat panjang. Bulu di bahagian sekitar leher amat kembang dan menyerupai bulu leher singa.\n\nKucing ini gemar berkomunikasi dengan mengeluarkan bunyi \u2018chip\u2019 yang unik untuk memberitahu sesuatu ataupun meluahkan isi hatinya.Asal kucing ini adalah daripada Amerika Syarikat dan kini telah dibiakkan di Malaysia oleh para pencinta kucing. Jangka hayat mereka sekitar 13 tahun dan harganya sangat mahal mencecah puluhan ribu.\n\nKucing Parsi atau Persian adalah jenis kucing berbulu panjang yang dicirikan oleh wajah bulatnya dan muncungnya yang pendek. Ia juga dikenali sebagai \u2018Persian Longhair\u2019 di negara-negara barat. Di rantau Timur Tengah, mereka dikenali sebagai kucing \u2018Shirazi\u2019 manakala di Iran mereka dikenali sebagai kucing \u2018Shiraz\u2019.\n\nDiiktiraf sebagai kucing mewah sejak abad ke-19, ia telah dibiak pertama oleh orang inggeris dan kemudiannya oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Pembiakan selektif yang dijalankan oleh penternak telah menghasilkan dengan pelbagai jenis warna bulu. Namun kacukan yang ekstreme telah menyebabkan penciptaan jenis muka yang rata.\u00a0\n\nBaka jenis kucing parsi yang bermuka rata ini mempunyai pelbagai jenis masalah kesihatan. Penyakit buah pinggang polikistik keturunan dan penyakit hati adalah lazim dalam baka ini. Pada tahun 2015, ia disenaraikan sebagai baka kedua yang paling popular di Amerika Syarikat mengikut Persatuan Cat Fanciers.\n\nJenis kucing Ragdoll adalah kucing yang berharga sangat mahal dan harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Nama Ragdoll berasal dari sifatnya yang rapuh dan santai. Kucing ini mempunyai mata biru yang menawan dan warnanya yang berbeza.\u00a0\n\nSi bulus yang comel ini memerlukan penjagaan yang minimum untuk dalam keadaan baik. Sifatnya amat baik dan manja membuatkan mereka sangat disayangi oleh semua orang. Berat jenis kucing ini juga boleh mencecah sehingga 20 paun.\n\nUntuk pengetahuan anda, jangka hayat kucing ini adalah sekitar 20 tahun, lama sangat kan?\u00a0 Ragdoll adalah seperti Maine Coon yang berasal dari Amerika Syarikat.\u00a0\n\nJika anda meminati jenis kucing yang eksotik yang tidak ganas dan berbahaya, Bengal mungkin pilihannya! Kucing ini juga dipelihara oleh usahawan kosmetik iaitu Dato\u2019 Aliff Syukri. Harganya pula mencecah RM30 ribu.\n\nKucing ini di \u2018cross-breed\u2019 atau kacukan bersilang diantara kucing domestik dan kucing Leopard Asia. Apa yang menarik tentang kucing ini adalah corak bulunya persis harimau bintang. Kucing ini amat aktif, lasak dan memerlukan perhatian yang banyak.\u00a0\n\nJika anda sentiasa sibuk dengan kerja seharian, kucing ini tidak sesuai untuk dipelihara oleh anda kerana ia perlu diberi perhatian. Kucing ini mempunyai jangka hayat sehingga 16 tahun dan berasal daripada Amerika Syarikat. Beratnya pula boleh mencecah sehingga 15 paun.\n\nExotic Shorthairs kadang-kadang dipanggil sebagai \u2018kucing parsi pemalas\u2019. Tidak seperti kucing parsi, jenis kucing ini mempunyai bulu yang pendek dan lebih mudah dijaga. Kucing Exotic Shorthairs terdapat dalam pelbagai warna seperti putih, krim, hitam dan kuning air.\n\nOleh kerana mereka adalah kucing dengan personaliti penyayang, mereka tidak suka bersendirian. Kucing ini jenis tenang dan setia malah mereka amat ramah kepada binatang peliharaan lain. Walau bagaimanapun, mereka mungkin memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan keselesaan dengan suasana yang baru.\n\nJenis kucing ini juga amat sesuai bagi anda yang meminati kucing Parsi namun tidak mahir untuk menguruskannya. Kucing ini juga berasal daripada Amerika Syarikat dan beratnya sekitar 14 paun. Jangka hayatnya pula adalah di antara 15 tahun.\n\nBerasal dari Burma, jenis kucing ini menginginkan persahabatan dan akan sentiasa mengikuti manusia ke mana sahaja. Kucing Burma bersifat energetik, suka bermain dan penyayang. Mereka tidak sesuai untuk berada di rumah bersendirian untuk tempoh yang lama.\n\nCara penjagaan jenis kucing ini amat senang dan mudah. Jangka hayat mereka sekitar 16 tahun. Berat mereka pula dianggarkan sehingga 10 paun.\n\nKucing munchkin merupakan jenis kucing yang berkaki pendek dan melucukan. Ia sangat peramah dan manja. Kucing ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil kerana sesuai dijadikan teman, namun harganya juga agak mahal.\n\nFizikalnya yang berkaki pendek tidak menghalangnya untuk melakukan aktiviti seperti kucing lain. Namun begitu, kucing ini tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak kerana sistem sendinya tidak sekuat kucing lain. Jadi bagi anda yang inginkan kucing yang bersantai dan melucukan, Munchkin adalah pilihan yang tepat.\n\n8.\u00a0 Kucing Biasa / Kucing Kampung\n\nJenis kucing ini pasti dimiliki oleh semua pencinta kucing di Malaysia. Untuk mendapatkannya pula amat senang dan harganya tidak mahal. Cara penjagaannya amat mudah dan pemakanan mereka pun tidak memerlukan makanan yang mahal.\n\nKucing kampung biasanya amat aktif dan lasak. Mereka juga mahir memburu tikus dan haiwan berbisa. Jangan terkejut ya jika mereka membawa pulang buah tangan bangkai buruan mereka kepada anda, itu tandanya mereka menyayangi anda.\n\nItulah dia 8 jenis kucing yang paling popular dan top di Malaysia. Jom baca juga Cara bunuh kutu kucing, Khasiat minyak zaitun dan Jenis haiwan paling setia."
"Anda sedang merancang untuk bercuti di Kundasang? Jom kami kongsikan 10 homestay di Kundasang yang sesuai untuk berbulan madu atau datang bersama keluarga.\n\nHomestay ini terletak di Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah, Malaysia. Kampung Mesilou adalah di antara lokasi penginapan yang paling popular di Kundasang. Ada banyak homestay di perkampungan ini. Ini kerana ia mempunyai latar belakang pemandangan Gunung Kinabalu yang cantik. Terutama sekali apabila cuaca berada dalam keadaan yang baik dengan langit yang cerah.\n\nHomestay ini adalah di antara yang paling menarik di sana dengan lokasinya yang berhampiran dengan ladang Strawberi dan sungai yang segar. Sambal berehat menikmati keindahan Gunung Kinabalu, anda boleh luangkan masa untuk melawat lading strawberi dan bermain air di sungai tersebut.\n\nDengan keluasan 1104 kaki persegi, Mesilou Sweet Guesthouse menawarkan 4 bilik peribadi. Oleh kerana Cuma terdapat 4 bilik untuk disewa di sini, anda akan mendapat privasi dan ketenangan. Berbanding homestay besar dengan tetamu yang ramai. Jika anda suka berbarbeku, set barbeku juga ada disediakan untuk anda gunakan secara percuma. Seronok berbarbeku dalam kedinginan malam.\n\nHomestay kedua yang ingin kami kongsikan ialah Mesilou Mountain Retreats yang terletak di perkampungan yang sama seperti homestay pertama tadi. Homestay ini juga menjadi pilihan ramai pengunjung yang bercuti ke Kundasang kerana pemandangannya yang memukau serta keindahan bunga-bungaan di sekeliling homestay tersebut.\n\nHomestay ini juga menyediakan pemandangan matahari terbit dengan berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu yang memukau. Pastinya anda tidak akan mendapat pemandangan sehebat ini di tempat lain. Lokasi homestay ini adalah lebih kurang 11 kilometer dari Gunung Kinabalu, jadi jika anda merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu, ia juga boleh menjadi pilihan anda.\n\nHomestay seterusnya yang ingin kami kongsikan ialah Wind Valley Farmstay. Apa yang menarik tentang homestay ini ialah ia menawarkan bilik penginapan dengan balkoni. Bolehlah anda berehat di balkoni sambal menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang memukau, terutamanya pada awal pagi dengan kabus yang nyaman. Homestay ini terletak di kedudukan yang baik di mana Desa Cattle Dairy Farm hanya terletak lebih kurang 8 kilometer saja sementara Kundasang War Memorial pula kira-kira 11.6 kilometer. Tak perlulah anda berjalan jauh untuk melawat Kawasan menarik tersebut.\n\nBlossom Hut adalah satu lagi homestay yang wajib anda cuba menginap jika bercuti di Kundasang. Homestay ini sedikit berbeza kerana rumahnya dibina dengan senibina Jepun. Menginap di sini akan membuatkan anda berasa seolah-olah sedang bercuti di Jepun. Nak-nak lagi dengan suasana yang sejuk\u00a0 dan dingin. Sesekali bercuti, apa salahnya pilih homestay dengan suasana yang berlainan sebagai kenangan? Pastinya gambar-gambar yang anda kongsikan di media sosial akan kelihatan cantik dan lain dari yang lain.\n\n5. Ren \u2013 Hana Kampungstay Kundasang\n\nHomestay di Kundasang yang seterusnya ialah Ren-Hana Kampungstay Kundasang. Homestay ini agak berbeza dari yang lain kerana kelengkapan yang disediakan. Jika anda jenis yang suka memasak semasa bercuti, ini adalah homestay yang terbaik untuk anda memandangkan ia menyediakan ruang memasak dengan peralatan memasak yang lengkap. Terasa nak berbabeku? Ada juga set barbeku yang disediakan di sini.\n\nHomestay ini menyediakan pemandangan Gunung Kinabalu yang cantik, seluas mata memandang. Harga biliknya juga agak murah iaitu bermula dari RM200.00 untuk satu malam. Selain itu, terdapat juga peralatan memasak yang disediakan di sini. Ada juga disediakan kemudahan seterika baju dan mesin basuh. Maka anda tak perlu bawa baju yang banyak semasa bercuti di Kundasang. Gunakan saja kemudahan yang disediakan.\n\nTwin\u2019s Cottage & Campsite adalah homestay yang menyediakan bilik untuk penginapan dan juga tapak berkhemah, istimewa buat mereka yang suka berkhemah Bersama keluarga atau kawan-kawan. Rumah penginapan di sini adalah sangat istimewa kerana ia diperbuat daripada kayu. Bila kali terkahir anda tidur di dalam rumah kayu? Tapak perkhemahan yang disediakan juga adalah sangat selesa dengan kemudahan yang lengkap. Apa yang paling penting, tandasnya berada dalam keadaan yang baik. Ruang barbeku juga ada disediakan untuk kegunaan anda.\n\nJika anda mencari penginapan bajet dengan harga murah, Slagon Homestay adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Ia menawarkan bilik penginapan dengan harga serendah RM90 sahaja untuk satu malam, iaitu harga yang sangat murah untuk Kundasang. Sudahlah murah, sarapan pagi juga disediakan. Apa yang lebih menarik, terdapat sungai yang mengalir di bawah bilik anda. Pastinya menarik untuk anda beristirehat menikmati cuaca yang sejuk dengan pemandangan yang indah sambil menikmati bunyi sungai yang mengalir.\n\nJika anda inginkan pengalaman yang berbeza semasa bercuti di Kundasang, apa kata anda pilih Sabah Tea Garden sebagai penginapan anda? Apa yang istimewa di sini? Pemandangannya. Dari bilik, anda dapat melihat pemandangan ladang the seluas mata memandang dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang berdiri gagah. Betapa indahnya pemandangan di sini, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.\n\nAnda boleh berjalan-jalan di ladang the tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan matahari terbenam berlatar belakangkan Gunung Kinabalu di Restoran Sabah Tea Garden. Di restoran ini juga anda boleh merasa pelbagai jenis teh dengan perisa yang berlainan keluaran Sabah Tea. Jangan lupa untuk beli sedikit sebagai kenangan dan ole-ole buat yang tersayang.\n\nHomestay di Kundasang yang terakhir ingin kami kongsikan ialah Yayaki Homestay. Homestay ini terletak kira-kira 10 minit dari Pekan Ranau dan itu bermakna anda berada dalam jarak yang sangat dekat dengan beberapa tarikan utama di Kundasang seperti:\n\nItulah dia 10 homestay di Kundasang yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang homestay di Kedah dan homestay di Cameron Highlands."
"Keguguran memang satu perkara yang menyedihkan bagi mana-mana pasangan yang benar-benar inginkan zuriat. Tapi, jangan terus bersedih kerana anda masih ada peluang untuk mengandung lagi. Anggaplah keguguran yang telah berlaku itu kerana tiada rezeki dan teruskan bersedia untuk kehamilan yang seterusnya. Di sini akan dikongsikan beberapa petua hamil selepas gugur yang boleh dijadikan sebagai amalan.\n\nHamil\u00a0semula\u00a0selepas keguguran perlukan masa. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ini semua bergantung kepada tubuh badan si ibu dan si ayah itu sendiri. Sebagai suami, jangan sesekali salahkan isteri sebaliknya sama-sama berusaha untuk tingkatkan kesihatan tubuh masing-masing.\n\nPetua Hamil Selepas Gugur Untuk Pasangan Yang Berkahwin\n\nTerdapat beberapa petua yang perlu di amalkan oleh wanita yang baru sahaja keguguran. Antara petua cepat mengandung selepas keguguran yang boleh dipraktikkan adalah :\u00a0\u00a0\n\n1) Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat\u00a0\n\nSetiap manusia akan di duga dengan pelbagai dugaan termasuklah stress. Namun, terlalu stress boleh membawa kepada masalah ketidaksuburan. Justeru itu, anda boleh mengurangkan stress dengan melakukan aktivit ringan di rumah seperti :\n\n2) Amalkan Pengambilan Vitamin Khas Untuk Wanita Mengandung\u00a0\n\nVitamin selepas keguguran adalah salah satu kaedah yang bagus untuk diamalkan. Ini sebagai persediaan awal pada tubuh badan bakal si ibu. Vitamin-vitamin ini juga selalunya ada dibekalkan oleh pihak hospital juga. Antara vitamin yang elok untuk diamalkan itu adalah :\n\nDisarankan pengambilan asid folik bagi ibu yang hendak mengandung adalah 400mcg sehari dan yang sudah mengandung sebanyak 600mcg sehari (sumber rujukkan: RNI Malaysia 2017).\n\nIron amat penting dalan pembentukkan sel darah merah. Selain itu, ianya juga penting dalam perbentukkan janin. Justeru itu, iron yang kurang di dalam tubuh badan ibu yang memgandung boleh menjadi salah satu penyebab kelahiran bayi yang kurang berat badan (<2500g). Pada masa yang sama, wanita yang baru sahaja lepas keguguran memerlukan iron yang memcukupi di dalam tubuh badan agar tiada berlakunya anemia pada kandungan mereka yang akan datang.\u00a0\n\nIbu yang sedang hamil memerlukan pengambilan kalsium yang mencukupi. Jadi pengambilan kalsium untuk ibu yang memgandung mengikut RNI Malaysia adalah 1000mg sehari manakala bagi wanita yang mengandung ketika remaja (13-19tahun) pula perlu mengambil kalsium sebanyak 1300mg sehari. Hal ini disebabkan kalsium amat penting dalam pertumbuhan tulang ibu dan bayi.\u00a0\n\nBukan ibu mengandung sahaja yang perlu mengambil kalsium mencukupi dalam seharian malahan wanita yang tidak mengandung juga perlu mengambil kalsium yang mencukupi dalam sehari. Hal ini disebabkan kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang.\u00a0\n\nimage via : Iman Abdul Rahim Blog\n\n3) Sentiasa Menjalani Ujian Ovulation Bagi Memastikan Waktu Subur Selepas Keguguran\n\nBagi wanita yang keguguran, mereka dinasihati untuk melakukan hubungan intim\u00a0 dengan kerap pada waktu subur. Disarankan menjalani hubungan intim seminggu sebanyak 2 ke 3 kali semasa tarikh yang hampir dengan waktu ovulation. Ianya akan meningkatkan peluang untuk hamil.\n\nTetapi, elakkan melakukan hubungan intim setiap hari jika menghampiri waktu subur kerana kepekatan sperma atau air mani akan sedikit menurun setiap kali selepas hubungan intim. Lakukan hubungan intim selang sehari atau dua hari sebelum waktu subur bagi meningkatkan kepekatan air mani dan sperma\n\nIanya bagi memastikan anda bebas dari sebarang masalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid yang kerap manjadi penyebab sukar hamil. Sekiranya penyakit ini dikesan awal, insyaAllah rawatan dapat membantu anda untuk hamil.\n\nZuriat adalah salah satu dari rezeki dan yang memberi rezeki ini tidak lain dan tidak bukan adalah Allah SWT, maka berdoalah pada Nya agar dipermudahkan segala urusan. Agar dimurahkan rezeki untuk menimang zuriat dan agar dipermudahkan juga segala urusan. Jangan berhenti berdoa dan teruskan memohon kepada Nya selalu.\n\nBilakah Masa Yang Sesuai Untuk Hamil Lagi Lepas Gugur?\n\nPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)\u00a0 menasihati mereka yang keguguran untuk hamil sekali lagi sehingga sekurang-kurangnya enam bulan. Hal ini disebabkan, terdapat beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa hamil dalam tempoh enam bulan keguguran meningkatkkan peluang untuk hamil lagi selepas gugur.\u00a0\n\nWalau bagaimanapun, menerusi Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) mereka tidak menyarankan untuk menunggu. Sebenarnya kajian menyeluruh mengenai kajian ini dapat dilihat oleh para penyelidik di Universiti Aberdeen mendapati bahawa wanita yang mengandung kurang dari enam bulan selepas keguguran mempunyai:\n\nPada masa yang sama, mereka\u00a0 mendapati bahawa kehamilan dalam tempoh enam bulan pertama keguguran tidak meningkatkkan risiko untuk:\n\nJika anda ingin mencuba dan hamil dengan segera, ramai pakar menasihati menunggu sekurang-kurangnya satu kitaran haid, di mana hari pertama adalah hari pertama pendarahan haid. Ini adalah bertujuan bagi memudahkan anda\u00a0 menentukan dengan lebih tepat masa kesuburan dan lebih mudah untuk mengandung.\u00a0\n\nPetua Hamil Selepas Gugur Hanyalah Sekadar Cadangan, Jaga Perasaan Dan Berusahalah Sedaya Yang Termampu\n\nSelepas\u00a0mengalami\u00a0keguguran bayi dalam kandungan, ada wanita yang terus bersedia untuk hamil lagi dan ada wanita yang masih trauma dengan rasa tidak bersedia. Kehamilan\u00a0yang\u00a0seterusnya juga menjadikan si ibu fobia kerana takut jika akan keguguran sekali lagi. Keadaan stress begini secara tidak langsung boleh menyebabkan keguguran\u00a0pada pertengahan\u00a0tempoh kehamilan. Manfaatkan\u00a0tempoh\u00a0cuti untuk berehat\u00a0dan memulihkan emosi yang mungkin terkesan.\n\nSuami dan keluarga juga perlu memainkan peranan untuk menjaga perasaan bakal ibu ini dan janganlah disalahkannya 100%. Pantang selepas keguguran juga penting. Pantang selepas keguguran ini juga boleh membantu tubuh untuk lebih bersedia terutama pada bahagian ari-ari, pinggang dan sebagainya selepas keguguran itu berlaku.\n\nBaca juga nusyuz seorang isteri, kelebihan mandi air panas berbanding air sejuk dan tips membeli pakaian yang betul untuk ibu mengandung."
"Jika anda peminat bebola ayam maka inilah resepi yang anda tercari-cari. Namun kali ini bukan resepi bebola ayam biasa, resepi ini lebih sedap dan menarik kerana ada tambah cheese. Ya kami akan berkongsi resepi bebola ayam bercheese @ ayam gulung berchesse kepada anda semua.\n\nTidak ada yang tidak suka kudapan bebola ayam. Apalagi jika digandingkan dengan cheese sebagai bahan inti, lagi lah menyelerakan. Untuk mendapatkan bebola ayam yang lembut anda perlu cincang ayam terlebih dahulu. Untuk tekstur lembut dan padat ayam cincang harus digaul dengan tepung jagung. Penggunaan bawang dan lada akan menambah rasa sedap bebola.\n\nInti cheese pula diletak ke dalam adunan bebola ayam. Cheese akan meleleh ketika digoreng dan sangat berkrim di dalam bebola ayam tersebut. Mari cuba buat bebola ayam bercheese pula. Kanak-kanak gerenti suka kudapan ini. Selain rasa sedap, bebola ayam bercheese juga mengenyangkan. Resepi dikongsikan oleh Junaidah Sulaiman\u200e di laman Facebook.\n\nSelain bebola ayam bercheese, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Di dalam kalangan kita, pasti ada seorang yang ada masalah pertuturan. Sebagai contoh, pertuturan yang kurang jelas dan tidak boleh menyebut beberapa perkataan. Ia boleh menjejaskan perututuran seseorang dan menjadi masalah kerana orang itu akan mengalami masalah untuk menjelaskan sesuatu.\n\nAdakah masalah pertuturan ini terjadi sejak kecil? Ya. Ia terjadi sejak bayi lagi kerana ada masalah lidah pendek. Jika perasan ada sesuatu yang berada di bawah lidah pada bahagian tengah. Itulah punca lidah pendek dan ada masalah pertuturan.\n\nSelain masalah pertuturan, ia juga mengakibatkan beberapa masalah lain. Apakah masalah tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fenulum linguae atau lidah pendek. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\nFrenulum lingue adalah membran yang berada di tengah bawah lidah dan bersambung dengan lantai rongga mulut.\n\nAnkyloglossia atau frenulum linguae yang pendek menghadkan pergerakan lidah, dan ini menyebabkan beberapa masalah, iaitu:\n\n\u25feMenjejaskan kecekapan bayi menghisap susu dari puting. Pergerakan lidah memainkan peranan dalam proses menyonyot.\n\n\u25feMenjejaskan proses pencernaaan dan penghadaman. Semasa mengunyah, lidah perlu menolak makanan ke kawasan gigitan gigi.\n\n\u25feMenjejaskan pertuturan. Pergerakan serta artikulasi lidah amat penting dalam menghasilkan sebutan perkataan yang sempurna.\n\n\u25feMenjejaskan komunikasi bukan verbal seperti bersiul dan berklik, serta fungsi lain seperti menjilat dan sebagainya.\n\nApakah tanda-tanda yang menyebabkan seseorang disyaki mempunyai frenulum linguae yang pendek?\n\n\u25fe\u00a0Berat bayi tidak meningkat seperti bayi seumurnya. Mungkin masalah kecekapan menyusu.\n\n\u25fe\u00a0Tidak boleh menjelir lidah ke hadapan melepasi barisan gigi bawah. Seharusnya boleh.\n\n\u25fe\u00a0Tidak boleh menjilat bibir atas dan bawah sendiri, tanpa mengemam bibir.\n\n\u25fe\u00a0Tidak boleh menekan lidah kepada lelangit ketika mulut sedang terbuka.\n\n\u25fe\u00a0Tidak boleh menyebut sesetengah perkataan dengan sempurna, atau pelat.\n\nJika ada tanda-tanda ini, tidak semestinya lidah pendek. Pengesahan perlu dibuat oleh doktor atau jurupulih patologi pertuturan (speech pathologist).\n\n\u25fe\u00a0Senaman regangan lidah yang diberikan oleh jurupulih patologi pertuturan.\n\n\u25fe\u00a0Pembedahan kecil memotong sedilit frenulum linguae untuk bebaskan pergerakan lidah.\n\n*Setiap masalah ada cara penyelesaiannya. Jika kita lihat bayi kita susah untuk minum susu, cuba periksa bawah lidahnya. Jika ada Frenulum Linguae, bawa berjumpa doktor untuk lakukan pembedahan kecil. Baru lah, bayi dapat minum susu dengan senangnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tanyalah sesiapa sahaja, pasti ramai akan mengakui bahawa mereka suka melihat orang yang memiliki lesung pipit apabila tersenyum. Sungguh, memang sangat manis, wajah orang yang mempunyai lesung pipit, apatah lagi ketika golongan ini tersenyum ataupun ketawa.\n\nLagi dalam lesung pipit itu, lagi bertambah manis senyumannya. Begitulah tanggapan kebanyakan orang. Namun, tahukah andam sebenarnya lesung pipit ini adalah suatu jenis kecacatan. Tetapi ia adalah kecacatan yang mencantikkan.\n\nLesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil Zygomaticus Major. Sepatutnya otot ini hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Namun, apabila otot wajah ini terbelah dua, ia akan menyebabkan lesung pipit terbentuk. Selain itu, jika zygomaticus lebih pendek dari normal juga, ia akan menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.\n\nLesung pipit atau lekuk kecil yang ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya.\u00a0Mengikut kajian, hanya 20% daripada populasi dunia yang mempunyai lesung pipit.\n\nAda orang memiliki lesung pipit yang dalam dan sangat terlihat, sedangkan yang lainnya hanya samar-samar. Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan. Jika salah seorang ibu bapa memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yang lahir dari salah seorang ibu bapa dengan lesung pipit akan memiliki kebarangkalian sebanyak 25-50% untuk memiliki lesung pipit juga.\n\nWalau bagaimanapun, ada juga anak yang memiliki lesung pipit, sedangkan ibu bapanya tiada lesung pipit. Hal ini berlaku disebabkan oleh faktor \u2018Gene Skip Generation\u2019. Ini kerana, banyak gen yang tidak diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.\n\nSebaliknya, ia berlaku secara berselang-seli. Jika keadaan ini terjadi, ia bermakna, keturunan anda sebelum ini ada yang mempunyai lesung pipit. Walaupun ibu bapa anda tiada lesung pipit, mungkin datuk nenek atau moyang anda memilikinya. Jadi, anda seorang yang bertuah kerana mewarisi gen tersebut.\n\nMenurut Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah NCTimes, Rabu (29/12/2010) yang diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menyatakan bahawa lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama. Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut.\n\nHal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit. Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam. Namun begitu, tidak semua orang yang memilki lesung pipit secara kekal.\n\nAda sesetengah orang yang hanya memiliki lesung pipit ketika masih bayi atau kanak-kanak. Apabila sudah dewasa, lesung pipit tersebut hilang, seiring proses pertumbuhan dan pembentukan sempurna yang dialami oleh otot Zygomaticus Major.\n\nLesung pipit di pipi adalah kebiasaan jenis lesung pipit yang kita tahu. Dan seperti yang telah dinyatakan di atas, lesung pipit ini terjadi kerana kecacatan pada otot wajah (Zygomaticus Major) terbelah dua.\n\nMalah ada juga beberapa kes, otot zygomaticus ini lebih pendek daripada biasa. Oleh sebab itu, ia menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.\n\nKebiasaannya kita tidak sebut lesung pipit di dagu. Tetapi kita mengistilahkannya sebagai dagu terbelah. Hal ini terjadi kerana pembentukan tulang rahang yang tidak sempurna di bahagian kiri dan kanan ketika masih dalam kandungan. Lekukan pada dagu ini juga dikatakan terjadi atas faktor keturunan seperti mana kejadian lesung pipit di pipi.\n\nLesung pipit di punggung juga dikenal sebagai Sacral Dimple. Ia terdapat di sekitar atas belahan punggung atau di sekitar bahagian saraf tunjang berhampiran tulang punggung.\n\nLesung pipit jenis ini selalu dilihat pada bayi. Lekukan kecil ini tidak membahayakan. Malah, hal ini juga jarang berlaku. Namun, sekiranya lekukan tersebut terlalu besar dan dalam, anda dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang berlaku kecacatan pada saraf tunjang.\n\n1) Hanya 20% Populasi Dunia Memiliki Lesung Pipit\n\nMengikut statistik yang dilaporkan dalam The Daily Health Gene, hanya 20% manusia di dunia memilki lesung pipit.\n\nKajian American Journal of Physical Antropology mendapati lesung pipit merupakan nilai tambah yang menjadi daya penarik bagi seseorang. Anda tidak perlu menata rias wajah anda berlebih-lebihan, cukup sekadar anda senyum dengan lekukan lesung pipit di pipi, ia sudah membuatkan anda kelihatan menarik di mata orang lain.\n\n3) Ramai Selebriti Menjadi Lebih Popular\n\nLaman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular. Sehinggakan, ada yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk membuat lesung pipit jadian.\n\nWalaupun lesung pipit adalah suatu kecacatan, tetapi ia juga adalah satu anugerah yang Allah kurniakan kepada sebahagian manusia. Oleh itu, bersyukurlah kepada Allah swt, tidak kiralah sama ada anda memilki lesung pipit ataupun tidak. Ini kerana, semua ciptaan Allah swt, adalah cantik belaka.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Lesung Pipit yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Menjadi idaman ibu bapa untuk mendapat anak yang CERDIK, GENIUS dan PINTAR. Usia bayi antara 0-3 bulan adalah tempoh dimana tahap perkembangan otak yang paling pesat berlaku dalam hidupnya. \n\nAdalah penting untuk ibu bapa merangsang kesemua sensori mereka supaya otak bayi anda dapat berkembang dengan baik.\u00a0\n\nPersoalannya, bagaimana cara untuk menambahkan sel otak bayi? Ikuti 5 cara mudah yang dikongsi oleh Pakar Otak, Dr. Rizal Abu Bakar ini.\n\nSensori ini boleh dirangsang terutamanya melalui urutan dan pelukan. Tiada bayi yang tidak suka diurutkan? Mereka akan berasa tenang, tersenyum dan ketawa setiap kali diurut. \n\nKeadaan ini dapat memberi kesan positif kepada perkembangan psikologikal dan sosial bayi melalui ikatan yang terjalin di antara bayi dan kedua ibu bapanya.\n\nApabila ibu bapa sering berbual-bual dengan bayi mereka, sensori auditori bayi akan dirangsang. Bahagian otak yang berkaitan dengan sensori auditori ini akan menjadi aktif dan terus berkembang. \n\nKomunikasi yang terhasil akan dapat membantu juga perkembangan bahasa bayi anda.\n\nApabila kita mendedahkan bayi dengan pelbagai jenis warna yang ada disekelilingnya, sensori visual mereka akan dirangsang dengan baik. \n\nPelbagai cara boleh dilakukan untuk mendedahkan bayi dengan warna seperti melalui alat permainan yang berwarna-warni atau bermain dengan warna air yang selamat untuk bayi.\n\nWujudkan ruang yang luas untuk anak bebas bergerak dan bereksplorasi dengan kawasan disekelilingnya. Cipta satu permainan \u201claluan berhalangan\u201d seperti menyusun bantal, selimut atau kotak-kotak yang berlainan tekstur permukaan. \n\nPermainan ini dapat merangsang kemahiran psikomotor mereka melalui pergerakan merangkak, berguling dan memanjat serta sensori sentuhan, tactile apabila menyentuh permukaan yang berlainan tekstur itu tadi.\n\nWujudkan suasana berkawan dengan anak samada bersama adik-beradik yang lain atau bayi-bayi yang lain yang sebaya dengan mereka. \n\nPerkara ini sangat membantu dalam perkembangan bahasa dan kemahiran sosial mereka melalui komunikasi dua hala yang berlaku di antara satu sama lain.\n\nDr. Rizal Abu Bakar juga mengingatkan ibu bapa supaya tidak memberi gadjet kepada bayi di awal usia ini. \n\nWalaupun animasi yang dipaparkan berwarna-warni dan pelbagai bunyi-bunyian yang terhasil daripada alatan digital ini, namun penggunaannya akan mengundang pelbagai kesan buruk kepada perkembangan anak-anak. Sila haramkan penggunaan gadjet kepada anak-anak anda ya!\n\nSumber: Artikel asal adalah daripada perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar di laman facebook beliau."
"Apakah anda penggemar makanan manis? Maka anda wajib untuk mencuba resepi kek yang satu ini. Resepi kek gula hangus kukus atau biasanya disebut kek sarang semut.\n\nMenurut apa yang Azlita Aziz kata, tekstur kek gula hangus perlulah kenyal, jika teksturnya seperti sponge maknanya kek tersebut tidak menjadi. Warnanya yang agak gelap seperti hitam keemasan yang membuka selera dan tak berkelip mata memandang. Jaluran halus yang menjalar serta lubang-lubang kecil seakan sarang semut yang membuatkan namanya digelar kek sarang semut.\n\nKek gula hangus ini sangat sesuai dimakan sebagai dessert ataupun untuk menjamu tetamu. Bentuknya yang unik dan tekstur yang kenyal sangat digemari. Rasa manis daripada gula yang dihanguskan sangat merangsang selera. Sekali mencubanya anda dipastikan ingin memakannya lagi dan lagi.\n\nBaiklah, untuk anda yang penasaran bagaimana cara membuat kek ini sila baca resepi Kek Gula Hangus Kukus yang kami kongsikan di bawah ini yang didapatkan daripada Nur Syafiqah di Facebook. Selamat mencuba.\n\nResepi Kek Gula Hangus Kukus (Sarang Semut Manis)\n\n2 cawan air panas (betul2 panas)\n\n3 sudu penuh butter ( mentega pun boleh)\n\n2 sdt soda bikarbonat ( ayak)\n\n1. Hanguskan gula guna api sederhana perlahan.\n\n2. Bila sudah cair dan perang, masukkan air panas (hati-hati bila meletakkan air panas, sebab dia akan meletup-letup).\n\n3. Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan butter, biarkan sejuk pada suhu bilik.\n\n4. Blender telur 10 minit atau kacau sampai sebati.\n\n5. Masukkan esen vanilla dan kacau.\n\n6. Masukkan susu pekat kacau hingga sebati.\n\n9. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau sampai sebati (guna mixer pun boleh).\n\n10. Akhir skali masukkan air gula yg sudah disejukkan, kacau higga sebati atau smpai tidak berketul (guna mixer).\n\n11. Gris loyang dan lapik baking paper,\u00a0tapis adunan ke dalam loyang, bakar api bawah sahaja selama 1 jam suhu 180\u2032.\n\n12. Kemudian bakar lagi 5-10 minit api atas sahaja suhu 180\u2032.\n\nBoleh juga dikukus atau menggunakan rice cooker selama 1 jam atau hingga masak.\n\nTips yang didapat daripada\u00a0Norana Denny di Facebook ini boleh anda praktikkan untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik dan sedap\u00a0:\n\n1. Gula boleh dikacau, biarkan di atas kuali menggunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jangan risau, rasa dia akan sedap seperti gula dan sudah hangus seperti rasa coklat. Warna dia akan hitam. Kalau nak lagi hitam, tambahkan camca kecik koko campur air panas sedikit dan tuang.\n\n2. PERHATIAN kacau telur jangan lama, kerana boleh keringkan kek, kacau sekadar telur kuning pecah dan sebati.\n\n3. Masa memasukkan susu dan tepung pun mesti dikacau sekejap sahaja sebab hasilnya nanti kek akan lembab dan lembut.\n\n4. Tip terakhir ialah aluminium foil mesti digunakan untuk menutup loyang kek sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada diletakkan kain pada sekeliling tudung pengukus ( tapi kalau tidak ada aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus dengan kain disekelilingnya)\n\nSelain resepi kek gula hangus ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Semestinya ada banyak kenangan zaman kanak-kanak yang tidak dapat kita lupakan. Lebih-lebih lagi apabila sudah dewasa, dan ibu bapa pun sudah menjangkau usia atau sudah pun meninggalkan kita, pasti banyak kenangan bersama mereka yang akan kita pegang sampai bila-bila. Kadang kala apabila teringat, pasti senyuman akan terukir dibibir kita. Bagaimana ibu membelai kita sewaktu tidur, bagaimana ayah sentiasa berada dibelakang kita menyokong tidak kira diwaktu jatuh dan bangunnya kita. Kesemuanya.\n\nIbu bapa perlu ingat, tiada ertinya anak-anak dilimpahkan dengan kemewahan, tanpa beserta limpahan kasih sayang. Mereka mungkin mendapat apa sahaja yang mereka mahukan, tetapi hakikatnya mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian.\n\nBiar bersederhana dalam harta benda, tetapi mewah dengan kasih sayang :)\n\nDisini saya kongsikan perkara untuk mencipta kenangan indah kepada anak-anak yang takkan mereka lupakan sehingga dewasa.\n\nPerkara yang paling saya tak dapat lupakan adalah apabila emak saya sering meneman saya membaca buku. Sebelum saya pandai membaca, beliau membaca buku kepada saya hampir 2 \u2013 3 kali setiap hari. Apabila saya sudah pandai mengeja perlahan-lahan, beliau akan berada disebelah mendengar, sambil memperbetulkan ejaan saya yang masih pelat diwaktu itu. Disebabkan itu, minat saya untuk membaca bercambah setiap hari.\n\nKita juga boleh melakukan perkara yang sama kepada anak-anak. Sebagaimana kita menyimpannya sebagai kenangan yang manis, anak-anak juga pasti akan mengingatinya sehingga dewasa.\n\nJangan berkata \u201csaya tiada masa!\u201d. Andai anda mempunyai masa untuk menonton televisyen atau scroll updates di facebook, masakan anda tidak mempunyai masa untuk membaca bersama anak-anak.\n\nDengan membaca, anda boleh mengasah minda creativiti anak-anak. Cuba menyuruh anak-anak mereka jalan cerita baru, atau mengaitkan jalan cerita tersebut dengan keadaan realiti sekarang. Anda pasti akan terkesima dengan betapa kreatifnya minda anak-anak ini. Pasti menarik!\n\nTidak semestinya kita membacakan mereka cerita berbentuk fantasi semata-mata. Cerita Melayu kita juga kaya dengan ilmu dan pengajaran. Kisah-kisah Nabi juga tidak ketinggalan. Mengandungi banyak unsur dan manfaat. Selain dari memberi pengajaran pada anak-anak, kita juga banyak boleh muhasabah diri sendiri dan mengambil pengajaran dari kisah-kisah tersebut.\n\nDalam keadaan zaman sekarang, tidak hairan sekiranya kedua ibu bapa sibuk bekerja. Jadi apabila pulang dari pejabat, kita mesti mahu berehat dan memberi masa untuk diri sendiri.\n\nTetapi jangan sekali-kali kita lupa. Anak-anak memerlukan perhatian kita dan merindui kita tatkala kita sibuk di pejabat. Mereka mahu kita mendengar mereka bercerita kisah di sekolah, menunjukkan hasil karya mereka atau sekadar melayan soalan-soalan mereka.\n\nJangan sekali-kali berkata \u201cnanti lah. nak tengok tv ni\u201d.\n\nJadikanlah mereka berasa bahawa mereka adalah priority kita.\n\nKunci utama untuk mendengar adalah BERHENTI SEKETIKA.\n\nBerhenti seketika membelek facebook di telefon bimbit. Berhenti seketika menonton bola. Berhenti seketika bermain game. Berhenti seketika apa sahaja yang kita sedang lakukan. Bukannya menyuruh anak-anak menunggu kita meluangkan masa untuk mereka.\n\nTak rugi tertinggal satu babak drama. Tak rugi menangguhkan mengejar high score game. Tak rugi tertinggal satu post facebook.\n\nPaling merugikan adalah apabila anak-anak sudah mula merasakan, mereka tidak penting kepada kita.\n\nMemetik tulisan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Aku Terima Nikahnya.\u00a0Anak-anak yang bermasalah, sebenarnya sering mahukan perhatian dari ibu bapa. Apabila mereka sering meragam, ibu bapa akan memberi perhatian yang cukup pada mereka. Jangan terkejut, memarah dan memukul pun dikira sebagai memberikan perhatian pada mereka. Mereka tidak kisah. Dibandingkan sekiranya mereka berkelakuan baik, ibu bapa akan membiarkan mereka bermain sendirian dan sibuk dengan hal masing-masing.\n\nJadi, luangkan masa untuk mendengar. Tidak kira betapa remehnya pada anda, ia sebenarnya sangat penting pada anak-anak.\n\nHakikatnya, tidak kira dewasa atau kanak-kanak, kadang kala kita sangat memerlukan pelukan. Secara peribadi, saya merasakan pelukan itu meredakan ketegangan dan memberi ketenangan. Terasa dikasihi dan diambil berat \u2013 tanpa memerlukan kata-kata. Cukup sekadar dengan pelukan.\n\nTidak kira anak yang masih belum pandai berbicara, atau anak yang sudah meningkat remaja, ketahuilah waktu yang mereka sangat memerlukan pelukan.\n\nSaya teringat sewaktu kecil dahulu, hujung minggu adalah waktu masa dihabiskan di perpustakaan. Keluarga kami akan membawa kami ke perpustakaan yang berbeza setiap minggu. Seronok menyulusuri rak-rak buku mengambil mana-mana buku yang menarik. Pergi ke perpustakaan adalah bagaikan tradisi keluarga.\n\nSelain pergi perpustakaan, ayah saya gemar membawa kami ke kedai haiwan terutamanya kedai ikan. Tak tahu kenapa. Seronok melihat ikan-ikan pelbagai jenis dan warna. Kalau nasib kami baik, berjaya la pujuk ayah belikan seekor kura-kura atau beberapa ekor ikan! Sama seperti perpustakaan, kami akan pergi ke kedai haiwan yang berbeza.\n\nBoleh juga menjadikan movie night sebagai tradisi keluarga. Jadikan satu hari di hujung minggu yang anak-anak dibenarkan tidur lambat. Pasanglah apa-apa movie yang menjadi kegemaran keluarga. Buat popcorn, masak burger. Ciptakan suasana seolah-olah berada di panggung wayang. Bezanya, panggung wayang dirumah ada bantal dan tilam yang empuk. Pasti seronok!\n\nMakan bersama, tidak kira sarapan atau makan malam. Secara peribadi saya rasakan, makan bersama sekurang-kurangnya sekali sehari boleh menguatkan kasih sayang sesama ahli keluarga.\n\nLebih-lebih lagi apabila anak-anak meningkat remaja, komunikasi antara mereka dan ibu bapa berkurang. Jadi apabila makan bersama, ibu bapa boleh meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Inilah masa yang sesuai untuk makan bersama, berbual, bertukar pendapat, bertanyakan pengalaman di sekolah, dan mengemas bersama.\n\nTidak dinafikan, setiap ibu bapa takkan terlepas untuk lebih menyayangi salah seorang anak berbanding anak-anak lain. Saya faham kita tidak bermaksud untuk membeza-bezakan kasih sayang, tetapi ada antara anak yang lebih pandai mengambil hati berbanding anak yang lain.\n\nCuba kita mengubah tabiat dengan membuatkan setiap anak merasakan mereka adalah anak kesayangan ibu bapa mereka. Kita tak seharusnya memilih hanya salah seorang anak sahaja sebagai anak kesayangan. Kita seharusnya menjadikan semua anak adalah anak kesayangan. Jadikan mereka istimewa di mata kita, dengan karekter mereka yang tersendiri.\n\nSetiap anak mempunyai karekter yang berlainan. Mereka berbeza antara adik beradik mereka. Pencapaian mereka juga pasti berbeza. Pasti ada yang lebih cemerlang dalam pelajaran berbanding adik beradik yang lain. Ada juga yang lebih petah berbicara berbanding yang lain. Pendek kata, setiap antara mereka mempunyai daya keupayaan dan bakat yang berbeza.\n\nNamun begitu, setiap anak-anak berkongsi kualiti yang sama \u2013 mereka memerlukan untuk merasakan mereka berjaya. Tidak kira sejauh mana perbezaan tahap kejayaan tersebut, tetapi ibu bapa harus meraikan mereka secara adil. Sekiranya ada anak pandai membaca seawal 4 tahun dan diberikan hadiah sebuah basikal impian, anak seterusnya juga harus diberikan hadiah impian mereka walaupun mereka pandai membaca agak lewat berbanding abangnya. Hentikan membanding-banding antara anak. Keadaan ini akan membuatkan anak tersebut kurang keyakinan diri dan terasa tidak dihargai.\n\nMarilah membuatkan anak-anak membesar dengan mengatakan \u201cibu bapa saya percaya pada saya, mereka merupakan penyokong utama saya dalam apa jua yang saya lakukan. Mereka sentiasa memberitahu saya bahawa mereka bangga dengan\u00a0saya.\u201d\n\nKanak-kanak memang dilahirkan mempunyai naluri suka bermain. Suasana persekitaran keluarga yang sering bermain berama bukan sekadar satu pilihan, tetapi patut di wajibkan. Cuba cari suatu aktiviti yang membolehkan setiap ahli keluarga enjoy. Board games, memanjat gunung, memancing, bermain kriket, membaca, menonton wayang, bermain boling atau apa saja aktiviti yang membolehkan masa yang dihabiskan berkualiti dan menyeronokkan. Anak-anak pasti membesar dengan mengatakan \u201ckami sekeluarga gemar menghabiskan masa bersama. Kami bermain bersama dan berseronok bersama\u201d.\n\nKehidupan anak-anak terbentuk dengan beberapa moment yang tampak kecil, tetapi indah. Kebanyakan moment tersebut terjadi daripada beberapa event atau peristiwa. Majlis penyampaian hadiah di sekolah, majlis hari jadi, perlawanan sukan, perdebatan pidato, persembahan dan banyak lagi. Moment tersebut sangat istimewa buat mereka \u2013 tetapi lebih bermakna apabila moment tersebut membuatkan mereka merasakan bahawa mereka insan yang sangat penting buat ibu bapa.\n\nApabila ibu bapa menjadi orang yang terpenting dalam moment tersebut, anak-anak akan rasa lebih dihargai. Apabila kita mengingati moment tersebut, kita menghadiri setiap kali majlis penyampaian hadiahnya di sekolah, tidak pernah terlepas menonton acara lumba larinya di sekolah, apabila kita mengambil gambar mereka dengan penuh bangga, melambai dengan penuh keterujaan, anak-anak tidak akan lupa sampai bila-bila.\n\nTerakhir tetapi paling utama, KASIH SAYANG. Kasih sayang merupakan perkara yang paling utama dalam suatu perhubungan keluarga. Tidak kira semarah mana kita padanya, sebenci mana sikap seseorang pada kita, asalkan kita mengasihinya, kita pasti tidak akan meninggalkan atau mengabaikannya. Apabila kita menyayangi anak-anak, kita membina karekter mereka, kita akan sentiasa berdoa semoga Tuhan memberikan apa sahaja yang terbaik buat mereka. Kita membuatkan mereka merasakan mereka adalah unik, memberi inspirasi kepada mereka untuk menemui minat dan bakat sebenar mereka, membimbing mereka, mengajar mereka dan paling penting, belajar dari mereka.\n\nKenangan bukanlah percuma, namun kosnya sedikit pun tidak melibatkan wang ringgit, tetapi masa. Semuanya bergantung kepada kita untuk bagaimana membuatkan setiap moment tersebut berharga. Setiap anak-anak layak untuk mendapat zaman kanak-kanak yang indah. Janganlah mensia-siakannya.\n\nGambar: Andre Pipa, Masa_0202, Olya Batishcheva"
"Bukan senang untuk membesarkan anak-anak masa kini. Pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi terutamanya bagi kita yang masih mentah dalam dunia keibubapaan.\n\nNamun, itu bukan penghalang untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Jadilah ibu bapa yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dengan sentiasa menambah ilmu tentang perkembangan anak-anak dan keibubapaan.\n\nHanya dengan ilmu sahaja kita boleh berubah dan sentiasa membaiki diri agar dapat membesarkan anak-anak menjadi insan yang cemerlang.\n\nDi sini, saya kongsikan beberapa orang pakar yang sering saya ikuti mereka di media sosial atas perkongsian-perkongsian yang penuh dengan informasi dan manfaat untuk masyarakat.\n\nSangat terinspirasi dengan pengasas Kinderkaizen ini. Beliau adalah pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan sangat mempunyai motivasi yang tinggi dalam memperjuangkan hak kanak-kanak.\n\nKata-kata beliau \u201cKembalikan fitrah anak-anak untuk bermain\u201d seolah-olah menyedarkan ibu bapa kini daripada lamunan dan angan-angan yang sentiasa inginkan anak-anak pandai akademik sahaja tetapi menafikan hak mereka menikmati zaman kanak-kanak sehingga mengganggu emosi mereka.\n\nIkuti tulisan dan perkongsian beliau di media sosial, bengkel, seminar dan televisyen untuk memperolehi pelbagai ilmu tentang perkembangan awal kanak-kanak. Saya pasti anda akan sangat terinspirasi dengan pakar ini!\n\nFB:\u00a0Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli\n\nSeorang Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di RichKnowledge Training & Consultancy. Beliau juga telah menerbitkan pelbagai buku best seller yang berkaitan dalam bidang ini antaranya:\n\nJangan lupa klik see first facebook beliau kerana ilmunya sangat luas dan sangat berguna untuk mendidik anak-anak masa kini.\n\nBeliau adalah antara public figure yang memiliki keluarga telegram terbesar di Malaysia sehingga 70 ribu pengikut! Ternyata perkongsiannya tentang ilmu kekeluargaan sangat bermanfaat untuk masyarakat.\n\nPelbagai perkongsian seperti gaya parenting, cara berkomunikasi dengan anak dan tips mengawal tantrum si kecil boleh dijadikan panduan buat kita dalam usaha menjadi ibu bapa yang lebih peka akan keperluan emosi-sosio anak-anak.\n\nTidak rugi jika anda menyertai keluarga telegram beliau kerana Dr Taufiq sangat aktif berkongsi pelbagai info yang berguna.\n\nMerupakan seorang Juruterapis Cara Kerja dan Pengurus Klinikal di Impian Therapy Center. Puan Liyana Raya turut sering berkongsi tentang perkembangan kanak-kanak di media sosial.\n\nBanyak ilmu yang di ketengahkan antaranya tentang hypernumeric, hyperlexia, sensory processing disorder dan banyak lagi yang berkaitan dengan isu perkembangan kanak-kanak.\n\nBeliau juga turut mengadakan bengkel di seluruh Malaysia demi menyampaikan ilmu kepada ibu bapa, pengasuh, guru-guru tanpa jemu. Ikuti bengkel beliau, pasti banyak ilmu boleh dimanfaatkan.\n\nPerkongsian yang santai, berilmiah dan berkonsepkan mind mapping sangat mudah difahami dan di praktikkan oleh masyarakat. Puan Siti \u2018Aisyah merupakan seorang Juruterapis Cara Kerja yang sangat berpengalaman dan merupakan pengasas GymCademy di Melaka.\n\nBukan setakat itu sahaja, beliau juga turut mengadakan bengkel online super parenting khas untuk ibu bapa, pengasuh, guru-guru yang kesuntukkan masa dalam mendalami ilmu parenting. Bengkel online ini membincangkan pelbagai aspek yang lengkap tentang perkembangan awal kanak-kanak.\n\nBaru- baru ini juga beliau telah membuka Integrated Quranis Academy (IQrA) yang merupakan satu program khusus pembelajaran Iqra dan Al quran bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Semoga usaha murni ini dalam mendidik anak-anak istimewa ini diberkati Allah swt.\n\nBeliau merupakan Penolong Pengarah (Terapis CaraKerja) di Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelbagai isu dan perkongsian dikongsikan beliau di media sosial seperti Cara Membentuk Tingkahlaku Baru, Perkembangan Motor Kasar dan Halus, dan Kemahiran Menulis serta Mewarna.\n\nPuan Mahfuzah turut aktif mengadakan seminar dan bengkel di serata Malaysia serta turut menghasilkan pelbagai buku yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas.\n\nPuan Maryam merupakan Juruterapis Cara Kerja di Home Therapy Center dan sangat aktif berkongsi pelbagai isu di media sosial. Kebanyakkan daripada hasil penulisan beliau seringkali diterbitkan di kolum-kolum majalah terkenal seperti majalah Pa&Ma.\n\nAntara penulisan beliau yang mendapat perkongsian meluas di media sosial ialah pengaruh gajet kepada anak, kepentingan survival skills kepada anak-anak dan cara memilih permainan yang baik untuk mereka.\n\nBeliau juga sangat aktif mengadakan bengkel yang berkaitan perkembangan anak-anak dan antaranya ialah ROAD TOUR 2018 Kelas Merangsang Perkembangan Anak di serata Malaysia.\n\nTidak keterlaluan jika saya katakan dimana terlalu banyak ilmu yang diperolehi oleh ibu bapa, pengasuh, guru-guru yang telah mengikuti pelbagai perkongsian Puan Ilyani di media sosial. Apatah lagi, perkongsiannya sangat berilmiah dan menyeluruh merangkumi pelbagai aspek tentang perkembangan kanak-kanak.\n\nBeliau merupakan Pengetua \u00a0di APC Sri Gombak ll dan Pengasas LOPPY (Islamic Learning Circle for Kinesthetic Children) di Sri Gombak. Pastikan anda menjadi salah seorang followers beliau jika tidak mahu ketinggalan setiap ilmu yang dikongsikan.\n\nBeliau merupakan Terapis Pertuturan Bahasa dan\u00a0 Pengasas kepada \u00a0Ruby EIP Center. Sering berkongsi tentang bagaimana merangsang kemahiran bertutur di kalangan kanak-kanak dan juga pelbagai tips yang menarik seperti cara meningkatkan minat membaca dalam diri anak-anak serta siri bercakap dengan bayi di awal usia.\n\nPuan Ruby juga telah menghasilkan bahan bantuan mengajar khas untuk melatih anak-anak untuk berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Jika anda inginkan bahan mengajar ini, boleh membuat tempahan secara langsung dengan beliau kerana ia sangat mudah dan praktikal untuk merangsang perkembangan bahasa anak-anak.\n\nPuan Iffah juga adalah Terapis Pertuturan Bahasa yang sering menulis pelbagai isu yang berkaitan tentang perkembangan bahasa di kalangan kakak-kanak. Antaranya, kemahiran interaksi sosial kanak-kanak, tips merangsang perkembangan kosa kata, penghasilan bahasa dan pertuturan.\n\nJangan lupa klik follow Puan Iffah di media sosial kerana banyak ilmu telah dikongsi dan pasti sangat bermanfaat untuk ibu bapa sekalian.\n\nPenulis buku best seller \u201cSaya Tak Nak Marah Anak Lagi\u201d iaitu Puan Maznah Ibrahim juga sering menulis tips-tips yang menarik terutamanya dalam memahami emosi anak-anak. Selain menulis, beliau juga aktif berseminar seperti Seminar \u201cTANG\u201d dan \u201cEh Sabar\u201d yang membincangkan tentang pengurusan emosi di kalangan ibu bapa dan anak-anak.\n\nAntara penulisan Puan Maznah di media sosial yang mendapat perkongsian meluas ialah tips bagaimana memenuhi tangki emosi anak-anak kembali dan cara meningkatkan EQ anak-anak dalam kehidupan harian mereka.\n\nAnda ingin membentuk emosi positif dalam keluarga? Wajib follow Puan Maznah untuk pelbagai ilmu yang menarik ini.\n\nBeliau merupakan seorang Juruterapis Cara Kerja dan Pengasas kepada Wafa Therapy Center. Ibu bapa akan memperolehi pelbagai ilmu yang bermanfaat hasil perkongsian beliau seperti memahami perkembangan motor kasar dan halus, tips menulis dan cara meningkatkan fokus di kalangan kanak-kanak.\n\nSeperti pakar-pakar yang lain, Puan Aabidah juga turut mengadakan bengkel yang berkaitan dengan perkembangan awal kanak-kanak di pelbagai lokasi. Jangan ketinggalan untuk turut serta dalam bengkel beliau, pasti banyak ilmu yang boleh dipraktikkan.\n\nTerlalu banyak perkara yang kita tidak ketahui dalam memahami setiap perkembangan anak-anak. Maka, kita perlulah mencari ilmu tersebut melalui pelbagai sumber seperti buku, jurnal, bengkel dan seminar yang disampaikan oleh pakar-pakar seperti di atas agar dapat menjadi ibu bapa yang peka akan asas perkembangan anak masing-masing."
"Seringkali dalam kes jenayah terutamanya, sampel DNA sering disebut-sebut untuk dijadikan sebagai bahan bukti yang mutlak yang tidak boleh disangkal lagi kebenarannya. Sampel DNA tersebut biasanya dianalisis berdasarkan sampel tubuh seperti rambut, sel kulit, darah, air mani dan sebagainya melalui ekstrak DNA dari nukleus dalam sel.\n\nSebenarnya, terdapat sejenis lagi DNA yang boleh membantu kes siasatan atau analisis genetik iaitu mitokondria DNA (mtDNA) yang dijumpai dalam mitokondria dalam sel.\n\nRajah mitokondria DNA (mtDNA) yang terletak dalam organel mitokondria dalam sel. Sumber: genom.gov\n\nMitokondria merupakan organel yang terdapat dalam sel berperanan sebagai penjana tenaga ATP untuk kegunaan sel melalui proses fosforilasi oksidatif.\n\nSelain daripada penjanaan tenaga, mitokondria turut bertanggungjawab untuk proses pembezaan selular, pensignalan sel, kematian sel dan mengawal kitar sel.\n\nMitokondria\u00a0 terdiri daripada membran luaran dan dalaman yang diperbuat daripada dwi lapisan fosfolipid dan protein.\n\nTerdapat lima bahagian utama dalam struktur mitokondria iaitu membran luaran, membran dalaman, ruang antara membran, ruang cristae dan matriks. Organel ini berdiameter dari 0.5 ke 1.0 mikrometer.\n\nKeunikan sifat mitokondria terletak pada kandungan genetiknya yang tersendiri.\n\nDNA yang terkandung dalam mitokondria adalah berbeza dengan DNA yang terkandung dalam nukleus. DNA ini lebih dikenali sebagai mitokondria DNA (mtDNA).\n\nPada tahun 1981, jujukan mtDNA yang lengkap telah dihasilkan. Jujukan rujukan yang dikenali sebagai revised Cambridge Reference Sequence (rCRS) pula diperkenal pada tahun 1999.\n\nmtDNA dalam sel manusia adalah berbentuk gegelung dengan saiz 16.5 kilobes.\n\nTerdapat dua rantaian kembar heliks pada gegelung mtDNA iaitu rantaian berat, heavy (H) dan rantaian ringan, light (L). Rantaian L terletak dalam bulatan rantaian H.\n\nSebanyak 37 gen dikodkan oleh mtDNA. mtDNA mengekodkan 13 polipeptida penting untuk rantai respiratori mitkondria, 2 ribosomal RNA, 22 transfer RNA dan displacement loop (d-loop).\n\nD-loop merupakan satu kawasan yang tidak mempunyai kod genetik (non-coding region) yang diperlukan untuk replikasi molekul mtDNA dan juga terlibat dalam regulasi transkripsi.\n\nmtDNA merupakan DNA yang diwarisi hanya daripada ibu, makanya pewarisannya bersifat bukan Mendel (mewarisi daripada dua induk).\n\nOleh itu, mtDNA menunjukkan transmisi ibu yang bersifat haploid.\n\nSemasa proses persenyawaan benih, mtDNA dari ayah yang terletak pada ekor sel sperma telah terdegradasi semasa proses tindak balas cortical.\n\nJusteru hanya mtDNA ibu yang terdapat pada ovum yang tinggal untuk diwarisi.\n\nSelain itu, para saintis menyatakan bahawa ovum lebih menyumbangkan mitokondria 1000 kali lebih banyak kepada zigot berbanding dengan sperma.\n\nKod genetik merupakan suatu set maklumat yang terkandung dalam DNA atau RNA yang khas digunakan untuk mengekod protein berdasarkan jujukan asid amino yang terhasil.\n\nKod genetik pada mtDNA manusia adalah sedikit berbeza daripada kod universal.\n\nSebagai contoh, kod universal untuk kodon berhenti adalah UAA, UAG dan UGA.\n\nDalam mtDNA, UGA tidak termasuk dalam kodon berhenti.\n\nUGA dalam mtDNA akan mengekod asid amino triptofan.\n\nSelain itu, terdapat tambahan kodon berhenti yang lain iaitu AGA dan AGG. Kod universal AUA bermaksud pengkodan asid amino isolusin tetapi mtDNA mengekodnya sebagai metionin.\n\nMitokondria kurang mengandungi protein histon dan mempunyai kepekatan spesis oksidatif radikal yang tinggi.\n\nHal ini telah menyebabkan kadar pertukaran bes yang tinggi dalam mtDNA.\n\nKadar ini adalah 5 hingga 10 kali lebih tinggi berbanding pada nuklear DNA. Kesannya, mtDNA akan cenderung untuk mengalami mutasi somatic dan diakumulasi bersama penuaan. Hal ini dapat dikaitkan dengan peranan mitokondria dalam proses penuaan manusia.\n\nSelain itu, mitokondria akan cenderung untuk mengalami mutasi germinal secara ansuran.\n\nMutasi ini boleh berlaku semasa transmisi mtDNA untuk sepanjang generasi. Hal ini seterusnya boleh memberi faktor perbezaan dan variasi dalam kalangan individu sesebuah populasi.\n\nSetiap sel mengandungi lebih daripada 1000 salinan mtDNA dengan kandungan 2 hingga 10 salinan mtDNA pada setiap organel.\n\nTerdapat jumlah variasi yang tinggi berlaku dalam mtDNA.\n\nPola variasi adalah spesifik bagi kumpulan Haplo mtDNA. Ciri khusus bagi suatu kaum dapat diterangkan melalui kumpulan Haplo mtDNA. Namun, beberapa variasi boleh berlaku dalam jujukan mtDNA\u00a0 individu kumpulan etnik yang sama.\n\nPolimorfisme juga terlibat dalam proses ekspresi sesetengah mutasi mtDNA, kecenderungan terhadap beberapa penyakit, dan proses penuaan.\n\nHeteroplasmy berlaku apabila terdapat kehadiran lebih daripada satu jenis mtDNA dalam sel atau individu.\n\nHal ini boleh dilihat apabila terdapat lebih daripada satu jenis mtDNA dalam satu tisu, pelbagai jenis mtDNA pada tisu berlainan dan homoplasmic pada satu tisu dan heteroplasmic pada tisu yang lain.\n\nSalinan mtDNA yang banyak menyumbang kepada faktor berlakunya heteroplasmy seterusnya kadar mutasi yang lebih tinggi.\n\nKeunikan heteroplasmy yang akan diwarisi dapat meningkatkan kebarangkalian untuk memadankan dua entiti.\n\nPada tahun 1991, sembilan set tinggalan rangka ditemui di kawasan makan berdekatan Yekateriburg, Russia dan dipercayai bahawa mereka merupakan Tsar Nicholas II, Tsarina Alexandra dan tiga anak perempuan mereka.\n\nUjian nuklear DNA mendapati bahawa mereka adalah dari keluarga yang sama.\n\nJujukan mtDNA Tsarina berpadanan dengan saudara seibu, Prince Philip manakala jujukan mtDNA Tsar berpadanan dengan dua saudara seibu yang masih hidup kecuali pada satu kedudukan iaitu kedudukan T diganti dengan C.\n\nPihak DiRaja Russia masih ragu-ragu dengan keputusan yang dikeluarkan.\n\nAnalisis seterusnya dibuat terhadap tinggalan rangka abang kepada Tsar, Georgij Romanov untuk lebih memahami fenomena heteroplasmy.\n\nHasil menunjukkan bahawa jujukan mtDNA Georgij turut mengalami heteroplasmy seperti Tsar.\n\nJusteru, rangka yang didakwa sebagai Tsar disahkan sebagai Tsar dan dimakamkan bersama-sama kaum kerabat diraja yang lain yang sudah mangkat.\n\nSampel yang terlalu lama atau sudah tergradasi disebabkan faktor sekeliling adalah sangat bernilai sekiranya hanya itu sampel yang berjaya dijumpai.\n\nAnalisis mtDNA sangat berguna dalam analisis sampel yang telah mengalami proses degradasi.\n\nPemulihan dan analisis DNA daripada tisu rangka manusia, gigi, dan tulang telah menjadi kaedah penyelidikan yang utama dalam bidang kajian DNA purba dan sains perubatan.\n\nNilai purba yang sangat unik bagi rangka tulang dijumpai oleh ahli antropologi dan arkaeologi bagi tujuan pameran dan pembelajaran menjadikan sampel terdegradasi sangat penting untuk dianalisis.\n\nKeseluruhan gigi atau bahagian akar gigi biasa digunakan untuk analisis DNA kerana enamel dan sementum pada gigi memberi perlindungan kepada integriti DNA.\n\nKebiasaannya, sampel yang ditemui di tempat kejadian berada dalam keadaan yang hampir tergradasi atau sedikit. Bahan bukti biologi yang dijumpai juga adalah pelbagai.\n\nKehadiran nuklear DNA adalah terhad terhadap jenis bahan bukti yang dijumpai.\n\nContohnya, rambut yang tidak mempunyai akar atau tulang yang sudah lama tidak mengandungi nuklear DNA.\n\nOleh sebab kehadiran mtDNA yang ternyata terkandung dalam sampel biologi, analisis mtDNA adalah sangat penting bagi membantu kes-kes penyiasatan."
"Ramai di kalangan kita yang akan terkena cagu kuku kaki. Apabila sudah terkena, memang sakit yang teramat sakit. Sampaikan kerja kita semua tergendala akibat kuku kaki sakit. \n\nCagu kuku kaki atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai\u00a0Ingrown toenail\u00a0atau\u00a0Onychocryptosis.\u00a0Ia juga ada yang susah sembuh malahan ada pesakit yang menderita sakit cagu ini bertahun-tahun lamanya. Jika terkena, kaki juga amat susah untuk digerakkan dan solat pula pasti terganggu kerana jika tersentuh pasti sakit tak terkata.\n\nLebih menyeksakan sekiranya kaki kita terlanggar apa saja seperti objek keras dengan tidak sengaja dan sakitnya memang boleh buat kita menangis dan menjerit kesakitan. Dalam keadaan seperti untuk memakai stokin atau memakai kasut juga sangat sakit silap haribulan kuku kaki boleh bernanah dan berdarah.\n\nBagaimana kita mahu mengelakkan daripada terkena cagu kuku ini?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai cara elakkan terkena cagu kuku di kaki. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\nSebelum itu, mari kita lihat tanda-tanda kita terkena cagu kuku. Berikut adalah tanda-tandanya :\n\n1. Isi di sisi kuku jari kaki mengalami keradangan. Contoh, sakit, bengkak, merah dan panas bila disentuh.\n\n2. Jika kuku pada jari yang sakit itu kelihatan kelabu, dan berubah bentuk, ia tanda kuku itu ada jangkitan kulat. Jangkitan kulat adalah risiko mendapat cagu.\n\n3. Isi di sisi kuku bernanah dan busuk. Ini tandanya isi (tisu) di sekitar cagu itu telah dijangkiti kuman. Jika cagu bernanah, and perlu segera berjumpa doktor.\n\n1. Potong kuku terlalu pendek dan membulat di hujungnya menambah risiko terkena cagu. Potongan begitu menyebabkan sisi kuku tumbuh mencengkam isi tepi jari.\n\n2. Kasut yang terlalu ketat atau tirus boleh mengakibatkan sisi kuku menekan tisu di tepi jari. Jika keadaan ini berpanjangan mengakibatkan keradangan pada tisu itu.\n\n3. Trauma (kecederaan) berulang kali pada jari kaki. Ini berkaitan dengan kerja atau aktiviti seseorang. Contohnya pada pemain bola sepak, pendaki gunung,\n\n4. Jangkitan kulat pada kuku boleh menjadikan kuku berubah bentuk, dan boleh menyebabkan kuku tumbuh ke arah isi di tepi jari.\n\n5. Jangkitan kuman pada isi(tisu) di sisi kuku, mengakibatkan tisu itu mengalami keradangan dan adakalanya bernanah.\n\n1. Rendam dan cuci kuku dengan air suam 2 kali sehari. Namun, penghidap kencing manis disarankan agar berhati-hati prosedur ini. Pastikan air suam, bukan panas.\n\n2. Splint (penyendal) boleh diletakkan di bawah kuku yang ada cagu. Boleh guna gauze sebagai penyendal. Ia akan beri masa kuku tumbuh melepasi tisu yang keradangan.\n\n3. Ubat tahan sakit dan anti-keradangan. Agar pesakit lebih selesa menjalani aktiviti harian, ubat tahan sakit diberi. Contoh: mefenemic acid.\n\n4. Antibiotik. Jika doktor dapati ada tanda-tanda jangkitan kuman, antibiotik sapuan atau tablet akan diberi untuk membunuh kuman.\n\n5. Antifungal. Jika doktor dapati ada tanda-tanda jangkitan kulat di kuku, ubat antifungal jenis sapuan(topikal) akan diberi untuk rawat jangkitan kulat.\n\n6. Pembedahan. Jika semua rawatan di atas masih tidak berhasil, pembedahan akan dilakukan. Keseluruhan kuku atau sebahagian kuku yang terlibat akan dibuang.\n\nTips pencegahan daripada terkena cagu kuku\n\nCara yang betul adalah potongan lurus di hujungnya dan tidak terlalu pendek. Semak gambar.\n\nPilih kasut yang mempunyai kotak jari (toe box) yang luas. Jika bekerja di kawasan berisiko kemalangan, pakai but keselamatan. Jika bersukan, pakai kasut sukan.\n\nBasuh kaki sebersihnya setiap kali mandi. Pastikan tiada kekotoran berada di bawah kuku. Elakkan ulang-pakai sarung kaki yang tidak dibasuh.\n\n*Jagalah kebersihan kuku kaki anda agar tidak terkena cagu kuku. Jangan tunggu sehingga terkena baru sedar dan menyesal. Waktu itu, baru kita tahu betapa pentingnya menjaga kebersihan kaki. Selalu tukar sarung kaki dan jika boleh basuh kasut untuk mengelakkan bau yang busuk. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pastinya kita akan sentiasa alert tentang keadaan sicomel untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik dan normal. Pastinya anda akan sentiasa memeriksa suhu bayi anda, risau kalau anak anda demam. Satu lagi perkara penting yang perlu selalu diperhatikan ialah pernafasan bayi anda.\n\nAdalah sangat penting untuk anda sentiasa memastikan bayi anda bernafas dengan baik tanpa sebarang bunyi atau tersangkut-sangkut iaitu semput. Nafas berbunyi atau wheezing adalah petanda bahawa ada yang tidak kena dengan sistem pernafasan dan dada bayi anda. \n\nIanya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan sebab nafas bayi berbunyi dan tindakan segera yang mak ayah perlu lakukan.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan nafas bayi berbunyi?\n\nNafas bayi berbunyi bermaksud anda boleh mendengar bunyi dari dada bayi anda setiap kali bayi anda bernafas. Bahasa inggerisnya ialah wheezing. Bunyi tersebut boleh didengar apabila anda merapatkan telinga ke dada bayi anda atau pun untuk kes wheezing yang teruk, anda boleh mendengar bunyi nafas bayi anda apabila berada dekat dengan bayi.\n\nNafas berbunyi atau wheezing biasanya dikaitkan dengan asma atau lelah. Nafas mungkin berlaku setiap masa atau pun cuma berlaku semasa bayi anda tidur. Adakah nafas berbunyi sesuatu yang merbahaya? Secara umumnya, nafas bayi berbunyi adalah sesuatu yang normal, lebih-lebih lagi bayi yang baru lahir. \n\nIni kerana bayi yang baru dilahirkan mengalami perubahan persekitaran iaitu dari dalam rahim ke dunia luar di mana dia perlu bernafas dengan sendiri. Oleh itu, paru-paru bayi anda masih berada dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. \n\nWalau bagaimana pun, jika anda merasakan ada yang tidak kena atau bunyi nafas bayi anda semakin teruk atau terlalu kerap, segera bawa bayi anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan.\n\nSelain keadaan paru-paru bayi yang sedang berada dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru, nafas bayi berbunyi boleh menjadi petanda bahawa ada yang tidak kena dengan bayi anda. Di antara punca nafas bayi berbunyi yang perlu anda perhatikan ialah:\n\nApakah yang perlu dilakukan oleh mak ayah jika nafas bayi berbunyi?\n\nSebaik sahaja anda perasan yang nafas bayi anda berbunyi, anda perlu selalu memerhatikan keadaan bayi anda. Perhatikan sama ada bunyi tadi sudah hilang atau semakin kuat? Adakah bunyi nafas bayi anda semakin kerap? Sebaik sahaja suara bayi anda bertukar menjadi garau, ia adalah petanda bahawa ada yang tidak kena dengan sistem pernafasan bayi anda. Oleh itu bawa bayi anda ke klinik dengan segera.\n\nJika nafas bayi anda berbunyi dan pada masa yang sama bayi anda juga demam, batuk, dan selsema, ia adalah tanda bahawa bayi anda telah terkena jangkitan virus atau selsema. Oleh itu anda perlu membawa bayi anda ke klinik dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Jangkitan kuman dan bakteria yang tidak dirawat dengan segera boleh menjadi semakin serius dan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan bayi anda.\n\nSatu lagi perkara yang perlu anda perhatikan ialah lihat sama ada bayi anda aktif seperti biasa atau mulai diam dan tidak bermaya. Bayi yang kurang aktif dan lemah adalah petanda bayi anda sedang sakit. Jika bayi anda mulai tidak aktif dan nafasnya masih berbunyi, jangan berlengah untuk membawa bayi anda ke klinik dengan segera.\n\nSeterusnya, perhatikan sama ada bayi anda menyusu seperti biasa atau sebaliknya. Bayi yang kurang menyusu adalah signal bahawa adanya masalah dengan sistem pernafasan atau paru-paru bayi anda sehingga menyebabkan nasafnya berbunyi. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh ibu bapa.\n\nJika nafas bayi anda berbunyi seperti bersiul, itu adalah tanda bahawa bayi anda mengidap asma. Anda perlu membawa bayi anda ke klinik dengan segera kerana asma yang tidak dirawat akan menjadi semakin parah. Lama-kelamaan saluran pernafasan bayi anda akan semakin mengecut dan mengecil dan menyebabkan bayi anda langsung tidak dapat bernafas lalu menyebabkan kematian.\n\nItulah dia info tentang nafas bayi berbunyi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang punca bayi lambat merangkak dan bayi batuk"
"Mencari resepi ibu berpantang? Nah kami kongsikan makanan orang berpantang yang sedap. Banyak yang harus diambil berat oleh ibu yang baru melahirkan anak. \n\nTerutamanya pasal berpantang. Para ibu harus tahu antara makanan dan minuman yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk dimakan.\n\nUntuk memudahkan ibu memilih resepi, maka kami hadirkan 10 resepi ibu berpantang yang patut cuba. Resepi adalah perkongsian daripada Tengku Wdec\u00a0di laman Facebook. Resepi ibu berpantang ini harus dicuba terlebih dahulu. Apakah sesuai atau tidaknya dengan badan. Sebab kadang ada yang sesuai ada yang tidak. Selamat mencuba.\n\nResepi Ikan Tenggiri Lada Hitam Kukus\n\nResepi berpantang pertama ialah ikan tenggiri lada hitam kukus. Ini merupakan antara resepi yang disukai para ibu yang berpantang. Selamat mencuba.\n\nSeterusnya masih resepi ikan yang mesti disukai oleh ibu berpantang ialah resepi ikan bawal. Pada resepi ini ilan bawal dikukus dengan halia. Aroma dan khasiat halia sangat sedap dan sesuai untuk berpantang.\n\nIkan merah selain biasanya dijadikan kari namun pada resepi berpantang ini pula ikan merah dimasak sup. Rasanya sedap dan cara membuatnya pula cukup simple.\n\nKali ini ialah resepi ayam panggang yang sesuai dengan selera berpantang pula. Macam mana agak-agaknya resepi ayam panggang selera berpantang ini? Mari tengok resepinya di bawah ini.\n\nResepi Ikan Haruan Masak Lada Hitam\n\nIkan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam. Namun, bagi ibu bersalin secara pembedahan elakkan pengambilan ikan haruan 3 minggu pertama pantang. Bagi mengelakkan luka bercantum mengejut. Amalkan buah sunkist manis sudah mencukupi. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.\n\nSayur sudah semestinya sihat untuk ibu yang berpantang. Namun begitu, ada resepi memasak sayur yang sesuai untuk ibuk berpantang, seperti resepi sayur campur brokolo dengan lobak seperti di bawah ini.\n\nBerikutnya ialah resepi berpantang dengan ikan tenggiri. Ikan tenggiri masak asam tentunya akan menjadi pilihan utama untuk ibu yang berpantang. Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.\n\nHidangan singgang rendah kalori dan menjadi antara menu hidangan untuk ibu yang berpantang. Sedap dimakan dengan nasi agak lembut dan masih panas. Bagaimana pula resepi singang ikan tenggiri untuk ibu yang berpantang? Mari tengok resepinya.\n\nResepi Sup Ayam Berempah / Sup Daging Berempah\n\nSup merupakan antara makanan yang dihanjurkan untuk ibu berpantang. Sup tidak memiliki kalori yang tinggi. Sesuai untuk ibu yang berpantang.\n\nSup lobak putih antara hidangan berpantang yang sangat mudah untuk disediakan. Selain itu ianya juga dikatakan berkhasiat untuk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan air susu bagi ibu-ibu yang menyusui.\n\nSelain resepi ibu berpantang , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Badiuzzaman Said Nursi, bukanlah\u00a0 satu nama yang begitu dikenali di negara ini, tetapi beliau merupakan ikutan atau idola yang sangat berpengaruh di Turki. Beliaulah ulama dan tokoh Islam yang berjuang menentang pemerintahan sekular Kamal Artartuk melalui penulisan dan suaranya.\n\nJasa, perjuangannya bukan sedikit dalam usaha keras menarik balik umat Islam ke arah jalan akidah yang sejati. Pengorbanan beliau terhadap agama sangat besar dan sangat sukar diganti sehigga kini. Dalam dunia Islam, Said Nursi bukan sekadar seorang alim ulama, melainkan sebagai pahlawan dalam sejarah Islam moden.\n\nNama asal beliau ialah Said bin Mirza. Beliau dilahirkan di kampung bernama Nurs di daerah Bitlis Anatolia, Turki pada 1877 M. Said Nursi berketurunan suku Kurdis, dan ada dalam kalangan pengkaji berpendapat nasab beliau sampai pada Rasulullah SAW.\n\nAyahnya bernama Mulla Mirza, dan ibunya bernama Nuriyah. Said Nursi merupakan anak keempat dari tujuh beradik, dan dibesarkan dalam kalangan keluarga petani yang taat beragama.\n\nBapanya sangat tegas dan teliti dalam menjauhkan keluarganya dengan sumber makanan yang diragui, apatah lagi makanan yang haram. Bahkan ibunya hanya menyusukan anak-anaknya dalam keadaan berwuduk sahaja.\n\nSejak dari kecil lagi Said Nursi dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang cergas dan cerdas. Dalam bidang ilmu pengetahuan beliau sangat cemerlang. Beliau juga dikurniakan akal yang bijaksana selain memliki ingatan yang tajam dan kuat.\n\nPada peringkat awal Said Nursi mempelajari ilmu agama dari abangnya, Abdullah. Dalam usia yang masih remaja beliau sangat meminati bidang keilmuan dan gemar menghabiskan masanya dengan menghadiri madrasah untuk mendengar perbincangan tentang ilmu.\n\nDari usia yang muda lagi, beliau sudah mempelajari banyak ilmu seperti,\u00a0 tafsir, hadis, fikih dan sebagainya. Selain mempelajari ilmu moden seperti matematik, geologi, kimia, fizik dan falsafah.\n\nKetekunan beliau belajar ditambah dengan kepintarannya membuatkan beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam pelbagai bidang, termasuklah menguasai bidang keagmaan dalam masa yang singkat sahaja. Ini\u00a0 menjadikan beliau seorang yang\u00a0 disegani dan\u00a0 dihormati lantaran ilmunya.\n\nBeliau juga berjaya menggabungkan ilmu dunia (moden) dengan ilmu akhirat (agama) secara serentak. Hal ini masih belum diterima pakai oleh masyarakat Turki ketika itu.\n\nSaid Nursi mulai berdakwah dan mengajar kepada golongan masyarakat dari peringkat bawahan sehinggalah kepada para pembesar. Sehinggakan keilmuan yang dimilikinya sangat dihargai oleh masyarakat dan para ulama Turki. Beliau juga banyak mengadakan diskusi\u00a0 antara para ilmuan.Gelaran Badiuzzaman Atau \u2018Keajaiban Zaman\u2019\n\nGelaran Badiuzzaman pertama kali diberikan kepada beliau ketika berumur 15 tahun oleh gurunya, Syeikh Fathullah Effendi. Ini kerana Said Nursi \u00a0mempunyai kebijaksanaan yang begitu cemerlang.\n\nDalam usia yang semuda itu, beliau sudah menghafal 80 buah kitab. Sehinggakan berjaya menamatkan pengajiannya dalam masa tiga bulan sahaja, sedangkan orang lain mengambil masa selama 15 tahun!\n\nSaid Nursi diuji oleh beberapa orang ulama terkemuka yang mengakuinya sebagai seorang ulama. Namun ketika disuruh menyarungkan jubah (pakaian ulama pada masa itu) beliau menolak dengan mengatakan dirinya masih muda dan belum layak.\n\nGabenor baru wilayah Van, Tahir Basya menjemput Said Nursi tinggal di rumahnya. Jemputan itu diterima kerana di rumah Tahir Basya yang cintakan ilmu itu terdapat perpustakaan besar yang adanya banyak kitab-kitab agama dan juga buku-buku sains moden.\n\nAkhirnya dalam masa yang singkat Said Nursi dapat menguasai dan sebagainya.\n\nKehebatannya diakui oleh golongan ilmuan ketika itu lalu diberi gelaran \u2018Badiuzzaman\u2019. Kali ini barulah Said Nursi\u00a0 menerima gelaran tersebut.\n\nPejuang di Sebalik Dunia Sekular Turki\n\nSaid Nursi, seorang ulama yang menentang Kamal Ataturk secara lantang dan terang-terangan melalui ilmu dan penulisannya.\n\nBeliau sangat berani,\u00a0 gigih gah dan tidak goyah dalam usaha-usaha dakwahnya, serta\u00a0 tidak pernah letih apalagi berputus asa. Bahkan beliau tidak sedikit pun berasa gentar dalam menghadapi musuhnya.\n\nDengan kelebihannya yang bijak, kuat ingatan,\u00a0 petah berhujah dengn penuh berilmu dalam bidang agama dan ilmu moden, membuatkan beliau tidak pernah kalah dalam apa-apapun berdebatan yang\u00a0 berbeza ideologi dan bercanggah dengan Islam.\n\nNamun, beliau sangat\u00a0 merendah diri dengan kelebihnnya itu, dan terus istiqamah dalam perjuangannya tanpa ragu-ragu, sehinggakan sanggup menghabiskan seluruh hidupnya menentang kebatilan dan \u00a0menegakkan agama. Bersama perjuangannya, beliau menghasilkan Risalah an-Nur sebagai panduan kepada generasi terkemudian.\n\nSebaik sahaja memulakan perjuanganya menentang pemerintahan sekularisme dan menegakkan Islam, beliau menghadapi pelbagai dugaan berat silih berganti\n\nSaid Nursi pernah dipenjarakan sebanyak 18 atau 19 kali dengan pelbagai tuduhan yang adakalanya tidak masuk akal. Namun ketika dalam penjara pun beliau masih sempat berdakwah kepada penghuni penjara itu dan mereka menerima dakwahnya dengan beriman kepada Allah SWT.\n\nLebih dasyat,\u00a0 semasa ditahan sebagai tahanan, beliau telah diracun sebanyak 23 kali dengan tujuan untuk membunuhnya, namun semuanya gagal.\n\nSelain dipenjara, beliau juga pernah dibuang negeri, difitnah dengan tuduhan berat, selain dilarang bergaul dengan orang lain. Bahkan keluar masuk mahkamah sudah menjadi kebiasaan baginya.\n\nDalam perjuangannya menentang pemerintahan sekular, beliau sentiasa membuktikan amalannya kepada Allah SWT termasuklah dengan banyak berdoa menjadi pelindung kepadanya.\n\nSaid Nursi Badiuzaman menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.00 pagi pada 23 Mac 1960 M, iaitu bersamaan 25 Ramadan 1379 H. Jenazahnya dikebumikan di Urfa.\n\nAsbab atas kematian beliau adalah kerana keuzuran lantaran umurnya yang sudah semakin meningkat iaitu 83 tahun. Bahkan beliau juga menanggung kesan daripada seksaan dipenjara dan\u00a0 diracun.\n\nDikatakan, pada 12 Julai 1960, kubur beliau telah digali semula atas perintah kerajaan dan dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui sehingga kini.\n\nSaid Nursi telah membuktikan beliau mempunyai kekuatan tersendiri lalu berdiri sebagai seorang ulama sekaligus pahlawan tanpa pedang yang hebat.\n\nBeliau bukan sahaja ahli tarekat dan sufi yang semata-mata mementingkan ilmu agama, tetapi beliau juga tokoh siasah yang unggul.\n\nSemoga golongan muda hari ini menjadikan Said Nursi sebagai ikutan\u00a0 dan meletakkan semangat beliau sebaai perjuangan yang sepatutnya diteruskan iaitu menentang apa-apa sahaja kebatilan yang mengugah agama.\n\nSelain memperjuangkan pendirian dan agama, sejauh mana kekuatan untuk mempertahankan perjuangan tersebut juga perlu diambil iktibar daripada ketokohan Said Nursi. Beliau sentiasa membuktikan dengan kebergantungan kepada Allah SWT telah membantu perjuangannya sehingga ke akhir hayatnya."
"Setiap orang memang perlu tahu saiz kasut sendiri agar mudah proses nak membeli kasut baru, tak kira secara bersemuka atau secara atas talian. Jika membelinya di kedai anda masih boleh dapat mencubanya satu persatu, namun jika membeli secara atas talian, pasti memeningkan.\n\nSeperti sedia maklum, ukuran kasut memang berbeza mengikut negara. Di Malaysia juga terdapat kedai yang menjual kasut yang diimport dengan ukuran UK dan US. Jadi sangat penting untuk mengetahui ukuran kasut anda bukan sahaja dalam ukuran Malaysia tetapi saiz UK dan US.\n\nNak beli kasut secara dalam talian pun mudah. Kadangkala kasut yang dijual dari luar negara lebih murah dan lebih banyak pilihan dari segi jenama dan corak. Di sini kami sediakan cara untuk mengetahui saiz kasut anda dalam ketiga-tiga saiz ini.\n\nSebelum anda mengukur panjang kaki untuk mengetahui saiz kasut, ini tips yang anda perlu tahu sebelum membuat pilihan saiz dan mendapatkan kasut dengan saiz yang tepat.\n\nSenang sahaja cara untuk mengukur panjang kaki anda sebelum memadankannya dengan ukuran kasut. Anda hanya perlukan pita pengukur atau pensil, pembaris dan kertas. Ini cara-caranya:\n\nCara Ukur Saiz Kaki Menggunakan Pita Pengukur\n\nCara ini adalah cara paling senang kerana anda perlu menggunakan satu barang sahaja iaitu pita pengukur. Namun cara ini digalakkan untuk mengukur ukuran kasut bayi dan kanak-kanak sahaja.\n\nCara Ukur Saiz Kaki Menggunakan Kertas, Pensil dan Pembaris.\n\nCara ini sangat sesuai untuk mengukur kaki orang dewasa kerana ukuran lebih tepat. Ini langkah-langkahnya:\n\nSaiz Kasut Malaysia, UK dan US\n\nUkuran kasut untuk kanak-kanak, perempuan dan lelaki adalah berbeza. Untuk ukuran kasut Malaysia adalah dalam inci atau sentimeter. Rujuk jadual ini untuk padankan panjang kaki dengan ukuran kasut dalam saiz Malaysia, UK dan US:\n\nSaiz Kasut Untuk Kanak-kanak (7-12 tahun)\n\nDah tahu ukuran kasut, bolehlah anda memilih kasut yang sesuai dengan saiz yang tepat. Nak beli kasut untuk suami dan anak-anak juga mudah dengan ukuran Malaysia, UK dan US. Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar mereka juga ketahui ketiga-tiga ukuran kasut ini.\n\nJom baca artikel kami yang lain, pasti bermanfaat buat anda! Ini artikelnya:"
"Selera\norang Malaysia pasti sukakan pedas dan manis kan? Kali ini kami bawakan sebuah\nresepi khas yang dibawa terus daripada Thailand. Bagi sesiapa yang menggemari\njuadah ikan, ini adalah untuk anda. \n\nResepi kali ini adalah resepi Talapia Masak Pedas Thai. Ianya dapat mengecurkan air liur sesiapa sahaja yang mendengar dan melihatnya. Aromanya juga sangat harum dapat membangkitkan selera semua yang berada disekelilingnya. Cara pembuatannya juga mudah serta bahan \u2013 bahannya mudah untuk didapati. Oleh itu, tidak mustahil sesiapa juga boleh menyediakannya. \n\nBagi yang ketandusan idea untuk masak apa hari ini, atau mungkin ingin masak sebuah juadah yang lain daripada yang lain, anda bolehlah mencuba resepi ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad dan telah mendapat ribuan shares dan likes di Facebook. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat variasi resepi yang anda boleh cuba disini. Pastinya, ini akan dapat menarik hati sesiapa yang merasakannya. Jangan lupa untuk tekan butang \u201cshare\u201d dan kongsikan kepada semua ya! Jumpa lagi nanti!"
"Setiap dari kita pastinya teruja ingin tahu bagaimanakah cara orang kaya simpan duit dan uruskan kewangan mereka. Malah ada juga sesetengah orang yang beranggapan sudah jadi jutawan pun perlu simpan duit lagi ke?\n\nKaya atau miskin bukan menjadi persoalannya. Yang pasti kehidupan ini ibarat roda kadang kita di atas dan kadang di bawah. \n\nLantaran itu mengambil pengajaran dari pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan amatlah penting agar kita tidak terkesan dengan perubahan hidup yang mendadak.\n\nTambahan lagi dengan nilai mata wang Ringgit kita yang semakin menyusut ini seharusnya setiap dari kita perlu mempunyai perancangan kewangan jangka masa panjang yang terbaik. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai panduan tentang cara orang kaya simpan duit yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan. \n\nCara orang kaya simpan duit yang pertama adalah dengan mengamalkan sikap berbelanja dengan sihat. Mereka biasanya tidak akan melakukan apa-apa pembelian dengan terburu-buru.\n\nDalam kata lain, orang kaya akan tangguh pembelian lebih kurang sehari sebelum membeli sesuatu. \n\nTujuannya ringkas sahaja iaitu untuk memastikan apa yang dibeli itu jelas sama ada kemahuan atau pun keperluan. \n\nJika dalam masa sehari, mereka merasakan pembelian tersebut tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepadanya, maka mereka akan membatalkan terus hasrat tersebut. \n\nBerhutang bukanlah cara hidup orang-orang kaya. Mereka lebih gemar untuk berbelanja mengikut kemampuan bukan keupayaan untuk berhutang.\n\nJusteru itu, jika kita lihat orang kaya pakai kereta mewah dan rumah besar usahlah iri hati kerana memang itu kemampuan mereka dalam hidup.\n\nOrang lain cenderung untuk memilih berhutang kerana mereka berfikiran pendek dan hanya mementingkan habuan yang sekejap sahaja. \n\nSedangkan jika dilihat semula, lebih banyak rugi dari untung jika kita memilih untuk berhutang. \n\nDuit memang misteri. Sekejap kita nampak banyak, dan dalam sekelip mata sahaja ianya boleh hilang tiba-tiba.\n\nJusteru itu, sikap berdisiplin dalam menguruskan kewangan diri dan keluarga amatlah penting untuk dipraktikkan seandainya kita mahu menjadi pengguna yang bijak. \n\nSentiasa ikut 50/30/20 rules untuk berbelanja. 50% untuk belanja, 30% pelaburan diri manakala 20% simpanan masa hadapan.\n\nJangan lupa untuk reward diri sekali sekala agar kita masih boleh menikmati penat lelah selepas berusaha keras untuk menyimpan. \n\n4. Buat pelaburan jangka masa panjang\n\nCara orang kaya simpan duit yang seterusnya adalah buat pelaburan. Menyimpan sahaja tidak akan membuatkan duit simpanan kita bertambah dan berkembang.\n\nSebaliknya dengan melabur ianya dapat membantu menaikkan pendapatan setiap hari! Pelaburan seperti rumah dan emas, harganya akan kekal meningkat bukan menyusut seperti kenderaan.\n\nSalah satu sikap unik orang-orang berjaya adalah keluar daripada zon selesa. Contohnya cara orang kaya jika kita perhatikan, mereka ini sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menaikkan taraf kehidupan mereka dari semasa ke semasa.\n\nCara orang kaya simpan duit adalah dengan menyelesaikan dahulu semua hutang, bil dan komitmen sebelum berbelanja. \n\nDapat gaji terus bayar hutang, bil dan komitmen. Dan jika ada baki barulah fikir untuk belanja diri sendiri. \n\nBukan mudah untuk kawal nafsu dari membuat sesuatu yang kita suka. Begitu jugalah halnya dalam mengawal keinginan untuk berbelanja.\n\nCara orang kaya simpan duit adalah mereka mengamalkan self-control yang tinggi dengan berdisiplin dan mengawal keinginan untuk berbelanja sakan walaupun duit banyak.\n\nTanpa azam, mana mungkin kita dapat menyimpan sehingga berjaya. Cara orang kaya simpan duit mereka memiliki prinsip yang mana sentiasa melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, dan kalau main pun main bersungguh-sungguh.\n\nJika kita bijak dalam meletakkan sesuatu perkara itu pada tempatnya, maka tiada yang mustahil untuk berjaya dalam apa jua yang dilakukan. \n\nSelain dari panduan cara orang kaya simpan duit ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan simpanan seperti:"
"Pernah tertanya-tanya bagaimana hendak turun berat dengan banyak, dan dalam masa yang singkat? Macam mustahil sahaja. Juga, mesti anda keliru mahu berdiet bagaimana yang sesuai. Yalah, lain orang, lain mungkin caranya untuk menunjukkan hasil yang memuaskan dan diingini.\n\nTakut juga, sudah slim bertubuh badan ideal, tiba-tiba \u201cyoyo\u201d kata orang, kembali semula ke bentuk badan sebelumnya sebab cepat sangat kurusnya. Sudah pasti anda tidak mahu perkara seperti ini berlaku. Kalau boleh bukan?\n\nBayangkan, setelah fokus, dedikasi, dedikasi, motivasi dan semangat yang dicurahkan untuk mencapai target berat badan ideal, hujung-hujungnya tidak kekal pula hasil itu.\n\nApa kata, anda cuba ikuti langkah mudah yang dikongsikan oleh Puan Farihah Zulkifle di laman Facebook peribadinya. Tanpa penggunaan sebarang ubat kurus, juga tanpa stress, hanya dalam masa 3 bulan, suami wanita ini hilang 28kg. Wow, banyak turun bukan?\n\nBagaimanakah Suami Turun Berat Banyak Dalam Masa 3 Bulan?\n\nIni penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran. Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup. Tapi awas ye, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh2 menu suku-suku separuh ada di gambar.\n\n(2) Buat senaman yang kita suka.\n\nSuami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan. Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.\n\n3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing bewarna pekat. Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.\n\nMakan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.\n\nSemoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.\n\n*Sekarang percaya atau tidak? Terpulang pada anda. Yang penting cuba dahulu dan jangan lupa share!\n\nSemoga perkongsian ini membuat anda bersemangat untuk kurus."
"Tahukah anda, kira-kira majoriti wanita yang bersalin normal akan mengalami luka di bahagian faraj kerana terkoyak sedikit dan ia perlu dijahit. Luka ini dipanggil sebagai luka perineum. Ia berbunyi sangat sakit tapi itu adalah hakikatnya. Kesakitan ini mengambil masa 2 minggu untuk hilang dan sembuh atau lebih dari 2 minggu mengikut cara penjagaan luka.\n\nPara ibu yang baru lepas bersalin perlu menjaga luka perineum ini dengan sebaik mungkin untuk menghilangkan sakit luka. Penjagaan luka perineum ini memerlukan ketelitian kerana ia berdekatan dengan bahagian faraj wanita. Maka ia sangat sensitif. Penjagaan luka perineum ini bukan sahaja isteri yang perlu tahu, suami juga perlu tahu agar mereka akan lebih teliti dan faham keadaan isteri.\n\nBagaimanakah cara penjagaan luka perineum yang baik?\n\nMari kami kongsikan info sebenar 6 cara penjagaan luka perineum bagi ibu selepas bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n6 Cara penjagaan luka perineum bagi wanita selepas bersalin\n\n*Berikut adalah cara-cara penjagaan luka perineum selepas bersalin. Pastikan anda menjaga kebersihan diri dan luka tersebut sentiasa kering. Jika luka anda lambat baik atau berlaku pendarahan tidak berhenti dan banyak, cepat-cepat pergi berjumpa doktor pakar puan yang berdekatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bila sebut tentang rezeki, pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran kita adalah duit. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan sejak dulu lagi bagi masyarakat di seluruh dunia untuk mengaitkan rezeki dengan duit,\u00a0 kemewahan serta harta-benda yang melimpah-ruah.\n\nNamun begitu yang sebenarnya dari sudut pandangan islam, rezeki bukanlah sekadar duit semata-mata malah ianya sangat luas dan merangkumi seluruh aspek kehidupan. Nak tak kalau kami kongsikan jenis rezeki yang ramai orang tak perasan?\n\nDi antara rezeki bukan dalam bentuk duit yang kita selalu terlepas pandang ialah apabila segala urusan kita dipermudahkan. Di antara senario di mana urusan kita dipermudahkan adalah seperti berikut:\n\nDikelilingi insan yang baik juga adalah salah satu jenis rezeki yang tidak semua orang diberikan rezeki untuk merasa. Sesungguhnya dengan siapa kita bergaul akan membentuk siapa diri kita. Jika kita berkawan dengan penagih dadah, kemungkinan besar kita juga akhirnya akan menjadi seorang penagih dadah. Kalau kita membiasakan diri bergaul dengan insan baik yang mengajak kita kepada kebaikan, insya Allah pastinya kita juga akan menjadi seorang yang baik.\n\nDitemukan dengan jodoh juga merupakan salah satu jenis rezeki bukan dalam bentuk duit. Sudahkan anda bersyukur kerana sudah berumah tangga? Cuba perhatikan di kalangan ahli keluarga dan kenalan anda, pastinya ada beberapa individu yang sudah masuk kategori berumur namun masih lagi memegang status bujang kerana belum bertemu jodoh. Sesungguhnya jodoh pertemuan adalah ketentuan tuhan. Oleh itu bersyukurlah kerana takdir anda ditulis dengan berjodoh.\n\nMendapat suami yang baik dan menjalankan tanggung jawab tanpa culas\n\nSelain rezeki untuk bertemu jodoh, jenis rezeki yang seterusnya ialah diberikan suami yang baik dan menjalankan tanggung jawab tanpa culas.\n\nJika berbicara tentang perkahwinan, ramai yang diberikan rezeki untuk berkahwin namun tak semua bernasib baik untuk mendapat suami yang baik dan bertanggung jawab. Oleh itu bersyukurlah jika anda dikurniakan suami yang baik.\n\nSelain mendapat suami yang baik dan bertanggung jawab, mendapat cahayamata sebagai penyeri rumah tangga juga adalah jenis rezeki yang wajib untuk disyukuri. Berapa banyak pasangan yang masih berdua dan sabar menunggu kehadiran seorang anak kecil sebagai lambing cinta mereka?\n\nOleh itu jangan sesekali lupa untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah dengan amanah yang diberikan. Oleh itu, jalankanlah tanggung jawab sebagai ibu bapa dengan sebaiknya sebagai tanda kita bersyukur dengan rezeki yang diberikan.\n\nDiberikan anak yang soleh dan solehah yang mendengar kata dan menyejukkan hati\n\nAnak yang soleh dan solehah adalah idaman semua ibu bapa. Ini kerana doa anak yang soleh dan solehah adalah salah satu bekalan yang akan dibawa ke akhirat nanti. Namun tidak dinafikan bahawa tidak semua ibu bapa bertuah untuk mendapat anak yang baik dan mendengar kata. Oleh itu ibu bapa yang mendapat anak soleh an solehah adalah sangat beruntung.\n\nNikmat kesihatan adalah jenis rezeki yang sangat didambakan oleh manusia. Apalah gunanya duit yang banyak, pangkat dan kedudukan yang tinggi, rumah yang besar, harta-benda yang melimpah, isteri yang cantik, suami yang hebat, dan anak-anak yang berjaya dalam hidup jika kita sakit dan terlantar tidak dapat menikmati hidup.\n\nBetapa ramai orang kaya dan berada yang sanggup berhabis duit demi mendapatkan kesihatan. Oleh itu jangan mengeluh jika berasa hidup serba kekurangan. Ini kerana segala kemewahan dan kesenangan hidup di dunia tidak dapat membeli kesihatan malah semua kemewahan tidak bermakna langsung jika terlantar saki.\n\nJenis rezeki bukan duit yang seterusnya ialah diberikan pekerjaan yang baik. Mungkin pada anda kerjaya sekarang hanya biasa-biasa sahaja, tiada yang istimewa. Anda pergi bekerja setiap hari demi kelangsungan hidup sambil berharap untuk mendapat tawaran kerja lain yang lebih baik dengan gaji yang lebih besar.\n\nNamun tahukah anda bahawa dalam diam ramai orang diluar sana yang cemburukan pekerjaan anda dan sangat ingin untuk menggantikan tempat anda.\n\nKehidupan yang bahagia adalah impian setiap manusia. Secara fitrahnya setiap insan inginkan hidup bahagia dan tenang bersama suami dan anak-anak. Diberikan ketenangan jiwa. Dijauhi dari masalah dan dugaan yang membuatkan hati berasa resah dan kecewa. Jika kita diberikan hidup yang bahagia, bersyukurlah kerana diberikan rezeki yang tidak ternilai oleh Allah.\n\nDiberikan keringanan untuk melakukan ibadah dan merasai kemanisan iman\n\nJenis rezeki bukan dalam bentuk duit yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah rezeki diberikan keringanan dalam melakukan ibadah dan merasai manisnya iman.\n\nBerapa ramai manusia di dunia yang masih lalai dengan dunia dan alpa, tidak menjalankan ibadah seperti yang sepatutnya. Berapa ramai yang masih belum merasai manisnya iman sehingga tidak takut untuk melakukan dosa? Oleh itu beruntunglah bagi mereka yang diberikan kemanisan iman dan berasa ringan untuk melakukan amal ibadah.\n\nItulah dia info tentang jenis rezeki bukan sekadar duit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca kurang rezeki, keberkatan rezeki, dan amalan menjemput rezeki."
"Tidak dinafikan, dalam arus kemodenan masa kini, sememangnya semakin ramai ibu-ibu menjana pendapatan dari rumah. Dengan teknologi di hujung jari, ibu yang bekerja dari rumah (working at home mom, WAHM) punya cabaran tersendiri dalam kehidupan seharian mereka.\n\nSebagai seorang yang berkerja sepenuh masa dan kini sudah masuk tahun ketiga menjadi WAHM, banyak yang saya belajar dari peluang emas bersama keluarga dan anak-anak ini.\n\nUntuk pengetahuan, ada masa saya berjauhan dengan suami yang berkerja di luar negara. Mengatur kehidupan seorang diri, tanpa pembantu. Apabila berdekatan pula, kami akan mengikuti suami ke luar negara dan ini memerlukan saya untuk \u2018homeschool\u2019 anak-anak.\n\nCabaran utama bagi saya adalah untuk menguruskan masa sebagai WAHM.\n\nJika di tempat kerja, saya boleh target untuk siapkan sesuatu perkara itu pada waktu yang ditetapkan, fokus melaksanakan tugasan tersebut dan dengan izin Allah, ianya akan berjaya diselesaikan.\n\nTetapi, apabila saya bekerja di rumah, dengan tanggungjawab kepada keluarga, kerja rumah dan bisnes, ia sememangnya suatu perkara yang sangat mencabar.\n\nBerikut merupakan 7 tips mengurus masa bagi memastikan sasaran harian saya sebagai WAHM tercapai :\n\nSaya memang seorang yang \u2018to-do-list oriented\u2019. Mungkin kerana saya mempunyai karakter Type 3. Mencapai sasaran harian merupakan sesuatu yang dapat memberi kepuasan diri.\n\nJadi saya akan senaraikan \u2018to-do-list\u2019 jangka panjang dan jangka pendek. Pada malam sebelum tidur, saya akan kemaskini \u2018to-do-list\u2019 yang perlu disiapkan untuk keesokan hari. Apabila bangun pagi, selesai laksanakan solat tahajjud, saya akan \u2018glance through\u2019 senarai \u2018to-do-list\u2019 itu dan boleh terus dilaksanakan.\n\nSebelum tidur sambil menyusukan anak dan berzikir, saya akan pejamkan mata dan membayangkan perjalanan hari esok yang saya doa, akan lebih baik daripada hari ini.\n\nVisualisasi ini membayangkan diri saya untuk bangun pagi pada jam berapa sehingga tamat hari tersebut (atau setakat mana yang mampu divisualkan kerana mungkin saya tertidur ketika saya pejamkan mata tadi).\n\nSaya akan kenalpasti aktiviti untuk diatur mengikut situasi.\n\nContohnya, aktiviti yang memerlukan tumpuan dan kuasa minda seperti membaca buku perubatan dan hafalan Al-Quran saya akan lakukan pada awal pagi.\n\nManakala kerja-kerja seperti \u2018editing\u2019 buku misalnya, saya akan lakukan ketika waktu anak-anak tidur siang atau sebelum tidur pada waktu malam.\n\nIslam menekankan kita untuk fokus dan sungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Apabila telah selesai satu perkara, maka lakukan pula perkara yang lain.\n\n\u201cMaka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain\u201d\n\nSebagai contoh, sekiranya saya sedang masak, prinsip saya, saya akan fokus kepada aktiviti memasak tersebut dan jangan jeling handphone. Waktu sedang \u2018edit\u2019 buku, saya akan fokus.\n\nSaya juga turut menetapkan waktu tertentu untuk membalas mesej daripada pelanggan ketika anak-anak tiada di rumah atau sedang tidur.\n\nDalam kesibukan menguruskan aktiviti seharian, pelbagai emosi singgah dalam diri. Stress? Eh saya juga manusia biasa, ada hormon kortisol. Pasti stress.\n\nAntara yang sangat membantu menguruskan emosi saya adalah zikir Lailahaillallah, istighfar & selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W (minimum 100 kali sehari). Jika sentiasa sebut di dalam hati, in sha Allah emosi akan lebih mudah dikawal.\n\nSaya akan membahagikan masa kepada 4 slot iaitu 30 minit, 10 minit, 10 minit dan 10 minit sahaja khas untuk menguruskan bisnes, melayani pelanggan atau menjawab pertanyaan ejen.\n\nSelebihnya yang tidak sempat, saya akan \u2018reply\u2019 pada waktu malam selepas anak-anak tidur, biar pun sudah lewat malam.\n\n7. KENALI DIRI ANDA : SAYA \u2018MORNING PERSON\u2019\n\nIni sangat penting bagi saya. Saya mesti bangun pagi dan ada \u2018me time\u2019. Jika tidak, stress akan mengusutkan hari saya.\n\nAllah S.W.T telah pandu kita sebaik-sebaiknya dengan menggalakkan kita untuk Qiyammullail, inilah hikmahnya buat saya.\n\nIni merupakan 7 tips yang saya amalkan. Saya tak kata saya paling bagus tapi syukur ia berkesan untuk saya setakat ini, Alhamdulillah!\n\nAllah sangat baik kepada saya. Sangat bersyukur kepadaNya!\n\nBuat semua ibu di luar sana, tidak kira sama ada anda WAHM, ibu berkerjaya atau suri rumah, tips-tips ini juga boleh digunapakai mengikut situasi anda. Siapa tahu, tips-tips ini mungkin berkesan juga untuk anda.\n\nSemoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!"
"Tugas memilih jenis dan reka bentuk pintu pagar rumah utama adalah sangat penting bagi tujuan keselamatan kediaman dan juga nilai estetika yang ada padanya.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai jenis pagar rumah simple yang menarik dan ada design terkini.\n\nDesign pagar rumah simple untuk kediaman anda\n\nSecara umumnya, terdapat banyak design pagar rumah simple yang boleh anda pilih dan sesuai pada kediaman masing-masing. Berikut ini adalah beberapa contoh yang popular dan menarik untuk digunakan. \n\nPagar simple jenis minimalis ini sesuai untuk anda yang memiliki bajet lebih dan mahu mendapatkan sebuah pagar untuk rumah reka bentuk moden. \n\nSaiz pagar ini tidaklah terlalu kecil dan juga tidak terlalu besar untuk dipadankan dengan ruang rumah. Hanya sahaja pastikan warna cat pada pagar yang dipilih sesuai dengan tembok atau cat luar rumah. \n\nBuat pengemar material pagar dari kayu, pagar woodplank mungkin sesuai untuk citarasa hiasan rumah anda.\n\nPagar ini terdiri daripada kepingan-kepingan papan yang dibentuk menjadi sebuah pagar yang sangat elegant tetapi klasik. \n\nPagar dari stainless steel mempunyai material yang tidak mudah karat, mudah dibersihkan dan sesuai dipadankan dengan jenis warna apa sekalipun. \n\nKeburukannya, adalah tidak banyak design untuk pagar stainless steel yang boleh anda pilih di samping harganya juga mahal sedikit dari jenis pagar rumah simple yang lain. \n\nSelanjutnya adalah jenis pagar yang bercirikan motif batik. Pagar minimalis motif batik menampilkan suasana rekaaan yang memukau dari luar tetapi masih menjaga privasi dari dalam kerana rekaan pagarnya yang rapat.\n\nTidak suka pagar manual, kita juga boleh pilih pagar automatik atau dikenali sebagai pagar sliding. \n\nPengguna pagar ini tidak perlu membuka dan menutup pintu secara manual lagi sebaliknya hanya menggunakan alat kawalan jauh untuk mengawalnya.\n\nCara ini memang bagus lebih-lebih lagi bila waktu hujan lebat, kita tidak perlu berpayung atau berhujan untuk membuka pintu rumah sendiri. \n\nPagar monokrom mengutamakan tema hitam dan putih untuk mewujudkan sifatnya yang neutral. Justeru itu tidak peliklah pagar ini tidak telan dek zaman dan masih digunakan sehingga hari ini.\n\nGaya pagar monokrom juga dapat diaplikasikan pada beragam jenis material pagar seperti besi dan alumunium.\u00a0\n\nPagar berjaring hitam memang sesuai dipadankan dengan tembok berwarna putih. Jenis pagar rumah ini disarankan untuk dimiliki oleh mereka yang mempunyai anak kecil di rumah untuk tujuan keselamatan.\n\nWalaupun design jaringnya rapat namun kita masih boleh melihat ke arah luar dengan jelas kerana terdapat lubang-lubang kecil pada pagar tersebut. \n\nPagar minimalis full blocked ini pula sama sahaja seperti pagar minimalis biasa. Yang bezanya pagar ini bukan sahaja diletakkan di ruang depan rumah tetapi juga disekeliling tembok rumah. \n\nBagi yang mempunyai ruangan rumah yang terbatas, disarankan untuk anda guna jenis pagar yang boleh lipat seperti pagar kayu lipat.\n\nDengan memilih pagar lipat, rumah anda masih mampu tampil dengan indah dan berkelas walaupun memiliki ruang hadapan yang sempit.\n\nHal ini kerana, pagar rumah jenis ini datang dengan pelbagai model dan bahan yang sesuai digayakan pada rumah minimalis. \n\nMungkin tidak ramai lagi orang gunakannya lebih-lebih lagi rumah di bandar. Namun sesetengah rumah tradisi dan rumah kampung suka menambah keunikan kediaman mereka dengan pagar dari bambu yang cukup nostalgia ini. \n\nWalaupun cuma dari batang pohon buluh, tetapi kekuatannya sama kuat dengan pagar-pagar lain yang ada. \n\nSelain dari panduan pagar rumah simple ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hiasan dalaman seperti:"
"Sebuah rumahtangga yang sakinah mendambakan kedua-dua pasangan suami isteri untuk saling mendoakan. Isteri berdoa untuk suami dan suami berdoa untuk isteri adalah perbuatan yang baik. \n\nTerdapat banyak doa untuk suami yang boleh isteri baca. Doa\u00a0isteri solehah buat suami tercinta sememangnya sangat bagus untuk diamalkan.\n\nAntara Doa Untuk Suami Yang Sering Dicari Melalui Google Search\n\nJika mengikut carian di Google, antara doa yang paling banyak di cari untuk bacaan seorang isteri adalah seperti :\n\nKoleksi 20 Doa Terbaik Untuk Suami Yang Elok Dibaca Oleh Isteri\u00a0\n\nDi sini akan disenaraikan beberapa doa yang bagus untuk amalan seorang isteri. Doa-doa ini elok di baca untuk masalah di atas. Doa ini bagus di baca setiap kali selesai solat fardhu. Doalah dengan sepenuh hati. InshaAllah akan dimakbulkan segalanya.\u00a0\n\nDoa 1 Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat. \n\n Doa 2 Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang. \n\nDoa 3 Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya. \n\nDoa 4 Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat. \n\nDoa 5 Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan. \n\n Doa 6 Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu. \n\n Doa 7 Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi buruk (HR. Ibn as-Sani) \n\n Doa 8 Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarakan diriku. \n\n Doa 9 Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa\u2019at untukku. \n\n Doa 10 Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran. \n\nDoa 11 Ya Allah bukakanlah bagiku hikmahmu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu, wahai Pengasih dan Penyayang. \n\nDoa 12 Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar. \n\nDoa 13 Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalan-MU yang lurus. \n\nDoa 14 Ya Allah Ya Rabb.. Segala Puji bagiMu, yang telah mempertemukan kami dengan RamadhanMu.. Semoga kami bertemu RamadhanMu selanjutnya. \n\nDoa 15 Ya Allah Ya Rabb.. Aku berdoa untuk semua hati yang menangis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepadaMu \n\n Doa 16 Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami. \n\n Doa 17 Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami \n\n Doa 18 Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. \n\n Doa 19 Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka \n\n Doa 20 Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. \n\nYakinlah Kerana Doa Itu Adalah Senjata Untuk Orang Mukmin\n\nItulah 20 koleksi doa terbaik untuk suami yang bagus di baca oleh isteri. Tidak kisahlah apa saja masalah dalam rumahtangga, jangan terlalu cepat berputus asa. Bersabar dan mengadulah tentang segala masalah yang berlaku kepada Allah SWT selalu. Sebagai seorang yang beragama Islam, doa adalah senjata untuk orang mukmin. Berdoalah kepada Allah SWT. Mohonlah pertolonganNya. \n\nDoa untuk suami dari seorang isteri adalah hadiah yang paling bernilai. Ingatlah wahai para isteri, walau apa saja yang terjadi selalulah berdoa kepadaNya Yang Maha Esa tanpa henti. Serahkan segalanya kepadaNya Yang Lebih Mengetahui. Dari jauh ku turut mendoakan semoga rumahtangga kalian sentiasa aman dan bahagia, ameen."
"Bagaimana saya kurangkan waktu lepak dan waktu \u201cbersendirian saya\u201d?\n\nSaya berkahwin di usia 24 tahun, waktu tu darah muda masih meninggi, hendak keluar malam dan mahu melepak.\n\nDi awal perkahwinan, saya tidak keluar kerana masih lagi bunga bunga cinta. Jadi kalau tinggal seminit pun dah rindu.\n\nSebulan kemudian , isteri disahkan mengandung dan yang paling dahsyat, dia mengalami alahan yang teruk. Sudah serupa kain buruk isteri masa tu, lembik dan lemah, makan dan muntah saja kerjanya.\n\nMaka sebagai suami itu amanah saya, saya tidak dapat tolong muntahkan untuk dia tapi saya dapat tolong urutkan kepala untuk melegakan kesakitan. Saat tu saya sudah tidak sanggup keluar malam.\n\nHabis trimester dua isteri mula cergas! Perniagaan beliau mula berjalan laju. Saya masa tu bekerja sebagai photographer bebas. Job dari Perlis sehingga ke Johor. Tapi kasihan melihat isteri yang semakin memboyot. Tulis kertas parcel, hantar barang ke poslaju senget-senget badan.\n\nPergi ambik stok, maka saya diam-diam ambil keptusan perlahankan perniagaan dan memberi sokongan pada isteri. Saat tu saya sudah tidak sanggup lepak lama-lama tanpa isteri.\n\nSehingga satu saat isteri cakap, \u201d b, kita ni good team, you pun banyak idea and boleh handle production very well. You stop la jadi photographer.\u201d\n\nPendapatan menjadi seorang jurugambar agak tinggi dan pada waktu tu rezeki saya agak murah selepas kami tubuhkan Raffelinna Photography. Fikir punya fikir, akhirnya saya setuju dengan isteri dan korbankan minat saya dan masa lepak saya .\n\nKami bekerja dalam keadaan yang sangat harmoni, hormati satu sama lain dan masing masing buat pengorbanan besar untuk sebuah kejayaan. Isteri walau tengah membesar dan tidak berapa sihat tapi semangat dia lain macam.\n\nDia boleh selesaikan berpuluh atau beratus pelangan dan seorang diri dan semua orang mesti beli! Malam-malam saya tengok dia penat sangat, saya tidak sanggup hendak keluar malam.\n\nSekarang apabila mempunyai anak, kejayaan demi kejayaan kami capai, saya akui saya penat. Isteri sudah kurang masa di office kerana saya yang banyak uruskan perniagaan.\n\nTapi saya tetap tidak mahu keluar melepak, balik rumah saya tengok isteri muka pun penat, saya tahu walau dia tidak kerja seperti dulu tapi kerja di rumah jugak penat.\n\nTambahan lagi isteri memang bukan otaknya boleh berhenti berfikir. Saya dan dia banyak berkongsi perkara bersama. Banyak memberi pendapat untuk bidang masing masing dan dia masih mengharapkan saya untuk banyak perkara.\n\nBayangkan handphone dia pun saya yang chargekan setiap malam. Punya la manja. Macam mana saya nak keluar lepak tanpa dia? Hahah\n\nBukan Takut, Tetapi Lebih Kepada Menghormati\n\nSebenarnya dalam semua isu di atas, saya tidak keluar adalah lebih kepada rasa tanggungjawab saya sebagai suami, Saya rasa sudah cukup masa 24 tahun saya single dan saya terfikir, jika isteri sanggup berpindah ikut saya ke kampung, tiada kawan, tiada saudara, buang cara hidup beliau yang lama dan masuk ke hidup saya, berusaha menjaga hati kedua ibu bapa saya, menjadi isteri saya yang tidak melepak. Kenapa saya perlu melepak?\n\nJuga bukan kerana takut bini, tapi hormat! Kalau saya keluar dan dia marah, saya tak takut. Tapi saya akan sedih. Jadi itu bukan takut bini. Tapi sedih bini. Erk? Hahaha\n\nKejayaan juga datang dari redha isteri ( bukan hanya suami, doa isteri) , kata kata isteri, support isteri. Saya selalu fikir, di mana aku sekarang tanpa anak isteri ? Semestinya doa ibu bapa dan isteri.\n\nNasihat ini bukan hendak kata saya sempurna. Jauh lagi dari sempurna. Saya bukan langsung tidak melepak, tapi kalau nak lepak sehingga 2 -3 pagi saya pilih untuk ajak kawan ke rumah.\n\nKawan kawan yang belum kahwin tu ok lakan. Ataupun kawan kawan yang anak-anak sudah besar panjang dan boleh jadi hero di rumah. Dahulu masa anak dia kecil, dia pun tidak melepak juga.\n\nKalau petang-petang habis kerja saya keluar juga jumpa kawan. Melepas stress kata orang. Tapi malam saya kasihan hendak tinggal isteri dan anak-anak. Bahaya juga mereka tinggal tanpa saya walaupun ada bibik di rumah. Lepak dan TT untuk perbincangan ilmiah adalah dua perkara berbeza.\n\nLepak sekali sekala, seminggu 2 kali ke ok la kot. Setiap hari? Memang remuk hati orang di rumah.\n\nUntuk capai kejayaan, ada sesuatu yang kita perlu korbankan."
"Sambal Udang adalah juadah yang amat popular dikalangan orang kami. Bukan sahaja orang Melayu, malah satu Malaysia menggemarinya. Ianya amat lazat dan boleh dimakan dengan pelbagai jenis hidangan. Antaranya, nasi putih panas panas, atau mungkin nasi lemak, atau boleh dihidangkan bersama bubur dan dicicah bersama roti. Lazatnya. \n\nResepi ini juga amat sesuai dijadikan juadah makan besar bersama keluarga. Rasa pedas dan manisnya, digabungkan bersama udang yang sedap dan gebu, dan menaikkan selera sesiapa yang melihatnya. \n\nBagi ibu yang bekerja, dan berkejaran untuk masak juadah berbuka, resepi ini kami bawakan khas untuk anda. Resepi ini telah dikongsikan oleh Fatin Nursyafawani di laman Facebooknya. Jom tengok! \n\nMudah bukan resepi sambal udang ini? Anda boleh memasaknya dengan sekejap sahaja! Walaupun ianya sekejap, hasilnya amat menyelerakan. Selain itu, kami juga sediakan resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!"
"Setiap wanita yang hamil perlu menjaga diri mereka dengan lebih berhati-hati kerana ada kandungan yang bernyawa berada di dalam perut mereka. Bagi melahirkan bayi yang sihat dari segi fizikal, wanita hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan elakkan daripada membuat aktiviti berat atau lasak. Baru kandungan yang di kandungnya itu dapat dilahirkan dengan sihat.\n\nTetapi bukan semua kandungan yang dikandungkan itu sihat dan bernyawa. Bagaimana boleh menjadi sebegitu rupa? Ia dipanggil kandungan anggur.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai ciri dan cara merawat kandungan anggur. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nKehamilan anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu tisu berupa anggur. Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda tanda kehamilan yang menonjol seperti muntah teruk dan akhirnya akan mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena .\n\nKehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangkamasa panjang yang serious jika tidak mendapat rawatan segera dan pemantauan berkala.\n\nSatu kehamilan molar berlaku apabila terdapat masalah tertentu dengan maklumat genetik ( kromosom ) dalam telur tersenyawa. Dalam kehamilan biasa, telur disenyawakan mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu. Dalam kehamilan anggur, terdapat kelainan dimana dua sperma mensenyawakan satu telur (ovum) yang sama.\n\n1\ufe0f\u20e3\ufe0f\ufe0f. Kehamilan anggur lengkap (complete hydatidiform mole) :\n\nJika ovum itu kosong i.e tidak mempunyai salinan kromosom, 2 sperma yang membawa 2 salinan kromosom bapa bercantum dan akibatnya ialah kehamilan anggur yang lengkap. dalam kes ini , tidak ada embrio, kantung amnion, atau mana-mana tisu plasenta yang normal. Sebaliknya, plasenta membentuk massa sista yang kelihatan seperti satu kelompok anggur. Jenis ini lebih merbahaya dan berisiko tinggi untuk merebak ke organ badan yang lain seperti barah.\n\n2\ufe0f\u20e3. Kehamilan molar paling separa (partial mole) :\n\nTelur disenyawakan mempunyai set biasa kromosom daripada ibu (23) dan dua set daripada bapa (46) , jadi terdapat 69 kromosom dan bukannya 46 biasa. (Ini boleh berlaku apabila kromosom daripada sperma yang disalin atau apabila dua sperma mensenyawakan telur yang sama. Jenis kelainan ini, ada beberapa tisu plasenta biasa dan sebahagian embrio di kalangan kelompok tisu yang tidak normal. Jenis ini kurang merbahaya.\n\nPada peringkat awal kehamilan anggur akan nampak seperti kehamilan yang biasa. Berikut adalah tanda tanda dan gejala kehamilan anggur. Jika anda mengalami gejala atau mempunyai tanda tanda seperti ini anda harus berjumpa doktor dengan segera :\n\nIa mungkin menjadi merah terang atau pelepasan coklat, berterusan atau terputus-putus, ringan atau berat. Pendarahan ini boleh bermula seawal enam minggu kehamilan anda atau selewat 12 minggu.\n\nTisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina\n\n3. Loya & muntah yang teruk\n\nKerana rahim anda boleh berkembang lebih cepat daripada biasa\n\nTekanan darah tinggi yang serius semasa mengandung sebelum kandungan mencapai 20 minggu\n\nBerpeluh, menggigil, panas badan, berdebar jantung\n\n9. Imbasan Ultrasound menunjukkan tiada janin dalam kandungan dan rahim lebih besar daripada umur kandungan\n\n10. Tahap hormon hCG jauh lebih tinggi daripada biasa\n\nSebaik sahaja diagnosa kehamilan anggur dibuat, doktor akan membuat order ujian ujian darah dan imbasan yang lanjut untuk menilai tahap keterukkan dan komplikasi kandungan anggur.\n\n1. Prosedur \u2018Suction Evacuation\u2019: Ini adalah satu prosedur untuk mengeluarkan kandungan molar dari rahim. Prosedur ini memerlukan bius penuh untuk dijalankan. Sebilangan doktor akan mengulangi prosedur \u2018suction evacuation\u2019 selepas 2 minggu, kerana kadang kandang tisu tisu kandungan anggur itu tidak dapat dikeluarkan secara total tetapi berperingkat.\n\n\ufe0f2\ufe0f\u20e3. Rahim pecah akibat invasi tisu tisu anggur\n\n3\ufe0f\u20e3. Invasive Mole: Tissu anggur menusuk masuk ke dalam dinding rahim\n\n\ufe0f\ufe0f4\ufe0f\u20e3. Kegagalan sistem pembekuan darah sistemik. (Disseminated Intravascular Coagulation)\n\n\ufe0f5\ufe0f\u20e3. Jangkitan yang boleh membawa kepada kejutan\n\n\ufe0f6\ufe0f\u20e3. Gestational trophobastic disease: Kehamilan anggur bertukar menjadi satu penyakit yang lebih serius yang boleh merebak ke organ lain terutamanya ke hati dan paru paru melaui sebaran tisu anggur melalui salur darah\n\n7\ufe0f\u20e3. Choriocarcinoma: kahamilan anggur bertukar menjadi kanser dan boleh merebak ke hati, paru paru dan otak\n\n*Jika wanita yang baru hamil mendapati ada ciri-ciri kehamilan anggur, cepat-cepat pergi ke klinik atau hospital berjumpa doktor untuk dirawat dengan lebih lanjut. Wanita hamil dan wanita biasa tidak sama cara rawatanya, maka wanita hamil lebih perlu kawalan daripada doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kentut faraj dikalangan wanita adalah suatu kejadian yang sukar untuk dielakkan. Rata-rata kaum hawa sama sekali tidak mahu kentut faraj ini berlaku tetapi apakan daya, kentut faraj ini dengan sendirinya akan terjadi tanpa dapat dikawal. Persoalannya sekarang, adakah kentut faraj ini normal ataupun berbahaya? \n\nFaktor Berlakunya Kentut Faraj Pada Kaum Hawa\n\nUntuk pengetahuan anda, kentut faraj ini boleh berlaku disebabkan oleh kandungan udara yang terperangkap di dalam faraj. Gas di dalam faraj ini kemudiannya akan dilepaskan secara semulajadi tanpa bunyi yang jelas. Kentut faraj ini juga tidak mengeluarkan sebarang bau sebagaimana kentut biasa yang keluar dari punggung. \n\nSelalunya kentut faraj ini hanya disedari oleh tuan empunya diri seorang saja di saat ianya sedang berlaku. Kentut faraj ini boleh terjadi pada bila-bila masa terutama ketika seseorang wanita itu sedang melakukan hubungan seks, saat bersenam, melakukan regangan atau dalam keadaan apa sekalipun yang melibatkan pergerakan tubuh. \n\nKeadaan umum dan faktor yang berkaitan dengan kentut faraj termasuk:\n\nKentut faraj ini tidak membahayakan. Ianya adalah normal dan boleh berlaku pada mana-mana wanita terutama yang telah melepasi umur pertengahan. Kentut faraj boleh berlaku dengan lebih kerap bagi wanita yang kurang peka terhadap penjagaan rahim semasa di dalam tempoh berpantang selepas bersalin.\n\nApakah Kentut Faraj Ini Boleh Membatalkan Wudhu?\n\n Menurut artikel yang diterbitkan oleh pihak\u00a0Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,\u00a0bagi mazhab Syafie dan Hanbali tatkala keluarnya angin dari qubul (kemaluan wanita/lelaki) ternyata ianya akan membatalkan wudhu. \n\nHukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,\n\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u064e\u0639\u0628\u064e\u0651\u0627\u062f\u0650 \u0628\u0652\u0646\u0650 \u062a\u064e\u0645\u0650\u064a\u0652\u0645\u064d \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u0649\u0650\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0646\u0652\u0635\u064e\u0631\u0650\u0641\u0652 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064e\u0633\u0652\u0645\u064e\u0639\u064e \u0635\u064e\u0648\u0652\u062a\u0627\u064b \u0623\u064e\u0648\u0652 \u064a\u064e\u062c\u0650\u062f\u064e \u0631\u0650\u064a\u0652\u062d\u0627\u064b\n\n\u2018Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, \u201cJangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya\u201d. \u2013 Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari\n\nBerdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;\n\nNamun begitu, seandainya seseorang itu sedang menghadapi penyakit seperti sentiasa keluar angin, kencing dan tinja, maka di sini terdapat rukhsah keringanan untuk solat walaupun keluar sesuatu daripada dua jalan kerana dianggap seperti darah istihadah.\n\nAntara Langkah Bijak Untuk Mengatasi Masalah Kentut Faraj\n\nMasalah kentut vagina ini boleh diatasi sepenuhnya dengan cara mengamalkan petua yang telah dicuba oleh ramai orang. Antara petua tersebut adalah:\n\nJangan Berasa Rendah Diri Walau Ada Masalah Kentut Faraj\n\nRamai dikalangan wanita yang mengalami masalah kentut faraj ini berasa risau sekiranya suami akan mencari pasangan yang baru. Tanggapan itu adalah salah. Tidak semua suami akan menduakan si isteri hanya kerana nafsu. \n\nSebagai wanita yang mengalami masalah kentut faraj ini anda tidak boleh berasa rendah diri. Terus sayangi diri anda dan berusaha dengan tenang untuk perbaiki masalah kentut faraj ini dari masa ke semasa."
"Ibu-ibu hamil adakah pernah rasa sesak nafas dan sukat untuk bernafas? Perkara ini sangat mengganggu para ibu hamil. Apabila usia kandungan semakin meningkat dan perut semakin membesar, ibu hamil akan sukar bernafas dan susah untuk melakukan aktiviti harian.\n\nHal ini selalu berlaku kepada ibu hamil dan mengakibatkan sukar untuk tidur kerana tidak dapat mencari posisi tidur yang selesa. Kenapa perkara ini berlaku kepada ibu hamil dan bagaimana hendak mengatasinya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 punca kesesakkan nafas semasa hamil dan cara mengatasinya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n4 Punca sesak nafas semasa hamil\n\nSemasa berbadan dua, oksigen yang ibu sedut bukan hanya untuk diri sendiri sahaja, tapi juga turut dikongsi bersama janin dalam kandungan. Disebabkan keperluan oksigen semakin bertambah, maka ibu harus menarik nafas sedalamnya supaya kekurangan oksigen tidak berlaku.\n\nKeduanya, disebabkan peningkatan hormon progesteron semasa hamil, ia sekaligus menstimulasikan pusat pernafasan di bahagian otak hingga membuatkan udara yang masuk dan keluar semakin banyak.\n\nIni yang menyebabkan ibu mengalami keadaan kekurangan oksigen dan sesak nafas.\n\nSekiranya anda pernah ada sejarah penyakit asma maka ia boleh membuatkan keadaan kalian semakin teruk semasa mengalami sesak nafas.\n\nBahkan, ia juga boleh menyebabkan ibu mengalami infeksi saluran pernafasan yang membuatkan keradangan di organ tersebut.\n\n#3. Udara yang dingin atau sejuk\n\nUdara yang terlalu dingin juga boleh menyebabkan ibu sesak nafas ketika hamil kerana metabolisme tubuh lemah dan mempengaruhi paru-paru hingga pernafasan jadi semakin sukar.\n\nSesak nafas ini juga boleh terjadi disebabkan tekanan rahim yang terus membesar terhadap paru-paru terutama jika anda mengandung kembar atau kantung ketuban dengan jumlah yang banyak kerana beban ini membuatkan ibu memerlukan kerja keras untuk bernafas.\n\nCara mengatasi sesak nafas semasa mengandung\n\nIni beberapa cara yang dapat mengatasi masalah ini:\n\nSemasa menghadapi sesak nafas, duduk secara posisi menegak kerana ia bantu memberi ruang yang cukup bagi paru-paru supaya dapat mengambil oksigen yang diperlukan.\n\n2) Mengatur nafas dan fikiran dalam keadaan yang lebih tenang\n\nJika sesak nafas yang dialami disebabkan oleh stres, sila ambil waktu untuk tenangkan diri. Kemudian tenangkan fikiran dan rilekskan tubuh.\n\nSelain itu, ambil waktu untuk berehat dari kegiatan yang memenatkan tubuh anda seharian.\n\nApabila sesak nafas ini berlaku semasa ibu sedang tidur anda boleh menambah beberapa bantal untuk melegakan perasaan itu dan jika masalah ini semakin berlanjutan sebaiknya ibu berjumpa doktor.\n\n\u2013 Jangan terlalu terburu-buru dalam pergerakan seharian kerana ia membuatkan jantung berdegup laju seterusnya udara keluar dan masuk jadi cepat hingga membuatkan anda sesak nafas.\n\n\u2013 Buat olahraga ringan sahaja semasa mengandung dan tidak mengeluarkan banyak tenaga.\n\n\u2013 Hindari stres yang boleh menyebabkan otak rasa sesak sekaligus nafas jadi susah. Seeloknya sentiasa menjaga fikiran dengan lebih tenang dan bahagia.\n\n*Majoriti ibu hamil akan merasai kesukaran untuk bernafas kerana perut yang semakin membesar. Jadi, jangan pernah ponteng perjumpaan dengan doktor untuk memeriksa kesihatan kandungan dan ibu hamil. Ikuti jadual dan nasihat yang diberikan oleh doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asak di sini."
"Spaghetti Aglio Olio Adalah resepi yang tidak menggunakan tomato-based sauce, malah ianya hanya menggunakan bahan \u2013 bahan asas seperti minyak zaitun, bawang putih serta Parmesan cheese. Aglio e Olio bermaksud spaghetti bersama bawang putih dan minyak di dalam bahasa Itali. Ianya merupakan makanan tradisi Itali yang datangnya daripada Naples. Aglio Olio selalunya digabungkan dengan seafood seperti udang dan kepah.\n\nAglio Olio juga sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Ini kerana Aglio Olio tidaklah renyah dan tidak bersos. Jika anda mencarikan sesuatu yang mudah dan unik, Aglio Olio mungkin adalah pilihan anda. Tanpa kita membuang masa, jom tengok resepi yang telah dikongsikan oleh Sya Shamsuddin di Facebook dan telah mendapat beribu \u2013 ribu perkongsian!\n\nNota: Cili kering potong panjang \u2013 panjang, lebih kurang 4cm. Jangan kisar.\n\nNota: Nak gantikan garam dengan chicken stock pun boleh.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat beberapa lagi resepi menarik yang anda boleh cuba selain daripada resepi Spaghetti Aglio Olio ini. Sudah pasti ianya mudah dan ringkas! Oh ya, jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada rakan \u2013 rakan dan keluarga anda ya!"
"Bak kata orang, kasih ibu hingga ke syurga. Setiap umat manusia, pasti mempunyai ibu \u2013 individu yang bertarung nyawa melahirkannya dan membesarkannya. Beza, adakah kita diberi nikmat untuk merasa kasih seorang ibu atau tidak.\n\nKasih ibu ke syurga [\u044f\u03b1\u0432\u0432\u03b1\u03b7\u03b1! \u0442\u03b1q\u0432\u0432\u03b1\u2113 \u043c\u03b9\u03b7\u03b7\u03b1\u043d!]\n\nAlhamdulillah saya merupakan antara orang yang diberi peluang oleh Allah untuk merasa perasaan dikasihi oleh seorang ibu. Sedari kecil, ibu saya cuba untuk memberi yang terbaik. Walaupun sibuk bekerja, beliau tidak pernah walau sekali pun mengabaikan tanggungjawab beliau.\n\nSetiap pagi sebelum ke sekolah, pasti kami adik-beradik lengkap dengan sarapan dan bekalan ke sekolah. Makan malam tidak pernah yang ala kadar.Beliau pasti akan memastikan kami mendapat makan dan nutrien yang mencukupi.\n\nSayu apabila teringat, wajah keletihan beliau menguruskan rumah tangga 24 jam, tetapi bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman, sentuhannya penuh kelembutan, dan kata-katanya sentiasa berbaur dorongan serta semangat. InshaAllah syurga sahaja selayaknya tempat beliau.\n\nDi sini saya tertarik untuk berkongsi iklan yang sangat menyentuh hati melihatnya. Perasaan rindu pada ibu di kampung semakin membara. Apakan daya, jarak dan wang memisahkan kami :("
"Kesan stretch mark sememangnya menjadi mimpi ngeri bagi wanita yang pernah melahirkan. Anak dah masuk sekolah, tapi stretch mark masih ada lagi. Jangan runsing, jom kami kongsikan 14 petua hilangkan stretch mark yang paling mudah dan dijamin berkesan.\n\nAnda boleh buat sendiri di rumah. Bahan yang diperlukan cuma 2 biji aprikot. Sediakan aprikot. Bersihkan, potong dan keluarkan biji. Lenyekkan aprikot untuk mendapatkan pes.\u00a0Tampal pes aprikot tadi pada stretch mark anda. Biarkan selama kira-kira 15-20 minit. Basuh dengan air suam. Ulang setiap hari sehingga stretch mark anda hilang.\n\nOat juga boleh menghilangkan stretch mark. Apa yang anda perlukan ialah setengah cawan oat & 1 cawan air panas. Caranya, Masukkan 1 cawan oat dalam mangkuk besar & panaskan\u00a0dalam ketuhar mikro selama satu minit 30 saat.\nTuangkan air panas ke dalam mangkuk. Kacau.\u00a0Biarkan campuran sejuk sehingga suhu bilik.\n\nSapukan campuran ke kawasan yang mempunyai kesan stretch mark. Biarkan campuran pada kulit selama 10 minit. Bersihkan campuran di kulit dengan kain. Bilas dengan air sejuk. Sapukan losyen pelembab dan kolagen di kawasan tadi. Ulangi setiap hari selama dua minggu.\n\nKentang mengandungi 3 bahan utama iaitu\u00a0phytochemicals, polyphenols,\u00a0dan\u00a0carotenoids\u00a0yang membantu memperbaiki tekstur kulit. Caranya, potongkan sebiji kentang kepada 2 bahagian dan sapukan isi kentang ke tubuh yang terdapat parut\u00a0stretch mark. Biarkan seketika sehingga jus kentang meresap sepenuhnya sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali atau 2 kali sehari untuk mendapatkan kesan.\n\nSatu lagi kaedah mudah yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan stretch mark adalah dengan menggunakan jus lemon. Jus lemon bersifat asidik dan dapat membantu untuk memulihkan dan mengurangkan stretch mark pada badan. Caranya, ambil perahan jus lemon dan lumurkan ke bahagian kulit yang terdapat stretch mark. Gosokkan jus lemon dengan gerakan secara bulatan. Biarkan ia selama 10 minit sebelum bilas dengan air.\n\nMadu mengandungi antiseptik yang membantu memulihkan kulit daripada parut\u00a0stretch mark.\u00a0Caranya sangat mudah. Sapukan madu ke parut\u00a0stretch mark.\u00a0Sambil menunggu ianya kering, lakukan urutan lembut pada bahagian tubuh tersebut. Bilas seperti biasa dengan air suam dan ulangi langkah ini setiap hari.\n\nPutih telur kaya dengan protein yang membantu merawat komposisi kulit dan membantu menghilangkan stretch mark. Caranya, pukul sebiji putih telur dengan garfu dan gunakan berus lembut untuk menyapu telur tadi pada stretch mark. Biarkan sapuan tersebut mengering dan sapu lagi beberapa lapisan sehingga habis sebelum membilasnya.\n\nVitamin C yang terkandung dalam lemon dapat membantu memperbaiki kulit manakala timun pula memiliki ciri pelembap yang amat baik untuk kulit. Anda boleh membuat pes daripada jus lemon dan timun yang dikisar bersama. Sapukan pada bahagian yang berparut dan biarkan sehingga ia kering. Selepas itu, bilas seperti biasa.\n\nAloe vera mempunyai ciri istimewa untuk merawat dan memperbaiki kulit kita. Sebab itulah apabila seseorang mengalami luka atau kegatalan, penggunaan aloe vera amat disyorkan.\u00a0Sapukan aloe vera pada bahagian yang terdapatstretch mark.\u00a0Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Lebih elok jika anda gunakan gel aloe vera asli daripada daun lidah buaya kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia.\n\nSeelok-eloknya, gunakan minyak zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E di dalamnya. Lumurkan sedikit pada tangan dan urutkan pada kawasan yang mempunyai kesanstretch mark. Lebih elok lagi jika diamalkan sebelum tidur agar kesemua vitamin dan khasiatnya dapat diserap pada waktu malam.\n\nSelain minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa dara untuk menghilangkan stretch mark. Ianya berfungsi untuk melembutkan parut stretch mark dan memudarkannya.\n\nGula & kopi boleh digunakan sebagai cara menghilangkan\u00a0stretch mark\u00a0dengan menjadikannya bahan asas dalam skrub. Ini kerana, gula & kopi membantu membuang kulit-kulit mati pada kulit. Jenis gula yang boleh dipakai adalah gula putih, gula merah, atau gula organik. Untuk kopi, anda boleh gunakan jenis arabica.\n\nSkrub semulajadi ini boleh dibuat sendiri di rumah dengan mencampurkan gula & kopi sehingga menjadi pes yang kental dan bertekstur. Kalau nak mudah, anda boleh beli scrub kopi yang ada dijual.\n\nCoklat bukan sahaja sedap dimakan malah berguna juga untuk menghilangkan stretch mark. Bancuh satu sudu coklat bersama 3 sudu air suam. Sapukan ke stretch mark & biarkan sehingga kering. Kemudian bilas. Tapi jangan pula bawa tidur malam. Risau anda dihurung semut.\n\nSentiasa melembabkan kawasan yang ada stretch mark dengan shea butter.\u00a0Bahan ini merangsang pembentukan kulit baru agar stretch mark dapat dihilangkan. Sapukan shea butter selepas mandi kerana pada waktu ini kulit anda lembut dan lembap lalu dapat menyerap kelembapan dengan maksima.\u00a0Selain itu, sapukan juga setiap kali lepas solat 5 waktu. Teknik ini memang berkesan.\n\nBadan kita menggunakan Vitamin C untuk membentuk kolagen dibawah kulit dan tulang rawan. Pembentukan kolagen menggalakkan pembentukan sel kulit baru bagi menggantikan kulit yang ada stretch mark.\u00a0Untuk kesan yang terbaik, kami cadangkan anda dapatkan Vitamin C dari sumber makanan semula jadi. Di antara makanan yang tinggi vitamin C termasuklah:\n\nItulah dia 14 petua hilangkan stretch mark yang paling mudah dan dijamin berkesan. Semoga bermanfaat! Jemput juga abca artikel doa untuk anak, petua hilangkan kuning bayi dan petua hilangkan perut kembung bayi."
"Bila sebut perkataan keputihan, terbayang cecair putih yang keluar dari kemaluan wanita. Keputihan adalah normal sekiranya ianya jernih, tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan. Tapi awas jika keputihan anda bertukar warna dari putih kepada kekuningan atau pun kehijauan. Anda juga perlu melakukan sesuatu jika keputihan anda menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan serta mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.\n\nHari ini kami akan berkongsi tentang 20 punca keputihan yang ramai wanita tak tahu.\n\n1. Tidak mencuci kemaluan dengan betul\n\nRamai wanita tidak mencuci kemaluan dengan cara yang betul selepas ke tandas. Cara yang betul ialah basuh dengan air, bukannya tisu. Dan basuh dari hadapan ke belakang. Jangan sesekali lap kemaluan anda dari\u00a0 belakang ke hadapan.\n\nKenapa? Jika anda mengelap dari belakang ke hadapan, bakteria dari lubang dubur akan dibawa ke vagina. Ia adalah antara punca utama berlakunya keputihan.\n\nAnda menggunakan pencuci vagina ( feminine wash )? Tahukan anda bahawa pencuci wanita boleh menjadi punca keputihan tanpa anda sedari. \u00a0Jika keputihan anda berlaku selepas anda mula memakai pencuci vagina, sila berhenti. Dikhuatiri keputihan anda akan menjadi semakin serius.\n\nIni kerana pencuci vagina mengubah kadar PH vagina dan mengganggu flora yang ada.\n\nBerhati-hati dengan jamu yang membanjiri pasaran Malaysia pada hari ini. Pengambilan jamu boleh menyebabkan masalah keputihan. Lebih-lebih lagi yang jenis insert di mana anda perlu memasukkan jamu tersebut ke dalam vagina. Memasukkan benda asing akan mempengaruhi tahap kebersihan dan PH vagina. Malah boleh menyebabkan berlakunya jangkitan lalu berlakunya keputihan.\n\n4. Tidak mengeringkan kemaluan sebelum memakai seluar dalam\n\nBerapa ramai di antara kita yang terus memakai seluar dalam semasa kemaluan masih basah? Tidak mengeringkan kemaluan sebelum memakai seluar dalam akan menyebabkan seluar dalam & vagina berada dalam keadaan lembab.\n\nPersekitaran lembab menggalakkan pentumbuhan bakteria dan kulat lalu menyebabkan berlakunya keputihan.\n\nMemakai seluar dalam yang sama dalam tempoh yang lama juga boleh menjadi punca keputihan. Bila seluar dalam dipakai dalam tempoh yang lama, ia akan menjadi lembab akibat peluh. Ia bukan sahaja akan menyebabkan keputihan malah menjadi punca kemaluan anda berbau.\n\nBerapa ramai di antara kita yang tunggu tuala wanita penuh dengan darah sebelum ditukar dengan yang baru? Memakai tuala wanita yang kotor\u00a0 adalah punca keputihan. Jika anda datang bulan, pastikan anda tukar tuala wanita setiap 4 jam walau pun belum penuh.\n\nIni kerana tuala wanita yang dibasahi darah haid sarat dengan bakteria & kotoran. Jika tidak ditukar setiap 4 jam, bakteria tersebut akan masuk ke dalam vagina dan menyebabkan keputihan.\n\nTampon juga merupakan punca utama berlakunya keputihan yang teruk. Jika anda memilih untuk memakai tampon, bukannya tuala wanita, pastikan tampon yang digunakan adalah betul-betul bersih. Simpan di tempat yang bersih dan jangan lupa tukar setiap 4 jam walau pun belum penuh. Sama seperti tuala wanita.\n\nRamai wanita mengalami keputihan akibat tidak mencuci kemaluan selepas melakukan hubungan seks bersama suami. Selesai bersama, terus tidur sampai ke pagi tanpa pergi ke tandas untuk buang air kecil & mencuci kemaluan sehingga bersih.\n\nAkibatnya? Bakteria akan terus masuk ke dalam dan menyebabkan jangkitan lalu berlakunya keputihan.\n\nPernah tak anda baru suci dari haid, dah mandi wajib, lalu melakukan hubungan seks bersama suami. Selepas bersama, bila anda cuci kemaluan rupanya masih ada darah haid. Belum benar-benar bersih. Jika ianya berlaku, awas, anda mungkin akan mendapat keputihan.\n\nHubungan seks bersama kaum sejenis bukan sahaja boleh menyebabkan keputihan malah ia juga boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit kelamin dan AIDS yang membunuh.\n\nBertukar-tukar pasangan seks merupakan aktiviti yang menyumbang kepada berlakunya keputihan.\n\nPemakanan juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada berlakunya keputihan. Pengambilan gula yang berlebihan adalah punca keputihan. Ini kerana gula merupakan makanan bagi bakteria & kulat. Lagi banyak gula masuk ke badan, semakin banyak makanan untuk bakteria \u00a0dan kulat membiak & beranak-pinak didalam vagina anda.\n\nPerubahan hormon disebabkan oleh mengandung dan kedatangan haid juga adalah di antara punca keputihan. Jika keputihan anda berlaku disebabkan oleh mengandung, sila pantau supaya ianya tidak menjadi serius kerana keputihan yang serius boleh menyebabkan jangkitan kuman di pundi kencing, uretra, buah pinggang, malah boleh menjejaskan kandungan.\n\nRamai yang tak tahu bahawa penyakit diabetis boleh menjadi punca kenapa anda mengalami keputihan.\n\nPengambilan ubatan seperti antibiotik dan steroid juga boleh menyebabkan anda mengalami keputihan.\n\nPil perancang keluarga yang anda telan setiap hari boleh menyebabkan keputihan. Ini kerana ianya mempengaruhi hormon didalam tubuh badan.\n\nKeputihan juga boleh berlaku disebabkan menopaus. Penipisan dan pengeringan rahim akibat menopaus akan menyebabkan\nkeluarnya cecair keputihan dari kemaluan anda.\n\nAnda suka berendam dalam bath tub dan mandi buih? Hati-hati. Ia boleh menjadi punca anda mengalami keputihan. Ini kerana semasa anda berendam, vagina akan \u00a0berendam sekali dan memberi peluang kepada bakteria serta kulat \u00a0untuk masuk ke dalam vagina lalu menyebabkan berlakunya keputihan.\n\n19. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim\n\nJika anda seorang pesakit kanser, keputihan ialah di antara kesan sampingan yang akan anda alami.\n\nSelain kanser, radang pelvik juga boleh menyebabkan berlakunya keputihan.\n\nItulah dia 20 punca keputihan yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Semoga ianya bermanfaat buat anda. Insya Allah di masa akan datang, kami akan kongsikan tips dan petua untuk menghilangkan keputihan pula."
"Bihun sup utara ialah hidangan ala Melayu. Bihun sup utara selalunya dihidangkan bersama sup daging, tulang atau perut yang direbus hingga lembut. Untuk yang tidak suka daging boleh menggunakan ayam.\n\nBihun yang digunakan hanya bihun biasa, namun bihun direndam dalam air kunyit sehingga warnanya jadi kuning. Sambal merah sangat mempengaruhi kelazatan bihun sup utara.\n\nUntuk dapatkan rasa bihun sup dan sambal merah yang sempurna maka kami kongsikan resepi mudah yang dikongsikan oleh\u00a0Noorfazrina Aida\u00a0di Facebook. Sila ikuti resepi yang sudah kami kemas dengan elok ini.\n\nBihun sup utara ini boleh dijadikan hidangan untuk jamun raya, kenduri mahupun majlis lain. Yang merupakan ciri khas lain bihun sup utara ialah menggunakan taburan daun sup, bawang goreng dan lobak masin. Bahan hiasan ini melengkapi rasa bihun sup utara menjadi lebih gurih.\n\n1. Mula sekali, rendam 1 paket bihun dengan serbuk kunyit. Jika sudah bertukar warna, rebus sampai lembut kemudian tapis.\n\n1. Blender semua bahan-bahan untuk kuah.\n2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau.\n3. Kemudian masukkan air (agak-agak sahaja). Kacau sampai sebati kemudian masukkan rempah sup Adabi agak-agak sahaja.\n4. Kalau sudah sebati, masukkan 1 kg daging, boleh campur tulang, daging dan perut. Masak sehingga daging tadi lembut.\n5. Kemudian masukkan garam, gula dan chicken stock 2 kiub sahaja.\n6. Kalau sudah cukup rasa, boleh masukkan kayu manis 1 batang, bunga lawang dan buah pelaga. Jika dirasa semua sudah cukup rasa boleh tutup api.\n\n1. Tumis cili boh sehingga naik bau. Terus masukkan gula merah dan garam.\n2. Blender 1 biji besar bawang merah masukkan ke dalam cabai tadi. Tumis sehingga masak.\n3. Jika sudah masak, masukkan 3 sudu besar sos cili.\n4. Kacau sehingga sebati dan tutup api. Siap.\n\nBihun sup utara siap untuk dihidangkan. Anda boleh menambah bahan hiasan seperti daun sup, bawang goreng dan lobak masin. Jika mahu masam boleh perah limau nipis. Rasa makin power! Selamat mencuba.\n\nSelain resepi bihun sup utara, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
"\u2018Ginger\u2019 ataupun halia telah digunakan secara meluas dalam dunia masakan tidak mengira jenis. Khasiat\u00a0 halia sebenarnya sangat banyak. Ciri-cirinya pula adalah pedas, berangin, rasa pahit, ringan, melekit dan tebal menjadikannya banyak digunakan dalam pelbagai aplikasi seharian.\n\nTapi, pernahkan anda semua terfikir. Apakah yang ada dalam halia ini sehingga disebut sebut oleh pakar kesihatan kebaikannya?\n\nHalia, Zingiber officinale Roscoe dipercayai berasal dari China dan kemudiannya disebarkan penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. Antara negara yang menghasilkan banyak halia adalah India, China, Nigeria, Thailand dan Australia.\n\nPenanaman halia di Malaysia masih ditanam secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau ditanam bersama-sama dengan tanaman lain seperti nenas, getah dan minyak kelapa sawit.\n\nBerikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan halia ini menjadi pillihan utama dalam mengubati penyakit.\n\nAyuh sama sama kita lihat kebaikan halia untuk kesihatan dan kecantikan.\n\nSecara sejarahnya, amalan penggunaan halia sebagai rawatan tradisional dilakukan untuk merawat loya, muntah, masalah pendarahan dan pernafasan.\n\nBerdasarkan kajian ke atas halia setakat ini, terdapat lebih 400 sebatian berbeza dijumpai dalam halia yang boleh dikelaskan kepada 4 kumpulan utama berikut:\n\nAntara bahan bioaktif yang terdapat dalam halia ialah amadaldehyde, paradole, gingerdiol, gingerdiasetat, gingerenon, asid gingersulfonik, diterpense, gingerglykolipid A, B dan C.\n\nKesemua bahan ini mempunyai kesan kesihatan tersendiri. Antaranya adalah seperti berikut:\n\n#1 Mengawal Aliran Darah Yang Normal\n\nHalia mengandungi mineral kromium, magnesium dan zink yang membantu dalam meningkatkan kitaran darah dan juga menghalang daripada demam dan peluh yang berlebihan.\n\nKajian dari tahun 1989 hingga 2006 menyaksikan penemuan halia yang membantu peredaran darah ke seluruh badan dengan merangsang otot jantung dan melegakan aliran darah seterusnya mengelakkan ketegangan dan kekejangan.\n\nHalia telah terbukti sejak dahulu lagi sebagai pengubat bagi pelbagai jenis mual. Ini termasuklah \u2018morning sickness\u2019, mual selepas menjalani pembedahan dan mual selepas menjalankan rawatan kimoterapi.\n\nPara pengkaji mendapati bahawa kesan anti mual ini disebabkan oleh kesan gingerol dalam halia ke atas reseptor 5-HT3 yang menghilangkan rasa mual atau loya.\n\nBagi ibu ibu mengandung, usah bimbang! Pakar kesihatan FDA mendapati halia tidak membawa kesan yang memudaratkan pada bayi di dalam kandungan.\n\nHalia boleh meningkatkan kadar penyerapan nutrient yang penting daripada makanan yang kita makan. Oleh sebab itulah, halia banyak digunakan dalam pembuka selera memandangkan ia boleh membangkitkan selera dan membuatkan sistem pencernaan makanan anda lebih bersedia untuk menerima makanan.\n\nSejak lebih beribu tahun yang lalu, halia telah banyak digunakan sebagai penyembuh bagi demam selsema di sekitar Asia.\n\nUniversity of Maryland Medical Center mendakwa bagi orang dewasa,hanya 2 sudu besar air suam yang direndam halia yang sudah dicincang sudah memadai untuk mengubati demam dan selsema. Disarankan untuk mengambilnya 2 hingga ke 3 kali sehari.\n\nHalia adalah ubat yang terbaik bagi merawat masalah pencernaan dan mengelakkan sakit perut yang berpanjangan. Halia dikatakan mampu untuk mengurangkan kesakitan setanding dengan ubatan moden.\n\nTambahan pula, ada kajian yang melaporkan manfaat halia dalam merawat ulser dalam perut disebabkan sifat anti radang yang terdapat dalam sebatian bioaktifnya. Halia melindungi dinding perut daripada bahan yang menyebabkan ulser seperti asid, pepsin dan bakteria jahat.\n\n#6 Melindungi Diri Anda Daripada Kanser Usus\n\nPencegahan kanser usus boleh dibantu oleh halia apabila halia mempunyai ciri antiemetik sebagaimana yang dilaporkan oleh Gull et al. (2012) dan Lumb (1994).\n\nIni bermaksud, halia meningkatkan pergerakan usus dan merencatkan respetor serotonin yang seterusnya merangsangkan reseptor dalam laluan usus supaya sentiasa bekerja dengan baik.\n\nMemandangkan halia mengandungi enzim yang boleh mengurangkan kesakitan, maka tidak hairanlah jika ia dikenali sebagai ubat penahan sakit semula jadi.\n\nKajian Mahmoud et al. pada tahun 2012 menunjukkan bahawa halia terbukti menyekat isyarat cytokine yang merendahkan risiko serangan radang dan kesakitan.\n\n#8 Membantu Untuk Mengatasi Masalah Pernafasan\n\nHalia boleh membantu untuk menghilangkan kahak dan melegakan paru paru anda jika anda mengalami masalah pernafasan.\n\nMasalah pernafasan seperti batuk, sesak nafas dan sebagainya boleh diatasi dengan hanya meminum halia. Jangan lupa, halia juga boleh membantu melegakan kesakitan dengan cepat!\n\nKanser Ovari tersenarai antara 3 kanser yang paling kerap dihidapi oleh rakyat Malaysia terutamanya wanita. Hingga kini penawar untuk kanser ini masih belum ditemui. Tetapi, kita masih mempunyai rawatan semula jadi sebagai alternatif.\n\nSerbuk halia sebenarnya mempunyai potensi yang besar dalam mematikan sel kanser. Tindakan anti radang bahan-bahan dalam halia yang bertindak ke atas sintesis prostaglandin dilaporkan membantu dalam mengurangkan kekejangan akibat datang haid.\n\nMasalah kesihatan seperti strok boleh dijauhi dengan hanya memakan sedikit halia setiap hari. Halia membantu dalam memecahkan sel lemak yang berkumpul daripada saluran darah dan mengurangkan jangkitan bakteria di dalam perut.\n\nSelain itu, terdapat banyak laporan saintifik yang mengaitkan penggunaan halia sebagai agen antibakteria, antikulat, antioksidan dan antiparasit.\n\nBukankah halia ini penahan sakit semula jadi. Maka tiada masalah untuk mengubati sakit tekak dan batuk teruk.\n\n75% daripada wanita mengandung telah berjaya membuktikan bahawa halia sangat berjaya dalam mengubat \u2018morning sickness\u2019 yang biasa berlaku di trimester pertama.\n\nSebatian gingerol dan shoagol dilaporkan sangat membantu dalam menutup reseptor rasa alahan disebabkan struktur aromatik mereka yang jarang dijumpai dalam tumbuhan lain.\n\nJadi, jangan pandang rendah kepada halia!\n\nSetelah membaca mengenai kebaikan halia, mungkin ramai yang tertanya Tanya, \u201cBerapa banyak nak ambil sebenarnya?\u201d. Jangan risau. Kami sudah sediakan jawapannya kepada anda.\n\nMenurut kata pakar kesihatan, meminum air yang bercampur 2 sudu besar halia yang diparut sudah memadai. Lebih elok jika diminum 2 ke 3 kali setiap hari. Kebanyakan orang akan meletakkan madu bersama halia untuk rasa yang lebih baik.\n\nMeletakkan halia di dalam teh hijau juga salah satu idea yang terbaik. Tetapi, memandangkan sudah ramai orang yang meletakkan halia di dalam masakan, semakin sukar sebenarnya untuk mengagak kuantiti halia yang diperlukan.\n\nDengan kebaikan yang sebanyak itu serta mudah untuk didapati, halia adalah sesuatu yang kita patut amalkan setiap hari. Kenapa kita harus memilih supplement jika kita sudah ada yang semula jadi, bukan?\n\nSemoga pandangan anda terhadap khasiat halia berubah 100% selepas ini. Pasti rasa nak makan dengan sebanyak-banyaknya selepas ini.\n\nKami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain. Semoga ianya turut bermanfaat. Oh ya, jangan lupa untuk share dan kongsi dengan menekan butang share Facebook jika artikel yang dikongsi bermanfaat.\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof"
"Polimorfisme Panjang Cebisan Pemotongan atau Restriction Fragment Length Polymorphism (RFLP) merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam kaedah pemprofilan DNA iaitu kaedah menentukan ciri DNA subjek yang dikaji.\n\nBerdasarkan nama teknik RFLP ini, kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan sejenis enzim untuk memotong satu jujukan DNA yang panjang di mana polimorfisme berlaku.\n\nPolimorfisme adalah keadaan dalam DNA di mana terdapatnya kewujudan lebih daripada satu bentuk gen pada kromosom yang berasingan.\n\nRFLP boleh dilakukan pada kedua-dua kawasan DNA iaitu kawasan kod pengekodan (kawasan maklumat diwariskan) dan bukan pengkodan (kawasan yang tidak mengandungi maklumat DNA).\n\nSecara konsepnya, disebabkan terdapat variasi dalam jujukan DNA homolog (DNA sejenis), perbezaan antara dua atau lebih contoh DNA homolog yang timbul apabila dipotong dengan enzim, kita dapat membezakan dan membandingkan perbezaan tersebut menggunakan teknik makmal yang berkaitan.\n\nSatu jujukan DNA tertentu yang dikehendaki boleh \u2018diikuti\u2019 dan dikesan kerana DNA akan diwarisi ke sel-sel lain. Oleh itu, teknik RFLP telah menjadi alat yang berguna untuk analisis yang melibatkan sampel DNA seperti dalam ujian paterniti, pemetaan genom dan gen, penentuan risiko untuk penyakit dan membantu siasatan jenayah.\n\nSampel diperoleh menggunakan swabbing atau pengumpulan dari tempat kejadian. DNA diekstrak dari sampel menggunakan prosedur yang ditetapkan.\n\nDNA yang diekstrak perlu dipecahkan. Enzim sekatan digunakan untuk memotong DNA pada jujukan tertentu.\n\nJujukan DNA disusun sesuai dengan saiz mereka menggunakan elektroforesis gel agarose. Gel agarose adalah bahan seperti jeli yang mengandungi liang untuk laluan DNA. Arus elektrik digunakan, yang membolehkan molekul DNA bergerak melalui gel, mengakibatkan pemisahan dalam bentuk fragmen. Saiz yang lebih kecil akan bergerak dengan lebih cepat.\n\nIkatan heliks ganda dua DNA boleh dikaitkan dengan ikatan hidrogen yang kuat. Larutan alkali digunakan untuk memecahkan ikatan hidrogen dengan prinsip tindak balas asid. Jaluran tunggal DNA dihasilkan.\n\nGel agarose tidak lagi sesuai untuk digunakan dalam prosedur RFLP yang seterusnya. Fragmen DNA dipindahkan ke permukaan membran nylon nipis dalam teknik Southern Blotting ini. Fragmen DNA itu kemudiannya akan dianalisis.\n\nJaluran DNA tunggal akan dipasangkan dengan jaluran pelengkap khusus yang telah dilabelkan dengan isotop radioaktif. Isotop yang biasa digunakan ialah isotop fosforus. DNA yang terhasil melalui proses hibridisasi ini dipanggil sebagai probe DNA.\n\nRadioaktiviti probe DNA boleh dilihat pada filem X-ray. Hasilnya digunakan untuk membandingkan kedua-dua sampel selepas menjalani semua prosedur yang sama seperti yang dinyatakan di atas.\n\nBerikut merupakan contoh hasil RFLP yang digunakan untuk menentukan sama ada Abu merupakan ayah kepada anak Aminah yang bernama Ali.\n\nHasil analisis menunjukkan bahawa Abu berkemungkinan tinggi merupakan ayah kepada Ali kerana Ali mewarisi fragmen DNA yang sama seperti Abu.\n\nNamun, masih terdapat kemungkinan lelaki lain dengan corak fragmen yang sama merupakan ayah kandung Ali. Oleh itu, untuk ujian paterniti, lebih banyak loci (garisan fragmen) perlu diuji bagi mengesahkan analisis DNA ini (analisis ini mengesan 2 loci sahaja).\n\nSeterusnya, analisis RFLP diteruskan dengan penambahan sampel DNA. Hasilnya adalah seperti berikut:\n\nHasil analisis terbaru ini telah mengesahkan dengan jelas bahawa Abu bukanlah ayah kandung Ali disebabkan fragmen yang diwarisi Ali tidak terdapat pada Abu.\n\nAnalisis RFLP boleh digunakan untuk menentukan risiko penyakit fibrosis kistik (CF) melalui penentuan alel kromosom dalam keluarga.\n\nCF ialah penyakit resesif yang bermaksud individu dengan alel homozigot (sama) akan mendapat penyakit ini. Individu dengan alel heterozigot (berbeza) akan menjadi pembawa manakala alel jenis liar (wild type) tidak akan menghidapi penyakit ini. Contoh analisis RFLP untuk penentuan alel ini adalah seperti berikut:\n\nHal ini boleh diaplikasikan dengan meramal risiko anak untuk menghidapi sesuatu penyakit berdasarkan analisis alel ibu bapa.\n\nJika kedua-dua ibu bapa memiliki alel homozigot jenis WT, semua anak akan mewarisi alel WT untuk penyakit CF menjadikan keluarga tersebut bebas daripada ancaman penyakit tersebut.\n\nSekiranya ada ibu bapa yang memiliki alel heterozigot pembawa, masih ada risiko untuk anak-anak dilahirkan dengan penyakit tersebut.\n\nProfil DNA untuk siasatan kes jenayah\n\nSebagai contoh, dalam kes rogol, sampel DNA yang diambil adalah seperti\n\nContoh analisis RFLP dan perbandingan yang dibuat adalah seperti berikut:\n\nBerdasarkan hasil analisis, Suspek 2 adalah penjenayah yang dicari memandangkan jaluran fragmen DNA yang terbentuk sama dengan bahan bukti."
"Mesti anda tercari cari mana nak dapat resepi kek pisang yang gebu, enak dan yang paling penting, kurang manis. Anda telah datang ke website yang tepat kerana di sini memang terdapat kek pisang seperti yang anda semua harapkan\n\nKek pisang selalunya memang seronok di makan untuk minum petang lagi lagi dengan air panas. Memang terangkat rasa. Ayuh kita cuba resepi yang memang mantap ini!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Resepi Kek Coklat\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nPagi ini, saya nak sedekahkan resepi Kek Pisang yang saya gunakan untuk tempahan jualan. Kek pisang ini sangat simple, kurang manis dan rasa pisang 100%. Sesuai sangat untuk minum petang layan kopi atau teh O.\n\nDapat pula keluar je oven makan panas-panas, perghhhh.\u00a0Kebanyakan tempahan yang saya terima adalah untuk majlis-majlis dan kenduri-kendara tertentu\n\nSaya bagi tips bagaimana nak dapat Kek Pisang yang gebu dan lembut ye\n\n+ Saya gunakan 100% minyak jagung.\n+ Saya hanya gunakan Pisang Berangan untuk dapatkan bau yang wangi.\n+ Pisang yang dilecek biarkan seketika 10-15minit sebelum di mixer. Ini untuk dapatkan warna kek yang lebih gelap & menampakkan jalur-jalur pada kek nanti.\n+ Saya suka bakar hingga garing bahagian atas dan tepi kek. Sedap\n+ Kek Pisang yang cantik ialah apabila masak ia sedikit pecah atau merekah dibahagian atasnya.\n\nNota : mixer hingga kembang/ putih bahan bertanda *\n\nSelain resepi kek pisang, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Ibu yang selepas bersalin perlu berpantang bagi mengelakkan penyakit seperti meroyan dan untuk menyembuhkan luka bersalin. Pantang larang ketika bersalin perlu diikuti bagi mendapatkan semula bentuk badan asal sebelum hamil. Memakai bengkung adalah salah satu cara untuk mendapatkan semula bentuk badan asal.\n\nTetapi ada juga pantang larang yang tidak masuk akal dan diyakini boleh membahayakan kesihatan ibu. Pantang larang tersebut adalah jangan terlebih minum air masak semasa berpantang. Pantang larang ini adalah tidak benar kerana ketika berpantang ibu perlu minum air masak secukupnya.\n\nHal ini kerana, semasa bersalin, ibu telah banyak mengeluarkan tenaga dan banyak darah yang terkeluar. Maka untuk menggantikan semula, ibu perlu minum air secukupnya seperti orang biasa. Apakah sebab air penting bagi ibu berpantang?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai sebab perlu minum air secukupnya ketika berpantang. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nMinum air penting bagi ibu berpantang\n\nPengambilan air sangat mustahak untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat. Air merupakan komposisi penting untuk memastikan tisu badan sentiasa lembap, melindungi organ dan tisu badan, melarutkan mineral dan nutrien agar mudah diserap badan, menyeimbangkan suhu badan dan sebagainya.\n\nKetika hamil dan berpantang, amat penting untuk ibu untuk mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi untuk memastikan fungsi tubuh sentiasa berada di tahap optimum.\n\nTindakan mengurangkan pengambilan cecair boleh memudaratkan hingga menggalakkan pembentukan\ndarah beku. Ini boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kematian mengejut di kalangan ibu selepas berpantang atau dipanggil pulmonary embolism.\n\nDr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan mempunyai ulasan\nmengenai keadaan tidak sihat ini.\n\nMenurut kajian, jika dibandingkan ibu berpantang dan ibu yg sedang mengandung, kejadian darah beku ( thrombosis ) lebih senang berlaku pada ibu berpantang dengan perkadaran 5 kali ganda lebih tinggi pada ibu berpantang.\n\nDalam erti kata lain, darah beku ni boleh berlaku pada kedua-dua kumpulan iaitu ibu hamil dan ibu berpantang, tetapi ibu berpantang lebih senang kena.\n\nDarah ibu hamil lebih pekat, senang beku\n\nSelain daripada perubahan fisiologi badan semasa hamil menyebabkan darah ibu mengandung ini lebih pekat dari biasa dan senang membeku, kekurangan air ( dehidrasi ) atau tidak bergerak untuk tempoh masa yang lama, atau jangkitan kuman \u2013 boleh menyebabkan darah beku ini terhasil.\n\nAir mengelakkan ibu kekeringan dan membantu penghasilan susu ibu\n\nAir yg mencukupi bukan sahaja diperlukan untuk si ibu tidak mengalami kekeringan dan dalam masa yg sama penting untuk penghasilan susu badan.\n\n*Jangan sesekali hadkan minum air masak kerana air dapat membantu ibu berpantang untuk mengekalkan segesaran badan dan penghasilan susu badan. Minum air sebanyak 2 liter sehari, isipadunya sama banyak seperti orang biasa minum. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mencari resepi sotong yang menarik dan sedap?\n\nWalaupun terdapat pelbagai resepi masakan sotong yang menarik seperti sotong goreng, stim, bakar dan lain-lain, namun banyak antara masyarakat melayu sangat jarang masak sotong kerana tidak tahu resepi sotong yang sedap.\n\nUntuk mengatasi dan membantu anda agar mudah memilih resepi masakan sotong, kami telah tuliskan 25 resepi sotong yang sangat menarik, lazat dan unik. Seharusnya anda mencuba masak resepi ini di rumah dan manjakan lidah anda dengan masakan laut satu ini.\n\nTidak perlu takut dan risau lagi memikirkan menu masakan sotong. Kerana kami telah menyediakan untuk anda resepi sotong yang viral dan kami tulis dengan sangat rapi agar anda mudah memahaminya. Sila tengok dan praktikan resepi-resepi menarik di bawah ini.\n\n1. Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup\n\nRamai yang tanya resepi sotong goreng tepung rangup sebab ramai buat tapi tak menjadi. Macam mana tepung elok melekat dengan sotong? Bukan guna tepung serbaguna pun tapi sebenarnya resepinya mudah saja. Cuma kena tahu teknik yang betul semasa masak. Kalau ikut betul-betul resepi yang dikongsikan oleh Suzana Othman\u200e di Facebook anda boleh buat sotong goreng tepung dan tak payah takut minyak meletup-letup lagi.\n\nResepi ini adalah sambungan dan juga datang daripada Suzana Othman\u200e. Jom cuba resepinya.\n\n3. Resepi Sotong Phat Phet ala Thai\n\nMencari menu makan malam yang bernuansa Thailand? Sotong phat phet boleh jadi alternatif anda. Sekali cuba makan mesti nak lagi. Dihidang pedas lagi sedap. Sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Juma Natull\u200e di Facebook ini dan kongsikan masakan anda kepada jiran-jiran anda.\n\n4. Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur\n\nBiasanya sotong sumbat pulut, sekarang pula sotong sumbat telur. Tengok Gambar macam sedap kan. Rasa aslinya lagi sedap. Jom masak sambal sotong sumbat telur yang dikongsikan oleh Shikin Jaiz\u200e di Facebook ini. Berikut ini resepinya.\n\nResepi ini sangat simple dan sesuai untuk ibu bekerjaya. Anda yang tak sempat masak lauk ini itu, boleh cuba masak sotong bakar ini. Sila cuba resepi sotong bakar ala ibu bekerjaya yang dikongsikan oleh Amrina Meena\u200e di Facebook ini. Tak ada bawang tak ada tumis. Easy peasy! sudah jadi resepi favorit sekeluarga.\n\n6. Resepi Sotong Masak Kicap Pedas\n\nResepi memasak sotong yang nikmat lagi sedap, iaitu resepi sotong masak kicap pedas. Dimana resepi ini didapat daripada\u00a0Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebook. Ianya memiliki rasa manis daripada kicap dan juga pedas daripada cili padi. Sila cuba resepi ini.\n\n7. Resepi Sotong Stim Ala Thai\n\nMasakan Thai memang selalu menarik hati. Kali ini ialah sotong masak stim yang super duper sedap. Tunggu apalagi, jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Nor Eimma Sedek\u200e di Facebook. Selamat mencuba.\n\nAntara resepi sotong yang digemari ialah sotong sambal petai. Pasti makan sedap sampai menjilat jari. Merujuk pada resepi yang dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook, sotong harus direbus dahulu dan ditoskan. Tapi jangan lama takut nanti sotong jadi liat.\n\nResepi kerabu sotong terlajak sedap kali ini didatangkan daripada Baizura Abd Aziz di laman Facebook. Sotong haruslah juicy untuk menjadikannya sedap dimakan. Kerabu sotong biasanya disantap bersama bersama nasi putih. Jadi makin berselera makan.\n\nHidangan istimewa ini walaupun mudah didapati di kawasan Terengganu dan Kelantan, khususnya pada musim mencandat sotong, tetapi masakan ini sukar untuk didapati di luar pantai timur dan lebih sukar lagi untuk mendapat resepi enak. Maka untuk mendapatkan resepi ketupat sotong sedap, sila ikuti resepi ketupat sotong versi Kelantan yang dikongsikan oleh Fatin Pauzi di Facebook.\n\nBahan-bahan (Untuk makan 10 orang) :\n\n11. Resepi Udang Masak Hitam @ Sotong Dakwat\n\nCara mendapatkan warna hitam itu ialah daripada dakwat yang ada pada sotong. Jika biasanya sotong dibersihkan hingga paling bersih. Pada resepi ini pula bahagian dakwatnya itu tidak dibuang. Malah dimasak bersama dengan sotong. Resepi yang kami tuliskan ini dikongsikan oleh Yanti Alias\u200e di laman Facebook.\n\n12. Resepi Sotong Masak 3 Rasa\n\nResepi sotong seterusnya ialah sotong masak 3 rasa. Bukan hanya ikan yang boleh dibuat masak 3 rasa, tapi sotong pun sama. Resepi masakan yang dikongsikan oleh \u200eSiti Fatimah di laman Facebook ini menambahkan ubi kentang sekali. Tampilan masakan ini juga tidak kalah menarik.\n\nSiapa yang masak sotong percik guna pemanggang ajaib dan aluminium foil? Kali ini kami jemput anda mencuba resepi sotong percik yang dimasak dengan pan grill. Resepi oleh Mastura Mukhtar\u200e\u00a0di laman Facebook.\n\nMenu menyotong seterusnya ialah rendang. Rendang sotong sama halnya macam rendang biasa, menggunakan santan, bawang dan rempah lain. Wangi semerbak rendang sotong amat membangkitkan selera. Resepi dikreditkan kepada Norshahida Lambri di laman Facebook.\n\nPenggemar kari patut cuba resepi yang satu ini. selain dibuat sambal, rupanya seafood yang satu ini enak dimasak kari. Bayangkan lazatnya kari sotong untuk makan tengah hari. Sila cubakan resepi yang diteruskan dari laman Facebook oleh Norhamidah Abdul Hamid.\n\nNota : Sotong jangan masak lama-lama. Cukup sampai kuah mendidih, tutup api. Sebab sotong bila masak lama-lama akan liat.\n\n16. Resepi Sotong Masak Lemak Padang\n\nSeterusnya kita akan berkunjung ke masakan minang. Mesti ramai yang suka resepi ini apalagi jika anda suka pedas. Sotong masak lemak padang menitik air liur, amat sesuai untuk dijadikan lauk makan tengah hari. Resepi dikreditkan kepada Norhamidah Abdul Hamid yang berkongsi di laman Facebook.\n\nIdea masakan sotong berikutnya ialah sotong telur masin. Hidangan ini sedap untuk lauk makan malam. Rasa lauk ini enak lemak masin, dimakan dengan nasi putih atau di ratah macam itu sahaja pun sedap. Resepi sotong telur masin oleh Nita Wan di laman Facebook.\n\nNampla ialah sejenis penambah perisa makanan yang umumnya semacam sos ikan. Mari cuba masak hidangkan sotong nampla yang menyelerakan. Resepi daripada Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.\n\nMenu sotong yang menggairahkan ialah sotong masak lada. Tengok gambar pun tahu betapa lazat rasanya. Resepi ini menggunakan lada hitam jadi rasanya makin pedas tapi boleh anda sesuaikan ikut selera. Resepi oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.\n\n20. Resepi Gulai Lemak Sotong Bersama Timun\n\nKali ini kami ajak anda menggulai sotong bersama timun. Resepi sama macam gulai kunyit kuas kata orang Kelantan. Cuma ditambah sejemput biji ketumbar saja. Resepi dikreditkan kepada Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.\n\nUntuk menu makan malam ini baiknya anda masak sotong kam heong. Resepi cukup untuk 2-3 orang. Dikongsikan oleh Nurul Saadah Zainal di laman Facebook.\n\nResepi untuk mak-mak yang ingin masak simple tapi menarik. Jom cuba buat singgang sotong express. Nama express mestilah cepat siap bukan? Resepi dikreditkan kepada Ainul Nadzirah di laman Facebook.\n\nTahukah anda perisa asam mampu menaikkan selera makan. Terbayang lazatnya sotong masak air asam yang kaya akan rasa asam dan seafood. Mari masak sotong air asam resepi oleh Norhamidah Abdul Hamid di Facebook.\n\nSesiapa yang tidak suka sotong bila tengok gambar ini confirm terus terliur. Tengok gambar nampak sedap pula. Kadang-kadang tidak perlu berkata-kata, gambar pun sudah cukup memberikan makna. Resepi oleh Norhamidah Abdul Hamid di Facebook.\n\nBahan-bahan ini dicampur jadikan pes :\n\n24. Resepi Sambal Cili Api Sotong\n\nSiapa yang kalau beli sotong mesti cari yang bertelur? Rela tidak beli kalau tengok sotong tidak ada telur di dalamnya. Sotong masak cili api kering ini memang kesukaan ramai makan satu lauk saja cukup nikmat. Kami kongsikan resepi sotong masak cili api oleh Wani Sulinan di laman Facebook.\n\nResepi terakhir ialah yang paling mudah. Sambal sotong bunga ala bunga yang merekah. Sangat comel anak-anak mesti suka. Jom cubakan resepinya oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.\n\nTampak sangat mudah kan? Anda boleh membuat hidangan sotong yang istimewa dengan mengikuti resepi-resepi di atas. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi ikan, ada lagi koleksi masakkan menarik yang boleh anda cuba. Semuanya menarik."
"Tidak kira anda sedang berusaha untuk mengandung atau sedang merancang untuk tidak mengandung, mengetahui waktu subur adalah sangat penting dalam sebuah perkahwinan. \n\nMengetahui waktu subur adalah mudah sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang normal, namun akan sedikit susah sekiranya haid anda tidak menentu. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan berkongsi cara mengenali waktu subur wanita supaya mudah bagi anda merancang kehamilan.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan waktu subur seorang wanita?\n\nWaktu subur atau tempoh ovulasi adalah satu tempoh masa di mana berlakunya proses pengeluaran sel telur atau ovum dari folikel yang sudah matang ke tiub falopio. Ovum ini bersedia untuk disenyawakan. \n\nJika berlaku proses persenyawaan, wanita tersebut akan mengandung. Jika sperma boleh bertahan selama 7 hari dalam vagina seorang wanita,\u00a0sel telur atau ovum hanya mampu bertahan selama 24 jam sahaj setelah dikeluarkan. Oleh itu, merancang kehamilan adalah sangat berkait rapat dengan mengetahui waktu subur.\n\nBagaimana cara untuk mengira waktu subur bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal?\n\nSecara umum, kitaran haid yang normal dan biasa bagi setiap wanita adalah selama 28 sehingga 30 hari dalam setiap kitaran. Hari pertama darah haid anda keluar adalah hari pertama dalam kitaran haid tersebut. Untuk mengetahui berapakah bilangan hari dalam kitaran haid anda, anda perlu mencatat tarikh hair pertama anda datang haid pada setiap bulan. \n\nDari catatan tarikh tersebut, anda akan mengetahui jumlah harinya. Sekiranya haid bulan seterusnya datang pada hari ke-28, maka anda mempunyai kitaran haid yang normal iaiatu setiap 28 hari. \n\nUntuk mengetahui bilakah waktu subur anda, anda boleh membahagikan jumlah bilangan hari dalam kitaran haid anda kepada dua. Sebagai contoh, jika kitaran haid anda adalah 28 hari, bahagikan 28 kepada dua. Anda akan mendapat 14. \n\nMaka, waktu subur anda dengan kitaran haid 28 hari adalah pada hari ke 13 hingga hari ke 15 dalam kitaran haid anda. Sebagai contoh, jika hari pertama anda datang bulan ialah pada 1 Mei, maka waktu subur anda untuk kitaran tersebut adalah pada 13 sehingga 15 Mei. \n\nJika anda sedang berusaha untuk mengandung, pastikan anda bersama suami pada tiga tarikh tersebut supaya tidak terlepas peluang untuk mengandung. Sekiranya anda sedang meracang untuk tidak mengandung, anda boleh elakkan daripada bersama pada tarikh tersebut atau gunakan kondom semasa bersama.\n\nBagaimana cara untuk mengira waktu subur bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur:\n\nBagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur, menentukan waktu subur adalah agak rumit dan mungkin ianya tidak tepat. Bagi mendapatkan jumlah hari dalam kitaran haid anda, apa yang perlu dilakukan ialah catat kitaran haid anda untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan yang terkini. Lebih lama tempohnya, adalah lebih baik.\n\nContoh catatan yang boleh anda lakukan ialah:\n\nDaripada catatan anda, dapatkan kitaran terpanjang dan kitaran terpendek. Bagi contoh catatan di atas, kitaran yang terpanjang ialah 44 hari manakala kitaran yang terpendek ialah 25 hari. Daripada kitaran terpanjang dan kitaran terpendek tadi, anda boleh teruskan dengan membuat pengiraan dengan cara yang berikut:\n\nCara mengetahui waktu subur wanita dengan menggunakan kalendar kehamilan atau applikasi dalam telefon bimbit\n\nDalam zaman moden yang serba canggih ini, anda tidak perlu lagi mengira waktu subur anda secara manual. Anda boleh gunakan kalendar kehamilan atau aplikasi dalam telefon bimbit yang sangat mudah. \n\nApa yang perlu anda lakukan ialah masukkan tarikh pertama anda datang haid, dan applikasi tersebut akan menghitung waktu subur untuk anda. Di antara aplikasi waktu subur yang paling mudah untuk digunakan dengan kiraan yang tepat bagi pengguna Iphone adalah:\n\nBagi pengguna android, anda boleh memuat turun aplikasi mengira waktu subur yang paling mudah untuk digunakan dengan kiraan yang tepat seperti senarai berikut:\n\nItulah dia info tentang cara kira waktu subur wanita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang perbezaan darah haid dan istihadah"
"Keluarga bahagia adalah idaman setiap pasangan yang berumah tangga. Untuk mendapat keluarga bahagia, semua ahli keluarga memainkan peranan yang penting tak kira si ibu, bapa, malah anak-anak. Keluarga bahagia bukan sahaja berbahagia di dunia malah adalah menjadi impian semua untuk terus berbahagia di akhirat. Nak tak kalau kami kongsikan ciri-ciri keluarga bahagia sebagai panduan kita semua?\n\nMakan dan solat bersama setiap hari\n\nPernah dengar orang kata keluarga yang makan dan solat bersama setiap hari akan mempunyai ikatan kasih sayang yang sangat kuat dan sukar untuk dipisahkan. Ianya adalah sangat benar dan tidak dapat dinafikan lagi. Mungkin anda tertanya-tanya, pada zaman moden ini masing-masing sibuk dengan tanggung jawab. Ibu dan ayah sibuk dengan kerjaya. Anak-anak sibuk dengan pelajaran masing-masing. Macam mana pula nak makan dan solat bersama?\n\nJom kami kongsikan tips yang boleh anda amalkan:\n\nKeluarga adalah segala-galanya dan paling penting dalam dunia\n\nJika kita memiliki keluarga bahagia, pastinya kita akan merasakan bahawa keluarga adalah segala-galanya buat kita. Takde benda lain dalam dunia yang lebih penting daripada keluarga. Malah segala yang kita lakukan adalah demi keluarga tercinta. Setiap pagi apabila kita celik mata dari tidur, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah keluarga. \n\nApa pun perkara dan keputusan yang kita lakukan, semestinya akan dilakukan dengan meletakkan keluarga sebagai sandaran utama. Lebih -lebih lagi bagi si bapa yang memegang jawatan sebagai ketua keluarga. Kalau anda sedang mengalami apa yang kami tulis ini, tahniah! Sememangnya anda memiliki sebuah keluarga yang bahagia.\n\nCiri keluarga bahagia idaman semua yang seterusnya ialah kita semua akan bersama-sama berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana kita sedar bahawa keluarga bahagia bukan sahaja bergembira di dunia malah akan bersama berkumpul dan berbahagia di syurga nanti. Di antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah bersama-sama ialah:\n\nBerasa paling bahagia bila berada di rumah berbanding di luar \n\nSeseorang yang mempunyai keluarga yang bahagia akan berasa paling bahagia apabila berada di rumah berbanding berada di luar. Inilah yang dikatakan rumahu syurgaku. Semasa berada di pejabat, hati akan sentiasa teringatkan suami, isteri, dan anak-anak di rumah. \n\nHati tak sabar untuk balik ke rumah. Habis sahaja waktu bekerja, bergegas nak sampai ke rumah dan bukannya memilih untuk melepak bersama kawan-kawan bersembang di kedai kopi atau mamak.\n\nApabila terpaksa berjauhan dengan keluarga, contohnya disebabkan oleh tuntutan kerja, hati akan sentiasa berasa rindu kepada rumah dan tak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga. Inilah dia ciri keluarga bahagia yang paling ketara. Kemanisannya hanya boleh dirasa oleh mereka yang bertuah sahaja. \n\nCiri-ciri keluarga bahagia idama semua yang terkahir ialah seronok untuk melakukan aktiviti bersama-sama, tak kisah apa pun perkara yang dilakukan. Semasa bujang, mungkin kita banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan. \n\nTak kira sama ada melepak di mamak bersembang sampai ke pagi, hiking, berkonvoi, bermain futsal, dan sebagainya. Apabila sudah berkeluarga, sepatutnya kita lebih berasa seronok untuk meluangkan masa bersama keluarga.\n\nTiada lagi sesi hujung minggu bersama kawan-kawan, sebaliknya digunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama ialah:\n\nItulah dia info tentang ciri-ciri keluarga bahagia dan diberkati Allah idaman semua yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga kita semua memperoleh keluarga bahagia yang selamat bukan sahaja di duni malah sehingga ke syurga. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang peranan ibu bapa memupuk amalan menabung, peranan ibu bapa, dan tanggung jawab seorang suami."
"Seringkali kita sering memarahi anak untuk perkara yang kita nampak. Kadang-kala kita lupa untuk memunasabah diri tentang perkara itu mungkin sebenarnya lain daripada apa yang difikirkan.\n\nUmur saya 6 tahun, saya sekolah di pra-sekolah. Budak-budak takut kawan dengan saya sebab kata saya \u2018jahat\u2019. Ada yang tarik baju saya dan kata saya \u2018budak tak betul\u2019. \n\nCikgu selalu marah sebab kata saya tidak boleh duduk diam, tidak mahu ikut aktiviti macam murid lain dan selalu ganggu mereka. Saya tidak boleh bagi tumpuan lama-lama. Kalau kerja sekolah susah saya tidak mahu buat sebab saya tidak tahan tengok buku lama-lama.\n\nSaya tidak boleh duduk satu tempat lama-lama. Jadi saya tidak tahan kalau kena berbaris, kena tunggu giliran atau kena duduk di kerusi melukis lama-lama. Ummi saya tidak boleh bawa saya ke shopping mall sebab saya \u2018buat benda bahaya\u2019.\n\nSaya lari ke jalan dan tak pandang kereta atau motor lalu. Saya selalu kena marah sebab \u2018buat\u2019 adik. Kadang-kadang saya tengok ummi dan ayah geleng kepala tidak larat kawal saya.\n\nDua minggu sekali saya pergi terapi, kemudian jumpa doktor dan kena makan ubat. Orang kata saya \u201ctak normal\u201d, saya budak \u201cOKU\u201d. Dulu ummi susah nak cari orang jaga saya sebab semua orang tidak tahan jaga saya. Jiran-jiran pun tidak mahu beri anak dia main dengan saya sebab saya ganas.\n\nSaya pernah tengok ummi menangis. Saya tidak tahu kenapa.\n\nDoktor kata saya ada ADHD. Maknanya ada masalah dengan aktiviti otak di bahagian inferior prefrontal cortex bahagian kanan dan kiri caudate menyebabkan fungsi eksekutif otak hadapan saya terganggu.\n\nBahagian ini mengawal tumpuan dan tingkah laku. Bila bahagian ini terganggu, maka saya sukar mengawal tingkah laku dan tidak boleh fokus pada sesuatu seperti orang lain.\n\nDoktor juga beritahu, ada kajian oleh NIMH menunjukkan otak kanak-kanak dengan ADHD 3-4% lebih kecil. Ada kes yang perlu ubat untuk stabilkan bahan kimia otak bernama dopamine dan serotonin. Doktor kata ubat ini bukan untuk buat saya jadi bodoh dan bukan juga ubat \u2018gila\u2019.\n\nSelain ubat, doktor suruh ummi bawa saya ke cikgu OT untuk belajar \u2018fokus\u2019 dan \u2018behavioural modification\u2019. Saya tidak tahu apa tapi saya seronok sebab cikgu ajar saya seorang sahaja. Tidak ada budak lain buli saya.\n\nDoktor kata ada budak yang boleh sembuh, ada juga yang ada ADHD sampai besar. Tapi apa pun, macam ummi kata, saya nak jadi anak yang soleh, berguna walaupun saya ada ADHD.\n\nKalaupun saya tak dapat straight A macam budak lain, saya juga nak berjaya. Berjaya dalam definisi saya sendiri.\n\nSebab doktor, ummi dan ayah cakap, bukan salah saya. Saya bukan budak nakal, jahat, ganas atau budak \u2018hyper\u2019.\n\nSaya ada ATTENTION DEFICIT AND HYPERACTIVITY DISORDER"
"Kulit kusam dan tidak bermaya menyebabkan seseorang itu kelihatan tidak bersemangat dan kurang daya tarikan. Keyakinan diri pun boleh terganggu! Mari ketahui punca kulit kusam terutamanya kulit muka yang kelihatan tak bermaya.\n\nKulit yang sihat mengandungi komposisi sebum (minyak) yang seimbang, kelembapan yang tinggi, liang pori yang mengecil dan licin.\n\nMasalah kulit seperti kulit kering, jerawat, acne, pengelupasan, berminyak dan kusam menjadikan penampilan seseorang tidak menarik. Hal ini banyak dikaitkan dengan gaya hidup dan penjagaan kebersihan wajah.\n\nTerdapat juga mereka yang mudah hilang rasa keyakinan diri dan berhadapan dengan tekanan emosi apabila kulit wajah mereka mengalami masalah-masalah kulit yang disebutkan tadi. Sekalipun tidak mempunyai kulit muka yang licin bak telur yang dikupas, kebersihan wajah boleh dinilai dengan penampilan kulit yang anjal dan tidak kusam.\n\nUntuk mengetahui langkah rawatan atau pencegahan yang terbaik bagi menangani masalah kulit kusam ini, punca kulit kusam perlulah diketahui. Berdasarkan ulasan dan laporan oleh pakar dermatologi dan perubatan, berikut merupakan punca kulit kusam yang harus anda ketahui:\n\n1. Kekurangan Air dalam Badan Masalah Dehidrasi\n\nKeadaan dehidrasi atau masalah kekurangan air akan menyebabkan penurunan isipadu aliran darah ke bahagian kulit yang mengakibatkan penampilan kulit yang pucat dan kusam.\n\nMalah, jika keadaan dehidrasi ini berlanjutan, kulit anda akan mengalami masalah kulit yang lain. Contohnya:\n\nKeadaan kulit kering akan menyebabkan pengumpulan sel kulit mati pada permukaan kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk mencuci muka DAN melakukan proses pengelupasan \u201cexfoliating\u201d sendiri.\n\nProses exfoliating ini bertujuan menyingkirkan lapisan kulit mati yang terbentuk pada permukaan kulit sehingga menjadi punca kulit kusam.\n\nTerdapat dua jenis cara exfoliating iaitu secara kimia (menggunakan produk krim di pasaran) dan secara fizikal (scrub atau berus pembersih). Dinasihatkan, anda elakkan daripada melakukan kedua-dua jenis exfoliating secara serentak.\n\nPenyingkiran kulit mati seterusnya akan menjadikan kulit lebih cerah.\n\nSelain itu, masalah kulit tidak lembab apabila anda jarang menggunakan krim pelembab boleh menyebabkan masalah kulit kusam.\n\nKebanyakan bahan krim pelembab di pasaran akan mengisi lapisan kulit dengan lemak semula jadi dan lipid untuk memberikan rasa dan permukaan yang lembut.\n\n3. Tekanan Perasaan dan Masalah Emosi\n\nWalaupun tidak mempengaruhi secara fizikal, tekanan perasaan sebenarnya boleh menyebabkan masalah kulit kusam secara tidak langsung.\n\nSebenarnya, apabila kita berada dalam keadaan tertekan, sejenis hormon yang bernama kortisol akan dirembeskan oleh otak. Kandungan kortisol ini akan menyebabkan gangguan aliran darah ke bahagian kulit terganggu.\n\nDi samping itu, hormon kortisol ini dilaporkan mempengaruhi proses penyembuhan kulit semula jadi dan melambatkan pembentukan sel kulit yang baru.\n\nBerdasarkan kajian, kita perlu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi selama 6-8 jam pada setiap malam.\n\nKetika kita tidur, sistem tubuh badan akan menggunakan masa ini untuk membaiki mana-mana keadaan sel yang tidak sihat dan menyumbang kepada penghasilan sel yang baru.\n\nAntara kesan tidur yang tidak cukup ialah penampilan kulit yang kusam. Semakin lama anda tidak mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti, semakin rendah kecekapan kulit untuk kembali anjal dan sihat.\n\nPencemaran yang berlaku boleh menyebabkan kulit kusam dengan serangan bahan pencemar ini mengganggu kesihatan kulit.\n\nSelain itu, faktor seperti kelembapan yang rendah pada cuaca panas terik, kawasan berangin kuat, kawasan industri dan pendedahan sinar UV yang tinggi akan menjadikan kulit semakin tidak dilindungi.\n\nDalam satu kajian, perbandingan kulit wanita yang tinggal selama 20 tahun di bandar dan di kawasan kampung telah dibandingkan. Persekitaran kampung yang lebih segar dan kurang bahan pencemar menunjukkan kualiti kesihatan kulit yang lebih baik.\n\nSudah terang lagi bersuluh, tabiat merokok boleh menyebabkan ancaman kesihatan secara keseluruhan dalam jangka masa pendek dan panjang.\n\nBahan karsinogenik yang terkandung dalam rokok menimbulkan gangguan kepada struktur dan kesihatan sel kulit. Penguraian kolagen akan berlaku dengan kehadiran asap rokok, seterusnya menyebabkan kulit kurang anjal dan mudah berkedut yang menjadi punca kulit kusam.\n\nHal ini telah diuji secara klinikal oleh para penyelidik dari Hospital Universiti Kebangsaan Seoul, Korea Selatan pada tahun 2001.\n\nAntara punca kulit kusam lain yang boleh dikaitkan dengan masalah kulit ini secara tidak langsung adalah seperti:\n\nRingkasnya, antara punca kulit kusam ialah kekurangan air dehidrasi, masalah kulit, tekanan perasaan, kurang tidur, persekitaran yang kotor, tabiat merokok dan lain-lain faktor.\n\nMasalah kulit kusam ini boleh menjadi penanda awal kepada kualiti dan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Dengan gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang, anda boleh mendapatkan kulit yang sihat dan manfaat kesihatan yang lain bagi seluruh tubuh. Jemput juga abca artikel kulit cantik semulajadi dan petua kulit muka glowing"
"Tahukah anda bagi umat Islam yang tidak berkesempatan untuk mengerjakan haji anda boleh juga meraih ganjaran pahala yang melimpah dengan melaksanakan puasa Arafah?\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai niat, cara melakukan puasa Arafah dan kelebihan yang boleh umat Islam perolehi.\n\nHari Arafah adalah sebahagian daripada rukun haji. Ia merujuk kepada hari di mana jemaah haji berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah.\n\nIbadah ini adalah puncak berkumpulnya seluruh jutaan jemaah Haji dari segenap pelosok dunia. Daripada Abdulrahman bin Ya\u2019mur, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\n\u201cHaji adalah Arafah.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat al-Tirmizi, No. 814)\n\nDalam surah Al-Baqarah, ayat 198, Allah SWT berfirman yang bermaksud:\n\n\u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062c\u064f\u0646\u064e\u0627\u062d\u064c \u0627\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0628\u0652\u062a\u064e\u063a\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0651\u0628\u0650\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7 \u0641\u064e\u0627\u0650\u0630\u064e\u0622 \u0627\u064e\u0641\u064e\u0636\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0627\u062a\u064d \u0641\u064e\u0627\u0630\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0634\u0652\u0639\u064e\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u0650 \u06d6 \u0648\u064e\u0627\u0630\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0652\u0647\u064f \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627\u00a0\u0647\u064e\u062f\u0670\u0649\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06da \u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u0647\u0656 \u0644\u064e\u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0636\u064e\u0651\u0627\u06e4\u0644\u0650\u0651\u064a\u0652\u0646\u064e\n\n\u201cTidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,\u201dtalbiah\u201d dan tasbih) di tempat Masy\u2019ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.\u201d\n\nSelain itu dari Abu Qatadah Al-Ansari, Rasulullah SAW juga bersabda:\n\n\u201cBerpuasa pada Hari Arafah, aku mengharapkan Allah mengguguran dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Muslim)\n\nSecara umumnya, cara mengerjakan puasa Arafah adalah sama seperti mana-mana puasa yang lain. Puasa Arafah dimulai dari imsak hingga terbenamnya matahari (waktu berbuka puasa). \n\nSepanjang tempoh berpuasa, kita perlu elak dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperrti makan, minum, dan hal-hal lain yang membatalkan puasa. \n\nNamun begitu, ia juga berbeza dari segi lafaz niat yang perlu dibaca. Berikut adalah lafaz niat puasa Arafah:\n\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u00a0\u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e\u00a0\u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\nNawaitu sauma \u2018Arafata sunnatan lillahi ta\u2019ala\n\n\u201cSahaja aku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta\u2019ala.\u201d\n\nPuasa ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan haji. Sebaliknya bagi jemaah haji pula mereka disunatkan supaya tidak berpuasa pada hari berkenaan.\n\nHal ini supaya jemaah haji dapat menguatkan mereka untuk berzikir dan beribadah kepada Allah dengan lebih bersungguh-sungguh dan fokus semasa sedang berkumpul di sana nanti.\n\nTerdapat banyak manfaat berpuasa pada hari Arafah yang boleh anda jadikan pemangkin untuk terus tekun mengerjakan ibadah dan amalan baik kepada Allah. Antara hikmahnya adalah seperti:\n\nBerpuasa pada Hari Arafah dijanjikan oleh Rasulullah SAW untuk menggugurkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang, sebagaimana diriwayatkan dalam hadis oleh Abu Qatadah Al-Ansari.\n\n\u201c\u2018Puasa pada hari tersebut (Hari Arafah) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.\u201c\n\nSetiap amalan yang dilakukan pada Hari Arafah akan mendapatkan pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT. Antara amalan yang boleh dilakukan adalah ibadah puasa, solat, zikir, dan sedekah.\n\nHari Arafah adalah hari yang diberkahi, di mana Allah SWT melimpahkan rahmat dan keampunan Nya kepada umat Islam yang beribadah dengan ikhlas dan tulus.\n\nPada hari ini, banyak umat Islam yang memperbanyak amal ibadah, seperti puasa sunat, solat, zikir, dan bersedekah.\n\nPada Hari Arafah, doa-doa yang dipanjatkan oleh umat Islam memiliki peluang yang lebih besar untuk dikabulkan oleh Allah SWT.\n\nOleh kerana itu, umat Islam disarankan untuk memperbanyak doa pada hari ini, memohon ampunan, rahmat, dan hidayah dari Allah SWT.\n\n\u201cSebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, \u201c\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u201d. (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).\u201d \u2013 (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)\u00a0\n\nSelain dari panduan mengerjakan puasa arafah ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan puasa seperti:"
"Serum wajib digunakan oleh wanita bagi rawatan dalaman dan luaran kulit wajah yang bermasalah selain dapat menyihatkan kulit. Hampir 90% wanita dalam kalangan remaja mengalami masalah kulit muka berminyak dan berjerawat. \n\nMaka penting untuk amalkan serum. Serum juga terbaik dalam memudarkan jeragat dan bintik hitam. Jom lihat antara 15 serum terbaik yang berkesan untuk kulit wajah anda.\n\nWardah Cosmetik adalah penjagaan kulit wajah halal yang dikeluarkan di Malaysia. Serum Wardah C-Defence ini sangat sesuai untuk anda yang berkulit normal, berjerawat dan berminyak. Ia membantu menghalang radikal bebas dan kotoran sekaligus mengelakkan pertumbuhan jerawat baru.\n\n2. L\u2019Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Plumping Serum\n\nTerdapat banyak khasiat Hyaluronic Acid serum ini untuk mereka yang berusia. Ia dapat mengurangkan penuaan atau kedutan pada wajah. Selain bebas dari paraben, serum terbaik ini juga sangat sesuai dipakai walaupun kulit sensitif. Ia juga dapat memudarkan bintik hitam serta jerawat.\n\n3. Olay White Radiance Light Perfecting Essence\u00a0\n\nSerum terbaik yang tak dinafikan lagi adalah Olay White Radiance Light. Rasanya lebih ringan di wajah, mudah menyerap dan lebih segar. Ia dapat mencerahkan wajah dan menghilangkan kulit kusam dengan menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat.\n\n4. \u00a0NUTOX Advanced Serum Concentrate (30ml)\n\nNutox Advanced serum amat terkenal dan menjadi rebutan ramai tambah-tambah lagi para isteri yang berumur 28 tahun dan ke atas. Serum ini membantu menghilangkan garis-garis dan kedutan di wajah serta membentuk wajah lebih runcing dan cantik.\n\n Tak salah jika anda nak mencuba Nutox Advance Serum ini, \u00a0kandungannya tiada paraben dan mempunyai 2 kali ganda Bird Nest. Jenama antarabangsa ini pastinya berkesan untuk kulit wajah anda!\n\n5. Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum Whitening\u00a0\n\nEUCERIN Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ini sangat berkesan dalam memudarkan bintik hitam dan masalah kulit cela. Kulit akan lebih segar, sihat dan cantik setelah sel kulit mati keluar. Amalkan pemakaian serum terbaik ini setiap hari.\n\n6. SOMEBYMI AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum\n\nSerum terbaik dari Some By Mi ini diformulasikan dari ekstrak Tea tree dan boleh dikatakan agak semulajadi. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk kulit wajah, tetapi juga untuk tubuh badan.\n\nKulit tampak lebih berseri dan lembab sepanjang hari. Tambahan pula, jerawat akan mengecut dan ia dapat mengawal kadar minyak berlebihan pada kulit muka.\n\n7. NANOWHITE Dark Spot Corrective Serum\n\nNANOWHITE Dark Spot Corrective Serum yang mempunyai sukatan 30ml ini sebenarnya amat sesuai untuk wanita yang berusia muda ataupun remaja. Kebaikannya adalah ia dapat menghilangkan jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam dan putih di wajah serta banyak lagi.\n\nSerum ini mengandungi Vitamin C, Tea Tree Oil dan alga laut yang juga membantu menghalang penghasilan minyak kulit wajah berlebihan. Setiap lapisan kulit akan dirawat dengan baik sekaligus memberikan toner warna kulit yang sekata.\n\n8. \u00a0Clinelle Whiten Up Brightening Serum\n\nSelain itu, Serum terbaik berjenama Clinelle Whiten Up Brightening yang bersukatan 20ML ini menjadi pilihan ramai para isteri dan semua wanita. \u00a0\n\nSerum ini berfungsi mencerahkan wajah, melembabkan kulit wajah dan mengatasi masalah kulit kering. Jika anda was-was dengan serum di luar sana, Clinelle serum ini amat dipercayai ramai dan terbukti selamat oleh pakar kulit (Dermatologically Tested).\n\n9. \u00a0Pure Vitamin C Hyaluronic Acid Serum Anti Aging\n\nPercaya atau tidak, serum yang sarat dengan Vitamin C sangat berkesan untuk mengelakkan penuaan kulit wajah. Salah satu serum terbaik dan popular dalam kalangan wanita dan para isteri adalah Serum Pure Vitamin C Hyluronic Acid.\n\nSerum terbaik dan popular ini adalah 100% daripada vitamin C yang mempunyai banyak manfaatnya. Menariknya, kesan parut di wajah menjadi pudar dan hilang sekiranya anda mengamalkannya secara berterusan.\n\n10. \u00a0Bio-Essence Bio Bounce Collagen Essence\n\nTak sabar nak dapatkan kulit wajah yang lebih anjal dan cerah. Bio-Essence Bio Bounce Collagen Essence ini adalah serum terbaik dan popular boleh anda gunakan untuk cerahkan kulit. Kulit mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya dengan serum ini. \n\nSerum terbaik ini juga bersifat antioksida, melembabkan wajah dengan sempurna dan memutihkan wajah. Nak ph kulit seimbang dan sihat, kenalah pakai Bio Essence Bounce Collagen ini setiap hari!\n\n11. \u00a0Bio-Essence Tanaka Bio White Advance Whitening Serum \n\nPernah dengar Tanaka serum? Inilah dia serum terbaik dan popular yang turut dikenali sebagai pemutih dan penghilang segala jeragat dan jerawat. \n\nMenariknya, serum ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit wanita sama ada kulit kasar, licin, sensitif dan sebagainya. Bio-Essence Tanaka Bio White Advance menjadikan kulit anda lebih cerah dan bersih dengan selamat.\n\nPara wanita pasti tak sabar lagi memakai serum ini. Dr Beau serum ini cukup popular dan terkenal sebagai serum terbaik di Malaysia. Pakar kecantikan pun memakainya.\n\nIa diperbuat daripada Roseship Oil dan Argan Oil yang segar dan menjadikan kulit wajah berseri-seri. Banyak manfaat argan oil dalam mencantikkan kulit wajah boleh anda nikmati dengan memakai Dr. Beau Serum.\n\n13. Innisfree Green Tea Seed Serum\n\nBeauty Green Tea, ramuan kaya asid amino yang membantu mengekalkan kelembaapan kulit. Mempunyai kandungan ekstrak teh hijau Jeju dan campuran minyak biji teh hijau, membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit yang tidak menentu serta meningkatkan pengekalan kelembapan. Penggunaan produk ini mampu menjadikan kulit lebih licin dan lembut.\n\nSelain itu, reka bentuk botol yang menarik dan menggunakan penutup skru pintal menjadikannya tidak mudah rumpah walaupun terbalik. Serum ini juga mempunyai bau bunga yang menyegarkan dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitive atau kombinasi. Serum ini juga mengurangkan minyak di muka anda.\n\nSerum ini mempunyai warna putih bersih dan mudah diratakan pada kulit. Teksturnya yang cair dan tidak meninggalkan kesan yang melekit menjadikannya antara serum pilihan ramai. Serum ini menjadikan kuit anda lebih lembap dan sangat sesuai bagi mereka yang biasanya terdedah dengan cahaya matahari.\n\nSerum ini bebas dari wangian. Sebagai tambahan kepada ekstrak mugwort dan ekstrak teh hijau untuk sifat antioksidannya, ia juga mengandungi panthenol dan sodium hyaluronate untuk penghidratan, dan madecassoside, asiaticoside dan asid asiatik untuk menenangkan. Jika anda mencari serum yang menarik, apa kata cuba serum ini!\n\nJenama serum ini sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Kandungan bahan serum ini juga sangat baik untuk kulit termasuk dengan kandungan collagen yang pastinya dapat merawat kulit anda. Bungkusan serum ini juga sangat cantik dengan menggunakan botol kaca dan warna putih. \u00a0\n\nAntara kebaikan menggunakan serum ini ialah anda dapat mencerahkan kulit, mengurangi bintik hitam dan bekas jerawat, mengurangi masalah kulit berminyak, melembabkan, memperbaiki tekstur kulit, dan menjadikan kulit anda kekal muda. Serum ini mampu mencegah hiperpigmentasi pada kulit dan dapat meningkatkan elastisitas kulit.\u00a0\n\nBerikut adalah serum terbaik dan berkesan yang boleh anda cuba. Pilih sahaja mana yang anda suka. Jom baca juga Smartphone terbaik di Malaysia, laptop terbaik dan Vitamin C terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Bermain gajet memang menyeronokkan tetapi bahana yang akan dihadapi jika terlalu obses dengannya. Umum telah ketahui bahawa penggunaan gajet lebih banyak mudaratnya berbanding manfaatnya. Tambahan lagi jika TIADA pemantauan langsung daripada ibu bapa. \n\nNamun, zaman beredar begitu pantas. Penggunaan alatan teknologi semakin tidak dapat dielakkan. Ambillah jalan bersederhana, pemantauan ibu bapa itu sangat penting apabila membenarkan anak menggunakan gajet. \n\nIkuti juga garis panduan yang dikeluarkan oleh Akademi Pediatrik Amerika Syarikat (APA) tentang had masa yang disyorkan untuk pendedahan skrin terutamanya bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah.\n\nMungkin tips di bawah ini juga boleh dijadikan panduan tambahan dalam mengurus anak bermain gajet:\n\n1. Jelaskan Baik Dan Buruk Pengaruh Gajet\n\nBimbingan daripada ibu bapa adalah sangat penting dalam penggunaan gajet oleh anak-anak. Mereka perlu kerap membuat pemantauan agar anak-anak tidak membuka aplikasi yang memudaratkan.\n\nTerangkan kebaikan dan keburukan penggunaan gajet kepada anak-anak daripada pelbagai aspek seperti kesihatan, sosial dan emosi.\n\nIbu bapa perlu tetapkan masa penggunaan gajet oleh anak-anak. Contohnya, mereka hanya dibenarkan untuk menggunakan gajet pada hujung minggu selama 30 minit sahaja.\n\nIbu bapa perlu pastikan PERATURAN yang ditetapkan ini tidak dilanggar, 30 minit tetap 30 minit. Tiada kompromi!. Demi mengelakkan penggunaan gajet yang berlebihan dan boleh memudaratkan.\n\n3. Tunjukkan Aplikasi Yang Bermanfaat Kepada Anak\n\nIbu bapa perlu membimbing anak-anak untuk menggunakan teknologi dengan cara yang betul dan bermanfaat. Tunjukkan kepada mereka aplikasi bermanfaat seperti Starfall yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mempelajari Bahasa Inggeris.\n\n4. Rangsang Minat Anak Untuk Berkongsi Idea Kepada Masyarakat\n\nTerinspirasi dengan cara Dr. Siti Rohana dalam menggunakan teknologi dalam berkongsi minat anak-anaknya di media sosial. Sebagai contoh, Dr. Siti telah membuka satu akaun fb page Bakes With Lil Maryam khusus untuk anak bongsunya berkongsi pelbagai resepi dan cara membuat kek yang lazat dengan cara yang sangat mudah melalui video yang dirakam.\n\n5. Cetuskan Idea Yang Menarik Dalam Penggunaan Gajet\n\nIbu bapa juga boleh mendidik anak untuk menggunakan medan sosial sebagai salah satu medium untuk berkongsi minat atau menjadikanya sebagai platform perniagaan.\n\nUsaha ini telah dilakukan sendiri oleh Puan Ilyani Munsarikh untuk menggalakkan anaknya, Dhuha Tihani 8 tahun berniaga secara online. Baru-baru ini, anaknya melalui akaun fb TEA Honey telah menjual pre loved shawl dengan harga yang murah. \n\nDengan membuka peluang anak berniaga secara online, secara tidak langsung mendidik mereka bagaimana menjana pendapatan sendiri dan membina keyakinan diri dalam berinteraksi dengan para pelanggan yang sudah pasti lebih berusia daripada mereka.\n\n6. Ibu Bapa Perlu Tegas Dengan Peraturan Yang Ditetapkan\n\nSetiap peraturan mesti diikuti oleh anak. Peneguhan positif (positive reinforcement ) atau peneguhan negatif (negatif reinforcement) boleh dilaksanakam andai peraturan yang ditetapkan tidak dituruti oleh mereka. Contohnya, penggunaan gajet ditarik balik pada hujung minggu. \n\n7. Jangan Benarkan Penggunaan Gajet Di Tempat Tertutup\n\nPerkara ini adalah penting kerana untuk memastikan penggunaan gajet berada dalam kawalan orang dewasa terutamanya ibu bapa.\n\n Jangan sesekali membenarkan mereka menggunakan gajet di dalam bilik atau di tempat lain yang tertutup kerana sudah pasti apabila kawalan longgar, akses kepada saluran yang tidak bermanfaat itu sukar dikawal.\n\n8. Jelaskan Perkara Do\u2019s And Don\u2019t Dalam Pengunaan Gajet\n\nPeraturan perlu jelas. Ibu bapa perlu tegas dengan peraturan yang ditetapkan. Jangan biarkan anak memanipulasi peraturan yang dibuat kerana sekali dibiarkan, perbuatan itu akan berulang kerana sudah biasa \u2018melanggar peraturan\u2019 tanpa ambil peduli akan peraturan yang telah ditetapkan.\n\n9. Dapatkan Pandangan Pakar Jika Anak Sudah Ketagih Terhadap Gajet\n\nMata rabun, mata juling, kemahiran motor yang lemah, masalah pertuturan dan sebagainya ini merupakan antara kesan yang kita dapat lihat akibat daripada penggunaan gajet yang berlebihan.\n\nPastikan anak anda segera mendapatkan rawatan dan bantuan daripada pakar yang terlatih jika mendapati anak sudah ketagih dengan gajet.\n\nIngat! KAWAL penggunaan gajet sebelum terlambat. Prevention Is Better Than Cure!\n\n10. Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak\n\nWalau bertapa mahalnya harga atau kecanggihan sesuatu gajet itu, masih tidak boleh sama sekali setanding dengan masa berkualiti yang diluangkan bersama anak.\n\nBina bonding bersama anak itu sejak dari kecil kerana kehadiran ibu bapa dan orang tersayang di samping mereka itu lebih bermakna berbanding dengan hanya berdamping dengan gajet semata-mata.\n\nSumber: Buku \u2018365 Tip Didik Anak Gaya Nabi\u2019, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki."
"Apabila kerajaan telah mengumumkan Work From Home (WFH) atau belajar secara online di rumah, rata-rata yang memerlukan telefon bimbit atau laptop untuk akses aktiviti pembelajaran dan pekerjaan.\n\nSelagi boleh jimat, pasti anda inginkan harga yang berpatutan dan berbaloi bukan? Tapi jangan lupa untuk semak spesifikasinya terlebih dahulu, penting untuk lihat kegunaan dan kualitinya.\n\nJom lihat antara laptop terbaik 2022 menarik yang pastinya berbaloi untuk kegunaan anda atau anak-anak.\n\nBagi anda yang mencari laptop pertama, Acer Aspire 5 ini sangat sesuai dan merupakan laptop terbaik untuk anda guna. Ia lengkap dengan papan kekunci lampu latar, mempunyai proses pantas (AMD Ryzen 7) dan ia juga tidak terlalu besar iaitu kurang dari 2Kg.\n\nPenggunaan yang lama juga tidak menjadikannya terlampau panas malah volume laptop ini sangat baik.\n\nTahukah anda, Asus ROG Zephyrus G14 ini merupakan laptop terbaik 2021 dimana ia mempunyai spesifikasi yang tertinggi\u00a0dan bakal memudahkan anda. \n\nSama ada untuk kegunaan kerja pejabat, peribadi atau bermain game sekalipun, prestasinya cukup efektif, pantas dan terbaik. Bentuknya juga amat cantik dan penuh style! \n\nPaparan skrin laptop ini adalah anti-silau manakala jangka bateri pula sangat kuat iaitu bertahan kira-kira 11 jam ke atas. Terdapat juga pengimbas cap jari pada laptop terbaik 2022 ini.\n\nSiapa yang tak kenal laptop Dell, jenama laptop dan komputer yang tersohor di dunia. Dengan harga yang mampu milik serendah RM 2000 ke bawah, anda boleh dapatkan Dell Inspiron 15 dengan 8 GB RAM bersama 256 SSD tambahan 1 TB HDD.\n\nIa menggunakan cip prosessor AMD Athlon Silver dan tidak terlalu berat beratnya kira-kira bawah 2 kg sahaja. Tidak menjadi halangan untuk anda bawa ke mana sahaja.\n\nAsus sangat terkenal sebagai salah satu jenama laptop terbaik di Malaysia. Dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, ia sangat berbaloi dengan kegunaan dan ciri-cirinya.\n\nSama seperti laptop Dell Inspiron 15, Asus M415D-ABV119T ini mengandungi cip AMD Athlon Silver. Ia telah dipadankan dengan 4GB dan 512 SSD. Kapasiti memori yang tinggi membolehkan anda menggunakannya dalam jangka masa yang panjang tanpa bimbang.\n\nApple Macbook Air menjadi kegilaan ramai dimana ia didatangkan dengan 3 variasi iaitu emas, perak dan kelabu perak (space gray). Macbook sangat tinggi kuasanya dimana dapat menjimatkan tenaga dan bateri juga 30& lebih lama daripada laptop lain.\n\nCip laptop terbaik ini sangat berkualiti, pad sentuhanm paparan dan papan kekuncinya juga sangat baik dan selesa digunakan. Sekiranya anda pernah menggunakan laptop dan kemudian beralih ke Macbook, pastinya ia lebih selesa dan menarik digunakan.\n\nMenggunakan prosessor AMC Athlon, laptop terbaik berjenama Lenovo IdeaPad3 ini memiliki 4GB RAM dan 256 SSD kapasiti memori. Saiz skrin 14 inci ini memudahkan urusan pekerjaan harian anda. harganya juga sangat berpatutan iaitu bawah dari RM 2,000.\n\nLaptop terbaik HP Specter x360 14 mempunyai tenaga yang sangat kuat. Bateri dan penggunaannya adalah bertahan sehingga 17 jam dan ia hanya memerlukan masa selama 45 minit sahaja untuk penuh separuh bateri.\n\nSelain itu, terdapat 2 pilihan prosessor yang boleh anda pilih. Antaranya adalah Intel Core i5-1135G7 lengkap dengan 8GB RAM pada harga RM6,099 manakala satu lagi adalah Intel Core i7-1165G7 serta 16GB RAM pada harga RM7,099. Anda boleh memilih mana-mana mengikut bajet anda sendiri.\n\nJarang anda dengar akan jenama JOI Book 155 Pro ini bukan? Namun tahukah anda, laptop terbaik ini adalah jenama laptop buatan Malaysia. Dengan harga yang mampu milik bawah RM 2,000, ia amat sesuai digunakan untuk kerja atau pembelajaran.\n\nCip Intel Celeron N4120 beserta Intel UHD Graphics digunakan dalam laptop ini. Kualitinya juga terbaik dengan berat yang agak ringan iaitu 1.43 kg sahaja. Maka, mudahlah untuk anda bawa ke mana sahaja.\n\nRamai yang jatuh cinta dengan Dell XPS 13 2 in 1 ini kerana bentuknya yang begitu tipis. Namun ia agak sedikit lebar. Selain Windows 10, ia juga didatangkan dengan Windows Hello dan Windows Ink. Laptop terbaik ini sangat menarik untuk digunakan.\n\nKualiti laptop ini juga terletak pada kuasa prosessor Intel Core generasi 7 dan RAM 16 GB. Memori penyimpanannya pula adalah SSD dengan kapasiti 512 GB.\n\nSalah satu jenis laptop berjenama Lenovo adalah Lenovo Thinkpad X1 Carbon. Kualiti laptop terbaik ini dikatakan setanding dengan Macbook Pro 13 dari segi spesifikasinya. Hebat bukan?\n\nLenovo Thinkpad X1 memiliki port yang sangat banyak, memiliki software yang lebih luas dan besar iaitu bersifat open source serta close source, malah ia memiliki komponen yang pelbagai untuk diupgrade bergantung kepada bajet pembeli.\n\nLenovo Thinkpad X1 juga merupakan satu inovasi yang sangat berbaloi untuk pengguna laptop yang menggunakan teknologi secara secara kerap atau 24 jam.\n\nModel Microsoft Surface Pro 7 ini boleh digunakan sebagai tablet kerana rupa bentuknya yang fleksibel. Ia juga tidak berat iaitu 1kg sahaja beratnya dan sangat mudah dibawa ke mana-mana. Jika tidak cas, bateri dapat bertahan sehingga 6 jam. \n\nHuawei Matebook D 15 ini sangat sesuai digunakan untuk pelajar universiti. Ciri laptop terbaik ini amat ringan, skrin pula 15,6 inci menampakkan ia cukup kemas dan mewah. Ia boleh disimpan di dalam beg dan sangat mudah dibawa ke mana-mana.\n\nLaptop jenama Huawei ini juga menggunakan mesin CPU dan GPU AMD Ryzen dan baterinya tahan selama 5.5 jam. Nampak seperti tak terlalu lama tempoh masa, namun penggunaan USB-C akan menjadikan cas bateri ini lebih cepat. \n\nApple MacBook Pro dikatakan laptop terbaik 2022 yang boleh anda pilih untuk membuat sebarang kerja secara online. Ia sama seperti anda gunakan iphone dan juga peranti Apple yang lain. Jangka hayat baterinya juga agak lama kira-kira 11 jam. \n\nCiri-ciri terbaik boleh anda dapatkan adalah ia mempunyai paparan retina 16 inci, ruang penyimpanan sebesar 512 Gb dan prosessor Intel Core i7.\n\nHP Probook yang diperbuat dari Amerika Syarikat ini amat terkenal sebagai laptop gaming. Ia juga sesuai untuk kerja grafik, photoshop dan AutoCAD.\n\nKelebihan laptop terbaik ini adalah ia lengkap dengan VGA connector dan HDM1, maka ia sesuai untuk Dota, GTA V, CO Duty dan lain-lain lagi. HP probook 450 ini juga memiliki teknologi sistem keselamatan thumbprint, card reader dan juga jack audio.\n\nHP Pavilion 14 amat sesuai digunakan untuk orang muda atau pelajar. Maklumlah, ia mempunyai rangkaian USB Type-C dan Port HDMI, maka mudah untuk menghubungkan laptop dengan mesin di mana-mana.\n\nIa dilengkapi dengan Windows 10 home yang baru, merangkumi CPU Intel Core i5-8250U generasi 8, Intel UHD Graphics 620 GPU, RAM 8GB dan SSD 256GB dan hayat bateri adalah selama 11 jam. \n\nPelbagai pilihan laptop terbaik 2022 boleh anda lihat. Namun, pilihlah mengikut kesesuaian penggunaan anda. Jom baca juga Smartphone terbaik di Malaysia, Produk Hilangkan Parut, Skincare Korea terbaik dan Day Cream Terbaik."
"Anda makan daging masak hitam? Mungkin anda biasa mendengarnya. Tetapi jika belum, anda mungkin patut cuba resepi daging masak hitam ini.\n\nResepi daging masak hitam ini sememangnya amat popular disajikan ketika hari raya. Tapi, boleh juga jika anda ingin menjadikan daging masak hitam ini sebagai juadah makan tengah hari anda. Pasti seisi keluarga anda akan makan sehingga menjilat jari!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Saba Natasha\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nDaging Masak Hitam yang serius sedap buat makan dengan ketupat palas. Makan dengan lemang dan pulut kuning pun boleh tak rugi buat gerenti lincin periuk.\n\nSeperti dijanjikan sis share resepi. Semua boleh share dan tag kawan kawan resepi yang mudah dan gerenti sedap ni. Gerenti Sedap\n\nNota 1 : (Tips nak cepat empuk masukkan garfu dalam bahan masak tadi) tutup periuk masak api sederhana kacau sesekali sehingga daging empuk/lembut\n\nSelain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Labuan merupakan sebuah pulau yang mempunyai pantai yang indah dan dasar laut yang cantik, menjadi kegilaan para scuba divers dari serata dunia. Ia juga kaya dengan tempat bersejarah. Jom kami kongsikan 16 tempat menarik di Labuan yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.\n\n1. Kampung Air Patau-patau 1, Labuan\n\nKampung ini didiami oleh keturunan Melayu Brunei yang menetap sejak 1930-an. Namun ada juga yang mengatakan kampung ini telah wujud sejak abad ke-19 iaitu 1836 semasa Labuan mendapat nama \u201cLabuhan\u201d sewaktu pemerintahan Sultan Brunei yang kedua.\n\nPatau-Patau telah dimusnahkan oleh bom semasa Perang Dunia II tetapi telah dibina semula. Rumah-rumah kampung di sini dibina mengikut tradisi nenek moyang terdahulu di atas air menggunakan tiang kayu di kawasan teluk. Ia mempunyai platform untuk berjalan kaki bagi penduduk dan pelawat berjalan dari satu rumah ke rumah yang lain. Kampung ini juga boleh dikatakan kampung air moden.\n\n2. One Stop Duty Free Shopping\n\nTerletak betul-betul di tengah bandaraya Labuan, One Stop Duty-free Shopping adalah tempat untuk anda membeli-belah pelbagai barangan menarik dengan harga bebas dari cukai. Di antara barangan bebas cukai di sini\u00a0adalah coklat, mutiara dan banyak lagi produk lain yang dihasilkan penduduk tempatan seperti saho, sambal dan tapai.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.00am \u2013 9.00pm)\n\nPantai Pohon Batu adalah sebuah pantai yang terletak sebaris dengan Pantai Pancur Hitam. Untuk pengetahuan anda, Pantai Pohon Batu terkenal dengan panorama indahnya sewaktu matahari terbenam. Jika anda ke sini, anda juga dapat melihat warung-warung kayu yang dibuka di tepian pantai indah ini dengan jualan makanan laut segar.\n\nTiada apa yang lebih menyeronokkan jiwa daripada menikmati pemandangan mempesonakan bawah lindungan pokok-pokok kasuarina dengan makanan yang masih segar hasil tangkapan nelayan di sini.\n\nAlamat:\u00a0Pohon Batu Smpang 26 (Pohon Batu), Labuan\n\nLabuan Botanical Gardens didirikan di atas tapak kawasan yang pernah menempatkan bangunan kerajaan yang digelar Bumbung 12 dibina oleh penjajah dengan seni bina yang cukup unik pada tahun 1852.\n\nBumbung 12 ini juga merupakan tempat tinggal Sir James Brooke dan pernah menjadi rumah persinggahan King Edward VIII (The Prince of Wales) sewaktu kedatangannya ke Labuan pada tahun 1922. Namun pada tahun 1945, bangunan ini dan sebahagian besar kawasan di sekelilingnya musnah dibom oleh tentera bersekutu. Yang tinggal hanyalah sisa bangunan serta sebuah tangki air.\n\nKini tapak ini menempatkan sebuah taman botani indah dengan sebuah taman bunga raya pelbagai spesies, taman herba, sebuah tasik buatan dengan jambatan merentasinya, laluan refleksologi, gazebo, taman permainan kanak-kanak dan rumah pondok di atas pokok. Ingin berseronok dengan anak-anak dalam taman yang menyegarkan? Datanglah ke taman botani ini.\n\nAlamat:\u00a0Labuan Botanical Garden, 708, 87000 Labuan\n\nTerletak tidak jauh dari Victoria Town. Sebuah pantai yang cukup indah terutama sekali ketika waktu matahari melabuhkan tirainya sekitar pukul 5.30 ke 6.30 petang.\n\nSambil menikmati pemandangan yang memukau ini anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di tepi pantai ini seperti cendol, sate, air kelapa yang menyegarkan dan banyak lagi. Bagi anda yang sukakan aktiviti menyelam, keindahan pemandangan di kawasan permukaan laut biru ini sama indahnya dengan flora dan fauna di dalam lautnya yang penuh warna-warni.\n\nCukup kaya dengan pelbagai jenis ikan, kerana ini jugalah Pantai Layang-Layang juga turut terkenal dalam kalangan kaki pancing.\n\n\u00a0Alamat:\u00a0OKK Daud Road, Pulau Labuan\n\n6. Taman Damai & Tugu Penyerahan Jepun\n\nDi tepian Pantai Layang-layang, terletaknya dua lagi tarikan lain di Labuan iaitu\u00a0Taman Damai & Tugu Penyerahan Jepun. Taman Damai dibina dengan sumbangan daripada Japan Shipbuilding Industry Foundation dan juga keluarga mereka yang terkorban sewaktu pencerobohan Jepun.\n\nPembinaan taman ini adalah untuk menjadi simbol keharmonian antara Malaysia dan Jepun. Di sebelahnya pula terletak Tugu Penyerahan Jepun, di sinilah peristiwa bersejarah di mana Angkatan Tentera Jepun yang diketuai Leftenan Jeneral Masao Baba telah menyerah kepada Tentera Australia pada tarikh 10 September 1945. Banyak perkara bersejarah yang dapat anak anda pelajari di sini bukan? Lain perasaannya apabila dapat melawat lokasi bersejarah ini sendiri.\n\n\u00a0Alamat:\u00a0OKK Daud Road, Pulau Labuan\n\nLabuan War Memorial Cemetary\u00a0menempatkan tanah perkuburan tentera-tentera yang gugur sewaktu pencerobohan Jepun di Kepulauan Borneo pada tahun 1945. Terdapat sebanyak 1,788 buah kubur di memorial ini yang turut menempatkan warga Australia dan India.\n\nAntara lain yang turut disemadikan di sini adalah Jack Mackey (1922\u20131945) dan Tom Derrick (1914\u20131945) yang pernah menerima Anugerah Kepujian Keberanian Victoria Cross.\n\nAlamat:\u00a0Labuan War Memorial Cemetary, 87000 Labuan\n\nBangunan 2 tingkat yang berbentuk seperti kerang,\u00a0Muzium Marin Labuan\u00a0ini cukup menarik untuk dilawati bersama keluarga. Bagi anda yang tidak berani menyelam di dalam air laut, di sinilah anda\u00a0 dapat mendekati flora dan fauna marin yang bukan sahaja daripada kawasan laut, malahan juga dari paya bakau.\n\nMenempatkan lebih daripada 570 koleksi, lawatan ke muzium ini pasti membuat anda jatuh cinta dengan keindahan dan kekayaan spesies hidupan dalam laut, mungkin ramai yang nak jadi penyelam lepas ini? Antara ruang pameran yang terdapat di sini adalah Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Batu Karang,\n\nMaklumat Kapal Karam dan Seksyen Paya Bakau. Di tingkat atas muzium ini pula mempamerkan banyak lagi maklumat tambahan yang lain yang melibatkan peralatan menyelam, peralatan memancing klasik dan moden, serta banyak lagi informasi berkaitan spesies hidupan marin.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.00am \u2013 6.00pm)\n\nAlamat:\u00a0Muzium Marine Labuan, Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan, Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun.\n\nSudah puas berjalan di sana-sini sekitar Labuan, tiba-tiba terdengar bunyi dong! dong! dong! sebuah jam, dari mana lagi datangnya bunyi ini di tengah bandaraya Labuan kalau bukan dari Menara Jam Labuan yang penuh bersejarah.\n\nPada asalnya, menara jam ini dibina pada tahun 1906 sumbangan daripada seorang peniaga terkemuka Melaka, Chee Swee Cheng. Menara ini merupakan salah satu daripada empat buah struktur lain di Bandar Labuan yang terselamat daripada pengeboman tentera bersekutu.\n\nSedihnya pada tahun 1948 pihak British telah merobohkan menara jam ini dengan janji ia akan dibina kembali, namun begitu, menara ini sebaliknya telah dibina kembali oleh Perbadanan Labuan pada tahun 2002.\n\nJadi, menara jam yang anda dapat lihat kini adalah replika menara yang asal. Untuk pengetahuan anda, jam ini akan mengeluarkan bunyi pada setiap jam, oleh itu, rancang masa anda betul-betul untuk mendengar bunyinya ya?\n\nSetelah melalui jalan dengan pemandangan yang indah untuk sampai ke\u00a0Muzium Chimney, anda akan disambut pula dengan kisah misteri yang menyelubungi muzium ini. Misteri di sebalik muzium ini bukanlah sesuatu yang meremangkan bulu roma, tapi tentang fungsi menara chimney ini sendiri.\n\nWalaupun diberikan nama chimney ataupun cerobong asap namun tiada kesan pembakaran yang ditemui pada dinding sebelah dalam menara ini. Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api kerana terletak di kawasan tanah tinggi dan kerana kewujudan sebuah pelabuhan di Lubung Temiang pada suatu ketika dahulu.\n\nTeori yang lain pula mengandaikan yang menara ini mungkin juga sebuah menara jam, namun, di mana pula jamnya? Menara yang pelik namun inilah yang menjadikan ia menarik untuk dilawati, tambahan lagi di kawasan sekitarnya merupakan tapak pelombongan arang dari tahun 1847 hingga 1911 sewaktu pemerintahan British.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.00am \u2013 5.00pm) | Hari Pertama Raya Puasa\u00a0 & Haji Tutup\n\nAlamat:\u00a0Muzium Chimney Kg Lubok Temiang Jalan Tanjung Kubong 87000\n\nTidak jauh dari Muzium Chimney, terletaknya\u00a0The Bird Park Labuan\u00a0dengan 3 buah kubah besar dikelilingi oleh lanskap flora yang indah. Bagi anda yang suka melihat burung-burung yang dicipta dengan penuh warna-warni ini, dapatlah anda melihat dengan sepuas hati lebih daripada 580 spesies burung tanpa perlu membawa teropong yang berat. Semuanya ada di sekeliling anda. Satu perasaan yang pasti mengujakan sesiapa sahaja.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Dibuka Setiap Hari Kecuali Jumaat\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM3 | Kanak-kanak Percuma | Warga Emas & Pelajar RM2 | Pelancong RM5\n\nAlamat:\u00a0Tg. Kubong, Labuan Town, Labuan Island\n\nBangunan Muzium Labuan yang terletak di Jalan Dewan ini sebenarnya telah dibina oleh\u00a0 pihak British pada tahun 1950-an untuk dijadikan Pejabat Pentadbiran Kolonial British. Selepas diambil alih oleh Jabatan Muzium Malaysia, pelbagai kerja konservasi telah dilakukan untuk dijadikan muzium yang penting di Labuan.\n\nAntara pameran menarik yang terdapat di muzium ini adalah replika rumah suku Kadayan, artifak batu dari zaman neolitik yang ditemui di Pulau Burong dan koleksi senjata perang dunia.\n\nTak cukup dengan itu, anda juga dapat melihat dengan lebih dekat kerusi, meja dan pen yang telah digunakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir B. Mohamed. Nak tahu apa lagi yang ada di sini? Datanglah ke Muzium Labuan untuk melihat sendiri kekayaan koleksi dan informasinya.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Ahad (8.30am \u2013 5.00pm) | Hari Pertama Raya Puasa\u00a0 & Haji Tutup\n\nAlamat:\u00a0Muzium Labuan, Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan, U 0364, Jalan Dewan, 87008\n\nKe mana nak dituju di Labuan ini kalau tiba-tiba teringin bershopping seperti di kota metropolitan? Di sinilah lokasinya,\u00a0Ujana Kewangan\u00a0ataupun lebih dikenali sebagai UK dalam kalangan penduduk tempatan. UK ini sebenarnya adalah satu-satunya pusat membeli-belah yang terdapat di Labuan. Antara yang terdapat di sini adalah Parkson, Giant, KFC, Pizza Hut dan lain-lain.\n\nTapi yang membezakan pusat membeli-belah ini dengan di tempat lain adalah kerana ia adalah salah-satu daripada tempat bershopping yang bebas cukai untuk barangan seperti coklat, ya anda tidak salah dengar, bebas cukai.\u00a0 Nak bershopping coklat sehingga penuh satu luggage seperti di Langkawi? Datanglah ke Ujana Kewangan.\n\nAlamat:\u00a0Lot No. E008, Tingkat Bawah, Bangunan Financial Park, 87000 Wilayah Persekutuan\n\nHouse of Millions of Peace, itulah nama yang diberikan kepada Pantai Pancur Hitam. Diberikan gelaran sedemikian kerana keindahan pemandangan dan ketenangan angin sepoi-sepoi bahasa pantai ini menjadikan ia pilihan ramai jutawan untuk membina rumah mewah di sini.\n\nKeindahannya yang memukau turut menarik perhatian dunia sehingga dianugerahkan dengan Anugerah United Nation COBSEA Clean Beach 2008. Sambil-sambil menikmati pemandangan yang indah di pantai ini anda boleh membeli makanan yang dijual di tepi pantai seperti air kelapa, sosej, bertih jagung, coklat dan banyak lagi, barulah syok menikmati pemandangan sambil mengisi perutkan?\n\nSekiranya anda datang ke Labuan pada tarikh-tarikh yang penting seperti hari kemerdekaan negara dan hari kemerdekaan Labuan anda dapat melihat kemeriahan dataran ini sepertimana di Dataran Merdeka KL.\n\nDi sini juga banyak dijalankan persembahan dan keraian lain yang penting di Labuan. Lalu-lalulah di Labuan Square ini kalau anda sudah sampai ke Labuan ya, mungkin ada sesuatu yang menarik diadakan.\n\nSatu-satunya masjid yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan,\u00a0Masjid Jamek An\u2019Nur ataupun\u00a0 Masjid Negeri Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebuah masjid yang dibina pada tahun 1980 dengan gabungan seni bina Melayu Brunei dan Turki.\n\nReka bentuknya yang agak futuristik menjadikan ia tarikan yang cukup terkenal dalam kalangan pelancong yang datang ke Labuan. Sebuah masjid yang cukup indah dan berbeza dari masjid yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk singgah bersolat di sini.\n\nItulah dia 16 tempat menarik di Labuan sebagai panduan untuk anda. Best kan? Jom kita cuti-cuti Labuan."
"Pernahkah anda mendengar tips diet mudah hanya dengan meninggalkan nasi? Adakah ia membantu ataupun ia merupakan diet tidak seimbang? Sebenarnya, ya. Ia sangat membantu. Hal ini kerana kebiasaannya satu nasi mempunyai berat sejumlah 187 gram. \n\nSekiranya anda hanya makan dan tidur, jika anda tidak bersenam cukup 10 kali, makan berat anda akan naik 1 kg. Namun susah untuk meninggalkan nafsu makan nasi kerana makanan asasi negara kita merupakan beras dan gandum. \n\nTambahan pula, terdapat pelbagai lauk pauk yang memikat selera citarasa kita seperti sambal belacan, ikan keli, ayam bakar dan lain-lain lagi. Justeru, bagaimana cara untuk menghapuskan kalori nasi putih dalam tubuh badan kita! Kandungan bagi satu cawan beras yang dimasak bersamaan 158 g. Ia mengandungi kalori sebanyak 205.\n\nKetika anda meninggalkan makan nasi, anda harus perbanyakkan mengambil karbohidrat kompleks seperti oatmeal, beras merah dan beras cokelat yang lebih bernutrisi. Selain itu, anda juga perlu meninggalkan\u00a0 jenis karbohidrat sederhana selain nasi seperti roti dan pasta. Ini kerana kalori roti hampir sama seperti nasi.\n\nKalori nasi putih agak berat dimana tidak sesuai dimakan dalam kadar yang banyak sekiranya anda ingin mengamalkan diet.\u00a0 Sama ada skip nasi atau ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja tiada masalah. Manfaat diet nasi putih adalah ia dapat menurunkan berat badan dengan mudah dan baik bagi pesakit jantung.\n\nSelain itu, tidak mengambil kalori nasi putih juga dapat menurunkan risiko sindrom metabolik anda. Sindrom metabolik adalah faktor\u00a0 yang boleh membahayakan kepada keadaan kesihatan anda, seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan strok.\u00a0 Mulai sekarang, anda boleh buat keputusan untuk ambil berapa banyak jumlah nasi yang anda perlukan.\n\nJom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng."
"Nak tahu khasiat madu? Siapa sangka madu sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang tidak kita ketahui. Dengan ciri cirinya yang anti bakteria dan anti fungi maka tidak hairanlah jika madu disenaraikan atara 7 makanan terbaik di dunia.\n\nTahukah anda, satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium?\n\nSejak berabad yang lalu, madu lebah sudah dikenali dengan ciri perubatan dan kesihatan yang sering diamalkan oleh masyarakat.Madu lebah mengandungi pelbagai jenis bahan fitokimia dengan kandungan fenolik dan flavonoid yang tinggi. Hal ini menjadikan madu lebah bersifat antioksidan.\n\nArtikel ini menyenaraikan khasiat-khasiat perubatan madu lebah menurut laporan saintifik.\n\n1. Madu Sebagai Perangsang Sistem Imun Semulajadi\n\nMadu merangsang pengeluaran sitokin radang dari monosit (sel darah putih) yang merupakan elemen penting dalam sistem pertahanan tubuh manusia.\n\nMadu manuka, madu pastur dan madu jelly bush didapati didapati dengan ketara meningkatkan kandungan TNF- \u03b1 , IL-1 \u03b2 , dan IL-6 yang dilepaskan oleh sel MM6 (dan monosit manusia) berbanding dengan sel yang tidak dirawat dengan madu. Madu merangsang pengeluaran antibodi semasa tindak balas imun primer dan sekunder bagi menentang antigen.\n\nPengambilan 80 g madu semulajadi selama 21 hari menunjukkan tahap prostaglandin yang menurun berbanding tahap prostaglandin yang tinggi dalam kalangan pesakit dengan AIDS. \u00a0Madu semulajadi mengurangkan paras prostaglandin dan menunjukkan peningkatan NO yang merupakan pemerhatian yang baik bagi pesakit AIDS. \u00a0Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan harian madu mampu memperbaiki sistem imun seseorang.\n\n2. Madu Sebagai Agen Anti Radang\n\nDalam rutin kehidupan seharian, sel-sel kita mungkin tercedera disebabkan oleh bahan rengsa dari luar atau dalam badan kita (oleh mikrob atau bukan mikrob).\n\nKecederaan pada tahap selular atau molekul mengakibatkan respons keradangan iaitu mekanisme pertahanan tubuh dalam usaha menghilangkan bahaya daripada perengsa.\n\nSecara umumnya, tindak balas keradangan adalah bermanfaat dan merupakan perlindungan kepada kita, tetapi kadang kala, tindak balas keradangan mampu menjejaskan kesihatan.\n\nMadu ialah agen antiradang yang sangat berpotensi besar.\n\nBayi yang mengalami keradangan kulit akibat kerengsaan lampin pakai buang menunjukkan simptom kelegaan selepas disapukan dengan campuran madu dan minyak zaitun selama 7 hari.\n\nMadu juga memberikan kelegaan kepada gejala yang ketara terhadap batuk kanak \u2013 kanak dengan jangkitan saluran pernafasan (URTI).\n\nSelain itu, madu dilaporkan berkesan dalam menangani penyakit keradangan kulit seperti dermatitis dan jangkitan Psoriasis vulgaris. Lapan daripada 10 pesakit dengan dermatitis dan lima daripada lapan pesakit dengan psoriasis menunjukkan peningkatan yang ketara selepas 2 minggu mengamalkan sapuan minyak berasaskan madu.\n\nMadu pada pencairan sehingga 1: 8 telah mengurangkan pertumbuhan bakteria dari 25.6 \u00b1 6.5 (kawalan) kepada 6.7 \u00b1 3.3 bakteria bagi setiap sel epitelium secara in vitro (kerja makmal).\n\nSukarelawan yang mengunyah \u201ckulit sarang madu lebah\u201d pula menunjukkan terdapat pengurangan secara statistik yang ketara dalam min skor plak gigi masing-masing. Saintis juga mencadangkan peranan terapeutik madu lebah yang berpotensi untuk mengatasi gingivitis, penyakit periodontal (gusi), ulser mulut, dan lain-lain masalah kesihatan mulut.\n\nLaporan kes menunjukkan pesakit yang mengalami distrofik kronik epidermolisis bullosa (EB) selama 20 tahun sembuh dengan penggunaan madu sebagai bahan dressing kulit selepas pembalut dan krim konvensional gagal mengubatinya.\n\nKajian-kajian ini berjaya menggambarkan kegunaan madu sebagai agen antiradang bagi mencegah keradangan kronik yang mempunyai risiko perkembangan kanser.\n\n3. Madu Lebah Sebagai Antimikrob Semulajadi\n\nSetiap hari kita terdedah kepada pelbagai jenis ancaman mikroorganisma seperti bakteria, virus, parasit, dan kulat. Madu ialah agen antimikrobial semulajadi yang sangat baik.\n\nJangkitan mikrob yang paling biasa dilaporkan ialah jangkitan staphylococcal. Kesan antibakteria madu telah dikaji secara meluas.\n\nMekanisme pembunuhan bakteria oleh madu adalah melalui gangguan dalam proses pembahagian sel bakteria. Kepekatan perencatan yang minimum (MIC) untuk Staphylococcus aureus oleh madu A. mellifera adalah dalam julat dari 126.23-185.70 mg/ml.\n\nSapuan madu pada kawasan luka setempat didapati berjaya mengurangkan tanda-tanda keradangan akut pada kawasan luka tersebut. Aktiviti madu adalah lebih kuat dalam medium berasid berbanding dalam medium neutral atau alkali. Potensi madu adalah setanding dengan beberapa antibiotik yang biasa digunakan.\n\nPenggunaan madu membantu meredakan konjunktivitis, kemerahan, bengkak, nanah dan mempercepatkan masa untuk membasmi jangkitan bakteria\n\nApabila madu digunakan bersama dengan gentamisin (sejenis antibiotik), campuran ini meningkatkan aktiviti anti Staphylococcus aureus sebanyak 22%. Di samping itu, sekiranya madu ditambah ke dalam medium kultur bakteria, kemunculan pertumbuhan mikrob pada plat adalah lebih perlahan tanpa penambahan madu.\n\nTambahan pula, mycobakteria didapati tidak berkembang dalam medium kultur yang mengandungi 10% dan 20% madu, tetapi tumbuh dalam medium yang mengandungi 5%, 2.5%, dan 1% madu. Hal ini mencadangkan potensi\u00a0 madu sebagai agen antimikobakteria yang ideal pada kepekatan tertentu.\n\n4. Madu Lebah Sebagai Potensi Agen Kawalan Obesiti\n\nIndividu obes berisiko untuk mendapat kanser memandangkan terdapat hubungan rapat antara obesiti, keadaan tahap rendah kronik keradangan dan tekanan oksidatif.\n\nSubjek obes mempunyai kebarangkalian kira-kira 1.5-3.5 kali ganda lebih risiko untuk mendapat kanser endometrium, kanser payudara dan kanser kolorektal berbanding subjek berat badan normal\n\nDalam kajian klinikal ke atas 55 pesakit berat berlebihan atau obes, kumpulan kawalan (17 subjek) mengambil 70 g sukrosa setiap hari selama 30 hari dan pesakit dalam kumpulan eksperimen (38 subjek) mengambil 70 g madu asli untuk tempoh yang sama.\n\nKeputusan menunjukkan bahawa madu menyebabkan sedikit pengurangan dalam berat badan (1.3%) dan lemak badan (1.1%).\n\n5.Madu Untuk Rawatan Ulser Kronik Dan Luka\n\nPeningkatan bilangan bakteria tahan antibiotik telah menjadikan luka yang ringkas menjadi kronik dan lambat sembuh. Oleh itu, beberapa kajian lepas telah mengusulkan madu sebagai pilihan rawatan alternatif.\n\nMadu mampu menyerap kotoran dalam luka dan tisu yang rosak.\n\nMadu didapati berkesan dalam penyembuhan luka-luka pembedahan dengan meningkatkan kadar penyembuhan melalui rangsangan angiogenesis, granulation, dan epithelialization; proses menjadikan kulit cantuman semulajadi dan hasil kosmetik fizikal yang sangat baik.\n\nMadu mempunyai unsur \u201csemula jadi vaksin kanser\u201d disebabkan keupayaannya mengurangkan proses keradangan kronik, meningkatkan status imun, mengurangkan jangkitan oleh organisma tahan lasak dan sebagainya.\n\nKomponen kimia yang terkandung dalam madu seperti asid caffeic (CA), asid caffeic fenil ester (CAPE), chrysin (CR), galangin (GA), quercetin (QU), kaempferol (KP), acacetin (AC), pinocembrin (PC), pinobanksin (PB) dan apigenin (AP), merupakan agen farmakologikal yang penting dalam rawatan kanser secara moden.\n\nWalaupun terdapat pelbagai jenis madu di luar sana, tetapi mereka masih berpegang kepada madu yang asli. Madu mengandungi Vitamin C yang memang tersangatlah banyak khasiatnya kepada tubuh badan. Selain itu, madu juga mempunyai kalsium untuk menguatkan tulang. Dan madujuga mengandungi zat besi yang membantu untuk sistem peredaran darah.\n\n8 Meningkatkan Jumlah Sel Darah Merah\n\nUntuk mengoksidakan badan anda, tidak sesusah yang anda bayangkan. Mudah sahaja. Hanya minum air yang bercampur dengan madu dan dengan semudah itu anda telah berjaya meningkatkan sel darah merah.\n\nPeningkatan sel darah merah juga bermakna anda telah berjaya meningkatkan tahap tenaga anda. Lebih mudah bagi anda untuk melakukan aktiviti. Tidak lupa juga, madu bersifat anti bakteria itu boleh membunuh bakteriadan penyakit.\n\nKajian juga telah membuktikan jika tenaga anda tinggi, maka anda akaan menjadi lebih produktif. Oleh itu, minumlah air bersama madu setiap hari.\n\nSemua tahu bahawa madu mengandungi gula bukan? Sudah jelas dengan rasanya yang manis. Walau bagaimana pun, jangan samakan gula putih itu dengan madu kerana ianya sangat berbeza.\n\nBerlainan dengan gula putih, madu yang asli tidak diproses dan mengandungi gula yang sebenar. Selain itu, madu juga boleh mengawal kadar gula di dalam badan seseorang dengan dextrin iaitu campuran gula biasa dengan madu.\n\nKajian membuktikan madu berupaya untuk merawat ulser (mata ikan) dan lain lain penyakit. 99 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kajian ini membuktikan madu mempunyai kesan yang menyembuhkan. Seperti yang disebutkan di atas, madu bersifat anti bakteria dan boleh digunakan untuk membuang infeksi.\n\nPenyakit paru paru seperti asma dan kahak terbukti boleh diubati dengan madu. Bagi mereka yang ragu ragu untuk memakan daging mentah kerana bimbangkan penyakit e.coli dan salmonlella, jangan bimbang. Madu boleh membasmi bakteria yang ada!\n\nJangan mudah keliru. Tidak seperti di dalam yogurt. Yogurt mengandungi probiotik yang boleh mempercepatkan proses pencernaan. Prebiotik bermaksud madu bertindak sebagai makanan kepada bakteria untuk memperbanyakkan jumlah bakteria yang sihat di dalam badan.\n\nMasalah kulit kepala seperti kelemumur dan dermatitis sangat mudah diatasi dengan mengamalkan madu setiap hari. Hanya sapukan madu di sekitar kawasan yang tercedera dan ia akan pulih dengan kadar yang segera.\n\nRamai orang juga menggunakan madu sebagai pengubat masalah kulit seperti kulit merekah dan bersisik. Tidak ketinggalan, madu juga terbukti boleh mengurangkan keguguran rambut.\n\nJadi, tidak perlulah anda untuk berbelanja mahal bagi menjaga kulit anda!\n\nBukankah tidak seronok setiap kali harus memakan ubat batuk. Pasti kanak kanak akan mengeluh kerana rasanya yang tidak enak. Tetapi, madu juga mempunyai kesan yang sama seperti ubat batuk. Madu juga akan menenangkan tidur malam anda tanpa perlu terjaga di tengah malam kerana batuk. Mudah bukan? Dan rasanya juga lebih sedap!\n\nMadu yang diperbuat daripada bunga atau pun disebut sebagai \u2018pollen honey\u2019 dipercayai boleh mengubati beberapa penyakit. Badan anda akan menghasilkan immuniti kepada tindak balas pollen honey tersebut.\n\nTetapi, jangan lupa untuk pastikan keaslian pollen honey yang digunakan. Kerana ini mungkin boleh membawa kesan yang berbeza. Pollen honey ini terbukti mampu untuk mengurangkan alergik selain daripada mengurangkan kesakitan akibat alergik.\n\nSeperti yang disebutkan di atas, madu membantu dalam pengedaran darah dengan lebih baik. Maka, tidak hairanlah jika atlit sukan mengatakan mereka memakan madu jika berasa pening atau tidak sihat.\n\nPening biasanya disebabkan oleh kekurangan darah dalam badan dan madu akan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen di dalam badan seseorang. Dan sudah tentu, oksigen yang tinggi bermakna tenaga yang tinggi.\n\nMadu sangat berkesan kepada mereka yang selalu menggunakan tenaga pada jangka waktu yang lama contohnya peserta maraton.\n\n16 Menjauhkan Diri Anda Daripada Kanser\n\nBerdasarkan buku Honey Revolution oleh Dr Ron Fessenden, saintis mendapati madu mengandungi flavonoids yang dipanggil sebagai anti oksiden di dalam badan. Malah, kebanyakan ubat ubatan yang merawat kanser menggunakannya untuk tujuan yang sama.\n\nSetakat ini flavonoid masih belum terbukti berjaya merawat semua jenis sakit kanser. Tetapi kepada wanita dan perokok di luar sana yang lebih terdedah kepada kanser, ambillah madu setiap hari. Mencegah lebbih baik daripada mengubati bukan?\n\nMadu pastinya tidak akan terlepas daripada dalam makanan. Makanan seperti waffle atau pan cake selalu diambil madu apabila makan bersamanya. Anda boleh layari internet dan cari makanan yang menggunakan madu. Anda akan mendapati hampir kebanyakan makanan menggunakan madu.\n\nLebih baik kita mencegah penyakit daripada kita merawatnya. Ambillah madu di dalam makanan seharian anda sekarang! Tetapi diingatkan. Jangan berikan madu kepada bayi yang kurang berumur setahun kerana boleh mengakibatkan masalah keracunan kepada mereka.\n\nItulah serba sedikit tentang khasiat madu yang menarik untuk diketahui. Jika adainfo menarik tentang khasiat madu, jangan lupa untuk berkongsi dengan kami.\n\nOthman, N. H. (2012). Honey and cancer: sustainable inverse relationship particularly for developing nations\u2014a review. Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, 2012. (link)\n\nKami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain. Semoga ianya turut bermanfaat. Oh ya, jangan lupa untuk share dan kongsi dengan menekan butang share Facebook jika artikel yang dikongsi bermanfaat."
"Siapa di sini selalu selesema teruk sampai rasa tersumbat dan tertutup telinga? Cuba pelbagai cara? Sudah cukupkan tidur? Akan tetapi, keadaan tidak bertambah baik.\n\nMaka, kami kongsikan di sini pengalaman Dr Ezairy M.Sallih, seorang pakar telinga, hidung dan tekak, di mana artikel ini dipetik dari laman Facebook peribadi beliau.\n\nApakah Yang Berlaku Pada Pesakit Resdung?\n\nSalah seorang pesakit bertanya saya, \u201cdoktor, kenapa telinga saya terasa block, seperti tertutup dan rasa macam dengar tak normal?\u201d\n\nSoalan itu tidak segera saya jawab. Saya perhati sejarah lampau pesakit. Rawatan apa yang sudah diterima saya telusi.\n\nYa, pesakit merupakan seorang yang mengalami masalah resdung yang tidak begitu terkawal. Berbagai-bagai ubat sudah dicuba.\n\nSaya terangkan kepadanya apa sebenarnya yang sedang berlaku kepadanya. Apa pula yang menyebabkan telinganya turut bermasalah.\n\nAda beberapa perkara yang saya rasa wajar dikongsi bersama anda :\n\nTiub eustachia menyambung hidung ke telinga\n\nTahukah anda bahawa hidung kita berhubung dengan bahagian telinga tengah melalui suatu bukaan dan penghubung. Ia dipanggil sebagai eustachian tube.\n\nBagi anda yang mempunyai masalah alahan pada hidung yang teruk, resdung dan kerap selsema, ia akan turut menyebabkan lapisan dinding rongga hidung membengkak sehingga ke bukaan di belakang hidung. Cecair mukus juga lebih mudah berkumpul pada bukaan eustachian tube!\n\nApa berlaku apabila eustachian tube ini tidak berfungsi?\n\nTube ini berfungsi untuk menyeimbangkan tekanan di dalam telinga tengah dengan persekitaran luar. Oleh itu, apabila ia tersumbat dan tidak dapat menjalankan fungsinya, beberapa simptom boleh berlaku kepada pesakit.\n\nBeberapa gejala boleh berlaku jika tiub ini tidak berfungsi dengan normal\n\nRawatan terbaik ialah kawal dan rawat masalah hidung anda. Kami akan beri pesakit ubat seperti decongestant, ubat antihistamine, ubat makan dan ubat nasal spray.\n\nJangan ragu-ragu jika anda ada masalah seperti saya sebut tadi. Jumpalah doktor anda.\n\n*Diharap perkongsian beliau dapat sedikit sebanyak membantu anda, keluarga dan rakan taulan. Marilah kita kongsi info penting ini!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Banyaknya pisang, tapi tak tahu nak buat apa? Goreng sudah, lempeng sudah, cekodok sudah. Bosan dan buntu? Apa kata cuba buat Apam Pisang. Minum bersama teh \u2018O\u201d panas. Sedap juga tuh. Senang pun senang. Yela, bahan yang diperlukan tak banyak dan caranya pun mudah. Tambahan lagi, boleh simpan untuk beberapa hari.\n\nBolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan pemanis mulut untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun.\n\nTapi itulah, nak buat Apam Pisang ini, untuk dapatkan rasanya tiada masalah. Cumanya nak menjadikan tekstur apam pisang gebu dan naik adalah sedikit sukar. Kadang-kadang masa panas tuh nampak macam gebu dan naik cantik jer, tapi bila dah sejuk dah jadi lain. Frust sikit lah kan. \n\nJangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Pn Zulina Apam Pisang sentiasa nampak cantik dan gebu wwalaupun dah sejuk. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Jom tengok resepi nya.\n\nRingkas dan mudah kan? Bahan-bahan pun tak banyak perlu disediakan. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Apam Pisang ini dan resepi kami yang lain ya."
"Setiap orang pasti mempunyai warna kegemaran mereka sendiri. Dari sudut kesan yang diberikan oleh warna itu sendiri menunjukkan perasaan yang berbeza bagi mereka yang memandangnya. Sama seperti warna merah, warna ini cenderung menunjukkan kesan kehangatan, kebahagiaan serta keberanian. Disebabkan itu, merah sering dijadikan warna yang menunjukkan kasih sayang seperti simbol cinta itu sendiri.\n\nWalaupun begitu, warna boleh ditafsirkan dalam pelbagai makna. Begitu juga dari segi psikologi, warna merah dikaitkan dengan spontan dan berani. Malah, warna merah ini juga merupakan warna yang merangsang tingkah laku yang lebih tinggi. \n\nMenariknya lagi, warna ini dapat mempengaruhi seseorang untuk bertindak bagi mencapai matlamat mereka. Ia juga dikaitkan dengan kejayaan, kemerdekaan dan juga kehidupan.\n\nBagi mereka yang menyukai warna merah, mereka pastinya tahu mengenai beberapa warna merah yang berbeza tetapi sering digunakan. Jom tengok jenis warna merah berdasarkan senarai di bawah:\n\nSama seperti warna yang diberikan, warna merah ini diambil daripada warna merah batu ruby. Warna ruby ini merupakan warna gabungan diantara ungu dan merah muda. Warna ruby ini juga sering digunakan sebagai warna batu perhiasan seperti gelang ruby mahupun cincin ruby. Mereka yang menyukai warna lembut pastinya akan tertarik dengan warna merah ruby ini.\n\nWarna ini merupakan salah satu warna yang tidak asing bagi kita semua. Hal ini kerana, warna merah ini cukup disukai oleh individu. Warna ini banyak digunakan untuk dijadikan pakaian. Contohnya, baju kurung, dress dan kemeja. Warna merah gelap ini mempunyai kesan yang menarik dengan warna yang terlihat sedikit gelap. Warna ini juga dikenali sebagai warna merah tua.\n\nSesuai dengan Namanya, anda pasti sering melihat warna merah yang menjadi warna bagi sayur cili ini. Warna ini sering dijadikan sebagai warna bagi seluar mahupun hijab. Jika dipandang secara sekilas, anda pastinya dapat melihat warna yang seakan warna oren ini. Warna ini juga memberikan kesan ketegasan dan kuasa kepada mereka yang melihatnya.\n\nWarna ini lebih cerah jika dibandingkan dengan merah maroon. Warna merah ini memberikan kesan khas di mana menjadikannya lebih menarik kerana warnanya yang tidak terlalu terang mahupun gelap. Ia juga memberikan kesan misteri kepada sesiapa yang memakainya.\n\nBerbanding dari warna merah yang lain, warna merah muda ini mempunyai tarikan tersendiri. Warnanya yang lembut dan seakan warna merah jambu menjadikannya terlihat simple dan comel. Warna ini menjadi tarikan khususnya para wanita kerana warnanya yang lembut. Warna ini juga akan terjadi dengan gabungan warna merah dan warna putih.\n\nWarna yang sama dengan daging ikan salmon ini merupakan warna merah dengan gabungan warna oren. Disebabkan warna ini merupakan warna daging ikan salmon, warna ini akhirnya dijadikan sebagai petunjuk bagi warna merah ini. Warna ini juga sangat sesuai dijadikan hijab kerana warnya yang cerah dan lembut.\n\nWarna merah bata merupakan warna unik yang cantik. Walaupun warna ini merupakan warna merah, warna ini masih memberikan kesan warna gelap. Warna ini juga banyak digunakan sebagai warna pakaian dan warna makeup. Contohnya banyak lipstik dan eyeshadow yang menggunakan warna ini.\n\nWarna ini cukup unik kerana kelihatan seperti warna merah muda. Walaupun begitu, warna ini juga termasuk dalam senarai warna merah yang cukup popular kerana warnanya yang cantik. Warna ini dikatakan diinspirasi dari warna tanah Laterit yang mempunyai kandungan zat besi dan alumni yang cukup tinggi. Warna ini juga seakan warna merah yang dicampur dengan warna kecoklatan.\n\nSetiap individu pasti mempunyai warna kegemaran mereka. Begitu juga mereka yang menjadikan warna merah sebagai warna kegemaran mereka, terdapat beberapa kajian mengenai personaliti mereka yang sukakan warna merah. Jom tengok personaliti mereka dari sudut positif dan negatif.\n\nMereka yang menyukai warna merah dikatakan mempunyai semangat yang tinggi dan tidak mudah menyerah. Hal ini menjadikan individu yang menyukai warna ini kebiasaannya akan melakukan apa sahaja untuk mencapai keinginan mereka.\n\nSelain itu, mereka yang sukakan warna ini bersikap ceria dan sangat menyenangkan. Disebabkan itu, mereka yang menyukai warna merah sering dikelilingi oleh ramai kawan. Mereka juga sangat mudah bergaul dengan siapapun. Sikap mereka yang menyenangkan dan berfikiran terbuka juga sangat disukai ramai. Mereka juga suka tersenyum, memberikan kasih sayang dan menerima kasih sayang dengan baik.\n\nDisamping itu, mereka juga sangat berani dan suka menjadi tumpuan ramai. Mungkin disebabkan itu, mereka suka menyertai pelbagai aktiviti dan acara yang diadakan. Berbanding dengan mereka yang menyukai warna-warna lain, mereka yang menyukai warna merah lebih suka menonjolkan diri. Hal ini juga menjadi salah satu sebab mereka dapat mencapai kejayaan yang diingini mereka.\n\nWalaupun begitu, terdapat juga sikap negatif mereka seperti sangat mementingkan diri. Contohnya, mereka akan mementingkan keinginan dan diri mereka sebelum orang lain. Mereka juga mempunyai ego yang tinggi. Disebabkan itu, individu yang menyukai warna merah tidak akan mendengar nasihat individu yang lain.\n\nMereka juga sangat tamak dan mudah tersinggung. Disebabkan itu, mereka akan mudah menyimpan dendam terhadap seseorang. Disebabkan sikap mereka yang berdendam dan tidak mudah dihalang, mereka cenderung untuk bertindak kasar dengan individu yang tidak disukai mereka termasuk melakukan perkara yang berbahaya seperti sanggup melakukan jenayah untuk membalas dendam.\n\nMerah merupakan warna api, sinaran matahari dan darah. Warna ini juga memberikan kesan yang hangat, kebahagiaan, keberanian, semangat, kekuatan dan keghairahan. Dalam sudut psikologi, warna merah merupakan simbol bagi tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan. Warna ini juga mampu merangsang indera manusia. Contohnya, meningkatkan nafsu makan dan ghairah seksual seseorang.\n\nSelain itu, dari sudut positif, warna merah juga dikaitkan dengan haba, semangat dan tenaga. Warna ini juga sering dikaitkan dengan cinta. Contohnya seperti pemberian bunga mawar merah kepada orang yang mereka cintai untuk menunjukkan rasa cinta mereka. Warna ini juga dikaitkan dengan kemakmuran dan kuasa.\n\nJika dilihat dari sudut negatif pula, warna ini sering dikaitkan dengan kekerasan dan kecemasan. Dalam erti kata lain, merah sering dikaitkan dengan kelakuan ganas, kebencian, pencerobohan, kurang kawalan dari segi emosi dan berbahaya. Warna merah juga sering dikaitkan dengan tingkah laku yang tidak baik dan cenderung untuk mengabaikan risiko daripada keputusan yang diambil.\n\nSeperti yang diterangkan di atas, warna merah boleh mempengaruhi mood dan emosi seseorang. Dalam dunia sukan, mereka yang memakai pakaian berwarna merah cenderung untuk meraih kemenangan. Contohnya seperti yang berlaku di Sukan Olimpik Athens 2004, atlet tinju, gusti dan tekwando yang diberikan pakaian merah cenderung untuk menang.\n\nHal ini kerana, kajian juga menunjukkan, atlet yang mengenakan baju berwarna merah membuatkan atlet kelihatan lebih dominan dan agresif. Disebabkan itu, warna merah sememangnya memainkan peranan penting bagi seorang atlet untuk menampakkan lebih peratus kemenangan berbanding atlet yang menggunakan baju berwarna biru.\n\nWalaupun warna merah sering dikaitkan dengan bahaya dan amaran, warna ini juga tidak selalunya menjadi tanda yang bahaya. Hal ini kerana, merah juga turut dikaitkan dengan cinta dan semangat. Hal ini dikaitkan dengan penjelasan bahawa dengan memakai pakaian yang berwarna merah, cenderung untuk menarik perhatian individu yang berlainan jantina.\n\nTerdapat kajian yang dijalankan oleh beberapa orang saintis pada tahun 2008 mengenai daya tarikan perempuan yang memakai pakaian berwarna merah. Kajian ini dilakukan pada beberapa orang lelaki yang diberikan gambar Wanita yang memakai kemeja merah dan gambar wanita yang sama memakai baju berwarna biru. \n\nHasil kajian menunjukkan bahawa wanita yang memakai baju berwarna merah lebih menarik secara seksual berbanding dengan wanita yang memakai warna biru.\n\nPasti ramai yang tahu mengenai warna merah yang cenderung untuk menunjukkan kekuatan dan kuasa. Sebagai contoh, tali leher yang digunakan oleh ramai usahawan adalah warna merah. Begitu juga dengan acara anugerah yang menggunakan karpet merah sebagai laluan bagi selebriti yang terkenal di dunia.\n\nSama seperti lelaki yang tertarik dengan wanita yang memakai baju berwarna merah, para wanita juga beranggapan lelaki yang memakai kemeja merah lebih menarik. Hal ini kerana, menurut pakar, warna merah berkait dengan lambing kuasa dan kekayaan. Disebabkan itu, lelaki yang memakai baju berwarna merah cenderung dilihat sebagai mereka yang berjaya dan macho.\n\nAnda pastinya melihat banyak papan tanda amaran yang menggunakan warna merah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa warna ini cenderung menarik perhatian seseorang. Disebabkan itu, banyak papan tanda seperti tanda berhenti, siren, alat pemadam api, dan lampu berwarna merah.\n\nMerah juga digunakan untuk menyampaikan bahaya. Contohnya, istilah \u2018bendera merah yang sering digunakan untuk menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang berbahaya dan individu tersebut perlu lebih berhati-hati. Bendera merah juga menunjukkan bahawa keadaan di tempat tersebut berbahaya.\n\nWarna merah sememangnya menarik perhatian bukan sahaja kerana warnanya yang cukup terang, tetapi keunikan warna itu sendiri yang dapat memberikan kesan kepada sesiapa yang melihatnya. Walaupun begitu, tidak dinafikan warna yang anda minati dapat menunjukkan personaliti anda. \n\nWarna merah juga memberikan maksud yang berbeza dari sudut negatif dan positif. Begitu juga dengan adanya warna merah yang pelbagai yang pasti menjadi tarikan setiap individu.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Sebelum ini kami pernah berkongsi tentang 8 petua menghilangkan kencing tak lawas yang mudah, murah, dan berkesan. Kali ini, kami akan bercerita tentang punca kencing tak lawas yang pasti buatkan anda terkejut.\n\nKencing tak lawas adalah keadaan di mana anda berasa tidak puas apabila membuang air kecil lalu menyebabkan anda terpaksa berulang-alik ke tandas. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan ketidak selesaan malah mengganggu urusan harian anda.\n\nBaik. Apakah punca berlakunya kencing tak lawas?\n\nJika anda suka menahan kencing, ia boleh menjadi punca berlakunya masalah kencing\u00a0 tak lawas. Bagaimana ianya berlaku? Tabiat suka menahan kencing \u00a0akan menyebabkan otot pundi kencing tidak dapat berfungsi dengan normal iaitu mengembang dan mengecut dengan betul.\n\nApabila otot pundi kencing tidak berfungsi dengan normal, akan berlaku lebihan air kencing dalam pundi kencing apabila pundi kencing tidak berjaya mengosong dengan betul apabila anda membuang air kecil. Itulah sebabnya anda rasa tidak puas walau pun lama duduk di mangkuk tandas.\n\n2. Tidak membersihkan kemaluan dengan betul\n\nKegagalan membasuh kemaluan dengan betul selepas membuang air kecil boleh menyebabkan\u00a0 anda mengalami masalah kencing tak lawas. Cara membasuh dengan betul ialah lap dari hadapan ke belakang, bukan sebaliknya.\n\nPemakaian seluar dalam untuk tempoh yang lama dan tidak mengelap kemaluan sehingga kering sebelum memakai seluar dalam boleh menyebabkan anda mendapat masalah kencing tak lawas. Seluar dalam yang lembab akan menjadi perumah bagi bakteria dan akan masuk ke dalam vagina anda lalu menyebabkan jangkitan.\n\nKurang minum air kosong boleh menjadi punca anda dijangkiti kencing tak lawas.\n\nAktiviti yang kita lakukan setiap hari seperti bersenam, ketawa yang terlalu kuat, batuk yang terlalu kuat, malah bersin yang terlalu kuat boleh menyebabkan otot pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat menahan air kencing.\n\nApabila anda mengandung, janin akan sentiasa menekan pundi kencing lalu menyebabkan anda mengalami masalah kencing tak lawas. Semakin besar kandungan anda, semakin kuat ia menekan pundi kencing lalu menyebabkan anda semakin kerap ke tandas.\n\nUsah risau, selepas bersalin masalah ini akan hilang sedikit demi sedikit dan terus lenyap apabila dinding vagina anda kuat semula.\n\nMereka yang kerap beronani akan mengalami masalah kencing tak lawas.\n\nWanita yang mengalami masalah rahim jatuh juga akan mengalami masalah kencing tak lawas kerana rahim sentiasa menekan pundi kencing lalu mewujudkan rasa nak membuang air kecil dengan kerap.\n\nPunca berlakunya masalah kencing tak lawas yang seterusnya ialah prolaps faraj iaitu keadaan di mana struktur faraj menekan saluran uretra lalu menyebabkan saluran air kencing tersekat. Saluran air kencing yang tersekat akan menyebabkan air kencing tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna apabila anda membuang air kecil.\n\nSelain prolaps faraj, prolaps pundi kencing juga adalah punca kenapa anda mengalami masalah kencing tak lawas. Keadaan ini juga dikenali sebagai pundi kencing runtuh. Ia adalah keadaan dimana pundi\u00a0 kencing jatuh ke bawah dan masuk ke dalam kawasan vagina disebabkan oleh dinding vagina yang\u00a0 menyokong pundi kencing menjadi lemah. Di antara faktor yang boleh menyebabkan dinding vagina menjadi lemah ialah:\n\nSaluran kencing yang tersumbat akan menyebabkan pundi kencing tidak mengeluarkan air kencing dengan sempurna. Akan ada saki-baki air kencing yang tertinggal setiap kali anda membuang air kecil. Di antara anasir yang boleh menyebabkan saluran kencing tersumbat ialah batu ginjal atau pun tumor.\n\nMasalah kerosakan pada saraf pundi kencing juga akan menyebabkan anda mengalami kencing tak lawas. Kerosakan saraf\nboleh berlaku disebabkan oleh penyakit kencing manis yang tidak dikawal.\n\n13. Jangkitan kuman pada saluran uretra\n\nMasalah \u00a0kencing tak lawas juga boleh berlaku disebabkan oleh berlakunya jangkitan kuman pada saluran uretra. Jangkitan mungkin berlaku akibat anda tidak menjaga kebersihan kemaluan atau penyempitan saluran uretra lalu menyebabkan kecederaan kepada saluran tersebut.\n\nBagi kaum lelaki, radang prostat yang menyebabkan berlakunya bengkak prostat adalah punca berlakunya masalah kencing tak lawas.\n\nSekiranya anda seorang pesakit batu karang, masalah kencing kotor adalah di antara kesan sampingan yang akan anda alami. Anda akan berasa tidak puas dan mungkin juga mengalami kesakitan setiap kali membuang air kecil.\n\n16. Penyakit kencing manis ( Diabetis )\n\nPenyakit kencing manis yang tidak dikawal akan menyebabkan keadaan dimana gula memasuki air kencing anda lalu menyebabkan air kencing menjadi banyak.\n\nSesetengah ubat seperti ubat tekanan darah tinggi, penenang otot, sedatif, dan beberapa jenis ubat sakit jantung telah dikenal pasti sebagai punca berlakunya masalah kencing lawas.\n\nItulah dia 17 perkara yang boleh menjadi punca anda dijangkiti penyakit kencing tak lawas. Anda biasa melakukan perkara-perkara yang kami senaraikan di atas? Anda menghidap salah satu daripada masalah kesihatan di atas? Anda berisiko tinggi untuk mendapat kencing tak lawas."
"Jom cuba resepi puding roti karamel ini. Pasti tidak menyesal menjadikannya sebagai pencuci mulut. \n\nMakanan pencuci mulut boleh dikatakan menu kegemaran ramai dan jika ada majlis keraian, pencuci mulut adalah menu yang wajib ada buat hidangan para tetamu. Kebiasaannya, menu pencuci mulut ini terdiri dari kek, puding, kuih-muih ataupun buah-buahan. Tabiat orang kan, apabila dah habis makan, mesti nak ada sesuatu yang manis-manis untuk dikunyah sebagai penutup santapan makan-makan.\n\nAnda suka puding tak? Haa sebenarnya jika puding dihidang, menu inilah yang paling laku sebab puding ini rasanya manis tapi tidak muak. Ambil sepotong, pasti nak lagi. Lagi-lagi jika puding dihidang semasa masih lagi sejuk. Rasa nikmat yang amat sangat! Sekarang, pelbagai versi puding telah dicipta untuk memberi kepuasan rasa kepada si pencinta puding.\n\nSalah satu puding yang famous adalah puding roti. Tahu tak, puding roti sahaja telah dipelbagaikan oleh masyarakat kita dengan beberapa jenis versi. Itu baru puding roti, bukan lagi puding-puding yang lain. Puding roti semestinya lah asas bahannya perlu ada roti. Ada yang jenis kukus, ada juga yang jenis bakar. Jadi terpulang pada jenis puding dan citarasa masing-masing.\n\nHari ini kami akan kongsikan resepi puding roti berkaramel dari saudari Zura Zul di Facebook. Biasanya, kita selalu makan puding roti atau puding karamel biasa je kan, kali ini jom try gabungan dua puding ini, jadilah ia puding roti berkaramel yang umph! Satu lagi versi ialah puding roti berkaramel coklat yang dikirim oleh saudari Wan Ruzita Wan Deraman di Facebook. Selamat mencuba ya!\n\n\uf076 Masak dlm loyang 8 atau 9 inci atas api perlahan. Jadikan gula hangus tapi jangan hangus sgt\uf076 Gula dah cair, ratakan dalam Loyang. Ketepikan\n\n20g agar-agar bertali5 1/2 cawan air1 cawan gula\n\n\uf076 Masak agar2 bersama air hingga larut agar2\uf076 Kemudian, masukkan gula. Kacau2 rata dan perlahankan api\n\n5 keping roti gardenia.. Carik2kan1 tin susu cair1 biji telur2 sudu besar susu pekat manis2 sudu besar butter/marjerin1 sudu besar tepung kastard** bancuh dgn sedikit air1 sudu besar esen vanillaPewarna pilihan. Resepi ini guna pewarna ungu, pink & kuning\n\n\uf076 Blender bahan di atas kecuali tepung kastard hingga hancur halus\uf076 Tuang ke dalam periuk agar2 tadi. Besarkan api semula dan kacau2 rata\uf076 Masukkan tepung kastard. Kacau sebati hingga mendidih dan tutup api.\uf076 Ambil 2 cawan agar2 tuang ke dalam loyang berkaramel tadi. Biarkan sedikit beku.\uf076 Lebihan agar2 tadi bahagi kpd 3 bekas sama banyak. Warnakan ungu, pink & kuning\uf076 Tuang agar2 ungu atas agar2 yg sedikit beku perlahan2 hingga habis. Kemudian warna pink dan seterusnya warna kuning\uf076 Kena buat dgn cepat ye, tapi cermat sebab puding roti ni cepat beku/keras\uf076 Kalau adunan warna yg belum tuang macam nak beku, panaskan sekejap atas api perlahan ye bagi cair semula\uf076 Tunggu beku/sejuk baru simpan dalam peti sejuk\uf076 Selepas 2 jam, bolehlah telangkupkan puding tu dalam pinggan/alas yg rata. Potong ikut suka dan sedia untuk menikmatinya..\n\n3 sudu besar gula (utk dibuat gula hangus)5 keping roti4 biji telur1 tin susu cair\u00bd cawan susu pekatEsen vanilla2 sudu serbuk coklat\n\n\uf076 Buat gula hangus dulu kemudian isi dalam loyang dan ketepikan\uf076 Carikkan roti dalam bekas dan rendam dengan susu cair\uf076 Kemudian blender telur, susu pekat, esen vanilla dan roti yang direndam dengan susu tadi\uf076 Dah siap blend, bahagikan kepada dua bekas\uf076 1 bekas letak serbuk colat\uf076 Kukus yang warna asal dahulu dalam loyang gula hangus tadi selama 20 minit\uf076 Dah masak, tuang dan kukus yang coklat pula selama 30 minit lagi\uf076 Dah masak, sejukkan dan terbalikkan atas pinggan\uf076 Sejukkan dalam peti ais lebih sedap\n\nSelain resepi puding roti karamel ini, terdapat banyak lagi resepi yang menarik yang patut anda cuba. Sila lihat kesemua resepi kami di blog ini ya dan juga lupa untuk LIKE dan SHARE!"
"Setiap orang islam akan mendapat tanda kematian seawal 100 hari sebelum meninggal. Namun tak semua akan sedar tentang kehadiran tanda-tanda tersebut.\u00a0Firman Allah:\n\n\u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u064a\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0641\u064e\u0651\u0649 \u0671\u0644\u0652\u0623\u064e\u0646\u0641\u064f\u0633\u064e \u062d\u0650\u064a\u0646\u064e \u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0671\u0644\u064e\u0651\u062a\u0650\u0649 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0645\u064f\u062a\u0652 \u0641\u0650\u0649 \u0645\u064e\u0646\u064e\u0627\u0645\u0650\u0647\u064e\u0627 \u06d6 \u0641\u064e\u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u0643\u064f \u0671\u0644\u064e\u0651\u062a\u0650\u0649 \u0642\u064e\u0636\u064e\u0649\u0670 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0671\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u064a\u064f\u0631\u0652\u0633\u0650\u0644\u064f \u0671\u0644\u0652\u0623\u064f\u062e\u0652\u0631\u064e\u0649\u0670\u0653 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649\u0670\u0653 \u0623\u064e\u062c\u064e\u0644\u064d\u06e2 \u0645\u064f\u0651\u0633\u064e\u0645\u064b\u0651\u0649 \u06da \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0641\u0650\u0649 \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0644\u064e\u0621\u064e\u0627\u064a\u064e\u0670\u062a\u064d\u06e2 \u0644\u0650\u0651\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d\u06e2 \u064a\u064e\u062a\u064e\u0641\u064e\u0643\u064e\u0651\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n\u201cAllah memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.\u201d (Surah Az-Zumar: 42)\n\nRasulullah \ufdfa diriwayatkan diberi kekuatan untuk menceritakan kesakitan sakaratulmaut kepada ahli keluarga dan sahabat yang ada di sisi baginda semasa nyawanya diambil malaikat maut. Imam Ghazali menyediakan diri untuk sakaratul maut selepas mendapat semua tanda kematian.\n\nMenjelang ajalnya, beliau mandi, wuduk malah mengkafankan dirinya sehingga ke badan. Kemudian beliau memanggil abangnya Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk mengkafankan bahagian seterusnya. Iman Ghazali wafat semasa Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan wajahnya.\n\nIni adalah petanda pertama dari Allah. Semua yang beragama Islam akan mendapat tanda ini. Cuma tidak semua akan sedar. Tanda ini biasanya muncul selepas waktu Asar. Anda akan berasa getaran di seluruh badan.\n\nJika anda perasan getaran ini berlaku, boleh mula siapkan diri untuk kembali ke sana. Jika anda\u00a0tidak sedar, tanda ini akan hilang begitu sahaja.\n\nTanda ini juga akan berlaku selepas waktu Asar. Anda \u00a0akan rasa pusat anda berdenyut-denyut. Pada waktu ini daun di Arasy yang tertulis nama anda akan gugur dari pokok. Malaikat maut akan mengutip daun tersebut dan mula mengikuti anda tersebut setiap waktu sehingga ajal anda tiba. Ada kalanya malaikat maut akan menampakkan dirinya cuma anda tidak perasan.\n\nTanda 7 hari sebelum hari kematian\n\nIni adalah fasa yang sering dipanggil sebagai buang tebiat. Kalau anda tak suka bergaya, tiba-tiba anda melaram sakan. Kalau anda biasanya tak suka makan durian, tiba-tiba jadi hantu durian.\n\nKalau anda sakit teruk dan terlantar, biasanya 7 hari sebelum kematian, anda akan segar dan berselara untuk makan.\n\n5 hari sebelum kematian, anda akan berasa anak lidah bergerak-gerak. Jika tanda ini datang kepada anda, kami nasihatkan supaya \u00a0memperbanyakkan bacaan Al-Quran, berzikir, berselawat dan beristighfar supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dengan mudah menjelang sakaratulmaut.\n\n3 hari sebelum kematian, anda akan terasa denyutan seolah-olah bergerak bahagian tengah dahi anda. Sekiranya ketika ini anda sedang sakit tenat, anda akan menjadi sihat seperti sedia kala secara tiba-tiba.\n\n2 hari sebelum kematian, anda akan didatangi oleh roh orang tersayang yang telah pergi meninggalkan anda. Anda juga akan merasa seluruh dahi anda berdenyut dan bergerak-gerak. Selain itu,\n\nSelepas waktu Asar, anda akan terasa denyutan di bahagian ubun-ubun.\n\nApabila kematian menjelma, anda akan berasa sejuk di bahagian pusat. Kemudian kesejukan itu akan turun dari pusat ke bahagian pinggang sehingga ke tulang sulbi dan seterusnya akan naik ke semula bahagian halkum.\n\nJika anda mula merasakan kesejukan tersebut, banyakkan berzikir, berselawat, menyebut nama Allah dan mula mengucap kalimah syahadah.\n\nRasulullah \ufdfabersabda: \u201cJanganlah seseorang itu meninggal dunia, melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah \u0633\u0628\u062d\u0627\u0646\u0647 \u0648\u062a\u0639\u0627\u0644\u0649.\u201d (Hadis riwayat Muslim)\n\nBagaimana untuk memastikan anda sedar akan tanda-tanda kematian di atas?\n\nUntuk memastikan anda sedar akan kehadiran tanda-tanda kematian dan boleh melakukan semua persediaan termasuklah menyelesaikan semua urusan dunia, anda boleh amalkan tips berikut:\n\nRasulullah\ufdfa bersabda: \u201cOrang yang paling bijaksana dan paling teliti di antara kamu adalah orang yang sering mengingati mati dan yang paling banyak mengadakan persiapan untuk mati. Merekalah yang bijaksana dan berhasil mencapai kehormatan di dunia dan di akhirat.\u201d (Hadis riwayat Thabrani r.a.)\n\nSelain tanda-tanda di atas, kebiasaannya mereka yang akan meninggal dunia juga akan mendapat tanda-tanda berikut:\n\nItulah dia perkongsian kami tentang tanda-tanda kematian bagi orang islam. Semoga bermanfaat dan menjadi pedoman kepada anda.\n\nJika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai cara sujud syukur, solat sunat tasbih dan kelebihan al-mathurat."
"Pernah dengar tentang \u00a0Cardiopulmonary Resuscitation atau lebih kenal dengan CPR. CPR selalu dilakukan kepada orang dewasa yang lemas di laut atau kawasan yang penuh air sehinggakan jantung terhenti seketika. Oleh itu, CPR ini adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh semua orang bagi menyelamatkan nyawa seorang individu.\n\nTapi bagaimana dengan bayi ? CPR bagi bayi dikenali sebagai Heimlich Maneuver. Jika bayi anda tercekik makanan atau susu, anda boleh melakukan Heimlich Maneuver sementara menunggu ambulans datang. Ia dapat menyelamatkan nyawa bayi anda. \n\nTetapi bagaimanakah cara yang betul untuk melakukan Heimlich Maneuver?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai langkah yang betul lakukan Heimlich Maneuver kepada bayi bawah 1 tahun. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.\n\nLangkah yang betul lakukan Heimlich Maneuver kepada bayi bawah 1 tahun\n\nJika anak tercekik hingga nafas tersekat, cuba untuk kekal tenang, dan mulakan Heimlich maneuver untuk bayi bawah 1 tahun.\n\nTiarapkan di atas lengan(forearm). Jika tangan tidak kuat untuk tampung berat anak, topang guna paha. Pastikan kepala anak lebih rendah dari punggung. Tepuk belakang anak di antara tulang belikat sebanyak 5 kali. Jika objek yang tersekat tidak keluar, terus ke langkah kedua.\n\nPusingkan anak, terlentangkan di atas lengan. Kekalkan posisi kepala lebih rendah dari punggung. Gunakan 2-3 jari, tekanan di tulang dada(sternum) sedalam satu inci. Tekan sebanyak 5 kali. Jika objek yang tersekat tidak keluar, ulang semula langkah pertama.\n\nDalam masa yang sama cuba hubungi 999 untuk dapatkan bantuan perubatan, atau bawa ke hospital secepat mungkin. Teruskan percubaan sementara belum mendapat bantuan profesional. Setiap saat dan tindakan amat berharga.\n\n*Berikut 2 langkah yang betul bagi melakukan Heimlich Maneuver kepada bayi berumur bawah 1 tahun. Untuk melakukan Heimlich Maneuver ini, anda perlukan latihan amali seperti lakukan kepada anak patung. Tujuannya bagi memberi keyakinan kepada diri untuk melakukannya jika berlaku perkara tersebut. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.\n\nJemput baca artikel lain yang menarik di laman kami :"
"Sedang mencari nama anak lelaki?Wah, kami pun jadi tidak sabar mendengarnya. Mencari nama untuk bayi dalam kandungan adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan bagi pasangan suami isteri yang sedang meniti hari untuk menimang cahayamata baru. Wah, kami pun jadi tidak sabar mendengarnya.\n\nMencari nama yang sedap didengar dan baik maksudnya adalah salah satu tanggung jawab yang digalas oleh ibu bapa. Kerana inya akan berkekalan sehingga akhir hayat anak tersebut. Wah, bukan main-main kedengarannya.\n\nJom kami kongsikan koleksi nama anak lelaki islam moden yang menarik dan baik maksudnya. Semoga bermanfaat untuk anda.\n\nAbdul Alim = Hamba Allah Yang Mengetahui\n\nAbdul Azim = Hamba Allah Yang Agung\n\nAbdul Aziz = Hamba Allah Yang Mulia\n\nAbdul Bari = Hamba Allah Yang Banyak Kebaikan\n\nAbdul Basit = Hamba Allah Yang Melimpah Nikmat\n\nAbdul Baqi = Hamba Allah Yang Kekal\n\nAbdul Dayyan = Hamba Allah Yang Membalas\n\nAbdul Jabbar = Hamba Allah Yang Tegas\n\nAbdul Jalil = Hamba Allah Yang Mulia\n\nAbdul Jawad = Hamba Allah Yang Pemurah\n\nAbdul Fattah = Hamba Allah Yang Membuka\n\nAbdul Ghafur = Hamba Allah Yang Membuka\n\nAbdul Ghani = Hamba Allah Yang Pengampun\n\nAbdul Hadi = Hamba Allah Yang Kaya\n\nAbdul Hafiz = Hamba Allah Yang Memelihara\n\nAbdul Haiy = Hamba Allah Yang Hidup\n\nAbdul Hak = Hamba Allah Yang Sebenar\n\nAbdul Hakam = Hamba Allah Yang Menghukum\n\nAbdul Hakim = Hamba Allah Yang Bijaksana\n\nAbdul Halim = Hamba Allah Yang Lemah Lembut\n\nAbdul Hamid = Hamba Allah Yang Terpuji\n\nAbdul Hanan = Hamba Allah Yang Penyayang\n\nAbdul Ilah = Hamba Allah / hamba Tuhan\n\nAbdul Karim = Hamba Allah Yang Pemurah\n\nAbdul Khaliq = Hamba Allah Yang Mencipta\n\nAbdul Latif = Hamba Allah Yang Lemah Lembut\n\nAbdul Majid = Hamba Allah Yang Mulia\n\nAbdul Mannan = Hamba Allah Yang Memberi Nikmat\n\nAbdul Muhaimin = Hamba Allah Yang Berkuasa\n\nAbdul Mu\u2019ati = Hamba Allah Yang Memberi\n\nAbdul Mun\u2019im = Hamba Allah Yang Memberi Nikmat\n\nAbdul Nasir = Hamba Allah Yang Menolong\n\nAbdul Qadir = Hamba Allah Yang Berkuasa\n\nAbdul Qahar = Hamba Allah Yang Perkasa\n\nAbdul Qayyum = Hamba Allah Yang Berkuasa\n\nAbdul Rauf = Hamba Allah Yang Pengasih\n\nAbdul Rahman = Hamba Allah Yang Pemurah\n\nAbdul Rahim = Hamba Allah Yang Penyayang\n\nAbdul Rasyid = Hamba Allah Yang Bijaksana\n\nAbdul Razak = Hamba Allah Yang Memberi Rezeki\n\nAbdul Syakur = Hamba Allah Yang Bersyukur\n\nAbdul Samad = Hamba Allah Yang Menjadi Tumpuan\n\nAbdul Salam = Hamba Allah Yang penyelamat\n\nAbdul Wafi = Hamba Allah Yang Setia\n\nAbdul Wadud = Hamba Allah Yang Pengasih\n\nAbdul Wahab = Hamba Allah Yang Memberi\n\nAbdul Warith = Hamba Allah Yang Mewarisi\n\nAbdul Wahid = Hamba Allah Yang Esa\n\nAbbas = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\n\nAbu Bakar = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW (Yang bersegera)\n\nAbu Zar = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\n\nAbu Samah = Pemaaf, Yang bertoleransi\n\nAdam = Nama Nabi, ikutan, teladan\n\nAdi = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\n\nAffandi = Gelaran bagi orang yang berkedudukan\n\nAhnaf = Yang berpegang teguh pada ajaran agama\n\nAkramah = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\n\nAkid = Yang kuat, teguh, tetap\n\nAkif = Yang menumpukan dirinya pada sesuatu\n\nAli = Yang mulia, yang tinggi kedudukannya\n\nAmin = Yang amanah, yang dipercayai\n\nAmmar = Yang memakmurkan, yang kuat iman\n\nAnaqi = Keindahanku yang menawan hati\n\nAniq = Yang kacak lagi menawan hati\n\nAnis = Yang mesra, teman setia\n\nArif = Yang bijak, yang mengetahui\n\nArqam = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\n\nAsmaan = Hati yang suci dan pendapat yang teguh\n\nAsna = Yang tinggi, yang bersinar\n\nAsri = Masaku, kemajuanku mengikut masa\n\nAwadullah = Pemberian, gantian dari Allah\n\nAzfar = Yang berjaya, yang menang\n\nAzhar = Yang berseri, yang gemilang\n\nAzhari = Yang berseri, yang gemilang\n\nAzizan = Yang mulia, yang kuat, kekasih\n\nAziz = Yang mulia, yang kuat, kekasih\n\nAbdul Falah Eka Cahya: hamba yang beruntung menjadi satu cahaya untuk sesama\n\nAbdul Hadi Khabir: hamba Allah yang kaya dan sempurna\n\nAbdullah Hafiz Dhiaurrahman: hambaNya yang bersinar penuh kasih dan menjadi pelindung bagi sesama\n\nAbdullah Rafif: hambaNya yang berbudi pekerti\n\nAbdullah Tahsin Pramudya: hamba Allah yang gemar memperbaiki dan bijaksana\n\nAbdullah Umran Assunni: hamba Allah yang penuh dengan kemakmuran dan merupakan seorang ahli sunnah\n\nAbdullah Majid Tsurayya: hamba Allah yang sangat mulia seperti gugusan bintang\n\nAbdun Khabir Munawwir: hamba Allah yang sempurna dan bercahaya\n\nAbi Shafwan Arifuddin: laki-laki yang berpikiran jernih dan memahami agama Islam\n\nAbiyu Abdu Mubarak: hamba Allah yang mulia jiwanya dan diberkahi hidupnya\n\nAddar Quthni Karim Izzatul: yang dimuliakan dan dihormati laksana imam perawi haddits\n\nAdib Putra Haya: laki-laki yang berbudi baik dalam kehidupan\n\nAditya Irfanul Ad-Din: yang pandai dalam ilmu agama dan bijaksana\n\nAditya Zainul Muttaqin: pandai dan menjadi perhiasan bagi orang yang bertakwa\n\nAdskhan Fahmi Fawwaz: ksatria yang memiliki pemahaman/wawasan luas dan selalu beruntung\n\nAhmad Ghulam Fahruddin: pemuda terpuji yang menjadi kebanggan agama\n\nAhmad Makarim Hakim: laki-laki yang terpuji, mulia hidupnya, dan penuh kebijaksanaan\n\nAmiruddin Adlan Mahasin: pemimpin agama yang adil dan penuh kebaikan\n\nAmiruddin Majid Ubaidillah: hamba Allah yang sangat mulia dan merupakan pemimpin agama Islam\n\nAnwar Ulumuhul Kabir: laki-laki dengan berbagai ilmu, bercahaya, dan sempurna\n\nArif Tamam Aziz: laki-laki perkasa yang sangat sempurna kebijaksanaannya\n\nArif Umran Tajuzzaman: laki-laki bijaksana yang penuh dengan kemakmuran dan merupakan mahkota zaman\n\nAshim Shalih Taqiyyuddin: laki-laki shaleh yang menjauhi maksiat dan sangat bertaqwa dalam agama\n\nAziz Manshur Umair: laki-laki yang sangat perkasa dan seorang prajurit yang menang laksana Umair\n\nAzzam Tsawab Mustaqim: yang berniat baik, menempuh jalan yang lurus, dan mendapatkan pahala karenanya\n\nBunyamin = Nama saudara nabi yusuf\n\nBilal = Nama saabat nabi, titisan embun\n\nBagas Marwan Alauddin: laki-laki yang kuat dan mulia dengan urusan yang lurus\n\nDhiaurrahman = Sinaran yang pengasih (Allah)\n\nDhomrah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\n\nDaffa Jihad Fisabilillah: pria yang kuat bertahan dalam perjuangan di jalan Allah\n\nDaffa Karim Ansharri: laki-laki penyayang dan mulia yang memiliki pertahanan yang kuat\n\nDaffa Shadiq Nasrullah: laki-laki yang jujur dan pertahanan imannya kuat, serta mendapat pertolongan dari Allah\n\nEiyad = Sokongan, kekuatan, gunung yang sukar didaki\n\nFaid = Yang tetap, yang berhasil\n\nFarid = Yang istimewa, permata, tiada bandingan\n\nFaris = Yang alim, ahli penunggang kuda\n\nFaruq = Pembeza antara benar dan salah\n\nFathul Islam = Pembuka, kejayaan Islam\n\nFathurrahman = Pembukaan, Kejayaan Allah yang pengasih\n\nFaisal Hanif Mufida: laki-laki muslim yang berguna dan dapat memisahkan antara haq dan bathil\n\nFauzi Alimuddin: sang pemenang yang penuh dengan ilmu agama Islam\n\nGhaffar = Sedia mengampuni, lembut hati\n\nGhassan = Kecantikan dan kelembutan remaja\n\nGhailan = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\n\nGhani Putra Mubarak: anak laki-laki yang diberkahi kemewahan\n\nGilang Ayyasy Umran: laki-laki yang bercahaya terang dan panjang umur serta hidupnya penuh kemakmuran\n\nHadari = Maju, bertamadun, penduduk bandar\n\nHaikal = Pokok yang besar dan subur\n\nHasyim = Pemurah, yang suka menjamu orang\n\nHuzaifah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\n\nHuzaiman = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\n\nHabibi Eka Hadaya: laki-laki kesayangan pertama sebagai hadiah dari Allah\n\nHadil Zayan Muntasir: laki-laki juara yang sangat elok wajahnya dan dijadikan tuntunan bagi sesama\n\nHasib Ghandur Dzulhannan: pemuda rupawan yang berketurunan mulia dan penuh kasih sayang antar sesama\n\nImam Nur Mahardika: pemimpin umat yang berilmu dan menjadi cahaya\n\nIrfan Yusran: yang berpengetahuan dan memiliki kekayaan\n\nJinan Makarim Safaraz: Lelaki bagaikan taman yang mulia dan dihormati\n\nJufri Rijal Sajana: Lelaki bijaksana dan kuat laksana seekor singa\n\nJundullah Ulya Ar-Rabih: prajurit yang mulia dan tinggi kedudukannya serta sangat beruntung\n\nKamarul Arifin = Bulan orang arif\n\nKhairul Anwar = Cahaya yang baik\n\nKhairul Ikhwan = Persaudaraan yang baik\n\nKamil Putra Majid: anak laki-laki yang memiliki sifat baik dan terpuji\n\nKarim Abdullah Ushaim: hamba Allah yang sangat mulia dan terpelihara dari keburukan\n\nKarim Malik Syihabun: berdaulat dan mulia seperti bintang\n\nKarim Tabi Al-Wafi: pengikut ajaran islam yang mulia dan memancarkan kesempurnaan\n\nKhabir Ulwan Shiddiq: laki-laki yang tinggi kedudukannya, terpuji sifat benarnya, serta ahli dalam bidangnya\n\nKhairuddin Mufid Hanan: anak laki-laki yang dikaruniai dan memberi manfaat bagi sesama untuk kebaikan agama\n\nLabid = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\n\nLutfil Hadi = Taufik Allah Yang Hadi\n\nLutfhi Hadi Hamizan: laki-laki lembut nan cerdik dan selalu mendapat petunjuk\n\nMajid Ashim Shalih: laki-laki yang sangat mulia dan jauh dari maksiat serta baik perilakunya\n\nMalik Abdu Al-Hadi: hambaNya yang berdaulat dan selalu diberi petunjuk oleh Allah SWT\n\nMisbah Sa\u2019dan Wibowo: laki-laki bijaksana yang menyinari hati orang-orang dan membahagiakan\n\nMudrik Sava Zorina: laki-laki berilmu yang penuh dengan ketenangan dan kemakmuran\n\nMufid Sa\u2019dan Al-Ihsan: pemberi manfaat yang penuh dengan kebaikan dan selalu dapat membahagiakan\n\nMuhammad Azzam Nurwahid: yang terpuji laksana Muhammad, berkemauan baik, dan menjadi cahaya utama\n\nMuhammad Rafa Azka Putra: anak lelaki yang suci, membawa kebahagiaan, dan insya Allah terpuji akhlaknya laksana nabi Muhammad\n\nMunir Amzari: lelaki yang mendapatkan cahaya kemuliaan\n\nMustain Rusydan Al Afsari: laki-laki yang meminta pertolongan dalam menunjukkan jalan lurus bagi sesamanya, untuk menjadi lebih baik\n\nNafis Karim Rahman: laki-laki berharga serta mendapat kemuliaan dari Allah Yang Maha Pengasih\n\nNara Jayyid Uzmah: orang baik yang mendapat keagungan dari Allah SWT\n\nNaufal Nasrun Hakim: pemuda tampan yang senang menolong dan bijaksana (adil)\n\nNaufal Zumarullah Ulyaddin: pria yang diberi ketampanan olehNya dan menjadi pemuka agama\n\nNaufal Khabir Mustain: pria tampan dan sempurna yang selalu diberi pertolongan olehNya\n\nNaufal Tsawab Mustaqim: pemuda tampan yang mendapat pahala karena jalannya lurus (mengikuti Allah)\n\nPutra Amin Dzulhilmi: anak laki-laki yang sabar dan sebagai penjaga amanah yang baik\n\nPutra Ghazy Fadhilah: pejuang laki-laki yang utama\n\nPutra Juhlan Muammar: laki-laki yang mulia dan berumur panjang\n\nPutra Khawas Syarafu: anak lelaki mulia yang beramal dengan ikhlas\n\nPutra Mahasin Tamam: anak laki-laki sempurna yang penuh dengan kebaikan\n\nPutra Tamam Mushoddiq: anak laki-laki yang mempercayai Allah dan sangat sempurna\n\nRahmat Gibran Ramadhan: anak pandai yang merupakan nikmat dari Allah di bulan suci Ramadhan\n\nRaihan Putra Salman: laki-laki yang wangi dan penuh dengan keselamatan\n\nRijal Daffa Mubarak: laki-laki yang dikaruniai pertahanan yang sangat kuat\n\nRobih Wahid Rodhya: yang beruntung dan sangat dermawan, serta penuh keikhlasan dalam berbagai hal\n\nRusydan Rustam Taqiyyuddin: laki-laki berani yang berada di jalan lurus dan sangat bertakwa dalam agama\n\nRusydi Uzmah Al-Hakim: laki-laki yang mendapatkan petunjuk dan keagungan dari Allah Yang Maha Bijaksana\n\nSakya Najid Al-Hadi: laki-laki gagah berani sebagai penyejuk dan membahagiakan\n\nShadiq Aziz Mahasin: laki-laki jujur yang sangat agung dan penuh dengan kebaikan\n\nShadiq Izzatul Aziz: jujur, dihormati, dan agung\n\nShakti Marwan Maqamul: seseorang dengan energi besar yang menjadi wadah untuk meluruskan suatu urusan\n\nSharimul Abdun Ulumuhul: hamba Allah yang membela untuk kebaikan dan mempunyai banyak ilmu\n\nShofwan Ulya Izzulhayat: laki-laki dengan cinta tulus yang utama dan hidupnya penuh dengan kemuliaan\n\nSina Ulya Shihabuddin: semoga menjadi sepertI bapak kedokteran Islam dan mulia seperti meteor agama\n\nSyarif Abdul Hamid: hambaNya yang terpuji dan terhormat\n\nTamim Nara Khabiruddin: sosok yang kuat dan baik dalam memahami agama\n\nTsaqib Shafwan Nasruddin: menolong agama dengan cinta yang tulus dan tepat\n\nTsauban Rizqullah Ad-Din: laki-laki yang berkumpul dalam kebaikan dan mendapatkan rezeki berlimpah dan berguna bagi agamanya\n\nTsauban Shadiq Hasan: laki-laki baik yang sangat jujur dan selalu berkumpul dengan kebaikan\n\nTsawab Rodhya Shaibun: yang mendapat pahala, ikhlas memberi, serta sangat tepat perhitungannya\n\nUbaidillah Majid Al-Munir: hamba Allah yang bercahaya dan mulia\n\nUlwan Rusydi Abdun: laki-laki yang tinggi kedudukannya dan menunjukkan jalan yang benar, serta termasuk hamba terbaikNya\n\nUtsman Shorim Muntasir: nama khalifah ketiga yang mempunyai keberanian tinggi dalam membela agama dan menang melawan keburukan\n\nWahid Aziz Tsawab: laki-laki dermawan yang mendapat pahala dari kebaikan yang agung\n\nWahid Karimuddin: lelaki dermawan dan mulia dalam agamanya\n\nWahid Khairullah Shahibu: laki-laki yang dermawan dan mendapatkan kebaikan dari Allah\n\nWahid Syarifuddin: lelaki dermawan yang menjadi keutamaan bagi agama Islam\n\nWali Misbah Makarim: laki-laki mulia yang melindungi dan menjadi penerang untuk sesama\n\nYahya Tamam Wahib: karena memberi/menolong menjadi kebahagiaan yang sempurna baginya\n\nYazid Makarim Alim: laki-laki yang berilmu dan selalu bertambah kemuliaannya\n\nZuhdi Maimun Mansur: yang zuhud dan diberkahi dengan kemenangan\n\nSelain daripada nama-nama di atas, anda juga boleh memilih nama-nama para Nabi dan Rasul, nama-nama para sahabat atau nama-nama Allah. Jika anda memilih nama-nama Allah, dipangkalnya perlu diletakkan perkataan\u00a0 Abdul. Sebagai contoh : Abdul Rahman, Abdul Rahim dan sebagainya.\n\nItulah dia koleksi nama anak lelaki islam moden yang sedap didengar dan baik maksudnya. Semoga perkongsian kami ini bermanfaat untuk anda. Jika anda sedang mencari nama anak perempuan, link artikel ini mungkin sesuai untuk anda."
"Jerawat adalah antara musuh utama orang perempuan, malah ia juga boleh menyebabkan golongan lelaki berasa tidak selesa. Nak-nak lagi kalau yang tumbuh ialah jerawat batu atau jerawat bernanah yang besar dan merah.\n\nMasakan tidak, jerawat boleh dianggap sebagai spotlight pada muka yang menjadi tumpuan utama mereka yang memandang. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips kecutkan jerawat yang dijamin berkesan untuk anda cuba.\n\nDi sini, kami ingin kongsikan 6 cara mudah tips kecutkan jerawat cara semulajadi.\n\nTeh hijau kaya dengan antioksidan. Ia membantu mengecutkan jerawat dan dalam masa yang sama mengurangkan rasa sakit dan kemerahan yang berlaku akibat keradangan pada kulit.\n\nMalah apa yang menarik, anda boleh minum dahulu teh hijau tersebut dan kemudian menggunakan uncang tersebut untuk mengecutkan jerawat pada muka. Cara untuk mengecutkan jerawat dengan uncang teh hijau adalah seperti berikut:\n\nKajian yang diterbitkan pada tahun 2000 di jurnal Archives of Dermatology melaporkan himpunan penyelidikan lepas yang menunjukkan bahawa teh hijau mengandungi sebatian fenolik yang sangat aktif sebagai bahan anti radang, antioksidan dan anti kanser, khususnya di kawasan kulit.\n\nUlasan mereka melihat kesan antioksidan ekstrak teh hijau ke atas tikus, dan kemudiannya dijalankan ke atas kulit manusia. Hasilnya, kedua-dua pemerhatian merekodkan aktiviti antioksidan yang sangat baik.\n\nMereka turut mencadangkan penggunaan teh hijau sebagai salah satu komponen penting dalam produk kecantikan kulit.\n\nSelain melekapkan uncang teh hijau pada jerawat, anda juga boleh menggunakan masker teh hijau untuk mengecutkan jerawat. Anda boleh gunakan cara ini jika anda mempunyai masa terluang untuk menyediakan masker tersebut.\n\nJika tidak, memadai jika anda menggunakan kaedah uncang di atas. Cuma dari segi keberkesanan, masker teh hijau adalah lebih berkesan dan jerawat akan lebih cepat mengecut berbanding menggunakan kaedah uncang.\n\nCara untuk menyediakan masker teh hijau untuk mengecutkan jerawat adalah seperti berikut:\n\nMalahan, kajian susulan daripada pemerhatian yang dilaporkan untuk cara pertama menggunakan uncang teh hijau tadi, dilakukan pada tahun 2001 bagi melihat kesan positif tambahan menggunakan teh hijau.\n\nTeh hijau ini berperanan sebagai pelindung sinar UV yang boleh merosakkan kulit dengan membekalkan sebatian antioksidan seperti epigallocatechin-3-gallate (ECGG).\n\nMasalah jerawat dan kulit kusam turut diperbaiki apabila kulit kita mendapat perlindungan yang baik.\n\nTips kecutkan jerawat yang seterusnya ialah dengan menggunakan tomato. Tomato sememangnya buah yang sangat baik untuk kecantikan kulit. Bagaimana tomato membantu mencantikkan kulit?\n\nKajian menunjukkan bahawa buah tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai lycopene iaitu sejenis antioksidan yang membantu mencerahkan dan menghaluskan kulit.\n\nMalah, bahan ini juga membuatan kulit muka menjadi kemerah-merahan persis kulit tomato!\n\nJika anda mempunyai kulit yang mudah sunburn, tomato juga sangat membantu. Selain dimakan untuk mencantikkan kulit, anda juga boleh menggunakan tomato untuk mengecutkan jerawat. Caranya sangat mudah iaitu:\n\nKulit kayu manis juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengecutkan jerawat secara semulajadi tanpa kesan sampingan dari bahan kimia merbahaya yang ada dalam produk mengecutkan jerawat yang ada di pasaran. Malah serbuk kulit kayu manis juga mudah untuk dibeli dengan harga yang murah.\n\nJika anda tidak mempunyai serbuk kayu manis, anda boleh kisar kulit kayu manis yang ada di dapur atau asah kulit kayu manis pada lesung batu untuk mendapatkan serbuknya. Cara mengecutkan jerawat dengan serbuk kayu manis adalah seperti berikut:\n\nTambah menarik, sekumpulan penyelidik di Utah, Amerika Syarikat pada tahun 2017 telah melaporkan aktiviti anti radang kulit kayu manis yang sangat berkesan dalam menangani masalah kulit.\n\nMereka mendapati bahawa bahan aktif dalam kulit kayu manis, menyekat penghasilan biopenanda keradangan pada peringkat selular. Hal ini adalah penting bagi menjaga kesihatan kulit kita.\n\nTimun bukan sahaja sedap dijadikan ulam malah ia juga boleh membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.\n\nCaranya ialah potong timun kepada kepingan yang kecil, kemudian kisar atau hancurkan sehingga menjadi pes. Tampal pes timun tadi pada jerawat dan biarkan sehingga pes menjadi kering.\n\nAntara kajian saintifik yang berkaitan dengan pemerhatian ini adalah pada tahun 2001 oleh sekumpulan penyelidik di Pakistan. Mereka meneroka aplikasi timun dalam penjagaan kulit dan seterusnya membuat formulasi kosmetik berasaskan timun.\n\nHasil kajian mereka mendapati bahawa timun membantu kelembapan wajah dan menjadikan kulit muka sentiasa kekal hidrat. Hal ini menjadikan kulit semakin sihat dan tampak berseri.\n\nLemon juga adalah bahan semulajadi yang digunakan untuk mengecutkan jerawat sejak dulu lagi. Namun ingin kami ingatkan bahawa memandangkan lemon adalah bersifat asid, anda mungkin akan berasa sedikit pedih apabila jus lemon terkena kulit anda yang berjerawat.\n\nCaranya ialah ambil lemon dan perah jusnya. Ambil putik kapas dan basahkan dengan jus lemon tadi. Sapukan pada jerawat dan biarkan sehingga kering. Jika anda berasa pedih, basuh muka anda dengan segera untuk menghilangkan kesakitan yang dialami.\n\nMenurut kajian oleh sekumpulan penyelidik Korea Selatan pada tahun 2011, selain mampu memberikan sifat antipenuaan dan antioksidan, lemon berkeupayaan sebagai bahan antimikrob pada kulit manusia.\n\nOleh itu, penggunaan lemon sangat sesuai sebagai bahan untuk mengecutkan jerawat dan mencantikkan kulit wajah.\n\nItulah dia info tentang tips kecutkan jerawat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua kempiskan perut, petua nenek warisan turun-temurun, dan petua sejukkan badan.\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Badak berendam merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat\nMelayu. Ianya mengandungi tepung yang disalut bersama santan serta mempunyai\ninti kelapa didalamnya. Sangat sedap. Badak berendam merupakan kegemaran ramai\norang kerana mempunyai kombinasi rasa yang unik iaitu manis, masin dan\nberlemak. Cara pembuatannya tidaklah susah, namun ianya masih memerlukan\nlatihan. Sekiranya anda masih baru mencuba untuk memasak, usah khuatir kerana\nkami menyediakan resepi beserta dengan langkah langkah yang sangat terperinci. \n\nResepi yang kami bawakan hari ini telah dikongsikan oleh Saleha Maarof dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Tanpa membuang masa, jom kita lihat! \n\nAda pelbagai jenis resepi yang menarik selain daripada resepi ini untuk anda mencuba. Variasikanlah hidangan anda untuk menarik selera yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa ya untuk kongsikan artikel ini bersama kawan kawan anda!"
"Jujurnya, pasti ramai yang segan untuk berkongsi pendapat yang melibatkan tuala wanita kerana ia merupakan kegunaan peribadi. Namun, ramai wanita diluar sana masih tidak pasti akan apakah tuala wanita terbaik, selamat dan halal untuk dipakai.\n\nPerlu diketahui, keutamaan dalam memilih tuala wanita terbaik adalah ia haruslah selesa, semulajadi dan tidak bocor ketika menggunakannya. Jom lihat 12 tuala wanita terbaik pasti selamat digunakan!\n\nTuala wanita jenama Always Ultra Normal telah diiktiraf sebagai tuala wanita terbaik yang dijual di pasaran Rusia kerana ia memberi perlindungan yang bagus. Tuala wanita telah dipasang kepak khas untuk mengelakkan kebocoran.\u00a0\n\nLapisan atas pada tuala wanita ini dapat membantu mengurangkan risiko pembiakan bakteria dan memberikan rasa kesegaran serta keselesaan kepada pemakainya.\n\nBentuk khas pada tuala wanita ini juga dapat menyerap cecair dan menghalangnya daripada mengalir ke tempat lain. Rata-rata pengguna menggemari tuala wanita ini kerana bentuknya tidak kelihatan pada pakaian dan bebas untuk bergerak dalam melakukan apa jua aktiviti.\n\nKelebihan yang terdapat pada tuala wanita Naturella Ultra Normal adalah semulajadi. Ia mempunyai herba dengan ekstrak chamomile yang berfungsi menghalang kerengsaan dan pertumbuhan bakteria.\u00a0\n\nTuala wanita terbaik ini juga mengeluarkan bau wangian herba secara semulajadi. Lapisan pelekat yang lebar dan kepak fleksibel yang terdapat pada tuala wanita ini dapat membantu mengekalkan bentuknya semasa pergerakan.\n\nButiran gel yang terdapat pada lapisan dalam tuala wanita ini pula akan menyerap cecair yang menghalang daripada kebocoran. Kebanyakan wanita sukakan bau semulajadi yang menyenangkan dan ketebalannya yang minimum supaya terlindung bentuk dan bocor.\n\n6 titik yang terdapat pada bungkusan tuala wanita ini menunjukkan bahawa ia merupakan tuala wanita terbaik dalam melindungi berlakunya kebocoran semasa tidur. Ia menawarkan tahap maksimum dalam memastikan kekeringan dan kesegaran semalaman walau apa jua posisi wanita ketika tidur.\u00a0\n\nSelain itu, terdapat lapisan dalam yang diperkuat dengan bahan penyerap yang menghalang kebocoran akibat pendarahan pada hari pertama haid.\n\nLapisannya mempunyai ketebalan 7 mm dan panjang 320 mm. Walaupun ada yang mengatakan saiznya sedikit besar, namun ia tetap menjadi pilihan buat wanita di luar sana.\n\nTuala wanita terbaik berjenama Secret Lan memiliki harga yang sangat berpatutan. Ia menawarkan keselesaan dan perlindungan yang sangat baik terhadap kebocoran. Selain itu, ia juga diperbuat dari bahan ekstrak tumbuhan yang dapat menghalang anti-radang dan antimikrob.\n\nBahan yang digunakan termasuklah minyak bijan, bunga cengkih dan biji teratai yang dapat menghalang kerengsaan dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Bagi anda yang tidak selesa dengan tuala wanita Libresse Maxi, bolehlah menggunakan tuala wanita Secret Lan ini pula.\n\nTuala Wanita Carefree Plus Large pula lebih panjang dan lebih tebal daripada tuala wanita bersaiz biasa. Direka khas bagi melindungi pengaliran supaya tidak bocor, ia juga menjamin kekeringan dalam memberi rasa yang selesa.\u00a0\n\nTuala wanita ini disyorkan untuk digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang sangat sensitif. Pelekat pada tuala wanita ini mempunyai jalur yang berfungsi untuk mengekalkan bentuknya ketika memakainya.\u00a0\n\nTambahan pula, tuala wanita terbaik ini menggunakan formula untuk memastikannya dilindungi selama 12 jam. Menurut pengguna, tuala wanita ini sesuai digunakan pada hari-hari terakhir haid.\n\nTuala Wanita Libresse Style So Slim\n\nSatu lagi tuala wanita terbaik dari Librese ini akan menarik minat mereka yang inginkan keselesaan dan tidak kelihatan bentuknya ketika memakainya. Ia boleh didapati dalam dua pek iaitu pek standard (32 keping) dan pek ekonomi (64 keping).\u00a0\n\nTuala wanita ini tidak menyebabkan kerengsaan, menyerap cecair dan kekal kering untuk tempoh penggunaan yang panjang. Paling menyeronokkan, ia tidak berbau. Jadi, bagi anda yang amat sensitif dengan bau, kami mengesyorkan tuala wanita Libresse Style So Slim ini.\u00a0\n\nSeterusnya, Tuala wanita Helen Harper direka bagi melindungi pendarahan selepas bersalin. Permukaannya yang lembut berfungsi untuk menyerap sejumlah besar cecair, memberi keselesaan dan membuatkan pemakai berasa sangat selesa.\u00a0\n\nIa juga lengkap dengan perlindungan tambahan dalam menggunakan gelang getah pada bahagian sisi untuk mengelakkan kebocoran. Tiga tahap perlindungan iaitu tahap normal, sederhana dan super.\u00a0\n\nSelain itu, tuala wanita terbaik bagi kegunaan mereka yang lepas bersalin ini menekankan keselesaan dan sensasi yang menyenangkan semasa penggunaannya.\n\nTuala wanita terbaik buatan Poland ini direka bagi kegunaan selepas bersalin. Ia diperbuat daripada selulosa lembut yang dapat menghalang aliran cecair. Selain itu, tuala wanita Matopat Absorgyn ini memberi perlindungan terhadap kerengsaan dan selesa ketika memakainya.\n\nTuala wanita ini boleh didapati dalam dua saiz iaitu 270*75 mm dan 340*90 mm. Menurut pandangan pengguna, tuala wanita ini sangat diperlukan dalam tempoh selepas bersalin kerana kelembutan dan kekeringan yang tahan lama.\n\nTuala wanita Libresse Invisible ini diperbuat daripada bahan yang tidak menyebabkan kerengsaan. Ianya bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi mudah digunakan dan senang untuk dibuang. Selain itu, ianya juga mengekalkan bentuknya ketika dipakai dan tidak menampakkan bentuknya dari luar pakaian.\n\nTuala Wanita Kotex Ultra Thin Normal\n\nJenama Kotex dengan produk Ultra Thin Normal ini merupakan tuala wanita terbaik yang disukai oleh para wanita bukan sahaja kerana kualitinya tetapi juga disebabkan reka bentuk pembungkusannya yang menarik.\u00a0\n\nIa terdiri dari gel penyerap yang menyerap cecair dalam masa beberapa saat. Walaupun dengan cecair yang banyak keluar, ia kekal kering dan pastinya membuatkan anda selesa.\n\nMempunyai ciri ketebalan minimum dan perlindungan semasa tidur, Tuala wanita Always Ultra Night ini membuatkan anda selesa dan tidur nyenyak.\u00a0\n\nTuala wanita terbaik ini diperbuat dari bahan yang mampu meneutralkan sepenuhnya bau yang tidak menyenangkan dan menyegarkan. Selain itu, ia juga mempunyai gel yang mampu menyerap cecair dengan sangat pantas.\n\nTuala Wanita Discreet Deo \u2018Air Line\u2019 Multiform\n\nTuala wanita Discreet Deo \u2018Air Line\u2019 Multiform ini amat sesuai digunakan walaupun memakai apa jenis pakaian.\u00a0 Terdapat bauan wangian yang menyegarkan walaupun dipakai pada cuaca yang panas terik, kesegaran tetap dirasai.\u00a0\n\nAromanya juga dikatakan tidak mengganggu dalam menutupi bau yang tidak menyenangkan. Ia hadir dengan beberapa jenis pek pilihan seperti 20 keping, 60 keping dan 100 keping.\n\nItulah antara tuala wanita terbaik, selamat dan halal digunakan. Wanita tak perlu risau lagi! Jom baca juga Seterika wap terbaik, Mesin pengering baju terbaik, Vacuum Terbaik dan Blender Terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Keguguran adalah mimpi ngeri bagi setiap ibu yang mengandung. Ianya boleh berlaku pada mana-mana tahap kehamilan, tidak kira sama ada anda berada pada trimester pertama, kedua atau ketiga. Jika anda sedang mengandung, adalah sangat penting untuk anda perhatikan tanda-tanda keguguran yang berikut.\n\nSekiranya anda mendapati terdapat lendiran mucus keluar dari faraj anda, ia adalah tanda pertama anda keguguran. Lendiran tersebut mungkin berwarna merah, merah keputihan, atau pink.\n\nPendarahan yang sedikit atau spotting adalah normal bagi ibu mengandung. Jika anda terjumpa tompokan darah yang sedikit pada seluar dalam, tidak perlu risau. Ianya adalah normal. Namun anda perlu berjaga-jaga jika berlakunya pendarahan yang banyak selepas keluar lendiran mucus seperti yang kami nyatakan diatas.\n\nPendarahan semasa mengandung boleh berlaku kerana kedudukan uri dibawah, dan ianya juga boleh menjadi tanda berlakunya keguguran. Pergi ke hospital dengan segera jika anda mengalami pendarahan yang banyak.\n\nSepanjang tempoh kehamilan, anda akan mengalami cramp dibahagian rahim disebabkan oleh regangan otot rahim. Dihujung kehamilan, anda juga akan kerap mengalami Braxton Hick. Namun ianya tidak akan menyakitkan. Anda akan berasa perut mengeras dan ketidakselesaan untuk beberapa saat. Itu sahaja.\n\nNamun jika anda mengalami contraction dan kesakitan serentak sebelum tiba masa untuk bersalin, ianya adalah salah satu tanda keguguran.\n\nDemam terlalu panas juga adalah salah satu cara badan anda memberikan signal bahawa anda keguguran.\n\n5. Tekanan darah tinggi secara tiba-tiba\n\nSekiranya tekanan darah anda sepanjang kehamilan adalah normal dan tiba-tiba naik secara mendadak, berkemungkinan besar anda akan keguguran\n\nBerjaga-jaga jika secara tiba-tiba anda tidak lagi mempunyai tanda mengandung. Anda tidak lagi berasa lesu, mood swing anda lenyap, payudara anda tidak ngilu dan sensitif lagi, dan morning sickness hilang secara mengejut. Ianya mungkin berlaku kerana hormon anda sudah stabil semula dan ianya adalah di antara tanda berlakunya keguguran.\n\nJika tiba-tiba anda mendapati ada ketulan yang keluar dari faraj, kemungkinan besar ianya adalah janin anda yang telah gugur. Bawa ketulan tersebut bersama ke hospital untuk pemeriksaan dengan segera.\n\nIbu mengandung akan mengira pergerakan bayi setiap hari. Sekiranya anda perasan bayi anda langsung tidak bergerak untuk satu tempoh yang lama, ianya adalah salah satu tanda bahawa anda keguguran.\n\nJika bayi anda kurang aktif, jangan berlengah. Usap perut dan bercakap dengan bayi untuk menggalakkan ia bergerak. Kebiasaannya bayi akan bertindak-balas apabila mendengar suara ibu bapa atau mendengar bunyian kegemaran seperti alunan muzik atau suara azan. Jika tiada tindak-balas kepada sentuhan dan suara anda, segera ke hospital tanpa berlengah.\n\nSekiranya doktor gagal menemui denyutan jantung\u00a0 bayi anda melalui ujian ultrasound, kemungkinan besar anda mengalami keguguran.\n\nServiks ibu mengandung akan tertutup dengan rapat sepanjang tempoh kehamilan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dalam kandungan. Beberapa minggu sebelum melahirkan, serviks akan mula terbuka sedikit demi sedikit sebagai persediaan untuk bersalin.\n\nSekiranya doktor mendapati bahawa serviks anda terbuka terlalu awal, ianya adalah salah satu tanda awal anda mungkin keguguran. Biasanya doktor akan menasihati anda untuk bedrest sehingga bukaan serviks anda menjadi normal semula bagi mengelakkan berlakunya keguguran.\n\n11. Ujian kehamilan bertukar menjadi negatif\n\nIbu mengandung akan mendapat keputusan positif untuk ujian kehamilan, tidak kira pada trimester ke berapa ujian kehamilan dilakukan. Jika tiba-tiba ujian kehamilan anda menjadi negatif, ia adalah tanda anda mengalami keguguran.\n\nIbu mengandung dan sakit belakang sememangnya tak dapat dipisahkan. Ia berlaku kerana kandungan yang semakin membesar menekan tulang belakang anda. Namun berjaga-jaga jika sakit belakang anda menjadi semakin kuat , terutamanya di bahagian bawah badan. Berkemungkinan ianya adalah contraction.\n\nContraction sebelum waktu melahirkan juga adalah tanda anda keguguran.\n\nUjian kehamilan adalah positif sekiranya terdapat hormon HCG dalam air kencing anda. Hormon HCG adalah hormon yang membantu mengekalkan kehamilan. Sekiranya secara tiba-tiba hormon HCG dalam badan anda menurun, ia adalah satu petanda buruk bahawa badan anda tidak lagi berusaha untuk mengekalkan kandungan.\n\nItulah dia 13 tanda keguguran yang ramai ibu mengandung tidak perasan. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang kami senaraikan di atas, sila ke hospital dengan kadar segera untuk pemeriksaan. Sekiranya anda disahkan keguguran, takziah dari pihak kami.\n\nAmbil masa untuk bersedih dan merawat perasaan. Berpantang dengan baik untuk mengembalikan semula kesihatan dan kecergasan badan. Selepas anda rasa betul-betul sihat dan bersedia, anda boleh berusaha untuk mengandung semula."
"Ramai ibu bapa masih tidak tahu cara bedung bayi yang betul. Bedung bayi tidaklah susah seperti yang disangkakan tetapi ia mempunyai cara dan panduan yang harus anda ikuti untuk lebih tepat dan betul. Bayi tidak akan meragam, malah lebih selesa jika anda bedung bayi dengan cara yang betul.\n\nSelain menjadikan bayi lebih selesa, bayi tidak akan berisiko terkena hips socket iaitu sejenis risiko tulang di bahagian peha bayi. Banyak lagi risiko yang bakal bayi hadapi jika anda tidak bedung bayi dengan cara yang betul. Jom lihat cara bedung bayi yang betul bagi mengelakkan bayi meragam dan sakit. Sebelum itu, mari ketahui sebab-sebab bayi perlu dibedung.\n\nCara Bedung Bayi Yang Betul Elak Bayi Meragam\n\nTerdapat 6 cara yang harus anda ikuti satu persatu. Buatlah dengan tertib supaya bayi tidak mengalami kesukaran dalam bergerak atau bernafas setelah dibedung. Mulakan dengan memilih kain bedung yang selesa dahulu, jangan lupa juga untuk minta nasihat orang tua yang mereka yang lebih berpengalaman.\n\nPilih kain bedung yang sesuai dengan saiz bayi. Kini, terdapat banyak jenis kain yang berbeza saiz di pasaran untuk dijadikan kain bedung bayi. Mungkin anda ragu-ragu untuk membuat pilihan. Pilihlah kain yang lebih besar dan lebar berbanding kain yang sangat kecil untuk bedung bayi supaya bayi lebih selesa dan tidak meragam.\n\n2. Lipat Kain Bedung Dan Bentang\n\nPastikan kain bedung dibentangkan dengan baik dengan bucu di atas dan dilipatkan segi tiga ke bawah pada bucu tersebut. Lihat gambar di atas sebagai contoh cara bedung bayi yang pertama. Kemudian letak bayi pada kedudukan bahu di awal kain yang dibentang.\n\n3. Bedung Tangan Dan Dada Bayi\n\nMulakan dengan bedung bayi dari bahagian lengannya. Letakkan tangan kanan bayi ke sisi badannya dan tarik kain bedung kanan ke kiri meyelimuti lengan bayi. Bahagian hujungnya pula, anda boleh selitkan di bahagian bawah punggung bayi.\n\n4. Bedung Bahagian Bawah Ke Atas\n\nBawalah kain bedung bahagian hujung di bawah naik ke arah dada bayi. Ia akan kelihatan seperti bentuk segi 4. Cara bedung bayi yang betul sebegini tidak memberi kesan negatif kepada bayi dan dia juga takkan meragam lagi.\n\n5. Bedung Bayi Tangan Kiri Dan Dada Bayi\n\nLihat pula pada bahagian kiri bayi, turunkan tangan bayi ke sisi kirinya dengan baik dan kemas. Kemudian, tarik kain bedung kiri bagi menyelimuti bayi hingga ke dada. Akhir sekali, selitkan penghujung kain ke bahagian bawah punggung kanan bayi pula.\n\n6. Perkemaskan Kain Dan Ikatan Bedung Bayi\n\nJangan lupa untuk kemaskan ikatan bedung bayi dengan betul. Jangan terlalu ketat sehingga bayi sukar bergerak dan bernafas. Berilah ruang untuk bayi bergerak sedikit. Anda juga boleh menggunakan bedung bayi yang sedia ada mempunyai butang dan pelekat untuk lebih kemas dan selesa.\n\nCara Bedung Bayi Down Up Down Up\n\nSekiranya anda rasa kurang faham dengan cara di atas, cara ini adalah istilah yang paling mudah dan sama seperti cara di atas. Cara bedung bayi konsep Down Up Down Up. Pastikan bayi dibaringkan. \n\nTurunkan bedung bahagian kiri, naikkan bedung ke atas dan selit, turunkan bedung bahagian kanan pula dan naikkan bedung bahagian kanak dan selit di belakang punggung. Mudah bukan?\n\nBukalah ikatan bedung bayi bermula dari penghujung yang anda selitkan dari bawah punggung bayi tadi. Jangan tarik terus dari atas kerana ia akan menyakitkan bayi anda. Buka kain bedung bayi dengan rapi dan lembut.\n\nItulah dia 5 cara bedung bayi yang betul harus anda jadikan panduan. Cara bedung bayi yang betul tidaklah sukar jika anda benar-benar memahami tekniknya. Dengan cara bedung bayi yang betul ini, bayi pasti tidak akan meragam lagi!\n\nJom baca artikel Punca bayi cirit birit berpanjangan, Pilihan breast pump terbaik dan tempat simpanan untuk anak yang paling selamat.\u00a0 Semoga bermanfaat!"
"Nota Editor : Perkongsian Dr Rozanizam tentang pertumbuhan komunikasi anak-anak menarik untuk dicuba. Anak-anak mempunyai fasa pertumbuhan tertentu pada umur tertentu. Semoga artikel ini membantu.\n_______________________________________________\n\nDi Klinik Psikiatri Kanak-Kanak, saya berjumpa dengan seorang anak kecik berusia 7 tahun yang dirujuk kerana lambat bercakap, sukar difahami dan kerap mengulang perkataan yang sama. Saya rasa ramai diluar yang nak tahu pasal \u2018delayed speech\u2019. Terima kasih adik A yang menginspirasikan posting ini.\n\nSemua orang sukakan kanak-kanak yang petah. Namun ada segelintir kanak-kanak mengalami masalah pertuturan \u2013 lewat atau tidak normal berbanding kanak-kanak seusia atau adik beradik. Pertuturan merupakan mekanisme penting perkembangan intelektual, emosi dan sosial kanak-kanak. Pengesanan awal penting untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.\n\nTerdapat masalah perkembangan yang lain \u2013 interaksi dengan kawan-kawan, tidak boleh bermain dengan kanak-kanak lain, tubuh terlalu kecil dan sebagainya.\n\nDapatkan pemeriksaan awal dan rujukan ke hospital/klinik untuk temujanji dengan doktor, klinik audio dan speech therapist (terapis pertuturan) mengikut keperluan."
"Adakah anda penggemar cheese? Jika ya, semestinya kalau boleh setiap\nhidangan yang dihidangkan, anda mahu bersertakan cheese. Cheese ni boleh\ndikatakan sebagai penyedap dan penambah selera bagi sesuatu menu. Contohnya,\npisang goreng cheese, aiskrim cheese, burger cheese, cheesecake dan pelbagai\nmacam lagi.\n\nRasa cheese yang berlemak sangat membangkitkan selera. Tapi\nharus juga beringat tentang kandungan kalori dan kolestrol jika diambil secara\nberlebihan. Maka, berpada dan bersederhana sahajalah apabila menjamu selera.\nApa yang penting, kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan ya! Ahha\n\nHari ini kami bawakan satu resepi berasaskan cheese yang sangat\nsimple dan sedap iaitu resepi cheesekut nestum. Nak buat cheesekut ni memang\nmudah yang amat sebab tak perlukan oven pun Cuma kena lah pastikan yang peti\nsejuk kat rumah anda tu berfungsi dengan baik untuk menghasilkan cheesekut yang\nterbaik!\n\nResepi cheesekut nestum ni telah dikongsikan oleh saudari Ismazura Ismail di Facebook.\u00a0 Versi cheesekut yang dikongsi oleh beliau adalah tambahan nestum sebagai toppingnya. Jadi, boleh lah anda bayangkan betapa NYUM NYUM sangat cheesekut ni apabila di ngap! Apa lagi, cuba sekarang tau! \n\n 1 paket biskut Cream Crackers HUP SENG 1 paket Nestum Original NESTLE (topping pilihan) 1 kotak susu segar DUTCH LADY\n\n 250 gm Cream Cheese TATURA 1/2 tin susu pekat MARIGOLD 2 sb susu segar DUTCH LADY\n\n 1. Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, tak perlu sampai kembang pula ye. Kalau tak ada mixer nak adun sendiri pun boleh 2. Sediakan bekas berbentuk segi empat sama atau segi empat tepat (senang nak susun biskut nanti) 3. Seterusnya celup biskut dalam susu segar selama seminit, takperlu sampai lembut sangat (kalau suka crunhcy takperlu celupkan pun tak apa) 4. Mulakan lapisan pertama dengan biskut yang dicelup lembut + adunan mixer (tuang adunan lebih sikit sbb nanti biskut serap) + topping pilihan (saya guna nestum) 5. Ulang langkah 3 dan 4 6. Lapisan terakhir tu boleh lah taburkan serpihan lebihan biskut tadi 7. Sejukkan dalam peti sejuk bawah selama 2-3 jam\n\nHaaa siappp. Senang je kan, boleh cuba ye semua!\n\nSelain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang special untuk anda try. Pastinya kami memilih yang terbaik buat anda, pembaca setia blog kami. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
"Kenapa ramai alah pada makanan laut? Ikan pun tak boleh ?\n\nMakanan laut perlu dimakan segar. Lepas ditangkap dimasak dan dimakan .\n\nJika tak boleh masak terus, kenalah masukkan peti sejuk secepat mungkin dan nyah bekukan bila nak masak.\n\nAda sesetengah ikan yang ada atas kulitnya jenis bakteria yang bila ikan itu sudah mati akan mengeluarkan histamine. Ini bahan yang cetuskan gatal . Itu yang jadi istilah \u2018ikan gatal\u2019 termasuk ikan kembung dan ikan sardin.\n\nBegitu juga makanan laut yang lain, udang, kerang dan ketam.\n\nKerang pula disebabkan kerang sedut air laut untuk dapatkan makanannya jika tempat yang kerang itu berada tercemar dengan bakteria contohnya e coli maka kerang mengandungi bakteria itu. Bila kita makan kerang mentah seperti yang sudah dipopularkan memakan kerang yang hanya dijirus air panas, ada kemungkinan kita dapat keracunan makanan.\n\nIni belum lagi mengambil kira pencemaran kimia yang sering berlaku sekarang dimanan sisa dari kilang dibuang kedalam laut dan menyebabkan laut menjadi tercemar dengan logam berat seperti merkuri .\n\nBelum juga kerja peraih ikan, selalunya orang tengah yang beli ikan dari nelayan dan jual semula kepada orang ramai . Mereka ini tidak mahu rugi. Kalau ikan dan udang yang mereka nak jual bau busuk dan kelihatan tidak segar maka mereka akan rugi .\n\nJalan keluarnya: Letak pengawet dalam produk mereka itu . Pengawet yang sering digunakan adalah asid borik dan formalin. Nyata ini racun sebenarnya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia .\n\nApa pula dengan udang yang diternak ? Sesetengah cara ternakkan udang bela udang yang banyak dikawasan yang kecil maka udang ini senang dijangkiti bakteria . Apa penyelesaian mereka? Letak antibiotik pada kolam ternakkan maka udang itu mengandungi antibiotik .\n\nSemasa saya di Purwakarta beberapa tahun lepas , saya lihat setiap rumah ada kolam ikannya dan nyata bila makan ikan bakar yang dijual di rumah makan disana, ikannya walaupun ikan darat segar dan sedap .\n\nPurwakarta yang ada antara Jakarta dan Bandung adalah kawasan bukit bukau yang amat bersih dari pencemaran dan tanah disana amat subur sehinga petani tdak perlu gunakan kimia ."
"Bentan selelu kita dengar dari mulut wanita selepas bersalin. Bentan tidak lari lagi dari wanita yang sedang berpantang. Wanita yang berpantang akan terkena bentan akibat terlampau sejuk atau tersepak benda keras. Oleh sebab itu, wanita yang berpantang perlu berhati-hati semasa melakukan sesuatu.\n\nApakah bentan? Bentan bermaksud ibu bersalin yang mengalami sakit badan, sakit urat dan pinggang dan sakit di kawasan peranakan yang boleh menyebabkan\u00a0tumpah darah.\u00a0Seram, bukan?\n\nApakah yang perlu dilakukan jika terkena bentan?\n\nMari kami kongsikan kepada anda mengenai tindakan yang perlu dibuat ketika terkena bentan. Info ini dikongsikan oleh Puan Siti Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya. \n\nSapu kawasan yang tegang tu dengan minyak panas. Bukan minyak bermenthol ya. Sebab ada pelanggan Kak Ice letak minyak menthol terus menggigil dan menggeletar bentan urat pula sebab kesejukan.\n\nKalau tak ada minyak panas, boleh sapu losyen Diang. Kalau tak ada Diang buat minyak urut sendiri.\n\nPanaskan semuanya. Sejukkan dan sapu pada kawasan yang sakit tu.\n\nKemudian, baru buat sesi menuam. Panaskan batu tuam. Balut dengan daun herba yang bantu pecahkan angin. Antaranya:\n\nSelepas sapu minyak panas tadi di kawasan yang cramp itu, demah atau tuam dulu dengan batu sungai yang dah dipanaskan dan dah dibalut dengan daun herba.\n\nSseterusnya, ambil batu itu, tenggek atasnya atau diletakkan diantara lubang faraj dan dubur (kawasan perineum). Diamkan mengeram batu itu. Sampai terasa panasnya mengalir kehujung jari kaki.\n\nSambil-sambil itu minum air akar herbanika atau air rebusan halia. Tutup segala kipas dan aircond. Kalau bentan, badan mesti pastikan cepat berpeluh. Apabila sudah berpeluh, insyallah bentan akan hilang.\n\nBentan ini, kesannya boleh sampai keusia tua. Sakit sendi, sentak ari-ari, sakit pinggang dan tungking tersentak boleh sampai ke tua. Jadi, siapa terkena bentan, nak sihat kena pantang sepanjang hayat.\n\n*Jika terkena bentan, bolehlah ikuti cara yang diberikan oleh puan Aisyah ini. Cara ini adalah cara tradisional yang diamalkan oleh orang dulu-dulu. Tetapi, jika rasa ragu-ragu, boleh berjumpa dengan doktor pakar untuk dapatkan nasihat mereka dahulu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Setiap orang mahu tubuh badan yang cantik dan sihat. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan tubuh badan yang diinginkan atau mengekalkannya. Ia memerlukan usaha yang banyak dan semangat yang tinggi untuk tidak tunduk pada nafsu makan yang melampau. Bersenam dan amalan pemakanan yang sihat adalah salah satu cara untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan sihat.\n\nIndividu yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat, mereka akan mula mengamalkan \u2018Plant Based Diet\u2019 atau PBD. PBD ialah perancangan di mana individu itu hanya akan makan sayur-sayuran dan bijiran dalam erti kata lain individu itu akan menjadi seorang vegetarian. Mereka akan menolak semua unsur makanan yang berkaitan dengan haiwan.\n\nTetapi, adakah PBD ini bagus untuk diet kita?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta mengenai Plant Based Diet (PBD). Info ini dikongsikan oleh Dr. Suhazeli Abdullah. Doktor pakar iaitu Dr. Suhazeli Abdullah merupakan doktor pakar\u00a0 perubatan keluarga di klinik. Beliau aktif dalam menjawab hal-hal perubatan termasuk isu berkenaan salah faham medikal dari sudut agama islam.\n\nKaedah PBD itu dibahagikan kepada 3 jenis yang masyhur.\n\ni. Vegetetarian. Hanya mengamalkan PBD dan menolak daging. Tetapi komponen haiwan seperti susu dan telur boleh dimakan.\n\nii. Vegan. Hanya mengamalkan PBD, bukan sahaja menolak daging tetapi tidak makan makanan bersumber komponen haiwan.\n\niii. Pescatarian. Hanya mengamalkan PBD ketat dengan menolak semua daging, komponen haiwan lain dan makanan laut.\n\nBerikut adalah dapatan pengkaji dari Harvard Universiti. Mereka menulis mengenai beberapa dapatan kajian terhadap 50,000 pesakit yang mengambil PBD berbanding makanan berdaging (meat eaters), mereka juga membuat beberapa kesimpulan. Penemuan penting yang mereka ringkaskan:\n\ni. Pengamal pescatarian didapati kurang mendapat serangan sakit jantung sebanyak 13%.\n\nii. Pengamal Vegetarian pula didapati kurang mendapat serangan sakit jantung sebanyak 22%.\n\niii. Pengamal Vegetarian didapati menghidapi serangan angin ahmar (stroke) lebih tinggi sebanyak 20%. Kebanyakan Jenis angin ahmar yang mereka hidapi adalah perdarahan dalam otak (Hemorrhagic Stroke).\n\niv. Kajian itu berbentuk pemerhatian (observational), bukannya kajian perbandingan satu persatu di bawah kawalan. Keputusan kajian pemerhatian tidak boleh dibuat secara generalisasi kerana ianya masih tertakluk kepada faktor-faktor bias, kecenderungan sampel kajian dan ketepatan data. Lagipun sumber kajian ini berdasarkan pelaporan kendiri (self reporting), banyak perkara boleh diperdebatkan.\n\nKesimpulan dari penemuan di atas: Pesakit perlu berfikir dua kali sebelum mengambil pemakanan berasaskan tumbuhan kerana risiko dan manfaatnya sama tara. Bahkan impak kepada perawatan penyakit atau kesihatan adalah tidak boleh ditentukan secara tepat. Ianya mungkin bukan mudah untuk dijangka sesuatu keputusan itu (samada banyak kepada negatif atau sebaliknya).\n\nSatu tulisan dari Harvard Universiti juga menyimpulkan pemilihan jenis PBD itu terlebih penting. Maksudnya, tidak semua makanan berasaskan tumbuhan itu boleh diambil tanpa mengetahui jenisnya yang sesuai. Pilihlah PBD yang kaya dengan fiber, vitamin dan mineral kerana dikatakan boleh membantu dalam penurunan lemak jahat LDL, mengurangkan risiko kencing manis, kawal berat badan dan akhirnya mengurangkan keterkaitan perkara itu dengan serangan sakit jantung.\n\nJika tersalah pilih, akan menyebabkan anda senang terasa lapar, dahaga dan anda akan cenderung makan banyak. Apabila itu berlaku, akhirnya PBD yang diambil itu akan meningkatkan juga gula dalam darah. Contohnya nasi putih, roti putih atau makanan terproses yang tinggi indeks glisemik. Walaupun ianya makanan berasaskan tumbuhan, tetapi ianya boleh meningkatkan gula dalam darah, seterusnya kencing manis tak terkawal.\n\nBijirin yang perlu diambil adalah: Roti gandum penuh (Whole Wheat bread), Bijirin penuh pasta, Brown Rice. Elakkan bijirin yang telah diproses sebagai bentuk makanan. Jika lihat pemilihan ini, kosnya adalah meningkat berbanding dengan makanan biasa.\n\nJus buah, walaupun juga terdiri dari kategori PBD, tetapi pemilihan jus amat penting. Dakwaan jus 100% lengkap jizinya sama dengan buah-buahan original adalah tidak tepat. Apabila dalam bentuk jus, sumber vitamin dan fibers sudah terurai. Nama pun jus, sudah dimasukkan mesin blender atau pemerah, hilang keaslian strukturnya. Lebih menggerunkan apabila syarikat pengeluar jus campur jus itu dengan pengawet dan gula sebagai perisa tambahan yang menyelerakan. Hancur terus kesenian PBD.\n\n*Kesimpulannya, bagi individu yang ingin menurunkan berat badan dan mendapatkan semula tubuh badan yang sihat, boleh mencuba PBD ini tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor. Kita perlu pastikan PBD yang digunakan adalah cara yang betul atau tidak ia akan mengundangkan rasa lapar lebih banyak dan berat badan tidak turun. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Spaghetti carbonara ialah pasta yang dihidangkan bersama sos yang berasaskan telur, keju, dan daging. Hidangan in berasal dari Italia, dan sudah berkembang hingga luar Eropa. Justeru, spaghetti carbonara sangat sesuai dihidangkan untuk makan siang disantap bersama rekan ataupun keluarga anda.\n\nSpaghetti carbonara boleh anda beli di restaurant western food, sebab ia jenis makanan siap saji yang tidak tersedia di semua kedai. Rasanya yang unik dengan cheese dan daging membuat ia menjadi kesukaan orang ramai, namun harganya juga agak mahal.\n\nNamun, sekarang anda tidak perlu risau kerana kami akan mengongsikan kepada anda resepi spaghetti carbonara yang sangat menjilat lidah ini. Untuk anda pecinta cheese dan mushroom silakan baca resepi yang kami dapatkan daripada Ruhaiza Bunyamin di facebook ini.\n\nTidak perlu masa lama untuk memasak spaghetti carbonara ini, cara memasaknya sangat senang dan bahannya mudah didapat. Siapkan fon untuk skrinshot atau buku nota anda untuk salin resepi kami di bawah ini. Selamat mencuba..\n\n1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.\n2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.\n3. Taburkan sedikit oregano flakes dan serbuk lada hitam.\n4. Tuangkan sos cendawan.\n5. Tuangkan susu. Perasakan dengan garam. siap.\n6. Spaghetti rebus macam biasa hingga lembut dengan tambah sedikit minyak masak & garam. agar tidak melekat.\n\nKalau ingin terasa cheesy, anda bole tambah cheese yang slice. Confirm sedap.\nMudah dan senang kan? sekarang anda boleh membuat spaghetti carbonara setiap hari di rumah anda.\n\nSelain resepi Spaghetti Carbonara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"Di dalam iklim Tropika yang panas dan lembap, penghawa dingin adalah satu keperluan dan bukannya kemewahan. Kebanyakkan dari kita menggunakan penghawa dingin tanpa henti di rumah, ini boleh mengurangkan keberkesanan penghawa dingin kita, mengakibatkan suhu yang tidak stabil dan meningkatkan bil tenaga eletrik.\n\nMemandangkan penghawa\ndingin paling banyak menggunakan tenaga eletrik berbanding sistem-sistem lain\ndi rumah, jadi kita perlu memberi tumpuan kepada keberkesanan terlebih dahulu\napabila mencuba untuk mengurangkan perbelanjaan.\n\nTip-tip terbaik untuk menggunakan penghawa dingin anda secara lebih cekap\n\nBerikut adalah beberapa tip untuk memaksimumkan keberkesanan penghawa dingin anda, memanjangkan jangka hayatnya dan mengekalkan kesejukan rumah anda tanpa perlu berbelanja lebih.\n\nBuat catatan tentang penukaran penapis pakai buang atau pemberaihan penapis kekal dalam penghawa dingin anda bagi setiap 60 ke 90 hari. Habuk yang terkumpul boleh menyebabkan penapis unit di dalam rumah tersumbat, mengurangkan pengaliran udara dan mengurangkan keberkesanan penghawa dingin.\n\n2. Kurangkan kelembapan di dalam rumah\n\nAnda sering mendengar orang berkata, \u201d itu bukan hanya haba, itu kelembapan\u201d? Ya, mereka betul. Penggunaan dehumidifier di dalam rumah apabila suhu tinggi di luar, terutama pada waktu siang, boleh membantu penghawa dingin anda berfungsi dengan cemerlang untuk tempoh lebih lama. Kurangkan aktiviti yang boleh meningkatkan kelembapan seperti menggunakan mesin basuh atau mesin pengering pakaian, pada waktu petang atau malam di mana cuaca lebih sejuk.\n\nMenghalang sinaran cahaya matahari dan kehangatan alam sekitar daripada memasuki rumah secara lansung akan memgurangkan beban kerja penghawa dingin anda. Pada waktu siang, sinaran matahari diperkuat oleh cermin tingkap anda, jadi pemasangan langsir dan tirai sambil menutup pintu dan tingkap dapat menghalang haba panas berlebihan. \n\nIni membolehkan penghawa dingin anda berfungsi dengan lebih berkesan dalam menyejukkan dalaman rumah anda. Bagi memaksimumkan penyejukan pada waktu petang, selakkan langsir dan tirai, buka tingkap untuk membenarkan haba yang terperangkap keluar.\n\nPercaya atau tidak, penghawa dingin lebih berkesan jika digabungkan dengan kipas, terutama kipas siling. Udara sejuk akan berkumpul pada kawasan yang dekat dengan lubang udara penghawa dingin apabila ditiup. \n\nDaripada anda menunggu proses pemindahan haba menyejukkan keseluruhan ruang di dalam rumah anda, anda boleh menggunakan kipas siling untuk mengalirkan udara sejuk lebih cepat. Pengaliran udara juga membantu penyerapan peluh dan menyejukkan anda dengan lebih cepat melalui angin yang tercipta.\u00a0 \n\nPenggunana termostat yang betul membantu meningkatkan keberkesanan penghawa dingin anda. Sebagai permulaan, beri tumpuan kepada kedudukan termostat anda. Sekiranya ia berada terlalu hampir dengan lampu, peralatan yang mengeluarkan haba atau terlalu hampir dengan tingkap, termostat akan menunjukkan suhu yang lebih tinggi berbanding suhu bilik yang sebenarnya, sekaligus menghidupkan penghawa dingin lebih kerap dari sepatutnya.\n\nSekiranya anda belum menambah baik kepada termostat pintar yang boleh diprogramkan yang mana boleh diprogram untuk mengawal suhu rumah anda walaupun anda tiada di rumah atau sedang tidur. Termostat moden juga membolehkan anda mnghidupkan atau mematikan penghawa dingin mengikut jadual atau menggunakan alat kawalan jarak jauh, yang mana semua ini akan memastikan keberkesanan yang paling maksimum. \n\nMenurut satu kajian dari Universiti Cornell, suhu terbaik untuk keselesaan dan produktiviti adalah 25 darjah Celcius. Energy Star, sebuah program yang dilancarkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat bagi menggalakkan kecekapan dalam penggunaan tenaga eletrik juga mencadangkan supaya tidak menurunkan suhu kurang daripada 25 darjah abgu mengimbangi keselesaan dan perbelanjaan. \n\nSekiranya masih panas, turunkan suhu satu darjah pada satu masa sehingga anda selesa, bukannya menurunkannya terlalu rendah dalam satu masa yang akan membebankan penghawa dingin anda lebih daripada yang sepatutnya.\n\nSalah satu kesilapan yang biasa kita lakukan adalah membiarkan penghawa dingin dalam keadaan hidup ketika keluar kemana-mana, dengan beranggapan cara ini lebih berkesan. Hakikatnya, anda sebenarnya jimat lebih dan dapat memastikan penghawa dingin anda lebih berkesan jika anda matikannya semasa tiada di rumah dan hidupkan semula selepas pulang. \n\nDi sinilah termostat pintar moden memainkan peranan untuk mengikut penetapan yang dijadualkan pada suhu yang sempurna, ini menawarkan keseimbangan yang baik di antara keselesaan dan penggunaan tenaga yang cekap.\n\nPengudaraan yang betul di dalam rumah boleh meningkatkan keselesaan\u00a0 dan keberkesanan penghawa dingin anda. Sebagaincontoh, pengudaraan pada bumbung bagi rumah di atas tanah dapat mengalirkan udara panas keluar dari dalam rumah. \n\nBegitu juga pengudaraan menggunakan kipas di dapur, bilik mandi dan bilik dobi yang mana bukan sahaja menghilangkan kelembapan bahkan menurunkan suhu di dalam rumah sekaligus mengurangkan beban penghawa dingin anda.\n\n9. Jauhkan penghawa dingin anda dari matahari\n\nMeletakkan penghawa dingin anda hampir dengan pokok atau di bahagian rumah anda yang paling teduh dapat mengelakkan udara sekeliling panas dengan cepat sekaligus membantu penghawa dingin anda menyejukkan rumah anda dengan lebih cepat dan berkesan.\n\n10. Pastikan kawasan di sekeliling pemampat udara bersih daripada serpihan dan halangan lain\n\nPemampat udara terletak di luar rumah dan berfungsi untuk mengeluarkan haba dari dalam rumah. Dari masa ke semasa, serpihan yang terkumpul pada pemampat boleh menyekat aliran udara yang mana akan menjadikan ia kurang berkesan. \n\nHalangan di sekitar pemampat juga boleh menghalangnya daripada \u201cbernafas\u201d dengan baik, sekaligus menyekat keberkesanannya dan juga boleh merosakkan penghawa dingin anda. Pastikan pemampat anda mempunyai ruang di sekelilingnya, jauhkan landskap daripada ruang itu dan periksa ruang itu dengan kerap bagi mengelakkan serpihan terkumpul.\n\n11. Pastikan lubang udara tidak terhalang dan kerap dibersihkan\n\nSeperti pemampat udara di luar, lubang udara yang tersekat dengan habuk, kotoran, bulu haiwna peliharaan atau benda-benda seperti mainan, perabot dan langsir boleh menghalang penyejukan yang berkesan.\n\n12. Jangan tangguh penyelenggaraan penghawa dingin \n\nSalah satu cara yang terbaik untuk memastikan penghawa dingin anda kekal baik selama yang mungkin adalah servis dan penyelenggaraan yang tetap. Dapatkan penyelenggaraan pakar sekali setahun bagi memastikan unit anda berfungsi pada tahap terbaik, yang mana bukan sahaja dapat menjadikan penyejukan yang lebih cepat dan berkesan tetapi juga memanjangkan jangka hayat unit anda, dan yang semestinya menjimatkan perbelanjaan. \n\nJika ada sesuatu yang tidak kena, jangan tunggu servis tahunan. Sekiranya terdapat bunyi pelik atau kebocoran air di bahagian dalam, pastikan segera diperiksa. Memperbaiki masalah pada peringkat awal selalunya lebih murah berbanding menggantikan satu unit jika rosak.\n\nAkhir sekali, memberi tumpuan kepada penggunaan dan juga memastikan barang-barang bersih dan teratur dapat memaksimumkan keberkesanan penghawa dingin anda dan memastikan ia berfungsi sama seperti yang baru. Untuk fakta yang lebih menarik dan maklumat berguna tentang penghawa dingin dan pengawalan iklim di dalam rumah anda, sila lawat Mitsubishi Electric"
"Kegatalan merupakan rasa yang dihasilkan secara neurobiologi yang mengarahkan kita untuk menggaru kawasan tersebut. Adakah kegatalan kulit suatu hal yang normal? Atau petunjuk awal untuk masalah kesihatan yang lebih serius? Ayuh ketahuinya dengan lebih lanjut punca kulit gatal melalui pembacaan artikel ini.\n\nTerma perubatan bagi kegatalan atau kulit gatal ini ialah pruritus. Kegatalan akan mendorong rasa dan tindak balas refleks untuk menggaru kawasan kulit gatal.\n\nSecara asasnya, kulit gatal mempunyai beberapa persamaan dengan rasa kesakitan dari segi laluan neurobiologi. Tetapi secara kontrasnya, kesakitan mengarahkan kita untuk \u201clari\u201d daripada sumber kesakitan, manakala kegatalan menyuruh kita untuk \u201cpergi\u201d ke kawasan gatal tersebut untuk menghilangkannya.\n\nMenurut kajian, masalah kegatalan kulit yang serius berlaku dalam kalangan 4% penduduk dunia. Hal ini melibatkan hampir 300 juta orang!\n\nTerdapat 2 jenis rangsangan refleks yang terhasil akibat kulit gatal ini iaitu (1) kegatalan setempat akibat dirangsang yang akan hilang setelah digaru atau digosok dan (2) kegatalan berperingkat yang muncul dan semakin bertambah selepas dikenakan rangsangan kegatalan. Dari segi perubatan, sensasi kegatalan ini dipanggil alloknesis.\n\nOleh itu, berikut disenaraikan jenis pruritus atau kegatalan beserta punca kulit gatal.\n\nJenis Pruritus Kulit Gatal dan Puncanya\n\nSekumpulan penyelidik dari Bahagian Dermatologi di PPUKM (Malaysia), Wake Forest Universiti (North Carolina, USA) dan Universiti Manhelm (Heldeberg, Jerman) pada tahun 2003 mendefinisikan kulit gatal kepada 4 jenis iaitu:\n\nKulit gatal jenis ini berasal dari kulit yang disebabkan faktor seperti keradangan, kulit kering dan kulit rosak yang disebarkan melalui saraf C.\n\nAntara contoh kegatalan jenis ini ialah:\n\nPunca kulit gatal jenis ini adalah disebabkan penyakit yang berada di kawasan laluan aferen (sistem saraf atau sistem peredaran darah).\n\nAntara penyakit yang dikaitkan dengan jenis kegatalan ini ialah post-herpes zoster neuropati, sklerosis dan tumor otak.\n\nMasalah kulit gatal neurogenik ini ditafsirkan sebagai kegatalan yang datang secara berpusat tanpa pengesanan secara patologi yang jelas.\n\nContoh biasa bagi jenis kulit gatal ini ialah kolestasis iaitu sejenis penyakit hati yang berlaku apabila laluan cecair hempedu dari hati berkurangan atau tersekat.\n\nKegatalan ini berpusat daripada reseptor \u03bc-opioid hasil tindakan neuropeptida opioid yang tidak diketahui secara jelas laluan patologinya.\n\nJenis kulit gatal yang ke-4 ini bersifat psikogenik atau lebih dikenali sebagai keadaan delusional berkenaan parasitofobia (fobia akan parasit).\n\nMenariknya, mekanisme kegatalan yang terhasil adalah sama seperti kegatalan yang disebabkan oleh faktor fizikal yang lain, biarpun kegatalan psikogenik ini hanyalah bersifat mentaliti atau imaginasi semata-mata.\n\nSementara itu, pada tahun 2007, satu laporan khas telah disediakan oleh 16 pakar dermatologi seluruh dunia yang membincangkan mengenai pengelasan kulit gatal secara klinikal. Hasil perbincangan forum tersebut yang diterbitkan dalam Acta Dermato-Venereologica\u00a0telah mengelaskan pruritus kepada 3 jenis, iaitu:\n\nKaitan Kulit Gatal dengan Penyakit Sistemik\n\nBerdasarkan kemajuan ilmu dan pemahaman berkenaan patofisiologi dan mekanisme molekul dalam bidang perubatan, gejala kegatalan yang berkaitan dengan penyakit tertentu berjaya dikenal pasti, antaranya:\n\nAntara gejala awal penyakit HIV-1 dan HIV-2 ialah kegatalan dan boleh dikaitkan dengan beberapa penyakit berkaitan kegatalan yang lain seperti:\n\nJangkitan awal virus HIV juga akan menunjukkan gejala kegatalan kepada seseorang yang baru dijangkiti.\n\nHampir 80% daripada pesakit psoriasis melaporkan gejala kegatalan. Kebanyakan daripada mereka mengadu masalah ini berlaku setiap hari terutamanya pada belah malam.\n\nRasa kegatalan berlaku pada seluruh bahagian tubuh, bukan hanya di bahagian plak psoriatik (kawasan psoriasis muncul).\n\nLebih mendukacitakan, kegatalan ini berlaku dalam suatu tempoh yang lama dan masih belum ada ubatan antipruritik (anti kegatalan) yang boleh menghilangkan rasa kegatalan ini.\n\nPara saintis masih belum menjumpai mekanisme penyebab kegatalan disebabkan eczema dan hanya merumuskan punca kulit gatal ini sebagai berpusat yang menyebabkan kegatalan.\n\nBagi penghidap eczema, sensasi kegatalan ini akan semakin bertambah apabila digaru atau digosok dengan bahan tertentu.\n\nPertambahan rasa kegatalan ini akan disertai oleh rasa tidak selesa yang lain seperti:\n\nPunca kulit gatal akibat masalah neurologikal ini disebabkan oleh penyakit atau masalah berkaitan sistem tunjang atau sistem saraf berpusat.\n\nAntara kemungkinan yang boleh menyebabkan kegatalan ini ialah:\n\nSelain itu, masalah kulit gatal boleh berpunca daripada gabungan atau kewujudan pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan kegatalan. Kesannya, intensiti atau keamatan kegatalan yang ditanggung oleh pesakit akan menjadi bertambah kuat dan boleh menyebabkan rasa yang sangat tidak selesa.\n\nTerdapat juga punca kulit gatal yang tidak boleh dikenal pasti.\n\nPengelasan jenis pruritus atau kegatalan ini boleh memberikan gambaran terperinci kepada kita mengenai punca sebenar dan langkah rawatan atau pencegahan yang boleh diambil.\n\nSentiasa gunakan produk rawatan yang diakui selamat dan sah, seeloknya yang dicadangkan oleh doktor bertauliah sahaja. Jom baca juga artikel kulit sawo matang dan masalah kulit sensitif"
"Dorayaki makanan doraemon, salah satu makanan kesukaan anak-anak. Jika anda ingin mencuba kami suntingkan sekali resepi dorayaki daripada \u200ePuan Jue\u200e di laman Facebook pada perkongsian ini.\n\nDorayaki ialah kuih tradisional Jepun yang bentuknya bundar, sedikit tembam, terdiri daripada dua lapis kuih yang biasanya dilekatkan dengan mentega kacang merah. Dorayaki memiliki tekstur yang lembut. Adunan ini juga mengandungi madu.\n\nDi Malaysia, makanan ringan ini diperkenalkan bersama dengan anime Doraemon. Watak robot Doraemon mempunyai kegemaran memakan dorayaki. Dorayaki yang dijual di kedai-kedai Malaysia kebanyakannya sudah disesuaikan dengan selera tempatan seperti dorayaki berisi coklat dan kaya.\n\nDorayaki juga dikenal dengan sebutan obanyaki. Namun sejatinya kedua-dua makanan ini ialah berbeza. Tunggu apalagi, jom buat dorayaki yang comel dan sedap ini sekarang. Selamat mencuba.\n\n\u200eSelain resepi dorayaki, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Nak tak kalau kami kongsikan tips pilih botol susu terbaik untuk anak tersayang?\n\nApabila membeli barang untuk bayi, pastinya anda sangat teruja semasa memilih botol susu. Botol susu merupakan barang bayi yang wajib anda beli untuk menyusukan anak dengan susu perahan atau susu formula.\n\nBPA ialah nama singkatan bagi\u00a0Bisphenol A iaitu sejenis bahan kimia yang biasa ditemui pada kebanyakan botol susu yang dijual di pasaran, terutamanya yang berharga murah. Fungsi BPA ialah untuk menjadikan botol susu keras serta bersifat jernih dan lutsinar.\u00a0BPA akan keluar dari botol susu dan masuk ke dalam susu anak apabila anda\u00a0 memanaskan botol berulangkali, membasuh botol susu dengan air panas atau menggunakan botol yang sama untuk tempoh masa yang lama.\n\nBotol susu yang mengandungi BPA sangat membahayakan kesihatan dan di antara risiko yang dihadapi anak yang menggunakan botol susu yang mengandungi BPA ialah:\n\nOleh itu, apabila membeli botol susu untuk anak, pastikan ianya bebas BPA dengan memeriksa label kitar semula pada\u00a0 botol susu. Botol susu yang mengandungi BPA biasanya ditanda dengan nombor 7 pada label kitar semula. Elakkan juga daripada membeli botol susu tanpa label \u201cBPA Free\u201d.\n\nSemasa memilih botol susu untuk anak, pastikan anda memilih botol susu yang mudah untuk dicuci. Elakkan memilih botol susu yang mempunyai:\n\nTerdapat pelbagai jenis puting susu di pasaran. Nak pilih yang mana satu? Kami cadangkan anda pilih puting susu yang rupa bentuk dan teksturnya hampir menyerupai puting payudara manusia bagi mengelakkan anak menolak untuk minum dari puting botol susu tersebut.\n\nDi antara puting susu silikon dan lateks, yang mana satu lebih sesuai untuk dipilih? Pada kami, puting susu dari silikon adalah lebih baik berbanding lateks kerana:\n\nSelain itu, anda perlu tahu aliran puting yang paling sesuai untuk anak anda. Terdapat 3 jenis aliran puting yang dijual di pasaran iaitu:\n\nKebanyakan botol susu yang dijual di pasaran Malaysia diperbuat daripada plastik dan kaca. Yang mana satu lebih baik dan selamat untuk anak anda? Jom kami buatkan perbandingan di antara botol susu kaca dan botol susu plastik:\n\nBotol susu dijual dalam pelbagai saiz. Nak beli saiz yang mana satu? Tahukah anda:\n\nBotol susu dan puting susu perlu ditukar dengan kerap. Botol susu perlu ditukar setiap 3 bulan, sementara puting susu perlu ditukar dengan lebih kerap terutamanya apabila anak anda sudah mempunyai gigi dan suka menggigit puting susu sehingga koyak.\n\nOleh itu, pilih botol susu dengan harga yang sesuai dengan bajet anda. Jangan sampai membebankan diri sendiri. Apa yang paling penting, anda pilih botol susu dan puting susu yang paling sesuai untuk anak anda.\n\nItulah dia 6 tips memilih botol susu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sebagai seorang ibu, anda perlu tahu beberapa aksesori menyusu yang perlu anda beli di samping botol susu. Di antara aksesori yang diperlukan ialah:\n\nSemoga perkongsian kami pada hari ini bermanfaat untuk anda.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua bayi kembung, tips tummy time, dan tips penjagaan gigi bayi."
"Bermula dari sejarah, pakaian diperbuat daripada banyak bahan dan pelbagai jenis kain. Ia terdiri daripada rumput, bulu haiwan dan sebagainya. Bagi sesetengah budaya, orang Arktik Circle telah menghasilkan pakaian mereka sepenuhnya dari bulu dan kulit haiwan.\u00a0\n\nBudaya lain pula telah menggantikan kulit dan bulu haiwan dengan pelbagai jenis kain. Kain adalah tenunan atau jahitan yang boleh dibuat dari pelbagai jenis bahan. Bahan tersebut mungkin bersumberkan bahan semulajadi, selulosa ataupun bahan sintetik.\n\nManusia mempunyai daya cipta yang sangat hebat dalam merancang penyelesaian pakaian mengikut kesesuaian seperti pakaian perlindungan dan lain lagi. Antaranya termasuklah pakaian ruang angkasa, pakaian menyelam, baju renang, pakaian perlindungan penjaga lebah dan sebagainya.\u00a0\n\nNamun begitu, ia berbalik kepada jenis kain apa yang diguna pakai oleh mereka.\u00a0 Jom lihat jenis kain yang sering digunakan satu per satu.\u00a0\n\nSumber gentian jenis kain sintetik adalah daripada fosil minyak mentah. Dianggarkan bahawa 65% semua gentian yang digunakan dalam industri fesyen dibuat dari bahan sintetik. Jenis kain ini agak nipis, licin dan kasar.\n\nAntaranya poliester, nilon, akrilik, polipropilena dan elastane. Sekitar 98% daripada semua pembuatan gentian pada masa depan dijangka berada dalam gentian sintetik, 95% daripadanya dijangka menjadi gentian poliester.\n\n2.\u00a0 Kain Gentian Selulosa / viskos\n\nBahan-bahan ini bermula sebagai selulosa yang diekstrak dari sumber semula jadi seperti buluh atau pokok yang kemudiannya dihancurkan. Selepas itu, ia diubah menjadi gentian menggunakan proses yang sama dengan yang dibuat untuk membuat poliester. \n\nKain selulosa yang paling biasa adalah viskos dan amat berharga untuk kualiti suteranya iaitu rayon.\u00a0 Rayon pula merupakan jenis kain fabrik viscos pertama yang dicipta untuk meniru sutera. Jenis kain ini sering dijadikan pakaian, skirt dan lain-lain.\n\nSekitar 6 juta tan gentian selulosa dihasilkan setiap tahun untuk pasaran tekstil dan ianya bernilai sekitar USD 9.1 bilion. Bahagian ini dijangka berkembang sekitar 8% setahun hingga tahun 2025. Pusat pemprosesan utama selulosa adalah di negara China, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Taiwan dan Indonesia.\n\nTahukah anda, sutera merupakan jenis kain yang sangat berharga? Sutera berasal dari benang yang dihasilkan oleh spesies ulat sutera iaitu Bombyx Mori. Sekitar 202,000 tan metrik sutera dihasilkan setiap tahun. \n\nSutera sangat berharga dan harganya sekitar USD 15 sekilogram.\u00a0 Jenis kain ini menjadikan nilai pengeluaran sutera adalah sekitar USD 3.03 bilion setahun.\n\nGentian Bast seperti flaks (untuk linen) adalah sumber tradisional yang telah digunakan oleh manusia selama beribu-ribu tahun dahulu. Kini, mereka hanya membuat sebahagian kecil daripada jumlah penggunaan jenis kain ini. \n\nGentian ini terdapat pada lapisan kulit dalam (phloem), dari tumbuhan yang terdapat di antara tengah kayu (xylem) dan lapisan paling luar (epidermis).\n\nSel-sel phloem yang panjang mesti dipisahkan dari xylem dan epidermis sebelum dirawat lebih lanjut untuk menjadikannya siap untuk ditenun atau dicampurkan dengan fabrik. \n\nProsesnya sama seperti pembuatan gentian tulen atau campuran dengan gentian lain seperti kapas. Kebanyakan gentian bast digunakan untuk pelbagai produk lain seperti kertas, tali dan permaidani. Namun, jenis kain ini\u00a0\n\nJenis kain ini adalah kategori gentian dan bahannya yang pelbagai tetapi hanya terdiri daripada sebahagian kecil daripada keseluruhan fabrik yang digunakan. \n\nKebanyakannya bersifat percubaan atau eksperimen. Contohnya, kain tersebut boleh dibuat dari bahan yang berasal dari cendawan, nenas, jagung atau susu.\n\nSalah satu bentuk bahan tertua yang digunakan oleh manusia sebagai pakaian adalah jenis kain kulit.\u00a0 Sehingga sekarang, ia tetap menjadi jenis kain yang paling penting terutamanya untuk pembuatan kasut dan aksesori. \n\nSekitar 3.8 bilion ekor lembu dan kambing digunakan dalam industri pengeluaran kulit setiap tahun. Lebih daripada separuh bekalan bahan mentah kulit dunia berasal dari negara-negara membangun.\u00a0\n\nNegara China merupakan pembeli dan pemprosesan dominan bagi bahan industri kulit ini. Perdagangan global dalam industri kulit mentah adalah sekitar USD 30 bilion setahun.\n\nJenis gentian tradisional dalam penghasilan jenis kain berbulu semestinya adalah dari jenis kain bulu. Jenis kain ini amat penting terutamanya dalam iklim yang lebih sejuk. \n\nKini, jumlah bekalan bulu semakin sedikit dan berkurangan di bahagian pasaran dunia sekitar 1% setahun.\u00a0Kira-kira 2 kilogram bulu mentah setiap tahun dihasilkan daripada kira-kira 1.16 bilion ekor biri-biri di seluruh dunia. \n\nIa termasuklah tekstil bulu yang digunakan untuk barangan selain pakaian seperti perabot, permaidani dan sebagainya.\n\nSalah satu daripada gentian yang digunakan tertua dari tanaman penting di dunia adalah kapas. Sebelum ini, kapas menghasilkan kira-kira 21% daripada semua gentian yang digunakan di seluruh dunia kira-kira 21 juta tan metrik. \n\nNamun, bahagian pasarannya semakin menurun disebabkan persaingan sengit daripada jenis kain alternatif iaitu sintetik.\u00a0 \u00a0Pengeluaran kapas sangat penting bagi petani di negara berpendapatan rendah, di mana kira-kira 350 juta orang terlibat dalam penanaman dan pemprosesannya. \n\nJadi kita seharusnya berterima kasih kepada mereka. Tanpa mereka, kita tidak akan mendapatkan pakaian yang sangat selesa daripada kapas. Jenis kain ini sangat lembut dan sedap dipakai.\n\nChiffon adalah jenis kain yang lembut dan ringan serta diperbuat daripada sutera, poliester, rayon atau gentian yang lain. Jenis kain ini diperbuat daripada benang filamen yang sangat berpintal. Ia sesuai dijadikan selendang atau tudung memandangkan ia agak ringan dan tidak panas.\n\nLycra adalah gentian spandeks yang dihasilkan oleh DuPont. Lycra merupakan jenis kain yang sangat ringan dan lembut, tetapi lebih kuat dan lebih tahan lama daripada getah. Lycra digunakan dalam pakaian pemampatan, baju renang, dan pakaian dalam.\n\nKain lycra kelihatan seperti bergetah dan mengikut bentuk badan. Oleh itu, hanya sesetengah pakaian yang sesuai menggunakan kain jenis lycra ini.\n\nJom kenali juga jenis kain Voile ini. Ia adalah spesis kain chiffon tetapi ia lebih nipis dan lembut.\u00a0 Digelar chiffon voile, ia sesuai dijadikan tudung atau selendang oleh kaum wanita.\n\nItulah dia 11 jenis kain yang harus kita kenali bagi memudahkan setiap urusan berkaitan. Jom baca juga Jenis baju kurung, Cara atasi jangkitan kuman pada faraj,\u00a0Jenis aurat perempuan dan Jenis cincin dalam perkahwinan."
"Resepi tauhu sumbat gebus gebas dan mengenyangkan boleh dijadikan juga sebagai hidangan makan malam. Apalagi tauhu sumbat ayam seperti resepi yang kami kongsikan kali ini. Pasti semua orang suka.\n\nResepi tauhu sumbat ayam ini datangnya daripada Ezrin Kahar\u200e di laman Facebook. Resepi ini mendapat perkongsian ramai dari warga Facebook.\n\nSelain sumbat dengan ayam, resepi ini juga boleh guna daging sebagai bahan sumbat tauhu. Mana-manapun kejadiannya tetap gebu dan menyelerakan.\n\nTauhu digoreng rangup di luar namun sedap berinti di dalam. Makan dengan sos cili jadi makin merangsang selera. Jom buat tauhu sumbat!\n\nResepi Tauhu Sumbat Ayam @ Daging\n\nSelain resepi tauhu sumbat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tiktok ialah suatu aplikasi media sosial yang hampir semua orang tahu walaupun tidak ikut main. Mula-mula sekali benda yang paling terkenal daripada tiktok ialah tarian-tarian yang menarik namun tidak sedikit pula yang tuai kontroversi. Akan tetapi makin lama tiktok makin mengasyikkan kerana ramai orang yang tunjuk kreativiti yang menarik untuk ditiru. Salah satu contoh yang menarik tersebut ialah makanan. Ada satu resepi mee yang terkenal di dunia tiktok hingga resepi ini tular di media sosial lain.\n\nTidak pasti apa nama resepi mee ini. Hazirah Zaihan mencuba resepi mee tiktok dan berkongsikan di laman Facebook. Mengejutkan sekali amat ramai yang suka, tertarik dan ingin cuba. Mana tidaknya, penyediannya mudah sangat sangat. Tidak perlu tumis, rebus, dan goreng, kejadiannya amat lazat. Mesti anda tidak sabar ingin resepi.\n\nSelepas anda baca perkongsian ini, sila terus pergi dapur dan cuba buat. Tidak perlu lagi beli maggi, guna perencah-perencah sintetik. Selamat mencuba.\n\nSelain mee tiktok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Bila sebut Cherating, pasti anda terbayangkan pantai yang putih bersih dan air laut yang membiru. Anda belum pernah sampai ke sana? Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Cherating yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.\n\nInil adalah destinasi paling terkenal di Cherating. Berdekatan dengan pantai ini terdapat banyak chalet-chalet best untuk anda pilih. Ada banyak aktiviti air yang boleh dilakukan di sini. Nak belajar\u00a0surfing? Berkayak? Semuanya boleh diatur di sini.\n\n2. Pantai Teluk Mak Nik @ Monica Bay\n\nSatu lagi tempat menarik di sekitar Cherating adalah Pantai Teluk Mak Nik. Walaupun pantai ini terletak di negeri Terengganu, ia cuma memakan masa selama 14 minit sahaja dari Cherating.\n\nDah alang-alang anda berada di Cherating, singgahlah ke Pantai Teluk Mak Nik. Pemandangannya cukup menarik. Anda boleh lihat bukit bukau di sebelah kanan pantai dan inilah yang membezakannya dengan pantai lain. Kalau nak tahu, tempat ini juga dipanggil Monica Bay.\n\nTerletak di pesisir Laut China Selatan dan dikelilingi hutan hijau adalah tempat penginapan yang bernama Club Med Cherating. Atmosfera resort tepi pantai ini cukup menyegarkan, jauh dari sebarang pencemaran atau keriuhan kota.\n\nBanyak aaktiviti yang ditawarkan di resort ini. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menyertai kelas memanah, melakukan aktiviti lasak treetop adventure, rock climbing, belajar berlayar, yoga, berkayak dan banyak lagi.\n\nAlamat:\u00a0Batu 29 miles Jalan Kuantan, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan\n\nNak rasai pengalaman bersnorkelling? Anda boleh pergi ke Pulau Ular. Pastikan anda bertolak awal sebelum pukul 12 tengahari, kerana selepas sahaja pukul 12, ombak mula bergelora, terpaksalah anda lupakan niat snorkelling\u00a0 di sini. Perjalanan menaiki bot memakan masa sekitar 35 minit.\n\nPemandangan bawah air di sini sangat jernih. Hidupan lautnya pasti membuatkan anda terpesona. Buat kaki pancing, jangan lupa bawa joran.\n\nLimbong Art adalah tempat untuk mengenali batik dan mempelajari proses penghasilan batik. Anda sekeluarga berpeluang mencanting batik sendiri.\u00a0 Anda boleh beli kain kosong yang ada di sini. Ada dalam bermacam saiz, pilih saiz yang anda berkenan.\n\nSekiranya anda nak mencanting puas-puas, belilah yang besar sikit. Batik hasil cantingan anda boleh dibawa pulang sebagai kenangan\u00a0 atau hiasan rumah. Selain daripada batik, anda boleh juga membeli pelbagai lagi produk kraftangan lain yang dijual di sini.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am \u2013 10.00pm)\n\nAlamat:\u00a0Kampung Cherating Lama, 26080 Balok, Pahang\n\nTeringin nak tengok kelip-kelip? Anda boleh sewa bot yang terdapat di jeti Sungai YahYah. Waktu terbaik untuk melihat cahaya kelip-kelip ini adalah dari bulan Julai hingga Oktober kerana pada waktu ini kelip-kelip membiak dengan banyak sekali. Bayangkanlah pemandangannya pada waktu ini, satu keindahan yang sukar untuk dilupakan. Bukan selalu dapat naik bot, dikelilingi gemerlapan cahaya kelip-kelip pula tu, macam di alam fantasi!\n\nSelain Sungai Yah Yah, untuk melihat gemerlapan cahaya kelip-kelip, anda juga boleh singgah ke Sungai Cherating. Apa salahnya pergi ke dua-dua tempat kan, dapatlah anda sekeluarga menikmati \u2018pelayaran\u2019 magikal di malam hari bukan sekali tapi dua kali. Untuk menikmati keindahan cahaya semula jadi di Sungai Cherating ini, anda boleh mendapatkan pakej ini dari banyak hotel berdekatan.\n\nPada waktu malam, Sungai Cherating terkenal dengan aktiviti melihat cahaya indah kelip-kelip, tapi pada waktu siang pula anda dapat boleh melihat keindahan kawasan bakau sungai ini dengan lebih jelas. Keindahan hidupan liar dan pokok-pokok paya bakau di sini sangat mengujakan.\n\nSatu pengalaman yang sangat berharga untuk anda sekeluarga nikmati. Kalau anda tertarik untuk melihat keindahan alam semula jadi ini, anda boleh sertai pelayaran dengan bot di bawah Hafiz River Mangrove Cruise. Setiap saat anda di atas bot ini pasti tidak dapat dilupakan.\n\nWaktu Lawatan (Hafiz River Mangrove Cruise):\u00a0Mangrove Cruise Pertama (9.00am) | Kedua (4.00pm) | Durasi 1 1/2 Jam\n\nBayaran (Hafiz River Mangrove Cruise):\u00a0Dewasa RM35 | Kanak-kanak Bawah 11 Tahun RM25\n\n9. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating\n\nBagi anda yang bercuti ke Cherating dengan kanak-kanak, jangan lupa untuk ke Santuari Penyu Cherating untuk melihat penyu. Info berkaitan haiwan ini boleh didapati di galeri penerangan. Di bahagian luar bangunan santuari ini pula anda boleh mendekati penyu-penyu ini yang diletakkan di dalam kolam. Paling best kalau anda datang ke sini pada waktu anak-anak penyu baru menetas.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Selasa \u2013 Ahad (9.30am \u2013 4.30pm)\n\nAlamat:\u00a0KM 45, Jalan Kuantan \u2013 Kemaman, 26080 Kuantan\n\n10. Warung Awang Ikan Bakar (WAIB)\n\nWarung Awang Ikan Bakar ni sangat\u00a0senang nak jumpa sebab lokasinya terletak betul-betul di tepi jalan utama Cherating-Kemaman. Dari jauh dah boleh nampak. Makanannya sangat sedap. Kalau anda pergi ke Cherating, jangan lupa singgah makan di sini.\n\nTerletak 10 km dari Cherating, warung yang terletak di bandar Kemaman ini menjual makanan tradisi iaitu satar. Ia adalah campuran isi ikan dan ramuan lain yang dibungkus dalam daun pisang berbentuk segitiga yang dibakar di atas bara api. Aromanya sangat harum dan rasanya semestinyalah lazat!\n\nBegitu juga dengan otak-otak isi ikan di sini. Berbeza dengan otak-otak di tempat lain yang isi ikannya telah dihancurkan. Selain satar dan otak-otak, warung ini juga menjual pulut panggang, keropok lekor, keropok, mee chalong, nasi air serta menu lain.\n\nKami kerap singgah di warung ini membeli satar, otak-otak, pulut panggang dan keropok lekor untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Cherating yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Best kan? Jom kita bercuti ke Cherating! Jemput juga baca artikel kami tentang tempat menarik di Pahang, tempat menarik di Kemaman dan tempat menarik di Pulau Perhentian."
"Nak tak kalau kami kongsikan 10 petua halau agas dari rumah yang boleh anda cuba? Agas adalah serangga yang kecil sahaja saiznya namun ia sangat merimaskan. Agas biasanya duduk di kawasan dapur di mana terdapat makanan dan tong sampah.\n\n Gigitan agas adalah sangat gatal dan kehadiannnya yang berterbangan di sekeliling kita amat menganggu dan tidak menyenangkan. Lebih-lebih lagi jika ada tetamu yang datang ke rumah. \n\nCuka epal atau apple cider vinegar adalah salah satu bahan di dapur yang mempunyai 1001 kegunaan. Biasanya di Malaysia, cuka epal dibeli sebagai salah satu minuman untuk menurunkan berat badan. Ada juga yang menggunakannya sebagai salad dressing. Namun tahukah anda bahawa cuka epal juga boleh digunakan sebagai petua untuk menghalau agas dan membunuh agas yang ada di rumah anda?\n\nBerikut adalah cara untuk membuat perangkap agas DIY. Di antara bahan yang anda perlukan ialah:\n\n2. Cuka biasa dan pencuci pinggan berperisa lemon\n\nSelain menggunakan cuka epal, anda juga boleh menggunakan cuka biasa dan sedikit pencuci pinggan perisa lemon sebagai umpan didalam perangkap agas DIY anda. Cara menyediakan umpan tersebut adalah seperti berikut:\n\nPetua halau agas dari rumah yang seterusnya ialah dengan menggunakan pisang. Sama seperti perangkap DY agas yang kami kongsikan di atas, cara untuk menyediakannya adalah sama sahaja. Apa yang berbeza ialah anda gunakan pisang sebagai umpan untuk menarik agas masuk ke dalam perangkap anda. Untuk menyediakan umpan, potong pisang nipis-nipis dan masukkan ke dalam botol perangkap. Lagi bagus kalau kulitnya dimasukkan sekali kerana agas cukup suka menghurung kulit pisang. Jika anda tidak mempunyai pisang, boleh juga gunakan apa-apa buah yang ada kerana agas suka hinggap pada bua dan kulitnya.\n\nMinyak aromaterapi Eucalyptus adalah minyak yang selalu digunakan terutamanya oleh para ibu sebagai minyak yang menenangkan dan menyegarkan. Namun tahukah anda bahawa agas sangat membenci bau yang dikeluarkan oleh minyak ini. Oleh itu, jika rumah anda mempunyai masalah serangan agas, anda boleh gunakan minyak ini untuk menghalau agas keluar dari rumah anda. Caranya:\n\nPetua haling agas dari rumah yang seterusnya ialah dengan menggunakan lavender. Lavender adalah bunga yang menghasilkan bau yang kuat. Ada orang sukakan bau lavender dan merasakan bahawa baunya sangat menenangkan dan menyegarkan, namun tak kurang juga yang kurang menggemari bau lavender yang terlalu kuat dan mencucuk hidung. Agas juga tidak menyukai bau lavender.\n\nUntuk menghalau agas dari rumah, anda boleh letakkan sepasu pokok lavender di ruang yang banyak mempunyai agas. Bau segar dari pokok lavender akan menyebabkan agas tidak berminat untuk memasuki ruang tersebut. Atau anda juga boleh letakkan bunga lavender kering yang boleh dibeli secara online atau dari Cameron Highland. Cara terakhir ialah dengan menggunakan minyak aromaterapi lavender. Caranya sama seperti minyak Eucalyptus.\n\nAnda juga boleh menghalau agas dari rumah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak minyak serai wangi yang boleh dibeli di pasaran. Anda boleh letakkan minyak serai wangi di dalam mangkuk dan diletakkan di atas meja, atau boleh juga masukkan ke dalam botol spray dan sembur ke kawasan yang selalu dihurung agas.\n\nSeperti serai wangi, anda juga boleh gunakan jus lemon untuk menghalau agas. Sembur dengan menggunakan botol spray atau masukkan jus lemon kedalam piring atau mangkuk dan letakkan di atas meja. Agas akan menghurung jus lemon dan melekat lalu mati di situ.\n\nJika anda tahan dengan baunya, anda boleh taburkan kapur barus di atas meja. Bau kuat dari kapur barus akan menghalau agas keluar dari rumah anda.\n\nPetua halau agas dari rumah yang seterusnya ialah dengan menggunakan pokok kemangi. Pokok kemangi adalah sangat cantik dan mengeluarkan bau yang harum. Bau tersebut tidak disukai oleh agas. Oleh itu, bolehlah anda letakkan sepokok kemangi di ruang yang banyak agas.\n\n10. Air, garam, gula dan kapas\n\nAkhir sekali, anda boleh gunakan air, garam & gula untuk menghalau agas. Caranya ialah campurkan air, garam dan gula dalam nisbah yang sama. Kacau sebati. Kemudian rendamkan dengan kapas. Letakkan kapas tersebut di dalam pinggan. Agas akan hinggap dan melekat pada kapas tersebut lalu mati.\n\nItulah dia info \u00a0tentang petua halau agas dalam rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang"
"Apabila tetiba tekak mengada-ngada ingin makan satar tapi tidak tahu dimana ada orang jual, buat sendiri lah jawapnya.\n\nFaktanya memang tidak ramai orang yang jual satar daun, hanya sebahagian kedai-kedai makan yang ada sediakan satar daun. Dan apabila tetiba teringin mencuba bolehlah tengok resepi kami di bawah ini dan mula cubakan buat sendiri.\n\nSatar daun ialah hidangan yang berbahan asas ikan, ikut suka ingin ikan apa tapi selalunya orang buat ikan sardin. Bahan inti kemudian dibungkus ke dalam daun pisang, bahagian ini yang membuat ia berbeza dengan satar gulung yang garing, sedangkan satar daun lebih lembut dan wangi aroma daun pisang.\n\nJom cuba buat satar daun dengan resepi perkongsian daripada \u200e\u200eSuhaila Isnan\u200e di laman Facebook. Guna magic pan sahaja lagi senang. Satar ini dia akan rasa pedas, manis, masin, tapi jangan masin sangat ya.\n\nSelain satar daun, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Resepi Kerang Rebus Air Asam merupakan salah satu resepi yang amat sihat untuk disediakan kerana kandungan karbohidratnya yang kurang. Oleh itu, ianya amat sesuai untuk sesiapa sahaja. \n\nResepi Kerang Rebus Air Asam ini juga merupakan hidangan yang mudah untuk disediakan kerana cara pembuatannya yang ringkas serta bahannya yang mudah untuk didapati. Jadi, jom kita sediakan!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Akma Abdullah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. \n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nHa senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!"
"Makanan viral yang teringin kami kongsikan kali ini ialah kentang bakar cheese. Ramai yang mencari resepi hidangan ini.\n\nMenggunakan kentang yang dibakar dan dikorek isinya. Kemudian diletakkan inti di dalamnya. Akhir sekali diberi tooping cheese dan dibakar lagi hingga cheese meleleh.\n\nHidangan ini boleh dijadikan dessert untuk acara majlis-majlis rasmi, majlis mesyuarat dan majlis mewah lain.\n\nNurhafiza Marzukie\u200e\u00a0berkongsikan resepi kentang bakar di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kentang bakar cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Alamak! Kenapa peti ais tak sejuk pula? Habis rosak semua barang-barang dalam ni\n\nAdakah anda pernah mengalami situasi seperti di atas. Dah cuba on dan off suis beberapa kali, namun peti sejuk masih juga tak sejuk. Apakah puncanya? Apa yang perlu dibuat?\n\nPeti sejuk menjadi barangan keperluan dan bukannya kehendak lagi pada masa sekarang. Segala jenis barangan basah seperti ayam, makanan laut, daging, sayur dan sebagainya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Tujuannya untuk mengekalkan kesegaran dan tahan lebih lama.\n\nJika masih berkesempatan, anda boleh terus menghantarnya ke kedai membaiki barangan elektrik. Namun, yang menjadi masalah apabila peti sejuk rosak tengah-tengah malam pula. Mana nak cari kedai elektrik kan?\n\nJadi, apa kata anda cuba sendiri DIY peti ais yang tak sejuk. Selain menjimatkan masa, \u00a0barangan di dalam peti sejuk anda juga selamat. Yang paling penting, tak perlu bayar upah membaiki peti sejuk. Bukan calang-calang kosnya nanti.\n\nSebelum baca DIY peti ais tak sejuk yang anda boleh cuba, cuba fahamkan dulu sebab-sebab ianya berlaku.\n\nAntara sebab masalah ini berlaku kerana:\n\nTips Penting Sebelum DIY Peti Ais Tak Sejuk\n\nDibawah ini dikongsikan cara-cara DIY peti ais tak sejuk yang anda boleh cuba. Ikuti langkah-langkah berikut, iaitu:\n\nPertama sekali, tutupkan suis peti sejuk. Buka bahagian cover cooling coil (di bahagian dinding freezer). Buka dinding (cover) dengan berhati-hati dan cabut soket yang bersambung.\n\nAnda mungkin akan dapati wujudnya ketulan ais di belakang cooling coil. Ketulan ais inilah yang menutup laluan udara ke atas dan bawah (chiller). Ada 2 cara untuk mencairkan ketulan ais itu.\n\nPertamanya, gunakan pengering rambut atau biarkan peti sejuk anda ditutup selama 3 hingga 4 hari. Setelah semuanya mencair, bersihkan dulu takungan air tersebut. Kemudian, pasang semula soket dan cover dengan betul.\n\nAnda juga perlu memeriksa takungan air di atas compressor (belakang peti ais). Kalau ada, bersihkan sekali. In shaa Allah, peti ais anda akan berfungsi seperti biasa.\n\nCara ini hanya untuk masalah peti ais kurang sejuk. Kalau tidak sejuk langsung, anda tetap boleh mencuba. Jika tidak berjaya, mungkin ada masalah lain yang perlu diteliti.\n\nJika masih bermasalah? Cara lain yang boleh dicuba, selepas bahagian cover tadi dibuka anda akan ternampak tiub berwarna merah jambu. Itu ialah sensor. Potong cable tie yang diikat dan keluarkan sensor tersebut.\n\nGantikan sensor tadi dengan yang baru. Sambungkan wayar yang dipotong tadi kepada sensor yang baru. Kemaskan wayar guna heat shrink tube (warna hijau) atau pelekat hitam.\n\nLetakkan sensor baru tadi pada kedudukan asal. Pastikan bahagian metal sensor dihalakan ke bahagian bawah. Dengan menggunakan cable tie, ikat sensor dengan kemas supaya ia tidak terjatuh dan bergerak-gerak.\n\nJika masalah masih berterusan, kemungkinan compressor rosak, kehabisan gas dan sebagainya.\n\nUntuk mengelakkan kerosakan pada masa akan datang, anda perlu menjaga peti ais dengan baik. Kesilapan dan kecuaian yang sedikit mungkin akan menyebabkan anda sakit kepala nanti. Antara tips supaya peti sejuk anda bertahan lama ialah:\n\nApabila anda menyejukkan dahulu makanan dan minuman sebelum disimpan, ia akan mengelakkan pembentukan bekuan.\n\nApabila pintu peti ais dibiarkan ternganga dengan lama, udara sejuk akan keluar. Ini akan menyebabkan compressor bekerja dengan lebih kuat. Malahan, bil elektrik anda juga akan melambung!\n\nApabila terlalu banyak muatan di dalam ruang peti sejuk yang terhad, ia akan mengehadkan ruang udara. Malahan, udara sejuk juga akan dihalang untuk tersebar ke seluruh ruang peti sejuk.\n\nJika anda meletakkan makanan mentah di bahagian sejuk beku, bersihkan air yang mengalir. Air, darah haiwan dan kotoran akan menyumbat dan mengeraskan bingkai getah di bahagian pintu. Kesannya, pintu akan rosak.\n\nJangan sesekali mencungkil atau mengumpil ais yang membeku dengan tebal di bahagian freezer. Ia akan menyebabkan kebocoran dan kerosakan dinding di bahagian tersebut. Anda boleh defrost sahaja ais yang menebal.\n\nJangan merapatkan peti sejuk ke dinding rumah. Pastikan ada ruang di bahagian kiri dan kanan supaya haba dapat dilepaskan dengan baik. Malah, jauhkan juga peti sejuk dengan punca api seperti dapur dan panas matahari.\n\nPeti sejuk menggunakan arus elektrik yang tinggi. Oleh itu, pastikan soket tidak berkongsi dengan peralatan elektrik yang lain. Ini akan menyebabkan arus elektrik berlebihan dan bekalan elektrik akan mudah terputus.\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang DIY peti ais tak sejuk yang anda semua boleh cuba. Kadangkala, masalah peti ais anda itu kecil sahaja. Jadi, anda dapat menjimatkan kos daripada membayar upah yang mahal.\n\nJika anda pandangan atau tips yang lain, boleh juga kongsikan dengan kami.\n\nJangan lupa baca tentang tips servis aircond rumah dan cara cuci mesin basuh."
"Melahirkan bayi merupakan satu pengalaman\u00a0yang tidak akan kita lupa sepanjang kehidupan kita biar jumlah keberapa kalipun bergelar ibu, kan?\n\nApatah lagi momen menyusukannya. Pasti ianya suatu yang mendebarkan namun bagi ibu yang mempunyai informasi awal, mereka akan lebih bersedia.\n\nPengalaman menyusukan bayi merupakan pengalaman yang tidak dapat dibeli. [Macetmoi]\n\nSaya menerima mesej dari ibu yang risaukan keadaan penyusuan susu ibu bayi mereka terutama di awal kelahiran.Saya cuba menjawab sebaiknya dalam entri ini ya. Entri ini sebagai panduan dalam menjalani dunia penyusuan.\n\n#1 Berat badan bayi akan berkurangan selepas 1 minggu kelahiran\n\nBayi yang dilahirkan cukup bulan (38 ke 40 minggu) mempunyai berat 2.72 kg ke 4.08kg. Berat sewaktu lahir (birth weight) difaktorkan oleh beberapa keadaan seperti tempoh kehamilan, jantina bayi, kesihatan ibu, faktor keturunan, nutrisi ibu semasa mengandung, jumlah bayi yang dikandung dan juga kesihatan bayi sewaktu dilahirkan.\n\nBayi boleh jadi dilahirkan dengan berat yang bukan didalam panduan diatas dan dalam keadaan yang sihat sempurna.\n\nBerat baru lahir dijangka akan susut sepanjang 5 ke 7 hari pertamanya. 17% ke 10% susut berat waktu kelahiran (birth weight) adalah normal bagi bayi yang minum susu ibu. Kebanyakan bayi akan mula kembali ke berat asalnya pada usia 10 ke 14 hari selepas kelahiran.\n\nSekiranya bayi adalah pra-matang mahupun mengalami situasi kesihatan, beratnya akan kembali kepada berat sewaktu lahir waktu minggu ketiga.\nUsah tergesa-gesa menambah susu formula jika keadaan ini berlaku kepada bayi anda.\n\nKolustrum adalah susu awal manusia yang paling baik untuk tumbesaran bayi anda. Teruskan menyusuinya kerana ia akan memberi nutrisi lengkap untuk bayi tersebut. Kolustrum tidak dihasilkan sebanyak susu ibu matang kerana perut bayi juga masih kecil.\n\nBagi ibu yang anaknya tidak mengalami sebarang situasi (contohnya berpisah mahupun anak masuk NICU), anda tidak perlu mengepam kolustrum anda.Cukuplah dengan menyusukan bayi setiap 1 ke 2 jam dan alami momen ini dengan bahagia.\n\nKeadaan kelahiran bayi mempengaruhi cara penyusuannya. Bagi bayi yang dilahirkan secara trauma, seperti pembedahan, forceps, vacuum atau pengambilan ubat atau dadah oleh ibu, ianya boleh menyebabkan bayi kurang menyusu. Sokongan keluarga dan ibu yang berpengetahuan dapat membantu bayi menyusu dengan baik.\n\nSusu ibu terbahagi kepada dua komposisi iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk). Susu awal mengandungi lebih air sementara susu akhir mengandungi lebih lemak.\u00a0Kedua-dua jenis susu ini berada dalam satu payudara.\n\nOleh itu ibu perlu bertenang dan menyusukan sebelah payudara selama 15 ke 20 minit bagi satu tempoh penyusuan.Ianya tempoh yang lama jadi ibu perlu duduk dengan selesa, mempunyai bantal menyusu yang selesa mahupun belajar berbaring untuk menyusu.\n\nPenyusuan anda akan berlangsung dengan baik bergantung kepada karektor bayi anda.Ada bayi yang cerewet (fussy), ada yang baik (textbook type baby).Bersabar dan selalu yakin dengan pilihan anda untuk menyusukan bayi.\n\nBayi akan beralih bulan (Growth Spurt) dengan kadar berkali-kali sepanjang satu bulan pertamanya. Pada usia 3 hari, 7 hari, 14 hari dan 30 hari kadangkala bayi meragam dan selalu mahu menyusu.\nIa tempoh yang penting dimana beliau akan mengalami perubahan saiz tubuh dan perut.\n\nBeliau perlukan lebih susu dan cara terbaik untuk beliau mendapat susu yang cukup ialah meminta dari ibunya (mungkin dengan cara meragam).Tempoh ini akan berakhir dengan cepat dan alangkah bagusnya ibu yang berilmu dapat menggunakan ilmunya untuk mengendalikan keadaan ini dengan bertenang.\n\nSemoga artikel tips menyusu ini membantu."
"Ibu hamil akan kerap mengalami sakit perut. Sakit perut bagi para ibu hamil adalah perkara normal dan setiap ibu hamil akan mengalami sakit perut. Walaupun begitu, bukan semua sakit perut adalah sakit perut biasa. Ibu hamil akan mengalami beberapa jenis sakit perut yang agak merbahaya dan boleh memberi kesan kepadanya.\n\nAda jenis sakit perut yang menunjukkan tindak balas bayi dalam kandungan dalam keadaan baik. Tetapi ada juga sakit perut yang tidak baik untuk kandungan. Apabila sakit perut, semestinya ibu akan berasa risau tentang kesihatan kandungan. Jadi, kita perlu tahu beberapa jenis sakit perut yang sering dialami oleh ibu hamil.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 jenis sakit perut ketika hamil dan akibatnya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n9 Jenis sakit perut yang dialami ibu hamil\n\nPerut bergas mungkin boleh disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon progesteron, yang dapat menyebabkan otot-otot saluran pencernaan ibu bekerja lebih lambat. Ini menyebabkan waktu yang dihabiskan makanan dalam usus besar lebih lama lalu menjadi punca perut bergas. Selain itu, rahim yang semakin membesar juga dapat menempatkan tekanan tambahan pada organ yang membuatkan sistem pencernaan berjalan lebih lambat juga.\n\nMasalah sembelit ini berkait rapat dengan masalah gas yang menyebabkan punca saluran pencernaan yang kurnag efisyen, seperti diterangkan di atas. Sekiranya ibu kurang minum air, kurang makan sayuran dan buah atau makanan berserat, kurang aktif bergerak, sembelit boleh bertambah buruk berbanding biasa.\n\nSembelit bukan saja berpunca daripada diet, tetapi ia juga mungkin merupakan kesan sampingan daripada pil zat besi atau pil tambah darah yang dimakan oleh ibu secara rutin. Namun, jangan pula berhenti mengambil pil tersebut kerana ia adalah penting untuk diambil oleh ibu. Sebaliknya, berbincanglah dengan doktor untuk mencuba jenis pil yang lain.\n\nKontraksi Braxton Hicks atau kontraksi palsu ini biasa berlaku, terutamanya menjelang minggu-minggu akhir kelahiran. Ia terasa seperti penegangan pada otot perut sehingga perut mengeras buat beberapa ketika.\n\nTapi, jangan pula panik kerana kontraksi sebenar apabila hampir saat bersalin adalah tidak sama dengan kontraksi ini. Kontraksi sebenar akan terasa lebih kuat, lebih menyakitkan, lebih lama dan mempunyai ritma yang tetap. Anda boleh cuba untuk minum lebih banyak air untuk membantu menenangkan dan memberi kelegaan daripada ketidakselesaan yang dialami.\n\nKetika rahim semakin membesar dan meregang menjelang trimester kedua, ligamen yang berfungsi menopang rahim akan turut sama meregang. Ibu mungkin perasan dan merasai round ligament pain ini ketika mengubah posisi, bersin, atau batuk.\n\nIa seolah-olah rasa sakit yang sedikit tajam pada bahagian perut, pelvis, atau pangkal paha. Bagi mengelakkan rasa sakit ini daripada kerap berulang, ibu-ibu disarankan agar menjaga postur badan yang baik. Anda boleh juga memakai pregnancy belt untuk memberi sokongan tambahan sekiranya perlu.\n\n5. KEHAMILAN LUAR RAHIM / EKTOPIK\n\nSalah satu tanda sakit perut yang bahaya adalah kehamilan ektopik, iaitu kehamilan yang berkembang di luar rahim. Ia akan menyebabkan rasa sakit perut di samping pendarahan yang berat sekitar minggu ke 6-10 kehamilan. Segeralah berjumpa doktor kerana kehamilan luar rahim perlu dirujuk kepada pakar dengan cepat.\n\n6. KENCING KOTOR / URINARY TRACT INFECTION\n\nMasalah kencing kotor atau UTI (urinary tract infection) sebenarnya kerap terjadi pada ibu hamil kerana faktor perubahan hormon. Jika anda berasa seperti asyik mahu terkencing atau pedih semasa membuang air kecil diikuti dengan rasa nyeri pada bahagian perut, anda mungkin mengalami masalah ini. Walaupun kencing kotor biasanya boleh diatasi dengan antibiotik atau rawatan di rumah, namun ia boleh menjadi teruk sekiranya anda tidak segera mengambil tindakan.\n\nPreeklampsia boleh dikenalpasti dengan rasa sakit perut pada bahagian atas (di bawah tulang rusuk di sisi kanan). Ia berkait rapat dengan masalah tekanan darah tinggi dan biasanya terjadi setelah usia kehamilan mencecah 20 minggu.\n\nMenurut BabyCenter, tanda-tanda lain preeklampsia termasuklah bengkak teruk pada muka, tangan dan kaki yang berlaku secara tiba-tiba; sakit kepala yang teruk; masalah penglihatan seperti pandangan kabur atau cahaya bersinar di hadapan mata anda; kesakitan teruk di bahagian bawah rusuk; rasa tidak sihat secara keseluruhannya.\n\nApendiks adalah satu lagi punca sakit perut ketika hamil yang boleh menyebabkan rasa sakit, terutamanya pada bahagian bawah pusat sebelah kanan perut. Wanita mengandung yang menghidap penyakit apendik seringkali lambat dikesan dan biasanya apabila dapat dikesan ia sudah berada di tahap yang boleh dikatakan agak komplikasi. Ini kerana, pembesaran uterus sekali gus mengalih kedudukan apendik dari tempat asalnya.\n\nBergantung kepada keadaan apendik tersebut, ia mungkin akan memerlukan pembedahan kecil. Oleh itu, sekiranya anda pernah mengalami apendiks sebelum kehamilan, seeloknya beritahulah doktor agar mereka sedia maklum dengan masalah tersebut.\n\nKeguguran tentunya adalah perkara yang paling ditakuti oleh ibu mengandung. Antara tanda keguguran selain sakit perut termasuklah rasa nyeri pada punggung, serta pendarahan. Namun, pendarahan atau spotting ketika hamil ini juga boleh berlaku atas beberapa faktor lain. Ingat, sebarang bentuk pendarahan yang berlaku ketika hamil perlu dimaklumkan pada doktor secepatnya. Jururawat mesti dah pesan kan?\n\n*Kesimpulannya, jika sakit perut terlalu kerap pada kandungan, pergi berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kandungan. Selain itu, temu janji dengan doktor jangan pernah tertinggal kerana dari situ kesihatan ibu hamil dan kandungan akan di kemas kini dari semasa ke semasa.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Jom ketahui amalan sunat hari raya aidilfitri. Tak buat pasti rugi!\n\nSetelah sebulan berpuasa, hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia adalah Aidilfitri al-Mubarak. Hari Raya Aidilfitri atau disebut juga sebagai Hari Raya Puasa dianggap sebagai simbolik kemenangan umat Islam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadan.\n\nDi negara kita lazimnya, hari raya ini disambut dengan sangat meriah dan secara besar-besaran. Golongan yang jauh di perantauan pulang bertemu orang tua di kampung, sanak-saudara dan rakan taulan yang jarang berjumpa akan berkumpul dan meraikan raya bersama-sama.\n\nDalam keterujaan menyambut hari raya, terdapat banyak amalan sunat yang boleh diamalkan. Pastilah satu kerugian besar jika amalan ini dilupakan, apatah lagi dalam sibuk meraikan Aidilfitri. Antara amalan-amalannya yang boleh dilakukan pada hari aray kelak adalah:\n\nMalam raya adalah bermula setelah masuk waktu Maghrib pada hari terakhir puasa. Pada ketika itu, kita digalakkan menghidupkan malam raya dengan bertahmid, bertakbir, bertasbih dan amalan-amalan ibadah yang lain.\n\n\u201cSesiapa yang menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala hati.\u201d\n\nLebih baik, jika anak-anak lelaki boleh mengikut bapa pergi ke masjid untuk bertakbir beramai-ramai. Bukankah lebih bermakna jika malam raya disambut dengan memuji kebesaran Allah SWT?\n\nAntara cara yang paling mudah untuk mendapatkan pahala iaitu dengan mandi sunat ada hari raya. Hanya bersihkan badan dan mandi seperti biasa dan disertai niat;\n\n\u00a0\u201cSahaja aku mandi sunat hari raya Aidil Fitri kerana Allah Taa\u2019la\u201d.\n\nAmalan mandi sunat ini jelas membuktikan Islam sentiasa mengutamakan kebersihan walaupun dalam kegembiraan merayakan sesuatu.\n\nJika dalam bulan Ramadhan jutaan umat Islam berpusu-pusu menunaikan solat Tarawikh, pada hari pertama Syawal pula masjid masih lagi meriah dengan Muslim yang ingin mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.\u00a0\n\nSabda Rasulullah SAW riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:\n\n\u201cDari Al-Bara\u2019 bin \u2018Azib ia berkata: Sabda Nabi SAW, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang.\u201d\n\nSolat merupakan bentuk pengabdian kita sebagai hamba kepada Allah yang Esa seterusnya menghidupkan rasa rendah diri dalam hati masing-masing. Lalu dirikanlah solat sunat Aidilfitri ini sebagai cara kita bersyukur dan seronok dengan pemberian hari kegembiraan ini kepada kita.\n\n4. Menggunakan Jalan yang Berbeza Sewaktu Pulang dari Masjid\n\nRasulullah SAW sangat menggalakkan umatnya tidak menggunakan jalan yang sama sewaktu datang dan pulang dari masjid. Tujuannya adalah untuk bertemu lebih ramai kawan-kawan ataupun jiran sambil mengeratkan silaturahim. Hal ini dijelaskan dalam hadis Baginda:\n\n\u201cDari Jabir RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir RA.\u201d\n\nWalaupun tampak seperti perkara yang kecil, namun amalan sebegini secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi hubungan terutamanya sesama jiran dan umat Islam amnya.\n\n5. Makan Sedikit Sebelum ke Masjid\n\nHadis Riwayat Bukhari meriwayatkan tentang perbuatan Rasulullah yang memakan beberapa biji kurma sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid.\n\n\u201cPada hari raya Rasulullah tidak berangkat untuk melaksanakan solat sehingga baginda makan beberapa butir kurma.\u201d\n\nSesuai dengan perintah Allah SWT yang melarang umat Islam berpuasa pada hari pertama bulan Syawal, perbuatan Rasulullah jelas sebagai ikutan kepada kita semua, umatnya.\n\nIni juga kerana dikhuatiri ada yang terlupa berkenaan pengharaman berpuasa pada 1 Syawal, maka amalan sunnah sebegini adalah sebagai peringatan untuk semua umat muslim.\n\n6. Saling Mendoakan Kesejahteraan Sesama Muslim\n\nDaripada Jubair bin Nufair, dia berkata bahawa jika sahabat Rasulullah SAW berjumpa pada hari raya, mereka saling mengucapkan,\n\n\u201cTaqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).\u201d\n\nBudaya masyarakat kita sendiri yang gemar memohon maaf dan mengucapkan selamat hari raya juga bertepatan dengan ajaran Rasulullah SAW. Mungkin kita boleh menambahkan doa seperti di atas bagi menyempurnakan lagi ucapan yang sudah sedia indah.\n\nMemakai baju yang baharu bukanlah bermaksud wajib ke atas kita membeli baju baharu yang mahal atau mencecah ratusan ringgit. Lihatlah pada kemampuan masing-masing, ukur baju di badan sendiri.\n\nJika tiada bajuyang paling baharu, pilihlah baju yang tampak paling baharu dan paling cantik walaupun pada hakikatnya baju tersebut sudah berkali-kali dipakai.\n\nAl-Nawawi menyamakan perbuatan berhias dan memakai wangi-wangian pada hari raya termasuklah memakai baju yang cantik adalah sunnah seperti hari Jumaat.\n\n\u201cDisunatkan baju yang dipakai pada solat Jumaat dengan baju yang baharu. Jika tidak baru maka disunatkan dengan baju yang setara dengannya. Disunatkan juga agar imam menambahkan keterampilannya yang baik kerana dia diperhatikan (oleh orang ramai)\u201d\n\nPenutup: Aidilfitri Adalah Hadiah Untuk Bergembira Dan Bersyukur\n\nDalam meraikan kegembiraan Adilifitri sebakany rasa syukur itu dituruti juga dengan amalan-amalan sunat yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW. Sambil bergembira dapat pula pahala juga bertambah.\n\nJadi,\u00a0 hari kemenangan itu sememangnya wajar disambut dengan meriah namun jangan biarkan ianya berlalu sia-sia tanpa mengutip pahala yang tersedia. Ini supaya\u00a0 hari raya kita menjadi hari yang lebih diberkati. Amin."
"Siapa yang ada anak tentu faham betapa susahnya hendak memberi ubat kepada anak. Tetapi takkanlah hendak main paksa-paksa pula.\n\nKasihan memang kasihan, tetapi takutnya nanti makin memudaratkan diri sendiri. Mana tau boleh bawa sampai ke tua penyakit tu secara sedar tak sedar. Bukan itu sahaja, kasihan juga dengan orang sekeliling yang ikut terjangkit sekali.\n\nBila cuba hendak diberi, mulalah menangis. Lebih-lebih lagi budak yang nakal, bukannya hendak mendengar atau mencuba untuk makan ubat. Bagaimana pula dengan bayi? Bukannya mereka pandai bercakap dan pandai membalas.\n\nApa kata si ibu dan bapa cuba ikuti 6 langkah mudah di bawah. Perkongsian oleh Dr Ezairy tentang teknik memberi ubat menarik untuk dicuba oleh ibu-ibu di luar sana.\n\nApakah Cara dan Teknik Berkesan Beri Ubat?\n\n1. Guna picagari. Elak menggunakan sudu. Dos ubat yang diberitahu oleh doktor perlu diikuti.\n\nJusteru penggunaan syringe atau picagari adalah perlu bagi memastikan anda memberi ubat mengikut kuantiti yang betul dan ia sebenarnya jauh lebih mudah berbanding cara lain. Pastikan juga menggunakan syringe sesuai mengikut kuantiti yang akan diberi. Biasanya 3ml atau 5ml.\n\n2. Teknik yang sesuai dan betul. Saya nasihatkan letakkan anak di dalam pangkuan. Untuk bayi atau anak kecil, pastikan mereka berada di posisi duduk atau separa duduk.\n\nPosisi baring menelentang dilihat mudah untuk memberi ubat, namun ia akan meningkatkan risiko ubat untuk masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke peparu. Ini bahaya!\n\n3. Cari ruang dan kawasan yang tenang. Kita pun kalau nak buat sesuatu perkara perlukan ruang yang selesa. Beri ubat kepada anak pun begitu. Penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mencari ruang yang selesa dan cukup pencahayaan. Memberi ubat sama seperti memberi makan atau minum kepada anak.\n\nSekiranya ruangnya sempit, kita juga akan cenderung memberi ubat dengan cara yang tidak betul. Kuantiti ubat yang bakal diberi juga akan terganggu.\n\n4. Jangan paksa anak anda yang sedang meronta-ronta. Ini akan menyebabkan anak anda tersedak dan muntah. Beri peluang mereka tenang dan beri ubat.\n\n5. Beri peluang anak pegang picagari ubat dan letakkan ke dalam mulutnya sendiri. Cara ini banyak membantu ibu bapa. Anda kemudian bantu untuk pastikan ubat dimasukkan ke mulut anak anda.\n\n6. Minta nasihat doktor. Anda boleh minta pandangan dan nasihat daripada doktor yang memeriksa anak anda. Beritahu kepadanya bahawa anak anda mungkin jenis yang amat sukar untuk diberi ubat.\n\nPerlu dipegang tangan, kaki dan dipaksa baru boleh diberi. Doktor ini tuan puan, manusia juga. Kami akan cuba beri ubat yang paling sesuai dari segeri kekerapan, kuantiti dan jenis kepada anak dan bayi. Yang penting, komunikasi antara ibu bapa pesakit bersama doktor mesti ada.\n\nYang penting cuba je, tak rugi pun. Jika dah cuba dari teknik 1 hingga 5 tapi tak berjaya juga, jangan bimbang masih ada lagi penyelesaian terakhir iaitu rujuk doktor.\n\n*Jangan lupa share ya! Penting dikongsi bersama info ini terutamanya bagi ibu bapa di luar sana yang seringkali menghadapi kesukaran untuk beri ubat pada anak-anak.\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Coronavirus adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema sehingga ke penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut. Coronavirus berpunca daripada negara China iaitu Wuhan. Dari situ coronavirus ini tersebar sehingga ke negara lain.\n\nCoronavirus atau Covid-19 boleh tersebar apabila seseorang (dijangkiti virus) itu batuk atau bersin (tanpa mengamalkan etika batuk dan bersin), maka rembesan (sekresi) itu akan melekat pada sebarang permukaan seperti meja. Berpunca dari situ, Covid-19 ini tersebar dengan cepat dan meluas. Apabila individu tidak dijangkiti menyentuh permukaan yang terkena droplet (rembesan) dan disapu pada rongga tubuh seperti hidung .di situlah keadaan yang mengakibatkan berlakunya transmisi.\n\nSepanjang Covid-19 ini dikaji oleh para saintis, terdapat beberapa soalan umum yang ditanya oleh masyarakat. Persoalan ini telah dijawab oleh World Health Organisation (WHO).\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 persoalaan tentang coronavirus. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suhazeli Abdullah. Doktor pakar iaitu Dr. Suhazeli Abdullah merupakan doktor pakar\u00a0 perubatan keluarga di klinik. Beliau aktif dalam menjawab hal-hal perubatan termasuk isu berkenaan salah faham medikal dari sudut agama islam.\n\nS1: Adakah antibiotik berkesan menghalang dan merawat\u00a0coronavirus (2019-nCoV)?\n\nJ1: TIDAK. Antibiotik tidak bertindak terhadap virus, ia hanya bertindak ke atas bakteria. 2019-nCoV adalah sejenis virus, jadi tidak boleh digunakan untuk menghalang dan merawat (case).\n\nS2: Adakah coronavirus (2019-nC0V) mudah menjangkiti orang tua atau orang muda juga?\n\nJ2: Manusia pelbagai umur boleh dijangkiti oleh virus. Orang tua atau mana-mana yang sudah mempunyai masalah perubatan dilihat lebih cenderung menjadi teruk apabila dijangkiti virus.\n\nS3: Boleh ke haiwan peliharaan di rumah menyebarkan coronavirus (2019-nCoV)?\n\nJ3: Buat masa ini, tiada bukti berkawan rapat dengan anjing/kucing boleh dijangkiti virus ini. Walau bagaimanapun adalah lebih bijak membasuh tangan dengan sabun dan air setelah memegang haiwan peliharaan tersebut.\n\nS4: Adakah terdapat rawatan khusus untuk mencegah atau merawat coronavirus (2019-nCoV)?\n\nJ4: Hingga tarikh ini, tiada ubat khusus dicadangkan bagi mencegah atau merawat virus ini. WHO sedang membantu membuat kajian dan usaha pembangunan dengan pelbagai pihak.\n\nS5: Adakah vaksin mencegah pneumonia boleh melindungi kita dari virus\u00a02019nCoV?\n\nJ5: Tidak. Vaksin mencegah pneumonia tidak bekalkan perlindungan ke atas 2019-nCoV. Virus ini baharu dan berbeza. Ianya memerlukan vaksin tersendiri.\n\nS6: Adakah selamat terima surat atau bungkusan dari China?\n\nJ6: Ya, selamat. Penerima bungkusan dari China bukan berisiko dijangkiti virus #2019nCoV. Analisa sebelum ini, kami ketahui bahawa virus itu tidak mampu hidup lama atas barangan, seperti surat atau bungkusan.\n\n*Soalan-soalan ini lazim ditanya oleh masyarakat dan WHO telah menjawabnya. Lebih-lebih lagi soalan nombor 6 iaitu menerima barang dari China. Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan diri, pastikan selalu basuh tangan dengan sabun terutama selepas melakukan aktiviti. Jika sakit selsema atau batuk, perlu pakai penutup mulut untuk menghindari daripada penyakit itu terus tersebar.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Masalah kurang darah atau Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah haemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Jumlah haemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL.\n\nManakala bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.\n\nAnemia\u00a0boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa pening, letih dan lemah. Oleh itu, kalau anda disahkan mengalami anemia, jom amalkan 28 makanan tambah darah yang kami senaraikan di bawah.\n\n1. Jus ubi bit, lobak merah & lemon\n\nUbi bit adalah di antara tumbuhan yang kaya dengan zat besi, manakala\u00a0 lobak dan lemon pula membantu penyerapan zat besi dengan lebih mudah.\n\nCaranya, basuh dan potong ubi bit merah, lobak dan lemon. Jadikan jus dengan menggunakan juicer ataupun blender. Setelah dijadikan jus, masukkan yis, dan kacau dengan sudu. Minum jus ini setiap kali sarapan untuk efek yang lebih baik.\n\n2. Jus bayam, ubi bit & beri\n\nJus ini mengandungi jumlah zat besi yang tinggi dan bagi membantu penyerapan zat besi, vitamin C dimasukkan sekali dalam ramuan jus ini.\n\nCaranya lebih kurang sama seperti jus ubi bit. Anda hanya perlu campur dan gabungkan keempat-empat bahan dan perah menjadi jus samaada menggunakan blender atau juicer. Minum setiap hari.\n\nSelalunya daun ketumbar dimasukkan didalam masakan untuk\u00a0memberikan aroma yang wangi pada makanan. Untuk info, daun ini juga sangat kaya dengan zat besi dan sesuai dijadikan bahan utama bagi menaikkan darah anda.\n\nCaranya basuh dan masukkan bahan-bahan diatas di juicer atau pengisar. Jangan lupa masukkan air bagi memudahkan ia dikirsar. Minum setiap hari untuk dapatkan kesan dan peningkatan kuantiti darah anda.\n\nKurma meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.\n\nSeperti kurma, madu juga\u00a0meningkatkan penghasilan sel darah merah. Ia boleh digunakan sebagai pengganti gula didalam minuman dan makanan. Untuk tambah darah, pastikan madu yang asli, bukan yang tiruan dan diletakkan gula.\n\nBuah delima dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.\n\nOat memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan serta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.\n\n8. Roti dan bijiran serat tinggi\n\nRoti dan bijirin serat tinggi seperti beras merah, roti jagung dan pasta mengandungi karbohidrat, serat semulajadi dan zat besi yang meningkatkan sel darah merah.\n\nKuning telur mengandungi nutrien termasuk protein, kalsium, vitamin dan\u00a0 zat besi yang diperlukan oleh penghidap anemia. Pengambilan kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.\n\nKerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.\n\nSelain zat besi, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut\u00a0membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.\n\nMungkin tidak semua orang berselera memakan organ dalaman. Namun, hati adalah salah satu\u00a0makanan paling tinggi zat besi. Menurut kajian, 100 gram hati ayam mengandung 9 mg zat besi. Hati lembu mengandungi\u00a0lebih kalori dibandingkan dengan jenis hati lain, namun banyak mengandungi kadar zat besi yang tinggi.\n\nIkan bilis kaya dengan zat besi, sangat membantu untuk menambah darah.\n\nJambu batu kaya dengan vitamin C. Menurut kajian, kandungan vitamin C dalam jambu batu adalah dua kali ganda lebih daripada buah oren. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh.\n\nTembikai kaya dengan vitamin A yang membantu mengingkatkan jumlah sel darah merah. Ia juga membantu zat besi dalam hemoglobin mengikat oksigen.\n\nPrun kering\u00a0dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.\n\nAprikot kering\u00a0dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.\n\nBuah tin kering\u00a0dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.\n\nSelain zat besi, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut\u00a0membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.\n\nSelain zat besi, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut\u00a0membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.\n\nIkan tinggi dengan lemak omega 3 dan vitamin B12 yang membantu pembentukan sel darah merah. Di antara ikan yang tinggi lekam omega 3 ialah ikan salmon dan ikan patin.\n\nSelain sayuran berdaun, kentang juga mengandung zat besi dan juga\u00a0vitamin C\u00a0yang membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi\u00a0dalam tubuh. Vitamin C juga\u00a0dapat mengikat radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda, kentang adalah salah satu sumber terbaik zat besi untuk vegetarian.\n\nTelur ikan kaya dengan protein, karbohidrat dan zat besi yang membantu menambahkan darah dalam badan.\n\nSumber kekacang boleh didapati daripada sayuran seperti kacang panjang, kacang buncis, dan kacang botol. Selain itu, anda boleh memakan kekacang seperti\u00a0kacang almond, pistachio, walnut, atau kacang badam sebagai snek atau kudapan.\u00a0 Kekacang dicerna secara perlahan oleh sistem pencernaan dan membantu tambah darah.\n\nBiji-bijian seperti kuaci, biji bunga matahari, atau biji labu juga membantu tambah darah. Menurut rujukan, 100 gram biji labu mengandungi 15 mg zat besi, iaitu 83% dari jumlah yang pengambilan harian. Biji labu juga merupakan sumber utama\u00a0asid lemak Omega 3\u00a0yang turut berfungsi\u00a0membantu pembentukan sel darah merah.\n\nPengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel darah merah yang baru.\n\nSayur brokoli mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.\n\nDaging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Selain zat besi, daging merah juga kaya dengan protein dan mineral lain seperti vitamin A, D, K, B2, B3, B6, B12, asid amino, omega 3 dan selenium yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung.\n\nKismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan.\n\nItulah dia 28 makanan tambah darah yang boleh anda amalkan setiap hari. Semoga bermanfaat!\n\nJemput juga baca tulisan artikel lain seperti petua cairkan kahak , petua penyakit kayap\u00a0dan petua sakit perut."
"Apa itu frozen shoulder? Frozen shoulder atau masalah bahu keras merupakan keadaan yang menyakitkan dan berpanjangan yang memerlukan diagnosis klinikal yang tepat dan pengurusan yang betul. Secara kebiasaannya, pesakit akan pulih tetapi kemampuan sebelum ini untuk menggunakan pergerakan bahu seperti biasa mungkin terbatas.\n\nPerkataan \u201cfrozen shoulder\u201d diperkenalkan oleh seorang doktor perubatan bernama Codman pada tahun 1934 yang menerangkan keadaan bahu yang menyakitkan yang mungkin menjadi tanda masalah kesihatan yang berbahaya. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan kekakuan pada bahagian bahu dan kesukaran untuk tidur pada bahagian yang terjejas itu. Terdapat juga pengurangan pada pergerakan mengangkat dan memusingkan bahu yang menjadi antara tanda utama penyakit ini.\n\nSecara sejarahnya, sebelum itu pada tahun 1872, keadaan kesihatan yang sama dikenali sebagai \u201cperi-arhtritis.\u201d Seterusnya, pada tahun 1945, pakar perubatan moden, Naviesar memberikan nama penyakit frozen shoulder ini secara lebih saintifik iaitu \u201cadhesive capsulitis.\u201d\n\nNamun, penggunaan terma \u201cfrozen shoulder\u201d lebih kerap digunakan dan difahami ramai untuk menerangkan keadaan penyakit ini dengan lebih tepat.\n\nDalam amalan klinikal, sebarang keadaan bahu yang kaku dan menyakitkan tidak boleh sewenangnya dilabelkan sebagai penyakit frozen shoulder. Penyakit ini merupakan keadaan spesifik yang memerlukan diagnosis khas dan pengurusan yang betul.\n\nAntara masalah kesihatan yang disalah anggap sebagai frozen shoulder ialah osteoarthritis dan koyakan pada otot bahu.\n\nGolongan yang Berisiko Mendapat Frozen Shoulder\n\nMenurut sekumpulan pakar perubatan dari sebuah pusat perubatan di Edinburgh, UK, pesakit frozen shoulder kebiasaannya terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas tetapi tanda awal penyakit ini mula kelihatan dalam kalangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas.\n\nUsia paling kerap dilaporkan berlakunya kes frozen shoulder ini ialah 56 tahun. Penyakit frozen shoulder ini agak kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.\n\nDalam 6-17% pesakit, bahu sebelah lagi yang tidak terjejas akan mula terjejas dalam tempoh lima tahun pertama dan selepas bahu pertama mula pulih. Mengikut pemerhatian pakar-pakar perubatan di Hospital Birmingham, bahu yang bukan dominan atau bahu pada tangan yang jarang digunakan akan lebih mudah terjejas dengan penyakit frozen shoulder ini. Tambahan pula, dianggarkan bahawa risiko berlakunya frozen shoulder dalam sesebuah populasi ialah minimum 2% pada setiap tahun.\n\nSecara umumnya, pesakit frozen shoulder akan mengalami 3 fasa yang menunjukkan gejala klinikal, iaitu:\n\n1. Fasa kekakuan bahu yang menyakitkan\n\nFasa ini berlaku dalam 10-36 minggu dengan rasa sakit dan kaku di sekeliling kawasan bahu. Keadaan ini tiba-tiba muncul tanpa adanya sejarah kecederaan atau kemalangan. Rasa kesakitan seakan berdenyut akan semakin dirasai pada waktu malam. Rawatan ubatan NSAID hanya melegakan sedikit sahaja gejala ini.\n\nRasa kesakitan akan mula menghilang tetapi kekakuan bahu masih tidak berubah. Fasa ini berlaku dalam 4-12 bulan. Rasa sakit akan datang sekiranya berlaku pergerakan yang ekstrim. Pergerakan bahu juga akan menjadi semakin terbatas seperti sukar untuk mengangkat dan memusingkan tangan.\n\nSelepas fasa lekatan, akan terdapat peningkatan secara beransur-ansur dari segi julat pergerakan yang semakin bertambah baik. Fasa resolusi ini mengambil masa selama 12-42 bulan. Secara puratanya, keadaan bahu kembali pulih sepenuhnya untuk hilang dari segi kesakitan dan kekakuan adalah dalam tempoh 30 bulan.\n\nPesakit frozen shoulder perlu dididik dan diterangkan mengenai keadaan frozen shoulder ini yang boleh beransur pulih. Maklumat ini dapat memberi kelegaan dan mengurangkan rasa gelisah pesakit yang didiagnos dengan frozen shoulder.\n\nNamun, adalah sangat penting untuk menekankan bahawa pergerakan penuh bahu mungkin tidak akan kembali seperti sebelumnya.\n\nBagi merawat frozen shoulder, rawatan akan diberikan mengikut tahap penyakit tersebut.\n\nKetika fasa permulaan iaitu bahu mula kaku dan menyakitkan, rawatan akan dilakukan bertujuan melegakan kesakitan. Antara langkah rawatan yang dicadangkan ialah:\n\nSenaman dan latihan fizikal yang lebih agresif disyorkan untuk mengembalikan pergerakan bahu yang terjejas. Pendekatan yang diambil adalah dengan mengenakan beban yang rendah dan regangan yang berterusan melalui teknik fisioterapi yang bersesuaian.\n\nBagi pesakit yang tidak mampu menahan kesakitan akibat penyakit ini, suntikan ubat pelali akan diberikan untuk melegakan kesakitan yang akan menunjukkan kesan positif keseluruhan dalam masa 3 bulan.\n\nTerbaru, pembedahan dilakukan bagi memberi kelegaan secara langsung ke atas pesakit frozen shoulder. Pembedahan juga bertujuan mengawal progress penyakit ini.\n\nPenyakit frozen shoulder merupakan penyakit yang biasa ditemui dalam kalangan mereka yang berusia yang memberikan kesakitan tetapi boleh dikawal dengan penjagaan rapi seperti kombinasi penggunaan ubat tahan sakit, suntikan, dan fisioterapi.\n\nKebanyakan kes penyakit ini boleh diuruskan dengan penjagaan yang rapi dan bimbingan kaunseling yang betul kepada para pesakit. Hampir semua pesakit boleh kembali pulih daripada kesakitan dan kekakuan yang dialami, tetapi terdapat kemungkinan bahawa pesakit sukar kembali memiliki pergerakan bahu yang normal.\n\nJemput cuba abca artikel punca sakit pinggang dan punca sakit belakang."
"Kanak-kanak memang gemar makan coklat. Antaranya, coklat susu, kek coklat, ais krim coklat, gula-gula coklat, kalau boleh semua jenis makanan yang berunsurkan coklat. Coklat ini digemari oleh kanak-kanak kerana ia manis dan cair di dalam mulut. Bukan sahaja kanak-kanak yang menyukai coklat, malah orang dewasa juga suka makan coklat.\n\nCoklat ini boleh dijadikan sebagai hadiah dan diberikan kepada orang yang tersayang. Contohnya, hadiah untuk menyambut hari lahir, sempena mendapat anugerah cemerlang, memujuk orang, dan pelbagai lagi. Jika kita berikan coklat kepada seseorang semestinya dia akan menghargainya.\n\nNamun, para ibu bapa khuatir akan anak-anak mereka yang gemar makan coklat. Ibu bapa takut anak-anak mereka akan mendapat penyakit seperti obesiti. Tetapi, salah satu untuk menggembirakan anak-anak adalah memberikan benda yang mereka mahu lagi-lagi coklat. Jadi, adakah coklat bagus untuk kanak-kanak?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai kebaikan coklat gelap. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri. \n\nAntara banyak-banyak coklat, coklat gelap adalah yang paling tinggi khasiatnya. Ia mempunyai antioksidan \u2013 prosianidin.\n\nWalaubagaimanapun, bahan ini mempunyai struktur kimia yang besar (sehingga 17 unit). Jadi, kanak-kanak sukar untuk pecahkan bahan khasiat ini\n\nKajian menunjukkan coklat juga tinggi lemak dan protein yang menyebabkan bahan berkhasiat ini tidak dapat dipecahkan dan diserap dalam usus besar\n\nCara yang bagus untuk makan coklat\n\nUntuk mendapatkan banyak khasiat, caranya adalah dengan makan oat atau minum barli selepas memakan coklat gelap. Barli dan oat membantu pemecahan dan penyerapan bahan khasiat dan dapat kawal gula dan kolesterol darah\n\nBuah-buahan adalah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaya dengan bahan khasiat berstruktur kecil\n\n*Para ibu bapa perlu menjaga pemakanan anak-anak dengan teliti. Makanan seperti coklat perlu dihadkan kepada anak-anak dan biasakan mereka untuk makan buah-buahan. \n\nIanya lebih sihat dan dapat membantu pembesaran anak-anak. Sayur-sayuran juga perlu diterapkan ke dalam pemakanan yang sihat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Zoo Teruntum Dinasour terletak di Kuantan, Pahang. Jika ada yang tak tahu, Zoo Teruntum merupakan sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia dan di dunia. Zoo ini telah dibuka pada penghujang 2021. Mengapa hibrid?\n\nHal ini kerana Zoo Teruntum bukan mempamerkan haiwan hidup sahaja, tetapi terdapat pameran haiwan pra-sejarah yang telah pupus iaitu dinasour serta zoo safari yang terdiri daripada gorilla, panda dan lain-lain. Uniknya, kedua-dua pameran tersebut menggunakan adaptasi Teknologi Industri 4.0 serta animatronik.\n\nDi Malaysia hanya beberapa tempat sahaja yang mempamerkan haiwan pra-sejarah ini termasuklah di Kuantan. Projek ini merupakan hasil kerjasama dengan Dinasour Encounter. Selain di Zoo Teruntum, dua cawangan lain Dinasour Encounter terletak di Pusat Sains Negara dan Zoo Melaka.\n\nBerkeluan 4.4 hektar, terdapat pelbagai tarikan di Zoo Teruntum yang dibahagikan kepada empat zon iaitu dinasour karnivor, dinasour herbivor, haiwan dan aktiviti. Semestinya anda perlu meluangkan banyak masa di sini untuk menikmati keseluruhan tarikan yang pasti memuaskan.\n\nSelain Dinasour Encounter, semestinya ramai yang ke sini untuk melihat banyak jenis haiwan hidup yang boleh anda teroka. Buaya, monyet, kuda belang, ular, semuanya ada di sini. Melihat keletah haiwan-haiwan ini pasti membuatkan kita berasa tenang dan terhibur.\n\nBuat pengetahuan anda, kawasan haiwan hidup hanyalah 30% sahaja dan selebihnya adalah tarikan dinasour dan kemudahan lain. Walaupun begitu, banyak haiwan yang ada dan anda boleh melihat dengan dekat.\n\nZoo ini tidaklah besar seperti zoo negara ata zoo terkenal yang lain, namun cukup puas untuk meninjau kesemua kawasan.\n\nSebaiknya bawalah bersama anak-anak agar mereka mendapat pendedahan awal berkaitan haiwan-haiwan ini. Bukan itu sahaja, mereka berpeluang untuk memberi makan terhadap haiwan tersebut. Dapatlah menambah keberanian untuk dekat bersama haiwan jinak ini.\n\nJika sebelum ini kita hanya melihat dinasour di dalam filem sahaja, namun kali ini anda dapat melihat dengan dekat Tyrannosaurus Rex, Brachiosaurus, Edmontosaurus dan lain-lain.Ada lebih 30 ekor replika dinasour dengan pelbagai jenis dan saiz.\n\nPaling menarik anda boleh mendekati dan bergambar dengan jarak dekat bersama replika-replika ini. Dengan sistem animatronik, ia membolehkan replika tersebut bergerak serta mengeluarkan bunyi sebenar agar kelihatan seakan-akan hidup.\n\nSecara tidak langsung, anda dapat mengenali jenis dan info berkaitan haiwan pra-sejarah ini. Dah puas melihat replika, masuk dalam kawasan tertutup untuk melihat replika fossil T-Rex dan bermain pelbagai permainan menarik.\n\nKawasan menarik yang lain yang terletak di dalam kawasan zoo adalah Immerse Explorer, Trex Cage, makmal dinasour dan sebagainya.\n\nSudah puas dengan dinasour, kunjungi pula ke Hobbit House atau Rumah Hobbit. Buat peminat filem Lord Of The Rings, anda pasti familiar dengan reka bentuk rumah comel ini. Kemiripan rekabentuk rumah serta dengan latar penuh kehijauan pasti membuat anda terpukau.\n\nPelbagai jenis tanaman ditanam dengan cantic serta tangga yang kehijauan menghiasa ruang masuk untuk ke pintu Rumah Hobbit. Tak perlu bersusah untuk ke New Zealand dan bergambar di Rumah Hobbit, di Malaysia pun ada!\n\nBanyak kemudahan disediakan oleh pihak zoo termasuklah kemudahan asas iaitu tandas dan surau yang selesa. Ada juga kiosk dan kedai yang menjual cenderamata, makanan serta minuman. Anda tak perlu risau jika terasa haus atau lapar, kemudahan ini tersedia di dalam zoo.\n\nTak cukup dengan itu, ada juga taman permainan buat anak-anak yang aktif dan tak kenal erti penat. Ibu bapa yang sudah kurang tenaga bolehlah berehat di kawasan sekitar sambil memantau pergerakan anak yang sedang bermain.\n\nRancanglah perjalanan anda ke sini sebaiknya. Jika anda ingin melihat persembahan eksklusif dari haiwan hidup dan replika haiwan animatronik, persembahan akan diadakan pada pukul 11.00 pagi, 3.00 petang dan 5.00 petang.\n\nBerada di Kuantan tetapi tak tahu nak pergi mana? Bawa seisi keluarga ke Zoo Teruntum Dinasour yang sesuai sebagai aktiviti riadah tanpa had umur!\n\nTarikan baharu yang terletak di Kuantan ini sekaligus dapat menambah bilangan pelancong ke sini. Oleh itu, jika anda datang ke Kuantan, jangan lupa singgah sebentar di sini dan membawa anak-anak. Dapatlah juga mereka merasai suasana ala-ala Jurassic Park.\n\nLokasi: Jalan Padang Golf 25050 Kuantan, Pahang\n\nWaktu operasi: Setiap hari (9.00 am-6.00 pm)\n\nBerada di Kuantan? Ini tempat-tempat menarik yang perlu anda kunjungi bagi memenuhi percutian menarik buat anda dan keluarga."
"Kadangkala, jika kita dihimpit masalah yang berterusan, nak luahkan pada ahli keluarga takut mereka akan risau. Ada pula rakan di tempat kerja yang suka bergosip. Habis satu pejabat kecoh jadinya. Hendak diluahkan pada sahabat baik, mereka juga mungkin ada masalah sendiri.\n\nJangan simpan beban terlalu lama. Kita perlu cari idea untuk keluar dari masalah. Apa kata kita luahkan masalah kepada haiwan peliharaan? Bunyinya mungkin agak ganjil. Yelah, tak mungkin haiwan tersebut boleh bagi nasihat, boleh sapu air mata yang mengalir.\n\nNamun, hati pasti menjadi tenang. Tingkah laku dan wajah comel mereka pasti buat kita tersenyum tanpa sengaja. Lalu, kerisauan dalam hati mula berkurangan. Hari-hari yang dilalui dah mula berubah. Dah tak semendung sebelumnya.\n\nPasti pembaca semua nak tahu 5 haiwan peliharaan yang boleh buat kita ceria dan hilang stres. Teruskan membaca!\n\nTak boleh disangkal lagi, si comel ni merupakan haiwan peliharaan yang paling terkenal di dunia. Tak perlu jauh, tengok saja di persekitaran rumah, ada saja kelibat si meow di sana sini.\n\nAda bermacam-macam spesies kucing seperti kucing kampung, Parsi, Maine Coon, British Shorthair, Bengal, Munchkin dan banyak lagi. Kalau anda melayari media sosial seperti Instagram atau Facebook, pasti ramai yang berkongsi gambar kucing kesayangan mereka.\n\nIni membuktikan kucing yang bersifat manja dan penyayang boleh membuat hati kita tenang selalu. Lihat saja telatah mereka yang comel dan mencuit hati. Pasti saat-saat berharga tu akan dirakamkan sebagai kenangan.\n\nSecara tak langsung, apabila membela kucing ia banyak memberi kebaikan dari aspek mental dan fizikal. Mauriel Spark dalam bukunya yang bertajuk \u2018A Far Cry from Kensington\u2019 menyatakan orang yang membela kucing akan terpengaruh dengan sifat-sifat positifnya.\n\nPenulis itu menghuraikan bahawa kucing ialah haiwan peliharaan yang bersifat tenang. Lama-lama, kita juga akan tenang dan bahagia dalam kehidupan. Malahan, dalam Islam juga kucing ialah haiwan peliharaan kegemaran Rasulullah kerana ia ialah haiwan yang bersih dan menyenangkan.\n\nMalahan, apabila kita bermain-main dengan haiwan peliharaan, ia akan meningkatkan hormon serotonin. Hormon ni dapat menyeimbangkan mood dan mengurangkan emosi negatif.\n\nItulah sebabnya digalakkan membela kucing jika kita mempunyai anak autisme. Selain, mereka boleh bersuka ria, kucing menjadi terapi untuk mengurangkan kesukaran dalam berkomunikasi.\n\nJadi, bagi yang sedang berkira-kira nak bela kucing, tak payah fikir lama-lama. Ambil saja kucing jalanan dan peliharalah di rumah. Anda pasti akan seronok melihat tingkah laku lucu mereka.\n\nSelain kucing, anjing juga merupakan haiwan peliharaan yang paling digemari oleh masyarakat dunia. Itulah sebabnya mereka digelar \u2018man\u2019s best friend.\u2019\n\nMalahan, kebanyakan orang menyayangi dan melayani anjing sama seperti ahli keluarga yang lain. Mereka tidur bersama haiwan peliharaan yang istimewa tu. Ada juga yang tak kisah untuk berkongsi pinggan ketika makan. Begitu murni ikatan antara mereka.\n\nApa yang menjadikan anjing sebagai haiwan yang paling disayangi? Dikatakan bahawa anjing ialah haiwan yang mempunyai ingatan yang baik. Ia akan mengenang segala jasa baik orang yang menjaga dan menolongnya. Tak hairanlah anjing sanggup mengorbankan nyawanya untuk selamatkan tuannya daripada musibah.\n\nAnjing juga dikategorikan sebagai haiwan peliharaan yang sangat setia, baik, memahami dan mempunyai kemampuan membaca hati tuannya. Di laman YouTube, ramai pengguna berkongsi tentang kelebihan anjing mereka.\n\nJika tuannya baru balik kerja, anjingnya dah tunggu dengan penuh setia di depan pintu. Bayangkan pula jika tak nampak tuan kesayangnnya berbulan-bulan lamanya, anjingnya lebih teruja berbanding ahli keluarga. Ia akan menyalak, berlari ke sana ke sini dan melompat ke atas badan tuannya.\n\nLupakan perangai sombong arnab dalam cerita dongeng \u2018Arnab dan Kura-Kura.\u2019 Dalam realiti sebenar, arnab ialah seekor haiwan yang sangat comel dan baik. Bulunya lembut seperti kapas, bertelinga panjang dan aktif.\n\nWalaupun membela arnab tak semudah membela kucing dan anjing, namun masih ramai yang menjadikan arnab haiwan peliharaan. Siapa yang tak geram tengok muka gebu yang macam nak picit-picit tu kan?\n\nKebaikan membela arnab antaranya kerana sifatnya yang pendiam. Jarang sekali mengeluarkan bunyi, walaupun sedang lapar atau sakit. Oleh itu, membela haiwan ni pastinya tak akan mengganggu jiran tetangga.\n\nDisebabkan sikap \u2018berat mulut\u2019 tu, arnab sangat menyenangkan. Kalau tengah marah atau stres, cuba dukung dan usap badannya secara perlahan. Pasti tekanan darah tinggi yang sedang melonjak naik, turun perlahan-lahan.\n\nTapi jangan pula ambil kesempatan ke atas si Bunny yang suka diam membisu tu. Jangan menjerit lepaskan amarah pada haiwan peliharaan. Tak baik tau, berdosa! Haiwan perlu disayangi seperti anak-anak kecil.\n\nMacam best kan bela arnab? Ada macam-macam spesies dan warna di kedai-kedai haiwan. Pastikan anda tahu diet, cara jagaan dan sebagainya. Membela arnab agak sukar jika tak tahu caranya. Banyakkan membaca untuk mendapatkan ilmu.\n\nSanggup tak nak bela tikus? Biasanya tikus menawarkan diri untuk tinggal secara percuma di rumah anda kan? Tapi si tikus hamster ni perlu dibeli tau. Walaupun merupakan spesies tikus, namun hamster merupakan haiwan peliharaan yang bersih dan comel.\n\nJangan risau, hamster hanya makan kuaci, kekacang dan buah-buahan. Ia tak akan selongkar tong sampah rumah anda. Paling comel kalau tengok ia sedang makan atau masa termenung. Aduh, cair hati dibuatnya. Macam patung tau.\n\nTerdapat pelbagai jenis spesies hamster di dunia. Antara yang terkenal sebagai haiwan peliharaan ialah Roborovski, Campbell, Winter White, Syrian dan sebagainya. Jika dah merancang nak bela hamster, pastikan anda ambil tahu tentang keperluan dan penjagaannya.\n\nPaling seronok bila tengok hamster bermain-main roda di dalam sangkarnya. Bila dah biasa dengan tuannya, hamster akan jadi jinak. Rajin panggil namanya, nanti si comel ni akan pula tunjuk aksinya bermain-main.\n\nSifat menunjuknya tu yang buat hati kita terhibur. Anak-anak pun pasti akan gembira bila kita bawakan sepasang hamster untuk mereka. Bila rasa tertekan, bolehlah bermain dengan hamster anda itu. Percayalah, anda akan terlupa segala masalah yang bersarang di kepala.\n\nAlangkah indahnya melihat sisik yang berkilauan di dalam akuarium yang dihias indah. Dengan pergerakan tangkas, berenang sambil sesekali mengambil udara segar, hati terpaut melihat keindahan ciptaan tuhan.\n\nIkan ialah haiwan peliharaan yang paling mudah dibela. Kanak-kanak pun bukan main seronok bela ikan dalam botol plastik. Antara ikan hiasan yang boleh dipelihara dengan kos yang rendah ialah ikan laga, ikan emas, ikan puyu, ikan gapi, ikan tetra dan banyak lagi.\n\nSelain sangat cantik, ikan-ikan ni juga tahan lasak dan tak mudah mati. Jika perlu meninggalkan rumah dalam waktu yang agak lama, cuma sediakan sedikit lumut dalam akuarium. Kos penjagaan dan makanan juga sangat rendah.\n\nBagi peminat-peminat hobi ni, membela ikan hiasan memberi kepuasan yang tak terhingga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka menghias akuarium tersebut dengan begitu kreatif.\n\nTerasa damai melihat dunia kecil si ikan yang menayangkan kehidupannya di sebalik dinding kaca. Kilauan sisik dan lenggokkan tubuh ketika berenang membuat perasaan duka bertukar suka.\n\nIni akan membangkitkan rembesan dopamine dalam darah yang membuatkan jiwa tenang dan bahagia. Itulah sebabnya kita leka melihat pesona ikan hiasan tanpa jemu. Pastikan anda rajin menukar air, perlu juga pasang pam dan penapis air.\n\nBagaimana dengan senarai haiwan peliharaan yang diberikan ni? Harap-harap pembaca sekalian dah dapat idea yang bernas.\n\nKita perlu tahu bahawa Allah ciptakan makhluk yang lain dengan fungsi-fungsi yang tertentu. Selain untuk kitaran ekosistem, haiwan peliharaan juga boleh menjadi teman yang paling akrab.\n\nCuba pelihara salah satu haiwan peliharaan yang disenaraikan ni, pasti anda akan rasa perubahan dalam hidup. Nanti, jangan lupa berkongsi pengalaman anda dengan kami dan pembaca yang lain.\n\n*Jemput juga baca artikel tentang kelebihan mandi air panas dan tips tukar tayar"
"Terdapat banyak solat sunat yang boleh dilazimi oleh kita dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antaranya solat sunat tasbih yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya, Saidina Abbas bin Abdul Mutalib r.a.\n\nSolat ini dinamakan \u2018solat sunat tasbih\u2019 \u00a0kerana diucapkan sebanyak 300 kali tasbih semasa menunaikannya.\n\nSebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk mengerjakan solat sunat ini setiap malam dan sekiranya tidak mampu, sekali seminggu. Sekiranya masih tidak mampu, dikurangkan kepada sekali sebulan dan jika masih tidak sanggup juga cukuplah melakukannya sekali dalam setahun, atau setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup.\n\nSolat sunat tasbih sedikit berbeza apabila dilaksanakan pada siang hari dan malam hari. Pada siang hari, kita hendaklah mengerjakan empat rakaat dengan satu salam.\n\nManakala apabila kita lakukan pada malam hari, masih empat rakaat cuma ia ditunaikan dengan dua rakaat setiap satu salam.\n\nCara melakukan solat sunat tasbih masih seperti solat sunat biasa namun, ada tambahan bacaan tasbih disetiap pergerakan yang tertentu.\n\nBilangan tasbih pada setiap rakaat ialah 75 tasbih;\n\nSekiranya terkeliru atau terlupa dengan jumlah bacaan tasbih dalam setiap pergerakan, tidak menjadi masalah kerana boleh gantikan bacaan tasbih pada tempat seterusnya dan pastikan jumlah tasbih yang sudah dibaca setelah selesai solat ialah 300 kali.\n\nAntara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:\n\nLangkah-langkah Solat Sunat Tasbih Pada Waktu Malam\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a\u0652 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0633\u0652\u0628\u0650\u064a\u0652\u062d\u0650 \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku sembahyang sunat tasbih dua rakaat\u00a0kerana Allah Taala\u201d\n\n\u00a0\u201cSahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat\u00a0kerana Allah Taala\u201d\n\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\n\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0648\u0651\u064e\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0623 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0645\u0651\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u062a\u064e\u0648\u0652\u0641\u0650\u064a\u0642\u064e \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0647\u064f\u062f\u064e\u0649\u060c\n\n\u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0648\u0652\u0628\u064e\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0632\u064e\u0645\u064e \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0628\u0652\u0631\u0650\u060c \u0648\u064e\u0648\u064e\u062c\u0650\u0644\u064e \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\n\n\u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0634\u0652\u064a\u064e\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u0637\u064e\u0644\u064e\u0628\u064e \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u063a\u0652\u0628\u064e\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u062a\u064e\u0639\u064e\u0628\u0651\u064f\u062f\u064e \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\n\n\u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0631\u0652\u0639\u0650\u060c \u0648\u064e\u0639\u0650\u0631\u0652\u0641\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u0650 \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u0623\u064e\u062e\u064e\u0627\u0641\u064e\u0643\u064e. \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0625\u0646\u0651\u0650\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0645\u064e\u062e\u064e\u0627\u0641\u064e\u0629\u064b \u062a\u064f\u062d\u0652\u062c\u0650\u0632\u064f\u0646\u0650\u064a \u0639\u064e\u0646\u0652\n\n\u0623\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u062d\u0650\u0642\u0651\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0631\u0650\u0636\u064e\u0627\u0643\u064e \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e \u0628\u0650\u0637\u064e\u0627\u0639\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0641\u0650\u064a\n\n\u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0648\u0652\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u062e\u064e\u0648\u0652\u0641\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0643\u064e \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u0623\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e\n\n\u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0635\u0650\u064a\u062d\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u0623\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0643\u0651\u064e\u0644\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0623\u064f\u0645\u064f\u0648\u0631\u0650\n\n\u0643\u064f\u0644\u0651\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062d\u064f\u0633\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0638\u0651\u064e\u0646\u0651\u0650 \u0628\u0650\u0643\u064e\u060c \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e\u0643\u064e \u062e\u064e\u0627\u0644\u0650\u0642\u064e\n\n\u0627\u0644\u0646\u0651\u064f\u0648\u0631\u0650\u060c \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062a\u0652\u0645\u0650\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0646\u064f\u0648\u0631\u064e\u0646\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652\u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e\n\n\u201cYa Allah ya Tuhan kami, kami memohon taufiq daripadaMu sepertimana orang-orang yang telah engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti amalan ahli yakin. Dan jadikan kami ini golongan orang-orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami sepertimana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang-orang yang suka kepada ibadat orang-orang yang waras. Dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang-orang yang takut kepada engkau. Ya Allah, kami memohon kepadaMu, jadikanlah kami golongan yang takut, yang menghalang kami beramal dengan taat kepadaMu sebagaimana amalan yang kami merasa perlu mendapat keredaanmu. Dan juga kami memohon sehingga kami betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepadamu dalam setiap perkara dan kami memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadapmu. Maha suci Engkau sebagai Pencipta cahaya (petunjuk).\u201d\n\nSolat sunat tasbih ini dapat membuka pintu keampunan Allah SWT atas segala dosa dan kesilapan kita hambaNya.\n\n\u201cRasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas bin Abdul Muthalib; Wahai al-Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu \u2018sepuluh kelebihan\u2019 jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan;\u00a0\n\nHendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.\u201d\n\n\u00a0(Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)\n\nDari hadis ini maka fahamalah kita bahawa ganjaran mengerjakan solat sunat ini sangatlah besar iaitu pahala yang besar dan \u00a0tidak terhitung nilainya.\n\nBahkan Allah SWT menjanjikan untuk menghapuskan dosa-dosa sama ada yang sudah lama atau baru walau sekecil manapun, sengaja atau sebaliknya.\n\nSebab itulah \u00a0Baginda \u00a0SAW sangat menggalakkan agar umatnya mendirikan juga solat tasbih ini sekurangnya sekali seumur hidup, sehingga begitu Baginda memperingatkan kita agar mengambil \u2018hadiah\u2019 hebat dari Allah SWT ini.\n\nManakala bertasbih atau memuji Allah SWT merupakan satu zikir yang mudah dibaca namun amat tinggi nilai ganjaran pahala yang dikurniakan oleh Allah SWT.\n\nFirman Allah SWT dalam surah al-Ahzaab: 35;\n\n\u201cDan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.\u201d\n\nBertasbih juga dapat menyucikan jiwa kita dari penyakit hati seperti perasaan dengki, sedih dan selalu rasa kekosongan. Sekiranya jiwa kita diisi dengan kalimah yang indah seperti tasbih insyaAllah kita akan sentiasa merasa tenang dan damai.\n\nSebagai makhluk ciptaan Allah SWT yang diciptakan dengan penuh kasih sayang rugilah sekiranya msa yang dipinjamkan Allah SWT tidak dimanfaatkan sebaiknya. Sedangkan seluruh alam bertasbih kepada Allah SWT, apa lagi alasan yang ingin kita berikan untuk berkata tidak? Semoga kita semua dapat menunaikan solat tasbih ini sekerap mungkin, paling kurang pun sekali seumur hidup, amin."
"Negeri Mangga Harumanis ini merupakan negeri yang terletak nun di hujung utara Malaysia. Ia merupakan negeri terkecil di Tanah Air kita. Tetapi, walaupun keluasannya kecil, terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini.\n\nHutan Lipur ini terletak 12km dari Bandar Kangar. Di sini terdapat air sungai yang sesuai untuk anda sekeluarga bermandi-manda. Ia dilengkapi dengan kolam mandi dan gelongsor. Bukan kanak-kanak saja yang seronok mandi, pasti orang dewasa juga tidak akan lepaskan peluang untuk bermandi-manda di sini.\n\nBanyak kemudahan yang terseida di sini, antaranya tandas, surau, kawasan parkir, taman permainan serta tapak perkhemahan. Malah, terdapat juga chalet sekiranya anda ingin bermalam di sini. Boleh la set bbq pada malam hari sambal menikmati kesegaran dan keindahan alam semula jadi.\n\nLokasi:\u00a0Hutan Lipur Bukit Ayer, 01000 Kangar\n\nTaman Rekreasi ini terletak 10km dari Bandar Kangar. Tempat ini sangat sesuai anda lawati di waktu petang untuk menikmati keindahan tasik yang mendamaikan anda sekeluarga. Tasik ini memiliki lebih daripada 150 buah pulau beting pasir. Terdapat jambatan untuk anda merentasi tasik ini, sambil menikmati pemandangan tasik yang indah berlatar belakangkan kehijauan gunung-ganang.\n\nLokasi: Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar\n\nBukit Keteri merupakan bukit batu kapur yang terkenal di Perlis. Ia juga merupakan destinasi rock climbing yang terkenal di Asia.\u00a0Sebaik sahaja anda sampai di puncak, anda akan dapat melihat panorama yang menghijau. Redup mata memandang, membuatkan anda lupa sekejap penat lelah anda memanjat bukit.\n\nTasik Timah Tasoh merupakan empangan saliran terbesar di Perlis\u00a0yang juga menjadi pusat percutian yang ideal buat anda yang cintakan alam semulajadi. Tasik ini pada asalnya menjadi pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Kemudiannya kawasan ini dijadikan empangan bagi menyediakan bekalan air domestik atau perindustrian serta pengairan untuk penanaman sawah padi di sekitar Perlis.\n\nSelain pemandangan tasik yang menarik, tarikan lain yang terdapat di sini adalah dusun buah-buahan yang boleh dinikmati secara percuma semasa musimnya kepada penginap di Tasoh Lake Resort & Retreat.\n\nBuat anda yang sukakan seni fotografi, jangan lepaskan aktiviti mencerap bintang (star scaping) untuk dapatkan gambar Bima Sakti. Masih ramai yang tidak tahu bahawa kawasan tasik ini merupakan salah satu lokasi strategik di Malaysia untuk mendapatkan gambar Bima Sakti yang terbaik.\n\nAlamat:\u00a0Tasik Timah Tasoh, 01000 Kangar\n\nMasjid Alwi\u00a0telah diisytiharkan sebagai Warisan Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Masjid ini\u00a0siap dibina pada tahun 1933 dengan kos hanya RM64,484 pada zaman\u00a0tersebut. Masjid putih berkubah hitam ini dibina dengan konsep rekaan Mughal klasik terutamanya pada kubah masjid ini. Nama masjid ini diberi sempena nama Raja Muda Perlis pada ketika itu, Raja Syed Alwi.\n\nTerdapat lebih 150 ekor ular yang terdiri daripada 34 spesies di Taman Ular & Reptilia Perlis. Di sini, anda akan dapat peluang untuk menyentuh ular-ular tersebut, Jangan risau, ular-ular di sini boleh didekati kerana telah dijinakkan.\n\nSelain daripada ular, terdapat juga haiwan reptilia lain di galeri haiwan. Antaranya burung, arnab, hamster, kura-kura, kala jengking, iguana dan banyak lagi. Bayaran masuk ke taman ini tersangatlah murah. Sangat rugi sekiranya anda tidak memanfaatkan peluang ini. Maklumlah, binatang seperti ini bukan selalu boleh dilihat dan didekati.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2 | Kamera RM1 | Video Kamera RM2\n\nLokasi:\u00a0Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar\n\nTaman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen\n\nDi taman ini, selain daripada anda dapat melihat dan mengenali pelbagai jenis bunga kertas, anda juga boleh bergambar di kawasan ini. Latar belakang gambar anda pasti cantik dengan kemeriahan warna-warni bunga kertas.\n\nTaman ini dibina di Laman Cenderawasih, pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri. Nama taman ini diambil sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.\n\nLokasi:\u00a0Taman Bunga Kertas, Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, Perlis\n\nRimba Herba Perlis terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer dan Taman Ular & Reptilia. Nama asalnya adalah Taman Herba Perlis. Namun sejak 2006, ia ditukar kepada Rimba Herba Perlis bersesuaian dengan persekitaran ekologinya yang mengekalkan hutan semula jadi.\n\nRimba Herba Perlis memiliki lebih 1,000 koleksi tumbuhan yang terdiri daripada tumbuhan ubatan. Ia diperolehi secara semula jadi di hutan ini dan dari tempat lain. Selain tumbuhan herba, kawasan ini turut dilengkapi laman orkid, wakaf rehat dan bangku bersesuaian dengan aktiviti pengunjung yang kepenatan selepas seharian mengelilingi rimba berkenaan.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (8.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM1 | Kanak-kanak & Pelajar RM0.50\n\nLokasi:\u00a0Rimba Herba Perlis, Kangar, Perlis\n\nTaman Anggur ini terletak berdekatan dengan Rimba Herba dan Taman Ular & Reptilia. Taman ini sesuai sebagai tempat lawatan sambil belajar atau dikunjungi bersama ahli keluarga. Taman anggur ini sangat menarik dengan landskapnya. Di sini terdapat tasik-tasik yang mempunyai pulau-pulau kecil serta tumbuhan seperti palma di atasnya. Suasana ini mampu memberi ketenangan kepada pengunjungnya.\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (9.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nBayaran: Dewasa RM3.00 | Kanak-kanak RM1.00\n\nLokasi:\u00a0Taman Anggur Perlis, Pertanian Bukit Temiang, Kangar\n\nDenai larian ini terkenal dengan trek joggingnya yang terletak di sekitar Sungai Perlis. Selain daripada kemudahan untuk berjogging, Denai Larian Pengkalan Asam juga dihiasi dengan landskap yang menarik.\n\nKawasan ini bukan sahaja menyediakan pelbagai kemudahan trek jogging, tetapi juga terdapat titi gantung, tempat refleksologi, taman permainan kanak-kanak, gazebo, wakaf, outdoor gym, chalet, surau, tandas awam dan sebagainya. Jumlah Chalet yang ada bagi sesiapa yang ingin menginap adalah 3 unit (1 unit banglo & 2 unit berkembar) dengan harga berpatutan.\n\nLokasi:\u00a0Taman Rekreasi Pengkalan Asam, Kangar\n\nMasjid Terapung Al-Hussain merupakan salah satu ikon bagi negeri Perlis. Masjid ini\u00a0diilhamkan Raja Muda Perlis, iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut\u00a0Selat Melaka. Sasjid ini menggunakan bahan seperti marmar, kuartz, batu granit, pebbles dan coral sahaja dalam pembinaannya. Senibina masjid ini sangat cantik dan unik. Anda pasti akan teruja melihat keindahan masjid ini.\n\nLokasi:\u00a0Masjid Terapung Al-Hussain, 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis\n\nLadang Nipah Kipli merupakan lading nipah persendirian yang diusahakan oleh En. Kipli. Permulaannya, ladang ini ditanam dengan 1,000 anak pokok nipah yang disemainya sendiri di kawasan berpaya kira-kira 1.6 hektar di pinggir laut di Kuala Sanglang.\n\nGerai makan yang terletak di dalam ladang nipah ini menjadi tarikan unik pengunjung dalam dan luar negeri Perlis. Menu menarik di sini pastinya jus nira yang diperolehi daripada Ladang Nipah Kipli. Keenakan air nira di Ladang Nipah Kipli mempunyai rasanya yang tersendiri berbanding nira nipah di tempat lain. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan air nira di Ladang Nipah Kipli. Pasti anda akan terkenang-kenang kesedapannya nanti.\n\nLokasi: Ladang Nipah Kipli, Kampong Tanah Timbul, Sanglang, Kuala Perlis\n\nMuzium Kota Kayang merupakan muzium yang menyimpan artifak sejarah Negeri Perlis. Tanah tapak muzium ini pernah menempatkan kediaman ketua menteri Raja pada abad ke-19. Pada awal abad ke-20 pula, ia menjadi kediaman rasmi penasihat British. Namun, ketika Perang Dunia Kedua, ia diambil alih oleh Tentera Jepun sehinggalah 1943. Kemudian,Tentera Thai pula mendudukinya.\n\nSelepas Malaysia mendapat kemerdekaan, bangunan ini didiami oleh Ketua Menteri Perlis. Namun pada tahun 1991, bangunan kediaman yang antik itu dirobohkan, kemudiannya tapak tersebut digunakan untuk membina Muzium Kota Kayang.\n\nSekiranya anda ingin mengenali dan mengetahui sejarah Negeri Perlis, bolehlah melawat ke muzium ini kerana terdapat banyak tinggalan sejarah dan juga penerangan tentang sejarah Negeri Perlis.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nLokasi:\u00a0Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis\n\nHutan Lipur Bukit Kubu adalah pilihan yang sesuai buat mereka yang suka aktiviti outdoor dan sukakan alam semulajadi. Di hutan lipur ini, anda dapat berekreasi dan menjalankan aktiviti menjelajah gua kerana terdapat 2 buah gua di sini iaitu Gua Ikan dan Gua Harimau.\n\nSuasana di sini sangat nyaman dan segar. Tumbuhan di sini adalah jenis hutan separa daun luruh serta dikelilingi sawah padi. Di bahagian belakang Hutan Lipur Bukit Kubu ini juga terdapat sebuah tasik yang dipanggil Tasik Putri Kayang.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap hari (8.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nLokasi:\u00a0Hutan Lipur Bukit Kubu, 02000 Kuala Perlis, Perlis\n\nMenurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang diberikan oleh pelombong-pelombong bijih timah sempena kegelapan gua ini. Mereka terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua.\n\nGua Kelam menyediakan laluan pejalan kaki sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah, dan laluan anak sungai. Anda berpeluang melihat landasan troli bijih timah yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Selain itu, anda juga berpeluang menyaksikan fenomena semula jadi iaitu sungai bawah tanah yang mengalir di dalam gua ini. Air sungai tersebut mengalir menuju ke Sungai Perlis.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap hari (9.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM1 | Kanak-kanak RM0.50\n\nLokasi:\u00a0Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis\n\nHutan Lipur Bukit Ayer\u00a0merupakan kawasan rekreasi yang sangat cantik buat anda sekeluarga. Air sungainya yang dingin, pemandangan yang cantik dan damai, ditambah dengan panorama hutan tropika serta air terjun yang mengalir ke dalam kolam menjadikannya satu lokasi yang ideal untuk berkelah dan berehat.\n\nDi hutan lipur ini juga terdapat tapak perkhemahan. Jangan risau tentang kemudahan asas sekiranya anda ingin berkhemah di sini. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di hutan lipur ini seperti taman permainan kanak-kanak, surau, gerai makanan, pondok santai dan tandas.\n\nLokasi:\u00a0Taman Rekreasi Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, Perlis\n\nFRIM Canopy Walk terletak Hutan Simpan Mata Ayer, Kaki Bukit, Perlis. Laluan kanopi berkepanjangan 100 meter dengan ketinggian 17 meter disesetengah tempat. Titian ini dibina untuk dijadikan kawasan penyelidikan flora dan fauna terutama sekali tentang pokok jati, namun dalam masa yang sama ia dibuka untuk untuk kunjungan awam agar masyarakat dapat melihat khazanah alam yang terdapat di negara kita.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Jumaat (9.00pagi \u2013 4.00petang)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3\n\nDari menara pandang ini, anda dapat melihat pemandangan menghijau negeri Perlis yang kaya dengan alam semula jadi. Malah, anda juga dapat melihat kawasan sempadan Malaysia-Thailand.\n\nWaktu terbaik anda ke sini adalah pada waktu pagi. Ini kerana awan yang tebal memutih mengelilingi bukit-bukau seolah-seolah negeri Perlis berada di atas kayangan. Manakala, pada waktu senja pula, anda akan dapat lihat mahatari terbenam.\n\nLokasi:\u00a0Menara Pandang Wang Kelian, Perlis\n\nTaman Negeri Perlis ini berkeluasan 36 km sepanjang sempadan Thailand. Di sinilah terletaknya beberapa buah gua yang merupakan tempat pembentukan batu kapur berusia 500 tahun iaitu Gua Wang Burma dan Gua Kelam.\n\nBagi anda yang sukakan akiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking disamping meneroka gua batu kapur yang terdapat di sini. Setelah penat meneroka alam, bolehlah singgah bermandi-manda di Air Terjun Lata Kasih yang terdapat di Taman Negara Perlis.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap hari (7.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nLokasi:\u00a0Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Perlis\n\nPasti tidak lengkap percutian anda tanpa aktiviti membeli-belah. Padang Besar sememangnya syurga membeli-belah terutama buat kaum wanita kerana harganya yang murah. Ini kerana lokasinya di kawasan bebas cukai di tengah-tengah sempadan antara Malaysia dan Thailand.\n\nPelbagai barangan terdapat di sini, antaranya periuk belanga, produk kraftangan, bunga-bungaan yang diimport dari Thailand, buah-buahan, pakaian dan barangan perkahwinan. Malah, pelbagai menu makanan Thailand juga dijual di sini.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10pagi \u2013 6 petang)\n\nTempat menarik yang seterusnya di perlis ialah Pintu Wang Gunung. Tempat ini merupakan satu tempat yang sering mendapat kunjungi ramai oleh masyarakat dengan melakukan aktiviti seperti mendaki gunung pada hujung minggu bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.\n\nLokasi : R117, Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis\n\nAkhir sekali, tempat menarik di Perlis ialah Kolam memancing A.B.E. Bagi mereka yang merupakan kaki pancing anda pasti seronok dan teruja apabila sampai ke sini. Hal ini kerana satu tempat kegemaran mereka untuk menghilangkan segala tekanan di tempat kerja selain daripada dijadikan satu aktiviti mengisi masa lapang bersama kawan mahupun keluarga.\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Perlis yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Anak kecil saya sedang cuba untuk berdiri. Dia sedang sedaya upaya untuk mendirikan dirinya. Anak kecil saya terus bergelut untuk memautkan dirinya pada kerusi yang ada. Dia mencuba beberapa kali. Kesemuannya hampir-hampir sahaja.\n\nJenis pujian mencorak peribadi anak-anak [ Andrew West ]\n\n\nDia merungut dan mencuba beberapa kali. Akhirnya dia berjaya. Apabila dia berjaya berdiri, saya melontarkan pujian mudah kepadanya.\n\n\u201cTahniah adik! Adik berjaya melakukannya! Ibu tahu ianya adalah susah, tetapi adik tetap cuba. Ibu bangga dengana adik.\u201d\n\nYa, di sinilah saya memainkan peranan saya. Saya memujinya kerana itu adalah penting. Tetapi awas! Saya tidak mengatakan, \u201d Adik pandai\u201d. Ketahuilah bahawa penyataan ini sangat bahaya untuk anak-anak. Mengapa? Terus membaca.\n\nSeorang penyelidik daripada Universiti Stanford, iaitu bernama Carol Dweck telah membuktikan sesuatu. Banyak kajian tentang motivasi dan ketekunan telah dilakukan oleh beliau sejak tahun 1960-an lagi. Secara umumnya, kajian beliau mendapati bahawa kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori utama:\n\nKanak-kanak yang mempunyai minda tetap, iaitu mereka yang percaya bahawa kejayaan mereka adalah hasil daripada bakat semula jadi atau kepandaian sedia ada\n\nMereka yang mempunyai minda pertumbuhan, iaitu mereka yang percaya kejayaan mereka adalah hasil daripada kerja keras.\n\nMinda Tetap: \u2018Jika anda terpaksa bekerja keras, ini bermaksud anda tidak mempunyai keupayaan.\u2019\n\nKanak-kanak yang hadir dengan pemikiran tetap percaya bahawa setiap orang dilahirkan dengan sesuatu keupayaan. Lantas ini menyebabkan menerima sahaja penyataan bahawa \u201cJika anda perlu bekerja keras, ini bermaksud anda tidak berupaya. Jika anda mempunyai kebolehan, perkara ini sebenarnya mudah sahaja.\u201d\n\nKesannya apabila mereka gagal, kanak-kanak ini akan berasa terperangkap. Mereka mula berfikir bahawa mereka tidak boleh menjadi seperti orang lain yang mampu melakukan sesuatu perkara dengan baik. Mereka akan cuba mengelak cabaran. Mereka takut mereka tidak kelihatan pintar.\n\nMinda Pertumbuhan: \u2018Semakin banyak anda mencabar diri, semakin bijak diri anda.\u2019\n\nKanak-kanak dengan minda pertumbuhan percaya bahawa kecerdasan dan kebolehan boleh dipupuk. Mereka percaya semakin banyak masa diambil untuk belajaran, maka semakin bijak diri mereka.\n\nKanak-kanak ini memahami konsep bahawa walaupun mereka adalah genius, mereka tetap perlu bekerja keras. Apabila mereka mengalami kegagalan, mereka percaya bahawa mereka boleh meningkatkannya semula dengan menyalurkan lebih banyak masa dan usaha.\n\nMereka lebih menghargai proses pembelajaran berbanding percaya pada kepintaran sedia ada. Mereka menjadi tabah apabila melalui tugas sukar.\n\nPerkara apa yang mewujudkan kepercayaan ini dalam anak-anak kita? Ianya adalah bergantung kepada jenis pujian daripada kita kepada mereka \u2013 walaupun umur setahun.\n\nDalam satu kajian yang telah dilakukan, Dweck telah mengumpulkan sekumpulan pelajar sekolah rendah. Mereka ini telah dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan. Mereka telah diberi beberapa persoalan yang berkaitan IQ.\n\nDweck kemudiannya memuji kumpulan pertama berdasarkan kepintaran mereka:\n\n\u201cWow, itu skor yang benar-benar baik. Anda memang bijak tentang hal ini.\u201d\n\nBeliau memuji kumpulan kedua atas usaha mereka:\n\n\u201cWow, itu skor yang benar-benar baik. Anda mesti telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.\u201d\n\nDweck terus menguji kanak-kanak tersebut, termasuklah membentangkan mereka dengan pilihan di antara tugas yang sukar atau mudah.\n\nKanak-kanak yang dipuji kerana usaha cenderung untuk mengambil tugas yang mencabar, kerana tahu mereka boleh belajar melaluinya. Mereka lebih cenderung untuk terus bermotivasi untuk belajar dan mengekalkan keyakinan sedia ada walaupun setiap masalahan semakin mencabar.\n\nKanak-kanak yang dipuji kerana kepintaran pula cenderung untuk meminta tugas yang lebih mudah. Hal ini kerana mereka mengetahui terdapatnya peluang kejayaan yang lebih tinggi berdasarkan pilihan itu. Mereka juga mula kehilangan keyakinan diri apabila permasalahan semakin sukar.\n\nKajian tentang ini bukan berhenti setakat itu sahaja. Dweck dan rakannya telah membawa lebih jauh dengan melihat persekitaran di rumah. Setiap empat bulan selama dua tahun, para penyelidik Universiti Chicago dan Stanford ini akan melawat 53 keluarga untuk penelitian tentang rutin yang dibuat. Dalam kajian ini kanak-kanak yang berumur 14 bulan telah terlibat.\n\nPenyelidik telah melihat dari sudut aspek jenis pujian yang telah diberikan oleh ibu bapa terhadap anak mereka. Perkara ini terus berlangsung selama 5 tahun. Apabila kanak-kanak dalam kajian ini berusia 7 hingga 8 tahun, sikap mereka terhadap cabaran dan pembelajaran dilihat.\n\nTahu apa yang ditemui? Ya, keputusannya sama seperti kajian kumpulan terdahulu. Kanak-kanak yang mempunyai minda pertumbuhan cenderung untuk lebih berminat dengan cabaran. Kanak-kanak mana yang mempunyai minda pertumbuhan? Kanak-kanak yang sering dipuji berdasarkan usaha.\n\nKini anda sudahpun tahu tentang hal ini. Pujian yang dilontarkan mampu membentuk peribadi seorang kanak-kanak.\n\nBolehkah Kita Membaiki Kanak-kanak Berfikiran Tetap? Adakah Sudah Terlambat?\n\nBelum terlambat membentuk peribadi anak [oddmenout]]\n\nJangan risau pembaca sekalian. Saya juga begitu dahulu. Berasa takut dan tertanya adalah saya punca kegagalan anak saya? Menurut Dweck, belum terlambat untuk mengubah minda dan peribadi seorang kanak-kanak. Mulalah daripada sekarang untuk memberi pujian yang betul. Tanamkan diri mereka bahawa mereka sebenarnya mempunyai otak yang hebat. Otak ini perlu digerakkan dan cara untuk menggerakkannya adalah dengan proses pembelajaran.\n\nKongsi artikel ini jika anda merasakan ianya penting. Ayuh membina generasi yang mempunyai minda pertumbuhan."
"Masalah kulit sensitif merupakan masalah yang berlaku kepada sesetengah orang. Masalah ini terjadi kepada bayi, remaja dan juga golongan dewasa tanpa kira jantina. Apakah yang menyebabkan kulit mereka menjadi sensitif?\n\nOrang yang menghadapi masalah ini memerlukan penjagaan wajah yang khusus. Jika dibiarkan masalah ini boleh menjejaskan kulit. Muncul biji-biji dan ruam pada wajah yang menyakitkan. Ini akan mencacatkan penampilan dan membuatkan kita kurang keyakinan.\n\nJusteru, dalam artikel ini penulis akan kongsikan punca dan cara rawatan untuk orang yang menghadapi masalah kulit sensitif. Sebelum itu, mari kita fahamkan dulu maksud dan tanda-tanda kulit sensitif.\n\nIstilah kulit sensitif merujuk keadaan kulit yang mudah mengalami iritasi akibat reaksi berlebihan terhadap beberapa punca. Antaranya ialah bahan kimia dalam kosmetik dan produk wajah dan persekitaran.\n\nBagi mengelakkan masalah kulit menjadi lebih serius, mereka perlu menjaga kulit dengan baik dan berwaspada. Jangan sesekali menggunakan sebarang produk yang viral hanya disebabkan testimoni yang nampak begitu menyakinkan.\n\nSebenarnya, ada perbezaan antara kulit sensitif dan alergik. Ramai yang terkeliru dengan dua istilah ini. Walaupun kedua-dua masalah ini secara luarannya nampak sama tetapi punca berlaku tetap berbeza.\n\nKulit yang mengalami alahan atau alergik berlaku disebabkan sistem kekebalan tubuh menjadi aktif. Apabila berada di kawasan yang berdebu, makanan, haiwan peliharaan atau ubatan tertentu, tubuh akan bertindak balas secara berlebihan.\n\nIni menyebabkan wujudnya ruam-ruam kemerahan, gatal, pedih dan mengakibatkan bengkak pada bahagian tubuh. Masalah alergik ini perlu diberi perhatian kerana boleh mengancam nyawa.\n\nKulit sensitif pula terjadi bukan disebabkan oleh faktor pemakanaan dan persekitaran (bergantung kepada situasi). Penyumbang utama ialah penggunaan produk wajah yang tak sesuai. Misalnya, ada orang yang sensitif dengan vitamin C dan alkohol dalam produk wajah. Jika menggunakan produk tersebut, wajah akan muncul ruam dan menjadi kering.\n\nTindak balas iritasi ini bukan disebabkan oleh alergik kepada bahan tersebut tetapi sifat kimia produk tersebut terlalu kuat untuk kulit. Itulah sebabnya kita digalakkan menyapu dulu sedikit produk wajah pada bahagian siku. Jika tiada sebarang kesan, kemungkinan ia selamat digunakan.\n\nJika ada tanda-tanda di bawah ni, kemungkinan anda mempunyai kulit sensitif. Antaranya ialah:\n\nTerdapat beberapa masalah kulit sensitif terjadi kepada sesetengan orang. Antara puncanya ialah:\n\nBagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan oleh orang yang mempunyai kulit sensitif.\n\nPilih produk yang sesuai dengan kulit\n\nBagi individu yang ada masalah ini, jangan sesekali membeli produk wajah tanpa mengkaji kandungannya. Jika produk A sesuai dengan kawan sepejabat atau adik anda, ia tak mungkin sesuai untuk anda.\n\nKebanyakan syarikat yang menghasilkan produk kulit akan mengeluarkan produk khas untuk kulit sensitif. Biasanya kandungan bahan kimia di dalamnya lebih rendah, dan baik untuk kulit. Biasanya akan dilabelkan sebagai \u2018hypoallergenic.\u2019\n\nKulit sensitif mudah mengalami kekeringan dan pengelupasan. Apa yang anda boleh buat ialah menyapu pelembap selepas mandi. Jangan salah pilih pelembap pula. Pastikan ia mengandungi petroleum, minyak mineral, gliserin, ceramide, dimethicone dan sebagainya.\n\nDisebabkan kulit yang sensitif, jika anda salah pilih produk meranalah badan. Oleh itu, berhati-hati dengan kandungan bahan. Hindari bahan yang menggalakkan iritasi seperti antibakteria, benzoil perosksida, retinoid, sulfur, alkohol atau glycolic acid.\n\nJika anda sensitif dengan pancaran matahari dan cuaca panas, kurangkan aktiviti di luar. Jangan berada terlalu lama di luar. Jika terpaksa berada di luar, jangan sesekali lupa untuk memakai krim sunblock. Pakai juga cermin mata hitam, topi dan pakaian yang tertutup.\n\nPilihlah krim sunblock khas untuk kulit sensitif dengan SPF 30 atau lebih. Pilih juga pakaian yang diperbuat daripada kain kapas kerana ia dapat menyerap peluh dengan baik. Ini akan mengurangkan gejala-gejala kulit sensitif.\n\nKulit sensitif perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih. Jika anda berada di luar terlalu lama, mengenakan solekan atau produk wajah, pastikan ia dibersihkan. Jangan sesekali malas untuk mencuci wajah, ini akan mengeruhkan lagi keadaan.\n\nJika masalah kulit anda makin melarat akibat salah pakai produk, hentikan pemakaian dengan segera. Berjumpalah dengan dermatologis untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Anda akan dapat banyak maklumat tentang bahan yang sesuai dan tidak untuk kulit anda.\n\nSelain itu, ubatan yang dibekalkan juga akan mengurangkan masalah kulit sensitif anda itu. Anda harus berdisiplin dalam menjaga kulit wajah selepas rawatan.\n\nJangan sesekali memicit jerawat walaupun tangan terasa gatal melihatnya. Apabila kita memicit jerawat, ia akan menjadi luka dan parut. Malahan, bakteria yang tersebar ke bahagian lain akan membuatkan kulit jadi lebih teruk. Jika masih berlarutan, anda perlulah berjumpa dengan pakar kulit dan bukannya dapatkan nasihat penjual online.\n\nTangan kita penuh dengan bakteria yang kita tak boleh nampak walaupun selepas dicuci. Bayangkan pula anda menyentuh muka tanpa mencuci tangan. Kulit yang memang bermasalah akan menjadi lebih teruk. Oleh itu, elakkan menyentuh muka dengan kerap.\n\nNampaknya sampai di sini sajalah topik kita pada kali ni iaitu tentang masalah kulit sensitif. Bagi yang menghadapi masalah ini, jangan risau. Cuba tips yang dikongsikan di atas. In shaa Allah masalah anda akan berkurangan.\n\nAnda juga dijemput membaca tentang tips kulit cantik semula jadi dan juga tips penjagaan kulit ala Korea."
"Jom keahui tentang tips mengaji Al-Quran ini. Al-Quran adalah satu anugerah yang tak ternilai yang diturunkan Allah kepada umat Islam. Kitab suci ini merupakan satu mukjizat yang terkandung pelbagai keajaiban dengan hanya membaca dan memahami maksudnya. Allah SWT menghadiahkan pahala yang besar kepada sesiapa yang membaca al-Quran dengan baik berserta tajwid yang tepat.\n\nOleh itu, kesempatan membacanya dengan baik dan lancar adalah satu kenikmatan yang tidak dimiliki oleh semua orang. Hal ini kerana al-Quranlah yang akan memberi syafaat kepada pembacanya semasa di alam kubur kelak.\n\n\u201cDaripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.\u201d\n\nBanyak dalam kalangan kita masih belum menguasai cara membaca al-Quran dengan betul. Lebih rugi lagi kita tidak berusaha bersungguh-sungguh menjadikan al-Quran sebagai gaya hidup selagi diberi kesempatan bernyawa.\n\nJadi sebelum terlewat, ayuhla kita kembali menjadikan al-Quran sebagai sahabat dan berusaha mendekatkan diri dengan kitab Allah ini. Antara cara yang boleh dicuba adalah;\n\nBerniatlah mengaji hanya kerana Allah SWT, bukan untuk menunjuk ataupun \u00a0demi mendapatkan keuntungan semata-mata, termasuklah mencari populariti.\n\nSebaiknya cuba memahami apa yang dibaca, melalui tafsir atau al-Quran bermaksud yang kini banyak di pasaran. Pasti kita akan lebih menghayati pembacaan al-Quran jika mengetahui iktibar yang ingin Allah sampaikan melalui kalam-Nya.\n\n#3 Biar Sedikit Asalkan Selalu Mengaji\n\nMembaca al-Quran tidak perlu masa yang panjang dan lama, sebagai permulaan cukuplah hanya satu muka surat ataupun selama lima minit sehari.\u00a0\u00a0 Biar sedikit asalkan berterusan dan dilakukan selalu.\n\nMendengar alunan al-Quran juga dapat membuatkan kita bertambah meminati dan mencintai al-Quran, bahkan turut mendapat pahala. Kini terdapat banyak kemudahan dan aplikasi yang boleh digunakan untuk mendengar bacaan al-Quran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.\n\nBerdoalah agar Allah SWT memudahkan kita memahami dan mempelajari al-Quran. Antaranya, \u00a0berdoalah agar diberi kerajinan serta hidayah untuk berterusan mengaji al-Quran.\n\n#6 Mengamalkan Apa Yang Terkandung Dalam al-Quran \n\nContohi Rasulullah SAW yang menjadikan al-Quran sebagai panduan dan cara hidup. Apabila selalu mengamalkan apa yang diajari dalam al-Quran, ini dapat mendekatkan diri dengan al-Quran itu sendiri bahkan Allah SWT. Sehinggakan apabila \u00a0berjauhan sedikit dengan al-Quran, terasa janggal pula.\n\nBerwuduk akan mengingatkan bahawa kita akan membaca al-Quran iaitu satu kitab yang suci, bukannya bahan bacaan biasa. Dengan itu kita akan lebih berhati-hati dan mendapat \u2018mood\u2019 untuk mengaji dengan lebih tekun dan bersungguh.\n\nBelajar tajwid akan menjadikan bacaan al-Quran lebih tepat dan betul. Pada awalnya boleh pelajari tajwid melalui al-Quran yang bertanda dan berwarna. Lama kelamaan apabila sudah terbiasa mengaji, kita akan mengenali hukum tajwid dengan lebih tepat.\n\nPaling baik adalah belajar mengaji melalui guru. Ini adalah untuk memastikan setiap bacaan seperti sebutan hukum tajwid dan sebagainya lebih tepat. Selain itu, dengan berguru menjadikan kita lebih bersemangat untuk terus belajar mengaji dengan betul.\n\nBelajar mengaji tidak ada had masa yang tertentu. Jadi tidak perlu malu dan takut untuk terus belajar jika belum mahir sepenuhnya.\u00a0 Tapi yang perlu ada ialah rasa malu dan takut jika tidak pandai mengaji apabila disoal oleh Allah SWT kelak.\n\nSebagai umat Islam, membaca al-Quran adalah wajib, apatah lagi mempelajarinya serta berterusan membacanya. Jika kita tidak mahir sekalipun, usaha untuk belajar itu telah Allah SWT\u00a0 tuliskan pahala yang besar, jadi janganlah kita sia-siakan ganjaran itu. Semoga Allah SWT\u00a0 sentiasa memberi kita hidayah dan kemahuan untuk terus mecintai kalam-Nya ini. Amin.\n\nJemput juga membaca artikel-artikel menarik kami yang lain. anda mungkin menyukai artikel tentang Nuzul al-Quran dan \u00a0tips hafal Al-Quran"
"Seperti yang semua orang tahu, dapur adalah tempat untuk kita memasak dan menyediakan makanan. Selalu apabila sebut sahaja dapur, mesti kita akan fikir bahawa kerja-kerja dapur adalah untuk wanita sahaja. Contoh, kerja memasak, mengemas dapur, menyediakan makanan dan membersihkan perkakas dapur. \n\nTetapi, zaman kini, lelaki juga boleh masuk ke dapur dan membuat kerja-kerja wanita. Memasak dan menyediakan makanan bukan wanita sahaja yang boleh buat malah lelaki juga boleh. Jika kita lihat Nabi Muhammad S.A.W, beliau juga banyak membantu isterinya menguruskan hal-hal di rumah. \n\nIbu bapa boleh mula mengajar anak lelaki mereka dari kecil untuk masuk ke dapur dan memberi bantuan dari segi kerja-kerja menyediakan makanan. Terdapat beberapa manfaat jika kita mengajar anak lelaki kita untuk masuk ke dapur.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 kelebihan mengajar anak lelaki masuk ke dapur. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n4 Kelebihan mengajar anak lelaki masuk ke dapur\n\nAnak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi anak yang lebih bertimbangrasa dengan pengorbanan ibu dan bakal isterinya kerana mereka tahu betapa renyahnya menguruskan makanan harian sekeluarga.\n\nAnak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi suami yang cekap menguruskan keluarga ketika isteri sedang berpantang. Barulah tidak timbul isu lelaki memaksa isteri memasak dan menguruskan dapur ketika mereka masih dalam fasa berpantang.\n\nAnak lelaki yang selalu ke dapur akan membuatkan mereka ada Sense of Responsibility. Mereka akan lebih bertanggungjawab dan tidak bersifat suka lepas tangan.\n\nAnak lelaki yang selalu ke dapur tidak akan sesekali bertukar menjadi pondan kerana tidak ada satu kajian sahih pun menujukkan lelaki yang selalu ke dapur akan bertukar pondan. Malah lelaki yang pandai mengurus dapur lah yang sepatutnya diangkat menjadi ketua keluarga yang mithali dan penyayang kepada ahli keluarganya sendiri.\n\n*Kesimpulannya, ibu bapa perlu mengajar anak lelaki mereka untuk pandai masuk ke dapur bukan sahaja untuk makan malah membantu dalam menyediakan makanan. Lelaki yang masuk dapur dan pandai membuat kerja-kerja wanita adalah menjadi salah satu lelaki idaman wanita zaman kini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Cara tidur dengan posisi mengiring merupakan langkah yangterbaik untuk ibu hamil teruutamanya kepada wanita hamil yang mengalami banyak air ketuban atau pun hamil kembar. Oleh yang demikian, ibu hamil digalakkan untuk untuk tidur mengiring ke sebalah kiri agar vena besar mengalirkan darah secara optimum dari bawah tubuh anda dan kembali kepada bahagian jantung. Dengan itu, aliran darah serta nutrisi dapat disalurkan secara maksima kepada bayi anda secara plasenta. Tambahan lagi, tidur dengan posisi mengiring akan membantu buah pinggang serta ia juga membuang sisa produk atau cecair daripada tubuh. Seterusnya ia juga mengurangkan bengkak yang biasanya berlaku pada bahagian kaki dan tangan. Oleh yang demikian, untuk mendapat tidur yang selesa anda boleh tidur dengan posisi mengiring.\n\n\u00a02.\u00a0\u00a0 Tidak tidur dengan posisi terlentang\n\nElakkan daripada tidur dengan posisi terlentang kerana ia akan menekan usus dan vena besar yang menyebabkan gangguan berlaku tehadap aliran darah. Selain itu, ia juga akan mempengaruhi tekanan darah untuk sesetengah ibu hamil yang menyebabkan wanita hamil menjadi sakit kepala, sesak nafas dan pening. Seterusnya, wanita hamil juga berpotensi untuk mengahadapi penyakit sakit pinggang, bengkak pada bahagian kaki dan tangan dan gangguan pencernaan.\n\nHal ini bermaksud, kebanyakan wanita hamil memerlukan sokongan sewaktu mereka tengah tidur. Contohnya anda boleh meletakkan bantal di bawah kaki atau dibawah perut. Selain itu, anda juga boleh meletakkan bantal kecil di bahagian belakang anda untuk menyokong badan. Selain itu, menambah sokongan juga dapat melegakan tekanan belakang anda.\n\nPada masa kini, anda boleh mendapatkan bantal istemewa khas untuk wanita mengandung. Ia direka khas untuk memastikan wanita hamil dapat melelapkan mata dengan selesa. Oleh yang demikian, anda boleh mendapatkan bantal kehamilan di pasaran kerana ia dapa membantu anda untuk tidur lebih selesa tanpa sebarang gangguan.\n\nSebilangan wanita hamil mendapati mereka lebih selesa tidur dalam keadaan separuh kedudukan. Hal ini bermaksud, mereka akan meletakkan beberapa bantal untuk menyokong belakang anda. namun elakkan daripada berbaring di belakang anda. Oleh yang demikian, keselesaan amat penting untuk wanita hamil."
"Apabila tiba tahun baru, ramai mula membuat azam sendiri dan ingin mencapainya sebelum tahun itu tamat. Pelbagai azam yang kita dengar, contohnya berazam ingin kurus, mendapatkan markah terbaik setiap kertas ujian, berjimat cermat, cari jodoh dan pelbagai lagi. Azam ini tidak akan tercapai jika tidak berusaha, bukan?\n\nAzam itu akan menjadi satu kata-kata sahaja jika kita tidak berusaha untuk mencapainya. Ada orang hanya usaha separuh jalan kemudian jadi seperti dahulu semula. Jadi untuk elakkan perkara begitu terjadi, apa kata kita mula tinggalkan 5 tabiat buruk ini dahulu?\n\nApakah tabiat buruk yang perlu kita tinggalkan?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tinggalkan 5 tabiat buruk ini dalam diri. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Tabiat buruk yang perlu ditinggalkan\n\nPerkara #1 \u2013 Tinggalkan tabiat membawang dan bercakap hal hal yang negatif ( avoid negative talk )\n\nApa yang kita cakap tu, akan didengar oleh telinga kita sendiri dan apa yang didengari oleh telinga sendiri akan masuk ke dalam hati. Apa yang masuk ke dalam hati akan menjadi sebahagian daripada diri\n\nPerkara #2 \u2013 Tinggalkan circle yang negatif ( avoid negative circle )\n\nCircle akan saling mempengaruhi. Kalau kita mampu mempengaruhi, maka boleh la bertahan tetapi kebanyakan orang berada pada \u2018state\u2019 dipengaruhi. Maka tingggalkan dan kurangkanlah masa kita bersama mereka yang penuh dengan negativity\n\nPerkara #3 \u2013 Tinggalkan perangai menyalahkan semua perkara ( Victimization )\n\nBlaming atau sikap suka menyalahkan hanya akan memakan diri. Kita lupa untuk Take Charge dengan hidup kita sendiri sehingga kita memilih untuk hidup dengan penuh perasaan victimised. Kita akan jadi lemau dan merasakan mangsa kepada keadaan padahal kita diberikan kekuatan untuk membuat perubahan dan pilihan\n\nPerkara #4 \u2013 Tinggalkan sifat suka bertangguh ( Procrastination)\n\nSifat suka bertangguh adalah musuh nombor 1 kita kalau kita betul betul nak ubah nasib hidup dan berjaya. Suka bertangguh membuatkan hidup kita kurang produktif. Apa contoh orang yang hidupnya kurang produktif? Senang je nak cam, orang tu hidup 80 tahun lamanya tapi hasil kerja buatnya seperti orang yang hidup 5 tahun sahaja.\n\nPerkara #5 \u2013 Tinggalkan sifat berazam semata mata ( Poor Execution )\n\nItulah kenapa saya tak bagitahu orang lain azam Tahun Baru saya kerana saya pernah terbaca kajian pada tahun 2009 mengatakan kalau kita umumkan azam Tahun Baru ni pada orang lain, ianya akan mencipta \u2018premature sense of completeness\u2019 pada diri kita.\n\nKita rasa macam seolah olah kita dah capai azam tu padahal mula pun belum lagi. Tu yang azam tahun lepas pun banyak yang terbengkalai lagi sampai ke hari ini.\n\n*Jika kita dapat buang 5 tabiat buruk ini, Insyaallah kita dapat berjaya dalam hidup. Buang semua sifat-sifat negatif dalam diri dan pemikiran negarif. Ianya tidak bagus untuk kesihatan diri. Tabiat yang disenaraikan ini ada pada setiap diri seseorang, oleh sebab itu susah untuk kita capai impian dan cita-cita kita. Cuba tinggalkan tabiat buruk ini dan lihat hasilnya.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"You will get a full access to any kind of content via torrents together with streaming companies. By way of example, every single IPVanish person becomes unrestricted bandwidth. Each and every one users of the very best bit-torrent sites all over the world nowadays get a wide selection of favourable things. Along with a great deal of diverse qualities that you simply get access to when you\u2019re using IPVanish, which usually comes at an incredibly competitive price. While using, you\u2019ll have to want to Private on-line Access or perhaps Hotspot Face shield Elite. \n\n Typically the coupon is not easy coded for the visitors so that you aren\u2019t gonna have to do some thing to make the the majority of the promotion. IPVanish Coupon will allow you to save upto 90% in the course of purchase. Utilising an IPVanish coupon is extremely easy. You\u2019re able to Ip vanish Netflix use our ipvanish voucher at a far better rate. The ipvanish voucher will allow you to receive the deal in the minimal price tag, All your online hobbies and data are being observed no matter whether you enjoy it. \n\n Employing a voucher isn\u2019t a skyrocket scientific research. The IPvanish coupon is most suitable for you receive offer The Prices IPVanish supplies you having affordable plans to select from. If you attempt to start using a signup-only voucher during renewal, it will fail but not provide you a deduction. \n\n The product can be found throughout a great number of networks. You might have to utilize a VPN provider that lets you discover or even an IP address. You will need to use a VPN services which allows yourself to locate a specialized IP address. If you aren\u2019t certain which VPN service to choose from, you can try IPVanish VPN. Applying any VPN service could have a effectiveness impact. In the event you not necessarily happy with their individual service actually is simple to eliminate their providers together with whole transaction inturn an individual compensated. \n\n If you want to run a web site safely, you shouldn\u2019t miss a fantastic place just like IPVanish. You\u2019re able to go to virtually any site in addition to explore any channels plus videos which are restricted with no leaving an indication of being recognized. The site can be obtained from numerous languages and even gives you a choice to publish a general public question and find responses out of different users. After you\u2019re on their web page, click the yellow shaded Start Now\u2019 button underneath the plan you desire to purchase. To begin with you have to go to see the PanKogut website applying our link on WPBeginner and you will observe all their WordPress topics. Which suggests of which, as soon as an internet site . should establish you up, you won\u2019t be capable of know the appropriate place what their region is at light of how you\u2019ll be linked to a hardware inside one more nation. In case you search for a great torrent sites, you might get mistaken for different bittorrent websites and seek the way to discover the perfect suitable bit-torrent website. \n\n You can easily read our IPVanish assessment to learn about the program alongside quickness test achievement. You may examine our Home windows VPN facts find out more. Just follow the guidelines under to properly get IPVanish coupon code, so you may acquire optimum discount about IPVanish."
"Sudah menjadi lumrah apabila kita hidup di dunia moden, semua serba canggih dengan adanya telefon pintar, komputer, sistem teknologi dan lain-lain lagi. Begitu juga situasinya kita memerlukan power bank untuk menghidupkan telefon dan mengekalkan volume bateri untuk kegunaan. \n\nSelain dari telefon bimbit, anda mungkin juga ingin gunakan power bank untuk menambah bateri pada gadget anda yang lain. Tahukah anda, terdapat banyak jenis power bank yang berbeza di luar sana? Walaupun fungsi kegunaannya sama sahaja, tetapi kuasa dan kualitinya mungkin berbeza. \n\nFaktor Pemilihan Power Bank [PENTING Sebelum Beli Power Bank]\n\nBanyak power bank terbaik yang boleh anda dapatkan di Malaysia. Power bank buatan Malaysia dan luar negara masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Anda boleh memilih power bank terbaik berdasarkan kualiti, kesesuaian dan juga citarasa anda. Jom lihat senarai power bank terbaik untuk kegunaan anda dan berbaloi beli.\n\nTerdapat banyak jenis power bank yang berjenama Pineng ini. Ia berbeza dari kuasanya dan juga kapasiti. Salah satunya adalah PINENG PN-969 20000mAh Lithium Polymer Power Bank yang bewarna putih dan hitam. Ia mempunyai kapasiti sebanyak 20000mAh dan lengkap dengan semua sistem kawalan mikro dan pintar. \n\nKini, ramai pengguna memilih power bank Pineng sebagai power bank terbaik kegunaan mereka. Anda boleh memilih pelbagai warna dan kapasiti mengikut citarasa dan kesesuaian penggunaan anda.\n\nSuper Slim Digital adalah salah satu jenama power bank terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran. Kapasitinya sebesar 20000mAh serta kuasa bateri luar dwi USB Port, ia juga lengkap dengan skrin kuasa LCD Ultra Slim Powerbank dan bewarna pink.\n\nTerdapat 7 perlindungan keselamatan pintar power bank terbaik ini iaitu pengisian kuasanya adalah cepat dan selamat, Bateri yang mendapat kelulusan MSDS (Lembaran Data Keselamatan Bahan), mod mengecas tidur dan banyak lagi. Skrin juga akan mati apabila anda mengecas telefon bertujuan untuk menjimatkan bateri dan anda boleh menekan butang ON untuk melihat hayat peratusan telefon anda.\n\nInginkan kuasa power bank terbaik yang lebih besar? Yoobao YB-PL12 Polymer Power bank mempunyai kuasa 12000mAh dan dual input micro usb. Anda boleh menggunakan power bank terbaik ini dalam jangka masa yang lama. Menariknya, ia sangat ringan dan slim walaupun original, mudahlah untuk anda bawa ke mana sahaja!\n\niWALK Chic yang merupakan power bank terbaik ini mempunyai 3 port USB dengan designnya yang sangat slim ini. Kuasa power bank sebanyak 20000mAh ini memudahkan anda menggunakannya dengan kelajuan kuasa yang optimum. \n\niWalk Chic mempunyai kualiti premium yang tinggi dimana ia lengkap dengan dengan Insurans Liabiliti Kualiti dan Jaminan Produk MFi Apple MFi sebanyak USD 2 juta. Ia juga dijamin boleh mengecas iPad Pro (1.4 kali), iPhone 7 (6.7 kali), 12 \u201cMacbook (1.2 kali) dan Galaxy S7 (4.5 kali).\n\nPower bank Xiomi yang diperbuat dari China ini sangat berkualiti dan amat laju mengecas. Anda boleh mengecas dengan laju secara dua hala. Terdapat Sokongan Quick Charge 3.0 (output port tunggal) serta Sembilan lapisan perlindungan cip litar bagi power bank terbaik ini. Anda boleh menekan 2 kali untuk mengecas dengan kuasa rendah.\n\nPower bank terbaik pilihan ramai pastinya adalah yang berkualiti dan mempunyai kuasa berganda. Dengan reka bentuk humanised serta USB Port dual yang mudah, Power Bank Vivis sesuai digunakan untuk anda mengecas dengan kuasa besar. Kapasiti polimer tinggi iaitu 17000mAh tidak menjadi masalah untuk kegunaan anda. \n\nTerdapat banyak jenis power bank berjenama Samsung yang terdiri daripada kapasiti, kuasa dan kualiti yang berbeza. Pastinya harga juga berbeza mengikut spesifikasi power bank yang anda inginkan. Power bank terbaik boleh anda gunakana adalah Samsung Power Bank 10000 MAH DUAL USB. Sudah pasti ia merupakan FAST CHARGE power bank!\n\nTak semestinya beli power bank yang mahal, ada juga power bank murah yang sebenarnya power bank terbaik untuk anda. Oppo Power Bank berkapasiti sebanyak 10000 MAh ini amat murah dan berpatutan. Jangan risau akan kualitinya, ia memakan masa yang cepat untuk anda cas.\n\nPower bank terbaik ini amat serasi dan sesuai dengan semua telefon mudah alih, iPhone, BlackberryTM, NokiaTM, iPad, Kamera Digital, PSP, ND, PDA, Mp3 / Mp 4 pemain, GPS, E-Lites dan juga rokok elektrik.\n\nSony ORIGINAL CP-V10B Portable USB Charger Power Bank mempunyai kapasiti 10,000mAh menjadi pilihan power bank terbaik rakyat Malaysia bagi jenama Sony. Ia didatangkan dengan pelbagai warna seperti hitam, putih dan biru.\n\nItulah dia 9 jenis power bank terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran. Walau bagaimanapun, buatlah pilihan yang sesuai mengikut citarasa, kualiti, kesesuaian telefon serta kegunaan anda. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kedai-kedai power bank yang terdapat di tempat anda. \n\nSelain power bank terbaik, jom baca pula senarai Water Heater terbaik, Krim antifungal terbaik dan senarai sunblock Terbaik. Semoga bermanfaat untuk anda!"
"Hidangan ala western ini sangat disukai oleh kebanyakkan kalangan usia umumnya oleh kanak-kanak.\n\nKalau anda masak macaroni mesti tidak akan cukup kalau buat sekadar hanya satu bekas sahaja. Biasalah budak-budak memang suka benda-benda macam macaroni ini, selain bentuknya comel juga rasanya sedap dan lembut.\n\nOleh itu, kami hadirkan untuk anda resepi macaroni salad yang enak menjilat jari. Dibuat dengan mixed herbs, mayonais dan susu cair menjadikan rasanya makin likat, berkrim dan lazat.\n\nTanpa buang masa, sila tengok resepi macaroni salad yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar\u200e di laman Facebook. Resepi telah kami suntingkan untuk anda. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi macaroni salad, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kita ada penyakit buah pinggang tetapi kenapa rasa lemah, tidak bermaya dan muka pucat lesu. Adakah kita mengalami Anemia? Mari kita ketahui info sebenar mengenai hubungan di antara penyakit buah pinggang dan Anemia.\n\nAnemia selalu berlaku kepada pesakit buah pinggang kronik. Pesakit akan selalu kelihatan letih, pucat dan tidak bermaya. Adakah anda tahu puncanya?\n\nMari kita dengarkan dari doktor pakar iaitu Dr. Suhazeli abdullah mengenai info ini.\n\nAnemia adalah satu keadaan di mana hemoglobin (Hb) sel darah merah berkurangan. Tugas utama Hb adalah membawa oksigen ke seluruh badan. Jadi jika Hb kurang, oksigen yang mengalir juga kurang. Oleh yang demikian pesakit akan senantiasa letih, pucat, sesak nafas, pening dan beberapa tanda lagi.\n\nApa pula kaitan kurang Hb ini dengan buah pinggang?\n\nHormon yang penting dalam proses pembentukan sel darah merah adalah eritropoitin (EPO). Hormon EPO ini dikeluarkan oleh buah pinggang. Apabila buah pinggang rosak, pengeluaran EPO akan terbantut. Justeru itu, pengeluaran sel darah merah juga akan berkurangan.\n\nJagalah buah pinggang anda supaya tidak rosak. Punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah penyakit kencing manis dan darah tinggi.\n\nSebagaimana kajian yang telah dijalankan 58% dari kes yang baru menjalani rawatan haemodialisis adalah terdiri dari pesakit kencing manis. Ubat kencing manis yang didakwa mengandungi bahan kimia itu bukan penyebab kerosakan buah pinggang.\n\nInilah kenapa doktor terlalu bersungguh beri nasihat dan \u2018marah\u2019 apabila terdapat pesakit yang degil. Doktor lagi melenting apabila pesakit mengambil produk kesihatan yang entah dari mana kesahihannya sehinggakan kencing manis tidak terkawal.\n\nDoktor akan Tepuk Dahi Berjemaah (TDB) apabila terdapat pesakit terus tegakkan benang basah pertahankan produk yang dia beli. Sebenarnya mereka terpaksa pertahankan sebab sudah ribu riban berhabis duit beli produk.\n\nSedangkan masuk wad charge seringgit sahaja!\n\n*Maka, sebelum kita melakukan apa-apa tindakan hendaklah kita pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Nasihat doktor itu lebih bagus berbanding daripada nasihat orang yang jual ubat di pasar malam. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diterbitkan oleh kebenaran penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Perkahwinan yang bahagia menjadi idaman semua orang. Para suami juga mahukan hubungan yang kekal lama dengan isteri yang baik untuk mereka. Sebagai suami mereka suka dilayan dengan baik, dijaga makan pakainya dan dijaga juga perasaan mereka. Isteri yang boleh sejukkan hati dan pandangan mata suami adalah isteri yang sentiasa menjadi idaman.\n\nBagaimana nak tambat hati suami selalu? Apakah cara untuk buat suami sentiasa rindu? Di sini ada beberapa tips yang boleh dijadikan sebagai panduan.\n\n7 Cara Untuk Buat Suami Rindu Macam Mula Kahwin Dulu\n\n#1 \u2013 Sambut Kepulangan Suami Dengan Senyuman Manis\n\nSambut kepulangan suami terutamanya dengan senyuman mampu mengubah segala mood penat suami kepada mood yang sangat berbunga-bunga. Dengan tindak tanduk isteri yang menunggu kepulangan suami mampu membuatkan hati suami yang sedang gundah gulana di tempat kerja menjadi ceria kerana disambut oleh seorang isteri terutamanya menyambut suami\u00a0 berserta hidangan makanan yang sedap. Pastinya suami akan sentiasa ternanti-nanti masa untuk pulang ke rumah.\u00a0\n\n#2 \u2013 Jaga Penampilan Diri Selalu\n\nJaga penampilan diri di sini bermaksud, seorang yang bernama isteri haruslah sentiasa bersiap untuk menunggu suami pulang dari rumah. Elakkan diri daripada berpakaian yang kurang menarik ketika menunggu suami pulang. Sekiranya isteri sentiasa menjaga penampilan diri ketika berada di rumah, suami yang penat pulang dari rumah juga akan hilang rasa penatnya kerana melihat bidadarinya sentiasa kemas dan cantik di matanya.\u00a0\n\nKebiasaanya insan yang bernama lelaki suka melihat sesuatu yang cantik . Sama juga dengan suami kita mereka suka melihat kecantikan makanya\u00a0 isteri haruslah sentiasa kelihatan cantik di mata suami.\u00a0\n\n#3 \u2013 Mengambil Berat Dan Menjaga Akan Penampilan Suami\n\nAda suami yang suka isteri memberikan perhatian 100% akan penampilan mereka dan ada suami yang tidak gemar isteri masuk campur akan penampilan mereka. Justeru itu, sebagai seorang isteri kita perlu memahami bagaimanakah cara suami kita terlebih dahulu.\u00a0\n\nBagi suami yang gemar akan perhatian yang diberikan maka ianya akan memudahkan urusan isteri dalam menyiapkan suaminya. Sekiranya anda mendapatkan suami seperti ini maka lebih mudahlah mereka berasa rindu ketika isteri\u00a0 berjauhan.\u00a0\n\nSuami yang gemar isteri memberikan 100% perhatian akan lebih senang jika isterinya mencadangkan baju apa yang hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, dll. Lelaki seperti ini adalah jenis lelaki yang suka di manjakan oleh isteri.\u00a0\n\n#4 -Sediakan Tempat Tidur Yang Kemas Dan Menyenangkan Buat Suami\n\nTempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, ianya juga merupakan salah satu tempat yang tenang untuk mereka saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.\n\nJusteru itu, jadikanlah tempat tidur salah satu tempat yang eksklusif dan peribadi untuk pasangan kita. Isteri perlu lebih kreatif dalam menghias bilik tidur agar wujudnya ketenangan ketika berada di dalam bilik tidur. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izin termasuklah anak-anak. Hal ini disebabkan bilik tidur adalah tempat peribadi antara suami dan isteri sahaja.\u00a0\n\n#5 \u2013 Menjadi Pendengar Setia Untuk Suami Selalu\n\nSatu sifat wanita yang tidak di gemari oleh suami adalah membebel atau membantah. Jadi untuk menjadi wanita yang terbaik buat suami jadilah pendengar yang setia tanpa usulkan apa-apa bantahan terhadap apa yang di ungkapkan oleh suami. Ada masanya mereka hanya memerlukan sokongan dan dorongan dalam setiap masalah yang di hadapi kerana suami isteri haruslah sentiasa bantu membantu antara satu sama lain.\u00a0\n\n#6 \u2013 Ucap Terima Kasih Pada Suami Atas Setiap Kebaikkannya\u00a0\n\nLumrah manusia suka mendengar ucapan terima kasih atas setiap satu kebaikan yang diberikan. Begitu juga dengan suami, mereka sangat gembira sekiranya isteri mengucapkan terima kasih akan setiap pemberian yang mereka berikan. Ucapan terima kasih umpama ubat bagi setiap penat lelah yang mereka berikan selama ini dalam mencari nafkah untuk keluarga.\u00a0\n\nSetiap ucapan terima kasih yang diberikan kepada suami atas segala kebaikan yang mereka berikan mampu membuatkan mereka sentiasa rindu akan ungkapan tersebut. Ucapan terima kasih umpama satu ucapan yang mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri yang sukar untuk diungkapkan.\u00a0\n\n#7 \u2013 Jadilah Isteri Yang Manja Tapi Bukan Mengada-ngada\n\nSetiap lelaki atau suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai terlebih manja. Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mudah mendapat apa yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat akan kemanjaannya yang tiada siapa boleh gantikannya. Kalau dah suami teringat-ingat, kebarangkalian untuk dia mencari yang lain adalah rendah.\n\nSedikit Tips Tambahan Untuk Wanita Yang Berkerjaya\n\nTetapi aktiviti menyambut kepulangan suami bukanlah satu perkara yang mudah bagi mereka yang berkerjaya. Jadi, bagaimana hendak mengatasi masalah seperti ini (bagi wanita berkerjaya).\u00a0\n\nSetiap air tangan seorang isteri mampu mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga. Jadi, sekiranya kita tidak mampu menyambut suami ketika pulang kerana kengkangan kerjaya maka carilah alternatif lain untuk membuatkan suami sentiasa rindu akan kita.\u00a0\n\nBaca juga jenis cincin dalam perkahwinan dan petua cepat hamil selepas gugur"
"Orang melayu sememangnya sinonim dengan pantang larang. Kali ini kami akan kongsikan tentang pantang larang semasa mengandung sebagai panduan untuk anda.\n\nSama ada mahu ikut atau tidak, terpulang kepada budi bicara dan kebijaksaan anda. Apa yang baik anda ikut, kalau rasa tak sesuai boleh diabaikan.\n\nKata orang, terlalu suka akan membawa duka. Sebab itu orang tua suka ingatkan kita supaya berpada-pada ketika gembira. Tidak dinafikan, anda akan berasa sangat seronok apabila mendapat berita bahawa anda sudah berjaya mengandung.\n\nNamun kandungan anda baru bermula. Sepanjang tempoh kehamilan, ada pelbagai risiko dan perkara buruk yang boleh berlaku. Oleh itu, jangan terlalu seronok.\n\n2. Jangan beli barang kelengkapan bayi sebelum kandungan berusia 5 bulan\n\nAnda dinasihatkan supaya jangan mula membeli barang kelengkapan bayi terlalu awal. Seelok-eloknya tunggu sehingga kandungan mencecah usia 5 bulan. Ini kerana anda lebih berisiko untuk mengalami komplikasi seperti keguguran sebelum kandungan lebih matang pada usia 5 bulan.\n\nSebenarnya, pantang larang ini ialah supaya anda tidak terlalu mengharap dan untuk mengelakkan kesedihan yang keterlaluan sekiranya ada perkara buruk yang berlaku kepada kandungan anda.\n\nYang sebenarnya, kita sebagai umat islam dilarang daripada menyiksa binatang setiap masa, dan walau di mana kita berada. Larangan ini sepatutnya anda ingat dengan lebih baik semasa anda sedang mengandung. Bukannya kami ingin katakan anda dilarang menyiksa binatang kerana takut terkena kenan kepada bayi dalam kandungan, tetapi kita mahu semua makhluk di muka bumi mendoakan yang baik-baik untuk kandungan anda. Ingat, doa makhluk yang teraniaya tiada hijabnya.\n\nKata orang tua, waktu mengandung jangan sampai terkena embun jantan yang menitis ke bumi. Secara logiknya, berjalan lewat malam mengundang bahaya seperti rompakan dan disamun. Penjenayah lebih aktif pada waktu malam dan tak ramai yang berani membantu.\n\nDari sudut perubatan islam, ibu mengandung & bayi dalam kandungan sangat menarik perhatian makhluk halus. Semestinya anda tidak mahu gangguan dari mahluk halus yang berniat jahat.\n\n5. Jangan buat perjalanan jauh pada waktu malam\n\nAnda juga dinasihatkan supaya jangan buat perjalanan jauh pada waktu malam. Seeloknya, bergerak pada waktu siang dimana jalan raya penuh dengan kenderaan dan ada ramai yang sudi membantu sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini atau kenderaan anda mengalami kerosakan.\n\nPantang larang ibu mengandung yang seterusnya ialah jangan terlalu aktif, terutamanya diawal tempoh kehamilan dimana kandungan anda masih belum betul-betul kuat. Lebih-lebih lagi kalau anda mempunyai sejarah keguguran. Elakkan bersukan. Elakkan aktiviti lasak seperti menunggang kuda.\n\nJika anda seorang yang aktif dengan aktiviti outdoor seperti hiking, jungle trekking, marathon, dan sebagainya, seeloknya anda berehat sebentar apabila disakan mengandung.\n\nKata orang tua, makanan tajam boleh menjejaskan kandungan & menyebabkan keguguran. Di antara makanan yang dianggap sebagai tajam ialah:\n\nKalau ikutkan orang tua, sepanjang tempoh isteri mengandung, suami tidak dibenarkan untuk pergi memburu kerana dikhuatiri bayi dalam kandungan akan terkena kenan.\n\nTerpulang sama ada anda memilih untuk percaya atau tidak tentang bahaya kenan. Namun pada kami, larangan suami pergi memburu semasa isteri mengandung ialah untuk mengelakkan daripada kes sesat atau hilang dalam hutan. Bayangkan betapa susah hati seorang isteri yang sedang mengandung apabila suaminya hilang di dalam hutan.\n\nSama seperti memburu, orang tua cukup pantang sekiranya suami pergi memancing semasa isteri sedang mengandung kerana takut anak dalam kandungan terkenan ikan yang ditangkap pada mata kail.\n\nSekali lagi, kami lebih kepada mempercayai bahawa larangan ini adalah untuk mengurangkan risiko suami hilang, lemas, hilang di laut, atau dibaham buaya semasa isteri mengandung. Bayangkan bagaimana isteri mengandung mahu meneruskan hidup tanpa suami tersayang. Sangat mencabar.\n\n10. Jangan pakai kasut tumit tinggi\n\nKata orang tua, jangan pakai kasut tumit tinggi kalau taknak keguguran. Secara teorinya, pantang larang ibu mengandung ini ada logiknya.\n\nKasut bertumit tinggi akan menyebabkan ibu mengandung yang sedang membawa perut lebih sukar untuk menyeimbangkan badan lalu meningkatkan risiko tersadung, tersembam, atau tergelincir. Bayangkan ibu mengandung menuruni tangga sambil memakai kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi juga akan menyebabkan kaki ibu memgandung berasa sakit dan bengkak.\n\n11. Jangan makan telur separuh masak\n\nPernah dengar pantang larang ibu mengandung supaya jangan makan telur separuh masak kerana dikhuatiri akan melahirkan bayi tak cukup bulan. Dari segi perubatan moden, telur separuh masak sememangnya tidak sesuai dimakan oleh ibu mengandung kerana dikhuatiri akan menyebabkan anda dijangkiti kuman salmonela.\n\nYang sebenarnya, ibu mengandung dinasihkatkan untuk tidak makan apa-apa makanan yang tidak dimasak sepenuhnya untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman dan parasit.\n\nIni adalah pantang larang yang sangat popular. Jangan angkat berat semasa mengandung kerana tekanan pada perut akan menjejaskan kandungan, terutamnya jika anda mempunyai masalah rahim tak kuat atau pernah keguguran sebelum ini.\n\n13. Jangan pergi ke kawasan berhutan\n\nKata orang tua, orang mengandung tak boleh masuk hutan kerana dikhuatiri ada hantu hutan akan ikut balik ke rumah. Dari segi perubatan islam, sememangnya makhluk halus sukakan bau ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Larangan masuk ke hutan juga untuk mengelakkan risiko sesat.\n\n14. Jangan pergi ke kawasan air terjun\n\nSama seperti larangan masuk ke dalam hutan, pada kami, pantang larang ini lebih kepada untuk mengelakkan berlaku perkara tak diingini seperti lemas, tergelincir diatas batu yang licin, dan sebagainya.\n\nItulah dia 14 pantang larang ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga boleh membaca perkongsian kami tentang persediaan bersalin,\u00a0amalan ibu mengandung, dan petua mudah bersalin."
"Masak apa untuk minum petang ini?Jom cuba kek viral 4 bahan untuk minum petang. Perkongsian\u00a0Mekar Indah\u00a0memberi idea dan resepi kek yang mudah sahaja.\n\nSelain resepi mudah hanya menggunakan 4 bahan, kek ini pula amat mudah kerana anda boleh buat tanpa pakai mixer seperti yang dibuat oleh sis Mekar Indah. Hanya dengan pukul secara manual sahaja bahan margerin dan gula. Telur pula dimasukkan dalam blender. Kena tahu tips iaitu telur harus kembang supaya kek cantik naiknya.\n\nWalaupun tidak pakai mixer, kek sentiasa gebu kejadiannya. Tidak sabar ingin cubakan resepi mudah ini bukan? Hanya menggunakan 4 bahan iaitu tepung, margerin, gula dan telur boleh menghasilkan kek gebu gebas menggoda.\n\nSelain resepi kek 4 bahan, kami menulis resepi lain yang juga mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Bakat adalah sesuatu perkara di mana semua orang pasti ada. Sama ada bakat dalam pelajaran, bakat bermain alat muzik, bakat menyanyi dan bermacam-macam lagi. Bakat ini tidak boleh dipaksa kerana ia terjadi dengan kehendak dan keinginan diri sendiri.\n\nMaka ibu bapa tidak digalakkan untuk memaksa anak untuk pandai sesuatu perkara tanpa kerelaan anaknya. Ramai ibu bapa yang tidak tahu bagaimana hendak tahu bakat anak-anak. Terdapat 3 teknik mudah dan asas untuk ibu bapa boleh lakukan. Apakah teknik tersebut ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 teknik mudah untuk tahu bakat terpendam anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq. \n\n3 Teknik asas untuk tahu bakat anak\n\nIni juga salah satu cara untuk cari \u2018passion\u2019 anak anak. Ada 3 teknik mudah untuk cari \u2018passion\u2019 anak anak kita.\n\nTengok apa anak kita minat- tanya apa anak kita suka- dengarkan bila anak kita bercerita tentang apa yang mereka minat.\n\nJangan mudah mengkritik minat anak- jangan perlekehkan minat anak walaupun kelihatan remeh- banyakkan pujian dan kata kata positif.\n\nBerikan anak kita peluang untuk teroka minat mereka sendiri. Jangan paksakan minat kita pada anak anak kita. Bawa anak anak kita merasai pelbagai pengalaman baru dalam hidup mereka.\n\nMak ayah semua WAJIB TAHU :\n\n*Ibu bapa di luar sana boleh mencuba 3 teknik mudah ini untuk tahu bakat anak-anak. Observe, Encourage dan Exposure, teknik-teknik ini nampak mudah tetapi ia memerluka daya fokus ibu bapa untuk melihat anak-anak dengan teliti. Selain kesabaran juga diperlukan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Membuat lempeng kelapa yang lembut dan sedap bukanlah hal yang susah. Senang boleh buat sendiri mengikuti resepi yang kami kongsikan ini. Makan bersama sambal hijau atau sambal tumis jadi makin sedap.\n\nKelembutan dan kesedapannya membuat kanak-kanak suka dan makan pun bertambah. Lempeng kelapa sedap dimakan sebagai camilan petang-petang peneman berborak dengan rakan dan keluarga.\n\nCara membuatnya cukup menarik iaitu dengan mencampurkan nasi dan tepung gandum dan sedikit kelapa muda. Bentuknya pula comel sangat, membuat kita jadi teringin untuk makan.\n\nTanpa tunggu lama, mari tengok resepi lempeng kelapa yang dikongsikan oleh Hajah Zainab Bt Mawan\u00a0di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi lempeng kelapa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Menurut kata orang tua, kalau anda sesedu atau sedu, itu tandanya anda nak membesar. Untuk kanak-kanak, mungkin ianya betul. \n\nNamun untuk golongan dewasa seperti kita dimana kadar pertumbuhan sudah terhenti, pastinya ia tidak rasional. Jadi, apakah punca sedu? Macam mana secara tiba-tiba kita boleh terkena sedu?\n\nDari segi perubatan tradisional, sedu adalah berpunca daripada angin yang banyak dalam badan. Apabila banyak angin terkumpul dalam badan dan anda tidak mengeluarkannya dengan cara kentut atau sendawa, maka badan anda akan mengeluarkan angin tersebut secara paksa dengan cara sedu. Oleh itu, kalau anda terlalu kerap terkena sedu, kemungkinan besar itu adalah petanda bahawa ada banyak angin dalam badan anda.\n\nKalau dari sudut tradisional sedu berlaku disebabkan oleh angin dalam badan, dari sudut perubatan moden pula, punca sedu adalah kerana berlakunya pengecutan otot diafragma anda. Secara saintifik, setiap kali anda menarik nafas, diafragma akan tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. \n\nApabila anda menghembuskan nafas pula, diafragma akan menolak udara keluar daripada paru-paru. Inilah yang akan berlaku kepada otot diafragma anda setiap masa selagi anda masih bernafas. Namun ada ketikanya otot diagfragma anda terganggu kerana semasa anda menarik nafas, diafragma anda ditarik ke bawah dalam keadaan tersentap.\n\nAkibatnya,anda akan menelan udara lalu udara akan masuk ke dalam kerongkong secara mengejut. Udara yang masuk secara mengejut tadi akan berebut-rebut masuk ke dalam dan akan melanggar kotak suara anda. Udara yang melanggar kotak suara akan menyebabkan anda mengalami sedu.\n\nMekanisma semulajadi badan untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu\n\nSemasa menulis artikel ini, kami terjumpa satu kajian yang sangat menarik. Kajian tersebut dilakukan oleh Dr. Christian Straus\u00a0yang bertugas di Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris. Beliau mengkaji tentang sedu pada bayi manusia dan bayi mamalia yang lain. Hasil penemuan kajian tersebut adalah sangat mengejutkan.\n\nMenurut kajian tersebut, sedu yang berlaku kepada bayi adalah salah satu mekanisma semulajadi badan untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu dan mengurangkan risiko susu termasuk ke dalam paru-paru bayi. Ini kerana jika susu masuk ke dalam paru-paru bayi, ini akan menyebabkan berlakunya masalah kepada kesihatan bayi.\n\nOleh itu, jika bayi anda selalu sedu, anda tidak perlu bimbang. Sedu adalah perkara yang normal dan tidak akan menjejaskan kesihatan bayi anda. Ia adalah mekanisma semulajadi tubuh badan bayi anda.\n\nPunca sedu yang seterusnya ialah penyakit saraf yang diwarisi. Menurut kajian, sesetengah individu kerap mendapat sedu disebabkan oleh penyakit saraf yang diwarisi dari genetik. \n\nPenyakit saraf tersebut akan mengganggu otot diafragma lalu mencetuskan sedu dengan kerap. Oleh itu, kalau anda perasan bahawa ada beberapa ahli keluarga anda yang kerap sedu, mungkin anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan bagi memastikan sama ada iainya disebabkan oleh penyakit saraf.\n\nKecederaan pada saraf juga boleh menjadi punca sedu. Kecederaan pada saraf boleh berlaku akibat kemalangan, gaya hidup yang terlalu aktif atau juga boleh berlaku akibat hentakan kuat. \n\nOleh itu, mangsa yang mengalami kecederaan pada saraf mungkin mengalami simptom sedu yang kerap. Berita baik untuk anda, masalah sedu yang anda alami akan hilang sebaik sahaja saraf anda pulih seperti biasa.\n\nPunca sedu yang seterusnya ialah badan bertoksin. Badan kita menyerap toksin merbahaya daripada makanan yang masuk ke dalam perut, udara yang disedut ke dalam paru-paru, produk penjagaan kulit yang kita gunakan setiap hari, dan sebagainya. Tubuh badan kita akan mengeluarkan toksin tersebut secara semulajadi melalui sistem perkumuhan dan pencernaan.\n\nNamun begitu, jika terlalu banyak toksin ada dalam badan, sistem pencernaan dan sistem perkumuhan tidak mampu untuk menyingkirkan kesemuanya lalu mengakibatkan berlakunya lambakan toksin dalam badan. Salah satu simptom lebihan toksin dalam badan ialah kerap sedu.\n\nUntuk makluman anda, sedu juga boleh berlaku sebagai kesan daripada penyakit metabolik yang merosakkan sistem saraf anda. Di antara oenyakit metabolik yang merosakkan saraf dan menjadi punca sedu adalah:\n\nTahap gula yang tinggi dalam darah\n\nPunca sedu yang seterusnya ialah tahap gula yang tinggi dalam darah. Allah mencipta tubuh badan kita dengan mekanisma yang tersendiri. Apabila ada ketidak seimbangan dalam badan, maka isyarat akan dikeluarkan sebagai peringatan. \n\nDalam kes sedu, ia boleh berlaku sebagai isyarat bahawa tahap gula dalam badan adalah tinggi. Oleh itu, jika anda mengalami sedu bersama simptom gula tinggi dalam darah, dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera.\n\nTerlalu banyak ketawa juga boleh menjadi punca sedu. Ini kerana apabila anda ketawa, udara akan masuk dengan banyak ke dalam kerongkong lalu menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan kotak suara. Oleh itu, jangan terlalu banyak ketawa. \n\nJika anda mengalami sedu selepas minum minuman bergas, ia adalah sesuatu yang normal. Ini kerana bahan yang terdapat dalam minuman bergas bertindak balas dengan tubuh badan anda lalu mencetuskan sedu.\n\nItulah dia punca sedu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca mulut berbau dan punca gusi bengkak"
"Seronoknya membuat kuih lapis jika menjadi. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih lapis ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan tambah-tambah di bulan puasa. \n\nTapi itulah, nak membuat kuih lapis ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih lapis nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.\n\nKebiasaanya yang kita pernah tengok kuih lapis merah putih kan. Resepi daripada Marlia Lia \u200eini menggunakan labu. Jadilah kuih lapis labu. InsyaAllah menjadi jika ikut sukatannya. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.\u00a0 \n\nTips untuk pastikan kuih tak cepat basi, selepas siap mengukus, bukak penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10minit lagi. Biarkan wap air atas kuih mengering.\n\nOh ya, selain dari resepi Kuih Lapis labu, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain."
"Kulit berminyak pada wajah kita mendatangkan rasa tidak selesa dan boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan seseorang.Bagaimana kulit berminyak boleh terjadi? Ketahui punca kulit berminyak dengan terus membaca artikel ini.\n\nDari segi perubatan, kulit berminyak turut dikenali sebagai seborrhea. Masalah seborrhea ini tidak asing lagi dalam dunia kosmetik yang melibatkan banyak formulasi dan penjualan produk menghilangkan masalah kulit berminyak ini.\n\nKulit berminyak terjadi apabila kelenjar sebaceous dalam permukaan kulit menghasilkan kuantiti sebum yang berlebihan. Saiz pori yang lebih besar juga akan menyebabkan pengumpulan minyak yang banyak dan \u2018bertakung\u2019 yang memberikan penampilan kulit berkilat, berkilau dan berminyak.\n\nMenariknya, masalah ini turut berlaku dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai masalah jerawat. Tambah membingungkan, mereka yang mempunyai masalah kulit kering, turut berhadapan masalah kulit berminyak. Punca dan kaitan antara kedua-dua masalah kulit ini masih belum boleh dijawab oleh para pengkaji.\n\nPemahaman yang mendalam berkenaan jenis kulit bermasalah dan punca kulit berminyak ini dapat memberi bimbingan dan panduan kepada mereka yang sedang mencari alternatif penjagaan kulit dan membantu pihak industri menghasilkan produk yang bersesuaian dan bertepatan.\n\nPengelasan Jenis Kulit Normal, Kering dan Berminyak\n\nSebelum ini, jenis kulit hanya didefinisikan menurut perasaan dan rasa keselesaan yang dialami oleh seseorang. Hal ini bersifat subjektif tanpa ada sukatan yang piawai.\n\nPenyelidik dari Kolej Perubatan Seoul, Korea Selatan pada tahun 2002 telah mengelaskan semula 3 jenis kulit berdasarkan kuantiti penghasilan sebum kulit. Tiga jenis kulit itu ialah:\n\nKetiga-tiga jenis kulit ini pula dipengaruhi oleh faktor seperti berikut:\n\nPurata kandungan sebum dalam kalangan individu dewasa ialah:\n\nAntara sebatian berikut, squalene dan lilin ester merupakan sebatian yang hanya dijumpai di permukaan epidermis kulit muka dan tidak dijumpai di mana-mana kawasan tubuh yang lain.\n\nMasalah kulit berminyak dihadapi seseorang seawal pada peringkat mula akil baligh. Berdasarkan kajian yang diterbitkan di jurnal Skin Pharmacology & Physiology pada tahun 2012 oleh penyelidik Universiti California, Amerika Syarikat, beberapa punca kulit berminyak telah dikenal pasti, antaranya:\n\nTabiat pemakanan seseorang telah menjadi sumber bahan untuk sintesis sebum yang menjadi punca kulit berminyak.\n\nPenemuan menarik daripada kajian lepas yang melaporkan diet makanan yang tidak mengandungi komponen berlemak tetap boleh menyebabkan kulit berminyak.\n\nMakanan yang mengandungi glukosa dan asetat ditukarkan menjadi minyak oleh kelenjar.\n\nTidak mengejutkan, semakin tinggi pengambilan diet makanan berlemak, semakin berminyak kulit seseorang. Malahan, diet berlemak yang memasuki tubuh kita ada yang akan terus melalui sistem menuju ke sel sebaceous tanpa perlu diuraikan lalu menjadi minyak pada kulit.\n\n2. Amalan Puasa Mengurangkan Kulit Berminyak\n\nSatu kajian dijalankan bagi melihat kesan aktiviti berpuasa ke atas penghasilan sebum dan kulit berminyak.\n\nHasil yang memberangsangkan diperolehi apabila kumpulan kajian yang berpuasa dalam tempoh 4-8 minggu menunjukkan pengurangan sebum sebanyak 40%.\n\nHal ini diterangkan dengan kekurangan jumlah kalori untuk digunakan kelenjar sebaceous bagi penghasilan sebum punca kulit berminyak.\n\nBeberapa kajian lepas melihat pengaruh genetik yang boleh menyebabkan punca kulit berminyak.\n\nSecara genetiknya, pengkaji berjaya menjumpai gene Smad7 yang diwarisi oleh anak yang bertindak sebagai pencetus fungsi kelenjar sebaceous untuk menghasilkan minyak pada kulit wajah.\n\nSatu kajian khas melibatkan 20 pasangan kembar yang mempunyai masalah jerawat telah dijalankan. Menariknya, kembar seiras mempunyai kadar penghasilan sebum yang sama berbanding kadar penghasilan sebum yang sedikit berbeza dalam kalangan pasangan kembar tidak seiras.\n\nKelenjar sebaceous untuk menghasilkan sebum ini sudah berkembang dan matang pada peringkat janin lagi, tetapi saiznya mengecil dengan mendadak selepas beberapa minggu dilahirkan.\n\nSaiz kelenjar ini kembali membesar dan mencapai saiz maksimum pada usia muda. Seterusnya, bilangan kelenjar ini akan kekal sama sepanjang hayat dan hanya berbeza dari segi kadar penghasilan sebum.\n\nKadar penghasilan sebum punca kulit berminyak adalah tertinggi pada julat usia 15 hingga 35 tahun dan akan menurun mengikut usia.\n\nPada mana-mana peringkat usia sekalipun, penghasilan sebum lelaki adalah sentiasa lebih tinggi daripada wanita.\n\nSementara itu, individu berkulit hitam berbangsa Afrika mempunyai kelenjar sebaceous yang paling besar antara semua kaum, menjadikan penghasilan sebum pada kulit yang banyak.\n\nSebuah eksperimen yang mengkaji kesan suhu dan penghasilan sebum telah dilaporkan. Hasilnya, pada setiap peningkatan suhu 1 \u00b0 C, kadar penghasilan sebum akan meningkat sebanyak 10%.\n\nDi kawasan beriklim 4 musim, dilaporkan bahawa musim panas merupakan tempoh waktu yang menyebabkan kulit paling berminyak berbanding musim luruh, sejuk dan bunga.\n\nArtikel ini menunjukkan bahawa penghasilan sebum punca kulit berminyak adalah disebabkan aktiviti kelenjar sebaceous.\n\nAntara punca kulit berminyak tersebut ialah amalan pemakanan, faktor genetik, usia, jantina, bangsa dan suhu persekitaran. Masalah kulit berminyak menyebabkan rasa tidak selesa dan boleh merendahkan tahap keyakina seseorang, maka langkah penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat perlulah sentiasa diamalkan.\n\nSemoga bermanfaat! Jemput juga baca artikel petua muka berseri dan tips penjagaan muka"
"Rasa-rasa macam nak masak menu special hari nih? Nak cuba hidangkan lauk dari normal kebiasaannya? Apa kata cuba masakkan Udang Masak Diraja untuk yang tersayang. Pasti mereka gembira tak terhingga. Rasanya enak sangat tambah-tambah dengan gabungan lengkuas, halia, serai, cili kering dan perahan santan. Memang marvellous lah. Ala-ala macam rendang tapi bukan rendang tau.\n\nTapi ingat tau, apa-apa masakan pun nak lagi sedap, bahan mentah yang digunakan hendaklah segar. Antara tips nak pilih udang segar untuk masak menu Udang Masak Diraja ini adalah udang nampak berkilat dan nampak kenyal. Tekan sedikit pada udang tersebut. Kalau sudah lembut dan lembik maksudnya udangnya dah tak segar.\n\nJom lihat resepi yang dikongsi kan oleh Aryati Sarah di laman muka buku. Resepi ini mendapat perhatian dari ramai orang tau. Bukan biasa-biasa ya. Apa lagi jom tengok dan mencubanya. Pasti takkan menyesal. Pasti kena puji dek suami nanti.\n\n1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang\n\n2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau\n\n4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan\n\n5. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit dan asam keping\n\n6. Perasakan dengan garam, gula, perasa (pilihan) Dah siap.\n\nHanya dengan 5 langkah sahaja dah siap satu menu lauk. Tapi ingat jangan masak lama sangat nanti hilang rasa segar udang tuh. Apa lagi jangan lupa mencubanya dan kongsikan resepi Udang Masak Diraja ini dengan yang lain ya. Resepi lain pun kami ada ya kalau nak mencuba lagi resepi-resepi baru. Selamat mencuba ya."
"Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah pastinya ibu bapa tercari-cari apakah aktiviti menarik untuk dilakukan bersama anak-anak. Asyik berjalan ke pusat membeli-belah, bosan juga kan.\n\nApa kata untuk cuti kali ini anda lakukan sedikit kelainan dengan memilih aktiviti rekreasi untuk dilakukan bersama secara santai. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan senarai aktiviti rekreasi menarik sekitar Kuala Lumpur untuk anak-anak yang anda wajib lakukan.\n\nKebetulan kami berkesempatan untuk membawa anak-anak beriadah di sini beberapa minggu yang lalu. Komen kami, tempat ini sangat menarik dan berbaloi. Tak rugi harga tiket yang dibayar. Harganya? Kami ambil pakej keluarga untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, pada harga RM99 .00 sahaja.\n\nJika anda ke sini pada hujung minggu atau pada cuti umum, kawasan letak keretanya mungkin agak susah dan sukar untuk mendapat petak parking. Tips dari kami, anda gunakan khidmat valet parking. Harganya Cuma RM15 untuk satu hari. Serahkan kunci kereta dan tinggal, tak perlu bazirkan masa menunggu parking.\n\nApa yang menariknya di KL Tower Mini\u00a0 Zoo? Di antara haiwan ekzotik yang menjadi tumpuan di sini ialah:\n\nApa yang lebih menarik, terdapat satu seksyen di mana anda boleh bermesra dengan tikus belanda, arnab dan kura-kura gergasi. Anda boleh memegang, mendukung, dan bermain dengan haiwan jinak di sini. Malah anda boleh member makanan yang disediakan.\n\nPastinya anak-anak akan berasa sangat teruja. Selain KL Tower Mini Zoo, terdapat pelbagai tarikan menarik\u00a0 yang lain di sekitar KL Tower seperti akuarium, Upside Down House, dan Canopy Walk di KL Forest Eco Park.\n\nDah puas jalan-jalan sambil meluangkan masa bersama binatang di KL Tower Mini Zoo, anda boleh pergi ke KL Forest Eco Park untuk bersantai-santai sambil melihat keindahan alam semulajadi. Taman eko semulajadi ini terletak di Bukit Nanas, betul-betul bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur atau KL Tower.\n\nMenariknya masuk ke sini adalah percuma malah ruangan parking juga adalah percuma. Pastinya anda takkan percaya bahawa terdapat hutan hujan semulajadi di tengah-tengah hutan konkrit Kuala Lumpur. Di sini anda berkesempatan untuk berjalan-jalan di atas jambatan gantung yang tinggi di mana anda berada di atas pokok-pokok yang menghijau.\n\nDi sini anda bukan sahaja akan disajikan dengan kehijauan seluas mata memandang, malah anda dan anak-anak pastinya akan terpesona dengan kicauan burung dan hidupan hutan yang lain. Jambatan gantung di sini agak panjang, dan ada beberapa buah menara yang boleh anda panjat dan jadikan tempat untuk berehat sambil melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.\n\nDah puas berjalan di atas jambatan gantung, anda boleh berjalan di bawah sambil melihat pokok-pokok yang merimbun. Selain dijadikan sebagai kawasan pilihan untuk berekriasi bersama anak-anak di hujung minggu, KL Forest Eso Park juga boleh anda pilih untuk bersenam bila kelapangan.\n\nTaman Pendidikan Bukit Gasing yang terletak di Petaling Jaya juga boleh menjadi destrinasi menarik untuk anda berekreasi bersama anak-anak pada hujung minggu. Di sini terdapat trek semulajadi yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti rekreasi bersama keluarga.\n\nSeperti namanya, Taman Pendidikan Bukit Gasing menawarkan kehijauan hutan rimba yang terjaga dengan rapi. Anak-anak anda berpeluang untuk melihat keindahan alam sambil belajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar.\n\nDi sini bukan sahaja terdapat pokok yang menghijau malah kaya dengan pelbagai flora dan fauna yang menarik. Anak-anak\u00a0 anda dapat melihat\u00a0 haiwan yang menghuni hutan seperti burung-burung, monyet, tupai, dan pelbagai jenis serangga.\n\nUntuk pengetahuan anda, terdapat tiga laluan masuk untuk mendaki Bukit Gasing yang boleh anda pilih iaitu sama ada melalui pintu utama\u00a0 dimana terdapat pintu gerbang Bukit Gasing, laluan kedua melalui Kondominium Panorama atau laluan ketiga melalui Pantai Hill Park.\n\nTerdapat beberapa trek dengan pelbagai tahap kesukaran untuk anda pilih. Jika anda datang dengan anak-anak, kami cadangkan anda pilih laluan yang paling mudah. Jangan lupa untuk\u00a0 ambil masa untuk menikmati keindahan alam semulajadi sambil meluangkan masa berhagra bersama anak-anak.\n\nTahukah anda bahawa Tasik Perdana telah bertukar kepada nama baru iaitu Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Bukan sahaja namanya telah bertukar malah tamannya juga kini berwajah baru. Apa benda menarik yang ada di sana?\n\nPertama sekali, anak-anak\u00a0 anda pasti akan teruja dengan dua taman permainan untuk kanak-kanak yang besar dan mempunyai pelbagai alatan permainan. Selain itu terdapat juga:\n\nTaman Metropolitan Kepong atau Taman Layang-layang\n\nTaman Metropolitan atau Taman Layang-layang yang terletak di Kepong merupakan tempat rekreasi yang sangat popular di Kuala Lumpur. Di sini terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama anak-anak seperti:\n\nItulah dia info tentang senarai aktiviti rekreasi menarik sekitar Kuala Lumpur untuk anak. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan perkongsian kami ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami berkenaan tempat menarik di Putrajaya, percutian tanah tinggi di Malaysia, dan tempat menarik di Pahang."
"Ramai yang sukar mencari toner terbaik untuk kulit kusam. Kulit kusam sering terjadi hampir kepada semua wanita sekiranya tidak menjaga wajah dengan begitu rapi. \n\nPemakanan juga memainkan peranan penting dalam memastikan kulit sentiasa segar dan lembab. Selain itu, amalkan minum air kosong sehari lebih dari 8 gelas untuk kembalikan kesegaran wajah.\n\nNamun, pemakaian toner pada wajah juga sangat penting. Anda perlu memilih toner terbaik untuk kulit kusam supaya ianya bertindak balas dengan baik dan berkesan.\n\nJom lihat antara toner terbaik untuk kulit kusam yang boleh anda cuba.\n\n1. Lovera Glossy Skin Serum Toner \n\nGlossy Skin Serum Toner adalah toner berkonsepkan serum pelembap cecair yang berfungsi untuk membersihkan kulit wajah dan bertindak sebagai pelembab.\n\nIa mengandungi AHA BHA PHA, Aloe Vera, Niacinamide, Witch Hazel, Honey Extract dan Tea Tree Extract tanpa kandungan Paraben, Minyak mineral, Pewarna tiruan dan juga Merkuri.\n\nToner terbaik untuk kulit kusam ini menjadikan kulit anda berseri-seri, lembab dan lebih cerah setiap hari. Kulit mati akan dibersihkan dan ia menjadi semakin lembut dengan kulit baru, tiada lagi kulit kusam.\n\nMembantu mengawal minyak pada kulit wajah dan menjadikan pH kulit lebih seimbang, toner terbaik untuk kulit kusam ini adalah dari jenama Dermaklair.\n\nIa adalah toner yang diuji oleh klinik dan terbukti sangat elok digunakan untuk kulit kusam. Kulit akan lebih lembab dan turut membantu menutup liang pori sekaligus menjadikan kulit lebih licin dan sihat.\n\nYouth Perfecting Skin Toner mengandungi Anggur Muscadine dan Vital Repair Complex, Alga Hijau dan juga ekstra Yis. Kandungan terbaik ini menjadikan kulit menghalang kolagen daripada rosak, menghidratkan kulit serta menjadikan ia lebih subur.\n\nPenting sekali, toner terbaik untuk kulit kusam ini dapat membersihkan sel kulit mati dan menyegarkan kulit tanpa kering dan terlalu tegang. Toner boleh dipakai pada kulit wajah dan juga bahagian leher.\n\nSetelah menggunakan pencuci muka, toner Simple Soothing perlu disapu pada kulit wajah untuk kesan yang lebih baik. Ia sesuai digunakan oleh anda yang berkulit sensitif, kerana tidak mempunyai bahan kimia, pewarna atau pewangi.\n\nToner terbaik untuk kulit kusam ini juga sangat bagus untuk melembabkan kulit dan menaikkan seri wajah si pemakai.\n\n5. Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Toner\n\nBoleh dikatakan Forest Ultra Calming Toner dari Always be Pure ini merupakan toner yang paling selamat digunakan. Ia sangat bebas dari paraben, sulfate, alkohol, allergen dan juga bakteria fungal.\n\nKesan toner terbaik untuk kulit kusam ini pula adalah dapat mencerahkan kulit wajah, melambatkan penuaan, melembabkan kulit dan juga menghapuskan jerawat-jerawat yang terbentuk.\n\n6. Soothing Botanical Toner with Rose Water\n\nDiperbuat daripada Rose water dan bahan semulajadi, toner terbaik untuk kulit kusam ini sesuai dipakai bagi kulit normal dan juga kulit sensitif. Ia tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti paraben, silikon dan lain-lain. \n\nJadikan pemakaian toner ini sebagai salah satu rutin harian dari segi penjagaan wajah anda. Ia dapat mengelakkan kulit kering, kusam dan kotoran pada kulit wajah.\n\n7. The Body Shop Vitamin E Hydrating Toner\n\nAnda pasti tahu apakah kelebihan vitamin E untuk kulit wajah! Jika tidak, mana mungkin banyak toner terbaik untuk kulit kusam menggunakan vitamin E sebagai salah satu kandungan utamanya.\n\nVitamin E The Body Shop Toner berfungsi sebagai pelembab kulit wajah dan dapat menukarkan sel kulit mati kepada sel kulit yang baru. Anda yang mempunyai kulit kering pastinya bakal berseri-seri setelah mengguakan produk yang kaya dengan kandungan minyak kacang soya ini.\n\n8. Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner\u00a0\n\nBukan hanya melembutkan kulit wajah, tetapi kolagen yang terhasil juga dapat mencerahkan kulit anda. Dengan kandungan air buahan epal, Willow Bark serta AHA dan BHA semulajadi, pastinya wajah anda akan lebih segar dan menarik.\n\nSekiranya wajah berjerawat, anda juga boleh gunakannya. Tetapi ia tidak sesuai bagi kulit yang sensitif.\n\n9. Mamonde Rose Water Toner Set\u00a0\n\nMamonde Rose Water Toner Set adalah salah satu toner terbaik untuk kulit kusam yang boleh anda cuba. Diperbuat daripada bahan semulajadi, ia mengandungi 100% organik Damask Rose dan 90.97% air ekstrak rose yang harum.\n\nKulit akan lebih segar dan lembab. Sel-sel kulit mati pula akan ditukarkan dengan kulit baru secara proses semulajadi tanpa menjejaskan wajah anda. Toner terbaik ini selamat dipakai setiap hari untuk setiap individu.\n\n10. Rose Petal Moisturising Toner Deep Skin Replenishment\n\nRose Petal Toner dari Livepro ini sangat berkesan untuk kulit kering, kusam dan juga kulit yang mengalami ekzema. Ia dapat melembabkan kulit, mengatasi masalah sel kulit yang rosak dan mengawal pembentukan jerawat serta kulit berminyak.\n\nKesan setelah menggunakan toner terbaik untuk kulit kusam ini sangat menyegarkan kulit wajah. Muka akan terasa sejuk dan nyaman apabila memakainya pada malam dan pagi hari.\n\nItulah dia antara toner terbaik untuk kulit kusam yang boleh anda pilih. Pastinya bermanfaat buat anda. Jom baca juga Toner untuk kulit jerawat, serum terbaik dan Punca Jerawat Pasir.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Rambut adalah mahkota seorang wanita. Rambut yang lebat, hitam, berkilat, dan beralun adalah idaman setiap wanita. Namun semakin usia meningkat, rambut akan menjadi semakin kurang akibat masalah keguguran. \n\nWanita yang baru melahirkan dan menyusukan bayi akan mengalami masalah keguguran rambut yang lebih kritikal. Nak tak kalau kami kongsikan cara melebatkan rambut dengan cara semulajadi yang mudah dan dijamin berkesan.\n\nAloe vera adalah pokok dengan 1001 kegunaan yang wajib ada di setiap rumah. Tahukah anda bahawa aloe vera juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk melebatkan rambut? Caranya juga sangat mudah. Ambil sebatang aloe vera, keluarkan jel di tengahnya. Hancurkan jel tadi dah sapukan ke kulit kepala. Balut dengan tuala mandi, dan biarkan selama 30 minit sebelum dibasuh dan bersyampu seperti biasa.\n\nSelain menyapukan jel aloe vera ke kulit kepala, anda juga boleh amalkan makan satu sudu jel aloe vera setiap pagi semasa perut kosong. Aloe vera akan menguatkan akar rambut bagi mengurangkan masalah keguguran dan dalam masa yang sama akan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang baru.\n\nBiasanya kita dengar orang gunakan daun inai untuk mewarnakan uban. Namun tahukah anda bahawa selain mewarnakan rambut, daun inai juga membantu untuk melebatkan rambut dengan cara semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. Apa yang anda perlukan ialah segenggam daun inai dan sedikit air. Caranya:\n\nSantan kelapa adalah bahan semulajadi yang sangat berkesan untuk melebatkan rambut. Ianya bukan sahaja murah malah dijamin berkesan. Apa yang anda perlukan ialah setengah cawan santan dan sehelai tuala bersih. Caranya:\n\nMinyak argan adalah sejenis minyak yang berasal dari pokok argan yang cuma terdapat di Morocco, Afrika Selatan. Ianya tiada di tempat lain. Minyak argan telah digunakan untuk kecantikan rambut sejak 200 tahun yang lalu. Tak hairanlah kalau wanita Morocco rata-rata mempunyai rambut yang lebat, tebal, dan cantik. \n\nAnda boleh jadikan minyak argan sebagai salah satu rutin penjagaan rambut setiap hari. Setiap kali selepas mandi, keringkan rambut. Kemudian sapukan minyak argan ke kulit kepala dan sekeluruhan rambut. Ia akan membantu menguatkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang baru.\n\nBiasanya bila makan buah oren, kulitnya terus dibuang ke dalam tong sampah. Selepas ini, anda boleh simpan kulit oren yang harum tersebut kerana kulit oren sememangnya terbukti berkesan untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Caranya juga sangat mudah. apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nBiasanya minyak kelapa digunakan di dapur untuk memasak. Namun tahukah anda bahawa minyak kelapa juga boleh digunakan sebagai pelebat rambut semulajadi. Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit minyak kelapa dan sehelai tuala yang bersih. Caranya:\n\nCara melebatkan rambut yang seterusnya ialah dengan menggunakan telur. Dengar macam pelik kan? Tapi percayalah bahawa ianya berkesan. Apa yang anda perlukan hanyalah sebiji telur. Caranya:\n\nItulah dia cara melebatkan rambut yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua\u00a0menghilangkan\u00a0toksin dan petua\u00a0halau\u00a0cicak"
"Mencari doa dipermudahkan urusan? Dunia hanyalah sementara untuk kita beramal dan menyemai benih-benih pahala. Negeri akhirat jualah yang kekal abadi dan tempat untuk kita menuai hasil dan menerima balasan amal yang lakukan di dunia.\n\nDunia adalah tempat untuk manusia diuji sama ada kita beriman kepada Allah swt. Oleh sebab itu, sepanjang kehidupan kita, kita akan sentiasa berdepan dengan ujian, dugaan, tekanan serta masalah untuk Allah swt nilai tahap keimanan, ketaqwaan, kehambaan serta kebergantungan kita kepada Allah swt.\n\n\u0623\u064e\u062d\u064e\u0633\u0650\u0628\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u062a\u0652\u0631\u064e\u0643\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0622\u0645\u064e\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0641\u0652\u062a\u064e\u0646\u064f\u0648\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cApakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: \u201cKami telah beriman\u201d, sedang mereka tidak diuji lagi?\u201d (Surah al-Ankabut, Ayat 2)\n\nBagi seorang Muslim, sudah pastinya segala urusan di dunia ini, akan kita sandarkan kepada Allah swt Yang Maha Kuasa. Ini kerana, hanya Allah swt sebaik-baik penolong.\n\n\u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u064f \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u064e \u0642\u064e\u062f\u0652 \u062c\u064e\u0645\u064e\u0639\u064f\u0648\u0627 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0627\u062e\u0652\u0634\u064e\u0648\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0632\u064e\u0627\u062f\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u062d\u064e\u0633\u0652\u0628\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0643\u0650\u064a\u0644\u064f\n\nMaksudnya, \u201c(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: \u201cSesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, keranna itu takutlah kepada mereka\u201d, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: \u201cCukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung\u201d. (Surah Ali Imran, Ayat 173)\n\n10 Doa Dari Al-Quran & Hadis Agar Dipermudahkan Urusan\n\n1) Surat Al-Kahfi, Ayat 10 (Doa Ashabul Khafi)\n\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0622\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0644\u064e\u062f\u064f\u0646\u0652\u0643\u064e \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0647\u064e\u064a\u0651\u0650\u0626\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0634\u064e\u062f\u064b\u0627\n\nMaksudnya,\u00a0\u201c.Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.\u201d\n\n2) Surat Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa AS)\n\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0627\u0634\u0652\u0631\u064e\u062d\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0635\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650\u064a. \u0648\u064e\u064a\u064e\u0633\u0651\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a. \u0648\u064e\u0627\u062d\u0652\u0644\u064f\u0644\u0652 \u0639\u064f\u0642\u0652\u062f\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0644\u0650\u0633\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a. \u064a\u064e\u0641\u0652\u0642\u064e\u0647\u064f\u0648\u0627 \u0642\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650\u064a\n\nMaksudnya,\u00a0\u201cYa Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.\u201d\n\n\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0643\u064e\u0644\u0651\u0650\u0641\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064b\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0648\u064f\u0633\u0652\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627 \u06da \u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0633\u064e\u0628\u064e\u062a\u0652 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0627\u0643\u0652\u062a\u064e\u0633\u064e\u0628\u064e\u062a\u0652 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0624\u064e\u0627\u062e\u0650\u0630\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0646\u064e\u0633\u0650\u064a\u0646\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0623\u064e\u062e\u0652\u0637\u064e\u0623\u0652\u0646\u064e\u0627 \u06da \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0645\u0650\u0644\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0635\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0645\u064e\u0644\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u0646\u064e\u0627 \u06da \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u062d\u064e\u0645\u0651\u0650\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u0637\u064e\u0627\u0642\u064e\u0629\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0647\u0650 \u06d6 \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0641\u064f \u0639\u064e\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u06da \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0627\u0646\u0652\u0635\u064f\u0631\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya,\u00a0\u201cYa Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma\u2019aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.\u201d\n\n4) Surat Al-Anbiya, Ayat 87 (Doa Nabi Yunus)\n\n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0670\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e\u0643\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0638\u0651\u064e\u0627\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya,\u00a0\u201c.Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.\u201d\n\n5) Surat Al-Baqarah, Ayat 255 (Ayat Kursi)\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0670\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u0651\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u064a\u0651\u064f\u0648\u0645\u064f \u06da \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0623\u0652\u062e\u064f\u0630\u064f\u0647\u064f \u0633\u0650\u0646\u064e\u0629\u064c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0648\u0652\u0645\u064c \u06da \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u06d7 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a \u064a\u064e\u0634\u0652\u0641\u064e\u0639\u064f \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0625\u0650\u0630\u0652\u0646\u0650\u0647\u0650 \u06da \u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0623\u064e\u064a\u0652\u062f\u0650\u064a\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0641\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u06d6 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u062d\u0650\u064a\u0637\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0627\u0621\u064e \u06da \u0648\u064e\u0633\u0650\u0639\u064e \u0643\u064f\u0631\u0652\u0633\u0650\u064a\u0651\u064f\u0647\u064f \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u06d6 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0626\u064f\u0648\u062f\u064f\u0647\u064f \u062d\u0650\u0641\u0652\u0638\u064f\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u06da \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0651\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u064f\n\nMaksudnya,\u00a0\u201cAllah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. \n\nKepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa\u2019at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. \n\nKursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.\u201d\n\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0641\u0652\u062a\u064e\u062d\u0652 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u0651\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0627\u062a\u0650\u062d\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya,\u00a0\u201c.Ya Tuhan, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan haq (adil). Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.\u201d\n\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062a\u0652\u0645\u0650\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0646\u064f\u0648\u0631\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u06d6 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c\n\nMaksudnya,\u00a0\u201c.Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.\u201d\n\n\u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u0633\u0652\u0631\u0650 \u064a\u064f\u0633\u0652\u0631\u064b\u0627. \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u0633\u0652\u0631\u0650 \u064a\u064f\u0633\u0652\u0631\u064b\u0627\n\nMaksudnya,\u00a0\u201cKerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.\u201d\n\nDari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Nabi\u00a0saw\u00a0bersabda,\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0644\u0627\u064e \u0633\u064e\u0647\u0652\u0644\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0645\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0633\u064e\u0647\u0652\u0644\u0627\u064b \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u062d\u064e\u0632\u0652\u0646\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u064e \u0633\u064e\u0647\u0652\u0644\u0627\u064b\n\nMaksudnya, \u201cYa Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.\u201d\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0640\u0647\u064f\u0640\u064e\u0651\u0645 \u0623\u064e\u0635\u0652\u0644\u0650\u062d\u0652 \u0644\u0650\u064a \u062f\u0650\u064a\u0646\u0650\u064a \u0627\u0644\u0651\u0630\u0650\u064a \u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u0629\u064f \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0652\u0644\u0650\u062d\u0652 \u0644\u0650\u064a \u062f\u064f\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627\u064a\u064e \u0627\u0644\u0651\u062a\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0639\u064e\u0627\u0634\u0650\u064a\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0652\u0644\u0650\u062d\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u062a\u0650\u064a \u0627\u0644\u0651\u062a\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0639\u064e\u0627\u062f\u0650\u064a\u060c \u0648\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u0629\u064e \u0632\u0650\u064a\u064e\u0627\u062f\u064e\u0629\u064b \u0644\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064d\u060c \u0648\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u064e \u0631\u064e\u0627\u062d\u064e\u0629\u064b \u0644\u0650\u064a \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0631\u064d\u0651\n\nMaksudnya, \u201cYa Allah mohon kebaikan pada urusan agamaku kerana itu adalah penjaga semua urusanku. Aku mohon kebaikan pada urusan duniaku kerana itu tempat hidupku. \n\nAku mohon kebaikan pada urusan akhiratku kerana itu tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku waktu istirehat bagiku dari segala keburukan.\u201d\n\nDoa yang diajarkan Nabi saw melalui hadis serta doa-doa para Nabi yang terkandung dalam al-quran adalah sebaik-baik doa yang boleh kita amalkan. Namun begitu, sekiranya kita tidak dapat menghafal doa-doa ini, tidak menjadi masalah untuk kita berdoa mengikut ayat kita sendiri.\n\nAllah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Doa yang apabila dibaca dan dapat difahami oleh diri kita sendiri adalah lebih terkesan di hati kita. Ini kerana, kita memohon pertolongan Allah swt dengan kata-kata yang lahir dari hati kita sendiri.\n\nNamun yang paling penting, kita haruslah sentiasa berdoa kepada Allah swt. Bukan sekadar berdoa ketika berada dalam kesusahan agar Allah membantu dan mempermudahkan segala urusan kita.\n\nTetapi juga kita berdoa kepada Allah swt dalam waktu senang kita, agar kita setiasa bersyukur dan berserah diri kepada Allah swt.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan doa dipermudahkan urusan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Cirit birit atau diarrhea sangat menyiksakan. Naik lembik badan asyik berulang-alik ke tandas. Perut jadi kembung. Nak makan pun tak boleh. Tiap kali ada makanan masuk ke dalam perut, terus akan keluar semula. Lagi kasihan kalau anak kecil yang terkena cirit birit. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengetahui apakah punca cirit birit supaya dapat dielakkan dengan sebaiknya.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan cirit birit? \n\nCirit birit adalah keadaan di mana anda membuang air besar dengan lebih banyak dan kerap berbanding biasa. Najis anda juka cair dan tidak normal. Cirit birit biasanya berlaku selama satu sehingga 4 bergantung kepada tahap keseriusan cirit birit yang dialami.\n\nCirit birit bukanlah penyakit yang merbahaya namun cirit birit serius yang tidak dirawat dan dibiarkan berterusan selama berhari-hari boleh meragut nyawa. Ini berlaku kerana:\n\nBiasanya jika anda mengalami cirirt birit, anda akan mengalam simptom-simptom berikut:\n\nAnda pasti nak tahu apakah punca sebenar cirit birit. Yang sebenarnya cirit birit adalah sejenis jangkitan yang berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar. Jangkitan tersebut boleh berlaku dalam pelbagai cara seperti:\n\nSelain pemakanan, minuman yang kotor dan tercemar juga adalah satu lagi punca cirit birit yang paling sering berlaku. Apabila anda minum air yang kotor dan tercemar, bakteria akan masuk ke dalam perut lalu menyebabkan berlakunya jangkitan cirit birit.\n\nKeadaan tandas di rumah yang kotor juga boleh menjadi punca cirit birit. Ini kerana tandas yang kotor dan tidak dipam selepas penggunaan akan menjadi tempat pembiakan pelbagai bakteria, virus, dan parasit yang boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda menjaga kebersihan tandas di rumah.\n\nTerdapat pelbagai bakteria, virus, dan parasit yang telah dikenal-pasti sebagai punca cirit birit. Di antaranya ialah:\n\nBagaimana anda boleh mencegah cirit birit daripada berlaku?\n\nCirit birit boleh dicegah dengan cara meningkatkan kualiti dan cara hidup anda iaitu:\n\nApa yang boleh anda lakukan semasa cirit birit? \n\nJika anda atau orang tersayang terkena cirit birit, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan:\n\nCirit birit boleh berjangkit. Itulah sebabnya kadang-kadang anda sekeluarga akan terkena cirit birit secara serentak. Untuk mengelakkan cirit birit daripada berjangkit kepada seluruh ahli keluarga, berikut adalah langkah berjaga-jaga yang boleh anda lakukan:\n\nItulah dia punca cirit birit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca migrain,\u00a0punca resdung, dan punca senggugut"
"Jom hidangkan laksa kedah untuk tetamu hari ini!\n\nResepi laksa kedah menggunakan ikan sardin tin tanpa sos dengan mee laksa warna putih. Citarasa rempah masak laksa yang dilengkapi dengan santan, makin menjadikan kuahnya enak dan pekat.\n\nResepi dengan bahan yang mudah dan seadanya namun menghasilkan laksa yang sedap bahkan kuahnya rugi tidak dihabiskan. Laksa kedah sedap dijadikan hidangan kenduri kendara, rumah terbuka dan majlis lainnya.\n\nMasak laksa kedah satu periuk mesti akan habis dalam sekejap. Makan dengan ulam-ulaman seperti timun, lada, selom makin lazat rasanya. Mari jamu selera dengan laksa kedah resepi daripada Liyana Hasan di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi laksa kedah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Semasa bersalin, tubuh badan kita akan akan berubah bentuk dan akan mula mengambang sedikit kerana kandungan kita. Ia adalah perkara normal bagi wanita hamil. Perubahan tubuh badan akan nampak ketara selepas bersalin. Oleh sebab itu, wanita perlu berpantang untuk mendapatkan semula tubuh badan asal.\n\nSalah satu cara untuk mendapatkan kembali tubuh badan asal atau yang lebih cantik adalah dengan memakai bengkung. Bengkung adalah salah satu korset dipakai pada tubuh badan untuk mengembalikan tubuh badan yang l-cantik. Maka anda perlu mencari bengkung yang betul-betul bagus. Apakah ciri-ciri bengkung yang bagus?\n\nMari kami kongsikan kepada anda mengenai ciri-ciri bengkung yang bagus. Info ini dikongsikan oleh Puan Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.\n\n\u2013 kain kapas belacu. Sebab ia menyerap peluh. Ada yang pakai bnegkung moden dari material tak serap peluh. Alasannya nak kasi badan berkuap dan lebih kuat berpeluh. Sedangkan ianya amalan tidak sihat. Dalam peluh ada toksik yang perlu dibuang. Jika pakai material yang menakung peluh, toksik itu akan diserap kembali oleh kulit dan menyebabkan korang akan kena sakit2 kulit pula. So pakai je bengkung kain.\n\n\u2013 tinggi bengkung mestilah dari bawah breast sehingga ke aras lutut. Ada bengkung yang cover perut je. Punggung dan peha akan melambak dan bentuk tubuh ibu akan jadi pear shape sehabis pantang.\n\n\u2013 panjang bengkung biarlah lebih 1 meter. Asalkan menutupi keseluruhan ukur lilit badan.\n\n\u2013 Ada yang beli bengkung zip sebab nak mudah ke toilet katanya. Hakikatnya bengkung pelru sentiasa diselerasakan mengikut ukur lilit tubuh untuk mendapatkan hasil ukur lilit badan yang ideal. Kalau malas pakai zip2 ni, last2 memboyak le lemak tu. Nak cantik mana boleh malas2.\n\n*Sebelum anda membeli bengkung, pastikan bengkung tersebut mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Bengkung yang berkualiti dapat membantu wanita berpantang dengan baik tanpa ada apa-apa masalah. Bukan isteri sahaja yang perlu tahu mengenai hal ini, malah suami juga perlu untuk mengemberikan hati isteri ketika berpantang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kematian itu pasti dan hari-hari ada kematian. Cuma kita tidak tahu bila dan di mana. Kadangkala ternampak juga perkongsian rakan, saudara dan sebagainya yang sedang bersedih atas kehilangan insan tersayang. Ucapan takziah atau ucapan orang meninggal untuk kematian Islam dan bukan Islam adalah tidak sama. Bagi ucapan takziah kematian Islam boleh dilihat perkongsian di bawah ini nanti sebagai contoh.\n\nMaksud Dan Tujuan Mengucapkan Ucapan Takziah Atas Kematian\n\nUcapan takziah menunjukkan pernyataan turut bersedih atau turut berdukacita (kerana kematian atau sebab-sebab yang lain). Justeru itu, pengucapan takziah itu sendiri telah memberikan ketenangan kepada ahli keluarga si mati. Selain itu, dengan pengucapan itu juga menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan tersebut).\u00a0\n\nPerucapan itu umpama satu kata-kata semangat untuk mereka lebih kuat dan redha di atas pemergian si mati. Dalam setiap ucapan akan terselitnya doa untuk si mati yang beragama islam serta doa kepada mereka yang menimpa musibah.\u00a0\n\n15 Contoh Ucapan Takziah Untuk Orang Meninggal Dalam Islam\n\nAntara ucapan takziah yang boleh di ucap atau di lafazkan secara bertulis adalah seperti di bawah ini :\n\nAssalamualaikum, takziah di atas pemergian ibu / bapa/ anak/ mertua/ saudara tercinta. Semoga roh nya dicucuri rahmat.\u00a0\n\nAssalamualaikum, pada (tarikh kematian) saya baru mendapat berita tentang kematian\u00a0 salah seorang ahli keluarga sahabat (nama) saya. Takziah di atas pemergian insan tercinta. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.\u00a0\n\nAl-fatiha buat arwah (nama si mati) dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Serta di masukkan ke dalam syurga, Amin ya Rabbal Alamin.\u00a0\n\nSalam takziah buat sahabat (nama) saya yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada (tarikh kematian). Semoga anda sabar dan tabah dalam menghadapai dugaan ini. Sesungguhnya Allah lebih sayang dia dan semoga beliau (nama si mati) di tempatkan dalam kalangan para soleh / Solehin.\n\nInna Lillahi wa inna ilayhi raji\u2019un (sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali). Semoga setiap amalannya diterima oleh Allah. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar daripada Allah.\n\nSemoga Allah merahmati arwah (nama si mati), muliakanlah kematiannya serta lapangkanlah kuburnya. Sesungguhnya kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal abadi, biarlah beliau rehat di sana setelah berpenat di dunia ini. Semoga beliau di tempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang bertaqwa.\u00a0\n\nSalam takziah, semoga setiap amalan arwah (nama si mati) di dunia menjadi bekalan di akhirat nanti. Dan diharapkan setiap dosanya semasa hidup dapat di ampuni oleh Allah.\u00a0 Jika ada kesalahan yang pernah dilakukan secara sengaja atau tidak harap di ampunkan, sesungguhnya manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Semoga keluarga arwah tetap tabah dan sabar dalam hadapi semua ini.\n\nSalam takziah buat ahli keluarga (nama si mati), sesungguhnya Allah telah menarik segala kesakitan yang di hadapi oleh beliau sepanjang beliau melawan sakitnya selama ini. Sesungguhnya Allah mahukan beliau berehat di sana yang kekal abadi. Semoga beliau aman dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada ahli keluarganya yang sentiasa sabar menjaga beliau dengan ikhlas kerana Allah.\u00a0\n\nInna Lillahi wa inna ilayhi raji\u2019un. Ya Allah, kau ampunilah dosa arwah (nama si mati) lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat untuk berehat arwah berehat selama-lamanya. Berikanlah kesabaran kepada ahli keluarga arwah dan semoga arwah di tempat kan dalam kalangan hamba yang bertaqwa.\u00a0\n\nAl-fatiha buat ahli keluarga (nama si mati). Semoga ahli keluarga arwah tetap sabar dan redha dengan pemergian arwah. Ampunilah, rahmatilah dan ampunilah segala kesilapan yang pernah arwah lakukan secara sengaja atau tidak. Tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga setiap amal yang dilakukan diberkati oleh Allah. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang.\u00a0\n\nKami wakil dari (nama kelab / persatuan) ingin merakamkan\u00a0ucapan takziah di atas berita pemergian ibu / ayah / suami / isteri kepada (nama waris). Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah akan dapat bersabar di atas pemergiaan ini.\n\nMaaf kerana tidak dapat hadirkan diri untuk melawat arwah. Hanya ucapan takziah yang dapat dikirimkan dari jauh ini. Al-Fatihah.\n\nDiriwayatkan Abu \u2018Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: \u201cTidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.\u201d(Riwayat Ibn Majah \u2013 1601)\n\nRasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud: \u201cSesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Semuanya ada ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya. Perintahkanlah dia (perempuan itu) untuk bersabar, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.\u201d (Riwayat Al-Bukhari \u2013 7377)\n\nUcaplah Ucapan Takziah Kematian Islam Dengan Cara Yang Baik\n\nHukum mengucapkan takziah adalah sunat yang di tuntut. Hukum takziah di dalam Islam adalah sunat dan digalakkan untuk menulis ucapan takziah dengan lafaz Bismillah.\u00a0\n\nSetiap ucapan ada tutur caranya supaya ianya tidak akan mendatangkan sebarang fitnah atau membuat seseorang itu terasa hati. Islam itu indah dan mudah. Setiap perbuatan perlulah mengikut tutur caranya. Itulah serba sedikit contoh ucapan takziah kematian Islam untuk perempuan dan lelaki. Ucapan ini bolehlah diucapkan sama ada melalui facebook, instagram, whatsapp, kad atau sebagainya.\u00a0\n\nBaca juga maksud khairat kematian dan manfaatnya untuk umat Islam dan empat golongan yang haram disentuh oleh api neraka."
"Anda ada masalah eyebag atau mata sembap? Artikel ini sangat sesuai untuk panduan anda untuk mengatasi masalah ini. Jom baca petua hilangkan masalah eyebag secara semula jadi. Jika terus dibiarkan, ia akan mencacatkan penampilan anda.\n\nMasalah eyebag seringkali berlaku kepada sesiapa saja tanpa kira umur dan jantina. Namun, ia lebih cenderung berlaku apabila usia semakin meningkat. Ini disebabkan struktur tisu dan otot yang menyokong kelopak mata semakin kurang kestabilannya.\n\nKulit di sekitar mata menjadi kendur dan lemak juga akan turun ke bahagian bawah mata. Yang lebih memburukkan keadaan ialah apabila cecair berkumpul di bawah mata.\n\nMasalah ini menyebabkan mata kelihatan sembap dan seakan-akan ada kantung di bawah mata. Kantung ini kelihatan sedikit bengkak seperti selepas baru menangis. Sebelum kita meneruskan perbincangan tentang petua semula jadi untuk mengatasi masalah eyebag, jom kita baca punca masalah ini.\n\nMasalah eyebag tidaklah berbahaya dan tidak memerlukan rawatan khusus. Namun, jika bengkak di bawah mata itu disertai rasa sakit atau gatal-gatal, dapatkan rawatan perubatan.\n\nOrang yang mempunyai eyebag, kadangkala terdapat juga lingkaran gelap di bawah mata (dark circle). Anda pastinya berasa tidak selesa dan kurang keyakinan kerana \u00a0wajah akan kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.\n\nMasalah ini perlu diatasi dengan lebih awal lagi. Ini kerana rawatan dan produk untuk menghilangkan eyebag dan dark circle menelan belanja yang tinggi. Jadi, apa kata anda mencuba petua untuk mengatasi masalah eyebag secara semula jadi.\n\nJangan risau. Kosnya jauh lebih rendah. Bahan-bahannya juga lebih mudah didapati dan selamat. Teruskan pembacaan anda.\n\nPerkara pertama yang anda perlu tahu ialah adakah anda mendapat tidur yang berkualiti selama ini. Jika tidak cukup tidur, bahagian mata pastinya yang paling teruk terjejas.\n\nSelepas bangun, anda mesti rasa mata terlalu berat dan letih. Ini kerana waktu tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan kesihatan mata. Oleh itu, pastikan anda tidur awal. Dapatkan tidur yang lena sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari.\n\nJika anda ada masalah untuk tidur, letakkan aroma terapi di dalam bilik. Anda juga boleh memasang bacaan al-Quran untuk memberi ketenangaan. Malahan, anda juga boleh memasang muzik yang mendamaikan hati.\n\nJangan makan berat sebelum tidur. Ia akan mengganggu proses badan untuk berehat. Yang paling baik, lakukan aktiviti fizikal pada waktu petang agar badan mudah letih pada waktu malam. Ini akan memudahkan anda tidur lena.\n\nJika mata terasa letih, cuba petua ini. Ambil 1 kiub ais yang kecil dan balutkannya dengan sehelai tuala bersih. Tekap pada sekitar mata. Ulang beberapa kali. Buat dengan kerap.\n\nAnda juga boleh mencelupkan kapas muka ke dalam air sejuk. Letakkan di bawah mata untuk seketika. Hasilnya, mata anda pasti terasa segar.\n\nPenggunaan timun dari sudut kecantikan tidak dapat disangkal lagi. Kandungan air dan antioksidan yang tinggi akan membuatkan sekitar mata menjadi lembap dan segar.\n\nCaranya ialah ambil hirisan timun yang nipis. Letakkan di atas kedua-dua belah mata. Jika anda hendakkan kesan yang optimum, boleh menggunakan jusnya pula. Setelah dikisar dengan sedikit air, celupkan kapas muka ke dalamnya. Kemudian, letakkan di atas mata dan biarkan kering.\n\nYogurt sangat kaya dengan kalsium, vitamin A, tiamina, riboflavin dan niasin. Selain bagus untuk kesihatan tubuh dan tulang, ia juga sangat baik untuk mata. Selain boleh dimakan begitu saja, anda juga boleh menjadikannya masker untuk mengatasi eyebag.\n\nCaranya ialah ambil sesudu yogurt dan sapukan di keseluruhan wajah, termasuk juga kawasan mata. Biarkan sehingga kering. Yogurt berkesan untuk melembapkan kulit. Oleh itu, ia dapat mengurangkan garisan halus dan kesembapan di bawah mata.\n\nSalah satu sebab mata nampak seperti \u2018panda\u2019 dan kurang bermaya ialah disebabkan cara menanggalkan solekan yang salah. Pencuci muka biasa saja tidak mampu membersihkan sekitar mata dengan baik.\n\nIni kerana berbanding bahagian lain, wanita suka memfokuskan kawasan mata ketika bersolek. Tidak cukup dengan bedak asas, bedak tabur, concealer, eye shadow malahan disapukan juga maskara. Jika bahan-bahan di dalamnya sukar ditanggalkan, anda perlu menggunakan teknik double cleansing.\n\nTeknik ini menggabungkan pencuci muka biasa dengan jenis yang berminyak (cleansing oil). Dengan cara yang betul, kesan solekan dapat dibuang dengan sebaik-baiknya.\n\nPengambilan nutrisi yang berkhasiat akan membantu menjaga kesihatan mata. Kurangkan pengambilan garam, elakkan tabiat merokok dan minum alkohol. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sumber makanan yang mempunyai warna kemerahan, kehijauan dan kekuningan sangat baik untuk mata.\n\nIni kerana makanan-makanan ini kaya dengan lutein, mineral dan zeaxanthin yang memberikan khasiat maksimum untuk mata. Pastikan anda lebihkan makanan yang mempunyai vitamin A, B, C, D, E, lutein, zeaxanthin., omega 3 dan antioksidan.\n\nAntara makanan yang terbaik untuk mata ialah produk soya, kekacang, telur, keju, lobak merah, sayuran hijau dan ikan. Jika ada sebarang masalah mata, dapatkan rawatan dengan cepat.\n\nJangan sesekali menggosok mata dengan kuat kerana kulit di sekitar mata sangat lembut dan sensitif. Ia mudah luka dan memberi kecederaan kepada mata. Selain itu, ada sesetengah orang yang ada alahan pada makanan tertentu.\n\nAntara alahan ialah pada kekacang, makanan laut, telur, gluten dan sebagainya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan sebegini. Salah satu kesan alahan ialah mata akan menjadi bengkak.\n\nNampaknya, setakat ini saja perkongsian penulis tentang petua hilangkan eyebag secara semula jadi. Jika anda ada masalah eyebag, rasanya tak perlu susah hati lagi. Apa kata cuba dulu mana-mana tips yang dikongsikan ini.\n\nBanyak lagi petua yang boleh dibaca dalam bidadari.my. Antaranya tentang petua bibir merah dan petua muka glowing. Mari sama-sama tambahkan pengetahuan untuk panduan kita."
"Jom cuba resepi brownies nutella ini.\n\nRamai kaum wanita merasa tercabar jika disuruh membuat brownies. Banyak yang membayangkan bahawa membuat brownies adalah sukar. Menyukat bahan-bahan, membuat adunan sampai memanggang brownies bukan perkara mudah.\n\nNamun, khas untuk anda-anda pengunjung yang dikasihi. Kami menghadirkan untuk anda resepi brownies yang paling senang diabad ini. Senang sebab cuma menggunakan tiga bahan sahaja. Selain senang, sedap pula! Confirm siapa yang mencuba akan suka.\n\nTiga bahan yang digunakan ialah Nutella, telur dan tepung. Supaya tampak comel boleh letakkan dalam cup kecil dan dihias dengan topping nutella bagi nampak menarik. Anak-anak mesti lagi tertarik untuk makan. Adunan ini dapat 18-20 cups kecil. Kalau mahu banyak gandakan resepi.\n\nTanpa membuang masa, sila tengok resepi yang telah kami tuliskan di bawah ini. Resepi yang telah mendapat perkongsian seramai 7K. Dikongsikan oleh\u00a0Zett Rossy\u200e\u00a0di Facebook.\u00a0Jika ada masa sambil-sambil boleh cuba buat resepi brownies mudah menggunakan tiga bahan ini. Semudah sekedip mata.\n\n1. Kacau Nutella dan telur hingga sebati. Pakai garpu pun boleh. Bukan nak kena gebu pun adunan tu.\n\n2. Jika sudah sebati, masukkan tepung. Sebatikan tak perlu pakai baking powder.\n\n3. Sudukan dalam cups atau jika mahu terus tuang ke loyang pun ok.\n\n4. Bakar 160\u2103 selama 15-20 min ikut oven masing-masing. Tengok dia naik membukit. Tak perlu letak baking powder pun.\n\n5. Kalau sudah siap, tunggu sejuk sebelum dihias topping. Kasih hias topping nutella bagi nampak lagi menarik. Ready untuk dihidang.\n\nSelain resepi brownies nutella, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ibarat kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Ramai mengatakan bahawa pergaduhan merupakan asam garam rumahtangga namun bagaimana pula halnya jika pertelingkahan itu berlarutan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada isteri seperti kes dera atau memukul isteri?\n\nRamai yang mengetahui jika sang suami sudah tidak berkeinginan untuk terus hidup bersama isteri maka dia (suami) boleh menjatuhkan talak dengan melafazkan ungkapan cerai. Namun bagaimana pula situasinya jika sang suami tidak mahu \u00a0melepaskan tetapi isteri tetap berkeinginan untuk menuntut cerai? Alasan diberikan mungkin sudah tidak sehaluan dengan suami dan perasaan cinta sudah mulai hilang.\n\nJika ini berlaku maka sang isteri boleh meminta cerai dengan tiga cara iaitu cerai taklik, cerai fasakh dan akhir sekali cerai tebus talak. Cerai jenis tebus talak dimana talak yang dilafazkan suami dalam situasi ini dianggap sebagai talak ba-in sughra yakni tidak boleh dirujuk kembali. Jom lihat apa itu tebus talak, hukum dan sedikit panduan kepada isteri tentang tebus talak.\n\nApakah Tebus Talak?\u00a0Maksud\u00a0Tebus\u00a0Talak\n\nTebus Talak atau juga dinamakan Khuluk merupakan talak yang terjadi apabila sang isteri berkeinginan atau bersungguh dan yakin mahu menyatakan hasratnya untuk bercerai dan tidak lagi mahu hidup bersama suami. Tebus Talak telah disyariatkan untuk tujuan memenuhi keperluan isteri di mana isteri dapat menebus dirinya supaya suami membebaskannya.\n\nCara tebus talak adalah isteri perlu mengembalikan mas kahwin yang telah mereka persetujui sebelum ini kepada suami. Khuluk merupakan salah satu bentuk talak dimana ia adalah suatu perceraian yang berlaku dengan tebusan yang dilakukan dan dituntut oleh isteri kepada suaminya. \n\nTebus Talak telah disyariatkan di dalam Al-Quran yang membawa erti sekiranya kedua-dua suami dan isteri khuatir sekiranya tidak dapat menunaikan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah seseorang itu berdosa sekiranya mengemukakan tebus talak yang diminta oleh isteri kepada suami untuk menebus dirinya.\n\nRasulullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud \n\n\u201cTelah diriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa sesungguhnya isteri kepada Thabit bin Qais telah datang menemui Rasulullah dengan pertanyaan, \u2018Wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya saya tidaklah berniat mengaibkan akhlak dan agama suami saya Qais, akan tetapi saya sudah tidak menyukainya dan juga tidak lagi berhajat untuk hidup bersamanya menyebabkan saya telah melakukan maksiat kerana kebencian yang sangat melampau kepada suami dan dikhuatiri akan mendorong saya terus melakukan kekufuran supaya terfasakh perkahwinan kami,\u2019 \n\n\u2018Mahukah kamu kembalikan kepadanya mahar perkahwinan yang telah diberikan suamimu kepada kamu sebelumnya\u2019 Jika ya, maka seusai isteri mengembalikan mahar itu dan suami menerimanya maka bercerailah kalian dengan talak satu.\u201d\n\nHukum Tebus Talak atau dalam bahasa Arab disebut sebagai Khuluk adalah harus. Khuluk tidak akan berlaku sehingga isteri melakukan tebusan berbentuk harta kemudian diberikan kepada suami. Namun jika harta tebusan diketahui dan telah disebut semasa lafaz khuluk maka tebusan itu wajib diberikan oleh isteri kepada suami. \n\nLain pula halnya jika suami melafazkan kalimah khuluk untuk tujuan talak tanpa melafazkan sebarang harta tebusan dan juga tidak terlintas di hatinya untuk mendapatkan tebusan maka talak ini jatuh kepada talak biasa yang hanya menggunakan lafaz khuluk sebagai kinayah iaitu hiasan semata.\n\nTebus Talak juga tidak akan jatuh melainkan yang dituntut oleh isteri yang berakal atau kurang matang yang masih belum layak mengambil sebarang keputusan dan juga tidak ada kuasa untuk menguruskan sesuatu. Jika suami masih meneruskan untuk melafazkan khuluk kepada isterinya yang dalam keadaan begitu maka talak yang berlaku disebut sebagai talak raj\u2019I dan suami masih ada hak untuk menebus khuluk. \n\nSuami juga tidak boleh rujuk kembali kepada isterinya semasa tempoh idah apabila telah melafazkan talak khuluk melainkan dengan mengadakan akad dan mas kahwin yang baru dan isteri berhak membuat keputusan untuk kembali kepada suami atau tidak.\n\nIsteri yang menerima lafaz khuluk dari suaminya tidak boleh dizihar atau diila\u2019 oleh bekas suaminya sepanjang tempoh idah. Talak, zihar dan illa\u2019 yang dilafazkan oleh suami yang melafazkan khuluk tidak akan memberi sebarang kesan ke atas bekas isteri kerana lafaz khuluk sudah terang-terang menjadikannya bukan isterinya lagi.\n\nBerikut adalah sedikit panduan kepada isteri tentang tebus talak:\n\n1. \u00a0\u00a0\u00a0Apabila perasaan benci mula timbul dalam hati maka tebus talak adalah diharuskan, tetapi tebus talak hanya dibenarkan apabila isteri mula membenci suaminya kerana sebab-sebab tertentu dan menuntut perceraian. Jika perasaan benci lahir daripada suami, \u00a0suami tidak boleh menebus talak daripada isterinya, tetapi boleh terus melafazkan talak apabila bimbang berlaku pertelingkahan yang boleh menyebabkan kemudaratan.\n\n2. \u00a0\u00a0\u00a0Isteri tidak boleh sama sekali menebus talak kecuali berada dalam keadaan darurat seperti contoh suami tidak mahu menunaikan perintah Allah walaupun disuruh atau isteri tidak dapat menunaikan kewajipannya dengan baik terhadap suaminya.\n\n3. \u00a0\u00a0\u00a0Apabila suami mula menyakiti isterinya tidak kira sama ada dari segi zahir atau batin sehingga menyebabkan isteri terpaksa meminta cerai dengan cara tebus talak daripadanya. Jika perkara sebegini berlaku maka suami tidak mempunyai sebarang hak untuk mengambil apa-apa pun daripada isterinya sebagai tebusan kerana perbuatan suami itu dianggap sebagai maksiat.\n\no \u00a0\u00a0\u00a0Harta yang akan diambil oleh suami sebagai tebusan digalakkan tidak melebihi mas kahwin yang telah diberikan kepada isteri sebelumnya.\n\no \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apabila isteri telah menerima lafaz khuluk atau telah ditebus talak oleh suaminya maka wanita itu mestilah menjalani tempoh idah selama satu kali haid.\n\no \u00a0Suami yang telah melafazkan cerai dengan cara khuluk, tidak boleh merujuk kembali dengan isterinya semasa tempoh idah melainkan dengan akad dan mas kahwin yang baru.\n\no \u00a0\u00a0\u00a0Bapa kepada isteri juga boleh menebus talak bagi pihak anak perempuannya yang masih kecil sebagai gantian kepada anaknya yang masih belum matang.\n\nItulah dia sedikit sebanyak tentang cerai tebus talak. Namun jika masalah dapat diselesaikan, itu adalah terbaik. Sebagai isteri, mungkin anda boleh berikhtiar dan cuba mengingatkan suami tentang detik-detik manis sewaktu kalian mula-mula kenal.\n\n Jadilah air sewaktu suami menjadi api supaya keadaan rumahtangga tidak menjadi tegang sehingga menyebabkan anda terpaksa menebus talak. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit panduan buat anda. Jemput baca kata-kata semangat tipspemakaian purdah dan kisah Nabi Yusuf juga."
"Punyalah berhabis duit gaji tiap bulan untuk membeli produk kecantikan. Tak kira lelaki atau perempuan, semuanya nak nampak cantik. Kulit yang tanpa cela dan mulus menjadi igauan semua. \n\nNamun, impian sekadar mimpi di siang hari. Setiap kali tatap wajah sendiri di cermin, hati tetap kecewa. Kulit tetap kusam, tak berseri dan ada saja masalah kulit yang memeningkan kepala.\n\nTahukah anda, tak guna kita pakai barangan muka berjenama mewah sekalipun jika perkara paling asas tak diendahkan. Apakah perkara asas yang begitu penting? Sudah tentulah cara mencuci muka. \n\nKedengaran macam perkara ringan kan? Sebenarnya untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih, berseri dan sihat bermula dengan teknik mencuci wajah yang betul. Biasanya apa yang kita buat? Sekadar picitkan sedikit pencuci muka, urut ala kadar dan terus basuh muka. Betulkan?\n\nDalam artikel ni, akan dikongsikan kesilapan yang selalu dilakukan ketika mencuci muka dan teknik mencuci muka yang betul. Tips cara penjagaan muka yang efektif. Teruskan pembacaan anda.\n\n1.Lupa dan malas nak cuci muka sebelum tidur\n\nSetelah seharian suntuk bekerja di luar atau buat kerja rumah, kulit wajah kita terdedah dengan pelbagai kekotoran. Kekotoran daripada solekan, peluh dan minyak semula jadi di kulit akan berkumpul. \n\nOleh itu, kita perlu mencuci muka sebelum tidur. Jika dibiarkan, lama-kelamaan kulit akan menjadi kusam, dipenuhi jerawat dan mengalami keradangan.\n\n2.Tak cuci muka selepas bangun tidur\n\nSeperti juga sebelum tidur, kita mesti mencuci muka dengan betul selepas bangun tidur. Kekotoran di bantal, minyak yang terhasil ketika tidur dan bakteria daripada air liur, pastinya akan mencemari kulit wajah juga.\n\n3.Mandi dengan air yang terlalu panas\n\nKetika musim hujan, pastinya kita suka menggunakan pemanas air. Namun, suhu yang terlalu tinggi tak bagus untuk kulit wajah. Kulit wajah akan menjadi kering kerana air panas menyingkirkan minyak semula jadi di wajah. Malahan, kulit akan hilang keanjalan dan mudah berasa gatal apabila terlalu kering.\n\nSebelum membeli sesuatu produk, pastikan kita mempunyai sedikit ilmu. Bukan semua pencuci boleh dipakai sewenang-wenangnya. Pastikan anda tahu tentang jenis kulit iaitu kulit kering, berminyak, normal atau kombinasi.\n\nPastikan juga anda mengetahui tahap kulit anda sama ada sensitif atau ada masalah kulit seperti ekzema, rosacea dan sebagainya. Jika kurang pasti tentang perkara ni, anda boleh merujuk pakar dermatologi.\n\n5.Guna sabun badan untuk cuci muka\n\nRasanya ni bukan perkara pelik jika ada antara kita yang buat kan? Ketika mandi, anda terus menyapu sabun badan ke bahagian muka. Sebenarnya, sabun untuk badan tak sesuai sama sekali untuk wajah.\n\nSabun badan mempunyai nilai pH yang tinggi kerana fungsinya untuk menanggalkan kekotoran dan daki di badan. Malahan, kulit pada bahagian badan tak sesensitif seperti kulit muka. Oleh itu, buang tabiat ni jauh-jauh. Ia bukan saja merosakkan kulit muka, malah akan mengakibatkan kekeringan dan iritasi.\n\nAda orang yang memang malas nak basuh muka, kalau boleh nak terus tidur saja. Ada pula yang terlebih rajin. Sebenarnya, cara ni pun salah. Disarankan kita membasuh muka hanya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. \n\nNamun, jika anda buat aktiviti berat seperti bersenam dan berkebun, anda boleh membasuh wajah ketika itu. Begitu juga jika mengenakan solekan yang terlalu tebal, memakai krim sunblock yang banyak dan bekerja di luar, anda boleh basuh muka lebih daripada dua kali.\n\nKetika mencuci wajah, pastikan tangan anda basah dan mengurut muka dengan lembut. Jangan tonyoh muka dengan harapan semua kekotoran hilang serta-merta. Begitu juga ketika scrub muka. Lakukan dengan lembut dan jangan sesekali menekan kulit muka dengan kasar.\n\nCukuplah sekadar mengurut di seluruh muka dan jangan terlalu lama. Ikut arahan cara penggunaan pada setiap produk tersebut. \n\n8.Hanya gunakan tisu basah untuk bersihkan muka\n\nJika anda menggunakan solekan yang tebal, pastikan selepas menggunakan tisu basah anda mencuci muka seperti biasa. Tisu basah hanya mampu membersihkan peluh, kotoran dan minyak secara minima.\n\nIa tak mampu membersihkan muka secara total. Tisu basah boleh digunakan untuk mengelap wajah saja bukan untuk mencucinya. Jangan lupa untuk menggunakan pencuci muka untuk menanggalkan sisa kekotoran.\n\nNampak remeh, namun ni juga punca masalah kulit. Tuala mandi sepatutnya digunakan untuk mengelap badan saja. Oleh itu, sediakan tuala muka yang kecil khas untuk kegunaan wajah.\n\nWalaupun anda sudah mandi bersih-bersih, bakteria masih terdapat pada tuala mandi. Oleh itu, gunakan tuala kecil dan keringkan ia selepas digunakan. Gantikan tuala muka yang baru setiap dua hari.\n\nDah tahu kesalahan yang biasa dilakukan bukan? Seterusnya, mari kita ambil tahu cara mencuci muka dengan betul. Lepas anda amalkan tips yang dikongsikan ni, kulit muka anda pasti berseri-seri.\n\nIngat ya perkara paling penting ni! Sebelum picit atau tuang krim pencuci di telapak tangan, basuh tangan terlebih dahulu. Jangan pula bakteria di tangan dipindahkan ke muka. Sia-sia saja anda cuci muka.\n\nJangan sesekali basuh muka dengan air yang bersuhu ekstrem sama ada terlalu panas atau sejuk. Ia akan menyebabkan kapilari darah yang paling halus pecah dan mengakibatkan kemerahan di bahagian pipi dan hidung. \n\nGunakan air suam kerana ia akan memelihara kelembapan kulit. Selain itu, air suam lebih menyegarkan kulit dan mampu membuang sisa kekotoran.\n\n3.Buang kekotoran pada wajah terlebih dahulu\n\nJika anda ada mengenakan solekan, pastikan menggunakan make-up remover atau pencuci minyak berasakan minyak (oil cleanser). Bahan dalam solekan tak mudah ditanggalkan menggunakan pencuci biasa. Ia perlu menggunakan pencuci khas.\n\nOil cleanser biasanya disapukan ke wajah tanpa menggunakan air. Urut perlahan sekeliling muka dan barulah dicuci dengan air. Ia merupakan cara efektif untuk menanggalkan solekan dan kotoran degil di wajah. Selepas itu, barulah gunakan pencuci wajah harian anda.\n\nKetika cuci muka, fokuskan pada bahagian yang paling bermasalah di wajah iaitu zon T. Zon T terdiri daripada bahagian dahi, pipi dan dagu. Ketiga-tiga bahagian ini paling berminyak dan mudah tumbuh jerawat.\n\nOleh itu, ketika mencuci muka, lebihkan perhatian pada bahagian-bahagian ini. Jangan lupa juga cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. \n\nJika anda pernah membuat rawatan wajah di spa, pasti beautician di situ akan mengurut wajah dengan lembut. Anda juga berasa sangat segar dan tenang. Sebenarnya, mengurut wajah banyak kebaikan kepada kulit muka.\n\nAnda tak perlu menjadi pakar kecantikan. Cukuplah ketika mencuci muka, urut muka secara membulat daripada bahagian leher atau dagu dan ke atas. Cara ini akan membuat aliran darah menjadi lancar dan melambatkan proses penuaan. \n\nSelepas cuci muka, biarkan lebihan air di wajah kering dengan sendirinya. Elakkan menggunakan tuala muka kecuali anda tak cukup masa kerana perlu berkejar ke tempat kerja dan sebagainya. Jika gunakan tuala, pastikan ianya bersih.\n\nOleh itu, sebaik-baiknya selepas cuci muka pada waktu malam, biarkan seketika. Segala khasiat daripada pencuci muka dapat diserap terlebih dulu.\n\nSetiap dua minggu sekali, jangan lupa skrub muka untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan sisa kotoran yang degil. Terdapat pelbagai jenis skrub muka yang bagus di pasaran.\n\nYang penting, jangan gosok muka terlalu kasar. Cukup buat urutan lembut dan kemudiannya cuci muka bersih-bersih.\n\nSelepas buat semua langkah di atas, jangan lupa memakai toner, serum, pelembap wajah, krim sunblock dan sebagainya. Setiap produk tersebut mempunyai manfaat dan fungsi yang tertentu. Jika anda rajin dan konsisten, pasti anda akan mempunyai kulit yang sangat cantik.\n\nItu saja perkongsian tentang cara-cara mencuci wajah secara efektif dalam artikel ini. Semoga bermanfaat tips cara penjagaan muka ini.\n\n*Jemput juga membaca artikel lain kami seperti scrub muka terbaik dan serum terbaik yang mungkin membantu anda."
"Pepper spray adalah aksesori yang biasa ada dalam handbag anak gadis dan wanita masa kini. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Kalau bawa pepper spray rasa yakin sikit nak berjalan, terutamnya bila berjalan sendirian. \n\nNamun pepper spray yang dijual di Malaysia adalah agak mahal dan yang paling tak best, dah lah mahal ada tarikh luput pula tu. Dah beli mahal-mahal, tak guna, sampai tarikh luput kena buang.\n\nKami tertarik dengan sebuah post tulisan anak gadis Filipina yang bernama Marry Ferjel Babasa\u00a0yang mendapat 99 ribu share difacebook ini. DIY pepper spray yang mudah dengan kos yang murah. Bahannya cuma ada 3. Anda boleh cuba ya.\n\nMudah sungguh kan! Tunggu apa lagi. Jom beli botol spray."
"Secara ringkas, jerebu ialah fenomena yang berlaku apabila kepekatan aerosol mencukupi untuk terserak dalam cahaya tampak di atmosfera lalu menghasilkan julat penglihatan yang berkurangan dari kebiasaan. Pembentukan jerebu adalah sangat berkaitan dengan faktor seperti:\n\nJerebu berlaku dalam keadaan cuaca yang stabil dengan kelajuan angin yang rendah dan secara termodinamik terbalik. Jerebu juga boleh berlaku apabila jumlah gas sekunder (gas yang tidak hadir pada kebiasaannya) yang tinggi seperti ozon permukaan berinteraksi dengan sebatian organik yang meruap untuk membentuk aerosol organik sekunder (SOAs).\n\nJerebu boleh didefinisikan sebagai kewujudan zarah kering dan asap di atmosfera apabila kelembapan relatif di atmosfera dianggap lebih rendah daripada biasa (<80%) dan jarak penglihatan adalah kurang daripada 10 km.\n\nKeadaan jerebu telah dikaitkan dengan aktiviti perindustrian, pelepasan asap lalu lintas dan pembakaran biojisim seperti hutan.\n\nPembakaran tidak lengkap terutamanya dari biojisim di kawasan yang luas biasanya menyumbang sejumlah besar asap dan zarah halus untuk diangkut merentasi sempadan dari sumber utama mereka disebabkan arahan angin serantau.\n\nFaktor meteorologi seperti suhu, hujan, kelembapan relatif, dan kestabilan atmosfera serta interaksi fizikal dan kimia akan menentukan tahap sebaran zarah dan komposisinya semasa proses penyebaran jerebu.\n\nDisebabkan konsistensi zarah halus di atmosfera dan keupayaan zarah yang boleh diangkut ke kawasan yang besar, kesan jerebu biasanya akan berskala serantau.\n\nJerebu yang disebabkan oleh pembakaran biojisim melalui kebakaran hutan dan pembakaran gambut merupakan kebimbangan utama dunia kerana hal ini memberi kesan buruk terhadap kualiti udara serantau seperti yang sering berlaku di kawasan Asia Tenggara (SEA).\n\nHampir setiap tahun, episod jerebu akibat pembakaran biojisim ini telah menjejaskan ekonomi dan kehidupan harian penduduk dalam wilayah ini, terutamanya di Indonesia, Malaysia dan Singapura.\n\nTambahan pula, episod Jerebu menyumbang kepada sejumlah besar bahan pencemar di udara yang mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan manusia.\n\nPenemuan daripada data mikroskop elektron imbasan menunjukkan bahawa 94% daripada zarah dalam jerebu berada di bawah diameter 2.5 \u00b5m. Maka, bahan pencemar ini boleh dengan mudah memintas metabolisme pertahanan badan yang normal dan menembusi jauh ke dalam alveoli paru-paru untuk menyebabkan potensi masalah berkaitan pernafasan..\n\nSelain itu, pembakaran terbuka terutamanya yang berskala besar seperti kebakaran biojisim ini boleh menyumbang kepada pemanasan global dan perubahan iklim disebabkan pelepasan sejumlah besar gas rumah hijau dan produk pryogenik (bahan bakar). Oleh itu, kefahaman terhadap fenomena jerebu adalah sangat penting untuk menghasilkan prosedur perancangan dan mitigasi masa depan.\n\nIklim di Malaysia sebahagian besarnya dikuasai atau dipengaruhi oleh angina monsun Asia-Australia dengan dua regim monsun yang bertentangan iaitu monsun musim sejuk boreal (monsun timur laut, NEM) dan monsun musim panas boreal (monsun barat daya, SWM).\n\nAngin NEM biasanya berlaku dalam bulan Disember hingga Februari dan merupakan tempoh hujan di Malaysia, sementara angin SWM biasanya jatuh pada bulan Jun hingga Ogos dan merupakan tempoh kering.\n\nSelain itu, perubahan iklim tahun ke tahun sebahagian besarnya dipengaruhi oleh fasa El Nino dengan tempoh selama 2-7 tahun. Semasa El Nino (fasa panas), Malaysia serta kawasan-kawasan lain Asia Tenggara cenderung untuk mengalami kemarau yang berpanjangan. Manakala semasa fasa La Ni\u00f1a (fasa sejuk), rantau ini cenderung untuk berlakunya kejadian banjir teruk.\n\nMusim El Nino biasanya bermula pada musim bunga, berkembang dan memuncak pada musim sejuk, dengan ciri-ciri yang tidak tetap di seluruh SEA sepanjang musim ini berlaku. Perubahan kuantiti hujan secara anomali (tidak normal) dapat menunjukkan variasi pengaruh El Nino ini. Walau bagaimanapun, keadaan anomali yang berkaitan dengan El Nino bukan sahaja bergantung kepada kekuatan dan keamatan El Nino, tetapi juga suhu permukaan laut serantau khususnya di laut SEA.\n\nInfografik kesan buruk El Nino oleh BHonline\n\nSecara umumnya, corak anomali hujan menunjukkan penyebaran kawasan utara-timur kawasan kemarau dari permulaan negeri El Nino hingga penamatnya.\n\nSemasa peringkat awal El Nino pada musim panas, hampir seluruh rantau benua mengalami keadaan yang lebih kering daripada biasa, terutama di Sumatra dan Kalimantan.\n\nKeadaan kering ini, ditambah dengan suhu hangat yang dikaitkan dengan El Nino akan menjadikan kebakaran besar-besaran di Sumatera dan Kalimantan sukar dipadamkan.\n\nAnomali angin pada bulan Jun hingga Ogos sebahagian besarnya di selatan, meningkatkan angin monsun musim panas. Hal ini akan memudahkan pengangkutan jangka panjang asap dari Sumatera dan Kalimantan ke utara Singapura, Semenanjung Malaysia, Sarawak, Brunei dan Sabah.\n\nSemasa tempoh September hingga November, bahagian selatan Sumatera dan Kalimantan terus mengalami defisit (kekurangan) hujan, dengan kawasan yang terjejas yang meluas ke seluruh wilayah Borneo.\n\nKebakaran boleh menjadi sangat aktif dalam tempoh masa ini di selatan Sumatera dan Kalimantan.\n\nKeadaan ini berterusan sehingga fasa matang El Nino. Kejadian jerebu di utara Sarawak, Brunei dan Sabah pada tahun 1998 berkaitan dengan kebakaran tempatan boleh dikaitkan dengan keadaan kering dalam hal ini.\n\nPada bulan Mac hingga Mei, selepas puncak fasa El Nino, hanya kawasan hujung utara Borneo adalah tidak normal. Dalam tempoh ini, keadaan di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Kalimantan kembali normal atau sedikit di bawah normal, seterusnya meminimumkan risiko kebakaran di rantau ini.\n\nSemasa Februari hingga April pula, Sabah dan bahagian utara Sarawak cenderung mengalami keadaan yang lebih kering semasa El Nino yang kuat, termasuklah wilayah di bahagian barat daya Sarawak, sementara wilayah barat Kalimantan, mengalami keadaan basah secara anomali. Malah, pada Februari 2016, banjir berlaku di kawasan Kuching dan Pontianak, manakala di Sabah dan juga di kawasan utara Sarawak, kemarau teruk sedang berlaku.\n\nWalaupun kebakaran berskala besar di Indonesia telah berlaku dan direkodkan sejak zaman paleo, kekerapan bagi kebakaran hutan sebelum tahun 1960-an adalah agak jarang berlaku.\n\nSejak awal tahun 1960, peristiwa-peristiwa ini telah berlaku lebih kerap merentasi Benua Maritim, terutamanya di wilayah selatan Kalimantan dan Sumatera timur.\n\nHal ini mungkin oleh disebabkan peningkatan penggunaan tanah untuk aktiviti pertanian di rantau ini. Fenomena jerebu ini hampir sentiasa dikaitkan dengan fasa El Ni\u00f1o.\n\nSeperti yang dibincangkan sebelum ini, El Ni\u00f1o cenderung untuk menyebabkan episod kemarau berpanjangan di kawasan-kawasan ini semasa fasa pembangunan (Jun hingga November). Di samping meningkatkan risiko kebakaran hutan yang tidak terkawal, kekurangan hujan juga memanjangkan masa pembakaran.\n\nRajah kesan kemarau oleh El Nino\n\nNamun, peranan El Ni\u00f1o boleh dianggap sebagai faktor sekunder apabila kebakaran kini lebih berkaitan dengan aktiviti manusia dalam sektor pertanian, perhutanan dan perladangan.\n\nJemput juga baca artikel jenis ikan dan pencemaran udara di Malaysia"
"Dalca ayam amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. \u201cNasi Dalca\u201d biasanya ia dipanggil, hidangan ini telah menjadi antara makanan yang dicari masa makan tengah hari.\n\nSelayaknya nasi dalca, dalca ayam selalunya dijual di kedai-kedai mamak. Ia juga biasnaya dijadikan lauk dimakan dengan nasi kandar di kedai mamak.\n\nResepi dalca ayam amatlah mudah. Tidak menggunakan bahan-bahan yang sukar serta cara penyediaan yang juga mudah.\n\nResepi dalca ayam tumis darat simple dikongsikan oleh Nazhatulshima Hashim di laman Facebook. Sila cuba pasti anda suka.\n\nSelain resepi dalca ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ramai yang menggemari\nsos keju dari KFC bukan? Rasanya yang betul \u2013 betul berkeju membuat kita menjilat\njari, akan tetapi harganya tidaklah murah terutama bagi yang mempunyai keluarga\nyang besar. Sudah tentu menelan kos yang tinggi. Di ambang 2019 ini, pasti kita\nperlu mempunyai alternatif lain untuk menyediakan hidangan, seperti dengan\nmenyediakannya sendiri. Rasanya juga boleh diubah mengikut kepada selera kita.\nBoleh jadi ianya lebih berkeju, atau lebih pedas, terpulang kepada anda. Selain\nitu, dengan membuatkan ianya sendiri, pasti sahaja kosnya akan menjadi lebih\nmurah. \u00a0\u00a0\n\nOleh itu hari ini\nkami akan bawakan resepi sos keju ala KFC yang boleh anda buat sendiri di\nrumah. Cara pembuatannya ringkas, tidak menelan masa yang lama. Bahan \u2013\nbahannya juga boleh didapati di pasaraya berdekatan anda. Nanti, bolehlah kita\nmencicah snek bergoreng kita bersama sos keju ala KFC ini. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Riesha Iman dan terdapat banyak perkongsian di Facebook. Wah! Pasti menjadi. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat! \n\nBolehlah anda cicahkan sos ini bersama snek gorengan anda. Sos ini juga boleh bertahan selama 2 minggu. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi sos keju ini, terdapat beberapa lagi buah resepi yang anda boleh cuba. Nanti, bolehlah dihidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!"
"Kita selalu minum air teh panas, teh o ais, teh ais dan pelbagai jenis teh lagi. Teh sedap diminum waktu pagi dan petang, Lebih-lebih lagi jika musim hujan, memang sedap minum teh panas-panas sambil makan biskut.\n\n Zaman sekarang teh telah diperkenalkan dari pelbagai negara seperti serbuk teh dari negara China, Thailand dan lain-lain lagi. Tetapi pernahkah anda minum teh berempah atau lebih dikenali sebagai Indian Masala Chai?\n\nTeh ini amat popular di negara India kerana rasa tehnya berempah, berlemak dan sedap. Ia dimasak atas api, jadi memang teh ini dihidang panas-panas di meja. Bukan semua kedai menjual masala chai ini.\n\nJika teringin minum masala chai, kita juga boleh membuatnya sendiri di rumah. Bagaimana?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai resepi teh berempah atau indian masala chai. Info ini dikongsikan oleh\u00a0Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. \n\nResepi Masala Chai atau teh berempah\n\n1. Masuk dalam lesung. Dah tumbuk kasar. Jangan risau kalau lesung ni pernah guna untuk tumbuk cili. Chai Masala memang ada pedas-pedas sikit. \n\n2. Reneh air dalam periuk, masukkan rempah yang telah ditumbuk dan serbuk teh sekali. Renehlah dalam 30 minit. \n\n3. Lepas tu masukkan gula perang. Ikutlah kemanisan yang sesuai di lidah kau orang. Jangan manis sangat. Kalau nak pakai gula Melaka pun boleh. Lebih sedap! \n\n4. Bila gula dah larut, masukkan susu segar. Jika nak guna susu sejat pun boleh. Susu pekat manis tak digalakkan. \n\n5. Letak garam sikit. Secubit je! Sekadar nak naikkan rasa rempah tadi. Reneh lagi 5-10 minit. \n\n6. Lepas tu tapis Chai Masala kau orang. \n\n*Sekali sekali, mahu juga kita minum teh lain daripada yang lain. Selalu teh yang dimasak atas api ini lebih kaw dan sedap berbanding tuang air panas sahaja. Sekarang chai masala sudah boleh dibuat sendiri di rumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Jom kita kenali punca kolestrol dan simpton kolestrol tinggi mellaui artikel ini.Bahaya yang menterang kita tanpa sedar tahu.\n\nKolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang terdapat dalam darah untuk membantu tubuh badan anda berfungsi. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:\n\nKolesterol penting bagi sel dalam badan anda. Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia. Namun, kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan.\n\nParas kolesterol yang tinggi boleh memudaratkan sehingga menyebabkan penyakit. Apabila paras kolesterol tinggi, ia akan berkumpul dalam arteri (pembuluh darah utama yang membawa darah dari jantung).\n\nPengumpulan kolesterol ini akan menyebabkan arteri anda menjadi sempit dan membuatkan darah sukar mengalir secara normal. Hal ini boleh membawa kepada pembekuan darah yang bahaya dan keradangan yang akhirnya menjadi serangan jantung dan strok.\n\nSebenarnya, paras kolesterol yang tinggi tidak menjadikan anda sakit. Itulah sebabnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Hanya ujian darah sahaja yang boleh membantu anda mengesan tahap kolesterol dalam darah anda. Itulah sebabnya, anda sangat disarankan untuk menjalani ujian darah sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun.\n\nNamun begitu, terdapat juga beberapa tanda yang mungkin berlaku akibat daripada kadar kolesterol yang tinggi dalam darah, antaranya:\n\nKaki sering kebas adalah salah satu gejala tahap kolesterol tinggi. Ini terjadi kerana salur darah tersumbat dan menyebabkan aliran darah ke kaki tidak lancar.\n\nApabila pembuluh darah sudah tersumbat, jantung tidak akan mendapat oksigen yang cukup dari darah. Oleh sebab itu, jantung terpaksa bekerja kuat untuk dapatkan bekalan oksigen yang mencukupi. Perkara ini akan menyebabkan anda terasa sakit di bahagian dada.\n\nParas kolesterol yang tinggi akan menyempitkan pembuluh darah. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak berkurang. Hal ini menyebabkan anda kerap rasa mengantuk.\n\n4) Bintik Putih Kekuningan Bawah Mata\n\nBintik putih kekuningan pada kulit terutama di bahagian bawah mata juga dikenali sebagai Xanthoma. Bintik ini terjadi disebabkan oleh penggumpalan lemak dan kolesterol yang tinggi dalam darah.\n\nBadan anda memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai kerja. Dalam badan anda juga terdapat lemak yang boleh berubah menjadi tenaga. Tetapi, sekiranya kolesterol tinggi dalam darah, ia mengakibatkan bekalan oksigen tidak mencukupi untuk proses tersebut. Inilah yang menyebabkan anda terasa cepat letih.\n\nSesak nafas boleh terjadi kepada orang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Ini kerana paru-paru tidak dapat bekalan oksigen yang mencukupi akibat kolesterol tinggi yang menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit.\n\nPesakit kolesterol tinggi juga boleh mengalami masalah keseimbangan badan. Ini berkait rapat dengan masalah pembuluh darah yang tersumbat. Sekiranya terdapat pembuluh darah di bahagian otak yang tersumbat akibat kolesterol tinggi, saraf yang berperanan mengawal keseimbangan badan akan mengalami gangguan.\n\nMajoriti penyebab kenaikan tahap kolesterol dalam badan kita adalah berasal daripada gula, lemak tepu dan juga lemak trans yang diambil daripada makanan harian kita. Pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol seperti telur dan makanan laut, hanya sedikit mempengaruhi bacaan kolesterol dalam badan.\n\nBeberapa makanan yang perlu anda kurangkan untuk mengelakkan kolesterol jahat meningkat di dalam badan adalah:\n\nPerlu diketahui bahawa gula itu sendiri tidak mempunyai kolesterol. Tetapi apabila ia memasuki badan, produk yang terhasil daripada metabolisma gula adalah Acetyl CoA. Acetyl CoA sepatutnya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Namun, jika ia tidak digunakan oleh badan, ia akan ditukarkan samada menjadi kolestrol ataupun lemak.\n\nManakala pengambilan lemak seperti lemak trans dan lemak tepu juga akan meningkatkan kolesterol dalam badan jika ia tidak digunakan.\n\nAmalan gaya hidup yang tidak sihat juga menjadi faktor utama masalah kolesterol tinggi dalam darah. Kurang bersenam dan tidak aktif akan menyebabkan kadar LDL (kolesterol jahat) meningkat dan menurunkan HDL (kolesterol baik). Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan kadar HDL (kolesterol baik) menurun.\n\nWalaupun begitu, terdapat juga sesetengah pesakit yang mengalami masalah kolesterol tinggi disebabkan keturunan (Familial hypercholesterolemia). Di dalam pesakit ini, terdapat genetik yang meningkatkan penghasilan kolesterol dalam badan dengan sendirinya\n\nTahap kolesterol mula meningkat pada umur\u00a0 20 tahun. Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa berhati dan berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat apabila usia anda sudah mencecah 20-an untuk mengelakkan masalah kolesterol tinggi dalam badan.\n\nGolongan lelaki juga lebih cenderung mengandungi tahap kolesterol yang tinggi berbanding wanita.\n\nBanyak masalah kesihatan yang boleh diselesaikan dengan hanya mengubah corak pemakanan kepada diet seimbang dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Begitu juga dengan masalah kolesterol tinggi.\n\nSelain daripada kekal aktif dan konsisten bersenam setiap hari, kesihatan kita sangat bergantung kepada apa yang kita makan. Sepertimana yang disebut oleh al-Harith bin Abi Kaladah, seorang ahli perubatan Arab, \u201cPerut itu rumah bagi penyakit dan diet pula adalah ketua bagi segala penawar.\u201d\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan punca Kolesterol yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Nota Editor: Kanak-kanak bersih mindanya. Si dia cepat belajar. Kadang-kala ia tertarik benda yang tidak sepatut dengan umurnya. Ianya tidak boleh dihalang. Semoga artikel ini dapat membantu kita menghadapai perubahan positiv anak ini.\n___________________________________________________________\n\nIni dilema yang biasa ibubapa hadapi bila anak sudah pandai membaca atau baru mula belajar membaca. Dia akan baca setiap papan tanda yang ada, termasuk iklan dan banner yang ada tepi jalan. Lagi-lagi kalau bosan travel jauh jauh.\n\nYang baiknya \u2013 anak-anak boleh praktis membaca dan mengelak dari terperangkap dengan smart phone, berkelahi dengan adik dan kebosanan.\n\nYang tak baiknya \u2013 bukan semua papan tanda di tepi jalan itu elok. Saya paling pantang dengan iklan murahan bersize A4 yang ditampal di tiang-tiang traffic light. \u2018ubat kuat\u2019, \u2018gel untuk suami\u2019 \u2018rahsia tahan lama\u2019 dan pelbagai ayat marketing sampah yang sebenarnya hanya gel ditambah ubat lignocaine/anaesthetic agent bagi kebas.\n\nTanpa kita sedari, pandangan/maklumat/gambar/infomasi ini secara halus masuk ke dalam minda unconscious anak-anak.\n\nBapa teori psychoanalysis barat, Sigmund Freud (1915) mencadangkan konsep \u2018topographical mind\u2019 \u2013 conscious-unconscious-subconscious mind. Menurut teori ini, apa-apa memori, keinginan, pengalaman yang tidak diingini akan masuk ke dalam simpanan unconscious mind kita secara sedar atau tidak.\n\nFreud percaya unconscious mind inilah yang mengawal sebahagian tingkah laku manusia dalam bentuk id \u2013 atau bahasa mudahnya nafsu. Dalam keadaan-keadaan yang tertentu, apa yang terpendam didalam unconscious mind akan terjelma semula kemudiannya sebagai masalah \u2013 terutamanya masalah berkaitan psikologi.\n\nSaya bukan peminat teori Freud, tapi kena belajar juga. Sekali imbas nampak macam teori biasa, namun sebenarnya asas teori ini sudah lama disebut dalam AL-QURAN.\n\nKenapa islam mendidik kita mengasingkan anak dari bilik tidur ibubapa seawal usia tujuh tahun, mengajar anak meminta izin sebelummasuk ke bilik ibubapa? (rujuk An Nur:58)\n\nMenurut Syeikh Tohir Ibnu \u2018Asyur-; \u201cAdalah suatu yang jelik ibu-bapa membiarkan anak-anak mereka (yang telah mumayyiz) melihat aurat mereka kerana pandangan anak-anak akan membekas (dan menjadi tabiat) dalam diri mereka.\n\nBegitu juga dalam hal tarbiyah anak-anak yang digariskan oleh Nabi SAW \u2013 menundukkan pandangan dalam kisah Rasulullah menegur Al-Fadhl (HR Bukhari dan Muslim), memisahkan tempat tidur ketika usia 7 tahun (HR Abu Daud) dan sebagainya.\n\nSemua ini adalah preventative measures yang sangat sempurna dalam memelihara unconscious mind anak-anak dari terdedah kepada unsur-unsur yang berbahaya kepada minda dan pembentukan peribadi mereka.\n\nKalau kita faham konsep ini, maka banyak lagi \u2018pintu-pintu\u2019 yang berbahaya kepada unconscious mind anak-anak yang kita perlu pelihara. Rancangan televisyen yang tak bertapis, iklan-iklan di youtube, Iklan di majalah/paper, gambar-gambar disekeliling dan macam-macam lagi yang semuanya bertaraf merbahaya.\n\nJangan menyesal 20 tahun lagi anak-anak buat perangai pelik! Takut-takut kita yang tanam semuanya didalam unconscious mind mereka, mereka hanya menuai hasilnya. Moga Allah pelihara."
"Mencari hidangan ikan yang disukai anak-anak? Jom cuba masakkan Gulai Lemak Ikan Tongkol ini. Menu ini sebenarnya sangat lah popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan. Tapi jangan tak tahu, walaupun namanya sama, tapi berbeza tempat berbeza cara masakan nya.\n\nDi sini kami kongsikan Gulai Lemak Ikan Tongkol Style Kelantan. Sangatlah sedap di makan bersama-sama nasi putih yang baru di masak.\n\nSesuai namanya, hidangan ini terasa lemak manisnya dan aroma karinya.\u00a0 sangat -sangat mampu merangsang selera makan yer.\n\nApa tunggu lagi, jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Azizah Daud di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nMudah ke mudah sangat? Kejap jer kan dah siap. Bolehlah dhidang bersama-sama nasi putih.\n\nSelain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Seorang dewasa mempunyai kira-kira 100,000 sehingga 150,000 rambut. Kita kehilangan kira-kira 100 helai rambut setiap hari. Walaupun rambut gugur adalah perkara biasa, namun ada sebahagian keguguran rambut berpunca daripada masalah tertentu. Jenis-jenis keguguran rambut yang merupakan punca kepada masalah ini akan dijelaskan di dalam artikel ini.\n\nSebelum\nitu, baik kita mengenali asal-usul atau dari mana datangnya rambut. Rambut adalah\ndaripada protein yang dipanggil keratin. Ia dihasilkan di dalam folikel rambut di\nlapisan luar kulit. Semasa folikel menghasilkan sel rambut yang baru, sel-sel\nyang lama ditolak menerusi permukaan kulit pada kadar 6 inci setahun. Oleh itu,\nrambut yang kita lihat sekarang ialah lembaran sel keratin yang sudah mati.\n\nSetiap\nfolikel mempunyai kitaran hidupnya sendiri yang dipengaruhi oleh usia, penyakit\ndan banyak lagi faktor yang lain. \n\nKitaran\nhidup folikel rambut terdiri daripada 3 fasa;\n\nRambut\ngugur terbahagi kepada banyak jenis yang juga disebut sebagai alopesia.\n\nKeadaan\nsemulajadi di mana rambut semakin menipis mengikut usia. Pada masa ini, lebih\nbanyak folikel rambut menuju ke fasa rehat. Rambut yang ada semakin pendek dan tidak\nbanyak.\n\nKeadaan\ngenetik yang memberi kesan kepada lelaki dan wanita dengan seawal usia remaja\nbagi lelaki dan pada usia 40an bagi wanita. Rambut semakin menipis dan mulai\nbotak. Bagi lelaki, mereka akan mengalami botak pada anak rambut bahagian\nhadapan dan atas kepala. Botak yang berlaku kepada wanita pula terlihat pada\nrambut yang kian menipis pada seluruh bahagian kepala.\n\nBerlaku\nsecara tiba-tiba dan menyebabkan keguguran rambut tidak sekata di kalangan\nkanak-kanak dan orang muda. Keadaan ini boleh menyebabkan botak tapi rambut\nakan kembali tumbuh selepas beberapa tahun.\n\nIa\nadalah keadaan di mana semua rambut pada tubuh gugur termasuk kening, bulu mata\ndan bulu kemaluan.\n\nSelalu\nberlaku pada individu di mana mereka mencabut rambut mereka sendiri. Ia\nmerupakan masalah psikologi. Biasanya, masalah ini lebih banyak berlaku di kalangan\nwanita berbanding lelaki. Ia juga dikaitkan dengan masalah kemurungan. Masalah\nkemurungan dirawat dengan terapi psikologikal.\n\nRambut\npada kulit kepada kian menipis kerana perubahan kitaran pertumbuhan rambut. Ini\ndisebabkan oleh fasa rehat yang dialami sejumlah besar rambut pada masa yang\nsama. Namun demikian, keadaan ini hanyalah sementara. Antara keadaan yang\nmenyumbang kepada jenis keguguran ini ialah sakit yang serius, pembedahan besar\ndan selepas melahirkan anak.\n\nIa\nterjadi akibat radang pada kulit atau masalah kulit yang lain seperti akne dan\nlupus. Ia menyebabkan keguguran kekal pada rambut. Parut-parutnya menyebabkan\nrambut tidak boleh tumbuh lagi. Rambut yang diikat terlalu ketat dan ditarik\njuga boleh menyebabkan keguguran kekal rambut.\n\nSetelah membaca semua jenis keguguran rambut di atas, kita mungkin dapat membayangkan sedikit-sebanyak akan punca kehilangan rambut. Namun, bagi kemudahan pembaca, berikut disenaraikan beberapa punca yang menyebabkan berlakunya keguguran rambut.\n\nBagi\nmereka yang mengalami keguguran rambut yang tidak normal atau teruk, pastinya\nini membimbangkan. Oleh itu, anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat\ndaripada doktor bagi mengenalpasti punca atau masalah sebenar yang dihadapi.\nAda beberapa perkara yang perlu anda ingati juga;\n\nMungkin anda tidak dapat menghalang masalah kebotakan yang berlaku secara semula jadi. Tetapi, ada cara untuk menghalang masalah keguguran rambut akibat daripada kerosakan rambut yang menyebabkan rambut semakin menipis. \n\nCuba tips di bawah untuk mengekalkan kecantikan rambut anda. Bagi mereka yang sudah menghadapi masalah, masih belum terlambat untuk mengamalkan tips berikut:\n\nRambut yang cantik adalah impian setiap orang. Kerana itulah juga rambut disebut sebagai mahkota. Masalah yang datang secara semulajadi usahlah terlalu dibimbangkan melainkan mengikut sahaja rawatan yang diperlukan. \n\nNamun, bagi masalah yang timbul akibat kerosakan daripada aktiviti harian, itulah yang perlu diambil berat agar mahkota yang ada kekal indah, sihat dan menggembirakan pemiliknya."
"Di dalam al-Quran, terdapat 114 buah surah atau dikenali sebagai bab. Surah-surah ini telah diturunkan selama 23 tahun. Ia mempunyai ciri-ciri dan kronologi masa yang tersendiri.\n\nNama-nama surah, susunan ayat dan had-had di dalam al-Quran adalah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan disampaikan ajarannya oleh Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat 2 tempat turunnya surah-surah tersebut iaitu di Mekah dan Madinah.\n\nSurah yang diturunkan di Mekah iaitu 13 tahun pertama dikenali sebagai surah Makkiyah. Manakala, surah yang diturunkan di Madinah iaitu 10 tahun kemudiannya dipanggil surah Madaniyyah.\n\nJusteru, dalam artikel ini, penulis ingin kongsikan kelebihan surah Asy-Syuara salah satu surah yang terdapat di dalam al-Quran. Surah tersebut ialah surah asy-syu\u2019ara. Sebelum itu, marilah kita mengenali sejarah ringkas surah ini.\n\nSurah asy-syu\u2019ara merupakan surah yang ke-26 dalam al-Quran. Surah ini tergolong daripada salah satu surah Makkiyah. Ia terdiri daripada 227 ayat. Surah ini diberikan nama daripada kata jamak asy syaa\u2019ir yang bermaksud penyair.\n\nPada ayat 224, terdapat perkataan asy-syu\u2019ara yang merujuk para penyair Arab pada zaman jahiliah. Para penyair ini tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar dan sifat mereka bertentangan dengan ajaran para rasul.\n\nMereka ialah orang yang sesat. Mereka suka menipu dan tiada pendirian yang tetap. Perbuatan mereka tidak selari dengan pendirian yang dipegang.\n\nSetiap kalimah Allah mempunyai maksudnya yang tersendiri. Banyak fadilat atau kelebihan yang diturunkan oleh Allah melalui wahyu-Nya. Begitu juga dengan surah ini.\n\nJusteru, penulis akan kongsikan beberapa kelebihan yang boleh diperolehi jika mengamalkan surah asy-syu\u2019ara. Sebaik-baiknya, kita perlulah mengetahui tafsiran maknanya dengan mendalam. Jangan hanya membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya.\n\n#1 Menghilangkan Sakit Lutut, Betis, Pinggang, Sendi dan Urat (Ayat 130)\n\n\u201cDan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?\n\nCaranya: Urut dan tepuk secara perlahan pada bahagian yang sakit. Kemudian, bacakan ayat di atas beberapa kali.\n\n#2 Menyembuhkan Penyakit Kanser (Ayat 78-83)\n\n\u201cTuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;\u00a0(Ayat 78)\n\n\u201cDan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,\u00a0(Ayat 79)\n\n\u201cDan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;\u00a0(Ayat 80)\n\n\u201cDan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;\u00a0(Ayat 81)\n\n\u201cDan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;\u00a0(Ayat 82)\n\n\u201cWahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;\u00a0(Ayat 83)\n\nCaranya: Pesakit kanser boleh mengamalkan doa ini untuk mematikan sel-sel kanser daripada terus merebak. Namun begitu, rawatan perubatan tetap perlu dibuat.\n\n#3 Doa Selepas Solat Tahajjud (Ayat 85-89)\n\n\u201cDan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;\u00a0(Ayat 85)\n\n\u201cDan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;\u00a0(Ayat 86)\n\n\u201cDan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula- (Ayat 87)\n\n\u201cHari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,\u00a0(Ayat 88)\n\n\u201cKecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);\u00a0(Ayat 89)\n\nCaranya: Baca doa ini selepas solat tahajjud dan boleh juga diamalkan ketika selesai solat fardu. Doa ini bermaksud kita meminta keampunan daripada Allah atas segala kesalahan dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.\n\n\u201cDan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;\n\nCaranya: Jika mengalami sakit dada, demam, disengat binatang dan sebagainya, bacalah ayat ini. Dengan izin Allah, sakit akan berkurangan dan sembuh seperti sedia kala.\n\nDan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): \u201cDatangilah kaum yang zalim itu,\n\nCaranya: Jika diserang rasa takut, cemas dan berdebar-debar, bacalah ayat ini untuk mengatasi perasaan tidak enak itu.\n\n\u201cTuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;\u00a0(Ayat 78)\n\n\u201dDan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,\u00a0(Ayat 79)\n\nCaranya: Jika berasa penat akibat pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan, anda boleh mengamalkan ayat ini.\n\nDan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.\u00a0(Ayat 192)\n\nIa dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.\u00a0(Ayat 193)\n\nKe dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).\u00a0(Ayat 194)\n\n(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.\u00a0(Ayat 195)\n\nDan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab agama orang-orang yang telah lalu.\u00a0(Ayat 196)\n\n(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita agama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?\u00a0(Ayat 197)\n\nDan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,\u00a0(Ayat 198)\n\nKemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.\u00a0(Ayat 199)\n\nSetakat ini saja perkongsian penulis tentang kelebihan surah asy-syu\u2019ara. Al-quran sebagai pedoman dan petunjuk umat manusia mempunyai mukjizatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan setiap surah dan ayat yang terdapat di dalamnya.\n\nSemoga kita dapat menghafal ayat-ayat yang terdapat dalam al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Hafallah walau hanya sepotong ayat kerana pahala yang diberikan Allah pasti berlipat kali ganda. Semoga artikel kelebihan surah Asy-Syu\u2019ara.\n\nJemput juga baca artikel kelebihan surah Insyirah dan kelebihan surah Ar Rahman"
"Peria katak atau nama saintifiknya Momordica charantia, sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia. Peria katak mempunyai kandungan kalori yang rendah. Ia kaya dengan zat besi, vitamin B1, B2, B3, kalsium, fosforus, magnesium, asid folik, folat, zink dan manganese yang sangat tinggi.\n\nKandungan beta-karotenenya 2 kali ganda lebih banyak daripada yang terdapat dalam brokoli. Kalsiumnya 2 kali ganda lebih banyak daripada bayam dan\u00a0 potasssiumnya 2 kali ganda lebih banyak daripada pisang.\n\nSebenarnya, sejak zaman purba lagi peria sudah digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian.\n\nMasyarakat di Amerika\u00a0 memanfaatkan khasiat peria katak untuk mengubati demam malaria dengan memasukkannya dalam pemakanan mereka yang dijangkiti demam malaria.\n\nNamun, kajian oleh Kohler dan rakan-rakan pada tahun 2002 mencatatkan bahawa ekstrak peria katak memberikan kesan antimalaria yang agak rendah dan sederhana yang tidak boleh melawan serangan malaria ini secara sepenuhnya.\n\nSementara itu, terdapat juga laporan daripada penyelidik lain yang langsung tidak memerhatikan kesan antimalaria daripada ekstrak peria katak.\n\nBagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes.\u00a0Penyelidik mendapati peria katak memberi kesan hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah.\n\nPeria katak sememangnya dikaji secara meluas bagi kesan antidiabetik setiap bahagian tumbuhannya seperti bunga, biji benih, daun dan keseluruhan pokok.\n\nPenyelidik-penyelidik berkenaan melaporkan bahawa pengambilan peria katak ternyata berkesan menurunkan kandungan gula dalam darah dan meningkatkan plasma insulin. Didapati. peria katak meningkatkan bilangan sel beta yang berfungsi menambah pengeluaran insulin bagi menurunkan gula dalam darah.\n\nCara paling mudah membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria katak setiap pagi. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampurkan dengan epal hijau dan oren.\n\nPeria katak membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga.\n\nDilaporkan, peria katak mengandungi 332.62 kcal bagi setiap 100 gram. Pengkaji dari India, mendapati bahawa secara umumnya, peria katak kaya dengan kandungan karbohidrat (50.9%), protein (14.7%), lipid (7.9%) dan serat (15.2%).\n\n4. Mengawal penyerapan gula oleh badan\n\nSelain menjadi penawar kencing manis, peria katak membantu melambatkan proses pengosongan perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa.\n\nSeterusnya, peria katak mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan.\n\nPeria katak juga dapat merangsang hati untuk merembes jus hempedu yang sangat penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Oleh itu peria katak dipercayai turut berfungsi dalam membantu menurunkan berat badan jika diamalkan selalu.\n\nPeria katak mengandungi sejenis multi vitamin semula jadi yang sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif yang bertindak sebagai anti HIV.\n\nKajian seawal tahun 2000an lagi ada merekodkan kehadiran protein perencat HIV seperti MRK29 dan lectin. Potensi menjadikannya sebagai ubatan penawar HIV terus giat dijalankan sehingga hari ini.\n\nPenyelidikan antitumor juga mendapati bahawa ekstrak tulen peria katak mempunyai kesan antikanser yang berkesan bagi melawan leukemia, limfoma, melanoma, kanser payu dara, kanser kulit, kanser prostat, penyakit Hodgkin dan karsinoma pundi kencung serta lidah dan larinks.\n\nAir rebusan peria katak boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Petua ini sesuai juga diambil ketika musim panas.\n\n8. Mengatasi masalah paru-paru dan pernafasan\n\nCampurkan jus peria katak dengan madu untuk tujuan menjaga kesihatan paru-paru. Ia juga boleh diamalkan dengan minum setiap hari untuk merawat masalah lelah. Mengikut Pakar Perubatan Cina, dengan menggunakan air rebusan peria dapat\u00a0 merawat penyakit lelah.\n\nJika ingin banyakkan susu badan, anda hanya perlu rebus peria katak dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi.\n\nNamun, perkara ini hanyalah dianggap sebagai petua dan tips yang diajarkan oleh mereka yang pernah mengamalkannya.\n\nDari segi sudut saintifik, para penyelidik seperti Enwerem dan rakan-rakan pada tahun 2018 tidak menjumpai kaitan antara pengambilan peria katak dengan pertambahan susu badan.\n\n10. Mengecutkan rahim dan melancarkan perjalanan haid\n\nPeria katak membantu mengecutkan rahim bagi ibu yang baru bersalin atau keguguran. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang.\n\nKenyataan ini disokong oleh penemuan saintifik yang dijalankan seawal tahun 1980an oleh para penyelidik yang mendapati kehadiran protein beta-momorcharin bertanggungjawab dalam merendahkan atau menghentikan aktiviti pertambahan sel dinding rahim.\n\nOleh itu, bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit-sedikit, bolehlah mengambil peria katak sepanjang tempoh haid.\n\n11. Mencantikkan kulit dan mengelakkan jerawat\n\nPeria katak juga dikatakan berkesan dalam penjagaan kecantikan kulit. Peria katak dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.\n\nSecara saintifiknya, peria katak mengandungi kesan rencatan enzim guanylate cyclase. Tidak hairanlah apabila secara tradisional, peria katak sering digunakan untuk mengubati masalah kulit seperti psoriasis.\n\nBegitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria katak sepanjang waktu berpantang. Lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.\n\nPeria katak akan dapat mengembalikan tenaga untuk ibu kembali aktif dan sihat dengan kandungan nutrien yang terkandung dalam peria katak sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.\n\nSecara tradisional, daun peria katak cukup berkesan untuk merawat penyakit buasir.\n\nCaranya mudah, ambil rebusan daun peria katak dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi. Manakala akarnya pula jika dihancurkan boleh digunakan untuk disapukan di tempat buasir.\n\nPeria katak sememangnya agen pencernaan yang bagus dan membantu menghalang daripada terjadinya sembelit kerana peria katak mengandungi selulosa yang merupakan sumber serat terbaik.\n\nSelain itu, rasa pahit peria katak dilaporkan berperanan merangsang hormon aktif pencernaan dalam sistem penghadaman secara keseluruhan.\n\nBerdasarkan petua orang lama, peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.\n\nKomuniti saintifik pula belum melaporkan penemuan sebegini.\n\nPeria katak meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.\n\nDalam kajian in vivo yang menggunakan model sel manusia, ekstrak peria katak menunjukkan peningkatan ketahanan imuniti melalui kehadiran dua jenis protein yang terdapat dalam peria katak iaitu jenis momorcharin alfa dan beta.\n\nItulah dia khasiat peria katak yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat lengkuas , khasiat buah delima, dan khasiat aloe vera.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Kuih siput merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat kita yang terkenal dan sangat mudah untuk dibuat. Rating kuih ini sangat popular jika menjelang musim perayaan kerana ramai yang ingin menyediakan juadah ini untuk para tetamu yang bertandang ke rumah. Tidak kurang juga yang membuat kuih siput ini sebagai sumber pendapatan sampingan.\n\nKuih siput ini rasanya agak berempah tetapi tidaklah sepedas atau kuat rempahnya seperti kuih muruku. Biasalah tekak Melayu kan, suka pedas-pedas tapi takdelah sampai terlalu pedas kan. Cukup sekadar ada rasa pedas dan rasa rempahnya. Yang penting, secukup rasa sedap dimakan.\n\nNak rangupkan kuih siput, pastikan resepi menggunakan marjerin. Lagi banyak marjerin, maka bertambah rapuhla kuih siput anda. Jadi, bergantung kepada citarasa masing-masing lah yer. Dan untuk menjadikan rasa kick pada kuih siput tu, gorenglah kuih tersebut bersama-sama dengan daun kari yang fresh. Kuih siput anda akan lebih harum beraroma dan lebih menyelerakan.\n\nKali ini, kami kongsikan resepi kuih siput yang telah diupload oleh saudara Husreezal Rushdee di Facebook. Menurut beliau, 1 adunan ni boleh dapat 1.4kg kuih siput dengan modal tak sampai pun RM 8.00. Haa kalau nak berniaga ni memang menguntungkan lah jugak kan selagi rajin ada dalam diri. Hihi\n\n\u2022 1 kg tepung gandum\n\u2022 2 sudu serbuk kari daging\n\u2022 2 sudu serbuk kari ikan\n\u2022 2 sudu jintan manis (sangai & tumbuk kasar)\n\u2022 2 biji telur\n\u2022 4 sudu besar penuh marjerin (cair & sejukkan), kalau suka kuih yg rapuh lebihkan lg merjerin.\n\u2022 1 sudu garam + 2 sudu gula (larutkan dlm 1 cawan air)\n\u2022 1 cawan air\n\u2022 6 tangkai daun kari blend kasar\n\u2022 6 tangkai daun kari (utk digoreng)\n\u2022 Minyak utk menggoreng\n\n1) Masukkan tepung ke dalam bekas, masukkan serbuk kari daging & ikan, daun kari yg diblend & jintan manis, gaul hingga rata.\n2) Pecahkan dua biji telur, pukul seketika dan masukkan ke dalam adunan tepung & gaul rata.\n3) Masukkan marjerin dan gaul rata hingga menjadi seperti serbuk roti.\n4) Masukkan air, garam & gula sedikit demi sedikit, tambah air & uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.\n5) Rehatkan doh 1/2 jam & Cubitkan doh kecil-kecil supaya senang nak ditekan di acuan & dapatkan saiz yg lebih kurang sama\n6) Kemudian, bolehlah ditekan dgn menggunankan acuan kuih siput. Taburkan sedikit tepung pada dulang/bekas utk mengelakkan kuih melekat.\n6) Goreng dengan api yg sederhana dan masukkan daun kari bila kuih hampir garing, angkat & sejukkan, simpan dlm bekas yg kedap udara.\n\nSelain resepi kuih siput ini, kami juga banyak memaparkan resepi-resepi lain untuk rujukan anda. jemput untuk melihat kesemua resepi dari kami ya. Dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE."
"Jom kenali jenis bunga orkid. Selama ini, anda nampak semua hampir sama sahaja kan? Sebenarnya ia ada berpuluh ribu jenis spesies.\n\nPokok orkid atau juga dikenali sebagai anggerik merupakan tanaman hiasan komersial yang bernilai tinggi. Sebenarnya, nama \u2018orkid\u2019 merupakan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris \u2018orchid.\u2019\n\nIa merupakan keluarga terbesar pohon berbunga angiosperma. Terdapat lebih 22,000 jenis spesies orkid di dunia. Pokok ini dikategorikan sejenis tumbuhan eksotik yang asalnya hidup liar di hutan-hutan.\n\nPeminat pokok orkid sanggup mengumpul pelbagai jenis spesies orkid yang cantik dan bernilai tinggi. Setiap spesies tersebut mempunyai jenis bunga, corak, warna, bentuk daun dan cara penjagaan yang berlainan.\n\nAda 1 fakta unik yang anda perlu tahu tentang orkid. Vanila yang sering dijadikan bahan perisa di dalam pemanis mulut atau minuman merupakan keluarga orkid. Wah, menarik kan!\n\nTahukah anda terdapat 2 jenis pokok orkid yang utama? Iaitu jenis orkid liar dan orkid hybrid. Apakah beza kedua-duanya?\n\nOrkid liar ialah orkid tulen atau asli yang tumbuh meliar di dalam hutan. Disebabkan ia tumbuhan liar, cara penjagaannya juga berbeza mengikut tempat dan cuaca habitatnya. Orkid liar lebih mudah dijaga dan senang berbunga. Namun, biasanya bunganya tidak tahan lama.\n\nOrkid hybrid ialah ialah pokok yang telah dikacukkan di antara genus atau keluarga yang sama. Pokok hybrid mendapat permintaan paling tinggi di Malaysia. Jenis pokok ini sangat lambat menghasilkan bunga. Namun, bunganya lebih tahan lama.\n\nIa lebih diminati dan popular disebabkan warna dan bentuk bunga yang lebih cantik. Malahan, pokoknya juga lebih tahan lama, lasak berbanding orkid liar. Yang lebih menarik hati kerana saiz bunganya yang besar-besar berbanding orkid liar.\n\nTerdapat beberapa jenis spesies orkid liar yang mudah dijumpai di negara kita. Antaranya ialah:\n\nOrkid jenis ini merupakan sejenis tumbuhan epifit. Epifit bermaksud pokok orkid ini menumpang pada tumbuhan lain. Namun, ia bukanlah sejenis pokok parasit yang menyerap makanan pokok yang ditumpangnya. Ia mampu membuat makanannya sendiri.\n\nOrkid merpati ini mempunyai bentuk yang terjuntai dan berserabut. Ia mudah didapati di pokok-pokok seperti pokok getah, rambutan, kelapa sawit dan sebagainya. Biasanya ia hidup pada dahan kayu yang telah tua.\n\nNama lain bagi orkid jenis ini ialah orkid desa, anggerik desa, white dove orchid dan sepulih anggerik. Bunganya berwarna putih dan sangat harum. Namun, bau bunganya hanya bertahan sehari sahaja.\n\nSpesies orkid ini mempunyai batang dan berdaun tirus. Daunnya kelihatan seperti rumput atau daun buluh. Ia akan berbunga lebat selepas hujan lebat. Bentuk bunganya sangat unik iaitu tumbuh secara berkembar pada setiap tangkai.\n\nTangkai bunganya sangat pendek. Bunga orkid jenis ini bersaiz kecil dan hanya bertahan selama sehari.\n\nSpesies orkid ini mudah ditemui di hutan-hutan Malaysia dan Sumatera. Batangnya pendek dan daunnya tumbung bercabang-cabang. Pokoknya boleh tumbuh dengan besar.\n\nIa mempunyai daun dengan ketebalan 3 cm dan hujungnya runcing. Saiz bunganya sangat kecil iaitu kira-kira 1 cm dan tumbuh di bawah batang. Bunga orkid spesies ini mengeluarkan bau wangi. Bunga juga tidak tahan lama.\n\nNegara-negara seperti India, Myanmar dan Vietnam menggelar spesies ini sebagai aerides falcata. Kelopak bunga ini mempunyai pelbagai jenis warna. Biasanya warna yang ditemui ialah kuning kehijauan, oren atau coklat cair. Hujung kelopaknya selalu berwarna ungu.\n\nAntara jenis spesies orkid yang telah mengalami proses kacukan atau hybrid ialah:\n\nSpesies orkid sangat mudah berbunga. Ia menjadi pilihan peminatnya kerana mudah dijaga. Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk tumbesaran dan kesuburan pokoknya.\n\nBunga mempunyai kelopak yang panjang-pamjang dan melentuk ke bawah. Bunga ini berbau wangi. Daunnya panjang-panjang seakan-akan lalang. Bunga berwarna kuning pekat, kuning cair, merah jambu dan sebagainya. Mempunyai corak berbintik-bintik berwarna merah.\n\nOrkid spesies cattleya merupakan orkid liar. Namun, disebabkan ia mempunyai bunga yang cantik, maka cattleya sangat popular menjadi orkid hybrid. Antaranya ialah schomburgia burgundy, netrasiri beauty red face, nakornchaisiri yen dan sebagainya.\n\nPokok jenis ini perlu dipindahkan ke dalam pasu besar supaya ia dapat terus membesar. Apabila mendapat cahaya, baja dan air mencukupi, ia akan mula berbunga dalam masa 8 hingga 12 bulan.\n\nTerdapat pelbagai jenis orkid hybrid yang lain dendrobium thyrsiforum, zygopetalum murasaki komachi, catasetum hybrid dan banyak lagi. Biasanya pokok orkid yang dikacukkan mempunyai pokok induk yang cantik, wangi dan unik.\n\nDi Malaysia orkid Cattleya hybrid dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Negara (MARDI) sejak tahun 2003. Antara pokok orkid cattleya yang dikacukkan ialah cattleya Datin Robiah, cattleytonia Datin Zuraidah dan cattlianthe Datin Rahailah.\n\nTerdapat beberapa jenis spesies orkid yang menjadi kegilaan peminat bunga orkid di Malaysia iaitu dendrobium, vanda, oncidium, cattleya dan sebagainya. Kesemua bunga orkid ini sama ada yang liar atay hybrid mempunyai ciri-ciri yang unik dan istimewa.\n\nTidak hairanlah para peminatnya sanggup berhabis duit demi menambah koleksi mereka. Selain bunganya yang cantik, kelopak yang berwarna-warni dan berbau harum, bunga orkid mempunyai nilainya tersendiri.\n\nKini, pokok orkid bukan sahaja ditanam di halaman rumah tetapi juga menjadi hiasan dalam majlis-majlis rasmi. Malah, melalui teknik hybrid yang dibangunkan, ia juga menjadi sumber pendapatan negara dalam sektor pelancongan dan import bunga-bungaan.\n\nDiharapkan para pembaca mendapat manfaat tentang topik jenis bunga orkid yang dibincangkan ini. Jika anda ada koleksi bunga-bunga orkid, bolehlah dikongsikan dengan kami. Jangan lupa juga berkongsi tentang cara penjagaannya sekali.\n\nJemput baca juga tentang jenis pokok pandan dan jenis-jenis bunga yang popular di Malaysia."
"Anda merancang untuk bercuti sambil mandi laut di Port Dickson? Jom kami kongsikan 11 homestay di Port Dickson yang bersih, menarik dengan harga berpatutan.\n\nYaacob Cocobay Apartment adalah sebuah penginapan dengan sebuah bilik tidur yang mampu menampung 3 orang penginap. Apartment ini turut memiliki ruang tamu yang lengkap dengan banyak tempat duduk untuk anda bersantai sambil menonton TV ataupun berhibur menggunakan kemudahan wifi yang disediakan.\n\nRuang dapurnya pula lengkap dengan pelbagai kemudahan penting. Yang bestnya, apartment ini turut menyediakan kemudahan mesin basuh yang pastinya dapat memudahkan anda yang berniat untuk bercuti panjang di Port Dickson ini.\n\nBukan itu sahaja, homestay ini turut memiliki ruang balkoni yang menyajikan pemandangan kolam renang untuk dilihat sambil menikmati minum petang. Dari RM11O untuk semua ini? Tunggu apa lagi? Jom booking!\n\nAlamat: Cocobay Condo Resort, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71250 Port Dickson\n\n2. PD Perdana Homestay Pool Side\n\nmemuatkan bilangan ahli keluarga dari 5 ke 7 orang dalam apartment-apartment yang ditawarkannya, PD Perdana Homestay Pool Side adalah salah satu penginapan yang boleh anda pertimbangkan jika bercuti beramai-ramai.\n\nPenginapan-penginapan yang tersedia dihias dengan ringkas namun dalam masa yang sama lengkap dengan kemudahan yang menambahkan keselesaan penginapan.\n\nAlamat: PD Perdana, Batu 5, Jalan Pantai, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan, 71050 Port, 71050 Port Dickson\n\n3. Private Apartment Glory Beach Resort\n\nDua pilihan penginapan yang disediakan Private Apartment at Glory Beach Resort adalah apartment dengan 2 buah bilik tidur dan apartment 3 buah bilik tidur. Apartment-apartment ini dihias dengan ringkas dan dalam masa yang sama memiliki suasana homie yang menjadikan penginapan terasa cukup santai.\n\nKebersihan penginapan ini juga sangat terjaga, bagi anda yang cerewet tentang kebersihan itu, inilah salah satu homestay yang pasti akan memuaskan hati anda.\n\nKemudahan lain yang terdapat di sini adalah kolam renang dan taman untuk anda bersantai menikmati udara segar. Selain itu, apartment ini turut memiliki kawasan pantai peribadinya sendiri yang membolehkan anda berseronok bersama keluarga untuk menikmati pemandangan matahari terbenam atau menaik dalam penuh privasi.\n\nAlamat: Jalan Tun Sambanthan Batu 2,tanjung gemok,glory beach resort, 71000 Port Dickson\n\nTeringin untuk berumah di tepi pantai? Apa kata kalau untuk cuti kali ini, anda jadikan impian ini sebagai realiti dengan menginap di Akar Beach Resort. Lokasinya, hanyalah 1 minit berjalan kaki untuk ke kawasan pesisir pantai.Resort 3 bintang ini juga terletak di lokasi yang jauh dari keriuhan kota, menjadikan Akar Beach Resort sebuah pilihan penginapan yang tepat bagi anda yang mendambakan ketenangan yang sebenar.\n\nDisebabkan lokasinya yang begitu dekat dengan pantai, bunyi pukulan ombak yang menyegarkan deria dapat dinikmati tanpa mengira masa. Untuk beraktiviti, jika berseronok dengan air pantai masih tidak mencukupi, anda boleh bermandi-manda di kolam renang resort yang cukup luas.\n\nAlamat: Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson\n\n5. Paradise Lagoon Apartments (Ombak Escapes)\n\nApartment dengan pemandangan laut yang mendamaikan hati, Paradise Lagoon Apartments (Ombak Escapes) adalah sebuah penginapan dengan 2 buah bilik yang mampu menampung 5 orang penginap.\n\nMenjejakkan kaki di dalam bilik ini, anda dapat merasakan suasana nyaman yang disebabkan oleh gabungan warna-warna lembut dalam perhiasan dalamannya. Perabot-perabot rotan yang digunakan dalam apartment ini juga melahirkan aura semula jadi yang membuatkan jiwa terasa relaks. Tidak cukup dengan itu, pemandangan indah dari tingkap dan ruang balkoninya juga menjadikan penginapan ini cukup istimewa.\n\nBerkaitan dengan kemudahan lain, ruang dapurnya lengkap dengan kemudahan penting untuk kegunaan anda sepanjang penginapan.\n\nAlamat: Block F-L3-2, Corus Paradise Resort, Batu 2, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson.\n\nTasik Villa International Resort adalah sebuah penginapan bertaraf 4 bintang yang cukup sempurna fasilitinya dari kolam renang, pusat kecergasan, bilik sauna hinggalah khidmat urutan. Bukan itu sahaja, sesetengah penginapan yang ditawarkan seperti Family Villa dan 2 Rooms Villa resort ini memiliki kolam renang peribadi untuk anda terjun pada bila-bila masa.\n\nSetelah puas berendam di dalam air kolam, anda boleh bersantai di ruang balkoni villa untuk menikmati pemandangan lanskap indah di sekitar resort sambil menghirup teh panas. Inilah percutian yang sempurna.\n\nAlamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut, Port Dickson, 71010 Port Dickson.\n\nRadja OceanView Resort yang terletak di Telok Kemang ini menawarkan penginapan dari bawah RM200 yang dihias dengan ringkas namun lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah sendiri yang temasuklah ruangan dapur dengan segala perkakasan asasnya.\n\nSesetengah penginapan yang ditawarkan turut lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar di luar. Kemudahan lain yang disediakan adalah taman permainan kanak-kanak.\n\nAlamat: Batu 9, Jalan Pantai, Telok Kemang Port Dickson, 71050 Port Dickson\n\n8. Marina Crescent Villa Port Dickson\n\nMelangkah masuk ke kawasan villa ini, anda dapat merasakan atmosfera eksklusif yang terpancar dari bangunan berwarna putih, Marina Crescent Villa Port Dickson.\n\nPenginapan yang disediakan adalah sebuah apartment 2 bilik yang mampu menampung 6 orang penginap. Dari apartment ini juga anda dapat menikmati pemandangan kolam renang yang agak sejuk dipandang mata.\n\nYang menariknya lagi, apartment ini turut memiliki ruang taman peribadi yang boleh digunakan untuk aktiviti bbq. Berenang? Bbq? Bersantai di balkoni? Apa yang anda ingin lakukan dulu sebaik tiba di villa ini?\n\nAlamat: 5 1/2 Mile, Jalan Pantai, Si Rusa, Tanjung Lembah, Negeri Sembilan, 71050 Port Dickson.\n\nSiapa tak suka penginapan yang menyajikan pemandangan memukau jiwa bukan? Dari Private Seaview Penthouse Bajet ini, anda dapat menikmati hamparan air laut biru di hadapan balkoni.\n\nKerana lokasinya yang tidak jauh dari pantai, udara yang dapat dihirup\u00a0 dari apartment ini terasa cukup segar.\n\nAlamat: Block-D-2-5 Batu 2,Jalan Pantai,71000 Port Dickson.\n\nCocobay Resort Condo adalah sebuah apartment 3 bilik yang mampu memuatkan 6 orang penginap dengan ruang yang cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Pemandangan yang dihidangkan dari ruang balkoni juga dapat merelakskan minda yang telah kepenatan.\n\nSelain itu, penginapan ini turut lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik menjadikan bajet yang dikeluarkan terasa cukup berbaloi seperti 2 buah kolam renang, pit bbq, gelanggang badminton dan tenis.\n\nLokasinya pula, terletak hanyalah 6 minit perjalanan untuk ke Pantai Sri Purnama. Tarikan lain seperti Upside Down House hanyalah 6 minit dari homestay. Macam-macam aktiviti yang boleh dirancang bukan?\n\nAlamat: Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah Batu 9, 71050 Port Dickson\n\nTerletak 15 minit berjalan kaki dari kawasan pantai, Port Dickson Myra\u2019s Home adalah sebuah penginapan apartment yang cukup santai dan penuh dengan keselesaan. Apartment dengan 2 buah bilik tidur ini turut memiliki ruang tamu yang dihias comel dengan perabot-perabot berwarna putih.\n\nSelain itu, ruang dapurnya juga lengkap dengan kemudahan memasak untuk memudahkan anda membuat masakan panas bila-bila sahaja terasa lapar tanpa perlu bersusah-payah mencari kedai makan.\n\nKemudahan lain yang disediakan apartment ini adalah kolam renang yang luas untuk anda menikmati mandian menyegarkan sambil berseronok.\n\nAlamat: Block E, PD Perdana Condo Resort Port Dickson, 71050 Port Dickson"
"Majoriti masyarakat sekarang lebih gemar membuat perkara yang tidak berfaedah untuk menangani masalah emosi mereka. Contohnya, melepak hingga lewat malam bersama kawan, merokok dan sebagainya. \n\nHal ini kerana mereka telah terdedah kepada teknologi yang semakin canggih. Semakin meningkat usia kita dapat melihat bahawa semakin kurang aktiviti mewarna tidak seperti ketika pada usia kita antara satu hingga dua belas tahun.\n\nJom kita lihat perkongisan menarik daripada Puan Nora Zyan mengenai kebaikan terapi mewarna untuk penyembuhan emosi yang mungkin dapat membantu kita serba sedikit untuk membuka minda tentang mewarna.\n\n*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu ibu bapa dalam menangani emosi anak-anak terutamanya ketika mereka meningkat remaja. \n\nMewarna juga tidak terhad kepada kanak-kanak atau remaja, orang dewasa juga boleh melakukan aktiviti mewarna untuk melepaskan segala tenaga negatif.\n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Ketahui makanan tinggi garam yang perlu dielak.\n\nGaram merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Namun, penggunaannya perlu dihadkan dalam kuantiti yang kecil saja. Ia berupaya meningkatkan tekanan darah bagi individu yang berisiko.\n\nBagi individu yang sihat, kita disarankan mengambil garam kurang daripada 2,300 mg (1 sudu teh) sehari. Manakala, bagi pesakit darah tinggi, kencing manis atau masalah ginjal kronik, garam perlu diambil pada tahap yang rendah iaitu hanya 1,500 mg sehari.\n\nSebenarnya, garam diperlukan untuk metabolisme dan mengawal keseimbangan cecair di dalam tubuh. Selain itu, garam juga membantu otot dan saraf berfungsi dengan baik dan sempurna. Malah, ia juga dapat mengekalkan tekanan darah pada paras normal.\n\nWalaupun begitu, pengambilan garam perlu dikawal. Ketika memasak di rumah, kita boleh mengurangkan kuantiti garam yang diambil. Namun, masalahnya ialah kita selalu terlepas pandang kandungan garam yang terkandung dalam makanan-makanan lain.\n\nSebenarnya, garam terdapat secara natural dalam bahan makanan. Oleh itu, cukuplah hanya memasukkan suku atau separuh sudu teh saja ke dalam masakan. Biasakan lidah untuk mengurangkan penggunaan garam. Lama-kelamaan, kita akan terbiasa untuk makan secara sihat.\n\nKesan pengambilan garam yang berlebihan dalam makanan harian kita amat menakutkan. Tanpa kita sedar garam menjadi pembunuh senyap. Penyakit yang paling sinonim dengan pengambilan garam berlebihan ialah tekanan darah tinggi.\n\nIa boleh memberi komplikasi teruk kepada jantung, otak dan ginjal. Tekanan darah tinggi mengakibatkan komplikasi saluran darah sempit dan jantung yang menyebabkan strok serta serangan jantung. Kegagalan fungsi ginjal juga boleh berlaku.\n\nJusteru, penulis akan kongsikan antara 12 makanan yang mempunyai garam tersembunyi yang tinggi kandungannya. Selain itu, jenis makanan yang boleh digantikan juga akan disenaraikan.\n\nSenarai ini merupakan makanan pilihan rakyat Malaysia yang boleh dikatakan dimakan pada setiap hari. Ubah tabiat makanan kepada cara yang lebih sihat. Antara senarai makanan tinggi garam yang perlu dielak. Utamakan kesihatan demi kesejahteraan hidup. Jom semak!\n\nBerbanding nasi putih, nasi goreng lebih banyak penggunaan garam. Tidak cukup dengan garam untuk memberikan rasa secukupnya, kita juga gemar mencampurkan bahan-bahan lain seperti sosej, nugget, pelbagai jenis sos dan kicap.\n\nMakan nasi putih jauh lebih berkhasiat. Elakkan buat nasi goreng yang bukan saja banyak menggunakan minyak tetapi juga bahan perasa dan garam.\n\nTidak lengkap rasanya makan nasi kerabu atau bubur tanpa telur masin. Rasanya yang lemak-lemak masin menggamit selera. Tanpa sedar sudah berbiji-biji telur dimakan. Telur masin dibuat menggunakan telur itik yang diperam dengan garam yang sangat banyak.\n\nAnda boleh makan apa-apa saja telur segar yang tidak diawet dengan garam. Sedap juga!\n\nIni merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia tanpa kira bangsa. Dalam sepinggan nasi lemak terdapat banyak garam yang terdapat di dalam nasi, sambal dan ikan bilis. Jika ada ayam goreng atau ikan goreng, bayangkan berapa banyak sudu garam.\u00a0\n\nTidak salah untuk menikmati nasi lemak cuma kurangkan pengambilan. Sediakan nasi lemak yang tiada garam dalam nasinya, tidak perlu ikan bilis. Cukuplah hirisan timun, telur rebus dan ikan goreng tanpa garam. Elakkan masukkan belacan dalam sambal.\n\nPenggunaan mentega dan marjerin boleh dikatakan sesuatu yang lazim bagi kita. Ia digunakan sebagai sapuan roti, membuat kuih-muih, kek dan sebagainya. Sebenarnya banyak garam yang terdapat dalam sesudu mentega itu. Bayangkan dalam sebiji kek?\n\nGunakan marjerin atau mentega yang bebas garam (unsalted margarine dan unsalted butter). Biasanya harganya agak mahal sedikit.\n\nKeropok lekor merupakan antara snek yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kaya dengan rasa ikan, dicicah pula dengan sos cili memang enak sekali. Namun, pembuatan keropok lekor menggunakan garam dan bahan perasa yang tinggi.\n\nKurangkan beli keropok lekor yang dijual. Jika anda suka makan, apa kata buat sendiri saja. Kurangkan penggunaan garam dan gantikan dengan bahan perasa semula jadi seperti lada sulah, lada hitam, bawang putih dan merah.\n\n#6 Serbuk Perasa dan Kiub Pati\n\nTerdapat pelbagai jenama serbuk perasa dan kiub pati di pasaran. Tujuannya untuk memberikan rasa sempurna dan menyedapkan lagi masakan. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya bukan saja Monosodium Glutamat (MSG) tetapi juga garam. Bayangkan lepas letak serbuk perasa, anda tambah pula kicap dan garam.\n\nGunakan bahan-bahan semula jadi untuk menyedapkan masakan tanpa meletakkan perasa tiruan ini. Gantikan dengan stok rebusan ayam, daging atau ikan bilis sebenar.\n\nKedua-dua bahan ini menjadi perkara wajib dalam masakan. Ini termasuklah kicap cair atau pekat, sos tomato atau sos cili, mayonis, sos ikan dan tiram. Memang tidak dinafikan makanan akan bertambah sedap, namun cuba periksa tekanan darah selepas makan.\n\nBoleh gunakan kicap dan sos dalam masakan tetapi hadkannya. Jangan gunakan terlalu banyak misalnya untuk buat sambal kicap, mi hailam dan sebagainya. Gunakan bawang merah, halia, serai dan bawang putih untuk memberikan rasa yang enak.\n\nMakanan proses tidak kiralah sama ada dalam kotak, plastik atau tin memang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Biasanya garam akan dijadikan pengawet untuk mengekalkan ketahanan produk.\n\nKurangkan pengambilan makanan proses dan lebih baik dihentikan terus. Makanan proses seperti sardin, bebola ikan atau daging, nugget dan sebagainya boleh dibuat sendiri. Ia lebih selamat dan bersih.\n\nPenggunaan air yang terlalu banyak misalnya di dalam sup ekor atau tom yam membuatkan supnya menjadi tawar dan kurang enak. Tanpa sedar kita memasukkan beberapa senduk garam dan beberapa kiub bahan perasa. Senduk ye bukan sudu kecil!\n\nJika kena caranya, sup jauh lebih sihat berbanding kuah berlemak dan berminyak. Namun, anda perlu berhati-hati. Gunakan stok semula jadi dan lebihkan bawang serta tomato yang akan memberikan rasa manis dan masam.\n\nPizza memang sangat enak dimakan, lebih-lebih lagi jika ada topping seperti keju dan sos. Itulah sebabnya ia menjadi makanan kegemaran kanak-kanak dan dewasa. Sepotong pizza mempunyai kalori yang sangat tinggi.\n\nPembuatan rotinya mengandungi mentega dan garam. Begitu juga dengan penggunaan sos dan keju yang ditambah di atas. Tidak termasuk makanan proses yang lain seperti tuna, salami, sosej, pepperoni dan sebagainya.\n\nLebih baik buat sendiri pizza di rumah untuk anak-anak. Anda boleh gantikan sos dengan sambal buatan sendiri. Hadkan penggunaan keju dan gantikan dengan yogurt. Gunakan ayam, ikan serta daging segar.\n\nMemang syok makan asam dan jeruk yang cukup rasa masin, masam dan manis. Ada juga yang ditambah cili untuk memberikan sensasi pedas. Namun, banyak garam dan gula yang dimasukkan untuk membuatnya.\n\nLebih baik makan buah segar tanpa perlu dijadikan jeruk. Begitu juga dengan sayur jeruk, lebih baik makan tanpa diproses dengan garam yang banyak.\n\nBagi masyarakat Melayu, tidak lengkap rasanya makan nasi tanpa sambal belacan atau sambal tumis. Biasanya, belacan akan diletakkan untuk memberikan bau yang lebih sedap dan mencukupkan rasa. Namun, belacan mempunyai garam yang sangat tinggi.\n\nGunakan ikan bilis atau udang kering untuk memberikan bau yang sama. Namun, kedua-dua ini juga mempunyai kandungan garam. Apa yang anda boleh buat ialah rendamkan dengan air panas sehingga hilang rasa masin. Kemudian, tambahkan dalam masakan.\n\nApabila melihat senarai makanan yang menjadi kegilaan masyarakat kita, ia sesuatu yang menakutkan. Ini hanyalah sebahagian daripadanya. Ubahlah corak pemakanan kepada cara yang lebih berkhasiat. Ikut had penggunaan garam yang disarankan.\n\nJemput juga baca artikel panduan piramid makanan ,\u00a0makanan untuk otak ,\u00a0makanan untuk kulit cantik dan makanan untuk kesuburan"
"Wanita khususnya sentiasa dilema dalam membeli foundation yang tepat untuk kulit wajah mereka. Bagaimana sebenarnya tips pilih foundation yang betul agar muka tidak kelihatan kusam dan gelap?\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa panduan penting tentang tips pilih foundation yang betul.\n\nTips pilih foundation yang pertama adalah mengenal pasti jenis kulit muka anda. Antara jenis-jenis kulit yang biasa adalah kulit kering, kulit normal, kulit berminyak, dan kulit kombonasi.\n\nBagi kulit berminyak, anda harus elak dari memilih foundation dengan finish dewy. Menggunakan\u00a0foundation dewy\u00a0pada kulit\u00a0berminyak hanya akan membuat wajah tampak terlalu berminyak. Sebaiknya adalah lebih baik, anda memilih\u00a0foundation\u00a0matte.\u00a0\n\nBagi foundation finish dewy pula, ia sesuai digunakan bagi yang berkulit kering. \n\n2. Sepadan dengan tona kulit muka\n\nDalam mencari padanan yang sempurna, amatlah penting untuk anda kenal pasti dahulu tona kulit anda. \n\nSekiranya tona kulit anda tidak sekata, boleh gunakan garis rahang anda sebagai penunjuk tepat bagi mengenal pasti kulit asli anda. \n\nTerdapat banyak jenis tekstur foundation yang dijual di pasaran. Antaranya seperti padat, cair, gel, cream dan powder dan sebagainya.\n\nSetiap foundation memiliki tekstur yang berbeza-beza dan keistimewaan yang tersendiri. Berikut adalah jenis dan fungsi foundation tersebut:\n\nElakkan dari memilih foundation yang warnannya lebih gelap atau lebih cerah dari warna asli kulit anda. \n\nIni kerana jika memilih foundation yang warnannya juah dengan warna asli kulit, ia akan terlihat berbeza dengan bahagian kulit anda yang lain seperti leher dan tangan.\n\nTerdapat tiga kategori warna kulit untuk disesuaikan dengan\u00a0foundation.\u00a0Light, warna kulit yang cerah dan terang bahkan pucat.\u00a0Medium, warna kulit ini cenderung berada di tengah-tengah seperti warna krem atau cokelat.\u00a0Deep, warna yang cenderung lebih gelap.\n\nFoundation yang mengandundi serum adalah antara foundation terbaik yang perlu anda ada. Ia berguna sekiranya anda mahu dapatkan kulit yang lembut dan tidak kusam walaupun sudah\u00a0makeup.\n\n6. Elak pilih yang ada SPF\n\nBiasa kita galakkan memakai barang penjagaan wajah yang ada SPF. Namun bagi foundation, anda perlu elakkan dari memakai foundation yang mengandungi SPF.\n\nIanya kerana, foundation jenis ini biasanya lebih lembap dan tidak smooth.\n\nKebiasaannya, setiap kedai alat solek atau kedai kosmetik akan menyediakan tester foundation untuk pelanggan cuba sendiri pada tangan.\n\nPenggunaan foundation pada tangan dianggap kurang berkesan oleh kerana warna kulit tangan agak berbeza dengan warna kulit wajah.\n\nJusteru cubalah foundation langsung pada kulit wajah anda. Selain itu, tips pilh foundation yang mungkin orang jarang amalkan adalah mencuba foundation di tempat yang terang. \n\nDengan cara ini, kita dapat memberi fokus yang lebih ketara di bahagian wajah untuk mengenal pasti sama ada foundation itu sesuai atau tidak. \n\nPenting dalam pemakaian foundation untuk anda tahu apakah tahap coverage yang dimahukan. Tidak semua make up memerlukan full coverage foundation.\n\nJika anda ingin hasil yang\u00a0flawless\u00a0tetapi tetap sesuai dengan warna kulit, pilih\u00a0foundation\u00a0dengan\u00a0coverage medium to high.\u00a0Foundation jenis ini mampu membaiki kekurangan pada wajah seperti flek hitam dan warna kulit yang tidak rata dengan baik.\n\nSetiap orang pasti mempunyai tema solekan atau \u201clook\u201d yang diinginkan. Ada yang ingin terlihat seperti Korean-Chinese-Japanese-British make up look, ada yang ingin membuat Arabian-American make up look, dan sebagainya.\n\nUntuk pengetahuan anda, setiap \u201clook\u201d ini mempunyai perbezaan shade foundation yang berbeza-beza. \n\nContohnya, Arabian-American make up look memerlukan anda untuk pilih shade foundation yang satu tahap lebih gelap dari kulit anda.\n\nFoundation boleh bertahan selama 2 tahun? Foundation berasaskan bedak seperti\u00a0two-way cake\u00a0mampu bertahan selama 2 tahun kerana formulasinya yang kering menyukarkan bakteria untuk membiak.\n\nManakala foundation cream dan liquid pula mampu bertahan selama 6 hingga 12 bulan sahaja disebabkan oleh adanya kandungan air, minyak dan agen lembapan di dalam produk tersebut.\n\nSelain artikel berkenaan dengan tips pilih foundation ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan alat solek seperti:\n\nKesimpulannya, jika anda inginkan hasil solekan yang menarik dan menawan, anda perlu ilmu yang tepat tentang pemilihan alat solek yang sesuai untuk diri anda. \n\nJangan malu dan takut untuk bereksperimentasi dengan diri sendiri kerana kecantikkan anda adalah dari keberaniaan diri anda untuk mencuba!"
"Makanan western sangat mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tatkala sudah jemu dengan santapan nasi dan masakan tradisi, selera beralih pula kepada western style. Yang paling famous dan sangat digemari ramai adalah chicken chop atau lamb chop. Makan banyak kali pun tak pernah jemu sebab sos black peppernya sangat lazat dan menyelerakan.\n\nBagi penggemar daging kambing, lamb chop pastinya menjadi pilihan utama berbanding dengan chicken chop. Lamb chop ni adalah daging kambing yang diperap dan dibakar sehingga masak. Kemudian, sos black pepper adalah sos yang wajib ada untuk menjadikan ia satu menu yang sedap. Untuk lebih mengenyangkan anda, pastikan ada coleslaw/sayuran lain dan juga kentang putar/French fries sebagai side dish untuk lamb chop ini. Confirm kenyang sangat!\n\nApa yang penting dalam menyediakan menu ini, anda harus pastikan sos black pepper yang anda hasilkan itu betul-betul sedap dan fresh. Ini kerana rasa sedap hidangan ini adalah bergantung pada rasa sosnya. Sedap sos yang anda buat, makan sedaplah hidangan lamb chop anda dan begitulah sebaliknya.\n\nIngin resepi lamb chop yang simple dan sedap? Haa apa kata anda cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Rosita\u00a0 Ismail di facebook. Hasilnya sangat memuaskan. Nak buat yang simple sahaja namun tetap rasa sedap? Anda wajib cuba resepi ini. Selamat mencuba!\n\nKambing untuk diperap\nLada hitam,\nOnion powder\nGarlic powder\nThyme\nPaprika\nGula merah\nGaram\n\nBawang putih\nBrown sos\nKiub pati ayam\nLada hitam kasar\nGaram\nSusu segar\n\nSelain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi yang sedap memukau buat anda. Jemput lihat kesemuanya ya! Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE."
"Juadah mee rebus amat popular di sekitar Malaysia terutamanya di Johor, rasanya yang lemak berkrim sangat lazat dan digemari oleh ramai orang. Cara pembuatannya memerlukan teknik yang betul akan tetapi, sekiranya anda mengikuti langkah \u2013 langkah yang diberikan, semestinya juadah ini akan terhasil dengan jayanya sekali. \n\nJom, kami bawakan anda terus ke Johor melalui juadah yang telah dikongsikan di Aneka Resepi Makanan dan telah mendapat banyak perkongsian. \n\n1. Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi mi rebus ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk\u00a0share resepi ini bersama kenalan anda juga ya!"
"Jika kita lihat di negara luar yang mempunyai musim sejuk seperti negara Korea, Jepun, Australia dan lain-lain lagi, mereka selalu minum minuman dan makan makanan yang panas untuk memanaskan badan mereka. Cuaca sejuk menyebabkan suhu badan menurun dan mengakibatkan kita kesejukan sehingga menggigil.\n\nOleh itu, kita perlu memakai pakaian yang tebal dan tinggal di dalam rumah yang nyaman. Di negara kita pula berbeza dengan negara mereka. Di asia tenggera tiada cuaca sejuk, hanya ada musim panas sahaja. Tetapi kita masih ada cuaca sejuk iaitu apabila hujan mula turun.\n\nKetika itu, suhu akan mula turun dan mengakibatkan cuaca menjadi sejuk. Di negara kita tidak banyak yang menjual pakaian sejuk kerana kita tiada musim sejuk. Namun, kita boleh naikkan suhu badan dengan minum air kopi panas dan teh halia.\n\nApakah manfaat minum air kopi dan teh halia?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai air kopi dan teh halia bagus diminum ketika cuaca sejuk. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri. \n\nKebaikan teh halia dan air kopi\n\n*Negara asia tenggera mungkin tiada musim sejuk tetapi apabila tiba musim hujan, cuaca akan menjadi sejuk kerana suhu menurun. Bagi mengelakkan terkena penyakit demam, selsema, batuk dan lain-lain lagi, minumlah air teh halia dan kopi panas. Ia boleh meningkatkan suhu badan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang,\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Boleh baca artikel asal di sini."
"Pernah dengar tentang ibu mengandung yang berperangai pelik? Pasti pernah kan? Ada kisah lucu yang membuatkan kita ketawa dan ada kisah yang terlalu pelik sehingga menyebabkan kita menggelengkan kepala. Ada yang kata ibu mengandung berperangai pelik kerana pembawakan budak.\n\nAda yang kata ia berlaku kerana perubahan hormon. Tak lupa juga ada yang kata perangai pelik waktu mengandung berlaku kerana terlalu ikutkan perasaan. Apa pun puncanya, hari ini kami akan kongsikan beberapa perangai ibu mengandung pelik untuk tatapan anda.\n\nPerangai pelik ibu mengandung yang pertama ingin kami kongsikan pada hari ini ialah keinginan seorang ibu mengandung untuk mencium dan masuk ke dalam bilik mayat di hospital. Pelik kan? Ini adalah kali pertama kami mendengar perkara seperti ini. Seorang wanita yang bakal melahirkan anak meluahkan keinginan peliknya mahu menghidu dan melihat bilik mayat. Tidak berapa lama dahulu pernah tular diTwitter apabila seorang ibu mengandung bernama\u00a0 Ain Nabilah Aun yang berumut 20 tahun membuat pengakuan yang pelik seperti berikut:\n\n\u201cSaya ada beritahu suami Mohd Firdaus Mohd Fazli, mengenai keinginan untuk mencium dan masuk ke dalam bilik mayat. Dia hanya cakap kalau hendak masuk, masuk seorang. Saya pasti dia tidak akan ikut saya, atau pun tunggu di luar sahaja. Dia pun penakut macam saya.\u201d\n\nMenurut Ain, walau pun tidak dibenarkan oleh suaminya, ibu mentua beliau bersetuju untuk membawanya melawat rumah mayat di Hospital Kluang bersama-sama. Namun setelah membawa komen netizen di Twitter, beliau telah menangguhkan niat dan berusaha untuk bertanya kepada ahli agama kerana risau aka nada perkara buruk berlaku kepada bayinya. Pelik kan? Kami tidak tahu sama ada beliau meneruskan niat untuk menghidu dan melawat rumah mayat atau tidak.\n\n2. Tak tahan dengan bau suami sendiri\n\nAda juga ibu mengandung yang tak tahan dengan bau suaminya sendiri sepanjang tempoh kehamilan. Ianya bukanlah dibuat-buat. Menurut saintis, ia berlaku disebabkan oleh hormon yang bercelaru dalam tubuh badan isteri lalu menyebabkan bau suami yang selalunya digila-gilakan oleh isteri menjadi terlalu busuk baginya. Malah jika suami baru mandi sekali pun isteri masih berasa suaminya busuk.\n\nMengidam nak makan sabun mandi bukanlah sesuatu perkara yang asing. Kerap-kali kita mendengar kisah sebegini. Ada ibu mengandung yang teringin untuk makan sabun mandi dalam bentuk bar. Malah ada yang makan berketul-ketul sabun mandi dari awal kehamilan sehingga bersalin. Ajaibnya si ibu dan bayi dalam kandungan selamat tanpa sebarang masalah kesihatan.\n\nKisah yang ini agak kelakar. Seorang suami berkongsi di facebook tentang kisah isterinya yang menangis pukul 3 pagi kerana teringin untuk naik UFO. Pasti anda pelik, mana pula suaminya nak cari UFO? Jom baca kisah ini. Rintihan suami ini dikongsikan dalam kumpulan Info Ibu Mengandung di facebook pada 31 Mei 2017. Perkongsian ini dihantar tanpa mendedahkan identity suami yang mengadu tersebut. Menurut beliau:\n\n\u201cAllahuakbar . Mula-mula ingatkan dia melawak. Aku gelak jer. Malam tu tengah tidur, dia boleh menangis pada 3 pagi. Ingatkan sakit perut nak beranak ke apa.rupanya dia terasa aku gelakkan dia petang tu. Tiap-tiap malam dia cakap nak naik UFO. Aku ni dari rasa nak gelak dah bertukar jadi rasa nak marah. Aku cerita benda ni kat mak, mak cakap kau bawa je dia pergi naik UFO mainan kat Tesco tu. Masukkan token boleh gerak-gerak,\u201d\n\nAkhirnya, permintaan isterinya dipenuhi selepas mengikut nasihat ibu lelaki itu dengan menaiki UFO mainan di Tesco. Gembira sungguh isterinya bila keinginannya tercapai.\n\n\u201cMasa lalu kat tempat mainan tu aku tanya lagi dia nak naik UFO mainan tak? Dia nak oiiii. Aku terus beli token.\u201d\n\nWalaupun dipandang serong oleh orang yang lalu-lalang, si suami tebalkan muka demi isteri yang tersayang, namun tanpa disangka isterinya mengidam benda lain pula. Nak tahu?\n\n\u201cPerut dah nak meletup, macam manalah aku nak bawa naik kapal terbang. Nampak gayanya esok kena bawa pergi Tesco lagi la. Ibu mengandung ni memang perangai macam ini ke? Pelik sangat dah aku nampak. Semoga diberi kekuatan untuk layan karenah dia. Amin,\u201d\n\nPelik sungguh kisah ni kan? Nasib baik suaminya jenis penyayang dan sudi memenuhi hajat di isteri. Kalau anda, apa yang anda akan buat?\n\nPerangai pelik ibu mengandung yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah teringin untuk mengunyah selipar jepun. Kisah ini tular pada beberapa tahun yang lalu apabila diceritakan kisah tentang seorang ibu mengandung yang mengidam untuk mengunyah selipar jepun. Bukan selipar jepun yang abru dibeli dari kedai, tapi selipar jepun yang sudah lusuh digunakan. Alhamdulillah kedua-dua ibu dan bayi selamat tanpa sebarang masalah kesihatan.\n\nBagaimana dengan anda? Ada perangai pelik yang anda alami semasa mengandung? Walau apa pun semua perangai pelik ini akan mencipta memori yang indah untuk dikenang dan pastinya membuatkan kita dan pasangan tersenyum semula apabila dikenang kembali. Malah ada juga modal untuk anda bercerita kepada anak-anak apabila mereka sudah besar dan boleh faham apa yang kita ceritakan.\n\nItulah dia info tentang perangai ibu mengandung pelik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang darah beku ibu mengandung, diet ibu mengandung dan garis hitam pada perut ibu mengandung."
"Kehidupan adalah sesuatu yang paling bernilai kerana kita memiliki nyawa untuk digerakkan sepanjang hidup ini. Apa yang kita jalani dalam hidup ini pastinya mempunyai hikmah yang tertentu dan ada sebab kenapa Allah SWT jadikan kehidupan ini. Biarpun tidak seindah yang kita impikan, itu adalah ujian dan dugaan buat kita semua. \n\nTazkirah ringkas tentang kehidupan berkaitan dunia adalah sementara dan tempat bergurau senda, sunnah nabi dan kehidupan dunia akhirat.\n\nTazkirah Ringkas Tentang Kehidupan #1: Dunia Adalah Sementara Dan Tempat Bergurau Senda\n\nKehidupan di dunia bukanlah kehidupan sebenar tetapi ia adalah sementara sahaja. Manusia akan mati dan hidup kembali di akhirat untuk diperhitungkan ke syurga atau neraka. Syurga dan neraka adalah kehidupan yang selama-lamanya. \n\nMahukah bukti yang menunjukkan dunia bukan kehidupan sebenar? Terdapat banyak bukti yang telah tertera di dalam Al-Quran. Semuanya berkisar tentang kehidupan di dunia adalah untuk bersenda gurau semata-mata. \n\nFirman Allah SWT (Surah Al-An\u2019Am ayat 32):\n\n\u201cDan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?\u201d\n\nFirman-Nya (Surah Al-Ankabut ayat 64) : \n\n\u201cDan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.\u201d \n\nFirman Allah SWT (Surah Muhammad ayat 36):\n\n\u201cSesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.\u201d \n\nOrang yang soleh dan solehah serta bertakwa tidak melatah akan hal dunia yang serba kurang, sebaliknya lebih risau akan hal akhirat yang akan dibawa ke sana kelak. Oleh itu, mereka sentiasa mempersiapkan diri untuk menjadi lebih baik di sisi Allah SWT. \n\nBagaimana dengan diri kita di sini? Adakah kita sudah bersedia untuk melangkah ke alam kehidupan yang sebenar-benarnya? Dunia adalah ujian dan peperiksaan untuk menentukan dimanakah tempat kita di sana nanti.\n\nPersiapkanlah diri, tinggalkanlah larangannya, banyakkanlah amalan sunat dan jangan sesekali tinggal perkara yang wajib. Bersedialah setiap masa untuk menghadap Allah SWT yang Maha Esa. Kita tidak tahu bila kita akan mati, tapi mati itu pasti.\n\nTazkirah Ringkas Tentang Kehidupan #2: Amalkan Sunnah Nabi SAW Dalam Kehidupan\n\nSunnah Nabi SAW dalam kehidupan adalah amalan yang mulia boleh diikuti oleh para musliman dan muslimah. Sama ada kelakuan atau perbuatan, akhlak, sifat, ucapan, sirah dan lain-lainnya yang hasilnya daripada Nabi SAW adalah sunnahnya.\n\nBuat perkara sunat dan sunnah akan dapat pahala, tetapi tidak berdosa jika tidak lakukan. Namun begitu, haram untuk kita membenci sunnah nabi SAW sebagaimana sabdanya.\n\n \u201cSesiapa yang membenci (menolak) sunahku, maka dia tidak termasuk golonganku.\u201d\u00a0(Muttafaq \u2018alaih)\n\nAntara sunnah Nabi SAW adalah melakukan solat sunat, membaca Al-Quran, mempelajari ilmu kifayah, berkahwin, makan tangan kanan, menyimpan janggut, senyum, berkongsi makanan, bersedekah dan banyak lagi. \n\nDaripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: \u201cSetiap umatku akan memasuki syurga melainkan mereka yang enggan,\u201d \n\nPara sahabat bertanya, \u201cWahai Rasulullah, lantas siapakah yang enggan?\u201d\n\n Nabi SAW menjawab: \u201cSesiapa yang taat kepadaku akan memasuki syurga dan sesiapa yang mengingkariku bererti dia enggan masuk syurga.\u201c\n\nTahukah anda, mengamalkan sunnah nabi SAW juga adalah salah satu cara untuk taat kepada nabi. Sudah pasti syurga adalah ganjarannya. Ketahuilah bahawa sekiranya ada penolakan terhadap sunnah nabi atau perkara yang diajarkan nabi, ia bermaksud seseorang itu tidak berminat untuk masuk syurga. Malah mereka telah merugikan diri sendiri. Tidak ada susahnya untuk melakukan sunnah nabi, selain dapat pahala, anda juga disayangi Allah SWT.\n\nTazkirah Ringkas Tentang Kehidupan #3: Cara Mendapat Kebaikan Dunia Dan Akhirat\n\nTazkirah ringkas tentang kehidupan kali ini berkaitan bagaimana ingin mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat. Kenapa setiap kali berdoa, kita disarankan berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat? Kita tidak hidup kekal di dunia ini, tunggu masanya kita akan mendapat kehidupan di akhirat pula. Jadi, wajarlah untuk kita amalkan doa ini. \n\nTafsirah Surah Al-Hadid pula mengingatkan kita tentang kehidupan di dunia ini adalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. Jika kita sakit, kita diuji, kita senang, kita susah, kita kaya, miskin sekalipun, tetapkan kita jalankan kewajipan sebagai hamba Allah SWT. Jangan sesekali tinggal solat dan puasa. Apa yang wajib, wajiblah kita buat.\n\nMaksudnya:\u00a0Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.\n\nSelain berdoa, beramal soleh dengan solat, bertakwa, beriman, taat kepada kedua ibu bapa, bersifat adil juga adalah kebaikan yang boleh dilakukan untuk selamat di dunia dan akhirat. Semoga tazkirah ringkas tentang kehidupan ini bermanfaat. \n\nJom baca juga Tazkirah Lailatul Qadar, Kisah Rabiatul Adawiyah, Nikmat Bersedekah dan Adab terhadap ibu bapa."
"Tidak dinafikan roti john ialah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi masa puasa bulan Ramadhan, bukan main panjang orang beratur beli roti john. Lagi-lagi kalau kedai itu jual roti john inti sedap, sos lebih, salad lebih, lagi lah ramai orang ingin beli.\n\nNamun, hari-hari biasa pula macam boleh tahan susah mencari gerai roti john, tidak seramai bulan puasa. Sesiapa yang tekaknya mengidamkan roti john, rasa terkilan sebab kena pergi pasar malam yang hanya seminggu sekali.\n\nPenahkah anda terpikir buat roti john di rumah? Walau nampak susah, sebenarnya buat roti john senang saja. Risau rasa dia tak sedap macam pasar malam? Usah risau sebab kami ada 10 resepi roti john yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh pilih mana satu resepi yang anda mahu. Mulai daripada yang senang bahan sehingga yang rumit banyak bahan pun ada. Jom kita cubakan resepi di bawah.\n\nResepi pertama yang anda patut cuba kerana telah mendapat seramai 61 ribu perkongsian di laman Facebook. Apakata kita cuba buat sendiri resepi ini. Masak sambil berperang dekat dapur. Walaupun tidak berapa cantik rupa roti john tapi puas hati dapat buat sendiri bukan? Resepi dikongsikan oleh Chinta Eyja di laman Facebook.\n\nBila bulan-bulan biasa macam ini, agak susah cari orang yang jual roti john. Daripada susah-susah pergi cari roti john di bazar. Baik buat sendiri saja, boleh adjust mahu letak inti banyak mana, lagi puas makan bukan? Resepi dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook.\n\nRoti john ala Zyka Kepochi yang berkongsi di laman Facebook lain dari yang lain. Pasalnya inti roti ini diletak cheese, jadi rasa dia ada lemak masin manis yang bersatu. Jom tengok resepinya betul-betul supaya tidak tersilap masa cuba masak nanti.\n\nSeterusnya kami akan kongsikan resepi roti john cheese meleleh daripada Ariana Sofia Ahmad di laman Facebook. Sesiapa yang rindukan roti john dengan cheese banjir boleh cuba resepi ini. Sedapnya sampai menjilat jari. Adunan ini dapat 9-11 biji roti john yang kecil.\n\nSeterusnya kami kongsikan resepi roti john guna bun terung @ Terung John, juga untuk peminat terung terutama yang mahu diet/makan rendah karbo. Ini antara salah satu daripada menu rendah karbo yang Noorul Izzah Marzuki amalkan, sehingga saya berjaya turunkan berat daripada 130kg kepada 65kg. Berjaya sembuh diabetes dan pulih darah tinggi. Oleh itu dia berkongsi resepi sihat ini di laman Facebook.\n\nResepi roti john mudah untuk sarapan atau makan malam dikongsikan oleh Almie Amira di laman Facebook. Resepi ini menggunakan rencah daging macam biasa tapi pedas, dan rencah daging ini boleh disimpan dan guna bila ingin buat bekal atau makan. Jom tengok resepinya.\n\nResepi roti john ini paling mudah dan simple. Tidak banyak sangat bahan yang dipakai untuk buat roti john resepi daripada Atie Norhayaty yang berkongsi di laman Facebook. Guna bahan yang ada di dapur sahaja, bawang Holland, bawang putih dan sedikit rempah kari. Amat senang membuatnya gerenti tidak gagal. Sesuai untuk anak-anak makan, konfirm habis.\n\nSiapa tahu roti john femes khairul aming? Jika anda peminat roti john tersebut, maka anda patut tengok resepi yang kami kongsikan di bawah. Finas Osman dalam halaman Facebook berkongsikan resepi roti john tular. Justeru, sekali cuba resepi ini mesti berturut-turut ingin buat. Lagi best kalau boleh letak sayur banyak-banyak.\n\nMakan roti john sambil-sambil layan drama mesti syok bukan? Lagi kalau makan bersama rakan-rakan dan keluarga. Licin 10 biji roti. Sarah Nordin berkongsikan resepi roti john paling simple di laman Facebook. Guna bahan sedikit sahaja. Bila masak sendri boleh letak isi dan telur banyak.\n\nRoti John Cheese Leleh Inti Lebih\n\nMengidam roti john isi lebih, telur banyak, sos lebih. Buat sendiri saja boleh sesuaikan selera masing-masing. Iza Abu Bakar berkongsi di laman Facebook resepi roti john sedap dengan kepingan cheese. Siapa minat cheese? Ayuh buat roti john kebabom ini.\n\nSelain resepi Roti John, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya!"
"Sebaik sahaja bangun pagi, pasti ada banyak perkara yang perlu difikirkan \u2013 lebih-lebih lagi wanita. Sarapan keluarga? Bersiap ke tempat kerja? Hantar anak ke sekolah? Pakaian sekolah anak-anak? Persediaan memasak untuk makan malam? Mengemas dapur? dan banyak lagi.\n\nSemuanya harus dilakukan dalam masa yang singkat dan semestinya dengan pantas. Pada waktu ini la, bakat multi-tasking sangat diperlukan. Banyak perkara harus dilakukan dalam suatu masa.\n\nLumrah wanita, kita sibuk memikirkan hal keluarga hinggakan hal berkaitan kita sangat kurang difikirkan. Tetapi sedarkah kita, sekiranya kita tidak mengutamakan diri dan kesihatan kita, bagaimana untuk kita menjaga keluarga kita? Oleh itu, kesihatan diri sendiri sangat perlu dititikberatkan dan tidak harus diabaikan.\n\nTahukah kita, ada satu cara mudah yang boleh kita lakukan diwaktu pagi untuk memastikan badan sentiasa sihat dan aktif? Senang sahaja. Hanya dengan minum air sebaik sahaja bangun tidur!\n\nDi Jepun, kebanyakan masyarakat mereka akan minum air sebaik sahaja bangun pagi. Penyelidik perubatan Jepun menemui rawatan air ini mampu menyembuhkan beberapa penyakit iaitu:\n\nKedengaran mustahil, tetapi dengan izin Allah, sekiranya kita mengamalkannya, penyakit-penyakit tersebut dapat disembuhkan. Jadi, bagaimana cara-caranya?\n\n1. Sebaik sahaja bangun pagi, sebelum menggosok gigi, minum 4 x 160ml gelas air.\n\n2. Gosok gigi dan bersihkan mulut, tetapi jangan minum atau makan apa-apa untuk 45 minit.\n\n3. Selepas 45 minit, makan dan minumlah seperti biasa.\n\n4. 15 minit selepas bersarapan, makan tengah hari atau makan malam, jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam.\n\n5. Bagi mereka yang sudah berusia atau tidak mampu untuk minum 4 gelas air di awal pagi, bolehlah meminum air sedikit demi sedikit sehingga mencapai 4 gelas sehari.\n\nMudah kan? Hanya perlu sasarkan untuk minum 4 gelas air diwaktu pagi.\n\nSeterusnya saya menyenaraikan bilangan hari yang diperlukan untuk melakukan rawatan ini untuk menyembuhkan/mengawal/mengurangkan penyakit-penyakit utama:\n\nKaedah rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Namun begitu, anda harus bersedia untuk kerap membuang air kecil. Sekalipun anda tidak mempunyai sebarang penyakit lagi, tetapi tidak salah sekiranya kaedah ini menjadi amalan seharian kita bagi memastikan kesihatan yang baik berpanjangan. \n\nSeperti nasihat orang tua-tua, \u201cbadan ni, kita nak pakai lama. Jadi, kena la jaga seelok-eloknya\u201d."
"Setiap wanita mengidamkan wajah yang cantik, bersih, cerah, flawless, berseri tanpa sebarang cela. Namun tak semua mampu untuk membeli produk kecantikan yang mahal seperti artis-artis dan selebriti.\n\nYang sebenarnya, nak cantik tak semestinya kena pakai produk yang mahal. Resepinya ialah kerajinan. Anda amalkan tips penjagaan muka yang bakal kami kongsikan, dalam masa 14 hari anda pasti nampak perbezaannya.\n\nCuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari\n\nMencuci muka adalah wajib sekiranya anda inginkan kulit muka yang cantik. Walau pun dihujung minggu anda cuma melepak di rumah, malas nak mandi dari pagi bawa ke malam, pastikan anda tetap mencuci muka. Mencuci muka yang kami maksudkan ialah mencuci dengan bersih menggunakan sabun pencuci muka. Bukannya cuci muka ala kadar, sekadar basuh dengan air macam P. Ramlee.\n\nCuci muka dengan air suam, diikuti air sejuk\n\nUntuk mendapatkan kulit \u00a0yang cantik, basuh muka dengan air suam. Tujuannya untuk membuka pori-pori supaya kotoran yang melakat di dalam liang pori dapat dibersihkan semasa kita mencuci muka. Selepas selesai mencuci muka, semua buih dari pencuci muka sudah dibersihkan, bilas dengan air sejuk.\n\nTujuan membilas dengan air sejuk ialah untuk menutup semula pori-pori yang terbuka.\n\nSelepas anda mencuci muka dengan bersih, dan dibilas dengan air sejuk, keringkan wajah dan jangan lupa untuk memakai toner atau penyegar. Fungsi utama toner ialah untuk menutup liang pori yang masih terbuka. Kenapa penting untuk kita pastikan liang pori tidak terbuka?\n\nLiang pori yang terbuka akan menjadi perangkap habuk, debu, minyak, dan semua kotoran yang berada di udara. Segala jenis bendasing yang terperangkap dalam liang pori akan menyebabkan masalah kulit seperti blackhead, whitehead, dan jerawat.\n\nSelain menutup liang pori, toner juga berfungsi untuk menghilangkan saki-baki kotoran yang masih tertinggal diwajah, terutamnya jika anda jenis wanita yang bermakeup.\n\nSekarang\u00a0 anda dah faham betapa pentingnya toner dalam rutin kecantikan harian untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.\n\nAda dua cara untuk menggunakan toner:\n\nSelepas toner, anda boleh sapukan serum atau essence ke wajah. Serum dan essence membantu memberikan anda wajah yang cantik berseri. Jika anda berumur 25 tahun ke atas, pilih serum atau essence yang mempunyai fungsi anti penuaan.\n\nPelembab adalah sangat penting jika anda inginkan wajah yang cantik, berseri, dan awet muda. Tahukah anda? Kulit yang kering akan berkedut lebih awal berbanding kulit yang lembab dan disapukan dengan pelembab secara konsisten setiap hari.\n\nRamai yang beranggapan bahawa kita tak perlu memakai pelembab jika tidak keluar outdoor. Ianya salah sama sekali. Anda wajib memakai pelembab sekali pun anda duduk di dalam bangunan, terutamanya jika anda duduk didalam penyaman udara. Penyaman udara menyedut lembapan dari kulit dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering tanpa kita sedari.\n\nTak kira sama ada anda sentiasa berada di dalam bangunan atau banyak menghabiskan masa di luar, pelindung uv adalah wajib untuk anda. Kita semua sedia maklum bahawa lapisan ozon kita semakin menipis dan tidak lagi mampu untuk menapis sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.\n\nOleh itu, pastikan kulit wajah anda sentiasa dilindungi dengan pelindung UV setiap hari.\n\nElakkan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya\n\nTerdapat lambakan produk kecantikan di pasaran. Jenama produk penjagaan kulit bertambah setiap hari bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa pun jenama pilihan anda, pastikan iaanya selamat dari bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet merbahaya.\n\nTiada gunanya kalau kulit anda flawless dalam masa 3 hari, tapi akibatnya kulit muka anda rosak apabila berhenti menggunakan produk tersebut. Lagi parah kalau organ dalaman anda rosak atau kandungan anda gugur disebabkan bahan kimia beracun yang anda sapu ke wajah.\n\nNak cantik? Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.Pengambilan air kosong yang secukupnya akan memastikan kulit muka sentiasa segar dan tidak kering. Ingat tau, kulit kering akan lebih cepat berkedut.\n\nPerasan tak? Kalau anda kurang tidur, muka akan menjadi sembab, hilang seri, kusam, dan tak bermaya. Beauty sleep sememangnya sangat penting jika anda inginkan kulit muka yang cantik, berseri, dan sihat.\n\nItulah dia tips penjagaan kulit muka yang ingin kami kongsikan dengan anda untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Amalkan tips yang kami kongsikan, insya Allah selepas 14 hari, kulit muka anda akan kelihatan cantik, bersih, berseri, dan awet muda."
"Banyak sebenarnya bahan yang boleh dicampurkan dengan cucur ini. Ada yang memanggilnya cekodok, cucur juga merupakan kuih yang boleh dimakan tidak kira waktu. Nampak macam senang kan nak buat cucur ikan bilis ini? Tapi untuk dapatkan tekstur lembut didalam dan rangup diluar mempunyai caranya sendiri. \n\nResepi cucur ikan bilis ini kami sediakan dan tips untuk anda dapatkan tekstur cucur yang rangup. Nak dapatkan cucur yang rangup diluar lembut didalam ini, anda perlu menggunakan air panas dalam bancuhan tepung, air panas ini adalah air yang betul- betul menggelegak. Baru lah anda akan dapat tekstur rangup bila makan berbunyi krup krap. Kami himpunkan koleksi resepi cucur ikan bilis untuk anda.\n\nKalau ada lebihan nasi semalam dan tak tahu nak buat apa, jangan buang. Apakata anda buat cucur ikan bilis nasi. Sedap dan rangup teksturnya. Kenyang sampai ke tengahari. Jom baca resepi oleh Jaja Noriza.\n\nNak dapatkan rupa bentuk cucur yang bulat terbentuk ini ada teknik rupanya. Ada yang suka makan cucur bulat kemas katanya. Resepi dari Irhana Carnella anda wajib follow untuk mendapatkan rupa cucur yang bulat. \n\nJika anda memang penggemar bawang, jom cuba resepi cucur ikan bilis bawang ini. Bila dapat makan memang terasa rangup dengan kehadiran bawang. Jom ikuti resepi dari Roslinda Razak.\n\nBuat penggemar pedas, cucu ikan bilis spicy ini kami bawakan khas untuk anda. Tanpa mencampurkan cili tetapi menggantikan dengan tepung bestari yang berperisa spicy mungkin akan membuatkan anda makan sambil berpeluh-peluh. Jom baca resepi dari Husna Zawai.\n\nCucur ikan bilis ini boleh dibuat sarapan pagi atau kudapan jika anda terasa lapar. Nak Buat frozen pun boleh. Kalau anda nak tahu kami dah sediakan pelbagai resepi menarik yang lain untuk anda jadikan rujukan memasak. Jika rasa bermanfaat resepi ini jangan lupa share dan like ya."
"Resepi sup ayam ini pasti membuatkan perut anda gembira.\n\nSup adalah menu yang biasa\u00a0 terdapat dalam kebanyakkan masakan seluruh dunia. Ada pelbagai versi sup, ada yang menggunakan daging kambing seperti sup kambing yang berasal daripada India.\n\nIa mengandungi kandungan rempah yang banyak dan sedikit pedas. Manakala ada sup jernih seperti sup sayur dari China. Ia mengandungi bahan yang ringkas seperti bawang putih, lada sulah, ikan bilis dan sayur-sayuran. Selain daripada sup sayur, sup ikan juga ringkas dan mudah.\n\nSup ayam adalah antara sup yang paling mudah namun tetap menjadi kegemaran ramai orang. Ia terkenal di serata dunia. Lazimnya bahan asasnya hanyalah bawang merah, bawang putih, halia serta ayam.\n\nNamun atas kreativiti, pelbagai bahan ditambah untuk menaikkan aroma dan sekali gus mempengaruhi rasanya. Ayam pula boleh diganti dengan ayam kampung atau ayam belanda. Ikutlah selera dan kreativiti anda.\n\nJom cuba resepi sup ayam istimewa ini. Cara menyediakannya yang membuatkan sup ayam ini sedap & wangi.\n\nResepi ini telah dikongsi oleh Lin Zalika\u00a0dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook.\n\nResepi Sup Ayam Halia Lada Hitam\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi sup ayam ini, terdapat juga beberapa resepi lain yang mudah dan menarik untuk anda cuba. Jadi, jangan lupa tekan dan share artikel artikel ini ya! Selamat mencuba!"
"Pada awal fasa kehamilan, si ibu masih boleh bergerak dengan bebas dan tiada masalah lagi kerana perut masih belum membesar. Tetapi masih perlu berhati-hati. Si ibu boleh bergerak dan berjalan dengan pantas tanpa ada masalah cuma kene kurangkan aktiviti lasak seperti mengangkat barang berat.\n\nSelepas itu, pada fasa pertengahan pula, perut akan mula membesar dan si ibu akan mula rasa cepat penat. Mereka tidak dapat bergerak dengan pantas dan ada masalah jika terlebih menjalankan aktiviti harian. Mereka terpaksa menghadkan aktiviti mereka dan lakukan aktiviti yang perlu sahaja dan jangan melebih-lebih.\n\nTiba lah fasa yang terakhir iaitu, apabila usia kandungan sudah mencapai 7 bulan, macam-macam sakit yang akan dirasai oleh si ibu. Kaki akan mula membengkak dan kejang. Perkara yang tidak seronok adalah apabila si ibu merasai kekejangan pada kaki. Bagaimana kaki si ibu boleh kekejangan?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai punca-punca kekejangan kaki semasa hamil dan cara mengatasinya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n*Kekejangan kaki semasa hamil adalah perkara yang akan dirasai oleh ibu hamil. Untuk mengelakkan daripada kekejangan kaki, pastikan si ibu mendapatkan kalsium tambahan seperti susu untuk kekuatan tulang. Pelbagai jenis susu untuk ibu hamil yang dijual di pasaraya, maka boleh dapatkannya di mana-mana pasaraya sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Nasi goreng merupakan masakan panas segera yang lazat. Nasi goreng dibuat daripada nasi putih yang di goreng dengan ramuan serta rempah-rempah mengikut selera.\n\nOrang yang tidak suka makan nasi dingin atau membuang nasi yang tidak habis, maka nasi tersebutlah sesuai digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.\n\nBagi masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng sebagai sarapan. Nasi goreng memang sangat lumrah dijadikan sarapan. Biasanya nasi goreng dimakan tidak memerlukan lauk. Namun masa kini ada yang memakan nasi goreng dengan lauk mengikut selera masing-masing.\n\nPada resepi kali ini kami akan berkongsi resepi nasi goreng ikan masin mudah dan sedap yang dikongsikan oleh \u200eNana Sabrina Sarsan di Facebook. Resepinya sangat mudah dan sedap. Sila cuba resepi ini.\n\n1. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin sehingga betul-betul garing.\n\n2. Masukkan 1/2 sdm bawang putih, jika masukkan 1 sdm pun boleh. Tumis sehingga bawang putih warna coklat.\n\n3. Kemudian masukkan kacang panjang, gaul sebentar.\n\n4. Ketepikan kacang panjang di tepi kuali, selepas itu pecahkan sebiji telur. Gaul sehingga telur masak.\n\n5. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.\n\n6. Selepas itu masukkan 2 sdm sos ikan.\n\n7. Masukkan 1 sdm sos tiram.\n\n8. Akhir sekali, masukkan garam. Gaul sebati lebih kurang 10 minit. Siap!\n\nKalau mahu lagi sedap pastikan masa goreng nasi menggunakan api kuat hingga nasi masak sebati.\n\nSelain resepi nasi goreng ikan masin, kami juga berkongsikan resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari jenama mesin basuh front load terbaik? Kalau ada yang tak tahu, terdapat dua jenis mesin basuh iaitu top load dan front load. Kedua-dua jenis mesin basuh ini mempunyai kelebihan tersendiri.\n\nMesin basuh anda rosak atau anda nak beli mesin basuh baru untuk rumah yang baru? Kami galakkan anda untuk membeli mesin basuh front load kerana lebih berkualiti dalam mencuci pakaian, lebih jimat air, mudah untuk masuk dan keluarkan pakaian dan sebagainya.\n\nTanpa membuang masa, jom tengok 10 jenama mesin basuh front load terbaik untuk anda.\n\nMesin Basuh Front Load Midea MFl70-S1202E\n\nProduk keluaran Midea sememangnya terkenal dan berkualiti termasuk mesik basuh front load. Mesin basuh keluaran Midea ini mempunyai kapasiti 7kg. Selain itu, mesin ini mempunyai pengawalan suhu dan dispenser secara automatik. Pakaian juga akan kurang kedutan.\n\nCiri paling menarik adalah mesin basuh ini mempunyai sistem quick wash yang mampu membasuh dan mencuci pakaian dengan hanya 15 minit sahaja. Sangat sesuai jika anda mempunyai masa yang suntuk untuk melakukan kerja rumah ataupun perlu menggunakan pakaian tersebut dengan cepat.\n\nSistem atau program keselamatan juga bagus lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak-anak kecil yang sering bermain atau membuka mesin basuh kerana terdapat child lock yang menghindarkan mesin dibuka apabila sedang beroperasi.\n\nToshiba 9.5kg Front Load Washing Machine\n\nToshiba juga merupakan antara jenama mesin basuh front load terbaik. Mempunyai sistem \u2018invertor motor\u2019, kelajuan putaran mesin mencecah 1400RPM. Kapasiti atau muatan lebih besar iaitu 9.5kg. Sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga besar.\n\nBukan itu sahaja malah mesin ini berfungsi dengan ekstra kitaran cucian yang membuatkan ianya hapuskan lebih kotoran pada pakaian serta sesuai untuk anda atau keluarga yang mempunyai kulit yang sensitif.\n\nToshiba 11KG Washer & 7KG Dryer\n\nToshiba washer dryer antara mesin basuh terbaik kerana mempunyai \u2018real invertor motor\u2019 yang mengurangkan bunyi mesin sewaktu beroperasi, lebih cekap dan tahan lama. Tempoh masa untuk mencuci pakaian juga lebih cepat kerana mengambil masa 12 minit sahaja.\n\nNak mesin basuh front load Toshiba yang lebih besar kapasitinya? Ini sesuai mengikut kemahuan anda kerana mempunyai kapasiti 11kg untuk pencucian pakaian manakala 7kg untuk pengeringan pakaian.\n\nPaling istimewa, anda juga boleh mngeringkan pakaian dan boleh terus lipat. Sesuai anda yang mempunyai kulit sensitive kerana mesin ini mencuci pakaian dengan ciri anti-bakteria dan anti-alergik.\n\nBOSCH WAJ20180SG Front Load Washing Machine\n\nBerkapasiti dengan 8kg, mesin basuh dari Bosch ini mempunyai program \u2018Eco-Silence Drive\u2019 yang sangat cekap tenaga dan beroperasi tanpa sebarang bunyi. Jangka hayat juga dijamin tahan lama.\n\nBukan itu sahaja, mesin ini mempunyai program \u2018speed perfect\u2019 iaitu fungsi khas yang boleh mempercepatkan sehingga 65% masa cucian tanpa menjejaskan kualiti atau kebersihan pakaian. Anda juga boleh mencampur jenis kain, tekstil atau pakaian.\n\nSistem Allergy Plus yang terdapat pada mesin ini juga dicipta khas bagi mereka yang mempunyai alahan atau kulit sensitive kerana peringkat suhu yang lebih lama dan tambahan bilasan pada pakaian.\n\nElectrolux EWF7524D3WB 7kg UltimateCare\u2122 300 Front Load Washer\n\nKelebihan utama jenama front load mesin basuh terbaik dari Electrolux adalah mempunyai program Hygienic Care yang mampu menyingkirkan 99.9% alahan dan kuman pada pakaian,kecekapan masa dan boleh laraskan suhu mengikut kesesuaian fabrik.\n\nBerkapasiti sebanyak 8kg, mesin ini juga mempunyai motor eco inverter yang mampu mengurangkan bunyi geseran yang terhasil sewaktu mesin beroperasi. Dengan fungsi auto-sense dank unci keselamatan kanak-kanak bagus untuk anda yang mempunyai anak-anak yang suka membuka mesin basuh terutama apabila sedang berfungsi.\n\nLG Front Load WD-MD800WM Washing Machine\n\nMempunyai kapasiti 8kg, mesin basuh keluaran LG mempunyai teknologi 6 motion DD iaitu gerakan secara tumbling, rubbing, swing, rolling, compression dan beat. \u00a0Ianya dapat mengawal kelajuan atau arah putaran mesin dan membasuh banyak pakaian tanpa merosakkan kualitinya.\n\nBerfungsi tanpa bunyi dan getaran mesin pasti membuatkan anda selesa selain penjimatan penggunaan tenaga jika menggunakan mesin ini. Lain daripada yang lain, mesin ini mempunyai Program Smart Diagnosis.\n\nSmart Diagnosis berfungsi yang akan mengenal pasti kerosakan mesin dan memberi jalan penyelesaian secara terus apabila anda menghubungkan panggilan telefon khidmat pelanggan dengan mesin basuh. Tak perlu lagi memanggil juruteknik jika berlaku kerosakan.\n\nSamsung\u00a0Front Load Washer Dryer 9.5kg Washer & 6kg Dryer\n\nMesin ini mempunyai sistem AI Control yang dapat memudahkan anda membasuh pakaian secara berkesan. Kitaran juga akan disesuaikan mengikut jenis kitaran yang anda sering gunakan. Aplikasi SmartThings pula membantu anda memberi panduan tentang kitaran, perancangan untuk menyelesaikan masalah.\n\nSistem Eco Buble yang berfungsi menukarkan bahan pencuci kepada buih yang dapat menembusi fabric dapat menyingkirkan kotoran dengan mudah tanpa memudarkan atau merosakkan pakaian.\n\nBahan pencuci juga dapat dijimatkan sekurangnya satu bulan kerana mempunyai sistem auto dispense. Tak perlu lagi mengisi atau meletakkan bahan pencucui kerana ianya berfungsi secara automatik.\n\nHaier Inverter Front Load Washing Machine HWM70-FD10829\n\nAnda yang berhijab pasti akan menyukai mesin basuh dari Haier kerana mempunyai mode hijab di mana anda tidak perlu lagi mencuci hijab dengan tangan. Dengan mesin basuh keluaran Haier, hijab dapat dicuci dengan bersih tanpa merosakkannya.\n\nDengan kapasiti 7kg mampu membersihkan pakaian keluarga kecil anda.\u00a0 Fungsi pillow drum pada mesin ini akan mengurangkan geseran antara pakaian dengan mesin sekali gus mengelakkan kerosakkan pakaian. Pakaian juga akan kurang kedutan dan memudahkan anda untuk melipat setelah kering.\n\nPanasonic Front Load Washing Machine 8KG NA-128XB1\n\nJika anda mencari mesin basuh yang boleh mencuci pakaian dengan cepat, mesin basuh keluaran Panasonic dengan kapasiti 8KG mampu membersihkan selama 15 minit sahaja dengan kelajuan putaran sebanyak 1200rpm.\n\nMesin basuh ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan air. Penggunaan air hanyalah 60L setiap kali beroperasi. Walaupun reka bentuk yang eksklusif dan elegan namun cara penggunaannya sangat mudah. 99.9% bakteria dan alahan juga dapat disingkirkan dengan mudah.\n\nSharp 2 In 1 Front Load Washer Dryer ESFWV10088\n\nSharp adalah antara mesin basuh yang mempunyai dua fungsi iaitu pencucian dan pengeringan. Sesuai jika anda sedang mencari mesin basuh yang mampu mengeringkan pakaian dengan pantas tanpa merosakkan pakaian. Dengan kapasiti 10KG untuk pencucian dan 6KG untuk pengeringan pasti dapat memuatkan banyak baju.\n\nMempunyai sistem intelligent inverter dan intelligent sensor wash pasti membuatkan anda mudah untuk mengendalikan mesin basuh ini. Bukan itu sahaja malah dengan program Colour 15\u00b0 pada mesin ini akan menghindarkan warna pakaian anda luntur.\n\nJenama mesin basuh front load terbaik di atas memang dijamin berkualiti dan menjadi pilihan ramai. Seperti anda sedia maklum, mesin basuh front load sememangnya kelihatan eksklusif, menjimatkan penggunaan air dan ruang serta boleh laraskan suhu membasuh pakaian.\n\nJom baca artikel Bidadari yang lain seperti:\n\nPendapat dan pandangan di atas tidak mewakili Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis."
"Orang Melayu menyebutnya nasi hujan panas. Pernahkah anda makan nasi hujan panas? Nasi ini berwarna hijau, merah dan kuning. Hidangan ini sudah menjadi tradisi di Malaysia sejak dahulu. Umpamakan pelangi yang muncul selepas panas dan hujan, ada pula yang menyebutnya rainbow rice.\n\nEka Afikah di laman Facebook berkongsikan resepi nasi hujan panas lengkap dengan sambal ayam. Sedapkah? Semestinya memang sedap. Berikut di bawah ini kami kongsikan resepi nasi hujan panas pn Eka tersebut.\n\nResepi kali ini sangat mudah. Resepi campak-campak sahaja tanpa sukatan. Sangat mudah dan senang untuk anda cubakan di rumah.\n\nNasi hujan panas boleh anda hidangkan untuk kenduri, majlis mesyuarat dan lain-lain. Tanpa tunggu lama, sila tengok resepi perkongsian di bawah ini.\n\nSelain resepi nasi hujan panas, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jika menyebut ulser mulut, mesti ramai yang pernah menghadapi ulser mulut. Ulser mulut salah satu penyakit biasa yang sering dihadapi oleh masyarakat. Selain itu, ulser mulut ini boleh mengakibatkan kita untuk susah makan kerana berasa pedih di dalam mulut.\n\nPenyakit ulser mulut ini ialah penyakit biasa yang sering dihadapi oleh masyarakat. Penyakit ini juga mudah untuk merawatnya. Tetapi tahukah anda punca yang menyebabkan ulser mulut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai ulser mulut. Dr. Kamarul Ariffin, seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Dr. Kamarul Ariffin akan berkongsikan info mengenai ulser mulut. \n\nUlser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau mata ikan ini adalah luka pada mukosa mulut. Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.\n\nLukanya kecil, tapi ia sangat pedih, kan?\n\nBerikut adalah beberapa punca-punca yang telah dikenalpasti boleh menyebabkan berlaku ulser pada mulut:\n\nUbat-ubat yang boleh merawat ulser mulut\n\nSecara umumnya, tanpa rawatan, ulser mulut akan pulih sendiri dalam masa 1-2 minggu. Namun ada beberapa ubat yang boleh digunakan untuk mempercepatkan pemulihan ulser mulut ini. Ubat-ubat ni boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi doktor.\n\nUbat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik(tahan sakit). Ia adalah pilihan yang amat popular di kalangan para pengguna.\u00a0Contoh ubat:\n\nUbat jenis ini memberi pelindungan dengan membentuk lapisan yang menutupi luka (ulser), dan sesetengahnya mempunyai kualiti anti-radang untuk mengurangkn sakit dan bengkak.\u00a0Contoh ubat:\n\nUbat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kehadiran ulser.\u00a0Contoh ubat:\n\nTak tahu nak pilih yang mana satu? Jangan risau, boleh tanya farmasis di farmasi tu. Mereka akan beri penerangan lanjut dan cadangan sesuai.\n\nSelain ubat, boleh cuba juga amalkan tip-tip di bawah ni untuk mengelakkan berlaku ulser di dalam mulut:\n\n*Ulser mulut ini mungkin penyakit biasa bagi yang selalu terkena. Tetapi penyakit ini jika tidak sembuh lebih dari 3 minggu, langkah baik adalah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang baik. Takut kerana kemungkinan disebabkan penyakit lain seperti autoimmune, syphilis, Crohn\u2019s disease, HIV, kanser dan lain-lain. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sedap sungguh menu berasaskan daging. Macam-macam resepi ada. Sup daging. Tomyam daging. Paprik daging. Daging masak kicap. Namun sayangnya tiap kali masak sendiri, ada saja masalahnya. Daging liat walau pun dah lama masak atas dapur. Naik kering kuah.\n\nNak kata salah daging, dah beli daging segar. Jika anda selalu mengalami masalah ini, ketahuilah bahawa yang sebenarnya masakan daging anda liat disebabkan oleh cara potong daging yang salah.\n\nRamai yang tak tahu bahawa selain pemilihan bahagian daging yang lembut dan tidak berurat, cara memotong daging juga mempengaruhi keempukan daging yang dimasak. Jika dipotong dengan cara yang betul, daging akan terasa empuk dan mudah dimakan namun jika tersalah cara pemotongan, daging akan liat dan susah untuk dikunyah. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips dan cara potong daging yang sebenar untuk anda cuba.\n\nKenal pasti urat atau ira daging\n\nSebelum memotong daging, anda perlu kenal pasti dulu ke mana arah urat atau ira daging. Kebiasaannya kita akan dapat melihat urat daging yang berwarna putih memandangkan ia adalah sangat kontra dengan warna daging yang merah. Adalah sangat penting untuk anda mengenal pasti arah urat daging kerana untuk mendapatkan daging yang lembut dan empuk, anda perlu memotong daging berdasarkan arah urat atau ira tadi. Dah berjaya kenal pasti arah urat daging? Kita pergi kepada langkah seterusnya.\n\nPotong dalam arah bertentangan dengan urat\n\nSetelah anda berjaya mengenal pasti arah urat, sekarang anda boleh mula memotong daging. Nak daging yang lembut dan empuk? Potong daging pada arah bertentangan dengan urat tadi, bukannya selari dengan urat. Jika anda memotong daging mengikut urat, hasilnya daging yang dimasak akan menjadi keras dan liat walau berapa lama anda memasak di atas api dapur. Oleh itu, jangan lupa tips ini.\n\nBuang semua lemak dan urat pada daging\n\nSelain memotong daging dalam arah berlawanan dengan urat, anda juga perlu membuang semua lemak dan urat yang ada pada daging. Ini kerana lemak dan urat yang dibiarkan akan menjadi liat lalu menyebabkan masakan anda susah untuk dimakan. Buang lemak dan urat yang besar dengan pisau secara perlahan-lahan agar tidak ada daging yang dibazirkan. Membuang lemak dan urat adalah agak remeh dan mungkin mengambil masa yang lama namun percayalah bahawa ianya merupakan satu usaha yang sangat berbaloi apabila daging yang anda masak empuk dan lembut.\n\nSelain cara memotong daging yang betul iaitu dengan memotong berlawan arah daripada urat, terdapat beberapa tips untuk melembutkan daging yang boleh anda amalkan semasa memasak daging di rumah. Di antara tips yang boleh anda amalkan ialah seperti berikut:\n\nItulah dia info tentang tips dan cara potong daging yang sebenar\u00a0 yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara jimat minyak kereta auto\u00a0dan cara simpan bunga kantan."
"Tengah cari cara kesan telefon hilang?\n\nTelefon bimbit atau handphone adalah salah satu benda yang paling penting di dunia. Boleh dikatakan bahawa telefon bimbit adalah satu-satunya benda yang kita akan bawa ke mana sahaja kita pergi seperti juga dompet, kad pengenalan, dan lesen memandu. Telefon bimbir bukan sahaja penting untuk berhubung dengan orang tersayang malah pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ia juga sangat penting kerana media sosial telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.\n\nKehilangan telefon bimbit boleh menjadi satu mimpi ngeri kepada semua orang. Tak kira sama ada ianya hilang akibat tercicir atau dicuri oleh orang lain. Kehilangan telefon bimbit juga adalah sangat bahaya kerana terdapat banyak maklumat peribadi yang disimpan didalamnya seperti:\n\nBukan itu sahaja, kehilangan telefon bimbit juga bermakna kita akan kehilangan semua nombor telefon dan emel kenalan yang kita simpan didalam telefon bimbit. Malah kita juga akan kehilangan semua mesej yang disimpan, dan pastinya sudah pasti ada mesej tersebut yang sangat penting atau mempunyai nilai sentimental.\n\nApa yang lebih menyedihkan ialah kehilangan telefon bimbit juga bermakna kita akan kehilangan semua gambar dan video yang penuh dengan memori serta kenangan. Kehilangan gambar dan video adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan.\n\nJika anda kehilangan telefon bimbit, pastinya anda ingin tahu bagaimanakah cara untuk mengesan semula telefon bimbit anda dan dalam masa yang sama bagi memastikan tiada data atau maklumat peribadi yang hilang. Jom baca cara kesan telefon hilang yang boleh anda lakukan agar telefon bimbit anda dapat dijumpai semula dengan segera.\n\nPesanan kami yang pertama ialah jika anda pasti bahawa telefon anda tercicir atau telah dicuri, jangan sesekali hubungi nombor anda. Kenapa? Jika telefon bimbit anda telah dicuri, sebaik sahaja anda menghubungi nombor anda, sipencuri akan menutup telefon anda kerana ketakutan \u00a0lalu menyebabkan anda tidak akan dapat mengesan telefon bimbit anda lagi.\n\nSekiranya telefon bimbit anda tercicir, jika anda menghubungi nombor tersebut, ianya akan berdering lalu menyebabkan orang lain yang berada berdekatan menyedari ada telefon bimbit tidak bertuan lalu mengambil telefon bimbit anda. Oleh itu ingat! Sebaik sahaja menyedari bahawa telefon bimbit anda sudah hilang, jangan sesekali menelefon nombor tersebut.\n\nJangan hantar pesanan teks berunsur urutan atau marah\n\nAda orang mengambil tindakan untuk menghantar \u00a0pesanan teks berunsur ugutan atau marah dengan harapan bahawa orang yang mengambil atau menjumpai telefon bimbit anda akan berasa takut lalu memulangkannya semula. Ini adalah satu tindakan yang salah sama sekali.\n\nTeks berunsur ugutan dan kemarahan seperti ugutan untuk menghubungi polis, maki hamun dan sebagainya akan menyebabkan individu tersebut berasa marah lalu kemungkinan besar anda tidak akan mendapat telefon bimbit anda semula.\n\nAnda boleh cuba menghantar mesej dengan nada yang sopan seperti meminta dipulangkan semua telefon bimbit kerana anda memerlukan gambar dan video didalamnya. Atau anda juga boleh menawarkan sedikit wang sebagai balasan jika dia sanggup memulangkan semula telefon bimbit anda.\n\nAnda boleh menggunakan Google untuk mengesan telefon bimbit anda dengan menaip find my phone kemudian login ke akaun emel yang digunakan untuk telefon bimbit tersebut.\n\nJika anda merupakan pengguna telefon bimbit yang menggunakan sistem android, anda boleh mengesan telefon bimbit anda dengan menggunakan aplikasi Android Device Manager. Nak tahu bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi ini? Caranya adalah seperti berikut:\n\nUntuk pengguna Iphone, anda boleh menggunakan aplikasi fond my phone untuk mengesan telefon bimbit anda yang hilang. Caranya ialah:\n\nItulah dia info tentang cara kesan telefon hilang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca penglihatan mata kabur dancara belajar bersangka baik dengan Allah"
"Anda pernah dengar tentang lasik mata? Ia adalah sejenis pembedahan mata yang dipopularkan di Malaysia oleh Prof Dr Muhaya. Lasik mata semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia adaah rawatan mata yang terbukti berkesan walau pun harganya mungkin agak mahal. Jom lihat 10\u00a0 tempat klinik dan pakar rawatan mata di Malaysia yang menyediakan khidmat lasik mata review baik.\n\n1. Eye & Lasik Centre (Prof Muhaya), Kajang, Selangor\n\nPakar rawatan mata yang terletak di kajang, Selangor ini adalah klinik milik Prof Dr Muhaya yang merupakan doktor pakar mata yang mempopularkan kaedah lasik mata di Malaysia. Apa yang menarik, anda akan dibedah oleh Prof Dr Muhaya yang sangat baik dan merendah diri. Sebelum pembedahan, doa akan dibacakan untuk mendapat keberkatan dan memohon agar pembedahan berjalan dengan baik.\n\nHarga yang ditawarkan di sini mungkin agak mahal berbanding klinik pakar mata yang lain, namun anda akan mendapat diskaun sekiranya datang bersama pakej seramai 10 orang. Berikut adalah senarai harga di klinik tersebut:\n\n2. Lasik Mata UIA (IIUM), Kuantan, Pahang\n\nPakar rawatan mata di Malaysia yang menyediakan khidmat lasik \u00a0yang seterusnya ingin kami kongsikan hari ini ialah Lasik Mata UIA (IIUM) yang terletak di Kuantan, Pahang. Apa yang menarik, ia menyediakan perkhidmatan lasik mata dengan harga yang murah berbanding pusat rawatan mata yang lain iaitu Cuma RM3,500.00 untuk seorang. Apa yang lebih menarik, pusat rawatan mata ini juga menawarkan pemeriksaan mata percuma kepada pesakit luar.\n\n3. Pakar Mata KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur\n\nHospital KPJ Tawakkal yang terletak di Kuala Lumpur ada menyediakan perkhidmatan lasik mata jika anda sedang mencari rawatan dengan harga yang berpatutan. Di sini terdapat dua cara lasik mata, dan ianya akan ditentukan selepas mata anda diperiksa. Senarai harga di sini ialah:\n\n4. Advance Vision Eye Specialist Centre, Petaling Jaya, Selangor\n\nAdvance Vision Eye Specialist Centre yang terletak di Petaling Jaya, Selangor telah ditubuhkan oleh Dr. Yeoh Phee Liang dan menjadi tumpuan orang ramai kerana harganya yang murah berbanding pusat rawatan mata yang lain. Terdapat dua pakej yang boleh anda pilih iaitu:\n\n5. Pusat Pakar Mata Abdul Razak, Sungai Petani, Kedah\n\nPusat Pakar Mata Abdul Razak terletak di Sungai Petani, Kedah adalah satu lagi pusat rawatan mata milik muslim yang menyediakan khidmat lasik mata. Terdapat tiga kaedah rawatan yang ditawarkan di sini iaitu PRK, lasik dan Relex Smile. Kesemua rawatan adalah berharga RM 5,500.00.\n\nPusat rawatan mata ini terletak di Menara Pelangi Johor Bahru, Johor dan sudah beroperasi sejak tahun 2001. Harga lasik mata di sini bermula dari RM 2,988.00 sehingga RM 5,288.00. apa yang menarik, anda akan mendapat rawatan susulan selepas seminggu, sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan setahun secara percuma tanpa sebarang bayaran.\n\n7. Optimax TTDI, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang\n\nPusat Rawatan Mata Optimax mempunyai dua cawangan iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ia menyediakan 3 kaedah lasik mata, iaitu ReLex Smile, Femto Lasik dan ASA dengan harga:\n\n8. Prince Court Medical Centre (PCMC), Kuala Lumpur\n\nPusat rawatan mata yang menyediakan khidmat lasik mata yang seterusnya ialah Hospital Prince Court Medical Centre yang terletak di Kuala Lumpur. Asalnya, Prof Dr Muhaya berkhidmat di sini sebelum membuka pusat pakar matanya sendiri. Di antara pakej yang disediakan di sini ialah:\n\n\u00a09. Pakar Mata ExcelView, Mid Valley, Kuala Lumpur\n\nExcelView Laser Eye Centre Sdn Bhd adalah pusat rawatan mata yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan mata seperti pembedahan lasik dan pembuangan katarak. Harga untuk lasik mata bermula dari RM 5,600.00 bagi kedua-dua belah mata.\n\n10. USJ Eye Specialist, Subang Jaya, Selangor\n\nPusat pakar mata yang menyediakan khidmat lasik mata yang terkahir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah USJ Eye Specialist yang \u00a0terletak di Subang Jaya, Selangor. Apa yang menarik, ia menyediakan perkhidmatan lasik dengan jaminan keadaan mata yang baik selepas pembedahan dilakukan dengan harga bermula dari RM 1,490.00 untuk sebelah mata.\n\nItulah dia info \u00a0tentang lasik mata\u00a0 yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang punca mata kabur dan petua hilangkan eyebag."
"Ibu yang mengandung bukan saja akan mengalami perubahan bentuk badan dengan penambahan berat malah bahagian perut juga akan mula timbul garis hitam. \n\nPasti ibu-ibu yang pertama kali mengandung berasa pelik dan risau bila ternampak garis hitam yang memanjang dari bahagian atas kawasan perut hingga ke bawah ni. Malah apabila usia kandungan semakin membesar maka akan semakin jelas lagi garisan hitam tersebut. Apapun jangan risau, ianya adalah normal. \n\n5 Maksud Garis Hitam Pada Perut Ibu Hamil Yang Patut Diketahui\n\nApa pun jangan khuatir dan cemas, apa maksud garisan pada perut wanita mengandung dan adakah ia akan hilang? InshaAllah dengan membaca artikel ini ibu-ibu boleh tahu apakah maksud garis hitam tersebut. Bolehlah kita pakat ketahui sama-sama apakah maksud sebenar pada garis hitam di perut ibu mengandung ini supaya dapat lebih memahami.\n\n1. Garis Hitam Di Perut Ibu Hamil Bukan Kerana Kesan Regangan \n\nRamai yang berpendapat bahawa garis hitam ini adalah kesan akibat regangan. Sebenarnya ia terjadi adalah disebabkan hormon. Sesetengah ibu mengandung akan mendapati garis hitam di perut adalah lebih hitam.\u00a0 Lazimnya ini terjadi kepada perut ibu mengandung yang mempunyai kulit yang lebih gelap.\n\n2. Garis Hitam Di Perut Ibu Hamil Berlaku Disebabkan Oleh Hormon\n\nGaris hitam pada perut terjadi disebabkan oleh perubahan pada horman ibu mengandung.\u00a0 Peningkatan hormon estorgen dan progesteron merupakan faktor utama garis hitam ini timbul.\u00a0 \n\nPerubahan hormon ini juga membuatkan melanin iaitu pigmen warna bertindak membuat kulit beransur gelap malah kalau diperhati hormon ini juga adalah penyebab perubahan warna di sekitar puting susu (areola) menjadi kecoklatan dan lebih gelap bergantung pada warna kulit seseorang ibu mengandung.\n\n3. Warna Garis Berbeza Mengikut Faktor Warna Kulit\n\nGaris di perut sebenarnya dimiliki semua orang cuma setiap orang berbeza warnanya mengikut warna kulit.\u00a0 Garis ini mempunyai dua panggilan nama. Bagi ibu yang berkulit gelap, garis hitam ini akan jelas gelapnya dan dipanggil sebagai linea negra manakala bagi ibu yang berkulit cerah pula garis ini akan kelihatan lebih putih yang disebut sebagai linea alba.\n\n4.\u00a0Tidak Mendatangkan Sebarang Bahaya Pada Kandungan\n\nGaris hitam pada perut ibu mengandung ini langsung tidaklah merbahaya kepada ibu mahupun pada kandungan.\u00a0 Apa yang penting ibu yang mengandung perlu menjaga kesihatan badan dan bayi dalam kandungan selama tempoh mengandung hingga tiba waktu kelahiran.\n\n5. Boleh Menjadi Petanda Yang Tubuh Ibu Kurang Asid Folic\n\nSebuah kajian yang dilaporkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care mendapati antara punca munculnya garis hitam di perut ibu mengandung disebabkan oleh kekurangan asid folik dalam tubuh. Kalau nak tahu, asid folik ini sangat penting! \n\nIanya amat perlu untuk perkembangan janin di dalam kandungan. Asid folic juga dapat mengelakkan anemia (masalah kurang darah atau darah rendah), mencegah kecacatan bayi dalam kandungan serta menjaga kondisi kulit ibu semasa sedang hamil. \n\n6. Garis Hitam Ini Tidak Sebarang Kaitan Dengan Penentu Jantina Bayi \n\nOrang lama rajin mengaitkan garis hitam di perut ibu hamil ini sebagai penentu kepada jantina bayi yang bakal dilahirkan kelak. Kata mereka jika tanda garisan ini berhenti sehingga ke pusat maka itu membawa makna bahawa anak dalam kandungan si ibu itu adalah anak perempuan. \n\nAdalah tidak benar sama sekali tentang anggapan dan ramalan garis hitam pada perut ibu mengandung adalah penentu akan jantina bayi dalam kandungan. Dikatakan sekiranya garis membentang dari tulang kemaluan hingga ke pusat, bayi tersebut adalah perempuan dan sekiranya membentang sehingga ke bawah tulang rusuk, bayi yang bakal lahir adalah lelaki. \n\nAda juga yang mengatakan jika garis hitam kelihatan pada perut ibu mengandung, bayi yang bakal lahir adalah bayi lelaki. Jangan percaya mitos ini ya takut nanti ada ibu mahupun bapa makan hati kerana terlalu berharap! \n\nMalah di sebut juga yang bidan-bidan kampung masih ada yang berpendapat bahawa sekiranya pada perut si ibu itu ada garisan yang sangat ketara bermakna sis ibu tersebut akan mudah bersalin nanti. Terus terang itu semua mengarut! Kita sebagai umat Islam perlu yakin pada ketentuan Allah SWT bukannya pada perkara yang sebegini. \n\nApakah Garis Hitam Di Perut Ibu Mengandung Akan Hilang Selepas Melahirkan?\n\nUntuk perkara ini, ia bergantung pada tubuh si ibu itu sendiri. Ada sesetengahnya, garis hitam ini akan hilang dengan sendiri selepas melahirkan. Namun tempoh hilangnya garis hitam ini tidak pula dapat dipastikan tetapi dianggarkan lebih kurang dalam jangka 3 hingga 4 bulan selepas kelahiran. \n\nBagi ibu-ibu yang berkulit agak gelap pula, garis hitam ini agak lambat untuk hilang. Berbeza pula dengan ibu-ibu yang berkulit cerah kerana garis hitam di perut ibu berkulit cerah ini akan lebih cepat hilang.\u00a0 Untuk mempercepatkan lagi proses hilangkan garis gelap di perut ibu mengandung ini, ibu-ibu sebaiknya menghindari dari terkena sinaran matahari secara langsung dan boleh juga gunakan krim pencerah kulit. \n\nWalaubagaimanapun ibu-ibu harus ketahui bahawa garis hitam ini akan muncul kembali apabila mengandung semula untuk kelahiran anak yang seterusnya. \n\nGaris Hitam Di Perut Ibu Mengandung Adalah Normal, Tolong Jangan Percaya Yang Bukan-Bukan\n\nSuka untuk diingatkan sekali lagi yang garisan di perut ibu mengandung ini adalah normal. Jangan percaya pada apa jua mitos. Kita di ajar untuk tidak percaya pada benda yang tidak masuk akal dan hanya boleh berpegang pada ketentuan Allah SWT maka jangan sesekali terpesong dari ajaran yang sebenar."
"Resepi kari ayam ini patut anda cuba. Resepi mudah untuk lauk tengah hari atau malam.\n\nAntara perkara yang dibawa oleh kaum India semasa zaman pra merdeka ialah masakan mereka. Kari adalah masakan kaum India yang paling popular di negara ini.\n\nHidangan ini kaya dengan rempah ratusnya dan gabungan bersama santan menyebabkan ianya pekat berlemak pasti dapat menarik selera yang merasainya.\n\nKari ayam kini dimasak oleh kebanyakkan kaum di Malaysia yang terkenal dengan semangat muhibbah. Ia juga boleh dinikmati bersama nasi, roti, roti jala atau nasi himpit, terpulang kepada selera peribadi anda. Mari cuba resepi kari ayam ini.\n\nResepi ini telah dikongsi oleh Mariana Zainal dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.\n\nSatukan semua bahan pes sehingga sebati\n\nResepi \u2013 resepi yang patut anda cuba:\n\nSelain daripada resepi kari ayam ini, terdapat juga resepi resepi lain yang boleh anda cuba untuk mempelbagaikan juadah sehari \u2013 harian anda. Jangan segan untuk mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!"
"Pada tahun pertama kelahiran, adalah penting untuk mereka meneroka persekitaran mereka dan belajar. Pada usia 6 \u2013 12 bulan, bayi sudah mula bergerak, mengensot, merangkak dan mula untuk belajar berjalan.\n\nPergerakan mereka sudah mula aktif dan memerlukan ruang yang lebih luas dan selamat. Berikut adalah beberapa idea mengenai mainan yang sesuai bagi mereka:\n\nPengulangan akan membantu bayi untuk belajar kemahiran yang baru. Mereka boleh belajar memahamicause and effect.\u00a0Permainan yang boleh dilakukan berulang-ulang seperti busy box bayi, rattle, alat muzik (drum, xylophone), bola kecil dan bakul, permainan pop-up yang ringkas.\n\nBiarkan bayi meneroka dan cuba untuk mencari cara untuk bermain permainan tersebut. Beri bantuan yang sepatutnya untuk membantu bayi belajar\n\nCube blocks, puzzle with knob, mainan yag boleh ditarik seperti string toys, board books.\u00a0Lihat sama ada bayi dapat mengambil objek di atas lantai dengan menggunakan pincer. Baca buku bersama-sama dan latih bayi untuk merasa dan menyelak halaman buku.\n\nPermainan seperti shape sorter (ringkas), ring stack, pop-up toys sangat sesuai pada peringkat umur ini.\u00a0Tunjukkan kepada bayi bagaimana untuk bermain dengan mainan yang diberi. Kemudian perhatikan bayi melakukan sendiri aktiviti tersebut. Beri bantuan sekiranya perlu.\n\nMereka cuba untuk meneroka sekeliling dengan menggunaka pergerakan fizikal yang aktif.\u00a0Ibubapa boleh mencuba permainan yang boleh ditolak / ditarik seperti chunky car/truck.\u00a0Sediakan persekitaran yang selamat untuk bayi bermain dan bergerak bebas.\n\nLetakkan mainan di atas meja yang rendah dan galakkan bayi untuk berdiri dan mengambilnya sendiri. Pergerakan-pergerakan ini boleh meningkatkan keseimbangan badan bayi untuk belajar berjalan\n\nMereka juga sudah mula berinteraksi dengan menggunakan bunyi-bunyi yang pelbagai dengan intonasi yang berbeza.\n\nFinger puppet, nursery rhymes, books .\u00a0Menyanyi dan gayakan aksi bersama-sama.\u00a0Berbual dan bercerita mengenai gambar di dalam buku (gunakan gambar/objek yang biasa yang ada disekeliling bayi untuk memudahkan bayi lebih memahami dan mengatkannya secara terus)"
"Biskut buah almond atau badam, atau kek badam, adalah sejenis biskut yang dibuat dengan badam yang digoreng dan dicincang. Biskut ini sangat rangup dan sedap.\n\nBiskut ini biasa dihidang pada hari raya. Tak dinafikan lagi biskut ini memang laku di hari raya dan diminati oleh mak-mak mahupun kanak-kanak kerana rasanya yang rangup dan sempurna.\n\nTanpa tunggu lama, kami akan berkongsi kepada anda resepi biskut almond legend yang dikongsikan oleh Rose Eatie Eatie di Facebook. Resepi yang telah dipakai selama 10 tahun berjaya memikat hati orang ramai.\n\nUntuk membuat biskut almond london ini, Rose Eatie Eatie\u00a0menggunakan coklat jenama KC Candy dan 1 lagi tak ada jenama, coklat masakan KC tak perlu letak apa-apa untuk cairkan dia dan coklat yang 1 lagi perlu letakkan shortening @ coco butter untuk cairkan. Selamat mencuba.\n\n1. Dalam 1 bekas masukkan butter dan gula. Kacau pakai senduk.\n2. Masukkan esen vanilla dan telur. Kacau rata.\n3. Kemudian masukkan semua jenis tepung dan sebatikan. Kalau rasa lembik tambah tepung, kalau rasa keras tambah butter, bakar suhu 180 selama 20 minit.\n3. Untuk coklat gunakan teknik double boil.\n\nSelain resepi biskut almond london, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pasti anda tertanya-tanya, apakah gadget terkini yang elok digunakan dengan nilai harga RM 1,000 ke bawah. Pastinya ia merupakan keperluan untuk hiburan, perniagaan, pekerjaan dan banyak lagi! \n\nAnda boleh dapatkan model smartphone terbaru dan terkini serta menepati citarasa anda. Jom lihat antara 10 smartphone terbaik Malaysia bawah RM 1,000 yang boleh anda pilih.\n\nWalaupun dipasarkan pada 21 Disember tahun lalu, smartphone ini masih lagi mahal harganya. Vivo V17 hadir dengan skrin Super AMOLED 6.44 inci dengan resolusi FHD plus. \n\nTerdapat kamera selfie 32MP yang membuatkan smartphone ini patut dibeli oleh anda yang sememangnya kaki selfie. Untuk kamera belakang, smartphone ini mempunyai kamera quad dengan 48MP utama, sudut lebar 8MP, makro 2MP dan kedalaman 2MP.\n\nVivo V17 dikuasakan oleh chipset Snapdragon 675 dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Fungsi lain yang terdapat dalam smartphone terbaik malaysia bawah rm1000 ini adalah sokongan pengimbasan cap jari pada skrin, bateri berkapasiti 4500 mAh dan pengecasan pantas 18W.\n\nRedmi Note 9s adalah salah satu model daripada siri Redmi Note 9. Smartphone ini mempunyai spesifikasi yang sedikit lebih rendah daripada Redmi Note 9 Pro. \n\nRedmi Note 9s menggunakan layar FHD plus 6.67 inci dengan panel IPS LCD. Ia dikuasakan oleh chipset Snapdragon 720G dengan RAM 6GB dan storan berkapasiti 128 GB.\n\nRedmi Note 9s mempunyai quad kamera dengan 48MP utama, sudut lebar 8MP, makro 5MP dan kedalaman 2MP dan kamera selfie di hadapannya adalah 16MP. Kapasiti baterinya pula sebesar 5020 mAh yang juga dicas melalui pengecasan pantas 18W.\n\nSmartphone Samsung Galaxy M31 hadir dengan skrin Super AMOLED 6.4 inci dengan resolusi FHD plus dan dilengkapi dengan cip Exynos 9611 dengan memori 6GB RAM dan storan 128GB. \n\nUntuk kamera smartphone terbaik malaysia bawah RM 1,000 ini, terdapat 4 lensa di bahagian belakang yang menempatkan 64MP utama, sudut lebar 8MP, makro 5MP dan kedalaman 5MP dan kamera selfie hadapannya dilengkapi dengan sensor 32MP. \n\nSmartphone ini juga mempunyai bateri berkapasiti 6000 mAh dengan pengecasan pantas 15W. Jom cuba! Pasti menarik.\n\nSmartphone terbaik Malaysia bawah RM 1,000 Realme 7i ini mempunyai memori dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman dan menggunakan chipset Snapdragon 662. Ia dilengkapi dengan skrin paparan IPS LCD 6.5 inci dan menyokong kadar penyegaran 90Hz. \n\nWalau bagaimanapun, smartphone ini hanya disokong oleh resolusi HD plus.\u00a0Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera selfie 16MP dan di bahagian belakang smartphone Realme 7i dilengkapi dengan pengimbas cap jari serta 4 tetapan kamera.\n\n4 Kamera ini terdiri daripada 64MP utama, sudut lebar 8MP, 2MP B&W, dan makro 2MP. Ciri-ciri lain yang terdapat pada smartphone ini adalah kapasiti bateri 5000 mAh dan pengecasan pantas 18W.\n\nRealme 6 memasuki pasaran tempatan pada Mac tahun lalu dan dilengkapi dengan layar LCD 6.5 inci dengan resolusi FHD plus yang disokong oleh kadar penyegaran 90Hz. \n\nTerdapat reka bentuk berlubang di sudut kiri atas yang menempatkan kamera 16MP dan mempunyai chipset MediaTek Helio G90T dengan RAM 4GB dan storan 128GB.\n\nRealme 6 mempunyai quad kamera belakang yang diketuai oleh kamera utama 64MP, sudut lebar 8MP, makro 2MP dan potret 2MP. Ianya dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4300 mAh dan menyokong pengecasan pantas setinggi 30W.\n\nSmartphone Oppo A53 pula hadir dengan layar LCD IPS 6.5 inci, resolusi HD plus dan mempunyai kadar penyegaran 90Hz. Oppo A53 ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 460 dengan pilihan memori 4GB / 64GB dan 4GB / 128GB. \n\nDi bahagian depan, terdapat kamera 16 MP dan trio kamera di bahagian belakang dengan 13 MP utama, sudut lebar 2MP dan makro 2 MP.\n\nCiri-ciri lain yang terdapat pada smartphone Oppo A53 ialah kapasiti bateri 5000 mAh. Dari segi sokongan pengecasan pantas pula, setinggi 18W.\n\nPoco X3 NFC dikeluarkan pada September lalu dan mempunyai skrin LCD 6.67 inci dengan resolusi Full HD plus serta perlindungan Corning Gorilla Glass 5. \n\nSpesifikasi lain yang terdapat pada smartphone terbaik Malaysia bawah RM 1,000 ini termasuklah sokongan kadar penyegaran 120Hz, chipset Snapdragon 732G, bateri berkapasiti 5160 mAh dan sokongan pengecasan pantas 33W. \n\nDari segi kamera, ianya hadir dengan 4 tetapan kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, sudut lebar 13MP, makro 2MP, dan kedalaman 2MP. Kamera selfie pula dilengkapi dengan sensor dan beresolusi 20MP.\n\nRedmi Note 9 Pro tiba di pasaran tempatan pada Mei 2020 dengan skrin FHD plus IPS LCD 6.67 inci. Smartphone ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 720G dengan padanan memori 6GB dan kapasiti penyimpanan 128GB. \n\nIa juga dilengkapi dengan tetapan 4 kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, sudut lebar 8MP, makro 5MP dan kedalaman 2MP dan kamera selfie 32MP.\n\nAntara kelebihan lain yang terdapat pada smartphone ini ialah bateri 5020 mAh dan sokongan pengecasan pantas 33W. Ianya juga mempunyai pengimbas cap jari di bahagian belakang smartphone ini.\n\nSmartphone Oppo A92 pula dikuasakan oleh chipset Snapdragon 665 dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128 GB. Ia turut mempunyai skrin IPS LCD 6.5 inci yang disokong oleh resolusi Full HD plus. \n\nUntuk fungsi kamera, OPPO A92 membariskan quad kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP, sudut lebar 8MP, mono 2MP dan potret 2MP.\n\nBagi kamera selfie pula, ia didatangkan dengan kamera 16MP. Antara ciri lain yang terdapat pada smartphone Oppo A92 ini adalah ianya dilengkapi dengan bateri 5000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.\n\nHonor 9X Pro diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan April tahun lalu ini merupakan smartphone pertama yang memasuki pasaran menggunakan Huawei AppGallery untuk menggantikan Google Play Store. \n\nSmartphone ini mempunyai sistem cecair yang dapat menyejukkan telefon semasa penggunaan berpanjangan dan dilengkapi dengan chipset Kirin 810 berkelajuan 8GB RAM.\n\nSkrin Honor 9X Pro didatangkan dengan 6.59 inci dan membariskan trio kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP, sudut lebar 8MP dan kedalaman 2MP. Kamera selfie Honor 9X Pro pula 16MP.\n\nBerikut adalah 10 smartphone terbaik malaysia bawah rm1000 yang boleh anda dapatkan.\u00a0Jom baca juga\u00a0smartphone terbaik Malaysia bawah RM500.\u00a0skincare Korea Terbaik, \u00a0serum terbaik untuk kulit kering\u00a0dan\u00a0Produk Hilangkan Parut.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Seterika menawarkan kekemasan dan menghilangkan sebarang kedutan pada pakaian sekaligus menampakkan lebih kemas dan cantik. Ia berfungsi apabila tapaknya yang diperbuat daripada besi dengan jumlah haba yang dipanaskan diletakkan di atas permukaan kain. \n\nDengan pelbagai jenis seterika yang terdapat di pasaran, jom lihat antara 10 seterika terbaik kepada anda.\n\nPhilips GC330 adalah seterika kecil yang mempunyai pemegang untuk pengguna ketika menyeterika pelbagai jenis pakaian. \n\nKelebihan seterika Philips GC330 ini adalah ia mempunyai pegangan kecil yang memudahkan pengguna menyeterika pakaian walaupun pakaian tersebut digantung. \n\nSelain itu, pengguna boleh membawanya ke mana sahaja seperti bercuti atau ke pejabat kerana saiznya yang amat kecil dan mudah dengan mudah.\n\nSeterika terbaik Tefal IS3340 ini memiliki sistem keselamatan hidup dan juga mati. Selain itu, tangki air seterika ini yang dapat memuatkan 1 liter air bagi memastikan pengguna tidak perlu berulang alik ke sinki untuk mengambil air dan mengisi semula ketika menggosok pakaian yang sangat banyak.\n\nPhilips Iron GC122 adalah merupakan seterika terbaik pilihan ramai. Ia mempunyai permukaan dilapisi dengan anti-lekat bagi mengelakkan pakaian yang diseterika tersebut melekat pada tapak seterika tersebut. \n\nSelain itu, ada juga pengaturan suhu yang mudah digunakan untuk menggunakan seterika pada jenis kain tertentu agar pakaian tidak mudah terbakar ataupun rosak.\n\nElba ESI-1196V adalah seterika terbaik yang hanya menggunakan antara 1450 watt hingga 1750 watt untuk menjimatkan jumlah elektrik. Tambahan pula, sifat penjimatan elektriknya dipertingkatkan lagi dengan kawalan suhu dan permukaan yang bersalut bagi menghalang pakaian melekat pada permukaan seterika tersebut. \n\nDengan menggunakan seterika ini, pakaian akan lebih kemas dan kurangnya penggunaan elektrik. Anda perlu mendapatkan Elba ESI-1196V ini kerana ia dapat menjimatkan penggunaan elektrik rumah dan sesuai bagi pencinta alam sekitar.\n\nSiapa yang suka seterika sekecil tapak tangan yang boleh dibawa ke mana sahaja? Jika anda salah seorang peminatnya, apa kata anda cuba gunakan Samtrick Mini Iron. \n\nIa adalah seterika mini terbaik kerana mempunyai tetapan suhu automatik sehingga 150 darjah Celsius yang dapat menghilangkan kedutan pada pakaian ketika menggosok pakaian. \n\nSamtrick Mini Iron bersaiz kecil ini juga boleh disimpan di dalam poket seluar anda untuk dibawa ke mana sahaja ketika dalam perjalanan jauh ataupun dekat.\n\nBagi yang mencari seterika wap air terbaik, anda boleh menggunakan seterika Electrolux ESI5226 ini. Seterika Electrolux ESI5226 ini mempunyai permukaan yang diperbuat daripada seramik yang lebih berkesan dengan haba. \n\nSebagai tambahan, permukaan seramik juga dapat memastikan bahawa kain yang digosok tidak akan melekat ketika menggosok pakaian tersebut. Seterika terbaik ini juga mempunyai tangki air sebesar 300ml yang sesuai untuk menyeterika lebih daripada 25 helai pakaian.\n\nSeterika terbaik Panasonic NI-100DX ini merupakan seterika pertama tanpa wayar. Ia sangat disyorkan untuk pengguna yang mempunyai masalah wayar kusut dan tidak tersusun di dalam rumah mereka. \n\nMereka hanya perlu mengecas seterika tersebut dan setelah ia selesai dicas, bolehlah serika pakaian seperti biasa dan tidak perlu bimbang dengan wayar yang terpintal.\n\nPanasonic NI-W410TS merupakan seterika wap terbaik kerana ia mempunyai kelebihan output wap 360 darjah. Proses menggosok pakaian untuk menghilangkan kedutan berkesan dengan lebih cepat.\n\nSelain itu, seterika Panasonic NI-W410TS ini mempunyai pecahan wap yang tegak sehingga memudahkan wap mengenai seluruh pakaian apabila digosok. Dengan ini, pengguna dapat menjimatkan lebih banyak masa ketika menggosok pakaian dan menghasilkan kemasan pakaian yang maksimum.\n\n9. Black Decker Easy Steam Compact Iron\n\nSeterika Black Decker Easy Steam Compat Iron ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang tinggal di rumah. Ia juga sesuai untuk kegunaan mereka yang berada di asrama, pangsapuri ataupun studio mini. Boleh dikatakan bahawa seterika ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menjimatkan ruang bilik mereka.\n\nSeterika terbaik ini berukuran lebih kurang daripada 10.5 inci panjang dan beratnya hanya 2 paun. Ia berfungsi secara automatik dengan menyesuaikan output wapnya bergantung kepada tetapan jenis kain yang serta mengambil kira jumlah kelembapan yang diperlukan. \n\nWalaupun saiznya boleh dikatakan kecil, seterika terbaik pilihan ramai ini cepat panas dan mudah digunakan oleh anda yang sering sibuk dengan tugasan harian anda.\n\nSeterika \u2018heavy duty\u2019 ini berada dalam kategori seterika yang lebih mahal, tetapi ia adalah pilihan terbaik untuk sesiapa sahaja yang serius dalam aktiviti menggosok, menjahit atau membuat kraf tangan dalam kuantiti yang banyak. \n\nWalaupun seterika Rowenta adalah seterika yang paling kuat dan padu, ia masih cukup ringan untuk diangkat oleh anda dengan sebelah tangan sahaja. \n\nTangki air seterika Rowenta Perfect Pro Station ini boleh ditanggalkan dan ia dapat menampung lebih kurang 37 auns jumlah isipadu airnya.\n\nItulah dia antara seterika terbaik pilihan ramai pengguna yang boleh kita cuba. Jom baca juga Microwave Oven terbaik,\u00a0Pisau Dapur Terbaik,\u00a0Jenama travel backpack terbaik dan Kamera mirrorless terbaik Malaysia.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Tidak dinafikan, rata-rata wanita atau ibu mengandung pada masa kini lebih suka memilih klinik swasta berbanding klinik kerajaan. Pemilihan dibuat atas beberapa faktor yang tidak anda ketahui barangkali. Jom kami kongsikan beberapa senarai klinik swasta ibu mengandung di Malaysia yang menjadi pilihan ramai dan sebab wajib pergi klinik swasta ibu mengandung. \n\nAlamat: PT360, Klinik Primer Lembah Sireh, Lembah Sireh Shop Lot, 15050 Kota Bharu, Kelantan\u00a0\n\nWaktu Operasi:\u00a0 9.30 pagi hingga 10.30 malam\n\n2. Klinik Perubatan Raudhah 24 Jam (Terengganu)\n\nAlamat: \u00a0Jalan Kuala Berang, Kampung Padang Midin, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu\n\nAlamat: 26 & 28, Jalan Pak Sako 4, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang\n\nWaktu Operasi: 8.30 pagi hingga 11.30 malam\n\n4. Penawar Klinik & Dewan Bersalin Muslimah (Pulau Penang)\n\nAlamat:\u00a0 20, Jalan Cermai 1, Taman Cermai, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang\n\nWaktu Operas: 9 pagi hingga 7 malam (sabtu cuti)\n\n5. KPJ Perlis Specialist Hospital (Perlis)\n\nAlamat: No. 77, Jalam Dato Wan Ahmad 01000 Kangar, Perlis\n\n6. Mahsuri Medical Centre (MMC) (Kedah)\n\nAlamat:\u00a0 Jalan Mahsuri 1C, Bandar Baru Darulaman, 06000 Jitra, Kedah\n\nAlamat: No. 36 1 Taman Melor, Berhadapan Balai Polis Teluk Intan, Jalan Melor, Taman Melor 36000 Teluk Intan, Perak\n\nWaktu Operasi: \u00a010 pagi hingga 10 malam\n\n8. Klinik Fauziah & Rakan-Rakan (Selangor)\n\nAlamat: 15, Persiaran Desa Ampang, Taman Seri Ampang, 68000 Ampang, Selangor\n\nWaktu Operasi: 8.30 pagi hingga 9.30 malam (Ahad cuti)\n\n9. Klinik Pakar Wanita & Rumah Bersalin Rekha (Negeri Sembilan)\n\nAlamat: 14, Seremban, Malaysia, Jalan Tuanku Munawir, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan\n\nWaktu Operasi: 9 pagi hingga 9 malam\n\nAlamat: C-G-07, Pangsapuri, Emerald Park, 75450 Bukit Beruang, Melaka\n\nWaktu Operasi: 9 pagi hingga 10 malam (Isnin hingga Jumaat), 9 pagi hingga 2 petang (Sabtu), 11 pagi hingga 2 petang (Ahad)\n\n11. KPJ Johor Specialist Hospital (Johor)\n\nAlamat: 39B, Jalan Abdul Samad, Kolam Ayer, 80100 Johor Bharu, Johor\n\n12. Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Miri (Sarawak)\n\nAlamat: Jalan Temenggong Oyong Lawai Jua (Jalan Brighton), 98000 Miri, Sarawak\n\nWaktu Operasi: 8 pagi hingga 5 petang (Sabtu & Ahad Cuti)\n\n13. Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (Sabah)\n\nAlamat:\u00a0 187, Sabah Karung Berkunci, 88996 Kota Kinabalu, Sabah\n\n14. Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Naluri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)\n\nAlamat: 94, Jalan Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nWaktu Operasi: 9 pagi hingga 1 tengahari (Ahad), 9 pagi hingga 9 malam (Isnin hingga Sabtu).\n\nBerikut adalah 14 senarai hospital atau klinik swasta ibu mengandung yang dipilih berdasarkan review orang ramai di google review bagi setiap negeri-negeri di Malaysia. Klinik swasta ibu mengandung ini telah menjadi pilihan ramai kaum ibu mengandung untuk melahirkan anak di sana. Sudah pasti banyak sebabnya kenapa anda harus pilih klinik swasta ibu mengandung.\n\nSebab Anda Perlu Memilih Klinik Swasta Ibu Mengandung\n\nKlinik kerajaan adalah kemudahan terbaik untuk rakyat apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Namun, jika diberi pilihan, klinik swasta atau klinik kerajaan, keduanya mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, anda sendiri harus membuat pemilihan yang terbaik untuk keselesaan anda. Jom lihat sebab ramai memilih klinik swasta ibu mengandung.\n\nUntuk pengetahuan anda, perkhidmatan yang ditawarkan oleh klinik swasta adalah lebih pantas. Walaupun caj yang dikenakan agak sedikit mahal berbanding klinik kesihatan kerajaan, namun perkhidmatan dari pihak klinik swasta boleh dikatakan amat cepat dan pantas kerana pesakit tidak terlalu ramai seperti di klinik kerajaan, doktor pula mempunyai jururawat tetap yang mudah membantu.\n\nMelalui klinik swasta, jarang berlaku sebarang komplikasi terhadap kandungan kerana keadaan amat mudah dan selesa. Proses untuk melahirkan anak di hospital swasta adalah lebih mudah, cepat dan tidak rumit.\n\nPeralatan yang disediakan di klinik swasta adalah lebih canggih berbanding di hospital kerajaan. Peralatan imbasan bayi pun dah canggih sangat iaitu 5D yang dapat memaparkan wajah bayi anda dalam kandungan secara realistik. Namun begitu, semua peralatan di klinik swasta sangat selamat dikendalikan.\n\n4. Staff / Kakitangan Klinik Lebih Mesra\n\nBagi anda yang jenis \u2018hati tisu\u2019 dan cepat \u2018moody\u2019 , disarankan untuk mendapat rawatan kandungan di klinik swasta kerana boleh dikatakan para staff / kakitangannya amat mesra dan ramah. Jadi, secara tidak langsung, ia menjadikan anda tidak tertekan dan lebih selesa bukan? \n\nBerbeza dengan staff / kakitangan klinik kesihatan kerajaan, mereka bertugas lebih waktu dan sudah pasti membuatkan mereka tidak berapa mesra akibat kepenatan dan tugas yang banyak. Anda juga terpaksa menunggu lama untuk giliran anda. \n\nKesimpulannya, jika anda mempunyai kewangan yang lebih, apa kata anda \u2018check up\u2019 di klinik swasta. Walaupun bayarannya lebih tinggi sedikit namun kualiti servisnya terbaik dan selamat. Bayi selamat, ibu gembira. Nak meniti hari kelahiran bayi pun sudah tak bimbang lagi. \n\nItulah dia senarai 14 klinik swasta ibu mengandung di Malaysia terbaik yang boleh anda pilih untuk keselesaan anda. Semoga bermanfaat dan selamat menimang cahaya mata. Jom baca juga Khasiat jambut batu untuk ibu hamil, Buah yang baik untuk ibu hamil dan 10 Cara senaman wanita hamil."
"Tomato secara botani dikenali sebagai spesis buah, namun cara makan dan penyediaannya cenderung ke arah sayur-sayuran. Bila masak kari ikan dan kurma ayam, tomato wajib menjadi bahan utama.\n\nSelain memberikan rasa masam dan enak dalam masakan, ia juga banyak khasiat kepada kesihatan. Selain dimasak, tomato juga boleh dijadikan kerabu dan salad. Malahan, ada juga orang yang menjadikannya jus.\n\nBuah yang sangat kaya dengan antioksidan ini juga merupakan sumber terbaik vitamin C, potasium, folate dan vitamin K. Malahan kajian juga mendapati memakan tomato dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser.\n\nDalam artikel ni, penulis akan kongsikan kebaikan tomato untuk kulit muka. Jadi, sesiapa yang ingin mendapatkan kulit yang mulus dan halus bolehlah mencuba tips yang akan dikongsikan ni.\n\nMengikut sebuah kajian, orang yang suka makan buah tomato (40 g) dengan sedikit minyak zaitun pada setiap hari selama 10 minggu, kurang mendapat sunburn. Ini kerana dalam 40 g tomato mentah terdapat 16 mg likopena.\n\nLebih merah tomato itu, lebih tinggi kandungan likopena di dalamnya. Oleh itu, selain menggunakan krim sunblock, kita juga digalakkan memakan tomato. Ia boleh dimakan begitu saja atau dijadikan salad.\n\nSeperti yang dinyatakan di atas, memakan tomato dapat menghalang kulit daripada mendapat sunburn. Jika kulit kita terdedah di luar tanpa sebarang perlindungan, risiko untuk mendapat kanser kulit sangat tinggi.\n\nKandungan likopena di dalam tomato sangat mujarab sebagai agen antikanser. Walaupun kita memakai krim perlindungan, namun langkah berjaga-jaga juga boleh diambil dengan memakan tomato dengan kerap.\n\nKadangkala tangan gatal memicit jerawat dan bintik hitam di muka, kesannya ia menyebabkan kawasan yang dipicit menjadi luka. Jangan risau, tomato boleh membantu anda.\n\nMenurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, 1 cawan tomato mengandungi 30 g vitamin C. Kepentingan vitamin C dalam bidang kecantikan tak boleh dinafikan. Lihat sajalah kebanyakan produk kecantikan yang terdapat di pasaran pasti akan mempromosikan kebaikan vitamin C.\n\nAmbil sedikit jus tomato dan sapukan pada bahagian yang luka. Vitamin C di dalamnya akan memperbaharui sel-sel kulit dan menggalakkan pertumbuhan kulit baru. Oleh itu, luka tersebut cepat kering dan sembuh.\n\nDikatakan bahawa terdapat beberapa kompaun di dalam tomato yang bersifat antiradang. Antaranya ialah likopena, beta keratin, lutein, vitamin E dan vitamin C.\n\nMasalah keradangan boleh mengakibatkan ruam, gatal-gatal dan sebagainya. Jika disapukan jus tomato pada bahagian yang bermasalah, kompaun-kompaun tersebut dapat melegakan kesakitan dan kegatalan.\n\nKulit wajah yang kusam dan tak bermaya disebabkan oleh pengumpukan sel-sel kulit mati. Sel-sel kulit mati yang terkumpul di luar kulit, tak dapat ditanggalkan hanya dengan pencuci muka yang biasa.\n\nKita perlu skrub muka dua kali seminggu. Satu cara yang paling berkesan ialah membuat skrub semula jadi menggunakan tomato yang dihancurkan dan campurkan dengan sedikit gula pasir. Enzim yang terdapat di dalam tomato sangat baik untuk menyingkirkan kekotoran di wajah.\n\nGosok secara perlahan dan lembut di kulit wajah dan juga badan. Jangan sesekali gosok dengan kasar ye! Gula pasir berbentuk kristal-kristal halus yang akan mengakibatkan kulit terluka jika digosok secara kasar.\n\nTomato juga sangat kaya dengan vitamin B yang terdiri daripada B-1, B-3, B-5, B-6 dan B-9. Komponen vitamin B ini mempunyai agen antipenuaan. Kalau nak nampak awet muda selalu, makanlah tomato dengan kerap.\n\nIa dipercayai dapat mengurangkan garis penuaan dan kedutan halus, membaiki sel kulit yang rosak, mengurangkan jeragat dan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.\n\nSemakin kita berusia, keanjalan kulit semakin menurun. Keanjalan kulit sangat berkait rapat dengan kolagen semula jadi yang terdapat di dalam kulit. Ia merupakan fitrah semula jadi yang tak boleh dihalang. Namun, kita boleh melambatkan proses tersebut yang menyebabkan kulit menjadi kendur.\n\nVitamin C merupakan sumber terbaik bagi meningkatkan pembentukan kolagen. Oleh itu dengan memakan tomato, tubuh akan menyerap kebaikan vitamin C. Ia dapat meningkatkan elastik kulit dan menjadikan kulit tegang.\n\nRadikal bebas boleh didapati daripada beberapa sumber seperti makanan yang tak sihat, minuman alkohol, rokok, stres, toksik di udara dan pencemaran. Kehadiran radikal bebas sukar untuk dikawal kerana ia berlaku sepanjang masa melalui sumber-sumber yang dinyatakan tadi.\n\nSelain memberi ancaman kepada kesihatan, ia juga mempercepatkan proses penuaan. Oleh itu, antioksidan merupaka bahan yang mampu menghapus dan melemahkan radikal bebas. Ia ada dengan banyaknya dalam tomato! \u00a0\n\nOrang yang ada mempunyai kulit kering terdedah dengan pelbagai masalah lain seperti kulit mengelupas, bersisik dan gatal. Selain boleh menggunakan losyen dan krim pelembap, apa kata cuba kaedah semula jadi pula. Tomato yang kaya dengan potasium dapat merawat masalah ni.\n\nCaranya sapukan sedikit jus tomato di bahagian yang bermasalah tadi. Biarkan hingga kering dan basuh bersih-bersih. Buat dengan konsisten sehingga masalah tersebut hilang. Malahan, orang yang ada masalah ekzema dan dermatitis juga boleh mencuba petua ni.\n\nJangan tak tahu, tomato bukan saja dapat membantu melembapkan kulit kering tetapi juga dapat mengawal sebum. Kelenjar sebum yang terlalu aktif akan menyebabkan kulit menjadi berminyak. Akibatnya liang pori menjadi besar, senang tumbuh jerawat, tona kulit tak sekata serta tumbuh bintik hitam dan putih.\n\nKandungan likopena dan zeaxanthin dapat menyerap lebihan minyak dan menyejukkan wajah. Caranya hancurkan tomato yang disejukkan dan sapukan di wajah. Biarkan selama 15 minit.\n\nApa pendapat anda dengan segala kebaikan tomato pada wajah yang dikongsikan ni? Ada yang pernah mencuba petua-petua ni? Jika nak kulit wajah yang cantik, tak salah mencubanya. Malahan, tomato juga jauh lebih baik berbanding produk-produk penjagaan wajah yang mempunyai bahan kimia berbahaya.\n\nYang paling penting, jangan berlebihan dalam melakukan sesuatu. Cuba dulu di bahagian kulit yang lain. Jika tiada sebarang kemudaratan, barulah dicuba di kulit muka. Malahan, ada orang yang alergik dengan buah tomato. Oleh itu, dapatkan nasihat pakar kulit terlebih dahulu.\n\nJemput juga baca artikel tentang khasiat tomato dan cara naikkan seri wajah isteri"
"Sebagai penganut agama Islam, kita diwajibkan mencari rezeki dari sumber yang halal. Malah, penulis juga percaya bahawa ajaran agama-agama lain di dunia ini juga amat mementingkan usaha mencari nafkah dengan cara yang baik.\n\nOleh itu, untuk mendapatkan keberkatan dalam mencari rezeki, kita hendaklah berusaha dan bekerja dengan hasil titik peluh dan tangan kita sendiri. Setiap rezeki yang kita peroleh dan belanjakan itu akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.\n\nBerdasarkan hadis daripada Ibn Mas\u2019ud R. Anhuma, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:\n\n\u201cKaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi tuhannya pada hari kiamat, hingga dia ditanya tentang 5 perkara iaitu: tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.\u201d\n\nDalam artikel ini, penulis akan senaraikan 10 punca kita hilang keberkatan rezeki. Marilah kita tarbiyah diri sendiri, mana tahu ada perkara yang kita terlepas pandang. Jangan pula rezeki yang haram menjadi darah daging kita.\n\nApabila kita semakin jauh dari Allah yang memberi nikmat rezeki, itu petanda utama bahawa rezeki kita tak berkat. Sebagai hamba-Nya yang sepatutnya bersyukur dengan semua rezeki yang diberikan. Kita sepatutnya mematuhi semua suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.\n\nKita terlalu melebihkan dunia sehingga akhirat dilupakan. Solat 5 waktu lompong sana sini kerana sibuk mengejar harta duniawi. Apa yang difikirkan hanyalah cara untuk mendapat harta yang banyak sehingga lupa Allah yang memberi rezeki itu.\n\nKita jangan sesekali lupakan ibu bapa yang bersusah-payah membesarkan dan mendidik kita hingga berjaya. Sebagai anak yang bertanggungjawab kita perlu memuliakan ibu bapa dengan cara menghormati, memberi wang belanja, menjaga kebajikan dan sentiasa menyayangi mereka.\n\nApabila seorang ibu meninggal dunia, maka akan hilanglah satu keberkatan dalam hidup iaitu doanya. Walaupun kita berjaya atas usaha sendiri, namun jangan lupa doa seorang ibu sentiasa akan diangkat ke langit. Tanpa doa orang tua kita, kita tak akan ke mana.\n\nApabila kita semua masih kecil, adik-beradiklah tempat kita bergurau senda, gaduh-gaduh manja dan berkasih sayang. Jika dilahirkan dalam keluarga yang susah, kita sanggup berkongsi makanan. Tak sanggup membiarkan adik beradik tak cukup makan.\n\nItulah yang diajar oleh ibu dan ayah kita. Namun, apabila dah dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri bersama keluarga, kita dah tak mula tak rapat dengan adik-beradik. Apabila hidup senang, kita pandang mereka dengan sebelah mata saja.\n\nAda orang yang sangat susah nak membuat amal jariah misalnya dengan bersedekah. Wang yang dikumpul siang malam, disimpan elok-elok di dalam bank. Mereka risau jika kerap bersedekah lama-kelamaan wang mereka akan susut.\n\nSebenarnya tak akan miskin orang yang suka bersedekah. Membantu orang lain yang dalam kesusahan dapat menambah pahala kita. Selain itu, orang yang dibantu akan mendoakan kita. Tidak mahukah kita pahala percuma yang Allah beri selain doa orang lain?\n\nAda orang yang mempunyai masalah hati yang sangat teruk. Mereka tak boleh tengok orang lain lebih, pastinya menjadi topik umpatan. Jika dah tak mampu menahan amarah, mereka sanggup membuat fitnah.\n\nApabila hidup dalam keadaan hati yang hitam, kita tak akan tenang. Bila tengok orang lain lebih senang, kita pun sanggup berbuat apa saja untuk mencapai tahap seperti tu.\n\nTanpa sedar, kita tersilap langkah dengan mengejar harta yang tak halal dengan cara menipu, mengambil riba, pecah amanah dan sebagainya.\n\n6. Takbur dan Riak akan Diri Sendiri\n\nOrang yang takbur atau sombong amat dibenci oleh Allah. Mereka menganggap diri mereka lebih berkedudukan tinggi dan berkuasa berbanding orang lain. Apabila menjadi majikan, mereka sering menekan pekerja bawahan. Pantang pekerja buat salah, habis mereka dikeji tanpa simpati.\n\nSifat riak yang ada dalam diri membuatkan mereka tak ikhlas ketika membuat ibadah atau kebaikan. Misalnya apabila bersedekah, mereka gemar mengungkit-ungkit pemberian dan mewar-warkan kepada orang lain.\n\nSebagai seorang pekerja atau juga majikan kita mestilah jujur ketika melakukan pekerjaan. Jika anda seorang peniaga, pastikan barangan yang dijual tak rosak, tak membawa mudarat dan ada timbangan yang betul. Paling penting jangan meletakkan harga yang tinggi.\n\nJangan ada jual beli yang melibatkan faedah. Malahan, sebagai pekerja kita perlulah menepati waktu kerja, tak curi tulang dan sentiasa bersifat amanah. Jangan pula sibuk bermain Facebook ketika waktu bekerja kecuali ketika sedang berehat.\n\n8. Pekerjaan yang tak Diredhai Allah\n\nCarilah pekerjaan yang diredhai oleh Allah. Jangan sesekali menjerumuskan diri dengan perniagaan yang melibatkan jenayah yang pastinya membawa mudarat. Pekerjaan yang baik ialah yang memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.\n\nSebagai manusia biasa, kita tak akan terlepas daripada ujian hidup. Ujian yang diberikan oleh Allah bertujuan untuk mengukur tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Namun, ada orang yang suka merungut saban waktu.\n\nMereka mempersoalkan kenapa masalah ditimpakan kepada mereka. Akhirnya, mereka hilang kepercayaan kepada agama kerana iman yang rapuh. Terlalu banyak nikmat yang Allah turunkan tak pula disyukuri. Sedikit ujian yang diberikan buatkan mereka hilang arah.\n\nAllah memberi pelbagai nikmat untuk manusia syukuri. Tak salah untuk membeli rumah yang besar dan kereta mewah. Malah, tak berdosa mengumpul kekayaan dengan susah-payah.\n\nNamun, kita perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat. Harta benda yang dikumpulkan perlu dikeluarkan zakatnya dan jangan lupa membantu orang yang memerlukan. Nikmat dunia boleh dicari dan ganjaran pahala di akhirat juga perlu dikejar.\n\nSetakat ni saja perkongsian penulis tentang 10 punca hilang keberkatan rezeki. Kita mesti tanamkan dalam diri, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Semua yang dikumpulkan bukan milik kita seorang. Jika hati nak tenang, pastikan rezeki yang diperoleh berkat.\n\nAntara kesan buruk jika rezeki tak berkat ialah:\n\na) Duit sentiasa rasa tak cukup.\nb) Sering bergaduh dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara.\nc) Istidraj iaitu pemberian nikmat yang banyak oleh Allah, namun tak diredhai-Nya.\nd) Hati tak tenang dan tak bahagia.\ne) Semakin jauh daripada Allah.\nf) Tak rasa bersalah ketika melakukan dosa.\n\nSemoga bermanfaat artikel punca hilang keberkatan rezeki ini. Jemput juga abca artikel tentang konsep rezeki dan punca kurang rezeki."
"Kebanyakan bayi yang dilahirkan adalah dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37 ke 42 minggu dalam usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum pada 37 minggu, maka usia kandungan ini dikatakan pramatang. Insiden bayi pramatang sangatlah berbeza-beza di setiap negara. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang.\n\nBayi pramatang ini terjadi kerana pecah ketuban awal yang mana disebabkan infeksi air ketuban dan selaput ketuban, kelahiran bersalin tidak cukup bulan, pernah mengalami kelahiran pramatang, kandungan lebih daripada satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya, uterus dan serviks yang luar biasa, kandungan yang mempunyai komplikasi seperti tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah. Berikut adalah 8 tips penjagaan bayi pramatang ramai tak tahu.\n\nBayi pramatang masih lagi tidak tahu buat apa-apa. Oleh itu, anda haruslah memerhatikan si kecil ini supaya dia tidak lemas dalam keadaan apa jua. Seperti yang kita tahu, bayi pramatang ini lahir kurang daripada 37 minggu. \n\nKeadaan fizikal bayi pramatang lebih lemah jika dibandingkan dengan bayi normal. Perhatikanlah keadaan bayi, jika ada perubahan yang ketara sila rujuk kepada pakar. \n\nKajian mengatakan bahawa bayi pramatang akan tidur 15 hingga 22 jam selepas keluar daripada hospital. Bayi akan banyak menangis apabila semakin hampir dengan tarikh atau hari sepatutnya bayi itu lahir.\n\nTips penjagaan bayi pramatang juga adalah anda harus memastikan bayi pramatang ini berada dalam keadaan stabil dan selamat ialah melalui sentuhan ibu. Peluklah mereka dengan erat, ia tidak langsung akan mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu dan anak. \n\nSelain itu, sentuhan ibu penting kerana ia boleh diibaratkan bayi terasa seperti dalam kandungan. Sentuhan adalah cara sederhana ibu untuk berkomunikasi dengannya. \n\nOleh sentuhan \u00a0ibu adalah bahasa pertama bagi bayi, sentuhan itu merupakan wujudnya kasih sayang seorang ibu pada bayi yang telah lama ia nanti-natikan. Jadi tidak hairanlah jika ketika bayi lahir, seorang ibu akan bergegas untuk menyentuh bayinya dengan penuh rasa kasih sayang.\n\n3. Posisi Tidur Dan Pegang Bayi\n\nSediakan tempat tidur bayi dengan gulungan selimut tebal seperti bentuk U. Letakkan bayi pramatang seperti posisi di dalam Rahim. Kelebihan kedudukan ini ialah bayi akan merasa seperti dipeluk dan tidak akan mudah terperanjat. \n\nApabila si ibu ingin mengangkat bayi, pastikan pegangan anda kemas tanpa membuatkan bayi tersentak. Pegang kedua-dua lengannya serapat mungkin sambil menahan leher dan punggungnya. Bedung bayi anda juga lebih baik.\n\nBayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar. Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. \n\nBayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.\n\nSusu ibu susu terbaik dunia yang terbukti secara klinikal mengandungi nutrien dan zat penting untuk bayi. Sama seperti bayi normal, susu ibu juga makanan terbaik bagi bayi pramatang. \n\nJika anda tidak dapat menyusukan bayi pramatang, berbincanglah dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan alternatif lain. Susu ibu dapat melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. \n\nSelain itu, ia dapat mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. Susu ibu juga membantu dalam meningkatkan kecerdikan bayi pramatang dan ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. \n\nIni merupakan tips penjagaan bayi pramatang yang mudah jika anda fahami bersama pasangan. Si ibu dan bapa mestilah bekerjasama menjaga si bayi. Si ibu penjaga utama perlukan rehat yang mencukupi. Oleh itu, dia si ibu dan si bapa perlu bergilir-gilir untuk tidur bagi memudahkan penjagaan bayi ini. \n\nTenaga yang cukup dapat membantu dari segi memberi anak minum susu, mandikannya, memberi makan dan sebagainya. Tanpa tenaga, seseorang itu tidak mampu diberikan layan sepenuhnya terutama pada bayi pramatang. Oleh itu, bermacam benda boleh terjadi jika ibubapa tidak dapat perhatikannya dengan baik nanti. \n\n6. Gunakan Alternatif Lain Untuk Penyusuan Bayi\n\nJika sewaktu menyusu sedikit mencabar, doktor dan jururawat akan guna kaedah lain untuk penyusuan bayi pramatang seperti masukkan susu melalui \u00a0intravena dalam urat atau tiub melalui hidung atau mulut.\n\nHal ini demikian kerana ada sesetengah bayi tidak dapat meminum susu badan secara normal kerana ia masih lagi kecil. Namun begitu, apabila menggunakan alternatif lain, lama kelamaan pasti si kecil boleh menyusu secara terus ke payudara anda dan berat badannya juga akan meningkat. \n\nRamai si ibu yang tidak mampu lagi berjaga untuk memberikan susu kepada anaknya. Namun begitu, penggunaan pam susu badan ini dapat memudahkan si ibu untuk memberi anaknya susu. \n\nSewaktu, si ibu bergilir tempat dengan si bapa untuk menjaga anaknya, si bapa boleh sahaja memberi anaknya susu yang telah di pam tadi. Hal ini dapat memudahkan kerja si ibu dan juga si bapa. Ikutlah jadual pam susu badan dengan betul setiap dua jam terutama ketika bayi sedang tidur. \n\nAnda perlu pam sekurangnya 750 ke 1000ml susu supaya ia mencukupi untuk bayi pramatang anda. Terdapat teknik yang boleh digunakan agar anda pam susu anda dapat mengeluarkan lebih banyak susu perahan. Belajarlah cara membuatnya supaya ia menjadi lebih mudah nanti.\n\n8. Elak Bayi Tidur Dalam Buaian\n\nKadang-kadang bukan ibu bapa yang biasakan anak tidur buaian, tapi \u00a0kehendak pengasuh atau taska yang menjaga anak. Jadi ibu bapa pun turutkan sahajalah kerana niatnya nak memudahkan kerja mereka.\n\nWalaupun perkara ini memudahkan kerja tetapi ia tidak baik untuk bayi pramatang. Hal ini demikian kerana sentuhan ke kulit adalah cara terbaik untuk tenangkan bayi pramatang dan membantunya membiasakan diri dengan payudara. \n\nPerkara ini juga kerana jika bayi itu sudah terbiasa dengan tidur dalam buaian, ia akan menjadi sukar untuk didekati dan sering kali mahu untuk dibuai. Buaian ini juga boleh menjadi suatu risiko kecederaan kepala bayi yang mampu untuk merosakkan otaknya. \n\nIa juga boleh menyebabkan kematian kerana akibat bayi pramatang mudah terkejut ketika sedang tidur. Oleh itu, biasakanlah anak untuk tidak tidur di dalam buaian. \n\nJangan lupa ikuti 8 tips penjagaan bayi pramatang yang anda harus tahu. Bayi pramatang berhak untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik. Jom baca juga Panduan dan teknik urutan bayi yang betul, Tips pilih puting bayi betul dan tepat dan Punca bayi lambat merangkak."
"Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika mahukan anak-anak kita rajin membantu di rumah, kita juga harus menggalakkan mereka membantu sejak mereka masih kecil lagi.\n\nTerimbau zaman kanak-kanak saya. Saya membesar bersama dua orang abang dan jarak umur antara kami tersangatlah dekat. Tidak keterlaluan saya mengatakan, kami membesar bersama-sama.\n\nSejak kecil lagi, ibu saya akan memberikan kami masing-masing tanggungjawab yang berbeza \u2013 setiap hari! Setiap hari, jadual kami akan ditampal diatas sekeping kertas dan dilekatkan pada peti sejuk. Tugas tersebut mesti akan dilaksanakan sebelum ibu saya pulang kerja di petang hari.\n\nBiasalah, kanak-kanak. Pasti akan bermalas-malas dan lambat-lambat membuatnya. Tetapi menjelang petang, masing-masing kelam kabut menyiapkan tugasan diberi. Lucu.\n\nKedengaran seperti mendera, tetapi saya yakin, tindakan ibu saya membentuk kami menjadi orang yang lebih bertanggungjawab pada hari ini. Ramai ibu bapa malas untuk menyuruh anak mereka melakukan tugasan kerana merasakan akan lebih berkecah dan anda terpaksa melakukannya semula.\n\nSelain daripada itu, anak-anak akan mengambil masa yang lebih lama berbanding sekiranya anda sendiri membuatnya. Jadi, ibu bapa memilih untuk memudahkan situasi tersebut.\n\nBerikan anak anda peluang dan banyakkan bersabar. Tunjukkannya cara yang betul untuk melakukannya. Semua orang pun tidak akan terus pandai melakukan sesuatu. Untuk menjadi pakar matematik sekalipun, dia pasti terpaksa melalui pengalaman pergi ke tadika belajar mengira 1+1=2, bukan?\n\nJadi, biarkan anak anda belajar melaksanakan tanggungjawabnya. InshaAllah ia akan membentuk peribadinya dewasa kelak. Sekalipun rumah anda mempunyai pembantu rumah, latih anak anda untuk rajin membantu di rumah. Jangan sesekali membiarkannya.\n\nKerja-kerja rumah harus bertukar mengikut umur dan kematangan anak anda. Sebagai ibu, anda pasti tahu apa yang anak anda mampu lakukan dengan apa yang dia tidak mampu lakukan.\n\nSemasa saya dalam darjah 1, saya masih tidak pandai lagi membasuh kasut sekolah sendiri. Siapa ingat lagi kasut sekolah anda semasa darjah satu angkat tangan! Kebanyakannya mestilah warna putih, dan terpaksa dikapur selepas dibasuh.\n\nJadi, salah satu kerja rumah yang ditugaskan kepada abang saya adalah membasuh kasut saya bersama-sama kasutnya. Jadi, saya diberi tugas lain yang lebih mudah seperti membantunya menyusun buku sekolahnya sehingga ibu saya yakin saya pandai membasuh kasut sendiri.\n\nPaling penting, jangan mengalah sekiranya mereka merengek atau merungut. Lebih mudah sekiranya anda mula memberikan mereka kerja-kerja rumah sejak awal lagi supaya mereka lebih mudah untuk membantu apabila besar.\n\nDi sini terdapat senarai cadangan kerja-kerja rumah mengikut kumpulan usia. Perlu sentiasa ingat, anda tahu kemampuan anak anda. Berikan mereka kerja rumah sesuai dengan kemampuan mereka.\n\nKerja-kerja yang boleh dilakukan oleh anak-anak berusia 2-3 tahun\n\nKerja-kerja yang boleh dilakukan oleh anak-anak berusia 2-3 tahun dan 4-5 tahun\n\nSemua kerja-kerja rumah yang boleh dilakukan dibawah usia 9 tahun\n\nSemua kerja-kerja rumah yang boleh dilakukan dibawah usia 12 tahun\n\nPersoalannya, bagaimana untuk memberi galakan pada anak anda untuk menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Semuanya bergantung pada anda! Elaun, sticker pencapaian, ganjaran berbentuk membawa ke tempat yang disukai atau apa sahaja. Bergantung pada kekreatifan anda dan apa yang terbaik serta sesuai dengan anak-anak anda.\n\nWalau apa pun, dengan menggalakkan anak anda membantu di rumah, anda boleh membuatkan mereka rasa dihargai dan sangat penting dalam keluarga.\n\nSelain itu, peribadi yang baik boleh dipupuk dalam anak anda terutamanya anak lelaki. Jadi, kita bolehlah terkeluar dari stigma masyarakat melayu lama iaitu \u201chanya perempuan sahaja yang perlu membuat kerja rumah\u201d.\n\nDewasa kini, hampir semua wanita sama-sama keluar bekerja mencari rezeki bersama suami. Jadi, stigma lama tersebut sudah tidak sesuai lagi diamalkan masa kini. Semua lelaki mahupun wanita harus bersama-sama membantu menguruskan keluarga dan rumah sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w kita."
"\u201cJangan berdiri dekat-dekat dengan budak tu, tengok tu dia ada sopak. Nanti berjangkit baru tau.\u201d\n\nIni ialah dialog yang biasa kita ucapkan pada anak-anak apabila ternampak orang yang menghidap penyakit sopak. Benarkah sopak boleh berjangkit? Orang yang mengalami sopak sering menjadi perhatian kerana kelainan pada warna kulit mereka.\n\nSejak dahulu kita dimomokkan dengan mitos bahawa sopak boleh berjangkit. Ini menyebabkan kita takut untuk berada berdekatan dengan pesakit sopak. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan serba sedikit tentang penyakit sopak dan cara rawatan untuk mengatasinya.\n\nSopak atau vitiligo ialah sejenis penyakit di mana sel melanocyte yang menghasilkan pigmen melanin mempunyai kelainan dan gangguan. Ini menyebabkan kawasan kulit yang bermasalah bertukar menjadi cerah dan bertompok. Itulah namanya sopak.\n\nPenyakit sopak disebabkan oleh gangguan pada penghasilan pigmen di kulit. Warna kulit asal adalah disebabkan penghasilan melanin. Ia ini ialah proses yang normal.\n\nOrang yang dilahirkan dengan genetik yang gelap mempunyai melanin yang lebih banyak berbanding orang yang berkulit cerah. Ini kerana sel melanocyte pada kulit mereka menghasikan melanin yang banyak dan menyebabkan kulit menjadi gelap.\n\nTapi bagi pesakit sopak fungsi sel melanocyte dalam menghasilkan melanin terganggu. Ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar kulit tidak dapat menghasilkan melanin yang berpigmen. Oleh itu, kawasan itu menjadi putih dan bertompok-tompok.\n\nBerbanding orang yang berkulit cerah, sopak nampak lebih ketara pada orang yang berkulit gelap. Penyakit ini dihidapi oleh 0.5% hingga 2% penduduk dunia dengan purata umur bawah 20 tahun.\n\nNamun, penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Namun, jangan risau. Penyakit ini tidak berjangkit dan tidak menimbulkan kegatalan seperti kurap, panau dan sebagainya.\n\nPenyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Ini kerana kebanyakan penghidap sopak mempunyai tanda-tanda kelainan pada kulit yang sama. Antaranya ialah:\n\na. Tompok cerah pada kulit (bisanya berwarna putih)\n\nb.\u00a0 Sempadan warna kulit asal dan yang terkena sopak amat jelas kelihatan\n\nc.\u00a0 Sopak di kulit terdapat pelbagai bentuk\n\nd. Ia akan semakin membesar mengikut peredaran masa\n\ne.\u00a0 Boleh terkena juga pada bahagian yang menonjol seperti lutut dan siku\n\nSopak bukannya penyakit berjangkit. Ia berkaitan dengan masalah genetik dan juga bukan genetik. Sehingga ke hari ini, punca sebenar penyakit sopak masih tidak dapat dikenal pasti.\n\nNamun begitu, para saintis yang melakukan penyelidikan berpendapat bahawa sopak berlaku disebabkan kematian sel melanocyte yang sepatutnya menghasilkan melanin. Sel tersebut mati secara perlahan-lahan sehingga bilangan sel melanocyte pada kulit berkurangan.\n\nNamun, sehingga kini penyebab kematian sel melanocyte tidak dapat dipastikan. Oleh itu, para saintis memberikan beberapa teori penyebab masalah ini iaitu:\n\na. Sel pertahanan badan melawan sel badan itu sendiri. Maksudnya, sel pertahanan badan cuba memusnahkan sel melanocyte.\n\nb. Bahan kimia yang dirembeskan oleh saraf memusnahkan sel melanocyte dan membantutkan penghasilan melanin.\n\nc.\u00a0 Bahan anti-oksida yang terhasil ketika penghasilan melanin menyebabkan kemusnahan sel melanocyte itu sendiri.\n\nPenyakit sopak boleh dirawat dengan menggunakan pelbagai kaedah. Rawatan bagi penyakit ini adalah untuk mengawal simptom dan bukan untuk menyembuhkannya. Rawatan akan diberikan bergantung kepada tahap penyakit.\n\nPesakit sopak perlu mengelakkan stres supaya sopak tidak menjadi lebih besar dan merebak.\n\nElakkan menggaru atau menggesel kawasan yang terkena sopak (sopak tidak gatal). Mungkin kegatalan disebabkan faktor-faktor lain seperti digigit serangga, berpeluh, tidak selesa dan sebagainya.\n\nPesakit sopak perlu menggunakan krim sunblock di tempat-tempat yang ada tompokan sopak. Ini kerana bahagian-bahagian itu tiada melanin yang merupakan pelindung semula jadi daripada sinar matahari.\n\nTerapi foto akan menyebabkan pigmentasi semula pada kawasan kulit yang mengalami sopak. Maksudnya, warna cerah pada sopak akan berubah menjadi gelap untuk mengurangkan perbezaan ketara warna kulit.\n\nTerapi yang menggunakan Ultraviolet jenis B ini selamat digunakan bagi kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan anak. Keberkesanannya bergantung kepada tahap penyakit dan jangka masa rawatan. Lebih lama rawatan yang diterima, lebih berkesan hasilnya.\n\nRawatan jenis ini sangat mahal kerana ia terbukti berkesan. Mesin laser akan menghasilkan gelombang monokromatic untuk merawat tompokan sopak. Rawatan ini biasanya disertakan sekali dengan krim tacrolimus dan krim steroid.\n\nKrim ini lazim digunakan oleh pesakit sopak. Namun, ia lebih berkesan apabila digunakan bersama-sama dengan rawatan yang lain.\n\nJika tiada pilihan, pembedahan boleh dilakukan. Namun begitu, rawatan secara pembedahan mengambil masa yang panjang. Ia hanya boleh dilakukan pada beberapa situasi sahaja, iaitu:\n\nIbu bapa haruslah memberi sokongan moral jika ada anak yang mengalami sopak. Oleh sebab penyakit ini terjadi di bahagian kulit, lebih-lebih lagi di muka, ia akan menimbulkan perasaan rendah diri.\n\nJika dibiarkan, dikhuatiri anak-anak akan mengalami masalah kemurungan, stres dan malu untuk bersosial. Berikan perhatian kepada mereka agar tidak berasa tersisih dalam keluarga atau masyarakat.\\\n\nKaedah tradisional boleh juga diamalkan untuk tujuan merawat misalnya menggunakan betik, tanah liat merah, daun duckweed, kunyit dan sebagainya. Walaupun peluang untuk sembuh tidak pasti, namun apa salahnya mencuba.\n\nNamun, sebelum melakukan apa-apa rawatan dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu. Ini kerana gejala dan tahap penyakit berbeza bagi setiap individu.\n\nSetakat ini sahaja perkongsian tentang penyakit sopak dari aspek punca dan cara rawatan. Diharapkan artikel ini memberi maklumat yang berguna buat para pembaca. Jika ada ahli keluarga, jiran tentangga dan sahabat handai yang mempunyai masalah sopak, bolehlah dikongsikan artikel ini.\n\nJemput juga baca artikel petua penyakit kulit dan penyakit kulit"
"Waktu tengkujuh seperti sekarang pasti membuatkan kita buntu untuk buat apa petang \u2013 petang kan? Yelah, kalau biasanya kita akan beriadah, sekarang hujan pula kan? Ada diantara kita yang mesti mencari \u2013 cari idea aktiviti yang boleh diluangkan bersama keluarga. Apa kata sekiranya anda meluangka masa bersama keluarga dirumah? Duduk santai dirumah bersama \u2013 sama keluarga dan berborak merupakan salah satu aktiviti yang boleh merapatkan silaturahim. Sambil itu, bolehlah anda hidangkan juadah yang dapat membangkitkan selera ahli keluarga anda.\n\nDisini kami bawakan idea untuk anda iaitu apa kata sekiranya anda menghidangkan Pisang Goreng Rangup Habis ini! Resepi ini menjanjikan kerangupan pisang goreng yang boleh menyebabkan sesiapa yang makan akan teringat \u2013 ingat dan nak lagi dan lagi. Pisang goreng juga amat sesuai untuk dihidangkan kepada semua golongan masyarakat tak kira umur. Jadi, ianya boleh dimakan oleh ibu ayah, dan juga anak anak anda yang masih kecil.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Are Peace dan pastinya mendapat banyak perkongsian dan \u201clike\u201d di Facebook. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!\n\nEh, belum habis lagi, ini resepi sambal kicap pula: \n\nNota: Resepi kicap ni rasa pedas manis gitu. Sekiranya suka pedas lagi, bolehlah tambah lebih cili padi.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa kongsikan ya!"
"Tiba-tiba ingin makan spaghetti goreng sedap. Jom intip resepi yang kami kongsikan di bawah ini.\n\nSenang masak spaghetti goreng. Masak sekali untuk keluarga besar masa kumpul bersama. Gerenti dia orang akan suka sangat dengan rasa spaghetti goreng yang sedap terangkat.\n\nIhsan Ihsani berkongsikan resepi spaghetti goreng di lama Facebook. Boleh di ejas kepedasan ikut selera anda. Walaupun resepi ini boleh tahan pedas juga.\n\nSedapnya spaghetti goreng, tampak berkilat sos melekit pada spaghetti. Ditambah lagi daging kisar yang menghias spaghetti. Tampak amat menyelerakan.\n\nSelain resepi spaghetti goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bayi yang mula tumbuh gigi ternyata sangat comel sekali. Tetapi sedihnya apabila gigi mula tumbuh bayi akan berasa sangat tidak selesa sehinggakan ada yang mula demam. Maka sebagai ibu dan ayah, anda perlu lebih peka tentang keadaan bayi supaya dapat membantu mengurangkan kesakitan bayi tersayang tatkala berhadapan dengan tempoh masa bayi tumbuh gigi ini.\n\nBayi Mula Tumbuh Gigi Seawal Usia 6 Bulan\n\nRata-rata, bayi akan mula tumbuh gigi pertamanya sekitar usia 6 hingga 8 bulan dan ada juga bayi yang mula tumbuh gigi lebih awal atau lebih lewat dari umur tersebut. \n\nJangan bimbang, kerana itu semua adalah normal. Setelah gigi pertama bayi muncul, proses ini akan terus berulang pada tempoh masa tertentu. \n\nGigi susu bawah depan akan tumbuh dahulu diikuti gigi susu depan atas. Bila semua gigi susu tumbuh, 10 batang gigi akan berada di bahagian rahang atas dan 10 batang gigi akan berada di bahagian rahang bawah. Bayi kesayangan anda akan memiliki 20 batang set gigi yang lengkap kesemuanya. Set gigi pada bayi akan lengkap tatkala dirinya berusia sekitar umur 3 tahun. \n\nTanda-Tanda Bayi Anda Sedang Tumbuh Gigi \n\nBayi yang baru mula tumbuh gigi sering menunjukkan perubahan dari masa ke semasa. Perubahan ini akan sering berlaku dan bergantung pada ibu dan ayah sama ada dapat memahami tanda yang ditunjukkan ataupun tidak. Antara tanda perubahan tersebut adalah seperti:\n\n3 Tips Untuk Legakan Kesakitan Bayi Semasa Tumbuh Gigi\n\nCara #1 \u2013 Beri buah pisang yang sejuk atau yang telah dibeku\n\nPisang yang telah dibeku atau disejukkan adalah\u00a0alternatif yang baik\u00a0untuk melegakan kesakitan.\u00a0Oleh sebab pisang adalah buah yang lembut, ia boleh\u00a0ditelan dengan selamat\u00a0oleh bayi anda. Tapi untuk keselamatan, ibu bapa digalakkan untuk\u00a0memantau anak mereka dengan teliti apabila mereka makan.\n\nCara #2 \u2013 Beri batang lobak merah yang mentah\n\nLobak mentah\u00a0yang sejuk adalah remedi yang hebat dan sihat untuk kanak-kanak yang tumbuh gigi. Bayi suka mengigit teksturnya yang kukuh dan sejuk. Tetapi ibu bapa haruslah memerhati anak mereka semasa mereka makan untuk memastikan mereka tidak tercekik cebisan-cebisan kecil.\n\nCara #3 \u2013 Gosok menggunakan berus gigi\u00a0khas\u00a0untuk\u00a0bayi\n\nDengan menggunakan\u00a0berus gigi khas untuk bayi, kesakitan bayi dapat dikurangkan kerana ia boleh mengurut bahagian gusi yang sakit. Perbuatan mengunyah berus gigi juga merupakan cara yang baik untuk melegakan kesakitan. \n\nCara Penjagaan Gigi Bayi Yang Betul\n\n Pembersihan gigi susu bayi harus dimulakan sebaik sahaja gigi susu tumbuh walaupun anak anda hanya minum susu ibu atau susu formula sahaja. Caranya ialah dengan menyapu sedikit ubat gigi berfluorida ke atas kain lembut atau berus gigi bayi dan kemudian disapukan ke atas gigi bayi. \n\nSetelah gigi geraham susu mula tumbuh, anda boleh menukar ke berus gigi kanak-kanak yang lembut dan menggunakan ubat gigi berfluorida sebesar biji kacang pea. Jangan lupa untuk mencuci lidah dan gusi di mana bakteria bersembunyi dan menyebabkan mulut berbau. \n\nLakukan 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Mencuci gigi dan mulut atau berkumur juga disyorkan pada setiap kali selepas bayi mengambil makanan. \n\nGunakan Ubat Gigi Yang Berflourida Untuk Kesan Yang Lebih Baik\n\nSedikit fluorida di dalam ubat gigi adalah baik untuk gigi anak anda yang sedang membentuk. Fluorida adalah sejenis bahan mineral yang dapat menghalang kerosakan gigi dengan menguatkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan ia lebih tahan kepada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria. \n\nAnda hanya perlu menggunakannya dalam jumlah yang sedikit sebesar kacang peas setiap kali ingin memberus gigi bayi. Ini kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk menelan ubat gigi daripada meludahnya keluar. \n\nBayi Tumbuh Gigi Perlu Diberi Perhatian Selalu\n\nWalaupun bayi baru tumbuh gigi susu yang tidak akan kekal selamanya tetapi faktor penjagaan adalah penting. Waktu inilah anda dapat memupuk sikap suka menjaga kebersihan di dalam mulut dan gigi pada bayi. Sila jangan abaikan penjagaan gigi yang baru tumbuh ini dan gigi yang sihat adalah penyeri wajah yang semulajadi yang sebenar."
"Mencari resepi ikan tongkol yang lazat lagi menyelerakan?\nApa kata kalau anda mencuba resepi gulai ikan tongkol pula. Untuk perempuan-perempuan dan istri-istri yang ada di rumah, anda patut mencuba resepi gulai ikan tongkol sedap yang kami kongsikan ini untuk menjamu selera keluarga anda.\n\nCiri khas gulai ialah rasanya yang kaya akan rempah seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili dan sebagainya yang kemudian dimasak dalam santan. Masakan ini dianggap sebagai bentukan lain daripada kari.\n\nResepi gulai datang daripada suku Minangkabau, Indonesia. Bahan utama untuk gulai pula boleh menggunakan ayam, ikan, daging kambing, daging lembu ataupun sayur. Gulai mempunyai aroma yang wangi, kuah santan yang kaya akan rempah sangat membangkitkan selerea. Gulai pula boleh dimakan bersama dengan nasi putih mahupun nasi dagang.\n\nSekarang kami akan mengongsikan resepi gulai ikan tongkol yang sangat sedap yang dikongsikan oleh Arma Falisa di Facebook dan telah mendapat perkongsiam ramai. Sila cuba resepi ini dan selamat menjamu selera.\n\nResepi Gulai Ikan Tongkol (Sangat Menyelerakan)\n\n1. Rebus ikan tongkol dahulu dengan asam keping anggaran dalam 5 keping, gula melaka atau nisan dlm separuh serta garam. Rebus sampai air hampir kering.\n\n2. Tumis bahan kisar tadi sampai garing.\n\n3. Bancuh 1 pakej serbuk kari ikan babas beserta 4 sudu besar rempah gulai cap ros atau rempah gulai yang timbang. Masukan dalam bahan kisar tadi.\n\n4. Tumis semua bahan sampai naik minyak.\n\n5. Masukan santan kara 1 kotak.\n\n7. Biarkan mendidih dan masukan ikan yang direbus tadi.\n\n8. Masukan separuh gula nisan atau gula melaka. Perasakan dengan garam. Biarkan diatas api.\n\n9. Jika kurang air boleh tambah diulang sehinggalah pecah minyak.\n\n10. Bila sudah pecah minyak boleh letak cili padi ikut pedas masing-masing.\n\nSelain resepi Gulai Ikan Tongkol, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sup kepala ikan jenahak sedia untuk dihidangkan sebagai makan tengah hari ini. Adakah yang tercari resepi sup kepala ikan jenahak?\n\nPada perkongsian kali ini kami akan bentangkan cara-cara masak sup kepala ikan jenahak yang menggairahkan. Resepi ini dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di laman Facebook. Sup kepala ikan jenahak sedap dimakan dengan nasi putih. Sesuai pula untuk orang yang demam atau tengah berpantang.\n\nRamai orang yang suka makan kepala ikan sebenarnya. Daging ikan yang lembut dan tulang lunak ikan yang terdapat di kepala ikan amatlah sedap dihisap macam mengudap. Apalagi hirup kuah supnya, makin menggoda selera lagi ada.\n\nSelain resepi sup kepala ikan jenahak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bagi bayi yang baru lahir, demam kuning atau jaundice adalah di antara perkara paling serius yang perlu diperhatikan. Bayi yang terkena demam kuning dengan bacaan tinggi tidak akan dibenarkan pulang sehingga bacaan menjadi normal semula. Malah bagi bayi yang tidak terkena jaundice sekali pun, anda perlu sentiasa memerhatikan simptom jaundice pada bayi anda.\n\nOleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan jaundice, apakah simptom atau tanda-tandanya, serta carta bacaan jaundice iaitu bacaan normal jaundice bayi.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan demam kuning atau jaundice pada bayi?\n\nDemam kuning pada bayi dikenali sebagai neonatal jaundice. Jaundice adalah keadaan di mana bayi anda nampak kekuningan kerana peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi anda. Apabila terkena jaundice, tubuh badan dan mata bayi anda akan kelihatan kekuningan. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dalam tubuh badan bayi anda daripada pemecahan sel darah merah. \n\nIa kemudiannya akan diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis. Bayi anda akan terkena jaundice sekiranya kadar bilubirin dalam badan terlalu tinggi daripada yang sepatutnya. Jaundis pada bayi biasanya berlaku dalam tempoh sebulan selepas bayi dilahirkan.\n\nOleh itu, walau pun bayi anda bebas jaundice semasa dilahirkan, anda perlu sentiasa memerhatikan tanda-tanda jaundice pada bayi anda. Jika bayi anda nampak kekuningan, segera bawa bayi anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.\n\nUntuk pengetahuan anda, jaundice pada bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Fisiologi jaundis dan Patologi jaundis. Fisiologi jaundis adalah demam kuning yang berlaku disebabkan oleh proses pemecahan sel darah merah yang tidak sempurna dan organ hati yang masih belum matang.\n\nSementara Fisiologi jaundis boleh berlaku disebabkan oleh fator-faktor berikut:\n\nSelain itu ada juga jaundice yang berlaku disebabkan oleh susu ibu. Keadaan ini dikenali sebagai jaundice susu ibi. Ia berlaku apabila bayi anda tidak mendapat susu ibu yang mencukupi lalu menyebabkan bayi anda terkena jaundice. \n\nApakah simptom atau tanda jaundis pada bayi?\n\nBerikut adalah di antara tanda atau simptom demam kuning atau jaundis yang perlu anda perhatikan pada bayi anda:\n\nCarta bacaan jaundice: apakah bacaan normal jaundice?\n\nBayi anda akan disahkan mempunyai jaundice atau tidak berdasarkan kadar bacaan bilubirin didalam darahnya. Apabila bayi anda dibawa untuk pemeriksaan dalam keadaan kekuningan, ujian darah akan dilakukan untuk memastikan tahap bilubirin dalam darah bayi anda. Darah bayi anda akan diambil sedikit untuk tujuan pemeriksaan.\n\nBacaan normal bagi jaundice bayi ialah kurang daripada 5 mg/dL. Oleh itu, jika ujian darah bayi anda menunjukkan bahawa kadar bilubirin dalam darahnya ialah kurang daripada 5 mg/dL, maka bayi anda bebas daripada jaundice. Namun sekiran bacaan yang diperolehi adalah lebih daripada 5 mg/dL, maka bayi anda mempunyai jaundice.\n\nSemakin tinggi bacaan kadar bilubirin yang diperolehi, maka semakin tinggi jaundice bayi anda. Bacaan bilubirin yang terlampau tinggi boleh membahahayakan kesihatan dan nyawa bayi anda.\n\nApakah rawatan untuk jaundice pada bayi?\n\nSekiranya bacaan bilubirin bayi anda terlalu tinggi, bayi anda akan ditahan diwad untuk menjalani rawatan fisioterapi di mana bayi anda akan diletakkan dibawah lampu biru dengan tujuan untuk mengurangkan kadar bilubirin dan kekuningan yang dialami. \n\nFisioterapi dilakukan dengan meletakkan bayi anda dibawah sebuah mesin yang memancarkan cahaya UV yang berwarna biru. Bayi anda akan diletakkan di bawah cahaya tersebut selama beberapa jam berdasarkan kiraan yang telah dilakukan oleh doktor. \n\nJika bacaan bilubirin adalah rendah, anda akan dibenarkan untuk membawa bayi anda pulang namun perlu sentiasa memantau tahap kekuningan bayi anda. Anda akan diminta untuk membawa semula bayi anda jika kekuningan pada bayi anda meningkat dan kelihatan semakin ketara.\n\nItulah dia info tentang bacaan normal jaundice yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang anak kerap demam , tempat simpanan untuk anak dan punca bayi lambat merangkak"
"Pesakit kencing manis mempunyai banyak pantang larangnya, seperti tidak boleh makan sebarangan, perlu berhati-hati semasa melakukan kerja supaya tidak ada luka di badan kerana luka itu akan memberi kesan kepada tubuh badan terutama sekali kaki. \n\nPenyakit kencing manis ini akan mudah sembuh jika menjaga pantang larang dan makan ubat mengikut masa yang dijadualkan.\n\nTetapi ramai pesakit kencing manis yang lukanya lambat sembuh. Hal ini kerana paras aras gula pesakit amat tinggi dan risikonya juga amat tinggi. Apabila pesakit kencing manis tidak menjaga kesihatannya, inilah yang terjadi. Punca pemakanan yang tidak seimbang mengakibatkan paras aras gula meningkat seperti makanan berminyak, manisan, kuantiti nasi yang banyak dan lain-lain lagi.\n\nMari kami kongsikan faktor-faktor utama luka lambat sembuh yang kami ambil dari artikel Dr. Suhazeli Abdullah. Beliau merupakan doktor pakar keluarga di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya di Dungun, Terengganu. \n\nFaktor utama luka itu lambat sembuh adalah kencing manis yang tidak terkawal. Gula yang tinggi boleh melambatkan proses pembiakan dan pemulihan sel-sel baharu.\n\nFaktor kedua adalah, jangkitan kuman masuk dalam lurah luka. Penggunaan minyak senyonyoh, minyak gamat menjadi perisa tambahan untuk kuman terus membiak kat situ.\n\n*Berikut adalah faktor-faktor utama luka lambat sembuh. Nasihat kepada pesakit kencing manis, jagalah kesihatan supaya penyakit kencing manis tidak membawa kemudaratan kepada diri sendiri. \n\nBerhenti menyalahkan orang lain dan mula berubah ke arah yang lebih baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang lain.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Disini dikongsikan tips Ramadhan tentang kesihatan. Bulan yang diberkati ini merupakan peluang keemasan bagi mereka yang mencari kemanisan beribadah dan juga peluang untuk kembali sihat. Insha Allah.\n\nBadan akan mula kekurangan gula di siang hari. Glikogen di hati akan dibakar sebagai sumber tenaga dan lama kelamaan sumber tenaga ini akan berkurangan. Kehabisan glikogen yang menyimpan air akan menyebabkan berat anda turun 2-5kg dalam masa 2minggu. Sekiranya anda makan secara sederhana dan berkhasiat, kurang gula dan karbohidrat.\n\nSelain berpuasa itu sendiri, makan kurma semasa berbuka puasa akan meningkatkan hormon tumbesaran di dalam badan anda.\n\nSelepas 6-8jam kekurangan gula, badan akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar. Produk pemecahan dan oksidasi lemak (LOP) akan menjana RADIKAL BEBAS. Anda akan mendapat ketosis, bagi yang ada isu histamin. Di sini cabaran awal Ramadhan.\n\nEkzema mungkin akan meradang. Si resdung akan berair dan bersin. Si Semput mungkin perlukan ventolin. Sang gastritis akan menekan perut mengaduh. Si migrain akan melepek ataupun berguling guling menahan kesakitan. Tak kurang pula yang cirit-birit. Biasalah.\n\nAnda mungkin akan lapar, lesu, tercungap dan mengantuk saja sepanjang hari.\n\nPada waktu ini penting mengamalkan pengambilan antioksida dan air yang mencukupi sewaktu bersahur dan diwaktu malam. Elakkan bersenam dan makanan dwifungsi seperti habbatussauda, madu, minyak zaitun, air klorin, oregano yang mempunyai peroxide( mampu menjana radikal bebas) yang mungkin boleh menjadikan stress badan lebih teruk.wallahualam.\n\nJangan risau, derita pasti akan berakhir insha Allah. Lemak yang dipecahkan akan menyebabkan peningkatan leptin (hormon kekenyangan). Lemak yang dibakar juga membebaskan stem sel (? SVF) yang akan membaiki tisu-tisu yang rosak, memulihkan fungsi badan yang bekerja keras sepanjang tahun terutamanya SISTEM PENCERNAAN. Puasa mengaktifkan pemulihan dan regenerasi badan melalui proses yang dinamakan AUTOPHAGY.\n\nPerut akan hilang sakit disebabkan radang, refluks akan berkurangan. Masalah seperti sembelit atau cirit birit juga boleh menjadi sejarah.\n\nFokus menjadi tajam, \u201cbrain fog\u201d kian hilang. Kerisauan, panik dan kemurungan akan berkurangan. Lemak juga membebaskan BHB (ketone) yang menyebabkan anda ceria dan berfikiran positif.\n\nDengan pemulihan sisten pencernaan, bateri selular anda (mitokondria) akan dijana dan anda akan kembali bertenaga. Pemulihan dan penggantian sel-sel badan juga menjadi lebih pantas insha Allah.\n\nSakit lutut, otot, saraf akan berkurangan kerana punca keradangan iaitu perut semakin pulih. Peningkatan stem sel dan growth factor badan juga mempercepatkan lagi penggantian sel untuk pemulihan.\n\nReseptor insulin badan akan menjadi lebih sensitif dengan peningkatan faktor tumbesaran insulin(IGF) . Puasa juga mengaktifkan AMPK yang meningkatkan pengambilan gula ke dalam sel. Hasilnya gula darah anda akan berkurangan, menjadi stabil dan terkawal.\n\nAmatlah rugi sekiranya anda membantutkan usaha murni pemulihan sel dan tisu badan dengan membebankannya kembali dengan makan secara berlebihan. Kurangkan Gula, karbohidrat diperhalusi, makanan proses dan elakkan makan lewat malam.\n\nAnda boleh mula kembali makan madu, Habbatussauda, minyak zaitun, oregano dan juga melakukan senaman fizikal. Waktu terbaik pada pendapat saya ialah beberapa minit sebelum buka puasa. Mulakan sedikit demi sedikit dan naikkan intensiti dari hari ke hari. Tidak perlu senaman yang lama kerana tarawikh juga merupakan satu senaman yang baik dan mencukupi.\n\nBanyakkan membaca Al-Quran kerana ia merupakan senaman otak yang sangat berkesan dan meningkatkan kebolehupayaan otak. Ia juga membantu mengurangkan stress yang menyukarkan anda pulih dari masalah kesihatan anda. Apa pun, betulkan niat. Kesihatan hanyalah bonus daripada ketaatan kita kepada Allah. Semoga diredhainya\n\nSemoga anda bertabah menghadapi awal ramadhan dan memperolehi keberkatan dariNya..Saya doakan semoga anda dan keluarga anda sihat dan mampu beribadah dengan sempurna.Salam Ramadhan."
"Niat untuk susukan anak tanpa campur susu formula hingga usianya 2 tahun memang satu hasrat yang sangat bagus. Usaha seorang ibu untuk menyusu bayi dengan susunya sendiri secara total memang patut di puji. \n\nWalaubagaimanapun, usaha untuk susukan anak secara penuh dengan susu badan tanpa campur susu formula bukanlah satu tugas yang mudah. Si ibu perlu praktikkan beberapa tips supaya misi menyusu bayi dengan susu ibu sepenuhnya ini dapat dijayakan dari awal hingga akhir dengan penuh berkesan. \n\nUntuk nak\u00a0lengkapkan penyusuan\u00a0anak hingga 2 tahun, si ibu perlu bersiap sedia dan kuat dari aspek mental dan fizikal. Lagi-lagi tanpa campur susu formula begini. Fully breastfeeding\u00a0tanpa formula\u00a0milk memang boleh tetapi tubuh badan ibu perlu sentiasa mampu untuk menghasilkan susu badan yang bagus dan mencukupi untuk menampung keperluan bayi. \n\nBenar-Benar Nak Susukan Bayi Tanpa Campur Susu Formula? Ini Panduannya\n\nJika jawapan anda adalah ya, anda perlu amalkan beberapa tips sebagaimana yang akan dikongsikan di bawah ini. \n\n#1 \u2013 Tanamkan Azam & Mindset Untuk Beri Baby Susu Badan Sejak Hamil \n\nNak susukan bayi sepenuhnya tanpa campur susu formula tidak hanya boleh disebut pada mulut. Niat ini perlu disematkan di kepala dan hati. Tanam sebagai azam untuk benar-benar dilakukan secara bersungguh-sungguh demi baby tersayang. Dengan cara ini barulah tubuh dan minda akan berasa lebih bersedia sejak awal. \n\n#2 \u2013 Beritahu Impian Nak Beri Bayi Susu Ibu Sepenuhnya Pada Suami\n\nNiat nak susukan anak sehingga umur anak 2 tahun tidak boleh dilakukan secara berseorangan. Hasrat untuk susukan anak dengan susu ibu tanpa campur sebarang susu formula ini perlu dilakukan bersama dengan si ayah. Dengan beritahu impian ini pada suami secara tidak langsung suami boleh menjadi pendorong dan pembantu saat memerlukan. \n\n#3 \u2013 Beli Bra Dan Pakaian Khusus Yang Sesuai Untuk Lebih Mudah Menyusu \n\nBra menyusu dan pakaian dengan style breasfeeding patut di beli untuk memudahkan lagi urusan menyusu bayi secara terus nanti. Dengan pemakaian bra dan pakaian khusus yang sesuai untuk menyusu ini, barulah urusan menyusu bayi akan menjadi lebih senang, santai dan tidak menyusahkan. \n\n#4 \u2013 Amalkan Makanan Berkhasiat Dan Suci Untuk Penghasilan Susu Yang Bagus\n\nFaktor pemakanan juga penting! Susu ibu dihasilkan oleh tubuh badan dan jika tubuh tidak dibekalkan dengan makanan seimbang dan berkhasiat, bagaimana pula tubuh nak berfungsi untuk membekalkan susu yang bagus untuk bayi. Maka makanlah makanan yang baik, bersih, suci dan halal kerana susu ibu ini akan menjadi darah daging untuk si bayi. \n\n#5 \u2013 Mulakan Penyusuan Susu Badan Sejak Hari Pertama Bayi Dilahirkan\n\nSusu ibu perlu di beri pada hari pertama bayi dilahirkan lagi. Memang pada awalnya susu tidak akan keluar dengan banyak namun jangan risau kerana susu ini akan keluar sesuai dengan kehendak si bayi itu sendiri. Yang penting teruskan penyusuan dengan kaedah yang betul. \n\n#6 \u2013 Terus Menyusu Walau Kekok Dan Terasa Susah (Jangan Mengalah!)\n\nSaat mula menjadi ibu memang akan terasa kekok. Semua ibu begitu. Jangan takut dan jangan putus asa. Di hospital akan ada nurse dan doktor yang akan bantu. Malah sejak mengandung lagi sudah boleh dapatkan info cara penyusuan susu badan yang betul dari klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang terdekat. Jika nak lebih mudah, search saja menerusi Google. \n\n#7 \u2013 Nikmati Saat Penyusuan Sambil Berbual Dengan Baby Tersayang\n\nSaat menyusu adalah detik terindah yang dapat merapatkan hubungan si ibu dengan bayi. Saat menyusu ini adalah masa khusus untuk berdua dengan bayi dan gunakanlah detik ini dengan sewajarnya. Sambil bayi menghisap susu, si ibu boleh berbicara, mengusap, mencium ubunnya, memeluk dan sebagainya. \n\nini boleh menjadikan si anak semakin rapat dan sayang pada ibu dari masa ke semasa. Ini juga adalah salah satu kelebihan yang ada untuk si ibu yang menyusu badan sepenuhnya. \n\n#8 \u2013 Bergembiralah Bila Bayi Semakin Membesar, Sihat Dan Cerdas\n\nSeronok tak terkata apabila berat badan bayi semakin meningkat, semakin sihat dan cerdas hanya dengan minum susu ibu sepenuhnya. Rasa seronok tu hanya Allah saja yang tahu dan terasa sangat bersyukur yang teramat sangat kerana si manja dapat membesar hasil dari susu yang dihasilkan oleh tubuh si ibu itu sendiri. \n\nMasalah Susu Badan Kurang, Apakah Tips Yang Boleh Dilakukan?\n\n\u201cTiada susu. Susu tidak keluar. Susu badan sikit. \u201d. Ini antara rungutan yang sudah sering didengar terutama dari ibu yang baru pertama kali melahirkan anak. \n\nTidak dinafikan ramai ibu mengalami masalah susu badan kurang. Lagi-lagi di saat awal kelahiran di mana susu ibu tidak keluar dengan banyak. Saya sendiri pernah mengalaminya saat bertarung untuk susukan anak yang ke enam. \n\nSaat mula kelahiran susu sama sekali tidak mahu keluar. Terdetik juga di fikiran untuk campur dengan susu formula namun saya lakukan tips dan petua untuk banyakkan semula susu ibu sebelum mengambil keputusan untuk campur susu ibu dan susu formula. \n\nAntara tips yang pernah dilakukan untuk banyakkan semula susu ibu yang seakan kering ini ialah :\n\nCara Jayakan Penyusuan Susu Badan Bagi Ibu Yang Berkerjaya\n\nUntuk ibu yang berkerjaya, bagi menjayakan penyusuan susu ibu pada anak dengan penuh berhasil, si ibu perlu lakukan beberapa cara. Si ibu juga perlu berdisplin dalam menyediakan susu pada anak sambil menjalankan tugas yang diberi oleh majikan. \n\nAntara tips yang boleh diikuti oleh si ibu yang berkerjaya ini adalah :\n\n1- sentiasa jaga pemakanan dengan makan makanan yang seimbang\n\n2- pakai coli menyusu yang selesa setiap hari\n\n3- bawa pam kecil yang praktikal ke tempat kerja untuk mudahkan susu di pam\n\n4- pam susu di tempat kerja dalam keadaan tersorok sekurang-kurangnya setiap 3 jam sekali\n\n5- masukkan susu ke dalam plastik atau botol penyimpanan susu yang khas. Setelah itu masukkan pula ke dalam beg penyejuk supaya susu tersebut tahan lama dan tidak rosak.\n\nAnda Berjaya Susukan Bayi Tanpa Campur Susu Formula? Jutaan Tahniah Diucapkan\n\nSusu ibu adalah anugerah Allah SWT yang terindah! Susu ibu ini juga adalah susu yang paling terbaik sekali untuk si manja. Susu ibu tidak akan menyebabkan alahan malah susu ibu juga ada khasiat yang sangat banyak. \n\nSusu pertama kolostrum juga sangat baik untuk membantu tingkatkan sistem imun pada baby. Jika ada peluang eloklah disusukan baby dengan susu ibu sepenuhnya melainkan jika keadaan tidak mengizinkan. Baca Juga maksud garis hitam di perut ibu mengandung, tips ajar anak dan cinta alQur\u2019an sejak kecil dan kebaikan ajar anak berenang sejak kecil."
"Siapa yang tidak bahagia apabila balik rumah sudah tersaji menu kegemaran kita. Sebagai suri rumah sudah menjadi kewajiban untuk bahagiakan kesemua ahli rumah, dengan cara hidangkan menu kegemaran keluarga.\n\nAntara menu handalan yang jadi kegemaran keluarga ialah ayam masak merah berkuah, di mana masakan ayam berkuah ala utara ini amatlah menyelerakan. Anak dan suami mesti suka air tangan anda.\n\nJom cuba resepi ayam masak merah utara yang viral ini.\n\nResepi yang dikongsikan Syed Mohd Nazli Jamalullail di laman Facebook ini lain daripada resepi ayam masak sambal biasa dan sebagainya. Cara penyediaan menggunakan santan membuat menu ini jadi masakan berkuah pekat. Jom cubakan di rumah.\n\nSelain resepi masakan ayam berkuah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Ada juga resepi viral ayam masak merah lain anda boleh cuba. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tahukah anda, terdapat banyak destinasi pelancongan yang hebat di Mersing, Johor? Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan 11 tempat menarik di Mersing yang pasti buatkan anda terpesona.\n\nTempat menarik di Mersing yang pertama ingin kami kongsikan ialah Taman Negara Endau-Rompin yang merupakan di antara hutan hujan paling tua di dunia dengan usia melebihi 200 juta tahun. Ia menjadi pilihan pengunjung yang cintakan alam semulajadi memandangkan ia kaya dengan pelbagai flora dan fauna termasuk spesies orkid, herba dan pokok-pokok yang jarang ditemui di hutan yang lain. \n\nDi antara destinasi yang wajib anda pergi jika sampai di Taman Negara Endau-Rompin ialah:\n\nPulau Dayang bukanlah pulau yang popular di Mersing namun keindahannya tak kurang hebat jika dibandingkan dengan pulau-pulau popular di Mersing seperti Pulau Aur, Pulau Pemanggil, dan Pulau Lang. Pulau Dayang adalah adalah destinasi percutian yang sesuai untuk anda jika anda sukakan aktiviti selam skuba dan memancing. \u00a0\n\nPemandangan bawah laut di Pulau Dayang adalah sangat cantik dengan flora dan fauna yang berwarna-warni, ditambah pula dengan air laut yang jernih. Jika anda sampai di sini, jangan lupa untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dan taburan bintang yang penuh di langit. Pastinya tak puas mata memandang.\n\nJika anda sukakan aktiviti luar dan mendaki, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Hutan Lipur Gunung Arong. Pendakiannya adalah amat mudah, malah anda boleh membawa anak kecil tanpa masalah. Perjalanan naik adalah lebih kurang 3.6 kilometer. Sebelum memulakan pendakian, pastikan anda memohon kebenaran daripada Pejabat Hutan Mersing atau boleh berhubung di talian 07 798 1030.\n\nApabila sampai sahaja di puncak gunung, pastinya anda akan terpukau dengan pemandangan yang terbentang di hadapan mata. Setelah penat mendaki, anda sekeluarga boleh bersantai di kawasan pantai yang berdekatan. Apa yang menarik tentang pantai ini ialah, jika anda datang pada waktu air surut, anda boleh merentasi air untuk pergi ke Pulau Mawar sambil melihat hidupan laut seperti batu-batu karang, ikan, dan tapak sulaiman.\n\nHutan Lipur Gunung Belumut terletak di Hutan Simpan Kluang. Untuk pengetahuan anda, Gunung Berlumut merupakan gunung yang tertinggi di dalam Daerah Kluang dengan ketinggian 1010 meter dari aras laut. Di antara perkara menarik yang menanti anda di Hutan Lipur Gunung Berlumut ialah:\n\nPulau Tinggi juga dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral kerana bentuk salah sebuah daripada gunung di pulau ini kelihatan seperti topi dari jauh. Gunung-gunung di pulau ini ada yang mencecah ketinggian 2000 kaki dari aras laut, memberikan namanya Pulau Tinggi.\n\nPulau Tinggi menjadi destinasi tumpuan pelancong ke Mersing kerana pemandangannya yang indah dengan air jernih yang membiru. Pemandangan dalam laut juga sangat cantik dengan batu karang dan ikan yang berwarna-warni. Apa yang lebih menarik, di pulau ini juga terdapat banyak penyu.\n\nDestinasi menarik di Mersing yang seterusnya ialah Pulau Pemanggil. Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki bot selama 4 hingga 5 jam. Ia terkenal dengan pemandangan yang indah dengan laut yang membiru, sesuai untuk bermandi-manda, snorkeling dan skuba diving. Pulau Pemanggil juga sangat popular di kalangan kaki pancing.\u00a0 Di antara ikan yang banyak di sini adalah:\n\nPulau Aur terletak \u00a0hanya 400 meter dari Pulau Dayang. Pulau Aur adalah di antara pulau yang paling popular di Mersing kerana pemandangannya yang memukau dan air yang jernih seperti kristal. Semasa cuti sekolah, biasanya Pulau Aur dipenuhi oleh pelancong yang bercuti bersama keluarga. Kami cadangkan anda datang di antara bulan April \u2013 Oktober kerana pada waktu ini air laut sangat tenang dengan permukaan air yang sangat jernih.\n\nTempat menarik di Mersing yang seterusnya ialah Pulau Rawa yang terkenal dengan pantai berpasir putih bersih sejauh mata memandang. Dasar lautnya adalah sangat cantik dan berwarna-warni, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk bersnorkeling di sini.\n\nJika anda sukakan aktiviti mendaki, di sini terdapat laluan trekking yang mudah dan menarik. Anda boleh naik hingga ke puncak untuk melihat panorama 360 darjah yang cantik dan tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.\n\nPulau Tengah adalah satu lagi destinasi menarik di Mersing yang wajib anda kunjungi. Pulau ini agak unik dan lain dari yang lain kerana pulau ini mempunyai permukaan bumi dengan batu tajam dan halus yang menjadikan pemandangan di sekitar pulau ini begitu cantik. Di antara aktiviti yang biasa di lakukan di sini ialah:\n\nPulau Sibu adalah di antara pulau yang paling popular di Malaysia kerana keindahannya yang tiada tandingan. Untuk penhetahuan anda, Pulau Sibu terdiri daripada 4 buah pulau iaitu:\n\nDi antara ke empat-empat pulau tersebut, Pulau Sibu Tengah adalah yang paling popular dan menjadi pilihan para pelancong. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini selain menikmati pemandangannya yang indah ialah:\n\nTempat menarik di Mersing yang terkahir ingin kami kongsikan ialah Pulau Hujung. Pulau ini agak kurang dilawati oleh pelancong maka anda akan dapat menikmati keindahannya dengan suasana yang lebih tenang. Air di Pulau Hujung adalah sangat jernih dan biru. Aktiviti snorkeling juga sangat menarik di sini di mana anda akan ditemani oleh ikan-ikan yang jinak dan berwarna-warni.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Mersing yang \u00a0ingin kami kongsikan untuk kali ini. Menarik kan?\n\nAnda sukakan artikel tempat menarik ini. Menarik bukan Lumut? Apa yang masih kurang dan patut kami ceritakan? Jemput juga baca artikle tempat menarik lain ya."
"Jom cuba 14 petua mudah untuk elakkan rambut anda gugur dan semakin menipis.\n\nRambut ibarat mahkota bukan sahaja bagi yang tidak bertudung malah bagi wanita bertudung, rambut merupakan aset penting.\n\nBagi wanita tidak bertudung, rambut memainkan peranan penting dalam mewujudkan \u2018first impression\u2019 yang mempersonakan.\n\nManakala bagi wanita bertudung setelah seharian menutup kulit kepala , rambut akan mudah menjadi rosak dan gugur.\n\nSelain wanita, lelaki juga amat sensitif dengan kesihatan rambut mereka. Penampilan seseorang juga mudah dipengaruhi dengan gaya rambut.\n\nLihat sahaja lelaki-lelaki Korea, siapa yang tidak terpikat dengan penampilan kemas mereka. Menurut seorang penggaya fesyen, gaya rambut memainkan peranan penting untuk menampilkan gaya terbaik seseorang individu.\n\nSiapa yang tak nak rambut cantik dan sihat kan.\n\nSebelum kita bercerita mengenai petua untuk mengelakkan rambut gugur, kita perlu ambil peduli mengenai punca yang menyebabkan rambut kita mudah gugur. Penting untuk mengetahu punca supaya kita dapat mengelakkan\u00a0 kejadian sama berulang.\n\nKeguguran yang terjadi kepada wanita yang baru melahirkan atau mengandung adalah disebabkan oleh faktor hormone tidak stabil.\n\nKebanyakan ibu baru melahirkan mengalami perubahan hormon yang ketara dan membawa kepada keguguran rambut.\n\nBagi mereka yang suka menggayakan pelbagai fesyen rambut pasti mempunyai masalah rambut gugur. Kimia yang digunakan untuk mewarnakan dan meluruskan rambut akan menyebabkan kerosakan pada akar rambut sekaligus menyebabkan rambut gugur.\n\nPengambilan makanan yang mengandungi garam dan perasa yang tinggi seperi mee segera dan makanan segera secara tidak langsung akan melemahkan akar rambut.\n\nRambut yang terdedah kepada habuk dan panas mudah untuk mengalami keguguran. Selain itu, sekiranya anda jarang mencuci rambut ia juga akan menyebabkan rambut mudah gugur.\n\nApabila kulit kepala berpeluh\u00a0 dan lembap , rambut akan mudah gugur terutamanya apabila disikat.\n\nKalau anda seorang yang suka sikat rambut jalan terbaik adalah dengan mencari sikat yang bergigi jarang.\n\nSikat bergigi jarang tidak akan menarik rambut secara total kerana mempunyai ruang diantara giginya.\n\nApabila kita menyikat rambut terlalu kerap, ini akan menyebabkan akar goyah dan rambut mudah gugur.\n\nCara terbaik untuk menyikat rambut terutamanya rambut panjang , pegang lebih kurang 5-7 cm dari hujung rambut\u00a0 kemudian baru sikat.\n\nUntuk mengelakkan rambut lebih banyak gugur selepas disyampu pastikan rambut disikat terlebih dahulu.\u00a0 Membasuh rambut yang kusut akan menyebabkan kebarangkalian untuk gugur sangat tinggi.\n\nAnda seorang yang suka menggunakan pengering rambut atau \u2018hair dryer\u2019 .\u00a0 Haba daripada pengering rambut akan menyebabkan akar rambut lemah dan sekaligus mematahkan rambut.\n\nSeeloknya keringkan rambut menggunakan tuala atau biarkan sahaja terkena pada udara.\n\nBahan kimia di dalam pewarna rambut akan menyerap kedalam akar rambut dan melemahkan struktur rambut sekaligus menyebabkan keguguran rambut.\n\nBagi mereka yang suka menukar warna rambut , tabiat ini akan memburukkan lagi keadaan.\u00a0 Menukar warna rambut akan menambah penggunaan bahan kimia yang dipanggil sebagai \u2018bleach\u2019.\n\n\u2018Bleach\u2019 digunakan untuk menghilangkan warna yang terdahulu sebelum proses mewarnakan rambut dengan warna baru dijalankan .\n\nElakkan mengikat rambut dengan terlalu kuat. Ini akan menyebabkan rambut tidak boleh bernafas dan\u00a0 akar rambut menjadi lemah.\u00a0 Apabila akar rambut lemah ini akan menyebabkan rambut mudah gugur.\n\nUntuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat, seeloknya gunakan minyak semulajadi seperti minyak argan , minyak zaitun atau minyak kelapa dara .\n\nGunakan minyak antara 5-7 titik dan sapu rata ke seluruh kulit kepala. Jadikan ini rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali.\n\nTadi kita bincang mengenai cara penjagaan rambut secara luaran bagi mengelakkan keguguran rambut. Sekarang kita fokus kepada makanan yang dapat menguatkan dan menyihatkan rambut.\n\n7 Makanan Dapatkan Rambut Yang Sihat Dan Lebat!\n\nSalmon merupakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dimana asid lemak omega-3 sangat diperlukan untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat dan ia sekaligus dapat melembapkan rambut. Rambut akan kelihatan berkilat dan lebih bermaya.\n\nBlueberries kaya dengan vitamin C yang membantu kitaran oksigen disekitar kulit kepala dan akar rambut. Oksigen yang mencukupi akan menghalang rambut daripada gugur.\n\nMinumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari bagi menastikan bekalan cecair di dalam badan mencukupi. Organ akan berfungsi dengan baik apabila badan kita mendapat bekalan air yang mencukupi dan secara tak langsung, kulit kepala kekal lembap serta dapat mengelakkan rambut gugur dan rapuh.\n\nBuah prune dapat meningkatkan kesihatan struktur rambut. Buah prune kaya dengan zat besi yang penting dalam\u00a0 mengatasi masalah rambut gugur dan rapuh.\n\nKacang walnut merupakan salah satu makanan terbaik untuk menyuburkan rambut kerana kekacang seperti walnut kaya dengan asid lemak omega-3, biotin, vitamin E yang melindungi rambut daripada kerosakan akibat cahaya matahari.\n\nLobak merah kaya dengan biotin dan Vitamin B dimana kedua vitamin ini merupakan nutrient penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut. \u00a0Nutrien biotin menjadikan rambut lembut dan berkilat.\n\nLada benggala atau dikenali juga sebagai capsicum merupakan sayuran yang kaya dengan vitamin C . Vitamin C membantu membawa oksigen ke folikel rambut dan menggalakkan pembentukan kolagen yang dapat menghasilkan rambut baru.\n\nSebenarnya tidak sukar untuk kita mengatasi masalah rambut gugur. Cuma kita perlu memilih cara dan makanan yang sesuai untuk mendapatkan rambut yang lembut dan sihat.\n\nDiharapkan perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin mengatasi masalah rambut gugur."
"Kita banyak mendengar petua daripada orang dulu-dulu. Ada petua yang kita boleh percaya dan ada petua yang tidak boleh dipercayai. Banyak petua orang dulu-dulu yang berkaitan dengan kanak-kanak. Percaya atau tidak, petua yang selalu kita dengar, itulah petua yang tidak boleh dipercayai.\n\nPetua yang diberikan tidak ada logik dan kajian sains untuk mendapati bahawa ia betul atau tidak. Jadi, berhati-hati jika ingin menggunakan petua orang dulu-dulu. Jika tidak ia akan mendatangkan kemudaratan kepada si bayi. Apakah petua bayi yang karut selalu kita dengar?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai elak percaya 5 petua bayi yang karut. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n1\ufe0f\u20e3 ELAKKAN BAYI MEMAKAI BAJU KUNING SEMASA DEMAM KUNING\n\n\u2705\u00a0Masih ada ibu bapa dan orang-orang tua percaya jika bayi dipakaikan dengan benda berwarna kuning akan menyebabkan demam kuning lambat hilang. Tiada bukti saintifik yang mengaitkan demam kuning dengan warna kuning daripada persekitaran. Ini adalah mitos!\n\n\u2705 Demam kuning adalah sesuatu yang sangat normal berlaku pada bayi yang baru lahir. Ia terjadi kerana organ hati bayi masih belum matang untuk membuang bahan toksik semulajadi di dalam badan.\n\n2\ufe0f\u20e3 WALKER BOLEH MEMBANTU ANAK CEPAT BERJALAN.\n\n\u2705\u00a0Anda berkira-berkira membeli walker supaya si kecil cepat berjalan? Lupakan hasrat itu kerana walker langsung tidak membantu anak berjalan cepat.\n\n\u2705\u00a0Untuk tumbesaran yang normal, bayi perlu belajar menggunakan kesemua otot-ototnya untuk bergerak secara berperingkat. Bermula daripada menggulingkan badan, merangkak dan perlahan-lahan menguatkan kaki untuk berjalan.\n\n\u2705 Jika bayi menggunakan walker, belum sempat lagi belajar merangkak, sudah diletakkan dalam walker untuk berjalan. Ini akan menyebabkan otot lemah kerana tidak dilatih berdiri sendiri secara berperingkat. Elok-elok anak boleh jalan semasa 12 bulan, akhirnya hanya boleh berjalan selepas 14 bulan!\n\n3\ufe0f\u20e3 SAPU TEPUNG UBI PADA KULIT EKZEMA BAYI\n\n\u2705\u00a0Menyapu tepung ubi pada kulit bayi yang ekzema hanya akan menerukkan lagi kulit. Kulit ekzema adalah sangat sensitif dan mudah mendapat jangkitan kuman. Apabila tepung ubi disapu pada kulit, kita tidak tahu akan kebersihan tepung tersebut.\n\n\u2705\u00a0Bakteria daripada tepung ubi boleh menyebabkan jangkitan berbahaya pada kulit. Ini hanya akan menyebabkan kulit semakin gatal.\n\n\u2705\u00a0Tips sebenar kulit ekzema ialah, ia perlu sentiasa lembap. Kulit akan menjadi lebih gatal jika dibiarkan kering.\n****DAPATKAN ELOVERA CREAM DI KLINIK DR ASMAH UTK ECZEMA. HANYA RM 35 SHJ*****\n\n4\ufe0f\u20e3\u00a0DAUN SIREH/JAMBU/KUNYIT DILETAKKAN ATAS PERUT UNTUK MENGHILANGKAN KEMBUNG\n\n\u2705\u00a0Ini juga antara petua yang biasa kedengaran apabila bayi perut kembung. Daun akan dilayurkan diatas api kemudian diletakkan di atas perut bayi. Kaedah ini sebenarnya tidak berkesan kerana tiada bukti saintifik mengaitkan daun spesifik tersebut dengan perut kembung.\n\n\u2705\u00a0Cara yang terbaik untuk mengurangkan perut kembung ialah dengan menuam perut bayi.\n\n\u2705 Tuam boleh dibuat menggunakan apa sahaja alat tuam yang sesuai. Tuala yang diseterika sehingga sedikit panas juga boleh dijadikan sebagai alat tuam.\n\n5\ufe0f\u20e3\u00a0KANAK-KANAK BERPENYAKIT ASMA TIDAK BOLEH BERSUKAN\n\n\u2705\u00a0Semakin ramai anak-anak menghidap asma. Namun ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melarang mereka bermain. Ibu bapa seharusnya membenarkan mereka bersukan selagi mana mereka mampu.\n\n\u2705 Bersukan sebenarnya sangat bagus untuk tumbesaran paru-paru yang sihat.\n\n\u2705\u00a0Apa yang penting, mereka perlu sentiasa melakukan rawatan susulan dan berterusan. Ubat asma seperti inhaler juga harus ada semasa mereka bersukan. Tetapi, mereka tidak seharusnya terlalu bergantung pada ubat jika mereka masih boleh mengawal pernafasan.\n\n\u2705\u00a0Apa-apa pun, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor tentang asma dan bersukan. Bukan sewenang-wenangnya melarang penyertaan anak dalam sukan.\n\n*Berikut adalah 5 petua yang tidak patut dipercayai oleh ibu bapa. Kita lihat petua-petua ini masih diamalkan sehingga zaman teknologi canggih ini. Sedih apabila melihat ibu bapa masih percaya dengan petua ini dan tidak mendapatkan nasihat daripada doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Masalah gatal-gatal boleh jadi disebabkan oleh fungi yang sudah merebak di sekitar kawasan yang anda terasa gatal. Puas cuci bersih-bersih, tetap rasa gatal-gatal sehingga kulit turut terjadi seperti terbakar. Sakit tuh!\n\nJika anda terasa gatal-gatal di bahagian sulit ataupun di tubuh badan, semak dahulu sama ada ia disebabkan oleh fungi atau jangkitan lain. Anda tidak boleh suka hati meletakkan krim antifungal sekiranya anda tidak jelas berkaitan apa masalah yang anda hadapi.\n\nTips Menggunakan Krim Antifungal Wajib Anda Ketahui\n\nPenting untuk anda ikuti tips pemilihan dan penggunaan krim antifungal terbaik dalam mengatasi masalah anda. Krim antifungal terbaik boleh anda gunakan untuk membaiki tekstur kulit dan meyembuhkan bahagian yang sakit.\n\n11 Krim Antifungal Terbaik Merawat Gatal Dan Mengelakkan Fungi\n\nBagaimana ingin mencari krim antifungal terbaik yang tidak memberi kesan sampingan kepada diri anda? Pastinya anda perlu mencari krim antifungal terbaik yang dikenali dan telah terbukti keberkesanannya. Jom lihat 11 krim antifungal terbaik yang disarankan untuk anda!\n\nCandazole Anti Fungal Lotion mempunyai ukuran 10ml dan bersaiz kecil untuk memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Krim antifungal terbaik ini boleh anda gunakan di bahagian kulit anda yang mengalami masalah gatal, pedih dan sebagainya. Anda juga boleh menyapu sedikit krim ini di kuku bagi yang bermasalah di kuku.\n\nBagi anda yang mengalami masalah kulat, gatal-gatal akibat berpeluh, cahaya matahari, luka, cirit-birit dan lain-lain, anda boleh amalkan Econazine. Krim antifungal terbaik ini akan menghalang sel membran kulat terbentuk justeru mengelakkan kulit anda daripada alergik.\n\nNystatin adalah krim antifungal terbaik yang sering digunakan bagi mereka yang mengalami masalah gatal-gatal di bahagian mulut, tubuh, saluran pencernaan dan juga pada faraj. Nystatin sesuai digunakan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.\n\nHarganya murah sekali tetapi fungsikan memang berkualiti. Anda boleh menyapukan sedikit Freederm Gel ke bahagian yang terkena kulat, kurap dan gatal-gatal. Ia bukan sahaja dapat menyembuhkan anda, tetapi juga dapat merawat sakit jangkitan yang anda hadapi.\n\n5. CREOBIC Clotrimazole Antifungal Anti Panau Cream\n\nSapukan CREOBIC Clotrimazole Antifungal Anti Panau Cream ini pada bahagian kulit anda yang mengalami gatal-gatal dan berbintik-bintik. Ia hanya sesuai digunakan untuk orang dewasa sahaja. Krim antifungal terbaik ini juga boleh disapu pada luka yang gatal, penyakit gatal kulit, jangkitan kulit yang parah dan banyak lagi.\n\n6. EmuaidMAX\u00ae Ointment \u2013 Antifungal, Eczema Cream\n\nSekiranya jangkitan anda terlalu serius dan teruk, anda boleh menggunakan EmuaidMAX\u00ae Ointment \u2013 Antifungal, Eczema Cream. Ia adalah krim antifungal terbaik yang berfungsi untuk merawat segala penyakit secara maksimum. Antara penyakit yang dirawat adalah Psoriasis, Jock Itch, gatal-gatal badan dan bahagian dalaman, Rektum, infeksi yeast kulit dan lain-lain lagi.\n\nTernafin Cream\u00a0adalah krim antifungal terbaik yang merupakan antifungal dan anti panau bagi anda yang memakainya. Ternafin Cream\u00a0selamat digunakan dan tidak mengandungi steroid. Anda boleh gunakannya ketika gatal, terbakar, berkurap, kulat dan banyak lagi sebab.\n\n8. Elan Forte Antifungal & Antiseptic Cream\u00a0\n\nJika ada luka pada bahagian tubuh anda, sapulah sedikit krim antifungal terbaik ini. Ia berperanan sebagai antifungal dan antiseptic sekaligus. Anda boleh membersih dan merawatnya dalam masa yang sama. Kurap, kulat, kulit terbakar juga sesuai disapukan krim Elan-Forte ini.\n\nKadang-kadang, jangkitan kulat dan sebagainya berlaku bermula dari badan yang juga penuh dengan cacing. Anda boleh mengamalkan krim antufungal terbaik tak lain tak bukan adalah Tolnaderm Solubilised Tolnaftate Cream. Ia adalah rawatan semulajadi yang tidak mengandungi steroid.\n\nDyna Tolnaftate Cream boleh digunakan untuk seluruh tubuh badan anda termasuk kaki, bahagian peha, bahagian sulit, lengan dan lain-lain lagi. Ia amat sesuai disapukan pada bahagian kulit yang panau dan berkurap. Harganya juga amat berpatutan iaitu RM 10.80 sahaja untuk 15g.\n\nMasalah gatal, kering, kulit retak pada kaki terutamanya pada atlet adalah perkara yang harus diberi perhatian. Lamisil mengatasi masalah berikut dan dapat menyembuhkan masalah kaki dalam masa 1 minggu. Ia juga boleh merawat kaki dan bahagian yang mengalami pembakaran dan juga retakan.\n\nCara Aplikasikan Krim Antifungal Terbaik Pada Bahagian Bermasalah\n\nItulah dia Tips memilih krim antifungal terbaik, 11 krim antifungal terbaik pilihan dan juga cara aplikasikan krim antifungal pada bahagian bermasalah anda. Jemput baca juga 10 Vitamin C terbaik, pilihan water heater terbaik dan 11 Bedak compact terbaik pilihan anda."
"Norizah Saad berkongsikan resepi ikan tenggiri masak cuka. Mesti ramai antara pembaca yang masih kurang familiar dengan ikan masak cuka. Padahal ini ialah menu yang sedap untuk dicubakan.\n\nIkan digoreng terlebih dahulu baru kemudian ditumis. Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Paling sesuai jika ikan yang digunakan ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Ikan terasa lembut dan terasa masam dan wangi aromanya. Sangat membangkitkan selera.\n\nWalau tampak senang, namun anda harus tahu bahawa untuk membuat ikan masak cuka yang sedap kena bubuh bawang merah dan bawah putih yang kecil-kecil.\n\nSesetengah orang panggil masak cuka ini dengan jeruk ikan. Masakan ini boleh tahan untuk satu hari. Masak hari ini esok masih boleh makan lagi. Mahu hidangan ikan yang sedap? Sila cuba ikan tenggiri masak cuka ini.\n\nSelain resepi ikan tenggiri, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tidak mudah untuk melayan kerenah anak yang cerewet. Terutamanya apabila tibanya waktu makan. Pelbagai ragam diberikan. Sesekali tentu anda pernah berasa kecewa jika anak tersayang enggan makan makanan yang dihidangkan.\n\nSudah banyak peluh dikeluarkan tetapi si dia tetap cerewet. Memang mencabar sekiranya kita mempunyai anak yang cerewet dan memilih makanan ini.\n\nSebenarnya dalam menangani situasi begini, anda tidak boleh keterlaluan memaksa atau memarahinya kerana ia hanya akan membuatkan anak anda terus menolak makanan tersebut. Bertenang, bersabar dan menjadi kreatif boleh membantu si anak bertukar fikiran untuk mencuba makanan yang dihidang. Di sini dikongsikan tips untuk mengatasinya.\u2019\n\nKanak-kanak tahu berapa banyak makanan yang diperlukan oleh tubuh badan mereka untuk terus membesar dan sihat, jadi sebagai ibu sediakan pelbagai jenis menu sihat tanpa rasa jemu untuk hidangan sekeluarga. Jadi semua orang akan seronok menikmati masa makan.\n\n5 Tips Melayan Selera Anak Cerewet\n\nSebahagian artikel ini diberi kredit kepada PaMa."
"Masakan daging kurma paling dicari masa bulan puasa mahupun raya. Sebagai hidangan untuk berbuka dan raya yang lazat.\n\nAisyah Mansor berkongsikan resepi daging kurma resepi mertua di laman Facebook. \u201cMemang tiada yang mampu menahan kelazatan resepi orang dulu\u201d katanya. Juga resepi ini ialah anggaran satu ekor kambing.\n\nSelain untuk hidangan raya, daging kurma juga banyak disajikan untuk kenduri, akikah dan majlis-majlis agama lainnya. Masakan daging kurma juga identik dengan daging kambing.\n\nTanpa tunggu lama sila tengok resepi di bawah ini. Pastikan anda tidak terliur tengok resepinya. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi daging kurma, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ketika hamil, banyak masalah yang berlaku antaranya sakit-sakit badan, ketidakselesaan payudara, sesak nafas, sembelit dan pelbagai lagi. Perkara ini adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh para ibu hamil. Masalah ini juga yang menjadi satu cabaran untuk ibu hamil. Oleh sebab itu, ibu hamil ini adalah wanita yang paling kuat dan penyabar.\n\nTetapi, jangan risau. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Cuma, bagaimana ibu hamil mahu menandingi masalah-masalah tersebut? Setiap masalah ada cara tersendiri untuk menyelesaikannya.\n\nMari kami kongsikan kepada anda mengenai cara untuk menandingi masalah kesihatan ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh Puan Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.\n\n15 Masalah kesihatan dan cara penyelesaiannya\n\n\u2013 Elakkan mandi malam (meskipun mandi air suam). Mandi air suam ketika waktu siang.\n\n\u2013 lakukan renggangan yang sesuai untk ibu hamil\n\n\u2013 digalakkan pergi berurut dan bertuam utk melegakan kesakitan. Pastikan anda diurut oleh juru urut bertauliah untuk memastikan juru urut anda tidak menekan poin2 yang sensitif pada ibu hamil yang boleh merangsang kehamilan awal.\n\n\u2013 Ibu perlu kawal pemakanan untuk elakkan pertambahan berat badan yang drastik.\n\n\u2013 Boleh tuam pada kawasan yang tidak selesa dengan bantal air panas.\n\n\u2013 Rajin2 lakukan senaman renggangan ketika hamil. Elakkan senaman yang banyak baring ya.\n\n\u2013 Pakai tali pinggang yang dibuat khas untuk menampung perut anda.\n\n\u2013 Tidur di atas tilam yang selesa\n\n\u2013 pastikan anda menukar bra anda kepada size yang lebih selesa.\n\n\u2013 banyak makan sayur dan buah\n\n\u2013 amalkan Phyto Cleanse Plus dari NR untuk melawaskan pembuangan air besar.\n\n\u2013 selalunya berlaku 20 minggu ke atas.\n\n\u2013 cuba makan! Kadang2 bayi kelaparan membuatkan ibu rasa kontraksi\n\n\u2013 jika kontraksi berlaku bawah dari 20 minggu, sila ke hospital dengan kadar segera.\n\n\u2013 Rasa pedih ketika kencing. Selalu berlaku disebabkan jangkitan ketika hubungan kelamin\n\n\u2013 Disarankan suami jaga kebersihan zakar sebelum bersama. Basuh zakar dengan Barra Gel dari NR\n\n\u2013 Ibu2 juga digalakkan menggunakan Barra Gel setiap pagi dan malam, malah selepas bersama.\n\n\u2013 Amalkan minum air Akar Herbanika NR bersama madu lebah\n\n\u2013 Jangan bangun secara mendadak dari duduk atau dari tidur\n\n\u2013 periksa tekanan darah anda. Tekanan yang terlalu tinggi dan rendah boleh menyebabkan rasa pusing dan pitam.\n\n\u2013 elakkan makan makanan yang pedas, terlalu berminyak, terlalu manis dan bergas.\n\n\u2013 Makan kuantiti sedikit tetapi kerap\n\n\u2013 Jangan terus tidur lepas makan\n\n\u2013 elakkan banyak makan makanan berdaging. Banyakkan makan ikan\n\n\u2013 Elakkan meneran ketika membuang air besar.\n\n\u2013 Amalkan Phyto Cleanse Plus dari NR utk melawaskan pembuangan air besar.\n\n\u2013 Elakkan bersejuk (mandi malam/minum ais/tidur dalam bilik air cond)\n\n\u2013 Sapu Minyak Herbanika dari NR utk melembutkan urat. Pakai stokin selepas minyak disapu\n\n\u2013 Elakkan makan makanan tinggi gula\n\n\u2013 Elakkan makan makanan berhormon (ayam bandar, ikan bela seperti keli siakap talapia patin etc)\n\n\u2013 Rajin2 meruang (jika tiada masalah kandungan)\n\n15. Celah peha dan ketiak hitam. Stretch mark dan orange peel.\n\n\u2013 Lakukan rawatan lulur sepanjang kehamilan untuk memastikan kerak kulit tidak menjadi terlalu ketara.\n\n\u2013 Pemakaian lulur yang bagus dapat membantu mengelakkan masalah stretch mark juga.\n\n\u2013 Rawatan yang berterus membantu mengurangkan kerja keras ibu utk kecantikan kulit ketika dalam pantang.\n\n*Ini adalah cara tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan ketika hamil. Boleh cuba cara ini kerana ia mudah dan juga hanya perlu menjaga pantang ketika hamil. Jika masalah ini tidak dapat ditandingi dan diselesaikan, lebih baik berjumpa doktor pakar untuk diperiksa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sejak belakangan ini, masalah penceraian dalam masyarakat kita semakin meningkat dari hari ke hari. Tidak kira dalam kalangan pasangan muda, mahupun yang sudahpun melayari bahtera lebih 20 tahun. Masalah ini sering berlaku.\n\nBenar, ia takdir Allah dan kita seharusnya menerima hakikat jodoh di tangan Allah. Tiada sesiapa sukakan mahupun mengharapkan penceraian.\n\nKes penceraian berpunca dari pelbagai jenis alasan. Dari sebesar-besar isu seperti kes dera atau pasangan yang tidak mendapat zuriat, sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti suami suka menyepah baju kotor atau isteri tidak pandai berhias.\n\nWalau apa pun punca, ia semuanya alasan. Dalam melayari bahtera perkahwinan, suami dan isteri seharusnya saling bertolak ansur, memahami, menghormati dan menyayangi.\n\nSifat itu tidak hanya boleh datang dari sebelah pihak semata-mata. Kedua-duanya harus memainkan peranan yang penting.\n\nDisebabkan itu, perkara paling utama dalam perkahwinan adalah mencari pasangan yang sesuai.\n\nAntara kesilapan terbesar yang sering dilakukan oleh golongan muda kita adalah terburu-buru membuat keputusan untuk berkahwin tanpa betul-betul mengenali pasangan dengan betul.\n\nSaya tidak menggalakkan couple atau \u201cdating secara halal\u201d sebelum perkahwinan.\n\nTetapi saya menggalakkan mereka yang ingin berkahwin untuk mengenali pasangan dengan bertanyakan beberapa soalan kritikal sebelum membuat keputusan untuk meneruskan langkah seterusnya.\n\nMencari pasangan bukanlah seperti membeli sayur di pasar. Asalkan cantik dan menarik, kita beli tanpa benar-benar mengetahui sayur tersebut sudah berulat di dalamnya atau tidak.\n\nSekiranya anda sedang dalam fasa \u201cmengenali seseorang\u201d, ikutilah 10 panduan di bawah untuk mengetahui ciri pasangan yang dicari dan yang patut dielakkan.\n\n8\u00a0Panduan Mengelak Dari Mengahwini Orang Yang Salah\n\nSeringkali, lelaki mengahwini seseorang dengan harapan wanita tersebut tidak akan berubah. Kekal cantik dan anggun.\n\nSeringkali juga, perempuan mengahwini seseorang dengan harapan lelaki itu akan berubah. Daripada pemarah kepada penyayang. Daripada menghisap rokok sehingga berhenti merokok kerananya.\n\nJangan sesekali menyangka anda boleh mengubah pasangan anda mengikut acuan yang anda mahukan selepas mengahwininya.\n\n\u00a0Sekiranya anda tidak boleh menerima tabiat si dia, atau tidak boleh membayangkan untuk menghabiskan usia bersamanya sekiranya dia masih meneruskan tabiat tersebut, jangan membuat keputusan untuk berkahwin dengannya.\n\n#2 Pilih Karakter, Lebih Dari Keserasian\n\nLumrah manusia untuk mencari pasangan yang mempunyai daya tarikan dan keserasian dengan mereka. Namun, karakter adalah komponen paling penting dalam mencari bakal suami/isteri kita.\n\nMerendah diri: Orang yang merendah diri tidak akan sesekali demand atau terlalu meminta, sebaliknya meletakkan prinsip dan nilai mereka melebihi keselesaan diri sendiri. Mereka lebih pandai mengawal marah, sentiasa bersederhana dan tidak materialistik.\n\nGembira: Orang yang sentiasa gembira adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa jua yang dia perolehi. Mereka lebih positif dan fokus hanya pada apa yang dia ada, bukan meratapi apa yang dia tiada. Mereka juga jarang merungut.\n\nTanggungjawab: Orang yang bertanggungjawab mempunyai kewangan, perhubungan, karakter dan kerjaya yang lebih stabil. Anda pasti boleh bergantung padanya dan mempercayai kata-katanya.\n\nBaik hati: Orang yang baik hati lebih mementingkan untuk menggembirakan orang lain, dan meringankan beban orang lain. Untuk mengetahui adakah seseorang itu baik hati atau tidak, perhatikan bagaimana dia melayan ahli keluarganya, adik-beradik dan ibu bapanya.\n\nAdakah dia menghargai segala pengorbanan mereka. Sekiranya tidak, dia selamanya tidak akan menghargai apa jua yang anda lakukan untuknya. Perhatikan juga, bagaimana dia melayan orang lain?\n\nMakcik penjual nasi lemak di pasar malam, tukang sapu sampah di jalanan, pekerja pam stesen minyak dan lain-lain? Bagaimana dia menguruskan perbelanjaan? Bagaimana dia menghadapi perasaan marah dan bagaimanakah respon beliau terhadap kemarahan seseorang?\n\nLelaki dan wanita masing-masing mempunyai keperluan emosi yang tersendiri. Demi mengekalkan perhubungan, keperluan emosi tersebut haruslah dipenuhi. Keperluan emosi hakiki wanita adalah untuk disayangi, sementara keperluan emosi lelaki adalah untuk dihormati dan dihargai.\n\nBerhenti dan berfikir sejenak. Sekiranya anda seorang lelaki, adakah anda mampu untuk menyayangi calon isteri anda sepanjang hayat anda? Adakah dia akan sentiasa menghormati dan menghargai anda?\n\nCinta semata-mata tidak cukup hanya dengan sekadar menyimpan perasaan sayang padanya. Anda perlu sentiasa meluahkan rasa sayang anda padanya, dengan kata-kata dan perbuatan. Biarkan dirinya rasa disayangi dan dihargai setiap hari.\n\nMemeluk dan menciumnya setiap kali sebelum bertolak ketempat kerja, membantu menguruskan rumah dan anak-anak, sekali sekala belikannya bunga tanda anda berterima kasih atas segala pengorbanannya, puji kecantikannya dan macam-macam lagi.\n\nDengan cara ini, pasangan anda pasti akan berusaha memberikan yang terbaik untuk anda. Ingatlah, penghormatan dan penghargaan akan datang dengan sendirinya sekiranya anda mampu menunjukkan contoh dan sifat yang terbaik diri anda.\n\nSekiranya anda seorang wanita, berfikirlah sejenak. Adakah anda mampu menghormati dan menghargai si dia sepanjang hayat anda? Adakah calon suami anda akan sentiasa menyayangi anda?\n\nSebaik berkahwin, suami seharusnya berada di tempat yang teratas keutamaan anda, melebihi ibu bapa anda, melebihi anak-anak dan melebihi sanak saudara anda. Sekalipun anda berpendapatan dan berpendidikan lebih tinggi darinya, anda seharusnya menghormati dan menghargainya. Sama seperti kasih sayang, penghormatan dan penghargaan tidak seharusnya sekadar dalam hati.\n\nAnda harus meluahkannya dengan kata-kata dan perbuatan. Memasak makanan kegemaran suami, menjaga kata-kata agar tidak melukakan hatinya, meminta izin sebelum keluar kemana-mana, membelanjakan duitnya dengan berhemah, berusaha memberikan yang terbaik buat dirinya, tidak merendah-rendahkan usahanya, sentiasa memberitahunya betapa anda bersyukur mempunyai dia dalam hidup anda, dan macam-macam lagi.\n\nDengan cara ini, suami akan lebih menyayangi dan melayan anda sebaik mungkin.\n\n#4 Elakkan Mempunyai Perancangan Hidup Yang Berbeza\n\nDalam perkahwinan, mempunyai perancangan hidup yang sama adalah sangat penting. Pasangan yang mempunyai perancangan hidup yang berbeza mempunyai kebarangkalian untuk berpisah akibat kehendak dan misi hidup yang berbeza.\n\nKetahui dahulu apakah perancangan hidup calon pasangan hidup anda. Dalam erti kata lain, apakah yang beliau betul-betul mahu dalam hidup.\n\nKemudian, tanya pula diri anda. Adakah anda menghormati perancangan hidup beliau? Adakah anda bersedia untuk mengharunginya bersama-sama anda? Adakah perancangan hidup beliau bertentangan dengan cita-cita anda?\n\nDuduk dan berbincang dahulu akan perancangan hidup masing-masing. Pasangan yang tidak mempunyai perancangan hidup juga merbahaya. Ini melambangkan beliau tidak berminat untuk memperbaiki taraf hidup diri sendiri dan keluarga kearah yang lebih baik.\n\n#5 Elakkan Zina Atau Sebarang Aktiviti Yang Mendekatinya\n\nKetahuilah, terdapat beribu hikmah disebalik mengapa Islam menegah zina atau sebarang aktiviti yang mendekatinya. Saya percaya, calon pasangan yang menjaga batas-batas pergaulan dan menghormati diri anda dengan tidak menyentuh anda sebelum berkahwin merupakan calon pasangan yang mampu menghormati dan menjaga anda sebaiknya sepanjang hidup beliau.\n\nSekiranya sedari awal beliau tidak mampu menahan perasaannya untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya, walaupun sekadar memegang anda, adakah anda pasti selepas berkahwin, beliau tidak akan melakukan perkara yang sama pada orang lain pula?\n\nSekiranya sebelum berkahwin beliau sudah berani mengajak anda berzina, adakah anda pasti beliau tidak berani mengajak orang lain pada masa yang sama?\n\nAktiviti seksual tidak salah dilakukan, malah mendapat pahala jika melakukannya HANYA sekiranya halal. Ia lebih manis dilakukan dalam keadaan tanggungjawab, dimana pasangan tersebut sudah berjanji untuk saling menyayangi dan menjaga dibawah rahmat Allah.\n\nTerdapat empat soalan yang anda boleh menjawabnya dengan YA:\n\nAdakah saya menghormati dan mengagumi si dia ini? Apakah perkara yang saya hormati dan kagumi berkenaan dia secara spesifik?\n\nAdakah saya mempercayainya? Bolehkah saya bergantung padanya? Adakah saya menghormati setiap keputusan dan pertimbangannya? Adakah saya mempercayai setiap kata-katanya?\n\nAdakah saya berasa selamat disampingnya? Bolehkah saya menjadi diri sendiri apabila bersamanya? Bolehkah saya meluahkan setiap perasaan dan pemikiran saya padanya?\n\nSekiranya tidak pasti atau tidak tahu adalah antara jawapan anda, teruskan menilai sehingga anda betul-betul pasti dan faham akan perasaan anda. Ingatlah, sekiranya jawapannya bukan YA sekarang, jawapan tersebut tidak akan selamanya berubah walaupun selepas perkahwinan!\n\nMemilih orang yang anda tidak berasa selamat setiap kali bersamanya bukanlah alamat yang baik untuk rumahtangga yang bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Apabila anda tidak berasa selamat, anda berasa tidak bebas untuk meluahkan perasaan sebenar dan pendapat anda. Perhatikan perkara-perkara ini:\n\nMengongkong: Anda terpaksa mengawal perlakuan anda, cara anda berfikir, cara anda berpakaian, dengan siapa anda keluar, apa yang anda suka makan, bagaimana anda menghabiskan masa. Semuanya termasuk dalam perlakuan yang dikawal oleh bakal pasangan.\n\nDalam erti kata lain, pasangan anda gemar mengongkong! Kenali perbezaan antara cadangan atau arahan beliau. Sekalipun dia mahu mengubah anda menjadi orang yang lebih baik, beliau sepatutnya mengajak anda berubah perlahan-lahan, bukannya dengan cara memaksa.\n\nMasalah mengawal amarah: Terdapat sesetengah orang yang gemar meninggikan suara pada pasangannya sekalipun perkara yang berlaku hanyalah kecil. Ada juga orang yang tidak mampu mengawal stress akibat perkara lain, dan melepaskan kemarahannya pada orang lain.\n\nTambah memburukkan, orang tersebut gemar mencarut, memaki, menghina dan mencederakan pasangannya. Sekiranya bakal pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti ini, jangan hanya bersabar dan mengharapkan dia berubah menjadi lebih baik selepas berkahwin. Mustahil!\n\nPasangan yang suka berahsia: Banyak pasangan sering melakukan kesilapan dengan tidak berbincang. Tanya diri anda \u201cApa yang sepatutnya saya tahu untuk meyakinkan diri saya mengahwini si dia ini?\u201d\n\nAdalah sangat penting anda mengenalpasti apa yang membuatkan anda ragu-ragu untuk menjadikan dia pasangan hidup.\n\n#8 Moral Dan Teguh Pegangan Agama\n\nSemestinya point terakhir adalah paling utama dan penting! Bermoral dan kuat pegangan agama merupakan kualiti yang paling penting dalam memilih pasangan melebihi kecantikan, kekayaan dan kesihatan.\n\nIndividu yang bermoral dan beragama akan sentiasa berada disisi anda disaat susah dan senang. Pasangan yang ideal adalah pasangan yang mahu memberi, lebih dari menerima serta berusaha memperbaiki dirinya menjadi lebih baik setiap hari.\n\nPerkahwinan bukan sahaja sekadar penyatuan dua cinta. Perkahwinan datang seiring dengan tanggungjawab memimpin seisi keluarga \u2013 suatu tanggungjawab yang bukan mudah kerana ia memerlukan sifat boleh mengawal diri dan disiplin yang tinggi."
"Mempunyai cahaya mata semestinya hasrat terbesar bagi setiap pasangan yang berkahwin. Namun, bukan semua yang diinginkan, kita akan mengecapinya. Ada pasangan yang sudah mencuba pelbagai rawatan tetapi tidak membuahkan hasil. \n\nDoa adalah tunjang utama selepas usaha untuk mengecapi sesuatu impian. Di dalam Al Quran dan hadis, terdapat banyak doa agar mudah dikurniakan zuriat. Jom kami kongsikan kepada anda 10 doa mohon zuriat agar cepat hamil. Semoga doa-doa ini dapat menjadi asbab untuk anda hamil.\n\n\u201cWahai Tuhanku, kurniakanlah kepada-Ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.\u201d (Surah Ali Imran 3:38)\n\nNabi Zakaria A.S adalah salah satu nabi Allah yang diuji dengan lambatnya zuriat dikurniakan kepada baginda dan isteri. Dikisahkan di dalam tafsir ibnu kasir bahawa beliau sudah tua dan isterinya mandul. Namun beliau tidak pernah berhenti berdoa dan akhirnya diberi berita gembira dengan kelahiran Yahya a.s.\n\nSelama 80 tahun baginda berdoa, akhirnya doa baginda dimakbulkan Allah. Kita, pada hari ini baru beberapa tahun berdoa tetapi sudah berputus asa. Memang menyedihkan, maka amalkanlah doa Nabi Zakaria sentiasa.\n\n\u00a0\u201cWahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi\u201c. (Surah Anbiya 21:89)\n\nBanyak doa Nabi Zakaria yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk ikhtiar hamil. Di samping berdoa, jangan lupa berusaha sepenuhnya ya.\n\n\u201d Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!\u201d (Surah Saaffat 37:100)\n\nSelain Nabi Zakaria A.S, nabi Ibrahim juga diuji dengan ketiadaan cahaya mata untuk mengantikan risalah baginda. Baginda berdoa dan akhirnya baginda dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Ishaq A.S dan Ismail A.S. Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa dan maha mendengar doa.\n\n\u201cWahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim 14:40)\n\nBaginda bukan sahaja memohon anak kepada Allah, malah beliau memohon agar anak keturunannya terdiri daripada mereka-mereka yang soleh dan mendirikan solat. \n\nAllah memakbulkan doanya kerana melalui jalur keturunan anaknya Ismail A.S lahirlah nabi terakhir zaman iaitu nabi Muhammad S.A.W. Sungguh besar kuasa Allah SWT.\n\n\u201cWahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.\u201d (Surah Al Furqan 77:72)\n\nAmalkanlah doa mohon zuriat ini setiap kali selepas solat fardu setiap hari. Insyallah ia akan memudahkan anda bagi urusan mendapatkan zuriat.\n\nBanyakkan membaca zikir ini \u0627\u0644\u0645\u0635\u0648\u0631 yang bermaksud\u00a0 Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk. Ia merupakan Asmaul Husna yakni nama -nama Allah yang diambil di dalam Al Quran berdasarkan firmannya :\n\nDia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan ; Yang Membentuk rupa ; bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (Al Hasyr 59:24)\n\nZikir Al Musowwir ini adalah salah satu doa mohon zuriat agar cepat hamil yang perlu anda amalkan. Semoga Allah SWT mendengar setiap zikir yang kita lantunkan.\n\nDisamping berdoa, anda juga digalakkan agar memperbanyakkan istighfar. Bertepatan dengan hadis nabi S.A.W:\u00a0 \u201cBarang siapa yang memperbanyak istighfar, niscaya Allah akan melapangkan kesusahannya, memberi jalan keluar pada setiap kesuakarannya, dan memberi rezeki tanpa diduga-duga.\u201d (HR. Abu Daud dan Nasa\u2019i)\n\nIstighfar yang paling utama diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah Sayyidul Istighfar ataupun penghulu Istighfar.\u00a0 Disamping dapat menggugurkan dosa-dosa lalu, istighfar juga dapat menenangkan hati dan memudahkan urusan anda. \n\nSolat hajat perlu dilakukan untuk memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan keturunan zuriat secepat mungkin. Amalkan solat hajat setiap sepertiga malam. Anda juga boleh melakukan solat hajat dan berdoa dengan doa ini.\u00a0\n\nAllahummarzuqni waladan liusammihi bismi nabiyyika muhammad sholallohu alaihi wa alaihi\n\n\u201cYa Allah kurniakan kepadaku keturunan agar aku dapat menemaninya dengan nama Nabi Muhammad SAW.\u201d\n\nDoa ini tidak terdapat di dalam Al Quran mahupun hadis akan tetapi terdapat di dalam beberapa kitab dan riwayat. Bacalah doa mohon zuriat ini kerana banyak kebaikannya.\n\nSelawat juga antara penyebab mudahnya doa kita untuk dimakbulkan. Boleh berselawat dan niatkan agar dikurniakan zuriat.\n\nUmar bin Khattab Ra. berkata: \u201cSaya mendengar bahwa doa itu ditahan di antara langit dan bumi, tidak akan dapat naik, sehingga dibacakan shalawat atas Nabi Muhammad SAW.\u201d (HR. Tirmidzi)\n\nSurah Maryam iaitu surah ke 19 dalam Al Quran juga merupakan doa mohon zuriat yang berkhasiat mempercepatkan mendapat zuriat.\n\nDemikianlah 10 doa untuk memohon agar cepat hamil. Anda haruslah mengamalkan doa-doa tersebut dengan mengikut adab-adab berdoa. Anda juga diharuskan membacanya ketika waktu mustajab berdoa. Usah runsing lagi, teruskan usaha, doa dan tawakal. Allah pasti mengabulkannya.\n\nJom baca juga doa penerang hati anak, doa anak periksa dan doa murah rezeki mujarab. Semoga bermanfaat."
"Fungus atau kulat sepertimana bakteria boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan jangkitan penyakit. Ketahui punca fungus berdasarkan ringkasan kajian saintifik yang dilaporkan dengan terus membaca artikel ini.\n\nFungus merupakan salah satu kelas kumpulan organisma hidup di dunia ini selain animalia (haiwan), plantae (tumbuhan) dan bakteria.\n\nJulat saiz dan bentuk fungus adalah sangat luas daripada sekecil yis yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop sehinggalah kepada cendawan spesis Armilla ostoyae atau dikenali sebagai cendawan madu (honey mushroom) yang berukuran 5.5 km tumbuh meliputi di kawasan Oregon, Amerika Syarikat!\n\nFungus berbeza daripada bakteria kerana mempunyai struktur dan sistem sel yang lebih lengkap dan kompleks berbanding bakteria yang terdiri daripada sel organel ringkas.\n\nMalah, sistem sel fungus adalah lebih kurang dengan tumbuh-tumbuhan, namun, fungus tidak boleh membuat makanannya sendiri seperti tumbuhan yang mempunyai kloroplas untuk menghasilkan makanan sendiri menggunakan proses fotosintesis.\n\nSumber utama makanan fungus ialah dengan menguraikan bahan organik yang berada di persekitaran seperti pada kayu reput, bangkai haiwan atau menumpang hidupan lain.\n\nOleh itu, fungus merupakan pengurai utama dalam sistem rantaian makanan yang sangat penting bagi mengurangkan saiz sisa bahan organik yang telah mati di dunia ini.\n\nMenurut sekumpulan penyelidik dari India yang menerbitkan kajian mereka di Journal of Pharmacy and Bioallied Sciences pada tahun 2010,\u00a0terdapat 3 jenis bentuk fungus yang mendatangkan mudarat atau penyakit kepada manusia, iaitu:\n\n1. Yis \u2013 berbentuk bulat/oval dan membiak secara penunasan\n\n2. Lumut (mold) \u2013 dilihat secara mikroskop mempunyai struktur yang panjang dan bertiub yang dipanggil hyphae, membiak secara penyebaran struktur seperti spora pada hujung hyphae yang dipanggil conidia\n\n3. Dimorf \u2013 paling banyak menjangkiti manusia menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit, uniknya boleh berubah daripada yis kepada lumut dan sebaliknya, boleh tumbuh di persekitaran sebagai lumut dan menjadi yis apabila memasuki tubuh manusia\n\nFungus boleh mengeluarkan toksin, namun sebenarnya bukanlah punca sebenar yang menyebabkan penyakit kepada manusia.\n\nSaiz fungus (50-100 kali lebih besar daripada bakteria) yang hidup dalam sistem manusia itu sendiri menyebabkan gangguan masalah kesihatan dan juga penghasilan bahan kumuhan fungus telah menghalang respon sistem imun badan untuk melindungi tubuh manusia.\n\nFaktor yang Menggalakkan Pertumbuhan atau Jangkitan Fungus\n\nMenurut American Journal of Infectious Diseases and Microbiology, kajian Ramana et al. pada tahun 2013 telah menggariskan beberapa faktor yang memburukkan lagi atau meninggikan risiko jangkitan punca fungus, iaitu:\n\nPada tahun 2006, pakar mikrobiologi dari Agensi Perlindungan Kesihatan, UK telah menyenaraikan beberapa fungus yang menjadi punca kepada penyakit dan bertindak sebagai patogen(agen) penyakit, antaranya:\n\nJangkitan akibat kehadiran yis jenis Candida yang dikenali sebagai candidiasis menyebabkan kematian dalam setiap 1 daripada 4 kes yang dilaporkan.\n\nSecara normalnya, yis ini boleh dijumpai di atas permukaan kulit dan saluran penghadaman manusia pada kadar yang tidak membahayakan kesihatan.\n\nKerintangan yis ini yang tinggi terhadap pelbagai spektrum ubatan antikulat menyebabkan jangkitan Candida adalah sangat bahaya.\n\nAntara punca fungus ini merebak atau hidup dengan koloni yang banyak ialah:\n\nJangkitan cryptococcosis biasanya berlaku disebabkan penyedutan udara yang tercemar dengan kehadiran fungus tersebut.\n\nAntara gejala jangkitan fungus ini ialah keradangan paru-paru, batuk, demam dan meningitis.\n\nJangkitan fungus ini akan lebih teruk dilihat dalam kalangan pesakit HIV dan mereka yang menjalani pemindahan penerimaan transplan organ.\n\nSpesis fungus ini merupakan jenis lumut yang paling banyak dijumpai dan bersifat patogenik mendatangkan penyakit kepada manusia.\n\nAntara gejala jangkitan fungus ini ialah:\n\nDi samping itu, jangkitan punca fungus ini bertambah tinggi risikonya dalam kalangan pesakit seperti berikut:\n\nJangkitan fungus lain boleh berlaku semasa pesakit dalam keadaan neutropenik iaitu keadaan bilangan sel darah putih yang rendah, sehinggalah setelah keadaan neutropenik sekalipun.\n\nPunca fungus ini juga boleh menjangkiti kawasan yang telah diserang oleh fungus Aspergillus.\n\nSebagaimana bakteria boleh dirawat dengan antibakteria, agen antikulat seperti amphotericin B, fluconazole dan itraconazole digunakan sebagai alternatif membasmi fungus.\n\nJangkitan fungus lebih tinggi risikonya dalam kalangan mereka yang menjalani pembedahan transplan organ dan pesakit yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah.\n\nDi samping itu, persekitaran yang sentiasa dibersihkan dan kemas perlulah diamalkan bagi mengurangkan pertumbuhan fungus yang boleh mendatangkan mudarat kesihatan."
"Masalah gigi bukan sahaja disebabkan kurang menjaga kebersihan gigi tetapi juga disebabkan tabiat yang dilakukan sehari-hari.\n\nBerikut terdapat lima tabiat yang mungkin kamu lakukan tanpa disedari yang mana perlu dijauhi bagi melindungi kesihatan gigi.\n\nMenggunakan berus gigi yang keras dan ditambah tekanan yang diberi semasa memberus boleh menjejaskan pelindung enamel. Jika itu berlaku, gigi menjadi sensitif serta menyusutkan gusi. Jadi, gunakan berus yang lembut untuk menggosok dan lakukan gerakan secara membulat selama dua minit.\n\nDisarankan menggunakan berus elektrik yang boleh memberus ke bahagian sukar dan membantu membuang lebih banyak plak berbanding berus gigi biasa.\n\nBeberapa jenis ubat gigi terutama yang mengandungi tartar control bersifat tajam yang mana boleh menghakis enamel dan menyusutkan gusi. Bagi melindungi gigi, belilah ubat gigi yang mempunyai kandungan fluorida.\n\nRamai yang gemar mengoyak bungkusan makanan ringan atau melonggarkan ikatan dengan menggunakan gigi.\n\nTabiat itu sebenarnya boleh menyebabkan gigi retak dan pecah serta merosakkan tampalan sedia ada. Malah, mengunyah ais dan menggigit makanan yang keras seperti gula-gula juga boleh merosakkan gigi.\n\nMinuman bersoda mengandungi asid fosforik yang boleh menghakis gigi. Disebabkan itu, sebaik-baiknya gunakan straw semasa minum soda bagi meminimumkan hubungan antara soda dan gigi. Pastikan juga, kamu memberus gigi selepas itu.\n\nGusi berdarah dan nafas berbau yang kronik adalah petanda penyakit gusi. Untuk melawan nafas berbau, banyakkan minum air kosong bagi mengekalkan kelembapan dalam mulut dan hapuskan bakteria berlebihan. Bagi mengelakkan pendarahan pada gusi, gosok dan flos gigi setiap hari. Flos gigi juga dapat mengeluarkan plak."
"Kedatangan si kecil pasti amat dinanti-nantikan oleh pasangan yang sudah berumah-tangga dalam memenuhi kelengkapan sebuah keluarga yang baru dibina. Bagi pasangan yang belum mendapat cahaya mata selepas beberapa tahun berkahwin, pastinya membuahkan tekanan ataupun rasa sedih dalam kalangan mereka.\n\nTerdapat pelbagai cara untuk mencapai hajat dalam mendapatkan cahaya mata. Caranya adalah melalui rawatan tradisional dan rawatan teknologi moden. Syukurlah kerana banyak kaedah rawatan kesuburan yang boleh anda cuba untuk membantu proses kehamilan.\n\n6 Jenis Rawatan Kesuburan Perlu Anda Tahu\n\nJom kami kongsikan 6 jenis rawatan kesuburan yang isteri patut tahu. Kalau di Malaysia misalnya, rawatan kesuburan ini boleh dilakukan di Klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ataupun di sesetengah klinik kerajaan dan swasta yang khususnya menyediakan rawatan ini. Rawatan tradisional juga mempunyai tempat khas yang tertentu untuk anda membuat rawatan kesuburan. \n\nRawatan kesuburan yang biasa dilakukan adalah dengan mengambil supplement ataupun pil hormon. Nama popular pil ini amat terkenal dengan nama \u2018Pil Clomid\u2019. Pil ini dapat membantu wanita dalam membebaskan telur pada peringkat ovulasi di kitaran haid secara berkesan dengan peningkatan pada rembesan hormon. Proses ini dikenali sebagai FSH (follicle stimulating hormone) dan LH (luteinizing hormone).\n\nJika pasangan mempunyai kesuburan normal tetapi si isteri masih belum berjaya untuk hamil dan kitaran haidnya tidak normal, biasanya doktor akan mengesorkan pil ini. Dengan menggunakan kaedah ini, doktor akan mengesorkan agar mengambil pil ini 5 hari berturut-turut pada hari ketiga kitaran haid. \n\nSelepas 7 hingga 8 hari selepas rawatan pil Clomid, ovulasi akan berlaku dan doktor akan mengesahkan waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim. Ujian untuk mengetahui waktu ovulasi dapat disahkan dengan ujian darah, ultrasound serta ujian suhu badan.\n\nTahukah anda, sepanjang pengambilan pil ini, pesakit akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti tidak enak badan dan kembung perut semasa melakukan hubungan intim tersebut.\n\nRawatan kesuburan juga boleh dilakukan dengan pembedahan utama iaitu pembedahan kecil yang dikenali dengan nama \u2018laparotomy\u2019 seperti \u2018endoscopy\u2019 yang boleh mengatasi masalah ini. \n\nDi dalam prosedur ini, doktor akan membuat pembukaan pada bawah abdomen untuk melihat keadaan pelvis secara sepenuhnya. Kaedah ini dapat merawat masalah kesuburan seperti endometrosis, tiub fallopian tersumbat dan pembentukkan cyst. \n\nUntuk pengetahuan anda, rawatan ini akan dilakukan jika berlaku ketumbuhan tidak normal dalam rahim, waktu ovulasi tidak tetap serta tiub fallopian tersumbat bagi kalangan para wanita.\n\nSuntikan hormon merupakan rawatan kesuburan bukan sahaja untuk wanita, malahan rawatan ini juga boleh dilakukan kepada golongan lelaki dalam meningkatkan jumlah sperma mereka. \n\nSuntikan rawatan ini secara utamanya dapat membantu pembentukan telur yang sihat di dalam rahim wanita serta membantu pembebasan telur semasa peringkat ovulasi. Ia dikenali dengan nama suntikan dos Human Chorionic Gonadotropin (HCG). Jika ubat clomiphine tidak memberikan kesan terhadap tubuh, rawatan ini merupakan kaedah alternatif dan kebarangkalian untuk mengandung sebanyak 15% dalam satu kitaran ovari.\n\nRawatan ini memberikan kesan sampingan minimum pada badan iaitu badan menjadi merah pada tempat yang menerima suntikan serta mengalami pembengkakan pada bahagian dada. Sesetengah wanita yang mengamalkan kaedah ini juga mengalami masalah pada kitaran pertama penggunaan rawatan ini yang dikenali sebagai \u2018ovarian hyperstimulation sydrome\u2019 (OHSS). \n\nKesan Suntikan Human Chorionic Gonadotropin (HCG)\n\nPesakit harus mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika simptom semakin serius seperti muntah, cirit birit dan sakit perut. Kaedah ini tidak mendatangkan risiko kanser ovari kepada pengguna dan anda yang mahu menerima rawatan ini tidak perlu risau dan dijamin selamat.\n\nMenariknya, melalui kaedah ini juga, anda berkemungkinan mendapat bayi kembar. Biasanya pengguna rawatan ini akan mendapat kembar dua atau tiga jika bernasib baik. Wah, mesti seronok kan dapat bayi kembar!\n\nRawatan kesuburan juga boleh dilakukan dengan teknik pensenyawaan in-vitro (IVF) yang mensenyawakan sampel sperma dan telur di dalam makmal dengan peralatan canggih. Embrio yang terhasil kemudian akan dipindahkan ke dalam rahim wanita. \n\nDoktor akan mencadangkan rawatan ini sekiranya suami mempunyai masalah kekurangan sperma atau sperma yang tidak subur ataupun isteri mempunyai masalah pada tiub fallopian atau kitaran ovulasi yang tidak stabil. Selalu rawatan kesuburan ini dilakukan oleh mereka yang sudah berkahwin 3 tahun tetapi masih tidak mempunyai anak.\n\nDalam rawatan ini, si suami perlu menyediakan sampel sperma dan si isteri akan diminta oleh doktor supaya mengambil ubat kesuburan untuk mendapatkan beberapa telur. Kemudian telur dan sperma tersebut akan digabungkan dan disimpan didalam makmal untuk pemerhatian. Jika proses \u2018insemination\u2019 tersebut berjaya, gabungan tersebut akan bertukar menjadi embrio dan akan dipindahkan di dalam rahim isteri.\n\nRawatan kesuburan melalui kaedah rawatan Intra Uterine Insemination (IUI) merupakan rawatan yang akan dilakukan sekiranya si isteri mempunyai ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan dan ovulasi yang normal. \n\nRawatan ini dilakukan dengan memindahkan sperma lelaki yang bergerak pantas terus ke dalam rahim wanita sewaktu ovulasi hampir berlaku dengan menggunakan satu tiub halus. Prosedur ini juga dilakukan sekiranya lelaki mempunyai masalah mati pucuk atau sperma yang tidak terlalu bermasalah.\n\nKaedah ini dikatakan amat berkesan bagi pasangan muda. Kaedahnya dimana sperma lelaki yang sihat akan dipilih dan dipindahkan ke dalam rahim wanita melalui tiub kecil pada hari prosedur. Beberapa hari sebelum prosedur, doktor akan memberi ubat kesuburan kepada si isteri. Ianya mudah sahaja, anda juga boleh mencuba!\n\nRawatan kesuburan juga boleh diikhtiarkan dengan pengambilan suppliment bervitamin serta makan makanan yang seimbang. Selain itu, pastikan anda mengawal berat badan supaya menjadi ideal dan tidak obesiti agar tidak mengganggu pengeluaran telur para isteri. \n\nGaya hidup sihat juga dapat membantu anda untuk meningkatkan kesuburan dan melindungi kesihatan. Amalkan pemakanan yang sihat dan selalu bersukan adalah langkah utama dalam membaiki kesuburan sistem peranakan anda.\n\nKesimpulannya, anda perlu menjalani ujian diagnosis dengan terperinci dan meminta saranan daripada doktor tentang prosedur yang manakah terbaik untuk anda dan pasangan. Biasanya proses tersebut perlu dilakukan beberapa kali sebelum berjaya hamil. \n\nBagi anda yang sedang menjalankan salah satu rawatan kesuburan di atas, jangan cepat berputus asa jika proses menunjukkan negatif. Cuba lagi, Insyaallah pasti berhasil dengan izin Allah S.W.T. Jom baca juga Sebab dan faktor keguguran, Khasiat jambu batu untuk ibu hamil, Buah yang baik untuk ibu hamil dan Cara senaman wanita hamil."
"Dulu pernah satu ketika saya sangat tidak menyetujui pengambilan supplemen bahkan sentiasa menidakkan keperluannya. Bukan mudah meyakinkan seorang doktor perubatan untuk meyakini, apatah lagi mengamalkan supplemen.\n\n\nPerbezaan Preventive Medicine Dan Curative Medicine\n\nDalam perubatan ada preventive medicine dan curative medicine. Sebahagian besar yang kami pelajari dulu adalah tentang CURATIVE medicine, iaitu bagaimana MERAWAT penyakit yang pelbagai.\n\nTapi sayangnya, saya berani katakan hanya 5-10% sahaja (mungkin kurang daripada ini) diperuntukkan untuk mendalami ilmu PREVENTIVE medicine, iaitu bagaimana MENCEGAH sesebuah penyakit yang sebenarnya boleh dielakkan.\n\nKebanyakan doktor sekarang sangat sibuk merawat penyakit yang bermacam jenis tetapi hanya sedikit doktor yang mengambil langkah extra mendidik masyarakat bagaimana cara untuk mencegah penyakit-penyakit tersebut sebelum ia terjadi.\n\nContoh, seseorang yang tidak menjaga pemakanan akhirnya menjadi obese dan menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis walaupun dia tiada faktor keturunan/genetik.\n\nBila sudah ada darah tinggi/kencing manis, dia secara automatic sudah masuk jurang CURATIVE medicine dan terpaksa bergantung pada ubat utk mengawal penyakit.\n\nSayangnya, waktu inilah baru ramai pesakit akan mula mencari dan mengamalkan supplemen untuk membantu mengawal simptom dan mengurangkan komplikasi penyakit.\n\nSedangkan, jika anda amalkan pemakanan sihat dan seimbang dari awal, amalkan gaya hidup sihat, kekalkan berat badan ideal, konsisten exercise, tidak merokok dan lain-lain, mungkin anda mampu mengelakkan diri dari terkena pelbagai jenis penyakit..\n\nJika anda tidak mampu dan kurang disiplin dengan amalan gaya hidup dan pemakanan sihat setiap hari, tidak rugi anda konsisten dengan supplemen dalam usaha membantu untuk MENCEGAH penyakit.(*tp harus juga diingat ini semua modifiable factors yang kita boleh kawal, ada juga non-modifiable risk factors seperti keturunan dll yg di luar kawalan kita).\n\nBukankah prevention is better (and much cheaper) than cure?\n\nJangan terhantuk baru terngadah,\nCegah sebelum padah,\nRawat sebelum parah!"
"Banyaknya pisang, tapi tak tahu nak buat apa? Goreng sudah, lempeng sudah, cekodok sudah. Bosan dan buntu? Apa kata cuba buat Kek Pisang. Minum bersama kopi \u2018O\u201d panas. Sedap juga tuh. Senang pun senang. Yela, bahan yang diperlukan tak banyak dan caranya pun mudah. Tambahan lagi, boleh simpan untuk beberapa hari.\n\nBolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan pemanis mulut untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun.\n\nTapi itulah, nak buat Kek Pisang ini, untuk dapatkan rasanya tiada masalah. Cumanya nak menjadikan tekstur apam pisang gebu dan naik adalah sedikit sukar. Kadang-kadang masa panas tuh nampak macam gebu dan naik cantik jer, tapi bila dah sejuk dah jadi lain. Frust sikit lah kan. \n\nJangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi yang ditulis Noorsuziyati Misman .Resepi ini mudah difahami dan diikuti. Meurut beliau anak-anak istimewa pun dah bakar kek pisang nih. Jom tengok resepi nya.\n\n1. Satukan gula pasir dengan marjerin. Putarkan sehingga kembang.2. Masukkan telur satu persatu-putar sehingga kembang.3. Masukkan tepung naik sendiri. Putar lagi dan akhir sekali masukkan pisang. Putarkan sekejap.\u00a04. Masukkan dalam loyang. Loyang sapukan dengan marjerin dulu ye.\u00a0\ud83d\ude0a. Anggaran loyang saiz 8. Loyang bulat pun bolehh.\u00a05. Hiaskan dengan potongan pisang.6. Bakar dengan suhu 160\u00b0c selama 30 minit. Bergantung oven sendiri.\n\nSiap dah kek pisang. Mudah dan jimat masa. Resepi lain selain Kek Pisang ini juga boleh dibaca dan dicari di blog kami. Pelbagai resepi mudah yang mendapat perkongsian ramai. Selamat membaca dan mencubanya."
"Apabila perut dah buncit memang susah untuk mengempiskan semula, bukan? Masalah perut buncit ini dialami oleh semua orang tidak kira berbadan besar atau berbadan kecil. Dah sedar perut buncit mulalah kelam kabut nak kempiskan semula.\n\nPelbagai cara kita boleh mengempiskan perut seperti membuat senaman kempiskan perut. Air detox juga boleh mengempiskan perut yang buncit. Air detox ini boleh dibuat dengan pelbagai cara. \n\nMari kami kongsikan info mengenai petua kempiskan perut dengan air detox pink. Petua ini dikongsikan oleh Puan Diana Said. Puan Diana suka berkongsikan tips dan petua di Facebooknya. Jom kita baca Petua yang dikongsikan oleh Puan Diana.\n\nBoleh guna macam-macam buah untuk kita detoks. Ada rasa masam dan panas barulah bergetar lemak lemak kita kan.\n\nMudah jer cara nak buat air detok pink ni. Jom kita tengok satu persatu nak buat macam mana.\n\nDIY bahan untuk membuat air detox.\n\n2) Basuh semua bahan dan potong kecil\n\n3) Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih.\n\n4) Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.\n\n5) Sejukkan dan sedia untuk dihidang.\n\nSenang kan resepi kurus kita hari ni. Color air ni warna pink sebab Yana guna asam masin merah. Sedap tau mesti cuba, yang penting perut jadi kempis.\n\nBetter buat malam hari, simpan dalam peti sejuk esok boleh minum sepanjang hari. Kalau ada daun pudina boleh masukkan nanti lagi sedap air detox korang.\n\n*Jika rajin dan selalu ikut petua ini, Insyaallah perut yang buncit itu boleh kempis. Setiap perkara yang dilakukan memerlukan usaha dan kerajinan. Air detox ini sebagai tambahan untuk mengempiskan perut dan semestinya senaman dan gaya hidup sihat juga perlu diamalkan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tahukah anda bahawa serai mempunyai banyak serat? Oleh sebab itu, orang dulu-dulu suka menggunakan serai dalam masakan mereka kerana serai boleh mengatasi masalah sakit perut, detoksifikasi, melegakan senggugut, menurunkan tekanan darah dan banyak lagi.\n\nSetahu kita, serai ini hanya digunakan dalam masakan sahaja seperti tomyam, singgang, masak kicap, rendang dan macam-macam lagi. Tetapi pernahkah anda mendengar mengenai air serai? Apa kegunaan air serai ini?\n\nAir serai ini boleh mengempiskan perut anda yang buncit itu. Resepi air serai ini juga mudah dan ramai boleh mencubanya. Apakah resepi air serai?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai resepi air serai untuk kempiskan perut yang buncit. Info ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar. Puan Zana mempunyai diploma akaun di Politeknik Seberang Perai. Kini, Puan Zana menjadi agen CPEA1 di Cunna Pretty.\n\nManfaat dia sama jee pun akan dapat cuma yang ni dah di modenkan dalam bentuk sabun.\n\n*Resepi air serai ini tersangatlah mudah dan bahan-bahannya semua ada di dapur masak anda. Seeloknya air serai ini minum selepas makan dan jangan minum semasa perut kosong. Jika anda ingin mendapatkan perut kempis dan leper, anda boleh menggunakan resepi air serai ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Makanan yang tersenarai paling tinggi sebagai pilihan rakyat Malaysia untuk bersarapan pagi adalah nasi lemak. Ia juga merupakan makanan kegemaran ramai masyarakat Malaysia. Dek kerana diminati, ada juga gerai-gerai yang menjual nasi lemak di waktu tengah hari dan malam. Nasi lemak juga bukan terkenal di Malaysia, malah di negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.\u00a0\n\nSelalunya, nasi lemak\u00a0 disediakan dengan nasi yang dimasak dengan santan, kemudian disajikan dengan sambal, ikan bilis goreng, telur rebus dan hirisan timun. Namun, ia telah diinovasikan agar lebih meriah, ada yang makan dengan ayam goreng, sotong, udang dan lebih unik nasi lemak lobster. Adatnya, nasi lemak sering dihidangkan di atas daun pisang untuk menaikkan aroma wangiannya.\n\nJom kita lihat akan kadar kalori bagi sebungkus mengikut purata biasa penjual nasi lemak di Malaysia.\n\nPakar pemakanan telah mengkategorikan nasi lemak sebagai makanan yang tidak begitu sesuai untuk dimakan setiap hari kerana tinggi kalori dan lemaknya.\n\nKetika Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah menggariskan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi dan juga mudah serta siap dihidangkan.\n\nJom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak."
"Resepi viral yang paling ramai dibincangkan masa kini. Kudapan yang mampu membuat anda gembira. Selain itu, anak anda juga mesti suka.\n\nResepi viral yang kami hadirkan kali ini ialah donut cheese leleh. Di mana donut dibuat dengan cara biasa. Namun yang menarik ialah cheese leleh yang ada dalam inti donut tersebut.\n\nCheese diletakkan di dalam inti donut yang bulat. Kemudian donut digoreng. Panas minyak membuat cheese meleleh dalam donut dan meletup dalam mulut.\n\nRasakan sensasi sedap cheese leleh dalam donut gebu. Resepi donut cheezy ini didatangkan daripada Cik Nara Mikayla\u200e yang berkongsi di laman Facebook. Jom cuba resepinya.\n\nSelain resepi donut cheese leleh, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pernah dengar tentang kucing Maine Coon? Pasti para pecinta kucing mengenali\u00a0 setiap baka kucing termasuk kucing unik ini. Setiap jenis atau baka kucing mempunyai perbezaan dari segi sifat, paras dan sebagainya.\n\nJika ada yang tak tahu, kucing dengan baka Maine Coon popular dengan saiz kucing yang terbesar di dunia berbanding kucing biasa. Bulu kucing untuk baka ini cantik, memiliki misai yang panjang, telinga berbulu dan ekor gebu yang seakan berus.\n\nMaine Coon pernah mencipta rekod kucing terpanjang di dunia. Rekod terbaru kucing Maine Coon terpanjang di dunia diperolehi oleh kucing bernama Stewie yang berasal dari Reno, Nevada. \u00a0Ia memiliki panjang 48.5 inci dari hidung ke ekor. Ekornya sahaja sudah mencecah 16.3 inci.\n\nMerupakan ras kucing dari daerah Maine di Amerika Syarikat, kucing Maine Coon jantan mempunyai anggaran berat sekitar 6.5kg hingga 11kg manakala kucing betina 4.5kg hingga 7kg. Boleh bayang tak berat dan kegebuan kucing ini?\n\nAda yang berminat untuk memelihara kucing ini? Jom teroka fakta menarik kucing Maine Coon!\n\nBagi peminat-peminat Harry Potter, anda pasti pernah melihat kucing Maine Coon yang turut membintangi dalam salah satu edisi filem lejen ini. Salah satu kucing perliharaan Mrs. Norris ini yang diberi nama Pebbles sebenarnya adalah kucing Maine Coon.\n\nSiapa sangka kucing bertubuh besar ini aktif dan suka bermain. Jika anda hendak memeliharanya, pastikan anda menyediakan pelbagai alat untuk si comel ini bermain dan sering meluangkan masa bersama mereka. Dengan sikapnya yang aktif, tak peliklah jika kucing ini pandai dan sangat suka akan trick.\n\nWalaupun dari luaran menampakkan kucing ini tegas dan liar, namun hakikatnya sifat penyayangnya pasti menambat hati sesiapa yang mendekati. Kucing ini mudah didekati dan mendekati sesiapa sahaja termasuklah haiwan lain. Maine Coon suka bermain dan akan menunjukkan minatnya terhadap apa yang pemiliknya lakukan.\n\nTahukah anda, kucing ini jarang mengiau seperti kucing yang lain. Suara baka Maine Coon mempunyai melodi dan seakan-akan sedang bercakap dan menyanyi. Kadangkala mereka menggunakan suara atau \u2018nyanyian\u2019 ini untuk menunjukkan bakat dan mendapatkan perhatian dari tuannya.\n\nBoleh menyesuaikan diri pada musim sejuk\n\nMaine Coon adalah satu-satunya kucing yang dapat menyesuaikan dirinya dengan mudah ketika musim sejuk atau musim salji. Bulunya yang panjang, tebal dan gebu serta kakinya yang bulat seakan-akan boot salji, membantu kucing ini untuk kekal hangat. Uniknya, kadangkala Maine Coon menggunakan ekornya yang panjang dan melilitkannya di badan untuk kehangatan berganda.\n\nJika kebanyakkan kucing lain mempunyai corak dan warna tertentu, namun tidak untuk kucing ini. Maine Coon boleh didatangi dengan kira-kira 75 warna dengan kombinasi corak berbeza. Kucing Maine Coon yang mempunyai baka yang susah untuk membiak sering mempunyai warna oren, kelabu, keemasan dan putih.\n\nTidak semua namun kebanyakan kucing Maine Coon sering menghasilkan genetik yang mempunyai jari kaki tambahan. Tak seperti kucing lain, kucing ini mempunyai 6 jari kaki yang gebu. Anda akan jelas melihatnya dari jarak dekat kerana jarinya ditutupi dengan bulu yang tebal.\n\nTahukah anda harga sebenar kucing ini? Pada tahun 2022, anggaran harga kucing ini adalah RM 5000 untuk kucing dewasa. Hal ini menjadikannya antara kucing termahal di dunia. Walaupun harga sedikit mahal, tetapi pasti ramai yang ingin membelinya kerana kecomelannya, gebu dan mempunyai personality yang unik.\n\nDi luar negara, kucing ini mempunyai beberapa nama gelaran yang glamour. Ada yang menggelarnya sebagai \u2018Dog of The Cat World\u2019 kerana personalitinya seakan-akan\u00a0 anjing.Ada juga yang memanggilnya sebagai singa kecil kerana saiz yang besar dan bulunya yang lebat terutama pada bahagian tengkuk.\n\nKebanyakan kucing takut dengan air dan paling ketara dilihat sewaktu hendak memandikan mereka. Namun tidak bagi Maine Coon kerana mereka sememangnya gemar bermain air. Nak mandikan mereka dalam bathub\u00a0 dengan air yang penuh pun mereka boleh bermain dengan lincah. Bulunya yang tebal juga menjadikan \u2018kot\u2019 kucing ini kalis air.\n\nUnik betul kucing Maine Coon ini. Pasti ramai yang hendak memeliharanya selepas melihat keistimewaan dan ciri-ciri menarik pada kucing ini. Berikut merupakan beberapa tips umum penjagaan Maine Coon \u00a0yang anda perlu tahu sebelum memeliharanya:\n\nBanyak lagi tips penjagaan untuk memelihara kucing Maine Coon ini kerana kucing ini memerlukan panjagaan yang rapi. Namun cukup untuk pengetahuan umum lebih-lebih lagi buat mereka yang baru ingin memelihara kucing baka ini.\n\nAnda seorang penjaga dan pecinta kucing? Kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai si comel yang pasti bermanfaat buat anda seperti:"
"Tugasan buat pertama kalinya menjadi ibu bapa agak mencabar. Ibu bapa yang tiada pengalaman akan berasa agak sukar untuk meguruskan bayi yang baru lahir. Bermula daripada bayi baru lahir sehingga bayi menjadi besar.\n\nBayi yang baru lahir juga mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan dunia nyata. Sebelum ini, mereka duduk di dalam perut ibu yang hangat. Selepas dilahirkan mereka perlu menyesuaikan diri dengan angin luar.\n\nTetapi tempoh untuk menyesuaikan diri dengan dunia nyata tidak mengambil masa yang lama. Kita boleh lihat perbezaannya apabila bayi mencecah umur 1 bulan.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai perbezaan tingkah laku bayi apabila mencecah umur 1 bulan. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut. \n\nPerkembangan bayi dalam masa 1 bulan\n\nTumbesaran dan perkembangan bayi dalam tempoh 1 bulan sebenarnya agak pesat! Mari kita lihat apa yang sepatutnya dicapai oleh bayi 1 bulan.\n\nSekiranya berat bayi anda turun 10% dari berat lahir pada 10 hari pertama, ia sebenarnya masih normal. Namun sekiranya berat bayi naik, dan terus naik, ia juga adalah normal, dan sangat memberangsangkan.\n\nBerat bayi untuk 1 bulan pertama seharusnya naik sekurang-kurangnya 400g daripada berat lahir. Tinggi bayi pula akan meningkat antara 2-2.5cm daripada tinggi lahir.\n\nDalam usia 1 bulan, penglihatan bayi sudah semakin jelas. Bayi biasanya akan mula focus pada wajah dalam jarak yang dekat. Ibu yang menyusukan anak boleh senyum dan bercakap dengan bayi, lihatlah riak wajah bayi yang mendengar dan usahanya untuk focus.\n\nBayi mungkin mula mengikut wajah anda sekiranya anda bergerak sewaktu mata bayi sedang focus pada anda. Selain itu bayi selalunya akan terpesona dengan cahaya, itu kerana cahaya yang paling jelas dan terang di matanya buat masa sekarang.\n\n3. Pergerakan dan otot yang semakin kuat\n\nDalam usia ini, bayi sudah lebih kuat menggerakkan ototnya sendiri. Boleh lihat pergerakan kaki yang lebih terkawal dan lehernya yang kuat. Sekiranya anda letakkan bayi dalam posisi meniarap, bayi akan cuba mengangkat lehernya.\n\nTangan bayi juga akan lebih banyak digerakkan ke atas dan pelbagai arah, berbanding sewaktu baru lahir di mana tangannya lebih banyak diposisikan dekat pada wajah / badan.\n\nBayi menangis dengan sebab yang berbeza-beza. Lapar, mengantuk, lampin basah, kembung; semuanya bayi akan menangis, namun sebenarnya tangisan setiap satu adalah berbeza. Anda mungkin sudah boleh bezakan gaya tangisannya dalam usia ini.\n\nBayi sudah mengenali suara ibu, bapa, adik beradik, dan keluarganya sejak dari dalam perut lagi. Anda boleh bercakap dan agah bayi, dan perhatikan respon darinya. Secara perlahan-lahan bayi akan mula memberikan respon seperti membalas senyuman dan ketawa. Ini selalunya dalam usia bayi 6 minggu ke atas.\n\nSekiranya ada masalah dalam tumbesaran bayi, haruslah diperiksa keberkesanan penyusuan ibu. Lekapan dan posisi penyusan yang betul seharusnya diajar pada setiap ibu yang menyusu.\n\nBayi juga harus diperiksa untuk melihat sekiranya ada masalah dari bayi sendiri yang menyebabkan dirinya tidak boleh menyusu dengan optimal, antaranya adalah \u2018tongue tie\u2019. Sekiranya bayi menyusu botol, haruslah dibimbing cara penyediaan susu yang betul dan kebersihan yang perlu dititikberatkan.\n\nPerhatikan warna, konsistensi dan kekerapan bayi buang air besar. Informasi ini penting pada doktor untuk menentukan sama ada bayi dapat susu yang cukup, ataupun terdapat masalah lain seperti prolonged jaundice disebabkan masalah hati.\n\nBayi baru lahir selalu mengalami masalah kembung terutamanya waktu petang menjelang malam (Maghrib). Sekiranya anak muntah yang terlalu banyak selepas menyusu, boleh jadi juga disebabkan oleh kembung tadi.\n\nKeadaan perut yang tidak selesa menyebabkan anak berterusan ingin menyusu sehingga menyebabkan \u2018overfeeding\u2019, akhirnya membuatkan anak muntah dengan banyak.\n\nUntuk kurangkan kembung, boleh lakukan teknik urutan yang betul, pastikan bayi disendawakan selepas menyusu, tidurkan bayi dalam posisi meniarap (dengan pengawasan), dan ibu juga boleh perhatikan sekiranya bayi sensitive dengan pemakanan dari ibu sendiri.\n\nProlonged jaundice adalah kuning setelah usia bayi 2 minggu. Biasanya doktor akan mencadangkan ibu bapa supaya anak dilakukan pemeriksaan darah dan air kencing untuk memastikan bayi tidak mempunyai masalah serious seperti masalah hati, hormone, jantung, jangkitan kuman, dan lain-lain.\n\nNamun sekiranya semua adalah normal, jangan risau, selalunya kuning adalah disebabkan susu ibu itu sendiri (sekiranya anak menyusu badan). Tak perlu hentikan susu ibu, teruskan lah penyusuan seperti biasa. Biasanya pada usia 1 bulan kuning akan semakin menghilang. Ada yang ambil masa sehingga dekat 2 bulan sehingga mata putih bayi tidak lagi kuning. Itu adalah normal dan tak perlu tukar pada susu formula.\n\nTempat suntikan BCG biasanya aktif dalam tempoh 1 bulan ini. Jangan risau, ia tidak ada jangkitan. Merah, panas dan sedikit kuning itu adalah tanda yang suntikan itu \u2018jadi\u2019. Namun sekiranya ada benjolan pada ketiak bayi pada sebelah kiri, dan tempat suntikan kelihatan bernanah, serta bayi ada demam, bawa lah ke doktor untuk diperiksa.\n\nPerhatikan sekiranya bayi mempunyai masalah kulit kering, merah atau mengelupas dalam tempoh ini. Pakailah produk kulit yang lembut dan bebas bahan kimia buat kulit bayi.\n\nBayi sukakan pelukan dan kehangatan dari badan. Dan untuk bapa pula, masa inilah anda digalakkan peluk bayi anda. Si ibu sudah 9 bulan membawa bayi ke sana ke mari. Pelukan akan berikan bayi rasa selamat dan akan membantu emosi dan mental bayi untuk sihat dan positif. InsyaAllah bayi akan menjadi lebih yakin dan membina kepercayaan dirinya untuk masa hadapan.\n\nLuangkan masa untuk bercakap dengan bayi. Ini akan merangsang perkembangan otaknya.\n\nAnda boleh ambil masa sedikit selepas bayi mandi untuk mengurutnya. Picit lembut pada tangan, kaki, belakang, telinga, dan perut bayi. Sentuhan anda adalah terapi buat bayi. selain itu ia boleh membantu menguatkan otot bayi.\n\nKerana waktu dan detik ini tidak akan berulang kembali.\n\n*Jika kita lihat perkembangan bayi dalam masa 1 bulan ini, banyak perbezaannya. Daripada tidak banyak nangis menjadi kuat menangis kerana lapar atau tidak selesa. Mereka juga memerlukan susu yang agak banyak berbanding pada mula dilahirkan.\n\nDetik-detik ini perlu diingat dan rasa kerana ia adalah detik paling bahagia dalam kehidupan seorang ibu bapa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang disayangi.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kebanyakan scrub badan diperbuat daripada kunyit, beras, kayu manis, susu dan pelbagai jenis lagi bahan semulajadi. Tahukah anda, scrub badan boleh dibuat sendiri secara organik dan boleh dijual di kedai-kedai kecantikan, pasaraya dan juga kedai runcit. \n\nDari segi harga pula, boleh didapati dengan harga mampu milik dan ada juga yang mahal harganya.\n\nFungsi utama scrub badan adalah membantu melindungi kulit agar tetap sihat, bersih, licin, lembab, lembut dan kelihatan segar. Scrub badan juga diperlukan untuk menjaga kesihatan kulit agar sihat dari luar dan dalam. \n\nScrub badan juga dapat membantu membersihkan badan, membuang pengelupasan sel kulit mati dan mengurut badan yang tidak dapat dilakukan dengan menggunakan sabun biasa.\n\nBagi anda yang masih mencari scrub badan yang terbaik untuk badan anda, di sini antara scrub badan terbaik yang boleh menjadi pilihan anda.\n\n1. A Bonne\u2019 Tomato Glutathione Shower Salt & Sugar Scrub\n\nScrub badan terbaik ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kusam, parut, kulit kering dan jerawat. Namun, ianya tidak boleh dipakai setiap hari kerana akan merosakkan lapisan kulit. \n\nScrub ini juga dikatakan mampu untuk mencerahkan kulit, menegangkan kulit dan segala masalah yang berkaitan dengan kulit. Walau bagaimanapun, produk ini tidak sesuai untuk kulit wajah.\n\n2. Tree Hut Shea Sugar Scrub, Marula & Jasmine\n\nScrub badan ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang menyukai bahan semula jadi seperti shea butter minyak marula oil, bunga melati dan juga gula sebagai unsur penghakis. \n\nScrub ini boleh digunakan selama berhari-hari tanpa menyebabkan calar pada kulit yang akan menjadikan kulit kasar. Ianya juga sesuai digunakan di kawasan kulit yang sensitif seperti di ketiak, paha, belakang leher, dada dan juga di bahagian belakang.\n\n3. Cosway Bioglo Korean Red Ginseng Body Scrub\n\nScrub badan ini pula sangat sesuai jika anda mahukan khasiat anti-penuaan pada kulit. Bagi produk ini, ia menggunakan ginseng merah dari Korea yang kaya dengan nutrien Vitamin C, dan D yang akan membantu mengembalikan keanjalan kulit.\n\nScrub badan terbaik ini juga membantu anda menjaga kelembutan kulit. Jadi scrub badan ini tidak akan menyebabkan kerengsaan dan juga sangat sesuai untuk kulit sensitif seperti jerawat, ekzema dan psoriasis kerana kandungan ginseng merah yang kaya dengan khasiat.\n\n4. Watsons Naturals Olive Body Scrub\n\nSekiranya anda merupakan seorang ibu yang mengandung atau berpantang yang mempunyai kulit sensitif, ini adalah scrub badan terbaik yang sesuai untuk anda. \n\nProduk dari Watsons ini hanya mempunyai satu bahan aktif iaitu minyak zaitun organik yang sesuai untuk wanita hamil. Namun, scrub badan ini tidak sesuai untuk kegunaan seharian dan juga tidak sesuai untuk kulit wajah kerana akan merosakkan permukaan kulit yang akan menjadikan wajah menjadi kasar dan kusam.\n\n5. Margaret River Exfoliating Body Scrub Rice\n\nSekiranya anda mempunyai masalah jerawat, scrub badan ini dikatakan sangat sesuai untuk anda. Ini kerana nutrien beras dapat membantu menghilangkan jerawat dengan cepat, serta menghilangkan parut jerawat dan juga kesan gelap pada kulit badan. \n\nNamun, scrub ini tidak sesuai digunakan dimuka kerana ramuannya agak kasar dan akan merosakkan kulit muka.\n\n6. Biofinest Bamboo Charcoal Body Scrub\n\nDikuasakan dengan ramuan semula jadi, scrub badan ini akan membantu mengurangkan penampilan selulit dan juga stretchmark. Ia menggunakan 3 bahan scrub seperti serbuk arang buluh, gula dan garam laut. \n\nScrub badan terbaik ini sangat baik untuk kulit badan dan kulit psoriasis dan ekzema kerana ramuannya mengandungi shea butter dan vitamin E. \n\nKhasiatnya adalah dapat melembabkan dan menghilangkan kesan kulit yang mengelupas. Produk ini juga dapat digunakan pada wajah dan sangat sesuai untuk kulit berminyak.\n\n7. Good Virtues Co. Radiant & Renewing Body Salt Scrub\n\nScrub badan Good Virtue Co. ini menggunakan minyak biji hitam sebagai bahan aktif yang mampu merawat dan memperbaiki masalah kulit seperti kulit kusam. \n\nBiji hitam juga mempunyai aroma khas dan sangat tahan lama pada badan. Awas, scrub ini tidak boleh digunakan berdekatan dengan kawasan kulit yang cedera kerana akan menyebabkan rasa yang amat menyakitkan.\n\n8. Sumber Ayu Lulur Mandi / Body Scrub\n\nBagi mereka yang mahukan kulit licin dan cerah, scrub badan ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Scrub ini perlu digunakan secara konsisten dan boleh digunakan setiap hari untuk mendapatkan kulit yang senantiasa segar. \n\nSelain itu, scrub badan terbaik ini sesuai digunakan untuk membersihkan bahagian badan yang sukar dijangkau seperti paha, punggung, di bawah lengan, belakang badan dan juga di bahagian leher. \n\nNamun tahukah anda, scrub badan ini tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana akan menyebabkan kegatalan?\n\n9. Ginvera Alpine Rose & Edelweiss\n\nProduk scrub badan ini pula dikatakan sangat berkesan untuk menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan. Scrub badan terbaik ini mengandungi vitamin E yang akan melembapkan badan dan juga bertindak sebagai antioksidan yang akan mengekalkan keremajaan kulit. \n\nProduk ini sangat tahan lama baunya dan sesuai untuk kulit kering, berminyak dan mudah berpeluh.\n\n10. Odeon Face & Body Scrub\n\nScrub badan ini sesuai untuk kulit kering, kusam, parut dan ia berfungsi mencerahkan kulit anda. Scrub badan terbaik ini juga menggunakan bahan berasaskan tumbuhan dan 100% semula jadi yang sangat sesuai digunakan pada wajah. \n\nNamun, ia tidak sesuai untuk kegunaan seharian dan juga tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana penggunaannya akan menyebabkan kulit terkoyak.\n\nItulah antara scrub badan terbaik yang boleh anda cuba. Jom baca juga\u00a0set berpantang,\u00a0shampoo organik untuk rambut gugur,\u00a0lip balm terbaik\u00a0dan\u00a0toner terbaik untuk kulit kering.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Kedudukan ibu bapa dalam Islam sangat tinggi. Allah swt memerintahkan anak-anak untuk mentaati ibu bapa selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara\u2019. Malah, dosa menderhaka kepada ibu bapa dikategorikan seagai dosa-dosa besar. Malah, keredhaan Allah swt juga terletak pada keredhaan ibu bapa. Seperti mana hadis Nabi saw,\n\n\u0631\u0650\u0636\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0641\u0650\u0649 \u0631\u0650\u0636\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064f\u062e\u0652\u0637\u064f\u0647\u064f \u0641\u0650\u0649 \u0633\u064f\u062e\u0652\u0637\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627\n\nMaksudnya, \u201cRedha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.\u201d (HR Tabrani dari Ibnu Umar)\n\nIbu mengandungkan kita selama 9 bulan dengan penuh susah payah. Ditambah pula kesakitan sewaktu melahirkan kita. Setelah bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia, ibu tetap berusaha menyusukan dan menjaga kita supaya menjadi anak yang soleh solehah.\n\nBapa pula tanpa kenal erti lelah, membanting tulang mencari nafkah untuk membesarkan kita. Memberi kita keselesaan, memberi pendidikan yang baik, memberi makan dan minum yang halal lagi baik agar kita membesar menjadi anak yang berguna.\n\n\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0645\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u062f\u0652\u0639\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0631\u0651\u064f\u0633\u064f\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650\u064a \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0641\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f \u0628\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u0627 \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062a\u0651\u064e\u0628\u0650\u0639\u064f \u0625\u0650\u0644\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0648\u064e\u0635\u0651\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0625\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0625\u0650\u062d\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u062d\u064e\u0645\u064e\u0644\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f \u0623\u064f\u0645\u0651\u064f\u0647\u064f \u0643\u064f\u0631\u0652\u0647\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0648\u064e\u0636\u064e\u0639\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f \u0643\u064f\u0631\u0652\u0647\u064b\u0627 \u0648\u064e\u062d\u064e\u0645\u0652\u0644\u064f\u0647\u064f \u0648\u064e\u0641\u0650\u0635\u064e\u0627\u0644\u064f\u0647\u064f \u062b\u064e\u0644\u0627\u062b\u064f\u0648\u0646\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cKami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu dan bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya juga dengan susah payah. Kemudian, ibu menyusuinya hingga dia berusia 30 bulan.\u201d (Surah\u00a0al-Ahqaf, Ayat 15)\n\nItulah sebabnya, betapa Islam meninggikan darjat ibu bapa. Jika dibandingkan dengan wang ringgit, sememangnya tidak akan terbalas segala jasa ibu dan ayah kita selagi hayat dikandung tanah. Allah memerintahkan anak-anak agar sentiasa berlaku baik kepada ibu bapa. Selaku anak, kepatuhan kepada ibu dan bapa itulah, salah satu cara untuk kita membalas segala pengorbanan yang telah ibu bapa berikan kepada kita. Sebagai mana hadis Nabi saw,\n\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a\u0652 \u0647\u064f\u0631\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e\u0629\u064e \u0631\u064e\u0636\u0650\u064a\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e:\u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0642\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u0628\u0650\u062d\u064f\u0633\u0652\u0646\u0650 \u0635\u064e\u062d\u064e\u0627\u0628\u064e\u062a\u0650\u064a\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064f\u0645\u064f\u0651\u0643\u064e\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0645\u064e\u0646\u0652\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064f\u0645\u064f\u0651\u0643\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0645\u064e\u0646\u0652\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064f\u0645\u064f\u0651\u0643\u064e\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0645\u064e\u0646\u0652\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0628\u064f\u0648\u0652\u0643\u064e\n\nMaksudnya, Dari Abu Hurairah ra berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad lalu bertanya, \u2018Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?\u2019\u00a0Nabi menjawab, \u2018Ibumu.\u2019 \n\nOrang itu bertanya lagi, \u2018Selepas\u00a0itu, siapa pula?\u2019 Nabi menjawab, \u2018Ibumu.\u2019 Orang itu terus bertanya, \u2018Kemudian, siapa lagi?\u2019 Buat kali ketiga, Nabi menjawab, \u2018Ibumu.\u2019 Orang itu bertanya lagi, \u2018Kemudian\u00a0siapa?\u2019 Nabi menjawab, \u2018Bapamu.'\u201d\u00a0(HR Bukhari\u00a0dan Muslim)\n\n10 Hak Ibu Bapa yang Wajib Dipenuhi\n\nDi dalam Kitab Dorrotun Nasihin, disebutkan 10 jenis hak ibu bapa ke atas anak-anaknya. Hak-hak itu adalah seperti berikut:\n\nSelain daripada berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa sewaktu mereka hidup, kita juga perlu sentiasa mendoakan kebaikan mereka bukan setakat di dunia, tetapi juga di akhirat. Sekalipun ibu bapa kita telah meninggal dunia, doa buat mereka tidak akan pernah terputus.\n\nDaripada Abu Usaid Malik bin Rabi\u2019ah As-Sa\u2019idi RA berkata:\n\n\u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0646\u064e\u062d\u0652\u0646\u064f \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0625\u0650\u0630\u0652 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e\u0647\u064f \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0628\u064e\u0646\u0650\u064a \u0633\u064e\u0644\u064e\u0645\u064e\u0629\u064e \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650:\u00a0\u0647\u064e\u0644\u0652 \u0628\u064e\u0642\u0650\u064a\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0628\u0650\u0631\u0651\u0650 \u0623\u064e\u0628\u064e\u0648\u064e\u064a\u0651\u064e \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064c \u0623\u064e\u0628\u064e\u0631\u0651\u064f\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e:\u00a0\u0646\u064e\u0639\u064e\u0645\u0652,\u00a0\u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u063a\u0652\u0641\u064e\u0627\u0631\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652\u0641\u064e\u0627\u0630\u064f \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0635\u0650\u0644\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u062d\u0650\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0651\u064e\u062a\u0650\u064a \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0648\u0635\u064e\u0644\u064f \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0643\u0652\u0631\u064e\u0627\u0645\u064f \u0635\u064e\u062f\u0650\u064a\u0642\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627\n\nMaksdunya, \u201cKetika kami sedang bersama Rasulullah saw, tiba-tiba ada seorang lelaki daripada Bani Salamah datang kepada Baginda saw. \n\nLelaki tersebut bertanya: \u201cWahai Rasulullah, apakah masih ada ruang untuk aku berbuat baik kepada kedua orang tuaku setelah mereka meninggal?\u201d \n\nBaginda menjawab: \u201cYa, mendoakan dan memintakan keampunan untuk kedua-duanya, melaksanakan wasiatnya, menyambung jalinan silaturahim mereka dan memuliakan teman mereka.\u201d (HR Abu Daud, Ibn Majah & Ahmad)\n\nDaripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda:\n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064f \u0627\u0646\u0652\u0642\u064e\u0637\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064f\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062b\u064e\u0644\u064e\u0627\u062b\u064e\u0629\u064d: \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064d \u062c\u064e\u0627\u0631\u0650\u064a\u064e\u0629\u064d\u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u064d \u064a\u064f\u0646\u0652\u062a\u064e\u0641\u064e\u0639\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650\u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u064d \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064d \u064a\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648 \u0644\u064e\u0647\u064f\n\nMaksudnya, \u201cApabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.\u201d\u00a0(HR Muslim)\n\nDoa kepada ibu bapa bukan sahaja memberi kebaikan dan keuntungan kepada pihak mereka, tetapi juga memberi kebaikan kepada diri kita sendiri. Seperti mana dalam hadis Nabi saw yang bermaksud:\n\n\u201cTidak ada seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya dan memandang wajah kedua orang tuanya dengan perasaan kasih kecuali Allah memuliakan pahala ibadah haji mabrur baginya. \n\nIbnu Abbas bertanya, \u2018Wahai nabi, bagaimana sekiranya anak itu memandang wajah ibu dan bapanya sebanyak 100 kali?\u2019 Nabi menjawab, \u2018Lebih besar pahalanya. Sesungguhnya Alah maha besar lagi maha baik.'\u201d\n\nSedangkan memandang wajah kedua ibu bapa dengan perasaan kasih sayang sahaja, Allah sudah memuliakan si anak dengan ganjaran pahala ibadah haji yang mabrur. Inikan pula jika anak mendoakan kebaikan buat ibu bapanya, pasti ganjaran pahala yang Allah beri adalah lebih lagi. InsyaAllah.\n\nDoa Buat Ibu Bapa Dalam Al-Quran\n\nOleh kerana itu sebagai anak yang berbakti, hendaklah kita sentiasa berdoa untuk ibu bapa kita. Di antara doa-doa untuk ibu bapa yang terdapat dalam al-Quran adalah sebagai berikut:\n\nMaksudnya, \u201c.Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.\u2019\u201d (Surah al-Isra\u2019, Ayat 24)\n\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0651\u064e \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u0633\u064e\u0627\u0628\u064f\n\nMaksudnya, \u201cTuhan kami, berilah ampun aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).\u201d (Surah Ibrahim, Ayat 41)\n\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0651\u064e \u0648\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062f\u064e\u062e\u064e\u0644\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u062a\u0650\u064a\u064e \u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0632\u0650\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0638\u0651\u064e\u0627\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cYa Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.\u201d (Surah Nuh, Ayat 28)\n\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0632\u0650\u0639\u0652\u0646\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064e \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u062a\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0651\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0627\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u0652\u0646\u0650\u064a \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0641\u0650\u064a \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201c.Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.\u201d (Surah an-Naml, Ayat 19)\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Doa Kepada Ibu Bapa yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Ayam percik adalah antara makanan yang sangat popular di Malaysia. Selalunya dijual ketika di bulan Ramadan.\n\nTeringin nak makan ayam percik? Tapi bukan bulan Ramadan? Jangan risau. Apa kata anda cuba memasak resepi ini! Memang confirm merecik habis. Takkan rugi punya.\n\nKata orang, memasak sendiri barulah terasa nikmatnya kalau dibandingkan dengan yang dibeli di luar.\u00a0 Tak gitu? Kini, anda boleh memasaknya sendiri di rumah tanpa mengira waktu dan tanpa perlu keluar dari rumah!\n\nResepi ayam percik ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan pengguna laman sosial lagi lagi untuk yang gemar memasak. Ayuh cuba sendiri resepi ini baru tahu merecik tak merecik resepi ni. Rata rata pengguna mengatakan resepi ini sangat mudah untuk diikuti.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Miya Aira dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSeekor ayam potong 4,6 atau 8\n\nPerap ayam bersama bahan kisar dan garam secukup rasa. Selama 3O minit. Sementara menunggu ayam terperap. Jom kita buat kuah dulu ya\n\n5. Cili kering nak pedas taruk lebih (Rebus dulu ya)\n\nKisar bahan yang bernombor 1,2,3,4,5 sehingga halus.\n\nMasuk kan dalam kuali ATAU periuk bersama santan.\n\nKacau dan kacau sehingga PEKAT dengan menggunakan api perlahan je ya.\n\nMasuk kan perasa, garam dan gula. Gula wajib taruk ya sebab kuah percik kena rasa manis-manis sedikit baru sedap. Taruk 2 atau 3 sudu besar ATAU ikut citarasa anda. Miya just taruk 2 je. Dah pekat ok tutup api.\n\nKukus kan ayam yang di perap tadi sehingga masak.#Kalau korang nak jimat masa, tak nak perap or kukus boleh masak ayam guna separuh dari kuah yang di masak tadi di kuali berasingan. Tak perlu perap ok.\n\n6. Lumur ATAU celup ayam di dalam kuah di masak tadi.\n\nBakar ayam hingga garing. Jangan rentung pulak. Balik balik kan sambil balik kan tu lumur sikit sikit kuah atas ayam. Kalau guna arang macam miya kena pandai control bara ya kang tak pasal pasal hangit. Miya suka bakar cara macam ni baru merbelesss rasa dia\n\n#Tak nak guna cara ni boleh guna pemanggang ajaib or apa saja jenis pembakar ok\n\nSelain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
"Yang Mana Dahulu? Interaksi Anak Atau Pertuturan Bahasa?\n\nKemahiran interaksi hadir dulu sebelum kemahiran bahasa\n\nMengikut fitrah, pada awalnya bayi akan menangis untuk memberitahu secara \u2018tidak sengaja\u2019 bahawa dia memerlukan susu, diapers perlu ditukar dan sebagainya. Bayi juga akan menggunakan senyuman, gelak tawa, bebelan , pandangan dan lirikan mata untuk berinteraksi dan memberi respon kepada kita sehingga sesuatu interaksi itu menjadi interaksi dengan sengaja.\n\nContoh: Apabila anak mula memahami sesuatu perkara melalui persekitaran dia seperti tunjuk, tarik tangan untuk meminta sesuatu .\n\nJadi jika anak ada masalah interaksi dan bahasa.\n\nMasalah interaksi perlu diutamakan terlebih dahulu kerana melalui interaksi positif antara ibu bapa dan anak, input bahasa boleh diberikan dengan lebih banyak.\n\nBasically daripada kemahiran interaksi, ianya akan membantu anak untuk meningkatkan kefahaman bahasa, kerana anak mula faham maksud sesuatu perkataan apabila kita mengajarnya melalui situasi harian.\n\nDaripada perkembangan kosa kata, anak akan mula untuk menyebut perkataan yang difahaminya dalam situasi harian mereka dan gunakan dalam interaksi harian bersama orang di sekelilingnya.\n\nJadi jika anak ada masalah interaksi (social communication) dan bahasa. Target untuk meningkatkan kemahiran interaksi dahulu, kerana ia secara tidak langsung akan membantu kemahiran bahasanya.\n\nBahasa vs Pertuturan yang JELAS. Tricky. Hehe ada perkataan \u2018pertuturan jelas\u2019 disitu.\n\nIf anak ada masalah perkembagan bahasa dan juga masalah pertuturan yang kurang jelas (pelat). Mana patut diutamakan terlebih dahulu?\n\nLagi secara fitrahnya walaupun pada permulaannya bunyi pertuturan muncul dahulu bagi membolehkan penghasilan bahasa, tiada budak yang apbila dia sebut sesuatu perkataan, dia sebut terus dgn pertuturan yg jelas.\n\nAnak perlu diperkenalkan dengan sesuatu perkataan yang baru (faham), menggunakan perkataan itu, kemudian dengan banyak latihan pengulangan dan guidance sebutan akan bertambah jelas.\n\nPernah terbaca anologi yang diberikan oleh seorang auditory verbal therapist bahawa ianya ibarat membuat kek.\n\nJadi if kita hanya fokus kepada, layer of the cake iaitu betulkan sebutan sahaja tetapi lapisan asas (interaksi, mendengar dan bahasa) kurang diutamakan, maka besar kemungkinan kek kita akan runtuh. Sebab mana ada orng buat cake start dgn sapu layer of the cake kan?"
"Siapa di sini suka makan chicken chop? Resepi chicken chop ini wajib anda baca.\n\nChicken Chop adalah salah satu menu barat yang diubah suai mengikut selera orang Malaysia. Sangat terkenal dalam menu makanan barat orang kita, terutamanya di restoran \u2013 restoran. Setiap hidangannya lengkap dengan sumber protein, karbohidrat dan serat.\n\nIanya mengandungi ayam yang digrill atau digoreng rangup, dicurahi sos lada hitam yang harum baunya juga pedas. Kentang goreng yang digoreng keemasan mengenyangkan serta salad coleslaw yang enak untuk melengkap set chicken chop kita. Lengkap! Satu hidangan yang amat mengenyangkan.\n\nTanpa kita membuang masa lagi, mari kita mencuba resepi ini.\n\nResepi yang telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook ini dikongsi oleh Nur Nabilah Razak.\n\nPerap seketika semua bahan. Anggarkan sukatan sos mengikut jumlah ayam.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nTerdapat juga beberapa resepi lain yang anda boleh cuba. Resepi \u2013 resepi ini telah mendapat perkongsian ramai dan ternyata lazat. Jangan lupa untuk mencuba semua resepi ini dan berkongsi bersama rakan \u2013 rakan dan yang tersayang!"
"Memang sedih apabila anak yang dikandungkan gugur di perjalanan. Walaupun belum sempurna, perasaan sayang pasti ada. Di sini kami kongsikan perkara yang perlu dibuat jika perkara ini berlaku.\n\nPerkara wajib dilakukan ke atas mayat kandungan yang gugur.\n\nAdakah anda tahu perkara yang wajib dilakukan ke atas mayat kandungan yang gugur? Jika berlaku keguguran kandungan, anda patut tahu perkara wajib yang patut dilakukan ke atasnya. \n\nDi sini kami ingin berkongsi ilmu dari Dr. Suhazeli Abdullah\n\nMayat ada dua keadaan iaitu mayat orang yang berumur 6 bulan dan ke atas dan mayat guguran yang berusia kurang dari 6 bulan.\n\nMayat Manusia Yang Berusia 6 Bulan dan Ke atas.\n\nMayat orang Islam yang bukan syahid dan bukan berada dalam ihram wajib dilakukan ke atasnya 4 perkara iaitu ;\n\nMayat Guguran Yang Berusia Kurang Enam Bulan\n\nDefinisi mayat anak keguguran; anak kandungan yang berusia kurang dari enam bulan.\n\nKandungan yang gugur ada 3 keadaan;\n\n1.Jika ketika lahir bernyawa kemudian mati dan sudah terbentuk seperti manusia maka hukumnya sama dengan mayat orang Islam yang lain.\n\n2.Jika keluar dan tidak bernyawa tetapi sudah kelihatan seperti terbentuk kepalanya atau tangannya maka wajib dilakukan padanya 3 perkara mandi, kafan dan kebumi.\n\n3. Jika tidak terbentuk apa-apa maka tidak wajib sesuatu pun dari empat perkara di atas.\n\n*Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Jangan lupa untuk berkongsi.\n\nArtikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Jika ingin baca artikel asal, sila ke sini."
"Ketahui rahsia cara kempiskan perut. Jangan ingat orang yang badan berisi je ada masalah perut buncit. Yang kurus pun ada yang perutnya buncit atau menggeleber, lebih-lebih lagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan.\n\nPerut kempis sememangnya idaman setiap orang. Jom kami kongsikan cara kempiskan perut dalam masa 14 hari.\n\nAir detox ini membantu badan kita menyingkirkan toksin & lemak dibadan, termasuk di bahagian perut. Saya sendiri mengamalkan air detox ini. Badan terasa ringan, pembuangan menjadi lawas, berat badan berkurangan, perut pun kempis.\n\nBuat sendiri di rumah, tak perlu keluarkan duit beli produk yang mahal harganya. Proses membuat sangat mudah, bahan-bahan juga murah. Semuanya memang dah ada kat dalam dapur.\n\nBersihkan semua bahan. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk besar. Masukkan air, jangan terlalu penuh. Tinggalkan lebih kurang seinci supaya tak melimpah bila mendidih. Masak sehingga mendidih.\n\nWaktu merebus ni, satu rumah akan harum semerbak dengan bau serai dan lemon. Minum satu gelas setiap pagi dan petang. Boleh disimpan didalam peti sejuk. Keluar dan panaskan setiap kali nak minum.\n\nBerbengkung sememangnya membantu untuk mengempiskan perut. Bukan sahaja kita orang melayu mengamalkan berbengkung, orang barat pun berbengkung juga cuma namanya lain sikit iatu corset.\n\nBengkung bukan sahaja menyokong otot perut, malah bila memakai bengkung, secara automatik kita akan makan dengan jumlah yang sedikit. Bahasa mudahnya, bila berbengkung perut kita akan jadi padat. Makan sikit dah rasa kenyang.\n\n3. Kapur makan + limau nipis\n\nKapur makan & limau nipis adalah 2 bahan yang mudah & murah. Nak kempiskan perut? Rajinkan diri untuk sapu 2 bahan ni ke perut. Caranya mudah sahaja. Campurkan satu sudu kapur makan dengan air perahan dari sebiji limau nipis. Kacau sampai sebati. Sapukan ke perut sebelum tidur. Biarkan semalaman. Nak kesan lagi best? Lepas sapu, pakai bengkung. Dijamin perut anda cepat kempis.\n\nKenal tak apa dia plastik cling wrap? Ala. plastik yang kita guna untuk bungkus buah, makanan. Kalau tak kenal boleh tengok gambar dibawah.\n\nTahukah anda, plastik cling wrap\u00a0boleh membantu untuk kempiskan perut yang buncit. Caranya mudah sangat. Anda cuma perlu bungkus perut anda dengan plastik cling wrap.\u00a0Balut perut dengan kemas, sekurang-kurangnya 5 lapisan.\n\nSelepas 5 minit perut anda akan mula berpeluh. Percayalah, lagi banyak berpeluh, lagi cepat perut anda kempis. Kalau nak berbengkung selepas balut dengan plastik cling wrap pun boleh.\n\n5.\u00a0 Air lemon atau air limau nipis\n\nBiasa dengar orang guna ayat ini: \u201d Minum air limau untuk potong lemak \u201c. Ayat ni dengar macam kelakar tapi sebenarnya air lemon atau limau nipis memang membantu menyah lemak dari badan kita.\n\nMacam mana? Lemak berkumpul di pinggang dan menyebabkan kita menjadi buncit disebabkan oleh kegagalan hati untuk berfungsi secara optimum untuk menyahtoksik.\n\nPengambilan air lemon atau limau nipis akan meningkatkan enzim yang membantu detox hati. Detox hati membantu hati untuk berfungsi secara optimum. Untuk mudah faham, imagine macam kita overhaul kereta. Selepas overhaul, kereta akan jadi lebih smooth.\u00a0\n\nBancuh teh hijau panas, ketuk setengah inci halia & masukkan kedalam air teh hijau tadi. Gabungan teh hijau & halia sememangnya sangat berkesan untuk membuang lemak-lemak yang berkumpul dibadan terutamanya perut. Kalau tiada teh hijau kat dapur, teh biasa pun boleh. Cumanya, teh hijau lebih berkesan daripada teh biasa.\n\n7. Elakkan makan nasi bersulam air\n\nDulu waktu kecil saya selalu kena tegur dengan orang tua kalau makan nasi asyik minum air. Kalau diperhatikan, makcik-makcik dan nenek yang dah tua tapi badan masih bergetah macam orang muda biasanya cukup pantang kalau makan nasi bersulam air. Mereka akan makan nasi sampai habis, baru minum air.\n\nSusah ke nak amalkan? Susah bagi kita yang tak biasa. Mulakan hari ni, lama-lama kita akan terbiasa. Tiada masalah lagi.\n\nTerdapat beberapa senaman kempiskan perut yang anda boleh amalkan. Di antaranya ialah:\n\nBicycle crunch ( bangkit tubi menganyuh basikal )\n\nSenaman ini sangat membantu untuk mengempiskan perut memandangkan ia fokus tepat kepada perut & pinggang. Caranya:\n\nVertical leg crunch ( bangkit tubi kaki tegak )\n\nSenaman ini juga fokus kepada perut, dan ia sangat membantu untuk mengempiskan perut. Caranya:\n\nLong arm crunch ( bangkit tubi tangan lurus )\n\nSeperti 2 senaman di atas, senaman ini juga tertumpu kepada bahagian perut. caranya:\n\nItulah dia cara kempiskan perut dalam masa 14 hari yang ingin kami kongsikan kepada anda. Macam mana, boleh buat? Tak susah pun. Amalkan tips diatas, lepas ni anda tak perlu lagi tahan nafas untuk sorok perut buncit tiap kali nak ambil gambar. Perut kempis, keyakinan diri juga akan meningkat.\n\nIngin artikel kurus yang lain? Jemput baca cara kuruskan badan dan khasiat cuka epal."
"Semasa zaman saya kecil-kecil, di rumah nenek ada pokok jambu batu yang agak rendang. Dan perkara yang paling kami cucu-cucu suka lakukan semasa kecil, ialah memanjat pohon jambu batu tersebut.\n\nTahukah anda? Apabila kanak-kanak dibenarkan untuk eksplorasi persekitarannya, kanak-kanak akan menggunakan hampir kesemua TUJUH deria yang ada pada tubuhnya?\n\nDan apabila beberapa sensori berintegrasi bersama, memori yang lebih kukuh akan terhasil?\n\nApa yang boleh saya ingat pada pohon jambu batu di rumah nenek?\n\nPerkara ini juga dapat dilihat semasa kita sedang belajar. Menulis nota,sambil mendengar adalah lebih baik dari sekadar membaca sahaja.\n\nBergayut pada Pokok :Kebaikannya Pada Perkembangan Kanak-Kanak\n\nSemasa kanak-kanak bergayut, bahagian otot utama tubuh akan terstimulasi. Ini akan membantu kanak-kanak mempunyai asas kekuatan tubuh yang lebih baik.\n\n\u2018Core muscles\u2019 adalah amat penting dalam memastikan kanak-kanak boleh duduk lebih lama di kerusi, dan memberikan fokus yang lebih baik semasa belajar.\n\n2. Termasuk Dalam Jenis Permainan Eksploratori\n\nPermainan yang bersifat eksplorasi akan membantu kanak-kanak untuk mempunyai kemahiran survival yang lebih tinggi.\n\nKanak-kanak harus belajar berapa banyak kekuatan otot yang harus digunakan untuk memanjat dengan selamat, kanak-kanak akan tahu bagaimana untuk selesaikan masalah jika mereka hadapi kesukaran semasa memanjat pokok dan pelbagai deria tubuh akan digunakan secara berintegrasi ketika permainan ekploratori sedang berlaku.\n\n3. Meningkatkan Keupayaan Fokus Dan Perhatian\n\nUntuk membolehkan aktiviti memanjat dan bergayut pada pokok dapat dijalankan dengan baik, kanak-kanak perlu belajar untuk fokus pada pergerakannya. Kanak-kanak juga perlu fokus pada bahagian pokok yang mana yang harus dipautnya.\n\nIni merupakan latihan yang baik dan menyeronokkan untuk membantu kanak-kanak lebih fokus di dalam kelas.\n\n\u201cMovements crate learning\u201d -\u201cPergerakan menghasilkan pembelajaran\u201d\n\nBergayut juga akan mengaktifkan otot-otot penting pada bahagian atas tubuh termasuk pada bahagian tangan. Input sensori proprioseptif yang diperolehi oleh sendi-sendi tangan akan membantu kanak-kanak mempunyai kesedaran tubuh yang lebih baik.\n\nPerkara ini akan membantu menyediakan tubuh kanak-kanak untuk belajar perkara-perkara yang memerlukan kemahiran motor halus yang baik seperti:\n\n5. Stimulasi Pelbagai Sensori Secara Natural\n\nMemanjat dan bergayut pada pokok juga akan memberikan input sensori yang pelbagai kepada kanak-kanak. Bau daun, batang pokok, tekstur dahan pokok, tekstur tanah, bunyi desiran angin pada daun pokok, panorama visual di luar rumah, kesemua ini akan membantu meningkatkan daya fikiran kanak-kanak."
"Sesetengah ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan memberitahu mereka mengenai cerita kisah-kisah dahulu supaya ianya dapat memberikan teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana segelintir daripada anak-anak hanya boleh menerima didikan yang penuh kelembutan sahaja.\n\nMari kita lihat kisah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Sanusi mengenai kenapa Nabi Isa sentiasa dalam diberkati oleh Allah. \n\n1. Dalam Surah Maryam, Allah menceritakan kepada kita tentang kelebihan Nabi Isa yang mampu bertutur ketika masih bayi lagi. Beberapa dialog pertuturan beliau direkodkan di dalam al-Quran. Salah satunya adalah:\n\nMaksudnya: \u201cDan Allah menjadikan aku sentiasa diberkati di mana sahaja aku berada.\u201d\n\n2. Melalui ayat ini, Allah memberikan kepada kita gambaran bagaimana Nabi Isa ini adalah seorang lelaki yang sentiasa diberkati di mana sahaja beliau berada. Timbul persoalan di sini, apa yang membuatkan beliau sentiasa diberkati Allah setiap masa? \n\n3. Ketika menafsirkan ayat ini, Mujahid ibn Jabr menjelaskan bahawa Nabi Isa sentiasa diberkati kerana sifatnya yang sentiasa mengajar manusia kepada kebaikan. Sifat manusia yang sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain akan menjadikan mereka sentiasa diberkati. Mereka sentiasa dihormati, dikurniakan rezeki yang tidak disangka bahkan disayangi sekalian makhluk. \n\n4. Atas dasar itu, al-Imam Ibn al-Qayyim menyimpulkan satu formula penting tentang erti keberkatan. Kata beliau:\n\n\u0641\u0625\u0646 \u0628\u0631\u0643\u0629 \u0627\u0644\u0631\u062c\u0644 \u062a\u0639\u0644\u064a\u0645\u0647 \u0644\u0644\u062e\u064a\u0631 \u062d\u064a\u062b \u062d\u0644\u064e\u0651\n\nMaksudnya: \u201cSesungguhnya keberkatan seorang lelaki itu adalah pada sifatnya yang mendidik manusia kepada kebaikan di mana sahaja dia berada.\u201d Bererti, mengajar manusia kebaikan adalah satu profession yang sangat diberkati.\n\n5. Bahkan mereka yang mendidik manusia kepada kebaikan akan menerima pahala seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut, sekalipun mereka sekadar mengajarnya sahaja. Sabda Rasulullah:\n\n\u0645\u0646 \u062f\u0644 \u0639\u0644\u0649 \u062e\u064a\u0631 \u0641\u0644\u0647 \u0645\u062b\u0644 \u0623\u062c\u0631 \u0641\u0627\u0639\u0644\u0647\n\nMaksudnya: Barangsiapa yang mengajarkan manusia kebaikan, maka dia akan menerima pahala sepertimana orang yang melakukan kebaikan tersebut (kesan dari didikannya tadi).\n\nDengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu ibu bapa mengingatkan anak-anak dan diri sendiri bahawa untuk sentiasa berbuat baik dan berusaha untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah S.W.T. Hal ini disebabkan tanpa keberkatan hidup kita tidak akan menjadi tenang. \n\nArtikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post yang asal pembaca boleh rujuk di sini."
"Resepi Ikan Singgang amat popular dikalangan orang Malaysia memandangkan ianya sering dijual di restoran \u2013 restoran Thailand di sekitar kita. Ianya amat lazat dan menyelerakan. \n\nNamun tahukah anda, ianya amat mudah untuk disediakan? Ianya juga menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Oleh itu, selepas ini, anda boleh sediakannya sendiri. Jimat duit, jimat minyak! Kebersihan pun lebih terjamin. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Ruziawati Yusof dan telah mendapat banyak likes dan perkongsian di Facebook beliau. Jom kita tengok!\n\nNota: Anda boleh hidangkan bersama budu. Lagi sedap!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, ada lagi beberapa resepi yang anda boleh cuba untuk sediakan dan hidangkan kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda. Sehingga berjumpa lagi nanti!"
"Adakah desakan itu penting? Ya, desakan itu sangat penting dalam menglahirkan anak yang hebat dan cemerlang. Tanpa desakan atau dorongan kepada anak, mugkin sebenarnya kita membuat dirinya mati. \u00a0Anak-anak sangat memerlukannya.\n\nPernah atau kita mengalami semasa kecil, kita didesak melakukan sesuatu? Contohnya emak telah mendesak kita untuk memasuki kursus tae kwon do. Atupun emak menyuruh kita melakukan sesuatu kerja sehingga habis walaupun kita tidak beberapa sukakannya? Saya pasti ramai pernah. Saya pun pernah. Suatu jenis desakan motivasi diri.\n\nBegitu juga dengan saya. Saya masih lagi teringat semasa saya di tahun 3 sekolah rendah. Saya masih tidak memahami topik bahagi. Saya tidak nampak logikalnya. Memang stress. Hasilnya saya terpaksa melakukan beberapa soalan latihan yang sangat banyak oleh emak. Haha. Mak memantau disamping saya sehinggalah saya memahaminya. \u00a0Semasa proses tersebut, pasti ianya bukan sesuatu yang digemari. \u00a0Tetapi setelah selesai dan berjaya memahami, ianya satu kegembiraan yang tidak ternilai. Berjaya memahami satu tajuk yang asalnya tidak difahami langsung.Desakan itu adalah motivasi diri yang kuat bagi saya.\n\nJujurnya, apabila kita melihat kembali, kita akan perhatikan betapa besarnya desakan itu dalam pengaruh hidup kita. Tanpa kita sedar, ianya antara faktor utama kejayaan yang membentuk kita pada hari ini.\n\nBerdasarkan sebuah buku yag berceritakan tentang bakat, salah satu resipinya adalah ibu bapa yang mendesak. Anak mungkin berbakat atau tidak tetapi antara faktor kejayaaan utama adalah ibu bapa yang mendesak kepada aktiviti bakat tersebut.\n\nUntuk mahir dalam sesuatu instrumen alat muzik seperti violin adalah memerlukan pengorbanan selama 10, 000 jam. Satu jangka masa yang lama. Dan kebiasaannya , ia perlu bermula awal. Semakin awal latihan dibuat, semakin mahir dan mencukupi ruang latihan 10,000jam \u00a0tersebut. Kebiasaannya, waktu yang sesuai bermula adalah 3-4 tahun. Jadi, masakan logiknya seorang budak untuk duduk selama 4-5 jam pada usia 3 -4 tahun untuk berlatih bermain violin. Ianya pasti desakan atau dorangan ibubapanya.\n\nBegitu juga dengan siri kejayaan lain pada hari ini.\n\nJika kita pernah terbaca kisah anak-anak Sidek, kita pasti tahu tentang berapa garangnya beliau terhadap anak-anaknya. Desakan yang diberikan untuk mereka menumpu dalam bidang badminton ternyata berbaloi. Cuba bayangkan jika beliau tidak melakukan demikian. Pasti tidak ada Misbun, Jalani, Razif, Rashid yang mengharumkan nama negara dalam arena ini.\n\nPerkara yang sama juga berlaku pada Andy Murray, iaitu antara pemain terkenal tenis pada hari ini. Menurut emaknya, remaja Britain agak pemalas sedikit. Justeru itu mereka perlu didesak. Desakan yang dikenakan terhadap anaknya menyebabkan beliau telah dikecam sebagai ibu yang agresif oleh media Britain. Tetapi jika beliau tidak melakukan demikian, pasti tiada pemain tenis terkenal yang datang daripada Britain. Hanya beliau seorang yang berjaya dilahirkan dalam beberapa tahun ini.\n\nSebenarnya banyak lagi contoh jika kita melihat dan membaca kejayaan orang yang telah berjaya. Banyak di antaranya adalah disebabkan ibu bapa yang memainkan peranan penting di belakangnya.Ianya adalah motivasi diri yang utama.\n\n\u201cChoose the parents, not the kids\u201d\n\nPS : Ada pendapat \u00a0atau komen? Ataupun tips motivasi diri atau idea ingin saya tulis? Komen di bawah. Jika bermanfaat artikel ini, mohon share dan like."
"Semoga tips ini membantu untuk ibu bapa dalam menangani isu anak yang berbohong.\n\nwww.suararakyatindonesia.org\n\nMendengar dan memahami apa sebenarnya di sebalik \u2018ketidak-jujuran\u2019 itu. Membaca riak wajah, memahami apa yang mereka lalui seharian atau mungkin ada hajat yang tidak dipenuhi. Take time and listen.\n\nBila ingin menyalahkan/menghukum mereka, jangan lupa mereka sebenarnya masih kecil. Nilai mereka berdasarkan berapa usia kematangan mereka. Jangan pukul rata, padahal usia yang berbeza mencerminkan tahap perkembangan peribadi yang berbeza.\n\nAnak 3 tahun yang \u2018berbohong\u2019 tak sama nilai kesalahannya dengan anak 13 tahun yang berbohong. Tak logik kedua-duanya kena hukuman yang sama. Ingat! Yang salah ialah perbuatan mereka, it\u2019s the behaviour that was wrong, not the person.\n\nBina hubungan dengan anak anda. Jadikan mereka hormat pada anda sehingga anda menjadi orang \u2018terakhir\u2019 yang dia akan tipu dalam dunia ini. Ibu bapa yang jarang di rumah; bila dirumah asyik menghadap telefon; bila diminta tolong bacakan buku, ajar mengaji susah; semua ini antara sikap yang menghakis hormat anak pada ibubapa.\n\nTunjukkan contoh. Jangan menipu, bercakap bohong, jenaka yang melampau tak kira terhadap anak, isteri, suami atau orang lain. Cuba jujur dalam apa jua keadaan.\n\n\u201cAbi tak bagi sebab kakak dah makan banyak aiskrim tadi, nanti gigi rosak, sakit gigi, tak boleh ke sekolah\u201d lebih baik dari \u2018makanlah lagi nanti Abi letak kakak dalam peti ais!\u201d\n\nUntuk anak yang berusia 7 tahun ke atas, mula didik \u2018responsibility\u2019. \u201cKalau abang buat ini jadi begini, tak buat ini jadi begini\u201d. Bagi mereka faham, apa yang mereka lakukan tak habis disitu sahaja, ada kesan.\n\nSaya ajar anak saya \u2018responsibility\u2019 dengan binatang peliharaan. Bila dia tahu tanggungjawab, dia tahu kesan baik buruk perbuatan dia, dia akan nampak value jujur dalam diri.\n\nKalau tertangkap mereka berbohong, ajar mereka perbaiki sendiri keadaan \u2018kalau tak solat, suruh qadha\u2019 solat depan kita, kalau tak jaga adik, potong waktu bermain.\n\nDisiplin dengan hukuman. Menghukum mereka kerana \u2018berbohong\u2019 boleh mengajar mereka agar tidak mengulang perbuatan. Namun hukuman tidak semestinya fizikal. Boleh jadi tak dapat bintang (system star-chart), kurangkan masa main, duduk sudut bilik (ikut usia \u2013 1 minit untuk satu tahun), jangan bercakap dengannya untuk suatu tempoh, tangguh plan jalan-jalan.\n\nTerangkan kepada mereka mengapa mereka dihukum. Sebelum dan selepas hukuman, brief mereka why do they deserve this. Bagi yang lebih besar, Tanya mereka apa yang mereka dapat bila dihukum.\n\nBe consistent dengan disiplin. Jangan bermusim, memilih, dan tak serius dalam mendisiplinkan anak. Mereka akan dapat mesej bahawa mereka dihukum kerana \u2018mood\u2019 mak ayah, bukan kerana kesalahan.\n\nReward kejujuran mereka. Jangan hanya nak menghukum. Bila mereka jujur, iktiraf kejujuran mereka, puji dan bagi hadiah. Tak semestinya fizikal. Extra play time, extra ice-cream semua dikira. Maklumkan mereka reward ini kerana mereka jujur, kalau tak tak akan dapat.\n\nDidik mereka seawal mungkin dengan Aqidah, Allah maha melihat, syurga, neraka, konsep dosa dan pahala. Guna cerita, hadith, movie, nasyid dan sebagainya. Sedikit demi sedikit dan sentiasa relate semula dengan perilaku seharian mereka.\n\nSaya juga masih balajar dan bertatih dalam pengembaraan mendidik anak ini. Setiap anak dan keluarga berbeza. Apa yang kita lalui menjadi manual yang tersendiri dalam mendidik anak. Apa yang saya kongsikan adalah panduan umum, saya alu-alukan para ibubapa yang berpengalaman berkongsi bersama pengalaman masing-masing dalam ruangan komen.\n\nDari Abdullah bin Mas\u2019ud radhiyallahu \u2018anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda:\n\n\u201cSesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan, dan kebaikan menghantarkan ke dalam syurga. Tidaklah seseorang berbuat jujur hingga Allah mencatatnya sebagai orang yang selalu jujur.\n\nDan berbohong itu membawa kepada kejelekan, dan kejelekan itu menghantarkan ke dalam neraka. Sungguh seseorang terbiasa bohong hingga Allah mencatatnya sebagai seorang pembohong.\u201d\n\n(HR. Bukhari No. 6094, Muslim No. 2607)"
"Setiap wanita pastinya obses dengan berat badan. Kalau boleh setiap kali lepas makan nak naik atas alat penimbang untuk tahu berapa gram berat naik. Kalau yang tengah berdiet makin kritikal keadaannya. Pagi petang siang malam nak timbang berat badan. Namun tahukah anda yang sebenarnya ada cara yang betul untuk menimbang berat badan.\n\nKalau anda tersalah cara, anda takkan dapat berat badan yang betul. Kami sangat tertarik dengan perkongsian Puan Salwa Mohd Saleh yang sangat informatif ini. Anda juga pasti nak tahu apakah tips timbang berat badan yang betul. Kan? Jom baca perkongsian beliau.\n\nMemang la tu. Bila naik je weight scale, nampak angka bertambah, kita salahkan timbang. Rosak, nak buat macam mana kan?\n\nSebenarnya ramai tak tahu, ada cara yang betul untuk timbang berat nih. Kalau betul-betul nak cuba turunkan berat badan, kena pay attention dengan 5 kesilapan utama ni.\n\nTeeet, Waktu ni badan kita dah makan seharian. Memang la berat, Bagi time utk badan digest semua food. Paling optimum waktunya adalah lepas bangun tido, sebelum jam 7 pagi dan sebelum kita amik apa-apa makanan atau minuman.\n\nNo no no no. Badan kita ni memang ada naik turun. Dia bukan macam setiap hari nampak gradually akan berubah. Ada masa kita naik sikit, tapi turun pulak lepas tu. So give some time. Sekali seminggu cukup untuk track. Kalau tak nanti kita akan rasa down sebab berat tak turun.\n\nNi pun aslah ni. Kejap pakai timbang rumah, kejap pakai timbang supermarket, kejap kang pakai timbang tepung. Macam mana la nak konsisten. Pakai satu timbang sahaja!\n\nYang ni pun salah. Kena ukur inci jugak. Kat perut, peha, lengan dan pinggul. Kadang-kadang bila kita buat work out, berat tak turun malah kadang naik. \n\nTapi sebenarnya body kita makin solid. Sebab lemak tukar jadi otot. So inci kurang dengan jayanya. Waktu ni la pakai seluar lama jadi longgar. So jangan hanya tengok pada skala berat sahaja. Ukur juga bentuk badan okeh?\n\n5. Workout tapi tak jaga makan\n\nHalu. 70% of weight loss comes from controlling your diet. Sebab tu ada orang senam macam-macam tapi naik berat sebab lepas senam tu dia makan macam biasa. Contoh, berlari 30 minit akan burn lebih kurang 200 kalori sahaja untuk beginner. \n\nTapi lepas lari tu dia singgah beli Big Mac, 560 kalori. Tak campur fries dan air coke lagi. Rasanya efektif tak? Of course la tak! So jaga makan dulu ye. If you could do that, in sya Allah boleh turun dengan konsisten dan badan sehat sejahtera.\n\n*Bagaimana dengan tips yang dikongsi? Selepas ini bolehlah menimbang dengan cara yang betul."
"Krabi adalah sebuah\u00a0wilayah yang terletak di pinggir pantai\u00a0Laut Andaman, selatan Thailand. Bagi anda yang ingin bercuti ke luar negara dengan bajet yang murah, Krabi salah satu destinasi pilihan ideal untuk anda bercuti. Anda boleh ke sini menggunakan pengangkutan darat. Anda boleh memandu kereta sendiri, atau menaiki bas hamupun kereta api untuk ke Krabi. Krabi terkenal dengan makanan yang lazat dan pulau yang cantik.\u00a0Pasti pengalaman percutian anda di sini menjadi begitu indah, seindah panorama alam semulajadi bakal anda nikmati di Krabi nanti.\n\nThailand memang terkenal dengan urutan dan kehebatan perkhidmatan spa. Tapi, sekiranya anda tidak berniat untuk pergi ke spa, anda juga boleh mendapatkan sauna semulajdi di Klong Thom Hot Spring.\u00a0 Anda boleh berendam di kolam air panas ini, sambil memejamkan mata dan menenangkan minda serta fizikal.\n\nNamun begitu, kawasan kolam ini agak meriah dikunjungi pelancong, oleh itu, anda disarankan untuk datang ke sini sekitar pukul 7.00pagi ke 8.00pagi dan 4.00petang ke 5.00petang untuk menikmati mandian dengan lebih tenang.\n\nKolam air panas ini juga berdekatan dengan Kolam Zamrud, jadi anda boleh singgah ke dua-dua kawasan ini dalam satu perjalanan.\n\nBayaran:\u00a0Dewasa 160 Baht | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 100 Baht\n\nLokasi:\u00a0Ban Bang Khram, Khlong Thom\n\nPantai Railay antara pantai tercantik di Thailand. Pasirnya putih, pemandangan yang cantik dengan tebung batu kapur yang gah di tepi pantai. Pantai ini hanya boleh dikunjungi dengan menaiki bot. Ini kerana, pantai ini dikelilingi dengan tibing-tebing luas yang memisahkan ia dengan tanah besar.\n\nDi samping pemandangan indah untuk anda sekeluarga menjamu mata, bersantai menenangkan fikiran, Railey Beach juga terkenal dengan aktiviti memanjat bukit kerana tebing bukit kapur yang terdapat di sini.\n\nLokasi:\u00a0194/5 Moo 5 | Tambol Saithai, Railay Beach, Krabi Town 81000\n\nSusan Hoi dalam Bahasa Inggeris bermaksud shell cemetery. Ia merupakan tapak fosil iaitu fosil-fosil yang terhasil apabila batu kapur yang datang daripada air pantai menyelaputi kerang, siput dan banyak lagi haiwan marin lain.\n\nUntuk makluman anda, hanya 3 sahaja lokasi sebegini di dunia, iaitu di Jepun, Amerika Syarikat dan Susan Hoi di Thailand.\n\nFosil ini dipercayai berusia 25-40 juta tahun. Ia pastinya satu khazanah purba yang patut anda lihat dengan mata sendiri jika anda ke Krabi.\n\nLokasi: \u00a0Susan Hoi, Ban Laem Pho, Krabi\n\nKoh Panyi\u00a0merupakan sebuah perkampungan di atas air. Majoriti penduduknya adalah nelayan dan Muslim. Di sini anda dapat melihat banyak kedai yang menjual cenderamata dan kedai makan.\n\nMakanan di sini juga sedap-sedap. Sudah namapun perkampungan nelayan, pastinya makanan laut di sini segar-segar.\n\nSelain itu, Koh Panyi juga unik dengan kawasan bermain bola sepaknya yang juga terapung di atas air.\n\nLokasi:\u00a0Ko Panyi Subdistrict, Krabi Town, Thailand\n\nPasar malam adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi bila melancong ke tempat orang. Di pasar malamlah, anda boleh penduduk tempatan, barang-barangan tempatan serta makanan tempatan. Begitu juga di Krabi.\n\nPasar Malam Krabi terdapat lebih 70 gerai makanan selain gerai cenderahati tempatan. Kadang kala, terdapat juga persembahan dari kanak-kanak di pasar ini untuk mereka mengumpul dana untuk sekolah atau persatuan mereka.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Jumaat \u2013 Ahad (5.00petang \u2013 10.00malam)\n\nLokasi:\u00a0Soi 10, Maharat Road | Berhadapan City Hotel, Krabi Town\n\nAntara pakej lawatan yang sering diambil oleh para pelancong adalah lawatan ke 4 buah pulau, iaitu Pulau Tup, Gua Phra Nang, Pulau Ayam dan Pulau Poda.\n\nAnda akan dibawa menaiki bot dan singgah di setiap pulau ini. Di pulau itu nanti, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling sambil menghayati panorama indah di kepulauan.\n\nLokasi:\u00a0437/1 Moo 1, Saladan Village, Koh Lanta, Krabi, Thailand 81150\n\nKoh Lanta terdiri daripada beberapa buah pulau, namun yang paling terkenal adalah Koh Lanta Yai. Ia merupakan sebuah pulau kecil yang menjangkau 20km dari hujung ke hujung. Koh Lanta Yai memiliki air laut yang tenang dan pemandangan yang begitu mengasyikkan. Di sini anda boleh menyelam untuk melihat panorama dalam air yang agak jelas. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak di kawasan paya bakau yang terdapat berdekatan pulau.\n\nLokasi:\u00a0Ko Lanta District, Krabi, Thailand\n\nKeunikan Koh Klang adalah ia tidak seperti pulau lain yang dihiasi cantic dengan pesisir pantai yang putih. Tetapi, Koh Klang adalah sebuah pulau untuk menangkap ikan dan dihuni oleh hampir 5,000 orang tempatan yang menjalani kehidupan yang sederhana.\n\nKebanyakan penduduk tempatan di pulau ini adalah Muslim. Sebahagian besar kawasan tanah di pulau ini ditanami dengan sawah padi dan kereta pula tidak dibenarkan sama sekali digunakan di sini.\n\nLokasi:\u00a0Ko Klang Khlong Prasong, Mueang Krabi District, Krabi 81000\n\nWareerak Hot Spring Spa terletak di tengah alam rimba yang jauh dari kesibukan kota. Rawatan spa di sini bukan sahaja dapat melegakan badan, malah menenangkan fikiran anda. Sekiranya anda mendapatkan rawatan spa penuh yang ditawarkan Wareerak, anda akan menerima urutan Thai satu badan yang cukup memuaskan.\n\nDi samping itu, anda juga akan disajikan dengan makanan tengahari yang organik dan menyelerakan. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan mengikut harga tertentu. Anda boleh memilih pakej yang berkenan di hati dan sesuai dengan bajet anda. Yang pasti, servis yang dtawarkan pasti memuaskan dan tidak mengecewakan anda.\n\nLokasi:\u00a018 Moo 7 | Khlong Tom Nua Subdistrict, Khlong Thom 81120\n\nBagi pencinta sejarah, pasti lawatan ke muzium adalah satu kewajipan apabila melawat ke mana-mana kawasan. Muzium ini terletak berdekatan dengan tokong Wat Khlong Thom. Ia menempatkan artifak-artifak yang telah ditemui sewaktu aktiviti ekskavasi dilakukan di belakang kompleks tokong Wat Khlong Thom.\n\nAntara yang dipamerkan di sini adalah manik, perhiasan batu, bermacam peralatan gangsa, duit syiling Roman, seramik dan lain-lain lagi. Penemuan artifak-artifak ini menunjukkan bahawa telah wujudnya penempatan awal di kawasan sekitar sejak abad ke-4 hingga ke-9.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (8.30pagi \u2013 4.30petang)\n\nKepulauan Phi Phi menjadi terkenal setelah beberapa filem disunting di pulau ini. Terdapat 6 buah pulau di sini, namun yang agak popular hanya 2, iaitu Phi Phi Don dan Phi Phi Leh.\n\nPhi Phi yang dikatakan berasal daripada perkataan bahasa melayu yang bermaksud api-api. Pulau ini dinamakan demikian kerana pokok api-api yang terdapat banyak di sekitar pulau.\n\nPhi Phi Don sering dikunjungi pelancong kerana pulau ini dihuni oleh penduduk tempatan. Pulau ini agak sibuk kerana ramai orang di sini. Jika anda ingin provasi, anda boleh berkunjung ke Phi Phi Leh. Panorama di pulau ini sangat cantik dan mendamaikan.\n\nTon Pariwat Wildlife Sanctuary merupakan salah satu tempat menarik di Krabi yang terletak di Song Phraek dan meliputi kawasan rimba yang berkeluasan 100,000 hektar. Hutan simpan ini menyediakan laluan berjalan kaki sepanjang 2km.\n\nDi sepanjang perjalanan, anda berpeluang menyaksikan bunga Rafflesia dengan lebih dekat, yang juga merupakan bunga eksotik yang terbesar di dunia. Kebiasaannya bunga ini berkembang pada akhir musim hujan dalam bulan Oktober.\n\nDi samping bunga ini, sepanjang perjalanan ijuga anda akan dapat melihat\u00a0 kawasan-kawasan memerhati burung, jadi jangan lupa untuk membawa teropong jika ke sini.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (8.00pagi \u2013 5.00petang)\n\nLokasi:\u00a0Song Phraek, Muang Phangnga, Phang Nga 82000\n\n13) Mu Koh Lanta Marine National Park\n\nMu Koh Lanta Marine National Park adalah taman negara yang meliputi beberapa buah pulau dengan keluasan 134 km persegi. Pulau yang terbesar di dalam taman negara ini adalah Ko Lanta Yai dan Ko Lanta Noi. Tarikan utama di taman negara ini adalah pesisir pantai yang putih serta gua-gua yang indah.\n\nPulau-pulau di sekitar Laut Andaman ini juga sangat popular bagi penyelam skuba. Walau bagaimanapun, beberapa pulau kecil di taman negara ini ditutup daripada sebarang aktiviti pelancongan pada musim hujan dari 16 Mei hingga 21 Oktober setiap tahun.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap hari (8.00pagi \u2013 6.00petang)\n\nBayaran:\u00a0Dewasa 200 Baht | Kanak-kanak 100 Baht\n\n14) Thung Teao Forest Natural Park\n\nThung Teao Forest Natural Park merupakan hutan dara yang tidak pernah dikacau oleh tangan manusia untuk sebarang bentuk pembangunan, pembalakan dan lain-lain. Ia kaya dengan flora dan fauna yang cantic dan unik.\n\nUntuk meneroka kawasan rimba ini anda perlu menggunakan laluan semulajadi sekitar 2.7 km. Apa yang menarik di dalam hutan ini adalah air terjunnya dan kolam kristalnya. Dinamakan kolam kristal kerana airnya yang begitu jernih. Yang bestnya lagi, air kolam ini agak suam, memang nikmatlah bermandi-manda di sini!\n\nBayaran:\u00a0Dewasa 200 Baht | Kanak-kanak 100 Baht\n\nLokasi:\u00a0Thung Teao Forest Natural Park, Khao Pra-Bang Khram | Berdekatan Bang Teao Village\n\nJika destinasi lain di Krabi adalah untuk anda menikmati alam semula jadi yang memukau keindahannya, tetapi di Pekan Krabi, ia adalah tempat untuk anda membeli-belah. Jika anda ingin membeli cenderahati untuk di bawa pulang, anda boleh dapatkannya di Pekan Krabi, kerana harganya lebih murah berbanding di Ao Nang Beach.\n\nDi sini juga terdapat arca ketam yang menjadi simbolik kepada Krabi. Anda bolehlah bergambar kenangan bersama si ketam Krabi ini.\n\nPasir di Phra Nang Beach sangat halus dan lembut sahaja. Sangat nikmat apabila kaki menjejak persisir pasir ini untuk berjalan-jalan di sepanjang 450 meter pantai ini. Air lautnya juga cukup tenang untuk anda sekeluarga bermandi-manda. Di samping itu, di sini juga anda boleh bersnorkeling untuk melihat batu-batu karang indah yang terdapat di dalam di lautan.\n\nNoser Parker\u2019s Elephant Camp merupakan salah satu daripada kem trek gajah yang terkenal di Thailand. Anda boleh manfaatkan peluang ini untuk menaiki gajah serta melihat keindahan alam semulajadi di sekitar kawasan kem. Anda bukan sahaja akan jungle trekking bersama gajah, tetapi anda juga akan dibawa melalui air sungai bersama gajah. Pastinya pengalaman ini suatu pengalaman mahal dan terindah buat anda kerana bukan selalu dapat pengalaman sebegini.\n\nBayaran: Dewasa 800 Baht | Kanak-kanak 400 Baht\n\nLokasi:\u00a019 Krabi Road, Krabi Town 81000\n\nSongprak River terkenal dengan aktiviti water rafting. Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak, destinasi ini wajib anda lawati sekiranya bercuti di Krabi. Lebih menarik, setelah anda puas mengharung jeram dengan aktiviti water rafting, anda boleh sambung aktiviti menunggang ATV menyusuri hutan pula. Pakej lengkap bagi anda yang sukakan aktiviti lasak.\n\nBagi anda yang inginkan aktiviti air tetapi tidak mahu yang terlalu lasak seperti water rafting, anda boleh pilih untuk melakukan aktiviti berkayak di Ao Thalane. Ao Thalane adalah sebuah teluk yang pantainya berlumpur dan ditumbuhi dengan pokok bakau. Ia juga merupakan antara kawasan hutan bakau tercantik di Thailand.\n\nAo Thalane menempatkan perkampungan nelayan yang tenang. Ia sangat sesuai untuk anda menyaksikan satu kelainan pemandangan Krabi dengan berkayak menyusuri ke\u00a0serokan, lagun dan hutan bakau.\n\nLokasi:\u00a0Khao Thong subdistrict, Krabi Town\n\nAnda bukan sahaja boleh berkayak dan water rafting di Krabi, malah aktiviti mendaki bukit juga ada di sini. Khao Ngon Nak yang bermaksud Gunung Jambul Naga pasti memberikan anda pengalaman pendakian yang menarik. Pendakian bukit ini agak mencabar, namun anda akan sentiasa ditemani dengan keindahan flora dan fauna yang indah dan agak eksotik. Perjalanan untuk menuju ke puncak bukit yang berketinggian 565 meter dari aras laut ini mengambil masa sekitar 2 jam.\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Krabi yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Satu lagi resepi makan waktu siang yang menyelerakan dan berlinang air liur. Resepi sambal udang petai yang amat menyelerakan akan kami hadirkan untuk anda.\n\nPenyediaan hidangan ini amat mudah. Udang digoreng separa masak di mana petai tidak perlu digoreng melainkan terus dimasukkan mentah sahaja. Jika anda suka petai dengan kulit, boleh terus masukkan dengan kulit, tapi kulit mesti dikikis terlebih dulu supaya petai tidak keras.\n\nTengok gambar memang menyelerakan sungguh bukan? Makan udang petai dengan nasi putih panas-panas. Boleh juga dimakan dengan nasi lemak, mee goreng dan bihun goreng.\n\nResepi udang petai berselera dikongsikan oleh Ekin OmAr\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sambal udang petai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ini adalah peribahasa yang bermaksud baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya. Jadi, jika ibu bapa menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak, maka anak tersebut akan ikut tingkah ibu bapanya.\n\nHanya dengan kata-kata sahaja tidak dapat mendidik anak dengan sempurna. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh dengan perbuatan bukan dengan kata-kata. Sebelum mempunyai anak, ibu bapa perlu perbaiki diri untuk jadi ibu bapa yang baik. \n\nJadi, penting untuk tahu ilmu parenting yang bagus. Apakah ilmu-ilmu tersebut? \n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai ibu bapa wajib belajar ilmu parenting untuk didi anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq. \n\n7 Ilmu parenting, ibu bapa perlu tahu\n\n\u2714\ufe0f\u00a0Ilmu didik Tauhidic Mindset pada anak\n\nMasa anak berumur 7 tahun ke bawah sewaktu Critical Thinking nya belum terbentuk secara sempurnalah waktu terbaik untuk didik anak tentang Allah, Nabi, syurga neraka dan semua hal yang berkaitan agama.\n\nSupaya apa yang kita ajar tu akan terus masuk ke dalam diri mereka dan menjadi pegangan hidup anak anak kita seumur hidup mereka. Anak seperti kain putih, kitalah yang mencorak kepercayaan ( belief system ) mereka.\n\nBagaimana nak didik anak kalau emosi kita sendiri kacau bilau. Anak anak mungkin boleh taat ketika kita menengking dan mendidik mereka dengan emosi yang tidak stabil tetapi mereka mentaati kita kerana FEAR, bukan kerana RESPECT.\n\nDi situlah nanti juga akan timbulnya reaksi 3F pada anak kita yang ditekan dengan amarah kita. Fear, Flight ataupun Freeze. 3F ni boleh membantutkan perkembangan anak kita!\n\nKetika anak Tantrum meraung meraung di dalam Mall bagaimana cara untuk urus mereka? Ketika anak kita meltdown di tengah keramaian manusia, bagaimana untuk hadapi mereka?\n\nTanpa ilmu kawal emosi anak, kita mungkin akan menggunakan kekerasan dan tengkingan untuk mendiamkan mereka. Padahal cara itu mungkin meninggalkan trauma pada anak anak kita jika salah caranya.\n\nKadang kadang kita terlalu mengejar skor peperiksaan anak padahal mungkin ianya tak realistik dengan perkembangan anak.\n\nKita taknak anak kita boleh dapat capai apa yang kita nak tetapi sebenarnya ia tak sesuai dengan fitrah perkembangan anak. Mungkin terlalu cepat atau terlalu lambat ke. Hanya dengan belajar fasa perkembangan anak kita la kita dapat tahu apa sebenarnya yang anak kita perlukan pada umur mereka sekarang.\n\nMengikut kajian, penyumbang kejayaan anak anak kita banyak dipengaruhi oleh EQ sebenarnya dibandingkan IQ semata mata.\n\nEQ ni adalah kecerdasan emosi. Anak yang cerdas emosinya akan mampu mempengaruhi, memujuk, bernegosiasai dan menguasai orang lain. Kebanyakan jutawan dan orang yang duduk di jawatan penting kerajaan ataupun swasta adalah orang yang hebat EQ nya. Bukan sekadar hebat IQ nya.\n\nZaman sekarang ni sangat ramai anak yang bijak tetapi kurang adab. Terutamanya adab bila bergaul dan berkomunikasi.\n\nMak ayah kena peka untuk didik ilmu adab pada anak ni sebab kita taknak anak kita hebat di pentas peperiksaan tetapi gagal di pentas kehidupan.\n\nSebab tu lah kita kena labur duit pada ilmu parenting ni demi masa depan anak anak. Pergilah cari seminar ke ebook ke buku ke atau kelas kelas parenting.\n\nKita labur pada emas dan rumah, kita akan dapat duit tetapi bila kita labur pada anak anak kita akan dapat kepuasan dan kebahagiaan yang sebenarnya yang takkan dapat dibeli oleh mana mana harta sekalipun!\n\n*Hanya 7 ilmu ini sahaja yang perlu diketahui oleh ibu bapa. Ini adalah asas untuk jadi ibu bapa yang baik di mata anak-anak. Insyaallah, jika kita amalkan ilmu-ilmu ini, anak akan mengikutinya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anda pernah cuba resepi kari ayam minang? Tak pernah dengar? Jangan risau. Hari ini kami akan berkongsi resepi yang memang dijamin meletop!\n\nMasakan Minang ini memang terkenal dengan kepedasannya. Kalau anda berani dan tahan pedas, cubalah sendiri. Baru anda tahu pedas atau tak pedas.\n\nAsal tanya anak anak, ayam nak masak kari ke or kari minang? Jawapan dia orang mesti kari minang. Sebab kari minang ni lebih pedas dan wangi dengan aroma daun limau purut. Memang pebret anak anak akak.\n\nOk. Kat sini akak share resepi cara akak dan citarasa akak kalau ada yang rasa nak cuba. Silakan. Kalau rasa tak kena dengan cara, abaikan ya\n\nNota : Mesin semua bahan ni\n\nSelain resepi kari ayam minang, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Anda belum pernah melancong ke Brunei? Kalau belum, mungkin tiba masanya untuk anda masukkan Brunei sebagai salah satu destinasi pelancongan idaman. Percayalah, di Brunei terdapat banyak tempat yang menarik. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Brunei yang pasti buatkan anda teruja.\n\nKampong Ayer merupakan kawasan penempatan awal di Brunei . Ia telah wujud sejak 1300 \u00a0tahun yang lalu. Kampung ini juga dahulunya merupakan kawasan yang penting dalam aktiviti perdagangan di Kepulauan Borneo. Kini, Kampong Ayer adalah kawasan tradisional yang masih kekal di Brunei. Setibanya anda di sini , anda dapat melihat rumah-rumah yang dibina di atas air, satu pemandangan yang agak unik untuk disaksikan.\n\n2. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin\n\nAnda pernah melawat masjid yang kubahnya diperbuat daripada emas tulen? Kalau belum, sila lawati Masjid Sultan Omar Ali Saifudin. Dengan ketinggian 171 kaki, masjid ini dapat dilihat dari mana-mana pelusuk Bandar Seri Begawan. Kubahnya yang kuning keemasan akan bersinar-sinar dipanah cahaya matahari.\n\nMasjid ini dibina di tepi \u00a0Sungai Brunei dan dikelilingi oleh taman bunga yang indah. Rekaan dalaman masjid ini tak kurang hebatnya kerana hampir kesemua material yang digunakan dalam pembinaan masjid ini didatangkan daripada luar negara. Chandelier kristalnya datang dari England, lantai marmarnya diimport dari Itali dan karpetnya pula dari Arab Saudi. Teringin melihat semua ini di depan mata sendiri? Tunggu apa lagi? Melanconglah ke Brunei.\n\nAnda suka jalan jalan cari makan? Inilah dia lokasi yang mesti anda lawati.\u00a0 Pasar Malam Gadong\u00a0 cukup meriah dengan pelbagai jenis gerai menjual bermacam-macam jenis makanan. Barbeku, grill, kuih-muih, takoyaki, buah-buahan, minuman, sampai tak tahu nak beli yang mana satu.\n\nKalau anda tak dapat nak buat pilihan, beli je semua yang menarik hati kerana harga makanan di sini tersangatlah murah,. Kebanyakannya sekitar B$1 \u2013 B$4 sahaja. Tempat makan juga disediakan kalau anda dah tak sabar nak merasa. Yang menariknya lagi, Pasar Malam Gadong ini boleh dikatakan antara pasar malam yang terbersih di Asia Tenggara. Lagilah berselera anda nak membeli-belah!\n\nBagi warga kota yang merindukan aktiviti urban, bolehlah singgah ke Plaza Sutera Biru yang menempatkan\u00a0 2 buah pawagam, permainan arked, tempat bermain bowling dan juga restoran. Tidaklah segempak pusat membeli-belah di kotaraya lain, tapi sekurang-kurangnya dapatlah juga merasa pengalaman memasuki shopping mall di negara Brunei.\n\nHutan Simpan Labi merupakan salah satu daripada tarikan alam semulajadi yang terdapat di Brunei. Anda boleh nikmati sungai yang mengalir tenang, kolam-kolam semulajadi untuk bermandi-manda dan juga pokok-pokok di sekitar yang menyejukkan pandangan mata. Sekiranya anda datang ke sini pada waktu malam, anda mungkin akan menjumpai cendawan yang bercahaya, flora yang cukup unik!\n\nShopping dah, makan pun sudah, nak buat apa lagi? Apa lagi kalau bukan berseronok sepuasnya di Jerudong Park! Barulah hebat percutian anda. Antara tarikan menarik yang terdapat di Jerudong Park adalah ferris wheel yang mana anda dapat melihat kawasan sekitar taman seluas pemandangan, roller coaster yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur, bot pedal yang membawa anda mengelilingi sekitar tasik di Jerudong Park, carousel, bumper car, waterpark dan banyak lagi! Ceriakanlah percutian anak-anak anda ke Brunei dengan membawa mereka ke sini.\n\nRoyal Regalia Building ataupun Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja yang terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan ini menempatkan pelbagai replika diraja yang termasuklah mahkota-mahkota, pakaian dan banyak lagi. Di samping itu, terdapat juga pameran pemberian berharga yang telah diberikan kepada kerajaan Brunei. Terdapat barangan kristal, perak dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan mengambil gambar di sini.\n\nMalay Technology Museum ini terbahagi kepada 3 bahagian pameran iaitu Water Village Traditional House Gallery, Water Village Traditional Technology Gallery dan Inland Traditional Technology Gallery.\n\nDi Water Village Traditional House Gallery, anda dapat melihat bagaimana struktur rumah di kawasan penempatan awal iaitu Kampung Ayer dibina. Sementara di Water Village Traditional Technology Gallery\u00a0 pula anda akan dapat melihat pembuatan atap, bot dan banyak lagi oleh masyarakat setempat.\n\nAkhir sekali di Inland Traditional Technology Gallery pula anda dapat melihat pameran pondok-pondok untuk suku kaum berbeza dan banyak lagi pameran lain yang menarik. Agak banyak yang dapat anda pelajari di muzium ini tentang sejarah awal Brunei sebelum menjadi antara negara yang terkaya di dunia.\n\nMasjid Hassanal Bolkiah\u00a0 merupakan salah satu daripada 2 buah masjid negara di Brunei. Masjid yang dibina pada tahun 1992 ini memiliki 29 buah kubah yang menyilau keemasan terutama apabila tiba waktu malam. Boleh memuatkan 5000 jemaah pada satu-satu masa, masjid ini merupakan yang terbesar di negara ini. Bukan sahaja memiliki rekabentuk luaran yang mengujakan, dalaman masjid ini juga agak mewah, lengkap dengan eskalator khas untuk kegunaan sultan.\n\nDibina pada tahun 1991, Billionth Barrel Monument merupakan sebuah mercu tanda yang terletak di Seria. Untuk ke sini, memakan masa sekitar 1 jam perjalanan dari pusat bandar. Monumen ini dibina untuk melambangkan kejayaan Brunei sebagai antara negara pengeluar minyak yang terkaya di dunia. Dah sampai ke Brunei, kalau tidak singgah ke kawasan monumen penting, tak sempurna rasanya perjalanan.\n\nSudah sampai ke Brunei, pastinya tempat pertama yang tak sabar untuk anda lihat adalah istana gah ini yang dinamakan Istana Nurul Iman. Bukanlah istana yang biasa, Istana Nurul Iman ini tersenarai di dalam Guinness Book of Records sebagai istana kediaman raja yang terbesar di dunia.\n\nTerletak berdekatan dengan Sungai Brunei, istana yang berkubah emas ini dapat dilihat dengan jelas dari Taman Persiaran Damuan. Anda juga dapat melihat kemegahan istana ini dengan menaiki bot menyelusuri Sungai Brunei. Rekaan dalaman istana ini pula telah dihasilkan oleh Khuan Chew yang juga terlibat dalam pembinaan Burj Al Arab di Dubai.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Brunei yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Menarik kan? Apa lagi, jom kita ke brunei.\n\nAnda suka tempat menarik di Brunei yang dikongsikan? Ada tempat cadangan lain patut kami kongsikan? Selain tempat di atas, kami juga ada menulis tempat menarik yang lain. Jemput baca. Jangan lupa share dan like artikel ini ya."
"Mahu menegur kesalahan orang lain pun ada caranya, jom ketahui bagaimana. Cara teguran dalam Islam terutamanya cara menasihati rakan. \n\nDari hadis riwayat Muslim, suatu hari, datang seorang Badwi, lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat menggertaknya. Namun, Nabi SAW bersabda,\n\n\u201cJanganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.\u201d\n\nPara sahabat kembali bertenang dan membiarkan orang itu menyelesaikan hajatnya. Selepas itu, Nabi SAW menasihati Badwi itu,\n\n\u201cSesungguhnya, masjid ini tidak boleh dicemari dengan sebarang najis dan kekotoran. Masjid adalah tempat untuk berzikir, solat dan membaca al-Quran.\u201d Sejurus itu, Nabi SAW memerintahkan seseorang mengambil sebaldi air dan menyiram najis tersebut.\n\nJika kita teliti, betapa berhikmah,berhati-hati tetapi tegas adalah cara Rasulullah SAW menasihati orang Arab Badwi itu, walaupun tindakannya itu jelas tidak bersopan dan wajar dihukum. Cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW inilah perlu kita ikuti agar nasihat tersebut lebih masuk ke hati dan seseorang itu tidak akan mengulangi kesalahan sama lagi.\n\nNamun begitu, Islam juga turut menggariskan beberapa lagi cara sebagai teguran yang tidak menyinggung tetapi berkesan untuk mengubah kesilapan seseorang. Antaranya ialah:\n\nDari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khattab RA, ia berkata :\n\n\u201cAku mendengar Rasulullah SAW bersabda: \u201cSegala amal itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan apa yang diniatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ditujunya.\u201d\n\nSelaras dengan hadis ini, setiap perbuatan perlu mempunyai niat yang betul. Barulah pekerjaan itu lebih diberkati. Begitu juga dalam aspek memberi nasihat. Hendaklah nasihat itu berdasarkan keinginan untuk mengubah seseorang supaya menjadi lebih baik, bukanlah kerana mahu menonjolkan bahawa diri sendiri lebih baik mahupun kerana cemburu serta iri atau sebab-sebab negatif yang lain.\n\nSebelum menegur seseorang, kenal pasti dahulu golongan yang bakal ditegur itu. Ini kerana cara untuk menegur ahli keluarga dan rakan sekerja pastinya berbeza dari segi pendekatan ataupun percakapan.\n\nBegitu juga dalam menasihati pemimpin, sama ada pemimpin pemerintah atau pemimpin agama tetaplah ada caranya yang tersendiri. Teguran untuk ulama juga, agar mereka menegakkan kebenaran, menghapuskan kejahatan dan menyampaikan ilmu dengan cara terbaik.\n\nDalam menegur pemimpin perlulah mengikut saranan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:\n\n\u201cSesiapa yang hendak menasihati sultan (penguasa) tentang sesuatu perkara maka janganlah dia melaksanakannya secara terang-terangan, tetapi hendaklah dia mengambil tangannya, lalu duduk bersunyian dengannya. Jika dia menerima nasihatnya maka itulah sememangnya dan jika tidak, dia telah pun menunaikan kewajipannya terhadapnya.\u201d \n\nMenggunakan Bahasa Dan Suara Yang Lembut\n\nElak menggunakan bahasa yang kasar dan nada suara yang angkuh dan tinggi. Tujuan kita adalah untuk menegur kesalahan orang, bukannya mahu menunjukkan bahawa diri kita lebih hebat dan baik\n\nDengan cara ini dikhuatiri pesalah tersebut tidak mahu peduli dan terus menerus melakukan kesalahannya. Jadi nasihati dengan bahasa dan nada yang lemah lembut. Paling penting adalah mengekalkan adab dan budi bahasa. Apabila kena dengan caranya pasti teguran juga akan diterima dengan baik dan berkesan.\n\n\u201cMaka kamu katakan kepadanya kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia beringat (sedar) atau takut (kepada Tuhan)\u201d\n\nSelain itu, kawallah emosi agar\u00a0 tidak menguasai diri semasa menegur kesilapan orang lain.\n\nSebelum menegur seseorang, pilihlah tempat yang sesuai. Menegur di hadapan orang ramai walaupun dalam kalangan ahli keluarga, akan membuat seseorang berasa malu dan berasa diabkan. Sebaiknya, pilih tempat yang tertutup atau ketika dia bersendirian. Ingat, kita hanya mahu membaiki kesalahannya, bukan mahu membuka atau mendedahkan aibnya.\n\n\u201cSesiapa yang menegur saudaranya secara sembunyi-sembunyi maka dia benar-benar telah menasihatinya dan menjaga aibnya. Namun, sesiapa yang menegurnya secara terang-terangan maka sesungguhnya dia telah memalukannya dan membuka aibnya.\u201d\n\nBukan semua orang mudah menerima teguran dan mengakui kesilapan, apatah lagi jika cara teguran tersebut keras dan kasar. Maka, mulakan dengan memuji perkara baik dan elok yang telah dilakukan oleh individu tersebut. Selepas itu, barulah ditegur apa-apa yang salah. Kaedah ini bagi menaikkan semangat, dan secara tidak langsung mengurangkan rasa bersalah dan malu.\n\nKita perlu bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Boleh jadi, dia tidak mengetahui perkara yang dilakukannya itu salah ataupun kesilapannya itu adalah tidak sengaja. Firman Allah SWT:\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.\u201d \n\nSetiap manusia pasti melakukan kesilapan. Janganlah kerana satu kesalahan, memadamkan semua perbuatan baik yang dilakukannya. Dengan itu bersangka baiklah terlebih dahulu dan bersikap terbuka dalam menegur apa-apa kesilapan sekalipun.\n\nPenutup: Budaya saling menegur dan menasihati perlu diteruskan dalam masyarakat.\n\nAdalah tidak bagus untuk dibiarkan kesalahan dan kesilapan terus dilakukan begitu sahaja. Jadi dalam menegur, gunakanlah kaedah yang menyenangkan namun ada ketegasannya. Cara teguran dalam Islam.\n\nSifat ini menunjukkan kesungguhan untuk menegur dan mengelak kesalahan sama berulang lagi. Semoga dengan cara ini, keharmonian sesuatu hubungan terus berkekalan dan hidup akan dirahmati Allah dunia dan akhirat. Amin."
"Harum semerbak bau chocolate chips cookies nih. Ada ke yang suka makan cookies nih sampai tak paling kiri kanan? Sedap sangat lah katakan? Tapi sekarang nih dah tak perlu dah nak ke Famous Amos semata-mata nak makan chocholate chips cookies nih. Boleh jer cuba buat sendiri kat rumah.\n\nKalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Chocolate Chips Cookies nih agak popular juga di kalangan orang muda sekarang. Selain dijadikan snack, cookies ini juga dijadikan sebagai doorgift untuk majlis-majlis tunang, akd nikah, kahwin dan sebagainya. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan cookies, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Untung kan?\n\nResepi daripada\u200e\u00a0Fendi Islam\u200e\u00a0ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat Famous Amos. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.\n\nP/s: nak tambah kacang pun boleh. 1/2 cawan dan chocolate chips better disejukkan dulu dalam peti ais.\n\nMasa: 20-25 minit\u00a0Suhu: 160-170 C\u2019 (bergantung oven)Api: Atas BawahKipas: ON(Standard home oven)\n\nMudahkan? Hanya campur-campur dan bakar. Dah siap. Selamat mencuba resepi Cookies. Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama yang tersayang."
"Artikel ini akan membawa dimensi pemikiran anda menjangkaui jauh daripada yang biasa. Berkongsi tips menjadi lebih positif. Pemikiran positif yang baru ini bermula dengan dua soalan yang sangat mudah. Soalan yang pertama ialah: \u201cBagaimana setiap kejadian yang menimpa saya boleh menjadikan saya lebih baik daripada sebelum ini?\u201d.\n\nFikirkan secara mendalam terhadap soalan ini supaya anda dapat memberikan jawapan yang lebih jujur dan tulus. Soalan yang kedua sedikit sukar kerana perlukan kejujuran sepenuhnya daripada anda untuk menjawabnya. Soalan tersebut ialah: \u201cMampukah saya menerima kejadian tersebut dengan hati yang terbuka?\u201d\n\nCari masa untuk duduk berseorangan ditempat yang tenang dan mulalah bermeditasi. Bercakap dengan diri anda sendiri, \u201csetiap perkara yang berlaku kepada saya pasti ada sebabnya dan Tuhan bukan suka-suka memberikan ujian ini kepada saya, pasti ada sesuatu yang baik disebalik semua ujian ini\u201d. Bayangkan seseorang memberitahu anda bahawa \u201csetiap perkara yang berlaku, walaupun ia menyakitkan dan menyukarkan, akhirnya akan memberi kebahagiaan dipenghujung nanti\u201d. Cuba anda bayangkan perasaan anda tentang \u2018berita baik\u2019 tersebut? Gembira? Kemungkinan besar anda akan menjadi lebih ceria dan bersemangat akhirnya.\n\nIa sebenarnya suatu teknik motivasi untuk diri sendiri. Anda bercakap mengenai perkara-perkara positif kepada diri anda sendiri supaya anda lebih yakin untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Bayangkan jika anda mendengar \u2018berita baik\u2019 ini setiap hari. Sudah pasti ia akan mengurangkan beban perasaan yang anda alami sebelum ini. Ia akan membantu anda untuk berfikir dan bertindak secara lebih matang apabila sesuatu yang tidak baik menimpa diri anda. Ia menjadikan diri anda lebih bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran dan rintangan dalam hidup. Jika anda masih ragu-ragu untuk berfikiran positif ketika musibah melanda, ambil masa seketika untuk kosongkan fikiran anda dan bermeditasi mengenainya sekali lagi.\n\nAnda pastinya biasa mendengar ayat ini diucapkan, \u201clakukan yang terbaik\u201d yang mana membawa maksud kita haruslah buat sesuatu itu dengan penuh komited. Tetapi pemikiran yang kita bincangkan ini bukanlah berkait terus dengan ayat tersebut. Pemikiran ini sebenarnya ingin mengajar anda memahami bahawa terdapat perkara atau kejadian yang lebih buruk boleh terjadi berbanding apa yang anda sedang alami kini. Jadi ia ingin membantu anda merasakan diri anda masih lagi bernasib baik walaupun ditimpa sesuatu musibah.\n\nJadi, ketika anda ditimpa sesuatu dan anda ingin mula bermeditasi, fikirkan tentang \u2018berita baik\u2019 tersebut dan tanya kepada diri anda bukankah saya sebenarnya agak bernasib baik? Jika anda boleh mengaplikasikan teknik pemikiran ini, anda pasti akan dapat menangani sebarang musibah yang menimpa diri anda dengan tenang. Anda akhirnya akan dapat memahami bahawa sesuatu perkara yang berlaku itu ada sebabnya.\n\nBila sesuatu perkara merungsingkan pemikiran anda, ambil masa untuk bermeditasi sebentar untuk fikirkan perkara-perkara positif yang anda bakal kecapi daripada sesuatu kejadian tersebut. Ia akan membantu anda untuk mengatur langkah yang betul dan membuat keputusan yang terbaik. Mengamalkan meditasi sebenarnya lebih baik daripada mengambil ubat-ubatan dan anda pasti akan terkejut betapa ia sebenarnya dapat membantu diri anda."
"Sesiapa yang ingin cuba, kami ada resepi colek lada yang serbaguna. Colek air lada sedap sangat dicicah dengan pelbagai aneka makanan seperti tauhu goreng, keropok, cekodok sayur, begedil, dan banyak lagi.\n\nAlangkah sedapnya petang-petang dapat kudap-kudap keropok, cekodok, cicah dengan colek air lada. Colek air lada rasanya pedas-pedas dan manis sedikit. Sekali makan kudapan cicah colek air lada mesti bertambah-tambah makan.\n\nCara buat colek air lada pula amat mudah. Afy AL Habibi di laman Facebook turut berkongsikan resepi yang ringkas. Selamat mencuba.\n\nSelain colek air lada, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Anda mengalami sakit kulit seperti ekzema, kudis, kurap, kayap, dan bisul? Dah jenuh makan ubat tapi masih tak berkesan? Jom kami kongsikan 18 petua hilangkan penyakit kulit secara tradisional yang dijamin berkesan.\n\nSekiranya ada masalah gatal pada kulit, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal.\n\nBagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang gatal. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi.\n\n3. Daun rambutan & limau nipis\n\nDaun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit yang gatal. Caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati.\n\nAloe vera semakin mendapat perhatian yang meluas di Malaysia terutamanya apabila pelbagai khasiatnya ditemui. Aloe vera dikatakan kaya dengan bahan anti-keradangan dan penyembuhan selain dari memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal. Sekiranya anda mempunyai penyakit kulit dan kegatalan, sapukan gel aloe vera untuk kelegaan.\n\nAda cara mudah untuk menghilangkan kegatalan. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air.\u00a0Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal hilang dari tubuh anda.\n\n6. Daun kunyit, daun asam jawa & daun semalu\n\nAmbil daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman (semalu). Tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam. Kemudian disapu pada tempat gatal. Insya Allah.\n\nCampurkan 1 1/2 cawan baking soda ke dalam 12 liter air. Gunakan kain kapas yang bersih untuk menyapu campuran baking soda itu pada kulit yang gatal untuk kelegaan yang cepat.\n\nMinyak zaitun juga merupakan antara minyak semulajadi yang kaya dengan omega-3 yang boleh mengurangkan keradangan. Cuba sapukan minyak zaitun yang bersuhu agak suam keatas kawasan yang gatal. Sekiranya kegatalan menjangkiti kawasan kulit kepala, cuba sapukan sedikit minyak zaitun semasa mandi untuk membuang sel kulit mati dan melembutkan kulit. Amalkan minyak zaitun dalam diet seharian anda boleh membantu menyembuhkan kulit dari dalam.\n\n9. Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV)\n\nRamai sudah mengetahui tentang khasiat cuka epal ini. Selain dari antara makanan sunnah dan boleh melegakan ketidakselesaan perut, cupa epal sider ini juga boleh digunakan untuk melegakan kegatalan dan kesan terbakar pada kulit.\u00a0Anda hanya perlu gunakan bebola kapas untuk menyapu cuka epal pada kawasan kulit yang gatal. Untuk kawasan kulit yang lebih besar, sapukan secara menyeluruh dengan menggunakan kertas tisu yang bersih yang telah dicelup satu bahagian cuka epal dan satu bahagian lagi air biasa.\n\n10. Minyak tea tree & minyak zaitun\n\nSapukan beberapa titik minyak tea tree yang dicampur dengan sedikit minyak zaitun pada bahagian kulit yang gatal.\u00a0Di Australia, masyarakat di sana gemar menggunakan cara ini untuk mengurangkan kegatalan dan melembutkan bahagian kulit yang kasar akibat masalah kulit yang dihadapi.\n\n11. Minyak ikan atau fish oil\n\nBanyak kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa omega-3 dalam minyak ikan sangat membantu untuk mengurangkan penyakit kulit eczema dan psoriasis terutamanya apabila diambil dengan dos yang agak tinggi iaitu antara 3 hingga 10 gram sehari.\n\nKajian terbaru mendapati bahawa kunyit mampu memulihkan pelbagai jenis masalah kulit dan salah satunya adalah psoriasis. Curcumin, sejenis bahan antioksida yang terdapat dalam kunyit, didapati boleh melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal serta mempercepatkan proses penyembuhan luka & gatal.\n\nAmbil sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuan tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian gatal. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.\n\nFlaxseed sangat kaya dengan omega-3 yang membantu dalam menghalang arachidonic, sejenis bahan kimia yang menyebabkan keradangan pada kulit. Kisar kering beberapa sudu kecil flaxseed, dan tambahkannya ke dalam ais krim, jus, salad atau oatmeal. Anda boleh juga menggunakan minyak flaxseed sebagai dressing untuk salad atau sayuran.\n\nCampurkan satu cawan minyak sayuran kedalam air mandian untuk melembapkan dan melegakan kulit yang kering untuk menghilangkan gatal.\n\nSelain itu, anda juga boleh mencampurkan 2 sudu besar minyak zaitun dan satu cawan susu ke dalam air mandian anda.\n\nMandian oatmeal juga terkenal untuk melegakan kegatalan pada kulit. Hanya kisar beberapa genggam oatmeal biasa di dalam mesin pengisar dan taburkannya ke dalam air mandian anda.\n\nDengan hanya mencampurkan 1 hingga 3 cawan garam Epsom ke dalam air mandian anda, kegatalan dan sel-sel kulit mati dapat dikurangkan. Tambahkan juga satu sudu kecil minyak lavender ke dalamnya untuk memberi keselesaan, ketenangan dan penyembuhan pada kulit.\n\n18. Vegetable Shortening atau Lemak Sayuran\n\nVegetable shortening (lemak sayuran) sering digunakan dalam pembuatan kek atau pastri. Apa kata kali ini, gunakan ia untuk melegakan eczema dan psoriasis. Struktur vegetable shortening yang agak tebal dan berminyak ini menyebabkan ia merupakan antara bahan yang sesuai untuk disapu pada kulit yang kering dan merekah, sekaligus membantu dalam proses penyembuhannya.\n\nHanya lumurkannya pada kawasan yang dijangkiti, balut dengan plastik dan letakkan pelekat. Biarkannya lebih kurang 2 hingga 4 jam untuk memastikan pelembap itu meresap jauh kedalam kulit.\n\nUlang seberapa banyak yang mungkin sehingga ruam berkurangan.\n\n18 petua hilangkan penyakit kulit secara tradisional yang dijamin berkesan.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang\u00a0jenis penyakit kulit, punca ekzema, dan\u00a0punca batu karang."
"Anda selalu teringin nak makan nasi minyak? Tapi tak ada kenduri untuk di pergi? Jangan risau! Sekarang, anda boleh menikmati nasi minyak tidak kira waktu dengan resepi nasi minyak ini!\n\nResepi nasi minyak ni sememangnya akan dicari cari lagi lagi waktu raya, ataupun waktu kenduri. Tapi apa salahnya kalau anda mahu cuba memasaknya untuk seisi keluarga anda untuk makan tengah hari mahupun makan malam.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan Mazliza Ahmad\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Wah, tengoklah gamabr di bawah, jadi tak sabar untuk mencubanya.\n\nArini akak masak nasi minyak kampung yang sangat bermakna bagi akak untuk anak bujang akak sebagai hadiah untuk pencapaian 9a dia dalam pt3. Nasi ni memeang pebret dia dari kecik lawan pulak dengan ayam masak merah.\n\nBergenang airmata akak bila akak tanya apa hadiah yang dia nak and dia jawab nak makan nasi minyak mama. Betapa air tangan seorang ibu itu membawa erti yang cukup besar bagi seorang anak. Pengikat kasih sayang hingga ke akhir hayat. Alhmdulillah untuk kasih sayang yang indah ini.\n\nAkak share resepi pada yang nak cuba ya. Simple je tapi anak akak memang suka.\n\nSelain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lainnya ialah membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.\n\nBuah pinggang juga berfungsi untuk mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot. Kerosakan buah pinggang akan menjejaskan kesihatan. Jom ketahui apakah simptom sakit buah pinggang.\n\nSimptom penyakit buah pinggang boleh berbeza dari seorang ke seorang. Malah, ada orang yang mempunyai penyakit buah pinggang mungkin tidak berasa sakit, atau mereka tidak boleh sedar tentang perubahan yang berlaku. Selalunya, sesetengah orang mungkin mula berasa kurang sihat, sehingga fungsi buah pinggang mereka telah merosot dengan ketara. Itulah sebabnya penyakit buah pinggang kadang-kadang dipanggil penyakit senyap.\n\nWalaubagaimana pun, berikut adalah simptom utama sakit buah pinggang:\n\n1. Sakit pinggang ( low back pain )\n\nTanda utama kerosakan buah pinggang ialah sakit pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang. Apabila seseorang sering mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.\n\nKesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.\u00a0Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan buah pinggang.\n\n2.\u00a0Perubahan pada \u00a0air kencing dan kekerapan membuang air kecil\n\nBuah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah seperti berikut:\n\nBagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain.\n\nPerubahan kekerapan buang air kecil dikatakan sebagai tanda buah pinggang mengalami kerosakan tahap sederhana manakala perubahan warna air kencing pula merupakan tanda buah pinggang mengalami kerosakan lebih akut. Jadi, pastikan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing anda benar-benar dapat dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang sebelum berbincang dengan doktor.\n\nFungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh. Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak.\n\nPada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera. Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan (edema).\n\nUntuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.\n\nFungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit\nkering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.\n\nBagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.\n\nJika anda benar-benar mengalami kerosakan buah pinggang, maka krim sapuan yang dipreskripsi doktor hanya berfungsi meredakan keradangan. Jika simptom ruam, kulit gatal dan kering dialami secara berpanjangan janganlah dipandang ringan terutama jika anda mengalami tanda atau simptom yang lain.\n\nBuah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel darah merah. Masalah dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut. Akibatnya ialah penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia. Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.\n\nApabila fungsi buah pinggang semakin lemah ia akan menimbulkan simptom seperti:\n\nItulah dia simptom sakit buah pinggang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai punca penyakit buah pinggang,\u00a0\u00a0tanda sakit jantung,\u00a0panduan kira BMI, dan\u00a0\u00a0khasiat buah jambu\u00a0yang mengurangkan berat badan."
"Pasti semua pasangan inginkan zuriat selepas berkahwin begitu juga pasangan yang sudah mempunyai anak. Mempunyai anak yang ramai adalah satu rezeki yang diberikan oleh Allah. Bagi pasangan yang menginginkan anak ada pelbagai cara untuk mendapatkan anak.\n\nPelbagai tips dikongsikan untuk mendapatkan anak antaranya tengok kalendar haid wanita, hari apa yang mempunyai kesuburan yang tinggi, pergi berjumpa doktor untuk memeriksa kesihatan diri, banyakkan bersenam dan lain-lain lagi. Pemakanan juga penting dalam mengekalkan kesuburan diri tapi bukan semua jenis makanan bagus untuk kesuburan.\n\nApakah makanan yang bagus untuk kesuburan diri?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 jenis kumpulan makanan yang bagus untuk kesuburan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n7\u00a0 Jenis kumpulan makanan yang bagus untuk kesuburan\n\nBagi ibu hamil kalsium sangat penting untuk perkembangan tulang bayi, serta menjaga kesihatan diri sendiri. Bagi yang melalui fasa prakonsepsi produk tenusu seperti susu, dadih, krim dan keju, membantu meningkatkan kesuburan, sekali gus sistem reproduksi berfungsi lebih cekap.\n\nPakar pemakanan membuat banyak kajian mengenai kaitan antara kalsium dengan reproduksi. Wanita yang mencuba untuk hamil perlu memenuhi sekitar 1,000 miligram kalsium sehari. Produk susu yang diambil pula perlu tinggi lemak.\n\nRamai orang mengelak makanan mengandungi karbohidrat dngan alasan menyebabkan kegemukan. Tidak semua karbohidrat diciptakan sama. Karbohidrat kompleks yang terkandung dalam bijirin bukan hanya menyihatkan, tetapi membantu meningkatkan kesuburan.\n\nKeadaan ini berbeza dengan karbohidrat yang ditemui di dalam roti dan nasi putih yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah. Ini akan mengganggu hormon yang bertanggung jawab dalam sistem reproduksi, sekali gus menghalang kehamilan.\n\n3. Buah dan sayur-sayuran berwarna cerah\n\nSelain kaya vitamin, mineral dan nutrisi, buah-buahan segar dan sayur-sayuran kaya antioksidan dan fitokimia yang membantu menghilangkan radikal bebas. Ketika radikal bebas berada di dalam tubuh, ia menyebabkan masalah kesihatan seperti gangguan pada hormon reproduksi. Ketika memilih buah dan sayuran, pilih pelbagai warna. Semakin kuat warnanya semakin banyak nutrisi di dalamnya.\n\nContohnya buah beri sangat berkhasiat. Ia membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan dan mencegah penuaan. Buah ini tidak hanya mempengaruhi tubuh, tetapi juga telur dalam saluran reproduksi. Elakkan buah dan sayur dengan nilai gizi yang sangat sedikit dan penuh dengan bahan pengawet dan pemanis buatan.\n\nPengambilan ayam sangat penting kerana makanan ini tinggi protein dan zat besi, terutama bagi wanita yang berusaha untuk hamil. Zat besi dan protein sangat penting bagi perempuan sebelum dan ketika hamil. Kajian menunjukkan wanita yang kurang zat besi sukar mendapat cahaya mata berbanding mereka yang mempunyai zat besi mencukupi.\n\nTelur kaya vitamin dan nutrisi penting seperti protein dan kolin yang dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap asid folik. Asid folik sangat penting pada awal kehamilan bagi mencegah bayi lahir cacat saraf seperti spina bifida. Mengambil hanya sebiji telur sehari dapat meningkatkan kadar kolin yang cukup untuk meningkatkan penyerapan asid folik.\n\nKacang dan bijirin dicerna lebih lambat di dalam tubuh, sekali gus ia membantu mengatur tingkat insulin dan ovulasi. Selain itu, kekacang dan bijirin juga mengandung Omega-3 yang memberikan kesan langsung pada peningkatan hormon serta tinggi antioksidan.\n\nOmega-3 memiliki kesan yang sangat besar pada peningkatan kesuburan. Omega-3 biasanya ditemui dalam minyak zaitun yang dapat meningkatkan kualiti sperma atau sel telur terutama wanita yang ingin hamil. Boleh baca sini untuk maklumat khasiat minyak zaitun.\n\n*Berikut adalah jenis kumpulan makanan yang boleh meningkatkan dan mengekalkan kesuburan diri. Ia sesuai diamalkan oleh kaum wanita dan lelaki. Ingat, faktor makanan juga adalah salah satu sebab untuk dapat anak dengan cepat atau lambat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nJemput juga baca artikel rawatan IVF dan petanda rahim jatuh. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Nak tahu beras untuk kencing manis yang sesuai?\n\nPesakit kencing manis atau diabetes perlu mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang. Pesakit kencing manis perlu mengamalkan diet yang sihat untuk membantu mencapai aras gula, lemak dan tekanan darah yang normal.\n\nSelain itu, pemakanan yang baik dapat mencegah komplikasi akibat paras gula yang tinggi dalam darah. Malahan, ia juga dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal dan mengelakkan obesiti. Jika tidak dikawal pelbagai komplikasi lain boleh berlaku.\n\nDalam artikel ini, penulis akan membincangkan panduan pemilihan beras untuk pesakit kencing manis. Sebelum itu, tahukah anda apakah punca utama yang menyebabkan kencing manis?\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit kencing manis disebabkan oleh paras gula (glukos) yang tinggi di dalam darah. Ini berlaku disebabkan oleh kekurangan atau insulin yang kurang berkesan.\n\nInsulin berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula dalam badan dengan membantu pergerakan gula dari darah ke sel.\n\nPesakit kencing manis mengalami situasi di mana gula tidak boleh masuk ke dalam sel. Ia hanya kekal dalam darah dan menyebabkan paras gula menjadi tinggi.\n\nJika tidak dikawal, pelbagai komplikasi boleh berlaku seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, kebutaan, tekanan darah tinggi dan sebagainya.\n\nSebagai rakyat Malaysia, nasi merupakan makanan ruji yang menjadi pilihan kita setiap hari. Secara semulajadi, gula terdapat dalam semua makanan kerbohidrat seperti nasi, mi, roti pasta dan ubi.\n\nOleh itu, persoalan yang selalu timbul dalam minda pesakit kencing manis ialah adakah mereka boleh makan nasi. Seperti yang disenaraikan semua makanan berkarbohidrat mempunyai gula termasuklah hasil tenusu dan buah-buahan.\n\nOleh itu, untuk mengelakkan gula dalam diet harian bagi pesakit kencing manis bukanlah perkara yang mudah. Menurut Dr. Suri Roowi, Pegawai Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, pesakit kencing manis boleh saja makan nasi.\n\nNamun, ada aspek yang perlu diambil perhatian iaitu pastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Yang paling penting, pastikan juga kuantiti nasi yang diambil tidak berlebihan.\n\nUntuk mengelakkan makan nasi secara berlebihan, tambahkan sayur-sayuran untuk memberi rasa lebih kenyang. Boleh juga ambil makanan yang tinggi serat seperti roti bijirin penuh, barli dan oat.\n\nJenis Beras yang Baik untuk Kencing Manis\n\nDi bawah ini disenaraikan beberapa jenis beras yang mempunyai GI yang rendah. Antaranya ialah:\n\nDikatakan bahawa beras basmati merupakan beras yang paling sihat untuk pesakit kencing manis. Sebab itulah harganya agak mahal di pasaran berbanding beras biasa. Beras ini juga sangat berkualiti tinggi.\n\nGI beras basmati dikategorikan rendah hingga sederhana ialah antara 43-60. 100 gram nasi putih basmati mengandungi 150 kalori, 3 gram protein, 1.5 gram lemak, 3 gram serat dan 35 gram karbohidrat. Kehadiran serat membolehkan paras gula dalam darah dikawal.\n\nBeras merah mempunyai GI 50 saja. Harvard Health Publishing menyatakan nasi yang mempunyai GI 50 dikategorikan sebagai rendah. Oleh itu, beras merah selamat untuk pesakit kencing manis.\n\nDalam 100 gram beras perang terdapat 163.5 kalori, 34.5 gram karbohidrat, 3 gram serat, 1.5 gram lemak dan 3.4 gram protein. Malahan, beras perang juga kaya dengan vitamin, kalsium, mineral, zink dan sebagainya.\n\nBeras rebus ialah beras yang telah diproses dengan teknik pembersihan yang berbeza. Ramai yang salah faham tentang beras rebus. Ia bukanlah beras putih yang direbus menjadi nasi.\n\nSetelah padi dituai, ada beberapa proses untuk menghasilkan jenis beras yang berbeza, iaitu:\n\na. Bijian beras yang masih dikulitnya dituai dan kulit padi dibuang untuk hasilkan beras perang.\n\nb. Proses membuang bran pula akan menghasilkan beras putih biasa.\n\nc. Padi yang direndam tanpa dibuang kulitnya, kemudian dikukus dan dikeringkan ialah beras rebus.\n\nOleh kerana dikukus bersama kulitnya sekali, beras rebus menyerap banyak nutrisi dan mempunyai GI yang rendah. Malahan, kandungan serat, potasium dan vitamin juga sangat tinggi.\n\nCara Penyediaan Nasi Untuk Pesakit Kencing Manis\n\nWalaupun pesakit kencing manis boleh makan nasi, namun disebabkan faktor masalah kesihatan, mereka masih perlu berjaga-jaga. Tidak kiralah sama ada beras perang, beras basmati, beras rebus mahupun beras putih biasa, pastikan jaga kuantiti yang diambil.\n\nWalaupun beras basmati atau beras perang mempunyai nilai GI yang rendah, namun ia boleh meningkat jika penyediaan nasi tidak bertepatan. Selain kuantiti yang diambil, cara penyediaan juga perlu diambil kira.\n\na. Elakkan makan bubur kerana ia mempunyai GI yang lebih tinggi.\n\nb. Elakkan makan nasi daripada beras hancur.\n\nc. Jangan makan nasi yang terlalu lembik.\n\nd. Simpan nasi pada suhu sejuk dan elakkan makan nasi yang masih panas.\n\nSebaik-baiknya amalkan pemakanan yang seimbang dengan lebihkan sayur-sayuran yang mempunyai serat yang tinggi. Serat akan meningkatkan kemampuan insulin dan seterusnya dapat mengawal paras gula dalam darah.\n\nPesakit kencing manis digalakkan untuk makan secara sederhana, kerap dengan kuantiti yang dibenarkan. Bagi pesakit, pengawalan gula dalam darah amatlah penting.\n\nOleh itu, pastikan masa makan secara tetap, jumlah karbohidrat yang sederhana, GI yang rendah dan lebihkan pengambilan serat. Jauhkan makanan karbohidrat ringkas, makanan berlemak dan manis dalam diet harian.\n\nKesimpulannya, pengambilan nasi dibolehkan bagi pesakit kencing manis. Namun, lebih baik mengambil beras bermutu yang mempunyai GI yang rendah seperti beras basmati, beras perang dan beras rebus.\n\nDiharapkan artikel ini memberi sedikit sinar harapan bagi pesakit kencing manis yang memerlukan nasi sebagai makanan harian. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan insan-insan tersayang. Moga bermanfaat.\n\nJemput juga baca artikel tentang makanan untuk pesakit kencing manis dan khasiat beras perang"
"Hari ini kami akan berkongsikan resepi kari udang ala India. Yang selalunya kita cuba masak biasanya berbentuk sambal sahaja.\u00a0 Mak-mak boleh cuba variasi resepi udang masakan ini pula.\n\nKari India sememangnya terkenal lazat lemaknya. Perpaduan rempah kari yang sedap, rasa udang segar dan lemak kuah kari mencipta bau yang sedap amat.\n\nMakan kari udang sebagai lauk untuk berbuka bagi yang berpuasa. Ditemankan dengan nasi putih panas-panas. Puas makan dan menyelerakan.\n\nAnjali Ragu\u00a0berkongsikan resepi kari udang di Facebook. Lazat dan patut cuba. Selamat mencuba."
"Untuk menghasilkan hidangkan yang lazat dan menyelerakan tentunya tidak lengkap jika tidak menggunakan peralatan memasak dan jenis periuk yang sesuai. Periuk merupakan salah satu peralatan wajib di dapur yang berfungsi untuk memasak, merebus, dan menggoreng makanan. \n\nTahukah anda, setiap periuk mempunyai jenis bahan yang tersendiri dan memberi kesan kepada kesihatan diri kita.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai jenis periuk yang terbaik untuk dijadikan pilihan di rumah. \n\nSekali pandang nampak sama tetapi sebenarnya kuali dan periuk mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Misalnya, saiz periuk adalah lebih besar daripada kuali.\n\nIa mempunyai 2 pemegang untuk memudahkannya diangkat dan dialihkan walaupun besar dan berat. Kemampuannya pula boleh diisi sekurang-kurangnya 2 liter cecair dan sesuai bagi kegunaan memasak dengan air yang banyak seperti merebus pasta, sup, dan sebagainya. \n\nPeriuk seramik asli diperbuat daripada 100% seramik (tanah liat, kuartz, atau mineral) tetap yang mempunyai kapasiti haba tinggi dan berupaya mengekalkan suhu panas dalam masa yang lebih lama. \n\nAda empat pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:\n\nJenis periuk ini sesuai untuk merenehkan makanan dan memastikan sajian sentiasa panas pada suhu yang tinggi. \n\nPeriuk dari aluminium banyak dijual di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah tetapi mempunyai pelbagai kegunaan. \n\nNamun begitu, untuk jangka masa panjang kegunaan periuk aluminium boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan diri. \n\nHal ini kerana, suhu yang tinggi boleh menyebabkan proses \u201cleeching\u201d iaitu pengeluaran logam yang menjadikan makanan tidak selamat dimakan .\n\nAda dua pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:\n\nDikatakan antara pilihan periuk yang paling banyak digunakan dan popular bagi setiap rumah adalah periuk stainless steel.\n\nPeriuk ini mampu untuk digunakan bagi semua jenis masakan seperti memanggang, mengukus atau mendidih, tanpa menjejaskan makanan.\u00a0\n\nAda dua pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:\n\nPeriuk cast iron atau besi aloi adalah pilihan peralatan dapur yang paling selamat kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada kesihatan diri.\n\nAda empat pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:\n\nKuali yang mempunyai ciri-ciri tidak melekat atau dipanggil non-stick sangat popular digunakan kerana ia memberi kemudahan sepanjang proses memasak.\n\nAda lima pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:\n\nMaterial jenis periuk dari tembaga mempunyai keupayaan menstabilkan konduksi termal yang lebih tinggi daripada satu logam ke logam lain sehingga suhu dapat diagihkan sama ke seluruh permukaan periuk.\n\nAda dua pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:\n\nKali ini kita beralih pada yang lebih klasik pula iaitu periuk tanah liat. Jenis periuk ini banyak digunakan untuk merebus herba dan akar kayu.\n\nBahkan dalam ilmu perbidanan, periuk tanah liat sangat disarankan untuk merebus segala herba mandian mahupun minuman.\n\nSelain itu, hidangan lain yang terbaik dimasak dalam periuk tanah liat adalah hidangan yang mempunyai sos, seperti kari, sup,\u00a0periuk panas\u00a0, atau berasaskan cecair lain. \n\nAda tiga pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:\n\nSelalu kita sebut pasal aluminum dan stainless steel sebagai bahan utama dalam pembuatan peralatan memasak. Tetapi mungkin ramai yang tidak perasan, kaca juga mempunyai ciri-ciri menyimpan haba yang sangat baik dan digunakan dalam pembuatan periuk.\n\nDari segi rekaannya, periuk kaca boleh dikatakan jauh lebih menarik dan cantik dibandingkan dengan jenis periuk yang lain. Ia bahkan membolehkan lauk-pauk dapat terus dilihat dari luar sebab jenis transparent.\u00a0 \n\nKelebihan lain yang menarik padanya adalah ia jenis tahan lasak yang mana periuk ini sesuai diletakkan dalam microwave, oven, induction cooker dan dapur gas biasa.\u00a0 \n\nAda dua pantang larang yang perlu anda tahu semasa menggunakan jenis kuali ini iaitu:\n\nSelain dari memahami jenis periuk yang boleh digunakan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan peralatan memasak di dapur seperti:"
"Adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik? Adakah perkahwinan anda melalui ranjau yang berliku dan anda sedang mencari maklumat tentang bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik? Bagaimana anda boleh menjadi seorang isteri yang lebih baik kepada suami anda?\n\nAnda mungkin merasakan seolah-olah perkahwinan anda akan melalui pelbagai masalah. Masalah tersebut mungkin boleh dihadapi dengan tenang jika anda seorang isteri yang lebih baik.\n\nSudah tentu, suami anda juga perlu berubah menjadi seorang suami yang baik juga, tetapi terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu meletakkan perkahwinan anda kembali di landasan yang betul dengan menjadi seorang isteri yang lebih baik. Teruskan membaca untuk beberapa tips mengenai apa yang anda boleh lakukan.\n\n#1 Bertimbang rasa dan hormati suami anda\n\nSalah satu cara untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik adalah dengan sentiasa bertimbang rasa dan menghormati\u00a0 suami anda. Suami anda tetap seorang lelaki yang mempunyai egonya yang tersendiri dan dia mempunyai hak untuk mempunyai pendapat sendiri dan nafsunya.\n\nAnda haruslah sentiasa bijak dalam situasi tersebut. Jika apa yang anda lakukan adalah sentiasa mengomel dan meleterinya , lebih cepat dia akan berasa benci terhadap anda.\n\nBiarkan suami anda buat apa sahaja yang dia perlu lakukan selagi ianya tidak membawa masalah kepada perkahwinan anda. Dia pasti akan gembira dengan anda kerana sentiasa menghormatinya.\n\n#2 Memaafkannya dan terus lupakan kesalahan tersebut\n\nJika berlaku sebarang perselisahan faham atau masalah, segeralah mencari penyelesaiannya. Jangan biarkan masalah tersebut terus berlarutan. Bila penyelesaian sudah ditemui, terus lupakan sahaja masalah tersebut.\n\nJangan sekali-kali cuba untuk mengungkit masalah itu kembali di masa hadapan. Sangat bahaya!\n\n#3 Jangan melampau-lampau bila berlaku perselisihan faham\n\nSetiap pasangan pasti tidak lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Walau bagaimanapun, apabila ia berlaku, berhati-hati dan jangan melampaui batas seperti memukul, meludah, memanggil dia dengan namanya atau menyebut tentang cerai. Jangan sekali-kali!\n\nHanya mengatakan apa yang terlintas di fikiran anda dalam tutur kata yang paling bijaksana dan berhemah. Cuba untuk kekal tenang sedaya mungkin dan bertolak-ansurlah dengan suami anda. Sebolehnya jangan membawa api kemarahan anda sehingga ke bilik tidur.\n\nSelesaikannya secepat mungkin dan kemudian terus lupakan pertelingkahan tersebut.\n\nAnda perlu memberitahu suami anda bahawa anda selalu menyayangi dan mencintai dia. Semua orang inginkan diri mereka dihargai dan sentiasa berasa diperlukan.\n\nAmalkan amalan ini sekerap mungkin misalnya ketika suami anda bertolak untuk pergi kerja di pagi hari dan ketika kepulangannya serta sebelum tidur di malam hari. InsyaAllah hari-hari anda pasti akan lebih bahagia di sisi suami.\n\nIngatlah bahawa perkahwinan melibatkan dua insan yang akan hidup bersama dan melayari bahtera perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Jadi, teramatlah penting untuk pasangan sentiasa memahami dan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.\n\nLakukan perkara-perkara indah bersama-sama termasuklah juga ketika ingin melakukan sebarang aktiviti di rumah seperti cuci rumah, memasak dan sebagainya. Selain dapat meningkatkan jalinan mesra antara pasangan, sebarang kerja juga akan cepat untuk diselesaikan bila dilakukan bersama-sama.\n\nLakukan juga hobi anda bersama-sama suami. Pasti seronok!"
"Daun kesum sangat banyak digunakan sebagai bahan tambahan dalam masakan seperti asam pedas, laksa, dan sebagainya. Tetapi tahukah anda, khasiat daun kesum juga amat banyak kepada kesihatan diri manusia?\n\nArtikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai daun kesum dan khasiat yang boleh kita perolehi khususnya kepada kaum wanita. \n\nNama saintifik bagi daun kesum adalah \u2018polygonum minus\u2019. Manakala di negara barat, ia lebih dikenali dengan panggilan iaitu Vietnamese Corriander.\n\nTumbuhan herba ini memang tidak asing lagi dalam masakan kaum Melayu sebagai bahan tambahan untuk memberi aroma memukau dalam setiap hidangan berkuah khususnya. \n\nCiri tumbuhan ini adalah tumbuhan renek yang tumbuh meliar di kawasan lembat misalnya di tepi parit, sawah, dan sebagainya serta berasal dari Asia (Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand).\n\nUmumnya, terdapat dua jenis daun kesum yang boleh anda temukan iaitu jenis menjalar dan menegak. Daun kesum jenis menjalar mempunyai saiz daun yang agak kecil dan lembut sesuai dijadikan ulam-ulaman.\n\nManakala jenis daun kesum menegak pula mempunyai daun yang agak lebar dan kesat. Kedua-duanya daun ini mampu untuk mengeluarkan aroma yang wangi dallam masakan.\n\nDari segi kandungan khasiatnya pula, daun ini sememangnya terkandung dengan pelbagai nutrisi antaranya seperti beta kerotena, Vitamin A, Vitamin C, dan bahan galian (kalium, kalsium, dan fosforus).\n\nSejak dulu lagi, nenek moyang kita menggunakan khasiat daun kesum ini untuk pelbagai manfaat seperti:\n\nKaum wanita dan masalah kelemumur memang tidak dapat dipisahkan. Kelemumur adalah kepingan kulit kering dan gatal yang tumbuh di kulit kepala. Masalah ini menyerang tidak kira usia sehingga banyak sahaja produk untuk mengatasi masalah rambut kelemumur ini di jual di pasaran.\n\nMungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang zaman dahulu menggunakan daun kesum ini bagi melegakan masalah kelemumur secara semula jadi. \n\nCaranya mudah sahaja, kisarkan satu ikat daun kesum sehingga lumat. Kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kulit kepala. Lalu biarkan ia seketika kemudian cuci bersih rambut seperti biasa.\n\nCaranya ini memang diakui mujarab memulihkan masalah kelemumur pada rambut dengan segera.\n\nKeracunan makanan biasanya berlaku apabila seseorang itu makan makanan yang tercemar dengan bakteria, virus, parasit, atau toksin daripada bakteria itu sendiri.\n\nKhasiat daun kesum dan batangnya terkandung dengan manfaat antibakteria terhadap Staphylococcus aureus iaitu bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan terutama apabila makanan tercemar selepas dimasak.\n\nKeradangan adalah tindak balas semula jadi tubuh pada kecederaan atau jangkitan. Semasa berlaku keradangan, sel imun badan kita adakan diaktifkan untuk melepaskan mediator keradangan seperti oksida nitrat yang akan menyebabakn keradangan dan kerosakan tisu.\n\nSemakin sedikit nitrik oksida ini keluar, maka akan semakin kurang tahap keradangan yang berlaku pada tubuh.\n\nEkstrak dari daun kesum mampu untuk menghalang pengeluaran nitrik oksida krana ia mempunyai kesan anti-radang yang sangat kuat.\n\nAntioksidan adalah sejnis bahan yang berfungsi dalam mengurangkan, meneutralkan dan melindungi sel badan daripada kerosakan berpunca akibat radikal bebas. \n\nKajian memperakui bahawa daun kesum ini mengandungi komponen antioksidan yang kuat, seperti Vitamin C dan polifenol. \n\nIni sangat penting sebagai perisai yang diperlukan dalam badan bagi manusia melawan segala jenis penyakit yang menyerang.\n\nTerdapat banyak kajian yang mengkaji tentang keberkesanan daun kesum dalam merencatkan pertumbuhan sel kanser. Antara kajiannya adalah seperti yang dijalankan oleh Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) Universiti Kebangaan Malaysia (UKM).\n\nUjian makmal yang dijalankan di sana menunjukkan bahawa sebatian yang terkandung dalam tumbuhan ini mampu untuk merencatkan sel kanser dengan sangat efektif. \n\nIkan adalah sumber protein yang sangat baik untuk kesihatan. Kita amat disarankan untuk mengambil ikan dalam diet harian berbanding ikan atau daging.\n\nNamun ada segelintir orang yang takut atau risau untuk masak ikan kerana baunya yang hanyir itu. Petua untuk anda mengurangkan bau hanyir ikan selain menggunakan asam dan garam, anda juga boleh cuba memasukkan daun kesum dalam masakan.\n\nHasil kajian yang ditulis dalam makalah \u201cDaun Kesum Mampu Rencat Sel Kanser\u201d tulisan Mona Ahmad menunjukkan bahawa wujudnya bahan yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi di Perancis diambil dari sebatian yang terdapat dalam daun kesum. \n\nHal ini kerana daun kesum mampu untuk menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia alipathic aldehyde, secara semula jadi yang berpotensi untuk dijadikan sebagai perisa atau wangian. \n\nDi samping itu, daun kesum turut digunakan untuk merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar.\n\nAwet muda adalah impian untuk semua wanita kekal nampak jelita. Ramai orang sibuk beli produk itu produk ini untuk cantik dan bertenaga.\n\nSebenarnya kita boleh mengekalkan awet muda wanita dengan mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu ulam-ulaman sejak muda lagi. \n\nUlam-ulaman seperti daun kesum, petai, bendi, pengaga, ulam raja, dan sebagainya ini kaya dengan kandungan Vitamin E yang bagus untuk kulit wajah, menghilangkan parut, selulit, dan melancarkan peraliran darah.\n\nPesakit gout dikatakan boleh mengambil khasiat yang terdapat pada daun kesum untuk menurunkan risiko serangan gout serta melambatkan kerosakan sendi berlaku.\n\nKesimpulannya, memang banyak khasiat daun kesum yang boleh kita perolehi baik dari segi masakan mahupun kesihatan diri.\n\nSelain dari petua khasiat daun kesum ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan tumbuh-tumbuhan seperti:"
"Apabila tiba \u2018musim\u2019 demam, inilah yang tidak seronok untuk ibu bapa. Mula-mula seorang anak sahaja yang terkena, lepas itu berjangkit pula dengan adik beradik yang lain. Malah ibu bapa juga terkena tempias sakit anak.\n\nBukan di rumah sahaja yang boleh berjangkit, di luar kawasan rumah juga boleh terkena tempias demam ini. Contohnya, tempat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah. \n\nPada permulaan mungkin kita tidak perasaan, tetapi apabila anak dah ada simpton-simpton demam, mulalah kita kelam kabut. Apakah permulaan awal untuk menghadapi penyakit demam ini jika terkena pada anak kita?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 jenis makanan yang tidak baik untuk anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita. 5 Persediaan awal untuk menghadapi demam anak\n\nSebaiknya ada 2 termometer untuk lebih tepat . Suhu anak kena pantau 2 jam sekali.\n\n36-37.4 darjah selsius\u00a0adalah suhu yang normal\n\n38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.\n\nSila rujuk doktor untuk pastikan tiada kahak pada paru- paru anak. Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.\n\nJika suhu menurun, alhamdulillah. Kemudian wajib pantau. Jika tidak, tengok keadaan dia. Nampak biasa atau luar biasa.\n\nMandikan anak dengan air suam. Boleh tambah perahan air lemon untuk mempercepatkan proses turun suhu. Lepas mandi biarkan anak tanpa baju supaya suhu panas sentiasa bebas keluar. Jangan selimutkan anak.\n\nBoleh berikan anak buah segar untuk sumber vitamin c. Tapi jika anak tak lalu makan boleh suruh kunyah suplement vitamin c sahaja.\n\nBoleh sapu untuk legakan ketidakselesaan akibat demam.\u00a0CF-Rub\u2013>Balm ini membantu secara semulajadi masalah batuk dan selesema. Boleh terus whatapp 0175082443 untuk dapatkan balm tasneem ini.\n\nPastikan anda menggunakan air suam untuk jerlum anak. Kaedah sponging ini adalah cara paling cepat untuk turunkan suhu anak. Lap anak pada celah pelipat di siku, leheh, peha dan ketiak anak.\n\n*Sediakan payung sebelum hujan, peribahasa ini selalu kita dengar. Lebih baik kita membuat persediaan awal agar demam anak kita tidak menjadi lebih teruk. Kita tidak boleh sahaja mengharapkan pihak klinik atau hospital, Sebagai ibu bapa kita perlu juga menjalankan tanggungjawab untuk merawat anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Isu speech delay atau lewat perkembangan pertuturan kerap dikongsi oleh para terapis terutamanya di media sosial demi memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak masa kini.\n\nKadang kala ibu bapa tidak sedar atau kurang peka akan perkembangan pertuturan yang tidak normal atau tidak sejajar dengan milestone tahap usia sebenar anak kerana kurangnya ilmu tentangnya. \n\nSebelum terlambat, mari kita semak jika anak-anak ada menunjukkan tanda-tanda awal speech delay ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim, Patologis Pertuturan Bahasa di laman facebook miliknya. Jika ada, segera rujuk anak anda kepada terapis yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan.\n\n6. Peringkat Umur (3 hingga 4 tahun) \n\nPerkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi dikalangan kanak-kanak adalah melalui interaksi sosial dengan orang disekeliling mereka. Interaksi dua hala adalah sangat penting kepada anak-anak untuk belajar bahasa. \n\nPeranan ini tidak boleh diambil oleh televisyen, ipad, smartphone dan sebagainya. The American Pediatric Association telah memberi amaran bahawasanya TIADA sebarang pendedahan skrin kepada kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun. \n\nKanak-kanak pada peringkat ini memerlukan interaksi terus daripada ibu bapa, pengasuh dan orang sekeliling mereka untuk merangsang perkembangan bahasa di tahap yang optimum.\n\nFaktor screen time yang melampau adalah salah satu penyebab kepada masalah speech delay yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Jadi, sebagai ibu bapa kita seharusnya menetapkan peraturan dalam penggunaan gajet dikalangan anak-anak demi mengelakkan kemudaratan yang lebih buruk di kemudian hari. \n\nJika anak anda ada menunjukkan tanda-tanda awal speech delay seperti di atas, segeralah rujuk anak anda kepada terapis yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan."
"Hmm.. dah tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Asyik-asyik menu sama? Nak idea atau cadangan menu baru? Apa kata cuba masakkan Mee Wantan Kicap dan Dumpling. Masakan chinese. Bolehlah tukar selera sikit.\n\nJadi untuk kali ini, kami kongsikan Mee Wantan Kicap dan Dumpling. Resepi ini dikongsikan oleh\u00a0Norhamidah Abdul Hamid\u00a0yang menjadi kegemaran ramai. Apa lagi jom tengok resepinya.\n\nResepi Mee Wantan Kicap dan Dumpling\n\nMenarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Masa kini, microwave merupakan antara kelengkapan\u00a0dapur yang wajib dimiliki hampir setiap rumah. Selain memudahkan, banyak masa boleh dijimatkan dengan adanya microwave.\n\nSaya baru-baru ini mencuba teknik mudah yang diajar oleh rakan saya. Menggoreng keropok ikan dan ikan bilis hanya dengan 1 minit di microwave! Saya terkagum. Selama ini, saya hanya tahu penggunaan microwave hanya setakat untuk memanaskan makanan dan mencairkan bahan mentah yang baru dikeluarkan dari peti sejuk beku. Macam-macam teknologi zaman sekarang kan?\n\nNamun begitu, akibat terlalu bergantung dengan microwave, sedikit pun tidak saya sedari bahawa microwave merupakan pembunuh senyap.\n\nBagaikan gunting dalam lipatan. Tampak memberi seribu kebaikan pada kita, tetapi hakikatnya ia turut memberi mudarat pada kita. Ketahui fakta mengejutkan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.\n\nMicrowave: Si Pembunuh Senyap. 12 Fakta Memeranjatkan Patut Anda Tahu\n\nMicrowave menggunakan sumber tenaga elektromagnet untuk memanaskan molekul air dalam makanan. Dengan cara ini, suhu molekul tersebut meningkat secara mendadak hingga menyebabkan makanan boleh dipanaskan. \n\nNamun begitu, microwave bukan sahaja berkait rapat dengan kemandulan lelaki, ia juga menyebabkan kehilangan pelbagai protein dalam makanan hingga menyebabkan makanan tersebut tidak dapat dihadam dengan baik dalam perut.\n\nCuba fikirkan pelbagai makanan segera yang dijual di pasaraya masa kini? Nasi berlauk daging merah pun boleh dijual dalam paket! Lengkap dimasak hanya perlu dimasukkan ke dalam microwave sahaja untuk dipanaskan. \n\nHanya dengan alasan tidak mempunyai masa dan malas, menyebabkan kita dan keluarga kita memakanan makanan yang tiada nutrisi selama ini. Tidak hairanlah pelbagai masalah kesihatan semakin meningkat menimpa ramai orang\u00a0hari ini.\n\nDari sudut sains, microwave membebaskan besi dan pelbagai lagi bahan radikal bebas yang boleh membunuh virus dan bakteria tetapi tidak boleh membunuh bahan toksin dan mikrotoksin. Para saintis merumuskan bahawa, makanan yang dimasak menggunakan microwave kehilangan sebanyak 60% hingga 90% jumlah tenaga serta mengubah struktur asal nutrien di dalamnya hingga boleh menyebabkan penyakit dan masalah penghadaman pemakannya. Microwave juga didapati boleh meningkatkan jumlah sel kanser dalam darah, perut dan usus.\n\nMicrowave juga berhadapan dengan isu kebocoran radiasi yang serius. Radiasi dari microwave sangat dikenali dalam menyebabkan penyakit katarak, masalah kelahiran bayi tidak normal, kanser dan pelbagai lagi penyakit yang serius. Disebabkan itu, microwave pernah diharamkan oleh Soviet Union pada tahun 1976. Saintis Soviet berpendapat bahawa, makanan yang terdedah pada microwave mengurangkan keupayaan vitamin dalam makanan tersebut untuk diserap oleh badan.\\\n\nTiada lansung sebarang atom, molekul atau sel dari sistem bahan organik yang mampu bertahan dengan gelombang tenaga dari microwave \u2013 walapun anda memanaskan makanan hanya 10 saat. Microwave memusnahkan molekul vitamin dan phytonutrients\u00a0yang biasanya dijumpa secara semulajadi di dalam makanan dengan serta merta!\n\nBerikut merupakan kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Rusia baru-baru ini:\n\nDaging yang disediakan menggunakan microwave boleh menyebabkan masalah penghadaman pada pemakanan disebabkan terbentuknya karsinogen akibat terdedahnya pada gelombang elektromagnet.\n\nSusu dan bijirin yang dipanaskan menggunakan microwave boleh menukarkan asid amino didalamnya kepada karsinogen \u2013 antara bahan penyebab kanser.\n\nBuahan yang disejukbeku kemudian dipanaskan ke dalam microwave boleh mengubah kandungan glukosida dan galaktosidanya kepada bahan karsinogen.\n\nPengurangan kandungan vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E, zat-zat mineral dan lipotropics dalam makanan.\n\nKhasiat dalam sayuran dan buahan termusnah serta merta apabila dipanaskan menggunakan\u00a0microwave.\n\nMenurut pakar perubatan, berikut merupakan kesan microwave terhadap kesihatan kita:\n\nKurangnya keupayaan daya ketahanan tubuh untuk menghalang sel kanser dari\u00a0menyerang.\n\nPeningkatan kadar pembentukan sel kanser di dalam darah.\n\nMeningkatnya kadar kanser perut, usus serta masalah penghadaman.\n\nMakanan yang terdedah pada microwave boleh menyebabkan penurunan tahap kualiti makanan yang signifikan. Di bawah merupakan kesan pengunaan\u00a0microwave pada makanan.\n\n1. Penurunan bioavailability (keupayaan badan untuk memanfaatkan\u00a0nutrien dalam makanan) vitamin B-complex, Vitamin C, vitamin E, zat dan mineral serta lipotropics dalam semua makanan.\n\n2. Kehilangan 60-90% medan tenaga terpenting (vital energy field) yang terkandung dalam makanan.\n\n3. Terhapusnya kualiti dan tahap nutrisi nucleoproteins dalam daging.\n\n4. Struktur asal molekul dalam makanan berpecah secara mendadak.\n\nBagaimana Memanaskan Makanan Anda Dengan Cara Sihat\n\nPerlunya anda tahu, setiap kali anda memanaskan suatu makanan, nilai nutrisi dan zat dalam makanan tersebut turut berkurang. Namun begitu, memanaskan makanan dalam kuali besi (cast iron pan) menggunakan dapur gas merupakan cara alternatif paling menyihatkan. Tampak ketinggalan zaman dan menyusahkan tetapi lebih baik berbanding menggunakan microwave.\n\nKurangkan penggunaan microwave \u2013 hanya guna apabila anda benar-benar terpaksa. Usahakan sekurang-kurangnya separuh dari pemakanan anda disediakan dari bahan mentah yang tidak disejukbekukan. Kedengaran sukar, tetapi ia merupakan langkah yang besar dalam memastikan anda mendapat kualiti makanan yang terbaik.\n\nIbu saya sering berkata pada saya, \u201cmakanan yang berpaket atau terpaksa dipanaskan sebelum dimakan, berkebarangkalian yang tinggi mempunyai kadar nutrisi yang sangat sedikit\u201d. Beliau tidak suka kami memilih memakan makanan yang sudah diproses. Oleh itu, pilih makanan yang sebaiknya untuk keluarga anda dan usahakan untuk makan di rumah. Kebersihan tidak diragui, kandungan zat dan nutrisi dijamin.\n\nKredit gambar: Shawn.O, Theen Moy, Wendell"
"Pedihnyalah apabila ulser tiba-tiba muncul di dalam mulut. Tiada angin, tiada ribut! Memang tidak selesa bukan? Bukan itu sahaja, bikin hilang selera dibuatnya.\n\nHendak mengunyah pun susah, apatah lagi diajak bersembang, kurang fokus jadinya. Ini baru satu biji, bayangkan kalau lebih, sangat tidak keruan dibuatnya.\n\nBagaimana pula jika terlampau kerap? Menurut Dr Ezairy M.Sallih, seorang pakar telinga, hidung dan tekak, punca mengapa ulser kerap muncul amat sukar untuk ditentukan.\n\nDalam banyak situasi dan keadaan, amat sukar untuk mencari punca ia berlaku. Saya beri beberapa kemungkinan yang menjadi punca :\n\n1. Stress2. Jangkitan virus3. Perubahan hormon dalam tubuh4. Faktor genetik dan keluarga5. Penjagaan dalam mulut yang kurang baik \u2018poor oral hygiene\u20196. Luka akibat trauma daripada proses mengunyah atau ketika memberus gigi7. Kekurangan vitamin seperti vitamin B, C dan E.8. Sesetengah jenis ubat\n\nWalaubagaimanapun, jika ulser ini tidak sembuh melebihi tiga minggu, dapatkan pemeriksaan doktor. Ada beberapa kemungkinan lain boleh menyebabkan ia berlaku seperti masalah autoimmune, syphilis, HIV, kanser dan lain-lain yang tidak mahu kita dengar.\n\n*Jika anda kurang tahu sebelum ini, sekarangnya anda lebih tahu mengenai ulser. Jadi, jangan lupa share ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Semasa sesaorang bayi itu lahir, dia mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius. Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang.\n\nJika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.\n\nPerkataan yang dilontarkan mampu memberi pengaruh baik/buruk pada anak.[Settlepi]\n\nSaya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.\n\nUntuk menjadi juara , ibubapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibubapa. Ibubapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.\n\nPertama, ibubapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu \u2018 hyperactive\u2019. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogram otak anak-anak kita.\n\nBila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak ittu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.\n\nTerdapat ibubapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka.Nanti, anak akan menjadi bongkak.\n\nMemuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak.\n\nContohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takabur.\n\nMempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibubapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka.\n\nJanganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan di mereka. Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya.\n\nGunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul. Contohnya, \u201c Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?\u201d Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikanya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi.\n\nIbubapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.Semoga tips ibu bapa cemerlang ini membantu."
"\u201cMak, abang nak kahwin\u201d Apa? Eh baru habis SPM dah nak nikah? Boleh pengsan mak ayah bila anak lelaki sebut nak beristeri sedangkan sekolah pun baru habis mak ayah tanggung. Namun itulah yang berlaku. Tambahan pula, pada masa ini kahwin muda sudah menjadi trend. Sana sini ada saja pasangan yang berkahwin di usia muda. Masing-masing kelihatan sangat happy bila dapat bersama dengan cinta hati.\n\nTidak dinafikan, kahwin muda ini ada pelbagai manfaat dan kelebihannya. Walaupun pandangan umum mengatakan kahwin muda ini sukar, tetapi sesiapa yang sudah hadapinya akan mengetahui kelebihan berkahwin awal. Tetapi kena fikirkan juga akan cabarannya. Cabaran paling hebat adalah untuk meyakinkan ibubapa masing-masing yang pernikahan itu memang betul dan tidak sia-sia. Antara cabaran lain bila berkahwin di usia muda ini adalah ;\n\nTips Untuk Pasangan Yang Baru Berkahwin\n\nAntara Kelebihan Berkahwin Pada Usia Yang Muda\n\n1 : Elak Diri Dari Berzina Yang Sememangnya Haram\n\nDengan berkahwin pada usia yang muda dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa yang tanpa kita sedari. Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa zina hati. Zina hati ini kita tidak boleh lihat kerana zina hati ini biasanya dilakukan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta tapi tiada hubungan yang halal.\n\nMereka mengatakan cinta berlandaskan agama tetapi tanpa disedari mereka telah melakukan satu zina iaitu zina hati. Justeru itu, dengan mendirikan rumahtangga pada usia yang muda dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa tanpa disedari.\u00a0\n\n2 : Kumpul Pahala Dengan Banyak Bersama Pasangan\u00a0\n\nDapat mengumpul pahala kerana telah berjaya melengkapkan separuh daripada iman. Setiap hubungan yang terjalin secara halal diredhai oleh Allah. Justeru itu, pasangan yang berkahwin pada usia yang muda mudah mengumpul pahala. Setiap satu perkara yang dilakukan akan mendapat pahala sebagai contoh berpegangan tangan boleh mengeratkan hubungan suami isteri sekaligus boleh mendapat pahala. \n\nHal ini disebabkan, berpegangan tangan bagi yang halal adalah pahala berbeza dengan mereka yang berpegangan tangan bagi bukan yang halal, ianya mendapat dosa. Jadi, berkahwin pada usia muda mudah mengumpul pahala dan dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa.\n\n3 : Elak Diri Dari Melakukan Seks Bebas\u00a0\n\nDapat mengelakkan diri daripada melakukan hubungan seks bebas. Tahukah anda, salah satu kelebihan mereka yang berkahwin muda adalah dapat menghindari diri daripada melakukan seks bebas dan mereka mampu menjalani hubungan kelamin secara halal. Dengan berkahwin awal, mereka mampu menghindari dari daripada melakukan maksiat dan mampu mengawal hawa nafsu kepada yang tidak halal. \n\nPada masa yang sama, mereka boleh menyelamatkan diri daripada mendapat penyakit yang disebabkan oleh hubungan seks bebas. Di sini sahaja, kita mampu melihat beberapa kebaikan dalam merancang perkahwinan pada usia yang muda.\u00a0\n\n4 : Menyambung Keturunan (Zuriat) Dengan Cara Yang Baik\u00a0\n\nMampu memberikan hadiah yang terindah buat ibu bapa. Hadiah yang dimaksudkan adalah, kita mampu memberikan menantu buat keluarga serta keturunan yang menyambung legesi keluarga. Hadiah ini merupakan hadiah terbesar buat si ibu dan bapa.\u00a0\n\n5 : Belajar Erti Sebuah Tanggungjawab\u00a0\n\nMenjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab. Mereka akan lebih bertanggunjawab selepas bernikah kerana setiap mereka yang berumahtangga perlu menyediakan segala persiapan dan nafkah untuk pasangan mereka. \n\nDisebabkan oleh itu, mereka akan menjadi seorang yang lebih bertanggunjawab serta seorang yang boleh diharapkan sebagai pelindung keluarga. Walaupun, sifat bertanggunjawab ini bukan mudah seperti yang diperkatakan tetapi pada kebiasaannya sifat tanggunjawab ini akan dilaksanakan secara natural apabila mereka bergelar suami.\u00a0\n\n6 \u2013 Tidak Lagi Buang Masa Dengan Rakan Sebaya\u00a0\n\nMereka yang berkahwin pada usia yang muda boleh memperbaiki diri daripada segala kekurangan. Umum pasti biasa melihat seseorang yang gemar melepak di mamak dengan membuang masa berbual tanpa arah tuju akan kurang lepak apabila mereka sudah mendirikan rumahtangga. Di sini kita dapat melihat salah satu kebaikan mereka yang berkahwin muda akan cuba memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Semua ini disebabkan mereka mahu menjadi ketua keluarga dan role model yang terbaik buat pasangannya.\u00a0\n\n7 \u2013 Lebih Mengenal Allah Terutama Dalam Rezeki\u00a0\n\nMudah menjemput rezeki. Setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan ada rezeki disebaliknya. Justeru itu, sama juga dengan berkahwin pada usia muda kita sudah menjemput atau membuka satu lagi pintu rezeki yang tidak disangka-sangka. Sesungguhnya, rezeki pasangan yang berkahwin adalah rezeki yang tidak disangka-sangka kerana janji Allah itu pasti. Setiap kebaikan yang dilaksanakan akan ada balasan kebaikan yang akan Allah gantikan.\n\nKahwin Muda Ada Cabaran Dan Kebaikkannya, Fikirkan Dulu Sebelum Bertindak\n\nSebuah perkahwinan adalah sebuah ikatan yang tidak boleh dipandang remeh. Perkahwinan ini melibatkan tanggungjawab dan turut melibatkan rasa hati. Untuk berjaya dalam sesebuah perkahwinan itu ada pro dan kontranya. Kena fahami cabaran yang perlu dilalui sebelum membuat keputusan.\n\nBerkahwin di usia muda merupakan satu cabaran yang sangat besar. Jika rasa diri benar sudah bersedia maka bolehlah diteruskan perkahwinan itu. Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda belajarlah untuk berani dan bersedia dari awal. Baca juga cara untuk luah hati pada si dia, tugas sebenar bridesmaid dan sebab utama mengapa ramai pengantin kahwin lari."
"Penyakit lupa boleh berlaku pada sesiapa saja terutama untuk golongan warga emas. Penyakit pelupa ini juga sering di sebut sebagai alzheirmer atau nyanyuk dikalangan masyarakat kita. Apakah penyakit alzheimer ini sebenarnya? Penyakit Alzheimer adalah penyakit otak yang ada kaitan dengan tahap kurangnya daya ingatan dan kemampuan berfikir ke atas seseorang.\u00a0\n\nPenyakit alzheimer ini berkait rapat dengan gangguan progresif yang boleh menyebabkan sel-sel otak menjadi semakin merosot, tidak berhubung dan mati. Ia juga boleh dianggap seperti hilang ingatan (short term memory). Cara merawat penyakit alzheirmer ini agak susah namun ia mampu dikurangkan.Apa yang mengejutkan, sekarang ini penyakit lupa turut dialami oleh golongan muda.\u00a0\n\nimage via : Good To Know\n\nFaktor penyebab penyakit alzheimer atau penyakit lupa ini ada banyak dan antara punca-puncanya itu adalah :\u00a0\n\nSebagai manusia kita perlu rehat yang cukup. Kita memerlukan tidur sekurangnya 8 jam sehari untuk kita melakukan aktiviti harian kita. Dengan tidur cukup ia menguatkan otak kita untuk berfikir. Bayangkan jika kita tidak mendapat tidur yang cuku apa yang akan terjadi? Sudah tentu badan kita lemah, nak buat kerja pun jadi lemau je, betul tak?\n\nTetapi jika kita mendapat tidur yang cukup badan kita juga cergas otak kita pun boleh berfikir dengan tajam. Buat kerja yang memerlukan daya kreativiti yang kurang maka tak bolehlah mereka menghasilkan hasil kerja yang cukup kreatif. Silap-silap mereka boleh terkena penyakit pelupa di usia muda. Parah tu kalau muda-muda dah jadi pelupa.\n\nBetul ke kemurungan oleh menjadi salah satu sebab penyakit pelupa di usia muda? Tak percayalah.\n\nYa, kemurungan adalah salah satu sebab kenapa ramai yang terkena penyakit pelupa di usia muda. Kemurungan bukan sesuatu yang maian-main, bukan sesuatu yang kelakar malah ia satu penyakit yang amat serius dan sangat merbahaya jika kita tidak mengubatinya. Ini kerana, kemurungan yang serius boleh membunuh sel-sel otak sehingga membunuh daya ingatan sesorang. Sebab itulah, mereka yang menghadapi penyakit kemurungan mereka tidak mampu mengingati dengan baik.\n\nPernah atau tidak anda mengalami gangguan tidur malam?\n\nPasti ada di antara anda pernah mengalaminya. Ada juga yang mengambil jalan penyelesaian dengan mengambil ubat tidur tanpa dapatkan khidmat nasihat doktor. Sebenarnya pengambilan ubat tidur tanpa mendapatkan khidmat nasihat doktor akan memberi kesan kepada anda. Salah satunya adalah anda mudah untuk mendapat penyakit pelupa di usia muda. Ini kerana, pengambilan Ubat ini boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jika anda terpaksa mengambil ubat seperti ini, and dinasihatkan supaya mendapat rujukan dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.\n\nPernah tak di antara anda menghidapi penyakit tiroid? Jika ya, anda pasti mengetahui kenapa tiroid itu berlaku. Tiroid berlaku disebabkan metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini biasanya mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang lebih ataupun kurang akan menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak, dan mereka yang menghidap penyakit tiroid lebih terdedah menghidapi penyakit pelupa di usia muda.\n\nTips Untuk Atasi Penyakit Pelupa Di Usia Muda\n\n#1 \u2013 Amalkan Makan Kismis dan Kurma\n\nKismis dan kurma. Pasti semua mengenali makanan sunnah ini. Kismis dan kurma sememangnya mempunyai banyak khasiat. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat kenapa kebanyakkan mereka yang menghafaz Alquran mereka dapat menghafal AlQuran dengan mudah. Salah satu rahsia mereka ialah mereka mengamalkan memakan kismis dan juga kurma. \n\nBukan sahaja dikalangan penghafaz AlQuran malah pelajar sekolah agama dan juga pelajar tahfiz juga turut mengamalkannya. Mereka menjadikan kismis dan juga kurma sebagai makanan ringan mereka. Memang terbukti kismis dan kurma amat bagus terutama buat mereka yang sedang belajar kerana ia dapat mengelakkan kita dari terkena penyakit pelupa di usia muda.\n\nimage via : the asian parent\n\nAnda diluar sana pasti suka makan makanan ringankan? Tapi tahu tak anda yang makanan ringan sebenarnya bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan kita tetapi turut melemahkan daya pemikiran kita. \n\nDaripada anda makan makanan ringan apa kata jika anda menggantinya dengan kekacang. Ini kerana kekacang juga turut menjalankan fungsi yang sama seperti kismis. Antara kekacang yang elok untuk anda makan adalah kacang pistachio, kacang badam dan kacang hazel. Jadi selepas ini anda boleh mengamalkan memakan kacang selalu untuk menguatkan daya ingatan anda.\n\n#3 \u2013 Mengulang Sesuatu Secara Banyak Kali\u00a0\n\nWaktu sekolah dulu cikgu selalu suruh tulis sesuatu sesuatu berulang kali. Lepas dah habis belajar di kelas kena pula buat aktiviti ulangan. Itu belum masuk soal sifir yang perlu diulang berkali-kali.\u00a0\n\nTak sangka cikgu suruh berulangkali begitu ada sebabnya. Rupanya, menurut kajian sesuatu yang dilakukan secara berulang akan dapat disemat dalam memori dengan tempoh yang lebih lama.\u00a0 Teknik sebegini sesuai untuk dipraktikkan untuk mereka yang mengalami penyakit pelupa di usia muda.\n\n#4 \u2013 Set Peringatan ( Reminder )\n\nBagi yang mengalami penyakit pelupa di usia muda cara ini amat sesuai buat anda. Cara ini bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian tetapi turut juga boleh dipraktikkan dalam sektort pekerjaan. Biasalah, bila dapat tugas yang banyak dari bos anda pasti susah nak ingat. Jadi apa kata kali ini anda buat reminder mengenai due date tugasan yang perlu anda siapkan. Pastikan juga reminder di set lebih awal dari tarikh sebenar supaya anda masih punya masa kalau-kalau penyakit lupa tiba-tiba datang menyerang.\u00a0\n\n10 Tanda-Tanda Anda Mungkin Akan Alami Alzheimer (Nyanyuk)\n\nBaca juga kelebihan mandi air panas\u00a0dan tips beli ibu baju mengandung untuk bakal ibu."
"jom ketahui tanda tanda nak datang bulan. Boleh juga dijadikan rujukan untuk lelaki.\n\nSetiap bulan, sebelum haid datang, badan kita akan mengeluarkan tanda awal. Cuma kita yang tak perasan. Tau-tau dah bocor. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tanda nak period yang ramai wanita tak perasan.\n\nIni adalah tanda yang paling ketara anda nak datang bulan. Mood swing memang tak boleh dikawal. Bukan sengaja, bukan dibuat-buat. Emosi jadi tak stabil disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Sekejap anda rasa nak marah 24 jam. Pantang ada yang tak kena, siaplah.\n\nAda masanya pula anda rasa sedih yang teramat, sikit sikit nak menangis. Paling kerap, rasa takde mood. Anda juga mungkin jadi mudah sentap. Terlalu sensitif.\n\nSenggugut adalah tanda kedua yang biasa berlaku bila anda nak datang bulan. Setiap wanita akan mengalami senggugut setiap bulan. Apa yang membezakan ialah tahap kesakitan. Bagi yang bernasib baik, anda cuma akan merasa ketidak selesaan atau cramp perut sahaja.\n\nAda juga yang mengalami senggugut teruk sehingga berguling-guling atas katil. Terpaksa ambil cuti sakit untuk satu atau dua hari.\n\nTanda kedua ialah keputihan. Keputihan adalah cecair yang keluar dari kemaluan. Warnya putih jernih tanpa bau atau sebarang kegatalan. Lama-kelamaan keputihan akan bertukar warna menjadi coklat, dan seterusnya menjadi kemerahan apabila darah haid anda mula keluar.\n\nPerubahan hormon menjelang datang bulan juga akan menyebabkan sistem pencernaan anda terganggu. Anda mungkin mengalami masalah sembelit, atau juga terkena cirit-birit. Ianya berbeza bagi setiap wanita. Malahan berbeza bagi setiap bulan pada wanita yang sama. Bulan ni nak period kena sembelit, bulan depan cirit-birit pula.\n\nPerubahan hormon dalam badan akan menyebabkan anda berasa mudah penat & lesu. Kepenatan yang dimaksudkan ialah kepenatan yang melampau & lain daripada biasa.\n\nApabila hampir dengan waktu datang bulan, anda mungkin perasan yang tangan & kaki anda kelihatan lebih besar seolah-olah membengkak. Ini berlaku kerana perubahan hormon menyebabkan badan terutamanya kaki & tangan mengalami water retention iaitu air terkumpul dikawasan tersebut.\n\nWanita yang sudah berkahwin akan perasan bahawa mereka mengalami keadaan vagina kering sewaktu bersama suami setiap kali dah nak datang bulan. Keringan yang berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan.\n\nApabila anda nak datang bulan, dinding vagina akan menebal sebagai persediaan. Sewaktu bersama suami, anda akan terasa dinding vagina anda menebal.\n\nAda wanita akan berasa loya dan mual bila nak datang bulan.\n\nAda orang, berat badannya akan menurun tiap kali nak datang bulan. Ada orang, berat badannya akan naik.\n\nIni adalah perkara yang paling dibenci oleh kaum wanita. Asal nak period je, perut jadi buncit daripada sedia kala. Jenuh nak berbengkung, pakai girdle, pakai korset semata-mata nak sorokkan perut buncit.\n\nSelain menjadi buncit, perut juga akan terasa sebu apabila anda nak datang bulan. Rasa tak selesa sepanjang masa.\n\nDah lah perut jadi buncit & sebu, ditambah lagi dengan kembung. Susah betul jadi perempuan ni kan? Macam manalah takde mood swing tiap kali nak datang bulan?\n\nIni satu lagi tanda nak datang bulan yang boleh menyebabkan orang perempuan makin stress. Asal nak period je penuhlah jerawat kat muka. Dah macam spotlight. Jerawat tumbuh dimuka kerana perubahan hormon yang berlaku dalam badan.\n\nSelain ditumbuhi jerawat, kulit muka juga akan jadi berminyak apabila makin dekat nak datang bulan. Keadaan kulit muka yang berminyak ini juga sebenarnya yang menjadi punca kenapa jerawat galak tumbuh di muka. Dah lah hormon tak stabil, ditambah pula keadaan kulit muka berminyak, memang rancaklah bakteria punca jerawat merebak kat muka.\n\nAjaibnya, perubahan hormon dalam badan menjelang nak datang bulan juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada selera makan. Ada masanya anda akan kehilangan selera makan. Langsung takde selera nak makan. Ada bulannya, makin dekat nak period, makin bermaharajalela nafsu makan.\n\nTeringin nak makan ni, mengidam nak makan tu. Bila dah makan banyak, mula rasa gemuk. Bila terasa diri gemuk, mula nak stress. Jadi mood swing. Itulah perempuan.\n\nPerubahan pada payudara adalah di antara punca paling ketara yang anda nak datang bulan. Payudara akan menjadi sensitif. Puting payudara akan terasa pedih atau sakit. Payudara juga akan terasa bengkak & sedikit keras. Malah saiz puting payudara akan bertambah besar daripada normal.\n\nSemua ini berlaku kerana perubahan hormon. Selepas anda datang haid, keadaan payudara akan kembali kepada asal.\n\nSelain perubahan kepada payudara, yang sebenarnya bulu pubik anda juga akan berubah apabila nak datang bulan. Cuma anda yang tak perasan. Bulu pubik akan menjadi semakin tebal & kasar berbanding dalam keadaan biasa.\n\nSakit pinggang adalah salah satu daripada tanda nak datang bulan yang paling dibenci oleh kaum wanita. Punyalah sakit, pinggang rasa macam nak patah.\n\nSelain sakit pinggang, anda juga akan berasa lenguh pada celah peha akibat perubahan hormon.\n\nPerubahan hormon yang berlaku dalam badan menjelang datang bulan juga akan menyebabkan anda mengalami masalah sukar untuk tidur.\n\nSakit kepala juga adalah tanda nak datang bulan yang kerap dialami oleh golongan wanita.\n\nSudahlah rasa malas, anda jug akan berasa mengantuk yang tidak normal setiap kali nak datang bulan.\n\nMasalah pelupa juga akan semakin menjadi-jadi apabila anda nak datang bulan.\n\nGangguan hormon yang berlaku dalam badan juga akan menyebabkan anda mengalami masalah kurang fokus.\n\nItulah dia 25 tanda nak period yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Lepas ni bolehlah anda berjaga-jaga supaya tak bocor secara tiba-tiba."
"Merancang keluarga adalah antara topik sensitif yang jarang dibincangkan secara terbuka oleh orang kita.\n\nSedangkan ianya merupakan satu topik yang penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Hari ini kami akan kongsikan tentang kaedah perancang keluarga yang boleh anda pilih.\n\nDi antara faedah merancang keluarga ialah:\n\nDi antara kaedah perancang keluarga yang boleh anda lakukan ialah:\n\nIni adalah kaedah semulajadi yang sesuai digunakan sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap. Namun jika kitaran haid anda tidak tetap, kaedah ini tidak berapa sesuai untuk anda. Menentukan bilakan waktu subur anda adalah sangat penting supaya anda dan suami tidak bersama pada hari tersebut serta satu minggu sebelum dan selepas.\n\nCara mudah untuk menentukan waktu subur ialah membahagikan jumlah hari dalam kitaran haid anda kepada dua. Contohnya, jika kitaran haid anda ialah 40 harim bahagikan 40 dengan 2. Jawapannya ialah 20. Maka, hari subur anda ialah pada hari ke20 dalam kitaran haid. Elakkan bersama seminggu sebelum sehingga seminggu selepas tarikh tersebut.\n\nAzal adalah kaedah di mana suami memancutkan air maninya di luar rahim isteri. Tujuannya ialah supaya sperma tidak masuk ke dalam rahim dan anda tidak mengandung. Sekiranya anda mahu bersama untuk kali kedua, pastikan suami membasuh kemaluannya terlebih dahulu bagi memastikan tiada sisa sperma yang tertinggal.\n\nMenjelang waktu subur, lendiran faraj anda akan berubah. Cecair faraj anda akan menjadi jernih dan tidak melekit supaya memudahkan sperma untuk berenang menuju ke ovum. Rupanya seolah-olah putih telur. Sekiranya lendiran faraj anda berupa demikian, elakkan daripada bersama suami.\n\nSecara teorinya, badan anda akan menjadi lebih panas daripada biasa semasa sedang subur. Oleh itu, anda boleh mengambil suhu badan setiap pagi. Suhu badan anda akan berada pada suhu yang hampir sama setiap hari. Apabila suhu anda naik daripada normal, itu adalah petanda anda sedang subur.\n\nMenyusukan anak juga di antara kaedah perancang keluarga yang boleh anda amalkan. Namun hati-hati, kaedah ini tidak memberikan jaminan 100% yang anda takkan mengandung. Walau pun anda sedang menyusukan anak, sebaiknya elakkan daripada bersama pada tarikh subur dan satu minggu sebelum dan selepasnya.\n\nPenggunaan kondom menghalang sperma daripada masuk ke dalam rahim anda. Walau pun ianya bukan kaedah perancang keluarga yang dijamin 100% berkesan, namun ia adalah antara pilihan yang paling banyak digunakan oleh pasangan suami isteri. Terdapat dua jenis kondom.\n\nJenis kondom yang pertama ialah kondom untuk lelaki yang perlu dipakai semasa kemaluan suami berada dalam keadaan tegang. Jenis kondom yang kedua ialah kondom untuk wanita. Ianya perlu dimasukkan di hadapan pintu rahim sebelum anda mula melakukan hubungan seks.\n\nSpermasida adalah bertujuan untuk membunuh sperma. Seperti kondom, tiada jaminan 100% bahawa kaedah ini akan berjaya. Anda boleh gunakan kondom yang mempunyai spermisid atau membeli pelincir yang mengandungi spermisid. Selain itu ada juga spermisida dalam bentuk\u00a0\u00a0krim, aerosol, dan tablet. Sekiranya anda menggunakan spermisida, jangan basuh kemaluan anda selama 8 jam selepas bersama untuk memastikan sperma betul-betul mati.\n\nDiafram adalah sejenis bekas kecil yang perlu dimasukkan ke dalam vagina, dan diletakkan di hadapan pintu rahim. Fungsinya ialah untuk menghalang sperma daripada memasuki rahim.\n\nUntuk keadah ini, anda perlu memasukkan satu span berbentuk donut yang bertali ke dalam vagina, dan letakkannya di hadapan pinturahim. Tujuannya untuk menghalang sperma daripada memasuki rahim.\n\nIa juga mengandungi spermisida untuk membunuh sperma. Selepas bersama, anda cuma perlu menarik tali untuk mengeluarkan span tersebut.\n\nPerancang keluarga jenis nuvaring perlu dimasukkan ke dalam vagina sebelum anda bersama suami. Ia menghalang sperma daripada masuk ke dalam rahim dan merembeskan hormon yang mencegah anda daripada mengandung.\n\nIa merupakan\u00a0 sejenis mangkuk kecil berbentuk topi yang dibuat daripada silikon lembut. Anda perlua masukkan topi serviks ke dalam vagina untuk menghalang sperma daripada bertemu ovum.\n\nPil hormon atau lebih dikenali sebagai pil perancang adalah di antara kaedah perancang keluarga yang popular di Malaysia. Terdapat perlbagai jenama pil perancang di farmasi. Dari harga yang murah kepada yang mahal. Pilih yang mana sesuai untuk anda.\n\nImplan akan dimasukkan ke bawah kulit lengan anda dan bertahan selama 4 tahun. Selepas 4 tahun, ia perlu dikeluarkan dan diganti dengan yang baru. Implan menghalang kehamilan dengan cara menebalkan mukus servik untuk menghalang sperma dari berenang masuk ke dalam.\n\nAnda perlu disuntik setiap 2 bulan. Ia akan mengeluarkan hormon untuk menghalang penghasilan telur dan memekatkan lendiran serviks supaya sperma tidak dapat berenang melaluinya.\n\nJika anda memilih perancang keluarga jenis ini, doktor akan memasukkannya ke dalam faraj anda. IUD akan bertahan selama 3-5 tahun, bergantung kepada jenis yang anda gunakan.\n\nIni merupakan kaedah perancang keluarga yang kekal. Anda tidak akan mengandung kerana tiub falopio anda sudah diikat. Anda akan mendapat jaminan 100% bahawa sperma tidak akan bertemu dengan ovum.\n\nIni adalah kaedah perancang keluarga yang melibatkan suami. Ia memberikan jaminan 100% bahawa anda tidak akan mengandung.\n\nItulah dia 17 kaedah perancang keluarga yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang hadiah untuk suami dan doa untuk anak."
"Mungkin ada biasa dengar tentang penyakit tiroid tanpa betul-betul tahu apa yang dimaksudkan dengan penyakit tersebut? Apakah punca tiroid? Apakah simptom dan tanda-tandanya? Apakah kesan penyakit tiroid kepada kesihatan sekiranya tidak dirawat dan dibiarkan melarat?\n\nApakah yang dimaksudkan dengan penyakit Tiroid?\n\nPenyakit Tiroid adalah keadaan di mana kelenjar Tiroid seseorang yang sepatutnya berfungsi untuk menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi tubuh badan gagal untuk berfungsi dengan normal. Ketidak normalan ini akan menyebabkan individu tersebut mendapat masalah kesihatan dan menjejaskan kehidupan seharian.\n\nPenyakit Tiroid boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:\n\nAdalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca Tiroid. Untuk makluman anda, punca penyakit Tiroid adalah berbeza-beza, bergantung kepda apakah jenis penyakit Tiroid yang dialami. \n\nBagi penyakit Hipotiroidisme, di antara puncanya ialah:\n\nBagi penyakit Hipertiroidsime pula, berikut adalah punca-puncanya:\n\nSementara itu, punca penyakit Tiroid jenis Goiter adalah:\n\nNodul goiter pula adalah penyakit Tiroid yang berlaku disebabkan oleh:\n\nKanser tiroid adalah penyakit Tiroid yang berlaku disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi seperti rawatan penyakit kanser.\n\nApakah cara rawatan untuk penyakit Tiroid?\n\nSeperti puncanya, rawatan untuk penyakit Tiroid juga adalah berbeza dan bergantung kepada jenis penyakit yang dialami. Bagi pesakit Hipotiroidisme, rawatan yang akan diberikan ialah memberikan hormon tiroid sintetik seperti levothyroxine sebagai pengganti hormon tiroid kepada pesakit tersebut untuk seumur hidupnya.Bagi pesakit Hipertiroidism, pengeluaran hormon tiroid yang berlebihan boleh dikawal dengan cara:\n\nRawatan untuk Goiter adalah bergantung saiz goiter, tanda dan gejala yang dialami. Kebiasaannya pesakit akan dirawat dengan cara:\n\nApakah kesan penyakit Tiroid kepada tubuh badan sekiranya tidak dirawat?\n\nPenyakit Tiroid yang dirawat akan sembuh dan pesakit berpeluang untuk menjalani hidup seperti orang lain yang normal. Walau bagaimana pun, penyakit Tiroid yang tidak dirawat akan menyebabkan pesakit tersebut berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi seperti yang berikut:\n\nItulah dia punca Tiroid yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca stress dan punca mulut berbau"
"Minyak ikan ada banyak khasiat untuk kesihatan kita. Jom baca artikel ini untuk mengetahuinya.\n\nMinyak dari ikan berlemak seperti salmon, makerel dan sardin kaya dengan omega-3.\u00a0\u00a0Asid lemak Omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting.\n\nIa terbahagi kepada tiga jenis asid lemak utama iaitu Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Alpha Linolenic Acid (ALA).\n\nJom ketahui apakah khasiat minyak ikan.\n\n1. Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari\n\nBerdasarkan kajian-kajian terkini, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.\n\nPengambilan asid lemak Omega-3 memberi banyak kelebihan untuk kesihatan jantung iaitu mengurangkan risiko insiden serangan jantung, mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu, mengurangkan sakit dada (angina) pada pesakit jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.\n\nAsid lemak Omega-3 mula menarik minat saintis sejak beberapa dekad lalu kerana pemerhatian mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika. Ini kerana pemakanan mereka adalah kaya dengan asid lemak Omega-3 iaitu daripada ikan dan makanan laut yang lain, walaupun mereka amat kurang memakan sayur-sayuran.\n\nPemerhatian saintis di beberapa buah tempat di dunia seperti penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat. Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.\n\nPada 8 September 2004, USFDA di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega-3 i(EPA & DHA) sebagai satu suplemen yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.\n\nPada tahun 1999 pula, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung. Kesemua pesakit ini telah diberikan suplemen asid lemak Omega-3 sebanyak 1,000 mg setiap hari.\n\nSatu lagi kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), kaitan di antara makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dengan pengurangan kadar serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat kuat. Dalam kajian ini, seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu.\n\nSemua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29% di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut.\n\nDalam American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 2006, laporan menunjukkan kesan positif pengambilan asid lemak Omega-3 kepada kesihatan jantung.\n\nIa menyatakan bahawa berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil suplemen Omega-3 setiap hari.\n\nMinyak ikan juga boleh membantu mengawal paras kolesterol darah dan meningkatkan paras kolesterol baik iaitu HDL dalam darah.\n\nHal ini terbukti menerusi kajian sekumpulan penyelidik dari Finland pada tahun 1996. Mereka melihat peningkatan kolestrol baik dalam kalangan 55 responden lelaki dewasa yang mengambil diet makanan minyak ikan selama 14 minggu.\n\nKesan ini dikaitkan dengan kandungan DHA dalam minyak ikan yang mempunyai kesan hypotriglyceridemic ke atas plasma darah untuk mengawal kandungan kolestrol.\n\nSatu jurnal neurosains mengeluarkan hasil kajian yang melibatkan penggunaan minyak ikan ke atas orang yang mengalami kemurungan.\n\nHasilnya adalah minyak ikan mengurangkan kadar kemurungan sebanyak 40%, pada masa yang sama meningkatkan kadar asid amino pada bahagian otak.\n\nJurnal Neurosains Eropah menerbitkan satu kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan boleh mengurangkan kesan keresahan ke atas tikus makmal.\n\nKesan minyak ikan terbaik jika diambil semasa peringkat pertumbuhan dan perkembangan otak. Oleh itu, para ibu bapa disarankan untuk memberi anak-anak mengambil minyak ikan.\n\nAsid lemak omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak, perkembangan normal dan keradangan.\n\nSecara umumnya, sebatian tersebut membantu merangsangkan aktiviti otak, melindungi neuron dan meningkatkan kecerdasan pemikiran sebagaimana yang diulas oleh sekumpulan penyelidik dari Denmark pada tahun 2015.\n\nSatu kajian telah dibuat untuk mengetahui apakah kesan daripada mengambil minyak ikan dalam merawat pesakit rheumatoid arthritis.\n\nHasil kajian mendapati mereka yang mengamalkan minyak ikan\u00a0mengalami peningkatan yang sangat baik.\n\nKajian daripada sekumpulan penyelidik dari Brazil pada tahun 2003 tersebut turut menambah bahawa pengambilan minyak zaitun bersama minyak ikan akan meningkatkan lagi peluang untuk mencegah dan merawat simptom penyakit rheumatoid arthritis ini.\n\nPenyakit Alzheimer sangat berkait dengan otak. Dan sudah beberapa tahun kajian dilakukan dengan menggabungkan penggunaan minyak ikan ke atas pesakit Alzheimer.\n\nHasilnya, sangat memberangsangkan. Asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan bukan sahaja boleh memperbaiki sistem saraf, bahkan mencegah penyakit alzheimer jika diambil sejak masa muda.\n\nHasil kajian ini telah diterbitkan oleh jurnal Nature Reviews Neurology pada tahun 2009.\n\nMinyak ikan sudah terbukti mampu mencegah beberapa jenis kanser termasuklah kolon, prostat dan payu dara. Ia bukan sahaja boleh membantu ubatan kanser yang sedia ada, bahkan ianya sendiri boleh mencegah kanser-kanser tersebut.\n\nMenurut satu kajian di Taiwan,\u00a0 EPA dan DHA adalah fatty acid utama dalam minyak ikan yang mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu, kajian di negara Czeh juga membuktikan bahawa kandungan DHA di dalam minyak ikan boleh mencegah berlakunya kanser kolon.\n\nTambahan pula, kajian penyelidik dari London pada tahun 1996 mengaitkan amalan pemakanan diet berasaskan ikan dan minyak ikan membantu dalam jangka masa panjang bagi mencegah penyakit kanser kolorektal dan kanser payudara.\n\nUniversiti Selatan Australia telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa gabungan minyak ikan dengan evening primrose oil boleh mengurangkan simptom ADHD. Menurut kajian tersebut, minyak ikan dipercayai boleh memperbaiki fungsi otak. 60% daripada otak adalah daripada lemak, dan otak perlukan omega-3 dan omega-6.\n\nPengambilan minyak ikan setiap hari dapat mengurangkan simptom ADHD yang pastinya melegakan hati para ibu.\n\nSelain itu, pakar psikiatri dari Universiti Oxford, Dr. Alexandra Richardson ada mengulas mengenai keberkesanan minyak ikan dalam mengurangkan simptom ADHD dalam kalangan kanak-kanak yang mengambilnya dalam diet makanan seharian.\n\nItulah dia khasiat minyak ikan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang khasiat ulam, khasiat avokado, dan khasiat lengkuas.Jemput share dan like ya.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Anda selalu menggunakan semburan serangga di rumah? Semburan serangga digunakan untuk menghalau atau membunuh serangga seperti nyamuk, lipas, semut dan lain-lain lagi. Pada bahagian botol semburan serangga tersebut akan tertulis jauhi kanak-kanak. Selain itu, ia juga tertulis gunakan dengan berhati-hati, jangan terkena pada kulit.\n\nSemburan serangga ini penting dan perlu ada di setiap rumah untuk menghalau serangga. Tetapi, adakah anda menggunakannya dengan berhati-hati? . Jika anda tidak menggunakannya dengan berhati-hati ia boleh memudaratkan diri sendiri.\n\nMari kami kongsikan kepada anda mengenai tips untuk membersihkan diri jika terkena racun semburan serangga. Tips ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. \n\nRacun serangga bentuk sediaan semburan(aerosol) yang biasa digunakan di rumah, lazimnya terdiri daripada racun serangga piretroid.\n\nRacun piretroid mempunyai tahap ketoksikan yang rendah terhadap manusia. Biasanya racun ini akan dinyahkan daripada tubuh melalui proses penguraian dan perkumuhan.\n\nWalaupun racun serangga piretroid tidak begitu berbahaya manusia, pada dos-dos yang tertentu ia masih boleh mengakibatkan alahan dan keracunan.\n\nTanda-tanda alahan adalah bersin-bersin, selsema, gatal-gatal, dan sesak nafas.\n\nTanda-tanda keracunan pula adalah mual, muntah, cirit-birit, sawan, koma, dan sesak nafas.\n\nOleh itu, jika anda terdedah kepada racun ini, pada salur pernafasan(mulut dan hidung), hendaklah segera ke tempat lapang dan diberi bantuan pernafasan.\n\nJika racun piretroid (jenis semburan/aerosol) terkena kulit ataupun mata, ia boleh memedihkan serta menyebabkan gatal-gatal.\n\n\u25feMata yang terkena semburan racun tersebut, cuci dengan air bersih selama 10-15 minit.\n\n\u25feBahagian badan tercemar perlu dicuci dengan air yang banyak bersama cucian sabun.\n\n\u25fePakaian yang terkena racun haruslah dibasuh bersih sebelum dipakai semula.\n\n\u25feJika ada tanda-tanda alahan dan keracunan, segeralah berjumpa doktor.\n\n*Racun semburan nyamuk ini perlu digunakan dengan berhatihati dan disimpan di tempat yang selamat. Ia tidak boleh dibawa bermain, lagi-lagi kanak-kanak kerana ia boleh terkena alahan. Oleh itu, semburan serangga ini digunakan kepada serangga sahaja bukan kepada manusia. Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bersalin adalah satu proses yang sangat menyakitkan dan memenatkan. Tak kisah sama ada anda bersalin secara normal atau pun melalui pembedahan.\n\nKedua-duanya bukanlah satu perjalanan yang mudah. Selepas anda selamat bersalin, salah satu daripada perkara yang paling dirisaukan ialah luka pada jahitan. Pastinya anda risau kalau luka anda lambat kering atau lagi teruk, ia dijangkiti kuman atau jahitan tertetas semula.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang tanda jahitan bersalin sudah sembuh serta petua dan tips yang boleh anda amalkan agar luka bersalin cepat kering.\n\nTips agar luka bersalin cepat kering dan sembuh\n\nPastinya anda ingin tahu apakah tips dan petua agar luka bersalin cepat kering dan sembuh. Tak kira sama ada luka episiotomi atau luka pembedahan, keduanya memerlukan penjagaan yang rapi agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku kepada anda. Agar jahitan cepat kering dan sembuh, apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut:\n\nSekiranya luka anda sudah mulai sembuh, berikut adalah di antara tanda yang boleh anda perhatikan:\n\nItulah dia info tentang tanda jahitan bersalin sudah sembuh serta tips dan petua selepas bersalin agar luka cepat kering. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang bersalin induce, makanan berangin dan tips cepatkan sembuh luka ceaserean."
"Teh hijau mempunyai banyak khasiat yang boleh membantu anda untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Antara khasiat yang terkandung dalam teh hijau adalah antioksidan dan 0 kalori. Maka ia bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat badan. Oleh sebab itu, di negara Jepun, mereka gemar minum teh hijau kerana ia membantu tubuh badan mereka untuk sihat.\n\nTeh hijau bukan sahaja untuk minum, malah ia juga boleh dijadikan masker muka untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin. Anda mahu kulit yang cantik?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai cara-cara membuat masker teh hijau. Info ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar. Puan Zana mempunyai diploma akaun di Politeknik Seberang Perai. Kini, Puan Zana menjadi agen CPEA1 di Cunna Pretty.\n\nTeh Hijau tak kisah la brand apa pun.\n\nCara cara dia paling senang nak buat.\n\n1. Satu kan bahan ni jadi macam pes. Lemon dan madu tu agak agak la dengan kuantiti teh tu k.\n\n2. Bersihkan muka dulu dengan air suam untuk buka liang roma tau. Dan lepas tu baru la tepek masker ni kat muka.\n\n3. Biarkan kejap dalam 5 minit dan lepas tu bilas dengan air mineral ais sejuk. Sebab kalau air paip ni tak bersih kan nanti rosak muka bakteria senang ber tenggek kat skin tu.\n\n4. Dah cuci muka korang lepas tu boleh la pakai produk skin care anda.\n\n*Mudah, bukan? Bahan-bahannya mudah didapati dan murah. Ikuti langkah yang diberikan oleh Puan Zana, Insyaallah anda akan mendapat kulit yang diingini. Tetapi, jika anda ragu-ragu, anda boleh pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat sama ada kulit anda sesuai atau tidak.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Meroyan atau kemurungan selepas bersalin adalah satu keadaan di mana si ibu mengalami kemurungan atau depresi selepas melahirkan anak. Kami kongsikan rawatan untuk kemurungan selepas bersalin.\n\nProses kelahiran, sama ada normal atau secara pembedahan C-Seksyen, merupakan satu proses yang mencabar. Ia menuntut banyak kesabaran, tenaga, dan pengorbanan daripada si ibu.\n\nSakitnya pula tidak mampu diluah atau diceritakan. Maka, tidak hairanlah jika ada para ibu yang trauma sebaik sahaja melalui proses ini, terutamanya bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak.\n\nApakah rawatan untuk meroyan atau postpartum psychosis?\n\nApa yang perlu dilakukan jika anda mengesyaki seseorang yang anda kenali mengalami masalah kemurungan selepas bersalin?\n\nTerima hakikat bahawa orang yang kita sayang sedang mengalami kemurungan selepas bersalin. Bukannya berlakon, mengada-ngada atau sengaja dibuat-buat.\n\n2. Bawa berjumpa pakar psikiatri dengan segera\n\nBawa dia berjumpa dengan pakar psikiatri dengan segera. Buang stigma bahawa pakar psikiatri adalah untuk orang gila. Sebenarnya, mereka adalah pakar kesihatan yang memberikan rawatan terbaik bagi gangguan emosi dan mental.\n\n3. Pastikan ubat yang diberikan oleh doktor dimakan mengikut waktunya\n\nUbat dan rawatan susulan yang disarankan oleh pakar psikiatri perlu diberikan kepada si ibu dengan sempurna. Ubat yang diberikan akan membantu mengurangkan simptom seperti tiada selera makan, keletihan, dan masalah tidur.\n\n4. Teruskan proses kaunseling, hadiri temujanji susulan\n\nPastikan si ibu menghadiri setiap temujanji susulan.\n\nYang paling utama, sokongan daripada si suami. Berikan empati dengan isteri. Fahamilah dirinya. Jangan dibebankan fizikal dan emosinya semasa proses pantang. Berikan dakapan mesra dan kata-kata sayang selalu supaya si ibu sentiasa berasa dihargai.\n\nSokongan emosi daripada suami dan ahli keluarga adalah rawatan terbaik untuk ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin.\n\n6. Berikan bantuan untuk menjaga bayi\n\nBerikan bantuan untuk menjaga si kecil yang baru lahir. Bebanan menjaga bayi seorang diri boleh menyebabkan kemurungan selepas bersalin sukar untuk dirawat.\n\n7. Pastikan mendapat rehat yang mencukupi\n\nPastikan si ibu mendapat rehat yang mencukupi. Ibu beranak kecil lazimnya kepenatan kerana menyusukan dan menjaga anak yang tidak tidur malam. Dengan bantuan anda, si ibu akan dapat berehat.\u00a0Keletihan dan kepenatan melampau juga boleh membawa kepada tekanan emosi seterusnya kemurungan selepas bersalin.\n\n8.\u00a0Pastikan luka bersalin atau luka pembedahan berada dalam keadaan yang baik\n\nPastikan luka bersalin atau luka pembedahan si ibu sembuh dengan baik. Sebarang jangkitan akan menyebabkan si ibu jatuh sakit dan menyebabkan emosinya terganggu.\n\n9. Pastikan si ibu mendapat jagaan selepas bersalin yang baik\n\nIbu yang baru bersalin perlu diberi perhatian dan jagaan penuh sama ada oleh si suami atau ahli keluarga terdekat. Keperluannya ketika berpantang perlu di penuhi.\u00a0Aspek penjagaan semasa tempoh berpantang juga amat penting seperti berurut, berbengkung, dan bertangas kerana pada masa sama, ia dapat mengeluarkan gumpalan darah kotor yang masih berada di dalam rahim.\n\nJaga pemakanan si ibu. Kadangkala, cara berpantang tradisional yang sangat ketat juga akan membuatkan si ibu rimas dan mula terganggu emosi dan mentalnya. Masukkan nutrien yang mencukupi ke dalam pemakanan si ibu kerana dengan mineral dan zat vitamin yang sempurna, si ibu dapat menghasilkan susu yang banyak, menyusukan bayi dengan baik, mengurangkan perasaan risau atau tertekan, dan sekaligus mengeratkan kasih sayang ibu dengan bayi.\n\nSelain dari pemakanan, pengambilan supplemen juga perlu dititikberatkan bagi menampung keperluan nutrisi ibu selepas bersalin. Nutrisi yang lengkap penting untuk ibu lepas bersalin bukan sahaja untuk membantu ibu-ibu kembali cergas malah bagus untuk penyembuhan dalaman yang lebih cepat dan juga menyokong kesihatan mental dan fizikal ibu.\n\nBanyakkan bersembang dan berkongsi cerita dengan si ibu. Ini untuk mengelakkan daripada dia duduk berseorangan dan mula melayan perasaan.\n\n13. Galakkan supaya mendekatkan diri dengan Allah\n\nGalakkan si ibu untuk memperbanyakkan berzikir, membaca & mendengar alunan Al-Qur\u2019an serta ceramah-ceramah agama yang bermanfaat bagi memastikan tahap emosi dan spiritual berada dalam keadaan yang sihat.\n\n14. Galakkan supaya menambah ilmu keibu bapaan\n\nGalakkan juga si ibu untuk banyak membaca atau belajar tentang ilmu keibubapaan ketika berpantang.\u00a0Dapatkan lebih informasi dan pengetahuan tentang penjagaan bayi, penyusuan, masalah yang bakal dihadapi selepas kelahiran dan juga perubahan diri yang bakal dialami.\n\nPersediaan ini bantu mengurangkan tekanan kerana ibu dapat mengawal keadaannya jika menghadapi kesukaran dan emosi akan lebih terkawal.\n\nGalakkan si ibu untuk bersenam ringan. Senaman membantu si ibu berasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Hanya dengan berjalan-jalan di kawasan sekitar halaman pun sudah memadai.\n\n16. Libatkan diri dengan kumpulan sokongan\n\nGalakkan si ibu untuk mengaktifkan diri dalam pelbagai laman sosial dengan menyertai kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu. Di sini terdapat pelbagai perkongsian pengalaman dan saling memberikan sokongan.\n\n17. Ingatkan supaya sentiasa berfikiran positif\n\nWalau pelbagai dugaan yang menimpa, ingatkan si ibu supaya sentiasa ingat bahawa Allah selalu ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif. Nikmatilah waktu berpantang dengan penuh gembira. Disaat ini, sokongan orang terdekat sangat diperlukan.\n\n18. Ingatkan supaya sentiasa bersifat realistik\n\nSemasa tempoh berpantang, si ibu sememangnya perlu mengambil berat tentang aspek kesihatan diri dan pada masa yang sama belajar teknik pengurusan bayi dengan betul. Ingatkan supaya jangan sesekali bebankan diri dengan perkara-perkara yang sukar dilaksanakan. Apa yang penting, kita tanamkan rasa seronok dengan pengalaman menjadi seorang ibu\n\n19. Isi masa dengan aktiviti berfaedah\n\nBantu si ibu untuk mengisi masa lapang dengan aktivit yang berfaedah supaya tiada masa untuk melayan perasaan.\n\nItulah dia rawatan untuk kemurungan selepas bersalin yang perlu anda tahu. Semoga perkongsian kami ini bermanfaat buat anda."
"Mencari tempat menarik di Kedah? Nah ini jawapannya. Senarai tempat best di Kedah ini pasti membuat anda tidak sabar untuk ke sana. Negeri jelapang padi ini mempunyai 12 daerah dan setiap daerah mempunyai tarikan yang pasti memuaskan anda.\n\nSelalunya kolam air panas hanya menyediakan aktiviti merendam kaki di dalam air panas. Tapi di Ulu Legong, ada beberapa perkara anda boleh lakukan di sini.\n\nSelain mandi di dalam kolam air panas semulajadi berperingkat, anda juga boleh berkayak dan berakit. Malah, penginapan juga disediakan bagi mereka yang mahu bermalam di sini.\n\nHarga Tiket: RM6 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)\n\nAlamat: Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling\n\nJaraknya hanya 30km dari Pekan Baling dan 90km dari Bandar Alor Setar sama ada dengan kenderaan yang dipandu sendiri, bas atau teksi. Sebenarnya ia terletak di dalam Taman Eko Rimba Lata Bayu.\n\nTaman ini adalah satu daripada 6 Taman Eko Rimba yang terdapat di Kedah. Jadi, kebersihan dan kemudahannya dijaga dengan baik.\n\nAir terjunnya yang setinggi 20 meter memang mengagumkan. Persekitarannya yang berbukit-bukau dan dikelilingi hutan tropika menjadikan ia lokasi kegemaran mereka yang sukakan aktiviti merentas hutan ke puncak Bukit Tok Bidan.\n\nPada satu kawasan yang lebih mendatar, ia menjadi tumpuan perkhemahan dan perkelahan bagi mereka yang mahukan aktiviti lebih santai.\n\nAlamat: Taman Eko Rimba Lata Bayu @ Lata Asam Jawa, Baling\n\nDengan panjang 925m dan ketinggian 26 meter, ia merupakan jambatan gantung yang terpanjang di dunia. Pemandangan indah dan bersih dapat dilihat sepanjang berjalan di atasnya kerana kedudukannya yang terletak di Taman Rekreasi Sungai Sedim.\n\nNamun begitu, jambatan ini lebih kukuh berbanding jambatan gantung yang lain kerana binaannya tidak bergantung kepada pokok. Sungai Sedim juga terkenal dengan aktiviti pendakian, \u2018white water rafting\u2019, \u2018abseiling\u2019 dan permainan paint ball.\n\nHarga Tiket: RM10 (dewasa), RM6 (kanak-kanak)\n\nAlamat: Kampung Sedim Karangan, 09000 Kulim\n\nSenibinanya yang berbentuk gemai padi pun sudah cukup menarik perhatian. Ditambah pula dengan Gunung Keriang yang menjadi latar belakang pemandangannya. Muzium berkeluasan 2000 meter persegi ini mempunyai 3 aras.\n\nSejarah penanaman padi di Kedah diletakkan di Aras 1. Aras 2 menempatkan lukisan-lukisan aktiviti penanaman padi beserta dokumentari. Selepas menaiki 59 anak tangga, Aras 3 menyajikan pengunjung dengan panorama indah perkampungan dan sawah\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)\n\nAlamat: Lot 798, Jalan Gunung Keriang, Mukim Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah\n\nLagu Cinta Pantai Merdeka pernah menjadi siulan suatu masa dulu. Bagi yang beum tahu, Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai yang ada di Kedah selain daripada Langkawi. Maka, ia menjadi tumpuan pengunjung dari merata tempat.\n\nTambahan pula, ia memang terkenal dengan keindahan pemandangannya. Antaranya ialah Gunung Jerai yang bertentangan dengannya. Selain kemudahan asas seperti tandas, medan selera, dan chalet serta resort, di sini juga ada disediakan bot buat pengunjung yang mahu bersiar-siar.\n\nAlamat: Kota Kuala Muda, 08500 Sungai Petani\n\nDari Jeti Semeling, pengunjung akan menyusuri Sungai Merbok, singgah di Tanjung Dawai sebelum kembali ke Jeti Semeling. Sungai, hutan bakau, dan Gunung Jerai adalah pemandangan sepanjang perjalanan. Jika mahu bermalam, boleh menyewa rumah bot yang memberikan pengalaman berbeza.\n\nHarga: RM35 (dewasa), Percuma \u2013 RM15 (kanak-kanak)\n\nWaktu Operasi: Pagi sehingga tengah hari.\n\nTasik Pedu pernah gah suatu ketika sehinggalah ia sunyi ekoran kurang mendapat sambutan sedangkan ia memiiki flora dan fauna yang menarik. Tasik seluas 52km persegi itu sedang cuba dipulihkan \u2018semangatnya\u2019 oleh mereka yang tidak mahu keindahan Tasik Pedu disia-siakan.\n\nSeri Mahawanga iaitu rumah bot yang mampu memuatkan 13 orang dewasa, lengkap peralatan memasak dan tandas, berada di lokasi paling indah di Tasik Pedu. Menyaksikan matahari terbenam dan ratusan ikan yang seolah-olah tidak peduli dengan kehadiran manusia amat mendamaikan. Jadi, ia juga syurga memancing bagi si kaki pancing.\n\nHubungi Amireco Pedulake (Facebook) untuk tempahan.\n\nTaman Tema terulung di Kedah ini menyediakan pelbagai jenis tarikan sebagaimana taman tema air yang lain. Antaranya ialah Wave Pool, Lazy River, Tube Slides, High Speed Slides, Body Slides, dan kolam mandi. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain seperti teater 7D, memanjat dinding, menunggang kuda dan golf mini.\n\nAlamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani\n\nWaktu Operasi: 11am-7pm (Isnin-Jumaat), 9am-7pm (Sabtu, Ahad, cuti sekolah dan umum)\n\nDi Langkawi juga ada taman yang pasti dapat memuaskan percutian anda. Semua tarikan dan permainan sesuai untuk semua golongan umur. Antaranya adalah Ragin\u2019s Racer, Shipwreck Falls, Splash-Twister, Big Splash Kingdom dan macam-macam lagi.\n\nDapatkan tiket lebih murah dengan pembelian secara dalam talian. Memang berbaloi jika bawa seisi keluarga ke taman tema ini.\n\nWaktu operasi: Khamis \u2013 Selasa (11.00 pagi \u2013 6.30 petang)\n\nAlamat: Persiaran Mutiara 2, 07000 Langkawi, Kedah.\n\nParadise 101 menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh kemewahan dan privasi di tengah laut. Anda perlu menaiki boat untuk beberapa minit untuk tiba di sini.\n\nNak bersantai sahaja pun boleh. Pilih pakej menaiki cruise dan berlayar sepuasnya di kapal mewah bersama keluarga atau rakan-rakan. Pasti seronok berada di tengah-tengah laut sambil menghayati keindahan alam dan suasana tenang.\n\nJika anda seorang yang suka akan aktiviti lasak, anda perlu cuba semua aktiviti yang mereka sediakan kerana sangat menarik dan pasti tidak akan membosankan anda. Antaranya adalah Zipline, Kayak, menaiki banana boat atau jet ski, parasailing dan sebagainya.\n\nAlamat: Telaga Harbour Marina Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah\n\nTempat utama yang perlu anda kunjungi jika ke Langkawi semestinya Underwaterworld. Merupakan salah satu akuarium air tawar yang terbesar di Asia Tenggara dan menempatkan pelbagai jenis hidupan marin.\n\nTerdapat tiga bahagian yang memaparkan hutan hujan tropika dan ekosistem sungai, suhu & sub-antartik serta hidupan marin. Antara tarikan yang menjadi tumpuan adalah ikan air tawar, kolam ikan koi dan terumbu karang.\n\nBawa anak-anak serta seisi keluarga meneroka hidupan laut sambil belajar mengenai hidupan laut yang penuh keajaiban ini.\n\nAlamat: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah\n\nTerletak di Alor Setar, ia merupakan salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan daerah ini. Nama lain masjid ini adalah Masjid Zahrah dan dikenali sebagai Masjid Raja yang juga merupakan masjid negeri bagi Kedah.\n\nMasjid ini mempunyai seni bina dan reka bentuk yang sangat menarik. Terdapat lima kubah yang terdiri daripada kubah utama dan kubah kecil yang melambangkan lima rukun Islam. Kesemua kubah berwarna hitam.\n\nAlamat: Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah\n\nPantai yang berada di Langkawi ini juga sangat terkenal selain dari Pantai Chenang. Anda digalakkan datang ke sini jika ingin berada di pantai yang tenang dan tidak ramai dengan pengunjung.\n\nPantainya sangat cantik, bersih dan nyaman. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini kerana pemandangan yang sangat menarik.\n\nBerbeza dengan pantai lain, Pantai Tanjung Rhu terbuka untuk pengunjung awam namun mempunyai masa kunjungan yang ditetapkan melainkan anda pengunjung yang menginap di sekitar resort di pantai ini. Hal ini kerana pantai ini adalah kawasan persendirian.\n\nWaktu operasi: 8.00 pagi \u2013 6.00 petang\n\nMerupakan menara telekomunikasi yang berketinggian 165.5 meter, tak lengkap kunjungan anda ke Kedah jika tidak menikmati pemandangan seluruh bandar ini dari menara kemegahan Kedah.\n\nJom uji keberanian anda berada di Skybox iaitu sebuah kotak yang berlantaikan dan berdindingkan kaca. Anda boleh lihat pemandangan sekitar 360 darjah.\n\nAntara tarikan lain di menara ini adalah amfiteater, mega view dan observation deck. Sekiranya anda berasa lapar, di sini juga terdapat restoran yang menarik dan harga sangat berbaloi.\n\nAlamat: Menara Alor Setar. Lot 99, Lebuhraya Darul Aman, 05100 Alor Setar, Kedah\n\nMencari tempat untuk bersantai yang unik? MnM Home Whimsical Houses mungkin tempat yang anda cari. Merupakan sebuah rumah kembar yang senget dan berwarna-warni, pelbagai tarikan lain yang sesuai untuk seisi keluar.\n\nTarikan lain termasuk rumah kucing, rumah terbalik, taman permainan mini, rumah hobbit dan zoo mini. Di zoo mini, anda boleh lihat, pegang dan bergambar dengan pelbagai jenis haiwan seperti arnab, rusa, kambing dan sebagainya.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi \u2013 5.00 petang)\n\nAlamat: Lot 4424, lorong masjid, kampung changkat setol, Kg Changkat Setol, 06010 Changlun, Kedah\n\nJika anak-anak anda ingin ke taman tema air, Pendang Waterfront pasti memuaskan hati mereka. Taman tema air ini mampu memuatkan hingga 100 orang dalam suatu masa. Harga tiket yang murah, anak-anak boleh mandi sampai kecut.\n\nMerupakan tarikan utama yang berada di Darulaman Park, perjalanan dari bandar Jitra hanya mengambil masa 15 minit sahaja.\n\nAda lima tarikan menarik di taman tema air ini iaitu Children Splash Pad, Twin Water Slide, Lazy River, Water Cave dan Musang King Giant House. Pasti tak cukup sehari untuk habiskan semua aktiviti di sini.\n\nBanyak kemudahan yang disediakan seperti tandas,surau, kafe, locker dan sebagainya.\n\nWaktu operasi: Rabu \u2013 Isnin (10.00 pagi \u2013 6.00 petang)\n\nAlamat: Jalan Golf & Country Club 06000 Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah\n\nJika anda ingin mencari tempat bersantai bersama keluarga sambil dikelilingi alam semula jadi, pusat rekreasi ini sangat sesuai dengan citarasa percutian anda. Di sini terdapat air terjun tiga tingkat yang jernih dan bersih.\n\nPelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti berkelah, bbq, bermandi-manda, mendaki dan sebagainya. Tenang bila mendengar suara alam.\n\nLengkap dengan pelbagai fasiliti yang akan memudahkan anda sepanjang berada di sini seperti tempat parking percuma, pondok rehat, jalan bertar dan lain-lain.\n\nMasjid yang mempunyai seni bina yang mempu mempersonakan setiap mata memandang ini terletak di Alor Setar. Masjid Al-Bukhari mampu memuatkan sehingga 15 000 jemaah dalam satu masa.\n\nSetiap perincian masjid di bina dan inspirasikan dari binaan yang menarik dan bersejarah di dunia. Contohnya bahagian mihrab yang diinspirasikan dari seni bina Khanaqah serta menaranya yang diinspirasikan dari Masjid Nabawi, Madinah.\n\nAlang-alang ke sini untuk melawat dan bergambar, luangkan masa anda untuk solat di sini kerana ruangnya sangat selesa.\n\nAlamat: Jalan Langgar, Kedah, 05450 Alor Setar\n\nSekiranya anda atau ada ahli keluarga yang kaki pancing, bawa mereka untuk merasai pengalaman memancing di sini. Anda boleh menginap di chalet yang terapung dengan harga yang berbaloi.\n\nLengkap dengan pelbagai kemudahan,memancinglah tanpa batasan. Fikiran juga akan menjadi tenang apabila dikelilingi alam yang memukau.\n\nAlamat: Kuala Segantang Garam, Ban Kota Kuala Muda, Merbok, Kedah\n\nPusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara\n\nKhas untuk anda yang sukakan sains dan teknologi, pasti terpukau dengan segala ciptaan manusia. Di sini terdapat tiga bahagian yang boleh anda teroka iaitu galeri pameran indoor, pameran bertema dan zon pameran outdoor.\n\nWaktu operasi: Sabtu \u2013 Khamis (9.00 pagi \u2013 4.30 petang)\n\nAlamat: Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah\n\nSesuai untuk anda yang ingin mendalami suasana kampung kerana tempat ini adalah salah satu pusat pelancongan yang dikelilingi alam semula jadi.\n\nBerada di kelilingi bukit-bukau dan sungai pasti menenangkan mental dan fizikal. Tiket masuk yang dibayar kelihatan mahal namun ia lengkap dengan kunjungan dan pelbagai aktiviti menarik.\n\nAnda boleh mencuba aktiviti menorah getah, menanam padi dan sebagainya. Antara tarikan yang ada adalah Awanaz Agro & Recreation, Wang Tepus River Cruise, Teratak Malinja dan Bee Farm.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi \u2013 5.00 petang)\n\nAlamat: No 1331 Awanaz, Kampung Cerok Tok Lateh, 06000 Wang Tepus, Kedah\n\nTanjung Dawai pasti muncul di minda apabila jika anda datang ke Kedah. Hanya 30 meter dari Sungai Petani, Tanjong Dawai amat terkenal dengan sumber makanan laut.\n\nBukan sahaja anda boleh membeli-belah hasil laut, anda juga boleh bersiar-siar sekitar pantai atau melihat matahari terbenam. Nak lagi menarik, datang ke sini menaiki boat di Jeti Pantai Merdeka sambil menikmati tiupan angin yang mendamaikan.\n\nTerletak di Sungai Petani, menara jam ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Kedah.\u00a0 Merupakan ikon bagi Sungai Petani, pembinaannya masih kukuh walaupun sudah menjangkau 86 tahun.\n\nDatang pada waktu malam untuk mendapatkan panorama cantik dipenuhi lampu berkilau.\n\nAlamat: 916, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah\n\nTengok gelagat burung juga mampu menenangkan minda. Walaupun nama tempat adalah taman burung, namun pelbagai haiwan lain juga ada di sini kerana ia berkonsepkan petting zoo.\n\nDi sini anda boleh melihat, bergambar dan memegang haiwan dengan dekat. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh memberi makan kepada haiwan tersebut.\n\nKura-kura, rusa, ular, burung merak semua ada. Bawa anak-anak ke sini pasti mereka teruja. Sekurang-kurangnya mereka terdedah dengan pelbagai jenis hidupan alam.\n\nWaktu operasi: Selasa \u2013 Ahad (10.00 pagi \u2013 6.00 petang)\n\nAlamat: 60, Jalan Tunku Bendahara, 09000 Kulim, Kedah\n\nJika anda seorang yang suka akan tempat bersejarah, apa kata anda ke Telaga Gajah yang menyimpan 1001 kisah awal Pendang. Untuk pengetahuan anda tempat ini dinamakan Telaga Gajah kerana pernah menjadi tempat persinggahan gajah-gajah untuk mandi setelah menghantar bunga emas ke Siam. \n\nTelaga Gajah merupakan sumber air bersih yang dibekalkan buat penduduk setempat sepanjang musim kemarau pada zaman itu. Sehingga kini, telaga ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.\n\nKedah juga salah satu negeri yang mempunyai banyak tempat bersejarah termasuklah Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir. Rumah ini menyimpan segala memori Tun Dr. Mahathir sejak beliau lahir sehingga beliau berkahwin. \n\nAntara tarikan pada rumah ini adalah hologram dan animasi 3D yang dicipta bagi menambah minat golongan kanak-kanak dan remaja khususnya dalam mempelajari sejarah. \n\nRumah tradisional ini dihiasi dengan pelbagai barangan atau perabot lama yang unik di samping pelbagai fakta dipaparkan untuk informasi umum. \n\nAlamat: No. 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah\n\nTarikan istimewa buat anda yang aktif dan suka akan cabaran, Gunung Jerai Paragdiling Park akan membuatkan anda berterbangan di awangan dengan seronok. Terletak di puncak Gunung Jerai, pasti meninggalkan pengalaman yang sukar dilupakan kerana dapat terbang sambil layan suasana Kedah di udara. \n\nSekiranya anda ingin mencuba aktiviti ini, anda perlulah menghubungi pihak Gunung Jerai Paragliding Park terlebih dahulu untuk membuat tempahan. Tambahan pula, ia dibuka pada Sabtu dan Ahad mengikut tempahan yang dibuat. \n\nHutan lipur ini mempunyai sebuah sungai yang sangat jernih dan sejuk. Hanya lima kilometer dari bandar Kulim, pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti berkelah, bermandi-manda, mendaki bukit dan sebagainya. \n\nTempat ini berada di dalam hutan simpan Gunung Pongsu. Pelbagai kemudahan terdapat di sini seperti gerai makan, parking kereta yang luas, tandas, surau dan sebagainya. Bawa keluarga riadah di taman rekreasi ini serba sedikit dapat menenangkan jiwa.\n\nWaktu operasi: 7.00 pagi \u2013 6.00 petang\n\n Alamat: Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan 09000 Kulim, Kedah \n\nUltimate Horse Training & Stud Farm\n\nBerminat untuk menunggang kuda? Ultimate Horse Training & Stud Farm juga antara tempat menarik di Kedah yang perlu anda kunjungi jika anda menyukai sukan ini. Anda dapat merasai pengalaman menunggang kuda dengan selamat dan seronok.\n\nDibuka pada setiap hari, bayaran adalah percuma. Namun jika anda ingin menunggang kuda bayaran tertentu akan dikenakan. \n\nAlamat: Lot 784 jalan ruat besar, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah \n\nSelain tempat menarik di Kedah untuk dilawati, negeri ini juga kaya dengan tempat makan yang menarik. Jadi, penat berjalan dan beraktivti, jangan lupa untuk terokai makanan mereka juga.\n\nSemoga anda suka tempat menarik di Kedah yang kami kongsikan. Jemput juga baca artikel tempat menarik lain."
"Cuaca di Malaysia sekarang tidak menentu, kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas. Ia membuatkan kita rasa tidak selsesa kerana ia memberi kesan kepada tubuh badan kita. Paling teruk adalah apabila tiba musim panas yang terik sehingga mencecah suhu 34\u00b0C dan ke atas.\n\nCuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya, batuk, demam dan selsema. Penyakit ini adalah biasa bagi setiap musim panas yang berlaku di Malaysia. Malah, kadar pesakit demam meningkat apabila cuaca terlalu panas dan tidak menentu. Selalu yang senang mendapat 3 penyakit ini adalah kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai antibodi rendah.\n\nBagaimana kita mahu mengatasi penyakit batuk, demam dan selsema ini?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tips untuk mengatasi batuk, selsema dan demam. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga merupakan bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri. \n\n12 Tips untuk bantu mengatasi batuk, demam dan selsema.\n\n1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.\n\nUntuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin. Selepas itu barulah ditambah air suam.\n\n2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.\n\nCaranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli. Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk. \n\n3. Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.\n\n4. Minum madu asli \u2013 Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk.\n\nTerdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.\n\n5. Minum yoghurt atau madu kelulut.\n\nLactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.\n\n6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk.\n\n7. Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang.\n\nKulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus.\n\nCaranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.\n\n8. Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk.\n\nCaranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.\n\n9. Bahan meruap mint (Mentha piperita) juga boleh bantu kurangkan batuk.\n\nCaranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus\n\n10. Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin.\n\nIa juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.\n\nDisediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam\n\n12. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit.\n\nKayu manis juga membantu masalah diabetis.\n\n*Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh pakar. Ikuti tips ini dengan rajin dan konsisten, Insyaallah semuanya akan baik-baik. Tips ini sesuai diikuti sama ada lelaki atau wanita. Tips ini adalah sekadar ubat tambahan untuk menyembuhkan penyakit kita. Jika tidak memberi apa-apa kesan yang positif, pergi berjumpa doktor kerana mungkin ada masalah yang lain. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Acap kali kita mendengar bahkan menyebut perkataan taska dan tadika. Kadangkala kita juga sering terkeliru dengan perkataan taska, tadika dan nursery.\u00a0 Bila disebutkan taska ataupun tadika semestinya kita terbayangkan sebuah pusat yang dipenuhi dengan kanak-kanak kecil. \n\nNamun begitu, tahukah anda pengertian sebenar dan dimana terletak perbezaannya. Kesemua perkara yang telah disebutkan tadi merupakan jenis-jenis pendidikan awal bagi kanak-kanak. Sudah pasti wajib untuk setiap daripada kita menghantar anak-anak kecil ke Taska mahupun Tadika kerana manfaatnya pada masa akan datang yang tak ramai ketahui.\n\nMenurut Jabatan Pendidikan Negeri, Taska adalah singkatan bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak. Ia juga dapat ditakrifkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang berusia 4 tahun kebawah. \n\nTujuan utama taska diwujudkan adalah bagi membantu ibu bapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibu bapa. Untuk menubuhkan sesebuah taska, ia perlulah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, taska juga menyediakan program dan aktiviti yang bersesuaian buat kanak-kanak.\u00a0\n\nPersoalan yang sering\u00a0 bermain di minda ibu bapa kini adalah sesuaikah Taska untuk anak-anak mereka? Maklumlah, kita sering digemparkan dengan kes-kes penderaan kanak-kanak melalui media massa. Tak hairanlah jika boleh dikatakan segelintir ibu bapa menjadi \u2018trauma\u2019 untuk menghantar anak kecil mereka ke taska. \n\nSebenarnya tidak menjadi masalah jika anda ingin menghantar kanak-kanak ke taska. Hal ini kerana, anda tidak perlu khuatir tentang penjaga anak-anak anda, mereka sudah pun dilatih dan diwajibkan kepada mereka menjalani kursus 10 hari (Kursus Asuhan Kanak-Kanak Asas, KAAK) yang ditentukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.\u00a0\n\nAkan tetapi, anda juga perlu memantau keadaan dan perubahan tingkah laku anak anda dirumah. Jika hasilnya positif itu bermakna taska tersebut mampu memberi impak yang baik dan sebaliknya.\u00a0\n\nBagaimana pula dengan tadika? Apa itu tadika?\u00a0 Tadika merupakan singkatan bagi Taman Didikan Kanak-Kanak. Kebiasaannya tadika menerima kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun dan ia menyediakan aktiviti pembelajaran akademik yang berasaskan mata pelajaran. \n\nPelajaran yang diajarkan di tadika sebuah alat untuk digunakan di peringkat sekolah rendah nanti. Tadika menempatkan 10 atau lebih kanak-kanak, salah satu sebabnya adalah untuk mengajarkan kepada anak-anak tentang cara yang betul untuk bergaul dan bersosial.\u00a0\n\nJom kami ulaskan sedikit tentang perbezaan diantara Taska dan Tadika sekaligus merungkai tanda tanya dibenak anda semua. Mungkin anda akan lebih yakin dan tahu sama ada taska sesuai atau tidak untuk anak anda!\n\nPerbezaan taska dan tadika yang pertama adalah usia kanak-kanak. Taska akan mengambil kanak-kanak yang hanya berusia 4 tahun dan ke bawah walaupun bayi. Manakala Tadika pula hanya akan menerima kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun sahaja. \n\nSelalunya, khidmat Taska akan bertindak sebagai pengasuh serta digunakan oleh ibu bapa sekiranya kedua-dua mereka terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Berbeza pula dengan Tadika, kerana tujuan utama ibu bapa menghantar anak mereka adalah untuk menerima pembelajaran akademik. Perbezaan ini dapat kita lihat dengan ketara.\n\nPengasuh di Taska ataupun Pusat Penjagaan Kanak-Kanak biasanya tidak memerlukan kelulusan dan sijil yang tinggi, cukup sekadar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun setiap pengasuh yang berkhidmat di Taska wajib menjalani kursus selama 10 hari iaitu\u00a0 (Kursus Asuhan Kanak-Kanak Asas, KAAK) ataupun disebut sebagai Sijil PERMATA. \n\nBagi Tadika pula, untuk menjadi seorang tenaga pengajar di Tadika , sekurang-kurangnya mempunyai diploma dalam bidang perguruan. Kebanyakan mereka sudah terlatih untuk mengurus kanak-kanak dan mempunyai ijazah atau sarjana dalam pendidikan awal kanak-kanak.\n\nBilangan kanak-kanak yang diambil masuk ke taska dan tadika juga adalah perbezaan yang perlu anda tahu. Taska tidak akan mengambil bilangan kanak-kanak yang ramai kerana menjaga anak-anak dibawah umur 4 tahun ini sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. \n\nBiasanya mereka akan ambil dalam lingkungan 15 dan ke bawah mengikut Pusat Taska tersebut. Tadika pula akan menerima kanak-kanak berumur 10 tahun keatas sahaja. Bahkan sesetengah tadika tidak akan menerima kanak-kanak yang tidak boleh menguruskan diri seperti halnya membuang air kecil.\n\nSistem pembelajaran di Taska amat kurang berbanding Tadika. Taska hanya menumpukan penjagaan kanak-kanak disamping menyediakan program yang sesuai untuk kanak-kanak seusia bawah 4 tahun. \n\nBuat Tadika, mereka mengutamakan sistem pembelajaran bersifat akademik. Seperti disebutkan diatas, tadika ibarat sebuah alat yang bakal digunakan buat peringkat sekolah rendah dan menengah. Bukan sekadar akademik, malah\u00a0 kemahiran sosial, intelek, fizikal, rohani dan nilai estetik kanak-kanak juga diterapkan. \n\nSedikit sebanyak dapat membentuk kanak-kanak itu menjadi seorang yang berdisiplin dan berwibawa bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.\u00a0Pilihah sistem pembelajaran yang mana sesuai dengan anak anda!\n\nUntuk pengetahuan anda, Taska dikawal oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia adalah perbezaan taska dengan tadika kerana tidak sama dari segi kawalan.\n\nTadika, kindergarten dan seangkatan dengannya berada dibawah naungan 3 kementerian yakni\u00a0 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara. Dengan itu, sebarang kemusykilan dan aduan bolehlah merujuk kepada kementerian yang disebutkan.\n\nBuat Pilihan Yang Tepat | Taska Atau Tadika\n\nNatijahnya, sesuai atau tidak Taska bagi anak-anak anda bergantung pada anda sendiri. Jika anda rasa ia diperlukan maka gunakanlah perkhidmatan itu. Tidak bermakna hantar anak ke Taska atau Tadika bererti melepas tangan begitu sahaja. \n\nSedar atau tidak, sebenarnya sebaiknya seorang ibu itu sendiri yang perlu mendidik dan membentuk akhlak anak itu kerana pembelajaran yang baik bermula dari rumah. Dari sudut psikologinya, anak-anak akan meniru dengan apa yang mereka lihat dan dengar. \n\nDemikianlah seperti\u00a0yang disebutkan oleh Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitabnya Tarbiyyatul Aulad. Selepas ini anda tak akan keliru lagi perbezaan diantara Taska dan Tadika bukan?\n\nItulah dia 5 perbezaan taska dan tadika harus anda kenal pasti, dapatlah anda buat pilihan sama ada ingin pilih taska ataupun tadika. Jom baca juga Cara galakkan anak melukis, Tips jadikan anak solehah, Senarai doa ketika anak periksa dan Hadiah hari jadi anak perempuan."
"Kenapa ya diberi nama kek belacan?\n\nJangan risau, tiada belacan yang digunakan dalam membuat kek ini. Namun, warna kek yang kehitaman dan teksturnya yang padat membuat ia tampak seperti belacan sehingga dipanggil kek belacan.\n\nRasanya sama macam kek biasa. Ia diperbuat daripada susu, gula dan koko. Kek ini tidak berongga dan gebu macam kek tepung biasa. Malah kek belacan lebih padat dengan tekstur yang lembut.\n\nWalaupun bahan yang digunakan boleh tahan banyaknya, tapi prosedur membuatnya mudah sahaja. Kami tuliskan resepi kek belacan mudah yang dikongsikan oleh\u00a0\u200eMas Cotek\u200e\u00a0di Facebook di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nNota : Lebih sedap guna browning sugar yang khas untuk kek sarawak.\n\nSelain resepi kek belacan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ada yang lupa aktiviti hari raya Aidilfitri ke? Maklumlah sudah dua tahun meraikannya secara kecil-kecilan dan terkandas di perantauan. Saat yang ditunggu oleh semua umat Islam telah pun tiba.\n\nSetahun sekali meraikannya bersama yang tersayang pasti meninggalkan kesan manis untuk diingati. Lebih-lebih lagi pada tahun ini kerana sudah dua tahun rakyat Malaysia raya bersederhana ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.\n\nBila ramai yang tak dapat pulang ke kampung menyambut Syawal yang lepas, pasti Syawal tahun ini disambut dengan lebih meriah bersama keluarga besar. Kalau ada yang terlupa aktiviti Hari Raya Aidilfitri, jom kita imbau kembali.\n\nNak beraya dengan seronok jangan sampai lupa untuk membayar zakat Fitrah. Zakat Fitrah diwajibkan kepada seluruh umat Islam yang merdeka, memiliki harta yang lebih dan sebagainya. Zakat merupakan cara untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan. Nak tahu lebih mengenai zakat fitrah, rujuk https://www.zakat.com.my/.\n\nJika anda belum membayar zakat, bayarlah pada waktu wajib iaitu setelah terbenam matahari pada akhir Ramadan sehingga terbit matahari pada 1 Syawal. Nak lebih afdal, keluarkan zakat selepas solat fardhu subuh pada hari akhir Ramadan sehingga sebelum solat sunat Aidil Fitri.\n\nKadar zakat fitrah berbeza mengikut negeri dan berubah dari semasa ke semasa. Kadar bayaran ini ditetapkan mengikut makanan asasi setiap negara.\n\nNama pun beraya, sudah tentu ada juadah raya. Lebih istimewa jika dimasak sendiri pada malam raya. Jika di kampung, pasti semua keluarga bergotong-royong untuk masak juadah kegemaran masing-masing.\n\nLemang, ketupat dan rendang pasti menjadi menu utama hampir setiap rumah. Tak kurang juga nasi impit bersama kuah kacang atau lontong. Yang penting, bila balik beraya bersama, segala kerja perlulah dibuat bersama. Jangan curi tulang ya!\n\nPada malam raya atau selepas subuh pula pasti ada yang kemas rumah pada saat akhir. Pasti ramai tetamu yang akan datang menziarahi. Rumah perlulah berada dalam keadaan bersih dan kemas, baru selesa tetamu datang.\n\nAntara checklist untuk mengemas rumah pada saat akhir adalah menyapu, memasang langsir baru, membersihkan halaman rumah dan menyediakan pinggan mangkuk untuk menjamu selera.\n\nKuih raya jangan lupa diletakkan di dalam balang istimewa. Tipulah kalau tak pernah makan kuih raya sambil letakkannya di dalam balang. Sedar-sedar je dah habis dimakan sendiri. Bila tetamu sudah pulang, pastikan isi semula balang kuih yang kosong.\n\nPada pagi 1 Syawal, mesti ramai nak solat raya berjemaah di masjid terutama golongan lelaki. Sebelum bersiap hendak ke masjid, buatlah perkara sunat iaitu mandi sunat hari raya. Jangan lupa untuk menjamah sedikit makanan sebelum bergerak ke masjid.\n\nNak dapat lebih pahala, apa kata anda berjalan kaki dan menukar jalan ke surau atau masjid memandangkan ini juga merupakan perkara sunat sewaktu hari raya Aidilfitri. Banyakkan bertakbir semasa perjalanan sehingga solat hari raya dimulakan.\n\nJika berjumpa dengan umat Islam yang lain, ucapkan selamat hari raya dan saling mendoakan satu sama lain. Antara doa yang digalakkan adalah \u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 yang bermaksud semoga Allah menerima amalan (amal ibadah) kami dan kamu.\n\nTradisi yang sering dilakukan pada hari raya adalah bersalaman dan bermaafan antara satu sama lain. Kebiasaannya setiap keluarga akan berkumpul dan mengambil giliran untuk bersalaman sambil memberi duit raya.\n\nInilah peluang untuk untuk meminta maaf, mengakui kesalahan dan meluahkan apa yang terpendam. Dengan ini, hati rasa lebih terbuka dan silaturahim dapat dieratkan lagi. Tapi ingat, kalau bukan hari raya sekali pun, kita perlulah saling bermaafan dan belajar dari kesilapan.\n\nSudah dua tahun tidak dapat menziarahi satu sama lain ekoran PKP, aktiviti ziarah-menziarahi hanya dilakukan melalui panggilan video. Tahun ini pasti bertambah meriah rumah dengan kunjungan sanak-saudara dan sahabat handai secara bersemuka.\n\nPaling tidak dalam satu hari pasti dapat berkunjung ke 10 buah rumah. Sambil bertanya khabar dan bertukar cerita, perut pasti kenyang merasai pelbagai juadah di setiap rumah. Makan beramai-ramai pasti bertambah seleranya.\n\nMasa ini lah dimanfaatkan untuk berkenalan dengan sanak-saudara. Simpan telefon bimbit seketika dan lupakan dunia sosial. Bukan selalu dapat beramah mesra dengan ramai orang.\n\nTak lengkap aktiviti hari raya Aidilfitri jika tiada sesi bergambar atau ootd untuk dijadikan kenangan. Rugi jika sudah berpakaian cantik tetapi tidak merakamkan gambar. Lebih-lebih lagi sewaktu berkumpul bersama seisi keluarga.\n\nMedia sosial pasti penuh dengan gambar ootd raya dengan kapsyen yang kreatif. Yang penting, semua bergembira meraikan bulan kemenangan ini.\n\nPada sebelah malam pula, aktiviti bermain bunga api, mercun atau meriam pasti tak ketinggalan. Kanak-kanak terutamanya pasti riang bermain bersama-sama. Yang dewasa pula jangan lupa untuk sentiasa memantau mereka agar tidak berlaku kejadian yang tak diingini.\n\nSuasana malam pasti lebih meriah dengan pelbagai bunyi dan cahaya bunga api serta mercun. Namun diingatkan agar tidak bermain mercun sehingga larut malam dan mengganggu jiran. Seronok-seronok juga, namun kita perlulah prihatin dengan sekeliling.\n\nSemoga segala amalan kita pada bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT. Setelah sebulan berpuasa, Hari raya Aidilfitri diraikan bagi menyambut bulan kemenangan ini. Jangan lupa untuk berkongsi rezeki tidak kira pangkat atau darjat.\n\nPasti ada lagi aktiviti hari raya aidilfitri yang kami tidak nyatakan. Jom kongsikan dengan kami aktiviti lain daripada yang lain yang anda lakukan pada hari raya.\n\nKami juga ada menulis artikel lain yang bermanfaat buat anda seperti:"
"Teringin hendak makan ikan percik? Mari masak ikan percik dengan resepi perkongsian oleh \u200eMazliza Ahmad\u00a0di Facebook.\n\nBiasanya tiap kali ramadhan, mesti ikan percik ini akan sangat laku. Memang tiap kali berbuka inilah lauknya sebulan tanpa jemu.\n\nIkan percik ini sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Hidangan ini sangat laku pada bulan ramadhan. Maka jika anda ingin menghidangkan makanan yang sedap untuk berbuka boleh cuba masak ikan percik.\n\nSelain untuk hidangan bulan ramadhan, ikan percik juga boleh dihidangkan untuk acara kenduri. Untuk anda yang ingin niaga ikan percik, sila tengok resepi ini.\n\nTips : Untuk rasa yang lebih power, bila ikan sudah hampir masak lumurkan sedikit kuah di atasnya dan kemudian bakar hingga masak (supaya kuahnya lebih mesra dengan ikan dan bau yang lebih wangi). Bila sudah siap bakar, baru curahkan kuah sebanyak mana yang dikehendaki (tapi kalau tidak buat boleh saja, rasanya tetap sedap).\n\nSelain resepi ikan percik, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari pencuci muka untuk kulit kusam mungkin tidak semudah yang difikirkan. Apabila melibatkan masalah kulit kusam, penting kita pastikan pencuci muka tersebut bebas minyak dan bukan komedogenik serta mengekalkan keseimbangan pH kulit. \n\nNamun, setiap individu memiliki kulit yang berbeza dan produk yang diperlukan juga pasti berbeza.\u00a0Oleh itu, bagi memudahkan anda mendapatkan pencuci muka untuk kulit kusam yang sesuai, jom lihat senarai yang disyorkan oleh pakar kecantikan. Berikut adalah 15 pencuci muka untuk kulit kusam yang selamat dan sesuai.\n\nSama seperti nama yang diberikan, pencuci muka pilihan Mama\u2019s Choice sememangnya sangat selamat dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Pencuci ini mengandungi ekstrak beras menjadikan kulit lebih lembap dan berseri-seri. Kandungan Hydrolyzed Collagen Extract yang berfungsi sebagai suplemen yang menyihatkan serta menjadikan kulit wajah lebih anjal.\n\nPencuci ini bukan sahaja dapat membersihkan wajah anda, malah dapat membuang habuk, makeup dan kotoran yang terdapat di wajah anda. Pencuci ini juga direka untuk menangani masalah jerawat semasa hamil. Teksturenya yang bergel dan tidak terlalu berbuih yang boleh mengeringkan membantu wajah anda tidak terasa ketat dan kering selepas mencuci muka.\n\nSelain itu, pencuci ini juga dapat membantu mencerahkan wajah anda. Anda juga tidak perlu risau mengenai bahan yang terdapat di dalam pencuci ini. Hal ini kerana pencuci ini menggunakan bahan semulajadi dan halal. Pencuci ini juga bebas dari paraben, alcohol, SLS dan pewarna tiruan, menjadikannya selamat untuk digunakan oleh ibu yang sedang mengandung.\n\nHada Labo Ultimate Moisturizing Face Wash\n\nSiapa yang tidak tahu tentang pencuci muka Hada Labo ini. Jenamanya yang cukup terkenal kerana keberkesanan dan kandungan bahan kimia yang sesuai untuk kulit kering dan kusam. Sama seperti namanya iaitu Hada Labo Ultimate Moisturizing, pencuci ini membantu meningkatkan kelembapan kulit setelah anda mencuci wajah anda dengan pencuci ini.\n\nSelain itu, kelebihan pencuci ini yang mencuci sebanyak 2 kali ganda menjadikan kulit anda terasa lebih bersih dan segar. Antara bahan kimia yang terdapat di dalam pencuci ini ialah aqua, 2 jenis Hyaluronic Acid dan banyak lagi. Kandungan yang terdapat di dalam pencuci ini juga membantu agar kulit anda kelihatan lebih segar dan tidak kusam.\n\nBagi anda yang selalu mengalami masalah kulit kering, pencuci muka ini pastinya dapat membantu melembabkan kulit anda. Hal ini kerana, di dalam pencuci ini terdapat kandungan asid yang baik untuk membantu melembabkan kulit kering. Antara kandungan asidnya ialah ceramides dan hyaluronic acid. Walaupun begitu, kandungan asid ini tidak akan merosakkan kulit muka anda.\n\nSelain itu, ramai yang menyatakan bahawa pencuci yang mempunyai banyak buih akan membuatkan kulit anda menjadi lebih kering. Berbeza dengan pencuci jenama CeraVe ini, jenama ini tidak mempunyai buih langsung. Menariknya lagi, pencuci ini turut menanggalkan kotoran dengan sangat baik. Bukan itu sahaja, malah pencuci ini juga menanggalkan minyak dan makeup dengan sedikit.\n\nBahan utama yang terdapat di dalam pencuci muka untuk kulit kusam ini adalah Sodium Laureth Sulfate atau SLES. Ia menggalakkan pencuci muka ini membersihkan dengan lebih berkesan. \n\nDermalogica Special Cleansing Gel ini sememangnya berkesan untuk kulit kusam, berminyak, tidak sekata dan berjerawat. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menanggalkan solek tetapi perlu membersihkannya dua kali ganda dan tidak meninggalkan sebarang sisa pada kulit anda.\n\nCosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser\n\nCosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser adalah pencuci muka untuk kegunaan harian yang mengandungi bahan BHA yang bertindak sebagai pengelupasan semulajadi. Ia tidak mengeringkan kulit dan amat berkesan untuk jenis kulit kusam, kering dan berminyak. Di samping itu, pencuci muka untuk kulit kusam ini juga mempunyai face mist yang hebat!\n\nOrigins Checks And Balances Frothy Face Wash\n\nTahukah anda, Origins Checks And Balancing Frothy Face Wash adalah pencuci muka popular? Ia mempunyai lebih 3,000 ulasan kebanyakannya positif di Sephora. Pencuci muka ini dikatakan berkesan dalam memulihkan kulit kering dan kusam. Namun, baunya yang sedikit kuat mungkin tidak disukai oleh sesetengah orang.\n\nSeperti produk mereka yang lain, SK-II Facial Treatment Gentle Cleanser mengandungi ramuan unik iaitu Pitera. SK-II Facial Treatment Gentle Cleanser ini adalah antara pencuci muka untuk kulit kusam yang terbaik. Kelebihannya, ia dapat menghilangkan minyak dan kotoran tanpa mengeringkan kulit.\n\nRamai yang mendapati bahawa penggunaannya secara konsistent dapat menjadikan wajah terasa segar, bersih dan licin. Apa yang hebatnya, ianya juga amat berkesan untuk menanggalkan solekan.\n\nRamai mendapati bahawa Clinique Liquid Facial Soap Mild ini adalah pencuci muka untuk kulit kusam yang dapat membersihkan wajah tanpa menghilangkan kelembapan pada kulit. Selain itu, ianya tidak merengsakan kulit dan mampu menghilangkan jerawat.\n\nPhilosophy Purity Made Simple One-Step Facial Cleanser\n\nPencuci muka Philosophy Purity Made Simple dapat memberikan rasa lembut pada kulit dan mengurangkan kulit kusam. Dari segi baunya, ada pengguna yang menyukainya dan ada juga yang tidak. Rata-rata pengguna mengatakan bahawa Philosophy Purity Made Simple One-Step Facial Cleanser ini adalah pencuci muka untuk kulit kusam yang bagus. Selain itu, harganya juga lebih murah berbanding pencuci muka yang lain.\n\nCosrx Salicylic Acid Daily Gentle Facial Cleanser\n\nSatu lagi pencuci muka untuk kulit kusam dari jenama Cosrx iaitu Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Facial Cleanser. Ianya dapat membendung pengeluaran sebum yang berlebihan dan baik untuk kulit berminyak yang terdedah kepada jerawat.\u00a0 Selain itu, ia juga sesuai bagi anda yang memiliki tona kulit yang tidak sekata.\n\nPencuci muka ini tidak menghilangkan minyak semula jadi pada kulit dan mengandungi bahan semula jadi yang boleh menenangkan kulit seperti aloe vera, soya dan timun. \n\nDari segi baunya, pencuci muka Fresh Soy Face Cleanser ini mempunyai bau yang lembut dan menarik. Walaupun harganya sedikit mahal tetapi tiub 150ml pencuci muka ini mampu bertahan selama beberapa bulan.\n\nBerasal dari Australia, Sukin Foaming Facial Cleanser ini harus dielakkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat tetapi ia berkesan untuk kulit kering, kusam, tona tidak sekata dan kulit sensitif. \n\nPencuci muka untuk kulit kusam yang terbaik ini kurang buih tetapi tidak mengeringkan kulit. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menanggalkan solekan, minyak berlebihan dan pelindung sinar UV.\n\nVanicream Gentle Facial Cleanser mempunyai bahan yang amat sesuai bagi mereka yang memiliki kulit sensitif dan bermasalah ekzema. Pencuci muka untuk kulit kusam ini mengandungi bahan seperti gliserin untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat dan kandungannya adalah bebas sulfat. \n\nSekiranya anda mempunyai kulit yang berminyak, pencuci muka ini tidak memberikan kesan yang efektif kerana fungsinya untuk merawat kulit kusam dan kering.\n\nDiperkaya dengan 14.9% minyak tumbuhan, Laneige Moist Cream Cleanser ini direka untuk mereka yang mahukan kulit kekal lembap dan terhidrat selama berjam-jam. Ia dapat membersihkan kotoran sehingga ke liang pori supaya kulit kekal bersih, anjal dan licin. Bagi anda yang mempunyai kulit kusam, Laneige Moist Cream Cleanser adalah jawapannya!\n\nPembersih muka Kiehl\u2019s Ultra Facial Cleanser ini dapat membersihkan lebihan minyak, kotoran dan pori yang tersumbat secara menyeluruh. Walaupun harga sangat mahal, namun hasilnya amat memberangsangkan. Selain itu, ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit.\n\nSekiranya anda ingin menghilangkan kulit kusam dengan risiko kerengsaan yang rendah, apa kata anda cuba gunakan Sekkisei Clear Wellness Gentle Wash. Ia mengandungi herba Asia dan bahan botani lain yang dapat membersihkan sambil menjadikan kulit sihat dan tahan terhadap persekitaran.\n\nPencuci muka untuk kulit kusam ini juga dapat mengekalkan kelembapan kulit. Tanpa mengandungi bahan seperti alkohol, paraben, pewangi dan pewarna, ia amat sesuai untuk sebarang jenis kulit.\n\nSeterusnya, produk yang dapat menangani pelbagai jenis masalah kulit adalah pencuci muka Innisfree Sea Salt. Pembersih muka ini mengandungi bijirin yang kaya dengan mineral Jeju yang berfungsi sebagai scrub untuk menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan pori kulit supaya kulit kelihatan segar, licin dan lembap. Ia juga merupakan pilihan yang baik untuk melegakan dan mengurangkan ruam kulit yang gatal.\n\nItulah antara pencuci muka untuk kulit kusam yang sesuai dan selamat untuk digunakan. Kebanyakannya adalah popular di Malaysia. Jom baca juga bantal terbaik, tuala wanita terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan Blender Terbaik. \n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Siapa pernah rasa lemon cake? Sedap bukan? Ada manis dan wangi lemon amat merangsang selera. Rasa kek pun segar macam cuaca cerah di waktu pagi.\n\nTapi pernahkah anda rasa lemon poppy cake? Rasanya lebih sedap lagi ya. Cake poppy lemon maksudnya ialah kek ini menggunakan biji poppy yang kecil-kecil dan berwarna hitam dalam bahannya.\n\nBiji poppy berasal daripada bunga poppy. Tumbuhan herba ini miliki banyak kegunaan sebagai ubat-ubatan dan sentiasa digunakan dibawah pantauan agensi-agensi antarabangsa. Biji poppy mengandungi minyak dan boleh dicampur dengan rempah untuk memperisakan kek atau roti.\n\nBagi peminat kek lemon memang kena sangat kek ini. Mudah dibuat, rasa yang sangat seimbang dengan ada lemak butter, masam lemon dan juga manis yang secukupnya. Dihidang dengan teh o kurang manis memang tidak cukup 1keping. Bau saja sudah cukup buka selera, ya itulah lemon poppy cake. Jom cubakan resepi kek poppy lemon daripada Habibah Amin di laman Facebook.\n\nSelain kek lemon poppy, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Seorang ayah,\u00a0Eric Strong telah melakukan sesuatu terhadap katil IKEA untuk tampak lebih menarik. Pengubahsuaianain ini mampu menjimatkan kira-kira RM4000 terhadap katil tidur kanak-kanak. Membuatnya pula tidak nampak susah.Ianya cuma terdiri daripada 3 perabot utama yang dibeli di IKEA.\n\nKatil tidur kanak-kanak ini nampak menarik dengan adanya gelongsor yang memudahkan untuk turun.Ianya juga mempunyai ruang persembunyian yang unik. Silap hari bulan, bukan seakdar anak yang suka, ibu bapa juga mungkin berminat untuk mendapat ketenangan di sini.\n\nJika anda telah mencuba dan membuatnya, jangan lupa untuk berkongsikan gambarnya ok."
"Kalau anda bercuti ke Cameron highlands pastinya takkan lepaskan peluang untuk makan jagung rebus atau jagung bakar yang baru dimasak. Makan panas-panas sambil layan cuaca sejuk, nikmatnya tidak terkata. Jagung adalah buah manis yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.\n\nKatakan anda mempunyai tanah kosong yang terbiar, apa kata anda usahakan dengan tanaman jagung yang pastinya membuahkan hasil.\n\nYang sebenarnya kalau anda tiada tanah untuk bercucuk tanam, anda juga boleh tanam jagung dalam pasu. Serius! Istimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan info menarik tentang penanaman jagung, dengan fokus kepada cara tanam jagung yang mudah.\n\nCara tanam jagung di atas tanah\n\nJika anda mempunyai tanah lapang untuk menanam jagung, apa kata anda cuba kaedah penanaman jagung yang ingin kami kongsikan di sini. Caranya adalah sangat mudah iaitu:\n\nBetul ke ni? Boleh ke tanam jagung dalam pasu? Jawapannya ialah boleh. Dah ramai yang menanam jagung di dalam pasu dan berjaya menuai hasil yang lumayan. Maksudnya kalau anda tak punyai tanah yang luas untuk membuat batas, anda masih mempunyai peluang untuk anda pokok jagung sendiri. Jom kami kongsikan cara tanam jagung dalam pasu. Caranya:\n\nMudah sahaja kan! Sesiapa pun boleh ada pokok jagung sendiri dengan menggunakan kaedah menanam dalam pasu. Lapas ni tak perlu lagi anda beli jagung di kedai.\n\nItulah dia info tentang penanaman jagung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juiga dijemput untuk membaca artikel kami tentang bunga tercantik di dunia dan idea pokok hiasan"
"Buasir adalah satu penyakit di mana jika tidak dirawat ia akan menjadi satu masalah yang besar. Bukan semua orang mendapat penyakit buasir ini. Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.\n\nBuasir selalu terkena pada warga yang berumur 30 tahun dan ke atas dan wanita hamil. Ia boleh terkena pada lelaki dan wanita. Buasir dalam bahasa sains adalah hemoroid. Jika terkena buasir, cepat-cepatlah pergi klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan lebih-lebih lagi pada wanita yang hamil.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai buasir ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nAnggaran seorang dalam lima orang ibu akan mengalami masalah buasir sehari selepas bersalin. Manakala kira-kira seorang daripada sepuluh ibu hamil akan mengalami buasir pada trimester ketiga.\n\n*Ingat! Buasir ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira wanita atau lelaki. Bukan sahaja wanita hamil yang perlu berjaga-jaga, malah orang lain juga perlu berjaga-jaga.\n\nJika terdapat simpton-simpton buasir cepat-cepat pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Jemput juga baca tentang punca buasir dan petua hilangkan buasir di sini.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Terdapat ramai tokoh islam yang memberikan sumbang yang besar kepada dunia dan masih relevan sehingga ke hari ini walau pun dunia sudah moden dan berbeza dari era semasa mereka hidup. Malah tokoh islam yang tersohor mendapat pengiktirafan oleh dunia barat dan ilmu mereka menjadi asas kepada amalan yang diamalkan pada hari ini.\n\nJika anda tercari-cari aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anak, kami cadangkan anda untuk sama-sama mengenali tokoh islam yang tersohor, anda boleh mengetahui senarai dan sumbangan mereka dan sama-sama mengenali mereka untuk mendidik anak menjadi seperti mereka. Pastinya anak-anak anda akan berasa terinspirasi dan akan berusaha untuk belajar dengan lebih gigih.\n\nIbnu Sina atau Avicenna adalah salah seorang tokoh ilmuwan islam yang paling terkenal malah hasil kajian dan tulisan beliau menjadi rujukan utama bagi masyarakat di barat dan di eropah. Beliau merupakan di antara tokoh ilmuwan islam yang paling ikonik dalam sejarah peradaban dunia. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali Al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Berliau berbangsa Parsi dan dilahirkan pada 375 Hijrah bersamaan 985 Masihi.\n\nMungkin anda sudah sedia tahu bahawa Ibnu Sina adalah saintis hebat dalam bidang perubatan namun tahukah anda bahawa selain bidang perubatan, Ibnu Sina juga merupakan ilmuwan hebat dalam bidang yang lain seperti ilmu falsafah. Di antara penemuan beliau yang terhebat adalah seperti berikut:\n\nTokoh ilmuwan kedua yang boleh anda perkenalkan kepada anak-anak ialah Khwarizmi yang tidak kurang hebatnya dalam menyumbang kepada ilmu zaman moden. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khwarizmi. Beliau juga berketurunan Parsi seperti Ibnu Sina dan berasal dari kawasan yang bernama Khwarizm, \u00a0dari situlah beliau mendapat nama. Khwarizmi dilahirkan pada sekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia sekitar 850 Masihi. Di antara sumbangan Khwarizmi kepada dunia ialah:\n\nNama penuh Al- Farabi ialah Abu Nasr Mohammad Ibn Al Farakh al-Farabi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung kecil yang dinamakan Wasij berdekatan Farab di Turkistan pada tahun 870. Al-Farabi adalah seorang saintis terkemuka islam. Hasil kerja dan penulisannya sangat terkenal terutamanya dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi iaitu:\n\nItulah dia perkongsian tentang senarai tokoh islam untuk mendidik anak seperti mereka yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga keluarga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang peranan ibu bapa\u00a0dan\u00a0gaya asuhan ibu bapa."
"Ayuh ketahui kisah dan sumbangan Umar al-Khattab kepada Islam.\n\nNama sebenarnya ialah, Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin Adi bin Ka\u2019ab bin Lu\u2019ai al-Quraisy, yang berketurunan suku kaum Adi (Suku Kaum Quraisy).\n\nBapanya iaitu al-Khattab, merupakan seorang tokoh\u00a0 dari bani Adi yang disegani dalam kalangan masyarakat Mekah. Ibunya iaitu Khanthamah, merupakan anak perempuan Hisham bin al-Mughira, iaitu seorang tokoh yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat Quraisy.\n\nUmar al-Khattab dilahirkan pada tahun 584M, 13 tahun dari tahun Fiel (setelah peristiwa Gajah) iaitu 13 tahun selepas kelahiran Rasullullah SAW. Dipercayai Umar al-Khattab mempunyai tubuh\u00a0 badan yang tinggi sasa dan tegap, dan terkenal sebagai seorang yang gagah dan garang. \u00a0Selain \u00a0itu beliau juga mempunyai\u00a0 keberanian dan ketegasan yang menonjol sehingga tidak ada sesiapa mampu menyainginya.\n\nBeliau juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan kepahlawan yang handal selain tergolong dalam golongan yang bijak dan disegani di kota Mekah. Selain berkemahiran dan hebat berperang, beliau juga seorang penunggang dan penjinak kuda yang baik, selain seorang peniaga yang berjaya ketika itu.\n\nUmar al-Khattab akhirnya memeluk Islam dan menjadi orang kuat dalam perjuangan dakwah Rasulullah SAW, sehingga diberi sebagai \u2018al-Farouk\u2019 (yang dapat membezakan antara benar dan batil. Bahkan selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattablah yang menjadi khalifah kedua umat Islam dan menggunakan gelaran \u2018Amirul mukminin\u2019 untuk pertama kalinya.\n\nKetika Nabi Muhammad SAW, mula menyebarkan Islam di Mekah, Umar al-Khattab merupakan orang yang paling kuat menentang. Beliau begitu bersungguh menghalang perjalanan dakwah Rasulullah sehingga bertindak untuk membunuh Baginda.\n\nBeliau bahkan kuat mempertahankan tradisi budaya dan amalan menyembah berhala dalam kalangan bangsa Arab ketika itu. Sehinggakan suatu hari Umar al-Khattab berfikir bahawa kedatangan Islam telah memecah belahkan masyarakat Arab Quraisy ketika itu, lalu bertindak untuk membunuh Nabi Muhammad SAW yang dipercayai menjadi dalangnya.\n\nSewaktu dalam perjalanan ke rumah Rasulullah, Umar al-Khattab telah terjumpa dengan Nuaim dan menyatakan hasratnya untuk mencari dan membunuh Baginda. Mendengarkan niat itu, \u00a0Nuaim memberitahu bahawa adik Umar al-Khattab sendiri telah pun memeluk Islam, malah lebih baik beliau mengambil kisah hal keluarganya terlebih dahulu.\n\nTujuan Nuaim adalah untuk menyelamatkan Rasulullah SAW. Sebaik sahaja mendengarkan kata-kata Nuaim itu, Umar al-Khattab menjadi sangat terkejut dan marah. Amarahnya begitu berapi, lalu segera ke rumah adiknya.\n\nSampai sahaja di rumah adiknya, Umar al-Khattab terdengar adiknya mengalunkan surah Taha. \u00a0Berlaku kekecohoan, sehinggga beliau menampar adiknya sehingga terjatuh. Melihat adiknya berdarah, beliau lantas tersedar lalu meminta al-Quran yang dibaca adiknya tadi.\n\nAdik Umar al-Khattab menegah kerana beliau tidak berwuduk ketika itu. Lalu Umar al-Khattab minta diajarkannya berwuduk, kemudian beliau mengamati surah yang dibacakan adiknya tadi. Tidak semena-mena, air matanya mengalir deras;\n\n\u201cKata-kata ini bukannya kata-kata biasa, tetapi sesungguhnya datang daripada tuhan. Aku bersaksi bahawa Muhammad itu persuruh Allah.\u201d\n\n\u00a0Umar al-Khattab akhirnya mengucapkan syahadah dengan lancar dan fasih sekali.\n\nLalu Umar al-Khattab segera menuju ke rumah Nabi Muhammad SAW, bukan untuk membunuh Baginda tetapi untuk menyatakan keislamannya. \u00a0Ternyata doa Rasulullah\u00a0 SAW telah diterima oleh Allah SWT. Umur Umar al-Khattab ketika itu ialah 27 tahun, dan di tahun ke-6 kenabian Rasulullah SAW.\n\nUmar al-Khattab Sebagai Khalifah Islam Yang Kedua\n\nSewaktu Abu Bakar as-Siddiq jatuh sakit selama 15 hari, beliau berasakan harus mencari pengantinya. Beliau bimbang jika setelah ketiadaannya akan berlaku pertelingkahan dalam mencari penganti.\n\nAbu Bakar as-Siddiq berasakan Umar al-Khattab adalah pengantinya yang terbaik. Lalu beliau mengumpulkan beberapa para sahabat yang antaranya; Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan daripada kaum Muhajirin dan Asid bin Khudair dari kaum Ansar.\n\nAbdul Rahman bin Auf mengingatkan mengenai sikap Umar al-Khattab yang keras. Namun, Abu Bakar as-Siddiq menyakinkannya bahawa Umar al-Khattab pasti bersikap lembut apabila memerintah. Lalu semua sahabat setuju dengan pemilihan itu.\n\nKhalifah Abu Bakar as-Siddiq meminta supaya berita itu tidak dihebahkan dahulu kepada umum serta memerintahkan Uthman bin Affan menulis perlantikan Umar al-Khattab bagi mengantikannya kelak.\n\nApabila Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia, Umar bin al-Khattab dilantik sebagai khalifah yang kedua \u00a0secara rasminya dan dibaiah dalam Masjid Nabawi.\n\nSelepas memeluk Islam, Umar al-Khattab menjadi seorang mukmim yang benar-benar mentaati agama dan Rasul-Nya, bahkan ini turut mempengaruhi pemerintahannya sebagai seorang khalifah umat Islam ketika itu.\n\nDalam setiap tindakan dan keputusannya merupakan hal terbaik dan memberi sumbangan yang sangat besar terhadap agama dan umat Islam ketika itu. Terdapat banyak pembaharuan yang dilakukan beliau yang menambaikkan kedudukan Islam dan umatnya, antaranya;\n\nMajlis syura yang merupakan lembaga perundangan negara yang tertinggi. Majlis ini\u00a0 juga berfungsi sebagai;\n\n#1. Menaik Taraf Kedudukan Golongan Hamba\n\nUmar \u00a0al-Khattab meninggal dunia pada tahun 644, iaitu pada akhir bulan Zulhijjah tahun 23H ketika berusia 63 tahun. Beliau telah dibunuh dengan ditikam oleh Abu Lu\u2019lu\u2019ah sebanyak enam kali ketika sedang mendirikan solat subuh. Beliau dimakamkan berhampiran makam Rasulullah SAW.\n\nPenutup: Umar al-Khattab, dari seorang penentang menjadi seorang pejuang.\n\nWalaupun Umar al-Khattab sebelum pengislamannya adalah penentang utama dakwah Rasulullah SAW, tetapi setelah memeluk Islam beliau menjadi pembela pertama Islam, sehinggakan sedikit sebanyak perkembanagn Islam ketika itu turut dipengaruhi oleh kekuatan dan keberanian Umar al-Khattab.\n\nApatah lagi setelah beliau memegang tampok pemerintahan umat Islam dan memegang jawatan khalifah, Islam semakin kuat dan tersebar luas.\n\nTernyata Umar al-Khattab bukan sahaja seorang sahabat, serta mukmin yang setia tetapi merupakan pemimpin berwibawa yang sangat didambakan oleh umat Islam. Bahkan sehingga kini tokoh seperti Umar al-Khattab masih belum berganti. Semoga akan muncul pemimpin\u00a0 persis Umar al-Khatab suatu hari nanti demi mengembalikan kegemilangan Islam, Amiin.\n\nJika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda akan menyukai artikel\u00a0 Kisah Baju Raya Anak Saidina Umar al-Khattab \u00a0ini juga."
"Siapa yang tidak suka kuey teow? Ramai orang suka akan kuey teow bahkan kanak-kanak hingga orang dewasa.\n\nKuey teow ialah sejenis mee yang lebar, nipis dan berwarna putih. Teksturnya sedikit kenyal dan licin. Ia biasanya dijual basah dibungkus dengan plastik di pasar raya.\n\nKuey teow diperbuat daripada tepung beras dan tepung ubi. Teksturnya yang nipis tadi membuat ianya terasa lembut dan sedap.\n\nAda pelbagai jenis olahan masakan kuey teow. Jika anda bingung ingin memasak kuey teow resepi apa, anda boleh merujuk kepada 8 resepi kuey teow yang kami kongsikan di bawah ini. Kerana kami menyediakan resepi kuey teow lainnya yang menarik dan patut cuba.\n\nMulai sekarang tidak lagi kehabisan idea mencari resepi masakan kuey teow. Boleh dihidangkan sebagai sarapan mahupun makan malam. Tidak perlu makan di kedai lagi. Hanya dengan resepi perkongsian ramai daripada laman Facebook ini sahaja. Selamat mencuba.\n\nSiapa peminat kuey teow goreng kerang? Sila intip resepi mudah memasak kuey teow goreng kerang yang dikongsikan oleh Arieza Rieza\u00a0di laman Facebook. Buat sendiri kuey teow kerang ala kedai di mana jua anda berada.\n\nTips : Asingkan kuey teow satu persatu semasa basuh supaya kuey teow tidak melekat semasa goreng.\n\nResepi Kuey Teow Thng @ Sup @ Cantonese\n\nBila makan kuey teow sup di kedai sekalipun, rasanya kadang tidak sesuai tekak. Rasanya seperti air masak yang dibubuh garam. Daripada membazir duit, baik buat sendiri yang sedap dan kena tekak. Kuah tidak tinggal setitik pun. Resepi daripada\u00a0Faiza Mohammed Asari\u00a0\u200e\u00a0di laman Facebook patut anda cuba.\n\nResepi Char Kuey Teow Daging Kering\n\nHari ini teringin makan char kuey teow daging. Mana-mana makwe kalau orang datang merisik, buat hidangan ini. Confirm satu lorong rumah datang merisik. Resepi daripada\u00a0Wan LuQman di laman Facebook ini memiliki rasa yang power sungguh.\n\nResepi Beef Ginger Kuey Teow @ Kuey Teow Daging Halia\n\nMakan beef ginger kuey teow di restoran harganya sampai RM20+. Tapi kalau buat sendiri mengikuti resepi daripada\u00a0Wan LuQman di laman Facebook memang sedap macam kedai. Jimat dan sangat mudah diikuti.\n\nResepi Char Kuey Teow Basah Penang\n\nResepi char kuey teow penang favorit keluarga. Resepi daripada\u00a0Sweets Niesah\u200e di laman Facebook mengolah sendiri paste char kuey teow mngikut tekak dan citarasa sendiri. Serius sedap macam restoran.\n\nBahan Paste Char Kuey Teow :\n\nCara Membuat Paste Char Kuey Teow\n\nAtau biasa dipanggil kuey teow hong kong. Kalau makan di kedai, seafood nya sedikit saja, ayam pun sedikit. Lebih baik masak sendiri. Puas hati makan banyak kali. Boleh bagi jiran sekali. Resepi daripada\u00a0Nur Khalida Khalid\u200e\u200e\u00a0di laman Facebook.\n\nJika anda tertarik untuk membuat kuey teow homemade, maka anda patut cuba resepi daripada\u00a0Fiza Mh di laman Facebook. Kadang ada sebahagian orang yang lebih suka membuat kuey teow sendiri daripada beli kuey teow yang sedia ada di pasar raya. Selamat mencuba.\n\nKuey teow ladna kerap tersilap anggap dengan kuey teow kung fu. Perbezaannya ialah pada kuey teow kung fu, kuey teow digaul telur dan digoreng garing. Sedangkan kuey teow ladna, kuey teow hanya digoreng dengan kicap sahaja tanpa telur. Resepi daripada\u00a0Slipper\u2019z Echin di laman Facebook ini dinamakan resepi ladna seminit kerana ia amat simple dan mudah tapi sedap sangat.\n\nSelain resepi kuey teow, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Batu karang sememangnya menyakitkan. Jika tidak dirawat dengan segera, boleh menyebabkan komplikasi kepada buah pinggang. Ngeri kan? Jom kami kongsikan 13 petua hilangkan batu karang yang terbukti berkesan.\n\n1. Petua pertama dari Dr. Hamid Arshat\n\nPetua ini dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat, doktor pakar sakit puan yang tak asing lagi di Malaysia. Caranya:\n\n2. Petua kedua Dari Dr Hamid Arshat\n\nPetua kedua adalah lebih ekspress, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari. Caranya:\n\n3. Petua ketiga dari Dr Hamid Arshat\n\nSeperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari. Caranya:\n\nFungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan.\n\nMengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang.\n\nAnda disarankan untuk mengamalkan salah satu daripada petua-petua di atas sekali setiap 6 bulan.\n\nRebus satu peket barli sehingga lembut dan masukkan sedikit gula batu. Khasiat dari barli dan gula batu akan menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.\n\nAmalkan minum jus lobak putih sebagai sarapan setiap pagi. Caranya, buang kulit & kisar lobak putih sehingga hancur. Anda boleh campurkan gula atau madu jika suka.\n\n6. Serbuk jintan hitam , madu dan air panas\n\nCampurkan 1 sudu kecil serbuk jintan hitam, 3 sudu madu asli dan satu gelas air panas. Minum setiap malam sebelum tidur untuk menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.\n\nAmbil 7 tongkol empulur jagung yang te;lah dibuang isinya, rebus dalam 5 gelas air sehingga air menjadi separuh. Minum 3 kali sehari.\n\nDidihkan pokok bunga matahari. Masukkan semua termasuk akarnya. Rebus sehingga air tinggal separuh. Minum setiap hari.\n\nKupas sebiji nanas dan kisar bersama segelas air dan satu sudu garam. Minum satu cawan setiap pagi selepas bangun tidur.\n\nSelain isi, empulur nanas juga banyak khasiatnya. Rebus empulur nanas bersama gula batu. Minum setiap malam sehingga batu karang anda tiada lagi.\n\nKisar sebiji tembikai bersama sedikit gula batu. Jus dari sebiji tembikai wajib dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Buat selama 3 hari berturut-turut. Insya Allah batu karang anda akan hancur.\n\nJus dari buah prune juga membantu menghilangkan batu karang. Minum jus prune setiap hari sehingga batu karang anda tiada lagi.\n\n13. Minyak zaitun, jus lemon dan jus nanas\n\nUntuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah:\n\nItulah dia 13 petua hilangkan batu karang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Pilihlah mana yang sesuai untuk anda. Semoga bermanfaat."
"Sahabat baik akan membawa kita ke jalan yang benar. Kita akan berjumpa ramai jenis orang dan kerenah orang yang kita tidak sangka akan ada. Kita boleh berkawan dengan ramai orang orang tidak kira bangsa dan agama. Kawan amatlah penting kerana mereka yang akan menemani dan mendengar keluhan hati kita selain keluarga kita sendiri.\n\nOleh sebab itu, penting untuk kita pilih kawan yang baik dan memahami kita. Berkawan boleh seribu tetapi sahabat baik mungkin hanya beberapa orang sahaja. Bukan mudah untuk kita mendapat sahabat yang baik dan memahami kita apabila kita mempunyai masalah. Kadang-kadang kita segan untuk menceritakan masalah kepada keluarga, maka sahabatlah tempatnya.\n\nSahabat ibarat keluarga nombor dua bagi kita. Jika kita dapat seorang sahabat yang hebat dan boleh membimbing kita ke arah yang benar, maka beruntunglah kita. Sahabat baik bukanlah bermaksud kawan yang kita sudah kenal bertahun-tahun tetapi seorang kawan yang ada masa susah dan senang kita.\n\nSahabat baik juga bukan hanya seorang, mungkin dua orang, tiga orang atau lebih. Tetapi bagaimana kita hendak tahu jika kita dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik dan hebat?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 tanda kita bersama sahabat yang hebat dan positif. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n7 Tanda kita bersama sahabat yang hebat dan positif\n\n1. Kita tidak selesa bila nak bersembang tentang sifat jahat dan keburukan orang\n\n2. Kita lebih suka bersembang tentang keluarga sendiri berbanding mencari cari kesilapan keluarga yang lain\n\n3. Kita juga lebih suka bercerita tentang idea idea besar\n\n4. Kita tidak terlalu banyak fokus pada masalah tetapi kita lebih fokus pada mencari solusi\n\n5. Personaliti kita saling melengkapi. Karakter dan pengalaman kita berbeza tetapi mempunyai mindset yang sama\n\n6. Kita dan ahli circle kita mempunyai Growth Mindset. Antara tanda circle kita mempunyai Growth Mindset adalah, mereka suka mencuba benda yang baru, berlapang dada terima teguran dan perubahan dan selalu mencari Opportunity untuk bersama sama membuat kebaikan.\n\n7. Kita bukan The Smartest Man in The Room, maksudnya bukan kita je jadi tempat rujuk circle kita tu. Kita pun boleh rujuk dan minta nasihat daripada mereka.\n\n*Berikut adalah 7 tanda yang menunjukkan bahawa kita dikelilingi oleh sahabat yang hebat dan positif. Jika kita rasa ada sahabat kita yang sebegini, maka jangan lepaskan mereka dan terus bersahabat baik dengan mereka. Mereka dapat membantu kita semasa susah sama ada di dunia atau di akhirat. Insyaallah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Taugeh merupakan sayuran yang kerap dimasukkan ke dalam makanan seperti mi goreng, kuetiau goreng, mi rebus, soto dan sebagainya. Namun, apa yang penulis perhatikan ramai orang tak suka makan taugeh.\n\nMereka sanggup mengasingkan taugeh ketika menjamu selera. Malahan, ada yang tidak mahu sayur ni dimasukkan ketika memesan makanan di restoran atau gerai. Senang cakap, sayur ni dibenci oleh ramai orang. Mengapa ye?\n\nJika ditanya, kebanyakan akan beritahu rasanya yang tak sedap mengganggu nikmat makan. Wah, begitu sekali! Namun, tahukah anda taugeh mempunyai khasiat yang amat tinggi? Nasib baik penulis suka makan taugeh!\n\nSemoga lepas baca artikel ni, ramai yang akan berubah hati dan mula sukakan taugeh. Jangan lupa, Allah tak akan mencipta sesuatu itu tanpa ada sebabnya. Hikmah diciptakan taugeh ialah khasiatnya kepada manusia. Jom semak!\n\nTaugeh ialah hasil cambahan daripada kacang hijau dan alfalfa mengandungi banyak unsur fitokimia yang bernutrien tinggi. Salah satu khasiatnya ialah kehadiran canavanine iaitu sejenis asid amino.\n\nAsid amino ini mampu menghalang pertumbuhan kanser usus besar, pankreas dan leukimia.\n\nSerat dan enzim semula jadi di dalam taugeh dapat meningkatkan kontraksi di dalam usus yang membolehkan kelancaran proses membuang air besar. Oleh itu, sesiapa yang mengalami masalah sembelit, jangan lupa makan taugeh setiap hari. Asid dalam perut dapat dikekalkan dan dapat melancarkan sistem pencernaan.\n\nTahukah anda, taugeh mempunyai estrogen semula jadi? Fungsinya sama seperti estrogen sintesis yang utama untuk wanita. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang dan mencegah osteoporosis.\n\nMalahan, memakan taugeh secara kerap dapat mengelakkan sakit semasa haid, simptom pra-menopaus, gangguan menopaus dan kembung perut. Semangkuk taugeh mengandungi vitamin A, B1, C, E dan K yang sangat baik untuk tubuh badan wanita.\n\nJika pasangan yang sudah berkahwin mempunyai masalah kesuburan yang menyukarkan mereka mendapat anak, taugeh sangat bermanfaat. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu menghasilkan sperma yang baik dan berkualiti. Malahan, bagi kaum wanita ovum yang dihasilkan ketika proses ovulasi juga berkualiti.\n\nBagi pesakit jantung dan mereka yang berisiko mendapat strok disebabkan oleh kadar kolestrol yang tinggi, digalakkan untuk mengambil taugeh dalam hidangan harian.\n\nSaponin di dalam taugeh akan menyingkirkan lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu lemak baik (HDL). Ini kerana ketika kacang hijau tumbuh sebagai taugeh, dikatakan bahawa kadar saponinnya meningkat sebanyak 450 peratus.\n\nTaugeh sangat kaya dengan serat dan air dapat membersihkan segala kekotoran di usus besar. Apabila saluran usus bersih, tiada lagi zat dalam kotoran yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, segala toksik dalam badan yang boleh merangsang penyakit dapat dielakkan.\n\nKandungan flavonoid yang terdapat di dalam taugeh mampu mengurangkan masalah stres yang membawa kepada depresi. Flavonoid dapat merangsang hormon melatonin yang mengawal mood. Selain itu, ia juga membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.\n\nTaugeh mempunyai kalori yang rendah. Disebabkan ia kaya dengan serat, kita akan mudah berasa kenyang. Ini menyebabkan taugeh merupakan pilihan yang sihat dan baik sekali bagi orang yang ingin menurunkan berat badan.\n\nTaugeh sesuai dimakan secara dimasak atau dibuat ulam. Berbanding sayuran dan buah-buahan yang tak dimasak, taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim. Enzim ini mengandungi protein khas yang meningkatkan fungsi organ di dalam tubuh kita.\n\nJika kita hendak mengelak makan daging atau ayam, taugeh boleh digantikan sebagai sumber protein. Taugeh mampu memberi 35 peratus protein untuk tubuh.\n\nKandungan asid folik yang tinggi di dalam taugeh sangat baik untuk meningkatkan sel darah merah yang membawa oksigen. Pengeluaran sel darah merah yang stabil menghalang terjadinya anemia.\n\nVitamin B yang terdapat di dalam taugeh dapat meningkatkan metabolisme badan dengan cara memastikan sel-sel berfungsi dengan baik. Ia mengubah makanan menjadi sumber tenaga, memelihara sel-sel otak dan jaringan tubuh badan.\n\nJika anda tak mahu ada masalah penglihatan seperti rabun, banyakkan makan taugeh. Kandungan vitamin A di dalamnya meningkatkan kesihatan mata. Ia juga mempunyai agen antioksidan yang dapat melindungi sel-sel mata daripada radikal bebas. Radikal bebas ni dapat merosakkan retina yang akan menyebabkan katarak.\n\nPakar pemakanan mengesyorkan, kita perlulah mengambil makanan beralkali sebanyak 80 peratus dan 20 peratus lagi makanan berasid. Mereka yang mengekalkan corak pemakanan seperti ini akan lebih bertenaga dan sihat.\n\nSalah satu makanan yang tinggi alkali ialah taugeh. Ia mampu mengekalkan keseimbangan nilai pH dalam badan. Malahan, dilaporkan juga individu yang mempunyai badan yang tinggi asid cenderung mendapat serangan kanser.\n\nNak cantik, tapi tak suka taugeh. Tak perlu membeli produk yang mahal-mahal di pasaran kerana taugeh juga mampu memberi kesan yang sama. Kandungan Omega 3 di dalamnya dapat mengurangkan masalah jerawat dan jeragat.\n\nMasalah bintik putih dan hitam juga dapat dikurangkan. Tak percaya? Cuba amalkan memakan sayur taugeh setiap hari. Anda pasti tak akan menyesal.\n\nTaugeh mengandungi vitamin A yang boleh merangsang folikel rambut dan kulit kepala. Jika anda nak rambut yang cantik, sihat, kuat dan hitam menawan, makanlah taugeh sebagai sumber vitamin setiap hari. Jangan tak tahu, masalah kelemumur juga boleh berkurangan.\n\nJika anda mempunyai kulit yang terlalu kering, masalah ni boleh diatasi dengan memakan taugeh secara kerap. Taugeh mempunyai kandungan vitamin C dan air yang tinggi. Hasilnya kulit nampak sihat, licin, tona sekata dan berseri-seri.\n\nKandungan antioksidan yang tinggi di dalam taugeh mampu menghalang tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel. Radikal bebas yang terhasil daripada pencemaran udara dan sinaran UV akan merosakkan kulit muka.\n\nKalau anda nak nampak muda dan kekal menawan, jangan buang taugeh ketika makan mi goreng. Lagi satu, rajinkanlah diri untuk memasak taugeh ketika di rumah. Lebih jimat bukan?\n\nApa pendapat anda tentang taugeh selepas membaca artikel ni? Diharapkan para pembaca yang \u2018memusuhi\u2019 taugeh selama ni dah mula jatuh hati. Kadangkala benda yang kita tak suka itu mempunyai banyak kebaikan.\n\nMulai hari ni, cuba untuk makan taugeh. Jangan terlalu rajin asingkan taugeh apabila makan kuetiau. Kalau tak mampu juga, apa kata telan saja sambil tutup mata. Bayangkan yang indah-indah untuk kesihatan kita. Selamat mencuba!\n\nJemput baca juga artikel khasiat madu kelulut dan khasiat halba"
"Zaman sekarang ini mudah saja suami memberi label NUSYUZ pada seorang. Sebelum panggil begitu, sepatutnya suami kena tahu dulu apakah maksud nusyuz seorang isteri ini sebenarnya. Awas! Jangan mudah memanggil si isteri ini dengan perkataan nusyuz jika diri suami itu sendiri masih ada banyak salah dan silap.\n\n\u201cAwak isteri yang nusyuz!\u201d Hancur rasa hati jika perkataan ini keluar dari mulut si suami. Sebelum menggunakan perkataan ini, kena tahu dulu apakah nusyuz ini sebenarnya supaya tidak mudah-mudah menuturkan kata pada isteri.\n\nUntuk si isteri juga, wajib ambil tahu apakah nusyuz ini sebenarnya. Bagi\u00a0seorang isteri, mentaati suami adalah perkara wajib dan boleh dianggap sebagai\u00a0nusyuz sekiranya tidak bijak menjalankan tanggungjawab terhadap suami. Bagi memudahkan, di sini akan diterangkan serba sedikit tentang nusyuz untuk bacaan kita bersama.\n\nNusyuz bermaksud derhaka dab menerusi Kamus Dewan Edisi ke-4 pula, nusyuz adalah keingkaran isteri dalam mentaati perintah (yang diharuskan Allah SWT) dari suaminya.\u00a0\n\nManakala daripada sudut istilah syarak pula, nusyuz ini berlaku kepada wanita. Nusyuz bermaksud seorang isteri yang ingkar kepada suaminya atau mengingkari ketaatannya terhadap suami dalam apa jua cara selagi mana diharuskan dalam Islam.\u00a0\n\nNusyuz bukan sahaja boleh berlaku kepada wanita (isteri) tetapi nusyuz juga boleh berlaku kepada lelaki (suami). Tetapi kebiasaannya lelaki tidak di panggil nusyuz tetapi lelaki digelar lelaki dayus. Nusyuz merujuk kepada wanita yang tidak taat dan tidak setia pada suami manakala suami nusyuz menurut Islam merujuk kepada si suami yang telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Hukum perbuatan Nusyuz yang dilakukan oleh seorang isteri adalah haram dan ia merupakan salah satu daripada dosa besar.\u00a0\n\nAntara bentuk-bentuk nusyuz seorang isteri adalah :\n\n1) Keluar dari rumah pelamin tanpa keizinan suami\u00a0\n\nIsteri perlu meminta keizinan suami untuk keluar daripada rumah. Tetapi, ianya di kecualikan bagi sesuatu keadaan seperti isteri keluar berjumpa qadi/hakim untuk menuntut haknya daripada suami. Atau isteri keluar mencari nafkah sekiranya suami tidak mampu menafkahkannya. Perlu meminta fatwa daripada mufti sekiranya suami itu bukan seorang faqih dalam bidang agama.\u00a0\n\nIsteri perlu meminta izin suami untuk keluar rumah walaupun hendak menziarahi ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu bapa atau anak sekiranya mereka tidak tinggal serumah.\u00a0\n\nNota : faqih bermaksud seorang yang mengetahui\u00a0 aturan dan tuntutan syariat Islam.\n\n2) Menegah suaminya daripada beristimta` (berasmara)\u00a0\n\nKetahui wahai isteri, sekiranya suami berhajat untuk bersama tetapi mereka enggan melayan hajat suaminya tanpa keuzuran seperti sakit dan menyebabkan suaminya marah, seorang isteri itu boleh menjadi nusyuz. Benar! Jika\u00a0seorang isteri\u00a0tanpa sebarang kesakitan atau keluar haid ketika suami berhajat dengannya, sangat berdosa\u00a0isteri tersebut jika menolak kehendak sang suami.\u00a0\n\nDaripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062f\u064e\u0639\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u062c\u064f\u0644\u064f \u0627\u0645\u0652\u0631\u064e\u0623\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0641\u0650\u0631\u064e\u0627\u0634\u0650\u0647\u0650\u060c \u0641\u064e\u0623\u064e\u0628\u064e\u062a\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u062c\u0650\u064a\u0621\u064e\u060c \u0644\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e\u062a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0645\u064e\u0644\u0627\u064e\u0626\u0650\u0643\u064e\u0629\u064f \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u062a\u064f\u0635\u0652\u0628\u0650\u062d\u064e\n\nMaksudnya: \u201cJika seorang memanggil isteri ke tempat tidur tetapi dia tidak datang kepadanya lalu suami itu tidur dalam keadaan marah terhadapnya maka para malaikat melaknat wanita itu sehingga Subuh.\u201d (Riwayat al-Bukhari)\n\n3) Enggan mengikut suami berpindah ke rumah yang telah disediakan oleh suami\n\nIsteri haruslah tinggal di rumah yang disediakan oleh suaminya selepas sah di ijabkabulkan. Dan isteri WAJIB tinggal di dalamnya melainkan tempat tinggal itu tidak sesuai untuk didiami dari sudut syara\u2019.\u00a0\n\nSebagai seorang suami yang juga seorang pemimpin dalam rumahtangga, apabila terdapat tanda-tanda nusyuz pada seorang wanita yang bergelar isteri seperti mereka bersikap kurang sopan (meninggi suara) dan bermasam muka, atau pun seorang isteri mengeluarkan kata-kata kasar kepada suaminya. Maka, terdapat beberapa cara yang boleh di ikuti bagi mengatasi nusyuz isteri. \n\nAntaranya tindakan yang boleh suami lakukan apabila isteri itu nusyuz adalah:-\u00a0\n\n1) Suami SUNAT menasihati Isteri berdasarkan kitab Allah SWT serta mengingatkan tanggungjawab yang diwajibkan Allah SWT ke atasnya.\u00a0\n\n2) Suami juga perlu menasihati isteri tentang kemurkaan Allah SWT serta balasannya sekiranya mereka ingkar akan suruhan suami\u00a0\n\n3) Dan sekiranya masih tidak berubah, suami hendaklah mengasingkan dan meninggalkan isteri bersendirian di tempat tidur. Ianya\u00a0 berkesan bagi mendidik isteri agar lebih menghormati suami.\n\n4) Sekiranya tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakan dengan niat untuk memberi pengajaran kepada mereka ke arah yang lebih baik.\u00a0\n\n5) Jika perselisihan masih tidak mampu di selesaikan maka hendaklah dibawa kepada hakim. Hakim hendaklah melantik orang tengah yang beragama Islam dan adil. Dan orang tengah itu hendaklah berusaha sedaya upaya mendamaikan suami isteri tersebut.\n\n6) Langkah terakhir tidak lain dan tidak bukan adalah talak. Nusyuz\u00a0ertinya\u00a0isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah maka seseorang isteri itu boleh diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie jika benar-benar dirasakan yang rumahtangga itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi.\n\nJangan Pandang Isu Nusyuz Ini Sebagai Satu Perkara Yang Remeh! Tidak Cium Bau Syurga Untuk Si Istri Itu Nanti\n\nJika sebelum ini anda tertanya-tanya, bilakah seseorang isteri nusyuz kepada suaminya? Dan adakah suami juga boleh nusyuz terhadap isterinya? Maka diharapkan anda telah beroleh jawapan melalui artikel ini. Ingat juga yang nusyuz ini tidak hanya berlaku\u00a0apabila isteri enggan taat pada perintah suami malah ia juga boleh berlaku pada suami apabila tidak menjalankan tangggungjawabnya pada si isteri.\n\nBaca juga 10 panggilan manja suami isteri dalam bahasa Arab, ibu ayah kena peluk anak setiap hari kerana kesannya sangat hebat dan hukum baca Quran tanpa wudhu boleh ke tak boleh."
"Pening memikirkan menu sarapan atau minum petang? Apa kata cuba menu Cucur Badak. Cara penyediaannya sangat senang kot. Cucur Badak ini merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. \n\nNak dapatkan Cucur Badak yang manis dan sedap, anda kenalah pakai ubi keledek yang berwarna oren atau ungu kerana rasa ubi ini manis walaupun direbus sahaja. Pastikan kelapa yang nak digunakan sebagai inti merupakan kelapa parut yang segar dan berlemak. \n\nDah dapat tips kan? Apa lagi? Tanpa membuang masa jom tengok resepi Cucur Badak yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi yang dikongsikan oleh\u00a0Leeina Qaliena\u00a0di Facebook ini mendapat perkongsian ramai. Nescaya mudah dan sedap. Selamat mencuba.\n\nBahan B: Bahan Inti kelapa pedas\u00a0 \n\nSelamat mencuba! Selain resepi Cucur Badak ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Pembelajaran dulu dan sekarang memang melalui perubahan yang amat ketara. Hari ini, pembelajaran abad ke-21 menjadi misi utama bagi sistem Kementerian Pendidikan di Malaysia dan diaplikasikan keseluruhannya kepada sekolah dan pusat pendidikan.\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa alat bantu mengajar yang boleh digunakan untuk guru.\n\nAlat Bantu Mengajar atau dikenali dengan singkatan ABM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.\n\nSecara umumnya jenis ABM terbahagi kepada tiga iaitu alat bantu mengajar bukan elektronik, alat bantu mengajar elektronik, dan alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar.\n\nSejak para pelajar mengaplikasikan pembelajaran dari atas talian, banyak teknologi di bilik darjah yang digunakan.\n\nKepentingan menggunakan ABM kepada pelajar & guru\n\nTerdapat banyak manfaat menggunakan ABM sama ada kepada pelajar sendiri mahupun guru yang mengajar. Antara manfaatnya adalah seperti:\n\nSebenarnya terdapat banyak alat bantu mengajar yang boleh kita gunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.\n\nBerikut ini, kami kongsikan beberapa alat bantu mengajar yang boleh anda cuba.\n\nTelefon pintar yang mempunyai jaringan internet sekurang-kurangnya 4G ke atas menjadi kemestian bagi kehidupan hari ini. Setiap golongan muda, dewasa, atau tua memerlukannya sebagai alat perhubungan, pendidikan, informasi terkini, dan sebagainya.\n\nMelalui telefon pintar, pelajar boleh melakukan pencarian pelbagai maklumat pendidikan seperti membuat assignment, homework, dan sebagainya. \n\nAplikasi-aplikasi seperti MyClaaz, Kahoot, Quizizz, Google Classroom, Pandai, Google Form, Wordwall dan seumpamnya membantu dalam pendidikan melalui penggunan telefon pintar.\n\nAdanya laptop atau notebook memberi fungsi yang hampir sama dengan telefon pintar. Hanya sahaja laptop atau notebook ini memberi pengalaman yang lebih luas, praktikal dan mampu menyelesaikan pekerjaan lebih cepat berbanding telefon pintar.\n\nProjektor LCD memberi pengalaman pembelajaran interaktif yang lebih baik iaitu memudahkan guru untuk berinteraksi dengan pelajar. \n\nGuru boleh mengaplikasikan bentuk pengajaran multimodal dan seterusnya mencapai objektif dan fakta pelajaran mengikut corak pembelajaran abad ke-21.\n\nMikrofon tanpa wayar bagus untuk membantu dan memberi keselesaan kepada guru dalam sesi pengajaran di kelas yang mana ia tidak memerlukan guru untuk bercakap dengan nada yang kuat untuk menyampaikan maklumat kepada murid.\n\nMiracast adalah teknologi yang sangat bagus dalam menyiarkan kandungan multimedia antara pelbagai peranti tanpa wayar, melalui WiFi. \n\nIa berfungsi pada rangkaian WiFi Direct P2P (Peer to peer) melalui WPS. Miracast ini boleh dipadankan dengan telefon pintar dan seterusnya memberi pelbagai fungsi untuk sambungan multimedia dengan kualiti visual yang terbaik.\n\nPortable speaker atau pembesar suara mudah alih memudahkan guru dan murid mendengar segala maklumat dengan lebih jelas dari pelbagai sudut ruang.\n\nWireless presenter adalah remote control yang membantu presenter menjalankan pembentangan. Alat ini memudahkan kita untuk mengawal slide untuk dari awal sehingga akhir.\n\nBukan itu sahaja, wireless presenter juga tidak memerlukan wayar yang panjang untuk berfungsi dan turut dilengkapi dengan laser pointer yang memberi impak lebih baik dalam pembentangan.\n\nBiasa kita dengar papan hitam atau papan putih. Di era serba canggih ini penggunaan smartboard menyediakan paparan yang besar tanpa perlu menggunakan LCD projector.\n\nKebanyakkan smartboard dilengkapi dengan alat visualizer yang boleh memaparkan hasil kerja murid di mana guru boleh tulis nota.\n\nDalam masa yang sama juga, murid boleh berinteraksi terus dengan menulis jawapan, match dan choose terus ke dalam smartboard.\n\n9. Smart visualizer atau document camera\n\nSmart visualizer membantu guru mengajar dalam kelas mahupun secara dalam talian dengan membuat persembahan terbaik di skrin.\n\nDengan peranti seperti itu, kita juga dapat menunjukkan kepada khalayak bukan sahaja dari dokumen kertas, tetapi juga pelbagai bahan eksperimen atau objek yang besar.\n\nMouse scanner atau dikenali juga sebagai pengimbas tetikus berfungsi untuk mengimbas sesuatu maklumat dan mengeksportnya kepada text word. \n\nIa boleh apa-apa mengimbas apa-apa maklumat seperti surat khabar, gambar, atau kertas berformat A3.\n\nSelain dari perkongsian tentang alat bantu mengajar ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan pembelajaran seperti:"
"Untuk ibu bapa yang baru pertama kali mendapat anak, mungkin ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang mengenai waktu tidur anak anda. sesetengah ibu bapa mengambil remeh mengenai perkara ini. Tetapi, tahukah anda, waktu tidur memainkan peranan yang besar dalam proses tumbesaran bayi.\n\nBagi bayi yang baru lahir, mereka biasanya akan tidur sehingga 16 ke 20 jam setiap hari. Mungkin ada sesetengah ibu bapa berpendapat bahawa jantina anak atau cara menyusukan anak memberi perbezaan dalam waktu tidur bayi.tetapi itu semua hanyalah mitos sahaja.\n\nSebenarnya ia langsung tidak memberikan perbezaan dalam kitaran tidur bayi. walau pun bayi harus tidur dengan cukup, tetapi jangan lupa untuk menyusukan si kecil. Sesetengah bayi tidak mempunyai tenaga untuk bangun dan meminta susu.\n\nUntuk bayi yang sebegini, adalah sangat disarankan untuk tidak membiarkan bayi anda lapar tidak lebih daripada 3 jam pada waktu siang dan 5 jam di waktu malam. Ini akan memberi manfaat kepada susu badan anda.\n\nBerlainan pula bagi bayi yang menggunakan susu formula. Mereka boleh diberikan susu setiap 4 jam pada waktu siang dan boleh dibiarkan tanpa diberi susu selama 6 jam pada waktu malam.\n\nSeterusnya, bagi minggu kedua bayi akan mempunyai rutin tidur dan rutin menyusu. Selama bertahun tahun, pakar kesihatan professional telah banyak membahaskan mengenai baik dan buruk rutin harian yang terbentuk. Namun begitu, ada satu perkara yang mereka setuju iaitu bayi akan rasa lebih selamat apabila mereka mengetahui bila dan apa yang akan berlaku.\n\nSalah satu sebab mengapa rutin sebegini patut diteruskan adalah kerana ia akan memberikan si ibu masa yang cukup untuk memperbetulkan rutin harian bayi anda.\n\nAda dua peraturan yang wajib diingati apabila berhadapan dengan bayi dan waktu tidurnya.\n\nBagi ibu yang berpengalaman, bayi mungkin tidak akan mempunyai kitaran tidur yang tetap sehinggalah tiba minggu yang kelapan. Untuk bayi yang baru lahir, mereka biasanya memerlukan bantuan untuk tidur dan akan tidur dalam jangka waktu yang lama.\n\nWalau bagaimanapun, selepas minggu kelapan, waktu tidur siang akan mula berubah. Jika anda telah menidurkan bayi anda, anda mungkin akan perasan bahawa bayi anda tidak akan tidur dengan nyenyak. Ketika si kecil berusia 5 ke 6 bulan, barulah dia akan mula untuk tidur pada waktu malam dengan nyenyak.\n\nTahukah anda, kitaran tidur orang dewasa akan berubah setiap 90 minit. Berlainan pula dengan bayi. Kitaran tidur mereka akan berubah setiap 20 minit.\n\nBiasanya, untuk bayi yang berusia 6 bulan mereka akan mula menunjukkan petanda awal untuk masalah tidur. Petanda yang mudah anda boleh kenal pasti adalah apabila si kecil akan bangun seawall jam 5 pagi. Seterusnya, si kecil akan bangun pada jam 11 malam dan sehinggalah umurnya mencecah 1 tahun, bayi anda akan bangun pada 9 pagi, 11 malam, 1 pagi dan 5 pagi! Jangan berlengah lagi.\n\nAnda harus selesaikan masalah ini dengan segera. Lebih cepat anda selesaikannya adalah lebih baik.\n\nMencegah Adalah Penyelesaian Terbaik Untuk Masalah Ini\n\nJika bayi anda kurang daripada 8 minggu, anda harus menetapkan rutin tidur yang tetap untuk mengelakkan masalah ini daripada terus melarat. Mereka biasanya mempunyai beberapa punca bagi masalah tersebut.\n\nUntuk bayi yang berusia lebih daripada 8 bulan, menangis yang dikawal adalah sangat tidak digalakkan. Ini termasuklah masuk dan keluar ke dalam bilik hanya untuk menjengah bayi anda. Sejujurnya ia tidak akan membantu.\n\nSebaliknya, ia hanya akan menangis dan si kecil akan terus menangis dan akhirnya tertidur. Daripada anda membiarkan si kecil menangis sehinngga tertidur, lebih baik anda baringkan dia dan biarkannya tertidur. Bukankah cara itu lebih efektif dan berkesan.\n\nNamun, sekali lagi diingatkan setiap kaedah adalah berbeza untuk peringkat umur yang berbeza. Sesetengah masalah yang biasa berlaku pada seawal umur setahun boleh diselesaikan dengan cara menyusukan dan menidurkan bayi.\n\nTips untuk membentuk tidur yang sempurna:\n\nSemoga artikel tentang waktu tidur bayi yang sesuai ini membantu pada anda."
"Jom cuba resepi kek batik sukatan cawan ini.\n\nTeringin membuat kek batik senang dan sukatan yang mudah?\n\nKami berkongsi kepada anda resepi kek batik hanya menggunakan sukatan cawan. Tampak senang kan? Memang pun. Lagi mudah untuk anda yang memiliki kendala dalam menimbang bahan-bahan memasak.\n\nResepi perkongsian daripada \u200eFatimah Ali\u200e di Facebook ini mendapat perkongsian sangat ramai kerana ianya mudah dilakukan. Hanya menggunakan sukatan cawan, tak perlu timbang lagi. Rasanya sedap pun gerenti sangat memuaskan.\n\nTanpa buang masa, jom tengok resepi di bawah ini. Buat kek batik lazat hidangkan kepada keluarga ataupun tetamu. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kek batik sukatan cawan, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Rasa teruja pula bila tengok orang makan kek durian. Rasa ingin beli dan makan masa puas-puas. Apalagi kalau musim durian macam ini.\n\nMusim durian ramai pula orang yang jual kek durian. Hal ini kerana pesanan kek durian juga meningkat. Setidaknya, ada cara lain yang menarik untuk menikmati durian.\n\nWalau durian tidak dimasukkan dalam bahan kek, namun durian digunakan dalam krim topping kek. Sehingganya, wangi lazat durian akan terasa bila anda gigit kunyah sepotong kek dengan topping sekali.\n\nUntuk menjawab semua soalan anda, kali ini kami hadirkan resepi kek durian daripada Fainda Farahin di laman Facebook. Layan resepi di bawah ini.\n\nSelain resepi kek durian, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ikan siakap merupakan jenis ikan yang boleh hidup di air tawar dan air masin. Ikan ini memiliki isi putih berkeping. Ikan siakap adalah amat popular di seluruh negara. Daging ikan siakap yang lembut jadikan ia lebih popular dengan masakan stim ala Thai, masak tiga rasa, digoreng, dibakar dan lain-lain masakan. Maka itu kami kongsikan 10 resepi masak siakap yang popular dan paling sesuai untuk menu makan tengah hari, makan malam mahupun acara kenduri. Resepi yang sedap makan jadi lebih bermakna.\n\n1. Ikan Siakap Stim ala Thai\n\nMasakan yang paling menyelerakan. Petuanya jangan lupa letak serai. Selagi tidak jumpa serai, jangan cuba-cuba masak ikan steam Thai ini. Ayuh cubakan resepi daripada Zurina Zulkefli di laman Facebook.\n\n2. Ikan Siakap Stim Lemon Ala Thai\n\nAyuh merasai masakan Thai yang terkenal sangat. Tidak perlu ke kedai Thai kalau saja ingin merasa ikan siakap stim lemon. Resepi daripada Wirawati Negara di laman Facebook senang dicubakan di rumah.\n\nSiapa yang belum cuba lagi makan kengsom ikan siakap? Sedap rupanya lauk ini. Masakan ini amat membangkitkan selera. Satu keluarga boleh makan. Resepi dikreditkan kepada Nina Mahdar di laman Facebook.\n\nBila hilang selera, makan pun tak lalu. Mungkin anda boleh cuba masakan ikan siakap kukus halia, gerenti bangkitkan selera makan. Masakan ini sesuai dihidang untuk orang sakit. Rempah halia pula wangi dan boleh hilangkan angin dalam badan. Resepi dikreditkan kepada Liana Ana di laman Facebook.\n\n5. Ikan Siakap Masak 3 Rasa\n\nBila ada acara makan-makan, menu ikan siakap masak tiga rasa paling dicari. Di kedai ikan bakar pula menu ini cukup mahal kerana ikut harga ikan semasa. Baik masak sendiri tidak banyak modal makan boleh sepuasnya. Gerenti resepi yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad di laman Facebook sama macam kedai punya.\n\nIkan siakap bakar memang tidak ada tandingan. Sedap sangat dimakan dengan nasi putih panas. Apalagi dimasak dengan pes ikan bakar sedap yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail yang berkongsi di laman Facebook, gerenti semua orang suka. Ketepikan diet sekejap.\n\n7. Ikan Siakap Sweet Sour Thai\n\nIdea untuk masak makan malam seterusnya ialah siakap sweet sour. Menu ini gerenti lazat sangat sampai menjilat jari. Makan nasi pun bertambah-tambah pinggan. Lagipula masakan ini tidak pedas sehingganya anak-anak pun suka. Mari cubakan resepi daripada Tuan Adriana Arissa di laman Facebook. Bahan2\n\nSekali cuba ikan siakap masak asam mesti teringin lagi. Dijamin tidak pernah jemu makan hidangan ini. Namun Rosliza Rubee di laman Facebook berkongsi resepi ikan siakap masak asam bubuh kurma sedikit. Rasa dia jadi sedap manis-manis dan masam.\n\n9. Ikan Siakap Masak Asam Pedas\n\nSesiapa yang tidak biasa masak asam pedas siakap tapi teringin, kami kongsikan resepi asam pedas isi lembut kurang hanyir oleh Nooraini Ramly di laman Facebook. Asam pedas siakap sedap dimakan dengan tempe goreng, telur masin dan ikan masin. Jika ada ulam timun, ulam-ulam dan sambal belacan amboi meleleh pula liur.\n\n10. Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api\n\nSeterusnya siakap masak lemak cili api orang negeri sembilan punya. Rupanya lagi senang tidak perlu sediakan bawang semua. Rasa pedas dan masam pun sesuai dengan tekak. Letak peria dalam lauk ini lagilah sedap. Ayuh cubakan resepinya oleh \u0623\u0645 \u0639\u0642\u064a\u0644 \u0641\u0648\u0632\u064a\u0647 \u064a\u0648\u0633\u0641 di laman Facebook.\n\nSelain resepi di atas, kami menulis kumpulan resepi lain yang menarik dan patut cuba. Jangan like dan share resepi ini ya."
"Perasaan cinta seorang isteri terhadap suami boleh dipamerkan dalam banyak cara. Sebagai contoh, anda boleh berikan ucapan hari lahir untuk suami sebagai tanda yang anda tidak pernah melupakan tarikh hari istimewa di dalam hidupnya.\n\nUcapan hari lahir untuk suami ini tidak semestinya perlu panjang lebar. Walau hanya dengan satu ungkapan telah dapat membuktikan kasih anda terhadap suami. Sampaikan ucapan untuk suami tercinta dengan penuh rasa ikhlas. \n\nBagaimanakah Cara Untuk Sampaikan Ucapan Hari Lahir Untuk Suami?\n\nAnda masih tidak tahu cara terbaik untuk menyampaikan ucapan hari lahir untuk suami? Anda boleh gunakan\u00a0kata-kata bernada romantik\u00a0untuk suami\u00a0di\u00a0hari\u00a0yang istimewa ini.\u00a0\n\nKata-kata ini boleh di tulis melalui surat atau atas sekeping kad ucapan untuk diberikan bersama hadiah. Ia juga boleh dihantar melalui pesanan SMS, Facebook atau Whatsapp. \n\nYang penting, suami anda tahu bahawa anda tidak pernah melupakan tarikh ulang tahun kelahirannya itu.\u00a0Gerenti\u00a0suami\u00a0anda akan berasa sangat terharu dan gembira. \n\nUngkapan Terbaik Paling Sesuai Sebagai Ucapan Hari Lahir Untuk Suami\n\nDi sini turut dikongsikan beberapa contoh ungkapan terbaik yang boleh digunakan sebagai ucapan hari lahir untuk suami tersayang. \n\nUcapan #1 Selamat ulang tahun suamiku. Semoga kemakmuran, kesihatan, kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan akan sentiasa menyertai di setiap langkahmu.\n\nUcapan #2 Happy Birthday suamiku sayang. Di kau adalah ayah terbaik untuk anak-anakku dan lelaki terhebat di hidupku. Semoga dirimu selalu sihat dan terus dipanjangkan umur. Ameen\n\nUcapan #3Terima kasih untuk kebahagiaan yang telah kau berikan kepadaku selama ini sayang. Semoga aku bisa menjadi isteri terbaik untukmu. Selamat ulang tahun suamiku.\u00a0 \n\nUcapan #4Suamiku, selamat ulang tahun. Tidak ada yang bisa aku berikan untukmu selain rasa sayang ini. Engkau lelaki terbaik untukku, semoga sentiasa sihat dan terus panjang umur. \n\nUcapan #5 Bukan emas berlian yang membuatku memilihmu. Bukan penampilan yang membuatku jatuh cinta padamu. Kesabaranmulah yang membuatnya terpesona hingga sudi menjadi suri hidupmu. Sempena di usiamu yang ke 40 tahun ini, daku ingin katakan yang aku terlalu sayang kepadamu.\u00a0 \n\nUcapan #6 Mimpiku menjadi sempurna saat ada kamu menjadi suamiku. Hidupku makin jadi indah tika kau hadir melengkapi kekuranganku. Terima kasih suamiku tersayang, selamat ulang tahun dan semoga cinta kita akan terus kekal hingga ke jannah.\n\nUcapan #7 Selamat ulangtahun suamiku sayang. Semoga di kau akan terus sihat sejahtera untuk sentiasa menjadi imam yang terbaik untukku dan anak-anak kita.\n\nUcapan #8 Tiada hadiah mahal yang mampu sayang berikan selain ucapan selamat ulangtahun dari lubuk hati yang paling ikhlas. Setianya sayang hanya pada abang. Semoga hubungan kita akan sentiasa terpelihara. \n\nUcapan #9 Wahai suamiku, hadirmu umpama seorang penyelamat yang telah berjaya membawaku ke jalan bahagia. Terima kasih kerana sudi memperisterikanku dan membimbingku ke jalan yang diredhai Allah. Aku senantiasa berdoa semoga dirimu akan terus dipanjangkan usia. Ameen.\n\nUcapan #10 Hari ini adalah hari yang paling special. Hari ini usiamu telah semakin bertambah dan bertambahnya usia mu itu telah membuktikan yang\u00a0kita\u00a0telah\u00a0semakin\u00a0lama\u00a0bersama.\u00a0Terima\u00a0kasih\u00a0untuk\u00a0segala pengorbananmu wahai suamiku.\u00a0\n\nUcapan #11 Happy birthday suamiku. Selamat bertambah usia dan aku akan terus menyayangimu sehingga ke akhir hayatku.\u00a0Aku berjanji akan terus membuatmu tersenyum hari demi hari. I\u00a0love\u00a0you\u00a0so\u00a0much from the bottom of my heart!!\n\nUcapan #12 Tarikh ini muncul lagi. Seperti biasa, sayang ucapkan selamat ulang tahun kelahiran. Terima kasih kerana sudi hadir di sisi sayang selama ini. Tiada yang lain hanya abang sorang. Cinta sayang pada abang akan sentiasa mekar sampai bila-bila.\n\nUcapan #13 Sayang, kau adalah lelaki yang terbaik untukku. Kau imamku. Kau teman hidupku. Kau belahan jiwaku. Kau pendengar setia segala masalahku. Sesungguhnya kau adalah segalanya bagiku. Tanpamu siapalah aku. Selamat ulang tahun sayang. Bahagiamu adalah bahagiaku. \n\nUcapan #14 Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah dipanjangkan lagi usiamu. Terima kasih ya Allah kerana sudi mempanjangkan lagi umur suamiku. Sesungguhnya dialah jodoh yang paling terbaik untukku. Akan ku menyintainya sehingga ke akhir hayatku. Selamat ulangtahun kelahiran wahai suami mithaliku.\n\nUcapan #15 Salam ulangtahun kelahiran suamiku sayang. Terima kasih kerana telah menjadi lelaki terbaik untukku. Mohon maaf andai di atas segala salah silap yang isterimu ini pernah lakukan. Sesungguhnya kaulah calon imam terbaik untukku dan calon ayah terbaik untuk anak-anak kita. We love you so much!\n\n Hari lahir hanya tiba sekali dalam setahun. Ucaplah ungkapan yang ada sebagai tanda terima kasih di atas segala bakti yang telah suami berikan. \n\nJemput juga membaca artikel tulisan lain kami seperti tanggungjawab suami nafkah isteri hadiah untuk lelaki."
"Pening? Mencari tempat menarik di Selangor tapi tak pasti yang mana menarik? Nah,artikel ini panduan untuk anda mencari tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.\n\nKami kongsikan 65 tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.\n\nSebenarnya ada banyak lokasi menarik di Selangor untuk membawa anak-anak bersiar-siar dan beraktiviti. 65 pilihan di bawah ini hanyalah sebahagian daripadanya. Ia dipilih kerana kesesuaiannya kepada seisi keluarga ada di bandar atau kembali kepada alam semulajadi:\n\nTaman tema air yang terkenal di negara adalah Sunway Lagoon. Mempunyai keluasan 88 ekar, terdapat lebih 90 tarikan dan aktiviti menarik yang terbahagi kepada enam zon iaitu amusement park, water park, scream park, wildlife park, extreme park dan nickelodeon lost lagoon.\n\nAntara aktiviti atau permainan menarik yang cukup mendebarkan adalah bungee jumping, roller coaster dan flow rider. Paling menarik terdapat pelbagai aktiviti air yang pertama di dunia berada di Sunway Lagoon.\n\nMemang tak cukup masa untuk mencuba semua aktiviti dalam satu hari. Apa kata anda menginap di hotel Sunway Lagoon dan mengambil pakej yang sesuai dengan bajet anda.\n\nAlamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.\n\nSetia City Mall adalah pusat membeli belah terbesar di Shah Alam yang mempunyai dekorasi dan reka bentuk luaran dan dalaman kelihatan ekslusif. Bangunan empat tingkat ini memuatkan 238 buah kedai atau peruncit.\n\nBanyak jenama terkenal dibuka di cawangan ini seperti Zara, Parkson, Uniqlo, GSC dan sebagainya. Bukan sahaja boleh membeli belah, ada juga tempat menjamu selera, hiburan dan tempat rekreasi.\n\nDah penat membeli-belah, bolehlah meluangkan masa dan merehatkan diri bersama anak-anak di taman permainan dan taman rekreasi yang berada di luar pusat membeli-belah ini.\n\nAlamat: Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.\n\nLaman Seni 7 adalah tempat khas untuk anda yang sukakan seni atau anda seorang instagrammable! Bersebelahan sahaja dengan I-City, seni jalanan yang terdapat di sini berkonsepkan komuniti Shah Alam, tarikan pelancong dan konsep hijau.\n\nAnda boleh bergambar di laman seni yang mempunyai empat kategori iaitu lukisan 3D, pemasangan 3D, perabot jalanan dan on-site painting pada bila-bila masa kerana ia dibuka untuk orang awam. Nikmatilah lukisan yang menarik sambil menghargai alam, juga bakat pelukis.\n\nAlamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.\n\nBatu Caves adalah salah satu tempat menarik di Selangor yang terkenal dalam pelancong tempatan mahupun luar negara. Tempat ini menjadi tumpuan ramai orang termasuk kaum Hindu untuk menyambut perayaan Thaipusam. \n\nSelain bergambar, ada juga yang datang ke sini untuk belajar sejarah penubuhan tempat ini serta melihat budaya kaum tersebut. Terdapat 272 anak tangga yang berwarna-warni yang menuju ke gua kuil. Di sinilah tempat utama buat pelancong bergambar.\n\nAlamat: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.\n\nHanya satu tempat mempunyai pelbagai tarikan menarik yang terbahagi kepada 19 zon seperti 99 Dinasour Park, 99 Wild Island, 99 Jetty & 99 Cruise dan sebagainya. 99 Wonderland Park adalah sebuah tasik yang luas dan tarikan utama adalah petting zoo. \n\nDi sini pengunjung boleh bersantai sambil melihat pelbagai haiwan seperti rusa, arnab, itik dan lain-lain dengan lebih dekat, memberi haiwan makan dan bergambar. Paling menarik, anda boleh menaiki cruise atau boat pusing sekitar tasik sambil menikmati alam.\n\nAnda digalakkan datang ke sini pada waktu malam untuk melihat permandangan yang lebih menarik dengan lampu bersinar menghiasi setiap sudut.\n\nAlamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.\n\nIsnin \u2013 Khamis (5.00 petang \u2013 11.00 malam)\n\nJumaat-Ahad/Cuti umum/ Cuti perayaan/Cuti Sekolah (5.00 petang \u2013 12 tengah malam)\n\nSabtu/Ahad/Cuti umum/Cuti perayaan/Cuti Sekolah (9.00 pagi-4.00 petang)\n\nBangi Wonderland merupakan sebuah taman tema air yang turut dikenali di Selangor. Terdapat 16 tarikan yang menarik dan sesuai untuk bawa anak-anak bermandi-manda sambil bermain di sini. Antara tarikan menarik adalah The Fall, Water Cannon, Insane Racer dan Green Pearl. \n\nAnda digalakkan untuk datang bersama pasangan, keluarga atau berkumpulan kerana kebanyakan aktiviti air di sini sesuai untuk berkumpulan. Bawa pakaian yang sesuai dan sewa tube jika anda ingin mencuba kesemua aktiviti.\n\nAlamat: 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor.\n\nBlue Tears ialah fenomena alam semula jadi yang berlaku hanya pada waktu malam. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh Dinoflagellate, alga atau plankton marin yang memancarkan cahaya biru-hijau pada waktu malam.\n\nJika anda ingin menyaksikan fenomena unik ini, anda perlu menaiki boat menyelusuri pantai dan anda akan dibawa ke tempat yang lebih gelap agar melihat dengan lebih jelas persisir pantai yang berwarna biru. \n\nBlue Tears ini dekat sahaja dengan Sky Mirror iaitu tempat fotografi paling menarik yang terhasil seolah-olah pantulan dari air dan langit. Jika anda ke Sky Mirror, jangan lupa untuk mengunjungi Blue Tears yang jarang didapati di tempat lain.\n\nMaya Park di Eco Ardence merupakan sebuah tempat rekreasi yang mempunyai kawasan dan tasik yang luas. Sesuai untuk anda yang ingin bersantai bersama keluarga, berbasikal, jogging dan sebagainya.\n\nTerdapat sebuah jambatan cantik yang menyeberangi tasik. Cantik juga jika anda ingin melakukan sesi bergambar. Datang pada lewat petang jika anda ingin menyaksikan matahari terbenam di tasik.\n\nBersebelahan Taman Maya, anda boleh meneruskan perjalanan ke Ardence Labs yang menyediakan 27 kontena yang menempatkan banyak kedai makan dengan pelbagai variasi makanan. Secara tak langsung, ia mewujudkan suasana berkonsepkan urban. \n\nAlamat: 40170, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.\n\nBerkelah di air terjun bersama anak-anak memang menyeronokkan. Sementara mereka bermain air, anda boleh berehat, menyedut udara segar, mendengar bunyi air mengalir sambil memerhatikan anak-anak.\n\nAirnya yang bersih dan pemandangannya yang indah menarik ramai orang untuk datang semasa hujung minggu. Ada juga kawasan di mana airnya lebih cetek dan lebih sesuai untuk anak-anak kecil.\n\nTandas, bilik mandi, pondok-pondok untuk orang awam, dan tempat meletak kereta disediakan menjadikan lokasi ini amat mesra pengunjung.\n\nAlamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah\n\nTaman Trampoline terbesar di Asia ini menghubungkan beratus trampoline dalam satu ruang bertutup. Ia mempunyai beberapa bahagian. The Main Court merupakan ruang trampoline terbesar bersaiz 9000 kaki persegi.\n\nThe Foam Pit membolehkan anak anda melompat dan jatuh di dalam beribu kiub besar yang lembut. Lompat di atas trampoline dan masukkan bola ke dalam jaring seperti seorang pemain bola keranjang profesional di ruang Slamdunk.\n\nAda 10 ruang di taman ini yang pasti tidak akan mengecewakan. Anak-anak anda (dan anda juga) boleh melompat dan melompat dengan gembira.\n\nAlamat: 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya\n\nWaktu Operasi: 10am-9pm (Ahad-Khamis), 10am-10pm (Jumaat-Sabtu)\n\nAdakah anak anda suka bermain dengan blok atau Lego? Atau adakah anda mahu anak-anak anda membina minda kreatif? Blok Space meyediakan ruang untuk anak-anak berusia 5 sehingga 14 tahun untuk tujuan ini. Ia terletak di beberapa lokasi di Selangor. Ada lebih 300 jenis permainan disediakan termasuklah Lego dan Gundam.\n\nAlamat: IPC Shopping Centre (Damansara), The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Gallery, 1 Mont Kiara\n\nTaman Botani Shah Alam menyediakan pelbagai aktiviti sesuai semua peringkat umur. Tambah pengetahuan dengan mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan, memancing, berbasikal dan berenang.\n\nJika sukakan cabaran di kawasan terbuka, dikelilingi pokok-pokok hijau, inilah juga tempat yang terbaik untuk menguji stamina anda.\n\nSkytrex dibahagikan kepada beberapa pakej iaitu Big Thril (23 cabaran dalam masa 2 jam), Little Adventure (15 cabaran dalam masa 30 minit), dan Extreme Challenge (21 cabaran dalam masa 2 jam).\n\nHarga Tiket: RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)\n\nHarga Tiket Skytrex: RM 45 (Big Thrill), RM35 (Little Adventure), RM50 (Extreme Challenge)\n\nAlamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam\n\nKanak-kanak suka dengan taman tema kerana ada banyak permainan dan cahaya di sana. Suasana di taman tema seperti syurga buat mereka.\n\nDi I-City kanak-kanak boleh merasai pengalaman menonton cara luar biasa menerusi 5D Cinema, bermain salji di Snowalk, mengunjungi rumah hantu, makan-makan di Wow Street, menaiki Mini Pirate Ship, Rocking Chase Car, dan Fitness Junior.\n\nHarga Tiket: RM30 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak),\n\nRM36 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.\n\nApa cita-cita anda bila dewasa kelak? Itu soalan yang akan selalu diterima kanak-kanak. Di Kidzania, kanak-kanak dapat merasai pengalaman melakukan banyak kerjaya yang dilakukan oleh orang dewasa. Mungkin mereka tidak ragu-ragu lagi menjawab soalan berkaitan cita-cita selepas ini.\n\nHarga Tiket: RM35-RM41 (dewasa), RM35-RM85 (Kanak-kanak),\n\nAlamat: Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya.\n\nHutan ini merupakan hutan simpan milik kerajaan yang dijadikan pusat bagi mereka yang mahu membuat kajian perhutanan. Walaupun begitu, ia turut dibuka kepada orang awam.\n\nBagi mereka yang tinggal di bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur, FRIM merupakan lokasi terbaik untuk keluar seketika mendapatkan ketenangan.\n\nIa bukan sahaja sesuai kepada orang dewasa, malah kanak-kanak mendapat manfaatnya. Berjalan di dalam hutan, berbasikal dan menaiki jambatan gantung adalah antara aktiviti boleh dilakukan di FRIM.\n\nAlamat: Jalan FRIM, Kepong, 52109 Selangor\n\nZoo mini ini amat sesuai bagi kanak-kanak. Mereka boleh memberi makanan kepada haiwan-haiwan seperti kura-kura, burung, rusa, kambing, lembu, arnab, dan hamster. Haiwan-haiwan lain seperti kuda, kangaroo, kijang, iguana, prairie dog, skunk, dan musang fennex.\n\nAda aktiviti memancing untuk pengunjung dan menonton persembahan burung kakak tua juga.\n\nHarga Tiket: RM30 (dewasa), RM25 (Kanak-kanak),\n\nRM48 (warga asing dewasa), RM38 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan\n\nWaktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-6pm (Sabtu-Ahad)\n\nJemput singgah ke tempat-tempat ini jika anda dari negeri-negeri yang lain. Bagi penduduk Selangor pula, mungkin ada tempat di sini yang belum anda lawati. Jangan tunggu lama-lama. Cepat rasai pengalaman menyeronokkan di 10 tempat menarik ini.\n\nSnowalk merupakan taman tema musim sejuk dalam bangunan yang pertama di Asia Tenggara. Bawa ahli keluarga anda ke sini. Tapi jangan lupa untuk memakai kasut yang sesuai dan jaket yang disediakan pihak SnoWalk agar anda dapat merasai pengalaman musim sejuk dalam 50,000 kaki persegi ruang dengan 100mm salji di atas lantainya yang berada di bawah 5 darjah celcius. SnoWalk turut dihiasi dengan lebih 100 tan arca ais yang dibina oleh 30 artis dari Harbin, China.\n\nAlamat: i-Gallery, Persiaran Multimedia, 40000 i-City, Shah Alam\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Khamis (11am \u2013 12am), Jumaat (11am \u2013 1am), Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah (11am \u2013 1am), Ahad (11am \u2013 12am)\n\nHarga Tiket: RM35 (warganegara Malaysia), RM40 (bukan warganegara Malaysia)\n\nRamai yang tidak menyangka ada ladang teh di Banting, Selangor kerana biasanya teh ditanam di tanah tinggi seperti Cameron Highland. Sebenarnya, ladang teh ini merupakan ladang teh tanah rendah yang telah dibuka sejak tahun 1927.\n\nIa ditanam di bawah pokok kelapa sawit secara berselang-seli dalam kawasan ladang seluas 210 ekar. Kaedah penanaman ini merupakan yang pertama seumpanya di dunia. Sebagaimana ladang teh yang ada di Cameron Highland, ladang teh ini juga mempunyai ladang khas bagi memproses dan membungkus teh.\n\nJadi, kepada mereka yang mahu melihat keunikan kaedah penanaman dan pemprosesan teh tanah rendah, jemput ke Ladang Teh Boh Bukit Cheeding.\n\nAlamat: Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor.\n\nPernahkah anda cuba beraksi seperti polis atau perwira dengan pistol atau senapang? Galactic Laser Tag menyerupai permainan paint ball.\n\nCuma, pelurunya tidak akan menyakiti tubuh anda. Ini kerana anda beraksi dengan menggunakan senapang laser. Mereka mempunyai beberapa jenis permainan termasuk Capture the Flag, Team, Individual dan Space Marine.\n\nSelain di Sunway, Galactic Laser Tag juga mempunyai cawangan di Mid Valley. Jadi, selain bermain, anda juga boleh membeli-belah.\n\nAlamat: LG3.06, Sunway Pyramid Mall, No. 3 Jalan PJS11/15, 46150 Petaling Jaya\n\nWaktu Operasi: Ahad \u2013 Khamis (10am \u2013 10pm), Jumaat \u2013 Sabtu dan cuti umum/sekolah (10am \u2013 11pm)\n\nHarga Tiket: mengikut pakej dan keahlian. RM60 \u2013 RM100 (pakej), RM33 \u2013 RM51 (ahli), RM38 \u2013 RM58 (bukan ahli)\n\nMahu memanjat di ruang berhawa dingin? Camp 5 adalah gim memanjat dalam bangunan yang terbesar di Asia. Pendaki berpengalaman boleh menjadikan ini ruang untuk memantapkan lagi kemahiran mereka menerusi pelbagai jenis dinding seperti plumbum, blok batu freestanding dan gua batu.\n\nMereka juga ada menyediakan ruang untuk pemula atau beginner jika anda masih baharu dalam sukan ini. Kanak-kanak seawal 8 tahun juga boleh memulakan hobi atau memiliki kemahiran baru dengan menyertai aktiviti memanjat ini.\n\nAlamat: EZ501, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Damansara, 47800 Petalilng Jaya, Selangor\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Jumaat (2pm \u2013 11pm), Sabtu \u2013 Ahad dan Cuti Umum (10am \u2013 8pm)\n\nHarga Tiket: RM33 (dewasa), RM16 (kanak-kanak bawah 15 tahun), PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 8 tahun\n\nSkytrex menguji kecergasan dan keberanian anda. Tiga permainan di dalam hutan Taman Botani Negara Shah Ala mini disesuaikan dengan tahap pengunjung. Little Adventure bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mencabar keberanian ini.\n\nBig Thrill bagi mereka yang mempunyai kemahiran pertengahan, manakala Extreme Challenge khusus buat mereka yang berpengalaman atau berani. Memanjat tangga, berjalan di atas kabel yang jauh dari permukaan tanah, berjalan di atas papan yang bergoyang di udara, flying fox dan banyak lagi.\n\nAnda perlu menghabiskan kira-kira 17 sehingga 30 cabaran, bergantung kepada tahap anda.\n\nAlamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (830am \u2013 5pm), ditutup pada hari Isnin\n\nHarga Tiket: RM35 (beginner), RM45 (intermediate), RM55 (advance). Sila buat tempahan dalam talian\n\nTiada yang lebih menyeronokkan bagi seorang kanak-kanak apabila dapat melihat banyak haiwan di depan mata. Zoo Negara telah dibuka sejak tahun 1963 dengan keluasan 110 ekar. Mereka memiliki kira-kira 476 spesis mamalia, burung, reptilia, ikan dan amfibia untuk tontonan dan pengetahuan pengunjung mengenai haiwan.\n\nOleh itu, Zoo Negara menyediakan pakej khas untuk pendidikan kepada para pelajar, program kajian kepada pelajar yang hendak melakukan projek kajian berkaitan haiwan, seminar dan kursus, serta mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi sukarelawan di Zoo Negara.\n\nZoo Negara juga aktif menarik minat pengunjung dengan menawarkan sambutan hari lahir, Zoo Hunt dan Explorace di dalam zoo.\n\nAlamat: Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Jumaat (9am \u2013 430pm), Sabtu \u2013 Ahad (9am -530pm)\n\nHarga Tiket: RM44 (dewasa), RM16 (kanak-kanak 3 \u2013 12 tahun), RM21 (warga emas).\n\nTadom berada dalam senarai ini kerana ia amat menarik dari segi lokasi dan aktivitinya. Ia amat sesuai bagi mereka yang mahukan percutian untuk merehatkan minda.\n\nKawasan seluas 40 ekar ini terdiri daripada bukit-bukau batu kapur, tasik-tasik dan pokok. Antara aktiviti yang ada adalah ATV, flying fox, abseiling, futsal pantai, bola tampar dan banyak lagi. Anda juga boleh terjun ke dalam tasik dari papan berketinggian 5m.\n\nTadom Hill Resort Banting menyediakan pelbagai jenis penginapan yang diperbuat daripada buluh yang pastinya menarik perhatian pengunjung.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 630pm)\n\nBayaran Masuk: RM22 seorang untuk semua aktiviti air\n\nBukit Tabur atau Bukit Hangus yang merupakan sebahagian rabung kuarza mempunyai pemandangan yang sangat indah. Ia mempunyai kira-kira 250 spesis tumbuh-tumbuhan di mana 5 daripadanya merupakan tumbuhan endemik. Bukit ini terkenal di kalangan para pendaki. Tempat menarik di Selangor untuk kaki hiking.\n\nNamun, ada sebahagian bukitnya agak berbahaya kerana keadaannya yang curam terutama Bukit Tabur West dan Bukit Tabur Extreme. Oleh itu, anda digalakkan untuk membawa mereka yang berpengalaman untuk turut serta dalam pendakian anda.\n\nTerdapat 5 puncak bukit kesemuanya untuk anda terokai iaitu Bukit Tabur West, Bukit Tabur East, Bukit Tabur Far East, Bukit Tabur Extreme dan Bukit Tabur Extra.\n\nHarga Permit: RM5. Dapatkan permit daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor\n\nPantai Tanjung Rhu terletak di Pulau Carey dan tidak sama dengan Tanjung Rhu yang terkenal di Langkawi. Ia tiada kemudahan dataran berbatu, apalagi tempat berehat untuk orang ramai. Tapi, ia sesuai untuk anda mengambil angin, menenangkan minda dan jika anda mahukan privasi dan jauh dari kesibukan.\n\nMinda anda direhatkan dengan pemandangan lautan dan kapal-kapal dagang yang lalu di situ. Jika bernasib baik atau rajin untuk mencari, anda akan menemui belangkas dan mentarang. Jarak pantai ini dari pintu masuk Pulau Carey hanya kira-kira 15 minit sahaja.\n\nAlamat: Pulau Carey, 42960 Kuala Langat, Selangor\n\nBukit Melawati merupakan lokasi bersejarah di Selangor. Ia adalah pusat pentadbiran dan kubu Kesultanan Selangor pada abad ke 18 dan 19. Jadi, anda akan menemui kesan-kesan peninggalan sejarah termasuk dinding pertahanan kota, tapak istana, rumah api, makam diraja, telaga tujuh, telaga beracun dan beberapa Meriam.\n\nAda \u2018kereta api\u2019 khas bagi kemudahan pengunjung bergerak ke mana-mana kawasan. Dalam perjalanan, anda mungkin akan dapat melihat Monyet Silvery Lutung yang mendukung anaknya yang berwarna oren dan monyet ekor panjang.\n\nAlamat: Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor\n\nWaktu Operasi: Sabtu \u2013 Ahad, dan cuti umum (9am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)\n\nMasjid ini kelihatan menyerlah terutama oleh kontra biru langit dan hijau pohon di sekitarnya. Ini kerana keseluruhan binaannya berwarna kuning. Masjid Diraja Sultan Alauddin atau Masjid Bandar adalah di antara masjid tertua yang terdapat di Selangor.\n\nIa dibina pada awal 1900-an, kira-kira 200m dari Istana Bandar. Senibinanya dipengaruhi senibina Moor dan Mughal. Tulisan khat ayat-ayat suci Al-Quran menjadi hiasan dalamannya.\n\nAlamat: Jalan Istana Kampung Bandar, 42700 Jugra, Selangor\n\nTerletak di kaki Bukit Jugra dan berdekatan dengan Sungai Langat, bangunan muzium ini asalnya merupakan balai polis, penjara dan rumah pasung. Ia dibina pada tahun 1875 oleh Kapten Harry Charles Syers yang merupakan seorang pegawai polis British ketika itu. Bangunannya dibina daripada batu granit yang ditemui di sekitar kawasan ini.\n\nBahagian atasnya adalah mahkamah, manakala tingkat bawahnya dijadikan penjara bagi menempatkan pesalah sebelum dibicarakan. Muzium Insitu terletak berhampiran dengan beberapa lokasi bersejarah yang lain seperti tapak perigi lama, tinggalan istana lama, dan setor peluru.\n\nAlamat: Kampung Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor\n\nNamanya diambil daripada rupa bentuk bumbungnya yang menyerupai topi. Ia juga diinspirasikan daripada novel karya A.J Cronin.\n\nBangunan dengan senibina Inggeris ini pernah menjadi kediaman Pengurus Ladang Kelapa Sawit pada sekitar abad ke-18. Ia direka pada tahun 1931 dan merupakan banglo gaya kolonial yang pertama di Pulau Carey. Hatter\u2019s Castle dibina dengan keluasan 496 meter persegi dan berketinggian empat tingkat. Kos binaannya pula sebanyak RM25,500.\n\nBahan binaannya diperoleh di sekitar Bukit Jugra, manakala tukangnya pula dibawa khas dari Shanghai. Beberapa penduduk dari puak Mah Meri juga dijadikan tukang. Hatter\u2019s Castle telah disenaraikan sebagai bangunan warisan.\n\nDengan keluasan 5 ekar, Kuan Wellness Eco Park dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan buah-buahan tropika. Mereka menjanjikan lokasi unik yang menyeronokkan buat pelancong, penyelidik dan peminat alam semulajadi.\n\nTambahan pula, mereka mempunyai landskap yang indahKuan Wellness sebenarnya adalah tempat perusahaan dan pengeluaran sarang burung.\n\nJadi, pengunjung yang datang ke sini akan dibawa melihat kerja pemprosesan sarang burung, melawat teater dan galeri, dan taman eko.\n\nAlamat: Lot 408, Jalan Tanjung Layang, Kg. Tanjung Layang, Mukim Batu, 42800 Tanjung Sepat, Selangor\n\nPaya Indah Wetland merupakan kawasan tanah lembap buatan yang pada asalnya adalah lokasi perlombongan timah dan pengorekan pasir. Kemudian ia diubah menjadi taman yang indah di mana ada banyak pokok teratai, telipuk dan ikan serta dikelilingi pokok-pokok.\n\nAktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah trekking, berbasikal, berkayak, memancing, dan menyaksikan pemandangan dari menara tinjau. Anda juga pasti teruja melihat buaya dan badak yang dibela di sini di samping Laman Fauna yang mengumpulkan haiwan-haiwan kecil dan comel.\n\nPaya Indah Wetland amat sesuai untuk mereka yang mahu lari dari kesibukan bandar. Mereka turut menyediakan penginapan bagi yang mahu bermalam.\n\nAlamat: Jabatan Perhilitan, KM4, Jalan Dengkil \u2013 Banting, 43800 Dengkil, Selangor\n\nWaktu Operasi: Sabtu \u2013 Khamis (8am \u2013 6pm)Jumaat (8am \u2013 12pm, 245pm \u2013 6pm)Harga Tiket: PERCUMA\n\nHutan Simpan Komuniti Kota Damansara (Kota Damansara Community Forest Reserve)\n\nHutan Simpan Komuniti seluas 320 hektar dan telah diwartakan pada tahun 2010 bagi tujuan rekreasi, pendidikan dan kajian. Setiap pagi terutamanya pada hujung minggu, ramai yang datang ke sini untuk berbasikal dan mendaki bukit. Mereka yang beriadah di sini datang daripada pelbagai peringkat usia.\n\nOleh itu, usah terkejut jika anda melihat kanak-kanak berjalan di dalam hutan dan mendaki bukit bersama penjaga mereka. Ada 6 laluan yang mana setiap satunya sejauh kira-kira 2km.\n\nAnda juga dialu-alukan untuk menambah ilmu dengan mempelajari mengenai tanaman tradisional komuniti Orang Asli Temuan di Taman Aunty Sipew yang dibuat khas bagi tujuan tersebut.\n\nAlamat: Jalan merbah 10/1, Seksyen 10, Kota Damansara, Selangor\n\nMuzium ini berada di bawah pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Muzium Orang Asli ditubuhkan dengan tujuan memulihara dan memelihara artifak-artifak berkaitan masyarakat Orang Asli.\n\nIa secara tidak langsung mendidik masyarakat mengenai tradisi Orang Asli dari pelbagai aspek seperti adat resam dan kepercayaan, pantang-larang, aktiviti perubatan, upacara perkahwinan, dan memburu. Antara barangan yang dipamerkan termasuk belanga yang berusia lebih 600 tahun.\n\nAlamat: KM24, Jalan Pahang Lama Gombak, 53100 Gombak, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nIni merupakan salah satu pantai yang terletak di Selangor yang mula menerima lebih ramai pengunjung. Ia pantai yang sesuai untuk beriadah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Keadaan angin dan lautnya sesuai untuk bermain laying-layang dan kapal layar.\n\nMereka yang suka makanan laut atau mengumpul cangkerang sebagai hobi boleh mendapatkan apa yang dimahukan di sini. Di sini ada banyak gerai makanan laut. Pantai Remis juga adalah tempat yang diminati kaki pancing untuk memancing. Pada waktu senja, melihat matahari terbenam cukup mendamaikan.\n\nAlamat: Jalan Pantai Remis, Jeram, 45800 Kuala Selangor (memandu di sepanjang Jalan Kapar untuk kira-kira 20km sehingga bertemu dengan papan tanda Pantai Remis)\n\nMuzium ini menarik bukan hanya kerana anda boleh menemui banyak coklat di sini, tapi cara mereka mempamerkannya menjadikan ia satu-satunya muzium coklat di Asia Tenggara yang menggabungkan pameran digital, fakta-fakta menarik, kelengkapan tahap pencapaian dan lebih daripada 100 jenama coklat pada harga terbaik.\n\nPengunjung akan mempelajari mengenai semua mengenai coklat termasuk bagaimana ia dihasilkan. Malah, muzium ini turut mengeluarkan coklat mereka sendiri menerusi Museum-Fresh Chocolates. Membeli coklat sudah pasti aktiviti paling penting di sini kepada semua pengunjung.\n\nAlamat: No.2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, 47810 Kota Damansara, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10am \u2013 5pm)\n\nRumah Api Bukit Jugra (Bukit Jugra Lighthouse)\n\nBukit Jugra yang terletak di lokasi bersejarah di Kuala Langat ini memiliki dua rumah api. Rumah api paling tua dibina semasa pentadbiran British, manakala yang kedua dibina pada 1976 selepas Kuala Langat tidak lagi menjadi ibu negeri.\n\nTinggi rumah api yang pertama ialah 146 meter dan yang kedua setinggi 25 meter. Dari puncak rumah api ini, anda akan melihat pemandangan indah di sekitarnya termasuk Sungai Langat mengalir ke Selat Melaka selain pemandangan Pulau Carey.\n\nGua Damai terletak di utara gunung di mana Batu Caves berada. Gua Damai Extreme Park mempunyai 5 buah gua untuk diterokai pengunjung iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree. Gua Damai Extreme Park menyediakan banyak pakej pilihan sesuai dengan keinginan dan minat pelanggan.\n\nAntaranya ialah sukan mendaki, abseiling, memanjat pokok dan memasuki gua. Aktiviti abseiling dilakukan dari dinding batu dengan ketinggian 25m sehingga 90m.\n\nAktiviti memasuki gua pula mempunyai 150 laluan dengan pembentukan batu kapur di gua ini berusia kira-kira 60 juta.\n\nAlamat: Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM70 (Fun Climbing), RM150 (Basic Rock Climbing), RM150 (Gua Damai Extreme), RM70 (Basic Tree Climbing), RM250 (Personnel Climbing Guide)\n\nMasjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah\n\nMasjid Biru. Itu namanya yang lain. Ia merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara dengan kubah dan menaranya juga dikatakan yang terbesar di dunia. Namanya bersempena mantan Sultan Selangor yang bukan sahaja memerintahkan binaannya, malah turut memilih dan mendermakan elaunnya untuk pembinaan masjid ini.\n\nSenibina masjid ini menggabungkan ciri-ciri moden dan tradisional dengan sentuhan unsur senireka Melayu dan Timur Tengah. Masjid ini menyediakan kemudahan termasuk galeri seni, bilik persidangan, dewan serbaguna, bilik seminar, perpustakaan dan kelas agama.\n\nAlamat: Persiaran Masjid, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nTak susah pun nak mencari pantai di Selangor. Salah satu pantai yang terkenal ialah Pantai Bagan Lalang yang terletak di Tanjung Sepat.\n\nAnda boleh berkelah bersama keluarga sambil menikmati pemandangan pantai yang indah. Bila air surut pada waktu siang, anda boleh berjalan sekeliling kawasan pantai. Mesti\u00a0best!\u00a0\n\nAlamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor\n\nIngin meluangkan masa bersama keluarga untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan menenangkan jiwa? Untuk itu, Kepong Metropolitan Park ini merupakan taman yang wajib anda kunjungi!\n\nTaman seluas 95 hektar ini adalah kawasan luas yang terdiri daripada tasik 57 hektar, satu berita baik buat mereka yang gemar memancing. Di samping itu, anda juga boleh bermain layang-layang.\n\nAlamat: \u00a0Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur\n\nWaktu operasi: 6 am \u2013 8 pm\n\nRamai yang mengenali dan pernah mendaki Bukit Broga terutama mereka yang datang dari Selangor dan Kuala Lumpur. Tingginya hanya 400 meter. Jadi, pendakian mengambil masa kira-kira sejam sahaja.\n\nTambahan pula, laluannya tidaklah sukar. Namun, ia cukup untuk memanaskan badan. Disebabkan itulah ia sentiasa ramai terutama semasa hujung minggu. Bukit ini tidak mempunyai banyak pokok sebagaimana bukit yang lain. Pokok-pokok hutan hanya ditemui dalam perjalanan 15 minit pertama.\n\nSelepas itu, permukaan tanahnya ditumbuhi lalang, lantas menjadikan pemandangan puncaknya begitu indah. Bagi ramai orang, ia umpama berada di luar negara.\n\nSukakan akviti hiking? Dakilah Gunung Nuang yang berketinggian 1,493 meter ini. Puncaknya bersempadan dengan negeri Pahang dan Selangor dan dekat dengan sempadan sempadan Pahang-Selangor-Negeri Sembilan.\n\nGunung itu sendiri adalah titik tertinggi kedua di Selangor dan sebahagian daripada Gunung Titiwangsa. Sebaik sahaja sampai di puncak, pemandangan hutan yang cantik pasti akan buat anda terpesona.\n\nSelain mendaki gunung, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti bermandi-manda di Hutan Lipur Gunung Nuang. Berkelah di situ pun boleh!\n\nMencari tempat penginapan bertaraf 5 bintang? AVANI Sepang Goldcoast Resort ialah tempat yang terbaik untuk itu! Merupakan hotel bertaraf lima bintang, ianya terletak di Sungai Pelek.\n\nTerdapat lebih 300 buah villa yang dibina di atas air. Di samping itu, hotel ini juga terletak berdekatan dengan Pantai Bagan Lalang, salah satu tarikan pelancongan di Sepang.\n\nAlamat: \u00a067 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor\n\nPulau Ketam adalah sebuah pulau yang terletak di luar pantai Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Tanaman utama pulau ini ialah paya bakau.\n\nPulau ini diterokai pada tahun 1880 dan merupakan tempat memancing yang popular ketika itu. Kini, ianya merupakan salah satu tempat=menarik di Selangor yang dikunjungi ramai.\n\nSelangor ini tidak terhad kepada kawasan bandar yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit sahaja. Pantai dan air terjun juga boleh didapati di sini.\n\nSalah satu tarikan tersebut ialah Taman Eko Rimba Kanching Waterfalls. Anda boleh berkelah dan bermandi-manda sambil menghirup udara segar di air terjun yang cantik ini!\n\nAlamat: Templer Park, 48000 Rawang, Selangor\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 7 am \u2013 5,30 pm\n\nTeringin singgah di pusat membeli-belah yang menawarkan harga murah atau borong? Amcorp Mall ialah pusat membeli-belah yang terbaik untuk itu.\n\nBeroperasi sejak tahun 1998, pusat membeli-belah ini menjual barangan seperti barangan antik dan barangan terpakai yang masih baik kualitinya. Memang syurga buat\u00a0shopaholic!\n\nAlamat: 18, Jalan, Persiaran Barat, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 10 pm\n\nPencinta alam wajib lawati Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini. Ianya dibuka tiga kali seminggu iaitu pada setiap Sabtu, Ahad dan Selasa.\n\nAnda bukan sahaja dapat melihat air terjun yang cantik, malah anda juga boleh memancing di sini. Boleh juga bawa ahli keluarga atau rakan-rakan bersama, lebih meriah!\n\nAlamat: 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor\n\nWaktu operasi: Setiap Sabtu Ahad & Selasa, 8 am \u2013 5 pm\n\nSungai Tekala Recreation Forest atau Hutan Rekreasi Sungai Tekala adalah salah satu kawasan rekreasi di Hulu Langat yang popular.\n\nAktiviti yang dilakukan oleh pengunjung di sini termasuklah berkelah, berkhemah dan bermandi-manda. Selain itu, ada juga yang datang ke sini untuk merehatkan minda.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 7 am \u2013 7 pm\n\nHarga tiket: Dewasa RM 2 | Kanak-kanak RM 1\n\nBagi yang sukakan seni atau suka bergambar, anda boleh berkunjung ke Trick Art Museum @ i-City ini.\u00a0Trick Art\u00a0di sini memang menarik dan sedikit mengelirukan pada masa yang sama.\n\nAda pelbagai tempat yang mempamerkan\u00a0trick art\u00a0di sini. Yang menarik, anda akan kelihatan seperti termasuk sekali di pameran tersebut dek kerana kreativiti perekanya.\n\nAlamat: Jalan Multimedia, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 11 am \u2013 12 am manakala Jumaat 11 am \u2013 1 am\n\nSultan Abdul Aziz Royal Gallery atau Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz merupakan sebuah galeri di Daerah Klang, Selangor. Galeri ini mempamerkan koleksi DiRaja Selangor.\n\nIanya dibina pada tahun 1909 oleh seorang arkitek British, dan senibinanya memang cantik. Di sini, anda akan belajar dengan lebih lanjut tentang sejarah dan warisan Kesultanan Selangor.\n\nAlamat: 3, Jalan Stesen, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 am \u2013 5 pm\n\nTaman tema lasak ini berkeluasan 70000 kaki persegi. Ia menyediakan aktiviti-aktiviti menarik di beberapa bahagian iaitu memanjat dinding di Power Station, merasai keterujaan menaiki Roller Glider, memandu di Go Pedal, menunggang basikal, skuter atau papan luncur di Pump Track, memanjat di Sky Trail, melompat di trampoline di Launch Pad, menelusuri terowong di The Maze, melompat di Free Fall, dan menggelungsur dengan tiub di Tubby Ride.\n\nActive Pass adalah untuk mereka yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti di taman, manakala Non-Active Pass adalah untuk mereka yang mahu masuk tetapi tidak mahu menyertai permainan.\n\nHarga Tiket: RM58-RM75 (Active Pass), RM10 (Non-active pass)\n\nAlamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya\n\nWaktu Operasi: 12pm-8pm (Isnin-Jumaat), 10am-8pm (Sabtu, Ahad, cuti umum\n\nKampung Kuantan dikenali kerana kelip-kelipnya. Ia pasti pengalaman menyeronokkan bagi kanak-kanak. Mereka berada di dalam sampan menyusuri Sungai Selangor pada malam yang gelap tapi diterangi oleh cahaya indah beratus atau beribu kelip-kelip yang berterbangan di pohon-pohon Berembang.\n\nHarga Tiket: RM40/sampan untuk 4 orang. Pengunjung diberikan air dan makanan ringan.\n\nAlamat: Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai, Selangor\n\nAdakalanya anda perlu mencuba sesuatu yang baharu iaitu meluncur di udara. Usah bimbang kerana ia merupakan tandem paragliding di mana anda meluncur bersama-sama dengan seorang pembimbing berpengalaman.\n\nAnda sebagai penumpang berada di hadapan dan pembimbing anda bertindak sebagai pemandu yang akan mengawal peluncur. Seperti seekor burung, anda akan menikmati keindahan sekitar Bukit Jugra dari udara. Ini sudah tentu pengalaman yang amat berbeza.\n\nUsia seawal 7 tahun boleh terlibat dalam aktiviti ini dengan kesesuaian berat adalah mengikut keadaan angin.\n\nMelihat pokok mampu menenangkan jiwa dan menyegarkan mata. Apa lagi jika ia merupakan tempat perlindungan pelbagai flora dan fauna. Taman Alam Kuala Selangor ini meliputi lebih daripada 200 hektar tanah pinggir laut di mana sebahagian besarnya terdiri daripada paya bakau yang penting untuk pembiakan ikan.\n\n150 spesis burung dan kira-kira 100,000 burung randuk daripada 30 spesis melintasi kawasan ini semasa berhijrah. Pengunjung mempunyai 4 pilihan laluan sejauh 550 meter sehingga 1.1km.\n\nMenara pula untuk melihat taman ini dari sudut pandang yang berbeza. Bagi yang mahu bermalam, chalet dan pondok berbentuk A turut disediakan.\n\nAlamat: Jalan Klinik, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM4 (dewasa), RM1 (kanak-kanak bawah 17 tahun), RM2 (warga emas)\n\nPantai Morib merupakan pantai yang terkenal di Selangor. Ia menjadi pilihan keluarga untuk beriadah dan melakukan aktiviti terutama ketika hujung minggu. Pokok rhu di sepanjang pantai menjadikanya sesuai untuk perkelahan.\n\nIa tarikan kepada kaki pancing dan pengumpul cangkerang laut. Lebih menarik kerana anda juga boleh menangkap ketam di sini. Kanak-kanak pula tidak melepaskan peluang bermain laying-layang di sini.\n\nGerai makan juga banyak. Lantas memudahkan pengunjung mengisi perut sambil melihat keindahan lautan yang terbentang luas. Pantai ini juga hampir dengan tempat-tempat menarik seperti Rumah Api Jugra, Istana Bandar, dan Masjid Sultan Alauddin.\n\nRumah Kebun adalah rumah penginapan yang dikelilingi pepohon, sungai, dan ayam. Persis suasana kampung yang aman damai, tenang daripada segala pencemaran.\n\nJika anda mahukan suasana itu untuk berehat dan bersantai bersama-sama keluarga, ini adalah antara pilihan terbaik. Malah, rumah yang boleh memuatkan sehingga 16 ahli keluarga ini mempunyai kolamnya sendiri. Kanak-kanak pasti menyukainya.\n\nAlamat: Kampung Sungai Semungkis, Batu 14 \u00bd, Hulu Langat, 43100 Langat, Selangor\n\nHarga: RM1500 \u2013 RM2000 (2H1M), RM1950 \u2013 RM2600 (3H2M)\n\nTarikan pelancong yang datang ke sini adalah komuniti Mah Meri iaitu salah satu daripada 18 kumpulan Orang Asli yang terdapat di Malaysia. Mereka amat terkenal kerana menghasilkan topeng dan patung kayu daripada sejenis kayu merah bernama Nyireh Batu.\n\nMalah, mereka mempunyai kira-kira 25 tukang kayu atau pengukir yang menghasilkan lebih daripada 100 rekaan. Ramai juga yang datang ke sini untuk menikmati makanan laut mereka, di samping berjalan-jalan di tepi pantai. Pulau Carey yang berukuran satu per lima daripada Singapura ini diliputi oleh ladang kelapa sawit.\n\nWalaupun begitu, ia pokok-pokok yang hampir pupus dan pokok kayu bakau telah ditanam semula.\n\nAlamat: Pulau Carey (Selatan Pelabuhan Klang dan Utara Banting)\n\nSekali imbas, mungkin G2G Animal Garden ini tampak seperti zoo. Namun, perbezaan utamanya terletak pada cara anda berinteraksi bersama haiwan di sini.\n\nHal ini kerana pengunjung dapat memegang haiwan di sini. Antara haiwan yang akan anda temui ialah iguana, burung kakak tua, ular, arnab, kambing dan banyak lagi.\n\nAlamat: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 6 pm\n\nHarga tiket: RM 15 Kanak kanak | RM 20 Dewasa\n\nSatu lagi pulau di Pelabuhan Klang yang boleh anda kunjungi ialah Pulau Indah. Dahulunya, pulau ini dikenali sebagai Pulau Lumut.\n\nPulau ini memang seindah namanya. Antara aktiviti yang kerap dilakukan di sini ialah memancing. Ada juga yang ke sini untuk berjalan-jalan.\n\nPantai cantik ini dikelilingi pokok-pokok rhu dan pokok kayu bakau yang menjadikan pemandangannya menarik. Pokok-pokok rhu yang tumbuh di sepanjang pantai menjadikan kawasan ini redup dan sesuai bagi tujuan perkelahan dan berkhemah.\n\nSelain itu, pengunjung ke sini untuk bermandi-manda, mengambil gambar, bermain laying-layang dan bermain di taman permainan bagi kanak-kanak.\n\nHujung minggu biasanya menyaksikan ramai pengunjung datang ke sini. Pilih untuk datang pada hari-hari biasa jika anda mahukan lebih ketenangan.\n\nAlamat: Pantai Kelanang, Kampung Kelanang, Selangor (7km dari Morib)\n\nAkviti yang dilakukan di sini ialah memberi makan kepada helang. Bukan di Langkawi sahaja anda boleh melakukan aktiviti sebegini, jadi ini sememangnya satu peluang keemasan!\n\nSelain itu, di sini ada menjual minuman\u00a0coconut shake\u00a0yang sedap dan menyegarkan tekak. Sambil menaiki bot melihat helang, bolehlah anda menghilangkan dahaga dengan menikmati minuman ini.\n\nSky Mirror ini adalah fenonema apabila air pantai surut, menyebabkan wujudnya permukaan air yang mewujudkan\u00a0 bayangan langit dan ianya kelihatan seperti cermin.\n\nBunyinya menarik, bukan? Ini merupakan satu fenomena yang jarang-jarang untuk didapati. Jadi, jika anda singgah di Sekinchan, lawatilah Sky Mirror. Ianya cuma berlaku 6 ada hari 1, 2, 14, 15, 16 dan 30 mengikut kalendar Cina.\n\nAlamat: Jeti Pekan Lama, Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor\n\nWaktu operasi: 8.30 am \u2013 9.30 pm\n\nHarga kemasukan: Kanak-Kanak RM60 \u2013 RM80 | Dewasa RM80 \u2013 RM100\n\nPadi Box ini merupakan inap desa atau\u00a0homestay\u00a0yang turut digabungkan bersama kafe. Yang menarik, ianya terletak di sawah padi. Imej via Foursquare\n\nIni memang patut masuk dalam senarai tempat menarik di Selangor yang boleh dikunjungi. Selain daripada cantik, anda juga dapat merehatkan minda di sini. Nak\u00a0short escape? Inilah tempatnya!\n\nAlamat: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor\n\nMin Nature adalah pameran miniature terbesar di Asia dan ketiga di dunia. Dikatakan bahawa setiap satu yang dipamerkan di sini adalah hasil kraftangan atau buatan tangan yang mana model baru diletakkan setiap minggu. Jadi, anda tidak akan melihat model yang sama pada satu-satu masa.\n\nAntara model yang ada di dalam pameran seluas 17,000 kaki persegi ini adalah keretapi bergerak dan gunung berapi. Min Nature mempunyai banyak ruang khas termasuk bilik multimedia, kedai cenderamata, dan pondok gambar. Kanak-kanak pasti menyukai tempat ini!\n\nAlamat: Level 4, Summit USJ, Subang Jaya\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10am \u2013 10pm)\n\nHarga Tiket: RM28 (dewasa), RM15 (4 \u2013 12 tahun)\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 7 am \u2013 7 pm\n\nSatu lagi tempat menarik di Selangor yang cantik \u2013 Air Terjun Lepoh. Mungkin air terjun ini nampak kecil, namun airnya yang jernih dan bersih merupakan antara faktor pengunjung berasa selasa bila ke sini.\n\nAnda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bermandi-manda dan berkelah di sini. Boleh juga bawa keluarga atau rakan-rakan bersama, lebih meriah!\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Selangor yang dikongsikan? Anda teruja?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati."
"Perkembangan fizikal bayi dan kanak-kanak bukan sahaja dilihat pada saiz tubuh badan dan kemampuan mereka melakukan pelbagai aktiviti setiap hari, malah ianya turut melibatkan pertumbuhan gigi susu dan kemudiannya berganti dengan gigi kekal.\n\nDalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, tidak mustahil kita sebagai ibu bapa boleh terlepas pandang perihal penjagaan gigi susu anak-anak. Malah mungkin, ada ibu bapa yang langsung tidak cakna dengan penjagaan gigi susu anak kerana beranggapan bahawa ianya bukan gigi kekal dan akan tercabut juga suatu hari nanti.\n\nWalau bagaimanapun, penjagaan gigi susu anak adalah sangat penting kerana gigi susu juga berpotensi untuk mengalami masalah jika tidak dijaga dengan sebaik-baiknya.\n\nIkuti perkongsian doktor gigi ini iaitu Dr. Naqiuddin Bin Mohd Moin, atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Q, tentang tips penjagaan gigi susu anak seawal usia bayi melalui laman Facebook beliau.\n\nSemoga ianya bermanfaat dan dapat dipraktikkan oleh kita semua buat anak-anak tercinta.\n\n6 TIPS PENJAGAAN GIGI SUSU ANAK SEJAK BAYI\n\nKita semua pasti pernah melihat kanak-kanak seawal usia 2 ke 3 tahun mempunyai gigi seperti dua gambar di bawah ini, bukan?\n\nFoto Kredit : Facebook Dr. Q\n\nTahukah anda bahawa kenyataan tentang gigi kanak-kanak adalah rapuh dan mudah rosak adalah mitos semata-mata?\n\nPada hakikatnya, jika ibu bapa mengikut kesemua tips-tips penjagaaan gigi susu yang betul, Dr. Q berani beri jaminan bahawa gigi susu itu boleh kekal sihat dan tidak rosak, sehingga sampai waktu gigi susu itu\u00a0tertanggal sendiri.\n\nBerikut merupakan 6 tips daripada Dr. Q untuk kekalkan gigi susu anak sehingga tiba waktu yang memang betul-betul gigi susu itu akan bergoyang sendiri dan seterusnya boleh dicabut dengan mudah.\n\nTIPS 1 : BERSIHKAN BAHAGIAN DALAM MULUT BAYI\n\nSeawal usia bayi, jadikan kebiasaan untuk membersihkan mulut bayi iaitu gusi, bahagian dalam pipi serta lidah bayi dengan kain bersih yang lembut dan lembab. Lakukan selepas bayi menyusu dan sebelum waktu tidur.\n\nRutin ini bertujuan untuk membiasakan bayi bahawa akan terdapat sesuatu benda masuk ke dalam mulutnya semasa proses membersihkan mulutnya itu.\n\nPada awalnya, ibu bapa mungkin akan berasa kasihan dengan bayi kerana semasa proses ini dilakukan, bayi akan berasa tidak selesa dan menangis. Ianya adalah perkara normal, dan ibu bapa tetap perlu melakukannya kerana ia bukan bertujuan untuk menyiksa bayi\u00a0 tetapi sekadar membersihkan mulut sahaja. Tambahan pula, ia bukan dilakukan dengan menggosok bahagian dalam mulut mereka secara kasar tetapi dengan gerakan lemah-lembut dalam tempoh beberapa saat sahaja.\n\nTIPS 2 : BERUS GIGI BAYI SEBAIK SAHAJA GIGI SUSU MULA TUMBUH\n\nSebaik sahaja gigi susu bayi mula tumbuh, ibu bapa sudah boleh mula memberus gigi bayi walaupun pada ketika itu bayi hanya mempunyai sebatang gigi sahaja.\n\nPada pendapat Dr. Q, pada peringkat permulaan, ibu bapa boleh menggunakan berus gigi jenis sarung pada jari agar lebih mudah untuk ibu atau bapa menggosok gigi anak.\n\nSeterusnya, apabila sudah mahir memberus gigi anak dengan menggunakan berus gigi kanak-kanak yang sesuai, ajarkan anak untuk memberus gigi mereka sendiri. Pastikan semua permukaan gigi diberus.\n\nJangan biarkan anak memberus gigi mereka sendiri tanpa seliaan ibu bapa. Ibu bapa perlu menyelia mereka di mana selepas selesai memberus gigi, ibu bapa perlu memeriksa gigi anak-anak. Pastikan gigi mereka bersih dan tiada lagi plak atau tahi gigi yang berwarna putih dan kuning melekat di permukaan gigi terutamanya di kawasan leher gigi (kawasan yang berdekatan dengan gusi).\n\nTIPS 3 : GUNA UBAT GIGI APABILA ANAK SUDAH BOLEH MELUDAH\n\nUntuk penggunaan ubat gigi, Dr. Q sarankan, hanya gunakan ubat gigi jika kanak-kanak sudah pandai meludah.\n\nAtau jika mahu guna ubat gigi juga, tips yang Dr. Q perolehi daripada American Dental Association, untuk usia di bawah 3 tahun, saiz ubat gigi adalah umpama sebutir beras manakala usia atas 3 tahun adalah sebesar kacang pea (rujuk gambar di bawah).\n\nSekiranya anak belum tahu meludah, pastikan mereka tidak menelan ubat gigi tersebut kerana pada usia mereka sekarang, gigi kekal mereka sedang membentuk. Jika banyak ubat gigi yang ditelan, kelak akan terdapat tompok-tompok putih yang dipanggil \u2018flourosis\u2019 pada gigi kekal mereka.\n\nTIPS 4 : LAP SISA SUSU PADA GIGI ANAK\n\nTabiat anak minum susu dengan menggunakan botol susu adalah salah satu punca kepada kerosakan gigi susu. Lebih membimbangkan, apabila mereka minum susu dengan menggunakan botol susu sehingga tertidur dan gigi susu tidak dibersihkan. Tempoh sisa susu yang yang terlalu lama melekat pada gigi susu anak akan menyebabkan gigi susu cepat rosak terutamanya pada gigi depan bahagian atas.\n\nJika anak tertidur semasa minum susu dengan menggunakan botol susu, angkat bibir anak dan lap sisa susu pada gigi mereka. Sekurang-kurangnya cara ini dapat mengurangkan kuantiti sisa susu yang terlekat pada gigi dan mengurangkan kadar kerosakan gigi.\n\nSecara beransur-ansur, ajar anak minum susu dengan menggunakan cawan kanak-kanak yang bermuncung di bahagian hadapan\u00a0 dan seterusnya beralih kepada cawan biasa bagi mengurangkan serta menghentikan tabiat minum susu dengan menggunakan botol susu.\n\nTIPS 5 : JANGAN BIASAKAN BAYI HISAP JARI SEMASA TIDUR\n\nJika bayi mempunyai tabiat menghisap jari semasa tidur, biasakan untuk mencegah bayi daripada melakukan tabiat itu dengan cara mengeluarkan jari bayi semasa bayi sedang tidur secara perlahan-lahan. Jika bayi masih meneruskan tabiat itu sehingga mencecah usia kanak-kanak, gigi susu dan gigi kekal hadapan akan jongang dan terbuka.\n\nKonsep ini juga sama untuk puting tiruan. Tetapi, kini terdapat puting tiruan jenis nipis yang dikatakan tidak akan menyebabkan masalah jongang atau gigitan terbuka. Perkara ini akan dikupas selepas Dr. Q memperoleh fakta yang sahih.\n\nTIPS 6 : JUMPA DOKTOR GIGI APABILA GIGI BAYI MULA TUMBUH\n\nApabila bayi mula tumbuh gigi yang pertama, bawa bayi berjumpa dengan doktor gigi di klinik gigi. Walaupun baru satu sahaja gigi yang tumbuh, ibu bapa sebenarnya perlu mula membawa mereka ke klinik gigi bagi membiasakan mereka untuk berjumpa dengan doktor gigi dan persekitaran klinik gigi.\n\nPastikan ibu bapa membawa anak ke klinik gigi setiap 6 bulan untuk membuat pemeriksaan gigi secara berkala dan membolehkan doktor gigi\u00a0\u2018monitor\u2019 pertumbuhan gigi anak.\n\nDr. Q menerima banyak respon bahawa terdapat yang ramai antara kita berasa takut untuk berjumpa doktor gigi kerana trauma semasa kecil. Kanak-kanak yang tidak dibiasakan ke klinik gigi sejak bayi serta terpaksa berjumpa doktor gigi apabila mempunyai masalah dan rawatan terpaksa dilakukan, kanak-kanak yang kecil ini mudah untuk trauma. Lebih-lebih lagi apabila giginya terpaksa dicabut.\n\nOleh itu, untuk mengelakkan situasi yang sama daripada berlaku pada anak-anak generasi masa kini, biasakan anak ke klinik gigi untuk berjumpa doktor gigi sejak bayi.\n\nPRAKTIKKAN SEMUA TIPS AGAR GIGI SUSU ANAK KEKAL SIHAT\n\nTidak dinafikan bahawa ibu bapa memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk memberikan segala yang terbaik dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak. Dalam apa jua keadaan, semoga kita semua menjadi ibu bapa yang prihatin dengan perihal anak-anak secara menyeluruh termasuk tentang penjagaan gigi susu mereka.\n\nDengan mempraktikkan kesemua 6 tips yang dikongsikan ini, Dr. Q memberi jaminan 100 peratus bahawa gigi anak-anak akan sentiasa sihat, dan gigi susu mereka boleh kekal sehingga ia goyang serta tercabut sendiri kelak.\n\n*Sumber asal tips penjagaan gigi susu anak seawal usia bayi ini dikongsikan oleh Dr. Naqiuddin Bin Mohd Moin melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau."
"Berak berdarah selalunya memberi anggapan yang kita\u00a0ada masalah pada saluran pencernaan. Namun kadangkala kita sendiri pun tidak menyedari keadaan tersebut kerana darah yang keluar terlalu sedikit. Sekiranya anda mengalami buang air besar berdarah, biasanya anda tidak menyedarinya malah ia juga tidak menunjukkan sebarang gejala.\n\nNamun ada sebahagian yang mengalami muntah, sakit perut, badan lemah, kesukaran bernafas, cirit birit, jantung berdebar, pitam dan kehilangan berat badan. Jumlah darah yang keluar bergantung kepada berapa teruk keadaan tersebut.\n\nItu jika orang dewasa yang mengalami berak berdarah. Bayangkan jika bayi anda mengalami berak berdarah. Kesian kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain menangis. Kita juga sebagai ibu bapa akan rasa pening dan risau kerana bayi tidak berak beberapa hari. \n\nApakah simpton-simpton jika bayi mengalami berak berdarah?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai simpton bayi mengalami berak berdarah. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nPendarahan ketika berak juga boleh disebabkan oleh infeksi dan kelukaan di dinding usus. Manakala untuk penyakit yang serius pula ialah kanser usus dan sebagainya.\n\nBerikut Cara Mengenalpasti Bayi Berak Berdarah :\n\n1. Lihat warna tahi. Jika warna tahinya agak kehitaman, bermakna ada masalah di bahagian saluran penghadaman atas. Warna kehitaman disebabkan campuran dengan asid perut. Jika warna tahinya merah segar, masalah ini mengarahkan pasa saluran penghadaman bahagian bawah.\n\n2. Jika darah bercampur najis dan menitis membuatkan bayi menangis kesakitan, bermakna adanya luka atau pedih pada anus kerana terluka akibat najis yang keras.\n\n3. Jika tahi bayi anda berwarna hitam gelap, ia mengarah kepada \u2018melena\u2019, terdapat perdarahan di usus.\n\n4. Bayi berak berdarah juga boleh disebabkan infeksi saluran penghadaman, disertai dengan demam dan diare.\n\n5. Jika bayi anda sukar membuang air besar atau berak, sembelit, besar kemungkinan juga bayi anda kurang serat, sehingga cenderung sukar untuk mengeluarkan kotorannya.\n\n6. Jika anak anda masih bayi dan masih menyusu badan, kemungkinan potensi untuk bayi anda berak berdarah lebih kecil berbanding bayi yang diberikan susu formula.\n\n7. Perhatikan masalah makanan, jangan sampai kekurangan serat dan cecair. Bagi bayi yang bergantung pada susu formula, kurangi jumlah susu formulanya dengan tetap menambahkan jumlah air yang sama.\n\n8. Sekiranya bayi berak berdarah disertai dengan perut kembung dan perut nampak buncit, mengeras, kemungkinan ada masalah pada saluran penghadamannya.\n\n*Berikut adalah simpton-simpton bayi berak berdarah. Jika terdapat simpton-simpton berikut pada bayi anda, cepat bawa mereka ke klinik atau hospital. Sebagai ibu bapa, perasaan risau dan takut tidak boleh lari lagi dalam diri jika anak sakit. Itu adalah perasaan normal kerana ia tanda kasih sayang kepada anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Resepi yang ingin dikongsikan ini sangat bagus untuk kesihatan, malah sangat sedap juga. Hal ini adalah kerana jus ini diperbuat daripada bahan-bahan yang mengandungi banyak khasiat seperti lemon, halia dan madu. Tiga bahan ini sahaja sudah mampu untuk membuat jus yang berkhasiat.\n\nTerdapat banyak kebaikan apabila bahan-bahan ini digabungkan menjadi jus. Antara kebaikannya adalah boleh keluarkan angin di dalam badan, rendahkan paras kolesterol, turunkan berat badan dan lain-lain lagi. Maka jus ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira jantina lelaki atau perempuan.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Fandy Mieyza di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai! Mari kita cuba resepi ini.\n\n#Minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur.\n#Kalau nak manis , tambah madu lagi.ikut citarasa masing2.\n\nSelain resepi Jus Halia Bermadu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Tahukah anda bahawa nasi arab mandy boleh dibuat di rumah dan cara penyediaanya juga tidaklah terlalu susah. Anda juga bolehlah masak nasi arab mandy ini mengikut kesesuaian selera anda.\n\nResepi Nasi Arab Mandy ini telah dikongsikan oleh Rose Shubli\u00a0di laman Facebooknya. Tanpa melengahkan masa lagi mari kita lihat cara penyediaanya!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nAda pelbagai jenis resepi yang menarik selain daripada resepi ini untuk anda mencuba. Variasikanlah hidangan anda untuk menarik selera yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa ya untuk kongsikan artikel ini bersama kawan kawan anda!"
"Ingin tahu rawatan untuk kuku sembayam yang berbentuk cekam. Ini Info sebenar mengenai kuku sembayam.\n\nKuku sembayam adalah bahasa orang Kelantan dan Terengganu. Bahasa biasa yang digunapakai adalah kuku kaki cekam dan bahasa pantai barat adalah Ingroing Toel Nail.\n\nBiasa berlaku ke atas pesakit yang suka memakai kasut ketat dan tidak menjaga kebersihan kaki. Pesakit kencing manis paling mudah terkena jangkitan kuman dicelah kuku cekam itu. Akibatnya bau yang tidak menyelerakan dan sakit yang amat.\n\nMari kami kongsikan info ini dengan anda. Info ini kami dapat dari Dr. suhazeli Abdullah.\n\nJika peringkat awal penyakit ini terjadi, Doktor akan beri nasihat supaya buat penjagaan kaki dengan prihatin. Jangan pakai kasut ketat. Nasihat paling penting adalah jangan cungkil celah kuku itu.\n\nBagi merawatnya, doktor akan berikan antibiotik yang berpatutan dan lakukan cucian dengan antiseptik. Jangan letak ubat gigi atau kicap atau minyak gamat mahupun apa-apa herba yang boleh menyusahkan lagi proses rawatan nanti.\n\nJika nak baca ayat-ayat syifa sebagai ikhtiar dibolehkan tetapi rawatan itu bukan rawatan utama. Ianya sementara dari mendapat khidmat lanjut dari klinik atau hospital.\n\nRawatan kuku cekam ini senang dan boleh baik dengan segera. Rawatan terbaik adalah buang kuku kaki yang terseksa itu melalui pembedahan kecil. Jangan buat sendiri kat rumah walaupun ada alat mencungkil. Alat cungkil itu dijual ada dijual dalam Shopee atau Lazada. Jika tak kena cara membuangnya, kuman boleh merebak.\n\nBincanglah dengan doktor dahulu sebelum buat tindakan drastik. Doktor memang tahu kaki sembayam ini amat menyeksakan!\n\nDalam tempoh sebulan, kuku baru yang lebih cantik akan tumbuh. Jangan ulangi perangai lama yang tidak jaga kebersihan kaki atau pakai kasut atau selipar sendat.\n\n*Nasihat daripada doktor pakar lebih mudah untuk difahami dan dijamin boleh sihat jika ikut nasihat yang diberi. Oleh itu, tidak usah kita meragui pendapat yang diberi oleh doktor. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Kadang-kala kala kita mungkin menganggap perkara ini merupakana perkara biasa sahaja. Setiap masakan yang dibuat mempunyai maksud tersendiri. Ianya adalah hasil penat si isteri yang telah masak dengan dengan kasih sayang.\n\nTulisan daripada Puan Amalina Adam ini menarik untuk dilihat. Puan Amalina merupakan peguam dalam bidang Syarie. Boleh lihat\u00a0link\u00a0ini jika anda berminat untuk mengetahui perkara hal ini.\n\nSebenarnya isu masakan pun boleh menjadi pertengkaran dan pergaduhan yang berpanjangan antara suami dan isteri. Rata-rata para isteri masih belajar , belajar dan belajar setiap hari dalam memperbaiki masakannya untuk yang tersayang. Tetapi yang mengecewakan adalah apabila menerima hinaan demi hinaan , cacian demi cacian dan maki hamun oleh si suami pada citarasa dalam masakkan isteri. Lebih kecewa apabila suami membandingkan masakan isteri dengan masakkan orang lain. Kecil Hati bukan?\n\nPara suami, tahukah anda bahawa isteri sedang berusaha hari demi hari untuk mendapatkan masakkan yang setimpal dengan perut kamu ? ada nasi dan lauk yang dihidangkan. Setiap pagi sebelum memasak mesti memikirkan \u201cnak masak apa harini?\u201d, \u201cbahan apa hendak digunakan?\u201d, \u201c masih dalam keadaan segar, elok atau tidak?\u201d. Kalau join group memasak pun kalau tiada bahan, tiada gunanya juga kan.\n\nJadi apabila tidak cukup bahan atau tiada bahan untuk memasak, pastinya si isteri akan keluar membeli belah ataupun yang bekerja, sebaik sahaja tamat waktu kerja, isteri akan keluar terus membeli bahan masakkan. Yang mana suami sudah beli stok untuk sebulan pun mesti ada bahan yang tidak cukup kan. Jadi anda rasa untuk apa semua ini isteri kena berusaha gigih fikir?\n\nMestilah untuk kesedapan dan keenakkan dalam masakkannya untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak tercinta. Kenapa masih perlu nak menghina atau menyindir masakkan tidak sedap? Memberi pandangan tidaklah salah, tetapi janganlah sampai menghina, menyindir atau membandingkan masakkan isteri tersebut ya.\n\nNak membasuh, memotong, mencuci bahan-bahan kesemuanya mengambil masa yang lama dan tidak mudah. Bukan sekelip mata sahaja untuk siapkan bahan masakkan. Kadangkala lambat masak pun menjadi punca pergaduhan disebabkan \u201clapar!\u201d. Lebih malang, tolong pun tidak, hanya banyak bunyi dibelakang sahaja.\n\nMana-mana wanita, isteri atau ibu sekalipun tiada yang berkata dalam hati \u201chari ini aku nak masak tak sedap!\u201d. Sangat pasti dan yakin semua dalam kepala masing-masing berfikir nak masak sedap-sedap untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak supaya perut berasa selesa dan kekenyangan. Makanan yang dimasak semestilah wujud perasaan cinta dalam masakkan tersebut.\n\nApabila dihina, dicaci atau dimaki humun, lebih malang ada yang kena pukul sehingga cedera disebabkan masak kurang sedap, adakah anda tahu bahawa perasaan dan hati si isteri tersebut terluka atau tidak? Ada isteri yang mempunyai perasaan yang sedikit sensetif akan merasa \u201cdown\u201d dengan perkataan yang tidak boleh diterima contohnya seperti \u201c tak sedap baik tak payah masak, beli di kedai saja, tak membazir makanan\u201d. Nampak simple ayat, tetapi boleh menguris hati yang memasak.\n\nFikirlah sejenak sebelum berkata-kata, pernah anda terfikir bahawa isteri pernah tangannya terluka ketika menghiris bawang, tepercik minyak masak di muka, tangan terkena periuk panas, menumbuk sambal tepercik kena mata, berdiri dua hingga tiga jam untuk memasak mengikut citarasa yang tercinta dan sebagainya lagi. Sebenarnya suami tugas anda mudah sahaja pada waktu itu iaitu duduk dan makan.\n\nElakkan menjadi \u201cjuri professional\u201d jika tidak diminta. Maka, berdoa dan makanlah apa yang dihidangkan, cuba elakkan bertanya pada makanan yang tiada, makan sahaja apa yang tersedia pada ketika itu. Seusai memakan, sudah pun kekenyangan maka tersenyumlah dan beri pujian yang sewajarnya kepada isteri. Itu yang dinamakan \u201cmenghargai dirinya\u201d.\n\nSudah cukup buat isterimu gembira sepanjang hari. Percayalah, esok isteri akan memasak lagi, bertambah lagi lauk disebabkan semangat memasak menggunung tinggi setelah dipuji oleh suami yang tercinta.\n\nPenulisan ini adalah sedikit penerangan sahaja daripada sebahagian aduan yang kami terima dari para isteri dalam bab \u201cmemasak dicemuh, dihina & lain-lain\u201d. Jadi diharap sesiapa yang membacanya sama ada belum berkahwin, akan berkahwin dan sudah berkahwin, ubahlah sikap yang mana membawa ke arah kebaikkan bersama. Akhir kata, \u201cjangan lokek memberi pujian\u201d di atas apa tindakan pasangan anda lakukan sekalipun. Tidaklah rugi seseorang itu dalam berpujian. Waallahu\u2019alam. Sekian.\n\n*Jemput juga baca artikel tips suami isteri bahagia dan punca isteri merajuk."
"Sedapkan kalau sekali sekala masakkan menu western seperti spaghetti sebagai hidangan untuk keluarga. Tapi nak masak spaghetti apa yer? Bolognese dan carbonara dah selalu buat. Jangan tak tahu spaghetti blackpepper dan mushroom pun sedap.\n\nCaranya pun mudah juga macam resepi spaghetti yang lain. Yang penting ada spaghetti dan cendawan. Resepi ini dikongsikan oleh Khadijah Jaafar di laman Facebook. Resepi yang mudah ini sangat sesuai untuk \u00a0bujang-bujang dan isteri yang bekerjaya. Menu untuk suami masak pun boleh. Jom tengok resepinya.\n\nSenang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Spaghetti Blackpepper dan Mushroom ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
"Pembezaan suhu yang tinggi boleh menjadi ancaman serius terhadap kesihatan manusia. Antara penyakit yang mempunyai kaitan dengan pembezaan suhu tinggi termasuklah strok haba, demam, kelesuan, pitam, kekejangan, keletihan dan sebagainya. \n\nWalau bagaimanapun, penyakit yang paling serius sehingga boleh mengancam nyawa adalah strok haba. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tips untuk menghindarkan tubuh badan kita dari terkena strok haba khususnya ketika cuaca panas. \n\nStrok haba adalah keadaan yang memerlukan tindakan perubatan segera. Ia berlaku apabila badan seseorang tidak dapat mengawal suhu dalaman dengan betul dan suhu badan meningkat secara mendadak.\n\nGejala strok haba termasuklah seperti kesedaran yang terganggu, pening, muntah, kulit kemerahan dan kering, nadi yang laju, dan suhu badan yang sangat tinggi melebihi 103\u00b0F (39.4\u00b0C), dan sebagainya.\n\nJika tidak dirawat dengan segera, strok haba boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman, termasuk otak, hati, buah pinggang, dan jantung, dan boleh mengakibatkan kematian.\n\nBagi mengelakkan tubuh badan kita terdedah dengan penyakit ini, langkah-langkah perlindungan dan keselamatan perlu diambil semasa berada di persekitaran yang panas. \n\nBerikut adalah beberapa tips penting untuk mengelak dari penyakit ini menyerang tubuh badan kita. \n\nAmalkan minum air yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan cecair akibat peluh dan suhu tinggi. \n\nElakkan minum minuman yang mengandungi alkohol atau kafein, kerana ia boleh menyebabkan kita kehilangan lebih banyak cecair melalui proses perkumuhan.\n\nPakailah pakaian yang longgar, ringan, dan bermaterial sejuk seperti kapas. \n\nElakkan pakaian yang ketat atau terlalu berlapis, kerana ia boleh menyekat pengaliran udara dan menyebabkan badan menjadi panas.\n\n3. Ambil rehat dalam tempoh yang cukup\n\nJika anda terdedah kepada persekitaran yang panas, pastikan anda mengambil rehat yang mencukupi untuk mengelakkan keletihan yang berpanjangan disebabkan haba panas. \n\nCari tempat yang teduh dan sejuk untuk berehat, dan elakkan aktiviti berat semasa cuaca panas.\n\nPakailah topi, cermin mata hitam, dan gunakan pelitup kulit untuk melindungi diri daripada pancaran matahari yang terik. \n\nBiasanya kulit yang terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan boleh menyebabkan risiko kesan pada kesihatan yang teruk dan kronik. \n\n5. Amalkan hidrasi dan pemakanan yang sihat\n\nSelain minum air yang mencukupi, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan elektrolit seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. \n\nElektrolit membantu mengekalkan keseimbangan pH, mengekalkan tekanan osmotik dan taburan air pada pelbagai cecair di dalam badan. \n\nSentiasa berikan perhatian kepada suhu badan anda dan orang sekeliling. Jika seseorang menunjukkan gejala strok haba seperti keadaan kesedaran yang terganggu atau suhu badan yang tinggi, segera ambil tindakan untuk mencari bantuan perubatan.\n\n7. Latihan pada waktu yang sesuai\n\nJika anda melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang berat, cuba lakukan pada waktu yang lebih redup dan sejuk seperti awal pagi atau lewat petang. Hindari aktiviti luar yang terlalu intensif semasa waktu siang ketika suhu paling tinggi.\n\n8. Berikan perhatian kepada kumpulan risiko\n\nTerdapat kumpulan risiko yang lebih tinggi untuk penyakit yang berhubung kait dengan cuaca panas ini. Ia termasuklah seperti kanak-kanak, warga tua, dan individu dengan masalah kesihatan kronik. \n\nPastikan individu yang dimaksudkan ini mendapat perlindungan terbaik daripada suhu yang tinggi dan sentiasa berikan pengawasan yang lebih teliti terhadap mereka.\n\nPastikan anda mempunyai persediaan darurat seperti air minuman yang mencukupi, penyaman udara atau kipas, dan ubat penahan panas dalam rumah anda. \n\nIni akan membantu anda mengatasi situasi cuaca panas yang tidak dijangka.\n\nAmbil perhatian akan isyarat bahaya dari kerajaan yang menunjukkan kemungkinan penyakit teruk yang berhubung kait dengan cuaca panas di kawasan anda.\n\nGejala seperti pening, muntah, kekejangan otot, kelemahan, atau perubahan tingkah laku perlu diambil serius dan tindakan perubatan segera perlu diambil jika diperlukan.\n\nKesimpulannya, penyakit yang berhubung kait dengan cuaca panas boleh menjadi ancaman serius terhadap kesihatan kita. Strok haba adalah keadaan yang mengancam nyawa dan memerlukan tindakan segera. \n\nOleh itu, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah perlindungan dan keselamatan yang betul semasa berada di persekitaran yang panas. \n\nSelain dari tips elak terkena strok haba ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain berkenaan masalah kesihatan bawaan cuaca panas seperti:"
"Apam solo menggoda sungguh. Nama apam ini apam solo bukan sebab orang yang membuatnya masih solo, single dan available. Tapi sebab nama pengasasnya, Bengawan Solo. Peminat kuih-muih Nusantara mesti tahu siapa dia ini.\n\nApam solo ialah apam berinti kacang merah atau kelapa. Noor Ashikin Saerah di laman Facebook berkongsi resepi apam solo dengan inti kacang merah. Kalau ikut resipi ini, boleh dapat 40 apam solo dengan inti kacang merah.\n\nInti kacang merah yang dibuat cik Noor boleh dapat hampir penuh bekas Tupperware berkapasiti 2 L. Macam-macam boleh dibuat dengan inti ini antaranya filling roti, pau, apam solo dan tidak ketinggalan bungeoppang yang sedap tu. Curi-curi makan dengan roti putih pun sedap.\n\nResepi Apam Solo Inti Kacang Merah\n\nAdunan apam memang agak kental. Tidak perlu tambah air pada adunan apam yang diwarnakan kerana ia akan membuatkan corak yang dilorek mencair.\n\nBahan Inti Kacang Merah \u00b1 2.0kg Inti Kacang Merah :\n\nPenggunaan gula yang banyak membuatkan inti kacang merah tahan lama (\u00b1 1 bulan).\nBoleh gantikan penggunaan gula merah kepada gula pasir.\n\nSelain apam solo, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari koleksi resepi udang yang sedap dan menarik?\n\nJika diberi pilihan memasak udang, mesti para ibu pening kepala memikirkan menu apa yang sesuai. Takut nanti silap-silap masak malah tak menjadi. Justeru, ramai ibu yang menghindari memasak seafood seperti udang dan memilih masakan yang simple.\n\nMalah sebaliknya, memasak udang sangat senang. Tanpa memerlukan keahlian memasak yang tinggi sekalipun anda boleh memasak udang yang sedap dan menggiurkan. Jika anda masih juga bimbang menemukan resepi yang menarik masak udang. Anda patut mencuba 25 resepi yang kami kongsikan ini.\n\nResepi-resepi daripada perkongsian ramai di Facebook ini sangat menarik hati orang ramai. Resepi ini juga boleh anda jadikan menu makanan harian untuk keluarga tercinta. Bahkan juga untuk sebahagian orang yang ingin berniaga juga boleh merujuk pada resepi-resepi ini.\n\nTanpa buang masa, sila baca dan rujuk resepi-resepi yang kami kongsikan ini. Manjakan lidah anda dengan sensasi seafood yang menarik dan sedap. Jangan lupa simpan resepi ini supaya anda boleh guna lagi nanti.\n\nAnda patut cuba masakan seafood yang satu ini. Udang masak diraja. Resepi paling sedap dikongsikan oleh Maheran Nor Sabarina Salim\u200e di Facebook. Pastikan anda menggunakan udang yang segar ya untuk hasil masakan yang ohsem.\n\nBoleh cuba resepi udang galah masak diraja lain di sini.\n\n2. Resepi Kerabu Udang Ala Thai\n\nKalau pergi melancong ke Thailand anda wajib cuba makan kerabu udang. Sedap sangat, masam, manis, pedas menyengat gitu. Tapi sekarang anda tak perlu lagi pergi Thailand kalau nak makan kerabu udang. Buat sendiri saja dekat rumah. Puas hati, boleh makan puas-puas. Sila tengok resepi perkongsian ramai daripada Sumaiyah Abdullah\u200e di Facebook ini.\n\n3. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang\n\nMenu petang-petang, cucur udang gebu resepi Norfarhana Ariffin\u200e paling viral di Facebook. Cicah bersama kuah kacang tanpa santan. Meletup. Tak guna yis pun, guna soda saja dan campuran bawang kisar. Untuk sesiapa yang nak berniaga pun boleh cuba resepi ini.\n\nMenu untuk anak dan bekal untuk suami kerja. Memang tak boleh move on makan udang buttermilk ini. Kenapa sedap sangat? Jom kami bagi resepi rahsia daripada Hani Myhanie Ali\u200e di Facebook. Anda yang tak ada idea masak harini boleh cuba resepi ini.\n\n5. Resepi Udang Tepung Goreng Garing\n\nKalau sudah pandai buat udang celup tepung mesti hari-hari asyik buat. Memang sedap dan rangup kerisik tepungnya. Sila cuba resepi yang dikongsikan oleh \u200eKitin Mahinah Pak Tam\u200e di Facebook. Sangat Yummy!\n\n6. Resepi Udang Spicy Sweet Sour\n\nSemalam tengok video lelaki siam makan udang sweet sour spicy. Rasa teringin pula nak masak. Husband pun teringin makan. Tunggu apa lagi. Jom buat udang spicy sweet sour ala Thai mengikut resepi \u200eQema Fazri\u200e yang dikongsikan di Facebook. Sedap gila! Makan dengan nasi boleh ratah gitu pun dah sedap. Cukup rasa masam, manis, masin dan pedas buat pun senang.\n\n7. Resepi Sambal Udang Goreng Petai\n\nResepi ini lain dari yang lain. \u200eTengku RosElyza Raja Muhammad\u200e di Facebooknya menjelaskan bahawa resepi yang diwariskan mak dia ini dimasak dengan cara menggoreng udang terlebih dahulu sebelum dimasak bersama sambal. Apakah anda juga memasak dengan cara yang sama? Sila tengok resepi di bawah ini.\n\n8. Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi\n\nResepi udang masak lemak cili padi nan sedap dan menggetarkan lidah yang dikongsikan oleh Hazirah Maulana di laman Facebook. Cara menyediakan dan bahan-bahan masakan udang masak lemak cili padi ini amat mudah. Tidak sampai 10 minit boleh siap dan dihidangkan. Sedap sangat dimakan dengan nasi putih panas-panas.\n\n9. Resepi Udang Butter Creamy Cheese\n\nKelazatan udang butter resepi daripada \u200eAzlan Syazani Adanan\u200e di laman Facebook ini sangat terkenal kerana ia menggunakan creamy cheese yang berlemak. Kesedapan udang butter ini sangat menjilat jari. Yang paling menarik daripada resepi ini ialah sarang telur yang ditabur meraup di atas udang butter.\n\nCara Membuat Kuah Creamy Cheese :\n\nIni pula resepi udang Har Lok jika berminat untuk cuba.\n\nSatu lagi cabaran memasak udang ialah apakah masukkan udang mentah dalam sambal ataukah perlu goreng udang dahulu. Atau kulitnya apakah sama ada dikupas atau tidak. Resepi sedap ini gerenti akan memancing selera makan anda semua. Dimakan bersama nasi putih panas digaul bersama sambal masak merah, sangat membangkitkan selera. Resepi udang masak merah sedap dan mudah daripada Az Zahra Yusuf\u200e di Facebook.\n\nIni resepi udang masak merah versi lain pula.\n\n11. Resepi Udang goreng Kunyit Bersos Seafood\n\nAroma rempah kunyit sangat merangsang selera. Daging udang rasa sedap. Goreng bulat-bulat garing saja sudah sedap. Lagi kalau masak kunyit dengan siraman sos seafood. Membangkitkan citarasa manis daging udang. Resepi udang goreng kunyit sos seafood perkongsian daripada \u200eAida Radzi\u200e di laman Facebook.\n\n12. Resepi Udang Goreng Tepung Oat\n\nUdang goreng tepung yang super rangup dan garing dan spesial kerana menggunakan oat. Cara membuat udang goreng tepung oat sangat simple. Patut cuba resepi udang goreng tepung oat yang dikongsikan oleh Yuss Aisya di Facebook ini. Maka, lebih berbaloi jika anda buat sendiri di rumah.\n\n13. Resepi Udang Goreng Kacang Buncis\n\nLauk ini sedap dimakan dengan nasi putih. Udang yang dicampur kacang buncis rangup membuat makan jadi makin berselera. Selamat mencuba.Tengok gambar sahaja pun sudah terliur. Resepi udang goreng kacang buncis dikongsikan oleh Anna ZahRaa di laman Facebook.\n\n14. Resepi Kari Udang Ala India\n\nKari India sememangnya terkenal lazat lemaknya. Perpaduan rempah kari yang sedap, rasa udang segar dan lemak kuah kari mencipta bau yang sedap amat. Makan kari udang sebagai lauk untuk berbuka bagi yang berpuasa. Ditemankan dengan nasi putih panas-panas.\u00a0Anjali Ragu berkongsikan resepi kari udang di Facebook. Lazat dan patut cuba.\n\n15. Resepi Nasi Goreng Udang Geragau\n\nSedap pula dimakan dengan ikan goreng garing-garing.\u00a0Resepinya mudah amat, bawang, lada dan jangan lupa bahan utama ialah udang geragau. Tambah belacan jadikan rasa nasi goreng makin sempurna. Sila cubakan resepi daripada Alin Sulaiman di laman Facebook di bawah ini.\n\n16. Resepi Mee Udang Kuah Pekat\n\nResepi mee udang yang viral. Kuah pekat mee udang ini diperbuat dengan menambahkan stok udang yang dibuat daripada kepala udang. Kemudian ditambahkan keledek dan kentang blend yang membuat kuah semakin jadi pekat. Resepi mee udang yang dikongsikan oleh Siti Aisyah di laman Facebook.\n\n17. Resepi Udang Masak Kicap Pedas\n\nKanak-kanak paling pantang makan pedas-pedas. Namun begitu hal tersebut tidak membatasi kreasi ibu untuk menyediakan makanan yang bergizi untuk anak. semestinya udang ialah makanan laut yang banyak mengandungi gizi. Sangat saying sekali jika anak tidak dapat makan udang. Oleh itu kami cadangkan ibu untuk masak udang kicap. Kepedasan mengikut selera masing-masing. Resepi dikongsikan oleh Fateen Hamdan\u200e di laman Facebook.\n\nJikalau masak udang kari berkuah sudah biasa, macam mana kalau udang goreng kari pula? Pernahkah anda terbayang sedapnya bau kari udang namun bukan kari berkuah? Resepinya nampak menarik bukan? Jom cubakan resepi udang goreng kari oleh Wan Az di laman Facebook.\n\nTunggu apa lagi, mari masak udang padprik untuk makan tengah hari. Tengok gambar mesti terliur bukan? memang sedap dam senang resepi udang padprik yang dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook. Walaupun bahan-bahan yang diguna macam banyak, yakinlah penyediaannya mudah dan anda boleh masak lagi sedap.\n\nSatu lagi resepi mudah untuk udang. Favorit kanak-kanak, udang masak sos. Rasanya yang pedas-pedas manis dan daging udang pun kekal gebu itulah yang membuat kanak-kanak suka. Resepi dikongsikan oleh \u200eZainol\u200eAnim Zainol\u200e di laman Facebook. Senang boleh puas makan.\n\nSambal udang kering boleh dijadikan gandingan makan bersama cucur, X, atau gandingan makanan lain. Makan dengan sambal udang kering jadi makin berselera. Sila cubakan resepi sambal udang kering dikongsikan oleh Pari Malar Thoraisingam di laman Facebook.\n\nDari nama resepi udang berempah nampak rumit memang, namun rupanya masakan inilah yang paling senang dibuat. Zaid Azizy Yaakob berkongsikan resepinya di laman Facebook. Resepi udang berempah amat sesuai untuk orang bujang sebab masakan ini senang sangat. Sila cubakan.\n\nKali ini resepi Thai yang diolah oleh \u200eIda Zairi\u200e di laman Facebook patut anda cuba. Pasalnya, resepi ini sedap sangat bahkan dapat perkongsian ramai. Sedap menjilat jari. Makan dengan nasi putih bertambah-tambah.\n\n24. Resepi Udang Galah Masak Kerisik\n\nMenu seterusnya ialah udang galah masak kerisik, menarik bukan? Resepi lauk ini dikongsikan di laman Facebook oleh \u200eARieL JuffRy di laman Facebook. Jangan lupa gunakan udang galah supaya makin sedap terangkat.\n\n25. Resepi Udang Sweet Sour Cili Kering\n\nSiapa yang tidak pernah merasa lagi makan udang lipan @ ketak? Resepi akhir himpunan masakan udang ini patut anda cuba. Udang dimasak sweet sour cili kering memang paling umph! Makan dengan nasi putih panas-panas, terliurnya konfirm makan lupa diet. Sedap gila resepi daripada \u200eAnis Atokman\u200e yang berkongsi di laman Facebook. Kuantiti bahan boleh agak-agak sahaja.\n\nResepi-resepi udang di atas sangat mudah dan menarik kan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.\n\nSelain artikel koleksi resepi udang, jemput juga membaca artikel koleksi resepi daging, koleksi resepi ikan dan juga koleksi resepi nasi ayam.Oh ya, jangan lupa untuk share dan like artikel ini jika dirasakan bermanfaat."
"Singgah solat di masjid setiap hari, pasti akan terdengar Imam membaca surah Al-Insyirah setiap kali dalam solat. Tahukah anda, surah Al-Insyirah mengandungi pelbagai fadhilat dan kelebihannya. \n\nBanyak kelebihan surah ini tetapi adakah anda tahu kisah di sebalik surah ini? Surah Al-Insyirah adalah surah ke 94 di dalam Al-Quran dan ia terdiri daripada 8 ayat. Surah ini termasuk dalam kategori surah-surah Makkiyah. Menariknya, surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sesudah Surah Adh-Dhuha.\n\nPengertian atau tafsiran Surah Al-Insyirah menurut Ustaz Ibnu Omar mengatakan Surah Al-Insyirah ini menceritakan bahawa Allah S.W.T. memberikan kelapangan (Islam) kepada Nabi Muhammad S.A.W. (juga umumnya kepada seluruh manusia). \n\nTerdapat juga beberapa tafsiran lain yang mengatakan bahawa Surah ini menyeru agar kita melapangkan dada dengan ilmu pengetahuan, pemahaman, kemenangan serta keyakinan yang teguh. Ada juga mufassir berpendapat ayat ini merujuk kepada kisah bagaimana dada Rasulullah S.A.W. yang telah dibelah dan dibersihkan sebanyak dua kali sepanjang hidupnya, namun, pandangan tersebut boleh dikatakan tidak sesuai untuk dikaitkan dengan ayat ini.\n\nBeberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada Surah Al-Insyirah adalah Allah itu maha adil, tidak sesekali Dia memberikan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya. Di dalam Surah Al-Insyirah juga, Allah memberitahu kepada kita untuk bersabar dan percaya janji Allah itu pasti.\n\nSurah Al-Insyirah juga mengajar kita sebagai hambanya untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan amal soleh dan dalam setiap pekerjaan kita. Sebenarnya, banyak lagi hikmah dari surah ini untuk kita beramal setiap hari. Jom lihat kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu.\n\nKelebihan Surah Al-Insyirah, Wajib Baca Hari-Hari\n\nSekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.\n\nRamai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.\n\nKelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kesukaran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.\n\nFikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.\n\nBagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih suka untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.\n\nBacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka. \n\nAnda juga boleh\u00a0 menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita dan terpelihara daripada terkejut.\n\nKelebihan Surah Al-Insyirah ini juga dapat memudahkan seseorang melakukan kerja seperti yang diimpikannya. Mereka dapat menghindari sifat malas malah akan lebih mudah untuk mendapat rezeki. Fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas.\n\nKesempitan hidup dari segi rezeki yang berkurangan, kesihatan yang lemah serta kesukaran yang sering terjadi dalam hidup memerlukan anda segera bertindak. Bacalah Surah Al-Insyirah selalu agar terhindar dari kesempitan hidup.\n\n9. Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib\n\nJika anda membaca (mengamalkan) Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali tiap-tiap hari, Insyaallah Allah S.W.T. akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. Itulah kelebihan membaca surah Al-Insyirah yang ramai tak tahu.\n\nBagi anda yang sering melakukan kerja-kerja rumah seharian misalnya, bacalah Surah Al-Insyirah ayat ke 3 tersebut sebanyak 3 kali. Kemudiannya ditiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang dan punggung. Insyaallah Allah akan lindungi atau sembuhkan rasa sakit tersebut dengan izinNya.\n\nSurah Al-Insyirah bukan sahaja memberi kebaikan dalaman, tetapi juga dapat menyerikan wajah. Bagi para isteri yang nak kelihatan cantik di mata suami tu, amalkanlah membaca Surah Al-Insyirah ini. B\n\nacakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke muka. Mohon kepada Allah S.W.T. supaya suami pandang kita nampak cantik. Siapa tak nak cantik kan, betul tak?\n\nUntuk mengelakkan daripada terkena wabak dan penyakit berjangkit, amalkan membaca Surah Al-Insyirah ini setiap waktu. Pelbagai penyakit yang ditakuti dalam dunia ini, atasinya dengan kelebihan Surah Al-Insyirah ini.\n\nBagi mengubati pesakit terkena sengatan serangga, bacakan surah Al-Insyirah, kemudiannya tiupkan kepada pesakit. Insyaallah akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Kelebihan Surah Insyirah ini sering digunakan oleh pakar perubatan Islam juga.\n\nApabila anda mempunyai sesuatu hajat yang penting, anda bolehlah kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam. Jangan lupa untuk baca Surah Al-Insyirah sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. Insyaallah segala hajat anda akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.\n\nBanyak lagi kelebihan Surah Al-Insyirah yang harus kita tahu. Jika diamalkan selalu bacaannya, Insyaallah bukan sahaja mendapat kebahagiaan di dunia, malah mendapat kebahagiaan juga di akhirat kelak. Jom baca juga Kelebihan surah Al-Waqiah, Kelebihan surah Ar-Rahman, Kelebihan surah Al-Mulk dan 7 Surah Amalan ibu Mengandung."
"Musim cuti sekolah sudah pun menemui penghujungnya. Kini tiba masanya untuk anak-anak anda kembali ke sekolah. Menjadi satu cabaran sebagai ibu bapa untuk menjaga nutrisi seharian anak-anak kita lagi-lagi apabila mereka tiada dengan kita. \n\nKebanyakan ibu bapa memberi duit belanja untuk anak mereka membeli makanan pada waktu rehat di sekolah. Adakah anda yakin anak anda membeli makanan yang sihat? Sebagai penyelesaian, anda boleh menyediakan bekal untuk anak anda bawa ke sekolah. Sebagai ibu bapa yang prihatin tentang pemakanan anak kita, perlulah kita berkorban sedikit masa untuk bangun pagi dan menyediakan bekal untuk anak kita. \n\nJangan anda khuatir, pada hari ini kita akan berkongsi satu resipi yang berkhasiat dan sesuai untuk dijadikan bekal untuk anak anda bawa ke sekolah.Resipi Nasi Putih dan Daging Blackpwpper ini telah dikongsikan Wan Muhammad Hafiz Satar oleh dan telah mendapat banyak like dan perkongsian dan juga komen yang positif di laman sosial Facebook. Jadi mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakannya!\n\nResepi Nasi Putih dan Daging Blackpepper\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi ini, ada beberapa lagi resepi menarik yang anda boleh cuba. Jangan takut untuk mencuba, kalau dah banyak kali berlatih, pasti hasilnya akan lebih mantap! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!"
"Jenama santan kotak yang menjadi pilihan suri rumah. Suri rumah mesti pening banyak makanan yang perlu gunakan santan. Kalau duduk dekat kampung, boleh dapat santan yang masih segar, tapi kalau dekat kawasan bandar, tidak banyak kedai yang jual santan fresh. Disebabkan hal ini, ramai yang mula menggunakan santan kotak untuk masakan yang memerlukan santan.\n\nTerdapat banyak jenama santan yang mula dkiperkenalkan dan juga menjadi kegemaran ramai orang. Senarai di bawah menunjukkan antara jenama santan kotak yang dapat anda gunakan dan mempunyai ciri-ciri masing-masing.\n\nKara merupakan antara jenama santan yang terkenal disebabkan kepekatan santannya. Santan ini sering dicari apabila mahu memasak rendang. Lagi-lagi bila dah tiba waktu raya puasa. Lebih menarik lagi, disebabkan santannya yang pekat, anda boleh campurkan dengan air dan jumlah santan lebih banyak dari jenama santan yang lain.\n\nHarga santan ini ialah RM 2.85 untuk kotak 200ml. Bagaimanapun, santan ini terdapat dalam beberapa pek yang mempunyai jumlah yang berbeza. Antaranya ialah 65 ml, 500ml dan 1 liter. Sekiranya anda sukakan santan yang cair, anda boleh menyukat jumlah air dengan menggunakan kotak santan yang sama. Memang berbaloi kalau beli!\n\nKalau santan KARA tadi terkenal kerana kepekatannya, santan jenama ini pula dikenali disebabkan rasa santannya yang berlemak. Jika anda sukakan rasa santan yang kaya dengan lemak, brand ini mungkin menjadi pilihan hati anda.\n\nRasa santan ini sama dengan rasa santan sebenar. Disebabkan itu, jenama santan kotak ini menjadi pilihan ramai orang. Harga untuk 1 santan kotak ini adalah RM 3.29 untuk kotak 200 ml.\n\nJenama ini pernah dikenali disebabkan iklan televisyennya. Jika anda ingin buat kuih, santan ini mungkin sesuai untuk digunakan. Teksturnya yang tidak pekat dan tidak cair menjadikannya sesuai untuk mereka yang mahu membuat kuih yang perlu menggunakan santan.\n\nHarga untuk 1 kotak yang berkuantiti 200ml ialah RM 3.49. Santan ini juga merupakan santan yang rendah kalori. Anda yang cuba untuk turunkan berat badan mungkin akan memilih santan ini sebagai bahan masakan anda.\n\nJenama santan kotak ini sering digunakan sebagai penambah rasa untuk masakan kari, sup dan pencuci mulut. Harganya yang murah juga menjadi pilihan ramai orang terutamanya mereka yang bujang.\n\nJenama ini juga merupakan produk SPM dan buatan Malaysia. Santan ini boleh didapati dalam 2 saiz iaitu 200ml dan 1000ml. Harga untuk sekotak santan yang berkuantiti 200ml adalah sebanyak RM 3.49.\n\nJenama santan kotak S&P ini juga merupakan salah satu jenama santan kotak yang dikenali ramai. Selain untuk masakan harian, santan ini sesuai untuk mereka yang suka menghasilkan dessert. Santan yang dikeluarkan sejak 1983 ini adalah santan yang mempunyai rasa 100% sama dengan santan semula jadi.\n\nSantan ini sesuai jika anda mahu membuat kek, pengat mahupun kari. Harga untuk sekotak santan yang berkuantiti 200ml ialah RM 3.20.\n\nSiapa yang tak kenal dengan jenama ADABI ini. Bukan sahaja rempah-rempahnya yang sedapd an berbaloi untuk dibeli, malah kini terdapat santan atas jenamanya. Santan kotak ini diproses segar dengan kualiti sesuai bagi mereka yang ingin menggunakannya untuk masakan kari, nasi lemak dan pelbagai manisan.\n\nHarga untuk sekotak santan yang berkuantiti 200ml adalah RM 4.10. Anda perlu goncang sebelum gunakannya dan sekiranya anda ingin menyimpan baki santan, anda boleh memasukkannya ke dalam bekas tertutup dan memasukkannya ke dalam peti sejuk. Diingatkan juga, anda perlu habis menggunakannya dalam tempoh 3 hari selepas dibuka.\n\nSantan segar yang pekat dan berlemak ini merupakan salah satu jenama santan kotak yang menjadi pilihan ramai. Kandungan bahannya yang tidak mempunyai pewarna dan penambah rasa yang lain menyebabkan santan ini disukai para suri rumah.\n\nRasa santan ini juga seakan santan asli dan mudah untuk digunakan. Anda juga boleh menyimpan santan ini lebih lama dari jenama santan kotak yang lain. Harga santan ini juga sangat berpatutan iaitu RM 3.30 untuk yang berkuantiti 200ml.\n\nJenama santan yang satu ini merupakan santan segar yang diekstrak dari kelapa asli tanpa bahan pengawet. Menariknya lagi, santan ini bebas kolestrol dan sesuai untuk digunakan untuk masakan harian mahupun cendol, kuih-muih, bubur dan banyak lagi manisan. Harga santan ini adalah RM 2.20 untuk kotak yang berkuantiti 200ml.\n\nSanta jenama baru ini sama dengan santan kotak yang lain tetapi mempunyai banyak kebaikan yang lain seperti bebas gluten, bebas kolestrol, bebas lemak trans serta bahan pengawet dan pewarna tiruan.\n\nWarna santannya yang seperti warna susu menjadikan santan ini sebagai santan jenama kotak yang semakin naik dalam kalangan suri rumah. Menariknya lagi, jenama santan ini disediakan dalam 2 bentuk iaitu serbuk dan cecair. Harga bagi sekotak santan yang berkuantiti 200ml ialah RM 2.23.\n\nJenama yang terekenal dengan minyak masaknya yang berkualiti, kini menyediakan produk santan kelapa atas jenama SAJI. Jenama santan kotak ini tidak lagi diragui dengan rasa santan sebenar yang berlemak dan sesuai digunakan untuk semua jenis masakan.\n\nAroma santan yang segar serta bebas dari bahan pengawet dan penambah perisa cuup untuk menjadikannya antara jenama santan kotak yang diminati ramai. Harga sekotak santan adalah RM 2.99.\n\nBanyak masakan di Malaysia yang memasukkan santan ke dalam masakan mereka. Tidak kiralah sama ada Melayu, India mahupun Cina. Hal ini kerana dengan memasukkan santan, masakan akan menjadi lebih sedap dan kaya dengan rasa berkrim. Harga santan yang tidak terlalu mahal juga menjadikannya pilihan para suri rumah.\n\nTidak dinafikan untuk mendapatkan santan yang segar pada masa kini sangat susah menyebabkan banyak syarikat mula menghasilkan santan kotak jenama mereka sendiri. Penggunaan santan kotak juga dapat menjimatkan masa yang diluangkan oleh para suri rumah ketika mahu menyediakan makanan. Mungkin ini menjadi salah satu sebab jenama santan kotak mula naik dan dibeli oleh orang ramai.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Kulit popia sangat banyak gunanya. Banyak jenis pelbagai hidangan boleh dibuat dengan bahan asas kulit popia. Kali ini kami akan kongsikan resepi viral 3 bahan iaitu resepi popia coklat. Siapa belum cuba resepi ini? Jom kita buat sama-sama.\n\nDengan hanya 3 bahan sahaja, boleh menghasilkan kudapan yang seronok. Antara bahan yang digunakan ialah kulit popia, coklat bar, dan minyak masak untuk menggoreng. Kira hanya 2 bahan penting dia, lagi senang bukan?\n\nUntuk keraskan coklat, popia coklat boleh letak dalam peti ais atau boleh letak pada suhu bilik sahaja. \u201cTapi nak pesan kalau letak atas meja tak tahan lama, takut cepat habis je, hehe\u201d kata Sofia Ahmad yang berkongsikan resepi di laman Facebook.\n\nKami menulis resepi popia lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Masalah anak degil dan suka memberontak antara soalan yang kerap diterima oleh sang faqir. Semoga artikel ini dapat menjawab segala persoalan yang terbuku tentang faktor utama permasalah ini dan cara mengatasinya.\n\nBahasa komunikasi kanak-kanak adalah sedikit berbeza dengan orang dewasa [Janis]\n\nSalam ustaz, saya z****, nak tanya sikit, ada cara tak untuk bagi anak tak degil? Anak saya susah nak dengar cakap, suka memberontak.\n\nBuat pengetahuan ustaz, anak saya berumur 8 tahun, dah jumpa ramai orang, kebanyakan kata saka saya yang buatkan anak saya jadi begitu. Tolong saya ustaz.\n\nWsalaam WMT. Semoga ALLAH merahmati Pn Z**** yang bertanya sekeluarga juga sekalian sahabat yang membaca.\n\nPersoalan yang diajukan tersebut sudah berkali-kali sang faqir terima daripada sekalian ibubapa yang mempunyai masalah yang sama. Dan aduan yang sama juga sang faqir terima, iaitu masalah saka.\n\nKalau diikutkan fenomena saka ini sudah menjadi tepu, terlalu tepu untuk ditelan, tapi apakan daya, masyarakat masih dibelenggu dengan pemikiran yang sedemikian sehingga terlepas pandang pada hal yang sepatutnya dan masalah terus berlarutan.\n\nUntuk menjawab persoalan saka, rasanya sudah cukup sang faqir membebel akannya, kerana yang GEMAR mendakwa hal saka ini juga adalah golongan yang melabelkan diri sebagai ustaz dan membawa kaedah perubatan Islam.\n\n\u201cAgaknya kerja ustaz hari ini melabel orang dengan saka dan sihir sahaja kot ye\u201d(ini luahan daripada seorang ahli jemaah salah sebuah masjid yang sering menjadi tempat bebelan sang faqir).\n\nHal ini mengundang fitnah kepada asatizah yang lain. ALLAHuROBBana.\n\n6 Faktor Utama Anak Degil Dan Suka Memberontak\n\nAdapun persoalan tentang anak yang suka memberontak dan degil. Hal ini dilihat kepada 6 keadaan utama, kenapa terjadinya masalah anak degil dan suka memberontak, iaitu :\n\nJika ditanya kepada ibubapa yang mempunyai masalah anak sebegini, bagaimanakah dengan PERHATIAN kepada anak-anak? Jawapan mereka rata-rata, kami bekerja, kami sibuk, kami hantar anak pergi nursery, kami jaga elok tapi tetap degil.\n\nBukan perhatian itu yang dimaksudkan, perlu kita fahami, adalah KOMUNIKASI dengan anak kecil yang otak mereka sedang ligat berkembang, perlu seiring dengan zaman, seperti mana pesanan Sayyiduna Umar Al Khattab RadhiyALLAHu Anhu,\n\n\u201cAjarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.\u201d\n\nFaham kita akan kalimat zaman ini adalah waktu, sebenarnya bukan tertakluk kepada waktu, tetapi juga kepada keadaan tumbesarannya. Secara ringkasnya, anak-anak yang sedang membesar ini, mereka amat memerlukan PANDANGAN MATA kita (ibubapa) terutama sewaktu mereka bercerita.\n\nWalaupun cerita tersebut adalah ala-ala kedoraemonan, ke shin canan dan seangkatan dengannya, tetapi perlu kita faham, apabila mereka boleh bercerita semula apa yang dilihat atau ditonton mereka, itu bermaksud keadaan minda mereka amat cerdas dengan penaakulan maklumat semasa, maka respon dari kita (ibubapa) memainkan peranan penting, ketepatan anak mata kita kepada wajah mereka sewaktu mereka bercerita mengeratkan lagi ikatan yang sedia ada, dan timbal baliknya mereka akan mendengar serta mengikut segala yang kita arahkan.\n\nWalau sesibuk mana jua kita dalam menguruskan hal semasa, jangan diabaikan dengan urusan kasih sayang kepada anak-anak, kerana mereka akan \u2018copy paste\u2019 setiap perbuatan kita, baik secara langsung atau tidak langsung.\n\nDalam membicarakan bab MASA, perlu ditekankan bahawa setiap perkara memerlukan pengurusan masa, termasuklah jua pengurusan masa dengan anak-anak.\n\nKeterabaian dalam menguruskan masa untuk anak-anak akan mengundang keterabaian nilai kekeluargaan.\n\nJika warta berita di televisyen atau radio mempunyai waktu perdana atau bahasa lainnya \u2018prime time\u2019, begitulah jua dengan anak-anak.\n\nIbubapa perlu mempunyai WAKTU PERDANA dengan anak-anak setiap hari, bukan sekali seminggu atau sekali sebulan, walau sesibuk mana pun kita.\n\nJadikan, waktu antara jam 8malam -10malam sebagai waktu perdana dengan anak-anak kerana pada waktu ini, anak-anak amat memerlukan ibubapa mereka di sisi mereka. Bahkan jika tidak mampu untuk memberi \u2018prime time\u2019 selama 2 jam tersebut, luangkan sekurang-kurangnya 1 jam dahulu, jika tidak mampu 1 jam, mulakan dahulu dengan setengah jam.\n\nBerada di sisi mereka tatkala mereka melakukan kerja rumah dari atau mengulangkaji pelajaran. Jika tiada kerja rumah (kerja sekolah) sekalipun, luangkan masa tersebut untuk ber\u2019sembang\u2019 dengan mereka.\n\nDengan cara ini, mereka akan lebih menghormati kita (ibubapa). Malahan mereka akan sentiasa menantikan saat tersebut setiap hari, kerana mereka faham bahawa diri mereka mendapat perhatian dan kasih sayang sewajarnya dari ibubapa mereka.\n\nMasa yang singkat jika diluangkan dengan penuh manfaat, lebih berkualiti daripada masa yang panjang tetapi dibazirkan begitu sahaja.\n\nKerana waktu yang berlalu adalah salah satu benda yang tidak mampu diganti dengan harta benda.\n\nMelihat dan merasai perkembangan tumbesaran anak-anak merupakan antara nikmat untuk ibubapa."
"Kuih tradisional sekarang masih tak lapuk dek zaman. Masih lagi mempunyai permintaan daripada ramai orang. Tidak lagi terhad dijual pada waktu pagi, kuih tradisional boleh juga dilihat dijual pada waktu malam. Anda pasti kenal dengan kuih puteri ayu. Kuih yang mempunyai tekstur lembut dan gebu bila dimakan. Kami kongsikan resepi kuih puteri ayu untuk peminat kuih tradisional.\n\nMengikut perubahan zaman, resepi kuih puteri ayu juga telah banyak diolah mengikut keinginan masing-masing. Ada yang kita boleh nampak kuih puteri ayu coklat, cheese dan red velvet.\n\nWalaupun dengan lambakan perasa baru yang ada, kuih puteri ayu pandan masih lagi mempunyai tempat di hati peminat kuih tradisional. Jom ikuti perkongsian resepi kuih ini dengan pelbagai versi.\n\nSebelum kami berkongsi dengan anda resepi kuih puteri ayu dengan pelbagai perasa, izinkan kami kongsikan resepi asli kuih puteri ayu ini. Jika acuan dan teknik yang betul hasil kuih puteri ayu ini akan menjadi lembut bila dimakan. Mari baca resepi oleh Nada Ishak\n\nSekarang ini lambakan perasa cheese yang kita dapat lihat di setiap kuih. Mungkin kerana ingin mengikut peredaran dan kehendak masa kini. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Nitaharry ini di Facebook kuih puteri ayu cheese. Tekstur gebu dan lemak keju ini serasi dengan adunan kuih ini \n\n*campur semua bahan di atas dan mixer sebati dan masuk dalam piping bag.\n\nKalau anda seorang yang kreatif pasti pelbagai bentuk kuih puteri ayu anda boleh olahkan. Resepi yang dikongsi oleh Siti Fairus sangat unik. Rupa bentuk kuih puteri ayu ini diolah menjadi bentuk tembikai memang menjadi tarikan ramai orang yang melihatnya.\n\nResepi Kuih Puteri Ayu Versi Loyang\n\nAnda jangan risau kalau teringin nak buat kuih puteri ayu tetapi tiada acuan. Resepi ini yang hanya menggunakan loyang oleh Siti Nailah Alfarafisha Roslan sangat berguna untuk anda yang tidak mempunyai acuan. Walaupun sedikit leceh tapi hasilya sangat unik. Tak cuba tak tahu lagi kan?\n\nAda kanak-kanak yang tidak gemar dengan kuih tradisional, apakata anda cuba resepi puteri ayu coklat cheese dari Zubaidah Awang ini, confirm anak-anak suka dengan kuih tradisional ini. Tak cukup makan satu! Satu lagi mana lah tahu boleh buat jualan kan?\n\nResepi Puteri Ayu Jagung Coklat Rice\n\nSelain dari cheese, resepi kuih puteri ayu jagung coklat rice ini juga bakal menjadi perasa favorite anak-anak anda. Dengan penambahan coklat rice ini pasti membuatkan anak-anak anda teruja dan tak sabar nak makan. Jom baca resepi dikongsikan oleh Zurina Kifli.\n\n**Untuk puteri ayu jagung coklat rice, masukkan coklat rice kedalam adunan dan kacau sebelum isi adunan kedalam acuan \n\n**Setelah masukkan bahan blend dan tepung jangan mix terlalu lama, cukup sekadar semua sebati.\n\nBanyak kan resepi kuih puteri ayu ini yang anda boleh cuba nanti. Dah cuba jangan lupa ye share dan like jika bermanfaat untuk anda. Pelbagai resepi Menarik yang menanti anda di laman web kami ini."
"Masalah lenguh kaki atau dipanggil \u201csore feet\u201d telah membataskan pergerakan dan aktiviti harian kita. Ada banyak punca lenguh kaki daripada berdiri terlalu lama sehinggalah kepada serangan penyakit tertentu. Ketahui punca lenguh kaki dan penerangannya melalui pembacaan artikel ini. Jom baca.\n\nKaki merupakan antara bahagian badan yang penting untuk pergerakan manusia. Kita berdiri, berjalan dan berlari dengan dua kaki yang stabil.\n\nTulang manusia yang paling besar terletak di bahagian peha yang dikenali sebagai femur dengan panjang hampir 20 inci. Di bahagian betis pula terdapat dua tulang utama yang saling menyokong iaitu tibia dan fibula. Tapak kaki pula seperti tapak tangan dengan tulang-tulang dikenali sebagai tarsal dan metatarsal.\n\nKulit di bahagian tapak kaki adalah paling tebal berbanding kawasan permukaan kulit tubuh yang lain. Ketebalan kulit ini membantu melindungi kaki apabila memijak sesuatu dan menghalang kemasukan parasit dari tanah.\n\nBagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal terutamanya yang melibatkan penggunaan kaki yang utama, terdapat satu keadaan kesihatan yang dipanggil delayed onset muscle soreness (DOMS) dialami oleh mereka.\n\nDOMS ini merupakan rasa lenguh dan sengal kaki yang hanya akan dirasakan 1 ke dua hari selepas aktiviti fizikal tersebut berlaku. Kelenguhan kaki akan paling terasa pada fasa permulaan aktiviti senaman tersebut kerana badan kita belum membiasakan diri dengan aktiviti fizikal yang berat secara tiba-tiba.\n\nSelepas beberapa tempoh waktu, rasa lenguh kaki itu masih juga menyerang tetapi tidaklah seteruk seperti pada fasa permulaan. Di samping itu, keamatan dan durasi tempoh aktiviti fizikal akan menentukan tahap kelenguhan kaki tersebut.\n\nKajian daripada penyelidik Pusat Penyelidikan Prestasi Atlet New Zealand ada tahun 2003 mengaitkan punca lenguh kaki para atlet yang disebabkan faktor seperti:\n\nSelain itu, antara aktiviti melibatkan fizikal kaki yang mempunyai kesan DOMS dan lenguh kaki ialah:\n\n2. Kekurangan Kalsium dan Zat Besi\n\nSebarang perubahan pada tubuh dan rasa tidak selesa merupakan respon tubuh terhadap apa-apa nutrien yang diperlukan.\n\nKhusus untuk punca lenguh kaki, antara kemungkinannya ialah badan kita kekurangan mikronutrien seperti kalsium dan zat besi. Disebabkan kaki terdiri daripada tulang-tulang yang bersaiz besar, masalah kekurangan kalsium dan zat besi untuk menyokong kepadatan tulang boleh memberikan rasa lenguh kaki.\n\nOleh itu, disarankan untuk mendapat sumber kalsium dan zat besi melalui diet seimbang dalam susu, sayuran hijau dan buah-buahan.\n\nGejala lenguh kaki mungkin menjadi petanda kepada berlakunya jangkitan di kawasan kulit kaki atau saluran darah.\n\nSaluran darah yang tersumbat juga boleh menyebabkan rasa kebas dan lenguh kaki. Selain jangkitan kuman, saluran darah tersumbat ini boleh disebabkan oleh faktor fizikal yang lain seperti berdiri atau duduk terlalu lama.\n\n4. Kandungan Kolesterol Tinggi Dalam Darah\n\nSelain menyerang organ jantung, kandungan kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan punca lenguh kaki. Lebih membahayakan, keadaan ini boleh menyebabkan penyakit arteri periferal (peripheral artery disease, PAD). Bagi pesakit PAD, menurut laporan, hampir 20% daripada mereka akan mengalami masalah sakit jantung pula.\n\nSelain mendatangkan rasa tidak selesa dan punca lenguh kaki, kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan gejala lain seperti:\n\nMasalah lenguh kaki akan meningkat seiring dengan pertambahan usia. Sekumpulan penyelidik bersama dari Maryland, Amerika Syarikat dan Firenze, Itali pada tahun 1995 melaporkan pemerhatian mereka berkenaan punca lenguh kaki disebabkan usia ini.\n\nKajian tersebut melibatkan 775 warga emas berusia 65 tahun dan ke atas yang didapati sering mengalami sakit kaki terutamanya lenguh kaki. Perubahan sistem badan dari segi keadaan tulang dan patologi sel menyebabkan faktor penuaan ialah punca lenguh kaki yang tidak dapat dielakkan.\n\nBagi pesakit kencing manis, kandungan gula dalam darah mereka adalah tidak terkawal. Hal ini telah memberi kesan atas fungsi sistem tubuh secara keseluruhan.\n\nAntara yang berkaitan dengan punca lenguh kaki ialah apabila keadaan ini menyebabkan kerosakan saraf pada bahagian kaki. Di samping itu, kandungan gula yang tinggi mengakibatkan saluran darah tersumbat lalu menyebabkan kebas dan lenguh kaki.\n\nIndividu obes turut dikaitkan dengan masalah ini kerana masalah kegemukan merupakan antara punca peningkatan kandungan gula dan kolesterol. Seterusnya, lenguh kaki terjadi sebagai antara gejala penyakit-penyakit tersebut.\n\nAntara punca lenguh kaki yang diringkaskan ialah aktiviti fizikal, kekurangan diet kalsium dan zat besi, jangkitan kuman, kandungan kolesterol tinggi, pertambahan usia, penyakit kencing manis dan masalah obesiti.\n\nUntuk merawat dan mencegah punca lenguh kaki ini, kita boleh mengubah gaya hidup dan melakukan aktiviti fizikal secara berpada-pada. Namun, jika masalah lenguh kaki ini berlarutan dan mendatangkan rasa tidak selesa, berjumpalah dengan pakar perubatan dengan kadar yang segera.\n\nSemoga bermanfaat! Jemput juga baca artikel:"
"Boleh tak bawa baby ke Cameron Highland untuk bercuti? Iyalah, kawasan Cameron Highland tu kan sejuk? Nak bercuti bersama keluarga dengan membawa anak yang masih kecil terutama ke tempat sejuk memang sangat mencabar! Ia perlu dirancang dengan teliti untuk elakkan masalah. \n\nBercuti dengan\u00a0membawa anak\u00a0 bukan satu perkara mudah. Lagi-lagi jika ingin bawa anak ke\u00a0Cameron Highland\u00a0yang terletak\u00a0di\u00a0Pahang. Tempat ini cukup sesuai untuk family dan anak untuk bercuti, namun kena siapkan pelbagai persediaan. \n\nNak tahu apakah tips untuk bawa baby ke Cameron Highland? Jom baca artikel ini dari awal hingga akhir. \n\nBercuti Dengan Baby Tidak Salah Asalkan Dirancang Dengan Teliti\n\nTidak dinafikan ramai ibu bapa yang sudah tidak sabar untuk bercuti bersama anak kesayangan. Lagi-lagi dengan anak yang masih kecil. Nak beri pengalaman katanya. Nak bina kenangan juga untuk dikenang sepanjang masa. \n\nUntuk bercuti bersama baby atau anak kecil ini tidak salah cuma sila pastikan perkara ini dipandang serius dan bukannya sekadar satu perkara yang remeh. \n\nPerancangan yang teliti perlu dilakukan agar segalanya boleh berjalan lancar dan tidak bertukar kepada tragedi. Almaklumlah anak kecil ini ragamnya banyak dan tidak seperti kanak-kanak yang sudah besar. Faktor keadaan sekeliling untuk lokasi percutian juga perlu di beri perhatian lagi-lagi untuk tempat seperti Cameron Highlands.\n\n10 Tips Untuk Persiapan Bawa Baby Bercuti Ke Cameron Highlands\n\nAnak kecil atau baby ini memang kena kerap tukar pakaian jadi pastikan pakaian yang dibawa adalah cukup dan lengkap dengan stokin, sarung tangan, lampin pakai buang serta baju sejuk yang berhud kerana anak kecil tidak akan berasa selesa bila berada didalam kesejukan.\u00a0\n\nSelain makanan seperti nasi goreng atau nasi berlauk untuk ibu ayah, pastikan juga disediakan makanan untuk anak. Jangan lupa bawa sekali snacks dan biskut khas untuk baby. Makanan begini dapat membantu baby dari meragam dan ia juga dapat menenangkan baby di dalam perjalanan. \n\nTidak untuk baby saja, anak-anak lain juga boleh di bantu dari rasa jemu berada dalam kenderaan dengan makanan. Perjalanan yang panjang pasti membuatkan mereka berasa lapar dan biskut sebegini boleh mengelak anak-anak dari mula buat perangai.\n\nKalau banyak berjalan pun anak kecil pasti membuat perangai dek kerana keletihan dan kebosanan jadi adalah lebih baik dibawa bersama mainan yang sederhana saiznya ataupun sebaiknya mainan kegemaran anak. Jika terlupa beli saja mainan baru, tentu anak happy dan kembali bersemangat semula untuk bercuti. \n\n4. Sediakan Juga Botol Air Berisi Minuman\n\nBawa botol air minuman dengan saiz yang sederhana (500ml) buat setiap orang supaya g mudah untuk dibawa atau dimasukan kedalam beg galas kerana cuaca di Cameron Highlands yang sejuk boleh mengeringkan kulit jadi sebaiknya minum air kosong sekerap yang boleh.\n\n5. Bawa Baby Carrier Berbanding Stroller\n\nAdalah lebih mudah memgendong anak kecil dengan baby carrier dari menggunakan\u00a0 kereta sorong atau stroller yang pastinya tidak boleh digunakan di kebanyakan lokasi yang akan dilawati malah akan menjadi suatu bebanan pulak nanti. Tapi ada beberapa lokasi di Cameron Highlands yang boleh kita gunakan stroller.\n\n6. Isikan Semua Barang Baby Dalam Beg Galas\n\nSewaktu bersiar-siar dan melawat ke tempat menarik, sebaiknya bawa sebuah beg galas yang boleh memuatkan keperluan si anak antaranya baju, lampin pakai buang, tisu basah, ubatan, botol air, biskut atau snacks dan sebuah beg lagi kelengkapan buat ibu seperti telekung, monopod dan kelengkapan yang perlu.\n\n7. Bawa Juga Payung Lipat Atau Baju Hujan\n\nCuaca di Cameron Highland tidak menentu dan kadangkala hujan turun walau tidak lebat tapi adalah sebaiknya kita sediakan payung ataupun lebih mudah bawa baju hujan untuk dipakaikan kepada anak kecil kita. Payung boleh di beli dari jenis boleh lipat untuk mudah dimasukkan ke dalam beg galas. \n\nSangat penting untuk kita membawa ubatan seperti ubat demam, koolfever, minyak angin, minyak gamat, Mopiko, Vicks dan Balm kerana bila berubah persekitaran dari cuaca panas ke cuaca sejuk, anak-anak mudah mendapat selesema dan demam malah dikhuatiri anak mungkin terkena gigitan serangga mahupun nyamuk\n\n9. Kerap Berhenti Untuk Mengelakkan Mereka Jemu\n\nKalau kita sebagai orang dewasa pun boleh berasa letih dan jemu dalam perjalanan, apatah lagi buat anak kecil jadi adalah disarankan kita berhenti untuk meregangkan otot dan menyedut udara luar supaya anak-anak tidak berasa bosan dan jemu.\n\n10. Rancang Waktu Perjalanan Dengan Teliti\n\nKalau boleh pastikan membawa anak kecil di luar waktu cuti umum dan cuti sekolah kerana ini mengelakan kita terperangkap di dalam kesesakan jalan raya hingga membuatkan kita bosan dan yang pastinya anak-anak menjadi hilang mood dan mula membuat perangai.\u00a0 \n\nSebaiknya mulakan perjalanan di waktu malam kalau perjalanan melebihi 6 jam kerana di waktu itu adalah waktu tidur atau keluar di waktu awal pagi atau sebelum subuh dan kita dapat memandu dengan tenang.\n\nBercuti Ke Cameron Highlands Memang Seronok! Tapi Jangan Lupa Untuk Fikirkan Keseronokkan Si Anak Di Waktu Itu\n\nJangan sesekali bercuti dalam keadaan tergopoh gapah. Bercuti adalah untuk merehatkan diri dan minda bukannya untuk berasa sakit kepala. Nak dapatkan sebuah percutian yang seronok seharusnya dimulakan dengan menyediakan segala kelengkapan dan keperluan yang disyorkan untuk travel bersama baby. \n\nCameron Higland! Tipulah kalau tak teruja untuk ke Cameron Highland cuma sedihnya masih ramai ibu ayah yang tidak peka akan perkara ini. Sudahnya bila percutian tidak berjaya hmmm anak pula yang dipersalahkan. Baca juga tips untuk bantu anak jalan sendiri , tips ajar anak baca dan cinta Al Qur\u2019an sejak kecil."
"Tahukah anda, bagaimana hendak mengenalpasti mereka yang tengah mengalami kesihatan mental? Asyik murung sepanjang hari, hendak mencederakan diri sendiri? Pernah nampak perangai sebegini pada orang di sekeliling anda? Atau mungkin anda sedar ciri-ciri ini ada pada diri sendiri? \n\nIni sebenarnya di antara penyakit psikiatri yang boleh timbul jika kita terlepas pandang tanda masalah kesihatan mental dari awal. Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober 2018 lalu, Dr Afiq Rahim ada berkongsi mengenai topik kesihatan mental di Malaysia. \n\nDi dalam artikel yang sama, beliau menyatakan yang menurut WHO, tanda masalah kesihatan mental boleh bermula seawal umur 14 tahun. Akan tetapi, banyak kes yang tidak dapat dikesan untuk dirawat. \n\nMenurut Kajian National Health Morbidity Survey (NHMS) 2015,\n\nSabah adalah negeri dengan populasi masalah kesihatan mental tertinggi di Malaysia.\n\nKL dan Kelantan juga dalam tiga teratas.\n\nDan orang bujang lebih ramai ada masalah kesihatan mental.\n\nMasalah kesihatan mental boleh berlaku akibat faktor Sosial, Biologi dan Psikologi.\n\nPeperangan dan Bencana menurut WHO adalah risiko utama terjadinya masalah kesihatan mental.\n\nBaik, bagaimana kita boleh tahu tanda-tanda masalah kesihatan mental?\n\nHah, boleh periksa gambar di bawah jika kita ada tanda-tanda tersebut.\n\nMasalah ini jika tidak dikesan atau dirawat awal boleh menjadi penyakit Psikiatri seperti\n\nDan pelbagai penyakit Psikiatri dan masalah sosial lain.\n\nJadi bagaimana kita boleh mengelakkan masalah kesihatan mental?\n\nCara Mengelak dan Merawat Masalah Kesihatan Mental\n\n*Haaaa..penting bukan untuk mengetahui tanda-tanda masalah kesihatan mental dari awal? Supaya pencegahan atau rawatan awal dapat dilakukan, sebelum timbulnya masalah psikiatri seperti hendak membunuh diri, jangan lupa share tau dengan orang lain info ini! \n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Tungku bayi? Tak pernah dengar pun. Pentingkah? Macam mana tu?\n\nTungku Bayi adalah amalan zaman berzaman yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu sehinggalah zaman moden sekarang. Tungku bayi dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan tradisional herba bagi mengelakkan bayi dari terkena sakit-sakit badan dan angin badan.\n\nBukan sahaja ibu berpantang yang perlu bertungku, tetapi bayi yang baru lahir juga harus bertungku dan tuam. Namun, caranya berbeza atas faktor kesesuaian dan kesihatan bayi. \n\nJom saya jelaskan manfaat tungku bayi terlebih dahulu sebelum anda ketahui cara tuam perut bayi yang betul. Manfaat tungku bayi ini sangat bagus untuk bayi anda selepas lahir.\n\nManfaat Tungku Bayi / Tuam Bayi\n\nAda manfaatnya tungku bayi harus dilakukan. Paling penting, bayi akan selesa dan mudah tidur pada malam hari. Mereka tidak akan meragam kerana perut tidak masuk angin dengan mudah dan tiada masalah kesihatan sepanjang berada di rumah.\n\nPatutlah ibu bapa sangat menitikberatkan perihal tungku ini. Sekurang-kurangnya bayi anda dibesarkan secara normal dan mendapat penjagaan yang setimpalnya. Bagaimana pula cara untuk bertungku dan bertuam bayi?\n\nCara Tuam Perut Bayi Dengan Betul\n\nTuam bayi memerlukan anda menyediakan bahan-bahannya terlebih dahulu, kemudian lebih mudah untuk anda mengikuti langkah-langkah tuaman dengan betul. Jom lihat satu persatu bahan dan cara tuam bayi yang boleh anda lakukan.\n\n1. Sediakan Bahan-Bahan Yang Ingin Digunakan\n\nBahan herba seperti jintan manis, habbatussauda, lada hitam dan sirih harus digunakan untuk kesan terbaik. Sediakan juga kain yang bersaiz kecil sesuai untuk meletakkan herba-herba sebagai tungku bayi. Anda juga boleh membeli barangan di pasaraya, pasar serta di kedai runcit.\n\nAnda boleh melayurkan herba atau daun-daun di atas api atau sangaikan semua herba seperti menggorengnya tanpa minyak. Kemudian, masukkan herba-herba tersebut ke dalam kain yang disediakan dan ikat kain dengan ikatan yang kuat. Ia akan menjadi bentuk bunjut.\n\nSebelum menggunakan tungku bayi yang disediakan, anda boleh memanaskannya terlebih dahulu. Cara yang mudah untuk panaskan tungku bayi ini adalah dengan menyerika bunjut tersebut atau mendidihkannya di atas periuk atau dapur.\n\nSekiranya tidak ada dapur, gunakanlah seterika bagi memudahkan anda. Ia juga bergantung kepada berapa banyak herba yang anda gunakan. Selalunya ia mencakupi jumlah herba yang ingin anda tuamkan pada bayi.\n\nCara yang betul tuam bayi adalah tuamkan tungku bayi pada perut bayi dalam keadaan suam-suam panas. Ia amat elok untuk kesihatan bayi luar dan dalam. Ia juga dapat mengeringkan bekas tali pusat bayi. \n\nTuam bayi mengikut satu arah sahaja dan jangan tekan dengan kuat. Pastikan bayi anda betul-betul selesa dan tidak memudaratkan bayi. Lebih elok lagi, anda boleh tanya sendiri caranya kepada mereka yang lebih berpengalaman dan berumur.\n\n5. Tuam Pada Bahagian Yang Penting\n\nTerdapat beberapa bahagian bayi yang penting untuk dituam. Antaranya adalah perut, paha, dada, tapak kaki, belakang badan, punggung dan bahagian kemaluan bayi. Bahagian-bahagian tersebut mempunyai urat-urat yang berkaitan seluruh kesihatan tubuh badan.\n\n6. Tuam Pada Tempoh Masa Yang Ditetapkan\n\nWajib untuk anda tahu, tuaman bayi boleh dilakukan sebanyak 5 hingga 10 kali tuaman. Setiap kali selepas mandi, anda boleh lakukannya selama 2 kali. Dari segi penyimpanan pula, anda boleh simpankan tuam bayi di tempat yang kering dan bersih. Amalkan penjagaan tuaman yang betul iaitu dengan menjemur tungku bayi di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.\n\n7. Situasi Yang Sesuai Untuk Tuaman\n\nSebagai ibu bapa yang prihatin, anda harus tahu tidak semestinya tuaman dilakukan untuk membuang angin badan, tetapi ia juga boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada bayi anda sejuk. \n\nKetika cuaca sejuk, elakkan bayi terkena selsema dan batuk dengan tuam bayi seketika. Sekiranya bayi terkena gigitan serangga, gatal-gatal, kecederaan ringan, benjol-benjol di dahi atau lutut, tuam bayi dapat melegakan kesakitan tersebut.\n\nAda orang yang tidak tahu cara tuaman yang betul tetapi melakukannya sesuka hati. Perkara yang tidak boleh anda lakukan adalah menekan bahagian bayi yang dituam sesuka hati tanpa cara yang betul.\n\nPastikan anda memilih barang-barang yang betul terutamanya bahan-bahan herba yang ingin anda gunakan sebagai tungku bayi. Bahan yang ringkas pun sudah memadai, tak perlu runsing mencari pelbagai barang yang sukar anda untuk peroleh.\n\nKecederaan Ringan Dan Berat Sesuai Tuaman?\n\nSekiranya bayi anda mengalami kecederaan berat mahupun ringan, jangan terus tuam bayi. Anda harus dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar (jika perlu). \n\nTuam jika perlu sekiranya tiada kecederaan luaran dan dalaman yang disahkan doktor. Namun, anda tetap berhati-hati dengan tuaman yang dilakukan untuk kesihatan dan kebaikan bayi.\n\nItulah dia manfaat tuaman dan cara tuam bayi yang betul dan tepat boleh anda ikuti. Jemput baca juga ujian personaliti, penjagaan pramatang dan urutan bayi."
"Islam telah menyediakan pelbagai garis panduan dari ayat Al-Quran dan hadis memilih pasangan yang tepat dan betul.\n\nBagi mereka yang tidak mengamalkan dan mempraktikkan dalam kehidupan tidak kiralah ia lelaki atau perempuan sudah tentu mereka akan menganggap yang perkahwinan itu ibarat satu perjudian. \n\nSebaliknya yang memahaminya, perkahwinan merupakan pelaburan kita sebagai seorang hamba Allah untuk kebaikan di dunia dan akhirat. \n\nJusteru itu, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa ayat Al-Quran dan hadis memilih pasangan bagi memudahkan anda mencari jodoh yang sesuai mengikut perintah agama. \n\n\u062a\u0646\u0643\u062d \u0627\u0644\u0645\u0631\u0623\u0629 \u0644\u0623\u0631\u0628\u0639: \u0644\u0645\u0627\u0644\u0647\u0627 \u0648\u0644\u062d\u0633\u0628\u0647\u0627 \u0648\u062c\u0645\u0627\u0644\u0647\u0627 \u0648\u0644\u062f\u064a\u0646\u0647\u0627\u060c \u0641\u0627\u0638\u0641\u0631 \u0628\u0630\u0627\u062a \u0627\u0644\u062f\u064a\u0646 \u062a\u0631\u0628\u062a \u064a\u062f\u0627\u0643\u201cWanita biasanya dinikahi kerana empat hal: kerana hartanya, kerana kedudukannya,kerana parasnya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih karena agamanya (keislamannya), sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan merugi.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Muslim)\n\nPertama, hadis ini menerangkan tentang kriteria memilih calon isteri yang tepat. Empat faktor yang disebutkan dalam hadis adalah harta, keturunan, rupa paras, dan agama.\n\nMenurut jumhur ulama\u2019, setiap perkara di dalam hadis tersebut perlu ditekankan dan diambil kira, namun yang paling penting ialah ia perlu berkait dengan agama.\u00a0\n\nSetiap daripada ciri-ciri yang kita letakkan untuk pasangan kita mestilah bersandarkan kepada Islam dan melihat kepada agamanya.\u00a0\n\nSekiranya baik agama seorang wanita itu, maka tentunya harta dan kecantikannya, akan digunakan kepada jalan yang benar dan berupaya juga melahirkan zuriat-zuriat yang soleh solehah dari rahimnya. \n\n\u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0645\u064e\u062a\u064e\u0627\u0639\u064c \u0648\u064e\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0645\u064e\u062a\u064e\u0627\u0639\u0650 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u0623\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u064e\u0629\u201cDunia adalah hiasan, dan sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Muslim)\n\nKedua, bagi seorang lelaki berusahalah untuk menikahi seorang wanita solehah. Ciri-ciri wanita solehah itu ada disebutkan dalam satu hadis.\n\nDaripada Abdurrahman bin Auf berkata, Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0646\u0650 \u0628\u0652\u0646\u0650 \u0639\u064e\u0648\u0652\u0641\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u062a\u0652 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u0623\u064e\u0629\u064f \u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0635\u064e\u0627\u0645\u064e\u062a\u0652 \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062d\u064e\u0641\u0650\u0638\u064e\u062a\u0652 \u0641\u064e\u0631\u0652\u062c\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0637\u064e\u0627\u0639\u064e\u062a\u0652 \u0632\u064e\u0648\u0652\u062c\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0642\u0650\u064a\u0644\u064e \u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0627\u062f\u0652\u062e\u064f\u0644\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u0650\u0651 \u0623\u064e\u0628\u0652\u0648\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u0650\n\nDalam hadis di atas tadi, boleh kita simpulkan bahawa wanita solehah mempunyai ciri-ciri seperti:\n\nBahagianya seorang suami selepas bertaqwa kepada Allah adalah memiliki seorang isteri yang solehah. \n\n\u0623\u064e\u0644\u0627\u064e \u0623\u064f\u062e\u0652\u0628\u0650\u0631\u064f\u0643\u064e \u0628\u0650\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0643\u0652\u0646\u0650\u0632\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u0621\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0631\u0652\u0623\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u064e\u0629\u064f \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0638\u064e\u0631\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0631\u064e\u0651\u062a\u0652\u0647\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0637\u064e\u0627\u0639\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u063a\u064e\u0627\u0628\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0641\u0650\u0638\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f\n\nWanita solehah tidak mudah terpesona dengan godaan dunia. Apabila dipandang, ia menenangkan. Dan apabila berpergian, dia menjaga maruah dirinya itu. \n\n\u062a\u0632\u0648\u062c\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0648\u062f\u0648\u062f \u0627\u0644\u0648\u0644\u0648\u062f \u0641\u0627\u0646\u064a \u0645\u0643\u0627\u062b\u0631 \u0628\u0643\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0645\u0645\u201cNikahilah wanita yang penyayang dan subur. Kerana aku berbangga dengan banyaknya umatku.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Abu Dawud)\n\nKetiga, kita digalakkan untuk menikahi wanita yang subur. Kunci kebahagian rumah tangga adalah apabila mana-mana pasangan mendapatkan cahaya mata. \n\nBahkan dengan hadirnya zuriat juga, ini akan menguatkan lagi hubungan di dalam perkahwinan tersebut.\u00a0\n\nJusteru itu galakan untuk lelaki mengahwini wanita yang subur adalah boleh melahirkan ramai anak bagi\u00a0meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. \n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0631\u064e\u0627\u062f\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0644\u0652\u0642\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0637\u064e\u0627\u0647\u0650\u0631\u064b\u0627 \u0645\u064f\u0637\u064e\u0647\u064e\u0651\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u062a\u064e\u0632\u064e\u0648\u064e\u0651\u062c\u0652 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u0631\u064e\u201cBarang siapa yang mahu menghendaki Allah dalam keadaan suci dan disucikan, maka hendaklah dia mengawini wanita merdeka.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Ibnu Majah)\n\nKeempat, mencari pasangan atau calon suami / isteri yang bujang. Jangan mencari jodoh yang sudah menikah sama ada lelaki atau perempuan. \n\n\u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0628\u0650\u064a\u0639\u064e \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0639\u0650 \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064d \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062e\u0652\u0637\u064f\u0628\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u064f\u0644\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u062e\u0650\u0637\u0652\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u062e\u0650\u064a\u0647\u0650 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064e\u062a\u0652\u0631\u064f\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0627\u0637\u0650\u0628\u064f \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0648\u0652 \u064a\u064e\u0623\u0652\u0630\u064e\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0627\u0637\u0650\u0628\u064f\u201cSesama mukmin adalah bersaudara, maka baginya tidak halal menawar barang yang telah ditawar (dibeli) oleh saudaranya dan tidak halal meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya, kecuali bila saudaranya telah membatalkan pinangan.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)\n\nKelima, jangan kita meminang di atas pinangan orang lain. Hukumnya boleh jatuh haram sekiranya kita memiliki empat ciri-ciri ini iaitu:\n\nSekiranya ciri-ciri di atas tadi tidak ada pada diri kita, maka ia tidak termasuk dalam pengharaman yang disebutkan itu. \n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062a\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0648\u0652\u0646\u064e \u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u062e\u064f\u0644\u064f\u0642\u064e\u0647\u064f \u0641\u064e\u0632\u064e\u0648\u0650\u0651\u062c\u064f\u0648\u0647\u064f\u060c \u0625\u0650\u0644\u0627 \u062a\u064e\u0641\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f\u0648\u0627 \u062a\u064e\u0643\u064f\u0646\u0652 \u0641\u0650\u062a\u0652\u0646\u064e\u0629\u064c \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0641\u064e\u0633\u064e\u0627\u062f\u064c \u0639\u064e\u0631\u0650\u064a\u0636\u064c\u201cJika datang kepada kamu sesiapa yang kamu reda akan agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia. Jika kamu tidak melakukannya maka ia akan menjadi fitnah di bumi dan juga akan berlaku keburukan.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Al-Tabarani)\n\nKeenam, menerima pinangan yang kita redha calonnya mempunyai agama dan akhlak yang baik. \n\nDalam hal ini, pernahkan anda terfikir mengapa agama dan akhlak disebutkan secara berasingan dan bukannya sekali atau salah satu daripadanya sahaja? Apakah bezanya agama dan akhlak?\n\nJawapnya, orang yang beragama tidak semestinya ia berakhlak. Sebaliknya, orang yang berakhlak pasti mereka beragama. \n\nContohnya, seseorang yang rajin solat, selalu berjemaah di masjid, ringkasnya bila sebut bab agama dia memang bagus.\n\nNamun begitu, bila berbicara suaranya suka meninggi, menguriskan hati orang lain, menghina, mengherdik, dan mudah berkasar dengan perbuatannya kepada orang lain. \n\nDi sinilah yang kita perlu kenal pasti calon yang terbaik dari akhlak dan agamanya. \n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0646\u0652\u0643\u0650\u062d\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u0670\u062a\u0650 \u062d\u064e\u062a\u0651\u0670\u0649 \u064a\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064e\u0651 \u06d7 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627\u064e\u0645\u064e\u0629\u064c \u0645\u064f\u0651\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064e\u0629\u064c \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0651\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0651\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0627\u064e\u0639\u0652\u062c\u064e\u0628\u064e\u062a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06da \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0646\u0652\u0643\u0650\u062d\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u062d\u064e\u062a\u0651\u0670\u0649 \u064a\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u06d7 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064c \u0645\u064f\u0651\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064c \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0651\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064d \u0648\u064e\u0651\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0627\u064e\u0639\u0652\u062c\u064e\u0628\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7 \u0627\u064f\u0648\u0644\u0670\u06e4\u0649\u0650\u0655\u0643\u064e \u064a\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650 \u06d6 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u064a\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u0652\u0653\u0627 \u0627\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0628\u0650\u0627\u0650\u0630\u0652\u0646\u0650\u0647\u0656\u06da \u0648\u064e\u064a\u064f\u0628\u064e\u064a\u0650\u0651\u0646\u064f \u0627\u0670\u064a\u0670\u062a\u0650\u0647\u0656 \u0644\u0650\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u062a\u064e\u0630\u064e\u0643\u064e\u0651\u0631\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u08d6 \u2013 \u0662\u0662\u0661\u201cDan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik meskipun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu nikahkan orang (laki-laki) musyrik (dengan perempuan yang beriman) sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya laki-laki yang beriman lebih baik daripada laki-laki musyrik meskipun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. (Allah) menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia agar mereka mengambil pelajaran.\u201d \n\nAkhir sekali, jangan berkahwin dengan pasangan yang melakukan syirik kepada Allah. Allah SWT memerintahkan orang lelaki dan perempuan yang beriman untuk memilih pasangannya dalam kalangan orang yang beriman juga.\n\nDalam masa yang sama tidak memilih daripada golongan yang musyrik walaupun yang musyrik tersebut menarik perhatian mereka.\n\nSelain dari panduan hadis memilih pasangan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan perkahwinan seperti:"
"Apabila anda disahkan mengandung, pastinya anda berasa sangat bahagia dan teruja. Tak kisah sama ada kandungan tersebut adalah yang pertama atau yang kelima, pastinya kehadiran bayi dalam rahim anda akan membuatkan anda mengucapkan kesyukuran kepada Allah.\n\nSebaik sahaja disahkan mengandung pastinya anda akan mula melakukan persediaan untuk melalui tempoh bersalin dan dalam masa yang sama bersedia untuk kelahiran dan bertemu dengan ahli keluarga baru yang ditunggu.\n\nSalah satu daripada persediaan bagi masyarakat melayu ialah untuk mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah sebagai tanda kesyukuran di atas kelahiran yang selamat.\n\nBagi ibu bapa yang menyambut anak pertama mungkin anda tertanya-tanya apakah yang perlu disediakan memandangkan ini adalah pengalaman pertama anda. Jika ini adalah anak anda yang kedua atau ketiga, mungkin juga anda sudah terlupa memandangkan sudah lama tidak menimang cahayamata.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips dan panduan untuk mengadakan majlis cukur rambut yang paling praktikal untuk anda amalkan. Insya Allah dengan panduan dan tipscukur bayi\u00a0 yang akan kami berikan sebentar lagi, pastinya majlis anda akan berjalan dengan lancar dan menjadi sebutan para tetamu untuk masa yang lama.\n\nApakah hukum cukur rambut bayi yang baru lahir?\n\nMenurut sudut pandangan islam mencukur rambut bayi yang baru lahir adalah sunat. Ia bukanlah sesuatu yang wajib, namun ibu bapa yang mencukur rambut bayinya yang baru lahir akan mendapat pahala. Dalam budaya masyarakat melayu, mencukur rambut bayi yang baru lahir adalah seolah-olah satu kewajipan lalu menyebabkan setiap ibu bapa berusaha untuk mengadakan majlis tersebut.\n\nMajlis cukur rambut juga biasanya dilakukan sekali dengan majlis aqiqah. Secara positifnya, ibu bapa yang mengadakan majlis cukur rambut akan mendapat pahala yang banyak dengan menjamu para tetamu makan. Sedekah dalam bentuk makanan adalah salah satu bentuk sedekah yang paling afdal di dalam islam.\n\nKebiasaannya, menurut adat orang dulu-dulu, bayi perempuan akan disunatkan pada hari yang sama dia dicukur rambut dan diaqiqahkan. Bayi akan disunat oleh bidan atau orang tua yang berpengalaman. Namun pada hari ini kebanyakan ibu bapa memilih untuk menyunatkan anak di klinik oleh doktor yang bertauliah.\n\nBilakah waktu yang paling afdal untuk mencukur rambut bayi?\n\nWaktu yang terbaik untuk mencukur rambut bayi adalah pada hari ketujuh selepas kelahiran. Malah biasanya nama bayi juga diberikan pada hari ini. Walau bagaimana pun tidak menjadi masalah untuk melakukan upacara mencukur rambut bayi pada tarikh yang lain. Di Malaysia, kebiasaannya majlis cukur jambul dilakukan setelah habis pantang iaitu selepas 44 hari bagi memastikan bayi sudah matang dan cukup besar dengan antibodi yang sudah kuat untuk berjumpa dengan para tetamu.\n\nApa yang lebih penting, ibu juga sudah boleh memakan lauk yang disediakan semasa majlis berjalan. Kalau majlis cukur rambut dilakukan pada hari ketujuh, ini bermakna si ibu masih berpantang dan hanya mampu melihat lauk-pauk yang dijamu tanpa peluang untuk merasa.\n\nPerlukah seluruh rambut bayi dibotakkan atau cuma sedikit rambut dibuang adalah mencukupi?\n\nDi antara soalan yang sering diutarakan berkenaan upacara mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan adalah sama ada wajib untuk membotakkan seluruh rambut bayi atau cukup setakat memotong sedikit rambutnya? Jawapan untuk soalan ini ialah hukum membotakkan seluruh kepala bayi yang baru dilahirkan adalah sunat, bukannya wajib. Ini bermaksud ibu bapa tidak akan menanggung dosa sekiranya tidak membotakkan rambut anaknya yang baru lahir namun jika dibotakkan, ibu bapa tadi akan mendapat pahala.\n\nDari sudut pandangan orang lama dan tradisi masyarakat melayu, rambut bayi yang barul lahir perlu dibotakkan dan semua rambut yang keluar dari perut perlu dibotakkan. Ini kerana rambut tersebut dianggap sebagai tidak bersih malah jika dibiarkan akan menjadi rambut yang tidak berapa cantik serta mudah rosak dan cepat beruban.\n\nOrang tua juga percaya bahawa rambut dari dalam perut yang tidak dibotakkan akan cepat gugur lalu menyebabkan masalah keguguran rambut sehingga botak apabila bayi tersebut tua kelak.\n\nAdakah wajib menyedekahkan emas dengan nilai timbangan rambut yang dicukur seperti amalan biasa masyarakat kita?\n\nPastinya anda biasa mendengar amalan menimbang rambut bayi yang dicukur dan dinilaikan dengan harga emas atau perak semasa. Anda tertanya-tanya adakah ia wajib untuk dilakukan? Hukum untuk melakukan perkara tersebut adalah sunat dan bukannya wajib.\u00a0Ini selari dengan sebuah hadis di mana Rasulullah s.a.w. bersabda:\u00a0\u201c\n\nTiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.\u201d\u00a0(Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Tirmidzi)\n\nIslam adalah agama yang indah. Tidak mungkin agama kita mewajibkab ibu bapa untuk bersedekah emas atau perak mengikut berat timbangan rambut bayi yang dicukur kerana ianya mungkin membebankan ibu bapa dari segi kewangan. Jika anda mampu, bolehlah bersedekah kepada fakir miskin. Jika tidak mampu, cukup jika anda tanam rambut tadi di tempat yang bersih dan sesuai.\n\nItulah dia info tentang cukur rambut bayi: tips dan panduan perlu anda tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips turunkan demam kuning bayi, masalah bayi mempunyai tongue tie, dan petua bayi yang karut."
"Bayi mengalami perkembangan paling pantas pada tahun pertama dalam hidupnya. Sebagi ibu bapa, anda pasti teruja melihat tumbesaran dan perubahan drastic yang bayi anda tunjukkan.\n\nMalah, pada usia bayi 2 bulan juga telah banyak perkara baru yang bayi anda belajar dan lakukan. Pada usia ini, bayi sudah mula mempunyai personality dan sudah tahu menunjukkan reaksi suka dan tidak suka kepada sesuatu perkara.\n\nUntuk bayi yang berusia 2 bulan, inilah perubahan yang telah dialami oleh bayi anda dan milestone yang patut dicapai olehnya pada usia ini.\n\n1) Otot tengkuk dan kawalan kepala\n\nBayi yang berusia 2 bulan sudah mula mengawal badannya dan mengangkat kepala dengan stabil apabila anda meletakkannya dalam posisi meniarap atau semasa anda mendukungnya.\n\nKoordinasi pergerakan bayi pada usia ini lebih baik berbanding sebulan yang pertama. Mereka sudah mampu melakukan aksi \u2018push up\u2019 semasa meniarap. Pergerakan kaki dan tangan mereka juga lebih lancar dan mantap.\n\nBayi pada usia ini sudah pandai memusingkan badannya. Namun, mereka masih belum mampu untuk meniarap sepenuhnya.\n\nPada ketika ini, bayi sudah mula mempunyai refleks menghisap yang lebih kuat. Itulah sebabnya mereka mula menghisap jarinya sebagai terapi diri iaitu satu cara untuk menenangkan dirinya sendiri.\n\nBayi secara semulajadi memang kerap menggenggam tangannya. Pada usia 2 bulan, si kecil anda anda mula mengetahui bagaimana untuk melepaskan genggamannya dan mungkin juga belajar untuk melambai.\n\nAnak anda juga akan mula mengeluarkan air liur. Tetapi ini bukan bermakna yang dia akan mula tumbuh gigi, kerana ia biasanya hanya terjadi pada usia 4 bulan.\n\nPada usia 2 bulan, bayi sudah boleh melihat dari jarak 60cm dari mukanya. Dia juga boleh membezakan antara\u00a0warna\u00a0dan mudah tertarik pada warna yang terang\u00a0atau pada objek yang berbeza bentuk.\n\nWalaupun dia mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk membezakan tona warna yang hampir sama, seperti merah dan oren, tapi anda sudah boleh menunjukkan flash card, mainan, buku, atau gambar objek berwarna hitam putih atau kontra warna yang berbeza.\n\nPada usia 2 bulan, si kecil sudah boleh membezakan antara suara yang sering didengarinya seperti suara ibu dan ayah. Dia kini sudah menjadi pendengar yang baik. Apabila mendengar sesuatu, terutamanya suara anda, dia akan memberikan respon\u00a0dengan\u00a0memalingkan wajahnya\u00a0ke arah sumber bunyi. Malah, bayi juga akan lebih tenang bila dapat mendengar suara yang dia kenali.\n\nOleh sebab itu, anda boleh kerap berkomunikasi dengan bayi seawal usia 2 bulan. Semakin banyak anda\u00a0bercakap atau menyanyi pada si kecil, semakin cepat dia belajar untuk mengenal suara anda.\n\nOleh kerana penglihatannya semakin terang, bayi anda kini sudah boleh mengenal dan cam wajah orang di sekelilingnya. Dia juga boleh ingat wajah-wajah yang biasa dengannya seperti wajah ibu, ayah atau pengasuhnya. Anda sudah boleh bermain \u2018peek-a-boo\u2019 atau \u2018baa-cak\u2019 dengan bayi anda pada usia ini.\n\nAntara pencapaian terbesar bagi bayi berusia 2 bulan adalah senyuman. Bayi anda sudah mula memberikan senyumannya yang pertama. Anda juga boleh menggalakkannya tersenyum dengan membuat memek muka lucu kepada bayi anda.\n\nBayi anda pada usia ini juga akan mula menangis atau meragam apabila dia berasa\u00a0bosan\u00a0atau tidak mendapat perhatian dan sentuhan yang cukup. Jika anda perasan tentang hal ini, anda bolehlah penuhi keinginannya dengan bermain bersama bayi anda.\n\nWalaupun cara komunikasi utama bayi anda\u00a0pada umur ini adalah menangis, anda juga akan mula mendengar beberapa bunyi lain pada fasa ini.\u00a0Oleh sebab itu, penting untuk anda selalu bercakap dengannya, walaupun bayi anda masih belum boleh memberi respon yang baik atau membalas percakapan anda.\n\nJika anda kurang pasti apa yang mahu diperkatakan kepada bayi berusia 2 bulan, ikuti tips ini:\n\nWalaupun bayi anda belum boleh bercakap dan berkomunikasi dengan baik untuk menyatakan perasaannya sama ada suka atau tidak suka, namun, sebagai ibu ayah anda boleh belajar dan cuba memahami isyarat yang diberikan oleh si kecil anda.\n\nBayi berusia 2 bulan memerlukan tidur selama 15 ke 16 jam sehari dan selalunya bangun untuk minum susu setiap tiga jam. Namun begitu, bagi bayi yang minum susu ibu sepnuhnya, penyusuan adalah mengikut kehendak bayi (breastfeeding on demands). Tidak ada pola penyusuan yang tetap untuk bayi anda.\n\nPada usia ini, waktu tidur bayi anda mungkin masih tidak menentu. Mungkin mereka akan berjaga sepanjang malam dan tidur sepanjang siang. Bagi ibu bapa yang bernasib baik, bersyukurlah jika bayi anda tiada masalah untuk tidur pada siang dan malam hari.\n\nJika anda perasan beberapa tanda keletihan atau isyarat tidur seperti di atas, maka anda perlu memenuhi keperluannya dan membantunya untuk tenang sebelum dia penat, meragam dan mula menangis. Penting untuk meletakkan bayi anda tidur dalam keadaan menelentang (bukan meniarap) untuk mengurangkan risiko sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS).\n\nAnda juga perlu mengalihkan semua objek lembut dari katil bayi anda, seperti bantal, selimut dan anak patung. Ini adalah kerana semua objek ini berisiko menelangkup muka bayi anda dan menyebabkannya lemas ketika tidur.\n\nAnda perlu ingat bahawa kemampuan setiap bayi adalah berbeza dan tersendiri. Mereka akan mencapai peringkat-peringkat tersebut mengikut jadual yang tersendiri.\u00a0 Jangan risau andai perkara-perkara yang kami nyatakan di atas masih lagi belum dicapai oleh bayi anda. Teruskan merangsang perkembangannya. Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan perkembangan bayi anda, jangan segan untuk merujuk doktor yang berhampiran.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Perkembangan Bayi 2 Bulan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Resepi yang ingin kami kongsi kali ini ialah resepi lejen yang semestinya semua orang tahu. Namun resepi diolah sedikit untuk dapatkan citarasa blueberry tersebut.\n\nButter murni ialah amat penting sebagai bahan asas membuat kek butter. Selain itu, bahan-bahan lain seperti telur, tepung gandum dan susu pekat juga tidak kalah penting. Dan inti blueberry ialah bahan utama kita pada perkongsian resepi kali ini.\n\nMesti anda teringin merasa blueberry butter cake bukan? Doh yang lembut manis serta inti blueberry yang lazat jadikan kek ini amat sesuai untuk minum petang. Mari cuba buat kek butter blueberry. Berikut resepi yang dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di laman Facebook.\n\nSelain blueberry butter cake, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Salmon\u00a0adalah nama biasa bagi beberapa spesies\u00a0ikan\u00a0dari keluarga\u00a0Salmonidae. Salmon hidup di lautan Atlantik dan\u00a0Lautan Pasifik, selain di tasik-tasik besar.\n\nSecara tipikal, salmon adalah\u00a0anadromous iaitu\u00a0ia menetas di\u00a0air tawar, berpindah ke\u00a0laut, kemudian kembali semula ke air tawar untuk\u00a0membiak. Walau bagaimana pun, terdapat spesies yang hanya mampu hidup di habitat air tawar.\n\nDi antara nutrisi yang \u00a0dianggap paling berguna dalam ikan salmon adalah asid\u00a0lemak Omega 3 dalam bentuk eikosapentatonik asid (EPA) dan asid dokosaheksanoik (DHA). Selain itu, nutrisi lain ikan salmon ialah vitamin B2 (riboflavin) dan B12, vitamin D, kalsium, fosfor, dan mineral seperti zat besi, seng, yodium, magnesium dan kalium, selenium.\n\n1. Baik untuk ibu mengandung & bayi dalam kandungan\n\nIkan salmon\u00a0merupakan salah satu makanan yang mempunyai sumber protein yang tinggi dan juga\u00a0asid lemak Omega 3\u00a0yang amat diperlukan sebagai nutrien penting untuk perkembangan badan. Omega 3 juga penting dalam perkembangan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu hamil.\n\nBerbanding ikan laut dalam lain,\u00a0salmon\u00a0mengandungi jumlah\u00a0merkuri\u00a0yang lebih rendah sekaligus mengelakkan risiko gangguan pada proses pengembangan sistem saraf bayi.\n\n2. Mencegah kemurungan dan menjadikan anda lebih bahagia\n\nKemurungan adalah satu masalah jiwa yang serius. Ia merujuk kepada orang yang mengalami mood tidak baik, kesedihan, kurang tenaga dan hilang minat pada kehidupan. Kajian mendapati bahawa orang yang makan ikan salmon dengan kerap kurang mengalami masalah kemurungan ini. Perkara ini berlaku kerana asid lemak omega-3 yang terkandung di dalam ikan boleh melawan kemurungan dan boleh menggantikan ubat antidepressant.\n\nBagi kanak-kanak, manfaat salmon terutamanya untuk membantu meningkatkan perkembangan otak mereka. Ini berlaku kerana kandungan omega-3 EFA yang terkandung dalam ikan salmon.\n\nBukan sahaja berguna untuk perkembangan otak kanak-kanak, asid lemak omega-3 dalam ikan salmon juga mungkin berguna untuk mereka yang mengalami gangguan defisit perhatian (ADHD). Pengambilan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan gejala gangguan ini.\n\n4. Mencegah penyakit jantung dan strok\n\nSakit jantung dan stok merupakan dua penyebab kematian di dunia. Manakala, ikan salmon pula dikatakan sebagai makanan terbaik untuk menjaga kesihatan jantung anda. Tidak mengejutkan bahawa sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa orang yang kerap makan ikan salmon mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat serangan sakit jantung berbanding dengan orang yang tidak memakannya.\n\nRisiko strok dan masalah jantung yang lain juga mengalami penurunan. Dalam satu kajian ke atas 40,000 orang lelaki di AS, mendapati bahawa orang yang makan 1 atau lebih sajian berasaskan ikan salmon setiap minggu mempunyai 15% lebih rendah dalam mengalami masalah jantung.\n\nPara pengkaji mempercayai bahawa ikan salmon yangberlemak lebih berkhasiat untuk kesihatan jantung kerana mengandungi asid lemak omega-3.\n\n\u00a05. Membantu proses pertumbuhan dan pembesaran\n\nAsid lemak omega-3 sangat penting dalam proses pertumbuhan dan pembesaran. DHA yang terkandung di dalamnya memainkan peranan yang penting kepada perkembangan otak dan mata. Oleh sebab itu, para ibu yang sedang mengandung atau menyusu digalakkan untuk mendapat bekalan lemak asid omega-3 dengan mencukupi.\n\n6. Membantu penghasilan hormon & menstabilkannya\n\nSalah satu fungsi utama vitamin D adalah penghasilan hormon. Ikan salmon adalah salah satu sumber vitamin D. Sekiranya anda jarang mendapat cahaya matahari, maka kerapkan makan ikan salmon.\n\n7. Mencegah\u00a0penyakit Auto-Imun, termasuk diabetes Tahap 1\n\nPenyakit auto-imun merujuk kepada sejenis penyakit di mana sistem imun melawan tisu badan dengan tidak terkawal. Contoh yang mudah adalah kencing manis tahap 1, yang melibatkan sistem imun melawan sel yang menghasilkan insulin di dalam buah pinggang.\n\nBeberapa kajian telah mendapati bahawa pengambilan omega-3 dalam ikan salmon membantu mengurangkan risiko kencing manis tahap 1 pada kanak-kanak mahupun dewasa.\n\n8. Mencegah penyakit lelah (asma) pada kanak-kanak\n\nAsma atau lelah adalah penyakit yang berlaku kerana keradangan kronik pada saluran pernafasan.\u00a0Kajian mendapati bahawa pengambilan ikan salmon dengan kerap boleh mengurangkan risiko mendapat asma sebanyak 24% pada kanak-kanak.\n\nMelalui Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon ni, boleh melindungi sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk membantu kulit lebih sihat.\n\nOmega-3 dan DHA yang banyak terdapat dalam ikan salmon boleh membantu mengelakkan masalah mata kering yang teruk. Omega-3 ini juga membantu mengurangkan keradangan mata.\n\nSatu jenis penyakit yang dikenali sebagai macular degeneration adalah penyebab kepada rabun dan buta, biasanya akan berlaku pada orang yang sudah berusia. Terdapat beberapa bukti yang menyatakan ikan dan lemak asid omega-3 boleh memberikan pelindungan daripada mendapat penyakit ini.\n\nDalam satu kajian yang lain, pengambilan ikan yang kerap boleh mengurangkan risiko penyakit ini sebanyak 42% bagi wanita. Kajian yang lain pula mendapati bahawa pemakanan ikan seminggu sekali boleh mengurangkan risiko penyakit yang sama sebanyak 53%.\n\nMasalah atau gangguan tidur telah menjadi satu masalah biasa di seluruh dunia. Terdapat banyak sebab yang membawa kepada masalah ini, sebagai contoh banyak terdedah pada sinaran cahaya biru. Pada masa yang sama, para pengkaji mempercayai bahawa kekurangan vitamin D turut memainkan peranan yang penting dalam kes ini.\n\nDalam satu kajian selama 6 bulan ke atas seorang lelaki berusia 95 tahun, mendapati bahawa dengan pemakanan ikan salmon 3 kali seminggu membawa kepada peningkatan kualiti tidur.\n\n13. Meningkatkan grey matter di dalam otak dan melindunginya daripada nyanyuk atau\u00a0alzheimer\n\nSalah satu masalah menjadi tua adalah nyanyuk dan menjadi\u00a0 lebih serius kepada penyakit neurodegenerative seperti Alzheimer. Berdasarkan beberapa kajian, orang yang banyak makan ikan salmon boleh mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat masalah kognitif.\n\nIanya berkait rapat dengan\u00a0grey matter\u00a0di dalam otak. Grey matter memainkan peranan penting dalam fungsi tisu otak, mengandungi neuron yang memproses maklumat, menyimpan memori dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan ikan salmon setiap minggu mempunyai grey matter lebih banyak.\n\nItulah dia khasiat ikan salmon yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Jika anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat rambutan, khasiat ikan haruan, dan khasiat ikan keli"
"Anda pernah mencuba minuman yang semakin popular dan viral iaitu susu badam? Di pasar raya juga ada dijual dalam bentuk kotak. Namun kita tak tahu kandungan sebenar minuman tersebut. Pastinya bahan pengawet dan gula dimasukkan sekali.\n\nTinggal lebih kurang 2 bulan lagi umat Islam akan menyambut bulan puasa. Kalau sediakan minuman susu badam ni untuk berbuka pasti menyelerakan. Rasanya bukan saja enak, berkhasiat tetapi juga mengenyangkan. Nak tahu resepinya?\n\nPenulis ingin berkongsi resepi mudah untuk membuat susu badam ni. Anda hanya perlukan lebih kurang 300 gram badam mentah (raw almond). Bukan yang telah dipanggang atau disangai ye! Kemudian, rendamkan badam tersebut dengan 5 cawan air suam. Biarkan semalaman.\n\nEsoknya, buang air rendaman dan basuh semula badam tersebut. Lepas tu, kisar badam tersebut dengan 4 setengah cawan air suam hingga halus. Apabila kisaran bertukar menjadi warna putih dan sudah halus, anda perlu menapisnya atau perah guna kain bersih.\n\nSusu badam boleh dinikmati begitu saja atau dijadikan smoothie dengan mencampurkan buah-buahan. Untuk rasa yang lebih enak dan berlemak, masukkan sedikit garam dan esen vanila. Boleh juga dinikmati dengan puri kurma atau buah strawberi.\n\nPastinya tekak berasa nikmat saat anda menghirupnya. Anda boleh menikmatinya secara panas atau pun sejuk. Rasanya yang pekat dan berlemak pastinya membuat anda ketagih untuk meminumnya.\n\nYang lebih menarik, susu badam boleh dijadikan sebagai pengganti santan dalam masakan. Anda juga boleh menggunakan susu badam untuk menghasilkan kuih dan kek. Wah, menariknya.\n\nJangan pula dibuang serdak badam yang ditapis untuk mengambil susunya. Ia kaya dengan serat dan nutrien-nutrien lain. Anda boleh jadikannya bahan untuk buat lempeng, roti, kek, biskut dan sebagainya. Malah, ia juga boleh dijadikan masker wajah.\n\nDalam artikel ni, penulis nak berkongsi beberapa khasiat yang terkandung dalam minuman susu badam. Malah, penulis juga amat suka minum susu badam sewaktu sarapan. Sebenarnya, banyak khasiat yang terkandung dalam minuman ni.\n\nBagi sesiapa yang sedang berdiet, minuman susu badam sangat sesuai dijadikan diet harian. Ini kerana ianya rendah kalori berbanding hanya minum susu lembu dan susu kambing. Walaupun sebenarnya, badam mempunyai kalori yang tinggi, tapi selepas dikisar, hanya tinggal sedikit kalori.\n\nSecawan susu badam tanpa gula mempunyai 30 hingga 50 kalori saja berbanding susu lembu yang berkalori 146. Oleh itu, pengambilan kalori harian dapat dikurangkan.\n\nSelain dijadikan minuman, susu badam boleh dipelbagaikan cara pengambilannya. Biasanya kita makan oats, muesli atau granola dengan susu. Dengan adanya susu badam, anda boleh menggantikannya dengan susu lembu.\n\nMalah, anda juga boleh gantikan krimer, susu pekat atau susu pekat dengan susu badam semasa minum teh dan kopi. Malahan, sebagai pencuci mulut anda boleh jadikan susu badam sebagai ais krim, puding, yogurt dan sebagainya. Lebih sihat dan bekhasiat.\n\n#3 Baik untuk Pesakit Ginjal dan Diabetes\n\nBagi pesakit diabetes dan ginjal, mereka perlu mengehadkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian. Antara cara terbaik yang boleh dilakukan ialah menggantikan pengambilan susu dengan susu badam.\n\nSecawan susu badam tanpa gula hanya mengandungi 1 hingga 2 gram karbohidrat, namun kaya serat. Manakala secawan susu lembu tanpa gula pula mengandungi 13 gram karbohidrat, tetapi kaya dengan gula.\n\nAda orang yang mengamalkan konsep vegetarian atau vegan atas faktor agama, kesihatan, cara hidup dan sebagainya. Disebabkan susu badam berasaskan tumbuhan sepenuhnya, mereka boleh meminumnya untuk menggantikan susu haiwan.\n\nBagi pengamal vegetarian, mereka sering minum soya untuk mendapatkan khasiat protein. Namun, ada yang alah kepada makanan atau minuman yang berasaskan soya. Oleh itu, susu badam merupakan alternatif terbaik.\n\nVitamin D penting untuk kesihatan jantung, fungsi imun badan, kurangkan risiko kanser, tekanan darah tinggi, lemah otot, kesuburan dan jangkitan penyakit.\n\nSebenarnya tubuh kita mampu menghasilkan vitamin D secara semula jadi apabila terdedah kepada sinar matahari. Namun, hampir separuh orang tak mendapatnya disebabkan warna kulit, gaya hidup, tekanan kerja dan tinggal di kawasan yang terhad pancaran matahari.\n\nNamun, susu badam perlu ditambah dengan makanan lain untuk mendapatkan khasiat vitamin D. Misalnya dengan mencampurkannya dengan jus buah-buahan, keju, yogurt dan makanan lain yang mempunyai vitamin D.\n\nBerbanding vitamin D yang perlu ditambah dengan makanan lain untuk mendapatkan khasiatnya, susu badam amat tinggi dengan vitamin E. Secawan susu badam menyumbang 20 hingga 50 peratus pengambilan vitamin E dalam diet harian.\n\nVitamin E kaya dengan antioksidan yang dapat menyingkirkan bahan-bahan toksik dalam badan. Ia baik untuk kesihatan mata, perkembangan otak dan dapat mengurangkan risiko penyakit alzheimer.\n\nSeperti juga susu lembu dan kambing, susu badam juga tinggi kalsium. Secawan susu badam dapat menyumbang 20 hingga 45 peratus keperluan kalsium dalam diet harian.\n\nKalsium amat baik untuk perkembangan dan kekuatan tulang. Ia dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan penyakit osteoporosis atau kerapuhan tulang.\n\nAda sesetengah orang yang akan mengalami masalah \u2018lactose intolerance\u2019 setiap kali minum susu. Keadaan ini bermaksud mereka tak mampu mencerna laktosa iaitu gula yang terdapat dalam susu tersebut.\n\nBiasanya masalah ni akan menyebabkan perut kembung, sakit perut, cirit-birit dan buang angin berlebihan. Bagi yang ada masalah ni, jangan risau! Susu badam bukannya susu yang mengandungi sebarang lakstosa.\n\nKacang badam sangat kaya dengan minyak tidak tepu iaitu Omega 3. Omega 3 ni bagus dalam membantu perkembangan otak anak-anak. Jadi, ibu bapa boleh memberikan susu badam kepada anak-anak untuk membantu mereka dalam pelajaran.\n\nApabila minda dirangsang dan daya ingatan meningkat, mereka mudah menerima pelajaran. Malah, nak hafal surah dalam al-Quran pun senang.\n\nJika nak disenaraikan banyak lagi khasiat susu badam yang lain, iaitu:\n\nMenarik bukan? Jom kita ubah tabiat pemakanan yang kurang baik kepada yang lebih sihat. Jika anda tiada sebarang masalah kesihatan, boleh diselang-selikan pengambilan susu lembu dengan susu badam. Malah, anda boleh menjadikan susu badam sebagai ramuan utama dalam masakan.\n\nJemput juga baca artikel tentang khasiat daun pudina dan khasiat buah markisa"
"Almond crunchy atau yang dikenali biskut florenta diperbuat menggunakan almond. Ianya biskut yang lazim dijumpai dimana-mana negeri.\n\nResepi campak-campak dan mudah dapat menghasilkan almond crunchy yang sedap. Menggunakan paper cup sebagai bekas untuk membentukkan almond crunchy yang nipis dan rangup.\n\nAlmond crunchy sedap dijadikan kudapan hari raya. Sesuai namanya, ia amat crunchy di kunyah dan sedap. Umi Hartini Muhammad berkongsikan resepi almond\u00a0 crunchy yang mudah dan sedap di laman Facebook.\n\nTanpa tunggu lama kami hadirkan resepi almond crunchy di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nResepi Almond Crunchy @ Biskut Florentine\n\nSelain resepi crunchy almond, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mencari hidangan pencuci mulut yang mudah dan sedap? Pada perkongsian ini kami akan berkongsikan resepi pencuci mulut mudah dan sedap. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja.\n\nKalau ada tetamu tiba-tiba datang berkunjung petang-petang dan tidak tahu ingin hidangkan apa untuk pencuci mulut, bolehlah cuba menu ekspres ini. Hidangan simple tidak perlu masak gaul-gaul tapi gerenti menjadi. 3 bahan yang digunakan antaranya ialah coconut cream powder, susu dan mix fruit.\n\nRasa pencuci mulut ini amat segar dan sedap. Tampilannya amat menarik di mana kesegaran yang berasal daripada susu cair dan serbuk krim kelapa dan mix fruit yang mampu melepasudu kecilan dahaga.\n\nTanpa membuat anda tertunggu, mari cubakan resepi pencuci mulut sedap dan mudah yang dikongsikan oleh Niessa Chang\u200e di laman Facebook. Sedap dimakan sejuk-sejuk.\n\nResepi Pencuci Mulut Mudah dan Sedap\n\nSelain resepi pencuci mulut mudah dan sedap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Soto Makassar adalah sangat terkenal di negera jiran. Ianya ialah makanan khas kota Makassar. Soto sama macam sup letak daging, kacang, kicap, cili dan limau perah.\n\nJangan pelik bila dengar nama soto dan coto kerana sejatinya kedua-dua itu ialah sama. Nama umumnya ialah soto. Namun orang Makassar panggil coto.\n\nSoto Makassar merupakan menu paling dicari masa raya korban. Pertama kali makan rasa sedap sungguh. Makan dengan nasi impit baru sesuai padanannya.\n\nDi bawah ini kami tuliskan resepi soto Makassar didatangkan dari Sharifah SueSarah Syed Fadzil di laman Facebook. Sesiapa yang teringin cuba resepi baru untuk daging korban boleh masak soto Makassar pula.\n\nSelain resepi soto makassar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mencari tips mengatasi anak tidur berdengkur?\n\nJika ditanya penulis, apa yang mengganggu kualiti tidur? Jawapannya tentulah bunyi dengkuran yang menyesakkan telinga. Waktu tidur merupakan tempoh masa untuk badan dan otak berehat setelah sepanjang hari menguruskan urusan kerja di pejabat atau di rumah.\n\nKadangkala tanpa kita sedari, anak-anak kita tidur berdengkur seperti tak peduli apa yang berlaku di sekeliling. Itulah sebabnya kita beranggapan bahawa mereka tentunya penat seharian di sekolah dengan pelbagai aktiviti. Mereka menggunakan terlalu banyak tenaga untuk bersosial bersama rakan-rakan.\n\nItulah sebabnya mereka terlalu nyenyak tidur sehingga sukar dikejutkan. Malah, anda tak sampai hati pula nak kejutkan anak-anak yang sedang tidur berdengkur kerana berasa itu sesuatu yang normal. Sebenarnya tidak. Anda silap!\n\nMenurut Dr Han Hong Juan, Pakar Bedah Telinga, Tekak dan Hidung (ENT) Hospital Mount Elizabeth, Singapura, tidur yang normal ialah apabila kita tak berdengkur. Namun, jika berdengkur sekali atau 2 kali dalam setahun itu normal.\n\nNamun, jika berdengkur setiap malam, kita perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan. Ini kerana ia adalah simptom kepada apnea tidur atau gangguan tidur yang mengganggu pernafasan.\n\nDengkur berlaku apabila terdapat halangan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung. Antara sebab lain masalah berdengkur ialah polip, batang hidung yang bengkok, jangkitan sinus dan berat badan berlebihan.\n\nJika anak-anak berdengkur disebabkan hidung tersumbat dan selsema akibat cuaca sejuk, ia adalah sesuatu yang normal. Namun, jika setiap malam mereka bernafas melalui mulut dan berdengkur dengan kuat, pemeriksaan kesihatan perlu dibuat.\n\nIbu bapa perlu memberi perhatian tentang cara tidur anak-anak mereka dan juga cara dengkuran terhasil. Berikut merupakan ciri-ciri yang boleh anda perhatikan, iaitu:\n\nSebagai ibu bapa yang prihatin, anda tak boleh membiarkan masalah ni berlarutan. Impak apnea tidur boleh memberi kesan pada pelajaran, sentiasa mengantuk dan penat, masalah emosi dan sosial.\n\nBerikut ialah cara mengatasi masalah ni, iaitu:\n\nSalah satu sebab masalah berdengkur ialah berat badan berlebihan atau obesiti. Anda perlulah menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan makanan segera dan berproses dalam usaha menurunkan berat badan mereka.\n\nSentiasa ajar mereka tentang keperluan dan khasiat pemakanan seimbang. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama seperti bermain badminton, berjoging, berenang dan sebagainya.\n\nMenggunakan Alat Continuous Positive Airway Pressure (CPAP)\n\nAlat ni berfungsi memberi tekanan tinggi yang berterusan dan dapat membuka saluran pernafasan. Oleh itu, ia dapat memudahkan anak-anak menghembus angin keluar. Malahan, saluran pernafasan yang tersumbat dapat dibuka.\n\nAlat ni dapat memulihkan pernafasan dan menghilangkan masalah dengkuran. Oleh itu, kanak-kanak dapat menikmati tidur yang lebih selesa dan berkualiti.\n\nJika anda mendengar dengkuran yang kuat ketika anak sedang tidur, betulkan posisi tidur mereka. Pastikan mereka tidur secara mengiring. Elakkan tidur secara terlentang dan meniarap.\n\nGunakan bantal yang lebih tinggi lebih kurang 4 inci ke atas. Apabila posisi kepala menjadi lebih tinggi, lidah tidak akan tertolak ke belakang yang menjadi punca bunyi dengkuran.\n\nKini, terdapat banyak bantal yang direka khas untuk keselesaan tidur di pasaran. Selain bagus untuk menikmati tidur yang berkualiti, bantal jenis ni juga dapat merehatkan otot leher.\n\nDisiplinkan anak-anak agar tidur pada waktu yang sama setiap hari. Pastikan mereka tidak tidur terlalu awal atau lewat. Waktu yang terbaik adalah sekitar jam 9 malam. Pastikan waktu bangun tidur juga kekal sama seperti biasa.\n\nKebanyakan kanak-kanak yang berdengkur mempunyai masalah pada kelenjar tonsil. Ini disebabkan kelenjar tonsil dan adenoid yang besar pada bahagian tekak dan hidung. Tonsil yang membengkak akibat daripada jangkitan berulang di dalam tekak menyebabkan masalah pernafasan ketika tidur.\n\nMasalah ni sering berlaku pada kanak-kanak berusia antara 3 hingga 10 tahun. Rawatan yang boleh diberikan ialah dengan cara pembedahan bergantung kepada keseriusan masalah tersebut.\n\nJangan biarkan masalah ni berlarutan sehingga memberi kesan buruk kepada anak-anak. Bawa mereka untuk berjumpa dengan doktor ENT untuk pemeriksaan lanjut.\n\nDoktor akan membuat pemeriksaan melalui ujian endoskopi bagi melihat struktur tekak, hidung dan struktur muka. Selepas kenal pasti punca sebenar masalah, pakar akan menjalankan ujian tidur bagi memastikan apnea tidur. Hasil diagnosis akan menentukan jenis rawatan yang sesuai.\n\nIbu bapa perlulah memastikan bilik tidur anak-anak bersih daripada habuk dan kotoran. Cadar tilam dan sarung bantal perlulah ditukar dengan kerap untuk mengurangkan masalah ni.\n\nHabuk yang banyak dan bulu haiwan peliharaan akan mengganggu pernafasan kanak-kanak. Boleh juga minta mereka membersihkan bilik tidur ketika hujung minggu. Ini bukan saja akan mewujudkan persekitaran yang sihat malah mereka juga akan aktif.\n\nMeminum susu dapat memberikan tidur yang lena dan berkualiti. Ini kerana susu mengandungi triptofan iaitu bahan yang boleh merangsang hormon melatonin yang penting untuk tidur nyenyak. Malahan, boleh juga ditambah sesudu madu asli ke dalam susu suam.\n\nElakkan Makan dan Minum Secara Berlebihan Sebelum Tidur\n\nPastikan anak-anak makan sejam awal sebelum tidur. Berikan makanan yang mudah dihadam seperti pisang, betik, roti, yogurt dan sebagainya. Paling penting elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Kafein dikatakan akan menjejaskan kualiti tidur anak-anak.\n\nBuat ibu bapa, jangan ambil mudah jika anak-anak anda berdengkur dengan kuat dan sering berlaku setiap malam. Perkara ini tak boleh dipandang entang atau menjadi bahan jenaka sesama ahli keluarga.\n\nBawalah anak-anak mendapatkan rawatan jika anda berasa ada yang tak kena. Semoga artikel ni dapat memberi maklumat yang diperlukan berkaitan masalah berdengkur. Semoga bermanfaat buat kita semua.\n\nJemput juga baca artike cara dapatkan tidur yag cukup dan bayi tidur meniarap"
"Teringin makan kuih pau ayam untuk sarapan atau kudapan minum petang?\n\nJom cuba resepi kuih pau ayam lembut sedap untuk kudapan. Kuih pau diperbuat menggunakan tepung gandum, yis, gula dan baking powder.\n\nKeranakan teksturnya yang lembut dan lunak, anak-anak pun jadi suka makan pau ayam. Kuih pau ayam sedap dimakan pagi sebelum berangkat ke sekolah.\n\nMari buat pau ayam hari ini dengan resepi yang dikongsikan oleh Bahayah Bahasar di laman Facebook. Mudah amat untuk dicubakan di rumah.\n\nSelain resepi kuih pau ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jom kenali khasiat pegaga berdasarkan petua orang dulu-dulu dan juga melalui kajian saintifik yang pernah dijalankan. Jom baca.\n\nPegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica dari famili\u00a0Apiaceae/Umbelliferae adalah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan. Herba berdaun hijau berbentuk kipas ini biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia.\n\nNamun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya. Pegaga juga dikenali dengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman.\n\nImej via Gohil et al. (2010)\n\nAntara kegunaan pegaga seperti yang disyorkan oleh orang-orang lama ialah:\n\nPegaga mengandungi pelbagai nutrien seperti asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin, riboflavin, protein, gentian, zat besi, dan vitamin A.\n\nSementara bahan aktif yang ada dalam pegaga ialah saponin dalam bentuk triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), minyak mudah meruap (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik.\n\nJom ketahui apakah khasiat pegaga dan sejauh mana kenyataan ini telah dibuktikan dengan penyelidikan saintifik.\n\nPegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit dan meningkatkan peredaran darah lalu menyebabkan wajah menjadi lebih berseri. Nak kulit cantik berseri? Amalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. Resepi untuk menaikkan seri muka:\n\nDalam perubatan tradisional, pegaga digunakan untuk merawat parut pada kulit muka dan seluruh badan. Selain itu, daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat\u00a0 mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.\n\nLebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat masalah selulit yang sering dialami wanita. Sifatnya yang diuretik dan menggalakkan peredaran darah membantu menghilangkan selulit.\n\n4. Menyembuhkan luka dengan cepat dan mengelakkan parut\n\nApabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.\n\nKajian ini disokong oleh beberapa kajian praklinikal yang menggunakan formulasi pegaga dalam bentuk minyak sapuan, krim dan gel ke atas luka tikus makmal. Sebatian bernama asiaticoside yang dijumpai dalam pegaga dipercayai mencepatkan proses penyembuhan luka melalui proses keratinisasi atau penebalan sel kulit.\n\nBahan aktif pada pegaga yang meranga\u00adsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian kulit\u00a0 selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me\u00adngurangkan masalah stretch mark.\n\nSelain kajian penyembuhan luka, sebatian asiaticoside menyumbang kepada pembentukan kolagen lebih banyak yang melicinkan lagi permukaan kulit bagi mengurangkan masalah stretch mark ini. Hal ini juga berkait rapat dengan kandungan antioksidan yang tinggi dalam pegaga.\n\nAmalan meminum air rebusan pegaga atau jus pegaga dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit dari menjadi kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.\n\nMekanisme awet muda sama seperti mekanisme penyembuhan luka dan pertambahan kolagen dalam tubuh. Menariknya, selain awet muda, banyak lagi kesan kesihatan yang baik boleh dimanfaatkan melalui pengambilan pegaga ini seperti tambahan mineral dan vitamin yang membantu melawan radikal bebas yang seringkali menyebabkan penuaan sel.\n\nBukan sekadar menaikkan seri wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang\u00adkan kulit.\n\nBerdasarkan kajian penyelidik dari India, Gohil et al. pada tahun 2010, penggunaan ekstrak pegaga dengan hanya 0.2% bahan aktif asiaticoside sudah mampu memberikan kesan kekuatan regangan pada permukaan kulit yang meningkat sebanyak 57% dan\u00a0 56% hidroksiproline yang membantu kecantikan kulit dari luaran.\n\nSementara itu, para saintis berpendapat bahawa pegaga membantu menstabilkan sambungan tisu dalam saluran darah yang lemah.\n\nPegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.\n\nKajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.\n\nPegaga dilaporkan menyumbang kepada pembentukan hyaluronidase dan chondroitin sulfat pada peringkat tisu untuk menyeimbangkan sambungan jaringan tisu dan mengurangkan ketegangan pada saluran pembuluh darah.\n\n9. Melawan jangkitan bakteria dan virus\n\nSifat antibakteria yang ada pada pegaga membuat\u00adkan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan \u00adsaluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.\n\nPada tahun 2017, para penyelidik dari India, Ved Prakash dan rakan-rakan melaporkan aktiviti antimikrob ekstrak pegaga yang mampu membantutkan pertumbuhan bakteria dan kulat.\n\nSelain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama sekali untuk masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien didalamnya mampu me\u00adnyuburkan kembali rambut yang tidak bermaya. Pegaga\u00a0mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta mengelak masalah rambut yang lain.\n\nPeredaran darah yang baik di kulit kepala juga membantu meningkat\u00adkan aliran oksigen, seterusnya mengelakkan masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.\n\nPegaga boleh dimakan sebagai ulam dan jus. Rasa dan baunya boleh menambahkan selera.\n\nMenariknya, kajian klinikal yang ingin melihat perubahan mood dan selera dalam kalangan kumpulan yang diberikan ekstrak pegaga telah dilakukan ke atas individu berusia 61 tahun ke bawah.\n\nHasilnya selepas 2 bulan berturut-turut, dicatatkan perubahan yang ketara antara mereka yang mengambil sekurang-kurangnya 750 gram dos ekstrak pegaga secara harian yang memperlihatkan perubahan mood dan selera yang lebih baik.\n\n12. Mencegah masalah kekurangan nutrien di kalangan kanak-kanak\n\nDi Sri Lanka pula pegaga dijadikan bubur dan diberikan pada kanak-kanak pra sekolah untuk menghalang kekurangan nutrien.\n\nDisebabkan komposisi nutrien yang seimbang dan berkhasiat terutamanya pelbagai sebatian bioaktif vitamin dan mineral, diet pegaga dalam makanan harian boleh diamalkan oleh segenap lapisan umur untuk memastikan kesihatan sel tubuh.\n\nDi Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Ia dimakan secara segar sebagai ulam untuk menyejuk dan menyegarkan badan.\n\nSecara saintifiknya, kandungan \u00a0brahmoside dan brahminoside akan mengikat reseptor otak untuk mengurangkan rasa kelesuan badan dan mengaktifkan rasa kesegaran. Tidak hairanlah, masyarakat di negara India sudah mengamalkan pegaga sebagai ulaman sejak turun-temurun!\n\nPetua tradisional ada mengesyorkan bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.\n\nBagi komuniti saintifik, masih belum ada penyelidikan ke arah ini dilakukan menggunakan sampel pegaga.\n\nPengambilan pegaga yang terlalu banyak sehari boleh menyebabkan rasa sakit perut, mual, muntah, alahan kulit, sensasi haba dan pening.\n\nDisebabkan pegaga turut memberikan rasa penenang, pengambilan pegaga bersama ubatan moden yang bertujuan untuk tidur atau menghilangkan kegelisahan perlulah dielakkan.\n\nPesakit yang sedang mengambil ubatan yang mengandungi agen penurunan kolestrol atau terapi gula dalam darah juga dinasihatkan tidak mengambil ubatan tersebut bersama pegaga kerana dikhuatiri mengganggu keberkesanan ubatan tersebut dan menimbulkan pula kesan sampingan yang lain.\n\nItulah dia khasiat pegaga yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0 Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat lengkuas , khasiat kurma, dan khasiat lonak putih.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Ramai yang masih tak tahu apa itu cikedut? Rupanya cikedut ialah puding yang biasanya dihidangkan dalam botol kaca dan dimakan dengan cara disedut.\n\nCikedut sangat lembut. Ianya berbahan asas agar-agar. Bezanya daripada agar-agar biasa ialah, cikedut diberi susu dan perisa menyerupai aiskrim pelangi paddle pop. Terdapat banyak kreativity olahan cikedut. Namun biasanya ramai yang membuat cikedut aiskrim dan berwarna menarik umpama pelangi.\n\nKanak-kanak hingga kalangan dewasa sangat menyukai cikedut ini kerana ia sedap dan sihat. Anda yang belum pernah lagi mencubanya sila cuba resepi mudah membuat cikedut di bawah ini. Resepi perkongsian daripada Mona Dea\u200e di Facebook.\n\nProses pembuatannya sangat mudah dan tidak memakan masa. Sangat sesuai untuk para ibu yang bekerjaya yang ingin membuat puding mudah untuk anak-anak di rumah. Jika anda ingin membuat cikedut untuk niaga pun boleh juga. Namun mungkin anda perlu menggunakan botol selain kaca. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi cikedut, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Tup..tup..tup..Kita sudah sampai ke penghujung Ramadan. Bermakna, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.\n\nSegala macam persiapan telah dibuat. Sudah pasti, ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan segala persiapan buat keluarga.\n\nNamun, bagaimana pula dengan persediaan MENTAL ibu bapa dalam menguruskan anak-anak sepanjang musim perayaan ini?\n\nBagaimana cara untuk memastikan anak mengikut arahan kita?\n\nBagaimana cara untuk memastikan anak boleh duduk sopan tidak \u2018huru-hara\u2019 di rumah orang nanti?\n\nSaya pasti semua ibu bapa akan mengalami saat-saat dimana \u2018darah tinggi\u2019 naik memuncak akibat hilang kesabaran dengan perilaku anak di hadapan orang ramai.\n\nBawa bertenang semua, ikuti tips dari OT Puan Siti \u2018Aisyah tentang bagaimana menguruskan anak di hari raya yang bakal menjelma.\n\nAntara kaedah yang digunakan adalah memberi Social Story atau Cerita Sosial untuk anak-anak faham Do\u2019s and Dont\u2019s dalam setiap persekitaran.\n\nMenurut Puan Siti Aisyah, cerita sosial ini perlu dimulakan lebih awal. Tidak perlu tunggu masa hari kejadian untuk laksanakan.\n\nBagaimana cara untuk laksanakan cerita sosial ini?. Ikuti 3 langkah mudah ini:\n\nIbu bapa boleh mengajak anak-anak untuk melihat gambar terlebih dahulu berkaitan cerita sosial yang ingin dilaksanakan.\n\nLukis sahaja apa tingkahlaku atau adab sopan yang kita ingin anak-anak amalkan ketika menziarahi sanak saudara kelak.\n\nCara ini akan memudahkan mereka untuk mengingati setiap perilaku tersebut dengan baik.\n\nTerangkan apa yang dimaksudkan dengan setiap gambar yang ditunjukkan satu persatu kepada anak.\n\nIbu bapa seharusnya memberi penerangan yang ringkas dan mudah difahami oleh si anak.\n\nAjak anak untuk turut serta berbincang bersama-sama supaya dapat memberi kefahaman kepada mereka tentang tingkahlaku yang sepatutnya mereka lakukan.\n\nProses cerita ini bolehlah dilakukan beberapa kali/sesi bersama anak-anak agar mereka mudah faham dan mengingati setiap cerita sosial yang disampaikan.\n\nCerita Sosial tidak hanya terhad tentang adab yang ingin diamalkan semasa hari raya. Namun, kaedah ini juga boleh dilakukan dalam modifikasi tingkahlaku anak-anak \u00a0untuk memperbaiki tingkahlaku negatif seperti memukul, menjerit, mengigit dan sebagainya.\n\nSemoga kita sekeluarga dapat berhari raya bersama dengan gembira pada tahun ini. Selamat Mencuba!\n\nSumber: Perkongsian Puan Siti \u2018Aisyah Rozalli di laman facebook beliau."
"Kisah pemuda Ashabul Kahfi telah termaktub dalam al-Quran dalam 1 surah iaitu Surah al-Kahfi. Al-Kahfi bermaksud gua dan nama surah ini diambil sempena kisah pemuda yang tertidur di dalam gua selama beratus-ratus tahun. Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Ashabul Kahfi.\n\nIa bukan sahaja kisah sekumpulan pemuda yang menyembunyikan diri daripada kezaliman pihak penguasa, tetapi ia adalah kisah yang sangat besar iktibarnya buat kita umat Islam.\n\nAshabul Kahfi adalah kisah hidup tentang beberapa orang pemuda yang beriman kepada keesaan Allah swt pada zaman pemerintahan Raja Diqyanus (Decius) di Kota Ephesus (kini sebahagian dari Turki Moden), sekitar tahun 250 Masihi.\n\nRaja Rom yang kufur ini memerintah negaranya secara kuku besi dan zalim. Barang siapa yang menentang, pastinya diseksa dan dihukum bunuh. Raja Diqyanus juga memaksa rakyatnya untuk turut segala kehendaknya termasuklah menyatakan taat setia mereka pada tuhan pagan Rom dengan melakukan pengorbanan kepada mereka.\n\nMereka yang menolak kepada arahan ini akan diseksa dan pastinya, hukuman mati menanti mereka. Rata-rata rakyat yang amat takutkan azab pemerintah zalim ini terpaksa menurut segala kemahuan sehinggakan mereka lupa kepada azab Allah swt yang lebih berat dan nyata.\n\nNamun begitu, Allah swt hadirkan beberapa orang pemuda yang berjiwa kental yang berani menegakkan panji-panji tauhid. Keimanan pemuda-pemuda ini dinyatakan oleh Allah swt dalam firmanNya;\n\n\u0646\u0651\u064e\u062d\u0652\u0646\u064f \u0646\u064e\u0642\u064f\u0635\u0651\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0646\u064e\u0628\u064e\u0623\u064e\u0647\u064f\u0645 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u0650\u0651\u06da \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u062a\u0652\u064a\u064e\u0629\u064c \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0632\u0650\u062f\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0647\u064f\u062f\u064b\u0649\n\nMaksudnya, \u201cKami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka hidayah petunjuk.\u201d\u00a0(Surah Al-Kahfi, Ayat 13)\n\nKeyakinan pemuda-pemuda ini kepada agama tauhid akhirnya diketahui oleh Raja Diqyanus. Maka pemuda-pemuda ini dipanggil untuk menghadap raja. Dihadapan raja zalim ini, 7 pemuda tersebut dengan berani dan petah berhujah mempertahankan iman dan prinsip mereka. Allah swt berfirman;\n\n\u0648\u064e\u0631\u064e\u0628\u064e\u0637\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0630\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064f \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0644\u064e\u0646 \u0646\u0651\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u064e \u0645\u0650\u0646 \u062f\u064f\u0648\u0646\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0640\u0670\u0647\u064b\u0627\u06d6 \u0644\u0651\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0642\u064f\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0630\u064b\u0627 \u0634\u064e\u0637\u064e\u0637\u064b\u0627. \u0647\u064e\u0640\u0670\u0624\u064f\u0644\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0627\u062a\u0651\u064e\u062e\u064e\u0630\u064f\u0648\u0627 \u0645\u0650\u0646 \u062f\u064f\u0648\u0646\u0650\u0647\u0650 \u0622\u0644\u0650\u0647\u064e\u0629\u064b\u06d6 \u0644\u0651\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u064f\u0648\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645 \u0628\u0650\u0633\u064f\u0644\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u064d \u0628\u064e\u064a\u0650\u0651\u0646\u064d\u06d6 \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0638\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0645\u0650\u0645\u0651\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0641\u0652\u062a\u064e\u0631\u064e\u0649\u0670 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u0650 \u0643\u064e\u0630\u0650\u0628\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cDan Kami telah meneguhkan hati mereka sewaktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan dan\u00a0menegaskan tauhid): \u201cTuhan kami adalah Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi; kami\u00a0tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan\u00a0selain Dia, \n\nsesungguhnya\u00a0jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang\u00a0amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) \n\nSiapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah\u00a0swt?\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 14-15)\n\nBiarpun Raja Diqyanus dan pengikutnya gagal mematahkan hujah-hujah bernas tentang keesaan serta kekuasaan Allah swt seperti yang diperkatakan oleh pemuda-pemuda itu, namun raja tetap berkeras hati dan berpaling daripada mengimani kata-kata pemuda-pemuda tersebut.\n\nRaja Diqyanus menggunakan kekuasaannya dan memaksa pemuda-pemuda tersebut untuk meninggalkan agama dan keimanan mereka kepada Allah swt. Jika dalam tempoh yang diberi, pemuda-pemuda ini masih tidak meninggalkan agama tauhid, mereka akan dimurtadkan secara paksa atau dijatuhi hukuman mati.\n\nRamai mufassirin (ahli tafsir) generasi salaf dan khalaf (generasi awal Islam dan generasi yang terkemudiannya) yang menyebutkan, para pemuda tersebut terdiri daripada anak-anak raja Rom dan orang-orang terhormat di Rom. Mereka semua bersatu atas dasar iman. Mereka tidak takut dengan ancaman itu dan telah bertekad untuk saling bantu-membantu dan mempertahankan keimanan mereka.\n\nOleh kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda tersebut bermesyuarat sesama sendiri untuk mencari satu keputusan muktamad. Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung ke suatu tempat tersorok di kawasan pendalaman.\n\nBerangkatlah mereka bertujuh bersama seekor anjing ke kawasan pergunungan bernama\u00a0Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan mereka bersembunyi di dalam gua tersebut. Allah swt berfirman;\n\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u0650 \u0627\u0639\u0652\u062a\u064e\u0632\u064e\u0644\u0652\u062a\u064f\u0645\u064f\u0648\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0646\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u064e \u0641\u064e\u0623\u0652\u0648\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0647\u0652\u0641\u0650 \u064a\u064e\u0646\u0634\u064f\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064f\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0646 \u0631\u0651\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u064a\u064f\u0647\u064e\u064a\u0650\u0651\u0626\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0631\u0652\u0641\u064e\u0642\u064b\u0627 \n\nMaksudnya, \u201cDan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah swt, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna.\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 16)\n\nSebelum mereka memasuki gua tersebut, mereka telah berdoa kepada Allah swt seperti yang termaktub dalam Ayat 10, Surah al-Kahfi;\n\n\u0625\u0650\u0630\u0652 \u0623\u064e\u0648\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u062a\u0652\u064a\u064e\u0629\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0647\u0652\u0641\u0650 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0622\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0644\u064e\u062f\u064f\u0646\u0652\u0643\u064e \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0647\u064e\u064a\u0651\u0650\u0626\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0634\u064e\u062f\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201c(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: \u201cWahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).\u201d\n\nRaja telah memerintahkan agar mencari pemuda-pemuda ini. Bukan sekadar tentera yang memburu pemuda-pemuda ini, malah rakyat jelata yang berpegang teguh pada agama Pagan Rom juga turut memburu mereka. Keseluruh pelusuk tempat mereka cari, tetapi tidak menjumpai pemuda-pemuda tersebut.\n\nSehinggalah, sekumpulan pegawai kerajaan menjumpai gua tempat mereka bersembunyi. Tetapi, mereka merasa gerun dan tidak berani untuk memasuki gua tersebut.\n\nPara pegawai itu melaporkan kepada raja bahawa mereka telah menyusuri semua tempat di negeri tersebut dan telah menutup sebuah gua dengan tujuan sekiranya para pemuda tersebut berada di dalam, maka mereka tidak akan boleh keluar dan akan mati kelaparan.\n\nNamun begitu, sangkaan mereka meleset dan tidak benar sama sekali. Pemuda-pemuda itu bukan sahaja tidak mati kelaparan di dalam gua, malah, dengan kuasa Allah swt, mereka mendapat keselesaan serta keselamatan di dalam gua itu. Allah swt telah menidurkan mereka berates-ratus tahun lamanya di dalam gua itu. Allah saw berfirman;\n\n\u0641\u064e\u0636\u064e\u0631\u064e\u0628\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0622\u0630\u064e\u0627\u0646\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0647\u0652\u0641\u0650 \u0633\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0639\u064e\u062f\u064e\u062f\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cLalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya.\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 11).\n\nPara pemuda ini ditakdirkan Allah, tidur selama 309 tahun lamanya di dalam gua tersebut. Seperti mana firman Allah swt,\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0628\u0650\u062b\u064f\u0648\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0643\u064e\u0647\u0652\u0641\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u062b\u064e\u0644\u064e\u0627\u062b\u064e \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064d \u0633\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0632\u0652\u062f\u064e\u0627\u062f\u064f\u0648\u0627 \u062a\u0650\u0633\u0652\u0639\u064b\u0627 \n\nMaksudnya, \u201cDan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun).\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 25)\n\nWalaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah swt, badan dan jasad mereka tidak hancur atau rosak. Inilah salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah swt.\n\nJika difikirkan mengikut logik akal manusia semata-mata, memang kita tidak akan dapat terbayang, bagaimana manusia boleh tidur selama 309 tahun tanpa makan, tanpa minum, malah sedikitpun jasadnya tidak mereput.\n\nMalah, dengan kuasa Allah swt juga, kedudukan gua tempat persembunyian ketujuh-tujuh pemuda ini berada di sebelah utara secara tidak langsung telah memelihara pencahayaan, pengudaraan dan kesegaran tubuh mereka sepanjang 3 abad itu. Firman Allah swt;\n\n\u0648\u064e\u062a\u064e\u0631\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0634\u0651\u064e\u0645\u0652\u0633\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0637\u064e\u0644\u064e\u0639\u064e\u062a \u062a\u0651\u064e\u0632\u064e\u0627\u0648\u064e\u0631\u064f \u0639\u064e\u0646 \u0643\u064e\u0647\u0652\u0641\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0630\u064e\u0627\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u063a\u064e\u0631\u064e\u0628\u064e\u062a \u062a\u0651\u064e\u0642\u0652\u0631\u0650\u0636\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0630\u064e\u0627\u062a\u064e \u0627\u0644\u0634\u0650\u0651\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0641\u064e\u062c\u0652\u0648\u064e\u0629\u064d \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652\u0647\u064f\u06da \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u0650\u06d7 \u0645\u064e\u0646 \u064a\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u064f \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0647\u0652\u062a\u064e\u062f\u0650\u06d6 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646 \u064a\u064f\u0636\u0652\u0644\u0650\u0644\u0652 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0646 \u062a\u064e\u062c\u0650\u062f\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u064a\u0651\u064b\u0627 \u0645\u0651\u064f\u0631\u0652\u0634\u0650\u062f\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cDan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong\u00a0ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang\u00a0mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua\u00a0itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. \n\nSesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 17)\n\nPeristiwa Ashabul Kahfi menunjukkan kepada kita bahawa kekuasaan Allah swt sangat benar, haq, dan tidak dapat diragukan. Beberapa perkara yang berlaku kepada pemuda-pemuda ini telah dibuktikan selari dengan ilmu sains. Firman Allah swt;\n\n\u0648\u064e\u062a\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u064a\u0652\u0642\u064e\u0627\u0638\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0631\u064f\u0642\u064f\u0648\u062f\u064c\u06da \u0648\u064e\u0646\u064f\u0642\u064e\u0644\u0650\u0651\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0630\u064e\u0627\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0630\u064e\u0627\u062a\u064e \u0627\u0644\u0634\u0650\u0651\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u06d6 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0644\u0652\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645 \u0628\u064e\u0627\u0633\u0650\u0637\u064c \u0630\u0650\u0631\u064e\u0627\u0639\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0635\u0650\u064a\u062f\u0650\u06da \u0644\u064e\u0648\u0650 \u0627\u0637\u0651\u064e\u0644\u064e\u0639\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0648\u064e\u0644\u0651\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u0631\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u064f\u0644\u0650\u0626\u0652\u062a\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0631\u064f\u0639\u0652\u0628\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cDan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), \n\nsedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka.\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 18)\n\nDalam ayat di atas, Allah swt berfirman bahawa kuasa Allah swt telah membalik-balik tubuh pemuda-pemuda it uke kanan dan ke kirisupaya tubuh mereka tidak di makan tanah.\n\nDalam ilmu perubatan juga, para doktor akan menasihatkan pesakit mereka yang terlantar atau uzur (bed ridden) agar sentiasa menggerakkan serta mengalihkan tubuh agar tidak tetap dalam 1 posisi sahaja untuk tempoh masa yang lama. Ini kerana, jika kita hanya baring tanpa mengalih-alihkan posisi tubuh untuk tempoh masa yang lama, akan timbul komplikasi antaranya kudis tekanan. (Lihat artikel \u2018Penjagaan Pesakit Bed Ridden\u2019 di link ini https://web.facebook.com/chaku/posts/10156749840683351)\n\nDalam tempoh masa tersebut, zaman pemerintahan di Rum pun telah bertukar. Zaman kerajaan yang mengamalkan sistem kuku besi dan zalim itu telah berubah menjadi sebuah negeri yang maju dan bebas dalam menjalani keyakinan agama masing-masing.\n\nRaja dan pemerintah negeri pada waktu ini pula merupakan orang yang beriman kepada Allah swt, begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya. Selain itu, laluan pintu gua mereka yang ditutup oleh pegawai kerajaan pada zaman Raja Diqyanus (Decius), telahpun terbuka. \u00a0Terdapat seorang pemilik tanah yang mengambil keputusan untuk membuka kembali laluan yang telah ditutup selama beratus tahun\u00a0ini.\n\nSetelah 309 tahun mereka tidur, akhirnya mereka bangun dari tidur kerana perut mereka terasa lapar. Mereka tertanya-tanya sudah berapa lama mereka tidur. Ada yang menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari sahaja, ada pula yang meneka mereka tidur selama separuh hari. Firman Allah swt;\n\n\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0642\u064e\u0622\u0626\u0650\u0644\u064c \u0645\u0651\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0628\u0650\u062b\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u06d6 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627\u06df \u0644\u064e\u0628\u0650\u062b\u0652\u0646\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d\n\nMaksudnya, \u201cBerkatalah salah seorang di antara mereka: \u201cSudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)\u201d. Mereka menjawab: \u201cKita berada (di sini) sehari atau setengah hari...\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 19)\n\nKerana kelaparan, maka mereka memilih seorang daripada mereka sebagai wakil untuk keluar ke kota mencari makanan. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dahulu, mereka membawa bersama bekalan wang perak. Firman Allah swt;\n\n\u0648\u064e\u0643\u064e\u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0628\u064e\u0639\u064e\u062b\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0644\u0650\u064a\u064e\u062a\u064e\u0633\u064e\u0627\u0621\u064e\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652\u06da \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0642\u064e\u0627\u0626\u0650\u0644\u064c \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0628\u0650\u062b\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652\u06d6 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0644\u064e\u0628\u0650\u062b\u0652\u0646\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d\u06da \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0628\u0650\u062b\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0627\u0628\u0652\u0639\u064e\u062b\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0628\u0650\u0648\u064e\u0631\u0650\u0642\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0647\u064e\u0640\u0670\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0629\u0650 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0646\u0638\u064f\u0631\u0652 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0632\u0652\u0643\u064e\u0649\u0670 \u0637\u064e\u0639\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u0643\u064f\u0645 \u0628\u0650\u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u064d \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u062a\u064e\u0644\u064e\u0637\u0651\u064e\u0641\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0634\u0652\u0639\u0650\u0631\u064e\u0646\u0651\u064e \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064b\u0627. \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646 \u064a\u064e\u0638\u0652\u0647\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0631\u0652\u062c\u064f\u0645\u064f\u0648\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u064a\u064f\u0639\u0650\u064a\u062f\u064f\u0648\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0645\u0650\u0644\u0651\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0646 \u062a\u064f\u0641\u0652\u0644\u0650\u062d\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0630\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0628\u064e\u062f\u064b\u0627 \n\nMaksudnya, \u201cMaka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, \n\ndan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 19-20)\n\nDari firman Allah swt ini dapat kita bahawa betapa pemuda-pemuda ini sangat memelihara keimanan mereka. Sekalipun dalam keadaan tertekan kerana diburu oleh raja yang zalim (peristiwa yang menyebabkan mereka bersembunyi di dalam gua), namun mereka masih berusaha untuk mencari makanan yang halalal toyyiba. Ini salah satu tanda yang menunjukkan bahawa pemuda-pemuda sangat tinggi ketaqwaan mereka kepada Allah swt.\n\nWalaupun dalam firman Allah swt itu menyatakan bahawa para pemuda tadi amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak diketahui orang lain kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih lagi raja kafir yang dahulu, namun Allah swt telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukkan keagungan, kekuasaan dan kehebatanNya. Firman Allah swt;\n\n\u0648\u064e\u0643\u064e\u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u0639\u0652\u062b\u064e\u0631\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0644\u0650\u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u0650 \u062d\u064e\u0642\u0651\u064c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0627\u0639\u064e\u0629\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0631\u064e\u064a\u0652\u0628\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0630\u0652 \u064a\u064e\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627\u0632\u064e\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652\n\nMaksudnya, \u201cDan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah\u00a0swt\u00a0menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya.\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 21)\n\nSetibanya pemuda itu di pasar, dia ingin membeli roti. Namun apabila dia ingin membayar dengan wang perak yang dimilikinya, peniaga itu pelik kerana wang perak yang diberikan pemuda itu bukan duit yang mereka gunakan pada masa itu. Wang perak pemuda itu adalah wang pada zaman pemerintahan Raja Diqyanus (Decius). Namun kini adalah zaman pemerintahan Raja Theodosius II.\n\nPerkara ini menimbulkan syak wasangka kepada peniaga tersebut. Ini kerana, dia tidak pernah melihat wang seperti itu. Hal ini menyebabkan identiti pemuda itu terdedah. Lalu diceritakan kepada pemuda itu bahawa raja kufar yang zalim itu telah lama mati dan raja yang baharu ini merupakan seorang raja yang alim dan warak.\n\nPemuda itu telah dibawa pergi menghadap raja yang baharu. Baginda sangat terkejut kerana tidak menyangka cerita lagenda yang diwarisi turun-temurun itu benar-benar berlaku dan akhirnya Baginda dapat menemui salah seorang daripada kumpulan pemuda tersebut. Pemuda itu membawa pemuda-pemuda yang lain yang masih di dalam gua untuk bertemu dengan raja di istana. Kisah Ashabul Kahfi ini berakhir tidak lama selepas itu, apabila mereka semua meninggal dunia.\n\nPeristiwa Ashabul Kahfi telah menjadi asas yang amat kuat bagi rakyat Rum pada waktu itu untuk tetap beriman dan tunduk kepada Allah swt, Tuhan yang Maha Kuasa. Mereka semakin percaya bahawa janji Allah swt itu benar belaka serta Hari Akhirat itu juga benar semuanya.\n\nSepeninggalan para pemuda itu, orang ramai lalu berbincang bagaimana cara untuk memberi penghormatan sewajarnya agar mereka sentiasa dapat memperingati pemuda-pemuda suci itu. Raja mencadangkan agar sebuah masjid (rumah ibadat) dibinakan di sisi gua itu supaya dari dalam masjid itu orang ramai dapat sama-sama sentiasa mengingati, menyembah dan membesarkan Allah swt. Hal ini diceritakan Allah swt dengan firmanNya;\n\n\u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0628\u0652\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645 \u0628\u064f\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627\u06d6 \u0631\u0651\u064e\u0628\u0651\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652\u06da \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u063a\u064e\u0644\u064e\u0628\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u062a\u0651\u064e\u062e\u0650\u0630\u064e\u0646\u0651\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645 \u0645\u0651\u064e\u0633\u0652\u062c\u0650\u062f\u064b\u0627 \n\nMaksudnya, \u201cSetelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: \u201cDirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah\u00a0swt jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka\u201d. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: \u201cSesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka.\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 21)\n\nKisah Ashabul Kahfi adalah suatu kisah benar yang diceritakan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui firmanNya dalam ayat 13, surah al-Kahfi. Kisah Ashabul Kahfi ini banyak versi. Malah, penganut Kristian juga mempercayai kisah pemuda gua ini.\n\nOleh sebab itu, terdapat beberapa fakta yang berbeza mengikut versi-versi cerita yang boleh kita baca. Namun sebagai Muslim, cukuplah sekadar kita mengetahui kisah Ashabul Kahfi ini seperti yang termaktub dalam al-Quran dan juga kitab-kitab ahli tafsir yang mentafsirkan ayat-ayat dalam surah al-Kahfi.\n\nSebagai contoh, ada yang mengatakan bahawa pemuda-pemuda kahfi ini seramai 7 orang dan ditemani oleh seekor anjing, Namun, Allah swt menyebutkan persangkaan orang-orang ahli kitab tentang jumlah mereka. Hal ini sebagaimana dalam firmanNya;\n\n\u0633\u064e\u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u062b\u064e\u0644\u064e\u0627\u062b\u064e\u0629\u064c \u0631\u064e\u0627\u0628\u0650\u0639\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0644\u0652\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u064e\u0629\u064c \u0633\u064e\u0627\u062f\u0650\u0633\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0644\u0652\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0631\u064e\u062c\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u064a\u0652\u0628\u0650 \u06d6 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u0633\u064e\u0628\u0652\u0639\u064e\u0629\u064c \u0648\u064e\u062b\u064e\u0627\u0645\u0650\u0646\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0644\u0652\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u06da \u0642\u064f\u0644\u0652 \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650\u064a \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0628\u0650\u0639\u0650\u062f\u0651\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0644\u0650\u064a\u0644\u064c \u06d7 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0645\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0631\u064e\u0627\u0621\u064b \u0638\u064e\u0627\u0647\u0650\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0641\u0652\u062a\u0650 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064b\n\nMaksudnya, \u201cNanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan,\u00a0\u201c(Jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjingnya,\u201d sebagai tekaan terhadap barang yang ghaib; dan (yang lain lagi) mengatakan,\u00a0\n\n\u201c(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kelapan adalah anjingnya.\u201d Katakanlah, \u201cRabbku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit.\n\n\u201d Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) berdebat tentang hal mereka, kecuali perdebatan yang lahir sahaja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka.\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 22)\n\nBegitu juga dengan tempoh yang tepat berapa lama Ashabul Kahfi tidur di dalam gua. Walaupun dalam ayat 25, Surah al-Kahfi telah menyebut bahawa mereka tinggal di gua selama 300 tahun, ditambah 9 tahun lagi, namun ada yang berpendapat bahawa ia merujuk kepada 300 tahun solar (matahari) yang bersamaan dengan 309 tahun lunar (bulan). Allah swt juga berfirman,\n\n\u0642\u064f\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0628\u0650\u062b\u064f\u0648\u0627 \u06d6 \u0644\u064e\u0647\u064f \u063a\u064e\u064a\u0652\u0628\u064f \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u06d6 \u0623\u064e\u0628\u0652\u0635\u0650\u0631\u0652 \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0633\u0652\u0645\u0650\u0639\u0652 \u06da \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062f\u064f\u0648\u0646\u0650\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0648\u064e\u0644\u0650\u064a\u0651\u064d \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064f \u0641\u0650\u064a \u062d\u064f\u0643\u0652\u0645\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cKatakanlah: \u201cAllah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal (di gua); kepunyaan-Nya-lah semua yang tersembunyi di langit dan di bumi. Alangkah terang penglihatan-Nya dan alangkah tajam pendengaran-Nya; \n\ntak ada seorang pelindungpun bagi mereka selain dari pada-Nya; dan Dia tidak mengambil seorangpun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan keputusan\u201d. (Surah al-Kahfi, Ayat 26)\n\nOleh itu, selain daripada fakta berkenaan dengan jumlah pemuda dan berapa tahun mereka tinggal di dalam gua, sebenarnya ada \u2018fakta\u2019 yang lebih besar, agung dan hebat yang kita semua perlu tahu dan ambil pengajaran daripada kisah Ashabul Kahfi ini. Fakta itu adalah berkenaan bukti kekuasaan serta kehebatan Allah swt, Tuhan sekelian alam, Yang Maha Menghidupkan dan juga Maha Mematikan.\n\nKetahui juga pengajaran kisah Ashabul Kahfi melalui link. Jemput juga membaca kisah Uwais al-Qarni dan Imam Al-Ghazali."
"Datang je musim peperiksaan tu, memang bikin sakit kepala yang teramat sangat! Fuhhhhh! Ye lah, dengan pelbagai subjek yang hendak difahami dan dihafal, dengan tempoh masa yang tinggal mengikut susunan\u00a0jadual peperiksaan. \n\nLagi teruk apabila perlu menyiapkan kerja latihan yang diberi oleh cikgu pada masa yang sama. Tidak hairanlah jika migraine menyerang gara-gara kepadatan aktiviti yang perlu dibuat dalam tempoh masa tertentu.\n\nBagaimana pula dengan mereka yang bekerja? Bukan sahaja stres, migraine pun boleh menyerang mereka hasil tekanan dari majikan, rakan sekerja atau kertas kerja yang berlonggok. Begitu juga dengan suri rumah, harus ada masalah-masalah yang perlu ditangani, boleh juga mendatangkan migraine kepada mereka.\u00a0\n\nJadi, mari kita lihat sebuah artikel yang ditulis oleh\u00a0Dr. Ezairy M.Sallih (pakar ENT), yang menyentuh petua bagaimana hendak berhadapan dengan sakit kepala jika menyerang lagi.\n\nApakah Petua Untuk Menghilangkan Sakit Kepala?\n\nBerikut adalah beberapa petua untuk melegakan sakit kepala:\n\nIni adalah rawatan sakit kepala yang berkesan untuk sakit kepala seperti migrain, dan dapat membantu meredakan sakit kepala. Duduklah di dalam bilik yang tenang dan gelap dengan mata anda ditutup dan cubalah berehat seketika. Jika perlu, tidur sebentar.\n\nMenggosok dan mengurut-urut bahagian leher dan kepala anda dapat memperbaiki aliran darah dan menenangkan sakit kepala. Ini sangat membantu untuk sesiapa sahaja. Dapatkan bantuan daripada rakan dan ahli keluarga,\n\nCuba letakkan pad suam atau kain hangat di leher anda untuk mengurangkan sakit kepala akibat ketegangan otot dan sebagainya. Jika itu tidak membantu, anda boleh menggunakan pek ais jika ia membantu anda melegakan sakit kepala.\n\nLuangkan masa untuk diri anda, bernafas dalam-dalam, dan cuba untuk membayangkan imej yang damai dan tenang. Pelbagai \u2019relaxation techniques\u2019 boleh membantu pesakit yang mengalami masalah sakit kepala.\n\nSekiranya anda mengalami sakit kepala yang teruk, cuba elakkan dari tekanan. Jauhkan diri dari persekitaran yang bising, pulang bekerja lebih awal sekiranya anda boleh, atau minta rakan atau ahli keluarga membantu mana yang boleh.\n\n6.Lihat semula apa yang anda makan dan minum.\n\nApa yang anda masukkan ke dalam badan anda boleh memberi impak besar kepada sakit kepala anda. cuba hadkan kafein dan alkohol dan elakkan rokok. Jadual makan juga adalah penting, terutama bagi mereka yang mendapat sakit kepala dari gula darah rendah. Jangan lewatkan makan, terutamanya sarapan pagi.\n\nPERHATIAN : Sekiranya masalah anda tidak berkurang selepas melakukan langkah di atas, terus berjumpa doktor. Tahu punca dan rawat sewajarnya. Jangan cuba-cuba dapatkan rawatan melalui produk dan suplemen tanpa nasihat doktor dan ahli farmasi. Bahaya untuk kesihatan.\n\n*Sakit kepala lagi? Teruk atau tidak? Haaaa jangan lupa untuk cuba petua yang dikongsikan ya, jangan lupa juga share info nya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Buah pinggang adalah organ penapis darah kita. Selepas makanan dicerna dan diproses untuk kegunaan badan, akan terhasil bahan kumuh yang perlu dikeluarkan. Bahan kumuh yang tidak diperlukan seperti urea akan dibuang melalui buah pinggang.\n\nPenjagaan buah pinggang seringkali dianggap perkara remeh apabila kita tidak menyedari kepentingan menjaganya. Buah pinggang adalah antara organ yang paling penting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.\n\nToksin sangat bahaya sehingga dapat memudaratkan kesihatan. Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, seseorang dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang panjang. Dek kerana pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang, jom lihat cara penjagaan buah pinggang yang wajib anda ketahui!\n\n1. Minum Air Kosong Dengan Banyak\n\nTubuh kita memerlukan air dalam badan kira-kira 50 hingga 65 peratus sehari. Dengan minum air kosong yang mencukupi, ia boleh membantu kita untuk lebih fokus dan membuatkan otak lebih segar. \n\nAir kosong dapat meningkatkan tenaga, mengurangkan kadar pengambilan makanan berlebihan, buang toksin, kulit lebih segar, penghadaman baik, dan tingkatkan sistem imunisasi. \n\nAnda tidak perlu membazir banyak duit untuk penjagaan buah pinggang kerana air amat menjimatkan. Gunakan air panas atau suam untuk diminum selalu. Mudah bukan? \n\n2. Kurangkan Makanan Tinggi Gula Dan Garam\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Turki, penggunaan gula dan garam perlu dikurangkan, ini kerana jika diambil berlebihan ia boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan individu. Garam boleh tersembunyi di dalam kicap, sos, sos tiram, kiub perasa, mi segera, mi kuning. \n\nPengambilan gula dan garam yang berlebihan boleh mengubah badan menjadi tidak sihat kerana amalan pemakanannya. Sebenarnya badan tidak mempunyai keperluan kepada gula. Kerana makanan yang mempunyai karbohidrat juga mengandungi gula. \n\nGula yang digunakan akan lebih mudah diserap masuk ke dalam saluran darah yang menyebabkan risiko mendapat diabetis lebih tinggi. Gigi akan mula merapuh lebih mudah, mendapat tekanan darah tinggi, kolesterol yang berlebihan dan menyebabkan penyakit kanser. Oleh itu, salah satu cara penjagaan buah pinggang adalah kurangkan pengambilan gula dan garam.\n\nBuah epal sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Biarpun ia bukanlah buah tempatan dan lebih mahal sedikit berbanding buah-buahan di Malaysia, tetapi ia dapat membantu anda dalam penjagaan buah pinggang untuk lebih baik. \n\nBuah epal kaya dengan serat dan membantu proses penghadaman berjalan dengan lancar. Serat penting untuk semua jenis gizi makanan dan selain itu ia dapat mengelakkan daripada masalah sembelit sewaktu membuang air besar.\n\nVitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita antaranya ialah, \u00a0vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks. Ia juga mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.\n\nProtein adalah nutrisi terpenting bagi tubuh yang berguna sebagai sumber energi, bekerja sebagai neurotransmiter dan pembawa oksigen dalam darah (hemoglobin). \n\nJenis protein yang elok adalah ayam, ikan dan telur. Jika mengambil makanan yang berprotein secara berlebihan contohnya makan 10 daging steak sekali gus, akan membebankan buah pinggang. \n\nCara penjagaan buah pinggang yang baik juga adalah anda harus kurangkan protein dalam pengambilan makanan. Kesan mengambil protein berlebihan adalah berat badan akan meningkat, merosakkan hati dan otak, meningkatkan kolestrol, kerosakan ginjal dan risiko kanser yang tinggi. Oleh itu, kita hendaklah mengawal pemakanan protein ini dengan lebih baik.\n\nBahan-bahan kimia yang berada dalam rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita. \u00a0Merokok ini mendatangkan pelbagai penyakit seperti barah otak, barah paru-paru, sesak nafas dan sebagainya. Elakkan merokok juga merupakan cara terbaik penjagaan buah pinggang anda.\n\nPerkara ini telah terbukti melalui kajian saintifik oleh pakar bahawa perokok yang mengalami masalah ini, hanya menunggu maut sahaja. Merokok juga memerlukan perbelanjaan yang besar akibat kenaikan harga. \n\nAsap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi mencemarkan udara di sekeliling dan meninggalkan kesan negatif kepada individu yang menghidu bau rokok. Ini akan menjadikan orang sekeliling yang tidak merokok akan menjadi tidak selesa apabila terhidu bau asap rokok.\n\nSelain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit. Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit! Begitu juga untuk menjaga buah pinggang anda.\n\nSenaman ialah suatu pergerakan badan yang dilakukan dengan berulang-kali secara terancang dan berstruktur untuk meningkatkan dan mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.\n\nSenaman ini \u00a0juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang paling banyak. Senaman ini memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan pada badan kita. Kita disarankan melakukan 30 minit exercise setiap hari.\n\nDetox adalah satu cara pembersihan dalam tubuh badan. Selain itu, detox juga membantu anda melincinkan kulit dan membakar lemak pada tubuh badan. Air detox ini boleh dibuat sendiri dan tidak memerlukan kos yang mahal. \n\nBoleh gunakan apa-apa kombinasi buah-buahan citrus untuk membuat detox seperti lemon, limau nipis, oren, limau kasturi, nenas, epal merah dan hijau, tembikai, pear, dan timun. Selain itu juga, boleh ditambah dengan daun pudina, halia, rasberi dan sebagainya.\n\nWaktu terbaik untuk minum detox ini adalah ketika perut kosong dan pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Ia juga adalah cara penjagaan buah pinggang yang baik dan berkesan kerana semua toksin akan dihapuskan. \n\nWalaupun suplemen kian tumbuh bak cendawan dan menjadikan pilihan terlalu banyak untuk pengguna, persoalannya, adakah semua suplemen itu selamat atau memudaratkan?\n\nVitamin tambahan memberi manfaat. Dengan pengambilan yang tidak dikawal juga boleh memberi kesan negatif pada buah pinggang. Lebih baik, anda mendapatkan nasihat doktor mengenai dos suplemen yang disarankan. Mencampur-aduk suplemen juga boleh beri kesan sampingan kepada buah pinggang.\n\nMenurut Dr. M Singaraveloo, sesetengah suplemen berfungsi untuk mengimbangi diet yang tidak mencukupi, meningkatkan imuniti dan juga meningkatkan kecergasan tubuh badan. \n\nSelain itu, suplemen juga boleh membantu meningkatkan stamina dan melindungi sistem badan dari jangkitan penyakit. Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih suplemen agar tidak dapat merosakkan buah pinggang anda.\n\nMelakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap adalah perkara yang harus dilakukan oleh setiap orang. Memiliki tekanan darah normal menandakan bahawa jantung anda mampu menguruskan darah yang berisi oksigen dan makanan ke semua organ tubuh dengan baik.\n\nBuah pinggang yang tidak sihat juga boleh dicegah dengan selalu membuat rawatan tekanan darah. Sekiranya tekanan darah anda tinggi, ia akan memberi kesan kepada buah pinggang. Penjagaan buah pinggang yang bijak bergantung kepada cara penjagaan kesihatan yang tepat.\n\nItulah dia 9 cara penjagaan buah pinggang yang mudah dan berkesan harus anda tahu. Anda juga perlulah memantau kesihatan tubuh badan anda secara keseluruhan untuk mengelakkan sebarang penyakit.\n\nJom baca juga 11 Krim Antifungal Terbaik, 10 Vitamin C Terbaik dan 14 Sunblock Terbaik bakal menjadi pilihan anda."
"Adakah anda tahu bahawa membaca kepada anak adalah salah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan kemahiran bahasa mereka? Aktiviti ini sangat digemari oleh kanak-kanak lebih-lebih lagi apabila terdapat gambar-gambar dan cerita yang menarik bagi mereka.\n\nSudah semestinya mereka akan menyuruh kita membaca berulang-ulang kali. Berikut adalah tips untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak melalui membaca. Tips ini juga boleh digunakan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah kelewatan bahasa.\n\nMembaca buku boleh menjadi satu tabiat yang baik jika dipupuk secara betul.[telegraph]\n\n#Tips 1 : Baca dengan perlahan-lahan\n\nPerlahan-lahan disini bukanlah bermaksud suara yang perlahan, tetapi kelajuan yang rendah. Kanak-kanak lebih mudah untuk menangkap setiap patah perkataan dan belajar dengan lebih baik bila dibacakan dengan perlahan.mungkin agak sukar untuk kita membaca dengan perlahan, tetapi ianya memang akan membantu.\n\nJangan lupa untuk menggunakan pelbagai intonasi (seperti, marah, takut, gembira, sedih dan sebagainya) yang sesuai ketika membaca untuk lebih manarik minat mereka.\n\n#Tips 2 : Bacakan semula buku yang telah anda baca\n\nKanak-kanak suka membuat perkara secara berulang-ulang, begitulah juga dengan membaca buku. Jika anak anda menyuruh anda mengulang buku yang sama sehingga anda muak dan jemu, itu adalah perkara yang baik!. Kanak-kanak akan belajar lebih banyak dari buku tersebut apabila dibacakan berulang-ulang kali.\n\nLebih banyak anda baca, lebih banyak perkataan dan perkara yang dipelajarinya. Ianya seperti jika anda menonton filem untuk kali kedua, anda boleh nampak atau perasan kejadian yang anda tertinggal pada kali pertama menonton. Begitulah kanak-kanak belajar melalui membaca buku.\n\n#Tips 3 : Tunjuk perkataan dengan jari ketika membaca\n\nStrategi ini adalah penting untuk kanak-kanak memahami bahawa setiap perkataan yang dibacakan mengandungi maksud. Ia juga membolehkan kanak-kanak fokus pada buku tersebut.\n\nSelain itu kanak-kanak akan belajar bahawa buku dibaca dari arah kiri ke kanan dan dari atas ke bawah kecuali buku dengan tulisan jawi yang dibaca dari kanan ke kiri.\n\n#Tips 4 : Minta anak anda menunjuk gambar di dalam buku\n\nLibatkan anak anda dalam pembacaan dengan memintanya menunjukkan gambar di dalam buku. Sebagai contoh \u201cmana kucing?\u201d ataupun \u201ctunjuk ikan kat mama\u201d. Ini bukan sahaja mengekalkan fokus kanak-kanak kepada buku tersebut, malah ia juga boleh mengajar kanak-kanak kosa kata yang baru tentang objek-objek yang biasa dilihat.\n\n#Tips 5 : Tanya anak anda tentang situasi yang terjadi di dalam buku\n\nTeknik ini akan membantu kanak-kanak untuk memahami cerita dan apa yang terjadi dan juga membina kebolehan mereka untuk menjawab pelbagai jenis soalan. Anda boleh menggunakan soalan seperti ya/tidak, apa, siapa, mana, bila, kenapa dan bagaimana.\n\nContoh soalan yang boleh ditanya adalah seperti \u201cmana kucing hitam?, itik buat apa tu?, kenapa dia jatuh?, kereta besar tak? Dan sebagainya\u201d\n\n#Tips 6 : Cari buku yang berkaitan dengan minat oleh anak anda\n\nKanak-kanak lebih gemar membaca jika buku tersebut berkaitan dengan minat mereka. Contohya jika kanak-kanak menggemari kereta, anda mungkin boleh membeli buku cerita berkaitan kereta. Anda boleh membawa anak bersama untuk membeli buku dan meminta mereka memilih sendiri buku yang ingin dibaca.\n\n#Tips 7 : Baca pelbagai jenis buku yang berbeza\n\nDedahkan anak anda denga pelbagai jenis buku yang berbeza seperti buku cerita fiction (cerita yang direka), buku non-fiction (buku berkenaan fakta atau topic), buku tentang orang yang berbeza, buku yang banyak gambar dan sebagainya. Ini membolehkan anak anda belajar tentang banyak perkara dari buku yang berbeza. Mereka juga akan memahami bahawa setiap buku yang berbeza mempunyai cara pembacaan yang berbeza.\n\n#Tips 8 : Lakukan aktiviti yang sama seperti yang terjadi di dalam buku\n\nUntuk membantu kanak-kanak lebih memahami perkara di dalam buku, anda boleh melakukan perkara yang ada di dalam buku. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah melukis apa yang terjadi di dalam buku, bermain paly dough, lego atau blok kayu untuk membina bangunan seperti di dalam buku atau anda juga boleh pergi ke zoo dan kaitkannya dengan buku berkenaan haiwan yang telah anda dan anak anda baca.\n\nIni membantu kanak-kanak untuk mengaitkan apa yang dibaca di dalam buku dan apa yang terjadi di luar.\n\nKebolehan membaca adalah penting untuk kanak-kanak belajar. Tetapi sebelum mereka boleh membaca dengan sendiri, ibu bapalah yang perlu menjadi pembaca mereka. Membaca merupakan aktiviti yang seronok dan mudah dilakukan di rumah dan dimana sahaja. Ianya kelihatan mudah dan ringkas tetapi memberi banyak manfaat kepada pembelajaran kanak-kanak.\n\nSelamat mencuba tips membaca buku dengan anak-anak!"
"Tanpa Smartphone, sukar untuk kita berkomunikasi, mencari maklumat, bermain game, mendengar muzik dan banyak lagi kegunaan lain yang bermanfaat. Kini, smartphone digunakan oleh semua golongan tanpa mengira usia.\n\nTerdapat pelbagai jenis smartphone yang boleh anda pilih berdasarkan ciri-ciri yang anda minat. Jom lihat antara 10 smartphone android terbaik di Malaysia, mungkin pencarian anda bakal tamat di sini.\n\nSmartphone Android Terbaik Malaysia ini lengkap dengan sistem unit pemprosesan Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm) yang menjadikannya antara smartphone pilihan pengguna masa kini. \n\nBaterinya berkapasiti tinggi 4,500mAh dan dilengkapi dengan sistem pengecasan yang pantas dengan hanya 39 minit sahaja dari 0% hingga 100%.\u00a0Skrinnya yang berukuran 6.28 inci pula bakal memudahkan anda menonton drama atau Netflix dengan selesa.\n\nBukan itu sahaja, ia dapat menghasilkan gambar dan video dengan kualiti tinggi kerana kamera utama dengan 50MP manakala kamera selfie 32MP. Ia juga dilengkapi dengan video portrait AI, rakaman HDR 10+ dan mode selfie pada waktu malam.\n\nSmartphone Samsung Galaxy S22 Ultra sesuai untuk anda yang berniaga melalui media sosial kerana ruang simpanan memorinya sangat besar. Chipset smartphone ini berkuasa tinggi dan mampu menyokong aplikasi yang terlalu banyak kerana dipadankan dengan Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm). \n\nBerbanding dengan smartphone yang mempunyai ciri dan kemampuan yang sama, Samsung menawarkan harga yang rendah dan mengikut bajet yang mampu milik.\u00a0Bateri pula pasti tahan dengan lebih lama kerana kapasitinya 5,000 mAh.\n\nPaparan visual pada skrin 6.8 inci sangat jelas dan tidak menyakitkan mata anda. Bagi anda yang gemar menonton drama atau filem melalui telefon pintar, produk ini sesuai untuk anda.\n\nKelebihan smartphone ini tertumpu pada kualiti kamera. Samsung Galaxy A73 ini mempunyai 108MP kamera utama dan 32MP kamera hadapan. Selain itu, kualiti paparan layar sangat baik dan jangka hayat baterinya juga tahan lebih lama. Kapasiti bateri adalah 5,000 mAh dan penyokong pengecasan pantas.\n\nCipset pemproses Snapdragon 778G dipadankan dengan 8GB RAM serta 256GB ROM. Peranti ini juga menyokong rangkaian 5G, wifi serta LTE.\n\nSmartphone Android Terbaik Malaysia ini juga berbeza dengan yang lain kerana menghasilkan rangkaian warna yang cukup menarik. Tambahan pula, skema warna campuran pada smartphone ini dapat menarik para pengguna untuk memilikinya.\n\nSekiranya anda ingin membandingkan dari segi harga, Realme lebih murah daripada jenama smartphone yang mempunyai spesifikasi yang sama. Jika anda mencari smartphone terbaik bawah RM 600, ini pasti menjadi pilihan anda.\n\nHayat bateri Smartphone Android Terbaik Malaysia ini juga hebat dan anda tidak perlu mengecasnya dengan kerap kerana boleh bertahan lebih dari 8 hingga 10 jam dengan kapasiti 5,000 mAh. Peranti ini menggunakan prosesor Octa-core 12 nm.\n\nSmartphone Android Terbaik Malaysia yang berjenama Google Pixel ini sesuai untuk dimiliki oleh anda yang gemarkan fotografi. Google pixel memang terkenal dengan smartphone yang dapat menghasilkan kualiti gambar yang menarik. Untuk peranti ini, kamera utama dengan 50MP manakala kamera selfie 11.1MP.\n\nTelefon ini dikuasakan oleh cip Google Tensor dengan paparan skrin OLED 6.71\u201d QHD 120Hz. 12GB RAM dipadankan dengan storan 128GB, 256GB atau 512GB. Pilihlah mengikut kesesuaian penggunaan anda. Berbanding dengan Google Pixel yang lain, model ini mempunyai saiz lebih besar.\n\nOppo Find X5 Pro dilengkapi dengan pemproses Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm). Dengan 12GB RAM, 256GB ROM UFS3.1 storan, pasti sesuai untuk kegunaan harian anda.\n\nKamera utamanya mempunyai resolusi 50MP yang dapat merakam momen indah yang kelihatan lebih terperinci. Mod malam 4K Ultra Night Video pada Smartphone Android Terbaik Malaysia ini akan menjadikan gambar pada waktu malam anda kelihatan menawan.\n\nBaterinya pula berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas iaitu mengambil anggaran masa 12 minit untuk mencapai 50% dari kosong.\n\nOppo A76 yang dilengkapi dengan sistem unit pemprosesan Qualcomm Snapdragon 680 4G ini dipadankan dengan 6GB RAM dan storan sebanyak 128GB ROM. Sesuai dengan harganya yang bawah RM 1000.\n\nBaterinya yang sebesar 5,000 mAh ini boleh bertahan dengan lama untuk tempoh sehari tanpa perlu mengecasnya semula. Sistem audionya juga agak jelas yang sememangnya dapat melancarkan sesi bergaming atau menonton video tanpa perlu memakai fon telinga.\n\nSkrin bersaiz 6.56 inci dengan paparan visual 90Hz Colour Rich Punch Hole Display. Pasti anda selesa melihat paparan skrin yang jelas dan tajam.\n\nApa yang menjadikan Redmi Note 11 begitu istimewa ialah ia menawarkan harga yang mampu milik. Anda patut membelinya kerana harga bawah RM 1000 sahaja.\n\nSmartphone ini mempunyai 6GB RAM dengan storan 128GB. Selain itu, peranti ini menggunakan sistem unit pemproses Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 (6 nm) dan hanya menyokong 4G selular. \n\nKamera utamanya yang beresolusi 50MP dan kamera selfie 13MP pasti dapat memberikan anda kelebihan pada fotografi dengan berkualiti dan baik.\n\nBagi mendapatkan smartphone yang tahan lama dan unik, smartphone Samsung Galaxy Z Flip 3 adalah Smartphone Android Terbaik Malaysia. Jika anda mencari smartphone yang dapat menjimatkan ruang penyimpanan, model ini sangat sesuai kerana boleh dilipat.\n\nKapasiti bateri hanya 3300 mAh. Selain itu, model Samsung ini menawarkan 8GB RAM dengan storan 256GB. Paling menarik, peranti ini adalah smartphone pertama yang boleh dilipat dan kalis air. Terdapat empat pilihan warna menarik seperti krim dan lavender yang boleh anda pilih.\n\nOnePlus 10 Pro adalah salah satu smartphone terbaik yang dilengkapi dengan pelbagai ciri boleh didapati dengan harga yang lebih berbaloi daripada smartphone lain. Peranti ini beroperasi menggunakan sistem Snapdragon 8 Gen 1.\n\nIa mampu menyaingi mana-mana smartphone terkemuka dan memiliki paparan indah dengan kadar penyegaran 120Hz yang cepat dan lancar. Skrin pula bersaiz 6.7 inci sahaja.\n\nDi samping itu, OnePlus 10 Pro mempunyai jangka hayat bateri yang panjang kerana baterinya berkapasiti 5,000 mAh. Sekiranya anda mahukan smartphone Android yang hebat, OnePlus 10 Pro adalah salah satu smartphone yang anda harus miliki kerana banyak perincian menarik yang ada seperti Nightscape, Pro Mode dan Haselblad Camera for Mobile.\n\nBerikut adalah 10 Smartphone Android Terbaik Malaysia yang boleh anda lihat. Jom baca juga Sejadah terbaik, hand mixer terbaik, oil cleanser terbaik dan pelan internet terbaik. \n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Salad merupakan salah satu hidangan yang amat lazat dan boleh dimakan oleh semua orang! Ianya merupakan hidangan berasaskan sayur \u2013 sayuran yang mengandungi banyak serat serta memberikan kekenyangan dengan kalori yang sedikit. \n\nSalad juga dimakan bersama dressing seperti sos dan cara hidangannya amatlah mudah. Bagi sesiapa yang inginkan pencuci mulut yang sihat atau yang mahu berdiet, resepi salad ini amat berguna buat anda. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Nabila Huda Murad dan telah mendapat komen positif di laman Facebook milik beliau. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!"
"Ada yang matang sebelum usia. Sebagai contoh seorang remaja yang sudah matang berbanding dengan usianya yang sebenar. Akan tetapi ada juga yang masih belum matang walaupun usia sudah 20an. Apabila ini berlaku maka hubungan dengan pasangan juga menjadi tidak baik. Akibatnya hubungan percintaan sering tak kekal lama.\n\nKematangan seseorang tidak boleh dikaitkan dengan usia nampaknya. Kematangan seseorang ini perlu dilihat pada pembawakan diri. Cara percakapan orang matang juga seringkali nampak berlainan dengan percakapan seseorang yang masih belum matang sepenuhnya ini.\n\n\u00a05 Ciri Seseorang Yang Belum Matang Sepenuhnya\n\n#1 \u2013 Tidak Berani Untuk Mengaku Kesilapan Sendiri\n\nKebiasaanya, mereka yang matang atau mereka yang mempunyai sifat dewasa akan mengaku kesilapan yang mereka buat dan akan memperbaiki kesilapan tersebut. Ini selalu berlaku apabila mereka yang melakukan kesilapan dan sering kali menunding jari kepada orang tanpa melihat kesilapan sendiri. \n\nJika sikap sebegini tidak di buang ia akan menyebabkan orang sekeliling anda menjadi tidak selesa dan sukar bekerjasama dengan anda jika ada apa-apa aktiviti atau perancangan yang melibatkan berkumpulan. Sikap sebegini sebenarnya bukanlah satu sikap yang bagus malah ia akan menyebabkan ramai orang mula menjauhi anda dan memandang serong dengan anda.\n\nMereka yang lebih matang biasanya berfikiran lebih positif dan tidak menyalahkan orang lain. Berbeza pula dengan mereka yang tidak matang di mana mereka soerti ini biasanya mempunyai fikiran yang lebih sempit dan suka berfikiran negatif. \n\nOrang yang mempunyai pemikiran yang negative biasanya sukar untuk mereka mengejar kejayaan. Ini kerana. Mereka merasakan apa yang mereka buat adalah salah dan tidak akan berjaya walhal mereka belum lagi buat kerja tersebut. Jika anda mempunyai fikiran sebegini, ini bermaksud anda mempunyai sifat belum dewasa.\n\n#3 \u2013 Tidak Pandai Menggunakan Kelebihan Diri\n\nOrang yang belum matang akan mensia-siakan kelebihan diri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ia berbeza dengan mereka yang berfikiran matang di mana mereka akan menggunakan kelebihan yang ada pada diri untuk mencari rezeki. Mereka juga akan menggunakan kelebihan diri untuk memberi manfaat pada orang lain. \n\nJusteru itu, tidak hairanlah kenapa orang matang lebih berjaya berbanding mereka yang tidak matang. Salah satu sebabnya ialah mereka menghargai dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri untuk mencipta kejayaan. Jangan pandang rendah pada diri kita sendiri. Sebaliknya, cari kelebihan yang ada pada diri kita. Setiap orang ada kelebihan yang tersendiri dan kelebihan yang ada itulah yang boleh membuatkan kita menjadi seorang yang berjaya.\n\n\u00a0#4 \u2013 Tidak Tahu Untuk Kawal Emosi Diri Sendiri\n\nOrang yang bersifat matang biasanya mereka pandai mengawal emosi dan akan sentiasa kelihatan tenang apabila menghadapi masalah. Berbeza pula dengan mereka yang mempunyai sifat belum dewasa di mana mereka akan menjadi seorang yang pemarah dan cepat putus asa apabila menghadapi masalah. \n\nBukan itu sahaja, mereka yang mempunyai sifat macam ini juga mudah berasa tertekan. Tekanan juga datang hingga sering menyalahkan diri sendiri. Ada juga yang bertukar menjadi seorang yang pembengis dan suka memarahi orang lain tanpa sebab. Jika anda mahu menjadi seorang yang lebih matang perangai sebegini harus anda buang jauh-jauh dengan kadar segera. Jika tidak, orang lain akan merasa tidak selesa apabila berkawan dengan anda dan akhirnya anda akan keseorangan tanpa sahabat untuk susah dan senang.\u00a0\n\n\u00a0#5 \u2013 Suka Hidup Dalam Khayalan Dan Angan-Angan\n\nSifat belum dewasa yang seterusnya ialah suka hidup dalam khayalan. Mereka yang suka hidup dalam khayalan ini biasanya mereka yang suka berkhayal dan seorang yang tidak mempunyai jati diri. Jadi siapa yang ada sikap sebegini, apa kata mulai hari ini anda mula berubah dan berusaha untuk menjadikan khayalan anda itu sebagai satu kenyataan. Barulah ia menampakkan anda seorang yang bersikap matang dan melambangkan anda seorang yang dewasa.\n\n#6 \u2013 Terlalu Mudah Untuk Boros Berbelanja\n\nBoros juga ikut termasuk dalam ciri orang-orang yang tidak matang. Buktinya mereka yang suka boros ini tidak dapat untuk berfikir panjang. Apa yang dipentingkan adalah nafsu untuk berbelanja bagi membeli barangan yang digemari. Akibatnya bila sudah berbelanja mulalah gigit jari akibat terlajak shopping. Bajet pun dah lari.\n\nApakah\u00a0maksud kematangan? Adakah kita akan matang pada umur\u00a020, 30 atau 40? Hakikatnya, walau dah pun berumur tapi belum\u00a0tentu sudah\u00a0dewasa. Kenali ciri-ciri yang ada pada diri dan kalau nak lebih senang, tanya secara terus pada kenalan atau pasangan.\n\nSila bersedia juga untuk mendengar jawapan yang diberi. Jika benar mereka berpendapat bahawa diri anda kelihatan masih kurang matang maka berusahalah untuk berubah sedikit demi sedikit. Kikis perangai yang ala kebudak-budakan itu. Baca juga 10 panggilan manja suami istri dalam bahasa Arab, nusyuz seorang isteri ini makna dan ciri-cirinya."
"Merancang untuk ke Pulau Langkawi untuk berehat sambil shopping coklat murah? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 11 homestay di Pulau Langkawi yang bersih dengan harga berpatutan.\n\nIngin kembali ke era 1960-an? Kehidupan dalam suasana klasik ini dapat anda nikmati di Malay Wooden Cottage. Menawarkan sebuah bilik tidur untuk 2 orang penginap, penginapan jenis chalet ini walaupun kelihatan sungguh antik, cukup selesa untuk diinapi kerana ia juga lengkap dengan kemudahan moden, penyaman udara yang menyegarkan.\n\nTurut memiliki ruang anjung kecil untuk anda mengambil angin petang sambil menikmati pemandangan penuh kehijauan kawasan sekitar sambil mendengar kicipan burung. Setelah itu, anda boleh berjalan kaki menuju ke kawasan pantai yang terletak sangat dekat dengan rumah kampung ini untuk berkelah.\n\nAlamat: Jalan Tanjung Rhu, 07000 Pasir Hitam\n\nChalet yang indah di dalam persekitaran yang nyaman, Shell Out Chalet adalah penginapan yang sempurna untuk anda yang bercuti dalam bajet namun tidak mahu mengorbankan keselesaan. Kebersihan yang memuaskan, suasana yang tenang dari sebarang gangguan, serta fasiliti yang lengkap, semuanya dapat dinikmati dari hanya RM100 semalaman.\n\nAntara kemudahan yang disediakan adalah mesin basuh, perkakasan memasak yang lengkap di dapur kongsi, dan akses wifi. Anda juga boleh menggunakan basikal-basikal yang disediakan secara percuma untuk makan angin di kawasan sekitar homestay.\n\nMengenai bilik yang ditawarkannya pula, cukup selesa dan luas.\u00a0 Keempukan katilnya pula berada ditahap ekstra, jangan tidak terjaga pula sudahlah ya?\n\nAlamat: Kampung Padang Puteh jalan pantai tengah Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang\n\nSunset Bay Cottage adalah sebuah penginapan yang terletak di Tanjung Rhu. Cottage ini terletak beberapa tapak sahaja dari pantai untuk anda menikmati bayu laut dan pemandangan penuh kebiruan yang menyejukkan mata. Anda juga boleh berbaring pada hammock yang disediakan untuk melelapkan mata sambil berangan atau membaca majalah.\n\nDi dalam kawasan cottage ini sendiri, anda boleh bersantai di ruang tamannya untuk menenangkan fikiran sambil mendengar bunyi ombak. Lokasinya, terletak dekat dengan restoran masakan tempatan yang dibuka sehingga lewat malam.\n\nAlamat: 88B Jalan Tanjung Rhu Kg Padang Lalang, 07000 Tanjung Rhu\n\nThe Daun Resort Langkawi adalah sebuah penginapan luas dengan reka bentuk tradisional Melayu. Bukan itu sahaja, lanskap penuh kehijauan di kawasan sekitarnya turut menyempurnakan lagi atmosfera tradisional homestay indah ini.\n\nBerhadapan dengan sungai kecil yang mengalir tenang dan pemandangan gunung-ganang, menjadikan lokasi ini sempurna sebagai penginapan untuk anda yang sudah puas bersekang mata dengan pemandangan bangunan konkrit di kota.\n\nThe Daun Resort Langkawi \u2013 Room Image\n\nDari The Daun Resort Langkawi untuk ke kawasan kota mengambil masa dalam sekitar 20 minit berjalan kaki. Tarikan lain seperti The Rice Museum hanyalah dalam 800 meter dari resort. Manakala, Underwater World Langkawi, Telaga Harbour, Summer Palace Langkawi dan banyak lagi terletak kurang 10 km dari resort.\n\nAlamat: Jalan Kuala Muda, 07000 Pantai Cenang\n\n5. Kapal Terbang Guest House Langkawi\n\nJika anda inginkan penginapan yang tidak membuatkan anda kelam-kabut untuk ke airport, jom menginap di Kapal Terbang Guest House Langkawi di mana airport hanyalah 10 minit pemanduan dari guesthouse ini.\n\nPenginapan yang dikelilingi dengan taman tropika ini menawarkan 3 jenis penginapan luas dan selesa iaitu Holiday Home satu bilik tidur untuk 2 orang dewasa, Holiday Home satu bilik tidur untuk 4 orang dewasa, dan akhir sekali adalah Villa dengan 3 buah bilik tidur untuk 6 ke 8 orang penginap. Yang mana yang sesuai dengan kumpulan percutian anda?\n\nAntara kemudahan yang disediakan adalah peralatan memasak yang lengkap di ruang dapur, mesin basuh\u00a0 dan banyak lagi peralatan moden yang lain. Lokasinya, terletak kurang 4 km dari Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. Manakala Telaga Harbour, Underwater World Langkawi dan The Rice Museum pula terletak kurang 7 km dari penginapan.\n\nAlamat: No.53A,Lot 1721,Kg.Perana,Mk.Kedawang,Langkawi, 07000 Pantai Cenang\n\nPenginapan yang ringkas dan berpatutan, Bohok Guesthouse menyediakan keselesaan yang ternyata lebih daripada bayaran yang anda keluarkan. Katil yang empuk, bilik yang luas dengan kebersihan yang memuaskan, ditambah lagi dengan kemudahan wifi percuma yang berkelajuan pantas. Dari RM160 semalaman, pasti membuat anda ingin datang kembali.\n\nBukan itu sahaja, lokasinya juga hebat dengan tarikan Pantai Cenang dan restoran yang hanyalah 10 minit berjalan kaki dari guest house. Dalam 5 minit berjalan kaki pula anda boleh sampai ke sebuah kafe yang cukup menarik untuk dicuba. Sekiranya anda berkesempatan, pada setiap malam Khamis, terdapat pasar malam betul-betul di hadapan penginapan ini.\n\nAlamat: No.17, Jalan Bohor Tempoyak, Mukim Kedawang, Langkawi, 07100 Pantai Cenang\n\nHomey dan tenang, atmosfera di Soluna Guest House adalah sesuatu yang pasti akan anda ingati walaupun setelah lama pulang dari percutian. Vibe rumah percutian ini cukup menyenangkan. Taman yang indah dengan gantungan-gantungan hammocknya\u00a0 mewujudkan suasana yang santai.\n\nWalaupun dekorasi dalamannya cukup ringkas, namun padat dengan keselesaan yang diharapkan dari sebuah penginapan. Kemudahan moden seperti penyaman udara dan wifi yang superb sememangnya penting bagi warga kota bukan?\n\nSemua ini tersedia di guest house ini. Walaupun boleh dikatakan dalam harga bajet, keselesaan anda juga sangat diberikan kepentingan dengan katil yang empuk untuk tidur yang lena.\n\nLokasinya, terletak berdekatan dengan pantai yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari guest house. Tempat-tempat menjamu selera juga mudah didapati di sekitar.\n\nAlamat: Lot 1560 Kg Bohor Tempoyak Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang\n\n8. My Rainforest Chalet at Langkawi\n\nMy Rainforest Chalet at Langkawi menawarkan penginapan yang luas dan bersih dengan bilik-bilik yang selesa untuk 3 hingga 8 orang penginap. Sambil berehat-rehat di dalam bilik, anda boleh melayari internet dengan menggunakan kemudahan wifi pantas yang disediakan. Untuk aktiviti, anda boleh mendapatkan pakej snorkeling dan island hopping dari kaunter chalet ini.\n\nMengenai lokasinya pula, My Rainforest Chalet at Langkawi cukup strategik, dekat dengan tarikan seperti Underwater World dan pantai yang dapat diakses dengan hanya 10 minit berjalan kaki dari chalet. Kedai bebas cukai dan restoran juga mudah didapati di kawasan berdekatan.\n\nAlamat: Jalan Pantai Cenang, Langkawi, 07000 Pantai Cenang\n\nCukup comel dan menyejukkan mata, Pak Raja Villas adalah penginapan yang dikelilingi oleh sawah padi yang terbentang luas. Menawarkan villa yang luas untuk keselesaan penginapan seramai 6 orang, penginapan ini cukup sesuai bagi anda yang datang bercuti ke Langkawi bersama keluarga.\n\nDi sini anda boleh berseronok di dalam kolam renang ang disediakan bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi juga kolam renang kanak-kanak. Sudah puas bermandi-manda, anda boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan villa ini dan melihat kerenah ikan koi di dalam kolam yang terdapat di tengah-tengah tapak villa.\n\nKemudahan bbq turut disediakan sekiranya anda ingin meluangkan masa berkualiti besama keluarga sambil menikmati makanan panas dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.\n\nAlamat: Lot 690, Paya Keli, Mukim Ulu Melaka, 07000 Kuah\n\nTerletak di dalam kawasan kejiranan di Pantai Cenang, menjadikan lokasi Niyaz Inn cukup selesa dengan fasiliti lengkap mudah untuk ditemui di kawasan sekitar seperti pasar mini, restoran-restoran dengan harga murah dan juga dobi.\n\nMengenai penginapannya pula, walaupun bermula dari bawah RM100, cukup selesa dengan katil yang empuk dan kebersihan yang memuaskan. Anda juga boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan sewaktu bersantai di sekitar hotel.\n\nAlamat: Jalan Kedawang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang\n\nPenginapan yang indah dan luas, Eagleye Villa menyediakan 3 buah bilik tidur yang selesa dan 2 buah ruang tamu yang luas untuk 10 orang penginap. Anda boleh meluangkan waktu petang di villa ini untuk menikmati pemandangan lautan membiru daripada ruang balkoni.\n\nAnda juga boleh beristirahat di bawah pokok besar yang terdapat di taman sekitar villa ini untuk mendapatkan angin segar. Lokasinya, hanyalah 5 minit berjalan kaki untuk ke pantai. Pantai Tanjung Rhu juga terletak tidak jauh dari villa ini. Bab makanan pun jangan risau, macam-macam gerai makanan boleh didapati di sekitarnya.\n\nAlamat: Jalan Tanjung Rhu, 07000 Tanjung Rhu\n\nItulah dia 11 homestay di Pulau Langkawi yang bersih dengan harga berpatutan. Selamat bercuti!"
"Anda nak tahu cara buat kabinet dapur DIY? Wow, kedengaran menarik! Semua wanita mengimpikan mempunyai sebuah dapur yang teratur, cantik dan canggih. Salah satu caranya ialah dengan memasang kabinet. Kelebihan memasang kabinet ialah kesemua alatan memasak seperti periuk, ketuhar, kuali dan sebagainya boleh disimpan dengan kemas.\n\nKabinet biasanya dipasang di atas lantai dan juga di bahagian atas dinding. Oleh kerana ruangnya yang luas, maka banyak barang yang boleh disimpan. Jadi, dapur juga akan nampak bersih dan sedap mata memandang.\n\nYang menjadi masalahnya ialah untuk memasang kabinet, kosnya bukan calang-calang. Harga kabinet bergantung kepada jenis material yang digunakan, panjang dan luas kabinet, kemasan dan aksesori tambahan.\n\nHarganya bermula dari RM 3000 ke atas bergantung kepada ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Disebabkan harga yang tinggi, ramai suri rumah terpaksa memendam hajat sekian lama.\n\nApa kata anda cuba buat kabinet dapur DIY? Nak tahu caranya? Jom teruskan pembacaan.\n\nCara Buat Kabinet Dapur DIY 1\n\nBagi sesiapa yang mempunyai kekangan kewangan tetapi inginkan kabinet idaman, anda boleh membuatnya sendiri. Apa yang diperlukan ialah kerajinan, kreativiti, kesabaran dan modal yang cukup rendah. Mari mulakan sekarang!\n\nPertama sekali buat bingkai atau kerangka kabinet. Anda memerlukan kayu 1\u00d72. Untuk bahagian kiri dan kanan dinding setiap rak, anda memerlukan papan plywood nipis. Manakala, bagi rak yang berada pada bahagian paling depan dan belakang, anda kena guna plywood tebal.\n\nAnda perlu membuat bingkai halus pada pintu kabinet terlebih dahulu selepas diukur. Kemudian, tampal plywood nipis. Jadinya, bingkai tersebut akan berada di depan. Tujuan menampal bingkai halus untuk mencantikkan lagi kabinet anda.\n\nApabila anda sudah menyiapkan bahagian pintu, cuba pasang dulu. Adjust dan baiki bahagian yang terlebih atau terkurang. Jika semuanya sempurna, anda boleh pasang engsel dan magnet.\n\nLangkah seterusnya ialah gunakan plaster skim coat untuk menutup lubang-lubang pada kayu. Tujuannya ialah permukaan papan akan lebih licin dan tidak kesat. Ia juga akan memudahkan proses mengecat nanti.\n\nSetelah siap gunakan plaster skim coat, jemur papan-papan tersebut hingga kering. Setelah itu, gunakan kertas pasir untuk melicinkan lagi bahagian yang tidak rata.\n\nSebelum dicat menggunakan warna pilihan, gunakan cat undercoat untuk mencantikkan lagi kemasan cat anda. Tujuannya supaya permukaan kayu menjadi lebih licin, warna cat tidak mudah tertanggal dan berkulat.\n\nSetelah dicat, jemur sehingga benar-benar kering. Kemudian, gosok dengan kertas pasir sekali lagi.\n\nPilih cat warna yang mempunyai kemasan gloss finish. Ia akan lebih kilat dan cantik. Selepas dicat, biarkan sehingga betul-betul kering. Barulah nanti boleh dipasang.\n\nUntuk bahagian dalam kabinet, gunakan cat berwarna putih. Jika tidak mahu cepat nampak kotor, anda boleh pilih warna yang sedikit gelap.\n\nBagi yang hendak menyangkut alatan dapur di dalam kabinet, anda boleh memikirkan idea yang kreatif. Begitu juga dengan tombol atau pemegang pintu kabinet. Terdapat pelbagai jenis di pasaran. Anda boleh pilih yang mana suka.\n\nCara Buat Kabinet Dapur DIY 2\n\nKalau rasa cara pertama agak susah, apa kata cuba cara kedua yang lebih simple. Suami anda mungkin tidak cukup masa. Nak harapkan anda pula jadi tukang kayu, mungkin tiada kemahiran pula. Cara kedua ini, semua orang boleh buat.\n\nJika anda ke Tesco atau Giant, pasti anda pernah ternampak almari buku comel yang mempunyai beberapa rak. Saiznya tidak besar dan berwarna-warni. Beli beberapa buah almari mengikut kepanjangan yang diingini.\n\nSetiap almari dipasang 2 buah angle bar di bahagian atas dan bawah. Angle bar dipasang untuk memudahkan anda memaku almari pada dinding. Ia menjamin kekukuhan kabinet DIY anda.\n\nDisebabkan kabinet jenis ini kecil, anda digalakkan untuk meletakkan alatan yang ringan-ringan sahaja. Antaranya ialah pinggan mangkuk, teko dan cawan yang diperbuat daripada plastik.\n\nCara Buat Kabinet Dapur DIY 3\n\nKalau anda nak kabinet DIY yang lebih mudah, apa kata cuba yang ini pula. Caranya ialah:\n\nAnda boleh membeli beberapa buah meja banquet mengikut keluasan kabinet yang diingini. Susun atur meja banquet mengikut citarasa anda. Jika di dapur sudah ada sinki, anda perlu adjust susunan meja tersebut.\n\nKemudian, letakkan papan plywood yang tebal di atas meja untuk mengukuhkan kabinet DIY anda itu. Tujuan papa ini dipasang juga untuk meletakkkan meja dan sinki pada paras yang sama. Jadi, cuba cari ketebalan papan yang hampir sama ketinggian sinki.\n\nLangkah seterusnya ialah proses memaku meja dengan papan tersebut. Anda boleh menggunakan paku biasa atau menggunakan driller.\n\nSebelum anda memaku papan plywood tersebut, pastikan ia dikemaskan menggunakan plaster skim coat. Kemudian, cat menggunakan undercoat dan seterusnya cat warna glossy.\n\nAnda boleh membeli langsir siap atau menjahitnya sendiri untuk menjimatkan kos. Langsir yang telah diukur boleh dipasang di bahagian bawah meja banquet yang terbuka. Pastikan pilih warna langsir yang boleh disesuaikan dengan wallpaper yang akan dipasang nanti.\n\nPada bahagian bawah meja, anda bolehlah meletakkan barang-barang yang hendak disimpan. Langsir akan dijadikan tirai untuk menutup kabinet yang berfungsi sebagai pintu. Nak lebih cantik, pastikan langsir mempunyai pleat yang banyak seakan-akan seperti kedutan.\n\nPada bahagian atas kabinet DIY anda itu, bolehlah dipasang wallpaper mengikut kesukaan. Ia akan memberi kesan sama seperti memasang jubin atau mozek pada dinding.\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang 3 cara buat kabinet dapur DIY. Selain menjimatkan kos, dapur juga akan kelihatan lebih kemas dan bersih. Jika anda sudah mencubanya, kongsikan dengan kami nanti.\n\nAnda juga boleh baca tentang cara-cara DIY rak baju dan DIY rak kasut. Selamat mencuba!\n\nDIY Kabinet Dapur paling Simple & Jimat Guna Meja Banquet (link)"
"Antara menu minum petang popular yang akan kami kongsikan kali ini ialah kubis roll. Hidangan ini boleh ganti minum petang kudapan buat yang suka makan sayur.\n\nMenu ini juga sesuai untuk yang berdiet. Bahkan yang tidak makan sayur pun juga boleh makan kerana tidak ada rasa sayur pun.\n\nYang menarik dari kudapan ini ialah, bahan-bahan inti ayam dan bawang dibungkus dengan kubis rolls kemudian dikukus. Jadi macam ala-ala Jepun.\n\nTanpa membuat anda tertunggu, kami datangkan resepi kubis rolls kredit kepada Siti Hajar Ismail\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kubis rolls, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Apabila lalu di depan kedai , terliur tengok orang sedap makan mee hoon, belum lagi menghidu aroma kuah supnya yang wangi menusuk hidung. Tegak bulu remang rasa teringin makan seketika itu juga.\n\nJika tengah naik mood rajin, anda semua baik cuba masak resepi mee hoon sup ini. Resepinya telahpun kami bentangkan di bawah ini. Resepi mee hoon sup spesial yang dikongsikan oleh Mimin Alibabadi laman Facebook.\n\nResepi ini dikatakan spesial sebab resepi supnya ada belacan dan sambal kicap extra pedas. Kalau ingin makan sup ayam atau sup daging, wajib ikuti resepi ini.\n\nKalau teringin buat untuk niaga pun boleh juga. Jika mengikuti resepi sedap ini mesti mee hoon sup anda sentiasa mendapat sambutan ramai. Selamat mencuba.\n\nBawang goreng, daun sup dan daun bawang serta sambal kicap.\n\nSelain resepi mee hoon sup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Susu adalah perkara penting untuk tumbesaran bayi. Ianya dapat membekalkan khasiat yang secukupnya kepada bayi. Persoalannya, susu manakah yang paling sesuai digunakan untuk bayi?\n\nAdakah susu lembu, susu kambing ataupun susu soya antara alternatif terbaik selain susu ibu? Pernahkah anda mengalami masalah ini? Semoga artikel ini dapat membantu kita semua tentang perbezaan ini.\n\n\u201cAntara susu kambing, susu lembu dan susu soya yang mana satu paling baik untuk bayi 1 tahun ke atas. Saya pernah terbaca artikel yang menyatakan susu kambing lebih baik daripada susu lembu dan susu soya pula tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi.\n\nSejauh mana kebenaran tesebut? Sudah semestinya saya tahu susu ibu adalah yang terbaik. \u201d\n\nAntara susu formula lembu, susu kambing dan susu berasaskan soya; yang mana paling sesuai untuk bayi lingkungan usia 1 tahun?\n\nSepertimana yang puan sedia maklum, susu ibu adalah yang terbaik di dunia ini, tiada tandingan dan hanya ada beberapa keadaan sahaja susu ibu tidak dibenarkan dan tidak digalakkan seperti ibu dengan jangkitan virus HIV atau bayi menghidapi masalah metabolik tertentu.\n\nJusteru itu, persoalan sekarang adalah susu apakah yang sesuai bagi menggantikan susu ibu itu?\n\nBagi bayi lingkungan satu tahun yang tidak menyusu ibu sepenuhnya.\n\nArtikel ini ditulis dengan memberi fokus pada bayi yang sihat, tidak menghidapi masalah metabolik tertentu dan bukan bayi pra-matang atau bayi malnutrisi dengan berat tidak optimum untuk usia (bayi-bayi ini memerlukan pantauan kesihatan dari doktor dan mungkin memerlukan susu khas untuk mereka).\n\nAda pelbagai jenis susu dicipta khusus untuk menggantikan susu ibu, seperti susu segar lembu (whole cow\u2019s milk), susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula), susu berasaskan soya (soy based formula) dan susu kambing.\n\nSusu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula) adalah jawapannya bagi menggantikan susu ibu bagi bayi berusia satu tahun kebawah yang tidak menyusu ibu sepenuhnya!\n\nAmerican Academy of Paediatric (AAP) mengesyorkan susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula) sebagai susu gantian bagi bayi baru lahir hingga berusia 12 bulan. Ini kerana susu jenis ini yang diperkaya zat besi boleh mengelakkan masalah kekurangan zat besi (iron deficiency) yang boleh menyebabkan masalah kekurangan darah (anemia), masalah kognitif dan perkembangan bayi.\n\nKebanyakkan susu formula di pasaran sekarang sudah diperkaya dengan zat besi sejajar dengan tuntutan dan pengesyoran ini.\u00a0Fakta tentang susu dan kandungan nutrisi setiap jenis susu boleh didapati di laman sesawang USDA National Nutrient Database.\n\nBagaimana pula dengan jenis susu dan minuman lain-lain?\n\nSusu Berasaskan Soya (Soy Based Formula)\n\nSecara ilmiahnya, susu ini sebenarnya dicipta khusus untuk bayi yang alergi atau tidak hadam susu formula lembu. Susu ini mengandungi protein soya sebagai sumber protein utama, minyak sayuran sebagai sumber lemak, ditambah unsur karbohidrat, vitamin dan mineral lain. Kebiasaanya susu soya ini turut diperkaya zat besi. Menurut AAP, susu ini selamat dan efektif menggantikan susu lembu formula tetapi tidak mengatasi susu lembu formula dari kandungan zat.\n\nSusu soya mungkin sesuai bagi bayi yang\n\nMenurut kajian saintifik, tiada bukti sahih yang mengesahkan susu soya perlu digunakan untuk keadaan berikut (justeru penggunaannya bagi masalah berikut masih kontroversi!):\n\nMenurut AAP, susu kambing tidak disyorkan untuk bayi lingkungan umur 1 tahun. Ini kerana unsur nutrisi dalam susu kambing tidak menepati keperluan bayi. Susu kambing kekurangan zat besi, folate, vitamin C/D/B, thiamin, niacin dan pelbagai zat nutrisi lain.\n\nSusu kambing turut dikhuatiri akan \u201cmembebankan\u201d buah pinggang bayi kerana kandungan nutrisi tertentu yang tidak sesuai (renal solute load). Susu kambing juga dipercayai boleh mengakibatkan keadaan berasid (metabolic acidosis) yang kandangkala boleh membahayakan bagi bayi berusia satu bulan.\n\nSusu Segar Lembu (whole cow\u2019s milk)\n\nIni bukan susu formula lembu. Susu ini turut tidak disyorkan oleh AAP kerana kandungan nutrisi yang tidak sesuai, \u201cbebanan\u201d pada buah pinggang (renal solute load) dan alergi/alahan susu.\n\nMinuman manis (teh, soda, minuman berkabonat dan sebagainya) juga didapati tidak sesuai dan boleh membawa kepada kerosakan gigi dan masalah obesiti. Minuman ini juga mengandungi nutrisi yang tidak sesuai untuk bayi lingkungan satu tahun.\n\nSusu berasaskan beras, kekacang, susu pekat manis, susu skim (skim cow\u2019s milk) dan susu rendah lemak (low fat) turut didapati tidak sesuai untuk bayi berusia bawah satu tahun kerana kandungan nutrisi yang tidak sesuai.\n\nSusu khusus/khas seperti susu kurang allergi (hypoallergenic infant formula), susu kurang laktosa (lactose-free formula) dan susu khas untuk masalah metabolik hanya digunakan atas keadaan tertentu dan dibawah pengawasan dan nasihat pakar.\n\nSaya bukan orang yang sesuai untuk membicarakan isu ini kerana cetek ilmu agama.Tetapi bagi menghormati Islam dan sensitiviti agama, perlu untuk saya terangkan bahawa \u201csusu kambing\u201d kekal sebagai sebahagian dari makanan \u201csunnah\u201d Rasulullah SAW.\n\nTidak dinafikan susu kambing mempunyai beberapa kelebihan seperti mudah dihadam, kurang alergi dan beberapa kebaikkan lain; tetapi kajian terkini menunjukkan ianya tidak sesuai untuk bayi hingga umur lingkungan setahun(mungkin lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding kanak-kanak).\n\nJika kita memperhalusi sirah sejarah baginda Rasulullah SAW,baginda turut disusu ibu oleh ibu susuan sehingga berusia 2 tahun, lantas menunjukkan kepentingan penyusuan ibu dan segala kebaikkan dari penyusuan ibu (mengatasi segala jenis susu dan formula di dunia).\n\nSusu ibu adalah susu terbaik untuk bayi anda dan penyusuan ibu terbaik sepanjang zaman. Namun begitu, jika tidak dapat meyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, maka susu formula lembu yang diperkaya dengan zat besi dibenarkan/disyorkan menggantikan susu ibu.\n\nSusu berasaskan soya hanya sesuai bagi keadaan tertentu dan perlu pada nasihat pakar. Susu kambing hingga tahap ini tidak disyorkan untuk bayi berusia bawah satu tahun. Namun begitu, kajian dari aspek penyusuan bayi ini sentiasa berkembang dan pengetahuan tentang penyusuan bayi perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.\n\nDiharap saya menjawab segala persoalan puan! Yang buruk datang dari saya, dan yang baik dari Allah! Wallahualam! Artikel ini juga boleh dibaca di DoktorBudak.\n\nJemput juga baca artikel di :"
"Seronoknya membuat kuih lapis jika menjadi. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Tapi itulah, nak membuat kuih lapis ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih lapis nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya. \n\nResepi daripada\u00a0Mawar Merah\u00a0\u200eini, InsyaAllah menjadi jika ikut sukatannya. Silap haribulan boleh dijadikan menu atau hidangan untuk menjamu tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang berkunjung. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.\u00a0Jangan risau, tak susah pun. Anda pasti boleh. Percaya dan berjaya.\n\nOh ya, selain dari resepi Kuih Lapis, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain ya. Terima kasih."
"Nak tahu tips best cuci tandas boleh cuba?\n\nOrang tua-tua kata, kalau nak tahu sama ada penghuni rumah tu bersih atau tak, tengok bahagian tandasnya. Agak-agak betul tak? Apa pandangan pembaca Bidadari.my tentang kenyataan ni?\n\nTandas merupakan bahagian yang paling penting untuk kita membersihkan diri dan melepaskan hajat besar atau kecil. Oleh itu, tandas sepatutnya dijaga dengan bersih kerana di situlah bakteria mudah membiak.\n\nBayangkan kalau hampir sebulan kita tak bersihkan tandas. Pastinya lumut menebal seinci di atas lantai. Lantai yang licin amat berbahaya kerana kita akan tergelincir, lebih-lebih lagi orang tua.\n\nTak cukup dengan tu, dinding pun akan kotor dengan lumut-lumut kuning dan hijau. Rambut-rambut yang gugur tersangkut di lubang tandas. Bau hancing dan haring tak payah cakaplah.\n\nKalau tiba-tiba ada tetamu yang datang nak menumpang guna tandas, berkerut dahi mereka dibuatnya. Justeru, tandas perlu kerap dibersihkan kerana Islam amat menitikberatkan kebersihan. Malahan, keselamatan di dalam tandas juga perlu diutamakan.\n\nDalam artikel ni, penulis akan kongsikan 9 tips mencuci tandas yang berkesan. Jangan pula fikir, alah nak cuci tandas pun susah ke? Sebenarnya, tips-tips yang dikongsikan ni menggunakan bahan-bahan yang ada di sekitar kita.\n\nYang malas nak cuci tandas pun boleh jadi rajin. Bahan-bahan yang digunakan boleh didapati di dapur saja. Selain kurang penggunaan bahan kimia, hasilnya juga akan buat anda kagum. Jom baca!\n\n\u00a0#1 Gunakan Pencuci dan Bahan Peluntur yang Sesuai\n\nSebenarnya inilah kesilapan yang paling umum kita lakukan. Pencuci serbuk pakaian digunakan untuk cuci tandas. Ada pula yang gunakan sabun badan atau syampu rambut untuk menyental lantai tandas yang berdaki.\n\nSebenarnya, sabun-sabun ni tak efektif untuk menanggalkan kotoran di lantai dan dinding tandas. Anda tetap perlu menggunakan sabun khas yang direka untuk kegunaan tandas. Ia mempunyai peluntur khas untuk membersihkan kotoran degil.\n\nTerdapat pelbagai jenis pencuci tandas khas untuk dinding, lantai, mangkuk tandas, cermin dan sebagainya. Malahan, ada juga pencuci yang mempunyai wangian khas untuk memberi kesegaran di dalam tandas.\n\nSelain digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional, cuka putih juga sangat berkesan dalam menghilangkan kotoran. Cuka mengandungi asid asetik yang mampu menghakis kotoran-kotoran ringan.\n\nJika dinding mozek di tandas anda dah pudar warnanya dan berdaki, semburkan cuka yang diisi ke dalam botol kecil. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, kemudian lapkan dengan kain yang telah dibasahkan.\n\nSelain itu, jika singki atau kepala paip chrome diselaputi kotoran berwarna putih atau kehitaman, tuangkan campuran cuka dan sedikit garam halus. Biarkan beberapa minit, kotoran tersebut akan mencair dan hilang.\n\nSelain itu, cuka juga boleh dituangkan ke dalam mangkuk tandas dan digunakan untuk mengelap cermin. Tak perlu beli pencuci yang mahal-mahal. Jimat bukan?\n\nSama seperti cuka, buah-buahan sitrus seperti limau, limau kasturi, lemon, limau purut, oren dan sebagainya juga mengandungi asid. Oleh itu, selain dimakan begitu saja, dijadikan jus dan produk kesihatan, buah-buahan sitrus boleh digunakan untuk membersihkan tandas.\n\nTak perlu beli limau yang mahal seperti lemon atau grapefruit, jika anda menanam pokok limau nipis, kasturi atau purut. Boleh saja gunakan jusnya untuk membersihkan tandas.\n\nCaranya ialah ambil beberapa biji buah limau kasturi dan perahkan jusnya. Semburkan pada dinding, cermin, singki atau mangkuk tandas. Anda juga boleh menyental celah-celah mozek dengan kulit limau tersebut. Hasilnya, tandas anda bukan saja berkilat, malah berbau wangi dan segar.\n\nBagi yang suka membuat kek, biskut atau kuih-muih, nama soda bikarbonat pastinya dah biasa kedengaran. Ia ialah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan bahan berasid seperti jus lemon dan sebagainya.\n\nSoda bikarbonat mampu menghakis kotoran yang terdapat di permukaan singki dan mangkuk tandas. Caranya ialah campurkan soda bikarbonat dengan sedikit garam atau jus limau. Tuang ke atas kain yang lembap dan lap bahagian yang kotor.\n\nJangan tak tahu, minyak bayi juga boleh digunakan untuk bersih dan mengilatkan tandas. Jangan pula gunakan minyak masak kerana tahap kelikatan minyak bayi lebih rendah dan mudah dibersihkan. Tak pasal-pasal terjatuh pula masa nak bersihkan tandas.\n\nAnda boleh mengilatkan kepala paip atau apa-apa saja alatan yang disaluti chrome atau porselin di tandas anda. Malahan, anda boleh mengilatkan jubin di dinding, mangkuk tandas, singki dan almari atau rak yang terdapat di dalam tandas.\n\nCaranya ialah tuang sedikit minyak bayi ke atas kain yang bersih dan lembut. Kemudian, lapkan bahagian yang diingini. Mudah bukan?\n\n#6 Hentikan Karat dengan Pengilat Kuku\n\nHardware yang terdapat di dalam tandas mudah berkarat walaupun ada yang diperbuat daripada bahan antikarat. Ini kerana penggunaan air dan sabun membuatkan permukaan peralatan chrome mudah rosak dan terhakis.\n\nKadangkala, skru-skru di bahagian rak atau penutup mangkuk tandas juga mudah berkarat dan senang terbuka. Senang saja nak atasi masalah ni, anda hanya perlukan pengilat kuku.\n\nPertama sekali, bersihkan dan sental bahagian yang berkarat. Lapkan dengan kain kering dan biarkan hingga benar-benar kering. Sapukan pengilat kuku sebanyak beberapa lapisan. Percikan air dan sabun tak akan memberi kesan pada bahagian tersebut lagi.\n\n#7 Hilangkan Paip Tersumbat dengan Air Panas\n\nTanpa kita sedari, saluran paip di tandas juga boleh tersumbat jika kita tak membersihkannya. Buih-buih sabun yang terkumpul boleh membentuk lapisan minyak yang tersangkut dengan kotoran lain seperti rambut, kertas, tisu dan sebagainya.\n\nCaranya, anda boleh didihkan air panas. Kemudian, curahkan ke dalam saluran paip dengan berhati-hati. Buat seminggu sekali. Pasti tak akan ada masalah paip tersumbat. Anda juga praktiskan cara ni pada lubang singki anda.\n\nSetelah mencuba tips-tips yang diberikan ni, macam ada yang kurang pula kalau kita tak letak pewangi. Anda boleh menggunakan pewangi tandas yang ada di pasaran dalam bentuk gel, bunga-bunga kering dan penyembur.\n\nKalau nak lebih semula jadi, anda boleh letakkan beberapa helai daun pandai di sudut yang tersembunyi. Anda juga boleh letakkan hirisan lemon, air daun pudina dan essential oil.\n\nJangan lupa buka tingkap pada setiap pagi untuk pengaliran udara yang baik. Paling penting jangan sidai tuala yang lembap dan basah di dalam tandas. Disebabkan kurangnya pancaran sinaran matahari, tuala tak mudah kering dan akan berbau hapak.\n\nSetelah bersusah-payah bersihkan tandas sehingga wangi dan berkilat. Jangan lupa pula hiaskan tandas anda. Tak perlu hiasan sarat, cuma letakkan pasu bunga hiasan atau pokok hidup yang cantik. Anda juga boleh menggantung hiasan dinding bagi menaikkan seri bilik air anda tu.\n\nDiharapkan anda semua dapatlah sedikit ilham dan tips berkesan untuk mencuci tandas hingga jayanya. Ingat ya! Jangan malas dan keraplah membersihkan tandas anda tu. Selamat mencuba. Jemput juga baca artikel cara kemas rumah dan cara susun kasut"
"Artikel ini adalah tentang tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi. Tanda ini mungkin kita sedar atau tidak.\n\nTidak dinafikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, namun jika keadaan tidak mengizinkan seseorang ibu untuk menyusukan bayinya, susu formula adalah alternatif yang ada. Terdapat pelbagai susu formula di pasaran. Susu lembu, susu kambing, susu soya, malah terdapat pelbagai jenama dengan harga yang berbeza. Bagaimana cara untuk memilih susu formula terbaik untuk bayi anda? Apa pula tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi anda?\n\nJika susu formula yang diberikan adalah tidak sesuai untuk bayi anda, tubuh badannya akan mengeluarkan pelbagai tanda sebagai signal bahawa tubuh badan bayi anda sedang menolak susu tersebut. Di antara tanda yang paling kerap berlaku ialah:\n\nDi antara tanda pertama yang akan ditunjukkan oleh badan bayi anda sekiranya susu formula yang diberikan tidak sesuai ialah ruam dan bintik-bintik merah. Bintik merah boleh naik pada mana-mana bahagian tubuh bayi anda. Tidak kira pada wajah, badan, kaki, tangan, kemaluan, malah di bahagian punggung sekali pun. Bintik merah tadi akan mula timbul sedikit demi sedikit dan menjadi semakin serius dan kemerahan sekiranya anda terus memberikan susu formula yang sama kepada bayi anda.\n\nRuam yang dibiarkan akan menjadi semakin serius lalu menyebabkan kegatalan, melecet, dan luka pada kulit bayi anda. Sebagai contoh, ruam lampin pada bahagian kemaluan dan punggung bayi anda akan menyebabkan bayi anda mengalami kepedihan akibat kulit yang melecet dan luka. Bayi anda akan berasa sakit dan meragam, malah boleh menyebabkan bayi anda demam.\n\nMemerhatikan najis bayi adalah di antara cara yang terbaik untuk mengetahui kesesuaian susu formula dengan bayi anda. Sebagai ibu pastinya anda mengenali rupa, bau, dan warna najis bayi anda. Jika anda mula memberikan susu formula baru kepada bayi anda dan najis bayi anda menjadi cair dan berair, itu adalah tanda bahawa bayi anda sedang mengalami cirit-birit. Kemungkinan besar susu formula tersebut tidak sesuai dengan bayi anda.\n\nJika bayi anda mengalami cirit-birit, jangan dibiarkan kerana ia akan menyebabkan bayi anda mengalami kekeringan atau dehidrasi, malah cirit-birit boleh menyebabkan ruam lampin yang teruk.\n\nSelain cirit-birit, sembelit juga boleh menjadi salah satu tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi anda. Susu formula yang tidak sesuai akan menyebabkan najis bayi anda mengeras lalu menjadi punca bayi anda sukar untuk membuang air besar. Jika secara tiba-tiba bayi anda tidak membuang air besar selama berhari-hari, atau menangis setiap kali membuang air besar, ia adalah di antara tanda sembelit.\n\nBagi keadaan sembelit yang teruk, najis bayi anda akan mengandungi darah kerana usus bayi anda mengalami luka semasa najis keras melaluinya. Oleh itu, sentiasa perhatikan najis bayi anda. Tukar susu formula jika bayi anda mengalami sembelit berpanjangan.\n\nSelain cirit-birit dan sembelit, susu formula yang tidak sesuai juga akan menyebabkan bayi anda mengalami muntah-muntah. Muntah yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti muntah susu yang selalu dialami oleh bayi selepas selesai menyusu, tapi muntah dengan kuantiti yang banyak dan memancut. Perhatikan bayi anda, jika bayi anda mula muntah selepas diberikan susu formula baru, itu adalah tanda bahawa susu itu tidak sesuai.\n\nJangan biarkan bayi anda muntah secara berpanjangan. Bawa bayi anda ke klinik dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Muntah-muntah bole menyebabkan bayi anda kekeringan dan kepenatan yang melampau. Ianya boleh menjejaskan nyawa.\n\nKekembungan juga merupakan satu lagi tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi anda. Sesetengah bayi tidak tahan dengan bahan yang ada di dalam susu formula lalu menyebabkan angin berkumpul dalam perut bayi. Apabila bayi anda mengalami kembung, perut bayi anda akan kelihatan buncit dan berasa apabila dipegang.\n\nBayi yang kekembungan akan meragam dan menangis berpanjangan, tidak mahu diletak ke bawah. Malah bayi anda akan semakin meragam pada waktu malam di mana kembung menjadi semakin teruk. Jika bayi anda mengalami kembung, sapukan minyak panas ke bahagian perut, belakang badan, tapak kaki, dan tulang keting. Urut bagi membantu mengeluarkan angin dari badan bayi anda. Jangan lupa pakaikan stokin kaki bagi melindungi tapak kaki bayi anda.\n\nSusu formula yang tidak sesuai dengan bayi akan menyebabkan lendiran terbentuk dalam saluran pernafasan dan tekak bayi anda. Lendiran tadi yang juga dikenali sebagai mukus akan menjadi kahak lalu menyebabkan bayi anda mula batuk. Oleh itu, jika bayi anda mengalami batuk selepas diberikan susu formula baru, ia adalah salah satu tanda susu formula yang anda berikan adalah tidak sesuai.\n\nSelain batuk, bayi anda juga akan mengalami selsema kerana lendiran tadi akan bertukar menjadi hingus. Bayi anda akan selesema dan merah-merah hidung akibat kegatalan. \n\nSelain batuk dan selsema, lendiran dalam tekak dan saluran pernafasan bayi anda akan menyebabkan masalah susah untuk bernafas. Ia berlaku kerana lendiran dalam saluran pernafasan menghalang bayi anda daripada bernafas secara normal seperti yang sepatutnya. Malah nafas bayi anda akan berbunyi atau wheezing seperti orang yang mengidap asma.\n\nJika bayi anda mengalami kesukaran untuk bernafas selepas diberikan susu formula baru, berhenti memberikan susu yang sama kepada bayi anda. Kesukaran untuk bernafas boleh menjejaskan nyawa bayi anda. Ia boleh menyebabkan kematian sekiranya saluran pernafasan bayi anda tertutup sepenuhnya.\n\nItulah dia info tentang tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang susu formula terbaik, hadiah hari jadi anak perempuan dan cara mengajar anak mengenak huruf ABC"
"Banyak resepi sedap dan mudah yang dapat anda buat untuk cucur. Di Malaysia, cucur banyak macamnya, ada cucur manis, cucur udang, cucur ikan bilis dan ada juga cucur ayam seperti resepi yang kami kongsikan hari ini.\n\nResepi cucur ayam atau disebut juga bebola ayam bersayur yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad ini telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Pasalnya, cucur ini sangat mudah, bahan-bahannya simple juga sangat sedap dan menggiurkan. Resepi ini tidak menggunakan tepung serta cara penyediaannya juga sangat senang.\n\nCucur ayam merupakan alternatif memakan ayam dengan cara lain terutama untuk anda yang tidak suka ayam atau anda yang jenuh makan ayam dengan resepi biasa. Kanak-kanak confirm akan suka cucur ayam. Anda boleh makan bersama nasi atau dimakan sepertu itu sahaja. Makan bersama cili padi atau cicah dengan sos cili lagi sedap.\n\nSila cuba resepi di bawah ini dan jamu selera keluarga anda dengan cucur ayam sedap buatan anda. Selamat mencuba.\n\n2. Selepas rebus kisar ayam sehingga hancur (letak air sedikit untuk bagi dia basah).\n3. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.\n\n4. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan, sedia untuk diangkat. Siap!\n\nSelain resepi cucur ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mi Segera Maggi amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Baik dari kanak \u2013 kanak, mahasiswa universiti, atau golongan professional, kesemuanya pernah makan Maggi. Sampaikan kesemua mi segera di Malaysia digelar Maggi. \n\nOleh itu, mengikut peredaran masa, hidangan Maggi juga mengalami inovasi yang unik. Pelbagai resepi yang berdasarkan maggi juga diperkenalkan. Antaranya adalah kerabu Maggi, murtabak Maggi dan juga Maggi Ketam.\n\nJuadah ini pernah menjadi viral baru \u2013 baru ini. Oleh itu, jom kita lihat resepi Maggi Ketam yang telah dikongsikan oleh Zahra MN dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. \n\nCara hidang: Masuukan maggi kedalam mangkuk, ketam diletakkan di bahagian atas. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nAda pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!"
"Comel bukan apabila nampak budak kecil berdengkur? Berirama betul bunyinya! Letih agaknya bermain-main, merangkak-rangkak, berjalan-jalan, berlari-lari, kejar-mengejar ke sana sini. Macam orang dewasa yang sibuk pula kan, walhal situ-situ je mereka beraktiviti, bukan jauh mana, pusing-pusing tempat yang sama juga.\n\nLepas tu, nampak si kecil nyenyak betul tidur, tidak sampai hati pula hendak kejutkan mereka. Comel memang comel, tetapi tidak elok sebenarnya jika anak anda dibiarkan berdengkur berterusan. Pernahkah terlintas di fikiran anda yang dengkuran anak-anak mungkin menandakan keadaan lain yang tidak normal?\n\nOleh itu, di bawah ini kami kongsikan pengetahuan\u00a0Dr Ezairy M.Sallih, seorang pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) terkemuka, mengenai masalah dengkuran anak-anak yang patut diambil perhatian oleh ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian.\n\nApakah Sebab Yang Membuatkan Si Kecil Berdengkur?\n\nAda antara anda yang yang ada masalah ini. Jom lihat lima perkara di bawah.\n\n1. Masalah berat badan. Berat badan berlebihan akan menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan mengakibatkan masalah dengkur bertambah teruk\n\n2. Tonsil yang besar. Ini menyebabkan halangan berlaku semasa proses pernafasan. Berdengkur boleh berlaku. \n\n3. Adenoid besar. Struktur adenoid terletak di bahagian nasopharynx iaitu di belakang hidung. Pembesaran pharyngeal tonsil ini boleh mengakibatkan masalah berdengkur juga\n\n4. Terlalu letih. Otot dan tisu yang lemah akibat terlalu letih akan mengakibatkan gangguan semasa bernafas ketika tidur. Berdengkur akan berlaku\n\n5. Masalah pada hidung. Polyp atau apa-apa masalah di rongga hidung juga boleh menyebabkan masalah dengkuran.\n\n*Haaa, nampak je si kecil tidur nyenyak berdengkur-dengkur tidak bermaksud yang ianya sesuatu yang biasa tau. Boleh jadi ia disebabkan keadaan serius lain. Jangan tunggu lagi! Sharelah info ini ya untuk perkongsian kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang lain.\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Secara umumnya, kerabu manggga boleh dimakan sahaja dengan nasi putih ataupun digandingkan dengan lauk seperti ikan siakap goreng, ikan bilis goreng dan lain-lain.Terliur pula bunyinya.\n\nKerabu mangga biasanya dibuat menggunakan mangga muda supaya rasanya masam. Sebahagian orang yang sukakan hidangan masam pasti sangat menyukai resepi kerabu mangga ini.\n\nCara membuat kerabu mangga sangat teramat mudah sebenarnya. Hanya dengan mengiris kesemua bahan jadi kecil kemudian menggaulkannya dan jadilah kerabu mangga yang sedap.\n\nKerabu mangga tidak selalunya dijual disemua kedai makan. Maka itu, kami akan menghadirkan resepi kerabu mangga pada perkongsian kali ini supaya anda boleh buat sendiri di rumah. Mari cubakan resepi kerabu mangga daripada \u200eAna Mariana Ismail\u200e di laman Facebook.\n\nSelain resepi kerabu mangga, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ada lebihan roti di rumah dan anda tak tahu nak buat apa dengan roti tersebut? Sila jangan biarkan roti itu rosak begitu sahaja kerana anda dapat menghasilkan satu menu pencuci mulut yang sangat sedap dan digemari ramai terutamanya golongan kanak-kanak. Dah ada makanan yang sedap di rumah, tak perlu lagi mencari dan membeli makanan lain di kedai bukan.\n\nMenu pencuci mulut yang kami maksudkan adalah puding roti marble milo. Haa nama dengar nama pun dah terbayang akan keenakannya kan. Yelah, bahan yang wajib ada adalah Mila. Serbuk milo menjadikan puding roti menjadi bertambah sedap. Jika kita hanya menggunakan serbuk koko, mungkin akan sedikit pahit. Tetapi apabila anda memasukkan dan mencampurkan serbuk milo ke dalam adunan, puding anda akan menjadi superb sedap!\n\nApa yang menjadi kelainan pada puding roti marble ini juga adalah puding ini diolah dengan memasukkan agar-agar. Jadi, rasanya nanti akan menjadi unik dan lazat. Jika ada anak-anak kecil di rumah, mereka pasti ternanti-nanti tak sabar ingin menghabiskan satu bekas puding roti marble milo ini. Kenapa marble? Sebab coraknya nanti akan menjadi seperti corak marble gitu. Eksklusif lah jugak!\n\nIngin mencuba resepi ini? Kami bawakan kepada anda satu resepi puding roti marble milo yang awesome. Resepi ini telah diupload oleh saudari Muliyana Suhud di Facebook. Katanya, jika dihidang ketika puding sejuk dari peti ais, bertambah lagi keenakkan. Haa jangan lupa untuk try ya!\n\n* 4 keping roti* 1 biji telur* 1/2 cawan susu pekat* 170ml susu cair* 10gram serbuk agar2 @ sepeket* 1/2 cawan gula \u2013 bleh kurangkan* 2 sudu besar [email\u00a0protected] (cairkan)* 3 1/2 cawan air* satu penutup esen vanilla* 2 sudu besar Milo & 1 sudu kecil serbuk koko (bancuh jadikan pes supaya x berketul2)\n\n1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Masukkan esen vanilla blend lagi. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah dididih tadi.3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi dan matikan api.4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan bancuhan pes milo + koko td5. Ambil sesenduk warna plain dan tuang di tengah2 loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna plain tadi. Biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. Ulang smula kaler plain dan buat hingga habis.. ketika [email\u00a0protected]\u2019marble\u2019kan hendaklah dengan cepat sbb [email\u00a0protected] nih mudah [email\u00a0protected].6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.*Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. Bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.\n\nBoleh juga cuba resepi puding roti versi ini.\n\nAnda suka resepi puding roti marble ini? Jangan lupa untuk lihat lebih banyak resepi di blog kami ya. Ada bermacam-macam jenis puding, kek, kuih muih dan lauk pauk yang perlu anda cuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE juga ya!"
"Pesan orang dulu-dulu, buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Ia adalah satu pesanan kepada kita bahawa berbuat baik adalah amalan yang mulia namun ia perlu dilakukan dengan had dan batasan. Jangan sampai orang lain mengambil kesempatan ke atas diri kita di atas kebaikan yang dilakukan. Islam juga menyarankan umatnya untuk sentiasa berbuat baik kepada semua orang termasuk makhluk lain ciptaan Allah seperti binatang dan tumbuhan.\n\nKita disarankan untuk berbuat baik tanpa mengharapkan sebarang balasan. Malah kita juga dilarang daripada mengungkit semula segala kebaikan yang pernah kita lakukan kerana ia akan menyebabkan kita kehilangan semua pahala di atas kebaikan yang dilakukan. Terdapat pelbagai hikmah berbuat baik yang mungkin kita tak perasan.\n\nBerbuat baik akan menjadi penyelamat buat kita di padang mahsyar nanti\n\nHikmah berbuat baik yang pertama ialah segala perbuatan baik yang kita lakukan semasa di dunia dengan penuh keikhlasan akan menjadi penyelamat buat kita semasa sesi timbangan di akhirat nanti. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith di mana seorang sahabat yang bertanya kepadan rasulullah dengan soalan kenapa manusia harus berbuat baik kepada sesama manusia dan\u00a0 makhluk yang lain.\n\n\u201cBarang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang mengalami kesulitan, maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat. Kemudian, barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan sesungguhnya Allah akan sentiasa menolong seorang hamba selagi hamba itu sudi menolong saudaranya.\u201d\n\nMendengar jawapan Rasulullah tersebut para sahabat yang lain menganggukkan kepala tanda faham. Kemudian Rasullullah menyambung, \u201cMaka hulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang lain meskipun di saat itu kita sedang kesempitan. Itulah yang akan menyelamatkan dari kesusahan yang amat dahsyat di hari kiamat kelak, kerana kita melakukannya dengan benar-benar ikhlas kerana Allah.\u201d\n\nHikmah berbuat baik yang kedua ialah kita akan mendapat redha dari Allah dan dijanjikan dengan balasan pahala yang melimpah-ruah. Malah Allah menjanjikan syurga buat hambanya yang berbuat baik kepada makhluk ciptaannya. Redha Allah adalah sangat penting bagi kita hambanya kerana jika Allah murka kepada kita, hidup kita akan dilanda musibah dan malapetaka serta jauh dari keberkatan.\n\nDijanjikan kejayaan di dunia dan akhirat\n\nMalah mereka yang selalu melakukan kebaikan dijanjikan kejayaan di dunia dan akhirat oleh Allah seperti firman Allah yang berikut:\n\n\u201cDan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.\u201d\n\nHikmah berbuat baik yang seterusnya ialah segala urusan kita akan dipermudahkan atas asbab kita berbuat baik kepada orang lain. Ini adalah selari dengan pepatah \u201c Permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita \u201c. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Jika kita berbuat baik kepada orang lain dan berusaha untuk mempermudahkan urusan orang lain dengan sebaik mungkin, hidup kita akan berjalan dengan lancar dan tiada masalah.\n\nHikmah berbuat baik yang seterusnya ialah ia akan memberikan kita keberkatan dan ketenangan hidup. Jiwa kita akan berasa tenang dan lapang jika tidak melakukan kejahatan kepada orang lain. Sebagai contoh, katakana kita dengan tidak sengaja terlanggar kereta orang lain di tepi jalan yang diparking dengan baik dalam kotak. Salah kita kerana cuai. Jika kita seorang yang baik dan jujur, kita akan tinggalkan nombor telefon untuk tuan kereta hubungi bagi meminta maaf dan membayar ganti rugi.\n\nKatakan kita lari dan meninggalkan kereta orang yang rosak. Pastinya hati kita akan berasa resah dan tidak tenang akibat rasa bersalah. Malah kita akan dilanda ketakutan kalau-kalau ada kamera cctv atau saksi yang boleh mengaitkan kita dengan kemalangan tersebut. Kita juga mungkin ketakutan kalau aka nada balasan di atas apa yang kita lakukan. Oleh itu sentiasalah berbuat baik agar mendapat ketenangan dan keberkatan hidup.\n\nHikmah berbuat baik yang terakhir ialah kita akan disayangi dan dihormati oleh orang sekeliling. Orang yang baik akan disayangi dan disanjung. Malah akan ada ramai orang yang akan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat kita. Kalau kita suka melakukan kejahatan, tidak mustahil orang lain akan mendoakan yang bukan-bukan buat kita lalu menyebabkan hidup kkta dilaknat dan tidak mendapat keberkatan.\n\nTakkan rugi kalau kita didik diri untuk sentiasa melakukan kebaikan walau pun belum tentu segala kebaikan yang kita lakukan akan dibalas dengan baik dan bukannya kejahatan. Walau pun kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan kejahatan, jangan sesekali mengeluh kerana Allah telah menjanjikan pahala dan kebrkatan buat kita. Sedikit pun kita tidak rugi.\n\nItulah dia perkongsian tentang hikmah berbuat baik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang hikmah perkahwinan dan hikmah tahnik"
"Keadaan Anda Pada Minggu Ke-3 Kehamilan\n\nOvum (kadang-kadang dua, jika anda hamil anak kembar) berjalan sehingga ke bawah tiub fallopio mengikut arah uterus anda. Jika anda melakukan hubungan seks, sperma akan bergerak ke atas melalui serviks dan uterus.\n\nUntuk kehamilan berlaku, satu sperma mestilah menembusi lapisan luar ovum dan masuk ke bahagian tengahnya. Proses ini biasanya berlaku di dalam tiub fallopio. Jika ia berlaku, anda hamil.\n\nTahap progesterone anda meningkat sekarang. Hormon ini akan membolehkan tubuh anda tahu yang anda sedang hamil, lantas menyebabkan endometrium membentuk bekalan zat makanan yang menghentikan anda daripada didatangi haid."
"Kek buah kukus memang sangat sedap dan disukai orang ramai. Kek buah memiliki aroma yang sangat wangi dan rasa kek buah kukus moist sangat merangsang selera. Kek buah kukus dapat dimakan bila-bila sahaja.\n\nCara membuat kek buah sangat senang, tidak leceh dan tidak memakan masa. Bahan-bahan untuk membuatnya pun senang dijumpai. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai dan akan kami kongsikan dibawah ini.\n\nZaimah Zakaria membuat kek buah moist dengan cara kukus. Melihat gambarnya pun sudah sangat menggoda selera kan. Bagaimana pula jika anda membuat kek buah sendiri, mesti lagi sedap. Boleh dihidangkan untuk keluarga anda petang-petang sebagai camilan. Sila cuba resepi ini.\n\n1. Mula-mula sediakan dahulu bahan A.\n\n2. Masak gula sampai cair dan keperangan/hangus.\n\n3. Kemudian tuang air panas perlahan-lahan, cairkan balik gula tadi.\n\n5. Bila butter sudah cair masukkan mixed fruit. Kacau sebati dan sejukkan. (Adunan A)\n\n6. Seterusnya dalam bekas lain, putar telur dengan esen vanilla sampai berbuih (guna blender pun boleh).\n\n7. Kemudian tuang telur ke dalam adunan A tadi. Kacau rata sambil masukkan bahan B yang diayak sedikit demi sedikit.\n\n8. Kacau rata sampai semuanya sebati.\n\n9. Masukkan ke dalam loyang yang dilapik baking paper.\n\n10. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 4 jam. (Sebenarnya 2 jam pun sudah masak tapi untuk dapatkan kek yang moist perlu kukus selama 4 jam. 2 jam pertama api sederhana dan 2 jam terakhir api perlahan).\n\nSelain resepi Kek Buah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ar Rahman bermaksud Allah Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Ayat ini ada satu perkataan sahaja. Begitu hebat sekali. \n\nAllah mengkehendaki kita memikirkan maksud ayat ini. Ya, satu perkataan yang membawa kepada berjuta maksud yang tidak terhurai.\n\nSetiap ketika dan masa, ada sahaja rahmat yang Allah berikan kepada kita. Cuba anda bayangkan apakah rahmat yang Allah sedang beri kepada kita sekarang, hari ini, semalam, minggu ini, minggu lepas dan sebagainya.\n\nSurah Ar Rahman adalah surah ke-55 dalam al-Quran dan tergolong sebagai surah Makkiyah yang terdiri daripada 78 ayat. Jom lihat fadhilat atau kelebihan surah Ar Rahman yang bakal buatkan anda kerap ingin membacanya.\n\n1. Mendapat Syafaat di Hari Kiamat \n\nKelebihan membaca Surah Ar Rahman yang paling didambakan ramai adalah ia memudahkan anda mendapat syafaat di Hari Kiamat. Rasulullah SAW sendiri mengatakan bahawa oang Islam yang mengamalkan Ar Rahman akan mendapat tempat paling indah di sana kelak.\n\n\u201cjangan tinggalkan membaca surat Ar Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak mententeramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhan bersamanya(Ar Rahman) pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia \u00a0yang paling indah dan baunya paling harum, pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri dihadapan Allah yang paling dekat denganNya selainnya. \n\n Pada saat itu Allah berfirman: siapakah orang di dunia yang sering bangun malam dan tekun membacamu? Dia menjawab: Ya Robbi, Fulan bin Fulan, lalu wajah mereka menjdi putih. \n\nDan ia berkata kepada mereka: berilah syafaat bagi orang-orang yang mencintai kalian. Kemudian ia memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka.\n\nLalu ia berkata kepada mereka: masuklah kalian ke syurga, dan tinggallah didalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.\n\n2. Diredhai Dan Dikasihi Allah Swt\n\nSesiapapun yang sentiasa membaca Surah Ar Rahman, maka Allah SWT akan menyayanginya atas segala kelemahannya. Salah satu kelebihan surah Ar Rahman adalah membuatkan diri anda dikasihi dan diredhai Allah SWT.\n\nSabda Rasulullah SAW: \u201cBarang siapa membaca surat Ar Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan kepadanya.\u201d \n\nKadang-kadang manusia lupa akan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sebagai contoh, setelah Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita, kita malahan berfikir bahawa semuanya atas hasil usaha kita sendiri. \n\nNamun, ketika kita ditimpa musibah barulah kita sedar dan mula mengingatinya. Pengulangan ayat \u201cfabiayyi aalaa\u2019i Robbikuma tukadziban\u201d adalah untuk mengingatkan bahawa manusia adalah pelupa. \n\nAyat tersebut adalah kalimat pertanyaan yang menuntut jawapan manusia yang mengingat ketika membaca ayat itu. Hebatkan kelebihan surah Ar Rahman.\n\n4. Mengingatkan Banyak Makhluk Allah Swt\n\nJin \u00a0juga mengakui bahawa nabi Muhammad sebagai Rasul. Ini membuktikan bahawa ciptaan Allah tidak hanya terbatas pada sesuatu yang tampak. \n\nKerajaan Jin dan alam-alam yang tidak tampak pun Allah lah yang menciptakannya. Selain itu, haiwan-haiwan yang berada dimuka bumi ini juga beribadah kepada Allah. \n\nAllah sedang memberitahu serta mengingatkan kita , bahawa selain kita masih terdapat makhluk Allah lainnya yang juga diberikan kewajiban untuk beribadah kepada Allah.\n\nTahukah anda, surat Ar Rahman mengandung asma atau kelebihan nama Allah iaitu Ar Rahman Maha Pengasih atau Pemurah. Arti Pengasih yang terdapat dalam surat ini juga dimaksudkan sebagai cinta kasih. \n\nKelebihan Surat Ar Rahman untuk Jodoh sudah tidak asing lagi di telinga kita dimana surat Ar Rahman boleh diamalkan untuk mempercepatkan datangnya jodoh. \n\nSama ada ingin bernikah dengan cepat, bertemu jodoh lebih baik atau yang diimpikan, Ar Rahman adalah doa-doanya.\n\nYakin dan percaya bahawa Allah itu maha pemurah, dengan mengurniakan rezeki,jodoh dan ajal semuanya berada ditangannya. Hanya kepada Allah wajib kita meminta.\n\nDalam kehidupan seharian, kita sering dilanda rasa cemas dan gelisah akibat tekanan hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi. Kadangkala ada pula orang yang sering tidak tenang, cemas dan merasa tidak kena. Ketahuilah ia mungkin penyebab yang tidak jelas dan tidak diketahui. \n\nOrang yang selalu ingat dan bertawakal kepada Allah insya Allah tidak akan mengalami rasa cemas dan gelisah berlebihan dalam menghadapi berbagai masalah. \n\nApabila anda berasa cemas, gelisah dan tertekan, surah Ar Rahman lah penawarnya. ketika anda membacanya, yakinlah dan rasalah kasih sayang yang Allah berikan selama ini, Insyaallah hati anda akan rasa tenang.\n\n7. Dapat Mengeratkan Hubungan Antara Keluarga\n\nIngin mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga yang sudah lama renggang, anda boleh sahaja membaca surah Ar Rahman ketika solat atau selepas solat. \n\nAnda juga sentiasa berdoa agar diberikan kedamaian serta kasih sayang sesama keluarga. Insyaallah hubangan yang dah lama renggang akan menjadi baik semula. Itulah kelebihan surah Ar Rahman.\n\nImam Ja\u2019far Ash-shadiq (sa) berkata: \u201cBarangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat \u2018Fabiayyi \u00e2l\u00e2i Rabbikum\u00e2 tukadzdzib\u00e2n\u2019, ia mengucapkan: L\u00e2 bisyay-in min \u00e2l\u00e2ika Rabb\u00ee akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.\u201d (Tsawabul A\u2019mal, hlm 117).\n\nJelas menunjukkan bahawa terdapat kelebihan Surah Ar Rahman yang membolehkan anda mati seperti mereka yang syahid. Siapa yang tak nak mati syahid? Seluruh alam pasti inginkannya.\n\nTahukah anda, nikmat yang Allah berikan kepada makhluk adalah dalam bentuk rohani dan jasmani. Nikmat jasmani adalah kelebihan di dunia dan nikmat rohani memberi kebaikan dunia dan akhirat.\n\nUntungnya orang yang mendapat nikmat rohani dan jasmani. Anda boleh amalkan surah Al-Waqiah untuk mendapatkan keredhaan Allah Swt dan insyallah Allah memberikan anda nikmat dan kurniaanNya.\n\nAllah Swt turut mengajarkan kita tentang sifatNya selain dari ilmu, hukum dan apa yang diceritakan di dalam Al-Quran. Kerana itu juga Quran diturunkan kepada kita. Ia berupa wahyu.\n\nDengan mengamalkan surah Ar Rahman, kita dapat mengenali Allah dengan lebih mendalam, mendapat ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan mendapat panduan hidup dunia akhirat.\n\nJom baca juga\u00a0Kelebihan Surah Ar Rahman ,\u00a0isteri\u00a0Nabi\u00a0Muhammad SAW\u00a0dan\u00a0Resepi Kari Telur."
"Jom buat resepi ikan patin masak tempoyak hari ini!\n\nAnda pernah makan masakan tempoyak?Baiklah untuk anda yang yang tidak tahu, apa itu tempoyak dan apa pula ikan patin masak tempoyak itu. Di sini kami akan kongsikan resepi makanan khas Pahang ini kepada anda semua.\n\nResepi ini dikongsikan oleh \u200eRohaiza Azreen\u200e di Facebook serta sukatan bahan-bahannya mengikut resepi daripada\u00a0Iyda Halim di Facebook.\n\nTempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.\n\nTempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal. Tempoyak juga terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan). Selamat mencuba.\n\n3. Cili padi 15 biji.\n4. Kunyit hidup seinchi.\n5. Daun Kesum.\n6. Bungan Kantan.\n7. Air.\n8. Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap.\n\n1. Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk.\n\n3. Setelah kedua-dua bahan lumat, bubuh tempoyak. Gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat bubuh tempoyak lebih banyak).\n\n4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.\n\n5. Masukkan air. Masak sampai menggelegak.\n\n6. Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.\n\n7. Masukkan garam dan aji sebagai perasa.\n\nIkan patin masak tempoyak siap untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera.\n\nSelain resepi ikan patin masak tempoyak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Gigi yang tersusun rapi, putih, cantik, bersih dan bersinar sememangnya menjadi idaman semua orang. Namun untuk mendapatkan gigi yang putih bersih bukanlah sesuatu yang mudah. Malah prosedur untuk memutih dan mengilap gigi bukanlah murah harganya. Nak tak kalau kami kongsikan cara putihkan gigi dengan kos yang murah dan dijamin berkesan?\n\nArang sememangnya telah digunakan sejak zaman-berzaman untuk memutihkan gigi. Anda boleh ambil arang, tumbuk sehingga hancur, dan gosok gigi anda dengan serbuk arang yang dihancurkan tadi. Kalau anda nak lagi mudah, anda boleh beli arang aktif atau activated charcoal yang banyak dijual terutamanya secara atas talian. Amalkan menggosok gigi dengan serbuk arang, pasti gigi anda akan semakin putih berseri.\n\nCara putihkan gigi yang seterusnya ialah dengan menggunakan arang yang dicampur dengan garam. Caranya hancurkan arang sehingga menjadi serbuk, masukkan sedikit garam ke dalam serbuk arang tadi. Kacau sehingga sebati. Anda boleh gunakan campuran serbuk arang dan garam tadi untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.\n\nBaking soda dikatakan mampu memutihkan gigi. Caranya ambil satu sudu kecil baking soda, letakkan di atas berus gigi dan gosok seperti biasa. Namun jangan dilakukan dengan kerap. Seminggu sekali sudah memadai. Ini kerana baking soda boleh menghakis lapisan enamel gigi.\n\nAnda juga boleh menambahkan sedikit garam ke dalam baking soda tadi sebelum diletakkan ke atas berus gigi. Amalan menggosok gigi dengan baking soda dan garam sangat membantu untuk memutihkan gigi anda. Ia akan menghilangkan kotoran kuning yang melekat pada gigi.\n\nApple cider vinegar atau cuka epal\n\nSatu lagi cara putihkan gigi yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan cuka epal atau apple cider vinegar. Caranya ambil satu sudu cuka epal dan larutkan dengan setengah cawan air. Berkumur dengan air larutan cuka epal tadi. Lakukan setiap pagi. Pastikan anda larutkan dulu cuka epal sebelum digunakan. Bukannya terus berkumur di dalam mulut. Ini kerana cuka epal yang pekat boleh menghakis lapisan enamel gigi lalu merosakkan gigi anda.\n\nApple cider vinegar + baking soda\n\nIni adalah gabungan dua bahan yang sangat berkesan untuk memutihkan gigi. Kalau anda kerap gunakan cara putihkan gigi yang ini, pastinya anda akan mendapat gigi yang putih berseri. Caranya, campurkan satu sudu kecil cuka epal ke dalam setengah cawan air. Kemudian masukkan sedikit baking soda. Celupkan berus gigi anda ke dalam air tadi, dah berus gigi anda. Air lebihan tadi boleh digunakan untuk berkumur. Amalkan seminggu sekali.\n\nApple cider vinegar + baking soda + serbuk arang\n\nIni pula adalah cara putihkan gigi paling berkesan yang ingin kami kongsikan kepada anda. Apa yang anda perlukan adalah satu sudu kecil cuka epal, sedikit baking soda, dan sedikit serbuk arang. Caranya:\n\nIni juga adalah satu lagi cara putihkan gigi yang sangat berkesan. Caranya ambil sebiji lemon, potong kepada hirisan kecil. Gunakan sekeping hirisan, perah airnya. Celupkan berus gigi anda ke dalam air perahan tadi, dan berus gigi anda. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mendapat gigi yang bersih dan putih.\n\nAnda boleh mencuba cara yang ini juga. Apa yang anda perlukan ialah soda bikarbonat dan sedikit perahan lemon. Caranya:\n\nTahukah anda bahawa amalan mengunyah makanan berserat tinggi adalah salah satu daripada cara untuk memutihkan gigi? Makanan berserat tinggi seperti epal, seleri, lobak merah, dan tomato boleh dijadikan sebagai snek dan dikunyah semasa anda lapar. Bagaimana makanan tinggi serat ini membantu memutihkan gigi?\n\nApabila anda mengunyah makanan tinggi serat dalam bentuk mentah, serat yang ada pada makanan tersebut akan bergesel dengan gigi anda lalu membantu membersihkan gigi dan membuang kesan kuning yang melekat pada gigi. Oleh itu, tukar snek anda kepada makanan berserat tinggi yang bukan sahaja boleh membantu memutihkan gigi malah membantu anda menjaga bentuk badan supaya kekal langsing.\n\nCara putihkan gigi yang seterusnya ialah dengan mengamalkan memberus gigi dengan kayu sugi. Ia merupakan sunnah yang menjadi amalan Rasulullah. Kayu sugi bukan sahaja membersihkan gigi dari kotoran malah ia juga memutihkan gigi. Anda akan mendapat gigi yang bersinar.\n\nItulah dia cara putihkan gigi yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara hilangkan selulit, cara kuruskan badan, dan punca\u00a0bibir\u00a0kering"
"Tubuh badan kadang-kadang terasa gatal saja. Apabila tengok ada kesan seperti kurap di tubuh badan. Ia terasa begitu gatal sekali sehingga ingin menggarunya tetapi takut terluka. Adakah ia kurap seperti yang kita jangkakan dan berjangkit?\n\nTetapi ia bukanlah kurap yang biasa kita tahu dan ia tidak berjangkit sama sekali. Ia adalah ruam Pityriasis Rosea yang kelihatan seperti kurap pada permulaannya. Oleh sebab itu, ia bukanlah penyakit yang berjangkit. Apakah ruam Pityriasis Rosea?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai ruam pityriasis rosea. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nPityriasis Rosea ni ialah ruam yang terjadi disebabkan unknown reason (tidak diketahui punca). Para saintis percaya ia mungkin, mungkin ada kaitan dengan jangkita virus. Ianya tak merbahaya, ia tak berjangkit. Ia bukan tindakbalas allergic. Ia akan hilang sendiri selalunya setelah tempoh masa 6 ke 8 minggu ( lama jugak tu).\n\nUsia yang biasa kena PR ni selalunya peringkat umur 10 \u2013 35 tahun.\nDan PR biasa terjadi semasa PREGNANCY.\n\nMacam mana nak mudah kenal ciri ciri PR?\n\nMula mula akan keluar satu ruam yang agak bulat rupanya, selalunya di kawasan badan ( depan atau belakang). PR memang selalunya melibatkan majoriti kawasan badan, kemudian tangan/ kaki. Amat amat jarang di kawasan muka & tapak tangan / kaki. Ruam yang satu ( ruam permulaan) ini dipanggil \u201d herald patch\u201d atau \u201d mother patch\u201d. Herald patch ini lah yang mula mula akan ada di kulit selama tempoh 10 hari ke 2 minggu. Ruam Herald patch ini boleh rasa gatal, dan boleh bersisik ( lihat gambar).\n\nSelepas 2 minggu, akan mula keluar ruam ruam lain di badan. Ruam ruam ini dipanggil \u201d Daughter patches\u201d .\nDaughter patches boleh keluar di badan ( depan / belakang ), kaki, tangan, leher. Ianya pun boleh gatal.\n\nTidak semestinya akan follow giliran Herald patch \u2014 Daughter patches ini. Kadangkala, langsung tiada Herald patch, tau tau satu badan penuh ruam Daughter patches. Tapi ni jarang berlaku. Pityriasis Rosea ni gatal, dan makin gatal kalau kulit panas / berpeluh.\n\nTindakan selepas terkena ruam Pityriasis Rosea\n\nApa nak buat kalau kena PR?\n\nMula mula sekali, tolong JUMPA DOKTOR ya. Dapatkan diagnosis yang tepat. Posting ini sekadar utk beri input untuk general knowledge. Doktor akan pastikan betul betul, ia PR ke, atau ruam lain. PR ( sebab rupa ruamnya) memang selalu di salah anggap sebagai jangkitan kulat, atau eczema, atau psoriasis.\n\nBoleh biarkan aja PR ni, tak bahaya. Cuma ianya GATAL. So, boleh ambil pil tahan gatal. Atau sapu apa apa lotion yang melegakan kegatalan, seperti Calamine lotion. PR punya ruam boleh jadi bersisik / dry sikit, so nak sapu krim pelembab pun boleh.\n\nSelepas beberapa minggu ( antara 5, 6 minggu selalunya) ia akan hilang sendiri. Utk mereka yg berkulit gelap, PR punya ruam seolah olah tinggalkan parut, tapi lepas beberapa minggu lagi ia akan hilang. So PR tak ada parut, no worries.\n\n*Jangan risau penyakit ruam Pityriasis Rosea ini tidak merbahaya. Cuma, kulit akan menjadi gatal-gatal dan jika kerap digaru akan meninggalkan luka. Jadi, cepat-cepat pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan krim gatal atau pil tahan gatal. Semoga info ini memberi manfaat kepada kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"130 juta tahun. Itulah usia Taman Negara Pahang. Bagi mereka yang tidak pernah melawat Taman Negara, inilah masa terbaik untuk meneroka khazanah alam semulajadi Malaysia.\n\nBerikut adalah aktiviti menarik yang sukar dilepaskan di Taman Negara Pahang:\n\nNikmati keindahan flora dan fauna dari paras ketinggian 40m dari tanah. Asalnya titian sepanjang 530m ini dibina bagi tujuan kajian tetapi akhirnya menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke Taman Negara Pahang.\n\nBukit Terasek, Lubok Simpon, Gua Telinga, Bumbun Kumbang, Lata Berkoh, Tenor dan Gunung Tahan adalah denai-denai yang digunakan dalam aktiviti merentas hutan. Rentasan mengambil masa sependek 20 minit sehingga 7 hari.\n\nDenai Bukit Terasek merupakan denai paling terkenal dan mengambil masa 30 sehingga 45 minit untuk ditamatkan. Denai ke Gunung Tahan pastinya yang memakan masa paling lama iaitu 7 hari manakala denai Tenor dikatakan denai yang paling mencabar.\n\n#3 Merentas Hutan pada Waktu Malam\n\nDengan dipandu oleh Pegawai Perhutanan, anda akan memulakan perjalanan dari Pejabat Perhutanan sehingga ke Bumbun Tahan. Pengunjung dikehendaki senyap bagi mengelakkan haiwan-haiwan yang berjaga malam berasa takut dan melarikan diri.\n\nJika bernasib baik, anda dapat melihat haiwan-haiwan yang sedang mencari makan seperti tapir dan babi hutan.\n\n2 etnik Orang Asli di Taman Negara ialah Batek dan Semokberi. Menariknya di sini ialah mereka tidak akan lokek berkongsi dengan anda bagaimana menggunakan buluh untuk memburu dan membuat api.\n\nWalaupun mereka bertutur di dalam bahasa mereka dan tidak tahu berbahasa Inggeris, namun mereka mesra dan amat menghormati tetamu.\n\nIni merupakan antara aktiviti paling menarik di Taman Negara iaitu menyusuri Sungai Tembeling yang deras dengan menaiki bot kayu. Ia bermula dari Kuala Tahan sampai ke Kuala Terengganu dan kembali ke Kuala Tahan.\n\nPengunjung dinasihatkan agar tidak membawa peralatan elektronik atau memasukkannya ke dalam beg kalis air. Ini kerana anda pasti basah kuyup usai aktiviti.\n\n#6 Menaiki bot ke Lata Berkoh\n\nBerbanding rapid shooting, perjalanan di dalam bot ke Lata Berkoh ini lebih aman. Tujuannya supaya anda dapat menikmati keindahan flora dan fauna di lokasi-lokasi sesuai untuk pelancong. Gunakan waktu ini untuk merakamkan banyak gambar-gambar sebagai kenangan.\n\n#7 Memberi Makan kepada Ikan Kelah\n\nDalam perjalanan ke Lata Berkoh, bot akan singgah di santuari kelah. Apa yang menarik di sini ialah ikan-ikan yang jinak ini tidak takut jika anda memberi makanan kepadanya.\n\nAnda tidak akan bersembunyi di sebalik pokok untuk memerhatikan haiwan. Ada tempat-tempat persembunyian lebih selamat dibina pihak Taman Negara untuk anda. Jika bernasib baik, dari situ anda akan dapat melihat haiwan-haiwan liar yang tinggal di Taman Negara ini.\n\nSyurga bagi kaki pancing. Kelah, patin, baung, lampam, dan tapah adalah di antara ikan-ikan yang boleh didapati di sini. Sungai Keniam merupakan lokasi pilihan pemancing tegar. Manakala bagi pemancing amatur, Sungai Tembeling boleh menjadi pilihan awal.\n\nWaktu terbaik? Februari sehingga September. Jadi, kepada kaki pancing, sila masukkan tarikh ini dalam kalendar anda.\n\nUlar, kelawar, dan pelbagai jenis serangga pasti menaikkan bulu roma sesetengah orang. Tapi bagi si kuat semangat, ia adalah pengalaman mengujakan untuk berjalan, merangkak, dan memanjat gua bersama semua itu.\n\nNamun, yang lebih utama adalah menikmati keindahan keadaan di dalam gua.\n\nGunung setinggi 2187m ini merupakan gunung tertinggi di semenanjung Malaysia. Hanya yang kuat mental dan fizikal sahaja digalakkan mengikuti aktiviti ini. Ini kerana denainya dikenali amat mencabar. Laluannya panjang dan anda perlu menyeberang sungai-sungai dan gunung.\n\nOleh itu, anda semestinya perlu bermalam di dalam hutan. Perjalanan selama 7 hari pada awalnya, telah disingkatkan kepada 4 hari melalui laluan baru. Perjalanan selama 4 hari 3 malam itu akan menjadi satu kepuasan apabila anda tiba di puncaknya.\n\nIa dinamakan Four Step Waterfall. Walaupun tidak sepopular aktiviti yang lain, ia masih aktviti yang berbaloi untuk dilakukan terutama jika anda mahu lebih relaks.\n\nPara peminat burung, sila bersedia dengan kira-kira 380 spesis burung di Taman Negara ini. Mei sehingga Ogos adalah masa terbaik. Ada kawasan-kawasan tertentu di Taman Negara sesuai bagi memerhatikan burung-burung tertentu.\n\nNamun, secara umumnya, mana-mana kawasan di sekitar Taman Negara Pahang ini bagus untuk tujuan pemerhatian burung.\n\nInilah semua aktiviti yang mendapat pujian rata-rata pengunjung dan pelancong yang datang. Banyak yang boleh dilakukan walaupun anda berada di dalam satu tempat sahaja. Ia percutian yang berbaloi terutama bagi mereka yang sukakan hutan."
"Makanan berasaskan bihun mendapat tempat yang paling tinggi dalam hati masyarakat Malaysia. Mesti tergambar di setiap benak masyarakat Malaysia, bihun goreng, bihun sup, bihun singapore dan macam-macam bihun lagi merupakan menu terbaik mereka pernah makan. Namun persoalannya, adakah bihun baik untuk kesihatan atau menjadi penyumbang kepada agen penambah berat badan.\u00a0\n\nJom kita ketahui kalori bihun goreng dan juga bihun yang belum dimasak.\n\nKandungan Kalori Bagi Bihun Yang Belum Dimasak:\n\nKandungan Kalori Bagi Bihun Goreng (300g)\n\nJika diteliti, bihun yang menjadi makanan penyumbang karbohidrat ini tidaklah terlalu mengancam kesihatan. Akan tetapi diingatkan bahawa semuanya berbalik tentang cara penyediaannya. Jika seseorang berniat untuk diet, pastikan tidak lupa mengelakkan bihun yang digoreng dengan minyak yang banyak.\n\nJom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng."
"Antara teh dan kopi, ramai lagi memilih kopi. Kopi merupakan minuman tertua di dunia. Tetapi, masih ramai lagi yang menyukai teh. Teh mempunyai khasiat yang tersendiri kerana ia mempunyai antioksidan.\n\nMinum teh pada waktu petang bersama dengan kuih muih, memang rasa menyeronokkan dan tenang. Di Malaysia, minuman teh selalu dihidangkan pada minum petang bersama dengan cekodok atau pisang goreng. Teh yang selalu dihidangkan adalah teh uncang yang banyak dijual di pasaraya dan di kedai-kedai runcit.\n\nTahukah anda? Anda boleh membuat air teh dari herba-herba seperti teh ba bao. Teh Ba bao selalu dijual di kedai-kedai yang sememangnya menyediakan minuman teh yang tradisional. Anda juga boleh membuat teh ba bao sendiri di rumah.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai teh ba bao. Info ini dikongsikan oleh Puan Liza Salleh. Puan Liza gemar berkongsikan cerita dan tips di laman Facebooknya. Dia adalah Master stokis untuk produk Suzy Honey.\n\nIa adalah teh herba berasal dari Yunnan, China. Sejak ribuan tahun lalu ia diminum oleh kaum China sebagai minuman herba untuk kesihatan luaran dan dalaman, juga ada manfaat untuk kecantikan kulit. Kaum China namakannya sebagai Ba\u2019Bao Cha. Cara nak sebut betul dengan ejaan Bahasa Melayu ialah Pak Pau Cha.\n\nDinamakan Eight Treasure Tea kerana ia menggunakan lapan herba ajaib yang sangat menakjubkan untuk kesihatan!Goji berry,Kurma China, Tunas mawar, Chrisanthemum, Longan Kering, Hawthorn berry, Daun teh hijau dan Gula batu\n\nGabungan kelapan-lapan jenis bahan ini memberi rasa yang marvelous! Ada bau bunga ros, bunga chrisanthemum. Rasanya manis-manis buah, masam buah, pahit-pahit daun tapi bahagianya rasa pahit ni. Subhanallah.\n\nUntuk mendapatkan kulit yang berseri, mata yang bening, serta menghalang masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain noda pada kulit, minumlah teh yang diletakkan bunga-bungaan ini setiap pagi dan petang. InsyaAllah.\n\n1. Cari bahan2 yang saya sebutkan di atas tu dan bilas sikit sebelum digunakan.\n\n2. Masukkan 1 liter air ke dalam cerek/periuk masak\n\nBila nak minum, Masukkan madu/gula perang secukup rasa manis yang disukai\n\n*Tidak perlu ke kedai lagi jika mahu minum teh ba bao. Minuman teh ba bao tidak banyak kedai yang menyajikannya. Mungkin kerana masyarakat sekarang lebih gemar minum kopi dan minuman yang bersusu berbanding teh herba. Jadi, lebih baik kita cuba buat teh ba bao di rumah, lebih jimat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Apabila kita mencapai umur akil baligh, banyak perkara yang kita perlu tahu. Lebih-lebih lagi perempuan yang berumur di antara 12 tahun hingga 15 tahun. Lelaki pula, mereka mencapai umur akil baligh pada umur 15 tahun.\n\nPerempuan yang sudah akil baligh akan mengalami period pada setiap bulan. Hal ini sememangnya perkara biasa kerana sebagai wanita kita akan mengalami period sehingga kita monopos. Lelaki juga tahu akan hal ini. Terutama para suami kerana mereka akan bersama dengan isteri sehingga ke nafas yang terakhir.\n\nTetapi insan yang tidak tahu mengenai period adalah kanak-kanak. Mereka tidak tahu apa itu period kerana mereka tidak menghadapinya. Hal ini menjadi susah apabila mereka mula bertanya kepada ibu seperti \u201cKenapa ibu tak solat?\u201d , \u201ckenapa ibu tak puasa?\u201d , \u201cKenapa ibu cuti?\u201d . Pertanyaan ini selalu dielak oleh ibu kerana tidak tahu untuk menerangkan kepada mereka.\n\nSebenarnya, di usia mereka yang masih kecil kita boleh menerangkan kepada mereka maksud period. Mereka mempunyai minda yang cergas maka mereka akan lebih mudah faham. Seorang ibu sahaja yang mampu menerangkan kepada anak-anak tentang period.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai cara mudah untuk menerangkan maksud period. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. \n\nTiga buku penulisan beliau yang berjudul \u201c3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna\u201d, \u201cWhy So Serious Parents?\u201d dan \u201cParents, Welcome To My World\u201d sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. \n\nKaedah ini adalah yang paling mudah dan jelas untuk diterangkan kepada anak-anak. Berikut adalah cara-caranya :\n\nSemua orang akan lalui fasa akil baligh. Untuk lelaki, suara akan bertukar garau. Untuk perempuan, akan keluar darah melalui kemaluan pada setiap bulan.\u00a0\n\nSama mcm haiwan, manusia pun ada telur yg akan terbentuk dalam badan perempuan untuk menghasilkan anak. Setiap bulan, orang perempuan akan keluarkan telur baru. Tapi bila telur tu tak jadi baby, maka ia akan \u201cmati\u201d dan keluar bersama darah.\u00a0\n\nDari mana pulak datang darah tu? Dalam badan perempuan ada satu ruang untuk letak baby. Bila telur baru terbentuk, ruang tu akan ada dinding yg sangat tebal dan banyak sel2 darah supaya senang baby melekat. Tapi bila takde baby yang terbentuk, dinding itu pun akan \u201cruntuh\u201d dan keluar sebagai darah. Dan darah ni lah yang dipanggil sebagai darah period.\u00a0\n\nProses period ni menyebabkan rasa sakit dan tak selesa. Sama macam bila kita jatuh, luka dan berdarah, mesti kita rasa sakit. Kan? So sama la dengan period. Biasanya orang perempuan akan jadi kurang bertenaga dan takde mood sebab tengah menahan sakit.\u00a0\n\nPeriod adalah sesuatu yang sangat normal dan biasa. Walaupun ia sangat peribadi, tapi ia bukan sesuatu yang memalukan, hina atau kotor. Period bukan bermaksud perempuan tu sakit/tak sihat, malah period lah yg menandakan perempuan itu sihat. A girl who has hit puberty should have her period every month.\u00a0\n\nTempoh period adalah seminggu ke 2 minggu. So selama tempoh tu, orang perempuan tak perlu solat dan puasa.\u00a0 \n\n*Tips ini dikongsikan oleh pakar, maka insyaallah ia adalah cara yang bagus untuk diterangkan kepada anak-anak. Mereka di usia, di mana mereka mula rasa ingin tahu yang kuat dan mahu mencuba semua perkara. Jadi, jika kita terangkan dengan baik dan jelas, mereka akan menerimanya dengan baik. Period adalah perkara yang sensitif kepada wanita, tetapi anak-anak perlu tahu agar mereka akan memahami ibu mereka yang sedang mengalami period.\n\nSemoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Isteri mana yang tak sayangkan suami dan mengimpikan suaminya mengasihi dirinya dengan sepenuh hati? Dalam islam, kita sangat digalakkan untuk berdoa dan memohon kepada-Nya. \n\nOleh itu, jika anda inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia, aman, harmoni, dan penuh dengan kasih sayang, jom amalkan doa pengasih untuk suami yang semua isteri wajib amalkan setiap hari yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\n\nSebelum kami kongsikan doa pengasih untuk suami, jom kami ceritakan dulu adab-adab berdoa yang perlu anda amalkan supaya doa anda lebih cepat naik ke langit, diaminkan oleh para malaikat, dan dimakbulkan oleh Allah. Adab berdoa adalah seperti berikut:\n\nLatif bermaksud lembut. Apabila anda mengamalkan zikir Ya Latif, maksudnya anda mendoakan agar suami anda menjadi lembut hatinya dan menyayangi anda tanpa berbelah bahagi, tidak mudah marah, dan mengurangkan perselisihan dalam rumah tangga. Anda boleh amalkan membaca zikir Ya Latif sekerap yang mungkin setiap hari.\n\nTips istimewa untuk anda, baca zikir ini semasa membasuh beras yang dimasak untuk ahli keluarga tersayang. Sebut Ya Latif sambil berniat dalam hati mohon Allah lembutkan hati suami. Sekiranya anak-anak anda selalu bergaduh atau tidak mendengar cakap, boleh juga niatkan sekali untuk anak.\n\nSurah Yassin merupakan jantung Al-Quran. Alangkah baiknya kalau anda mampu membaca surah tersebut setiap hari. Namun memandangkan gaya hidup kita yang sangat sibuk pada hari ini, mungkin anda tak mampu untuk meluangkan masa untuk membaca keseluruhan Surah Yassin setiap hari. Apa yang boleh anda lakukan ialah membaca ayat ke 36 dari surah tersebut dan niatkan untuk mengikat kasih sayang di antara anda dan suami. Baca sekali sehari sudah memadai, jadikan sebagai amalan harian.\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cMaha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya\u201d.\n\nDoa pengasih untuk suami yang seterusnya ialah ayat ke 13 dalam surah Al-Hujurat. Amalkan membaca ayat ini setiap hari dengan berniat supaya ikatan kasih sayang di antara anda dan suami berkekalan sehingga bila-bila.\n\nMaksudnya: \u201cWahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).\u201d\n\n#4 Surah Ali Imran ayat 14\n\nDoa pengasih untuk suami yang seterusnya ialah Surah Ali Imran ayat ke 14 yang berbunyi seperti berikut:\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cDihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).\u201d\n\n#5 Surah Ali Imran ayat 31\n\nAnda juga boleh menjadikan ayat berikut sebagai doa pengasih untuk suami yang diamalkan setiap hari bagi mendapatkan keluarga yang bahagia. Istimewanya ayat ini, ia adalah di antara ayat yang boleh anda baca sambil berniat supaya suami anda tidak berminat untuk ada kekasih yang lain dan berkahwin lagi satu.\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cKatakanlah (wahai Muhammad): \u201cjika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.\u201d\n\n#6 Surah Yusuf ayat ke 4\n\nAyat ini adalah ayat istimewa bagi mengelakkan suami daripada berlaku curang. Jika anda membaca ayat ini setiap hari dengan niat yang betul dan penuh keyakinan, insya Allah suami anda akan menjadi seorang pasangan yang setia. Anda boleh baca ayat ini semasa duduk di sisi suami, kemudian hembuskan ke arahnya.\n\nMaksudnya :\u00a0\u201cSesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku\u201d.\n\nIni merupakan ayat ampuh yang boleh anda amalkan setiap hari sambil berniat agar suami anda menjadi seorang yang jujur dan tidak berahsia. Kejujuran dan sikap berterus terang sememangnya di antara perkara yang paling penting dalam rumah tangga. Anda boleh baca ayat paling hujung dalam ayat ini bermula dari perkataan Walqaitu sehingga habis. Anda boleh baca ayat ini semasa duduk di samping suami dan hembuskan ke arahnya.\n\nMaksudnya :\u00a0Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.\n\nItulah dia doa pengasih untuk suami yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang ucapan hari lahir buat suami, tanda suami curang,\u00a0dan tanggung jawab isteri."
"Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mengimpikan hidup bahagia tanpa kehadiran orang ketiga dalam perhubungan. Namun, resmi hidup. Bukan semuanya indah. Ada di antara kita yang diuji dengan kehadiran orang ketiga di dalam rumah tangga. Kebiasaannya naluri seorang isteri sangat kuat.\n\nKalau ada sesuatu perkara yang dilakukan oleh suami di belakangnya, sedikit sebanyak naluri isteri akan dapat mengesannya. Anda rasa tak sedap hati? Rasa macam suami anda sedang main kayu tiga? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tanda suami curang sebagai panduan anda.\n\nApabila anda berumah-tangga, bermakna anda berkongsi hidup dan berkongsi segalanya. Anda \u00a0oleh mengakses handphone suami anda pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan. Kalau tiba-tiba hanphone suami anda dikunci dengan password, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Suami anda takkan mengunci handphone dengan password melainkan ada rahsia yang disorok dalam handphone dan tidak mahu anda menemuinya.\n\n2. Tidak membenarkan anda memegang handphonenya\n\nTanda suami curang yang kedua ialah secara tiba-tiba anda tidak dibenarkan untuk menyentuh handphone dia. Kalau selama ni anda bebas menggunakan handphone suami anda, tapi sejak akhir-akhir ini anda dimarahi setiap kali memegang handphone dia, ini adalah petanda yang sangat kuat bahawa suami anda bermain kayu tiga di belakang anda.\n\n3. Berkepit dengan handphone 24 jam\n\nNaik hairan anda dibuatnya, sejak akhir-akhir ini suami anda tak \u00a0boleh berenggang dengan handphone nya. Masuk ke dapur bancuh air, bawa handphone. Nak mandi pun bawa handphone. Waktu malam bila tidur, pun bersama handphone yang diletak di bawah bantal. Dahlah 24 jam berkepit dengan handphone, mesej pula tak putus-putus masuk. Macam lipas kudung tangan suami anda menaip mesej,\u00a0Jika ini berlaku, jangan dibuarkan. Kemungkinan besar suami anda sedang berbalas mesej dengan perempuan lain secara sembunyi-sembunyi di hadapan mata anda.\n\n4. Mesej dan call history selalu dipadam\n\nOrang yang memadam mesej dan call history handphone sebelum balik ke rumah pastinya ada rahsia yang ingin disembunyikan. Kalau bukan nak sembunyikan rahsia, kenapa perlu berusah-payah nak memadam semua rekod aktiviti anda di handphone sepanjang hari semasa berada di luar rumah? Bukanlah kami nak menghasut anda, tapi bagi kebanyakan kes suami curang, ini adalah salah satu daripada tanda yang berlaku tetapi diabaikan oleh para isteri.\n\n5. Duduk jauh dari anda semasa berbalas mesej\n\nBiasanya bila balik ke rumah selepas seharian di pejabat, pasangan suami isteri akan duduk bersama untuk melepaskan rindu. Bersembang tentang apa yang berlaku sepanjang hari. Berkongsi cerita jika ada perkara kelakar atau pelik yang berlaku. Ini adalah suasana normal dalam rumah tangga yang harmoni dan bahagia.\n\nNamun, kalau sejak akhir-akhir ini suami anda kerap duduk jauh dari anda sambil tangan ligat menaip mesej di handphone, hati-hati. Pasti suami anda sedang bermesej dengan seseorang yang dia tidak mahu anda ketahui. Secara logiknya, kalau suami anda sedang bermesej dengan rakan-rakan yang biasa, kenapa perlu duduk jauh dari anda seolah-olah taknak ande curi-curi membaca apa yang ditulis?\n\n6. \u00a0Berbalas mesej sehingga lewat malam\n\nBiasanya pasangan suami isteri akan masuk tidur bersama setiap malam. Sementara melelapkan mata, anda pasti akan berpelukan sambil bersembang dari hati ke hati. Sebelum tidur merupakan saat intim suami isteri yang sangat istimewa. Namun, kalau sejak akhir-akhir ini suami anda memilih untuk memegang handphone daripada meluangkan masa bersama anda sebelum tidur, kami tak salahkan anda kalau anda berkecil hati.\n\nLagi-lagi kalau suami anda kelihatan terlalu kushyuk mengadap handphone sehingga lewat malam. Lampu bilik dah ditutup, yang anda nampak cuma wajah suami tercinta yang diterangi cahaya samar dari skrin handphonenya yang dimalapkan.\n\nSebagai seorang isteri, pastinya anda akan tertanya-tanya dengan siapa suami anda berbalas mesej sehingga lewat malam. Apa yang penting sangat sampai tak sempat tunggu pagi esok? Mungkin anda tak mahu memikirkan yang bukan-bukan, jauh sekali daripada berburuk sangka kepada suami sendiri.\n\nTapi kami perlu ingatkan anda. Perbuatan suami anda adalah tidak normal. Tiada sahabat atau rakan sekerja yang akan berbalas mesej selama berjam-jam sehingga lewat malam. Itu adalah perbuatan mereka yang sedag hangat dilamun cinta. Tak ingat saat anda sedang kemaruk bercinta dulu? Macam inilah keadaannya.\n\n7. Mengadap handphone sambil tersenyum lebar\n\nSudahlah 24 jam berkepit dengan handphone. Handphone dikunci dengan password yang anda tak tahu. Tangan tak henti-henti menaip mesej. Kalau anda cuba nak pegang handphone dia, suami marah. Anda makin curiga bila melihat wajah suami yang tersenyum lebar sambil mengadap handphone. Pasti anda tertanya-tanya siapa yang dah berjaya menghiburkan suami anda? Siapa yang sedang membuatkan suami anda tersenyum?\n\nSedarlah. Ini adalah di antara tanda paling nyata yang menunjukkan bahawa suami anda ada wanita lain dalam hidupnya. Tak perlu tunggu sehingga anda jumpa kesan lipstick atau tercium bau perfume wanita lain pada baju suami anda.\n\n8. Menjawab panggilan telefon jauh daripada anda\n\nSemasa berada di rumah, kalau suami anda pergi jauh supaya anda tak dengar perbualannya di talian, ini adalah satu lagi tanda yang suami anda curang. Selama ini, setelah sekian lama anda bersama, tak pernah sekali pun suami menjawab panggilan telefon dengan cara sebegini rupa. Kenapa tiba-tiba tak mahu anda dengar apa yang dibualkan?\n\nItulah dia 8 tanda suami curang yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips keluarga bahagia, hadiah untuk suami, dan tanggung jawab isteri."
"Hai semua! Tengah tercari-cari menu ke tuh? Apa kata cuba buat kuih Buah Melaka. Tak payah tunggu bulan Ramadhan dah walaupun ianya sangat popular apabila menjelang bulan Ramadhan sebagai menu sampingan semasa berbuka puasa. Buah Melaka atau dipanggil juga sebagai onde-onde atau kuih kolopong jika di Negeri Sembilan. \n\nKuih ini dipanggil sebagai kuih buah Melaka kerana ia menggunakan gula Melaka sebagai intinya. Jika anda terbayangkan kuih ini, pasti boleh tertelan air liur tau. Dengan tekstur kuihnya yang kenyal sedikit, digabungkan dengan rasa lemak kelapa parut yang bersalut dan ditambah pula dengan gula melaka yang cair apabila dikunyah. memang umph la. \n\nJadi, resepi kali ini ialah resepi buah Melaka aka onde-onde oleh ALeen Aireish\u00a0. Jadi, jom cuba resepi kuih yang sedap dan viral terutama semasa bulan puasa nanti.\n\nSelamat mencuba! Selain resepi Buah Melaka ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Di Malaysia, kek lapis amat tersohor berasal dari Sarawak. Banyak varian kek lapis yang dijual sama ada corak lapisnya mahupun rasa yang perlbagai. Dalam perkongsian ini kami akan menulis resepi kek lapis masam manis yang menarik untuk anda cubakan.\n\nKek lapis masam manis dibuat daripada biskut marie, marjerin, susu dan paling penting asam manis sebagai bahan utama kek. Kek lapis masam manis sedap dihidang untuk acara kenduri atau majlis formal lain. Kek ini dimasak dengan cara kukus dan dan susun kek lapis demi selapis.\n\nCik Za berkongsikan resepi kek lapis masam manis yang mabeles dan cara penyediaan yang mudah. Guna bekas plastik sahaja dan kukus terus jadi.\n\nSelain kek lapis asam manis, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya"
"Kulit kering sememangnya menyebabkan kita berasa kurang menyenangkan dan wajah turut kelihatan kurang berseri. Justeru, amalan penjagaan wajah yang sesuai dengan jenis kulit adalah sangat penting seperti menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan masalah kulit kering. \n\nBagi anda yang masih tercari-cari pencuci muka untuk kulit kering, disini kami senaraikan 15 pencuci muka untuk kulit kering yang boleh anda gunakan. Pastinya selamat dan halal!\n\nFaith In Face Egg White Whip Cleansing Foam\n\nFaith in Face Egg White Whip Cleansing Foam dapat membersihkan wajah anda secara efektif kerana mengandungi ekstrak telur putih dan kuning. Pencuci muka untuk kulit kering ini dapat membantu mengurangkan jerawat pada wajah serta mengecilkan liang pori-pori kerana kandungan telur putih tersebut. Manakala, ekstrak telur kuning itu pula dapat menganjalkan kulit dan memastikannya kekal lembap.\u00a0\n\nJadi, Faith in Face Egg White Whip Cleansing Foam ini sememangnya berkesan membuang segala kotoran dan minyak di wajah. Selain itu, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit.\n\nJika anda masih tercari-cari produk pencuci muka untuk kulit kering, pencuci muka Asis-tobe Ph Balancing Gel Cleanser ini harus menjadi pilihan utama. Ia telah diuji secara dermatologi yang diperkaya dengan allantoin serta panthenol. \n\nRamuan ini digunakan untuk memastikan kulit sentiasa kekal lembap dan ekstrak aloe vera dan buah kelapa pula berfungsi untuk membersihkan wajah daripada kotoran.\n\nExuviance Professional Gentle Cleansing Creme diformulasikan secara khusus untuk mereka yang berkulit kering. Ia membantu melembutkan kulit wajah agar kelihatan lebih berseri. Pencuci muka untuk kulit kering ini juga dapat membersihkan kotoran di wajah yang menyumbat liang pori-pori dan amat berkesan dalam membersihkan solekan tanpa kesan iritasi.\n\nSimple Water Boost Micellar Facial Gel Wash\n\nSimple Water Boost Micellar Facial Gel Wash merupakan pencuci muka untuk kulit kering yang berkesan membersihkan wajah secara lembut dan membantu agar kulit kekal sentiasa lembap. Selain itu, ianya juga berkesan untuk mencegah kulit yang kelihatan kusam, kering, dan kasar. Pasti anda akan teruja apabila kulit wajah anda sihat dan mulus dengan penggunaannya secara berkala.\n\nClinique All About Clean Liquid Facial Soap\n\nSeterusnya, Clinique All About Clean Liquid Facial Soap merupakan pencuci muka untuk kulit kering yang juga sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan tidak sekata. Untuk pengetahuan anda, ia mengandungi ramuan yang dapat membantu membersihkan kulit wajah tanpa mengeringkan lapisan pada bahagian lipid kulit. Apa yang penting, ianya bebas pewangi, paraben dan phthalates.\n\nCOSRX Good Morning Low PH Gel Cleanser\n\nPencuci muka untuk kulit kering yang bersifat gel yang turut berkesan dalam membersihkan dan menyegarkan wajah daripada kotoran serta solekan adalah COSRX Good Morning Low pH Gel Cleanser. Dirumus khas agar nilai pH\u00a0 rendah supaya dapat memastikan agar kulit wajah kekal sihat dan berseri. \n\nSelain itu, ia turut diperkaya dengan bahan yang dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit yang menjadikannya antara pilihan untuk mereka yang mempunyai kulit kering.\n\nKora Organics By Miranda Kerr Gentle Cleanser\n\nKora Organics Oleh Miranda Kerr Gentle Cleanser diperkaya dengan ekstrak buah mengkudu, chamomile, kalendula dan minyak avokado. Khasiat bahan semulajadi ini dapat membantu membersihkan dan melembutkan kulit anda. \n\nBukan itu sahaja, ia juga membersihkan wajah secara lembut tanpa mengeringkan dan merengsakan pada bahagian kulit anda. Kelebihan pencuci muka untuk kulit kering ini adalah ia 100% menggunakan bahan organik.\n\nSebamed Facial Cleanser Normal To Dry Skin\n\nSebamed Facial Cleanser Normal to Dry Skin merupakan pencuci muka untuk kulit kering yang mempunyai nilai pH 5.5. Ia melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran yang mampu merosakkan kulit agar kelihatan lebih berseri. Selain itu, ia juga mengandungi sodium laktat yang dapat mengekalkan kelembapan kulit.\n\nMenggunakan formula khusus untuk kulit sensitif, First Aid Beauty Face Cleanser mengandungi campuran bahan botani yang dapat membantu mengurangkan masalah kulit dan memastikan nilai pH kulit sentiasa kekal seimbang. Ianya juga dapat membantu membersihkan wajah daripada minyak, solekan dan kotoran yang tersumbat di liang pori. Kelebihan yang ada pada pencuci muka ini ialah ia dapat mengurangkan kegatalan pada kulit muka.\n\nJika sebut sahaja Cerave Hydrating Cleanser, pasti ramai yang mengenali pencuci muka untuk kulit kering yang sangat berkesan ini. Cerave Hydrating Cleanser mampu membersihkan wajah daripada segala jenis kotoran dan dapat mengekalkan kelembapan kulit. \n\nMenariknya, ia dapat menyingkirkan minyak dan solekan secara efektif. Penggunaannya secara konsisten akan membuatkan wajah anda kelihatan berseri dan mulus.\n\nHada Labo Mild & Sensitive Face Wash (Thermal Spring Water)\n\nInginkan pencuci muka untuk kulit kering yang mempunyai harga yang berpatutan? Hada Labo Mild & Sensitive Face Wash Thermal Spring Water adalah jawapannya. Diformulasi dengan mata air terma daripada Perancis, asid hyaluronik dan ekstrak gingko biloba yang sememangnya dapat membantu menyingkirkan kotoran dari wajah secara efektif. Tambahan pula, pencuci muka ini juga dapat melindungi lapisan kulit daripada sebarang kerengsaan dan pencemaran alam sekitar.\n\nFresh Soy Face Cleanser merupakan pencuci muka untuk kulit kering yang menjadi pilihan ramai di Sephora dan penilaian daripada pelanggan juga amat baik. Pencuci muka ini dapat membantu membersihkan wajah daripada sebarang kotoran, solekan dan juga maskara kerana pembuatannya berasaskan bahan semulajadi seperti soya. Berbaloinya, ia tidak membuatkan kulit wajah anda terasa kering selepas dibersihkan.\n\nChemist Confessions Blank Slate : Low PH Gentle Cleanser\n\nChemist Confessions Blank Slate: Low pH Gentle Cleanser ini sangat sesuai untuk anda yang menginginkan pembersih wajah yang berkesan dalam membersihkan kotoran dan solekan pada wajah tanpa mengeringkan kulit. Pencuci muka untuk kulit kering ini mempunyai tahap pH 5.8.\n\nSudah pasti ia sangat sesuai untuk kulit. Ia juga tidak menyebabkan sebarang alahan pada kulit dan sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.\n\nPencuci muka untuk kulit kering yang terbaik ini dapat membersihkan wajah anda daripada segala jenis kotoran dan dapat memastikan kulit kekal lembap walaupun selepas dibersihkan. Ia boleh digunakan pada bahagian mata tanpa sebarang kesan iritasi. Dengan hanya sekali penggunaan, kulit anda terasa lebih lembut dan berseri. Tiada lagi kulit kering yang mencelakan wajah anda.\n\nAntara pencuci muka untuk kulit kering yang terbaik di pasaran untuk kulit yang sensitif adalah Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Penggunaannya juga turut disyorkan oleh ahli dermatologi kerana bahan yang terdapat di dalam pencuci muka ini tidak mengandungi sebarang bahan yang dapat merengsakan kulit. \n\nOleh kerana ia tidak bersifat komedogeni, dengan hanya satu cucian sahaja, pencuci muka untuk kulit kering dapat membersihkan kotoran pada wajah anda dengan sempurna.\n\nItulah dia pencuci muka untuk kulit kering yang sesuai dan selamat digunakan. Jom baca juga \n\nItulah antara pencuci muka untuk kulit kusam yang sesuai dan selamat untuk digunakan. Kebanyakannya adalah popular di Malaysia. Jom baca juga Pencuci muka untuk kulit kusam, pressure cooker terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan oven terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Zaman sekarang, penggunaan bekas plastik dalam kehidupan kita dianggap sebagai sesuatu yang penting. Terdapat pelbagai jenis bekas plastik yang mempunyai fungsi untuk mengisi makanan dan minuman. Ada yang dalam bentuk bekas makanan, balang dan botol.\n\nKebanyakan mak-mak suka menggunakan bekas plastik ni kerana harganya murah, senang dibersihkan dan boleh dibuang jika pecah. Malah, ada yang mempunyai label yang menunjukkan bekas tersebut boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro.\n\nItulah sebabnya bekas plastik menjadi pilihan wanita sebagai bekal anak ke sekolah, digunakan dalam perniagaan atau untuk mengisi lauk-pauk ketika kenduri-kendara. Anda pun tentu biasa menggunakannya. Betul tak?\n\nNamun begitu, kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang bahaya penggunaan plastik dah mula memberi kesedaran kepada rakyat. Walaupun masih ramai yang menggunakannya, namun penggunaan sesetengah bekas plastik seperti polisterin telah dihentikan.\n\nJusteru, dalam artikel ni, penulis akan berkongsi tentang bahaya bekas plastik\u00a0 dan cara menggunakan bekas plastik dengan selamat. Sebelum tu, penulis akan membincangkan sedikit info tentang plastik.\n\nPlastik terdiri daripada polimer yang panjang. Setiap polimer tu dibina daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai monomer. Gabungan kesemua monomer yang berlainan akan menghasilkan polimer yang berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya.\n\nTerdapat beberapa jenis plastik yang digunakan sebagai bekas makanan dan minuman sama ada secara panas atau sejuk. Antaranya ialah:\n\nPlastik Lain \u2013 Polikarbonat, Nilon dan Gentian Kaca (OTHER)\n\nBahaya Penggunaan Bekas Plastik kepada Manusia\n\nSetiap bekas plastik telah dicipta khusus untuk kegunaan tertentu mengikut kesesuaiannya. Namun, jika disalahgunakan pastinya akan ada risiko kepada kesihatan.\n\nMisalnya anda memanaskan atau meletakkan makanan yang mempunyai kepanasan melebihi had yang dibolehkan akan berlaku migrasi bahan kimia. Suhu yang terlalu tinggi menyebabkan kadar migrasi bahan kimia ke dalam makanan menjadi semakin tinggi.\n\nMalahan, makanan yang dibiarkan terlalu lama di dalam bekas plastik dan makanan yang tinggi asid akan meningkatkan risiko ni. Selain itu, apabila makanan berlemak tinggi disimpan dalam bekas plastik kadar migrasi bahan kimia ke dalam makanan juga tinggi.\n\nBuat pengetahuan para pembaca, terdapat beberapa jenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik. Penggunaan bahan-bahan ni meningkatkan pelbagai jenis risiko kesihatan. Antaranya ialah:\n\nTips Penggunaan Bekas Plastik dengan Cara yang Selamat\n\nKita sering menggunakan bekas plastik dalam kehidupan harian. Agar sukar untuk menggantikan penggunaan plastik dengan bahan lain seperti aluminium atau besi tahan karat mahupun kayu.\n\nOleh itu, sebagai pengguna yang bijak, kita boleh meminimumkan risiko dengan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Antaranya ialah:\n\na. Minuman yang hendak dimasukkan ke dalam bungkusan atau cawan plastik perlulah dibiarkan suam dulu. Jangan sesekali menuang minuman panas melebihi suhu 85 darjah celsius ke dalam cawan polisterina.\n\nb. Jangan terus masukkan makanan yang masih panas dan baru dimasak ke dalam bekas. Sejukkan sebentar, barulah dibungkus.\n\nc. Kebanyakan bekas plastik yang digunakan dalam pasaran untuk mengisi marjerin, yogurt dan aiskrim tak boleh digunakan untuk memanaskan makanan. Bekas plastik tersebut tiada ketahanan untuk haba dalam ketuhar gelombang mikro.\n\nd. Jangan beli botol susu bayi jenis Bisphenol A. Pastikan anda membeli botol susu jenis polipropelina, silikon atau kaca yang tiada risiko kepada bayi.\n\ne. Kurangkan membeli makanan bungkus di kedai. Jika tak nak terus makan di sana, bawa bekas plastik dari rumah yang lebih selamat. Minuman juga boleh diisi ke dalam botol kepunyaan kita.\n\nf. Jika boleh, minta peniaga bungkuskan makanan yang tak berkuah seperti mi goreng atau nasi goreng ke dalam bungkusan kertas.\n\ng. Jangan sesekali minum air dalam botol yang ditinggalkan di dalam kereta walaupun air tersebut masih elok dan belum dibuka.\n\nh. Ketika memasak makanan, gunakan peralatan yang diperbuat daripada besi tahan karat atau yang diperbuat daripada kayu.\n\ni. Jika membeli pemanas air elektrik, pastikan terdapat lapisan besi di dalamnya. Kebanyakan pemanas air di pasaran menggunakan plastik sepenuhnya.\n\nSetakat ni saja perkongsian penulis tentang bahaya bekas plastik dan tips penggunaan dengan cara yang selamat. Jangan lupa kongsikan info ni kepada orang tersayang. Moga ia memberi kesedaran kepada orang ramai agar tak salah guna bekas plastik.\n\nJemput juga baca bahaya krim timbang kilo dan bahaya menggunakan minyak masak berulang kali"
"Kole \u2013 kole kacang adalah satu hidangan yang amat common untuk disediakan untuk minum petang. Ianya merupakan kuih muih yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Cara pembuatannya agak rumit akan tetapi dengan adanya langkah \u2013 langkah yang boleh diikuti, ianya akan memudahkan anda. Selain itu, bahan \u2013 bahannya pula sangat senang untuk didapati. \n\nKata orang, kole \u2013 kole kacang merupakan kuih yang berasal daripada Johor, walaubagaimanapun, kesahihannya masih lagi belum boleh dikenalpasti. Kuih ini dimasak secara tradisional ditabur dengan tahi minyak menjadikannya salah satu pilihan orang ramai. \n\nResepi Kole \u2013 kole kacang ini telah dikongsikan oleh Yatie Zelani menerusi akaun Facebook beliau dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat. \n\nMasakkan kesemua bahan menjadi air gula, tapis dan sukat 500 ml sahaja. Kalau lebih nanti tekstur lembik. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nAda pelbagai jenis resepi yang menarik selain daripada resepi ini untuk anda mencuba. Variasikanlah hidangan anda untuk menarik selera yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa ya untuk kongsikan artikel ini bersama kawan kawan anda!"
"Sambal balado merupakan sambal khas Indonesia. Alangkah seronoknya kalau dapat resepi terus daripada orang yang menetap dan tinggal di sana, seperti resepi yang dikongsikan oleh Mazliana Mazlan di laman Facebook.\n\nSekali anda cuba resepi dari Indonesia ini, mesti anda tidak akan tercari resepi lagi di laman sesawang untuk sambal balado. Sebab ini resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tidak pernah putus yang perlu ada di rumah.\n\nTumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tidak sampai 5 minit. Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun tak ingat orang sebelah. Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!\n\nNota :\nKuantiti yang saya tulis hanya sebagai petunjuk sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.\n\nSelain sambal balado indonesia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Sebagai umat islam, kita wajib mengikut 5 rukun islam iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa, bayar zakat dan menunaikan haji jika mampu. Itu adalah tugas kita sebagai umat islam yang hidup di muka bumi ini. Perkara pertama yang akan ditanya apabila disoal oleh malaitak adalah solat. Maka jagalah solat, jangan pernah tinggal solat.\n\nSolat adalah kunci kehidupan kita untuk bahagia dan menghadapi dugaan di dunia ini. Selain solat, amalan membaca al-quran juga adalah kunci kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan umat islam. Sejak kita kecil lagi, kita dihantar ke kelas mengaji untuk belajar mengaji bermula dengan mengenali alif, ba, ta dan seterusnya. Jadi, begitu sekali jika kita tidak membaca al-quran.\n\nSemakin kita membesar, kita sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk membaca al-quran. Tahukah anda kesan jika kita tidak amalkan bacaan al-quran dalam kehidupan seharian kita?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 kesan negatif jika tidak mengamalkan bacaan al-quran dalam kehidupan seharian kita. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Kesan negatif tidak mengamalkan bacaan al-quran dalam kehidupan seharian kita\n\nKita sebenarnya dalam satu perjalanan dan hati kita faham betul tentang benda ni. Yes, we are all travellers! We are on a journey!\n\nItulah kenapa hati kita jadi gelisah sebab dia nak kita tunjuk pada dia ke mana dia akan pergi nanti. Dia akan rasa risau dan tak senang duduk kalau lost dan tak tahu nak tuju ke mana. Semua tu tak ada dalam buku teks. Benda ni cuma ada dalam Al Quran.\n\nKita akan jadi mudah serabut jika kita tak ada solution pada masalah kita. Cara nak dapat solution direct daripada Al Quran ni mudah je. Ni caranya :\n\nNiatkan untuk cari solution pada masalah kita dan buka secara rawak halaman Al Quran yang ada di depan kita tu. Nescaya kita akan jumpa jawapan yang menakjubkan terhadap masalah yang kita alami. Cuba sekarang tau.\n\n3. Habis idea nak bersembang dengan anak\n\nBila kita tak baca Al Quran, kita tak tahu sebenarnya dalam Al Quran tu ada beribu kisah Storytelling yang sebenarnya boleh kita jadikan modal untuk bersembang dengan anak.\n\nStorytelling ni sangat powerful untuk ubah cara fikir dan karakter anak. Tu lah kenapa di Barat sana suka baca Bedtime Story pada anak mereka kerana mereka tahu betul tentang betapa powerfulnya sebuah storytelling untuk membentuk karakter anak anaknya\n\n4. Tak ada Quranic Operating System ( OS )\u00a0\n\nBila mak ayah tak ada Quranic OS dalam dada, maka agak agak sistem apa yang mak ayah guna untuk bentuk anak anaknya nanti? Jom kita menungkan sekejap tentang benda ni\n\nDato\u2019 Dr\u00a0Hussamuddin Yaacub, Chairman Karangkraf dan TV Al Hijrah bagitahu saya yang dia dah buat bisnes dan jadi jutawan selama 40 tahun dah tapi dia cuma rasa bahagia pada 5 tahun terakhir sahaja.\n\n*Al-quran adalah satu-satunya kitab peninggalan Rasulullah. Di dalamnya terdapat banyak kisah tauladan, surah-surah yang bagus dan petunjuk untuk umat islam. Ramai pengkaji al-quran yang bukan beragama islam memasuki islam selepas keji al-quran. Lihat, betapa bagusnya al-quran jika kita faham setiap isi yang terkandung di dalamnya.\n\nMari kita semua umat islam mengamalkan bacaan al-quran dalam kehidupan seharian kita. Hanya memerlukan 10-20minit sahaja selepas solat untuk membaca al-quran. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Semua orang teringin buat cookies mudah yang cepat, sedap, rangup dalam sekali makan. Kini, semua keinginan itu akan kami tunaikan. Dengan resepi yang kami tuliskan di bawah ini, gerenti cookies menjadi.\n\nJom cuba resepi cornflakes cookies ini.\n\nBersama resepi yang kami hadirkan daripada Husreezal Rushdee Husin di laman Facebook, menyediakan cookies jadi mudah. Dengan cara penyediaan resepi yang kemas anda mudah memahami cara membuat cookies yang benar.\n\nCornflakes crunchy cookies, antara cookies mudah yang ramai dibincangkan. Terlebih lagi pada hari-hari tertentu semisalnya hari raya atau perayaan lain. Tidak terkecuali walaupun hanya dijadikan kudapan hari-hari.\n\nMari cubakan resepi cornflakes crunchy cookies mudah ini seawal sahaja anda mendapati resepi ini. Selamat berkreativity.\n\nSelain resepi cornflakes crunchy cookies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Nak masak kek? Tapi tak tahu resepi kek yang menarik? Jom lihat 35 resepi kek yang viral di Facebook ini.\n\nJika keluarga anda teringin makan kek, baik anda buat sendiri di rumah. Boleh dibuat sesuai selera, juga lebih berbaloi anak-anak untuk makan sepuasnya. Selagi ada mood masak kek, cuba sahaja buat sebelum mood itu hilang.\n\n35 resepi kek untuk dicuba. Resepi kek yang telah mendapat perkongsian sangat ramai di Facebook ini sangat sayang sekali jika anda lewatkan. Pelbagai macam resepi kek kami adakan untuk anda. Daripada kek yang sederhana sehingga kek yang mewah sedap dan cantik tentunya.\n\nSelepas ini, anda tak perlu bersusah-payah beli di kedai lagi. Siapa yang sudah mencuba sendiri di rumah dengan resepi ini, bolehlah kongsikan hasilnya kepada rakan-rakan lain. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca di luar sana.\n\nRugi kalau tidak cuba kek tornado viral. Kek tornado ialah kek moist layer cream cheese dengan topping krim coklat pekat lekat memikat. Sesuai namanya, kek ini akan mampu tunggang langgangkan lidah anda dalam sekejap. Makan kek tornado tak muak. Sekali makan kek tornado mesti ketagih lagi. Lagi sedap masuk peti sejukkan dulu baru disantap. Resepi dikongsikan oleh Fatimah Saari di laman Facebook.\n\n2. Kek Marble Jelita Azlina Ina\n\nSejak PKP ini ramai yang cari resepi kek marble. Kek marble jelita amat lembut dan ayu. Indah di mata sedap di mulut. Resepi yang paling spesial berasal daripada cik Azlina lna dan dicubakan oleh Tg Khuzanika. Selamat mencuba untuk minum petang hari ini.\n\n3. Resepi Kek Milo 3 Bahan\n\nResepi yang mudah amat. Iaitu resepi kek Milo viral yang dikongsikan oleh Sara Vee di Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai daripada netizen. Tidak payah guna tepung memang wow lah! Chewwy gowwy brownies milo. Sedap!\n\n4. Resepi Batik Indulgence Mr. Ali\n\nBicara tentang kek batik. Tentunya tidak boleh terlepas resepi kek batik indulgence ala Muhammad Ali. Kek batik ini boleh dikatakan terkenal dan disukai ramai jika melihat jumlah perkongsian di Facebook. Tengok topping coklat ganache dan krim cheese indulgence terliur yang amat. Kek ini terdapat 3 lapisan iaitu kek batik, cream cheese, ganache, dan masak menggunakan loyang 7 inci,\n\nkek satu ini memang jadi kesukaan ramai sejak dulu lagi. Resepi kek semut mudah dan tidak perlu perap. Siap saja terus kukus atau bakar. Jom buat kek sarang semut resepi oleh Zurila Ghani di laman Facebook. Boleh lah buat untuk makan-makan sendiri. Guna loyang 7 inch ya.\n\n6. Resepi Kek Telur Mata Mango Cheese\n\nKek yang menarik hati siapapun yang melihatnya. Fendi Islam berkongsi resepi kek telur mata yang senang dicuba. Kek ini mengubah puding menjadi sama bentuk macam telur mata. Kek pula menggunakan kek sponge biasa. Untuk kek, anda boleh guna mana-mana resepi kek sponge. Guna loyang bulat saiz 5 inch. Kemudian tambahkan perisa yang disuka. Disebabkan ini kek mangga, gunalah perisa mangga dan sedikit pewarna kuning.\n\nBoleh guna mana-mana resepi puding. Beli yang rasa mango terus lagi senang. Guna acuan kuih NONA yang warna merah. Letak separuh sahaja puding dalam acuan tersebut.\n\nNama kek aiskrim tapi ianya bukan aiskrim melainkan kek lazat yang teksturnya macam aiskrim. Penyimpanannya juga tetap di bahagian chiller, bukan freezer ya. Selamat mencuba kek aiskrim yang baharu dan menarik dikongsikan oleh Muhammad Ali di laman Facebook. Guna loyang 5 inci.\n\nDipanggil kek khayangan kerana kek pisang resepi oleh Rushdi Lazim ini memang sangat mewah. Tidaklah sama macam kek pisang yang dijual di kedai-kedai itu. Belum cuba belum tahu, oleh sebab itu anda mesti cuba kek pisang versi khayangan punya.\n\nSalut choc belgian dan walnut itu dengan tepung sedikit supaya dia tidak tenggelam ke dasar masa bakar nati.\n\n9. Resepi Kek Pisang Lazat Memikat\n\nKek pisang ini sangat simple, kurang manis dan pisang terasa 100%. Sesuai sangat untuk minum petang layan kopi atau teh O. Sebagaimana resepi kek pisang hasil perkongsian Noor Hamizah Ngatiman\u200e di Facebook ini.\nAdapun beberapa tips untuk dapat kek pisang yang gebu dan lembut ialah :\n\nPernahkah anda makan kek lembut lagi moist? Kek tersebut adalah kek span, yang memiliki tekstur lembut seperti span. Tidak hairanlah ia dinamai demikian. Kek span adalah antara kek yang tengah naik tular masa kini. Tidak sedikit orang yang menghidangkan kek span sebagai sekadar pencuci mulut mahupun untuk dihidangkan kepada tetamu. Sila cubakan resepi kek span coklat yang menarik perhatian dikongsikan oleh Fasihatul Hafizah di laman Facebook.\n\nResepi kek lapis kukus yang dikongsikan oleh Cik Pooja di laman Facebook ini mendapat sambutan ramai. Ianya lebih menarik dan disukai kerana pilihan warna yang berbeza dengan kek lapis umumnya yang berwarna pink putih.\n\nDengan kaedah yang agak rumit sedikit, anda memang perlukan sabar tingkat tinggi untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Diperlukan keterampilan yang handal dalam membuat kek agar kek menjadi. Selamat mencuba resepi perkongsikan oleh Nur Afirah Mohd Rosely\u200e di laman Facebook.\n\nWarna kek yang kehitaman dan teksturnya yang padat membuat ia tampak seperti belacan sehingga dipanggil kek belacan. Rasanya sama macam kek biasa. Ia diperbuat daripada susu, gula dan koko. Kek ini tidak berongga dan gebu macam kek tepung biasa. Malah kek belacan lebih padat dengan tekstur yang lembut. Resepi kek belacan mudah dikongsikan oleh \u200eMas Cotek\u200e\u00a0di Facebook.\n\nNota : Lebih sedap guna browning sugar yang khas untuk kek sarawak.\n\nKek pelangi berkaramel dan penuh krim sangat menyelerakan. Resepi daripada HaNy NisHa di laman Facebook ini sangat menarik. Ia membuat kek pelangi berasaskan puding dan apam. Menarik untuk dicuba buat sendiri dan dihidangkan.\n\nPercayakah anda hanya menggunakan 3 bahan saja boleh buat resepi kek cheese sedap yang sangat mabeles! Hanya menggunakan cream cheese Tatura, susu dan telur saja, membuat kek cheese yang gebu gebas jadi semudah kelipan mata. Resepi kek cheese creamy yang dikongsikan oleh Marina Zainal di laman Facebook.\n\nNota :\u00a0Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali cuba buat. Kalau rasa mahu kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.\n\nResepi kek tiramisu yang mampu memikat hati didatangkan daripada \u200eYati Rahim\u200e\u00a0dalam perkongsiannya di Facebook. Kek tiramisu dibuat dengan tiga lapisan. Antaranya ialah lapisan original, lapisan koko menggunakan nescafe dan lapisan coklat menggunakan serbuk koko. Topping yang lembut diperbuat daripada cream cheese, susu pekat dan butter. Kemudian ditaburkan nescafe, milo dan serbuk koko.\n\n17. Resepi Kek Batik Sukatan Cawan\n\nTeringin membuat kek batik senang dan sukatan yang mudah? Resepi perkongsian daripada \u200eFatimah Ali\u200e di Facebook ini mendapat perkongsian sangat ramai kerana ianya mudah dilakukan. Hanya menggunakan sukatan cawan, tak perlu timbang lagi. Rasanya sedap pun gerenti sangat memuaskan.\n\nKek lumut berasal daripada Sarawak, dipanggil kek lumut mungkin kerana warna hijaunya yang serupa macam lumut. Terdapat pelbagai versi resepi untuk eeeeeeeeeeeddmembuat kek lumut. Tapi pada resepi yang di kongsikan oleh Mazliza Ahmad di Facebook ini tidak menggunakan nestum, hanya horlick dan butter sahaja sudah memberikan bau dan rasa yang sedap dan lembut. Kalau anda tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula.\n\nKelazatan kek carrot dipengaruhi oleh keharuman kulit kayu manis dan parutan carrot yang bergabung didalam adunan kek. Resepi kek carrot yang kami kongsikan ini sangat mudah dan senang. Resepi yang mendapatkan perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Azizi Rais, confirm anda akan dapatkan kek carrot yang sedap dan jadi.\n\nKek Lapis Sarawak ialah kek lapis yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia. Kek lapis biasanya dihidangkan pada majlis-majlis khas. Biasanya dipanggil kek lapis sarawak, kek lapis moden sarawak atau kek lapis sahaja. Resepi kek lapis masam manis yang dikongsikan oleh Salwa Adam di Facebook.\n\nRamai orang suka akan blueberry yogurt cake. Rasa manis blueberry campur dengan masam yogurt akan hasilkan rasa yang melazatkan. Mari cubakan resepi blueberry yogurt cake sedap yang dikongsikan oleh Sharifah Saudin\u200e di laman Facebook. Hidangkan untuk jamuan mewah jadi makin istimewa.\n\n22. Resepi Basque Burnt Cheese Cake\n\nResepi basque burnt cheesecake atau mudah dikenal dengan kek cheese hangus, diperbuat dengan menggunakan cream cheese, tepung, telur, whipping cream dan gula. Penyediaan kek ini ialah dengan dibakar sehingga permukaannya coklat gelap. Namun begitu rasa kek ini tidak hangit, malah sebaliknya ia amat manis, lembut dan lazat. Resepi dikongsikan oleh Norlela Abdullah\u200e di laman Facebook\n\nAnak-anak sangat suka Oreo cheesecake. Ia amat lembut dan amat terasa Oreo dan vanilanya. Serasa macam makan oreo sebenar namun dengan lembut cheesecake. Mari buat Oreo cheesecake kegeraman anak sekarang juga. Bahan-bahan yang mudah didapat serta resepi yang senang dicubakan dikongsikan oleh Norain Ramli di laman Facebook. Sila cubakan.\n\nTerutamanya pecinta cheese patut cuba resepi ini. Cheese yang sangat melekit dan sedap menjilat jari. Bayangkan cuma menggunakan 5 bahan sahaja dan step-step mudah. Resepi daripada Hurun\u2019Iin Malik\u200e di laman Facebook ini sudah mendapat perkongsian hingga 11K.\n\n25. Resepi Blueberry Chilled Cheese Cake\n\nBlueberry cheese cake, dengar nama pun dah meleleh air liur. Apalagi jika anda pecinta cheese, jangan sampai anda tak baca resepi ini. Resepi blueberry cheese cake sedap daripada Nor Asfah Mohd Ali\u200e di Facebook. Jom tengok dan cuba.\n\nKek ini kecik saja. Kalau nak kek rendah sikit buat lagi 1 tapak dengan bancuh lagi 1 pakej oreo, jadi boleh dapat 2 kek.\n\nResepi kek coklat kukus yang viral lagi mudah dan sedap. Ramai orang yang berjaya buat kek coklat kukus lembut resepi ini. Sila tengok perkongsian resepi daripada \u200eRodiah Amir\u200e di Facebook. Resepi ini hanya guna sukatan cawan saja. Mudah sangat nak buat. Kebarangkalian nak gagal itu sedikit saja.\n\n27. Resepi Kek Red Velvet Tanpa Telur\n\nSangat sesuai untuk mereka yang alergik telur. Satu resepi bakar guna oven satu lagi bakar dalam periuk atas dapur gas. Kedua-duanya dibakar dalam tempoh masa yang sama iaitu 15 minit. Hasilnya susah membezakan yang mana satu masak dalam oven dan yang mana satu dalam periuk.\n\nBahkan tekstur kek yang dimasak dalam periuk lebih lembut sedikit dibandingkan dalam oven tanpa letak pasir mahupun air dalam periuk. Guna api sederhana saja. Resepi perkongsinan Eka Zahra\u200e di Facebook. Silakan mencuba kaedah orang dulu-dulu untuk buat kek modern.\n\n28. Resepi Kek Buah 3 Bahan\n\nKalau sebelum ini media sosial menjadi viral dengan apam 3 bahan, kek keju 3 bahan, dan kek coklat 2 bahan, kali ini kita tengok satu lagi resepi mudah iaitu kek buah 3 bahan. Maklumlah, kek buah ini pun ada peminatnya tersendiri. Tak semua orang minat pada kek coklat dan kek keju saja, bukan?\n\nTentunya sangat sesuai disediakan untuk pelbagai majlis mahupun dimakan sendiri di rumah bersama keluarga. Walaupun menggunakan hanya 3 bahan, hasilnya tetap gebu, lembap, dan lembut. Mari kita ikuti resepi daripada Nurazlina Azlin\u200e di Facebook selengkapnya di bawah ini.\n\nRasa teruja pula bila tengok orang makan kek durian. Rasa ingin beli dan makan masa puas-puas. Apalagi kalau musim durian macam ini. Maka kali ini kami hadirkan resepi kek durian daripada Fainda Farahin di laman Facebook. Layan resepi di bawah ini.\n\n30. Resepi Kek Tanpa Telur dan Butter\n\nKek coklat sedap ini hanya menggunakan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan pengembang kek. Anda yang alahan telur atau yang tengah berdiet sangat dialu-alukan untuk buat kek ini. Resepi didatangkan daripada Afiqah Koh\u200e\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nTak pernah jemu buat kek minyak. Apalagi dengan cara kukus makin senang dibuat. Tidak perlu guna mixer hanya guna blender sahaja. Kek tetap lembut dan gebu. Resepi dikongsikan oleh Wan Ruzita Wan Deraman di laman Facebook.\n\nWanginya kek pandan bersantan memang tak boleh tahan. Rasa macam nak makan habiskan terus. Kek pandan sedap untuk minum petang layan dengan teh o suam. Mari cuba buat kek pandan bersantan resepi daripada Dilla Min di laman Facebook.\n\nJika anak anda request teringin makan kek kuning-kuning saja tak mau belang-belang, tak mau corak-corak. Cuba hidangkan kek marjerin pelangi saja. Habis itu darimana datang nama pelangi nya? Apapun jom tengok saja resepi kek marjerin pelangi daripada Jue Shahir\u200e di Facebook. Lembut dan sedap.\n\nKek yang tak lapuk dek zaman. Tempahan kek ini dapat tempat No 1 di hati orang ramai. Sesuai namanya \u2018sponge\u2019 kek ini rasanya juga lebih ringan dan lembut. Boleh buat menu minum petang. Jom tengok resepi perkongsian daripada \u200eNurul Aidiha\u200e di Facebook.\n\nResepi kek gulung comel favorit anak-anak. Cara penyediaan yang mudah jadikan kek ini kegemaran ramai. Anda perlukan kesabaran dan kepiawaian masa menggulung kek. Selain itu tampilan kek ini amat menarik sesuai untuk hidangan mewah. Resepi dikongsikan oleh Earney Atyesha di laman Facebook.\n\nResepi-resepi kek di atas sangat mudah dan menarik kan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.\n\nJemput juga baca koleksi resepi lain seperti resepi ayam, resepi sotong resepi daging dan resepi ikan."
"Menghafal Al-quran bukannya sesuatu yang mudah. Ia sememangnya menjadi impian ramai supaya dapat menghafal Al-Quran. Tetapi ianya bukannya mudah kerana memerlukan kesungguhan yang sangat mendalam. Mencari tips hafal Al-Quran.\n\nDisini kami kongsikan pengalaman seorang muslimah yang bernama Bushra Tbakhi, seorang pelajar jurusan Kedoktoran tentang perjalanannnya menghafal Al-Quran dalam masa 2 bulan setengah, suatu masa yang sebenarnya singkat. Semoga tips ini dapat diamalkan oleh setiap muslimah yang ingin berjaya menghafal Al-Quran. Jika kita tidak mampu menghafal satu naskah Al-Quran, mungkin 1 juzuk mungkin boleh dicapai.\n\nMungkin terdapat sedikit ubah suai kerana ianya telah kami ubah suai ke dalam Bahasa Melayu. Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh saudari Bushra Tbakhi :\n\nDapatkan bantuan Allah SWT apabila ingin melakukannya. Caranya adalah dengan memanjat doa. Hal ini kerana apabila anda telah mencapai Juzuk 7 ataupun 14 ataupun apa-apa juzuk sahaja anda mungkin mula kehilangan motivasi. Jadi kepadaNya anda berdoa dikuatkan semangat.\n\n2. Gunakan Waktu Pagi Sebaik Mungkin\n\nGuna waktu pagi anda sebaik mungkin, terutamanya jika anda sibuk. Mula awal sebaik mungkin. Biasanya saya akan habiskan menghafal sekurang-kurangnya 1-2 muka surat sebelum tengah hari. Hal ini akan menjadikan 10 muka surat lebih mudah. Jika saya bermula selepas tengah hari, ia akan mengambil masa lebih lama.\n\nBelajar untuk katakan \u2018Tidak\u2019. Katakan \u2018Tidak\u2019 dengan lebih kerap. Anda perlu mengurangkan beberapa perkara untuk tujuan ini. Memang benar mungkin anda boleh sahaja melakukan banyak perkara. Tetapi ketahuilah ia akan banyak mengambil tenaga anda.\n\nCari beberapa jurulatih pendengar. Saya biasanya akan membaca kepada ibu, kakak, dan rakan-rakan. Cuba mempunyai beberapa orang. Elakkan daripada mempunyai seorang sahaja. Hal ini kerana jika orang itu sibuk, anda mungkin akan berasa sedikit putus asa. Jadi cuba untuk mempunyai plan alternatif. Saya juga pernah kadang-kala membaca di telefon!\n\n5. Menghafal dan Membaca Secara Harian\n\nMenghafal dan membaca secara HARIAN. Tiada hari cuti. Tiada. Walaupun anda hanya menghafal 1 halaman sahaja dan bukan 10 halaman seperti yang dirancang. Ini bertujuan mencipta kebiasaan anda. Tambahan, walaupun anda hanya menghafal satu halaman sahaja, ianya akan menjadi mudah sahaja selepas itu.\n\nPotongan besar adalah lebih mudah! Sebelum ini saya menyangkakan menghafal satu halaman dalam satu masa adalah lebih cepat tetapi sebenarnya menghafal 4-6 muka surat pada satu masa menjadikan ia lebih mudah. Hal ini kerana otak telah berada dalam mood \u2018hafalan\u2019 yang menjadikan ianya lebih mudah.\n\nJangan beritahu terlalu ramai orang pada peringkat awalan anda menghafal. Kerana ianya akan memberi tekanan apabila mereka terus bertanya di mana peringkat anda sekarang dan lain-lain. Tetapi beritahulah orang yang terdekat kepada anda supaya sebagai sumber motivasi dan sebagai peringatan kepada motivasi anda.\n\n8. Bebaskan Perasaan Anda Dari Kebimbangan\n\nAl-Quran tidak dapat dihafal dalam keadaan huru-hara. Jadi sebelum anda bermula, punyai senarai tugasan dan asingkan. Lakuakn terlebih dahulu perkara penting dan bebaskan diri dari kebimbangan. Jika apa-apa yang membimbangkan anda semasa menghafal, ingat syaitan tidak mahu anda untuk memberi tumpuan dan yakinlah bahawa Al-Quran akan menjaga anda.\n\n9.\u00a0 Tambah Tugasan Anda Jika Anda Mengantuk\n\nApabila anda mengantuk tambahkan lagi tugasan yang perlu dibuat. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin ianya tentang menolak diri. Saya merasakan lebih \u2018barakah\u2019 apabila saya menghafal 1-2 lebih halaman pada waktu malam dalam keadaan mengantuk daripada menyerah begitu sahaja.\n\nMotivasikan diri dengan mengambil langkah kecil. Sememannya memang mencabar apabila membaca Surah Al-Baqara dan bermimpikan Surah An-Naas. Hanya perlu membayangkan bagaimana gembira anda akan berada dalam surah yang akan datang atau beberapa juzuk ke hadapan. Untuk kes saya, apabila saya berada di Juz 13 saya akan cuba ingin mencapai Juz 15. Kemudian pada Juz 15, saya akan cuba mencapai Juz 20 dan seterusnya.\n\n11. Gunakan Salah Satu Mus\u2019haf Sahaja\n\nSaya hanya pada setia pada satu Mus\u2019haf sahaja. Jangan bertukar-tukar. Saya menggunakan saya punya sahaja setiap hari. Saya menggunakan pensil untuk menandakan perkataan dan menggariskan ayat. Saya turut mempunyai nota untuk juzuk seterusnya. Ini membuatkan saya akan teruja untuk sampai.\n\nCuba dapatkan saiz yang normal quran. Saiz yang terlalu kecil akan menyebabkan sukar untuk menghafal. Saiz yang terlalu besar pula menyebabkan ianya sukar dipegang. Elakkan menggunakan \u2018elektronik Quran\u2019 . Hal ini kepada saya secara peribadi memberi sakit kepala dan saya dapati mengambil lebih banyak masa untuk menghafal. Tambahan anda tidak dapat menulis.\n\nCari gaya hafalan anda. Teknik hafalan yang terbaik untuk saya adalah bahasa isyarat! Saya biasanya menghafal menggunakan isyarat tangan. Ia benar-benar membantu saya. Saya juga kadang-kadang akan menulis, atau menulis permulaan setiap ayat.\n\nMendengar pada ayat juga boleh dilakukan-terutamanya jika anda mempunyai masalah membaca. Tetapi teknik ini sedikit mengambil masa. Walau bagaimanapun sila berbuat demikian jika anda tidak boleh membaca dengan baik kerana perkara yang paling teruk apabila menghafal sesuatu yang salah untuk kali pertama.\n\n14. Bahagi Kepada Beberapa Bahagian Kemudiannya Gabungkan\n\nBahagikan satu halaman kepada beberapa bahagian. Mulakan dengan membaca satu ayat, dan ulangnya beberapa kali. Kemudiannnya teruskan dengan ayat seterusnya, kemudian ulang kembali termasuk dengan ayat di sebelumnya. Bahagikan halaman kepada dua atau pertiga bergantung kepada ayat dalam halaman tersebut, kemudian gabungkan mereka bersama-sama pada akhirnya.\n\nApabila mengulang kaji jumlah ayat yang besar, anda hanya perlu mengulang semula bahagian AWALAN setiap ayat. Apabila anda berjaya mengulangi ayat, kemungkinan besar anda juga boleh memulakannya menyelesaikannya. Jadi jangan buang masa membaca keseluruhan halaman. Hanya menguji diri anda sama ada anda tahu permulaan setiap ayat ataupun tidak.\n\n16. Jauhkan Diri Daripada Membuat Dosa\n\nMenjauhkan diri daripada dosa. Walau bagaimanapun jika anda tergelincir jua, bertaubat dan terus hidup seperti biasa. Syaitan akan sentiasa memberitahu anda tidak ada gunanya untuk menghafal kerana anda seorang yang berdosa. Ataupun akan sering mengingatkan mengenai dosa anda supaya anda merasakan bahawa anda tidak boleh menghafal.\n\nMohon perlindungan kepada Allah dan terus menghafal. Jika kita sudah cukup sempurna, kita tidak perlu lagi sebuah Kitab Suci dari Allah yang mengajar kita bagaimana untuk hidup dalam kehidupan. Anda tidak akan mampu menajdi seorang yang sempurna. Tetapi inilah cara untuk hampir kepada Allah sebagai manusia. Berlindung syaitan, dan bacalah Bismillah terus menghafal.\n\nAmbil rehat selepas membacakan kepada seseorang dan bukannya selepas menghafal. Saya tidak tahu jika ini hanya berkesan untuk saya, tetapi saya sentiasa mendapati ia lebih efiksyen selepas itu. Tidak membuat mereka panjang. 10 minit adalah ulang kaji yang baik. Lebih daripada itu dan anda akan kehilangan \u201chafalan-mode\u201d.\n\nDapatkan pasangan atau kumpulan! Ini dapat dijadikan satu cabaran. Walaupun jauh dari jemaah, ianya mampu membuat saya kekal bermotivasi kerana terfikirkan jemaah yang mempunyai matlamat yang sama dengan saya.\n\nCuba untuk kekal fokus. Apabila anda mengambil masa yang lama pada satu halaman kerana gangguan atau berkhayal ianya akan memberi kesan kepada masa tambahan yang lebih panjang. Kekal fokus menyelesaikan halaman itu dan kemudian berehat.\n\nTidak semua ayat yang sama. Terdapatnya beberapa ayat adalah lebih sukar dan memerlukan anda mencari cara baru untuk menghafal mereka atau mengulangi mereka lagi.\n\nTetapkan matlamat masa. Untuk saya, saya sentiasa mempunyai matlamat hanya memperuntukkan maksimum setengah jam untuk setiap halaman. Jika lebih daripada itu ianya memberi petanda bahawa saya tengah melakukan sesuatu yang \u2018salah\u2019 atau hilang\u00a0 tumpuan. Kadang-kadang ia mengambil masa kurang \u2013 ini membantu! Cuma jangan hilang kawalan masa.\n\nMembuat sambungan antara perkataan. Kadang-kadang saya akan mengait satu perkataan dengan perkataan lain dalam ayat yang seterusnya. Ia benar-benar membantu. Sebagai contoh, sepotong ayat yang mempunyai nama kawan saya, dan ayat seterusnya akan mengingatkan saya kepada rakan yang lain. Kemudiannya, saya akan mengaitkan kedua-dua perkataan untuk mengikat kedua-dua ayat bersama-sama .\n\nCari perkataan yang sukar. Kadang-kadang memahami SATU perkataan yang sukar dalam ayat membuat anda memahami ayat KESELURUHAN dan seterusnya membantu memahami halaman tersebut. Perkara ini benar-benar membantu anda menghafal.Terlalu banyak tafsir akan membuat anda lebih sukar menghafal-ianya membantu anda memahami tetapi lupa pada\u00a0 perkataan yang sebenar.\n\nLakukan Tarteel kemudian nanti. (Tarteel: perlahan, memperindahkan pengucapan) saya mencadangkan agar anda tidak terus mengulangi setiap ayat dengan bacaan \u2018tarteel\u2019 penuh apabila menghafal, ianya akan mengambil masa terlalu lama lebih-lebih lagi jika anda mensasarkan untuk jangka masa yang singkat dan kadang-kadang anda hanya menghafal \u201cbunyi \u201cdan bukannya kata-kata sebenar.\n\nApabila saya menghafal saya akan mengulangi mereka dengan agak cepat untuk tidak kehilangan tenaga atau fokus. (Apabila anda telah selesai menghafal-nikmati tarteel anda.)\n\nSebaik sahaja anda selesai, mula merancang strategi semakan anda. Ia bukan hanya sekali dan mengulang kaji semula adalah penting! Terutamanya jika anda selesai dalam tempoh masa yang pendek.\n\nAyat yang mengenai cerita adalah yang paling mudah! Hayati ketika menghafalnya!\n\nSemoga tips ini membantu kita dalam menghafal Al-Quran."
"Kunafa Nabulsi\nmerupakan salah satu manisan yang popular berasal daripada Palestine. Ianya\ntelah diolah oleh penduduk setempat dengan menambahkan keju. Kunafa Nabulsi\njuga merupakan manisan kebanggan penduduk Palestin dimana mereka sendiri telah\nmendapat Guiness World\u2019s Record sempena menghasilkan kunafa yang terbesar di\ndunia. \n\nKunafa Nabulsi\namat sedap berlemak dan sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Ianya\namat bagus untuk dipelajari oleh kita memandangkan ianya merupakan budaya\nmasyarakat lain, sekali gus mevariasikan masakan kita kepada budaya budaya\nlain. \n\nResepi yang kami bawakan kali ini merupakan resepi daripada Fanthaghiro Roses. Katanya, resepi ini dipelajari memandangkan suami beliau berasal daripada Palestine. Resepi ini telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Tanpa membuang masa, jom kita lihat! \n\n1) Khishnah (\nkasar \u2013 guna dough kataifi)\n\n3) Mhayara (gabungan kataifi dan semolina) \n\nSaya akan kongsikan resepi Kunafa yang menggunakan dough kataifi dulu. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk variasikan hidangan anda! Teruskan ikuti laman ini bagi sentiasa mendapat pelbagai lagi resepi yang menarik. Semoga berjumpa lagi dimasa akan datang."
"Apam mekar merupakan salah satu versi apam yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Akan tetapi, apam bukanlah mudah untuk disediakan. Oleh itu, kali ini kami bawakan resepi apam mekar versi mudah yang boleh disediakan oleh sesiapa sahaja, termasuk juga kepada sesiapa yang baru berjinak dalam bidang masakan dan baru belajar memasak. \n\nResepi ini juga tidak memerlukan bahan yang banyak dan kesemua bahan boleh didapati dengan mudah dan murah. Sekiranya anda mencari resepi yang mudah untuk disediakan serta mahu membuatkan yang tersayang impressed\u00a0dengan anda, jom cuba resepi ini. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Masni Bahari dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook. Wah, pasti menjadi. Jom kita tengok!\n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nTerdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!"
"Apabila keghairahan semakin berkurangan, si isteri sering mendapati bahawa sukar untuk menjaga suami mereka yang berminat kepada mereka secara seksual. Berikut ialah tips dan cara untuk mendapatkan minat suami anda kembali dan mengekalkannya.\n\n1. Buatkan Suami Anda Sentiasa Mendambakan Sesuatu Daripada Anda\n\nBina sedikit persekitaran yang misteri dalam perkahwinan anda. Apa itu persekitaran yang misteri? Sentiasalah menjadikan suami anda tercari-cari atau tertanya-tanya tentang tabiat atau peribadi anda berdasarkan kelakuan anda ketika bersamanya. Ianya akan membuatkan suami anda mendamba-dambakan dan akan sentiasa bersama-sama anda untuk mengetahuinya. Jangan serlahkan diri anda sepenuhnya.\n\nTunjukkan kepadanya tanda-tanda yang boleh mengelirukan dan membuatkannya lebih ingin tahu lebih lanjut tentang diri anda. Jadikan diri anda seolah-olah seperti anda menguasai hubungan pada sesuatu masa, kadang-kala bersikap lemah-lembut, kadang-kadang bersikap nakal atau bersikap selamba dan sebagainya. Ini akan menjadikannya terus tergila-gilakan anda dan pasti si dia akan terus meneroka diri anda.\n\n2. Bersikap sedikit nakal atau jahat pada sesuatu ketika\n\nMungkin ada yang tertanya-tanya, apa maksudnya bersikap nakal dan jahat? Dalam perkahwinan, semestinya perangai atau sikap bersama pasangan mestilah sentiasa dikawal dan sentiasa menunjukkan perilaku yang baik. Namun, ada ketikanya, anda selaku isteri, perlu menunjukkan sisi gelap yang mungkin boleh membuatkan si suami terkejut dan terkesima seketika. Ini akan membuatkan si suami berfikir sejenak.\n\nTapi, jangan melebih-lebih pula ya. Takut terjadi pertelingkahan pula. Bila anda bersikap sedikit nakal, ini akan mengekalkan kuasa dan pengaruh anda sebagai penggoda di mata suami anda. Jadi, cubalah untuk bersikap nakal kepada suami anda, pasti si suami tidak akan terlalu bosan dengan anda.\n\n3. Tingkatkan daya tarikan seksual anda\n\nJangan terlalu cepat berpuas hati dengan diri anda selepas berkahwin. Jadikan diri anda sentiasa menarik di mata suami dan sentiasa mendambakan belaiannya. Hiasi diri anda dengan memakai haruman yang wangi, pakaian yang cantik dan sesuai dengan personaliti anda. Semua usaha ini akan menjadikan diri anda lebih yakin dan menjadikan suami anda akan terus tergila-gilakan anda.\n\n4. Kenali keperluan emosi dan kehendak suami\n\nAnda selaku isterinya seharusnya tahu perkara-perkara yang disukai dan diminati oleh suami seperti warna kegemarannya, lagu kesukaannya, makanan yang dia suka makan dan lain-lain lagi. Berikan kejutan kepadanya dengan selalu menyediakan kegemarannya. Sesuaikan diri anda dengan minat, keperluan dan perangainya. Si suami pasti akan terus mencintai dan mendambakan anda bila anda mampu menguasai minat dan kehendaknya.\n\nAntara harapan utama seorang suami adalah dengan mendapat penghormatan daripada pasangan hidupnya. Jadikanlah dirinya berasa sentiasa dihormati melalui tutur kata dan tingkah-laku anda yang menggambarkan kepentingan dirinya dalam hidup anda.\n\nTingkatkan keyakinan suami anda kepada anda dengan menyatakan kepadanya apa sahaja yang anda suka tentang dirinya. Beritahulah kepadanya dengan sepenuh hati dan menunjukkan anda betul-betul menghargai dirinya. Sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa dipuji dan disayangi. Ini pasti akan membuat suami anda terus terpaut dengan diri anda selamanya.\n\nSelalulah untuk memberitahu si suami yang anda sentiasa berada di sampingnya dalam setiap perkara yang dilakukannya. Puji dirinya pabila dia berusaha untuk melakukan sesuatu dan sentiasala memotivasikan dirinya bila berdepan dengan sesuatu masalah. Elakkan daripada bertengkar dengannya walaupun perkara yang dilakukannya tidak menepati cita rasa anda.\n\n8. Buatkan dirinya berasa terbaik ketika di kamar\n\nPenonjolan perasaan tidak puas ketika bersama akan menyebabkan si suami hilang keyakinan dan menjatuhkan moralnya. Sebaiknya pujilah dirinya atas segala yang diberikan kepada anda ketika bersama di kamar. Namun, janganlah sampai terlalu berpura-pura hinggan disedari si suami semata-mata untuk menunjukan kepuasan anda semasa bersama. Ini akan menjadikan dirinya seolah-olah telah diperbodohkan.\n\nBeli pakaian dalam khas untuk anda menggoda si dia. Jika dia ingin melakukan hubungan seks dengan cara yang berlainan daripada biasa, ikut sahaja permintaanya. Sudah tentu anda boleh beritahunya jika anda tidak selesa dengan perubahan itu dengan menyatakan cara-cara yang boleh digunakan untuk memuaskan hati kedua-dua pihak."
"Mencari tempat menarik di Shah Alam? Shah Alam adalah antara bandar di Selangor yang membangun dengan pesat.\n\nTarikan di sini juga ada banyak. Tempat makan yang sedap-sedap merupakan antara punca ianya kerap dibanjiri dengan pengunjung.\n\nTempat yang menarik untuk dilawati juga tidak terkecuali. Untuk itu, berikut kami senaraikan 25 tempat menarik di Shah Alam untuk anda. Teruskan membaca!\n\nAlamat: 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor\n\nTaman Botani Negara Shah Alam adalah tempat rekreasi yang merupakan habitat flora dan fauna di Shah Alam.\n\nJuga merupakan habitat flora dan fauna, taman botani ini ditubuhkan pada tahun 1986 dan merupakan taman botani terbesar di dunia.\n\nUntuk masuk ke sini, harga tiket untuk kanak-kanak dan warga emas cuma RM 1 manakala dewasa ialah RM 3.\n\n#2 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz\n\nAlamat: Persiaran Masjid St., Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nKami yakin anda pasti biasa terlihat masjid ini di kaca TV, bukan? Masjid ini dikenali dengan nama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.\n\nDitubuhkan pada tahun 1988, masjid ini adalah masjid terbesar di Malaysia dan juga masjid ketujuh terbesar di Asia Tenggara\n\nMasjid ini boleh memuatkan sekitar 24,000 jemaah. Kubah biru dan perak yang besar merupakan antara tarikan istimewanya, sangat cantik!\n\n#3 Taman Tema Air Wet World\n\nAlamat: No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nMencari taman tema air di Shah Alam? Singgah sahaja di taman Tema Air Wet World untuk bermandi-manda.\n\nGelongsor air dan jambatan gantung merupakan antara tarikan yang popular di sini. Airnya juga tidak terlalu dalam, sesuai dan selamat untuk kanak-kanak.\n\nHarga tiket untuk warga tempatan juga bergantung, tetapi selalunya ianya tidak melebihi RM 40 untuk kanak-kanak dan dewasa. Sangat berbaloi!\n\nAlamat: AJ CityPark, D-1-G, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nSiapa sahaja yang tidak pernah terdengar nama taman tema ini? Kami yakin anda pasti menyenaraikannya dalam bucket list anda.\n\nPokok pain tiruan berwarna-warna merupakan antara lokasi tercantik di sini. Sesuai juga dijadikan tempat bergambar!\n\nAda juga tarikan-tarikan lain di taman teman ini. Teruskan membaca senarai ini untuk mengetahui apa yang best di Taman Tema i-City.\n\nAlamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nSatu lagi tempat menarik di Shah Alam yang menarik ialah Laman Seni yang terletak di Seksyen 7.\n\nLaman Seni ini merupakan inisiatif MBSA untuk menjadikan bahagian belakang kedai-kedai di sini sebagai ruang mural dan seni.\n\nSelain sesuai disinggah oleh peminat seni jalanan, anda yang suka bergambar juga wajib lawati Laman Seni. Memang menarik!\n\nAlamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nWaktu Operasi: Khamis \u2013 Isnin, 3 \u2013 11 pm\n\nInilah salah satu tarikan istimewa di i-City yang kami senaraikan tadi \u2013 Snowalk by i-City.\n\nIanya adalah lokasi dengan suhu di bawah 5\u00b0C dan 100 mm (3.9 in) salji di tanah. Tak perlu ke luar negara, i-City pun ada salji!\n\nHarga tiket masuk untuk kanak-kanak ialah sekitar RM 55 dan dewasa pula sekitar RM 65. Jika ada promosi, boleh masuk pada harga yang lebih murah.\n\nAlamat: Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nIngin berekreasi di taman tasik? Anda boleh ke Taman Tasik Shah Alam yang terletak di Seksyen 14 untuk tujuan itu. \n\nTaman rekreasi ini mempunyai trek joging, tasik yang juga sesuai untuk berkayak, serta taman permainan.\n\nAlamat: Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nDitubuhkan pada tahun 1989, Muzium Sultan Alam Shah ini merupakan antara muzium yang bukan sahaja terkenal di Shah Alam, malah di Malaysia.\n\nPaparan galeri di sini merangkumi pelbagai topik seperti geografi, sejarah, budaya dan sejarah negeri Selangor.\n\nMuzium ini bertempat di sebuah bangunan moden dengan ciri-ciri Minangkabau dalam reka bentuk luarannya. Cantik dan klasik!\n\nAlamat: Jln Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor\n\nTertanya-tanya apakah perpustakaan awam pertama di Malaysia? Ianya merupakan Perpustakaan Tun Uda yang terletak di Seksyen 13.\n\nDitubuhkan pada tahun 1986, perpustakaan ini juga merupakan perpustakaan terbesar di Asia Tenggara.\n\nAnda bukan sahaja boleh mendapati buku, malah perkhidmatan berteknologi tinggi seperti Virtual Reality dan 3D Teater juga ada di sini.\n\nAlamat:\u00a0 i-Gallery, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nSatu lagi taman tema air yang terkenal di Shah Alam ialah WaterWorld by i-City yang terletak di Taman Tema i-City.\n\nTamn tema air ini sangat popular dengan Ultimate Tornado, gelongsor spiral pertama di Asia Tenggara.\n\nGelongsor ini sesuai untuk remaja dan dewasa sahaja. Gelongsor kanak-kanak juga ada banyak di sini, jadi jangan risau.\n\nAlamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 6 pm \n\nSambil bersiar-siar di Tasik di Seksyen 14, apa kata anda singgah di galeri seni ini \u2013 Galeri Shah Alam?\n\nSeni visual merupakan antara seni yang popular di sini. Seniukir kayu bercirikan reka bentuk Melayu Tradisional juga cukup cantik dan klasik.\n\nPaling menarik, tiada cas dikenakan untuk melawatinya. Memang rugi jika anda tak singgah di sini!\n\nAlamat: \u00a0LKSA, Section 24, 40300 Shah Alam, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 4 pm \u2013 12 am\n\nPusat membeli-belah di Shah Alam memang ada banyak. Antara yang paling banyak pengunjungnya ialah Uptown Shah Alam.\n\nTerletak di Seksyen 24, pusat membeli-belah ini ada menjual pelbagai jenis barangan. Baik digital dan barang keperluan, semuanya ada.\n\nAntaranya ialah aksesori telefon bimbit, baju dan barang keperluan lain. Makanan di sini juga sedap-sedap belaka.\n\nAlamat: Go Kart Circuit, Stadium Car Park, Western 5, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Jumaat 10 am \u2013 10 pm, Isnin 10 am \u2013 7 pm, Sabtu \u2013 Ahad 10 am \u2013 10 pm\n\nIngin memandu Go Kart? Singgah sahaja di litar go-kart yang terletak di Seksyen 13 ini.\n\nIanya merupakan litar go-kart outdoor yang pertama di Malaysia. Litar ini juga sangat terkenal di kalangan pencinta go-kart kerana kerap mengadakan perlumbaan.\n\n#14 Trick Art Museum @ i-City\n\nAlamat: i-Gallery, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nNama pun trick art, semestinya seni di sini akan memukau para pengunjungnya. Muzium ini terletak di i-City.\n\nKarya seni di sini semuanya 2-D, namun disebabkan teknik muslihatnya, ianya seolah-olah seperti karya seni 3-D, memang best!\n\nAlamat: Jalan Persidangan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nAda yang suka menonton pertunjukan teater atau persembahan di sini? Alang-alang berada di Shah Alam, tonton sahaja di Royal Theatre Shah Alam.\n\nDewan ini siap dibina pada tahun 2008 dan sejak itu, kebanyakan persembahan tempatan kerap diadakan di sini.\n\nRuang yang luas, audio yang bagus dan keselesaan yang terjamin merupakan antara keistimewaan dewan teater ini.\n\nAlamat: Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor\n\nBagi yang menggemari aktiviti mendaki bukit, ini adalah lokasi yang sesuai untuk anda \u2013 Setia Alam Community Trail.\n\nAda dua jenis jalan yang anda boleh pilih \u2013 A dan B. Kedua-duanya ada kesukaran yang tersendiri, namun jarak maksimumnya tetap sama.\n\nSetelah tiba di puncak, anda dapat melihat pemandangan tasik yang cantik dan menyenangkan. Kepenatan mendaki pasti lebih berbaloi!\n\nAlamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor\n\nSuka melalukan aktiviti skateboarding? Shah Alam Extreme Park adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti tersebut.\n\nSAEP ini juga dilengkapi dengan gelanggang futsal, arena paintball dan wall climbing. Memang menarik, rugi jika tak singgah!\n\n#18 Dataran Bunga Raya Shah Alam\n\nAlamat: Persiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nDataran Bunga Raya yang terletak di Seksyen 14 ini adalah salah satu lokasi untuk bersantai dan bergambar yang popular di Shah Alam.\n\npengunjung dapat dilihat berjalan-jalan santai di taman di sini. Bunga raya yang cantik membuatkan pengunjung berasa tenang.\n\nPasangan dan pengantin baru juga dilihat sering mengambil gambar perkahwinan mereka di sini.\n\n#19 Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor\n\nAlamat: \u00a02A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 5.30 pm\n\nSatu lagi tempat menarik di Shah Alam ialah Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.\n\nIanya merupakan galeri & pusat kebudayaan yang mempamerkan seni Islam kontemporari dan naskah al-Quran.\n\nYang menarik tentang kompleks sini ini ialah naskah a-Quran tersebut berharga sekitar 20 juta dan ianya merupakan manuskrip Quran yang asal.\n\n#20 Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam\n\nAlamat: Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nMencari tempat yang menenangkan untuk anda bersantai atau beriadah? Di Seksyen 5, lokasi terbaik untuk beriadah ialah Taman Lembah Bukit.\n\nTumbuhan menghijau serta tasik yang cantik merupakan antara tarikan istimewa di taman tasik ini. Sesuai bagi mereka yang ingin menenangkan jiwa!\n\nTugu Negeri juga ada terdapat di sini. Merupakan tugu peringatan negeri Selangor, ianya sering djadikan tempat bergambar oleh pengunjung di sini.\n\nAlamat: Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor\n\nAlang-alang berada di Taman Tasik Shah Alam, singgahlah di Laman Budaya yang juga terletak di situ.\n\nLaman Budaya ada mengadakan aktiviti kebudayaan seperti persembahan tradisional yang berkaitan dengan budaya dan seni di negara kita.\n\nKadangkala, jualan barangan kraftangan turut diadakan di sini. Rugi jika anda tak singgah, bukan senang nak jumpa!\n\nAlamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin. Selasa \u2013 Jumaat 10 am \u2013 5 pm, Sabtu \u2013 Ahad 9 am \u2013 5 pm\n\nIngin berekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan? Inilah tempat rekreasi yang wajib anda singgah \u2013 Mudtrekkerz Paintball Park.\n\nAktviti rekreasi utama di sini ialah paintball. Ianya sesuai untuk jumlah pemain yang ramai, jadi ajaklah rakan-rakan dan keluarga anda.\n\nAlamat: Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor\n\nSelain daripada taman tema air, anda masih mencari tempat bermandi-manda di Shah Alam? Pusat Akuatik Darul Ehsan adalah salah satunya.\n\nSaiz kolam renang di sini juga ada pelbagai. Selain itu, kolam renang untuk kanak-kanak juga selamat dan tidak dalam.\n\n#24 Denai Alam Recreational and Riding Club\n\nAlamat: No 1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16, Denai Alam, Denai Alam, 40160, Selangor\n\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8 am \u2013 11 pm \n\nBagi yang ingin merasai pengalaman menunggang kuda, ini adalah tempat menarik di Shah Alam yang wajib anda kunjungi.\n\nTerletak di Seksyen 16, DARC mempunyai harga untuk setiap sesi yang ditawarkan. Harganya juga berpatutan, jadi jangan lupa untuk cuba!\n\nKuda-kuda di sini juga datang dari pelbagai negara seperti New Zealand, Australia, German dan Argentina.\n\nAlamat: Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor\n\nJenama roti Gardenia pasti sudah tidak asing lagi buat orang kita. Anda pasti tertanya-tanya tentang proses pembuatan rotinya, bukan?\n\nUntuk itu, anda boleh membuat lawatan di Kilang Roti Gardenia yang terletak di Seksyen 26. Ianya percuma, jadi jangan risau.\n\nAnda akan didedahkan dengan asal-usul gandum yang digunakan serta tips kelembutan roti mereka, sangat menarik!\n\nTeruja untuk mengunjungi tempat menarik di Shah Alam yang dikongsikan? Kami yakin anda pasti teruja, bukan?\n\nSelain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial."
"Dahulu ketika bersolat di masjid atau surau, saya sering rasa terganggu dengan anak-anak kecil yang berlari-lari dan menangis sewaktu solat \u2013 terutamanya di bulan Ramadhan. Kononnya, saya berhak untuk beribadat dengan tenang sambil hati kecil memarahi ibu bapa yang mementingkan diri sendiri hingga mengganggu jemaah lain. Diwaktu itu, tidak sedikit pun saya sedari, yang mementingkan diri itu adalah diri saya, bukan mereka. Semakin menginjak tempoh kematangan, saya menyedari, masjid bukan sepatutnya untuk orang tua sahaja. Masjid dan surau sepatutnya menjadi tempat untuk semua golongan berkumpul, menyerahkan diri pada Allah.\n\nMalangnya, masjid dan surau zaman kini tidaklah mesra golongan muda dan anak-anak. Tempat beribadat ini lebih dikenali untuk orang yang pencen \u2013 untuk orang yang merasakan masa mereka di muka bumi ini semakin pendek. Sedangkan hakikatnya, malaikat maut tidak mengenal usia. Berlakunya masalah ini, adalah disebabkan stigma masyarakat sendiri yang sama seperti pemikiran saya dahulu. Oleh itu, kita seharusnya bersama-sama mendidik orang lain untuk membuang pemikiran negatif tersebut, dan menggalakkan golongan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke masjid. Walaupun setiap kali kunjungan ke masjid mereka akan kerap bermain, tetapi saya percaya apabila anak-anak dibiasakan dengan suasana masjid, perlahan-lahan mereka akan lebih dekat dengan rumah ibadat Allah ini. InshaAllah.\n\nArtikel seterusnya saya petik dari hasil perkongsian Dr Mohd Asri Zainul Abidin di facebook beliau berkenaan kanak-kanak di masjid. Semoga perkongsian yang bermanfaat ini mampu mendidik masyarakat kita supaya terbuka dengan kehadiran kanak-kanak di masjid dan surau.\n\nKita mendengar kanak-kanak yang sudah pun boleh bersolat dihalau oleh orang tua \u2018berlagak pandai\u2019 ke belakang. Kemudian menengking anak-anak kerana tidak serius dalam solat. Apa tidaknya, mereka bersama saf dengan kanak-kanak yang lain. Tentu kenakalan itu kadang-kala muncul. Jika mereka duduk di samping bapa mereka tentu mereka dapat dididik adab solat berjemaah. Untuk menghalalkan perbuatan tidak mesra kanak-kanak itu dipilihlah fatwa yang menyatakan kanak-kanak belum berkhatan itu najis. Satu saf akan batal sebab bawah kulit kanak-kanak itu ada najis.\n\nSaya selalu bertanya: \u201capakah bawah kulit orang tua dan dalam perut orang tua tiada najis?!! Jangan memilih pendapat-pendapat fekah yang menyusahkan dan menghilangkan semangat dakwah Islam sedangkan kita mempunyai banyak pilihan pendapat yang lebih munasabah.\n\nKetika Ibn \u2018Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita:\u201c..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari).\n\nKata Anas bin Malik :\u201c.Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami\u201d. (Riwayat al-Bukhari).\n\nAdapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.\n\nKredit sebahagian artikel: Dr Mohd Asri Zainul Abidin"
"Ibu bapa mana yang tidak cemas apabila anak tiba-tiba kena sawan. Alahai, kesiannya. Sedang si kecil berseronok bermain, menonton televisyen, baring bersenang-lenang, tiba-tiba sawan menyerang. Boleh jadi anak diserang sawan masa dibawa keluar bersiar-siar. Ataupun semasa tengah makan menikmati lauk-pauk yang terhidang.\n\nHaaa, harus bagaimana si ibu dan si bapa bertindak untuk menangani situasi genting ini? Jika tersilap langkah, bahaya tau! Oleh itu, di sini kami sajikan artikel berguna dari Dr. Ezairy M.Sallih untuk para ibu bapa yang memerlukan.\n\nAnak anda sering mengalami serangan sawan atau \u2018tarik\u2019 di rumah? Tiba-tiba sahaja diam, hilang kesedaran, kaki tangan kejang, keras dan tersentak-sentak?\n\nBagaimana Hendak Menangani Anak Diserang Sawan?\n\nLangkah 1: Bertenang dan jangan panik.\n\nIni paling penting. Ramai orang takut apabila mereka melihat seseorang mengalami kekejangan atau serangan sawan. Anda perlu membantu anak anda dengan tenang. Tenangkan anak anda dan pesan orang lain di sekeliling bahawa segala-galanya adalah terkawal.\n\nJauhkan anak anda dari sumber bahaya. Jika dia berhampiran tangga, dapur panas, jalan yang sibuk, atau bahaya lain, lindungi dia seboleh yang mungkin. Jauhkan objek berdekatan yang tajam atau keras. Cuba letakkan sesuatu yang lembut seperti baju atau selimut yang dilipat di bawah kepalanya.\n\nSemasa serangan sawan itu berlaku, apabila tubuhnya kaku, dia mungkin berhenti bernafas dan menjadi biru. Ini kerana darah lebih banyak dihantar untuk melindungi organ-organ pentingnya, seperti apa yang berlaku ketika anak melompat ke dalam air sejuk. Tempoh ini biasanya ringkas dan selalunya tidak memerlukan CPR. Dia akan mula bernafas sebaik sahaja ototnya berehat. Jangan menahannya atau cuba menghentikan gerakannya.\n\nLangkah 3: Perhatikan tempoh masa serangan sawan atau kekejangan berlaku.\n\nSeboleh-bolehnya, perhatikan masa mula serangan sawan itu berlaku, dan berapa lama ia berlaku. Sekiranya ia berlangsung lebih daripada lima minit, hubungi ambulans atau mana-mana bantuan kecemasan. Perhatikan sifat, kriteria dan panjang serangan sawan supaya anda dapat memberikan laporan yang tepat.\n\nLangkah 4: Pastikan anak anda selesa.\n\nTanggalkan cermin mata supaya ia tidak pecah. Jika anak anda mempunyai makanan di dalam mulutnya, jangan cuba mengambil makanan itu, kerana ini sebenarnya boleh menyebabkannya tertelan lebih jauh ke dalam.\n\nCuba iringkan perlahan-lahan tubuhnya ke bahagian sebelahnya atau iringkan kepala ke tepi supaya mana-mana cecair boleh keluar dari mulutnya. Pastikan saluran pernafasannya stabil dan terkawal. Longgar dan tanggalkan apa-apa di sekeliling lehernya untuk memudahkan pernafasan. Buka butang atau tali pinggang yang ketat.\n\nLangkah 5: Jangan letakkan apa-apa di mulut anak anda.\n\nMeletakkan jari, sudu, atau apa-apa objek lain di dalam mulutnya boleh menyebabkan anak anda tercekik atau patah gigi, dan boleh juga menyebabkan jari digigit. Ramai antara kita yang salah faham bahawa seseorang itu boleh menelan lidah mereka semasa serangan sawan berlaku. Ini tidak benar kerana lidah terlekat ke pangkal mulut. Ia tak akan tertelan lidah!\n\nLangkah 6: Jauhkan diri dari orang ramai.\n\nHanya satu atau dua orang diperlukan untuk pertolongan cemas. Tak perlu terlalu ramai. Ini boleh mengganggu proses rawatan kecemasan.\n\nLangkah 7: Jangan berikan air, makanan atau pil sehingga serangan sawan selesai.\n\nIni akan mengelakkan daripada anak anda tercekik. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin telah menetapkan ubat-ubatan yang perlu digunakan pada masa serangan sawan itu; gunakannya seperti yang diarahkan. Periksa sama ada dia telah sedar dengan bertanya beberapa soalan mudah sehingga anak anda kembali kepada keadaan biasa.\n\nLangkah 8: Jadilah ibu bapa yang \u2018supportive\u2019.\n\nKanak-kanak biasanya sembuh dari serangan sawan dengan sendirinya. Jika anak anda sudah boleh memahami dan bersekolah, terangkan kepadanya apa yang berlaku, dan berapa lama serangan itu berlaku. Anak anda mungkin mahu ditenangkan. Bantu dia tahu di mana dia berada dan apa yang sedang berlaku. Dia mungkin boleh mengalami situasi seperti buang air kecil atau besar ketika serangan berlaku tanpa disedari. Bantu dia untuk membersihkan.\n\nSekiranya anak anda mengadu sakit di bahagian kepala, sakit otot atau lidah, beberapa ubat boleh membantu. Sekiranya dia mengalami kesakitan yang teruk, atau jika dia cedera semasa serangan berlaku, bawa dia untuk berjumpa doktor. Sekiranya anak anda mempunyai demam yang berkaitan dengan serangan itu, rujuk doktor di klinik atau hospital. Dia mungkin mempunyai jangkitan yang perlu dirawat.\n\n*Bahaya bukan jika si ibu dan si bapa tersilap sedikit dalam menangani situasi cemas sebegini? Jadi, supaya si ibu dan si bapa di luar sana lebih tahu hendak buat apa, tidak jadi buntu kepala apabila anak diserang sawan tiba-tiba, marilah kongsi info penting ini ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Anak-anak dilahirkan dalam keadaan pasrah dan tersedia untuk dibentuk. Manja dan mengada-mengada bukanlah sifat aslinya.\n\nDia lahir bersih dari sifat-sifat itu. Kalau anak manja mesti ada yang memanjakan, kalau anak mengada-ngada mesti ada yang suka melayan kemengadaannya.\n\nNamun manja tidak salah kerana melalui sifat manja dia bersedia menzahirkan emosinya yang ingin dibelai dan dikasihi. Anak yang manja ada potensi untuk dibangunkan kecerdasan emosinya, kita boleh sarankan dia meletakkan dirinya di tempat orang lain lantas memupuk empati diri.\n\nYang agak merisaukan adalah bila manja membawa kepada mengada-ngada, semoga saranan berikut dapat membantu ibubapa mengesan sebab kenapa anak-anak menjadi manja mengada-ngada tak dengar kata.\n\nKesannya anak merasakan suaranya mempunyai kuasa arahan dan ibu atau bapa WAJIB dengar arahan tersebut. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika setiap jeritannya dan tangisannya akan disusuli dengan kepatuhan ibu dan ayah. Apa sahaja yang dingini anak akan dituruti oleh si ibu atau si ayah.\n\nCara terbaik: Biasakan anak sabar menunggu, di saat dia meminta sesuatu jelaskan padanya apa yang diingininya perlu melalui proses persediaan, kalau perlu terangkan langkah-langkahnya terangkanlah.\n\nContoh nak buat air susu; harus dimulai dengan mencari botol susu terlebih dahulu diikuti dengaan cuci dan rebus dalam air mendidih, perlu masak air dan jadikan suam kuku sebelum dicampur dengan susu.\n\nAda masanya libatkanlah anak dalam mana-mana langkah yang sesuai dengan tahapnya seperti mencari botol susunya, atau langkah terakhir menggoncang campuran susu dalam botol.\n\n2. Serba Salah Nak Tegur Dan Tegah Anak\n\nPerasaan ini menyebabkan anak rasa apa yang dilakukannya adalah ok. Diam kan tandanya setuju.\n\nSedari kecil anak perlu diajar tentang apa yang salah dan apa yang betul, jika panjat meja adalah etika yang salah segeralah sampaikan maklumat tersebut pada anak, sama ada mengangkatnya turun dari meja atau kenalkan padanya tentang perbuatan itu salah atau beri alternatif aktiviti yang lain.\n\nAnggapan ini menyebabkan kita ambil mudah potensi berdikari pada diri anak. Mengharapkan anak akan faham bila dewasa nanti dan mengambil alih potensi mandirinya akan menjadikan anak itu terbiasa jadi \u201ctuan\u201d serta tidak kenal keupayaan diri.\n\nAnak yang biasa dengan kerja di rumah, diberi kepercayaan untuk mengurus dan membersihkan dirinya di samping ibubapa sebagai pemantau yang rapi, akan menjadi anak yang matang dan berjiwa pemimpin.\n\nSemoga Allah pandang dan sayang usaha kita."
"Istighfar merupakan perkataan Arab yang bermaksud memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh kita sebagai seorang hamba Allah swt.Banyak kelbihan istighfar sebenarnya.\n\nMenurut al-Syeikh al-Jurjani dalam kitabnya\u00a0at-Ta\u2019rifat, istighfar\u00a0adalah merdekanya kita untuk melakukan segala amal kebaikan dengan sebaik mungkin. Ia juga membawa makna besarnya segala kesalahan dan berpaling daripada melakukan kesalahan tersebut.\n\nManakala, mengikut ahli kalam, istighfar bermaksud memohon keampunan selepas melihat betapa buruknya maksiat dan berpaling daripadanya. Seorang ulama pernah menyebut istighfar merupakan permohonan untuk melakukan pengislahan (memperbaiki diri ke arah yang lebih baik), yang telah rosak sama ada dengan perkataan atau perbuatan.\n\nIbn al-Qayyim telah berkata,\u00a0\u201cHakikat al-Maghfirah (keampunan) ialah melindungi diri dari kejahatan dosa. Oleh itu setiap yang menutupi kepala dari kesakitan dinamakan sebagai al-Mighfar.\u201d\n\nMalah, istighfar adalah suatu amalan yang diperintah oleh Allah swt kepada hambaNya. Antara perintah Allah:\n\n\u0641\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u063a\u064e\u0641\u0651\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627\u00a0\ufd3f10\ufd3e \u064a\u064f\u0631\u0652\u0633\u0650\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0621\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u062f\u0652\u0631\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627\n\nMaksudnya,\u00a0\u201cMaka aku katakan kepada mereka: mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. \n\nDan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.\u201d (Surah Nuh, Ayat 10-11)\n\nIbn Kathir berkata, \u201cHendaklah kamu kembali kepada Allah swt daripada perlakuan yang tidak baik dengan bertaubat, kerana sesiapa yang bertaubat, pasti Allah menerima taubatnya sekalipun besar dosanya.\u201d\n\nTerdapat sebuah atsar dari Hasan al-Basri yang menunjukkan bagaimana faedah istighfar yang luar biasa.\n\n\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064b\u0627 \u0634\u064e\u0643\u064e\u0649 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u062f\u0652\u0628 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0650\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647 \u060c \u0648\u064e\u0634\u064e\u0643\u064e\u0649 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0622\u062e\u064e\u0631 \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0642\u0652\u0631 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0650\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647 \u060c \u0648\u064e\u0634\u064e\u0643\u064e\u0649 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0622\u062e\u064e\u0631 \u062c\u064e\u0641\u064e\u0627\u0641 \u0628\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0627\u0646\u0647 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0650\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647 \u060c \u0648\u064e\u0634\u064e\u0643\u064e\u0649 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0622\u062e\u064e\u0631 \u0639\u064e\u062f\u064e\u0645 \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0644\u064e\u062f \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0650\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647 \u060c \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u062a\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0622\u064a\u064e\u0629\n\n\u201cSesungguhnya seseorang pernah mengadukan kepada al-Hasan tentang musim kekurangan bahan makanan yang terjadi. Lalu al-Hasan menasihatkan, \u201cBeristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah\u201d.\n\nKemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kemiskinannya. Lalu al-Hasan menasihatkan, \u201cBeristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah\u201d.\n\nKemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kekeringan pada kebunnya. Lalu al-Hasan menasihatkan, \u201cBeristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah\u201d.\n\nKemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau kerana masih belum mempunyai zuriat anak. Lalu al-Hasan menasihatkan, \u201cBeristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah\u201d.\n\nKemudian setelah itu al-Hasan al-Basri membacakan surat Nuh di atas. (Riwayat ini disebutkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar di\u00a0Fathul Bari, 11: 98)\n\nDaripada huraian atsar dari Hasan al-Basri di atas sudah jelas menunjukkan bahawa besarnya hikmah istighfar. Segala apa masalah yang dihadapi oleh kita di atas muka bumi ini, maka beristighfarlah. Antara kelebihan beristighfar seperti yang terdapat dalam dalil al-Quran dan hadis ialah:\n\nSelaku seorang hamba yang lemah, iman kita sentiasa menaik dan menurun. Dan kita tidak terlepas daripada melakukan dosa sama ada secara sedar mahupun tidak. Oleh itu, menjadi suatu kewajipan kepada kita selaku hamba Allah untuk beristighfar agar diampunkan segala dosa yang pernah kita lakukan kepada Allah swt.\n\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u0627\u06e4 \u0627\u064e\u0631\u06e1\u0633\u064e\u0644\u06e1\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u06e1 \u0631\u0651\u064e\u0633\u064f\u0648\u06e1\u0644\u064d \u0627\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0644\u0650\u0640\u064a\u064f\u0640\u0637\u064e\u0627\u0639\u064e \u0628\u0650\u0627\u0650\u0630\u06e1\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u200b\u0615 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u06e1 \u0627\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u06e1 \u0627\u0650\u0630\u0652 \u0638\u0651\u064e\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u06e1\u06e4\u0627 \u0627\u064e\u0646\u06e1\u0641\u064f\u0633\u064e\u0647\u064f\u0645\u06e1 \u062c\u064e\u0627\u0653\u0621\u064f\u0648\u06e1\u0643\u064e \u0641\u064e\u0627\u0633\u06e1\u062a\u064e\u063a\u06e1\u0641\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0648\u064e\u0627\u0633\u06e1\u062a\u064e\u063a\u06e1\u0641\u064e\u0631\u064e \u0644\u064e\u0640\u0647\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u0633\u064f\u0648\u06e1\u0644\u064f \u0644\u064e\u0648\u064e\u062c\u064e\u062f\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u062a\u064e\u0648\u0651\u064e\u0627\u0628\u064b\u0627 \u0631\u0651\u064e\u062d\u0650\u064a\u06e1\u0645\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cDan kami tidak mengutus seseorang Rasul, melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah. Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.\u201d (Surah an-Nisa, Ayat 64)\n\nDaripada Ibn Abbas ra, bahawa Nabi saw bersabda:\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0632\u0650\u0645\u064e \u0627\u0644\u0650\u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u063a\u0652\u0641\u064e\u0627\u0631\u064e\u060c \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0636\u0650\u064a\u0642\u064d \u0645\u064e\u062e\u0652\u0631\u064e\u062c\u064b\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0647\u064e\u0645\u0651\u064d \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064b\u0627\u060c \u0648\u064e\u0631\u064e\u0632\u064e\u0642\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062d\u064e\u064a\u0652\u062b\u064f \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062d\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0628\u064f\n\nMaksudnya, \u201cBarangsiapa yang melazimi sentiasa istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.\u201d (HR Abu Daud)\n\nMenurut Syeikh Syu\u2019aib al-Arna\u2019outh, hadis ini sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama al-Hakam bin Mus\u2019ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi.\n\nNamun, menurut Syeikh Muhsin al-Abbad al-Badr ketika mensyarahkan hadis ini berkata: \u201cWalaupun hadis ini dhaif dari sudut sanadnya\u00a0tetapi maknanya terdapat di dalam al-Qur\u2019an ketika membahaskan berkaitan taqwa di dalam surah al-Thalaq 2 hingga 3 (Ayat 1000 Dinar). Selain itu, di dalam al-Quran juga menyatakan bahawa istighfar merupakan sebab mendapat rezeki sebagaimana di dalam surah Nuh ayat ke 10 hingga 12\u201d.\n\n#3 Dimurahkan Rezeki dan Diturunkan Hujan\n\n\u0641\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u063a\u064e\u0641\u0651\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627 (10) \u064a\u064f\u0631\u0652\u0633\u0650\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0621\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u062f\u0652\u0631\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627 (11) \u0648\u064e\u064a\u064f\u0645\u0652\u062f\u0650\u062f\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0623\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u064d \u0648\u064e\u0628\u064e\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u064a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062c\u064e\u0646\u0651\u064e\u0627\u062a\u064d \u0648\u064e\u064a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627 (12\n\nMaksudnya, \u201cMaka aku katakan kepada mereka: \u2018Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.\u201d (Surah Nuh, Ayat 10-12)\n\nSyaikh As Sa\u2019di\u00a0mengatakan mengenai ayat di atas, \u201cTinggalkanlah dosa, beristighfarlah pada Allah atas dosa yang kalian perbuat. Sungguh Allah itu Maha Pengampun. Dosa yang begitu banyak akan dimaafkan oleh Allah.\n\nMaka hendaklah mereka segera memohon ampun pada Allah, meraih pahala dan hilanglah musibah. Allah pun akan memberikan kurnia yang disegerakan di dunia dengan istighfar tersebut iaitu akan diturunkan hujan dengan deras dari langit, juga akan dikurniakan harta dan anak yang diharapkan.\n\nBegitu pula akan diberi kurnia kebun dan sungai di antara kelazatan dunia.\u201d\n\n(Taisir Al Karimir Rahman, hal. 889).\n\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u0649 \u0644\u0623\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u062a\u064f\u0648\u0628\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0633\u064e\u0628\u0652\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e \u0645\u064e\u0631\u0651\u064e\u0629\u064b\n\nMaksudnya, \u201cDemi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.\u201d (HR Bukhari)\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u064f \u062a\u064f\u0648\u0628\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u0649 \u0623\u064e\u062a\u064f\u0648\u0628\u064f \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064e \u0645\u064e\u0631\u0651\u064e\u0629\u064d\n\nMaksudnya, \u201cWahai sekalian manusia. Taubatlah (beristigfar) kepada Allah karena aku selalu bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.\u201d (HR Muslim)\n\nRasulullah saw adalah suri tauladan yang terbaik untuk kita contohi. Mudah-mudahan, amalan sunnah beristighfar yang kita lakukan, bukan sahaja mendapat redha dan keampunan daripada Allah swt, tetapi juga kecintaan daripada Rasulullah saw.\n\nLafaz istighfar paling sempurna adalah seperti yang diajar Nabi saw dalam \u2018sayyidul istighfar\u2019. Lafaz istighfar mengajar kita penuh adab dan etika kerana didahului dengan pujian-pujian kepada Allah yang Maha Agung. Selepas memuji Allah secara panjang lebar, barulah kita meminta sesuatu.\n\nPenghulu istighfar adalah seperti mana dalam sabda Nabi saw, \u201cSayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan:\n\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650\u064a \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e\u060c \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u0652\u062a\u064e\u0646\u0650\u064a \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f\u0643\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f\u060c \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0651\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0646\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f\u060c \u0623\u064e\u0628\u064f\u0648\u0621\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0628\u064f\u0648\u0621\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u064a \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0630\u0651\u064f\u0646\u064f\u0648\u0628\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e\n\nMaksudnya, \u201cYa Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. \n\nAku di atas perjanjianMu dan janjiMu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepadaMu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau\u201d.(HR Bukhari)\n\nSayyidul istighfar adalah lafaz istighfar yang paling sempurna yang diajarkan oleh Nabi saw kepada kita. Namun, jika kita tidak menghafalnya, beristighfar dengan lafaz \u2018Astaghfirullah\u2019 juga sudah memadai. Namun, jika kitab oleh mengamalkan sayyidul istighfar juga adalah lebih baik.\n\nSebagai hamba Allah swt yang penuh dengan kekurangan dan tidak terlepas daripada melakukan dosa, kita seharusnya melazimi amalan istighfar kepada Allah setiap masa setiap hari.\n\nNabi Muhammad saw yang maksum (suci daripada dosa) serta dijamin syurga juga beristighfar sehingga 100 kali setiap hari. Inikan pula kita hamba yang penuh hina di hadapan Allah swt. Mudah-mudahan amalan istighfar kita dapat menghapuskan segala dosa kita kepada Allah swt. Amin.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Istighfar yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Solat adalah tiang agama yang menjadi kewajipan dan kefardhuan setiap umat Islam. Dalam apa jua keadaan seseorang itu mesti mendirikan solat sekalipun solat dalam kapal terbang.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara mudah dan tepat bagaimana untuk solat dalam kapal terbang.\n\nSolat lima waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Magrhrib dan Isyak adalah wajib didirikan kepada semua umat Islam dalam apa jua situasi apa pun dan dalam tempoh waktu yang tertentu. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:\n\n\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0671\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0648\u0670\u0629\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0643\u0650\u062a\u064e\u0640\u0670\u0628\u064b\u0627 \u0645\u064e\u0651\u0648\u0652\u0642\u064f\u0648\u062a\u064b\u0627\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cSesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.\u201d \u2013 (Surah Al-Nisa, ayat 103)\n\nAllah SWT juga menjadikan waktu solat itu ada waktu yang khusus untuk ditunaikan.\u00a0Ini jelas dari firman Allah SWT dalam surah Hud, ayat 114 yang berbunyi:\n\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u0642\u0650\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0629\u064e \u0637\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u064a\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0632\u064f\u0644\u064e\u0641\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0627\u062a\u0650 \u064a\u064f\u0630\u0652\u0647\u0650\u0628\u0652\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u064a\u0650\u0651\u0626\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u064e\u0649 \u0644\u0650\u0644\u0630\u064e\u0651\u0627\u0643\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya: Dan dirikanlah sembahyang, pada dua bahagian siang, dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.\n\nMendirikan sembahyang dalam kapal terbang adalah seseorang yang melaksanaan ibadah solat ketika berada di dalam pesawat atau kapal terbang. \n\nDalam konteks kapal terbang ini, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan untuk melaksanakan solat. Antaranya adalah:\n\nDalil tentang sembahyang dalam kapal terbang\n\nDalil mengenai sembahyang dalam kapal terbang ini adalah daripada Ibnu Umar. Katanya, Rasulullah SAW ditanya tentang solat di atas kapal, maka jawab baginda:\n\n\u201cSolatlah di sana dengan berdiri, kecuali apabila engkau takut tenggelam\u201d\n\nHadis ini juga diterima daripada Abdullah bin Abi \u2018Utbah:\n\nSaya menyertai Jabir bin Abdullah, Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah di dalam sebuah kapal. Mereka bersolat sambil berdiri dan berjemaah dengan diimami oleh salah seorang daripada mereka, padahal mereka sedang menghampiri pantai\u201d\n\nBagaimana menentukan arah kiblat dalam penerbangan?\n\nBerada dalam penerbangan biasanya agak sukar untuk kita mencari kiblat kerana keadaan kapal terbang yang sentiasa bergerak.\n\nUmumnya, arah kiblat ini hendaklah ditentukan juga dengan yakin. Seseorang itu hendaklah sekurang-kurangnya menghadap kearah kiblat ketika takbiratul ihram.\n\nNamun sekiranya masih tidak menemui arah kiblat, maka dalam situasi ini perlu dianggarkan arah kiblat yang tepat.\n\nPerkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Jabir Bin Abdullah RA yang membawa maksud:\n\n\u201cKami pernah solat pada satu malam yang mendung dan tidak mengetahui arah kiblat. Apabila kami solat kami perhatikan bahawa kami (sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah kiblat. Lalu kami sampaikan hal ini kepada Rasulullah lalu Baginda bersabda, \u2018Kamu telah melakukan yang terbaik\u2019. Seterusnya Jabir berkata, \u2018Dan Baginda tidak menyuruh kami mengulanginya.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Imam Al-Baihaqi)\n\nBagaimana menentukan waktu solat dalam penerbangan?\n\nUmat Islam boleh merujuk mengenai penentuan waktu solat ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.\n\nJika perjalanan tersebut pada waktu malam sehingga melangkui waktu siang, waktu untuk solat subuh boleh diketahui melalui terbitnya fajar dengan kemunculan cahaya semasa keberadaan seseorang itu di dalam kapal terbang.\n\nManakala solat zuhur dan asar, boleh dilakukan dengan bermulanya waktu zohor dan dijamakkan dengan waktu asar dengan mengambil kira rukhsah permusafiran yang terdapat dalam syarak.\u00a0\n\nWaktu zohor bermula apabila tergelincirnya matahari. Adapun solat Maghrib dan Isya, lebih mudah untuk mengetahuinya, iaitu ketika matahari telah terbenam, maka masuklah waktu solat Maghrib. \n\nPada waktu itu, solat Maghrib boleh dijamakkan dengan isyak dengan jamak taqdim, sebagaimana ditangguhkan solat Maghrib untuk dijama\u2019kan dengan solat isyak dengan jamak takhir.\n\nJusteru, penentuan waktu solat di dalam kapal terbang ini adalah tergantung kepada keberadaan pesawat ketika itu dan keadaan matahari.\n\nBolehkah solat hormat waktu dalam kapal terbang?\n\nSyeikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad bin Salim menjelaskan dalam kitab Taqrirat as-Sadidah:\n\n\u0648\u064e\u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064f \u0630\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0629\u064f \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0637\u064e\u0651\u0627\u0626\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650\u060c \u0641\u064e\u062a\u064e\u062c\u064f\u0648\u0632\u064f \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u0635\u0650\u0651\u062d\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0641\u0652\u0644\u0650\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0625\u0650\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0639\u064e\u064a\u064e\u0651\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062b\u0652\u0646\u064e\u0627\u0621\u064f \u0627\u0644\u0631\u0650\u0651\u062d\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0631\u0650\u0651\u062d\u0652\u0644\u064e\u0629\u064f \u0637\u064e\u0648\u0650\u064a\u0644\u064e\u0629\u064c\u060c \u0628\u0650\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u0650\u0639\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0629\u064e \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0635\u064f\u0639\u064f\u0648\u062f\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0652\u0637\u0650\u0644\u064e\u0627\u0642\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0647\u064f\u0628\u064f\u0648\u0637\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0642\u0652\u062a\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u062a\u064e\u0642\u0652\u062f\u0650\u064a\u0645\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u062a\u064e\u0623\u0652\u062e\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627\u060c \u0641\u064e\u0641\u0650\u064a \u0647\u0670\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0627\u0644\u064e\u0629\u0650 \u064a\u064e\u062c\u0650\u0628\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a\u0650 \u0644\u0650\u062d\u064f\u0631\u0652\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0642\u0652\u062a\u0650 \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u0642\u0652\u0628\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u0628\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0627\u0644\u064e\u062a\u064e\u0627\u0646\u0650: 1. \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0635\u064f\u0644\u0650\u0651\u064a\u064e \u0628\u0650\u0625\u0650\u062a\u0652\u0645\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064f\u0651\u0643\u064f\u0648\u0639\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u062c\u064f\u0648\u062f\u0650: \u0641\u064e\u0641\u0650\u064a \u0648\u064f\u062c\u064f\u0648\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0636\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0647\u0650 \u062e\u0650\u0644\u064e\u0627\u0641\u064c\u060c \u0644\u0650\u0639\u064e\u062f\u064e\u0645\u0650 \u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u0642\u0652\u0631\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0637\u064e\u0651\u0627\u0626\u0650\u0631\u064e\u0629\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0639\u0652\u062a\u064e\u0645\u064e\u062f\u0650 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0636\u064e\u0627\u0621\u064e 2 \u2013 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0628\u0650\u062f\u064f\u0648\u0646\u0650 \u0625\u0650\u062a\u0652\u0645\u064e\u0627\u0645\u064f \u0627\u0644\u0631\u064f\u0651\u0643\u064f\u0648\u0639\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u062c\u064f\u0648\u062f\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0628\u0650\u062f\u064f\u0648\u0646\u0650 \u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u0642\u0652\u0628\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u0628\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u062a\u0652\u0645\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0641\u064e\u064a\u064e\u062c\u0650\u0628\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0636\u064e\u0627\u0621\u064f \u0628\u0650\u0644\u064e\u0627 \u062e\u0650\u0644\u064e\u0627\u0641\u064c\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cSeperti hal demikian solat di dalam kapal terbang, melakukannya dibolehkan pada solat sunat. Sedangkan pada solat fardhu, jika dia hanya mampu melakukan di tengah perjalanan kerana perjalanan jauh dan ia tidak mampu melaksanakan solat pada waktunya, sama ada sebelum atau selepas mendarat kapal terbang, meskipun dengan cara jamak taqdim atau takkhir, maka dalam keadaan demikian wajib baginya untuk solat hormat waktu dengan tetap menghadap ke arah kiblat.\u201d\n\n1. Berusaha selagi mampu untuk mencari tempat bersolat dengan sempurna.\n\n2. Bertanya kepada anak kapal ruang solat yang disediakan.\n\n3. Solat di tempat duduk sendiri (Sekiranya tiada tempat khusus). Pastikan sujud ditunduk lebih rendah daripada rukuk.\n\n4. Jika terdapat dua pilihan iaitu solat secara sempurna tetapi tidak dapat menghadap kiblat serta\u00a0 solat menghadap kiblat tetapi dengan kaedah duduk. Maka hendaklah seseorang itu solat menghadap kiblat meskipun solat secara duduk.\n\n5. Sekiranya pesawat bergoyang, dibolehkan berpegang atau bersandar sebentar bagi mengimbangi diri.\n\n6. Sekiranya sedang berdiri dan pesawat bergoyang dipertengahannya, maka teruslah solat dalam keadaan duduk sehingga habis tanpa perlu dimulakan semula.\n\n7. Jika goyangan pesawat adalah keterlaluan sehingga\u00a0 keluar tanda \u201cPasang tali pinggang keselamatan\u201d atau \u201cFasten seat belt\u201d, maka sebaiknya duduk dahulu dan bersolatlah kemudian apabila suasana kembali tenang.\n\nBerikut adalah penjelasan cara solat dalam kapal terbang dengan lebih jelas melalui gambaran video:\n\nHikmah disyariatkan solat dalam kapal terbang\n\nSalah satu hikmah disyariatkan sembahyang dalam kapal terbang adalah untuk memenuhi kewajiban agama umat Muslim, tidak kira lokasi atau situasi di mana mereka berada. \n\nBerikut adalah beberapa hikmah pentingnya sembahyang dalam kapal terbang:\n\nSolat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Dalam situasi di mana seseorang berada di dalam kapal terbang, solat tetap harus dilaksanakan sebagai bentuk ketaatan kepada Allah.\n\nSolat adalah bentuk berkomunikasi langsung dengan Allah. Melakukan solat di dalam kapal terbang membantu umat Muslim memperkuat ikatan spiritual mereka dengan Allah, mengingatkan mereka pada kebesaran Nya dan memberikan kekuatan serta ketenangan dalam perjalanan yang mungkin penuh dengan ujian.\n\nKapal terbang adalah salah satu pengangkutan yang memakan waktu cukup lama untuk sampai. Dalam perjalanan yang panjang ini, solat memberikan umat Muslim kesempatan untuk menggunakan waktu dengan lebih produktif dan bermanfaat. \n\nMelakukan solat secara teratur mengajarkan penghormatan terhadap waktu yang telah diberikan Allah dan memanfaatkannya sebaik mungkin.\n\nSolat memerlukan disiplin dalam menjalankan serangkaian gerakan dan waktu yang telah ditentukan. \n\nDalam kapal terbang, di mana ruang dan keadaan yang terbatas, umat Muslim perlu menjaga disiplin diri mereka untuk melaksanakan solat dengan sebaik mungkin. \n\nKesimpulannya, pentingnya solat dalam kapal terbang adalah bahagian dari keseluruhan konsep Islam yang mendorong umat Muslim untuk melaksanakan ibadah mereka di mana pun mereka berada. \n\nSolat juga memainkan peranan penting dalam membentuk karakter, spiritualiti, dan kehidupan seorang Muslim, termasuk dalam situasi perjalanan yang tidak biasa seperti di dalam kapal terbang.\n\nSelain dari cara solat dalam kapal terbang ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan ibdah solat fardhu dan sunat seperti:"
"Bagi pasangan yang bakal bergelar pengantin baru, terdapat 1001 persediaan yang perlu dilakukan dan salah satu daripadanya ialah urusan di pejabat agama dan memastikan rukun nikah dipenuhi dengan baik. Salah satu daripada rukun nikah ialah mas kahwin. \n\nDi Malaysia, kadar mas kahwin adalah berbeza bagi setiap negeri. Istimewa untuk anda yang bakal bergelar raja sehari, jom kami kongsikan kadar mas kahwin ikut negeri 2019 serta kegunaan duit mas kahwin sebagai panduan anda.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan mas kahwin?\n\nMas kahwin atau mahar ialah pemberian wajib yang diberikan oleh seorang suami kepada isteri yang dinikahinya sewaktu majlis akad nikah. Mahar adalah satu perkataan Arab. Di dalam Al-Quran istilah lain yang digunakan untuk perkataan mahar ialah:\n\nKepentingan mas kahwin boleh dilihat daripada hadith yang berikut:\n\nRasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: \u009dMana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina. ( Hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim )\n\nMas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggungjawab suami ke atas isterinya. Oleh itu, mas kahwin adalah salah satu rukun sah nikah. Namun, ingin kami tekankan bahawa sebaik-baik pernikahan adalah dengan mas kahwin yang rendah.\n\n Sabda Rasulullah SAW\u00a0\u201d\u062e\u064a\u0631 \u0627\u0644\u0646\u0633\u0627\u0621 \u0623\u062d\u0633\u0646\u0647\u0646 \u0648\u062c\u0648\u0647\u0627 \u0623\u0631\u062e\u0635\u0647\u0646 \u0645\u0647\u0648\u0631\u0627\u00a0\u0623\u062e\u0631\u062c\u0647 \u0623\u0628\u0646 \u062d\u0628\u0627\u0646 \u0645\u0646 \u062d\u062f\u064a\u062b \u0623\u0628\u0646 \u0639\u0628\u0627\u0633\u201cErtinya : Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya\n\n\u201d\u00a0\u0627\u0628\u0631\u0643\u0647\u0646 \u0627\u0642\u0644\u0647\u0646 \u0645\u0647\u0631\u0627\u00a0\u201cErtinya : \u201c Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya\u201d\n\nRasulullah SAW juga bersabda maksudnya : \u201cSebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah\u201c. (Riwayat Abu Daud)\n\nDan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: \u201cSesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya \u201c. (\u00a0Riwayat Ahmad\u00a0) \n\nBerapakah kadar mas kahwin ikut negeri bagi tahun 2019?\n\nKadar mas kahwin adalah berbeza bagi setiap negeri di Malaysia. Malah kadar mas kahwin juga adalah berbeza sekiranya anda menikahi seorang janda atau gadis yang bujang. Berikut adalah kadar mas kahwin ikut negeri bagi tahun 2019 di Malaysia:\n\nBagi negeri yang tidak menetapkan kadar mas kahwin, kadar mas kahwin akan ditentukan oleh keluarga pengantin perempuan berdasarkan rundingan dan persetujuan di antara kedua-dua pihak. Bolehkah kalau pengantin lelaki mahu memberikan mas kahwin dengan nilai yang lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan oleh negeri tersebut? Jawapannya boleh. Tiada masalah. Kadar mas kahwin yang ditetapkan adalah nilai minimum yang perlu diberikan.\n\nBagi pihak pengantin perempuan, pastinya anda tertanya-tanya apakah cara yang terbaik untuk menggunakan duit mas kahwin pemberian suami tercinta. perkara paling asas yang anda wajib ingat ialah duit mas kahwin yang diberikan oleh suami anda wajib anda gunakan untuk diri sendiri sahaja, tidak boleh digunakan untuk kegunaan bersama suami atau orang lain. Jom kami senaraikan beberapa kegunaan duit mas kahwin sebagai panduan anda:\n\nItulah dia info tentang kadar mas kahwin ikut negeri 2019 serta kegunaan duit mas kahwin yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips memilih barang hantaran , idea goodies kahwin, dan prosedur daftar pernikahan."
"Keunikan rasa yang dibawa di dalam hidangan paprik dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Aromanya yang sungguh harum digabungkan dengan rasa masam yang diperoleh daripada limau purut dan manis yang diperoleh daripada gabungan sos boleh membuatkan semua terliur. Paprik atau pad prik adalah hidangan yang berasal daripada Thailand dimana pad membawa maksud stirfry dan prik bermaksud cili. Jadi sudah pastilah hidangan paprik ini memberikan rasa pedas, manis dan masam. Wah, pelbagai rasa dalam satu hidangan pasti sahaja mampu menguji\u00a0taste buds anda.\n\nPaprik sangat terkenal di restoran \u2013 restoran Thai di sekitar Malaysia. Paprik selalunya dijadikan hidangan makan malam sambil digabungkan bersama sup seperti sup ekor ataupun sup tulang serta telur dadar. Kini, tanpa perlu ke restoran Thai, anda boleh masak sendiri hidangan paprik ini dan hidangkan ia kepada keluarga anda. Rasa dan kebersihannya juga lebih terjamin. Air tangan seorang ibu kan, pasti sahaja dapat membangkitkan selera para suami dan anak anak.\n\nResepi paprik yang kami bawakan ini telah dikongsikan oleh Fauziah Yahya dan resepi ini telah mendapat banyak share! Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan\u00a0post ini kepada ahli keluarga dan rakan \u2013 rakan anda ya!"
"Tontonan Syariah Meja Bulat di TV3 baru-baru ini telah mendedahkan kes dan pandangan dari sudut perundangan berkaitan anak tak sah taraf. Genap beberapa bulan lagi kita akan menduduki tahun 2020 yang bertunjangkan kemodenan dan juga pembaharuan Malaysia. Namun, realitinya banyak kes anak tak sah taraf yang diperkatakan dalam negara, ia sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan negara dan mentaliti masyarakat.\n\nApabila berlakunya kes yang melibatkan anak tak sah taraf, kedudukan dari sudut perundangan perlu dilihat. Ia melibatkan beberapa akta perundangan sebagai rujukan dan panduan. Jom lihat maksud anak tak sah taraf dan kedudukan dari sudut perundangan. \n\nMaksud Anak Tak Sah Taraf menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], dalam Seksyen 2 adalah:\n\n\u201cTidak sah taraf\u201d berkaitan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah.\n\nAnak tak sah taraf lebih dikenali sebagai anak luar nikah atau anak hasil daripada persetubuhan tanpa perkahwinan. Walaubagaimanapun, terdapat 3 cara untuk menentukan nasab atau anak tak sah taraf iaitu dari segi perkahwinan, keterangan saksi (mengetahui status anak tersebut) dan juga ikrar (mengakui anak kandung). \n\nKedudukan Anak Tak Sah Taraf Dari Sudut Perundangan\n\nPeruntukan undang-undang bagi anak tak sah taraf amat penting supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari. Antaranya adalah mereka perlu membuat permohonan wali, perkahwinan, permohonan sah taraf dan lain-lain lagi. Dengan mengenalpasti kedudukan anak tak sah taraf dari sudut perundangan, tindakan seterusnya boleh dilaksanakan.\n\nFatwa agama dan Mahkamah Persekutuan terlibat dalam menentukan kedudukan anak tak sah taraf dari segi perundangan. Mahkamah rayuan boleh membuat keputusan bagi mengubahnya tetapi ia tetap tertakluk kepada keputusan perundangan. Jika berdasarkan undang-undang keluarga Islam, Mahkamah Syariah adalah penentunya yang paling layak.\n\nAntara peruntukan undang-undang yang telah dibuat oleh Seksyen 111 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan seksyen 110 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 adalah kelahiran anak hasil daripada perkahwinan melebihi enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinan adalah anak yang sah.\n\nTempoh kelahiran: Lebihi enam bulan qamarian dari tarikh perkawinan ibubapanya. Dinasab kepada kedua ibu bapa.\n\nTanggungjawab: Kedua ibubapa kepada anak tersebut perlu memberi nafkah, perlindungan dan kebajikan.\n\nTempoh kelahiran: Kurang dari enam bulan qamariah. Tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologi tetapi hanya boleh dinasabkan kepada ibu yang melahirkannya sahaja. \n\nTanggungjawab: Keluarga sebelah ibu sahaja bertanggungjawab memberi nafkah, perlindungan dan kebajikan bagi anak tidak sah taraf.\n\nPeruntukan Undang-Undang Anak Tak Sah Taraf (Akta Berkaitan)\n\nSeksyen 110. Yang Dikaitkan Sebagai Bapa [Akta 303] \n\nJika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak (lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya) dan perkahwinannya itu dibubarkan oleh sebab kematian lelaki itu atau perceraian dan sekiranya perempuan itu tidak berkahwin semula, maka lelaki itu disifatkan sebagai bapa anak tersebut. \n\nNamun, lelaki itu juga boleh li\u2019an atau kutukan dengan menafikan anak itusebagai anaknya di hadapan Mahkamah. Jika itu berlaku, anak itu akan dikatakan anak tak sah taraf.\n\nSeksyen 111. Kelahiran Melebihi Empat Tahun Selepas Perkahwinan Bubar [Akta 303]\n\nSelepas empat tahun qamariah berkahwin, perkahwinan dibubarkan oleh sebab kematian lelaki atau perceraian, seorang perempuan ini melahirkan anak, lelaki itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak tersebut kecuali terdapat mana-mana waris atau lelaki itu sendiri yang menegaskan bahawa itu anaknya.\n\nSeksyen 112. Kelahiran Selepas Pengakuan Bahawa Tempoh \u2018Iddah Telah Tamat [Akta 303]\n\nTempoh \u2018iddah wanita yang selepas kematian suami atau bercerai telah tamat dan kemudiannya dia melahirkan seorang anak lagi sesudah itu, bekas suami perempuan itu tidak disifatkan sebagai bapa anak tersebut kecuali sekiranya anak itu lahir kurang dari 4 tahun qamariah dari tarikh perkahwinan mereka dari tarikh perkahwinan dibubarkan.\n\nSeksyen 113. Persetubuhan syubhah [Akta 303]\n\nHasil dari persetubuhan syubhah seorang lelaki dan perempuan, maka terlahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, lelaki tersebut disifatkan sebagai bapa anak tersebut.\n\nPenerimaan Anak Dan Kewajipan Menanggung Nafkah\n\nSeksyen 114. Syarat-syarat bagi pengakuterimaan yang sah [Akta 303]\n\nJika seseorang lelaki mengaku secara nyata atau tersirat bahawa anak itu adalah anaknya yang sah, lelaki tersebut disifatkan sebagai bapa anak tersebut, sekaligus jika syarat ini dipatuhi.\n\nBagaimana pula dengan anak tidak sah taraf yang dilahirkan oleh ibu tanpa suami? Adakah nafkah yang perlu diberi sedangkan status anak adalah anak tak sah taraf.\n\nSeksyen 80. Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tidak Sah Taraf [Akta 303]\n\nMahkamah akan memerintahkan perempuan memberi nafkah atau apa-apa elaun bulanan yang difikirkan ia munasabah sekiranya perempuan tersebut enggan menanggung nafkah anak yang tak sah taraf tersebut melainkan jika anak tersebut hasil dari rogol.\n\nPenamaan Anak Tak Sah Taraf Dalam Sijil Kelahiran\n\nTahun sebelumnya dan sebelum 2009, anak tak sah taraf akan diletakkan nama bapa \u2018tidak diketahui\u2019 walaupun terdapat lelaki atau suami yang mengaku anak tersebut adalah anaknya. \n\nNamun, amalan tersebut telah dibatalkan dan ditukar mengikut pematuhan seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) [Akta 229] (Pekeliling JPN, 8/2009). \n\nNama keluarga (surname), sekiranya hendak diletakkan ke atas anak sah taraf hendaklah menjadi nama keluarga mengikut bapa\u201d.\n\n\u201cNama keluarga (surname), sekiranya hendak diletakkan ke atas anak tidak sah taraf di mana ibunya yang melaporkan dan memberi keterangan itu adalah bersifat sukarela hendak mengikut nama keluarga ibu tersebut; dengan syarat seseorang itu memaklumkan bahawa dirinya adalah bapa kepada anak tersebut mengikut seksyen 13 memohon nama keluarga tersebut adalah mengikut nama keluarga orang tersebut (bapa)\u201d.\n\nItulah dia kedudukan dari sudut perundangan anak tak sah taraf. Semoga perkongsian ini dapat menjelaskan dan membantu anda. Jom baca juga Senarai rumah anak yatim, Siapakah anak syurga, Cara ambil anak angkat di hospital dan Tips jadikan anak solehah."
"Tembikai susu atau nama saintifiknya Cucumis melo sememangnya sedap.Artikel ini adalah tentang khasiat tembikai susu. Jom baca tentang kebaikan makan tembikai susu. \n\nSedap dimakan begitu sahaja.\u00a0Kalau bulan puasa, air tembikai susu merupakan di antara air yang dicari-cari di bazaar ramadhan selain air tembikai dan air tebu. Tahukah anda, tembikai susu bukan sahaja lazat malah kaya dengan pelbagai khasiat dan kebaikan kepada tubuh badan, menjadikannya sesuai dimakan oleh semua peringkat umur.\n\nBuah tembikai susu bukan sahaja sedap dan manis, malah baunya juga sangat harum. Buahnya jenis berongga dan mempunyai banyak biji. Pokoknya menjalar seperti buah tembikai biasa. Buahnya berwarna putih, kekuningan, atau kehijauan.\n\nYang sebenarnya, tembikai susu berasal dari selatan Perancis dan Algeria. Tembikai susu merupakan buah kegemaran di Lanzhou, daerah Gansu di China yang mengimport paling banyak tembikai susu di dunia.Banyak khasiatnya dari segi perubatan dan nilai kesihatan. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang khasiat tembikai susu.\u00a0\n\nTembikai susu kaya dengan vitamin A, B, dan C yang sangat membantu untuk mencantikkan kulit. Biasanya ramai wanita bersusah-payah menelan pil vitamin C setiap hati untuk mendapatkan kulit yang cerah dan cantik.\n\nApa kata anda bertukar kepada tembikai susu? Bukan sahaja ia adalah semulajadi tanpa pemprosesan, malah bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya.\n\nBerita baik buat mereka yang kurang gemarkan sayuran hijau, menurut kajian tahun 2007 oleh penyelidik-penyelidik Ireland yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition Research,\u00a0\n\nkandungan nutrien untuk kebaikan dan kecantikan tubuh lebih mudah diserap oleh sistem melalui pengambilan diet buah seperti tembikai susu ini berbanding sayuran hijau seperti bayam dan brokoli.\n\nBagi anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, diet yang kaya dengan buah-buahan adalah satu pilihan yang bijak. Namun anda perlu berhati-hati dalam memilih buah kerana ada sebahagian daripada buah mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Sedangkan untuk menurunkan berat badan anda perlu mengawal pengambilan gula.\n\nTembikai susu adalah pilihan buah yang terbaik untuk anda. Menurut analisis makmal, kandungan gulanya tidak terlalu tinggi iaitu hanyalah 8% daripada keseluruhan buah dengan 0% lemak.\n\nMalah ia kaya dengan serat. Mereka yang berdiet perlu mengambil serat yang secukupnya setiap hari. Apa yang lagi menarik, tembikai susu adalah buah yang mempunyai rendah kalori.\n\nApa lagi? Nak kurus, jom makan tembikai susu. Kalau anda jenis yang selalu bersenam, jadikan air tembikai susu tanpa gula sebagai teman anda semasa bersenam.\n\nKanser merupakan di antara penyakit kronik yang paling ditakuti oleh rakyat Malaysia. Disahkan sebagai pesakit kanser ibarat menerima hukuman mati. Tahukah anda, salah satu daripada khasiat buah tembikai susu ialah ia mampu mencegah kanser. Bagaimana pula tembikai susu mampu mencegah kanser?\n\nMenurut kajian sains yang diterbitkan dalam Journal of Food Science oleh sekumpulan penyelidik USA pada tahun 2019, tembikai susu didapati kaya dengan karotenoid iaitu salah satu daripada zat makanan yang mampu mencegah kanser.\n\nHasil kajian mendapati bahawa tembikai susu mampu mencegah kanser 7 kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.\n\nMasyarakat Cina sangat terkenal dengan perubatan tradisional berasaskan herba dan tumbuhan semulajadi. Tembikai susu digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit Hepatitis atau dikenali dengan radang hati, sejak zaman dahulu lagi.\n\nOleh itu, jika anda disahkan mempunyai masalah Hepatitis, bolehlah anda berikhtiar dengan tembikai susu.\n\n5. Membetulkan masalah kitaran haid tidak teratur\n\nKitaran haid yang tidak teratur adalah salah satu daripada petanda bahawa seseorang wanita mempunyai masalah kesuburan. Jika seorang wanita tidak subur, ia akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung.\n\nRakyat Filipina menggunakan buah tembikai susu sebagai ubat untuk membetulkan kitaran haid.\n\nDi India pula, buah tembikai susu digunakan untuk mengatasi bengkak. Caranya:\n\nSelain itu, seperti yang dikaji oleh pelajar sarjana di Universiti Alberta, Kanada pada tahun 2016, sebatian bioaktif dalam tembikai susu mempunyai kesan anti bengkak atau anti radang yang baik.\u00a0\n\nKajian tersebut turut menyarankan pengambilan tembikai susu dalam bentuk sus untuk lebih mendapat kebaikan sebatian bioaktif dan antioksidan di dalamnya.\u00a0\n\n7. Mengatasi masalah tekanan darah tinggi\n\nMereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi akan mengalami pening dan berasa kepala berpusing. Keadaan ini akan menjejaskan pergerakan lalu menyebabkan aktiviti harian terjejas dan tidak berjalan seperti biasa. Bagi anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, amalkan makan buah tembikai susu kerana salah satu daripada khasiatnya ialah mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi.\n\nTembikai susu tinggi dengan kandungan potassium. Menurut kajian terkini, potassium mampu\u00a0mengawal tekanan darah supaya menjadi normal dan dalam masa yang sama membantu mengekalkan paras darah\u00a0yang sihat dalam tubuh.\n\nHebat sungguh khasiat buah tembikai susu kan?\n\nKhasiat tembikai susu yang seterusnya ialah ia mampu menjaga kesihatan jantung. Ini kerana tembikai susu kaya dengan kalium yang berfungsi untuk menyihatkan jantung.\n\nKini anda tak perlu lagi beli vitamin mahal dengan tujuan untuk menjaga kesihatan jantung. Buah tembikai susu yang murah dan sedap mampu menjaga kesihatan jantung anda.\n\nKandungan mineral dan nutrien yang tinggi ini turut diakui melalui hasil kajian penyelidik dari Texas, USA pada tahun 2008 dalam Journal of Agriculture and Food Chemistry. Kajian tersebut melaporkan bahawa kandungan mineral adalah semakin banyak, dari isi hingga ke luar kulit.Maka, manfaatkanlah buah tembikai susu hingga ke kulitnya!\n\n9. Meningkatkan daya tahan lawan penyakit\n\nKebanyakan daripada kita sering dilanda demam, batuk, dan selsema disebabkan oleh daya tahan lawan penyakit atau daya imuniti yang rendah. Lebih tinggi daya tahan lawan penyakit seseorang, lebih kebal tubuh badannya daripada dihinggapi penyakit.\n\nKalau anda mahukan badan yang kebal dari jangkitan virus dan bakteria, amalkan makan buah tembikai susu setiap hari. Kandungan vitamin C yang tinggi di dalamnya mampu meningkatkan imuniti anda.\n\n10. Mengatasi masalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan\n\nKekurangan air dalam badan atau dehidrasi adalah satu keadaan yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan maut. Lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas terik seperti sekarang.\n\nKhasiat buah tembikai susu yang seterusnya ialah ia mampu mengatasi masalah kekurangan air dalam badan. Ini kerana buah tembikai susu sangat tinggi kandungan air iaitu 95% daripada beratnya.Oleh itu, banyakkan makan buah tembikai susu potong atau air tembikai susu.\n\nItulah dia khasiat tembikai susu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jemput juga baca artikel penulisan kami seperti khasiat oat khasiat ikan salmon khasiat kacip fatimah khasiat daun pudina dan khasiat buah naga\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai salah satu vitamin kumpulan B. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga dan juga penghasilan sel darah merah. \n\nIa juga bukan sahaja sesuai untuk diambil semasa mengandung malah seeloknya diambil sewaktu awal anda berusaha untuk mengandung. Asid folik ini sesuai untuk semua wanita yang berusia 14 hingga 44 tahun.\u00a0\n\nAsid folik ini bukan khas untuk wanita sahaja malah sesuai untuk lelaki yang mengalami masalah kesuburan dan yang berusaha untuk mendapatkan anak. Pengambilan asid folik penting untuk mereka yang merancang untuk hamil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelumnya. Jom lihat 10 kelebihan asid folik untuk ibu mengandung.\n\n1. Membantu Mengatur Pembentukan Sel Saraf\u00a0 \n\nAsid folik ini dapat membantu mengatur pembentukan sel sarat untuk ibu mengandung. Vitamin ini diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama.\u00a0\n\nMasalah dan risiko boleh berlaku jika kekurangan asid folik. Antaranya adalah:\n\nOleh itu, asid folik penting dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan,sebelum dan semasa mengandung.\n\nAsid folik ini juga dapat membantu menghindari kecacatan bayi dalam kandungan. Ini kerana, Asid folik dapat membuang keracunan bahan kimia dan virus dalam badan yang dapat melahirkan bayi yang cacat.\u00a0\n\nAntaranya ialah kecacatan atau masalah bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang (limb reduction), kecacatan sistem pembuangan air kencing dan pucat (anaemia).\u00a0\n\nMenurut kajian, pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% daripada ianya terjadi. Oleh itu, asid folik harus diamalkan oleh ibu mengandung supaya kecacatan pada bayi dapat dikurangkan.\n\nUntuk mencegah kecacatan pada tiub saraf ini, ibu mengandung harus mengamalkan asid folik. Untuk pengetahuan anda, kecacatan tiub neutral (NTD) ini juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat anak yang cacat.\u00a0\n\nTamsilnya, di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, kempen-kempen giat dijalankan untuk memberi kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung untuk mencegah kecacatan pada tiub.\u00a0\n\nOleh itu, pengambilan asid folik 1 bulan sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf (neural tube defects) seperti spina bifida dan anencephaly sehingga 70%.\n\nAsid folik ini dapat menambah hemoglobin darah pada ibu mengandung. Hemoglobin juga mempunyai peranan penting dalam menjaga bentuk sel darah merah.\u00a0\n\nTahukah anda, masalah anemia yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran bayi\u00a0 pramatang (tidak cukup bulan), kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.\n\nBagi mengelakkan perkara ini terjadi, ibu mengandung seharusnya memastikan sel darah merah dalam badan mencukupi dengan mengamalkan asid folik.\u00a0\n\nKelebihan asid folik ini juga dapat menguatkan rahim ibu mengandung. Hal ini demikian kerana, asid folik dapat mengurangkan beberapa risiko yang kemungkinan akan terjadi ketika ibu mengandung.\u00a0\n\nRahim lemah menyebabkan risiko keguguran, bayi meninggal semasa dilahirkan, kelahiran bayi pramatang dan masalah kekurangan darah pada bayi. Oleh itu, ibu mengandung disaran mengamalkan asid folik supaya bayi yang dilahirkan dalam keadaan selamat dan sihat.\u00a0\n\nUntuk wanita atau lelaki yang mengalami\u00a0 masalah kesuburan, asid folik ini dapat membantu meningkatkan kesuburan. Ia berupaya membantu proses spermatogenesis.\u00a0Bukan sahaja untuk ibu mengandung, tetapi semua jantina.\n\nDalam membantu kematangan telur ovum wanita dan\u00a0 pembentukan placenta, asid folik memainkan peranannya. Ia penting untuk wanita yang merancang kehamilan supaya dapat memberi nutrisi yang secukupnya bagi menerima sel telur.\n\nAsid folik untuk ibu mengandung bagus untuk perkembangan bayi yang dilahirkan. Ia dapat mengurangkan masalah kerosakan jantung serta kelahiran pramatang. \n\nDaripada terlalu fokus dengan jarak perkembangannya, penting untuk semua bayi berkembang dengan gayanya yang tersendiri dan mereka berpeluang untuk mencapai tahap perkembangan tertentu.\n\nGangguan yang menganggu perkembangan bayi seperti, tidak bertindak balas setiap kali dipanggil namanya, lebih suka bermain sendiri dan tidak suka kontak mata dan menunjukkan ekspresi wajah yang datar dapat dielakkan. Ini kerana, asid folik dapat menyokong keperluan sel-sel plasenta serta janin yang berkembang pesat.\n\nKelebihan asid folik untuk ibu mengandung juga dapat mengurangkan komplikasi sepanjang kehamilan. Bukan itu sahaja, asid folik dapat menyembuhkan penyakit gabungan dari beberapa penyakit berat yang ada pada tubuh manusia.\u00a0\n\nDengan adanya kelainan pada jantung, hipertensi (tekanan darah tinggi), mengalami kebutaan dan gangguan pada pencernaan, ia dapat diatasi dengan asid folik. \n\nAsid folik mampu menguatkan imuniti pada ibu mengandung. Ia menjadikan sistem pertahanan dalam badan ibu mengandung lebih kuat dan sihat.\u00a0\n\nCara lain bagi menguatkan imuniti badan juga adalah dengan memakan sayuran, bersenam, tidur secukupnya dan mengutamakan kebersihan diri. Asid folik menunjukkan bahawa sistem imuniti dalam badan ibu mengandung sedang bekerja untuk memastikan tubuh anak dalam kandungan sentiasa kekal sihat. \n\nDi samping itu, ia membantu memperkasakan pertahanan badan kita daripada virus, bakteria dan patogen lain serta merangsang pembaikan tisu dan menyembuhkan tisu badan yang rosak.\n\n10. Boleh Didapati Di Dalam Sayur-Sayuran Dan Sumber Tenusu\n\nAsid folik juga\u00a0banyak terdapat dalam sumber sayur-sayuran hijau serta susu dan sumber tenusu.\u00a0 Contoh makanan yang mempunyai asid folik adalah barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, dan buah kurma.\n\nAsid folik turut berfungsi dalam metabolisma protein dan telah digunakan dalam pencegahan juga rawatan\u00a0folik asid anemia. Oleh itu, beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan asid folik yang berada dalam sayur-sayuran dan sumber tenusu yang lain dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, kanser usus besar dan kanser pangkal rahim.\n\nItulah dia 10 kelebihan asid folik untuk ibu mengandung harus anda tahu. Jom baca juga buah yang baik untuk ibu hamil, senaman wanita hamil, tanda hamil anak perempuan dan Tanda awal mengandung."
"Mungkin ramai yang tak tahu tapi sebenarnya kuih bakar amatlah mudah untuk dibuat. Bahan yang digunakan juga hanyalah 6 bahan. Bukankah itu mudah. Ayuh cuba resepi ini!\n\nResepi ini adalah antara yang mendapat perhatian netizen dengan 3.3 ribu perkongsian semenjak ia di post.\n\nWah. Ini adalah feedback yang positif dari kalangan netizen yang rata rata nya terdiri daripada kaum ibu. Jika ibu ibu sudah member \u2018thumbs up\u2019, anda bila lagi?\n\nAyuh ke dapur segera untuk mencuba sendiri resepi viral ini.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Kehalusan Mawar\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nPantang dapat daun pandan segar, mesti buat kuih nie. Jangan tak tau, kaler dari pandan ori tau, tanpa perasa & pewarna tiruan\n\nSelain resepi kuih bakar, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Siapa suka jejari oat? Walaupun tidak seramai orang yang suka biskut lain tapi sekali cuba jejari oat mesti ketagih.\n\nSiti Solehah\u200e kembali di laman Facebook berkongsikan resepi biskut jejari oat. Adunan ini biasa dia gunakan untuk jualan. Boleh dapat dalam 50 biji, kalau buat banyak boleh gandakan adunan.\n\nBiskut jejari oat berasaskan oat yang digaul bersama tepung gandum dan butter kemudian dibakar. Kombinasi oat, butter dan tepung menjadikan biskut jejari oat rasa lembut dan rangup.\n\nTanpa buang masa, mari lihat resepi jejari oat di bawah ini. Sesuai dijadikan camilan hari-hari mahupun camilan hari raya. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi jejari oat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jangkitan kuman pada faraj merupakan masalah yang sering mengganggu wanita. Hendak berbincang dengan adik beradik sendiri, mak mahupun rakan perempuan, seakan-akan tak mampu diluahkan. Nak tak nak terpaksa simpan sendiri perasaan tak selesa dan kesakitan tersebut.\n\nIsu berkaitan \u2018dalam kain\u2019 merupakan hal yang sangat peribadi dan tabu bagi kebanyakan wanita. Jadi, penulis dengan berbesar hati ingin berkongsi kepada pembaca sekalian tentang topik jangkitan kuman pada faraj.\n\nSeperti yang kita sedia maklum, Miss V wanita sangat sensitif dan mudah terkena jangkitan kuman. Masalah ni dipanggil vaginitis. Vaginitis adalah keadaan di mana faraj menjadi bengkak disebabkan beberapa faktor.\n\nPenyebab utama yang menyebabkan vaginitis ialah bakteria, kulat dan parasit. Lazimnya, penyakit ni berlaku akibat pembiakan keterlaluan atau ketidakseimbangan jumlah bakteria baik yang terdapat di faraj.\n\nDi bawah ni ialah senarai jenis vaginitis yang kerap berlaku dalam kalangan wanita, iaitu:\n\nJenis vaginitis ni berlaku apabila lapisan mukosa faraj menjadi nipis akibat penurunan tahap estrogen selepas menopaus. Ini menyebabkan faraj mudah mengalami kerengsaan dan menjadi merah lalu bengkak.\n\nSelain itu, wanita yang telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua ovari juga berisiko mendapat jangkitan ni. Ini kerana kadar estrogen yang menurun selepas pembedahan dilakukan.\n\nSecara normalnya, di kawasan faraj terdapat bakteria baik yang dipanggil lactobacillus. Apabila kita kerap mencuci kemaluan dengan sabun, wangian atau douching, ni menyebabkan populasi bakteria baik tersebut berkurangan. Ini menyebabkan bakteria lain membiak di sekitar faraj.\n\nVaginal candiasis yang juga dikenali sebagai jangkitan yis. Ia disebabkan oleh sejenis kulat yang dipanggil candida albicans. Kulat ni wujud secara semula jadi di dalam faraj wanita tetapi populasinya sedikit saja dan tak mendatangkan sebarang masalah.\n\nApabila berlaku perubahan pada ekosistemnya, ia boleh membiak sehingga menyebabkan vagina dan vulva membengkak. Ia boleh menjangkiti semua wanita terutamanya wanita yang hamil, wanita berumur 30 hingga 50 tahun dan yang lemah sistem imunnya.\n\nJangkitan ni berlaku disebabkan sejenis parasit yang dipanggil trichomonas vaginalis. Ia merupakan sejenis penyakit kelamin. Kebanyakan pesakit tiada sebarang simptom, namun ada juga wanita yang akan keluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di bahagian faraj.\n\nJangkitan faraj juga boleh berlaku disebabkan jangkitan organisma lain seperti gonorrhea, chalmydia, mycoplasma, herpes, parasit dan compylobacter.\n\nMasalah jangkitan faraj juga berpunca disebabkan oleh:\n\nSimptom normal yang berlaku kepada wanita yang mengalami jangkitan kuman ialah rasa gatal, panas dan sakit semasa melakukan hubungan seksual. Selain tu, kita akan berasa tak selesa, sakit semasa kencing dan berlakunya kerengsaan di faraj.\n\nDisebabkan faraj ialah kawasan yang diselaputi oleh mukosa, maka lelehan biasa yang keluar adalah berwarna jernih, putih dan tak berbau. Namun, jika cairan yang keluar tu berwarna putih kekelabuan dan berbau hanyir. Malah, bau tu semakin kuat selepas melakukan hubungan seksual maka ia ialah jangkitan bacterial vaginosis.\n\nJika lelehan yang keluar berwarna putih pekat dan berketul-ketul seperti keju dan menyebabkan kegatalan, ia ialah vaginal candiasis. Manakala, cairan yang keluar berwarna kehijauan dan berbuih ia disebabkan parasit trichomoniasis.\n\nMalahan, simptom yang lain ialah bengkak dan kemerahan pada bibir kemaluan sehingga merebak ke dalam faraj. Malahan, faraj juga akan mengeluarkan bau hanyir yang kurang menyenangkan. Ada juga kes di mana keluar titisan darah yang dipanggil spotting.\n\nCara Rawatan Jangkitan Kuman Pada Faraj\n\nBagi mengatasi masalah ni, wanita yang mengalami jangkitan faraj perlulah mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor. Biasanya ubat pesari vagina, ubat pil antikulat, antibiotik, pil vagina dan krim akan diberikan.\n\nDoktor akan meminta maklumat tentang jenis cairan, warna dan bau yang keluar daripada faraj. Oleh itu, maklumat yang diberikan haruslah tepat untuk memudahkan diagnos penyakit tersebut. Maklumat lain yang sering ditanya ialah tentang aktiviti seksual dan simptom yang berkaitan.\n\nSelain itu, langkah pencegahan juga perlu dilakukan oleh wanita yang berisiko mendapat jangkitan pada faraj. Antaranya ialah:\n\n1. Memakai pakaian dalam yang longgar, diperbuat daripada kapas. Elakkan kain sintetik.\n\n2. Pastikan faraj sentiasa bersih dan kering. Lap faraj dari arah depan ke belakang bagi mengelak pemindahan bakteria.\n\n3. Jangan amalkan seks bebas. Pastikan memakai kondom untuk elakkan jangkitan penyakit kelamin.\n\n4. Wanita yang berusia 25 tahun ke atas disarankan melakukan ujian pap smear setiap 2 tahun sekali.\n\n5. Makanan seperti yogurt atau minuman yang mengandungi kultur hidup dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan.\n\n6. Jangan cuci faraj menggunakan sebarang sabun, wangian atau douching. Gunakan air biasa saja.\n\n7. Bagi pesakit diabetes, kawal paras gula dalam darah.\n\n8. Pengambilan makanan yang mengandungi probiotik atau prebiotik dapat merawat masalah ni. Jauhi makanan yang diproses, produk sejuk beku dan minuman beralkohol.\n\nSetakat ni saja perkongsian penulis tentang topik jangkitan kuman pada faraj. Diharapkan pembaca Bidadari.my mendapat maklumat yang diperlukan berkaitan isu ni. Dengan perkembangan teknologi, semua maklumat di hujung jari saja.\n\nSebagai wanita, jagalah Miss V kita dengan sebaik-baiknya. Jangan dibiarkan jika ada masalah berkaitan jangkitan walaupuan ianya ringan. Jika ada kelainan, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.\n\nSemoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel tentang punca faraj berbau dan kentut faraj"
"Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pasti sahaja kita akan mencari idea resepi sewaktu sahur. Mungkin anda ingin tukar angin dan mencuba makanan yang lain daripada yang lain. Mungkin juga anda mengidam sesuatu tapi tak tahu cara untuk memasaknya. Atau mungkin, suami dan anak anda meminta hidangan yang tertentu untuk sahur. \n\nJangan risau! Hari ini kami bawakan resepi Makaroni Cheese Ala Secret Recipe yang amat lazat dan menyelerakan. Lagi \u2013 lagi sewaktu sahur, aroma keju daripada Makaroni Cheese ini pasti dapat menaikkan selera sesiapa sahaja. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Nur Shazura Roslan di laman Facebooknya dan telah mendapat komen yang positif mengenai resepi ini. Jom kita cuba!\n\nMasukkan sos putih kedalam makaroni yang sudah direbus. Gaul sehingga sebati. Siap!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang. Sehingga berjumpa lagi!"
"Anda atau orang tersayang menderita kencing manis? Jom kami kongsikan petua hilangkan kencing manis menggunakan bahan yang ada di dalam dapur.\n\nTerdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis. Caranya:\n\n2. Jus peria katak & epal hijau\n\nBuah ini mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukos dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P. Peria juga mengandungi lektin yang menurunkan kemampuan glukos dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu.\n\nLektin ini menjadi punca utama kepada perkembangan hipoglikemik. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan penggunaan peria katak dalam merawat diabetes ialah membuat jus peria katak bersama epal hijau. Penyediaan jus ini bermanfaat kepada pesakit untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. Ia bagi memastikan kadar gula dalam paras normal dan terkawal.\n\nCara penyediaannya: Potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya. Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut. Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.\n\nSelain dari mencampurkan dengan epal hijau, ada juga variasi resepi dimana mencampurkan peria katak bersama daun saderi, timun dan cili benggala hijau. Anda disarankan untuk mengamalkan jus ini setiap hari dan secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah dan merawat diabetes secara semula jadi.\n\nKayu manis mampu mengawal paras glukos dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes ke atas tubuh badan kita.\u00a0\u00a0Banyak kajian telah menyarankan penggunaan kayu manis dalam meningkatkan paras glukos dalam darah dan juga meningkatkan keupayaan insulin darah.\n\nSelain dari menjadi ejen terbaik untuk antioksidan badan, kayu Manis juga berupaya mencegah gejala diabetis. Ia membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap kepekaan badan kepada insulin dalam darah menjadi lebih baik dan supaya ia mampu menyeimbangkan kadar gula yang diperlukan badan.\n\nDengan mengamalkan kayu Manis dalam pemakanan, ia akan membantu mengurangkan jumlah glukos dalam darah dan ia sangat berkesan bagi penghidap diabetes. Dengan itu, mereka dapat mengawal paras gula dalam darah sekaligus melawan penyakit tersebut.\n\nCaranya, hiris lemon. Masukkan lemon dan kulit kayu manis ke dalam periuk. Masukkan air. Rebus hingga mendidih. Minum satu cawan pagi dan malam.\n\nPetua merawat kencing manis seterusnya adalah dengan menggunakan halia. Ia berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata. Sejak berzaman, halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama masakan dalam kalangan masyarakat Asia.\n\nPengkaji dari University of Sydney, Australia telah menemui bahawa ekstrak dari Halia Buderim (minyak Halia Australia) yang diperkaya dengan gingerol menjadi bahan utama yang mampu meningkatkan kadar glukos dalam sel otot tanpa penggunaan insulin sekaligus mengawal paras gula menjadi normal.\n\nHalia juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes. Satu kajian berkaitan dengan penyakit kencing manis tahap 2 membuktikan bahawa 2g serbuk halia diperlukan setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam salur darah sebanyak 12%.\n\nIa juga dapat meningkatkan kadar gula dalam tempoh jangka masa panjanga seperti HbA1c (hemoglobin glikasi) sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu. Ada juga kajian mendapati, halia amat berguna dalam menjadi sumber anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.\n\nTerdapat beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa.\u00a0Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukos bagi penghidap diabetes.\n\nDaun kari membantu menstabilkan tahap glukosa darah dan memberi kesan kepada metabolisme karbohidrat. Kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Pembangunan Jurnal Antarabangsa tentang kesan kari daun pada jenis diabetes 2 menunjukkan daun kari mengandungi fitokimia. Bahan ini membantu mengawal tahap gula darah pesakit Diabetes jenis 2 dengan mengurangkan paras gula darah pesakit kencing manis.\u00a0Sifat antioksidan yang menakjubkan dari daun kari dapat meningkatkan pengeluaran sel pankreas, sehingga meningkatkan fungsi insulin.\n\nMelalui kajian sains moden, dan juga dari perkongsian perubatan tradisional biji halba mempunyai manfaat besar sebagai ubat kencing manis alternatif. Biji Halba membantu menurunkan gula darah. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa biji halba membantu menurunkan gula darah dengan memperlahankan proses pencernaan makanan dan memperlahankan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil.\n\nMembantu mengurangkan tahap kolesterol tinggi, antara masalah utama yang sering dihadapi oleh pesakit kencing manis. Pengambilan bawang putih secara oral menurunkan serum glukosa , kolesterol, trigliserida dan banyak lagi bahan lain dalam badan penghidap diabetes.\n\nRempah ini mengandungi 30% daripada fenol antioksidan dalam berat kering, bersama dengan antioxidants anthocyanin dan quercetin. Akibatnya, ulas mempunyai antiseptik serta sifat kuman.\u00a0Ia juga menawarkan faedah kesihatan anti-radang, analgesik dan pencernaan untuk pesakit kencing manis. Dalam kajian yang di lakukan pada masa lalu,\u00a0cengkih dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida dan paras kolesterol LDL dalam darah pesakit kencing manis.\n\nItulah dia 9 petua hilangkan kencing manis yang ingin kami kongsikan. Semoga bermanfaat.Jemput baca artikel petua hilangkan dengkur dan punca penyakit buah pinggang."
"Amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu sudah mencukupi. Gaya pemakanan juga perlu dijaga, jangan makan terlalu banyak \u2018fast food\u2019.\n\nBagi orang yang bekerja, mereka tidak ada masa yang cukup untuk melakukan senaman di luar seperti jogging di taman atau kawasan perumahan. Jika ada masa, masa itu digunakan untuk berehat di rumah atau keluar bersama keluarga.\n\nJadi, masa untuk bersenam itu tidak ada dalam rutin harian mereka. Cara yang terbaik adalah bersenam waktu malam kerana waktu itu sahaja ada dan panjang. Tetapi, ada orang cakap, bersenam waktu malam tidak elok kerana ia adalah waktu untuk kita rehatkan badan kita.\n\nBoleh atau tidak bersenam waktu malam? Jawapannya ialah boleh tetapi ada syaratnya. Apakah syaratnya?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 4 syarat bersenam waktu malam. Info ini dikongsikan oleh\u00a0Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. \n\nJika tak bersenam, risiko mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, obesiti, dan masalah jantung meningkat. Jika bersenam intensiti tinggi pada waktu malam, risiko mendapat penyakit darah tinggi, dan masalah jantung meningkat.\n\nKemudian kita bandingkan pula dua perkara ini. Antara tak bersenam dan bersenam malam, mana lebih tinggi risiko?\n\nYa, jika tak bersenam lebih tinggi risiko. Malah mengatakan senam malam meningkatkan risiko penyakit berkenaan, adalah tak berapa tepat.\n\nBersenam pada waktu siang (pagi atau petang) adalah kondisi\u00a0terbaik, namun kebanyakan kita kesuntukan masa untuk bersenam pada waktu itu.\n\nKondisi kedua\u00a0terbaik\u00a0adalah bersenam pada waktu malam, tetapi dengan beberapa syarat, antaranya:\n\n2. Jika intensiti tinggi, tak kurang 1jam sebelum tidu\n\n3. Selesai senaman tidak terlalu lewat malam\n\n4. Bersihkan diri sebelum masuk tidur\n\n*Jadi, boleh untuk kita bersenam waktu malam tetapi jangan terlalu lama. Tubuh badan kita juga memerlukan rehat yang secukupnya untuk meneruskan aktiviti harian esoknya. Jangan terlalu memaksa diri. Cukup sekadar buat yang termampu.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kami kongsikan 11 tanda awal kehamilan buat suami isteri yang sedang menunggu berita gembira. Tanda tanda mengandung ini pasti mengembirakan buat mereka yang menanti.\n\nSetiap pasangan suami isteri pasti inginkan cahayamata sebagai penyeri rumah tangga. Ada yang terus bersedia untuk mengandung sebaik sahaja diijab kabulkan.\n\nAda yang merancang untuk honeymoon dulu, dan mengandung kemudian. Apa pun pilihan anda, semestinya adalah yang terbaik. Sebaik sahaja anda bersedia untuk mengandung, berikut adalah tanda awal mengandung yang anda perlu perhatikan.\n\nSebaik sahaja benih disenyawakan, anda akan mula berasa lesu. Ini kerana badan anda sedang bekerja keras untuk pembentukan janin di dalam rahim. Lesu dan kepenatan yang melampau juga berlaku disebabkan oleh peningkatan paras hormon progesterone dan\u00a0 penghasilan darah merah didalam badan.\n\nAnda akan mengalami kelesuan dan keletihan yang melampau tidak mengira masa.\n\nPayudara anda akan mengalami perubahan sebaik sahaja anda mengandung, sebagai persediaan untuk menyusukan bayi yang bakal dilahirkan. Payudara anda akan menjadi super sensitif, terutamanya dibahagian puting.\n\nAnda akan terasa sakit atau ngilu apabila puting disentuh. Ada kalanya anda akan terasa ngilu apabila puting bergesel dengan baju dalam. Jika ini berlaku, anda boleh mula gunakan nursing pad untuk mengurangkan geseran.\n\nAerola juga akan menjadi semakin gelap. Payudara anda akan berasa lebih penuh & berat kerana kilang air susu mula beroperasi. Payudara anda juga akan mula menjadi bengkak dan berdenyut-denyut. Jangan panik, ia adalah normal.\n\nTak semua ibu mengandung akan mengalami loya-loya. Anda sangat bertuah kalau tak dilanda morning sickness sepanjang tempoh kehamilan. Morning sickness berlaku kerana paras hormon estrogen yang meningkat di dalam tubuh badan.\n\n4. Deria bau dan rasa yang semakin sensitif\n\nIbu mengandung juga mempunyai kepekaan deria yang lebih tinggi menyebabkan mereka lebih sensitif kepada bau dan rasa. Tiba-tiba sahaja anda rasa loya bila tercium bau masakan. Ada juga ibu mengandung yang tak tahan dengan bau suami. Disuruhnya suami mandi sekali lagi walau pun baru sahaja lepas mandi.\n\nDeria rasa yang sensitif juga akan menyebabkan anda loya apabila makan sesuatu makanan.\n\nIbu mengandung dan mengidam adalah sangat sinonim. Kata orang tua, anak dalam kandungan yang teringin makan. Bukan ibunya. Yang sebenarnya mengidam berlaku kerana perubahan hormon yang mendadak didalam badan.\n\nKecelaruan hormon yang berlaku menyebabkan badan anda mengeluarkan signal dalam bentuk keinginan terhadap makanan yang tertentu.\n\nSatu lagi tanda awal mengandung ialah mood swing. Emosi anda akan menjadi tidak terkawal. Seminit yang lalu anda bahagia, secara tiba-tiba anda berasa sangat hiba hingga tak tertahan air mata. Mood swing berlaku kerana pergolakan hormon yang berlaku dalam badan. Bukannya sebab mengada-ngada atau sengaja dibuat-buat.\n\nSebaik sahaja benih disenyawakan, janin akan menempel di dinding rahim dan menekan pundi kencing anda lalu menyebabkan bermulanya episod berulang-alik ke tandas. Semakin besar kandungan, semakin kerap anda membuang air kecil kerana tekanan terhadap pundi kencing anda semakin kuat.\n\nIbu yang mengandung juga berpotensi untuk mengalami sembelit. Ianya berlaku kerana paras hormon progesteron yang tinggi menyebabkan fungsi usus besar terganggu dan makanan lambat dihadam.\n\nIbu mengandung akan mengalami sakit kepala disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku didalam badan. Sakit kepala juga boleh berlaku disebabkan kepenatan yang melampau, tekanan darah yang rendah, dan juga stress atau kerisauan yang dialami.\n\nProses persenyawaan dan penempelan janin di dinding rahim akan menyebabkan berlakunya sedikit pendarahan. Anda akan perasan sedikit darah diseluar dalam.\n\nSebaik sahaja anda mengandung, anda mungkin mengalami cramp atau kembung perut disebabkan oleh otot rahim yang meregang. Otot rahim meregang disebabkan oleh kehadiran janin, seolah-olah rahim mula berlatih untuk contraction.\n\nNamun berjaga-jaga kalau cramp menjadi semakin kuat dan mula berasa sakit. Ianya mungkin petanda anda mengalami keguguran.\n\nIni adalah tanda awal mengandung yang paling ketara. Jika kitaran haid anda tetap, dan tak pernah lewat, anda pasti akan perasan. Namun jika kitaran haid anda berterabur, mungkin anda akan terlepas pandang petanda ini.\n\n13. Anak akan jadi semakin manja\n\nJika anda ada anak, anak tersebut akan jadi semakin manja secara tiba-tiba. Ianya seolah-olah anak anda mempunyai deria keenam dan tahu bahawa dia akan mendapat adik dalam masa yang terdekat.\n\nIbu mengandung akan mengalami perubahan suhu badan. Suhu badan meningkat disebabkan oleh peningkatan aliran darah didalam badan & perubahan hormon yang mendadak. Ianya akan menyebabkan anda berasa panas dan terpaksa mandi dengan lebih kerap dan memilih untuk duduk didalam bilik yang beraircond.\n\n15. Selera makan bertambah atau berkurang\n\nIbu mengandung akan mengalami perubahan pada selera makan. Selera makan anda mungkin akan kurang disebabkan oleh morning sickness dan loya-loya. Apabila morning sickness anda tiada lagi, anda akan mula makan semula dengan banyak.\n\nTanda awal mengandung yang terakhir ialah keputihan. Anda tidak perlu risau jika keputihan yang keluar berwarna putih, tidak berbau dan tidak gatal.\n\nItulah dia tanda tanda mengandung yang perlu diperhatikan jika anda sedang berusaha untuk mengandung. Jika anda ada tanda-tanda yang kami senaraikan di atas, bolehlah beli kit kehamilan dan buat ujian air kencing untuk kepastian."
"Mencari resepi paprik campur yang sedap?\n\nPaprik ialah masakan yang berasal daripada Thailand. Banyak jenis masakan paprik yang ada sebenarnya seperti paprik ayam, paprik seafood, paprik daging bahkan ada pula nasi paprik. Sesiapa yang suka masakan Thai mesti tahu kesemua jenis masakan ini.\n\nPada perkongsian ini pula kami akan berkongsikan resepi paprik campur di mana bahan-bahannya iaitu ayam, udang dan sotong kemudian dicampur dengan sayur-sayuran.\u00a0 Jika mengikut selera, masing-masing ada yang menyukasi paprik kering namun ada pula yang menyukai masak paprik sedikit berkuah.\n\nPaprik campur ialah hidangan yang istimewa, sedap disantap bersama keluarga sebagai lauk untuk makan tengah hari mahupun malam. Hidangan ini biasanya dapat dijumpai di kedai-kedai Thailand dengan harga RM 5 \u2013 RM 7 untuk satu bahagian kecil.\n\nTanpa fikir lama, jika anda teringin memasak paprik yang istimewa dengan rasa seperti kedai, anda sangat di alu-alukan untuk merujuk resepi favorit ramai ini. Dikongsikan oleh\u00a0Shahratul Hikma di laman Facebook.\u00a0\u200eSelamat mencuba dan menjamu selera.\n\nResepi Paprik Campur Ala Negara Gajah Putih\n\nSelain resepi paprik campur, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Setiap ibu bapa pastinya akan berasa teruja di saat menyambut kehadiran cahayamata sebagai penyeri rumah tangga. Tak kisah anakk nombor berapa, pastinya ibu bapa akan memberikan yang terbaik untuk bayinya. Di antara yang paling dititik-beratkan adalah aspek penyusuan. \n\nApabila anak mencecah umur 6 bulan, pastinya anda akan mula memikirkan makanan pertama bayi untuk diberikan kepada sicomel anda. \n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan makanan pertama bayi yang baik untuk kesihatan usus, membantu proses tumbesaran bayi, semestinya penuh dengan khasiat yang boleh anda sediakan.\n\nTidak dinafikan bahawa susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda. Oleh itu, sebaiknya jadikan susu ibu sebagai bahan penting dalam makanan pertama bayi anda. \n\nResepi pertama yang ingin kami kongsikan adalah puri pisang dengan susu ibu. Bayi anda pasti sukakan puri yang lazat dan berkhasiat ini. Bahan-bahan dan cara-caranya adalah seperti berikut:\n\nTahukah anda bahawa bayi tidak memerlukan garam atau gula di dalam makanan mereka. Ini kerana buah pinggang bayi belum cukup matang untuk memproses gula dan garam. \n\nOleh itu, sebaiknya elakkan daripada memasukkan garam, gula, dan bahan perasa tiruan ke dalam makanan bayi anda. Resepi makanan pertama bayi yang seterusnya ingin kami kongsikan pada hari ini adalah bubur nasi bersama susu ibu. Apa yang anda perlukan adalah:\n\nPuri labu adalah di antara makanan pertama bayi yang paling popular di kalangan ibu-ibu di Malaysia. Ini kerana labu adalah makanan yang sangat baik untuk kesihatan bayi, malah rasanya yang lazat pasti membuatkan bayi anda sukakan makanan tersebut. Resepi untuk menyediakan puri labu bersama susu ibu adalah seperti berikut:\n\nPuri lobak merah dan labu bersama susu ibu\n\nPuri lobak merah dan labu bersama susu ibu juga adalah makanan pertama bayi yang kami cadangkan kepada anda. Resepi untuk menyediakan makanan lazat tersebut adalah seperti berikut:\n\nKobis bunga mempunyai rasa yang sangat lazat dan disukai oleh bayi. Kebiasaannya bubur nasi bersama kobis bunga adalah makanan pertama bayi yang menjadi kegemaran bayi comel di Malaysia. \n\nKami jamin, bayi anda akan menghabiskan semangkuk bubur ini dengan cepat. Cara untuk menyediakannya adalah seperti berikut:\n\nSelain bunga kobis, lobak merah juga sangat kaya dengan pelbagai khasiat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Lobak putih kaya dengan kerotena yang baik untuk kesihatan mata bayi anda. Apa yang anda perlukan untuk menyediakan resepi ini adalah:\n\n Puri epal merah bersama susu ibu \n\nEpal merah adalah buah yang manis dan mempunyai rasa yang lazat. Ia adalah bahan yang terbaik untuk dijadikan sebagai makanan pertama bayi anda. Resepi untuk puri epal bersama susu ibu adalah seperti berikut:\n\nPuri keledek manis bersama susu ibu\n\nResepi makanan pertama bayi yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini adalah puri keledek manis bersama susu ibu. Untuk menyediakannya:\n\nItulah dia resepi makanan pertama bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat! Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga pastinya sukakan artikel kami berkenaan jadual imunisasi bayi petua hilangkan selsema\u00a0bayi dan petua hilangkan cirit birit\u00a0bayi."
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi samosa dan cara lipat samosa. Bagi kami ianya berbaloi untuk dicuba. Mak-mak boleh buat untuk makan pagi atau minum petang.\n\nSamosa menggunakan inti ubi kentang dan carrot. Penggunaan carrot sedikit saja untuk memberikan warna inti yang cantik. Kemudian dibungkus menggunakan kulit popia maka jadilah ia samosa rangup.\n\nUntuk suri rumah yang ingin mula berniaga boleh cuba buat samosa ini. Resepi didatangkan daripada Sabariah Nor Mohd Yusof\u200e\u200e di laman Facebook.\n\nResepi ini lengkap dengan inti dan cara melipat samosa. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Selamat mencuba.\n\nBahan-bahan : Untuk 20-25 biji samosa,\n\nCara masukkan inti dan lipatkan samosa :\n\nSelain resepi samosa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Artikel ini tentang cara pilih ayam segar. Baca dengan teliti tips untuk tahu sama ada ayam yang dijual di kedai atau pasar segar atau sudah lama.\n\n\u201cKenapa ayam ni rasa tawar dan tak sedap. Dah masak lama pun masih lembik. Cara masakan yang tak betul ke? Atau ayam ni yang dah tak segar?\u201d\n\nBayangkan lepas bertungkus-lumus di dapur sediakan nasi ayam kegemaran suami dan anak-anak, tiba-tiba dialog di atas yang terbit dari mulut. Mood nak makan pun dah terbantut. Mesti pening fikir apa masalah sebenarnya.\n\nDah gunakan bahan-bahan rempah yang banyak. Alatan dapur pun bukan main canggih lagi. Suami diam tak berkutik dan tak cakap apa-apa. Anak-anak pun tak minta tambah seperti biasa. Mesti rasa kecewa dibuatnya.\n\nJika dah gunakan bahan yang baik, resepi pun memang yang biasa dibuat, agak-agaknya apa yang tak kena? Ada periksa ayam sebelum dibeli? Atau anda ialah seorang yang tak mementingkan faktor-faktor kesegaran sebelum membeli ayam?\n\nUntuk elak situasi seperti ni dari berlaku, penulis ingin berkongsi cara untuk pilih ayam yang segar. Bayangkan jika masak banyak-banyak untuk jamuan atau kenduri, tak pasal-pasal jadi bahan umpatan.\n\nPastikan ayam yang nak dibeli mempunyai bau yang segar. Bau yang segar tu maknanya hanyirnya tak kuat. Sekiranya ayam dah dipotong pada bahagian-bahagian kecil, bau darah segar menunjukkan ayam tu baru lagi.\n\nJika terlalu hanyir menandakan ayam tu dah lama. Ia akan menarik perhatian lalat untuk mengurungnya. Jika nampak ayam yang dijual dihurungi lalat tu tandanya ayam tersebut hampir nak jadi bangkai.\n\nIsi ayam perlu ditekan perlahan. Apabila ia memantul semula, ia menunjukkan isinya anjal dan pejal. Jangan beli ayam yang lembik sehingga bila isinya ditekan ia akan masuk ke dalam. Jika terlalu keras pula menandakan ayam tu diletakkan bahan pengawet.\n\nJika beli ayam yang sudah dibungkus, pastikan anda lihat tarikh \u2018best by\u2019. Ini bermakna kemungkinan anda tak akan terus memasak ayam tersebut. Buat perancangan dulu bila nak masak ayam.\n\nKemudian, ambil ayam yang mempunyai tarikh \u2018best by\u2019 yang lebih lama dari tarikh anda nak memasaknya. Jangan pula nak masak esok tarik \u2018best by\u2019 hari ni. Pasti ayam tersebut sudah tak segar dan rasanya nanti terjejas.\n\nNak tahu ayam yang segar antaranya perhatikan warna kulitnya. Kebanyakan ayam mempunyai warna pink lembut atau putih pucat. Namun, ada juga ayam yang warna kekuningan pada bahagian isinya.\n\nWarna isi ayam bergantung pada jenis kacukan, makanan dan umur. Ayam yang diberikan makanan yang mengandungi pigmen kuning atau carotenoid mempunyai warna isi yang kekuningan.\n\nJika ayam berwarna kelabu atau kehitaman di sana sini seperti kesan lebam, ia menunjukkan ayam tu dah tak segar. Kadang-kadang lebam tu tak begitu ketara, namun ada perlu perhatikan dengan teliti. Ayam yang dah kebiru-biruan biasanya dah diletakkan bahan pengawet formalin sebelum disejukbekukan.\n\nAnda boleh membeli ayam yang masih hidup dan minta peniaga Islam sembelih atau anda boleh melakukannya. Ayam yang baru disembelih pastinya lebih segar. Berbanding yang sejuk beku atau yang sudah sedia dijual, kita tak tahu bila ia disembelih.\n\nHarga ayam hidup lebih mahal berbanding yang dijual di pasar raya. Jika ada duit lebih, anda boleh membeli ayam hidup sama ada yang jenis biasa atau organik. Dari segi rasa, ia lebih sedap dan wangi setelah dimasak.\n\nRamai yang tak tahu, kita boleh mengenal pasti ayam yang segar atau tak melalui kepaknya. Apabila kepaknya ditarik ke belakang, ia akan kembali ke posisi asal tu menunjukkan ayam tersebut segar.\n\nJika kepak tu lembik dan jatuh ke belakang tanpa kembali ke posisi asal, menunjukkan ayam tu dah lama. Ayam yang kenyal disebabkan kandungan bahan pengawet. Jika anda perasan ayam seperti bengkak dan membonjol, tu disebabkan ayam telah disuntik.\n\nAyam segar yang baru disembelih tak akan mengeluarkan darah yang banyak. Jika ada penjual yang menjual ayam yang mempunyai darah yang cair dan banyak pada tulang, jangan beli. Ini menunjukkan ayam tersebut telah dibekukan dan dinyahbekukan beberapa kali.\n\nDikatakan bahawa jika tongkeng ayam berwarna putih maknanya ayam tersebut telah diproses selepas ia betul-betul mati. Jika tongkengnya merah, ayam tersebut telah diproses sebelum ayam itu mati misalnya bulunya dicabut hidup-hidup.\n\nManakala jika tongkeng dah lebam kebiruan menandakan ayam yang dah mati baru disembelih. Oleh itu, pastikan ayam yang dibeli mempunyai tongkeng berwarna putih.\n\n9. Terus Simpan Ayam Selepas Dibeli\n\nApabila bercadang untuk membeli barangan dapur, pastikan anda beli semua bahan kering terlebih dulu. Selepas selesai beli barang-barang lain, barulah beli ayam untuk elakkan risiko bakteria salmonella membiak.\n\nJika anda ada cooler pack, bolehlah dibawa ketika membeli ayam agar ia kekal segar sementara sebelum sampai rumah. Terdapat beberapa cara untuk menyimpan ayam dalam peti sejuk di rumah, iaitu:\n\na) Masukkan ayam ke dalam beg plastik kedap udara. Setelah dizipkan, masukkan ke dalam satu lagi beg plastik kedap udara. Jangan lupa zipkan.\n\nb) Cara lain ialah balutkan ayam dengan pembalut plastik atau aluminium. Kemudian, masukkan ke dalam beg plastik kedap udara dan zipkan.\n\nc) Jangan lupa letak di bahagian sejuk beku.\n\nAyam mentah boleh dibekukan selama 2 bulan. Agar anda tak lupa tarikh pembelian, labelkan beg plastik tersebut.\n\nKebiasaannya, peniaga akan menjual ayam yang segar-segar pada awal pagi selepas pasar dibuka. Oleh itu, kita boleh pilih saiz dan jenis ayam yang kita nak.\n\nDiharapkan pembaca sekalian dah dapat maklumat yang berguna tentang cara pilih ayam segar. Selain faktor kesegaran, kebersihan juga penting. Ia dapat mengelakkan kita dari mendapat penyakit jika termakan ayam yang sudah busuk. Moga bermanfaat. Jemput juga abca artikel tentang:"
"Resepi kek pelangi kukus versi dulu-dulu yang super gebu dan moist sedang sedia untuk menyeronokkan hari anda. Bertemankan secawan teh o suam, kek pelangi mampu menghadirkan suasana minum petang yang luar biasa.\n\nTidak sedikit orang yang masih tercari resepi kek pelangi ini. Apalagi kek pelangi kukus, ramai orang yang teringin menghidangakan kek ini dimana jua berada dalam acara apapun.\n\nKek pelangi tampilannya amat menarik. Warnanya yang beragam itulah yang membuat ia disebut kek pelangi.\n\nSelain disebalik warnanya yang menarik, rasanya juga amat sedap. Kek pelangi kukus ini mestilah mampu memuaskan selera anda.\n\nJika anda tidak ada kesibukan hari ini, baiknya anda buat kek pelangi kukus. Resepi didatangkan daripada Elly Imtiyaaz di laman Facebook.\n\nResepi Kek Pelangi Kukus Gebu Dan Moist\n\nSelain resepi kek pelangi kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pernahkah anda dengar mengenai penyakit melioidosis yang melanda di negara beriklim tropikal. Penyakit ini selalu tersebar di negara-negara asia tenggara dan utara Australia. Penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia dan haiwan. Di negara Malaysia jarang sekali melaporkan penyakit melioidosis ini tetapi kita masih perlu berhati-hati.\n\nApakah tanda-tanda dan gejala penyakit melioidosis ini?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta mengenai penyakit melioidosis. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nPenyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei. Bakteria ini adalah kuman Gram negatif (merah) bipolar yang berupa pin keselamatan (safety pin)\n\nBakteria ini boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik. Penyakit ini disebarkan kepada manusia, haiwan ataupun tumbuhan. Jangkitan kepada manusia adalah melalui sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air melalui luka, menyedut debu atau titisan air yang tercemar.\n\nTerdapat beberapa jenis tanda dan gejala melioidosis yang boleh dikategori seperti berikut:\n\n Jangkitan setempat (Localizes infection) : bengkak dan sakit, demam, kudis, bernanah.\n\n Jangkitan paru-paru (Pulmonary infection) : batuk, sakit dada, demam tinggi, sakit kepala, anorexia\n\n Jangkitan darah (Bloodstream infection) : demam, sakit kepala, sakit sendi, masalah pernafasan, ketidakselesaan abdomen, kelembutan otot, kekeliruan.\n\n Jangkitan disebarkan (Disseminated infection) : susut berat badan, sakit perut atau sakit dada, sakit otot atau sakit sendi, sakit kepala, sawan.\n\nWalau bagaimanapun, pelbagai tanda dan gejala boleh dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain seperti batuk kering, pericarditis dan lain-lain jangkitan kronik atau akut.\n\nMasa antara pendedahan kepada bakteria dan kemunculan gejala-gejala tidak ditakrifkan dengan jelas, umumnya gejala muncul 2 hingga 4 minggu selepas pendedahan.\n\nWalaupun orang yang sihat boleh mendapatkan melioidosis, pesakit yang mempunyai faktor-faktor berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan.\n\n kanser atau penyakit sistem imun tertekan (immune-suppressing) bukan jangkitan HIV\n\n*Berikut adalah tanda, gejala dan faktor-faktor yang boleh dapat penyakit melioidosis ini. Walaupun penyakit ini jarang berlaku di negara Malaysia tetapi kita masih perlu berhati-hati dan jaga kesihatan dengan baik. Lebih-lebih individu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti kecing manis, penyakit hati dan yang lain-lain. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bila sebut perkataan Temerloh, secara automatik akan terbayang gulai tempoyak ikan patin yang super duper sedap. Tahukah anda, selain ikan patin, ada banyak lagi tarikan lain di sana. Jom, kami kongsikan 12 tempat menarik di Temerloh yang wajib anda masukkan dalam rancangan percutian.\n\nNegeri Pahang sememangnya terkenal dengan hidangan ikan patinnya dan Dataran Patin adalah salah satu daripada restoran yang terkenal di daerah ini. Untuk menuju ke restoran ini, anda akan melalui jambatan gantung yang merentasi sungai.\n\nSebaik menghampiri kedai ikan patin ini, anda dapat menghidu aroma ikan patin tempoyak yang menggoda jiwa. Sementara menunggu tempahan anda dihidangkan, anda boleh menikmati pemandangan Sungai Semantan dan Sungai Pahang sepuas hati.\n\nBermacam tarikan yang ada di pesisir Sungai Pahang. Selain Dataran Patin, tarikan lain yang terletak di kawasan yang sama adalah Esplanade Temerloh (WaterFront).\u00a0 Di sini anda boleh menaiki bot yang disediakan untuk merasai angin sepoi-sepoi bahasa di Sungai Pahang ataupun sekadar bersantai di tepian sungai.\n\nPusat perlindungan dan penjagaan gajah ini terletak di Kuala Gandah, Lanchang. Gajah-gajah yang ditempatkan di sini adalah daripada yang kurang bernasib kerana ditinggalkan daripada gerombolan mereka ataupun gajah liar dan gajah denak yang telah ditangkap dan kemudiannya dilepaskan oleh Taman Negara.\n\nAnda sekeluarga dapat melihat gajah-gajah bergerak bebas di dalam sebuah kawasan berpagar serta menonton dokumentari tentang cara-cara gajah ini diselamatkan untuk dibawa ke habitat yang lebih selamat. Terdapat juga\u00a0pelbagai aktiviti menarik yang tersedia untuk para pengunjung seperti melihat persembahan gajah,\u00a0 memberi mereka makan atau sekadar bersantai di dalam taman-taman yang indah di sini.\n\nDah puas melihat haiwan kesayangan Thailand? Lepas sahaja melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, anda boleh meneruskan langkah ke Deerland Park untuk melihat haiwan yang terkenal dalam sejarah negeri Melaka pula, si rusa.\u00a0 Di sini, bukan sahaja ada rusa tempatan, tetapi juga spesies-spesies yang didatangkan dari luar negara.\n\nTaman yang dibuka dari tahun 1996 ini turut menempatkan beberapa jenis haiwan berbeza seperti memerang, burung unta, landak, pelanduk, burung merak, beruang madu dan banyak lagi sehingga boleh dianggap sebagai zoo mini.\n\nSebaik selesai mendekati semua haiwan yang ada, jangan lepaskan peluang untuk melawat Deerland Naturenya pula kalau anda ingin melihat di depan mata sendiri bermacam jenis herba semula jadi yang memiliki banyak khasiat kesihatan. Antara tanaman herba yang terdapat di sini adalah kacip fatimah, tongkat ali dan pikering.\n\nUntuk pengetahuan anda, sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang ditawarkan Deerland Park sekiranya anda ada banyak masa untuk diluangkan, antaranya adalah belajar menyumpit, merentas hutan, night walking, belajar memasak ala hutan dan macam-macam lagi.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari Kecuali Jumaat (11.00am \u2013 6.00pm)\n\nBagi yang sukakan alam semulajadi, apa kata anda jadikan eksplorasi Gunung Senyum sebagai salah satu rancangan apabila berada di Temerloh? Di sini anda dapat menerokai lebih daripada 20 buah gua, melihat pokok-pokok herba dan\u00a0 flora dan fauna lain.\n\nBerketinggian 1,594 kaki, masa yang diambil untuk mendaki ke puncak adalah lebih kurang 4 jam dan untuk turun ke kaki gunung pula adalah lebih kurang 3 jam. Jangan lupa untuk membawa bekalan air dan makanan yang cukup.\n\nHutan lipur di gunung ini turut menyimpan bukti kehidupan masyarakat Zaman Mesolitik. Di samping itu, nama-nama gua di sini juga kedengaran cukup klasik seperti Gua Terang Bulan, Gua Kolam Tujuh dan Gua Silat. Setiap nama gunung dan gua di sini ada kisah menarik yang tersendiri.\n\n6.\u00a0Taman Tema Air Kubang Gajah\n\nWalaupun Taman Tema Air Kubang Gajah\u00a0ini tidak memiliki tarikan sehebat Sunway Pyramid, tapi cukup menyeronokkan. Nak berendam, berenang atau hanya mengapungkan badan sambil menikmati pemandangan awan yang membiru, buatlah apa sahaja yang anda inginkan di dalam kawasan kolam yang luas ini. Harga tiketnya pun sangat murah.\n\nDah penat berenang, mesti terasa lapar bukan? Waterpark ini terletak dekat dengan restoran ikan patin yang terkenal di Temerloh. Cuba, jangan tak cuba.\n\nWaktu Operasi:\u00a0\u00a0Cuti Sekolah, Cuti Umum, Sabtu & Ahad (9.00am \u2013 7.30pm) | Hari Sekolah (2.00pm \u2013 7.30pm) | Rabu Tutup\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa RM10 | Kanak-kanak (2 \u2013\u00a0 12 Tahun) RM8 | Kanak-kanak (1 Tahun 11 Bulan & Kebawah) Percuma | OKU & Warga Emas RM5\n\nDitubuhkan pada tahun 1976,\u00a0Pusat Pemuliharaan Seladang\u00a0menempatkan haiwan yang terancam di negara ini di dalam sebuah habitat semula jadi yang berpagar. Jarang kita dengar pasal seladangkan? Inilah masanya untuk melihat dengan dekat haiwan yang berbadan \u2018tegap\u2019 ini.\n\nDikatakan, pusat pemuliharaan ini telah berjaya membiakkan lebih daripada 30 ekor seladang daripada jenis Bos Gaurus Hubbacki yang merupakan jenis seladang yang terbesar di Malaysia. Kesemua haiwan ini diletakkan di dalam 5 kandang yang luas di mana anda boleh mendekati sesetengah seladang yang jinak. Bagi seladang yang \u2018moody\u2019 pula, kebiasaannya boleh diredakan dengan batu atau ranting kayu kerana mereka sebenarnya takut kepada 2 benda ini.\n\nPasar yang dibuka sehari dalam seminggu ini merupakan pasar hari yang terpanjang di negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, Pahang. Lokasinya adalah di pesisir Jalan Lurah Semantan dan tidak jauh dari Sungai Pahang.\n\nJika anda datang ke sini, boleh rambang biji mata melihat aneka barangan yang dijual di sini daripada makanan yang enak, sayuran dan buah yang segar, hinggalah kepada pakaian.\u00a0 Peniaga-peniaga di sini juga sangat murah dengan senyuman, yang penting, harga barangan di sini pasti turut membuat anda tersenyum. Murah-murah!\n\n9. Perkampungan Orang Asli Che\u2019 Wong\n\nPerkampungan yang terletak di dalam hutan ini memaparkan kehidupan yang berbeza daripada di kota, di mana penduduk di sini hidup bersatu dengan alam semula jadi. Mereka masih meneruskan kehidupan setiap hari dengan menangkap haiwan di dalam hutan dan mencari buah-buahan atau sayuran sendiri untuk mengisi rasa lapar.\n\nMengenai lokasinya, tidak jauh daripada perkampungan ini adalah pusat konservasi gajah yang diuruskan oleh PERHILITAN.\n\nAlamat:\u00a0Perkampungan Orang Asli Che\u2019 Wong, Kuala Gandah\n\n10. Wadi Al-Amin \u2013 Kolam Mandi Tahfiz Berhala Gantang\n\nBagi anda yang terasa agak malu untuk bercampur lelaki dan wanita di dalam satu kolam renang, apa kata kalau anda memilih Wadi Al-Amin \u2013 Kolam Mandi Tahfiz Berhala Gantang sebagai lokasi bermandi-mandi.\n\nDi sini, kolam renang berasingan disediakan untuk muslim dan muslimat. Namun begitu, aurat tetap perlu dijaga kerana di sini tak kisahlah sama ada lelaki atau wanita, anda tidak dibenarkan memakai seluar pendek.\n\nSelain kolam renang dewasa, kolam kanak-kanak turut disediakan. Tanpa mengira usia, semua ahli keluarga dapat menikmati keseronokan bermandi-manda di sini. Bukan itu sahaja, di sebelah kolam renang ini juga terdapat kolam yang disediakan khas untuk anda yang ingin cuba memancing ikan.\n\nDah penat? Makanan dan minuman ada dijual di sini untuk mengisi kembali tenaga anda yang mungkin masih tidak puas berseronok.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin Tutup (Kecuali Cuti Sekolah/ Cuti Umum) | Selasa \u2013 Jumaat (3.00pm \u2013 6.30pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum (9.00am \u2013 6.30pm) | Cuti Sekolah (10.00am \u2013 6.30pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3\n\nSelain mendaki Gunung Senyum, ada satu lagi aktiviti lasak yang boleh anda lakukan di Pahang iaitu\u00a0 pendakian untuk menuju ke Air Terjun Lata Bujang.\u00a0 Nak menuju ke sini anda perlu melalui trek-trek yang mencabar. Daripada kawasan yang terlalu curam, yang licin hinggalah kepada laluan-laluan yang dihalangi pokok tumbang. Memang ekstrem juga kalau tak biasa.\n\nLebih kurang 2 jam kemudian, anda akan sampai ke kawasan perkhemahan Lata Bujang sebelum meneruskan perjalanan kurang 1 jam untuk ke kawasan air terjun 4 tingkat. Walaupun perjalanannya cukup memenatkan, tapi kepuasan yang dapat dinikmati setelah melihat keindahan air terjun ini boleh menghilangkan kepenatan.\n\nKrau Wildlife Reserve\u00a0merupakan rezab hidupan liar yang terbesar di bahagian Semenanjung Malaysia dengan keluasan 60 349 hektar. Rezab ini telah ditubuhkan sejak zaman pemerintahan Britisih lagi.\n\nDi sini juga ditempatkan sebuah pusat penyelidikan yang terkenal di seluruh dunia dalam pengkajian tentang burung dan kelawar. Selain itu, Krau Wildlife Reserve juga menempatkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Pusat Konservasi Hidupan Liar\u00a0Jenderak Selatan.\n\nItulah dia 12 tempat menarik di Temerloh yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Semoga bermanfaat!Jemput juga baca artikel tempat menarik di Kuantan dan tempat menarik di Pahang"
"Anda pastinya tahu mengenai Vietnam roll yang semakin menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang sedap dimakan bersama sos thai pastinya memikat hati anda. Inti popia yang pelbagai juga menjadikannya terkenal dalam kalangan ramai. Walaupun pada asasnya kandungan isi vietnam roll ini hanya terdiri dari isi udang, sayur-sayuran serta herba segar yang digulung bersama dengan rice paper dan dinikmati bersama sos.\n\nWalaupun begitu, kini telah banyak youtuber mukbang terkenal yang mula merenovasikan resepi Vietnam roll yang biasa dengan pelbagai jenis kandungan isi yang lain. Contohnya seperti maggi ramen yang mula terkenal kebelakangan ini. Terdapat juga Vietnam roll yang diinovasikan bagi mereka yang ingin berdiet dan bagi mereka yang tidak dapat memakan makanan laut. Jom tengok resepi ringkas di bawah.\n\nMenggunakan sayur-sayuran segar serta isi udang sebagai bahan utama pastinya memberikan kelainan dengan popia goreng yang biasa disediakan. Walaupun Vietnam roll ini menggunakan bahan-bahan yang sihat, tidak dinafikan bahawa makanan ini cukup menjadi kegemaran ramai. Jom tengok resepi yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Resepi ini dikongsi oleh page Resepi Terkini.\n\n1)Rendam rice paper ke dalam pinggan yang berisi air.\n\n2)Letakkan rice paper yang direndam tadi ke atas pinggan.\n\n3)Letakkan salad, sengkuang, timun, daun ketumbar, lobak merah, jejari ketam dan gulungkan seperti menggulung popia.\n\n4)Ulang proses yang sama seperti di no 3, gantikan jejari ketam dengan pepperoni ayam dan tambahkan soo hoon.\n\n5)Ulang proses 3 dan 4 sehingga habis.\n\n6)Susun Vietnam roll ke dalam pinggan.\n\n7)Vietnam roll siap untuk dihidangkan bersama dengan sos yang telah dibuat.\n\n1)Sediakan blender dan masukkan cili padi, bawang putih, daun ketumbar, pati ayam, gula dan air.\n\n2)Blender sehingga bahan halus dan sebati.\n\n3)Sediakan periuk dan tuangkan bahan yang diblender tadi.\n\n5)Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kacau hingga sebati.\n\n6)Masukkan air tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau rata.\n\n7)Masukkan gula, garam, biji bijan putih dan kacau sebati.\n\nSekiranya anda merupakan peminat Vietnam roll, anda pastinya tahu mengenai sos hijau yang telah viral sejak kebelakangan ini. Berbanding menggunakan sos thai sebagai pencicah, sos hijau yang mempunyai rasa lemak, masam, manis dan pedas pastinya menaikkan selera makan anda. Jom tengok cara membuat sos hijau ini. Resepi ini dikongsi oleh Liyn di laman Facebook.\n\n2)Masukkan bahan yang diblender ke dalam periuk.\n\n3)Masukkan bahan lain seperti susu segar, yogurt dan susu pekat.\n\n4)Masak bahan-bahan yang telah dicampurkan dengan api perlahan.\n\n5)Kacau sehingga sos menjadi pekat. Tutup api.\n\n6)Letakkan sos ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama vietnam roll.\n\n1)Rendamkan rice paper ke dalam air suam.\n\n2)Letakkan rice paper di atas pinggan.\n\n3)Letakkan salad, timun, carrot, udang dan sosej.\n\n5)Ulang proses diatas sehingga bahan habis.\n\n6)Hidangkan ke dalam pinggan bersama sos hijau. Selamat mencuba!\n\nBagi peminat seafood, anda pastinya akan suka dengan resepi Vietnam roll yang dibuat berasaskan bahan-bahan seperti udang dan isi ketam. Resepi Vietnam roll ini pastinya sesuai untuk dijadikan sebagai menu petang anda. Resepi dikongsi oleh Hana Kitchen.\n\n2)Kulit popia direndam dengan air suam sekejap supaya lembut.\n\n3)Letakkan kulit popia di atas pinggan yang di spray dengan air.\n\n4)Susun bahan di atas kulit popia tadi.\n\n6)Boleh juga pelbagaikan intinya seperti fish cake, lada bengala, lobak merah dan isi ketam.\n\n7)Vietnam roll siap untuk di hidangkan bersama sos thai.\n\n1)Tumbuk cili padi, bawang putih dan masukkan ke dalam mangkuk.\n\n2)Campurkan minyak bijan, lemon, sos ikan dan gula perang ke dalam mangkuk tadi.\n\n3)Hiris daun ketumbar dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.\n\n4)Gaul rata dan sos sedia dihidangkan bersama vietnam roll.\n\nJika dan biasa dengan resepi sebelum ni yang disajikan dengan sos thai, jom cuba resepi yang cepat, ringkas dan sihat ini. Selain bahan-bahan popia vietnam yang sihat, rasanya juga sangat sedap. Anak-anak pastinya akan suka dengan rasa Vietnam roll yang disajikan dengan sos pencicah yang pedas dan manis. Resepi dikongsi oleh Pn Amila Mat Adin di laman Facebook.\n\n1)Masukkan garam dan udang ke dalam air rebusan dan masak sehingga udang kemerahan.\n\n2)Basahkan kertas beras sehingga sedikit lembut dan letakkan di atas pinggan.\n\n3)Susun udang dan sayur yang telah dipotong di atas kertas beras.\n\n4)Lipatkan bahagian hujung kertas beras menutupi inti.\n\n5)Lipat bahagian kanan dan juga bahagian kiri. Akhirnya, gulungkan kertas beras dengan kemas.\n\n1)Masukkan bawang kecil, cili padi dan bawang putih ke dalam pengisar.\n\n2)Kemudian, masukkan air perahan lemon, sos ikan dan sos thai.\n\n4)Sos pedas manis siap untuk dihidangkan.\n\nSiapa yang tidak tahu dengan ramen Samyang yang terkenal dengan rasa sos pedas dan maggienya yang tebal dan kenyal. Kebelakangan ini ramai youtuber mukbang yang menyediakan popia vietnam dengan menggunakan Maggie Samyang sebagai isi bahannya. Jom resepi Qasey Honey yang dikongsi di laman Facebook miliknya. Bagi sesiapa yang baru nak cuba resepi Samyang Vietnam spring roll ini, jom lihat cara-cara yang ringkas untuk buat resepi ini!\n\n1)Sediakan periuk dan rebus air sehingga mendidih.\n\n2)Masukkan ramen ke dalam air yang mendidih dan biarkan sehingga lembut.\n\n3)Toskan ramen dan masukkan perencah seperti biasa.\n\n4)Sediakan pinggan berisi air, kemudian celupkan rice paper supaya lembut dan boleh digulung.\n\n5)Letakkan Samyang tersebut di tengah-tengah rice paper dengan kemas.\n\n6)Susun bahan-bahan yang lain seperti salad, timun, lobak merah dan sayur pilihan anda.\n\n8)Ulang proses di atas sehingga Maggie habis.\n\n9)Hidangkan ke dalam pinggan dan hidangkan bersama sos.\n\n1)Tumis bawang putih yang dipotong dadu dan cili api dipotong kecil di dalam kuali.\n\n4)Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dan tambahkan sedikit garam.\n\nBagi mereka yang inginkan menu Vietnam roll yang sihat, resepi yang dikongsi oleh Intan Nur Hanis ini pastinya memikat hati anda. Berbanding menggunakan rice paper sebagai pembungkus, resepi popia vietnam ini menggunakan kobis panjang bagi menggantikan kulit popia. Jom tengok resepi di bawah. Mudah, sihat dan sedap!\n\n1)Rendam kobis panjang ke dalam mangkuk yang berisi air garam.\n\n3)Celur kobis Panjang ke dalam air yang mendidih selama 1 minit.\n\n5)Potong dada ayam memanjang dan masukkan ke dalam mangkuk.\n\n6)Perapkan dada ayam menggunakan lada putih, sos tiram, cili flakes, garam dan gaul rata.\n\n7)Perasakan udang bersama garam dan cili flakes.\n\n8)Letakkan kobis panjang ke atas papan dan letakkan udang.\n\n9)Letakkan timun, lobak merah, cendawan ke atas kobis dan gulungkan.\n\n10)Ulang proses yang sama menggunakan dada ayam.\n\n11)Didihkan air dan kukus selama 5 hingga 6 minit.\n\n12)Tutup api dan hidangkan ke dalam pinggan. Vietnam roll siap untuk dihidangkan!\n\n1)Sediakan blender dan masukkan cili hijau, cili api, daun ketumbar, gula nisan, bawang putih, sos ikan, limau nipis dan air.\n\n2)Blander bahan sehingga halus dan masukkan mayonis.\n\n3)Blender bahan-bahan tersebut bersama campuran mayones.\n\n4)Tuangkan ke dalam mangkuk dan sos siap untuk dihidangkan bersama vietnam roll.\n\nResepi diatas mendapat komen yang positif dari mereka yang mencubanya. Selain dari bahan-bahan yang mudah didapati, cara penyediaan yang mudah juga menjadikan resepi ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masa yang terhad. Resepi ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan menu yang ringkas untuk menu minum petang. Selamat mencuba!\n\nAnda juga dijemput untuk membaca resepi menarik kami yang lain seperti:"
"Anda pernah dengar tentang penyakit Sistemik lupus eritematosus (SLE)? Mungkin kali pertama anda mendengar tentang penyakit ini adalah apabila mengetahui bahawa penyakit ini dihidap oleh penyanyi popular Selena Gomez.\n\nLupus adalah satu perkataan Latin yang membawa maksud serigala. Penyakit Lupus mendapat namanya apabila seorang doktor Perancis yang mula-mula menemui penyakit ini dan merawat pesakit tersebut mengibaratkan tompok-tompok merah yang timbul pada muka pesakit berkenaan seperti kesan daripada gigitan serigala.\n\nUntuk pengetahuan anda, Sistemik lupus eritematosus (SLE) atau nama pendeknya lupus adalah sejenis penyakit kronik autoimmune di mana pesakit akan mengalami keadaan tidak normal iaitu sistem daya tahan melawan penyakit dan antibodinya\u00a0 menyerang tisu badan pesakit itu sendiri.\n\nTindakbalas negatif di antara antibodi dan tisu badan yang berlaku kebiasananya akan memberikan kesan buruk kepada beberapa bahagian sistem tubuh seperti:\n\nDari segi perubatan, terdapat 3 jenis penyakit SLE iaitu:\n\nKajian membuktikan bahawa terdapat beberapa faktor yang menjadi punca seseorang mendapat penyakit SLE. Di antara punca yang telah dikenal-pasti ialah:\n\nSetiap pesakit SLE mempunyai gejala yang berbeza-beza di antara satu sama lain dengan tahap keseriusan yang berbeza daripada tahap biasa, sederhana, dan serius. Malah apa yang menarik, simptom yang dialami juga boleh datang dan pergi, tidak semestinya dialami setiap masa. Walau bagaimana pun, di antara simptom dan gejala SLE yang selalu dialami oleh pesakitnya ialah:\n\nPenyakit SLE boleh memberikan pelbagai komplikasi kepada pengidapnya. Di antara komplikasi yang paling serius ialah SLE boleh menjejaskan organ-organ seperti berikut:\n\nPenyakit SLE boleh menyebabkan berlakunya Nephritis atau radang buah pinggang\u00a0 yang menyebabkan buah pinggang\u00a0 tidak mampu berfungsi dengan baik untuk menyingkirkan sisa toksin dari air kencing. Kebiasannya pesakit yang mengalami Nephritis tidak mengalami sebarang kesakitan namun akan mengalami bengkak-bengkak pada kaki. Nepritis perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang.\n\nPenyakit SLE juga boleh menjejaskan paru-paru lalu menyebabkan berlakunya pleuritis iaitu radang pada lapisan paru-paru. Keradangan pada lapisan paru-paru akan menyebabkan pesakit mengalami sakit dada atau sakit dada setiap kali menarik nafas, dan pnemonia yang disebabkan oleh kehadiran kuman dalam paru-paru.\n\nDi antara komplikasi SLE yang paling ditakuti ialah ianya boleh menjejaskan otak atau saraf pesakit. Pesakit yang mengalami gangguan pada sistem saraf atau otak akan mengalami sakit kepala, pening, pelupa, penglihatan yang semakin kabur, sawan, strok, atau perubahan drastik pada kelakuan.\n\nPesakit SLE boleh mengalami komplikasi pada saluran darah lalu mengakibatkan berlakunya radang pada\u00a0 saluran darah\u00a0 atau istilah perubatannya vaskulitis. Radang pada saluran darah akan menyebabkan berlakunya gangguan pada aliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan,tetapu vaskulitis pada tahap yang serius memerlukan rawatan segera.\n\nPesakit SLE juga akan mengalami kompolikasi pada darah dan mengalami masalah kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Masalah darah cepat beku atau thrombosis juga sangat sinonim dengan pesakit SLE.\n\nPesakit SLE juga boleh mengerang jantung lalu menyebabkan pesakitnya mengalami sakit jantung disebabkan berlakunya radang pada tiga lapisan jantung dan juga penyakit Arteriosclerosis iaitu pembuluh darah yang keras.\n\nRawatan bagi penyakit SLE\u00a0 bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami oleh pesakit tersebut. Oleh kerana setiap pesakit SLE mempunyai gejala yang berbeza, maka rawatan yang diberikan juga adalah berbeza. Rawatan yang diberikan adalah untuk menghalang penyakit SLE daripada menjadi semakin serius dan mengelakkan berlakunya serangan ke atas organ dan mengakibatkan sebarang kerosakan.\n\nItulah dia info tentang SLE yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai tanda sakit jantung dan panduan kira BMI"
"Asal nak beli oden mesti kena beratur panjang. Itu memang senario dia kalau masuk Family Mart. Mesti ramai yang suka menu popular oden dia orang. Memang ramai pergi Family Mart sama ada nak beli oden atau pun aiskrimnya.\n\nJom kita cuba buat oden sendiri kat rumah. Mudah sangat rupanya. Satu family pula boleh makan sampai puas, jadi puas hati. Meh tengok resepi yang sudah viral sana sini itu. Resepi perkongsian ramai baru baru ini yang dikongsikan oleh \u200eMarina Ismail\u200e di laman Facebook. Boleh olah ikut tekak masing-masing ya.\n\nYang remehnya satu hal saja, susah nak cari barang frozen di satu tempat. Merata lah menjelajah. Siap pergi kedai-kedai Frozen, Giant dan Aeon semata-mata cari yang hampir sama dengan Family Mart. Kemudian kalau seafood frozen lebih disyorkan jenama Mushroom dan Figo sebab kedua-dua jenama itu rasanya lebih sedap dan berkualiti.\n\nTunggu apalagi, cubakan resepi ini di rumah. Sekali-sekala boleh lah untuk memuaskan selera anda yang mengidamkan oden Family Mart itu.\n\nSelain resepi oden, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Janganlah tengok sampai habis resepi lengkap kami petang ini kalau tengah jaga badan. Resepi mengundang nasi tambah berkali-kali. Resepi dari Kelantan yang cikgu Afy AL Habibi belajar dari mok. Gulai kuning ikan ayo nama diberi. Ada dua cara sebenarnya, tapi kami kongsi dulu versi tumis.\n\nApa-apa tips yang dibagi memang kena ikut. Bukan senang mewarisi ilmu masakan mok cikgu Afy yang banyak pengalaman itu. Sangat berharga dan susah dapat. Antara tips bagi menyedapkan masakan gulai tradisi ini ialah :\n\nSeperti tips yang diberi di atas, jika ingin rasa sedap, bungkus nasi dengan daun pisang beserta dengan kuahnya sekali. Bagi rasa sebati setengah jam. Baru buka pembungkus dan makan. Sila rasa kenikmatan yang tak terhingga makan nasi bungkus cara orang Kelantan. Resepi di bawah ini untuk seekor ikan tongkol bersaiz besar XXL.\n\nBiasa orang Kelantan masak gulai ikan mesti rebus dulu. Ada banyak resepi rebus ikan yang tersendiri. Masing-masing ada kesedapannya. Cuma yang belum tahu cara ini, mesti cuba ikut resepi ini. Pasti ada kelainan dan keistimewaan yang jarang dirasai.\n\nSelain gulai kuning ikan ayo, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Orang perempuan sukakan rumah yang cantik dan kemas. Selagi ada yang nampak tak kemas, pasti matanya akan berasa sakit. Pendek kata, dari halaman rumah sampailah ke bilik air semuanya wajib tersusun rapi. Salah satu perkara yang selalu memeningkan kepala para ibu ialah cara susun kasut. Biasanya kasut akan diletakkan di pintu masuk rumah, maka apabila ada tetamu yang bertandang, pastinya kasut yang bersepah akan menjejaskan pemandangan.\n\nBayangkan kalau ibu yang beranak ramai, berapa pasang kasut yang ada? Belum ditambah lagi dengan koleksi kasut yang ibu ada. Dibuatnya dapat jenis anak dan suami yang jenis buka kasut dan tinggal, tanpa disusun. Alamatnya berselerak kasut, penuh pintu masuk rumah. Sekali dua bolehlah ibu susunkan, tapi kalau setiap hari nak disusun penat juga. Belum cerita tentang kerja rumah yang lain.\n\nUntuk ibu-ibu yang dah lama mengidamkan rumah yang kemas dengan susun atur kasut yang tidak menyakitkan mata, hari ini kami akan kongsikan cara susun kasut dengan tips mudah yang boleh diamalkan, terutamanya kalau ada terlalu banyak kasut di rumah anda. Semoga bermanfaat!\n\n1. Jangan biarkan kasut diatas lantai\n\nRumah akan kelihatan sangat bersepah dan tidak kemas jika anda memilih untuk membiarkan kasut disusun di atas lantai. Jika Cuma anda seorang yang tinggal di rumah, mungkin tiada masalah kerana cuma akan ada sepasang dua kasut di lantai. Namun jika anda sudah berkeluarga dan mempunyai anak, bayangkan berapa pasang kasut yang akan bersusun di atas lantai?\n\nMalah jika anda beranak kecil, pastinya kasut akan diletakkan begitu sahaja tanpa disusun dengan cantik. Malah kasut mungkin akan berterabur seperti di masjid. Kan sakit mata dibuatnya? Oleh itu, cadangan kami ialah jangan biarkan kasut di atas lantai sebaliknya belanjakan sedikit duit untuk membeli rak kasut. Menyimpan kasut dalam rak akan membuatkan rumah kelihatan lebih kemas dan teratur.\n\nSemasa ingin membeli rak kasut, kami cadangkan anda pilih rak kasut yang berpintu. Ini kerana apabila rak kasut anda berpintu, tetamu yang datang ke rumah tidak akan dihidangkan dengan pemandangan kasut yang beraneka jenis, saiz dan warna sebaik sahaja tiba di muka pintu. Selain itu, rak yang berpintu akan mengurangkan sakit mata anda jika suami dan anak-anak masih tidak mahu menyusun kasut dengan kemas di atas rak. Tutup sahaja pintu, masalah kasut berselerak akan hilang dari mata. Jika anda membeli rak kasut tanpa pintu, anda mungkin akan masih sakit mata melihat kasut yang berselerak di atas rak.\n\n3. Sediakan compartment dalam rak kasut\n\nSatu lagi cara susun kasut yang boleh anda amalkan ialah dengan menyediakan compartment atau ruang kecil di dalam rak. Anda boleh letakkan bakul kecil atau kotak untuk membahagikan ruang di dalam rak. Dengan cara ini, masalah kasut yang disimpan secara berselerak akan hilang sama sekali kerana setiap kasut akan disimpan dalam compartment atau bahagian masing-masing.\n\nSelain membuatkan rumah lebih kemas, menyimpan kasut dalam ruang compartment akan melindungi kasut daripada berhabuk, terutamanya kasut yang jarang dipakai. Kalau rak kasut anda berada di luar rumah, menyimpan dalam compartment akan melindungi kasut anda daripada cahaya matahari dan air hujan. Sayang kan kasut yang anda beli mahal-mahal.\n\n4. Letakkan kasut yang kerap digunakan sahaja di muka pintu\n\nCara susun kasut yang seterusnya ingin kami kongsikan pada hari ini ialah letakkan kasut yang kerap digunakan sahaja di muka pintu agar tidak terlalu banyak kasut yang perlu disusun di dalam rak kasut. Bayangkan orang perempuan, kasut kita sahaja dah berapa pasang? Berapa besar rak kasut perlu disediakan untuk memuatkan semua kasut yang ada?\n\nOleh itu, cadangan kami ialah letakkan kasut yang kerap digunakan sahaja di rak kasut. Kasut yang jarang digunakan boleh disimpan di dalam rumah. Nak guna baru dikeluarkan. Dengan cara ini, anda tidak perlu membeli rak kasut yang terlalu besar. Harganya bukan murah malah akan memakan terlalu banyak ruang di depan pintu.\n\n5. Pilih rak kasut yang jimat ruang\n\nCara susun kasut yang seterusnya ialah pilih rak kasut yang jimat ruang. Sebagau contoh, beli rak kasut yang tergantung di dinding kerana ia akan menjimatkan ruang. Atau pun anda juga boleh membeli rak kasut yang kecil tapi tinggi sehingga ke siling. Kalau anda tiada idea, luangkan masa untuk melawar Ikea, SSF, atau kedai perabot untuk mendapatkan idea rak kasut yang ideal untuk rumah anda.\n\nMenyusun kasut mengikut kategori juga adalah cara susun kasut yang wajib anda amalkan jika nakkan rumah yang kemas dan teratur. Sebagai contoh, satu barisan rak digunakan untuk menyimpan kasut sukan, manakala barisan yang lain digunakan untuk menyimpan kasut kerja. Menyusun kasut ikut kategori juga akan memudahkan anda mencari kasut semasa hendak keluar rumah.\n\n7. Gantung kasut untuk jimat ruang\n\nTips susun kasut yang terakhir untuk hari ini ialah gantung kasut di dalam rak untuk menjimatkan ruang. Anda boleh beli panggantung kasut atau hanger seperti yang di kedai kasut. Menggantung kasut bukan sahaja menjimatkan ruang malah membantu mengelakkan kasut daripada berbau kerana sentiasa dianginkan.\n\nItulah dia perkongsian tentang cara susun kasut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang DIY rak kasut tips dekorasi bajet dan idea pengangkut baju"
"Tercari resepi nasi ayam yang menarik? Cubalah resepi nasi ayam madu lemon yang dibuat oleh Afy AL Habibi dan dikongsikan di laman Facebook. Resepi dicipta sendiri dan sesuai tekak konfirm sedap.\n\nDi bawah kami tuliskan dengan selengkap-lengkapnya resepi ringkas nasi ayam madu lemon ini. Ramai orang terliur tengok resepi ini. Lelehan sos madu dan lemon menghasilkan perpaduan rasa yang manis dan masam dalam satu gigitan, alangkah membuka selera makan.\n\nBukan tidak ada yang jual nasi ayam lemon madu di kedai makan, tapi tidaklah banyak mana, sukar juga jika ingin beli. Baik buat sendiri, hasilnya lagi lazat. Bahkan untuk orang yang cuba pertama kali pun puji sedap.\n\nIstimewa nasi ayam ini terletak pada sos madu lemon dan ayamnya. Siap ada letak sunquick lagi. Yang lain semua sama dengan nasi ayam biasa.\n\nSelain nasi ayam madu lemon, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Maggi, siapa tak kenal maggi. Makanan ruji para mahasiswa mahasiswi universiti. Ianya juga menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia, tak mengira bangsa ataupun agama. Sampaikan kesemua mi segera dipanggil Maggi. \n\nMaggi yang paling popular adalah maggi kari. Kalau di kedai mamak, Maggi Kari biasanya digoreng seperti mee goreng biasa. Akan tetapi, rasanya sudah pasti lagi enak. Jadi jom, mari kita cuba resepi maggi kari goreng!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Atie Haipi di Facebook milik beliau dan sudah pasti telah mendapat banyak perkongsian dan likes!\n\nNota: Tak perlu tambah garam atau apa apa perasa lagi ya!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi Maggi kari, anda juga boleh melihat beberapa lagi resepi yang mudah dan cepat serta bakal menarik hati anda. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini ya!"
"Jom cuba resepi sup tulang ini.\n\nSiapa yang suka makan sup tulang? Pada hari raya qurban misalnya jikalau dapat bahagian tulang memang sedap sangat untuk dibuat sup. Sup tulang ala Thai misalnya, pernahkah anda cuba hidangan ini?\n\nSup ini menggunakan bahan-bahan yang sederhana dan yang membezakan sup tulang ala Thai ini dengan sup lain ialah kerana sup tulang ini menggunakan daun limau purut. Di mana daun ini sangat berperan dalam memberi rasa dan aroma khas limau dalam sup.\n\nRasanya sangat menarik, apalagi dengan adanya daun limau semakin membuat kita ingin makan hingga tetes kuah terakhir. Sangat menyegarkan tekak. Resepi sup tulang daripada Noorlela Hasri\u200e di Facebook ini mendapat perkongsian sangat ramai. Tunggu apa lagi, jom cuba resepinya.\n\nSelain resepi sup tulang ala Thai, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai.\n\nJemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Menjaga bayi bukanlah perkara yang mudah. Pastinya anda sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan memberikan jagaan yang terbaik buat si comel. \n\nSalah satu aspek yang paling penting ialah tentang penyusuan bayi anda. Pernah tak anda berasa risau kalau-kalau bayi anda tidak menyusu secukupnya lalu menyebabkan perkembangan dan tumbesaran bayi terbantut?\n\nDalam masa yang sama, anda juga risau kalau-kalau bayi anda terlebih menyusu. Ia akan menyebabkan bayi anda menjadi obes dan lagi susah hati kalau bayi anda asyik muntah susu akibat terlebih menyusu. Berapa kali sepatutnya bayi anda menyusu setiap hari? Berapa banyak sukatan susu yang tepat untuk bayi anda menyusu setiap kali?\n\nApakah kepentingan mengetahui sukatan susu yang betul untuk bayi anda?\n\nPastinya anda tertanya-tanya penting tak untuk anda mengetahui sukatan susu yang tepat untuk bayi? Apakah kesannya jika anda memberikan susu kepada bayi anda secara melulu berdasarkan gerak hati atau setiap kali bayi anda menangis? \n\nUntuk pengetahuan anda, mengetahui sukatan susu yang betul untuk bayi adalah sangat penting terutamanya jika anda memberikan bayi anda susu formula kerana:\n\nApakah sukatan susu yang tepat untuk diberikan kepada bayi?\n\nKebanyakan bayi yang baru lahir akan minum kira-kira 1.5 sehingga 3 auns susu formula setiap 2 hingga 3 jam. Namun ia tidak sama bagi setiap bayi. Bayi lelaki biasanya akan menyusu dengan lebih banyak dan lebih kerap berbanding bayi perempuan. \n\nSemakin bayi anda membesar, semakin banyak susu yang diminum oleh bayi anda memandangkan perutnya juga semakin besar. Namun kekerapan akan berkurangan memandangkan perut bayi anda sudah mampu menyimpan jumlah susu yang banyak dalam satu masa.\n\nJika bayi anda menyusu badan, susukan bayi anda setiap kali bayi anda kelihatan lapar. Jika ana memberikan susu formula, ikut sukatan yang disyorkan pada tin susu yang dibeli.\n\nTips penyusuan yang boleh anda amalkan\n\nBerikut adalah beberapa tips penyusuan yang ingin kami kongsikan kepada anda sebagai panduan dalam menyusukan bayi anda. Perkara pertama yang perlu anda tahu ialah mengangis bukanlah satu-satunya petanda bahawa bayi anda lapar dan ingin menyusu. Kebiasaannya bayi akan memberikan tanda-tanda berikut apabila dia mula lapar:\n\nSelain itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu anda elakkan semasa menyusukan bayi anda. Di antara perkara-perkara yang perlu dielakkan ialah seperti berikut:\n\nItulah dia info tentang sukatan susu untuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang panduan susu ibu dan ibu susuan"
"Ramai masih keliru penggunaan terma resdung jadi saya akan jelaskan beza terma-terma yang doktor biasa guna ni.\n\nRESDUNG ialah alahan dan keradangan mukosa hidung (selaput dalam hidung).\n\nIa biasa dikaitkan dengan alahan keluarga iaitu atopy: Resdung, asma, ekzema, alergi konjunktivitis (gatal-gatal mata)\n\nResdung atau alergi rhinitis ini juga bermusim. Mungkin jadi lebih teruk pada musim bila debunga-debunga berterbangan. Di negara kita, ia sering juga berlaku bila musim hujan. Tetapi pendapat saya,ia berlaku bila hujan kejap,panas kejap,itu yang hidung sensitif tu.\n\n4) Bahan kimia iritasi (contoh bau kloroks, bau cat)\n\n5) Panas sangat, sejuk sangat atau perubahan cuaca mendadak.\n\n\u2013 Keluar dari pejabat berhawa dingin ke panas terik.\n\n\u2013 Mandi air sejuk waktu pagi.\n\n6) Stres dalaman meningkat dan ransangan lain-lain deria.\n\nPenyakit resdung ialah penyakit kronik..maknanya berpanjangan boleh jadi bertahun-tahun. Kecenderungan genetik sesebuah keluarga meningkatkan risiko seseorang dapat resdung ni.\n\nTunggu masa tercetus saja dengan stres persekitaran dan dalaman.\n\nInfo luar kotak : Resdung bukan sensitif hidung je ye, saraf dan emosi, perut, dan lain2 boleh jadi sensitif juga..ini berdasarkan pengalaman dan ada hujah saintifik juga teori saya ni.\n\nIni ialah keradangan tisu RONGGA HIDUNG.\n\n3) Dahi sebelah tengah (frontal sinus)\n\n\u2013 Biasanya berlaku pada pesakit resdung kronik.\n\n\u2013 Alahan menyebabkan imuniti badan lemah\n\n\u2013 Rongga sinus pesakit resdung ini mudah dijangkiti bakteria dan virus.\n\n\u2013 Rongga menjadi gatal, dipenuhi kahak hijau/kuning, keradangan meningkat mengakibatkan demam.\n\n\u2013 Kawasan rongga sinus seperti dahi, hidung dan pipi juga mungkin menjadi sakit kerana keradangan.\n.\n\nNampak beza antara sinusitis dan rhinitis? Keduanya biasa juga disebut bersama, rhinosinusitis kerana sinusitis ini biasa berlaku pada pesakit resdung.\n\nTapi sinusitis ini sepatutnya tak lama kerana ia merupakan biasanya disebabkan jangkitan kuman kerana imuniti lemah.\n\nJika puncanya bakteria, mungkin perlu ANTIBIOTIK.\n\nJika puncanya virus, antibiotik takkan berkesan.. sokong saja dengan antihistamin dan naikkan imuniti badan dengan pemakanan dan gaya hidup sihat. (Tidur berkualiti, rehat cukup, kurangkan stres).\n\nCara ringkas saya ingat cara bezakan dua ni simple saja:\n\n\u2013 Resdung (Rhintis) ni alahan sensitif.\n\u2013 Sinusitis ni jangkitan."
"Hadirnya Islam membawa perubahan yang cukup besar kepada kaum wanita khususnya. Agama Islam telah membaiki darjat dan perlakuan manusia kepada wanita. Sehinggakan dalam Al-Quran sendiri, Allah SWT menjelaskan bahawa kedudukan wanita dalam Islam adalah sama dengan lelaki. Wanita yang kedatangan haid contohnya mempunyai banyak kelebihan yang kita sendiri pun tidak pernah terfikir sebelum ini. Kecintaan Islam kepada kaum wanita sehingga diberikan panduan mengenai amalan ketika haid yang boleh dilakukan dalam keadaan mereka tidak suci. \n\nAmalan ketika haid yang pertama adalah membaca Al-Mathurat. Untuk pengetahuan anda, zikir ma\u2019thur adalah zikir yang diambil daripada Al-Quran dan Hadis. Manakala Al-Mathurat adalah himpunan zikir dari Nabi Muhamamad SAW. Tokoh yang bertanggungjawab untuk menyusun zikir ini adalah Al-Imam As-Syahid Hasaan Al-Banna (pengasas dan pemimpin gerakan Ikhwan Al-Muslimin).\n\nDalam Al-Quran, ada disebutkan tentang galakan membaca Al-Mathurat ini. \n\nDan sebutkanlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai.\u201d\u00a0\u2013 (Surah Al-Araf, ayat 205)\n\nWanita ketika haid boleh membaca Al-Mathurat walaupun ia ada mengandungi beberapa potongan ayat Al-Quran, doa, dan zikir. Namun wanita yang sedang haid mestilah niat untuk membacanya sebagai zikir. Bahkan dibolehkan untuk memegang buku Al-Mathurat kerana kedudukannya tidak sama dengan mushaf Al-Quran sebenar. \n\nAmalan yang mudah dan banyak kelebihannya tetapi sangat sukar dan berat untuk orang lakukan adalah beristighfar. Ibnu kathir ada berpesan, \u201cBarang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan:\n\n\u201cApabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.\u201d\n\nLafaz istighfar yang biasa kita baca adalah:\n\n\u201cAstaghfirullah hal \u2018azim allazi laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaih\u201d\n\nIlmu adalah keperluan yang sangat penting bagi semua manusia. Manusia boleh menikmati kebaikan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat jika mencari ilmu, dan beramal dengannya.\n\nMaka tidak hairanlah ulama-ulama zaman dulu begitu serius dalam menuntut ilmu dan kebaikannya boleh kita peroleh hari ini bila mana banyak rujukan tentang agama Islam boleh kita dapatkan dengan mudah dari kitab tulisan mereka ataupun pandangan mereka terhadap persoalan yang berlaku dalam masyarakat.\n\nBegitu juga hari ini, menuntut ilmu boleh menjadi amalan wanita ketika haid. Ada masa-masa lapang yang selalunya kita wajib untuk solat tetapi ketika haid ambil peluang itu untuk menimba ilmu dengan membaca buku ataupun mengikuti pengajian ilmu. \n\nSalah satu nikmat yang paling besar Allah berikan kepada hamba Nya adalah kesempatan untuk bertaubat sebelum meninggal dunia. Bertaubat bukan tunggu tatkala kita melakukan dosa sahaja.\n\nSebagai manusia, sudah semestinya kita tidak akan lari dari berbuat dosa sama ada besar atau kecil, sengaja atau tidak. \n\n\u201cWahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan taubat nasuha.\u201d \u2013 (Surah At-Tahrim, ayat 8)\n\nHanya dengan bertaubat sahaja, dapat menghilangkan dosa-dosa kita yang telah lalu.\n\nBanyak peranti digital hari ini sama ada dari platform podcast murottal Al-Quran sendiri, YouTube, MP3 Al-Quran, atau sebagainya ada menyediakan bacaan Al-Quran dalam bentuk audio. Jadi amat mudah untuk kita bawa kemana-mana dan dengar pada bila-bila masa. \n\nDari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda,\n\nMaksudnya: \u201cTidak ada kaum/seseorang yang berzikir kepada Allah kecuali mereka dikelilingi oleh malaikat-malaikat, di liputi oleh rahmat, turun kepada mereka ketenteraman, dan Allah menyebut mereka ketenteraman, dan Allah menyebut mereka sebagai orang-orang yang disisi.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Muslim)\n\nZikir ini amat penting kerana dengan berzikir menandakan bukti kita sentiasa mengingati Allah. Bahkan kerana pentingnya berzikir ini, Al-Imam Ibn Al-Qyyim pernah menempelak kumpulan manusia yang berat lidahnya untuk berzikir menyebut dan mengingati Allah.\n\nKata Ibn Al-Qayyim: \u201cSeberat-berat hukuman yang dikenakan di dunia adalah Allah menghentikan lisan kamu dari mengingatinya.\u201d\n\nBaca buku agama atau bahan ilmiah\n\nApa sahaja buku yang mampu memberikan kita ilmu pengetahuan yang bermanfaat ia amat digalakkan untuk dibaca. Tidak habis sehari satu buku, dapat baca setengah buku sehari pun memadai. \n\n\u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0628\u064f\u0651\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u0646\u0650\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u062c\u0650\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u064e\u062a\u0650\u064a \u0633\u064e\u064a\u064e\u062f\u0652\u062e\u064f\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u062c\u064e\u0647\u064e\u0646\u064e\u0651\u0645\u064e \u062f\u064e\u0627\u062e\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cDan Tuhan kamu berfirman: \u201cBerdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.\u201d\u00a0\u2013 (Surah Ghafir, ayat 60)\n\nBerdoalah dimana sahaja kita berada, dan pada bila-bila masa kerana dengan berdoa membuktikan yang kita bukan hamba Nya yang sombong.\n\nWanita ketika haid boleh mengumpul pahalanya dengan mencuci pakaian untuk solat. Jika wanita biasanya adalah telekung dan kain sarung. Apabila pakaian solat yang digunakan untuk menghadap Allah bersih, ia akan menambahkan lagi rasa selesa dan khusyuk semasa beribadah. \n\nAmalan mengulangi bacaan hafalan Al-Quran mempunyai beberapa pendapat sebenarnya. Pertama, hukumnya haram. Ini berdasarkan pendapat jumhur Fuqaha yang melarang wanita membaca Al-Quran ketika dalam keadaan haid atau sedang berjunub.\n\n\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u0642\u0652\u0631\u064e\u0623 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0627\u0626\u0650\u0636\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064f\u0646\u064f\u0628\u064f \u0634\u064e\u064a\u0652\u0626\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u0650\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cTidak dibolehkan wanita\u00a0 dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada Al-Quran.\u201d\u00a0 \u2013 (Hadis Riwayat al-Tirmizi, 131)\n\nManakala kedua, hukumnya adalah harus. Ini berdasarkan ulama\u2019 Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih iaitu dibolehkan untuk memegang Al-Quran bagi wanita yang haid dan dibolehkan membacanya bagi tujuan mengajar atau belajar. Namun yang demikian, kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja bukan sedang berjunub.\n\nMaka, wanita ketika haid boleh mengulang hafalan atas sebab-sebab takut terlupa apa yang dihafal. \n\nJangan pernah tinggal selawat di bibir kita walaupun sehari. Selawat inilah kelak yang akan menjadi bukti kita umat Nabi Muhammad SAW. Dengannya juga kita mendambakan syafaat di akhirat kelak. \n\nLafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang\u00a0berdasarkan dalil sahih adalah:\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\n\nMaksudnya: \u201cYa Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.\u201d \u2013 (Dari hadis: An-Nasae\u2019i: 1292)\n\nHulurkan sedekah walau sedikit. Jangan tunggu kaya untuk bersedekah kerana takut kaya itu hadirnya ketika nyawa kita sudah nun di hujung tanduk. Ruginya manusia yang sepanjang hidupnya tidak mahu bersedekah. Kerana mereka yang meninggal dunia jika dizinkan kembali ke dunia, ingin melakukan satu amal sahaja lagi iaitu bersedekah.\n\nRajinkan diri membantu orang sama ada ahli keluarga kita atau orang lain. Dengan itu kita tidak membuang masa begitu sahaja, dan malah dapat mengumpul pahala dengan meringankan beban orang lain.\n\nSemoga dengan panduan amalan ketika haid ini dapat menyampaikan ilmu yang bermanfaat buat kaum wanita Islam di luar sana. Kita tidak tahu selama mana Allah memberikan nikmat kehidupan kepada kita. Oleh yang demikian, manfaatkanlah hidup ini sebaik mungkin. \n\nAnda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:"
"Anda pernah dengar tentang Gunung Hijau? Bagi anda yang sukakan aktiviti hiking pastinya anda biasa dengar tentang gunung yang mencabar dan menguji kekuatan ini. Selain itu, jika anda seorang yang sukakan bidang paranormal dan misteri. Gunung Hijau juga adalah destinasi penjelajahan yang menjadi tumpuan ahli paranormal di Malaysia. Apa yang lebih menarik, Gunung Hijau juga menjadi tumpuan para pengkaji herba dan mereka yang mengamalkan perubatan tradisional.\n\nMenarik kan Gunung Hijau? Bukan sahaja menjadi pusat hiking malah menjadi pilihan mereka yang sukakan aktiviti paranormal dan mencari herba. Pastinya anda tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang gunung ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan beberapa info menarik tentang Gunung Hijau yang anda wajib tahu.\n\nGunung Hijau atau juga dikenali sebagai gunung Maxwell \u00a0terletak di daerahTaiping, Perak. Ia mempunyai ketinggian setinggi 1,449 meter\u00a0 atau 4,751 kaki dari aras laut. Gung hijau kaya dengan flora dan fauna dan masih mempunyai ekosistem yang terpelihara dari sebarang pencerobohan dan pencemaran lalu menjadikan ia destinasi pilihan para hikers di Malaysia untuk melakukan aktiviti hiking. Dari segi geografi, Gunung Hijau mempunyai 3 jenis hutan iaitu:\n\nSelain kaya dengan hidupan liar yang unik, Gunung Hijau juga kaya dengan tumbuhan dan herba yang mempunyai nilai perubatan lalu menjadikan ia lokasi pilihan bagi pengkaji herba dan mereka yang sukakan perubatan herba dan tradisional. Tak cukup dengan itu, pelbagai kisah paranormal di Gunung Hijau menjadikan ia lokasi pilihan para pengkaji paranormal di Malaysia.\n\nJika anda ingin mendaki Gunung Hijau, pendakian ke gunung Hijau biasanya dimulakan dari Bukit Larut memandangkan ia mempunyai laluan yang lebih mudah untuk dilalui berbanding laluan yang lain. Starting point di Bukit Larut adalah berhampiran dengan pecawang TM puncak Bukit Larut. Oleh itu, jika anda mempunyai rancangan untuk mendaki Gunung Hijau, kami cadangkan anda untuk memulakan perjalanan dari Bukit Larut dan bukannya laluan yang lain. Namun begitu ingin juga kami ingatkan bahawa untuk mendaki Bukit larut juga tidak mudah.\n\nUntuk sampai ke Puncak Bukit Larut, anda perlu meninggalkan kenderaan anda di bawah dan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang boleh disewa bersama pemandu yang berpengalaman mendaki Bukit Larut. Anda akan dibawa melalui perjalanan off road yang agak mencabar sehingga sampai di puncak. Disebabkan oleh perjalanan yang agak mencabar dan penuh berliku, pada kami adalah agak kurang sesuai untuk anda membawa anak kecil dalam pengembaraan ini kerana faktor keselesaan dan keselamatan.\n\nUntuk sampai ke puncak Gunung Hijau akan memakan masa sehingga sehari namun jangan risau kerana jalan untuk ke atas adalah cantik dan perjalanan anda tidak begitu sukar. Apa yang penting anda mempunyai tahap kecergasan dan stamina yang tinggi. Setiba sahaja di puncak, pastinya anda akan terpukau dengan pemandangan hutan sekitar yang sangat indah dan masih dara. Ditambah lagi dengan kabus tebal yang tercipta hasil kelembapan udara yang tinggi memandangkan Taiping merupakan kawasan tadahan hujan paling kerap di semenanjung Malaysia.\n\nHerba yang terdapat di Gunung Hijau\n\nGunung hijau kaya dengan pelbagai tumbuhan dan herba yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Terdapat pelbagai tumbuhan herba di sana yang menjadi buruan para pencinta herba. Namun apa yang menarik, terdapat sejenis hidupan kecil di sana yang menjadi buruan para ahl herba iaitu lintah gunung. Anda pernah dengar tentang lintah gunung?\n\nLintah gunung adalah lintah yang tidak tinggal di dalam sungai atau laluan air yang perlahan, sebaliknya ia tinggal di atas Gunung Hijau. Ia akan melekat pada batu-batu yang basah dan merayap di atas tanah yang lembap di Gunung Hijau. Bagi mereka yang ingin hiking di Gunung Hijau, sila bersedia untuk dihurung oleh lintah gunung yang banyak di sana.\n\nPara ahli herba akan mencari dan menangkap lintah gunung yang banyak di Gunung Hijau dan dimasukkan ke dalam botol untuk dibawa pulang. Kemudian lintah gunung akan direbus bersama beberapa akar dan herba lain untuk dijadikan minyak dan dijual secara komersial. Di antara resepi minyak lintah gunung Gunung Hijau yang popular adalah seperti berikut:\n\nKesemua bahan ini akan direbus dalam api perlahan untuk tempoh masa yang lama bagi memastikan semua kebaikan dan khasiat dari lintah gunung tadi keluar dan diserap masuk ke dalam minyak. Minyak lintah Gunung Hijau sangat berkhasiat bukan sahaja untuk kegagahan dan kekuatan lelaki malah digunakan oleh golongan wanita untuk mencantikkan asset dengan cara menyapukan minyak tadi kepada bahagian tubuh badan yang berkenaan.\n\nSelain lintah gunung, Gunung Hijau juga kaya dengan tumbuhan herba seperti kacip fatimah, tongkat ali, akar kayu, manjakani, dan pelbagai herba yang lain. Tidak hairanlah mengapa Gunung Hijau menjadi lokasi pilihan bagi pencari herba di Malaysia.\n\nItulah dia info tentang Gunung hijau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tempat menarik di Putrajaya,\u00a0 tempat menarik di Penang dan tempat menarik di Pahang."
"Apam\u00a0secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu. Terdapat pelbagai jenis apam yang berbeza bentuk, rupa dan rasa yang popular. Di antaranya adalah apam kukus, apam balik, apam pisang, apam beras, apam berkuah, apam manis dan sebagainya. \n\nApam Kukus ini bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan pemanis mulut untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun. \n\n Jangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Zuridah Zu .Apam Kukus sentiasa nampak cantik dan gebu. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Jom tengok resepi nya. \n\nMudahkan? Apam kukus tembikai ini mampu menarik minat kanak-kanak untuk memakannya. Tak payah pening dah kalau ada yang tak lalu makan. Nampak ini insyaAllah terus naik selera. Apa lagi, bolehlah mencubanya.\n\nSelain dari resepi Apam Kukus ini, blog bidadari.my ini juga memaparkan resepi menarik yang lain. Jemput membaca dan mencubanya. Dan jangan lupa kongsi resepi-resepi menarik kami dengan yang lain ya."
"Zaman persekolahan sudah bermula. Ramai ibu bapa yang sibuk membuat penyediaan untuk anak-anak pergi ke sekolah. Lebih-lebih lagi anak yang baru mula masuk ke alam persekolahan. Perasaan teruja tidak dapat digambarkan lagi di muka anak-anak. Mereka rasa teruja untuk mula bersekolah.\n\nIbu bapa semestinya akan membeli peralatan menulis, beg sekolah, kasut sekolah dan lain-lain lagi untuk anak. Peralatan menulis, kasut sekolah dan lain-lain tidak menjadi masalah ketika membeli dan tidak kisah jenis apa yang dibeli. Tetapi, pemilihan beg sekolah amat penting. Kenapa?\n\nBeg sekolah akan digunakan untuk membawa buku, alat tulis dan botol air. Jika salah membeli beg sekolah kemungkinan beg sekolah tidak akan tahan lama dan bahu akan terasa sakit. Selain itu, cara menggalas beg juga perlu betul. Itu adalah salah satu punca kenapa bahu kita sakit.\n\nBagaimana pemilihan beg sekolah yang betul?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai pemilihan beg sekolah yang selesa dan betul. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\n1. Jenis:\u2014 mempunyai dua tali penyandang, dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.\n\n2. Dalaman:\u2014 mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.\n\n3. Saiz:\u2014 bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.\n\n1. Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.\n\n2. Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh dan tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan/berlari.\n\n3. Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.\n\n*Kita mungkin tidak perasan bahawa jika beg sekolah yang digalas oleh anak tidak selesa dan betul, ia boleh mengakibatkan bahu sakit dan badan menjadi bongkok sedikit. Cuba membeli beg seperti ciri-ciri yang dinyatakan seperti di atas. Apabila anak selesa memakai beg sekolah, baru lah mereka semangat untuk pergi ke sekolah.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bermandi-manda di sungai merupakan salah satu aktiviti riadah bersama keluarga yang menjadi pilihan ramai. Ini kerana ianya merupakan satu aktiviti menarik di mana seisi keluarga dapat meluangkan masa mandi bersama sambil berkelah atau melakukan aktiviti barbeku.\n\nBukan sahaja dapat makan dan mandi-manda, dalam masa yang sama dapat melihat kehijauan alam dan lari sebentar dari hiruk-pikuk kota. Namun tahukah anda terdapat satu risiko utama bagi aktiviti mandi-mana di sungai iaitu kepala air.\n\nSudah acap kali kita melihat berita tentang kehilangan orang tersayang akibat kepala air semasa sedang bergembira mandi sungai bersama keluarga. Tak dinafikan bahawa sesungguhnya ajal maut di tangan tuhan dan setiap yang hidup telah ditentukan masa dan cara untuk mati.\n\nNamun yang sebenarnya kematian akibat kepala air boleh dielakkan jika kita tahu caranya. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info tentang faktor dan cara kesan kepala air.\n\nApa yang dimaksudkan dengan kepala air dan bagaimana ia boleh berlaku?\n\nMenurut laman web Wikipedia, kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Maksudnya, kepala air adalah air besar yang datang secara tiba-tiba akibat hujan yang turun di hulu sungai. Semasa anda sedang bermandi-mandi, kawasan hulu sungai sedang dilanda hujan lebat lalu menyebabkan air sungai naik dan menjadi deras lalu datang kepada anda secara tiba-tiba.\n\nKenapa kepala air merbahaya dan boleh menyebabkan kematian?\n\nKepala air adalah sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kematian kerana ia datang secara tiba-tiba tanpa sempat orang ramai yang sedang bermandi-manda naik ke tebing untuk menyelamatkan diri. Kepala air datang dalam arus yang deras dan boleh menghanyutkan orang dewasa dalam sekelip mata, inikan pula anak kecil. Malah kepala air bukan arus deras yang datang secara tiba-tiba semata-mata.\n\nKepala air juga membawa semua keladak, batu, ranting kecil, malahan kayu balak. Kesemua ini ada di dalam arus deras yang datang secara tiba-tiba itu. Jika anda sedang mandi di kawasan yang dilalui oleh kepala air, anda bukan sahaja akan dilanda oleh arus besar secara tiba-tiba malah anda juga akan dihentam oleh objek keras dan besar yang ada di dalam arus tersebut.\n\nAnda mungkin akan mati dengan serta-merta akibat hentakan batu di kepala atau akibat cedera parah setelah dilanggar oleh kayu balak yang bersaiz sebesar pemeluk lelaki dewasa. Tidak semestinya anda mati akibat lemas. Nampak kan betapa bahayanya kepala air.\n\nTerdapat banyak kes di mana mangsa yang hilang dihanyutkan kepala air langsung tidak dijumpai walau pun usaha mencari gigih dilakukan oleh pasukan penyelamat. Ini kerana arus kepala air adalah sangat kuat dan boleh menyebabkan tubuh badan atau mayat hanyut ke kawasan yang lebih jauh daripada disangka atau mungkin juga tersangkut pada kawasan atau bahagian yang tidak dijangka.\n\nKebiasaannya kepala air tidak berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran. Namun kita mungkin tidak sedar akan tanda amaran yang telah diberikan oleh alam. Di antara tanda yang biasanya berlaku sebelum datangnya kepala air adalah seperti berikut:\n\nNasihat kami, sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda yang disenaraikan segera keluarkan anak-anak dari sungai dan jauhkan diri daripada tebing sungai.\n\nBawa ahli keluarga anda keluar dari kawasan\u00a0 tersebut secepat yang mungkin kerana anda tidak tahu berapa besar kepala air yang sedang menuju ke arah anda. Mungkin kepala air yang datang Cuma kepala air yang kecil dan melimpahi tebing sungai.\n\nNamun tak mustahil kepala air yang datang adalah dalam skala yang besar dan boleh membanjiri seluruh kawasan termasuk kawasan anda berkhemah. Oleh itu keluar daripada kawasan tersebut dengan secepat yang mungkin.\n\nSatu lagi nasihat kami ialah elakkan daripada bermandi-manda dan berkelah di sungai pada musim tengkujuh. Ini kerana pada musim tengkujuh hujan akan turun tanpa disangka dan hujan yang turun juga biasanya sangat lebat lalu boleh menyebabkan berlakunya kepala air yang boleh meragut nyawa.\n\nItulah dia perkongsian kami tentang kepala air. Semoga bermanfaat buat anda. Pesanan kami walau apa pun aktiviti yang dilakukan bersama keluarga, keselamatan adalah perkara yang paling utama.\n\n*Jemput juga baca artikel tentang air terjun di Selangor dan ajar anak berenang"
"Mencari resepi sotong sumbat viral? Jom kami kongsikan resepi sotong sumbat masak merah yang disukai ramai.\n\nHidangan sotong selalunya mencabar kerana ramai orang pening menentukan apa resepi sotong yang sedap. Sotong sumbat boleh menjadi pilihan anda petang ini.\n\nBahan sumbat sotong resepi\u00a0\u200eUya Masbah\u00a0di laman Facebook ini ialah telur dadar dengan bawang, cili dan tomato dan dimasak dengan menghancur-hancurkannya jadi macam scramble egg.\n\nKemudian sambal masak merah dibuat mengikut resepi yang telah kami sediakan di bawah ini. Sotong sumbat digaul dengan sambal maka jadilah ia. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sotong sumbat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya"
"Jom kenali punca-punca dan risiko kanser rahim pada wanita. Kanser pembunuh utama untuk wanita.\n\nRahim merupakan organ penting dalam sistem reproduksi wanita.\n\nIa berbentuk seperti pir terbalik; bahagian atas adalah fundus, tengah adalah korpus, dan bahagian bawah adalah serviks; lapisan dalaman rahim adalah endometrium, dan lapisan luar adalah otot (myometrium).\n\nFungsi Rahim adalah untuk menyokong pembangunan janin sehingga ia lahir.Semasa kehamilan, seluruh proses perkembangan bayi terjadi di dalam rahim.\n\nSelain itu, bahagian endometrium pula terlibat dalam kitaran menstruasi wanita. Selain untuk kehamilan dan menstruasi, rahim juga berperanan penting dalam memberikan respons seksual.\n\nSemasa tubuh menerima rangsangan seksual, rahim mengalirkan darah ke Kawasan pinggul dan alat kelamin.Cuba anda bayangkan apa yang akan berlaku jika organ penting seperti ini mengalami kanser?\n\nKanser rahim terjadi apabila berlakunya pertumbuhan yang tidak normal (malignan) pada mana-mana sel yang terdiri daripada tisu rahim.\n\nPembentukan sel-sel kanser boleh membentuk massa (tumor malignan).Manakala sel-sel bukan kanser yang membentuk massa disebut sebagai tumor benigna (tidak berbahaya).Sel kanser boleh merebak melalui 3 cara, iaitu melalui darah, sistem limfa dan melalui tisu berdekatan.\n\nSeperti kanser lain, kanser rahim juga masih belum mempunyai penyebab yang jelas.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mengalami kanser Rahim dalam kalangan wanita.\n\nBerikut adalah faktor risiko yang anda perlu beri perhatian:\n\n1. wanita dengan yang mengalami penebalan abnormal dinding endometrium (hiperplasia)\n\n3. wanita yang tidak pernah mempunyai anak\n\n4. menstruasi bermula sebelum usia 12\n\n5. menopause selepas umur 55 tahun\n\npengambilan tamoxifen untuk kanser payudara atau mengambil estrogen sahaja (tanpa progesteron) boleh meningkatkan risiko kanser rahim.\n\n10. sindrom Lynch (yang biasa dilihat sebagai kanser kolorektal yang diwarisi).\n\n11. Mempunyai hyperinsulinemia (tahap insulin tinggi dalam darah).\n\n12. haid Bermula pada usia yang muda.\n\n13. Menghidap polycystic ovarian syndrome (PCOS).\n\nPerhatikan juga gejala-gejala ini sebelum terlambat:\n\n1. Pendarahan vagina yang tidak normal (gejala yang paling biasa)\n\nPendarahan vagina yang tidak normal adalah aliran darah dari faraj yang berlaku sama ada pada masa yang salah atau dalam jumlah yang tidak normal.\n\n3. Kesakitan semasa kencing dan / atau semasa melakukan seks\n\nPada tahap ini, kanser hanya terdapat pada rahim.\n\nTAHAP I dibahagikan kepada TAHAP IA dan IB, berdasarkan sejauh mana kanser telah merebak.\n\n\u2022 Tahap IA: Kanser berada di endometrium hanya atau kurang daripada separuh melalui myometrium (lapisan otot rahim).\n\n\u2022 Tahap IB: Kanser telah merebak setengah atau lebih ke dalam myometrium.\n\nTahap II\nPada TAHAP II, kanser telah merebak ke tisu penghubung serviks, tetapi tidak tersebar ke luar rahim.\n\nKanser telah merebak ke luar rahim dan serviks, tetapi tidak menyebar ke luar pelvis.\n\nTahap III dibahagikan kepada peringkat IIIA, IIIB, dan IIIC, berdasarkan sejauh mana kanser telah merebak di dalam selaput.\n\n\u2022 Tahap IIIA: Kanser telah merebak ke lapisan luar rahim dan / atau ke tiub fallopio, ovari, dan ligamen pada rahim.\n\n\u2022 Tahap IIIB: Kanser telah merebak ke vagina dan / atau kepada parametrium (tisu penghubung dan lemak di sekitar rahim).\n\n\u2022 Tahap IIIC: Kanser telah merebak ke nodus limfa di pinggul dan / atau sekitar aorta (arteri terbesar dalam badan, yang membawa darah dari jantung).\n\nPada Tahap IV, kanser telah menyebar ke luar pelvis.\n\nTahap IV dibahagikan kepada IVA dan IVB, berdasarkan sejauh mana kanser telah merebak.\n\n\u2022 Tahap IVA: Kanser telah merebak ke pundi kencing dan / atau dinding usus.\n\n\u2022 Tahap IVB: Kanser telah merebak ke bahagian lain badan di luar pelvis, termasuk abdomen dan / atau nodus limfa di pangkal paha.\n\nAntara rawatan yang selalu digunakan adalah:\n\nPembedahan membuang kanser adalah rawatan yang paling biasa untuk kanser rahim.\n\n\u2022 Pembedahan untuk membuang uterus dan serviks\n\npembedahan untuk membuang uterus, serviks, dan sebahagian. Ovari, tiub fallopio dan nod limfa berdekatan juga boleh dibuang.\n\nPembedahan membuang nodus limfa daripada Kawasan pelvik.\n\nSampel tisu akan diperhatikan di bawah mikroskop bagi memastikan tanda-tanda\n\nTerapi radiasi adalah rawatan kanser yang menggunakan sinar-x Berkuasa tinggi atau jenis radiasi lain untuk membunuh sel-sel kanser atau menghalang kanser berkembang.\n\n\u2022 Terapi radiasi luar menggunakan- mesin di luar badan untuk menghantar radiasi ke arah kanser.\n\n\u2022 Terapi radiasi dalaman\u2013 menggunakan bahan radioaktif dalam jarum, benih, wayar, atau kateter yang ditempatkan terus ke dalam atau berhampiran kanser.\n\n3. Kemoterapi\nKemoterapi adalah rawatan kanser yang menggunakan ubat untuk menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser, sama ada dengan membunuh sel-sel atau dengan menghentikan sel-sel daripada membahagi.\n\nCara kemoterapi diberikan bergantung pada jenis dan tahap kanser yang dirawat.\n\nTerapi hormon adalah rawatan kanser yang menghilangkan hormon atau menghalang tindakan mereka dan menghentikan sel-sel kanser daripada berkembang.\n\nHormon adalah bahan yang dibuat oleh kelenjar di dalam badan dan diedarkan di dalam aliran darah.Sesetengah hormon boleh menyebabkan kanser tertentu berkembang.\n\nJika ujian menunjukkan sel-sel kanser mempunyai tempat di mana hormon boleh melekat (reseptor), ubat-ubatan, pembedahan, atau terapi radiasi digunakan untuk mengurangkan penghasilan hormon atau menghalangnya daripada berfungsi.\n\nTerapi yang disasarkan adalah sejenis rawatan yang menggunakan ubat-ubatan atau bahan-bahan lain untuk mengenal pasti dan menyerang sel-sel kanser tertentu tanpa merosakkan sel normal.\n\nAntibodi monoklonal, inhibitor mTOR, dan inhibitor transduksi isyarat adalah tiga jenis terapi yang disasarkan yang digunakan untuk merawat kanser rahim.\n\nJika anda mempunyai gejala-gejala berkaitan kanser rahim atau mempunyai faktor-faktor risiko kanser ini, segera dapatkan nasihat daripada pakar.\n\nKongsikan maklumat kanser Rahim yang tepat kepada kenalan anda agar dapat memberi pengetahuan penting ini kepada masyarakat di luar.\n\nAmalkan gaya hidup yang sihat dan cerdas untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit yang berbahaya.Percayalah, kita mampu menghalang kanser dari terus menjadi faktor utama kematian di dalam negara ini!\n\nJemput juga baca artikel kanser lain tulisan kami. Contohnya seperti kanser darah, kanser usus dan kanser limfoma."
"Perkataan sedekah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud benar dan dari segi syarak pula, sedekah adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan secara sukarela dan ikhlas tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. \n\nMerujuk keimanan mahu pun keyakinan kepada Allah, sudah tentu ianya memerlukan kepada pembuktian iaitu mengeluarkan harta benda di jalan Allah S.W.T. Pemberian itu boleh ditujukan kepada fakir miskin, saudara mara ataupun untuk kepentingan jihad fisabilillah. Untuk pengetahuan anda, sedekah sebenarnya lebih luas dari zakat mahu pun infak.\n\nSedekah juga berbeza dengan pemberian hadiah yang bertujuan sebagai kenang-kenangan dan tanda penghargaan serta boleh diberikan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka yang kaya raya. \n\nSedekah tidak hanya bererti mengeluarkan atau menyumbangkan harta, ia merangkumi segala amal atau perbuatan baik. Tujuan bersedekah adalah memberikan sesuatu, bantuan atau sumbangan kepada orang yang susah dan kurang berkemampuan bagi meringankan masalah mereka.\n\n\u201cSebaik-baik amal adalah memberi makan (kepada fakir miskin dan anak yatim) dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal.\u201d\u00a0\u00a0\n\n(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasa\u2019i R.A.)\n\nJelas maksud sebenar bersedekah. Jom ketahui antara 12 nikmat bersedekah ramai yang tidak tahu!\n\nNikmat bersedekah yang kita laukan tanpa kita sedar akan menambahkan umur kita sekaligus mencegah kita mengalami kematian yang buruk Sekaligus menghilangkan berbagai sifat tidak baik yang ada di dalam diri kita. Daripada sabda Rasulullah S.A.W :\n\n\u201cSesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk (husnul khotimah), Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri\u201c\n\nSedekah juga akan menghapus dosa besar yang sudah kita buat meskipun dosa tersebut tidak dihapuskan begitu saja tanpa disertai dengan\u00a0 perbuatan yang baik dan juga taubat, jadi begitu besar nikmat bersedekah ini kan?\u00a0\n\n3. Pemisah Diri Daripada Api Neraka\n\nNikmat bersedekah tidak hanya datang\u00a0 dengan memberikan wang ringgit, namun ianya juga datang dengan memberi sedekah dengan benda-benda lain. Antaranya pakaian, makanan dan sebagainya akan menjadi pemisah kita dengan api neraka di akhirat kelak. Rasulullah S.A.W. bersabda :\n\n\u201cJauhkan dirimu dari azab api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir tamar (kurma)\u201c\n\nTerdapat pelbagai nikmat bersedekah yang boleh kita dapatkan dengan memberi sedekah iaitu kita akan mendapatkan rezeki yang lebih banyak lagi dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Perbuatan sedekah tersebut disukai oleh Allah S.W.T. sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. :\n\n\u201cTurunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah.\u201d\n\n5. Mendapat Naungan Pada Hari Kiamat\n\nBukan itu sahaja, nikmat bersedekah terbesar adalah mendapat naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat kelak. Lihatlah betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang selalu bersedekah ini.\n\n\u201cSesungguhnya sedekah akan memadamkan panas kubur bagi pelakunya. Sesungguhnya pada hari kiamat, seorang mukmin akan berlindung di bawah naungan sedekahnya.\u201d\n\nSalah satu nikmat bersedekah adalah hajat akan dimakbulkan Allah S.W.T. Sekiranya anda yang memiliki hajat yang tertentu, sering-seringlah bersedekah. Insyaallah mudah-mudahan segala hajat anda segera dikabulkan.\n\n\u201cBarang siapa berniat bersedekah, kecepatan Allah membalasnya adalah lebih daripada kecepatan gerakan sedekahnya.\u201d\u00a0\n\nNikmat sedekah ramai tak tahu dan luar biasa bagi orang yang bersedekah adalah orang tersebut akan dilindungi dari segala bahaya. Meskipun orang tersebut adalah seorang pendosa, kafir bahkan zalim, mereka boleh menghadapi sebarang musibah dengan baik kerana Allah S.W.T. akan menjauhkan bencana dari orang yang melakukan sedekah tersebut. \n\nJadi ingatlah, walaupun sebaik mana pun anda, jika anda tidak bersedekah, Allah tidak akan melindungi anda dari bencana akibat sikap anda yang tidak bersedekah.\n\nBersedekah yang dilakukan dengan niat ibadah pada Allah akan semakin memperkuatkan iman seseorang itu. Ia merupakan satu nikmat yang besar bagi kita yang beragama Islam. Dalam Al-Quran dan Hadis juga ada menyebutkan bahawa bersedekah adalah satu perkara yang turut diperintahkan untuk semua umat muslim.\n\nKita juga dapat mengelakkan diri dari sifat angkuh dan sombong. Penting untuk anda sedari bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan, hasilnya adalah daripada Allah S.W.T. Dengan bersedekah, kita dapat mengikis sifat angkuh dan sombong tersebut.\n\nSedekah merupakan proses memberikan apa yang kita miliki baik dari segi harta ataupun wang ringgit kepada orang yang memerlukan dan nikmat bersedekat tersebut amatlah besar ganjarannya. \n\nBersedekah tidak hanya dilakukan untuk membantu orang lain yang sedang ditimpa kesusahan namun juga dapat melatih diri untuk rasa simpati kita kepada orang lain khususnya kepada penerima sedekah tersebut.\n\nTidak hanya pahala sedekah di hari Jumaat yang boleh kita lakukan, namun dengan melakukan sedekah sebanyak mungkin, ia dapat memberi nikmat dalam akhir kehidupan kita. Allah akan meringankan Sakaratul maut kita kelak. Sabda Rasulullah S.A.W.:\n\n\u201cSedekah dari seorang Muslim meningkatkan (hartanya) di waktu kehidupannya dan juga meringankan kepedihan di saat kematiannya (Sakaratulmaut), dan melauinya (sedekah) Allah menghilangkan perasaan sombong dan riak (egois).\u201d\u00a0\n\nNikmat bersedekah juga dapat menyebuhkan penyakit. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :\n\n\u201cUbatilah orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah\u201d\n\nKesimpulannya, nikmat bersedekah itu banyak ganjarannya. Contoh yang perlu diikuti dalam bersedekah adalah Rasulullah S.A.W. kerana baginda amat takut jika di rumahnya terdapat sedikit sahaja makanan dan harta yang belum disedekahkan. \n\nSehinggakan pakaian baginda sendiri diperbuat dari bahan kasar dan murah. Marilah sama-sama kita memperbanyakkan sedekah. Insyaallah segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. . Wallahualam.\n\nJom baca juga kelebihan sedekah, sunnah nabi mudah dan kelebihan solat dhuha."
"Kebelakangan ini, kita sering terbaca banyak kes kemurungan (depresi) yang melibatkan kaum wanita. Wanita adalah makhluk yang bersifat lembut dan perlu disantuni. Kami kongsikan 5 ayat motivasi untuk wanita sebagai pembakar semangat.\n\nSeperti kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib,\n\n\u201cWanita itu seperti bunga. Mereka harus diperlakukan dengan lembut, baik hati, dan dengan kasih sayang.\u201d Namun, jika mereka dikasari, akibatnya mereka akan memberontak dan sampai satu tahap mereka sudah hilang sifat kelembutannya.\n\nOleh itu, santunilah para wanita di sekeliling anda. Malah, inilah yang dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw juga berpesan agar menasihati wanita secara baik, seperti mana dalam hadis:\n\nDari Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:\n\n\u201cNasihatilah kaum wanita secara baik, kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian yang paling atas. \n\nJika engkau meluruskannya, bererti engkau mematahkannya; dan jika engkau membiarkannya, maka dia tetap akan bengkok. Oleh itu, nasihatilah kaum wanita secara baik.\u201d\n\nBegitu besar peranan seorang wanita sehingga ada pepatah yang menyatakan, \u2018Wanita itu tiang negara. Apabila wanita itu baik, maka negara akan baik. Jika wanita itu rosak, maka negara juga akan rosak.\u201d\n\nMaka, sebagai wanita, kita seharusnya merasa bersyukur dan bangga ditakdirkan Allah swt menjadi seorang wanita. Ini kerana, terlalu besar peranan dan darhat yang Islam berikan kepada para wanita. Syaikh Akram Nadawi menyatakan, \u201cJika semua orang tahu status seorang wanita Muslimah dalam Islam, maka lelaki pun pasti ingin menjadi wanita.\u201d\n\nSekalipun kamu disakiti, percayalah, bahawa Islam tidak pernah menyakiti seorang wanita. Islam sentiasa mengangkat darjat dan menyantuni kaum hawa.\n\nTiadalah kata-kata motivasi yang lebih baik untuk para wanita melainkan ayat-ayat inspirasi daripada al-Quran dan hadis. Mudah-mudahan dalil ini boleh menjadi penguat semangat buat semua wanita untuk berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan sebaik-baik perhiasan (wanita solehah).\n\n1) Taat Suami Menyamai Pahala Jihad\n\nBersabda Rasulullah saw: \u201cSampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit daripada golongan kamu yang dapat melakukannya.\u201d\n\nOleh itu, berusahalah para isteri untuk mentaati suami dan mengakui haknya selagi mana suami itu berhak untuk ditaati (suami mentaati Allah swt dan tidak melakukan perkara yang melanggar syara\u2019).\n\nNamun bagi wanita yang masih bujang, taatilah kedua ibu bapa. Sungguh, pahala berjihad di jalan Allah swt itu sangat besar ganjarannya, maka rebutlah pahala itu. Moga kita bahagia di dunia dan juga di akhirat.\n\n2) Ganjaran Bagi Wanita Yang Hamil, Melahirkan dan Menyusukan Anak\n\nRasulullah saw bersabda: \u201cApabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; \n\ndan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. \n\nApabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.\u201d (HR Ibn Hibban)\n\nMengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak adalah satu pengorbanan besar seorang wanita yang bergelar ibu. Fasa ini memang melelahkan. Namun, Allah swt Maha Mengetahui segala keletihan yang kita alami. Maka, sebagai wanita, kita belajarlah untuk redha. Redhanya hati kita mengandungkan, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak-anak akan dibalas dengan ganjaran yang sangat besar di akhirat nanti.\n\n3) Pilihlah Syurga Mana Yang Kamu Suka\n\nRasulullah bersabda, \u201cApabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka.\u201d (HR Ahmad)\n\nSyarat yang Allah berikan kepada para wanita untuk mendapat keistimewaan syurga, tidak banyak, hanya 4 syarat sahaja. Namun, syarat itu bukan mudah untuk direalisasikan. Oleh itu, setiap wanita harus berusaha untuk memenuhi keempat-empat syarat ini. 4 perkara inilah seharusnya menjadi panduan kita sepanjang kehidupan di dunia.\n\nNabi saw bersabda, \u201cMana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga.\u201d (HR At-Tirmidzi)\n\nBanyak hadis Nabi saw yang menyatakan tentang pentingnya ketaatan seorang isteri kepada suami. Asbab daripada ketaatan ini, isteri mengharapkan keredhaan dari suami. Ini kerana, keredhaan suami adalah kunci bagi syurganya.\n\nNabi saw ketika Baginda ditanya: \u201cBagaimana wanita terbaik itu?\u201d. Baginda menjawab, \u201cWanita terbaik itu\u00a0ialah yang menyenangkan bila dipandang\u00a0suaminya dan menurut bila disuruh, serta tidak mengkhianatinya, baik dalam menjaga dirinya sendiri atau harta suaminya yang sangat tidak disukainya\u201d. (HR Abu Dawud dan Nasa\u2019i).\n\ni) \u201cWanita terbaik ialah wanita yang membuatmu senang jika engkau melihatnya\u201d\n\nBermakna kecantikan dan penampilan yang baik. Tidak diragukan lagi bahawa hal ini merupakan suatu yang disunatkan, ini kerana kebiasaan manusia lebih cenderung pada kecantikan. Apalagi kecantikan dan penampilan yang baik pada diri isteri dapat memelihara dan melindungi nafsu suami.\n\nBermakna ketaatan isteri kepada suami adalah sangat penting. Ketaatan ini lahir dengan ikhlas sekiranya suami juga membahagiakan serta memberi hak-hak isteri. Apabila hak-hak isteri dipenuhi, isteri secara fitrahnya akan sedia berkhidmat dan memberi ketaatan kepada suaminya.\n\niii)\u00a0\u201c.tidak mengkhianatinya, baik dalam menjaga dirinya sendiri atau harta suaminya yang sangat tidak disukainya\u201d.\n\nBermakna bahawa isteri ini adalah seorang wanita yang baik akhlak dan budi pekertinya. Seorang yang setia, jujur dan pandai menjaga maruah diri dan suaminya.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Ayat Motivasi Untuk Wanita yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Ada sesiapa di dalam ahli keluarga anda yang bermasalah dengkur? Si suami? Si isteri? Anak anda? Atau anda sendiri? Kalau sudah kes teruk tu, pasti ramai yang menegur anda mengenainya, termasuklah kawan rapat sendiri. Mana dapat disembunyikan lagi, sangat jelas bunyinya tu. Dan kebiasaannya, lelaki lagi banyak berdengkur dari perempuan.\n\nHmmm, memandangkan ramai sudah yang menegur, pernah terlintas tidak di fikiran anda untuk menangani masalah dengkuran anda? Bagi anda di luar sana yang ingin cuba, kami sajikan di sini sebuah artikel yang ditulis Dr. Ezairy M.Sallih yang menyentuh perkara ini.\n\nApakah Langkah Yang Boleh Diambil Untuk Mengatasi Masalah Dengkur?\n\nBerlebihan berat badan akan meningkatkan risiko lemak yang boleh menolak pada tekak dan memburukkan lagi masalah berdengkur. Memulakan program penurunan berat badan dan senaman dapat mengurangkan dengkuran dalam banyak individu.\n\nTidur di sebelah sisi boleh menghalang lidah daripada jatuh ke belakang dan menyekat tekak semasa tidur. Bantal boleh digunakan untuk mengelakkan anda berguling kembali ke belakang semasa tidur. Boleh cuba di rumah.\n\nMinum alkohol akan melegakan otot-otot pada saluran pernafasan lebih daripada biasa. Ini menyebabkan saluran pernafasan \u2018collapse\u2019 dengan lebih lagi dan memburukkan masalah berdengkur. Hadkan penggunaan alkohol (untuk penurunan berat badan).\n\nMerokok menyebabkan kesesakan nafas dan hidung yang membawa kepada masalah berdengkur yang lebih teruk . Berhenti merokok boleh membantu untuk mengurangkan berdengkur dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.\n\nUbat-ubatan tertentu boleh memberi kesan kepada masalah berdengkur. Bercakap dengan doktor anda sebelum membuat apa-apa perubahan pada ubat anda kerana mereka akan memberikan ubat yang sesuai dengan anda.\n\nJika anda mengalami masalah hidung seperti resdung, polip dan sebagainya. Dapatkan rawatan yang sewajarnya. Nasihat dan pemeriksaan doktor adalah lebih baik.\n\nMasalah hidung yang disebabkan oleh alahan adalah punca biasa yang dialami oleh mereka berdengkur. Ujian untuk alahan boleh membantu anda untuk mengenal pasti dan mengurangkan alergen yang berpotensi dalam persekitaran tidur anda (seperti tempat tidur, debu, bulu haiwan peliharaan, dan sebagainya) dan seterusnya mengurangkan dengkuran.\n\nJika tiada kaedah standard yang disebutkan di atas berjaya mengurangkan dengkuran anda, maka rujuklah ke klinik telinga, hidung dan tekak mengenai masalah anda. Kemungkinan pembedahan atau penggunaan CPAP(Continuous Positive Airway Pressure) machine boleh dianggap sebagai jalan terakhir.\n\n*Cuba dulu ya, lihat hasilnya! Tidak susah pun jika anda bagi komitmen sepenuhnya. Kalau masih tiada perubahan, boleh ambil langkah ke-8. Share jangan tidak share!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Kacang telang atau nama botaninya Clitoria ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Jom ketahui khasiat bunga telang.\n\nNama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan khususnya untuk memberi warna biru dalam masakan dan makanan.\n\nSebatian anthocyanin dalam pigmen bunganya didapati memberikan bunga ini berwarna biru.\n\nTanaman ini berasal dari benua Asia yang beriklim tropika khatulistiwa, tetapi telah diperkenalkan ke Afrika, Australia dan Amerika. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) serta memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar.\n\nDi kelantan, ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.\n\nTumbuhan ini membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun.\n\nUntuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi.\n\nTumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.\n\nSeterusnya, jom ketahui khasiat bunga telang.\n\nBunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus \u2018Clitoria\u2019 , diambil dari perkataan \u2018clitoris\u2019 . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan \u2018kerang\u2019 yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.\n\nOleh sebab mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit berkaitan seksual seperti\n\nTerdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.\n\nPETUA ORANG DAHULU: Untuk membetulkan kitaran haid, ambil bunga dan akarnya lalu dimasukkan dalam air mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum.\n\nJom kami kongsikan resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.\n\nBahan-Bahan:\nSegenggam Bunga Telang\nSegelas Air Panas\nGula secukup rasa\n1/2 biji limau nipis\n\nCara Membuat:\nMasukkan segenggam bunga telang di dalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.\n\nAmbil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.\n\nSifat anti-acne daripada sebatian seperti flavonol dan protein membantu merencatkan pertumbuhan mikroorganisma dan menyingkirkan kotoran di peringkat selular.\n\nKacang telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.\n\nSelain melebat dan menhitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.\n\nKajian saintifik oleh penyelidik dari India, Parimaladevi et al. pada tahun 2004 membuktikan ekstrak daun bunga ini yang memberi kesan antipiretik atau kesan keredaan yang setanding dengan paracetamol dan ubatan lain seperti diclofenac sodium.\n\nDarah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan Air bunga telang sangat baik untuk diamalkan kerana dikatakan mampu \u2018mencuci\u2019 darah.\n\nSecara saintifiknya, didapati ekstrak bunga ini menurunkan kandungan glukosa, urea dan kreatinin yang menjadikan darah kita lebih \u2018bersih\u2019.\n\nKajian Chusak et al. dan Kavitha pada tahun 2018 menggunakan hanya 400 mg ekstrak daun ini yang diberikan kepada tikus makmal secara harian selama 28 hari, melaporkan bahawa peningkatan aktiviti enzim darah.\n\nSecara tradisionalnya, air rebusan bunga telang boleh merawat cirit-birit manakala biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila anda sembelit.\n\nNamun, masih belum ada kajian klinikal yang mengkaji fungsi saintifik bunga telang ini dalam membantu melegakan sistem penghadaman dan amalan ini dilakukan berlandaskan ajaran petua tradisi.\n\nJika anda mempunyai masalah kurang selera makan, jadikan bunga telang sebagai ulam untuk makan bersama nasi. Orang dulu-dulu mengamalkannya untuk membuka selera makan selain agak enak bagi mereka yang pernah mencubanya.\n\nAir rendaman bunga telang juga dikatakan mampu merawat insomnia atau masalah sukar tidur.\n\nKajian Kulkarni et al. pada tahun 1988 menggunakan dos tumbuhan yang tinggi menunjukkan potensi tumbuhan ini untuk menggalakkan masa tidur yang lebih panjang dan setanding dengan ubatan chlorpromazine, namun disebabkan penggunaan dos yang tinggi, data kajian ini kekal diragui dan tidak diteruskan.\n\nSebatian daripada ekstrak pokok telang yang sama juga dikatakan berperanan membantu daya kognitif menjadi lebih tenang dengan penghasilan serotonin dalam otak. Namun, kajian lebih mendalam perlu dilakukan bagi menyimpulkan penemuan ini.\n\nDaun pokok bunga telang yang dihancurkan boleh ditampal pada bisul untuk mengubatinya.\n\nSebatian bioaktif dalam pokok telang seperti protein fintoin ini ternyata mempunya kesan antimikrob yang baik khususnya bagi membunuh bakteria dan kulat yang biasanya akan berada di permukaan bisul.\n\nBunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih boleh digunakan untuk mencuci mata yang dijangkiti sakit mata atau keradangan.\u00a0Caranya dengan merendam bunga telang\u00a0 dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata.\n\nSakit mata yang biasanya berpunca daripada keradangan ini boleh dirawat dengan ekstrak bunga telang, khususnya menggunakana bahagian akar dan daunnya sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Singh et al. (2018).\n\nDari segi mekasnime selularnya, ekstrak tumbuhan ini membantutkan ketelapan asid pada sel. Hal ini setanding dengan penggunaan ubatan antiradang di pasaran.\n\nDi India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.\n\nMenariknya, satu kajian oleh Taranalli & Cheeramkuzhy pada tahun 2000, melaporkan ketahanan memori yang lebih tinggi dalam kalangan sampel tikus yang diberi makan ekstrak akar atau daun tumbuhan ini selama 7 hari. Prestasi tikus-tikus ini juga didapati lebih baik selepas 30 hari.\n\nKajian mereka menemui kandungan acetylcholine yang tinggi daripada pengambilan ekstrak pokok telang yang membantu rangsangan otak.\n\nAkar bunga telang yang direbus dan dijadikan sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma. Selain itu, petua menggunakan air rebusan ini digunakan untuk melegakan batuk,\n\nJika anda mengalami sakit telinga, bunga telang boleh membantu. Caranya ambil daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang sakit.\n\nMekanisme saintifiknya lebih kurang sama dengan tindakan antimikrob dan antiradang yang ditunjukkan oleh ekstrak pokok telang.\n\nPokok telang merupakan tumbuhan yang mudah tumbuh khususnya di negara kita. Terdapat banyak peluang pertanian dan kesihatan yang boleh diambil daripada anugerah alam ini.\n\nMasih terhad kajian saintifik khususnya kajian farmaseutikal bagi meneroka potensi pokok ini dan ekstraknya. Namun, yang pasti, selain kegunaan masakan, pokok telang ini sangat berguna secara manfaat kesihatan dan petua tradisi.\n\nItulah dia 13 khasiat bunga telang yang pasti membuatkan anda rasa nak tanam di rumah. Semoga bermanfaat! Jemput juga baca artikel khasiat buah naga, khasiat buah manggis dan khasiat durian.\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Seremban. Dengar macam takde apa yang menarik. Tahukah anda, sebenarnya ada banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi di sana. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Seremban yang wajib anda lawati sekali seumur hidup.\n\nTak tahu nak mulakan perjalanan anda ke mana kalau dah sampai ke Negeri Sembilan? Apa kata kalau ambil tahu tentang latar belakang negeri ini dulu? Baru sempurna rasanya bila dah tahu perkara penting tentang negeri yang dilawati, jadi jom ke\u00a0Kompleks Muzium Negeri!\n\nKompleks Muzium ini memiliki reka bentuk tradisional Minangkabau yang pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini. Kompleks ini terdiri daripada 3 bahagian berbeza dan salah satunya adalah bahagian Istana Ampang Tinggi yang telah berusia lebih daripada sedekad.\n\nBahagian lain yang terletak di Kompleks Muzium Negeri ini adalah Teratak Perpatih yang mempamerkan banyak artifak dan info sejarah. Bahagian yang terakhir adalah Rumah Negeri Sembilan yang memiliki informasi berkaitan senibina bangunan serta budaya masyarakat Negeri Sembilan pada masa silam. Satu lawatan yang sangat informatif untuk anda sekeluarga.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Selasa, Rabu, Sabtu & Ahad (10.00am \u2013 6.00pm) | Khamis (8.15am \u2013 1.00pm) | Jumaat (10.00am \u2013 12.15pm & 2.45pm \u2013 6.00pm)\n\nAlamat:\u00a0Muzium Negeri, Jln Sungai Ujong, Seremban\n\nSebuah bangunan dengan reka bentuk klasik yang dibina dengan menggunakan kayu Cengal. Walaupun dibina pada zaman moden dan dirasmikan pada tahun 2001, tapi memang betul-betul nampak klasik, tambahan lagi dengan hasil-hasil pertukangan Melayu yang dinampakkan pada sekitar bangunan ini.\n\nBercakap tentang Teratak Za\u2019ba ni pula, kalau anda nak tahu, Za\u2019ba juga digelar sebagai Pendeta Za\u2019ba, seorang yang dihormati dalam bidang kesusasteraan. Begitu banyak yang telah disumbangkan oleh tokoh ini membuatkan beliau seorang yang penting untuk dikenali oleh generasi muda. Kalau anda melawat Teratak Za\u2019ba ini, anda dapat melihat pameran Bibliografi, Peribadi dan Pakaian beliau.\n\nSelain itu, terdapat juga Sudut Umum yang menempatkan barangan klasik yang wujud waktu kehidupan Za\u2019ba. Jangan buang masa lagi, jom ambil tahu tentang cendekiawan negara! Penuh inspirasi yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berilmu seperti beliau.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (10.00am -5.30pm)\n\nAlamat:\u00a0Teratak Za\u2019ba, Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol\n\nTerletak dekat sekali dengan sempadan negeri Melaka, sebelum ke Melaka tu jangan lupa singgah ke Pengkalan Kempas. Masuk-masuk sahaja ke Pengkalan Kempas ini anda akan dapat melihat deretan rumah kedai yang dikatakan telah berusia lebih daripada 100 tahun!\n\nBukan itu sahaja yang menarik di sini, di pekan kecil ini juga menempatkan beberapa tarikan yang mesti disaksikan sendiri seperti makam Sheikh Ahmed Majnun (nak tahu kisah tentang sheikh ini, anda boleh google, banyak sangat versinya), sebuah batu putih yang boleh mengesan penipuan dan batu megalith hidup yang dikatakan semakin membesar dari masa ke masa. Selain itu, bagi anda yang suka memancing, jangan lupa untuk ke Jeti Pengkalan Kempas, dapat udang galah beberapa ekor boleh kenyang perut!\n\nAlamat:\u00a0Pengkalan Kempas, 71150 Linggi, Negeri Sembilan\n\nPantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling terkenal di Port Dickson, ia juga merupakan pantai yang terbesar di sini. Banyak aktiviti air yang menarik yang boleh dibuat di sini seperti jetski, banana ride, parasail dan buggy. Pantai ini juga lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti laluan pejalan kaki, tandas, gazebo, kedai cenderamata dan gerai-gerai makanan.\n\nAlamat:\u00a0Jalan Pantai Teluk Kemang, Taman Orkid, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan\n\nSekiranya anda ingin membawa keluarga anda merasai pengalaman indah melihat penyu menetas, bawalah mereka ke Pusat Penetasan Penyu\u00a0Glory Beach Resort\u00a0Port Dickson. Jenis penyu yang terdapat di sini adalah penyu karah. Bila dapat tengok puas-puas proses penetasan ni?\n\nKebiasaannya penyu jenis ini akan menetas dengan banyak dari bulan April ke September, telur yang dihasilkan kebiasaannya dalam 130 biji. Pada sekitar pukul 11 malam setiap hari Sabtu dan Ahad anda akan dapat melihat kecomelan anak-anak penyu yang dilepaskan ke dalam laut untuk mula hidup berdikari. Walau bagaimanapun, waktu anak-anak penyu ini dilepaskan sebenarnya bergantung kepada pihak resort juga, apa-apapun, dapatkan info daripada pihak resort terlebih dahulu.\n\nAlamat:\u00a0Glory Beach Resort, Batu 2, Jalan Seremban Tanjung Gemok 71000 Port Dickson\n\nJom naik burung unta di\u00a0PD Ostrich Farm! Itupun kalau anda bawah 40kglah. Nampaknya, anak-anak jelah yang boleh naik burung unta ni. Tak apa, jangan sedih, banyak lagi aktiviti lain yang sesuai untuk anda, contohnya menunggang kuda, ataupun naik ATV, hebat juga kan?\n\nBagi anak-anak kecil yang comel, mereka bukan sahaja boleh mendekati dan memberi makan kepada burung-burung unta yang terdapat di sini, sebab ada banyak lagi binatang lain sebenarnya, seperti arnab, keldai dan kambing. Dah puas berseronok, jangan lupa beli barangan yang dibuat daripada burung unta di kedai cenderahati yang terdapat di sini.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Setiap Hari (9.30am \u2013 6.00pm)\n\nBayaran Masuk:\u00a0Dewasa RM20 | Kanak-kanak Atas 3 Tahun RM15\n\nAlamat:\u00a0Lot 1419 Jalan Kemang 13 | Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson 73000\n\nAnak-anak anda pasti seronok dapat melihat cahaya-cahaya kecil berterbangan di udara ibarat di dalam dunia magika tapi sebenarnya datang daripada kunang-kunang yang terbang bebas di Sungai Timun. Sungai Timun Fireflies ini dikatakan antara kawasan melihat kunang-kunang yang terbesar di Malaysia.\n\nBukan itu sahaja yang menjadi tarikan Sungai Timun ni, sebab di sini juga anda boleh memancing udang galah. Kalau malas nak memancing, singgah je kedai-kedai makanan laut yang banyak di sekitar Sungai Timun, banyak makanan laut yang sedap dihidangkan sebagai contoh ikan bakar, lobster dan kupang. Bila waktu dah gelap dan perut dah kenyang barulah anda mula mencari kunang-kunang ni!\n\nAlamat:\u00a0Sungai Timun Fire Flies, Rembau\n\nTaman Tema Air PRIMALAND ini terletak di dalam PRIMALAND Port Dickson Resort & Convention Centre. Taman Tema ini tidaklah segempak di Sunway Lagoon tapi tetap menyeronokkan untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Lengkap dengan gelongsor dan tiub spiral, ini pun sebenarnya sudah cukup menggandakan keseronokan anda yang bermandi-manda di sini, turun naik gelongsor terus ke dalam kolam, mana tak bestnya kan? Lagi best kalau tunggu bawah tong air yang besar di sini, sekali air disimbah, memang nikmatlah!\n\nWaktu Operasi:\u00a0Sesi Pagi (8.00am \u2013 12.00pm) | Sesi Petang (12.30pm \u2013 7.00pm)\n\nBayaran Masu (Hujung Minggu):\u00a0Dewasa 1 Sesi: RM30, 2 Sesi: RM50 | Kanak-kanak (3 \u2013 12 Tahun) 1 Sesi: RM20, 2 Sesi: RM30 | Kanak-kanak (2 Tahun Dan Ke Bawah) 1 Sesi: RM10, 2 Sesi: RM15\n\nAlamat:\u00a0Taman Tema Air PRIMALAND, Batu 12, Port Dickson\n\nBukan di Nilai 3 sahaja yang ada barangan hiasan rumah, Rembau Crystal yang terletak di Perkampungan Kristal ini menawarkan pelbagai kraftangan yang diperbuat daripada kristal oleh rakyat Malaysia sendiri. Anda nakkan apa? Lampu meja? Kelengkapan dapur? Semuanya ada. Memang sukar nak buat pilihan kalau dah dikelilingi dengan kilauan kristal ni. Bukan setakat tempat membeli-belah, di sini juga anda dan keluarga boleh melihat sendiri bagaimana barangan kristal ini dibuat.\n\nWaktu Operasi:\u00a0Isnin \u2013 Jumaat (9.00am \u2013 5.30pm) | Sabtu (9.00am \u2013 5.00pm)\n\nAlamat:\u00a0Lot 1432, Perkampungan Crystal, Jalan Kampung Mulia, 71300 Rembau, Negeri Sembilan\n\nPusat Rekreasi Ulu Bendul yang terletak di kaki Gunung Angsi ini dapat memberikan anda sekeluarga ketenangan yang tidak akan dapat dilupakan, dengan pepohon rendang yang tumbuh di sekitar pusat rekreasi ini, anda boleh berkelah sambil mendengar bunyi air sungai yang mengalir jernih.\n\nDi samping keindahan yang menenangkan jiwa, anda juga boleh bermandi-manda di kolam besar yang turut dialirkan oleh air sungai, cukup menyegarkan. Sudah puas bersantai di sini, anda boleh mendaki sedikit ke atas bukit dan di sini anda akan menemui Snake Garden yang menempatkan beberapa ekor ular dan unggas. Yang paling best sekali, di sinilah anda dapat lihat di depan mata sendiri seekor ANACONDA! Agak besar juga. Jangan risau, semuanya diletakkan di dalam tempat yang selamat untuk anda lihat bersama keluarga.\n\nAlamat:\u00a0Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah\n\nRantau Eco Park\u00a0merupakan taman yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah untuk anda dan keluarga menjalankan aktiviti rekreasi. Antara tarikan utama yang terdapat di sini adalah kolam air yang agak luas dan seronok untuk bermandi-manda yang tersedia untuk orang dewasa dan kanak-kanak.\n\nBukan itu sahaja, di sini juga terdapat zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis binatang seperti rusa, ayam, kuda dan banyak lagi. Anda boleh membeli makanan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan di sini. Dah puas melihat haiwan-haiwan comel ni, aktiviti lasak turut disediakan untuk anda lakukan seperti berkayak. Semuanya ada di dalam satu taman.\n\nAlamat:\u00a0Rantau Eco Park, Kampung Kuala Sawah Pasir, 70300 Rantau, Negeri Sembilan\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Seremban yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.\n\nAnda suka senarai di atas? Jika ada cadangan bolehlah komen di bawah. Jemput juga baca artikel kami tentang tempat menarik yang lain."
"Sepanjang tempoh kehamilan, adalah sangat penting untuk ibu-ibu menjaga kesihatan dari setiap aspek. Anda perlu menjaga pemakanan, menjaga pola tidur, menjaga emosi, dan sebagainya. \n\nSalah satu daripada perkara yang akan diperiksa semasa anda mendapatkan rawatan di klinik kesihatan setiap bulan ialah kadar tekanan darah dan tahap hemoglobin dalam darah (hb).\n\nMengapa tahapa tekanan darah dan tahap hemoglobin (hb) anda sentiasa dipantau? Ini kerana tekanan dan hb darah yang rendah boleh menjejaskan kandungan anda. Ianya perlu berada pada tahap yang normal. Jika anda mempunyai masalah hb rendah, anda boleh amalkan cara menaikkan hb pada ibu hamil yang akan kami kongsikan sebentar lagi.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan hb rendah semasa mengandung?\n\nHb rendah semasa mengandung adalah keadaan di mana paras hemoglobin atau sel darah merah anda tidak mencukupi dalam tubuh badan untuk memenuhi keperluan anda dan bayi dalam kandung. Semasa mengandung, tubuh badan memerlukan sel darah merah yang lebih banyak daripada biasa memandangkan kini ada seorang bayi yang menumpang dalam rahim anda.\n\nHb rendah juga dikenali sebagai anemia, dan juga selalu disebut sebagai darah rendah. Di antara fungsi hemoglobin ialah untuk mengangkung oksigen ke seluruh tubuh badan. Jika anda tidak mempunyai hemoglobin yang secukupnya, tubuh badan anda akan mengalami masalah kekurangan oksigen lalu menyebabkan organ tidak mampu untuk berfungsi dengan sebaiknya. Selain itu hemoglobin juga berfungsi untuk menghantar zat makanan ke seluruh tubuh badan termasuk bayi anda.\n\nApakah punca hb rendah semasa mengandung?\n\nDi antara punca hb rendah semasa mengandung yang biasanya berlaku ialah:\n\nApakah simptom atau tanda hb rendah semasa mengandung?\n\nDi antara tanda yang akan anda alami jika mengalami masalah hb rendah semasa mengandung ialah:\n\nBagaimana cara menaikkan hb pada ibu hamil?\n\nJika anda mengalami masalah hb rendah semasa mengandung, anda boleh mengatasi masalah tersebut dengan mengamalkan tips yang berikut:\n\n1. Masukkan makanan tinggi zat besi ke dalam diet harian anda\n\nZat besi membantu tubh badan anda menghasilkan hemoglobin yang baru sekali gus mengatasi masalah hb rendah semasa mengandung. Di antara sumber makanan tinggi\u00a0 kandungan zat besi yang boleh anda makan ialah:\n\n2. Mengambil pil hematinik yang dibekalkan oleh klinik kesihatan\n\nJika anda disahkan mengalami masalah hb rendah semasa mengandung,\u00a0 biasanya doktor akan mempreskripsikan ubatan khas kepada anda untuk mengatasi masalah ini. Di klinik kesihatan kerajaan, biasanya anda akan diberikan pil hematinik\u00a0yang terdiri daripada zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks untuk dimakan setiap hari.\n\nSelain 4 jenis pil ini, anda juga mungkin dibekalkan dengan vitamin lain seperti Zincofer atau Iberet. Pastikan anda makan semuaa vitamin yang dibrikan setiap hari mengikut dos yang disarankan oleh doktor agar hb anda kembali normal.\n\n3. Elakkan makanan yang menghalang penyerapan zat besi\n\nUntuk memastikan tubuh badan anda menyerap zat besi dengan lebih efisyen, anda perlu elakkan minuman atau makanan yang boleh menghalang penyerapan zet besi seperti:\n\nPastikan anda tidak ambil minuman berkenaan sekurang-kurangnya dua jam selepas makan pil zat besi dan vitamin yang lain.\n\n4. Makan makanan yang membantu\u00a0penyerapan\u00a0zat besi\n\nCara menaikkan hb semasa hamil yang seterusnya ialah dengan cara mengambil makanan yang membantu meningkatkan tahap penyerapan zat besi oleh tubuh badan iaitu makanan yang kaya dengan vitamin C. Di antara buah-buahan dan sayur yang kaya dengan vitamin C ialah seperti:\n\nSelain itu, adalah sangat penting untuk anda pastikan anda datang ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan ante natal setiap bulan bagi memeriksa tahap hb anda. Adalah sangat penting bagi anda memastikan hb anda berada dalam keadaan normal bagi mengelakkan komplikasi kehamilan seperti keguguran, bayi lahir pra matang, dan pendarahan yang berpanjangan sepanjang tempoh mengandung.\n\n6. Amalkan gaya hidup aktif dan sihat\n\nCara menaikkan hb bagi ibu hamil yang terakhir ialah dengan cara mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat. Rajinkan diri untuk melakukan senaman ringan. Banyakkan berjalan dan naik tangga. Pada hujung minggu ajak suami anda keluar untuk wondow shopping. Amalan gaya hidup yang aktif dan sihat membantu menaikkan hb anda.\n\nItulah dia info tentang cara menaikkan hb pada ibu hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, munkin anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang asid folik dan makanan dilarang ketika hamil"
"\u2018Witir\u2019 atau \u2018watir \u2018merupakan istilah bahasa Arab yang bermaksud \u2018ganjil\u2019.\n\nMenerusi hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda;\n\n\u201cSesungguhnya Allah itu witir dan Dia suka kepada yang ganjil.\u201d\n\nSolat witir merupakan solat sunat yang dilaksanakan antara selepas solat isyak sehingga terbit fajar. Solat witir dilakukan untuk mengakhiri solat malam seperti solat sunat tahajjud dan solat tasbih hajat atau sebagai penutup kepada semua solat yang dilaksanakan.\n\n\u201cDaripada Ibn Umar daripada Nabi SAW sabdanya; \u2018Jadikanlah sembahyang witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu pada waktu malam\u2019.\u201d\n\nNabi Muhammad SAW diriwayatkan tidak pernah meninggalkan solat witir walaupun ketika bermusafir, malah \u00a0baginda bersabda;\n\n\u201cSesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.\u201d\n\n(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)\n\nSolat sunat witir merupakan ibadat sunat muakkad, iaitu ibadat yang dituntut dan sangat digalakkan untuk ditunaikan.\n\nSolat witir juga lebih utama daripada solat-solat sunat rawatib yang lain. Seperti sabda Rasulullah SAW;\n\n\u201cWahai ahli al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir (Maha Esa) dan suka sekali kepada witir.\u201d\n\nSolat witir dilaksanakan dalam jumlah rakaat yang ganjil iaitu sama ada satu, tiga, lima dan rakaat ganjil seterusnya. Solat witir tidak sah jika ditunaikan dalam bilangan rakaat genap.\n\nWaktu yang sesuai untuk mendirikan solat sunat witir adalah selepas solat isyak sehingga menjelangnya waktu solat subuh. Iaitu waktu sunyi sepi disepertiga malam.\n\nTerdapat empat cara yang dianjurkan untuk melakukan solat sunat witir;\n\nSolat witir\u00a0 yang pertama dilakukan sebanyak dua rakaat dan salam dan diikuti dengan solat satu rakaat dan salam. Ini adalah solat witir yang dianjurkan oleh mazhab Imam Syafie dan Imam Hanbali.\n\nImam Syafie dan Imam Hanbali berpendapat bahawa menceraikan rakaaat lebih baik kerana ada penambahan salam. Hujah ini dikukuhkan lagi dengan hadis dari Ibn Umar yang menyatakan;\n\n\u201cNabi Muhammad SAW menceraikan antara rakaat genap (dua rakaat) dan witir (satu rakaat) dengan salam.\u201d\n\nMenurut riwayat Muslim, Nabi Muhammad SAW melakukan solat sunat witir lima rakaat dan baginda tidak duduk tahiyat kecuali pada rakaat terakhir.\n\nSolat witir tiga rakaat dengan satu salam dilakukakan tanpa duduk pada rakaat kedua.\n\nMazhab Hanafi menganjurkan solat witir dengan cara ini. Cara pelaksanaan sama seperti solat maghrib cuma pada rakaat ketiga dibacakan surah selepas al-Fatihah.\n\nMenurut Imam Syafie sebaiknya solat witir yang lebih dari tiga rakaat dilaksanakan dengan menceraikan satu salam pada setiap dua rakaat.\n\nCara mengerjakan solat witir lazimnya dilakukan dua rakaat, sekali salam diikuti dengan satu rakaat sekali salam.\n\n1. Satu rakaat \u2013 sekali satu rakaat\n2. Tiga rakaat \u2013 sekali dua rakaat dan sekali satu rakaat.\n3. Lima rakaat\u00a0\u2013 Dua kali dua rakaat dan sekali satu rakaat.\n4. Tujuh rakaat\u00a0\u2013 Tiga kali dua rakaat dan sekali satu rakaat.\n5. Sembilan rakaat\u00a0\u2013 Empat kali dua rakaat dan sekali satu rakaat.\n6. Sebelas rakaat\u00a0\u2013 Lima kali dua rakaat dan sekali satu rakaat.\n\nDua Belas Tertib Solat Sunat Witir\n\nSupaya lebih jelas dan mudah dalam melaksanakan amalan sunnah ini, berikut disertakan tertib mengikut cara solat witir 2+1:\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u0649 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala.\u201d\n\nBacaan surah pada rakaat kedua: Surah al-Kafirun\n\n\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u0649 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.\u201d\n\nSelepas membaca al-Fatihah, bacalah surah\u00a0al-Ikhlas, al-Falaq\u00a0dan\u00a0al-Nas, sebaik selesai tahiyyat dan salam, bacalah beberapa bacaan ini;\n\n\u00a0\u201cMaha suci Allah kami mohon kepadaMu keimanan yang kekal, kami mohon kepadaMu hati yang khusyuk, kami mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, kami mohon kepadaMu jadikan keyakinan kami pada kebenaran,\n\nKami mohon kepadaMu agar kami beramal soleh, kami mohon kepadaMu kemantapan beragama, kami mohon kepadaMu kebaikan yang banyak, kami mohon kepadaMu keampunan dan kesihatan, kami mohon kepadaMu kesenangan yang sempurna,\n\nKami mohon kepadaMu agar kami bersyukur di atas kesenangan tersebut, kami mohon kepadaMu kecukupan dalam kehidupan. Maha suci Allah Tuhan kami, Kau terimalah solat kami, puasa kami, kedudukan amalan kami, kekhusyukan kami kepadaMu,\n\nKetundukan kami kepadaMu Ya Allah Yang Maha Mengasihi(hamba-hambaNya) yang punya rasa mengasihi. Anugerah Allah lah ke atas kebaikan makhlukNya Muhammad serta ahli keluarganya juga sahabat-sahabatnya sekalian dan segala puji itu hanya bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.\u201d\n\nNamun bagaimana pula jika seseorang itu mahu menunaikan solat sunat lain lagi, tetapi telah bersolat witir sebelumnya?\n\nJika begitu, dia boleh bersolat lagi tetapi tidak boleh mengulangi lagi solat witir. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasullullah SAW yang bersabda;\n\n\u201cTidak ada dua witir pada satu malam.\u201d\n\nTetapi, mengikut pandangan para ulama, sesiapa yang telah mengerjakan solat sunat witir pada awal malam dan bangun semula di tengah malam untuk bersolat lagi, hendaklah didirikan solat sunat witir satu rakaat lagi dengan niat menggenapkan solat witir yang awalnya tadinya.\n\nKesimpulannya, solat sunat witir adalah solat yang didirikan sebagai mengakhiri solat-solat lain pada sesuatu hari tersebut. Ini bermaknya, sebelum mendirikan solat witir perlu didahulukan solat lain terlebih dahulu kerana solat ini adalah penutup dan tidak ada lagi solat selepasnya.\n\nSemoga kita sentiasa melazimi solat-solat sunat dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dan sentiasa berdoa agar segala amalan kita diterima baik olehNya, amin.\n\nSukakan artikel ini? Jemput cuba membaca cara solat tahajud , solat sunat tasbih dan solat taubat."
"Nak tahu makanan penyebab gout. Gout datang daripada perkataan Latin gutta yang bermaksud jatuh atau menurun yang menggambarkan \u2018racun\u2019 yang jatuh ke kawasan sendi yang menyebabkan sakit gout. \n\nTurut dikenali sebagai hyperuricaemia, gout dikatakan berlaku apabila terdapat kandungan asid urik yang tinggi dalam sistem tubuh. Namun, bukan semua orang yang mempunyai kandungan aisd urik yang tinggi dalam tubuh akan menghidap penyakit gout ini.\n\nPembentukan kristal atau lebih spesifik lagi kristal monosodium urate dalam bendalir di dalam sendi pesakit akibat kandungan asid urik yang tinggi mengakibatkan keadaan gout ini. Terdapat juga keadaan yang seakan-akan gout yang menunjukkan simptom seperti sakit gout tetapi hanyalah pembentukan kristal lain seperti kristal kalsium atau kristal pirofosfat yang bersifat sementara.\n\nMasalah gout atau keradangan di bahagian sendi ini mudah dihidapi golongan lelaki yang berusia lebih 50 tahun, menjejaskan kira-kira 1-2% lelaki dewasa di negara-negara Barat. Lelaki dewasa adalah lebih berisiko untuk mendapat gout berbanding wanita dan kanak-kanak disebabkan kandungan asid urik di dalam tubuh lelaki yang lebih tinggi akibat hormone dan proses akil baligh serta penuaan.\n\nAntara punca berlakunya gout yang telah dikenal pasti ialah:\n\nPerubatan moden mencadangkan pengambilan ubat-ubatan seperti NSAID, steroid dan colchicine yang dipreskrib oleh doktor perubatan sahaja. Hal ini disebabkan penggunaan ubatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan jika tidak dipantau dengan rapi oleh pakar perubatan bertauliah.\n\nOleh itu, artikel ini akan menghuraikan penjagaan dan pencegahan penyakit gout dari sudut tabiat amalan pemakanan.\n\nJom lihat makanan penyebab gout. Asid urik yang tinggi adalah disebabkan diet makanan yang mengandungi komponen purine yang tinggi. Purine merupakan sebatian induk utama yang apabila memasuki sistem pencernaan tubuh, akan diuraikan menjadi asid urik. Maka, semakin banyak pengambilan yang mengandungi purin, semakin tinggi lah kandungan asid urik dan kristal gout yang dihidapi seseorang. Penyelidik dan doktor perubatan dari Hospital Nottingham, UK menyenaraikan beberapa makanan utama berikut yang mengandungi kandungan purine yang sangat tinggi yang perlu dielak oleh pesakit gout:\n\nHasil kajian mendapati terdapat peningkatan risiko yang ketara sebanyak 41% dan 51%, masing-masing bagi pengambilan makanan daging merah dan makanan laut. Sementara itu, pengambilan alkohol merupakan faktor utama yang memang akan menyebabkan alkohol apatah lagi pesakit gout yang akan diserang simptom keradangan gout serta-merta jika terlalu kerap mengambil alkohol.\n\nKajian tersebut turut menambah bahawa diet sebegini yang diamalkan oleh pesakit yang turut menghidap penyakit seperti Lesch-Nyhan (kekurangan enzim HGPRT), penyakit myelo dan penyakit limfo-proliferative akan meningkatkan lagi risiko penyakit gout ini. Penguraian purin kesan daripada pengambilan makanan ini akan menyebabkan kandungan asid urik bertambah dalam badan pesakit gout dan sememangnya disarankan untuk elakkan daripada makan makanan tersebut atau mengambilnya pada kadar yang sangat sedikit dan terkawal.\n\nPencegahan atau rawatan meredakan simptom gout turut boleh dilakukan secara diet makanan yang sesuai. Antara cadangan tips diet bagi mereka yang mengalami masalah gout atau ingin mencegah penyakit gout adalah seperti berikut:\n\nWalaupun produk tenusu seperti susu minuman, keju, yoghurt dan sebagainya ini tinggi protein, kandungan protein tersebut tidak akan memudaratkan simptom gout yang berpunca daripada purine dan asid urik. Malah, kajian lepas membuktikan bahawa diet tinggi protein daripada produk tenusu ini mampu menurunkan risiko gout sebanyak 44%.\n\nTambahan lagi, diet ini akan membantuk pengurangan asid urik dengan menggalakkan perkumuhan dan penyingkiran asid urik melalui air kencing.\n\nPenyelidik di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Universiti Rowan, New Jesey pada tahun 2014 mengulas mengenai amalan diet Mediterranean yang dilaporkan mampu mengurangkan risiko gout dan kesan gejala gout.\n\nDiet ini terdiri daripada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan legume yang sangat banyak, diikuti oleh pengambilan protein seperti ikan dan ayam yang sederhana dan daging merah yang sangat sedikit. Minyak zaitun digunakan sebagai bahan utama dalam setiap hidangan (justeru namanya Mediterranean).\n\nKajian tersebut turut mengulas peranan buah ceri dan ekstrak ceri yang mampu menurunkan risiko dan gejala gout. Kandungan anthocyanins dan sifat antikeradangan serta antioksidan dalam buah ceri telah dikenal pasti membantu dalam mengurangkan risiko penyakit gout ini.\n\nPengurangan sebanyak 45% risiko gout diperhatikan terhadap pesakit kajian yang diberi ekstrak ceri ini. Malah, apabila digandingkan bersama ubat moden yang dikenali sebagai allopurinol, risiko gout didapati semakin menurun sebanyak 75%.\n\nMasalah dehidrasi sebenarnya akan menyebabkan masalah gout yang lebih serius. Terutamnya bagi pesakit gout yang kerap melakukan aktiviti fizikal dan kerja-kerja berat yang mengeluarkan peluh. Kekurangan air yang mencukupi dalam tubuh badan akan menyebakan kandungan garam dan asid urik yang tinggi. Seterusnya, kristal gout akan banyak terbentuk yang sememangnya akan menambah rasa sakit dan keradangan pada sendi gout.\n\nOleh itu, pengambilan air yang mencukupi dapat membantu mengurangkan kepekatan asid urik dan memudahkan proses perkumuhan dan penyingkiran asid urik dari dalam tubuh.\n\nSelain diet makanan yang tertentu, pesakit gout perlu lah mengubah gaya hidup supaya menjadi lebih sihat dan mengurangkan gejala keradangan yang dihidapi. Amalan diet berunsurkan buah buahan dan sayuran sememangnya berkesan dalam memberikan kesihatan yang baik. Namun, bagi mereka yang sedang menghidapi penyakit gout, sentiasa dengar dan ikuti arahan doktor perubatan yang merawat anda.\n\nJangan mudah terpedaya dengan produk jualan luar yang mendakwa pelbagai penawar kesihatan kerana produk tersebut berkemungkinan dijual atas motif keuntungan tanpa kajian sebenar. Tambah membimbangkan jika kandungan produk tersebut boleh memburukkan lagi keadaan dan penyakit yang dihidapi. Sesungguhnya, gaya hidup dan amalan pemakanan yang sihat merupakan kunci untuk kesejahteraan kesihatan."
"Ada satu mesej yang sangat menyentuh hati saya. Saya ingin kongsikan di sini kerana ada \u2018mutiara\u2019 penting yang tersimpan di sebaliknya.\n\nDalam mesejnya, seorang kakak bercerita tentang anak gadisnya. Katanya, anaknya itu bukan pelajar pintar terutama dalam matematik dan subjek Sains tapi dia seorang yang rajin dan berusaha utk setaraf dengan rakan sekelas. Malangnya tiap kali berjumpa ibunya, dia mengadu dan menangis tidak mampu score A utk subjek matematik dan sains.\n\nSaya dapat membaca kerisauan kakak tersebut. Tapi kata-katanya selepas itu benar-benar menyentuh hati saya:\n\n\u201cDia anak yg baik inshaAllah, solat tanpa disuruh, membaca al Quran, tutup aurat sejak cukup umur, tidak mempunyai boyfriend dan setiap malam menelefon memohon ampun maaf dari saya emaknya.\u201d\n\nAllahuakbar.\u2019Masih ada anak sebaik ini di zaman ini\u2019 sebak saya membacanya. Hati ini bagai meronta-ronta ingin mengatakan kepada kakak tersebut yang beliau sebenarnya bertuah mempunyai anak sepertinya.\n\nBertuah sangat-sangat. Di saat remaja lain sibuk dengan kPop dan ingin \u2018bercouple\u2019, anaknya sibuk dengan cita-citanya ingin menjadi pakar mata. Yang solatnya tidak perlu disuruh. Quran pula selalu dibaca.\n\nIngin saja saya jumpa anaknya. Ingin sungguh saya katakan kepadanya:\n\n\u201cIt\u2019s ok. Tak pe tak score A dalam Sains dan Matematik. If you have done the best in your effort, let Allah decide on the results. Our part is only to give the best effort. Just keep it up\u201d\n\n\u201cYou are a very good daughter masha Allah. I wish my daughter is as good as you are when she grew up\u201d\n\nBetul tuan-puan, itulah yang meronta-ronta dalam hati saya. Sebab saya pernah jadi pelajar yang score A dalam matematik dan sains malah dalam semua subjek, tapi sebenarnya dalaman saya sangat lemah. Agama hanya ala kadar.. Solat pun rasa terpaksa.\n\nMalah hidup di luar negara waktu itu sangat mudah untuk \u2018miss\u2019 solat dengan berbagai alasan. Hidup saya sebagai seorang mahasiswa sangat kosong dan tertekan. Bukan sebab susahnya belajar, tapi sebab kosongnya jiwa saya. Bila ada masalah, saya bertambah tertekan sebab perlu cari ice cream, tengok movie, pergi ke shopping mall, cari kawan.\n\nSebab Allah tiada dalam hati saya.\n\nAllahurabbi. Saya syukur Tuhan beri saya hidayah untuk pulang ke pangkal jalan. MencariNya, melihat cintaNya dengan mata hati dan mengisi semula hati yang kosong itu dengan rindu dan cinta kepadaNya. Saya masih belajar, masih mendaki tangga-tangga itu..tapi syukur episod hidup yang teruk itu telah mula berlalu pergi.\n\nApa yang saya lalui mengajar saya bahawa bijak dalam pelajaran tidak semestinya bijak dalam kehidupan.\n\nPerkara yang lebih penting untuk di score bukan fizik, kimia dan matematik tapi sejauhmana Allah dalam hati seseorang\n\n\u201cjalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya.\u201d (Alfatihah, ayat 7).\n\nNikmat apabila segala dalam hidup didasari cinta kepada Allah.\n\nInilah yang saya harapkan pada anak saya. Sebab itu saya ikhtiarkan untuk tanamkan cintanya kepada Allah. Allah awareness. Apa-apa pun dia mudah kaitkan dengan Allah. Di sinilah Teknik ADHA sangat membantu. Hari demi hari saya mula melihat kesannya.\n\nBeberapa hari yang lalu, saya dan suami bawa anak-anak ke masjid Hasanah di Bangi untuk terawih. Saya tidak terawih kerana menjaga si adik yang sibuk berlari sana sini. Kakak yaya solat walaupun jauh di belakang. Selesai solat, dia nak beli air tin di vending machiene. Saya bagi duit dan hanya memerhatikan dari jauh dua beradik itu beratur dan beli air tin.\n\nSepatah kata yaya sebelum tidur buat saya benar-benar bersyukur.\n\n\u201cMama, tadi masa yaya nak beli air..yaya baca Bismillah..\u201d\n\nAllahuakbar. Sejuk hati mendengarnya. Terkejut pun ada. Dalam hati saya mengomel \u2018Mama pun tak teringat nak baca Bismillah bila beli air\u2019\n\nAlhamdulillah, nama Tuhan itu begitu mudah keluar dari mulutnya. Inilah mutiara yang paling saya syukuri, dan saya tidak kisah apapun pencapaian anak dalam belajarnya nanti asal saja dia sudah usahakan yang terbaik.\n\nKerana pada saya, bila Allah ada dalam hatinya, itulah score A yang sebenar. Allahurabbi..nak nangis pula rasanya.\n\nSaya harap kita dapat betulkan penilaian terhadap anak-anak.\n\n\u2018Anak kita dari syurga, maka ke syurgalah kita perlu menghantar mereka kembali\u2019"
"Mencari petua halau belalang? Belalang adalah di antara makhluk perosak yang selalu mengganggu tanaman. Bayangkan sahaja, seekor belalang boleh menyebabkan sepasu pokok botak tanpa daun dalam masa beberapa hari sahaja. \n\nSesungguhnya belalang adalah pemusnah tanaman seperti sayur-sayuran dan pokok bunga yang dahsyat. Jika tanaman anda diserang oleh belalang, jom amalkan petua halau belalang yang akan kami kongsikan di sini.\n\n1. Racun organik dari pencuci pinggan mangkuk\n\nRacun organik adalah racun buatan sendiri di rumah. Ia adalah jauh lebih selamat berbanding racun yang dibeli di kedai memandangkan kita tahu apakah bahan yang dimasukkan ke dalamnya dan yakin tiada bahan kimia merbahaya dalam racun yang disembur kepada tanaman kita. Untuk menyediakan racun organik dari pencuci pinggan mangkuk, bahan yang anda perlukan ialah:\n\nCara untuk menyediakannya ialah campurkan semua bahan tadi dan kacau sehingga sebati kemudian ditapis. Untuk menggunakan racun organik ini, anda cairkan dahulu dengan memasukkan air kosong pada nisbah 1 racun: 4 air kosong. Kemudian masukkan kedalam botol spray dan semburkan pada pokok yang diserang oleh belalang. Sembur sekali sehari pada waktu petang memandangkan biasanya belalang aktif pada waktu petang.\n\nSerai wangi mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk menghalau belalang yang memusnahkan tanaman anda. Untuk menyediakan semburan serai wangi, apa yang anda perlukan ialah:\n\nUntuk menyediakannya, cuci bersih serai wangi dan potong halus. Masukkan setai bersama air ke dalam satu periuk dan masak sehingga mendidih. Biarkan sehingga sejuk. Masukkan ke dalam botol spray, dan sembur kesemua pokok anda termasuk pokok yang belum diserang oleh belalang. Bau serai wangi akan menghalau belalang dari mengganggu tanaman anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk menyediakan semburan serai wangi, anda juga boleh beli semburan serai wangi yang dijual di kedai.\n\n3. Asam keping atau asam gelugur\n\nPetua halau belalang yang seterusnya ialah dengan menggunakan asam keping atau asam gelugur. apa yang anda perlua lakukan ialah sediakan 10 keping asam keping dan masak hingga mendidih bersama 1 liter air. Sejukkan air didihan tadi. Kemudian masukkan ke dalam bekas spray. Sembur tanaman yang diserang oleh belalang. Anda boleh menyembur tanaman anda dengan kerap kerana ia tidak akan menyebabkan tumbuhan anda mengalami lecur daun.\n\n4. Yis, gula perang dan cuka\n\nBahan di dapur ini juga boleh digunakan untuk menghalau belalang yang merosakkan tanaman anda. Untuk menyediakan semburan tanaman tesebut, apa yang anda perlukan ialah:\n\nCara untuk menyediakannya mudah sahaja. Anda campurkan kesemua bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Biarkan seketika dalam satu jam. Kemudian masukkan ke dalam bekas spray. Sembur tanaman yang diserang oleh belalang.\n\n5. Bawang putih dan cili padi\n\nPetua halau belalang yang seterusnya ialah dengan menyediakan racun organik menggunakan bawang putih dan cili padi. Apa yang anda perlukan ialah:\n\nCampurkan kesemua bahan dan peram selama 3 hari. Kemudian tapis. Masukkan ke dalam bekas spray. Sembur tanaman yang diserang oleh belalang.\n\nAnda juga boleh menggunakan bunga cengkih untuk menghalau belalang. Caranya ialah sediakan 15 biji bunga cengkih, masukkan ke dalam periuk bersama 100 ml air. Masak sehingga mendidih dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan ke dalam bekas spray. Sembur tanaman yang diserang oleh belalang.\n\nAir beras yang diperam akan berbau masam seperti nasi basi. Bau masam ini tidak disukai oleh belalang dan serangga perosak lain. And aboleh siram tanaman dengan air beras peram sebagai usaha untuk menghalau makhluk perosak tersebut.\n\nPetua halau belalang yang seterusnya ialah dengan menggunakan air peraman kulit bawang. Setiap kali memasak, jangan dibuang kulit bawang yang ada, sebaliknya peram dalam ari selama 2-3 hari. Kemudian siram pada pangkal pokok. Bau air peraman tadi tidak disukai oleh belalang.\n\nAnda juga boleh menyediakan perangkap belalang. Perangkap belalang paling mudah ialah dengan menggunakan botol air mineral kecil. Anda boleh goggle sahaja cara menyediakan perangkap belalang. Terdapat pelbagai cara yang dikongsi, anda pilih sahaja mana yang paling mudah untuk anda.\n\nCara halau belalang yang terakhir ialah dengan menggunakan racun serangga yang banyak dijual di pasaran. Terdapat banyak racun serangga organik yang ada. Pilih sahaja yang mana mempunyai review baik dari pengguna.\n\nKesemua bahan di atas, anda campurkan. Bila dah sebati, tapis dan ambil airnya sahaja . Selepas itu masukkan ke dalam bekas penyembur. Semburkan pada daun pokok tanaman anda .\n\nJika anda selalu rebus cili kering untuk membuat pes cili, boleh gunakan saja air rebusan cili kering itu untuk disemburkan ke pokok tanaman anda.\n\nMudah sahaja bukan. Racun organik ini juga boleh anda gunakan untuk menghalau ulat, kutu dan segala jenis serangga yang memakan daun tanaman anda.\n\nItulah dia info \u00a0tentang petua halau belalang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua halau lalat, petua halau lipas petua buat cili kisar sendiri yang tahan lama dan petua bayi cepat bercakap"
"Menukar lampin merupakan bukan perkara yang mudah. Kerana kadang-kala ianya memerlukan sedikit tenaga kerana terpaksa berlawan dengan bayi yang sedikit agresif kerana tidak sukakan aktiviti tersebut.Walau bagaimanapun, ianya perkara yang mesi dibuat.\n\nJadi disini kami kongsikan cara menukar lampin yang betul. Selama ini kita mungkin sudah biasa mengangkat bayi dari atas dengan mengangkat kakinya. Tetapi tahukah, ada cara yang lebih baik melakukannya. Malah ianya akan berjaya mengurangkan colic.\n\nAyuh saksikan video di bawah ini:\n\nDiaper Change Technique to Reduce Colic\n\n\"Diaper Change Technique to Reduce COLIC\"Is your diaper changing technique being done correctly ?? Take a min to look at the video.Dr. John Edwards, is a Chiropractor at Mama's Chiropractic Clinic in Cape Coral, Florida. He pointed out the reasons that changing a diaper day in and day out, multiple times a day, in the fashion that many parents have been taught to do, actually introduces repetitive stress to a baby's spine, right where the spinal nerves meet the intestines.He also explained the reasons that the roll technique is healthier for your baby below 6 months until she is able to crawl around on her own. He mentioned that it may be more cumbersome at first, but with a little bit of practice, you will get the hang of things.\n\nPosted by Felicia's Baby Massage Class on Wednesday, February 24, 2016"
"Ada sesiapa yang teringin memasak udang goreng kunyit hari ini? Jom lah tengok resepi yang kami kongsikan di bawah ini.\u00a0Resepi udang goreng kunyit dengan sos seafood.\n\nSemua orang juga tahu masakan yang berasaskan kunyit ini memberikan rasa khas tersendiri. Ayam atau daging masak kunyit bahkan seafood masak kunyit. Aroma rempah kunyit sangat merangsang selera.\n\nSebagaimana yang kita tahu udang pula memiliki daging yang rasanya nikmat. Goreng bulat-bulat garing saja sudah sedap. Lagi kalau masak kunyit dengan siraman sos seafood. Membangkitkan citarasa seafood orisinil.\n\nTanpa tunggu lama lagi. Kami hadirkan untuk anda resepi udang goreng kunyit sos seafood perkongsian daripada \u200eAida Radzi\u200e di laman Facebook. Tandai resepi ini dan masak udang goreng kunyit untuk hidangan hari ini. Selamat mencuba.\n\nResepi Udang goreng Kunyit Bersos Seafood\n\nSelain resepi udang masak kunyit, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Setiap ibu bapa akan melalui fasa di mana anak-anak akan mula memberontak, marah dan merajuk ketika marah. Selalu kanak-kanak yang mula menunjukkan fasa ini di awal usia 2 tahun. Mereka sudah mula pandai berjalan, memanjat, berlari dan bercakap.\n\nPada mulanya, kita akan rasa gembira kerana anak kita sudah pandai berjalan dan bercakap. Tetapi, apabila anak mula mengamuk kerana inginkan sesuatu waktu itu kita akan rasa keliru tidak tahu mahu buat apa. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan ketika itu. Jika tidak, ada yang mula naik tangan.\n\nSebenarnya, ada cara untuk kita tangani masalah anak apabila mereka mula mengamuk dan cara memujuknya. Bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah mudah untuk didik anak kawal marah. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul \u201c3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna\u201d, \u201cWhy So Serious Parents?\u201d dan \u201cParents, Welcome To My World\u201d sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. \n\nLangkah mudah untuk didik anak kawal marah\n\n4 Perkara yang ibu bapa perlu lakukan ketika anak mengamuk\n\nIbu bapa perlu tahu 4 asas ini terlebih dahulu :\n\n1. Semua kekerasan dan kekasaran yang ditunjukkan oleh anak setiap kali dia mengamuk, contohnya pukul, terajang, penampo, cakar, gigit, dan sebagainya BUKAN bermaksud kita dah gagal mendidik mereka. Ia adalah fasa normal bagi anak yang sedang belajar mengenali emosi diri.\u00a0\n\nSo parents jangan cepat sangat rasa down dengan keadaan ini. Sebaliknya latih diri untuk \u201cchill je\u201d setiap kali anak mengamuk.\u00a0\n\nOrang sekeliling pandang sambil geleng2 kepala pun \u2014 CHILL JE.Pandang je balik kat orang tu sambil kenyit2 mata.\u00a0Biar orang tu trauma semalaman mengenangkan wajah \u201cchill\u201d kita.\n\n2. Anak umur 4 tahun ke bawah yang mengamuk dan agresif, BUKAN sebab dia biadap atau kurang ajar.\n\nMereka sebenarnya nak beritahu \u201csesuatu\u201d, tapi disebabkan oleh language & communication skills mereka belum berkembang sepenuhnya, maka dengan mengamuk sahaja lah cara untuk mereka luahkan.\n\nKids below 4 belum ada enough words / vocabs untuk describe apa yang dirasai. Dan diorang tak tahu macam mana nak jelaskan apa yang mereka nak. So cuba bayangkan. Kesian tau anak2 kita dalam fasa ni.\u00a0\n\n3. Ingat ni\u2013 anak akan mengamuk bila dia tak dapat apa yang dia nak\u2013 tak kisah lah benda tu lojik (contohnya, nak makan, nak susu, nak tidur) atau benda tak lojik (contohnya nak mainan yang kawan pegang, nak main pisau, nak terjun dalam kolam ikan, etc).\u00a0\n\nDan amukan anak2 lebih cenderung berlaku bila mereka dalam keadaan lapar, penat, mengantuk, atau rimas. So always be ready, dan always expect the unexpected.\u00a0\n\n4. INGAT, JANGAN PUKUL ATAU TENGKING ANAK YANG TENGAH MENGAMUK. TAPI PELUK.\u00a0\n\nMarah, pukul, atau jerit pada anak yang sedang mengamuk akan mengeruhkan lagi keadaan. Ia seolah-olah sengaja mengajar anak urus emosi dengan kekasaran, kekerasan dan kemarahan.\n\nSepatutnya waktu anak mengamuk ni lah waktu yang paling sesuai untuk ibu bapa tunjukkan contoh sikap \u201ccool\u201d pada anak2, dan tunjukkan cara yang betul untuk urus emosi dengan berfikir dan berkomunikasi dengan baik.\n\n4 Perkara yang perlu dilakukan ketika anak mengamuk\n\nApa yang ibu bapa SEPATUTNYA BUAT bila anak mengamuk?\u00a0Berikut adalah 4 langkah mudah untuk stopkan anak mengamuk, dan ajar mereka kemahiran mengawal emosi.\u00a0\n\nMasa anak mengamuk, memukul, menggigit, menerajang, mencakar, baling barang, mereka menggunakan senjata seperti tangan, kaki, gigi, kuku dan sebagainya.\u00a0\n\nSo tugas ibu bapa adalah memastikan \u201csenjata2\u201d itu \u201cdilumpuhkan\u201d dengan segera. Kalau anak memukul, cepat2 tahan tangannya supaya dia tak dapat teruskan memukul. Kalau anak terajang, tahan kakinya supaya dia stop terajang.\u00a0\n\nKalau masa anak mengamuk tu ada orang lain, cepat2 bawa anak ke tempat lain. Yes, masa anak tengah meronta menjerit berguling2 tu, terus angkat dia dan bawa pergi.\u00a0Contohnya, pergi sudut mana2 ke, pergi masuk kereta ke, pergi bilik lain ke, somewhere private and quiet.\u00a0\n\nBila kita cepat2 asingkan anak macam ni, ada 3 perkara baik yang akan berlaku:\n\nSatu, anak dapat \u201ckeluar\u201d immediately dari situasi yang menyebabkan dia mengamuk tu.\u00a0\n\nDua, ibu bapa dapat intimately deal dengan anak tanpa dilihat oleh orang lain.\u00a0\n\nTiga, maruah anak akan terjaga. Even mereka masih budak2, anak2 pun ada rasa malu bila berdepan dengan situasi tegang depan orang lain.\u00a0\n\n3. Bantu anak guna PERKATAAN, dan bukan guna senjata\n\nApabila kita dah bawa anak ke tempat yang senyap dan takde orang, pegang dia kuat2, lihat tepat ke dalam mata nya, dan cakap \u201cMama tahu awak sedih/takut/geram/marah/kecewa\u201d, dan terus peluk anak kuat2.\u00a0Beri \u201cnama\u201d untuk emosi yang mungkin sedang dirasa oleh anak.\u00a0\n\nNo matter how you\u2019re feeling, marah ke, malu ke, hangin ke, rasa nak pulas telinga anak ke, PELUK JE.\u00a0\n\nRemember\u2013 THIS IS A PERFECT TIME TO ACT LIKE A GOOD PARENT. Show your child how cool you are in dealing with your own anger.\u00a0\n\n4. Ajar anak cara alternatif untuk handle emosi.\n\nBila dah reda sikit, jangan tunggu terlalu lama untuk bercakap dan bantu dia rationalise semula.\n\n5 Cara alternatif ajar anak untuk terangkan sebab mereka mengamuk.\n\nAda 5 cara alternatif yang kita boleh ajarkan pada anak2 supaya mereka tak gunakan violence ketika mengamuk.\u00a0\n\nAjar anak beberapa perkataan to describe feelings. Contohnya sedih, takut, risau, rimas, penat, marah, kecewa, bengang, geram, panas, sejuk, dan sebagainya.\u00a0\n\nSo that lepas ni, bila anak rasa apa2, mereka akan mampu luahkan melalui perkataan instead of mengamuk tak tentu pasal sebab tak tahu macam mana nak describe.\u00a0\n\nAjar anak untuk \u201cblah je\u201d atau \u201cpergi dari situ\u201d setiap kali mereka rasa tak puas hati dengan seseorang. Kalau anak marah dengan kita, ofkos kita akan terasa hati kalau anak tetiba blah camtu je. Tapi ingat, ia jauh lebih baik dari anak memukul/menggigit kita. Kan?\n\nBuat satu corner khas untuk anak pergi setiap kali dia rasa macam nak pukul orang. Haikal punya quiet corner dulu adalah sebuah khemah kecik yang penuh dengan stuffed toys, bantal dan selimut.\u00a0\n\nSetiap kali Haikal masuk situ, tahu lah saya bahawa dia tengah bengang dengan seseorang.\u00a0Tapi bila dia keluar dari situ, saya akan cepat2 slow talk dan peluk dia lama-lama.\u00a0\n\nYang ni paling bagus. Setiap kali nampak anak macam nak mengamuk, cepat-cepat cakap \u201cHembus api nagaaa!!!\u201d\u00a0Terus mereka akan tarik nafas dalam, dan hembus sekuat boleh guna mulut sambil bayangkan api keluar dari mulut. Mereka akan rasa lebih lega selepas itu.\u00a0\n\nKod rahsia sangat membantu especially bila anak tak boleh kawal emosi. Secret code yang mudah diguna ialah ayat ni \u201cMama, peluk adik sekarang please!\u201d . Ajarkan ayat ini kepada mereka agar setiap kali mereka rasa marah, mereka akan pergi kepada kita minta pelukan daripada mengamuk.\n\n*Ikuti langkah-langkah ini dan insyaallah anak-anak kita dapat mengawal rasa perasaan marah. Selain itu, kita juga dapat belajar untuk mengawal rasa marah kepada anak-anak. Siapa lagi kalau bukan ibu bapa yang perlu mengajar anak-anak mereka tentang kehidupan. Setiap perlakuan kita akan dilihat oleh anak-anak kita. Maka, kita perlu menunjukkan sifat yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.\n\nSemoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kek Cawan merupakan versi mini untuk kek. Ianya mudah untuk dibawa dan kurang remeh berbanding kek. Kek cawan juga mempunyai pelbagai jenis, antaranya adalah kek cawan chiffon hokkaido dimana tekstur keknya lebih cantik dan lembut. \n\nKek cawan ini boleh disediakan oleh sesiapa sahaja sekiranya mempunyai langkah \u2013 langkah yang tepat. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda resepi kek cawan chiffon hokkaido yang amat lazat dan mudah untuk diikuti.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Rozy Abu Bakar dan pastinya mendapat banyak perkongsian di media sosial! Jom kita tengok. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nAda pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!"
"Orang tua kata, ketumbit tumbuh sebab mengintai orang mandi. Yang sebenarnya, ketumbit berlaku kerana berlakunya jangkitan kuman pada kelopak mata lalu menyebabkan keradangan.\n\nKalau tiba-tiba ada ketumbit tumbut di mata anda, jom amalkan petua hilangkan ketumbit yang berikut.\n\n1. Pastikan mata dalam keadaan yang bersih\n\nYa, mata mestilah bersih. Apabila ada ketumbit dimata anda, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan mata berada dalam keadaan yang bersih.\n\nKalau anda memakai solekan mata seperti maskara, eye shadow, eye liner dan sebagainya, tanggalkan makeup tersebut sehingga tiada sisa yang tertinggal menggunakan makeup remover. Kemudian cuci mata dengan air sehingga bersih.\n\nSetelah mata anda dibersihkan, anda boleh mula menuam ketumbit tersebut untuk mempercepatkan proses pengecutan. Anda boleh menuam ketumbit dengan salah satu cara berikut:\n\nAnda juga boleh gunakan garam untuk menghilangkan ketumbit. Caranya:\n\nSelain garam, anda juga boleh menggunakan cuka epal atau apple cider vinegar untuk menuam mata yang ditumbuhi ketumbit. Caranya:\n\nJika ada tomato di dapur, anda boleh gunakan untuk menghilangkan ketumbit. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan iaitu:\n\nTimun juga sangat membantu untuk mengecutkan ketumbit. Caranya sama seperti penggunaan tomato. Anda boleh pilih salah satu cara yang kami senaraikan di atas.\n\nOrang-orang tua menggunakan bawang putih untuk mengecutkan ketumbit dengan cepat. Caranya:\n\nAsid tanik dalam teh berfungsi sebagai anti bakteria dan mampu membunuh kuman punca berlakunya ketumbit. Selain itu, uncang teh juga membantu mengecutkan ketumbit. Caranya:\n\nJangan sesekali pecahkan ketumbit yang tumbuh pada mata anda. Kami faham, anda tak sabar nak hilangkan ketumbit dari mata dan anda menyangka bahawa dengan memecahkan ketumbit, ia akan hiang dengan lebih cepat. Tapi anda silap. Seperti yang kami tulis di atas, ketumbit berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman.\n\nOleh itu, ketumbit dipenuhi dengan kuman. Kalau dipecahkan, dikhuatiri akan berlaku jangkitan kuman pada bahagian lain kelopak mata lalu menyebabkan tumbuh ketumbit yang baru. Dari satu ketumbit, akan jadi dua ketumbit. Lagi haru. Oleh itu, ingat ya. Jangan sesekali pecahkan ketumbit. Biarkan ia kecut sendiri.\n\nBerehat daripada memakai contact lense sehingga ketumbit anda hilang.\n\nElakkan memakai maskara, eye liner, dan eye shadow buat sementara waktu. Tunggu ketumbit anda hilang dulu.\n\nItulah dia petua hilangkan ketumbit yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua hilangkan sakit mata, petua hilangkan kayap, dan petua cairkan kahak."
"Resepi Udang Har Lok merupakan sebuah resepi klasik bangsa Cina Kantonis. Ianya mudah serta mampu memberikan variasi rasa di dalam hidangan itu. Baik manis, masin dan pedas, kesemunya ada didalam juadah ini. \n\nResepi ini amat sesuai untuk dimasak dan disediakan oleh sesiapa sahaja yang baru belajar memasak. Ini kerana, ianya mempunya langkah langkah yang mudah untuk diikuti serta mempunyai bahan \u2013 bahan yang amat ringkas dan senang untuk didapati. Ianya juga amat sesuai kepada pencinta udang kerana ianya masih memelihara rasa manis udang tersebut. \n\nResepi ini dikongsikan oleh Nohani Derahman ini telah mendapat banyak perkongsian di media sosial dan juga mendapat banyak komen positif. Jadi wahai si pencinta udang, mari kita lihat resepi ini! \n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba: \n\nSelain daripada resepi udang Har Lok ini, terdapat beberapa lagi buah resepi yang anda boleh cuba. Variasikan hidangan anda bersama resepi \u2013 resepi daripada bidadari.my! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Pada peringkat usia ini, penglihatan bayi sudah bertambah baik. Matanya sudah mula peka kepada warna-warna yang terang dan juga dapat melihat objek di sekitarnya dengan mengerakkan kepalanya. Perkembangan motornya juga akan berkembang sejajar dengan peningkatan usianya.\n\nMari kita lihat 4 cara yang seterusnya untuk merangsang perkembangan bayi sejak usia 3 bulan sehingga 12 bulan yang pertama.\n\n(Dari usia 3 hingga 6 bulan)\n\nGantungkan mobile berwarna-warni dengan jarak 25cm (10inci) daripada mata bayi yang bertujuan untuk merangsang daya penglihatan mereka.\n\nPuan Nik Eliani juga dalam bukunya ini, mencadangkan agar mobile ini digantung dengan menggunakan tali elastik untuk menggalakkan bayi untuk menyentuh, menarik dan mengerakkan mobile \u00a0tersebut. Cara ini dapat membantu dalam merangsang perkembangan fizikal bayi pula.\n\nAktiviti ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan motor kasar dan halus bayi anda. Perkembangan yang paling penting yang harus berkembang dengan baik di awal usia ini.\n\nJangan sesekali kita merasakan \u201csesi membaca\u201d bersama bayi itu adalah suatu yang sia-sia. Seringkali kita beranggapan yang bayi sekecil ini tidak faham apa yang dibacakan kepadanya. Sebenarnya, perkara ini adalah fakta yang tidak tepat.\n\nRutin membaca bersama bayi adalah sangat penting terutamanya dalam perkembangan bahasanya. Interaksi antara ibu bapa dan bayi semasa sesi membaca ini juga dapat mewujudkan ikatan \u201cbonding time\u201d yang berkualiti bersama mereka. Perkara ini secara tidak langsung akan merangsang perkembangan sosial yang baik buat si manja.\n\nPada peringkat ini, adalah lebih baik kita dapat menghubungkaitkan apa yang dibaca dengan realiti. Sebagai contoh, jika kita bercerita tentang tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan di taman, tunjukkan juga bunga yang sebenar sambil mengalakkan bayi untuk menyentuh sendiri bunga tersebut.\n\nRangsangan yang baik adalah rangsangan yang melibatkan kesemua sensori bayi tersebut. Contohnya, memegang bunga. Antara sensori yang terlibat dalam aktiviti ini ialah:\n\nPengalaman sebenar seperti ini \u00a0adalah pelajaran yang terbaik buat si kecil tau!\u00a0?\n\n3. Mengimbas Kad Bunyi Huruf Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dan Quran\n\nDudukkan bayi di pangkuan kita. Imbaskan 5 kad huruf samada BM, BI atau Quran pada setiap sesi. Tunjukkan kad huruf pertama 25cm daripada mata bayi. Seterusnya, sebut bunyi huruf dengan jelas sebanyak 2 kali. Ulang langkah yang sama pada kad yang seterusnya dalam kadar yang pantas.\n\nPelbagaikan koleksi bahan bacaan buat si anak yang mempunyai gambar-gambar yang menarik dan teks bacaan pendek pada setiap muka surat.\n\nJadikan sesi membaca dalam suasana yang menyeronokkan dengan pelbagai intonasi dan mimik muka sesuai dengan jalan cerita yang digambarkan. Perkara ini dapat mengalakkan bayi anda merasai pelbagai emosi seperti gembira, sedih atau marah dan secara tidak langsung berimaginasi berdasarkan latar belakang kisah yang diceritakan oleh ibu bapa mereka.\n\nBanyak\u00a0lagi aktiviti yang kita boleh lakukan bersama si manja bagi merangsang sistem sensori mereka. Rangsangan sensori adalah sangat PENTING di awal usia kerana sangat mempengaruhi dalam proses pembelajaran mereka kelak. Jom ibu ayah kita bermain bersama anak! ?\n\nBuku\u00a0\u201cAjar Anak Kecil Membaca Awal\u201d oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Encik Othman Ahamad."
"14 Mac 2018, Malaysia sekali lagi digemparkan dengan berita pencabulan seksual yang berlaku di kalangan anak-anak tahfiz di salah sebuah maahad tahfiz di Kuantan, Pahang.\n\nSeramai dua puluh satu orang anak tahfiz dikenalpasti telah menjadi mangsa kerakusan nafsu di luar logik fikiran manusia yang normal.\n\nSiapa pelakunya? Penderma maahad tahfiz itu sendiri. Allahhu..tidak dapat saya bayangkan reaksi ibu ayah anak-anak tahfiz terbabit tatkala mendapat perkhabaran ini. Anak-anak yang mereka hantar menuntut ilmu ukhrawi diperlakukan sebegini rupa oleh insan yang dianggap sungguh mulia di sisi agama.\n\nMungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana pencabul ini berjaya mendekati mangsanya. Sehingga ada tahap di mana pencabulan telah berlaku bertahun lamanya. Sudah pasti ia melibatkan satu proses yang begitu terancang.\n\nFazrina (2016) dalam mini kajiannya yang bertajuk Proses Sexual Grooming di Kalangan Kanak-kanak di Malaysia ; Inses memberi definisi sexual grooming sebagai satu proses di mana berlakunya pembinaan kepercayaan oleh pelaku terhadap mangsa dan secara perlahan-lahan proses itu disusuli dengan penunjukkan tingkahlaku seksual sehingga pelaku sampai ke tahap melakukan kesalahan jenayah seksual.\n\nVeldhuis dan Freyd (1999) dalam kajiannya, menemukan enam jenis proses sexual grooming yang berlaku ke atas mangsa pencabulan seksual. Maklumat yang diperolehi adalah hasil temubual bersama mangsa, pelaku dan ahli keluarga mangsa terutamanya wanita iaitu ibu.\n\nSasaran mangsa : kanak-kanak pasif, yang dipulau oleh orang sekelilingnya. Namun, isu dipulau ini dilihat memberi kelebihan kepada pelaku kerana pelaku menggunakan kesempatan itu untuk membuatkan kanak-kanak itu merasakan diri mereka hanya istimewa di mata pelaku.\n\nStrategi pelaku : secara perlahan-lahan semakin menjauhkan keluarga, kawan-kawan daripada kanak-kanak itu hingga kepada tahap memaksa kanak-kanak itu hanya fokus pada kehendaknya sahaja. Bagi proses grooming ini, penampilan kanak-kanak dikatakan tidak terlalu penting berbanding karakteristik kanak-kanak itu sendiri.\n\nSasaran mangsa : tiada faktor\u00a0 signifikan yang menonjol. Sesiapa sahaja berpotensi menjadi mangsa.\n\nStrategi pelaku : terus dimulakan dengan membina hubungan yang kukuh dengan mangsa. Pelaku mungkin boleh terdiri daripada individu yang tiada hubungan signfikan dengan mangsa awalnya namun pelaku mampu mengubah perspektif asal itu kepada perspektif di mana mangsa melihat pelaku sebagai orang yang begitu signifikan dalam hidupnya (lebih kepada seperti ibu bapa atau penjaga yang menjaga kebajikan mangsa).\n\nIa dikatakan betrayal kerana pelaku mampu mengubah perspektif normal sebagai individu yang menjaga kebajikan kanak-kanak tidak mungkin akan mengambil kesempatan di luar kebiasaan apatah lagi kesempatan dari segi pencabulan seks.\n\nNamun, melalui kaedah-kaedah tertentu samada secara paksa atau rela, kanak-kanak terbabit mengubah perspektif pencabulan seksual itu sebagai perkara yang normal bagi mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada penjaga (pelaku).\n\nApabila mangsa sudah mencapai tahap di mana dia begitu mengagungkan pelaku (hanya pelaku sahaja yang boleh diharapkan dan dipercayai) maka ketika itulah tugas mengeksploitasi pemikiran mangsa dilakukan dengan mudah.\n\nSasaran mangsa : tiada faktor siginifikan yang menonjol. Sesiapa pun berpotensimenjadi mangsa.\n\nStrategik pelaku : pelaku terlebih dahulu telah memilih, memerhati dan tinjauan terhadap keluarga sasaran untuk jangka masa yang telah lama dan memasuki keluarga tersebut sebagai individu yang terhormat seperti guru kelas tambahan, pengasuh harian mahupun jurulatih peribadi kepada anak-anak.\n\nPelaku terlebih dahulu memulakan proses grooming kepada ahli keluarga bagi mendapatkan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi sehingga tiada langsung timbul isu sangsi kepadanya.\n\nJika diamati, grooming jenis ini tidak mementingkan perspektif mangsa sebaliknya kepercayaan ahli keluarga lain yang diutamakan. Mangsa dibiarkan dalam keadaan sebagai mangsa tanpa memanipulasi pemikirannya namun pelaku akan memastikan tiada sesiapapun akan mempercayai kata-kata mangsa tentang kelakuan pelaku kepadanya.\n\nMalah pelaku melakukan reverse victim di mana dia membiarkan ahli keluarga melihat kesalahan adalah daripada anak mereka bukan pelaku.\n\nSasaran mangsa : kanak-kanak yang kurang atau hampir kepada tiada langsung pengetahuan tentang seks.\n\nStrategi pelaku : pelaku akan mencipta persekitaran yang diinginkan (pencabulan seksual) yang langsung tidak disedari oleh mangsa.\n\nApabila keadaan itu muncul, pelaku dengan lebih terperinci menghubungkan kekurangan itu kepada keinginan kanak-kanak itu sendiri dalam perhubungan intim.\n\nMelalui aktiviti berunsurkan seks, pelaku perlahan- lahan memanipulasi pemikiran mangsa bahawa hal yang dilakukan itu adalah sesuatu yang normal, padahal sebaliknya. Jadi, bagi kanak-kanak yang tidak tahu menahu akan perkara itu akan mudah terpedaya dan terus menanam nilai dalam pemikirannya secara tidak langsung.\n\nMenurut hasil daripada tinjauan oleh Freyd dan Veldhuis, kebanyakan pelaku mengeksploitasi keadaan dengan memulakan perbincangan tentang seks.\n\nKemudiannya menawarkan diri untuk mengajar mangsa tentang seks, bertanyakan keinginan seksual mangsa itu sendiri;samada mangsa mempunyai keinginan melakukan seks seperti mana yang dibincangkan.\n\nMeninggalkan alat mainan seks di persekitaran mangsa dengan tujuan untuk menarik minat mangsa hingga akhirnya tiba ke peringkat kemuncak iaitu sentuhan secara terus pelaku kepada mangsa.\n\nKeadaan akan menjadi semakin parah apabila pelaku semakin berani menggoda mangsa hingga ke peringkat mangsa menyayangi pelaku sebagai kekasih. Bagi kanak-kanak yang kurang sokongan sosial mahupun pengetahuan tentang perhubungan intim akan bergantung sepenuhnya kepada pelaku dan akan mengikut apa sahaja arahan dan permintaan pelaku.\n\nSasaran mangsa : tiada faktor signifikan yang menonjol. Sesiapa pun berpotensi menjadi mangsa.\n\nStrategi pelaku : \u201cSecrecy and blame are my best weapons\u201d\n\nKenyataan ini merupakan kenyataan daripada pengakuan pelaku sendiri tentang jenis grooming yang dilakukan ke atas mangsa.\n\nPelaku berkemampuan memanipulasi pemikiran mangsa di mana kesalahan adalah di bahu mangsa sekiranya hal (pencabulan seksual) tersebut diketahui umum misalnya ibu mangsa sendiri. Jadi, untuk berada dalam keadaan selamat, merahsiakannya adalah alternatif terbaik.\n\nMenurut dapatan kajian, semakin mangsa dimanipulasi, semakin besar tanggungjawab (secrecy dan seld-blaming) yang akan ditanggung. Wujud juga keadaan di mana berlaku ugutan oleh pelaku seperti akan memberitahu ibu mangsa bahawa mangsa cuba menggoda pelaku sekiranya mangsa tidak mahu melakukan seks dengan pelaku.\n\nCukup dengan manipulasi yang telah dialami selama ini ditambah dengan ugutan itu menjadikan mangsa lebih takut untuk bersuara dan akur sahaja dengan permintaan pelaku.\n\nSasaran mangsa : tiada faktor signifikan yang menonjol. Sesiapapun berpotensi menjadi mangsa.\n\nStrategi pelaku : Pelaku berkemampuan memanipulasi kehidupan mangsa berubah secara total. Tiada strategi khas namun tujuan utama grooming jenis ini adalah untuk memadamkan memori hitam dalam hidup mangsa. Proses adalah lebih kurang sama dengan jenis grooming yang lain namun di hujungnya ia mampu mengarahkan kepada simptom amnesia pada mangsa.\n\nKeadaan ini berlaku kerana kesemua elemen penting dalam hidupnya dieksploitasi seratus peratus. Realiti kehidupannya telah diubah, kepercayaannya digugat, suaranya tidak didengari dan satu patah perkataan dari mulutnya juga dipercayai.\n\nAkan wujud satu keadaan yang boleh menyebabkan ingatan mangsa terhadap peristiwa hitam dalam hidupnya terpadam seketika.\n\nIa tidak tersimpan dalam bentuk ingatan yang boleh diluahkan dengan kata-kata atau imaginasi. Sebaliknya ia bersifat dinamik dan sesuatu yang tidak ada hujung pangkal. Memori mangsa menjadi kosong dan tiada perkara bermakna untuk dikenangkan.\n\nMaklumat ini bukan perkongsian kosong daripada saya. Apabila kita membaca dan meneliti setiap penerangan daripada keenam-enam jenis sexual grooming ini, otak kita pasti ligat mencari info siapa yang berpotensi untuk menjadi pelaku di sekeliling anak kita.\n\nBukanlah saya mendoakan ia benar-benar berlaku tetapi sekurang-kurangnya dengan maklumat ini kita lebih celik akal dan kita selangkah ke depan daripada potential offender.\n\nAkan saya kongsikan lagi maklumat tentang gejala sosial ini dalam artikel akan datang. Ia bukan lagi gejala sosial biasa apabila ia melibatkan isu anak-anak yang kita kandung sembilan bulan. Semoga kita dapat menjadi ibu bapa yang peka akan perkembangan anak-anak dari segenap sudut hidupnya."
"Dengar nama ulam-ulaman, terbayang keenakan daun pegaga, ulam raja, pucuk betik, jantung pisang, bunga kantan, petai, jering dan banyak lagi. Ulaman ini boleh dimakan mentah dan ada juga yang perlu dicelur.\n\nIa enak dimakan dengan sambal belacan, sambal kicap, budu atau cencaluk. Sedar tak sedar, nasi di dalam pinggan juga dah bertambah. Walaupun tak dimasak seperti biasa, ulam-ulaman tetap dapat menambah selera makan.\n\nDi negara kita, terdapat lebih 120 jenis tumbuh-tumbuhan yang dimakan sebagai ulam. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada herba seperti pokok-pokok renek seperti pokok besar dan juga sayur-sayuran.\n\nJusteru, dalam artikel ini penulis akan berkongsi tentang khasiat salah satu ulaman yang terkenal bagi masyarakat Melayu iaitu daun selom. Malahan, bagi sesiapa yang berminat, cara penanaman pokok selom juga akan dihuraikan.\n\nNama saintifik daun selom ialah oenanthe javanica. Oenanthe berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud jambangan bunga yang seakan-akan setangkai anggur. Manakala, javanica pula bermaksud Pulau Jawa iaitu tempat asalnya selom diambil untuk dijadikan kajian.\n\nPokok selom bukan sahaja boleh dimakan daunnya tetapi juga bahagian batang sama ada secara mentah atau dimasak. Dikatakan bahawa rasanya seperti lobak merah atau daun parsley. Ia mudah didapati di kawasan lembap di Malaysia dan Asia Tenggara.\n\nJika anda ke kawasan lembap seperti di tepi paya, sungai, tasik atau sawah, pokok selom biasanya tumbuh meliar. Namun, setelah khasiatnya terbukti, pokok selom telah ditanam secara komersial.\n\nPokok selom tumbuh secara menegak. Batangnya berongga dan berwarna hijau. Apabila sudah matang, pokok ini akan menghasilkan bunga kecil yang berwarna putih dalam bentuk jambangan.\n\nDaun selom mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Secara umumnya, ia mengandungi karbohidrat, zat galian, serat, air dan protein. Malahan, ia juga kaya dengan vitamin A, B dan C.\n\nJika anda tersalah makan yang menyebabkan terkena cirit-birit bolehlah mencuba petua menggunakan daun selom. Caranya ialah ambil 10 helai daun selom yang segar, masukkan ke dalam 2 cawan air. Kemudian, rebus selama 15 minit dan minum ketika air masih panas.\n\nBagi pesakit kencing manis, mereka perlu memastikan kadar gula di dalam darah sentiasa terkawal. Daun selom boleh mengatasi masalah ini. Caranya ialah ambil 8 helai daun selom dan masukkan ke dalam 3 cawan air panas. Setelah sejuk, minum sebelum makan. Amalkan 2 kali sehari.\n\nDaun selom boleh digunakan untuk meredakan sakit dan bengkak akibat disengat lebah, kala jengking dan sebagainya. Caranya ialah menumbuk daun selom dan batangnya hingga lumat dan tampal pada tempat yang sakit itu.\n\nDemam selsema mudah terkena pada orang yang mempunyai imun badan yang lemah, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Petua yang boleh digunakan ialah ambil beberapa batang dan daun selom, rebus dengan secawan air dan minum airnya. Demam akan mula kebah.\n\nJika ada ibu mengandung yang mengalami alahan teruk pastinya selera makan menjadi kurang. Begitu juga jika kita diserang demam dan sebagainya, pastinya nafsu makan tersekat. Jika dibiarkan, badan akan kurang bertenaga dan menjadi susut.\n\nCara untuk menambah selera makan ialah membuat kerabu atau ulaman menggunakan daun selom. Jika suka, bolehlah dicicah dengan sambal kacang atau sambal belacan.\n\nJika ada bisul di bahagian badan, pastinya kita berasa tidak selesa dan menahan sakit. Bagi meredakan bengkak bisul dan seterusnya menyembuhkannya, ambil beberapa helai daun selom dan ditumbuk dengan lumat. Tampal pada bahagian bisul dengan kerap. Lama-kelamaan, bisul akan mengecut.\n\nJika hendakkan kulit muka menjadi licin dan nampak muda, amalkan daun selom sebagai ulaman dalam pemakanan harian. Kandungan vitamin yang tinggi sangat baik untuk kesihatan kulit.\n\nBerita baik buat semua. Pokok selom mudah ditanam dan dijaga. Ia hanya memerlukan pengawalan yang minimum. Tumbuhan herba ini boleh hidup subur dia atas pelbagai jenis tanah.\n\nDi bawah ini disenaraikan cara-cara menanam pokok selom, iaitu:\n\nAnda dinasihatkan menggunakan tanah yang subur, lembap dan mengandungi organik yang tinggi. Malahan, tanah tersebut mestilah mempunyai sistem saliran yang baik.\n\nSebelum ditanam di atas batas, tanah di kawasan itu perlulah digemburkan. Saiz batas bergantung pada keadaan tanah.\n\nPokok selom boleh ditanam melalui biji benih. Namun, untuk mendapatkan hasil yang pantas, teknik keratan batang lebih baik.\n\nDari aspek penjagaan, anda perlu membuat siraman, membaja dan kawalan penyakit serta serangga perosak.\n\nPada peringkat awal pertumbuhan, tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi untuk hidup subur. Cara terbaik ialah siram pokok sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.\n\nJika menanam menggunakan keratan batang, biasanya ia akan mula tumbuh akar dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas ditanam. Setelah masuk minggu ke-4 hingga 6, pokok akan mula tumbuh. Pada waktu ini, penyiraman boleh dikurangkan.\n\nCampuran baja organik dan kimia dapat memberi nutrien secukupnya untuk pokok selom. Baja organik yang boleh digunakan ialah najis haiwan seperti tahi ayam atau lembu yang sudah kering.\n\nBaja organik dapat meningkatkan kesuburan tanah. Manakala, baja kimia pula berfungsi memberi makanan yang cukup untuk pokok tersebut.\n\n\u00a0#7 Kawalan penyakit dan serangga perosak\n\nDisebabkan pokok selom ialah sejenis herba liar, ia tidak mudah diserang penyakit dan serangga perosak. Namun, penyakit yang biasa menyerang pokok ini ialah kulat jelaga (sooty mould).\n\nSetelah 3 atau 4 bulan selepas ditanam, daun pokok selom boleh dituai. Jangan lupa potong batang pokok selom menggunakan pisau yang tajam.\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang khasiat daun selom dan cara penanamannya. Siapa sangka tumbuhan yang hidup meliar di kawasan hutan atau belukar ini mempunyai 1001 khasiat yang tidak ternilai.\n\nSelain dijadikan ulaman, daun selom juga boleh digunakan untuk mengubati sesetengah penyakit. Disebabkan khasiat yang tinggi, tidak hairanlah ia kini menjadi tanaman komersial dan sudah mula ditanam oleh penduduk tempatan."
"Kali ini kami akan tunaikan permintan anda untuk perkongsian resepi murtabak sedap dan mudah. Resepi murtabak ini berasal daripada Sue Awie\u200e\u00a0di laman Facebook. Resepi yang telah dipakai selama bertahun-tahun.\n\nPada proses pembuatan murtabak, tahap membuat kulitnya lah yang mencabar. Namun pada perkongsian ini, ianya hanya menggunakan kulit popia sahaja sebagai kulit murtabak. Sangat memudahkan anda bukan?\n\nRasanya tiadalah berbeza. Walaupun menggunakan kulit popia namun hasilnya tetap lazat dan menyelerakan. Murtabak mini ini sesuai anda hidangkan untuk makan keluarga. Jika rasa teringin sangat makan murtabak boleh lah cuba masak sendiri di rumah.\n\nTanpa tunggu lama, sila tengok resepinya dan cubakan. Juga kongsikan kepada rakan-rakan anda. Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat dengan semestinya.\n\nSelain resepi murtabak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bila tiba bulan ramadhan, kita sebagai muslim diwajibkan untuk berpuasa. Bagi wanita yang hamil tidak diwajibkan untuk berpuasa, tetapi jika mampu berpuasa, boleh! Info sebenar mengenai 7 tips untuk ibu hamil.\n\nMari kami kongsikan tips untuk ibu hamil yang berpuasa daripada Dr. Suhazeli Abdullah.\n\nHukum telah digariskan oleh ulama bahawa wanita hamil tidak diwajibkan berpuasa. Begitu juga bagi wanita yang menyusu anak kecil mereka. Di haruskan berbuka puasa dengan syarat menggantikannya setelah semula dan/atau membayar fidyah.\n\nHukumnya jelas dibahaskan oleh ulama demi menjaga kemashlahatan kesihatan bagi ibu-ibu. Begitu indahnya Islam.\n\nMutaakhir ini terdapat banyak kajian yang menghubung-kaitkan antara puasa Ramadhan dengan kesan kesihatan terhadap ibu hamil. Terbukti bahawa puasa Ramadhan tidak memberi kesan negatif kepada beliau dan anak dalam kandungan.\u00a0\n\nSememangnya 4 bulan pertama awal hamil adalah masa yang kritikal bagi tumbesaran janin. Disertai pula dengan sesetengah ibu hamil yang muntah-muntah akibat alahan. Di saat ini lah memerlukan penjagaan kesihatan yang optimum. Pemilihan makanan yang berzat dan meminum air secukupnya.\n\nAtas ketaatan kita sebagai muslim, ramai ibu-ibu hamil yang bernekad juga melakukan ibadah puasa. Boleh mereka meneruskan berpuasa. Bagi negera kita, purata waktu siang agak pendek, antara 11 \u2013 12.jam, tidaklah terlalu lama berlapar dan berdahaga.\n\nBerikut adalah tips berpuasa untuk ibu hamil:\n\ni) Makan makanan berzat semasa berbuka dan sahur. Banyakkan serat seperti sayuran bagi mengelakkan rasa kenyang semasa siang hari. Ini kerana serat lambat proses pencernaannya.\u00a0\n\nii) Minum air kosong paling minima 7 gelas.\u00a0\n\niii) Semasa bersahur dan berbuka, mulai dengan makanan gula ringkas seperti buah tamar.\u00a0\n\niv) Kurangkan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga fizikal pada siang hari.\n\nv) Elakkan juga melakukan aktiviti luar rumah terutama sewaktu panas terik matahari.\u00a0\n\nvi) Jangan mengambil minuman bergas dan berkafein.\u00a0\n\nvii) Ketahui tanda-tanda anda kekurangan air, atau kekurang zat gula dalam badan (hipoglisemia).\n\nAndai berat badan bertambah atau berkurang 10% dari berat sebelumnya, dinasihatkan tidak berpuasa kerana ianya berisiko menjejaskan janin. Pertambahan atau penurunan berat badan ini perlu diperhati sebaik mungkin, kerana ia melibatkan jumlah kalori yang dimakan sepanjang tempoh berpuasa. Hal ini perlu dititik beratkan kepada ibu-ibu hamil yang sudah mempunyai masalah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi, anemia dan seumpamanya.\n\n*Jika ibu-ibu hamil diluar sana ingin menunaikan kewajipan berpuasa, mereka boleh mengikuti tips-tips yang diberikan oleh Dr Suhazeli ini. Tetapi, ibu yang hamil perlu ingat bahawa jangan menyeksa diri menahan lapar dan dahaga. Ianya tidak baik untuk kesihatan kandungan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang."
"Ruam susu kelihatan seperti ruam merah pada bahagian dagu, pipi atau hidung bayi yang baru lahir. Bagi bayi yang lebih tua, ia kelihatan seperti jerawat putih pada muka atau bahunya.\u00a0Jom kami kongsikan 25 petua hilangkan ruam susu secara semulajadi tanpa ubat steroid.\n\nSeterusnya, jom kita lihat apakah petua yang boleh anda amalkan:\n\n1. Bersihkan wajah bayi dari air susu setiap kali selepas menyusu\n\nKata orang tua, ruam susu berlaku kerana sisa air susu yang melekat pada muka bayi. Oleh itu, pastikan anda membersihkan wajah bayi dengan bersih setiap kali selepas menyusu. Pastikan tiada sisa air susu yang tertinggal.\n\nSusu ibu adalah salah satu remedi yang sangat berkesan untuk ruam susu. Ianya selamat digunakan, tidak mempunyai bahan-bahan kimia merbahaya dan mempunyai sifat penyembuhan semulajadi. Basahkan bola kapas dengan susu ibu, kemudian sapukan perlahan-lahan pada ruam bayi setiap hari sehingga ia pulih.\n\nAmbil bunga raya dan sapukan getahnya ke pipi bayi yang beruam susu. Lalukan setiap pagi sehingga ruam hilang.\n\nBunga melati adalah bunga yang berwarna putih, berbau manis dan sering digunakan dalam ubat semulajadi kerana sifat-sifat penyembuhannya. Ambil bunga yang segar dari pokok &\u00a0\u00a0gosokkan dengan lembut pada ruam bayi anda. Minyak yang dikeluarkan oleh bunga melati bukan hanya boleh merawat ruam malah ia juga boleh melembapkan kulit bayi.\n\nMinyak kelapa dara sememangnya mempunyai seribu satu khasiat. Salah satu daripadanya ialah untuk menghilangkan ruam susu. Sapukan sedikit minyak kelapa dara ke bahagian yang terkena ruam susu. Lakukan sekerap yang mungkin.\n\nSelain minyak kelapa dara, minyak zaitun juga boleh digunakan untuk menghilangkan ruam susu. Sama seperti minyak kelapa dara, sapukan minyak zaitun ke bahagian beruam sekerap yang boleh.\n\nMasukkan kelapa parut ke dalam kain & sapukan ke pipi anak yang terkena ruam susu.\n\nBedak sejuk yang anda pakai juga boleh digunakan untuk menghilangkan ruam susu. Sapukan ke bahagian yang beruam setiap kali lepas mandi.\n\nCampurkan tepung ubi dengan air dan sapukan ke ruam susu.\n\n10. Kaolin Clay ( tanah liat kaolin )\n\nDalam banyak-banyak tanah liat, tanah liat kaolin atau kaolin clay adalah yang terbaik. Ada banyak kaolin clay di pasaran, tapi pastikan anda memilih jenama yang semulajadi dan selamat tanpa bahan kimia merbahaya. Kami cadangkan anda guna Pearl Shine Mask dari jenama Beauty By Azra. Bahannya cuma 4 iaitu serbuk mutiara, kaolin clay, aloe vera dan distil water. Tiada bahan pengawet.\n\nMasak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji tadi disapukan pada ruam susu.\n\nAmbil lendir aloe vera dan sapukan ke ruam susu. Biarkan sehingga kering & bilas sehingga bersih. Lakukan dengan kerap sehingga ruam hilang.\n\nAmbil sebiji ragi & sagat halus. Campurkan dengan bedak talkum & sapukan lapisan halus ke bahagian yang terkena ruam susu.\n\nBiasa kita dengar orang gunakan tomato untuk kecantikan kulit muka, kan? Sebenarnya tomato juga boleh digunakan untuk menghilangkan ruam susu.\n\nSapukan satu lapisan nipis madu asli ke ruam susu diwajah bayi anda.\n\n16. Elakkan persekitaran yang panas dan lembab\n\nElak daripada persekitaran yang panas dan lembab. Cari ruang yang berangin atau teduh yang boleh memberi keselesaan kepada bayi dan membolehkan bayi kurang berpeluh. Anda juga boleh menggunakan kipas mini apabila keluar ketika cuaca panas.\n\nPastikan badan bayi dalam keadaan sejuk. Sejukkan bahagian kulit yang sudah terjejas menggnakan tuala sejuk yang basah atau mandikan bati dalam air suam. Seterusnya, biarkan kulit nya menjadi kering dalam udara biasa dan adalah lebih baik jika tidak menggunakan tuala secara kerap.\n\nAnda digalakkan untuk menyapukan losyen tersebut di bahagian kulit bayi kecuali yang berdekatan dengan bahagian mata. Anda boleh menyapukannya ketika bayi kerap menangis dan tidak selesa ketika anda menyentuh kulit bayi anda.\n\n19. Elakkan ruam susu dari terkena sabun dan syampu\n\nBayi anda mungkin mengalami ruam susu disebabkan oleh alahan kepada bahan kimia yang ada dalam sabun atau syampu yang digunakan semasa mandi. Oleh itu, elakkan sabun dan syampu daripada terkena wajah bayi.\n\nJika bayi anda mengalami ruam susu disebabkan oleh susu formula yang diminum, tiba waktunya untuk anda bertukar kepada susu jenama lain.\n\n21. Jangan pakai losyen tangan semasa memegang bayi\n\nKalau anda gemar memakai losyen tangan, anda boleh berhenti memakai losyen tangan buat sementara waktu. Ada kemungkinan anak anda mengalami ruam susu akibat tindak balas kepada bahan kimia yang ada dalam losyen anda.\n\nSeperti losyen tangan, ada juga kebarangkalian bayi anda terkena ruam susu disebabkan oleh kesan tindak balas terhadap bahan kimia yang ada dalam minyak wangi yang anda pakai.\n\nLebih-lebih lagi kalau anda sembur minyak wangi ke nadi di pergelangan tangan.\n\n23. Jangan cium bayi semasa memakai makeup\n\nJika diwajah anda ada bedak, blusher, gincu bibir & sebagainya, jangan cium bayi anda bagi mengelakkan kosmetik anda terkena kulit bayi.\n\n24. Jangan cium bayi selepas merokok\n\nPastikan suami anda tidak cium bayi sejurus selepas merokok. Minta suami basuh muka & berkumur terlebih dahulu.\n\n25. Jangan biarkan air lira bayi meleleh ke muka\n\nAir liur bayi adalah antara pubca berlakunya ruam susu. Oleh itu, lap air liur bayi yang meleleh dimuka. Jangan dibiarkan.\n\nItulah dia 25 petua hilangkan kuning bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!\n\nJemput juga baca artikel menarik lain kami seperti petua cairkan kahak, petua bengkak susu\u00a0 dan petua bercerai susu"
"Pernah tak anda lalui situasi berikut? Anda pergi ke klinik akibat pening kepala untuk medapatkan rawatan daripada doktor. Semasa konsultasi, doktor bertanya soalan ini kepada anda: Anda sakit kepala atau pening kepala? Kalau pening kepala, anda pening yang macam mana? Anda pun tak tahu nak jawab macam mana. Pening kepala dibuatnya nak memikir jawapan yang betul\n\nYang sebenarnya, ada beberapa jenis penyakit pening kepala. Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan 10 jenis sakit kepala untuk pengetahuan anda. Lepas ni, kalau doktor bertanyakan soalan yang sama, andatak perlu berasa pening untuk mencari jawapan. Dengan pebuh yakin anda boleh bagitahu kepada doktor anda sedang mengalami pening kepala jenis yang mana.\n\nMigrain merupakan jenis pening kepala yang paling kerap dialami oleh rakyat Malaysia. Migrain adalah pening kepala yang paling menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk hilang. Macam mana untuk mengetahui sama ada anda pening kepala disebabkan oleh migrain? Apabila diserang migrain, anda akan merasa kesakitan pada sebelah kepala sahaja. Bukannya seluruh kepala.\n\nSama ada anda akan sakit di belah kanan kepala, sakit di bahagian kiri kepala, depan atau belakang kepala. Sakit yang anda alami akan fokus pada bahagian tersebut. Migrain dikategorikan sebagai\u00a0penyakit keturunan yang boleh diwarisi.\n\nBagi sesetetengah pesakit migrain, apabila diserang migrain anda bukan sahaja akan mengalami sakit kepala yang terlalu menyakitkan, malah anda juga akan mengalami simptom berikut:\n\nJnis pening kedua ialah pening kepala disebabkan oleh tension atau tekanan perasaan. Seperti migrain, pening kepala disebabkan oleh tension juga merupakan penyakit pening kepala yang sering dialami oleh rakyat Malaysia memandangkan gaya hidup kita dewasa ini memang memenatkan dan sukar untuk mengelak daripada terkena tekanan perasaan.\n\nBagaimana pening kepala akibat tension berlaku? Apabila anda mengalami tekanan perasaan, urat-urat di kepala dan leher anda akan menjadi tegang lalu menyebabkan peredaran darah ke kepala anda berlaku dengan terlalu cepat, Urat di kepala anda akan mengembang dan mengecut dengan kadar yang terlalu laju lalu menyebabkan anda berasa sakit dari bahagian atas kepala sehingga belakang leher.\n\nDi antara perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami pening kepala akibat tension ialah:\n\n3. Caffein withdrawal headache atau mabuk kopi\n\nTahukah anda, pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh menyebabkan anda mendapat pening kepala. Apabila terlalu banyak kafein masuk ke dalam sistem badan anda, saluran darah anda akan menjadi tertekan lalu menyebabkan urat di kepala anda berdenyut dengan terlalu laju lalu menyebabkan anda mengalami sakit kepala.\n\nCara untuk mengelakkan pening kepala disebabkan oleh caffein withdrawal ialah dengan menghadkan pengambilan kafein dalam diet harian anda. Satu cawan kopi setiap hari sudah memadai.\n\nJenis pening kepala yang seterusnya ialah temporomandibular joint headahce atau pun sakit kepala yang berlaku disebabkan oleh pengecutan otot pada dahi dan rahang. Ia biasanya berlaku kerana rahang anda terkeluar daripada jajaran yang sepatutnya dan ada bunyi klik semasa anda menggerakkan rahang.\n\nJika anda mengalami sakit kepala seperti dicucuk di seluruh dahi dan tertumpu pada kawasan mata, kemungkinan besar anda mengalami pening kepala disebabkan oleh masalah sistem pencernaan. Jenis pening kepala yang ini sering dialami mereka yang:\n\nJenis sakit kepala yang bergelar giant cell arteritis berlaku kerana keradangan pada lapisan dalam arteri di kepala dan dahi. Di antara simptom pening kepala jenis ini ialah:\n\nPening kepala jenis ini adalah sangat merbahaya kerana jika anda tidak mendapatkan rawatan, anda boleh kehilangan penglihatan dan mengalami strok.\n\nJenis pening kepala yang digelar cluster headache boleh menyerang anda selama 10 minit hingga berjam-jam lamanya. Di antara simptomnya ialah:\n\nSakit kepala jenis ini lebih kerap menyerang lelaki berbanding perempuan.\n\nTahukah anda,alahan juga boleh menyebabkan anda sakit kepala. Simptom sakit kepala disebabkan oleh alahan adalah:\n\nAnda juga boleh sakit kepala disebabkan oleh masalah sinus. Sakit kepala jenis ini akan menyerang bahagian:\n\nAkhir sekali, anda juga boleh mengalami sakit kepala disebabkan oleh sensitif kepada cahaya yang terlalu terang atau bunyi yang terlalu kuat. Anda akan merasakan kepala anda bersenyut-denyut seolah-olah ditekan.\n\nItulah dia 10 jenis pening kepala yang biasa berlaku di Malaysia. Apa yang anda boleh buat untuk mengelakkan daripada diserang sakit kepala? Anda boleh mengelakkan sakit kepala dengan cara:\n\nJika anda sakit kepala yang berpanjangan, sila dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera. Semoga perkongsian kami pada kali ini bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang Influenza A, sakit jantung, dan simptom sakit buah pinggang."
"Nak cuba resepi mee goreng mamak yang sedap?\n\nMee Goreng Mamak merupakan hidangan favourite rakyat Malaysia. Kalau tengah mengidam malam malam, mahu sahaja kita ke kedai mamak untuk makan mee goreng mamak yang penuh dengan rencah dan confirm mengenyangkan perut.\n\nTapi, macam mana kalau rumah jauh? Atau \u201csaya suka masak kat rumah, kebersihan terjamin.\u201d tapi masih mengidam mee goreng mamak. Atau mungkin anda mahu menghidangkan sesuatu yang lain kepada tetamu anda. Disini kami cadangkan anda untuk masakkan mee goreng mamak hanya dirumah, dimana rasanya, kebersihannya lebih terjamin dan membuat tetamu anda menjilat jari makan hidangan yang telah dimasak.\n\nDi mana resepinya?\u00a0 Haa, kali ini kami bawakan resepi mee goreng mamak yang dapat membuat anda rasa seperti di kedai mamak kerana aromanya, dan rasanya yang membuatkan sesiapa sahaja terliur.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Siti Norain di dalam Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom, check it out!\n\nNota: Bahan yang bertanda asterisk (*) haruslah dikisar bersama\n\nWah mudahnya nak masak mee goreng mamak ni. Kalau begini, yang baru nak belajar masak juga dapat menghasilkan hidang seakan chef!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi Mee Goreng Mamak ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang anda boleh cuba, dan ya, walaupun anda masih beginner! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama keluarga anda dan jadikan ia satu aktiviti keluarga yang bermanfaat dan mengenyangkan perut."
"Jom masak sayur campur hari ini!\n\nMakan sayur ialah diharuskan untuk faktor kesihatan. Banyak kebaikan sayur untuk tubuh, antaranya baik untuk kesihatan kulit, menghaluskan kulit, melancarkan buang air besar, baik untuk pencernaan, kaya mineral dan banyak lagi.\n\nSayur campur boleh jadi alternatif masakan sayur anda hari ini. Menggunakan bahan sayur berbeza amat merangsang selera.\n\nSeperti resepi sayur campur yang dikongsikan oleh Fatin Farhana di laman Facebook. Ia menggunakan cendawan, brokoli, bebola ikan, lobak merah. Anda boleh cubakan di rumah, guna sayur ikut selera anda.\n\nSelain resepi sayur campur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jom baca khasiat daun belalai gajah yang selalu dikaitkan dengan anti kanser semulajadi.\n\nDaun belalai gajah juga dikenali sebagai Sabah snake grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans. Daun belalai gajah ini.\n\nTumbuhan ini sering dijadikan tumbuhan hiasan di kawasan rumah. Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa ia adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.\n\nTumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi masalah kesihatan.\n\nSecara tradisional, hanya bahagian daun belalai gajah sahaja digunakan untuk mengubati penyakit.\n\nDaun dimakan secara mentah, sebagai sayur ataupun jus yang dicampurkan bersama jus apel, teh hijau ataupun air tebu. Ia juga kadangkala disediakan dalam bentuk minuman teh.\n\nDaun yang kering digunakan untuk disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti virus kayap manakala daun segar digunakan untuk merawat patukan ular tedung senduk. Ia juga digunakan untuk merawat gigitan serangga dan ruam di kulit.\n\nKebelakangan ini daun belalai gajah ini digunakan oleh rakyat Malaysia kononnya untuk merawat kanser. Walau bagaimanapun keberkesanan daun belalai gajah ini ke atas penyakit kanser manusia masih belum lagi dibuktikan oleh kajian klinikal.\n\nSelain itu, terdapat juga dakwaan keberkesanan daun belalai gajah adalah di dalam rawatan penyakit diabetes, sakit sendi, ubat sakit, anti-keradangan dan juga antioksidan.\n\nKhasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.\n\nKajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, malah, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.\n\nMenurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, daun belalai gajah terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida ialah mengurangkan kesan radikal bebas dalam tubuh badan.\n\nSementara itu, kajian dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), menyatakan daun belalai gajah bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.\n\nFlavonoid merupakan salah satu kandungan tertinggi yang terkandung dalam daun belalai gajah ini. Kandungan ini sendiri adalah salah satu jenis antioksidan yang mampu mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular lainnya.\n\nBanyak kandungan mineral penting yang terkandung dalam daun belalai gajah seperti vitamin. Lebih dari 45% terdiri daripada protein mentah dan 17 asid amino yang memberikan nilai baik bagi kesihatan.\n\nIa juga kaya dengan\u00a0vitamin C, protein dan serat yang mampu melawan radikal bebas yang membantu dalam pencegahan kanser. Mengandungi mineral fosforus, kalsium, magnesium, dan zat besi. Daun belalai gajah juga memiliki kandungan kimia lain seperti alkaloid, saponin dan bersifat direutik.\n\nAdakah Daun Belalai Gajah Anti Kanser Semulajadi?\n\nHasil kajian yang dijalankan untuk menguji keberkesanan ekstrak daun belalai gajah sebagai anti kanser, menunjukkan ia hanya berkesan ke atas lapisan sel HeLa (human cervical cancer cell line) dan K-562(human elektroleukemia cells) sahaja.\n\nIanya tidak berkesan ke atas lapisan sel-sel kanser yang lain. Pada kepekatan ekstrak sebanyak 100ug/mL ia mampu merencat 80-90% daripada pembiakan sel-sel kanser tadi.\n\nUjian kesan membunuh sel-sel dapat juga dilakukan ke atas sel-sel manusia yang normal di dalam makmal. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan lapisan sel-sel manusia yang diperolehi daripada sel-sel lapisan dinding saluran darah vena talipusat bayi.\n\nEkstrak daripada daun belalai gajah yang diperolehi ini akan dianalisa untuk menentukan apakah bahan aktif yang terdapat di dalamnya.\n\nKajian makmal telah mendapati terdapat\u00a014 jenis bahan kimia aktif yang terkandung di dalam ekstrak daun belalai gajah dan bahan kimia yang paling utama adalah 1, 2-benzenedicarboxylic acid, mono (2-ethylhexyl) ester. Bahan kimia ini dipercayai mempunyai aktiviti antimicrobial, antioksidan dan antiproliferatif.\n\nNamun, kajian ini masih diperingkat kajian praklinikal. Peringkat kajian ini masih belum kuat untuk membuktikan bahawa daun belalai gajah benar-benar boleh menjadi ubat untuk penyakit kanser. Ini keraja, untuk membuktikan sesuatu bahan boleh menjadi ubat, ia memerlukan banyak peringkat kajian yang teliti dan khusus.\n\nSelain khasiat belalai gajah, kami juga menpunyai artikel menarik lain. Jom baca dan jangan lupa untuk kongsikan."
"Ramai yang berasa hairan mengapa makanan atau ubatan yang berlabel \u2018tanpa gula\u2019 \u00a0tetap mempunyai rasa manis.\n\nBagaimana hal ini boleh berlaku? Adakah label pada makanan dan ubatan tersebut hanya satu penipuan?\n\nSebelum anda membuat andaian, saya akan kongsikan beberapa fakta dan jenis-jenis bahan pengganti gula yang sering digunakan dalam industri makanan mahupun ubatan.\n\nJika sesuatu produk dilabelkan sebagai \u2018tanpa gula\u2019 hal ini bermaksud, ia tidak mengandungi gula yang sering anda gunakan dalam masakan di rumah iaitu sukrosa.\n\nAkan tetapi, sukrosa digantikan dengan bahan pemanis lain seperti \u00a0gula alkohol di sebabkan oleh kelebihan yang ada pada bahan ini yang akan saya kongsikan.\n\nGula alkohol (sugar alcohols) adalah sejenis karbohidrat manis yang boleh didapati secara semulajadi pada sesetengah buah-buahan dan sayuran (boleh juga diproses). \n\nSeperti namanya, ia merupakan hibrid di antara molekul gula dan molekul alkohol.Usah risau kerana alkohol yang dimaksudkan bukanlah etanol, sejenis alkohol yang sering digunakan di dalam minuman beralkohol yang boleh menyebabkan khayal.\n\nBerikut adalah jenis-jenis gula alkohol yang sering digunakan di dalam pelbagai produk makanan dan ubatan anda;\n\nJenis pengganti gula ini merupakan yang paling banyak dikaji oleh para Saintis.Ia adalah bahan yang biasa digunakan di dalam gula-gula getah dan produk penjagaan oral seperti ubat gigi.\n\nTahap kemanisannya lebih kurang sama dengan gula biasa tetapi mempunyai 40% kurang kalori.\n\nErythritol dihasilkan dengan cara penapaian glukosa di dalam tepung jagung.Ia mempunyai 70% kemanisan gula biasa tetapi hanya mempunyai 5% kalori sahaja.\n\nTidak seperti gula alkohol lain, erythritol tidak menyebabkan kesan kepada sistem penghadaman kerana ia tidak sampai ke usus besar dalam jumlah yang besar.Ia hanya diserap ke dalam saluran darah dan dikeluarkan melalui air kencing. \n\nSorbitol mempunyai rasa yang lembut dan 60% manis seperti gula dengan lebih kurang 60% kalori.\n\nSorbitol sering digunakan di dalam makanan dan minuman \u2018tanpa gula\u2019 termasuklah gula-gula.\n\nMemberi sedikit sahaja kesan terhadap gula dan insulin dalam darahAkan tetapi boleh menyebabkan gangguan penghadaman pada sesetengah orang.\n\nMaltilol diproses daripada maltosa dan mempunyai rasa yang hampir sama dengan gula biasa.Ia 90% manis seperti gula dengan separuh kalori lebih rendah berbanding gula biasa.\n\nJika anda mempunyai penyakit diabetes, berhati-hati dengan pengambilan maltilol kerana ia boleh menyebabkan \u2018blood sugar spikes\u2019.\n\nTerdapat beberapa kebaikan gula alkohol yang menyebabkan ia digunakan dalam banyak produk makanan, ubatan serta penjagaan oral, antaranya seperti berikut:\n\n\u2018glycemic index\u2019 (GI) merupakan ukuran berapa cepatkah sesuatu makanan meningkatkan tahap gula dalam darah. \n\nSemakin rendah (GI), semakin baik untuk kesihatan anda.Kebanyakan gula alkohol kurang memberi kesan terhadap tahap gula dalam darah berbanding gula biasa. \n\nErythritol dan mannitol pula mempunyai bacaan indeks glisemik sifar.Hanya maltilol yang mempunyai indeks glisemik yang sedikit tinggi namun begitu, masih lebih rendah berbanding gula biasa.\n\nGula alkohol amat sesuai dengan pesakit kencing manis untuk diganti dengan gula biasa kecuali maltilol.\n\nPengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan pereputan gigi.Gula di dalam mulut menjadi makanan kepada bakteria. Bakteria merembeskan asid dan menghakis lapisan enamel gigi.\n\nSebaliknya, gula alkohol tidak menyebabkan pereputan gigi berbanding gula biasa.Sebagai contoh, bakteria tidak mampu menguraikan xylitol dan menyebabkan pertumbuhan bakteria ini terhalang.\n\nPrebiotik adalah sebatian di dalam makanan yang menggalakkan pertumbuhan dan aktiviti mikroorganisma baik di dalam saluran gastrointestinal.\n\nGula alkohol bertindak sebagai prebiotik yang boleh menjadi makanan kepada bakteria baik yang tinggal di dalam sistem penghadaman anda.Di sebalik kebaikan penggunaan gula alkohol di dalam banyak produk di pasaran, ia juga mempunyai beberapa kelemahan.\n\nBagi sesetengah orang, pengambilan gula alkohol yang banyak adalah kurang sesuai kerana ia boleh menyebabkan gangguan sistem penghadaman. \n\nPerkara ini mudah terjadi kepada individu yang mempunyai masalah \u2018Irritable bowel Syndrom\u2019 (IBS).\n\nHal ini disebabkan oleh sifat gula alkohol sebagai serat yang sebahagian besar disalurkan terus kepada usus besar dan menjadi makanan kepada mikroorganisma di dalam organ tersebut.\n\nAkibatnya, ia menyebabkan kembung perut, angin dan cirit-birit bagi sesetengah individu.Sebaik-baiknya, elakkan gula alkohol sekiranya anda sensitif terhadapnya!\n\nSelain itu, xylitol pula adalah toksik kepada anjing. Sistem badan anjing tidak mampu mengenali bahan ini dan akan menyebabkan pengeluaran insulin yang tinggi.\n\nPerkara ini akan menyebabkan hipoglisemia ataukandungan gula dalam darah yang rendah kepada anjing yang diberikan xylitol. Awas, jangan berikan makanan yang mengandungi xylitol kepada anjing anda!\n\nSekarang anda sudah faham mengapa makanan, minuman mahupun ubatan masih mempunyai rasa manis walaupun dilabel sebagai \u2018tanpa gula\u2019.\n\nMemang benar gula alkohol mempunyai kandungan kalori lebih rendah berbanding gula biasa.\n\nNamun, bukankah lebih baik sekiranya anda kurangkan sahaja pengambilan minuman manis dan makanan terproses yang lain?Amalkan pemakanan yang sihat setiap hari dan anda boleh mencegah pelbagai penyakit dengan izin Yang Esa."
"Ipoh adalah bandar utama negeri Perak. Selain daripada kaya dengan tarikan pelancongan, ianya juga merupakan syurga makanan di negeri ini. Mencari tempat menarik di Ipoh?\n\nAda perancangan untuk datang ke sini? Nah, kami kongsikan senarai 54 tempat menarik di Ipoh yang boleh dilawati.\n\nGunung Lang telah diteroka pada tahun 1880 oleh seorang pelombong bijih timah Melayu. Kawasan gunung batu kapur seluas 11.93 hektar ini telah diletakkan di bawah Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 yang perlu dipulihara.\n\nOleh itu, ia hanya dibangunkan menjadi taman rekreasi yang mempromosikan pelancongan eko, kajian dan pendidikan sahaja. Pembangunan yang dilakukan di kawasan ini meliputi tandas, laluan pejalan kaki, jeti bot, menara tinjau, dan air terjun buatan tertinggi di Malaysia.\n\nBanyak tarikan di sini selain pepohon hijau dan bahagian yang dibangunkan iaitu zoo mini, gua, tasik ikan keli, dan replika rumah Perak.\n\nAlamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Khamis (830am \u2013 1130am, 2pm \u2013 6pm), Jumaat (830am \u2013 1130am, 245pm \u2013 6pm), Sabtu, Ahad & Cuti Umum (830am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket (bot): RM3 (dewasa), RM1.50 (warga emas & kanak-kanak)\n\nMAPS menawarkan 40 tarikan dengan 6 zon tema sesuai untuk anda sekeluarga. Enam zon tema tersebut ialah Animation Square, Blast Off Zone, Dream Zone, Fantasy Forest Zone, Lakeside Zone, dan Live Action Zone.\n\nAntara animasi yang terlibat ialah Boboiboy, the Smurf, dan Mr Peabody & Sherman. Semua zon tema ini memberikan anda pengalaman berbeza, masuk ke dunia fantasi yang amat menyeronokkan terutama kepada kanak-kanak. Banyak persembahan dan permainan yang tidak akan membosankan.\n\nAlamat: Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh\n\nHarga Tiket: RM50 \u2013 RM60. Layari laman web https://ticketing.mapsperak.com untuk mendapatkan harga promosi yang ditawarkan pada masa tertentu.\n\nIa dibuka setengah hari sahaja dan hanya semasa hujung minggu. Jadi, orang ramai memenuhi tempat itu pada tempoh itu untuk mendapatkan barangan yang mereka mahu dalam kawasan sepanjang kira-kira 2km.\n\nPasar Karat yang turut dikenali sebagai Pasar Loken ini pada asalnya menjual barangan lama atau berstatus antik. Apabila jumlah pengunjung semakin ramai, penjual yang menjual barangan lain seperti pakaian, perkakas elektrik, makanan dan minuman mula mencari rezeki di sini.\n\nPasar ini ditandai oleh dua pintu gerbang yang besar. Pasar Karat atau Pasar Loken ini telah diberikan nafas baru dengan nama baharu iaitu Memory Lane. Walaupun begitu, nama Pasar Loken lebih dekat di hati ramai pengunjung.\n\nAlamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh\n\nWaktu Operasi: Ahad (630am \u2013 1pm)\n\nTaman tertua di Ipoh ini telah wujud sejak 1950. Nama asalnya ialah Coronation Park bersempena dengan kemahkotaan Ratu Elizabeth II pada tahun 1953. Ia kemudiannya diberikan nama Taman Rekreasi Dr Seenivasagam iaitu satu penghormatan kepada seorang ahli politik.\n\nDalam taman inilah terletaknya Taman Jepun yang terkenal mempunyai lanskap gaya Jepun yang cantik. Taman ini memiliki tasik yang besar dengan jambatan siap dengan pergola berserta tempat duduk. Maka, taman ini sesuai untuk bersantai dan juga berkelah di tepi tasik.\n\nAlamat: Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh\n\nJika kos melancong ke Jepun memakan kos yang tinggi, mungkin ada baiknya jika anda singgah di Taman Jepun yang terletak di Ipoh ini terlebih dahulu.\n\nKerjasama antara Ipoh dengan Datuk Bandar Fukuoka telah menghasilkan sebuah taman yang menyerupai lanskap taman di Fukuoka, Jepun. Oleh itu, terdapat pokok-pokok buluh, batu-batu hiasan dan jambatan yang serupa dengan yang boleh dilihat di Jepun.\n\nJadi, sebelum cita-cita untuk ke Jepun tercapai, ubatilah penantian itu dengan mengunjungi taman ini.\n\nAlamat: Taman Dr Seenivasagam, Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh\n\nIa merupakan sejenis hutan dipterokarpa bukit dengan dua bahagian yang dibuka kepada pengunjung. Salah satu tamannya iaitu Taman Nepenthes adalah taman di mana pokok-pokoknya dijaga dengan rapi oleh pihak berkuasa.\n\nTapi, masuk ke kawasan ini ada bayarannya. Bahagian yang lain pula adalah percuma dan amat sesuai untuk aktiviti perkelahan, mandi-manda di sungai, barbeku dan berbasikal.\n\nPokok-pokok hutan yang tinggi memberi suasana redup dan kedamaian kepada anda yang sedang berehat di atas batu-batu sungai yang besar dengan aliran air yang menyejukkan.\n\nAlamat: Hutan Simpan Kledang Saiong, Bandar Meru Raya, Ipoh (5km dari bandaraya Ipoh, selepas Tenby School)\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (7am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: PERCUMA kecuali Taman Nepenthes (RM5)\n\nJika anda suka sejarah, ini adalah kawasan yang sesuai untuk anda. Jejak Warisan Ipoh merupakan kawasan dengan kumpulan bangunan bersejarah yang dibina pada zaman British.\n\nIa terdiri daripada 45 bangunan warisan kesemuanya dalam jarak 100km. Anda memerlukan kira-kira 5 jam untuk mengelilingi bangunan warisan jika berjalan kaki.\n\nSebahagian bangunan \u2013 bangunan tersebut adalah Stesen Kereta Api Ipoh, Memorial Perang Perak, Tugu Memorial Birch, Masjid Padang Bandaran (Masjid India), Padang Ipoh, Bangunan HSBC, dan Masjid Dato\u2019 Panglima Kinta.\n\nAlamat: Sekitar Padang Ipoh atau sekitar Pekan Ipoh Lama\n\nIni antara lokasi penting perlu dilawati jika anda berada di Ipoh. Anda mungkin sudah biasa mendengar Old Town White Coffee iaitu pengeluar white coffee di Malaysia.\n\nOld Town White Coffee telah bekerjasama dengan Ernest Zacharevic, pelukis dari Lithuania untuk menghasilkan 8 mural menarik di sekitar Ipoh. Mural-mural tersebut ialah:\n\nI. A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E)\n\nII. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)\n\nIII. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078542 E)\n\nIV. A \u2018Kopi\u2019 Break (4.596771 N, 101.078612 E)\n\nV. A Bag of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)\n\nVI. Girl on a Wall in Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)\n\nVII. Old Town Relives Nostalgia with Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)\n\nVIII. Tin Mining Town with Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E)\n\nPerjalanannya agak panjang sebelum sampai ke permata tersembunyi ini. Tasik Cermin terlindung oleh kawasan kuari yang berbukit-bukau. Jalan menuju ke tasik berdebu, kemudian berbatu kerikil.\n\nAgak mencabar bagi sesetengah orang. Kereta pun menjadi berdebu dan kotor. Selepas itu, perlu berjalan kaki pula masuk ke dalam gua yang sepanjang kira-kira 50 meter. Agak gelap juga keadaan di dalam gua ini.\n\nIni semua berakhir dengan rasa puas dan damai sejurus memandang tasik yang cantik. Dalam air terlihat pokok-pokok dan bukit yang mengelilingi tasik. Kerana itulah tasik ini digelar sebagai Tasik Cermin. Datanglah ke sini kerana pemandangannya sangat memukau.\n\nAlamat: Berhampiran Kuil Da Seng Ngan, GPS 4.559760, 101.119400\n\nTaman ini lebih dikenali sebagai Padang Polo di kalangan penduduk tempatan. Ramai yang suka berjogging di sini kerana laluan joggingnya yang didakwa adalah terbaik di Ipoh.\n\nAnda akan menamatkan kira-kira 2.6km dengan berjogging di sini. Awal pagi merupakan pagi yang sibuk dengan ramai penduduk bersenam, aerobik dan berjogging.\n\nTaman permainan kanak-kanak juga disediakan agar kanak-kanak dapat turut serta dalam aktiviti taman.\n\nAlamat: 7, Jalan Brash, 30350 Ipoh\n\nQing Xin Ling Leisure and Cultural Village\n\nBerada di sini membuatkan diri seolah-olah berada di sebuah perkampungan di China. Tasik di tengahnya dan bukit batu kapur serta gua yang mengelilinginya persis pemandangan dalam lukisan-lukisan klasik China.\n\nPerkampungan budaya ini menyediakan pameran yang sampaikan dalam bentuk seni dinding dan pemasangan replika di sekitarnya. Kunjungan ke sini akan membuatkan si tua mengimbau memori silam, manakala bagi si muda mendapat ilmu baharu kerana kebanyakan barangan di sini tidak lagi dijual di pasaran.\n\nPersekitaran yang indah menjadikan kawasan ini juga sesuai untuk tujuan perkelahan. Aktiviti berbasikal dan menaiki beca juga disediakan.\n\nAlamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5A, Taman Saikat, 31350 Ipoh\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (930am \u2013 430pm)\n\nYasmin Ahmad merupakan seorang pengarah yang terkenal di Malaysia suatu masa dahulu. Iklan dan filem arahannya penuh dengan kasih-sayang rakyat Malaysia yang hidup berbilang bangsa.\n\nMuzium yang dibina di ruang satu tingkat di tapak milik Old Block Sdn Bhd, menyimpan pelbagai kenangan mengenai Yasmin Ahmad sebelum beliau meninggal dunia.\n\nFoto-foto yang dipamerkan juga kebanyakannya merupakan sumbangan dari orang perseorangan. Pemilihan Ipoh sebagai lokasi muzium juga mempunyai hubungkait dengan beliau yang sering menjalankan penggambaran di sana.\n\nAlamat: Old Block Apartments, Jalan Sultan Yussuf, Ipoh\n\nMuzium Geologi ditubuhkan pada tahun 1957. Ia memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan geologi dan geosains di Malaysia.\n\nMuzium ini dibahagikan kepada tujuh zon yang menyampaikan maklumat merangkumi ciri-ciri dan sejarah bumi, kegunaan, eksplorasi serta sumbangannya kepada manusia.\n\nPengunjung akan melihat koleksi unik pelbagai jenis seperti fosil, mineral, batu permata berharga, dan batuan yang lain. Terdapat juga sampel timah dari Lembah Kinta.\n\nAlamat: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Khamis (9am \u2013 1230pm, 2pm \u2013 430pm), Jumaat (9am \u2013 12pm, 3pm \u2013 430pm), Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am\n\nMereka yang ingin mengetahui tentang sejarah perlombongan dan perhutanan negeri Perak dijemput untuk mengunjungi muzium ini.\n\nMuzium Darul Ridzuan ditubuhkan pada tahun 1992 bagi memelihara sejarah perlombongan dan perhutanan di negeri Perak.\n\nMaka, empat bahagian pameran berkaitan disediakan di dalam muzium iaitu sejarah bandaraya Ipoh, sejarah perlombongan, sejarah perhutanan dan alam semulajadi Perak, serta pameran alatan perlombongan dan perhutanan.\n\nAlamat: Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Khamis (930am \u2013 5pm), Jumaat (930am \u2013 1215pm, 245pm \u2013 5pm), Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (930am \u2013 5pm)\n\nMuzium Ho Yan Hor merupakan bangunan bersejarah yang dibina sejak sebelum peperangan. Ia adalah kediaman asal Dr Ho dan keluarga beliau yang juga merupakan pembuat teh herba Ho Yan Hor sejak 1941.\n\nPenubuhan muzium ini dapat memberikan gambaran kehidupan Dr Ho dan bagaimana beliau memulakan perniagaannya. Ini diharapkan dapat memberikan motivasi dan galakan kepada yang berminat untuk bergelar usahawan.\n\nHo Yan Hor bukan sahaja kisah mengenai individu tertentu tetapi ia juga adalah bayangan sejarah Ipoh.\n\nAlamat: 1, Jalan Bijih Timah, 30000 Ipoh\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (10am -4pm), ditutup pada hari Isnin.\n\nMasjid ini disiapkan sepenuhnya pada tahun 1968 dan merupakan antara masjid negeri terawal di Perak. Ia merupakan salah satu mercu tanda di Ipoh.\n\nTarikan utama masjid ini adalah 44 kubah dan menaranya yang berketinggian 125 kaki. Beribu-ribu jubin mozek memenuhi permukaan kubahnya. Mozek-mozek ini diimport dari Uzbekistan.\n\nMasjid Sultan Idris Shah II ini mampu menempatkan sehingga 2000 jemaah pada satu-satu masa.\n\nAlamat: Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 31650 Ipoh (berhampiran Tugu Peringatan Birch)\n\nIpohworld @ Han Chin Pet Soo\n\nKunjungan ke Ipoh boleh menjadi satu kunjungan ilmiah dengan melawat Ipohworld. Ipohworld cuba memberi kesedaran kepada orang awam agar menghargai negeri Perak dengan memberi maklumat mengenai negeri ini.\n\nNamun, tumpuan diberikan kepada daerah Ipoh dan Lembah Kinta. Ia memiliki kira-kira 7000 barangan yang meliputi pelbagai perkara berkaitan sejarah Perak.\n\nSemua ini disampaikan dalam bentuk fotografi, dokumen, temuramah, artifak, e-buku dan video. Sumbangan Ipohworld dalam menyampaikan ilmu ternyata berbaloi apabila mereka berjaya menjalankan pameran pertama mereka dengan kerjasama bersama-sama Muzium Darul Ridzuan pada tahun 2006.\n\nAlamat: No. 3, Jalan Bijih Timah (Treacher Street), 30100 Ipoh\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (dibuka mengikut temujanji selewat-lewatnya 30 hari)\n\nHarga Tiket: Masuk adalah percuma namun pengunjung digalakkan untuk menderma bagi pembiayaan.\n\nJika anda mahu bersantai bersama keluarga, Bulatan Amanjaya mungkin salah satu tempatnya. Ia menyediakan kawasan santai dan kerusi agar anda boleh berehat di kawasan seluas 7.3 hektar.\n\nBulatan yang turut dikenali sebagai Bulatan 18 atau Bulatan Casuarina ini mempunyai air pancuran berirama yang disertai oleh pancaran cahaya berwarna-warni. Jadi, panoramanya amat indah terutama ketika waktu malam.\n\nKanak-kanak yang amat gemar bermain pula pasti akan teruja dengan wading pool sedalam 0.6 meter untuk kanak-kanak bermandi-manda. Bulatan Amanjaya juga amat sesuai untuk aktiviti pagi seperti berjogging kerana ada laluan khas disediakan bagi tujuan itu.\n\nAlamat: Bandar Meru Raya, 31200 Ipoh\n\nSemasa musim cuti sekolah, terutamanya, tempat ini sering menjadi pilihan ibu bapa yang mahu membawa anak mereka berjalan-jalan. Ia merupakan taman tema yang mengumpulkan keseronokan dalam satu tempat.\n\nKemudahan hotel memudahkan ibu bapa mendapatkan kediaman yang paling dekat dengan tarikan yang mengisi waktu siang dan malam anda sekeluarga.\n\nTaman temanya mempunyai pelbagai jenis bahagian permainan air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Kids Explorabay, dan Cliff Racer. Pada malam hari pula, ada Ultimate Night Park yang menyediakan kolam air panas dan melihat haiwan-haiwan nocturnal.\n\nAlamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Sabtu (11am \u2013 6pm), Ahad dan cuti sekolah/kelepasan am (10am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM95 (dewasa), RM88 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas)\n\nJika anda pernah ke muzium seni 3D seperti di Melaka dan Pulau Pinang, Funtasy House di Ipoh ini menyerupai muzium-muzium tersebut. Ia menggabungkan keseronokan dengan dunia fantasi.\n\nLebih 20 mural seni dipamerkan di sini di mana pengunjung boleh bermain dengan dunia imaginasi mereka dan merakamkan gambar yang unik sebagai kenangan.\n\nAlamat: No. 16, Jalan Market, 30000 Ipoh\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Sabtu (9am \u2013 6pm), Ahad dan hari kelepasan am (9am \u2013 8pm)\n\nHarga Tiket: RM19 (dewasa tanpa mykad), RM15 (dewasa bermykad), RM10 (kanak-kanak, pelajar, dan warga emas)\n\n Kuil Gua Kek Long Tong (Kek Long Tong Cave Temple)\n\nPemandangan Gunung Rapat yang indah merupakan kelebihan buat kuil ini yang terletak di dalamnya. Kuil Gua Kek Long Tong didirikan di atas tapak dengan keluasan 12 ekar dan digunakan seawal 1920 bagi tujuan penyembahan. Pada tahun 1960, sebahagiannya dijadikan tapak perlombongan bijih timah.\n\nKuil ini dikenali kerana mempunyai lanskap taman yang indah dengan kolam dan tumbuh-tumbuhan. Mereka turut memelihara ikan, burung dan angsa selain menerima kunjungan monyet-monyet di sekitarnya. Ia turut menyediakan laluan yang sesuai untuk berjogging dan laluan refleksologi.\n\nAlamat: Kek Long Tong, Gunung Rapat, Ipoh\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (7am \u2013 6pm)\n\nBerbaloi untuk sekurang-kurangnya merakamkan gambar kenangan bercuti di Ipoh menerusi stesen ini yang kaya dengan sejarah. Senibina bangunannya yang indah menyebabkan ia digelar Taj Mahal Ipoh.\n\nIa menggabungkan gaya klasik dan British \u2018Raj\u2019 lengkap dengan kubah dan menara yang dipengaruhi oleh senibina Moor. Asalnya ia dibina untuk dijadikan hospital tetapiu kemudian diubah menjadi stesen kereta api.\n\nStesen kereta api merupakan sebahagian sejarah penting pentadbiran British di negeri Perak. Ia menjadi sistem perhubungan kereta api dari satu negeri ke negeri-negeri yang lain.\n\nMenara jam ini merupakan salah satu tinggalan bersejarah oleh British. Ia dibina pada tahun 1909 bagi memperingati ulang tahun kematian JWW Birch yang telah dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.\n\nJam ini dibina dengan kos 25,000 pound sterling dan dirasmikan oleh residen British Perak ke-8. Jam besarnya berukuran 6 kaki dengan 4 jam kecil yang mempunyai sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di London.\n\nMungkin ramai yang tidak tahu bahawa lukisan yang terdapat di menara itu adalah 44 tokoh dunia yang membangunkan tamadun termasuk Nabi Muhammad SAW.\n\nAlamat: Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh (di sebelah Masjid Negeri Perak)\n\nIa digelar Masjid Cina kerana senibinanya dipengaruhi oleh identiti bangunan tradisi Cina seperti bumbung panjang dan bumbung lima dengan penggunaan warna merah dan tanaman pokok buluh.\n\nBagi mendekatkan senibinanya dengan ciri-ciri Islam, imej bulan sabit menggantikan imej naga pada bumbung. Manakala bunga raya pula menggantikan bunga teratai.\n\nLebih menarik lagi adalah proses pembinaan dan pemasangannya diselia oleh juruteknik beragama Islam dari China yang menawarkan khidmat secara percuma bagi tujuan dakwah. Masjid ini bernilai RM4 juta dan dirasmikan pada tahun 2014 oleh Sultan Perak.\n\nAlamat: Regat Tasek Jaya Satu, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh\n\nTaman Herba Papan ini terletak berdekatan dengan Hutan Simpan Kledang di neger Gopeng. Ianya merupakan antara pusat pelancongan dan rekreasi yang menarik sekitar situ.\n\nAntara kemudahan yang disediakan di sini ialah pejabat penerangan, dewan serbaguna, galeri hasil hutan bukan kayu, tapak perkhemahan, tandas, bilik persalinan, surau, pondok rehat dan denai hutan.\n\nAlamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak, Batu Gajah, 31300 Gopeng, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari, hari minggu (8.30 am \u2013 5 pm) manakala hujung minggu (9 am \u2013 5 pm)\n\nHarga kemasukan: Kanak-kanak bawah 3 tahun PERCUMA | Kanak-kanak bawah 12 tahun & Warga Emas RM 1 | Dewasa RM 2\n\nFantasy yang menyeronokkan (fun) = Funtasy! Kami berani jamin jika anda ke Funtasy House Trick Art ini, anda memang akan berseronok.\n\nFuntasy House Trick Art ini terletak di Koh Heng. Ianya merupakan muzium 3D yang memaparkan\u00a0trick art\u00a0yang menarik. Sesuai juga dilawati oleh mereka yang gemar bergambar!\n\nAlamat: 16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari, hari minggu 9 am \u2013 6 pm manakala hujung minggu 9 am \u2013 8 pm\n\nHarga tiket: Kanak-kanak bawah 4 tahun PERCUMA | Kanak-kanak 4 tahun ke atas & Warga Emas 60 tahun ke atas RM 10 \n\nSalah satu air terjun terpanjang di Malaysia ialah Lata Kinjang. Anda juga boleh nampak air terjunnya apabila melalui lebuhraya Utara-Selatan di Tapah.\n\nAda beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di Lata Kinjang. Antaranya termasuklah bermandi-manda, berkelah dan berkhemah.\n\nTerdapat juga jambatan tergantung di sini. Ada juga beberapa pengunjung yang bergambar di situ kerana latarbelakang air terjun yang cantik.\n\nPernah terdengar tentang\u00a0agarwood\u00a0atau gaharu? Gaharu Tea Valley ini merupakan ladang gaharu yang terkenal sekitar sini.\n\nBerukuran 300 ekar, ladang gaharu ini menanam lebih 200,000 gaharu. Memang besar dan luas! Anda juga boleh menambah lebih ilmu pengetahuan tentang tumbuhan gaharu dan khasiatnya di sini.\n\nDi samping itu, ada juga kedai yang menjual produk berasaskan gaharu. Ini termasuklah teh dan sup, sangat menarik!\n\nAlamat: Jln Sungai Itek, 31600 Gopeng, Negeri Perak\n\nHarga tiket: Kanak-kanak RM 5 | Dewasa RM 10\n\nGua Tempurung adalah gua batu kapur di Gopeng, Perak, Malaysia. Ia popular di kalangan peminat aktiviti mencabar. Berukuran lebih daripada 3 km, ia adalah salah satu gua terpanjang di Semenanjung Malaysia.\n\nKerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini kerana ianya khazanah. Kemudahan seperti lampu , tangga dan titi turut disediakan. Aktiviti meredah sungai dalam gua adalah aktiviti yang popular di sini.\n\nMasjid ini merupakan antara masjid tertua di Malaysia. Ianya berusia lebih 120 tahun, namun masih kekal kukuh sehingga kini.\n\nMasjidnya yang cantik ditambah pula dengan kebersihan persekitarannya membuatkan ramai pengunjung berasa selesa untuk singgah beribadah di sini.\n\nAlamat: Jalan Masjid, Kampung Kuchai, 30300 Ipoh, Negeri Perak\n\nTaman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo merupakan antara tempat menarik di Ipoh yang boleh anda kunjungi untuk tujuan aktiviti riadah.\n\nYang menariknya, anda juga boleh menjamu selera di sini. Ada yang menjual Laksa Utara, cendol dan keropok lekor. Boleh juga makan di tepi tasik bersama keluarga, pasti menyeronokkan!\n\nAlamat: Jalan Brash, 30350 Ipoh, Negeri Perak\n\nMencari tempat penginapan yang selesa dan berpatutan harga di Ipoh? WEIL Hotel adalah antara hotel 4 bintang yang terkenal di situ.\n\nBilik yang cantik, selesa, bersih dan lengkap dari segi kemudahan merupakan antara tarikan utama hotel ini. Ianya juga terletak berdekatan dengan Ipoh Parade. Jadi, mudahlah untuk anda membeli-belah berdekatan hotel.\n\nAlamat: 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Negeri Perak\n\nKolam air panas di Perak ada beberapa yang popular. Salah satunya ialah di Pusat Rekreasi Lubuk Timah yang terletak di Ipoh.\n\nKeunikan utama tentangnya ialah terdapat air terjun yang sejuk airnya di sini. Sangat sesuai disinggah oleh sesiapa yang ingin bersantai bersama keluarga sambil merehatkan minda.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 8 am \u2013 8 pm\n\nHarga tiket: \u00a0RM 5.00 (Dewasa 12 tahun ke atas) | RM 3.00 (Kanak-kanak 3-11 tahun) |\u00a0RM 3.00 (Warga Emas 60 tahun ke atas)\n\nJika anda berkunjung ke Ipoh, memang tak sah jika anda tidak singgah di Pasar Gerbang Malam Ipoh. Ianya merupakan tarikan pelancongan di Ipoh sejak tahun 2003 lagi.\n\nAda macam-macam yang boleh anda beli di sini. Dari makanan, pakaian ke barangan-barangan lain, semuanya anda boleh beli pada harga yang murah.\n\nAlamat: Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 6 pm \u2013 12 am\n\nTambun Pomelo GoChin Agro Farm atau Ladang Limau Tambun ini juga wajib masuk dalam senarai tempat menarik di Ipoh.\n\nLimau yang boleh didapati di sini ialah limau pomelo yang berkualiti tinggi. Limau ini memang harum dan mempunyai pelbagai khasiat. Jadi, anda boleh melihat dan belajar tentang limau tersebut jika berkunjung ke sini.\n\nAlamat : 158258A, Jalan Ampang Tambun, 31400, Ipoh, Perak Tambun, 31400 Ipoh, Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 6 pm\n\nMahu anak-anak anda melakukan aktviti yang mencergaskan badan dan menyeronokkan pada masa yang sama? Apa kata anda singgah di Blueblue Playland yang terletak di Gunung Rapat ini?\n\nBlueblue Playland merupakan taman\u00a0indoor\u00a0kanak-kanak yang terbesar di Ipoh. Ada pelbagai permainan seperti gelongsor dan trampolin yang boleh diterokai oleh kanak-kanak.\n\nAlamat: \u00a0No. 2, Arena Gunung Rapat,, Jalan Gunung Rapat, Taman Rapat Setia, 31350 Ipoh, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: 10 am \u2013 12 am\n\nSalah satu\u00a0port\u00a0mendaki di Ipoh yang popular ialah Bukit Bangkong yang terletak di Chemor. Jika anda sukakan aktvitit tersebut, anda wajib lawati bukit ini.\n\nPemandangan yang anda akan lihat setelah sampai di puncak bukit memang cantik. Selain dapat mencergaskan badan, anda juga dapat menghirup udara segar.\n\nAlamat: Tanah Hitam, 31200 Chemor, Perak\n\nKepada yang suka melakukan aktiviti lasak, X Park Sunway City Ipoh ini adalah tempat menarik di Ipoh yang harus anda kunjungi.\n\nIanya menawarkan sukan yang bermotor dan tidak bermotor. Antaranya ialah menaiki go-kart, menaiki ATV, bermain futsal, bermain badminton dan memanah.\n\nAlamat: No, 1, Persiaran Lagun, Sunway City, 31150 Ipoh, Negeri Perak\n\nMasjid India Muslim Ipoh adalah masjid yang dibina untuk golongan India-Muslim pada tahun 1905. Ianya terletak di Jalan Seenivasagam.\n\nMasjid ini turut dikenali sebagai Masjid Padang. Senibina yang diterapkan untuk masjid ini ialah senibina Mughal, jadi masjid ini sememangnya cantik.\n\nAlamat: Jalan Seenivasagam, 30450 Ipoh, Negeri Perak\n\nIni adalah salah satu lambang bersejarah yang boleh anda lawati \u2013 Ipoh War Memorial atau Cenotaph War Memorial. Jika anda pencinta sejarah, inilah salah satu tempat yang cocok dengan jiwa anda.\n\nIpoh War Memorial ini dibina pada tahun 1927 dan dilancarkan pada Hari Peringatan, yang pada awalnya memperingati tentera dari Negeri Perak yang telah meninggal dunia dalam Perang Dunia I.\n\nInilah dia museum model kereta pertama di Malaysia \u2013 Dream Big World Car Museum. Muzium model kereta ini terletak di Jalan Panglima di Ipoh.\n\nAda pelbagai model kereta termasuk info-info tentangnya yang boleh anda temui di sini. Jika anda peminat tegar kereta, inilah muzium yang wajib anda lawati!\n\nAlamat: level 1, 21, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10.30 am \u2013 4.30 pm\n\nSatu lagi tempat penginapan yang terbaik di Ipoh ialah Kinta Riverfront Hotel & Suites. Bukan sahaja merupakan tempat penginapan yang selesa, malah harga yang ditawarkan juga berpatutan.\n\nRamai pelanggannya memuji kemudahan bilik yang lengkap, sarapan percuma yang enak serta kebersihan dan kecantikan bilik di sini. Sangat sesuai untuk anda dan keluarga menginap di sini kerana biliknya agak luas.\n\nAlamat: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Negeri Perak\n\nTanjung Tualang Tin Dredge No. 5\n\nSuatu ketika dahulu, Perak merupakan antara negara yang terkaya di Malaya dek kerana perlombongan biji timah yang meluas sekitar situ.\n\nNamun, disebabkan oleh harga timah yang merosot, kebanyakan kilang telah ditutup. Salah sebuah kapal korek timah di situ ialah TT5, yang menjadi kesan tinggalan sejarah.\n\nMenarik betul fakta sejarah tentang tempat ini. Bolehlah anda datang tengok sendiri tempatnya jika anda berkunjung ke Ipoh!\n\nAlamat: \u00a09th KM, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 9 am \u2013 6 pm manakala Jumaat 9 am \u2013 12 pm, 2 \u2013 6 pm\n\nInilah dia hotel 5-bintang yang popular di Ipoh \u2013 The Banjaran Hotsprings Retreat! Bagi yang ingin bercuti sambil merehatkan minda, hotel ini memang kena dengan citarasa anda.\n\nAntara kemudahan di sini termasuklah WiFi percuma, kolam renang persendirian, tasik yang berdekatan, serta bilik yang luas. Dekorasi bilik juga cantik dan santai!\n\nAlamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Negeri Perak\n\nKepada ulat buku, kami yakin anda pasti akan berseronok di tempat ini \u2013 BookXcess Kong Heng Ipoh! BookXcess ada beberapa cawangan, salah satunya di Ipoh.\n\nDi sini, anda akan jumpa buku-buku yang dijual pada harga yang sangat murah. Ada diskaun hingga separuh harga. Malah, terdapat aneka genre juga untuk setiap buku. Terbaik!\n\nAlamat: 91, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 10 pm\n\nSatu lagi\u00a0port\u00a0bergambar yang boleh anda singgah ialah Concubine Lane. Ada beberapa tempat yang cantik sekitar sini yang boleh anda singgah.\n\nTambahan pula, anda boleh mencuba makanan yang sedap di sini. Antaranya ialah\u00a0cheese toast\u00a0pelangi dan Hokkaido\u00a0ice cream puff.\n\nSatu lagi kuil yang juga merupakan tempat pelancogan di Ipoh ialah Ling Sen Tong Temple. Ianya kuil Taoist yang\u00a0 terletak di Kinta.\n\nKuil ini mempunyai koleksi patung Buddha yang indah, sangat sesuai disinggah oleh pencinta budaya. Anda juga boleh mendapatkan limau pomelo berdekatan sini!\n\nIni ialah salah satu air terjun yang terkenal di Perak dan ianya terletak di Chemor. Air terjun yang jernih dan bersih merupakan tarikan istimewa di sini.\n\nIanya selalunya dipenuhi oleh pengunjung dari kalangan keluarga pada hujung minggu. Aktiviti seperti bermandi-manda dan berkelah merupakan antara yang dilakukan.\n\nAlamat: Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak\n\nWalaupun terletak 20 km dari Ipoh, ianya boleh dikatakan berdekatan juga dengan pusat bandar Ipoh. Kellie\u2019s Castle ini merupakan tarikan pelancongan yang popular di Perak.\n\nSelain daripada istana yang cantik, anda juga akan mempelajari tentang sejarahnya di sini. Bagi yang suka bergambar, istana ini memang luas. Jadi, bergambar sahaja di penjuru yang anda mahu!\n\nWaktu operasi: Isnin \u2013 Khamis 9 am \u2013 5.30 pm, Juaat \u2013 Sabtu 9 am \u2013 6 pm\n\nSelalunya, kita akan berekreasi dan mengunjungi tempat yang ada sungai atau tasik pada waktu siang. Tetapi di Ipoh, mungkin lebih menarik dilakukan pada waktu malam.\n\nDi Kinta Riverfront, pemandangan sungai itu sememangnya cantik pada waktu malam. Cahaya LED berwarna-warni yang menerangi pokok di sini menyerlahkan lagi keindahan sungai tersebut.\n\n Catch A Toy @ Ipoh Garden\n\nAda pembaca di sini yang sukakan warna merah jambu? Kami faham, jika dah suka, semua benda memang kena ditukarkan kepada warna tersebut.\n\nAnda pasti sukakan Catch A Toy @ Ipoh Garden ini, kerana ianya sebuah kedai yang keseluruhannya berwarna pink. Ada mainan comel yang boleh anda pilih di mesin di sini. Boleh juga dijadikan\u00a0port\u00a0bergambar!\n\nAlamat: NO 2 BWH, Jalan Medan Ipoh 6, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Hari minggu 4 pm \u2013 3 am, hujung minggu 12.30 pm \u2013 3 am\n\nSalah satu tapak warisan bersejarah di Ipoh yang boleh anda lawati ialah Ipoh Town Hall yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.\n\nIpoh Town Hall ini dibina pada tahun 1917. Sebahagian daripada bangunan itu pernah berkhidmat sebagai pejabat pos Ipoh dan kemudiannya, ibu pejabat polis daerah.\n\nAlamat: 2700, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Negeri Perak\n\nSatu lagi tempat menarik di Ipoh yang wajib diserbu oleh pencinta seni ialah Miniature Wonders Art Gallery. Bangunan dua tingkat ini merupakan galeri seni miniature yang popular sekitar sini.\n\nWalaupun baru dibuka pada tahun 2017, sambutan yang diterima cukup hangat. Kemasukan ialah percuma, namun jika anda ingin ke tingkat atas, anda perlu membayar RM 5.\n\nAlamat: 49, Jalan Market, 30000 Ipoh, Negeri Perak\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 9 am \u2013 5 pm\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Ipoh yang dikongsikan? Anda teruja? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati."
"Cencaru ialah antara jenis ikan yang digemari di Malaysia. Ikan ini paling terkenal dengan masakan sumbat sambal atau sumbat kelapa. Adapula ikan cencaru goreng berlada, bakar masak cekur juga amat disukai. Cencaru segar dalam RM8 sekilo. Kalau saiz sederhana dapat dalam 7-8 ekor. Tapi kalau beli yang sudah siap masak dalam RM 4 seekor. Maka itu, untuk simpan bajet eloklah masak sendiri bukan? Masak sedap-sedap macam kedai, puas makan satu keluarga. Kami hadirkan 10 resepi ikan cencaru yang sedap. Mari kita cuba.\n\n1. Ikan Cencaru Sumbat Sambal Portugis\n\nAdakah yang suka cencaru sumbat sambal portugis? Mari kami selitkan resepi cara Una Husna yang berkongsi di laman Facebook. Resepi lain dari yang lain dan semestinya sedap sangat.\n\n2. Ikan Cencaru Kicap Cili Padi Petai\n\nKalau dapat makan siang dengan menu ini memang puas hati. Lauk yang manis-manis pedas dan ada aroma petai amat terangkat. Siapa yang tidak makan pedas, boleh ganti dengan cili padi akar. Ayuh cuba masak lauk ini pula resepi dikongsikan oleh Amelia Tamby Hussin di laman Facebook.\n\nKenyang perut jika dapat makan dengan ikan cencaru sumbat nyok/kelapa. Sakinah Osman berkongsi resepi cencaru sumbat kelapa masakan kampung yang menggamit selera. Ayuh cubakan sekarang.\n\nIkan cencaru percik merecik sedia untuk makan tengah hari anda. Sedapnya dapat makan ikan cencaru percik dengan nasi putih dan ulam-ulaman, makan pula jadi berselera. Resepi dikongsikan oleh Nur Humairah Soleh di laman Facebook.\n\n5. Ikan Cencaru Masak Serai lengkuas\n\nMasak serai lengkus ini biasanya tidak bubuh santan. Tapi Fazida Ida sengaja bubuh santan. Bagaimanakah rasa dia? Adakah makin sedap? Mari kita cuba.\n\n6. Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas Limau\n\nSebelum-sebelum ini ikan cencaru hanya digoreng dan bakar sahaja. Hari ini boleh cuba resepi baharu iaitu masak kicap pedas bersama perahan jus limau nipis. Sesiapa yang pertama kali cuba makan memang mabeles lauk ini. Resepi dikongsikan oleh Dayah Sulong di laman Facebook.\n\nMenu tengahari seterusnya ialah ikan cencaru masak laprik cara Nora Ismail. Tidak perlu menggunakan perencah maepranom. Senang dan mudah sila cubakan.\n\nResepi campak-campak sahaja namun menjadi dengan jayanya. Sedap pula dimakan dengan nasi putih panas. Wangi taucu pula bangkitkan selera makan. Resepi dikongsikan oleh AneyNae Natasha di laman Facebook.\n\nMalam ini masak ikan cencaru goreng sambal belacan. Sesekali ubah selera. Bagi yang hantu pedas boleh lah cuba. Memang mengusik jiwa pedas dia itu. Resepi oleh Norfarhana Ariffin di laman Facebook.\n\nCencaru sambal thai menu simple kalau bulan puasa antara yang femes jual kat Baazar Ramadhan. Ada yang ingin resepi? Okey kami letak resepi daripada Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook. Boleh puas makan sendiri.\n\nSelain resepi cencaru, kami juga menulis kumpulan resepi lain yang dapat pekongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Siapa ada masalah jeragat? Rimas kan tiap kali keluar rumah kena pakai makeup tebal untuk sembunyikan jeragat. Tiap kali pandang cermin rasa nak menangis tengok jeragat makin banyak tumbuh kat muka.\n\nDah cuba macam-macam produk kecantikan tapi takde perubahan. Jangan susah hati. Jom kami kongsikan tips hilangkan jeragat. Yang last tu dijamin berkesan.\n\n1. Pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum tidur\n\nJangan sesekali tidur dengan muka yang tak bersih. Orang yang serius menjaga kecantikan kulit sangat pantang kalau tidur dalam keadaan muka berminyak atau masih ada makeup. Jangan diamalkan kalau nak muka sentiasa cantik berseri dan bebas dari masalah jeragat.\n\nNak cantik tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk beli produk kecantikan mahal. Formulanya mudah sahaja: RAJIN.\n\n2. Produk kecantikan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya\n\nPoint yang ni sangatlah penting. Elakkan sama sekali produk kecantikan yang ada bahan kimia merbahaya & bahan pengawet merbahaya. Kalau diperhatikan, pasaran Malaysia dibanjiri produk kecantikan baru yang belum tentu selamat untuk kulit muka.\n\nMula-mula pakai kulit jadi cantik kononnya flawless tapi lama-kelamaan bahan merbahaya yang meresap ke dalam kulit akan menyebabkan kerosakan kekal. Bila berhenti guna produk tersebut, habis muka jadi rosak.\n\nKeluar bintik hitam jeragat kat muka. Besar-besar pulak tu. Segan nak keluar rumah berjumpa orang. Lagi malang kalau berlaku kerosakan pada hati dan buah pinggang atau disahkan mengidap kanser kulit.\n\nKalau kita terlalu kerap terdedah kepada sinaran matahari yang terik, jeragat akan semakin subur dimuka. Bukanlah kami kata tak boleh keluar rumah langsung. Boleh. Tapi pastikan pakai pelindung uv tiap kali keluar rumah. Jangan lupa pakai pelembab dan sunscreen.\n\n4. Apple cider vinegar ( cuka epal )\n\nPetua ni dah biasa kita dengar. Bangun tidur, cuci muka dengan apple cider vinegar. Caranya: larutkan satu sudu kecil cuka epal dengan air secukupnya, cuci muka. Bilas. Menurut bacaan kami, petua ni sememangnya berkesan untuk masalah jeragat, tapi ingat! Jangan diamalkan selalu.\n\nKenapa? Kerana cuka epal bersifat asid. Penggunaan kerap boleh menyebabkan hakisan pada kulit muka. Maka, jangan amalkan setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai. Dan jangan lupa untuk larutkan terlebih dahulu sebelum sapu ke wajah.\n\n5. Kulit kayu manis\u00a0+ madu\n\nPetua yang ni merupakan favourite\u00a0kami. Campurkan setengah sudu kecil serbuk kulit kayu manis dengan setengah sudu kecil madu. Kacau hingga sebati. Pakai dimuka sebagai masker selama 30 minit. Cuci hingga bersih.\n\nDengan penggunaan yang kerap iaitu 2 kali seminggu, anda akan rasa perubahannya. Jeragat dimuka akan semakin pudar dan lama-kelamaan akan hilang. Apa yang paling best, ia menghalang pertumbuhan jeragat baru.\n\nAsid & Vitamin C dalam lemon mampu membantu hilangkan jeragat dengan cepat. Caranya, potong lemon & sapukan ke muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.\n\nTapi kami nak pesan awal-awal. Kalau kulit anda jenis sensitif, petua ni tak sesuai untuk diamalkan. Lemon kan berasid, nanti pedih. Habis merah muka.\n\nSekali lagi, oleh kerana sifat lemon yang berasid, adalah tidak sesuai untuk diamalkan dengan kerap. Seminggu sekali diselang-seli dengan cuka epal adalah kekerapan yang terbaik.\n\nSeperti yang dijanjikan, ini adalah cara paling berkesan untuk menghilangkan jeragat. Rutin kecantikan sangat penting kalau nak hilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan. Setiap hari anda wajib gunakan:\n\nPastikan anda tak culas. Perkara asas penjagaan kulit muka iaitu mencuci muka, penyegar & pelembab bukan sahaja memastikan muka anda bebas jeragat malah wajah anda akan kelihatan cerah, cantik dan berseri.\n\nKalau jeragat anda jenis yang degil, anda perlu tambah lagi 2 rutin kecantikan iaitu:\n\nScrub & masker tu ramai yang malas nak buat sebab leceh. Betul tak? Jom kami kongsikan cara kami berscrub & bermasker. Sesuai sangat untuk yang nak cantik tapi takde masa akibat kesibukan. Nak tahu rahsianya? Scrub dan mask tu campurkan sekali. Tak perlu pakai asing. Senang kan?\n\nKami nak berkongsi resepi scrub & masker mudah untuk anda.\n\nCampurkan semua bahan sehingga sebati. Jangan terlalu cair, pastikan sedang elok untuk lekat dimuka. Sapukan kewajah sebagai masker dan biarkan selama 30 minit. Cukup 30 minit, scrub wajah dan bilas sehingga bersih.\n\nJika anda jaga rutin kecantikan setiap hari, berscrub & bermasker \u00a03 kali seminggu, insya Allah jeragat anda akan hilang. Jeragat baru pun segan nak tumbuh.\n\nItulah dia 7 tips hilangkan jeragat yang boleh anda cuba. Tips terakhir tu dijamin berkesan jika anda amalkan secara konsisten. Lepas ni nak keluar rumah tak perlu susah-payah nak bermakeup tebal lagi. Tengok cermin pun rasa bahagia."
"Masalah kulit kepala gatal kelemumur dan rambut gugur sangat memberi kesan kepada keyakinan diri dan penampilan kita. Jom ketahui apa punca rambut gugur dan kelemumur.\n\nMasalah rambut gugur dan kelemumur sering dihadapi wanita berbanding lelaki yang memiliki rambut lebih pendek dan penjagaan yang lebih mudah.\n\nRambut gugur ialah kehilangan rambut secara tiba-tiba atau berperingkat yang disebabkan oleh beberapa faktor.\n\nMenurut Akademi Dermatologi Amerika Syarikat, kebanyakan daripada kita menggugurkan 50-100 helai rambut sehari daripada sejumlah 120 ribu-150 ribu helai rambut yang berada di kulit kepala kita.\n\nPada kadar tersebut, penampakan kulit kepala atau keadaan sedikit botak tidak begitu kelihatan. Namun, jika lebih banyak rambut gugur, ditambah dengan kehadiran kelemumur, hal ini boleh mengundang rasa tidak yakin diri dan rimas.\n\nKelemumur pula ialah kepingan seperti sisik yang terdapat pada kulit kepala yang terdiri daripada sel parakeratotik. Masalah kelemumur terjadi apabila berlaku keradangan pada kulit kepala yang merupakan kluster atau himpunan kepingan bernama corneocytes.\n\nKedua-dua masalah kulit kepala ini boleh berlaku ke atas semua lapisan umur dan jantina di seluruh dunia.\n\nKehadiran kelemumur boleh diperhatikan secara halus hinggalah terlalu banyak yang menampakkan gumpalan putih pada rambut.\n\nKelemumur yang berada pada kulit kepala menjadi sukar diatasi apabila tersembunyi dan terikat pada helaian rambut. Kawasan yang botak atau kulit licin tidak memperlihatkan kehadiran kelemumur.\n\nMasalah rambut gugur akan menjadi bertambah serius dengan kehadiran kelemumur. Dalam satu tinjauan, mereka yang mengalami masalah kelemumur menggugurkan 100-300 helai rambut sehari berbanding 50-100 helai rambut mereka yang normal.\n\nBiarpun terdapat beberapa rawatan kepada punca rambut gugur dan kelemumur ini, antaranya ubatan dan rawatan kosmetik, berikut disenaraikan punca rambut gugur dan kelemumur, sebagaimana yang pernah diulas oleh sekumpulan penyelidik di India pada tahun 2016:\n\nTekanan emosi akan menyebabkan perubahan hormon yang mengganggu keseimbangan sistem fisiologi tubuh. Menurut kajian Firdous et al. (2016), hampir 71% pelajar wanita di kampus Kolej Wanita Patna, India mengaitkan tekanan dengan masalah rambut gugur.\n\nMalah, satu keadaan perubatan yang dikenali sebagai \u201ctelogen effluvium\u201d iaitu kehilangan rambut secara mendadak adalah disebabkan stress atau perkara yang memberi kesan trauma.\n\nRambut gugur turut berpunca daripada pengambilan ubat-ubat tertentu dan penyakit seperti pesakit thyroid.\n\nUbatan yang diambil boleh memberi kesan sampingan dengan mengganggu perkembangan sel folikel rambut. Menurut Doktor Perubatan Stephanie Gardner, antara jenis ubatan yang menyebabkan rambut gugur ialah:\n\nSementara itu, terdapat beberapa penyakit yang menjadi punca rambut gugur dan kelemumur. Antaranya, penyakit thyroid yang menyebabkan kandungan hormon thyroid tidak seimbang dalam tubuh.\n\nPada kadar normal, hormon thyroid mengawal pertumbuhan dan pembahagian sel rambut. Maka, sebarang perubahan thyroid akan mengganggu proses tersebut yang menyebabkan masalah rambut gugur. Kulit kepala akan kurang dilindungi lalu mengakibatkan masalah kelemumur pula.\n\nMereka yang menghadapi masalah kelemumur akan mencari produk syampu yang boleh menyelesaikan masalah ini. Namun, kandungan bahan kimia yang terlalu \u2018kuat\u2019 boleh menjadi punca rambut gugur.\n\nBahan kimia ini membuatkan rambut sukar tumbuh dengan sihat dan kuat.\n\nAmalan pemakanan yang seimbang diperlukan bagi memberi nutrisi yang secukupnya kepada rambut yang sihat.\n\nDiet protein yang terlalu rendah menyebabkan masalah rambut gugur. Rambut terdiri daripada komponen protein, jadi, penghasilan rambut sememangnya memerlukan sumber protein daripada makanan seperti:\n\nPunca rambut gugur dan kelemumur boleh disebabkan oleh kekurangan mikronutrien seperti vitamin dan mineral oleh tubuh.\n\nZat besi diperlukan bagi mengangkut oksigen ke seluruh sel tubuh, khususnya kepada sel folikel rambut untuk tumbuh dengan baik. Vitamin D pula diperlukan untuk merangsang folikel rambut untuk terus berkembang.\n\nSeawal tahun 1846, punca rambut gugur dan kelemumur telah dikenal pasti disebabkan oleh kulat jenis lipofilik yis, Malassezia.\n\nKepingan kelemumur yang dijumpai di atas kulit kepala turut menarik pertumbuhan mikroorganisma lain seperti Staphylococci dan Propionibacterium yang menjejaskan lagi kualiti kulit kepala dan rambut.\n\nMasalah kulit kepala berminyak berpunca daripada pengeluaran sebum oleh kulit kepala. Sekiranya kita kurang menjaga kebersihan kulit kepala ini dengan produk mandian yang bersesuaian, kulit kepala akan semakin berminyak.\n\nKulat penyebab kelemumur ialah jenis lipofilik iaitu yang sukakan keadaan berminyak. Hal ini akan menggalakkan lagi pertumbuhan yis tersebut dan menambah bilangan kelemumur.\n\nSelain itu, keadaan kulit berminyak menyebabkan rambut tubuh dengan tidak sihat dan mudah gugur.\n\nRingkasnya, antara punca rambut gugur dan kelemumur ialah stres, ubatan, penyakit, diet pemakanan, bahan kimia, diet pemakanan, kekurangan nutrisi, serangan kulat dan penjagaan diri.\n\nRambut merupakan mahkota bagi setiap insan yang perlu dijaga rapi. Selain untuk keyakinan diri dan penampilan, rambut yang sihat juga menandakan tubuh badan anda yang sihat.\n\nJemput juga baca artikel cara hilangkan kutu rambut dan petua rambut gugur"
"Biasanya kita dengar demam kuning berlaku kepada bayi yang baru lahir. Tapi tahukah anda bahawa orang dewasa juga berisiko untuk dijangkiti demam kuning. Hari ini kami akan kongsikan petua hilangkan demam kuning orang dewasa yang berkesan.\n\nDemam kuning adalah penyakit berjangkit yang berjangkit kepada manusia melalui:\n\nApakah tanda anda dijangkiti demam kuning?\n\nTanda jangkitan demam kuning boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:\n\nApakah komplikasi demam kuning? Adakah ia boleh membawa maut?\n\nDi antara komplikasi demam kuning ialah:\n\nSetakat hari ini, tiada rawatan untuk menyembuhkan penyakit demam kuning. Apa yang akan dilakukan ialah merawat simptom yang dialami oleh pesakit seperti:\n\nVaksin demam kuning boleh mencegah jangkitan demam kuning. Sekiranya anda akan melawat negara yang mempunyai rekod demam kuning yang tinggi, kami nasihatkan anda supaya mendapatkan suntikan vaksin sebelum memulakan perjalanan.\n\nAdakah kekuningan pada mata & kulit bermaksud anda dijangkiti demam kuning?\n\nKekuningan bukan sahaja disebabkan oleh jangkitan demam kuning. Selain demam kuning, kekuningan juga merupakan tanda anda menghidap penyakit berikut:\n\nPesakit yang mempunyai batu dalam hempedu akan mempunyai masalah saluran hempedu tersumbat lalu menyebabkan air hempedu menjadi terlalu pekat. Apabila air hempedu menjadi terlalu pekat, di antara simptom yang akan ditunjukkan oleh badan ialah kekuningan pada mata putih, kegatakan kulit, dan air kencing yang lebih pekat daripada biasa. Dalam dunia perubatan, keadaan ini dikenali sebagai jaundis obstruktif.\n\nSelain batu dalam hempedu, jangkitan kuman pada hempedu juga boleh menyebabkan anda menglami kekuningan. Pundi hempedu anda akan mula membengkak, menghimpit saluran bilirubin lalu menyebabkan mata & kulit anda kelihatan kuning.\n\nPenyempitan mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau kecederaan pada saluran hempedu.\n\nKanser pankreas juga boleh menyebabkan saluran bilirubin anda tersumbat laluu menyebabkan anda kekuningan.\n\nKanser pundi hempedu akan menyebabkan berlakunya lebihan bilirubin dalam darah lalu menyebabkan mata putih dan kulit anda sentiasa kekuningan.\n\nSama seperti kanser pundi hempedu, kanser hati juga akan menyebabkan anda mengalami kekuningan yang berpanjangan.\n\nJangkitan Hepatitis A dan Hepatitis B juga boleh menjadi punca anda mengalami kekuningan.\n\nApakah petua hilangkan demam kuning dewasa?\n\nDemam kuning boleh dikurangkan dengan mengamalkan petua berikut:\n\nBerjemur bawah matahari pagi membantu menghilangkan demam kuning dengan cepat. Kandungan vitamin D membantu mengurangkan paras bilirubin dalam darah.\n\nBiasanya bayi yang mengidap demam kuning akan dijauhkan daripada pakaian, cadar, selimut, dan semua barang yang berwarna kuning kerana menurut orang tua, warna kuning dari barangan tersebut akan menyebabkan kekuningan menjadi semakin teruk. Oleh itu, apabila orang dewasa dijangkiti demam kuning, petua yang sama boleh diamalkan.\n\nMinum susu kambing membantu mengurangkan kadar bilirubin dalam darah dan menghilangkan demam kuning dengan cepat.\n\nMakan kurma juga membantu menurunkan paras bilirubin dalam darah. Anda boleh ambil 7 biji kurma sebagai sarapan pagi. Selain itu kurma juga memberikan anda tenaga supaya tidak terlalu lemah akibat simptom yang dialami.\n\nAnggur hitam juga boleh dimakan untuk menghilangkan demam kuning.\n\nTak salah kalau anda mencuba. Anda boleh mandi dengan air mandian daun inai sebagai salah satu usaha untuk menghilangkan demam kuning. Caranya:\n\nSelain daun inai, mandian daun kucai juga dikatakan membantu menghilangkan demam kuning. Caranya sama seperti penyediaan air mandian daun inai.\n\nKalau anda boleh dapatkan pokok dukung anak, ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan demam kuning. Caranya:\n\nMakan sengkuang cina juga dikatakan boleh menghilangkan demam kuning.\n\nSelain itu, anda juga boleh amalkan tips dibawah:\n\nItulah dia petua hilangkan demam kuning dewasa yang ingin saya kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua sakit perut,\u00a0petua hilangkan gastrik dan cara hilangkan parut jerawat."
"Penyakit jantung adalah penyakit kronik dan sebarang jenis keadaan yang mempengaruhi struktur atau fungsi jantung. Kebanyakan orang menganggap penyakit jantung adalah sebagai satu keadaan sahaja. Namun sebenarnya penyakit jantung ada bermacam-macam keadaan dengan pelbagai punca serta jenis penyakit jantung yang berbeza.\n\nTerdapat banyak jenis penyakit jantung ramai tak tahu. Jenis penyakit jantung ini dipengaruhi oleh struktur atau fungsi jantung dan memberi kesan yang berbeza. Jom kami senaraikan jenis penyakit jantung untuk makluman anda.\n\nAterosklerosis adalah jenis penyakit jantung di mana bahagian dalam arteri menjadi sempit kerana terkumpulnya plak. Pada mulanya, penyakit ini tidak ada gejala atau simptomnya secara amnya. Apabila teruk, ia boleh mengakibatkan penyakit arteri koronari, strok, penyakit arteri periferal atau masalah ginjal terjadi.\n\nSebab sebenar jenis penyakit jantung ini masih tidak diketahui. Faktor risiko penyakit ini adalah termasuk tahap kolesterol yang tidak normal, tekanan darah tinggi, diabetes, merokok dan sebagainya. Plak yang terkumpul terdiri daripada lemak, kolesterol, kalsium dan zat lain yang terdapat dalam darah.\u00a0\n\nPenyempitan arteri ini telah mengehadkan aliran darah yang mengandungi oksigen ke bahagian-bahagian badan lain. Pencegahan untuk penyakit jantung aterosklerosis biasanya adalah dengan memakan makanan yang sihat, bersenam, tidak merokok dan mengekalkan berat badan yang normal.\u00a0 \n\nRawatan penyakit jantung jenis ini yang sudah ada adalah dengan mengambil ubat bagi menurunkan kolesterol seperti statin, ubat tekanan darah atau aspirin.\n\nAngina turut dikenali sebagai angina pectoris yang merupakan sakit dada atau tekanan. Ia biasanya disebabkan oleh aliran darah ke otot jantung yang tidak mencukupi. Jenis penyakit jantung ini biasanya disebabkan oleh penyumbatan atau kekejangan arteri yang membekalkan darah ke otot jantung.\u00a0\n\nPunca lain adalah termasuk anemia, denyutan jantung yang tidak normal dan kegagalan jantung. Mekanisma utama penyumbatan adalah arteri koronari oleh aterosklerosis. Dalam beberapa kes, angina boleh menjadi sangat teruk namun memandangkan teknologi perubatan semakin canggih, ianya sudah boleh dirawat.\n\nTahukah anda, kecacatan jantung kongenital (CHD), juga dikenali sebagai anomali jantung kongenital dan jenis penyakit jantung kongenital. Ia adalah kecacatan pada struktur jantung atau saluran besar yang terdapat pada saat kelahiran. Tanda dan gejala CHD bergantung pada jenis kecacatan tertentu.\u00a0\n\nGejalanya boleh jadi berbeza-beza dan ada juga jenis yang tidak mengancam nyawa. Simptomnya mungkin termasuk pernafasan cepat, kulit kebiruan, penambahan berat badan yang banyak dan berasa cepat letih. Kebanyakan besar CHD tidak berkaitan dengan penyakit lain dan komplikasinya adalah kegagalan jantung.\n\nPenyebab kecacatan jantung kongenital tidak diketahui. Faktor dan risiko CHD merangkumi jangkitan tertentu semasa kehamilan seperti rubela, penggunaan ubat tertentu seperti alkohol atau tembakau dan sebagainya. Mempunyai ibu bapa dengan kecacatan jantung kongenital juga merupakan salah satu faktor risiko terjadinya jenis penyakit jantung ini.\u00a0\n\nKecacatan jantung kongenital dapat dicegah melalui vaksinasi rubella dan penambahan asid folik kepada jenis makanan tertentu. Sebilangan kecacatan tidak memerlukan rawatan dan ianya boleh dirawat secara berkesan dengan prosedur berdasarkan kateter atau pembedahan jantung. Dengan rawatan yang sesuai, hasilnya mungkin baik walaupun mempunyai masalah yang kompleks.\n\nBradikardia adalah keadaan yang biasanya ditakrifkan di mana seseorang mempunyai kadar denyutan jantung yang beristirahat di bawah 60 BPM denyutan seminit pada orang dewasa. Jenis penyakit jantung ini biasanya tidak menimbulkan gejala sehingga kadar denyutannya turun di bawah 50 BPM. \n\nApabila mengalami simptomnya, ia boleh menyebabkan keletihan, kelemahan, pening, berpeluh dan pengsan. Kadar degupan jantung sekitar 50 BPM adalah biasa dan dianggap degupan jantung yang normal semasa waktu tidur. \n\nAtlet yang terlatih juga mungkin mempunyai sindrom jantung atletik, degupan jantung rehat yang sangat perlahan sebagai penyesuaian mencegah takikardia semasa latihan.\n\nJenis penyakit jantung ini adalah Kardiomiopati yang merupakan sejenis penyakit jantung yang mempengaruhi otot jantung. Pada awalnya mungkin tidak ada gejala namun apabila penyakit ini bertambah buruk, pelbagai masalah mungkin berlaku. \n\nMasalahnya mungkin adalah sesak nafas, rasa letih, dan pembengkakan kaki akibat disebabkan oleh permulaan kegagalan jantung.\u00a0Jenis kardiomiopati termasuklah kardiomiopati hipertrofik, kardiomiopati dilatasi, kardiomiopati terhad dan kardiomiopati takotsubo. \n\nDalam banyak kes, penyebabnya tidak dapat ditentukan. Ada juga mengatakan ianya disebabkan oleh pengambilan alkohol, keturunan dan lain-lain.\n\nRamai tak tahu bahawa Arteri koronari adalah saluran darah (arteri) peredaran koronari, yang mengangkut darah beroksigen ke zat jantung. Jantung memerlukan bekalan oksigen yang berterusan untuk berfungsi dan bertahan, seperti tisu atau organ badan yang lain. \n\nPengurangan fungsi arteri koronari boleh menyebabkan penurunan aliran oksigen dan nutrien ke jantung.\u00a0 Ini bukan sahaja mempengaruhi bekalan otot jantung itu sendiri, tetapi juga mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. \n\nOleh itu, sebarang gangguan atau jenis penyakit jantung ini boleh memberi kesan serius kepada kesihatan, mungkin menyebabkan angina, serangan jantung, dan bahkan kematian.\n\nTachycardia juga disebut sebagai\u00a0 tachyarrhythmia. Jenis penyakit jantung ini adalah degupan jantung yang melebihi kadar rehat normal. Secara amnya, degupan jantung yang beristirahat melebihi 100 degupan per minit diterima sebagai takikardia pada orang dewasa. \n\nDenyutan jantung di atas kadar rehat mungkin normal ketika bersenam atau tidak normal apabila mengalami masalah elektrik di dalam jantung.\n\nPenyakit kardiovaskular yang melibatkan satu atau lebih daripada empat injap jantung adalah penyakit jantung valvular. Keadaan penyakit jenis ini berlaku terutamanya akibat penuaan tetapi mungkin juga disebabkan oleh kelainan kongenital atau penyakit spesifik. \n\nIa juga boleh terjadi akibat proses fisiologi termasuk penyakit jantung rematik dan kehamilan.\u00a0 Anatominya, injap adalah sebahagian daripada tisu penghubung padat jantung yang dikenali sebagai rangka jantung dan bertanggungjawab untuk mengatur aliran darah melalui jantung dan saluran besar. \n\nKegagalan injap boleh mengakibatkan fungsi jantung berkurangan. Rawatan jenis penyakit ini boleh dirawat menggunakan ubat dan ada juga yang melibatkan pembedahan.\n\nPenyakit serebrovaskular merangkumi pelbagai keadaan perubatan yang mempengaruhi saluran darah otak dan peredaran serebrum. Arteri yang membekalkan oksigen dan nutrien ke otak sering rosak atau cacat dalam gangguan ini. Penyakit ini yang paling biasa adalah strok iskemia atau strok mini dan kadang-kadang strok hemoragik.\u00a0\n\nHipertensi merupakan faktor risiko penyumbang penyakit serebrovaskular yang paling utama kerana boleh mengubah struktur saluran darah dan mengakibatkan aterosklerosis. Aterosklerosis menyempitkan saluran darah di otak dan dapat mengakibatkan penurunan saluran serebrum.\u00a0\n\nFaktor risiko lain yang menyumbang kepada penyakit ini termasuklah merokok dan diabetes. Arteri serebrum yang sempit boleh menyebabkan strok iskemia, tetapi tekanan darah yang meningkat secara berterusan juga dapat menyebabkan terkoyaknya pembuluh darah, yang menyebabkan strok hemoragik.\n\nInjap antara atrium kiri dan ventrikel kiri tidak menutup sepenuhnya adalah puncanya. Ia melonjak ke atas, atau kembali ke atrium. Biasanya keadaan ini tidak mengancam nyawa dan tidak memerlukan rawatan. Namun sekiranya pesakit disahkan menghidap jenis penyakit jantung ini, ia mungkin memerlukan rawatan.\n\nItulah dia 10 jenis penyakit jantung ramai tak tahu. Amat penting untuk kita ketahui jenis penyakit jantung ini supaya dapat kita cegah daripada terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Jom baca juga Cara Jaga Diri Dari Saki Jantung, Punca Sakit Jantung dan Tanda Sakit Jantung."
"Dalam kisah-kisah kehidupan Rasulullah SAW, terlalu banyak mutiara berkenaan pendidikan anak-anak yang boleh dikutip. Bermula dari sebelum seorang bayi lahir, hinggalah pendidikan anak-anak menjelang remaja.\n\nDari ibadah khusus seperti kepentingan solat kepada anak-anak, hinggalah adab makan yang diajar terus oleh Rasulullah SAW kepada anak-anak.\n\nHari ini saya ingin berkongsi satu kisah tentang bagaimana Rasulullah SAW mendidik seorang anak agar bersikap amanah.\n\nDiriwayatkan daripada Abdullah bin Busr Al Mazini RA, dia mengatakan,\n\n\u201cPada suatu ketika, ibuku memerintahkan aku membawa setangkai anggur kepada Rasulullah SAW.\n\nLalu aku memakan sebahagian anggur itu sebelum aku serahkan kepada baginda.\n\nSesampai di hadapan Rasulullah, maka baginda menjentik telingaku dan mengatakan, \u201cWahai pengkhianat.\u201d\n\nMungkin bagi sesetengah orang, ada yang akan berkata, \u201cala, anggur je pun, biar je la, dah budak tu nak makan.\u201d\n\nRasulullah SAW memang terkenal sebagai seorang yang cukup menyayangi anak-anak, bahkan dalam banyak hadis kita akan dapat lihat betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada anak-anak, terutamanya kedua cucunya dan anak-anak yatim.\n\nAkan tetapi dalam kes ini, ia sedikit berbeza. Walaupun yang tidak sampai kepada Rasulullah itu hanyalah sedikit anggur, tapi Rasulullah ingin mendidik anak itu tentang sikap amanah. Kasih sayang Rasulullah untuk menjadikan anak itu seorang yang bersifat amanah lebih besar dari kasih sayangnya terhadap kepuasan anak itu memakan anggur.\n\nInilah satu perkara yang kita perlu beri perhatian secara khusus dalam pendidikan anak-anak. Contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan kita hari ini, bila anak-anak kita suruh untuk pergi ke kedai bagi membeli beberapa barang keperluan, pastikan anak-anak itu membeli apa yang disuruh sahaja dan memulangkan wang bakinya dengan cukup.\n\nTerapkan Nilai Amanah Dalam Diri Anak\n\nAudit anak-anak dan pesan agar mereka amanah walaupun hanya sepuluh sen. Jika ingin memberi upah, berikan kepada mereka selepas itu. Apa yang penting, adalah sikap amanah mesti diterapkan sejak kecil.\n\nKadang-kadang, ada anak yang mengambil coklat atau buah dan terus memakannya sebelum membayarnya. Walaupun pekedai itu mungkin tidak kisah, tapi pastikan anak-anak kita dididik dengan sifat amanah dan budayakan mereka meminta izin jika ingin mendapatkan sesuatu. Walaupun buah jambu air yang terjulur di halaman rumah kepunyaan jiran tetangga.\n\nMoga anak-anak kita semuanya akan menjadi orang yang amanah, insya-Allah."
"Anak Saya Suka Sangat Gigi Sampai Rosak Baju, Pensel!\n\nMenggigit dan memasukkan barang ke dalam mulut merupakan perkembangan NORMAL untuk anak-anak sehingga usia 2 tahun. Ada anak-anak yang masih menggigit sehingga 3 tahun. Itu pun masih tidak mengapa. Hanya perlu ingatkan mereka untuk \u2018tangan turun bawah\u2019 berulang-kali sehingga mereka faham.\n\nNamun, jika perkara ini berlarutan dan kelihatan seperti habit yang juga seterusnya mengganggu kefungsian anak dan merosakkan harta bendanya (baju berlubang, pensel patah) serta dilihat memudaratkan kesihatan mereka, anak-anak ini perlu dibantu.\n\nAda anak-anak yang PERLU menggigit. Jika tidak, mereka akan berasa tidak keruan dan tidak tenang.\n\nAda anak-anak yang menggigit pada ketika emosi mereka sedang celaru: takut, panik, risau.\n\nDari sudut pandang seorang OT yang mempraktikkan teori integrasi sensori, perilaku menggigit yang berterusan ini dilihat sebagai perilaku \u201cmencari sensori\u201d (sensory seeking). Anak-anak ini keinginan (craving) input sensori proprioseptif terutama di bahagian oralnya.\n\nBerikut merupakan antara aktiviti yang anda boleh lakukan untuk anak anda yang boleh anda praktikkan:\n\n1. Perbanyakkan Aktiviti Bersifat Proprioseptif Dalam Rutin Harian Anak\n\nAktiviti bersifat proprioseptif adalah aktiviti-aktiviti yang memberikan bebanan kepada sendi tubuh seperti mengayuh basikal, mengangkat bekas pakaian kotor, menolak troli membeli-belah, menendang bola dan melompat pada trampoline.\n\nAktiviti ini merangsang sistem proprioseptif seluruh tubuh anak dan akan mengurangkan keinginan untuk melakukan perilaku mencari sensori seperti menggigit.\n\n2. Berikan Snek Yang Bersifat Liat Atau Keras\n\nSnek yang bersifat liat atau keras akan merangsang sensori proprioseptif dalam kawasan mulut anak-anak.\n\nAnda boleh menyediakan makanan seperti kekacang, keropok, keropok lekor (bagus sekali untuk memberikan rasa liat), buah-buahan rangup seperti epal, kerepek-kerepek, biskut seperti kraker untuk snek anak anda.\n\n3. Berikan Peluang Anak Untuk Menghisap\n\nDi pasaran terdapat pelbagai jenis straw (pelbagai bentuk, saiz) yang boleh digunakan oleh anak-anak. Pelbagaikan juga kelikatan air yang anak anda minum (air masak lebih ringan, smoothies buah-buahan lebih berat untuk dihisap).\n\nSekali-sekala, buatkan ais buah (puri buah-buahan yang dibekukan dalam bekas ais kecil-kecil) untuk dihisap oleh anak anda.\n\n4. Beri Anak Main Alat Tiupan Pelbagai\n\nMeniup akan memberikan input proprioseptif dan mengajar kepelbagaian pergerakan oral. Berikan anak anda main alat tiupan yang pelbagai untuk merangsang input proprioseptif bahagian oralnya.\n\nWisel, rekorder adalah lebih mudah untuk anak-anak usia 2 tahun ke atas. Anak-anak yang lebih besar, boleh berikan mereka tiup belon, tiup buih sabun.\n\nJika anak anda kesukaran meniup belon, ikatkan muncung belon pada potongan straw untuk membantu anak anda belajar meniup belon.\n\nMemberikan berus gigi elektronik kepada anak-anak yang gemar menggigit juga merupakan \u2018diet sensori\u2019 yang akan membantu mereka untuk mengurangkan perilaku menggigit. Memberikan berus gigi elektronik yang bergetar (vibrating toothbrush) semasa memberus gigi akan memberikan input proprioseptif yang \u2018intense\u2019 pada anak-anak ini.\n\n**Jika anak anda punya masalah untuk memberus gigi dengan berus gigi biasa, elakkan memberi berus gigi elektronik kerana ianya akan meningkatkan \u2018anxiety\u2019 anak anda pada aktiviti memberus gigi**"
"Nak tahu khasiat kunyit hitam? Artikel ini akan berkongsi tentang manfaat dan khasiat kunyit hitam untuk kesihatan yang mungkin kita tidak tahu.\n\nKunyit hitam dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu apabila ubi atau rhizom sesuatu tanaman itu menyerupai ibu kunyit yang bukan berwarna kuning oren tetapi berwarna hitam. Tahukah anda, terdapat dua spesis yang sering dianggap sebagai kunyit hitam yang seterusnya diangkat sebagai makanan atau ramuan rempah yang dikatakan berkhasiat?\n\nDari segi nama saintifik, dua spesis yang dikenali sebagai kunyit hitam ialah Kaempferia parviflora dan Curcuma ceasia. Walaupun kedua-dua spesis tersebut menghasilkan rhizom yang dipanggil kunyit hitam, mereka merupakan spesis tanaman yang sangat berbeza!\n\nK. parviflora merupakan tanaman yang berkaitan dengan pokok cekur manakala C. ceasia merupakan tergolong dalam keluarga kunyit. Malah, kedua-duanya mengandungi sebatian aktif utama yang sangat berbeza apabila K. parviflora kaya dengan sebatian flavonoid, sementara C. ceasia kaya dengan sebatian terpenoid. Penyelidikan juga lebih banyak tertumpu ke atas K. parviflora yang didapati memiliki lebih banyak sebatian aktif dan biokimia yang bermanfaat.\n\nOleh itu, artikel ini akan memfokuskan perbincangan khasiat kesihatan kunyit hitam yang datang dari spesis K. parviflora ini berdasarkan laporan kajian akademik yang pernah diterbitkan sebelum ini.\n\nKunyit hitam atau Kaempferia parviflora turut dikenali sebagai krachaidum atau ginseng Thai merupakan tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang banyak dijumpai di kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Sumatra dan Kepulauan Borneo. Analisis makmal melaporkan dua sebatian aktif utama dalam kunyi hitam iaitu 5,7-dimetoksiflavon dan 5,7,4-trimetoksiflavon bersama lebih 20 komponen lain yang dilaporkan memiliki khasiat perubatan.\n\nKajian klinikal menggunakan ekstrak kunyit hitam melaporkan potensi memberangsangkan kunyit hitam dalam mengurangkan pertumbuhan sel kanser dan menggalakkan kematian sel kanser melalui apoptosis.\n\nAntara kajian rawatan kanser yang dijalankan secara klinikal tersebut ialah leukemia, melanoma, kanser pangkal rahim dan cholangiocarcinoma (saluran hempedu).\n\nKajian ekstrak kunyit hitam kini di peringkat model haiwan yang melihatkan potensinya dalam memberi rawatan pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit kardiovaskular seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.\n\nKajian ke atas model tikus mendapati penurunan glukosa darah yang terkawal dan melancarkan peredaran darah. Selain itu, pada peringkat molekul sel, metabolisme sel didapati bertambah baik yang dijangka membantu dalam meningkatkan kecekapan metabolisme tenaga. Hal ini seterusnya dapat membantu dalam pencegahan masalah obesiti atau berat badan berlebihan.\u00a0\n\nMerawat Masalah Mati Pucuk dan Kesihatan Lelaki\n\nPenyelidik dari Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2018 telah menerbitkan hasil kajian mereka yang melihat kesan pengambilan suplemen yang diformulasi dengan ekstrak kunyit hitam sebanyak 100 mg ini oleh responden lelaki pertengahan usia (usia 50 hingga 68 tahun) selama 30 hari. Hasil kajian rintis atau kajian awal mereka mendapati bahawa terdapat perubahan yang ketara ke atas masalah mati pucuk, kepuasan hubungan kelamin dan pengurusan emosi.\n\nKajian mereka berpendapat bahawa sebatian aktif dalam kunyi hitam ini membantu peredaran darah yang lebih lancar ke kawasan testis iaitu sistem peranakan lelaki. Kajian seumpama turut pernah dilaporkan dalam kalangan lelaki Thailand yang mengambil kira-kira 90 mg ekstrak kunyit hitam sehari selama 8 minggu berturut-turut.\n\nPenyelidikan menggunakan ekstrak kunyit hitam dalam bidang neurofarmakologi semakin meluas dijalankan bagi mengetahui potensi sebenarnya dalam perlindungan sistem saraf otak. Sebatian kimia yang terdapat dalam kunyit hitam telah diakui memiliki aktiviti perlindungan neuro.\n\nSelain potensi pencegahan penyakit Alzheimer, khasiat kunyit hitam ini juga dilaporkan mampu memberikan aktiviti anti kemurungan dalam model tikus makmal yang digunakan. Ekstrak kunyit hitam dikatakan meningkatkan ketumpatan neuron pada kawasan hippocampus otak yang menggalakkan ketahanan memori dan pembelajaran.\n\nEkstrak kunyit hitam dilaporkan mampu memberikan sifat anti alahan dan anti keradangan apabila mekanisme di peringkat sel mendapati bahawa sebatian bioaktif kunyit hitam berkait dengan pengurangan influx ion kalsium ke dalam sel.\n\nDari segi genetik, protein yang menyebabkan alahan atau keradangan mengalami sekatan daripada diekspresikan atau dihasilkan apabila ekstrak kunyit hitam ini mampu merencatkan penghasilannya.\n\nOsteoarthritis merupakan masalah radang yang berlaku di kawasan sendi dan tulang yang menyebabkan kesakitan dan menghalang pergerakan kita. Antara punca masalah radang sendi tulang ini berlaku ialah penghasilan enzim yang mengurangkan kolagen di bahagian sendi. Ekstrak kunyit hitam dikenal pasti mampu mengurangkan penghasilan enzim ini bagi mengurangkan kesan negatifnya ke atas kolagen dan sendi tulang.\n\nMasih di peringkat penyelidikan makmal sebelum dipasarkan sebagai komponen utama memerangi virus dan bakteria, ekstrak kunyit hitam berjaya merencat pertumbuhan virus berbahaya seperti HCV yang menyebabkan hepatitis, dan H5N1 yang menyerang sistem pernafasan manusia.\n\nSelain itu, kulat berbahaya seperti P. falciparum dan C. albicans turut boleh direncatkan oleh ekstrak kunyit hitam, masing-masing pada kepekatan minimum 3.7 ug/mL dan 39.71 ug/mL.\n\nKunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora\u00a0 ini ternyata mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang sangat berguna. Lebih banyak kajian perlu dijalankan dan diperinci bagi benar-benar mengangkat peranannya dalam memberikan khasiat kesihatan kepada manusia.\n\nAntara potensi penggunaan khasiat kunyit hitam untuk kesihatan manusia ialah memberi aktiviti antikanser, pencegahan penyakit kardiovaskular, rawatan masalah mati pucuk, pencegahan penyakit Alzheimer dan masalah kemurungan, sifat anti alahan, rawatan masalah keradangan dan sakit sendi, sifat antikuman dan sebagainya.\n\nProduk di pasaran mungkin menggunakan kelebihan kunyit hitam sebagai daya penarik melariskan barang mereka yang dikatakan memberi khasiat kesihatan, namun kita sebagai pengguna haruslah sentiasa berhati-hati dalam memilih produk kesihatan yang bersesuaian. Hal ini demikian kerana khasiat kesihatan kunyit hitam ini adalah masih pada peringkat kajian penyelidikan dan memerlukan lebih banyak usaha untuk memastikan khasiatnya benar-benar sampai kepada pengguna."
"Anak adalah anugerah terindah bagi setiap ibu bapa. Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin semestinya mengidamkan anak. Kehadiran anak di dalam keluarga dapat memberikan kebahagian dan rezeki yang luas untuk keluarga. \n\nAnak yang baru lahir ke dunia ibarat kain putih yang bersih. Kita sebagai ibu bapa yang perlu mencorakkan kehidupan anak kita agar menjadi seseorang yang soleh dan solehah.\n\nNamun, ibu bapa yang terlalu sayangkan anak juga boleh menjadi masalah. Memang betul, ibu bapa perlu memberi kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak tetapi perlu berpada-pada. Kenapa memberi kasih sayang yang banyak boleh mendatangkan masalah?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak\n\n1. Ibu bapa tak sampai hati nak sekat kebebasan anak dan bagi je anak tu nak buat apa sesuka hati mereka padahal perkara macam ni adalah sejenis Permissive Parenting. Ianya akan merosakkan anak tu suatu hari nanti.\n\n2. Ibu bapa dah tak berani nak tegur kesalahan anak sebab nak jaga hati anak padahal anak kita sangat perlukan Guidelines daripada mak ayahnya baik daripada segi pengurusan diri hinggalah kepada pengurusan emosi\n\n3. Ibu bapa terlalu takut untuk membuat peraturan di dalam rumah padahal mak ayah adalah Person In Charge di dalam rumah, bukannya anak anak\n\n4. Ibu bapa tunaikan semua permintaan anak tanpa batas kerana terlalu sayangkan anaknya padahal anak yang tak belajar berhadapan dengan Rejection akan mudah berputus asa\n\n5. Ibu bapa terlalu sayangkan anak sehingga merelakan dirinya dipijak kepala padahal anak kita sebenarnya perlukan seorang Leader untuk dijadikan idola dalam hidupnya, bukannya seorang pekerja apatah lagi hamba.\n\n*Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak-anak kita dengan cara yang betul. Tidak salah jika kita menegur dengan cara yang baik kesilapan anak kita kerana mereka perlu tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah satu kesilapan. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jadi, kesilapan yang terjadi seharusnya kita belajar dan jangan ulangi kesilapan yang sama lagi.\n\nInsyaallah, anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mandul adalah satu situasi di mana sukar untuk hamil walau ikatan perkahwinan sudah setahun dan ke atas. Kesukaran untuk hamil selalunya sering dikaitkan dengan masalah dalaman wanita namun ada juga kes yang berpunca dari lelaki.\n\nDi Malaysia ini sendiri, ada banyak kes sukar mengandung yang turut dikenali dengan\u00a0 nama mandul ini. Apa yang lebih menyedihkan mandul juga sering menjadi punca penceraian akibat masuk campur keluarga dan sebagainya.\n\nPunca kenapa seseorang wanita itu mandul selalunya susah untuk diketahui. Tetapi menurut pembacaan, punca kesukaran mendapatkan anak bagi seorang wanita yang sudah berkahwin besar kemungkinan terdiri dari pelbagai faktor. Antara faktor-faktor yang disebutkan itu adalah :\n\nUmur atau usia bagi seorang wanita adalah faktor paling penting yang mempengaruhi kesuburannya. Wanita dilahirkan dengan bilangan telur yang tetap, justeru itu semakin meningkat usia penghasilan telur semakin berkurangan.Kesuburan seorang wanita akan mula menurun pada awal usia 30-an dan pada usia 35 ia akan menurun sebanyak kira-kira 40%. Dan menjelang umur 40 tahun kesuburan wanita semakin menurun.\u00a0\n\nMalangnya, terdapat kekurangan pengiktirafan\u00a0 berkenaan dengan usia menganggu bagi seseorang itu sukar mendapatkan anak. Hal ini disebabkan oleh, kebanyakan selebriti yang mempunyai bayi dalam usia 40-an dan mereka selamat melahirkan bayi walaupun umur semakin meningkat. Justeru itu, bagi pendapat umum usia bukanlah kayu ukur bagi seseorang itu hendak mendapatkan zuriat.\u00a0\n\n#2 \u2013 Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)\n\nPCOS adalah ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid terganggu. Ini adalah penyebab ketidaksuburan yang paling biasa disebabkan oleh anovulasi (tiada ovulasi atau telur dikeluarkan).\u00a0\n\nNama keadaan itu berasal dari kehadiran cyst kecil di luar ovari. Walaupun ramai wanita mempunyai ovari polikistik, tidak semua wanita mempunyai sindrom ovarium polikistik. Wanita dengan PCOS mempunyai simptom tambahan termasuk tempoh haid yang tidak teratur, berat badan yang berlebihan atau obesiti (terutamanya di kawasan perut), jerawat, rambut yang berlebihan di wajah dan badan. Dianggarkan 30% wanita subur boleh mengalami PCOS.\n\nEndometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami oleh golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 sehingga 45 tahun menghidapi endometriosis. \n\nEndometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, endometriosis adalah keadaan di mana tisu yang merangkumi rahim (tisu endometrium) tumbuh di bahagian lain badan, biasanya di pinggul. Tisu endometrial yang tumpul ini berdarah dengan cara yang sama seperti lapisan rahim, tisu yang terperangkap menyebabkan kerengsaan dan keradangan.\u00a0\n\nAntara simptom endometriosis yang paling biasa terjadi pada wanita adalah :\n\nEndometriosis boleh menjejaskan kesuburan dengan merosakkan ovari supaya ovulasi tidak dapat berlaku. Begitu juga, kerosakan atau penyumbatan ke dalam tiub fallopian boleh menghalang perjalanan telur ke rahim. Pada masa yang sama, endometriosis juga boleh memberi kesan pada lapisan rahim yang mempengaruhi implantasi telur yang disenyawakan.\u00a0\n\nBerat wanita adalah pertimbangan penting dalam kesuburan.\u00a0\n\ni \u2013 Wanita yang kurang berat badan atau mempunyai peratusan lemak badan yang rendah (kebiasaanya pemain sukan) boleh mengalami kitaran haid yang tidak teratur (Amenorea) dan masalah dengan ovulasi.\u00a0\n\nii \u2013 Berlebihan berat badan atau obesiti boleh mengganggu haid normal dan ovulasi. Wanita yang berlebihan berat badan dan gemuk mempunyai risiko keguguran dan komplikasi kehamilan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, kadar kejayaan yang lebih rendah dengan rawatan kemandulan seperti IVF.\u00a0\n\niii \u2013 Wanita yang sukar untuk menurunkan berat badan harus dinilai untuk melihat apakah mereka mempunyai PCOS atau tidak kerana ini adalah gejala yang biasa masalah PCOS.\n\niv \u2013 Wanita sering kali boleh meningkatkan peluang kehamilan mereka dengan perubahan yang agak kecil terhadap berat badan. Sebagai contoh, pada wanita yang berlebihan berat badan atau obes, penurunan berat badan sebanyak 5% sudah\u00a0 mencukupi untuk memulihkan kitaran haid dan ovulasi yang tetap.\n\nSimptom utama sudah tentunya masih juga tidak hamil-hamil walau usia perkahwinan sudah mengjangkau setahun dan ke atas. Kitaran haid pula seringkali tidak menentu dan tidak normal seperti wanita biasa yang boleh hamil. Selalunya kitaran haid yang bermasalah terjadi terlalu lama (yakni sekitar 35 hari dan ke atas) .\n\nTerdapat juga beberapa simptom lain seperti :\n\nAntara 3 Kaedah Rawatan Yang Boleh Dicuba\n\n1. Pengambilan ubat-ubat yang sesuai mengikut pengsyoran doktor yang pakar\n\n2. Melakukan pembedahan laparoscopic atau pembedahan tiub\n\n3. Menerima rawatan bantuan pensyenyawaan namun ianya memakan belanja yang agak besar\n\nRezeki Ditangan Tuhan Maka Tolong Jangan Berhenti Berdoa\n\nWalau apa jua situasinya, tiap pasangan suami isteri yang masih menantikan kehadiran cahayamata hendaklah banyak bersabar. Jangan saling menuding jari sebaliknya saling berusaha untuk perbaiki tahap kesihatan diri masing-masing. Jangan juga biarkan apa jua masalah menjadi penyebab pergaduhan hingga ikatan rumahtangga retak.\n\nCara terbaik adalah saling berdoa dan mendekatkan diri pada Allah SWT. Semoga impian yang di bina akan benar-benar menjadi realiti. Baca juga\u00a0petua cepat hamil selepas gugur dan dan kesan peluk anak tiap hari."
"Donut merupakan antara salah satu kuih yang popular di Malaysia. Donut juga kebiasaanya kita boleh lihat orang menjual dari pagi sampai malam. Pelbagai resepi donut gebu yang ada sekarang telah diolah mengikut kreativiti masing-masing.\n\nTapi tak ramai yang tahu nak dapatkan kegebuan donut. Ada yang dapat bila digoreng donut menjadi keras dan berminyak. Sebenarnya ada beberapa teknik yang betul untuk mendapatkan tesktur donut yang gebu ini.\n\nUntuk yang pertama kali mencuba memang akan susah tapi jika anda tak pernah kenal erti putus asa pasti anda boleh buat donut gebu ini. Perkongsian resepi donut gebu dari Ina Azrina ini patut anda cuba dan ikuti langkah yang beliau tunjukkan. \n\nBukan ini sahaja resepi yang kami kongsikan dengan anda, pelbagai lagi resepi menarik dan mudah untuk anda cuba sendiri. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami dan menjadikan tempat rujukan idea masakan anda. Jangan lupa share dan like ya!"
"Anda selalu teringin nak makan kek coklat yang meletup? Tapi selalu memang malas nak keluar rumah? Ayuh ke dapur dan cuba resepi kek coklat power ini!\n\nBerdasarkan feedback feedback yang diterima, ramai bersependapat bahawa kek ini memang layak untuk dapat rate 5 star. Thumbs up kata orang. Gitu! Memang tak sia sia anda cuba resepi ini!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Siti Hajar Hashim\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nKek coklat layer mousse coklat. Sedap jugak kek ni. Ni kali kedua saya buat. Resepi saya sertakan kat bawah ni ye.\n\n** Saya balut tutup pengukus untuk mengelakkan air menitik atas kek.\n\n*saya masukkan mousse coklat dalam piping bag supaya senang nak layer.\n\nSelain resepi kek coklat, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Ada yang minat dengan nasi ulam? Kali ini kami sertakan resepi kepada sesiapa yang teringin belajar buat nasi ulam. Jom selepas ini sepakat ramai-ramai makan makanan yang sihat lagi menyihatkan ini. Asasnya, nasi ulam ialah nasi yang dimasak dengan menggunakan banyak-banyak jenis ulam. Sepatutnya lagi banyak ulam lagi sedap tapi kalau tidak ada 5 jenis pun dikira sudah ok.\n\nPenyediaan nasi ulam amatlah mudah. Zurida Hassan berkongsikan di laman Facebook cara membuat nasi ulam campak-campak dalam kuali dan terus menjadi. Makanan ini dicipta khas untuk anda yang vegetarian, yang bermaksud orang-orang yang hanya makan sayur sahaja. Selain itu, resepi mudah ini amatlah popular dan mendapat perkongsian yang amat ramai di Facebook.\n\nRugi jika tidak cuba buat makanan sihat dan unik ini. Hidangkan sebagai sarapan atau makan malam. Perut kenyang badan sihat.\n\nSelain nasi ulam , kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Nah, kami kongsikan persediaan bersalin untuk ibu yang kini di fasa-fasa akhir trimester.\n\nTak dapat digambarkan betapa gembiranya hati bila dapat tahu kita mengandung. Tak kisah kandungan yang keberapa, pertama? Kedua? Hatta mengandung kali kesepuluh sekali pun, pasti akan rasa teruja bila tahu ada bayi comel yang menghuni rahim kita.\n\nSelain rasa seronok, biasanya kita akan mula memikirkan persiapan untuk menyambut orang baru. Risau kalau ada yang terlepas pandang. Nak tak kalau kami kongsikan checklist persediaan bersalin untuk anda?\n\nPerkara pertama untuk dilakukan bila kita positif mengandung ialah pergi ke klinik untuk buat buku pink, jika anda memilih untuk membuat pemeriksaan bulanan di klinik kerajaan. Kalau anda memilih untuk pergi ke klinik swasta, boleh terus pergi ke klinik pilihan.\n\nSeawal kehamilan, anda suami isteri boleh terus berbincang tentang persoalan nak bersalin di mana? Hospital mana yang menjadi pilihan?\n\nKalau anda memilih untuk menyusukan anak secara ekslusif, boleh pilih hospital mesra bayi yang menggalakkan penyusuan susu ibu. Setelah anda menyenarai pendekkan nama hospital pilihan, boleh luangkan masa untuk membaca review & pengalaman ibu lain yang pernah bersalin di hospital berkenaan sebagai rujukan.\n\nSekiranya anda seorang wanita berkerjaya, jangan lupa untuk maklumkan kepada majikan yang anda sedang mengandung. Kenapa? Supaya majikan boleh bersedia pada tarikh anda bersalin & cuti berpantang.\n\nLagi awal anda maklumkan majikan, lagi cepat mereka boleh mencari staff sementara untuk menggantikan anda. Permudahkan urusan orang lain, insya Allah urusan bersalin anda juga akan dipermudahkan.\n\n4. Ilmu tentang mengandung, melahirkan & penyusuan\n\nTak ramai ibu bapa yang buat perkara ini. Majoriti ibu bapa terlalu sibuk dengan persediaan lain sehingga terlupa aspek yang paling penting dalam persediaan bersalin.\n\nAdalah sangat penting untuk kedua ibu bapa mencari ilmu tentang mengandung, melahirkan & penyusuan supaya benar-benar bersedia bila bayi selamat dilahirkan.\n\nAnda boleh membeli buku berkaitan, atau pun boleh membaca secara online.\n\nMenyambut orang baru sememangnya memakan belanja yang agak tinggi. Seawal disahkan mengandung, anda boleh terus berbincang mengenai persediaan dari segi kewangan.\n\nBerapa jumlah duit yang anda mahu peruntukan untuk membeli peralatan bayi, peralatan ibu, peralatan penyusuan, dan jangan lupa bajet untuk majlis cukur jambul & aqiqah jika mampu.\n\nIni adalah di antara perkara paling menyeronokkan bila nak sambut orang baru. Apa pun, jangan sesekali lupa pesanan orang tua iaitu jangan terlalu seronok. Berpada-pada. Biasanya kami tunggu kandungan mencecah usia 5 bulan sebelum mula shopping barang baby.\n\nUntuk anak pertama, sememangnya kita perlu membeli banyak barang. Tapi untuk anak kedua & seterusnya, ada sesetengah barang boleh gunakan yang sedia ada. Contohnya pakaian, tab mandian, alatan memotong kuku, dan barangan lain yang masih dalam keadaan yang baik.\n\nInsya Allah di masa akan datang kami akan kongsikan senarai checklist barang bayi yang perlu dibeli untuk panduan bakal ibu bapa baru.\n\nSelain barang keperluan bayi, keperluan ibu juga jangan dilupa kerana ianya sama penting. Di antara keperluan ibu ialah:\n\nSekiranya anda mempunyai anak yang lain, adalah sangat penting untuk anda membuat perancangan tentang siapa yang akan menjaga anak-anak semasa anda berada dalam labor room. Kebiasaannya suami akan menemani isteri semasa bersalin dan proses bersalin biasanya akan mengambil masa yang lama.\n\nJika ibu bapa anda tinggal berdekatan & bersedia untuk tolong jagakan anak-anak, anda boleh tinggalkan anak dengan mereka. Atau pun anda boleh berbincang dengan pengasuh atau pihak taska seawal sebulan sebelum tarikh anda dijangka bersalin.\n\nPerkara lain yang perlu masuk dalam senarai persediaan bersalin ialah berpantang. Di mana anda akan berpantang? Siapa yang akan menjaga anda sepanjang tempoh berpantang?\n\nAdakah anda akan balik berpantang dengan ibu sendiri atau ibu mertua? Adakah anda akan berpantang di rumah sendiri dengan bantuan suami? Kalau berpantang sendiri dengan bantuan suami, berapa lama suami akan ambil cuti?\n\nAtau pun anda akan berpantang sendiri di rumah sendiri? Atau mungkin juga anda memilih untuk mengupah confinement lady. Anda ada tempoh 36 minggu untuk memilih tempat berpantang yang terbaik untuk anda & bayi mengikut kesesuaian.\n\nApa yang paling penting, pilih tempat berpantang yang boleh memberikan keselesaan kepada anda. Kesihatan psikologi sepanjang tempoh berpantang adalah sangat penting untuk mengelakkan perkara yang tak diingini seperti kekeringan air susu & postpartum depression atau kita panggil angin meroyan.\n\nOk sejujurnya ini adalah part yang paling saya suka setiap kali disahkan mengandung. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk memberikan nama indah yang sedap didengar & mempunyai maksud yang baik.\n\nTrend sekarang ialah memberikan nama yang panjang kepada anak-anak, tapi kalau ikutkan orang tua & golongan ustaz, nama yang panjang akan menyebabkan ianya menjadi \u201c terlalu berat\u201d untuk dibawa oleh anak sepanjang kehidupannya.\n\nNasihat kami, beli buku senarai nama islam anak lelaki & perempuan, pilih nama yang indah & membawa maksud yang baik. Nama yang baik adalah salah satu doa kita buat anak-anak untuk sepanjang hayatnya.\n\nBila kandungan mencecah 36 minggu, anda boleh sediakan beg hospital iaitu beg yang akan kita bawa bersama bila nak bersalin nanti. Sediakan beg awal-awal, jangan tunggu dah rasa sakit bersalin baru nak mengemas. Dikhuatiri akan ada barang yang tertinggal.\n\nKalau kami, beg hospital akan sentiasa duduk dalam bonet kereta. Apa yang nak dimasukkan ke dalam beg hospital? Barang keperluan sepanjang berada di hospital dari proses bersalin sehingga dibenarkan pulang ke rumah. Di antaranya ialah:\n\n12. Majlis cukur jambul & aqiqah jika mampu\n\nSekiranya anda mampu & ianya tak membebankan, anda boleh merancang majlis cukur jambul & aqiqah untuk\u00a0 bayi yang baru dilahirkan. Buat mengikut kemampuan. Ianya bukan sesuatu yang wajib.\n\nMajlis cukur jambul, jika anda tak mampu, cukup sekadar mencukur rambut anak. Yang paling penting ialah membuang semua rambut yang berada dikepala anak semasa dalam kandungan. Orang tua-tu kata rambut tak bersih.\n\nAqiqah juga bukan sesuatu yang wajib. Kalau anda tak mampu buat, tak jatuh hukum berdosa. Tak perlu susah hati jika anda belum berkemampuan untuk buat aqiqah buat bayi yang bari dilahirkan.\n\nItulah dia 12 persediaan bersalin yang ingin kami kongsikan hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Kepada ibu yang bakal melahirkan, kami doakan semoga dikurniakan proses bersalin yang mudah. Semoga kedua-dua ibu dan anak berada dalam kesihatan yang optimum.\n\nJemput juga baca artikel nama anak lelaki, nama bayi perempuan atau doa mudah bersalin sebagai panduan."
"Remaja memang ciptaan yang sukar difahami. Namun memahami mereka \u2013 fikiran, tindakan, perilaku, perangai, adalah kemahiran yang ibubapa/ guru perlu ada supaya kita tak membiarkan mereka tenggelam dalam masalah dan kekeliruan mereka sendiri.\n\nIsu remaja mengandung di usia 11 tahun, remaja lelaki mengedar dadah diusia seawal 13 tahun dan macam-macam lagi kisah pelik remaja membuatkan kewajipan memahami remaja lebih signifikan.\n\nKita nak berbincang, tapi diorang respon suam-suam kukuk \u2013 \u2018hurm\u2019, \u2018ok\u2019, \u2018tak ada apa..\u2019\nkebanyakkannya krik..krik sahaja.\n\n#1 Jangan\u00a0Terus Terjah Dengan Isu Yang Kita Nak \u2018Settlekan\u2019.\n\nMulakan dengan cerita yang neutral \u2013 apa yang dia minat, topik-topik umum dan sebagainya. Sampai dia selesa.\n\nElakkan mulakan perbincangan dengan kita sudah awal-awal jatuhkan hukuman. \u201cayah nampak awak selalu balik lewat, pergi buat apa malam-malam?\u201d\n\nMCQ atau Multiple Choice Question. \u201cAwak marah atau suka sebenarnya?, yang mana satu?\u201d\n\n\u201cabi rasa awak nampak macam tertekan sebab banyak kerja sejak nak dekat periksa PT# ni, betul ke macam tu?\u201d\n\n#5 Kalau Diorang Susah Nak Explain, Gunakan Skor\n\n\u201cteruk macam mana awak rasa kat sekolah? kalau Papa bagi scale 1-10, 10 tu paling teruk awak tak nak langsung pergi sekolah, 1 tu awak happy, awak rasa tahap awak ni macam mana?\u201d\n\nJangan tanya sambil tengok smart phone, duduk, tengok muka, display body language yang appropriate.\n\n\u201cUmmi tahu awak susah nak cakap sekarang, tak apa ummi beri masa, tapi ummi nak sangat tahu apa yang awak rasa, ummi biar awak fikir dulu, tapi janji dengan ummi, sebelum hujung minggu kita kena berbual balik pasal ini, boleh?\u201d\n\n#8 Kalau\u00a0Anak Anda Masih Kecil, Mula Dari Sekarang. \n\nSupaya tidak kekok bila mereka dah dewasa nanti.\n\nKadang-kadang ada isu yang face-to-face susah nak tackle. Invite discussion guna medium lain \u2013 chating, wassap/telegram, email atau guna old school style \u2013 minta anak tulis dan beri kita baca.\n\n#10 Kurangkan Fokus Kepada Dia Secara Personal\n\nCuba mulakan dengan fokus kepada orang lain. \u201cada anak kawan mama dia selalu marah-marah sebab dia sebenarnya tertekan dengan ibubapa dia, mama pun selalu dengar yang remaja ni boleh memberontak sebab tertekan dengan ibubapa, awak pula macam mana? awak ada rasa macam tu?\u201d\n\nIbubapa kena selalu doa agar Allah tidak wujudkan dinding diantara kita dan anak kita dan mereka sentiasa mengasihi kita keranaNya.\n\nMemang susah nak dapat apa-apa dari remaja ni. Perlu cuba berkali-kali sehingga mereka bina keyakinan dan kepercayaan kepada kita. Jadi kuncinya, usaha dan terus usaha. Jangan pasrah."
"Bukan sesuatu yang luar biasa untuk mendengar tentang gout. Mendengar seseorang diserang gout membuatkan kita terbayang ibu jari kakinya yang membengkak dengan rasa berbisa, serta makanan-makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit tersebut. Benarkah pandangan orang ramai mengenai hal ini? \n\nGout merupakan sejenis arthritis. Ia adalah kesan menyakitkan akibat pembentukan kristal pada sendi. Gout sebenarnya bukan sahaja boleh menyerang pada bahagian ibu jari kaki, malah ia turut boleh mengenai tangan, siku, jari, dan cuping telinga. \n\nGout memerlukan rawatan berterusan yang lama. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kerosakan pada tulang, tulang rawan dan buah pinggang.\n\nGout\nberpunca daripada lebihan asid urik. Asid urik dihasilkan oleh tubuh dan diet\npemakanan. Asid urik yang berlebihan akan disaring menerusi ginjal dan dikeluarkan\nmelalui air kencing. Jika tubuh menghasilkan terlalu banyak asid urik atau\ngagal mengumuhkannya di dalam air kencing, kristal urat monosodium akan membentuk\n\u00a0di dalam sendi dan tendon.\n\nKristal\nini menyebabkan keradangan teruk yang menyebabkan bengkak dan kemerahan yang\nmenyakitkan.\n\nTapi,\ndari manakah asid urik ini datang sehingga menyebabkan gout dan serangannya?\nBenarkah makanan makanan laut secara berlebihan menjadi puncanya? Berikut\ndisenaraikan punca sebenar anda mendapat gout dan punca anda diserang gout;\n\nGout\njuga boleh muncul bersama-sama atau berhubung kait dengan penyakit lain yang\nmenyerang tubuh seseorang individu. Masalah atau penyakit lain tersebut ialah;\n\nTerdapat\njuga gout yang kurang sakit yang dikenali sebagai pseudogout. Ia berpunca\ndaripada kristal kalsium pyrofosfat pada sendi. Pseudogout juga boleh menyerang\nibu jari kaki, tetapi lebih kerap menyerang pada bahagian yang lebih besar\nseperti permukaan tengah kaki iaitu di mana ikatan tali kasut anda berada, lutut,\npergelangan tangan atau buku lali. \n\nNamun\nbegitu, pseudogout lebih banyak menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas\ndan tidak mengira jantina. Ini berbeza dengan gout yang biasanya menyerang\nlelaki berusia 30 tahun ke atas dan menyerang wanita yang sudah menopause.\n\nMungkin\nini bukan berita baik untuk lelaki tetapi gout lebih selalu menyerang lelaki\nberbanding wanita. Sebab itu kita lebih kerap mendengar pengalaman gout\ndaripada lelaki dan bukan wanita.\n\nJika\ngout tidak dirawat untuk jangka masa panjang, kristal akan membentuk benjolan\ndi bawah kulit di sekeliling sendi. Walaupun tidak sakit, tapi benjolan yang\ndinamakan tophi ini akan memberi kesan kepada rupa sendi. Anda pasti tidak mahu\nsendi anda kelihatan buruk disebabkan penyakit yang sebenarnya boleh dirawati.\nOleh itu, jika anda melihat tanda-tanda berikut, lakukan tindakan pantas bagi\nmengawalnya;\n\nSimptom-simptom\nini berkembang secara mendadak hanya dalam masa beberapa jam dan berlarutan\nselama tiga hingga sepuluh hari. Selepas tempoh ini, rasa sakit ini akan\nberkurangan dan keadaan sendi akan kembali normal dengan tindakan merawat yang\npantas. Berikut merupakan corak bagi simptom gout:\n\nMalangnya,\nserangan gout tidak dapat dijangka dan boleh berlaku pada bila-bila masa\nsahaja. Lekaslah berjumpa dengan doktor jika anda rasa anda mempunyai gout\ntetapi belum merujuk kepada doktor untuk pengesahan. Lebih-lebih lagi jika anda\nberasa sakit yang amat sangat pada sendi dan suhu tubuh meningkat atau demam.\nAnda mungkin sedang diserang gout.\n\nRawatan\nuntuk penyakit gout meliputi ubat-ubatan bagi melegakan kesakitan dan juga\nperubahan gaya hidup untuk mengelakkan serangan seterusnya. \n\nApabila\ngout menyerang satu bahagian sendi, ia juga boleh merebak ke bahagian sendi\nyang lain lalu menyebabkannya kelihatan bengkak dan memerah. Ini memang sangat\nmenyakitkan. \n\nBagi\nyang risau dengan keadaan yang mengganggu urusan harian ini, ketahuilah bahawa\nada cara untuk mengawal gout. \n\nBiasanya\npesakit akan diberikan ubat untuk dimakan. Ubat ini membantu mengurangkan\nkesakitan semasa serangan dan mengurangkan pembentukan asid urik yang\nmenyebabkan serangan gout tersebut.\n\nPesakit\ndinasihatkan mendapatkan nasihat doktor untuk jenis ubatan yang perlu diambil.\nIni kerana ubatan yang diperlukan bergantung kepada tahap kesihatan pesakit\nseperti keadaan buah pinggang dan kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan\ntersebut terhadap pesakit. \n\nIni\nkerana ada pelbagai jenis ubat yang boleh diambil oleh pesakit. Namun,\nsesetengah ubat boleh memberi kesan sampingan seperti sakit kepala,\ncirit-birit, ruam, ketakcernaan dan sebagainya. Oleh itu, cuba fahami setiap\nubat-ubatan yang anda ambil dengan berbincang dengan doktor.\n\nBercakap\nmengenai pengambilan ubat-ubatan, ubat yang diberikan ini mestilah dimakan\nsecepat mungkin selepas anda menyedari adanya serangan gout.\n\nApabila\nanda diserang gout, anda juga perlu merehatkan bahagian yang sakit dan cuba\nmengangkatnya. Elakkan bahagian itu daripada terhantuk atau tercedera. Anda\njuga boleh mengurangkan kesakitannya dengan pek ais pada bahagian yang sakit apabila\nsuhu mulai normal. Tetapi, jangan letakkan ais melebihi 20 minit kerana meletakkan\npek ais terlalu lama boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.\n\nPesakit\njuga boleh mengelakkan serangan gout dengan mengamalkan yang berikut:\n\nWalaupun ramai orang menganggap gout bukan penyakit yang serius, namun ia tetap memberikan kesan kepada psikologi pesakit. Apabila mood pesakit terjejas kerana kesakitan yang dialami, maka ia sekaligus memberi kesan kepada kerja dan keadaan di rumah. \n\nIa betul-betul mengganggu kerana pesakit tidak dapat bergerak bebas lalu menyukarkan untuk melakukan urusan harian. Sekiranya tidak mendapat sokongan, ia mungkin boleh membawa kepada tekanan.\n\nOleh itu, mulakanlah hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan kesihatan diri. Ia juga belum terlewat untuk mengubah gaya hidup walaupun anda telah diserang gout. \n\nBagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai penyakit gout, inilah masanya untuk menghulurkan bantuan anda. Berikan sokongan dan bantu mereka melancarkan urusan harian mereka. Bersama-samalah menjalani gaya hidup sihat."
"\u201cHmmm.macam mana ya mahu pakai tali keledar keselamatan ini?\u201d \u201cEhhh.perlu juga ke pakai?\u201d\n\nMesti ibu-ibu hamil di luar sana keliru bagaimana caranya hendak memasang tali keledar keselamatan mereka. Dan, sama ada pemakaian tali ini boleh dielak atau tidak.\n\nApa kata anda ikuti penjelasan\u00a0Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak (Pegawai Perubatan,\u00a0Kesihatan Wanita & Kehamilan). Ye lah, bukan perut buncit tau!\n\nAda si kecil pula yang tengah membesar di dalam perut. Cumanya, si ibu takut sahaja pemakaian tali pinggang boleh menjejaskan atau memberi kesan lain terhadap bayi di dalam kandungan itu.\n\nBagaimana Cara Pemakaian Tali Keledar Keselamatan?\n\nCara pemakain tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :\n\nIni untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut.Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.\n\nTAK PAYAH beli pelbagai produk atau sponge untuk kaver perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.\n\nAdakah Pemakaian Tali Pinggang Perlu Untuk Ibu Hamil?\n\nJangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai gak. Jangan ler terkial kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis atau JPJ \n\nMalang tak berbau, kalau nak eksiden tu mmg eksiden juga. At least tali pinggang keledar keselamatan tu dapat mengurangkan impak eksiden.\n\nPerut yg besar tu TAK berfungsi sebagai \u2018airbag\u2019 \n\n*Mengandung atau tidak sama sahaja ya, kena pakai tali keledar. Bagi yang mengandung, bukan nyawa sendiri sahaja, tetapi nyawa bayi di dalam kandungan pun boleh tergadai jika berlakunya kemalangan. Jangan lupa share!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Anda ingin surprisekan orang yang tersayang? Tapi taktau nak buat apa? Apa kata anda buat kek dengan menggunakan resepi kek red velvet yang famous ini!\n\nIni bukan calang calang resepi. Ini resepi yang telah mendapat perhatian kebanyakan netizen yang gemar memasak dengan 3.1 Ribu share semenjak ia di post. Lebih menarik lagi, resepi ini dikongsi oleh seorang lelaki yang gemar membuat kek.\n\nWah, nampaknya anda semua memang patut cuba resepi ini!\n\nResepi ini dikongsikan oleh\u00a0Azizi Rais\u00a0\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nKepada penggemar Red Velvet. Malam ni abam buat kek Red Velvet dengan cara mudah , sedap dan\u00a0#konpomjadik\u00a0!\u00a0Gambar beserta cara cara pembuatan juga disertakan.\n\n1 \u2013 Pukul butter dan icing sugar sampai kembang dan putih.\n\n2 \u2013 Masukkan telur 1 per 1. Pukul sebati dan tuang esen vanilla dan pewarna merah.\n\n3 \u2013 Kaup balikkan campuran tepung + serbuk koko ke dalam adunan berselang seli dengan yogurt sampai habis.\n\n4 \u2013 Bakar dalam loyang 8 inci selama 45 minit dengan suhu 180\u2019c.\n\n5 \u2013 Sejukkan dan potong menjadi 2 layer.\n\nImej via Facebook2. Sapukan topping di antara lapisan kek tadi, dan seterusnya ratakan keseluruhan badan kek tadi.\n\nSaya menggunakan nozzle 844 untuk paipkan roses ke atas kek. Dimulakan dengan dipaipkan di bahagian bawah dan naik ke atas.\n\nSeeloknya letakkan dalam chiller untuk 2 jam sebelum dipotong atau dihidangkan.\n\nSelain resepi kek red velvet, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Kembar merupakan kelahiran yang melebihi satu apabila ibunya melahirkan dua anak daripada kandungan yang sama. Biasanya pasangan kembar ini boleh mempunyai jantina yang sama atau berlainan jantina. Kelahiran berganda yang lebih dari dua disebut kembar tiga, kembar empat, kembar lima dan seterusnya.\n\nKembar manusia pula merupakan dua individu bayi yang berkongsi uterus pada masa yang sama dan selalunya lahir berturut-turut dalam jangka masa yang dekat ataupun lambat sedikit. Disebabkan saiz rahim ibu yang terhad, biasanya ibu bayi kembar ini jarang mengandung sehingga tempoh penuh 40 minggu. \n\nPurata kembar dua cuma 37 minggu, iaitu kelahiran pramatang. Disebabkan kelahiran pramatang boleh memberikan kesan kepada kesihatan bayi, kelahiran kembar sentiasa diawasi dengan langkah beringat-ingat serta diberi penjagaan yang rapi.\n\nPetua Dapat Anak Kembar Wajib Suami Isteri Amalkan\n\nMajoriti pasangan suami isteri menginginkan anak kembar dan sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan peluang yang mungkin mustahil bagi sesetengah orang kerana amat sukar untuk mendapatkannya. \n\nFakta sememangnya menyatakan bahawa mendapat anak kembar adalah bergantung pada beberapa faktor termasuklah rawatan kesuburan, keturunan, umur, genetik, dan jenis tubuh suami isteri yang mahukan anak kembar. Segalanya memainkan peranan dalam meningkatkan peluang untuk mendapatkan bayi kembar.\n\nDisini terdapat 10 petua untuk dapat anda kembar yang mungkin boleh dicuba bagi anda yang menginginkan anak kembar.\n\nSalah satu petua untuk mendapatkan anak kembar adalah dengan mengambil supplement asid folik. Ramai wanita hamil mengambil asid folik sebagai suplement untuk membantu menjaga kesihatan badan serta kandungan. \n\nAsid folik bukan sahaja untuk rambut, kuku dan kulit anda, tetapi ia juga akan membantu mencegah kecacatan tiub saraf. Pakar perubatan mengesyorkan agar anda mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik setiap hari. Penyelidikan menunjukkan bahawa jika anda meningkatkan pengambilan asid folik sebelum anda hamil, terdapat peluang yang lebih baik bahawa anda akan hamil anak kembar.\n\nMembuat rawatan IVF mungkin bukan untuk semua orang, tetapi ia akan menjadi pertaruhan terbaik jika anda benar-benar ingin mengandung anak kembar dan merupakan salah satu petua untuk dapat anak kembar. \n\nSebenarnya, beberapa kajian menunjukkan bahawa pasangan yang membuat rawatan IVF mempunyai 20 hingga 40 peratus peluang untuk mengandung lebih daripada satu bayi. Namun begitu, ingat bahawa rawatan IVF adalah proses yang panjang dan ia memerlukan banyak kesabaran.\u00a0\n\nIa mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Tetapi jika ikhtiar dan sabar, insyaallah anda akan dapat bayi kembar. Kemungkinan besar bahawa anda mungkin tidak hanya mengandung dua bayi kembar melalui rawatan IVF, tetapi ada peluang yang baik anda mungkin juga akan mendapatkan lebih dari dua bayi. Semakin meriah, bukan?\n\nBanyak ibu yang memberi petua untuk dapat anak kembar adalah dengan mengambil \u201csuperfood\u201d telah membantu mereka hamil dengan kembar. Pasti anda telah mendengar semua cerita yang mendakwa bahawa buah-buahan atau sayur-sayuran tertentu telah membantu mereka hamil seorang bayi lelaki atau seorang bayi perempuan atau dalam beberapa kes, kedua-duanya! \n\nWalaupun sukar untuk menyokong kajian saintifik ini, ramai pakar kesihatan percaya bahawa makan kuaci mungkin membantu meningkatkan peluang anda untuk mempunyai kembar. Kuaci bukan sahaja berkhasiat, tetapi baik untuk badan orang yang hamil, tanpa mengira sama ada kembar ataupun tidak. \n\nLebih-lebih lagi, kuaci adalah sumber yang hebat mengandungi vitamin B6 yang dapat membantu memastikan tulang anda kuat dan dapat mengurangkan keletihan semasa kehamilan. Dan untuk ibu-ibu dengan kehamilan bayi kembar, mereka pasti boleh mendapatkan semua tenaga tambahan yang mereka perlukan dengan memakan kuaci.\n\nSelain kuaci, memakan ubi kayu juga merupakan salah satu petua untuk mendapat bayi kembar. Anda mungkin tidak pernah mendengarnya sebelum ini, tetapi sebenarnya makanan nombor satu di dapur anda yang akan membantu meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan bayi kembar adalah ubi kayu. \n\nMenurut kajian, jika anda makan cukup ubi kayu dalam diet anda, anda boleh dengan mudah meningkatkan peluang anda untuk memiliki bayi kembar kerana ia adalah sifat ovulasi hyper. Ringkasnya, ada phytoestrogen yang kuat yang dapat membantu mengawal hormon wanita dan membuat anda hamil sebelum anda tahu.\n\nAntara manfaat lain\u00a0memakan ubi kayu adalah ia boleh membantu dengan penurunan berat badan. Ubi kayu juga boleh berfungsi sebagai makanan ringan semasa kehamilan anda dan mungkin melegakan beberapa gejala yang sangat tidak selesa, seperti sembelit. Kerana ubi kayu serat tinggi, ia akan membantu mengawal pergerakan usus anda dan mungkin membuat anda kehilangan beberapa kilogram juga.\n\nJika anda ingin mengandung kembar, salah satu petua untuk dapat anak kembar adalah dengan minum susu segar. Sesetengah wanita mempunyai masa yang sukar minum susu secara kerap, apatah lagi apabila mereka hamil. \n\nTetapi ada penyelidik yang mengatakan bahawa produk tenusu yang mempunyai hormon pertumbuhan seperti dalam susu dapat membantu anda untuk mendapatkan bayi kembar.\n\nTambahan pula, tidak ada salahnya meminum segelas susu setiap hari. Ia akan membantu meningkatkan pengambilan kalsium, potassium, vitamin D dan protein, yang mana semua unsur yang diperlukan oleh wanita semasa kehamilan mereka. \n\nJika anda hamil kembar, anda perlu semua kekuatan yang anda boleh. Badan hamil perlu menjadi badan sangat yang kuat. Dan segelas susu tinggi akan membantu anda membina tulang yang kuat. Apatah lagi, memakan yogurt atau keju setiap hari juga baik untuk hati anda.\n\nGenetik merupakan salah satu petua dapat anak kembar yang mudah. Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan adik beradik yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar dengan cara genetik yang diturunkan kepada anda. Insyaallah dapat dengan izinnya.\n\nSalah satu petua untuk dapat anak kembar adalah ketika anda sudah berusia. Wanita yang berumur 35 tahun ke atas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan dan badan mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.\n\n8. Faktor Berat Badan Dan Ketinggian\n\nJika anda mempunyai berat badan dan ketinggian yang lebih merupakan salah satu petua juga untuk dapat anak kembar. Kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar adalah tinggi jika anda merupakan seorang wanita yang tinggi dan berat badan anda lebih berat. Insyaallah.\n\nSalah satu petua untuk dapat anak kembar yang lain adalah dengan mengambil supplement kesuburan. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi.\n\nSekaligus ia meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar iaitu kandungan Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memakan supplement tersebut.\n\nMenjaga pemakanan juga merupakan salah satu petua untuk dapat anak kembar. Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar dan ia perlu seiring dengan usaha. Kena jaga pemakanan dan jangan lupa usaha ya?\n\nKesimpulannya, untuk mendapatkan anak kembar bukan hanya berusaha tetapi kena juga berdoa kepada tuhan. Bagi anda yang muslim, ada beberapa doa yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan anak kembar. Kira macam petua juga ni, Insyaallah. Bacalah surah ini.\n\nItulah dia petua dapat anak kembar wajib ibu bapa tahu. Jom baca juga jenis batuk bayi bahaya, Punca bayi lambat merangkak, Doa bayi tidur lena dan Tahnik bayi."
"Sebelum ini pernah dikongsikan resepi nasi dagang Kelantan. Namun kerana ramai permintan resepi nasi dagang Terengganu, maka kali ini kami akan berkongsi resepi nasi dagang Terengganu pula.\n\nPerbezaan nasi dagang Terengganu ialah ia diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. kemudian dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas yang berlainan dengan rempah kari biasa. Sedangkan nasi dagang Kelantan biasanya menggunakan beras dagang yang berwarna coklat.\n\nIkan yang digunakan untuk nasi dagang Terengganu biasanya ikan Aya Hitam @ ikan tongkol yang bersaiz besar dan dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan. Penyediaan nasi dagang Terengganu cukup mudah, di mana ia tidak memerlukan banyak lauk. Sesuai untuk mereka dalam perdagangan di mana masa adalah sangat berharga.\n\nSelain dihidang untuk mereka dalam perdagangan, sebetulnya nasi dagang pun boleh anda buat di rumah untuk acara majlis rasmi mahupun kenduri. Untuk anda hidangkan bersama keluarga pun boleh. Sila cuba resepi perkongsian daripada Haninah Abd Rahman\u200e di Facebook. Selamat mencuba.\n\nNota : Beras ini direndam semalaman.\n\nSelain resepi nasi dagang Terengganu, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bagi ibu bapa yang menimang cahayamata baru, pastinya sedang teruja untuk melakukan majlis aqiqah. Jika anda sedang merancang dan berkira-kira untuk melakukan majlis aqiqah untuk simanja anda, apa kata luangkan masa untuk membaca penerangan kami tentang aqiqah termasuk maksudnya, syarat sah dan cara pembahagian daging yang anda wajib tahu.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan korban aqiqah serta hukum melakukannya dari sudut pandangan islam?\n\nDari sudut bahasa, perkataan aqiqah membawa maksud \u201cRambut yang tumbuh di atas kepala bayi semasa dilahirkan.\u201d Manakala dari sudut hukum syarak, perkataan aqiqah yang selalu kita gunakan bermaksud \u201cPenyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.\u201d\n\nJika dilihat maksud aqiqah dari pandangan hukum syarak, boleh disimpulkan bahawa majlis aqiqah yang dilakukan haruslah mempunyai 3 elemen berikut:\n\nBerkenaan hukum aqiqah, menurut Imam Syafi\u2019e, melaksanakan aqiqah buat anak yang baru dilahirkan adalah adalah sunat muakkad iaitu perbuatan yang dituntut untuk dilakukan walau pun ianya bukan sesuatu yang wajib.\u00a0Imam Syafi\u2019e membuat kesimpulan tersebut berdasarkan hadith di mana Rasulullah bersabda:\n\n\u201cTiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama\u201d. (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidzi)\n\nMenurut Imam Malik, korban aqiqah merupakan perintah Allah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Ianya merupakan tanggung jawab ibu bapa ke atas anak-anaknya. Manakala Imam Ibnu Qayyim pula menyamakan ibadah korban aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS iaitu aqiqah mampu melindungi anak daripada gangguan syaitan berdasarkan hadith berikut:\n\n\u201cBerserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.\u201d\u00a0(Hadith riwayat Tirmidzi)\n\nDi Malaysia, kebiasaannya aqiqah dilakukan dengan cara:\n\n\u201cRasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.\u201d (Hadith Riwayat Aisyah)\n\nMenurut hukum syarak, terdapat 5 syarat sah aqiqah yang wajib dipatuhi agar ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah. Syarat-syarat sah korban aqiqah adalah seperti berikut:\n\nSemasa menyembelih binatang untuk melakukan ibadah korban aqiqah, tukang sembelih perlu berniat untuk mengaqiqahkan ke atas nama anak yang berkenaan. \n\nNamun, jika tukang sembelih terlupa untuk berniat aqiqah atas nama semasa proses menyembelih, ibadah aqiqah masih diterima sekiranya telah berniat untuk melakukan ibadah aqiqah ke atas anak semasa membeli dan semasa menyembelih. Korban aqiqah juga adalah sah walau pun tuan badannya tiada di lokasi penyembelihan.\n\nUntuk melakukan ibadah korba aqiqah, perlu menyembelih binatang berkaki 4 yang halal dimakan seperti kambing, kerbau, biri-biri, lembu, kibas dan unta. Di Malaysia, lazimnya masyarakat kita menyembelih lembu, kerbau, atau kambing untuk aqiqah.\n\nIbadah aqiqah hanya sah sekiranya syarat sah sembelihan dipenuhi dengan sebaiknya. Di antara syarat sah sembelihan ialah:\n\n4. Binatang dalam keadaaan yang sempurna (tidak cacat)\n\nBinatang yang dipilih untuk ibadah aqiqah wajib berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang kecacatan. Cacat yang dimakudkan di sini ialah seperti mata yang buta sama ada sebelah atau kedua-dua belah, kaki tempang, cuma mempunyai sebelah telinga, atau terlalu kurus dan sakit, dan juga tidak bunting.\n\n5. Binatang yang disembelih cukup umur\n\nBinatang yang dipilih untuk ibadah aqiqah juga perlu cukup umur supaya ibadah yang dilakukan tidak sia-sia. Contoh cukup umur bagi binatang sembelihan untuk aqiqah adalah seperti berikut:\n\nTidak seperti daging korban, tiada cara pengagihan daging aqiqah yang tertentu dan wajib untuk diikuti. Walau bagaimana pun, secara amnya daging aqiqah tidak boleh dimakan oleh ibu bapa dan keluarga yang melakukan aqiqah sahaja. Seeloknya adakan majlis untuk menjamu keluarga terdekat, sanak-saudara, sahabat handai, serta fakir miskin sekiranya ada.\n\nJika anda mempunyai kekangan masa atau duit untuk melakukan majlis aqiqah, boleh juga mengagihkan daging kepada mereka seperti yang kami nyatakan di atas.\n\nMengenai masakan untuk majlis aqiqah tersebut, ada yang berpendapat bahawa sunat untuk memasak manis kerana Rasulullah sukakan madu dan makanan yang manis. Namun ia hanyalah sunat, terpulang kepada anda untuk menentukan apakah menu yang ingin dihidangkan kepada para tetamu.\n\nItulah dia info tentang aqiqah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda juga akan sukakan perkongsian kami tentang cara mendidik anak perempuan dan cara mendidik anak lelaki."
"Kuih cucur badak merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang lazat rasanya. Cucur badak menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. Kuih cucur badak sangat digemari dan sedap dihidangkan sebagai camilan petang-petang.\n\nCucur badak juga biasanya dijadikan juadah untuk berbuka puasa kerana rasanya manis dan sedap. Untuk membuat cucur badak pastikan anda memakai ubi keledek yang berwarna oren atau ungu kerana rasa ubi ini manis walaupun direbus sahaja.\n\nCucur badak merupakan kuih favorit dalam kalangan kanak-kanak. Kuih tradisional melayu ini selalu jadi pilihan untuk dijadikan camilan. Apabila membuat cucur badak, pastikan anda menggunakan kelapa yang segar agar cucur sedap dan padu.\n\nBerikut ini ialah resepi cucur badak sedap yang dikongsikan oleh Rashidah Kamaruddin di Facebook. Banyak yang mencuba resepi ini dan hasilnya confirm sedap sesuai resepi. Selamat mencuba.\n\n\u2714 3 cawan kelapa parut putih. Guna 1 biji kelapa.\n\u2714 2 batang serai*\n\u2714 2 ulas bawang merah*\n\u2714 2 sudu besar udang kering. Letak segenggam kalau suka*\n\u2714 1 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit*\n\u2714 5-7 tangkai cili kering @ 2-3 sudu besar cili kering kisar. Ikut pedas*\n\u2714 1/2 sudu teh jintan manis*. Tumbuk halus dahulu sebelum kisar.\n\u2714 1 sudu kecil garam.\n\u2714 2 sudu besar gula .\n\u2714 sedikit daun kunyit (hiris halus). Kalau tidak letak pun boleh.\n\u2714 minyak untuk menumis.\n\n2. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan garam dan juga gula. Kacau sehingga agak kering/garing.\n\n3. Masukkan kelapa. Gaul hingga sebati. Kacau selama 10 minit sehingga kelapa benar-benar masak dan sebati.\n\n4. Angkat dan taburkan daun kunyit.\n\n\u2714 3 cawan ubi keledek yang telah dilecek.\n\u2714 2 cawan tepung selfraising (tepung naik sendiri).\n\u2714 1 sudu besar marjerin, untuk jadikan kulitnya garing semasa menggoreng.\n\u2714 1 sudu kecil garam.\n\n1. Rebus ubi dengan air dan sedikit garam sampai empuk, toskan airnya kemudian lecekkan. Jangan letak air terlalu penuh semasa merebus kerana rasa ubi akan tawar. Letak air 3/4 periuk sahaja.\n\n2. Dalam bekas adunan, masukkan ubi yang telah dilecek tadi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.\n\n3. Masukkan garam yang telah dibancuh dengan satu sudu kecil air panas. Uli sehingga menjadi doh, doh akan melekat sedikit di jari, tidak mengapa. Jangan tambah tepung lagi sebab nanti kulit akan menjadi keras.\n\n4. Apabila inti dan doh sudah jadi, mula buat cucur. Celupkan jari dalam minyak masak, ambil sedikit doh , letakkan inti dan bentukkan. Buat sehingga habis.\n\n5. Goreng kuih sehingga kekuningan dengan minyak dan api sederhana agar kuih masak sekata. Siap!\n\nSelain resepi cucur badak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sebelum ini, saya sangat \u2018overprotective\u2019. Saya tak nak anak saya susah langsung!\n\nTiba-tiba saya perasan yang anak sulung saya menjadi semakin manja. Bukan manja biasa tetapi manja yang ekstrim!\n\nSyukur, ilmu \u2018parenting\u2019 mengajar saya untuk guna 5 formula ini supaya anak tidak menjadi terlampau manja. Alhamdulillah, sangat berkesan!\n\nJangan mudah mengalah dengan pujuk rayu anak. Anak berumur 6 bulan ke atas sudah pandai membuat tangisan manipulatif. Tangisan manipulatif biasanya bermula apabila kita tidak mengikut kehendaknya.\n\nSebagai ibu bapa, kita seharusnya tahu membezakan tangisan manipulatif dengan tangisan yang sebenar.\n\nSentiasa konsisten dalam memberi respon terhadap anak. Kalau kita cakap A, kena buat A. Jangan tiba-tiba disebabkan pujuk rayu dan\u00a0\u2018political talk\u2019 anak, kita jadi layu dan berubah pendirian.\n\nJika kita tidak konsisten, anak akan hafal taktik yang berjaya membuatkan kita cair. Jangan pelik jika tantrumnya semakin menjadi-jadi apabila kita tidak menunaikan permintaan mereka!\n\nAda masanya kita kena guna kemahiran tawar-menawar (negotiation skills) kita kepada anak sendiri.\n\nSebagai contoh, sebelum masuk ke kedai, ingatkan terlebih dahulu kepada anak tentang item yang ingin dibeli di sana. Item yang tidak tersenarai, tidak seharusnya dibeli sebentar lagi. Jika ingin dibeli juga kerana ianya bermanfaat, kita boleh tawarkan kepada anak untuk membeli item tersebut pada hari lain yang lebih bersesuaian. Dengan cara ini, barulah anak kita tidak menjadi \u2018anak Sultan\u2019 yang mahu membeli satu pasar raya!\n\nKita tidak boleh menghalang 100% kehendak dan kemahuan anak, tetapi tidak salah jika kita boleh tawar-menawar dengan mereka.\n\nFORMULA 4 : JANGAN TERLALU BANYAK MASUK CAMPUR\n\nKadang-kala, kita lupa yang kita tidak akan selamanya berada di sisi anak sehinggakan semua benda kita mahu masuk campur.\n\nAnak kita bergaduh kecil dengan adik pun kita terus halang dan memarahinya. Kawan anak kita cuit sikit anak kita, kita melenting tak tentu hala.\n\nKalau begini caranya, bagaimana anak kita dapat mengasah kemahiran interpersonal mereka? Ini merupakan salah satu punca mengapa anak kita kurang pandai bergaul dan terlebih manja!\n\nAnak kita sebenarnya bukan inginkan kita menjadi \u2018baju besi\u2019 mereka yang melekat dan melindungi mereka 24 jam sehari semalam.\n\nMereka cuma perlukan coach kehidupan. Coach yang dapat membimbing, mengajar dan mendidik mereka tentang pelbagai perkara dalam menjalani kehidupan seharian.\n\nBenarkan mereka lakukan sendiri sesuatu perkara dan biarkan mereka belajar membuat keputusan.\n\nDengan cara ini, anak akan lebih berdikari dan tidak menjadi individu yang terlampau manja.\n\n\u2018KEEP CALM AND LET IT GO\u2019\n\nJadilah ibu bapa yang tegas, konsisten dan sentiasa tenang. Usah bersikap \u2018overprotective\u2019. Sesekali, berikan mereka sedikit bimbingan dan selebihnya \u2018just let it go\u2019.\n\nPercayalah, dengan cara ini, mereka akan belajar tentang cara menyelesaikan masalah, semakin teguh pendirian serta tidak menjadi terlalu manja.\n\nBiarkan anak kita menangis pada hari ini, daripada dia merana dan menderita pada esok hari."
"Adakah yang suka makan bubur pulut hitam? Kali ini kami akan berkongsikan resepi bubur pulut hitam.\n\nBubur hitam merupakan hidangan tradisi Melayu. Bubur hitam dibuat menggunakan beras pulut hitam yang dimasak hingga lembik kemudian dimakan bersama kepala santan (santan pekat).\n\nAda pelbagai cara menghidang bubur pulut hitam. Ada yang menghidangkan bubur dengan santan terpisah iaitu dengan menyiramkan santan ke atas bubur.\n\nAda juga yang memasak dengan terus mencampurkan santan ke dalam pulut yang sudah lembih dan masih terjerang atas api. Kedua-dua kaedah ini menghasilkan rasa bubur pulut hitam yang sama. Manis, berlemak dan lazat.\n\nBubur pulut hitam biasanya dijual di pasar malam ataupun kedai tepi jalan. Bubur pulut hitam sedap dijadikan menu berbuka puasa. Sila tengok resepi bubur pulut hitam daripada Fateenah Embong\u200e yang dikongsikan di laman Facebook di bawah ini.\n\nSelain resepi bubur pulut hitam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya"
"Apakah anda sedang tercari-cari resepi kimbap roll? anda datang ke laman yang tempat, kerana kami mengongsikan resepi kimbap roll asli korea di bawah ini.\n\nGimbap atau Kimbap adalah makanan ringan segera Korea yang sangat digemari dan terkenal. Bahan asas gimbap adalah nasi, daging, sosej, danmuji, sayuran yang diacar atau yang masih segar. Kimbap kaya akan protein.\n\nDibawah ini kami kongsikan resepi kimbap roll korea yang telah dikongsikan oleh Wawa Ashihara di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Resepinya mudah sahaja. Jemput baca dan mencubanya.\n\n1.\u00a0 Ketam\n2. Telur dadar\n3. Sosej ayam/daging\n4. Timun jepun\n5. Carrot\n\nTambahan jika nak letak sebagai inti :\n\n6. Tuna (ikut citarasa)\n7. Ikan salmon\n8. Udang\n9. Keju slide\n10. Chicken slide\n\n1. Letak bamboo mat disertai dengan seaweed (nori) diatasnya.\n\n2. Kemudian letak nasi yg ditanak tadi diatas seaweed secara rata. (Nipis lagi elok elak seaweed terburai masa nak gulung. Nak tebal tak jadi masalah. Tapi sapu setengah sahaja supaya masa nak gulung bahagian hujung nasi & inti tak terkeluar. Dan letak inti-inti yang anda suka. Boleh deco sendiri. Macam saya letak sosej,telur,ketam,timun jepun dan carrot.)\n\n3. Gulung secara perlahan bersama bamboo dan ketatkan gulungan supaya kimbap roll tersebut terasa mampat dan isi tidak terburai. Gulung hingga ke hujung dan tekan sedikit bagi ketat.\n\n4. Siap sudah sesi menggulung. Sebelum potong, sapu minyak bijan pada seaweed bagi nampak berkilat.\n\nImej di atas ialah rupa kimbap roll guna beras biasa yang kita selalu makan. Cuma beras biasa kena lah lebihkn air supaya ia lembik dan senang lekat pada nori tu.\n\nImej di atas pula rupa kimbab roll guna beras jepun (sumo). Kalau ikutkan kedua-duanya rasa sama sedap. Kalau anda jenis kuat masin, masa masak nasi tu letaklah garam secubit rasa. Tiada masalah.\n\n#kalau saya lebih refer beras sumo sebab sudah ada sukatan dan comel bila sudah siap masak.\n\n5. Akhir sekali cicahlah dengan soy sauce sebagai pencicah.\n\nSenang sahaja resepi kimbap ini. Anda boleh mencubanya bila ad masa lapang.. Selamat mencuba..\n\nSelain resepi Kimbap Roll Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya"
"Resepi kali ini ialah resepi ayam bakar berempah, bukan resepi ayam bakar biasa-biasa!\n\nSenang cara buat ayam bakar berempah ini. Rasa enak yang berasal daripada rempah perapan ayam yang dilumurkan bersama ayam membuat ayam terasa amat juicy dan beraroma merangsang semasa dibakar.\n\nSeterusnya, ayam dilumuri dan diperap berulangan sebanyak dua kali supaya didapati rasa ayam bakar berempah makin terasa hingga ke dalam-dalam daging ayam.\n\nJika mahu buat sekarang sila tengok resepinya di bawah ini. Resepi perkongsian ramai di laman Facebook dikongsikan oleh Cik Epal di laman Facebook. Jangan lupa kongsikan dengan jiran anda. Selamat mencuba.\n\nKalau suka ayam bahagian dada, masa yang diambil untuk masak lagi singkat. Sebab dada ayam cepat masak. Masa untuk bakar bergantung kepada jenis ayam atau size ayam. Kalau guna thigh macam maka sama dengan resepi ini.\n\nSelain resepi ikan bakar berempah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pernah tak anda buang air kecil tapi rasa tak puas?\u00a0 Rasa macam air kencing banyak keluar, tak habis-habis, tapi pundi kencing tetap rasa tak kosong. Tak perlu segan untuk mengaku.\n\nKeadaan yang anda alami dipanggil masalah kencing tak lawas. Ianya juga dikenali sebagai kencing kotor & jangkitan pundi kencing\u00a0 atau bahasa inggerisnya Urinary Tract Infection (UTI). Masalah ini boleh dialami oleh lelaki & wanita, tetapi lebih kerap terjadi kepada wanita.\n\nKencing tak lawas yang tidak dirawat boleh menjadi serius. Daripada keadaan kencing tak puas, ia akan bertukar kepada rasa sakit & pedih tiap kali membuang air kecil. Bukan itu sahaja, jangkitan yang berlaku boleh merebak dari pundi kencing ke uretra & buah pinggang.\n\nNak tak kalau kami kongsikan 8 petua hilangkan kencing tak lawas yang murah, mudah dan berkesan? Insya Allah dengan amalan yang konsisten, petua-petua dibawah membantu menghilangkan kencing tak lawas yang anda alami.\n\nNamanya tak berapa glamour, kan? Saya namakannya sebagai Jus Kencing Tak Lawas kerana ianya terbukti membantu mengatasi masalah kencing tak lawas berdasarkan pengalaman saya sendiri.\n\nSemasa mengandungkan anak kedua, saya mengalami masalah kencing tak lawas. Jus inilah yang membantu saya. Bahan-bahan yang diperlukan pun sangat mudah & murah. Tak membebankan.\n\nBuang kulit semua bahan diatas, kisar sehingga halus. Minum sekali sehari. \u00a0Anda tak perlu tapis, minum sekali serat-serat yang ada dalam jus ini. Kalau nak rasa manis , tambah sedikit madu.\n\nBiasanya , orang dulu-dulu akan cari nenas muda bila mengalami masalah kencing tak lawas. Caranya mudah saja. Ambil sebiji nenas muda, buang kulitnya, cuci sehingga bersih. Kemudian ditumbuk sehingga lumat & dijadikan sebagai jus untuk diminum setiap hari.\n\nSekarang dah moden, tak perlu lagi kita tumbuk dalam lesung batu. Potong nipis, masukkan ke dalam pengisar bersama air & kisar sehingga halus. Boleh tambah sedikit gula batu kalau nak rasa manis. Minum satu gelas diwaktu pagi & satu gelas diwaktu malam sebelum tidur. Insya Allah kencing tak lawas akan hilang.\n\nLobak putih sememangnya dikenali sebagai makanan yang membantu menghilangkan masalah kencing tak lawas. Cara membuat sup lobak putih sangat mudah. Tumis\u00a0 bawang merah & bawang putih sehingga garing. Masukkan lobak putih yang dipotong kecil, ikan bilis & air.\n\nGaram secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Kalau nak lagi sedap, taburkan serbuk lada hitam ke dalam sup selepas api ditutup. Sedap dimakan panas-panas dengan nasi. Bukan sahaja sedap, ia juga berkesan untuk masalah kencing tak lawas yang anda alami.\n\nAir barli bukan sahaja sedap & nyaman, ia juga membantu mereka yang mengalami masalah kencing tak lawas. Cuci bersih, rebus sehingga lembut. Minum\u00a0 setiap hari sehingga masalah kencing tak lawas tiada lagi. Anda tak perlu merebus barli setiap hari. Buat air rebusan dalam kuantiti yang banyak, dan simpan didalam peti sejuk.\n\nPanaskan sedikit untuk\u00a0 diminum pada hari berkenaan. Ianya bukan sahaja membantu masalah kencing tak lawas, malah mampu menyejuk & menyegarkan badan.\n\n5. Air basuhan beras yang terakhir.\n\nSelain air barli suam, air basuhan beras yang terakhir juga sebenarnya boleh digunakan untuk mengatasi masalah kencing tak lawas. Ramai yang tak tahu, kan? Biasanya air basuhan beras yang terakhir orang simpan untuk cuci muka. Tapi sebenarnya, ia juga membantu hilangkan masalah kencing tak lawas.\n\nJadi, lepas ni bila basuh beras untuk masak nasi, simpan air basuhan yang terakhir. Minum segelas sehari untuk masalah kencing tak lawas yang anda alami.\n\nKandungan probiotik dalam yogurt dapat membunuh bakteria jahat yang menjadi punca jangkitan dalam pundi kencing\u00a0 yang menjadi punca masalah kencing\u00a0 tak lawas. Terdapat bermacam pilihan yogurt dipasaran. Yang\u00a0 mana satu nak dimakan? Seeloknya pilih Greek Yogurt atau yogurt asli. Kalau Greek Yogurt atau yogurt asli tak sesuai dengan selera anda, boleh pilih low fat\u00a0 atau less sugar yogurt.\n\nKenapa kena minum banyak air kosong? Ia membantu flush pundi kencing anda. Secara logiknya, lagi banyak anda minum air kosong, lagi cepat pundi kencing anda penuh, maka lebih kerap anda membuang air kecil. Proses membuang air kecil yang kerap membantu membuang bakteria jahat yang menyebabkan jangkitan di pundi kencing anda.\n\nVitamin C membantu meningkatkan imuniti badan supaya dapat melawan bakteria yang menjadi punca jangkitan dipundi kencing anda. Bila saya sebut vitamin C, saya tak maksudkan pil-pil vitamin C yang berlambak di pasaran.\n\nVitamin C yang saya maksudkan ialah vitamin C dari makanan sebenar atau real food. Di antara makanan yang tinggi dengan vitamin C ialah\u00a0 betik, jambu batu, oren,\u00a0 strawberry, lada benggala, brokoli, kobis, tomato, dan banyak lagi buah-buahan & sayur-sayuran yang lain. Pengambilan vitamin C dari sumber semulajadi bukan sahaja sedap, malah ia juga membantu menyihatkan badan. Sebagai bonus, masalah kencing tak lawas juga akan hilang.\n\nSelain 8 petua diatas, masalah kencing tak lawas yang anda hadapi juga boleh diatas dengan mengamalkan tips-tips berikut:\n\nItulah dia 8 petua kencing tak lawas yang ingin saya kongsikan dengan anda pada hari ini. Insya Allah, ianya berkesan. Jika masalah kencing tak lawas anda semakin teruk & tiada tanda untuk sembuh, jangan berlengah lagi. Segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan dari doctor yang bertauliah."
"Jom kita lihat khasiat lada benggala. Lada benggala merupakan lada yang ditanam di negara yang mempunyai iklim panas. Walaupun namanya mempunyai perkataan lada, lada benggala ini tidak pedas dan mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk siapa yang memakannya. Lada benggala ini juga mempunyai pelbagai jenis warna yang menarik seperti merah, hijau, ungu dan coklat.\n\nLada ini sangat terkenal diletakkan ke dalam masakan seperti pasta. Selain itu, lada ini kaya dengan pelbagai jenis khasiat ini juga sering dimasukkan ke dalam senarai menu diet kerana tidak mengandungi lemak dan kaya dengan vitamin dan mineral. Senarai di bawah merupakan antara khasiat yang anda akan dapat dari lada benggala.\n\nLada benggala mampu merawat dan merendahkan tekanan darah seterusnya memecahkan kolestrol yang terdapat dalam badan. Capsaicin yang terdapat dalam lada benggala juga mempunyai sifat antibakteri, analgesic dan anti diabetic. Lada benggala juga mampu merawat masalah peredaran pada kaki dan tangan.\n\nSekiranya anda makan lada benggala, anda dapat mengurangkan tahap kolestrol yang membuat mereka obes. Kandungan capsaicin yang terdapat di dalam lada ini juga dapat meningkatkan kadar metabolic tanpa menaikkan tekanan darah dan denyutan jantung menjadikannya baik untuk membantu mengurangkan berat badan.\n\nKandungan capsicum juga mempunyai banyak antioksidan serta vitamin yang mampu menjaga akar rambut dan membantu menegangkan kulit. Jika anda mempunyai masalah rambut yang gugur, makan lada benggala atau meletakkannya ke dalam masakan mungkin dapat membantu memperbaiki akar rambut anda.\n\nSelain itu, khasiat lada benggala juga berfungsi sebagai agent awet muda yang mencegah penuaan kulit serta menjadikan kulit bebas dari jerawat. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, masker lada benggala mungkin dapat membantu memperbaiki kulit anda serta mencerahkan kulit dalam masa yang sama.\n\nKhasiat lada benggala yang lain ialah merangsang peredaraan darah dalam badan. Lada benggala telah digunakan sebagai penggalak untuk herba-herba yang lain kerana khasiatnya yang banyak. Warna merah lada benggala juga disebabkan kandungan vitamin yang tinggi.\n\nSelain itu, vitamin C yang terdapat dalam lada benggala juga mampu merangsang peredaran darah serta meningkatkan aliran darah dalam badan.\n\nLada benggala juga mempunyai kandungan vitamin A. Kandungan vitamin A sememangnya baik untuk kesihatan mata. Jika anda inginkan lada benggala yang tinggi dengan vitamin A, anda boleh memilih lada benggala yang berwarna kuning dan merah.\n\nLada benggala juga mempunyai pelbagai kandungan yang baik untuk mencegah katarak dan penyakit mata yang lain seperti beta-karoten, zeaxanthin dan banyak lagi. Kandungan karotenoid juga membantu merendahkan risiko kemerosotan penglihatan serta mengekalkan penglihatan yang sihat.\n\nKaya dengan serat dan bertindak sebagai agen pelancaran pencernaan. Sifat lada benggala yang antibakteria dapat menghalang pertumbuhan bakteria seperti salmonella dan ecoli. Kandungan serat dan sifat anti bakterianya juga mampu meneutralkan penyakit ulu hati.\n\nKhasiat lada benggala yang lain ialah dapat mencegah penyakit anemia. Lada benggala yang kaya dengan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh sangat baik untuk mencegah anemia serta mencegahnya. Kandungan zat besi yang terdapat dalam lada benggala juga membantu untuk menguatkkan sistem imun serta merangsang trombosit.\n\nKandungan Capsicum yang ada dalam lada benggala juga mampu mencegah penyakit skurvi. Penyakit skurvi merupakan penyakit kekurangan vitamin C. Kandungan vitamin C di dalam lada benggala mampu untuk mencegah kekurangan vitamin C yang dapat mengakibatkan gusi menjadi bengkak dan berdarah.\n\nKekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan luka yang hampir sembuh boleh terbuka semula. Sekiranya anda mempunyai penyakit ini, anda boleh memasukkan lada benggala ke dalam masakan anda.\n\nKhasiat lada benggala juga mampu membantu sistem pencernaan yang mampu melegakan kerandangan usus. Sekiranya anda mengambil lada benggala sebagai bahan untuk diletakkan ke dalam makanan, lada benggala mampu merangsang perlindungan membran mucus yang terdapat pada perut.\n\nHal ini pastinya dapat melegekan kesaiktan yang disebabkan oleh penyakit ulser pada perut anda.\n\nVitamin yang terdapat dalam lada benggala mampu untuk mencegah masalah kekurangan zat besi. Hal ini kerana, terdapat satu bahan dalam lada benggala yang membantu untuk menyerap zat besi. Pengambilan lada benggala secara berterusan dapat mencegah penyakit kekurangan zat besi dan anemia.\n\nRamai suri rumah yang mula memasukkan lada benggala ke dalam masakan mereka apabila mengetahui mengenai pelbagai kandungan baik yang terdapat di dalam lada ini. Hal ini kerana lada benggala mempunyai kandungan vitamin A, E, C, K dan B.\n\nSelain kaya dengan mineral, kalsium, zink dan zat besi, sayur ini tidak mempunyai kandungan lemak jahat dan kaya dengan protein, karbohidrat serta serat yang sihat dan mampu melindungi diri dari pelbagai penyakit sama ada, kulit, rambut mahupun perut. Hal ini pastinya akan membantu anda untuk memilih makanan serta sayuran yang sihat dan kaya dengan pelbagai jenis khasiat.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Anda merancang percutian ke Melaka Bandar Bersejarah? Jom kami kongsikan 11 homestay di Melaka yang selesa dan bersih dengan harga berpatutan.\n\nMalacca Hotel Apartment menawarkan 3 jenis penginapan yang berbeza iaitu apartment dengan 3 buah bilik, apartment dengan 2 buah bilik dan juga sebuah bilik dengan 2 buah katil besar, yang mana satukah yang sesuai dengan kontinjen yang anda bawa bercuti di Melaka?\n\nTak kisahlah yang mana satupun pilihan anda, yang pasti anda dapat menikmati kemudahan yang disediakan Malacca Hotel Apartment untuk memaksimakan keseronokan percutian anda di Melaka ini iaitu kolam renang yang luas untuk anda bermandi-manda bersama keluarga.\n\nAlamat:\u00a011-7 Emerald Tower Garden City Straits Condominium, Jalan Melor, Bandar Hilir, 75000 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar:\u00a04.1 KM via Jalan Laksamana Cheng Ho/ Route 5 & Jalan Munshi Abdullah (13 Min)\n\nBetulkah hanya RM168 untuk menginap di Silverscape Melaka B2906 ini? Kalau anda tahu apa yang\u00a0 dapat anda nikmati di sini, pasti anda tak akan pandang lagi hotel-hotel 5 bintang yang wujud di Melaka ini.\n\nDengan harga yang cukup murah, anda bukan sahaja mendapat sebuah penginapan yang selesa dengan sebuah bilik tidur dan ruang dapur yang lengkap malahan anda juga dapat menikmati mandian yang melegakan badan di kolam renang dengan pemandangan bandaraya Melaka, bayangkan sahaja pemandangan dari kolam ini pada waktu malam dengan cahaya bandar yang bergemerlapan.\n\nSelain kolam renang infiniti, anda juga dapat menggunakan kemudahan pusat kecergasan dengan pemandangan pokok-pokok hijau.\n\nAlamat:\u00a0Jalan Melaka Raya 23 Silverscape Luxury Residences, 75000 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar:\u00a05.3 KM via Route 5 (14 Min)\n\n3. Eden Garden Guest House Melaka\n\nMenginap di Eden Garden Guest House Melaka membuatkan anda terasa seperti berada di dalam filem, dengan dekorasinya yang moden menggabungkan warna-warna natural, homestay ini kelihatan cukup ekslusif.\n\nTidak cukup dengan ruangan dalamannya yang membantu jiwa anda untuk relaks, anda juga boleh menuju ke ruang balkoni homestay yang menghidangkan pemandangan mendamaikan jiwa air laut yang tenang.\n\nAlamat:\u00a0Jalan Melaka Raya 23 Silverscape Luxury Residences \u2013 A2812, 75000 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar:\u00a05.3 KM via Route 5 (14 Min)\n\n4. Melaka Homestay \u2013 Next to Hatten (Element) Shopping Mall\n\nMelaka Homestay adalah sebuah apartment dengan 2 buah bilik tidur, sebuah dapur yang lengkap dan ruang tamu yang selesa untuk anda sekeluarga bersantai sambil menonton rancangan kegemaran. Keselesaan homestay ini membuatkan anda terlupa bahawa ini hanyalah rumah tumpangan, macam di rumah sendiri pula rasanya.\n\nLokasi Melaka Homestay ini juga strategik, bagi anda yang kaki kopi, Starbucks terletak hanya 2 km dari penginapan anda, dah minum kopi, barulah bertenaga nak bergambar di setiap sudut bandaraya bersejarah ini, ya tak?\n\nAlamat:\u00a0B13-04 Casa Lago Condo, Jln Melaka Raya 8, 75000 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar:\u00a05.1 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (15 Min)\n\nTerletak hanya 500 meter dari Dataran Portugis, Mahkota Private Apartment adalah sebuah homestay jenis apartment\u00a0 dengan 2 buah bilik tidur dan sebuah dapur yang lengkap.\n\nDengan harga yang bermula dari RM210 anda sekeluarga juga dapat menggunakan kemudahan lain yang disediakan di sini seperti kolam renang yang luas, taman permainan kanak-kanak, gym, gelanggang ping-pong, gelanggang tenis, squash dan tempat bermain golf mini. Bermacam aktiviti yang boleh anda sekeluarga rancangkan sekiranya menginap di sini.\n\nAlamat:\u00a0No 16 Jln Syed Abd Aziz 2058, Wing 2, Level 5, 75000 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar:\u00a04.1 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (11 Min)\n\nHomestay Malacca adalah sebuah penginapan jenis apartment dengan 3 buah bilik tidur, sebuah ruang tamu dan dapur. Setiap bilik di homestay ini lengkap dengan penyejuk udara termasuklah di ruang tamunya.\n\nTerasa seperti menginap di hotel, namun dengan harga yang bermula dari RM198 anda mendapat 3 buah bilik tidur yang luas, cukup sesuai untuk anda yang memiliki bilangan ahli keluarga yang ramai. Kemudahan lain yang disediakan homestay murah ini adalah dapur yang lengkap dan juga sebuah ruang balkoni untuk anda menghirup udara segar.\n\nAlamat:\u00a03-11, Block Dahlia 3, Jalan Zahir 6, Malim Jaya, Melaka., 75250 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar:\u00a07.5 KM via Lebuh AMJ/Route 19 (20 Min)\n\n7. Hotel Mahkota @ Happy Apartment Melaka\n\nBerlokasi strategik, Hotel Mahkota @ Happy Apartment Melaka terletak tidak jauh dari Jonker Street dan pusat membeli-belah Mahkota Parade. Kalau sudah datang dari jauh untuk ke Melaka, sudah pasti lokasi penginapan menjadi faktor penting bukan?\n\nApartment ini menawarkan 2 buah bilik tidur, sebuah ruang dapur, ruang tamu dan juga ruang balkoni untuk anda bersantai sambil menikmati pemandangan yang terbentang luas. Fasiliti lain yang disediakan homestay ini adalah gym, gelanggang ping-pong dan fasiliti karaoke untuk anda melepaskan suara merdu anda.\n\nAlamat:\u00a016, Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar:\u00a04.1 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (11 Min)\n\nMemiliki rekaan dalaman yang elegan dan minimal, Garden City Emerald Apartment\u00a0cukup sesuai bagi anda yang bercitarasa mewah dan inginkan keselesaan seperti di rumah.\n\nAntara kemudahan yang tersedia di apartment 2 bilik ini adalah penyejuk udara di setiap ruang, peti ais dan mesin basuh. Dari apartment ini juga anda dapat menikmati pemandangan kolam renang.\n\nAlamat:\u00a0G8, Ground floor Emerald Tower Garden City Condomimium, 75000 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Laksamana Cheng Ho/Route 5 and Jalan Munshi Abdullah (12 Min)\n\nMenggunakan warna-warna monokrom untuk dekorasi dalamannya, Stay99 House memiliki atmosfera ekslusif dan urban. Rumah dengan 3 buah bilik tidur ini dapat menampung 9 orang dewasa, sebuah rumah yang cukup luas untuk anda berkumpul beramai-ramai.\n\nSetiap bilik dan ruang tamu homestay ini juga dilengkapi dengan penyejuk udara yang sangat menyegarkan. Anda juga boleh menggunakan kemudahan BBQ yang disediakan pihak homestay. WIFI? Kelajuannya memang mantaplah! Jika anda seorang yang perfectionist, Stay99 House pasti menjadi kegemaran anda.\n\nAlamat:\u00a0No 31, Jalan GP 11, Taman Gadong Perdana, 75200 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar:\u00a09.6 KM via M7 and Route 5 (21 Min)\n\nSebuah rumah satu tingkat, Ar-Rayyan SemiD Homestay Melaka menyediakan 3 buah bilik tidur dengan sebuah ruang dapur yang lengkap beserta dengan kemudahan mesin basuh.\n\nJika anda ingin menginap untuk jangka masa panjang di Melaka, Ar-Rayyan SemiD Homestay Melaka agak sesuai untuk dijadikan pilihan, memandangkan harganya yang juga berpatutan. Terletak tidak jauh dari homestay ini adalah Jusco dan Mydin\u00a0 yang kurang 5 km dari homestay untuk anda membeli barangan keperluan sepanjang penginapan.\n\nAlamat:\u00a0No 3, Jalan Delima 29/1 Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang, 75450 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar:\u00a07.6 KM via M1 (20 Min)\n\nInginkan sebuah penginapan di dalam kawasan yang tenang? Homestay Melaka Urich adalah sebuah penginapan yang tepat. Homestay Melaka Urich adalah sebuah rumah dengan 4 buah bilik tidur yang masing-masing lengkap dengan sebuah katil yang besar dapat memuatkan 8 orang dewasa.\n\nNak bercuti bersama keluarga yang besar atau geng-geng sekepala seramai ini, Homestay Melaka Urich adalah salah satu pilihan penginapan yang ideal. Selain itu, homestay ini juga menyediakan fasiliti BBQ yang lengkap, barulah terasa macam percutian sebenar!\n\nAlamat:\u00a0Jalan SD2/2F No 6 , Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka\n\nJarak Ke Pusat Bandar:\u00a09.1 KM via Route 5 (21 Min)\n\nItulah dia 11 homestay di Melaka yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.\n\nSukakan artikel ini? Selain menulis tentang homestay di Kuala Lumpur, kami juga menulis artikel menarik yang lain. Jemput juga baca artikel homestay yang lain. Jangan lupa untuk share dan like ya."
"Kali ini kami datangkan resepi tradisi talam sagu ubi yang senang sangat. Ramai yang inginkan resepi bukan? Tapi tidak dapat sukatan dan gambaran tepat.\n\nBuat talam sagu ubi susah-susah senang sebenarnya tapi jika tahu resepi sukatan bahan dan resepi yang tepat semua jadi senang. Oleh kerana itu kami datangkan resepi talam sagu ubi daripada pakarnya iaitu \u200eSiti Nor Hafizah Kasmani yang telah berkongsi di laman Facebook.\n\nTalam sagu ubi terdapat tiga lapis iaitu lapisan hijau, kuning dan merah. Tidak sama macam talam biasa yang hanya ada satu atau dua lapis sahaja. Adakah anda pernah makan talam sagu ubi? Jika belum, jom cuba resepi di bawah.\n\nBahan digaul sebati dan rata. Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastik dan kukus selama 20 minit.\n\nGaul sebati dan tuang ke atas lapisan hijau. Kukus 25 minit.\n\nSelain talam sagu ubi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan info dan cara hilangkan sakit tekak dengan mudah cepat tanpa bahan kimia!\n\nDengan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini, ramai yang mengalami sakit tekak dan kebiasaannya sakit tekak akan menyebabkan kita tiada mood untuk berbual dan makan.Malah ada tahap sehingga boleh menyebabkan kita akan demam dan mengalami ketidakselesaan.\n\nSelain merasa tidak selesa pada bahagian tekak, biasanya kita akan mengalami beberapa simptom lain seperti hidung berair, batuk , demam\u00a0 dan hilang selera makan.\n\nSakit tekak juga tergolong dalam beberapa kategori antaranya ;\n\nOdynophagia adalah keadaan dimana kita akan sukar menelan makanan akibat sakit tekak.\u00a0 Sakit ini akan menyebabkan kita sukar untuk makan dan menjejaskan kecergasan badan .\n\nAtaupun dikenali sebagai keradangan tonsil akan menyebabkan tekak berasa tidak selesa.\n\nSebelum kita bincangkan lebih terperinci mengenai cara untuk hilangkan sakit tekak secara semulajadi, perlu kita ambil tahu apa faktor yang menyebabkan berlakunya sakit tekak.\n\nIni dapat membantu kita di masa hadapan untuk mengelakkan dari terkena sakit tekak. Sakit tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah;\n\nVirus Epstein-Barr yang boleh menyebabkan bengkak di bahagian leher dan juga demam. Biasanya sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan virus boleh sembuh dengan sendiri andai ia tidak terlalu kritikal.\n\nSistem pertahanan badan akan bertindak balas kepada pencetus alahan seperti debunga dan haiwan. Sistem badan akan mengeluarkan antibodi \u00a0yang menyebabkan bersin , sakit tekak dan mata berair.\u00a0 Lebihan lendir di hidung akan terkumpul di belakang tekak dan menyebabkan tekak tidak selesa.\n\nAsap dari rokok dan tembakau akan menyebabkan kerengsaan pada tekak sekaligus mencemarkan alam sekitar.\n\nUdara kering dan hangat akan menyebabkan mulut dan tekak hilang kelembapan sekaligus menyebabkan tekak berasa gatal. Ini semakin memburukkan keadaan apabila cuaca terlalu panas dan kita tidak mengambil air secara mencukupi.\n\nBila dah sakit, kita seharusnya mencari penyelesaian untuk mengubati sakit tersebut. Dalam artikel ini , kami ingin berkongsi petua atau tips yang mudah dan selamat untuk menyembuhkan sakit tekak.\n\nBahan-bahan yang digunakan untuk merawat sakit tekak ini boleh didapati di dapur tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.\n\n9\u00a0 Petua Semulajadi Hilangkan Sakit Tekak!\n\nLemon merupakan antara citrus yang sangat disarankan pengambilannya.\n\nSelain membantu dalam proses menurunkan berat badan, lemon terkenal sebagai sumber utama antivirus, antibakteria dan antiradang juga dapat membantu dalam proses rawatan sakit tekak.\n\nLemon yang kaya dengan vitamin C membantu menguatkan sistem antibodi badan untuk melawan penyakit.\n\nMinum air suam yang sudah dicampurkan dengan perahan sebiji lemon dan satu sudu madu asli. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk hasil yang cepat.\n\nMadu merupakan bahan semulajadi yang mempunyai sifat antibakteria , antivirus dan antikulat.\n\nMadu berupaya untuk membantu\u00a0 proses penyembuhan sakit tekak akibat keradangan.\u00a0 Cara terbaik untuk minum madu adalah pada awal pagi.\n\nMadu boleh diambil sama ada secara terus atau dicampur dengan air suam mahupun teh panas. Pastikan madu yang diambil adalah madu asli.\n\nKumur dengan air garam dapat meningkatkan tahap kesihatan oral termasuklah kesihatan tekak.\u00a0 Garam dapat mengurangkan bengkak dan kepedihan yang dialami.\n\nCampurkan \u00a0satu sudu air garam dengan air suam dan kumur. Amalkan sekurang-kurangkan tiga kali sehari untuk kesan yang terbaik.\n\nKunyit boleh digunakan dalam rawatan tonsil bengkak. \u00a0Seperti yang kita ketahui kunyit memang diguna secara meluas dalam aspek kesihatan disebabkan oleh kandungan antibakteria dan antivirusnya.\n\nCampur susu panas dengan serbuk kunyit semulajadi untuk meredakan rengsa sakit tekak. Amalkan susu kunyit ini sekurang-kurangnya dua kali sehari.\n\nSiapa pernah telan ubat gigi? Mesti akan rasa berangin je tekak kan, bahan yang menyebabkan tekak kita berangin apabila menelan ubat gigi dikenali sebagai menthol.\n\nPudina merupakan tumbuhan yang kaya dengan kandungan menthol dan antibakteria. Menthol akan memberi kelegaan atau \u2018freshness\u2019 pada tekak.\n\nCampurkan dengan madu asli sebelum diminum. Amalkan sekerap yang mungkin untuk menghapuskan jangkitan kuman.\n\nCengkih merupakan rempah yang digunakan dalam masakan seharian dan ia juga berupaya untuk merawat sakit tekak.\n\nCaranya mudah sahaja; campurkan 1 sudu teh serbuk cengkih dengan air suam . Kacau sehingga sebati dan kunur selama 3 saat \u00a0kemudian buangkan .\n\nUlang langkah ini sehingga air campuran habis.\n\nSekiranya anda mengalami sakit tekak, cuba ubati sakit tekak dengan air teh panas. Seperti yang kita maklum , teh mempunyai antioksida yang dapat melawan keradangan .\n\nTekak juga akan berasa selesa selepas kita minum air yang agak panas. Antara teh yang\n\ndicadangkan adalah teh hijau atau teh halia.\n\nBiasakan mengambil air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.\u00a0 Minum air putih dapat mengurangkan gatal-gatal dan rengsa pada tekak.\n\nMinum air putih seawal bangun tidur untuk mengurangkan rasa kering pada mulut dan tekak.\n\nAiskrim vanila yang sejuk akan membuatkan tekak berasa kebas dan nyaman. Pilih aiskrim vanilla di dalam bekas berbanding aiskrim vanilla \u2018stick\u2019.\n\nTetapi elakkan untuk minum air batu ketika sakit tekak kerana air batu boleh memburukkan lagi sakit tekak yang dialami.\n\nSekiranya anda sudah mengamalkan semua petua diatas tetapi sakit tekak masih juga tidak baik, terus berjumpa dengan doktor ye. Jangan biarkan sahaja tanpa penyelesaian.\n\nDiharapkan artikel ini bermanfaat untuk setiap yang membaca.\n\nJemput juga baca artikel lain seperti petua sakit perut, cara hilangkan gastrik dan\u00a0petua hilangkan migrain."
"Vitamin adalah zat organik yang boleh didapati di dalam makanan. Vitamin sangat penting dalam membantu perkembangan fizik dan mental manusia, tetapi keperluan vitamin dalam tubuh badan hanyalah sedikit. Namun begitu, makanan bervitamin memberi impak yang besar dalam badan.\n\nSesetengah makanan bervitamin pula membantu tubuh badan anda untuk menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh itu, vitamin sangatlah penting untuk diambil dalam makanan ataupun dalam bentuk suplemen. \n\nAnggur adalah makanan bervitamin yang boleh anda makan begitu sahaja atau minum jusnya. Anggur dapat menghilangkan lemak pada ginjal dan juga bahagian tubuh badan yang lain. Kandungan tanin di dalamnya mampu untuk menyerang virus. Selain itu, kandungan flavonoidnya pula sebagai antioksidan dan mencegah atheroclerosis.\n\nDi samping itu, makanan bervitamin ini mengandungi zat besi yang dapat mencegah konsitipasi, membersihkan hati, membantu fungsi ginjal, membantu pembentukan darah, menonaktifkan virus dan juga dapat menurunkan kolestrol yang tinggi dalam tubuh badan. \n\nTerdapat pelbagai warna epal termasuk kekuningan, hijau dan merah menyala. Epal ini mempunyai rasa yang masam manis \u00a0ataupun manis gula. Selalunya ia akan dimasak sebagai hidangan pencuci mulut tetapi kebanyakan masanya ia dimakan begitu sahaja.\n\nMakanan bervitamin ini dapat membantu melindungi anda daripada penyakit mudah lupa. Ia juga mampu melawan kesan penuaan pada otak. Kandungan flavanol yang tinggi dalam epal boleh membantu menurunkan risiko kanser pankreas. Selain itu juga, kulit epal ini dapat menghalang aktiviti kanser pada hati,kolon dan dada.\n\nAprikot terkenal sebagai makanan bervitamin yang mengadungi lemak yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain lemak yang baik, Aprikot juga mengandungi vitamin, karbohidrat dan juga protein. Kandungan lemak yang ada padanya bermanfaat untuk meningkatkan kadar kolestrol yang baik dan menurunkan kadar kolestrol yang tidak baik.\n\nMakanan kesihatan ini juga dipercayai dapat mencegah kanser, kencing manis dan darah tinggi. Ia juga sangat berkesan untuk dijadikan masker bagi sesiapa yang mengalami kulit yang kering.\n\nMemiliki rasa yang asam dan menyegarkan, belimbing dapat membantu membersihkan racun di dalam usus besar dan memaksimalkan produksi kolagen dalam kulit. Belimbing adalah makanan bervitamin yang mengandungi zat natrium dan kalium yang cukup tinggi. \n\nKedua zat tersebut bermanfaat sebagai pengganti elektrolit dalam tubuh. Ia juga membantu mengawal tekanan darah dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh. Sesiapa yang menghidap penyakit diabetes sesuai mengamalkan makanan bervitamin ini.\n\nJambu batu mengandungi mineral tembaga yang merupakan bahagian penting untuk mengatur metabolisme tiroid dengan membantu mengawal produksi hormon dan penyerapan. Kelejar tiroid adalah salah satu kelenjar terpenting dalam tubuh badan untuk mengatur hormon dan fungsi sistem organ.\n\nDengan mengamalkan makanan bervitamin ini, ia membantu anda dalam meredakan batuk dengan mengurangi lendir, saluran pernafasan dan paru-paru. Disamping itu, jambu batu ini mengandungi asam folat. Zat inilah yang membantu meningkatkan kesuburan pada manusia, tidak kisah sama ada lelaki ataupun wanita.\n\nMakanan bervitamin yang memiliki kemampuan untuk menyembuhkan penyakit adalah buah sirsak. Buah ini mengandungi nutri yang mampu menurunkan gangguan mata. Nutrisi tersebut antara lain ialah vitamin C,E, dan zink. Semua gizi ini boleh anda nikmati ketika meminumnya sebagai jus.\n\nSirsak juga sering digunakan untuk menyembuh pelbagai jenis penyakit yang berpunca dari bakteria atau parasit seperti gigitan nyamuk. Tak hanya itu, sirsak ini dipakai sebagai ubat batuk dan demam. Selain itu, kandungan vitamin yang ada dalam sirsak mampu merangsang pembentukan sel darah putih.\n\nOleh kerana kandungan airnya sangat tinggi, makanan vitamin ini dapat merawat saluran kencing. Kandungan potasium yang tinggi dalam buah ini juga sangat berguna kepada pesakit yang menghidap darah tinggi. \n\nLemon berfungsi membantu proses pencernaan dalam tubuh badan. Beberapa zat yang ada dalam lemon ini dapat merangsang hati anda untuk menghasilkan lebih banyak empedu yang diperlukan untuk menghasilkan pencernaan yang lebih serat.\n\nSelain dari membantu proses pencernaan, lemon juga dapat mengeluarkan toksin dalam badan. Hanya memerlukan segelas air lemon hangat sahaja setiap hari dapat membantu mengurangi masalah gangguan pencernaan seperti mulas, bersendawa dan kembung.\n\nMakanan bervitamin yang memiliki sejumlah besar pektin dapat menurunkan kolestrol dalam darah. Pektin juga dapat membantu mencegah perkembangan kanser. The European Prospective Investigation of Cancer telah menyelidik bahawa orang yang kuat makan mangga dapat menurunkan risiko untuk mendapat kanser.\n\nMangga kaya dengan zat besi yang sangat bermanfaat untuk orang yang menghidap penyakit anemia. Ia dapat meningkatkan sel jumlah darah merah dalam tubuh malah dapat menghasilkan protein untuk memperlambatkan proses penuaan. \n\nPerkara yang ramai perempuan tidak tahu adalah pisang dapat mengurangi rasa sakit ketika haid. Dengan itu, perbanyakkan lah memakan pisang ketika mengalami kesakitan ketika haid. Selain itu, pisang ini dapat digunakan sebagai alternatif untuk mengubati sembelit.Oleh itu, pisah ini dapat melembutkan najis yang menyumbang kepada masalah sembelit.\n\nSatu kajian pernah dijalankan oleh Imperial College Of Londonyang mendapati bahawa kanak-kanak yang makan pisang setiap hari mempunyai 34% peluang untuk mengurangkan risiko asma. \n\nBeberapa kajian juga menunjukkan bahawa pisang yang belum masak adalah sumber kanji yang baik yang membantu meningkatkan kepekaan insulin.\n\nTomato adalah superfood yang padat dengan nutrient yang menawarkan pelbagai kebaikan dalam sistem badan. Kandungan nutrisinya sangat baik untuk mendapatkan kulit yang sihat, penurunan berat badan dan kesihatan jantung.\n\nTomato juga dianggap sangat bagus untuk kulit kerana kaya dengan lycopene dan sebatian lain boleh melindungi kulit daripada serapan sinaran matahari. Kajian menunjukkan bahawa 40% kesan sunburn berkurang kerana memakan tomato.\n\nJus timun mengandungi sejenis hormon yang diperlukan oleh pankreas untuk menghasilkan insulin dan makanan bervitamin ini adalah baik untuk penyakit diabetes. Ada penyelidik yang telah menemui sejenis bahan sebatian pada timun yang disebut sebagai \u2018sterol\u2019 yang dapat menurunkan paras kolestrol.\n\nTimun juga kaya dengan serat, potasium dan magnesium. Bahan ini sangat efektik untuk menstabilkan tekanan darah. Oleh itu, timun sangat baik untuk merawat sesiapa yang mempunyai tekanan darahnya tinggi mahupun rendah.\n\nJika anda mengalami sembelit, cubalah memakan buah betik. Betik juga adalah makanan bervitamin bagi yang ideal seperti penyakit buasir berdarah. Doktor juga menyarankan untuk makan beberapa buah betik sebelum makan dapat membantu penghadapam serta membekalkan berbagai-bagai vitamin.\n\nSelain itu, buah betik yang masak berkesan untuk merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Daun betik yang dilayur diatas api juga dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit.\n\nTahukah anda, bawang mengandungi serat yang dapat menghilangkan racun dan kotoran keras yang melekat pada usus sehingga dapat melancarkan pencernaan? Makanan bervitamin ini dapat mengubati tenggorokan yang sakit akibat diserang batuk.\n\nIa juga dapat mencegah perkembangan sel kanser yang bahaya sekalipun, dada, paru-paru dan perut. K andungan sulfur asam amino dalam bawang dapat mengurangi kolestrol yang ada. Jadikanlah rutin seharian untuk memakan bahan mentah seperti bawang!\n\nLain dari bawang merah, bawang putih dapat mencegah badan dari masuk angin dan batuk. Ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai asma, hanya campur sahaja dengan madu. \n\nUntuk penderita influenza, anda tak perlu risau kerana ubatnya adalah hanya dengan memakan bawang putih sahaja. Cukup dengan rebus segenggam bawang putih bersama cuka dan gula, kemudian minum satu sendok pada setiap pagi. Disamping itu, bawang putih juga meredakan wasir yang meradang.\n\nSelain baik untuk mata, makanan bervitamin tinggi ini dapat mengurangkan risiko barah paru-paru, payudara dan usus besar. Pakar menemukan zat falcalrinol dan falcarindiol yang merupakan zat anti-barah di dalam lobak merah. \n\nPengambilan lobak juga dapat mencegah angin akhmar atau strok. Terbukti juga, ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, mencegah konstipasi dan membantu mengeluarkan senyawa yang bersifat karinogen melalui tinja.\n\nAnda boleh mengambil semua makanan bervitamin yang telah kami senaraikan tadi. Selamat beramal dengan makanan bervitamin tinggi terbaik untuk kesihatan anda! Jom baca khasiat minyak argan, punca toksin dalam badan dan Resepi pau goreng kacang."
"Bagi ibu yang sedang hamil, terdapat pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan kesihatan si ibu termasuklah mengikuti petua tradisional. Golongan suami juga perlu mengambil tahu akan hal ini supaya sama-sama dapat memudahkan urusan isteri mereka yang sedang hamil ini. \n\nPenggunaan minyak kelapa sering juga dikaitkan dengan manfaat kesihatan ibu hamil. Menariknya, semakin banyak kajian dilakukan bagi membuktikan manfaat minyak kelapa untuk ibu hamil. Ikuti artikel ini untuk lebih mengetahui berkenaan manfaat minyak kelapa untuk ibu hamil.\n\nBagi ibu yang sedang hamil, kawalan gula dalam darah perlulah sentiasa dalam keadaan terkawal dan dipantau. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan si ibu mendapat penyakit diabetes atau kencing manis semasa kehamilan. Kandungan juga berisiko tinggi untuk dilahirkan dan diteruskan kehamilan jika si ibu mempunyai kandungan gula yang tinggi.\n\nDiet pemakanan minyak kelapa boleh dijadikan salah satu alternatif bagi menurunkan kandungan gula dalam darah ibu yang hamil. Kajian lepas melaporkan potensi dan manfaat kesihatan minyak kelapa dalam mengurangkan kandungan gula dalam darah ibu yang hamil. Kajian tersebut membandingkan pengambilan minyak kelapa dengan minyak bunga matahari yang menyimpulkan bahawa minyak kelapa adalah lebih bagus untuk tujuan kawalan gula dalam darah ini.\n\nPenggunaan minyak kelapa berbanding sumber lemak lain menunjukkan manfaat kesihatan yang baik, terutamanya bagi golongan ibu hamil. Kajian sekumpulan saintis dari Universiti Malaya pada tahun 2017 melaporkan perubahan profil lemak yang positif bagi subjek kajian tikus makmal yang sedang hamil.\n\nModel haiwan ini boleh digunakan untuk memadankan manfaat minyak kelapa ke atas golongan ibu hamil apabila metabolisma lemak dalam subjek tikus yang hamil ini didapati semakin aktif. Hal ini berpunca daripada kehadiran asid lemak rantaian medium yang terdapat dalam minyak kelapa. Tambahan pula, hal ini sebenarnya membantu ibu yang hamil ini untuk menurunkan berat badan setelah melahirkan anak apabila asid lemak tersebut membantu metabolism tubuh yang lebih tinggi semasa proses menyusukan anak.\n\nPenggunaan Minyak Kelapa sebagai Ubatan Herba\n\nKajian Universiti Malaya tersebut turut mengulas mengenai penggunaan minyak kelapa dara yang meluas dalam kalangan ibu hamil di rantau Asia Tenggara. Hal ini disebabkan penanaman pokok kelapa yang meluas yang menjadikan produk berasaskan kelapa seperti minyak kelapa adalah banyak dan mudah diperolehi.\n\nPenggunaannya sebagai ubatan herba dapat dilihat dalam kalangan 61 \u2013 63.9% ibu yang hamil di rantau ini. Kajian berkenaan melaporkan bahawa penggunaan minyak kelapa ini telah membantu ibu hamil mudah bersalin dan mencegah kecacatan pada kandungan atau masalah sewaktu kelahiran.\n\nMinyak kelapa juga dipercayai diamalkan secara meluas oleh ibu hamil kerana sifatnya yang analgesik atau tahan sakit. Amalan diet minyak kelapa yang berterusan sepanjang tempoh hamil dijadikan sebagai petua buat ibu hamil yang dikatakan boleh memberikan kesan tahan sakit apabila tiba waktu bersalin. Namun, kesahihan dakwaan ini belum dapat dibuktikan lagi secara perubatan. \u00a0\n\nSekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Universiti Andalas di Sumatera Barat pada tahun 2021 telah menerbitkan kajian manfaat penggunaan minyak kelapa dara ke atas rawatan anti kulat di kawasan kemaluan ibu yang hamil.\n\nSalah satu keadaan kesihatan yang mengganggu ibu hamil ialah jangkitan koloni Candida albicans pada kawasan peranakan ibu yang sedang hamil. Masalah ini banyak ditemui ketika trimester ketiga berbanding wanita yang tidak hamil. Oleh itu, kajian tersebut melihat kesan pengambilan minyak kelapa dara melalui diet makanan dan sapuan pada kawasan yang dijangkiti, dalam kalangan 36 pesakit ibu hamil yang dirawat di hospital Padang.\n\nTerdapat perubahan ketara yang signifikan dalam kumpulan subjek yang menggunakan minyak kelapa dalam diet dan sapuan fizikal. \u00a0\n\nAntara manfaat kesihatan minyak kelapa untuk ibu hamil ialah menurunkan kandungan gula dalam darah, mengurangkan kandungan lemak, penggunaan minyak kelapa sebagai ubatan herba, minyak kelapa sebagai analgesik, dan sifat anti kulat minyak kelapa.\n\nWalau bagaimanapun, masih terdapat banyak lagi kajian menyeluruh yang perlu dijalankan bagi benar-benar menyakini bahawa minyak kelapa adalah sangat bagus bagi ibu yang hamil. Terdapat kajian lepas yang menggunakan model tikus hamil yang melaporkan penyusutan berat tikus hamil yang diberi diet minyak kelapa. Hal ini boleh mencerminkan kesan ke atas ibu yang hamil yang terjejas dari segi kesihatan sekiranya berat badan mereka menurun secara tidak normal.\n\nRingkasnya, penggunaan minyak kelapa ini perlu dilakukan secara sederhana dan dilakukan berdasarkan saranan dan rundingan dengan doktor perubatan yang bertauliah. Sesungguhnya, kesihatan ibu yang hamil sangat perlu dijaga supaya kedua-dua ibu dan anak dalam kandungan dapat menjalani perjalanan kehamilan dengan sempurna."
"Sujud adalah nikmat yang besar bagi setiap hambanya yang bersolat. Mereka yang sujud dengan penuh ikhlas, khusyuk, dan rasa kehambaan akan merasai keagungan Allah Yang Maha Tinggi. Mustajabnya doa ketika sujud menyebabkan kita sangat digalakkan untuk kerap bersujud dan banyakkan berdoa. \n\nSujud manusia paling hampir dengan Tuhan\n\nSujud adalah menandakan diri kita merendahkan ego seorang hamba yang terbenamnya sifat sombong. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:\n\nMaksudnya: \u201cSesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri.\u201d \u2013 (Surah As-Sajdah, ayat 51)\n\nJika diikutkan dari solat fardhu setiap hari, sekurang-kurangnya 34 kali kita sujud kepada Allah. Ini belum termasuk lagi jika kita melakukan solat-solat sunat yang lain. Lagi bertambah bilangan sujud kita setiap hari. \n\nBerikut adalah himpunan doa ketika sujud yang boleh anda baca dan jadikan panduan. Disediakan teks dalam Bahasa Arab dan teks rumi sekali dengan maksud pengertian bagi setiap satunya. \n\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u0645 \u0644\u0643 \u0633\u062c\u062f\u062a \u0648 \u0628\u0643 \u0622\u0645\u0646\u062a \u0648 \u0644\u0643 \u0623\u0633\u0644\u0645\u0652\u062a \u0633\u062c\u062f \u0648\u062c\u0647\u064a \u0644\u0644\u0630\u064a \u062e\u0644\u0642\u0647 \u0648 \u0635\u0648\u0651\u0631\u0647 \u0648 \u0634\u0651\u0642 \u0633\u0645\u0639\u0647 \u0648 \u0628\u0635\u0631\u0647 \u062a\u0628\u0627\u0631\u0643 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u062d\u0633\u0646 \u0627\u0644\u062e\u0627\u0644\u0642\u064a\u0646\n\nMaksudnya:\u00a0Ya Allah, hanya kepada Engkau aku bersujud, hanya kepada Engkau aku beriman dan hanya kepada Engkau aku menyerah diri. Telah sujud wajahku kepada Yang Menciptanya, Yang Membentuknya dan Yang memberikannya pendengaran dan penglihatan. Maha Suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta.\n\n\u0623\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0633\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \ufdfa \u0643\u0627\u0646\u064e \u064a\u0642\u0648\u0644\u064f \u0641\u064a \u0633\u064f\u062c\u064f\u0648\u062f\u0650\u0647\u0650\u00a0\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064a \u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u064a \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u062f\u0650\u0642\u064e\u0651\u0647\u064f\u060c \u0648\u062c\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u060c \u0648\u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0647\u064f \u0648\u0639\u064e\u0644\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f \u0648\u0633\u0650\u0631\u064e\u0651\u0647\u064f\n\nMaksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW berdoa ketika sujudnya,\u00a0\u201cWahai Tuhan-ku, ampunkanlah dosaku kesemuanya sama ada yang kecil atau besar, yang di awal dan juga di akhir, serta yang jelas dan yang tersembunyi.\u201d\n\nAllahumma innii as aluka husnal khootimah\n\nMaksudnya :\u00a0Ya Allah! Aku memohon kepada Mu husnul khotimah\n\n\u0671\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u0652\u0646\u0650\u064a\u0652 \u062a\u064e\u0648\u0652\u0628\u064e\u062a\u064b\u0627 \u0646\u064e\u0635\u064f\u0648\u0652\u062d\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0671\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\n\nAllahummar zuqnii taubatan nasuuha qoblal maut\n\nMaksudnya:\u00a0Ya Allah! Berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum mati\n\n\u0671\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0627 \u0645\u064f\u0642\u064e\u0644\u0650\u0651\u0628\u064e \u0671\u0644\u0652\u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0628\u0650 \u062b\u064e\u0628\u0650\u0651\u062a\u0652 \u0642\u064e\u0644\u0652\u0628\u0650\u064a\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u0650\u0643\u064e\n\nAllahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbii \u2018alaa diinika\n\nMaksudnya: Ya Allah! Wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama Mu\n\nMaksudnya:\u00a0Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepada Nya\n\nSubbuuhun qudduusun robbul malaa ikati war ruuh\n\nMaksudnya:\u00a0Maha Suci, Maha Kudus, Rabbnya Para Malaikat dan Roh\n\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u0650\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a\n\nSubhaa nakallahumma robbanaa wa bihamdika, allahummaghfir lii\n\nMaksudnya:\u00a0Maha Suci Engkau Ya Allah, Wahai Rabb kami, dan dengan memujiMu, Ya Allah, berilah keampunan bagiku\n\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u064a \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u062f\u0650\u0642\u064e\u0651\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u062c\u064f\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u0650\u0631\u064e\u0651\u0647\n\nAllahummagh firlii dzan bii kullahuu, diqqahuu, wa jullahuu, wa awwa lahuu, wa a-khirohuu, wa \u2018alaa niya tahuu wa sirrohuu\n\nMaksudnya:\u00a0Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, yang sekecil-kecilnya dan yang sebesar-besarnya, yang pertama dan yang terakhir, yang terang dan yang tersembunyi\n\nMencontohi sunnah Nabi SAW dalam bersujud, Wa\u2019il Ibn Hujur dalam hadis riwayat Abu Daud mengatakan,\n\n\u201cAku telah melihat Nabi SAW ketika ingin sujud, Baginda SAW meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya dan ketika ingin bangun dari sujud mengangkat kedua tangannya sebelum kedua lututnya.\u201d\n\nTertibnya sujud cara Nabi, baginda mendahulukan dengan menurunkan lutut dahulu kemudian diikuti dengan tapak tangan dan akhir sekali barulah muka iaitu hidung dan dahi wajib bersentuhan dengan tanah.\n\nApabila ingin bangun dari sujud, maka pergerakannya diterbalikkan iaitu bangun kepala dahulu, kemudian tangan, dan akhir sekali barulah kedua-dua belah lutut. \n\nSemoga perkongsian mengenai doa ketika sujud ini memberikan anda pengetahuan dan informasi yang menarik dan bermanfaat untuk dijadikan panduan setiap masa. \n\nSelain dari doa ketika sujud ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:"
"Jom cuba resepi\u00a0 nasi kerabu. Kali ini kami akan berkongsikan resepi nasi kerabu sedap didatangkan daripada Nur Aida Md Zainuddin\u200e di laman Facebook.\n\nBahkan nasi kerabu Puan Aida ini pernah masuk TV1 dan Wanita Hari Ini TV3 semasa ia buka restoran dulu. Sememangnya rasanya amatlah sedap.\n\nTips untuk buat nasi kerabu sedap menurut pn. Aida ialah dengan meletak banyak bawang dan ikan pada kelapa. Sambal lada pula dibubuh bawang putih jeruk. Ulam jangan dihipsterkan macam kobis purple atau carrot ya.\n\nBahan ulam antaranya ialah kesum, kacang panjang, timun dan tauge. Kalau di Kelantan pula, wajib guna daun samak @ serai kayu. Kalau tidak ada, boleh bubuh pucuk kayu lain. Pn. Aida pula menambahkan pegaga, samak dan tenggek burung.\n\nTanpa tunggu lama, jom kita lihat resepi nasi kerabu kelate lengkap dengan semua bahannya.Selamat mencuba.\n\nLengkaplah nasi budu yang cukup rasa manis, masin dan masam semua. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi nasi kerabu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza tetapi urutan perkembangan mereka adalah sama contohnya kanak-kanak mesti merangkak dahulu sebelum berjalan. Ada sesetengah berkembang dengan cepat dan ada pula yang sedikit terlewat.\n\nUsia 1 -12 bulan merupakan usia untuk mereka meneyesuaikan diri dengan dunia yang baru. Mereka belajar untuk mengenali orang, objek, bunyi dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka.\n\nPerkembangan kemahiran mendengar, bertutur, bersosial dan bermain bagi kanak-kanak untuk 1 \u2013 12 bulan secara ringkasnya adalah seperti di bawah.\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Berhenti menangis bila di angkat dan bercakap dengannya\n\nNota : Kanak-kanak dengan masalah pendengaran yang teruk tidak akan terkejut dengan bunyi yang kuat dan tiba-tiba.\n\n\u00b7\u00a0 Senyap dan senyum apabila terdengar suara ibu bercakap dengannya\n\n\u00b7\u00a0 Senyap apabila terdengar bunyi seperti rattle, loceng dan sebagainya\n\n\u00b7\u00a0 Berpaling pada sumber bunyi dan mungkin berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari sumber bunyi.\n\n\u00b7\u00a0 Teruja dengan bunyi yang mendekatinya seperti bunyi tapak kaki, bunyj air mengalir dan sebagainya.\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Mula memberi respon seperti senyum, coos, dan teruja pada bunyi yang biasa seperti untuk makan, mandi dsbgnya.\n\n\u00b7\u00a0\u00a0 Ketawa dan menjerit dengan gembira ketika bermain\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Kebanyakannya menggunakan 2 tangan untuk mengambil mainan\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Mencapai mainan yang diberi seperti rattle dan menggoncangnya\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Masih mesra dengan orang yang tidak dikenali\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Mula takut dengan orang yang tidak dikenali ketika berusia 7 bulan\n\n\u00b7 Faham ucapan \u2018jangan / no\u2019 dan \u2018bye-bye\u2019.\n\n\u00b7 Meniru bunyi vocal orang dewasa\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Cuba memegang sudu ketika makan\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Dapat membezakan ahli keluargs dan orang yang tidak dikenali\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Memasukkan objek ke dalam mulut\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Bermain \u2018peek a boo\u2019 dan meniru aksi tepuk tangan\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Mencari mainan yang disorok di bawah kerusi atau kain ketika kanak-kanak melihat\n\n\u00b7 Memahami beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga, susu, kereta, bola, baju dsbg)\n\n\u00b7 Memahami arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?, cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)\n\n\u00b7 Vokalisasi mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan\n\n\u00b7 Meniru bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang disebut yang dilakukan oleh orang dewasa\n\n\u00b7 Memahami kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)\n\n\u00b7 Mula menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Meniru orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam kotak dan mengeluarkannya)\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Menyukai permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Mencari objek yang hilang dari pandangan\n\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0 Ingin sentiasa bersama-sama orang yang dikenali\n\nIni adalah sekadar garis panduan untuk untuk mamantau perkembangan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mungkin tingkah laku mereka juga adalah berbeza. Jika anda melihat sesuatu tingkah laku yang sangat berlainan, rujuklah pada pakar untuk mengenalpasti masalah yang mungkin."
"Cicak yang banyak di rumah akan menyebabkan najisnya bersepah di atas lantai, di atas meja, malah ada yang akan melekat pada dinding.\n\nCicak yang nakal juga akan masuk ke bawah tudung saji untuk menjilat makanan. Kalau ada banyak cicak di rumah anda, jangan risau. Jom kami kongsikan petua halau cicak yang dijamin berkesan.\n\nCicak sangat anti dengan bau serai wangi. Kalau anda ada pokok serai wangi di belakang rumah, boleh ambil batangnya bersama sedikit daun dan letakkan di kawasan cicak selalu kelihatan. Kalau takde pokok serai wangi, tak mengapa. Anda boleh beli semburan serai wangi yang banyak dijual di kedai. Cuma spray saja di kawasan cicak selalu berkumpul. Insya Allah cicak akan lari keluar dari rumah anda.\n\nSelain bau serai wangi, cicak juga sangat bencikan bau telur. Selepas ini, kalau anda memasak menggunakan telur, simpan kulitnya. Masukkan kulit telur ke dalam bekas dan letak di kawasan cicak selalu kelihatan. Sesekali, periksa kulit telur tersebut bagi memastikan tiada semut membuat sarang di dalamnya.\n\nMungkin anda tak tahu, cicak juga sangat bencikan bau bawang merah. Anda potong bawang merah dan letakkan di kawasan yang disukai cicak. Anda juga boleh kisar bawang merah dan sembur di kawasan yang berkenaan.\n\nBawang putih juga mempunyai bau yang tidak disukai oleh cicak. Cara untuk menggunakannya sama seperti bawang merah tadi. Insya Allah cicak akan keluar dari rumah anda akibat tak tahan dengan bau bawang putih.\n\nCara yang ini agak kejam sedikit. Jika 4 kaedah di atas bertujuan untuk menghalau cicak supaya keluar dari rumah, kaedah yang ini pula bertujuan untuk membunuh cicak supaya mati. Anda perlukan serbuk kopi, tembakau, gam, dan pencungkil gigi. Caranya:\n\n6. Serbuk lada hitam, serbuk cili, dan air\n\nTahukah anda, cicak tak suka benda yang pedas. Oleh itu, kalau anda nak halau cicak dari rumah, anda boleh gunakan bahan yang pedas iaitu serbuk lada hitam, serbuk cili, dan air. Caranya:\n\nAnda kenal gam tikus? Gam tikus juga boleh digunakan untuk menghalau cicak keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan ialah gam tikus dan kertas keras seperti kotak. Caranya:\n\nPly paper adalah perangkap yang boleh dibeli di kedai. Caranya lebih kurang sama seperti kaedah menggunakan gam tikus tadi. Anda letakkan ply paper di tempat cicak selalu kelihatan, atau letakkan di laluannya. Cicak akan melekat di atas kertas tersebut.\n\nIni adalah cara untuk membuat perangkap cicak homemade. Apa yang anda perlukan ialah minyak masak dan mentega. Cuma dua bahan. Caranya:\n\nSos tabasco adalah sos pedas. Maka, secara automatik ia tidak disukai oleh cicak. Apa yang anda perlukan ialah sos tabasco dan air. Caranya:\n\nCili kering mempunyai bau pedas yang kuat. Anda boleh gunakan cili kering untuk menghalau cicak dari rumah. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:\n\nAnda kenal perangkap tikus? Tahukah anda bahawa perangkap cicak juga ada dijual di kedai. Anda boleh beli perangkap cicak dan letakkan di kawasan yang strategik. Cicak yang terperangkap di dalamnya tidak akan berjaya keluar.\n\nItulah dia 12 petua halau cicak yang boleh anda cuba. Kami doakan agar selepas ini hidup anda tidak lagi dibelenggu oleh masalah cicak. Jemput juga baca petua hilangkan sakit mata dan petua hilangkan sakit mata."
"Sakit jantung adalah di antara pembunuh senyap utama di Malaysia selepas kanser. Mungkin anda sangkakan bahawa sakit jantung adalah masalah kesihatan yang selalu berlaku kepada kaum lelaki sahaja memandangkan ramai di antara mereka yang merokok. \n\nNamun ketahuilah bahawa yang sebenarnya kaum wanita juga mempunyai risiko untuk mendapat sakit jantung. Jom kami kongsikan tanda sakit jantung pada wanita yang anda perlu sentiasa perhatikan.\n\nTanda sakit jantung pada wanita yang paling ketara ialah anda akan berasa sakit dada. Anda akan berasa seolah-olah dada anda ditikam atau dihiris-hiris dari dalam. Anda juga mungkin berasa seolah-olah dada anda diramas-ramas dari dalam. Kesakitan ini akan bermula pada bahagian belah kiri dada anda di mana terletaknya jantung dan akan merebak ke bahagian lain seperti perut, leher, rahang dan kedua-dua belah lengan. \n\nWanita yang mengalami masalah sakit jantung biasanya mengalami masalah degupan jantung yang tidak teratur. Ada masanya jantung anda akan berdegup dengan laju walau pun anda tidak berasa takut atau cemas, dan anda juga bukannya sedang bersenam. Ada masanya pula anda berasa seolah-olah jantung anda akan berhenti berdegup.\n\nDegupan jantung yang tidak teratur biasanya tidak akan menjejaskan kesihatan namun jika ia berlaku untuk tempoh yang lama, boleh menyebabkan anda berasa pening atau pitam. Oleh itu jika anda perasan bahawa degupan jantung anda ada kelainan, segera berjumpa dengan doktor.\n\nTanda sakit jantung pada wanita yang pertama ialah pernafasan anda menjad pendek dan anda tidak berasa puas apabila bernafas. Anda juga akan berasa semput. Kebiasaannya tanda ini akan muncul lebih kurang 6 bulan sebelum anda mendapat sakit jantung. Oleh itu, jika anda perasan bahawa pernafasan anda menjadi pendek dan anda mengalami sesak nafas yang berpanjangan, jangan dipandang remeh.\n\nBerpeluh dengan banyak, terutamanya pada waktu malam\n\nRata-rata pesakit jantung wanita mengadu bahawa mereka akan berpeluh dengan banyak terutamanya pada waktu malam walau pun keadaan persekitaran adalah sejuk. Malah ada yang berpeluh walau pun sedang duduk dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin. Ianya bukanlah sesuatu yang normal kerana tubuh badan manusia mempunyai termostat yang akan menyesuaikan suhu badan dengan cuaca persekitaran.\n\nTidak dinafikan bahawa setiap manusia akan menggugurkan rambut setiap hari. Namun keguguran rambut yang serius sehingga menyebabkan kepala anda mulai botak bukanlah sesuatu yang normal. Perkara ini berlaku kerana menjelang serangan sakit jantung, hormon kortisol dalam badana anda akan meningkat secara mendadak dan menyebabkan rambut anda gugur dengan banyak.\n\nKeguguran rambut yang teruk adalah salah satu tanda sakit jantung pada wanita yang ramai orang terlepas pandang. Ini kerana masyarakat kita menganggap bahawa keguguran rambut bagi wanita adalah normal lebih-lebih lagi bagi wanita yang baru melahirkan dan sedang menyusukan anak.\n\nJika anda bakal diserang sakit jantung, salah satu simptom paling awal yang anda akan dapat ialah keletihan yang melampau walau pun anda tidak melakukan apa-apa aktiviti ekstrem yang boleh menyebabkan anda kehabisan tenaga. Ia adalah keletihan yang tidak diketahui apakah puncanya. \n\nTubuh badan anda akan berasa lesu, lemah, dan tidak bermaya. Aktiviti harian anda mungkin akan terganggu kerana anda tidak mempunyai tenaga untuk berfungsi seperti hari yang normal. Kalau anda jenis jarang tidur pada waktu petang, anda akan mula tidur petang. Kalau anda jenis yang selalu bangun awal, anda akan mula terbangun lambat.\n\nInsomnia atau kesukaran untuk tidur adalah masalah yang mungkin berlaku kepada anda disebabkan oleh pelbagai punca dan sebab seperti stress, tekanan perasaan, kesedihan, ketidak selesaan, atau mungkin juga kerana anda mengambil terlalu banyak kafein sebelum tidur. Namun untuk pengetahuan anda, insomnia juga adalah salah satu tanda sakit jantung pada wanita.\n\nOleh itu, jika anda secara tiba-tiba mengalami insomnia, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kerana dikhuatiri ia adalah salah satu tanda yang dikeluarkan oleh tubuh badan anda sebelum mendapat sakit jantung.\n\nMasalah pada bahagian perut, abdomen dan usus\n\nTanda sakit jantung pada wanita yang setrusnya ialah anda akan mula menghadapi masalah pada bahagian perut, abdomen, dan usus. Anda akan berasa sakit pada bahagian abdomen tanpa mengetahui apakah puncanya. Kesakitan yang anda alami mungkin kuat atau mungkin juga cuma sedikit ketidak selesaan. Perut anda akan berasa tidak selesa dan anda juga mungkin akan mengalami kembung.\n\nSelain itu anda juga mungkin akan berasa loya-loya dan mual. Berdasarkan kajian, wanita yang bakal diserang sakit jantung juga akan sendawa dengan banyak di mana ianya adalah tidak normal pada hari biasa.\n\nSemakin hampir anda mendapat sakit jantung, anda akan mula berasa kebas pada tangan dan lengan belah kiri. Ini berlaku kerana tangan ini berada dekat dengan jantung anda. Oleh itu kalau anda tiba-tiba mengalami kebas pada tangan kiri, usah tunggu untuk ke klinik dengan segera.\n\nItulah dia tanda sakit jantung pada wanita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanda mengandung kembar, tanda apendiks, dan tanda demam denggi"
"Haaaaa, siapa di sini yang sangat suka minum teh? Teh tarik? Teh halia? Teh hijau? Teh peng?\u00a0Teh-C-Peng istimewa atau Teh tiga lapis? Habis segala macam teh ingin dicuba.\u00a0\n\nKalau hari hujan ni, alangkah seronoknya dapat minum teh panas, sambil celup-celup biskut lagi. Hmmmm, nikmatnya terasa di tekak!\u00a0\n\nMinum-minum juga, akan tetapi anda tidak terasa ingin tahu ke apa kebaikan dan keburukan teh? Oleh itu, kami kongsikan di sini artikel saintis Dr Suri Roowi, bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai minuman kegemaran mereka ini. \n\nLebih-lebih lagi untuk mereka yang tegar, tidak dapat minum minuman lain selain teh. Syok katanya! Tidak sah perjalanan harian tanpa teh, sama ada pagi atau petang, harus terisi dengan minuman teh.\u00a0\n\nTeh hijau kaya antioksidan dan biasanya diminum pada kuantiti yang tinggi \u2013 untuk turunkan berat badan.\n\nMeminum teh hijau juga kurangkan risiko diabetis dan stroke\n\nKajian mendapati meminum teh hijau pada kuantiti yang tinggi boleh sebabkan loya, lesu dan pening. Ini disebabkan teh hijau juga mengandungi kafein.\n\nMenurut The 2015 Dutch Dietary Guidelines, kadar yang disarankan adalah 3 cawan sehari.\n\nApakah Keburukan Jika Minum Teh Setiap Hari Pada Kadar Tinggi?\n\nWalaubagaimanapun, meminum teh atau teh hijau pada kuantiti yang tinggi setiap hari boleh kurangkan penyerapan zat besi dan mungkin boleh menyebabkan anemia.\n\nMeminum teh atau kopi pada kuantiti tinggi di kalangan kanak-kanak juga kurang sesuai kerana boleh kurangkan penyerapan zat besi\n\nBagi pesakit batu karang, kajian mendapati bahan oksalat juga hadir dalam teh.\n\nPengambilan bahan tinggi oksalat pada kadar yang tinggi boleh sebabkan batu karang\n\nKandungan oksalat dalam teh adalah;a.Teh Pu-Erh (342 mg/200 mL)b.Teh biasa (156 mg/200mL)\u00a0c.Teh hijau (80 mg/200 mL)\n\nMenambah susu dalam teh akan kurangkan pembentukan batu karang kerana bahan oksalat kurang diserap ke dalam darah.\n\nBahan berkhasiat antioksidan juga kurang diserap dalam darah jika teh diambil bersama susu\n\nJusteru minum ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul\n\nRujukan:Clinical Case Reports 2016; 4(11):1053\u20131056Nutrition Reviews@, Vol. 58, No. 3\n\n*Kalau sudah minat, tidak salah pun, cumanya hendaklah berpada-pada dengan kuantiti teh yang diminum setiap hari. Share jangan tidak share!\u00a0\u00a0\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Setiap hari dalam hidup, suka atau tidak, kita akan berdepan dengan sesuatu yang kalau disebut pun kita tak suka: tekanan, masalah, dugaan.\n\nApatah lagi kalau kita sedang dalam satu perjuangan: nak siapkan Ph.D, nak dapatkan degree, nak dapatkan keselesaan hidup. Malah selalu yang terjadi, sudahla \u2018jatuh\u2019ditimpa tangga pula.\n\nSoalnya bagaimana cara kita melepaskan tekanan, mengurus emosi supaya \u2018happy\u2019 walaupun sebenarnya sangat stress?\n\nAha, semua yang di atas saya biasa buat. Sampailah saya rasa, \u2018penatnya hidup macam ni\u2019. Memang saya rasa penat bila setiap kali tension, nak kena cari sesuatu untuk menggembirakan saya semula. Kalau cari kawan, tapi kawan pula busy. Lagilah tension.\n\nAnda pernah tak mengalami kitaran hidup yang macam ni? Nak tak saya share pengalaman bagaimana saya dah tak payah cari lagi ice cream, movie atau menangis sorang-sorang taknak keluar bilik? Apakah rahsianya?\n\nYa, ia memang ada. Cara terbaik mengurus tekanan, mengurus emosi setiap kali masalah datang dalam hidup. Sekelip mata, mood ok balik. Boleh senyum balik. Boleh sambung buat kerja semula. Live goes on dan insha Allah lebih mudah mencari jalan penyelesaian kepada masalah tu (sebab emosi dah terurus).\n\nItulah yang saya teringat, bila suatu hari seorang anak didik datang menemui saya. Mukanya seperti menyimpan sesuatu yang agak berat untuk diceritakan. Mula-mula saya pun tak tahu kenapa dia datang jumpa saya.\n\n\u201cDr, tolong saya\u201d dia memulakan bicara. Katanya, hidupnya banyak dugaan. Serba tak kena. Hidupnya terumbang-ambing, terikut-ikut. Dalamannya lemah sampai macam-macam masalah timbul. Dia menceritakan apa benda yang dia sudah \u2018terjebak\u2019.\n\nAir matanya sudah tidak mampu diseka.\n\nSaya simpati mendengarnya. Saya tahu, hidup sebagai seorang anak muda bukan mudah. Emosi mudah terganggu, dan masalah besar boleh timbul bila emosi yang terganggu itu tidak diuruskan dengan cara yang betul.\n\n\u2018Aku dulu pun macam tu\u2019 saya mengeluh dalam hati. Ia satu bebanan yang terasa begitu berat, apabila lipatan hidup selama beberapa tahun menetap di US terselak satu persatu.\n\nWaktu itu, secara luarannya saya OK: CGPA bagus, ada kerja part time, dapat kumpul duit, sesekali berjalan-jalan. Tapi sebenarnya dalaman saya sangat lemah.\n\nSaya masih ingat lagi, satu ketika saya merasa begitu tertekan kerana perlu menyiapkan satu tugasan yang sukar dan ia adalah projek individu. Hari pula sudah malam dan ia perlu dihantar keesokan harinya. Kerana tekanan yang begitu kuat, saya menangis seorang diri. Bukan menangis teresak-esak.\n\nBoleh anda bayangkan, hanya kerana satu tugasan saya menangis macam orang hilang akal (sebab saya nak sangat score, tapi tugasan tu terlalu sukar pada saya, dengan masa yang sudah suntuk). Begitulah lemahnya dalaman saya waktu itu. Entah kenapa tapi saya memang tidak mampu mengawal perasaan.\n\nTapi waktu itu saya tidak kisah, sebab saya fikir hanya itu saja cara yang saya ada untuk melepaskan tekanan tersebut. Ia terlalu teruk, sampai saya sukar untuk menghilangkannya dari kotak memori.\n\nYa Allah, apabila mengingatkannya sekarang, saya maki hamun diri sendiri. \u2018Kenapa lah aku macam tu dulu?\u2019\n\nKenapa bila ada masalah, saya mesti akan ke kedai untuk membeli ais krim Ben & Jerry? Makan sampai habis satu bekas yang sepatutnya boleh dinikmati oleh lima orang. Tapi tak sampai 5 minit habis saya makan seorang. Kononnya ais krim perasa Chocolate Fudge Brownie itulah yang boleh menenangkan emosi saya yang tak tentu hala waktu itu.\n\nAtau, saya akan habiskan masa berjam-jam menonton drama, movie, atau anime Jepun. Kawan-kawan juga selalu menjadi mangsa, kerana perlu mendengar luahan hati saya.\n\nAdakalanya masalah terlalu kecil, tapi saya boleh termenung, menangis seorang diri berjam-jam lamanya di tepi tebing Sungai Missisippi yang letaknya hanya 500 m dari hostel.\n\nSampai sekarang saya marahkan diri sendiri. \u2019Kenapa waktu tu aku tak solat je bila tension? Kenapa tak ingat Tuhan? Kenapa tak ngadu je kat Tuhan? \u2019\n\nSaya ingatkan bila saya solat, saya bertudung, saya fikir saya \u2019OK\u2019. Saya fikir saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Islam.\n\nTapi apabila membaca ayat ke 14 dari Surah Al-Hujuraat, air mata saya mengalir laju.\n\nOrang-orang \u201d A\u2019raab\u201d berkata: \u201d Kami telah beriman\u201d. Katakanlah (wahai Muhammad): \u201cKamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam \u2018.\n\nDan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani\u201d.\n\nBarulah saya sedar, sebenarnya Tuhan tiada dalam hati saya.\n\nSebab tu, apabila ada masalah dalam hidup, apabila emosi terganggu, saya perlu mencari jalan keluar dengan cara yang lain: ice cream, movie, window shopping, jumpa kawan, menangis seorang diri.\n\nSaya lupa saya ada Tuhan yang anytime boleh selesaikan masalah saya. Tuhan yang sentiasa ada, yang sentiasa ready untuk dengar isi hati saya, untuk tenangkan saya semula.\n\nSaat menulis ini saja air mata saya mengalir laju. \u2019Maafkan diriku ini Tuhan. Ampuni aku yang selama ini tiada cinta buatMu di dalam hati ini. Mohon ampuniku ya Allah\u2019\n\nItulah kesilapan besar yang saya buat dalam hidup. Sebab itu, apabila sekarang saya sendiri sudah menjadi seorang ibu, saya tak mahu anak-anak saya melakukan kesilapan yang sama.\n\nSaya tahu yang perkara paling penting saya perlu bimbing anak kecil saya bukan soal mengenal ABC, atau pandai memegang pencil dan mengayuh basikal.\n\nTapi mengenalkan mereka kepada Tuhan yang sangat mengasihi diri mereka. Bukan sekadar kenal, tahu adanya Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, apa yang Tuhan larang.\n\nTapi yang lebih penting, cinta kepada Tuhan itu sendiri ada dalam hati mereka. Inilah objektif dan fokus ebook terbaru saya, Teknik ADHA: Bagaimana menanam cinta kepada Allah dalam hati anak kecil kita.\n\nSebab apabila Tuhan ada dalam hati anak, kita tidak perlu bimbang. Kalau dia ada masalah, dia tahu dia boleh \u2019pass\u2019 kat Tuhan yang Maha Hebat, Maha Melindungi, Maha Mengasihi yang akan \u2019take care\u2019 dan selesaikan masalahnya.\n\nInilah sebenarnya masalah anak didik saya itu. Dia tersalah cara \u2019pass\u2019 masalah. Tapi pada saya dia masih belum terlambat. Pintu rahmat Tuhan sentiasa terbuka luas.\n\n\u201dAwak budak pandai, study ok, tapi sebenarnya jiwa awak lemah. Jiwa awak sebenarnya saaangat rindu kepada PenciptaNya.\u201d\n\nYa para pembaca yang dikasihi, perkara pertama yang kita perlu buat ketika ditimpa masalah, tekanan, dugaan, bila emosi terganggu..ialah ingat Allah. Satu fakta yang orang selalu lupa ialah, walau apapun yang berlaku, kita sentiasa ada Allah.\n\nDan berita baiknya ialah Allah sangat baik. Sekali kita datang kepadanya \u2018berjalan\u2019, Allah datang kepada kita \u2018berlari\u2019. Maksudnya, kita cari Dia sikit je pun, Dia akan sambut melebihi cara kita datang kepadaNya.\n\nAlhamdulillah, sekarang saya dah tak perlu cari ais krim Ben & Jerry kesukaan saya bila stress. Kalau saya makan ais krim tu, sebab teringin nak makan. Bukan sebab nak lepaskan tekanan.\n\nSebab saya dah jumpa cara \u2018pass\u2019 masalah yang terbaik. Cukup dengan ingat Allah. Ingat kebaikanNya, nikmatNya. Ingat yang rahmat Allah sentiasa terbuka luas, ingat yang Dia akan sentiasa menerima taubat kita, sentiasa ada untuk tolong kita\n\nInsha Allah emosi akan cepat stabil. Bila emosi dah stabil, fikirkan dengan pemikiran yang waras bagaimana untuk kita usaha menyelesaikan masalah yang berlaku. Jemput pertolongan dari Nya.\n\nInsha Allah, life moves on..happily, peacefully, no matter what happen.\n\nSaya doakan anda juga akan terbiasa hadapi tekanan dan urus emosi dengan cara terbaik ini: \u2018pass\u2019 saja kepada Allah.\n\nYang baik dari Allah. Sebar-sebarkan semoga kita dapat bantu ramai orang di luar sana untuk tidak terjebak dengan cara yang salah menghadapi tekanan."
"Lalu di pasar malam nampak orang jual kepak madu tetiba jadi terliur dan teringin sangat makan. Nampak macam sedap menyelerakan. Namun kalau sudahlah tidak boleh keluar macam mana nak beli. Kesudahnya buat sendiri kepak madu bakar sambil bersantai-santai.\n\nKali ini kami belanja anda resepi kepak madu mudah semudah 1 2 3. Jika tidak ada pembakar, boleh bakar dengan kuali, atau digoreng pun boleh, paling sedap dibakar dengan air fryer seperti dalam resepi ini.\n\nSepanjang masak hidangan ini, kami rekomend untuk guna olive oil untuk dapatkan hasil yang makin sedap. Tapi kalau tidak ada olive oil, guna minyak masak sahaja. Jom buat kepak madu resepi didatangkan daripada Yatie Kamar yang berkongsi di Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain kepak madu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Bersilaturrahim bukan sekadar berkenal-kenalan, berjabat tangan atau memohon maaf dengan bersalam-salaman. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua, iaitu aspek mental dan ketulusan hati di dalam hati. \n\nHal ini sesuai dengan kata asal dari silaturrahim itu sendiri, iaitu \u2018silah\u2019 atau \u2018wasal\u2019 yang membawa maksud menyambungkan atau menghimpun, dan \u2018rahim\u2019 yang bererti kasih sayang. Menghimpun pula biasanya mengandungi makna sesuatu yang tercerai-berai dan berselerakan, menjadi sesuatu yang bersatu dan teguh kembali. \n\n\u201cYang disebut bersilaturrahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturrahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus\u201d\u00a0\n\nSilaturrahim bukan sahaja dengan orang yang kita rapat, tetapi untuk semua orang. Apalagi kalau kita bersilaturrahim kepada orang yang sedia membenci kita, seseorang yang sangat menghindari pertemuan dengan kita, lalu kita menggagahkan diri untuk bertemu dengannya, jadi inilah silaturrahim yang sebenarnya.\n\nRasulullah saw pernah memberikan nasihat kepada para sahabat,\u00a0\n\n\u201cHendaklah kamu mengharapkan kemuliaan dari Allah\u201d.\n\n\u201cApakah yang dimaksud itu, Ya Rasulullah?\u201d\u00a0\n\n\u201cHendaklah kamu suka menghubungkan tali silaturrahim kepada orang yang telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepada kamu, dan hendaklah kamu bersabar (jangan lekas marah) kepada orang yang menganggap kamu bodoh.\u201d\u00a0\n\n15 Sebab Kita Perlu Menjaga Silaturrahim \n\nJelas bahawa banyak sebab kenapa kita perlu menjaga silaturrahim. Jom lihat 15 sebab kita perlu menjaga silaturrahim dengan semua orang.\n\nDengan menjaga silaturrahim, kita dapat memupuk rasa cinta dan rasa sayang terhadap orang lain. Selain itu, ia dapat memupuk rasa belas kasihan terhadap insan yang lain. Allah S.W.T. amat menyukai orang yang saling berkasih sayang. Seperti di dalam Surah Al-Quran bermaksud :\n\nSesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.\n\nSilaturrahim juga dapat mengeratkan persaudaraan sesama insan. Sebagai contoh, dua orang bersaudara ini tidak mengenali antara satu sama lain. Kemudiannya ia berkenalan dan mengenali antara satu sama lain. Jadi situasi tersebut dapat mengeratkan hubungan persaudaraan yang tidak pernah berlaku.\u00a0\n\nHikmah disebalik silaturrahim juga, kita akan sentiasa dimurahkan rezeki tidak kira dimana jua kita berada dan Insyaallah akan dipelihara oleh Allah S.W.T. dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.\n\nSilaturrahim juga merupakan salah satu tuntutan agama Islam dan merupakan seruan daripada baginda Nabi Muhammad S.A.W. kerana setiap perbuatan di dunia ini pasti ada kaitannya dengan akhirat kelak. Oleh itu, niat silaturrahim kerana Allah S.W.T. pasti akan dipelihara hubungannya dengan manusia di akhirat kelak juga.\u00a0\n\nDengan silaturrahim, kita juga dapat bermuhasabah diri dan mengetahui segala kekurangan kita. Bukannya membandingkan kelebihan kita dengan orang lain. Kekurangan yang dimaksudkan adalah memperbaiki segala kekurangan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT supaya dapat mempertingkatkannya dengan lebih baik lagi.\n\n6. Mendapat Kebahagian Di Dunia Dan Akhirat\n\nInsan yang sering menjaga silaturrahim akan sentiasa mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Sesiapa yang memutuskan tali silaturrahim ini akan berada keseorangan di dunia serta di akhirat kelak.\n\n7. Dapat Menguatkan Keimanan Dan Ketaqwaan Kepada Allah SWT\n\nKeimanan dan ketaqwaan seseorang yang sering menjaga silaturrahim akan sentiasa kuat dan sering dipelihara imannya oleh Allah SWT. Kayu pengukur ketaqwaan dan keimanan seseorang itu juga diukur melalui hubungan sesama muslim.\n\n8. Dapat Memupuk Sifat Memaafkan Kesalahan Orang Lain\n\nKita sebagai hambaNya sering sentiasa melakukan kesalahan dan dengan menjaga silaturrahim, ia dapat memupuk diri agar memaafkan kesilapan perbuatan saudara muslim yang lain. Allah S.W.T. amat gemar dan sayang kepada hambanya yang sering memaafkan hambaNya yang lain.\u00a0\n\nMenjaga silaturrahim ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar, Insyaallah. Bagi anda yang menyambungkan silaturrahim sesama saudara muslim, Insyaallah diakhirat kelak anda bakal mendapat ganjaran pahala yang besar.\n\nBagi mendapat umur yang panjang, kita hendaklah menjaga hubungan silaturrahim dengan semua orang. Sabda Rasulullah S.A.W :\n\n\u201cSesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim\u201d\n\nMereka yang menjaga silaturrahim juga akan mendapat ganjaran syurga kelak. Selain beribadah kepada Allah, menunaikan zakat, menjaga silaturrahim juga turut menjadi aspek untuk mendapat ganjaran ke syurga. Daripada sabda Rasulullah S.A.W. :\n\n\u201cEngkau beribadah kepada Allah SWT semata dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apapun, menegakkan solat, menunaikan zakat dan menyambung tali silaturrahim\u201d\n\nAllah S.W.T sangat menyayangi dan memuji hambaNya yang menyambung tali silaturrahim. Sesungguhnya begitu mulia hamba-Nya yang mendapatkan pujian dan sanjungan dari Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. tidak menyukai hambaNya yang memutuskan tali silaturrahim.\n\n13. Hubungan Dengan Allah Lebih Bermakna\n\n\u201cSesungguhnya Allah menciptakan makhlukNya, hingga apabila Dia selesai dari menciptakan mereka, rahim akan berdiri dan berkata, \u2018Ini adalah tempat berdiri orang yang berlindung kepada-Mu dari memutuskan tali silaturrahim.\u2019 Allah berfirman: \u2018Ya, tidakkah engkau reda bila Aku menyambung orang yang menyambungmu dan memutuskan orang yang memutuskanmu?\u2019 Rahim berkata: \u2018Tentu saja.\u2019 Allah berfirman: \u2018Maka, itu menjadi milikmu\u2019.\u201d\n\nDaripada hadis riwayat Bukhari dan Muslim tersebut, kita dapat ketahui bahawa Allah S.W.T. akan menyambungkan hubunganNya dengan hambaNya yang menyambungkan silaturrahim dengan hambaNya yang lain. Jika hambanya memutuskan tali silaturrahim tersebut, Allah SWT juga akan memutuskan hubunganNya dengan hambanya yang memutuskan silaturrahim. \n\nSudah tentu bagi anda yang menjaga silaturrahim ini akan disayangi juga oleh manusia dengan syarat anda kena ikhlas dan niat kerana Allah S.W.T. Bagi anda yang tidak menjaga silaturrahim ini pasti hidupnya sentiasa mendapat celaan daripada orang lain dan tidak disukai oleh semua orang.\n\nDengan menjaga silaturrahim, hidup akan menjadi lebih bahagia dan tenang. Rezeki bertambah, sahabat ramai, dikelilingi oleh insan tersayang, Allah S.W.T suka, pahala banyak dan banyak hikmah yang anda dapat. Siapa tak nak kan?\n\nSilaturrahim adalah jalan menghubungkan kembali hubungan yang telah terputus. Para Ulama\u2019 sering menyebut kita asal dari rahim yang sama iaitu rahim Siti Hawa dan sama-sama hamba kepada Ar-Rahim, jadi kenapa kita harus memutuskan hubungan silaturrahim ini? \n\nPada zaman yang serba canggih ini, banyak alat perhubungan telah tercipta dan tujuan asalnya adalah memang untuk memudahkan perhubungan sesama manusia tetapi alat ini jugalah yang banyak memutuskan hubungan silaturrahim sesama manusia. \n\nMulai hari ini, marilah sama-sama kita mengeratkan hubungan silaturrahim ini agar kita semua sentiasa bahagia di dunia akhirat dan dirahmati Allah S.W.T. Jom baca Hadith berkaitan ibu bapa, Adab terhadap ibu bapa, Tips jadikan anak solehah dan Ayat pengasih pikat suami."
"Ada orang selalu berasa hatinya kosong, seolah-olah hidupnya tiada makna. Sekadar meneruskan kehidupan dari hari ke hari seperti robot layaknya. Hati yang kosong bukanlah bermakna anda mempunyai masalah mental atau psikologi, ianya cuma perasaan yang anda alami. Ianya boleh diatasi sekiranya anda tahu kenapa hati rasa kosong dan elakkan perkara-perkara tersebut.\n\nPunca pertama hati berasa kosong ialah disebabkan anda jauh daripada agama. Bila kali terakhir anda bersolat dengan penuh kusyuk? Bila kali terkahir anda mengaji Al-Quran? Bila kali terakhir anda bangun di tengah malam untuk berqiamullail? Jiwa dan rohani anda juga memerlukan makanan. Tanpa ibadah, jiwa anda akan terasa kosong. Akibatnya, hati juga akan berasa kosong.\n\nSebab kedua hati berasa kosong ialah kerana anda kurang bersyukur di atas segala yang anda ada pada hari ini. Apabila anda terlupa untuk bersyukur, ia bermakna anda tidak menghargai kehidupan yang anda ada pada hari ini. Hati anda berasa kosong kerana merasakan bahawa anda tidak mempunyai apa-apa.\n\nHati juga akan berasa kosong disebabkan sika panda yang suka membesar-besarkan kegagalan yang anda lalui, walau pun ianya hanyalah sebuah kegagalan yang kecil. Jika anda terlalu memikirkan kegagalan, anda tidak akan mampu untuk bangun semula dan menjadi seorang yang lebih kuat untuk meneruskan hiduop.\n\n4. Menyimpan dendam dan marah yang memakan diri\n\nTabiat suka menyimpan dengan dan marah didalam hati juga akan memakan diri dan menyebabkan hati berasa kosong. Menyimpan dendam dan marah akan menyebabkan anda sentiasa berada dalam emosi yang tidak baik dan merosakkan hati. Malah ia juga boleh menjejaskan kesihatan.\n\nOleh itu, kalau hati anda berasa kosong, cuba belajar untuk tidak menyimpan dendam dan marah. Maafkan mereka yang pernah melakukan kesalahan kepada anda. Apabila bebanan perasaan tersebut hilang, hati kosong anda juga akan hilang. Percayalah!\n\nHati akan berasa kosong sekiranya anda memilih untuk suka bersendiri. Apabila anda bersendirian dengan kerap, anda akan mula memikirkan perkara yang bukan-bukan, termasuk mencipta sesuatu yang tidak ada. Manusia perlu hidup bersama masyarakat dan bergaul dengan orang tersayang. Bersendirian bukanlah fitrah seorang manusia.\n\nOleh itu, jika hati anda terasa kosong, kurangkan bersendirian. Jangan memerap di dalam bilik. Bergaullah dengan ahli keluarga. Keluar dengan kawan-kawan pada hujung minggu. Insya Allah hati anda tidak akan terasa kosong lagi apabila anda tidak lagi terlalu banyak bersendirian.\n\n6. Menganggap hidup orang lain lebih baik daripada hidup sendiri\n\nAda orang berasa kosong kerana menganggap bahawa hidup orang lain adalah jauh lebih baik daripada hidupnya. Bak kata orang-orang lama, rumput di halaman orang biasanya Nampak lebih hijau daripada rumput di laman sendiri. Ini adalah sikap yang akan memakan diri dan menyebabkan hati berasa kosong.\n\nKetahuilah bahawa setiap manusia mempunyai cabaran hidup yang tersendiri. Yang ditunjukkan biasanya adalah yang manis-manis sahaja. Segala yang pahit akan dihadapi sendirian tanpa dicanang kepada orang ramai. Oleh itu, berhenti merasakan bahawa hidup orang lain jauh lebih baik daripada hidup anda.\n\n7. Suka membandingkan diri dengan pencapaian orang lain\n\nKenapa hati berasa kosong yang seterusnya ialah kerana suka membandingkan diri dengan pencapaian orang lain. Contohnya, anda mempunyai rakan sekelas sejak sekolah rendah. Hari ini dia sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang comel, sedangkan anda masih bujang. Hari ini dia sudah mempunyai rumah sendiri dengan kereta yang selesa sedangkan anda masih tinggal bersama ibu bapa dan membawa kereta kecil buatan Malaysia.\n\nSikap suka membandingkan pencapaian sendiri dengan orang lain akan menyebabkan hati anda berasa kosong akibat merasakan bahawa anda adalah seorang yang gagal. Ketahuilah bahawa sesungguhnya rezeki setiap manusia sudah ditentukan oleh Allah. Bahagia dengan cara tersendiri.\n\nHati juga akan berasa kosong sekiranya anda tidak menghargai diri sendiri seperti yang sepatutnya. Berilah penghargaan di atas setiap kejayaan yang anda kecapi, walau pun kecil. Berbanggalah dengan siapa diri anda pada hari ini kerana tak mudah untuk anda berada di mana anda berada sekarang tanpa usaha sendiri.\n\n9. Mengharapkan sesuatu yang keterlaluan daripada kemampuan diri\n\nAda orang hatinya berasa kosong kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang keterlaluan daripada diri sendiri walau pun sedar bahawa ianya adalah diluar kemampuan diri.\u00a0 Sikap sebegini akan menyebabkan hati anda berasa kosong dan anda berasa seolah-olah hidup anda tidak berguna.\n\n10. Masih hidup dalam hari semalam\n\nAkhir sekali, hati berasa kosong disebabkan oleh anda masih hidup dalam hari semalam. Sebagai contoh, apabila hubungan cinta anda putus di tengah jalan, hati anda berasa kosong kerana anda masih tak move on daripada kekecewaan tersebut. Anda memilih untuk terus bersedih dan bergelumang dengan kekecewaan.\n\nAtau mungkin juga hati anda berasa kosong selepas kematian insan yang tersayang. Anda terlalu lama berkabung dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa insan yang anda sayang sudah kembali kepada penciptanya. Sebagai akibat, hati anda akan berasa kosong.\n\nItulah dia info \u00a0tentang kenapa hati rasa kosong yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:"
"Orang kata, selepas bersalin, sakit gigi dan bengkak gusi adalah kesakitan kedua yang paling teruk di dunia. \n\n Gusi bengkak bukan sahaja akan menyebabkan kerja anda tergendala, malah kalau dibiarkan, ia akan menjadi semakin teruk dan jangkitan kuman mungkin berlaku lalu terbentuknya nanah. Gusi anda sedang bengkak? Jom kami kongsikan punca gusi bengkak sebagai panduan anda.\n\nTahukah anda, perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh badan boleh menjadi ounca gusi anda bengkak. Perubahan hormon mungkin berlaku disebabkan oleh kehamilan, menyusukan anak, mengambil pil perancang, malah sesetengah ubat yang diberikan oleh doktor boleh menyebabkan hormon dalam badan anda berubah dan bercelaru. Jika gusi anda bengkak disebabkan oleh perubahan hormon, ianya akan hilang apabila hormon anda stabil semula.\n\nKalau anda adalah seorang perokok, gusi bengkak adalah masalah normal yang anda akan hadapi. Kenapa ianya berlaku? Apabila anda merokok, bahan kimia dalam rokok dan asap yang anda sedut akan mengganggu fungsi normal sel tisu gusi dan merokok juga akan menyebabkan mulut serta gusi anda kurang daya tahan untuk melawan jangkitan seperti penyakit gusi. Itulah sebababnya gusi seorang perokok mudah bengkak.\n\nKalau gigi anda rosak atau berlubang, ia juga akan menjadi punca bengkak gusi yang anda alami. Ini kerana gigi yang rosak dan berlubang akan menjadi tempat bakteria berkumpul lalu menyebabkan berlakunya jangkitan kepada gusi lalu membengkak.\n\nPunca bengkak gusi yang seterusnya ialah sakit gigi. Apabila anda mengalami sakit gigi, akan berlaku radang kepada gusi anda lalu menyebabkan berlakunya bengkak gusi. Jika gusi anda bengkak, doktor tidak akan mencabut gigi anda sehingga bengkak gusi anda reda bagi mengelakkan berlakunya komplikasi seperti jangkitan kuman atau pendarahan yang serius.\n\nJika anda mempunyai masalah plak pada gigi, ia juga boleh menjadi punca masalah gusi bengkak yang anda alami. Apa yang dimaksudkan dengan plak pada gigi? Dari segi pergigian, plak merupakan sejenis lapisan tebal bakteria yang terbentuk di atas gusi dan gigi. Ia boleh berlaku walau pun anda memberus gigi setiap hari.\n\nKeharidan plak pada gigi dan gusi anda akan menyebabkan anda kerap mengalami bengkak gusi. Oleh itu, untuk mengatasi masalah be ngkak gusi yang berpanjangan, anda boleh atasinya dengan cara menghilangkan plak pada gigi. Plak boleh dihilangkan dengan mendapatkan rawatan di klinik gigi. Anda juga boleh mencegah plak dengan cara memberus dan memflos gigi serta berkumur setiap kali selepas makan.\u00a0 \n\nKarang gigi adalah lapisan keras yang wujud di atas gusi, di bahagian dasar gigi anda. Karang gigi yang mula tumbuh akan menjadi semakin serius dan menghakis gigi anda jika dibiarkan tanpa rawatan. Selain merosakkan gigi, karang gigi juga merupakan salah satu punca bengkak gusi yang ramai orang tak tahu. Oleh itu, kalau anda selalu bengkak gusi dan mempunyai masalah karang gigi, sila dapatkan rawatan membuang karang gigi di klinik gigi dengan segera.\n\nTadi kami ada menyatakan bahawa sesetengah ubat yang diberikan oleh doktor boleh menjadi punca bengkak gigi dengan cara menyebabkan kecelaruan hormon dalam tubuh badan anda. Yang sebenarnya, ada satu lagi cara bagaimana ubat menjadi punca bengkak gusi. \n\n Sesetengah ubat yang diberikan oleh hospital dan klinik di Malaysia telah dikenal-pasti mempunyai kesan sampingan kepada pesakit di mana ia mengganggu penghasilan dan pengaliran air liur lalu menyebabkan mulut pesakit menjadi kering. Apabila mulut berada dalam keadaan yang kering, ia akan memberikan peluang kepada bakteria untuk merebak dengan mudah. \n\nBakteria yang banyak dalam mulut akan menyebabkan berlakunya jangkitan pada gusi lalu berlakunya bengkak gusi. Oleh itu, jika anda selalu bengkak gusi selepas mula makan sebarang ubat, berjumpa doktor anda untuk berbincang dan seeloknya tukar kepada ubat baru supaya masalah gusi bengkak tidak terus menghantui anda.\n\nJika anda selalu mengalami bengkak gusi dan gusi berdarah setiap kali memberus gigi, ia adalah di antara petanda bahawa anda mempunyai masalah kekurangan vitamin C. Memandangkan kekurangan vitamin C adalah punca bengkak gusi yang anda alami, oleh itu pastikan anda mendapat dos vitamin C yang secukupnya setiap hari.\n\nUtamakan sumber vitamin C yang semulajadi dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C seperti:\n\nJika anda tidak mampu untuk mendapatkan sumber vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran, sebagai alternatif anda juga boleh mengambil pil vitamin C setiap hari. Namun pastikan pil yang anda pilih adalah semulajadi dan tidak melebihi dos harian yang dicadangkan oleh Badan Kesihatan Dunia atau Worls Health Organization ( WHO ).\n\nPunca bengkak gusi yang seterusnya ialah kurang minum air. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan mulut anda menjadi kering lalu menjadi punca bakteria membiak dengan banyak dalam mulut anda. Sama seperti ubat yang menyebabkan air liur anda menjadi kering. Oleh itu, pastikan anda minum air yang secukupnya setiap hari bagi mengelakkan daripada terkena masalah bengkak gusi.\n\nTahukah anda, pemakanan harian yang terlalu tinggi dengan gula juga boleh menjadi punca bengkak gigi. Oleh itu, jaga pemakanan anda. Kurangkan gula dalam makanan.\n\nItulah dia 10 punca bengkak gusi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua sakit gigi semasa mengandung, petua hilangkan sakit gigi, dan petua putihkan gigi."
"Nak tahu tentang khasiat kunyit untuk kesihatan? Jom baca artikel ii. Kami akan kongsikan khasiat dan rahsia kunyit dan sebab anda perlu jadikannnya sebagai amalan.\n\nRumah anda pasti mempunyai kunyit bukan? Kunyit adalah antara rempah wajib di dapur orang Malaysia. Antara masakan yang berasaskan kunyit ialah masak lemak cili api, rendang, gorengan, opor, kuzi, sate dan sebagainya.\n\nTahukah anda kunyit turut dikenali sebagai \u2018saffron India\u2019 kerana merupakan rempah berharga yang diamalkan oleh masyarakat India.\n\nWarnanya yang lebih kurang sama dengan saffron dan juga sifat kunyit yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Bezanya, kunyit boleh diperolehi secara mudah dan murah!\n\nKhasiat kunyit sebenarnya pula adalah terlalu banyak.\n\nLebih 5000 tahun yang lalu, kunyit telah lama digunakan di selatan India dan Indonesia serta di serata dunia.\n\nKunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa Linn merupakan ahli dalam famili Zingiberaceae yang ditemui ditanam di kawasan tropikal dan subtropikal di seluruh dunia.\n\nSerbuk kunyit digunakan secara meluas sebagai agen pewarna dan perasa dalam masakan seperti kari dan mustard. Secara tradisionalnya, kunyit digunakan oleh masyarakat Cina dan India untuk rawatan demam kuning, masalah hati dan kesihatan mulut.\n\nBadan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah mengiktiraf kunyit sebagai makanan yang selamat diambil.\n\nDi India, individu dengan berat purata 60 kg mengambil kira-kira 2-2.5 gram kunyit dalam diet makanan harian mereka.\n\nBahan aktif utama dalam kunyit ialah curcumin (CUR), demetoksi curcumin (DMC) dan bisdemetoksicurcumin (BDMC).\n\nSemestinya kunyit ini datang dengan khasiat yang sangat banyak. Bukankah seronok jika anda boleh nikmati makanan anda sambil menjaga kesihatan?\n\nBerikut merupakan 8 daripada kebaikan yang dapat anda temui dalam kunyit. Kebaikan kesihatan kunyit ini diolah daripada ulasan kajian saintifik yang diterbitkan di Journal of Traditional and Complementary Medicine oleh sekumpulan penyelidik di India, Amalraj et al. pada tahun 2017.\n\nBengkak sering terjadi apabila badan anda sedang berlawan dengan virus dan jangkitan. Semestinya, bengkak ini boleh menjadi tidak selesa kepada anda dan boleh menyebabkan anda sakit.\n\nUsah bimbang lagi kerana kunyit mampu melegakan kesakitan anda. Secara tradisionalnya, kunyit diberikan kepada pesakit yang baru selesai pembedahan. Kunyit terbukti mampu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kesakitan.\n\nTekanan oksidatif dan keradangan yang menyebabkan bengkak didapati boleh dikurangkan dengan pengambilan kunyit atau lebih tepat lagi kandungan curcumin dalam kunyit sebanyak 500 mg, dua kali sehari.\n\nUjian klinikal yang dijalankan ke atas responden lelaki dan wanita mendapati kesan keradangan yang berkurangan melalui terapi pengurangan lipid dengan pengenalan kandungan kunyit dalam diet makanan mereka.\u00a0\n\n#2 Melawan Tanda Tanda Awal Penuaan\n\nJika anda bimbang akan muncul tanda tanda penuaan di badan anda, apa kata anda mula mengamalkan kunyit. Kunyit mempunyai antioksidan yang hebat! Ia boleh membantu untuk memperlahankan pembentukan ultra violet (UV) dan lain lain yang boleh mendatangkan masalah kulit.\n\nMasalah kulit ini lah yang akan mempercepatkan proses penuaan. Tapi jangan risau kerana dengan hanya menambah sedikit kunyit dalam diet harian anda, anda masih boleh kelihatan muda.\n\nSecara kajian makmal, kunyit terbukti memiliki sifat aktiviti antioksidan yang tinggi apabila para pengkaji mengesan kehadiran kumpulan fenolik dan sebatian aktif lain yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan tumbuhan lain.\u00a0\n\n#3 Membantu Menghalang Pertumbuhan Sel Kanser\n\nDalam beberapa kajian yang dilakukan, curcumin yang merupakan salah satu bahan yang ada dalam kunyit menunjukkan bahawa kunyit boleh menghalang dan mematikan perkembangan dan pertambahan sel kanser.\u00a0\n\nAntara kanser yang bertindak balas kepada curcumin ini adalah kanser payu dara, perut, usus dan kulit. Tetapi, bertanyalah kepada doktor anda jika anda mahu mengambil kunyit dalam menu seharian anda.\n\n#4 Melindungi Diri Daripada Penyakit Otak\n\nSekali lagi curcumin yang banyak terkandung di dalam kunyit boleh menyelamatkan anda. Penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan Huntington lebih mudah diubati dengan kunyit sebagai alternatif.\n\nCurcumin dalam jumlah yang kecil (3-10 mg/kg) memainkan peranan yang besar dalam mengurangkan jumlah neuron yang kurang berfungsi dan membantu untuk melawan radang otak.\n\nKajian juga mendapati bahawa kunyit membantu memberikan kesan peningkatan memori.\u00a0\n\nKunyit boleh membantu anda dalam melawan jangkitan bakteria di dalam badan kerana ia mempunyai komponen antimikrob.\u00a0\n\nSebatian kimia dalam kumpulan berfungsi curcumin kunyit ternyata membantu merencatkan pertumbuhan pelbagai mikroorganisma berbahaya seperti kulat dan virus.\u00a0\n\nKehadiran sebatian aktif kunyit akan mengganggu ikatan antara virus dengan sel seterusnya mengurangkan jangkitan akibat jangkitan virus ini seperti influenza.\u00a0 Di samping itu, jika dibandingkan antara CUR dan DMC dalam kunyit, kehadiran CUR adalah lebih kuat dalam memberikan sifat antikulat.\n\nSelain itu, kunyit juga boleh meningkatkan sistem imunisasi badan.\n\nKunyit boleh menyembuhkan dan mengelakkan beberapa penyakit yang serius termasuklah penyakit autoimmune seperti rheumatoid arthritis, lupus, dan MS.\n\nTetapi,seperti biasa. Anda haruslah merujuk kepada pakar dahulu sebelum membuat keputusan. Sekiranya tiada apa apa kesan sampingan, anda bolehlah mengamalkan kunyit dalam makanan seharian anda.\n\nBukankah kunyit lebih sihat dan lebih elok daripada ubat ubatan? Mengapa perlu mencari yang sintetik sedangkan anda boleh mendapatkan yang asli dengan lebih mudah.\u00a0\n\nIni merupakan cadangan pencegahan sahaja. Sekiranya anda sudah didiagnos oleh pakar perubatan, anda perlu mengikut saranan doktor perubatan anda.\n\n#7 Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan\n\nTahukah anda, curcumin yang disebutkan di atas tadi boleh menyekat pengumpulan lemak seumpama anda memakan pil pelangsingan badan. Secara tidak langsung, ini boleh membantu anda dalam menurunkan dan mengawal berat badan anda.\n\nPetuanya, hanya letakkan secubit kunyit di dalam makanan anda setiap hari dan nescaya anda akan mendapatkan berat badan yang anda idamkan selama ini.\n\nKajian-kajian saintifik seterusnya makin banyak diperluas untuk melihat potensi kunyit sebagai bahan anti diabetik bagi mengurangkan masalah pesakit kencing manis.\u00a0\n\nSecara potensinya, kunyit menunjukkan ciri peningkatan enzim untuk mengurangkan tekanan gula dalam darah dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam tubuh.\u00a0\n\nSebenarnya masih banyak lagi khasiat kunyit selain daripada yang dinyatakan. Cuba tambahkan kunyit serbuk di dalam sos, pencecah atau pun hanya letakkan dalam makanan bergoreng anda. Jika anda boleh tahan dengan rasa kunyit yang asli, makanlah kunyit bersama buah buahan dan sayur anda. Pastinya ia mempunyai khasiat yang lebih baik!\n\nAyuh bertukar daripada ubat ubatan kepada kunyit!\n\nDemikian khasiat kunyit yang dapat kami kongsikan. Pasti sekarang ramai mula kagum dengan kehebatan kunyit yang sentiasa dalam dapur orang Malaysia ini.\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof.\n\nKami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain. Semoga ianya turut bermanfaat. Oh ya, jangan lupa untuk share dan kongsi dengan menekan butang share Facebook jika artikel yang dikongsi bermanfaat."
"Muruku merupakan kudapan yang sangat digemari pelbagai lapisan masyarakat. Dari yang muda hingga yang tua. Tekstur nya yang rangup dengan rasa rempah kari dan lemak-lemak masin gitu. Pasti berulang-ulang mengunyahnya.\n\nOleh itu, hari ini kami ingin berkongsikan resepi muruku lingkar sedap yang dikongsikan Pushpa Rao. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook tau. Nak tahu kenapa? Kerana resepi ini sangat mudah dan senang. Hanya campurkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sehingga membentuk doh. Acuankan doh-doh tersebut dan goreng. Mudah ke mudah sangat? Jom tengok resepinya dan selamat mencuba.\n\nTadaaaa. Dah siap. Sangat mudah kan? Bolehlah mencubanya di rumah. Nanti bolehlah menjamu seisi keluarga ataupun boleh dijadikan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.\n\nSelain resepi muruku ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bulan puasa bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga, sebaliknya anda perlu belajar kawal emosi sewaktu di bulan ramadhan.\n\nBukan mudah sebenarnya untuk mengawal emosi sewaktu bulan Ramadhan. Lebih-lebih apabila kita di uji dengan pelbagai ujian. Sudah tentu ia menguji emosi anda dan kesabaran anda.\n\nimage via :\u00a0Siti Raihana blog\n\nBulan Puasa Adalah Waktu Terbaik Untuk Belajar Mengawal Emosi\n\nsebenarnya, sewaktu bulan Ramdahan inilah waktu yang sangat sesuai untuk anda belajar mengawal emosi supaya dapat mengelakkan anda dari menjadi seorang yang pemarah dan seterusnya boleh menghilangkan pahala puasa anda.\n\nMungkin bagi yang baru pertama kali cuba mengawal emosi ia satu kesukaran. Namun begitu, dengan cara yang betul anda juga dapat mengawal emosi anda sewaktu bulan Ramadhan dengan mudah. Ada beberapa tips yang boleh anda jadikan sebagai panduan untuk kawal emosi anda. Antaranya:\n\nTips #1 \u2013 Banyakkan Berdiam Diri\n\nBulan puasa kita akan menghadapi pelbagai ujian bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi juga untuk menahan rasa marah juga merupakan salah satu cabaran yang besar. Justeru itu, jika anda rasa hendak marah, seeloknya anda perbanyakkan berdiam diri.\n\nBerdiam diri bukan sahaja dapat mengelakkan dari anda rasa marah, dengan berdiam diri juga dapat elakkan anda dari berkata perkara-perkara yang tidak elok yang boleh mengurangkan pahala puasa anda.\n\nBulan puasa kita sememangnya di galakkan untuk bezikir dan berselawat ke atas nabi Muhammad SAW. Ia merupakan salah satu amalan sunat di bulan puasa dan mendapat pahala apabila melakukanya. Namun begitu, berzikir dan berselawat bukan sahaja boleh dapat pahala, sebaliknya dengan perbanyakkan berzikir ia membuatkan hati dan emosi anda lebih stabil dan sekali gus dapat menghindarkan perasaan marah di dalam diri seseorang.\n\nBagi yang baru hendak belajar mengawal emosi, sentiasalah membasahkan bibir anda dengan alunan zikir supaya hati anda bertambah tenang.\n\nTips #3 \u2013 Latih Diri Untuk Kekal Tenang\n\nSatu lagi cara yang boleh anda lakukan untuk belajar mengawal emosi anda adalah dengan melatih diri untuk kekal bertenang. Memang tidak dinafikan apabila bulan puasa emosi kita menjadi tidak stabil, lebih-lebih lagi apabila mendapat tekanan kerja. Bila menghadapi situasi tekakanan di tempat kerja, anda perlulah melatih diri supaya kakal bertenang.\n\nBermacam cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan diri anda kekal tenang, antaranya spereti mendengar lagu yang menenangkan jiwa, alunan-alunan zikir yang mendamaikan hati dan brmacam lagi. Cara-cara sebegini dapat mengelakkan dari anda menjadi cepat marah dan dapat mengelakkan dari anda melakukan perkara yang boleh menyebabkan pahal puasa anda berkurangan.\n\nMembaca Al-Quran juga merupakan salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk belajar mengawal emosi ketika di bulan puasa. Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala, malah dengan membaca Al-Quran boleh membuatkan jiwa anda menjadi tenang dan dapat menghindarkan anda dari sifat pemarah.\n\nJadi, apa kata mulai sekarang bila ada masa terluang, anda isikan masa tersebut dengan membaca Al-Quran. Lagipun pada masa kini sangat mudah untuk anda membaca Al-Quran, daripada telefon pintar sahaja anda sudah boleh muat turun aplikasi Al-Quran yang tedapat di dalam telefon dan boleh membacanya di mana-amana sahaja. Sudah tentu sangat memudahkan anda.\n\nSatu lagi cara yang boleh anda lakukan untuk belajar mengawal emosi adalah dengan banyakkan bergurau sama ada dengan sahaabat atau dengan keluarga. Dengan berguru senda ia dapat menceriakan hari anda dan dapat memberikan mood yang ceria dan positif. Bukan itu sahaja, bergurau senda juga dapat mengelakkan dari sifat permarah yang boleh merosakkan ibadah puasa anda.\n\nAntara Perkara Yang Boleh Dilakukan Untuk Kekal Segar Dan Bertenaga Sepanjang Bulan Puasa\n\nBadan yang lemah juga boleh menjadi salah satu sebab emosi menjadi tidak stabil. Justeru itu, anda perlulah memastikan badan anda dalam keadaaan yang cergas dan sihat sepanjang bulan mulia ini.\n\nAda bermacam cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan diri anda dalam keadaan yang cergas. Antaranya:\n\nTips #1 \u2013 Jangan Skip Sahur\n\nTidak kiralah apa jua alasan, jangan sesekali skip dari bersahur. Besahur bukan sahaja dapat memberikan kita pahala, tetapi juga dengan bersahur ia memberikan kita tenaga untuk berpuasa di sepanjang hari. Bila bertenaga sudah pasti badan kita pun akan menjadi cergas sepanjang berpuasa.\n\nTips #2 \u2013 Ambil Nasi Ketika Bersahur\n\nRamai yang tidak suka makan nasi sewaktu bersahur, kononnya ia boleh menggemukkan badan. Sebenarnya pengambilan nasi pada waktu sahur sangat bagus. Dengan pengambilan nasi pada waktu sahur, ia memberikan kita tenaga sepanjang hari ketika di bulan Ramadhan. Jadi takdelah badan kita lesu dan letih speanjang hari.\n\nTips #3 \u2013 Ambil Minuman Bergula\n\nWaktu bersahur sebolehnya ambil minuman bergula. Ini kerana, minuman bergula dapat memberikan kita sedikit tenaga sewaktu berpuasa seoanjang hari.\n\nTips #4 \u2013 Banyakkan Pengambilan Buah\n\nBuah juga antara makanan yang penting dan wajib anda ambil ketika bersahur. Malah, ia juga sangat bagus jika anda makan pada waktu buka puasa.\n\nNak Kawal Emosi? Inilah Masanya! Anda Perlu Bijak Dan Banyak Sabar Untuk Mengawal Emosi Sendiri\n\nWalaupun berpuasa tetapi itu tidak bermakna yang anda tidak perlu menjaga emosi anda. Sebagai muslim sejati kita perlulah bijak mengawal emosi kita supaya puasa kita tidak menjadi sia-sia dan supaya kita tidak hilang pahala sewaktu berpuasa. Baca juga khasiat tomato mengikut kajian , dan Checklist Ramadhan"
"Cari resepi makanan tradisional India? Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang anda, disebabkan itu juga terdapat pelbagai makanan yang menarik yang ada di Malaysia. Antaranya ialah makanan tradisional India yang telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Rasa penuh rempah dan pedas dan juga berkongsi rasa yang sama membuatkan rakyat Malaysia jatuh hati dengan makanan India. \n\nTidak hairan lah kebanyakan makanan India menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Rempah ratus serta kari menjadi penarik utama untuk makanan India. Bau kari semerbak harum pasti membuatkan anda tak sabar untuk menikmatinya .\n\nJom lihat koleksi resepi makanan tradisional India yang kami sediakan untuk penggemar makanan India. \n\nResepi Tosei, Idli dan Chutney Kelapa \n\nAntara makanan tradisional India yang popular adalah tosei. Kalau order dekat kedai mamak tosei antara menu yang cukup popular. Sedap dimakan bersama kuah kacang dal. Jom baca resepi tosei, Idli dan chutney kelapa gabungan makanan India yang cukup sempurna oleh Nur Masri.\n\nKuih vadey ini juga mempunyai peminat tersendiri. Diperbuat daripada kacang dhal, vadey ini cukup rangup ketika makan. Semerbak bau kacang dhal apabila digoreng. Sekarang ini pun ramai masyarakat Melayu yang dah mahir membuat kuih tradisional India ini. Jom ikuti perkongsian resepi dari Daud Shila.\n\nChapatti jika dilihat rupa seakan roti canai, tapi mempunyai perbezaan dari segi pembuatannya. Chapatti diperbuat daripada tepung doh atta (bijirin gandum durum) garam dan air. Sejenis roti leper dan enak dihidangkan bersama kuah kacang dhal. Resepi chapatti telah dikongsikan oleh Angah Yott di laman Facebook beliau.\n\nDikenali juga sebagai idiyapam, putu mayam diperbuat daripada mi beras, kelapa dan jageri. Boleh juga dimakan bersama dengan serbuk gula merah sebagai pemanis hidangan. Bagi putu mayam asli masyarakat India dimakan dengan kari atau kacang dhal. Resepi ini telah dikongsikan oleh Ruhiate Mohd Sabran.\n\nRasam adalah sup pedas yang berasal dari India Selatan. Rasam boleh dimakan bersama nasi putih dan lauk sayur. Dikatakan juga sangat sesuai dimakan atau dihirup jika anda demam. Jom baca resepi dari Shameema Ahmad.\n\nMuruku adalah makanan tradisional India yang selalu ada sewaktu perayaan Deepavali. Tetapi kini muruku boleh dijumpai dimana-mana sahaja dan dijadikan sebagai kudapan. Ikuti resepi muruku ini oleh Pushpalatha Rama \n\nMenarikkan resepi makanan tradisional India yang ada di negara kita ini. Jika ada yang resepi yang anda tidak pernah cuba rasa nahh kami dah sediakan untuk anda cuba nanti. Kalau anda nak tahu banyak lagi resepi menarik dan unik kami sediakan untuk pembaca kami jangan lupa baca, share dan like!"
"Ramai wanita yang mengidamkan wajah bujur sirih, berdagu runcing dan berpipi tirus. Bagi mereka, bentuk wajah seperti itu nampak cantik dan sempurna. Apa sahaja gaya nampak sesuai tidak kiralah yang bertudung mahupun tidak.\n\nMempunyai pipi yang tembam umpama pau seakan-akan mimpi ngeri. Walaupun nampak comel dan rasa hendak dicubit-cubit, namun wajah runcing tetap menjadi dambaan. Lihat sahaja masyarakat Korea dan Amerika yang obses berwajah tirus.\n\nSebenarnya, anda tidak perlu membuat pembedahan kosmetik atau menggunakan produk-produk wajah yang merapu. Percayalah, itu semua bersifat sementara. Yang lebih merugikan, wang habis beribu-ribu pipi tetap macam pau. Lebih memburukkan keadaan kesan selepas itu nanti.\n\nSebelum mengetahui cara untuk kuruskan pipi tembam, eloklah kita mengambil tahu sebab-sebab pipi menjadi tembam. Antaranya ialah:\n\nLemak yang terkumpul pada bahagian pipi dan dagu disebabkan oleh kenaikan berat badan. Malahan, bahagian lemak pada wajah agak sukar dihilangkan terutamanya bawah dagu (double chin).\n\nIni disebabkan bahagian wajah paling kurang digerakkan berbanding anggota badan yang lain. Semakin tinggi berat badan, semakin galaklah lemak berkumpul di wajah. Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan bergula dan berlemak tinggi.\n\nAda sesetengah orang yang mewarisi pipi tembam disebabkan oleh faktor genetik. Biasanya mereka mempunyai bentuk tulang pipi yang lebih menonjol. Ini menyebabkan kesukaran untuk mengecilkan pipi.\n\nBukan semua pipi tembam disebabkan faktor genetik mempunyai masalah berat badan berlebihan. Ada yang berbadan kurus tetapi pipinya nampak comel. Disebabkan struktur wajah seperti ini, anda perlu redha dengan pemberian Allah.\n\nAlahan pada beberapa jenis makanan seperti makanan laut, telur, tomato, kekacang dan sebagainya juga akan menyebabkan pipi bengkak. Pembengkakan mungkin terjadi di keseluruhan wajah.\n\nRetensi air menyebabkan pipi menjadi tembam. Ini disebabkan dehidrasi, pola pemakanan yang buruk, penyakit tertentu dan aliran darah yang tidak lancar.\n\nApabila kita mendapat tidur yang kurang berkualiti dan juga tidak cukup rehat, wajah akan kelihatan puffy selepas bangun tidur. Wajah yang sembap menyebabkan anda kelihatan kurang bermaya dan tidak sihat.\n\nSenaman ini sangat mudah dilakukan. Caranya ialah buka mulut selebar-lebarnya selama 10 saat kemudian tutup mulut. Ulang senaman ini sehingga bahagian rahang terasa panas.\n\nDikatakan bahawa senaman ini dapat mengurangkan lemak di bahagian pipi. Caranya ialah putar lidah di dalam mulut sama ada secara arah jam atau lawan jam. Buat senaman ini keika bangun dan sebelum tidur selama 30 saat.\n\nAnda kena senyum selalu! Kedengaran lucu tetapi hasilnya menakjubkan tau! Cara ialah genggam kedua-dua tangan dan letakkan ibu jari di bawah dagu dan tekan sedikit. Kemudian, senyum dan kendurkan bibir. Buat beberapa kali hingga anda berasa sedikit lenguh.\n\nPipi yang tembam disebabkan oleh pergerakan yang kurang aktif di bahagian wajah. Oleh itu, bahagian pipi perlu digerakkan dengan kerap.\n\nCaranya ialah tutup mulut dan kembungkan pipi sampai membesar seperti belon. Lakukan rutin senaman ini sebanyak 15 kali setiap hari.\n\nCari gula getah yang tiada kandungan gula. Anda boleh menjadikan aktiviti mengunyah gula getah sebagai 1 cara untuk mengecilkan pipi tembam.\n\nAntara faktor utama yang menyebabkan pipi tembam ialah disebabkan kenaikan berat badan. Lemak akan mula berkumpul di wajah, lengan, perut, pinggang, peha dan betis. Oleh itu, anda perlu menjaga pemakanan untuk mengurangkan berat badan.\n\nPerkara penting yang perlu dilakukan ialah mengurangkan pengambilan gula, garam, minyak dan makanan tinggi lemak. Mulakan diet harian dengan nutrien yang lengkap mengikut piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\n\nTeknik ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja jika ada kelapangan. Caranya ialah kumur air suam yang sedikit hangat beberapa kali. Apabila rahang digerakkan dengan aktif, bahagian pipi juga akan terkesan.\n\nTeknik urutan menggunakan air batu dikatakan sering dilakukan di pusat kecantikan. Caranya ialah ambil sehelai tuala lembut dan masukkan beberapa ketul ais. Bungkus dengan cermat.\n\nSapukan minyak kecantikan dan serum di sekitar wajah. Dengan bungkusan tuala berisi ais, lakukan urutan dari arah bawah dagu ke atas. Buat urutan selama 2 minit sehingga serum meresap ke dalam kulit. Buat 3 kali seminggu.\n\nSeperti mana kita meniup belon atau lilin, ia juga boleh dipraktikkan untuk mengecilkan pipi tembam. Caranya ialah kembungkan pipi selama 5 minit dan kuncupkan semula. Ulang langkah ini sebanyak 5 hingga 10 kali setiap hari.\n\nTeknik ini dikatakan paling berkesan untuk kuruskan pipi tembam. Anda tidak perlu membeli sebarang alat urutan yang mahal. Cukuplah hanya dengan menggunakan tangan.\n\nCaranya ialah sapukan minyak zaitun atau sebarang pelembap yang bersesuaian di seluruh wajah. Kemudian, dengan hujung jari kedua-dua belah tangan, urutkan wajah bermula dari bawah dagu.\n\nUrut dari bawah dagu dan naik ke bahagian dahi. Urut setiap hari sebanyak 50 hingga 100 kali. Pastikan wajah anda lembap dan tidak kering semasa proses urutan.\n\nSampai di sini sahaja perbincangan penulis tentang cara kuruskan pipi tembam. Bagi pembaca yang ada masalah ini, anda bolehlah mencuba mana-mana 1 tips yang telah dikongsikan.\n\nYang penting jaga pemakanan, bersenam selalu dan dapatkan tidur yang berkualiti. Tips yang dikongsikan ini perlu dibuat secara konsisten hingga anda mendapat hasil yang diingini. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja tau!\n\nAnda juga boleh tentang tips kuruskan badan tanpa produk piramid makanan dan khasiat limau purut untuk kurus. Selamat membaca!"
"Keputihan selalu terjadi kepada wanita yang sudah akil baligh. Keputihan adalah lendir yang keluar daripada faraj wanita dalam pelbagai warna antaranya adalah putih, kuning atau kelabu. Bukan sahaja wanita yang belum berkahwin mengalami masalah keputihan yang melampau. Malah wanita yang sudah berkahwin juga masih mengalami masalah keputihan.\n\nStatistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.\n\nWanita hamil juga mengalami masalah keputihan, ia menimbulkan rasa risau terhadap ibu dan kandungannya. Semestinya, ibu akan risau jika mengalami keputihan semasa hamil kerana takut akan memberi kesan negatif kepada kandungannya. Tetapi, jangan risau, ia adalah perkara normal jika ibu hamil mengalami keputihan.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai keputihan semasa hamil adalah perkara normal. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nKeputihan teruk sewaktu mengandung adalah perkara yang biasa, anda tidak keseorangan\u00a0ramai ibu mengandung akan mengalami masalah yang sama.\n\nKeputihan yang banyak selalunya disebabkan oleh candidiasis dan perkara ini boleh dirawat dengan ubat yg khas tetapi awas, kadang-kadang ada kuman lain yang lebih bahaya boleh sebabkan keputihan ini, iaitu GBS nama panjang nya \u2018Group B Streptococcus\u2019.\n\nMacam mana hendak tahu anda ada kuman ini atau tidak adalah doktor akan mengambil sample keputihan anda untuk dihantar ke makmal untuk pengecaman punca keputihan dan jenis kuman yang ada.\n\nGBS kalau tidak dirawat boleh menjangkiti bayi dalam kandungan dan sewaktu melahirkan bayi kerana apabila bayi melalui vagina yang sudah dijangkiti kuman GBS itu tadi, bayi akan berpotensi tinggi mendapat jangkitan mata atau paru-paru\u00a0lebih teruk komplikasi lain pelbagai jenis kecacatan seumur hidup atau anak boleh meninggal dunia. Waspada sebelum terlambat. Jangan ambil mudah.\n\n*Jika berlaku keputihan semasa hamil, ibu-ibu tidak perlu risau kerana ia tidak membahayakan kandungan. Cuma sebelum solat, ibu wajib bersuci dahulu baru solat akan sah. Jika anda mengalami keputihan yang banyak, lebih baik anda pergi berjumpa doktor dengan kadar segera. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Jika anda mencari telefon pintar HONOR terbaik untuk tahun 2023, di artikel ini kami jawabkan beserta harga dan perinciannya.\n\nSetiap jenama telefon bimbit pasti ada peminatnya tersendiri termasuklah HONOR. Antara sebab ramai yang memilih telefon pintar ini adalah prestasi, kamera dan perinciannya yang baik.\n\nKali ini, kami senaraikan 5 telefon HONOR terbaik dan paling terkini yang dikeluarkan iaitu 2023. Kesemuanya memang berbaloi bagi admin. Jom tengok yang mana mampu mencuri tumpuan anda,\n\nPopular dengan gelaran smartphone kelas pertengahan terbaik 2022, HONOR 70 diumumkan pada\u00a0 30 May dan mula penjualannya pada 2 Jun. Tengok sahaja reka bentuknya pasti ramai yang jatuh cinta kerana kelihatan premium.\n\nHONOR 70 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 778G+ dengan storan 256GB dan 8GB. HONOR 70 adalah Android 12 yang menggunakan sistem operasi Magic UI 6.1.\n\nBateri HONOR 70 pula berkapasiti 4800mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W yang mampu mengecas sehingga 60% hanya dalam 20 minit sahaja. Bateri yang tahan dengan lama sesuai buat mereka yang sering menghadap telefon.\n\nKualiti kamera memang terbaik dengan 32MP kamera hadapan, kamera utama Super Sensing 54 MP, kamera ultrawide 50MP dan paling best ia menggunakan sensor Sony IMX800. Bagi anda yang sukakan fotografi atau videografi, kami mencadangkan anda untuk memilih HONOR 70.\n\nNak cari smartphone flagship terbaik keluaran HONOR? HONOR Magic4 Pro pasti menepati citarasa anda dan sangat berbaloi untuk diperolehi. Reka bentuknya pula agak unik, berbeza dengan model yang lain kerana kamera berbentuk bulat besar di belakang smartphone.\n\nDikeluarkan pada Mac 2022, HONOR Magic4 Pro dikuasakan oleh Magic UI 6 dengan Android 12. Chipset yang digunakan adalah Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 yang tak dapat disangkalkan lagi untuk menghasilkan prestasi yang baik.\n\nPrestasi baterinya tidaklah seperti HONOR 70 kerana berkapasiti 4600mAh sahaja. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar, 100W dengan anggaran 30 minit untuk mendapatkan bateri penuh. Pengecasan pantas tanpa wayar pula dapat mencapai 50% dalam masa 15 minit.\n\nKualati kameranya juga memang berkualiti dengan kamera utama 50 MP manakala kamera swafoto 12 MP. Paparan skrin juga tiptop dengan sistem LTPO OLED serta 120Hz, yang mengeluarkan warna yang baik dan tidak menyakitkan mata anda.\n\nBuat anda yang sedang mencari telefon pintar dengan tawaran menarik, mungkin HONOR 50 dapat memenuhi permintaan anda. HONOR 50 dikeluarkan pada Jun 2021 namun masih ramai yang terpikat dengan smartphone ini kerana paparan dan reka bentuknya menarik.\n\nHONOR 50 menggunakan skrin OLED 6.57 inci dengan resolusi 1080\u00d72340. Kadar penyegaran adalah 120Hz. Dengan chipset Snapdragon 778G bersama sistem Magic UI 4.2, ia pasti dapat berfungsi dengan lancar. Namun HONOR 50 menggunakan sistem operasi Android 11.\n\nKamera utama dengan 108MP dengan kamera swafoto 32MP. Kadar yang masih membuatkan gambar anda jelas, warna yang cantik dan berkualiti. Kapasiti bateri pula 4300mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W.\n\nSmartphone pintar ini dilancarkan pada April, 2022. HONOR Magic 4 Lite dikuasakan oleh Snapdragon 695 5G dan dipadankan dengan Magic UI 4.2 serta Android 11. Pasti lebih lancar dan pantas penggunaannya. Kekuatan telefon ini terletak pada prestasinya lebih-lebih lagi dengan 5G.\n\nStoran sebanyak 128GB dipadankan dengan 8GB RAM pasti dapat memuatkan banyak fail dan aplikasi. Kapasiti bateri pula 4800mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Ia hadir dengan tiga warna iaitu Midnight Black, Ocean Blue dan Titanium Silver.\n\nBukan itu sahaja, kamera utama adalah 48 MP manakala kamera selfie 16 MP. Walaupun tak sehebat HONOR 70, namun masih dapat menghasilkan kualiti gambar yang baik. Tak cukup dengan itu, kamera HONOR Magic 4 Lite dilengkapi flash LED, HR dan panorama.\n\nHONOR X8 didatangkan dengan sistem pemproses Snapdragon 680 dan dilengkapkan dengan Magic UI 4.2 beserta Android 12. Sebanyak 128GB dipadankan dengan 6GB RAM, pasti sesuai dengan kegunaan harian.\n\nPaling menarik harganya memang berbaloi dengan prestasi yang disediakan sehinggakan pernah tersenarai dalam telefon pintar bajet HONOR terbaik. Sama seperti HONOR Magic 4 Lite, HONOR X8 juga mempunyai tiga warna yang sama dan kelihatan premium.\n\nNamun prestasi bateri model ini kurang memuaskan kerana kapasitinya 4000mAh sahaja. Namun ia masih menyokong pengecasan pantas dengan 22.5W. Hasil gambar dan video juga pasti berkualiti dengan kamera utama 64 MP dan kamera swafoto 16 MP.\n\nTak cukup dengan itu, ia menyokong penggunaan Bluetooth, wifi, GPS dan lain-lain. Ianya pasti berbaloi buat anda yang mencari smartphone HONOR dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, bawah RM 1000 sahaja.\n\nSetiap telefon HONOR terbaik mempunyai keistimewaan dan kelemahan tersendiri. Namun, pasti ada yang menepati keinginan telefon bimbit anda sesuai dengan penggunaan, prestasi dan bajet anda.\n\nBuat penggemar telefon pintar HONOR, anda pasti dapat melihat prestasi model-model terkini dengan penambahbaikkan terbaik berbanding model lain. Berminat? Tunggu apa lagi? Jom dapatkannya sekarang!\n\nMencari review dan spesifikasi smartphone lain? Jom baca artikel kami yang lain berkaitan smartphone terkini yang pasti bermanfaat buat anda seperti:\n\nArtikel di atas merupakan pendapat dan pandangan dari penulis sahaja."
"Salah satu memori yang gembira buat ibu bapa adalah perkataan pertama yang diucapkan oleh anak. Tidak kisah sama ada lambat atau cepat, apabila dengar sahaja perkataan pertama yang dikeluarkan dari mulutnya, semestinya ibu bapa akan rasa gembira.\n\nSelepas itu, banyak lagi perkataan yang dikeluarkan oleh anak-anak. Sebagai contoh, jika mahu makan, mereka akan kata lapar. Itu adalah tanda yang mereka mula tahu setiap maksud perkataan yang dikatakannya.\n\nTetapi, disebabkan kita sentiasa menyediakan keperluan anak sehingga anak tidak perlu meminta untuk mendpatkannya, anak-anak kurang bercakap. Sebagai contoh, susu sudah disediakan awal, jika mereka mahu susu, pergi ambil saja susu tanpa perlu meminta.\n\nHal ini akan menyebabkan anak kurang bercakap dan menjadi pendiam. Jadi, alangkah bagusnya jika kita membuat sesuatu agar anak dapat berkomunikasi dengan kita. Bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 cara mudah cipta peluang untuh anak 3 tahun berkomunikasi dengan ibu bapa. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor.\n\nBeliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya. \n\n3 cara mudah untuk berkomunikasi dengan anak\n\n1) Susu atau makanan diletakkan di tempat yg sukar untuk anak capai\n\nDengan ini anak akan belajar utk meminta dengan sebut \u2018nak\u2019 atau menggunakan gesture \u2018tunjuk\u2019\n\n2) Ketika suap anak makan, beri dalam kuantiti sedikit.\n\nSebagai contoh ketika makan biskut atau roti, potong makanan kecil-kecil supaya anak akan minta banyak kali. Selain cipta peluang untuk anak meminta, cara ini juga dapat meningkatkan \u2018eye contact\u2019 anak.\n\n3) Ketika memakai baju, beri peluang untuk anak memilih baju kegemaran berbanding kita yang menyediakan semua untuk anak.\n\n*Ikuti cara mudah ini, Insyaallah kita dapat menggalakkan anak untuk lebih banyak bercakap dan belajar banyak perkataan yang baru. Anak yang berumur 3 tahun, mereka sudah mula bercakap dan bartanya, jadi rebut peluang ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Seringkali kita mendengar istilah anak derhaka, namun bagaimana pula dengan ibu bapa derhaka? Ramai anak-anak menyimpan soalan ini di benak fikiran, nak soal tetapi takut. Takut dinilai akan ibu bapanya dan takut mengaibkan ibu bapanya. \n\nSekadar ilmu pengetahuan dan persediaan menjadi ibu bapa mungkin, anda juga harus ambil tahu tentang hal ini. Menjadi ibu bapa tidak mudah jika tiada ilmu, anda harus prihatin kepada anak anda dengan cara yang betul. Apakah hukum ibu bapa menyakiti hati anak?\n\nApabila tersalah cara, anak mungkin terasa dan menerima kesannya atas tindakan anda sebagai ibu bapa. Lebih jelas lagi, anda mungkin telah menyakiti anak anda. Begitu juga sebaliknya, seorang anda disakiti oleh ibu bapanya. Jom lihat hukum ibu bapa menyakiti hati anak.\n\nHukum Ibu Bapa Menyakiti Hati Anak\n\nPerbuatan ibu bapa menyakiti hati anak adalah dilarang sama sekali. Kita dilarang menyakiti semua orang, apatah lagi jika darah daging kita sendiri. Tetapi menyakiti hati anak secara tidak sengaja seperti terlepas cakap, tercerita tentang anak kepada orang lain dan lain-lain lagi memerlukan ibu bapa meminta maaf daripada anak.\n\nDalam situasi yang pelbagai, ada ibu bapa yang hanya ingin bergurau tetapi dipandang serius oleh sang anak. Ada juga ibu bapa yang benar-benar serius atau sengaja menyakitkan hati anak. Ketahuilah itu pasti ada sebabnya. Walau apapun, hukum ibu bapa menyakiti anak adalah berdosa.\n\nRasulullah SAW bersabda,\u00a0\u201cseseorang dikatakan telah cukup berbuat dosa bilamana menelantarkan orang-orang yang menjadi tanggungannya. [H.R. Abu Daud dan Nasa\u2019i].\n\nHukum ibu bapa menyakiti hati anak sebagaimana diterangkan di atas telah terjadi pada zaman Umar Al Khattab suatu masa dahulu. \n\nKisah Ibu Bapa Menyakiti Hati Anak\n\nKisah seorang bapa yang telah mendatangi Umar bin Al Khattab ketika itu dan mengadu tentang kederhakaan anaknya. Tidak lama selepas itu, Umar memanggil putranya dan menegurnya atas kelakuannya terhadap ibu bapanya. \n\n Lalu anak itu berkata: \u201c Wahai Amirul Mukminin, bukankah sang anak memiliki hak atas orang tuanya?\u201d\n\n\u201c Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya Al-Qur\u2019an,\u201d jawab Umar. \n\nSi anak berkata \u201cWahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang Majusi; ia menamakanku Ju\u2019lan (kumbang), dan tidak mengajariku satu huruf pun dari Al-Qur\u2019an,\u201d \n\nUmar segera memandang si bapa lalu berkata, \u201c Engkau datang untuk mengadukan kedurhakaan anakmu, padahal engkau telah durhaka kepadanya sebelum ia mendurhakaimu. Engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu.\u201d\n\nSekalipun ibu bapa menyakiti hati anak, ia tetap berdosa kepada anaknya jika kesalahan itu adalah kesalahan yang benar. Meminta maaf dan membetulkan keadaan adalah rawatannya untuk hidup bahagia bersama anak.\n\nAsbab Menyakiti Hati Anak, Apakah Wujud Ibu Bapa Derhaka?\n\nTidak boleh ditafsirkan ibu bapa tersebut derhaka hanya kerana menyakiti hati anak. Hukum ibu bapa menyakiti hati anak sememangnya salah dan berdosa tetapi ia tidak bermaksud ibu bapa tersebut derhaka. \n\nTerdapat 3 jenis dosa ibu bapa dengan anak yang menjadikan ibu bapa tersebut digelar ibu bapa derhaka. Sudah jelas dengan hukum ibu bapa menyakiti hati anak, jom lihat 3 dosa derhaka ibu bapa terhadap anak pula.\n\nMemaki anak, memanggil anak dengan nama yang tidak baik, bercakap bukan-bukan terhadap anak dari kecil sehingga dewasa dikategorikan sebagai memaki anak. Anda boleh melihat kisah si bapa dan anak yang diceritakan tadi.\n\nDisebabkan mulut ibu yang terlalu \u2018bawang\u2019 dan penuh dengan caci maki yang dianggap biasa dan sudah terbiasa, ia sebenarnya adalah doa yang keluar dari mulut sang ibu setiap hari. Si ibu harus segera bertaubat dan tidak melakukan sesuatu yang seolah memaki anak lagi.\n\nNu\u2019man bin Basyir berkata,\u00a0\u201c Ayahku menginfakkan sebagian hartanya untukku. Ibuku \u2019\n\nAmrah binti Rawahah kemudian berkata, \u2018Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehingga menemui Rasulullah.\u2019 \n\nAyahku kemudian berangkat menemui Rasulullah SAW. sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku. \n\nRasulullah SAW kemudiannya berkata kepadanya,\u00a0\u2018Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?\u2019 \n\nRasulullah SAW berkata, \u2018Bertakwalah kepada\u00a0Allah\u00a0dan berlaku adillah kepada anak-anakmu.\u2019 Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.\u201d\u00a0(HR. Muslim dalam Kitab Al-Hibaat, hadits nombor 3055).\n\nIbu bapa tidak harus memilih kasih dalam apa jua hal seperti memberikan harta dan lain-lain lagi. Ia adalah sifat ibu bapa yang amat dibenci oleh Rasulullah SAW.\n\n3. Tidak Memberi Pendidikan Yang Baik\n\nIbu bapa yang mempunyai anak sudah sedia terima hukum ibu bapa menyakiti anak, tetapi mereka tidak pernah terfikir adakah lengkap tanggungjawab mereka terhadap anak selama ini?\n\nIbu bapa yang tidak memberi pendidikan yang baik kepada anak adalah ibu bapa yang tidak berbuat baik kepada anak. Pendidikan ada pelbagai cara, menunjukkan sikap baik, belajar menjadi manusia baik, ajar mengaji, sekolah dan lain-lain lagi. \n\nJelaslah hukum ibu bapa menyakiti hati anak adalah tidak dibenarkan dan berdosa jika ia sengaja atau mempunyai niat yang tidak baik. Semua tindakan yang dilakukan adalah bergantung kepada niat. Pahala yang anda terima juga adalah daripada niat anda.\n\nJom baca juga Ujian Personaliti Anak, Hukuman bahaya pada anak dan Tempat simpanan kewangan anak."
"Kisah ini semasa saya di taman permainan berhampiran dengan rumah bersama dengan anak-anak. Ketika sedang melayani anak-anak bermain, datang beberapa orang kanak-kanak lelaki sekitar usia 7-9 tahun datang bermain berhampiran dengan saya.\n\nPada mulanya, saya hanya fokus pada melayani anak-anak sahaja dan membiarkan sahaja kumpulan kanak-kanak lelaki itu bermain. Tetapi, tidak beberapa lama selepas itu, kanak-kanak tersebut mula bergaduh dan mencarut sesama mereka dengan perkataan-perkataan yang tak sanggup saya nak tulis di sini.\n\nTidak lagi dapat menahan perasaan, secara automatik saya pergi ke tempat kanak-kanak itu bermain dan terus menegur.\n\n\u201cAdik! Tak boleh mencarut! Tak baik! Berdosa! Allah tak suka.\u201d\n\n\u201cTak mau mencarut dah lepas ni ya, pakcik tak mau dengar dah adik-adik mencarut, main elok-elok.\u201d\n\nKanak-kanak itu seolah tersentak dan hanya menjawab, \u201cbaik, pakcik.\u201d\n\nMujurlah teguran itu diterima dengan baik dan selepas itu tidak ada lagi carutan yang kedengaran sepanjang saya bermain dengan anak-anak di situ.\n\nTerfikir saya, macam mana anak-anak semuda itu boleh mencarut?\n\nDengan sifat anak-anak yang akan meniru apa sahaja yang diikutnya, tidak mustahil anak-anak ini mula belajar mencarut di rumah dari ahli keluarga yang suka mencarut.\n\nMungkin juga anak-anak ini belajar mencarut dari rakan-rakan sebanyanya di sekolah.\n\nMungkin juga dari rancangan televisyen, Internet dan bahan-bahan bacaan yang dibaca.\n\nSaya yakin, tidak ada ibu bapa yang waras akalnya yang suka anak-anaknya mencarut. Justeru itu, sebagai ibu-bapa, memang kita kena kawal banyak benda, termasuklah bahasa yang digunakan oleh anak-anak kita.\n\nUntuk mengawal anak-anak kita dari mencarut, ada tiga langkah yang perlu ibu bapa laksanakan.\n\nIbu bapa jangan sesekali mencarut di rumah dan lebih penting, jangan mencarut di hadapan anak-anak. Bahkan sebenarnya, jangan sesekali mencarut walau sekali.\n\n#2 Terapkan Dalam Diri Anak Bahawa Mencarut Itu Satu Kesalahan\n\nAnak-anak perlu diajar bahawa mencarut adalah salah dan berdosa. Tidak ada yang \u2018cool\u2019 bila mencarut walaupun ada selebriti-selebriti dari kalangan artis atau orang-orang terkenal yang suka melakukannya.\n\nJika tidak diajar bahawa mencarut adalah salah sejak kecil, bimbang jika bila anak-anak telah meningkat remaja, mencarut menjadi mainan bibir akibat dari pengaruh rakan-rakan atau selebriti di facebook yang suka mencarut.\n\n#3 Tunjukkan Tiada Toleransi Terhadap Mencarut\n\nKenakan hukuman terhadap anak-anak yang mencarut, walaupun tersasul. Polisi tiada toleransi terhadap bahasa yang buruk mestilah diwujudkan di rumah. Hukuman boleh dalam bentuk menahan belanja sekolah, tidak membenarkan anak-anak keluar bermain dan menonton televisyen, dan akhir sekali, rotan juga boleh digunakan.\n\nBahasa melambangkan apa yang ada di dalam hati dan kesopanan adalah warisan agama yang perlu dipelihara, jangan biarkan bahasa carutan menjadi budaya di kalangan anak-anak kita."
"Nabi Daud AS adalah salah seorang utusan Allah SWT yang mempunyai mukjizat istimewa seperti para nabi utusan Allah SWT yang lain. Nabi Daud AS dianugerahkan kelebihan untuk faham dan dapat berbicara dengan haiwan yang ada. Begitu juga burung dan gunung semuanya tunduk pada kehendak Nabi Daud AS (atas izin Allah).\n\nTidak hanya itu, Nabi Daud AS turut dianugerahkan oleh Allah SWT satu lagi kelebihan. Kelebihan ini berupa kemampuan ke atas Nabi Daud AS untuk menundukkan besi (Saba: 10-11 dan Al-Anbiya: 80). \n\nBesi-besi yang keras ini dengan mudah mampu untuk dilunakkan oleh Nabi Daud AS sehingga berjaya menjadi pelbagai barangan termasuklah pakaian perisai untuk berperang dengan sangat mudah.\n\nIni terbukti melalui firman Allah SWT di dalam AlQuran yang berbunyi,\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0622\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u062f\u064e\u0627\u0648\u064f\u062f\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0627 \u064a\u064e\u0627 \u062c\u0650\u0628\u064e\u0627\u0644\u064f \u0623\u064e\u0648\u0650\u0651\u0628\u0650\u064a \u0645\u064e\u0639\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0637\u064e\u0651\u064a\u0652\u0631\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0644\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064e. \u0623\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u0652 \u0633\u064e\u0627\u0628\u0650\u063a\u064e\u0627\u062a\u064d \u0648\u064e\u0642\u064e\u062f\u0650\u0651\u0631\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0631\u0652\u062f\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u064e\u0635\u0650\u064a\u0631\u064c\n\nMaksudnya,\u00a0\u201cDan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami.\u00a0(Kami berfirman),\u00a0\u201cHai gunung-gunung dan burung\u00ad-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud.\u201d \n\nDan Kami telah melunakkan besi untuknya,\u00a0(iaitu)\u00a0buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.\u201d\u00a0(Surah Saba, Ayat 10-11)\n\nDoa Nabi Daud Mampu Lembutkan Hati Manusia Yang Sekeras Besi\n\nMukjizat Nabi Daud AS yang dapat melembutkan besi dengan jarinya ternyata sangat istimewa dan luarbiasa. Sejajar dengan itu, doa Nabi Daud AS sangat sesuai untuk melembutkan hati manusia terutama anak dan suami supaya mula menjadi lembut dari terus keras seperti besi.\n\nDoa sempena Nabi Daud AS yang boleh dibaca untuk memohon kelembutan hati ini adalah :\n\nAda Lagi Doa Nabi Daud AS Yang Hebat Untuk Diamalkan\n\nSelain daripada doa untuk cuba melembutkan hati suami dan anak yang sekeras besi, terdapat dua lagi doa ampuh dari Nabi Daud AS yang elok untuk diamalkan. Doa ini boleh digunakan untuk mendapatkan suara yang merdu dan untuk mendapatkan jodoh yang baik dari Allah SWT. \n\nDoa yang boleh di baca dalam usaha untuk mendapatkan suara yang lunak dan merdu itu adalah seperti di bawah ini.\n\nDoa untuk segera dihantarkan jodoh yan sesuai dan layak untuk dijadikan pasangan untuk rumahtangga yang bahagia adalah seperti berikut.\n\nAmalkan Doa Nabi Daud Sebagai Usaha Untuk Mohon Perlindungan Allah SWT\n\nBerdasarkan doa di atas Nabi Daud a.s. memohon kepada Allah SWT empat perkara :\n\n1. Lidah yang sentiasa berzikir.2. Hati yang sentiasa bersyukur.3. Badan yang sabar.4. Isteri yang membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.\n\nNabi Daud a.s. juga memohon perlindungan daripada Allah SWT empat perkara :\n\n1. Berlindung daripada anak yang menguasaiku.2. Isteri yang menyegerakan aku beruban sebelum waktunya.3. Harta yang membahayakan aku.4. Tetangga yang bila melihat kebaiakku ditutupi, bila melihat keburukanku disebarkannya.\n\n\n\nDoa adalah senjata yang paling ampuh dan mustajab bagi orang mukmin. Maka teruskanlah berdoa tanpa rasa putus asa. InshaAllah doa anda akan dikabulkan apabila tiba masanya yang paling tepat."
"Ketahui tanda-tanda kanser usus ini. Kanser usus ialah sejenis penyakit yang menyerang usus besar iaitu sama ada kolon, rektum dan dubur. Kanser ini merupakan kanser kedua tertinggi dalam kalangan kaum lelaki di negara kita dan ketiga bagi wanita.\n\nKaum Cina mencatatkan bilangan paling tinggi bagi kanser kolon dan rektum. Malahan, kanser kolon dan rektum merupakan salah satu daripada kanser yang paling kerap berlaku di dunia.\n\nUsus besar bermula dari bahagian kanan yang dinamakan caecum sehingga ke rektum. Fungsi usus besar adalah untuk menyerap air supaya najis yang terhasil tidak berair. Penyakit ini bermula apabila sel lapisan kolon yang normal menjadi terbantut.\n\nPembahagian sel yang salah berlaku dengan kerap. Ini mengakibatkan sel-sel ini mula membahagi secara bebas. Apabila sel-sel yang tidak normal ini membesar, ia akan menyebabkan terbentuknya pertumbuhan dalam kolon yang dipanggil polip.\n\nKanser usus boleh tumbuh di satu tempat dan merebak di sekeliling dinding usus. Ia juga boleh menyerang organ yang terdekat menjadi ketumbuhan. Ketumbuhan ini akan mendatang lebih banyak masalah dan lebih sukar dibuang. Apabila kanser semakin membesar, ia akan memulakan proses metastasis. Proses ini akan menyebarkan ribuan sel setiap hari ke dalam sistem darah dan limfa yang menyebabkan kanser terbentuk di bahagian yang lain.\n\nTerdapat beberapa gejala kanser usus yang ramai orang tidar sedar dan tidak tahu. Berikut merupakan tanda-tanda\u00a0 kanser usus yang perlu diberi perhatian:\n\nIni merupakan tanda-tanda awal kanser usus telah menyerang. Apabila membuang air besar, darah akan keluar bersama-sama dengan najis. Kadangkala najis berwarna hitam seperti kopi.\n\nIa merupakan gejala barah usus di bahagian kiri.\n\n#3 Perubahan tabiat membuang air besar\n\nSetiap orang mempunyai tabiat membuang air besar yang berbeza. Jika sebelum ini, anda akan buang air besar sebanyak 2 kali sehari, kini tabiat itu berubah. Jika anda ke tandas berkurangan menjadi 3 atau empat hari sekali, anda perlu membuat pemeriksaan. Gejalanya seperti sembelit.\n\n#4 Tidak berak, kentut atau muntah\n\nGejala ini akan berlaku apabila usus sudah tersumbat 100 peratus.\n\nBarah usus yang hampir tersumbat akan menyebabkan najis menjadi keras dan tidak dapat melalui usus besar. Pada ketika ini, pesakit akan mengalami sembelit. Najis yang tersumbat ini akan membusuk di dalam usus akibat pembiakan bakteria. Ini menyebabkan air kembali diserap ke dalam usus.\n\nNajis tersebut akan menjadi berair dan lembik. Pada ketika ini pula, pesakit akan mengalami cirit-birit. Cirit-birit yang dialami adalah lebih daripada 5 kali sehingga pesakit tidak dapat mengawalnya. Kitaran sembelit dan cirit-birit akan terus berulang.\n\nPesakit akan hilang selera makan yang menyebabkan berat badan turun mendadak. Dalam tempoh masa yang singkat, badan pesakit susut dengan ketara.\n\n#7 Rasa kenyang walau tidak makan\n\nPesakit akan berasa kenyang di dalam perut, walaupun tidak makan. Ini mengakibatkan mereka tidak lalu untuk makan.\n\nPesakit akan berasa seperti tidak puas membuang air besar walaupun sudah ke tandas.\n\n#9 Tabiat ke tandas, tetapi tiada najis\n\nPesakit berasa perut memulas-mulas untuk membuang air besar, tetapi apabila ke tandas, tiada najis yang keluar. Ini disebabkan bukan najis yang berada di rektum tetapi sel-sel kanser yang memenuhi ruang rektum.\n\nApabila ketumbuhan memenuhi rektum, otak menyampaikan mesej bahawa rektum sudah dipenuhi najis.\n\nGejala ini janganlah diambil mudah. Sakit pada bahagian perut bergantung kepada kedudukan kanser usus yang berlaku.\n\nAda pesakit yang mengalami benjolan di bahagian perut atau bahagian belakang yang dapat dikesan oleh doktor.\n\nBerlakunya kekurangan zat besi yang tidak dapat dijelaskan kepada kaum lelaki atau wanita (selepas menopaus).\n\nSebenarnya, sehingga kini tiada teori yang tepat untuk mengesahkan punca-punca kanser usus. Namun begitu, terdapat beberapa faktor risiko iaitu:\n\nLebih 90 peratus pesakit kanser usus di Malaysia berusia lebih 40 tahun.\n\nKanser usus biasanya berasal daripada polip prakanser yang wujud dalam usus besar. Polip jenis adenoma boleh menjadi kanser. Ia menyerupai lapisan usus yang normal, namun kelihatan berbeza di bawah mikroskop.\n\nManakala polip hiperplastik jarang membesar menjadi kanser dan biasanya tidak berbahaya. Namun begitu, polip-polip ini boleh menjadi kanser usus dari semasa ke semasa jika tidak dibuang semasa peringkat awal rawatan.\n\nPenyakit ulcerative colitis (luka dan radang usus) dan Crohn\u2019s disease (radang pada usus, usus menebal dan luka) membentuk keradangan yang berpanjangan.\n\nWanita yang pernah mengalami kanser ovari, rahim atau payudara mempunyai risiko untuk mendapat kanser usus.\n\nJika ada ahli keluarga yang mendapat kanser usus sebelum usia 60 tahun. Kecenderungan genetik boleh diwarisi daripada ahli keluarga. Namun begitu, kebanyakan kanser usus berlaku pada individu tanpa sejarah kanser dalam keluarga.\n\nDisebabkan usus adalah sebahagian daripada sistem pencernaan, maka diet yang sihat dan baik sangat penting. Makanan yang rendah serat dan tinggi lemak, daging merah, alkohol dan daging yang diproses menjadi sebab penyakit ini boleh berlaku.\n\nKajian mendapati bahawa individu yang merokok lebih ramai meninggal akibat kanser usus berbanding individu yang tidak merokok.\n\nIndividu yang tidak aktif dan mengalami masalah berat badan berisiko mendapat kanser usus.\n\nOleh itu, jika ada gejala-gejala dan tanda kanser usus yang dinyatakan di atas, segeralah mendapatkan rawatan. Kanser usus masih boleh dirawat pada peringkat awal di mana polip yang aktif akan dibuang. Malahan, pesakit kanser usus mempunyai peluang untuk pulih walaupun berada pada tahap ke-4.\n\nMoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel kanser paru-paru, kanser mata dan tanda kanser otak"
"Setiap pasangan mempunyai rezeki yang berbeza-beza. Sesetengah pasangan dikurniakan anak yang ramai sehingga tidak menang tangan untuk menguruskannya. Ada juga pasangan yang susah untuk mendapatkan seorang anak. Ia adalah satu dugaan bagi pasangan yang inginkan anak tetapi tiada rezeki lagi.\n\nMendirikan rumah tangga adalah satu ibadah, dikurniakan anak adalah satu rezeki yang bukan semua orang boleh memilikinya. Anak boleh mendatangkan kebahagiaan dalam keluarga dan menjadi salah satu sebab hubungan keluarga menjadi akrab. Anak juga mendatangkan rezeki yang melimpah luah kepada keluarga tatkala didatangi musibah.\n\nTetapi anda dan pasangan jangan bimbang, Ada tips yang lebih sihat dan selamat dilakukan oleh pasangan untuk mendapatkan cahaya mata.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n5 Tips bagi pasangan yang tiada anak\n\n1) Pasangan mesti berjumpa dgn doktor setelah setahun mencuba (jangan tunggu lama lama. Semakin meningkat usia, fertility rate akan berkurangan).\n\n2) Amalkan gaya hidup sihat . Pastikan BMI anda adalah ideal sebelum mengandung.Kepada suamia, merokok adalah salah satu punca ketidak suburan.\n\n3) Mengamalkan pemakanan yang seimbang.. Less sugar, less salt, lest oily food, more vegetables and fruits\n\n4) Melakukan hubungan intim yg kerap sekurang kurangnya 2-3 kali seminggu..Tak perlu buat setiap hari pun ye.\n\n5) Sentiasa bersabar dan berdoa kepada Allah untuk murahkan rezeki kita untuk mendapat zuriat.\n\n*Jika pada tahun pertama tidak ada rezeki, jangan putus asa. Anda perlu cuba dan teruskan mencuba tanpa gagal. Selain itu, perbanyakkan doa dan solat hajat, minta kepada-Nya. Insyaallah, rezeki yang diminta akan dapat tepat pada masanya. Jangan bimbang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tidak dinafikan, sebagai manusia biasa, kadang-kala, kita terlepas pandang tentang perkara-perkara tertentu.\n\nWalaupun di dalam rumah, banyak bahaya yang menanti anak-anak kecil terutamanya buat mereka yang masih lagi belum matang pemikirannya.\n\nSekurang-kurangnya, dengan pengetahuan kita sebagai mak ayah tentang perkara ini, ia dapat mengurangkan risiko perkara yang tidak diingini daripada berlaku ke atas anak-anak kita di dalam rumah.\n\n5 BENDA BIASA DI RUMAH TETAPI BAHAYA BUAT ANAK KECIL\n\nBerikut merupakan 5 benda di dalam rumah kita, yang nampak biasa tetapi sebenarnya bahaya apabila kita mempunyai anak kecil di rumah.\n\nAnak yang berusia 6 hingga 18 bulan pada kebiasaannya akan menggunakan masa 30 minit sehari untuk meneroka dunianya dengan mengigit dan memasukkan objek kecil ke dalam mulut.\n\nKita tidak boleh menyalahkan anak itu kerana perkara ini sememangnya salah satu fitrah perkembangan anak kecil. Kita boleh memantau mereka dengan cara menyediakan \u2018teether\u2019\u00a0 untuk anak kita menggigit.\n\nPastikan barangan kecil seperti kunci, bateri dan guli disimpan di tempat tinggi yang sukar dicapai oleh anak sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.\n\nMakanan bersaiz kecil seperti yang disenaraikan oleh American Academy of Pediatrics ini adalah berbahaya untuk anak di bawah usia 4 tahun kerana mempunyai risiko tercekik.\n\nSekiranya kita ingin memberikan makanan\u00a0bersaiz kecil sebegini kepada anak di bawah umur 4 tahun, kita perlu lebih berhati-hati.\n\nSebelum ini, kita banyak mendengar maklumat tentang bahaya \u2018bath tub\u2019, baldi atau besen kepada anak kecil, bukan? Selain daripada itu, rupa-rupanya, terdapat juga kes anak kecil lemas dalam mangkuk tandas!\n\nMengikut sumber MedicineNet, dianggarkan seramai 115 orang kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas dalam mangkuk tandas setiap tahun.\n\nOleh itu, pastikan pintu bilik air dan tandas sentiasa bertutup agar tidak dimasuki oleh anak kecil ini semasa kita tidak melihat mereka.\n\nPlastik sampah mempunyai warna dan bunyi yang dapat menarik perhatian si kecil untuk bermain dan meneroka. Tahukah anda bahawa terdapat kes anak lemas apabila bermain dengan plastik sampah? Ya, perkara ini benar-benar terjadi.\n\nApabila kita membuka baju anak kecil pun, ia boleh membuatkan mereka berasa hampir lemas tatkala baju tersebut tersangkut di bahagian kepala, apatah lagi jika mereka bermain dengan plastik sampah yang boleh menghalang oksigen daripada sampai ke otak apabila ditekup rapat ke hidung atau terikat tanpa sengaja.\n\nJadi, jauhkan plastik sampah daripada pandangan dan capaian anak-anak kecil ini ya!\n\nUbat dan vitamin kelihatan cukup menarik di mata anak kecil untuk dijadikan bahan permainan. Walaupun sekadar \u2018paracetamol\u2019\u00a0 atau Vitamin C, usah letakkannya merata-rata di dalam rumah kita.\n\nAnak kecil yang berada dalam fasa perkembangan sebegini sememangnya mempunyai elemen \u2018curiosity\u2019\u00a0 yang tinggi.\n\nPerasaan ingin tahu ini akan membawa mereka kepada proses \u2018explore & experiment\u2019\u00a0 tanpa memikirkan keselamatan mereka.\n\nSehinggakan kadang-kala, walaupun kita sudah menyimpan ubat dan vitamin tersebut di atas rak, anak kecil ini akan bertindak bijak dengan memanjat rak atau menggunakan kerusi untuk mencapai ubat itu.\n\nInilah sebabnya mengapa kita perlu menyimpan ubat dan vitamin di tempat yang berkunci. Seeloknya, simpan ubat dan vitamin ini di tempat yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya 1.7 meter daripada aras lantai. Itu yang\u00a0terbaik.\n\nBahaya ada di mana-mana, di luar rumah hatta di dalam rumah sekali pun, anak-anak kecil ini terdedah dengan bermacam-macam bahaya.\n\nWalaupun kita telah melakukan pelbagai langkah keselamatan dan pencegahan, penghujungnya kelak, Allah yang menentukan keberkesanan sesuatu perkara itu.\n\nOleh itu, sebagai mak ayah yang bertanggungjawab, sentiasa usaha, doa dan tawakal kepada Allah, agar kita dan anak-anak sentiasa dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung."
"Jadual imunisasi untuk bayi di Malaysia adalah berdasarkan Jadual Imunisasi program Imunisasi Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. \n\nSuntikan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan adalah sangat penting bagi memastikan herd imunity atau imuniti berkelompok di Malaysia sentiasa terpelihara dan yang paling utama, untuk melindungi bayi anda daripada penyakit merbahaya.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan jadual imunisasi bayi di Malaysia beserta jenis vaksin dan masa yang semua ibu bapa wajib tahu, supaya bayi anda tidak terlewat menerima suntikan dari klinik.\n\nSelepas bayi anda dilahirkan, bayi anda akan disuntik dengan dua jenis vaksin iaitu:\n\nApabila bayi anda berumur satu bulan, anda perlu membawa si manja ke klinik untuk mendapatkan suntikan Hepatitis B ( dos kedua ).\n\nSedar tak sedar, bayi anda dah masuk dua bulan. Sekali lagi, anda perlu ke klinik untuk memberikan bayi anda suntikan vaksin yang berikut:\n\nGenap sahaja bayi anda berumur 3 bulan, sekali lagi anda perlu membawanya ke klinik untuk mendapatkan suntikan:\n\nApabila bayi anda berumur lima bulan, suntikan yang akan diberikan ialaj seperti berikut:\n\nAnda akan diberikan tarikh temujanji apabila bayi anda berumur enam bulan untuk mendapatkan suntikan:\n\nTemujanji anda yang seterusnya ialah apabila bayi anda berumur sembilan bulan di mana bayi anda akan diberikan suntikan yang berikut:\n\nApabila bayi anda menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama, anda akan mempunyain temujanji untuk mendapatkan suntikan MMR dos kedua.\n\nApabila bayi anda berumur satu tahun enam bulan, tarikh temujanji yang diberikan ialah untuk mendapatkan suntikan:\n\nJika anda menetap di Sarawak, bayi anda akan diberikan suntikan vaksin JE dos kedua apabila bayi mencecah usia dua puluh satu bulan.\n\nApabila anak anda memasuki darjah satu, anda akan mendapat surat kebenaran imunisasi di mana pasukan kesihatan akan datang ke sekolah untuk memberikan anak anda suntikan berikut:\n\nJika anak anda adalah seorang perempuan, apabila anak anda berumur 13 tahun, suntikan HPV dos pertama dan kedua akan diberikan secara percuma di sekolah. Vaksin HPV iaitu Human Papillomavirus adalah bertujuan untuk melindungi anak anda daripada kanser serviks. Dos kedua akan diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas dos pertama. \n\nApabila anak anda berumur 15 tahun, anak anda akan diberikan vaksin Tetanus Booster.\n\nBagaimana pula dengan anak yang tidak pernah divaksinkan?\n\nTerdapat juga kes di mana bayi tidak divaksinkan di atas sebab tertentu seperti berada di luar negara, berada jauh di pedalaman dan tidak dapat ke klinik, atau mungkin juga bayi tersebut mempunyai ibu bapa anti vaksin yang baru medapat kesedaran untuk memvaksinkan anak. \n\nUntuk bayi yang tidak pernah divaksinkan, suntikan imunisasi yang pertama akan diberikan seawal lawatan pertama ke klinik. Vaksin akan diberikan berdasarkan umur bayi semasa dibawa ke klinik. Sebagai contoh, jika bayi berumur 2 bulan semasa dibawa:\n\nSuntikan vaksin tambahan yang tiada dalam jadual imunisasi kebangsaan\n\nTerdapat beberapa jenis vaksin yang tidak tersenarai dalam jadual imunisasi kebangsaan, dan boleh anda dapatkan di klinik swasta. Di antara vaksin tersebut ialah:\n\nItulah dia jadual imunisasi bayi 2019 beserta jenis vaksin dan masa yang ibu bapa perlu tahu. Suntikan imunisasi adalah sangat penting bagi kesihatan bayi anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua hilangkan selsema dan petua hilangkan cirit birit."
"Kalau anda sedang sibuk atau mungkin malas, resepi yang kami bawakan kali ini khas untuk anda. Resepi ini amat mudah untuk dimasak, jangan risau sekiranya anda masih amatur atau baru belajar memasak, resepi ini sesuai juga untuk anda!\n\nNasi Goreng Biasa tidak memerlukan bahan yang sukar untuk dicari, malahan, anda boleh mengambilnya didalam peti ais anda sahaja! \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Achikjan Ahmadnoor dan telah mendapat banyak likes di media sosial. \n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nHa senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!"
"Penggemar cheesecake kena cuba resepi yang kami kongsikan ini. Daripada belajar ambil kelas dengan pakar, boleh kering poket beratus ringgit jika ingin belajar dengan pakar itu.\n\nResepi basque burnt cheesecake atau mudah dikenal dengan kek cheese hangus, diperbuat dengan menggunakan cream cheese, tepung, telur, whipping cream dan gula.\n\nSemudah-mudahnya resepi yang ada, ialah resepi yang telah dikongsikan oleh Norlela Abdullah\u200e di laman Facebook. Penyediaan kek ini ialah dengan dibakar sehingga permukaannya coklat gelap. Namun begitu rasa kek ini tidak hangit, malah sebaliknya ia amat manis, lembut dan lazat.\n\nTanpa buang masa, jom cubakan resepi viral bosque burnt sekarang juga. Gerenti sedap bikin ketagih.\n\nSelain resepi basque burnt cheese cake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Demam denggi sememangnya sangat menakutkan. Lebih-lebih lagi demam denggi berdarah. Malah, doktor selalu memberi amaran bahawa jika anda mengalami demam denggi sebanyak dua kali dalam tempoh setahun, kemungkinan untuk anda meninggal adalah sangat tinggi. \n\nMenakutkan, bukan? Oleh itu adalah sangat penting untuk anda tahu apakah punca demam denggi supaya ianya boleh dijauhkan.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan demam denggi? \n\nDemam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti oleh virus tersebut. Anda akan mendapat demam denggi sekiranya digigit oleh nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.\n\nSetakat hari ini, cuma terdapat satu cara untuk anda dijangkiti oleh demam denggi iaitu dengan cara gigitan oleh nyamuk Aedes yang telah dijangkiti oleh virus demam denggi. Selagi nyamuk yang dijangkiti tersebut hidup dan terus menggigit manusia, semua manusia yang digigit oleh nyamuk tersebut akan mendapat demam denggi.\n\nTerdapat empat jenis virus yang telah dikenal-pasti boleh menyebabkan jangkitan demam denggi iaitu:\n\nAnda akan mengalami demam denggi sekiranya dijangkiti oleh salah satu daripada virus yang disebutkan diatas. Apa yang menakutkan, jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja. Jadi, jika individu tersebut tinggal di kawasan jangkitan demam denggi, dia boleh dijangkiti oleh virus yang lain pula selepas sembuh daripada demam denggi yang dialami.\n\nSehingga hari ini, tiada ubat khusus yang dapat merawat demam denggi. Oleh itu, sangat penting untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan sekiranya anda telah dijangkiti oleh demam denggi. Semua peringkat umur berisiko untuk mendapat demam denggi.\n\nBagaimanakah cara untuk mengenali nyamuk Aedes?\n\nNyamuk Aedes boleh dikenali dengan melihat pada badannya. Nyamuk Aedes mempunyai belang hitam putih pada kakinya. Nyamuk Aedes sangat aktif dan biasanya menggigit mangsa pada awal pagi dan waktu senja. \n\nIa membiak dalam air jernih yang bertakung sama ada di dalam atau pun di luar rumah. Apa yang paling menakutkan, kitaran hidup Aedes dari peringkat telur, jentik-jentik, kepompong hingga nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama satu minggu sahaja. \n\nKira-kira 7 hari selepas anda dijangkiti oleh virus demam denggi, badan anda akan mula menunjukkan simptom-simptom berikut:\n\nSekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas, jangan berlengah lagi. Segera ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Jika anda disahkan dijangkiti demam denggi, anda akan dikuarantin. Kawasan kejiranan anda akan disembur dengan kabus dan diwartakan sebagai kawasan jangkitan demam denggi.\n\nApa yang boleh anda lakukan untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes di kawasan anda?\n\nBagi kes demam denggi, mencegah adalah cara yang terbaik memandangkan masih belum ada ubat yang boleh mengubati demam tersebut. Mencegah bermaksud dengan cara mencegah nyamuk Aedes daripada membiak dan menjadi semakin banyak di kawasan kejiranan anda. Untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes, apa yang boleh anda lakukan ialah:\n\nBagaimana cara untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa?\n\nNyamuk Aedes dewasa cuma boleh dibunuh dengan cara yang berikut:\n\nApakah petua untuk merawat demam denggi dengan cepat?\n\nMemandangkan belum ada ubat untuk merawat demam denggi, tak salah kalau anda berusaha dengan petua orang lama. Di antara petua yang boleh anda amalkan ialah:\n\nItulah dia info tentang punca demam denggi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanda gout dan tanda bisul"
"Bila bulan puasa roti john adalah antara makanan paling banyak peminatnya bukan? Panjang sungguh orang beratur di bazar untuk beli roti john. Tunggu tup tup sudah azan magrib pula sudah terlepas masa berbuka.\n\nRoti john memang sedap dan mengenyangkan, makan satu saja boleh kenyang. Ia diperbuat dengan roti oblong yang diisi dengan daging kisar, bawang, cili, telur dan sayuran. Tidak hairan roti john ini banyak penggemarnya.\n\nApa kata kalau anda buat roti john sedap menjilat jari, dengan resepi roti john sedap dan lazat daripada \u200eTengku RosElyza Raja Muhammad\u200e di laman Facebook yang telah kami suntingkan dengan kemas untuk anda.\n\nLebih berbaloi jika dibuat sendiri, tidak perlu beratur masa beli. Hidangkan untuk keluarga, majlis bersuka ria dan sebagainya. Selamat mencuba.\n\n1. Mula-mula satukan telur, daging, bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.\n\n2. Kemudian sapu roti dengan planta. Ketepikan.\n3. Lalu sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan daging tadi dan biarkan daging sampai masak.\n4. Tekapkan roti tersebut di atas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.\n5. Bila sudah masak, baru angkat.\n6. Kemudian letak sayur dan sos yang ada.\n7. Siap dipotong.\n\nSelain resepi roti john, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Rumah anda ada banyak semut? Mencari tips petua halau semut? Adakalanya kehadiran semut boleh menyebabkan anda hampir mengamuk semasa masuk ke dapur. Terutamanya jika semut mula menghurung makanan anda atau masuk ke dalam bekas simpanan air. \n\nTak lalu untuk menelan air yang penuh dengan semut mati terapung didalamnya. Membazir pula apabila terpaksa membuang air dan makanan tadi. Jom kami kongsikan 10 petua hilangkan semua yang boleh anda amalkan di dapur dan di kebun.\n\nDaun sireh mempunyai bau yang kuat dan agak tidak menyenangkan. Baunya agak pedas. Bayangkan, jika kita manusia yang bertubuh besar pun kurang suka dengan bau sireh, bayangkan kesan bau daun sireh ke atas semut yang halus sahaja tubuh badannya. Terdapat dua cara untuk menghalau semut dengan menggunakan daun sireh iaitu:\n\nKulit telur adalah satu lagi petua halau semut yang anda boleh cuba. Caranya sangat mudah dan yang lebih menarik, kulit telur adalah bahan semulajadi yang selamat dan boleh didapati secara percuma. Setiap dapur rumah mempunyai telur ayam untuk masakan. Cara menghalau semut dengan kulit telur adalah seperti berikut:\n\nTaburkan sahaja serbuk kopi di kawasan laluan semut. Aroma kopi yang kuat akan menyebabkan semut tidak datang lagi ke kawasan tersebut. Malah serbuk kopi tadi akan menjadi melekit apabila bertindak balas dengan udara. apabila ada semut degil yang cuba untuk melalui kawasan tersebut, ia akan melekat pada lekitan serbuk kopi tadi lalu terperangkap dan mati. Apabila semut lain melihat apa yang berlaku, mereka akan berasa takut dan tidak akan datang lagi ke situ.\n\nBiasa kita dengar lada hitam dan garam digunakan dalam perubatan islam untuk mengatasi masalah gangguan sihir dan jin. Namun dua bahan tersebut juga sangat berkesan untuk menghalau semut. Caranya. Tabur lada hitam dan garam di kawasan yang selalu dilalui oleh semut di rumah anda.\n\nJus limau nipis adalah petua halau semut yang anda wajib cuba kerana ianya adalah sangat berkesan. Apa yang anda perlukan ialah sebiji limau nipis. Ambil limau nipis tadi, perah jusnya dan masukkan jus limau nipis ke dalam botol spray. Sembur di kawasan yang berkenan.\n\nAir sabun boleh digunakan untuk menghalau semut. Air sabun bukan sahaja mengeluarkan bau kuat yang tidak disukai oleh semut malah ia akan menyebabkan mata semut menjadi pedih. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:\n\nMungkin anda terkejut apabila kami senaraikan timun sebagai salah satu petua halau semut yang berkesan anda boleh cuba. Ya. Timun boleh digunakan untuk menghalau semut. Caranya juga sangat mudah untuk anda lakukan iaitu:\n\nCuka ada bersifat asid dan ia merupakan bahan di dapur yang boleh digunakan untuk menghalau semut. Kami pasti setiap dapur di Malaysia mempunyai sebotol cuka memandangkan ia adalah bahan serbaguna yang sangat membantu para ibu. Untuk menghalau semut dengan menggunakan cuka, terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:\n\nSoda bikarbonat bukan sahaja bahan penting dalam membakar kek, roti, dan biskut, malah ia juga berguna untuk menghalau semut yang mengganggu ketenteraman dapur anda. Soda bikarbonat telah digunakan sebagai salah satu petua menghalau semut yang berkesan sejak dulu lagi. Caranya juga sangat mudah. Anda hanya perlu menabur soda bikarbonat di kawasan laluan semut dan ia akan menghalang semut daripada datang lagi.\n\nPetua halau semut yang terakhir anda boleh cuba ialah dengan cara meletakkan bunga cengkih di kawasan laluan semut dan kawasan yang menjadi kegemaran semut di rumah anda. Bunga cengkih mengeluarkan bau yang kuat dan akan memedihkan mata semut. Semut tidak akan datang lagi kerana tidak tahan akan baunya.\n\nItulah dia info \u00a0tentang petua halau semut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:"
"Ada tak makanan yang boleh dimakan untuk hilangkan masalah dengkur? Teruskan bacaan artikel ini untuk ketahui makanan untuk menghilangkan dengkur.\n\nDengkur ialah satu bentuk halangan laluan udara di saluran pernafasan atas manusia yang boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan berkaitan kardiovaskular jantung atau jangkitan bakteria yang menghasilkan cecair sekatan di laluan pernafasan.\n\nSelain itu, bunyi dengkur yang terhasil boleh mengganggu pasangan yang tidur sekatil.\n\nMasalah dengkur dicatatkan berlaku antara 20-40% dalam sesebuah populasi komuniti. Antara faktor seseorang berdengkur yang telah dikenal pasti ialah:\n\nOrang yang berdengkur sering kali tidak menyedari bahawa dirinya sedang berdengkur! Namun, mereka yang berdengkur juga kadang-kadang akan mengalami masalah tidur tidak mencukupi (seperti pasangannya!).\n\nMasalah kekurangan tidur boleh menyebabkan beberapa risiko kesihatan yang membimbangkan, antaranya pitam, penyakit thyroid dan insomnia. Oleh itu, artikel ini akan mencadangkan senarai makanan untuk menghilangkan dengkur yang boleh diamalkan oleh orang ramai.\n\nCadangan makanan ini adalah berdasarkan khasiat perubatan makanan tersebut sebagaimana telah diakui melalui kajian sains, yang relevan dengan cara menangani punca dengkur.\n\nSifat antimikrob madu lebah yang hebat dan terbukti secara saintifik seringkali digunakan untuk merawat jangkitan.\n\nPengambilan madu boleh melegakan dan melapangkan laluan nasal pada hidung. Seterusnya, udara akan mudah melepasi rongga hidung tanpa menimbulkan bunyi dengkur.\n\nTerdapat petua tradisi yang diamalkan untuk menghilangkan dengkur dengan mengunyah bawang putih mentah pada waktu malam sebelum tidur.\n\nHal ini selari dengan kajian lepas yang melihat kesan antiradang yang tinggi oleh bawang putih. Aktiviti anti radang ini berkesan melawan jangkitan dan serangan alahan menjadi lebih teruk untuk menyebabkan dengkur.\n\nPilihan makanan yang kaya dengan kandungan omega 3 merupakan langkah yang tepat bagi mereka yang ingin menghilangkan dengkur.\n\nKandungan omega 3 yang selalu disertai dengan asid amino dan protein lengkap ternyata membantu menghentikan penghasilan phlegm atau hingus yang boleh menyekat laluan nasal hidung.\n\nAntara makanan yang kaya omega 3 ialah:\n\nMinuman soya adalah lebih baik diamalkan bagi mereka yang mempunyai masalah dengkur yang gemar minum susu lembu.\n\nHal ini disebabkan, pengambilan susu segar menghasilkan mucus yang merumitkan lagi masalah dengkur.\n\nJadi, susu soya adalah sangat sesuai dijadikan sebagai susu sebagai alternatif sumber kalsium dan protein susu, di samping mengurangkan gejala dengkur.\n\nBuah tropika ini merupakan anugerah alam yang sangat bernilai sebagai buah yang memberi kelegaan kepada sakit tekak dan hidung yang tersumbat.\n\nEnzim dan sebatian biokatif nanas seperti bromelain memberi aktivit pencernaan dan penguraian yang baik pada peringkat selular tubuh.\n\nMemang susah nak telan kalau kita makan serbuk kunyit atau kunyah ibu kunyit, jadi, antara kombinasi makanan yang boleh dihasilkan adalah dengan mencampurkan susu + kunyit + madu untuk dijadikan minuman.\n\nSebatian aktif dalam kunyit yang dipanggil curcumin mempunyai kuasa anti radang yang sangat kuat, terutamanya untuk bertindak memulihkan keradangan pada laluan nasal.\n\nSelain kandungan lemak tepu yang rendah, minyak zaitun dilaporkan mempunyai banyak sebatian antioksidan yang baik untuk tubuh.\n\nTambahan pula, minyak zaitun membantu mengurangkan masalah asid refluks yang merupakan antara punca berlakunya dengkur.\n\nTurut dikenali sebagai peppermint, daun pudina mempunyai kesan aromaterapi yang bagus untuk tidur yang lena.\n\nLebih utama, sebatian bioaktif dalam daun pudina, dikenali sebagai menthol dan metil salisilat mengurangkan bengkak pada tekak untuk melegakan bukaan dan laluan udara supaya masalah dengkur dapat dikurangkan.\n\nSelain dijadikan sebagai bahan penambah rasa dalam sos pencicah dan antara komponen utama dalam wasabi, horesradish mempunyai khasiat kesihatan sebagai makanan untuk menghilangkan dengkur.\n\nMenurut kajian makmal, horseradish mempunyai potensi untuk mengurangkan sekatan sinus pada laluan hidung.\n\nDi samping itu, lobak kuda yang mempunyai bau yang kuat ini adalah sangat berkesan dalam mengeringkan lebihan mucus.\n\nSecawan teh panas kurang gula dapat memberikan nikmat tidur yang kurang dengkuran.\n\nMenurut tinjauan saintifik, teh hijau dan\u00a0black tea\u00a0merupakan pilihan yang terbaik sebagai antara makanan untuk menghilangkan dengkur.\n\nBahan aktif dalam teh membantu mengurangkan laluan yang tersumbat dan meminimumkan kandungan phlegm atau hingus yang menyebabkan berlakunya dengkur,\n\nNamun, pengambilannya perlulah dalam kuantiti yang sederhana kerana teh turut mengandungi kafein sebagaimana minuman kopi yang boleh menyebabkan anda berjaga akibat kesan kafein.\n\nBerikut pula merupakan senarai makanan yang perlu dielak diambil oleh mereka yang sedang cuba mengurangkan masalah dengkur mereka. Antaranya:\n\nMakanan-makanan yang disenaraikan tersebut dilaporkan memberikan kesan keradangan yang semakin teruk ke atas laluan udara pernafasan dan melonggarkan otot pernafasan menyebabkan masalah dengkur.\n\nSelain itu, makanan tersebut merangsang pengeluaran mucus.\n\nSebaiknya, elakkan mengambil makanan-makanan tersebut 3 jam sebelum anda tidur dan kurangkan kekerapannya dalam seminggu.\n\nAnda sukakan artikel makanan untuk menghilankan dengkur ini? Jemput juga baca artikel amalan sebelum tidur dan cara mengatasi anak tidur berdengkur"
"Bagaimana\u00a0nak latih bayi tidur sepanjang malam? Mesti ramai ibubapa resah bila bayi tidak tidur malam kan? Bayi baru lahir juga ada yang susah tidur malam. Rutin tidur bayi 1 bulan adalah yang paling mencabar. Waktu tidur bayi masih tidak menentu dan bayi tak nak tidur malam memang normal di awal usianya. \n\nPetua bayi tidur lena waktu malam ada banyak. Tapi anda perlu melakukannya secara berperingkat. Anda sudah boleh mula didik atau latih bayi tidur sepanjang malam sejak ia masih kecil lagi. \n\nDengan latihan begini barulah masa tidur bayi menjadi satu rutin yang baik. Secara tidak langsung anda juga akan ikut berasa relaks dengan waktu tidur yang cukup di malam hari. \n\n10 Langkah Untuk Latih Bayi Tidur Lena Sepanjang Malam Hingga Ke Pagi\n\nDari semua tips untuk tidurkan\u00a0bayi yang ada, anda perlu susun tips tersebut sehingga menjadi satu pola tidur untuk anak. Ini penting untuk mendapatkan tempoh bayi tidur sepanjang malam seperti yang dikehendaki. Tips atau langkah untuk melatih\u00a0pola\u00a0tidur bayi\u00a0dengan baik itu adalah;\n\nLangkah #1 \u2013 Kenali Tanda Bila Bayi Mahu Tidur\n\nSewaktu awal kelahiran, memang susah untuk kita nak latih bayi tidur malam. Maka sebagai ibu, anda kena sentiasa alert bilakah masa yang bayi betul-betul mengantuk.\u00a0\n\nAntara tanda-tanda bayi mengantuk adalah :\n\nLangkah #2 \u2013\u00a0Susun Jadual Waktu Tidur Untuk Bayi \u00a0\n\nUntuk permulaan mungkin sukar untuk ibu latih waktu tidur, tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan secara perlahan lahan. Anda boleh susun jadual waktu tidurnya sendiri. Sebagai contoh, jangan tidurkan bayi pada waktu maghrib supaya dia tidak bangun terlalu awal nanti. \n\nMain dengan anak sehingga dia penat dan biasakan bawa anak masuk ke bilik tidur pada pukul 9 malam. Anda juga boleh bedungkan bayi agar dia lebih selesa untuk tidur sepanjang malam, itupun jika bayi tidak berasa rimas. \n\nLangkah #3 \u2013 Sediakan Urutan Dan Bunyi Yang Menenangkan\n\nSesetengah bayi perlu tidur dalam keadaan yang sunyi sesetengah pula perlukan bunyi untuk dia tidak berasa sepi seorang diri. Jadi pasangkan alunan-alunan ayat suci AlQur\u2019an\u00a0 waktu malam supaya bayi tidur dengan lebih tenang. \n\nUrutan juga adalah cara yang baik untuk\u00a0 latih bayi tidur malam. Ada beberapa jenis urutan bayi yang dapat memudahkan bayi untuk tidur. Anda boleh lakukan urutan dengan menggunakan minyak bayi atau aroma therapy untuk membantunya tidur dalam keadaan yang lebih tenang dan tenteram. \n\nLangkah #4 \u2013 Ajarkan Bayi tentang Perbezaan Siang Dan Malam\n\nUntuk latih bayi tidur malam dia perlu tahu bezakan waktu malam dan siang. Langkah paling mudah untuk dibuat adalah dengan memalapkan lampu pada waktu malam untuk memberikan pebezaan pada pencahayaan. \n\nDengan begini malam dan siang dapat difahami oleh bayi secara sedikit demi sedikit dan lama kelamaan bayi akan mula membiasakan dirinya sendiri. \n\nLangkah #5 \u2013 Tidurkan Bayi Di Dalam Dakapan\n\nAda bayi yang mudah tidur dengan ditepuk tepuk\u00a0sahaja dan ada bayi yang perlu didukung. Ada juga bayi yang amat susah mahu tidur hingga terpaksa di dodoi dengan buai. Apa cara sekalipun, ketahuilah yang lena dalam dakapan ibunya adalah tempat yang paling selesa untuk bayi tidur nyenyak sepanjang malam. \n\nTidak salah jika mahu gunakan buai tapi jangan terus dibiarkan bayi lena dalam buaian seorang diri tanpa pengawasan begitu. Mungkin ibu boleh cuba tidurkan bayi di dalam buai dahulu sebelum diletakkan di bawah (atas tilam). \n\nLangkah #6 \u2013 Ibu Perlu Kurangkan Pengambilan Kafein\n\nJika ibu menyusu badan tolong kurangkan pengambilan kafein. Ini kerana ia boleh sampai pada bayi saatnya menyusu. Kafein ini bukan saja tidak elok semasa hamil malah sepanjang tempoh penyusuan susu ibu juga. \n\nBayi akan turut terkesan dengan kafein dan lebih teruk bayi perlukan jangka masa yang sangat lama untuk hilangkan kesan kafein itu pada badannya. Jadi tak peliklah kalau mata bayi anda sentiasa bulat dan tidak mahu tidur jika anda memberinya susu badan sebaik saja anda selesai minum kopi. \n\nLangkah #7 \u2013 Tidurkan Bayi Dalam Keadaan Perutnya Kenyang\n\nSebelum bayi tidur pastikan beri susu hingga dia betul-betul kenyang untuk elakkan bayi terjaga dengan cepat kerana lapar. Anda juga perlu tahu bilakah agaknya bayi akan terjaga kerana ingin susu di waktu tengah malamar. \n\nWalaubagaimanapun, semasa bayi masih kecil memang sudah menjadi kebiasaannya untuk bangun menyusu dengan agak kerap. Nak cepat besarlah katakan. \n\n Langkah #8 \u2013 Elakkan Ganggu Bayi Ketika Dia Sedang Tidur\n\nCara latih bayi tidur malam seterusnya pastikan anda tukar lampin bayi sebelum dia tidur. Anda perlu juga pakaikan bayi dengan pakaian yang agak selesa. Jangan beri pakaian yang terlalu tebal takut dia panas dan jangan juga terlalu nipis takut dia sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang sepatutnya sesuai dengan suhu pada waktu tersebut.\n\nJangan juga tukar lampin bayi semasa beliau nyenyak tidur dengan kasar. Jika lampin bayi sudah terlampau berat atau bocor, biasakan diri dengan menukarnya secara perlahan. Bayi mudah terkejut dan jika bayi terjaga semasa proses menukar lampin alamatnya memang sukar untuk dia tidur semula. \n\nLangkah #9 \u2013 Ibu Baring Dan Tidurkan Bayi Sambil Menyusu Badan \n\nMenyusu badan pekara paling istimewa antara bayi dan ibu. Kebiasaannya bayi memang mudah tertidur semasa manyusu badan. Jadi jika bayi tejaga kerana lapar lebih mudah untuk bayi tidur semula semasa menyusu kerana susu sudah sentiasa sedia untuk di hisap dengan tepukan dan dakapan. Tapi ibu juga harus berhati hati dan tetap juga perhatikan bayi untuk mengelakkan kejadian tercekik susu atau lemas akibat tertindih badan ibu.\n\nLangkah #10 \u2013 Ibu Perlu Ikut Tidur Bersama Bayi Hingga Ke Pagi\n\nWalau pelbagai cara anda buat untuk latih bayi tidur malam, langkah paling afdal adalah pada diri si ibu itu sendiri. Anda nekad untuk tetapkan waktu tidur bayi, maka anda juga perlu ikut tidur bersamanya.\n\nJika waktu siang mungkin tidak mengapa kerana waktu siang bayi memang harus tidur sekejap saja. Tapi untuk waktu malam biasakan diri untuk tidur bersama bayi. Jangan lupa yang ibu juga perlukan rehat yang cukup sewaktu menjaga bayi. Barulah rasa happy dan tidak stress.\n\nDoa untuk bayi\u00a0tidur lena juga bagus untuk diamalkan. Doa untuk bayi\u00a0tidur lena atau untuk\u00a0bayi susah tidur\u00a0malam menurut Islam juga elok untuk dipraktik. Anda boleh surah untuk bayi bagi membantunya tidur lena. \n\nBayi Susah Tidur Malam? Jom Latih Anak Tidur Sepanjang Malam Mulai Sekarang!\n\nBila ada bayi,\u00a0tidur\u00a0kita juga mula terganggu kerana si kecil. Jangan risau, anda hanya perlu tahu sebab\u00a0bayi\u00a0susah\u00a0tidur\u00a0dan kenapa terjaga semasa\u00a0tidur malam. Kemudian anda boleh mula latih anak untuk\u00a0tidur\u00a0secara berperingkat. \n\nItulah dia antara langkah-langkah untuk membentuk atau melatih bayi tidur lena sepanjang malam. Semoga tips ini dapat membantu ibubapa di luar sana dalam menjaga bayi kesayangan masing-masing. Jemput baca juga perkembangan berat badan bayi 0-12 bulan dan tips untuk bantu anak jalan sendiri."
"Tibi atau TB merupakan singkatan kepada Tuberculosis merupakan penyakit berjangkit tertua di dunia yang disebabkan oleh bakteria\u00a0Mycobacterium tuberculosis.\n\nRamai yang menggelar tibi\u00a0sebagai penyakit batuk kering. Sebenarnya, batuk kering merupakan salah satu\u00a0cabang penyakit tibi di mana bakteria ini menyerang paru-paru mengakibatkan batuk kering terjadi.\n\nBakteria ini sering menyerang bahagian paru-paru, namun\u00a0ia juga boleh menyerang bahagian tubuh yang lain seperti otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, kelenjar adrenal dan bahagian usus manusia. Terdapat beberapa tanda penyakit tibi yang boleh dikesan awal namun pengesahan hanya boleh dilakukan melalui ujian di klinik atau hospital.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan penyakit tibi?\n\nTibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Ia disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang ditemui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman. Kuman ini berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.\n\nDianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, ia juga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.\n\nApabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.\n\nSesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.\n\nSiapakah golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan penyakit tibi?\n\nDi antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit tibi ialah:\n\nBagaimanakah cara untuk\u00a0mendiagnos\u00a0penyakit tibi?\n\nBerikut adalah cara penyakit tibi didiagnos:\n\nApakah gejala atau simptom penyakit tibi?\n\nDi antara simptom penyakit tibi ialah:\n\nDi antara komplikasi yang akan dialami oleh pesakit tibi ialah:\n\nApakah langkah untuk mencegah penyakit tibi?\n\nPenyakit tibi boleh dicegah dengan cara berikut:\n\nRawatan untuk penyakit tibi biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.\n\nPeringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.\u00a0\u00a0\n\nNamun, terdapat pesakit yang culas dalam mengambil ubat menyebabkan kuman menjadi kebal terhadap ubat. Akibatnya, ubatan lebih kuat harus digunakan menyebabkan kesan sampingan lebih ke atas pesakit.\n\nTips untuk pesakit tibi supaya cepat sembuh dan mengelakkan jangkitan semula\n\nItulah dia info tentang penyakit tibi yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda gastrik, punca dan tanda penyakit batu karang dan difteria."
"Peminat resepi ikan kerapu masak tiga rasa?\n\nIkan kerapu sudah tidak asing lagi didengar. Ia merupakan ikan yang paling banyak diminati. Ikan kerapu ada banyak jenisnya. Kesemua jenis pada umumnya memiliki kulit tebal namun sedap dimakan dan berisikan daging yang sangat putih.\n\nTidak ramai yang tahu bahawa kulit ikan kerapu sangat baik untuk kesihatan terutamanya untuk golongan wanita, kerana kulitnya memiliki kandungan collagen yang tinggi. Sehingga sangat baik dimakan guna untuk mengatasi penuaan kulit supaya tidak cepat mengendur.\n\nBanyak resepi ikan kerapu seperti kerapu goreng, kerapu stim, masak kicap dan lain-lain. Namun resepi yang paling banyak mendapat perkongsian dan paling dicari ialah kerapu masak tiga rasa. Perkongsian daripada \u200eIntan Saham\u200e di Facebook ini mendapat ribuan share.\n\nJom buat resepinya, kerapu tiga rasa dengan kombinasi rasa pedas, asam dan manis yang sesuai dijadikan hidangan untuk makan siang bersama keluarga. Kenyang bersama sihat bersama.\n\nResepi Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa\n\nSelain resepi ikan kerapu masak tiga rasa, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Najis bayi yang dilihat cair itu adalah sangat normal. Tetapi, bayi itu mungkin sedang mengalami cirit-birit jika dia sering kali berak cair dan tiada najis ketulan. Oleh itu, penting untuk ibu bapa ketahui tanda-tanda bayi cirit birit.\n\nWalaubagaimanapun, ramai ibu bapa yang masih keliru dengan najis bayi sehingga menganggap bayi cirit birit, sedangkan najis bayi itu mungkin normal untuk usianya. Bayi akan kerap membuang air besar dan itu bergantung sepenuhnya sama ada dia mengambil susu badan atau susu formula.\n\nCirit-birit ini boleh menjadi bahaya jika ia tidak berhenti selepas beberapa jam. Namun, ada sebahagian orang yang mengatakan cirit-birit ini selalunya berhenti dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, anda harus berjumpa doktor jika bayi cirit-birit selepas masuk hari ke-2. \n\nPunca bayi cirit-birit berpanjangan adalah dehidrasi. Jangan tangguh untuk berjumpa doktor jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti kulit atau bibir menjadi kering, bayi lemah lesu, menangis tanpa air mata, ubun-ubun kepala yang makin mengecut, tangan dan kaki bertukar pucat dan banyak lagi tanda.\n\nPunca bayi cirit birit juga adalah disebabkan oleh alergi makanan. Alergi makanan berlaku disebabkan pengaktifan tubuh badan bertindak balas terhadap makanan yang digunakan. Alergi makanan tidak boleh dibiarkan kerana berisiko takut menimbulkan gangguan yang berat pada sistem pencernaan bayi anda.\n\nAlahan makanan ini biasanya berlaku sejak bayi dan kanak-kanak lagi. Makanan yang paling biasa menyebabkan alahan makanan adalah susu, telur, kacang tanah, dan kekacang lain seperti kacang hazel, walnut dan badam. Ibu menyusu sendiri perlu menjaga pemakanan untuk elakkan alergi dan bayi cirit birit.\n\nKeracunan makanan berlaku apabila anak anda mengambil sebarang makanan atau minuman yang dicemari oleh bakteria atau virus. Bayi terkena keracunan jika si ibu mengambil makanan ringan tanpa pantang. \n\nMikroorganisma racun masuk ke dalam tubuh bayi akan mengakibatkan bayi cirit birit. Tanda-tanda dan simptom keracunan makanan bergantung kepada jenis mikroorganisma yang menjangkiti bayi anda. \n\nEnzim sangat diperlukan untuk proses metabolisme. Metabolisme adalah proses kimia yang terjadi dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga. Contohnya pemecahan lemak, karbohidrat dan protein. Ketika produksi enzim terganggu, proses metabolisme di dalam tubuh pun akan ikut terganggu.\n\nKebanyakan mereka yang kekurangan enzim ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi yang baru lahir perlulah selalu diperhatikan untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis yang berlebihan. \n\nBayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan ubat-ubatan agar tidak termasuk di dalam susu ibu. Makanan ibu perlu dijaga memandangkan kekurangan enzim adalah salah satu punca bayi cirit birit.\n\nAntibiotik adalah salah satu senjata masyarakat yang paling penting terhadap jangkitan bakteria. Antibiotik membunuh bakteria dan menghalang mereka dari merebak. Ini dapat membantu system imun semula jadi badan melawan jangkitan. \n\nKesan sampingan kecil jika mengambil antibiotik adalah loya, pening, muntah dan cirit birit. Manakala kesan jangka panjang pula boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, usus dan hati malah pengambil boleh menjadi pekak dan sawan. Oleh itu, janganlah anda dan bayi anda mengambil antibiotik.\n\nMenurut Dr. Jati Satriyo, susu badan yang sudah basi boleh mengalami pertumbuhan bakteria, virus dan parasit yang membuatkan bayi keracunan. Bahkan, susu basi ini bukan hanya nutrisi rosak, tetapi ia boleh membahayakan kesihatan bayi anda dan menjadi punca bayi cirit birit.\n\nPara ibu harus lebih beringat-ingat dengan ciri-ciri susu basi seperti berbau tidak sedap, tidak larut ketika digoncang, disimpan dalam peti sejuk bawah lebih dari tiga hari dan tidak ditutup dengan rapat. Sebaiknya, buang sahaja susu itu dan pam semula susu yang baru supaya kesihatan si manja anda tetap terjamin dan dalam keadaan baik saja. \n\nTangisan bayi yang berpanjangan pasti meresahkan ibu bapa. Bayi mungkin menangis kerana kembung perut. Kembung perut juga adalah punca bayi cirit birit berpanjangan yang harus anda beri perhatian. \n\nMasalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.\n\nPencernaan tidak sempurna mengganggu keselesaan perut. Oleh itu ibu bapa boleh cuba menukar jenama susu formula. Selain itu, Bayi yang kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai angin yang terperangkap. \n\nGunakan terknik yang betul untuk sendawakan bayi dan ibu bapa tidak perlu risau apabila bayi muntah sedikit selepas menyusu kerana tidak berbahaya kepada bayi.\n\nPunca cirit birit berpanjangan adalah disebabkan oleh jangkitan perut. Flu perut atau gastroenteritis merupakan kondisi pembengkakan pada lambung, usus atau sistem pencernaan bayi, meski dinamakan flu, namun penyakit ini tidak disebabkan oleh virus influenza. \n\nPenyebab gastroenteritis kerana ia mengalami kontak dengan benda yang telah terinfeksi dan kemudian ia meletakkan tangannya di dalam mulut. Penyakit ini termasuk sebagai salah satu penyakit yang umum terjadi pada bayi anda. \n\nJika bayi mengalami gastroenteritis, mungkin dia akan mengalami beberapa gejala seperti diare, muntah-muntah, sakit perut, demam dan cirit-birit. \u00a0Para ibu boleh mencegah si Kecil terkena gastroenteritis, dengan mencuci tangan si Kecil. Kebersihan merupakan salah satu kunci pencegahan si Kecil terinfeksi virus.\n\nApabila bayi demam panas, ibu akan cepat panik dan risau terutama apabila si kecil merengek, menangis dan lesu tidak bermaya. Biasanya apabila bayi demam panas, sesetengah doktor tidak memberi ubat atas alasan tak bagus terlalu bergantung kepada ubat.\n\nAkibat cuaca panas yang melampau atau cuaca yang tak menentu, bayi mungkin mengalami keradangan pada selaput sendi. Ini juga boleh menyebabkan bayi cirit birit berpanjangan dan amat bahaya keadaannya.\n\nAnda boleh memberikan bayi susu, air kosong supaya dapat membantu bayi anda dehidrasi dek kerana tubuh bayi akan cepat kering apabila demam panas. Jemput baca 5 Tanda anak tidak cukup tidur, 9 Cara Penjagaan Buah Pinggang dan 5 Hukuman bahaya pada anak."
"Jika anda mendapat anak yang susah mendengar cakap, jangan terus menyangka memang nasib anda dapat anak yang begitu. Itu maksudnya menyalahkan nasib atau menyalahkan Tuhan.\n\nKedegilan anak ada satu peluang untuk anda belajar bagaimana untuk memperbaiki diri. Kita diuji untuk menjadi lebih upaya dan lebih baik.\n\nSebenarnya, anak datang kepada kita untuk kita asuh dan didik dengan baik. Maka bertanyalah diri mengapa dia tidak mendengar cakap? Dimana saya boleh memperbaiki diri.\n\n# Adakah kerana dia terlalu kecil untuk faham?\n\n# Adakah perhatiannya pada masa itu kepada perkara lain?\n\n# Adakah dia telah immune dengan nada yang anda gunakan lantaran tidak mahu mendengar kata-kata anda?\n\n# Adakah anda mengelarnya dengan panggilan yang menjerut hatinya. Contoh, budak tidak mendengar kata ni,budak tuli ni,ada telinga tapi tak mendengar?\n\n# Adakah kerana dia memahami komunikasi bukan hanya dengan perkataan tetapi memerlukan visual atau contoh pergerakn kerana dia memahami sesuatu dengan visual atau dengan membuat?\n\n# Adakah anda terlupa untuk memohon doa agar anak itu mudah mendengar kata?\n\n# Adakah anda terlupa untuk benar-benar memohon maaf dari ibu atau bapa kerana kedegilan anda semasa kecil dulu?\n\n# Adakah anda memang merasakan anak anda ini memang degil dan tiada harap untuk mendengar kata? \n\nJika ya, ianya akan menutup jalan untuk anak itu mendengar kata. Bersangka baiklah dan berdoalah agar anda menjumpai jalan untuk mendidik anak-anak anda agar mendengar kata yang baik dari anda.\n\nJangan putus asa. Belajarlah dari teladan Nabi Nuh a.s. dimana anaknya tidak mahu mendengar dakwahnya. Sehingga ke akhir hayat anaknya, sebelum dihanyutkan oleh air banjir.Nabi Nuh a.s. terus mengajak dan terus memberi nasihat.\n\nIbu mendoakan agar semua yang membaca ini diberi Allah keyakinan bahawa anda mampu mendidik anak-anak dengan penuh kasih-sayang dan tegas supaya anak-anak anak menjadi anak-anak yang berjasa dan berakhlak mulia serta berjaya dunia akhirat.\n\nDan yang Ibu paling doakan agar anda tidak termasuk ke dalam perangkap menyalahkan nasib.\n\nTerlalu mudah kadang-kadang tu sesaorang menyalahkan keadaan atau nasib.\n\n\u201d Saya penat..itu sebab saya cepat melenting..\u201d\n\n\u201d Anak saya tak serupa anak orang lain, cakap lah baik..nanti lagi mengada-ngada \u201d\n\nSikap begini tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Anak kecil tidak mahu mendengar kata, bolehlah dimarah-marah. Tetapi kalau sudah remaja,banyak lagi masalah lain yang akan timbul!\n\nKeluarlah dari belenggu menyalahkan keadaan. Take ownership of your mistake. Contoh\n\n\u201d Oh, saya penat tadi, lalu kurang sabar.saya akan memperbaiki diri.saya akan terus berusaha. Semoga Allah memudahkan..\u201d\n\n\u201d Saya ni baran sejak kecil.namun, saya akan berusaha mencari jalan mengurangkan baran saya..saya akan mencari jalannya..\u201d\n\n\u201d Memang anak saya ni kalau saya bercakap baik dia menjadi mengada-ngada.tentu ada sebabnya dia jadi begitu. Saya akan cari jalan bagaimana nak didik dia dengan berkata baik dan dia boleh mendengar tanpa mengada-ngada.\u201d\n\nSemoga artikel tips mendidik anak ini membantu."
"Haaaa, siapa di antara anda yang sangat suka minum atau makan benda-benda manis? Kek? Coklat? Aiskrim? Minuman berkarbonat? Air bergula? Sedapnya di tekak bukan! Kalau ada majlis sambutan hari lahir tu, hmmm tidak berkelip mata jadinya melihat santapan yang terhidang di atas meja.\n\nKalau sudah minat tu, memang asyik-asyik nak kena rasa di tekak, tercari-cari je. Akan tetapi, kalau sudah sampai ketagih tidak baik juga ya, hendaklah dikawal dari semasa ke semasa. \n\nLebih-lebih lagi bagi mereka yang tengah menghidap kencing manis, memang kena lebih berhati-hati, selain perlu nilai disiplin yang sangat tinggi di dalam diri. Cumanya kan, adalah lebih baik jika keinginan terhadap benda-benda manis ini dikawal tanpa bantuan produk atau suplemen, hanya khuatir tidak sesuai dengan badan. \n\nApa kata, anda cuba langkah-langkah yang lebih sihat seperti di bawah, dipetik dari artikel\u00a0Dr. Ezairy M.Sallih yang beliau kongsikan di laman Facebook peribadinya, khasnya untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis.\n\nBagaimana Hendak Mengawal Kencing Manis Secara Sihat?\n\nAnda pesakit kencing manis? Sukar sangat nak kawal bacaan gula dalam darah?\n\nNak cari produk atau suplemen? Jom kita buat secara sihat!\n\nBerat badan yang berlebihan boleh mengganggu fungsi insulin dan menyebabkan sukar bagi tubuh untuk mengekalkan tahap glukosa darah yang sesuai. Bagi mereka yang berlebihan berat badan, anda perlu berusaha untuk menurunkan berat badan. Dapatkan bantuan doktor untuk menurunkan berat badan anda dan jika perlu berunding dengan pakar pemakanan atau dietition.\n\nMakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan sumber lemak yang baik. Makanan yang harus dielakkan adalah manis-manis dan bergula.\n\nSarapan pagi dengan cukup dan makan malam sederhana boleh mengawal bacaan gula darah anda sepanjang hari. Dengan mengambil lebih banyak kalori semasa sarapan, dan sedikit kalori pada waktu makan malam, bacaan gula sepanjang hari dikurangkan dengan ketara.\n\n4. Mengekalkan Jadual Makan yang sempurna\n\nTahap gula darah lebih baik dikawal jika jadual makan diatur dengan baik. Dengan mengamalkan jadual makan lebih kerap dalam kuantiti sedikit membantu menjaga kadar gula dalam tubuh.\n\n5. Aktiviti Fizikal adalah satu kemestian untuk pesakit kencing manis\n\nLatihan tetap diperlukan untuk mengekalkan kadar glukosa anda di bawah kawalan. Pergerakan otot menghasilkan penggunaan insulin. Tiga puluh minit berjalan kaki setiap hari akan mengurangkan risiko diabetes sebanyak satu pertiga.\n\n6. Kawal stres dan tekanan hidup\n\nTekanan yang tidak terurus boleh menyebabkan tahap gula lebih sukar untuk dikawal. Cuba bertenang untuk mengatasi tekanan. Booster untuk menyerap tekanan hidup dan stress termasuk melakukan aktiviti sihat seperti yoga, tai chi,riadah, urut, dan muzik yang menenangkan. Kesemua ini juga dapat membantu anda tidur dengan lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa tidak mendapat tidur yang cukup boleh memperburuk diabetes jenis 2. Tidur kurang dari enam jam malam juga didapati boleh menyebabkan bacaan glukosa terjejas, keadaan yang sering menyebabkan diabetes jenis 2.\n\nDoktor mungkin akan menetapkan temujanji untuk menguji gula darah anda. Lakukan cek tambahan kepada di atas. Mungkin pada sarapan pagi, makan tengahari, dan sebagainya\n\n8. Perhatikan juga nilai bacaan lain selain gula dalam darah\n\nBacaan gula dalam darah bukan satu-satunya nombor yang anda perlu perhatikan. Doktor juga sebenarnya memeriksa tekanan darah dan bacaan kolesterol anda. Bacaan ini akan memberitahu anda jika kesihatan anda berada pada nilai yang betul atau tidak. Hb A1c contohnya akan mengukur paras gula darah dari masa ke masa. Ini perlu diuji sekurang-kurangnya dua kali setahun. Tahap kolesterol, juga harus diuji dan lebih kerap jika anda menghadapi masalah dengannya. Tekanan darah dan berat badan, juga akan diperiksa setiap kali anda melawat doktor.\n\nPERINGATAN: Jangan cuba-cuba apa-apa produk dan suplemen untuk menurunkan gula. Jangan mudah terpedaya dengan testimoni yang dipamer. Teruskan temujanji dengan doktor. Ikut segala langkah sihat di atas.\n\n*Bagi mereka yang berazam untuk tampil lebih sihat, jangan teragak-agak untuk mencuba cara sihat seperti di atas ya, tidak rugi pun. Dan, jangan lupa juga tekan sharenya ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Mencari tips untuk melatih anak bangun subuh? Semoga artikel ini dapat membuah fikiran tentang tips yang boleh diamalkan. Selamat membaca.\n\n\nTiada kaedah istimewa untuk melatih anak bangun awal [Markeghe]\n\nTiada Kaedah istimewa yang kami ( sang faqir dan isteri) terapkan, tetapi ianya kaedah yang sememangnya setiap ibubapa perlu terapkan pada anak-anak, iaitu menjadi CONTOH kepada mereka.\n\nPada usia awal begini, mereka harus \u2018disuruh\u2019 atau \u2018disaran\u2019 dengan TINDAKAN (action), bukan dengan SUARA (vocal).\n\nTindakan itu bermula dari Kita (ibubapa) terlebih dahulu. Setiap pagi latihi diri untuk bangun jam 4pagi. Pertamanya, waktu tersebut adalah waktu yang amat baik untuk perkembangan otak, paling utama waktu yang tenang untuk munajat.\n\nWaktu tersebut juga waktu optimum untuk penghafazan dan penghafalan.\n\nSetiap malam, sebelum tidur, Hakimy dan Hafidz akan membaca doa sesama mereka sendiri, iaitu Hakimy akan mendoakan Hafidz dan Hafidz akan mendoakan Hakimy, manakala sementara Khadijah masih bayi lagi, abang-abangnya mendoakannya.\n\nMereka akan bersalaman dan berpelukan sesama sendiri usai bersalaman dan berpelukan dengan papa mama mereka. Kerana mereka dididik, Hari Esok Bukan Milik Kita iaitu sentiasa bersedia menghadapi mati.\n\nDidikan secara mahabah dan hikmah itu penting dalam memupuk jiwa yang bebas merdeka daripada Syirik dan Kemurkaan ALLAH."
"Perasaan marah, panas baran adalah salah satu penyakit didalam masyarakat masa kini dan kita mestilah belajar untuk menanganinya. Setiap individu pastinya pernah merasai perasaan marah dan ada yang sampai ketahap hilang kawalan diri. Apabila seseorang mencederakan kita, mengugut, menghina kita biasanya kita akan berasa teramat marah. Itu adalah perkara normal bagi seorang manusia. Bagaimana cara kawal perasaan marah tersebut?\n\nTetapi marah boleh menjadi musuh atau menjadi kawan kita bergantung kepada nilai individu seseorang. Contonhnya jika seseorang menghina kita dan kita melepaskan perasaan marah dalam keadaan terkawal dan waras kebiasaannya kesannya adalah positif. Sebaliknya pula akan berlaku jika kita bertindak aggresif dan tidak terkawal maka ia akan memberi kelebihan pula kepada pihak lawan.\n\nJika kita mampu untuk mengawal emosi dan perasaan kita, ia bukan saja menjamin keselamatan kita tetapi boleh membantu kita menjadi orang yang berjaya. Jika perasaan kita tenang, kita akan dapat mengendali masalah-masalah seperti masalah kewangan, masalah kesihatan dan sebagainya dengan lebih efektif. Sebaliknya, jika kita sentiasa kelam-kabut maka kita meletakkan diri dan kesihatan kita dalam risiko malah masalah kita juga akan bertambah teruk.\n\nApabila seseorang sedang dikuasai perasaan marah, dia akan enggan untuk melihat atau meneliti masalah sebenar yang dihadapinya. Individu yang sedang marah juga akan menafikan tindakannya walaupun ia sesuatu yang salah. Menafikan sesuatu adalah salah satu sebab utama kenapa seseorang gagal untuk menyelesaikan masalah mereka.\n\nPakar perubatan mental sentiasa berdebat mengenai keperluan mengeluarkan diagnosis kepada pesakit. Mereka berpendapat hasil keputusan diagnosis hanya akan menambahkan lagi masalah mental mereka. Tetapi bagaimana pula seseorang yang bermasalah hendak menyelesaikan masalah mereka jika mereka tidak mengetahui tentang masalah sebenar diri mereka sendiri? Perkara ini memerlukan pesakit untuk menerima kondisi keadaan mereka secara terbuka. Kekeliruan boleh terjadi jika seseorang tidak mengetahui masalah mereka tetapi pergi membuat diagnosis lebih dari sekali ditempat yang berbeza-beza.\n\nHidup ini penuh dengan masalah dan seseorang hanya membuang masa jika hanya memikirkan masalah mereka tanpa mencari penyelesaiannya. Jika anda tahu punca kepada masalah anda maka ia lebih mudah dan cepat untuk diselesaikan. Marah adalah suatu emosi yang terhasil akibat daripada gangguan dalaman atau luaran dan jika ia tidak ditanganni ia boleh menjadi lebih serius.\n\nSeseorang pastinya ada had mereka sendiri dalam menanggung beban masalah sebelum mereka akhirnya \u2018tewas\u2019. Jika masalah ini berlaku kepada anda. maka ia memang memerlukan perhatian yang serius. Sama juga kepada mereka yang mempunyai masalah mental. Mereka juga bukan semuanya mempunyai masalah tidak mampu mengawal perasaan marah. Jika tidak diselesaikan ia akan terus menjadi diri mereka lahiriahnya. Sesetengah orang akan mendapat serangan mental apabila seseorang yang pernah terlibat didalam masa silam mereka itu tiba-tiba muncul didepan mereka.\n\nKesihatan emosi perlulah dijaga dengan baik. Jika kita tahu mengawal emosi dalam semua situasi, kita sebenarnya selangkah menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Tiada apa yang lebih membanggakan apabila seseorang mampu mengawal dirinya daripada melakukan perkara-perkara negatif dan berjaya mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Apabila anda sering merasakan perasaan positif ini, anda akan mendapat keyakinan untuk menghadapi masalah yang akan mendatang. Adalah penting untuk anda mencari pertolongan daripada seseorang yang boleh membantu anda mengawal perasaan anda. Ia mampu membantu anda mengenali lebih mendalam mengenai perasaan anda sendiri dan mampu membentuk sahsiah diri yang lebih positif.\n\nPerangai dan tingkah laku seseorang banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Jika kita berada dalam persekitaran yang negatif, maka cepat-cepatlah keluar daripada situasi itu sebelum ia mula mengganggu perasaan anda. Berkawan dengan orang-orang yang positif juga boleh membantu anda menjadi seorang yang positif.\n\nTingkah laku yang buruk akan membawa kepada perasaan marah yang keterlaluan. Dan jika kita berfikiran negatif, maka hasilnya juga adalah negatif. Oleh itu melatih diri untuk sentiasa berfikiran positif boleh memberi kebaikan kepada gaya hidup kita sekaligus membantu kita mengawal emosi kita termasuk perasaan marah. Cara menangani perasaan marah bergantung kepada situasi dan ia juga boleh melibatkan orang lain."
"Tawar hati dengan suami? Sesungguhnya perkahwinan mempunyai ujian dan cabarannya yang tersendiri. Tersilap langkah, salah seorang pasti akan tawar hati. Apa nak buat jika anda tawar hati dengan suami? Jom lihat 33 tips untuk kembalikan rasa cinta anda terhadap suami.\n\nSemua orang manusia, pastinya akan melakukan salah dan silap. Sekiranya salah suami menjadikan anda semakin tawar hati, fikirkanlah bahawa sebagai manusia biasa, dia takkan terlepas dari melakukan kesilapan.\n\nReset minda anda! Buang segala perkara yang negatif yang membelanggu diri anda. Perkara negatif menjadikan anda semakin tawar hati dengan suami.\n\n#3 Tetapkan Pendirian Dan Cinta Anda\n\nTetaplah pendirian dan cinta anda, bahawa sekiranya apapun berlaku, jangan sesekali berfikir untuk menghentikan hubungan anda dan suami. Jadikanlah cinta anda sebagai penguat semangat untuk anda berbaik dengan suami.\n\n#4 Ingat Kata Manis Dan Janji Anda Pada Pasangan\n\nBiar apa pun salah pasangan, cuba anda ingat semula apa janji dan kata manis anda pada pasangan suatu masa dahulu. Ia dapat mengembalikan rasa cinta anda pada suami.\n\n#5 Lihat Gambar Intim Anda Dan Pasangan\n\nLihat semula gambar anda dan pasangan apabila sudah mula rasa tawar hati. Gambar anda bersama dan gambar intim anda berdua akan mengingatkan anda betapa cintanya anda pada pasangan.\n\nFikirlah bahawa tiada suami yang sempurna di mata ini. Sempurnanya adalah mengikut diri anda sendiri. Tawar hati terhadap suami boleh dihilangkan dengan memikirkan hal tersebut.\n\nDah lama tak keluar dating kan? Inilah masanya anda perlu keluar dating seperti mula-mula sebelum kahwin dahulu. Pergi ke tempat dating yang sering anda pergi dahulu dapat menghilangkan rasa tawar hati terhadap suami.\n\nSolatlah dan minta kepada Allah agar diberikan yang terbaik untuk hubungan anda dan suami. Apabila anda solat, hati menjadi tenang. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan. \n\nDoa agar hati anda terpaut semula kepada suami dan tidak tawar hati lagi. Doa anda pasti dimakbulkan Allah SWT. Allah amat suka hambaNya yang berdoa dengan seikhlas hati.\n\n#10 Senaraikan Sebab Anda Mencintai Pasangan\n\nJangan lupa, senaraikan sebab kenapa anda mencintai pasangan. Anda takkan buat keputusan yang salah sekiranya anda tahu apakah matlamat anda dan kenapa anda perlu jaga cinta ini. Tawar hati akan hilang jika anda dapat berfikir dengan betul.\n\nTawar hati itu biasa tetapi atasinya adalah luar biasa. Apabila anda berfikir dengan matang, anda akan dapati bahawa tawar hati adalah perkara yang sia-sia. Banyak lagi jalan penyelesaian yang boleh anda lakukan untuk selamatkan hubungan anda dan suami.\n\nJangan sesekali buang masa dengan merosakkan hubungan anda sendiri. Cepat-cepat baiki hubungan dengan suami anda. Masa yang terbuang dengan ego anda akan merugikan hubungan anda berdua.\n\n#13 Kaji Masalah Dan Masa Lalu Anda\n\nMungkin anda tak sedar, anda juga melakukan kesalahan. Janganlah tawar hati dengan suami sedangkan anda juga adalah punca permasalahan tersebut. Kaji masalah dan masa lalu anda dahulu.\n\nBelajarlah memaafkan suami sekiranya suami banyak sakiti anda. Apabila anda memaafkan suami, pasti anda takkan tawar hati lagi dengan mereka. Ia juga dapat mengembalikan cinta anda kepada suami.\n\nAnda dan suami perlulah mempunyai mindset dan sikap untuk menjadi lebih baik lagi. Dengan menjadi lebih baik setiap hari, pasti anda tidak akan tawar hati lagi dengan suami.\n\nWalaupun kesalahan suami menjadikan kita tawar hati kepada mereka, belajarlah untuk redha. Mungkin Allah SWT tengah menguji kesabaran dan kekuatan rumah tangga kita.\n\nSetiap kisah percintaan pasti mempunyai lagu cinta yang tersendiri. Sila dengar semula lagu cinta anda, ia akan menjadikan anda mengimbas kembali kenangan anda bercinta dengan suami pada masa yang lalu.\n\nBincanglah dengan pasangan anda sebaik-baiknya untuk membaiki perkahwinan anda. Berbincanglah dengan baik, rendahkan ego masing-masing. Anda perlu bekerjasama dengan suami untuk menjadi lebih baik dalam perhubungan anda.\n\n#19 Tengok Filem Atau Baca Buku Romantis\n\nTontonlah filem-filem atau baca buku yang romantis bersama suami atau seorang diri. Sedikit sebanyak, pasti ia dapat mengatasi masalah tawar hati anda terhadap suami.\n\nWalaupun tawar hati, berilah hadiah untuk suami anda. Dengan berbuat demikian, ego anda akan turun sedikit dan boleh memaafkan suami serta menerima mereka seikhlas hati. Apabila melihat mereka gembira, pasti anda juga akan gembira.\n\n#21 Luahkan Kata Cinta Setiap Hari\n\nJangan lupa untuk ungkapkan kata cinta setiap hari kepada suami anda. Biarpun bunyinya romantis, tetapi anda akan malu dan seronok apabila mereka melayan kerenah anda.\n\nJangan lupa juga untuk menghantar pesanan romantis untuk suami anda. Jika anda tawar hati, anda harus dekatkan diri lebih lagi dengan mereka untuk menyelamatkan hubungan. Janganlah marah-marah mereka lagi.\n\nSuami masih lagi melayan dan membantu anda untuk kerja rumah atau uruskan anak. Walau apapun yang mereka lakukan, hargai mereka dan ucapkan terima kasih tak kira apapun. Mereka akan menjadi lebih baik dan anda juga takkan tawar hati lagi.\n\nKalau boleh, buatlah kerja rumah bersama-sama. Anda akan melakukan situasi yang indah bersama suami biarpun hanya membuat kerja rumah. Mungkin sudah lama tidak membuat kerja rumah bersama? Tawar hati takkan berlaku jika semuanya dibuat bersama.\n\nSeronoknya dapat mandi bersama suami. Terasa macam comel pula kan! Mandi bersama dapat mengeratkan hubungan suami isteri, malah ia akan mengembalikan cinta anda terhadap pasangan. Takkan ada lagi masalah tawar hati.\n\nJangan mengungkit lagi dengan apa yang suami lakukan dan penyebab anda tawar hati. Terus move on dan maju ke depan. Buat hal seperti biasa.\n\nHati anda akan tenang jika dapat tidur beralaskan lengan suami. Tahukah anda, hormon phero dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri sehingga isteri berasa rileks dan tenang? Tanpa disedari, isteri akan hormat dan lebih sayang kepada suami.\n\nCiuman dan pelukan antara suami isteri akan menambahkan rasa cinta biarpun usia perkahwinan sudah lama. Setiap kali berpelukan atau berciuman dimana kulit anda bersentuhan, hormon oxytocin dirembeskan dari tubuh.\n\nApabila terasa tawar hati, solat jemaahlah bersama. Solat jemaah dapat membawa suami isteri kepada kehidupan yang lebih diberkati. Selepas solat, suami berdoa, anda akan mengaminkan doa dan bersalaman dengan suami.\n\n#30 Selalu Berdua, Buang Orang Lain\n\nSelalulah keluar berdua dengan suami, jangan luangkan masa dengan orang lain lebih banyak daripada suami. Walaupun orang lain adalah mertua atau ibu bapa anda, anda perlu keluar berdua dengan suami dengan kerap.\n\nAnda harus lebih kerap bersama suami. Jika dia inginkan anda, jangan bersikap dingin terhadapnya. Berilah peluang dan hak kepadanya untuk bersama anda, tawar hati anda terhadapnya akan hilang.\n\nIngatlah semula kenapa anda menerima suami menjadi suami anda suatu masa dahulu. Terimalah mereka di saat apapun situasi mereka. Sama-sama perlu membantu mengekalkan hubungan dan mengembalikan rasa cinta semula. \n\n#33 Tipu Diri Sendiri Sehingga Menjadi\n\nTipu diri sendiri sehingga anda berasa tidak tawar hati dengan suami lagi. Mesralah dengan suami setiap kali bersamanya. Perasaan tawar hati anda akan hilang tak lama lagi biarpun pada mulanya seperti hipokrit.\n\nItulah dia 33 cara mengembalikan rasa cinta terhadap suami. Lepas ni, takkan ada tawar hati lagi ok! Jom baca pula ayat pickup line untuk suami, ayat pengasih pikat suami dan nafkah isteri suami wajib bagi."
"Masakan sup memang sangat diminati, ada sup daging, sup ayam, sup bebola sayur dan lain-lain. Kali ini pula kami akan mengongsikan resepi sup tauhu telur yang sangat sedap dan mudah.\n\nTauhu telur atau tauhu jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Berbeza dengan tauhu pada umumnya yang agak keras, rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras.\n\nAnak-anak juga sangat menyukai sup tauhu telur kerana rasanya sama sekali tidak pedas dan simple. Sup tauhu telur dapat dimakan bila-bila masa. Resepi memasaknya pun juga simple dan sangat mudah.\n\nAnda yang teringin menghidangkan sup tauhu telur untuk keluarga anda di rumah, ada baiknya anda mencuba resepi yang dikongsikan oleh Salina Ismail di Facebook. Resepi ini sangat senang dan tidak memakan masa. Sila dicuba.\n\nResepi Sup Tauhu Telur (Mudah dan Lazat)\n\n1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.\n\n2. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.\n\n3. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.\n\n4. Masukkan tauhu yang sudah digoreng\n\n5. Perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).\n\n6. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali.\n\n7. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.\n\nSelain resepi Sup Tauhu Telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sains forensik merupakan gabungan aplikasi sains dan teknologi bagi membantu untuk memahami dan menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan jenayah mahupun sivil.\n\nSalah satu cabang ilmu yang penting dalam sains forensik adalah forensik DNA.\n\nAnalisis forensik DNA adalah tertumpu kepada sampel genetik daripada sampel tubuh seperti air liur, kulit, darah, rambut, air mani dan sebagainya.\n\nSecara asasnya, analisis yang dilakukan bertujuan untuk memadankan dua sampel yang berbeza.\n\nForensik DNA dapat digunakan dalam pelbagai siri penyiasatan khasnya bagi kes yang berkaitan dengan rogol dan bunuh.\n\nHasil analisis mampu menyabitkan kesalahan seseorang atau membebaskannya daripada pertuduhan\n\nKaedah pengecapjarian DNA yang merupakan tunjang kepada analisi forensik DNA mula-mula sekali diperkenal oleh seorang ahli genetik dari England, Sir Alec Jeffrey pada tahun 1985.\n\nBeliau mendapati bahawa terdapat kawasan pada DNA tertentu yang mempunyai jujukan sama diulang berkali-kali. Beliau juga mendapati bahawa setiap ulangan jujukan tersebut adalah berbeza bagi setiap individu.\n\nKaedah ini seterusnya diberi nama sebagai pemprofilan DNA sesuai dengan aplikasinya yang membeza-bezakan profil seseorang berdasarkan keunikan DNA yang tidak sama antara satu sama lain.\n\nSituasi ini adalah terkecuali bagi kembar seiras lantaran mereka berkongsi profil DNA yang sama.\n\nPenggunaan kaedah forensik DNA bagi menyelesaikan kes-kes berkaitan jenayah ini bermula pada tahun 1986 apabila satu kes jenayah rogol dan pembunuhan kejam Dawn Ashworth di kawasan Narborough, Leicestershire, England.\n\nKejadian serupa telah berlaku pada tahun 1983 dengan mangsa Lynda Mann ditemui mati dalam keadaan yang sama.\n\nPihak polis mengesyaki bahawa suspek bagi kedua-dua jenayah merupakan orang yang sama.\n\nSelepas beberapa siri penyiasatan, pihak polis berjaya mendapatkan satu pengakuan bersalah dari seorang lelaki tempatan yang mendakwa telah membunuh salah seorang dari mangsa tersebut.\n\nDarah lelaki tersebut telah diambil namun hasil analisis yang membandingkannya dengan sampel air mani di tempat kejadian menunjukkan hasil yang negatif.\n\nPenyiasatan diteruskan dengan mengambil sampel darah dari hampir 4000 lelaki tempatan untuk diuji namun kesemuanya menunjukkan hasil yang negatif.\n\nSetahun kemudian, seorang wanita di bar telah terdengar perbualan seseorang yang menyatakan bahawa dia telah menolong kawannya bernama Colin Pitchfork menghantar sampel darah untuk diuji.\n\nHal ini telah menimbulkan kesangsian kerana sampel darah yang dihantar mungkin bukan milik Colin Pitchfork.\n\nPolis kemudiannya telah menemu bual Colin Pitchfork dan sampel darahnya diambil. Hasil analisis DNA mendapati bahawa sampel darah dan air mani di tempat kejadian jenayah adalah berpadanan.\n\nColin Pitchfork didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.\n\nSituasi ini berjaya menunjukkan betapa analisis forensik DNA berkuasa untuk membuktikan suspek itu bersalah atau tidak.\n\nTeknologi dan analisis forensik DNA terus berkembang sedari peristiwa tersebut.\n\nDNA merupakan bahan penyimpan maklumat yang terdapat dalam setiap sel manusia. Kebanyakan DNA terletak dalam sel nuklues dan juga mitokondria.\n\nMaklumat dalam DNA disimpan dalam empat jenis bahan kimia asas yang mengekod maklumat iaitu Adenin (A), Guanin (G), Sitosin (C) dan Thymin (T).\n\nSetiap asas adalah berpasangan tetap iaitu A dengan T dan G dengan C. Setiap pasangan disambungkan dengan molekul gula dan kumpulan fosfat. Gabungan ini membentuk satu molekul yang dipanggil nukleotaid.\n\nSusunan nukleotaid adalah secara spiral lalu membentuk susunan heliks ganda dua. Susunan dan jujukan nukleotaid adalah berbeza untuk membentuk kod yang menghasilkan maklumat yang berlainan.\n\nDNA boleh didapati dalam nukleus sel dan organel mitokondria.DNA yang terdapat dalam nukleus dipanggil nuklear DNA manakala DNA yang didapati dalam\u00a0 mitokondria dipanggil mtDNA.\n\nTerdapat banyak ciri yang boleh membezakan antara nuklear DNA dan mtDNA. Nuklear DNA berbentuk heliks ganda dua manakala mtDNA berbentuk gegelung.\n\nTerdapat dua salinan maklumat genetik nuklear DNA dalam setiap sel yang mewakili genetik ibu dan bapa yang diwarisi manakala mtDNA hanya mengandungi maklumat genetik yang diwarisi daripada ibu sahaja.\n\nAnalisis mtDNA berbanding nuklear DNA adalah sangat berguna sekiranya sampel yang didapati adalah dalam keadaan degradasi atau dalam kuantiti yang sedikit. mtDNA boleh didapati pada sampel yang kurang atau tidak mengandungi nuklear DNA seperti rambut, tulang, dan gigi.\n\nAntara kelebihan mtDNA dalam analisis forensik termasuklah menjejaki salasilah keluarga dan populasi, pengenalpastian individu melalui kawasan non coding yang mempunyai variasi jujukan dan penanda genetik.\n\nmtDNA memiliki dua rantau yang dinamakan sebagai coding region dan non coding region.\n\nPara sainstis lebih memfokuskan analisis terhadap non coding region kerana rantau tersebut merupakan rantau kawalan yang mengekod pelbagai jenis maklumat genetik.\n\nRantau ini pula terbahagi kepada tiga jenis rantau berasingan iaitu hypervariable I (HVI), hypervariable II (HVII), dan hypervariable III (HVIII).\n\nAnalisis-analisis yang biasa digunakan ke atas mtDNA khususnya terhadap HVI dan HVII adalah Restriction Fragment Length Polymorphism (RFLP), Direct Sequencing, dan Minisequencing.\n\nRajah perbezaan nuklear DNA (a) dan mtDNA (b)\n\nSecara ringkasnya, integriti DNA adalah sangat mustahak dalam menghasilkan analisis DNA yang boleh memberikan maklumat yang terkandung dalam DNA tersebut.\n\nMaklumat yang diperoleh adalah sangat berguna dalam kes siasatan forensik. DNA yang tergradasi tidak akan banyak membantu dalam memberikan maklumat yang diingini.\n\nJemput juga baca artikel fakta pelik tapi benar dan fakta penyakit polio"
"Sindrom Down merupakan sejenis penyakit genetik yang berlaku disebabkan pembahagian sel yang tidak betul. Kesan pembahagian sel ini menyebabkan perubahan genetik kerana mereka terlebih satu kromosom pada kromosom nombor 21.\n\nBagi orang yang normal, salinan kromosom 21 hanya ada dua sahaja. Namun, bagi pesakit Sindrom Down, tiga salinan kromosom 21 terdapat dalam setiap satu sel.\n\nApakah kesan terlebih satu kromosom ini? Genetik yang berlebihan ini mengakibatkan perubahan pada ciri-ciri fizikal yang berbeza berbanding manusia normal. Ciri-ciri fizikal inilah yang menyebabkan berlakunya penyakit Sindrom Down.\n\nPenyakit ini boleh dikesan pada bayi yang baru lahir. Kadar kejadian penyakit ini ialah satu bagi setiap 800 kelahiran. Malahan, spesies haiwan juga boleh mendapat penyakit ini akibat kelainan dalam kromosom.\n\nSeperti yang diterangkan di atas, penyakit Sindrom Down berlaku disebabkan pembahagian sel yang salah hingga menyebabkan pasangan kromosom yang ke 21 mempunyai lebihan satu kromosom.\n\nTerdapat beberapa punca yang menyebabkan risiko penyakit ini kepada kanak-kanak. Antaranya ialah:\n\nSetiap pesakit Sindrom Down mempunyai tahap yang berbeza-beza. Ada yang teruk, malah ada yang sederhana sahaja. Namun, pada asasnya ciri-ciri fizikal pesakit Sindrom Down boleh dikenal pasti melalui:\n\nKanak-kanak yang menghidap Sindrom Down bukan sahaja mempunyai kelainan dari segi fizikal dan mental tetapi juga cenderung mempunyai masalah kesihatan. Ada sesetengah mereka memerlukan rawatan perubatan, pembedahan, pemulihan dan terapi.\n\nAntara masalah kesihatan yang dihidapi ialah:\n\nKanak-kanak yang mengalami Sindrom Down mempunyai pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur. Semasa baru lahir, tubuh mereka lembik, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.\n\nKanak-kanak ini berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak normal. Lebih kurang separuh daripada pesakit mempunyai masalah jantung ketika bayi lagi seperti sakit jantung berlubang.\n\nMasalah ini boleh berlaku pada bahagian esofagus dan usus. Mereka juga berisiko mengalami pertumbuhan perut dan ada yang dilahirkan tanpa dubur.\n\nSenang dijangkiti kuman yang mengakibatkan selsema dan demam kerana kadar imun tubuh yang rendah.\n\nTerdapat kanak-kanak yang mengalami hipotiroid kerana pengeluaran hormon yang rendah. Namun, ada pula yang mengalami hipertiroid kerana pengeluaran hormon yang berlebihan.\n\nPenyakit leukemia akut lebih mudah berlaku kepada kanak-kanak Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa.\n\nPesakit lebih mudah mendapat masalah berat badan yang berlebihan.\n\nPenyakit Sindrom Down boleh dikesan melalui ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui pemeriksaan ultrasound, analisis cecair mentuban dan ujian darah.\n\nBayi yang baru dilahirkan akan melalui pemeriksaan yang terperinci untuk menentukan sebarang masalah kesihatan. Jika terdapat ciri-ciri fizikal Sindrom Down, sampel darah bayi akan diambil untuk menjalani ujian Karyotyping. Ujian ini bertujuan untuk melihat terdapat tambahan kromosom pada pasangan kromosom 21 atau tidak.\n\nPenyakit Sindrom Down tidak boleh dielakkan atau diubati kerana ia melibatkan masalah genetik walaupun ujian saringan dibuat pada awal kehamilan. Langkah yang boleh diambil oleh pasangan suami isteri ialah merancang kehamilan.\n\nKanak-kanak yang terbabit dalam program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Berikut ialah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa jika ada anak yang mempunyai masalah Sindrom Down.\n\nJika ditakdirkan mempunyai kanak-kanak istimewa Sindrom Down, berikan mereka seluruh perhatian dan kasih sayang. Mereka tidak minta dilahirkan dengan masalah dan ujian yang besar. Sebagai ibu bapa, cungkil potensi yang ada dalam diri mereka.\n\nSeperti kanak-kanak lain, mereka juga mempunyai bakat dan kemahiran tertentu. Berikan mereka pembelajaran yang sepatutnya agar mampu berdikari dan untuk perkembangan mental mereka.\n\nBukan mudah untuk menjaga kanak-kanak Sindrom Down, namun ganjaran yang diberikan oleh Allah tentunya besar. Masyarakat juga perlulah menunjukkan kasih sayang kepada insan-insan istimewa ini tanpa meminggirkan mereka.\n\nMoga artikel ini memberi sedikit pengetahuan tentang Sindrom Down untuk maklumat para pembaca. Semoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel aktiviti kemahiran motor halus untuk anak dan teknik mengajar anak jadi fokus"
"Resepi agar-agar raya adalah pencuci mulut yang sudah tidak asing lagi menjadi makanan wajib dihidangkan setiap kali menyambut tetamu.\n\nHal ini kerana penyediaannya resepi agar-agar raya yang sangat ringkas, bahan yang sedikit perlu digunakan serta rasanya yang sedap menjadi tarikan untuk setiap orang.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai resepi agar-agar raya yang sangat mudah dan sedap untuk anda buat sendiri di rumah. \n\nSelain dari resepi agar-agar raya ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan resepi pencuci mulut seperti:"
"Mencari resepi minum petang yang menarik?\n\nPetang-petang paling seronok kalau dapat layan camilan sedap. Duduk sembang dengan rakan, keluarga kurang menarik jika borak kosong saja. Paling tidak, kena ada juga makanan peneman lepak petang-petang ini.\n\nPada waktu senggang duduk di gazebo tepi taman, sambil perhati anak-anak main dengan seronok, akan semakin menyeronokkan kalau dapat layan kudapan sedap bukan?\n\nDemi untuk menjadikan hari-hari anda semakin menyenangkan, kami menghadirkan 35 resepi minum petang yang menarik, sedap, mudah dan bikin ketagih.\n\nKesemua resepi ini patut anda cuba. Mesti keluarga anda suka dan mahu lagi dan lagi. Menyesal nanti jika anda tidak mencubanya. Semoga hari-hari anda menyenangkan dengan resepi minum petang ini.\n\nHidangan ini menggunakan tauhu jepun dan tauhu biasa. Namun apabila dimakan terasa lembut tauhu jepun lebih dominan dalam mulut. Tauhu dikukus terlebih dulu sebelum digoreng. Tujuannya dikukus ialah supaya tauhu jadi lembut, maka masa gorengnya pula tidak perlu lama sehingga tauhu tidak garing atau terlampau keras. Zie Aries\u200e berkongsikan resepi tauhu kukus yang viral di Facebook.\n\nSesiapa peminat Auntie ***** Cinnabon kena cuba resepi ini. Nanti pasti anda tidak ingin membelinya sebab resepi yang dikongsikan oleh Noraini Jaafar di laman Facebook confirm lebih sedap. Belum cuba belum tahu. Sudah cuba terus jatuh cinta.\n\nResepi seterusnya ialah tepung pelita. Siapa tak kenal tepung pelita. Menu ini amat sesuai untuk minum petang. Resepi tepung pelita yang dikongsikan oleh She Syida di laman Facebook ini paling mudah. Tidak perlu kukus dan sukat guna bekas yang sama dengan isi dia saja. Sukatan ini untuk 10 bekas.\n\nRoti puri sedap dihidang dengan sambal sardin. Ia pula senang dibuat dan anak-anak pun suka. Walaupun pertama kali cuba boleh menjadi lembut gebu dan elok. Resepi daripada Maira Adinda di laman Facebook.\n\nResepi dan bahan-bahan untuk membuat tauhu begedil mudah dan senang. Walaupun nampak macam leceh tetapi kalau buat dengan sungguh-sungguh hasilnya akan sangat sedap dan berbaloi,\u00a0 seperti resepi tauhu begedil yang dikongsikan oleh Noor Laila Yaakop di Facebook dan mendapat perkongsian ramai.\n\nPopia pisang coklat paling sedap, rangup dan mudah. Baru dengar nama saja, sudah tidak tahan. Bila masuk dalam mulut, krup krap krup krap bunyinya, makin tidak boleh berhenti makan. Percaya tidak percaya anda patut cuba resepi mudah di bawah ini. Daripada Solehah Yusoff\u00a0di laman Facebook.\n\nTidak ada idea untuk buat kuih minum petang? Apa kata cuba resepi kuih lapis coklat ini. Resepi gerenti jadi didatangkan daripada\u00a0Nursimatun MdYusof di laman Facebook.\n\nMakan roti sisir gebu untuk minum petang. Resepi daripada\u00a0FazzRie YaRna di laman Facebook ini tidak guna pelembut. Hanya menggunakan kuning telur, whipping cream dan susu segar. Teksturnya tetap lembut walaupun sudah disimpan satu hari. Kena simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kelembutannya.\n\nDonat gebu yang mudah dan cepat. Sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang. Lebih kurang sejam sudah boleh makan. Hidangan ekspres untuk boleh buat frozen juga. Resepi daripada\u00a0Ain Kamarudin di laman Facebook ini menggunakan 2 cawan tepung gandum. Boleh gandakan kalau mahu buat banyak.\n\nMenu minum petang seterusnya ialah cupcake vanila. Resepi oleh\u00a0Khairuninisa Mohammad di Facebook ini sama dengan kek butter. Namun kerana letak dalam cup memang ada bezanya. Kek jadi gebu kerana saiznya yang kecil.\n\nTips : Jangan buka oven selagi tidak cukup masak. Nanti suhu jadi turun dan cupcake pun tidak cantik. Untuk adunan ini, boleh dapat 20 cupcake seperti saiz dalam gambar. Mahu banyak lagi boleh pakai cup kecil lagi.\n\nCamilan lain yang bikin teruja untuk peneman minum petang ialah kek minyak. Kek yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Tengah musim hujan secepat sahaja keluar dari oven terus makan sambil hirup teh panas. Resepi daripada Khairuninisa Mohammad di Facebook.\n\nMari layan minum petang hari ini dengan hidangan pembuka selera puff chicken mushrooms. Sila cuba boleh puas makan satu keluarga. Resepi oleh Uya Masbah di laman Facebook.\n\nRamai ke yang suka popia sayur goreng? Buat sendiri puas hati. Dapat banyak, inti pun padat. Goreng banyak mana mahu makan, selebihnya frozenkan. Dengan inti popia paling sedap, resepi membuat popia goreng mudah dikongsikan oleh\u00a0CikPuan SitiMasitah CikPuan SitiMasitah\u200e\u00a0di laman Facebook.\n\nMinum petang hari ini roti dengan gula cheese. Resepi daripada\u00a0Farah Adiba Hishamuddin mudah sangat sebab guna doh donut yang boleh buat macam-macam resepi.\n\nNor Azilah Abdullah\u00a0berkongsi di Facebook, menamai makanan ini tetepek. Ia sangat mudah dibuat menggunakan tepung gandum. Selalu buat ini banyak kali kerana seluruh keluarga suka. Sangat sesuai untuk minum petang-petang.\n\nAntara menu minum petang popular ialah kubis roll. Hidangan ini boleh ganti minum petang kudapan buat yang suka makan sayur. Menu ini juga sesuai untuk yang berdiet. Bahan-bahan inti ayam dan bawang dibungkus dengan kubis rolls kemudian dikukus. Jadi macam ala-ala Jepun. Resepi kubis rolls kredit kepada Siti Hajar Ismail\u200e di laman Facebook.\n\nCempedak goreng rangup, sedap dimakan petang-petang sebagai camilan. Makan cempedak goreng ditemankan teh o sejuk. Adunan tepung goreng harus yang tepat rasionya untuk menghasilkan cempedak goreng rangup yang garing, lazat dan tidak membosankan untuk dimakan. Resepi daripada \u200eTuan Adriana Arissa\u00a0di Facebook.\n\nKalau zaman dulu memasak lempeng ialah dengan cara dibakar atas sabut. Zaman sekarang pula dibakar di atas magic pan sahaja. Seperti resepi lempeng pisang yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad\u200e di Facebook. Hal ini tentunya lebih memudahkan anda yang tidak boleh membakar menggunakan sabut.\n\nResepi kek pisang kukus mudah daripada Nur Amy Zainuddin yang dikongsikan di laman Facebook. Resepi kali ini sangat senang kerana hanya guna blender sahaja. Kek pisang yang dihasilkan pula sangat lembut, gebu dan sedap. Terasa manis pisang dan wangi aroma pisangnya sangat menyelerakan.\n\nMari buat pau ayam hari ini dengan resepi yang dikongsikan oleh Bahayah Bahasar di laman Facebook. Mudah amat untuk dicubakan di rumah.Jom cuba resepi kuih pau ayam lembut sedap untuk kudapan. Kuih pau diperbuat menggunakan tepung gandum, yis, gula dan baking powder.\n\n21. Resepi Pai Ayam Cendawan Cheese\n\nResepi pai ayam cendawan atau mushroom chiken pie dengan cheese amat tular. Nor Izyanti Ismail\u200e dalam perkongsiannya di laman Facebook mengolah inti telur jadi ayam dengan rasa yang semestinya lagi sedap. Kepada sesiapa yang tidak punya oven boleh buat pai ini. Senang saja cara buatnya walaupun hanya menggunakan sukatan yang diagak-agak sahaja. Hidangkan untuk minum petang-petang. Selamat mencuba.\n\nNota : Sayur-sayur boleh digantikan dengan mix vegetables.\n\n22. Resepi Kek Butter Kukus 4 Bahan\n\nImej via FacebookMembuat kek butter jadi lebih mudah untuk anda yang tidak punya [email\u00a0protected]. Selain kek butter sedap untuk minum petang dengan keluarga, ianya juga boleh dijadikan menu untuk kenduri kendara. Dengan kreativiti anda boleh deko dan ciptakan kek butter yang cantik dan menarik. Ain Niey ke laman Facebook telah berkongsikan resepi kek butter kukus yang mudah dengan 4 bahan sahaja. Rugi jika anda lewati resepi ini.\n\nResepi popia basah homemade sedap dijadikan kudapan minum petang.\u00a0Popia basah banyak dijual di pasar malam. Dijual RM 1 untuk satu biji popia basah. Lebih baik buat sendiri, lagi puas. Resepi popia basah mudah dan sedap dikongsikan oleh Ziela Lewis di laman Facebook.\n\nSamosa menggunakan inti ubi kentang dan carrot. Penggunaan carrot sedikit saja untuk memberikan warna inti yang cantik. Kemudian dibungkus menggunakan kulit popia maka jadilah ia samosa rangup. Untuk suri rumah yang ingin mula berniaga boleh cuba buat samosa ini. Resepi didatangkan daripada Sabariah Nor Mohd Yusof\u200e\u200e di laman Facebook.\n\nBahan-bahan : Untuk 20-25 biji samosa,\n\nCara masukkan inti dan lipatkan samosa :\n\nKuih cara berlauk menyerupai kuih cara biasa tetapi terdapat tambahan inti/lauk daging di atasnya. Tambahan daging dan rempah menjadikannya agak pedas tetapi enak dimakan. Sesetengah tempat panggil kuih kura terbakar. Senang membuatnya boleh dijadikan menu petang dan iftar. Resepi daripada Suriati Muhammad\u200e di laman Facebook patut cuba.\n\nVietnam spring roll tidak digoreng. Melainkan, bahan-bahan yang digunakan cukup dicelur dan disusun dengan cantik dalam rice paper. Sehingganya lapisan udang dan sayur tampak menggoda dari luar. Mari cubakan resepi Vietnam spring roll yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di laman Facebook. Resepi mudah dan senang patut anda cuba.\n\nCara Gulung Vietnam Spring Rolls :\n\nChurros ialah makanan ringan yang tular sejak kebelakangan ini. Siapa suka makan churros? Jom buat sama-sama. Resepi didatangkan daripada Hasmunierni Mohamad di laman Facebook. Churros termasuk jenis donut, namun dengan bentuk yang panjang dan bergerigis. Dengan tekstur yang rangup di luar namun lembut di dalam. Churros ialah kudapan yang mengenyangkan. Kerana penyediaannya yang mudah, kudapan ini sesuai disajikan untuk minum petang.\n\n28. Resepi Tauhu Sumbat Ayam @ Daging\n\nResepi tauhu sumbat ayam ini datangnya daripada Ezrin Kahar\u200e di laman Facebook. Resepi ini mendapat perkongsian ramai dari warga Facebook. Selain sumbat dengan ayam, resepi ini juga boleh guna daging sebagai bahan sumbat tauhu. Mana-manapun kejadiannya tetap gebu dan menyelerakan.\n\n29. Resepi Coney sosej ala A&W\n\nConey sosej atau bahasa melayunya, roti sosej bersalut sos daging cincang. Teringin makan A&W tapi rasanya boleh buat sendiri di rumah. Jimat masa dan boleh dibuat banyak untuk minum petang. Resepi coney sosej ala \u200eZurina Zulkefli\u200e di laman Facebook menggoda sangat. Rasa utama sos ini adalah jintan putih.\n\nKuih ketayap ialah amat sedap untuk jadi hidangan minum petang. Doh nya lembut dengan inti kelapa gula merah yang manis dan sedap sangat. Orang tua-tua lagi lah suka kuih ini. Jom cuba resepi kuih ketayap daripada Wirawati Negara yang berkongsi di laman Facebook.\n\nAda stok \u2018fries\u2019 dalam peti. Dari sekadar goreng cicah sos, baik buat begedil. Kalau guna ubi kentang sebenar lagilah elok. Buat sendiri dapat campur inti daging banyak-banyak. Begedil daging selain sedap dimakan bersama sambal kicap pedas, boleh dimakan dengan soto juga. Resepi oleh Afy AL Habibi di laman Facebook.\n\nPetang-petang dapat makan buah melaka tak dapat dikata sedapnya. Buah melaka makanan tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut dan tepung gandum. Teksturnya lembut dan sedikit kenyal. Resepi buah melaka dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook.\n\nKuih orang lama-lama ini semuanya sedap-sedap termasuk lah kuih lopes pandan ini. Kuih lopes dibuat daripada tepung pulut dibalut dengan kelapa parut dan dimakan dengan kuah gula melaka. Sedap manis dan bikin ketagih. Kami tampalkan resepi kuih lopes Noriza Jaja yang berkongsi di laman Facebook.\n\nSiapa tidak suka cekodok pisang manis-manis lembut. Lagi kalau boleh buat ikut resepi yang sesuai maka cekodok tidak keras dan tidak lembik sangat. Ayuh menggoreng cekodok resepi oleh Latifah Abdul Rahman hanya menggunakan 2 bahan iaitu pisang dengan tepung beras.\n\nMinum petang sihat dan kenyang perut. Sedap atau tidaknya yong tau fu mengikut rasa kuahnya. Jika kuah sedap maka sedaplah Yong tau fu kita. Kena betul-betul ikut resepi Norhanim Ya\u2019acob di laman Facebook untuk buat yong tau fu sedap.\n\nSelain resepi tetepek, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Parut jerawat ataupun parut yang timbul akibat jerawat di wajah anda sebenarnya adalah risiko atau kecacatan yang harus anda titikberatnya. Mana tidaknya, wajah anda akan berparut disebabkan oleh parut jerawat yang kelihatan. \n\nJerawat yang disentuh atau dipicit akan mengeluarkan bisa dan kotoran sekaligus merosakkan sel kulit wajah anda. Ia akan menjadikan kulit anda berparut dan sukar untuk hilang. Sebelum mencari produk hilangkan parut jerawat dengan berkesan, baca tips ini dahulu!\n\nTips Pilih Produk Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan\n\nPening kepala memikirkan masih adakah produk hilangkan parut jerawat dengan cepat dan berkesan? Ya, jangan risau! Jom lihat 10 produk hilangkan parut jerawat dengan cepat dan berkesan yang disarankan ramai ini.\n\nBio Oil adalah produk utama yang diyakini ramai bagi menghilangkan parut jerawat dengan cepat dan berkesan. Ia membantu membaiki penampilan parut, stretch marks dan tona warna kulit yang tidak sekata. Selain merupakan produk penjagaan kulit pakar, Bio Oil mengandungi bahan PurCellin Oil, yang sangat berkesan untuk kulit penuaan dan dehidrasi.\n\nT3 Pimple Gel sangat mujarab digunakan bagi menghilangkan parut jerawat. Ia mengandungi minyak Pokok Teh Australia semulajadi dan tanpa pewarna. Produk hilangkan parut jerawat ini tidak berminyak dan amat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat dan berparut. Segala kekotoran wajah akan dihapuskan dengan mudah dan pantas!\n\n3. Acne Bar Soap Sendayu Tinggi\n\nSiapa tidak kenal jenama \u2018Sendayu Tinggi\u2019? Salah satu produk hilangkan parut jerawat yang berkesan adalah Acne Bar Soap Sendayu Tinggi. Ia adalah sabun anti jerawat yang sesuai digunakan untuk kulit jenis berminyak, sensitif, jerawat dan lain-lain lagi. Kaya dengan aloe vera, epilobium angustifolium dan Hydrolize Collagen, ia juga berfungsi sebagai pelembab wajah disamping memudarkan parut jerawat.\n\nAnda boleh aplikasikan gel Maderma 1 kali setiap hari pada parut jerawat yang lama ataupun baru. Mederma sangat berkesan dalam memulihkan kulit wajah yang rosak kerana jerawat, terbakar, luka dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa pilihan Maderma dengan harga yang berbeza. Luka kecederaan lain juga dapat dipulihkan sekiranya anda kerap menggunakan Mederma.\n\n5. Himalaya Clarina Anti-Acne Face Wash Gel 60ml\u00a0\n\nProduk hilangkan parut jerawat yang berkesan tidak lain tidak bukan adalah Himalaya Wash Gel. Himalaya Clarina Anti-Acne Face Wash Gel mempunyai ciri-ciri anti-radang, keratolitik (agen peeling), antioksidan dan sifat antibakteria, yang berfungsi mengawal jerawat. \n\nIa menyembuhkan luka, menghilangkan propionibacterium acnes, menghilangkan bakteria jerawat, memudarkan parut jerawat, mengatasi ekzema dan menghalang pengeluaran sebum yang berlebihan. Jom cuba produk hilangkan parut jerawat yang berkesan ini!\n\nJangan risau jika produk lain tidak berkesan, Oxy 10 Acne Treatment merupakan produk hilangkan jerawat yang berkesan dan perlu anda cuba. OXY 10 mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai Benzoyl Peroksida. Ia sesuai digunakan untuk semua lapisan umur dan semua jenis kulit wajah bagi mengatasi masalah jerawat dan parut jerawat.\n\nAnda boleh menggunakan produk hilangkan parut jerawat ini sejak remaja lagi seawal hormon anda sedang aktif. Ia adalah sebuah rawatan menghilangkan jerawat dan parut jerawat bagi kulit wajah anda.\n\n7. Japan Acne Cream Scar Removal Face Cream Skin Care\n\nProduk hilangkan parut jerawat buatan Jepun ini mengandungi formula anti jerawat dan anti radang. Ia mampu mencegah jerawat baru dan parut jerawat lama hanya dengan sapuan tipis ke kawasan jerawat. Selain itu, Japan Acne Cream Scar Removal Face Cream Skin Care ini juga dapat menutup liang pori-pori wajah dan melicinkan kulit.\n\n8. BIOAQUA Pure Skin Anti-acne Serum\n\nSekiranya anda inginkan rawatan wajah pada kulit berjerawat dan parut jerawat, pakailah serum Bioaqua anti jerawat ini! Ia dapat memudarkan jerawat, melembutkan kulit kasar, menghapuskan kotoran dan memutihkan wajah. Pasti seronok jika kulit cerah tanpa jerawat. \n\nMinyak kulit wajah yang menyebabkan jerawat juga akan hilang serta kulit menjadi lembab dan selesa. Ia merawat dari dalam dan luar kulit dengan lebih sempurna dan wajah akan bersih semulajadi.\n\n9. T3 Acne Cleansing Bar 100g\n\nT3 Acne Cleansing Bar adalah sabun T3 khas untuk menghilangkan kotoran wajah berminyak dan mencegah pembentukan jerawat disamping menghilangkan jerawat wajah. Doktor dan pakar juga ramai yang mengesyorkan T3 Acne Cleansing Bar ini.\n\nSabun dan bilas wajah anda dengan langkah mudah, kulit akan lebih bersih dan jerawat dapat dikurangkan. Ia diformulasi dengan agen bakteria yang berkualiti dalam melicinkan kulit dan menghalang pembentukan jerawat.\n\nItulah dia cadangan produk hilangkan parut jerawat yang harus anda pilih. Banyak produk yang berkesan tetapi anda perlu memilih berdasarkan kesesuaian dan kemahuan kulit anda. Jom baca Scrub muka terbaik, krim antifungal terbaik dan vitamin c terbaik juga."
"Diam tidak diam tinggal lagi beberapa hari shaja lagi kita bakal memasuki bulan Ramadhan. Sudah tiba masanya untuk kita buat checklist Ramadhan. Bulan Ramadhan sememangya ternanti-nati oleh seluruh umat islam di seluruh dunia.\n\nBulan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk anda mendekatkan diri dengan Allah SWT dan perbanyakkan amal kebaikkan. Namun begitu, adakah anda sudah betul-betul bersedia untuk melangkah ke bulan Ramadhan??\n\nChecklist Yang Perlu Dilakukan Sebagai Persediaan Di Bulan Ramadhan\n\nSebelum menyambuat bulan Ramadhan anda perlulah melakukan persediaan. Ada beberapa persediaan yang perlu anda lakukan sebelum anda melangkah ke bulan ramadhan.\n\nIa bertujuan untuk memastikan supaya diri kita bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ada beberapa checklist yang boleh anda lakukan. Antaranya:\n\nChecklist Ramadhan #1 \u2013 Menjaga Kesihatan Diri\n\nBulan puasa merupakan waktu untuk kita mengumpul pahala dan segala amalan baik.\u00a0 Pada waktu inilah peluang untuk anda melakukan ibadah wajib dan juga perbanyakkan ibadah sunat. Justeru itu, kita perlulah menjaga kesihatan diri supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukan itu sahaja, apabila kesihatan kita baik, kita dapat berpuasa dengan penuh pada tahun.\n\nChecklist Ramadhan #2 \u2013 Semak Semula Hukum Hakam Di Bulan Ramadhan\n\nBulan Ramdahan hanya datang setahun sekali. Disebabkan itu, kadang-kala kita menjadi lupa mengenai segala hukum hakam di bulan Ramadhan. Justeru itu, sebelum anda hendak menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, apa kata anda semak dahulu segala hukum hakam di bulan Ramadhan.\n\nDengan menyemak segala semula hukum hakam di bulan Ramadhan, ia dapat membuatkan anda mengingat kembali perkara yang wajib dan perkara yang dilarang dilakukan di bulan Ramadhan. Ia sekali gus dapat mengelakkan dari anda melakukan ibadah dengan sia-sia dan dapat mengelakkan dari puasa anda terbatal.\n\nChecklist Ramadhan #3 \u2013 Melatih Diri Supaya Bangun Malam\n\nPada waktu malam di bulan Ramadhan orang berpusu-pusu bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah sunat. Tetapi untuk bangun pada waktu malam merupakan cabaran buat kita semua lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak pernah bangun pada lewat untuk mengejarkan ibadah.\n\nJadi, mulai dari sekarang anda perlu melatih diri anda untuk bangun tengah malam bagi mengerjakan ibadah. Jadikan jam penggera sebagai bantuan untuk anda bangun malam dengan mudah.\n\nChecklist Ramadhan#4 \u2013 Mula Melakukan Ibadah Sunat\n\nWalaupun bulan Ramadhan bakal menjelma beberapa hari lagi, tetapi tidak salah untuk kita mula melakukan ibadat sunat seperti bangun di tengah malam dan melakukan solat sunat.\n\nIa adalah sebagai latihan awal supaya kita dapat membeiasakan diri apabila bangun tengah malam di bulan ramadhan nanti. Bukan itu sahaja, kita juga dapat memperbaiki cara bacaan dan juga pergerakkan ketika solat sunat.\n\nChecklist Ramadhan#5 \u2013 Tanam Azam Untuk Banyakkan Ibadah\n\nBulan Ramadhan inilah waktu untuk anda melakukan bermacam perkara sunat dan waktu untuk anda memenuhi dengan segala perakara yang boleh mendatangkan pahala. Justeru itu, mulai dari sekarang ana perlulah menanam azam supaya tahun ini anda dapat mpenuhi bulan Ramadhan dengan amal ibadat. Bukan itu sahaja, tanamkan juga azam yang anda akan menggunakan bulan Ramadhan tahun ini untuk memperbaiki diri anda.\n\nChecklist Ramadhan#6 \u2013 Bersihkan Hati Dan Mula Menjaga Lidah\n\nMulai dari sekarang anda perlulah mula membersihkan hati serta lidah dari mengata atau mengumpat. Mulai dari sekarang latih mulut anda untuk lebih banyak berdiam diri dan basahkan bibir anda dengan melazimi ayat-ayat zikir. Jadikan ia sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan nanti.\n\nSetidaknya, sepanjang bulan Ramadhan nanti lidah anda sentiasa di basahi dengnan kalimah zikir yang akan memberikan anda pahala.\n\nChecklist Ramadhan#7 \u2013 Berdoa Supaya Berjaya Puasa Penuh\n\nKita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku pada diri kita. Terutama sekali ketika bulan Ramdhan, kadang-kala ada yang tidak dapat menghabiskan puasa di bulan Ramadhan di sebabkan jatuh sakit. Justeru itu, anda perlulah berdoa dan memohon dari Allah supaya anda di berikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.\n\nAntara Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan\n\nTadi awa sudah sebutkan 7 checklist Ramadhan. Bila sudah melakukan ke semua yang ada di dalam checklist sudah pasti anda tidak sabar-sabar untuk menghadapi bulan Ramdhan.\n\nBegitu juga dengan umat islam yang lain. Ramai antara mereka tidak sabar-sabar untuk melakukan amalan-amalan sunat yang boleh memberikan pahala buat mereka.\n\nJadikan Bulan Ramadhan Ini Sebagai Permulaan Untuk Kita Mengubah Diri Ke Arah Yang Lebih Baik\n\nMungkin sambutan bulan Ramadhan pada tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini kita menyambut bulan Ramadhan dalam perintah kawalan pergerakkan. Namun, ia bukanlah satu halangan untuk anda mengejar pahala dengan melakukan amalan-amalan sunat.\n\nBukan itu sahaja, ini juga merupakan peluang untuk anda bersama keluarga anda untuk melakukan amal ibadah.Dalam pada masa yang sama marilah kita sama-sama menghidupkan Ramadhan pada tahun ini dengan amal ibadah supaya Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya, inshaAllah.\n\nBaca juga tips ajar anak baca alquran dan nusyuz seorang isteri"
"\u201cTukang masak kerjanya enteng, bangun pagi masak nasi goreng\u201d Enteng ke? Tidak mudah sebenarnya kerja tukang masak kerana setiap hari perlu difikirkan menu yang sesuai. Masak nasi goreng memang nampak mudah. Tapi bagi menghasilkan nasi goreng yang betul-betul sedap tidak mudah.\n\nHari ini, kami akan kongsikan resepi nasi goreng tomyam. Menu ni biasanya boleh didapati di gerai \u2013 gerai tomyam sekitar negara. Dulu orang biasa beli tomyam sahaja, kini zaman berubah. Resepi tomyam diolah menjadi nasi goreng pula.\n\nMari cuba resepi ini, kerana rasanya seakan-akan sama dengan yang dijual digerai, haaa secara tak lansung boleh berjimat kan. Kebersihan dan rasanya juga akan lebih terjamin. Atau mungkin hidangan nasi goreng tomyam ini dijadikan hidangan last minute kita. Mari lihat bahan-bahannya.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Norhafizah Ismail dan telah mendapat beribu \u2013 ribu perkongsian. Confirm menjadi ni!\n\nNota: Hati-hati dengan penggunaan garam kerana kiub pati tomyam telah mengandungi garam.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nWah mudah bukan cara memasak nasi goreng tomyam ini? Jangan lupa untuk gabungkan sekali bersama keropok goreng. Gerenti rasanya ummph! Selain daripada resepi ini, terdapat banyak lagi resepi yang anda boleh cuba di dapur anda. Pastikan anda mencubanya, barulah dapur berasap. Jangan lupa juga ya untuk share resepi ini kepada teman teman!"
"Dalam kegembiraan kita menyambut hari raya jangan dilupakan akan amalan sunat hari raya aidilfitri yang sangat digalakkan kepada setiap umat Islam untuk buat. \n\nBanyak sebenarnya pahala dan kebaikan yang boleh kita dan keluarga raih apabila mengamalkan sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. \n\nBanyakkan bertakbir dan bersyukur kepada Allah. Dalam masa yang sama berdoalah memohon ampun moga diberi keberkatan di hari yang mulia ini. \n\nIbn Umar RA keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.\n\nDalil bagi hukum sunat bertakbir pada hari raya aidilfitri ini berpandukan firman Allah SWT yang bermaksud:\n\n\u201cDan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk Nya.\u201d \u2013 (Surah Al-Baqarah, ayat 135)\n\n2.\u00a0Menghidupkan\u00a0malam\u00a0hari\u00a0raya dengan ibadah\n\nKita digalakkan untuk menghidupkan malam raya dengan bertakbir dan membesarkan Allah serta berdoa. \n\nHal ini seperti mana yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili:\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0645\u064e \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u064a\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0645\u064f\u062d\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0628\u064b\u0627 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0645\u064f\u062a\u0652 \u0642\u064e\u0644\u0652\u0628\u064f\u0647\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062a\u064e\u0645\u064f\u0648\u062a\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u064f\n\nMaksudnya: \u201cSesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (aidiladha dan aidilfitri) kerana mengharapkan ganjaran kerana Allah. Maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia).\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Ibnu Majah, No. 1782)\n\nMufti wilayah persekutuan ada menyampaikan beberapa panduan berguna untuk kita buat pada malam hari iaitu seperti:\n\nMandi sunat hari raya biasa diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya. Hal ini berdasarkan daripada amalan para sahabat:\n\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0646\u064e\u0627\u0641\u0650\u0639\u064d \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0628\u0652\u0646\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064e\u063a\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0644\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u063a\u0652\u062f\u064f\u0648\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cDaripada Nafi\u2019 bahawa Abdullah bin Umar RA mandi pada Hari Raya Aidilfitri sebelum pergi ke tempat solat.\u201d\u00a0\u2013 (Muwatta\u2019 Malik, hadis sahih)\n\nSelain itu, berdasarkan hadis riwayat Al-Baihaqi:\n\nMaksudnya: Ali bin Abi Thalib RA pernah ditanya mengenai mandi. \u201cAdakah diharuskan mandi setiap hari?\u201d Beliau menjawab: \u201cTidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat al-Baihaqi)\n\n\u00a0Lafaz mandi sunat adalah seperti yang berikut:\n\n\u0646\u0648\u064a\u062a \u0627\u0644\u063a\u0633\u0644 \u0644\u0639\u064a\u062f \u0627\u0644\u0641\u0637 \u0633\u0646\u0629 \u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0644\u0649\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cSahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Ta\u2019ala.\u201d\n\nSelepas berniat, lalu mandilah seperti biasa seperti mana yang kita lakukan setiap hari.\n\n4. Memakai pakaian baru dan bersih\n\nIslam sangat menitikberatkan soal hal-hal yang berkaitan dengan kecantikan dan kebersihan. \n\nNamun begitu, Islam tidak ada menetapkan secara khusus bagaimana bentuk pemakaian bagi seseorang Muslim atau Muslimah seperti perlu memakai kain buatan apa, jenis apa, berapa helai, warna apa dan sebagainya.\u00a0\n\nApa yang penting ianya tidak melanggar batasan syarak. Tujuan kita memakai pakaian yang baru bukanlah untuk riak atau menunjuk-nunjuk. \n\nSebaliknya yang patut diperlihatkan tanda syukur kita pada nikmat yang telah Allah berikan. Daripada Ibnu Umar RA berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u0625\u0646 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u064a\u062d\u0628 \u0623\u0646 \u064a\u064f\u0631\u064e\u0649 \u0623\u062b\u0631\u064f \u0646\u0639\u0645\u062a\u0647 \u0639\u0644\u0649 \u0639\u0628\u062f\u0647\n\n\u201cSesungguhnya Allah menyukai untuk melihat kesan nikmat-Nya ada pada hamba-Nya.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi).\n\nJusteru itu, Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk memakai pakaian yang baru dan terbaik terutama pada hari-hari kebesaran Islam yang menjadi kegembiraan bagi umat Islam sendiri.\u00a0\n\nKita memakai wangian setiap hari kerana untuk menghilangkan bau badan dan menambah keyakinan diri. Namun jauh dari semua itu, kita terlupa bahawa berwangi-wangian ini juga merupakan sunnah Rasulullah SAW.\n\n\u201cTiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. Wangian 3. Rasa seronok dalam solat.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)\n\nBahkan Rasulullah SAW juga amat menyukai wangian, dan baginda tidak pernah menolak pemberian seperti wangian.\n\nTerdapat dalil-dalil yang disebutkan jelas menunjukkan bahawa berjalan kaki menuju ke masjid adalah lebih afdhal berbanding menaiki kenderaan sama ada motor ataupun kereta.\n\nAntaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:\n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064f\u0642\u0650\u064a\u0645\u064e\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0629\u064f \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0623\u0652\u062a\u064f\u0648\u0647\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0633\u0652\u0639\u064e\u0648\u0652\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0623\u0652\u062a\u064f\u0648\u0647\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0645\u0652\u0634\u064f\u0648\u0646\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0643\u0650\u064a\u0646\u064e\u0629\u064f\u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062f\u0652\u0631\u064e\u0643\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0635\u064e\u0644\u064f\u0651\u0648\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0627\u062a\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0623\u064e\u062a\u0650\u0645\u064f\u0651\u0648\u0627\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cApabila solat telah bermula, maka janganlah kamu mendatanginya dalam keadaan berlari. Datangilah (solat) dalam keadaan berjalan dengan tenang. Solatlah (dengan apa) yang kamu sempat, dan (rakaat yang tertinggal itu) maka sempurnakanlah.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 908).\n\nJika jarak antara masjid dan rumah tidak jauh dan kita yakin dalam kelajuan berjalan kaki itu kita masih boleh merebut saf pertama, adalah sangat digalakkan untuk kita mendahulukan berjalan kaki dari menaiki kenderaan. \n\nKita digalakkan untuk pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan berbeza kerana kita dapat menemui ramai orang seterusnya dapat mengeratkan silaturahim, mengetahui khabar berita serta perihal kebajikan orang lain.\n\nRasulullah SAW juga menuju ke tempat solat Aidilfitri dan pulang ke rumah melalui jalan yang berbeza.\n\nDaripada Jabir bin \u2018Abdullah, beliau berkata: \u201cRasulullah membezakan jalan (ketika pergi menunaikan solat dan pulang ke rumah) ketika Aidilfitri.\u201d\u00a0\u2013 (Hadis Riwayat Al-Bukhari)\n\nAntara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Dalil pensyariatan sedekah dalam Islam yang boleh dilihat dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, ayat 271:\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cKalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.\u201d\n\n9. Ucap selamat dan saling mendoakan\n\nBersalaman dengan ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga yang muhrim memohon ampun dan maaf. \n\nMakan sedikit sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Abdullah bin Buraidah, daripada ayahnya, katanya:\n\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062e\u0652\u0631\u064f\u062c\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064e\u0637\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0637\u0652\u0639\u064e\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a\n\nMaksudnya: \u201cNabi Muhammad SAW tidak keluar ke tempat solat pada Aidilfitri sehinggalah baginda makan terlebih dahulu. Dan baginda tidak makan pada Aidiladha sehinggalah baginda solat terlebih dahulu.\u201d\u00a0\u2013 (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)\n\n11. Mendirikan solat sunat hari raya\n\nSolat sunat Aidilfitri adalah solat dua rakaat yang dilakukan pada 1 Syawal. Solat ini mempunyai rukun dan syarat serta sunatnya yang sama seperti solat fardu yang lima.\n\nKecuali ada perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.\n\nHukum mendirikan solat sunat Aidilfitri adalah sunat muakkad. Lafaz niat solat sunat Aidilfitri ini adalah seperti yang berikut:\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0644\u0650\u0639\u0650\u064a\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\nMaksudnya: \u201cSahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta\u2019ala.\u201d\n\nUntuk lebih memahami kaifiat solat sunat ini, anda boleh baca pada artikel kami yang lepas: solat sunat aidilfitri\n\nBudaya ziarah-menziarahi atau rumah terbuka dapat mengeratkan tali silaturahim antara umat Islam dan masyarat majmuk yang berbilang kaum serta kepercayaan. \n\nPuasa 6 hari\u00a0pada bulan Syawal mempunyai banyak kelebihannya seperti mana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.\n\nMaksudnya: \u201cBarangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Muslim, 1164)\n\nPuasa sunat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dalam bulan Syawal kecuali 1 Syawal.\n\nLafaz niat puasa 6 Syawal adalah seperti yang berikut:\n\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0639\u064e\u0646 \u0633\u0650\u0646\u064e\u0651\u0629\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0648\u064e\u0651\u0627\u0644\u064d \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u0639\u064e\u0627\u0644\u0649\n\nMaksudnya: \u201cSahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\n\nGanjaran pahala datang awal ke masjid bukanlah hanya terdapat pada solat jumaat sahaja. Bahkan untuk solat-solat fardhu dan solat sunat yang lain banyak faedahnya yang boleh kita peroleh seperti dapat solat di saf pertama. \n\n\u0648\u064e\u0633\u064e\u0627\u0631\u0650\u0639\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u0629\u064d \u0645\u0650\u0651\u0646 \u0631\u064e\u0651\u0628\u0650\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064d \u0639\u064e\u0631\u0652\u0636\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064f \u0623\u064f\u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u062a\u0652 \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u064e\u0651\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cDan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.\u201d \u2013 (Surah Ali Imran, ayat133)\n\n15. Sambut hari raya ikut syarak\n\nRamadhan mendidik diri kita dengan nilai-nilai peribadi yang baik untuk kita menambah keimanan dalam diri. \n\nJusteru itu, Imam Ibn Rajab al-Hanbali pernah menyebut: \u201cBukanlah hari raya itu kamu (hanya) memakai baju baru tetapi hari raya itu bagi mereka yang bertambah ketaatannya kepada Allah.\u201d\n\nKesimpulannya, dalam sebulan kita berhari raya sambutlah ia dengan penuh kesyukuran berpandukan garis panduan syarak yang telah ditetapkan. \n\nSelain dari amalan sunat hari raya aidilfitri ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hari raya seperti:"
"Pada suatu senja yang tenang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita.\n\nTudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan raut wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya.\n\nDia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam \u201cSilakan masuk\u201d.\n\nPerempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata,\n\n\u201cWahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.\u201d\n\n\u201cApakah dosamu wahai wanita?\u201d tanya Nabi Musa a.s. terkejut.\n\n\u201cSaya takut mengatakannya.\u201d jawab wanita cantik itu.\n\n\u201cKatakanlah jangan ragu-ragu!\u201d desak Nabi Musa.\n\nMaka perempuan itupun berkata, \u201cSaya. telah berzina.\u201d\n\nKepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, \u201cDari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,\u201d ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak.\n\nNabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, \u201cPergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu.\n\nPergi!\u201d teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.\n\nPerempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan.\n\nDia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?\n\nTerbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.\n\nJibril lalu bertanya, \u201cMengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?\u201d\n\nNabi Musa terperanjat. \u201cDosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?\u201d\n\nMaka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. \u201cBetulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?\u201d\n\n\u201cAda!\u201d jawab Jibril dengan tegas. \u201cDosa apakah itu?\u201d tanya Musa a.s. \u201cOrang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.\u201d\n\nMendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut.\n\nNabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.\n\nSeakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.\n\nSedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.\n\nMalah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata\n\n\u201cSesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan\u201d\n(H.R. Atthabarani)\n\nAl-Ghazzali berkata: \u201cJika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.\u201d\n\nImam Ahmad bin Hanbal berkata: \u201cTidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah zimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.\u201d\n\nDemikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah."
"Artikel ini akan melihat tentang nutrisi makanan yang penting untuk kesihatan tubuh badan kita. \u201cApa itu diet yang menyihatkan tubuh?\u201d\n\nPersoalan ini sentiasa membelenggu pakar kesihatan kerana jawapannya adalah subjektif. Diet makanan berkhasiat atau makanan penuh nutrisi merupakan pendekatan yang diambil supaya tubuh badan bebas daripada penyakit. \n\nMengehadkan jumlah kalori, bersenam secara kerap, tidak merokok dan menjaga diet makanan seharian merupakan antara strategi yang dilakukan bagi mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang ideal. \n\nOleh itu, artikel ini akan membincangkan nutriis makanan yang penting untuk kesihatan tubuh. Kajian penerbitan sekumpulan penyelidik dari Harvard pada tahun 2010 dirujuk untuk mengulas topik ini.\n\nSalah satu nutrisi makanan yang sering disalah anggap boleh mendatangkan kesihatan buruk ialah lemak. Kita sering dimomokkan bahawa \u201clemak itu bahaya\u201d dan \u201clemak mengancam kesihatan.\u201d Hal ini sebenarnya bercanggah dengan kesan kesihatan yang boleh diberikan lemak kepada kita.\n\nPertama sekali, lemak trans daripada minyak terhidrogen sememangnya tidak bagus untuk kesihatan kita yang mengancam sistem kardiovaskular. Pengambilan lemak trans boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi, kencing manis, batu karang, nyanyuk, masalah jantung dan penambahan berat badan.\n\nSementara itu, lemak yang memberikan kesan kesihatan yang positif ialah dari jenis lemak mono tidak tepu dan poli tidak tepu yang datang daripada sumber makanan bernutrisi seperti:\n\nMalah, lemak jenis ini sebenarnya amat bagus untuk kesihatan jantung, meningkatkan kepekaan insulin dan menstabilkan ritma jantung. Diet yang mengandungi lemak adalah baik sekiranya mengandungi 40% kalori daripada lemak, kurang lemak trans dan tinggi dengan lemak tidak tepu ini.\n\nSistem metabolik tubuh akan lebih cekap sekiranya tubuh badan menerima sumber bekalan protein yang mencukupi. Protein boleh diperolehi sama ada dari tumbuhan atau haiwan. \n\nTerdapat banyak kajian yang menekankan kepentingan protein dalam diet sebagai nutrisi makanan untuk membantu proses pertumbuhan yang baik tanpa mendatangkan kesan mudarat ke atas kesihatan tubuh.\n\n\u201cMakan lebih buah dan sayur\u201d merupakan laungan kata-kata nasihat yang sering kali kita dengar untuk menunjukkan betapa pentingnya mendapatkan bekalan sayur dan buah yang mencukupi dalam diet seharian kita.\n\nMakanan ini menyumbang kepada nutrisi yang pelbagai, antaranya:\n\nMengikut panduan di Amerika Syarikat, buah dan sayuran perlu dimakan dengan banyak sekali sekurang-kurangnya 5 hidangan dalam masa sehari.\n\nTubuh badan kita memerlukan air masak sebagai minuman yang terbaik. Air masak mengandungi 0 kalori dan tanpa pewarna atau pengawet. Air masak membantu tubuh kekal hidrat dan melancarkan proses sel untuk menyingkirkan toksin dari dalam tubuh secara semula jadi dan selamat. Menariknya, air juga membantu kita untuk rasa kenyang dengan lebih lama.\n\nSelain air masak, minuman yang selalu diambil ialah kopi dan teh. Dengan cara penyediaan yang betul, kedua-dua kopi dan teh boleh membekalkan nutrisi makanan yang bagus untuk kesihatan. Antara laporan yang ditemui berkenaan kebaikan minuman tersebut ialah menurunkan risiko penyakit kencing manis, mengurangkan masalah jantung, bersifat anti kanser dan mencegah pembentukan batu karang.\n\nDua jenis minuman yang bermasalah dan perlu dijauhi ialah (1) minuman bergula (soda, jus buah, minuman bergas) dan (2) minuman beralkohol. Satu tin minuman bergas mempunyai kandungan gula yang bersamaan 8-10 sudu besar gula. Pengambilan minuman sebegini sudah banyak dikaitkan dengan masalah pertambahan berat badan dan serangan kencing manis.\n\nSeorang penyelidik dari Universiti Ege, Turki bernama Sahnur Irmak pada tahun 2020 ada menerbitkan ulasannya berkenaan kepentingan nutrisi makanan kepada kesihatan dan masyarakat.\n\nMenurutnya, nutrisi yang baik dan seimbang adalah penting untuk:\n\nTabiat pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan epidemic obesiti dan risiko penyakit berbahaya. Di Amerika Syarikat, hampir 1/3 daripada golongan dewasanya mengalami masalah obesiti dan 17% kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur 2-19 tahun turut mengalami masalah tersebut. Sementara itu di UK, separuh daripada populasi di negara itu adalah obes atau mempunyai masalah berat badan berlebihan. \n\nMalah, bagi negara kita, penduduk di Malaysia merupakan negara yang paling banyak menghadapi masalah obesiti jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara yang lain.\n\nAntara masalah kesihatan yang sering dilaporkan apabila tidak mengamalkan makanan yang bernutrisi ialah:\n\nKesimpulannya, berikut ialah panduan yang boleh diikuti untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat:"
"Artikel ini adalah tentang info kacip fatimah.Nak tahu apa khasiat Kacip Fatimah? Jom baca artikel ini. \n\nKacip fatimah atau nama saintifiknya Labisia pumila merupakan salah satu herba tradisional yang sinonim dengan kegunaan wanita. Jika tongkat ali dikaitkan dengan orang lelaki, bila sebut kacip fatimah pula secara automatik kita akan terfikirkan kesihatan dalaman wanita.Menariknya, tumbuhan ini hanya dijumpai dalam hutan Malaysia dan beberapa kawasan di Sumatera, Tanah Jawa dan kepulauan Borneo.\n\nSelain kacip fatimah, tumbuhan ini turut dikenali dengan nama Selusoh Fatimah, pokok pinggang, tadah matahari, bunga belungkas hutan, sangkoh, remoyan batu dan mata pelanduk rimba.\n\nKacip Fatimah tumbuh secara renek dalam rimbunana bersama dan tumbuh sehingga 20-40 cm panjang\u00a0dengan akar yang menjalar. Batang pokok kacip fatimah tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun yang dipanggil sebagai parut yang nampak dengan jelas. Parut tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar yang keluar akan kelihatan menonjol keluar dari parut lama.\u00a0\n\nTumbuhan ini akan tumbuh lebih subur di kawasan redup di kawasan tanah lembab dengan menghasilkan rizom atau \u2018ubi\u2019 yang boleh dituai setahun selepas ditanam.\n\nSememangnya kacip fatimah kaya dengan seribu satu khasiat dan kegunaan yang ramai orang tak tahu.\n\n1. Jamu untuk wanita lepas berpantang\n\nKebiasaannya wanita di Malaysia akan berpantang setiap kali selepas bersalin atau berpantang. Kacip fatimah merupakan salah satu tumbuhan yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau dipanggil sebagai jamu untuk penjagaan tubuh wanita yang sedang berpantang.Kacip fatimah dipercayai mampu membantu tubuh badan wanita segar semula dan kembali cergas seperti sedia kala.\n\nKandungan antioksidan dan sebatian bioaktifnya membantu memberikan kecergasan. Menurut kajian oleh para penyelidik di UTM Skudai pada tahun 2011, mereka mengakui kandungan antioksidan yang tinggi dalam kacip fatimah yang bagus untuk kesihatan.\n\nDalam kajian mereka juga, mereka menjumpai beberapa lagi sebatian bioaktif yang bermanfaat seperti quercetin, myricetin, kaempferol, catechin, epigallocatechin dan asid fenolik.\n\n2. Menjaga kesihatan sistem peranakan wanita\n\nSejak zaman nenek moyang kita dahulu, kacip fatimah digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan sistem peranakan wanita.Sistem peranakan yang sihat adalah sangat penting bagi memastikan wanita tidak mengalami sebarang masalah kesuburan dan tidak mempunyai masalah sistem peranakan yang lain seperti rahim jatuh.\n\nKelebihan kacip fatimah untuk penjagaan wanita (seperti yang akan disenaraikan dengan lebih lanjut dalam artikel ini) telah diakui secara saintifik melalui ulasan oleh sekumpulan penyelidik UPM Serdang pada tahun 2012.\n\nMereka mengulas kegunaan tradisional kacip fatimah dalam penjagaan wanita khususnya. Hal ini boleh dikaitkan dengan kehadiran flavonoid dan asid fenolik yang tinggi dalam kacip fatimah.\n\nKhasiat dan kegunaan kacip fatimah yang seterusnya ialah ia mampu memberikan tenaga kepada kaum wanita. Jika anda kepenatan dan berasa lesu, meminum air rebusan akar fatimah adalah sangat membantu.\n\nHari ini, ada banyak juga air rebusan akar fatimah segera yang dijual dalam tin di kedai. Kalau tak sempat untuk membuat air rebusan akar fatimah, air dalam tin adalah alternatif yang baik. Namun kandungan gulanya mungkin agak tinggi.\n\nIni adalah khasiat kacip fatimah yang paling popular. Bagi kaum lelaki, meminum air tongkat ali akan memberikan mereka kegagahan dan kekuatan. Untuk wanita pula, air rebusan akar fatimah dikatakan mampu meningkatkan fungsi seksual dan mengelakkan masalah seperti mati putik dan kekeringan.\n\nHal ini menarik minat kajian mendalam oleh penyelidik di Universiti Missisipi, Amerika Syarikat pada tahun 2011.\u00a0Analisis ke atas akar kacip fatimah mendapati bahan aktif yang meningkatkan fungsi seksual wanita ini ialah demethylbelamcandaquinone B, fatimahol dan\u00a0dexyloprimulanin.\n\nKacip fatimah menjadi kegilaan kaum wanita kerana ianya dikatakan mampu mengetatkan bahagian intim. Wanita yang pernah melahirkan atau yang sudah berusia pastinya inginkan kesan ini bagi memastikan kesejahteraan rumah tangga.\n\nTak salah kalau anda mencuba, sedangkan dalam islam kita digalakkan untuk sentiasa berikhtiar selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama.\n\nBagi wanita yang menghampiri menopos atau sudah menopos, anda pasti tahu bahawa gejala menopos adalah sangat mengganggu dan menggangu urusan seharian.Menurut kajian sains, kacip fatimah adalah herba yang kaya dengan \u201cphytoestrogen\u201d dan \u201cisoflavones\u201d\u00a0 yang mampu mengurangkan gejala menopos.\n\nTahukah anda, selain nama kacip fatimah, ia juga dikenali sebagai selusuh fatimah kerana khasiatnya yang mampu memudahkan proses bersalin.Caranya, minum air rendaman kacip fatimah apabila anda mula berasa sakit nak bersalin. Anda tidak perlu minum dengan kuantiti yang banyak, seteguk dua sudah memadai. Ini adalah petua orang lama yang terbukti berkesan.\n\nJika bayi anda menangis secara berterusan sambil memegang perut atau perutnya kelihatan keras dan buncit akibat kembung, kacip fatimah boleh membantu. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:\n\nJika anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal, anda boleh berikhtiar untuk membetulkan kitaran haid anda dengan cara meminum air rebusan akar kacip fatimah secara konsisten. Pengambilan kacip fatimah secara konsisten adalah salah satu cara tradisional untuk menstabilkan hormon supaya kitaran haid anda menjadi betul semula. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:\n\nJika anda selalu senggugut, petua meminum air rebusan akar kacip fatimah akan membantu untuk mengatasi masalah tersebut.Anda boleh buat air rebusan kacip fatimah dan manjakani seperti cara yang kami nyatakan di atas.\n\nKhasiat dan kegunaan kacip fatimah yang seterusnya ialah ia mampu mengurangkan sakit sendi yang kerap dialami oleh mereka yang berbadan besar atau sudah berumur. Jika anda dah jenuh mencari penawar untuk masalah sakit sendi yang anda alami namun masih belum berjumpa yang serasi, apa kata anda cuba kacip fatimah pula.\n\nGonorea adalah sejenis penyakit kelamin yang selalunya dijangkiti oleh mereka yang melakukan seks bebas dan kerap bertukar-tukar pasangan. Jika anda disahkan dijangkiti penyakit Gonorea, jadikan kacip fatimah sebagai salah satu ikhtiar untuk mengubati tersebut.Kajian yang diterbitakan di jurnal Phytochemistry pada tahun 2011 menunjukkan kesan antibakteria kacip fatimah melalui kehadiran sebatian bioaktif.\u00a0\n\nDalam uji kaji makmal tersebut, didapati sebatian seperti epoxyoleanane glikosida, alkenated fenolik, cerebroside dan glycerogalactolipid memberi kesan antibakteria yang sangat baik.\u00a0\n\nKebiasaannya wanita yang baru lepas bersalin akan mengalami masalah perut kendur dan menggelebeh. Ini berlaku kerana otot abdomen menjadi lemah. Mengambil kacip fatimah secara konsisten telah terbukti mampu menegangkan kembali otot abdomen anda yang longgar dan menggelebeh. Cubalah!\n\nHal ini tidak menghairankan kerana secara saintifiknya, kacip fatimah membantu proses penganjalan kulit melalui sintesis kolagen. Hal ini telah dilaporkan oleh penyelidik tempatan dari UTM Skudai yang menerbitkan penemuan ini di jurnal Fitoterapia pada tahun 2012.\n\nAnda ada masalah keputihan? Kacip fatimah boleh membantu.\u00a0Keputihan biasanya disebabkan gangguan pH dalam sistem peranakan wanita atau serangan kulat Candida. Sebatian bioaktif yang terkandung dalam kacip fatimah sememangnya terbukti untuk menjadi agen antimikrob bagi mengatasi masalah ini.\n\nKhasiat dan kebaikan kacip fatimah yang terakhir ialah ia mampu menjadi penawar kepada cirit-birit. Jika anda cirit-birit, boleh jadikan daun kacip fatimah sebagai ulam. Rasanya juga sangat sedap.\n\nItulah dia 15 khasiat kacip fatimah yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Jemput juga baca artikel penulisan kami seperti khasiat vitamin C , khasiat bawang putih, khasiat terung dan khasiat cekur\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Jom cuba masak esepi sotong masak kicap ini. Sotong, siapa yang tidak suka olahan makanan yang bersumber daripada haiwan laut ini? Sotong boleh dimasak dengan cara digoreng ataupun kari. Namun pernahkah anda mencuba memasak sotong dengan kicap dan cili? Tentu anda sudah tertunggu-tunggu resepi ini !\n\nBahan utama yang digunakan dalam resepi ini ialah sotong, namun ini bukan resepi memasak sotong cara biasa pada umumnya, ianya memiliki rasa manis daripada kicap dan juga pedas daripada cili padi.\n\nDimana anda yang menyukai masakan manis namun pedas yang menggigit lidah akan sangat menyukai masakan ini. Anda yang ingin mencuba resepi sotong berbeza sangat digalakkan untuk mencuba resepi ini.\n\nBaiklah pada kesempatan ini, kami akan mengongsikan kepada anda resepi memasak sotong yang nikmat lagi sedap, iaitu resepi sotong masak kicap pedas. Dimana resepi ini didapat daripada\u00a0Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai dari netizen. Selamat mencuba..\n\nCara Memasak Sotong Masak Kicap Pedas\n\n1. Tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan.\n\n2. Masukkan bunga lawang, kayu manis, serai.\n\n3. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak.\n\n4. Masukkan semua jenis sos dan kicap manis (jika pekat tambah air sedikit). Tumis.\n\n5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.\n\n6. Masukkan bawang hiris, tomato, cili merah kacau sekejap.\n\n7. Masukkan sotong. Gaul rata, tutup api.\n\nBoleh cuba koleksi resepi sotong di sini.\n\nMudah sahaja kan resepinya? Selain dari Resepi Sotong Masak Kicap Pedas diatas, kami juga menulis resepi lain yang menarik dan mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"Pasti ramai yang keliru dengan perbezaan pacat dan lintah. Mana tidaknya, dua spesis ini mempunyai banyak persamaan seperti bentuk dan cara melekap. Banyak spesis pacat dan lintah yang terdapat di Malaysia.\n\nPacat dan lintah merupakan haiwan parasite di luar perumah. Buat pengetahuan anda, haiwan anelid ini tergolong dalam subkelas Hirudinea yang mempunyai panjang 1cm hingga 30cm.\n\nKedua-dua haiwan ini pasti anda selalu jumpa di kawasan yang lembab dan semak. Kadangkala, apabila haiwan tersebut kenyang menghisap darah sehingga penuh kantung, baru kita sedar kedatangannya. Tahu-tahu sudah berdarah anggota badan.\n\nKebiasaannya tempat yang digigit akan berasa sejuk dan gatal. Cengkaman dua haiwan ini untuk menghisap darah amat kuat sehingga kenyang dan akan jatuh sendiri. Yang berani sudah pasti dapat mencabutnya guna tangan dengan mudah.\n\nBuat anda yang geli, takut atau sukar untuk membuangnya, ada beberapa tips yang anda boleh lakukan jika pacat dan lintah melekap di anggota badan. Antara tipsnya adalah meletak garam, meletak perahan jus limau atau letakkan minyak angin pada haiwan tersebut. Dengan ini, haiwan tersebut akan jatuh dengan mudah.\n\nPacat dan lintah akan menjadi bahaya kepada manusia dengan beberapa sebab. Sebab yang pertama, kedua-dua haiwan ini boleh memasuki bahagian dalaman manusia menerusi rongga-rongga seperti dubur, hidung dan tekak. Lintah khususnya sering memasuki rongga badan dan masih boleh hidup jika berada dalam tubuh badan manusia.\n\nBanyak kes telah berlaku dimana lintah memasuki bahagian tubuh manusia melalui dubur. Hal ini telah memberi kesan terhadap kesihatan seperti mangsa akan kehilangan darah yang banyak.\n\nSeterusnya, gigitan lintah dan pacat juga bahaya buat pesakit anemia dan pesakit yang mengambil ubat untuk mencairkan darah. Sejumlah pacat dan lintah yang menghisap darah, dengan anggaran 0.7mg/dL darah untuk setiap seekor, membuatkan mangsa mengalami pendarahan yang boleh membawa maut.\n\nPerbezaan pacat dan lintah boleh dinilai dari segi habitatnya. Kebiasaannya pacat boleh ditemui di daratan seperti kawasan semak dan rerumput yang lembab terutama selepas hujan. Lintah pula hidup di kawasan berair seperti paya, sungai dan parit.\n\nUntuk pengetahuan anda, pacat mempunyai gigi pada mulut iaitu ditengah-tengah alat penghisap. Pacat menggunakan alat penghisap di bahagian depan untuk menghisap darah pemangsa.\n\nBerbanding pacat, lintah mempunyai dua alat penghisap di setiap penghujung badan iaitu penghisap posterior dan penghisap anterior. Kombinasi dua bahagian ini juga membantu lintah untuk bergerak.\n\nTidak seperti pacat, lintah kerap digunakan untuk merawat dan mempunyai kelebihan dalam merawat pelbagai penyakit sejak dahulu lagi. Walaupun ada bahayanya, namun di Malaysia sudah ramai yang membuat rawatan atau terapi lintah.\n\nBukan semua lintah boleh digunakan untuk rawatan. Di Malaysia, hanya spesis hirudinaria manillensis dan hirudo javanica yang sering digunakan untuk rawatan. Terapi lintah dapat mengatasi masalah bengkak, keradangan sendi, ulser vena dan sebagainya.\n\nTak banyak perbezaan pacat dan lintah namun secara umumnya dapat dibezakan melalui habitat dan struktur dalamannya. Kedua-dua haiwan ini mungkin dianggap biasa namun kadangkala dapat memberi kesan buruk dalam keadaan tertentu.\n\nNak tahu fakta lain? Jom baca artikel kami yang lain yang pasti bermanfaat buat anda seperti:"
"Kita biasa makan bunga kubis sebagai hidangan sampingan yang enak. Namun tahukah anda khasiat bunga kubis? Percayalah, lepas saja baca artikel ini, anda pasti akan kagum dengan khasiatnya.\n\nBunga kubis enak makan begitu saja dengan cara mencelur. Ada juga yang suka menggorengnya dengan mencampurkan sayur-sayuran lain dan makanan laut. Ia juga enak direbus dan dijadikan inti pasta atau pai.\n\nPendek kata, kubis bunga boleh dipelbagaikan jenis masakannya. Rasanya yang agak kuat seakan-akan kubis dan brokoli sedap dinikmati. Jika dimasak dalam tempoh yang cepat, teksturnya masih rangup. Namun, jika dimasak lama, ia akan menjadi lembut.\n\nKubis bunga amat digemari oleh semua golongan dari kanak-kanak hinggalah orang tua. Penulis juga sukan makan kubis bunga. Kalau nak masak sayur campur, bunga kubis pastinya menjadi bahan utama.\n\nDalam artikel ini, penulis akan kongsikan khasiat bunga kubis dari aspek kecantikan kulit, rambut dan kesihatan. Pasti anda tak sabar-sabar nak baca. Jom!\n\nSiapa sangka bunga kubis yang kita makan saban hari ini mempunyai kesan yang baik untuk kulit. Kandungan serat yang tinggi di dalamnya sangat bagus untuk kita. Apakah yang terkandung di dalam sebiji bunga kubis seberat 107 gram (g)?\n\nKesemua nutrien ini hanya untuk bunga kubis yang hanya seberat itu. Bayangkan jika kita makan lebih daripada itu? Tentunya lebih banyak khasiat yang kita dapat. Oleh itu, antara khasiatnya pada kulit ialah:\n\nSelain dapat mencantikkan kulit, bunga kubis juga terbukti dapat membantu masalah rambut. Bagi sesiapa yang ada masalah rambut, anda boleh memasukkan bunga kubis dalam diet pemakanan anda. Antara khasiatnya ialah:\n\nDengan memakan bunga kubis, ia dapat membantu pertumbuhan rambut di bahagian yang kurang rambut. Selain itu, folikel rambut yang rosak juga boleh diatasi dengan khasiat yang terkandung di dalamnya. Kesannya, rambut juga akan menjadi lebih sihat dan lebat.\n\nKhasiat bunga kubis bagi kesihatan manusia tidak dapat disangkal lagi. Terdapat beberapa kesan baiknya terhadap kesihatan, iaitu:\n\nKandungan indole-3 carbinol yang tinggi berfungsi sebagai detoksifikasi hati. Dikatakan bahawa dengan memakan bunga kubis ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain itu, paras kolestrol juga boleh dikawal dengan meningkatkan kolestrol baik (HDL).\n\nYang paling menakjubkan bunga kubis dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser paru-paru, payu dara, pundi kencing dan sebagainya. Bunga kubis kaya dengan antioksidan yang dapat menangkis serangan radikal bebas yang berbahaya.\n\nKubis bunga kaya dengan vitamin K yang sangat baik untuk kanak-kanak kecil. Ini kerana ia dapat menguatkan tulang dan menyihatkan tubuh. Dengan pengambilan sayuran ini, kita dapat mengelakkan masalah osteoporosis atau kerapuhan tulang.\n\nJika anak-anak anda mempunyai masalah memori yang rendah dan kurang cekap dalam aspek membuat keputusan, cuba sayur ini. Kandungan choline yang tinggi menjadi nutrien terbaik bagi perkembangan sistem otak.\n\nKajian membuktikan bahawa bunga kubis kaya dengan sejenis phytonutrient iaitu isothiocyanate. Ia mampu memecahkan hormon estrogen yang cenderung membentuk ketumbuhan. Malahan, paras hormon testosteron dapat dikawal untuk menguatkan otot.\n\n5. Bagus untuk penurunan berat badan\n\nJika anda bercadang untuk menurunkan berat badan, bunga kubis merupakan pilihan terbaik. Selain berkalori rendah, ia mempunyai serat yang tinggi. Serat ini bagus untuk membuat kita cepat berasa kenyang. Kesannya, kita akan kurang.\n\nKandungan air dan serat di dalam bunga kubis dapat membersihkan usus dengan cekap. Oleh itu, keradangan yang berlaku di bahagian usus dapat dikurangkan. Kesannya badan akan lebih sihat dan bertenaga.\n\nBagi wanita yang sedang hamil, bunga kubis ialah sayur yang wajib menjadi hidangan harian. Ia sangat bagus dalam membentuk perkembangan fetus. Khasiat yang terkandung di dalamnya membantu perkembangan sel untuk pembentukan bayi.\n\nDi dalamnya kaya dengan vitamin A, B dan C yang sangat penting semasa kehamilan. Selain itu, ia juga baik untuk imuniti badan untuk melawan penyakit. Namun, jika anda senang kena kembung perut disebabkan oleh gas, kurangkan pengambilan bunga kubis.\n\nBagi sesiapa yang ada masalah rabun, anda boleh mengamalkan bunga kubis dalam diet harian. Kandungan sulforaphane sangat baik untuk tisu retina. Ia juga dapat mengurangkan risiko rabun, katarak dan masalah penglihatan yang lain.\n\nKesimpulannya, kubis bunga memberi 1001 manfaat kepada manusia secara keseluruhan. Ia bukan saja baik untuk kesihatan tetapi juga kecantikan kulit dan rambut. Ia juga sangat baik untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak.\n\nAnda juga boleh membaca tentang khasiat sayur-sayuran lain seperti tomato di pautan khasiat tomato dan juga tentang peria di khasiat peria. Semoga bermanfaat."
"Anda ada anak perempuan? Pastinya anda berminat untuk tahu bagaimana cara mendidik anak perempuan cara Rasulullah sehingga semuanya menjadi wanita hebat ahli syurga. \n\nAnda teringin melihat anak perempuan menjadi sehebat anak Rasulullah? Jom amalkan cara mendidik anak perempuan cara Rasulullah yang kami senaraikan ini.\n\n1. Kenalkan anak perempuan anda dengan Allah sejak bayi lagi\n\nJika anda inginkan anak perempuan yang berjaya di dunia dan akhirat, wajib perkenalkan Allah kepada anak anda seawal bayi lagi. Bagaimana caranya? Apabila ingin menidurkan anak, dodoikan anak perempuan anda dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji nama Allah. Apabila selalu didengarkan dengan nama Allah, anak perempuan anda akan mengenali dan mencintai Allah.\n\n2. Pakaikan anak perempuan dengan pakaian yang sopan sejak kecil\n\nSeawal anak perempuan anda bayi lagi, elakkan dari memakaikan baju tak berlengan nampak ketiak dan skirt pendek yang menampakkan kaki serta peha. Ajar anak anda untuk memakai baju berlengan panjang dan seluar atau skirt panjang tanpa mendedahkan sebarang anggota badan. Apabila anak anda semakin besar, ajar anak untuk bertudung.\n\nKenapa kami tulis jangan pakaikan pakaian yang mendedahkan badan kepada anak perempuan anda yang masih kecil sedangkan anak yang belum akil baligh tidak wajib menutup aurat? Jawapannya, supaya anak terdidik dengan perasaan malu daripada mendedahkan aurat.\n\nInsya Allah, jika dari kecil anda biasakan anak perempuan memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, anak anda akan malu untuk memakai pakaian yang tidak paruh syariah.\n\n3. Ajar anak perempuan anda sifat malu\n\nJika diperhatikan, anak-anak perempuan zaman sekarang kurang sifat malunya. Mereka bergelak-ketawa dan duduk dalam posisi yang kurang sopan, bergaul bebas dengan kawan lelaki, dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Ini semua berlaku kerana tiada perasaan malu dalam diri mereka.\n\nOleh itu, anda sebagai ibu bapa wajib mengajar sifat malu kepada anak perempuan anda supaya tidak melakukan perkara yang sepatutnya.\n\n4. Ajak anak perempuan solat bersama seawal yang mampu\n\nSolat merupakan tiang agama. Di antara cara untuk mengajar anak perempuan anda bersolat ialah dengan cara mengajak anak anda solat sekali bersama anda. Setiap kali anak nak solat, bentangkan sejadah untuk anak perempuan anda. Tak kisahlah kalau anak anda tidak solat dengan betul pada tahap ini, apa yang penting anda dah perkenalkan solat kepadanya.\n\n5. Ajar anak perempuan cara solat dengan betul seawal umur 7 tahun\n\nApabila anak perempuan anda mencecah umur 7 tahun, anda boleh mengajarnya cara solat dengan betul. Ajak anak solat bersama, tegur anak perempuan anda sekiranya dia meninggalkan solat dengan sengaja.\n\n6. Rotan anak perempuan yang tidak mahu solat apabila berumur 10 tahun\n\nCara mendidik anak perempuan cara Rasulullah yang seterusnya ialah merotan anak perempuan anda yang sengaja tidak mahu bersolat apabila umurnya sudah mencecah 10 tahun, walau pun dia masih belum akil baligh.\n\nBagaimanakah cara merotan yang boleh anda lakukan? Caranya, rotan betis dan tapak kaki anak perempuan anda dengan kekuatan sederhana tanpa menyebabkan sebarang luka atau kecederaan. Ingat! Niat utama anda ialah untuk menyuruh anak perempuan anda solat, bukannya untuk menghukum.\n\n7. Jangan pukul anak perempuan anda dari bahagian lutut ke atas\n\nTips ini boleh diguna pakai untuk kedua-dua anak lelaki dan juga anak perempuan. Elakkan memukul anak anda dari bahagian lutut ke atas, terutamanya bahagian muka. Jika anda ingin memukul dengan niat untuk mengajar, pukul bahagian betisnya atau tapak kaki.\n\n8. Jangan pukul anak perempuan dengan anggota badan seperti tangan atau kaki\n\nCara mendidik anak perempuan cara Rasulullah yang seterusnya ialah jangan sesekali memukul anak perempuan anda dengan munggunakan anggota badan seperti tangan atau kaki. Sebaliknya gunakan objek lain seperti rotan, pembaris, penyangkut baju, dan sebagainya.\n\n9. Jangan memukul anak perempuan dengan terlalu kuat sehingga berlaku luka dan kecederaan\n\nDalam ajaran islam, ibu bapa dibenarkan untuk memukul anak dengan niat untuk mendidik. Walau bagaimana pun, kebenaran untuk memukul ada hadnya, terutama sekali bagi anak perempuan yang jauh lebih leamh berbanding anak lelaki yang lebih kuat. Di antara syarat untuk memukul anak perempuan ialah jangan memukul dengan terlalu kuat sehingga menyebabkan luka dan kecederaan kepada anak yang dipukul. \n\n10. Ajar anak perempuan anda ilmu agama, termasuk fardhu ain\n\nCara mendidik anak perempuan cara Rasulullah yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah mengajar anak perempuan anda ilmu agama termasuk fardhu ain. Ini merupakan salah satu daripada kewajiban yang diamanahkan kepada ibu bapa. Adalah menjadi tanggung jawab anda untuk memastikan anak perempuan anda mempunyai ilmu tentang:\n\nItulah dia 10 cara mendidik anak perempuan cara Rasulullah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Sekiranya anda sukakan perkongsian kami tentang cara mendidik anak perempuan, kami pasti anda juga pasti berminat dengan perkongsian kami tentang cara mendidik anak lelaki tips turunkan demam anak, dan punca anak selalu sakit"
"Mahu resepi cekodok pisang paling simple? Jom tengok resepi yang kami tuliskan ini. Resepi sumber daripada Zaily Akhma\u00a0yang berkongsikan resepi cekodok pisang di laman Facebook.\n\nJika anda tidak tahu apa itu cekodok pisang, ianya ialah pisang yang dilenyek kemudian dicampur tepung dan dibuat jadi adunan bulat-bulat dan digoreng. Ia tampak agak gelap namun itu bukan hangus melainkan warna daripada pisang yang digoreng.\n\nResepi yang kami kongsikan ini teksturnya rangup di luar namun sangat lembut di dalam, walaupun sudah sejuk namun masih juga lembut dan sedap dimakan.\n\nKanak-kanak sangat suka cekodok pisang kerana rasanya manis, wangi dan lunak. Makan petang-petang selagi panas alangkah sedapnya. Sila buat resepinya dan hidangkan untuk keluarga anda.\n\n5. Setelah adunan rata, boleh mula panaskan minyak.\n\n6. Basahkan tangan dan jemputkan adunan bulat-bulat ke dalam kuali.\n\n7. Kaup balik cekodok dan kacau dengan senduk.\n\n8. Jika sudah kuning kecoklatan, boleh di angkat.\n\nNota : Saya tidak letak gula sebab pisang emas sudah manis, kalau mahu letak boleh, terpulang pada citarasa masing-masing.\n\nSelain resepi cekodok pisang, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bagi golongan bujang, student dan keluarga yang agak susah, sardin tin boleh dikatakan antara makanan yang sering di masak selain telur dan sayur. Yela kan. Satu tin sardin tuh dah ada beberapa ketul ikan dan harganya tak sampai RM5 pun. Ada yang boleh dapat lagi murah pada tuh. Yela bergantung pada jenama kan? Jadi kalau dah kerap kali makan sardin tin nih. Mahu muak juga kan? Tapi tak ada pilihan kan dek kekangan masa dan kewangan. Jangan risau, nak elakkan rasa jemu dan rasa nak meriah sikit, sardin tin nih sebenarnya boleh diolah tau. Contohnya, Masak Lemak Cili Api Sardin Tin. Cara masakan masih sama seperti masak lemak biasa. Cumanya lauk segar digantikan dengan ikan sardin tin tersebut.\n\nJadi, kali ini, kami kongsikan resepi Masak Lemak Cili Api Sardin Tin untuk karipap warisan keluarga dari saudari Cik Shaf yang dimuatnaik di laman facebook\u00a0untuk perkongsian umum.\u00a0 Jom kita lihat resepi beliau.\n\nResepi Masak Lemak Cili Api Sardin Tin\n\nSiap. Mudahkan? Betulkan resepi ini sangatlah sesuai untuk yang bujang-bujang atau family yang nak berjimat kan?\n\nSelain daripada resepi\u00a0 ini, terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba untuk variasikan hidangan anda. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda ya! Selamat mencuba!"
"Teringin makan garlic bread ala Pizza Hut?\n\nGarlic bread dibuat daripada roti yang atasnya diberi bawang putih dan olive oil atau mentega, dan diberi dedaunan tambahan, seperti parsley. Roti ini biasanya dimasak dengan cara dipanggang namun ada pula yang digoreng.\n\nSelain daripada olive oil, mentega cair boleh digunakan untuk menggantikan olive oil tersebut. Pada bagian atasnya ada juga yang memberi pelbagai jenis seperti cheese, mozzarella, cheddar atau feta.\n\nGarlic bread bikin ketagih, bila makan sekali tak boleh berhenti. Garlic bread sesuai dimakan sebagai sarapan, lebih sedap jika dihidangkan dengan sup cendawan.\n\nTanpa membuang masa, kami akan mengongsikan kepada anda resepi garlic bread yang sangat menggugah selera. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Norizan di Facebook. Sila cuba resepi ini di rumah anda dan hidangkan garlic bread ala Pizza Hut bersama keluarga anda.\n\n1. Kacau sebati marjerin, bawang putih, dan garam.\n2. Kemudian masukkan daun parsley, kacau sebati.\n\n3. Sapu pada roti.\n4. Kemudian potong 3 roti tadi.\n5. Susun roti dalam tray.\n6. Semburkan dengan sedikit air, supaya roti tidak kering sangat.\n\n7. Bakar selama 20 minit pada suhu 170\u2019C selama 17 minit api atas bawah. 3 minit terakhir guna api atas sahaja.\n\n8. Siap. Makan panas-panas memang sedap. Roti pun lembut.\n\nSelain resepi garlic bread, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sagu\u00a0gula melaka ialah puding manis yang dibuat dengan mendidihkan sagu\u00a0dengan air. Ia biasanya diberi pewarna dan boleh dihasilkan dalam pelbagai cara.\n\nSagu gula melaka dihidangkan dengan sirap gula melaka dan santan. Boleh divariasikan dengan susu manis. Makin lazat berlemak melekat.\n\nPaling sedap jika makan sejuk-sejuk. Hidangkan sebagai makanan pencuci mulut tengah hari. Sejuk segar dan nyaman, dimakan bersama keluarga, anak-anak pun suka.\n\nDihidangkan untuk acara kenduri-kendara juga sedap dan lazat. Tetamu gerenti suka dan puas. Jom lihat resepi daripada Raja Amanina di laman Facebook yang telah kami suntingkan dibawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sagu gula melaka, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Siapa yang mencari-cari resepi nugget ayam sedap?\nNugget ayam memang menjadi makanan favorit. Nugget ayam ialah makanan yang dibuat daripada ayam yang dilumatkan kemudian dicampur tepung dan perasa sehingga menghasilkan rasa yang sedap.\n\nNugget ayam disukai oleh semua orang terutama kanak-kanak, kerana rasanya yang sedap, tidak pedas, lazat dan tidak leceh pada masa memakannya.\n\nNugget ayam boleh dijadikan sebagai camilan dihidangkan bersama sos. Nugget ayam pula boleh dimakan bersama makanan berat lainnya seperti nasi atau mi. Nugget ayam mentah harus disimpan dalam freezer, kerana bagaimanapun ia merupakan produk olahan hewani yang mudah rusak oleh mikroorganisme.\n\nBaiklah untuk anda yang tak sabar ingin tahu resepinya, sekarang kami kongsikan resepi nugget ayam yang telah mendapat perkongsian ramai yang dikongsikan oleh Nora Zi di Facebook. Sila cuba resepi ini dirumah anda.\n\nResepi Nugget Ayam Simple dan Sedap Sangat!\n\n1. Blend Semua Bahan dan Tuang air sedikit untuk mengisar.\n\n2. Tuang bahan blend tadi ke dalam bekas.\n\n4. Masukkan tepung gandum 3 sudu.\n\n5. Masukkan tepung pulut 2 sudu. Kalau masih cair lebih kan lagi tepung untuk bagi pekatkan.\n\n6. Gaul rata dan tambahhan hirisan daun sup dan sebagainya.\n\n7. Setelah siap digaul, masukkan ke dalam loyang dan kukus sampai jadi kental. (Dalam 10 hingga 15 minit).\n\n8. Selepas itu potong ikut suka. Guna acuan kuih love atau bentuk star atau apapun boleh.\n\n9. Celupkan dengan telur dan taburkan serbuk nugget atau tepung goreng ayam atau tepung roti pun boleh.\n\n10. Golek rata dan goreng hingga masak dengan api sederhana panas.\n\nKalau mahu frozenkan, goreng setengah masak kemudian sejukkan dulu baru simpan ke dalam freezer. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi Nugget Ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Siapa yang di sini masih mempunyai ayah? Siapa yang sudah tiada ayah? Kepada mereka yang masih mempunyai ayah, hargailah ayah anda itu.Walaupun mereka mungkin kadang-kala tidak seperti yang kita bayangkan, tetapi mereka seorang yang sanggup berkorban untuk kita.\n\nDisini kami kongsikan tentang 8 kasih ayah kepada anak yang mungkin kita tidak tahu. Hasil karya ini diperolehi daripada BoredPanda.\n\n#1 Suka atau tertawa dengan perbuatan kita, tetapi di depan kita lain mukanya\n\n#2 Mahu kita menjadi lebih baik daripada dirinya\n\n#3 Pandai menghibur kita dengan cara yang \u2018pelik\u2019\n\n#4 Pasti mempunyai anak yang menjadi kesayangan mereka. Anda anak ayah?\n\n#5 Adakah rupa anda sama seperti ayah anda?\n\n#6 Sanggup berkorban dengan anda hatta sekeping pizza\n\n#7 Sanggup melepaskan keutamaan mereka untuk anda\n\n#8 Sentiasa ada dalam diri anda walaupun mereka sudah tidak ada suatu hari nanti\n\n\nSaya\u00a0 semasa kecil, seorang yang sangat nakal. Tetapi apabila semakin meningkat usia, saya semakin sedar tentang erti tanggungjawab. Ayah saya mula pencen sebelum lagi saya bekerja.\n\nSelepas pencen, ayah masih kerja lagi untuk sara kami keluarga, lebih-lebih lagi adik-adik yang bersekolah rendah dan berada di universiti. Di saat inilah saya rasa kasih seorang ayah yang tidak nampak.\n\nSaya rasa sangat-sangat penting seorang ayah dalam kehidupan kami. Saya bagaikan hilang separuh semangat dan jiwa jika ayah tiada. Selepas pencen, ayah bekerja di satu tempat yang jauh daripada keluarga. Balik pun tidak selalu.\n\nTetapi apabila ayah balik, rumah jadi lain.Jiwa rasa tenang. Tidak serabut.Benarlah apa orang kata, apabila kita berjauhan dengan seseorang. Barulah kita akan rasa rindu.\n\nKita sebenarnya bertuah!Kepada mereka yang sudah tiada ayah, sedekahkanlah pahala kepada beliau.Semoga artikel ini membantu.\n\nJangan lupa untuk share supaya ramai lagi dapat membacanya."
"Celik mata, siapkan anak-anak pergi sekolah, suami lagi untuk pergi kerja, tengahari masak, petang kemas rumah, makan malam, itu tidak lagi masuk kerja-kerja rumah lain, Nampak seperti perkara biasa tetapi hanya yang merasa tahu penatnya bagaimana, kadangkala sibuknya mengalahkan CEO syarikat. Itulah rutin seorang suri rumah tangga, penat tapi digagahkan kerana itulah amanah, juga tanggungjawab yang dilaksanakan dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal erti penat kerana dilakukan dengan seikhlas mungkin.\n\nKerana kekangan masa dalam menguruskan rumahtangga, biasanya seorang ibu tidak sempat untuk brsosial seperti wanita berkerjaya. Jauh sekali untuk keluar makan bersama-sama kawan-kawan, apatah lagi berbincang mengenai isu semasa. Tetapi dengan dunia serba canggih tanpa sempadan pada waktu sekarang telah memudahkan bagi seorang suri rumahtangga untuk mengetahui isu-isu semasa dan bersosial bersama kawan-kawan mereka.\n\nKemudahan saluran yang disediakan bagi menghubungkan antara manusia sejagat seperti laman muka buku, blog, dan sebagainya dapat mengecilkan jurang sosial seseorang dalam berkomunikasi dengan orang lain walaupun hanya sekadar di laman sesawang. Juga memberi kemudahan bagi suri rumahtangga untuk mengetahui perkembangan semasa melalui saluran informasi yang banyak terdapat dalam internet itu sendiri. Sekaligus seorang suri rumah pada zaman kini bukanlah dikatakan seperti peribahasa, \u2018bagaikan katak di bawah tempurung\u2019 lagi kerana penguasaan pengetahuan IT yang ada dalam diri mereka.\n\nSuri rumah yang berpengetahuan mengenai IT adalah merupakan satu kelebihan kerana ianya boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka sekiranya digunakan dengan betul. Mereka bukan sahaja menjadi seorang yang celik IT malah berpeluang untuk menggunakan pengetahuan IT tersebut untuk menjalankan perniagaan atas talian bagi menambah pendapatan keluarga yang sedia ada. Dengan adanya ekses internet dan pengetahuan mengenainya, mereka tidak perlu melakukan kerja di luar rumah, sudah memadai dengan mempromosikan perniagaannya di dalam internet yang mempunyai pelbagai saluran perniagaan atas talian. Tanpa menjejaskan rutin harian, para ibu mampu meluangkan masa lapang mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah.\n\nWalaubagaimanapun, suri rumah juga lebih terdedah dengan penipuan alam maya, betapa banyak kes jenayah siber yang berlaku sekarang dan diantara yang menjadi mangsanya adalah dari kalangan suri rumahtangga sepenuh masa. Mereka perlu berhati-hati dalam berurusan mengenai perniagaan atas talian ini agar tidak terlibat dengan pelbagai penipuan yang berleluasa juga berjaga-jaga dalam melayari laman sosial kerana kebanyakan jenayah siber bermula dari situ.\n\nDengan yang demikian,\u00a0 suri rumahtangga perlu mempunyai pengetahuan mengenai teknologi IT dan berhati-hati dalam menggunakannya agar terhindar perkara yang menjerumuskan diri ke dalam lembah bahaya."
"Ciri utama bahayanya ialah sebab kandungannya setanding gula dalam air bergas.Tidak caya boleh check label kandungan kebanyakan minuman ini.\n\nJualannya saya terbaca satu kampeni ni 270,000 botol sehari. Bayangkan campur kampeni lain, maunya 1juta botol sehari orang Malaysia beli. Ya ampun. Astaghfirullahal azhimm.\n\nBahayalah kan. Sebab ramai rasa ia sangat sihat. Bahkan guna untuk pulihkan kesihatan pun ada juga. Wow. Takkan tak bahaya guna bahan bahaya untuk pulih kesihatan.\n\nItulah yang selalu diberi kepada anak-anak yang ketagihan gula. Sebab mereka suka. Sihat pulak tu kuman baik.Kultur pun sejemput je dah mati dalam tu tahun lepas kot sesetengahnya gula berlambak.\n\nGula yang paling beracun bila berlebihan:\n\nPenyebab rosak saraf dan otak. Kolesterol jahat sumbat jantung. Gout. Obesiti. Ketagihan gula.\n\nSekali beli berpeket-peket. Buat stok. Milo, teh tarik memang tau dah bahaya banyak gula. Paling koman pun tau lah tak berkhasiat mana pun.\n\nMinuman tenaga takde minum tiap-tiap harikan.\n\nBukan tak boleh minum. Bukan tak bagus. Pilihlah yang rendah gula. Tengok kandungan gula dalamnya. Air manis kanak-kanak 4-8tahun 12g saja gula. Minum 100ml saja dah sampai limit gula tambahan yang disyorkan untuk kesihatan anak-anak. Makan lain ada gula tambahan juga..\n\nMaka minumlah air manis berpada-pada ya. Sehari sekali pun kira limit tu. Sekali sekala okay lah bila outing dengan kawan-kawan. Janganlah sampai jadi santapan harian untuk kesihatan anak-anak ya."
"Ketika hamil, masa itulah kita perlu makan makanan yang bekhasiat untuk menjaga kandungan dalam perut. Walaupun kandungan baru berusia tidak sampai 12 minggu tetapi tidak salahkan jika ingin amalkan makanan yang sihat. Dalam pada masa yang sama kita dapat membina tabiat yang baik dalam pemakanan.\n\nMacam-macam makanan sihat yang baik untuk ibu hamil. Oleh sebab kerana terlalu banyak pilihan makanan yang sihat sehingga tidak tahu makanan yang mana mahu dimakan oleh ibu hamil. Apa kata kita mula dengan makanan asas yang setiap ibu hamil boleh amalkan.\n\nMakanan yang tinggi serat, nutrien bakteria baik dan tidak berlemak. Ini lah makanan yang bagus untuk ibu hamil. Tetapi jangan sampai kita terlepas pandang mengenai makanan dan tabiat buruk yang ibu hamil perlu elakkan. Jom, kita lihat makanan apa yang baik untuk ibu hamil dan makanan yang tidak baik untuk ibu hamil.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 makanan yang baik untuk ibu hamil dan makanan yang tidak baik untuk ibu hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n6 Makanan yang baik untuk ibu hamil\n\nAvokado juga mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ini sangat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah sembelit. Serat membantu badan untuk menghadam makanan dengan lebih baik. Ibu-ibu mesti tahu kan kelebihan folik asid kepada kandungan. Salah satu fungsi folik asid ialah untuk mengekalkan bacaan HB anda.\n\nBeberapa jenis makanan laut, seperti ikan dan kerang bisa menjadi sumber protein, zat besi, dan seng yang sangat baik. Kandungan nutrisi ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. Kandungan asam lemak omega-3 yang banyak terkandung di dalam ikan, termasuk asam docosahexaenoic (DHA), juga dapat meningkatkan perkembangan otak bayi anda.\n\nDaging ayam memang berkhasiat. Terutama bahagian dada kerana kurang lemak. Perlu kurangkan pengambilan bahagian yang banyak lemak ayam. Daging ayam kaya protein & zat besi yang diperlukan ibu hamil.\n\nAmalkan memakan yogurt dua kali sehari dalam menu diet harian anda. Yogurt mengandungi probiotik atau bakteria baik yang dapat menghapuskan bakteria jahat. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.\n\nSayuran hijau yang satu ini baik untuk ibu hamil muda kerana banyak mengandungi asid folik. Asid Folik yang mencukupi diperlukan pada awal kehamilan untuk mencegah kecacatan tiub saraf (cacat lahir pada otak dan saraf tunjang). Selain itu sayur-sayuran juga mengandungi serat, mangan, besi, vitamin A, C dan K.\n\nSebahagian besar dari kita tahu bahawa kacang-kacangan merupakan sumber protein dan serat, oleh kerana itu kacang selama kehamilan akan membantu mengatasi sembelit. Hampir 40 peratus wanita hamil akan menjadi sembelit selama kehamilan. Penyebab sembelit tersebut meliputi tekanan rahim yang semakin besar, hormon progesteron yang melambatkan gerak pencernaan, dan suplemen zat besi. Kacang juga mengandungi sumber yang kaya akan asid folik dan zat besi.\n\nMakanan tabiat yang tidak baik untuk ibu hamil.\n\nSebenarnya, telur mentah boleh menjadi punca bakteria salmonella. Makanan yang mengandungi telur mentah termasuk mayones, ceasar salad, eggnog, sos hollandaise dan tepung sadur tertentu seperti yang digunakan untuk adunan biskut. Untuk mengurangkan risiko bakteria salmonella, anda perlu memasak telur sebelum digunakan dalam sebarang makanan\n\nDaging mentah boleh menjadi penyebab jangkitan yang teruk terhadap bayi dalam kandungan. Daging mentah hendaklah dielakkan semasa mengandung kerana ia boleh membawa jangkitan penyakit bawaan parasit yang dipanggil tosokplasmosis atau jangkitan E.Coli. Ini boleh mengakibatkan jangkitan kepada janin dalam rahim.\n\nKandungan kafein yang terdapat dalam kopi boleh membahayakan kandungan sekiranya ibu minum kopi ketika mengandung dengan terlalu kerap. Minum kopi ketika mengandung boleh membuatkan wanita hamil itu muntah dan mual dengan teruk. Jika ibu tetap ingin minum kopi, sulamkan minuman kafein tersebut dengan ambil air putih kosong atau jus buah-buahan agar ibu tetap terus bertenaga sehingga bersalin.\n\nWanita hamil mempunyai risiko untuk mengalami keguguran yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak terdedah kepada asap rokok. Ia juga beri risiko bayi mati di dalam kandungan.\n\n*Bagi ibu hamil yang baru merasa pengalaman kali pertama, cuba amalkan makanan yang disenaraikan seperti di atas. Makanan-makanan tersebuat bagus untuk memberi khasiat kepada si ibu dan kandungannya. Selain itu, elak amalkan makanan dan tabiat buruk yang disenaraikan seperti di atas jika tidak mahu kandungan tidak sihat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anda disahkan mengandung? Tahniah kami ucapkan. Anda pasti tak sabar nak tahu perkembangan janin dalam rahim anda. Kandungan berusia 4 minggu, janin besar mana? Bila bayi boleh mula mendengar suara anda?\n\nPersenyawaan berlaku apabila sperma berjaya memasuki ovum. Telur yang disenyawakan akan menempel pada dinding rahim dan terus membesar di situ.\n\n8 hari selepas persenyawaan, badan anda akan mula mengeluarkan hormon yang menjadi signal bahawa anda sudah mengandung.\n\nTelur yang disenyawakan akan mula mengalami proses pembahagian sel. Jantina bayi anda sudah diketahui pada saat ini.\n\nPada minggu ketiga, saiz janin anda ialah 2mm. Sangat kecil. Sel organ badan mula terbentuk\n\nSekiranya anda melakukan ujian kehamilan pada minggu ini, kemungkinan besar anda akan mendapat keputusan positif. Pada tahap ini, embrio bersaiz 6 mm. Struktur badan akan mula terbentuk. Pembentukan otak, jantung, tulang belakang, saluran darah, muka, leher,\u00a0paru-paru, perut dan hati juga akan bermula.\n\nMata mula kelihatan pada embrio. Otaknya juga mula berkembang. Haid anda sudah lewat, pada masa ini mungkin anda akan membuat ujian kehamilan dan mendapat keputusan positif.\n\nEmbrio semakin membesar ke saiz jari kelingking. Sekiranya anda melakukan ujian ultrasound, embrio akan jelas kelihatan. Tali pusat dan saluran darah mula terbentuk. Jantung juga mula berdenyut dan mengepam darah ke dalam paru-paru.\n\nAnda akan mula mengalami morning sickness dan merasakan perubahan seperti kulit menjadi sedikit gelap. Pada minggu ketujuh, embrio telah menjadi fetus. Saiznya lebih kurang 1.3 cm.\u00a0Lubang hidung, bibir, lidah dan gigi mula terbentuk.\u00a0Otak, usus dan tulang belakang hampir terbentuk sepenuhnya.\n\nFetus akan terus membesar, dan pada minggu kelapan ia sebesar satu inci.Muka, hidung, mulut da lidah mula kelihatan. Jantung dan organ dalaman yang lain mula berfungsi. Jari kaki dan tangan semakin memanjang dan akan jelas kelihatan dalam ultrasound.\n\nFetus berukuran 3 inci. Jari tangan dan kaki semakin memanjang.\n\nPada minggu kesepuluh, saiz fetus ialah sudah menjadi 4.5 cm dengan anggaran berat 5 gram. Telinga akan semakin jelas kelihatan. Sebarang kecacatan pada janin akan berlaku pada minggu ini.\n\nPada minggu kesebelas, fetus telah membesar menjadi 5.5 cm dan beratnya adalah satu kali ganda berbanding minggu lepas. Pada tahap ini, fetus sudah selamat daripada sebarang kecacatan.\n\nPada minggu kedua belas, saiz bayi ialah lebih kurang 2 inci dengan berat hampir 20 gram. Jantungnya akan berdegup kencang & bayi mula bernafas menggunakan paru-paru.\u00a0 Doktor anda boleh mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan peralatan khas. Jantina bayi akan menjadi semakin jelas. Bayi juga akan mula bergerak.\n\nBentuk tubuh badan bayi hampir sempurna. Jari-jemari dan kuku bayi sudah terbentuk dengan sempurna, malah bayi mula menghisap jarinya pada minggu ini. Semasa menghisap jari, bayi akan tertelan air ketuban. air ketuban yang ditelan akan diproses menjadi air kencing oleh sistem perkumuhan bayi.\n\nPada minggu ketiga belas, saiz fetus mencecah 7.5 sm dengan berat 30 gram. Tulang dan gigi bayi semakin berkembang. Pada minggu ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk menyusu.\n\nKini anda sudah memasuki trimester kedua.\u00a0PAda minggu keempat belas, saiz bayi ialah 9 sm ddan beratnya lebih kurang 60 gram. Organ dalaman bayi sudah mulai matang. Bentuk dagu, dahi dan hidung semakin sempurna. Bayi anda juga sudah pandai menggerakkan kepala dan mengerutkan keningnya.\n\nBayi anda kini bersaiz 12 sm dengan berat kebih kurang 100 gramm. Tulang rangka bayi sedang aktif berkembang. Pada minggu kelima belas, kaki bayi lebih panjang daripada tangan. Rambut, kening, dan bulu mata semakin menebal. Apa yang paling menarik, pada minggu ini, bayi anda mula mendengar bunyi denyutan jantung dan suara anda.\n\nPada minggu keenam belas,\u00a0 saiz bayi membesar menjadi 4.5 inci dengan berat 100 gram. Jantung dan saluran darah telah membentuk dengan sempurna. Cap jari bayi sudah terbentuk. Malah bayi anda sudah pandai mengerdipkan mata comelnya.\n\nBayi anda semakin aktif bergerak. Rambut-rambut halus akan mula tumbuh pada bayi. Jika anda melakukan ujian ultrasound, jantina bayi mungkin dapat dilihat.\n\nVernis mula menyeliputi bayi anda. Bayi anda sudah pandai menguap, menggeliat dan\u00a0 tersenyum. Gerakan bayi juga akan semakin terasa kuat.\n\nBayi anda semakin aktif bergerak dan memberikan tindak balas terhadap bunyi. Bayi anda mula mengalami sesedu akibat terlalu banyak menelan air ketuban. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar melalui steteskop biasa.\n\nPada minggu kedua puluh lapan, bayi anda sudah sempurna sifat dan jika terpaksa dilahirkan sekarang, akan dianggap sebagai bayi pramatang dengan peluang yang tinggi untuk terus hidup.\n\nBayi anda semakin aktif bergerak dan mulai minggu ini, berat bayi akan naik secara mendadak. Kolostrum akan mula keluar dari payudara anda. Kepala bayi berada di pintu serviks sebagai persediaan untuk bersalin.\n\nAnda akan mula merasakan braxton hicks. Pada minggu ke36, bayi anda sudah pandai bernafas dengan betul.\n\nBulu halus di seluruh badan bayi anda akan mulai berkurangan. Tubuh badan bayi juga akan mula mengeluarkan sejenis hormon yang dinamakan cortisone. Fungsi cartisone ialah untuk mematangkan paru-paru bayi anda.\n\nLemak mula terbentuk dalam badan bayi anda. Kuku dan rambutnya akan mula memanjang.\n\nBayi anda sudah matang sepenuhnya dan bersedia untuk dilahirkan pada bila-bila masa.\n\nBiasanya pada minggu ke40, bayi anda sudah selamat dilahirkan.\n\nItulah dia perkongsian kami tentang perkembangan janin didalam kandungan.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua hilangkan kembung bayi,\u00a0ibu mengandung, dan resepi makanan bayi."
"Hand mixer sangat penting digunakan untuk mengadun krim, memukul telur dan juga membuat roti. Keserbagunaannya juga membolehkan anda menggunakan dengan lebih kreatif, termasuk membuat salad dressing dan membuat kentang tumbuk halus yang menyelerakan!\n\nPasti anda tertanya-tanya adakah hand mixer terbaik di pasaran? Jom lihat antara 10 hand mixer terbaik boleh anda cuba.\n\n1. Kitchen Aid 9 Speed Hand Mixer\n\nPernahkah anda mendengar tentang jenama hand mixer Kitchen Aid 9 Speed? Kitchen Aid 9 Speed adalah salah satu jenama terbaik untuk peralatan dapur. Kaedah terbaik digunakannya adalah mencampurkan, mengadun, menguli dan banyak lagi.\u00a0\n\nDengan 9 pilihan kelajuan yang boleh dipilih, hand mixer terbaik ini membolehkan anda menyesuaikan kelajuan hand mixer tersebut dengan sewajarnya untuk pelbagai fungsi. \n\nTerdapat tetapan \u2018Soft Start\u2019 yang meningkatkan kecepatan secara bertahap bagi mencegah tumpahan dan percikan bahan adunan. Sementara itu, pemegangnya yang lembut menjadikannya sangat selesa untuk digunakan.\n\nHand mixer Khind Hand Mixer HM300 yang merupakan hand mixer terbaik ini dilengkapi dengan 6 pilihan kelajuan dan fungsi turbo. Harganya pula amat berpatutan dengan apa yang ditawarkan oleh pihak mereka. \n\nDi samping itu, anda akan menerima beberapa pengadun berkualiti tinggi dan bebas karat dan cangkuk doh yang merupakan sebahagian daripada pakej yang ditawarkan. \n\nButang eject pada hand mixer tersebut pula membolehkan anda mengganti pemukul dengan mudah dengan hanya menekannya.\n\nHand mixer terbaik dan terbaru daripada Kenwood, iaitu Kenwood HM530 ini sangat ringan dan mempunyai 3 kelajuan yang boleh diubah. \n\nDengan kekuatan motor 450W, hand mixer Kenwood yang paling berkuasa ini berkesan untuk mengadun sebarang resepi. Anda boleh menyimpannya di mana sahaja selepas menggunakannya kerana saiznya yang sangat kecil.\n\nSekiranya anda merancang untuk menggunakan bahan ringan dan tidak mahu bergantung pada elektrik, anda boleh mendapatkan hand mixer twista pro manual ini. \n\nTwista pro manual hand mixer tidak memerlukan bateri untuk beroperasi dan hanya memerlukan kudrat daripada tangan anda sendiri. Ia dilengkapi dengan 4 alat yang boleh ditukar ganti yang dapat mencincang, mengadun, menghancur atau memukul bahan.\n\nDengan putaran 360 darjah mengikut arah jam dan lawan jam, segala jenis makanan boleh diproses dengan mudah. Lebih-lebih lagi, kapasitinya sebesar mangkuk 1.2L dapat memuatkan isi kandungan makanan yang banyak.\n\n5. Ckeyin Mini Electric Hand-Held Mixer\n\nCkeyin Mini-Electric Hand-Held Mixer merupakan hand mixer termurah di Malaysia. Ini adalah hand mixer pilihan yang tepat jika anda inginkan sesuatu yang pantas dalam membantu anda dalam mengacau susu dan kopi, memukul telur ataupun menghancurkan jus buah-buahan. \n\nPanjang batangnya 9 sentimeter dan diperbuat daripada ABS dan keluli tahan karat.\u00a0\n\nDengan beratnya yang hanya 42 gram, anda boleh membungkusnya dan membawanya ke mana sahaja yang anda inginkan! Hand mixer ini terdapat dalam pelbagai warna yang boleh dipilih oleh anda.\n\nAugienb Cordless adalah hand mixer terbaik tanpa wayar yang perlu dipertimbangkan dalam pilihan anda kerana ia menampilkan pilihan 3 kelajuan dan sangat ringkas. \n\nIa amat mudah dikendalikan dan dapat menjimatkan masa. Anda boleh menggunakannya untuk memukul telur dan krim, mengacau kopi dan sebagainya. Salah satu kelebihannya ialah kaedah pengecasan USB yang boleh bertahan selama sebulan dalam sekali cas.\n\nLebih dari 1,000 unit terjual di Shopee, Sharp EMH55WH adalah salah satu hand mixer yang paling popular di Malaysia yang menawarkan kualiti dan ketahanan yang baik. \n\nDengan memilki 5 pilihan kelajuan dan turbo, anda akan mempunyai pelbagai pilihan untuk mencampurkan bahan-bahan yang anda suka. Harganya pula dikatakan tidak terlalu mahal.\n\nJika anda mencari hand mixer terbaik yang paling popular di Malaysia, apa kata jika anda mencuba 7 speed hand mixer ini. Sudah lebih dari 3,000 unit hand mixer ini telah terjual di Shopee. \n\nDilengkapi dengan motor 180W yang kuat, hand mixer ini mempunyai 7 kelajuan pilihan yang dapat disesuaikan untuk pelbagai kegunaan anda. Model fleksibel ini juga boleh ditukar menjadi stand mixer jika anda meletakkan mangkuk.\n\nTerdapat juga 2 pemukul snap-on dan cangkuk doh yang hebat. Lebih-lebih lagi, motornya boleh bertahan sehingga 10 minit penggunaan secara berterusan pada kelajuan tinggi yang cukup mengagumkan!\u00a0\n\n9. Kitchen Aid Limited Edition Queen Of Hearts Hand Mixer\n\nSekiranya anda mencari hand mixer yang cantik, cubalah model Queen of Hearts edisi terhad daripada Kitchen Aid ini. Model ini mempunyai pilihan kawalan 7 kelajuan dan ciri permulaan yang lembut. \n\nAlat serbaguna hand mixer terbaik ini adalah penyelamat ketika mencampurkan pelbagai bahan-bahan tanpa adanya sebarang percikan.\u00a0\n\nUntuk penggunaan yang mudah dan selesa, pemegangnya yang lembut dan penunjuk kelajuan LED menjadikannya lebih mudah kepada anda. Turbo Beatersnya pula direka khas dan terbuat daripada keluli tahan karat untuk mengadun campuran tebal dengan sangat mudah.\n\nHand mixer terbaik dari Philips Daily Collection HR3700 ini merupakan hand mixer 20% lebih pantas daripada hand mixer konvensional lain di Malaysia. \n\nPhilips Daily Collection HR3700 ini mempunyai 3 pilihan kelajuan yang tepat untuk mendapatkan tekstur adunan yang disukai. Lebih-lebih lagi, ia ringan, sangat ergonomik dan pemegangnya yang tidak tergelincir untuk penggunaan yang mudah.\n\nItulah antara hand mixer terbaik yang boleh anda cuba. Jom baca juga pelan internet terbaik, oil cleanser terbaik, vitamin terbaik untuk kulit dan vitamin untuk mata. \n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Tegas dan garang sangatlah ketara bezanya. Dalam kamus istilah tegas bererti jelas, terang dan lantang.\n\nManakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau marah-marah dengan bengisnya.\n\nMak Ayah tak ada ler sampai garang gitu sekali kan.\n\nJom kita tengok 4 perkara pencetus garang.\n\nLupa nak pelankan volume suara, maklum banyak tenaga yang datang dari emosi sebab rasa macam tidak dipercayai atau dikhianati. Apa pun perasaan kita, kawal sebaik mungkin volume suara.\n\nGuna nada professional seperti pembaca berita. Suara diorang serius namun mesra walau sedang membaca berita yang lucu.\n\nIngatkan diri sendiri bahawa Allah tegur kita dalam surah al-Hujurat:2 supaya tidak angkat suara melebihi suara nabi. Begitu juga ingatan Allah dalam surah Luqman:19 tentang suara keldai meringkik.\n\n2. Lupa Nak Tarik Nafas Dan Senyum\n\nBila rasa tercabar sikit mak ayah akan cepat tarik muka sepatutnya kena tarik nafas dulu\u00a0. kita fikir kita yang kena kawal anak sebab anak tak faham, anak degil, anak terpengaruh dengan kawan dan sebagainya.\n\nKita lupa bahawa satu-satunya insan yang kita boleh kawal adalah diri sendiri. Bila tak dapat kawal muka kita jadi bengis, masam kelat, kening berkerut, mata jadi bulat besar, hodoh jadi nya!. Apa yang kita pamerkan itulah yang kita dapat.\n\nAnak tengok anak jadi takut terciptalah jurang antara mak ayah dan anak, Imam Ghazali pernah berpesan untuk kita lihat wajah kita sendiri di cermin sebagai kaedah kawal diri ketika rasa nak marah-marah.\n\n3. Lupa niat; Nak Terang Atau Nak Serang\n\nMak ayah sering lupa kita adalah pembimbing anak, kita bukan hakim yang kena menghukum anak sepanjang masa.\n\nNabi pun ajar kita untuk bimbing anak selama 3 tahun supaya menguasai ibadah solat, nak jadikan solat sebagai budaya diri, 3 tahun adalah tempoh yang panjang dan dalam tempoh yang panjang itulah kita akan ulang, terang, jelaskan, tunjukkan berulangkali.\n\nLepas 3 tahun yang setiap hari 5 kali proses mengulang menerang berlaku pun tak jalan juga barulah dirotan anak itu.\n\nBila kita lupa peranan kita pada anak, hati mudah jengkel dan bosan, mulalah kita rasa anak ni lembap ke, tak faham-faham ke, kita mula bandingkan dengan anak orang lain ataupun bandingkan diri kita dulu-dulu, masa kecik dulu kita cepat faham, cepat patuh dan cepat taat padahal kita perasan je tu, akhirnya dengan anak cepat je nak serang dan mudahnya jadi garang.\n\n4. Lupa Anak Kita Bukan Milik Kita\n\nKita sering lupa bahawa Allahlah yang merancang perjalanan hidup kita. Allah sentiasa melihat dan menilai respon kita pada perancanganNya yang kudus itu.\n\nAnak-anak kita adalah milik Allah. Allah pinjamkan pada kita untuk kita urus anak sebagaimana yang dikehendaki oleh pemiliknya. Anak kita bukan juga hamba kita, bukan pula sumber kebanggaan mutlak, tetapi dia adalah jambatan dan jalan untuk meraih redha Allah.\n\nAnak -anak merupakan asbab untuk capai keredhaan dan kasih sayang Allah.\n\nSemoga Allah sentiasa ingatkan kita yang pelupa ini."
"7 Kebaikan anak makan bersama keluarga\n\n*Ramai yang tidak tahu bahawa makan bersama keluarga dapat memberi kebaikan kepada anak-anak dan seisi keluarga. Kita mungkin pandang makan malam atau sarapan hanya sekadar makan bersama di meja makan tetapi ia memberi kesan positif kepada anak-anak. Dari situ, mereka dapat meluangkan\u00a0 masa sedikit dengan menceritakan aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nJemput juga baca artikel masalah sosial anak dan DIY aktiviti anak\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mulut berbau adalah masalah yang sangat memalukan. Mulut berbau akan menyebabkan anda berasa kurang yakin dengan diri sendiri apabila berhadapan dengan orang lain. \n\nNak bercakap pun rasa macam nak tutup mulut. Bukan itu sahaja, orang di sekeliling juga akan berasa tidak selesa apabila bergaul dengan kita. Jom ketahui apakah punca mulut berbau agar boleh dielakkan.\n\nPastinya setiap hari anda akan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali iaitu pada waktu pagi dan malam. Ada juga yang memberus gigi dengan lebih kerap setiap kali selepas makan. Namun masih mendapat masalah nafas berbau. Kenapa? Ini berlaku kerana anda tidak memberus gigi dengan cara yang betul. Cara memberus gigi yang betul adalah seperti berikut:\n\nPunca nafas berbau yang seterusnya ialah masalah gigi. Jika gigi anda rosak, bergoyang, atau berlubang, ia akan menyebabkan anda mengalami masalah mulut berbau. Sebagai contoh, jika anda mempunyai gigi yang berlubang makanan akan termasuk dan tersekat di lubang tersebut. Sisi makanan yang termasuk ke dalam gigi berlubang akan mereput dan menjadi busuk lalu menyebabkan nafas anda berbau.\n\nSelain masalah gigi, penyakit gusi juga adalah punca nafas berbau yang mungkin ramai tak tahu. Ini kerana tahap kesedaran rakyat Malaysia ke atas kesihatan gusi adalah masih rendah. Di antara penyakit gusi yang boleh menjadi punca nafas berbau ialah:\n\nPunca nafas berbau yang seterusnya ialah ulser mulut. Ulser mulut berlaku disebabkan luka dalam mulut dijangkiti Bakteria Helicobacter\u00a0pylori lalu menyebabkan luka tadi berubah menjadi tompokan kecil yang dipanggil sebagai ulser. Jangkitan bakteria tersebut juga akan menyebabkan nafas anda berbau. \n\nApabila tonsil anda membengkak, dalam masa yang sama anda juga akan mengalami masalah mulut berbau. Oleh itu, jangan biarkan tonsilitis tanpa sebarang rawatan.\n\nApabila anda demam, nafas anda akan terasa panas dan berbau. Ini adalah perkara yang normal. Apa yang penting adalah anda kawal suhu badan agar tidak menjadi terlalu panas. Apabila demam anda hilang, nafas anda akan kembali seperti biasa. Tiada lagi nafas berbau.\n\nSelsema juga boleh menjadi punca nafas berbau. Ini kerana apabila anda selsema, terdapat hingus di dalam hidung anda. Hingus yang terkumpul akan menyebabkan nafas anda berbau.\n\nSelain selsema, masalah hidung tersumbat juga adalah punca nafas berbau. Hidung anda akan selalu tersumbat sekiranya ada tinggal di kawasan yang sejuk atau pun berada dalam cuaca yang sejuk seperti bersalji atau musim hujan. Anda boleh mengurangkan masalah hidung tersumbat dengan memakai pakaian yang tebal dan banyakkan minum teh panas.\n\nMereka yang mempunyai penyakit sinus akan menghadapi masalah nafas berbau. Oleh itu, jika anda disahkan mempunyai masalah sinus, sila dapatkan rawatan untuk menghilagkan penyakit tersebut.\n\nPesakit resdung akan mempunyai masalah nafas berbau. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cara merawat resdung anda sehingga pulih.\n\nTahukah anda bahawa pengambilan kafein setiap hari boleh menjadi punca nafas berbau. Ini adalah berita buruk bagi pencinta kopi dan teh. Jika anda mengalami masalah nafas berbau, pastikan anda berkumur dengan listerine atau makan gula-gula getah setiap kali selepas minum kopi atau teh.\n\nPercaya atau tidak, makanan pedas juga boleh menjadi punca nafas berbau. Oleh itu, jika masalah nafas berbau anda agak teruk, elakkan makanan pedas sehingga masalah anda selesai.\n\nTidak dinafikan bahawa perokok mempunyai nafas yang busuk dan berbau. Selagi anda merokok selagi itu nafas anda akan berbau. Sebaiknya berhenti merokok. Jika anda tidak mampu untuk berhenti merokok, pastikan anda berkumur dengan listerine atau kunyah gula-gula getah setiap kali selepas merokok.\n\nMakanan berprotein juga akan menyebabkan nafas anda berbau. Ini kerana apabila makanan berprotein dicerna oleh perut anda, ia akan menghasailkan enzim yang menyebabkan nafas berbau. Di antara sumber makanan protein ialah ayam, daging lembu, ikan, dan sebagainya.\n\nPunca nafas berbau yang terakhir ialah memakan makanan berbau seperti bawang, bawang putih, petai, kerdas, jering, dan sebagainya. Elakkan makanan berbau jika anda inginkan nafas yang segar.\n\nItulah dia punca mulut berbau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca senggugut punca cyst, dan punca gusi bengkak"
"Semasa anak-anak masih kecil seawal umur 2 tahun, kita sudah boleh dedahkan kepada mereka dengan pensil warna dan kertas. Hal ini kerana ia dapat mengembangkan daya kreativiti mereka dalam seni lukisan. Bukan sahaja lukisan, dekorasi juga boleh diajarkan kepada anak-anak. Contohnya, dekorasi bunga menggunakan barang-barang kitar semula.\n\nSebelum mereka masuk ke alam persekolahan, tidak salah jika kita ajar mereka untuk melukis dan mewarna. Biasanya, di awal persekolahan cikgu akan mulakan dengan melukis da mewarna untuk sesi pembelajaran untuk menarik minat mereka untuk belajar. Jadi, kita boleh mulakan dari rumah mengajar mereka untuk mewarna dan melukis.\n\nUsia muda seperti mereka memang mempunyai banyak persoalaan dan kekurangan. Pada permulaan memang agak susah. Sebagai ibu bapa kita perlu mengajar mereka dengan sabar. Bagaimanakah untuk kita galakkan anak-anak untuk melukis dan mewarna?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 perkara yang perlu dilakukan untuk galakkan anak dalam seni lukisan. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul \u201c3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna\u201d, \u201cWhy So Serious Parents?\u201d dan \u201cParents, Welcome To My World\u201d sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. 6 Fasa perkembangan dalam kemahiran melukis\n\nMenurut Nicole Avery (pakar perkembangan kanak2), ada 6 fasa perkembangan dalam kemahiran melukis :\n\nFasa 1: Anak menconteng dengan corak jalur memanjang (ke kiri ke kanan atau ke atas ke bawah)\n\nFasa 2: Anak menconteng dengan corak bulat dan bujur. (mula dan habis lukisan pada titik yg sama)\n\nFasa 3: Anak mula mewarna bentuk2 yang dilukis, dan bercerita tentang objek2 yg dilukis. Contohnya kereta, matahari, pokok, ultraman \u2014 walaupun mungkin takde rupa langsung.\n\nFasa 4: Anak mula melukis wajah dan anggota badan manusia (mata, mulut, rambut, kaki, tangan) walaupun mungkin sekadar lidi dan bulatan.\u00a0\n\nFasa 5: Anak mula melukis benda2 disekeliling \u2014 pokok, kereta, bangunan, bunga, kucing. Dan kita dah mula nampak rupa dan faham maksud lukisan anak.\n\nFasa 6: Anak mula melibatkan saiz, jarak, perspektif, dan mood dalam lukisannya.\u00a0 \n\n10 Perkara untuk galakkan anak dalam seni lukisan\n\nBerikut adalah 10 perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa :\n\n1. Tampal kertas mahjung banyak-banyak di dinding rumah yang anak boleh capai, dan bagi dia conteng guna pensel warna, chalk, or anything yang senang padam.\n\n2. Kalau pergi kedai makan, bentang kertas mahjung tu jadi alas meja, dan keluarkan pen warna warni. Sementara tunggu makanan sampai, ajak anak lukis sama-sama.\n\n3. Bila balik kampung, bawa kertas mahjung dan tampal kat satu corner. Ajak anak dan sepupu sepapat dia doodle kat situ.\n\n4. Everytime pergi pantai atau kawasan berpasir, beri anak doodle around guna ranting atau jari. Ini salah satu cara effective juga untuk latih anak menulis alphabet & numbers.\n\n5. Bagi anak conteng lantai car porch guna arang atau sidewalk chalk. Jangan bimbang, ia boleh hilang dengan air biasa.\n\n6. Beli mug atau mangkuk warna putih plain, beli glass colour marker, dan bagi anak lukis atas mug dan mangkuk tu. Ini paling saya suka, sebab ia beri sentimental value bila tengok balik cawan dilukis.\n\n7. Beli tshirt plain dan fabric marker, dan bagi anak lukis atas tshirt tu. \n\n8. Beli drawing block atau buku lukisan supaya anak bersemangat melukis dan kumpul koleksi lukisan dia.\u00a0\n\n10. Beli Lookisslah Tablet. Seawal umur 2 tahun boleh bermain Lookisslah, ia bagus untuk kanak-kanak dan boleh disimpan dalam beg, dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.\n\n*Anak-anak kita adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan ibu bapa. Jika bukan kita yang didik mereka dari kecil siapa lagi yang akan didik mereka. Usia mereka yang masih muda masih banyak perkara yang mereka perlu belajar, ada banyak perkara yang mereka ingin tahu dan cuba. Jadi mulakan dengan ajar mereka dengan melukis dan mewarna kerana ia dapat mengembangkan kreativiti mereka.\n\nSemoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sekarang ini, dah ada kan wrap yang dah siap sedia. Tak perlu susah-susah dah nak buat wrap sendiri. Jadi kalau rasa nak makan tortilla chicken wrap dah makin senang kan. Hanya siapkan inti sahaja.\n\nKalau nak siapkan untuk sarapan ke, nak bawa bekal ke, nak bawa untuk bekalan berkelah ke. Tiada masalah. Inti yang dah siap dimasak itu boleh disejuk bekukan sebagai persediaan awal.\n\nNanti nak makan hanya perlu defrost dan wrap. Kemudian, panaskan di dalam oven ataupun grill dalam non stick pan. Mudahkan?\n\nJom tengok resepi tortilla chicken wrap menggunakan wrap jenama Mission ataupun Gardenia. Resepi ini dikongsikan Siti Husni di laman Facebook. Resepi yang sangat mudah tau.\n\np/s: kalau tak nak terbuka wrap, boleh cucukkan dengan lidi kecil tu. Kemas pun kemas.\n\nMudahkan? Nak buat meniaga pun boleh.\n\nJangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Tortilla Chicken Wrap ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
"Kuih badak berendam, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.\n\nDari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap kuih badak berendam sama dengan kuih sopang di Negeri Sembilan tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan juga rasa.\n\nKuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan (gula melaka). Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis. Kuih ini dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak.\n\nPada perkongsian kali ini, kami akan mengongsikan resepi kuih badak berendam yang sedap dan manis yang dibahagikan oleh \u200eIrhana Canella\u200e di Facebook. Sila mencuba resepi ini.\n\nResepi Kuih Badak Berendam (Sedap, Lemak Manis)\n\n1. Uli tepung pulut, air kapur dan pewarna sampai jadi doh.\n\n2. Bulat-bulatkan dan bubuh inti gula melaka.\n\n3. Jadikan bebola kemudian susun dalam bekas.\n\n4. Santan di bancuh dengan tepung beras sedikit dan bubuh garam sedikit untuk naik lemak. Bancuh jangan pekat jangan cair, sedang-sedang saja.\n5. Setelah itu, masukkan sekali ke dalam bekas yang ada buah melaka tadi.\n6. Akhir sekali kukus sampai masak dalam 15 minit. Siap.\n\nSelain resepi Kuih Badak Berendam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ubahsuai dapur atau renovate dapur adalah perkara yang menyeronokkan! Pasti mak-mak excited nak masak dengan dapur baru kan? Tetapi jangan gelojoh, takut-takut tersilap ubahsuai dapur pula nanti. Sebelum ubah dapur, terdapat beberapa faktor yang harus anda titik beratkan dan perlu berbincang dengan kontraktor anda.\n\nUbahsuai dapur atau renovate dapur adalah perkara yang menyeronokkan! Pasti mak-mak excited nak masak dengan dapur baru kan? Tetapi jangan gelojoh, takut-takut tersilap ubahsuai dapur pula nanti. Sebelum ubah dapur, terdapat beberapa faktor yang harus anda titik beratkan dan perlu berbincang dengan kontraktor anda.\n\nJika anda serahkan bulat-bulat kepadanya, kemungkinan akan berlaku perselisihan pendapat sekiranya anda tidak berminat dengan reka bentuk atau ubahsuai dapur yang telah mereka lakukan. Bagi mengelakkan terjadinya situasi tersebut, anda perlu membuat perancangan dan gambaran awal dapur yang anda inginkan.\n\nSetidak-tidaknya, ketahui beberapa tips penting dan petua ubahsuai dapur yang boleh anda ikuti. Jom lihat antara tips dan petua ubahsuai dapur seperti berikut.\n\nAdalah lebih baik untuk anda mengosongkan dapur anda terlebih dahulu sebelum kontraktor mula mengubahsuai dapur. Persediaan ini perlu anda buat supaya tidak ada barang-barang yang hilang atau rosak sepanjang berada di dapur. Lebih elok lagi, kosongkan semua barang-barang anda di ruangan dapur.\n\nAda orang yang hari ini cakap lain, esok lusa setelah dipengaruh dia mahu yang lain pula. Elakkan daripada bertukar-tukar fikiran kerana sekali anda memilih gaya ubahsuai dapur anda, ia akan memudahkan pihak kontraktor. Oleh itu, pilihlah gaya ubahsuai dapur yang benar-benar tepat anda mahukan.\n\nRamai yang tak tahu untuk membuat pilihan jenis lantai dapur. Antaranya adalah mozek, vinyl floor, granit, batu, kaca, linoleum dan macam-macam lagi. Tiada masalah jika ia tidak sama dengan lantai satu rumah.\n\nSebaiknya anda menggunakan lantai vinyl untuk dapur kerana ia tahan lama sehingga 20 tahun dan berkualiti berbanding lantai jenis lain. Selain memiliki tekstur yang halus, ia terdapat dalam pelbagai jenis warna juga.\n\nUbahsuai dapur selalu dikaitkan dengan pemasangan kabinet. Selalunya, kabinet adalah perkara atau tujuan utama yang anda inginkan untuk ubahsuai dapur. Senanglah nak letak barang-barang dan perkakas dapur selepas ini. \n\nPastikan anda merancang kedudukan kabinet dapur yang bakal diletakkan di dapur anda. Kedudukan dan saiz kabinet perlu anda anggarkan supaya dapur anda tidak kelihatan kecil.\n\n5. Pemilihan Jenis, Corak Dan Warna kabinet\n\nBiarpun jenis kabinet dapur adalah sama dan tiada beza tapi pastikan anda beritahu dengan jelas kepada kontraktor sama ada anda mahukan pembahagian di antara kabinet tersebut. Bolehlah anda letak barang di sudut atas dan bawah dalam satu kabinet.\n\nSelain itu, pastikan kabinet anda lengkap dengan penutup atau pintunya. Ada kontraktor yang buat kabinet sahaja tanpa ada penutup. Itulah pentingnya untuk anda bertanya dan berbincang dengan mereka.\n\nBagi corak dan warna kabinet dapur, hitam, putih atau coklat adalah pilihan terbaik untuk menampakkan rumah anda eksklusif, kemas dan cantik. Namun, bergantung kepada anda untuk samakan dengan tema warna rumah anda, juga tiada masalah.\n\nPastikan anda bayangkan bagaimana ruang dapur anda selepas selesai ubahsuai nanti. Jika ada mempunyai penambahan ruang yang ingin anda jadikan sebagai bar atau dinding meja, pastikan ia tidak mengecilkan ruang dapur anda. \n\nJika ruang dapur kelihatan kecil, cukuplah sekadar buat kabinet dapur bawah dan atas sahaja. Ubahsuai penambahan bar ala-ala meja makan tidak sesuai jika dapur anda bersaiz kecil.\n\nPerkara yang paling kita anggap remeh ini bakal menjadi masalah sekiranya ubahsuai dapur dilakukan tanpa perancangan. Ada kontraktor yang memasang sinki di ruang tengah dan dapur di penjuru dapur, ada juga sebaliknya.\n\nRuang sinki dan paip sedia ada boleh diubah tetapi turut perlu mendapatkan kebenaran daripada anda. Oleh itu, tetapkanlah ruang sinki yang sepatutnya pada dapur anda. Sebaiknya, ia perlu berada di hujung penjuru atau berdekatan mesin basuh. Bukannya di tengah-tengah dapur.\n\nUbahsuai dapur akan berjalan dengan lancar tetapi akan berlaku masalah setelah selesai sekiranya suiz dan plug tidak berada di tempat yang sepatutnya. Anda boleh meminta mereka menambah plug untuk kegunaan seperti menggunakan microwave, pembakar roti, pengisar dan sebagainya.\n\nKipas udara dapur berfungsi menyedut segala asap atau haba yang berada di dapur terutamanya ketika anda memasak. Untuk mendapatkan aliran udara yang baik, pastikan anda memasang kipas udara dapur dalam proses ubahsuai dapur berlangsung.\n\nSetelah selesai hal berkaitan lantai, kabinet dan sebagainya, barulah anda boleh fikir dimana untuk letakkan meja, kerusi, peti ais dan lain-lain. Ruang yang kemas dan cantik adalah ruang yang tidak terlalu padat dengan barang.\n\nPeralatan dapur dan barang-barang dapur juga boleh disusun di kabinet yang telah disiapkan. Semasa ubahsuai dapur, anda boleh merancang dimana untuk anda letakkan barang-barang tersebut.\n\nAnda juga boleh meminta kontraktor menggunakan grill untuk membuat rak tambahan untuk meletak barang-barang kecil atau perhiasan di dapur. Tak salah kan? Anda juga boleh menghias dapur secara kreatif.\n\nHiasan dan aksesori dapur amat penting untuk kecantikan dan kesegaran dapur anda. Jika anda ingin meletakkan kata-kata menarik atau gambar-gambar serta buku masakan, sediakan ruang khas untuk itu. Jika mahu letakkan pokok hidup kecil yang segar, fikirlah ruang yang sesuai untuk pokok tersebut di dapur.\n\nItulah dia 12 tips ubahsuai dapur penting untuk anda ketahui. Ia sedikit sebanyak pasti akan membantu anda. Jom baca juga jenis tepung, cara simpan telur yang betul dan tips jadikan penghawa dingin seperti baru."
"Kanak-kanak zaman sekarang telah didedahkan dengan pelbagai permainan gajet atau permainan yang menggunakan bateri. Ibu bapa merasakan permainan ini dapat membuatkan anak-anak gembira dan tidak akan kacau mereka ketika melakukan kerja. Ia sememangnya dapat menarik perhatian kanak-kanak dan membuatkan mereka fokus kepada permainan tersebut.\n\nPada permulaannya, kita lihat keadaan kanak-kanak nampak macam biasa sahaja. Tetapi lama-kelamaan, kanak-kanak akan nampak mula ketagih dengan gajet sehinggakan tidak mahu makan jika selagi tidak dapat gajet. Mereka rasa gajet ini seperti benda ajaib di mana semua jenis video kartun dan permainan ada di dalam gajet. Sebelum perkara ini berlaku kita perlu lakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara ini berlaku.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai aktiviti permainan screen-free untuk kanak-kanak. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca.\n\n\u2013 Sentuhan kulit ke kulit: urut, gomol2, berguling, tepuk2, geletek2.\n\n\u2013 Touch different textures. Ambik kain atau soft toys yang ada pelbagai tekstur, bagi anak sentuh pada tapak tangan atau tapak kaki.\n\n\u2013 DIY Crib gym. Sila google jadah apa crib gym ni. Boleh DIY dengan gantung soft toys, tali riben, loceng, belon, dan sebagainya. Make sure tangan anak sampai untuk sentuh dan tarik2 benda gantung2 tu.\n\n\u2013 Ransangan bebola mata. Gerakkan objek atas bawah depan anak.\n\n\u2013 Sepak atau baling soft toys\n\n\u2013 Bath toys. Main masa mandi. Water play bagus untuk bina water confidence.\n\n\u2013 Ketuk periuk guna sudip, ketuk besen guna sudu.\n\n\u2013 Sensory bean bag. Buat uncang kacang macam buat batu seremban tu. Tapi buat sebesar tapak tangan anak. Dalam uncang tu letak kacang atau beras yang berbeza jenis. Bagi anak pegang, ramas, gigit, pijak, etc.\n\n\u2013 Fine motor activity: tarik plastik keluar dari kotak tisu, kopek selotape dari lantai/dinding\n\n\u2013 AVOID SCREEN / ELECTRONIC DEVICES OR BATTERY OPERATED TOYS.\n\n\u2013 Beri ruang untuk anak bergerak dan explore kaki. Anak umur ni biasanya baru belajar berjalan dan berlari. So \u201ctoys\u201d yang paling happy kan dia ialah kaki dia sendiri. Elakkan pergi tempat yang anak tak boleh bergerak bebas dan terpaksa duduk diam dalam tempoh yang lama.\n\n\u2013 Copying games. Minta anak tiru pergerakan mudah, tiru rentak tarian, tiru lukisan mudah, atau tiru bunyi.\n\n\u2013 Always have crayons & paper, or playdoh in your handbag. Sebelum bagi phone, bagi yang tu dulu.\n\n\u2013 Stacking toys. Buat menara guna cawan plastik atau mangkuk plastik.\n\n\u2013 Story books with few words. Satu dua patah perkataan per page dah memadai. And yes, kau yang kena bacakan buku tu. Bukan longgok depan anak dan expect dia baca sendiri.\n\n\u2013 Kejar bubbles sambil pijak pasir atau rumput. Budak baru dapat kaki, so let them explore kaki dengan aktiviti2 camni.\n\n\u2013 Rattle toys atau benda yang keluarkan bunyi bila digerakkan. Tapi bukan yang battery operated.\n\n\u2013 Banyakkan bercakap & bercerita guna different facial expressions\n\n\u2013 Turning & screwing toys. Contoh: padankan bolt & nut ikut saiz. Atau padankan penutup botol dengan botolnya. Pergerakan memutar tu bagus untuk fine motor.\n\n\u2013 Threading activity. Contoh: buat rantai guna tali dan manik, atau sulam tali di celah-celah lubang penapis sayur.\n\n\u2013 Asingkan manik atau butang, mengikut warna dan bentuk.\n\n\u2013 Tampal kertas manjung banyak2 kat dinding, dan bagi anak bebas menconteng. Atau buat finger painting.\n\n\u2013 Mengoyak dan melipat kertas. Guna majalah2 lama. Suruh anak koyak kertas ikut bentuk circle, square, oval. Atau lipat kertas jadi pattern tertentu.\n\n\u2013 Lukis some simple drawings guna highlighter, dan suruh anak trace lukisan tu guna crayon atau marker.\n\n\u2013 Play dough / lego modelling. Suruh anak tiru bentuk atau struktur tertentu.\n\n\u2013 Early phonics (recognising letter shape & sound). And early maths (counting). Tengok video saya sebelum2 ni.\n\n\u2013 Menulis dan melukis atas pasir guna jari atau ranting kayu.\n\n\u2013 Kutip siput, batu, bunga, daun, dan kaji corak, bentuk, warna.\n\n\u2013 Messy play. Bagi anak main air, water beads, slime, jelly, lumpur, colour mixing guna water colour, etc.\n\n\u2013 Role play/ pretend play. Berimaginasi guna props dan costumes.\n\n\u2013 Aktiviti guna sepit baju. Bagi anak pro mengepit dulu sebelum expect anak pro pegang pensel.\n\n\u2013 Playground/ park visit. Expose them to peer group.\n\n\u2013 Ask open-ended questions untuk ransang imaginasi anak: \u201cWhy\u201d and \u201cHow\u201d. Contoh: \u201cAdik rasa, kenapa kereta ada 4 tayar?\u201d atau \u201cCuba bayangkan, macam mana kalau kita hidup dalam hutan?\u201d atau \u201cMacam mana hujan boleh turun?\u201d. Ingat, there\u2019s no right or wrong answers. Biarkan anak berfikir.\n\nUmur 4 tahun ke atas :\n\n\u2013 More complex building blocks / construction toys\n\n\u2013 Galakkan kemahiran bercerita dan mengekspresi idea\n\n\u2013 Teamwork. Bina sesuatu secara berkumpulan.\n\n\u2013 Aktiviti yang perlu ikut langkah demi langkah. Contoh: buat donat, buat cookies, origami, buat greeting card. This kind of activity sangat membantu bina fokus anak.\n\n\u2013 Menghasilkan seni yang lebih complex guna scissors, glue, markers, water colour, pencil colour, stickers, etc.\n\n\u2013 Music instruments: Piano, drum, guitar.\n\n\u2013 Outdoor play: sand, main hujan, bola, giant bubbles\n\n\u2013 Simple cooking experience: Sieving, baking, stirring, rolling, measuring\n\n\u2013 Climbing walls / ladder / monkey bars / rocks\n\n*Bagi mengelakkan anak-anak kita dari terjebak dengan gajet, cuba kita lakukan aktiviti permainan yang tidak menggunakan gajet. Ada aktiviti yang sesuai bagi setiap peringkat umur kanak-kanak seperti contoh yang diberi di atas. Anda boleh cuba salah satu aktiviti di atas kepada anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya daripada penulis. Boleh baca artikel asal di sini."
"Masyarakat melayu dan asam pedas berpisah tiada. Memang sudah jadi ciri khas melayu masakan asam pedas ini. Selain asam pedas Johor atau Melaka, pernahkah anda makan asam pedas rebus utara? Sedap mana style utara atau selatan? Mana-mana pun ikut selera masing-masing ya.\n\nAsam pedas tidak hanya dijual di kedai-kedai melayu biasa, bahkan hotel-hotel juga menghidangkan asam pedas. Perbezaan antara asam pedas utara dan selatan adalah pada asam yang digunakan. Asam pedas utara cenderung guna asam keping atau asam gelugur sedangkan di selatan lebih suka guna asam jawa yang pekat. Sehingga dari kuah pun boleh nampak beza kuah pekatnya. Asam pedas utara pula biasa dimasak dengan ikan sedangkan selatan ada yang masak dengan daging atau ayam.\n\nMari cuba buat asam pedas rebus utara punya gaya. Resepi didatangkan daripada Ninie Zaini di laman Facebook. Makan dengan nasi putih dengan kuah tergenang di pinggan. Sedap hirup kuahnya. Selamat mencuba\n\nSelain asam pedas rebus utara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"asuhanak.com\n\nSebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.\n\nAnak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.\n\nSeharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..\n\nBila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.\n\nDah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan\n\nTapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.\n\nTengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.\n\nDan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.\n\nItu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.\n\nAnak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???\n\nBila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.\n\nKeegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.\n\nEmosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak\n\nJika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?\n\nKita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.\n\nIngatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.\n\n* peringatan untuk saya dan anda"
"Produk kecantikan memukau persis wanita Korea meletup sejak tahun 2013 lagi. Terdapat banyak skincare Korea yang tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. \n\nKini, skincare Korea menjadi sangat popular sehingga boleh didapati di seluruh kedai skincare seluruh negara. Namun, bagaimana untuk dapatkan skincare korea terbaik? Jom lihat senarai skincare terbaik boleh anda cuba.\n\nSyarikat skincare Skinfood telah menghasilkan produk penjagaan kulitnya melalui makanan di seluruh dunia. Bahan yang digunakannya adalah madu, telur, avokado, sayur-sayuran dan banyak lagi bahan makanan dalam skincare tersebut. Demikian, kandungan semulajadi menjadikan produk ini skincare Korea yang terbaik.\n\nPengasas skincare Peach & Lily, Alicia Yoon telah memutuskan untuk menghasilkan skincarenya sendiri setelah berjuang dengan masalah ekzema. \n\nBeliau terlibat dalam pembuatan setiap produk dan berkat usahanya, beliau memperkenalkan konsep kulit kaca kepada negara Barat. Sekiranya anda mencari skincare Korea yang membuatkan kulit menjadi bersinar, anda boleh mencuba skincare Peach & Lily ini.\n\nDengan harga yang berpatutan dan penuh dengan bahan kecantikan, Goodal adalah salah satu skincare Korea terbaik yang menjadi kegemaran ramai. Club Clio, syarikat induk Goodal juga memiliki rangkaian alat solek Peripera yang terkenal.\n\nSkin care korea terbaik yang lain ialah IOPE. IOPE merupakan salah satu daripada beberapa jenama penjagaan kulit Korea di bawah payung Aritaum. Skincare ini sesuai untuk wanita yang berusia kerana ia sangat baik untuk kulit pertengahan umur yang menghadapi masalah. \n\nSkincare IOPE dihasilkan dengan ramuan produk secara semula jadi. Skincare ini dijual di kesemua kedai kecantikan dan juga melalui online.\n\nSekiranya anda mahukan skincare yang terbaik yang menawarkan penjagaan kulit seperti orang Korea, Sulwhasoo adalah jawapannya. Jenama utama Aritaum, Sulwhasoo diperbuat daripada ramuan fermentasi yang digunakan dalam perubatan tradisional Korea selama beratus-ratus tahun dahulu. \n\nWalaupun ramuannya berbeza-beza dari produk ke produk, semuanya mengandungi polifenol, antioksidan, dan agen anti-karsinogenik. Harganya pula adalah sedikit mahal namun kesannya amat memukau.\n\nSekiranya Dr. Jart+ tidak asing bagi anda, ia juga merupakan salah satu skincare jenama Korea pertama yang dikendalikan oleh Sephora beberapa tahun yang lalu. \n\nDr. SungJae Jung, seorang dermatologi muda Korea telah mengkaji dalam pembuatan skincare ini. Pada tahun 2004, beliau telah bekerjasama dengan seorang lagi rakannya untuk mewujudkan Dr. Jart dan merekrut pasukan dermatologi untuk menghasilkan skincare terbaik Korea ini.\u00a0\n\nSkincare Dr. Jart+ memenuhi semua jenis kulit dan sangat baik untuk pencegahan penuaan. Produk pertama Dr. Jart adalah krim BB yang membuatkan mereka popular selepas itu.\n\n7. Some By Mi Snail Truecica\n\nProduk ini merupakan antara produk yang terkenal dengan kesannya yang baik kepada mereka yag berkulit jerawat. Produk ini mendapat review yang baik kerana kesan jerawat yang berkurang selain menjadikan kulit kelihatan lebih bersinar. \n\nSelain menenangkan dan membaiki teksture kulit, mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat sangat sesuai menggunakan produk ini. Teksturenya yang pekat tetapi cepat meresap ke dalam kulit dengan baik menjadikan produk ini sebagai pilihan ramai orang. Produk ini juga boleh digunakan sebelum anda memakai makeup.\n\nSlogan Banila \u2018no-makeup makeup\u2019 bukanlah perkara baru, tetapi pembersih balmnya iaitu Clean It Zero telah mengubah wanita untuk meninggalkan alat solek mereka dan menggunakan skincare mereka. \n\nSkincare Banila Co telah disesuaikan untuk pelbagai jenis kulit sejak dilancarkan. Skincare Korea Terbaik ini juga mengandungi losyen Radiant Brightening dalam produk mereka.\n\nMissha ditubuhkan pada tahun 2000 dan produk tersebut dikatakan sebagai klon daripada SK-II Facial Treatment Essence yang terkenal dengan harga yang rendah. \n\nSejak itu, Missha terus membina jenamanya sebagai skincare pilihan yang ideal untuk wanita dalam semua lapisan masyarakat. Baru-baru ini, mereka juga telah memperkenalkan produk yang ditujukan kepada pengguna yang lebih muda. A\u2019pieu merupakan salah satu losyen pelindung matahari yang boleh anda gunakan.\n\nDitubuhkan pada tahun 2014, COSRX terkenal dengan pembungkusannya yang sangat sederhana dan produknya yang amat berkesan. Berpusat di Seongnam, Korea Selatan, COSRX memilih untuk menjual produknya secara online untuk memastikan kosnya rendah. \n\nProduk skincare Korea terbaik ini sangat sesuai untuk mereka yang memiliki jenis kulit sensitif atau berjerawat.\n\nMadagascar Centella Ampoule merupakan salah satu skin care korea terbaik. Produk ini diperbuat daripada Ekstrak Centella Asiatica. Produk ini juga mempunyai kelebihan bagi memberikan kulit yang lembap serta boleh mengubah kulit yang sensitif menjadi lebih baik dan dapat membantu kulit menyembuh sendiri.\n\nProduk ini sesuai untuk mereka yang berkulit jerawat dan sensetif. Produk ini juga memberikan kesan penyerapan yang baik kepada kulit serta teksture yang tidak melekit. \n\nThe Face Shop menawarkan pelbagai produk kecantikan termasuklah barangan solek yang murah. Walaupun produknya cukup berpatutan, mereka berusaha keras untuk tidak memasukkan bahan kimia ke dalam produk mereka dan menggunakan bahan semula jadi. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk semua jenis kulit.\n\nInnisfree adalah jenama skincare semula jadi dari Pulau Jeju. Jenama ini membuat produk mereka dengan menggunakan pelbagai jenis bahan berasaskan tumbuhan. Produk penjagaan kulit mereka bukan sahaja baik untuk kulit, tetapi juga berfungsi merawat kulit dengan baik.\n\nSerum mereka menggunakan biji teh hijau yang sangat digemari oleh ramai orang. Memakai losyen kulit selepas serum ini menjadikan kulit anda terasa lembut dan licin.\n\nSkincare Korea terbaik ini adalah salah satu \u201cjenama kosmetik doktor\u201d dan pakar dermatologi telah mengambil bahagian dalam proses perkembangan pembuatannya. \n\nJenama ini menggunakan bahan semula jadi dan mempunyai pelbagai jenis produk skincare yang unik yang dapat dipilih berdasarkan jenis kulit. Mereka juga mempunyai pelbagai jenis produk seperti losyen kulit, topeng muka, primer dan krim BB.\n\nSkincare Korea ini merupakan salah satu skin care yang menyediakan penjagaan kulit yang berkualiti tinggi. Skin care ini juga menghasilkan produk berasaskan iklim dan tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya. \n\nJenama ini terkenal sejak kebelakangan ini disebabkan produknya yang menunjukkan hasil yang efektif bagi mereka yang ingin menghilangkan dark sport serta meratakan warna kulit mereka. Lebih menarik lagi, skin care ini juga sesuai bagi mereka yang memakai makeup dengan memberikan efek makeup yang cantik dan licin. \n\nProduk yang mengandungi bahan-bahan seperti hydro ion mineral water, beta-glukan, estrak akar mawar dan apricot menjadikan produk ini sebagai produk yang dapat menjaga kelembapan kulit.\n\nProduk ini juga dipertingkatkan bagi menjadikan kulit lebih cerah dan sihat. Produk ini juga dapat membebaskan kulit dari blackheads. \n\nBerikut adalah antara day cream terbaik yang boleh anda cuba. Jom baca juga\u00a0Day Cream Terbai,\u00a0Serum Murah Terbaik,\u00a0serum terbaik untuk kulit kering\u00a0dan\u00a0Serum terbaik untuk whitehead.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Sesiapa di sini suka makan ayam masak kicap? Nah kami kongsikan resepi ayam amsak kicap yang menarik untuk dicuba.\n\nAyam masak kicap ialah hidangan yang paling sinonim dengan rakyat Malaysia. Ada ratusan menu yang berasaskan kicap yang telah diolah resepinya. Walaubagaimanapun, ayam masak kicap yang sememangnya ringkas dan mudah tetap mengungguli menu kegemaran orang Malaysia.\n\nKali ini kami bawakan resepi ayam masak kicap yang lain dari kebiasaannya. Resepi ini ringkas tetapi sedap dan wajar dicuba bagi peminat ayam masak kicap. Caranya yang mudah membolehkan sesiapa sahaja mencubanya, baik anda sendiri, suami atau mungkin anak anda.\n\nResepi ayam masak kicap ini dikongsi oleh Ieda Zairi di laman Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom kita lihat!\n\nUntuk perhiasan, anda juga boleh menambah beberapa bahan, antaranya:\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik dan boleh dicuba:\n\nSelain daripada resepi Ayam Masak Kicap, disini juga kami sertakan resepi lain yang boleh anda sekeluarga cuba. Jangan lupa untuk menekan link dibawah dan mencubanya ya!"
"Sedapnya kalau hujung minggu nih dapat makan Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai. Tapi nak makan kat kedai pun belum gaji lah pula. Kalau makan berdua bolehlah tahan lagi. Tapi kalau dah ramai-ramai, memang kena makan kat rumah jela. Tapi jangan risau, tetap boleh makan ikan siakap tiga rasa ala thai nih. Hanya perlu cari bahan-bahannya dan cuba resepi mudah yang dikongsi oleh Maisara Nasir di Facebook. Resepi ini mendapat sambutan dan perkongsian dari orang ramai. Pasti menjadi. Apa lagi ? jom mencubanya. \n\n\u2013 Ikan siakap (lumur garam, kunyit dan tepung jagung)\n\n-1 biji bawang besar @ Holland (hiris dadu)-3 ulas bawang putih (cincang halus)-1 inci halia (ketuk)-setengah batang serai (hiris halus)\n\n\u2013 2 senduk kecil cili kering kisar\u2013 3 sudu sos cili thai\u2013 3 sudu sos cili\u00a0\u2013 2 sudu sos tomato\u00a0\u2013 2 sudu sos ikan\u00a0-1 sudu sos tiram\n\n\u2013 Lobak merah (potong dadu)\u2013 Nenas (potong dadu)\u2013 1biji tomato (potong dadu)\u00a0\u2013 5-10 biji cili padi (potong halus)\u2013 1 biji cili merah besar (potong [email\u00a0protected])\u2013 Sedikit air (untuk kuah)\u2013 1 kiub pati ayam\u00a0-secukup rasa Maggie-daun ketumbar (hiris halus)-daun limau purut (hiris halus & buang tulang)\u00a0-daun salad\n\n1.Goreng ikan sehingga garing, ketepikan.2.Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau.3.Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih.4.Tambah sedikit air, masukkan pula kiub pati ayam dan secukup rasa Maggie. Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur, nenas yang dipotong dadu tadi.5. Taburkan daun limau purut dan daun ketumbar, siap.\n\nSelain resepi Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Pada umur 3 hingga 6 tahun adalah di mana anak kita akan mula lasak dan sangat aktif. Lebih-lebih lagi ketika membawa mereka pergi ke \u2018shopping mall\u2019. Mereka akan berasa seronok dan berlari-lari di dalam \u2018shopping mall\u2019.\n\nPasti anda pernah melihat anak-anak yang jatuh kemudian menangis tidak henti di \u2018shopping mall\u2019, itu antara situasi biasa yang kita lihat. Namun, ibu bapa perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa kepada luka dalaman seperti kecederaan otak. Ketika anak jatuh, lihat bahawa kepala yang jatuh dahulu atau badan. Jika kepala, cepat-cepat lihat jika ada sebarang lebam atau tidak. \n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tanda-tanda anak kita mengalami kecederaan otak tanpa kita sedar. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.\n\n8 Tanda-tanda anak kita mengalami kecederaan otak tanpa kita sedar\n\n ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.\n\nJika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.\n\nJika ada nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.\n\n4. Menangis tak henti (inconsolable cry)\n\nJika anak kecil (umur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.\n\nBahagian otak yang memproses penglihatan terletak di bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.\n\nJika anak tidak sedarkan diri selepas terhantuk, mungkin berlaku kedeceraaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran(consussion), lebam(contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.\n\nKadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan oleh tekanan dalam otak meningkat. Bawa jumpa doktor.\n\nIni juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dll. Salah satu simptom ini berlaku, jumpa doktor.\n\n*Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan anak anda mengalami kecederaan otak. Jika anak anda pernah jatuh dan kepala yang terhantuk dahulu, lebih baik berjumpa doktor untuk check-up jika berlaku kecederaan di mana-mana. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.\n\nJemput baca artikel lain yang menarik di laman kami :"
"Menu bihun sup sentiasa dijadikan menu di hari lebaran, jamuan dan jualan. Pelbagai jenis bihun sup yang menjadi pilihan. Antaranya bihun sup utara, bihun sup terengganu, bihun sup ayam, daging dan sebagainya. Dalam banyak-banyak jenis bihun sup, bihun sup utara atau juga dikenali bihun sup kedah amat popular di kalangan masyarakat tempatan.\n\nBihun sup utara ini tidak lengkap jika tiada sambal merah. Resepi sambal merah terdapat versi tumis dan juga versi lebur sahaja. Jika menggunakan nama bihun sup utara, anda jangan pula hidangkan bersama sambal kicap. Sambal merah ini boleh dikira sebagai signature la untuk bihun sup utara.\n\nSatu lagi yang dikira wajib untuk dihidangkan ialah lobak masin. Untuk bihun pula, cuma perlu rendam dalam air sejuk atau dicelur dalam air panas bersama-sama sedikit kunyit atau pewarna kuning. \n\nBahan utama untuk sup boleh mengikut citarasa masing-masing. Sama ada anda mahu menggunakan ayam atau daging. Boleh juga menggunakan tulang rusuk, tulang belakang dan sedikit daging. Supnya pun mudah sahaja, tidak perlu letak serai atau lada hitam. Sup kosong tetapi sedap di tekak.\n\nResepi dari Roshida Rifqi Raisha pasti mudah dan senang. Jom mencubanya.\n\nDah siap. Bolehlah celur bihun tu. Tapi ingat sedang-sedang je, jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Selain daripada resepi Bihun Sup Utara, terdapat juga resepi menarik lain yang dikongsi oleh bidadari.com. Selamat membaca dan mencuba."
"Ilmu tentang penjagaan si ibu sedang hamil bukan sahaja perlu diketahui oleh golongan wanita, tetapi sama-sama ditimba oleh golongan lelaki khususnya si suami.\n\nJom baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai makanan untuk ibu mengandung yang membantu otak bayi berkembang.\n\nSemasa tempoh mengandung pastinya anda akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada bayi dalam kandungan anda. Selain melakukan pemeriksaan bulanan di klinik dan mengambil vitamin pre natal sebagai nutrisi tambahan, aspek pemakanan tidak kurang pentingnya.\n\nBayi dalam kandungan memperoleh segala nutrisi dari pemakanan si ibu. Oleh itu, apa-apa jenis makanan yang diambil oleh si ibu, sudah semestinya akan mempengaruhi perkembangan si anak.\u00a0\n\nIstimewa untuk anda, jom kami kongsikan makanan untuk ibu mengandung yang terbaik untuk bayi yang comel, sihat dan bijak.\n\nSelain elakkan daripada makanan tinggi garam, makanan segera dan makanan yang diproses, diet pemakanan si ibu yang sedang hamil perlulah kaya dengan nutrisi bagi kelengkapan perkembangan bayi.\u00a0\n\nBerikut ialah senarai makanan yang boleh dijadikan amalan berdasarkan kajian sains.\n\nMakanan untuk ibu mengandung yang paling utama ialah buah-buahan. Buah-buahan sangat penting kerana ia membekalkan:\n\nAntara buah-buahan yang baik untuk ibu mengandung ialah:\n\nMenurut kajian, kurma mengandungi mineral, vitamin, serat & antioksidan lengkap yang memenuhi keperluan tubuh badan setiap hari, terutamanya ibu mengandung.\n\nJika anda berasa lemah atau kurang sihat, kurma membantu anda sihat dan segar semula dengan kandungan gula ringkas yang membekalkan tenaga segera.\n\nKurma kaya dengan kandungan mineral yang sangat baik untuk kesihatan sistem saraf anda dan bayi dalam kandungan. apa yang menarik, kurma membantu pembentukan otak bayi yang sempurna. Selain itu, kurma juga membantu untuk menambah darah, menguatkan tulang, dan mengawal kenaikan berat badan anda semasa mengandung.\n\nBuah tin boleh dimakan dalam keadaan segar atau kering. Kedua-duanya baik untuk kesihatan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.\u00a0\n\nBuah tin menjadi makanan pilihan ibu mengandung kerana mengandungi vitamin, mineral, serat & antioksidan yang tinggi. Antara khasiat buah tin ialah menjaga sistem penghadaman dan membantu membuang toksin dari badan.\n\nSerat yang terdapat dalam buah tin membantu usus menyerap makanan dengan lebih baik. Untuk anda, buah tin mengawal tekanan darah agar bacaan darah anda cantik setiap kali mendapatkan pemeriksaan rutin bulanan.\n\nMakanan untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah madu asli. Pastinya anda tahu bahawa madu ialah makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah dan juga makanan para ahli syurga.\n\nMadu sangat baik untuk ibu mengandung. Menurut kajian, madu kaya dengan:\n\nMinyak zaitun ialah makanan sunnah yang kaya dengan polifenol iaitu sejenis antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan.\n\nSelain itu minyak zaitun juga kaya dengan asid lemak sihat seperti Omega 3 dan Omega 6. Antara khasiat minyak zaitun untuk ibu mengandung ialah:\n\nPara saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser.\n\nTubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung. Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori.\u00a0\n\nKismis merupakan anggur yang dikeringkan yang kaya dengan vitamin, riboflavin, folat, dan boron yang membantu meningkatkan fokus, koordinasi tangan & mata ibu mengandung.\u00a0\n\nBerikut merupakan kebaikan kismis untuk ibu mengandung:\n\nProduk tenusu adalah sangat baik untuk ibu mengandung kerana membekalkan protein dan kalsium yang sangat diperlukan semasa mengandung.\n\nContoh produk tenusu yang boleh anda makan setiap hari ialah susu segar, keju, dan yogurt. Antara fungsi utama protein dan kalsium kepada ibu mengandung ialah:\n\nPenemuan menarik yang dikongsi oleh sekumpulan penyelidik Jepun pada tahun 2010 mengaitkan kesan positif pengambilan produk tenusu oleh ibu yang mengandung.\n\nKajian ke atas 763 pasangan ibu dan anak di Jepun itu mendapati bahawa ibu yang mengamalkan diet produk tenusu semasa hamil berjaya mengurangkan masalah kulit eczema bayi yang dilahirkan sebanyak 63%.\n\nBerdasarkan kajian lepas, sayuran hijau diakui kaya dengan vitamin dan zat besi. Semasa anda mengandung, terutamanya semasa trimester pertama di mana janin sedang membentuk, zat besi adalah antara nutrien yang sangat anda perlukan untuk membantu pembentukan hemoglobin dan darah.\n\nPengambilan sayur hijau seperti sawi, kailan, bak choi, kangkung, dan sebagainya akan membantu mengelakkan anda mengalami masalah anemia atau kekurangan darah semasa mengandung.\n\nSayuran hijau juga membantu anda mendapat khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan, terutamanya jika anda mengalami alahan yang teruk semasa mengandung.\n\nOleh itu, pastikan anda makan sayuran hijau setiap hari sepanjang tempoh kehamilan kerana khasiatnya yang sangat baik untuk anda dan bayi dalam kandungan.\n\nFolat atau asid folik merupakan antara kumpulan nutrisi dari vitamin B kompleks yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia dan perlu diambil secara diet makanan.\n\nIbu yang hamil memerlukan dua kali ganda keperluan folat berbanding orang lain. Folat sangat diperlukan untuk proses selular, DNA dan sintesis asid amino untuk keperluan perkembangan bayi.\u00a0\n\nIyer & Tomar, penyelidik dari India pada tahun 2009 telah menekankan fungsi folat dalam diet ibu mengandung melalui penulisan artikel mereka yang diterbitkan di\u00a0Journal of Food Science.\u00a0\n\nMereka turut mengulas kesan sampingan pengambilan folat yang dihasilkan secara sintesis kimia, sebagai contoh, arthritis, leukimia, kehamilan ektopik dan kanser usus.\n\nOleh sebab itu, mereka mencadangkan supaya hanya folat yang dicadangkan doktor bertauliah atau dari sumber semulajadi sahaja yang perlu diambil. Antara senarai makanan yang kaya folat sebagaimana yang dilaporkan mereka ialah:\n\nRingkasnya, antara cadangan makanan untuk ibu mengandung yang membantu otak bayi berkembang ialah buah-buahan segar, madu asli, minyak zaitun, kismis, produk tenusu dan sayuran hijau.\n\nDiet berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran juga membekalkan serat yang mencukupi untuk mengelakkan sembelit atau masalah pencernaan yang biasa dialami oleh ibu mengandung.\n\nTambah menguntungkan buat kita di Malaysia, bekalan makanan ini semua boleh diperolehi dengan mudah dan murah di sini.\u00a0\u00a0\n\nItulah dia info tentang tips pemakanan untuk ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, pastinya anda juga akan berminat untuk membaca perkongsian kami tentang hadith berkaitan ibu bapa dan cara menegur ibu bapa\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin terus kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat. Namun sayangnya, tidak semua pasangan yang telah bersama itu punya jodoh yang panjang dan disebabkan itu banyak kes penceraian direkodkan setelah berlakunya lafaz talak sama ada di dalam mahupun di luar mahkamah.\n\nPengertian Talak Untuk Pasangan Islam Yang Berkahwin\n\nTalak adalah salah satu cara untuk pasangan suami isteri berpisah. Talak ini boleh terus dilafazkan oleh suami dan bagi isteri pula boleh dibuat permohonan terlebih di Mahkamah dan didaftarkan untuk direkodkan. Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri \n\nHukum Talak Dalam Islam Yang Patut Diketahui\n\nHukum talak di dalam Islam ada pelbagai jenis dan hukum ini adalah mengikut keadaan semasa ketika talak itu di buat. Ada ketika talak ini boleh menjadi wajib atau harus dan ada ketikanya pula talak ini boleh menjadi haram untuk dilafazkan. Berikut adalah sebab dan keadaan mengikut hukum yang telah ditentukan. \n\n1. WAJIB \u2013 Perceraian atau\u00a0talak\u00a0dikatakan wajib apabila : \n\n2. HARAM \u2013 Suatu perceraian/ talak akan menjadi haram hukumnya apabila : \n\n3. SUNNAH \u2013 Perceraian merupakan hal yang disunnahkan apabila : \n\n4. MAKRUH \u2013\u00a0Perceraian/ talak boleh dianggap sebagai hal yang makruh apabila seorang suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang taat, memiliki akhlak yang mulia, serta memiliki pengetahuan agama yang baik.\n\n5. MUBAH \u2013\u00a0Perceraian atau talak ini boleh dikatakan sebagai mubah hukumnya apabila suami memiliki nafsu yang lemah dan ia juga boleh berlaku disebabkan oleh si isteri belum datang haid atau telah habis masa haidnya.\n\nPenceraian Ditentukan Mengikut Jumlah Talak Yang Dilafazkan\n\nTalak Dibahagikan Kepada 2 Kategori Utama\n\nTalak ini dibahagikan kepada 2 kategori utama mengikut keadaan lafaz yang diucapkan oleh sang suami sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Ia turut dilihat pada perilaku semasa penceraian tersebut sedang berlaku. \n\n1- Talak\u00a0Sharih ( Talak Secara langsung ) \n\ndiucapkan oleh seorang suami kepada isteri dengan lafaz yang jelas dan terang. Meskipun talak ini diucapkan tanpa adanya niat ataupun saksi, akan tetapi sang suami tetap dianggap menjatuhkan talak/ cerai. Hal ini telah ditegaskan dalam\u00a0Al-Mausu\u2019ah al-Fiqhiyah :\n\n\u0648\u0627\u062a\u0641\u0642\u0648\u0627 \u0639\u0644\u0649 \u0623\u0646 \u0627\u0644\u0635\u0631\u064a\u062d \u064a\u0642\u0639 \u0628\u0647 \u0627\u0644\u0637\u0644\u0627\u0642 \u0628\u063a\u064a\u0631 \u0646\u064a\u0629\n\nArtinya\u00a0\u201cPara ulama sepakat bahwa talak dengan lafadz\u00a0sharih\u00a0(tegas) statusnya sah, tanpa melihat niat (pelaku).\u201d\n\nContoh Lafadz/ ucapan\u00a0Talak Sharih\u00a0:\n\n2.\u00a0Talak Kinayah\u00a0(Talak Secara Tidak Langsung )\n\ndiucapkan oleh seorang suami kepada isterinya menggunakan kata-kata yang di dalamnya mengandung makna perceraian. Seorang suami yang menjatuhkan talak dengan lafaz\u00a0talak kinayah\u00a0sementara tidak ada niat untuk menceraikan istrinya, maka talak tersebut dianggap tidak jatuh.\n\nAkan tetapi apabila sang suami mempunyai niat untuk menceraikan istrinya ketika mengucapkan kalimat-kalimat talak tersebut, maka talak dianggap jatuh. Contoh Lafadz\u00a0talak kinayah\u00a0:\n\nTerdapat 5 Jenis Talak Yang Patut Diketahui \n\nPerceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq. \n\nTa\u2019liq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas \u2018aqad\u00a0nikah. Pengamalan perundangan Keluarga Islam di Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara\u00a0ta\u2019liq\u00a0berlaku apabila suami melanggar\u00a0ta\u2019liq\u00a0yang dibuat olehnya semasa upacara \u2018aqad\u00a0nikah.\u00a0\n\nPerceraian secara\u00a0khulu\u2019\u00a0merupakan salah satu alternatif perceraian yang turut diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia. Perceraian secara\u00a0khulu\u2019\u00a0boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang ataupun harta sebagai pampasan. \n\nFasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq. \n\nPerceraian secara\u00a0li\u2019an\u00a0berlaku apabila suami menafikan zuriat yang dilahirkan oleh isterinya atau anak yang sedang berada di dalam kandungan si isteri adalah anaknya. \n\nDalam erti kata lain, sang suami menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat memberi bukti dengan empat orang saksi. Apabila ini berlaku, mengikut hukum\u00a0Syara\u2019\u00a0di hadapan Hakim\u00a0Syar\u2019ie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula."
"Dijangkiti kurap? Jom hadam info sebenar mengenai cara merawat kurap.\n\nKita lihat zaman kini, mudah untuk kita mendapat kurang di badan disebabkan persekitaran kita yang tidak bersih, lebih mudah untuk kita mendapat kurap. Penyakit kurap ini mungkin bagi kita adalah penyakit biasa tetapi untuk hilangkan kurap mengambil masa yang amat lama.\n\nApakah petua atau cara yang mujarab untuk menghilangkan kurang? \n\nMari kita baca nasihat dari pakar Dr. Suhazeli Abdullah tentang kurap.\n\nKulit gatal dan bintik timbul seperti tapak kaki kucing atau cincin ini diberi nama kurap. Orang putih sebut kurap ni Tinea atau Ringworm. Ringworm itu bukan merujuk kepada cacing yang berlengkar bentuk cincin tetapi rupa luarannya seperti cacing yang merayap. Penyebab kurap adalah fungus/kulat.\n\nJika ke pasar malam, ubat kurap yang paling banyak dijual oleh jurujual ubat jalanan. Masalahnya orang kita senang putus asa untuk ambik ubat yang sebenarnya. Anggapan mereka sehari dua makan ubat serta sapu yang diambil dari klinik, sudah baik. Kemudian mulalah mereka cari ikhtiar lain seperti membeli ubat yang dijual tepi kaki lima dan pasar malam.\n\nSejarah merawat kurap ini memang meletihkan sebab kita tidak lihat kesan penyembuhan dalam sekelip mata. Bukan macam ubat batuk selesema yang mudah baik dalam tempoh sehari dua. Lagipun kulat yang menjadi punca penyebab kurap ini terdiri dari pelbagai bentuk. Samada ianya berangkai, berspora dan penembusan kulit pun ada tohor atau dalam. \n\nKepelbagaian inilah menyebabkan ubat sapu yang dilumur saban hari seolah-olah tidak beri kesan untuk membunuhnya. Paling minima ubat kurap disapu ke atasnya selama 4 minggu. Baharulah menampakkan kesan.\n\nDoktor akan buat penilaian terlebih dahulu samada cukup hanya ubat sapuan sahaja atau perlu ditambah dengan ubat makan. Kedua-duanya boleh menyembuhkan kurap dengan syarat jangan cepat putus asa.\n\nPetua mujarab dahulu kala, semasa belum ditemui lagi ubat-ubatan hospital, orang tua-tua menggunakan daun galenggang untuk merawat kurap. Senna alata adalah di antara nama saintifik bagi daun gelenggang. Daun itu digaru atas kurap bagi menghilangkan rasa gatal. Peringkat awal terasa pedih, tetapi kemudiannya boleh menyenyakkan tidur dari gangguan gatal.\n\nAdakah terdapat kajian yang mengesahkan daun galenggang ini ubat kurap?\n\nKajian dari Nigeria yang menggunakan sabun daun galenggang untuk merawat penyakit kulit banduan penjara. Kajian itu dibuat ke atas 33 orang banduan dan mendapati sabun daun galenggang berjaya merawat penyakit kulit termasuk kurap. Namun sampel kajian terlalu kecil dan tidak diteruskan kerana tiada kajian susulan kesan sampingan dan toksisiti (keracunan).\n\nLagipun ubat-ubatan yang sudah sedia ada untuk kegunaan orang awam sudah memadai dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Setakat ini industri penanaman galenggang tidak mendapat perhatian kerajaan kerana ianya bukan bernilai komersial.\n\nKurap ini mudah dirawat. Ikut panduan ubatan yang diberikan oleh doktor, nescaya akan berhasil.\n\nPenjagaan kebersihan diri dan pakaian juga amat penting. Kurap senang merebak jika kongsi pakaian samada baju atau tuala. Ia juga sejenis kulat yang sukakan pakaian lembab dan terperangkap sendat.\n\n*Apa-apa pun sebelum beli ubat kurap, dapatkan nasihat doktor dahulu. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang yang tersayang."
"Sedapnya resepi nasi goreng cili kering. Sedap dimasak dan dihidangkan untuk sarapan. Walaupun guna cili kering, tapi kanak-kanak boleh makan juga. Mak tidak perlu risau.\n\nSupaya rasa nasi goreng tidak pedas melampau, anda boleh sesuaikan mengikut selera. Namun bagaimanapun juga nasi goreng cili kering ini amat lazat.\n\nNasi goreng dimasak dengan bawang merah, bawang putih serta rempah lain yang ditumis. Juga ditumiskan sekali sayur dan daging yang dipotong kecil. Kelazatan daging akan terasa di setiap suapan anda.\n\nSila hidangkan nasi goreng cili kering hari ini, dengan perkongsian resepi nasi goreng daripada Amoi Sally\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi nasi goreng cili kering, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Darah tinggi adalah penyakit yang biasa dan kebanyakkan rakyat Malaysia menghadapi penyakit darah tinggi. Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi. Bukan itu sahaja, malah ada juga remaja muda yang ada darah tinggi.\n\nIni menunjukkan bahawa pemakanan kita tidak bagus dan suka makan makanan \u2018fast food\u2019. Makanan di kedai-kedai makan juga, mereka menggunakan perisa tambahan dan garam terlalu banyak untuk menyedapkan lagi hidangan mereka. Tanpa kita sedar kita telah membahayakan nyawa kita.\n\nApabila kita mempunyai darah tinggi, ia akan menyusahkan kita untuk melakukan aktiviti dan ibadah. Terutama sekali bagi ibu yang sedang hamil. Mereka perlu melahirkan anak mereka dalam keadaan yang sihat dan mereka juga dapat bersalin dengan baik dan lancar. Bagaimana jika ketika hamil, doktor dapati tekanan darah terlalu tinggi dan berisiko?\n\nApakah kesan darah tinggi terhadap ibu hami?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kesan darah tinggi terhadap ibu hamil. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita. \n\nKesan negatif darah tinggi terhadap ibu hamil\n\nPenyakit ini bukan hanya memberi kesan kepada tekanan darah tinggi namun turut memberi kesan pada buah pinggang, otak dan organ penting dalam tubuh. Justeru check up air kencing amatlah perlu dijalani oleh ibu hamil. Hal ini adalah demi mengesan kerosakkan buah pinggang dengan lebih awal. Kesannya pula boleh menyebabkan ibu terkena sawan dan menyebabkan kematian pada bayi atau si ibu.\n\nWanita yang ada darah tinggi semasa mengandung perlu menjalani pemeriksaan tekanan darah secara berkala di klinik selepas bersalin. Biasanya tekanan darah tinggi akan kembali normal selepas 6 minggu tempoh berpantang. Amalkan\u00a0supplemen semasa hamil\u00a0yang selamat dan semulajadi.\n\nBerlaku \u2018placental abruption\u2019 berikutan pengasingan placenta dari dinding rahim sebelum bersalin yang mana menyebabkan pendarahan faraj dan pendarahan dalam badan yang mendorong kepada kes kematian dan kecacatan bayi\n\nPertumbuhan dalam rahim yang terencat yang mana berikutan pencerutan salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi. Tumbesaran bayi akan terencat menyebabkan berat badan bayi ringan. Bayi memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan incubator selepas dilahirkan.\n\nKelahiran pramatang boleh berlaku berikutan kelahiran yang mendadak. Kelahiran elektif pramatang kadangkala dilakukan untuk mengelakkan ibu dan bayi mendapat komplikasi.\u00a0Kadangkala bayi akan melepaskan najis sebelum sempat dilahirkan, penyedutan najis oleh bayi itu sendiri akan berlaku menyebabkan kerosakan paru-paru.\n\nKadangkala boleh membawa kepada kematian atau koma jika berlaku keadaan \u2018eclampsia\u2019 (tidak boleh bergerak) yang mana disebabkan oleh pembengkakan dibahagian otak (cerebral oedema).\n\n*Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang terutama wanita yang akan berkahwin, mengandung dan melahirkan zuriat. Pemakanan perlu dijaga dan kurangkan makan makanan \u2018fast food\u2019 dan lebihkan makanan yang kaya dengan protein dan vitamin. \n\nIngat \u2018Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati\u2019, baik ambil langkah dari sekarang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Salman Al Farisi, nama pemuda ini sebenarnya sudah tidak asing dikalangan para umat Islam di atas muka bumi ini. \n\nManakan tidak, Salman Al Farisi ini adalah salah seorang sahabat yang sangat akrab dengan Nabi Muhammad SAW hinggakan Baginda sendiri pernah bersabda; \u201cApabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi.\u201d\n\nSebagai seorang sahabat akrab, Salman merupakan salah seorang tokoh yang sangat menonjol hingga sangat disayangi oleh Rasulullah SAW. Baginda amat menyayangi sahabatnya yang bernama Salman itu disebabkan oleh keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. \n\nYa! Salman Al Farisi bukannya calang-calang manusia. Salman ini sangat diketahui oleh ramai orang di zamannya sebagai seorang hamba Allah yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan dunia.\n\nAsal Usul Salman Al Farisi Sehingga Berjaya Menemui Islam\n\nNama sebenar Salman Al Farisi adalah Mabah bin Budzkhasyan bin Mousilan bin Bahbudzan bin Fairuz bin Sahrk Al-Isfahani. Nama panggilannya adalah Abu Abdillah dan digelari dengan Salman Al-Khair. Salman berasal dari desa Ji di Isfahan, Persia dengan bentuk sosok tubuh yang kuat, dan pandai dalam ilmu-ilmu syariat. \n\nSalman Al-Farisi pada asalnya merupakan seorang lelaki yang menganut agama Majusi. Beliau pernah menjadi penjaga api di kuil tempat pemujaan orang-orang Persia. Setelah menganut agama Majusi, Salman akhirnya menganut agama Nasrani pula. Salman memeluk agama Nasrani kerana tertarik dengan model sembahyang mereka. \n\nNamun walau sudah menganut dua agama namun cahaya kebenaran yang di cari Salman selama ini masih juga belum ditemui. Suatu hari, atas saranan seorang pendeta yang ditemuinya di Mosul, Salman pergi menemui Rasul yang saat itu sudah berhijrah ke Madinah. \n\nSang pendeta mengkhabarkan bahawa saat itu telah ada satu agama dengan utusan seorang Nabi yang akan diutus pada zaman tersebut. Ia berpesan agar Salman mengikuti Nabi tersebut dan Nabi itu akan hijrah ke sebuah daerah yang banyak ditumbuhi pohon kurma dan daerahnya diapit dua bidang tanah yang berbatu hitam.\n\nSetibanya di Madinah, pada malam harinya, Salman segera pergi menemui Rasulullah SAW sambil membawa makanan lalu berkata, \u201dMakanan ini adalah sedekah.\u201d lalu Nabi tidak menjamah makanan tersebut sebaliknya mempersilakan para sahabat untuk menikmatinya. \n\nKemudian Salman datang lagi dan membawa makanan sambil mengatakan, \u201dMakanan ini adalah hadiah.\u201d Kali ini Nabi makan sebahagian daripada makanan tersebut dan sebahagian lagi Baginda berikan pada para sahabat. \n\nSalman Masuk Islam Dengan Hati Yang Tulus Suci Kerana Allah SWT\n\nSemakin Salman mengenali Nabi Muhammad SAW, semakin beliau dapat melihat melihat ciri kenabian yang ada pada Nabi. Tatkala berjaya melihat tanda-tanda kenabian pada diri Baginda maka Salman terus mengikrarkan diri masuk Islam dan menceritakan liku-liku perjalanannya kepada Baginda.\n\nKetika mula mula masuk Islam, Salman hanyalah bergelar sebagai seorang hamba. Tidak lama selepas itu Rasulullah SAW telah menganjurkan sahabat agar membebaskan Salman daripada terus menjadi hamba.\n\nSetelah itu, sifat takwa dan zuhud Salman semakin kelihatan. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu Darda\u2019 yang terkenal sebagai seorang ahli sufi. Salman sendiri senantiasa mendampingi Rasulullah SAW dan beliau sendiri adalah salah seorang seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. \n\nMaka tidak hairanlah mengapa Salman boleh menjadi salah seorang tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah SAW. Salman telah hidup di zaman Rasulullah SAW sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.\n\nNama Salman Terkenal Berkat Peranan Penting Dalam Perang Khandaq\n\nNama Salman tercipta dalam sejarah Islam apabila beliau telah memainkan peranan yang penting ketika berlakunya Perang Khandaq. Ketika itu beliau telah mencadangkan supaya kaum Muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera Musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang khianat. \n\nSalman mengusulkan cadangan untuk menggali parit berdasarkan pengalamannya dalam peperangan di Persia. \n\nAtas cadangan Salman itu, para tentera Islam berserta penduduk Islam yang lain telah berjaya bertahan dari dalam kota Madinah dan Abu Sufyan Al-Harb yang menjadi ketua pihak Musyrikin ketika itu telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri selepas penat mengepung Madinah dari luar selama 27 hari kemudian. \n\nPihak musuh terpaksa berundur akibat kehabisan bekalan makanan selain daripada angin taufan dan pergolakan dalaman para tentera Musyrikin.\n\nSalman Si Anak Soleh Yang Sanggup Mengendong Ibunya\n\nSalman juga punya sikap yang sangat memuliakan ibunya. Suatu ketika Salman pernah mengendong ibunya yang sedang sakit hingga sukar untuk berjalan sendiri. Salman mengendong ibunya ketika dalam perjalanan dari kota Madinah menuju kota Mekah dalam rangka melaksanakan ibadah Haji . \n\nDengan cuaca panas terik pada waktu siang dan sejuk dingin pada waktu malam, Salman terus mengendong ibunya sehingga tiba di tempat tujuan. Salman sanggup lakukan semua itu demi untuk membahagiakan ibunya yang sedang sakit. Di Kota Mekah, Salman dan ibunya bertemu dengan Rasulullah SAW dan terjadilah sesi percakapan yang lebih kurang seperti ini.\n\nSang anak bertanya kepada Rasul, \u201cYa Rasul..apakah saya sudah berbakti kepada orang tua saya? Saya menggendong ibu saya di pundak saya berjalan dari Madinah sampai Kota Mekah untuk melaksanakan ibadah haji\u201d. Mendengar akan soalan tersebut Baginda mula menangis, Kemudian Baginda menjawab dengan diiringi tangisnya yang tersedu sedan, \n\n\u201cWahai Saudaraku, engkau sungguh anak yang luar biasa, engkau benar benar anak sholeh, tapi maaf...(sambil tetap menangis) apapun yang kamu lakukan di dunia ini untuk membahagiakan orang tuamu.. apapun usaha kerasmu untuk menyenangkan orang tuamu .. tidak akan pernah bisa membalas jasa orang tuamu yang telah membesarkanmu\u201d\n\nPernah Menjadi Gabenor Kufah Dengan Penuh Rasa Rendah Diri\n\nKetika zaman pemerintahan khalifah Umar bin Khattab, Salman telah diangkat untuk menjadi Gabenor Kufah. Ketika baru dilantik, para penduduk Kufah segera berdiri di sepanjang jalan untuk menyambut Gabenor baru mereka. \n\nDisangka mereka Gabenor akan datang dengan iringan rombongan yang besar namun apa yang tiba hanyalah Salman Al Farisi seorang saja yang datang ke kota itu dengan hanya menunggang seekor keledai. Salman duduk di atas keldainya sambil memegang tulang berdaging yang digigitnya sedikit demi sedikit.\n\nKetika bergelar Gabenor, sikap zuhud Salman tidak ada tolak banding. Buktinya, Salman pernah bertemu dengan seorang saudagar yang baru pulang berniaga dari Syam membawa kurma dan buah tin. Saudagar itu menyuruh Salman untuk mengangkut barang dagangannya kerana dia menyangka yang Salman ini adalah kuli pengangkat barang. \n\nSalman yang tidak berkecil hati terus mengangkat barangan tersebut tanpa banyak cakap. Apabila si saudagar mengetahui siapakah gerangan Salman yang sebenar, beliau trus meminta maaf. Akan tetapi, Salman tetap juga membawa segala barang dagangan tersebut sehingga sampai ke tempat yang ingin di tuju.\n\nBegitulah kisahnya serba sedikit mengenai perihal seorang sahabat Nabi yang bernama Salman Al Farisi. Harta bukan menjadi kepentingan sebaliknya iman, taqwa dan amanah demi agama adalah perkara utama di dalam hidupnya."
"Pernah dengar tak tentang \u2018gantung tak bertali\u2018? Pada yang belum kahwin mungkin ayat ini agak pelik namun untuk yang sudah bergelar suami isteri, gantung tidak bertali ini sudah sedia maklum apakah maksudnya. \n\nTerus terang, kejadian gantung tak bertali ini satu situasi yang amat menyedihkan. Dalam kehidupan rumah tangga, ujian sentiasa hadir dan pergaduhan\u00a0boleh berlaku dengan mudah. Akibatnya boleh melarat kepada penceraian dan makin tidak bernasib baik jika berlaku perpisahan dengan cara yang tidak betul. \n\nMaksud Gantung Tak Bertali Di Dalam Sesebuah Perkahwinan\n\nGantung tidak bertali ini maksudnya apabila si suami meninggalkan isteri begitu saja tanpa sebarang ucapan kata cerai. Apabila tidak ada perkataan cerai maka si isteri ini masih memegang status isteri orang walaupun suami telah hilang entah ke mana. \n\nStatus gantung tidak bertali ini sesungguhnya boleh membuatkan seseorang wanita itu menderita dan apa yang lebih menyedihkan memang ada segelintir suami yang dengan sengaja ingin menganiaya si isteri dengan meninggalkan isterinya itu dengan status gantung tak bertali dek kerana rasa tidak puashati akan sesuatu perkara. Sedih rasanya apabila kejadian sebegini berlaku. \n\nAllah SWT berfirman bahawa: \u201cApabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir idahnya, maka rujuklah mereka dengan cara yang ma\u2019ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma\u2019ruf (pula). Janganlah kamu rujuk mereka untuk memberi kemudaratan, kerana dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barang siapa berbuat demikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahawasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.\u201d (Surah Al-Baqarah, ayat 231).\n\nJika di tanya apakah hukum bagi suami yang tinggalkan isteri tanpa sebab, jawapannya adalah haram hukumnya bagi suami yang dengan sengaja mendatangkan mudarat kepada isteri tanpa ada sebab yang hak. \n\nIni kerana mendatangkan mudarat kepada orang lain adalah suatu kezaliman. Melakukan kezaliman adalah haram kerana Allah tidak menyukai orang yang berlaku zalim. \n\nStatus Gantung Tak Bertali Turut Berlaku Akibat Dendam\n\nPerkahwinan tidak berjalan dengan lancar dan sering bergaduh maka gatung tidak bertali menjadi pilihan untuk membalas dendam. Sesungguhnya agama tidak mencadangkan tindakan yang begini. Jika benar perkahwinan sudah tidak boleh diselamatkan maka berpisah dengan baik mengikut cara yang betul adalah jalan yang terbaik.\n\nMengapa mesti mengikut hati sedangkan kehidupan ini memang ada banyak ujian dan Allah SWT sentiasa tahu apa yang lebih baik untuk kita. Mungkin ada jodoh yang lebih bagus di depan hari. \n\nDan andaikata gantung tidak bertali ini dek kerana dendam akibat sikap isteri yang curang mungkin, ketahuilah yang status gantung tak bertali itu hanya akan memberi pulangan yang tidak baik untuk diri sendiri sebenarnya.\n\nApakah Yang Perlu Si Isteri Buat Sekiranya Kejadian Ini Berlaku?\n\nInilah persoalan yang timbul dalam fikiran seorang wanita apabila di gantung tidak bertali. Kebanyakkannya tidak tahu langkah yang boleh di ambil apabila di tinggalkan oleh suami yang tidak bertanggung jawab dalam keadaan terkongtang kanting seperti ini.\n\nRamai dikalangan isteri yang digantung tak bertali ini merasakan sudah tiada jalan untuk selesaikan masalah tersebut dan terus dibiarkan saja diri mereka\u00a0itu dalam keadaan teraniaya. Cara ini salah!\n\nSebenarnya ada banyak cara untuk selesaikan masalah ini melalui undang-undang syariah cuma atas diri si wanita itu sendiri sama ada berani untuk mula mengorak langkah atau tidak. Antara langkah-langkah yang boleh di ambil untuk selesaikan isu gantung tidak bertali ini adalah :\n\n(1) \u00a0 Buat Aduan Di Pejabat Agama\n\nMula-mula pergi pejabat agama untuk buat aduan kemudian dapatkan sesi kaunseling. Bila aduan dah dibuat\u00a0 pasangan akan di panggil oleh pejabat agama untuk Sesi kaunseling\u00a0tersebut untuk mencari punca dan jalan\u00a0 perdamaian. Dengan cara ini si pasangan akan di beri kauseling dan nasihat dari pegawai agama yang bertauliah.\n\nCara ini adalah untuk menyelesaikan masalah atau selamatkan rumah tangga\u00a0 anda. Masalah takkan selesai kalau satu pihak tidak mahu berbincang dan cuba lepas tangan. Masa kaunseling nanti\u00a0 ceritakan segala masalah, isu dan pegawai agama akan menasihatkan agak pihak suami supaya bersikap lebih bertanggungjawab.\n\nSesi kauseling hanya antara anda dan semua dengan bantuan kauselor tak ada apa yang anda perlu anda malukan. Anda cuma nak cari jalan penyelesaian supaya anda tidak perlu berdepan dengan situasi gantung tidak bertali dan mungkin juga masalah rumah tangga anda ini masih boleh diselamatkan. \n\n(2) Lakukan Permohonan Cerai Di Mahkamah \n\nJika anda dan dah cuba dan pasangan anda tidak mahu berkerjasama hingga menyebabkan sesi kaunseling tadi gagal,\u00a0maka Anda sebagai isteri yang jadi telah menjadi mangsa keadaan ini boleh membuat permohonan cerai cara baik di mahkamah. Walaubagaimanapun biarlah penceraian itu menjadi jalan terakhir setelah semua usaha anda untuk berbaik gagal.\n\nPenceraian secara baik amat di galakkan kerana bila bercerai secara baik begini ianya dapat menutup aib kedua pasangan. Lepas permohonan di buat, pihak makamah akan panggil suami untuk melafazkan cerai\u00a0dan jika suami bersetuju serta akur dengan perintah mahkamah itu maka masalah anda dari terus di gantung tak bertali ini akan selesai dengan mudah.\u00a0\n\nDalam hidup masyarakat memang penceraian sangat tidak elok dan di pandang sinis\u00a0tetapi adalah lebih baik berpisah daripada teruskan perkahwinan yang sudah tiada kasih sayang dan tidak lagi mengikut hukum syarak. \n\nDalam hukum syarak perkhwinan itu adalah untuk kamu bersenang-senang dan memupuk cinta dan kasih sayang di samping menjaga amanah serta tanggung jawab kerana Allah SWT bukannya untuk memudaratkan.\n\nFasakh bermaksud perceraian dengan perintah mahkamah. Fasakh adalah permintaan perceraian yang boleh difailkan oleh isteri terhadap suaminya. Bila\u00a0kaunseling gagal, cuba perceraian secara baik juga gagal, maka anda boleh memohon cerai secara fasakh sebagai langkah terakhir apabila pasangan anda masih berdegil dan tidak mahu beri kerjasama.\n\nCaranya anda buat permohonan di mahkamah dan pihak mahkamah akan panggil suami untuk urusan penceraian. Akan tetapi, sekiranya si suami tetap enggan hadirkan diri maka tuntutan fasakh masih boleh diteruskan.\u00a0\n\nDalam permohonan fasakh, anda boleh mengemukakan isu cuai bagi nafkah zahir batin sebagai alasan kuat untuk minta carai secara fasakh ini. Bila mahkamah setuju selepas melakukan pertimbangan berdasarkan bukti dan\u00a0saksi yang kuat, bererti tuntutan fasakh anda boleh dibenarkan dan mahkamah sendiri boleh membubarkan ikatan perkahwinan tersebut.\u00a0\n\nGantung Tidak Bertali Ini Serius Tapi Masih Boleh Diselesaikan\n\nTolonglah jangan pandang situasi gantung tidak bertali ini janganlah dengan pandangan yang ringan. Dan si wanita juga janganlah terus menyalahkan takdir semata-mata. \n\nWanita itu ada hak untuk di bebaskan dan jika hati dah tak sayang lepaskanlah isteri anda dengan cara yang baik seperti mana anda mengambil mereka dengan baik dari ibubapanya dahulu. Baca juga 10 punca masalah rumahtangga yang boleh membawa kepada penceraian."
"Sejak kebelakangan ini hidangan pencuci mulut berasaskan jagung paling banyak dicari. Hal ini kerana hidangan ini rasanya manis, berkrim dan wangi.\n\nJom cuba resepi muffin jagung ini.\n\nMohd Kholil Musa berkongsikan resepi muffin jagung sedap di laman Facebook. Resepi mudah ini gerenti akan menjadi dengan jayanya.\n\nResepinya amat senang. Kejadian muffin gebu dan menggoda selera. Siapa ingin cuba bolehlah tengok resepi ini. Buat jual pun boleh. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi muffin jagung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tercari resepi kerabu sotong? Resepi kerabu sotong terlajak sedap kali ini didatangkan daripada Baizura Abd Aziz di laman Facebook.\n\nCara memasak kerabu sotong amat mudah. Ingat! Sotong senang menjadi liat. Sotong harus direbus dahulu tapi jangan rebus terlalu lama nanti sotong jadi liat. Sotong haruslah juicy untuk menjadikannya sedap dimakan.\n\nKerabu sotong biasanya disantap bersama bersama nasi putih. Jadi makin berselera makan.\n\nTanpa tunggu lama, mari buat kerabu sotong mengikut resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kerabu sotong, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ada yang tercari-cari resepi Kuih Cara Berlauk? Bolehlah jenguk-jenguk kat sini. Ada sesetengah tuh panggil Kuih Kura Terbakar. Kuih ini bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan minum petang untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun. \n\nJangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Suriati Muhammad .Kuih Cara Berlauk ini pasti sedap. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak menjamu tuh datangnya dari air tangan kita yang penuh kasih sayang. Jom tengok resepi nya. \n\nDah siap sedia kedua-duanya. Bolehlah mula men \u2018cara\u2019. Apa-apa pun sukatan di atas boleh dapat 57 biji tau. Dah banyak kan. Kalau nak buat bisnes sesuai sangat ikut resepi nih. Cara-caranya di bawah:\n\nRingkas dan mudah kan? Bahan-bahan pun tak banyak perlu disediakan. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Kuih Cara Berlauk ini dan resepi kami yang lain ya."
"Rasa manis labu bertambah sedap sekiranya dimasak bersama pucuk labu yang terasa sedikit lemak. Lepas tuh masak labu dan pucuknya dengan santan pula. Bertambah-tambah sedap lah lagi. Gabungan rasa manis labu dan pucuk masak lemak nih boleh menaikkan selera makan sesiapa sahaja. Walaupun hanya membayang dah terasa sedap rasanya.\n\nLepas tuh, kalau rasa-rasa tak nak makan dengan nasi, nak ratah atau makan masak lemak ini pun boleh. Tiada masalah. Dijamin tak pandang kiri kanan dah. Lagipun labu ini berkhasiat kot. Labu bersifat sejuk dan lembap serta kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C. Labu juga dikatakan mempunyai sumber serat atau fiber yang tinggi di mana ia boleh berfungsi untuk mengawal nafsu makan.\n\nJadi, apa lagi. Jom tengok resepi masak lemak labu bersama pucuk labu nih. Resepi ini dari Suzana Yaakub yang disukai ramai. Caranya pun mudah dan tak renyah. Jadi proses nak masaknya pun boleh dicepatkan. Jom layan resepinya.\n\nDah siap. Mudah dan lazat kan? Nak lagi lazat hidangkan dengan sambal belacan/sambal tumis dan ikan goreng/masin. Baca doa dan boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain. Selain dari resepi labu ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami."
"Orang berjaya mempunyai beberapa tabiat yang membuat mereka berbeza daripada orang lain. Tabiat efektif ini lama-kelamaan yang membuatkan mereka berbeza. Tabiat ini adalah antara tabiat yang dikenalpasti yang ada pada hampir semua orang yang berjaya. Mahu tidak mahu, jika anda ingin berjaya, tabiat ini perlu anda bina mulai sekarang.\n\n8 Tabiat dan Perkara Yang Dibuat Oleh Orang Berjaya\n\n1. Mereka tidak mempunyai plan alternatif\n\nMereka tidak mempunyai plan alternatif. Mereka hanya mempunyai satu sahaja jalan, iaitu \u201ckejayaan\u201d. Kegagalan bukanlah pilihan yang ada. Ini menyebabkan mereka terpaksa berusaha dan mencari dan memikir idea lain jika kejayaan masih tidak ditemui. Contohnya, apabila mereka membuat keputusan untuk berhenti kerja, mereka akan memastikan pilihan yang dibuat itu tepat. Berusaha memastikan perniagaan yang dibuat berjaya, Tiada istilah untuk kembali semula kepada pekerjaan lama.\n\nTiada jalan mudah untuk berjaya. Untuk berjaya seorang itu perlulah sanggup untuk bekerja keras. Berdasarkan buku yang dituli oleh Malcolm Gladwell dalam Outliers, untuk menjadi seorang pakar, seseorang itu mestilah sanggup menjalani hukum 10,000 jam. Tidak kira apa bidang pun, latihan selama ini penting untuk membuat seseorang itu cekap dan mahir.\n\nTidak dinafikan, usahawan dan jutawan yang berjaya hari ini adalah mereka yang sanggup bekerja keras dan lebih lama daripada orang lain. Kejayaan = fokus + kerja kuat. Pernah anda jumpa orang berjaya yang hanya tahu duduk \u2018rileks\u2019 sebelum mereka berjaya? Mereka memang \u2018rileks\u2019, tetapi selepas mereka mencapai objektif yang ditetapkan.\n\nOrang berjaya tidak mudah terpengaruh dengan majoriti. Majoriti akan menyebabkan mereka tersekat dan tidak keluar daripada zon selesa diri sendiri. Orang berjaya mempunyai tabiat untuk memulakan sesuatu. Kalau anda perhatikan beberapa siri kejayaan hari ini, hadiah yang besar diberikan kepada mereka yang unik, dan bukannya kepada mereka yang suka mengikut.\n\n5. Mula dengan akhir, dan berimpian tinggi!\n\nMereka yang berjaya mempunyai gambaran akhir impian tersebut terjadi. Mereka memulakan sesuatu projek dengan berimaginasi hasil akhir. Contohnya, mereka tahu apa gambaran terakhir yang menandakan mereka telah berjaya mencapai impian mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai matlamat yang tinggi.\n\nShoot for the moon even if you miss you\u2019ll land among the stars\n\nApabila sudah sampai ke penghujung detisnasi, mereka tidak berhenti. Orang berjaya akan terus meneruskan usaha mereka dengan mempunyai matlamat baru yang lebih tinggi. Kejayaan bagi mereka bukanlah destinasi, tetapi lebih kepada proses untuk mencapai destinasi tersebut.\n\nTidak kira apa pun, untuk berjaya anda mesti pandai menjual dan menjual itu tidak semestinya pada benda. Anda boleh sahaja pandai menjual bagimana membawa diri apabila berada dalam sesuatu tempat atau organisasi. Ianya bukan tentang manipulasi, tetapi lebih kepada bagaiaman untuk memahami situasa yang menghasilkan menang-menang.\n\nMereka juga tidak riak dengan kejayaan diri. Kalau kita perhatikan, rata-rata mereka biasa dan merendah diri sahaja apabila bercakap. Mereka tahu bahawa kejayaan yang dicapai hari ini bukannya datang daripada usaha mereka seorang sahaja.\n\nSemoga 8 tabiat orang berjaya ini dapat kita amalkan. \u00a0Eh, jangan lupa share jika anda setuju :-)"
"Urutan bayi memang amat digalakkan, walaupun pada bayi yang baru lahir. Mengurut seluruh badan bayi membolehkan mereka merasai tubuh badan yang selesa apatah lagi ketika otot dan urat mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Mengurut bayi juga dapat mensimulasikan sistem imunisasi, membuang angin dan meningkatkan sistem pernafasan.\n\nApabila anda sedang mengurut si kecil ini, satu hormon dikenali sebagai oxytocin akan dibebaskan pada ibu dan anak. Hormon yang juga dipanggil \u2018the love hormone\u2019 (hormon cinta) ini menguatkan lagi ikatan antara si ibu dan anak meningkatkan lagi ikatan kasih sayang. Hebatnya urutan bayi! Jom lihat petua dan teknik urutan bayi yang perlu anda tahu.\n\nLangkah pertama adalah untuk meminta \u2018kebenaran\u2019 bayi kerana anda tidak mahu memberi urutan apabila bayi anda tidak berminat. Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan mengambil beberapa minyak di tapak tangan dan menggosok perlahan-lahan pada perut bayi dan di belakang telinganya, dan perhatikan bahasa tubuhnya. \n\nJika dia tidak mahu disentuh atau merungut dan menangis ketika diurut, maka ia mungkin bukan masa yang tepat lagi. Jika dia menunjukkan tanda-tanda positif dan seolah-olah baik saja dengan apa yang anda lakukan, maka anda boleh meneruskannya dengan urutan bayi.\n\nPerlu diingat bahawa, pada mulanya, bayi anda mungkin kelihatan tidak selesa dengan urutan ini kerana ia adalah satu pengalaman yang baru. Tetapi apabila bayi anda sudah biasa, mereka mungkin tidak akan menolaknya\u00a0ia sebaliknya cenderung untuk menikmatinya.\n\nUrutan bayi berlangsung selama 10-30 minit, bergantung kepada keselesaan bayi anda. Seelok-eloknya bayi perlu diurut selepas mandi kerana ketika itu bayi akan berasa selesa, tidak terlalu letih dan tidak meragam.\n\nTeknik Urutan Bayi (Kaki) Yang Betul:\n\nBahagian perut bayi adalah sangat sensitif, lebih-lebih lagi sekiranya tali pusat masih belum tertanggal. Oleh itu, pastikan perut bayi berada dalam keadaan lembut supaya mudah untuk mengurut. Jangan urut perutnya jika bayi baru lepas menyusu. Jauhkan tangan anda daripada tali pusat sekiranya ia masih belum tertanggal.\n\nTeknik Urutan Bayi (Perut) Yang Betul:\n\n4. Di Bahagian Muka Dan Kepala\n\nUntuk menyentuh bahagian muka bayi dengan lembut, gunakan jari-jemari anda. Jangan dipicit atau ditekan, hanya cukup sekadar untuk menyentuhnya dengan sapuan lembut sahaja. Ketika melakukan urutan bayi, anda harus berhati-hati kerana bahagian kepala bayi sangat lembut dan terlebih tekanan boleh memudaratkannya secara serius.\n\nTeknik Urutan Bayi (Kepala) Yang Betul:\n\nJika bayi anda nampak selesa dengan urutan, pusingkan bahagian badannya dan teruskan mengurut bahagian belakangnya pula. Urutkan daripada bahagian atas badan hingga ke ibu jari kaki.\n\nSeperkara yang perlu anda ingat, pastikan anda mengurut bayi semasa anda berada dalam keadaan gembira dan tidak tertekan atau terlalu letih. Jika bayi kelihatan tidak selesa, tidak perlulah meneruskan sesi urutan yang terlalu lama. Cari masa yang sesuai untuk praktikkan cara mengurut bayi ini. Urut bayi hanya setelah bayi anda bertenang.\n\nTeknik Urutan Bayi (Belakang Badan) Yang Betul:\n\nTangan perlu diurut mengikut corak mengurut adalah agak sama dengan kaki. Urutan bayi bermula dengan memegang tangan bayi dan membuat pukulan pekeliling ditapak tangan. Perlahan-lahan membuat pukulan kecil pada jari bayi dan bergerak sehingga hujung jari.\n\nPusingankan tangan ke belakang dan kini perlahan-lahan mengurut belakang tangannya dengan pukulan lurus ke arah pergelangan tangan. Kemudian, perlahan-lahan mengurut pergelangan tangan dengan gerakan membulat, seperti memakai gelang tangan.\n\nGerakkan pukulan anda perlahan-lahan ke arah lengan dan kemudian ke arah lengan atas. Urut seluruh lengan dengan gerakan membulat lembut seolah-olah anda memerah tuala.\n\n7. Di Bahagian Dada Dan Bahu\n\nUrutkan lengan bayi daripada bahu ke pergelangan tangan. Cuba elakkan minyak urut daripada terkena tangan bayi. Jika ini berlaku, lapkan tangan bayi sebelum bayi memasukkannya ke dalam mulut.\n\nKemudian, buat pukulan lembut seiring dari bahu kiri dan kanan ke arah dada bayi. Anda boleh meletakkan tangan anda kembali ke bahu. Ulang langkah tersebut dengan lembut . \n\nSeterusnya, letakkan kedua-dua tangan anda di bahagian tengah dada bayi anda dan gosok ke arah luar dari badan dan ke arah sebelah sisi. Membuat tekanan yang lembut ke arah luar dari bahagian bawah tulang dada, tulang dada, di dada, seolah-olah anda mencari bentuk hati.\n\nItulah dia petua dan teknik urutan bayi yang boleh anda gunakan bagi mengaplikasikan urutan bayi yang betul. Pasti bayi anda akan menikmati urutan anda! Jom baca juga Punca bayi lambat merangkak, Kebaikan bayi merangkak dan Cara bedung bayi yang betul."
"Bagi ibu hamil, dialog seperti ni dah cukup biasa. Dengar nama air gula je mereka seakan-akan fobia. Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Tak lain tak bukan untuk \u00a0diagnos kencing manis semasa hamil.\n\nSemasa hamil, kadar glukos (gula) dalam darah bakal ibu akan sentiasa dipantau oleh doktor. Tujuannya jika terdapat tanda-tanda awal diabetes atau kadar gula yang tinggi dalam darah (pesakit sedia ada), langkah pencegahan boleh diambil.\n\nIsu ni tak boleh dipandang ringan kerana wanita yang menghidapi diabetes semasa hamil berisiko mendapat komplikasi kesihatan jangka pendek dan jangka panjang. Ada si ibu yang memang pesakit diabetes sedia ada. Namun, ada pula yang menghidapi diabetes semasa hamil saja.\n\nDari aspek jangka pendek, ia boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan dan selepas dilahirkan. Dari segi jangka panjang pula si ibu akan terus mendapat penyakit diabetes jika tak dikawal.\n\nDiabetes juga dikenali sebagai penyakit kencing manis. Ia terjadi apabila tubuh badan kita tak dapat kawal paras glukos dalam darah. Semua ibu hamil yang berisiko perlu menjalani ujian darah (MGTT) untuk mengesahkan tahap kesihatan mereka.\n\nTerdapat 3 jenis diabetes iaitu Diabetes Jenis 1, Diabetes Jenis 2 dan Gestational Diabetes (diabetes semasa hamil).\n\nKesan Diabetes bagi Ibu dan Bayi\n\nWanita yang sedia ada mempunyai diabetes perlu mengawal paras gula dalam darah pada 3 bulan pertama kehamilan. Ini kerana mereka mudah mendapat komplikasi keguguran, masalah perkembangan bayi dan ada bayi meninggal selepas lahir.\n\nAntara risiko-risiko bagi si ibu ialah:\n\nAntara risiko-risiko bagi si bayi ialah:\n\nInilah penerangan umum tentang diabetes dan kesan-kesannya. Diharapkan para pembaca dah faham tentang bahaya diabetes semasa hamil. \n\nDalam artikel ni, penulis akan kongsikan cara-cara yang mujarab untuk kawal paras gula dalam darah bagi ibu hamil. Teruskan membaca ye!\n\nSememangnya nasi tak pernah bersalah. Yang bersalah hanyalah nafsu kita yang tak mampu dikawal. Tak dinafikan nasi ialah makanan ruji di Malaysia. Macam tak lengkap hidup ni kalau tak makan nasi.\n\nBagi ibu hamil yang nak elakkan paras gula menjadi tinggi, kurangkan makan nasi. Ambil nasi sehari saja, iaitu saiz segenggam tangan. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi seperti oats, roti mil penuh dan pasta mil.\n\nManakala, pesakit diabetes yang sedang hamil, boleh gantikan beras putih dengan beras perang. Berbanding beras putih, beras perang mempunyai tahap glisemik yang rendah. Oleh itu, kadar gula dalam darah dan pengeluaran insulin dapat dikawal.\n\nSelain perlu minum air masak sebanyak 8 gelas setiap hari (bergantung pada berat badan), anda perlu kurangkan minum air manis. Sepanjang kehamilan dan selepas itu, elakkan minum air manis seperti teh tarik, air berkarbonat dan jus buah-buahan di dalam kotak.\n\nNamun, ada sesetengah orang yang ada tabiat tak boleh tinggalkan kopi atau teh. Kadangkala, nak minum air tanpa gula macam tak lalu di tekak. Apa kata anda gantikan gula putih atau susu pekat kepada pemanis stevia.\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), stevia ialah sejenis tumbuhan herba daripada keluarga Asteraceae. Daun stevia mengandungi pemanis tanpa kalori dan penggunaannya boleh beri kesan baik kepada kesihatan kita.\n\nKomponen pemanis dalam stevia lebih tinggi daripada gula tebu iaitu 180 hingga 400 kali ganda. Justeru, stevia merupakan alternatif kepada gula terutamanya kepada pesakit diabetes dan mereka yang berdiet.\n\nDikatakan bahawa stevia tiada karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga memberi kesan yang baik untuk mengurangkan paras gula dalam darah. Jadi, anda dah boleh tinggalkan gula dan menggantikannya kepada stevia.\n\nSelain jaga pemakanan, senaman merupakan cara terbaik untuk pesakit diabetes. Apa kaitan senaman dengan paras gula dalam darah? Sudah tentu ada kaitan.\n\nApabila kita bergerak aktif dengan membuat senaman seperti zumba, joging, berenang dan sebagainya, sel-sel otot jadi lebih sensitif terhadap insulin. Anda tak perlu mendaftar sebagai ahli gim, cukuplah buat senaman ikut kemampuan.\n\nSebelum lakukan apa-apa senaman, dapatkan nasihat doktor dulu. Jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan senaman. Mulakan dengan masa yang pendek, kemudian ditambah selepas dah biasa.\n\nYang paling penting, konsisten dalan melakukan senaman. Jika anda berbadan gemuk, senaman akan membantu anda turunkan berat badan dengan pantas. Wanita hamil juga boleh bersenam, namun pilih senaman ringan saja ye. \n\nJangan membahayakan diri dan bayi yang dikandung. Anda boleh buat brisk walk, squat dan sebagainya. Selain mengawal paras gula, nak bersalin normal pun mudah.\n\nJika doktor mendapati anda ialah pesakit diabetes dan dinasihatkan untuk makan ubat Metformin misalnya, patuhi arahan tu. Selain di klinik atau hospital, anda juga boleh periksa paras gula dalam darah melalui mesin monitor glukos darah di rumah. Alat tersebut boleh dibeli di farmasi dan pasar raya.\n\nPantau paras gula anda melalui beberapa ujian. Misalnya selepas berbuka puasa, selepas makan dan 2 jam selepas makan. Jika bacaan paras gula anda tak memberangsangkan, jangan tangguh-tangguh untuk berjumpa doktor. \n\nMengikut pakar sakit puan yang terkenal di Malaysia, Dr. Hamid Arshat, pengambilan makanan tambahan juga bagus untuk kawal gula dalam darah. Salah satunya ialah asid Alpha Lipoic.\n\nAsid Alpha Lipoic ni merupakan sejenis antioksida yang dapat membantu metabolisme glukos, tingkatkan sensitiviti insulin dan cegah kerosakan saraf. Sumber utamanya ialah daripada sayur-sayuran seperti brokoli, tomato dan bayam.\n\nSelain itu, ibu hamil digalakkan mengambil minyak ikan sebanyak 1000mg pada tiap hari. Kebaikannya ialah dapat bantu tingkatkan sensitiviti insulin dan kurangkan inflamasi. Oleh sebab ia dapat kawal kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), jadi diabetes dapat dikawal.\n\nMengikut pandangan Dr Hamid Arsyat lagi, dengan meminum 5 cawan teh hijau setiap hari, glukos dan kolestrol dalam darah dapat dikawal. Ini kerana teh hijau mengandungi banyak khasiat antaranya ialah antioksida. Pastikan minum tanpa gula ye, barulah khasiatnya dapat diserap.\n\nSetakat ni saja perkongsian penulis untuk membantu ibu-ibu yang sedang hamil. Jangan lupa praktikkan tips yang telah diberikan ni. Jaga diri dan bayi dalam kandungan kerana ia merupakan amanah Allah kepada kita.\n\nPerkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah jaga kesihatan fizikal dan mental. Amalkan gaya hidup, pemakanan dan hubungan sosial yang sihat. Dapatkan nasihat dan rawatan di hospital jika masalah berterusan. Jangan mengambil sebarang pil dan minuman kesihatan tanpa merujuk doktor. \n\nSemoga artikel ni memberi manfaat buat semua pembaca."
"Mungkin anda masih belum cuba kuih lompang yang banyak dijual di pasar malam dan warung. Apa kata anda cuba resepi kuih lompang yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini.\n\nMemang tak rugi untuk mencuba kerana resepi ini memang diyakini sedap dan kuihnya juga lembut. Sangat jarang untuk kita dapat kuih lompang yang sedap sebegitu.\n\nKini anda boleh dapatkan nya sendiri di dapur anda dengan menggunakan 6 bahan sahaja.\n\nUntuk pengetahuan anda, resepi kuih lompang ini telah mendapat perkongsian sebanyak 1.1 ribu netizen.\n\nWah. pasti kuih ini benar benar sedap bukan! Apa anda tunggu lagi. Ayuhlah ke dapur untuk mencuba resepi ini.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puspa Jiman\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nNota 1 : Air gula panas2 ye, tuang dalam bancuhan\nNota 2 : Pastikan acuan lompang disapu minyak. Elak melekat.\nNota 3 : Untuk lompang gula merah \u2013 100g gula merah + 100g Gula pasir\n\nSelain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
"Ekzema kini semakin menjadi lumrah untuk budak-budak masa kini. Sedikit pelik, ianya tidak kedengaran sewaktu kita masih kecil dan meningkat dewasa. Tetapi, ianya menjadi perkara lumrah penyakit yang menghinggap kanak-kanak.\n\nDisini kami kongsikan 5 cara merawat ekzema pada bayi yang boleh dicuba. Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu.\n\nRawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.\n\nSudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.\n\nOleh itu, keraplah memakai sapuan ini. Janganlah mengharap keajaiban untuk berlaku dengan sekadar 4-5 kali sapuan sahaja.\n\n#3 Yang Murah Mungkin Tidak Sesuai Dengan Anda\n\nKedengaran seperti orang kaya, tetapi ini yang hakikatnya. Kadang-kala ubatan yang murah kurang berkesan kepada badan bayi.\n\nTerdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian.\n\nKrim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.\n\nPil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.\n\nMencuba teknik balutan basah . Dalam teknik inidi mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.\n\nBACA :10 Rawatan Semulajadi Melegakan Eczema dan Psoriasis\n\nSebahagian sumber artikel ini datang daripada BabyCenter.com.my"
"Senarai di bawah merupakan menu makan malam yang menarik boleh anda cuba. Kalau lapar tengah-tengah malam, mesti pening nak masak apa. Lagi-lagi bila masak mencari menu yang mudah untuk dimasak. Mesti dalam kepala terfikir menu sardin je. Kalau malas mesti fikir nak masak maggi je. Jangan risau, jom tengok senarai resepi makan malam yang senang dan sedap ni.\n\nResepi yang mudah untuk anda ikuti dan menjimatkan masa anda untuk masak. Keluarga anda juga pasti akan menyukainya. Bagi mereka yang duduk sendiri juga pasti akan suka dengan senarai resepi ini.\n\nKalau korang nak makan sesuatu yang simple, apa kata buat cucur bilis je. Kalau masa hujan lagi sedap untuk dimakan. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Puan Mai.\n\n1) Campurkan tepung, ikan bilis, bawang, cili, daun bawang dan garam ke dalam satu bekas.\n\n3) Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Gaul sebati.\n\n4) Patikan adunan digaul rata dan tiada tepung bergentel.\n\n6) Panaskan minyak dengan api sederhana.\n\n7) Pastikan minyak panas sebelum masukkan cucur.\n\n8) Goreng cucur sehingga bertukar keperangan.\n\n9) Hidangkan bersama sos cili. Selamat Mencuba!\n\nSiapa yang tak suka dengan makanan goreng. Lagi-lagi makan nasi goreng sebagai makan malam. Resepi mudah untuk dicuba. Keluarga anda pasti suka. Resepi ini dikongsi oleh Citarasawan.\n\n1) Panaskan minyak. Tumis bawang yang telah di blend sehingga naik bau.\n\n2) Masukkan isi ayam dan udang, kacau hingga masak.\n\n3) Tuang telur, kacau sehingga masak.\n\n4) Masukkan sos tiram, sedikit kiub ayam, kicap, sos cili, garam dan gula secukup rasa.\n\n5) Masukkan sayur campur dan cili padi, kemudian masukkan nasi.\u00a0 Gaul rata.\n\n6) Taburkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati.\n\n7) Goreng sehingga masak, kemudian angkat.\n\n1) Satukan telur dan sedikit garam. Pukul sehingga sebati.\n\n2) Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar minyak.\u00a0 Ratakan minyak hingga ke seluruh permukaan kuali.\n\n3) Bila minyak panas, masukkan telur secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali.\u00a0\n\n4) Bila telur bahagian atas hampir kering, tutup api dan masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.\n\n5) Lipat setiap penjuru telur berbentuk segiempat.\n\n6) Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali.\n\nKalau hari biasa makan maggie, apa kata kali ni cuba resepi baru ni? Makan pun lagi kenyang dan tak muak tau. Kalau korang pernah dengar dengan resepi viral ni, pasti korang tahu cara yang mudah untuk menyediakannya. Jom tengok cara penyediaan resepi ni. Dikongsi oleh DAPUR SHAIANNE.\n\n1) Masukkan perencah maggi kari dan kacau sampai sebati.\n\n2) Masukkan 3 biji telur kedalam bahan yang kita masak tadi dan kacau hingga sebati.\n\n4) Masukkan maggi kedalam bahan-bahan yang tadi kacau sampai sebati.\n\n5) Bahagi kan kepada 2 bahagian.\n\n5) Panaskan minyak dan masukkan mee maggi kedalam kuali sehingga masak.\n\n6) Terbalik kan mee maggi ke sebelah bahagian yang lain.\n\n7) Angkat mee maggi yang telah dimasak dan hidangkan bersama sos dan mayonis.\n\nKorang yang suka dengan masakan thai tu, jom cuba jadikan nasi goreng ni sebagai makan malam korang. Hidangkan untuk keluarga korang, cara penyediaan yang mudah dan gunakan bahan yang sesuai untuk korang jumpa. Isi ketam yang pastinya memberikan rasa manis pada nasi goreng anda. Resepi dikongsi oleh Fizalgk.\n\n1) Panaskan minyak dalam kuali besar dengan api sederhana.\n\n2) Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga bertukar warna, pecahkan telur sambil dikacau. \u2800\n\n3) Masukkan nasi dan inti ketam dan kacau seketika. \u2800\n\n4) Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi hingga semua bahan sebati dan sekata. \u2800\n\n5) Masukkan daun bawang dan kacau cuma gaul dan tutup api.\n\n6) Hidangkan bersama serbuk cili thai, hirisan limau nipis dan cili. \u2800\n\nMenu makan malam yang lain ialah kuey teow goreng. Mesti bosan kalau makan nasi putih dengan lauk je. Sekali sekala hidangkan makanan goreng untuk keluarga anda. Resepi ni mendapat komen yang positif dari mereka yang mencubanya. Jom cuba resepi ni. Dikongsi oleh Hurun\u2019lin malik.\n\n1) Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.\n\n4) Masukkan bahan B. Dahh siap!\n\nNak makan ringan dan senang? Buat je lempeng pisang. Kalau korang ada pisang dan takt ahu nak makan apa? Jom tengok cara buat lempeng pisang ni. Kalau korang tak reti masak pun boleh buat jadi sedap tau. Ikut je resepi ni yang dikongsi oleh ResepiRia.\n\n1) Campurkan tepung dengan air, dan garam.\n\n2) Kacau atau gunakan blender hingga sebati dan kisar sampai tepung tak berketul.\n\n3) Pastikan doh mestilah sedikit lembap.\n\n4) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.\n\n5) Tuangkan satu senduk campuran dan ratakan.\n\n6) Masak dengan api kecil hingga garing di bahagian depan dan belakang.\n\n7) Apabila pancake sedikit kekuningan, angkat dan pancake siap dihidangkan bersama sambal sebagai perasa.\n\nKorang yang suka mee goreng mamak tu, apa kata buat sendiri? Kalau tengah-tengah malam tak tahu nak masak apa, boleh cuba resepi ni. Mee mamak pun boleh jadi menu makan malam korang. Resepi ini dikongsi oleh Mak Cik Bawang.\n\n1) Tumis bawang putih, bawang merah, cili boh sehingga naik minyak.\n\n2) Tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan biarkan masak sekejap.\n\n3) Kemudian masukkan udang, fish cake, tauhu, kentang dan kubis.\n\n4) Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yang dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit.\n\n5) Kemudian masukkan mee, gaul sebati.\n\n6) Akhir sekali masukkan tomato, taugeh dan cili.\n\n7) Perasakan dengan serbuk perasa dan kicap cair jika perlu.\n\n8) Hidang bersama perahan limau kasturi dan bawang goreng. Selamat Mencuba!\n\nMenu makan malam yang paling glamor untuk dimakan bersama nasi selain sardine. Jimatkan masa, sedap pun sedap tau. Siapa yang tak suka dengan resepi sambal telur ni? Kalau yang bujang tu bolehlah cuba resepi ni. Nor Haidah Md Said telah berkongsi resepi ini. \n\n2) Panaskan minyak dan goreng telur selama 1-2 minit sehingga perang. Ketepikan.\n\n3) Kisar cili kering, bawang putih, belacan dan bawang besar. Masukkan sedikit air.\n\n4) Panaskan minyak untuk menggoreng sambal, boleh juga masukkan minyak goreng telur tadi.\n\n5) Tumis bawang besar yang dihiris hingga layu. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.\n\n6) Kacau sehingga lada kering menggunakan api sederhana. Pastikan kuali ditutup.\n\n7) Teruskan kacau sehingga sambal menjadi garing.\n\n8) Masukkan gula dan kacau sehingga rata.\n\n9) Masukkan sedikit air asam jawa atau asam keping.\n\n11) Selepas sambal masak, masukkan telur dan gaul rata.\n\n12) Biarkan selama 2-3 minit. Sedia untuk dihidangkan.\n\nKalau tadi lempeng yang kena ada pisang, kali ni jangan risau kalau korang tak ada pisang pun. Resepi ni gunakan bahan yang memang biasa ada dirumah, jadi anda boleh cuba bila-bila masa. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Siti Nornaim Keng. \n\n1) Satukan semua bahan ke dalam bekas. Masukkan air sedikit-sedikit.\n\n4) Bubuh minyak sedikit dalam kuali.\n\n5) Ambik sesenduk adunan masukkan ke dalam kuali.\n\n6) Lebarkan sedikit adunan guna senduk.\n\n7) Garing je belah bawah, terus terbalikkan.\n\nRoti Bakar Bulgogi Ayam ala Korea\n\nPeminat Korea, mesti selalu dengar dengan masakan daging bulbogi ni. Jom cuba masakan ni, gunakan resepi daging bulbogi yang diapit bersama dengan roti. Menu ni merupakan antara menu makan malam yang senang dan sedap. Korang boleh cubanya sendiri. Resepi ini dikongsi dari Nak Makan Apa?\n\n1) Perap ayam dengan semua bahan-bahan selama 30 minit di dalam peti sejuk.\n\n2) Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam hingga masak dan ketepikan.\n\n3) Sapu mayonis Lady\u2019s Choice pada setiap keping roti.\n\n4) Letakkan sedikit daun salad di atas roti.\n\n5) Letak bulgogi ayam dan taburkan sedikit daun bawang.\n\n6) Letakkan sekeping lagi roti. Sedia untuk dihidangkan.\n\nSenarai di atas mendapat komen yang positif dari mereka yang telah mencubanya. Terdapat banyak resepi yang dapat anda cuba untuk menu makan malam. Jangan risau jika selepas ini anda lapar semasa tengah malam. Resepi ini sesuai untuk mereka yang bekerluarga mahupun yang bujang. Selamat mencuba!\n\nAnda juga dijemput untuk melihat resepi kami yang lain seperti:"
"Mari kita ketahui info sebenar mengenai hukum pesakit buah pinggang menjalani dialisis di bulan ramadhan.\n\nKami akan kongsikan pendapat yang diberi oleh Dr. Suhazeli Abdullah.\n\nPesakit Buah Pinggang yang menjalani dialisis secara umumnya dibenarkan oleh syariat tidak berpuasa. Kategori sakit yang sedemikian boleh menimbulkan mudarat kepada sesetengah individu pesakit. Namun ketabahan menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan dengan berlapar dan dahaga itu terserah kepada pesakit itu sendiri. Pakar akan memberikan nasihat secara individu dengan melihat kepada rekod-rekod perubatan pesakit dan kesesuaian melakukan ibadah puasa.\n\nAdakah proses dialisis ini akan membatalkan puasa jika pesakit mengambil keputusan untuk terus berpuasa di bulan Ramadhan?\n\nTelebih dahulu berikut adalah ringkasan proses dialisis atau cuci buah pinggang dilakukan. Terdapat dua cara yang biasa;\n\na. Proses dilakukan menggunakan mesin dialisis (hemodialisis), dimana darah pesakit akan disedut ke dalam mesin dan ia berfungsi membersihkan darah dari bahan-bahan yang memudaratkan tubuh, darah yang telah dibersihkan dikembalikan semula ke dalam tubuh melalui pembuluh darah. Pesakit yang mendapatkan kaedah rawatan ini perlu melalui proses rawatan dialisis mengikut jadual yang ketat. Kebanyakan pesakit perlu melalui proses rawatan ini sebanyak tiga kali seminggu dan proses ini berlaku selama 3 hingga 5 bagi setiap sesi rawatan.\n\nb. Kaedah kedua dilakukan melalui lapisan Peritoneal di perut (maksud perut di sini bukannya gaster / stomach atau usus). Melalui proses ini satu tiub akan dimasukkan melalui satu lubang kecil yang dibuat pada dinding perut yang berada di atas daripada pusat. Kemudian bahan cecair yang mengandungi garam mineral seperti natrium, potassium, magnesium, klorida dan beberapa lagi dimasukkan dalam peritoneal. Sesetengah keadaan sedikit glukos ditambah, bergantung kepada keperluan klinikal setiap pesakit. \n\nFungsi cecair pekat ini untuk menarik toksin melalui proses osmosis. Kemudian cecair ini akan dikeluarkan semula setelah proses ini selesai. Proses rawatan ini akan berlaku berulang kali dalam satu hari. Ketika proses ini berlaku, pertukaran bahan-bahan asing seperti gula dan garam yang terdapat dalam darah.\n\nTerdapat kajian perubatan yang menyatakan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis boleh meneruskan puasa mereka tanpa sebarang mudarat yang besar. \n\nKajian ke atas pesakit hemodialisis oleh beberapa pengkaji melaporkan komplikasi pesakit-pesakit Haemodialisis yang berpuasa dari segi fizikal (contohnya tekanan darah dan berat badan). Didapati keputusan darah menunjukkan garam potassium sedikit tinggi. Namun pesakit dinasihatkan supaya mengawal pengambilan makanan yang tinggi potassium terutamanya semasa berbuka.\n\nUntuk pesakit Peritoneal Dialisis pula, kajian tidak menunjukkan mudarat besar kepada pesakit untuk berpuasa dengan syarat mendapat perhatian dari pihak doktor dan keadaan klinikalnya stabil.\n\nUlama masa kini berselisih pendapat dalam menentukan hukum melakukan dialisis bagi orang yang berpuasa adakah ia membatalkan puasa atau sebaliknya.\n\nPendapat daripada Syeikh Abdul Aziz dan Dr. Wahbah Az-Zuhali.\n\nMereka berpendapat mencuci buah pinggang bererti membekalkan badan dengan darah yang bersih, dalam proses ini juga, turut di sertakan bahan-bahan lain yang mengandungi makanan dan ia dikira membatalkan puasa. \n\nDengan itu rawatan mencuci buah pinggang menyebabkan berlakunya pertindihan antara proses rawatan dan memberikan makanan kepada pesakit. Dengan ini rawatan dialisis ini dikira membatalkan puasa.\n\nBeliau berpendapat mencuci buah pinggang tidak membatalkan puasa. Beliau berhujah, mencuci buah pinggang atau dialisis hanyalah proses suntikan. Proses ini bukannya makan atau minum, sebaliknya ia hanyalah suntikan cecair pada perut tambahan pula cecair yang telah dimasukkan ke dalam tubuh itu akan di keluarkan kembali apabila proses ini selesai. Hal ini sama apabila darah yang dikeluarkan dari tubuh kemudiannya akan dimasukkan kembali kepada tubuh setelah darah tersebut telah ditapis oleh mesin dialisis.\n\nPendapat daripada Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Ali Qurah Daghi dan Syeikh al-Sadahan. \n\nDr. Yusuf al-Qaradawi, ulama Mesir yang terkenal dalam dunia Islam, Dr. Ali Qurah Daghi iaitu Pensyarah Fekah dari Universiti Qatar dan Syeikh al-Sadahan, Ahli Majlis Fatwa dari kerajaan Arab Saudi juga mengeluarkan pandangan yang sama. \n\nAmalan mencuci darah melalui mesin hemodialisis bagi pesakit buah pinggang tidak membatalkan puasa, tetapi diharuskan bagi mereka berbuka dan menggantikannya di hari lain. Hal ini kerana, proses dialisis tidak dikategorikan sebagai makan atau minum. Proses dialisis juga menggunakan darah sendiri dan kebiasaannya tiada penambahan zat semasa dialisis.\n\nKesimpulan: Setelah dibincangkan proses yang berkaitan dengan dialisis dan pandangan ulama berkaitan hukum sah batal puasa pesakit yang menerima keadah rawatan ini bagi orang yang berpuasa, dapat disimpulkan bahawa kesahan puasa orang yang menerima rawatan dialisis berkait rapat dengan bahan yang dimasukkan ke dalam tubuh pesakit itu sendiri, jika bahan yang dimasukkan ke dalam tubuh merupakan bahan yang mengandungi zat makanan, puasa penerima rawatan tersebut terbatal. \n\nManakala jika bahan yang dimasukkan ke dalam tubuh untuk proses dialisis bukan berbentuk makanan atau bahan yang boleh membentuk tenaga, maka proses dialisis tidak membatalkan puasa penerima rawatan tersebut.\n\nBagi ahli perubatan, proses dialisis adalah satu kewajiban yang perlu dilakukan oleh pesakit. Jika tidak, ianya akan mendatangkan mudarat besar pada diri samada pengsan atau maut. Pilihan yang diberikan kepada pesakit ini adalah dialisis samada hemodialisis atau peritoneal dialisis dan pemindahan organ buah pinggang. \n\nPemindahan buah pinggang pula sukar dilakukan kerana memerlukan penderma dan kesesuaian penderma-penerima. Justeru dialisis adalah langkah yang biasa dijalankan. Melihat kepada kajian yang dibincangkan di atas, majoriti pesakit tiada masalah besar menjalani ibadah puasa semasa melakukan dialisis. Pilihan untuk berpuasa atau tidak juga perlu dibincangkan bersama pakar kerana setiap individu mempunyai rekod tersendiri penyakit yang mereka alami.\n\n*Maka, kepada pesakit yang ingin membuat dialisis semasa berpuasa tidak perlu bimbang lagi. Seperti yang dinasihatkan doktor, dialisis penting pesakit buah pinggang untuk mengelakkan kemudaratan kepada diri. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran penuh oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kekal wangi sepanjang masa terutamanya ketika berada di tempat-tempat awam sangat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Pemilihan perfume yang betul sahaja tidak cukup melainkan anda juga perlu faham tips perfume tahan lama.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tips perfume tahan lama khusus untuk lelaki dan perempuan.\n\n1. Sembur pada kulit selepas mandi\n\nMenggunakan perfume sejurus sahaja selepas mandi akan mengunci bau perfume itu di tubuh badan kita. \n\nHal ini kerana selepas mandi, pori-pori kulit kita akan terbuka dan menjadikan ia waktu yang sangat sempurna untuk memastikan perfume tahan lama. \n\nRamai yang tidak berani untuk mencuba campuran beberapa jenis perfume sekali gus. Eksperimentasi kita itu sebenarnya boleh memberi kombinasi bauan yang berbeza dan lebih tahan lama berbanding biasa.\n\nSebaik sahaja anda menemui kombinasi yang anda suka, cubalah pada kulit anda (minyak kulit boleh mengubah cara bau minyak wangi).\u00a0\n\nSemburkan bau yang lebih kuat dahulu dan kemudian letakkan dengan wangian yang lebih ringan supaya minyak wangi pertama tidak mengatasi bau yang kedua.\n\nCara ini boleh menjadi tips perfume tahan lama yang menarik dan menguntungkan bagi anda. \n\nKaedah menggosok kedua-dua pergelangan tangan selepas menyembur perfume sebenarnya tidak memberikan kesan bau yang tahan lama seperti yang diperkatakan sesetengah orang.\n\nSebaliknya, menggosok pergelangan tangan anda bersama-sama ini akan memaksa bau itu hilang dengan lebih cepat daripada yang sepatutunya. \n\nKaedah semburan perfume yang betul adalah digunakan pada kawasan titik nadi pergelangan tangan. Hal ini kerana, suhu pada bahagian tersebut adalah hangat dan ia akan membantu menyebarkan wangian ke seluruh badan anda.\n\nTitik nadi lain yang boleh anda sembur adalah seperti di dalam siku, di leher, di bawah bahagian tengah badan, di belakang lutut, buku lali, dan betis. \n\nSeperti yang anda tahu, setiap minyak wangi mempunyai kepekatan yang berbeza-beza. Semakin pekat minyak wangi dengan minyak asli, akan lebih mahal berbanding minyak wangi yang mempunyai kandungan minyak asli yang tidak begitu pekat.\n\nJusteru, untuk bau yang tahan lebih lama, anda boleh memilik jenis minyak wangi Eau de yang mengandungi kepekatan berbanding yang lain. \n\nContohnya, Eau de Toilette tahan kira-kira 2-3 jam paling baik, manakala Eau de Parfum lebih kuat, dan bertahan selama 4-5 jam tanpa penggunaan semula.\n\n6. Simpan di tempat yang betul\n\nTips perfume tahan lama yang ini mungkin tidak ramai orang ambil berat. Sebenarnya cara penyimpanan perfume mestilah betul dan tepat untuk memastikan kualitinya kekal terjaga seperti baru beli.\n\nFaktor seperti cahaya, haba, dan kelembapan mampu untuk memecahkan minyak wangi dan merosakkan kandungannya yang ada.\n\nOleh itu, anda disarankan untuk menyimpan botol perfume ini di tempat-tempat yang sejuk dan kering sahaja seperti di atas meja solek di dalam bilik anda dan jauh dari tingkap.\n\nJika anda gemar sembur perfume pada pakaian, selepas ini kami sarankan elakkan cara seperti itu lagi. \n\nLebih baik sembur perfume terus pada kulit anda, bukan pada pakaian anda kerana wangian itu boleh meninggalkan sedikit kesan \u201ckotor\u201d pada pakaian.\n\nJangan sesekali pakai perfume yang sudah tamat tempoh. Jika perfume anda melepasi tarikh luput, ini bermakna kebanyakan wangian telah tersejat dan ia tidak akan bertahan lama pada kulit. \n\nSelain itu, ia bukanlah idea yang baik untuk terus menggunakan minyak wangi tengik.\u00a0Umumnya , perfume yang sudah tamat tempoh ia telah berinteraksi dengan udara, haba dan cahaya matahari.\n\nMalah jika kandungan alkohol dan penstabil dalam formula ia kurang, ini boleh mengurakan bau dan kesegaran perfume itu sendiri.\n\nJumlah semburan yang betul juga memainkan peranan penting dalam tips perfume tahan lama. Jika anda tidak tahu berapa banyak semburan wangian yang perlu anda lakukan, semak kepekatan perfume anda.\n\nJika anda menggunakan Eau de Cologme atau Eau de Toilette yang ringan dan menyegarkan, buat 3-4 kali semburan.\n\nManakala Eau de Parfume atau jenis perfume lain yang berat pula buat 1-2 kali semburan. \n\nPastikan sebelum menyembur perfume, ambil terlebih dahulu jarak yang sesuai. Pegang botol perfume kira-kira 5-7 inci dari kulit anda. Cara ini akan menghalang titisan besar minyak wangi pada kulit anda. \n\nPenggunaan Vaseline pada titik nadi sebelum menyembur perfume akan membuat bau wangi bertahan lebih lama. \n\nFungsi jeli petroleum bertindak sebagai penghalang antara kulit anda dan minyak wangi, memperlahankan seberapa cepat ia menyejat dan merebak ke atmosfera.\n\nTips terakhir, jangan goncang botol minyak wangi kerana cara ini akan membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti bauannya.\n\nSelain artikel berkenaan dengan tips perfume tahan lama ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan minyak wangi seperti:"
"Tanda- tanda kiamat yang perlu kita ketahui.\n\nPercaya pada hari kiamat merupakan salah satu daripada rukun iman yang wajib bagi semua umat islam. Hari kiamat merupakan hari di mana seluruh alam semesta akan musnah selepas tiuapn sangkakala.\n\nBumi akan bergulung-gulung. Bukit dan gunung akan pecah. Manusia dan binatang akan bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. Planet dan bintang akan berlanggaran antara satu sama lain. Kemudian, semua yang hidup dan bernyawa akan mati.\n\nTanda-tanda kiamat boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu tanda kecil kiamat dan tanda besar kiamat. Menurut pandangan para alim ulamak, kesemua tanda kecil kiamat sudah pun lengkap. Sekarang kita sedang menunggu kedatangan tanda besar kiamat pula.\n\nDi antara tanda kecil kiamat yang sudah pun berlaku kesemuanya ialah seperti berikut:\n\nMenurut satu hadith riwayat Bukhari, Dari Auf b. Malik, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: \u201c\u00a0Saya\u00a0menghitung \u00a0enam perkara menjelang \u00a0hari kiamat.\u201d\u00a0Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis. Penakluman Baitulmaqdis telah pun berlaku sejak lama dahulu.\n\nMenurut satu hadith riwayat Muslim, salah satu dari pada tanda kiamat ialah zina yang berleluasa. \u201cDan tinggallah manusia yang buruk, yang \u00a0melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.\u201d Kalau diperhatikan, pada hari ini, perbuatan zina seolah-olah perkara biasa dalam masyarakat kita.\n\nMenurut satu hadith riwayat Ibnu Majah, \u201cPada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.\u201d Ada yang bertanya kepada Rasulullah; \u201cWahai Rasulullah bila hal ini terjadi?\u201d Baginda menjawab; \u201cApabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita\u201d.\n\nPada hari ini, alat muzik dan penyanyi wanita adalah perkara biasa. Maksudnya, tanda kiamat kecil yang ini sudah pun berlaku.\n\nMenurut satu hadith riwayat Nasai, \u201cDi antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid\u201d. Tanda kecil kiamat ini juga sudah lama berlaku. Di seluruh dunia, manusia berlumba-lumba membina masjid yang besar dan dihias dengan mewah.\n\nMenurut hadit riwayat Ahmad dan Hakim, salah satu daripada tanda kiamat ialah\u201dTidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.\u201d\n\nTanda kecil kiamat yang seterusnya ialah ramai orang soleh meninnggal dunia. Menurut satu hadith riwayat Ahmad, \u201cTidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran\u201d\n\nPerhatikan dunia kita hari ini, seorang demi seorang alim ulamak yang kita kasihi pergi dijemput ilahi. Ini menunjukkan bahawa tanda kecil kiamat yang ini juga sudah terjadi.\n\nMenurut hadith riwayat Thabrani, satu lagi tanda kecil kiamat ialah orang yang hina mendapat keduduk terhormat. \u201cDi antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka\u2019 bin Luka\u2019 (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia\u201d\n\nMenurut satu hadith riwayat Ahmad, tanda kiamat yang seterusnya ialah umat islam hanya mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja. \u201cSesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.\u201d\n\nDiriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. \u201cDi antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita \u00a0dan \u00a0apabila mereka memakainya keadaa seperti bertelanjang\u201d. Apa yang menyedihkan, perkara ini sememangnya sedang berlaku di sekeliling kita. Lihatlah, berapa ramai wanita yang berpakaian tetapi telanjang.\n\nMenurut satu hadith riwayat Thabrani, \u201cDi antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.\u201d Perhatikan bulan sabit dilangit. Sememangnya ia kelihatan semakin besar seolah-olah semakin dekat ke bumi.\n\nMenurut riwayat Muslim, \u201cPada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan \u00a0belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu\u201d\n\nPerhatikan sahaja media di Malaysia, berapa banyak berita palsu yang dikeluarkan di televisyen, radio, dan surat khabar. Inilah tandanya bahawa kiamat semakin menghampiri kita.\n\nMenurut riwayat Ahmad, \u201cSesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.\u201d\u00a0Saksi palsu dan berkata bohong demi menyelamatkan diri sendiri bukanlah perkara asing lagi pada hari ini.\n\nMenurut riwayat Muslim, \u201cTidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai\u201dPerhatikan keadaan negara Arab hari ini, semuanya telah menjadi padang pasir.\n\nMenurut satu hadith riwayat Abu Dawud dan Nasai, \u201cPada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti \u2018bulu merpati\u2019 yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.\u201d Hakikatnya hari ini, terdapat pelbagai produk mewarnakan rambut untuk menutup uban yang berada di pasaran.\n\nMenurut riwayat Tarmizi, tanda kecil kiamat yang terakhir ialah umat islam hidup dengan penuh kemewahan. \u201cApabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).\u201d\n\nSesungguhnya, semua tanda kecil kiamat sudah pun berlaku. Sekarang kita perhatikan pula adakah tanda besar kiamat sedang berlaku di sekeliling kita.\n\nTerdapat satu hadith riwayat H.R Muslim yang berbunyi seperti berikut:\n\nDaripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: \u201cDatang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang.\n\nLalu beliau bersabda: \u201cApa yang kamu perbincangkan?\u201d. Kami menjawab: \u201cKami sedang berbincang tentang hari qiamat\u201d. Lalu Nabi saw. bersabda: \u201cTidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya\u201d.\n\nKemudian beliau menyebutkannya: \u201cAsap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya\u2019juj dan Ma\u2019juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka\u201d.\n\nBerdasarkan hadith ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa terdapat 10 tanda besar kiamat iaitu:\n\n1. Asap (dukhan ) akan keluar dari perut bumi.\u00a0Asap yang keluar akan menyebabkan penyakit seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan membunuh semua orang kafir.\n\n2. Kemunculan Dajjal.\u00a0Dajjal akan keluar sambil membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan dan membuatkan ramai yang terpedaya dengannya.\n\n3. Keluarnya dabbah iaitu sejenis binatang ganjil dan besar yang pandai bercakap.\u00a0Dabbah akan keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah.\n\n4. Matahari terbit dari barat.\u00a0Pada waktu ini, Allah tidak lagi menerima taubat dan syahadah yang baru.\n\n5. Nabi Isa a.s. bin Maryam turun ke bumi.\u00a0Nabi Isa akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu. Nabi Isa akan memsunahkan segala salib dan membunuh Dajjal.\n\n6. Yakjuj dan Makjuj keluar dari tempatnya dan membuat kerosakan di atas muka bumi.\n\n7. Berlaku gempa bumi di timur.\n\n8.\u00a0Berlaku gempa bumi di barat.\n\n9.\u00a0Berlaku gempa bumi di semenanjung arab.\n\n10. Menurut hadith riwayat Muslim, akan keluar api di Yaman yang menghalau manusia ke tempat berkumpul mereka (mahsyar).\n\nItulah dia tanda-tanda kiamat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk mebaca perkongsian kami tentang Nuzul Al-Quran, Lailatul Qadar, dan Israk Mikraj."
"Siapa tercari resepi butter cookies? Jika biasanya anda tahu butter cookies vanilla biasa, kali ini kami ingin berkongsikan resepi butter cookies pandan gula melaka @ onde-onde cookies.\n\nTermasuk dalam list butter cookies, ianya wangi betul. Lebih kurang macam kuih pandan gula melaka wangi namun dalam bentukan butter cookies rangup. Kemudian dibentukkan menggunakan nozel tampak cantik.\n\nMencium wanginya pun sudah sangat merangsang selera. Anda patut cuba resepi ini untuk camilan tetamu mahupun untuk camilan raya.\n\nUntuk dapatkan resepi yang sempurna, Siti Solehah di laman Facebook sudah mengalami jatuh bangun sebanyak 6 kali untuk dapatkan resepi yang kena di lidah. Untuk satu adunan ini dapat butter cookies dalam 26-30 biji. Selamat mencuba.\n\nResepi Butter Cookies Pandan Gula Melaka\n\nSelain resepi butter cookies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sesiapa di sini mahu resepi mee kari yang menjadi tular di internet?\n\nMee kari adalah antara juadah yang digemari rakyat Malaysia. Ini kerana kandungan bahan bahan yang berlemak dan sedap di dalam mee kari semestinya menarik minat rakyat Malaysia dari dahulu lagi.\n\nSelalu menjadi menu diwaktu majlis kecil kecilan kerana cara pembuatannya yang mudah.\n\nResepi ini dikongsi oleh Miya Aira dan mendapat komen positif di Facebook.\n\nSebelum kita mula memasak, kita akan buat stock air udang. Inilah petua untuk menjadikan kuah sedap. Asingkan isi udang dan ambil kepala dan kulit sahaja, rebus sekejap dan kisarkan guna air rebusan tadi sampai hancur, akhir sekali kita tapiskan.\n\nSatukan semua dan kisar sampai halus.\n\nNota : Nak lagi sedap tambah isi kerang. Kuantiti lauk diatas ikut suka anda untuk letak banyak mana.\n\n1.1. Panaskan minyak tumis bahan B (bahan penumis ). Minyak haruslah banyak .Tapi mestilah berpada ya.\n\n1.2 Masukkan bahan A (bahan kisar).\n\n1.4 Masukkan semua rempah kari ikan + daging.\n\n2.1\u00a0Masa ni kecilkan api masak dan kacau rempah sekejap je jangan smpai hangit pulak\n\n2.2\u00a0Masukkan segelas air biarkan mendidih.\n\n2.3\u00a0Masukan ayam dan pastikan buka api sederhana.\n\n2.4\u00a0Masak hingga mendidih atau pecah minyak.\n\n3.3 Masukkan bebola ikan dan kek ikan.\n\n4)\u00a0Kacau dan kacau masukkan sekeping asam keping.\n\n5)\u00a0Boleh tambah sedikit air jika pekat. Masak sehingga mendidih.\n\n6)\u00a0Setelah mendidih masukkan dua kotak kecil santan.\n\n7)\u00a0Masukan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Sentiasa mengacau supaya santan tak berketul, masak sehingga mendidih sekali lagi.\n\n8) Dah siap. Jika pekat sangat boleh tambah sedikit air. Sebab nanti sejuk kuah jadi pekat. Mee kari sedap jika kuah tak pekat sangat dan tak cair sangat. Pandai2 anda sesuai kepekatan anda suka..\n\nNota:\u00a0Kuah cara saya buat ni memang tak muak. Sedap selalu jadi pilihan tetamu saya bila raya..keseluRuhan bahan2 yg dinyatakan di atas sesuai untuk 2 peket kecil mee.dan buat banyak boleh gandakan kuantiti tau\n\nResepi \u2013 resepi lain yang perlu anda cuba :"
"Ada suami-suami yang nak memasak untuk isteri? Nak masak yang mudah-mudah? Bolehlah cuba masakkan ikan cencaru bakar untuk isteri kesayangan anda. Pasti yang tersayang terharu tak terkata. Silap-silap boleh dapat reward nanti. Isteri senang dan bahagia, suami pun tenang gembira. \n\nIkan cencaru bakar nih tak susah mana pun nak memasaknya. Tambah-tambah sekarang dah ada ketuhar dan pemanggang ajaib. Tak payah susah-susah-susah nak cari sabut dan ranting kayu untuk dijadikan arang. Hanya perlu sediakan ikan cencaru dan bahan-bahan inti untuk dimasukkan ke bahagian perut ikannya. Selepas itu, dah boleh bakar dan siap sedia untuk dihidang. Makan bersama nasi putih yang panas. Dari mood merah boleh bertukar mood hijau ok.\n\nBolehlah mencuba resepi dari Anas Syauqi. Semoga ianya boleh membantu para suami dalam mencari idea untuk mempelbagaikan juadah untuk menyenangkan hati si isteri. Jom layan resepi yang mendapat perkongsian ramai di laman facebook ini. Pasti tak menyesal.\n\nSenang dan mudahkan? Sebenarnya kalau tak nak bakar, boleh sahaja nak gorengnya. Cumanya jangan gunakan minyak yang banyak. Rupanya masih sama seperti bakar. Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Ikan Cencaru Bakar ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba."
"Buah naga dimakan sejuk-sejuk memang sedap. Nak tahu khasiat buah naga?\n\nBuah naga atau pitaya merupakan buah jenis kaktus dari spesis Hylocereus dan Selenicereus. Buah naga berasal dari Amerika Latin yang kemudian tersebar ke Israel, Australia, Cina, dan negara Asia Timur seperti Sri Lanka, dan akhirnya sampai ke Asia Tenggara.\n\nBuah naga mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Di dalamnya terkandung zat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine.\n\nJom kita ketahui apakah khasiat buah naga.\n\n1. Melambatkan kesan penuaan pada kulit muka ( anti penuaan )\n\nKetahui banyak manfaat buah naga merah untuk diet. Buah naga kaya dengan vitamin c yang merupakan antioksida. Antioksida merupakan antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya dalam buah naga menentang radikal bebas pada kulit muka untuk melambatkan proses penuaan.\n\nHal ini menarik minat para penyelidik dari Itali pada tahun 2011 yang mengkaji kandungan antioksidan buah naga. Mereka mendapati bahawa bahagian isi dan menarik sekali, bahagian kulitnya, mengandungi kandungan antioksidan yang sangat tinggi.\n\nJom kami kongsikan resepi masker buah naga untuk menghilangkan jerawat dan parut merawat.\n\nCaranya adalah ambil kulit dan isi buah naga lalu blender sampai halus. Masukan ke gelas dan ambil airnya lalu sapukan kewajah. Masker ini sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat dan parut jerawat.\n\n2. Menghalang\u00a0sel kanser daripada menjadi aktif\n\nAntioksidan dalam buah naga menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.\n\nSelain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor.\n\nKandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.\n\nKajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.\n\nSebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.\n\nBuah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.\n\nMalah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.\n\nBuah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman.\n\nPengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.\n\nTahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.\n\nKehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.\n\nBagi mendapatkan manfaat buah naga kepada kesihatan tubuh, boleh cuba nikmati jus minuman yang menyegarkan ini. Caranya juga mudah dan tidak memerlukan kos besar untuk mengamalkan pengambilan diet yang menyihatkan.\n\nBuah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik.\n\nKajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.\n\n7. Menstabilkan paras gula bagi pesakit diabetis\n\nKandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.\n\nKajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.\n\nBuah naga merah mengandung gula sederhana sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes. Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam\n\nBuah naga juga boleh dijadikan petua untuk mencantikkan dan menyuburkan rambut.\n\nMakan buah naga dengan kerap atau boleh juga sapukan isi bush naga yang dihancurkan ke kepala. Biarkan selama 20 minit. Pastikan seluruh kulit kepala dan rambut diselaputi oleh isi buah naga.\n\nGlaukoma kongenital adalah suatu keadaan dimana terdapat tekanan pada bola mata lalu menyebabkan kerosakan mata. Makan buah naga dengan kerap membantu mencegah glaukoma kongenital.\n\nKeadaan ini seringkali disebabkan kandungan gula akibat diabetes yang tidak terkawal yang memasuki organ mata.\n\nOleh itu, penyelidik dari UPM pada tahun 2014 ada melaporkan kesan perubahan kandungan rintangan insulin untuk penjagaan gula dalam sistem tubuh yang mengambil buah naga dalam diet pemakanan.\n\nKajian ke atas tikus makmal mereka selama 6 minggu berturut-turut, memperlihatkan kesan positif pengambilan buah naga segar dalam aktiviti insulin.\n\nKandungan vitamin C dalam buah naga membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Makan buah naga atau minum jusnya untuk lebih mendapatkan khasiatnya.\n\nPenyelidik dari MARDI pula melaporkan bahawa kandungan nutrien dalam buah naga adalah lebih tinggi daripada jambu, betik dan nanas. Hal ini menunjukkan bahawa buah naga sangat elok diamalkan bagi mendapatkan khasiat-khasiat kesihatannya.\n\nItulah dia 13 khasiat buah naga yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Jom kita makan buah naga. Jemput juga baca artikel penulisan kami seperti khasiat terung, khasia barli dan khasiat cekur.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Ibu susuan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Malah Rasulullah junjungan kita juga disusukan oleh ibu susuannya Halimatussaadiah selepas ibunya wafat. Dewasa ini, ibu susuan semakin popular memandangkan para ibu semakin cakna tentang kepentingan susu ibu kepada bayi.\n\nJika dulu, ibu akan memberikan susu formula kepada bayinya jika tidak cukup susu. Namun kini, sudah menjadi trend ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu akan mencari ibu yang sudi menjadi ibu susuan untuk anaknya. Malah ada ibu yang mempunyai lebihan susu perahan akan menawarkan susunya di kumpulan sokongan di media sosial.\n\nIbu susuan bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia membabirkan hukum syarak seperti aurat dan perkahwinan. Jika anak anda mempunyai ibu susuan atau anda sendiri adalah seorang ibu susuan, artikel ini sangat sesuai untuk anda. Jom kami kongsikan tentang panduan ibu susuan yang anda wajib tahu.\n\nUntuk artikel ini, kami merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan olehMufti Wilayah Persekutuan melalui\u00a0Bayan Linnas Siri 70: Isu Berkenaan Ibu Susuan & Pelbagai Hukum.\u00a0 Terdapat 8 isu yang dibincangkan dalam fatwa tersebut iaitu:\n\n1. Apakah syarat sah untuk menjadi ibu susuan?\n\nApakah syarat sah untuk menjadi ibu susuan? Mengikut islam, terdapat 2 syarat sah iaitu:\n\n2. Adakah ibu susuan wajib menyusukan anak susuannya secara langsung dari payudara, atau boleh menggunakan botol susu?\n\nIsu ini timbul kerana pada zaman moden ini, kebanyakan ibu susuan memberikan susu perahan kepada anak susuannya. Susu perahan pula akan diberikan kepada anak susuan menggunakan botol susu atau picagari,. Maka timbul persoalan, adakah menyusukan anak susuan secara langsung dari payudara adalah syarat sah menjadi ibu susuan?\n\nJawapannya, menyusu secara langsung dari payudara bukan syarat sah ibu susuan. Penggunaan botol susu atau picagari adalah dibolehkan. Ini adalah seiring dengan hadith berikut:\n\nDaripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.\u00a0(Hadith\u00a0riwayat\u00a0Abu\u00a0Daud)\n\n3. Adakah ibu susuan membuatkan anak susuan menjadi mahramnya?\n\nApabila seorang anak menjadi anak susuan, dia telah menjadi seperti anak kandung ibu itu sendiri. Secara automatik menjadi keluarga dan mahram untuk anak-anak serta suaminya juga. Isu mahram melibatkan perkahwinan kerana haram hukumnya berkahwin dengan mahram. Menurut fatwa tersebut, untuk mengelakkan berlakunya pernikahan yang tidak sah, langkah berikut boleh diambil:\n\n4. Bagaimana batas pergaulan anak susuan dengan ibu susuan dan keluarganya?\n\nAnak susuan adalah seperti anak kandung ibu susuan tersebut. Oleh itu, pergaulan di antara anak susuan dengan suami dan anak-anak ibu susuannya adalah seperti adik-beradik yang dilahirkan dari rahim ibu yang sama. Malah boleh tinggal serumah.\n\n5. Apakah hukum ibu susuan untuk bayi yang tidak dapat disusukan oleh ibunya sendiri?\n\nSesetengah bayi tidak dapat disusukan oleh ibu kandungnya mungkin disebabkan oleh masalah berikut:\n\nUntuk keadaan ini, mencari ibu susuan untuk bayi tersebut ialah harus dan kedua-dua keluarga wajib mengenali di antara satu sama lain. \n\n6. Apakah hukumnya jika susu perahan dihantar oleh ibu susuan melalui kurier seperti poslaju atau runner?\n\nTiada masalah. Asalkan kedua-dua keluarga ibu susuan dan anak susuan saling mengenali dan setuju tentang pemberian susu tersebut, ianya tidak menjadi masalah.\n\n7. Adakah penubuhan Bank Susu untuk bayi yang memerlukan adalah selari dengan islam?\n\nPenubuhan bank susu dengan objektif untuk mengumpul susu bagi diberikan kepada bayi yang memerlukan adalah dibolehkan oleh islam. Ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak. Namun, beberapa perauran perlu dipatuhi bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.\n\nKami tertarik dengan senarai peraturan bank susu yang dikemukakan olehDr Wahbah Azzuhaili iaitu:\n\n8. Bolehkan seorang ibu menyusukan anak orang lain secara suka-suka tanpa keperluan yang mendesak?\n\nHukumnya ialah makruh. Sekiranya tiada keperluan seorang bayi untuk mendapatkan ibu susuan, dan ibu kandungnya mampu untuk menyusukan bayi tersebut sehingga kenyang, maka tiada keperluan untuk ibu lain menyusukan bayi tersebut. Ibu susuan adalah kelonggaran dan kemudahan yang dibolehkan oleh islam bagi digunakan dalam keadaan terdesak dan memerlukan sahaja.\n\nItulah dia perkongsian kami tentang ibu susuan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang nasihat Lukman Al Hakimdan tips membentuk keluarga bahagia."
"Anda ada masalah kahak? Taknak terlalu bergantung kepada ubat yang boleh memberikan kesan buruk dalam masa yang panjang? Jom kami kongsikan 12 petua cairkan kahak dengan cepat dan berkesan.\n\nBuah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nenas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.\n\nAsam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan tekak anda berasa lega. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut \u00a0untuk membuang biji dan seratnya.\n\nMeminum air asam jawa ini bukan sahaja boleh membuatkan tekak anda terasa nyaman malahan ia boleh menyejukkan badan kita. Minum air asam jawa dua kali sehari untuk kesan menakjubkan walaupun rasanya agak masam.\n\nBawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah kahak. Petua ini amat mudah, anda perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya dan seterusnya membakar ia di atas dapur gas anda selama 15 minit. Pastikan bawang putih tersebut tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung. Buang kulit bawang tersebut dan makan ia begitu sahaja.\n\nJika anda tidak berselera memakan bawang putih tersebut, anda juga boleh menumbuk bawang putih yang telah dibakar tersebut dan gaul bersama minyak zaitun. Sapukan pada leher anda sekerap yang mungkin. Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada tekak.\n\nKandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang pekat. Sifat semulajadinya membantu mengeluarkan kahak yang berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong.\n\nMadu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak. Menurut satu kajian, madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk.\n\nAnda boleh membuat ramuan sendiri di rumah dengan mencampurkan 2 sudu teh madu bersama dengan air suam dan perahan lemon. Madu juga mampu untuk menenangkan \u00a0manakala jus lemon membantu dari berlaku kesesakan pada rongga. Anda juga boleh memakan madu itu dengan perahan limau nipis.\n\nMadu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.\n\nHalia dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada didalam badan. Halia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga dapat mengurangkan pedih pada tekak. Campuran pudina segar bersama halia dapat bantu menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk.\n\nApa yang anda perlukan adalah halia yang di rendam bersama beberapa helai daun pudina di dalam segelas air panas dan dicampurkan dengan sedikit madu. Minum dua kali sehari dan anda akan alami perbezaan setelah meminum air campuran halia tersebut.\n\nPetua ini membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan membantu mengeluarkan kahak di tekak. Anda hanya perlu mengambil segalas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari.\n\nPetua hilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang. Biasanya cara ini boleh membantu dengan cepat untuk menghilangkan batuk anda, sudah tentu ditambah pula dengan terapi semula jadi atau dengan mengambil ubat-ubatan doktor.\n\nAmbil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur 6 tidak sesuai untuk menggunakan kaedah berkumur ini kerana bimbang mereka akan tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.\n\nMakanan pedas bertindak sebagai natural decongestant, bermakna melegakan tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di belakang tekak anda. Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan kahak yang menghalang di belakang tekak. Selain itu makanan pedas juga meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Ini juga membantu mengurangkan kahak pekat di tekak anda.\n\nSerbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu. Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat. Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.\n\nTeh chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit. Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan. Minum dengan perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda.\n\nAiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana ia menyebabkan tekak terasa kebas. Aiskrim sifatnya sejuk apabila anda memakan aiskrim tekak anda akan berasa begitu nyaman. Jangan pula anda memakan ais batu kerana ia akan membuat batuk anda bertambah teruk lagi.\n\nJika anda tidak berselera untuk memakan makanan yang berat akibat batuk dan sakit tekak. Anda jangan bimbang kerana dengan memakan aiskrim ia mampu untuk memberi tenaga tambahan kepada diri anda.\n\nAir merupakan sumber kehidupan yang sangat penting untuk kehidupan. Kekurangan cecair di dalam badan anda boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan iaitu seperti tekak menjadi kering dan ketidak keselesaan. Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang teramat murah dan sangat penting adalah air putih. Air putih akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan anda meminum banyak air putih.\n\nCuma gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda. Stim adalah amat panas. Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastikan stim tidak terus menghala ke muka. Sambil itu minta seseorang tepuk-tepuk belakang anda dengan perlahan dengan tujuan nak melonggarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan dari badan.\n\nItulah dia 12 petua yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda kencing tak lawas, punca kencing tak lawas, dan punca keputihan."
"Mana-mana wanita sekalipun pastinya mahu proses kehamilan mereka dapat berjalan dengan lancar. Namun tentu, setiap wanita akan mengalami pengalaman yang berbeza-beza begitu jugalah dalam halnya masalah pada kandungan.\n\nSalah satu masalah yang boleh berlaku adalah air ketuban kurang. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan air ketuban kurang dan bagaimana pula ia memberi kesan pada kandungan?\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan semuanya kepada anda khusus buat wanita yang sedang hamil.\n\nAir ketuban juga dikenali dengan nama lainnya iaitu carian amnion merupakan cairan yang mengelilingi janin belum lahir sepanjang tempoh kehamilan.\n\nCairan ini terkandung dalam kantung ketuban, iaitu kantung dengan dua membran (amnion dan chorion) yang berada di dalam rahim. Ia dikatakan terbentuk sekitar 12 hari setelah proses terjadinya kehamilan.\n\nAsal cairan ini sebahagian besarnya diperbuat daripada kandungan air dalam badan ibu. \n\nOleh kerana air ketuban ini terbina khusus untuk janin dalam kandungan ibu. Justeru tentunya kepentingan air ketuban ini banyak memberi fungsi kepada janin itu sendiri.\n\nAntara kepentingan air ketuban ini adalah:\n\nMasalah yang sering berlaku pada air ketuban adalah oligohidramnion iaitu ganguuan di mana air ketuban kurang atau sedikit.\n\nHal ini terjadi disebabkan oleh kantung ketuban yang koyak, plasenta yang tidak mampu berfungsi dengan baik, terdapat kelainan pada janin itu sendiril, post-term pregnancy, dan keadaan kesihatan ibu yang merundum.\n\nRisiko yang berlaku jika air ketuban kurang\n\nKomplikasi boleh terjadi pada janin jika air ketuban kurang. Ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu pada separuh pertama kehamilan dan separuh kedua kehamilan\n\nCara & rawatan untuk meningkatkan air ketuban\n\nBerikut ini antara rawatan untuk meningkatkan kembali jumlah air ketuban semasa dalam tempoh kehamilan.\n\nAmnioinfusion merupakan prosedur yang boleh meningkatkan jumlah air ketuban. Doktor akan menggunakan air garam ke dalam selaput air ketuban kita.\n\nProsuder memasukkan air masuk ke dalam kandungan melalui amniosentesis digunakan dalam perubatan untuk menambah jumlah air ketuban sebelum bersalin.\n\nIni juga penting bagi mengurangkan risiko ibu bersalin secara czer.\n\nSekiranya ibu mengalami masalah dehidrasi yang menyebabkan muntah atau mual teruk, doktor akan melakukan memasukkan cecair IV pada tubuh ibu.\n\nHal ini bagi mempercepatkan proses hidrasi sekaligus meningkatkan jumlah air ketuban tersebut.\n\nKajian menunjukkan bahawa pengambilan air yang cukup dapat membantu meningkatkan air ketuban bagi wanita yang berada pada tempoh 37 \u2013 41 minggu kehamilan.\n\nRamai tidak tahu, rehat yang cukup juga mempengaruhi untuk merawat masalah air ketuban kurang. \n\nIbu yang mendapat rehat yang cukup akan melancarkan pengaliran darah melalui plasenta dan dalam masa yang sama meningkatkan isipadu air ketuban.\n\nSelain dari permasalahan tentang air ketuban kurang ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:"
"Mencari menu diet yang sihat dan selamat? Kami ada satu resepi diet atkins yang baik untuk anda. Resepi diet ini berbahan asas kentang dan telur. Cara-cara menyediakan menu ini juga amat senang.\n\nTelur dan kentang direbus kemudian dipotong kiub. Dengan bahan tambahan sayur brazil, bahan-bahan tadi dimasukkan ke dalam mangkuk dan diperasakan dengan garam dan lada maka jadilah ia salad kentang telur dan sayur simple yang amat.\n\nMenu ini boleh dimakan bila-bila anda rasa lapar sebagai pengganti nasi putih kerana menu ini mengandungi karbo dan protein daripada kentang dan telur yang dapat tambah tenaga dan boleh buat kenyang. Jika anda ikut resepi ini dengan konsisten maka hasilnya pun menjanjikan.\n\nMari berdiet dan sihat bersama resepi yang kami tulis di bawah, didapatkan daripada Adawiyah Bt Yahaya yang berkongsi di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nResepi Salad Kentang Telur (Resepi Diet Atkins)\n\nSelain salad kentang telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Mencari kek mudah, senang dan cepat siap? Buat kek guna biskut chipsmore ialah jawabnya. Resepi chipsmore yang senang.\n\nHanya menggunakan 2 bahan; biskut chipsmore dan susu, anda boleh menghasilkan kek coklat chipsmore yang moist, soft dan lazat.\n\nTidak percaya akan resepi mudah ini? Anda boleh cubakan sendiri resepi daripada Noorashikin Ibrahim di laman Facebook. Dengan 2 bahan serta hanya perlukan blend dan pengukus, kek moist yang elegan dan sedap sedia dihidangkan.\n\nTampilan kek menarik rasa pula amat sedap. Anda boleh hias mengikut kreativiti anda sehingga kek tampak makin menyelerakan. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kek chipsmore, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Anda ada rancangan untuk bercuti ke Melaka? Mencari tempat menarik di Melaka? Tempat bersejarah di Melaka? Jika ya, artikel ini wajib anda baca. Kami akan kongsikan tempat menarik di Melaka wajib anda pergi tahun ini.\n\nLawatan bersama ke Melaka tidaklah terhad kepada melihat lokasi bersejarah sahaja. Pada masa kini, terdapat pelbagai lagi tempat menarik di Melaka khususnya kepada kanak-kanak.\n\nSelain itu, antara yang dirasakan akan membuatkan anda teruja teruja adalah tarikkan lain untuk tempat meanrik di Melaka yang akan kami kongsikan.\n\nAmbil gambar unik anak-anak anda dalam pelbagai tema seperti laut dan hutan. Jika selama ini anda hanya melihat lukisan atau mural, apa kata kali ini cuba tempatkan diri anda di dalam karya pelukis.Tempat ini boleh dikatakan tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak.\n\nHarga Tiket: RM22 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak dan warga emas), RM28 (warga asing dewasa), RM22 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: G13, G15, & G16, Bayou Square, Jalan Wakaf Utama, 75450 Bukit Katil, Melaka\n\nWaktu Operasi: 10am-7pm (Isnin-Khamis), 9am-9pm (Jumaat-Ahad, dan cuti umum)\n\nTak sahlah melancong kalau tak membeli-belah. Pusat membeli-belah yang kami cadangkan ini bukan biasa-biasa tau, kalau nak cari di Lembah Klang pun belum tentu jumpa yang sama!\n\nHal ini kerana rekaan bangunannya memang sangat unik dan cantik, ala-ala bangunan English yang klasik. Ruang parkir yang luas serta kepelbagaian barang yang boleh didapati merupakan antara tarikan istimewa tempat ini!\n\nAlamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 10 pm\n\nCinta kepada Melaka dan pengalaman 10 tahun dalam bidang pelancongan telah memberi idea kepada pemiliknya untuk membina sebuah rumah yang aneh. Rakam memori anda bersama anak-anak di dalam rumah yang segalanya berada dalam keadaan terbalik!\n\nHarga Tiket: RM15 (dewasa), RM10 (Kanak-kanak), RM20 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: Jalan PM7, Plaza Mahkota, 75000 Melaka\n\nWaktu Operasi: 10am-9pm (Jumaat-Ahad), 10am-7pm (Isnin-Khamis)\n\nTingkatkan keterujaan anak-anak anda dengan membawa mereka melihat panorama indah bandar Melaka pada ketinggian 80 meter. Menara ini berputar 360\u00b0 untuk membolehkan kira-kira 66 orang pada satu-satu masa untuk melihat suasana Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan, Sg. Melaka dan Selat Melaka dari pandangan udara.\n\nMerupakan tempat menarik di bandar hilir Melaka.\n\nHarga Tiket: RM17 (dewasa), RM11 (kanak-kanak), RM23 (warga asing dewasa), RM15 (warga asing kanak-kanak).\n\nAlamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka\n\nKanak-kanak selalu menggemari aktiviti menaiki bot menelusuri Sungai Melaka. Ibu bapa pula menggunakan waktu ini bagi merehatkan diri seketika sambil menyaksikan pemandangan menarik di sepanjang sungai.\n\nHarga Tiket: RM10.60* (dewasa), RM5.30* (kanak-kanak), percuma bagi kanak-kanak bawah 2 tahun,RM15.90* (warga asing dewasa), RM7.50* (warga asing kanak-kanak).\n\n*Harga lebih rendah untuk OKU dan warga emas. Harga juga lebih tinggi untuk semua kategori pada hari Jumaat sehinggaAhad dan cuti umum.\n\nJika anda masih mahu meneruskan makan angin pada waktu petang sehingga malam, cuba bawa anak-anak anda ke Melaka River Pirate Park. Ada 6 jenis permainan disediakan kepada pengunjung iaitu Rodeo Bull, Ferris Wheel, Bungee Trampolin, Pirate Ship, Rock Climbing dan Haunted House.\n\nHarga Tiket: berbeza mengikut jenis permainan bermula RM3.20 sehingga RM10.60\n\nDengan menggunakan kacamata 3-D, anak-anak dan ibu bapa dapat melihat pokok-pokok bakau, hutan dan pelbagai jenis ikan yang seolah-olah wujud benar di hadapan mata.\n\nMungkin ianya tidak sehebat Aquaria yang memaparkan hidupan laut sebenar, namun teknologi yang digunakan merupakan satu inovasi yang sangat menakjubkan. Memang nampak nyata!\n\nHarga Tiket: RM35 (Combo dewasa), RM25 (combo kanak-kanak dan warga emas)\n\nAlamat: 2F-01, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka,\n\nBila sudah datang ke Melaka, orang kata wajib beli souvenir. Tempat yang boleh anda terjah untuk dapatkan segala macam jenis souvenir adalah di sini.\n\nJonker Walk bolehlah dikatakan sebagai lokasi tarikan utama di Melaka. Terdapat pelbagai barangan dijual pada harga yang berpatutan. Nasihat kami, jangan lepaskan peluang untuk singgah bila anda bercuti di Melaka.\n\nLokasi: Jalan Hang Jebat, Bandar Melaka\n\nKos: Terpulang kepada bajet 2017 anda\n\nKalau teringin melihat haiwan, Zoo Melaka adalah tempat yang wajib anda pergi! Zoo Melaka adalah zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.\n\nBanyak perkara menarik tentang Zoo Melaka. Pelbagai haiwan anda boleh lihat di sini (1200 haiwan daripada 215 spesies yang pelbagai)!\n\nKemudahan seperti tram (kereta api) juga disediakan untuk kemudahan pengunjung di sini dengan harga serendah RM2.00 sahaja.Anda boleh mencuba kemudahan ini kerana kawasan zoo Melaka juga agak luas untuk menapak.\n\nLokasi: Ayer Keroh (berhampiran plaza tol PLUS Ayer Keroh)\n\nZoo waktu biasa: 9:00 pagi \u2013 6:00 petang (tiket terakhir jam 5:30 petang)\n\nNight Safari: 8:00 malam \u2013 11:00 malam (tiket terakhir jam 10:30 malam)\n\nWarga emas: RM7.10, Dewasa (umur 13-59): RM17.80, Kanak-kanak (umur 4-12): RM7.10, OKU: RM7.10\n\nDewasa (umur 13-59): RM23.70, Kanak-kanak (umur 4-12): RM17.80\n\n*Untuk dapatkan maklumat lanjut,anda boleh mendapatkan informasi lengkap & terkini di laman web rasmi Zoo Melaka.\n\nJika anda peminat haiwan reptilia, Taman Buaya Melaka adalah antara pilihan menarik untuk dikunjungi. Tarikan yang mula dibuka pada tahun 1987 ini telah merupakan rumah kepada lebih 100 spesies buaya seperti American alligator, Indian marsh mugger crocodile & spectacled caiman.\n\nBuaya-buaya di sini ditempatkan di dalam sangkar khas yang menyerupai keadaan habitiat asalnya. Terdapat juga tarikan-tarikan lain di sini, seperti Malaysia in Miniature, Reptile Corner, Walkthrough Aviary, dan Mammal House boleh anda kunjungi apabila berada di sini.\n\nMalaysia In Maniature mengandungi 13 replika bangunan utama dan bersejarah di malaysia seperti bangunan Tugu Negara, A\u2019Famosa, Stadhuys, Jambatan Pulau Pinang dan Litar F1 Sepang.\n\nJangan terlepas untuk melihat pertunjukan buaya. Walau bagaimanapun, ianya mempunyai waktu tertentu sahaja . Pertunjukkan ini hanya diadakan pada setiap hari Sabtu, Ahad, waktu cuti sekolah & cuti am sahaja bermula jam 11:30 pagi sehingga jam 2:30 petang.\n\nBoleh kunjungi laman web rasmi Taman Buaya Melaka untuk info lanjut dan terkini.\n\nLokasi: Ayer Keroh (berhampiran McDonalds Lebuh Ayer Keroh)\n\nHari biasa Dewasa: RM15.00 Kanak-Kanak: RM12.00\n\nHujung Minggu & Cuti Sekolah Dewasa: RM20.00 Kanak-Kanak: RM17.00\n\nHarga Tiket Rumah Hantu (Dewasa & Kanak-Kanak): RM3.00\n\nHarga Tiket Keretapi Raksasa (Dewasa & Kanak-Kanak): RM3.00\n\nMuzium Islam Melaka (Melaka Islamic Museum)\n\nLokasinya berhampiran dengan A Famosa. Jadi, mencarinya tidaklah sukar. Bangunannya berwarna merah dengan pintu gerbang dengan warna yang serupa.\n\nAsalnya ia merupakan pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebelum digunakan sebagai muzium. Apa yang menarik mengenai muzium ini adalah anda akan melihat bagaimana agama Islam dibawa ke Melaka sehingga ia berkembang ke seluruh negara.\n\nTerdapat 8 ruang pameran yang dihias mengikut tema dan mengikut kronologi.\n\nAlamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (930am \u2013 530pm), ditutup pada hari Isnin\n\nHarga Tiket: RM3 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)\n\nTaman Botani Malacca adalah taman botani yang terletak di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Kemudahan rekreasi di sini termasuk Muzium Perhutanan Melaka, Taman Prasejarah, Storyland, Taman Orang Asli, Taman Rusa dan jambatan tergantung.\n\nJika anda sukakan haiwan dan tumbuhan, inilah tempat yang cocok dengan jiwa anda. Bukan sahaja cantik, malah menenangkan jiwa!\n\nAlamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka\n\nImej via cincaitalkMinat mengumpul permainan selama 20 tahun sewaktu bekerja di sebuah agensi pengiklanan telah membolehkan pemiliknya iaitu George Ang untuk membuka sebuah muzium permainan.\n\nAng yang kini berusia melangkaui 45 tahun telah berkongsi minatnya dengan pengunjung yang bukan sahaja dari kalangan kanak-kanak, malah orang dewasa juga. Ang mempunyai lebih 10,000 patung dan permainan dalam muziumnya.\n\nWatak-watak terkenal seperti Cat Woman, The Mask, Freddie Krueger, The Hulk, Patrick Bateman dan Star Wars adalah sebahagian daripada koleksi yang anda boleh temui di Melaka Toy Museum.\n\nAlamat: 5044, Jalan Penghulu Abbas, Bukit Baru, Melaka\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Sabtu (11am \u2013 7pm),Ahad (1pm \u2013 7pm)\n\nHarga Tiket: RM6 (dewasa), RM4 (kanak-kanak di bawah usia 12 tahun)\n\nMuzium Dunia Melayu Dunia Islam (Malay and Islamic World Museum)\n\nBangunannya dinamakan Bastion House iaitu lokasi pemerintahan Inggeris bagi menempatkan pegawai dan pentadbirannya di Melaka. Mereka yang mahu mempelajari mengenai masyarakat Melayu boleh menjadikan muzium ini sebagai salah satu rujukan anda.\n\nKoleksi yang mereka miliki merangkumi manuskrip, sastera, cop mohor, alat muzik, senjata dan sebagainya.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 530pm)\n\nHarga Tiket: RM3 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)\n\nMasjid Kampung Hulu telah wujud selama 280 tahun. Ini menjadikan ia di antara masjid tertua di Malaysia. Masjid ini telah dibina pada tahun 1728 oleh pendatang dari China yang memeluk agama Islam.\n\nPelancong tertarik dengan senibinanya yang unik iaitu gabungan unsur Cina dan Jawa. Ia tampak jelas pada jubin lantai dan mimbarnya.\n\nKhabarnya, jubinnya datang dari Dinasti Ching. Dindingnya pula dikatakan diperbuat daripada campuran pasir, putih telur dan granit. Selain itu, menaranya yang kelihatan seperti rumah api menjadikan ia lebih menarik. Anda mesti datang dan saksikan sendiri bangunan bersejarah ini.\n\nAlamat: Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka\n\nTaman Rama-Rama dan Reptilia Melaka (Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary)\n\nIa terletak dalam kawasan hutan seluas 11 ekar dan sudah pun beroperasi selama lebih 20 tahun. Taman ini telah menarik ramai pelancong untuk datang dan mengenali rama-rama di Malaysia.\n\nPengunjung mengambil peluang untuk merakamkan gambar beratus rama-rama yang cantik, datang daripada lebih 20 spesies termasuk Rajah Brooke dan Malayan Birdwing.\n\nKenali juga haiwan reptilia seperti ular yang turut berteman dengan rama-rama di taman ini. Sesudah itu, rehatkan minda dengan melihat beratus ikan koi yang berenang-renang di dalam kolam.\n\nAlamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (830am \u2013 530pm)\n\nHarga Tiket: RM22 (dewasa), RM16 (kanak-kanak 3-12 tahun)\n\nMasjid dengan senibina moden ini dikenali juga sebagai Masjid Terapung kerana kedudukannya yang berada di atas laut. Senibinanya bergabung dengan tempatan dan Timur Tengah.\n\nMenaranya mempunyai rekaan unik sementara tingkap kacanya terukir dengan motif-motif Islam. Sesiapa juga yang ke sini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar kerana senibina dan pemandangannya yang indah.\n\nJadi, ia perkara biasa jika anda ternampak jurugambar mengambil gambar di sekitarnya. Untuk pengetahuan anda, Masjid Selat Melaka terletak di atas pulau buatan manusia seluas 40 hektar.\n\nAlamat: Jalan Pulau Melaka 8, Pulau Melaka, 75000 Melaka\n\nPelancong yang datang ke Melaka pasti tidak melepaskan peluang mengambil gambar di binaan ini. Binaan yang asalnya besar dan panjang, kini hanya tinggal gerbangnya sahaja yang digelar Porta de Santiago.\n\nPembinaannya dilakukan oleh Alfonso de Albuquerque yang mengetuai serangan Portugis di Kesultanan Melaka. Ia dijadikan pusat pentadbiran mereka pada abad ke 16. Di samping itu, ia juga menempatkan hospital, gereja dan menara-menara penting.\n\nA\u2019Famosa sudah lama menjadi tanda Melaka walaupun di sebaliknya adalah sejarah pahit. Wujud sejak tahun 1511, A\u2019Famosa merupakan binaan Eropah paling lama bertahan di Asia.\n\nIa merupakan antara bangunan bersejarah di Melaka tinggalan Belanda. Warnanya yang merah bata kelihatan menyerlah di antara bangunan yang lain.\n\nTambahan pula, lokasinya amat strategik iaitu bertentangan dengan Jalan Jonker yang terkenal di kalangan pelancong. Asalnya ia digunakan sebagai pusat pentadbiran sebelum berfungsi sebagai muzium sejarah pada masa ini. Bangunan yang wujud sejak abad ke 17 ini telah dibina di atas runtuhan kubu milik Portugis.\n\nIa mempamerkan kepada umum akan senibina Belanda yang turut terlihat pada Gereja Kristian di sebelahnya. Stadthuys dipercayai adalah bangunan Belanda yang tertua di Timur.\n\nTidak jauh dari Stadthuys, terdapat sebuah replika kapal yang amat besar. Kanak-kanak pasti akan teruja melihatnya. Ia lokasi di mana ramai mengambil peluang untuk merakamkan gambar.\n\nInilah Muzium Samudera yang menyerupai Flor de la Mar iaitu kapal Portugis yang karam ketika membawa barang-barang rampasan dari Melaka. Muzium Samudera dipenuhi maklumat mengenai sejarah Melaka sebagai lokasi penting bagi pedagang-pedagang dari Timur dan Barat bertemu untuk berurusniaga.\n\nAnda akan melihat barangan yang didagangkan termasuk barangan yang ditemui daripada kapal Diana iaitu sebuah lagi kapal karam. Peminat kapal pula dapat menambah ilmu dengan melihat model-model kapal dan fungsinya yang dipertontonkan kepada pengunjung.\n\nWaktu Operasi: Sabtu \u2013 Khamis (9am \u2013 530pm), Jumaat (9am \u2013 1215pm, 245pm \u2013 530pm)\n\nHarga Tiket: RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)\n\nPerigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyung iaitu di tempat kelahiran Hang Tuah. Dikatakan Hang Tuah telah menggali sendiri perigi ini untuk kegunaan peribadi. Hang Tuah terkenal kerana taat setianya kepada Sultan Mansur pada abad ke 15.\n\nLima orang sahabatnya ialah Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Masing-masing merupakan pahlawan kepada Sultan. Hang Tuah merupakan yang paling disayangi diantara kesemuanya. Banyak kisah mistik dikaitkan dengan perigi ini.\n\nNamun, cukuplah untuk kita mengetahui yang ia pernah dimiliki oleh seorang pahlawan yang setianya kepada Sultan tiada tolok-bandingnya.\n\nWaktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari\n\nMuzium Belia Malaysia (Malaysia Youth Museum)\n\nIa terletak di Jalan Laksamana dan mengambil bangunan lama yang dahulunya merupakan Pejabat Pos Melaka. Ia dibuka oleh Dato\u2019 Seri Dr Mahathir Mohamad pada 15 April 1992 sebagai penghargaan kepada belia dan sumbangan belia kepada negara.\n\nDi sini juga terletaknya Balai Seni Lukis Melaka atau Melaka Art Gallery khas buat pelukis-pelukis negara mempersembahkan karya seni mereka kepada umum.\n\nIa berada di tingkat atas Muzium Belia Malaysia. Jika anda sukakan muzium, Melaka tempat yang sesuai untuk anda kerana mereka memiliki kira-kira 15 buah muzium dan masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri.\n\nAlamat: Jalan Laksamana, Bandar Hilir, 75000 Melaka\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 5pm)\n\nHarga Tiket: RM3 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)\n\nAnda seorang pencinta budaya? Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang adat istiadat zaman dahulu? Alang-alang ke Alor Gajah, singgah sahaja di Muzium Adat Istiadat.\n\nDi sini, anda akan melihat pameran barangan antik, peralatan pertanian zaman dahulu, senjata-senjata zaman purba dan banyak lagi. Senibina muzium ini sendiri berkonsepkan rumah kampung Melayu, sangat cantik!\n\nAlamat: Dataran Keris, 78000 Alor Gajah\n\nWaktu operasi: Setiap hari 9 am \u2013 5.30 pm\n\nAda peminat Captain Jack Sparrow di sini? Atau anda teringin untuk melihat sendiri pameran lanun ala-ala filem Disney? Singgah sahaja di The Pirate Adventure yang bertempat di Melaka Alive!\n\nDari jauh, rekaan kapal layar seolah-olah kapal lanun yang sebenar pasti akan buat anda terpesona. Di dalamnya pula, ada beberapa paparan menarik seperti kapal, patung lanun, penjara dan laluan bertiti. Memang menarik!\n\nAlamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 7 pm\n\nHarga tiket: RM 17 (Kanak-kanak berumur 4-12 tahun dan warga emas berumur 60 ke atas) | RM 23 (Dewasa)\n\nMahu melihat pemandangan bandar Melaka dari bangunan yang tinggi? Serbu The Shore Sky Tower dan merasai pengalaman yang menakjubkan itu!\n\nDari bangunan 43 tingkat ini, anda akan dapat melihat Gunung Ledang, Selat Melaka dan Pulau Besar. Boleh juga menghirup udara yang segar sambil anda menikmati pemandangan yang mengasyikkan!\n\nAlamat: \u00a0Lebuh Ayer Keroh, Kampung Bunga Paya Pantai, 75450 Melaka\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 10.30 pm\n\nHarga tiket: RM 18 (kanak-kanak) | RM 25 (Dewasa)\n\nSemua kanak-kanak sukakan permainan. Orang dewasa juga ada yang masih menggemarinya. Sedikit sebanyak ia turut menggamit memori zaman kanak-kanak.\n\nKerana itulah, The Shore Toy Museum mempamerkan lebih 10,000 permainan yang dibawa dari Jepun, Thailand dan pelbagai negara bagi tatapan peminat karakter terkemuka dunia,\n\nHarga Tiket: RM30 (dewasa), RM20 (kanak-kanak),\n\nAlamat: Level 1, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persiaran Bunga Raya, 75100 Melaka.\n\nMalacca Planetarium adalah pusat pembelajaran yang didedikasikan untuk dunia astronomi dan sains. Dibuka pada tahun 2009, ianya terletak bersebelahan dengan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), kira-kira 20 minit dari plaza tol Ayer Keroh.\n\nDi sini, ada banyak pameran berkaitan sains dan teknologi yang dapat diterokai. Antaranya ialah Onimax-style Cinema, paparan informasi seperti planet-planet dalam sistem suria, Teleskop Angkasa Hubble dan kehidupan di Stesen Angkasa Antarabangsa.\n\nAlamat: Kompleks, Hang Tuah Jaya, 75450, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka\n\nHarga tiket: RM 10 (Dewasa) | RM 5 (Kanak-kanak dan warga emas) | RM 8 (Pelajar)\n\nMasjid Tengkera atau Tranquerah Mosque ini dibina pada tahun 1728 dan dulu ia adalah masjid negeri Melaka sebelum penubuhan Masjid Al Azim pada tahun 1990. Boleh dikatakan masjid ini memang\u00a0legend!\n\nSelain itu, senibina masjid ini pula mempunyai elemen Melayu, Cina dan Indonesia. Struktur masjid yang asal dibuat sepenuhnya dari kayu yang dibeli dari Kalimantan dan Dutch East India Company.\n\nTaman Burung Melaka, yang terkenal sebagai taman burung aviari terbuka pertama di Melaka, dibina di atas tapak seluas 1.8 hektar di Taman Botani di Ayer Keroh, Melaka.\n\nMempunyai hampir 700 spesies burung, taman burung ini bertujuan untuk melindungi setiap spesies dan mendidik orang ramai dengan menganjurkan beberapa program pendidikan dan rekreasi.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 6 pm\n\nSuka barang kemas? Ini muzium terbaik untuk anda menambah maklumat mengenai barang kemas. Straits Chinese Jewellery Museum mempunyai banyak barang kemas yang hadir dalam pelbagai rekabentuk. Suka memakai sahaja tidak mencukupi.\n\nAnda perlu menambah ilmu barang kemas anda dengan melihat peralatan dan mesin lama yang digunakan bagi membuat barangkemas. Muzium yang dihias dengan gaya Baba dan Nyonya dengan perabot yang kaya dengan budaya Peranakan merupakan tarikan pertama.\n\nMereka juga menyediakan satu ruang pameran khas untuk perabot klasik serta foto-foto lama.\n\nAlamat: No.108, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75250 Melaka\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (930am \u2013 530pm)\n\nHarga Tiket: RM15 (dewasa), RM10 (kanak-kanak), percuma untuk kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah.\n\n\u00a0Museum of Royal Malaysian Marine. Muzium TLDM\n\nDi Melaka, anda juga boleh melawat muzium TLDM. Dibuka pada tahun 1995, muzium ini bertujuan untuk menerangkan kepada masyarakat tentang maklumat mengenai kapal tentera laut dan perkakasan ketenteraannya.\n\nMuzium ini mendokumentasikan dan memelihara sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia. Selain itu, ia juga mempamerkan gambar, pingat, pakaian seragam, persenjataan dan peralatan yang digunakan\u00a0 oleh TLDM.\n\nAlamat: Muzium Tldm, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Malacca\n\nHarga tiket: Dewasa RM 3, Kanak-kanak dan pelajar RM 1\n\nTaman Budaya Mini Malaysia & ASEAN adalah taman kebudayaan yang memaparkan replika rumah-rumah tradisional Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN.\n\nAda 13 buah rumah yang mewakili rumah-rumah di negeri-negeri di\u00a0 Malaysia. Setiap rumah mempunyai barangan, seni dan kraftangan yang berkaitan dengan budaya setiap negeri. Memang menarik!\n\nAlamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 5.30 petang\n\nGereja Saint Paul adalah bangunan gereja yang bersejarah di Melaka, Malaysia yang pada asalnya dibina pada tahun 1521, menjadikannya bangunan gereja tertua di Malaysia dan Asia Tenggara.\n\nIa terletak di puncak St. Paul\u2019s Hill dan kini merupakan sebahagian daripada Kompleks Muzium Melaka yang terdiri daripada runtuhan A Famosa, Stadthuys dan bangunan bersejarah lain.\n\nAlamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka\n\nTerletak di Jasin, Air Terjun Asahan ini boleh dikatakan antara tarikan utama daerah tersebut. Airnya yang jernih merupakan antara keistimewaan tempat ini.\n\nAda banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Ini termasuklah bermandi-manda, berkelah, berkhemah dan BBQ. Sangat sesuai buat keluarga!\n\nAlamat: Jalan Kolam Air, Pekan Asahan, ML 77100\n\nPulau Besar adalah sebuah pulau di Melaka yang terletak kira-kira 13 km dari tanah besar Melaka. Pulau itu kelihatan seperti seorang wanita hamil yang berbaring di belakangnya.\n\nPenduduk tempatan di sekitar pulau itu menghormati pulau itu dan menimbulkan sifatnya kepada banyak legenda. Selain tempat bersejarah, pulau ini juga cantik!\n\nAsyik ke muzium sahaja, teringin juga untuk berekreasi bersama keluarga. Untuk tujuan itu, apa kata anda singgah di Redtma Recreation Sport Centre?\n\nRedtma Recreation Sport Centre ini merupakan tasik yang agak terkenal di Ayer Keroh. Selain berkayak, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti\u00a0flying fox\u00a0dan\u00a0flyboard.\u00a0\n\nAlamat: Pusat Rekreasi Air, Jalan Tasik, 75450 Ayer Keroh, Malacca\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 7 pm\n\nMencari tempat penginapan yang sesuai buat anda dan keluarga? Menginaplah di A\u2019Famosa Resort, sebuah hotel 4-bintang yang sangat terkenal di Melaka!\n\nJika anda baca di Internet, sudah banyak ulasan positif tentang hotel ini. Dekor bilik yang cantik dan moden serta kelengkapan yang banyak merupakan antara faktor hotel ini menjadi pilihan ramai.\n\nAlamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka\n\nBagi pembaca yang sukakan seni teater, Encore Melaka ini adalah tempat yang sesuai buat anda. Ala-ala Istana Budaya, sama elegan dan mewah.\n\nSelain teater, persembahan nyanyian dan tarian juga turut diadakan di sini. Interior yang moden dan elegan juga merupakan antara tarikan utama Encore Melaka ini.\n\nAlamat: No. 3 Jalan KSB \u2013 Impression 8 Impression City, Kota Syahbandar, 75200, Melaka\n\nIngin melakukan aktiviti yang mencabar seperti menaiki ATV atau go-kart? Singgah sahaja di AK Extreme Motorsport Station di Ayer Keroh ini.\n\nSelain menaiki ATV dan go-kart, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti\u00a0paintball.\u00a0Ianya merupakan pusat\u00a0indoor,\u00a0jadi tidak perlu risau tentang isu tidak selesa kerana panas.\n\nAlamat: 6th Floor, Plaza Hang Tuah (Plaza Ocean), 75300, Malacca\n\nWaktu operasi: Isnin \u2013 Jumaat, 2 \u2013 7 pm\n\nHarga tiket: Gokart \u2013 RM 30 | ATV \u2013 RM 30\n\nSatu lagi tempat menarik di Melaka yang menawarkan aktiviti mencabar ialah SKYTREX Adventure Melaka! Ianya terletak di Durian Tunggal, Ayer Keroh.\n\nPengunjung akan memanjat tangga, bergayut menggunakan tali, melalui\u00a0canopy walks,\u00a0semuanya dengan memakai tali keselamatan yang disambung ke pinggang. Tertanya-tanya menarik atau tidak? Cubalah sendiri di sini!\n\nAlamat: Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, Melaka\n\nHarga kemasukan: RM 70 \u2013 90\n\nBawa anak anda meneroka seni jalanan pada dinding di lokasi-lokasi terkemuka di Melaka. Seni jalanan bukan sahaja cantik pada mata yang memandang, malah ia juga menyampaikan cerita, peristiwa, dan budaya tempatan.\n\nAntara seni jalanan yang anda boleh lawati terletak di Jonker Street atau Jalan Hang Jebat, Jalan Kampung Hulu, Jalan Tukang Emas, Jalan Tukang Besi, Jalan Tun Tan Cheng Lock, dan bangunan di sepanjang Sungai Melaka.\n\nRasanya anda pasti pernah terlihat bangunan merah ini. Baik di kaca TV atau di dada akhbar, ianya kerap dijadikan sebagai salah satu bangunan yang sinonim dengan bandar Melaka.\n\nBangunan tersebut ialah Christ Church yang terletak di Dutch Square, Melaka! Terletak berdekatannya pula ialah sebuah menara iaitu Tang Beng Swee Clocktower.\n\nBagi yang ingin menaiki beca, ada beberapa beca yang sentiasa boleh didapati sekitar sini. Dekorasi beca yang cantik serta keramahan pembawanya pasti akan membuatkan anda senang hati!\n\nDirasmikan pada tahun 1984, ia terletak di Bukit St. Paul. Bangunannya dibina semasa penjajahan British. Apa yang anda boleh temui di sini? Sejarah sastera bermula dari awal penulisan, cerita rakyat sehinggalah kepada sastera moden Melayu.\n\nAnda pelajarinya menerusi manuskrip asal daripada pelbagai koleksi serta karya sastera penulis-penulis tempatan seperti tulisan Munsyi Abdullah, penggunaan awal tulisan Jawi sehinggalah kepada penggunaan komputer.\n\nIa turut memaparkan kesan kedatangan Islam kepada undang-undang dalam negara. Semua barangan bersejarah ini dipersembahkan menerusi pelbagai cara termasuk visual audio.\n\nAlamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 530pm)\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM10 (dewasa antarabangsa), RM2 (kanak-kanak), RM4 (kanak-kanak antarabangsa)\n\n\u00a0Muzium Pemerintahan Demokrasi (Democratic Government Museum)\n\nMuzium yang terletak di Bukit St. Paul ini memberikan maklumat kepada pengunjung mengenai perkembangan dan amalan demokrasi di Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Mereka juga berkongsi mengenai perjalanan mencapai kemerdekaan.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 530pm)\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak), RM10 (dewasa antarabangsa), RM4 (dewasa antarabangsa)\n\nMuzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Royal Malaysian Customs Museum)\n\nIa ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan maklumat mengenai Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada orang awam. Bangunan yang menjadi lokasi muzium ini sendiri merupakan bangunan bersejarah.\n\nIa dibina pada awal 1890an sebagai gudang kastam untuk menyimpan barangan seperti seramik, beras, gula dan tepung yang diimport dari China, India, Indonesia, Thailand, dan Filipina. Kini, muzium ini menyimpan lebih 200 koleksi asli termasuk barangan yang dirampas sejak abad ke-19.\n\nMuzium ini sudah menerima lebih daripada 59000 pengunjung sejak penubuhannya. Tidak rugi mengunjunginya. Lebih-lebih lagi masuk adalah percuma.\n\nAlamat: Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 5pm) termasuk hari cuti.\n\nUMNO sudah pun memerintah Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan. Ia merupakan parti politik terbesar negara. Muzium ini khas untuk mereka yang ingin mengetahui mengenai sejarah dan perkembangan parti politik ini di Malaysia. Banyak gambar, surat, dan dokumen-dokumen yang dikongsikan di sini.\n\nAlamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka\n\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (930am \u2013 5pm), Jumaat (930am \u2013 1215pm, 245pm \u2013 5pm), ditutup pada hari Isnin\n\nHarga Tiket: RM1 (dewasa), 50 sen (kanak-kanak)\n\nDengan 11 tarikan di dalamnya, kanak-kanak berpeluang bermain pelbagai jenis permainan di dalam taman tema air ini. Contohnya, Tornado Chaser menyebabkan anda berputar seperti berada di dalam putting beliung. Kamikaze Racer pula membolehkan anda menggelungsur di atas gelungsur gergasi.\n\nMerupakan tempat mandi manda di Melaka yang best.\n\nHarga Tiket: RM33.20* (dewasa), RM26.05* (Kanak-kanak), RM18.95* (warga emas dan OKU) RM45* (warga asing dewasa), RM37,90* (warga asing kanak-kanak), RM22.50* (warga asing warga emas dan OKU)\n\n*Harga lebih tinggi semasa hari minggu.\n\nAlamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka\n\nWaktu Operasi: 11am-7pm (Selasa-Jumaat), 9am-7pm (Sabtu dan Ahad)\n\nSatu lagi pantai yang terkenal di Melaka ialah Pantai Klebang. Kerap menjadi\u00a0port\u00a0bergambar, ianya jelas menunjukkan betapa cantiknya pantai ini di mata pengunjung.\n\nSelain menjadi\u00a0port\u00a0bergambar, ianya juga merupakan sebuah tempat perkelahan yang kerap menjadi pilihan ramai. Alang-alang berada di sini, lekaslah berkelah di Pantai Klebang ini bersama keluarga anda!\n\nTeringin untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah Jabatan Penjara Malaysia? Apa kata anda melawat Muzium Penjara Malaysia yang terletak di Jalan Parameswara ini?\n\nMuzium ini ditubuhkan pada penghujung 2010, dengan tujuan untuk memelihara sejarah warisan Penjara dengan mempamerkan koleksi artifak-artifak sejarah Jabatan Penjara Malaysia untuk tontonan umum.\n\nAlamat: Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9 am \u2013 5 pm\n\nBawa anak-anak menyertai Sinbad dalam pengembaraan penuh cabaran menerusi simulasi 7D pertama seumpamanya di Malaysia. Ia bukan sahaja menyeronokkan kanak-kanak, malah mereka juga belajar bekerja dalam pasukan.\n\nIni kerana ibu bapa dan anak-anak mesti bekerjasama dalam pengembaraan ini untuk menentang musuh jahat. Bunyi sangat menarik, boleh mengurangkan stres juga!\n\nHarga Tiket: RM28 (dewasa), RM23 (Kanak-kanak dan warga emas),\n\nAlamat: No. G-30, 1-30, 2-30, 3-30, Jalan PM 9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka\n\nWaktu Operasi: 10 am-9.30 pm (Jumaat-Ahad), 10 am-7 pm (Isnin-Khamis)\n\nMelaka Tropical Fruit Farm merupakan\u00a0 konsep produk Agro Pelancongan dengan tema \u201cpenginapan stail ladang\u201d di Melaka. Pengunjung akan dibawa menaiki tram (seperti kereta api di zoo). Menarik, bukan?\n\nSelain daripada dapat melihat alam semulajadi yang indah, anda juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang bidang pertanian. Sangat informatif!\n\nAlamat: D/A Pusat Latihan Pertanian, Sungai Udang, 76300 Melaka\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 5 pm\n\nHarga tiket: RM 11 (Kanak-kanak) | RM 17 (Dewasa)\n\nSelain tempat menarik di Melaka, kami juga ada menulis artikel tempat menarik di daerah atau negeri lain. Manalah tahu anda berminat untuk pergi ke sana di masa hadapan."
"Nak tahu khasiat kimchi? Artikel ini akan berkongsi tentang manfaat dan khasiat kimchi untuk diet yang mungkin kita tidak tahu.\n\nJika Malaysia sinonim dengan nasi lemak, Indonesia dengan ayam penyet dan Thailand dengan tom yam, negara Korea pula terkenal dengan kimchi. Malah, hidangan kimchi ini semakin digemari oleh rakyat Malaysia dan banyak pula dihasilkan dan diniagakan oleh penduduk negara kita sendiri.\n\nKimchi merupakan makanan ruji orang Korea yang menggunakan sayuran seperti kobis napa, timun, terung, labu, leek atau lobak putih Korea untuk dijerukkan bersama ramuan perasa lain seperti gochugaru (serbuk cili), bawang, halia, jeotgal (makanan laut masin) dan sebagainya. Kimchi boleh dimakan mentah secara terus atau disejukkan dalam peti ais, dimasukkan dalam sup atau digoreng atau digaul bersama bahan lain, contohnya nasi goreng kimchi.\n\nSecara tradisinya, kimchi dijerukkan di dalam bekas penapaian yang besar yang dipanggil onggi. Disebabkan cuaca sejuk yang melanda Korea, kimchi yang dijeruk ini disimpan di kawasan bawah rumah yang terlindung daripada suhu sejuk ekstrim dengan suhu sekeliling yang agak nyaman. Di zaman moden, kimchi disediakan dan disimpan di dalam rak dingin peti ais sahaja.\n\nRasa kimchi yang unik ternyata telah memikat selera ramai orang termasuklah penduduk negara kita. Selain itu, kimchi sebenarnya menawarkan pelbagai manfaat dan khasiat kesihatan kepada kita. Terutamanya untuk mereka yang sedang \u2018berdiet\u2019, kimchi merupakan antara makanan yang disarankan. Hal ini telah menarik minat para pengkaji untuk meneroka dan membuktikan khasiat kesihatan kimchi secara saintifik.\n\nBerikut ialah khasiat kimchi yang pernah dilaporkan oleh kajian penyelidikan lepas.\n\nKimchi telah dikenal pasti sebagai salah satu makanan yang sihat di dunia. Dakwaan ini datang daripada penggunaan bahan mentah sayuran dan proses penapaian atau penjerukannya yang menghasilkan mikrob yang baik untuk sistem tubuh.\n\nDari segi bahan mentah sayuran yang digunakan, kobis napa contohnya, mengandungi pelbagai nutrien seperti serat, vitamin A dan C, hampir 40 asid amino perlu, garam mineral pelbagai dan beta karotena.\n\nAnalisis kimia mendapati bahawa sebatian aktif utama dalam kimchi ialah sebatian indole, tiocyanate dan b-sitosterol. Sebatian ini semua diakui berperanan dalam aktiviti anti obesiti, anti kanser, antioksidan dan mengurangkan risiko saluran darah tersumbat.\n\nKajian terkini juga menjumpai sebatian polifenolik dan glukosinat yang mempunyai kesan perlindungan terhadap pelbagai jenis kanser, penyakit kardiovaskular dan penyakit neurodegenerative (sawan, Alzheimer, kemurungan).\n\nPelbagai kajian telah melaporkan pengambilan kimchi yang kerap boleh mengurangkan tahap kolesterol seseorang. Malah, semakin lama kimchi itu dijerukkan, semakin banyak sebatian kimia berguna yang boleh membantu seseorang menurunkan berat badan. \n\nAntara mekanisme anti obesiti yang dilakukan oleh kimchi menurut kajian ialah meningkatkan metabolisme badan, mengawal tekanan darah, menurunkan kadar gula ke paras normal dan mengurangkan peratus lemak dalam badan.\n\nTidak hairanlah jika kita lihat warga emas di Korea yang mengamalkan kimchi kelihatan lebih bertenaga dan awet muda! Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan kimchi boleh memberikan kesan anti penuaan dan penurunan kadar stress. \n\nPemerhatian ke atas tikus makmal yang diberikan kimchi dalam diet seharian menunjukkan pengurangan isyarat kemurungan dan tekanan mental. Proses penuaan sel juga didapati berkurangan dengan pengambilan diet kimchi ini.\n\nKimchi merupakan makanan yang kaya dengan bakteria baik untuk membantu sistem pencernaan yang baik. Di samping itu, kimchi boleh bertindak sebagai bahan antimikrob untuk membanteras pertumbuhan mikrob jahat yang boleh mengganggu sistem tubuh. Kandungan sulfur dan bakteria asid laktik memberikan kesan antibakteria kimchi.\n\nSementara itu, kajian klinikal melaporkan kejayaan ekstrak kimchi dalam merencat 80% nisbah pertumbuhan kanser seperti kanser usus. Ditambah dengan penggunaan garam khas dalam penyediaan kimchi, sebatian garam tersebut turut dilaporkan membantu potensi anti kanser kimci. Oleh itu, banyak kajian menyarankan agar diet berunsurkan kimchi diamalkan dengan kerap bagi meningkatkan perkembangan sel imun dan merangsang pertumbuhan.\n\nSekumpulan penyelidik di Universiti Chung-Ang, Republik Korea pada tahun 2014 telah mengulas mengenai kehadiran pelbagai bakteria baik dalam kimchi yang sedia maklum adalah sangat bermanfaat dari segi kesihatan manusia.\n\nKimchi mempunyai kepekatan bakteria probiotik asid laktik yang sangat tinggi yang boleh memberikan pelbagai manfaat kesihatan seperti antioksidan, sumber vitamin dan mineral serta serat makanan.\n\nMalah, kimchi atau produk berasaskan kimchi yang mengandungi probiotik ini dilaporkan mempunyai potensi anti mutagen yang boleh menghindarkan masalah kesihatan seperti alahan dan kerosakan sel.\n\nKomuniti bakteria baik ini pada peringkat awal sebelum penjerukan kimchi adalah sangat sedikit. Namun, semakin lama kimchi dijerukkan, komuniti probiotik ini akan bertambah dan seterusnya memberikan kesan kesihatan yang banyak. Bakteria ini terus hidup dan menurunkan nilai pH yang memberikan persekitaran berasid apabila mereka menapai karbohidrat dalam bahan ramuan kimchi.\n\nNamun, hati-hati kepada mereka yang cuba menyediakan kimchi sendiri kerana kadang-kala terdapat penapaian yis yang turut berlaku berbanding probiotik ini. Sekiranya hal ini terjadi, kimchi yang terhasil akan rosak dan menghasilkan bauan yang busuk dan seeloknya dibuang sahaja.\n\nKimchi merupakan santapan dari luar negara yang kini mula mengambil tempat dalam selera masyarakat kita. Malahan, ada masakan fusion dihasilkan antara masakan tempatan dengan kimchi ini. Khasiat kesihatan kimchi ini memang tidak boleh disangkal, apatah lagi apabila kimchi diiktiraf sebagai salah satu makanan yang sihat di dunia. Penyediaan makanan juga perlu dipantau supaya hidangan sihat ini tidak bertukar tidak sihat seperti kurangkan pengambilan dengan makanan berlemak, tinggi gula dan geram serta berminyak."
"Mendidik anak mesti ada panduannya. Sebagai orang Islam, sudah pasti rujukan Al Quran dan As Sunnah itu adalah paling terbaik buat ibu bapa kini kerana harta yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ini relevan sehingga akhir zaman.\n\nWalau kita berhadapan dengan zaman yang berubah, teknologi yang canggih, cara didikan generasi kini memang mencabar. Namun, berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah, pasti kita dan keluarga sentiasa berada di jalan yang lurus dan dirahmati Allah swt.\n\nDalam Islam telah merumuskan terdapat 3 peringkat dalam mendidik anak iaitu:\n\nMari kita ikuti penjelasan yang lebih terperinci hasil perkongsian Ustaz Afifuddin Shukri di laman facebook milik beliau.\n\n1. Peringkat Pertama ( 0-7 tahun)\n\nMelayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik pada fasa ini.\n\nAnak adalah cerminan kita. Semua yang kita lakukan walaupun sekecil-kecil perkara akan memberi impak kepada pembangunan tingkahlaku anak-anak.\n\nContohnya, jika kita segera menyahut dan mendekati anak ketika mereka memanggil walaupun pada saat itu kita sedang sibuk, maka anak juga akan bertindak balas sedemikian apabila dipanggil oleh ibu dan ayahnya.\n\nPernah alami jika kita mengurut suami atau isteri yang keletihan pulang dari kerja, anak juga akan meniru perbuatan itu jika dia mendapati ibu dan ayahnya keletihan? Mereka akan beriya mengurut dan memicit kita sambil mulut yang tidak berhenti-henti bercakap..\n\n\u201cAyah penat kerja, mari kakak urut\u201d.\n\n\u201cKesian ibu penat berdiri dekat dapur, meh kakak tolong urutkan\u201d.\n\nComelkan?\ud83d\ude0d. Itulah anak. Mereka akan \u2018tiru\u2019 segalanya apa yang ibu dan ayahnya sering lakukan.\n\nOleh itu, sentiasalah menyemai akhlak yang baik dalam diri anak-anak sejak dari kecil agar mereka membesar dengan akhlah yang terpuji.\n\nBerikan perhargaan, perhatian, kasih sayang, pujian kepada mereka. Apabila kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan mereka, insyaAllah mereka akan membesar dalam suasana yang positif, penyayang dann bertanggungjawab.\n\nJika ibu bapa melayan anak seperti RAJA, maka anak juga akan suka melayan ibu bapa sebagai RAJA dan RATU\ud83d\udc96.\n\nDalam Islam, kedudukan tawanan perang adalah sangat dihormati. Mereka akan mendapat hak dengan kadar tertentu tetapi juga akan dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab.\n\nPada usia 8 hingga 14 tahun adalah umur yang sesuai untuk memberikan anak-anak hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.\n\nContoh yang paling mudah difahami ialah cara Islam memberi panduan dalam mendidik anak kecil bersolat.\n\nRasulullah s.a.w mula mengajar anak untuk solat pada usia 7 tahun dan membolehkan penjaga untuk menghukum anak dengan kadar sepatutnya jika anak tersebut meninggalkan solat setelah usia 10 tahun ke atas.\n\nOleh itu, fasa umur ini adalah masa yang amat sesuai untuk mendidik anak tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama seperti:\n\nSecara umumnya, umur 15 tahun adalah usia \u00a0anak telah akil baligh. Ibu bapa haruslah meletakkan diri mereka seperti seorang sahabat kepada anak-anak.\n\nSentiasa amalkan komunikasi yang berkesan, berbicara dari hati ke hati dan menjelaskan kepada anak-anak bahawasanya mereka telah menjadi seorang remaja.\n\nAdalah penting bagi ibu bapa untuk menjelaskan tentang perubahan fizikal yang berlaku pada diri anak-anak. Pada fasa ini, anak-anak remaja akan mengalami pelbagai perubahan dalam diri mereka seperti perubahan emosi, rohani dan sosial.\n\nKebanyakkan pergolakan sering terjadi pada peringkat ini. Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam membantu anak-anak mengurus perubahan ini agar mereka tidak tersilap langkah dan membuat sesuatu perkara yang memudaratkan.\n\nPerkara yang paling penting ialah menanamkan kesedaran dalam diri anak-anak bahawa umur selepas akil baligh mereka telah dipertanggungjawabkan ke atas setiap amalan yang dilakukan di atas dunia ini. Setiap amalan akan dihisab dihadap Allah swt.\n\nAnak-anak yang sedang melalui fasa ini memerlukan ruang mereka sendiri supaya mereka tidak berasa terkongkong. Namun, setiap kebebasan yang dilakukan hendaklah masih di dalam pengawasan ibu bapa.\n\nRuang, kebebasan, perhatian dan pengawasan yang pada kadarnya akan membantu anak-anak ini membesar dalam suasana yang positif. Mereka akan berasa lebih dihargai, dihormati dan disayangi di dalam keluarga. Perkembangan emosi yang baik akan membantu pembentukkan personaliti dan peribadi yang unggul.\n\nSemoga kita dapat membesarkan anak-anak sebagai pemimpin yang bermanfaat buat ummah. Lahirnya generasi yang UNGGUL adalah dari KELUARGA yang harmoni.\n\nSumber: Perkongsian dari Ustaz Afifuddin di laman facebook milik beliau."
"Bagi kelangsungan hidup di dunia ni, kita perlulah berusaha mencari rezeki bagi mengisi perut kita dan ahli keluarga. Wang tak akan turun dari langit jika kita hanya duduk berpeluh tubuh saja.\n\nDengan kudrat dan kesempurnaan tubuh yang Allah berikan kita mestilah berusaha. Namun, ada garis panduan yang perlu kita turuti untuk mencari rezeki. Sumber rezeki tu mestilah halal dan berlandaskan syariat agama.\n\nApabila rezeki yang dicari berkat, kita akan nampak tanda-tandanya. Antaranya ialah:\n\nBegitu hebatnya kesan mendapat rezeki yang berkat. Ia bukan dirasai oleh diri sendiri saja, malah ahli keluarga yang lain kerana menjadi darah daging. Hasil yang diberkati membentuk diri menjadi manusia yang terbaik. Jika sebaliknya, kita akan jauh tersasar.\n\nJusteru, dalam artikel ni penulis berbesar hati ingin berkongsi dengan anda semua cara untuk mendapat rezeki yang berkat. Sebenarnya, jika kita ikut lunas-lunas agama, tak sukar untuk melakukannya. Jom baca!\n\nWalau sesibuk manapun, jangan lupa solat pada awal waktu. Jika kita ingkar dengan perintah pemberi rezeki yang agung, bagaimana kita pula nak meminta rezeki? Pastikan solat 5 waktu tak tertinggal. Jangan lupa berdoa selepas solat.\n\nJika sanggup bangun awal pagi ke pejabat tetapi solat subuh culas, bagaimana rezeki nak berkat? Selain itu, anda juga digalakkan untuk membuat solat-solat sunat yang lain. Paling penting, jangan lupa bayar zakat fitrah.\n\nMenjadi Pekerja yang Baik dan Bertanggungjawab\n\nTak kiralah apa pun jawatan anda, untuk mendapat rezeki yang berkat anda perlulah menjadi pekerja yang jujur. Jangan kerap datang lambat tanpa alasan yang kukuh. Tepati waktu kerja yang diberikan dan jangan berat tulang.\n\nJangan sesekali menggunakan pangkat dan kuasa untuk menindas pekerja-pekerja bawahan. Jadilah seorang ketua yang berdedikasi dan disenangi oleh orang lain. Sentiasa bersedia mendengar luahan dan masalah pekerja. Jika perlu bantu, usahakan.\n\nAda macam-macam pekerjaan di dunia. Yang baik dan yang buruk. Pilihlah pekerjaan yang memberi manfaat kepada diri sendiri, ahli keluarga dan orang lain. Tak semestinya anda perlu menjadi seorang doktor, guru, polis dan sebagainya.\n\nApa saja pekerjaan misalnya peniaga burger, tukang sapu waima pemandu teksi juga merupakan pekerjaan yang baik. Jangan disebabkan sibuk mengejar kekayaan dengan cepat, anda terjerumus menjadi penjenayah, pengusaha disko dan sebagainya.\n\nInsan-insan yang tak pernah lupa mendoakan kita tentunya ibu bapa. Walaupun anda merupakan seorang pakar bedah terkemuka di dunia, tanpa doa mereka tentunya anda tak akan berjaya. Doa orang tua kita tiada hijabnya. Oleh itu, sayangilah mereka.\n\nJika mampu, berilah wang belanja setiap bulan untuk memudahkan urusan harian mereka. Jika kurang mampu, rajinkanlah diri menjenguk dan bertanya khabar melalui telefon. Ada ibu bapa yang tak pentingkan wang ringgit, yang mereka nak ialah kasih sayang anak-anak pada usia senja.\n\nPertama sekali, anda perlulah bertanya khabar adik-beradik sendiri. Adakah mereka cukup makan pakai? Bantulah adik-beradik yang dalam kesusahan. Jika ada yang kurang mampu, jangan pandang rendah.\n\nKemudian, jika ada rezeki lebih bolehlah bantu jiran tetangga yang memerlukan bantuan. Ramai insan-insan yang hidup serba kekurangan di luar sana. Antaranya ialah ibu tunggal, anak-anak yatim dan gelandangan. Bantulah seikhlasnya.\n\nJangan sesekali menjadi pendengus dan suka merungut jika ditimpa masalah. Cuba fikirkan, sebegitu banyak nikmat yang Allah berikan, adakah kita bersyukur? Nikmat wang ringgit, kesihatan, makanan yang enak-enak, kenalan yang baik dan sebagainya.\n\nOleh itu, jika ditimpa kesusahan, anggaplah ia sebagai ujian yang Allah turunkan untuk menguji kita. Allah menguji bukan sebab benci tetapi untuk meningkatkan ketakwaan kita. Sentiasalah ucap \u2018alhamdulillah\u2019 dalam apa jua keadaan pun.\n\nKita sering melakukan kesilapan dalam hal ni. Kita mementingkan hubungan dengan Allah, tu perkara yang terpuji dan mulia. Tak pernah tinggal solat, suka bersedekah, puasa cukup sebulan dan tak pernah lupa mengaji al-Quran.\n\nNamun, ada satu hal yang kurang. Kita lupa menjaga hubungan dengan manusia. Tanpa kita sedari, kita selalu menyakitkan hati jiran tetangga, suka mengumpat kawan-kawan. Kita haruslah menjaga hubungan siratulrahim dengan sebaik-baiknya.\n\nMana tahu, ada di antara mereka yang sering mendoakan disebabkan kebaikan kita. Jangan sesekali bersikap pendendam hingga menimbulkan pergaduhan. Pastikan jaga tutur kata dan sentiasa mendoakan semua orang.\n\nHaiwan juga merupakan makhluk Allah. Jika terserempak dengan kucing atau anjing di tepi jalan, anda boleh memberikannya makanan. Jika sedang menikmati hidangan dengan ahli keluarga di restoran, kadangkala kucing-kucing suka mendekati.\n\nJangan halau atau tendang mereka, berikan sedikit makanan anda. Begitu juga jika nampak haiwan yang tercedera atau sakit, bawalah mereka ke klinik haiwan. Percayalah, dengan izin Allah, haiwan-haiwan tersebut akan mendoakan kita atas kebaikan yang dibuat.\n\nSalah satu cara yang boleh dibuat ialah memberi bantuan di masjid atau surau untuk membersihkan kawasan secara sukarela. Anda juga boleh membantu pihak masjid membasuh telekung solat dan sejadah. Keluarkan kos sendiri untuk membasuh atau mendobi.\n\nSetakat ni saja perkongsian penulis tentang cara mendapat rezeki yang berkat. Rasanya kesemua 9 tips yang dikongsikan tak sukar dilakukan. Yang penting kita ikhlas dan berazam untuk mencari keberkatan rezeki.\n\nJangan lupa kongsikan artikel ni dengan orang lain. Jika ada cara lain untuk mendapat rezeki yang berkat, bolehlah dikongsikan dengan kami.\n\nJemput juga baca artikel punca hilang keberkatan rezeki, jeis-jenis rezeki dan punca kurang rezeki"
"Tuala dan mandian tidak dapat dipisahkan. Setiap kali selepas mandi, tuala berperanan mengeringkan badan atau rambut setiap hari. Terdapat pelbagai jenis tuala mandi yang mempunyai variasi berbeza mengikut keperluan yang diinginkan. \n\nAmat penting dalam pemilihan tuala yang mempunyai daya serapan yang tinggi supaya ia tidak basah akibat terkena air. Selain mengeringkan badan dan rambut, tuala juga sering dijadikan hadiah dalam pelbagai majlis seperti kenduri, acara sukan dan banyak lagi. \n\nIa juga didatangkan dengan pelbagai jenis saiz dan bentuk. Berikut merupakan senarai 12 tuala mandian terbaik yang sesuai untuk memenuhi keperluan anda.\n\nTuala mandian Turki diperbuat daripada kapas premium dari Turki yang mempunyai gentian yang menjadikannya sangat menyerap air dan lembut. Tuala mandian terbaik yang berinspirasikan Mediterranean ini mempunyai reka bentuk jalur yang sangat cantik coraknya. \n\nAnda boleh membeli tuala mandian ini secara tunggal atau dengan set khas. Tuala mandian ini boleh dicuci dengan mesin basuh. Teksturnya cepat kering dan amat mudah digunakan.\n\nAntara tuala terbaik yang popular di hotel dan juga penginapan peringkat mewah adalah tuala LMG. Ianya diperbuat dengan 100% kapas Mesir yang menjadikannya sangat gebu dan lembut. Selain itu, tuala mandian ini mempunyai ketumpatan 800gsm yang membuatkan tuala tersebut bukan sahaja lembut tetapi juga sangat menyerap air.\u00a0\n\nJadi, tuala mandian ini mempunyai kuasa penyerapan yang lebih cekap dan pantas. Bagi anda yang ingin merasakan suasana mewah, apa kata anda gunakan tuala mandian ini.\n\nTuala Mandian Suite Finsbur Charles Millen\n\nTuala mandian Suite Finsbur adalah tuala mandian terbaik karya agung daripada Charles Millen. Ia diperbuat daripada 100% kapas Pima yang lebih panjang. Terdiri dari ciri premium seperti kelembutan, kegebuan dan warnanya yang kekal. \n\nDengan menggunakan tuala mandian ini pasti memberikan anda keselesaan dan rasa yang menakjubkan. Walaupun tuala ini gebu, kuasa serapannya sangat pantas dan mudah kering. Kualitinya juga telah melepasi Oeko-Tex Standard 100 yang terkenal di seluruh dunia yang menjamin bebas daripada bahan berbahaya.\n\nSudah tentu ia sangat sihat untuk kita. Anda boleh mencuci tuala ini menggunakan mesin basuh dengan tetapan paling rendah. Nak rasai pengalaman yang premium dan mewah? Gunakan tuala mandian Suite Finsbur Charles Millen ini.\n\nTuala Mandian LoveSprings Bamboo Baby Bath\n\nBagi anda yang mencari tuala mandi yang sesuai untuk kulit sensitif, kami syorkan anda menggunakan tuala mandian LoveSprings Bamboo Baby Bath ini. Tuala terbaik untuk bayi ini juga sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. \n\nWalaupun direka sebagai tuala bayi, namun sesiapa sahaja boleh menggunakannya untuk mendapatkan manfaat daripada fabrik gentian buluh yang lembut dan anti-bakteria secara semulajadi ini.\n\nSelain itu, ia juga anti-bau dan sangat pantas menyerap air. Ianya juga mesra alam dan berfungsi sebagai selimut bayi yang lembut.\n\nTuala Mandian Epitex Basic Bath Towel Cotton\n\nSekiranya anda inginkan tuala mandian terbaik berkualiti yang murah, maka tuala mandian Epitex Basic Bath Towel Cotton perlu menjadi tuala pilihan nombor satu anda. \n\nBeribu unit telah dijual di Shopee Mall, ia merupakan tuala mandian yang sangat popular di serata dunia. Tuala mandian ini diperbuat daripada 100% kapas yang menjadikannya kuat, tahan lama dan lembut secara semulajadi.\n\nSelain itu, sangat sesuai dijadikan sebagai tuala mandian harian. Tambahan pula, tuala mandian ini juga didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik.\n\nTuala Mandian Saturn Home 100% Cotton Towel\n\nTuala 100% diperbuat dari cotton? Inilah yang mempunyai ramai peminat selain dari harga yang murah tetapi kualiti sangat terbaik. Tuala mandian Saturn Home 100% Cotton Towel adalah salah satu tuala terbaik pilihan ramai termasuklah di luar negara. \n\nKualitinya sangat bagus dan diperbuat daripada kapas sepenuhnya. Ini membuatkannya sangat lembut dan selesa digunakan oleh sesiapa sahaja. Tuala mandian ini boleh menyerap air dengan baik dan tidak akan mengecut atau luntur walaupun dicuci berulang kali.\n\nTuala mandian Red Orange diperbuat daripada 100% bahan kapas halus dengan benang berpintal yang padat. Rasanya sangat lembut, tahan lama dan menyerap air yang menjadikannya salah satu pembelian bernilai dalam senarai tuala terbaik ini! Tuala ini juga telah mendapat pujian yang positif oleh rata-rata penggunanya.\n\nTuala terbaik paling berkualiti seterusnya ini menampilkan reka bentuk yang sesuai untuk rumah moden. Tuala mandian Muji cepat mengeringkan sebarang lembapan pada kulit anda. \n\nIa mempunyai struktur tenunan unik benang kapas gentian panjang bagi memberikan ketahanan yang lebih baik walaupun selepas beberapa kali cucian. Bahan yang digunakan pada tuala mandian ini pula adalah 100% kapas organik yang lembut dan mempunyai daya serap tinggi yang pasti memberikan pengalaman yang sangat selesa kepada penggunanya.\n\nTuala Mandian Canopy Luxe Bath Towel\n\nBagi anda yang gemarkan tuala mandian yang diperbuat daripada kapas Mesir yang bagus, apa kata anda mencuba tuala mandian Canopy Luxe Bath Towel. Tuala mandian premium ini juga akan memanjakan anda dengan kelembutan yang luar biasa dan daya serap yang tinggi. Ianya bukan sahaja lembut pada kulit, malahan sangat tahan lasak dan boleh bertahan selama bertahun-tahun.\u00a0\n\nIanya didatangkan dalam pelbagai warna premium yang menarik. Untuk anda yang ingin mencari hadiah perkahwinan untuk dihadiahkan kepada rakan anda, kami syorkan tuala ini.\n\nSet tuala mandian Canningvale Australia Aria ini menawarkan kualiti yang sangat baik untuk harganya. Set tuala ini didatangkan dengan 2 tuala mandi, sapu tangan dan tikar mandi. Bagi anda yang mencari tuala mandian yang sangat lembut dan mewah, tuala ini adalah jawapannya.\n\nIanya kerana tuala mandian ini merupakan salah satu tuala mandi terbaik di Malaysia. Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan tuala mandian ini.\n\nTuala Mandian Weave Home Ultra Soft Cotton Towel\n\nDiperbuat daripada 100% kapas Pakistan, tuala mandian Weavve ini adalah salah satu tuala kapas paling lembut dan gebu serta sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. \n\nMenarik bagi kebanyakan pengguna tuala terbaik mandian ini adalah ia cepat menyerap air dan cepat mengering. Tambahan pula, dengan berat 650g dan rekaan yang mewah, pasti memberikan rasa seperti berada di hotel yang mewah selepas mandi.\n\nTuala Mandian Nordstrom Hydrocotton Bath Towel\n\nJarang kita dengar nama tuala jenis ini. Tuala Mandian Nordstrom Hydrocotton datang dalam beberapa warna yang bergaya. Ia mempunyai tenunan khas untuk memaksimumkan daya serapannya yang menjadikannya begitu unik.\n\nTuala terbaik ini sangat lembut dan dihasilkan menggunakan proses unik yang menjadikan benang pada tuala ini tidak berpintal. Ia direka untuk menjadi lebih lembut dengan setiap cucian dan rata-rata pengguna mengatakan ianya sangat lembut dan mudah dicuci.\n\nItulah antara tuala mandian terbaik, selesa dan seronok digunakan serta membuatkan anda seolah-olah mandi di hotel mewah. Jom baca juga bantal terbaik, tuala wanita terbaik, Vacuum Terbaik dan Blender Terbaik. \n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Hari jadi ialah hari yang berharga kepada sebahagian orang. Pelbagai jenis acara dibuat sempena sambut hari jadi. Ada yang buat acara makan-makan, syukuran dan bagi hadiah. Untuk sambut hari jadi tidaklah lengkap apabila tiada kek. Oleh kerana itu kami kongsikan resepi kek menarik untuk sambut hari jadi.\n\nKek monogram ialah antara jenis kek yang sesuai, comel, dan menarik untuk sambut hari jadi. Mana tidaknya, monogram sendiri ialah gabungan dari beberapa aksara yang dibentuk menyerupai simbol, huruf atau angka tertentu yang mempersembahkan individu atau kelompok. Sehingga kek monogram merupakan kek yang dibuat dengan menyerupai angka, huruf atau simbol dengan bentuk yang spesifik. Orang kebanyakan buat kek monogram untuk hari jadi bentuk angka sesuai umur. Kek monogram dibuat dalam saiz yang besar. Kek ini amat nipis dan dilapisi dengan krim di antara lapisan demi lapisan. Kek dihias mengikut kreativiti masing-masing sehinggalah tampak cantik dan menggairahkan.\n\nPada tulisan kali ini kami kongsikan resepi kek monogram simple. Resepi kek terdiri daripada kek span pandan/vanilla daripada Honey Beez dengan krim cheese frosting versi Keiko Zakura. Kek yang nipis ini perlu disejukkan dulu supaya senang dibuat. Tidak menggunakan loyang acuan nombor, cuma perlu trim sahaja. Rasa kurang manis dan sedap dimakan waktu dingin.\n\nNota : Anda boleh pelbagaikan kek sebagai base, sama ada mahu menggunakan sponge cake, red velvet, choc moist, terpulang kepada anda sendiri.\n\nSelain kek monogram, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Tahukah anda bahawa demam campak dan cacar air ialah dua penyakit yang berbeza? Ramai yang beranggapan kedua-dua penyakit ini sama. Jadi, secara mudahnya mereka memanggilnya chicken pox.\n\nSebenarnya chicken pox ataupun cacar air disebabkan oleh virus varicella-zoster. Menurut Prof. Dr. Imelda Balchin dalam laman Facebook miliknya, demam campak pula dipanggil rubeola. Ia disebabkan oleh virus measles.\n\nKebanyakan pesakit yang dijangkiti chicken pox ialah kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun. Perkara ini menyebabkan ibu bapa terpaksa mengambil cuti bekerja demi menjaga anak-anak yang sakit di rumah.\n\nDalam artikel ini, perbincangan akan difokuskan kepada chicken pox dari segi gejala, pantang larang dan cara rawatan. Jadi, ibu bapa bolehlah mengambil langkah yang sewajarnya jika anak-anak dijangkiti penyakit ini.\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), chicken pox ialah jangkitan biasa yang mudah berlaku pada kanak-kanak. Varicella juga dikatakan virus yang sama menyebabkan kayap.\n\nChicken pox ialah penyakit berjangkit yang mudah merebak daripada seseorang kepada seseorang. Terdapat 3 cara bagaimana chicken pox merebak, iaitu:\n\na)Udara \u2013 Apabila pesakit batuk atau bersin.\n\nb)Sentuh \u2013 Apabila menyentuh cecair lepuhan (blister) pesakit.\n\nc)Nafas \u2013 Apabila tersedut partikel virus yang terdapat pada cecair lepuhan.\n\nApabila terdedah dengan pesakit chicken pox, anak anda berisiko mendapat jangkitan 10 hingga 21 hari. Ia boleh merebak sepantas 1 hingga 2 hari. Ruam lepuhan akan kelihatan sehingga ia kering dengan sendirinya.\n\nJika chicken pox sudah kering, ia bermakna pesakit telah sembuh. Ini tidak akan menyebabkan jangkitan kepada orang lain.\n\nJika sedang musim jangkitan chicken pox, ibu bapa boleh mengambil langkah awal dengan memerhatikan simptom-simptomnya. Antaranya:\n\na)5 hari sebelum keluarnya ruam, anak-anak akan demam, rasa tidak sihat dan letih.\n\nb)Ruam seperti jerawat dan berbintik merah yang kecil dan gatal akan timbul. Biasanya ruam akan bermula di bahagian dada dan belakang badan, kemudian merebak ke muka, mulut, kepala, tangan dan kaki.\n\nc)Dalam masa 24 jam, ruam akan bertukar menjadi lepuhan atau gelembung air (blister). Kemudian, lepuhan itu akan pecah, kering dan menjadi keruping dalam masa 4 hingga 5 hari.\n\nd)Ruam baru akan timbul lagi untuk 5 hari dan mengambil masa 2 minggu untuk hilang sepenuhnya.\n\nFakta Dan Mitos Pantang Larang Ketika Kena Chicken Pox\n\nOleh kerana penyakit chicken pox mudah berjangkit, ibu bapa perlulah ambil tahu beberapa perkara untuk mengelakkan jangkitan menjadi lebih teruk.\n\nNamun, sejak zaman-berzaman kita dimomokkan oleh beberapa pantang larang chicken pox yang tiada kesahihan saintifik. Ada yang betul, ada pula yang tidak logik. Nak tahu apa pantang larang tu? Jom baca!\n\nJika anak-anak sudah bersekolah, pastikan mereka telah mengambil cuti sakit. Malahan, asingkan juga mereka dengan anak-anak yang belum kena chicken pox. Pastikan ruam-ruam di badan tidak sakit dan tiada komplikasi lain.\n\nFakta: Sememangnya pesakit chicken pox perlu diasingkan agar mereka tidak menyebarkan penyakit kepada orang lain.\n\nOrang-orang dahulu berpegang pada pantang agar pesakit chicken pox tidak boleh mandi. Selagi ruam tidak kering, selagi itulah mereka perlu mengelakkan kulit terkena air.\n\nMitos: Alasannya ialah luka lambat sembuh dan lebih banyak ruam yang akan timbul.\n\nFakta: Mereka perlu mandi seperti biasa untuk mengurangkan rasa gatal. Malahan apabila tubuh badan menjadi bersih, ia dapat mengelakkan jangkitan bakteria sekunder pada ruam yang digaru.\n\nPelbagai mitos yang kita dengar dari dulu misalnya jangan diberikan makanan laut, kicap, buah-buahan sitrus dan sebagainya.\n\nMitos: Sebenarnya, tiada sebarang kajian saintifik untuk menyokong pantang larang ini. Namun, sekiranya anak-anak yang dijangkiti chicken pox mempunyai alahan pada makanan tertentu, elakkan penyediaannya.\nFakta: Berikan sahaja anak-anak yang dijangkiti chicken pox makanan yang berkhasiat iaitu kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin, zat besi, serat dan sebagainya.\n\nMakanan-makanan yang berkhasiat ini dapat mempercepat proses penyembuhan. Elakkan juga memberi mereka makanan ringan, berminyak dan manis.\n\nSeperti juga jika mandi, apabila terkena hujan pesakit terpaksa menanggung akibat. Sebaik-baiknya, kuarantin anak di rumah sahaja. Jangan biarkan mereka di luar rumah untuk mengelakkan jangkitan merebak.\n\nMitos: Apabila terkena hujan, kesan parut akan meninggalkan lekuk yang kekal. Ada pula yang mengatakan bahawa air hujan boleh menyebabkan kanak-kanak meroyan.\n\nFakta: Apabila sedang sakit, imun badan menjadi lemah. Apabila hujan, suhu sekitar menjadi rendah dan menyebabkan suhu badan cuba kekal normal. Secara tidak langsung, kanak-kanak mudah mendapat jangkitan selsema dan demam.\n\nBayangkan sedang menderita gatal-gatal badan disebabkan kena chicken pox, masalah lain pula yang datang.\n\n5.Jangan garu ruam dan keruping chicken pox\n\nBila badan dah mula gatal, mesti kita tak mampu menahan tangan dari menggaru bukan? Apa yang perlu dibuat?\n\nFakta: Chicken pox akan menyebabkan ruam-ruam di bahagian badan menjadi gatal. Nasihatkan anak-anak supaya tidak menggarunya. Ini kerana cecair lepuhan akan menyebabkan jangkitan merebak di bahagian yang lain pula.\n\nMalahan, jika menggaru dengan kuat sehingga berdarah dan keruping terkopek, ia akan meninggalkan kesan parut yang sukar dihilangkan. Ibu bapa boleh membeli ubat berbentuk krim atau sabun anti kegatalan di farmasi misalnya Pinetarsol.\n\n6.Air kelapa cepat keluarkan ruam chicken pox\n\nPastinya kita cukup tahu, bila terkena chicken pox pasti air kelapa yang dicari dulu. Air kelapa dianggap ubat mujarab untuk proses penyembuhan secara tradisional.\n\nMitos: Minum air kelapa akan menyebabkan semua ruam chicken pox keluar dengan cepat. Oleh itu, proses penyembuhan juga jadi lebih cepat. Malahan, air kelapa akan menyejukkan badan. Namun, tiada sebarang kajian untuk menyokong teori ini.\n\nFakta: Boleh saja berikan air kelapa untuk menggantikan air suam. Yang paling penting, pastikan anak-anak minum air secukup untuk mengelakkan dehidrasi.\n\nDiharapkan artikel ini memberi sedikit panduan dalam menjaga anak-anak yang menghidap chicken pox. Bukan semua amalan orang-orang tua dahulu tidak betul, ada juga yang masih boleh diamalkan.\n\nYang paling penting, jaga pemakanan pesakit, kuarantin mereka agar tidak merebak dan jaga kebersihan diri. Boleh juga dapatkan rawatan di klinik atau hospital untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.\n\nJangan lupa kongsikan artikel ini pada saudara-mara dan sahabat handai. Moga bermanfaat.\n\n*Jemput juga baca tentang bayi demam campak dan punca demam denggi"
"Anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Sedikit perhatian daripada ibu bapa boleh membawa kebahagiaan pada anak-anak. Lebih-lebih lagi, mereka pada usia yang muda di mana memerlukan bimbingan ibu bapa.\n\nIbu bapa mungkin tidak menyedarinya kerana sibuk bekerja mencari rezeki untuk menyara anak-anak. Tetapi tidak salah jika luangkan sedikit masa untuk berbual dengan anak-anak dan memberi kata-kata positif kepada mereka. Satu ayat yang ringkas tapi mempunyai maksud yang mendalam boleh membuatkan mereka gembira.\n\nApakah ayat yang boleh memberikan kebahagiaan pada anak-anak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 ucapan ajaib yang boleh menggembirakan anak-anak. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nJangan biarkan satu hari pun berlalu tanpa memberitahu anak-anak bahawa kita menyayangi mereka. Anak-anak akan berasa selamat apabila diingatkan bahawa kita sentiasa mencintai mereka.\n\nDalam hari-hari yang sukar, anak-anak mungkin akan buat \u2018perangai\u2019 atau tidak berkelakuan baik seperti apa yang kita harapkan. Sungguhpun begitu, penting untuk anda jelaskan kepada mereka bahawa semua perkara ini tidak akan sesekali melunturkan kasih sayang anda terhadap mereka.\n\n2\ufe0f\u20e3\ufe0f \u201cMama/papa seronok bermain dengan kamu\u201d\n\nTak kiralah apa jua aktiviti yang anda lakukan hari ini, cuba beritahu anak bahawa anda sangat gembira berada di samping mereka.\n\n\u00a0Tidak dapat dinafikan, seorang anak sememangnya sumber keceriaan dan kegembiraan dalam sebuah keluarga. Malah, anak juga adalah sumber rezeki dan anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Jadi, jangan malu-malu meluahkan kepada anak betapa berharganya mereka buat anda.\n\nTak perlu tunggu anak-anak naik pentas, terima anugerah di sekolah, atau menang pertandingan untuk mengucapkan ayat ini kepada mereka.\n\n\u00a0Sebaliknya, fahamilah bahawa setiap individu mempunyai keunikan tersendiri yang diciptakan oleh Allah. Oleh itu, beri perhatian kepada perkara-perkara \u2018simple\u2019 yang dilakukan oleh anak setiap hari dan ekspresikan penghargaan anda kepada mereka.\n\nSetiap orang tentunya berasa gembira apabila mengetahui mereka dapat membuat seseorang gembira \u2013 terutamanya anak anda.\n\nJadi, ambil kesempatan ini untuk mengingatkan mereka tentang perbuatan mereka, karakter, kelakuan baik, idea bernas, atau apa-apa saja yang positif.\n\nSalah satu perkara mustahak yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak adalah apabila mereka tahu ibu bapa sentiasa menyokong mereka. Dengan kata-kata ini, anak akan berasa lebih konfiden, berani mencuba, dan tidak mudah berputus asa untuk menghadapi cabaran.\n\nSelain itu, ia juga membuka lebih banyak peluang kepada anak untuk meneroka serta meningkatkan usaha dalam melakukan apa saja yang mereka minati.\n\n*Setiap perkataan dan ayat yang keluar dari mulut ibu bapa akan memberi kesan terhadap anak-anak. Ayat yang positif boleh memberi kesan positif kepada anak, manakala ayat yang negatif memberi kesan negatif kepada anak. Jadi, berhati-hati ketika bercakap dengan anak-anak.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Terdapat banyak penyelidikan mengenai kesan suara seorang ibu kepada anak yang dikandung dalam rahim. Apabila seorang ibu membaca dengan kuat, suaranya mempunyai kesan menenangkan pada bayi yang belum lahir atau bayi yang baru lahir. Kajian juga turut mendapati, hal ini turut menurunkan kadar jantung bayi.\n\nIntonasi dalam suara telah dibuktikan dapat membentuk pembelajaran auditori bagi bayi walaupun masih dalam rahim. Menjadi keutamaan bagi bayi untuk kenal suara ibu mereka. Malah, suara bukan setakat mempengaruhi pembangunan sistem pendengaran bayi, lebih menarik lagi, ia juga memberi kesan kepada perkembangan sosial dan emosi mereka.\n\nSatu penyelidikan dijalankan di Eropah pada 2013 menunjukkan bahawa mendedahkan bayi dalam kandungan kepada muzik mempunyai kesan jangka panjang pada otak mereka. Mereka mendapati bahawa bayi yang baru lahir dapat mengingati versi \u2018Twinkle, Twinkle Little Star\u2019 yang dimainkan untuk mereka sewaktu di dalam rahim dan memberi respons berbeza apabila versi alternatif dimainkan. Menurut kajian juga, bayi menyimpan memori-memori sewaktu dalam kandungan sehingga 4 bulan selepas kelahiran.\n\nKajian barat telah menunjukkan bahawa muzik klasik yang dipasang kepada bayi dalam kandungan, dapat memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi dan system pendengaran mereka. Sebagai Muslim, ibu-ibu boleh menggantikan muzik klasik ini dengan alunan-alunan ayat suci al-Quran.\n\nAdalah lebih baik, jika ibu itu sendiri yang dapat membaca ayat al-Quran untuk diperdengarkan kepada bayi di dalam rahim. Ini kerana, bayi amat kenal dengan suara ibu mereka.\n\nWalaupun tiada dalil dalam Islam yang menyuruh ibu hamil mengamalkan mana-mana surah dalam al-Quran, tetapi tidak salah sekiranya ibu hamil membaca surah-surah dalam al-Quran dengan harapan agar Allah swt mengurniakan kesihatan, kebaikan, kemudahan serta rahmat Allah buat ibu dan anak yang dikandungnya.\n\nSebagaimana janji Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:\n\n\u201cDan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.\u201d (Surah Al-Isra, ayat 82)\n\nAntara Surah-surah dalam al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu hamil adalah:\n\nSurah al-Fatihah merupakan surah pertama dalam al-Quran, seperti mana maksudnya iaitu pembukaan. Antara fadilat mengamalkan surah Al-Fatihah adalah menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.\n\nSurah Maryam memang terkenal dan sinonim buat ibu hamil. Antara kisah yang terdapat dalam surah ini adalah ketika Maryam ra melahirkan Nabi Isa as di tengah padang pasir secara sendirian. Surah ini elok diamalkan untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.\n\nSurah Luqman mengisahkan tentang nasihat-nasihat seorang bapa kepada anaknya. Antara fadilat amalkan surah ini adalah untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.\n\nSurah Yusuf pula menceritakan kisah hidup Nabi Yusuf as. Nabi Yusuf as terkenal dengan ketampanan wajah. Harapannya, dengan mengamalkan surah ini, anda dapat memperoleh anak yang bukan setakat cantik rupa tetapi juga cantik akhlak seperti Nabi Yusuf as.\n\nAntara fadilat membaca Surah Yaasin adalah untuk mempermudahkan urusan. Itulah sebabnya kita selalu baca Surah Yaasin buat orang yang sedang nazak dan mereka yang akan menduduki peperiksaan. Tujuannya agar urusan mereka dipermudahkan dan diberi ketenangan hati. Begitu juga buat ibu yang mengandung. Antara tujuannya adalah untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.\n\nTurunnya Surah at-Taubah kerana menceritakan tentang kaum musyrik yang mengingkari janji, dan isi yang paling tersohor dalam Surat At-Taubah ialah mengenai perang Tabuk. Dinamakan at-Taubah kerana taubatnya 3 orang yang tidak ikut dalam perang Tabuk, padahal dalam sejarah peperangan, mereka selalu mengikuti perang melawan musuh-musuh Allah SWT.\n\nOleh itu, dengan mengamalkan surah ini, diharapkan agar kita sentiasa mengingati Allah swt dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Mudah-mudahan ibu hamil dan bayi dalam kandungan dapat membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.\n\nAntara intipati Surah an-Nahl adalah berkenaan dengan lebah seperti mana nama surah ini yang bermaksud lebah. Terlalu banyak hikmah yang kitab oleh pelajari daripada seekor lebah. Surah ini diamalkan oleh ibu hamil untuk melahirkan anak yang berdisiplin. Malah, ayat 78 Surah an-Nahl sangat elok diamalkan ketika hendak bersalin agar proses kelahiran bayi sentiasa dipermudahkan.\n\nKajian telah menunjukkan bahawa bayi dalam kandungan dapat mendengar serta memberi reaksi kepada persekitarannya. Oleh sebab itu, orang tua selalu berpesan kepada ibu hamil agar sentiasa menjada perilaku dan tutur kata.\n\nAdalah sangat baik jika ibu hamil dapat membaca al-Quran setiap hari bukan sahaja untuk amalan diri sendiri, tetapi juga untuk erdengarkan alunan ayat suci al-Quran kepada bayi di dalam kandungan. Mudah-mudahan, anak yang dilahirkan menjadi anak yang bijak, sihat serta soleh-solehah. Amiiin"
"Pernah kita berada dalam satu keadaan di mana kita berasa kagum dengan rakan terdekat dalam melakukan sesuatu? Kita merasakan bahawa mereka adalah genius dan berbeza daripada orang lain. Kita menganggap mereka adalah golongan yang istimewa. Tahukah anda, bahawa anda juga bolem berbuat demikian, yakni menjadi genius.\n\nBerdasarkan penulis buku motivasi kejayaan terkenal, Malcolm Gladwell yang banyak menulis tentang rahsia genius seperti genius chess, menyanyi, komputer dan lain-lain, menyatakan bahawa perkara itu tidak mustahil untuk dilakukan. Di dalam diri kita sebenarnya telah tersebunyi genius diri besar untuk dikembangkan. Malcolm turut menyatakan dalam bukunya Outlier, bahawa kebanyakkan mereka yang digelar \u2018genius\u2019 ini sebenarnya telah berusaha lebih lama daripada apa yang kita sangkakan. Latiahn secara berterusan inilah membuat mereka berjaya menjadi genius.\n\nSelain daripada itu, kajian dalam bidang Neuronsains turut menyatakan bahawa kemampuan otak manusia terlalu hebat. Ia adalah organ yang fleksibel dan mempunyai kemamp[uan untuk belajar dan melalui perubahan dengan baik. Semakin banyak latihan yang berbentuk \u2018kreatif\u2019 dibuat, maka semakin hebatnya seseorang itu.Semoga 9 tips untuk cara menjadi genius ini membantu.\n\n9 Tips Senaman Untuk Menjadi Genius\n\nJika sebelum ini anda banyak menggunakan sesuatu peralatan dalam likungan biasa, cuba kali ini bertindak lebih daripada kebiasaan. Contohnya cuba fikirkan apa yang dapat dilakukan dengan menggunakan botol kosong minuman yang ada selain daripada membuangnya. Cuba reka dan bermain dengan imaginasi anda itu.\n\nAnda juga boleh melukis untuk mengembangkan kemampuan otak anda. Melukis membuatkan anda menggunakan otak kanan lebih banyak. Tidak perlu takut untuk melukis. Mulakan sahaja.\n\n3. Membaca Buku Luar Bidang Anda\n\nApa kata kali ini anda membaca buku luar daripada skop anda. Jika sebelum ini anda banyak menghabiskan masa dengan membaca buku tentang sejarah Malaysia, apa kata kali ini anda paksa diri anda untuk membaca tentang buku kewangan yang langsung anda tidak terfikir akannya.\n\nCuba ambil kertas dan mula melipat origami anda. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis bentuk lipatan origami dengan menggunakan internet.\n\nSalah satu untuk memaksa otak anda untuk mbekerja lebih kuat dan hebat adalah dengan beljar bhasa lain selain bahasa anda. Anda tidak perlu untuk mahir keseluruhan bahasa tersebut. Cukup sahaja dengan belajar beberapa frasa yang menarik untuk anda.\n\nLihat di luar tingakp adan. Kemudiannya ceritakan semula apa yang anda lihat dalam bentuk yang pelbagai. COntohnya, katakan anda ternamapak sebuah kereta polis yang sedang melalui hadapan rumah anda. Mungkin anda boleh mengambarkankkannya sebagai besar, cantik, merah berkelip-kelip dan lain-lain.\n\nJika sebelum ini anda hanya menjurus kepada ssesuatu hobi. Apa kayta kali ini anda mencuba hobi yang baru. Cuba lakukan aktiviti hobi baru anda untuk beberpa ketika.\n\nMengembara merupakan salah satu tips yang baik untuk menambah perspektif anda tentang kehidupan. Ianya mungkin memerlukan sedikit kos. Tetapi jika anda berdutit, tidak salah bukan? :-P\n\nAktiviti ini juga menarik untuk dilakukan. Mungkin anda boleh melakonkan watak-watak racangan televisyen atau drama kesukaan anda. Tidak perlu terlalu lama, cukup sekadar 10 minit sudah mencukupi. Senaman atau tips ini membiolehkan anda untuk melatihkan diri dengan meletakkan diri anda di tempat orang lain.\n\nSemoga 9 tips senaman menjadi genius ini berkesan kepada anda! Tips ini mudah untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Jangan lupa untuk share atau like jika bermanfaat."
"Jom ketahui panduan piramid makanan. Perkara asas untuk diet seimbang yang wajib tahu.\n\nPanduan piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.\n\nPiramid makanan ini akan memudahkan kita untuk mempelbagaikan makanan harian kita dengan berpandukan kepada sajian yang disarankan. Piramid makanan juga membantu kita menentukan kuantiti makanan yang perlu diambil dalam satu sajian. Setiap sajian akan mempunyai kombinasi pelbagai jenis makanan dengan semua zat yang diperlukan oleh tubuh kita.\n\nBerikut merupakan piramid makanan dengan kumpulan dan aras makanan. Ada 4 aras kesemuanya. Aras yang paling bawah mewakili makanan yang paling banyak perlu diambil dalam sehari. Manakala aras paling tinggi dan paling kecil adalah jumlah makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang lebih kecil atau sedikit.\n\nGambarajah Piramid Makanan ditunjukkan sebagaimana yang dibawah;\n\nPanduan Piramid Makanan Malaysia di atas ini dalah berdasarkan pengambilan makanan harian invidu bagi 1500 kalori sehingga 2500 kalori.\n\nIanya di bahagikan kepada beberapa aras. Setiap aras mewakili kumpulan makanan masing-masing. Adalah penting untuk kita tahu bahawa tiada jenis makaan yang dapat memberi kesemua nutrien, tenaga dan sumber kita perlukan. Setiap jenis makanan membekalkan nutrien-nutrien berbeza yang diperlukan oleh tubuh.\n\nTiada satu pun jenis makanan dapat memberi kesemua tenaga, nutrien dan komponen makanan yang kita perlukan. Oleh sebab itulah kita memerlukan pelbagai jenis makanan yang terdapat pada setiap aras.\n\nAras 1 mewakili nasi, mee, roti dan sumber bijirin dan ubi-ubian. Ambil makanan ini secukupnya sebanyak 4-8 sajian sehari.\n\nAras ini merupakan makanan yang menyumbang sumber karbohidrat. Ia membekalkan tenaga dan mewakili 50% sehingga 55% daripada jumlah tenaga harian. Ia juga merupakan sumber yang baik untuk vitamin, mineral dan serat.\n\nMakanan pada aras ini meningkatkan pergerakan usus dan menjaga kesihatan usus, sekaligus membantu mencegah masalah sembelit. Ia juga membantu dalam menurunkan paras glukosa dan kandungan kolesterol dalam darah.\n\nAras 2 mewakili sayur-sayuran dan buah-buahan. Ambil makanan ini dalam kuantiti yang banyak. Makan 3 sajian sayur-sayuran sehari dan 2 sajian buah-buahan sehari.\n\nMakanan pada aras 2 ini membantu meningkatkan ketahanan tubuh anda terhadap penyakit. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber yang baik untuk serat, vitamin, mineral dan fitokimia. Makanan pada aras ini juga membantu mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, dan penyakit berkaitan jantung.\n\nPada masa ini ada banyak jus buah-buahan yang ada di pasaran. Ramai menyangka yang meminum jus ini sama manfaatnya dengan makan buah-buahan. Sebenarnya, kita digesa untuk mengambil buah-buahan segar dan bukan jus buah-buahan. Ini kerana jus buah-buahan tidak boleh menggantikan lebih daripada satu sajian buah-buahan. Khasiat yang ada pada buah-buahan segar tidak akan sama dengan jus buah-buahan yang berada di pasaran.\n\nKita boleh memilih pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dari pelbagai warna yang ada. Yang penting, kita mesti memasukkan sayur-sayuran dalam sajian. Ini termasuklah sayur-sayuan dalam tin atau beku.\n\nAras 3 mewakili ikan, ayam daging dan kekacang, susu dan produk tenusu. Makanan ini mesti diambil pada kadar sederhana sahaja. Oleh itu, kita disarankan untuk mengambil \u00bd \u2013 2 sajian ayam, daging dan telur sehari, atau 1 sajian ikan sehari, atau \u00bd \u2013 1 sajian kekacang sehari, atau 1 \u2013 3 sajian susu dan produk tenusu sehari.\n\nAras 3 merupakan sumber protein yang diperlukan oleh tubuh. Ia kaya dengan vitamin B, zat besi, zink, vitamin A, riboflavin, kalsium dan vitamin B12. Contoh sumber protein yang baik ialah kekacang. Kandungan lemaknya lebih rendah dan tidak mengandungi kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan. Oleh itu, pengambilannya digalakkan setiap hari.\n\nKita juga digalakkan untuk makan ikan lebih kerap. Kita boleh makan ikan setiap hari. Jika makan ayam dan daging pula, pastikan ia kurang lemak dengan membuang kulitnya terlebih dahulu atau memilih daging yang tidak berlemak.\n\nKalsium yang ada di dalam susu pula menguatkan tulang dan gigi serta mengurangkan risiko osteoporosis atau tulang rapuh pada usia tua. Inilah juga maklumat yang selalu dikongsikan oleh pengeluar-pengeluar produk tenusu.\n\nAras 4 mewakili lemak, minyak, gula, dan garam. Makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit. Pengambilan pada jumlah yang banyak boleh memudaratkan kesihatan.\n\nBanyak makanan yang sedap berada dalam aras ini menyebabkan ia agak sukar dielakkan bagi ramai orang. Oleh itu, beringatlah untuk mengurangkan pengambilannya. Antara penyakit yang boleh menyerang mereka yang mengambilnya secara berlebihan ialah obesiti, kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi, dan beberapa lagi kanser yang lain.\n\nMaka, makanan pada aras ini mesti dihadkan pengambilannya dan kurangkan penggunaannya dalam masakan.\n\nUntuk maklumat tambahan, MyHealth ada menyarankan jumlah sajian mengikut keperluan kalori. Keperluan ini adalah berbeza mengikut umur dan jantina.\n\nJadual di bawah ini sesuai bagi wanita yang tidak aktif dan warga emas. Kalori yang diperlukan ialah 1500 kkal sehari.\n\nJadual berikut pula sesuai bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang sederhana aktif, dan lelaki yang tidak aktif.\n\nBagi mereka yang aktif dan kurang berat badan, tidak kira lelaki atau wanita termasuk remaja, mereka boleh mengamalkan jadual pemakanan di bawah dalam sajian mereka.\n\nMengamalkan pemakanan yang sihat adalah amat penting bagi menjaga kesihatan tubuh badan. Sekiranya anda keliru bagaimana hendak menyediakan satu hidangan lengkap, sentiasalah merujuk kepada piramid makanan ini. Ia bukan sahaja bermanfaat untuk diri anda, malah untuk seluruh keluarga juga.Jemput juga baca artikel tentang diet intermittent fasting dan jadual diet"
"Sering terjadi beberapa hal yang melibatkan masalah rumah tangga sehinggalah berlakunya hal-hal yang tidak diingini. Makin banyak perkara terjadi sehingga menyebabkan anak-anak menjadi mangsa keadaan yang seterusnya, malah ia menggangu emosi mereka. \n\nAkhirnya, anak-anak tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya sehingga menyebabkan mereka terlibat dalam kancah yang tidak sihat seperti zina, rokok, rompak dan pelbagai jenis masalah sosial yang lain.\n\nSehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka\u00a0 dalam mengecapi keluarga yang bahagia dan harmoni. Hubungan kekeluargaan yang erat dan utuh akan dapat membangun keluarga yang bahagia. \n\nIa mampu menghindari berlakunya masalah perpecahan keluarga. Hubungan ibu bapa dan anak haruslah erat sepenuhnya. Jom lihat cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak dengan mudah harus anda lakukan.\n\nBerbincang adalah cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak. Masalah yang terjadi di dalam keluarga dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa memerlukan kekerasan dan dapat mengeratkan lagi hubungan tersebut.\u00a0\n\nContohnya, jeritan mahupun ayat kesat yang dilontarkan daripada ibu bapa akan membuatkan emosi anak-anak terganggu dan seterusnya akan menyebabkan anak-anak memberontak. \n\nAnak akan menimbulkan perasaan hilang hormat akan orang tua mereka. Oleh itu, bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan, perbincangan yang baik akan menghasilkan penyelesaian yang baik.\u00a0\n\nCara mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak juga adalah menunjukkan rasa kasih sayang. Mengeratkan hubungan dengan ungkapan sayang amat mudah pada saat hangat dalam bercinta, namun ia menjadi semakin sukar sekiranya diamalkan dalam kehidupan berkeluarga.\u00a0\n\nHanya kerana ego, ramai ibu bapa masa kini yang jarang mengungkapkan rasa sayang mereka kepada anak mereka sehingga menyebabkan anak-anak mereka merasa kurang kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa.\u00a0\n\nOleh itu, Ungkapan yang agak ringkas seperti \u201c mama sayang kamu\u201d, \u201csaya sayang papa dan mama\u201d ataupun sebagainya sudah cukup bermakna dalam keluarga\u00a0 supaya dapat mengeratkan hubungan dan memastikan bahawa setiap ahli keluarga sentiasa merasa disayangi dan dihargai.\u00a0\n\nMenyambut hari penting setiap ahli keluarga adalah cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak. Dengan menyambut hari penting bersama, ia merupakan satu aktiviti yang sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. \n\nHari penting yang dimaksudkan adalah hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari kesyukuran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perkara ini semakin dilupakan oleh sesetengah keluarga disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya faktor pekerjaan yang membuatkan mereka lupa akan hari-hari penting.\u00a0\n\nOleh itu, menyambut hari penting pasangan mahupun anak-anak akan mengeratkan lagi hubungan dan memberikan satu memori yang indah buat keluarga dan perasaan menyayangi antara ahli keluarga akan semakin bertambah. Begitu juga cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.\n\nIbu bapa haruslah memberi sokongan kepada anak-anak bagi mengeratkan hubungan ibubapa dan anak. Ibu bapa mestilah menjadi sumber kekuatan bagi anak-anak mereka dengan memberikan sokongan yang padu serta membimbing mereka kearah yang lebih baik.\u00a0\n\nSokongan yang diberikan mungkin dalam seperti hadir di acara sekolah, melihat mereka bertanding, memberi semangat kepada mereka untuk menjawab peperiksaan dan sebagainya. \n\nAktiviti riadah ini sangat sesuai dilakukan bersama keluarga bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping dapat meluangkan masa bersama dan melakukan aktiviti bersama, ia dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.\n\nAktiviti riadah di hujung minggu amat digalakkan bagi setiap keluarga supaya dapat mengeratkan lagi hubungan dan bagi membantu mengurangkan masalah stress di tempat kerja. Apa kata anda beriadah bersama keluarga selepas ini!\n\nTidak salah untuk memuji sesama ahli keluarga sendiri bagi mengeratkan hubungan. Hal ini demikian kerana secara semulajadinya pujian tersebut akan membuatkan anak-anak merasa gembira. Diri juga akan terasa dihargai selain mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.\n\nAnda boleh memuji mereka disaat mereka melakukan sesuatu seperti mengemas rumah, memasak, berusaha untuk belajar dan sebagainya. Oleh itu, memuji mampu mengeratkan lagi hubungan dan dapat menenangkan hati tatkala sedang marah,sedih atau kecewa.\u00a0\n\nTeguran juga dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak. Anak-anak pastinya pernah dan akan membuat kesilapan, oleh itu, sebagai ibubapa, anda haruslah menegur atau memberi nasihat dengan cara yang baik.\u00a0\n\nJika kita sendiri disindiri dan dileteri oleh majikan, isteri atau suami. Pastinya kita akan merasa sangat tertekan walaupun apa yang dikatakan adalah benar dan ia berpunca daripada kesilapan diri kita.\u00a0 \n\nBagi mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak, dengan memberi teguran, nasihat yang baik dan lemah lembut, ia dapat membuatkan anak-anak terima dengan elok teguran tersebut dan tidak salah faham.\n\nIbubapa mahupun anak-anak hendaklah selalu memberikan hadiah untuk mengeratkan hubungan. Mengeratkan hubungan dengan memberi hadiah dapat membuatkan diri rasa diingati dan dihargai.\n\nIa turut menambahkan jalinan kasih sayang antara ibubapa dan anak. Malah, jika disampaikan dalam bentuk kejutan, maka ia akan menjadi lebih bermakna.\u00a0Anda boleh memberi mainan, anak patung, bunga,coklat dan sebagainya. \n\nWalau bagaimanapun, bukan nilai hadiah yang menjadi ukuran tetapi ingatan mendalam dari hati yang suci itulah yang memberikan kesan kepada si penerima seterusnya mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.\n\nUntuk mengeratkan hubungan ibubapa dan anak, anda tidak perlu selalu mengongkong anak-anak dalam membuat sesuatu hal. Bagi tidak menimbulkan perasaan benci atau dengki seterusnya ia dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak.\n\nContohnya, tidak memberi anak keluar rumah, tidak membenarkan anak bergaul dengan rakannya dan selalu membuat keputusan untuk anak membuatkan mereka rimas. Dengan ini, anak akan memberontak dan tidak akan menghormati diri sebagai ibubapa lagi. Oleh itu, Ibubapa haruslah mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak dengan memberi mereka sedikit kebebasan untuk bergerak, bergaul, dan bermain.\n\nSetiap perkara atau perbuatan yang mengeratkan hubungan pasti memulakan dengan berbual. Anak akan rasa disayangi jika ibu bapa meluangkan masa untuk mendengar luahan hati mereka dan berbual dengan mereka. Bergurau senda dengan mereka juga dapat meningkatkan tahap kasih sayang mereka terhadap keluarga.\n\nAnda boleh berbual tentang kerja sekolah, percutian, tentang kawan mereka dan lain-lain. Oleh itu, sebuah keluarga dapat menjamin kebahagiaan dengan berbual mesra seterusnya mengeratkan hubungan kekeluargaan.\n\nItulah dia 10 cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak. Jom lihat Tanggungjawab bapa terhadap anak, Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dan Peranan ibu bapa."
"Cepat betul bayi kita membesar. Sedar tidak sedar sudah masuk pada usia 6 bulan kelahirannya. Kita sebagai ibu bapa rasa macam baru semalam anak lahir ke dunia. Begitulah tumbesaran seorang bayi yang sangat pantas. Bila bayi sudah berumur 6 bulan, ini adalah saat yang tepat untuk mencuba makanan. Makanan bayi 6 bulan tentunya perlu mengikut saranan pakar. \n\nHal ini disebabkan kerana, pada ketika itu sistem penghadaman bayi masih belum cukup matang untuk menerima dan menelan makanan. \n\nSaranan 4 days wait rule untuk makanan bayi 6 bulan\n\nMungkin ramai yang tidak tahu apakah itu \u201c4 days wait rule\u201d. Untuk pengetahuan anda, 4 days wait rule menjadi tips paling berkesan kepada anda yang mahu memperkenalkan makanan kepada bayi buat pertama kali. Ini termasuklah bagi makanan bayi 6 bulan juga.\n\nMelalui kaedah ini, bayi kebiasaannya akan diberi satu jenis makanan sahaja untuk tempoh 4 hari. Selepas 4 hari, barulah makanan jenis lain pula diberikan kepada bayi tersebut. \n\nKaedah ini pasti kaya dengan pelbagai manfaatnya seperti:\n\nMenurut ahli pediatrik, kaedah 4 days wait rule boleh diteruskan sehingga anak berusia 12 bulan. Namun seiringnya bertambah umur anak, anda sudah boleh mula untuk mencampurkan pelbagai bahan ke dalam satu gabungan makanan. \n\nPulse soup adalah sejenis sajian daripada sup pekat. Perkataan pulse soup ini sebenarnya berasal dari perkataan Latin. Bagi ibu yang mahu mencubanya, anda hanya perlu rebuskan air dengan sayuran pilhan seperti lobak atau kentang yang sudah dipotong kecil.\n\nApabila sayuran tersebut lembut dan masak, lenyekkan sahaja campurannya lalu berikan ia kepada makanan bayi 6 bulan. \n\nSebelum masak puri buah anda, pastikan terlebih dahulu buah-buahan tersebut dibasuh dan dimasak kecuali avokado dan pisang. Hal ini dijelaskan oleh pakar pemakanan kanak-kanak sendiri yang yakin proses memasak buah-buahan akan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang.\n\nSelain itu, ia juga boleh mengurangkan risiko bayi tercekik, masalah pencernaan, memusnahkan bakteria buah, alahan, dan mendapat tekstur serta rasa yang lebih berbeza.\n\nAntara buah-buahan yang boleh anda berikan termasuklah seperti epal, avokado, aprikot, pisang, mangga, betik, pic, plum, prum, labu kuning, tembikai, nanas, dan kiwi.\n\nMakanan bayi 6 bulan yang seterusnya adalah puri sayur. Sayur-sayuran mempunyai pelbagai sumber vitamin dan mineral yang bagus untuk bayi anda. Inilah masa yang tepat untuk anda ubah bayi gemarkan sayur. \n\nPada ketika usia sebegini, bayi akan mencuba pelbagai jenis rasa dan tekstur buat pertama kali. Mereka akan rasa dan cuba tanpa sebarang penolakan. \n\nJika ada reaksi pelik di wajah bayi anda, itu tandanya mereka tidak menggemarinya. Antara sayuran pilihan yang sesuai adalah seperti ubi kentang, lobak merah atau labu. \n\nCara masaknya mudah sahaja. Hanya kukus sayur-sayuran tersebut lalu lenyekkan ia menjadi puri. Sedia untuk dihidangkan. \n\nBubur nasi tanpa tambahan perisa garam dan gula memberikan sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga. Namun perlu diingatkan supaya anda kisar halus nasi kosong tersebut sebelum diberikan kepada anak. \n\nHal ini untuk mengelakkan anak menjadi seorang picky eater. Bahkan penting untuk membina deria rasa yang baik agar anak dapat menikmati rasa sebenar makanan.\n\nBijiran segera memang tidak disarankan untuk diberi kepada bayi anda. Namun sebenarnya anda boleh buat sendiri resepi bubur bijiran yang diperbuat daripada pelbagai jenis bijirin seperti gandum, oat atau barli.\n\nMakanan bayi 6 bulan yang terakhir untuk para ibu cuba adalah sup sayur. Apa yang perlu anda buat adalah rebuskan pelbagai campuran sayuran dan stok air rebusan diberikan sebagai sup.\n\nSayur-sayuran hijau seperti sawi dan bayam serta kacang pis disarankan untuk anda cuba campur ke dalam sup sayur.\n\nTidak susah sebenarnya untuk para ibu di luar sana memilih makanan bayi 6 bulan yang tepat. Hanya tahu tips dan triknya, anda boleh sajikan hidangan yang berkhasiat dan digemari anak setiap hari tanpa susah hati. \n\nAnda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:"
"Seperti yang kita tahu, Malaysia akan mengalami musim tengkujuh bermula Oktober hingga Disember. Keadaan ini akan menyebabkan hujan sepanjang hari terutama pada waktu petang di kebanyakan negeri di Malaysia.\n\nHal ini menjadi faktor pertambahan bilangan kereta di jalan raya kerana pengguna motosikal beralih untuk menaiki kenderaan berbumbung pada musim tengkujuh. Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup menggunakan perkhidmatan e-panggilan atau e-hailing untuk melindungi diri ketika hujan untuk sampai ke destinasi tujuan.\n\nSalah satu perkhidmatan e-panggilan yang mengambil inisiatif untuk membantu pelanggannya dalam mengatasi masalah ini adalah Maxim. Seperti ramai yang sedia maklum, Maxim adalah perkhidmatan e-panggilan terkemuka di dunia yang menawarkan harga yang berpatutan walaupun ketika musim tengkujuh.\n\nTak cukup dengan itu, pengguna dapat mengetahui kos perjalanan ketika membuat pesanan di aplikasi walaupun ketika cuaca buruk atau berlaku kesesakan lalu lintas. Penumpang juga mendapat akses secara terus menuju ke destinasi yang dipilih tanpa menunggu perkhidmatan awam yang lain.\n\nSehubungan dengan itu, Maxim e-panggilan menerusi inisiatifnya telah mengemukakan beberapa cadangan dan langkah terbaik untuk membantu perjalanan bagi pengguna perkhidmatan ini ketika musim tengkujuh. Antara cadangan yang boleh pengguna lakukan adalah:\n\nPengguna boleh membuat pesanan awal menerusi aplikasi Maxim dan boleh berhubung dengan bakal pemandu. Pengguna juga boleh memilih tarikh dan masa perjalanan terlebih dahulu di bahagian pra tempahan.\n\nPengguna boleh berkongsi kenderaan Maxim dengan rakan yang lain dalam satu perjalanan sahaja walaupun destinasi tujuan yang berbeza. Hal ini dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas.\n\nMaxim juga menyediakan perkhidmatan penghantaran barang atau makanan menggunakan kereta walaupun sewaktu cuaca buruk. Barang atau makanan akan sampai dengan selamat tanpa kerosakan akibat hujan. Untuk perkhidmatan ini, pengguna boleh membuat pesanan menerusi aplikasi Maxim di bahagian penghantaran.\n\nMaxim percaya menerusi inisiatifnya ini dapat membantu ramai masyarakat untuk menuju ke sesuatu tempat atau membuat pesanan barang dan makanan dengan lancar sewaktu musim tengkujuh."
"Roti canai merupakan sajian sarapan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira usia dan bangsa. Lebih enak lagi jika didatangkan dengan kuah kari serta sambal yang power. Anda nak cuba buat sendiri roti canai untuk keluarga? Takkan setiap hari nak keluar pagi untuk dapatkan roti canai di kedai? Bahan yang diperlukan pun mudah dan jimat! Jom belajar cara-cara pembuatannya dari resepi Noor Syaidah ini. Boleh simpan \u2018frozen\u2019. Bila-bila nak makan hanya cuma perlu \u2018defrost\u2019 kan jer. Mudah kan?\n\n1. Campurkan tepung dan minyak masak serta ramaskannya sampai sebati.2. Campurkan garam, gula, serta air suam. Kacau sampai larut.3. Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Gaul sampai melekat sikit sahaja di tangan.4. Uli doh tersebut secara \u2018uli tiga minit,berhenti dua minit\u2019.5. Uli sampai doh elastik serta tidak melekat di tangan.6. Bahagikan doh sebesar penumbuk bayi dan selepas itu bulatkan.7. Rendam pakai minyak masak sampai tenggelam.8. Peram dalam tempoh masa lebih kurang satu jam sebelum canaikan. Buat malam esok canai lagi sedap.\n\nTips nak tebar doh roti canai kalau tak pandai tebar (Guna talam dan tarik-tarik)\n\n1. Sediakan talam kemudian telangkupkan. Pakai belakang talam.2. Ambil sebiji doh dan letakkan di atas talam tersebut. Tekan menggunakan tangan sampai leper. Tarikkan sekeliling doh tersebut sampai nipis ke sekeliling talam.3. Lipat doh tersebut ke bentuk segi empat.4. Goreng pakai kuali sampai masak.\n\nDah siap. Takde lah susah sangat pun kan? pejam mata pun boleh buatkan? Dah boleh makan roti canai sebagai sarapan. Kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih."
"Kek bukan sahaja di buat sempena ingin menyambut sambutan seperti hari jadi, ulang tahun dan sebagainya. Ia juga boleh dibuat secara saja-saja atau untuk minum petang. Secara kesimpulannya, ia boleh dibuat pada bila-bila masa tak kira apa jua situasi.\n\nMoist butter cake adalah sejenis kek yang sangat sedap dan senang di buat. Sesiapa sahaja yang minat \u2018baking\u2019, tentu ingin mencuba resepi yang ingin dikongsikan ini. Kek ini sangat lembut, wangi dan yang paling penting sedap. Sesiapa yang membuat kek ini tentu tak menyesal.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Rosmaliza Omar di Facebook dan telah mendapat perkongsian yang ramai. Mari kita cuba resepi ini!\n\nResepi Moist Butter Cake Old School\n\nSelain resepi Moist Butter Cake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Dadah digunakan dalam perubatan tetapi ia juga harus mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang. Sesetengah dadah mungkin melambatkan pergerakan badan dan ada juga yang boleh mempercepatkan fungsi badan.\u00a0\n\nTerdapat salah faham umum bahawa dadah boleh membawa keburukan namun tidak semuanya memberi kesan buruk. Dadah datang dalam pelbagai bentuk dan boleh diambil pelbagai cara. Sebaliknya penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan banyak masalah seperti kesihatan dan juga kematian.\n\nJom lihat jenis dadah dan fungsinya.\n\nKokain atau Cocaine adalah jenis dadah yang berasal daripada daun koka. Dadah ini diproses menjadi serbuk putih. Untuk pengetahuan anda, daun koka yang digunakan untuk membuat kokain berasal daripada Peru, Columbia, Amerika Selatan dan Bolivia.\n\nJenis dadah ini dikaitkan dengan penggunaan haram dan ketagihan yang teruk dalam masa yang singkat. Ia juga digunakan oleh sebahagian besar rawatan di bilik kecemasan. \n\nCara penggunaannya adalah melalui snorting (sedut / hisap), suntikan dan merokok. Kokain berfungsi menghalang reaksi neuron dan meningkatkan aktiviti beberapa saraf. Kesannya amat kuat dan pengguna dadah ini akan berasa sangat menyenangkan.\n\nNama Methamphetamine merupakan satu jenis dadah yang tergolong dalam kumpulan stimulan. Uniknya, ia berbentuk seperti kaca pecah dan ada juga berbentuk seperti kristal. Contoh yang biasanya terdapat di Malaysia ialah jenis dadah syabu.\u00a0\n\nJenis dadah ini lazimnya diproses secara haram dan dari segi aspek perubatan, ianya tidak digunakan.\u00a0 Ia juga sering dikaitkan dengan ketagihan yang teruk oleh penggunanya. Selain itu, ia dikenali sebagai speed, ice, meth dan kristal.\n\nJenis dadah yang digunakan untuk mengurangkan ketagihan minum secara berterusan dan membantu mengekalkan pantang bagi orang yang menggunakan gangguan alkohol adalah Disulfiram.\u00a0 \n\nIa berfungsi menghalang fungsi aldehid dehidrogenase dan menghasilkan kesan yang tidak menyenangkan apabila alkohol digunakan atau diminum. Kesan-kesan sampingannya termasuk sakit kepala dan peningkatan kadar denyutan jantung. Jenis dadah ini boleh didapati dalam bentuk tablet dan diambil secara telan.\n\nAmfethamin adalah merupakan jenis dadah yang psikostimulan. Ia meningkatkan aktiviti neurotransmitter tertentu. Fungsinya adalah menaikkan pelepasan sinaptik dan menghalang reuptake.\u00a0\n\nAmfethamin ditetapkan untuk beberapa keadaan namun sering juga disalah guna pakai. Dengan pengambilan yang berlebihan, pengguna biasanya menjadi tidak boleh tidur, bercakap lebih-lebih, menggeletar dan sebagainya.\n\nTahukah anda, Duragesic adalah jenis dadah yang terdapat dalam beberapa dos kekuatan. Tujuan asalnya adalah untuk digunakan dalam menguruskan kesakitan kronik dan teruk. Penyalahgunaan yang disengajakan dapat meningkatkan risiko kecederaan berlebihan dan boleh mendatangkan ketagihan.\n\nEctasy dikenali juga sebagai \u2018feel good drug\u2019. Jenis dadah ini biasanya dapat meningkatkan daya tahan penggunanya. Ia biasanya diambil dengan cara mudah iaitu hanya menelan dadah tersebut dalam bentuk kapsul atau pil.\n\nDikenali sebagai dadah jalanan, Heroin adalah dadah yang paling sering disalah gunakan oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah dalam bentuk serbuk putih yang merupakan produk yang dihasilkan daripada pengolahan dari dadah jenis morfin. Heroin mempunyai kekuatan yang berlipat kali ganda daripada morfin.\n\nJenis dadah ini merupakan ubat haram yang dikenali untuk mendorong perasaan menenangkan dan euforia. Penggunaanya adalah melalui suntikan, merokok atau diambil secara terus.\n\nSesuai dengan fungsinya, jenis dadah ini adalah merupakan ubat bius dalam operasi pembedahan. Ianya kerap disalah gunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Ketamin boleh menyebabkan penggunanya mengalami tidur dengan cepat.\u00a0\n\nKetamin pernah dikaitkan dengan kemunculan kecelaruan yang lebih pendek dan kurang menakutkan. Dalam bentuk farmaseutikal, ketamin masih menjadi ubat dengan utiliti perubatan.\n\nNaphyrone (NRG-1; Energy1) adalah jenis dadah perangsang yang berkait rapat dengan mephedrone. Kesannya dikatakan sama seperti dadah jenis amphetamine, kokain dan ecstasy. Jenis dadah ini dianggap 5 hingga 10 kali ganda lebih kuat daripada mephedrone atau ecstasy.\n\nNaphyrone biasanya datang dalam bentuk serbuk kristal putih dan biasanya ditelan dalam balutan kertas. Ia dijual di internet sebagai makanan tumbuhan atau pembersih kolam dengan harga sekitar RM70 setiap gram. Pengambilannya akan mendatangkan kesan berbahaya seperti kesan buruk kepada jantung dan saluran darah, hiperthermia dan sebagainya.\n\nDalam kes yang teruk, dadah ini boleh menyebabkan kematian akibat keruntuhan kardiovaskular atau kejutan jantung. Kini, Naphyrone adalah haram dan merupakan dadah kelas B di Jersey.\n\nMarijuana juga dikenali sebagai ganja. Kompaun psikoaktif utama dalam ganja adalah tetrahydrocannabinol. Di dalam beberapa negara, marijuana telah disahkan untuk beberapa kegunaan perubatan.\n\nCara gunakannya adalah dengan memakannya begitu sahaja atau menggunakannya seperti tembakau. Selain itu ganja atau marijuana juga digunakan dengan menghisap cecairnya (hashish).\n\nMorfin adalah jenis dadah alkaloid. Ianya diperolehi selepas prosesnya daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali bes morfin, pil morfin dan morfin mentah.\n\nBiasanya, pengguna dadah jenis ini akan menyuntik atau menelannya. Jenis dadah ini bersifat analgesik opioid iaitu sering dianggap sebagai ubat penghilang rasa sakit arketik. Ia digunakan secara meluas di hospital dan klinikal lain namun ia juga disalahgunakan oleh para penagih dadah.\n\nPhenobarbital adalah jenis dadah barbiturat. Ia biasanya digunakan sebagai anticonvulsant untuk merawat pesakit sawan. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati mereka yang mengalami pengeluaran akut daripada alkohol atau benzodiazepin. Kesan pengambilannya boleh menyebabkan gegaran dan kejang yang teruk.\n\nBerikut adalah jenis dadah yang wujud dan berbahaya di Malaysia. Jom baca juga Atasi Pembuangan Bayi,\u00a0Faedah Bersukan dan Peranan Ibu Bapa Atasi Masalah Remaja."
"Sebagai seorang wanita, apabila telah berkahwin, seluruh jiwa raga akan berfokus kepada keluarga terutamanya buat suami dan anak-anak tercinta. Keadaannya cukup berbeza dengan keadaan sewaktu kita berstatus bujang dahulu. \n\nSebagai insan yang bergelar isteri dan juga ibu, sejauh manakah rasa ikhlas itu mekar dalam hati kita semua?\n\nYa, memegang banyak tugasan serta tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dalam satu masa bukan perkara yang mudah.\n\nAgak ramai klien saya menghadapi isu pertanyaan dalam diri, dipertikai pasangan, sejauh mana keikhlasan mereka dalam perhubungan, tindakan, perkhidmatan dan layanan mereka terhadap keluarga.\n\nBicara saya mudah sahaja, ia hanya berkisar pada satu konsep, dasar dan asas yang sama, yang diinspirasikan daripada Surah Al-Ikhlas.\n\nAllah Itu Ahad, Satu. Tiada Dua.\n\nIkhlas itu datang daripada rasa yang satu \u2013 kerana Allah semata-mata.\n\nLakukan sesuatu perkara sebab Allah suka, bukan sebab suami atau anak suka.\n\nBersihkan rumah, memasak, melayani suami dan anak-anak, kita lakukan sebab Allah suka dan Allah suruh. Allah suka yang indah, bersih, baik dan aman. Semua itu terkandung dalam Asmaul Husna. Lakukan perintahNya kerana ia datang daripada Allah, bukan sebab orang lain atau perkara lain.\n\nJika kita lakukannya kerana orang lain, mereka juga tidak sempurna seperti kita. Ada \u2018expectation\u2019 tertentu yang pelbagai standardnya. Maka akan berlaku pertikaian yang tidak berkesudahan selagi sesuatu perkara itu tidak mencapai standard tertentu.\n\nKita semua adalah serupa, sama-sama manusia. Emosi mengalir dalam darah. Dalam darah tempat syaitan menyalurkan bisikan jahatnya.\n\nMaka, berbalik kepada yang satu, Allah jua tempat kita kembali walau apa jua berlaku. Selesai.\n\nFokuskan seluruh tenaga, fikiran dan rasa kita kepada Dia.\n\nApabila kita fokus kepada manusia, ianya tidak akan pernah selesai dan pasti berakhir dengan penat. Siasat, selongkar, \u2018argue\u2019, membentak, \u2018demand\u2019\u00a0and the list go on.\n\nSebaliknya, apabila kita fokus melakukan segalanya kerana Allah semata-mata, kita akan berasa puas.\n\nTerdapat perbezaan apabila kita melakukan sesuatu kerana manusia dan kerana Allah.\n\nLakukan sesuatu perkara kerana manusia, keikhlasan kita dipersoal, pahala pula tak pasti.\n\nLakukan perkara tersebut sepenuh hati kerana Allah, ganjaran pahala sudah pasti dan Allah suka. Banyak manfaat lain kita akan dapat,\u00a0believe me.\n\nApabila kita mengejar redha Allah, yang lain akan datang sendiri.\n\nApabila kita mengejar akhirat, kebaikan di dunia akan bersama mendatangi kita. Kadang-kala kita berasa seperti berada di syurga, ya syurga dunia.\n\nItu yang saya saksikan pada klien saya yang membuat perubahan dengan fokus kerana Allah dalam amalan hariannya. \n\nSetiap perkara kecil yang dilakukan secara konsisten dengan konsep ini dan apabila aktiviti semua berfokus kepada mendekatkan diri kepada Allah, keikhlasan yang dicari telah ditemui.\n\nSegalanya lebih baik, lebih tenang dan \u2018cukup rasa\u2019. Indah sungguh perasaan \u2018cukup rasa\u2019 itu tidak tergambar dek kata-kata. Tidak bergolak lagi seperti dahulu.\n\nAkhir kata, refleksi diri kita setiap hari untuk setiap tindakan yang mula kita rasakan penat, dengan cara fokus melakukannya kerana Allah, buat kerana Allah suka.\n\nPercayalah, dengan melakukan semua perkara kerana Allah, ianya sudah cukup untuk melahirkan perasaan ikhlas dan tenang di hati kita semua, In sha Allah."
"Adakah anak anda pandai bercakap bohong atau memutarkan cerita agar dia tidak dipersalahkan? Keadaan ini adalah situasi yang tidak sihat kerana pada umur yang awal, anak anda sudah pandai bercakap bohong. Mengapa anak anda bercakap bohong ?\n\nHal ini kerana anak anda mengalami \u2018Fear Loop\u2019 iaitu anak anda sentiasa berasa takut dengan orang dewasa sehingga tidak mampu minta tolong dengan orang dewasa. \n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tanda-tanda anak mengalami \u2018Fear Loop\u2019. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.\n\nTanda-tanda anak anda mengalami \u2018Fear Loop\u2019\n\nBagi mereka, jika mereka bertanya atau minta tolong dengan orang dewasa, nanti mereka dimarahi kerana mengganggu. Jadi lebih baik buat sendiri sahaja. Anak memang tidak suka dimarahi.Cuba lihat kalau ada tanda tanda awal Fear Loop ni pada anak:\n\nWalaupun perkara tu berlaku depan mata, bila kita tanya dia tak ngaku. Kalau tak menipu, dia senyap tak terkata.\n\nKadang kita anggap anak begini jenis berdikari. Dia jarang nyusahkan kita. Tapi pernah terfikir tak yang anak tu mungkin takut nak meluah?\n\nAda anak takut gelap, ada anak takut binatang, anak takut jumpa orang dewasa pun ada. Lain anak lain ketakutannya.\n\nBila ketakutan dia menangis. Bila kena marah dia menangis. Bila kena gurau kasar sikit dia menangis. Menangis adalah cara anak lawan ketakutan. Lepas nangis dia lega.\n\nAnak yang ada Fear Loop ni susah nak bergaul dengan orang lain. Dia tak pandai berkomunikasi, dia senang bergaduh dan dia senang sentap.\n\n*Berikut adalah tanda-tanda anakanda mengalami \u2018Fear Loop\u2019. Sebagai ibu bapa, kita perlu bercakap dengan suara yang lembut dan jangan memarahi mereka terlalu kerap. Lebih bagus jika anda memberi nasihat daripada terus memarahi mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. \n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini.\n\nJemput baca artikel lain yang menarik di laman kami :"
"Dengkur berlaku disebabkan saluran pernafasan sempit dan tersumbat sewaktu tidur.\u00a0Kemudian, udara menolak dengan kuat ke arah laluan udara menyebabkan bunyi yang dikenali sebagai dengkuran.\u00a0Alahan, asma, kesejukan, sesak hidung dan jangkitan resdung\u00a0boleh menyebabkan dengkuran.\n\n1. Jus epal, lobak merah, lemon & halia\n\nAnda boleh mengatasi masalah berdengkur dengan mengamalkan jus ini.\u00a0Bahan-bahan:\n\nCara membuat, campurkan semua bahan-bahan di atas menggunakan mesin pengisar. Lebih elok sekiranya gunakan bahan-bahan organik. Lagi cepat pengurangan berdengkur.\n\n2. Jus kunyit hidup, madu & air suam\n\nSelain itu, anda juga boleh mengamalkan jus kunyit hidup ini. Ambil 2 ruas kunyit hidup, anggaran 2 inci. Kupas kulitnya, bersihkan dan hiris nipis. Masukkan dalam segelas air suam. Tambahkan dengan 2 sudu kecil madu. Kacau sebati. Amalkan minum air kunyit tersebut setiap malam sebelum tidur.\n\nBadam juga boleh mengurangkan dengkur. Ambil tujuh biji badam. Basuh, keringkan dan tumbuk sampai lumat. Campurkan badam tersebut dengan segelas susu panas. Amalkan setiap kali sebelum masuk tidur.\n\nBagi mereka yang berbadan besar, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong adalah antara punca anda berdengkur. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi anda akan dapat tidur nyenyak serta personaliti anda akan turut nampak lebih menarik dan memikat.\n\n5. Mandi air panas sebelum tidur\n\nMasalah dengkur berlaku apabila ada gangguan pada saluran pernafasan pada bahagian saluran hidung atau tekak.Jika anda mandi air panas sebelum tidur, ia akan membantu untuk mengeluarkan sebarang bendalir yang mengganggu saluran tersebut. Sambil mandi, jangan lupa juga untuk berkumur dan membilas hidung.\n\n6. Gunakan pelekat jalur hidung anti dengkur\n\nJika anda memerlukan bantuan peralatan bagi mendapatkan pernafasan yang lebih lancar ketika tidur, mungkin anda boleh menggunakan pelekat jalur hidung. Ia membantu untuk membuka bukaan nasal hidung. Anda boleh membelinya di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka. Ia sangat membantu dalam mengatasi masalah berdengkur, terutamanya jika ia disebabkan oleh sekatan pada hidung, dan bukannya pada tekak.\n\nSelain daripada pelekat hidung yang diletakkan di bahagian atas hidung, anda juga boleh membeli semburan nasal hidung bagi melegakan sekatan pernafasan akibat mukus dalam hidung anda. Ia juga boleh dibeli di farmasi dan apabila disembur, anda akan berasa lega dan lebih mudah untuk bernafas.\n\n8. Tidur mengiring, elakkan tidur terlentang\n\nJika anda mengalami masalah dengkur setiap malam, cuba tukar cara anda tidur. Berbaring secara menelentang akan menyebabkan bahagian atas lidah anda menutup saluran tekak anda, sekaligus menutup saluran pernafasan. Cuba tidur secara mengiring dengan mendapatkan bantuan bantal peluk atau anda juga boleh memilih untuk memeluk pasangan anda.\n\nTonsil yang terlalu besar jiga boleh menjadi punca berdengkur. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpalah pakar dan buat pemeriksaan untuk memeriksa jika anda ada masalah tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut agar anda tiada gangguan tidur lagi.\n\n10.\u00a0Pasang pelembab udara (humidifier) di dalam bilik\n\nKalau anda naktahu, masalah dengkur juga boleh disebabkan oleh keadaan bilik yang kering dan panas. Apabila anda tidur dalam suhu bilik sebegini, hidung anda perlu bekerja lebih kuat ketika tidur untuk mendapatkan udara segar, sehinggakan anda berdengkur.\n\nDengan memasang pelembap udara (air humidifier), bilik anda akan berada dalam keadaan optimum yang membantu tidur yang lebih berkualiti.\n\n11. Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang\n\nPernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda memastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan anda dan ini mengurangkan risiko ia tersumbat semasa anda sedang tidur.\n\n12. Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur\n\nAlahan boleh menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut anda bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.\n\nPostur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang anda berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu anda mengekalkan posisi tidur yang sihat.\n\n\n\u00a014. Amalkan teknik menarik nafas dalam-dalam\n\nBernafas dengan betul dapat membantu anda mendapatkan rehat yang cukup dengan sendiri anda dapat mengamalkan corak bernafas yang sihat pada setiap malam.\n\nOleh kerana anda tidak dapat mengawal pernafasan semasa tidur, latihan pernafasan yang anda sering lakukan membantu anda bernafas dengan betul semasa tidur. Meditasi dan pranayama merupakan latihan pernafasan yang bukan sahaja dapat membantu anda berhenti berdengkur tetapi anda akan berasa relaks dan lebih fokus.\n\n15. Tidur dengan bantal yang tinggi\n\nLagi satu cara hilangkan dengkur adalah dengan tidur dalam keadaan kepala berada di atas bantal yang sedikit tinggi. Ia membantu pernafasan yang lebih lancar apabila dagu dan hidung anda sedikit terangkat. Tetapi, bantal tersebut tidak perlu terlalu tinggi sehingga anda sakit tengkuk! Cukup sekadar 4 ke 5 inci lebih tinggi dari paras biasa kepala anda ketika berbaring.\n\n16. Jangan ambil makanan berat sebelum tidur\n\nTabiat gemar makan berat lewat malam sebelum tidur juga adalah salah satu punca masalah dengkur. Malah, ada kajian yang menyatakan bahawa makanan seperti minuman susuan akan menyebabkan masalah dengkur yang semakin teruk. Jadi, perhatikan apa yang anda makan sebelum tidur dan elakkan dari makan lewat malam. Ia mungkin dapat membantu mengurangkan masalah tidur anda.\n\nJika anda ingin mengurangkan dengkuran ketika tidur, cuba buat latihan mulut ini.\n\nLatihan otot mulut dan lidah sebegini dikatakan dapat membuka bukaan tekak dan sekaligus membantu pernafasan yang lebih lancar ketika tidur.\n\n18. Banyakkan minum air di siang hari\n\nSatu lagi cara untuk menghilangkan dengkur adalah dengan memperbanyakkan minum air di siang hari. Ia akan mengekalkan tahap hidrasi badan anda. Jika anda kekurangan air, tekak anda akan kering dan menghasilkan mukus lalu menyebabkan masalah dengkur. Jadi, banyakkan minum air di siang hari untuk mengelakkan ia terjadi.\n\nItulah dia petua hilangkan dengkuran yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!Jemput baca artikel petua hilangkan buasir dan petua rambut gugur"
"Nota Editor : Perkongsian ini telah ditulis oleh Dr Khairul Hafidz di laman Facebooknya.\u00a0 Perkongsian post beliau tentang isu ini telah mendapat perkongsian ramai. Kami kongsikan semua untuk emreka yang belum membacanya.\n\nKami didatangi seorang pesakit ke wad bersalin, ibu 30-an mengandung 38 minggu, kandungan kelima, datang kerana kerana sudah ada kontraksi. Ibu adalah golongan risiko rendah, tiada masalah kesihatan sewaktu mengandung.\n\nDi wad, tiba-tiba ketuban telah pun pecah dan berwarna hijau, kami periksa bukaan telah pun 4 cm. Kami buat CTG, dan kami dapati CTG menunjukkan early deceleration, jantung janin tidak bagus dan perlu dirujuk ke hospital berpakar.\n\nSetelah dihantar, ibu terpaksa putar balik kerana bukaan telah pun penuh, jadi ibu dibantu dengan penuh debaran. Alhamdulillah, anak selamat dilahirkan, terus menangis bila keluar, dan kami dapati tali pusat melilit kuat sebanyak 2 lilitan di leher bayi (cord round neck). Jadi jelaslah kepada kami kenapa air ketuban ibu hijau dan kepada CTG tadi tidak cantik.\n\nSebab itu saya cukup hairan, melihat golongan yang menolak teknologi\u00a0untuk membantu proses kelahiran mereka. CTG adalah alat yang cukup penting di dalam perbidanan untuk memantau keadaan anak di dalam kandungan sewaktu kehamilan dan kelahiran. Pembacaan CTG dengan baik dapat menyelamatkan nyawa anak, dan bukankah ini yang dimahukan para ibu? Supaya anak lahir selamat ke dunia?\n\nContoh di sini cukup jelas, CTG tak cantik, bila anak lahir ternyata ada lilitan tali pusat di leher, bukankah itu bukti ketepatan teknologi?\n\nSaya tak faham, bilamana masyarakat menerima kereta sebagai satu teknologi yang membantu memudahkan pergerakan, balik kampung untuk Raya contohnya, mengapa tidak boleh menerima CTG sebagai salah satu teknologi membantu kelahiran ibu? Sungguh logika golongan ini tidak dapat saya terima.\n\nTeknologi gunanya untuk membantu manusia, bukan namanya teknologi jika apa yang kita cipta makin menyusahkan kita. Kena percaya Allah beri ilmu kepada manusia sesuai zamannya, kerana ilmu itu akan berkembang. Dengan ilmu, kita akan mencipta alatan dan teknologi ini akan membantu memudahkan kerja manusia.\n\nBetul, tanpa CTG anak mungkin selamat, saya tak nafikan, tetapi jika sesuatu terjadi kepada anak, dan ibu tahu ada cara yang lebih baik untuk bantu kelahiran anak, tidakkah ibu akan menyesal sepanjang hayat?\n\nJangan hanya menerima takdir, usaha dulu baru tawakkal. Itu kata Rasulullah."
"Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, autisme adalah sejenis gangguan yang berlaku kepada pertumbuhan dan tumbesar seseorang untuk jangka masa panjang yang memberikan kesan kepada pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses informasi. Ia boleh berlaku kepada 1-2 orang dalam 1000 orang kanak-kanak.\n\nAutisme adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil \u201c Pervasive Developmental Disorders.\u201c Satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah \u2018Asperger\u2019s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak yang terlibat dan kemahiran kognitifnya boleh menjadi normal. Untuk maklumat anda, autisme lebih kerap berlaku kepada anak-anak lelaki berbanding anak perempuan, iaitu 4 kali lebih tinggi. \n\nGejala-gejala autisme selalunya dapat dikesan sebelum kanak- kanak tersebut berumur 3 tahun. Di antara tanda dan simptom yang selalu ditunjukkan oleh anak autisme ialah:\n\nJadi, apakah punca autisme? Setakat hari ni belum dunia sains masih belum dapat mengenal-pasti apakah punca autisme yang sebenar. Namun kajian mendapati anak-anak yang mempunyai ciri-ciri di bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi autistik:\n\nPerkara ini telah diperkatakan sejak dulu lagi. Autisme dikatakan sebagai penyakit keturunan yang boleh diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya melalui genetik. \n\nOleh itu, jika ada ahli keluarga anda yang disahkan sebagai autistik, anak lain dalam keluarga juga akan diperiksa kerana dikhuatiri mempunyai masalah yang sama. Begitu juga halnya bagi pasangan kembar.\n\nJika anda adalah seorang pesakit autisme, kemungkinan besar anak anda nanti juga akan mewarisi autisme melalui genetik daripada anda. Namun begitu usahlah anda bersedih, semua yang berlaku adalah ketentuan illahi. Tidak semestinya anak anda juga akan menjadi autistik seperti anda. \n\nSelain warisan keturunan, punca autisme yang seterusnya ialah kecelaruan genetik. Kajian menunjukkan bahawa dalam sesetengah kes autisme, berkemungkinan besar ianya adalah berkaitan dengan kecelaruan genetik seperti:\n\nKajian menunjukkan bahawa sekiranya seorang ibu mengalami demam semasa mengandung terutamanya semasa trimester kedua, ia meningkatkan risiko anak yang dikandung mengalami spektrum autisme. \n\nIa adalah hasil satu kajian yang diterbit oleh Jurnal Molecular Psychiatry di mana para penyelidik telah mengkaji hampir\u00a0100,000 orang ibu dan anak autisme di Norway yang dilahirkan antara tahun 1999 hingga 2009.\u00a0\n\nHasil kajian menunjukkan bahawa hampir\u00a016%\u00a0daripada ibu yang terbabit dengan kajian tersebut melaporkan bahawa mereka pernah demam sekurang-kurangnya sekali semasa tempoh mengandung. Namun belum diketahui apakah kaitan di antara demam semasa mengandung dengan autisme. Mungkinkah ia berlaku kerana jangkitan kepada janin atau disebabkan oleh ubat yang diambil semasa demam?\n\n4. Pendedahan ibu mengandung dan bayi kepada botol plastik \n\nPunca autisme yang seterusnya ialah pendedahan ibu mengandung dan bayi kepada botol plastik yang boleh membahayakan kesihatan. Teori ini dibuat oleh Dr. Harvey Karp, iaitu seorang doktor dan penasihat kesihatan kanak-kanak. Menurut beliau, pendedahan ibu hamil kepada sesetengah kimia, seperti\u00a0kimia endoktrin (EDC)\u00a0adalah di antara punca berlakunya autisme.\n\nDi antara contoh botol yang mempunyai kimia endktrin ialah:\n\nMenurut Doktor Harp, salah satu daripada fungsi hormon ialah untuk mengawal isyarat otak. Namun, EDC boleh memasuki otak bayi yang kecil, atau bayi dalam kandungan dan mengubah perkembangan otak mereka lalu menyebabkan berlaku kelainan kepada perkembangan otak bayi.\n\nSesetengah ubat yang diperskripsi oleh doktor kepada seorang kanak-kanak juga dikatakan boleh menjadi punca autisme. Di antara ubat yang telah dikenal-pasti ialah:\n\nPunca autisme yang tarakhir ialah masalah bilogi yang lain seperti:\n\nItulah dia punca autisme yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara mengajar anak membaca dan tanda anak lambat bercakap"
"Kematian akibat jangkitan kencing tikus atau Leptospirosis bukanlah perkara yang baru di Malaysia. Malah, pastinya ada kenalan anda yang lumpuh atau mengalami kerosakan organ dalaman disebabkan oleh penyakit merbahaya ini. \n\nBenarkah kencing tikus berlaku disebabkan oleh penyakit bawaan tikus? Bagaimanakah cara jangkitan dan rawatan untuk penyakit kencing tikus?\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kencing tikus?\n\nPenyakit kencing tikus\u00a0atau nama lainnya\u00a0Leptospirosis\u00a0adalah sejenis penyakit berjangkit\u00a0yang menjangkiti manusia disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. \n\nJika manusia yang dijangkiti oleh penyakit ini tidak diberikan rawatan dan ubat dengan kadar segera, penyakit ini boleh merebak ke seluruh badan, merosakkan organ dalaman, dan malah boleh membawa maut.\n\nAdakah penyakit kencing tikus merupakan penyakit berjangkit yang dibawa oleh tikus sahaja?\n\nPada asalnya, bakteria Leptospira ini dikatakan datang dari tikus dan merebak melalui air kencing binatang yang kotor tersebut. Namun hari ini, kajian mendapati bahawa penyakit kencing tikus bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh tikus, malah ianya boleh berpunca daripada pelbagai binatang lain, termasuklah haiwan liar dan haiwan peliharaan seperti:\n\nHaiwan yang telah dijangkiti oleh bakteria Leptospira dan menjadi pembawa penyakit kencing tikus mungkin akan menunjukkan gejalan dan tanda-tanda penyakit tersebut, namun sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan penyakit tersebut kepada manusia yang berhampiran atau kebetulan terkena air kencingnya.\n\nBagaimanakah cara jangkitan kencing tikus? Bagaimana ia merebak kepada manusia?\n\nKajian terkini mendapati bahawa terdapat beberapa cara untuk bakteria Leptospira berjangkit daripada haiwan bawaan kepada manusia. Di antara cara yang paling kerap berlaku di Malaysia ialah:\n\nApakah tanda dan gejala penyakit kencing tikus?\n\nSekiranya anda atau orang tersayang dijangkiti oleh penyakit kencing tikus, tubuh badan akan menunjukkan simptom-simptom yang berikut. Tempoh masa pengeraman bakteria Leptospira di dalam tubuh badan adalah di antara 2 hingga 26 hari namun kebiasaannya anggaran biasa sebelum tubuh badan mula menunjukkan simptom kencing tikus adalah dalam tempoh 10 hari. Di antara simptom pertama yang akan ditunjukkan ialah:\n\nSelain itu, pesakit yang telah dijangkiti oleh penyakit kencing tikus juga mungkin mengalami:\n\nApakah rawatan untuk penyakit kencing tikus?\n\nDi antara rawatan yang boleh diberikan ialah dengan cara-cara berikut:\n\nItulah dia info tentang cara jangkitan kencing tikus dan cara rawatan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang penyakit SLE, penyakit tibi, penyakit gout, dan penyakit HFMD."
"Sepertimana yang kita sedia maklum, bayi dan anak kecil sentiasa belajar daripada persekitaran mereka. Perkembangan kanak-kanak berlaku setiap hari dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosial, kemahiran motor, dan sebagainya.\n\nMempersiapkan anak ke alam persekolahan sangat berkait dengan kemahiran bertutur dan membaca. \n\nMungkin ada yang tertanya-tanya tentang kaedah asas untuk merangsang anak bertutur dan membaca, agar mereka tidak kekok dan dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah kelak.\n\nUntuk menjawab persoalan tersebut, sebelum anak-anak mula bersekolah, mereka perlu didedahkan dengan PTRS seawal usia mereka.\n\nApakah itu PTRS? PTRS adalah 4 perkara yang sangat penting dan wajib didedahkan kepada anak-anak sejak mereka bayi sehingga sebelum mereka memulakan alam persekolahan kelak.\n\nIkuti perkongsian Puan Masturah A. Latib\u00a0yang merupakan seorang guru atau lebih dikenali sebagai Teacher Mas, melalui laman Facebook peribadinya tentang PTRS ini.\n\nBermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran bahasa dan pertuturan.\n\nKanak-kanak dapat meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain. Percaya atau tidak, kemahiran bermain sebenarnya merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan kanak-kanak.\n\nBagi merangsang pertuturan anak, ibu bapa seharusnya bercakap dan berbual dengan anak sewaktu bermain dengan mereka. Ini kerana, komunikasi dua hala sewaktu bermain dengan anak sebegini dapat merangsang pertuturan dan kemahiran penggunaan bahasa anak.\n\nGunakan ruang yang sesuai untuk bermain bersama anak dan pilih permainan yang bersesuaian dengan umur mereka. Gunakan bahasa yang mudah serta intonasi suara yang pelbagai bagi menarik perhatian dan minat mereka untuk bertutur sambil bermain.\n\nIbu bapa hendaklah sentiasa bercakap dengan bayi seawal usia mereka. Walaupun ketika itu mereka masih belum boleh berkata-kata, tetapi perkataan yang didengari akan disimpan di dalam memori mereka dan akan mula digunakan apabila tiba masanys kelak.\n\nPada usia 1 tahun, ibu bapa perlu \u2018expect\u2019\u00a0 anak untuk mula menyebut perkataan yang biasa digunakan dalam rutin harian mereka. Terdapat anak-anak yang menyebut \u201cmama\u201d sebagai perkataan pertama mereka, ada yang menyebut perkataan \u201cnak\u201d dan ada juga yang menyebut \u201cball\u201d. Ia bergantung kepada persekitaran anak serta\u00a0perkataan yang kerap kali didengari dan difahaminya.\n\nMenjelang usia 2 tahun, anak seharusnya sudah boleh menggabungkan perkataan-perkataan menjadi ayat mudah seperti \u201cnak susu\u201d, \u201cnak bola\u201d, \u201cmama ball\u201d dan sebagainya.\n\nTips untuk ibu bapa yang mempunya anak berusia 1 hingga 2 tahun :\n\nIbu bapa boleh mula membacakan buku buat anak seawal usia mereka 6 bulan lagi. Dapatkan buku bergambar yang lembut (soft book) yang bersesuaian dengan umurnya bagi menggalakkan anak untuk melihat gambar yang disebut oleh ibu bapa melalui buku tersebut.\n\nCuba mulakan dengan buku-buku klasik (seperti \u2018Pat the Bunny\u2019) di mana anak boleh meniru pergerakan menepuk (pat)\u00a0 atau menyentuh buku yang mempunyai tekstur. Biasakan anak dengan gambar-gambar yang terdapat di dalam buku tersebut dan beri peluang kepada anak untuk cuba menamakannya.\n\nDengan kerap membacakan buku tersebut buat anak, adalah tidak mustahil, mereka dapat mengingati jalan ceritanya dan dapat bertutur atau membacakan kembali cerita tersebut kepada kita kelak.\n\nSudah menjadi lumrah ibu bapa untuk menenangkan bayi dengan nyanyian apabila si kecil ini dilanda keresahan. Selain daripada mendukung, memeluk, atau memujuk mereka, antara cara lain yang sering digunakan adalah mendodoi bayi sambil menyanyikan lagu, zikir, nasyid dan sebagainya kepada mereka.\n\nTerdapat banyak keistimewaan menyanyikan lagu untuk bayi atau bersama anak kecil. Lagu-lagu anak kecil bukan sahaja menenangkan dan menghiburkan hati, malah ia juga boleh digunakan bagi menarik perhatian mereka untuk menyanyi sambil belajar.\n\nWalaupun mungkin suara ibu atau ayah \u2018ke laut\u2019 ketika menyanyi, itulah suara yang paling gemar didengari oleh bayi dan anak kecil. Pelbagai kajian yang bersetuju dengan kenyataan bahawa menyanyi untuk anak dapat membantu perkembangan minda terutamanya dari aspek pertuturan dan emosi.\n\nOleh itu, jadikan menyanyi sebagai rutin harian bersama anak, supaya anak lebih bersemangat untuk mempelajari banyak perkara daripada nyanyian dan lagu itu.\n\nPLAY, TALK, READ AND SING WITH THE KIDS!\n\nDengan mendedahkan anak kepada PTRS\u00a0(play, talk, read, sing)\u00a0sejak mereka bayi lagi, ianya dapat mengasah pelbagai kemahiran asas seperti kemahiran mendengar, melihat, memberi perhatian, kawalan emosi, kemahiran motor kasar dan juga kemahiran motor halus dalam diri mereka.\n\nMelalui kemahiran-kemahiran asas tersebut, ia bukan sahaja dapat merangsang pertuturan anak, malah apabila semuanya berjaya dicapai dan seimbang mengikut perkembangan usia, in sha Allah ia dapat membantu mereka untuk belajar membaca dengan lebih mudah dan cepat.\n\nApabila anak memperoleh banyak manfaat melalui PTRS ini, mereka pasti berasa yakin dan lebih bersedia untuk ke sekolah kelak.\n\nLet\u2019s have fun by playing, talking, reading and singing with our kids!\n\n(Kredit kepada Puan Nik Eliani Nik Nawi iaitu penulis buku bersama Bacalah Anakku dan Read Easy untuk perkongsian beliau kepada Puan Masturah A. Latib tentang PTRS ini).\n\n*Sumber asal perkongsian ini adalah daripada\u00a0Puan Masturah A. Latib melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau."
"Mencari senarai ranking universiti di Malaysia yang terkini?\n\nUniversiti awam dan swasta di Malaysia ada banyak. Bukan berbelas, tetapi berpuluh. Setiap universiti ini juga ada prestasi yang berlainan.\n\nSenarai Universiti Yang Terbaik di Malaysia:\n\nSenarai di atas merupakan senarai ranking universiti di Malaysia secara ringkas. Senarai ini merangkumi universiti awam dan swasta.\n\nIanya juga lebih mengetengahkan top 20 ranking universiti di Malaysia. Mahu mengetahui dengan lebih lanjut? Teruskan membaca!\n\nUniversiti Malaya atau singkatannya, UM merupakan antara universiti yang tertua di Malaysia. Ia juga merupakan universiti terbaik di Malaysia.\n\nDitubuhkan pada tahun 1905, universiti ini terletak di Kuala Lumpur. Di Asia, UM menduduki tempat ke-9, manakala di dunia, UM menduduki tempat ke-59.\n\nUniversiti Putra Malaysia atau singkatannya iaitu UPM adalah universiti kedua terbaik di Malaysia.\n\nIanya terletak di Serdang, Selangor dan ditubuhkan pada tahun 1931. Di Asia, UPM menduduki tempat ke-28 manakala di dunia, UPM menduduki tempat ke-132.\n\nUniversiti Kebangsaan Malaysia atau singkatannya iaitu UKM adalah universiti ketiga terbaik di Malaysia.\n\nUniversiti yang terletak di Bangi, Selangor ini ditubuhkan pada tahun 1970. Di Asia, UKM menduduki tempat ke-35 manakala di dunia, UKM menduduki tangga ke-141.\n\nUniversiti Kebangsaan Malaysia atau singkatannya iaitu USM adalah universiti keempat terbaik di Malaysia.\n\nMempunyai kampus di Pulau Pinang dan Kelantan, USM ditubuhkan pada tahun 1969. Di Asia, USM menduduki tempat ke-34 manakala di dunia, USM menduduki tangga ke-142.\n\nUniversiti Teknologi Malaysia atau singkatannya iaitu UTM adalah universiti kelima yang terbaik di Malaysia.\n\nTerletak di Johor Bahru, UTM ditubuhkan pada tahun 1972. Di Asia, USM menduduki tempat ke-39 manakala di dunia, USM menduduki tangga ke-187.\n\nTaylor\u2019s Universiti merupakan universiti swasta yang menduduki tangga keenam untuk universiti terbaik di Malaysia.\n\nTerletak di Subang Jaya, Selangor, Taylor\u2019s ditubuhkan pada tahun 1969 dan merupakan universiti swasta terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.\n\nUntuk carta universiti terbaik di dunia, Taylor\u2019s menduduki tempat ke-89 di Asia dan tempat ke-379 di dunia.\n\nUSCI Universiti merupakan universiti swasta yang menduduki tangga ketujuh untuk universiti terbaik di Malaysia.\n\nTerletak di Kuala Lumpur, USCI ditubuhkan pada tahun 1986. Ia menduduki tempat ke-105 di Asia dan tempat ke-391 di dunia.\n\nUniversiti Teknologi Petronas atau lebih dikenali dengan nama UTP merupakan universiti kelapan yang terbaik di Malaysia.\n\nTerletak di Seri Iskandar, Perak, UTP ditubuhkan pada tahun 1997. Ia menduduki tempat ke-70 di Asia dan tempat ke-439 di dunia.\n\nUniversiti Utara Malaysia atau singkatannya iaitu UUM adalah universiti kesembilan yang terbaik di Malaysia.\n\nUniversiti yang terletak di Bukit Kayu Hitam, Kedah ini ditubuhkan pada tahun 1984. Ianya menduduki tangga ke-107 di Asia dan ke-531-540 di dunia.\n\n#10 Management & Science University (MSU)\n\nManagement & Science University (MSU) merupakan universiti swasta yang menduduki tangga ke-10 untuk universiti terbaik di Malaysia.\n\nTerletak di Shah Alam, Selangor, universiti ini ditubuhkan pada tahun 2001. MSU menduduki tangga ke-139 di Asia dan ke-551-560 di dunia sebagai universiti terbaik.\n\n#11 International Islamic University Malaysia (IIUM)\n\nInternational Islamic University Malaysia atau juga dikenali dengan nama UIA atau IIUM adalah universiti yang ke-11 terbaik di Malaysia.\n\nMempunyai kampus di Gombak, Selangor dan Kuantan, Pahang, UIA ditubuhkan pada tahun 1983, universiti ini menduduki tangga ke-123 terbaik di Asia dan ke-601-650 di dunia.\n\nUniversiti Teknologi Malaysia atau singkatannya iaitu UiTM adalah universiti ke-12 yang terbaik di Malaysia.\n\nMempunyai 34 kampus di seluruh Malaysia termasuk kampus utama di Shah Alam, Selangor, UiTM ditubuhkan pada tahun 1956.\n\nUiTM menduduki tangga ke-108 di Asia dan ke-651-700 di dunia sebagai antara universiti terbaik di dunia.\n\nTempat ke-13 untuk carta universiti terbaik di Malaysia pula diduduki oleh Sunway University, sebuah universiti swasta.\n\nTerletak di Petaling Jaya, Sunway University ditubuhkan pada tahun 2004. Ianya menduduki tangga ke-172 di Asia dan ke-701-750 di dunia sebagai antara universiti terbaik di dunia.\n\nUniversiti Tenaga Nasional yang juga diknali dengan nama UNITEN merupakan universiti swasta yang menduduki tempat ke-14 sebagai univesiti terbaik di Malaysia.\n\nDitubuhkan pada tahun 1999, UNITEN terletak di Kajang. UNITEN menduduki tempat ke-168 di Asia dan ke-701-750 di dunia.\n\nUniversiti Malaysia Pahang atau UMP menduduki tempat ke-15 sebagai universiti terbaik di Malaysia.\n\nMempunyai dua kampus iaitu di Gambang dan Pekan di Pahang, UMP ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menduduki tempat ke-172 di Asia dan ke-751-800 di dunia.\n\nMultimedia University yang juga dikenali dengan nama MMU merupakan universiti swasta yang menduduki tempat ke-16 sebagai universiti terbaik di Malaysia.\n\nMMU ditubuhkan pada tahun 1996 dan terletak di Cyberjaya, Selangor dan di Melaka. Untuk carta universiti terbaik, ianya menduduki tempat ke-190 di Asia dan ke-801-1000 di dunia.\n\nUniversiti Malaysia Sarawak atau UNIMAS pula menduduki tempat ke-16 sebagai universiti terbaik di Malaysia.\n\nDitubuhkan pada tahun 1992, UNIMAS terletak di Kota Samarahan, Sarawak. UNIMAS menduduki tangga ke 251-260 di Asia dan tangga ke-801-1000 di dunia. \n\n#18 Universiti Tengku Abdul Rahman (UTAR)\n\nUniversiti Tengku Abdul Rahman atau UTAR merupakan universiti swasta yang merupakan universiti ke-18 terbaik di Malaysia.\n\nTerletak di Kampar, Perak, UTAR ditubuhkan pada tahun 2002. UTAR menduduki tempat ke-157 di Asia dan tempat ke 801-1000 di dunia.\n\nUniversiti Malaysia Perlis atau UniMAP merupakan universiti ke-19 yang terbaik di Malaysia.\n\nTerletak di Kangar, Perlis, UniMAP ditubuhkan pada tahun 2001. Di Asia, UniMAP menduduki tempat ke-207 manakala di dunia, UniMAP menduduki tempat ke-801-1000.\n\nUniversiti Malaysia Sabah atau lebih dikenali dengan nama UMS merupakan universiti ke-20 yang terbaik di Malaysia.\n\nTerletak di Sabah, UMS menduduki tempat ke-210 di Asia manakala di dunia, UMS menduduki tempat ke-801-1000.\n\nSemoga artikel ranking universiti terbaik di Malaysia ini memberi manfaat buat anda, terutamanya bagi sesiapa yang mencari informasi tentang universiti-universiti di Malaysia.\n\nJangan lupa kongsikan artikel kami di sosial media atau kepada rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat!"
"Mencari resepi kek coklat kukus moist yang menarik untuk dibuat. Jika ya, jom cuba resepi ini.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Arina Rashid dan boleh memeleh juga air kami melihat hasilnya. Tanpa buang masa, jom kita cuba resepi kek coklat ini.\n\n* 1 setengah cawan tepung gandum\n\n* 1 sudu kecil baking powder\n\n* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat\n\n* 2 biji telur gred A\n\nCara Memasak Kek Coklat Kukus Moist\n\n\u2013 Ayak semua bahan-bahaan yg bertanda * ketepikan.\n\n\u2013 Blender semua bahan-bahan lain sampai sebati pastu tuang dalam bekas yg ada bahan-bahan tepung + serbuk koko\ntadi. Gaulkan guna handwisk sampai sebati.\n\n\u2013 Kalau nak kaler dia jadi hitam menawan tu masukkan sedikit coklat emulco yer.(Untuk bagi lagi moist kek tu m\nmasukkan sedikit coklat rice ke dalam adunan sebelum dikukus).\n\n\u2013 Then masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit marjerin.\n\n\u2013 Kukus kek selama 1 jam dengan api sederhana.\n\n\u2013 Pastikan panaskan dulu pengukus tu sebelum masukkan kek & balut penutup periuk ngan kain untuk elakkan air wap menitik atas kek.\n\n\u2013 Panaskan susu cair + susu pekat.\n\n\u2013 Masukkan coklat masakan (contoh guna dark coin beryls punya)\n\n\u2013 Bila coklat dah larut bersama susu, masukkan sedikit shortening. Sukatan agak2 la yer.\n\nBiar kek dan topping agak suam baru tuang topping atas kek. Guna separuh jer daripada adunan topping tu dulu. Then masukkan kek ke dalam peti ais dalam 30 minit. Keluarkan kek and tuang lagi balance topping tadi. InsyaAllah kek akan jadi shinning lawa jer. Selamat mencuba yer semua.\n\nSelain resepi kek coklat kukus moist ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Adakah anda pernah dengar mengenai teh hijau dapat membantu untuk menurunkan berat badan? Ia benar sama sekali. Teh hijau ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal selain bersenam dan kurangkan gula. Teh hijau juga mempunyai 0 kalori.\n\nRamai yang kata teh hijau ni tidak sedap kerana tawar dan pahit tetapi itulah sebab kenapa berat badan boleh turun. Teh hijau dapat membakar kalori dalam badan anda tanpa anda sedar. Teh hijau ini bukannya teh hijau yang selalu orang jual di pasar malam yang mempunyai susu dan gula. Teh hijau ini biasa orang rendam dengan air panas sahaja dan tidak dicampurkan dengan apa-apa bahan.\n\nJika anda mahukan kelainan, boleh cuba resepi ini.\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai resepi air teh hijau untuk kempiskan perut. Info ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar. Puan Zana mempunyai diploma akaun di Politeknik Seberang Perai. Kini, Puan Zana menjadi agen CPEA1 di Cunna Pretty.\n\n1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau.\n\n1 inci halia di slice nipis nipis.\n\n1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye.\n\n2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye.\n\n3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum.\n\n4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan.\n\n4. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah.\n\n*Mudah, bukan? Rasa air teh hijau ini lain sedikit daripada biasa tetapi ia boleh mengempiskan perut anda dan membuang angin di dalam badan. Ikuti resepi ini, Insyaallah anda dapat mengempiskan perut. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kalau anda ingin mencari sebuah resepi yang boleh dimakan diwaktu malam, resepi ini khas buat anda. Nasi goreng daging amat popular dijual di restoran di sekitar kita. \n\nRasanya berlainan, mengikut citarasa sipembuatnya. Nasi goreng daging juga amat mudah untuk disediakan kerana bahannya yang ringkas. Oleh itu, anda juga boleh menyediakan nasi goreng daging ini sendiri!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Incik dan Cik A dan telah mendapat banyak komen positif serta perkongsian yang ramai. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!"
"Ayuh ketahui cara solat unat Isyraq.\n\nSolat Sunat Isyraq adalah solat dua rakaat yang dilakukan ketika matahari tinggi kira-kira segalah, iaitu selepas waktu yang diharamkan solat. Ini bermaksud waktunya antara jam 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi. Pendek kata, Solat Sunat Isyrak dilaksanakan pada awal waktu Dhuha.\n\nTempoh solat ini juga sangat singkat iaitu lebih kurang 12 minit selepas syuruk (terbit matahari) sehingga masuknya waktu Dhuha. Hikmahnya jarak masa ini agar tidak menyamai golongan\u00a0 yang menyembah matahari.\n\nRasulullah S.A.W sangat menggalakkan umatnya agar melazimi solat sunat ini, iaitu selepas mengerjakan solat Subuh secara berjemaah atau beriktikaf di masjid.\n\nBaginda juga mengingatkan akan pahala besar bagi golongan yang melaksanakan ibadah tersebut. Sabda Baginda:\n\n\u201cSesiapa yang melakukan solat Subuh secara berjemaah kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia bersolat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala seperti pahala mengerjakan haji dan umrah. Berkata Rasulullah S.A.W \u2018Secara sempurna, sempurna, sempurna\u2019.\u201d\n\n\u201cSahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala.\u201d\n\n1. Pada rakaat pertama, bacalah surah al-Fatihah\n\n2. Membaca surah al-Kafirun, al-A\u2019la atau \u00a0surah-surah lain daripada \u00a0al-Quran\n\nSangat dianjurkan untuk membaca doa ini selepas selesai memberi salam:\n\n\u201cSegala puji kembali pada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.\u201d\n\nPenutup: Solat Sunat Isyraq Sebagai Tanda Kesyukuran\n\nSolat sunat \u00a0dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T atas pelbagai limpahan rezeki dan nikmat, termasuklah Solat Sunat Isyraq ini.\n\nJadi sebagai hamba Allah yang sentiasa mendambakan keredaan-Nya mestilah menjadikan solat-solat sunat sebagai cara untuk mensyukuri kesempatan bertaubat, ataupun menggunakan peluang ini sebagai tanda berterima kasih kepada Allah S.W.T dalam menikmati kehidupan di dunia ini.\n\nJom baca lebih banyak artikel menarik lain iaitu Solat Jenazah dan Solat Sunat Tasbih"
"Antara kesan buruk arus pemodenan adalah terjadinya pencemaran alam sekeliling. Kandungan logam berat yang tinggi akan mencemarkan alam sekitar lalu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan gangguan ekosistem.\n\nBahan buangan industri dan aktiviti manusia seperti asap kenderaan, asap rokok, penggunaan baja dan racun turut menyebabkan masalah pencemaran udara dan memburukkan lagi keadaan. Logam berat telah menjadi masalah pencemaran yang utama kerana logam berat tidak boleh didegradasi oleh persekitaran.\n\nProses pemulihan logam berat persekitaran di tanah, air dan udara adalah melalui penyingkiran logam berat tersebut dengan kaedah-kaedah seperti rawatan bahan kimia, pemisahan termal atau pirometalurgikal, elektrokimia, elektrokinetik dan proses biokimia.\n\nBahan pencemar yang terdiri daripada bahan organik dan tak organik ini perlu dikurangkan sebagai langkah pencegahan kesan ketoksikan bahan pencemar tersebut ke atas kesihatan organisma hidup.\n\nBahan pencemar organik kebiasaannya akan didegradasi oleh mikroorganisma manakala bahan pencemar tak organik khususnya logam berat perlu disingkirkan secara fizikal.\n\nPemulihan kandungan logam berat sebagai bahan pencemar boleh dilakukan secara kaedah konvensional ataupun kaedah fitopemulihan.\n\nAntaranya, kaedah ex situ yang melibatkan penyingkiran bahan tercemar secara fizikal atau menggunakan bahan kimia bagi meneutralkan sesuatu kawasan.\n\nKaedah in situ pula menggunakan bahan penjerap bagi memerangkap bahan tercemar di lokasi yang tercemar.\n\nKaedah ini khusus bagi pemulihan logam berat dalam sampel tanah.\n\nKawasan yang telah dikenal pasti tercemar dengan logam berat akan dikorek dan dibawa ke tapak rawatan. Kemudian, tanah yang sudah dirawat akan dikembalikan ke kawasan tercemar tersebut.\n\nKaedah ini semakin jarang dilakukan atas faktor kos dan pemulihan yang kurang berkesan\n\nTeknologi pemulihan in-situ ialah penyingkiran atau transformasi bahan pencemar di tempat yang tercemar.\n\nAntara kaedah yang digunakan dalam pendekatan in-situ adalah peningkatan nilai pH tanah dengan cara pengapuran (liming).\n\nPeningkatan pH akan mengurangkan kelarutan logam berat seperti Cd, Cu, Ni dan Zn dalam tanah. Kaedah ini berjaya mengurangkan serapan logam berat oleh tumbuhan tetapi kepekatan logam berat dalam tanah adalah tidak berubah.\n\nSelain itu, teknologi penyingkiran bahan pencemar di udara menggunakan penapis udara turut dibangunkan menggunakan bahan polimer seperti poliakrilonitril (PAN), polivinilpirolidon (PVP), dan polivinilalkohol (PVA) sebagai bahan penjerap bahan pencemar yang diubah suai bersama nanoserat.\n\nTiga jenis mekanisme utama penjerapan bahan tercemar menggunakan penapis udara iaitu penjerapan berdasarkan saiz bahan, penyekat fizikal, dan lekatan permukaan.\n\nWalau bagaimanapun, penggunaan penapis udara ini terhad bagi kawasan tertentu dalam skala yang kecil, kapasiti penjerapan yang sedikit, pelupusan penapis udara ini setelah digunakan adalah tidak mesra alam dan tidak boleh dikitar semula.\n\nTambahan pula, kedua-dua kaedah konvensional ini didapati tidak begitu berkesan dalam mengatasi masalah pencemaran secara menyeluruh.\n\nFitopemulihan adalah penggunaan organisma hidup bagi mengurangkan kandungan bahan pencemar di persekitaran. Pendekatan fitopemulihan menggunakan mana-mana organisma tumbuhan yang dipanggil sebagai biomonitor dalam proses yang dikenali sebagai fitopemulihan dengan tujuan\u00a0 mengurangkan bahan pencemar di atmosfera.\n\nKajian lepas menunjukkan terdapat pelbagai spesis tumbuhan (contohnya pokok tinggi, lumut, algae, paku pakis dan tumbuhan renek) digunakan sebagai biomonitor dan didapati berjaya mengurangkan tahap pencemaran di lokasi kajian masing-masing.\n\nPenggunaan spesis tumbuhan sebagai biomonitor semakin banyak diterokai bagi menggantikan penggunaan teknologi alat konvensional seperti alatan sensor dan penapis udara untuk menentukan kualiti udara dan mengurangkan kuantiti bahan pencemar di atmosfera secara lebih ekonomik dan lebih hijau.\n\nKajian kini semakin tertumpu kepada keupayaan pokok tinggi sebagai biomonitor di atas faktor-faktor seperti pensampelan yang lebih mudah dan banyak, pengecaman spesis yang lebih mudah serta kecekapan toleransi pokok tinggi terhadap perubahan kualiti persekitaran.\n\nPemilihan pokok tinggi sebagai biomonitor di sesebuah kawasan pula perlu mengambil beberapa faktor persekitaran seperti pengurusan biojisim pokok yang menyerap logam berat, perlindungan ekosistem daripada spesis yang invasif dan ciri tanah yang bersesuaian dengan penanaman jenis akar.\n\nGhosh & Singh (2005) menyenaraikan kelebihan dan kekurangan fitopemulihan sebagai langkah pemulihan logam berat seperti berikut:\n\nCiri-ciri tumbuhan untuk dijadikan sebagai \u201cpenapis udara\u201d\n\nSementara itu, spesis pokok yang sesuai dijadikan biomonitor perlulah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:"
"Kitaran haid atau menstruasi yang lambat adalah apabila seseorang itu hamil atau disebabkan beberapa punca lain. Ayuh ketahui punca haid lambat untuk pengetahuan bersama tak kiralah anda pembaca wanita mahupun lelaki.\n\nSebuah kitaran haid yang normal ialah sekali dengan tempoh 3 \u2013 7 hari pada setiap 28 hingga 35 hari. Seseorang itu dianggap mengalami haid lambat jika tidak berlaku kitaran haid 5 hari selepas tempoh waktu yang sepatutnya.\n\nKedatangan haid yang lambat ini boleh merunsingkan terutamanya bagi mereka yang sedang melakukan perancangan keluarga daripada menambah bilangan anak. Selain itu, jika sebelum ini kitaran haid mereka normal, kelewatan kitaran haid boleh menyebabkan mereka runsing memikirkan punca haid lambat.\n\nDi samping itu, bagi mereka yang sedang cuba mendapatkan anak, TTC (try to conceive), haid lambat seolah memberi harapan 50:50 bagi mereka.\n\nOleh itu, punca haid lambat perlulah diketahui dan diambil tahu oleh semua pihak.\n\nBerikut merupakan antara punca haid lambat yang dikongsikan oleh doktor perubatan, Dr. Wendy Goodall McDonald dalam artikel keibubapaan Parent.com\n\nRamai yang beranggapan bahawa dengan pengambilan pil perancang, maka kitaran haid akan jadi normal kerana tiada persenyawaan telur ovum yang berlaku.\n\nNamun, hakikatnya pil perancang mempunyai kesan sampingan melambatkan masa antara kitar menstruasi lebih lambat daripada kebiasaan 28 hari.\n\nSebilangan besar pengguna pil perancang dengan nama generik seperti Seasonique, Quartette dan Seasonale kerap berhadapan dengan masalah haid lambat.\n\nPenggunaan ubatan ini menyebabkan dinding rahim menjadi stabil. Jadi, pengeluaran darah haid daripada endometrium akan menjadi lambat.\n\nPengambilan secara rutin melebihi 21 hari akan menstabilkan lagi dinding rahim, seterusnya melambatkan proses kitaran haid yang seterusnya.\n\n2. Penggunaan Alat Pencegahan Kehamilan Wanita\n\nWalaupun tidak mengandungi hormon atau bahan kimia tambahan yang boleh mengganggu keseimbangan hormon peranakan, alat pencegahan kehamilan yang dipasang pada sistem peranakan wanita boleh menjadi punca haid lambat.\n\nAntara contoh alatan tersebut ialah intrauterine devices (IUDs) dan suntikan Depo-Provera.\n\nSelain lambat datang haid, alatan ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur juga.\n\nPada setiap kitaran haid yang normal, setiap ovari akan menghasilkan lebih kurang 5 folikel. Setiap folikel tersebut akan berkembang dan hanya satu yang akan menjadi dominan lalu menghasilkan telur ovum untuk disenyawakan melalui proses ovulasi.\n\nNamun, dalam masalah kesihatan PCOS, wanita yang mengalami masalah ini akan mempunyai lebihan bilangan folikel.\n\nHal ini akan menyebabkan proses perkembangan dan pematangan telur ovum yang lebih memakan masa dan lama.\n\nApabila lambat proses ovulasi berlaku, maka lambatlah menstruasi berlaku.\n\nMasalah tekanan perasaan berpunca daripada kehidupan sosial dan perhubungan seperti keluarga, kawan-kawan, masyarakat, tempat kerja, hal-hal akademik dan sebagainya.\n\nTahap tekanan seseorang juga berbeza-beza bergantung kepada persepsi tekanan tersebut.\n\nHormon kortisol akan dirembeskan oleh otak sebagai petanda badan kita sedang mengalami tekanan atau stres. Kortisol mengganggu penghasilan estrogen untuk mengawal atur kitaran haid.\n\nSelain itu, keadaan emosi yang tertekan akan mempengaruhi kalenjar pituitari yang merupakan \u201ckilang\u201d penghasilan hormon penting.\n\n4. Kehilangan Berat Badan Secara Mendadak\n\nIroninya, penurunan berat badan yang mendadak akan memberikan kesan punca lambat haid yang lebih tinggi berbanding penambahan berat badan.\n\nWalau bagaimanapun, kenaikan berat badan tidak boleh dipandang ringan sebagai punca haid lambat. Hal ini demikian kerana keadaan BMI yang berlebihan boleh mengundang masalah kesihatan lain seperti PCOS.\n\nKeadaan kehilangan berat badan yang ekstrim atau masalah anoreksia banyak dilaporkan sebagai punca haid lambat.\n\nNilai BMI bawah 20 yang menggambarkan keadaan berat badan yang sangat menurun, telah mencipta perasaan kebuluran dalam otak. Respon utama tubuh ialah dengan mengurangkan penghasilan hormon lalu menjejaskan sistem, khasnya kitaran haid.\n\nDi samping itu, keadaan ini menyebabkan penghasilan hormon rangsangan folikel (FSH) dan hormon luteinizing (LH)\u00a0 yang mengawal atur sistem ovari oleh hipothalamus dalam otak menjadi terganggu.\n\nPurata usia seorang wanita mengalami menopaus atau putus haid ialah 51 tahun.\n\nKitaran haid lambat merupakan antara sindrom awal menopaus yang berlaku dalam kalangan wanita berusia lewat 40 an.\n\nMenurut pakar perubatan, sekiranya anda berusia 45 tahun dan ke bawah, tetapi kitaran haid anda sudah terhenti, anda sebenarnya sedang mengalami pra menopaus atau boleh jadi kegagalan ovari pramatang.\n\nAnda disarankan berjumpa dengan doktor perubatan dengan kadar yang segera.\n\nKanser atau tumor pada kalenjar pituitari otak boleh menjadi punca haid lambat. Tumor ini akan merembeskan lebihan amaun prolaktin, iaitu sejenis hormon yang sepatutnya dikeluarkan untuk penghasilan susu ibu.\n\nProlaktin ini akan mempengaruhi kitaran haid dan menyebabkan punca haid lambat.\n\nAntara gejala yang berkaitan dengan kesan tumor ini ialah:\n\n7. Penyakit Kencing Manis dan Tiroid\n\nPenyakit kencing manis dan thyroid, masing-masing merupakan gangguan keseimbangan dalam kandungan hormon insulin dan tiroid dalam tubuh.\n\nGangguan keseimbangan hormon ini akan menyebabkan gangguan hormon secara keseluruhan. Hal ini turut menjejaskan kawal atur hormon untuk kitaran haid dan menyebabkan lambat datang haid atau ketiadaan haid untuk satu tempoh yang lama.\n\nSecara ringkasnya, punca haid lambat adalah seperti pengambilan pil perancang, alat pencegahan kehamilan, tekanan hidup, kehilangan berat secara mendadak, simptom awal menopaus, kanser pituitari, penyakit kencing manis dan tiroid.\n\nPerubahan kitar haid sememangnya sesuatu yang merisaukan golongan wanita. Oleh itu, anda disarankan berjumpa dengan pakar perubatan bertauliah untuk terus mendapatkan khidmat nasihat yang dipercayai dan diagnosis segera bagi tindakan susulan yang sewajarnya. Jemput juga baca artikel kitaran haid punca tidak datang haid dan petua melancarkan haid"
"Mencari toner untuk kulit jerawat? Seperti yang kita tahu, toner adalah salah satu kepentingan bagi kulit kita untuk lebih lembab, tidak hidrasi dan kekal sihat sepanjang hari. Ramai yang terlepas pandang akan kepentingan memakai toner dalam memastikan kulit kekal sihat.\n\nRamai juga tak tahu bahawa kulit jerawat memerlukan penjagaan yang sangat rapi terutamanya dalam pemakaian toner. Toner sangat penting untuk kulit jerawat kerana ia akan menghalang radikal bebas dan kotoran yang merebak di wajah.\n\nSelain itu banyak lagi kelebihan toner untuk kulit jerawat yang boleh anda cuba. Ia juga bergantung kepada jenis toner tersebut. Selalunya, apabila wajah dilindungi toner, maka minyak wajah terjadi akibat radikal bebas sehingga menyebabkan jerawat dapat dielakkan. Jom lihat jenis toner untuk kulit jerawat.\n\n1. Hydra Pore Cream Skin Toner\u00a0\n\nToner untuk kulit jerawat yang boleh kita cuba adalah Hydra Pore Cream Skin Toner. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti Meadowfoam Seed oil yang berfungsi melindungi kulit sepenuhnya dan memberi penyerapan terbaik.\n\nKandungan Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum dalam toner untuk kulit jerawat ini juga mampu membaikpulih kulit dengan menghaluskan pori dan menghilangkan blackhead dan whitehead. Masalah jerawat juga dapat dielakkan dan dipudarkan.\n\nJangan risau jika muka penuh berjerawat, toner some by Mi buatan Korea ini berfungsi menghilangkan jerawat sekaligus mencerahkan kulit wajah dengan berkesan. \n\nTerdapat 4 jenis rawatan Toner Some By Mi iaitu dapat menghilangkan jerawat, mencerahkan wajah, melembabkan kulit serta menutup pori-pori yang terbuka. Wajah pasti kembali licin, flawless dan sihat tanpa jerawat.\n\nKhas untuk jerawat, terdapat 3 jenis toner Eskinol iaitu untuk jerawat teruk, jerawat halus dan juga untuk putih atau pudarkan jerawat. Dengan penggunaan toner untuk kulit jerawat ini, ia amat disarankan untuk wanita yang muka berminyak dan berjerawat. \n\nSelain itu, terdapat juga toner Eskinol khas untuk lembabkan kulit, cerahkan kulit dan membuang blackhead dan whitehead. Pilihan untuk menghilangkan jerawat akan memudahkan anda mengurangkan bintik hitam sekaligus parut jerawat.\n\n4. Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Acne Toner\n\nJenama Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Acne ini didatangkan dengan pelbagai item dalam satu set. Antaranya adalah pencuci muka, pelembab, losyen dan toner. Set ini amat sesuai untuk kulit berjerawat dan sensitif.\n\nPenggunaan toner Cosmoderm juga dapat membersihkan wajah sehingga liang pori, mengecutkan jerawat, menghilangkan minyak wajah yang berlebihan dan juga jerawat. Sama ada menggunakan satu set penuh atau toner sahaja, pastinya ia sangat berkesan untuk mengatasi masalah jerawat.\n\n5. Snail Truecica Miracle Repair Toner\u00a0\n\nSnail Truecica Miracle Repair Toner ini adalah salah satu toner dari jenama Some By Mi. Ia mengandungi kandungan Black Snail dan Truecica. Antara kandungan lain toner untuk kulit jerawat ini adalah mugwort extract, tea tree leaf water, Asiatic pennywort extract dan Titrated Asiatic pennywort extract. \n\nKandungan terbaik toner ini dapat membantu menampakkan kulit lebih muda, lembab dan makin cerah. Yang pasti, ia juga memudarkan jerawat dan kesan jerawat.\n\n6. Acne Scar Toner Sendayu Tinggi\n\nBagi anda yang mengalami masalah kulit berminyak dan berparut, toner Acne Scar dari Sendayu Tinggi ini amat sesuai digunakan. Walaupun jerawat halus dan baru sahaja timbul, ia sangat sesuai untuk mengecutkan jerawat. Tak percaya? Kenalah cuba sendiri toner untuk kulit jerawat ini!\n\nBeli Di Shopee: Acne Scar Toner Sendayu Tinggi\n\nCalendula Plant Extract Toner ini merupakan salah satu toner untuk kulit jerawat yang diformulasikan mengguna bunga calendula dan chamomile. \n\nIa lengkap dengan nutrisi dari Calendula Soaking Oil yang berfungsi untuk melembabkan dan melicinkan kulit. Malah, ia juga menghalang pertumbuhan jerawat yang disebabkan oleh radikal bebas.\n\nTanpa lemak haiwan, tanpa alkohol dan tanpa paraben, toner untuk kulit jerawat ini adalah semulajadi boleh anda gunakan. Khas untuk yang mengalami masalah kulit kering dan berjerawat, Charms Toner adalah pilihan yang terbaik!\n\nRamai yang sudah tahu bahawa jenama Oxy sememangnya khas untuk kulit jerawat sama ada jerawat halus atau teruk. Ia mengawal minyak di kulit wajah dan mengecutkan jerawat yang tumbuh di wajah anda.\n\nKesannya adalah seawal seminggu dan jika dipakai bersama set pencuci muka Oxy, ia akan lebih memuaskan. Nak hilangkan masalah jerawat ecara efektif, jom cuba!\n\n10. Eucerin Pro Acne Solution Toner\n\nToner untuk kulit jerawat yang sangat berkesan adalah Eucerin Acne Oil Control dimana ia meningkatkan daya tahan kulit seseorang. Kulit akan terlindung daripada pencemaran alam sekitar seperti radikal bebas.\n\nIa juga dapat mencuci pori dengan lengkap, sekaligus melawan bakteria di wajah dan mengelakkan jerawat. Kandungan Licochalcone A juga menjadikannya salah satu toner untuk kulit jerawat.\n\nItulah dia antara toner untuk kulit jerawat yang boleh kita cuba, jom pilih mana yang anda suka! Jom baca juga serum terbaik, punca jerawat pasir dan punca hormon tidak stabil. Semoga bermanfaat.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Ibu bapa selalu meluangkan masa yang ada di rumah dengan bermain bersama-sama anak. Pelbagai permainan yang dimainkan seperti susunan puzzle, melukis, bermain robot dan macam-macam lagi. Tindakan ini sangat bagus dan baik dalam mengeratkan silaturrahim antara anak dan ibu bapa. Selain itu, dapat mengenali anak dengan lebih rapat.\n\nTetapi kita lupa dalam masa kita bermain bersama anak, ada sesuatu yang kita tak patut buat. Apakah perkara itu?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perkara suami wajib tahu selepas isteri bersalin. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Cara yang salah ketika bermain dengan anak\n\n#1 \u2013 Terlalu nak anak ikut kehendak kita\n\nMemang ada yang namanya Structured Play, iaitu kita yang tentukan apa yang anak kita kena main tetapi jangan berlebihan kerana ianya boleh menyekat kreativiti anak\n\n#2 \u2013 Terlalu bebas bagi anak bermain\n\nJangan sampai terlalu bebas bagi anak bermain tanpa pantauan (unsupervised play) . Kadang sampai tak tahu anak kita ke mana. Ada pula sampai anak balik lewat malam pun tak ada yang amik tahu. Tu namanya Neglected/Uninvolved Parenting . Kita kena pantau juga kerana anak kita masih di bawah tanggungan kita\n\n#3 \u2013 Terlalu biar diri diperkotak katikkan\n\nWalaupun anak kita masih kecil, mereka tetap kena diajar bahawa setiap perbuatan ataupun gurauan tetap ada batasnya. Jangan sampai anak kita hilang adab sopannya bila bergurau disebabkan kita tak pernah tegur dan terangkan tentang had dan batasnya. Akhirnya mereka akan jadi naik kepala dan bermain dan bergurau tanpa adab sopan.\n\n#4 \u2013 Bagi anak main sampai letih melampau\n\nDulu kita ingat makin letih anak bermain, makin senang anak tidur kan? Padahal makin teruk keletihan anak kita, makin susah mereka nak tidur disebabkan Overtired. Kadang mereka akan jadi lebih aktif bila nak masuk waktu tidur sebab otak mereka masih dalam keadaan \u2018alert & focused\u2019\n\n#5 \u2013 Bermain tanpa hirau bahaya pada anak\n\nKadang ada yang suka lambung lambung bayi, ada yang suka goncang kepala. Padahal silap haribulan anak kita tu boleh kena Shaken Baby Syndrome. Kalau dah kena, biasanya cuma 10% je yang selamat tanpa cacat kekal pada otak\n\n*Berikut adalah perkara yang salah ketika bermain dengan anak. Dalam masa kita seronok bermain dengan anak, kadang-kadang kita lupa sesuatu dan buat perkara yang tidak sepatutnya. Kita perlu berhati-hati semasa bermain dengan anak dan utamakan keselamatan dahulu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mencari tempat menarik di Cameron Highlands?\n\nTanan tinggi Cameron atau Cameron Highland terkenal dengan ladang teh dan kebun strawberi. Siapa yang tidak kenal dengan Teh BOH yang dijual di setiap kedai dan pasaaraya di Malaysia. Selain itu, terdapat juga tarikan yang lain di sini. Berikut senarai lokasi menarik boleh dilawati:\n\nOleh itu, jika mahu udara sejuk dan segar, pengalaman memetik buah, dan jauh dari bandar bolehlah datang ke Cameron Highland. Ia sesuai untuk beristirehat dan cuti seketika bagi melepaskan lelah selepas lama bekerja keras.\n\nTerdapat 3 ladang teh milik BOH Plantation di Cameron Highland iaitu di Sungai Palas, Ringlet, dan Habu. 3 galeri disediakan untuk pelawat selain kafe bagi pelawat menikmati teh segar dengan pemandangan indah ladang teh.\n\nLadang Teh Bharat atau Cameron Valley pula dibuka oleh seorang pendatang India. Ia turut menyediakan teh citarasa Sri Lanka dan India seperti teh rempah masala dan pelaga.\n\nAlamat: 15-16 Main Road, Tanah Rata, 39000 Cameron Highland\n\nAktiviti paling menarik di ladang strawberi ialah memetik strawberi dan makan buah strawberi segar terus dari ladangnya. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa pun teruja. Selain strawberi, ada sayuran atau bunga di kebun mereka. Kafe pula menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman berasaskan strawberi. Selepas semua aktiviti, bolehlah membeli cenderamata sebagai kenangan atau hadiah dari Cameron Highland. Ada banyak kebun strawberry di Cameron Highland. Ini antaranya:\n\nBulan Jun dan Disember adalah waktu memetik anggur. Pastikan ia dalam diari rancangan percutian anda.\n\nAlamat: Thams Grape Farm (Ringlet), K.C Kwang & Sons Grape & Tomato Farm (Tanah Rata), Agro Technology Park MARDI (Tanah Rata).\n\nPelbagai jenis kaktus terdapat di ladang ini. Semuanya untuk dijual. Selain kaktus, ada bunga dan strawberi juga. Turut disediakan ialah restoran dan kedai cenderamata. Dua ladang kaktus terkenal ialah Cactus Valley dan Cactus Point.\n\nLadang lebah di Cameron Highland mengeluarkan madu untuk pameran dan jualan kepada pengunjung. Ladang-ladang ini turut digabungkan dengan aktiviti memetik strawberi, pasar sayuran, kedai cenderamata dan aktiviti untuk kanak-kanak.\n\nAlamat: Highlands Apiary Farm, (Ringlet), Ee Feng Gu Bee Farm (Brinchang), dan Cameron Tringkap Bee Farm (Tringkap).\n\nKea Farm pula adalah ladang rama-rama. Ada dua bahagian di ladang ini di mana bahagian pertama dipenuhi rama-rama yang terbang bebas di dalam ruang khas. Manakala yang kedua ialah ruang untuk serangga, cicak, ular dan mamalia dipertontonkan kepada pengunjung.\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)\n\nTarikan yang berbeza daripada sebelumnya. Cameron Adventurous sesuai untuk mereka yang lasak dan mahukan kelainan. Menaiki 4\u00d74 Safari, ATV Safari, dan ATV Extreme. Di mana? Di ladang teh!\n\nHarga: 4\u00d74 Safari \u2013 RM10 (dewasa), RM5 (kanak-kanak)\n\nATV Safari \u2013 RM45 (sendiri), RM60 (berdua)\n\nJika mahukan cabaran lebih, cuba mendaki Gunung Brinchang untuk melihat Hutan Berlumut yang memukau. Khabarnya ia kurang popular kerana laluannya agak sukar. Tapi, bagi yang lasak, ia bukanlah alasan kerana kepuasan menjadi keutamaan.\n\nAlamat: Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang, 39000 Tanah Rata\n\nAvant Chocolate telah menanam strawberi dan menghasilkan cokelat terbaik sejak tahun 1995. Tamannya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Green Garden View dan Strawberry Moment Desert. Green Garden View adalah taman warna-warni yang menjadi tempat tanaman pelbagai jenis pokok seperti strawberi dan lavender.\n\nDi sini juga terdapat ruang Make A Wish di mana pengunjung menulis dan meletakkan hajat mereka di dalam botol kecil yang comel, menyerupai konsep padlock di Korea. Walaupun begitu, sebagai umat Islam, kita perlulah meletakkan hajat hanya kepada Allah SWT.\n\nStrawberry Moment Desert pula dipenuhi makanan berasaskan strawberi dan coklat seperti puff, aiskrim, coklat, dan makanan kering yang dipekkan.\n\nAlamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010 Cameron Highland\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 7pm)\n\nIa dikatakan muzium 5D yang terbesar di Malaysia dan yang pertama di Camerin Highland. Kunjungan keluarga dan rakan-rakan akan menyeronokkan di sini kerana anda boleh bermain dengan imaginasi anda di sini.\n\nLukisan atau mural yang terdapat di dinding seolah-olah membawa anda kepada dunia fantasi penuh keajaiban. Jadi, ia amat digemari mereka yang mahukan rakaman kenangan yang lain dari yang lain.\n\nAlamat: Kea Farm Vegetable Market, Kea Garden, 39100 Kea farm, Cameron Highland\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM25 (dewasa), RM20 (kanak-kanak)\n\nFragrance Nursery merupakan antara pengeluar bunga utama di Malaysia. Ia mengedar bunga di Malaysia dan juga ke negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Oleh itu, ada pelbagai jenis bunga dalam jumlah yang besar boleh ditemui di sini.\n\nLebih menarik, mereka turut menjadi pengeluar strawberi dan anggur! Pengunjung yang datang ke sini pasti rambang mata melihat bunga dalam pasu yang mana untuk dipilih dan dibeli bagi menghiasi kediaman.\n\nSebelum pulang, singgahlah di kedai cenderamata untuk mendapatkan tanda kenangan.\n\nAlamat: Bt 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 6pm)\n\nTaman Agrotek MARDI pada asalnya merupakan stesen kajian British yang dibuka pada tahun 1926 sebelum diserahkan kepada MARDI. Ia menempatkan kira-kira 40 jenis bunga ros, 10 jenis strawberi, 100 jenis buah-buahan sitrus, 4 jenis epal, enam anthurium, dan beberapa pokok pear serta pisang kaki.\n\nTaman berkeluasan 42 hektar ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu Taman Inggeris, Taman Herba, Taman Orkid, Taman Ros, Pusat Kajian, dan Pusat Maklumat. Selepas melihat taman-taman yang cantik, cuba berjalan-jalan di dalam hutan melalui laluan yang disediakan.\n\nSelepas itu, tamatkan ia dengan menjamu selera di kafe.\n\nAlamat: JKR 266, Jln Persiaran Endah, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland\n\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Khamis (8am \u2013 1245pm, 2pm \u2013 5pm), Jumaat (8am \u2013 1230pm, 230pm \u2013 5pm), Sabtu \u2013 Ahad (8am \u2013 5pm), Dibuka semasa cuti sekolah dan cuti umum kecuali Aidilfitri dan Aidiladha\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)\n\nLokasinya menarik iaitu di atas bukit dengan teres 10 tingkat. Ia juga dihiasi batu hiasan, pagar dan anak-anak tangga. Taman yang pada asalnya merupakan ladang sayur-sayuran ini, kini menjadi tempat tanaman lebih daripada 100 jenis bunga mawar termasuk yang berwarna hijau dan hitam.\n\nRose Center membantu menambah maklumat kepada pengunjung dengan menyediakan muzium berkaitan ros, selain kedai untuk menjual hasil ladang serta cenderamata. Ramai mengesyorkan ia menjadi antara lokasi wajib dikunjungi kerana pemandangannya yang mendamaikan selain amat sesuai buat mereka yang mencintai bunga-bungaan.\n\nAlamat: P.O Box 3, Pejabat Pos Brinchang, 39100 Cameron Highland\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)\n\nIa turut dikenali dengan nama Green Cow. Pasar Kea ialah pasar sayur-sayuran yang terletak di puncak di antara Tringkap dan Brinchang. Nama pasar ini bukanlah asing di kalangan penduduk tempatan.\n\nJadi, ia memang selalu dikunjungi ramai terutama semasa cuti hujung minggu. Sayurnya segar dan kebanyakannya lebih murah daripada tempat lain. Di sini juga pengunjung boleh membeli bunga-bungaan sama ada yang dijual bertangkai atau dalam pasu.\n\nPengunjung terutamanya yang datang dari luar Cameron Highland turut menjadikan tempat ini bagi membeli cenderamata dan tanda kenangan seperti rantai kunci.\n\nAlamat: 3km utara Brinchang atau 3km sebelum Brinchang\n\nGreen View Garden mempunyai beberapa bahagian di dalamnya. Pertama, kebun strawberi dan hidroponik. Ia menempatkan lebih daripada 20,000 pokok strawberi. Melihat sayur-sayuran yang ditanam secara hidroponik pula menambah selera perut yang lapar.\n\nKedua, ungu dari kebun lavender tidak pernah mengecewakan pengunjung. Di situ juga ada bunga-bunga lain yang berwarna-warni.\n\nKetiga, haiwan-haiwan peliharaan comel seperti burung nuri dan ikan koi bertujuan mendidik kanak-kanak mengenali haiwan.\n\nKeempat, kafe dan kedai disediakan khas untuk pengunjung menikmati hidangan dan membeli produk berasaskan tanaman yang ada.\n\nAlamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010 Cameron Highland\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 630pm)\n\nMuzium Seni 3D (3D Art Museum)\n\nAnda pasti pernah mengunjungi muzium 3D yang terdapat di Melaka, Port Dickson, Pulau Pinang atau Langkawi. Apa yang anda ditemui di Muzium 3D di Cameron Highland ini serupa dengannya.\n\nBezanya adalah lukisan atau mural yang ditemui berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Jadi, kalau anda peminat muzium-muzium seperti itu, dijemput untuk mengunjungi tempat ini.\n\nSiapa tahu anda boleh menyimpan koleksi gambar dari Muzium 3D yang ada di seluruh Malaysia!\n\nAlamat: The Square, Jalan Aranda Nova, Green Cow, 39100 Cameron Highland\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 10pm)\n\nTempat menarik yang seterusnya ialah The Sheep Sanctuary. Tempat ini merupakan salah satu tarikan pengunjung apabila datang ke Cameron. Hal ini kerana, anda tidak perlu ke luar negara untuk melihat sheep yang begitu comel dan menarik, hanya datang ke cameron sahaja.Untuk masuk ke ladang ini tiada caj yang dikenakan, anda boleh bermain dengan biri-biri dan sekali gus mengambil gambar bersama mereka.\n\nAlamat: Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang\n\nIni adalah tempat paling sesuai untuk anda membeli pokok-pokok kaktus dalam pasu yang pelbagai saiz. Ada banyak pilihan untuk peminat kaktus. Jika anda bukan peminat kaktus, anda boleh memilih pokok-pokok dalam pasu yang lain yang juga ada dijual di sini.\n\nMereka turut menjual pasu bunga dari pelbagai bentuk dan saiz. Jumlahnya memang banyak. Selain itu, sayur-sayuran dan strawberi pun ada dijual di sini. Usah bimbang mengenai tempat meletak kereta.\n\nIni kerana mereka ada ruang meletak kereta yang luas, sesuai dengan fungsi mereka sebagai tempat jualan.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 6pm)\n\nLawatan ke Cactus Valley tidak akan mengecewakan. Ia antara lokasi tarikan pelancongan yang terbesar yang ada di Cameron Highland. Tapi, ia bukanlah khusus untuk kaktus sahaja. Mereka juga ada pelbagai jenis sayur-sayuran, strawberi dan bunga-bungaan yang lain seperti lili, fuchsia, camellia, bird of paradise.\n\nSebagaimana ladang yang lain, Cactus Valley menyediakan ruang khas untuk pembelian tanaman mereka.\n\nAlamat: Pekan Lama, 39100 Brinchang, Cameron Highland\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM4 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)\n\nBlue Valley Flowers merupakan tapak semaian pokok-pokok dalam pasu dan bunga-bungaan. Mereka juga banyak menanam pokok strawberi. Pemiliknya turut membela burung-burung peliharaan yang comel dan menjualnya kepada pengunjung. Penduduk sekitar mengenali Blue Valley Flowers sebagai tempat yang menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik.\n\nIa terletak di puncak Gunung Brinchang iaitu pada ketinggian 2000 meter dari paras laut. Tapi anda tidak perlu berjalan kaki mendaki setinggi itu untuk ke sini. Ini kerana puncak Gunung Brinchang mempunyai jalan bertar yang sesuai untuk kenderaan ringan.\n\nMenara tinjau ini diperbuat daripada besi keluli dengan ketinggian 30 meter. Dari atas menara tinjau, anda dapat menyaksikan keindahan pemandangan Cameron Highland meliputi ladang-ladang, Gunung Irau dan pekan-pekan kecilnya sampai ke Perak.\n\nWalaupun ia disebut sebagai taman lavender, tapi kawasan untuk bunga Lavender di sini tidaklah besar. Taman ini menggabungkan pokok bunga lavender dengan bunga-bungaan lain. Hiasan taman ini juga berwarna-warni dengan peti-peti surat, gerbang, dan Volkswagen.\n\nSebagaimana beberapa taman lain yang terdapat di Cameron Highland, Taman Lavender juga mempunyai kebun strawberinya sendiri di mana pengunjung boleh memetik buah strawberi yang ada. Selain itu, mereka menanam sayur-sayuran dengan kaedah hidroponik. Hasilnya turut dijual kepada para pelanggan.\n\nDi penghujung lawatan, ada kafe dan kedai cenderamata untuk mengisi perut dan membeli barangan kenangan. Jangan lupa cuba aiskrim lavender mereka sebelum pulang.\n\nAlamat: Lot UT/KT/K22 Tringkap, 39100 Cameron Highlands\n\nIni tarikan yang berbeza di Cameron Highland kerana Cameron Highland biasanya dikenali dengan ladang teh dan strawberinya. Tapi, jika anda berminat dengan aktiviti jungle trekking dan berehat atau mandi-manda di air terjun, ini adalah tempatnya.\n\nH.C Robinson iaitu Pengarah Muzium Negeri diberi penghargaan dengan namanya diletakkan pada air terjun ini. Air Terjun Robinson merupakan satu daripada tiga air terjun terkemuka di Cameron Highland.\n\nAlamat: Tanah Rata, 39000 Cameron Highland\n\nLokasinya bukanlah tepat di Cameron Highland. Namun, ia diingati setiap kali nama Cameron Highland disebut kerana lokasinya yang terletak dalam perjalanan ke Cameron Highland dari Tapah iaitu kira-kira 25km sebelum Ringlet.\n\nAir terjun ini amat terkenal sehingga ia selalu mendapat kunjungan ramai pelancong terutama semasa hujung minggu. Air terjun bertingkat dan batu-batan yang ada di sini menjadikan ia lokasi yang digemari pengunjung untuk merakamkan gambar.\n\nSepanjang jalan juga ada banyak kedai dan gerai, memudahkan pengunjung mendapatkan snek semasa berkelah.\n\nLadang lebah merupakan tarikan yang boleh dikatakan baharu di Cameron Highland. Ladang ini mengeluarkan madu ratu lebah (royal jelly) dan debunga (pollen) selain madu biasa. Kerana tanah tinggi Cameron Highland ini dikenali sebagai ladang teh, sebahagian Taman Madu Lebah ini juga ditanam dengan teh.\n\nAnda boleh mendapatkan produk madu lebah, membeli cenderamata di kedai cenderamata, dan membiarkan anak-anak bermain di taman permainan mereka.\n\nAlamat: 75, Batu 43, Green Cow, 39100 Kea Farm, Brinchang, Cameron Highland\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (8am \u2013 7pm)\n\nMungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan muzium ini kerana Cameron Highland lebih dikenali dengan tehnya. Sebenarnya, Muzium Time Tunnel sudah wujud lebih 10 tahun di tanah tinggi ini.\n\nMuzium ini dibuka oleh En See Kok San yang mahu mempamerkan koleksinya kepada umum. Koleksinya akan mengimbas kenangan lalu datuk dan nenek, manakala orang muda pula teruja kerana kebanyakan barangan ini tidak lagi dihasilkan pada zaman ini.\n\nAlamat: UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, 39100 Brinchang (bersebelahan dengan Ladang Strawberi Kok Lim)\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 6pm)\n\nHarga Tiket: RM6 (dewasa), RM4 (kanak-kanak)\n\nTaman peribadi ini akan memukau sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Rumah pemiliknya, Encik Tan Chin Pa adalah sebuah rumah tudor yang kelihatan comel dikelilingi pohon-pohon hijau. Encik Tan melakukan kajian ke atas tumbuhan dan menanam beratus-ratus jenis Anthurium di tamannya.\n\nNama Camellia pada taman ini adalah bersempena bunga Camellia yang ditanam di taman ini. Bunga ini bukan sahaja cantik tetapi ia juga mempunyai nilai perubatan yang bagus untuk kesihatan. Selain itu, Tan\u2019s Camellia Garden turut memiliki tanaman herba yang lain. Semua ini ada ditanam di dalam pasu dan boleh dibeli oleh pengunjung.\n\nAlamat: 39000 Tanah Rata, Cameron Highland\n\nTempat menarik yang seterusnya di Cameron Highlands ialah Taman Pertabalan Tanah Rata. Tempat ini sering menjadi lokasi tumpuan pelancong sekiranya datang bercuti ke Cameron. Anda boleh mengambil gambar bersama kawan mahupun keluarga untuk dijadikan sebagai kenangan yang terindah dalam kehidupan. Selain daripada itu, disediakan juga taman permainan untuk anak-anak bermain dengan riang sekali.\n\nAlamat: Taman Pertabalan Tanah Rata, 12, 59, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang\n\nTempat menarik yang seterusnya ialah Nova Higlands Resort& Residence. Apabila datang bercuti di cameron anda harus menginap di sini kerana menawarkan tempat penginapan yang begitu cantik dan menarik sekali untuk anda semua. Demikian itu, ia menawarkan pilihan bilik tidur yang banyak seperti\u00a0suite, deluxe\u00a0ataupun\u00a0penthouse. Hotel ini terletak berdekatan dengan beberapa destinasi pelancongan di Cameron Highland yang popular yang boleh anda sekeluarga berjalan berkaki sahaja seperti ke Orchid & Rose Garden, Taman Rama-Rama Cameron Highlands, Ee Feng Gu Bee Farm & juga Q&R Garden. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.\n\nAkhir sekali, tempat menarik di Cameron ialah Arked Peladang Cameron Highlands. Mereka yang merupakan peminat bunga, anda boleh datang ke sini melihat pelbagai jenis bunga yang menarik dan cantik sekali. Pasti anda akan menjadi rambang mata untuk memilih jenis bunga untuk dibawa pulang ke rumah.Sealin itu, memandangkan pokok-pokok bunga di sini bercampur-campur susunannya, maka bermacam-macam aroma yang menyegarkan boleh anda bau sehingga tidak dapat membezakan bau apa yang sedang menusuk rongga hidung. Lokasi Arked Peladang Cameron Highlands ini hanyalah di tepi jalan besar & mempunyai ruangan parkir kereta berkotak yang agak luas berbanding kebanyakan destinasi lain.\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Cameron Highland yang dikongsikan? Anda teruja?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati."
"Nak tahu khasiat bayam Brazil? Artikel ini akan berkongsi tentang manfaat dan khasiat bayam Brazil untuk kesihatan yang mungkin kita tidak tahu.\n\nBayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo juga dikenali sebagai \u2018bayam sambu\u2019 dan \u2018kobis samba\u2019 merupakan tanaman hijau berdaun yang boleh dimakan yang banyak tumbuh di kawasan tropika. Sayuran ini banyak ditemui di negara Brazil, maka diberi nama bayam Brazil dan mula menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak tahun 2015 dengan menanamnya sebagai landskap dan sumber sayuran.\n\nPokoknya bersaiz kecil yang boleh mencecah ketinggian 30 cm dan mempunyai daun-daun yang agak berkedut serta batang yang tidak berkayu. Cara pembiakannya sungguh mudah iaitu dengan mencucuk batangnya ke dalam tanah dan tunas pokok bayam Brazil yang baru akan tumbuh.\n\nPenanamannya memerlukan kawasan yang agak redup, kurang sinaran cahaya matahari terik secara langsng dan tidak memerlukan siraman air yang kerap.\n\nAntara masakan yang menggunakan bayam Brazil ialah salad mentah, kari, pai, sos pasta, lasagna, goreng tumis air, rebus, sup, masak lemak cili api dan goreng salut tepung. Namun, bayam Brazil mengandungi oxalate yang agak tinggi, jadi tidak boleh diamalkan selalu terutamanya mereka yang mengalami masalah buah pinggang kerana kandungan oxalate dalam tubuh yang terlalu tinggi boleh menyebabkan masalah pembentukan batu karang.\n\nKhasiat bayam Brazil adalah lebih kurang sama dengan sayuran hijau yang lain. Secara ringkasnya, dalam setiap 100 g bayam, terdapat 4-8 mg beta karotena, 60-120 mg vitamin C, serat, garam galian (kalsium, zat besi) dan asid folik. Berikut merupakan khasiat kesihatan bayam Brazil yang boleh dijadikan pilihan hidangan seharian.\n\nBayam Brazil mengandungi sebatian flavonoid yang tinggi yang mempunyai sifat anti kanser yang sangat baik. Hal ini dapat mengurangkan dan mencegah pertumbuhan sel kanser dalam tubuh. Mengikut kajian lepas, kandungan flavonoid dalam bayam boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 34%.\n\nAntara kajian yang menggunakan ekstrak flavonoid sebagai bahan antikanser ialah kajian ke atas kanser prostat, kanser kulit, kanser payu dara, kanser pangkal rahim, kanser rahim dan sebagainya. Kandungan asid folik dalam bayam juga membantu pencegahan mutase sel yang boleh menyebabkan kerosakan DNA punca kanser terjadi.\n\nBayam Bazil mengandungi karotenoid dan vitamin A. Nutrien ini membantu penjagaan mata yang lebih baik dengan melindungi saraf mata dan menjadikan penglihatan lebih jelas.\n\nDi samping itu, nutrien tersebut amat penting untuk mencegah penyakit katarak mata dan mata kabur. Malah, kandungan vitamin A ini boleh membantu meningkatkan sistem pertahahanan tubuh dengan membantu meningkatkan penghasilan sel darah putih.\n\nSumber Vitamin K untuk Kesihatan Tulang\n\nTidak banyak makanan yang mengandungi vitamin K. Bayam merupakan antara bahan yang boleh menyumbang vitamin K untuk kesihatan kita dengan kandungannya yang agak tinggi. Antara kegunaan vitamin K adalah untuk membantu menguatkan otot dan mengurangkan gejala sakit sendi dan otot.\n\nPenjagaan Sistem Pencernaan dan Masalah Berat Badan\n\nMasalah berat badan boleh berpunca daripada sistem pencernaan dan diet seseorang yang tidak seimbang. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti bayam Brazil dan sayuran hijau yang lain dapat membantu tubuh mendapat sumber bekalan serat yang mencukupi.\n\nSerat yang tinggi dalam sayuran hijau membantu sistem pencernaan yang lebih baik dengan melancarkan pergerakan makanan dalam usus. Selain itu, serat memberi rasa ketahanan kenyang yang lebih lama. Masalah sembelit juga boleh diatasi apabila badan menerima serat yang mencukupi.\n\nTambahan pula, bayam Brazil mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien lain seperti vitamin A dan vitamin C. Nutrien ini membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan dengan melindungi usus dan saluran pencernaan daripada serangan radikal bebas lain.\n\nSayuran hijau khususnya amat digalakkan buat golongan wanita yang sedang hamil. Apatah lagi dalam sayuran bayam seperti bayam hijau, bayam merah dan bayam Brazil, kandungan zat besi dan asid folik yang tinggi boleh membantu mengekalkan dan memberi kesihatan yang baik kepada ibu dan kandungan. \n\nAsid folik memang diakui membantu dalam meningkatkan fungsi otak bayi dalam rahim. Manakala zat besi pula sangat bermanfaat buat para ibu mengandung untuk mencegah masalah anemia atau kurang darah merah. Mereka yang mempunyai masalah anemia akan mudah merasa lemah dan pengsan.\n\nSebatian antioksidan daripada bahan aktif dan vitamin C dalam bayam Brazil boleh membantu melawan radikal bebas dalam sistem sel manusia. Penghasilan radikal bebas boleh disebabkan oleh makanan tidak berkhasiat, persekitaran yang tidak sihat dan gaya hidup yang tidak seimbang. Seterusnya, badan kita akan menunjukkan tindak balas dengan mempamerkan penuaan pada kulit dan fungsi organ.\n\nHal ini boleh diatasi dengan kehadiran antioksidan untuk memerangkap keluar radikal bebas ini. Bayam boleh dikisar menjadi jus untuk diminum bagi memudahkan pengambilannya. Anda boleh campurkan jus bayam ini dengan makanan berkhasiat lain seperti buah-buahan (pisang, kiwi, strawberi, madu dan sebagainya) bagi memikat selera.\n\nBayam Brazil merupakan khazanah alam yang sama-sama dikongsi yang ternyata memiliki pelbagai khasiat kesihatan. Antara khasiat kesihatan bayam Brazil ialah antikanser, membantu penjagaan kesihatan mata, sumber vitamin K untuk tulang dan sendi yang lebih sihat, penjagaan sistem pencernaan, bagus untuk ibu hamil dan mencegah atau membaiki penuaan.\n\nNamun, diingatkan sekali lagi bahawa bayam Brazil mengandungi oxalate yang agak tinggi yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Maka, pengambilannya perlulah dilakukan pada kadar yang sederhana dan disertai oleh sayuran dan makanan lain yang sama-sama berkhasiat."
"Bakteria adalah mikroorganisma yang tak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar. Anda memerlukan mikroskop untuk melihat rupa bentuknya. Bakteria dan virus sering bertukar identiti, namun secara amnya bakteria bersaiz lebih besar daripada virus. Bakteria boleh membawa faedah kepada manusia dan ia juga boleh memudaratkan. Jom kami kongsikan jenis bakteria dan penyakit yang disebabkan olehnya.\n\nBakteria adalah mikroorganisma bersel tunggal dan boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Bakteria ada pada makanan, pakaian, tempat tinggal, binatang perliharaan, tumbuhan, termasuk tubuh badan anda. Bakteria boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya dan ia mempunyai kebolehan untuk berganda secara sendiri.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan jangkitan bakteria? Jangkitan bakteria adalah jangkitan yang berlaku kepada tubuh badan anda disebabkan oleh bakteria. Bakteria yang menjadi punca penyakit dipanggil sebagai bakteria patogenik. Bakteria boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia melalui cara-cara berikut:\n\nJangkitan pada saluran pernafasan boleh berlaku disebabkan oleh patogen seperti staphylococci, pneumococci, streptococci, pertussis stick, meningococci, mycobacteria, dan mycoplasmas. Ia berpunca dari menyedut udara yang tercemar disebabkan oleh habuk, debu, perokok, perokok pasif, asap kenderaan, dan pencemaran disebabkan oleh bahan kimia.\n\nJangkitan pada saluran pernafasan akan menyebabkan berlakunya penyakit pernafasan kronik yang membabitkan paru-paru seperti asma dan alahan pernafasan, penyakit pulmonari kronik , penyakit paru-paru, sindrom apnea dan hipertensi pulmonari. Jangkitan saluran pernafasan akut boleh menyebabkan kematian.\n\nJangkitan bakteria pada usus biasanya berlaku disebabkan oleh tidak membasuh tangan sebelum makan, tidak membasuh makanan dengan bersih, tidak memasak makanan sehingga betul-betul masak, tidak menyimpan makanan dengan betul, dan makan makanan yang sudah expired.\n\nJangkitan bakteria pada usus akan menyebabkan anda mengalami gejala keracunan seperti sakit perut, cirit birit, muntah-muntah, sakit kepala atau pendarahan ketika membuang air besar. Kebanyakan jangkitan pada usus berlaku\u00a0 disebabkan oleh bakteria shigella,\u00a0staphylococci, vibrios kolera,\u00a0bacillus typhoid, dan salmonellosis.\n\n3. Jangkitan bakteria dalam darah atau Septicaemia\n\nJangkitan bakteria dalam darah atau juga dikenali sebagai septicaemia adalah satu keadaan yang sangat serius di mana jangkitan bakteria pada salah satu organ di badan, contohnya kaki yang terluka telah memasuki aliran darah. Apabila bakteria tersebut telah memasuki aliran darah, ia akan menyebabkan jangkitan bakteria\u00a0menjangkiti seluruh tubuh badan.\n\nJangkitan yang berlaku biasanya bermula pada salah satu organ seperti luka pada bahagian kaki yang mula bernanah dan tidak dirawat dengan segera, luka akibat tertusuk paku berkarat, atau mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman pada peparu, pundi kencing, ginjal, kulit, abdomen dan sebagainya.\n\nApabila jangkitan ini tidak dirawat dengan segera dan dibiarkan begitu sahaja, bakterai dari organ yang dijangkiti akan\u00a0memasuki aliran darah lalu menyebabkan seluruh badan anda juga dijangkiti. Jangkitan bakteria dalam darah akan menyebabkan badan menjadi semakin lemah dan tidak mampu lagi melawan serangan bakteria yang dialami.\n\nJangkitan bakteria pada kulit berlaku bakteria memasuki luka pada kulit anda lalu membiak dan membesar di dalam luka tersebut lalu menyebabkan berlakunya jangkitan. Di antara jangkitan bakteria pada kulit yang biasa berlaku ialah:\n\n5.\u00a0Jangkitan bakteria pada luka yang terbuka\n\nJangkitan bakteria pada luka yang terbuka berlaku apabila terdapat lapisan kulit yang terpisah akibat luka atau digaru dengan terlalu kita. Di antara individu yang berisiko mendapat jangkitan bakteria pada luka yang terbuka ialah:\n\nDi antara bakteria yang biasa menjangkiti lapisan kulit manusia yang terluka ialah dari jenis staphylococcus dan streptococcus. Kedua-dua jenis bakteria ini sememangnya sedia ada pada kulit anda dan hanya menunggu lapisan kulit anda terbuka atau terkoyak untuk masuk ke dalamnya.\n\n6.\u00a0Jangkitan bakteria disebabkan oleh sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit\n\nJangkitan bakteria disebabkan oleh sentuhan langsung dengan haiwan berjangkit berlaku apabila anda menyentuh haiwan atau air kencing dan najis haiwan yang telah dijangkiti oleh bakteria. Di antara jangkitan yang paling kerap berlaku di Malaysia ialah penyakit kencing tikus.\n\n7. Jangkitan bakteria disebabkan oleh pengambilan makanan\n\nIni adalah jangkitan bakteria yang berlaku akibat anda mengambil makanan yang tidak bersih dan tercemar dengan bakteria akibat dihinggapi lalat. Bakteria dari makanan akan masuk ke badan anda lalu berlakunya jangkitan.\n\n8. Jangkitan yang berlaku melalui hubungan seks\n\nTerdapat juga jangkitan bakteria yang disebabkan oleh berhubungan seks. Jangkitan bakteria dari jenis ini boleh menyebabkan anda mendapat penyakit kelamin seperti:\n\nItulah info tentang jenis bakteria dan penyakit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua hilangkan penyakit kulit, dan jenis penyakit kulit"
"Sedar tak sedar, tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma. Selepas Ramadhan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Bila sebut sahaja hari raya pastinya terbayang betapa banyak duit belanja yang diperlukan. Baju raya, kuih raya, duit raya, duit minyak, duit tol, dan sebagainya. Namun kita sering terlupa tentang satu perkara iaitu duit belanja dapur di rumah ibu bapa anda.\n\nBila tiba hari raya pastinya anda adik-beradik akan balik ke kampung beramai-ramai untuk berhari raya bersama. Kalau dah ramai pastinya ibu anda terpaksa menyediakan makanan yang banyak. Maksudnya ibu bapa anda peru sediakan duit yang banyak. Pernah tak anda terfikir untuk buat tabung adik-beradik di mana anda sediakan duit untuk hari raya. Ibu bapa anda tak perlu keluarkan satu sen pun.\n\nMenarik kan? Jom kita baca perkongsian Puan Musleha Mohd Tahrir yang mendapat ribuan perkongsian di Facebook ini. Walaupun perkongsian lepas, kami percaya ianya boleh diaplikasi pada raya tahun ini.\n\nSeawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang rm200 yg kami panggil sebagai\u00a0#tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe. Maklum le masing-masing anak ramai.\n\nSebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dgn Mak Bapak di Pagoh pada tahun yg sama. Jadi semua org boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.\n\nHasil kutipan #tabungraya sebanyak rm1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yg kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.\n\nBukan #tabungraya sahaja yg diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kg. Semua org terlibat dari yg kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yg baby lah kan. hihi.\n\nPersiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yg terror masak ni. Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yg perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.\n\nMenu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.\n\nRaya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh..Ini menu wajib yg tak pernah lagi diderhakai.(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam.. keke..\n\nRaya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe\n\nRaya keempat : nasi putih, tomyam, ayam masak kicap, telur dadar.\n\nBukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.\n\nHaaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing-masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu. Dan masa rosak tu, masa saya yg sedang guna. Huhu..sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yg pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.\n\nDuit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.\n\nAnak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu\u00b2. Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka. Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yg tukang baca senarai AJK tu.\n\nTime raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.\n\nMalam raya kami buat tahlil yg diketuai oleh Bapak. Siap ada yg jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.\n\nSelamat Hari Raya semua.Maaf zahir batin.Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.Raya2017kgsaribarupagoh\n\nKakak saya kata saya jadi ketua disiplin."
"Kalau terlebih rajin hari ini, boleh cuba buat resepi acar timun. Acar timun biasanya dihidangkan bersama dengan nasi minyak, nasi tomato, nasi goreng, nasi ayam dan lain-lain.\n\nResepi membuat acar timun yang sedap ialah dengan menumis hingga betul-betul garing, jangan letak air tapi hanya cuka sahaja dan biar betul-betul pekat, sentiasa gaul bahan. Maka tahan juga acar timun itu agak lama.\n\nAcar timun dan lobak merah yang rangup, dikongsikan oleh di Shima Maz\u00a0laman Facebook. Patut anda cuba untuk dihidangkan sebagai menu melengkapi lauk anda. Dijamin keluarga anda suka. Makan acar timun yang segar dan rangup.\n\nYang teringin boleh cubakan resepi ini. Buat acar timun sedap dan kongsikan kepada rakan-rakan anda. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi acar timun, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bila bercerita tentang ibu mertua, tidak dinafikan ramai menantu takut kalau dapat ibu mertua yang banyak ragam. Lagi-lagi untuk menantu perempuan. Berderau darah takut kalau dapat ibu mertua yang banyak ragam ni. Tambahan pula ragam ibu mertua ni ada banyak dan atas nasib badan dapat yang bagaimana. \n\nAntara ragam ibu mertua ini, ada ibu mertua yang suka berleter, mengawal, membebel dan sebagainya. Ada juga ibu mertua yang suka minta menantu bawanya ke sana sini, ke hulu dan ke hilir dah macam driver peribadi. Ragam ibu mertua seperti inilah yang kadangkala menjadi penyebab kepada kehancuran rumahtangga anak menantu sendiri.\n\nRagam Ibu Mertua Yang Mencabar Untuk Menantu Hadapi\n\nDi sini akan dikongsikan antara berbagai ragam ibu mertua yang agak mencabar untuk para menantu. Bukan niat untuk umpat keji tetapi sekadar untuk beri peringatan supaya para menantu menjadi lebih bersedia tertutama dari segi mental. Selalunya ragam ibu mertua ini berbeza mengikut usia dan tugas menantu adalah untuk faham dan cuba berbaik-baik. \n\n#1 \u2013 Ibu Mertua Yang Kepoh \n\nBila dapat ibu mertua suka membebel memang letih rasanya, semua benda dia ajar dan kawal. Hal rumah tangga termasuk wang perbelanjaan semua dia nak sibuk. Rasa macam terkongkong!\n\nAnda patut atasi masalah ini dengan berkata \u2018ya\u2019 atau angguk je untuk mengelakkan sebarang masalah yang lebih besar. Angguk bukan bermakna anda setuju, cuma tdak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jangan terlalu berusaha untuk mengembirakan hatinya, kerana ianya tidak akan berkesudahan dan membuat anda lebih kecewa sahaja. \n\n#2 \u2013 Ibu Mertua Yang Suka Mengawal\n\nKebanyakan ibu mertua suka membebel dan mengawal. Sifatnya yang suka mengawal membuatkan anak menantu naik rimas. Dia seperti tidak boleh lepas tangan dalam urusan rumah tangga anda. \n\nTerutama dalam masalah kewangan, walaupun ibu mertua berniat baik untuk membantu tapi lebih baik jika anda terus berdikari dengan tidak terlalu bergantung padanya. \n\nWalapun ia boleh mengurangkan beban anda jika dia ingin membantu dalam bayaran duit muka kereta atau rumah, tapi ia mungkin akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Mungkin juga boleh berlaku adegan ungkit-mengungkit dan sebagainya.\n\nBegitu juga dalam urusan bab menjaga cucu. Pada permulaannya mungkin dia lakukan dengan rela hati tapi lama-lama mungkin dia akan rasa penat dan menyalahkan anda pula.\n\n#3 \u2013 Ibu Mertua Yang Suka Sangat Minta Wang \n\nIni pula sikap sesetengah ibu mertua yang suka membebel sebab tak cukup duit. Bila rasa tak cukup tempat untuk selalu meminta wang adalah dari anaknya. Memang menjadi tanggungjawab anak lelaki untuk tetap menjaga ibu bapanya walau sudah berkahwin, tetapi jangan pula sampai mengabaikan nafkah yang lebih utama untuk isteri dan anak-anak. \n\nBila dapat ibu mertua seperti ini memang rumit sebabnya mereka tidak mahu memahami dan hanya pentingkan dirinya sahaja. Jadi anda perlu banyak bersabar, dan ingatkan suami supaya sentiasa berlaku adil terhadap anda dan ibunya. Dan anda juga perlu tabahkan hati untuk tahan telinga mendengar leterannya setiap kali.\n\n#4 \u2013 Ibu Mertua Yang Suka Membebel\n\nOrang tua-tua dan membebel memang tak dapat dipisahkan \nKadang-kadang hal kecik pun dia suka membebel dan tidak mengikut situasi.\n\nApa yang perlu anda buat adalah bertenang dan cuba untuk mengelak atau cuba tukar topik lain. Cuba beri alasan untuk keluar atau buat kerja. Kadang-kadang mereka suka membebel sebab mereka stress.\n\n#5 \u2013 Ibu Mertua Yang Suka Berleter Pada Cucu\n\nAda pula ibu mertua yang suka membebel soal cucu-cucunya. Malah ada juga yang suka membandingkan anak anda dari segi pelajaran, rupa paras atau sebagainya dengan cucu-cucunya yang lain. Tentunya selaku seorang ibu anda akan terasa hati apabila ada orang bercakap yang tidak baik pada anak sendiri meskipun itu adalah ibu mertua anda sendiri. \n\nTak mengapalah, jangan cepat salah paham kerana kadang-kadang marah itu tandanya sayang. Mungkin ibu mertua anda membebel itu sebab risaukan cucu-cucunya. Mungkin juga kerana dia agak prihatin hingga nampak benda yang anda sendiri kadang-kadang tak perasan. Anda perlu pandai kawal situasi ini agar tidak terlalu emosi. \n\n#6 \u2013 Ibu Mertua Yang Suka Buat Drama \n\nPekara yang perlu anda tahu ialah semakin berusia seseorang itu bermakna dia akan lebih mudah menjadi sensitif. Makin berumur seseorang ibu makin manja dan mengada-ngada. Ini adalah normal. Bagi ibu mertua yang suka buat drama menangis bagai itu semua tak lain dan tak bukan adalah untuk menarik perhatian anak dan menantunya. \n\nIbu mertua yang suka berdrama dan beleter panjang walau ada sedikit saja yang tak kena ini memang agak mencabar kesabaran. Namun jangan lupa kedudukannya sebagai seorang ibu. \n\nApa yang boleh anda buat ialah tidak terlalu melayan dramanya itu dan anggap ianya sebagai kerenah manja orang tua. Sebagai seorang menantu yang baik cuba bersabar melayan kerenah mak mertua anda itu dengan sebaik mungkin. \n\nTips Untuk Menantu Atasi Ragam Ibu Mertua \n\nRagam Ibu Mertua Memang Ada Tapi Tidak Semuanya Keterlaluan, Ramai Jer Ibu Mertua Yang Sporting Habis!\n\nRagam ibu\u00a0mentua sering kita dengar tapi jangan lupa yang ada juga menantu berperangai seperti hantu! Kadangkala ibu mertua tegur sikit saja tapi merajuknya panjang sedepa. Bukan setakat merajuk malah dihasutnya pula suami untuk bermusuh dengan si ibu mertua. Jangan! Jangan buat begitu! Suami tetap anak kepada si ibu mertua dan selaku si menantu kena tahu juga batas-batasnya. \n\nUntuk para menantu yang dapat mertua baik dan boleh berkomunikasi dengan elok, sayangilah mak mertua kalian. Berbaktilah pada dia tanpa ada perbezaan kasih antara ibu mertua dengan ibu kandung sendiri."
"Kalau ditanya secara jujur, anda suka wajah yang cantik semula jadi atau selepas make-up? Mesti ada yang suka make-up, ada juga yang suka berwajah polos. Kalau penulis nak kongsikan tips muka berseri tanpa make-up, ada yang teruja tak?\n\nMake-up atau solekan dikenakan pada wajah bertujuan untuk menaikkan lagi seri wajah. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menutup kekurangan di wajah seperti parut, jerawat, tona tak sekata dan sebagainya.\n\nKini, terdapat pelbagai produk make-up di pasaran yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Antara yang wajib ada ialah foundation, compact powder, eye shadow, mascara, blusher dan lipstik.\n\nApabila anda pandai mengenakan make-up yang sesuai dengan warna kulit, pastinya wajah akan nampak lebih cantik. Namun, yang menjadi masalahnya ialah anda memerlukan kerajinan untuk menanggalkan make-up.\n\nWanita yang sering mengenakan make-up ketika bekerja atau keluar berjalan-jalan, jangan sesekali malas untuk menanggalkannya. Jika tidak dibersihkan dengan betul, masalah lain pula yang akan timbul.\n\nSaki-baki solekan yang tertinggal akan menyumbat pori-pori pada kulit wajah. Ini akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat, bintik putih dan kulit kusam. Bertambah-tambah pula kos bulanan anda nanti!\n\nJika terlalu bergantung pada solekan, lama-kelamaan anda akan kurang keyakinan diri untuk tampil berwajah polos. Sebenarnya, kita juga tidak pasti apa kandungan sebenar yang terdapat dalam produk make-up.\n\nOleh itu, dalam artikel ini penulis akan kongsikan beberapa tips istimewa untuk mendapatkan muka berseri tanpa make-up. Bagi anda yang suka kenakan makeup, apa kata cabar diri untuk cuba tips ini. Mana tahu lepas ni dah lupakan terus make-up.\n\n1. Lebihkan Makanan yang Mencantikkan Kulit\n\nSalah satu pelaburan penting untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri ialah dengan menjaga pemakanan. Jangan lupa kata-kata \u201cYou are what you eat.\u201d Cara paling mudah adalah dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian.\n\nAnda boleh mengambil makanan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan salmon, tuna, sardin, kekacang dan flax seed. Malahan, lebihkan makanan yang mempunyai vitamin C yang tinggi seperti jambu batu, oren, betik, tomato dan sebagainya.\n\nSemua sistem dan fungsi di dalam tubuh memerlukan air. Oleh itu, jangan sesekali terlupa minum air! Jika anda sibuk, sediakan sebotol minuman dan bawa ia ke mana saja. Dengan cara ini, anda tak akan lupa minum air.\n\nApabila anda minum air secukupnya iaitu 8 gelas setiap hari, kulit akan sentiasa lembap dan cantik. Air juga dapat menyingkirkan toksik yang terdapat di dalam tubuh. Oleh itu, masalah kulit seperti garisan halus, kusam dan kekeringan dapat diatasi.\n\nAnda juga boleh mengamalkan green tea atau teh hijau. Malahan, anda juga boleh membuat detox water atau juga dikenali sebagai infused water. Caranya ialah masukkan hirisan buah seperti lemon, epal, daun mint dan sebagainya.\n\nWalau sesibuk manapun kita, jangan lupa untuk mendapatkan tidur yang lena dan mencukupi. Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari. Sewaktu tidur, kulit akan menghasilkan kolagen yang baru.\n\nApabila tidur mencukupi, anda dapat mengelakkan masalah lingkaran hitam di bawah mata dan wajah lesu. Lama-kelamaan wajah akan nampak lebih berseri dan anda kekal awet muda.\n\nJangan lupa untuk menukar cadar bantal dan tilam seminggu sekali atau 2 kali. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan bakteria dan kekotoran yang terkumpul di situ daripada menjejaskan kulit wajah.\n\n4. Semakan Kandungan Bahan Sebelum Makan\n\nJika sebelum ini, anda seorang yang alpa tentang kandungan bahan dalam sesuatu makanan atau minuman. Selepas baca artikel ini, buang jauh-jauh tabiat itu. Semak betul-betul kandungan bahan dari segi jumlah kalori, gula dan lemak.\n\nElakkan membeli makanan dan minuman yang viral. Tidak guna jika rasanya enak, kalau bahan di dalamnya tidak baik untuk kesihatan. Terlalu banyak bahan pengawet, gula, pewarna dan tinggi kalori. Pengambilan makanan seperti ini akan memberi kesan pada kulit wajah.\n\nKajian membuktikan bahawa dengan senaman tidak kira berjoging, berenang, zumba dan sebagainya, ia sangat baik untuk kulit. Dengan bersenam 3 atau 4 kali seminggu, anda pasti kagum dengan kesannya.\n\nIa dapat meningkatkan peredaran darah, menyingkirkan toksik dan meningkatkan peredaran oksigen pada kulit. Malahan, senaman dapat meningkatkan endorfin yang dapat mengurangkan stres dan memberi keselesaan pada tubuh serta kulit.\n\nIni aspek yang sangat penting. Walaupun tidak mengenakan make-up, anda tetap perlu menjaga kulit wajah. Buat rutin penjagaan wajah secara konsisten seperti mencuci muka, memakai toner, serum, pelembap dan krim siang serta malam.\n\nPaling penting jangan lupa teknik double cleansing ketika cuci muka. Jangan lupa juga untuk sentiasa mengenakan pelembap, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Skrub wajah seminggu sekali atau 2 kali. Lagi satu, jangan keluar daripada rumah tanpa memakai krim pelindung matahari. Duduk rumah pun wajib pakai!\n\nSesekali buatlah urutan wajah menggunakan bahan-bahan semula jadi. Antaranya anda boleh menggunakan minyak zaitun. Urutan lembut ini mampu mengurangkan kedutan halus, menegang dan melembapkan wajah.\n\nSelain minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa atau losyen yang dijual di pasaran. Cara mengurut ialah dari arah dagu naik ke bahagian dahi. Buat beberapa kali. Selain anda berasa lebih segar, wajah juga akan berseri.\n\nSentiasa senyum apabila berjumpa dengan orang lain. Wajah yang ceria akan memberi impak positif kepada diri sendiri dan orang lain. Ingat kata-kata ini, \u2018A smile is an inexpensive way to improve your looks.\u2019\n\nUntuk menambahkan lagi kemanisan senyuman anda itu, jangan lupa menjaga kesihatan gigi. Jumpa doktor gigi setiap 2 kali setahun.\n\nSentiasa menjaga penampilan diri agar kelihatan kemas dan terurus. Jika mengenakan tudung, pilihlah warna tudung yang sesuai. Begitu juga dengan pakaian, sesuaikan ikut warna kulit dan bentuk badan.\n\nBagi yang tidak bertudung, tampil kemas dengan memotong rambut dengan kemas. Ikat rambut mengikut citarasa yang diingini. Yang paling penting anda selesa dan nampak bersih. Apabila anda selesa, ia akan terserlah di wajah.\n\nSetiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan sesekali berasa rendah diri jika anda mempunyai kekurangan berbanding orang lain. Bersyukur dengan pemberian Allah dengan hati yang terbuka.\n\nApabila kita redha dan bersyukur selalu, kehidupan kita juga akan tenang. Perasaan positif seperti ini akan memberi impak pada keceriaan wajah. Apabila kita banyak tersenyum dan gembira, wajah pasti akan nampak lebih berseri-seri bukan?\n\nApa pendapat anda? Diharapkan para pembaca semua seronok membaca kesemua tips yang mudah diikuti ini. Jangan lupa juga baca\u00a0 kebaikan tomato untuk kulit wajah. Bagi para isteri nak tahu cara naikkan seri wajah."
"Ayuh ketahui kisah-kisah ketabahan tentang 5 Rasul Ulul Azmi.\n\nAllah S.W.T telah mengirimkan para Nabi dan rasul sebagai utusan-Nya dalam menyampaikan ajaran Islam yang lurus dan benar. Terdapat 313 orang rasul yang diutuskan Allah untuk menyampaikan dakwah kepada orang lain, manakala beribu nabi yang dipilih oleh Allah sebagai pilihan-Nya.\n\nDari hadis riwayat Abu Dzar al-Ghifari R.A: \n\n\u201cAku bertanya kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah, berapakah bilangan anbiyaa\u2019? \n\nAku bertanya lagi, \u2018Berapakah bilangan Rasul daripada kalangan anbiyaa\u2019 tersebut?\u2019 \n\nNabi SAW menjawab \u2018313 orang, dan jumlah itu adalah ramai\u2019.\u201d\n\nDalam golongan Rasul, terdapat gelaran \u2018ulul azmi\u2019yang khas untuk rasul-rasul yang mempunyai ketabahan luar biasa serta menempuh ujian dan dalam perjalanan menyampaikan ajaran Islam.\u00a0 Perkataan \u2018ulul\u2019 \u00a0bermaksud memiliki dan \u2018azmi\u2019 bermaksud keteguhan hati atau tekad yang kuat. \u00a0Sangat bertepatan dengan kekuatan iman dan semangat para rasul ini sepanjang kehidupan mereka.\n\nTerdapat lima orang Rasul yang tergolong dalam gelaran ulul azmi iaitu; \u00a0Nabi Ibrahim A.S, Nuh A.S, Musa A.S, Isa A.S dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.\n\nBaginda Rasulullah S.A.W telah menjadi anak yatim piatu sejak usianya enam tahun. Kemudian berlaku \u2018tahun dukacita\u2019 kepada baginda setelah kehilangan isteri tercinta dan bapa saudara yang banyak membantu serta melindungi baginda pada tahun yang sama.\n\n2. Tentangan Dakwah dari Pelbagai Sudut\n\nAbu Lahab, bapa saudara baginda adalah sosok yang paling kuat menentang dakwahnya sehingga Allah merakamkan kejahatannya dan isteri dalam surah al-Lahab. Isterinya sering meletakkan duri di jalan yang dilalui baginda.\n\nSelain itu, para pemimpin Quraisy Mekah menawarkan ganjaran yang sangat istimewa kepada baginda sekiranya meninggalkan dakwahnya. Mereka juga menawarkan hadiah dan upah yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya membunuh Nabi S.A.W semasa dalam perjalanan hijrah ke Madinah.\n\nBahkan masyarakat Quraisy\u00a0 juga memboikot urusniaga dengan Bani Hashim dan Bani Mutalib, hingga mereka kehabisan makanan dan terpaksa memakan daun-daun. Banyak lagi tentangan dan halangan yang dilakukan untuk mematahkan urusan dakwah Rasulullah yang datang dari pelbagai pihak, namun sedikit pun tidak merencatkan semangat baginda S.A.W.\n\nNabi Muhamamd S.A.W sangat banyak menyertai peperangan demi tujuan menyebarkan ajaran Islam dan menentang musuh-musuh yang cuba menjatuhkan perjuangan baginda. Setiap peperangan ditentang hebat dan penuh sengit \u00a0kerana bilangan musuh yang selalunya lebih ramai berbanding pasukan Islam. Namun dalam kebanyakan peperangan kemenangan berpihak kepada pasukan Nabi Muhammad S.A.W.\n\nRasulullah S.A.W bukan sahaja pernah mengalami kecederaan seperti luka dan patah giginya \u00a0semasa Perang Uhud, tetapi turut kehilangan\u00a0 sahabat serta orang tersayang. Baginda juga telah kehilangan bapa saudara kesayangannya yang juga tonggak utama perjuangannya, iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib.\n\n1. Ayahnya Tidak Taat Kepada Allah S.W.T\n\nAyah Nabi Ibrahim, yang bernama Azar, merupakan seorang pengukir \u00a0patung berhala serta penyembah berhala yang sangat taat. \u00a0Sewaktu Nabi Ibrahim AS mengajak ayahnya \u00a0untuk mentaati Allah, ajakan itu tidak diendahkan.\n\nRaja Namrud yang sangat kejam dan zalim \u00a0menghukum\u00a0 Nabi Ibrahim A.S kerana dakwah baginda yang melarang mereka menyembah berhala. Pengikut Namrud telah menghimpunkan kayu dan membakarnya sehingga \u00a0api naik menjulang. Lalu \u00a0Nabi Ibrahim A.S dicampak ke dalam api itu dan baginda dibakar hidup-hidup. Namun, dengan izin Allah baginda masih selamat, api yang membakar baginda menjadi sejuk.\n\n\u201cHai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!\u201d\n\n3. \u00a0Allah Memerintahkan Menyembelih Nabi Ismail\n\nNabi Ibrahim A.S dikurniakan seorang\u00a0 anak pada usia yang sangat tua iaitu kira-kira 80 tahun. Suatu hari apabila Allah S.W.T memerintahkan baginda menyembelih anaknya itu, baginda berasa sangat berat hati. Lalu\u00a0 bertanya pendapat anaknya seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:\n\n\u201cHai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.\u201d\n\nApabila Allah S.W.T melihat ketaatan kedua-duanya, digantikan Nabi Ismail dengan seekor sembelihan lain iaitu seekor kibas.\n\n1. Dicemuh dan Dihina oleh Masyarakat\n\nKelahiran baginda tanpa bapa, membuatkan baginda dan ibunya dicela. Namun, al-Quran menceritakan, baginda menjawab tuduhan itu;\n\n\u201cSesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberi aku alkitab (Injil) dan menjadikan aku seorang nabi. Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada. Dia menyuruhku mendirikan solat dan menunaikan zakat selagi aku hidup. \n\nDan (memerintahkan juga) supaya aku berbakti kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong dan celaka. Semoga keselamatan dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku mati, dan pada hari aku dibangkitkan kembali.\u201d\n\nNabi Isa A.S dikhianati oleh pengikutnya, yang bernama Judas sehingga baginda dijatuhkah hukuman salib. \u00a0Namun, Allah S.W.T telah menukar dan menyerupakan pengikutnya itu dengan wajah yang sama seperti \u00a0Nabi Isa.\n\nBahkan Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah S.W.T dan akan diturunkan ke bumi untuk menentang dajjal di akhir zaman kelak.\n\nNabi Nuh A.S menjalankan urusan dakwahnya selama 950 tahun, namun usahanya itu hanya dibalas dengan ejekan dan cercaan. Dalam tempoh masa dakwah yang lama itu pengikut baginda sangatlah sedikit iaitu\u00a0 kurang daripada 100 orang. Usaha dakwah baginda ditolak sekerasnya oleh kaumnya yang tidak percaya mengenai kerasulannya, termasuklah isteri dan anak-anak baginda sendiri yang tidak mahu beriman dengan ajaran Allah S.W.T.\n\nAkhirnya, Nabi Nuh mengadu dan berdoa kepada Allah agar memenangkan Islam. Tidak lama kemudian Allah memerintahkan Nabi Nuh A.S membina bahtera yang besar di aats sebuah bukit. Melihat usaha baginda itu, kaumnya mengejek dan mengatakan baginda gila.\u00a0 Namun, apabila banjir besar datang mereka yang ingkar ditenggelami air dan mati.\n\nNabi Musa A.S dilahirkan semasa Firaun menetapkan undang-undang agar semua bayi lelaki dibunuh. Ini kerana Firaun percaya akan ramalan mimpinya tentang kerajaannya akan runtuh.\n\nLalu, ibu Nabi Musa menghanyutkan baginda ke Sungai Nil sebagai cara untuk menyelamatkan baginda. Dengan kuasa Allah baginda Nabi Musa ditemui oleh isteri Firaun dan dibesarkan oleh di istana sehingga baginda dewasa.\n\nApabila Nabi Musa A.S dilantik menjadi rasul, bermulalah penentangan Firaun terhadap baginda, sehingga berlaku peristiwa di Laut Merah yang menenggelamkan Firaun dan para pengikutnya.\u00a0\n\n2. Kaumnya Tidak Menerima Seruan Dakwah\n\nNabi Musa A.S diutuskan kepada Bani Israel. Namun, mereka ingkar dan tetap menyembah patung berhala yang dicipta oleh Samiri. Walaupun telah diselamatkan daripada kekejaman Firaun dan diberi pelbagai nikmat, mereka masih enggan taat.\n\nMaka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; dan baginda berkata:\n\n\u201cWahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?\u201d\n\nPenutup: Para Rasul Petunjuk Sepanjang Zaman\n\nTerdapat sebab atau hikmah para rasul ini mendapat gelaran yang istimewa ini. Ujian dan dugaan hidup para mereka sangat hebat, tambahan lagi semasa berdakwah ke arah jalan yang benar.\n\nPerjuangan dan kehidupan para rasul ulul azmi sepatutnya memberi inspirasi kepada umat Islam kini agar \u00a0bersabar dan tabah menghadapi apa-apa dugaan. Sedangkan para rasul yang dikasih Allah sahaja mendapat ujian sebegitu\u00a0 hebat, apatah lagi kita umat Islam penuh dosa dan noda yang sepatutnya hanya mmapu reda dan berserah dengan apa-apa sahaja kehendak Allah S.W.T. \u00a0Jadi, sentiasalah berdoa, berusaha dan bertawakal kepada Allah, kerana Dia-lah pintu kebahagiaan di dunia dan akhirat.\n\n Jom baca lebih banyak artikel menarik lain;"
"Khairat kematian di kalangan umat Islam sudah lama wujud. Boleh dikatakan di setiap kampung ada pihak yang uruskan khairat kematian ini. Khairat Kematian ialah sumbangan yang dikumpul secara oleh wakil yang dilantik untuk diberikan kepada waris yang sepatutnya. Malah ada juga khairat kematian yang tidak dituntut oleh waris akibat tidak pernah ambil tahu akan perkara ini.\n\nimage via : The Muslim Bloggers Alliance\n\nApa Itu\u00a0Khairat Kematian? Khairat ini sebenarnya berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan. Maksud khairat kematian ini juga adalah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan. Khairat kematian biasanya diberikan kepada waris si mati. Tujuan utamanya ialah untuk membantu waris dalam urusan pengebumian. \n\nKhairat merangkumi aktiviti memberi sedekah. Tabung khairat kematian selalunya ditubuhkan di semua tempat oleh ahli jawatan kuasa masjid atau surau. Ada juga yang terus melantik wakil untuk mengutip dari ahli kariah dari masa ke semasa mengikut jumlah kematian. Tujuan utamanya ialah untuk pertolongan segera jika ada kariah yang meninggal dunia.\u00a0\n\nAntara manfaat khairat kematian ialah ia bertujuan untuk membantu waris si mati dalam menguruskan proses pengkebumian. Urusan pengkebumian termasuklah barang untuk kafankan jenazah dan juga urusan penggunaan kenderaan jenazah. Dengan adanya khairat kematian ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses pengebumian terutama penggunaan kenderaan jenazah untuk keluar kawasan.\n\nSelain itu, manfaat khairat kematian yang kedua ialah dapat mempercepatkan proses pengebumian. Dengan adanya khairat kematian ia dapat membentu keluarga waris yang kesempitan wang bagi mempercepatkan lagi proses pengebumian. Bayangkan jika tiada khairat kematian pastinya proses pengebumian sukar dan jenazah lambat dikebumikan. \n\nKita juga digalakkan untuk mempercepatkan mengebumi jenazah. Sekiranya tiada khairat kematian, bagaimana nasib keluarga yang mengalami masalah kewangan? Pasti sukar untuk mereka menguruskan jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal. Sememangnya khairat kematian ini banyak mendatangkan mafaat kepada semua umat islam. Kos bagi proses satu jenazah sahaja sekitar RM 500 dan ke atas.\n\nJika tiada khairat kematian pasti sukar buat keluarga yang kesempitan wang. Harus diingatlkan, proses kematian untuk satu jenazah noleh mencecah sehingga RM 1000. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat kebanyakkan masjid atau surau menubuhkan tabung khairat kematian supaya ia dapat membantu kesemua ahli kariah yang ada kematian.\n\n3 \u2013 Digunakan Untuk Menyediakan Barang Pengebumian Jenazah\n\nManfaat khairat kematian yang seterusnya ialah, pihak masjid dapat membeli barang keperluan untuk kebumi jenazah. Dengan adanya khairat kematian ia dapat digunakan untuk membeli barang-barang untuk kebumi jenazah. Dengan adanya barang-barang ini ia dapat memudahkan masa pihak keluarga jenazah dan memendekkan masa. Biasanya wang yang dikutip untuk tabung khairat kematian termasuk sekali dengan kos penggunaan kenderaan jenazah dan kos menggali kubur. \n\nKebiasaannya selepas selesai segala urusan pengkebumian ahli jawatan kuasa yang dilantik akan mengutip semula wang tabung khairat kematian dari ahli kariah di kawasan mereka. Ia untuk menggantikan barang-barang pengkebumian yang telah digunakan supaya dapat digunakan untuk kariah yang lain pula. Bukan itu sahaja, kebiasaanya tabung ini juga digunakan untuk pengurusan membawa jenazah dari hospital ke rumah, pengkebumian. Senang kata, tabung khairat kematian ini akan digunakan untuk dari A hingga Z oleh ahli jawatankuasa masjid bagi proses pengebumian.\n\n4 \u2013 Mendidik Umat Islam Untuk Bersedekah\n\nBanyak lagi manfaat khairat kematian ini. Antaranya ia mendidik umat Islam untuk bersedekah. Ia bertujuan untuk menyediakan peluang untuk ahli kariah bagi sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan dengan cara membantu sesama keluarga ahli kariah apabila ada ahli kariah yang meninggal dunia. \n\nSecara tidak langsung semua ahli kariah boleh sama-sama mengumpul saham akhirat dengan menggalakkan para kariah meningfak atau bersedekah secara tetap kepada pihak surau atau masjid. Selain itu ia dapat meyuburkan sifat tolong menolong sesama manusia. Ia juga dapat melahirkan masyarakat yang berkebajikan dan mempunyai sifat tolong-menolong kepada ahli kariah lain untuk meringankan beban ahli kariah yang dalam kesusahan untuk memudahkan urusan pengkebumian mereka.\n\nMasih Ramai Yang Tidak Tentang Kewujudan Khairat Kematian\n\nDisebabkan khairat kematian ini tidak termasuk sebagai harta pusaka maka ramailah di antara waris yang tidak tahu akan kewujudannya. Malah ada dikalangan waris yang sama sekali tidak ambil peduli tentang perkara ini. Sebenarnya khairat kematian ini ada banyak dan seringkali ada di bank-bank dan agensi penting seperti KWSP, PERKESO, Rela, ASB, pencen dan lain-lain lagi.\n\nJumlahnya agak besar juga dan setelah berjaya dituntut terpulanglah pada waris bagaimana untuk belanjakan wang khairat kematian ini. Sebolehnya belanjakan untuk si mati seperti buat belanja majlis tahlil, bayar hutang, sedekah dan sebagainya.\n\nBila Ada Ahli Keluarga Meninggal, Sila Periksa Jika Ada Khairat Kematiannya Di Tempat Ini\n\nAntara khairat kematian yang tidak dituntut ini adalah ;\n\nCara untuk tuntut khairat kematian ini tidak susah sebenarnya. Waris terdekat hanya perlu membawa sijil si mati, sijil nikah (jika pasangan yang meninggal) dan kad pengenalan diri untuk sahkan identiti diri. Urusan tuntutan ini hendaklah di buat dalam tempoh seberapa segera selepas usai uruskan pengembumian. Jangan bertangguh! Baca juga doa dan panduan bila kena fitnah, golongan yang haram disentuh api neraka dan penyakit pelupa di usia muda."
"Mendengar saja perkataan \u2018kanser\u2019 atau \u2018barah\u2019, jantung berdegup kencang dan macam-macam bayangan buruk terlintas di kepala. Begitu ngeri sekali penyakit yang belum ada ubat khusus untuk merawatnya setakat ni.\n\nPenyakit kanser merupakan penyakit yang semakin ramai orang di dunia menghidapinya tanpa kira jantina dan umur. Jangan terkejut apabila kita membaca berita tentang bayi yang menghidap kanser seawal usia sebulan. \n\nMenurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kira-kira 19,000 daripada 100,000 rakyat Malaysia menghidap pelbagai jenis kanser. Namun, tahap kesedaran tentang penyakit kanser masih rendah.\n\nHampir 60 peratus kes kanser yang dilaporkan di negara ni dikesan pada tahap ke-3 dan ke-4. Malah, kira-kira 8.2 juta orang meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2012 dan jumlah tersebut semakin meningkat saban tahun.\n\nMenurut KKM, kanser terjadi apabila berlaku ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Maksudnya, bagi membolehkan tumbesaran badan berlaku, sepatutnya sel ni akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya.\n\nNamun, kadangkala sel ni bertambah secara tak normal yang mengakibatkan berlakunya ketumbuhan yang tak normal (tumor). Tumor dibahagikan kepada 2 jenis iaitu ketumbuhan bukan kanser dan kanser.\n\nKetumbuhan bukan kanser tak akan merebak ke bahagian tubuh atau organ yang lain. Kanser pula akan menyebabkan sel-sel kanser merebak ke bahagian lain jika tak dirawat. Jika merebak ke organ yang lain akan mengakibatkan komplikasi sistemik. \n\nApabila kehilangan fungsi multi organ dan juga komplikasi, ia boleh membawa maut. Apabila sel-sel kanser merebak di bahagian lain, ketumbuhan baru boleh terbentuk di organ tersebut.\n\nTerdapat pelbagai jenis penyakit kanser, antaranya ialah:\n\nDalam artikel ni, penulis akan berkongsi 4 jenis makanan punca kanser yang perlu dikurangkan pengambilannya. Rupa-rupanya tanpa kita sedari, makanan-makanan ni sudah sebati sebagai hidangan harian rakyat Malaysia.\n\nPakar pemakanan dan perubatan telah menasihatkan kita agar kurangkan atau elakkan makanan berisiko tinggi ni. Namun, kadangkala kita alpa dengan peringatan tu. Tak dinafikan senarai yang akan diberikan ni merupakan makanan yang lazat. Namun, ada bahaya yang menanti.\n\nGula dikatakan makanan bagi sel-sel kanser untuk cepat merebak dan aktif. Hidangan pencuci mulut seperti kek, puding, biskut, donut, pastri, kuih-muih dan aiskrim misalnya mempunyai kandungan gula yang amat tinggi.\n\nPantang nampak promo kek atau minuman viral di kaca televisyen atau media sosial, semua orang berlumba-lumba nak cuba dulu. Tak hairanlah kita ketagihan gula dibuatnya. Malahan, elakkan minuman berkarbonat, kopi berkrim dan minuman 3 dalam 1 yang sememangnya tak bagus untuk diminum.\n\nApabila kita tak jaga kandungan gula dalam darah, kadar insulin akan meningkat, maka perkembangan sel kanser akan dirangsang. Oleh itu, hadkan pengambilan gula harian tak melebihi 10 sudu kecil sehari (50g).\n\nDalam serba moden dan pantas, kalau boleh semuanya nak di depan mata saja. Kalau lapar, terus ke pandu lalu restoran makanan segera. Kalau anak-anak lapar, sedangkan kita sedang sibuk kemas rumah, tak susah mi segera ada. \n\nFilem kegemaran sedang ditayangkan di televisyen, capai kentang goreng atau nuget di dalam peti sejuk. Goreng dan makan panas-panas. Aduh, nikmatnya bila dicicah dengan sos cili.\n\nNi la yang berlaku di setiap rumah saban hari. Bila dunia makin maju, sains dan teknologi juga berkembang pesat. Sudah pasti, bidang perubatan juga semakin meningkat kualitinya. Malangnya, masyarakat seakan-akan berlumba menempah penyakit pula. \n\nTahukah anda makanan segera dan diproses mempunyai kandungan bahan pengawet, bahan perasa dan pewarna yang tinggi? Sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen. Karsinogen ialah agen-agen yang boleh meningkatkan pertumbuhan kanser. \n\nBanyakkan makan makanan yang segar dan bukan yang sudah siap dibungkus. Demi kesihatan dan kebaikan keluarga kita, lebih baik penat sedikit untuk sediakan sendiri masakan. Elakkan membeli makanan segera dengan kerap.\n\nMakanan bergoreng seperti ayam goreng, karipap, popia, pisang goreng dan sebagainya mampu membuat air liur meleleh. Mana taknya, dengan bunyi \u2018krap krup\u2019 yang garing, sedar tak sedar laju saja masuk mulut. \n\nSebenarnya, makanan bergoreng mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Selain itu, ada juga makanan bergoreng yang tinggi kanji dan mengandungi bahan yang dikenali sebagai akrilamida. Makanan seperti kentang goreng dan roti mempunyai kanji yang tinggi.\n\nAkrilamida akan terbentuk apabila makanan digoreng pada suhu tinggi melebihi 120 darjah celsius. Malahan, makanan yang dibakar dan dipanggang juga mempunyai akrilamida. Ia tak terhasil apabila makanan dimasak dengan cara direbus dan dikukus.\n\nAkrilamida sering dikaitkan dengan risiko kanser dan merupakan sejenis toksik bagi tubuh badan (WHO 2011). Kajian mendapati bahan ni dikenal pasti sebagai kontaminan atau bahan cemar dalam makanan tinggi karbohidrat. \n\nCara yang paling baik ialah pelbagaikan cara masakan di rumah. Anda boleh merebus, mengukus dan membuat sup. Jangan terlalu kerap menyediakan makanan yang bergoreng dan dibakar. Begitu juga apabila membeli makanan di luar.\n\nPasti anda ada senarai jenama makanan ringan kegemaran bukan? Siapa yang tak suka makanan ringan? Dari kanak-kanak sampai ke orang tua, memang dah biasa mengunyah makanan ringan. Antaranya ialah keropok, kerepek, gula getah dan sebagainya.\n\nSebagai ibu bapa, pantaulah makanan anak-anak kita. Jika sesekali, tak ada masalah. Namun, jangan biarkan mereka membazirkan wang saku sekolah untuk membeli makanan ringan. Kita pun janganlah suka sangat belikan makanan ringan untuk anak-anak kita.\n\nMakanan ringan sebenarnya ialah makanan proses yang langsung tiada khasiat. Ia sangat tinggi dengan bahan perasa MSG, garam, gula, pewarna dan bahan pengawet. Jadi, tak boleh dinafikan bahawa makanan ringan mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.\n\nJika makan dengan kerap, dikhuatiri bahan kimia tersebut akan terkumpul dalam badan. Jika bahan kimia tu tak dapat dikeluarkan daripada tubuh badan, maka ia akan merangsang sel-sel kanser yang sememangnya sudah ada dalam badan seseorang.\n\nAkhir kata, ubahlah tabiat pemakanan dengan cara yang lebih sihat. Amalkan gaya pemakanan yang disarankan oleh KKM. Bukan tak boleh makan langsung makanan-makanan yang disenaraikan di atas, tapi lebih baik dikurangkan. Lambat-laun kita dapat mengelaknya terus.\n\nSelain menjaga pemakanan, amalkan gaya hidup aktif dan kurangkan stres dalam kehidupan. Dengan cara ni, penyakit kanser dapat dielakkan dengan lebih awal. Semoga artikel ni memberi maklumat tentang makanan punca kanser yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua."
"Kek mentega gebu-gebas. Siapa mahu resepi kek paling senang ini? Kali ini kami akan kongsikan resepi kek mentega yang mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Junaidah Osman\u200e di laman Facebook.\n\nResepi ini sungguh senang dibuat. Tahukah anda hanya bermodalkan planta, tepung kek, gula dan telur anda boleh mengahsilkan kek yang sangat enak. Campurkan semua bahan dan bakar. Kalau anda mahu letak warna pun boleh juga. Cukup buat 3 warna mesti jadi cantik.\n\nKek mentega ini boleh anda buat untuk makan petang-petang minum dengan sirap sangat padu rasanya. Mahu anda hidangkan untuk acara majlis pun boleh juga. Hias mengikut kreativiti anda jadi makin menarik lah kek anda.\n\nTanpa buang masa, jom buat resepinya. Konfirm anak-anak anda mesti suka kek mentega lazat ini\n\nSelain resepi kek mentega, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mahukan menikmati kek yang sedap sempena birthday orang terkasih misalnya? Macam mana kalau hadiahkan mereka dengan kek tiramisu. Idea yang bagus bukan? Kek tiramisu yang amat lembut dan sedap sedia memikat hati buah hati anda.\n\nResepi kek tiramisu yang mampu memikat hati ini didatangkan daripada\u00a0\u200eYati Rahim\u200e\u00a0dalam perkongsiannya di Facebook. Kek tiramisu dibuat dengan tiga lapisan. Antaranya ialah lapisan original, lapisan koko menggunakan nescafe dan lapisan coklat menggunakan serbuk koko.\n\nYang membuat menarik daripada kek tiramisu ialah toppingnya yang lembut meleleh diperbuat daripada cream cheese, susu pekat dan butter. Kemudian ditaburkan nescafe, milo dan serbuk koko.\n\nMesti anda tidak sabar untuk membuatnya bukan? Mari tengok resepinya di bawah ini. Boleh dihidangkan untuk majlis-majlis mewah. Konfirm tetamu mesti suka dan teringat selalu dengan kek tiramisu air tangan anda.\n\nSelain resepi kek tiramisu , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Zamzam berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud banyak atau melimpah ruah. Air Zamzam merupakan air yang dianggap suci oleh umat Islam. Ia merupakan telaga mata air yang terletak dalam kawasan Masjidil Haram, bersebelahan tenggara Kaabah yang mempunyai kedalaman sedalam 42 meter.\n\nAir zamzam mucul pada zaman Nabi Ismail as. Iaitu ketika Baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim as di Mekah. Pada waktu itu, Hajar mencari air bagi menghilangkan dahaganya antara bukit Safa dan Marwah (Peristiwa ini disemadikan dalam Ibadah Sa\u2019ie). Hal ini merupakan perintah Allah swt kepada Nabi Ibrahim as agar baginda meninggalkan zuriatnya ini di wadi (lembah) Mekah. Firman Allah swt:\n\n\u0631\u0651\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u0643\u064e\u0646\u062a\u064f \u0645\u0650\u0646 \u0630\u064f\u0631\u0650\u0651\u064a\u0651\u064e\u062a\u0650\u064a \u0628\u0650\u0648\u064e\u0627\u062f\u064d \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0630\u0650\u064a \u0632\u064e\u0631\u0652\u0639\u064d \u0639\u0650\u0646\u062f\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u062a\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u062d\u064e\u0631\u0651\u064e\u0645\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0650\u064a\u064f\u0642\u0650\u064a\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064e \u0641\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0623\u064e\u0641\u0652\u0626\u0650\u062f\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u0650 \u062a\u064e\u0647\u0652\u0648\u0650\u064a \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u0652\u0647\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u062b\u0651\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\nMaksudnya: \u201cWahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur\u201d. (Surah Ibrahim, Ayat 37)\n\nAir Zamzam adalah kurniaan Allah swt kepada Nabi Ismail as. Dan ia kekal sehingga ke hari ini. Malah, terdapat hadis-hadis Nabi Muhammad saw yang turut menceritakan tentang kelebihan dan keistimewaan Air Zamzam.\n\nKeberkatan Air Zamzam ini berfungsi seperti makanan, dan ia mengenyangkan bagi orang yang meminumnya.\n\nMaksudnya, \u201cAir zam-zam itu air yang diberkahi. Makanan yang mengenyangkan.\u201d (HR Muslim & Ibn Hibban)\n\nDari Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda,\n\n\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0645\u064e\u0627\u0621\u064d \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0645\u064e\u0627\u0621\u064f \u0632\u064e\u0645\u0652\u0632\u064e\u0645\u0652 \u060c \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0637\u064e\u0639\u064e\u0627\u0645\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0637\u0651\u064e\u0639\u0652\u0645\u0650 \u060c \u0648\u064e\u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0642\u064e\u0645\n\nMaksudnya, \u201cAir terbaik yang ada di muka bumi adalah air zam-zam. Boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat dari penyakit.\u201d (HR Tabrani)\n\nSyaikh Abdurrasyid Ibrahim (1364 H) berkata, \u201cSaya bertahan beberapa minggu dengan air zam-zam untuk menghilangkan rasa laparku. Ini adalah pengalaman nyata yang tidak diragukan padanya.\u201d (Lihat Fadhlu M\u0101a Zamzam hlm. 105-106 oleh Sa\u2019id Bakdasy)\n\nProses metabolisme tubuh berfungsi untuk mengubah zat-zat yang masuk ke dalam tubuh seperti lemak bertukar menjadi tenaga. Apabila tenaga terhasil, maka tubuh akan memiliki tenaga untuk menjalankan aktiviti sehari-hari. Mineral dari air zam-zam sangat baik dalam memaksimumkan proses metabolisme, serta berfungsi untuk mengganti dengan segera, mineral yang digunakan ketika proses metabolisme.\n\nKita disarankan untuk kerap meminum Air Zamzam. Seeloknya minum Air Zamzam sebelum tidur malam atau pada waktu pagi selepas bangun tidur. Hal itu kerana, menurut pakar Mury Kuswari, kadar metabolisme tubuh tinggi sewaktu kita sedang tidur.\n\n3) Mukjizat Air Zamzam Bergantung Kepada Niat Orang Yang Meminumnya\n\nDari Ibnu \u2018Abbas ra, Rasulullah saw bersabda:\n\n\u0645\u064e\u0627\u0621\u064f \u0632\u064e\u0645\u0652\u0632\u064e\u0645\u064e \u0644\u0645\u0650\u0627\u064e \u0634\u064f\u0631\u0650\u0628\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0628\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u062a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0634\u0652\u0641\u0650\u064a \u0634\u064e\u0641\u0627\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647 \u064f\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0628\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0644\u0650\u0634\u064e\u0628\u0652\u0639\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u0634\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647 \u064f\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0628\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0644\u0650\u0642\u064e\u0637\u0652\u0639\u0650 \u0638\u064e\u0645\u0652\u0626\u0650\u0643\u064e \u0642\u064e\u0637\u064e\u0639\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u0650\u064a\u064e \u0647\u064e\u0632\u0652\u0645\u064e\u0629\u064f \u062c\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u064a\u0644\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0648\u064e\u0633\u064f\u0642\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0625\u0633\u0652\u0645\u064e\u0627\u0639\u0650\u064a\u0652\u0644\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f\n\nMaksudnya, \u201cAir Zamzam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air Zamzam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail as.\u201d (HR Daruqutni dan Hakim)\n\nIbnu Taimiyyah berkata, \u201cSeseorang disunnahkan untuk meminum Air Zamzam sampai benar-benar kenyang, dan berdoa ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya (bebas). Namun tidak disunnahkan mandi dengannya (air Zamzam).\u201d (Lihat kitab Hajjatun-Nabi, al Albani, 1/117)\n\nInilah keistimewaan dan kelebihan Air Zamzam yang tidak ada pada air-air yang lain. Oleh itu, niatlah apa-apa sahaja yang baik sewaktu minum Air Zamzam. Mudah-mudahan, niat kita itu dikabulkan oleh Allah swt.\n\nAir Zamzam mengandungi kadar kalsium dan garam magnesium yang lebih tinggi dibanding telaga lain yang terdapat di sekitar Mekah.\n\nOleh kerana tulang dan gigi yang sihat memerlukan kandungan kalsium yang mencukupi, maka, kekerapan minum Air Zamzam boleh membantu mencegah terjadinya masalah pereputan tulang dan gigi sebelum waktunya.\n\nDikisahkan oleh al-Azraqi bahawa ada seorang yang makan, lalu ternyata ada jarum pada makanannya sehingga jarum tersebut tersangkut di kerongkongnya. Dirinya seakan-akan seperti hendak mati, lalu dia minum Air Zamzam (dengan memohon pertolongan kepada Allah), akhirnya rasa sakit yang dialaminya hilang, dan masalah pun selesai. (Lihat Kitab Akhbar Makkah 2/35)\n\nIbnul Qayyim berkata, \u201cSaya dan selain saya telah mencuba untuk berubat dengan Air Zamzam pada perbagai jenis penyakit, akhirnya saya mendapati keajaiban yang luar biasa, dan saya mendapatkan kesembuhan dengan izin Allah.\u201d (Lihat kitab Zadul Ma\u2019ad 4/393)\n\nDikisahkan oleh Taqiyuddin al-Fasii bahawa seorang pegawai Masjidil Haram yang bernama Ahmad Syarifi pernah minum air zamzam dengan niat memperoleh kesembuhan dari kebutaan yang dialami dirinya, lalu akhirnya dia pun sembuh dari buta yang menimpa dirinya. (Lihat kitab Syifaul Ghiram 1/255)\n\nDari Jabir bin Abdillah ra, telah mendengar Rasulullah saw bersabda:\n\nMaksudnya: \u201cAir Zamzam bergantung pada sesiapa yang meminumnya\u201d. (HR Ibnu Majah)\n\nOleh sebab itu, tidak kiralah apa penyakit sekalipun, jika kita berniat minum Air Zamzam untuk menyembuhkan penyakit yang ada, insyaAllah dengan keizinan Allah swt penyakit itu akan sembuh. Yang penting, mukjizat Air Zamzam itu boleh diperoleh dengan syarat niat yang tulus dan menyandarkan diri secara kuat hanya kepada Allah swt semata-mata.\n\nJangan terdapat keraguan di dalam hati tentang kemahakuasaan Allah. Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertawakkal (menyandarkan diri hanya kepada Allah swt). Hal ini seperti yang telah dijelaskan di dalam kitab Ahkamul Quran 3/1124 karya Ibnul Arabi.\n\nPenelitian yang dilakukan oleh Arab Saudi menemui di dalam Air zam-zam terkandung zat fluorida yang berfungsi sebagai anti-kuman. Ia berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.\n\nLebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga Zamzam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman. Hal ini membuat kesegaran air zam-zam menjadi yang terbaik di dunia. Seperti mana dalam hadis, daripada Abdullah bin Abbas ra, bahawa Nabi saw bersabda:\n\n\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0645\u064e\u0627\u0621\u064d \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0645\u064e\u0627\u0621\u064f \u0632\u064e\u0645\u0652\u0632\u064e\u0645\u064e\n\nMaksudnya, \u201cSebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. dan penawar bagi penyakit\u201d.\u00a0(Lihat: al-Jami\u2019 al-Saghir)\n\nAir Zam Zam memiliki kandungan pH yang cukup tinggi sehingga mampu merawat kulit wajah. Salah satunya adalah dapat meregenerasi kulit mati. Dengan minum Air Zamzam, ia dapat membantu menghasilkan sel-sel kulit mati dengan cepat dan diganti dengan kemunculan sel-sel kulit baru.\n\nAnda boleh minum Air Zamzam untuk memperoleh manfaat ini, ataupun membasuh wajah menggunakannya. Kalau ingin berwudhu dengan Air Zamzam juga boleh kerana sewaktu wudhu, anda akan membasuh muka.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Khasiat & Kelebihan Air Zamzam yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Ada yang baru daripada Oreo. Selalu saja ada olahan makanan dengan Oreo. Kerana rasanya yang universal itu, Oreo sesuai dipadankan dengan makanan kek, kuih, atau makananan ringan jenis apapun.\n\nResepi kali ini datang daripada\u00a0Sarifah Mohd Hairi\u200e,\u00a0di mana ia mengongsikan resepi apam menggunakan Oreo di laman Facebook. Macam mana boleh ya? Sila tengok gambar, tampak sangat menyelerakan kan? Kerana itulah, rersepi ini sangat viral dalam bulan ini.\n\nApam yang hijau gebu, ketika di ambil bagian dalamnya nampaklah Oreo yang diolah mejadi kek. Tampak macam Oreo berkrim. Kek macam gini, sesuai di bawa ke rumah kerabat jauh kerabat dekat atau bawak untuk\u00a0 mak mertua pun boleh.\n\nTunggu apalagi, kami hadirkan kepada anda resepi apam oreo yan paling banyak dicari ini. Gerenti enak dan memuaskan tekak anda. Selamat mencuab.\n\nSelain resepi apam oreo, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Masakan Thai seperti tomyam, miang pla, som tam, pad Thai dan sebagainya biasa menggunakan sos ikan untuk menambah perisa, rasa sedap dan asli dari negara gajah putih itu. \n\nDi Malaysia sajian Thai boleh dikatakan sangat mudah untuk dijumpai di mana-mana termasuklah juga bahan-bahan dalam masakannya. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai keburukan sos ikan pada kesihatan tubuh badan manusia. \n\nSos ikan merupakan sejenis cecair berwarna kuning gelap yang terhasil dari ekstrak pemerapan ikan dan garam laut. \n\nSos ini sudah sebati menjadi baha ruji dalam kebanyakkan masakan di Asia Tenggara dan pantai Asia Timur seperti \u00a0masakan Kemboja,\u00a0Filipina,\u00a0Thailand,\u00a0Laos\u00a0and\u00a0Vietnam,\u00a0dan Malaysia.\n\nRamai yang menggunakan sos ikan sebagai bahan perasa yang ditambah semasa proses memasak. \n\nNamun tidak ramai yang tahu bahawa ia juga amat sesuai dijadikan bahan asas untuk perasa kuah celup, sup, umami, dan sebagainya.\n\nBahan utama yang menghasilkan sos ikan adalah ikan bilis, garam, dan air. Ikan bilis dan garam ini akan disusun dalam sebuah tong kayu lalu diperam. \n\nTekanan yang kuat akan berlaku sehingga menghasilkan cecair masin hanyir dari proses pemerapan tersebut. \n\nSenarai jenama sos ikan yang ada di pasaran (halal)\n\nTerdapat banyak jenama sos ikan yang dijual di pasaran Malaysia hari ini. Ada yang memang buatan Malaysia, dan ada juga yang dari negara jiran tetangga kita sendiri.\n\nJadi, berikut ini kami senaraikan antara jenama sos ikan yang terbaik dan mendapat kelulusan Halal untuk digunakan oleh masyarakat Islam khususnya. \n\nKeburukan sos ikan pada kesihatan manusia\n\nSos ikan sungguhpun ia enak sebagai penambah rasa makanan, namun tentunya masih mempunyai kesan sampingan kepada tubuh badan kita. \n\nDi sini kami kongsikan kepada anda lima keburukan sos ikan pada kesihatan manusia. \n\nKajian menunjukkan pada setiap satu sudu besar purata kicap ia mengandungi 61 peratus daripada pengambilan garam harian yang disarankan. \n\nPengambilan sos ikan yang berutin setiap hari akan mendedahkan diri kepada risiko tekanan darah tinggi, komplikasi jantung dan masalah kardiovaskular serta obesiti.\n\nMikroorganisma mudah terbentuk dalam produk-produk sos ikan oleh kerana produk itu tidak disterilkan. Semasa penapaian, bakteria tahan garam bertindak dan mengubah sifat pemakanan, warna dan konsistensi sos. \n\nWalaupun jumlah garam yang tinggi dalam produk bertindak sebagai pengawet, sos ikan dipasteurisasi. Pempasteuran merupakan rawatan haba yang mengurangkan jumlah mikroorganisma dalam produk makanan\n\nSos ikan sangat kaya dengan histidine asid amino yang mempunyai kapasisi antioksidan tertentu. \n\nIa digunakan untuk pelbagai mikroorganisma dalam membentuk histamin iaitu sejenis bahan yang mempunyai keupayaan mencetuskan wabak keracunan makanan jika ia terkumpul dalam makanan. \n\nNamun kepekatan histidin ini bergantung sepenuhnya kepada spesis ikan atau hasil laut yang digunakan untuk menghasilkan sos ikan tersebut. \n\nMengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser usus. \n\nKanser jenis ini akan menyerang bahagian kolon, usus, dan rektum (bahagian usus besar yang terlibat dalam pencernaan makanan dan pembuangan bahan kumuh).\n\nKandungan garam yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan cecair dalam badan kita terkumpul dan membebankan buah pinggang. \n\nMereka yang menghidap penyakit ini akan lebih sensitif tergadap penyerapan sodium atau garam di tubuh. \n\nApa sahaja makanan yang kita makan tidaklah memudaratkan selagi mana ia diambil dalam kuantiti yang tepat dan tidak melebih. \n\nNamun begitu bagi anda yang ingin mencari pengganti yang lebih baik dari sos ikan, berikut ini kami kongsikan beberapa pilihan yang ada.\n\nSelain dari keburukan sos ikan ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain berkenaan keburukan makanan seperti:"
"Malaysia merupakan sebuah negara dengan iklim khatulistiwa di mana kita mengalami cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun. Sesekali kita akan mengalami musim tengkujuh namun ianya tidak lama. Kebiasaannya kita akan mengalami cuaca panas terik dan keadaa\u00a0 semakin teruk apabila tiba musim kering dan panas sehingga air di empangan mongering dan bekalan air terpaksa dicatu di bebera negeri. Bila cuaca panas pastinya kita akan berasa tidak selesa. Nak tak kalau kami kongsikan cara sejukkan badan tanpa aircond?\n\n1. Pakai pakaian yang nipis dan longgar\n\nMemakai pakaian yang tebal akan menyebabkan suhu tubuh badan menjadi panas dan kita berpeluh. Begitu juga halnya kalau kita memakai pakaian ketat. Boleh bayangkan betapa tak selesa dan rimasnya pakai baju tebal dan ketat dalam cuaca yang panas? Oleh itu, pakailah pakaian yang nipis dan longgar agar badan akan menjadi sejuk semasa cuaca panas.\n\n2. Pakai pakaian dari kain kapas\n\nCara sejukkan badan tanpa aircond yang seterusnya ialah dengan memilih pakaian dari jenis kain kapas. Kain kapas adalah nipis dan membolehkan badan kita dianginkan. Kain kapas adalah fabric terbaik untuk dipakai semasa cuaca panas, nak-nak lagi kalau anda tiada penghawa dingin atau terpaksa berjemur di luar.\n\nAir kelapa juga adalah satu lagi cara untuk sejukkan badan tanpa aircond yang terbukti berkesan. Itulah sebabnya kenapa air kelapa banyak dijual di pulau-pulau dan di tepi pantai. Bayangkan betapa segarnya tekak apabila menyedut air kelapa muda. Nak-nak lagi kalau sejuk bersama ais. Oleh itu, kalau anda nak sejukkan badan jom minum air kelapa.\n\nSelain air kelapa, air barli juga sangat membantu untuk menyejukkan badan semasa cuaca panas atau pun demam. Cara untuk menyediakan air barli juga adalah sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Berikut adalah cara untuk menyediakan air barli di rumah:\n\nSatu lagi cara sejukkan badan tanpa aircond ialah dengan cara mandi air lemon. Ini adalah salah satu ikhtiar untuk menurunkan panas dalam badan semasa demam yang boleh dipraktiskan sekiranya cuaca terlalu panas. Apa yang anda perlukan ialah lemon dan air. Caranya:\n\nKipas yang kotor dan dipenuhi habuk akan menyebabkan ia menjadi kurang sejuk. Seeloknya rajinkan diri untuk membersihkan kipas angin terutamanya di kawasan bilah dan motor. Selepas dibersihkan, anda akan terasa perbezaannya. Angin akan menjadi semakin kuat dan berasa lebih sejuk. Takdelah anda kepanasan lagi.\n\nCara sejukkan badan tanpa aircond yang seterusnya ialah dengan minum banyak air. Ini adalah sangat penting kerana semasa panas badan akan berpeluh dengan banyak lalu menyebabkan tubuh badan kehilangan banyak air. Minum air dengan banyak bukan sahaja akan menyegarkan badan malah menyejukkan suhu badan.\n\nRasa panas? Mandi dengan kerap. Ia adalah cara sejukkan badan yang paling berkesan. Bayangkan betapa segar tubuh badan apabila terkena air yang sejuk dan segar. Nak-nak lagi kalau anda tinggal di kampung yang mempunyai kolah mandi atau perigi. Sejuk sungguh airnya. Rasa taknak berhenti mandi.\n\n9. Padam lampu semasa tidur malam\n\nTahukah anda bahawa lampu yang dipasang akan mengeluarkan haba dan menyebabkan anda semakin kepanasan. Oleh itu, amalkan tabiat untuk menutup semua lampu semasa tidur. Ia bukan sahaja akan menjimatkan elektrik malah akan membuatkan bilik tidur anda semakin sejuk. Malah kajian mendapati bahawa tidur dalam keadaan gelap adalah lebih baik daripada tidur dalam keadaan lampu menyala.\n\n10. Buka tingkap dan pintu rumah\n\nCara sejukkan badan yang terakhir ialah dengan cara membuka pintu dan tingkap rumah agar udara sejuk boleh masuk ke dalam rumah dan dalam masa yang sama menolak udara panas keluar dari rumah kita. Aliran udara yang berlaku akan menyejukkan rumah kita tanpa perlu menggunakan aircond. Cuba perhatikan rumah-rumah lama, kesemuanya mempunyai lubang udara di bawah bumbung untuk membenarkan aliran udara berlaku. Itulah sebabnya rumah dulu-dulu berasa sangat sejuk dan nyaman pada waktu malam. Oleh itu, kalau anda nak sejuk bolehlah buka pintu dan tingkap untuk menyejukkan suasana rumah.\n\nItulah dia info tentang cara sejukkan badan tanpa aircond yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara servis aircond, cara buat racun organik, dan cara makan sushi dengan betul."
"Ketuat terjadi disebabkan oleh jangkitan virus, human papillomavirus (HPV). Ia melibatkan bahagian kulit dan mukosa seperti di bahagian alat kelamin lelaki dan perempuan. Ketuat berjangkit dari individu ke individu lain melalui sentuhan. Risiko jangkitan lebih tinggi jika lapisan kulit luaran tidak normal.\n\nKetuat boleh melibatkan semua peringkat umur tetapi kebiasaanya melibatkan kanak-kanak dan remaja dari umur 12 hingga 16 tahun. Terdapat pelbagai rawatan untuk membuang ketuat sepenuhnya. Tanpa rawatan juga ia boleh membesar dan merebak dengan lebih banyak. \n\nSekiranya ketuat itu naik pada bahagian muka dan bahagian yang sensitif seperti kemaluan, mulut dan hidung, anda harus dapatkan rawatan doktor. Ketuat di kaki lebih sukar untuk dibuang kerana ia lebih keras berbanding di bahagian lain.\n\nPenggunaan krim khas ini bertindak dengan cara melembutkan lapisan kulit yang membentuk ketuat secara berterusan agar ketuat di kaki mudah ditanggalkan. Rawatan ini perlu dilakukan setiap hari selama 12 minggu atau lebih dan tidak boleh digunakan untuk ketuat pada kawasan kulit muka.\n\nSebelum menggunakan sebarang penggunaan krim, pesakit ketuat di kaki perlu memberitahu doktor atau ahli farmasi sekiranya mereka mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat-ubatan lain, alahan kepada ubat atau mempunyai masalah kesihatan yang lain.\n\n5 peratus pengguna berhenti ubat akibat kesan sampingan dan hampir 90 peratus melaporkan reaksi sesetengahnya sangat teruk kerana mengalami kegatalan, kemerahan, sakit, bengkak, ulser, pembengkakan, pembakaran, dan \u00a0lepuh kecil.\n\nPembekuan ketuat di kaki adalah merupakan rawatan oleh doktor dengan menggunakan cecair nitrogen yang diletakkan pada ketuat selama beberapa saat untuk membekukan dan memusnahkan sel kulit yang dijangkiti. \n\nSelepas rawatan, kesan melepuh akan terbentuk dan diikuti dengan kuping yang akan tertanggal dalam tempoh 7-10 hari selepas rawatan. Orang yang sensitif terhadap kesakitan, seperti kanak-kanak dan orang tua, mungkin mengalami kesulitan dengan prosedur tersebut.\n\nCryotherapy mungkin akan menyakitkan anda. Dalam sesetengah kes, doktor akan mungkin memohon anestetik setempat untuk ketuat dan mengelakkan kesakitan semasa rawatan. Untuk ketuat yang lebih besar, anda mungkin memerlukan sesi susulan untuk memohon semula cryotherapy kepada ketuat tersebut.\n\nKetuat di kaki juga boleh dikeluarkan selepas satu rawatan laser. Rawatan laser ini selalunya dilakukan bagi sesiapa yang hendak membuang ketuat, tahi lalat, Milia, Xanthelasma dan pembuangan tag kulit.\n\nBeberapa pakar yang mengatakan bahawa rawatan laser adalah yang terbaik untuk menghilangkan ketuat. Namun begitu, segelintir netizen mengatakan bahawa rawatan laser akan meninggalkan kesan parut selepas membuang ketuat ini.\n\nAnanaz Medi Spa yang dibuka pada tahun 2000 di Cheras, memberi tumpuan kepada rawatan pembuangan kutil dan ketuat yang jarang dipelopori kaum Melayu. Selain itu, pelbagai lagi pusat rawatan yang menyediakan perkhidmatan membuang ketuat seperti klinik Dr. Chong di Shah Alam, Klinik Nextmed di Petaling Jaya dan Klinik Premier di Puchong.\n\nMerendam kaki dalam air panas dan dicampurkan dengan sedikit garam dapat membuat anda menjadi lebih tenang. Ia akan membersihkan kuman yang bersarang di telapak kaki malah ketuat di kaki juga dapat dihilangkan dengan pantas dan cepat. \n\nGaram bukit memang sesuai untuk digunakan dalam perubatan dan kesihatan. Air sungai atau pasir dekat dengan kawasan pantai juga boleh menghilangkan ketuat kerana ia mempunyai garam semula jadi. \n\nPada zaman dahulu, semua jenis bahan di rumah boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, termasuk minyak tanah yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit. \n\nMinyak tanah dianggap sebagai ubat kulit. Malah di beberapa kawasan masih ada orang yang percaya dan menggunakan minyak tanah untuk merawat penyakit mereka. Salah satu menghilangkan ketuat dengan mudah dan cepat adalah dengan menyapukan minyak tanah di ketuat.\n\nKandungan yang dimiliki oleh kapur sirih seperti kadinen, sineol, karvakol, kavinol, dan zat samak yang baik untuk kesihatan. Maka tak ada salahnya menggunakan kapur sirih untuk mengatasi masalah kulit, ketuat dan pencernaan.\n\nKandungan yang ada di kapur sirih ini cukup panas jika diletakkan di sekitar area wajah. Jadi disarankan untuk anda sapukan di bahagian ketuat anda selalu. Selain menghilangkan ketuat, ia dapat menghilangkan bau badan, memutihkan paha, mengecilkan tahi lalat dan sebagainya.\n\nRamai yang beranggapan bahawa \u00a0cuka epal sekadar salah satu benda untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad. Tak ramai yang harus sedar tentang khasiat cuka epal. Ini adalah bahan aktif yang akan membunuh ketuat. \n\nAsid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Selain daripada Apple Cider Vinegar, anda boleh menggunakan cuka makan yang biasa itu. \n\nSelain daripada membuang ketuat, cuka epal ini juga dapat digunakan untuk melegakan sakit tekak, menghapuskan kelemumur, membuatkan rumah anda lebih bersih, menghalau kutu rambut dan sebagainya.\n\nItulah dia 7 cara hilangkan ketuat di kaki dengan cepat dan pantas. Sebenarnya bukan sahaja di kaki, tetapi di lengan dan bahagian lain juga boleh anda aplikasikan cara-cara yang telah dinyatakan. Jom baca Cara Penjagaan Buah Pinggang Berkesan, Senarai produk hilangkat parut jerawat dan Scrub muka terbaik wanita Asia."
"Jom kita baca artikel tentang akhlak Rasulullah kekasih Allah ini.\n\nNabi Muhammad SAW dilahirkan dengan memenuhi kemuliaan akhlak serta menjadi contoh teladan kepada seluruh umat manusia. Baginda SAW mempunyai peribadi yang sangat luar biasa. Malah Allah SWT telah menyebutkan bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang berbudi pekerti luhur serta Baginda mempunyai akhlak sebaik-baik manusia.\n\nAbu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u201cSesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak.\u201d\n\nSebagai umatnya, semua akhlak Baginda sangat dituntut untuk diikuti dalam kehidupan seharian. Terlalu banyak akhlak Baginda yang baik untuk diikuti, antaranya adalah:\n\nRasulullah SAW sorang yang sangat jujur dari usianya kanak-kanak lagi sehinggalah ke akhir hayat Baginda, sehinggakan Baginda digelar sebagai \u2018al-amin\u2019 yang bermaksud \u2018dapat dipercayai\u2019.\n\nAntara buktinya, semasa menjalani perniagaan, Baginda terkenal sebagai seorang peniaga yang jujur dan amanah yang disukai oleh ramai orang.\n\nSikap pemaaf Baginda selain tidak berdendam sangat ketara.\u00a0 Terutamanya dalam usaha dakwah Baginda terhadap masyarakat\u00a0 Mekah, Bgainda banyak menerima hentaman makian dan cacian serta menyumpah seranah Baginda. Selain itu pelbagai ugutan untuk mencederakan dan membunuh Baginda namun baginda tetap tidak menyimpan marah serta dendam kepada pelaku tersebut.\n\nSemasa berdakwah di Taif, Nabi Muhammad SAW mengalami cedera akibat dituju batu oleh penduduknya, tetapi tidak terdetik pun ke atas hati Baginda untuk membalas balik perbuatan itu walau ditawarkan oleh malaikat untuk menjatuhkan gunung atas penduduknya. Namun Baginda menolak bahkan mendoakan kesejahteraan kepada mereka pula.\n\nRasulullah SAW mempunyai sikap tawadduk yang tinggi dalam setiap aspek termasuklah dalam percakapan, tingkah laku, perbuatan serta keseluruhan kehidupan Baginda.\n\n\u201cRasulullah SAW memberi makan dan memandikan unta, menyapu rumah, memerah susu kambing, menjahit sepatu, menampal baju, makan bersama pelayan, menggiling biji-bijian, membeli sesuatu dari pasar kemudian dibawa sendiri ke rumahnya. Menyalami tangan orang yang kaya, miskin, besar dan kecil. Mengucapkan salam pertama kali kepada orang yang dilihatnya, baik tua atau pun muda, hitam ataupun putih, budak atau merdeka.\u201d\n\nBaginda SAW juga berjalan tanpa memakai alas kaki serta menunggangi apa-apa sahaja seperti kuda, unta tanpa mengutamakan kedudukannya.\n\nTidak ada sesiapapun yang mampu menandingi sikap pemurahnya Rasulullah SAW.\n\nDiriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah pernah menolak apa-apa permintaan daripada sesiapapun yang meminta dari Baginda, termasuklah jika Bagninda tidak mempunyai apa-apapun. Jika Baginda mempunyai sedikit atau banyak wang mahupun harta semuanya diagihkan kepada sesiapa yang layak.\n\nBaginda SAW tidak pernah sesekali menolak apa-apa pelawaan atau jemputan sama ada dari golongan bangsawan mahupun rakyat biasa. Baginda juga gemar makan bersama sesiapa sahaja termasuklah golongan hamba, bahkan Baginda sangat membenci perbuatan orang yang berdiri hormat apabila bertemu Baginda.\n\nNabi Muhammad SAW juga gemar duduk serta bergurau bersama para sahabat tanpa membeza-bezakan mereka. Walaupun bergelar pemimpin tertinggi, kehidupan Baginda juga sederhana dan tetap berpakaian ringkas serta tidak mengamalkan kehidupan yang mewah.\n\n\u201cJauhkanlah dirimu dari prasangka buruk, karena sesungguhnya prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta.\u201d\n\nBaginda SAW sendiri seorang yang selalu bersangka baik, serta sering mengajak semua muslim untuk mendahuli sangka baik iaitu dengan\u00a0 menjauhi sifat buruk sangka kepada orang lain.\n\nDalam aspek keberanian Rasulullah SAW memang tidak boleh disangkal lagi. Baginda adalah sebagai ketua panglima dalam mengetuia peperangan menentang musuh Islam. Baginda juga akan berada di barisan paling hadapan dan hampir dengan musuh di setiap kali peperangan dan muncul sebagai pemberani melebihi sesiapa pun.\n\n\u201cSesungguhnya engkau melihat aku pada hari Perang Badar. Kami berlindung dengan Nabi SAW dan baginda yang paling terdekat kepada musuh dari kami. Dan baginda pada hari itu di antara manusia yang sangat perkasa.\u201d\n\n#8 Melakukan Amal Ma\u2019ruf Nahi Munkar\u00a0\n\nAmar makruf nahi mungkar adalah perintah untuk menegakkan perkara yang benar dan melarang perbuatan yang salah. Sesungguh Rasulullah SAW diutuskan bagi membetulkan kesalahan manusia dan mengajak melakukan kebaikan.\n\nNabi Muhamamd SAW seorang yang sangat menjaga pandangan, bahkan akan mengelakaan diri daripada perkara yang dimurkai Allah SAW. Bahkan akhlak Baginda sendiri seorang yang mulia dah jauh dari pandangan-pandangan yang buruk dan hina.\n\nRasulullah SAW menjamin golongan yang menjaga pandangan mereka akan memasuki syurga.\n\n\u201cSaya mendengar Rasulullah SAW bersabda: \u2018Berilah jaminan padaku enam perkara, maka aku jamin bagi kalian syurga. Jika salah seorang kalian berkata maka janganlah berdusta, dan jika diberi amanah janganlah berkhianat, dan jika dia berjanji janganlah menyelisihinya, dan tundukkanlah pandangan kalian, cegahlah tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang lain), dan jagalah kemaluan kalian.\u201d\n\nDari Baginda kecil lagi, Allah SWT telah mendidik Nabi Muhammad SAW dengan sifat tabah dan sabar. Baginda telah kehilangan ibu bapa serta datuknya pada usia kecil yang menuntutnya untuk menjadi seorang yang kuat semangat.\n\nSehinggalah apabila Baginda dewasa dan diangkat menjadi Rasul, semakin banyak dugaan yang Baginda hadapi dan diharungi dengan ketabahan yang tinggi. Dapat dilihat dalam usaha dakwahnya bagaimana Baginda menghadapi cabaran, dihina, dicaci dan difitnah termasuklah dilukai serta pelbagai lagi.\n\nRasulullah SAW sangat merendah diri walau berhadapan dengan denagn semua golongan \u00a0termasuk para pembesar atau golongan hamba sahaya. Baginda juga seorang yang menghargai tetamu serta bersikap terbuka dengan sesiapapun baginda berjumpa.\n\nAbu Nu\u2019aim meriwayatkan dari Anas r.a yang berkata,\n\n\u201cBahawa Rasulullah SAW adalah termasuk orang yang lemah-lembut. Demi Allah, Baginda tidak menolak ketika hamba lelaki mahupun perempuan atau anak kecil yang memberi air, meskipun pada pagi hari yang sangat dingin, Baginda tetap membasuh muka dan kedua lengannya. Bila ada yang bertanya, baginda mendekatkan telinganya. Baginda tidak akan menghentikan sebelum orang yang bertanya habis bertanya. Tidak seorang pun menerima huluran tangan Baginda kecuali Baginda yang menghulurkannya terlebih dahulu untuk bersalam dan baginda tidak akan melepaskannya sebelum orang itu melepaskan tangannya terlebih dahulu.\u201d\n\n(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)\n\nBaginda SAW memiliki sifat lemah lembut yang cukup sempurna. Namun tetap tegas dalam hal-hal yang sepatutnya. Begitu juga apabila Baginda marah, marahnya adalah untuk menegakkan kebenaran dan menghindarkan hal haram. Namun, sangat susah untuk Baginda berdendam, sedangkan wanita yahudi yang ingin meracuninya pun dimaafkan dan dilepaskannya.\n\nWalaupun Baginda sebenarnya boleh meminta apa-apa sahaja daripada Allah SWT, termasuklah kekakayaan atau harta benda yang banyak tetapi Baginda lebih suka hidup dalam sederhana atau dengan apa-apa yang ada sahaja.\n\nBegitu juga selepas Baginda dilantik menjadi rasul, \u00a0atau pemimpin besar umat Islam ketika itu Baginda tetap menahan lapar serta menjalani kehidupan yang seadanya. Bahkan Rasulullah SAW tak pernah merungut atau meminta-minta kepada sesiapa dari kalangann sahabatnya yang kaya-raya.\n\nRasulullah SAW sangat menyukai musyawarah dan akan berbincang dengan para sahabat mengenai semua hal dan masalah negara. Baginda juga akan menerima dan meraikan setiap pendapat dan tidak membuat sesuatu keputusan sendiri.\n\n\u201cAku tidak melihat seseorang yang lebih banyak bermusyawwarah selain daripada Rasulullah SAW.\u201d\n\n#15 Melayani Setiap Orang Dengan Baik \n\nRasulullah SAW tidak memilih kedudukan dalam melayani sesiapapun, setiap orang dilayan dengan baik walaupun dari golongan hamba sahaya. Disebabkan itu Baginda sangat disayangi oleh golongan miskin dan kaya.\n\nRasulullah SAW juga seorang yang sangat romantis serta pandai memujuk isteri-isterinya.\u00a0 Selain bersikap adil, Baginda juga sering menunjukkan kasih syaang terhadapa mereka.\n\nBaginda bijak menghiburkan mereka jika terdapat isterinya yang mencemburui satu sama lain. Sehinggalah mereka berasa lapang dan tenang.\n\n\u201cAku belum pernah melihat orang membuat makanan seperti yang dibuat oleh Shafiyah. Ketika ia sedang berada di rumahku, dia membuat makanan untuk Rasulullah SAW. \u00a0Tiba-tiba badanku bergetar, sehingga menggigil kerana dibakar rasa cemburu. Mangkuk Shafiyah aku pecahkan, tetapi kemudian aku merasa menyesal. Segera aku katakan kepada Rasulullah SAW, \u201cWahai Rasulullah SAW, apakah kafarah perbuatanku tadi?\u201d Baginda menjawab, \u201cMangkuk sama dengan mangkuk, makanan sama dengan makanan.\u201d\n\nSikap adil Rasulullah SAW sangat jelas terutamanya ketika Baginda menjadi pemimpin umat Islam. Baginda tidak berat pada mana-mana pihak walau dari kalangan kaumnya sendiri.\u00a0 Begitu juga dalam pembahagian harta perang dan sebagainya,\n\nBegitu juga keadilan terhadap para isterinya. Baginda SAW tidak pernah lalai dalam membahagikan giliran bermalam antara isteri-isteri Baginda.\n\nDalam bersahabat, Baginda SAW sentiasa berbicara dengan lemah lembut, tidak pernah berkasar. Baginda akan tersenyum jika sahabatnya tersenyum. Baginda selalu menanyakan keadaan sahabat-sahabatnya dan memuji sesuatu yang baik dan membenci sesuatu yang buruk. Rasulullah SAW sentiasa periang (gembira), baik budi pekerti, sentiasa ramah-tamah, tidak bengis terhadap seseorang.\n\nSelain itu, Baginda juga tidak suka berteriak-teriak, tidak suka perbuatan yang keji, tidak suka mencaci, dan tidak suka berolok-olok dan selalu melupakan perkara yang tidak disukainya, dan tidak pernah menolak permintaan seseorang yang meminta.\n\nBaginda Nabi SAW juga tidak pernah mencela, mencari kesalahan orang lain, serta tidak akan bercakap sesuatu perkara yang tidak berfaedah. Baginda tidak pernah memotong pembicaraan orang lain sehinggalah orang itu sendiri yang berhenti dan berdiri meninggalkannya.\n\nRasulullah SAW sangat menghormati jiran tetangganya walaupun ada dalam kalangan mereka bukan beragama Islam, bahkan ada yang menentang dakwah Baginda sehingga bersikap kasar terhadap Baginda, namun Baginda SAW membalas dengan kebaikan dan melayani \u00a0mereka seperti saudara maranya sendiri.\n\n#20 Gemar Memberi dan Menjawab Salam\u00a0\n\nMengucapkan salam hukumnnya adalah sunnah dan menjawab salam wajib hukumnya. Baginda Rasulullah SAW sangat gemar memulakan memberi salam tidak kiralah kepada sesiapa yang ditemui Baginda.\n\nDari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u201cKalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman, dan tidak dikatakan beriman sebelum kalian saling mencintai. Salah satu bentuk kecintaan adalah menebar salam antara sesama muslim.\u201d\n\nPenutup: Akhlak Nabi Muhammad SAW mestilah diteladani oleh umat Baginda.\n\nAkhlak mulia Baginda SAW sangat indah dalam setiap aspek kehidupan Baginda, sebagai seorang suami, bapa, sahabat, pemimpin dan sebagainya. Bahkan kerana akhlak bagindalah, ramai yang menjadi senang dan tenang walaupun ketika marah.\n\nSaad Ibnu Hisyam r.a meriwayatkan beliau pernah bertanya Saidatina Aisyah r.a mengenai akhlak Rasulullah SAW. Ummul Mukminin itu menjawab:\n\nTidaklah hal yang mudah untuk mengikuti akhlak Rasulullah SAW sepenuhnya, namun adalah sangat baik untuk mencontohi perlakuan Nabi sedaya yang kita mampu. Malah meninggalkan kelakuan buruk juga sudah memadai.\n\nHakikatnya, mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW merupakan usaha untuk mendapat kedudukan mulia di mata masyarakat dan di sisi Allah SWT. Bahkan usaha untuk meninggakan perbuatan jahat juga merupakan satu mujahadah yang disukai Allah SWT yang\u00a0 diberikan ganjaran yang tersendiri.\n\nJemput juga membaca artikel menarik yang lain, Akhlak Rasulullah Dalam Mendidik Anak dan Sifat Negatif"
"Peria goreng merupakan hidangan wajib ada di kedai mamak. Selalunya dapat jumpa peria goreng dimana-mana kedai mamak. Sesiapa yang suka makan peria pahit ini mesti suka makan peria goreng.\n\nLagi sedap kalau peria digoreng, rasanya kurang pahit serta garing dan crunchy. Resepi yang dikongsikan oleh JJ Pau Mawar\u200e di laman Facebook ini sangat rangup. Bahkan setelah dibiarkan satu hari pun masih tetap rangup. Apa rahsianya?\n\nUntuk anda yang teringin sangat tahu apa resepi peria goreng paling sedap dan sentiasa rangup anda boleh dapatkan resepinya di perkongsian kali ini. Kami telah suntingkan untuk anda resepi yang berbahan utama peria katak ini. Konfirm macam peria goreng di kedai-kedai makan.\n\nTanpa buang masa, sila tengok resepi ini. Hidangkan peria goreng sebagai gandingan makan nasi berlauk, mahupun dijadikan camilan makan macam tu sahaja pun boleh. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi peria goreng, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari resepi ayam masak merah ala kenduri yang sedap?\n\nPernah makan ayam masak merah yang power? Yang biasanya mungkin banyak, tapi nak cari yang sedap bukan mudah bukan?\n\nJom cuba masak resepi ini. Resepi ini telah dicuba oleh ramai orang dan rata ratanya memberikan feedback yang positif. Semuanya memuji kesedapan ayam masak merah yang dicuba mereka menggunakan resepi ini. Jadi bagi kami, ianya adalah resepi wajib cuba.\u00a0 Apa tunggu lagi. Ayuh cuba resepi viral ini.\n\nConfirm terangkat! Sekali cuba, pasti nak lagi. Mungkin boleh cuba hidangkan untuk seisi keluarga untuk makan tengah hari, makan malam. Atau pun mahu mencuba memasaknya untuk majlis besar? Jangan risau! Memang dijamin sedap!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Jamiah Tulisman dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSaya share resepi ayam Masak Merah yang biasa saya buat. Hehehehe segan lak nak share sebenarya sebab ramai lagi yang pandai dan masak sedap-sedap.\n\nTapi sebab ramai jugak yang minta saya share, jadi saya share pada sesiapa yang sudi nak mencuba\n\nIni cara saya dengan gabungan resepi mak saya. Nak sedap ayam Masak Merah & warna cantik guna gula Melaka dan serai dikisar bersama bawang, halia dan lengkuas. Baru power.\n\nPastu kena masuk daun sup, bawang dan bawang goreng untuk tambah keenakan ayam Masak Merah.\n\nBahan bahan untuk 1 ekor ayam\n\nNota 1 : Nanti boleh rasa lagi kalau suka boleh tambah gula\n\nNota 2 : Untuk hiasan boleh tabur bawang goreng dan daun bawang sikit\n\n1. Bersihkan ayam dan gaul dengan kunyit dan garam. Goreng jangan garing sangat. Angkat dan ketepikan.\n\n2. Amek minyak dari gorengan ayam dalam 4 senduk dan tumis rempah 4 sekawan dan masukan bahan bahan yang diblend\n\n3. Masuk lada kering blend dan kacau rata. Tumis hingga garing\n\n4. Masukan sedikit air (dalam 1 cawan), tomato puree dan sos cili. Kacau hingga mendidih\n\n5. Masukan gula melaka dan gula pasir\n\n6. Masuk ayam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Kacau rata. Biar kejap hingga ayam sempurna masaknye.\n\nSelamat mencuba. Oh ya, kami harap sangat anda tinggalkan komen di bawah setelah mencubanya.\n\nSelain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
"Artikel kali ini ingin berkongsikan tentang tips untuk mengatasi sikap anak yang suka mengamuk. Sikap ini juga dikenali sebagai tantrum. Semoga artikel kali ini berkongsi tips yang bermanfaat kepada semua.\n\nIbubapa haruslah mengetahui panduan terbaik untuk mengatasi tantrum [Aleja]\n\nTantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 \u2013 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.\n\nPada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka.\n\nPada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu.\n\nApabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.\n\nSelalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku.\n\nKanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.\n\nLihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.\n\nKetika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:\n\nMenghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang.\n\nJika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.\n\nAbaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.\n\nIbubapa boleh menggunakan \u2018time-out\u2019 jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. \u2018Time-out\u2019 adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. \u2018Time-out\u2019 akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.\n\nApa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?\n\nApabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang.\n\nJika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.\n\nApa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?\n\nBawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu.\n\nApabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.\n\nKanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.Artikel ini juga boleh dibaca di MyHealthPortal."
"Sebaik sahaja anda disahkan mengandung, pastinya anda akan mula menjaga pemakanan dan memastikan anda cuma mengambil makanan yang terbaik sahaja untuk anda dan bayi dalam kandungan. Di antara makanan yang sering menjadi pilihan ibu mengandung ialah kekacang memandangkan kekacang mudah untuk didapati dan boleh dijadikan sebagai snack.\n\nTerdapat pelbagai jenis kacang di pasarang. Apakah khasiat kacang untuk ibu mengandung? Kacang manakah yang terbaik untuk ibu dan dan bayi dalam kandungan? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info tentang kacang untuk ibu hamil.\n\nKacang gajus sememangnya enak dimakan begitu sahaja, sama ada diperasakan dengan garam atau dengan madu. Kacang gajus biasanya dijadikan sebagai snack oleh ibu mengandung, terutamanya mereka yang masih berada dalam fasa morning sickness dan dilanda loya dan muntah-muntah setiap masa. Di antara vitamin dan mineral yang terdapat dalam kacang gajus ialah:\n\nKacang gajus sangat baik untuk dimakan sepanjang tempoh kehamilan kerana ia membantu pembentukan dan perkembangan bayi yang sempurna selain memberikan khasiat berikut kepada si ibu:\n\n1. Menjaga kesihatan otot dan saraf\n\nKacang gajus kaya dengan magnesium yang sangat penting dalam pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain bagi bayi di dalam kandungan anda. Selain itu ia juga membantu menjaga kesihatan otot dan saraf anda. \n\nSelain itu, magnesium tadi juga membantu tubuh badan anda mengekalkan tekanan darah yang normal, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat sepanjang anda mengandung.\n\n2. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2 semasa mengandung\n\nKajian menunjukkan bahawa kacang gajus mengandungi jumlah gula yang sangat rendah dan tidak mengandungi sebarang kolesterol jahat. Oleh itu kacang gajus adalah selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang banyak sepanjang tempoh kehamilan. \n\nApa yang lagi menarik, kacang gajus dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2 semasa mengandung.\n\n3. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi\n\nKacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi dalam kandungan anda. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel menjadikan tulang dan gigi anda sihat sepanjang tempoh kehamilan. \n\nIni kerana ibu mengandung cenderung untuk mengalami masalah gigi yang reput dan mudah gugur, serta kereputan tulang kerana semua nutrien diserap oleh bayi dalam kandungan.\n\nKacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imuniti badan dalam menentang jangkitan kuman dan bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Sistem imuniti yang kuat adalah sangat penting bagi memastikan badan anda mampu menampung kehamilan sehingga tiba saat melahirkan.\n\nKacang badam merupakan kacang kedua yang menjadi pilihan ibu mengandung selepas kacang gajus. Jika anda perhatikan, harga kacang badam bukannya murah. Ianya dijual dengan harga yang agak mahal untuk setiap gram. Apakah khasiat kacang badam untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan? Apakah khasiat yang ada dalam kacang badam?\n\nDi antara vitamin dan mineral utama yang terdapat dalam kacang badam ialah:\n\nDi antara kebaikan mengamalkan kacang badam sepanjang tempoh kehamilan ialah:\n\nKajian membuktikan bahawa protein yang terdapat dalam kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Ibu yang mengamalkan makan kacang badam sepanjang tenpoh mengandung menunjukkan pertumbuhan otak bayi yang lebih aktif, cepat, dan sempurna berbanding ibu yang tidak memakan kacang badam.\n\n2. Mengurangkan paras kolestrol sepanjang tempoh kehamilan\n\nBacaan kolesterol semasa mengandung adalah sesuatu yang paling merisaukan para ibu. Kolesterol yang tinggi boleh menjejaskan kandungan dan juga kesihatan anda. Pengambilan kacang gajus semasa mengandung membantu mengurangkan paras kolesterol anda. Oleh itu, jangan lupa untuk jadikan kacang badam sebagai kudap-kudapan.\n\n3. Merendahkan risiko tekanan darah tinggi\n\nMasalah tekanan darah tinggi semasa mengandung bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Bacaan darah yang terlalu tinggi semasa mengandung boleh menyebabkan anda terkena pre-eklampsia dan memaksa anda untuk bersalin awal. Malah ia boleh menyebabkan anda kehilangan bayi yang dikandung. \n\nOleh itu, adalah sangat penting untuk anda memastikan tekana darah anda berada dalam kadar yang normal. Salah satu ikhtiar yang boleh anda lakukan ialah dengan mengamalkan makan kacang badam semasa mengandung.\n\n 4. Mengurangkan risiko sakit jantung semasa mengandung\n\nTahukah anda bahawa ibu mengandung mempunyai risiko untuk mendapat sakit jantung dan serangan jantung yang boleh membahayakan nyawa. Kajian mendapati bahawa kacang badam mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung mesa mengandung. Oleh itu, apa lagi, jom makan kacang badam.\n\n5. Mengurangkan risiko kencing manis semasa mengandung\n\nKhasiat kacang badam yang terakhir ialah ia membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat kencing manis semasa mengandung. Seperti tekanan darah tinggi, masalah kencing manis semasa mengandung juga boleh menjejaskan kesihatan anda dan juga bayi dalam kandungan. \n\nItulah dia info tentang kacang untuk ibu hamil. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua mengawal darah tinggi ketika hamil dan suplemen untuk ibu hamil"
"Teringin membuat kek marble tapi tak tahu sukatan yang betul kerana tidak adanya penimbang di rumah.\n\nApa kata pinjam punya jiran dahulu sekejap. Nasib kalau jiran punya, kalau lah jiran juga tak punya apa kena buat?\n\nSudahlah banyak permintaan membuat kek marble daripada anak-anak dan suami kena buat hari ini juga.\n\nKali ini anda tak perlu risau lagi. Anda tetap boleh membuat kek marble di rumah bahkan tanpa penimbang sekalipun untuk sukatan. Kerana pada resepi kali ini kami akan berkongsi resepi kek marble mudah menggunakan sukatan cawan sahaja.\n\nAnda tak perlu risau tentang sukatan ini itu juga tentang rasanya. Kerana resepi daripada Atien Asraff\u200e di laman Facebook ini gerenti memang sangat mudah dan sedap. Terbukti dengan ramainya perkongsian untuk resepi ini.\n\nRamai yang telah mencuba resepi ini dan gerenti semuanya menjadi. Kek marble susu mudah dan simpel yang telah menjadi kegemaran ramai. Sekarang masanya anda pula membuat kek marble sukatan cawan semudah ABC ini.\n\nResepi Kek Marble Susu Sukatan Cawan\n\nSelain resepi ke marble susu sukatan cawan, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir yang diutuskan sebagai panduan kita umatnya. Tahukah anda bahawa kita sangat bertuah kerana ditakdirkan untuk menjadi umat Nabi Muhammad kerana wakau pun kita adalah umat bagi nabi terakhir tapi kita adalah umat pertama yang akan dihisab di akhirat nanti. \n\nSebagai umatnya, kita sepatutnya sentiasa berselawat ke atas junjungan rasulullah dan sedikit sebanyak perlu meluangkan masa untuk mengenali siapa rasulullah dan ahli keluarganya. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan nama anak Nabi Muhammad serta kisah tentang betapa hebatnya peribadi mereka, anak-anak rasul terakhir.\n\nUntuk pengetahuan anda, anak-anak Nabi Muhammad ada 7 orang semuanya yang terdiri daripada 3 lelaki dan 4 orang perempuan. Berikut adalah nama anak Nabi Muhammad mengikut turutan:\n\nQasim ialah anak lelaki pertama Nabi Muhammad bersama isteri pertama baginda Khadijah RA. Menurut sejarah, Qasim lahir dan meninggal sebelum Nabi Muhammad menerima wahyu. Qasim meninggal dunia ketika berusia 2 tahun di Kota Mekah. \n\nAbdullah pula adalah anak lelaki kedua Nabi Muhammad bersama Khadijah RA. Selain Abdullah, beliau juga dikenali dengan nama Ath-Thaiyyib dan Ath-Thahir. Abdullah dilahirkan setelah Nabi Muhammad menjadi rasul dan seperti abangnya, beliau juga meninggal dunia ketika masih kecil. \n\nIbrahim adalah anak lelaki ketiga Nabi Muhammad dan merupakan anak bongsu baginda bersama Mariah Al-Qibthiyyah. Ibrahim telah dilahirkan pada tahun 8 Hijrah di Kota Madinah. Menurut catatan sejarah, Ibrahim meninggal dunia ketika masih kecil iaitu semasa berusia dalam lingkungan 17 atau 18 bulan. Selepas kematian Ibrahim, Nabi Muhammad bersabda:\n\n\u201cSesungguhnya mata ini menitikkan air mata dan hati ini bersedih, namun kami tidak mengatakan sesuatu yang tidak diredhai Rab kami. Sesungguhnya kami bersedih dengan kepergianmu wahai Ibrahim.\u201d (Hadith riwayat Bukhari)\n\nZainab adalah anak perempuan pertama Nabi Muhammad bersama isteri pertamanya Khadijah RA. Menurut sejarah, Zainab telah berkahwin dengan Abu Al-Ash bin Al-Rabi\u2019 sebelum Nabi Muhammad menerima wahyu di Gua Hirak. Zainab dan tiga adik-beradiknya memeluk agama islam seperti ibunya. \n\nWalau bagaimana pun, suami Zainab Abu al-Ash tidak mahu memeluk agama islam dan kekal dalam agam jahiliyah. Itulah sebabnya kenapa Zainab tidak mengikut Nabi Muhamad berhijrah ke Madinah, disebabkan oleh ikatan perkahwinannya. Namun kemudian Zainab memilih untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah demi agama.\n\nTidak lama kemudian suaminya Abu al-Ash turut berhijrah ke Madinah dan memeluk agama islam seperti isterinya. Zainab meninggal dunia pada tahun 8 Hijrah meninggalkan suaminya Abu al-Ash dan anak perempuan mereka Umamah.\u00a0\n\nRuqaiyah merupakan anak perempuan kedua Nabi Muhammad bersama isteri pertamanya Khadijah RA. Menurut catatan sejarah, Ruqaiyah telah diinikahkan oleh Rasulullah SAW dengan sahabatnya Uthman bin Affan. Ruqaiyah dan Uthman mendapat seorang anak lelaki bernama Abdullah ketika di Habshah. Namun Abdulllah meninggal dunia ketika berumur 6 tahun semasa berada di Madinah.\n\nSelepas kematian anaknya, Ruqaiyah pula jatuh sakit dan mengidap demam yang tinggi. Uthman bin Affan setia di sisi isterinya sepanjang beliau sakit dan tidak menyertai perang Badar di atas nasihat Nabi Muhamad. Akhirnya Ruqaiyah meninggal dunia pada hari yang sama Zaid bin Haritsah menyampaikan berita kemenangan umat Islam di Badar.\n\nFatimah merupakan anak perempuan bongsu Nabi Muhamad bersama isteri pertama baginda Khadijah RA. Fatimah adalah puteri yang paling disayangi Rasulullah SAW. Menurut catatatn sejarah, Fatimah telah dinikahkan oleh Rasulullah SAW dengan Ali bin Abi Thalib RA. Pasangan ini dikurniakan putera pertama yang dinamakan Hassan pada tahun 3 Hijrah. \n\nSetahun kemudian Hussin dilahirkan dalam bulan Rejab setahun berikutnya. Manakala anak ketiga mereka Zainab lahir pada tahun 4 Hijrah dan dua tahun kemudian lahirlah anak keempat mereka yang dinamakan Ummu Kalthum.\n\nFatimah adalah anak yang paling mirip dengan Nabi Muhammad dari gaya bicara dan gaya berjalannya. Apabila Fatimah datang ke rumah Nabi Muhamad, baginda akan menyambut Fatimah dengan menciumnya dan duduk bersamanya. Kecintaan Rasulullah SAW terhadap Fatimah boleh digambarkan dalam hadith berikut:\n\n\u201cFatimah adalah sebahagian dariku. Barangsiapa membuatnya marah, maka dia juga telah membuatku marah.\u201d (Hadith riwayat Bukhari)\n\n\u201cSebaik-baik wanita penduduk syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, Asiah bin Muzahim, isteri Firaun.\u201d (Hadith riwayat Ahmad).\n\nFatimah adalah satu-satunya anak Nabi Muhamad yang hidup ketika baginda wafat. Enam bulan setelah selepas baginda wafat , Fatimah pula meninggal dunia pada 2 Ramadhan tahun 11 Hijrah dan dimakamkan di Baqi\u2019. Fatimah adalah contoh wanita mulia yang wajib dijadikan idola oleh kita.\n\nUmmu Kalthum adalah puteri ketiga Rasulullah SAW bersama Khadijah RA. Setelah Ruqaiyahmeninggal dunia, Rasulullah SAW menikahkan Uthman Al-Affan dengan Ummu Kalthum. Itulah sebabnya kenapa Uthman diberi nama Dzu Nurain (pemilik dua cahaya) kerana menikahi dua puteri Rasulullah.\n\nUmmu Kalthum meninggal dunia pada bulan Sya\u2019ban tahun 9 Hijrah tanpa meninggalkan cahayamata kepada Uthman Al-Affan. Jenazah Ummu Kalthum dimakamkan bersebelahan dengan kakaknya Ruqaiyah RA.\n\nItulah dia info tentang anak Nabi Muhammad yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda semua. Jika anda sukakan artikel ini, pastinya anda juga akan berminat untuk membaca perkongsian kami tentang senarai isteri Nabi Muhammad, kepentingan amalan selawat ke atas Nabi Muhammad, dan kisah Nabi Adam."
"Punya lebihan durian lebih di rumah? Apakata kalau ianya digunakan untuk buat serawa durian.\n\nPada perkongsian kali ini, kami berkongsikan resepi serawa durian sedap dan mudah. Resepi datangnya daripada Sarina Basir di laman Facebook. Serawa durian biasanya dihidangkan semasa rumah terbuka selepas raya untuk menjamu selera tetamu.\n\nSerawa durian sedap dimakan bersama roti jala dan pulut. Bahkan dimakan dengan roti gardenia sahaja pun sedap. Rasanya manis, berlemak dan wangi durian bikin merangsang selera makan diri.\n\nKuah serawa durian sepatutnya pekat. Kalau tidak pekat, bukan serawa durian namanya. Tanpa tunggu lagi, sila tengok resepinya di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi serawa durian, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kalau sudah memang rakyat Malaysia, semestinya tidak boleh lari lagi dari makan nasi. Nasi adalah salah satu makanan wajib bagi rakyat Malaysia, mahupun bangsa melayu, india atau cina. Nasi dikategorikan sebagai karbohidrat, jadi tubuh badan kita semestinya memerluka karbohidrat.\n\nBeras sekarang ada pelbagai jenis antaranya beras putih, beras perang, beras basmathi dan lain-lain lagi. Setiap beras ada khasiatnya tersendiri yang boleh kita beli di pasaraya atau kedai runcit. Jadi, setiap rumah mesti ada beras di dapur.\n\nSebelum kita masak nasi menggunkan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut. Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut. Tetapi tahukah anda, air rebusan nasi itu lebih baik daripada nasi tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai khasiat air rebusan nasi. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri. Air rebusan nasi (tanji) lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri. Air tajin adalah air yg diambil semasa nasi mendidih. Air nasi kaya bahan coumaric dan ferulik (bahan bersifat antikanser, antidiabetis dan antioksidan). Air nasi dari beras perang dan beras berwarna didapati tinggi bahan berkhasiat (antioksidan) berbanding beras biasa\n\n*Selepas ini, ketika masak nasi, boleh lah ambil sedikit air rebusan nasi tersebut untuk diminum jika ada masalah sembelit. Bagi yang ingin menurunkan berat badan juga boleh minum air rebusan nasi tersebut. Selain tu, jika anak demam dan ingin cepat sihat bolehlah minum air rebusan nasi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bakal pengantin sekalian, adakah anda sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan? Pasti ramai yang masih lagi tercari-cari idea atau ilham untuk memilih design pelamin kahwin yang paling best setakat ini. Pelamin kahwin yang menarik dan best adalah tidak memakan kos yang besar, anda harus kreatif dalam memilih pelamin paling best untuk dijadikan kenangan seumur hidup anda.\n\nJangan terkejut sekiranya design pelamin paling best ini tidak langsung anda fikirkan! Ia mungkin satu dalam seribu yang ramai pengantin tidak pernah realisasikannya. Jom lihat 15 design pelamin kahwin 2019 paling best untuk pilihan anda!\n\nDesign pelamin moden kontemporari ini adalah gabungan corak moden yang sesuai dengan penata cahaya serta konsep trendy dan mewah. Warna pastel, silver atau gold sesuai menjadi tema warna bagi pelamin kahwin yang paling best bagi design ini. Barang hiasan pelamin yang turut diselitkan adalah barang antik dan mewah gaya eksklusif. Antara artis yang menggunakan pelamin kahwin design ini adalah Ummi Nazera.\n\nDesign Pelamin Fairy Tale mempunyai keunikannya yang tersendiri. sama ada anda ingin selitkan kisah fairy tale cinderella dan kereta kuda, snowhite, repunzel dan lain-lain lagi, ia merupakan design pelamin kahwin yang paling best. \n\nPelamin Fairy Tale adalah design pelamin yang sangat menarik dan best bagi tetamu dan kanak-kanak. Antara artis yang menggunakan design pelamin seperti ini adalah Fattah Amin dan Fazura.\n\n3. Pelamin Garden @ Taman (Dalaman)\n\nDesign pelamin garden atau taman yang didekorasikan di dalam dewan ini juga sangat cantik dan best untuk anda cuba. Pasti ramai yang tertarik dengan keindahan syurga cinta anda yang dipamerkan melalui pelamin dan gambar-gambar anda. Yuna adalah salah seorang artis yang memilih design pelamin kahwin taman.\n\n4. Pelamin Garden @ Taman (Luaran)\n\nSelain design pelamin kahwin garden dari dalam dewan, anda juga boleh mengadakan majlis di taman dan mengenakan pelamin berkonsepkan taman secara luaran. Mudah sahaja, pecinta alam semulajadi pasti memilih design ini untuk pelamin di majlis kahwin anda. Jelas bahawa majlis nikah Yuna yang diadakan di taman dengan konsep ini dicemburui ramai.\n\nWalaupun anda kaum melayu, tak salah untuk mendapatkan design pelamin kaum bajau. Ia sangat menarik dan menyerlah pastinya berbeza daripada orang lain. Mungkin 1 dalam seribu pengantin yang memilih design pelamin kahwin kaum bajau ini.\n\nBukan sahaja patriotik, tetapi secara tidak langsung, pelamin kahwin tradisional dapat mengimbas kembali zaman perkahwinan tok nenek kita dahulu kala. Pelamin kahwin tradisional selalunya menggunakan tema warna emas (gold), coklat, kuning ataupun putih. Ia akan nampak lebih kemas, cantik dan tradisional jika dipadankan dengan baju pengantin tradisional seperti kebaya.\n\nDesign pelamin \u2018Rare\u2019 bermaksud pelamin yang unik, jarang dibuat orang dan pelik. Tidak salah untuk anda mencuba. Anda boleh fikirkan tema berkaitan hobi anda, alam semulajadi dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, pelamin rare sempena musim luruh telah diadakan. Ramai tetamu yang ingin mengambil gambar pelamin dan pengantin yang sama-sama Rare ini!\n\nPelamin eksklusif boleh datang dari pelbagai konsep atau objek seperti berlian, emas, kereta mewah dan sebagainya. Rekaan bagi tema ini haruslah lebih premium dan mewah di samping sesuai dengan gaya korporat atau luxury life. Anda boleh padankan dengan dewan, kerusi, meja makan dan sebagainya untuk lebih eksklusif.\n\nPelamin English style adalah salah satu design pelamin kahwin yang mendapat tempat di hati para wanita. Konsep pelamin english style sering dikaitkan dengan warna pastel dan corak bunga-bunga halus dan kecil ala-ala garden juga. Terdapat banyak jenis pilihan pelamin jika anda memilih pelamin design english style. Sama ada yang sederhana, ringkas dan juga padat.\n\nDesign pelamin yang ringkas kadang-kala kelihatan lebih cantik berbanding pelamin yang padat dengan bunga-bunga dan hiasan. Ringkas tetapi menarik dan cantik, pastinya akan menjadikan gambar-gambar anda kemas dan tidak semak. Cantik mata memandang. Tetamu juga akan lebih fokus kepada pengantin berbanding hiasan-hiasan pelamin yang diletakkan.\n\nDesign pelamin best untuk anda cuba adalah design pelamin kahwin ringkas seperti mempunyai kerawang, bunga yang ringkas ataupun tilam bantal yang selesa. Ia juga memberi keselesaan buat anda untuk duduk bersanding sepanjang hari.\n\nSudah menjadi trend terkini, pada tahun 2019 ini, ramai bakal pengantin mula suka pelamin hitam. Dahulu, pantang sekali pelamin bewarna hitam kerana dikatakan nampak lebih gelap, namun ia sudah menjadi trend dan design pelamin best pilihan ramai. \n\nBanyak corak, warna dan hiasan yang boleh anda padankan sekiranya anda memilih pelamin bewarna hitam ini. Sesuaikan juga dengan pakaian pengantin supaya tidak nampak tenggelam pada hari tersebut.\n\nTeringin nak buat pelamin ala-ala kerabat diraja. Anda boleh hiaskan mengikut tema warna kuning atau emas. Gunakan barang antik, payung kuning, keris dan lain-lain hiasan untuk cantikkan lagi pelamin anda.\n\nPelamin penuh dengan bunga ros ini menjadi pilihan ramai terutamanya bakal pengantin wanita yang meminat bunga ros merah. Ia lengkap dan padat dengan bunga ros untuk memberikan impak kepada semua tetamu yang memandangnya. \n\nDesign pelamin kahwin 2019 best ala-ala kayangan sering dikaitkan dengan warna putih dan silver. Pelamin ala kayangan bermaksud pelamin seperti di syurga atau anda berada di kayangan bagaikan seorang puteri. Sebenarnya, ia lebih kepada imaginasi anda seperti anda inginkan.\n\nKhas untuk anda yang sukakan sesuatu yang unik dan hispter, anda boleh gunakan pelamin LED Skrin sahaja. Ringkas dan mudah bukan? Tak perlu nak cari macam-macam hiasan, tetapi dapat apa sahaja view yang anda inginkan.\n\nItulah dia 15 design pelamin 2019 paling best dan terbaik untuk anda pilih. Hanya sekali dalam seumur hidup untuk anda membuat pilihan design pelamin, maka carilah pelamin yang benar-benar menepati citarasa anda! \n\nJemput baca Kadar mas kahwin ikut negeri, Checklist majlis kahwin dan 10 Pilihan Goodies kahwin."
"Bayam brazil biasa dimasak tumis atau dijadikan ulam. Sebagaimana resepi kerabu di bawah yang menggunakan bayam brazil mentah sebagai bahan utama. Yang menarik ialah bayam brazil rasanya rangup sehingga sangat sesuai dibuat kerabu.\n\nDikeranakan kita pakai ikan bilis dan asam boi maka tidak perlu tambah garam lagi pada resepi ini. Bunga kantan pula dipakai sebagai penyedap dan bau wangi. Kerabu bayam brazil sangat lazat dimakan dengan nasi putih. Kalau sudah ada kerabu ini tidak perlu lauk lain sudah, cukup makan nasi dengan kerabu bayam brazil sahaja. Mari cubakan resepi daripada Nabila Humaira di laman Facebook. Kuantiti bahan ikut sesedap rasa ya.\n\nSelain kerabu bayam brazil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Umrah adalah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan niat ihram, tawaf saie, bertahalul dan mengikut tertib. \n\nIjmak ulama mengatakan bahawa ibadah ini wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai panduan umrah untuk wanita yang bagus untuk dipraktikkan sebagai persediaan sebelum ke tanah suci.\n\nKetika tawaf, berikut adalah antara panduan umrah untuk wanita yang boleh anda ikut:\n\nSama seperti tawaf juga iaitu pakai seluar di dalam jubah dan pakai kasut. Biasanya perjalanan saie lebih laju berbanding tawaf sebab kurang sesak. \n\nJadi agak susah untuk berjalan dengan laju jika sekadar memakai sarung kaki. Lebih baik berkasut. Untuk saie, anda juga boleh guna kerusi roda atau motor. \n\nDi tingkat atas sekali untuk saie, ada disediakan motor khas (lebih kurang ATV) yang boleh kita naik dan perlu bawa sendiri. Ada bayaran dikenakan.\n\nNiqab selain ia berfungsi untuk mengelakkan diri daripada diganggu, ia juga boleh melindungi wajah dari panas terik dan ribut pasir jika ia berlaku.\n\nSyarat pemakaian bagi kaum wanita adalah menutup aurat dengan sempurna. Mereka yang melakukan umrah pada kebiasaannya akan memakai jubah untuk lebih mudah.\n\nPastikan pakaian yang dipakai itu tidaklah terlalu nipis dan tidak terlalu tebal untuk keselesaan pada suhu yang tinggi di sana. Selain itu, elakkan juga pakaian yang berwarna-warni serta jarang.\u00a0\n\nBanyakkan membawa tudung sarung yang lebih ringkas dan mudah untuk dipakai walau di mana sahaja anda berada. \n\nWalau bagaimanapun, tidak perlu membawa pakaian terlalu banyak dan hanya perlu bawa sekurang-kurangnya empat helai jubah sahaja kerana selain boleh membasuh baju, kebanyakan wanita juga akan membeli jubah baharu di sana.\n\nPada kebiasaannya, jemaah yang mengerjakan umrah tidak ada masalah dengan isu makanan. Jika dilihat pada tempoh umrah pun tidaklah terlalu lama dalam lebih kurang 2 minggu sahaja.\n\nNamun jika anda mahu bawa makanan kering seperti sambal, mi segera, bubur segera atau sebagainya, boleh sahaja di bawa dengan kuantiti yang sederhana. \n\nTidak banyak rak kasut yang disediakan di Mekah. Risiko untuk kasut hilang atau anda lupa meletakkannya di mana akan mudah berlaku.\n\nJusteru itu, menyediakan sarung kasut berzip sendiri ke mana sahaja ketika kita berada dalam masjid adalah lebih baik. \n\nJika di Mekah, kedudukan tandas biasanya agak jauh dari tempat solat. Malah jika kita tinggalkan tempat solat untuk pergi ke tandas, pasti kita tidak akan dapat duduk semula di tempat yang sama lebih-lebih lagi jika sudah hampir masuk waktu solat.\n\nTips yang boleh anda buat adalah selepas balik dari tandas, anda boleh solat di bahagian bangunan masjid yang baru, bahagian extension Masjidil Haram yang ditambah, berhadapan dengan hotel Intercontinental. \n\nLokasi tersebut lebih dekat dengan tandas dan kurang penuh dengan jemaah.\n\nCara memakai kain ihram untuk perempuan lebih senang dan mudah kerana yang pentingnya ialah pakaian menutupi hampir seluruh bahagian tubuh kecuali telapak tangan dan wajah, serta kain tersebut tidak boleh ada apa-apa jahitan. \n\nBerikut adalah beberapa panduan berkenaan pemakaian ihram wanita untuk anda ikuti.\n\nIstimewanya kaum wanita ini salah satunya adalah mereka ada waktu yang tidak dibolehkan untuk solat atau melakukan ibadah-ibadah fardhu yang wajib iaitu ketika datang bulan.\n\nJusteru itu mengetahui akan tarikh datang haid dan rutin yang pada kebiasaannya adalah sangat memudahkan diri anda sendiri sebelum membuat keputusan untuk menunaikan umrah.\n\nPastikan pada tarikh penerbangan nanti, haid sudah pun selesai dan seterusnya anda dapat memberi fokus kepada ibadah umrah dengan tenang. \n\n10. Alat penjagaan dan kebersihan diri\n\nKeperluan umrah wanita yang perlu dibawa ialah barang penjagaan diri dan wajah. Antara yang perlu dibawa ialah losyen dan vaseline untuk mengelakkan bibir dan kulit menjadi kering.\n\nBegitu juga dengan produk lain seperti syampu, sabun, berus gigi dan sebagainya juga boleh dibawa, jika tidak selesa menggunakan yang disediakan di hotel. Pastikan saiznya kecil sahaja.\n\nPerkara yang dikhususkan hanya untuk wanita ketika umrah / haji\n\nTerdapat dua belas perkara yang dikhususkan untuk wanita sahaja iaitu:\n\nSelain dari panduan umrah untuk wanita ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan umrah dan haji seperti:"
"Cempedak oh cempedak. Selain sedap dimakan panas-panas cempedak goreng, cempedak sebenarnya mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan.\n\nNak tahu khasiat cempedak? Jom baca artikel ini.\n\nCempedak\u00a0 atau nama botaninya Artocarpus champeden adalah\u00a0 dari keluarga Moraceae. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara, dan tersebar luas sehingga sampai ke semenanjung Malaysia, Thailand dan Indonesia.\n\nCempedak kaya dengan nutrien seperti protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, vitamin B1, dan vitamin C, enzim dan bioflavanoid.\n\nIsi buah cempedak yang sudah masak ranum biasanya dimakan mentah atau digoreng menjadi cucur bersama tepung. Ada juga yang memprosesnya menjadi jus, jem, perasa untuk kek dan aiskrim serta dikeringkan untuk menjadi keropok.\n\nBuah cempedak yang muda juga dijadikan juadah sayur masak lemak santan bagi sesetengah penduduk di India. Bijinya juga direbus dan boleh dimakan seperti ubi. Menariknya juga, bijinya boleh dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk tepung untuk kegunaan bakeri.\n\nSumber: TribunnewsJom ketahui apakah khasiat buah cempedak.\n\nCempedak adalah buah yang boleh anda ambil jika dengan berusaha untuk menurunkan berat badan.\n\nKandungan protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, vitamin B1, dan vitamin C di dalamnya membekalkan anda semua zat yang anda perlukan setiap hari, walau pun sedang mencatu makanan.\n\nSelain itu, cempedak juga memberikan rasa kenyang yang lama dengan kandungan karbohidrat (26 gram) dan serat (3.4 gram) yang tinggi bagi setiap 100 gram hidangan. Ia membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.\n\nKandungan artoindonesianidin yang terdapat dalam cempedak merupakan bahan antioksidan.\n\nIa membantu melambatkan proses penuaan dan mengekalkan keremajaan kulit. Bioflavanoid pula berfungsi untuk menyingkirkan radikal bebas dari badan.\n\nNak awet muda? Jom makan cempedak.\n\nBerita baik untuk mereka yang menjaga berat badan, serat yang terdapat dalam cempedak membantu proses penyerapan lemak dari makanan yang masuk ke dalam badan.\n\n4. Mengawal paras gula dalam darah\n\nSerat yang terdapat dalam cempedak juga berfungsi untuk mengawal paras gula dalam darah.\n\nKajian kedoktoran dari Universiti Sriwijaya, Indonesia pada tahun 2020 turut melihat kesan kandungan flavonoid, steroid, saponin dan tannin dalam daun pokok cempedak yang boleh juga ditemui dalam buah cempedak dan keseluruhan pokok, mampu menurunkan paras gula diabetes dalam kajian tikus makmal mereka.\n\nBukan hanya buahnya sahaja, kulit batang cempedak juga mengandungi komponen yang membantu mencegah tumor. Hasil kajian yang dilakukan oleh Prof. Sjamsul Arifin Achmad dari Departmen Kimia Institut Teknologi Bandung, kulit batang cempedak mengandungi bahan kimia artoindonesianidin.\n\nArtoindonesianidin tergolong sebagai flavonoid yang bersifat antioksidan. Ujian biologi menunjukkan bahawa hanya dengan kepekatan kurang dari 4 mikrogram per mililiter, bahan artoindonesianidin dapat membunuh sel tumor leukemia sebanyak 50%.\n\nKajian tersebut juga menunjukkan bahawa artoindonesianidin dalam cempedak juga boleh mencegah demam malaria.\n\nKajian oleh Aty Widyawaruyanti\u00a0 dari Fakulti Farmasi Universitas Airlangga, Surabaya pula menunjukkan bahawa pada kulit batang cempedak terdapat bahan utama heteriflavon C yang dapat menghilangkan parasit penyebab malaria.\n\nKandungan\u00a0kalium dan fosfor dalam cempedak membantu menguatkan gigi dan tulang.\n\nMalah, jika dibandingkan, kandungan kalsium dalam cempedak ialah 40 mg/100 gram berbanding kandungan kalsium dalam epal (6 mg/100 gram) atau pisang (5 mg/100 gram).\n\nCempedak tinggi dengan vitamin A iaitu sebanyak 200 SI per 100 gram. Vitamin A sangat sinonim dengan kesihatan mata.\n\nIa membantu mencerahkan mata & menjaga kesihatan kornea.\n\n9.\u00a0Membantu badan menyerap air dengan lebih baik\n\nKandungan mineral dalam cempedak membantu tubuh badan anda menyerap air dengan lebih baik.\n\nIa sangat membantu untuk mengelakkan dehidrasi dan dalam masa yang sama membantu supaya kulit muka tidak kering & tidak menjejaskan proses penurunan berat badan.\n\nMenariknya, menurut kajian makmal, kandungan air dalam isi buah cempedak ialah 66% daripada berat keseluruhannya, menunjukkan bahawa buah cempedak boleh menjadi sumber hidrasi yang baik.\n\n10. Membantu proses pencernaan dan menjaga usus\n\nCempedak kaya dengan serat lalu membantu proses pencernaan dan menjaga kesihatan usus.\n\nKandungan antioksidan dalam cempedak membantu meningkat imuniti badan dan mencegah demam.\n\nPenyelidik dari Surabaya pada tahun 2018 merumuskan bahawa kandungan flavonoid dan fenolik dalam buah cempedak sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber antioksidan semulajadi.\n\nSelain mencegah demam, antioksida dan mineral lain dalam cempedak seperti vitamin C membantu mengatasi masalah kulit seperti ekzema, kekeringan, kegatalan, dan kulit sensitif.\n\nBioflavonoid dan antioksidan dalam cempedak membantu memusnahkan radikal bebas dalam badan lalu meningkatkan imuniti & kekuatan untuk melawan penyakit.\n\nApabila badan anda mempunyai imuniti yang kuat, akan susah untuk mendapat jangkitan kuman dan dilanda penyakit berjangkit seperti demam, batuk, selsema, dan HFMD.\n\n14. Menyah parasit dari tubuh badan\n\nCempedak juga membantu menyah parasit seperti cacing dari tubuh badan.\n\nMalah, ada kajian yang melihat keberkesanan ekstrak biji buah cempedak untuk melawan serangan mikrob.\n\nHal ini dibentangkan oleh sekumpulan penyelidik dari Indonesia dalam Jurnal Teknologi Laboratorium yang menunjukkan bahawa ekstrak biji cempedak mampu membunuh pertumbuhan S. aureus yang rintang terhadap methisilin.\n\nAntioksida dalam cempedak membantu mengatasi masalah cirit-birit.\n\nSelain itu, kandungan air yang tinggi cempedak dapat mengembalikan tahap hidrasi badan yang berkurangan apabila dilanda cirit-birit.\n\nSalah satu daripada mineral dan khasiat yang ada dalam cempedak ialah tenaga. Kandungan tenaga pada buah cempedak mencapai 117 kcal dalam setiap 100 gram hidangan.\n\nBila anda kepenatan dan rasa kurang bertenaga, bolehlah makan cempedak untuk mendapatkan sumber tenaga segera.\n\nKandungan mineral buah cempedak berfungsi untuk menggantikan cairan tubuh yang hilang dan melancarkan pembuluh darah sekali gus mencegah penyakit strok.\n\nSelain isinya, biji cempedak juga mempunyai khasiat yang tinggi.\n\nSalah satu daripada khasiat biji cempedak ialah untuk mencegah stress. Kandungan proteinnya yang tinggi membantu membebaskan diri daripada bahan kimia punca stress.\n\n19. Meningkatkan kesihatan sel & menggalakkan pertumbuhan sel yang baru\n\nBiji cempedak yang kaya dengan protein juga membantu menyihatkan sel dan menggalakkan pentumbuhan sel yang baru.\n\nSel yang baru akan menggantikan sel lama yang rosak. Sebagai contoh, sel kulit yang baru akan menggantikan sel kulit lama yang kusam dan tidak berseri.\n\nMereka yang mempunyai tahap metabolisma yang tinggi akan cepat mencerna makanan dan mengurangkan masalah lebihan berat badan.\n\nLain kali anda makan cempedak, isinya jangan dibuang. Rebus dan makan untuk meningkatkan tahap metabolisma.\n\n21. Mengurangkan kejang otot atau cramp\n\nBiji cempedak juga membantu menyihatkan otot lalu mengurangkan risiko berlakunya kekejangan atau cramp, terutamanya pada waktu pagi atau semasa cuaca sejuk.\n\nKandungan mineral yang tinggi membantu keseimbangan garam dalam badan untuk mengurangkan risiko kekejangan yang biasanya disebabkan gangguan ion mineral.\n\nKandungan zat dan mineral dalam cempedak yang tinggi membantu meningkatkan stamina dan tahap kecergasan badan.\n\n23. Menggalakkan pertumbuhan sel darah yang baru\n\nSelain melancarkan aliran darah, zat besi dalam cempedak juga membantu menggalakkan pertumbuhan sel darah merah yang baru.\n\nTerdapat 1.1 mg zat besi dalam setiap 100 gram hidangan cempedak, hampir menyamai kandungan zat besi dalam protein yang lebih mahal seperti daging merah (1.1 mg) dan isi ayam (1.3 mg).\n\nItulah dia 23 khasiat cempedak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!\n\nJika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga mungkin menyukai tulisan kami berkenaan khasiat ulam, khasiat rebung,\u00a0dan khasiat peria katak.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Hati yang tenang adalah idaman setiap manusia. Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa hati berasa tidak tenang, dan terasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Terasa seperti ada sesuatu yang kurang. Mungkin ada yang akan berkata bahawa hati tak tenang kerana tak dekatkan diri dengan Allah, tapi tak semestinya orang yang tak tenang itu jauh dari Allah. Ada yang kuat beribadat namun masih berasa tak tenang.\n\nYang sebenarnya, ada pelbagai punca kenapa hati kita berasa tidak tenang. Salah satu daripada puncanya ialah disebabkan oleh ujian dan dugaan yang sedang kita hadapi. Hati mana yang akan berasa tenang jika sedang diduga dengan ujian? Ketahuilah bahawa ujian dan dugaan yang datang adalah tanda Allah sayangkan kita. Sedangkan nabi dan para rasul juga diuji dengan maha dahsyat.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan beberapa kisah ujian yang dihadapi oleh para nabi dan rasul. Betapa hebat ujian mereka dan akhirnya Allah berikan kebahagiaan kepada mereka. Semoga perkongsian kami tentang kisah untuk hati tenang ini bermanfaat buat anda. Semoga kita semua mendapat ketenangan hati.\n\nNabi Ayub adalah salah seorang nabi yang dikurniakan kekayaan dan harta melimpah-ruah oleh Allah. Di antara kekayaan yang dimiliki oleh Nabi Ayub ialahbinatang ternakan yang banyak, hamba sahaya yang ramai, serta isteri dan anak yang ramai. Namun pada satu hari Allah menarik semula semua nikmat ini. Malah Nabi ayub ditimpa penyakit gatal yang kronik dengan nanah meleleh dari badannya sehingga orang ramai berasa jijik dengan Nabi Ayub.\n\nTiada sesiapa ingin mendekati Nabi Ayub kecuali seorang isteri. Isteri dan anak-anaknya yang lain membuang Nabi Ayub. Nabi Ayub dihalau dan ditinggalkan di kawasan pelupusan sampah. Betap hebat dugaan yang dialami oleh Nabi Ayub namun baginda tak putus-putus berdoa, berzikir, dan berselawat kepada Allah. Isteri Nabi Ayub yang setia berkata: \u201cWahai Ayub, sekiranya engkau berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan kelapangan bagimu.\u201d Nabi Ayub \u00a0menjawab: \u201cAku telah menjalani hidup dengan sihat selama tujuh puluh tahun. Sangat sedikit sekali bagi Allah bila aku bersabar untuk menghadapi ujian ini selama tujuh puluh tahun.\u201d\n\nNabi Ayub mempunyai dua adik-beradik lelaki. Suatu hari mereka berdua datang menziarahi Nabi Ayub namun tidak sanggup untuk mendekatinya kerana bau busuk yang teramat. Mereka cuma berdiri dari jauh. Salah seorang daripada mereka berkata kepada Nabi Ayub: \u201cSekiranya Allah mengetahui kebaikan Nabi Ayub, nescaya Dia tidak akan mengujinya dengan ujian seperti ini.\u201d\n\nNabi Ayub tersentak dan terus \u00a0berdoa sambil bersujud: \u201cYa Allah, dengan kemuliaan-Mu aku tidak akan mengangkat kepalaku selama-lamanya sebelum Engkau hilangkan penyakit ini dariku.\u201d Nabi Ayub tidak mengangkat kepalanya sehingga seluruh penyakitnya sembuh sepenuhnya.\n\nMenurut Syeikh al-Sobuni, selepas doa tersebut Allah memberikan Nabi Ayub wahyu menghentak kakinya ke bumi. Air sejuk keluar dari kawasan yang dihentak oleh kaki nabi Ayub. Kemudian Nabi Ayub minum dan mandi dengan air tersebut. Maka Nabi Ayub sembuh semula dan menjadi semakin kuat dan sihat.\n\nNabi Sulaiman adalah seorang nabi hebat yang mempunyai mukjizat di mana baginda boleh memahami dan berkomunikasi dengan haiwan dan makhluk jin. Nabi Sulaiman adalah seorang nabi yang hebat dan mempunyai 100 orang isteri, namun diuji dengan tidak mempunyai anak lelaki untuk mewarisi takhtanya.\n\nBerkat berdoa kepada Allah, salah seorang isteri Nabi Sulaiman melahirkan seorang anak lelaki namun anak tersebut cacat dan tidak sempurna. Menurut catatan sirah, Nabi Sulaiman diuji dengan ujian tersebut kerana beliau terlupa untuk mengucapkan insya Allah semasa berkata-kata.\n\nNabi Sulaiman mengatakan bahawa dengan isterinya yang ramai, setiap isteri akan melahirkan seorang anak lelaki yang akan berjihad di jalan Allah. Namun baginda terlupa untuk mengucapkan insya Allah. Itulah sebabnya Allah uji baginda dalam bentuk ujian sebegini.\n\nMaka jika kita berasa bahawa ujian kita terlalu berat, bayangkan jika kita berada di tempat Nabi Sulaiman. Seorang nabi dan raja yang maha hebat dengan kerajaan yang besar dan mampu mengawal semua haiwan dan jin, namun tidak mampu untuk mendapat seorang anak lelaki yang sempurna untuk mewarisi takhtanya. Adakah ujian kita sehebat baginda?\n\nNabi Muhammad adalah di antara nabi yang paling banyak diuji dan diduga oleh Allah. Sedangkan baginda adalah kekasih Allah. Tidakkah anda tertanya-tanya, kenapa Allah menguji kekasih hatinya? Ia adalah untuk mengajar kita bahawa Allah uji kita kerana Allah sayang. Allah uji kita kerana Allah nak kita dekatkan diri kepadanya. Mungkin juga kalau kita tak diuji, kita tak ingat pada Allah. Kita leka dengan dunia.\n\nApakah ujian yang dihadapai oleh Nabi Muhammad?\n\nKalau Nabi Muhammad boleh bersabar dan terus beriman semasa diuji dengan begitu hebat oleh Allah, kenapa kita tak mampu? Kalau kita redha dengan segala ujian yang datang, pastinya hati kita akan berasa lebih tenang.\n\nItulah dia perkongsian tentang tazkirah hati: kisah untuk hati tenang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tazkirah ringkas dan tazkirah pendek"
"Nota Editor : Kadangkala kita mungin tertanya kenapa kita tidak memerolehi apa yang kita mahu. Lain yang dirancang, tetapi lain yang diperolehi. Ini membuat kang-kala kita sedikit berputus asa dengan rahmatNya. Semoga artikel yang ditemui di FB Islamic Hub Online ini membuka dan menjawab segala persoalan.\n\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2013\n\nAdat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah. \n\nKisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini.\n\nAda sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.\n\nPada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.\n\nKebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.\n\nPerempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.\n\nLalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , \u201cTuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin\u201c\n\nBegitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.\n\nNamun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. \u201cTuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin\u201d.\n\nDengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.\n\nWalaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.\nSebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. \u201cTuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin\u201d. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.\n\nSesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.\n\nDalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil.Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.\n\nSementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.\n\nWalaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, \u201cTuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.\u201d\n\nTiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.\u201dMaaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.\u201d\n\nDia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya\u201dTuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin\u201d.\n\nSebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.\n\nSebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, \u201cMengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?\u201d Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa.\n\nMemandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.\n\nPerempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.\n\nKita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.\n\nSentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita"
"Siapa suka ikan salmon? Jangan tak tahu selain dibuat sushi dan grill ada yang dibuat gulai. Almaklumlah salmon ini merupakan ikan yang mempunyai nutrisi protein yang sangat tinggi. Sangat sesuai untuk tumbesaran anak-anak.\n\nTapi itulah kan, ikan salmon ini sedikit tawar, tak rasa seperti ikan-ikan lain yang ada rasa manis ikan. Jadi, resepi Salmon Creamy lemon Sauce yang dikongsikan oleh NaNie Johari \u00a0di laman Facebook ini dipercayai mampu menaikkan rasa dan selera salmon tersebut.\n\nMenurut beliau lagi, resepi ini diolah dari satu resepi yang menggunakan bahan tidak halal dan resepi ini diolah mengikut rasa di Malaysia. Malay fusion gitu. Apa lagi jom tengok resepinya. Mudah difahami dan sudah semestinya mudah dibuat.\n\nSelain resepi Resepi Salmon Creamy Lemon Sauce ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Tidak tahu kemana destinasi percutian anda? Apa kata anda semua habiskan percutian dengan mencuba promosi tempat menarik bersama keluarga di KL. Pelbagai aktiviti menarik anda akan dapat dengan potongan harga yang berbaloi. Jadikan percutian pada tahun ini paling awesome.\n\nDapatkan diskaun sebanyak 30% di laman web KKday untuk pakej keluarga dan nikmati faedah esklusif hanya di KKday. Antaranya percuma penggunaan loker di taman tema dan dapatkan tempat duduk eksklusif di tepi tingkap dan pemandangan yang cantik.\n\nPetunjuk: Pastikan anda pergi ke akhir artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut caranya untuk anda boleh memenangi percutian dan tiket hotel!\n\nPelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga di sini. Tambahan pula sekarang adalah musim cuti persekolahan, jadi rancang untuk ke sini bersama anak- anak untuk menghilangkan tekanan anda di tempat kerja dan menenangkan fikiran anak anak daripada memikirkan pembelajaran secara atas talian.\n\nTip: Adakah anda mencari pengalaman unik? Mari mencuba keseronokan di The Campout Experience di Sunway Lagoon dimana anda akan mendapatkan penginapan yang selasa di Explorer Campsite termasuk makan malam BBQ, sarapan pagi dan tiket taman tema.\n\nAlamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.\n\nPromosi tiket pakej keluarga di Sunway Lagoon Theme Park\n\nPromosi menarik seterusnya ialah Aquaria KLCC. Terdapat potongan harga tiket sehingga 30% daripada harga asal. Ia amat menjimatkan dan begitu menguntungkan sekiranya anda datang pada waktu sekarang kerana peluang ini tidak mungkin akan datang lagi.\n\nOleh itu untuk menghabiskan masa cuti persekolahan anak anak, ini adalah masanya untuk membawa mereka keluar berjalan-jalan dengan melihat pelbagai spesies ikan dan berjalan di dalam terowong akuarium sepanjang 90meter serta mempelajari pelbagai habitat ekosistem.\n\nBawa bersama keluarga anda untuk mengenali lebih 5,000 haiwan laut dan darat seperti Jerung Sand Tiger, Green Sea Turtles dan pelbagai lagi\n\nAlamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur\n\nPasti anak-anak akan sangat teruja dan seronok apabila datang ke sini kerana dapat melihat pelbagai spesies haiwan di depan mata mereka. Selain itu anda dapat melihat 60 spesies burung dan haiwan yang sukar ditemui seperti meerkart and falabellas.\n\nWah seronoknya dapat melihat haiwan yang sangat comel.\u00a0\n\nTip: Anda berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan yang terpilih.\n\nAlamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, WP, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia\n\nAnak- anak pasti akan gembira dan sangat teruja apabila ibubapa membawa mereka ke Kidzania. Hal ini kerana, impian dan cita-cita mereka di alam pekerjaan apabila mereka meningkat dewasa bakal menjadi kenyaatan dalam sekelip mata sebagai contoh, anak-anak dapat merasai bagaimana menjadi seorang doktor, ahli bomba dan anggota polis dan sebagainya.\n\nDengan aktitivi yang disediakan di Kidzania, anak-anak boleh mendapat pengalaman yang baru dan berpeluang untuk lebih memahami setiap kerjaya yang diinginkan pada masa akan datang.\n\nAlamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia\n\nAlami cabaran yang menyeronokkan di taman pengembaraan separa dalaman ini yang terletak di lokasi yang selesa Paradigm Mall.\n\nMeluncur dari ketinggan 14m dan lalui hangan udara yang selamat. Persekitaran yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak yang suka aktiviti mencabar! Aktiviti ini hanya sesuai untuk kanak kanak yang berumur 4 tahun ke atas sahaja.\n\nAlamat: No.1, Jalan SS7/ 26A GB-07, Boulevard, Level G, Paradigm Mall, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor\n\nEscape Penang juga mempunyai keistimwaan! Apabila anda melancong ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk lawati dan nikmati pengalaman luncur air terpanjang di dunia sepanjang 1,111m! \n\nJom melawat 500,000 tempat tinggal haiwan mamalia, reptilia, burung dan ikan. Selain itu, bolehlah membawa anak-anak untuk meneroka keluasan zoo yang sebesar 110 ekar yang dibuka semenjak tahun 1963. Ramai turut datang untuk melawat haiwan yang paling ikonik di Asia iaitu panda gergaji yang terkenal.\n\nAlamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor.\n\nSekiranya anda merancang untuk menyambut perayaan dan perjumpaan aktviti keluarga pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, inilah masa yang sesuai untuk membawa keluarga anda ke restoran berputar terbesar di Asia.\n\nTerletak di puncak Menara KL, ia mempunyai pemandangan matahari terbenam yang sangat menakjubkan. Turut menawarkan bufet makananan antarabangsa yang boleh anda makan.\n\nPastikan anda mendapat tempat duduk yang terbaik di tepi tingkap untuk melihat keindahan pemandangan. Naik taraf secara percuma dengan pembelian tiket dalam talian di KKday!\n\nAlamat: Atomsphere 360, TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia\n\nAnda perlukan KKday? Pastikan anda menggunakan kod promo \u201cCUTI15\u201d untuk mendapatkan potongan sebanyak RM15 dari tempahan pertama anda!\n\nPromosi Menarik dan Giveaway Best Disember Ini\n\nAnda boleh dapatkan sehingga 30% sekiranya membuat giveaway tiket pakej di KKday. Jangan lupa mengikuti instagram untuk mengikuti perkembangan semasa tentang percutian dan promosi lain.\n\nOh ya, pihak KKday akan memberikan giveaway istimewa dan menarik untuk sepanjang bulan disember ini.\n\nSiaran promosi untuk setiap pemberian akan diumumkan pada hari Rabu. Anda cuma perlu masuk dan menyukai instagram KKday serta memberi tag kepada rakan-rakan anda sahaja! Anda akan berpeluang memenangi pemberian yang anda ikuti!\n\nJadual siaran pemberian pada setiap hari Rabu adalah seperti berikut:\n\nCepat! Ikuti dan menangi GIVEAWAY seperti yang ditawarkan: IG KKday"
"Bagaimanakah cara cuci kipas siling dengan teknik yang betul dalam masa yang singkat, tanpa bersepah dan berhabuk?\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda cara cuci kipas siling dengan panduan yang betul khusus kepada anda yang mempunyai waktu terhad dan ingin menjimatkan masa untuk mengemas rumah.\n\nKipas siling adalah salah satu alat elektrik penting dalam rumah yang membantu mengalirkan udara dan menjaga suhu sejuk dalam rumah.\n\nNamun, sering kali kita lupa untuk membersihkan kipas siling ini, yang boleh menyebabkan kipas menjadi kotor dan berdebu. \n\nMakin teruk apabila debu yang menumpuk pada kipas siling juga boleh menyebabkan alahan dan masalah pernafasan kepada golongan tertentu.\n\nOleh itu, amtlah penting bagi kita untuk menjaga kebersihan kipas siling secara berkala dengan langkah-langkah yang betul. \n\nBerikut adalah beberapa cara mudah untuk membersihkan kipas siling anda:\n\nSebelum memulakan proses pembersihan, pastikan kipas siling anda dimatikan sepenuhnya. Tentunya anda tidak mahu kipas berputar semasa anda membersihkannya kerana ia boleh mendatangkan bahaya.\n\n2. Siapkan alat pembersih yang sesuai\n\nAnda memerlukan alat pembersih yang panjang untuk membersihkan kipas siling. Alatan yang sesuai untuk tujuan ini adalah pengemik bulu lembut atau sarung tangan berbulu lembut. \n\nPastikan juga alat yang digunakan ini bersih dan bebas daripada debu serta kotoran sebelum digunakan.\n\n3. Lindungi permukaan di bawah kipas siling\n\nSebelum memulakan pembersihan, letakkan alas atau kain di bawah kipas siling untuk memerangkap debu dan kotoran yang jatuh semasa proses pembersihan.\n\nIni akan memudahkan proses pembersihan dan mengelakkan kotoran daripada merosakkan perabot atau lantai anda.\n\nDengan menggunakan alat pembersih yang anda sediakan, perlahan-lahan lap setiap bilah kipas dari satu hujung ke hujung yang lain. \n\nPastikan anda membersihkan kedua-dua sisi bilah kipas. Anda mungkin perlu menggunakan tangga atau alat panjang untuk mencapai bilah yang lebih tinggi. Pastikan anda membersihkan setiap bilah dengan lembut untuk mengelakkan kerosakan.\n\n5. Gunakan kain lembap untuk membersihkan\n\nJika kipas siling anda sangat kotor atau berdebu, anda mungkin perlu menggunakan kain yang sedikit lembap untuk membersihkan permukaannya. \n\nPastikan anda memerah kain dengan baik sebelum menggunakannya untuk mengelakkan air menitis ke dalam motor kipas. Sapukan kain lembap dengan lembut pada atas permukaan kipas untuk menghilangkan debu dan kotoran yang melekat.\n\n6. Perhatikan kawasan sekeliling kipas siling\n\nSelain membersihkan bilah kipas, pastikan anda juga membersihkan kawasan sekeliling kipas. Gunakan kain lembap untuk membersihkan semua permukaan yang terkena debu dan kotoran. \n\nJika terdapat kesan lekitan atau kotoran yang sukar dikeluarkan, gunakan sedikit sabun pencuci dan kain lembap untuk membersihkannya.\n\nSetelah selesai membersihkan kipas siling, pastikan anda mengeringkannya dengan baik sebelum menghidupkannya semula. \n\nGunakan kain kering untuk mengelap semua permukaan kipas dan pastikan tidak ada kelembapan yang tertinggal. Ini penting untuk mengelakkan karat atau kerosakan elektrik pada kipas siling.\n\n8. Periksa dan bersihkan lampu kipas siling\n\nJika kipas siling anda dilengkapi dengan lampu, pastikan anda memeriksa dan membersihkannya juga. Matikan lampu dan biarkan ia sejuk sebelum memulakan pembersihan. \n\nLepaskan penutup lampu dan lap permukaan lampu dengan kain lembap untuk menghilangkan debu dan kotoran. Pastikan lampu benar-benar kering sebelum memasang semula penutup lampu.\n\nAgar kipas siling anda tetap bersih dan berfungsi dengan baik, penting untuk melakukan pembersihan secara berkala. \n\nSetidaknya sekali sebulan, lakukan proses pembersihan yang sama seperti yang dijelaskan di atas. Ini akan membantu menghilangkan debu dan kotoran yang menumpuk dan menjaga kipas siling anda dalam keadaan yang baik.\n\nKetika membersihkan kipas siling, pastikan anda mengambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan. \n\nGunakan tangga yang stabil dan pastikan anda memiliki pijakan yang kukuh. Jika perlu, minta bantuan dari orang lain untuk memegang tangga atau membantu dalam membersihkan kipas yang tinggi.\n\nSelalu periksa kabel dan sambungan kipas untuk memastikan tidak ada kerosakan yang mungkin menyebabkan kejadian yang tidak diinginka berlaku.\n\nDengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dengan mudah dapat membersihkan kipas siling dan menjaga kebersihannya secara berkala. \n\nPanduan ini tidak hanya akan berguna untuk meningkatkan kualiti udara dalam rumah anda, tetapi juga akan membantu memastikan kipas siling berfungsi dengan baik dan tahan lama.\n\nSelain itu, terdapat beberapa tips tambahan yang dapat membantu menjaga kebersihan kipas siling anda. Pertama, jika anda menggunakan kipas siling, pastikan dahulu kipas dalam keadaan mati sebelum mengubah arah putarannya. \n\nKedua, jika anda merasakan getaran atau bunyi aneh pada kipas siling anda, matikan kipas dan periksa untuk memastikan tidak ada komponen yang longgar atau rosak. \n\nJika terdapat masalah, hubungi pakar penyelenggaraan kipas siling untuk memeriksa dan memperbaikinya.\n\nKesimpulannya, jangan biarkan kipas siling anda menjadi sarang debu dan kotoran. Amalkan rutin pembersihan yang teratur dan nikmati keadaan udara yang segar dan sejuk di rumah anda. \n\nSelain dari tips cuci kipas siling ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan tugas membersihkan rumah seperti:"
"Masalah pertuturan dan bahasa di kalangan anak-anak adalah di antara perkara yang paling ditakuti oleh ibu bapa. Sebagai ibu bapa pastinya kita akan sentiasa memerhatikan perkembangan anak termasuklah perkembangan dari sudut fizikal, emosi, dan komunikasi.\n\nPertuturan adalah salah satu daripada cara untuk berkomunikasi. Jika anda mendapati bahawa terdapat kelainan dalam cara anak anda berkomunikasi, seawal peringkat bayi, jangan pandang ringan. Ia mungkin adalah petanda bahawa anak anda akan mempunyai masalah pertuturan pada masa akan datang.\n\nTahukah anda bahawa seawal bayi, anak akan mula berkomunikasi dengan kita. Bayi akan berkomunikasi dengan menggunakan bahas a badan memandangkan dia masih belum boleh bercakap. Di antara cara komunikasi yang digunakan oleh seorang bayi ialah:\n\nPastikan anda memantau perkembangan komunikasi bayi anda bagi memastikan proses perkembangan adalah selari dengan usia bayi anda. Semakin bayi anda membesar, dia akan mula belajar untuk bertutur. Bayi anda akan mula mengajuk cara anda bercakap dan mengeluarkan bunyi. Kebiasaannya perkataan pertama yang disebut ialah mama dan papa.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan masalah pertuturan dan masalah bahasa?\n\nPertuturan adalah cara\u00a0 kita mengeluarkan bunyi dan perkataan, termasuk artikulasi, suara, dan kepetahan. Pertuturan adalah bersifat universal dan biasanya sama di seluruh dunia. Sementara pertuturan adalah percakapan atau bunyi yang keluar dari mulut kita.\n\nSementara\u00a0 bahasa ialah cara kita menggunakan perkataan untuk bertukar maklumat, termasuk secara lisan, tidak lisan dan komunikasi bertulis. Terdapat pelbagai bahasa di dunia dan kita cuma memahami bebrapa bahasa yang kita pelajari sahaja. Kita tidak akan memahami bahasa lain yang tidak kita pelajari.\n\nPerlu difahami bahawa setiap anak berkembang pada kelajuan yang berbeza, tiada anak yang sama. Namun dari segi perubatan anak-anak perlu diberi perhatiandan rawatan\u00a0 jika terdapat kelewatan perkembangan yang jelas.\n\nSeorang anak dikatakan mengalami masalah pertuturan dan bahasa apabila dia tidak menujukkan kemahiran pertuturan dan bahasa yang sewajarnya mengikut umur pada awal tempoh tumbesaran. Inilah sebabnya kenapa sangat penting untuk ibu bapa memantau perkembangan anak-anak.\n\nKelewatan pertuturan dan bahasa adalah berbeza tetapi berkait rapat dengan gangguan pertuturan dan bahasa. Secara umumnya, kelewatan adalah penjelasan bagi keadaan anak kecil semasa awal tempoh perkembangan; bagaimanapun, ia dianggap gangguan jika ia berterusan melepasi tempoh perkembangan awal dan menjejaskan fungsi anak.\n\nDi antara masalah gangguan pertuturan dan bahasa yang sering berlaku ialah:\n\nApakah faktor atau punca anak mempunyai masalah pertuturan dan bahasa?\n\nTerdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca seorang anak mengalami masalah pertuturan dan bahasa. Ada faktor yang berlaku secara semulajadi dan ada faktor yang boleh dielakkan jika disedari dari peringkat awal. Di antara faktor yang sering dikenal-pasti berlaku pada kanak-kanak di Malaysia ialah:\n\nApakah rawatan untuk masalah pertuturan dan bahasa?\n\nSebaik sahaja mengenal-pasti bahawa anak anda mengalami masalah tersebut, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengakui masalah tersebut dan terus bawa anak anda ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.\n\nAnak anda akan diberikan terapi pertuturan dan bahasa memandangkan anda anda jatuh dalam kategori anak dengan keperluan khas. Terapi adalah satu proses pemulihan di mana anak anda akan dibantu untuk menghasilkan bunyi dengan betul dan bercakap dengan bahasa yang boleh difahami oleh orang lain.\n\nItulah dia perkongsian kami tentang masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanak-kanak. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pertuturan anak-anak, perkembangan pertuturan anak-anak, dan anak lambat bercakap."
"Lawan kepada sihat seseorang itu adalah sakit. Dan tentunya setiap manusia tidak akan lari dengan ujian sakit yang Allah SWT berikan kepadanya. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa doa tahan sakit yang pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan keperluannya dalam kehidupan seharian.\n\nTerdapat beberapa doa tahan sakit yang boleh kita amalkan untuk kesembuhan penyakit yang dihidapi. Berikut adalah lafaz bacaan dalam Bahasa Arab dan rumi serta terjemahannya.\n\n1. Doa menghilangkan rasa sakit ringan\n\nDoa ini pernah diriwayatkan dalam hadis Imam Tirmizi dari Ibnu Abbas RA berkaitan dengan penyembuhan segala penyakit, dari demam dengan membaca:\n\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0639\u0650\u0631\u0652\u0642\u064d \u0646\u064e\u0639\u064e\u0651\u0627\u0631\u064d \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u062d\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650\n\nBismillahil kabiri, a\u2019udzu billahil \u2018azhimi min syarri kulli \u2018irqin na\u2019arin wa min syarri harrin nar\n\nMaksudnya: \u201cDengan nama Allah Yang Maha Besar. Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dari luka yang mengeluarkan darah dan dari keburukan panas neraka.\u201d\n\n2. Doa menghilangkan rasa sakit parah\n\nDalam Kitab Syarah Hisnul Muslim, Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada para sahabatnya mengenai satu doa tahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit parah atau teruk.\n\nDikatakan, Utsman bin Al Ash RA telah datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu akan rasa sakit di bahagian tubuhnya. \n\nKemudian, Rasululullah mengajarkan doa ini dan menyuruh Utsman untuk meletakkan tangannya pada tempat yang sakit sambil membaca doa berikut sebanyak 7 kali:\n\n\u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062c\u0650\u062f\u064f \u0648\u064e\u0623\u064f\u062d\u064e\u0627\u0630\u0650\u0631\u064f\n\nA\u2019udzubillahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadzir.\n\nMaksudnya: \u201cAku berlindung kepada Allah dengan kemuliaan dan kekuasaan Nya dari segala keburukan yang kudapatkan dan kukhawatirkan.\u201d\n\n3. Doa menghilangkan rasa sakit gigi dan gusi\n\nDoa ini boleh menghilangkan rasa sakit gigi dengan izin Nya, seperti mana yang pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.\n\n\u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062c\u0650\u062f\u064f \u0648\u064e\u0623\u064f\u062d\u064e\u0627\u0630\u0650\u0631\u064f\n\n\u201cA\u2019uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru\u201c\n\nMaksudnya: \u201cAku berlindung kepada Allah dengan kemuliaan dan kekuasaan Nya dari segala keburukan yang kudapatkan dan kukhawatirkan.\u201d\n\nSelawat syifa adalah satu selawat khusus yang bertujuan untuk kesihatan dan penyembuhan kepada penyakit. \n\nPerkataan \u201csyafi\u201d dalam selawat ini adalah menyembuhkan. Bacaan selawat tersebut adalah seperti yang berikut:\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u0670\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0637\u0650\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0652\u0644\u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0628\u0650 \u0648\u064e\u062f\u064e\u0648\u064e\u0627\u0621\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0652\u0644\u0627\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0631\u0650\u0627\u0652\u0644\u0627\u064e\u0628\u0652\u0635\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0636\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0648\u0652\u062a\u0650 \u0627\u0652\u0644\u0627\u064e\u062c\u0652\u0633\u064e\u0627\u062f\u0650\u0648\u064e\u0627\u0652\u0644\u0627\u064e\u0631\u0652\u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u00a0 \u0648\u064e\u063a\u0650\u062f\u064e\u0627\u0621\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u0670\u0649 \u0627\u0670\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652\n\n\u201cAllahumma solli \u2018ala sayyidina Muhammad. Tibbil qulubi wadawaa iha. Wa \u2018afiyatil abdani wa syifa iha. Wanuu ril absori wa dhiya iha. Wa \u2018ala aalihi wasohbihi wasallim\u201d\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, (begitu juga selawat ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (ke atas mereka).\u201d\n\n\u201cBismillahirrahmanirrahim. Qul huwallahu ahad. Allahus samad. Lam yalid wa lam yulad. Wa lam yakul lahu kufuwan ahad\u201d\n\nMaksudnya: \u201cDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. atakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. \n\nIa tidakberanak, dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya. \n\n\u201cQul a\u2019uudzu bi rabbil falaq. Min syarri maa khalaq. Wa min syarri ghaasiqin idzaa waqab. Wa min syarrin naffaa tsaati fil uqad. Wa min syarri haasidin idzaa hasad.\u201d\n\nMaksudnya: \u201cAku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar). Dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita.\n\nDan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang menium pada buhul-buhul (talinya). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.\u201d\n\nQul a\u2019uuzu birobbinnaas. Malikinnaas. Ilaahinnaas. Min syarril waswaasil khonnaas. Allazi yuwas wisufii suduu rinnaas. Minaal jinnati wannaas\n\nMaksudnya: \u201cKatakanlah (wahai Muhammad): \u201cAku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhal disembah oleh sekalian manusia\n\nDari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.\u201d\n\nImam Ahmad pernah meriwayatkan daripada Ubay bin Ka\u2019ab bahawa Nabi SAW pernah bertanya kepadanya tentang ayat yang paling agung di dalam kitab Allah.\n\n\u201cDemi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya ayat kursi itu mempunyai satu lidah dan dua bibir yang senantiasa menyucikan al-Malik (Allah) di sisi tiang \u2018Arsy.\u201d \u2013 (Tafsir Ibnu Katsir)\n\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0627\u0650\u0644\u0670\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u064a\u064f\u0651\u0648\u0645\u064f \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0623\u0652\u062e\u064f\u0630\u064f\u0647\u0657 \u0633\u0650\u0646\u064e\u0629\u064c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0648\u0652\u0645\u064c \u0644\u064e\u0647\u0657 \u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u064a\u064e\u0634\u0652\u0641\u064e\u0639\u064f \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e\u0647\u0657 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0628\u0650\u0625\u0650\u0630\u0652\u0646\u0650\u0647\u0656 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0623\u064e\u064a\u0652\u062f\u0650\u064a\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0641\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u062d\u0650\u064a\u0637\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u0650\u0647\u0656 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0627\u0621\u064e \u0648\u064e\u0633\u0650\u0639\u064e \u0643\u064f\u0631\u0652\u0633\u0650\u064a\u064f\u0651\u0647\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0626\u064f\u0648\u062f\u064f\u0647\u0657 \u062d\u0650\u0641\u0652\u0638\u064f\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u064f\n\nMaksudnya: \u201cAllah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk Nya). \n\nYang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.\n\nTiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Nya melainkan dengan izin Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka.\n\nSedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). \n\nLuasnya Kursi Allah (ilmu Nya dan kekuasaan Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. \n\nDan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan Nya).\u201d\n\n7. Doa menghilangkan rasa sakit perut\n\nTangan diletakkan di atas bahagian perut yang sakit, lalu bacalah doa seperti yang berikut ini:\n\n\u0628\u0650\u0627\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 (3\u00d7) \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062c\u0650\u062f\u064f \u0648\u064e\u0623\u064f\u062d\u064e\u0627\u0630\u0650\u0631\u064f (7\u00d7)\n\n\u201cBismillah (3 x) A\u2019udzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadzir (7 x)\u201d\n\nMaksudnya: \u201cDengan menyebut nama Allah, dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari kejelekan yang aku dapatkan dan aku waspadai.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Muslim no. 2202)\n\n8. Doa minta kesembuhan untuk diri sendiri\n\nBaca doa ini ketika sedang sakit sambil mengusapkan dengan tangan kanan lalu diletakkan di bahagian anggota yang sakit.\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u0623\u064e\u0630\u0652\u0647\u0650\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0623\u0652\u0633\u064e \u0627\u0634\u0652\u0641\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0627\u0641\u0650\u064a \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0627\u0641\u0650\u064a\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064b \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u063a\u064e\u0627\u062f\u0650\u0631\u064f \u0633\u064e\u0642\u0652\u0645\u064b\u0627\n\nAllaahumma rabban naasi, adzhibil ba\u2019sa. Isyfi. Antas syaafi. Laa syaafiya ill\u0101 anta syifaa\u2019an l\u0101 yughaadiru saqaman.\n\nMaksudnya: \u201cTuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar selain dari penawar-Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit.\u201d\n\n9. Doa Nabi Ayyub ketika sakit\n\nNabi Ayyub AS membaca doa ini saat tengah menderita sakit yang amat parah sebagaimana yang disebutkan dalam surat Al Anbiya, ayat 83.\n\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0646\u0650\u0651\u064a \u0645\u064e\u0633\u064e\u0651\u0646\u0650\u064a\u064e \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u0631\u064f\u0651 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0623\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0627\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nRabbahu anni massaniya\u1e0d \u1e0durru wa anta ar hamur rahimin\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua Penyayang.\u201d\n\n10. Doa ketika anggota tubuh rasa sakit\n\nLetakkan tangan di bahagian tubuh yang sakit, lalu baca doa berikut sebanyak 7 kali:\n\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u0650 ,\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u0650 ,\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062c\u0650\u062f\u064f \u0648\u064e\u0623\u064f\u062d\u064e\u0627\u0630\u0650\u0631\u064f\n\nBismillah, bismillah, bismillah. A\u2019uudzu billahi wa qudratihii min syarri maa ajidu wa uhaa dziru\n\nMaksudnya: \u201cAku berlindung kepada Allah dengan kekuasaannya, dari keburukan yang aku jumpai dan aku khawatirkan.\u201d\n\n11. Doa apabila ditimpa sakit parah\n\nAntara doa yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW apabila seseorang itu sudah tidak sanggup dalam menghadapi rasa sakit.\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u062d\u0652\u064a\u0650\u0646\u064a \u0645\u0627 \u0643\u0627\u0646\u064e\u062a\u0650 \u0627\u0644\u062d\u064e\u064a\u0627\u0629\u064f \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u0627\u064b \u0644\u064a\u060c \u0648\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0641\u064e\u0651\u0646\u0650\u064a \u0625\u0630\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0648\u064e\u0641\u0627\u0629\u064f \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u0627\u064b \u0644\u0650\u064a\n\nAllahumma ahyinii maa kaanatil hayaatu khoiral lii, wa tawaffa nii idzaa kaanatil wafaatu khoiral lii\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah, panjangkanlah usiaku jika hidup itu lebih baik dariku atau wafatkanlah aku, jika mati itu lebih baik bagiku.\u201d\n\n12. Doa apabila peninga kepala, demam, dan lain-lain\n\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0639\u0650\u0631\u0652\u0642\u064d \u0646\u064e\u0639\u064e\u0651\u0627\u0631\u064d \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u062d\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650\n\nBismillaahil kabiiri na\u2019uudzu billaahil \u2018adhiim min syarri irqin na\u2019aarin wa min syarri harrin naar.\n\nMaksudnya: \u201cDengan menyebut nama Allah, Yang Mahabesar aku berlindung dengan Allah dari keburukan otot-otot yang sobek dan dari panasnya api neraka.\u201d\n\nSelain dari doa tahan sakit ini, anda juga boleh baca artikel agama kami yang lain mengenai koleksi doa seperti:"
"Biskut Suji merupakan salah satu juadah yang berasal daripada Arab. Namun ianya menjadi popular di Malaysia memandangkan ianya kena dengan tekak kita. Biskut suji tidak mempunyai cara pembuatan yang sukar, oleh itu, sesiapa sahaja boleh menyediakannya. \n\nAnda boleh menyediakannya dalam kuantiti yang banyak dan boleh jadikannya sebagai satu kudap \u2013 kudapan. Selain itu, biskut suji juga boleh dijadikan hidangan sampingan kepada tetamu yang datang ke rumah anda. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh SyAh Reen dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom, kita lihat sekarang!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nTerdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!"
"Setiap wanita yang gemar memasak pasti mengimpikan untuk memiliki sebuah oven terbaik bagi melengkapkan peralatan masakan di dapur. Perlu diketahui bahawa oven dapat mengatasi kelebihan sebarang jenis dapur dalam memasak pelbagai jenis hidangan. Bukan hanya kek dan kuih raya sahaja, tetapi ke semua jenis makanan yang anda inginkan seperti ayam, pizza, roti dan banyak lagi.\n\nDari segi harga, ia bergantung atas saiz, jenama dan kualiti. Jom lihat antara 12 oven terbaik yang membantu anda yang sedang mencari oven.\n\nJika anda ingin membuat kek, roti, biskut dan juga pizza, oven ini sesuai kerana ia mudah dan senang digunakan. Oven terbaik ini direka khas bagi kegunaan harian dan mempunyai elemen pemanas yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Selain itu, oven Butterfly BEO-5221 ini mempunyai kapasiti sebesar 20L.\n\nOven terbaik ini turut mempunyai sistem kawalan masa sehingga 1 jam dan suhunya juga boleh diubah mengikut kehendak anda. Jadi, dengan oven terbaik dari jenama Butterfly ini, segala masalah anda dalam masakan pasti dapat diselesaikan dengan cepat.\n\nOven Morgan MEO-HC23B bakal memberikan anda pengalaman membakar yang menyenangkan kerana ia mempunyai elemen keluli tahan karat untuk memastikan pemanasan kekal konsisten. \n\nTerdapat juga pemasa sehingga 1 jam untuk memastikan bersesuaian dengan bahan makanan yang ingin dimasak. Lebih menyeronokkan, oven terbaik ini datang dengan dulang pembakar, rak dan juga pemegang dulang.\n\nPembakar masakan Morgan ini mempunyai kapasiti 20L yang menggunakan kuasa 1380W bagi memastikan hidangan yang dimasak menjadi enak dan cukup sempurna. Bagi anda yang amat menyukai pengalaman memasak yang menakjubkan, kami sarankan kepada anda untuk memiliki oven terbaik ini.\n\nOven Khind Electric Oven OT5205 menggunakan fungsi konveksi untuk memastikan haba panas diedarkan secara sama rata di dalamnya. Malah, ia juga mempunyai pemutar panggang yang mampu berpusing 360 darjah untuk menjadikan proses pemanggangan lebih sempurna. Dengan suhu kawalan sehingga 230 darjah celcius, ianya dapat memberi keenakan yang cukup lazat untuk kek, biskut atau apa sahaja makanan yang dimasak.\u00a0\n\nKapasiti oven ini cukup besar iaitu 52L yang sememangnya terbaik untuk anda yang mempunyai bilangan keluarga bersaiz sederhana.\n\nDilengkapi dengan 6 fungsi yang dapat mengawal elemen pemanasan, Oven Firenzzi TO-3035 menjadikan makanan dimasak dengan sempurna. Termostat pada oven ini dapat mengawal keseluruhan dalaman oven ini agar masakan anda dimasak dengan baik. Ia berkapasiti seluas 35L yang membolehkan anda membakar kek atau biskut tanpa mengalami sebarang masalah.\n\nOven Trio New Extra Large Electric Oven TEO-1203SS\n\nBagi anda yang merupakan peniaga pastri, kek, biskut atau roti, amat sesuai sekiranya anda memiliki oven ini kerana kapasitinya sebesar 120L yang membolehkan memasak dalam kuantiti yang banyak. \n\nIa juga turut mempunyai fungsi dalam menyahbeku makanan. Mudah dan senanglah proses memasak dilakukan setiap hari. Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan oven terbaik ini yang sememangnya berbaloi untuk dibeli.\n\nOven Cornell CEO-E-46SL yang berkapasiti 46L berkebolehan untuk membakar makanan yang diinginkan dalam satu masa dengan kuantiti yang sangat banyak. Ia dilengkapi dengan 6 pilihan mod kawalan suhu dan fungsi konveksi yang boleh digunakan mengikut jenis masakan. \n\nDengan menggunakan oven ini, anda tidak perlu lagi untuk membeli oven lain kerana ianya berkebolehan membakar, menggril, memasak dan memanggang dengan sempurna mengikut keinginan anda.\n\nOven digital berjenama Milux ini mempunyai tombol kawalan yang berbeza untuk suhu, pemasa dan kawasan pemanasan. Selain itu, ia turut lengkap dengan lampu di bahagian dalam bagi memudahkan pemantauan masakan yang dimasak. Di samping itu, oven terbaik ini berkapasiti seluas 45 liter untuk memudahkan anda membakar kek bersaiz besar seperti kek untuk majlis perkahwinan.\n\nOven Singer EO35 ini merupakan salah satu oven terbaik keluaran Singer yang boleh memanggang dan membakar. Sudah tentu anda boleh memasak pizza. Elemen pemanasan pada oven ini diperbuat daripada keluli tahan karat untuk memastikan ia bertahan dengan lebih lama. Berkualiti kan?\n\nJika anda membeli oven ini, anda akan mendapat aksesori tambahan seperti loyang pembakar, rak pembakar dan juga stik pemanggang.\n\nOven Faber FEO R19 Electric Oven\n\nDengan oven ini, anda boleh memanggang, mengukus dan membakar masakan dengan sangat jimat kerana penggunaan elektriknya sangat rendah. Dengan kapasiti 19L, oven terbaik berkualiti ini sangat sesuai untuk diletakkan di ruang dapur moden kerana warnanya yang cukup memukau. Dengan kombinasi elemen pemanasan yang terdapat pada oven ini, pasti masakan anda menjadi sangat sempurna.\n\nSebuah oven yang pintar dengan 10 fungsi pra-tetap dan ciri-ciri auto-shutoff tak lain tak bukan adalah Oven Breville Smart Oven Pro. Terdapat ciri-ciri memasak secara automatik untuk menjadikan makanan yang dimasak dengan tepat dan sempurna. Oven terbaik ini juga mempunyai fungsi pengubah suhu dan boleh menyimpan makanan panas sehingga dua jam.\n\nOven Oster ini mempunyai kelebihan dalam membuatkan makanan yang bersaiz besar seperti membakar enam keping roti sekali gus, memasak pizza bersaiz 12 inci ataupun memanggang ayam seekor sepenuhnya. Ia mempunyai rak yang boleh diubah kedudukannya mengikut kehendak yang anda inginkan. \n\nSelain itu, oven ini juga mempunyai fungsi memasak pra tetap dan fungsi penetapan masa dan suhu untuk resipi masakan anda.\n\nOven Oster turut dilengkapi dengan lampu dalaman supaya anda boleh menyemak keadaan makanan tersebut semasa memasak. Jadi, ianya merupakan oven terbaik bagi anda yang sering memasak dalam jumlah yang banyak.\n\nJika anda sedang mencari oven mesra bajet yang boleh membakar dan memanaskan makanan dengan baik, Oven Black Decker ini sesuai dengan anda. Ia boleh membakar sehingga empat keping roti pada satu masa dan mempunyai ruang yang dapat memuatkan pizza 9 inci. Selain itu, oven ini mempunyai fungsi untuk memanggang, membakar serta memastikan masakan yang dimasak kekal hangat.\n\nItulah dia antara oven terbaik berkualiti boleh anda dapatkan. Boleh juga beli di Shopee! Jom baca juga \n\nItulah antara tuala mandian terbaik, selesa dan seronok digunakan serta membuatkan anda seolah-olah mandi di hotel mewah. Jom baca juga bantal terbaik, tuala wanita terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan Blender Terbaik. \n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Ramai yang bertanya, bagaimanakah cara untuk membuatkan anak kita takut pada ALLAH? Kurangkan hiburan televisyen dan hal-hal hiburan lalai yang lain?\n\nInsyaALLAH wa BiAunILLAH. Perkongsian seterusnya ada dalam artikel ini.Cara kami boleh jadi salah bagi kalian, boleh jadi tidak sesuai buat kalian, boleh jadi tidak updated dengan kalian, tapi yang penting anak-anak kami seronok dan suka dengan cara tersebut.\n\nJadi, tiada paksaan untuk ikut atau tidak mahu ikut, kerana masing-masing mempunyai perancangan sendiri yang terbaik untuk anak masing-masing.\n\nIanya mempunyai 4 fasa utama iaitu;\n1) Diri pertama\n2) Diri Kedua\n3) Hasil\n4) Penetapan\n\nDiri pertama, merujuk kepada IBUBAPA itu sendiri. Jika ibubapa \u2018kaki gajet\u2019, \u2018kaki layan FB\u2019, \u2018kaki dvd\u2019 dan segala kaki yang ada, serba sedikit unsur jangkitan akan berlaku. Hal inilah yang diterapkan oleh sang faqir dan isteri, iaitu mengurangkan atau menghadkan penontonan televisyen, jika ingin menonton, mereka perlu menonton bersama-sama, hal ini memerlukan pengasahan.\n\nAnak-anak perlu dibentuk dengan adab terlebih dahulu sebelum adab tersebut menjadi displin hidup mereka. Setakat ini, anak-anak jika mereka memakai jubah, perkara yang tidak akan tertinggal adalah kufiah dan serban. Kenapa? Kerana mereka ikut setiap perkara yang mereka lihat.\n\nGajet adalah dilarang bagi mereka, terutamanya \u2018games\u2019 baik di dalam gajet smartphone atau sebarang bentuk permainan stimulasi. Jika ada penggunaan gajet pun, hanya untuk sampingan pembelajaran, contoh jika tiada pen dan kertas (jika berada di luar rumah).\n\nKenapa ya? Kan itu dah macam membuatkan anak jadi jumud, konservatif dan kolot. Soalan yang sama sang faqir tanya, adakah dengan memberi gajet kepada anak, ada JAMINAN mereka akan menjadi Progresif, Inovatif, Moden dan Positif? Jika ada jaminan, sila teruskan, tiada masalah.\n\nCuma setakat ini pemerhatian cetek sang faqir, kebanyakan (bukan semua) ibubapa yang menyediakan gajet khas lagi khusus kepada anak-anak mereka adalah disebabkan supaya anak tersebut tidak merajuk, tidak mengganggu mereka membuat kerja dan menjadi ralit dengan gajet tersebut, ini kebanyakan, bukan semua. Maka, penggunaan gajet dalam membantu membina sahsiah diri anak-anak masih tidak relevan bagi sang faqir yang dhoif ini.\n\nJadi, sekarang bermaksud anak-anak sang faqir memang buta IT? InsyaALLAH tidak mudah-mudahan, mereka tidak buta IT, malahan mereka mahir menggunakan Microsoft Office dan Adobe Program (Adobe Photoshop dan Illustrator), malahan Hakimy banyak membantu sang faqir menyediakan nota kuliah.\n\nTidak memberi gajet, tidak bermaksud menghalang kemajuan pada diri mereka, kemodenan perlu digunakan pada hal yang sepatutnya, pendek kata anak-anak kecil tidak memerlukan gajet tetapi mereka memerlukan kasih sayang dan belaian.\n\n\nSang faqir tidak terlepas terkena teguran daripada Hafidz(3 tahun), \u201cPapa, jangan banyak main handset, nanti lupa ALLAH tau.\u201d\n\nTeguran dari anak kecil yang lekat dalam fikiran dan jiwa sang faqir, amat malu.\n\nHakimy juga ada menegur sang faqir, \u201cPapa, handphone tak boleh bawa masuk kubur tau.\u201d\n\nMalu sebenarnya, walaupun mereka tidak tahu bahawa sang faqir sibuk menjawab panggilan atau menjawab pertanyaan orang yang bermasalah. Jadi, tidak boleh marahkan mereka kerana mereka sudah diDEDAHkan dengan tidak memandang gajet. Maka, pendek kata, tidak kolot jika tidak beri gajet pada anak-anak.\n\nJadi, bagaimana cara hendak menarik mereka kepada Al Quran atau buku atau belajar? Maka, ini berbalik kepada fasa kedua, iaitu diri kedua. Diri kedua merujuk anak-anak itu sendiri. Ianya melibatkan PENDEDAHAN. Anak-anak perlu didedahkan dengan perkara yang mereka sepatutnya didedahkan. Perkara paling utama didedahkan adalah KENAL ALLAH atau mudahnya Ilmu Tauhid.\n\nMereka bukan sahaja perlu dididik menghafal sifat 20 malahan perlu diberi faham akan hal tersebut. Kenal mereka kepada PENCIPTA mereka, maka kenallah diri mereka adalah lemah dan perlu taat, jadi hal ini secara tidak langsung menimbulkan rasa khauf(takut) dan raja\u2019(harap) pada ALLAH.\n\nSebagai contoh, Hakimy pernah diuji semasa di kedai makan, sang faqir sengaja berkata, \u201cPapa tertinggal duit, tak boleh bayar, Hakimy tunggu sini boleh tak? Papa gi ambil duit.\u201d\n\nJawapan dari Hakimy (6tahun) agak mengejutkan, \u201cpapa, ALLAH kan ada, kita bukan buat jahat, ALLAH mesti tolong, biar Hakimy cakap dengan abang (cashier) tu.\u201d\n\nHakimy terus ke kaunter dan berkata, \u201c Abang, papa saya tertinggal duit, tapi kami dah makan, boleh tak kami balik ambil duit, nanti datang balik, ALLAH kan ada, kami bukan orang jahat.\u201d Cashier tersebut senyum malu-malu dengan percakapan daripada budak berusia 6 tahun.\n\nPendek kata, asas penting adalah perkenalkan ALLAH dan RasulNYA kepada anak-anak dalam bentuk Ilmu dan Amal. Itulah cara menarik mereka kepada ilmu bukan hiburan. Baik sangatkah anak-anak sang faqir? Tidak, bukan bermaksud baik sangat, tetapi sang faqir berharapan mereka menjadi Hamba ALLAH yang beriman, sebelum sang faqir atau isteri memejamkan mata meninggalkan dunia ini, itu sahaja, tidak lebih dari itu. Dan sang faqir yakin semua ibubapa di luar sana juga inginkan perkara yang sama.\n\nAntara pendedahan yang lain adalah cara isteri sang faqir terapkan pada anak-anak, adalah berkongsi dengan mereka akan kesusahan dan keperitan mencari rezeki. Anak-anak sang faqir akan membantu isteri dalam menyusun produk, membungkus dan mengira produk.\n\nMalahan antara tugas utama Hakimy adalah memandikan serta memakaikan adiknya Hafidz dan Khadijah (jika sang faqir berada di luar kawasan), mengumpul pakaian kering, melipat pakaian, mengemaskan tempat tidur dan rumah. Jadi, jangan terkejut atau pelik jika ke rumah sang faqir dan kalian melihat anak muda ini berpeluh-peluh menyapu di luar rumah. Ini adalah cara menarik mereka dari alam kelalaian dan keseronokan tanpa faedah.\n\nSatu perkara lagi, elakkan bentuk perjanjian memberi hadiah jika boleh buat itu ini, kerana secara tidak langsung, moral mereka akan jatuh kerana mereka melakukan sesuatu untuk sesuatu, bukan kerana ALLAH dan kasih sayang kepada ibubapa.\n\nSusahnya? Tidak susah jika cuba dan terus mencuba. Ibubapa perlu bersungguh-sungguh dan tiada istilah putus asa dalam mendidik anak-anak, mereka adalah pembawa payung kita di padang masyar kelak, mereka juga pembimbing kita ke telaga Kautsar untuk bersama Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam.\n\nKelak di akhirat, ALLAH tidak akan tanya kita, apakah pekerjaan anakmu dahulu di dunia? Tetapi ALLAH akan tanya, bagaimanakah kamu menjaga anak-anakmu dan keluargamu? Mampukah kita menjawab akan persoalan itu jika kita tidak membuatnya.\n\nAPAKAH TIDAK BERGETAR HATI KITA MEMBACA DAN MENDENGAR Firman ALLAH Jalla Wa Ala yang berbunyi:\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0642\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u064a\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0646\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0642\u064f\u0648\u062f\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u062c\u064e\u0627\u0631\u064e\u0629\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0644\u064e\u0627\u0626\u0650\u0643\u064e\u0629\u064c \u063a\u0650\u0644\u064e\u0627\u0638\u064c \u0634\u0650\u062f\u064e\u0627\u062f\u064c \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0635\u064f\u0648\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0641\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0624\u0652\u0645\u064e\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n\u2018Hai orang-orang yang beriman, PELIHARALAH DIRIMU DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNYA kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.\u2019\n\nInsyaALLAH, sampai di sini dahulu perkongsiannya. Jika berkesempatan lain masa, sang faqir akan kongsikan lagi."
"Teringin masak ikan bakar tapi tidak punya resepi yang sedap? Tidak usah risau lagi kerana kali ini kami akan berkongsikan resepi ikan kembung bakar cili api berkrim.\n\nIkan bakar ini agak pedas kerana ia menggunakan cili api. Namun begitu, rasa pedasnya boleh disesuaikan mengikut selera sehingga kanak-kanak pun boleh makan.\n\nResepi ikan kembung bakar\u00a0ini terasa berkrim kerana ia menggunakan santan sehingga ikan bakar jadi lebih juicy dan berkrim. Makanan ini pula paling sesuai dimakan dengan nasi putih. Sedap menjilat jari.\n\nTanpa tunggu lama, mari kita lihat resepi ikan kembung bakar yang dikongsikan oleh Rosma Ros\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nResepi Ikan Kembung Bakar Cili Api\n\nSelain resepi ikan kembung bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Disini dikongsikan cara terbaik ambil karbohidrat yang boleh dicuba.\n\nUntuk naikkan serotonin pagi (hormon gembira) dan melatonin malam (hormon tidur) supaya gembira dan tidur malam selesa.\n\nKarbohidrat akan membawa L-tryptophan di dalam makanan protein MASUK KE DALAM OTAK untuk ditukarkan kepada serotonin seterusnya melatonin.\n\nTanpa karbohidrat, tryprophan akan dihalang oleh lapisan penghalang otak.\n\nSerupa lah naik highway kena ada pitis (karb), kalau takde tak boleh lepas.\n\n2) Sebelum Tidur Atau Selepas Bangun Tidur?\n\nSelepas bangun tidur adalah waktu terbaik untuk mengambil karbohidrat.\n\nSedikit karbohidrat selepas beriadah waktu petang juga tiada masalah.\n\nElakkan mengambil karbohidrat di waktu malam terutama bagi orang yang mempunyai masalah sistem pencernaan. (Masalah refluks, alahan, dll)\n\nWaktu malam waktu untuk rehat. Sistem pencernaan juga perlu rehat. Jika makanan karbohidrat anda tidak hadam, ia akan menjadi makanan kepada kuman perut.\n\nKuman perut ini akan makan nasi roti yang tak hadam dengan baik itu dan mereka akan sendawa dan kentut ramai-ramai.\n\nBakteria yang cukup makan ini akan beranak ramai-ramai dan menghasilkan gas yang menyebabkan perut kembung, sakit perut, cirit birit dan malnutrisi.\n\nAnda boleh dapat masalah berlebihan kuman dalam perut yang dinamakan SIBO. Antara simtom SIBO:\n\n\u2013 Perut kembung.\n\u2013 Cirit-birit.\n\u2013 Kurang penyerapan zat.\n\u2013 Sakit perut atau sebu perut\n\u2013 Lemah lesu badan\n\nSelain itu anda mungkin berisiko menyebabkan keradangan dan masalah IBS/IBD anda makin teruk.\n\nKajian juga menunjukkan makan karbohidrat waktu malam menyebabkan paras gula paling teruk selepas makan waktu pagi. Pesakit diabetes perlu peka dengan maklumat ini ya.\n\n3) Karbohidrat Selepas Bersenam Membina Otot\n\nSimple. Kita makan karbohidrat macam nasi, roti, mee, biskut, kek, kuih-kuih.\n\nKalau tak bergerak duk melekat kat kerusi pejabat tu, insha Allah gemuk. Insha Allah senang dapat kencing manis, nauzubillah.\n\nKarbohidrat/gula ni bila tak guna akan simpan tenaga berlebihan daripada makanan ni sebagai lemak.\n\nSelepas bersenam, kita mahu cepat-cepat meningkatkan paras hormon anabolic (membina dan membaiki badan) iaitu insulin..\n\nSebab tu atlet selalu ambil minuman gula ringkas seperti dextrose dan karb cepat serap seperti maltodextrin. Keduanya sangat tinggi indeks glisemik yang akan mencanak naikkan paras insulin yang akan membina otot.\n\nAlaaa, air tin tu banyaklah dextrosenya. Pandai lah korang baca label ya. Saya tak minat sangat manis-manis takut kena potong kaki. Jangan ingat gula ini tak sihat untuk pesakit diabetes sahaja ya.\n\nKalau nak ambil karbohidrat kompleks. Baik ambil sejam selepas bersenam berat. Ini bagi mengelakkan masalah penghadaman kerana lepas bersenam, darah dan oksigen banyak pam ke otot.\n\nKita nak besarkan otot bukan untuk bina badan semata. Tapi untuk kurus dan untuk sihat.\n\nSedikit buah betik ke, nanas ke, pisang, mangga ke akan meningkatkan enzim pencernaan dan asid perut. Amalan ini bagus utk membantu pencernaan karbohidrat dan juga protein.\n\nJangan melebih sangat asid perut melambung, tertonggeng pulak stres nanti.\n\nBanyak sangat juga tak digalakkan kerana air yang banyak sebelum makan mungkin akan cairkan enzim dan asid perut.\n\nSelain makan pisang, mangga yang naikkan enzim amylase, mengunyah banyak kali merembeskan lebih banyak enzim ini yang membantu pencernaan karbohidrat.\n\n\u2013 Waktu malam terutama sebelum tidur.\n\n\u2013 Ataupun ambil banyak-banyak tapi tak kerja/bersenam.\n\nOh ini bukan kitab wahyu. Tak perlu begitu serius. Ia cuma cara saya praktis berdasarkan kajian saintifik yang ada. Saya terbuka untuk cadangan lebih baik.\n.\n\nKalau nak try eksperimen boleh cuba telan laju-laju banyak-banyak roti biskut nasi tengah malam, tengok apa jadi waktu pagi nanti..\n\nDong say ai ding wong yew.."
"Goji atau nama saintifiknya Lycium barbarum merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya.\n\nBuah Goji mengandungi beta-karoten, vitamin C, vitamin B1 dan B2, beta-sitosterol (agen anti-radang) linoleic asid (asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif, sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine.\n\nMenurut analisa yang dilakukan oleh Beijing Nutrition Research Institute, China, goji berry mengandungi rangkaian anti-oksidan carotenoids yang sempurna menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui.\n\nIa mengandungi lebih banyak beta-karotin daripada lobak merah dan zeaxanthin yang menyihatkan mata. Goji berry mengandungi 500 kali ganda vitamin C daripada oren menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu. Penduduk Ningxia, China kebanyakannya mengamalkan goji berry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata usia mereka melewati 100 tahun.\n\nGoji berry mengandungi nutrisi yang berikut:\n\nKandungan vitamin E dalam goji berry mampu melembap dan menghaluskan kulit secara semulajadi. Jika diamalkan, kulit kita akan kekal halus dan anjal. Selain itu, manfaat goji berry bagi mencegah kedutan dan pembentukan garis-garis halus bukan lagi rahsia bagi golongan wanita di China. Mereka menggunakan buah goji berry sebagai masker agar wajah mereka terus terjaga dan kekal awet muda.\n\nTahukah anda apa fungsi antioksidan? Salah satu fungsinya yang utama ialah menguatkan sistem imun tubuh agar tidak mudah diserang penyakit. Selain itu, antioksidan dapat menghapuskan radikal bebas dan mengelakkan tubuh kita dari serangan kuman dan bakteria. Goji berry mempunyai 4 kali lebih besar kandungan antioksidan berbanding buah Blueberry.\n\nSudah ribuan tahun goji berry digunakan oleh masyarakat Cina untuk menyihatkan mata. Malah, kandungan beta-karotin dalam goji berry\u00a0 dapat menjernihkan deria penglihatan dan mencegah penyakit berkaitan mata contohnya katarak, rabun dan sebagainya.\n\nKolesterol tinggi dan lemak tepu sangat tidak memudaratkan kesihatan. Jika tidak ditangani dengan segera, boleh menimbulkan pelbagai jenis penyakit seperti strok, hipertensi dan sebagainya. Kandungan lemak omega 6 dalam goji berry mampu menyingkirkan kolesterol dari tubuh.\n\nGoji berry juga dapat meningkatkan kesuburan dan tenaga kaum lelaki khususnya dalam hubungan intim suami isteri. Dengan mengamalkan goji berry secara rutin dapat memberi kesihatan yang maksima kepada yang mengamalkannya.\n\nUntuk mencegah penyakit jantung, buah goji berry merupakan salah satu alternatif yang terbaik. Goji berry mampu melancarkan pengaliran darah dan mencegah terjadinya stroke.\n\nKandungan antioksidan dalam goji berry mampu mencegah perkembangan sel tumor dan juga kanser dalam tubuh. Dengan itu, kanser ataupun sel tumor tidak akan membesar kerana terhalang oleh antioksida yang terdapat dalam goji berry.\n\nGoji berry mampu meningkatkan tenaga dan menjadi ramuan alternatif bagi mengembalikan tenaga dan mengurangkan keletihan.\n\nDr. Earl Mindell, Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar yang terkenal di seluruh dunia memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil goji berry iaitu:\n\nBanyak sungguh khasiat goji berry. Rugi kalau anda tak amalkan. Kalau anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat kacang kuda, khasiat chia seed, dan khasiat minyak kelapa dara."
"Cendawan mudah ditemui di dalam hutan atau kebun disebabkan oleh iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Tetapi apa yang kita perlu tahu, tak semua cendawan yang tumbuh itu boleh dimakan. Sesetengah cendawan ini\u00a0 beracun dan amat berbahaya untuk kita makan.\n\nKajian daripada banyak pihak termasuklah Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan bernilai dari segi perubatan. \n\nAntaranya adalah cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune. Sebelum memetik cendawan, mari kita ketahui jenis cendawan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.\n\n1.\u00a0 Cendawan Taugeh / Cendawan Tali\n\nJenis cendawan ini biasanya ditemui tumbuh di permukaan tanah yang terdapat anai-anai di bawahnya. Saiz cendawan ini amat kecil iaitu sekitar 20 hingga 30 milimeter sahaja. Cendawan ini berbentuk payung berwarna putih keperang-perangan.\n\nPasti anda perasan bawah di bahagian bawah cendawan ini terdapat insang berwarna putih. Cendawan ini mempunyai tangkai yang panjang sekitar 60 hingga 70 milimeter panjangnya. Cendawan ini boleh dimakan dan biasanya ia dimakan secara goreng atau rebus.\n\nCendawan kukur ini biasanya boleh dimakan secara masak lemak ataupun digoreng. Rasanya amat sedap. Rugi jika anda tidak mencubanya.\n\nJenis cendawan ini berbentuk seakan kipas yang bersaiz 5 hingga 10 milimeter. Ia biasanya tumbuh meliar di atas kayu mati dan amat senang dijumpai. Biasanya dimana ada pokok kayu getah mati maka adalah cendawan kukur ini.\n\nStruktur cendawan ini amat kenyal dan tidak rapuh. Bahagian atasnya mempunyai bulu yang halus berwarna putih keperang-perangan. Di bawahnya pula terdapat insang yang berwarna coklat.\n\nCendawan Enokitake adalah jenis cendawan yang boleh dimakan. Ia berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge.\u00a0 Enokitake ini dikenali juga sebagai cendawan musim sejuk atau cendawan pinang emas.\u00a0\n\nDi tempat beriklim sejuk, cendawan ini tumbuh secara bebas pada suhu udara rendah. Cendawan ini akan mula banyak pada musim gugur hingga awal musim bunga. Jenis cendawan ini juga diketahui sering tumbuh di bawah lapisan salji. \n\nBukan itu sahaja, ia juga tumbuh di permukaan batang kayu reput dan pohon-pohon yang berdaun lebar. Cendawan Enokitake ini sering dianggap sebagai hama bagi beberapa industri produk pertanian.\n\nCendawan tiram merupakan salah satu jenis cendawan yang boleh dimakan dan ditanam di Asia sejak dahulu kala. Kini ia ditanam secara komersil di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan yang sama dengan kulat Pleurotus eryngii.\u00a0\n\nCendawan tiram juga digunakan dalam industri bioremediasi. Ia sering digunakan dalam masakan Cina dan Jepun. Jenis cendawan ini juga sering dijadikan sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap. \n\nSalah satu cendawan yang boleh dimakan dan tumbuh secara semula jadi adalah cendawan butang. Jenis cendawan ini biasanya tumbuh di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari musim bunga sehinggalah datangnya musim gugur di seluruh dunia. \n\nWalaupun ia hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara, tetapi populasi spesies ini naik secara mendadak.\u00a0Kini cendawan butang merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia. Ia biasanya ditabur di atas piza dan dimakan bersama salad dan sebagainya. Rasanya amat sedap dan menyelerakan.\n\nAmanita bisporigera adalah spesies cendawan beracun yang berbahaya dalam keluarga Amanitaceae. Ia biasanya dikenali sebagai cendawan \u2018Eastern North American Destroying Angel\u2019 atau cendawan malaikat pemusnah. \n\nCendawan ini mempunyai payung putih halus yang dapat mencapai hingga 10 centimeter dan panjangnya sehingga 14 sentimeter. Jenis cendawan ini mempunyai dua spora dalam satu induk.\n\nPholiotina rugosa adalah cendawan rumput biasa yang tumbuh secara meluas dan sangat biasa dijumpai di kawasan Barat Laut Pasifik. Jenis cendawan ini juga telah dijumpai di Eropah, Asia dan Amerika Utara. \n\nIa mengandungi mikotoksin yang boleh membawa kepada kematian. Awas, jenis cendawan ini tidak boleh dimakan.\n\nCendawan sulfur tuft atau clustered woodlover adalah jenis cendawan hutan yang biasa dan sering kali dijumpai ketika hampir tidak ada cendawan lain. Cendawan ini tumbuh secara besar-besaran dalam gumpalan besar pada tunggul, akar mati atau batang pokok yang lebar.\n\nCendawan Sulfur tuft amat pahit dan merupakan cendawan yang beracun. Jika memakannya, ianya boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan sawan. \n\nToksin utama di dalam jenis cendawan ini adalah steroid yang dikenali sebagai steroid fasciculol E. Jangan sesekali makan cendawan jenis ini.\n\nSpesies cendawan yang sangat berbahaya dan tidak boleh dimakan juga adalah Galerina sulciceps. Ia hidup di wilayah tropika Indonesia dan India, namun kadang-kadang dilaporkan membiak di rumah Eropah. \n\nJenis cendawan ini mengandungi lebih banyak toksik daripada deathcap (Amanita phalloides).\u00a0Cendawan ini terbukti mengandungi toksin alpha- (\u03b1-), beta- (\u03b2-) dan gamma- (\u03b3-) amanitin. \n\nIa merupakan satu siri keracunan di Indonesia pada tahun 1930-an yang mengakibatkan 14 kematian akibat pengambilan jenis cendawan ini.\n\nGalerina marginata adalah jenis cendawan yang beracun dalam keluarga Hymenogastraceae dari Agaricales. Sudah tentu tidak boleh dimakan.\u00a0 Cendawan ini mempunyai payung coklat hingga kuning coklat yang pudar ketika musim kering. \n\nInsang cendawan ini berwarna kecoklatan dan memberikan cetakan spora yang berkarat.\u00a0Cincin membran yang jelas kelihatan pada batang spesimen muda jenis cendawan ini akan hilang seiring bertambahnya usianya. \n\nPada badan cendawan yang lebih tua, penutupnya lebih rata dan insang dan batangnya lebih berwarna. Cendawan Galerina marginata tersebar luas di Hemisfera Utara, termasuk Eropah, Amerika Utara, Asia, dan juga telah dijumpai di Australia.\u00a0\n\nIa adalah cendawan yang tumbuh pada kayu konifer yang reput. Spesies ini yang sangat beracun dan mengandungi amatoksin mematikan yang sama seperti dengan cendawan Amanita phalloides. Memakannya boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk, muntah, cirit-birit, hipotermia, dan akhirnya mengalami kematian jika tidak dirawat dengan cepat.\u00a0\n\nItulah dia 10 jenis cendawan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan harus anda ketahui. Jom baca juga Resepi cendawan Shiitake, Cendawan Mekah, Resepi pai ayam cendawan dan Resepi sayur sedap.\n\n1.\u00a0 Jenis-jenis cendawan yang boleh dimakan. \u00a0https://era.je/interaktif/trending/jenis-cendawan-yang-boleh-dimakan\n\n2.\u00a0 Cendawan tidak boleh dimakan. \u00a0https://mushroomlover442.wordpress.com/mengenai-cendawan/cendawan-tidak-boleh-dimakan/"
"Kitaran haid yang lancar dan normal adalah sangat penting bagi seorang wanita. Ini kerana haid yang lancar dan teratur akan memudahkan proses merancang kehamilan di mana lebih mudah untuk menentukan bilakah tarikh subuh dijangka berlaku. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi kitaran haid tidak lancar.\n\nHari ini kami akan kongsikan punca kitaran haid tidak teratur dan apakah petuamelan carkan haid yang boleh anda cuba.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid yang teratur\n\nKitaran haid yang teratur adalah kitaran haid yang berlaku dalam kitaran 22 sehingga 36 hari dalam satu kitaran. Wanita yang didatangi haid dalam tempoh tersebut dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang normal. Namun wanita yang mengalami keadaan berikut adalah dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang tidak normal:\n\nApakah punca kitaran haid tidak lancar\n\nTerdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah kitaran haid tidak teratur. Di antara punca yang telah dikenal-pasti dalam dunia perubatan moden ialah seperti berikut:\n\nJika anda mempunyai masalah kitaran haid tidak normal, berikut adalah di antara beberapa petua yang boleh anda amalkan agar kitaran haid anda menjadi normal semula.\n\nSalah satu daripada punca kitaran haid tidak lancar ialah disebabkan oleh masalah berat badan sama ada berlebihan atau kekurangan. Oleh itu, untuk melancarkan haid perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan mengekalkan berat badan unggul. Pastikan tubuh badan berada dalam paras BMI yang normal. Mengekalkan berat badan yang unggul bukan sahaja akan membantu kitaran haid anda menjadi normal malah ia juga memastikan tubuh badan sihat tanpa sebarang penyakit.\n\nMental yang sihat dan perasaan yang gembira akan memberikan kitaran haid yang lancar dan teratur. Elakkan stress. Jika anda mengalami tekanan perasaan sila atasi dengan kadar segera dan jangan dibiarkan melarat.\n\nSatu lagi petua melancarkan haid yang boleh anda amalkan ialah dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat bermaksud anda menjaga pemakanan dan rajinkan diri untuk bersenam. Pastikan anda mengambil makanan berkhasiat dalam menu setiap hari dan kurangkan makanan segera dan makanan yang terlalu tinggi kadar gula serta berminyak. Kita adalah apa yang kita makan. Selain itu, rajinkan diri untuk bersenam sekurang-kurangnya 25 minit sebanyak 3 kali seminggu.\n\nJika kitaran haid anda tidak lancar disebabkan oleh masalah kesihatan seperti yang kami senaraikan di atas, pastikan anda mendapatkan rawatan bagi mengawal penyakit tersebut bagi memastikan kitaran haid anda menjadi normal semula. Dapatkan rawatan mengikut temujanji yang diberikan dan makan ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan.\n\nJika anda tetap mengalami masalah kitaran haid tidak lancar, satu lagi petua melancarkan haid yang boleh anda amalkan ialah dengan mengamalkan minum air rebusan manjakani dan sireh. Cara menyediakan air rebusan ini adalah seperti berikut:\n\nItulah dia perkongsian tentang petua melancarkan haid yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang haid tidak teratur dan kitaran haid."
"Hendak tahu khasiat Arabic Gum? Jom baca artikel ini.\n\nArabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia senegal dan Acacia sayel berbentuk kristal yang banyak terdapat di negara Sudan. Secara kimianya, Arabic Gum Gum merupakan rantaian kompleks polisakarida dengan rantaian bercabang mengandungi campuran glikoprotein, kalsium, magnesium dan garam kalium asid polisakaridik.\n\nAcasia senegal adalah jenis Arabic Gum yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakala Acacia seyal pula biasanya digunakan untuk industri.\n\nAda juga pendapat yang mengatakan terdapat tafsir Al Quran mengaitkan Al Manna yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 57 merupakan Arabic Gum.\n\nSebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Arabic Gum. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa Arabic Gum ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.\n\n8 Khasiat Arabic Gum Untuk Kesihatan\n\nArabic Gum banyak khasiat untuk kesihatan anda. Ia juga sesuai dijadikan makanan tambahan atau snek harian anda. Antara khasiatnya ialah:\n\nArabic Gum mempunyai tekstur yang melekit. Bahan yang melekit sering digunakan untuk mengurangkan kerengsaan dan keradangan. Arabic Gum telah terbukti berkesan terutama dalam meredakan ketidakselesaan perut atau tekak.\n\nMenurut Ali et al. pada tahun 2013, kajian ke atas tikus makmal yang diberikan minum air yang mengandungi Arabic Gum selama 4 minggu, menunjukkan peningkatan kualiti antioksidan dalam melawan keradangan yang dialami tikus mereka.\n\nArabic Gum sering digunakan dalam rawatan untuk menyembuhkan luka. Pengamal perubatan percaya bahawa kesan ini mungkin disebabkan oleh beberapa bahan kimianya, seperti alkaloid, glikosida, dan flavonoid.\n\nDalam satu kajian tahun 2013 di UAE, arabic gum diuji pada tikus sebagai sebahagian daripada rawatan penyembuhan luka. Hasil menunjukkan penyembuhan luka lebih cepat daripada rawatan standard.\u00a0\n\nEkstrak Arabic Gum boleh digunakan dalam produk pergigian seperti cuci mulut untuk mencegah gingivitis atau keradangan gusi.\n\nKajian yang lebih lama dari tahun 1999 menunjukkan bahawa serbuk gigi herba yang dicampur serbuk al-manna membersihkan dengan lebih dua pertiga daripada plak gigi, dan hampir 100 peratus dalam beberapa kes.\n\nLaporan oleh penyelidik bernama Noura Salih pada tahun 2018 menyatakan bahawa kandungan mineral dalam Arabic Gum membantu dalam proses penghasilan mineral pada gigi untuk menjadikan gigi yang lebih kuat.\n\nArabic Gum mengandungi serat pemakanan larut air (WSDF) yang bukan hanya serat yang baik untuk diet anda tetapi juga membantu merendahkan tahap kolesterol anda.\n\nSatu kajian menunjukkan bahawa pengambilan 15 gram Arabic Gum dalam bentuk cecair setiap hari membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Walaupun diterbitkan pada tahun 1992, namun kajian ini paling komprehensif menunjukkan kesan Arabic Gum terhadap kolesterol dalam darah.\n\nSerat pemakanan larut air juga boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan baik untuk kesihatan kardiovaskular. FDA juga turut mengiktiraf Arabic Gum sebagai sumber serat yang baik dalam banyak makanan popular, termasuk bijirin, jus, dan yogurt.\n\n5) Melegakan Batuk dan Sakit Tekak\n\nDisebabkan Arabic Gum berfungsi mengurangkan kerengsaan dan keradangan, jadi ia juga boleh membantu mengawal batuk. Ciri-ciri Arabic Gum membolehkan ia digunakan untuk melindungi lendir di kerongkong anda daripada kerengsaan.\n\nMenggunakan al-manna untuk batuk boleh mengekalkan kerongkong anda menjadi sakit serta melegakan atau mencegah kehilangan suara.\u00a0\n\nArabic Gum juga boleh digunakan untuk membantu menghentikan aliran darah pada luka. Tuang cairan Arabic Gum pada luka, ia boleh membantu menghentikan pendarahan dan membasmi bakteria pada luka tersebut.\n\nPada tahun 2017, pengkaji bersama dari Turki dan Pakistan menghasilkan mikrogel daripada Arabic Gum. Mereka berjaya meningkatkan indeks pembekuan darah pada luka yang diletakkan mikrogel ini.\n\nSelain itu, mikrogel tersebut turut menunjukkan kesan antibakteria yang baik sekaligus mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka.\n\nArabic Gum dianggap sebagai prebiotik yang sangat bagus. Banyak kajian yang dilakukan menyokong perkara ini. Antaranya kajian yang diterbitkan oleh Br. Jour. Nutrition Mac 2008, mereka membandingkan Arabic Gum dan inulin\u00a0 sebagai prebiotik.\n\nKajian klinikal ke atas manusia yang diberi 10mg arabic gum dan 10g inulin setiap hari selama 4 minggu. Hasil menunjukkan, pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacili termasuk Bacteroides dalam najis lebih tinggi dalam sampel Arabic Gum berbanding inulin.\n\nArabic Gum dipercayai dapat membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggang dan diabetes. Malah, ia bagus diamalkan oleh setiap pesakit diabetes kerana punca kerosakan buah pinggang adalah disebabkan oleh diabetes.\n\nDipercayai dengan mengamalkan pengambilan al-manna pada peringkat awal diabetes, ia dapat mengawal, melambatkan dan juga mengurangkan tahap kerosakan buah pinggang bagi pesakit diabetes.\n\nSelain itu, penyakit diabetes sering berkaitan dengan masalah kualiti sperma air mani bagi pesakit lelaki. Kajian oleh penyelidik bersama dari Sudan dan China pada tahun 2016 mendapati bahawa pengambilan Arabic Gum selama 10 minggu oleh tikus yang diabetik menunjukkan peningkatan kualiti sperma.\n\nKeupayaan antioksidan Arabic Gum dipercayai berkesan dalam mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes.\n\nArabic Gum kaya dengan serat dan terkenal dengan sifat prebiotiknya. Ia sesuai dijadikan makanan tambahan bagi pesakit diabetes dan paras kolesterol yang tinggi. Namun, ia juga boleh dijadikan snek harian untuk kekalkan tahap kesihatan kerana khasiatnya yang banyak.\n\nWalau bagaimanapun, bagi pesakit kronik, sebelum anda mengamalkan Arabic Gum sebagai rawatan alternatif anda, anda seharusnya berbincang dan merujuk kepada doktor anda.\n\nAnda suka abca artikel khasiat arabic gum ini? Jika ya, jangan lupa untuk share dan like ya. Selain itu, kami juga ada artikel menarik yang lain. Jemput baca.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Kebanyakkan pasangan tidak kisah mendapat zuriat anak lelaki mahupun perempuan. Semuanya sama sahaja, mereka perlu dididik dengan baik agar mereka menjadi anak yang soleh atau solehah. Itu perkara utama.\n\nIbu bapa sudah fikirkan nama anak mereka sebelum mereka di lahirkan lagi. Zaman kini yang penuh dengan teknologi yang canggih boleh periksa kandungan sama ada lelaki atau perempuan. \n\nTetapi anak lelaki dan perempuan ada banyak perbezaannya. Anak lelaki mereka lebih terbuka dengan perasaan mereka dan kehendaknya. Manakala anak perempuan pula kurang menunjukkan perasaan dan kehendak mereka. Lebih-lebih lagi terhadap ayah.\n\nJadi, ayah perlu tahu apakah kehendak anak perempuan tapi bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 rahsia anak perempuan yang mungkin ayah tidak tahu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq. \n\n1. Mereka tengok cara anda layan ibu mereka\n\nSesekali tu wajar juga untuk suami isteri berbalah di depan anak kita dengn syarat bertikam lidah dengan cara yang\u00a0terbaik.\n\nTidak meninggi suara, berbincang dengan tenang dan gunakan bahasa yang sopan. Dari situ lah anak perempuan kita belajar tentang Conflict Resolution.\n\n2. Mereka nak rasa keberadaan ayahnya\n\nSosok ayah ni biasanya seorang yang workaholic dan sangat fokus pada kerja masing masing.\n\nSesekali tu, kena lah tinggalkan sebentar kerja kita. Layan anak kita sepenuhnya. Tak perlu lama. Cukup 15 minit untuk satu kali sesi pun dah memadai untuk penuhkan tangki emosi anak perempuan.\u00a0Peluk\u00a0cium je mereka dan pandang tepat ke anak mata mereka. Itu pun dah boleh membuatkan jiwa mereka terisi sepenuhnya!\n\n\u201cShe cares about spending time with you. Playing with you. Being with you!\u201d\n\n3. Mereka nak kita faham dunia mereka\n\nLebih lebih lagi anak perempuan yang remaja, mereka nak ayahnya kenal dunia mereka.\n\nCuba sensitif dengan isu dan trend terkini, tak terlalu rigid dengan pendapat sendiri dan cuba fahami dunia daripada kacamata anak anak perempuan kita.\n\nInsyaAllah anak perempuan kita akan rasa lebih difahami dan didengari. Barulah senang mereka nak dinasihati!\n\n4. Mereka nak kita lindung mereka\n\nWalaupun anak perempuan kita mungkin tak suka dikongkong tetapi mereka masih perlukan seorang pelindung!\n\nPelindung yang mereka idamkan adalah pelindung yang boleh mendengar cerita mereka, memberi kata kata yang membangun jiwa dan menjadi orang yang pertama yang bersama ketika jatuh bangun mereka.\n\n5. Mereka nak ayahnya penjadi Pengkagum Nombor 1 mereka\n\nMereka akan makin bersemangat jika ayahnya \u2018perasan\u2019 dan acknowledge pencapaian mereka.\n\nMereka nak kita bagi pujian ikhlas daripada hati dan mereka nak kita rasa terharu dengan usaha dan penat lelah mereka berkorban untuk banggakan kita.\n\n*Rasulullah SAW mengutamakan anak perempuan daripada anak lelaki. Anak perempuan hati mereka lebih lembut maka didik mereka dengan sebaik mungkin. Insyaallah, mereka anak jadi anak yang solehah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anak-anak kita semakin hari semakin membesar dan akan mula mengenali dunia luar yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa ada di sisi mereka ketika susah atau senang. Namun, bukan setiap masa kita boleh berada di sisi mereka dan mendengar luahan hati mereka.\n\nKawan-kawan adalah tempat anak kita mula bersosial dan meluangkan masa lebih banyak daripada di rumah dan keluarga. Pada waktu ini, kita akan mula melihat perubahan perangai anak kita sama ada ke arah positif atau negatif. Jika anak anda mempunyai kawan atau sahabat yang baik dan sopan, anak anda juga akan turut sama seperti kawannya. Jika tidak, anak anda akan menjadi yang disebaliknya.\n\nFaktor berkawan juga adalah salah satu penyebab perubahan perangai anak kita. Jadi, sebagai ibu bapa, anda perlu tahu perubahan-perubahan yang berlaku pada anak anda. Terdapat beberapa tanda yang boleh kita lihat jika hati anak mula gelap. Apakah tanda-tandanya ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 tanda-tanda hati anak mula gelap. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq. \n\n7 Tanda-tanda hati anak mula gelap\n\nLembutkan hati anak kita kembali :\n\n*Berikut adalah tanda-tanda hati anak kita mula gelap. Tetapi anda tidak perlu risau, terdapat cara yang boleh mengelakkan hati anak anda daripada terus gelap. Anda boleh ikuti tips di atas untuk lembutkan hati anak anda dan mula bimbing anak anda ke jalan yang betul. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Nak tahu cara atau tips rawatan rambut beruban?\n\nMasalah rambut beruban bagi golongan yang sudah berumur, bukanlah hal yang pelik. Bukan saja rambut, malah misai dan jambang juga akan memutih seiring dengan usia. Ada juga yang berhadapan dengan masalah rambut semakin menipis, botak dan sebagainya.\n\nNamun, yang nampak sedikit janggal ialah apabila melihat lelaki atau wanita yang jauh lebih muda sudah beruban. Senang cakap, dah beruban sebelum tua. Sudah tentu mereka berasa tak selesa, malu dan kurang keyakinan diri kerana rambut merupakan mahkota kecantikan.\n\nBagi wanita yang bertudung, tak menjadi masalah. Mereka boleh menyembunyikan kekurangan itu. Yang menjadi masalah tentulah bagi orang yang tak bertudung atau wanita yang bukan beragama Islam. Tentulah kaum wanita akan berasa lebih malu berbanding lelaki.\n\nMacam-macam cara dibuat untuk menyelesaikan masalah ni. Ada lelaki yang membotakkan terus kepala, ada pula yang memakai pewarna rambut. Bagi wanita, mungkin cara yang mudah ialah memakai inai di kepala atau menggunakan rambut palsu.\n\nJangan risau. Dalam artikel ni, penulis akan kongsikan cara-cara untuk membuat rawatan untuk rambut beruban. Sebelum tu, mari kita baca sebab masalah ini berlaku.\n\nMenurut Pakar Kulit Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Nazirin Ariffin, kebanyakan orang Asia akan melalui fasa rambut beruban pada umur akhir 30-an. Malahan, ada individu yang mengalami uban yang ketara pada umur 50-an.\n\nNamun, bukanlah sesuatu yang mustahil apabila ada golongan lelaki dan wanita yang sudah mula beruban pada usia belum mencecah 30-an. Beliau berkata, perkara ni tak berkait dengan masalah dalam tubuh.\n\nApabila sel-sel yang mengeluarkan pigmen melanocytes (sel kulit khas yang mengeluarkan pigmen melanin untuk rambut) berhenti menghasilkan pigmen tu, rambut akan bertukar menjadi putih.\n\nSelain tu, rambut beruban juga disebabkan oleh kerosakan pada sistem penghantaran pigmen dari akar rambut ke sel keratinocytes di batang rambut. Sebenarnya, punca sebenar rambut beruban masih tak dapat dipastikan lagi.\n\nNamun, faktor genetik seperti Sindrom Down, Progeria dan Sindrom Rothmund Thompson, stres, kekurangan protein, kekurangan vitamin B12, sopak, masalah kelenjar pituitari dan tiroid berpotensi mengakibatkan rambut beruban.\n\nSetiap penyakit, ada ubatnya. Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, anda yang mengalami masalah ni, tak perlu risau dan berasa hilang keyakinan diri. Ada pelbagai rawatan yang boleh dilakukan untuk mengatasi atau mengurangkan masalah ni.\n\nJika masalah uban disebabkan oleh kekurangan zat besi, zat tembaga, vitamin B12 atau protein yang ketara, pengambilan PABA pada dos yang tinggi boleh menyebabkan rambut menjadi hitam semula.\n\nWalau bagaimanapun, jika ubat ni tak dimakan selepas 2 hingga 4 minggu, rambut akan kembali beruban.\n\nKaedah ni pastinya menjadi pilihan yang paling popular bagi orang yang masih muda. Anda boleh menggunakan pewarna kekal dan separuh kekal. Berbanding pewarna kimia ni, lebih baik anda menggunakan daun inai kerana lebih bersifat semula jadi.\n\nMalahan penggunaan inai juga boleh memberikan kebaikan dari aspek yang lain seperti menyihatkan kulit kepala, menyejukkan dan memperkuat akar rambut. Rawatan ni sesuai untuk orang yang tak mempunyai banyak uban.\n\nRawatan tradisional ni boleh dilakukan di rumah. Kosnya juga murah dan bahan-bahan boleh didapati di dapur atau di sekeliling rumah. Antaranya ialah menyapu santan atau minyak kelapa di rambut. Sapukan di kepala dan biarkan selama sejam. Kemudian, basuh menggunakan syampu yang bersesuaian bersih-bersih.\n\nSelain itu, air rendaman teh semalaman boleh digunakan untuk menghitamkan rambut. Sapukan pada rambut setiap hari selama dua minggu untuk kesan yang bagus. Lakukan proses ini 2 jam sebelum mandi pada waktu pagi.\n\nMalahan, petua menggunakan yogurt dan daun kari juga dikatakan berkesan untuk mengatasi masalah rambut beruban. Caranya ialah kisar segenggam daun kari yang dicuci bersih-bersih. Kemudian, campurkan dengan secawan yogurt. Sapukan pada rambut setiap hari sebelum mandi.\n\n#4 Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat\n\nLebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam amalan pemakanan harian. Makan lebih banyak bayam, brokoli, tomato, ikan salmon, daging dan telur. Anda juga boleh mengambil minyak zaitun, teh hijau dan kekacang untuk menambahkan protein dan vitamin yang kurang di dalam badan.\n\nPaling penting sekali, hentikan tabiat merokok dan minum alkohol. Elakkan diri daripada stres dan lakukan aktiviti kegemaran untuk menggembirakan hati. Jangan lupa bersenam untuk menguatkan tubuh badan.\n\nTerdapat banyak krim rawatan rambut di pasaran yang anda boleh cuba. Ada yang berfungsi untuk merawat masalah sehingga ke akar rambut. Namun, pastikan bahan yang digunakan tidak mengandungi kimia yang berbahaya untuk kesan yang pantas tetapi sementara saja.\n\nRawatan akupuntur merupakan teknik yang semakin popular bagi orang yang ada masalah rambut beruban. Rawatan ni menggunakan jarum khas yang ditusuk ke bahagian kulit kepala. Ia kemudian disambungkan dengan kabel aliran elektrik selama 30 minit.\n\nRawatan ni bukan saja dapat mengaktifkan penghasilan melanin, ia juga memberikan rangsangan di kulit kepala sekitar uban rambut. Bagi yang nak mencuba, boleh ke pusat akupuntur berdekatan.\n\nJangan lupa membasuh rambut setiap hari. Jika anda seorang yang kuat berpeluh, jangan biarkan rambut tak dibersihkan. Gunakan syampu yang khas untuk masalah rambut anda. Anda boleh ke salun rambut yang menyediakan perkhidmatan mencuci rambut yang bermasalah.\n\nJika ada masalah kelemumur, gatal-gatal, rambut mudah gugur dan sebagainya, dapatkan rawatan sebelum ia melarat. Kemungkinan masalah-masalah ni juga menjadi punca rambut beruban dengan cepat.\n\nItu saja perkongsian penulis tentang cara rawatan rabun beruban bagi masalah rambut beruban. Anda bolehlah mencuba tips-tips yang dikongsikan ni. Yang penting, jangan berasa malu dan rasa \u2018tua\u2019 bila mempunyai masalah rambut memutih sebelum tua.\n\nBagi lelaki, anda boleh mempelbagaikan gaya potongan rambut untuk nampak lebih \u2018style\u2019 atau jika suka boleh juga botakkan kepala. Bagi wanita pula, anda boleh memakai inai untuk memberi kesan warna perang yang cantik. Malahan, anda juga boleh buat potongan rambut yang cantik bagi yang tak bertudung. Semoga bermanfaat.\n\nJemput baca artikel cara melebatkan rambut cara hilangkan kutu rambut dan punca rambut gugur"
"Jika ditanya akan harapan ibu bapa terhadap anak, pasti takkan habis dibicarakan. Sebagai anak, pasti kita harus tahu apa yang ibu bapa inginkan. Sama ada ibu bapa pernah beritahu kita ataupun kita sendiri yang ketahui isi hati ibu bapa kita. \n\nKadang-kadang, didikan dan persediaan serta penjagaan ibu bapa terhadap kita sejak kecil lagi juga jelas menunjukkan apa yang mereka harapkan daripada kita. Harapan ibu bapa juga bergantung kepada umur anak-anak.\n\nPerunding psikiatri, Dr Andrew Mohanraj, pernah menyatakan bahawa \u201cIbu bapa harus belajar cara meletakkan harapan mereka. Paling penting, jangkaan mereka harus mengambil kira empat faktor utama, iaitu umur anak, tahap kematangan, batas fizikal atau mental dan batas ibu bapa sendiri.\u201d Jom lihat antara harapan ibu bapa untuk anak-anak.\n\nKejayaan anak-anak dalam pelajaran adalah salah satu harapan ibu bapa terhadap anak. Sejak kecil lagi, ibu bapa berusaha untuk memberikan didikan pelajaran yang terbaik untuk anak agar anak mudah menerima pelajaran. Sebagai anak, kita perlu belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading.\n\nHarapan ibu bapa terhadap anak adalah semoga anak berbakti kepada orang tua. Sama ada anak masih kecil atau besar, ibu bapa berharap agar mereka dapat berbakti kepada orang tua suatu hari nanti. Orang tua yang paling penting adalah ibu dan bapa yang telah lama berjasa kepada kita sejak kecil lagi. Selepas itu, moyang, saudara mara, guru-guru, kawan dan juga kenalan kita.\n\nSelain pelajaran akademik, harapan ibu bapa terhadap anak juga adalah mereka mendapat pendidikan agama yang sempurna dan boleh digunakan sepanjang hidup. Dengan pendidikan agama yang sempurna, ibu bapa dapat mengelakkan anak daripada berlakunya gejala sosial di luar sana.\n\nAda juga ibu bapa yang mementingkan perihal akhirat sehingga menghantar anak ke sekolah agama, tahfiz dan sebagainya. Anak juga cenderung untuk menghafal Al-Quran sejak mereka kecil lagi, itulah impian dan harapan ibu bapa terhadap anak.\n\nBagi anak yang mencari pekerjaan atau sudah habis belajar, pastinya ibu bapa mengharapkan anak-anak mendapat pekerjaan yang bagus dan hebat. Itu adalah harapan ibu bapa terhadap anak yang menempuh alam pekerjaan. Ia juga dapat mengubah masa depan anak-anak.\n\nKesihatan anak yang baik memudahkan anak anda berbakti kepada anda suatu hari nanti. Itulah konteks harapan ibu bapa terhadap anak dari segi kesihatan. Jaga diri anda dan ibu bapa anda sebaiknya.\n\nMereka juga risaukan anda sekiranya anda mengalami penyakit atau apa-apa kesakitan kerana anda adalah anak yang mereka sayangi. Daripada kecil lagi, ibu bapa menjaga anak, bagai menatang minyak yang penuh, itulah buktinya mereka mengharapkan kesihatan anda baik-baik sahaja.\n\nAkhlak yang baik adalah harapan ibu bapa terhadap anak yang takkan pernah habis. Ibu bapa sememangnya mengharapkan anak yang baik dan mempunyai akhlak terindah. Akhlak yang baik juga mampu mewariskan keturunan yang baik-baik pada masa akan datang.\n\nPengurusan kehidupan anak-anak dapat menjamin kejayaan mereka kerana ia melibatkan pengurusan masa dan tindakan. Harapan ibu bapa terhadap anak pastinya inginkan anda berjaya menguruskan masa dan hidup seharian. Oleh itu, rancang dan uruslah kehidupan dengan betul.\n\nSekiranya anak seorang yang cacat atau kurang upaya, pastinya ibu bapa mengharapkan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik, mendapat penjagaan, berjaya dan disayangi. Harapan ibu bapa terhadap anak ini juga perlu diambil peduli oleh masyarakat umum di negara kita.\n\n8. Kesenangan Hidup Dan Kemewahan Harta\n\nAdakalanya ibu bapa juga berharap agar anak mendapat kesenangan hidup dan kemewahan harta bagi senang di kemudian hari. Pastinya mereka mahukan anak mempunyai kereta mewah, rumah yang besar dan lain-lain lagi. Nak tak nak, anak-anak haruslah berusaha untuk mencapai impian dan kejayaan yang menjadi harapan ibu bapa terhadap anak.\n\nKejayaan seseorang juga dapat dilihat apabila seseorang itu berjaya memanfaatkan orang lain dan memberi nilai kepada orang lain. Ibu bapa pasti berbangga sekiranya anaknya berjaya dan dapat membantu orang lain yang perlukan. Harapan ibu bapa terhadap anak ini tampaknya setinggi gunung, tetapi tidak mustahil untuk anak realisasikan impian dan harapan tersebut.\n\nHarus diingatkan, kadang-kadang ibu bapa tak berharap pun duit kita, tetapi mereka inginkan masa kita untuk bersama-sama dengan mereka. Sebagai harapan ibu bapa terhadap anak, luangkanlah masa bersama mereka apabila anda cuti atau ketika waktu makan dan sebagainya. \n\nSekiranya anak sudah berkahwin, ziarahlah mereka dan bawalah anak dan isteri berkunjung berjumpa dengan ibu bapa. Besar pahalanya menyenangkan hati ibu bapa dan menunaikan harapan ibu bapa terhadap anak. Mudah-mudahan ganjaran Allah SWT milik anda sebagai anak yang taat terhadap ibu bapa.\n\nKejayaan seorang anak datangnya dari doa seorang ibu. Harapan ibu bapa terhadap anak harus dipegang rapi dan direalisasikan oleh anak sendiri. Oleh itu, bermula dari sekarang, anak haruslah memainkan peranan penting dan bertanggungjawab bagi memastikan kejayaan milik mereka. Mudah-mudahan itulah hadiah terbaik untuk ibu bapa.\n\nJom baca juga Peranan ibu bapa memupuk amalan menabung, Peranan ibu bapa membantu kecemerlangan anak-anak, Cara berbuat baik kepada ibu bapa dan Adab terhadap ibu bapa. Semoga bermanfaat!"
"Bayangkan orang-orang yang kita sayangi seperti ayah, ibu, atuk dan nenek atau sesiapa saja, tiba-tiba tak kenal kita. Tak kenal siapa diri mereka. Mereka seolah-olah seperti kanak-kanak kecil yang berada dalam dunia sendiri.\n\nTindak-tanduk seperti kanak-kanak berusia 4 atau 5 tahun. Mereka bukan lagi insan yang kita pernah kenal dulu. Ada yang lebih teruk tak mampu menguruskan diri sendiri, tak tahu pakai baju, lupa makan, lupa wajah anak-anak dan lupa semuanya.\n\nMereka seolah-olah menganggap kita seperti orang asing. Sesuatu yang amat menyedihkan bukan? Apakah yang terjadi kepada mereka sebenarnya? Mengapakah insan-insan yang mengajar kita dari kecil, kini kembali kepada alam kanak-kanak?\n\nIni disebabkan oleh penyakit nyanyuk atau dikenali sebagai dementia. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), nyanyuk ialah sindrom kemerosotan fungsi otak disebabkan oleh kerosakan otak secara berperingkat.\n\nOrang yang menghidapi penyakit nyanyuk mempunyai masalah dalam keupayaan kemahiran berfikir dan menganalisa. Ini menyebabkan aktiviti kehidupan seharian mereka terganggu.\n\nKita sering merujuk istilah nyanyuk kepada orang-orang tua yang mempunyai masalah ingatan yang serius. Namun, ada juga yang beranggapan nyanyuk dan alzheimer ialah penyakit yang sama.\n\nSebenarnya, alzheimer sering disalah tafsir sebagai nyanyuk. Alzheimer ialah sejenis penyakit yang paling banyak menjadi penyebab kepada masalah nyanyuk. Jadi, yang paling tepat dikatakan bahawa seseorang itu boleh menjadi nyanyuk disebabkan oleh alzheimer.\n\nAzheimer ialah penyakit penuaan pada sel-sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan. Itulah sebabnya penyakit ni menyumbang hampir 60 hingga 70 peratus kepada masalah nyanyuk.\n\nManakala, nyanyuk juga boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lain seperti parkinson, vascular dementia, lewy body dementia dan sifilis.\n\nUntuk mencegah masalah ni berlaku pada kita ketika usia lanjut, kita perlulah mencari puncanya terlebih dulu. Kemudian, barulah langkah pencegahan boleh diambil lebih awal lagi.\n\n#1 Kadar gula yang tinggi dalam darah\n\nApabila paras gula dalam darah terlalu tinggi, memori manusia boleh terganggu. Jika mempunyai keluarga yang ada sejarah penyakit diabetes, kawallah pengambilan gula dalam pemakanan harian.\n\nApabila tidur berdengkur, saluran nafas akan terganggu dan menyekat aliran oksigen untuk sampai ke sel-sel otak. Perlu dingatkan bahawa, berdengkur bukan saja mengganggu kualiti tidur tetapi juga akan memberi kesan jangka panjang. Salah satu sebab masalah dengkur ialah berat badan berlebihan.\n\nKita memerlukan rehat yang secukupnya untuk kesihatan otak dan tubuh badan. Otak yang sihat dapat merakam dan menyimpan memori yang baru. Oleh itu, cara terbaik untuk berehat ialah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi.\n\nOrang yang mempunyai banyak masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung, masalah buah pinggang dan sebagainya terpaksa mengambil ubat yang banyak. Kesannya akan meningkatkan risiko nyanyuk.\n\nOrang yang mengalami stres dan kemurungan berpotensi mengalami gangguan pada sel-sel otak. Jika tak mampu dikawal, ia akan merosakkan daya ingatan.\n\nSeseorang individu yang berumur melebihi 65 tahun, sukar untuk menyerap vitamin B12 daripada makanan. Kekurangan vitamin ni pada kadar yang serius boleh menyebabkan penyakit alzheimer dan kesannya membawa kepada masalah nyanyuk.\n\nApabila hormon tiroid yang mengawal metabolisme badan dirembes secara berlebihan atau terlalu kurang, ia akan mengganggu sel-sel otak. Kesannya nanti ialah kemasukan maklumat ke dalam otak akan menjadi perlahan.\n\nUntuk mengenal pasti masalah nyanyuk, terdapat beberapa simptom yang boleh diperhatikan, iaitu:\n\nBukannya senang untuk menguruskan orang-orang yang nyanyuk kerana kita perlu berhadapan dengan orang yang lebih tua. Banyak perkara yang perlu diambil tahu untuk menjaga mereka.\n\nBerikut ialah beberapa cara yang disarankan untuk berkomunikasi dengan orang-orang tua yang mempunyai masalah nyanyuk. Antaranya ialah:\n\nWalaupun penyakit nyanyuk ni tiada rawatan yang khusus, kita boleh mencegahnya dari awal lagi. Risiko penyakit nyanyuk boleh dikurangkan dengan:\n\nDiharapkan perkongsian penulis tentang penyakit nyanyuk dari aspek punca, simptom dan rawatan dapat membantu menambahkan maklumat pembaca. Sebenarnya, menjaga ibu bapa yang mempunyai masalah ni bukannya mudah. Namun, jika tidak kita yang menjaga, siapa lagi.\n\nBerikan perhatian, kasih sayang, sering berinteraksi dan memantau aktiviti harian mereka. Walaupun masalah ni tak dapat dipulihkan, namun sedikit sebanyak hubungan yang harmoni akan terjalin.\n\nJangan sesekali membiarkan mereka menguruskan kehidupan seharian tanpa perhatian kita. Ia bukan saja berbahaya kepada diri pesakit tetapi juga orang di sekeliling. Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi kita sejak kecil lagi.\n\nJemput juga baca artikel punca biji kolestrol dan punca cagu"
"Wanita hamil perlu menjaga kesihatan mereka dengan baik kerana di dalam perut mereka mempunyai satu nyawa dan ia amat berharga. Wanita hamil bukan sahaja tidak boleh melakukan kerja-kerja berat malah mereka juga tidak boleh makan-makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera yang mengandungi gula dan garam yang tinggi. Ia boleh memberi kesan kepada kesihatan kandungan.\n\nKini, ramai wanita hamil yang mempunyai masalah kencing manis ketika hamil. Tahap kencing manis mereka agak tinggi bagi seorang wanita hamil. Wanita hamil tidak sepatutnya mempunyai kencing manis. Bagaimana mahu menurunkan kencing manis?\n\nLangkah pertama adalah dengan mengawal cara pemakanan seorang wanita hamil.\n\nMari kami kongsikan info sebenar 4 tips kawal pemakanan bagi wanita mempunyai kencing manis ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n4 Tips kawal pemakanan ketika hamil\n\n1) Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah.\n\nMisalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.\n\n2) Ganti beras/mi/mihun/pasta/roti biasa dengan bahan-bahan karbohidrat berserat tinggi (complex carbohydrates).\n\nBeras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti \u201cgrain bread\u201d atau \u201cwholemeal\u201d. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.\n\n3) Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap.\n\nWaktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.\n\n4) Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh doktor anda.\n\n*Berikut adalah tips untuk wanita hamil yang menghadapi penyakit kencing manis. Ikuti tips yang diberikan oleh doktor untuk menurun tahap kencing manis. Suami juga perlu mengambil tahu dan bantu isteri untuk memastikan tahap kencing manis isteri tidak tinggi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Nak tahu khasiat buah durian belanda?\n\nDurian belanda atau nama saintifiknya Annona muricata berasal dari sekitar Peru, Mexico dan Argentina. Selain Asia Tenggara, durian belanda juga ditanam di Afrika dan Florida. Buah durian belanda mempunyai kulit yang berduri lembut, isi buahnya yang berwarna putih dan rasanya masam-masam manis yang sangat enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.\n\nKebanyakan pokok durian belanda ditanam di halaman rumah sebagai pokok hiasan. Secara komersil pula, pokok durian belanda ditanam di kawasan dengan saliran yang baik. Pokoknya boleh mencecah setinggi 8 sehingga 10 meter. Sebiji buah durian belanda boleh mencapai berat 3kg.\n\nDi Malaysia, boleh dikatakan harganya agak mahal di samping agak sukar ditemui. Durian belanda\u00a0 ini termasuk dalam 16 jenis buah-buahan tempatan yang diberi keutamaan oleh negara ekoran potensi yang boleh dimanfaatkan kepada pengguna.\n\nKebaikan Durian Belanda yang Harus Anda Tahu\n\nBuah yang kaya dengan vitamin C, vitamin B, dan beberapa lagi nutrien penyumbang antioksidan. Sedikit buah durian belanda dalam diet anda dapat memberi kesan kepada kesihatan. Vitamin C merangsang pembentukan sel darah, manakala antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menghalang penyakit kronik.\n\n#2 Sistem pencernaan dan penghadaman yang lebih baik\n\nDaunnya juga boleh dijadikan minuman teh yang bagus untuk kesihatan serta mampu \u00a0\u2018membersihkan\u2019 perut dan memastikan sistem gastro-usus berfungsi dengan baik.\n\nSelain itu, isi durian belanda kaya serat (3.3%) dan tinggi kandungan air (80%) . Nutrien ini sangat membantu bagi penjagaan sistem penghadaman yang baik.\n\nTeh daun durian belanda juga telah lama dijadikan bahan untuk mengurangkan stres dan kebimbangan. Ini sekaligus membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia.\n\n#4 Penawar gout dan penyakit sendi\n\nAnti keradangan yang didapati daripada durian belanda boleh melegakan kesakitan sendi akibat gout dan artritis.\n\nSebagaimana yang dilaporkan dalam kajian lepas, durian belanda kaya dengan bahan antiradang seperti alkaloid, flavonoid, terpenoid, courmarin, lakton, anthraquinon, tannin, cardiac gylycoside, fenol, fitosterol dan saponon.\n\nBahan-bahan ini boleh dijumpai dalam durian belanda ibarat satu pakej yang menguntungkan kita!\n\nJika anda mengalami masalah berpunca daripada pernafasan seperti batuk, selesema dan yang berkaitan, pengambilan buah durian belanda boleh membantu menyembuhkan penyakit tersebut.\n\n#6 Penjagaan awet muda dan anti penuaan\n\nBiji durian belanda boleh dijadikan serbuk yang kemudian diformulasikan menjadi astringen kulit. Ia membantu mengurangkan garis dan kedutan pada wajah, lantas membaiki tanda-tanda penuaan seperti bintik pada wajah.\n\nDengan kandungan antioksidan yang tinggi, radikal bebas dapat dimusnahkan untuk memberikan keadaan sistem fisiologi tubuh yang lebih baik.\n\nDurian belanda membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.. Kajian lepas menunjukkan durian belanda membantu mengelakkan penyakit kanser dan dikaji sebagai alternatif kepada rawatan kanser.\n\nSekumpulan penyelidik dari negara-negara Afrika pada tahun 2014 juga mendapati sebatian bioaktif dalam durian belanda mampu merencat pertumbuhan sel kanser tanpa mengganggu perkembangan sel normal yang sihat.\n\nAntara kajian lepas yang melaporkan kesan antikanser durian belanda ialah melawan pertumbuhan kanser seperti paru-paru, payu dara, prostat, kolon, hati, limfoma dan pankreas.\n\nPun begitu, buah durian belanda ini dilarang untuk diambil secara kerap atau berlebihan mahupun kesan kepada golongan yang tidak sesuai. Ini kerana ianya akan meninggalkan beberapa kesan sampingan, seperti penyakit parkinson dan lain-lain, antaranya;\n\nWanita yang sedang hamil tidak digalakkan untuk memakan buah ini, kerana kandungan tenaga yang tinggi dalam sel-sel janin yang sedang berkembang akan mencetuskan racun\u00a0 dan akan menjejaskan kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.\n\n#2 Mengganggu kesihatan bayi yang menyusu\n\nMemakan buah ini ketika menyusukan bayi adalah tidak sesuai, ataupun \u00a0tidak selamat kepada bayi tersebut.\n\nDalam kajian, pengambilan buah ini menunjukkan kemerosotan berat badan yang drastik jika diambil secara berlebihan. Jika anda mempunyai penyakit tertentu, adalah lebih baik jika mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.\n\nBiji dan kulit pokok buah durian belanda ini dianggap toksik beracun seperti anonaine, asid hydrosianik, dan muricine yang boleh mengakibatkan keradangan mata.\n\nJadi, walaupun durian belanda mempunyai nutrien yang bagus untuk kesihatan, namun jika anda mempunyai masalah kesihatan yang serius, anda dicadangkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memasukkan durian belanda ke dalam diet anda.\n\nBahkan makanlah buah ini sekadarnya kerana dibimbangi memberi kesan negatif kepada kesihatan pula.\n\nSelain khasiat durian belanda, kami juga menulis khasiat sumber yang lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Orang kata, kecantikan sebenar seseorang wanita adalah ketika baru bangun daripada tidur. Sejurus saja bangkit daripada tidur, terus belek muka di depan cermin. Wajah polos tanpa sebarang solekan itu ialah makna kecantikan semula jadi. Nak tahu tips kecantikan sebelum tidur yang boleh anda buat?\n\nKecantikan wajah tidak dinilai dengan warna kulit yang putih melepak dan ditambah dengan solekan yang tebal. Kecantikan yang sebenar ialah kulit yang bersih tanpa sebarang masalah.\n\nJika anda mempunyai kulit wajah yang sihat, bersih tanpa cela dan halus, anda tak memerlukan sebarang solekan yang tebal lagi. Oleh itu, sebagai wanita yang sentiasa menjaga penampilan di rumah dan juga di luar, pastikan anda rajin menjaga kulit wajah.\n\nOleh itu, dalam artikel ini, penulis akan kongsikan beberapa tips kecantikan yang boleh dicuba sebelum tidur. Mana tahu, bangun paginya nanti anda dapat melihat keberkesanan tips yang dikongsikan ini.\n\nApa Yang Anda Perlu Buat Sebelum Tidur?\n\nPastikan anda minum air sebelum tidur. Yang paling terbaik tentunya air kosong. Elakkan minuman yang manis seperti air berkarbonat, kopi atau teh. Anda juga boleh minum susu tanpa sebarang gula. Sebaik-baiknya minum segelas air sebelum tidur.\n\nCecair yang mencukupi di dalam badan akan membuatkan kulit mendapat hidrasi. Hasilnya kulit akan sentiasa lembap, kurang masalah jerawat dan bintik-bintik serta kelihatan awet muda.\n\n2. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang\n\nKita seharusnya jangan meninggalkan waktu makan malam. Sering saja kita dimomokkan dengan kenyataan bahawa apabila makan malam, kita akan mudah mengalami kenaikan berat badan.\n\nSebenarnya, bukan waktu makan yang menjadi isu utama tetapi apa yang dimakan. Tidak kiralah sarapan, makan tengah hari atau malam. Jika kita sering makan makanan yang kurang sihat, berat badan tetap juga akan naik.\n\nCara terbaik ialah makan makanan yang lebih ringan pada waktu malam seperti bubur nasi, sup sayur, minum jus buah-buahan tanpa gula, oats dan sebagainya. Selain meringankan proses pencernaan di dalam perut, kesihatan juga terjaga.\n\nHasilnya, kulit juga akan menjadi cantik kerana kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan kaya dengan nutrien untuk kulit. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.\n\nSetelah seharian bekerja atau sibuk di rumah, sudah tentu kita perlu membersihkan wajah dengan sebaik-baiknya. Bagi wanita yang kerap mengenakan solekan tebal dan juga memakai produk wajah, pastikan wajah sudah dibersihkan sebelum tidur.\n\nBerikut merupakan beberapa tips penting yang anda tidak boleh abaikan, iaitu:\n\nJangan lupa cuci muka dengan menggunakan teknik double cleansing. Teknik ini dapat memastikan kulit muka anda akan benar-benar bersih berbanding cuci muka seperti biasa. Anda perlu menggunakan cleansing oil dan diikuti pencuci muka biasa.\n\nJika nak tahu dengan lebih lanjut, anda boleh membacanya di pautan ini.\n\nSeminggu sekali atau 2 kali, pastikan anda skrub wajah anda. Anda boleh menggunakan skrub yang dijual di pasaran atau membuatnya sendiri. Fungsi skrub adalah untuk menghilangkan lebihan kotoran dan menanggalkan sel-sel kulit mati.\n\nSerum wajah direka khas untuk memberikan rawatan khusus untuk wajah. Terdapat pelbagai jenis serum yang mempunyai fungsi berbeza di pasaran. Namun secara umumnya, serum digunakan untuk melembap dan menganjalkan kulit, menghilangkan kedutan dan sebagainya.\n\nTerdapat sejenis mask iaitu overnight mask yang sangat baik untuk mencantikkan kulit. Berbeza dengan mask biasa, mask jenis ini boleh dibiarkan pada wajah dan digunakan dengan rutin lain tanpa perlu dibasuh. Ia sangat efektif untuk melembapkan kulit.\n\nSebenarnya kesemua produk wajah mempunyai fungsi yang berbeza namun tetap direka untuk kesihatan kulit. Begitu juga dengan krim malam, ia telah direka untuk digunakan pada waktu malam dan ketika tidur.\n\nFungsinya hampir sama dengan mask dan serum. Namun, krim siang tidak sesuai digunakan pada waktu malam kerana biasanya mempunyai fungsi penghalang sinaran matahari.\n\nApabila seharian membuat kerja rumah ataupun sibuk bekerja, badan pastinya menjadi lesu dan letih. Apabila badan lemah, kita akan menjadi malas. Lagi-lagi apabila berkaitan soal kecantikan diri.\n\nSiap saja semua kerja di rumah, pertama sekali mesti anda terbayangkan tilam yang empuk. Ini akan membuatkan anda mengabaikan rutin penjagaan wajah dan juga aspek pemakanan.\n\nCara yang terbaik ialah buat urutan wajah dan badan 2 kali seminggu atau sebulan sekali. Selain dapat menghilangkan lesu-lesu, perjalanan darah juga menjadi lancar. Kesannya, kulit muka akan sentiasa sihat dan cantik.\n\nSebelum tidur, anda boleh menggunakan essential oil sama ada jenis semburan, yang perlu dibakar atau disapu. Bau wangian ini akan membangkitkan mood yang positif dan ceria. Anda juga akan mendapat tidur yang berkualiti.\n\nTidur yang berkualiti akan memberi impak yang baik bukan saja dalam kehidupan harian tetapi juga kesihatan tubuh. Selain itu, kulit wajah juga akan kekal sihat.\n\nItu saja perkongsian penulis tentang tips kecantikan sebelum tidur yang anda semua boleh cuba. Kesemua tips itu mudah saja dan yang penting anda perlu rajin mengamalkannya.\n\nSememangnya untuk kekal cantik tidak mudah tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Jika kita konsisten sejak awal lagi, pastinya semua orang akan kagum dengan kulit wajah anda yang sihat dan sentiasa awet muda.\n\nAnda juga boleh baca tentang tips kecantikan orang-orang dulu di sini. Malahan, petua kecantikan menggunakan barang-barang yang ada di dapur saja boleh baca\u00a0 di sini. Jangan lupa kongsikan pengalaman anda mencuba mana-mana tips yang telah dikongsikan ini. Boleh juga menjadi panduan pembaca yang lain."
"Adakah anda mempunyai rakan rakan mahu pun keluarga yang sangat mementingkan kesempurnaan ataupun perfectionist? Sekiranya ya, artikel ini mungkin akan membantu anda.\n\nBerikut merupakan 10 fakta mengenai hidup sang perfectionist\n\nWalaupun seorang perfectionist obsess dengan kesempurnaan, dalam kebanyakkan hal, tabiat perfectionist-nya itulah yang membuatkan hidupnya tidak sempurna. Akibatnya dia terperangkap dalam usaha yang tidak sudah untuk memuaskan diri sendiri dan orang lain. Sehinggakan kenikmatan \u2018hidup yang tidak sempurna\u2019 tidak dapat dikecapi.\n\nPerfectionist biasanya terbeban dengan citarasa dan kehendak sendiri kerana sukar baginya untuk menyerahkan tugas kepada orang lain atau berkongsi usaha dan kepayahan. Ini kerana bagi seorang perfectionist \u2013 kalau aku tidak buat, ia tidak akan sempurna.\n\nPerfectionist memerlukan pujian, pengesahan dan penghargaan dari orang lain sebagai bahan api untuk dia bergerak. Kritikan, teguran dan komen negatif biasanya akan terasa amat pahit dan sangat peribadi.\n\nPerfectionist kebiasaannya akan bertangguh. Bukan kerana tidak mampu, tetapi takut tidak dapat buat dengan sempurna. Kerana baginya, kalau tidak sempurna, lebih baik tidak dimulakan.\n\nPerfectionist sukar untuk berhenti apabila sudah memulai sesuatu yang dia suka. Apatah lagi dia telah dapat buat dengan sempurna.\n\nPerfectionist ada kalanya mengelak untuk mencuba sesuatu yang sukar kerana takut dilihat gagal dan tidak dilihat sempurna. Maka, perfectionist akan terus duduk dalam kelompok keselesaaan dan takut untuk menerjah keluar dan zon ini.\n\nIbubapa yang perfectionist akan membesarkan anak-anak dalam suasana perfectionist dan melahirkan personality anak yang perfectionist. Anak anda pula akan meneruskan legasi anda. It will never end!\n\nPerfectionist terdedah kepada tekanan, kemurungan dan anxiety bilamana aturan kehidupan yang tidak sempurna mengenai hidupnya \u2013 penceraian, kematian, penyakit berbahaya dan sebagainya \u2013 yang diluar kawalannya.\n\n#9 Biarkan Mereka Gagal Untuk Membaiki Keadaan\n\nSelalunya, cara terbaik memperbetulkan keadaan ialah biarkan perfectionist menemui kegagalan. Bila dia tahu sebenarnya \u2013 \u2018it\u2019s ok\u2019 \u2013 untuk gagal. Tiada apa yang tidak normal dengan gagal dan gagal itu jalan yang harus dilalui oleh manusia normal. Barulah dia mengenal dunia diluar kesempurnaan.\n\nTidak ada masalah mengejar kesempurnaan. Tetapi bila kesempurnaan jadi matlamat dan cita-cita, di situlah kita sebenarnya mencipta ketidaksempurnaan.\n\nJika anda mempunyai perfectionist di sekeliling anda, bantulah mereka untuk kehidupan yang lebih baik! Diharapkan artikel ini dapat membantu yang lain."
"Mencari kek untuk birthday? Kek pelangi boleh jadi antara rujukan anda. Tidak ada masa beli kek pelangi? Boleh buat sendiri mengikut citarasa dan feeling sendiri untuk birthday orang kesayangan.\n\nResepi kek pelangi karamel homemade ini bukan biasa-biasa ya. Tampak tampilannya sangat merangsang selera ingin comot untuk makan.\n\nSensasi kek pelangi berkaramel dan penuh krim sangat menyelerakan. Resepi daripada HaNy NisHa di laman Facebook ini sangat menarik. Ia membuat kek pelangi berasaskan puding dan apam. Menarik untuk dicuba buat sendiri dan dihidangkan.\n\nTanpa buang masa, sila tengok resepi di bawah ini. Hidangkan kek pelangi untuk menjamu tetamu. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kek pelangi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kebab Ayam selalunya didapati di Pasar Malam ataupun di bazar Ramadhan. Pasti kita rasa cara pembuatannya amat sukar. Walaubagaimanapun, ada lagi pelbagai cara bagi menyediakan kebab ayam yang ringkas. \n\nKini, anda juga boleh menyediakan kebab ayam di rumah. Bolehlah bertukar angin daripada kebiasaan kita iaitu makan nasi. Kebab Ayam juga boleh memberi kekenyangan yang sama seperti nasi. \n\nResepi Kebab Ayam Ringkas ini dikongsikan oleh Hairul Nizam Ijam dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nHa senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!"
"Tubuh badan yang mempunyai antibodi yang lemah akan mudah mendapat sakit. Contohnya, batuk, selsema, demam panas dan lain-lain lagi. Bukan sahaja orang dewasa yang mempunyai antibodi yang lemah, malah kanak-kanak juga.\n\nKanak-kanak yang kurang nutrisi akan mempunyai antibodi yang lemah. Oleh sebab itu, kita selalu lihat anak-anak kita sering mendapat demam panas. Mungkin faktor cuaca yang menyebabkan anak kita mendapat demam panas tetapi faktor antibodi yang lemah juga menjadi salah satu punca.\n\nBagaimanakah untuk kita mengatasi anak yang kerap demam panas?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk atasi anak yang kerap demam panas. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\n6 Tips atasi anak yang kerap demam panas\n\nTip #1: Sentiasa sukat suhu badan anak\n\nPastikan setiap rumah mesti kena ada termometer untuk check suhu badan anak. Tak kisah jenis apa pun ikut bajet anda, asalkan ia dapat check suhu panas badan anak.\n\nSuhu yang normal adalah 36.7 \u2013 37 celcius. Jika suhu 38 celcius keatas ibu kena cari jalan atau iktiar untuk turunkan suhu panas anak. Amat bahaya jika dibiarkan saja, kesannya anak boleh cacat kekal atau sebagainya.\n\nTip #2: Tuam kain basah di kepala dan seluruh badan\n\nCara ini biasa kita lakukan bila anak demam panas. Ambil kain bersih, basahkan dengan air paip dan perah. Sapukan atau tuam kain basah di kepala dan seluruh badan, jangan lupa di bahagian pelipat seperti ketiak anak mesti kene tuam kain basah juga.\n\nJika masih tak turun suhu badan, cepat-cepat mandikan anak dengan basahkan bahagian kepala dan badan sedikit. Biarkan bahagian kepala terasa sejuk sedikit.\n\nIni penting sangat, elakkan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Biarkan anak dengan pakaian yang nipis untuk elak haba terperangkap dalam baju.\n\nTip #3: Bancuh Air Asam Jawa\n\nMengikut petua mak-mak dulu, mereka akan akan bancuhkan asam jawa dengan pekat. Dan dilumurkan di dahi anak, kepala, badan dan tempat-tempat lain untuk keluarkan haba dalam badan.\n\nKak Ayu pernah amalkan dulu untuk anak pertama dan Alhamdulillah serba sedikit ia memang membantu kurangkan suhu badan anak. Setiap kali sapuan jika kering, sapukan sekali lagi hingga suhu nampak kurang.\n\nTip #4: Jangan Biarkan Perut Anak Kosong\n\nAnak kalau demam memang tak ada selera makan, kadang-kadang tak nak makan langsung. Ibu-ibu boleh buatkan bubur untuk anak, atau beri biskut lembut yang mudah dimakan. Berikan makanan yang lembut untuk elak menyakitkan tekak.\n\nMengikut nasihat doktor boleh berikan aiskrim vanilla untuk mengurang sakit tekak, sebab bila anak demam panas tekak juga jadi panas. Jadi cara ini untuk mengurangkan suhu panas.\n\nTip #5: Kerap Minum Air Masak Atau Susu\n\nKebiasaannya bila anak demam panas air dalam badan akan berkurangan. Ibu-ibu jangan biarkan anak tak minum air langsung, berikan air masak atau susu formula yang biasa anak minum. Kekurangan air dalam badan menyebabkan demam lambat baik.\n\nJangan biarkan anak tak minum air langsung sebab bila badan kering dengan air, anak akan mudah dapat sawan atau sakit lain yang kronik.\n\nDan paling baik adalah berikan susu badan ibu, susu ibu adalah susu yang terbaik sebagai antibodi anak menentang penyakit dalam badan. Kerap menyusukan anak membantu turunkan susu badan. Jika anak dah besar sedikit boleh berikan air kelapa, air bali, atau sup-sup untuk tambah energy dalam badan.\n\nTip #6: Berikan Suplemen Vitamin Kanak-kanak\n\nMasih ramai ibu-ibu yang tidak tahu dan takut-takut nak berikan suplemen vitamin untuk anak-anak. Jangan risau sebab ia tidak mendatang kesan negative untuk jangka masa panjang atau pendek, malah kesannya anak anda akan jarang-jarang sekali demam panas. Dengan syarat bergantung kepada kualiti produk itu sendiri.\n\n*Ikuti tips yang diberikan oleh klinik Dr. Asmah, Insyaallah anak kita akan cepat sembuh daripada demam panas. Demam panas tidak boleh dibuat remeh kerana jika tidak dirawat ia boleh membawa maut. Lebih-lebih lagi bagi anak yang terkena demam panas. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Biasa kita dengar tentang pepatah \u201cMelentur rebung biarlah dari buluh\u201d. Ia bermaksud jika ingin mendidik anak haruslah dilakukan sejak mereka kecil kerana jika sudah besar, anak-anak sudah tidak dapat dididik lagi. \n\nMendidik anak sejak kecil sangat berkait-rapat dengan gaya asuhan ibu bapa di rumah. Tahukah anda bahawa bagaimana cara asuhan ibu bapa akan membentuk siapa anak kita apabila dewasa nanti.\n\nAnak-anak adalah seperti kain putih yang bersih dan suci. Adalah menjadi tanggung jawab kita sbagai ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak supaya menjadi seorang insan yang baik, berbudi pekerti, dan berakhlak mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda, \u201cTidak dilahirkan anak-anak itu melainkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang mencorak anak itu sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi\u201d. \n\nApakah gaya asuhan yang terbaik untuk anak-anak supaya menjadi anak yang berjaya bukan sahaja di dunia, malah juga di akhirat?\n\nMenerapkan ajaran islam sebagai cara hidup\n\nSebagai keluarga yang beragama islam, semestinya gaya asuhan yang terbaik ialah dengan cara menerapkan ajaran islam sebagai gaya hidup. Ajar anak-anak untuk sentiasa mengamalkan 5 rukun islam iaitu:\n\nGaya asuhan yang terbaik untuk anda amalkan ialah dengan cara menjadi seorang ibu bapa yang tegas namun penuh dengan kasih sayang. Elakkan daripada menjadi ibu bapa yang terlalu tegas, garang, dan mengalamalkan hidup ala-ala tentera kerana dikhuatiri akan meninggalkan kesan buruk kepada jiwa anak-anak.\n\nKajian mendapati bahawa anak-anak dengan ibu bapa yang terlalu tegas dan selalu dihukum sejak zaman awal kanak-kanak akan menyimpan dendam lalu mula memberontak apabila mereka mula membesar. Sudah tentu anda bertegas dengan anak-anak dengan niat baik iaitu ingin mendisiplinkan anak, namun ketegasan yang melampau boleh merosakkan jiwa anak kecil yang masih rapuh dan dahagakan kasih sayang serta belaian dari ibu bapa.\n\nTidak salah jika anda ingin menghukum anak yang melakukan kesalahan yang besar. Namun hadkan hukuman kepada kesalahan yang besar sahaja dan jangan menghukum dengan hukuman yang keterlaluan. Selepas habis hukuman, pujuk semula anak, minta maaf dan terangkan bahawa hukuman yang diterima olehnya adalah untuk mendidik supaya menjadi seorang manusia yang lebih baik. Bukannya anda menghukum kerana benci. Jangan lupa juga untuk memeluk dan mencium anak anda dengan penuh kasih sayang.\n\nApakah jenis hukuman yang sesuai untuk anak anda? Di antara hukuman yang sesuai untuk dilakukan ialah seperti:\n\nApakah jenis hukuman yang perlu anda elakkan agar anak tidak berdendam dan memberontak? Berikut adalah jenis hukuman yang perlu anda elakkan:\n\nItulah dia info tentang gaya asuhan ibu bapa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang adab terhadap ibu bapa, cara membalas jasa ibu bapa, dan hubungan anak dan ibu bapa."
"Mencari pulau di Malaysia untuk anda singgah bercuti? Pulau-pulau di Malaysia bukan sahaja banyak jumlahnya, tetapi cukup cantik.\n\nSetiap negeri di Malaysia mempunyai pulau-pulau yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Hal ini jelas menunjukkan punca mengapa ramai pelancong kerap memilih pulau sebagai destinasi percutian mereka.\n\nTidak tahu pulau mana yang mahu dituju semasa bercuti? Jangan risau, berikut kami senaraikan 25 pulau di Malaysia yang menarik untuk anda. Teruskan membaca!\n\nTerletak di Rompin, Pahang, Pulau Tioman ini merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Namanya juga cukup tersohor sebagai tarikan pelancongan di Pahang.\n\nAktiviti snorkeling merupakan aktiviti yang wajib anda lakukan jika ke sini. Hidupan laut yang pelbagai juga dapat anda terokai sambil snorkeling, satu pengalaman yang pasti menyeronokkan!\n\nUntuk ke sini, anda perlu membayar tiket masuk berharga RM 5 sahaja. Ianya berbaloi dengan kecantikan pulau yang sangat terpelihara ini.\n\nSebut sahaja pulau di Perak, semestinya nama Pulau Pangkor akan terlintas di fikiran ramai. Tidak dinafikan, Pulau Pangkor ini memang sangat terkenal bukan sahaja di Perak, malah di Malaysia.\n\nAirnya yang jernih dan membiru, pasir halus yang bersih dan suasana yang cukup menenangkan minda merupakan antara faktor Pulau Pangkor ini sentiasa diserbu pelancong.\n\nAntara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah snorkeling, berenang,\u00a0berkayak, dan memancing. Pangkor Laut Resort yang merupakan resort mewah bertaraf dunia juga terletak di sini.\n\nTerletak di Perak, Pulau Sembilan ini juga merupakan antara pulau di Perak yang tercantik. Agak-agak apa yang membuatkan ia begitu istimewa?\n\nPulau yang turut dikenali dengan nama Blue Tears ini akan mengeluarkan cahaya berwarna biru\u00a0pada waktu malam, memang unik. Peristiwa ini jarang-jarang dijumpai di pulau-pulau lain.\n\nIanya terjadi disebabkan oleh kewujudkan organisma laut yang dikenali dengan nama Phytoplankton. Untuk merasai pengalamannya, jangan lupa singgah di sini jika berkesempatan.\n\nKami yakin pasti ramai pembaca di sini tahu tentang mercu tanda burung helang atau Dataran Lang di Kedah bukan? Ianya adalah mercu tanda di pulau yang cukup tersohor ini \u2013 Pulau Langkawi.\n\nTerdapat lebih 99 pulau yang boleh dijumpai di pulau ini. Hidupan laut yang pelbagai spesis juga boleh ditemukan, tambahan pula jika anda melakukan aktviti snorkeling atau menyelam skuba.\n\nResort dan hotel di sini juga tidak terkecuali. Ianya cantik, mewah dan servisnya juga cemerlang. Pendek kata, perjalanan pelancongan anda di sini dijamin menarik disebabkan oleh tarikan-tarikan ini! \n\nPulau Payar \u2013 nama pulau yang sudah tidak asing lagi buat peminat snorkeling. Ianya merupakan tapak snorkeling dan menyelam yang terkenal dengan terumbu karang yang eksotik.\n\nDisebabkan oleh kepelbagaian spesis hidupan laut di sini, Pulau Payar juga adalah kawasan semulajadi yang dilindungi. Disebabkan itu, kawasan penginapan tidak disediakan di sini.\n\nDari Jeti Kuah di Langkawi, perjalanan ke pulau ini mengambil masa sekitar 1 jam. Seterusnya, anda perlu teruskan perjalanan ke Taman Laut yang merupakan penempatan utama untuk Pulau Payar.\n\nBerada sekitar Yan, Kedah? Pulau yang wajib anda singgah jika berada di sini ialah Pulau Bunting. Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah fakta unik tentang nama pulau ini.\n\nIanya digelar Pulau Bunting disebabkan oleh bentuknya yang menyerupai bentuk wanita hamil jika dilihat dari Pekan Yan. Pulau ini juga mempunyai jambatan yang tersendiri, namun ia ditutup pada November 2018.\n\nAntara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini termasuklah bermandi-manda dan bersiar-siar di pulau ini dengan menaiki teksi air yang boleh disewa.\n\nAlamat: Pulau Jerejak, Bayan Lepas, Pulau Pinang\n\nPernah melihat gambar tangga langit di sebuah pulau yang tular di media sosial? Lokasi tangga langit itu terletak di pulau ini \u2013 Pulau Jerejak.\n\nBukan itu sahaja, buaian ala-ala di Bali, Jeti Pelangi dan Taman Bunga LED juga merupakan antara tarikan di pulau ini. Pemandangan matahari terbenam di pantainya juga turut menarik perhatian ramai.\n\nBertempat di Pulau Pinang, tempoh perjalanan ke pulau ini ialah sekitar 10 minit sahaja jika anda menaiki feri dari pulau. Jangan lupa untuk bergambar sepuas-puasnya!\n\nAlamat: 10350 George Town, Pulau Pinang\n\nPulau Tikus ini dinamakan bersempena dengan bentuk batunya yang kelihatan seperti tikus. Pulau kecil yang terletak di George Town ini terletak antara pusat bandar dan Tanjung Tokong.\n\nPulau ini bukan sahaja terkenal disebabkan oleh kecantikannya, malah tarikan utama di sini iaitu street food Penang juga turut diakui ramai penduduknya.\n\nHidangan seperti Chee Cheong Fun, Pasembor dan rojak merupakan antara street food yang diburu ramai pelancongnya. Alang-alang bersiar-siar di pulau ini, jangan lupa untuk cuba!\n\nSatu lagi pulau di Malaysia yang merupakan antara pulau tercantik di Terengganu ialah Pulau Kapas. Pulau ini terletak di daerah Marang.\n\nPulau ini digelar Pulau Kapas disebabkan oleh warna pasirnya yang putih yang kelihatan seperti kapas. Hal ini jelas membuktikan yang pulau ini bersih dan terjaga.\n\nAktiviti yang popular di sini termasuklah snorkeling, menyelam dan bermandi-manda. Kebanyakannya diuruskan oleh agensi pelancongan, jadi pilih sahaja mana-mana agensi untuk merancang aktiviti anda di sini.\n\nTadi di daerah Marang, kali ini pula di daerah Kuala Terengganu. Tidak dinafikan, pulau-pulau di Terengganu bukan sahaja banyak, malah cantik-cantik belaka.\n\nPulau Redang ini terkenal dengan air lautnya yang jernih serta persekitarannya yang bersih. Selain Pulau Kapas dan Pulau Perhentian, pulau ini juga merupakan antara tempat menyelam yang popular di sini.\n\nPulau Redang merupakan pulau yang dilindungi yang terletak di Taman Laut Terengganu. Taman laut ini bertujuan untuk melestarikan ekosistem dan biokepelbagaian spesis flora dan fauna di Pulau Redang.\n\nAlamat: Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu\n\nSatu lagi pulau di negeri Terengganu yang terkenal ialah Pulau Perhentian. Pulau yang terletak di daerah Besut ini juga terkenal dengan aktiviti menyelam skuba dan snorkeling.\n\n\u201cAirnya sangat bersih\u201d \u2013 ini merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh rata-rata pengunjungnya Pulau Perhentian sememangnya pulau yang terjaga dan sangat dipuji dari segi kebersihan dan keindahannya.\n\nAnda juga boleh bersiar-siar sambil menghayati keindahan pulau ini dengan menaiki teksi air atau bot. Tambangnya juga dikatakan sangat berpatutan.\n\nAlamat: Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Terengganu\n\nTerletak di daerah Kuala Nerus, Pulau Lang Tengah ini merupakan antara hidden gem di Terengganu. Untuk ke sini, anda perlu menaiki feri.\n\nPulau yang terjaga ini terkenal dengan aktiviti snorkeling. Anda boleh melihat terumbu karang yang berwarna-warni serta hidupan laut yang berbagai spesisnya.\n\nSama seperti kebanyakan pulau di Terengganu, Pulau Lang Tengah ini turut dipuji disebabkan oleh keindahannya. Air yang jernih membiru serta pasir yang bersih merupakan antara tarikan di sini.\n\nPulau yang terletak di Mersing, Johor ini mungkin kecil, namun keistimewaannya sudah tidak dapat disangkal lagi. Pulau ini juga tidak mempunyai kenderaan, jadi anda perlu berjalan kaki jika ke sini.\n\nIstilah \u201cRawa\u201d yang digunakan untuk untuk pulau ini bermaksud merpati putih yang jumlahnya banyak di pulau ini. Jarang-jarang nak jumpa burung merpati putih yang banyak di pantai, patutlah pulau ini begitu istimewa!\n\nDisebabkan oleh kejernihan airnya, anda boleh melihat hidupan-hidupan laut dengan jelas. Untuk melihat dengan lebih dekat, anda juga boleh melakukan aktiviti snorkeling di sini.\n\nSatu lagi pulau di daerah Mersing yang wajib anda singgah semasa bercuti ialah Pulau Sibu. Pulau ini juga merupakan antara hidden gem di Johor kerana ianya terpencil.\n\nUntuk ke sini, anda perlu menaiki bot dari Mersing atau Johor Bahru. Perjalanan selalunya memakan masa 1-2 jam sahaja.\n\nAntara aktiviti yang kerap dilakukan oleh pengunjung di Pulau Sibu ialah memancing dan bersiar-siar. Kebersihan pulau ini juga turut dipuji ramai.\n\nPulau seterusnya yang bertempat di Mersing ialah Pulau Aur. Pulau ini bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong, malah ianya juga sering disinggah oleh nelayan.\n\nTerletak 76 kilometer dari pekan Mersing, pulau ini dikatakan agak kurang jumlah pelancongnya disebabkan oleh jaraknya yang jauh dari pekan. Namun begitu, perjalanan ke sini sememangnya berbaloi.\n\nPengunjung-pengunjung memuji kedamaian yang dikecapi sebaik meluangkan masa di sini. Airnya sangat jernih dan persekitarannya juga bersih, memang terjaga!\n\nMersing sememangnya terkenal dengan pulau-pulau yang terjaga, cantik dan terpencil. Salah satu pulaunya yang terkenal ialah Pulau Pemanggil.\n\nPulau Pemanggil ini merupakan pulau yang terkenal sebagai tempat memancing. Ianya juga sebagahagian daripada Taman Laut Johor, jadi pulau ini memang terpelihara.\n\nSelain daripada memancing, anda juga boleh melakukan aktiviti lain yang sangat menarik. Antaranya ialah aktiviti snorkeling dan mendaki bukit di Batu Buau.\n\nBila sebut sahaja pulau di Melaka, semestinya nama Pulau Besar akan terlintas di minda ramai. Pulau ini adalah antara tarikan pelancongan utama di Melaka.\n\nTerletak 13 km dari tanah besar Melaka, anda perlu menaiki bot atau feri sahaja untuk ke pulau ini. Perjalanan selalunya memakan masa kira-kira 10 \u2013 20 minit, bergantung kepada pengangkutan. \n\nSetibanya di sini, kami yakin anda pasti akan terpukau dengan keindahan pantainya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah snorkeling, bermandi-manda dan menaiki sampan.\n\nAntara pulau di Malaysia yang merupakan pulau buatan ialah Pulau Melaka. Pulau ini juga tempat terletaknya Masjid Selat yang cukup tersohor namanya di Melaka.\n\nPemandangan pulau yang cantik terutamanya semasa matahari terbenam ini merupakan antara tarikan istimewa Pulau Melaka. Tempat penginapan juga ada banyak di sekitar sini. \n\nAlamat: Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, Sabah\n\nPulau Gaya ini merupakan pulau terbesar di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Ianya memperoleh namanya dari perkataan Bajau iaitu \u201cGayo\u201d yang bermaksud besar.\n\n Airnya yang jernih membiru serta pasir putih berukuran 400 meter yang bersih merupakan antara tarikan istimewa di pulau ini. Selain itu, tempat penginapan juga turut disediakan.\n\nTerdapat banyak terumbu karang di sepanjang pantai Pulau Gaya yang masih dalam keadaan baik dan cantik. Jadi, ini menjadikan Pulau Gaya sebagai tempat menyelam yang sesuai untuk pengunjung.\n\nAlamat: Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, Sabah\n\nJuga terletak di Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di taman laut tersebut. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot.\n\nAktiviti menyelam adalah aktiviti yang popular di pulau ini. Anda dapat melihat hidupan laut yang bervariasi spesisnya. Terumbu karang di sini juga berwarna-warni, sangat menarik!\n\nSelain menyelam, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti snorkeling dan berkelah. Tempat penginapan yang berhadapan dengan pantai juga turut disediakan.\n\nPulau ini kecil sahaja, namun impaknya terhadap industri pelancongan di Sabah cukup besar. Pulau Mabul ini merupakan antara tempat yang sangat popular dengan aktiviti menyelam.\n\nSejak tahun 1970-an, pulau ini telah menadi perkampungan nelayan. Ianya juga sebuah pulau yang sangat terpelihara, jadi persekitarannya juga bersih. Kejernihan airnya membuktikan yang ia memang terjaga.\n\nIkan yang berbagai spesis dan terumbu karang yang berwarna-warni merupakan antara hidupan laut yang anda akan jumpa semasa menyelam di sini. Jadi, jangan lupa untuk singgah!\n\nAlamat: Tun Sakaran Marine Park, Semporna, Sabah\n\nBerada sekitar Semporna? Jika anda bercuti ke sana, alang-alang singgahlah bermandi-manda di Pulau Sibuan yang terletak kira-kira 30 minit dari Semporna.\n\nAntara aktiviti yang popular di pulau ini termasuklah snorkeling, selam skuba, berkelah dan melawat perkampungan sekitar sini. Penduduk tempatan juga dikatakan ramah, pasti menyeronokkan!\n\nAlamat: Tun Sakaran Marine Park, Semporna, Sabah\n\nSatu lagi pulau yang juga merupakan sebahagian daripada Taman Laut Tun Sakaran di Semporna ialah Pulau Bohidulong atau Boheydulang. Ianya juga merupakan pulau kedua terbesar di taman laut ini.\n\nAktiviti utama yang dilakukan oleh kebanyakan pengunjung di sini ialah mendaki laluan di pulau ini. Di puncak, anda dapat melihat pemandangan pulau yang sangat indah, memang berbaloi dengan kepenatan mendaki!\n\nBagi pencinta haiwan, selain hidupan laut, anda juga boleh meninjau sekeliling pulau kerana kadangkala, ada banyak spesis burung yang akan singgah di pulau ini. \n\nAlamat: Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, Sabah\n\nPulau ini memang kecil, namun tarikan di sini membuatkan kebanyakan pengunjung selesa semasa berada di sini. Pulau Mamutik juga merupakan sebahagian daripada Taman Laut Tunku Abdul Rahman.\n\nWalaupun kadangkala ombak di sini sedikit deras, anda masih boleh bermandi-manda di pantainya. Anda hanya perlu berhati-hati kerana ada bahagian pantai di sini yang sedikit dalam.\n\nAlamat: Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah\n\nPernah terdengar tentang pulau yang mempunyai pejabat pos bawah air? Pulau tersebut ialah Pulau Mataking yang terletak di Semporna, Sabah.\n\nSelain itu, pulau ini merupakan pulau persendirian milik Reef Dive Resort yang mempunyai chalet mewah untuk tempat penginapan. Alang-alang singgah di pulau ini, menginap sahaja di resort tersebut.\n\nAktiviti menyelam merupakan antara aktiviti popular yang dilakukan di pulau yang terpencil ini. Untuk itu, pengajar menyelam akan membawa anda menyelam sekeliling pulau ini, dijamin menyeronokkan!\n\nAnda pasti teruja setelah membaca senarai pulau di Malaysia, bukan? Semuanya cantik-cantik dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Alang-alang bercuti, singgah sahaja di pulau-pulau ini.\n\nSelain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial."
"Kenapa lelaki juga berjerawat? Jom ketahui apakah punca jerawat lelaki menurut penyelidikan sains yang telah dijalankan.\n\nJerawat atau acne terbentuk hasil daripada folikel rambut dan kelenjar sebum yang tersumbat atau yang mengalami keradangan. Jerawat mungkin bersifat radang yang merengsakan ataupun bukan radang yang menyakitkan, bergantung kepada koloni pembiakan bakteria di kawasan pori yang tersumbat (P. acnes).\n\nDengan aktiviti hormon yang meningkat terutamanya di kawasan kulit, ditambah dengan penghasilan sebum dan folikel yang tersumbat, hal ini akan menyebabkan berlakunya fenomena comedone tertutup dan comedone tertutup, masing-masing lebih dikenali sebagai whitehead dan blackhead.\u00a0\n\nHormon androgen, banyak dijumpai dalam lelaki yang turut dikesan dalam kuantiti sedikit dalam wanita, merupakan hormon yang mengawal pertumbuhan jerawat, khususnya ketika musim akil baligh bagi kedua-dua lelaki dan perempuan.\n\nBagi perempuan yang menghidap sindrom polisistik ovari (PCOS), penghasilan hormon androgen akan meningkat daripada cyst ovari yang turut menyebabkan masalah jerawat.\n\nSementara itu, hormon yang sering dikaitkan dengan sifat kelelakian, testosterone, turut menjadi punca jerawat lelaki.\n\nHormon ini juga dijumpai pada kulit muka yang dicernakan oleh enzim kulit, menyebabkan liang pori tersumbat dan masalah jerawat.\n\nMenurut hasil tinjauan penyelidikan oleh para saintis UKM pada tahun 2012, golongan remaja merupakan golongan yang paling ramai menghadapi masalah jerawat iaitu merangkumi 67.5%.\n\nDi samping itu, keadaan ini sangat biasa dijumpai dalam kalangan lelaki (71.1%) berbanding perempuan.\n\nSementara itu, hasil kajian sekumpulan penyelidik di Seoul, Korea Selatan pada tahun 2013 melihat perbezaan kualiti kulit yang ketara antara lelaki dengan perempuan. Dari segi anatomi, liang pori lelaki adalah lebih besar berbanding kulit perempuan yang lebih licin dan halus yang disebabkan oleh hormon kewanitaan.\n\nRemaja pada zaman sekarang lebih-lebih lagi lelaki, banyak didedahkan dengan pelbagai tekanan hidup seperti peperiksaan, pengaruh rakan sebaya, berjinak dengan alam percintaan dan aktiviti sukan yang melibatkan persaingan sengit.\n\nApabila seseorang itu menghadapi tekanan, semakin banyak hormon kortisol terhasil sebagai respon kepada keadaan tertekan tersebut. Seterusnya, kortisol akan memberikan isyarat enzim untuk menyekat liang pori yang sedia maklum menjadi punca jerawat.\n\nSatu fakta yang sudah terang lagi bersuluh bahawa lelaki lebih kuat makan berbanding perempuan. Hal ini disebabkan lelaki menggunakan lebih banyak tenaga untuk aktiviti fizikal yang sesuai dengan sosok tubuh lelaki. Oleh itu, makanan merupakan sumber tenaga yang penting bagi lelaki dalam melakukan sesuatu tugas.\n\nKebiasaannya, makanan yang diambil adalah seperti nasi, lauk pauk sumber protein (e.g ayam, daging, telur) dan minuman bergula.\n\nNamun, senarai makanan tersebut merupakan makanan yang tinggi kandungan indeks glisemik. Kajian lepas banyak melaporkan hubungan yang kuat dan signifikan antara diet makanan tinggi nilai indeks glisemik dengan pertumbuhan jerawat.\n\nSecara saintifiknya, apabila makanan sebegini memasuki sistem pencernaan kita, insulin akan dirembeskan untuk mencerna makanan tersebut menjadi tenaga. Tetapi, insulin bukan sahaja akan menguraikan makanan tinggi karbo ini, tetapi juga bertindak sebagai bahan yang menyebabkan keradangan pada kelenjar kulit sehingga menjadi punca jerawat yang teruk.\n\nSatu hasil kajian yang menarik telah dilaporkan oleh para penyelidik di Fakulti Sains Kesihatan UKM pada tahun 2012. Mereka mendapati bahawa lelaki dengan BMI yang lebih tinggi mempunyai hubungan statistik yang signifikan dengan masalah jerawat.\n\nHal ini tidak dilihat bagi peserta perempuan dalam kajian mereka yang menunjukkan bahawa masalah jerawat tidak dipengaruhi oleh BMI mereka.\n\nIsu BMI tinggi menjadi punca jerawat lelaki boleh dikaitkan dengan penghasilan lebih banyak insulin, selari dengan diet pemakanan tinggi karbo tinggi indeks glisemik.\n\nKajian tersebut yang melaporkan pengaruh BMI terhadap masalah jerawat, turut membincangkan faktor keturunan sejarah keluarga atau genetik yang diwarisi sebagai antara punca jerawat lelaki.\n\nHal ini disokong oleh kajian di serata dunia, antaranya kajian di United Kingdom yang mendapati faktor genetik merangkumi 81% punca masalah jerawat, manakala terdapat 69.3% kes masalah jerawat di Jordan juga dikesan mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah jerawat.\n\nGolongan remaja lelaki sering dikaitkan dengan gejala merokok akibat faktor-faktor seperti rasa ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya dan cara menghilangkan stress.\n\nSelain daripada ancaman kesihatan seperti kanser paru-paru, masalah pernafasan dan masalah kesuburan, tabiat merokok merupakan antara punca jerawat lelaki.\n\nPerkara ini disokong dalam kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Romania pada tahun 2016. Dalam tinjauan ke atas 148 pelajar sekolah menengah selama 4 bulan, didapati terhadap perhubungan statistik yang signifikan yang mengambil kira faktor merokok dengan masalah jerawat iaitu sebanyak 62.9%.\n\nRingkasnya, punca jerawat lelaki ialah tekanan hidup, gaya pemakanan, BMI, sejarah keturunan keluarga dan tabiat merokok. Bagi meningkatkan keyakinan diri dengan penampilan yang lebih baik apabila masalah jerawat berkurang, golongan lelaki perlulah sentiasa peka menjaga aspek perapian diri.\n\nBukan sekadar untuk luaran sahaja, amalan gaya hidup sihat akan menjadikan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan.\n\nJemput juga abca artikel jenis jerawat dan senaman muka untuk awet muda"
"Sebagai seorang yang beragama islam, pastinya tujuan utama hidup kita adalah untuk mendapat keredhaan Allah serta berjaya di dunia dan akhirat. Kejayaan di akhirat bermaksud tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah, mendapat syafaat Nabi Muhammad dan dimasukkan ke dalam syurga. Lagi baik jika dimasukkan ke syurga tanpa hisab. Apa lagi yang diharapkan selain ini semua?\n\nNamun seperti yang kita semua serba maklum, syurga amat mahal harganya dan tidak mudah untuk diperolehi. Oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk menjadi seorang muslim yang baik agar dijauhi dari dosa dan api neraka. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang ciri-ciri remaja yang disukai oleh Allah dan dijanjikan syurga sebagai panduan kita bersama.\n\nCiri remaja yang disukai oleh Allah yang pertama ingin kami kongsikan ialah seseorang yang menjadikan islam sebagai cara hidup. Apakah yang dimaksudkan dengan islam sebagai cara hidup? Ia bermaksud kita hidup dengan mengikut apa yang diajar oleh islam di dalam Al-Quran, hadith dan sunnah. Lakukan apa yang diwajibkan dan jauhkan dari daripada segala perkara yang diharamkan.\n\nJika kita menjadikan islam sebagai cara hidup, kita akan sentiasa berhati-hati dalam menjalani aktiviti harian dan berwaspada agar tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah. Mereka yang menjadikan islam sebagai cara hidup dijanjikan oleh Allah untuk mendapat kejayaan di dunia dan juga akhirat.\n\nApabila seseorang remaja menjadikan islam sebagai gaya hidup, dia tidak akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan terjebak dengan gejala buruk seperti merempit, seks bebas, dan sebagainya. Malah dia akan menjadi seorang yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia lalu menjadi kebanggan kedua ibu dan bapa.\n\nCiri remaja yang disukai oleh Allah yang seterusnya ialah dia selalu beribadat kepada Allah dengan merindui syurga. Segala amal ibadah yang dilakukan adalah untuk mendapat keredhaan Allah dan tidak putus-putus meminta keampuan di atas segala dosa yang dilakukan. Pada masa remaja lain sedang leka dengan hiburan yang tidak berkesudahan, dia memilih untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.\n\nAllah sangat sayang kepada remaja yang merupakan anak soleh dan solehah yang mentaati kedua ibu bapa. Anak yang soleh tidak akan melukakan hati kedua ibu bapanya dengan melakukan perkara yang salah dan membawa kesan buruk kepada diri sendiri. Mereka juga akan sentiasa menghormati kedua ibu bapa. Apabila seorang anak mempunyai rasa hormat kepada kedua ibu bapanya, mereka tidak akan melakukan perkara yang boleh menconteng arang kedua ibu bapa dan menjejaskan nama baik kedua.\n\nAnak yang soleh dan solehah bukan sahaja akan disayangi oleh Allah malah akan membantu menarik kedua ibu bapanya untuk masuk ke syurga semasa di padang mahsyar nanti. Itulah sebabnya kenapa anak yang soleh dan solehah adalah sangat berharga dan menjadi dambaan setiap ibu bapa.\n\nAllah sukakan remaja yang sentiasa menjaga aurat tak kira di masa sahaja dia berada. Menutup aurat adalah di antara kewajipan dalam islam yang selalu dipandang ringan oleh golongan remaja. Malah ada yang menganggap menutup aurat sebagai sesuatu yang ketinggalan zaman dan tidak up to date. Mereka yang menutup aurat dengan sempurna diketawakan dan dipandang sinis sedangkan mereka terlupa bahawa menutup aurat dengan sempurna adalah perintah dari Allah.\n\nAurat bagi seorang lelaki ialah dari pusat sehingga lututnya manakal aurat bagi seorang perempuan ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Seorang perempuan juga dikehendaki untuk memakai pakaian yang longgar dan tidak menunjukkan bentuk tubuh badan. Pakaian yang jarang dan terbelah juga adalah tidak mengikut piawai islam.\n\nRemaja yang disukai oleh Allah juga merupakan mereka yang menjaga batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Semasa di sekolah atau di universiti pastinya kita tidak dapat mengelakkan daripada berhubung dan bercampur-gaul dengan mereka yang berlawanan jenis. Namun pastikan bahawa kita bergaul sambil menjaga batas pergaulan seperti yang diajar oleh islam.\n\nBegitu juga apabila kita mula berpasangan. Jaga batas pergaulan kerana haram hukumnya seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk berdua-duaan dan bersentuhan. Jauhi perkara yang boleh membawa ke lembah zina. Ini kerana zina adalah di antara dosa besar yang sangat dilarang dalam islam.\n\nCirri remaja yang disukai Allah yang terakhir ialah sentiasa berbuat baik kepada semua orang. Allah sukakan hambanya yang berbuat baik sesama manusia. Malah islam menyarankan kita untuk berbuat baik kepada makhluk Allah yang lain seperti binatang dan tumbuhan. Bagaimana cara untuk berbuat baik sesama manusia? Caranya mudah sahaja. Layan orang lain seperti mana kita mahu dilayan.\n\nKalau kita tak suka dikhianati, usah khianati orang lain. Kalau kita tak suka ditipu, jangan menipu orang lain. Begitu juga kalau berjanji, sebagai mana kita tidak suka janji dimungkiri, begitu juga orang lain. Mudah sahaja kan? Sebelum melakukan perkara buruk kepada orang lain fikirkan dulu bagaimana perasaan kalau kita yang terkena?\n\nItulah dia perkongsian ramaja yang disukai Allah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang nama anak lelaki Islam dan didikan cara didik anak perempuan"
"Masalah ini sudah sangat sebati dalam masyarakat kita. Terutama di sekolah-sekolah biasa.\n\nDaripada 100 orang anak murid, mungkin hanya 20 orang bersemangat untuk belajar. Selebihnya datang kerana mak suruh. Orang lain pergi sekolah, maka dia pun memaksakan diri ke sekolah.\n\nBelajar atau tidak, itu lain cerita.\n\nCikgu lambat je masuk, dia dah ready melepak dengan geng kat depan tangga. Tak pun cari gaduh sampai kecoh kelas dibuatnya. Yang perempuan sibuk gosip, dating entah kat mana-mana.\n\nBukan di sekolah saja, di universiti pun sama.\n\nSatu hari saya tanya anak didik, yang masa tu gagal dalam satu ujian. Soalan saya mudah saja \u2013 kenapa dia belajar? kenapa dia masuk universiti? Jawapannya juga mudah \u2013 dia pun tak tahu kenapa. Dia dapat offer, dia masuklah.\n\nKalau kita tidak tahu, apa sebab kita belajar, bagilah teknik dari angkasaraya pun, jawabnya usaha tetap ciput-ciput. Malas pergi kelas. Homework buat cukup makan, tu pun tiru kawan. Hasilnya, lagi banyak C- dari A.\n\nBila saya dapat semua A dalam UPSR, PMR, dan SPM, keluar universiti dengan cgpa 3.818 (degree) dan 3.952 (Masters) (Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah). Saya tak kata saya pandai.\n\nTapi, dengan pertolongan dari Tuhan, saya belajar bersungguh-sungguh, sebab saya TAHU KENAPA saya mesti berjaya.\n\nWaktu itu, keluarga sangat susah. Emak berpenat petik buah kopi untuk pastikan ada makanan untuk saya setiap hari. Kerengga, nyamuk, panas, semak. Itulah peneman emak saban hari semata-mata untuk menyekolahkan saya.\n\nDari kecil, saya semat kemas-kemas dalam hati \u2013 bila saya habis belajar nanti, emak dah tak perlu ke kebun lagi. Rumah usang itu akan saya ganti dengan yang baru. Saya akan bawa mak naik kereta saya, tak payah mak penat-penat kayuh basikal lagi.\n\nSyukur alhamdulillah, Tuhan memang Sangat Baik. Belum pun masuk universiti, Dia capaikan impian saya untuk bagi mak duit bulan-bulan. Dengan elaun biasiswa jpa tu, saya pujuk emak untuk berehat saja di rumah. Mac 2009, emak masuk ke rumah barunya.\n\nBila anak saya kurang berminat untuk belajar, saya tahu sebabnya \u2013\n\nDia tidak nampak, tidak tahu kenapa dia mesti belajar bersungguh-sungguh dan jadi manusia berguna.\n\nWalaupun kami bukan kaya raya, tapi kesusahan itu tidak terlihat padanya.\n\nAlhamdulillah, syukur pada Allah. Akhirnya saya menjumpai jawapannya selepas kami membawanya pada satu malam ke program Pertiwi Soup Kitchen, yang menemukan sukarelawan dengan golongan gelandangan untuk di bantu apa yang boleh. Agihkan dinner, potongkan rambut, rawat sakit mereka. Semuanya Free.\n\nWaktu itu, dia begitu asyik melihat sekumpulan doktor-doktor sukarelawan merawat golongan gelandangan tersebut. Ada yang kaki luka, demam, perlukan vitamin. Macam-macam rupa, macam-macam kisah.\n\nSaya ajak pulang, dia tidak mahu. Duduk dan matanya tidak berganjak dari melihat mereka.\n\nSelepas itu, suatu hari, dalam kereta dia memberitahu saya. Dia nak jadi doktor. Dia nak tolong orang susah. Macam doktor-doktor Soup Kitchen tu.\n\nSaya betul-betul terkejut. Dalam hati \u2013 wah. Dia ingat lagi? Rasanya dah lama berlalu. Begitu sekali kesannya pada dirinya.\n\nAlhamdulillah. Inilah yang saya cari-cari selama ini. Untuk cari sebab, yang dengannya anak sendiri tahu kenapa dia mesti belajar bersungguh-sungguh.\n\nSyukur yaya sudah menjumpai misi hidupnya.\n\nKalau dulu yaya sangat kerap menangis bila sampai sekolah. Alhamdulillah sekarang dia seronok belajar, apatah lagi di sekolah barunya.\n\nSaya cadangkan, jika anak-anak masih ke sekolah kerana semua orang pun sekolah, kita doa kepada Allah dan usahakan supaya anak \u2018menemui sebab\u2019 untuknya menjadi manusia berguna. Satu sebab yang cukup kuat untuknya, sehingga dia tahu dia tidak boleh malas, tidak guna melepak, pandai pilih kawan.\n\nSekarang, saya sentiasa gunakan \u2019sebab\u2019 ini untuk jadi senjata motivasi kepada anak. Dan paling penting, kaitkannya dengan Tuhan yang tersayang.\n\nIni beberapa contoh yang saya amalkan dan mungkin boleh dicuba:\n\n#1 Setiap Kali Hantar Anak Ke Sekolah, Beritahu Anak Kenapa Dia Pergi Sekolah Dan Belajar.\n\nUntuk yaya, saya akan katakan, \u201dYaya belajar rajin-rajin sayang ek. Nanti yaya dah besar, yaya kan nak jadi doktor macam Soup Kitchen tu. Nanti boleh tolong ramai orang. Allah suka tak yaya tolong orang?\u201d\n\nBegitu juga bila anak nak belajar di rumah. Bayangkan kalau tiap-tiap hari kita bagi anak semangat macam tu. InsyaAllah, ia akan menjadi sebati dengan dirinya, bertapak di minda bawah sedarnya. Membesar dengannya.\n\n#2\u00a0Amalkan 3 Qul dan Berdoa Kepada Allah\n\nKaitkan dengan misi hidupnya. Siapa dia nak tolong dan untuk Siapa dia lakukan semua itu.\n\nUntuk peringkat awal, ajarkan dahulu sampai anak faham konsep doa tersebut.\n\n\u201dAllah, yaya nak jadi doktor. Sebab yaya nak tolong orang kat Soup Kitchen. Allah please help yaya. Help yaya jadi good girl. Sebab yaya nak masuk syurga. Thank you Allah. Amin\u201d\n\nBila anak dah faham konsep berdoa dari hati ni, kita sendiri akan tersentuh. Cara dia doa tu macam Allah tu best friend dia.\n\nMasyaAllah, saya rasa betul-betul kerdil. Anak rasa rapat dengan Tuhan mengalahkan saya yang dah hidup berpuluh tahun.\n\nSemoga anak-anak kita rapat dengan Tuhan sejak dia kecil lagi.\n\n#3 Motivasikan Anak Apabila Melihat Kesusahan Orang Lain\n\nBila jumpa orang susah, atau lihat keadaan rumah yang usang, atau lihat berita tentang kesusahan orang lain, atau melawat rumah anak yatim, ambil peluang itu untuk beri motivasi kepada anak.\n\nYang dia mesti tolong mereka. Yang Allah suka kalau dia tolong mereka. Lazimkan memberi input motivasi begini.\n\nSaya tidak tahu kalau anak saya benar-benar akan menjadi doktor. Itu bukan di tangan kita sebagai mak ayah. Kalaupun cita-citanya berubah, saya juga tidak kisah. Asal saja, yang penting, dia mesti tolong orang lain dengan cita-citanya itu. Lebih penting, dia tahu \u2013 yang dia melakukannya kerana cintanya kepada Tuhan yang sangat baik kepada dirinya.\n\nWe try the best, and leave the rest to Allah."
"Jom ketahui jenis-jenis nafkah kepada isteri yang mungkin suami terlepas pandang.\n\nNafkah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud sesuatu yang dibelanjakan daripada wang atau yang senilai dengannya untuk mencukupi keperluan harian. Nafkah juga didefinisikan sebagai sesuatu yang dibelanjakan untuk melengkapkan apa-apa sahaja yang menjadi keperluan asas isteri seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal.\n\nNafkah menurut istilah pula adalah mengeluarkan perbelanjaan atau sara hidup terhadap golongan yang diwajibkan terhadap seseorang itu. Pendek kata, nafkah ini adalah pemberian seorang suami kepada isterinya yang merangkumi setiap keperluan walaupun isteri tersebut seorang yang kaya, serta mampu membiayai dirinya sendiri.\n\nHukum seorang suami memenuhi nafkah adalah wajib, mengikut kemampuannya. Dan ini jelas dinyatakan dalam surah an-Nisaa\u2019 : 32 yang bermaksud;\n\n\u201cKaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.\u201d\n\n\nJelaslah, Islam sangat tegas dalam perintah pemberian nafkah kepada\u00a0 suami terhadap isteri. Namun seseorang isteri itu tidaklah boleh meminta nafkahnya itu secara berlebihan yang di luar kemampuan suaminya sehingga membebankan. Paling penting nafkah tersebut dari sumber yang halal dan pasti. Allah berfirman dalam surah al-Talaq : 7, yang bermaksud;\n\n\u201cHendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya.\u201d\n\nNamun, sekiranya si suami tersebut gagal memenuhi keperluan isterinya, secara tidak langsung dia telah berhutang dengan isterinya, bahkan hutang tersebut wajib dibayar dan tidak gugur walaupun dengan kematian suami ataupun penceraian seperti hutang lain (Muhammad Bagir, 2008).\n\nHutang nafkah batin hendaklah dibayar dengan cara melakukan pembaikan diri dan sikap terhadap isteri sehingga isteri tersebut sedia dan ikhlas untuk memaafkannya (Miftah Faridl, 2004).\n\nManakala hutang nafkah zahir pula perlu dibayar dengan wang ringgit, pakaian, penjagaan kesihatan atau apa-apa juga bentuk pemberian yang bersesuaian (Miftah Faridl, 2004). Sekiranya suami benar-benar tidak mampu, maka suami tersebut tidaklah berdosa.\n\nNamun akan jatuh syarat wajib kepada suami untuk memberikan nafkah kepada isterinya apabila suami dan isteri itu telah bernikah secara sah. Selain itu, isteri telah menyerahkan dirinya kepada \u00a0suami (tidak menolak permintaan suami untuk melakukan istimta\u2019) dan isteri telah mengikut serta tinggal di tempat yang dipilih suami.\n\nHak nafkah yang wajib dibahagikan kepada dua jenis, iaitu nafkah zahir dan nafkah batin.\n\nNafkah zahir adalah menyediakan semua keperluan hidup, seperti tempat tinggal, makan dan pakai mengikut\u00a0\u00a0 kemampuan suami serta bersesuain dengan sesuatu tempat dan peredaran masa.\n\nMenurut Imam an-Nawawi, terdapat tujuh hak-hak yang wajib terhadap isteri, iaitu;\n\n2. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bahan-bahan memasak)\n\n3. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu\n\n5. Pembersih badan dan pencuci pakaian dan sebagainya\n\n6. Perkakas rumah seperti perkakas bilik air dan sebagainya\n\nSekiranya suami tidak menjalankan tanggungjawabnya itu walau dia mampu, isteri berhak mengambil harta suami tanpa kebenaran suaminya.\n\n\u201cDari Aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada Rasulullah lalu berkata: \u2018wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah orang yang kedekut dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya\u2019. Lalu Baginda bersabda: \u2018ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar\u2019.\u201d\n\nNafkah batin merupakan keperluan rohani atau dalam hal yang selalunya melibatkan emosi. Nafkah batin tidaklah semestinya mengenai hubungan seks sahaja tetapi berkongsi masalah, mendengar luahan, bermesra juga adalah sebahagian daripada nafkah batin yang mesti dipenuhi.\n\nDalam hal perhubungan, seseorang isteri boleh menolak ajakan untuk bersama tetapi mestilah bersebab yang munasabah, atau kerana keadaan darurat ataupun keuzuran. Mahupun \u00a0terdapat masalah kesihatan, terlalu letih dan sebagainya. Lalu suami haruslah memahami dan\u00a0 mementingkan toleransi dengan pasangan dan bukanlah bertindak dengan kekerasan serta menafikan hak isteri.\n\nJadi, pangertian nafkah batin bukanlah berkisar perlakuan seksual semata-mata tetapi perkara-perkara lain yang mengembirakan isteri.\n\n\u00a0\u201c.\u00a0Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut.\u201d\n\nSeorang bapa juga sebenarnya berkewajipan untuk menafkahi anak-anaknya, iaitu anak-anaknya yang masih kecil dan tidak mampu menafkahi diri mereka sendiri. Antaranya anak yang cacat, yang masih kecil, yang belajar dan sebagainya. Ini termasuklah jika berlaku\u00a0 perceraian, bapa tersebut wajib membayar nafkah kepada anka-anaknya seperti sebelum bercerai.\n\nNamun, jika seseorang anak tersebut telah dewasa (baligh) dan telah berpendapatan sendiri, tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak itu telah selesai. Rasulullah bersabda:\n\n\u201cDisampaikan dari Ummu Salamah r.a (yang) berkata, (suatu saat) saya bertanya (kepada Rasulullah SAW), \u2018Wahai Rasulullah, apakah saya mendapat pahala apabila saya memberikan nafkah kepada putera-putera Abu Salamah, kerana saya tidak boleh membiarkan mereka begini dan begitu. Sesungguhnya mereka pun anak-anak saya\u2019. Jawab Baginda, \u2018\u00a0Ya, engkau mendapat pahala terhadap apa yang engkau nafkahkan kepada mereka\u2019.\u201d\n\nIsu pemberian nafkah tidaklah boleh diambil ringan dan mudah. Ia bukan saja sebagai\u00a0 tanggungjawab tetapi amanah yang mestilah ditunaikan sebagai seorang suami dan bapa. Dengan itu aspek mengenai hukum ini wajib dipelajari agar tidak terabai dan tidak ada golongan yang teraniaya.\n\nJemput juga baca artikel kami\u00a0 tentang Tuntutan Nafkah Anakdan\u00a0Nafkah Isteri"
"Jom ketahui khasiat utama ikan haruan\n\nIkan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus merupakan spesies air tawar karnivor yang dikategorikan sebagai antara haiwan popular di negara ini khususnya dalam bidang perubatan.\n\nHaruan memakan ikan lain yang lebih kecil dan kadangkala katak turut menjadi habuannya. Oleh kerana ia adalah ikan air tawar, ia sering boleh ditemui di kawasan-kawasan tasik dan sungai.\n\nIkan haruan juga digunakan untuk membantu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dam sebagainya.\n\nKebiasaannya, wanita selepas bersalin terutamanya yang melalui pembedahan C Sec akan mengambil pati haruan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan.\n\nEkstrak haruan mempunyai kandungan khasiat tertentu yang membantu penyembuhan luka. Haruan mengandungi glisin, asid amino penting yang diperlukan.\n\nIa juga mempunyai asid arakidonat dan asid lemak tak tepu pada tahap yang tinggi yang menghasilkan kesan anti-radang dan menggalakkan sintesis prostaglandin, penting dalam membantu badan menangani kerosakan atau jangkitan tisu.\n\nIa juga menggalakkan pembentukan semula kolagen melalui sintesis sambung-silang inter dan intramolekul protein. Ini menghasilkan peningkatan ketara dalam kekuatan tegangan yang menyegerakan penyembuhan luka.\n\nSatu kajian yang pernah dilakukan oleh Prof. DR. Dr. Nurpudji dari Universiti Hasanudin, Makassar, menunjukkan bahwa kadar albumin pada pesakit di RS Wahidin Sudiro Husodo banyak mengalami peningkatan setelah beberapa kali memakan ikan haruan, sehingga mempercepat proses penyembuhannya.\n\nKajian yang sama juga telah dilakukan di RS Umum Dr. Saiful Anwar Malang menunjukkan, bahwa pemberian 2 kg ikan haruan masak setiap hari kepada pesakit selepas pembedah dapati meningkatkan albumin mereka menjadi normal. Sementara itu kajian yang dilakukan di Universiti Hasanudin juga menunjukkan peningkatan kadar albumin dalam darah pesakit dari 0,6 hingga 0,8 g/dl setelah diberikan ekstrak ikan \u00a0haruan selama 10 hingga 14 hari.\n\nTumis semua bahan kecuali ikan, daun sup dan daun bawang. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ikan dan asam keping dan amsak sehingga isi ikan empuk. Taburkan daun bawang dan daun sup, sedia untuk dimakan.\n\nHampir semua penyakit kulit menunjukkan tanda penyembuhan lebih cepat apabila pesakit memakan ikan haruan ataupun produk berasaskan pati ikan haruan, atau disapukan krim berasaskan ikan haruan. Antara penyakit kulit yang dikatakan termasuk kurap, kayap dan juga luka kecil serta bengkak.\n\nHasil kajian menunjukkan asid arachidonik yang terkandung dalam isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan penyakit kulit. Berdasarkan kajian itu, isi ikan haruan turut disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit.\n\n\u0093Krim haruan boleh digunakan kepada pesakit kulit ekzema, psoriasis dan ruam di kalangan kanak-kanak dan dewasa selain mereka yang menghidap penyakit arthritis dan sendi. \u0093Namun masih banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum pengesahan dapat dibuat berhubung khasiat ikan haruan terhadap penyembuhan penyakit kulit.\n\n3. Mencantikkan kulit & melambatkan proses penuaan\n\nIkan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan.\u00a0Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagen dapat mencantikkan kulit.\n\n4.\u00a0Membantu dalam proses pertumbuhan kanak-kanak\n\nKekurangan albumin boleh terjadi pada tubuh manusia, yang mana suatu keadaan disebut dengan hipoalbumin. Hal ini boleh menyebabkan zat tidak dapat diedarkan dengan baik keseluruh tubuh, sehinggakan bagi anak kecil boleh menyebabkan terbantutnya pertumbuhan, perkembangan otak yang tidak maksimal, penurunan kekebalan tubuh juga menyebabkan anak mudah sakit.\n\nSatu kajian menunjukkan bahawa \u00a0anak kecil yang mengambil ikan haruan secara teratur memiliki kadar albumin jauh lebih tinggi, dan mengalami peningkatan berat badan dan kadar hemoglobin darah secara nyata.\n\nAlbumin sangat diperlukan untuk perkembangan otak, terutama bagi anak kecil yang berada pada fase emas pertumbuhan (golden age). Dengan demikian, memberinya makan ikan haruan dapat membantu mencegah masalah anak yang kurang cerdas.\n\nKadar albumin yang normal antara 3,5-4,5 g/dl, jika kurang dari 2,2 g/dl boleh menyebabkan masalah pada tubuh. Ianya boleh dilihat pada anak yang mengalami terbantutnya pertumbuhan, padahal jika diperhatikan sebenarnya tak pernah kekurangan makan atau gizi.\n\nJika hal ini terjadi terus-menerus, anak akan mengalami gangguan pertumbuhan yang boleh menyebabkan kurus atau seperti anak yang kekurangan zat.\n\nBanyak sungguh khasiat ikan haruan, kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Kalau anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan info tentang khasiat terung, khasiat buah naga dan khasiat ikan keli"
"Aktiviti kraf untuk anak-anak 5-6 tahun bukan sekadar untuk mengisi masa lapang mereka. Tetapi ia merupakan sebahagian daripada pembelajaran untuk anak-anak prasekolah ini. Banyak kepentingan aktiviti kraf untuk anak-anak diusia ini, antaranya:\n\nSemasa melakukan aktiviti kraf, anak-anak perlu berkomunikasi dengan orang disekelilingnya. Ini kerana pada usia ini, mereka masih belum mampu melakukan keseluruhan proses aktiviti kraf sendirian. Mereka perlu berkomunikasi untuk meminta tolong orang yang lebih dewasa membantunya menggunting, menampal, atau mungkin mewarna. Mereka juga pasti akan bertanya kepada kita tentang hasil krafnya nanti. Adakah ia cantik dan sempurna? Perbualan antara anak-anak dengan orang lain dalam menyelesaikan suatu aktiviti kraf ini membantu anak-anak meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta menambah kosa katanya.\n\nKreativiti anak-anak dalam melakukan aktiviti kraf sangat berkait dengan emosi mereka. Sekiranya emosi mereka baik, pasti ia terpancar pada hasil kraf mereka nanti. Pemilihan warna yang ceria, kesungguhan semasa melakukan aktiviti serta kesabaran menyiapkan kraf melatih anak-anak mengurus emosi mereka.\n\nJika aktiviti ini dilakukan bersama-sama adik-beradik atau kawan-kawan yang lain, ia akan meningkatkan kemahiran sosial anak-anak. Contohnya, anak-anak akan belajar bagaimana untuk berkongsi alatan dan bekerjasama menyiapkan kerja kraf masing-masing.\n\nAktiviti kraf memberi kebebasan untuk anak-anak melukis corak, mewarna, atau membuat apa-apa hiasan pada hasil kraf mereka. Anak-anak akan belajar membuat keputusan untuk memilih warna yang sesuai diletakkan pada kerja kraf mereka. Apa corak yang cantik untuk dilukis dan macam-macam lagi keputusan yang perlu difikirkan dan diambil untuk menyiapkan kerja kraf mereka.\n\nAktiviti seni dan kraf sangat penting bagi meningkatkan skil motor halus anak-anak. Ini kerana kebanyakan aktiviti kraf pasti memerlukan anak-anak untuk memegang benda yang kecil, menggunting, menampal atau mengoyakkan kertas. Aktiviti-aktiviti dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Hal ini sangat penting kerana dengan motor halus yang kuat, barulah anak-anak dapat memegang pensel dengan baik, membutang baju sendiri, dapat mengepit baju dan lain-lain aktiviti seharian mereka.\n\nBukan senang untuk pastikan anak-anak diusi 5-6 tahun untuk tetap melakukan satu perkara dalam tempoh masa yang lama. Ada kanak-kanak yang lebih sukakan aktiviti lasak seperti berlari dan melompat daripada duduk membuat kerja setempat. Jadi, untuk melatih anak-anak supaya dapat fokus menyelesaikan sesuatu tugas adalah dengan melakukan aktiviti kraf. Aktiviti sebegini dapat melatih anak-anak untuk fokus dengan lebih lama lagi. Ini penting bagi meningkatkan daya tumpuannya terutama apabila mereka sudah melangkah ke alam persekolahan nanti.\n\nSenarai Aktiviti Kraf Untuk Anak 5-6 Tahun\n\nTisu gulung atau tisu tandas antara bahan yang mudah untuk kita dapati. Kebiasaannya apabila tisu sudah habis diguna, kotak gulung pada tisu itu akan dibuang. Sebenarnya banyak kerja kraf yang boleh dihasilkan daripada kotak tisu gulung tersebut.\n\nAnak-anak boleh membuat kraf berbentuk haiwan seperti arnab, rama-rama. Kucing dan macam-macam lagi dengan kotak tisu gulung tersebut. Malah, bagi anak lelaki yang sukakan kereta, mereka juga boleh menghasilkan kereta daripada tisu gulung tersebut. Sudah siap jadi kereta, nanti bolehlah bermain lumba kereta dengan adik-beradik atau kawan-kaawn yang lain.\n\nDengan sekeping kertas bersaiz A4, pelbagai bentuk dapat dihasilkan dengan teknik lipatan tertentu. Antara lipatan origami yang mudah untuk anak-anak 5-6 tahun adalah origami baju, sampan, rumah, katak, roket, bunga dan macam-macam lagi.\n\nPelbagai aktiviti kraf dan seni boleh dilakukan dengan warna air. Anak-anak boleh menggunakan straw untuk membuat \u2018bubble art\u2019 di atas kertas. Aktiviti ini membantu mereka menguatkan otot-otot pada tangan, jari dan bibir.\n\nSelain itu, anak-anak juga boleh membuat aktiviti capan dengan mengecap warna-warna air itu di atas kertas menggunakan daun, ubi kentang atau objek lain yang mempunyai tekstur seperti span dan lain-lain.\n\nAnak-anak perempuan terutamanya bebas berkreativiti untuk mencipta anak patung kertas mereka sendiri. Setelah siap menghasilkan anak patung kertas, mereka boleh melukis serta mewarna pelbagai jenis baju yang cantik-cantik untuk dipakaikan kepada anak patung kertas tadi.\n\nAktiviti ini bukan sahaja menguatkan motor halus mereka kerana perlu memakaikan pakaian-pakaian kepada anak patung itu. Tetapi juga mereka bebas berkreativiti dan berimaginasi untuk menghasilkan pakaian yang cantik-cantik untuk anak patung tersebut.\n\nPinggan kertas juga antara bahan yang mudah didapati di kedai-kedai. Dengan modal yang kecil, anak-anak boleh menghasilkan kerja kraf yang menarik menggunkan pinggan kertas. Antaranya membuat topeng muka dengan kreativiti masing-masing. Anak-anak boleh membuat muka haiwan kegemaran mereka menggunakan pinggan kertas tersebut. Kemudian anak-anak boleh memakain topeng itu dan boleh bermain serta berlakon menggunakannya.\n\nPinggan kertas juga boleh dijadikan bat ping pong, fail poket dan macam-macam lagi.\n\nDengan batang ais krim juga pelbagai hasil kraf boleh dibuat. Antaranya bingkai gambar, kotak letak alat tulis dan penanda buku. Jika ingin memberi cabaran yang lebih buat anak-anak ini, mungkin anda boleh berikan tugasan membuat model rumah menggunakan batang ais krim ini. Pasti anak-anak teruja apabila rumah mini mereka sudah siap nanti.\n\nAktiviti kraf untuk anak-anak 5-6 tahun bukan sekadar untuk mengisi masa lapang mereka sahaja. Tetapi ia penting untuk menguatkan otot-otot motor halus mereka. Selain itu, banyak kemahiran yang boleh dipupuk kepada mereka melalui aktiviti-aktiviti kraf. Hal ini sangat penting buat mereka sebagai persediaan untuk mereka memasuki alam persekolahan apabila mereka menginjak usia 7 tahun nanti."
"Pokok Bunga\u00a0Mawar atau\u00a0ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok\u00a0hiasan.\u00a0Bunga ros dan wanita memang sangat sinonim. Malah bunga ros turut dikiaskan dengan keindahan dan kesucian seseorang wanita.\n\nMaka tak hairanlah kenapa ramai yang berminat dan teruja untuk menanam bunga ros kerana jatuh hati dengan kecantikan dan baunya yang sangat wangi. Antara pokok bunga ros yang sering di tanam sebagai penyeri landskap rumah adalah seperti pokok bunga ros jepun, pokok bunga ros kampung dan juga pokok bunga ros Cameron.\n\nMelihat\u00a0pokok bunga\u00a0yang ditanam di tanah tinggi,\u00a0bunganya sangat cantik berkembang dan wangi sekali. Tapi, yang menjadi sedikit terkilan ketika beli di nurseri atau Cameron Highland, wah bukan main segar bugar tapi bila dah mula di jaga kat rumah sendiri, eh makin hari makin kurus dan hampir nak layu. Macamana nak dapat bunga ros yang lebat dan kembang mewangi kalau begini.\n\nKalau nak tahu, penjagaan bunga ros ini tidaklah serumit mana cuma perlukan sedikit keprihatinan. Ada masa boleh Google untuk dapatkan pelbagai tips dan petua untuk\u00a0penjagaan\u00a0bunga ros. Di sini akan turut dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk dapatkan bunga ros yang lebat berbunga dengan kondisi pokok yang sangat subur.\n\n\u00a06 Petua Bunga Ros Berbunga Lebat Untuk Dicuba\u00a0\n\nTak sabar nak teknik bagus bagaimana untuk merawat pokok bunga ros agar dapat menghasilkan bunga\u00a0yang\u00a0lebat dan indah? Jika ya, anda perlu tahu yang pokok bunga ros ini hendaklah selalu di belai dengan beberapa langkah seperti di bawah :\n\n#1 \u2013 Buang Daun Yang Telah Rosak\n\nTips yang pertama untuk dapatkan bunga ros yang lebat anda perlu buang daun yang telah rosak atau daun kekuningan. Ini kerana daun yang rosak atau kekuningan biasanya adalah disebabkan oleh serangga perosak. Jika tidak dibuang ia mungkin akan menyebabkan daun lain juga akan rosak.\n\nDalam penanaman pokok sudah semestinya baja. Baja yang berkualiti akan membuatkan pokok bunga menjadi lebat. Begitu juga dengan bunga ros, untuk menghasilkan bunga ros yang lebat baja yang diberikan perlulah baja seperti baja organik. Baja organik merupakan baja semula jadi tanpa sebarang bahan kimia. Baja sebegini amat bagus untuk pokok kerana pokok akan tumbuh dengan sihat dan tanpa sebarang penyakit.\n\n#3 \u2013 Kena Selalu Siram Air\n\nSama seperti kebanyakan pokok bunga yang lain bunga ros juga perlu disiram selalu. Kebiasaanya pokok bunga ros perlu di siram 2 kali sehari. Tetapi jangan siram di batang atau bunga kerana ia boleh menyebabkan bunga ros rosak. Sebaliknya siram cukup sekadar membasahkan tanah dan akar bunga ros.\n\n#4 \u2013 Letak Di Tempat Yang Ada pengudaraan yang baik\n\n\u00a0Satu lagi cara untuk mendapatkan bunga lebat adalah dengan meletakan bunga ros di tempat yang mempunyai pengudaraan baik namun tidak berangin dan tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Bunga ros memerlukan tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak terlalu terdedah dengan matahari untuk memberikan pokok yang gebu dan lebat. Seelonya letak persekitaran yang darjah kepanasan dia sekitar 21 darjah celsius.\n\n#5 \u2013 Cantas Pokok Yang Sudah Berbunga\n\nSeterusnya, pokok bunga ros yang telah habis berbunga perlu di cantas untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang baru.\u00a0 Untuk pengetahuan, bila habis segala kudup\u00a0bunga ros menjadi mekar maka pokok\u00a0sudah tidak mengeluarkan\u00a0bunga lagi. Kerana itu kena ingat selalu agar tidak dibiarkan bunga-bunga itu tanpa di cantas sehingga menyebabkan ia menjadi layu. Salah satu sebab kenapa perlu di cantas supaya pokok tersebut dapat menghasilkan bunga yang lebih banyak.\n\nJika anda dapati pokok bunga ros anda terkena penyakit, anda sembur racun serangga dalam kadar sedikit. Kebayakan pokok bunga yang rosak adalah disebabkan oleh serangga perosak. Dengan menyembur racun perosak ia akan mengelakkan serangga dari merosakkan pokok anda dan pokok anda kekal subur.\n\nAntara Penyakit Yang Sering Menyerang Pokok Bunga Ros\u00a0\n\nPokok bunga ros kena sentiasa di pantau supaya ia tidak di serang penyakit. Dalam menghasilkan bunga yang lebat anda perlu pantau pokok anda supaya tidak di serang oleh dua penyakit ini:\u00a0\n\nKutu halus merupakan sejenis penyakit yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang anda dapat lihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk bunga dan perlahan-lahan membantut pucuk bunga seakan-akan \u00a0 \u2018terbakar\u2019 seterusnya perlahan-lahan mati. Cara mengatasinya adalah dengan menyembur ridsect water base atau berasaskan air secara seminggu sekali sehingga penyakit tersebut hilang\n\nPenyakit ini sering berlaku pada musim hujan. Penyakit ini lebih merbahaya dari penyakit Thrip. Apabila terkena peluang untuk bunga ros hidup adalah 50-50 sama ada hidup atau mati. Penyakit di sebabkan oleh kulat. Biasanya kulat akan bercambah pada bunga atau dahan yang lembab dan seterusnya dia akan menyebabkan pokok anda rosak. \n\nJadi untuk mengelakkan pokok anda terkena penyakit anda perlu sentiasa memeriksa pokok anda terutama pada musim hujan. Jika dan daun yang di serang penyakit cepat-cepat buang daun tersebut supaya ia tidak merosakkan daun yang lain.\n\nPokok Bunga Ros Kurang Berbunga? Jangan Lupa Cuba Petua Bunga Ros Berbunga Lebat Yang Telah Dikongsikan\n\nItulah serba sedikit cara bagaimana untuk menanam dan merawat bunga\u00a0mawar agar cepat\u00a0berbunga, rajin untuk terus berbunga dengan lebat dan terus hidup sihat bak juara. Cara menjaga bunga ros hidup ini boleh dipraktikkan pada apa jua jenis pokok bunga ros malah tips ini juga boleh digunapakai sebagai kaedah penjagaan untuk pokok bunga dari jenis yang lain juga."
"Di Malaysia terdapat pelbagai buah-buahan yang memberi khasiat terhadap tubuh badan kita. Oleh sebab itu, doktor menyuruh kita untuk selalu makan buah-buahan dalam kehidupan seharian kita. Kalau kita ingin menurunkan berat badan, banyakkan makan buah-buahan dan kurangkan makanan berkalori tinggi.\n\nWanita hamil boleh ke makan buah-buahan? Semestinya boleh. Antara buah-buahan yang memberi khasiat untk wanita hamil adalah buah tembikai. Apakah kebaikan makan buah tembikai bagi wanita yang hamil?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kebaikan buah tembikai bagi wanita hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n8 khasiat buah tembikai bagi wanita hamil.\n\n1. Mengurangkan bengkak dan kekejangan otot\n\n\ud83c\udf49Ibu mengandung sangat sinonim dengan keadaan bengkak-bengkak kaki, tangan yang disebut sebagai edema disebabkan oleh perubahan hormone dan peningkatan berat badan.\n\n\ud83c\udf49Kandungan air di dalam buah tembikai dapat mengurangkan pembuluh darah yang tersumbat dan kekejangan otot.\n\n\ud83c\udf49Dehidrasi yang berlaku terhadap ibu mengandung akan menyebabkan implikasi buruk seperti kelahiran pramatang.\n\n\ud83c\udf49Kandungan air yang tinggi di dalam tembikai iaitu meliputi kira-kira 90% akan membantu dan memastikan si ibu tidak mengalami kekurangan air di dalam badan.\n\n\ud83c\udf49Ibu mengandung kerap mengalami pigmentasi kulit disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Buah tembikai dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dan menjaga pergerakan usus kecil, dan mempengaruhi keadaan kulit.\n\n\ud83c\udf49Kekerapan memakan buah tembikai, membuatkan kulit ibu menjadi lebih mulus dan masalah pigmentasi berkurang.\n\n\ud83c\udf49Ibu hamil majoritinya akan mengalami morning sickness. Tahap keterukan morning sickness setiap ibu hamil tidak sama. Namun kebanyakannya akan mengalami loya-loya, lesu, dan letih terutamanya pada trimester pertama.\n\n\ud83c\udf49Khasiat dan tenaga yang ada di dalam buah tembikai dan sifatnya yang menyegarkan memberi manfaat terhadap ibu hamil. Rasa mual yang wujud daripada ketidakhadaman pemakanan juga akan hilang dengan kekerapan pengambilan buah tembikai.\n\n\ud83c\udf49Buah tembikai kaya dengan kandungan zat bernama Likopen. Ini menjadikan tembikai sebagai satu makanan yang sihat untuk ibu hamil serta berkhasiat menjaga kesihatan jantung bakal ibu dan bayi.\n\n\ud83c\udf49Vitamin C yang terdapat dalam buah tembikai membantu meningkatkan sistem imun badan ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selesema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.\n\n\ud83c\udf49Tembikai mempunyai kalium yang berfungsi sebagai bahan yang mempertahankan kandungan kalsium dalam badan. Kalium juga membantu dalam proses pembentukan tulang bayi dan dalam masa yang sama menguatkan sendi ibu.\n\n\ud83c\udf49Tembikai juga kaya antioksida dan vitamin A yang menjaga organ penglihatan bayi serta melindungi bayi daripada radikal bebas.\n\n\ud83c\udf49Ibu mengandung kerap mengalami kencing tidak lawas terutama ketika sarat mengandung dan kekerapan pengambilan tembikai akan melancarkan air kencing.\n\n*Tembikai ini bukan sahaja bagus untuk wanita hamil, malah bagus juga untuk orang biasa. Biasa kalau musim panas, sedap jika kita minum jus tembikai. Tembikai juga kita boleh dijadikan salad buah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang itu sudah lemah mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia bertambah teruk jika pesakit melakukan banyak aktiviti yang menggunakan kekuatan tulang seperti mengangkat barang. \n\nSelain itu, ia juga akan bertambah teruk apabila pesakit tidak mengambil kalsium dengan secukupnya. Pengambilan kalsium amat penting kerana ia akan memberi kekuatan kepada tulang. Oleh sebab itu, dari kecil kita digalakkan untuk minum susu.\n\nBagaimana kita boleh mendapat penyakit osteoporosis?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai faktor-faktor tulang rapuh atau osteoporosis. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. 2. Menopous awal sebelum umur 45 tahun\n\n3. Tidak datang haid dalam jangkamasa melebihi 6 bulan disebabkan oleh senaman yang berlebihan.\n\n4. Kurang penghasilan testeron bagi lelaki.\n\n6. Kerap merokok dan minum minuman keras.\n\n7. Mengambil ubat yang mengandungi steroid dalam tempoh yang lama.\\\n\n8. Kurang pengambilan kalsium dan vitamin D.\n\n1. Tulang mudah patah terutamanya tulang paha, tulang belakang dan tulang di pergelangan tangan.\n\nKekurangan jisim tulang menyebabkan jumlah sum-sum tulang juga berkurang. Kemudian, ini mengakibatkan berkurang sel darah yang dihasilkan. Fungsi sel darah adalah untuk membina daya tahan terhadap penyakit.\n\n4. Mengambil tempoh yang lama untuk proses penyembuhan tulang yang patah. \n\n*Sebelum kita terkena penyakit osteoporosis, lebih baik kita mengambil langkah awal seperti banyakkan makan sayur dan minum susu. Kurangkan aktiviti lasak lebih-lebih bagi wanita yang hamil. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ingat lagi zaman sekolah kebangsaan dulu, betapa gigihnya kita menghafal sifir untuk subjek matematik. Bukan mudah nak menghafal sifir, ye tak?\n\nKalau tak hafal nanti kena denda kat sekolah malu pula dengan kawan-kawan sekelas. Nak tak nak gigih juga kita menghafal sehingga berjaya. Sekarang bila dah bergelar ibu bapa tiba masa untuk kita membantu anak-anak menghafal sifir pula.\n\nTahukah anda bahawa yang sebenarnya ada cara mudah untuk menghafal sifir. Ianya bukan sahaja memudahkan anak menghafal sifir malah dengan cara ini anda akan ingat sifir untuk tempoh yang lama. Takdelah sekejap saja dah lupa dan kena menghafal semula.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips hafal sifir cara mudah dan seronok buat anak-anak.\n\nBiasakan anak dengan nombor sejak kecil\n\nTips hafal sifir yang pertama ialah biasakan anak dengan nombor sejak mereka kecil, malah anda boleh perkenalkan nombor sejak anak anda masih bayi lagi.\n\nSemasa anak anda bayi, beli permainan yang mempunyai nombor agar anak anda biasa melihat nombor. Apabila anak anda sudah pandai bercakap, ajar anak untuk mengira satu dua tiga. Lebih awal anak anda mengenal nombor, lagi mudah untuk dia menghafal sifir di kemudian hari nanti.\n\nApabila anak anda sudah boleh mengenal nombor, anda boleh bermain flash card dengannya. Apabila menonton televisyen atau video di youtube, minta anak sebut nombor yang tertera di skrin.\n\nApabila keluar membawa anak berjalan-jalan, minta anak sebut nombor yang kelihatan di papan tanda, nombor plat kenderaan di hadapan kereta, malah anda juga boleh membaca harga makanan pada menu sementara menunggu makanan yang disorder sampai.\n\nMudah sahaja kan untuk membiasakan anak dengan nombor.\n\nTidak dinafikan bahawa pada zaman serba moden ini anak-anak kita banyakm menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan bermain dengan gadjet. Ketahuilah bahawa kedua-dua teknologi ini akan membuatkan anak anda sukar untuk menghafal sifir.\n\nBukan sifir sahaja, malah pendedahan kepada televisyen dan gadjet yang keterlaluan akan membuatkan anak anda gagal untuk menumpukan perhatian semasa belajar.\n\nOleh itu, salah satu tips hafal sifir yang boleh anda lakukan ialah mengurangkan televisyen dan gadjet kepada anak-anak. Bukan tidak boleh langsung, tapi hadkan penggunaannya.\n\nTetapkan berapa jam sehari anak anda boleh menonton televisyen atau bermain telefon bimbit. Amalkan selama sebulan dan anda pasti akan melihat perubahan kepada prestasi pelajaran anak anda.\n\nPastikan anak anda menghafal sifir dalam suasana yang tenag agar mudah untuk sifir lekat di kepala anak anda. Menghafal dalam suasana yang bising akan mengganggu tumpuan anak lalu menyebabkan sukar untuk dia menghafal lalu cepat bosan dan berputus asa.\n\nPastikan anak anda menyebut sifir dengan kuat semasa menghafal dan bukannya membaca di dalam hati. Kajian mendapati bahawa apabila sifir disebut dengan kuat, ianya akan lebih mudah untuk diingati.\n\nJangan hafal kesemua sifir sekali gus. Pastikan anak anda menghafal separuh-separuh agar lebih mudah untuk diingati. Sebagai contoh, untuk hari ini pilih satu sifir, katakan sifir 2. Fokus kepada sifir 2 sahaja dan mulakan dengan sedikit dahulu iaitu 1 darab 2 sehingga 1 darab 5 dahulu. Sebut dan ulang sehingga betul-betul hafal sebelum meneruskan dengan 1 darab 6 dan seterusnya.\n\nDengan cara menghafal separuh separuh, otak anak anda tidak akan terlalu bercelaru. Dalam masa yang sama anak anda akan kurang tertekan memamandangkan tidak terlalu banyak benda yang perlu dihafal dalam satu masa.\n\nMungkin anda menyangkan bahawa teknik menghafal separuh separuh akan membuatkan anak anda memerlukan masa yang lebih lama untuk menghafal sifir. Salah sama sekali. Skill menghafal separuh separuh sebenarnya akan membantu anak anda menghafal dengan lebih cepat.\n\nSetelah anda anda berjaya menghafal sifir dua tadi, minta dia tulis dan periksa untuk melihat sama ada terdapat sebarang kesilapan. Tulis berulang kali untuk melihat sama ada anak anda telah betul-betul hafal.\n\nJika ada mana-mana bahagian yang silap, ia menunjukkan bahawa anak anda masih belum berjaya mengingati bahagian tersebut. Langkah seterusnya ialah dengan meminta anak anda mengulang sifir pada bahaian yang berkenaan. Sebagai contoh jika anak anda tidak ingat dua darab tiga, minta dia ulang berulang kali agar masuk ke dalam kepalanya.\n\nKemudian minta anak tulis sifir semula. Jika masih ada kesilapan, ulang langkah yang sama.\n\nTemani anak anda semasa menghafal sifir\n\nSatu lagi tips hafal sifir yang sangat berkesan ialah dengan cara anda menemani anak semasa mereka menghafal. Apa yang anda perlu lakukan ialah duduk di sebelah anak semasa mereka sedang menhafal.\n\nJika anda ada di sisi semasa anak menghafal, ia akan membantu anak anda untuk kekal fokus dan lebih cepat menghafal. Anda boleh menegur anak apabila dia kelihatan seperti mula hilang fokus. Di samping itu anda boleh terus membetulkan anak anda apabila ada sebarang kesilapan.\n\nItulah dia info tentang tips hafal sifir yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Bolehlah anda cuba dengan anak-anak.\n\nKami doakan semoga anak anda dapat menghafal sifir dengan mudah. Jika anda sukakan perkongsian kami tentang tips hafal sifir ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang jenis permainan yang bagus untuk anak, doa penerang hati, dan idea tarik minat anak untuk membaca"
"Sakit kepala bukanlah kesakitan yang boleh dipandang ringan. Ianya boleh menjejaskan aktiviti harian. Malah ada yang mengalami sakit kepala teruk sehingga muntah-muntah teruk dan tidak mampu untuk berdiri. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang jenis-jenis dan punca sakit kepala supaya anda boleh mengelakkannya.\n\nSecara umumnya, sakit kepala boleh dibahagikan kepada sakit kepala jenis primer dan sakit kepala jenis sekunder. Apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua jenis tersebut? Apakah punca ianya terjadi?\n\nJenis sakit kepala yang pertama ialah sakit kepala primer. Sakit kepala jenis ini berlaku disebabkan oleh:\n\nDi antara sakit kepala yang termasuk dalam kategori primer ialah:\n\nMigrain lebih banyak berlaku kepada golongan wanita dan risikonya akan bertambah jika ada genetik migrain dalam keluarga anda. Sehingga hari ini, penyebab sebenar migrain masih belum dikenal-pasti namun migrain dikaitkan dengan penurunan tahap hormon otak serotonin lalu menyebabkan saraf melepaskan bahan kimia yang bertanggungjawab menyebabkan anda berasa sakit. Di antara simptom migrain ialah:\n\nTerdapat pelbagai punca sakit kepala jenis migrain. Di antaranya ialah:\n\nSakit kepala tegang adalah jenis sakit kepala yang\u00a0paling kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Seperti migrain, punca sebenarnya masih belum dapat dikenal pasti namun ia sering dikaitkan dengan pengetatan pada otot di kulit kepala dan leher. \n\nSakit kepala tegang akan menyebabkan kesakitan pada seluruh kepala. Tahap kesakitannya adalah ringan atau sederhana dan kesakitan yang dialami sering digambarkan seperti ada tali ketat diikat di sekeliling kepala. Pesakit juga akan mengalami ketegangan pada dahi, tepi, dan belakang kepala dan dalam masa yang sama akan berasa sakit pada otot leher, bahu dan kulit kepala. \n\nSakit kepala jenis ini akan menjadi semakin teruk jika pesakit tersebut:\n\nSakit kepala kluster merupakan jenis sakit kepala primer yang\u00a0paling parah dan menyakitkan. Ia kerap menyerang lelaki muda yang berada dalam lingkungan umur\u00a020 sehingga 40 tahun. Penyebab sebenarnya masih belum berjaya diketahui namun biasanya ia akan berlaku apabila laluan saraf trigeminal di muka diaktifkan. Ciri-ciri sakit kepala kluster adalah seperti berikut:\n\nSakit kepala kluster juga akan diiringi oleh simptom lain seperti:\n\nSakit kepala sekunder adalah jenis sakit kepala yang kedua. Ia biasanya berlaku disebabkan oleh penyakit dan masalah kesihatan yang lain seperti:\n\nItulah dia punca sakit kepala yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang\u00a0punca\u00a0telinga\u00a0berdesing dan punca\u00a0mulut\u00a0berbau"
"Semua orang pernah mengalami masalah perut buncit sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Namun masalah tersebut berpunca daripada tidak mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Oleh sebab itu, perut menjadi buncit dan agak sukar untuk mengempiskannya semula.\n\nTetapi lain pula kes wanita yang sudah berkahwin dan bekerjaya. Perut mereka akan menjadi buncit atas faktor-faktor yang tertentu. Wanita mempunyai 5 jenis perut buncit. Apakah jenis-jenisnya ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta mengenai 5 jenis perut buncit yang dialami oleh wanita. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n5 Jenis perut buncit yang dialami oleh wanita\n\nSelepas tiga bulan bersalin, perut anda akan masih kelihatan seperti anda hamil. Bahagian perut akan kendur, menggelebe dan juga tiada bentuk. Hal ini disebkan otot-otot terbahagi yang menyebabakan rahim dan perut anda melebar ikut perkembangan bayi.\n\nPerkara ini dapat diatasi secara semulajadi dan memakan masa lima hingga tujuh bulan sebelum peut anda kembali seperti biasa.\n\n2. Perut Stress ( Stress Tummy )\n\nStress juga menyebabkan perut buncit. Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini. Buncit jenis ini hanya menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai ke bawah perut. Menurut Dr Marilyn Glnevile penulis Fat Around the Middle, penyebab masalah ini adalah seseorang itu berada dalam situasi stress.\n\nAtasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.\n\n3. Perut Kembung ( Bloated Tummy )\n\nBentuk perut seperti ini adalah jenis yang menggelembung. Kebiasannya pada pagi hari perut kempis tapi mengembang selepas makan. Walaupun perut mereka membesar tapi berat badan tidak berubah. Sebab utamanya adalah angin. Ketika makanan yang dimakan menuju ke usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas.\n\nMasalah ini dapat diatasi dengan hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan.\n\n4. Perut Tiroid ( Thyroid Tummy )\n\nPerut tiroid adalah disebabkan kalenjar berbentuk kupu \u2013 kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Kalenjar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi dia juga membuatkan bahagian lain kelihatan membengkak.\n\nTanda-tanda tiroid yang anda harus awasi adalah mudah penat, metabolisma lambat, dan kaki sejuk. Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan.\n\n5. Perut Pir ( Pear Tummy )\n\nPerut seperti ini dimiliki oleh orang yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dengan lemak yang berlebihan di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.\n\nPerut Pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.\n\n*Berikut adalah 5 jenis perut buncit yang dialami oleh wanita zaman sekarang. Masalah perut buncit boleh dielak jika rajin bersenam dan elakkan pemakanan yang minyak berlebihan. Perbanyakkan makan sayur-sayuran yang segar. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pasti anda teruja mengetahui bahawa serum untuk kulit berminyak biasanya diperbuat daripada beberapa bahan yang berasaskan vitamin dan bahan pelembab kulit. \n\nSecara umumnya, serum digunakan secara sapuan pada luaran kulit muka pada waktu malam. Harganya pula bergantung atas kualiti produk serum yang dikeluarkan.\n\nSerum sering kali mengandungi beberapa bahan aktif terbaik untuk kulit wajah. Ia mempunyai kepekatan bahan aktif yang tinggi seperti asid amino, antioksidan, vitamin, pencerah kulit dan sebagainya. \n\nSemua keperluan untuk mengekalkan kecantikan wajah terdapat dalam serum termasuk vitamin dan antioksidan yang berfungsi untuk meresap ke dalam pangkal kulit lebih jauh, lebih cepat, lebih mudah dibandingkan dengan cecair pelembap biasa.\u00a0\n\nKekuatan serum menembusi jauh ke pangkal kulit berfungsi lebih tinggi 10 kali ganda berbanding krim muka biasa. Sekiranya anda mengalami masalah kulit berminyak, jom kami kongsikan antara serum terbaik untuk kulit berminyak.\n\n1. Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop\n\nSerum ini mengandungi 5% asid askorbik semula jadi yang dipercayai dapat menenangkan kulit wajah yang sensitif, ia telah diproses dengan teknologi terkini bagi semua masalah jenis kulit termasuklah kulit yang berjerawat. \n\nSerum terbaik untuk kulit berminyak ini juga dapat mencegah jerawat dengan mengecutkan parut jerawat sehingga kering dan tidak menyebabkan kerengsaan. \n\nSelain itu, ia juga dapat meratakan tona warna kulit wajah dan menghilangkan parut untuk hasil kulit yang lebih cerah, anjal, licin dan bersih.\n\n2. Pyungkang Yul Cosmetic Moisture Serum\n\nSerum terbaik untuk kulit berminyak ini dapat mengekalkan keseimbangan minyak dan kelembapan kulit dan mencegah kulit kering sehinggakan kulit tidak menghasilkan minyak secara berlebihan.\n\nSerum ini juga sesuai untuk pengguna kulit sensitif kerana terdapatnya ekstrak akar Barberry dan minyak zaitun.\n\nSerum ini bertindak semasa anda tidur sebagai pembuang sel-sel kulit mati untuk menampakkan lapisan baru yang lebih cerah, gebu, elastik dan licin pada keesokan harinya. \n\nSekiranya serum ini digunakan sebagai rutin harian, ianya dapat mengurangkan garis-garis halus, bintik hitam dan jeragat.\n\n4. Farsali Skin Tune Blur Serum\n\nSerum ini terkenal dalam kalangan \u2018influencer kecantikan\u2019 media sosial kerana menjanjikan tekstur kulit lembut dalam sekelip mata. Ia juga dikatakan akan memberikan hasil yang lebih halus dan lembut seperti memakai bedak foudation dengan kemasan matte. \n\nVitamin C dalam serum terbaik untuk kulit berminyak ini juga dapat mencerahkan dan meratakan tona warna kulit yang tidak sekata.\n\n5. Estee Lauder Advanced Night Repair Recovery Complex\n\nSerum muka ajaib ini harus dijadikan rutin pada waktu malam untuk memperbaiki kulit matang secara drastik bagi mengurangkan kesan penuaan. Pastinya ia khas untuk anda yang mahukan kulit yang sentiasa kekal muda. \n\nMenariknya, serum ini dapat memperbaiki kulit wajah anda ketika tidur dengan teknologi eksklusif ChronoluxCB. Dengan mengamalkan serum ini, kulit anda kelihatan lebih licin, muda, berseri dan anjal.\n\n6. The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution\n\nTidak hairanlah serum The Ordinary kini melambung tinggi harganya kerana produknya sangat berkesan dengan harga yang berpatutan. Ia menawarkan rawatan untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak yang mudah terdedah kepada jerawat.\n\nSerum terbaik untuk kulit berminyak ini lengkap dengan formula Asid Salisilik yang terbukti dapat merawat kulit yang berjerawat. Ia juga dapat mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan yang merupakan penyebab utama kulit berminyak.\n\n7. Wardah C-defense With Vitamin C Serum\n\nWadah C-Defense With Vitamin C serum ini bukan hanya sesuai untuk kulit berminyak tetapi ianya juga dapat mengekalkan kecerahan, struktur, tekstur dan kelembapan kulit. \n\nSelain itu, serum ini juga dapat membantu melindungi kulit dari pencemaran bahan radikal yang akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan menghasilkan minyak yang berlebihan.\n\nSerum ini sememangnya sesuai untuk kegunaan harian khususnya untuk kulit sensitif dan mempunyai alahan. Ia juga sesuai dijadikan asas solekan untuk kulit yang tampak cerah tanpa kemerahan. \n\nProduk ini diperkaya dengan teknologi PEA dan Biomimik yang kompleks yang membantu melegakan kulit sensitif dengan lembut dan halus.\n\n9. The Body Shop Tea Tree Anti-Imperfection Daily Solution\n\nSerum The Body Shop Tea Tree Anti-Imperfection Daily Solution yang merupakan serum terbaik untuk kulit berminyak ini dapat mengatasi cela wajah dan memperbaiki keadaan kulit secara keseluruhannya. \n\nIa diformulasikan dengan ekstrak daun pokok teh secara semulajadi ini dapat membersihkan, melicinkan dan melegakan keradangan kulit dengan mencegah pengeluaran minyak dan sebum yang berlebihan yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.\n\nSerum SK-II Genoptics Aura Essence ini dihasilkan oleh gabungan PITERA & GenOptics Aura Complex yang dapat membantu menghilangkan bintik hitam dan parut halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. \n\nKesan dengan mengamalkan serum ini adalah kulit akan menjadi berseri, bersinar dan tampak lebih sempurna. Serum ini cukup baik sehinggakan hanya satu titis sahaja sudah cukup untuk memberi 1001 kebaikan kepada kulit anda.\n\n11. Garnier Light Complete Anti Spot White Serum\n\nSerum Garnier Light Complete Anti Spot White Serum ini merupakan serum pelbagai fungsi yang dapat melembapkan, menghilangkan bintik hitam, pigmentasi, parut jerawat dan tona yang tidak sekata. \n\nDiformulasikan dengan ekstrak buah lemon dan asid Salisilik, serum ini lebih mudah diserap oleh kulit dan tidak berminyak. Ia mempunyai perlindungan UVA atau UVB yang sesuai untuk remaja aktif yang sering mengalami kulit berminyak, jerawat dan dapat mengelakkan selaran cahaya matahari.\n\nItulah antara serum terbaik untuk kulit berminyak yang sesuai untuk anda cuba. Jom baca juga Scrub badan terbaik,\u00a0set berpantang,\u00a0lip balm terbaik\u00a0dan\u00a0toner terbaik untuk kulit kering.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"\u201cAduh, tak selesa betul dibuatnya. Dengan hingus mengalir tak henti sampai tersumbat hidung dibuatnya, sakit tekak pula sekarang.\u201d\n\nPernahkah anda berada dalam situasi macam ni? Rasanya semua manusia pernah kena selsema tak kira bayi, kanak-kanak hinggalah orang tua. Bila diserang selsema, memang stres dibuatnya. Semua serba tak kena.\n\nMakanan pun terasa tawar. Tekak rasa pedih dan perit sampai hilang selera makan. Lubang hidung tersumbat macam ada batu penghadang. Kadang-kadang, badan pun mula rasa tak sedap macam nak demam.\n\nWalaupun masalah selsema merupakan perkara biasa bagi kita, namun ia boleh dielakkan. Oleh itu dalam artikel ni, akan menyentuh tentang topik selsema dari aspek punca dan cara rawatan yang sesuai. Jom baca!\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selsema ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus pada bahagian hidung dan tekak. Selsema merupakan penyakit yang mudah dan sering menyerang manusia di seluruh dunia.\n\nSecara terperinci, selsema atau flu merupakan jangkitan pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract infection). Selain hidung dan tekak, ia juga boleh menjejaskan tiub eustachian, trakea, farinks, larinks dan tiub bronkus.\n\nTerdapat beberapa punca yang menyebabkan kita dijangkiti selsema, iaitu:\n\nPenyebab utama penyakit ni ialah virus. Dikatakan bahawa terdapat lebih 200 virus yang boleh menyebabkan selsema. Yang paling kerap mengakibatkan selsema ialah jangkitan rhinovirus dan coronavirus.\n\nSelsema boleh dijangkiti apabila virus merebak melalui titisan air yang tersebar. Apabila orang yang telah dijangkiti virus bersin, batuk atau menyentuh sesuatu objek, kita juga boleh dijangkiti jika terkena titisan air tu.\n\nSelain dijangkiti melalui pesakit, kita juga boleh diserang selsema disebabkan reaksi alahan atau alergik. Misalnya daripada bulu haiwan, habuk, asap, debunga dan wangian.\n\nCuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh mengakibatkan selsema bagi sesetengah orang.\n\nImun badan yang rendah akan melemahkan pertahanan badan. Ini menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh virus atau bakteria.\n\nSebelum dijangkiti selsema, terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh dikenal pasti. Ibu bapa bolehlah pantau anak-anak kecil jika ada ciri-ciri di bawah ini, iaitu:\n\nApabila diserang selsema, tanda paling awal ialah kerongkong mula menjadi kering dan perit, badan menjadi lemah dan berasa seram sejuk.\n\nBiasanya cecair berwarna jernih akan keluar dari hidung (runny nose). Kemudian, mukus (hingus) yang lebih pekat dan likat juga akan keluar.\n\nDisebabkan berlaku keradangan dan pembengkakan saluran darah, hidung akan mudah tersumbat. Ini akan menyebabkan penyempitan saluran hidung dan pengeluaran hingus akan menyebabkan kita bersin.\n\nApabila berlaku keradangan di farinks iaitu rongga yang terletak di belakang mulut, kita akan mengalami batuk. Pada awalnya, batuk biasanya kering dan tak berkahak. Jika kongesi bronkus menjadi teruk, akan kerap batuk dan berkahak.\n\nApabila suhu badan meningkat, kita boleh diserang demam yang menyebabkan badan bertambah lemah. Selain itu, kita akan hilang selera makan dan ada juga kanak-kanak yang muntah apabila batuk.\n\nApabila mukus terhasil di belakang gegendang telinga, ia akan menyebabkan sakit telinga dan pendengaran juga boleh terganggu. Malahan, deria rasa dan bau juga berkurangan.\n\nApabila berlaku keradangan dan kongesi di bahagian saluran hidung dan sinus, kita akan mengalami sakit kepala.\n\nSebenarnya selsema boleh baik dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan khusus. Namun untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan komplikasi pada pesakit dan orang lain, rawatan boleh dilakukan.\n\nAnda boleh ke klinik, hospital atau farmasi untuk mendapatkan ubat-ubatan berdasarkan gejala yang dialami.\n\na. Dekongestan \u2013 Fungsinya untuk membuka laluan dan melegakan hidung yang tersumbat akibat pengeluaran mukus. Ubat seperti phenylephrine dan oxymetazoline dapat membantu memudahkan pernafasan.\n\nb. Penahan batuk \u2013 Untuk merawat batuk yang kering dan tak berkahak, ubat dextromethorphan akan diberikan. Ia dapat menghentikan batuk.\n\nc. Ekspektoran \u2013 Bagi merawat batuk berkahak pula ubat guaifenesin akan diberikan. Ia dapat membuka laluan hidung tersumbat dengan mencairkan dan mengeluarkan kahak.\n\nd. Agen mukolitik \u2013 Apabila terlalu banyak mukus atau hingus, ubat bromhexine akan diberikan. Ia dapat mengeluarkan hingus yang banyak.\n\ne. Antialahan \u2013 Gejala seperti bersin, gatal dan hidung berair boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat loratadine dan tiprolidine.\n\nf. Antipiretik \u2013 Apabila diserang sakit kepala dan demam, ubat ibuprofen dan acetaminophen dapat melegakan kesakitan.\n\ng. Ubat-ubat lain \u2013 Jika tidur dan rehat terganggu disebabkan batuk dan sebagainya, ubat diphenhydramine akan diberikan.\n\nSelain itu, beberapa langkah awal juga perlu diambil supaya jangkitan selsema dapat dicegah iaitu:\n\na. Kita perlu menjaga kebersihan diri terutamanya membasuh tangan dengan bersih, menutup mulut ketika batuk dan bersin.\n\nb. Jika bersin, pastikan lap hidung dan mulut menggunakan tisu pakai buang. Jangan pula buang di merata tempat!\n\nc. Jauhi tempat awam jika ada jangkitan virus yang berleluasa.\n\nd. Amalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat, bersenam dan tidak merokok dan jauhi minuman beralkohol.\n\ne. Minum air kosong yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Malahan, anda digalakkan untuk minum jus buah-buahan dapat kekalkan hidrasi badan.\n\nSelain dapatkan rawatan doktor, anda juga boleh mencuba petua-petua tradisional yang tak kurang hebatnya. Bahan-bahan yang digunakan semula jadi, mudah didapati dan murah saja.\n\na. Apa kata anda cuba minum air teh lemon. Lemon yang kaya dengan vitamin C sangat berkesan untuk mengubati selsema. Caranya buat air teh seperti biasa, perahkan setengah biji lemon. Tak perlu masukkan gula dan boleh digantikan dengan madu asli.\n\nb. Tumbuk sedikit bawang merah. Ambil jusnya dan dicampurkan dengan minyak angin. Sapukan pada dada, belakang badan dan hidung. Jangan sapu banyak-banyak pula!\n\nc. Bagi yang tiada selera makan, anda boleh makan nasi dengan sup ayam yang panas. Selain rasanya enak, ia dapat mengurangkan jangkitan pernafasan dan menguatkan imun. Jangan lupa tambahkan sayur-sayuran untuk mendapatkan khasiat yang tinggi.\n\nd. Halia dikatakan dapat mengurangkan rasa nak muntah, memanaskan badan dan mengubati selsema. Caranya ialah sedikit halia dan masukkan ke dalam air yang sedikit panas. Anda juga boleh mencampurkannya dalam teh lemon.\n\nItu saja perkongsian penulis tentang topik jangkitan selsema. Diharapkan artikel ni dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Jangan lupa kongsikan ilmu yang bermanfaat ni kepada orang lain. Jemput juga baca tentang sopak dan nyanyuk"
"Deria sentuhan merupakan salah satu daripada deria penting manusia. Ianya perlu dirangsang sejak bayi lagi agar mereka dapat bertindak balas seiring dengan rangsangan yag diberikan.\n\nMungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk membantu perkembangan deria sentuhan anak sejak mereka bayi lagi?\n\nIkuti perkongsian Puan Mahfuzah Zainol yang merupakan seorang \u2018Occupational Therapist\u2019 tentang 4 jenis \u2018tactile play\u2019 yang dapat membantu perkembangan deria sentuhan anak. Kesemua ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa semasa bermain dengan anak-anak.\n\nDeria sentuhan sangat penting kepada diri kita semua kerana kita pasti menggunakan deria sentuhan kita dalam kehidupan seharian. Salah satu \u2018sensory play\u2019 yang sangat baik dalam membantu perkembangan deria sentuhan bayi serta kanak-kanak adalah dengan kaedah \u2018tactile play\u2019.\n\n\u2018Tactile is all about TOUCH and TEXTURE\u2019. Melalui \u2018tactile play\u2019, anak dapat bermain dengan cara menyentuh pelbagai jenis tekstur yang wujud di persekitaran mereka.\n\nAdalah sangat penting untuk kita mempelbagaikan tekstur untuk disentuh oleh anak sejak mereka bayi lagi. Pendedahan pelbagai tekstur sebegini membolehkan otak (cognitive ability) mereka belajar untuk \u2018adapt\u2019 dengan kepelbagaian tekstur di sekeliling mereka.\n\nBerikut merupakan 4 jenis \u2018tactile play\u2019 yang dapat membantu perkembangan deria sentuhan anak serta boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa semasa bermain dengan anak-anak.\n\n\u2018Dry texture\u2019 iaitu sebarang bahan yang mempunyai tekstur yang kering boleh dijadikan permainan buat anak-anak.\n\nContohnya seperti pasir, garam, pasta kering, beras, bola, daun, kacang hijau, rumput dan sebagainya yang mempunyai tekstur yang kering.\n\nPelbagaikan cara anak bermain sama ada bermain dengan bahan-bahan tersebut sahaja, bermain masak-masak atau mungkin bermain \u2018treasure hunt\u2019 iaitu mencari barang permainan tersembunyi di dalam bahan-bahan tersebut.\n\nBahan-bahan yang basah yang berada di sekeliling kita juga boleh dimainkan oleh anak-anak yang mana ianya dipanggil \u2018messy play\u2019. Walaupun hasil daripada bermain ini kelak adalah \u2018messy\u2019, ia tetap menjanjikan keseronokan buat anak-anak.\n\nContoh \u2018messy play\u2019 yang boleh dilakukan adalah bermain dengan air, jeli, sabun, lumpur, \u2018finger paint\u2019, \u2018shaving cream\u2019, lumpur, dan lain-lain bahan yang basah. Untuk menjadikannya lebih menarik lagi, ibu dan ayah boleh menambah pewarna ke dalam bahan-bahan yang tidak mempunyai warna mengikut kesesuaian.\n\nDengan cara ini, anak-anak bukan sahaja dapat mempelajari tentang tekstur sesuatu bahan itu, malah turut belajar tentang warna serta sebab dan akibat (cause and effect) apabila pewarna dicampur ke dalam bahan-bahan tadi.\n\n\u2018In-between texture\u2019 adalah bahan yang mempunyai tekstur antara tekstur basah dan kering. Bahan-bahan tersebut adalah bahan yang agak lembap, tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering.\n\nContoh \u2018in between texture\u2019 ini adalah seperti plastisin, clay, \u2018theraputty\u2019, pasta yang basah, dan lain-lain bahan yang mempunyai tekstur separa basah.\n\nSama seperti \u2018dry texture\u2019 dan \u2018messy play\u2019, jadikan ia suatu permainan yang kreatif dan menarik buat anak-anak agar mereka dapat belajar banyak perkara daripada \u2018tactile play\u2019\u00a0jenis \u2018in between texture\u2019 sebegini.\n\n\u2018Tactile play\u2019 tidak terhad kepada aktiviti bermain dengan bahan-bahan seperti yang disebutkan seperti di atas sahaja.\n\nIanya juga termasuk melakukan aktiviti yang melibatkan \u2018deep pressure touch\u2019 seperti menggunakan bantal lembut, \u2018weighted vest\u2019, \u2018cuddle swing\u2019, \u2018blanket\u2019, dan lain-lain item yang dapat memberi input sentuhan serta tekanan pada kulit anak-anak.\n\nSelain membantu perkembangan deria sentuhan anak-anak, antara kelebihan \u2018deep pressure touch\u2019 ini adalah meningkatkan \u2018body awareness\u2019 dalam diri mereka.\n\nLET\u2019S ENJOY TACTILE PLAY WITH OUR KIDS!\n\nWalau apa jua aktiviti berkaitan \u2018tactile play\u2019 yang dilakukan bersama anak-anak, wujudkan keseronokan dan kegembiraan di situ. Rakamkan gambar atau video agar ia dapat dimbas kembali sebagai detik-detik indah dan bermakna bersama anak.\n\nSemoga maklumat berkenaan \u2018tactile play\u2019 ini dapat dipraktikkan oleh kita semua sebagai ibu ayah dalam membantu perkembangan deria sentuhan anak-anak.\n\nLet\u2019s enjoy tactile play with our kids!\n\n*Sumber 4 jenis \u2018tactile play\u2019 ini adalah hasil perkongsian Puan Mahfuzah Zainol melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau."
"Sama ada kita seorang majikan ataupu pekerja masing-masing bertanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan yang diterima mengikut kepada kadar pendapatan dan jenis sumber yang diterima. Fungsi cukai ini sebenarnya bertujuan untuk membantu dalam pembangunan negara dari pelbagai inisiatif dan sektor di Malaysia. Artikek pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda cara isi e-Filing dengan mudah secara dalam online sahaja. \n\nIndividu yang sepatutnya bayar cukai ini ditentukan dari jumlah pendapatan mereka sendiri. Setiap bulan, kita menerima gaji dan slip gaji. Mereka yang mempunyai kriteria di bawah perlu membayar cukai:\n\nSetiap perkara yang kita lakukan pastinya akan mendatangkan sama ada kebaikan atau keburukan kepada diri kita sendiri. Begitu juga dengan halnya cukai. Tiga perkara utama yang selalu terjadi kepada individu yang cukup kriteria tetapi tidak mahu membayar cukai adalah dikenakan penalti 10%, dikenakan tindakan makhamah, dan lebih teruk tidak dibenarkan untuk keluar negara sama sekali.\n\nHari ini tidak perlu susah payah pergi LHDN, ambil nombor beratur, dan berurusan dengan kaunter lagi. Kita boleh bayar cukai ini dari akses internet secara atas talian dengan mudah walau dimana sahaja contohnya menggunakan sistem e-Filing.\n\nCara isi e-Filing adalah cara terkini untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara atas talian melalui laman web LHDN. Sungguhpun borang manual masih berjalan seperti biasa tetapi e-Filing lebih digalakkan kerana berkonsepkan mudah, ringkas, praktikal, dan selamat digunakan.\n\nBuat yang pertama kali mahu menggunakan sistem e-Filing, anda perlu mengisi dan mendaftar ezHasil dahulu sebelum menggunakan sistem tersebut.\n\n1. Pergi ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan.\n\n2. Buat pemohonan nombor pin individu untuk login pertama kali.\n\n3. Kemudian, masuk ke pautan ini https://ez.hasil.gov.my/CI/\n\n4. Masukkan nombor pin yang diperoleh berserta nombor kad pengenalan juga.\n\n5. Klik hantar. Anda selesai untuk mendaftar buat kali pertama ke dalam sistem ini.\n\nApakah proses yang berlaku dalam sistem e-Filing?\n\n1. Pastikan sebelum mengisi borang e-Filing, sistem ezHasil anda sudah berfungsi dengan baik.\n\n2. Jika berjaya, barulah log in ke sistem ezHasil.\n\n3. Pergi ke bahagian menu e-Filing dan klik pada pautan butang e-Borang untuk pengisian borang selanjutnya.\n\n4. Kemudian, pilih juga jenis borang yang anda mahu isi pada skrin e-Borang dan tahun taksiran yang dimahukan.\n\nBerikut adalah senarai e-Borang yang dimaksudkan beserta individu yang perlu mengisi:\n\nSecara umumnya, cara isi e-Filing ini mengandungi beberapa bahagian penting dan wajib diisi. Empat bahagian penting itu adalah:\n\n1. Paparan pertama, anda akan dikehendaki untuk mengisi bahagian maklumat individu. Butiran seperti nama, warganegara, jantina, tarikh lahir, status, jenis taksiran, e-mail, dan nombor telifon bimbit adalah antara maklumat yang wajib diisi oleh kerana ia bertanda (*).\n\n2. Borang ini didatangkan dengan versi dwibahasa. Anda boleh kilik pada nota penerangan untuk dapatkan penerangan berkaitan borang yang diisi sama ada dalam versi Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.\n\n3. Selesai mengisi maklumat individu, klik simpan dan tekan pada tab seterusnya untuk ke halaman baru.\n\nBahagian pendapatan berkanun, jumlah pendapatan dan pendapatan tahun kebelakangan yang belum lagi dilaporkan\n\n1. Paparan kedua, anda dikehendaki untuk mengisi pula maklumat berkaitan pendapatan (gaji).\n\n2. Isi maklumat yang berkaitan dengan lengkap dan tepat untuk mengelakkan berlaku pencanggahan maklumat nanti.\n\nBahagian pelepasan cukai / rebat / pelepasan / tolakan cukai\n\n1. Paparan ketiga, anda dikehendaki isi segala maklumat yang berkaitan dengan pelepasan cukai seperti hutang, tanggungan, faedah pinjaman, dan sebagainya.\n\n2. Setiap butiran ada disertakan sekali dengan simbol (i) untuk memudahkan anda sekiranya memerlukan penerangan yang jelas sebelum mengisi.\n\n1. Paparan keempat, rumusan cukai akan dipaparkan.\n\n2. Anda boleh lihat, sistem akan memaparkan jumlah \u201cLebihan Bayaran\u201d atau \u201cBaki Cukai Kena Dibayar\u201d.\n\n3. Jangan lupa untuk buat semakan sekali lagi segala butiran yang telah diisi tadi untuk mengelakkan sebarang pembetulan atau ralat.\n\n4. Setelah berpuas hati, klik pada butang teruskan untuk menghantar pengisytiharaan borang.\n\n5. Selesai melengkapkan kesemua empat halaman borang tersebut, anda perlu ke bahagian akuan untuk menghantar borang tersebut. Anda juga boleh memilih untuk:\n\n6. Bagi tujuan menandatangani dan hantar borang, anda dikehendaki untuk mengisi nombor kad pengenalan dan kata laluan dengan tepat seperti yang sudah ditetapkan sebelum ini.\n\n7. Tahniah, e-Borang telah berjaya dihantar. Untuk tujuan bukti dan dokumentasi, anda juga boleh menyimpan dengan mencetak slip pengesahan penerimaan borang dan salinan e-Borang dari pilihan menu yang disediakan.\n\nManual PDF panduan mengisi borang e-Filling\n\nJika anda inginkan panduan cara isi borang ini dengan lebih terperinci khususnya bagi yang pertama kali mengisi, anda juga boleh memuat naik panduan dari pautan di bawah:\n\nSemoga panduan ini memberikan anda informasi yang bermanfaat khususnya kepada mereka yang pertama kali mahu membayar cukai atau pertama kali menggunakan sistem pembayaran cukai dari atas talian.\n\nSelain artikel berkenaan dengan cara isi e-Filing ini, anda boleh juga baca perkongsian artikel kami yang lain seperti:"
"Mendengar sahaja nama tikus atau terdengar bunyinya mendecit, pasti terasa geli-gelaman dan bulu roma tegak meremang. Haiwan yang bersaiz kecil ini sememangnya sangat berbahaya kerana boleh membawa penyakit.\n\nTikus dikategorikan sebagai haiwan perosak yang ditakuti oleh sesiapa sahaja sama ada di rumah, premis perniagaan atau di mana-mana sahaja. Apabila kita pergi ke sebuah restoran untuk menjamu selera, ternampak pula seekor tikus berlari lintang-pukang.\n\nPasti putus selera makan dibuatnya. Kita akan beranggapan kedai makan itu tidak bersih kerana itulah haiwan ini bebas berlari ke sana ke mari. Apabila banyak tikus di rumah, ia akan merosakkan harta benda seperti almari, pakaian dan buku.\n\nMalahan, ia juga akan menggigit wayar elektrik hingga merosakkan peralatan rumah. Menyelongkar sampah yang dibuang sehingga bersepah-sepah. Yang paling tidak boleh tahan ia bau air kencing dan najisnya.\n\nJika dibiarkan tikus boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan manusia. Tikus membawa penyakit berbahaya iaitu penyakit kencing tikus atau leptospirosis. Penyakit ini boleh membawa maut.\n\nUntuk menghalau tikus dari rumah bukan perkara mudah. Ia bukan seperti cicak, lipas atau lalat yang mudah dilihat. Tikus akan membuat \u2018kerja\u2019 pada waktu malam. Ketika semua orang tidur atau ketika tiada orang di rumah. Apabila ternampak manusia, ia pantas melarikan diri.\n\nOleh itu, dalam artikel ini penulis akan kongsikan cara halau tikus secara berkesan dan efektif. Jadi sesiapa yang ada masalah tikus yang beranak pinak di rumah atau di mana-mana sahaja, anda patut membaca artikel ini sehingga habis.\n\nPetua paling mudah dan berkesan ialah membela kucing. Haiwan yang seekor ini pantang ternampak tikus, habis diterkamnya nanti. Kita tidak perlu mengeluarkan tenaga yang banyak kerana kucing anda itu akan membuat kerja menghalau itu.\n\nKucing boleh menghidu bau tikus dan begitu juga sebaliknya. Lama-kelamaan, tikus tidak akan berani lagi menjadikan rumah anda tempat kediaman kegemaran mereka lagi kerana ada sang musuh yang sentiasa memerhati.\n\nAmbil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di sarang tikus. Gantikan daun-daun yang baharu selepas 2 atau 3 hari. Boleh letakkan di mana-mana sahaja \u00a0tempat yang menjadi kawasan kegemaran si tikus.\n\nKita sedap-sedap makan durian, ada pula makhluk lain yang benci bau itu. Bagus juga, jangan dibuang kulit durian. Potong kulit durian pada saiz yang lebih kecil dan diletakkan di kawasan yang menjadi kegemaran tikus.\n\nSelain benci bau durian, tikus juga takut melihat kulit durian yang tajam-tajam itu. Ia akan takut untuk menghampiri kawasan itu lagi.\n\nDaun pandan yang berbau wangi ini rupa-rupanya dibenci oleh tikus. Ambil beberapa helai daun pandan, simpulkan atau potong kecil-kecil. Letakkan di kawasan yang menjadi laluan keluar masuk tikus. Bonusnya, rumah pun berbau segar dan harum.\n\nSelepas membuat teh, uncangnya jangan dibuang. Anda boleh jadikan uncang teh terpakai itu sebagai umpan untuk menghalau tikus yang bermaharajalela di rumah. Caranya ialah gantungkan pada kawasan yang selalu tikus lalu.\n\nSelain tikus yang tidak suka bau teh, labah-labah pun benci baunya. Bagus juga halau 2 haiwan dalam 1 masa.\n\nJika anda ada menanam pokok serai wangi, bolehlah gunakannya untuk menghalau tikus. Penggunaan serai wangi dikatakan salah 1 cara paling mujarab untuk menghalau tikus.\n\nKini, terdapat pelbagai jenis produk yang direka khas untuk menghalau tikus menggunakan serai wangi. Ada yang berbentuk semburan, serbuk dan sebagainya. Kalau tiada pokok serai wangi, beli sahaja alat semburan.\n\nAmbil sedikit cuka dan titiskan ke dalam bekas kecil yang berisi air. Pastikan bau cuka itu menusuk. Sentiasa tambah cuka apabila baunya semakin kurang. Letakkan di stor, dapur, berdekatan almari pakaian dan sebagainya.\n\nSerbuk lada hitam juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Baunya yang kuat, panas dan tajam itu amat dibenci oleh tikus. Taburkan di kawasan laluan tikus.\n\nSeperti juga durian, pokok daun semalu ditakuti tikus kerana ia merupakan pokok berduri. Caranya ialah tanam pokok semalu di kawasan yang menjadi laluannya masuk ke dalam rumah. Biasanya belakang rumah berdekatan dapur dan stor.\n\nJika pening cara nak halau tikus dari rumah, anda boleh membeli gam atau pelekat khas untuk memerangkap tikus. Caranya ialah letakkan pelekat tersebut di kawasan kegemaran tikus.\n\nJika tikus berjalan di atas pelekat tersebut, kakinya akan melekat dan tidak boleh melepaskan diri. Oleh itu, rajinlah memeriksa pelekat tersebut. Takut nanti bau bangkai tikus memenuhi satu rumah.\n\nBau buah mengkudu yang menyengat amat tidak disukai oleh tikus. Jika anda dapat cari buah mengkudu yang hampir masak lebih baik kerana baunya lebih kuat. Letakkan potongan atau sebiji buah pun boleh di kawasan laluan tikus.\n\nBau daun atau minyak pudina yang berangin akan dijauhi oleh tikus. Oleh itu, anda boleh meletakkan seikat kecil daun pudina yang diramas-ramas atau titikkan minyaknya. Selain menghalau tikus, baunya juga menyegarkan rumah.\n\nAmbil beberapa biji kapur barus dan letakkan di dalam almari, celahan lubang atau mana-mana sahaja tempat yang banyak najis tikus. Bau kapur barus juga dikatakan tidak disukai oleh tikus.\n\nRamai yang suka makan jering atau petai untuk menambahkan lagi selera. Namun, baunya yang kuat tidak pula disukai oleh tikus. Oleh itu, anda boleh meletakkan beberapa biji jering atau petai untuk menghalau tikus. Malahan, kulitnya juga boleh diletakkan sekali.\n\nDiharapkan perkongsian ini dapat membantu ramai orang yang mempunyai masalah tikus di rumah. Ada orang-orang tua yang mengatakan tikus ialah haiwan yang bijak. Oleh itu, jangan hanya mencuba 1 petua yang sama sahaja. Anda boleh menukar-nukar petua di atas.\n\nSemoga artikel cara halau tikus ini bermanfaat. Jemput juga baca artikel cara membuat bawang goreng dan jangkitan kencing tikus"
"Terdapat pelbagai jenis kek yang menjadi kegemaran orang ramai. Antaranya kek minyak, kek span, kek cheese, kek buah, kek batik dan sebagainya. Cara nak buat pun tak susah. Hanya campurkan bahan-bahan yang diperlukan dan dibiarkan di dalam peti sejuk. \n\nJadi untuk entri kali ini jom kita fokus kepada menu atau resepi kek batik. Resepi kek lain? Jangan risau, sekiranya inginkan resepi kek mudah dan sedap yang lain, ada disertakan link atau pautan di akhir entri ataupun anda boleh jer taip di bahagian carian resepi kek.\n\nBerbalik kepada kek batik tadi, resepi yang kami kongsikan ini merupakan resepi dari Tuan Adriana Arissa yang mendapat perkongsian ramai di laman Facebook. Cara yang diberikan amat mudah dan senang untuk diikuti. Jom ikuti resepi beliau. Selamat mencuba.\n\n**Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.\n\n1. Masak butter sampai cair, masak kek batik guna api kecil. Kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.\u00a02. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat2 supaya tak berketul.\u00a03. Kemudian, masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar sekata.\u00a04. Akhir sekali masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat.\u00a0Boleh tutup api.\u00a05. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bagi biskut tak melekat dan senang tarik keluar) dan tekan padat.\u00a06. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4 jam atau lebih sebelum di potong.\u00a07. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.\n\n**Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna untuk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je kan.\n\nSelain resepi Kek Batik ini, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ibu mana yang tidak menginginkan anak membesar dan berkembang dengan baik seperti anak-anak normal yang lain. \n\nSetiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ibu mana yang tidak menginginkan anak membesar dan berkembang dengan baik seperti anak-anak normal yang lain. \n\nNamun adakalanya Allah menguji kita dengan perkembangan anak yang agak lambat daripada biasa, dan mungkin juga ditakdirkan anak anda lambat bercakap.\n\nApakah yang dimaksudkan anak lambat bercakap? Bila anak anda sepatutnya mula bercakap?\n\nAnak lambat bercakap bermaksud anak anda lambat bercakap berbanding rakan sebaya yang lain. Anda boleh memerhatikan anak anda semasa bergaul dengan rakan sebaya di taska, tadika, atau semasa berkumpul dengan sepupu-sepapatnya. \n\nPerhatikan sama ada anak anda dan rakan sebayanya berada pada tahap lebih kurang yang sama dari segi kemampuan untuk bertutur dan berinteraksi dengan orang lain.\n\nJika anda perasan anak anda agak ketinggalan dari segi perkembangan bahasa dan kebolehan untuk berinteraksi, kemungkinan anak anda mengalami masalah lambat bercakap. Bila anak anda patut boleh mula bercakap? Biasanya seawal 6 bulan anak anda sudah boleh mengeluarkan bunyi dan mula menyebut mama dan papa. \n\nKebiasaannya, kosa kata anak anda akan berkembang dengan cepat dan menjelang anak anda mencapai umur 18 tahun, anak anda mampu untuk menyebut lebih kurang 50 patah perkataan. Jika kosa kata anak anda adalah kurang daripada yang sepatutnya, perhatikan anak anda dengan lebih.\n\nApakah beza di antara anak lambat bercakap dan speech delay?\n\nPerkara pertama yang wajib anda fahami ialah lambat bercakap dan speech delay adalah dua perkara yang berbeza. Untuk kes anak lambat bercakap, anak anda boleh bercakap dengan normal cuma perkembangannya agak lambat berbanding rakan sebaya yang lain. \n\nManakala speech delay pula adalah sejenis gangguan kepada percakapan dan ianya adalah lebih serius berbanding kes anak lambat bercakap. \n\nAnak yang disahkan mengalami speech delay perlu melalui terapi untuk membolehkannya bercakap seperti anak yang normal manakala bagi anak yang mengalami masalah lambat bercakap akan mampu bercakap dengan normal tanpa perlu menghadiri sesi terapi. \n\nAda ibu bapa yang menyangka kedua keadaan ini adaah sama kerana kedua-duanya\u00a0akan menyebabkan anak mula bercakap lambat. \n\nYang sebenarnya, anak anda akan memberikan tanda lambat bercakap sejak mereka bayi lagi namun tak ramai ibu bapa yang mempunyai ilmu dan perasan akan tanda-tanda yang diberikan lalu membiarkan sahaja tanpa melakukan apa-apa. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah tanda anak lambat bercakap iaitu:\n\nTerdapat pelbagai punca kenapa anak anda lambat bercakap. Di antara punca anak lambat bercakap yang paling kerap dikenal-pasti ialah:\n\nItulah dia info tentang lambat bercakap yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, mungkin anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang 6 tanda anak lambat bercakap, adakah anak lambat bercakap sesuatu yang normal, dan punca anak gagap."
"Jom belajar cara buat ikan kering homemade. Ikan kering atau ikan masin memang makanan yang boleh menambah selera makan. Bukan sahaja disukai masyarakat Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain di dunia. Ia sering dijadikan lauk sampingan untuk melengkapkan lagi keenakan hidangan.\n\nBayangkan makan nasi putih dengan ikan kering goreng garing dicicah pula sambal dan sup bening. Pasti makan bertambah-tambah. Antara ikan yang paling popular dijadikan ikan kering ialah ikan gelama, tenggiri, yu, tamban, sepat, kapak dan banyak lagi.\n\nSelain digoreng begitu sahaja, ikan kering boleh dijadikan lauk masak lemak, sambal, kari dan goreng berlada. Pasti anda sedang terliur membayangkan keenakan ikan masin yang dipelbagaikan cara hidangannya.\n\nBagi anda yang was-was untuk membeli ikan kering di pasaran, mungkin disebabkan faktor kebersihan, risau penggunaan garam yang banyak dan sebagainya, apa kata cuba buat sendiri ikan kering homemade.\n\nApabila buat sendiri, kita lebih yakin untuk menikmatinya. Malahan, kita boleh memilih ikan yang dikehendaki dan mengawal penggunaan garam. Jadi, dalam artikel ini penulis akan berkongsi 5 cara buat ikan kering homemade yang padu dan sedap.\n\nTips Membuat Ikan Kering Yang Padu\n\nTerdapat beberapa tips untuk menghasilkan ikan kering yang sedap dan menyelerakan. Antaranya ialah:\n\nMenarik bukan kesemua cara membuat ikan kering yang dikongsikan ini? Anda boleh mencuba mana-mana 1 pilihan hati mengikut keselesaan. Ikan kering homemade pastinya lebih diyakini dari aspek kebersihan dan cara penyediaan.\n\nMalahan, jika ada ikan di rumah yang tidak sempat dimasak boleh dijadikan ikan kering daripada dibiarkan terlalu lama di dalam peti sejuk. Jika anda dah cuba salah satu cara di atas, jangan lupa kongsikan dengan kami hasilnya. Selamat mencuba! Jom baca artikel lain seperti cara membuat bawang goreng, cara buat stock ayam ,\u00a0cara buat ikan pekasam dan jamu jomemade"
"Kulit kepala boleh menjadi gatal disebabkan banyak faktor. Biasanya, orang akan mengaitkan punca kulit kepala gatal dengan masalah kelemumur atau kutu.Ayuh ketahui dengan lebih lanjut punca kulit kepala gatal menerusi pembacaan artikel ini.\n\nBahagian kepala manusia terdiri daripada rangka tengkorak yang terletaknya majoriti deria rasa utama seperti penglihatan, pendengaran dan bau. Salah satu organ utama yang penting iaitu otak dilindungi oleh lapisan luar kulit kepala yang ditumbuhi rambut sebagai penyerap daya hentakan.\n\nKulit kepala membawa peranan yang jauh lebih penting, bukan sekadar tempat tumbuhnya rambut, tetapi melindungi otak kita daripada sebarang ancaman fizikal, serangan bahaya penyakit dan terik matahari.\n\nOleh itu, sebarang perubahan yang berlaku pada kulit kepala akan sangat mudah dirasai oleh kita. Sebagai contoh, kegatalan pada kulit kepala yang boleh bermaksud gatal biasa atau membawa kepada isu lebih kronik seperti keradangan kulit dan luka.\n\nDisebabkan kulit kepala berada hampir dengan tengkorak dan otak, penjagaan kebersihan dan perapian kulit kepala perlu dititikberatkan.\n\nPunca kulit kepala gatal perlu diketahui supaya anda boleh menilai risiko kesihatan sendiri untuk mengambil langkah rawatan dan pencegahan seterusnya.\n\nMasalah kulit kepala gatal boleh menyebabkan anda keguguran rambut dan seterusnya botak! Sudah tentu anda tidak mahu kehilangan rambut yang merupakan mahkota bagi setiap insan ini.\n\nKajian ulasan sistematik mengenai kulit kepala gatal telah dilaporkan oleh para penyelidik bersama dari Mexico, Arab Saudi dan USA pada tahun 2018.\n\nUntuk memudahkan kita mengenali punca kulit kepala gatal, akronim SCALLP diperkenalkan, yang bermaksud Seborrheic dermatitis, Contact dermatitis, Anxiety, Lichen planopilaris, Lice dan Psoriasis.\n\n1. Seborrheic dermatitis (keradangan kulit seborrheic)\n\nKeradangan kulit jenis ini telah memberi kesan ke atas hampir 16% populasi dewasa di seluruh dunia. Faktor ini telah dikenal pasti sebagai punca utama kulit kepala gatal.\n\nAntara gejala lain yang timbul akibat masalah keradangan ini ialah:\n\nDiagnosis bagi masalah keradangan ini dilakukan secara klinikal menerusi pengamatan pada perubahan struktur sel.\n\n2. Contact dermatitis (keradangan kulit disebabkan sentuhan)\n\nSecara klinikal, masalah kulit kepala yang disebabkan oleh keradangan jenis ini disertai dengan gejala lain seperti kegatalan, kemerahan dan kulit kepala bersisik.\n\nDalam kajian ke atas 1320 pesakit di Jerman, mereka mengenal pasti bahan yang menyebabkan masalah bagi pesakit yang sudah sedia mempunyai risiko keradangan ini, datang daripada bahan kimia seperti:\n\nKemerahan pada kulit kepala antara gejala gatal kulit kepala. Imej via V\u00e1zquez-Herrera et al. (2018)\n\n3. Anxiety (keresahan dan tekanan emosi)\n\nTerdapat beberapa kesan psikogenik yang boleh menyebabkan gatal kulit kepala. Antaranya ialah:\n\nTekanan emosi dan perasaan menyebabkan kegatalan kulit kepala, maka tidak hairanlah kita melihat orang ramai akan menggaru kepala apabila mereka sedang berhadapan sesuatu masalah.\n\nSebuah kajian komuniti yang melibatkan 316 pesakit mendapati bahawa 69.3% daripada mereka yang mengalami masalah tekanan emosi turut mempunyai gejala gatal kulit kepala.\n\nPenyakit ini menyerang folikel rambut dan memusnahkannya lalu meninggalkan parut yang seterusnya menyebabkan keguguran rambut kekal tanpa pertumbuhan rambut baru.\n\nKeadaan ini berpunca daripada sistem imun badan sendiri yang menyerang mana-mana sel kulit yang mengandungi membran mukus dan folikel rambut. Antara faktor yang menggalakkan risiko penyakit ini berlaku ialah:\n\nMasalah ini banyak dilaporkan dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Julat usia yang biasa berlakunya keadaan ini adalah antara 30 hingga 60 tahun.\n\nAntara gejala yang diperhatikan yang mengiringi penyakit lichen planopilaris ini ialah:\n\nKegatalan kepala yang serius. Imej via V\u00e1zquez-Herrera et al. (2018)\n\nKutu merupakan parasit yang mendiami kulit kepala untuk mendapatkan bekalan makanan mereka. Rasa kegatalan yang dialami datang daripada kesan alahan kulit kepala kepada air liur yang dihasilkan oleh kutu tersebut.\n\nHakikatnya, rasa gatal kulit kepala hanya akan dirasai selepas 4 hingga 6 minggu selepas kutu tersebut berada di permukaan kulit kepala kita. Seterusnya, rasa kegatalan yang bertambah akan muncul dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas itu.\n\nKegatalan berlaku dalam kalangan 67-97% pesakit yang mengalami masalah psoriasis. Menurut kajian, secara purata, 80% daripada mereka mengalami masalah gatal kulit kepala.\n\nTerdapat perhubungan berkadar terus antara kesan psoriasis dengan kegatalan kulit kepala iaitu semakin teruk serangan psoriasis, semakin gatal kulit kepala.\n\nMasalah ini berpunca daripada ketidakseimbangan sistem enzim dan hormon dalam kulit seseorang.\n\nBerdasarkan catatan dan pemerhatian kajian klinikal lepas, beberapa penyakit disenaraikan sebagai menjadi punca gatal kulit kepala, antaranya:\n\nBegitulah antara punca kulit kepala gatal seperti masalah keradangan, penyakit tertentu, serangan kutu dan tekanan emosi.\n\nMasalah ini boleh menjadi kegatalan biasa yang boleh hilang dengan syampu atau menjadi kronik yang memerlukan rawatan perubatan profesional.\n\nSentiasa jaga kebersihan diri dan gaya hidup yang sihat bagi memastikan kualiti kesihatan yang terbaik. Jemput juga baca artikel lain seperti punca kulit kusam dan tips kulit cantik. Semoga bermanfaat!"
"Teringin makan sotong bakar. Beli seekor bukan main mahal rasa ingin pengsan bila tahu harga. Baik buat sendiri puas hati makan. Siapa peminat sotong bakar sila tengok resepi perkongsian berikut ini.\n\nMemandangkan ramai sangat peminat sotong bakar, maka itu kami sertakan resepi sos ala Amira Shahrom yang mengancam sangat! Bahkan sebetulnya untuk sotong bakar, ikut suka hati anda ingin sumbat apa pun namun penyedap untuk menu ini ialah sos bakar yang digunakan.\n\nBahan sumbat sotong boleh dengan telur hancur yang digoreng diberi perasa garam sedikit. Bagi sotong disumbat padat baru cantik nanti bila dibakar. Jangan lupa cucuk dengan lidi kepala sotong satukan dengan badan.\n\nMaka itu, untuk menghasilkan sotong bakar yang seap menjilat jari. Resepi sos bakar amatlah penting. Tanpa buang masa, mari lihat resepinya di bawah ini.\n\nResepi Sotong Bakar Dengan Sos Sedap\n\nSelain resepi sotong bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Nak tahu rahsia dan khasiat chia seed? Artikel ini akan melihat dan berkongsikan tentang rahsia dan khasiat Chia See yang mungkin kita terelepas pandang.\n\nNama saintifiknya\u00a0 Salvia hispanica atau \u00a0biji chia, merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari spesis keluarga pudina. Chia seed dikatakan berasal dari Mexico dan Guatemala dan banyak juga ditanam di Ausralia, Bolivia, Colombia, Peru dan Argentina.\n\nKini, Mexico merupakan negara pengeluar utama chia seed di dunia.\n\nSebenarnya, sudah lama chia seed dijadikan sebagai makanan tambahan atau suplemen mahupun ubatan sejak masyarakat zaman kuno seperti kaum Maya. Hal ini kerana sudah lama ada kesedaran dalam masyarakat tentang kebaikan dan khasiat chia seed ini.\n\nPenggunaan chia seed dikesan seawal kurun ke-16 dalam populasi pra-Columbia yang mengamalkan chia seed sebagai sumber tenaga, kekuatan dan ketahanan badan.\n\nDi samping itu, minyak daripada chia seed ini digunakan sebagai minyak sayuran dalam produk kosmetik. Terdapat juga upacara keagamaan puak natif Amerika yang menggunakan chia seed ini sebagai barang sembahyang mereka.\n\nBerikut adalah antara hasil kajian\u00a0 kebelakangan ini yang mendapati betapa istimewanya chia seed dari aspek kesihatan, kecantikan dan sebagainya:\n\nPepatah \u2018kecil-kecil cili padi\u2019 sesuai diberikan kepada chia seed. Dalam 28 gram chia seed, terdapat pelbagai khasiat iaitu: Serat atau fiber, protein, lemak, kalsium, mangan, magnesium, fosforus, zink, vitamin B3, potassium, Omega 3, Vitamin B1 dan Vitamin B2.\n\nAnalisis kandungan chia seed menunjukkan kandungan karbohidrat yang rendah (3.4%) dan tinggi protein (18.9%) serta lipid (31.2%).\n\nMalah, chia seed mengandungi omega-3 (31.2%) dan omega-6 (5.2%), iaitu nutrien penting yang diperlukan tubuh yang hanya boleh diperolehi daripada makanan.\n\nChia seed mengandungi banyak antioksidan yang menentang tanda penuaan dan kanser.\n\nBerdasarkan kajian lepas, chia seed mengandungi sebatian antioksidan yang terdiri daripada sebatian fenolik dan flavonoid. Khususnya, chia seed mengandungi asid rosmarinik (0.927 mg/g), asid protocatechuic (0.747 mg/g), asid kafeik (0.027 mg/g) dan asid galik (0.012 mg/g).\n\nPara pengkaji juga menjumpai kandungan sebatian antioksidan lain yang tinggi seperti karotenoid dan vitamin E dalam chia seed.\n\nChia seed merupakan makanan rendah karbohidrat.\n\nIa kaya dengan serat sebanyak 35%. Di samping itu, kandungan serat dalam chia seed adalah lebih banyak berbanding makanan lain seperti quinoa, jagung dan amaranth.\n\nJusteru, perut cepat berasa kenyang, penghadaman makanan pula menjadi lebih lambat, menyebabkan anda akan memakan sedikit saja kalori.\n\nBakteria \u2018baik\u2019 dalam usus juga mendapat kebaikan daripada serat yang berada di dalam chia seed.\n\nKandungan protein dalam chia seed adalah tinggi dan dikatakan lebih tinggi berbanding kebanyakan tumbuhan lain. Selain itu, boleh mengurangkan selera makan, sekaligus mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.\n\nChia seed mengandungi nutrien yang bagus bagi mereka yang ingin mengamalkan diet sihat.\n\nDisebabkan kaya dengan kalsium (455 mg/100 g), fosforus (585 mg/100 g), magnesium (340 mg/100 g) dan protein, maka chia seed diakui bagus untuk kesihatan tulang.\n\nIni merupakan berita baik bagi mereka yang tidak suka minum susu! Malah, kepekatan kalsium dalam chia seed adalah lebih tinggi daripada susu.\n\n6. Kawalan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi\n\nKajian awal menunjukkan bahawa pesakit diabetes mendapat manfaat daripada chia seed. Ini termasuk tekanan darah menurun dan penurunan gula dalam darah.\n\nKajian ke atas tikus makmal juga menunjukkan rintangan insulin yang menurun apabila sampel kajian diberikan diet makanan berasaskan chia seed.\n\nSelain itu, kajian dalam kalangan dewasa yang mempunyai masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi yang mengambil 35g/hari chia seed selama 12 minggu, menunjukkan penurunan tekanan darah.\n\nPemerhatian berterusan selama 3 bulan pula mencatatkan penurunan tekanan darah, lipid dan kepekatan plasma nitrit yang memberikan kualiti kesihatan yang lebih baik.\n\nKandungan kolesterol yang tinggi dalam darah akan mengakibatkan risiko penyakit kardiovaskular. Kajian klinikal menunjukkan bahawa pengambilan chia seed mampu menurunkan tahap kolesterol dalam darah melalui kandungan serat makanan dan asid lemak omega-3 tidak tepu dalam chia seed.\n\nSelain itu, protein chia dan peptida bioaktif boleh menyekat laluan pembentukan kolesterol pada tahap selular.\n\nPengambilan chia seed dalam diet makanan adalah dalam bentuk mentah, tepung atau ditambah ke dalam makanan lain seperti yogurt, salad dan buah-buahan.\n\nMasih banyak kajian sedang dijalankan untuk mencari dan meyakinkan kebaikan chia seed sebagai sumber kesihatan. Walaupun begitu, setiap pengambilan mestilah dalam kadar sederhana.\n\nIni kerana, apa jua yang berlebihan akan memberi kesan tidak baik kepada kesihatan. Bagi mereka yang tidak biasa makan makanan mengandungi serat tinggi, mungkin akan mengalami masalah sampingan. Jadi ambillah secara ala kadar atau bersederhana, jangan berlebihan.\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof.\n\nSelain khasiat chia seed, kami juga menulis artikel khasiat lain yang menarik untuk dibaca. Jangan lupa juga untuk share dan komen di bawah jika menyukai artikel kami."
"Siapa yang suka makan brokoli? Jom baca 10 khasiat brokoli. Jika anda tahu akan khasiatnya, pasti anda akan terkejut. Begitu banyak khasiatnya yang ramai tak sedar. Begitu power sekali sayur yang tergolong dalam spesies kubis dan bunga kubis ini.\n\nBrokoli sangat sedap dimakan dengan apa saja cara penyediaan. Ia boleh dibakar, dicelur, digoreng atau dijadikan puri. Rasa dan bentuknya hampir sama dengan bunga kubis. Bezanya ia berwarna hijau tua, manakala bunga kubis pula berwarna putih dan ada juga warna-warna yang lain.\n\nJika kita lihat masakan barat, brokoli sering dijadikan bahan sampingan ketika menyediakan ayam atau daging bakar. Malahan, kanak-kanak juga suka makan bubur yang diperbuat daripada brokoli.\n\nSelain rasanya yang enak dan mengundang selera, brokoli juga banyak khasiatnya kepada manusia. Oleh itu, dalam penulisan kali ini, penulis akan berkongsi tentang khasiat brokoli yang ramai tak sedar. Jom baca!\n\nTahukah anda secawan brokoli mentah iaitu dalam 91 gram (g) mengandungi:\n\nDi dalam brokoli juga terdapat vitamin A, folat, fosforus, selenium dan banyak lagi. Brokoli boleh dimakan mentah atau juga dimasak. Namun begitu, kandungan nutriennya akan berbeza mengikut cara penyediaan.\n\nCara terbaik untuk mendapat nutrien yang maksimum ialah dengan cara mencelur, mengukus atau dimakan mentah saja. Apabila dimasak terlalu lama, ia akan mengurangkan vitamin C dan protein di dalamnya.\n\nKesemua nutrien ini sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Jika anda nak tahu khasiat brokoli secara terperinci, teruskan pembacaan anda. Di bawah ini dinyatakan khasiat-khasiatnya yang lain.\n\nDi dalam brokoli terdapat kandungan bioaktif yang dapat mengurangkan kerosakan sel akibat beberapa penyakit kronik. Malahan, brokoli juga kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas.\n\nRadikal bebas ini akan merosakkan sel-sel yang menyebabkan mutasi. Ini akan menyebabkan ketumbuhan sel-sel kanser. Oleh itu, dengan memakan brokoli kita dapat mengelakkan beberapa jenis kanser iaitu kanser ginjal, payu dara, prostat, perut, pundi kencing dan usus.\n\n3. Mengawal Paras Gula dalam Darah\n\nBagi pesakit kencing manis, pengambilan brokoli dalam diet harian mampu mengawal paras gula dalam darah. Ada sebuah kajian yang menunjukkan pesakit diabetes jenis 2 yang menghadapi kerintangan insulin menunjukkan perubahan dengan pengambilan brokoli.\n\nDisebabkan ia kaya dengan serat, brokoli dapat mengurangkan kerosakan sel di bahagian pankreas. Oleh itu, gabungan serat dan antioksidan ini sangat baik untuk pesakit diabetes.\n\nSelain baik untuk mengawal darah, serat dan antioksidan baik untuk kesihatan usus. Malahan, ia dapat meningkatkan kesihatan sistem pencernaan. Usus yang sihat di samping bakteria-bakteria baik merupakan komponen penting untuk kesihatan usus.\n\nSelain itu, bagi sesiapa yang ada masalah sembelit, anda digalakkan memakan brokoli. Kandungan serat di dalamnya mampu melancarkan pembuangan najis.\n\nBeberapa kandungan bioaktif dan nutrien yang ada dalam brokoli dapat meningkatkan keupayaan kesihatan mental, otak dan fungsi tisu saraf. Malahan, kajian juga menunjukkan ia dapat mengurangkan risiko kecederaan otak seperti strok.\n\nDengan memakan brokoli sejak usia muda ia dapat mengurangkan risiko masalah pelupa, alzheimer dan sebagainya. Selain itu, daya ingatan dan kemampuan membuat keputusan boleh dipertingkatkan.\n\nSistem imun manusia sangat kompleks sifatnya. Ia memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk berfungsi dengan sebaik-baiknya. Untuk menguatkan sistem imun, vitamin C yang banyak terdapat di dalam brokoli sangat berkesan.\n\nSistem imun yang kuat akan melindungi tubuh untuk melawan penyakit. Orang yang mudah terkena selsema dan demam, digalakkan makan brokoli. Kebaikannya sama seperti yang terdapat dalam buah oren.\n\nSeperti juga susu, brokoli sangat kaya dengan kalsium. Kalsium dan vitamin C dapat mengatasi masalah periodontitis. Penyakit ini akan menyebabkan jangkitan gusi yang boleh merosakkan gigi dan tulang di sekitar gigi.\n\nMalahan, ada kajian yang menunjukkan pengambilan brokoli dalam diet harian mampu mengurangkan risiko kanser mulut. Ada juga sumber yang menyatakan dengan memakan brokoli mentah dapat menyingkirkan plak dan memutihkan gigi.\n\nKandungan kalsium dan vitamin K juga sangat baik untuk kesihatan tulang. Ia juga dapat mengelakkan masalah yang berkaitan dengan tulang. Antaranya dapat mengurangkan risiko osteoporosis (kerapuhan tulang), masalah otot dan osteoartritis (keradangan sendi).\n\nSemasa mengandung, para ibu mestilah mendapatkan beberapa jenis vitamin, mineral dan protein untuk kesihatan bayi dan ibu. Kandungan vitamin B atau folat sangat bagus untuk perkembangan otak dan saraf tunjang bayi.\n\nSelain itu, masalah sembelit yang sering berlaku semasa hamil dan selepas bersalin boleh diatasi dengan memakan brokoli. Jadikan brokoli sebagai hidangan wajib dalam menu harian anda.\n\nApabila sering terdedah pada pancaran cahaya matahari tanpa perlindungan ultraviolet (UV), ia amat berbahaya. Ia akan mendedahkan kita kepada risiko kanser kulit. Namun, kandungan bioaktif dalam brokoli dapat melindungi kulit dari radiasi UV.\n\nKesimpulannya ialah khasiat yang terdapat di dalam brokoli hampir sama dengan bunga kubis. Sebagai ibu bapa, galakkan anak-anak untuk memakan sayur-sayuran sejak mereka kecil lagi.\n\nAnda tentu tak sangka begini banyak sekali khasiat brokoli. Pastinya lebih banyak kajian akan dilakukan pada masa akan datang untuk memberi kesedaran kepada kita. Diharapkan artikel ini dapat memberikan sedikit pengetahuan tentang khasiat brokoli.\n\nAnda yang berminat membaca khasiat halia, boleh membacanya di pautan ini. Manakala, bagi yang suka bau daun pudina boleh baca khasiatnya di sini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat."
"Ketumbuhan di bahagian otak berlaku apabila adanya pertumbuhan sel otak yang abnormal. \n\nBukan semua ketumbuhan otak boleh dianggap sebagai kanser. \n\nTumor malignan sahaja boleh dianggap sebagai kanser kerana ia boleh tumbuh dan merebak secara agresif sehingga menjejaskan sel-sel yang sihat. \n\nSeperti sel-sel badan yang lain, sel-sel tumor memerlukan darah dan nutrien untuk hidup. \n\nOleh itu, mereka mengambil ruang, darah dan nutrien dari sel yang sihat. \n\nTumor otak yang kurang berbahaya pula tidak menyerang tisu yang berhampiran dan tidak dianggap sel kanser.\n\nBarah otak terjadi apabila sel berubah daripada ciri-ciri yang biasa menyebabkan pertumbuhan sel abnormal yang tidak terkawal. \n\nSel-sel ini akan berkembang dan berkumpul sehingga membentuk tumor. \n\nTumor yang terbentuk dipanggil tumor otak utama kerana berasal dari organ otak itu sendiri.\n\nKebanyakan tumor otak dinamakan sempena bahagian otak atau dari sel otak yang ia mula membiak.\n\nBanyak faktor yang sering dikaitkan dengan kanser otak seperti faktor genetik, toksin, kesan radiasi pada bahagian kepala, jangkitan HIV dan merokok. \n\nNamun begitu, penyebab sebenar kanser otak masih belum diketahui.\n\nAntara simptom yang biasa dialami oleh pesakit termasuklah:\n\nsimptom-simptom kanser otak seringkali disalah anggap sebagai penyakit strok. \n\nAda juga sesetengah pesakit yang hanya menyedari penyakit ini setelah berada di tahap yang membimbangkan.\n\nJika anda mempunyai tanda-tanda seperti di bawah, segeralah dapatkan nasihat daripada pakar:\n\nBanyak faktor perlu di beri perhatian sebelum rawatan kanser otak dijalankan kepada individu yang berbeza. Hal ini termasuklah umur pesakit, keadaan kesihatan, saiz, lokasi dan jenis tumor. \n\nPembedahan yang dijalankan adalah bertujuan mengesahkan kehadiran tumor dan sekaligus membuangnya dari otak. \n\nJika tumor tidak boleh dibuang, sampel tumor akan di ambil untuk memastikan jenis tumor tersebut. \n\nDalam kebanyakan kes terutamanya bagi tumor yang tidak berbahaya, simptom penyakit ini boleh sembuh dengan menjalani pembedahan untuk membuang tumor. \n\nKebiasaannya, pesakit akan diberikan rawatan tertentu sebelum pembedahan dijalankan. \n\nSteroid seperti dexamethasone diberikan untuk mengurangkan pembengkakan. \n\nUbat anticonvulsant pula selalunya diberikan untuk meredakan atau mencegah serangan sawan.\n\nRadiasi luaran menggunakan sinaran berkuasa tinggi yang disasarkan terus kepada tumor.\n\n\u00a0Sinaran ini akan melalui kulit, tempurung kepala, dan tisu otak yang sihat untuk sampai ke tumor. \n\nRawatan ini selalunya di jalankan 5 hari seminnggu dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.\n\nRadiasi dalaman pula memerlukan kapsul radioaktif yang kecil untuk dimasukkan kedalam tumor bagi membunuh sel tumor. \u00a0\n\nStereotactic radiosurgery adalah rawatan tanpa pembedahan menggunakan imbasan CT dan MRI untuk memusnahkan tumor.\n\nKomplikasi rawatan ini kurang berbanding pembedahan dan mengambil masa yang lebih pendek untuk pemulihan.\n\nUbat-ubatan tertentu akan diberikan dalam jangkamasa yang tertentu untuk mengurangkan perebakan tumor atau mematikan sel-sel kanser.\n\nRawatan ini menyebabkan kesan sampingan seperti mual, muntah-muntah, kehilangan selera makan, dan kehilangan rambut. \n\nKesan-kesan ini pula boleh dikurangkan dengan pengambilan ubatan tertentu.\n\nRamai dalam kalangan pesakit yang enggan menjalani terapi seperti ini. \n\nHal ini kerana, terapi yang baru masih belum dibuktikan keberkesanannya dan mungkin hanya sesuai untuk sesetengah pesakit sahaja.\n\nUjian klinikal akan dijalankan kepada pesakit kanser yang sukarela untuk menguji kesan terapi. \n\nWalaupun begitu, masih ada kemungkinan bahawa terapi ini lebih berkesan atau mempunyai kesan sampingan yang kurang berbanding rawatan yang sedia ada.\n\nPenghidap kanser memerlukan sokongan keluarga dan insan tersayang untuk terus kuat dalam menjalani kehidupan seharian. \n\nOleh itu, luangkan masa anda untuk memberikan semangat dan nasihat berguna agar mereka lebih bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk melawan penyakit berbahaya ini. \n\nYang paling penting, jangan pernah abaikan sebarang tanda-tanda penyakit berbahaya bagi meningkatkan peluang untuk sembuh. \n\nSegera dapatkan nasihat pakar sekiranya anda mendapati sebarang perubahan pada diri anda mahupun keluarga."
"Beberapa tips yang boleh ibu bapa cuba untuk menyediakan anak-anak dengan proses transisi ini. (juga boleh diamalkan untuk yang baru nak dihantar ke pengasuh, tadika dan seangkatan dengannya). \n\n1. Jangan jadikan hari pertama sebagai hari untuk bereksperimen \u2013 beberapa tahun sebelum sekolah, anak-anak harus dibiasakan dengan situasi perlu berpisah dengan ibu bapa.\n\nTerutama untuk kanak-kanak yang tidak pernah dihantar ke rumah pengasuh atau ke tadika. Tinggalkan mereka untuk tempoh masa beransur-ansur samaada di rumah saudara, rakan atau di pusat jagaan. Proses \u2018desensitization\u2019 ini penting untuk meningkatkan daya ketahanan mereka secara natural.\n\n2. Kerisauan datang dari sesuatu yang tidak ketahui (anticipation anxiety) \u2013 Beri penerangan dari awal kepada anak-anak melalui bercerita, berbual dan sebagainya tentang sekolah, keadaan di sekolah dan sebagainya.\n\nLakukan secara konsisten seawal mungkin. Ini membolehkan mereka menyediakan minda mereka (expectation development)\n\n3. \u2018Role play\u2019 \u2013 kanak-kanak memproses emosi dengan imaginasi mereka. Role play apa yang akan berlaku, apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dikatakan, kemana perlu pergi dan sebagainya menyediakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam situasi sebenar.\n\n4. \u2018Count-down Calendar\u2019 \u2013 sedari awal sediakan minda mereka dengan \u2018hari yang ditunggu-tunggu\u2019.\n\n5. Ajar anak cari kawan \u2013 kanak-kanak yang pemalu memerlukan bantuan untuk proses ini. Anda boleh survey jiran-jiran, rakan sekerja atau bakal sekolah untuk kenalpasti bakal rakan sesekolah anak anda dan bina link.\n\nBawa mereka bermain bersama, menziarah dan sebagainya untuk anak-anak lebih mudah di sekolah kelak.\n\n6. Beli barang sekolah bersama \u2013 ini membantu mereka rasa \u2018sense of ownership\u2019 pada pengalaman baru mereka nanti. Pergi ke sekolah ialah kemuncak acaranya.\n\n7. Aturkan \u2018body-clock\u2019 anak anda dari awal. Tetapkan rutin tidur dan bangun awal sedikit demi sedikit beberapa bulan sebelum mula sekolah.\n\n8. Bercerita \u2013 kenalpasti apa yang merisaukan anak anda \u2013 contohnya cikgu garang, kemudian sebelum tidur/dalam kereta ceritakan kisah-kisah yang mempunyai\n\n9. Orientasi \u2013 banyak sekolah yang sudah memulakan langkah ini. Bawa anak-anak berjalan sekitar sekolah, berkenalan dengan guru, belajar cara beratur di kantin dan sebagainya sebenarnya sangat-sangat membantu dari sudut psikologi kanak-kanak.\n\n10. Persediaan malam sebelum \u2013 rancang malam yang menyeronokkan. Aktiviti bersama, mengemas barangan sekolah bersama dan apa jua aktiviti yang akan meransang mood positif kanak-kanak.\n\n11. jangan terlewat ke sekolah. Ia akan merosakkan mood kita dan anak-anak.\n\n12. \u2018A short good bye\u2019 \u2013 jangan terlalu beremosi bila meninggalkan anak-anak. Buat seperti biasa, bina rutin goodbye anda \u2013 bersalam dan cium pipi misalnya, dan kemudian tinggalkan. Lebih lama proses ini, lebih sukar untuk anak.\n\n13. Rutin pulang dari sekolah \u2013 pastikan ambil anak tepat pada waktu dan raikan hari mereka.\n\n14. Jangan mengalah \u2013 kalau mereka menangis, merayu, memberontak, jangan mudah menyerah kalah dan buat sesuatu yang akan menyebabkan mereka gunakan kemudian hari sebagai taktik melemahkan kita.\n\n15. Sekiranya mereka pulang dengan keadaan beremosi \u2013 dengar apa sebenarnya masalah mereka. Berempatilah dengan emosi mereka. Mungkin mereka mempunyai alasan yang tepat untuk berperasaan demikian.\n\nContohnya dalam kes anak dibuli di sekolah. Sekiranya kita abaikan perasaan takut mereka, mereka akan hilang kepercayaan kepada kita.\n\n16. Sediakan rutin harian yang konsisten \u2013 waktu hantar, ambil, kelas petang, waktu bermain, mengaji dan waktu tidur. Begitu juga dengan perancangan cuti hujung minggu. Bincang bersama mereka.\n\n17. Tetapkan sempadan. Adakalanya anak akan mengambil kesempatan sekiranya kita tidak bertegas. Contohnya enggan ke sekolah dengan syarat belikan itu dan ini. Tetapkan had anda.\n\n18. Sekiranya mereka berkeras tidak mahu ke sekolah, beri pilihan. Nak pergi dengan ibu atau ayah, nak pergi naik kereta atau naik motor. Tidak pergi sekolah tidak termasuk dalam pilihan.\n\n19. Kawal emosi anda \u2013 ada ketika kita mudah naik angin atau beremosi bila anak tidak menurut kata. Pastikan apa pun tindakan kita, bukan atas sebab emosi kita.\n\n20. Puji dan beri reward pada tempat dan keadaan yang sesuai. Apabila anak anda melalui minggu pertama dengan baik, mereka sewajarnya diberi pujian atas keberanian mereka. Ambil kesempatan berbuat demikian setulus hati anda. Ia pencapaian yang signifikan buat mereka.\n\nSekiranya masalah transisi ke sekolah berterusan dalam tempoh yang panjang. Anak anda mungkin mengalami kondisi seperti \u2018separation anxiety\u2019 atau \u2018school refusal\u2019. Ianya perlu penilaian lanjut untuk memastikan puncanya diteliti dan diatasi.\n\nAntara tanda-tanda yang perlu di beri perhatian:\n\n1. Enggan ke sekolah untuk tempoh yang panjang\n\n2. Memberi alasan sakit yang tidak spesifik \u2013 sakit kepala, sakit perut. Tetapi sihat pada hujung minggu.\n\n4. Tidak mahu bergaul bersama keluarga atau rakan-rakan\n\n6. Nampak cemas, mudah takut dan terkejut\n\n7. Mengadu dibuli \u2013 perlu siasatan lanjut.\n\nPersediaan yang baik akan memastikan transisi anak ke fasa seterusnya dalam hidup mereka berjalan dengan baik.\n\nSelamat menuntut ilmu kepada adik-adik yang bakal menduduki alam persekolahan. Laluinya sebagai suatu proses yang akan mematangkan diri, memperbaiki peribadi dan menjadikan kita lebih berjaya di dunia dan akhirat."
"Sekolah akan dibuka kembali. Cuti akan berakhir. Ramai ibu bapa yang telah bersedia awal-awal akan perbelanjaan yang bakal dilakukan untuk anak-anak. Ini adalag tabiat yang bagus.\n\n\nIbubapa haruslah bijak memainkan peranan untuk perbelnjaan anak. [Earthday]\n\nTidak pulak rasa sempit berbelanja walaupun gaji suami semasa itu kurang daripada RM2000 sebulan. Alhamdulillah.\n\nIbu adalah juga berjual itu dan ini. Jual kain batik, kain pasang, keropok dan apa sajalah. Berjaja di kawasan perumahan Ibu masa itu, sambil membawa anak-anak.Apabila teringat masa itu, perasaan malu pun ada, tapi cekalkan sajalah, supaya anak-anak boleh hidup girang.\n\nPada masa itu apabila hendak membeli Ibu akan amalkan perkara ini, jika sudi anda yang mungkin sama keadaan dengan Ibu dahulu bolehlah mencubanya:-\n\n1) Pantau dulu harga barang di kedai. Dapatkan \u2018best buy\u2018.\n\n2) Beli yang perlu saja. Contohnya, seorang anak, cuma sepasang kasut baru. Kasut lama guna untuk spare, jika kasut basah atau terlalu kotor.\n\n3) Baju sekolah pun beli sepasang sahaja. Yang lama atau yang kakak punya diberikan kepada adik, jadikan \u2018spare\u2019 sementara membasuh yang baru.\n\n4) Makanan dibekal dan hanya memberi sedikit sahaja duit belanja. Sekadar hendak melepaskan keinginan membeli kuih yang diinginkan semasa rehat. Bekalan, adalah makanan yang mengeyangkan.\n\n5) Buku sekolah, itu tiada kompromi, Ibu beli yang baru kecuali yang diberikan kepada adik, tapi anak akan mendapat alat tulis yang baru. Cuma ianya tidaklah berlebihan.\n\n6) Beg sekolah, Ibu akan suruh mereka basuh yang sedia ada dan pakai sehingga sudah tidak boleh dipakai lagi. Tidak perlu beli baru disebabkan hanya sebab hendakkan yang baru.\n\nTak ke anak-anak ibu meragam nak yang baru? Alhamdulillah tidak, sebab mereka tahu menilai wang dan tahu apa yang perlu dan apa yang cuma keinginan.\n\nNamun, Ibu tidak pernah menghalang mereka menginginkan sesuatu; di situ Ibu ajar mereka untuk menabung dan mencari wang sendiri, sekreatif yang mereka mampu.\n\nMengapa anak-anak Ibu boleh menerima keadaan itu? Kerana Ibu banyak mendidik hati mereka agar faham nilai wang dan tidak berbelanja ikut suka hati.\n\nSemaian kefahaman itu dibuat sejak mereka kecil lagi. Alhamdulillah, Ibu mendapati hasilnya amat memudahkan mereka dan Ibu bila mereka perlu berjimat.\n\nYang penting, Ibu tidak pernah mengatakan, kita tidak mampu, apa yang sering Ibu katakan, buat masa ini, ini belum lagi perlu dan kita mesti bijak mengagihkan wang kita untuk perkara yang penting dan prioriti.\n\nInsyaAllah anak-anak akan faham, sebab anak-anak ini, jika kita tegas dan penuh kasih sayang memberi mereka faham dan tenaga kita ialah tenang dengan keadaan yang mencabar, mereka juga akan tenang.\n\nSekadar hendak berkongsi dengan sayang semua, Ibu pernah hidup cuma tinggal RM5 diantara kami suami isteri dan 4 orang anak, sedangkan bulan masih panjang dan gaji suami dah hampir dua bulan belum diberi.\n\nNamun, Allah memberi rezekiNya cara yang berbeza. Dalam wang yang tidak cukup, kami berasa cukup. PELIKKAN? TAPI ITULAH NAMANYA REZEKI. Maha Agung Tuhan.\n\nIbu doakan sayang semua terus dimurahkan rezeki, bijak berbelanja dan tenang menghadapi segala perubahan hidup."
"Setiap ibu pasti teringin untuk menyusukan anak dengan jayanya sehingga berumur 2 tahun. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips penyusuan susu ibu.\n\nNamun, perjalanan penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan keazaman dan bantuan orang terdekat, terutamanya suami.\n\nApa alatan yang anda perlukan untuk menjayakan penyusuan susu ibu?\n\nSekiranya anda seorang ibu bergelar surirumah atau bekerja dari rumah dimana bayi sentiasa ada bersama anda, anda tidak memerlukan apa-apa alatan untuk membantu anak menyusukan kerana bayi akan sentiasa menyusu terus dari payudara anda.\n\nNamun, jika anda merupakan seorang ibu bekerjaya yang terpaksa meninggalkan bayi dibawah jagaan orang lain, anda memerlukan:\n\nJangan lupa, anda akan mendapat pelepasan sebanyak RM1000 setahun dari cukai pendapatan untuk pembelian alatan penyusuan. Menarik, kan?\n\nApakah jenama pam susu yang popular di Malaysia?\n\nTerdapat 2 jenis pam susu iaitu pam manual & pam elektrik. Pam manual bermakna anda perlu memerah susu menggunakan tangan dan ianya agak meletihkan. Tangan anda akan berasa lenguh.\n\nManakala pam elektrik merupakan pilihan utama ibu-ibu di Malaysia kerana ianya lebih memudahkan. Cuma letakkan corong di payudara, on suiz dan berehat. Jom kami kongsikan jenama pam susu yang menjadi pilihan utama ibu-ibu di Malaysia:\n\n1. Medela Swing Single Electric Breast Pump\n\nMedela Swing merupakan di antara pam susu paling popular di Malaysia. Ia menggunakan teknologi 2-Phase Expression yang menghasilkan pengepaman yang hampir serupa dengan hisapan seorang bayi. Susu anda akan keluar dengan sangat meriah tanpa rasa sakit.\n\nSaiznya yang kecil menjadikan ianya mudah dibawa ke mana-mana. Jika terputus bekalan elektrik, ianya boleh digunakan dengan kuasa 4 biji bateri saiz AA.\n\n2. Spectra S2 Electric Breast Pump (Hospital Grade)\n\nIni merupakan pam susu kegemaran kami. Ianya tahan lama, anda tak perlu risau tentang kerosakan.\u00a0Ianya merupakan pam susu bergred hospital, menjadikannya mempunyai kemampuan untuk menahan penggunaan yang kerap. Sedutannya juga kuat, iaitu kira-kira\u00a0300mmHg. Sedutan yang kuat membantu menghasilkan banyak susu perahan.\n\nIstimewanya pam ini, ianya akan bermula dengan mode mengurut payudara anda untuk merangsang penghasilan susu. Kemudian sedutan seperti hisapan bayi akan bermula. Spectra S2 merupakan pam susu terbaik untuk ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu.\n\n3. Spectra M1 Electric Double Breast Pump\n\nIni merupakan satu lagi pam susu daripada jenama Spectra. Pam ini datang dengan 2 corong. Anda boleh mengepam kedua-dua payudara dalam masa yang sama. Sangat menjimatkan masa.\u00a0Fungsi letdown mode juga sangat membantu kerana ia menggalakkan penghasilan susu dengan cepat.\n\nTerdapat butang kawalan untuk mengawal kekuatan sedutan. Baterinya juga boleh dicas semula. Seperti jenama Spectra yang lain, pam ini juga sangat tahan lama dan susah untuk rosak.\n\n4. Philips Avent Natural Comfort Double Electric Breast Pump\n\nPam susu ini datang dengan 2 pam.\u00a0Jenama Philips Avent sangat terkenal dengan kualiti dan kelesaannya. Istimewanya, pam susu ini mempunyai kusyen urut lembut dengan rasa hangat.\n\nIa mempunyai mod rangsangan lembut dan 3 tetapan mengepam. Reka bentuknya yang ringan memudahkan ia dibawa ke pejabat.\n\n5. Malish Ilaria Double Electric Breast Pump\n\nPam susu ini juga datang dengan dua pam. Pam susu ini jenis heavy duty dan mampu mengepam dengan kerap dan lama.\u00a0Bunyinya sangat senyap. Tahap sedutan boleh dilaraskan pada setiap pam untuk keselesaan. Ia datang dengan skrin LCD untuk memudahkan anda melihat setting pam tersebut.\n\nPam ini boleh digunakan dengan kuasa elektrik, bateri dan powerbank. Menarik kan?\n\n6. Lacte Solo Electric Breast Pump\n\nJika anda mempunyai bajet yang rendah, ini adalah pam susu yang paling sesuai untuk anda. Pam susu ini datang dengan penutup payudara yang lembut dan hisapannya juga bagus dengan 5 langkah kawalan sedutan. Ia mempunyai\u00a0 paparan LED untuk setting.\n\nSeperti Medela Swing, ia boleh dihidupkan dengan 4 biji bateri saiz AA.\n\n7. Philips Avent Manual Breast Pump SCF330/20\n\nIni merupakan pam susu manual paling laris di Malaysia kerana membolehkan anda mengepam lebih selesa. Ia datang dengan kusyen yang lembut dan berasa hangat pada kulit. Pam ini membantu anda mendapat susu perahan yang banyak.\n\nPam susu ini merupakan antara pam susu manual paling murah dan berkualiti di Malaysia. Ia dibuat daripada bahan\u00a0getah silikon bebas BPA yang selamat untuk digunakan oleh bayi. Pam susu ini selesa digunakan.\n\nApakah tips untuk banyakkan susu badan?\n\nUntuk membanyakkan susu badan, anda boleh amalkan tips berikut:\n\nMakanan untuk Tambah Susu Badan Menurut Kajian Sains\n\nKebanyakan ibu, terutamanya mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata merasakan bahawa mereka tidak mempunyai susu badan yang mencukupi untuk diberikan kepada bayi masing-masing.\n\nMakanan, herba dan ubatan untuk menambah susu badan dipanggil \u2018galactogogues.\u2019 Namun harus diingat, galactagogues ini hanyalah bersifat untuk membantu pertambahan susu badan.\n\nSekiranya susu badan anda kurang terhasil disebabkan pernah menjalani pembedahan payu dara atau masalah hormon, galactagogues mungkin boleh membantu tetapi tidak secara sepenuhnya.\n\nDalam penulisan artikel Dr. Lisa Marasco yang diterbitkan di Journal of Human Lactation pada tahun 2008, beliau menyenaraikan pemakanan yang boleh menambah susu badan, menurut kajian yang pernah dijalankan sebelum ini.\n\nPemilihan makanan untuk menambah susu badan mestilah yang mengandungi serat yang tinggi. Sebagai contoh, beras perang, oat asli (bukan yang segera 3 in 1) dan kekacang.\n\nMakanan tinggi kalsium juga perlu diambil yang relevan untuk penghasilan susu, contohnya bijan, badam dan sayuran hijau berdaun (bayam, sawi, kailan).\n\nBuah-buahan yang dilaporkan membantu meningkatkan susu badan ialah aprikot, kurma, buah tin dan betik.\n\n2. Herba dan rempah ratus untuk tambah susu badan\n\nJangan terkejut jika rempah ratus yang selalunya digunakan hanya untuk masakan, boleh dijadikan sumber menambahkan susu badan. Antaranya bunga lawang, cengkih, habbatus sauda, ketumbar, jintan dan halba.\n\nHerba lain yang turut membantu menambahkan susu badan ialah alfalfa, bunga thistle, nettle, galega, semanggi merah dan shatavari.\n\nMalah, ada syarikat farmaseutikal yang menghasilkan suplemen penambah susu badan menggunakan bahan-bahan herba semula jadi ini.\n\nTerdapat 2 jenis ubatan yang biasa diberikan untuk menambahkan susu badan iaitumetoclopramide (Reglan/Maxeran/Maxolon) dan domperidone (Motilium).\n\nKedua-duanya bertindak dengan meningkatan pengeluaran prolactin iaitu hormon yang berperanan menambah susu badan.\n\nUbatan tersebut tidak memberikan kesan sampingan yang berbahaya, KECUALI ubatan Reglan yang dilaporkan boleh menyebabkan kesan sampingan ke atas emosi dan masalah kemurungan jika diambil dalam satu tempoh masa yang lama.\n\nPersediaan menjadi seorang ibu merupakan perjalanan yang mencabar dan menyeronokkan dalam masa yang sama.\n\nAnak merupakan anugerah yang tidak ternilai yang dikurniakan Ilahi.\n\nOleh itu, segala persiapan ini perlulah dilakukan dengan cermat bagi menyambut kedatangan si comel itu, dan sebaiknya, si suami turut membantu dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan bagi memudahkan urusan ini tanpa bersikap lepas tangan.\n\nItulah dia perkongsian kami tentang penyusuan susu ibu. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang\u00a0cara meransang perkembangan bayi, Influenza A H1NI, dan tips pilih botol susu.\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Di sini, kami kongsikan Resepi Kek Triple Chocolate Mousse Muhammad Ali. Resepi kek\u00a0 ini tanpa bakar, tanpa gelatin dan tanpa cream cheese tau. Resepi ini untuk sukatan loyang 7 dan 8 inci dan terdapat 4 lapisan ala Secret Recipe. \u00a0Rasanya pasti sedap dan nak lagi. Apa lagi, jom tengok resepinya.\n\nLapisan Ketiga : Light Dark Chocolate Mousse\n\nLapisan Ketiga: Light Dark Chocolate Mousse\n\nJangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kek Triple Chocolate Mousse ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya. Di sini ada resepi yang lain yang boleh dicuba."
"Ayuh kunyah-kunya mochi lembut. Mochi adalah kuih Jepun yang terbuat dari tepung [email\u00a0protected], tepung ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudian dibentuk menjadi bulat. Di Jepun, kuih ini sering dibuat dan dimakan ketika menyambut perayaan tradisional atau perayaan Tahun Baru Jepun.\n\nMochi memiliki tekstur yang lembut dan kenyal. Inti mochi pula ada pelbagai macam seperti inti kacang, inti coklat, inti kacang merah, dan banyak lagi.\n\nRasanya yang sedap dan tekstur yang lembut semestinya disukai anak-anak. Daripada beli di kedai @ restoran dengan harga yang lagi mahal, buat sendiri lagi berbaloi dan puas makan. Jom sama-sama buat mochi. Resepi dikongsikan oleh Zarina Ina di laman Facebook.\n\nSelain mochi inti kacang merah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Jom kenali tokoh besar ini dengan membaca biografi Imam Al-Ghazali yang menarik.\n\nNama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Al-Ghazali kerana dinisbahkan kepada nama kampung tempat kelahirannya iaitu Ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah Khurasan, Parsi, (Iran).\n\nNamun, ada juga yang menyatakan bahawa panggilan tersebut dinisbahkan kepada bapanya. Ini kerana bapa Imam al-Ghazali merupakan seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa Arabnya dikatakan al-Ghazzal.\n\nImam al-Ghazali juga digelar sebagai Abu Hamid, yang bererti bapa kepada Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya. Beliau juga digelar Hujjatul Islam iaitu suatu gelaran penghormatan yang diberikan kepadanya kerana kejituan dan kekuatan hujjahnya di dalam membela agama Islam.\n\nLukisan gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja. Imej via alghazali\n\nAbu Hamid Muhammad al-Ghazali Altusi adalah seorang tokoh ulama yang luas ilmu pengetahuannya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah falsafah Islam dan dunia. Dalam ilmu feqah, beliau bermazhab Syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran al-Asyaari atau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau lahir pada tahun 450H bersamaan 1058M.\n\nBapanya adalah seorang miskin yang soleh. Bapanya seorang penenun pakaian daripada bulu kemudian menjualnya di pekan Tusi. Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para ulama sufi. Sebelum bapanya meninggal dunia, dia telah mewasiatkan agar kedua-dua orang anaknya dipelihara oleh temannya dari kalangan orang yang baik.\n\nDia berpesan,\u00a0\u201cSungguh saya menyesal tidak belajar khat (seni menulis Arab) dan saya ingin memperbaiki apa yang telah saya alami pada kedua anak saya ini. Maka saya mohon engkau mengajarinya, dan harta yang saya tinggalkan boleh dihabiskan untuk keduanya.\u201d\n\nSetelah bapanya meninggal dunia, maka temannya itu mengajarkan ilmu kepada Imam al-Ghazali dan saudaranya, hingga habislah harta peninggalan yang ditinggalkan oleh almarhumah bapa mereka.\n\nTeman bapanya berkata,\u00a0\u201cKetahuilah oleh kalian berdua, saya telah membelanjakan untuk kalian dari harta kalian. Saya seorang fakir dan miskin yang tidak memiliki harta. Saya menyarakan kalian berdua untuk masuk ke madrasah seolah-olah sebagai penuntut ilmu. Sehingga memperoleh makanan yang dapat membantu kalian berdua.\u201d\n\nMaka, Imam al-Ghazali dan saudaranya pergi ke madrasah seperti yang disarankan oleh teman bapanya. Demikianlah diceritakan oleh Imam al-Ghazali, hingga beliau berkata,\u00a0\u201cKami menuntut ilmu bukan kerana Allah taala, akan tetapi ilmu enggan kecuali hanya kerana Allah taala.\u201d\u00a0(Dinukil daripada\u00a0Thabaqat Asy Syafi\u2019iyah\u00a06/193-194).\n\nPada tahun 1077, Imam al-Ghazali telah melanjutkan pelajarannya ke Jurjan berguru dengan Abu Nasr al-Ismaili. Di sana beliau telah berkahwin kemudian beliau pulang ke Tusi selama tiga tahun. Dalam masa ini beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf an-Nasaj, seorang sufi terkenal.\n\nPada tahun 1080, Imam al-Ghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi Nizamiyyah di Naisabur. Di sana beliau belajar daripada Abu Almaa\u2019li Diyauddin al-Juwaini yang terkenal dengan gelaran Imam Haramain. Berbagai cabang ilmu pengetahuan telah dipelajari daripadanya samada ilmu agama seperti feqah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti mantik, jidal, hikmah dan lain lain sehingga beliau mengetahui berbagai mazhab, perbezaan pendapat masing masing dan beliau dapat menolak tiap tiap aliran yang dianggap salah.\n\nBahkan beliau dapat mengimbangi keilmuan gurunya itu. Di sini, beliau mula mengarang berbagai buku dalam pelbagai bidang, di antara buku karangannya yang dikagumi gurunya ialah al-Mankhul.\n\nSetelah Imam al-Juwayni wafat pada tahun 1085, Imam Ghazali meninggalkan\u00a0Naisabur menuju ke Al-Askar di Baghdad. Ia berkenalan dengan Nizam al-Mulk, wazir\u00a0istana dinasti Saljuk iaitu Sultan Jalaluddin Malik Shah. Beliau diminta untuk mengajarkan\u00a0hukum agama di Madrasah Nizamiyah di Baghdad. Imam Al-Ghazali mengajar disana selama\u00a0empat tahun.\n\nRatusan ulama pejabat pemerintahan yang menghadiri\u00a0kuliah Imam al-Ghazali.\u00a0Kebanyakan bahan pengajaran Imam al-Ghazali dicatat oleh Sayyid bin\u00a0Faris dan Ibnu Lubban. Keduanya mencatat kira-kira 183 bahan kuliah yang\u00a0diberi nama Majalisul Ghazaliyyah.\n\nPada tahun 1901-1904, Imam al-Ghazali telah mempelajari ilmu falsafah. Beliau menyusun buku yang terkandung kritikan terhadap falsafah, seperti kitab\u00a0At-Tahafut\u00a0yang membongkar kekurangan falsafah. Katanya, \u201cDi saat saya sudah mempelajari ilmu falsafah, saya mendapat pemahaman mengenainya dan mampu menilai apa saja yang palsu di dalamnya,\u00a0dan di saat itu saya menyedari bahawa ini juga belum memenuhi tujuan saya sepenuhnya dan\u00a0bahawa intelektual tidak membuatkan saya mampu memahami atau menyelesaikan semua masalah.\u201d\n\nKedudukan dan ketinggian jawatan beliau tidak membuatkan dia cintakan dunia. Bahkan dalam jiwanya berkecamuk serta mengalami polemik kejiwaan (perang batin) yang membuatkan beliau sering menekuni ilmu-ilmu kezuhudan. Akhirnya Imam al-Ghazali menolak jawatan tinggi dan kembali kepada ibadah, ikhlas dan perbaikan jiwa.\n\nDi tahun 1905, beliau meninggalkan Baghdad dan memutuskan untuk mengasingkan\u00a0diri ke Damaskus. Beliau menghabiskan waktunya di masjid dengan melakukan\u00a0ibadah, tafakur, dan berzikir tanpa henti. Di sanalah dia menghabiskan waktu selama dua\u00a0tahun secara sendirian.\n\nBermusafir adalah satu kemestian bagi ahli sufi. Melalui perjalanan, manusia akan\u00a0tahu bagaimana menahan hawa nafsu untuk mencapai tujuannya. Musafir juga bertujuan\u00a0mencari arah ke mana seseorang harus menghadap. Iaitu menghadap kepada realiti\u00a0bertuhan (tawajuh) atau mengikuti keinginan (nafs).\n\nOleh sebab itu, Imam al-Ghazali mengembara ke Jerussalam, Mekah dan Madinah. Pada tahun 1106, Imam al-Ghazali kemali ke Naisabur dan mengajar di Madrasah Maimunah Nizamiyah. Kemudian, pada tahun 1108, Imam al-Ghazali meninggalkan Naisabur dan mendirikan sekolah sufi di Tusi.\n\nSebelum meninggal dunia, Imam al-Ghazali telah mengarang ratusan buku dalam pelbagai bidang antaranya:\n\nKarya agung Imam al-Ghazali adalah Kitab Ihya\u2019 Ulumuddin. Ihya Ulumuddin bererti menghidupkan kembali ilmu-ilmu\u00a0agama. Dalam kitab ini, Imam al-Ghazali mendamaikan\u00a0tasawuf dengan praktik-praktik non-ortodoks, mendamaikan dengan Islam, dan\u00a0membersihkan sufisme dari intelektualisme. Dalam kalangan agamawan, Ihya Ulumuddin merupakan kitab yang komprehensif.\n\nKitab tersebut terkandung unsur tasawuf dan fiqh. Selain itu, di dalam Ihya\u2019 Ulumuddin juga terdapat aspek-aspek hukum\u00a0seperti rukun dan syarat ibadah-ibadah yang sesuai dengan syariat.\n\nPara fuqaha menilai buku ini hampir mendekati kedudukan al-Quran. Jika,\u00a0semua kitab yang dikarang tentang Islam dimusnahkan sehingga tertinggal hanya kitab\u00a0Ihya Ulumuddin sahaja, maka manusia telah mendapatkan ganti dari semua kitab yang hilang. Dari\u00a0pernyataan seperti itu, maka Imam Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam.\n\nImam al-Ghazali menghembuskan nafasnya yang terakhir di Tusi pada hari Isnin, 14 Jamadilakhir tahun 505H bersamaan 19 Disember 1111.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Imam al- Ghazali yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Pam susu adalah gadget penting bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerjaya. Disebabkan kesedaran terhadap kepentingan susu ibu semakin tinggi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, maka permintaan terhadap pam susu juga semakin tinggi. Jika awal tahun 2000 dulu, pam susu bukanlah suatu gadget yang murah harganya. Malah pilihan juga amat terhad. Namun kini, terdpaat pelbagai jenama yang ibu-ibu boleh pilih. Malah harganya juga sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh kebanyakan ibu, insyaAllah.\n\nBagi anda yang pertama kali ingin membeli pam susu, di sini, kami kongsikan beberapa tips untuk memilih pam susu yang sesuai dan berbaloi dengan keperluan anda.\n\n1) Sumber Kuasa (Manual atau elektrik)\n\nTerdapat 2 jenis pam susu iaitu beroperasi secara manual ataupun menggunakan elektrik. Pam susu yang manual kebiasaannya bersaiz kecil, boleh dibawa kemana sahaja malah boleh digunakan dimana sahaja. Namun begitu, mengepam secara manual agak memenatkan. Bagi pam susu yang beroperasi menggunakan elektrik pula, kebiasaannya anda akan ada 3 pilihan iaitu, menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik (perlu sambung dengan plug), menggunakan bateri, ataupun boleh menggunakan kedua-duanya, bateri atau sambung terus ke plug elektrik.\n\nPam susu elektrik lebih memudahkan para ibu yang mengepam susu secara kerap. Selain daripada tidak memenatkan, pam susu elektrik juga dapat menjimatkan masa, kerana tangan anda bebas melakukan kerja lain sambil anda mengepam susu, berbeza dengan pam manual yang mana tangan anda sepenuhnya perlu digunakan untuk mengepam susu.\n\nTerdapat pelbagai saiz pam susu yang ada di pasaran. Ada yang bersaiz kecil comel, sebesar saiz tapak tangan. Ada juga pam yang bersaiz sebesar bateri kereta. Jika anda perlu membawa pam susu anda ke mana-mana seperti ke tempat kerja, kemudian bawa balik semula ke rumah, saiz pam susu yang kecil adalah sesuai untuk anda. Ini kerana, pam susu yang bersaiz kecil kebiasaannya lebih ringan berbanding pam susu yang bersaiz besar. Jadi, pam susu yang bersaiz kecil dan ringan memudahkan anda mengangkut pam susu itu ke mana-mana sahaja.\n\nCorong pam susu mempengaruhi keselesaan anda semasa mengepam susu. Ada corong yang kecil, ada juga corong yang besar. Malah, jika set pam susu tersebut menyediakan pelapik getah yang lembut pada corong, ia juga turut memberi keselesaan pada anda. Pilihlah pam susu yang menyediakan Silicon Breast Shield. Selain daripada lembut, ia juga membantu corong melekap dengan kemas pada payudara. Hal ini turut mempengaruhi kelancaran proses mengepam susu.\n\nSetiap pam susu mempunyai daya hisapan yang berbeza-beza. Daya hisapan yang terbaik adalah daya hisapan yang menyerupai daya hisapan bayi. Sekiranya pam susu itu mempunyai daya hisapan seperti daya hisapan bayi, ia akan membantu kelancaran pengeluaran susu dengan banyak. Selain itu, daya hisapan seperti hisapan bayi juga adalah hisapan yang paling selesa dan tidak menyakitkan.\n\nBunyi motor pam susu elektrik juga antara perkara yang perlu anda pertimbangkan. Bagi ibu bekerja yang perlu mengepam di tempat terbuka kerana ketiadaan bilik khas untuk mengepam, anda memerlukan pam susu yang berbunyi perlahan. Ada sesetengah pam susu yang dapat menghasilkan bunyi yang sangat senyap sehinggakan orang di sebelah pun tidak perasan yang anda sedang mengepam susu.\n\nPilihlah pam susu mempunyai komponen yang mudah ditanggal dan dibersihkan. Malah, jika boleh pilih pam susu yang mempunyai sedikit komponen adalah lebih baik. Ini kerana, bagi ibu-ibu yang bekerja, anda setiap hari perlu membersihkan komponen-komponen ini. Malah, ada sesetengah komponen yang bersaiz sangat kecil. Sekiranya terlalu banyak komponen yang perlu dibersihkan setiap hari, perkara ini agak merenyahkan.\n\nSelain itu, carilah pam susu yang mudah untuk mencari alat ganti. Kadang-kadang, ada juga pam susu yang hanya boleh menggunakan alat ganti jenamanya sahaja, ia tidka bersifat universal. Hal ini agak menyukarkan anda untuk mendapatkan alat ganti sekiranya berlaku kehilangan ataupun terdapat komponen yang rosak.\n\nTerdapat pam susu yang jenis single-pump dan double-pump. Bagi anda yang memang kerap mengepam susu dan juga perlu mengepam susu di tempat kerja, pam susu double-pump adalah pilihan yang ideal. Double-pump sangat menjimatkan masa kerana anda boleh mengepam susu kedua-dua belah payudara secara serentak.\n\nTerdapat pelbagai jenis pam susu di pasaran. Ada yang harganya hanya puluhan ringgit, ada juga harga yang beribu-ribu. Pam susu yang mahal tidak semestinya ia paling sesuai untuk anda. Ada juga pam susu yang harganya berpatutan tetapi menawarkan kualiti yang bagus dan sesuai dengan tahap penggunaaan anda. Oleh itu, pilihlah pam susu yang memiliki ciri-ciri yang menepati keperluan anda. Sekiranya pam susu tersebut agak mahal, namun jika ia memenuhi keperluan anda, ia adalah satu pelaburan yang bagus. Ini kerana, pam susu itu mungkin boleh digunakan sehingga anak yang seterusnya.\n\nSebelum membuat keputusan untuk membeli mana-mana pam susu, anda boleh melakukan survey ringkas dengan bertanya kepada kenalan yang ada pengalaman menggunakan pam susu. Anda juga boleh membaca review dari ibu-ibu yang seikhlas hati berkongsi pengalaman mereka menggunakan mana-mana jenis pam susu di media sosial.\n\nKemampuan kewangan setiap orang adalah berbeza. Oleh sebab itu, adalah baik sekiranya anda melakukan sedikit survey dan menimbang tara ciri-ciri pam susu yang benar-benar memenuhi keperluan anda. Bak kata pepatah, \u201cAlah membeli, memang memakai\u201d.\n\nArtikel Menarik Lain\nBagaimana dengan artikel berkenaan Tips Memilih Pam Susu yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Dulu-dulu aircond atau alat penghawa dingin adalah satu alatan rumah yang mahal dan Cuma dimiliki oleh orang yang berada. Namun dewasa ini, disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas, boleh dikatakan setiap rumah mempunyai penghawa dingin.\n\nMalah setiap bilik mempunyai penghawa dingin masing-masing. Namun tidak dinafikan bahawa penggunaan alat penghawa dingin akan menyebabkan bil elektrik meningkat dan kos untuk servis aircond bukanlah murah. Nak tak kalau kami kongsikan tips untuk menjimatkan elektrik bagi rumah yang ada aircond dan cara servis aircond rumah sendiri tanpa perlu panggil juruteknik yang pastinya mengenakan kos yang mahal?\n\nTips jimat elektrik jika anda menggunakan penghawa dingin di rumah\n\nPastinya bil elektrik anda akan meningkat jika ada menggunakan aircond di rumah. Malah bil TNB anda pastinya melambung semasa musim panas. Jom kami kongsikan tips jimat elektrik yang boleh anda amalkan:\n\nKalau tiba-tiba aircond anda terasa panas dan tak sejuk seperti biasa, ia bukanlah bermakna yang aircond anda sudah rosak dan perlu dibaiki. Ada kalanya aircond tidak sejuk kerana ianya tidak diservis atau dalam bahasa lainnya aircond anda sudah lama tidak dicuci. Mungkin anda tak tahu bahawa aircond juga perlu diservis dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Kalau anda rajin servis airocond pastinya airocnd anda akan sentiasa sejuk tanpa sebarang masalah.\n\nUntuk servis aircond, tak semsestinya perlu mengupah juruteknik. Anda boleh servis sendiri dengan melakukan langkah-langkah berikut:\n\n1. Bersihkan filter. Anda boleh membersihkan filter atau penapis dengan cara membuka penutup aircond yang berada di dalam rumah anda. Apabila buka sahaja penutup tersebut, anda akan nampak bahagian berjaring. Itulah filter yang kami maksudkan. Buka filter. Ianya sangat mudah untuk dicabut. Setelah dikeluarkan, cuci filter\u00a0 tadi dengan air dan sabun. Berus perlahan, jangan sampai terkoyak. Kemudian jemur sehingga kering. Setelah kering boleh dipasang semula. Anda perlu mencuci filter sekurang-kurangnya sekali sebulan.\n\n2. Vacuum indoor condenser coil. Condenser coil adalah bahagian berlubang pada penutup aircond anda. Perhatikan bahagian tersebut. Pastinya berhabuk. Anda boleh sedut habuk yang melekat di situ dengan vacumm atau penyedut hampagas. Lakukan dengan cermat dan perlahan-lahan. Kalau ada habuk degil yang tak mahu tanggal, anda boleh berus dengan perlahan. Boleh juga basuh sedikit dengan air sehingga betul-betul bersih. Apa yang penting pastikan anda sudah tutup suiz aircond dan pastikan anda tidak merosakkan sirip aluminium yang berbentuk seperti sikat.\n\n3. Cuci blower fan. Dah cuci indoor conderser coil, seterusnya anda boleh cuci blower fan yang berfungsi untuk mengeluarkan angin. Ada masanya aircond anda tak sejuk kerana blower fan tak berpusing dengan laju akibat terlalu banyak habuk yang melekat padanya. Lepas dah cuci pastinya angin sejuk aircond anda akan pulih seperti biasa. Cara untuk mencuci blower fan ialah dengan cara menyedut dengan vacuum atau anda boleh juga berus dengan perlahan untuk menghilangkan habuk degil yang melekat. Dah siap cuci semua, anda boleh pasang semula filter yang sudah dikeringkan tadi.\n\n4. Cuci outdoor compressor coil. Akhir sekali cuci pula unit aircond yang ada di luar rumah. Ini kerana ada kemungkinan aircond anda tak sejuk sebab outdoor compressor coil dah terlalu kotor dan penuh dengan habuk. Anda boleh pancutkan air untuk mencuci bahagian ini. Kalau terlalu kotor pada bahagian dalam, anda boleh buka dan berus\u00a0 bahagian dalamnya sehingga betul-betul bersih.\n\nKemudian anda boleh buka aircond dan lihat perbezaannya. Kalau aircond masih tak sejuk walau pun setelah dicuci bersih, kemungkinan lain yang berlaku ialah gasnya dah habis\u00a0 atau memang ada kerosakan pada aircond anda. Jalan yang terbaik ialah dengan memanggil mereka yang pakar untuk melakukan pemeriksaan.\n\nItulah dia info tentang tips jimatkan elektrik bagi rumah yang menggunakan penghawa dingin dan cara servis aircond rumah sendiri tanpa perlu panggil juruteknik. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara buat stok ayam untuk bayi, cara simpan telur yang betul, dan cara jimat minyak kereta."
"Susu badan sikit? Anak pun tak kenyang.\n\nItu masalah besar yang dihadapi oleh kaum ibu yang menyusukan bayi serta ibu berpantang. Anak juga pasti kuat meragam kerana tidak kenyang dengan susu yang diberikan. Aduh, apa nak buat ni? Macam mana nak banyakkan susu badan?\n\nBanyak cara dan petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan susu badan. Selama ini tak tahu mana satu cara yang betul dan berkesan, apa yang didengari, itu yang kita buat. Apa kata anda amalkan cara banyakkan susu badan dengan pekat yang berkesan. Anak pasti kenyang!\n\nAir masak penting diambil oleh ibu yang menyusukan bayi. Ibu menyusukan bayi perlu minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari ataupun 3 liter air kosong. Bagi mengelakkan kulit kering, air masak juga berfungsi untuk melancarkan susu badan bagi ibu menyusukan bayi.\n\nAnda harus kosongkan payudara anda, biar susu keluar sama ada menyusu bayi atau perah susu badan. Pam susu badan juga memudahkan susu badan keluar dan payudara terasa kosong. Jangan biarkan susu melimpah sehingga payudara anda bengkak, ia akan menyebabkan susu berkurangan.\n\nTerdapat teknik susuan yang betul harus anda ikut. Pastikan anak minum susu pada sudut yang betul dari payudara anda. Pastikan bayi menyusu penuh kurang dari areola, dimana puting penuh di mulut bayi tetapi areola tidak. Anda boleh juga melihat video tutorial teknik penyusuan yang betul.\n\nUrutan payudara adalah salah satu cara banyakkan susu badan dengan pekat. Lakukanlah urutan payudara dengan lembut di payudara kiri dan kanan anda. Anda juga boleh minta tolong pada bidan yang pakar akan urutan untuk membanyakkan susu badan.\n\nCara banyakkan susu badan dengan pekat adalah anda harus tenang dan tidak stress! Tekanan akan menyebabkan susu badan berkurangan kerana minda akan mempengaruhi badan anda. Ia juga berkait rapat dengan hormon anda. Tenang sahaja, lama kelamaan susu badan pasti banyak dan pekat.\n\n6. Kerap Menyusukan Bayi Mengikut Keperluan Bayi\n\nJangan paksa bayi minum dengan banyak, sebaliknya anda harus susukan bayi mengikut keperluan bayi. Itu adalah salah satu konsep \u2018supply and demand\u2019 yang harus anda lakukan. Bayi akan menyusu mengikut keadaan dan kekenyangannya, ia juga adalah tips dan cara banyakkan susu badan anda dengan pekat lagi.\n\nAsid folik sesuai diambil oleh semua wanita, sebelum hamil, ketika hamil dan selepas hamil. Asid folik turut membantu anda dala mendapatkan bekalan susu badan yang lebih banyak dan pekat. Amalkan makan asid folik seperti biasa dan jangan tinggalkannya.\n\n8. Amalkan Halba Dan Jintan Hitam\n\nCara banyakkan susu badan dengan pekat juga adalah dengan mengamalkan minuman atau makanan herba. Sebagai contoh, halba dan jintan hitam. Anda boleh rebuskan kedua herba tersebut dan minum air rebusannya. Ia dapat membanyakkan susu badan dan memekatkan susu.\n\n9. Sayur Yang Sesuai Untuk \u2018Milkbooster\u2019\n\nMakan sayur yang sesuai bagi ibu berpantang atau ibu menyusu dapat menambahkan susu badan dengan lebih baik. Antara sayur-sayuran milkbooster adalah lobak merah, lobak putih, bawang putih, halia, batang saledri dan lain-lain lagi.\n\nCara banyakkan susu badan dengan pekat juga adalah mudah sekiranya anda gemar makan buah-buahan yang bersifat milkbooster atau penambah susu. Antaranya adalah buah kurma, longan, aprikot dan banyak lagi. Anda juga boleh amalkan susu kurma dan jus longan.\n\nDengan berfikiran positif, hormon anda akan bertambah baik. Justeru, ia akan memberi kesan kepada tubuh badan, terutamanya pengaliran susu badan. Anda akan mendapati susu badan bertambah banyak dan pekat sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat dan berfikiran positif.\n\nSelepas 38 minggu ke atas anda menyusukan bayi, anda harus semak semula keadaan puting payudara anda. Adakalanya ia meleper, tenggelam atau timbul. Oleh itu, sekiranya ia tenggelam, anda perlu keluarkannya dan naikkan puting agar timbul bagi memudahkan bayi menyusu dengan baik. Pengaliran susu badan juga akan bertambah lancar dan banyak.\n\nGunakan kain yang direndam air panas atau suam untuk mengelap di bahagian puting payudara anda sebelum menyusukan bayi. Anda boleh juga amalkan mandian air panas. Cara ini membantu bagi membanyakkan susu badan dengan pekat.\n\n14. Menyusu Pada Kedua Belah Payudara\n\nSusukan anak anda dengan kedua belah payudara pada masa susuan yang sama. Sekejap kiri, kemudian kanan pula. Selain mengelokkan pengaliran susu, bayi juga akan berasa selesa, tidak bosan dan tidak meragam dengan perubahan posisi itu.\n\nPastikan anda mendapat rehat yang secukupya, jika anda terlalu letih, penat dan sibuk, pengaliran susu akan menjadi sedikit. Hormon badan juga terganggu, malah badan akan menjadi kurang air.\n\nRehat yang cukup, minda yang tenang dan jiwa yang positif amat penting untuk kebaikan ibu menyusu. Pengaliran susu badan pasti akan bertambah lancar dan banyak. Elakkan tertekan dan melakukan banyak kerja, sebaliknya rehatlah dengan lebih banyak.\n\nItulah dia 15 cara banyakkan susu badan dengan pekat. Pasti bayi anda kenyang sangat sekiranya anda berhasil mengikuti 15 cara ini. Jemput baca juga Cara senaman untuk ibu hamil, Cadangan breat pump terbaik dan Buah yang baik untuk ibu hamil."
"Antara keistimewaan bila makan laksa ialah aromanya yang sangat memikat selera. Aroma ini tidak lain dan tidak bukan datang dari daun kesum dan juga bunga kantan. Cara potong bunga kantan dalam keadaan menyerong itu ternyata sangat mengamit selera untuk menikmatinya.\n\nTapi tahukah anda apakah antara khasiat atau kandungan yang terdapat pada bunga kantan ini? Tahukah juga cara simpan bunga kantan yang betul untuk tahan lama?\n\nJika masih belum tahu, melalui artikel ini akan dikongsikan beberapa khasiat, kegunaan dan cara simpan bunga kantan dengan kaedah yang boleh diguna pakai.\n\nTumbuhan Etlingera atau kantan pertama dijumpai ahli botani Johann Gerhard Konig pada tahun 1783 di Thailand dan dinamakan Amomum littorale. Pada tahun 1792, ahli botani German Andreas Ernest Etlinger menjumpai tumbuhan ini dan menamakannya Etlingera.\n\nTumbuhan dengan nama saintifik terkini Etlingera elatior var. elatior ini boleh dimakan dan dikenali sebagai kantan atau \u2018halia obor\u2019.\n\nTumbuhan ini adalah tumbuhan semusim dan menjalar serta mempunyai ketinggian lebih 15 kaki atau 5 meter, tumbuh berdekatan antara satu sama lain, tinggi tangkai bunga 3 kaki, bunga berbentuk kon terbalik yang luas dan kelopak bunga yang tidak berbulu dan mempunyai\u00a0 permukaan batang, daun, bunga yang berkilat.\n\nKantan digunakan secara meluas dalam masakan sebagai bahan perasa dan ulam-ulaman (bunga, buah, dan empulur batang muda). Di Malaysia, tumbuhan ini banyak digunakan untuk masakan seperti asam laksa, nasi kerabu, dan nasi ulam serta sebagai ubat-ubatan tradisional khususnya di Semenanjung Malaysia.\n\nDaunnya pula digunakan sebagai mandian wanita selepas bersalin bagi menghilangkan bau badan. Kantan boleh dijadikan ubat tonik untuk merawat kerbau, ubat tradisional untuk merawat sakit telinga (rebusan buah) dan pembersih luka (rebusan daun). Batangnya digunakan untuk membuat tikar di Sumatera dan kertas di Singapura.\n\nBerdasarkan kajian-kajian yang pernah dilaporkan sebelum ini, sebanyak 92 komponen kimia telah dikenal pasti dari daun, batang, rizom, seluruh tumbuhan, bunga, pangkal bunga, buah, paksi buah dan pangkal buah.\n\nTumbuhan ini mempunyai sejumlah 2 asid lemak, 17 monoterpena hidrokarbon, 23 monoterpena beroksigen, 16 seskuiterpena hidrokarbon, 4 seskuiterpena beroksigen, 8 hidrokarbon, 9\u00a0 alkohol, 6 aldehid, 3 keton, 2 ester dan 1 eter.\n\nAntara Kandungan Khasiat Yang Terdapat Pada Bunga Kantan\u00a0\u00a0\n\nDaun bunga kantan mempunyai kandungan antikosidan yang tinggi. Fungsi antioksidan adalah menjadi penapis bagi radikal bebas. Jika dibiarkan, radikal bebas ini boleh merosakkan sel-sel dalam tubuh badan yang sihat. Dengan adanya antioksidan ini boleh menjadi penapis radikal bebas dan dapat mengelakkan diri kita daripada mendapat penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas ini.\n\nMenurut kajian lepas, ekstrak kantan mempunyai kandungan fenolik, asid askorbik, dan kuasa pengoksidaan/penurunan ferik yang tinggi.\n\nKandungan fenolik dan aktiviti antipengoksidaan bagi ekstrak tumbuhan kantan berdasarkan bahagian mengikut susunan ialah daun > batang > rizom.\n\nMenerusi kajian yang dijalankan pokok bunga kantan (daun, ekstrak rizom) telah dilaporkan mempunyai keupayaan yang ketara sebagai agen anti-bakteria dalam gejala yang disebabkan oleh mikrob patogen. Ini disebabkan oleh kandungan flavonoid, fenolik dan terpenoid yang tinggi di dalam pokok bunga kantan telah membantu ianya menjadi anti mikrob yang baik.\u00a0\n\nAktiviti antimikrob dalam tumbuhan famili Zingiberaceae telah dilaporkan oleh ramai penyelidik. Sabulal et al. (2006) melaporkan rizom Zingiber mempunyai aktiviti antimikrob terhadap fungus Candida glabrata, Candida albicans, Aspergillus niger dan bakteria Basillus subtilis dan Pseudomonas aeruginosa.\n\nKajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia pula mendapati bahawa aktiviti antibakteria minyak pati kantan adalah disebabkan kehadiran monoterpena yang tinggi seperti \u03b2-pinena, 1,8-sineol, \u03b1-terpineol dan \u03b3-terpineol\u00a0 yang dapat merencatkan bakteria.\n\nMenerusi kajian (ekstrak etanol daripada pokok bunga kantan), dengan menghalang enzim \u03b1-glucosidase atau \u03b1-amylase, seterusnya akan melambatkan penyerapan karbohidrat dan mengurangkan penyerapan gula selepas makan dan akhirnya mengurangkan pengambilan glukosa dan glukosa darah. \n\nDilaporkan, pokok bunga kantan (ekstrak etanol : 25 \u03bcg mL-1) menunjukkan perencatan yang kuat terhadap \u03b1-glucosidase dan \u03b1-amylase berbanding acarbose.\u00a0\n\nPERINGATAN :\u00a0Penurunan kadar gula dalam darah memerlukan penggunaan cara yang betul.\u00a0\n\nPetua Kegunaan Bunga Dan Pokok Bunga Kantan\u00a0\u00a0\n\n#1 \u2013 Sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam masakan (herb dalam makanan)\u00a0\n\nBunga kantan (bahagian yang berwarna merah jambu) boleh dijadikan bahan utama dalam masakan seperti laksa, salad (kerabu), menjadi campuran dalam nasi goreng kerabu dan sebagainya. \n\nDengan kehadiran bunga kantan ini, dapat membantu menaikan aroma yang sangat harum dalam masakan dan mampu meningkatkkan selera makan seseorang yang hilang selera makan.\u00a0\n\n#2 \u2013 Membantu menghilangkan bau badan\n\nBatang bunga kantan ini mempunyai bau yang harum. Justeru itu, batang bunga ini boleh dijadikan wangian semula jadi untuk merawat bau badan terutamanya bagi wanita yang baru bersalin.\u00a0\n\n1) Ambil bahagian batang bunga kantan ini, dan ditumbuk sehingga lumat.\n\n2) Rebus daun yang sudah ditumbuk sehingga lumat dan air rebusan itu boleh digunakan untuk menjadi air mandian.\u00a0\n\nPERINGATAN : Jangan mandi air rebusan tersebut pada waktu air tersebut panas ditakuti ianya akan menyebabkan lecuran berlaku.\u00a0\n\n#3 \u2013 Boleh Membantu Dalam Merawat Luka\u00a0\n\nDaun bunga kantan ini mempunyai ciri-ciri anti-mikrob. Ia sangat baik untuk merawat luka supaya luka tetap steril (tiada kuman) dan mempercepatkkan penyembuhan. Ianya lebih baik berbanding dengan menggunakan ubat yang berasakan bahan kimia kerana ianya lebih semula jadi.\u00a0\n\nCara-cara merawat luka menggunakan daun bunga kantan\u00a0\n\n\u2013 Rebus daun bunga kantan sehingga mendidih\n\n\u2013 Air rebusan yang masih suam dilumurkan di kawasan atau bahagian luka.\u00a0\n\nPERINGATAN :\u00a0Sekiranya luka masih tidak pulih pergilah berjumpa dengan doktor. Cara ini TIDAK disarankan bagi pesakit kencing manis kerana\u00a0 setiap luka pesakit kencing manis sukar untuk dirawat secara tradisional.\u00a0\n\nCara Simpan Bunga Kantan Untuk Tahan Lama\n\nMacam mana nak simpan bunga kantan? Banyak stok bunga kantan ni kat rumah tapi selalu saja buang sebab tak tahu cara nak simpan. Sebenarnya, cara penyimpanan bunga kantan ini sama seperti bunga-bunga yang lain, sama ada simpan ia di dalam peti sejuk atau letakan bunga ini di dalam pasu yang berisi air. \n\nCara terbaik untuk simpan bunga kantan agar tahan hingga berbulan-bulan adalah dengan menggunakan adalah kaedah simpan bunga kantan frozen. \u00a0\n\nCara simpan bunga kantan frozen ini boleh juga digunakan sebagai cara simpan daun kesum. Lagi pula bunga kantan dan daun kesum ni kan saling digunakan bersama. Alhamdulillah, dengan membaca artikel ini bukan saja boleh tahu cara simpan bunga kantan tahan lama malah dapat juga tahu cara simpan daun kesum tahan lama.\n\nKekurangan Simpan Bunga Kantan Cara Sejuk Beku\u00a0\n\nBunga kantan ini tidak sesegar bunga kantan yang baru dibeli. Justeru itu, bunga kantan yang disimpan di dalam sejuk beku tidak sesuai untuk dibuat kerabu salad kerana kualiti bunga kantan tidak seperti yang segar. Tetapi ianya boleh digunakan dalam pembuatan laksa dan selain daripada kerabu.\u00a0\n\nTetapi, sekiranya meletakkan bunga kantan di dalam pasu, ianya bagi memastikan bunga kantan sentiasa segar. Walau bagaimana sekali pun, ianya tidak boleh bertahan dalam masa yang lama, cara ini hanya bagi memastikan bunga kantan kekal segar dalam penyediaan makanan.\u00a0\u00a0\u00a0\n\nSuka Makan Laksa Buat Sendiri? Selalu Beli Bunga Kantan? Boleh Ikut Cara Simpan Bunga Kantan Yang Dikongsikan\n\nItulah dia petua untuk simpan bunga kantan agar kekal segar dan tidak lebam. Tips simpan bunga kantan freozen ini elok juga digunakan untuk daun kesum dan daun pegaga. Walaubagaimanapun, pastikan pilih bunga kantan yang segar dan baik dulu untuk dibekukan. Lepas ni tak payahlah membazir lagi. Almaklumlah harga sekuntum bunga kantan ni agak mahal juga.\n\nKini, penyelidikan ke atas kantan semakin giat dijalankan, bukan sekadar dicampakkan ke dalam masakan. Hasilnya, pelbagai aplikasi larutan dapat dihasilkan khususnya sebagai ejen aktimikrob.\n\nPenemuan daripada penyelidikan sebegini dapat membuka peluang kepada para penyelidik untuk lebih memahami mekanisme pembentukan sebatian organik dalam tumbuhan.\n\nSelain itu, tumbuhan yang banyak dijumpai di Malaysia ini boleh dianggap sebagai antara khazanah negara apabila permintaan terhadap bekalan tumbuhan ini akan meningkat untuk memenuhi keperluan komuniti saintifik dan pemasaran yang sekali gus menjana pendapatan negara.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Anak sulung saya seorang yang mudah menangis. Sekecil kecil perkara seperti tidak dapat menukar TV Channel pun dia akan menangis. \n\nTangisannya bukanlah tangisan halus dan manja tapi tangisan yang nyaring dan sukar diberhentikan. Malah ia akan menjadi lebih kuat apabila dia sukar mengawalnya.\n\nBingit! Memang bingit. Tidak saya nafikan. Sebagai seorang suri rumah yang sentiasa perlu berada dengannya, kadang kadang saya mencapai satu tahap di mana saya sukar mengawal emosi saya kerana hanya mendengar tangisan sepanjang hari. \n\nTelinga yang hampir pekak, badan yang letih, emosi yang penat sungguh mudah untuk saya melepaskan semua kemarahan kepada anak anak semula. Kesian anak anak menjadi mangsa.\n\nPerkara ini harus diberhentikan. Saya pasti ada caranya untuk meredakan tangisan dan mengawal emosi anak kecil ini. Saya menjadi semakin buntu ketika anak sulung saya ke Tadika buat pertama kalinya pada usia 5 tahun. \n\nMinggu pertama persekolahan penuh dengan drama air mata. Tangisan teresak esak ketika saya meninggalkannya berlarutan hingga tamat sesi persekolahan.\n\nPelbagai teknik yang dikongsi rakan rakan telah saya cuba tapi tetap gagal! Until one day, I got down to my knees, held her hands and looked her in the eyes. \n\nSaya menyuruhnya menutup mata sambil menggengam tangan, menarik nafas dalam dalam dan hembus sebanyak 3 kali. Dilakukannya dengan akur dan lama kelamaan, tangisannya berhenti dan dia kelihatan lebih tenang.\n\nSaya bertanya, \u201cHow do you feel kakak?\u201d \u201cI\u2019m OK umi.\u201d Jawabnya perlahan. Terus saya memeluknya erat.\n\nSaya cuba slow talk dengannya, \u201cIt\u2019s OK to cry kakak. It\u2019s OK to feel sad. But everytime you cry or feel sad, this is what you need to do. Just close your eyes, think of Umi and take a deep breath until you feel fine.\u201d\n\nSambil memeluk erat, saya jelaskan kepadanya bahawa dengan menangis dia takkan dapat apa yang dia mahukan. Malah sukar untuk memahami kemahuannya apabila menangis. \n\nDan kini, setiap kali dia menangis saya akan biarkan dahulu sehingga tiada tanda untuk reda barulah saya akan menyuruhnya untuk menarik nafas sehingga dia tenang dengan sendirinya.\n\nAlhamdulillah, saya jumpa teknik yang serasi dengannya dan ingin berkongsi cara ini dengan semua ibu bapa yang ingin mencuba. Semoga Berjaya!"
"Bridesmaid sudah menjadi satu trend terkini bagi sesetengah majlis perkahwinan. Bridesmaid yang turut dikenali sebagai pengapit atau \u2018dulang girls\u2019 ini turut nampak istimewa pada hari tersebut. Kehadiran bridesmaid yang selalunya berpakaian dari warna yang sedondon dengan pengantin tak ubah seperti dayang-dayang yang sedang mengiringi seorang raja dan pemaisuri. Pengapit untuk lelaki juga ada dengan gelaran sebagai groomsmen. Tetapi tahukah anda senarai tugas bridesmaid yang sebenarnya?\n\nTidak dinafikan, kewujudan bridesmaid sekarang sudah seakan sebuah trend bagi sesebuah majlis perkahwinan terkini. Ramai yang menganggap menjadi bridesmaid ini senang dan menyeronokkan. Namun hakikat sebenar, tugas sebagai seorang bridesmaid ini bukanlah mudah sebagaimana yang disangkakan.\n\nimage via : Apa Kata Orang\n\nAnda kena faham yang bridesmaid ini adalah \u2018pembantu pengantin\u2019 maka setiap bridesmaid perlu tahu dan tangkas dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Bridesmaid atau pengapit ini bukanlah sekadar untuk nampak hensem atau cantik di sisi pengantin sebaliknya tugas mereka jauh lebih besar dari itu.\u00a0Antara senarai tugas bridesmaid yang harus dilakukan itu adalah seperti di bawah ini.\n\nSenarai Tugas Bridesmaid Yang Perlu Diberi Perhatian\n\nSenarai tugas bridesmaid yang pertama. Dalam situasi yang sangat sibuk, pengantin amat memerlukan seorang pembantu yang sentiasa bijak dalam mengatur masa bagi memudahkan segala urusan untuk hari istimewa tersebut. Mengatur masa di sini bermaksud dalam setiap majlis akan ada masa pengantin perlu dihiaskan, diarak dan sebagainya.\u00a0\n\nMaka tugas bridesmaid ini adalah untuk tahu dan bantu aturkan masa supaya pengantin menjadi lebih tenang. Sebagai contoh :\n\n2) Tanggungjawab Bridesmaid Termasuklah Datang Sehari Atau Dua Hari Lebih Awal\u00a0\n\nPerlu ke bridesmaid datang awal sehari atau dua hari sebelum berlangsungnya majlis? Ya! Bakal-bakal bridesmaid amatlah disarankan untuk datang jauh lebih awal sebelum majlis berlangsung. Sebagai bridesmaid anda perlu ambil tahu atur cara majlis supaya segalanya dapat berjalan dengan lancar. Selain itu,\u00a0 bridesmaid juga perlu merancang perjalanan majlis untuk outdoor fotoshoot bersama pengantin untuk diabadikan sebagai kenangan buat pasangan.\u00a0\n\nApabila bridesmaid datang sehari atau dua hari lebih awal, mereka boleh membuat back up plan sekiranya hari hujan semasa mereka ingin membuat outdoor fotoshoot dan sebagainya. Semua perancangan itu perlu dilakukan sebelum majlis bermula. Memeriahkan gambar pengantin itu harus, tetapi melancarkan majlis perkahwinan itu adalah lebih penting untuk dilaksanakan.\u00a0\n\n3) Membantu Menyediakan Kelengkapan Sampingan Untuk Pengantin Sebelum Majlis\n\nMembantu menyelesaikan kelengkapan pengantin ini bukanlah bererti untuk perkara yang besar. Membantu menyelesaikan kelengkapan pengantin ini adalah pada benda yang nampak remeh tapi penting seperti sediakan pin, jarum peniti, tisu, tisu basah, bedak, kipas dan sebagainya. \n\nUntuk pengetahuan, semua keperluan ini kebiasaannya memang perlu di bawa oleh bridesmaid ke mana sahaja mereka pergi bagi memudahkan pengantin bila memerlukan. Pastikan semua ini ada sebelum majlis bagi memudahkan lagi urusan.\u00a0\n\n4) Menjawab Panggilan Telefon Bagi Pihak Pengantin\n\nSemakin dekat majlis bererti semakin sibuk diri pengantin itu untuk siapkan diri untuk majlis perkahwinan tersebut. Kadangkala di waktu begini pengantin akan mula berasa tertekan. Ada juga pengantin yang terlalu sibuk hingga tidak sempat menjawab panggilan telefon dengan cepat seperti biasa.\u00a0 Ada masanya telefon bimbit terus tidak di sentuh bagi mengfokuskan diri pada persiapan terakhir.\n\nMaka, sebagai bridesmaid yang prihatin, bolehlah untuk pegang handphone si pengantin dan bantu jawab bila ada panggilan masuk. Pada masa yang sama, boleh juga bantu balas mesej dari sahabat pengantin sekiranya mereka sesat untuk mendapatkan arah untuk ke rumah pengantin. Walaubagaimanapun, pastikan dapat izin pengantin dulu ye! Telefon bimbit ini ada kaitan dengan hal peribadi jadi jangan cuba pandai-pandai sendiri. Takut nanti dari niat nak bantu sudah jadi masalah yang lain akibat salah faham.\u00a0\n\n5) Menjaga Barangan Peribadi Milik Pengantin\n\nSewaktu majlis sedang berlangsung, bridesmaid juga perlu menjadi penjaga untuk barangan peribadi milik pengantin. Lebih afdal untuk bridesmaid bawa satu beg kecil untuk isi barangan peribadi sendiri dan barangan peribadi pengantin seperti telefon bimbit, dompet dan sebagainya bagi mengelakkan kehilangan atau keciciran.\u00a0\n\n6) Menghulurkan Bantuan Kepada Keluarga Si Pengantin\n\nSebagai bridesmaid hulurkanlah bantuan kepada ahli keluarga pengantin sekadar yang mampu. Bantulah ahli keluarga pengantin sekiranya mereka tidak cukup ahli untuk mengagihkan door gift atau bunga telur kepada tetamu. Tetapi, jangan pula hulurkan bantuan di dapur nanti kotor pula baju bridesmaid. Kalau sudah kotor ianya akan mencacatkan pula gambar kahwin sahabat kita. Hulurkanlah bantuan mengikut kesesuaian tugasan dan keadaan.\n\n7) Menemani Dan Menenangkan Perasaan Si Pengantin\u00a0\n\nDebaran semakin hampir, justeru itu adalah kewajipan bagi bridesmaid untuk sentiasa menemani pengantin. Sebagai pendamping pengantin, kena sentiasa nampak tenang dan bijak untuk tenangkan si pengantin dalam satu masa. Jangan buat acuh tak acuh. Pastikan pengantin sentiasa cool sebelum, ketika, dan semasa majlis berlangsung.\n\n8) Jaga Penampilan Diri Tapi Jangan Sampai Tahap Caras Pengantin Perempuan\n\nYa! Bridesmaid memang boleh nampak lawa. Malah ada kalanya si pengantin sendiri akan keluar belanja untuk beli baju bridesmaid yang sedondon untuk semua dayang-dayangnya. Tetapi janganlah disebabkan baju yang cantik itu dikenakan pula dengan makeup dan aksesori yang keterlaluan hingga tahap mengengelamkan kecantikan si pengantin itu sendiri.\n\nBanyak kes sudah terjadi di mana si pengapit pengantin ini yang nampak seakan diri si pengantin itu sendiri hinggakan ada tetamu yang tertanya-tanya akan pengantin yang sebenar. Ingat! Tugas bridesmaid adalah untuk meriahkan majlis dan juga sebagai pembantu peribadi kepada si pengantin itu sendiri. Bukannya kerja melawa dan melaram bagaikan majlis itu diri sendiri yang punya. Nak nampak cantik bagaikan seorang puteri atau pemaisuri, bolehlah atur majlis perkahwinan sendiri dengan jejaka idaman hati.\n\nPengantin Perlu Pilih Bridesmaid Yang Ada Ciri-Ciri Ini\n\nItulah antara tugas bridesmaid atau dulang girl yang perlu diberi perhatian. Kisah bridesmaid dengan pengantin ini ada banyak dan janganlah jadikan diri sendiri sebagai kisah pahit kepada si pengantin di hari bahagianya. Kehadiran bridesmaid ini sebenarnya sangat membantu disebabkan itulah peranan \u2018pengapit pengantin\u2019 ini sudah lama wujud sejak dulu. Baca juga cara luah rasa hati pada crush , tips elak rasa jemu dalam rumahtangga dan perbezaan antara lelaki bujang dan yang telah berkahwin."
"Minuman probiotik adalah minuman yang mempunyai bakteria baik yang bagus untuk penghadaman. Sebagai ibu bapa, selalunya kita akan memberikan yang terbaik buat anak kita. \n\nRamai diantara anak anak kita menggemari minuman probiotik. Seperti yang diiklankan di kaca televisyen, kita akan menganggap minuman probiotik merupakan minuman yang sihat dan boleh untuk diambil setiap hari. Walaubagaimanapun, adakah benar minuman probiotik sihat dan boleh diambil setiap hari?\n\nHari ini kami bawakan sebuah artikel berkenaan minuman probiotik daripada Dr Taufiq Razif. Jom kita lihat! \n\nJangan Bagi Anak Kita Minum Probiotik Setiap Hari\n\nBagi Dr Taufiq Razif, beliau sendiri mengalami masalah dimana anaknya akan mengambil minuman probiotik sejurus selepas mengikuti beliau di pasaraya. Namun, mengapakah anak kita tidak boleh minum probiotik setiap hari? \n\nMinuman probiotik sangat manis! Sememangnya fitrah anak anak sukakan benda benda yang manis ini. Walaupun ada tulisan \u2018less sugar\u2019 pada minuman itu, kandungan gulanya masih lagi tinggi. \n\nTidak kiralah bagaimana sekalipun, minum probiotik ini akan sentiasa mempunyai kandungan gula yang tinggi. Mengapa? Kerana dalam minuman ini ada bakteria yang hidup. Gula dalam minuman ini bukan sahaja sebagai perasa malah ianya merupakan makanan kepada bakteria hidup di dalam itu. \n\nKalau kita membuat perbandingan dengan air Coca Cola yang super manis sendiri juga kita akan rasa terkejut. Kandungan gula dalam Coca Cola adalah sebanyak 10.6 gram per 100 mL. Tetapi dalam minuman probiotik, ianya boleh mencecah sehingga 18.3 gram per 100 mL. Banyak tu! \n\n\u201cKalau nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang, tengok kandungan gula yang kita suapkan setiap hari.\u201d\n\np/s: Air kultur atau probiotik bukanlah tidak boleh diminum lansung cuma jangan jadikan ianya sebagai rutin. \n\nSelain daripada artikel ini, pelbagai lagi artikel yang anda boleh baca, sekaligus menambahkan pengetahuan am didalam diri. Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan tentang mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini."
"Menjadi cantik memerlukan kita mengikuti segala penjagaan wajah dan rutin kesihatan wajah dengan betul dan sempurna. Sekiranya anda sememangnya mengikuti peraturan penjagaan kulit, pastikan langkah-langkah yang ditetapkan dalam pemakaian serum tidak anda tinggalkan.\n\nSerum merupakan cecair pekat dan mengandungi bahan aktif dan zarah kecil di dalamnya untuk melawan segala cela pada kulit wajah. Serum yang berharga murah ini tidak semestinya setanding dengan jenama mahal. \n\nYang penting terdapat cop pengesahan daripada KKM. Jom kita lihat senarai serum murah terbaik yang mampu anda miliki dan pastinya berkesan.\n\n1. Nano White Dark Spot Corrective Serum\n\nSerum ini telah diinokulasi dengan Nanoteknologi untuk membasmi bintik-bintik gelap dan parut jerawat serta melambatkan proses menghasilkan jerawat baru. \n\nEkstrak semula jadi dan Omega White-C yang diperkaya dalam serum Nano White Dark Spot Corrective. Serum ini juga bertindak untuk mengawal kuantiti sebum dan pengeluaran lebihan minyak yang dihasilkan di permukaan kulit. \n\nMenariknya, serum murah erbaik nitidak berminyak dan melekit serta sesuai dibuat layer dengan alat solek.\n\n2. The Ordinary Vitamin C\u00a0 Suspension 23% + HA Spheres 2%\n\nSerum wajah dari The Ordinary mempunyai sumber Vitamin C yang juga dikenali sebagai L-Ascorbic Acid. Ia berfungsi meningkatkan pengeluaran kolagen. \n\nSerum murah terbaik ini bersifat antioksidan berfungsi melindungi kulit dari penuaan dan tona kulit yang tidak sekata. Serum ini juga disokong dengan penambahan HA dehidrasi sfera yang mampu menarik 1000 kali berat ke dalam air. \n\nIa pasti dapat membantu mengembalikan kelembapan dan menjadikan kulit anda sentiasa terhidrat sepanjang hari.\n\n3. Garnier Sakura White Ultimate Serum\n\nAdakah anda mahukan kulit cerah? Cubalah Garnier Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum yang sangat menakjubkan ini. Ia mengandungi ekstrak bunga Sakura dan 5,000 kapsul pemutih bagi meningkatkan kualiti kulit lebih berhasil keanggunan putih berseri.\u00a0\n\nTeksturnya juga amat ringan dan mengekalkan kelembapan pada kulit anda agar tetap segar dan sempurna. Serum ini juga sesuai digunakan selepas pembersihan dan sebelum menggunakan krim siang atau malam. Penggunaan serum ini secara konsisten akan membuatkan kulit anda menjadi satu tona lebih cerah.\n\n4. Sendayu Tinggi Brightening Series Super Hyaluronic Serum\n\nBagi anda yang mencari serum yang merangkumi bahan kulit yang berhidrasi tinggi seperti Trehalose dan Hyaluronic Acid, anda boleh gunakan Sendayu Tinggi Brightening Series Serum. \n\nSerum ini mempunyai gabungan kombinasi yang dibuat untuk memberikan hidrasi tinggi kerana kedua-duanya membantu mencegah pengeringan sel dan mengekalkan kelembapan kepada kulit wajah. \n\nBahan ekstrim tambahan dalam serum murah terbaik ini adalah Vitamin C, E dan Zinc yang bertujuan untuk memelihara dan membantu melambatkan proses penuaan kulit. \n\nSementara itu, Ethyl Ascorbic Acid pula berfungsi untuk mencegah pengeluaran melanin yang menyebabkan pigmentasi dan tona warna yang tidak sekata.\n\n5. Safi Rania Gold Serum Konsentrasi 50x\n\nSerum murah terbaik ini diperkaya dengan Beetox & Nano Gold 24K yang mampu memperbaiki dan meningkatkan keanjalan dan memelihara struktur kulit. \n\nSelain itu, ia juga menutup struktur dalaman lapisan epidermis kulit. Serum Safia Rania Gold ini juga dapat melambatkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.\n\n6. Rosken Skin Repair Bio Serum\n\nSerum Rosken Skin Repair Bio Serum mengandungi Vitamin A & E anti-oksidan, minyak Calendula dan Chamomile yang berfungsi memudarkan jeragat. Ia digunakan sebagai kitaran pembaharuan pada kulit wajah. \n\nBahan tambahan dalam serum Rosken Skin Repair Bio Serum ini adalah minyak Rosehip yang dapat mengurangkan kesan parut jerawat dan menghilangkan pigmentasi serta garis-garis halus. \n\nFormula khas yang terdapat dalam serum ini mampu membantu mengurangkan dan merawat keadaan kulit seperti parut, warna kulit tidak sekata, kulit kering yang melampau dan penuaan.\n\n7. Wardah C-defense with Vitamin C Serum\n\nBertindak sebagai anti-radang, Wardah C Defence yang diperkaya dengan serum Vitamin C mengandungi antioksidan kuat. Ia mempunyai kemampuan menembus terus ke lapisan kulit. \n\nSerum ini berfungsi untuk membentuk kulit yang lebih cerah, lebih muda dan sihat. Selain itu, ianya juga dapt membantu merangsang sintesis kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit.\n\n8. Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum\n\nBagi anda yang mempunyai kulit berminyak, serum ini membantu mengimbangi dan mengawal rembesan minyak yang tersumbat di liang-liang pori. \n\nDi samping itu, serum ini juga dapat mencegah bakteria serta meningkatkan pengekalan air. Ia bebas dari bahan tambahan terlarang dan sangat kaya dengan ekstrak buah-buahan seperti lemon dan lidah buaya.\n\nSerum Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control ini sangat lembut pada kulit wajah, mesra alam dan dapat membantu menghasilkan kulit yang lebih segar dan bersih. Serum ini juga membantu mencegah pengeluaran minyak dan sebum yang berlebihan pada kulit muka.\n\n9. Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum\n\nSerum murah terbaik ini mengandungi elixir minyak biji Rosehip, anggur dan Vitamin E. Ia dapat menghilangkan bintik-bintik gelap dan pigmentasi yang berlaku pada wajah. \n\nPermukaan kulit dan pembaikan sel akan dilakukan pada kulit wajah. Gunakan serum Garden of Eden Rosa Pigmentation Serum ini pada waktu malam atau siang hari untuk mendapatkan hasil kulit yang lembut, licin dan cerah yang sempurna.\n\n10. L\u2019Oreal Men Expert Hydra Power Serum\n\nSerum murah terbaik ini adalah pelembap pertama yang menyegarkan dari L\u2019Or\u00e9al Men Expert yang diperkaya dengan Mountain Water dan asid Hyaluronik. \n\nIa mengandungi gel yang sangat segar yang akan menjadikan kulit anda sentiasa terhidrat selama 48 jam. Serum ini tidak berminyak, tidak melekit dan menyerap dengan cepat yang amat sesuai untuki lelaki yang suka aktiviti luar.\n\nItulah antara serum murah terbaik yang boleh anda pilih, pastinya berkesan dengan baik! Jom baca juga\u00a0Serum terbaik untuk jerawat,\u00a0Set berpantang,\u00a0serum terbaik untuk kulit berminyak\u00a0dan\u00a0Serum terbaik untuk whitehead.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Sambal Goreng Jawa ini amat popular di kalangan orang Johor dan Jawa. Gabungan rasa bahan-bahannya yang telah digoreng terlebih dahulu mampu menambahkan selera makan. tambah-tambah dengan nasi putih yang masih panas. Menu ini juga merupakan salah satu menu yang terdapat pada satu pinggan lengkap nasi ambang yang juga merupakan makanan popular mereka.\n\nCaranya pun tak susah dan boleh buat dalam kuantiti yang banyak. Jadi bolehlah dijadikan sebagai menu tambahan untuk majlis-majlis. Jom tengok resepi yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku ini iaitu resepi dari Fauziah Ideris. Pasti mudah dan sedap. Jom cuba.\n\nMudahkan? Semudah abc. Jadi apa lagi cepat-cepatlah mencubanya. Pasti Sambal Goreng Jawa ini menjadi sebutan di kalangan yang menjamunya. Selain dari respi ini, kami juga ada kongsikan resepi menarik dan mudah yang lain. Jemput tengok ye."
"Musim hujan hirup sup ketam panas-panas memang terbaik. Jom buat sup ketam hari ini?\n\nSup ketam sedap amat merangsang selera. Diperbuat daripada rempah sup yang beraroma. Lembut daging ketam enak diratah macam itu sahaja. Daging yang ada di kaki-kaki ketam pula sedap. Bahkan kuahnya enak dihirup hingga tetes terakhir.\n\nResepi sup ketam yang dikongsikan oleh Mas Aura\u200e di laman Facebook ini amat sedap dan patut cuba. Tidak hanya orang dewasa, bahkan anak-anak juga suka sup ketam. Bahkan ada yang percaya bahawa sup ketam boleh mengobati/mencegah demam denggi.\n\nSila cuba resepi di bwah ini dan selamat menjamu selera dengan sup ketam lazat. Dihidangkan bersama telur dadar dan sambal belacan.\n\nSelain resepi sup ketam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kadang kala, ibu ibu yang menyusukan anak turut menghadapi situasi situasi yang mencabar. Antaranya adalah apabila si kecil tidak mahu menyusu atau pun menggigit puting anda.\n\nIni mungkin adalah beberapa masalah yang sering timbul bagi kebanyakan wanita dan masih boleh diatasi. Mendapatkan bantuan pakar di peringkat awal ini mungkin boleh mengungkai segala persoalan yang timbul.\n\nMendapatkan Nasihat Pakar Tentang Masalah Menyusukan Bayi\n\nJika anda memerlukan bantuan daripada pakar dan perunding kesihatan, semestinya mereka akan berada di sisi anda. Hubungi mereka dan pastinya mereka bersedia untuk berkhidmat untuk anda.\n\nBerikut merupakan masalah masalah yang sering melanda ibu ibu yang menyusukan bayi beserta dengan penyelesaian.\n\nMasalah menyusukan. Dulu, kini dan selamanya. Mungkin tidak akan hilang daripada dunia ini. Bayi sememangnya akan kadang kala menolak pemberian susu ibu.\n\nMenolak susu ini selalunya akan berlalu, tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan ianya berlaku. Mungkin salah satu daripada masalah yang disenaraikan di bawah ini berkait rapat dengan diri anda. Ayuh ketahui puncanya.\n\nAda beberapa cara untuk membantu bayi anda menyusu.\n\nPara ibu diingatkan supaya cuba bertenang dan bersabar. Elakkan daripada memaksa anak anda untuk meminum susu kerana ini mungkin akan lebih menerukkan keadaan.\n\nUntuk dapatkan nasihat pakar, berbincanglah dengan doktor ataupun pakar perubatan anda untuk maklumat lanjut.\n\nSemakin bayi membesar, semakin aktif mereka bermain. Setiap masa mahu bermain. Ini termasuklah apabila mereka menyusu. Tambah tambah lagi jika mereka sudah mempunyai gigi.\n\nKeadaan ini tidak mustahil bagi bayi yang baru sahaja tumbuh gigi. Mungkin mereka tidak akan gigit apabila sedang menyusu. Tetapi apabila selesai menyusu, bayi mungkin berasa seronok untuk menggigit.\n\nIbu ibu janganlah risau. Jika bayi anda menggigit, hanya perlu kata \u2018Janganlah\u2019 tetapi perlu dilakukan dengan cara yang lemah lembut dan jangan mengasari mereka kerana mereka masih kecil.\n\nSetelah itu anda boleh mengalihkan mereka daripada payu dara anda. Jangan terlalu berkeras dengan mereka kerana jika tidak mereka mungkin menganggap anda bermain main atau lebih teruk anda menakutkan mereka.\n\nKadang kala bukan sengaja untuk si bayi menggigit. Mungkin sudah tidak sabar untuk menyusu atau mungkin susu anda keluar dengan perlahan.\n\nJika perkara sedemikian berlaku, ibu bapa boleh berikan beberapa titik susu yang telah dibekukan kepada bayi untuk mengelakkan mereka menggigit puting anda. Beberapa titik sudah memadai untuk menggalakkan mereka menyusu.\n\nSelain daripada langkah yang disebutkan di atas tadi, para ibu sekalian boleh memberikan mainan untuk digigit oleh si kecil. Semestinya mainan itu akan menggalakkan pertumbuhan gigi anak anda. Kini telah banyak ada di pasaran mainan seperti itu yang dipanggil sebagai \u2018Teething Ring\u2019. Sekali gus akan menyelesaikan masalah yang melanda anda.\n\nKebanyakan ibu ibu akan memberikan \u2018teething ring\u2018 kepada anak mereka sekiranya mereka masih menggigit.\n\nTidak lupa juga, hati hati dengan gigitan si manja di puting anda kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sudah tentu anda tidak mahu ke hospital sebab itu bukan.\n\nPara ibu boleh bertenang kerana gigitan si kecil itu lazimnya tidak akan berlaku dalam tempoh yang panjang. tetapi semestinya, harap ibu ibu boleh bersabar sepanjang tempoh itu."
"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Asam garam berumah tangga pasti ada ketikanya seseorang daripada pasangan itu merajuk. Lumrah sebuah rumah tangga, isterilah selalu merajuk tetapi bagaimana pula sewaktu suami pula merajuk? Apakah tips dan panduan yang boleh diikuti?\n\nBahasa merajuk suami tidak sukar [Elise]\n\nIngat isteri sahaja ke yang boleh merajuk? Suami pun merajuk juga. Tetapi merajuk suami adalh mudah sikit daripada isteri. \u201cStraight forward\u201d je.\n\nSuami ini jarang merajuk di pejabat. Jika didapati dirinya tidak diadili atau terasa dianiaya oleh ketuanya atau rakan sekerjanya, dia bangun melawan menentang secara berdepan atau di belakang. Dia tidak akan membawa diri merajuk tidak mahu pergi kerja. Tetapi mengapa di rumah dia boleh merajuk?\n\nSuami pulang ke rumah, biasanya telah ada agenda yang \u2018simple\u2019 yang telah diprogramkan di dalam kepalanya iaitu \u201cMAKAN -MAIN-TIDUR\u201d. Baginya, dia telah memerah segala tenaga dan otak di luar rumah atau di tempat kerja, dan kembali ke rumah adalah tempat dia recharge atau top up hormon testosteronenya itu. Jadi tiga aktiviti di atas adalah cara untuk top -up hormon itu agar dia kembali ceria cergas dan cerdas untuk urusan esoknya.\n\nTetapi apabila dia tiba di rumah, dia bukan sahaja tidak mendapat sambutan sebagai seorang hero atau ketua keluarga daripada isterinya, malah dapat teguran atau \u201cbuat muka masam\u201d oleh isteri disertai dengan komplain hal rumahtanggan yang tak selesai.\n\nKekadang tu, suami sudah tersedia dengan berita baik mengenai kejayaan dia di pejabat tadi yang menyebabkan dia terpaksa balik lambat sedikit dan terlupa nak pesan kerana urusan kejayaan itu. Alangkah kecewanya dia. Tak sempat nak kongsi kejayaan, dia telah diserang dengan \u201cmesin gun\u201d, \u201cMengapa lambat, mengapa .. mengapa.. mengapa??\u201d.\n\nDarah panas barannya mula meluap. Amagdala di dalam otaknya mula memanaskan lagi kecewanya. Dia tahu kalau dia tunggu, perang besar akan terjadi. Untuk menyelamatkan keadaan, dia mendiamkan diri, pergi mandi, makan apa yang terhidang di atas meja (jika ada).\n\nKalau geramnya ditahap maksimum, kueh itu pun tak disentuhnya. Capai kunci motosikal atau kereta, terus ke kedai mamak tempat pertemua suami-suami merajuk. Mereka matikan handphone, berboraklah dengan isu-isu kejantanan yang terkini hingga diri terasa hormon testosterone nya kembali fully charged untuk bekalan esok harinya.\n\nJika mereka terasa tidak dihormati oleh isteri, mereka membisu dan keluar rumah bertemu teman-teman senasib untuk melegakan jiwa mereka.\n\n6 Tips Tidak Mahu Suami Merajuk\n\nApa perlu isteri buat jika tidak mahu suami merajuk?\n\n1. Niat untuk hiburkan suami sebaik sahaja dia pihak pintu rumah.\n\n2. Sambut dia dengan senyuman dan ungkapan yang menyebabkan dia rasa dihormati seperti, \u201cAlhamdulilah Abang dah balik, Seronok rasa\u201d, atau \u201cWow hero dah balik!\u201d.\n\n3. Kalau tak sempat sambut di pintu, wakilkan anak kecil menyambut dia di pintu atau kucing.\n\n4. Sediakan kudapan dan minuman kesukaannya sebaik sahaja dia sampai. Ingat ya \u201cMAKAN-MAIN-TIDUR\u201d\n\n5. Sedang dia menikmati makanan tu, barulah minta kebenaran untuk mengadu dengan ungkapan,\n\n\u201cAbang, saya nak mengadu hal anak2 ..(apa sajalah) tapi saya mahu abang dengar je tau, tok sah nak tolong selesaikan. Saya mahu Abang dengar aje ok.. 10 minit je\u201d.\n\nInsya Allah suami anda boleh dengar dengan tenang.\n\n6. Kalau nak minta dia tolong kerja rumah, gunakan ungkapan ini,\n\n\u201cAbang, lepas minum, tolong tukarkan lampu dapur tu ya, saya tak pandai, Abang sorang je yang pandai tukarnya.\n\nTakut ada orang datang malam ni (wujudkan keadaan kecemasan untuk ketukkan mindanya. Jika tidak kecemasan, dia tak teruja nak buat).\n\n6. Kalau dia kata, \u201cNanti Abang tolong, tapi Abang nak tengok berita kat TV jab\u201d, terimalah permintaannya itu kerana dia sedar yang tenaganya belum cukup untuk bantu kerja rumah masa itu. Beri peluang dia \u201cMAIN\u201d sekejab untuk dia top up hormonnya.\n\nApa perlu isteri buat jika suami dah merajuk?\n\n1. Bersyukurlah dia keluar daripada rumah atau menjauhkan diri daripada isterinya kerana mungkin jika dia tunggu, akan menggunakan kekerasan dan keganasan untuk tenteramkan jiwanya. Biarkan dia.\n\n2. Jangan hubungi dia semasa dia sedang \u201cmerajuk\u201d. Biarkan dia sendirian di dalam biliknya atau bersama teman-temannya dia kedai mamak itu.\n\n3. Bila dia pulang ke rumah, naik atas katil, jangan membelakangkannya. Peluklah dia. Bisik kat telinganya \u201cI love u\u201d."
"Sekarang ini makanan korea semakin popular di kalangan rakyat Malaysia terutama sekali golongan anak muda. Contoh menu yang agak popular di kedai makanan korea adalah Soondubu Jigae atau dikenali sebagai Tofu Beef Stew. Tapi yelah kan zaman kegawatan ekonomi ini kenalah jimat-jimat kan, tambah-tambah yang berkeluarga ramai, nak makan selalu tak boleh lah kan. Jadi kena lah masak sendiri kan? Tak susah pun janji kena ada pes gochujang. Resepi yang dikongsikan oleh Nur Fairuza ini untuk dua orang makan tau. Jom tengok resepinya.\n\nSiap. Mudah kan? Sekelip mata sahaja dah siap. Nak lebihkan lauk dan cendawan pun boleh. Pasti lagi puas hati. Makan pula dengan nasi panas-panas. Nak lagi terasa sedapnya bolehlah beli beras korea jepun.\n\nSelain resepi Soondubu Jigae, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya"
"Sebagai manusia biasa, kita pasti tidak akan terlepas dalam membuat kesilapan. Itu lumrah. Namun, penting bagi kita untuk bersikap lebih terbuka dan memperbaiki apa jua kelemahan kita supaya menjadi orang yang lebih baik berbanding sebelumnya.\n\nWalau apa pun, semua ibu bapa pasti mahu yang terbaik untuk anak-anak. Di sini saya senaraikan \u201c6 Kesalahan Dan Tabiat Ibu Bapa Yang Perlu Dibaiki\u201d.\n\nNota editor bidadari.my: Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini pada orang lain untuk sama-sama mendapat manfaat darinya. Namun, admin sangat berharap supaya SEBARANG PERKONGSIAN DISERTAKAN SEKALI LINK ASAL ARTIKEL. Hormatilah usaha dan masa penulis asal.\n\n#1 Tidak Menunjukkan Contoh Yang Baik\n\nTidak menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak merupakan antara kesilapan ibu bapa yang paling utama. Walau apa cara yang anda pelajari dan gunakan untuk mendisiplinkan anak, selagi ibu bapa sendiri tidak mahu berubah, usaha anda tidak akan berjaya.\n\nJangan jadi bagaikan ketam mengajar anak berjalan.\n\nJika mahukan anak menjadi insan yang terbaik, mulakan dengan mengubah diri sendiri menjadi yang terbaik dahulu.\n\nApabila anak menangis selepas berebut permainan di rumah sepupunya, si ibu memujuk sambil berkata \u201cnanti balik kita singgah kedai kita beli ya? Kita beli yang lagi best dan lagi besar dari yang ni!\u201d Si anak mengangguk tanda setuju dan kembali bermain seperti biasa.\n\nDalam perjalanan balik, si ibu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk singgah ke kedai seperti yang dijanjikan. Mereka terus pulang ke rumah dan si ibu telah pun melupakan janjinya siang tadi.\n\nJangan sekadar berjanji sekiranya anda tidak mampu atau tidak berhasrat pun memenuhinya. Kita sering menyangka anak akan lupa. Tetapi lama kelamaan, si anak akan menetapkan dalam minda bahawa ibunya hanya menipu dan dia tidak akan termakan pujukan ibunya lagi. Keadaan ini akan menyukarkan anda memujuknya dan mendisiplinkannya di masa hadapan.\n\nBerikan janji yang realistik. Apa yang penting, pastikan anda penuhinya! Bayangkan jika anda berada ditempatnya. Pasti anda juga akan terluka jika orang yang anda sayang kerap memungkiri janji.\n\n#3 Tidak Mahu Meminta Maaf Jika Membuat Kesilapan\n\nAntara sifat terpuji yang patut ditanam dalam diri anak-anak adalah ringan mulut meminta maaf jika membuat kesilapan. Kita sebagai ibu bapa pasti mahukan anak yang sentiasa merendah diri dan menerima teguran dengan baik.\n\nNamun jangan lupa! Ibu bapa mesti menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Sekiranya kita mahukan anak berakhlak baik, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh akhlak yang baik.\n\nMasyarakat kita sudah terbiasa dengan stigma: mak ayah selalu betul. Kita pantang ditegur oleh anak-anak, lebih-lebih lagi apabila anak-anak mereka masih kecil.\n\nPerlu kita ingat, kita juga manusia biasa yang selalu terlupa dan sentiasa melakukan kesilapan. Sekiranya si anak menegur dengan baik, apa salahnya menurunkan sebentar ego kita dan meminta maaf padanya.\n\nContoh situasi: Anda mengingatkan satu keluarga bahawa esoknya, mesti bergerak dari rumah pukul 10 pagi untuk pulang ke kampung untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tepat jam 10 pagi, anak-anak dan isteri sudah lama menunggu dengan sabar di dalam kereta. Anda masih mencari dompet yang anda sendiri sudah terlupa dimana kali terakhir anda meletakkannya. Menjelang pukul 11 pagi, baru anda masuk ke dalam kereta. Anak sulung yang berusia 4 tahun menegur, \u201cabah lambat. Semalam abah dah kata nak keluar rumah awal\u201d. Apakah respon anda?\n\nRespon 1: \u201cDiamlah! Tak nampak ke abah kelam kabut ni?\u201d, respon anda dengan nada separa menjerit.\n\nRespon 2: \u201cAbah minta maaf sayang. Abah tahu abah lambat. Lain kali abah akan cuba awal ya? Mana yang tak elok dari abah, along jangan ikut ya\u201d, respon anda dengan nada lembut.\n\nAntara kedua-dua respon, yang mana satu anda rasa boleh menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak?\n\nAntara kedua-dua respon, yang mana satukah respon yang sering kita berikan pada anak-anak?\n\n#4 Terlalu Beralah Dalam Hal Penting Dengan Anak\n\nAnak anda meraung-raung di pagi hari kerana tidak mahu ke sekolah. Puas memujuk, masih berdegil. Anda putus asa dan biarkannya tidak ke sekolah.\n\nDi tengah-tengah majlis sambutan hari jadi anak rakan, anak anda mula membuat perangai. Dia mahukan hadiah-hadiah yang diperoleh birthday boy tersebut. Anda memujuk dan bercakap dengan nada tenang bahawa hadiah tersebut adalah milik orang lain, bukan miliknya. Dia tidak berpuas hati dan mengamuk. Anda membuat keputusan untuk terus pulang kerana tidak mampu lagi mengawalnya.\n\nDi kedai semasa membeli barangan dapur bulanan, anak anda ternampak alat permainan dan mahukannya. Anda menolak. Dia baru sahaja membeli permainan semalam. Lagipun, anda tahu dia hanya berminat untuk bermain dengan permainan tersebut sekejap sahaja. Dia mula membuat drama. Berguling dan menjerit di kedai. Anda tidak mampu lagi mengawalnya. Anda membelikan juga apa yang dipinta.\n\nPernahkah anda mengalami situasi sebegini? Atau melihat orang terdekat mengalami situasi ini?\n\nAntara kesilapan utama ibu bapa adalah mudah beralah dengan anak terutamanya atas perkara yang penting.\n\nIbu bapa harus tegas dengan anak-anak, tetapi dengan cara berlembut. Ingat, jangan biarkan anda dikuasai anak anda. Apabila anak-anak sudah tahu kelemahan anda, mereka akan menggunakan cara tersebut untuk mendapatkan apa yang dia mahukan di masa hadapan.\n\nMenurut Dr Suriyakhatun, tip berguna untuk anak yang tantrum adalah jangan marah, jangan pukul tetapi jangan berikan perhatian. Layan anak tersebut hanya apabila tantrumnya selesai. Gunakan teknik ini pada anak seawall usia 1 tahun. InshaAllah dia akan lebih mendengar kata dan tidak mudah meragam terutamanya di tempat awam.\n\nApabila anda menolak untuk memenuhi permintaan anak, pastikan anda beritahunya sebab disebalik keputusan anda. Jangan dimarah apatah lagi menengking.\n\nSebelum di bawa keluar kemana-mana, mesti beritahu nak kemana, apa yang patut dia jangka, apa yang boleh dia lakukan dan apa yang tak boleh dia lakukan. Dengan cara ini, anak mudah faham dan tidak mudah meragam.\n\nIngat, ibu bapa adalah ketua di rumah dalam membuat keputusan \u2013 bukan anak-anak.\n\n#5 Tiada Sepakat Antara Bapa Dan Ibu\n\nSi ibu sering memarahi anak perempuan bongsunya kerana malas dan tidak mahu menggosok gigi hingga giginya banyak rosak. Si bapa membela anak kesayangan dan memarahi si ibu. Menurutnya, anak mereka pasti akan tahu apabila besar nanti.\n\nIbu dan bapa mesti bekerja dalam satu pasukan \u2013 terutamanya dalam mendidik anak. Ibu bapa mestilah selari. Tidak boleh sebaliknya. Jika tidak, anak akan terkeliru mana satu yang harus dia ikuti.\n\nIbu dan bapa mesti selalu berbincang. Jika ada antara tindakan atau keputusan ibu/bapa yang tidak dipersetujui pasangan, mereka mesti berbincang dan berkomunikasi. Jangan tunjukkan dihadapan anak, anda tiada kesepakatan. Barulah anak mudah untuk menerima arahan dan mengikuti ibu bapanya.\n\n#6 Menganggap Anak Tidak Faham Dan Masih Kecil Lagi\n\nKita sering menganggap anak-anak tidak faham dan masih kecil lagi. Sedangkan kita tidak tahu, pada lima tahun terawal dalam usia kanak-kanak, perkembangan otak mereka digunakan sehingga hampir 90 peratus!\n\nApabila anak bertanyakan sesuatu yang agak kompleks, anda membalas \u201cnanti dah besar awak tahu la\u201d dengan alasan, anak masih kecil lagi. Dia takkan faham. Sedangkan, kita sendiri yang malas untuk berfikir bagaimana untuk menerangkan dengan ayat yang mudah.\n\nAnak saudara saya sejak seawal umur setahun sudah petah berbicara. Dia kerap bertanyakan soalan kompleks seperti \u201cmengapa cawan berpeluh bila ada ais dalam minuman tersebut\u201d.\n\nKalau diikutkan, saya malas untuk melayan pertanyaan sebegitu kerana tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya. Sebaliknya, bapanya tidak kisah menerangkan proses kondensasi padanya.\n\nAwalnya saya skeptikal. Faham ke budak ni? Suatu hari, saya sendiri terkejut apabila anak saudara saya sambil bermain lego bersama saya menerangkan proses kondensasi pada saya. Saya tidak menyangka dia masih ingat! Sedangkan kejadian tersebut sudah berlalu berbulan lamanya.\n\nJangan pandang rendah dengan kebolehan anak-anak mengingat dan memahami sesuatu perkara. Mereka sebenarnya lebih hebat daripada kita.\n\nTugas kita adalah mendidik mereka tanpa mengenal erti putus asa. Apabila mahu mendisiplinkan atau mendidik mereka, kita kena ulang perkara tersebut berulang kali. Jangan marah apabila dia kelihatan tidak memahami. Paling penting, puji setelah dia menunjukkan pencapaian yang lebih baik.\n\nSelain itu, kita sering menggunakan alasan \u201cbiarlah. Budak tu kecil lagi\u201d apabila anak menunjukkan tabiat atau perbuatan yang tidak elok seperti suka menjerit, mencarut dan bergaduh.\n\nWalaupun dia masih kecil, perbuatan tersebut harus ditegah sejak awal lagi. Apabila ibu bapa hanya menutup mata atas salah laku seperti itu, kelak apabila dewasa anak ini lebih sukar untuk dibentuk.\n\nTiada ibu bapa yang sempurna. Dan perlu diingatkan, tiada cara didikan ibu bapa yang lebih baik berbanding cara didikan ibu bapa lain.\n\nTidak semestinya cara tersebut baik untuk anak anda, baik juga untuk anak orang lain. Walau apa pun, terima nasihat dan teguran orang lain dengan hati terbuka.\n\nApa yang penting, kita sentiasa berusaha menjadi orang yang lebih baik hari demi hari. Itu pun sudah cukup membuktikan anda adalah ibu bapa yang hebat!"
"Menziarahi kubur adalah perkara yang dituntut dalam Islam dimana ia memberi ganjaran pahala yang besar buat anda. Tambah-tambah lagi sekiranya anda menziarahi kubur dengan penuh beradab dan mengirimkan doa buat para ahli kubur.\n\nBanyak doa yang boleh anda amalkan ketika menziarahi kubur, ketahui doa yang mudah dibaca dan perlu dibaca untuk mendapatkan kesan terbaik menziarahi kubur. Sebelum tiba di kubur, wajarlah anda ikuti adab-adab ziarah kubur untuk mendapat ganjaran pahala dan menghormati kubur.\n\nJom ikut adab ziarah kubur dengan teliti dan cermat. Bermula sebelum tiba di kubur lagi, anda sudah boleh melakukan persiapan dan adab yang dituntut dalam Islam. \n\nNiat sebelum ziarah kubur amat penting. Anda harus meletakkan niat yang betul untuk menziarahi kubur. Pastikan semuanya berjalan lancar mengikut apa yang anda hajati. Semuanya bergantung kepada niat baik anda.\n\nAdab ziarah kubur yang boleh anda lakukan sebelum ke tanah perkuburan adalah berwuduk. Ambillah wuduk sebelum masuk ke kawasan kubur untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ia juga adalah sebagai penghalang daripada diganggu makhluk halus dan lain-lain lagi.\n\nMemberi salam ketika melalui kawasan perkuburan adalah adab ziarah kubur mudah yang boleh diajar dan diterapkan sejak kecil lagi. Memberi salam kepada ahli kubur seolah-olah kita mendoakan mereka. Rasulullah SAW juga mengajak kita untuk memberi salam ketika lalu di kawasan kubur.\n\n\u201cSemoga keselamatan dicurahkan atasmu wahai para penghuni kubur, dari orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam. Dan kami, jika Allah menghendaki, akan menyusulmu. Aku memohon kepada Allah agar memberikan keselamatan kepada kami dan kamu sekalian (dari siksa).\u201d \n\n4. Duduk Di Tempat Yang Sesuai\n\nApabila anda menziarahi kubur, jangan terus duduk di mana-mana yang anda mahu. Sebaliknya lihat dahulu kawasan strategik yang sesuai untuk anda duduk. Duduk berdekatan dan di sisi kubur juga tiada masalah, tetapi jangan pula duduk di atas kubur. Duduk di atas kubur bukan sahaja menunjukkan tidak beradab dan tidak hormat, tetapi juga berdosa.\n\nBerdoa semoga urusan arwah dipermudahkan dan Allah SWT rahmati mereka. Tetapi jangan pula salah doa dengan bercakap dan meminta kepada mereka. Berdoa juga ada caranya. Hafallah doa ziarah kubur dengan baik supaya anda dapat amalkannya.\n\n6. Tidak Membaca Al-Quran di Kubur\n\nTak perlu baca Quran di kubur kerana ia sebenarnya adalah perkara terlarang. Kita sedia maklum bahawa berdoa dikubur adalah berpaksikan kepada Allah SWT dan untuk kita mengingati mati. Baca Al-Quran pula tidak dianjurkan oleh Islam ketika ziarah kubur.\n\n\u201cJanganlah menjadikan rumah kalian sebagai kuburan. Sesungguhnya setan berlari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al-Baqarah.\u201d (HR. Muslim)\n\nJangan sesekali bercakap hal yang bukan-bukan apabila berada di tanah perkuburan. Sebagai menghormati arwah atau mayat, anda juga harus menghormati penziarah kubur yang lain.\n\nAdab ziarah kubur yang perlu anda lakukan adalah tidak menangis meratapi kubur. Ia akan mengganggu pengunjung yang lain, walaupun sebak, adalah lebih baik diamkan diri sahaja, kawal diri daripada bertindak meraung dan sebagainya.\n\n1. Doa Ketika memasuki kawasan kubur bagi mengucapkan salam\n\nAssal\u00e2mu \u2018al\u00e2 ahlid diy\u00e2r, minal mu\u2019min\u00eena wal muslim\u00een, antum lan\u00e2 farthun, wa nahnu insy\u00e2all\u00e2hu bikum l\u00e2hiq\u00fbn.\n\n\u201cSalam atas para penghuni kubur, mukminin dan muslimin, engkau telah mendahului kami, dan insya Allah kami akan menyusulmu.\u201d\n\nAtau mengucapkan salam seperti yang diajarkan oleh Imam Ali bin Abi Thalib (sa):\n\nAss\u00e2lamu \u2018al\u00e2 ahli l\u00e2 il\u00e2ha illall\u00e2h min ahli l\u00e2 il\u00e2ha illall\u00e2h , ya ahla l\u00e2 il\u00e2ha illall\u00e2h bihaqqi l\u00e2 il\u00e2ha illall\u00e2h kayfa wajadtum qawla l\u00e2 il\u00e2ha illall\u00e2h min l\u00e2 il\u00e2ha illall\u00e2h, ya l\u00e2 il\u00e2ha illall\u00e2h bihaqqi l\u00e2 il\u00e2ha illall\u00e2h ighfir liman q\u00e2la l\u00e2 il\u00e2ha illall\u00e2h, wahsyurn\u00e2 f\u00ee zumrati man q\u00e2la l\u00e2 il\u00e2ha illall\u00e2h Muhammadun Ras\u00fblull\u00e2h \u2018Aliyyun waliyull\u00e2h.\n\n\u201cSalam bagi yang mengucapkan la ilaha illallah dari yang mengucapkan la ilaha illallah, wahai yang mengucapkan kalimah la ilaha illallah dengan hak la ilaha illallah, bagaimana kamu memperoleh kalimah la ilaha illallah dari la ilaha illallah, wahai la ilaha illallah dengan hak la ilaha illallah ampuni orang yang membaca kalimah la ilaha illallah, dan himpunlah kami ke dalam golongan orang yang mengu\u00accap\u00ackan la ilaha illallah Muhammadur rasululullah Aliyyun waliyyullah.\u201d\n\nImam Ali bin Abi Thalib (sa) berkata:\n\n\u201cBarangsiapa yang memasuki kawasan kubur, lalu mengucapkan (salam tersebut), Allah memberinya pahala kebaikan 50 tahun, dan mengampuni dosanya serta dosa kedua orang tuanya 50 tahun.\u201d\n\n1. Surat Al-Qadar (7 kali),2. Surat Al-Fatihah (3 kali),3. Surat Al-Falaq (3 kali),4. Surat An-Nas (3 kali),5. Surat Al-Ikhlash (3 kali),6. Ayat Kursi (3 kali).\n\nDalam suatu hadis disebutkan: \u201cBarangsiapa yang membaca surat Al-Qadar (7 kali) di kuburan seorang mukmin, Allah mengutus malaikat padanya untuk beribadah di dekat kuburannya, dan mencatat bagi si mayit pahala dari ibadah yang dilakukan oleh malaikat itu sehingga Allah memasukkan ia ke surga. Dan dalam membaca surat Al-Qadar disertai surat Al-Falaq, An-Nas, Al-Ikhlash dan Ayat kursi, masing-masing (3 kali).\u201d\n\nAll\u00e2humma inn\u00ee as-aluka bihaqqi Muhammadin wa \u00e2li Muhammad an l\u00e2 tu\u2019adzdziba h\u00e2dzal may\u00acyit.\n\n\u201cYa Allah, aku memohon pada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad janganlah azab penghuni kubur ini.\u201d\n\n\u201cTidak ada seorang pun yang membaca doa tersebut (3 kali) di kuburan seorang mayit, kecuali Allah menjauhkan darinya azab hari kiamat.\u201d\n\n4. Meletakkan Tangan di Kubur dan Baca Doa Ini\n\nAll\u00e2humarham ghurbatahu, wa shil wahdatahu, wa anis wahsyatahu, wa amin raw\u2018atahu, wa askin ilayhi min rahmatika yastaghn\u00ee bih\u00e2 \u2018an rahmatin min siw\u00e2ka, wa alhiqhu biman k\u00e2ma yatawall\u00e2hu.\n\n\u201cYa Allah, kasihi keterasingannya, sambungkan kesendiriannya, hiburlah kesepiannya, tenteramkan kekhawatirannya, tenangkan ia dengan rahmat-Mu yang dengannya tidak membutuhkan kasih sayang dari selain-Mu, dan susulkan ia kepada orang yang ia cintai.\u201d\n\nImam Ja\u2019far Ash-Shadiq (sa) menyarankan untuk kita membaca doa ini.\n\nAll\u00e2humma j\u00e2fil ardha \u2018an jun\u00fbbihim, wa sh\u00e2\u2019id ilayka arw\u00e2hahum, wa laqqihim minka ridhw\u00e2n\u00e2, wa askin ilayhim mir rahmatika m\u00e2 tashilu bihi wahdatahum, wa t\u00fbnisu bihi wahsyatahum, innaka \u2018al\u00e2 kulli syay-in qad\u00eer.\n\n\u201cYa Allah, luaskan kuburan mereka, muliakan arwah mereka, sampaikan mereka pada ridha-Mu, tenteramkan mereka dengan rahmat-Mu, rahmat yang menyambungkan kesendirian mereka, yang menghibur kesepian mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.\u201d\n\nItulah dia 8 adab ziarah kubur harus anda ikuti dan 5 doa yang boleh dibaca ketika menziarahi kubur. Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda. Jemput baca Doa murah rezeki, Doa permudah segala urusan dan Doa ibu bapa."
"Apakah yang dimaksudkan dengan gigi bongsu? Dan adakah perlu kita cabut gigi bongsu apabila ia tumbuh?\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda secara lebih terperinci mengenai masalah yang sering menganggu kesihatan gigi kita ini.\n\nGigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. \n\nMasalah keradangan gigi bongsu ini biasanya bermula pada umur 18 hingga 25 tahun kerana pada masa itu gigi geraham ketiga akan tumbuh. \n\nApabila rahang terlalu kecil dan tidak cukup ruang, gigi akan tumbuh dengan senget. Hal inilah yang akan menyebabkan bermacam-macam posisi keadaan yang terjadi.\n\nUntuk memastikan sama ada kita mengalami masalah gigi bongsu atau tidak, pemeriksaan yang rapi perlu dilakukan oleh doktor gigi. Diagnosis gigi bongsu ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti:\n\nPada peringkat permulaan, doktor gigi akan memeriksa mulut pesakit bagi mengenal pasti jika masalah yang dialami itu melibatkan gigi bongsu atau tidak.\n\nSekiranya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan punca masalah atau kehadiran gigi bongsu, maka pemeriksaan radiograf x-ray akan dilakukan untuk menunjukkan gambar gigi 2D, dibawah tulang sekali dengan struktur disekeliling.\n\nBagi gambaran 3D yang lebih jelas, doktor gigi akan menggunakan imbasan CBCT X-ray. Cara ini menunjukkan skala dengan takrifan dan dimensi tepat tentang posisi saraf berdekatan gigi bongsu terimpak.\n\nImbasan CBCT ini memang jarang dilakukan dalam pergigian tetapi ia membantu untuk melihat data dan maklumat yang tepat khususnya bagi kes sukar.\n\nKriteria bila perlu cabut gigi bongsu?\n\nUntuk kelegaan sementara, kita boleh mencuba petua ini:\n\nNamun sekiranya, sakit di gigi bertambah teruk, segera dapatkan rawatan oleh doktor pergigian. Biasanya rawatan pembedahan akan diberikan untuk cabut gigi bongsu tersebut.\n\nKesan selepas rawatan pembedahan & tips supaya gigi cepat sembuh\n\nSetelah proses pembedahan, ada sesetengah pesakit yang akan mengalami ketidakselesaan dan kesan yang lain. Namun ke semua kesan ini tidaklah membahayakan dan bahkan ia normal bagi kita.\n\nAntara kesan sampingan yang biasanya kita rasa dan tips untuk melegakannya adalah seperti:\n\nDiharapkan informasi yang disampaikan kali ini mengenai cabut gigi bongsu dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat.\n\nSelain dari info mengenai cabut gigi bongsu ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan gigi yang lain seperti:"
"Assalamualaikum semua, disebabkan Lotus Biscoff cheese cake sekarang tengah viral kami ingin kongsi resepi untuk anda yang minat kek ini sama ada untuk makan sendiri atau dijual.\n\nResepi didapatkan daripada Nani Mohd di laman Facebook yang telah mengolah resepi sedikit daripada asal. Yang paling menarik dari perkongsian ini ialah lotus cheese cake dibuat tanpa bakar. Yang perlu anda lakukan hanya hancurkan, cairkan dan tunggu keras. Senang sangat dan simpel namun rasanya amat lazat.\n\nSesiapa yang ingin jual kek ini boleh di sejukkan dalam peti semalaman. Supaya cream lebih selamat untuk di delivery. Cik Nani guna loyang loose pan bukan spring form. Biscoff boleh didapatan dari bakeries atau Jaya grocer atau beli dalam talian. Biscoff ini rasa dia caramelized biscuits, siapa suka caramel mesti suka.\n\nResepi Non-bake Lotus Biscoff Cheese Cake\n\nSelain Lotus Biscoff, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Jom ketahui kelebihan Surah al-Mulk ini. Surat al-Mulk adalah salah satu surat di dalam al-Quran. Surat ini terdiri daripada 30 ayat. Al-Mulk membawa erti kerajaan, yang diambil daripada ayat pertama surah ini yang mengandung perkataan al-Mulk.\n\nNama lain bagi surah ini ialah surat at-Tabarak bererti Maha Suci, kerana surah ini dimulai dengan perkataan \u2018Tabaraka\u2019. Surat al-Mulk ini diturunkan sebelum penghijrahan Nabi saw, maka ia tergolong surat Makiyyah.\n\nSecara keseluruhannya, surah ini mengisahkan tentang kekuasaan serta kerajaan yang dimiliki oleh Allah swt. Betapa Allah sebagai pemilik ala mini berkuasa ke atas segala mahkluk ciptaanNya.\n\nDi awal surah menceritakan tentang kesempurnaan penciptaan alam ini yang tiada cacat-celanya. Allah menciptakan alam ini dari tiada apa-apa kepada wujudnya sebuah alam yang terbentang luas. Allah juga berkuasa mencipta dan mematikan sesuatu menurut kehendakNya.\n\nDi dalam surah ini juga menceritakan tentang azab siksa neraka bagi mereka yang ingkar dan kafir. Setiap kali sekumpulan manusia dicampakkan ke dalam api neraka, malaikat menjaga neraka akan bertanya\n\n\u201cApakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?\u201d mereka menjawab: \u201cBenar ada. Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya)\u201d\n\nAllah swt turut berfirman di dalam surah ini, tentang kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan menjadikan bumi untuk manusia mencari rezeki. Sesungguhnya, segala rezeki yang kita nikmati di dunia ini adalah dari Allah swt.\n\nAllah teramat murka terhadap mereka yang mendustakanNya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan Allah untuk kita perhati di muka bumi ini.\n\nDi bahagian akhir surah ini, banyak pertanyaan yang Allah lontarkan kepada manusia untuk kita berfikir tentang kekuasaan Allah swt. Pada ayat ke-30 Surah al-Mulk, Allah bertanya, \u201cKatakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?\u201d\n\nDaripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda,\n\n\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0633\u064f\u0648\u0631\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u0650 \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064f\u0648\u0646\u064e \u0622\u064a\u064e\u0629\u064b \u0634\u064e\u0641\u064e\u0639\u064e\u062a\u0652 \u0644\u0650\u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064d \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u063a\u064f\u0641\u0650\u0631\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u0650\u0649\u064e \u0633\u064f\u0648\u0631\u064e\u0629\u064f \u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u0649 \u0628\u0650\u064a\u064e\u062f\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f\n\nMaksudnya, \u201cSebahagian daripada al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah \u201cal-Mulk\u201d. (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)\n\n\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u0649\u0651\u064e \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0646\u064e\u0627\u0645\u064f \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u064a\u064e\u0642\u0652\u0631\u064e\u0623\u064e \u0627\u0644\u0645 \u062a\u064e\u0646\u0652\u0632\u0650\u064a\u0644\u064f \u0648\u064e \u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u0649 \u0628\u0650\u064a\u064e\u062f\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f\n\nMaksudnya, \u201cTidaklah Nabi saw tidur hingga beliau membaca Alif laam miim tanzil (surah as- Sajdah) dan Tabarokalladzi bi yadihil mulk (surah al-Mulk).\u201d\n\nDari Ibnu Abbas ra,\u00a0ia berkata,\n\n\u062e\u0650\u0628\u064e\u0627\u0621\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0631\u064d \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u062d\u0652\u0633\u0650\u0628\u064f \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0642\u064e\u0628\u0652\u0631\u064c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064c \u064a\u064e\u0642\u0652\u0631\u064e\u0623\u064f \u0633\u064f\u0648\u0631\u064e\u0629\u064e \u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u0649 \u0628\u0650\u064a\u064e\u062f\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u062e\u064e\u062a\u064e\u0645\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0623\u064e\u062a\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u0649\u0651\u064e \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645, \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u0649 \u0636\u064e\u0631\u064e\u0628\u0652\u062a\u064f \u062e\u0650\u0628\u064e\u0627\u0626\u0650\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0631\u064d \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0627\u064e \u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u0650\u0628\u064f \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0642\u064e\u0628\u0652\u0631\u064c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064c \u064a\u064e\u0642\u0652\u0631\u064e\u0623\u064f \u0633\u064f\u0648\u0631\u064e\u0629\u064e \u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u062e\u064e\u062a\u064e\u0645\u064e\u0647\u064e\u0627. \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 -\u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645, \u0647\u0650\u0649\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u0639\u064e\u0629\u064f \u0647\u0650\u0649\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0646\u0652\u062c\u0650\u064a\u064e\u0629\u064f \u062a\u064f\u0646\u0652\u062c\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0628\u0652\u0631\u0650\n\nMaksudnya, \u201cSebagian sahabat saw\u00a0membuat khemah di atas perkuburan, ternyata dia tidak sedar jika itu adalah perkuburan, tiba-tiba ada seseorang membaca surat Tabaarokallazi bi yadihil mulk (Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan) sampai selesai. \n\nKemudian dia datang kepada Nabi\u00a0saw dan berkata; \u201cWahai Rasulullah sesungguhnya, aku membuat khemahku di atas kuburan dan saya tidak mengira jika tempat tersebut adalah kuburan, kemudian ada seseorang membaca surah Tabarak (surah al-Mulk) sampai selesai,\u201d\n\nRasulullah saw bersabda, \u201cDia adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari seksa kubur.\u201d (HR. at-Tirmizi )\n\nDari Abdullah bin Mas\u2019ud, ia berkata,\n\n\u0645\u0646 \u0642\u0631\u0623 \u062a\u0628\u0627\u0631\u0643 \u0627\u0644\u0630\u064a \u0628\u064a\u062f\u0647 \u0627\u0644\u0645\u0644\u0643 \u00a0\u0643\u0644 \u0644\u064a\u0644\u0629 \u0645\u0646\u0639\u0647 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0628\u0647\u0627 \u0645\u0646 \u0639\u0630\u0627\u0628 \u0627\u0644\u0642\u0628\u0631 \u0648\u0643\u0646\u0627 \u0641\u064a \u0639\u0647\u062f \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648 \u0633\u0644\u0645 \u0646\u0633\u0645\u064a\u0647\u0627 \u0627\u0644\u0645\u0627\u0646\u0639\u0629 \u0648\u0625\u0646\u0647\u0627 \u0641\u064a \u0643\u062a\u0627\u0628 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0633\u0648\u0631\u0629 \u0645\u0646 \u0642\u0631\u0623 \u0628\u0647\u0627 \u0641\u064a \u0643\u0644 \u0644\u064a\u0644\u0629 \u0641\u0642\u062f \u0623\u0643\u062b\u0631 \u0648\u0623\u0637\u0627\u0628\n\nMaksudnya, \u201cBarangsiapa membaca \u201cTabarokallazi bi yadihil mulk\u201d (surah al-Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Kami di masa Rasulullah saw menamakan surah tersebut \u201cal Mani\u2019ah\u201d (penghalang dari seksa kubur).\u00a0 Dia adalah salah satu surah di dalam Kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan.\u201d (HR an-Nasai)\n\nSurat al-Mulk adalah salah satu surah di dalam Al Quran yang menjelaskan tentang kekuasaan dan kerajaan Allah swt yang meliputi segala apa yang ada di langit dan bumi. Surah ini juga menjelaskan janji serta azab yang akan diberikan kepada orang mu\u2019min dan orang kafir. Dijelaskan juga di surat ini agar manusia sentiasa melihat dan merenungkan segala ciptaan Allah, rezeki dan anugerah yang diberikan kepada manusia agar kita sentiasa bersyukur dan beribadah kepada Allah swt.\n\nBacaan Surah al-Mulk juga menjadi amalan Baginda saw setiap malam sebelum tidur. Amalan membaca surah ini bukan sahaja kerana mengikuti sunnah Nabi saw, tetapi juga pasti mempunyai banyak kelebihan dan hikmah. Oleh itu, diharapkan bagi sesiapa yang mengimani isi surah ini, menghafalnya, mengamalkan hukum yang ada di dalamnya, semoga mendapatkan syafa\u2019at di akhirat kelak kerana mengamalkan surah al-Mulk.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Surah al-Mulk yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Membaking ialah kegiatan paling seronok di waktu lapang. Kadang boleh habiskan masa juga berjam-jam membaking namun jadi puas jika mencuba masak pelbagai jenis kek baharu.\n\nPerkongsian kali ini kami kenalkan anda dengan kek lapis horlicks Philippine. Resepi kek lapis horlicks dijamin sedap gabungan gadum, malt barli dan susu. Hidangan kek semerbak bau butter sangat menyelerakan. Tambahan pula, warna kek yang meriah gerenti buat anak-anak suka.\n\nSelain itu, kek lapis ini amat sesuai untuk hidangan classy dan mewah. Dipotong kecil-kecil susun rapi, corak lapisan dia layer by layer itu tampak menarik sangat. Resepi dikongsikan oleh Aque Azemi\u200e di laman Facebook\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Anak-anak merengek nak makan nasi ayam KFC di hujung-hujung bulan? Rasa bersalah sebab tak dapat tunaikan disebabkan kekangan kewangan? Boleh cuba masakkan nya sendiri di rumah ya. Resepi Set Nasi Ayam Ala KFC yang dikongsikan oleh\u00a0Syue Haida mampu tunaikan keinginan anak-anak. Yang pasti boleh jimat sikit terutamanya yang anak-anak ramai.\n\nJom lihat resepinya. Resepi yang dikongsikan ini complete set tau. Pasti Sedap. Selamat mencuba !\n\nResepi Set Nasi Ayam Ala KFC\n\nBahan-bahan nasi butter : (Untuk 5 org makan)\n\nDah siap. Bolehlah dihidangkan untuk dimakan bersama seisi keluarga.\n\nSelain resepi Set Nasi Ayam Ala KFC ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"petua hilangkan cirit biritMencari petua hilangkan hidung tersumbat?\n\nHidung tersumbat sangat menyiksakan. Serba tak kena dibuatnya. Lagi kesian kalau kena kat anak kecil. Tidak tahu nak buat apa lagi untuk membantu. Nak bagi ubat tak berapa elok. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan petua hilangkan hidung tersumbat tanpa ubat yang dijamin berkesan.\n\nAnda boleh gunakan daun sirih untuk menghilangkan hidung tersumbat. Caranya:\n\nMacam mana daun sirih boleh mneghilangkan hidung tersumbat? Menurut perubatan Ayurveda dan perubatan Cina, daun sirih amat berguna untuk melegakan hidung tersumbat, sakit perut, merawat alahan, kemerah-merahan dan kerengsaan akibat ruam.\n\nIni kerana daun sirih mempunyai antiseptik yang mampu melawan kuman. Masyarakat cina juga percaya daun sireh mampu merawat pelbagai penyakit kerana ia mempunyai ciri-ciri detoksifikasi, antioksidan dan antimutasi.\u00a0\u00a0Ramai penyelidik mempercayai bahawa minyak yang diekstrak dari daun sirih bersifat pana\u201d maka ia boleh membantu memanaskan badan dan melegakan hidung tersumbat.\n\nApabila bayi hidung tersumbat, apa kata kalau ibu bapa cuba urutan? Anda cuma perlukan minyak bayi, minyak kelapa dara ataupun minyak angin khas untuk bayi\u00a0 semasa mengurut untuk memanaskan badan bayi. Jika ingin menggunakan minyak angin, jangan guna terlalu banyak kerana anda akan perlu mengurut bahagian hidung anak.\n\nSenang sahaja bukan? Apabila bayi hidung tersumbat, anda pasti dapat melegakannya dengan cara mengurut ini.\n\nMinum susu boleh menyebabkan masalah hidung tersumbat menjadi semakin parah. Selain daripada susu, elakkan juga\u00a0semua produk tenusu dan makanan yang mengandungi susu ketika mengalami hidung tersumbat.\n\nJika hidung anda tersumbat, boleh sapu minyak aromaterapi seperti eucalpytus, minyak tea tree, atau krim yang sesuai pada leher dan dada untuk memudahkan pernafasan.\n\nBasahkan tuala dengan air panas, dan tekap di kawasan batang hidung. Elak diletakkan pada laluan udara. Lakukan berulang kali, sehingga anda dapat melegakan hidung tersumbat dan boleh bernafas dengan selesa.\n\n6. Elak hembus hidung dengan kuat\n\nKalau anda hembus hidung dengan kuat, ianya akan menyebabkan masalah tersumbat dengan lebih teruk dan membran lembut dalam hidung bertambah radang.\n\nWap yang keluar daripada haba panas membantu melancarkan pernafasan. Jika tidak mahu mandi, memadai menyedut wap panas.\n\nMasak air panas dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, sedut wap panas sehingga selesa bernafas.\n\n9. Minum dan makan cecair yang banyak\n\nJika mengalami hidung tersumbat, banyakkan pengambilan cecair seperti air, sup, dan teh herba.. Ini kerana ianya akan mengurangkan mukus dalam hidung yang menyebabkan hidung kita boleh tersumbat.\n\nSapu Vicks vapour ru\u2019 pada tisu dan hidu. Menthol dan eucalpytus di dalamnya memberi kelegaan pada hidung yang tersumbat. Atau pun anda boleh juga gunakan teknik berikut:\n\nAnda boleh beli pelekat hidung untuk mengatasi masalag tidur berdengkur. Walaupun fungsi \u2018nasal adhesive strip\u2019 ini adalah untuk kurangkan dengkur, namun ia juga boleh membantu anda bernafas dengan selesa terutamanya apabila mengalami hidung tersumbat.\n\nPerasan tak, bila kita makan makanan pedas mesti air akan keluar daripada hidung. Jadi, makanlah makanan pedas untuk membantu mengeluarkan lebihan cairan dalam hidung yang membuatkan hidung tersumbat.\n\n13. Calit Peppermint Oil di bawah hidung\n\nTuang setitik Peppermint Oil pada jari dan calitkan di bawah hidung. Ini adalah salah satu cara juga untuk melegakan daripada hidung tersumbat.\n\n14. Posisi kepala terangkat semasa tidur\n\nSemasa tidur, anda boleh tinggikan kepala dengan meletakkan bantal tambahan. Cara ini akan membolehkan lendir yang terdapat dalam hidung tersumbat untuk keluar. Dan, dengan cara ini jugalah cukup efektif untuk membuatkan waktu tidur anda tidak terganggu disebabkan sukar untuk bernafas.\n\nMasukkan garam ke dalam air panas. Kacau sehingga larut. Berkumurlah beberapa kali dengan larutan tersebut. Ini adalah cara terbaik untuk mengalirkan lendir dan membuka sumbatan pada hidung anda.\n\nKalau hidung anda masih tersumbat, anda boleh cuba untuk keluar berjalan-jalan dan \u2018refresh\u2019 kan diri. Gerakan yang sederhana seperti berjalan kaki dapat meningkatkan sirkulasi pernafasan dan terus dapat melegakan hidung yang tersumbat tu.\n\nStim yang keluar daripada humidifier dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lena kerana ia membuka ruang pernafasan dengan lebih luas.\n\nItulah dia petua hilangkan hidung tersumbat yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua hilangkan selsema dan petua hilangkan cirit birit."
"Assalamualaikum. Biskut Florentine atau dikenali Crunchy Almond Cookie) merupakan kudapan/biskut kekacang yang sangat rangup dan viral. Biskut ini sentiasa memanggil-manggil orang menjamunya. Boleh buat ketagih. Yela banyak kekacang kan. Walaupun biskut Florentine ini agak mahal tapi cara membuatnya sangat mudah. Lebih kurang 15 minit jer.\n\nBiskut florentine ni hanya memerlukan beberapa jenis kekacang dan juga tepung florenta untuk membuatnya. Bukan boleh guna tepung sebarangan tau. Sesiapa yang belum tahu pasal tepung florenta ini bolehlah tanya-tanya di kedai bakery. Pasti ada. \n\nResepi yang dikongsi oleh Umi Hartini Muhammad dari laman Facebook ini sangat mudah untuk diikuti. Apa lagi jom mencubanya. Menyesal kalau tak cuba. Yela, biskut yang ketagih yang sihat. Sangatlah sesuai untuk yang diet tapi masih nak mengunyah. Jom tengok resepinya.\n\nCara-cara:1. Bakar kekacang sebentar dlm 5 minit. Sejukkan sebentar.2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati.\u00a03. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati .\u00a04. Sudukan ke dalam papercup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar.\u00a05. Bakar suhu 160 selama 10-15 minit.\u00a06. Keluarkan dan biarkan sejuk sebentar.\u00a07. Simpan dalam bekas kedap udara.\n\nTersangatlah mudah kan? Cepat pun cepat. Jimat masa dan sedap. Selain dari resepi ini, terdapat juga respi menarik yang lain. Jemput tengok dan mencubanya."
"Siapa yang tidak suka dengan cucur? Confirm anda semua sukakan. Lebih-lebih lagi kalau cucur\u00a0 itu gebu dan ranggup. Makan satu tanpa sedar dah habis sepinggan.\n\nMembuat cucur itu sangat senang, gaul-gaul lepas tu goreng. Tetapi, terkadang chef-chef kat rumah ni ada terkendala dengan macam mana nak buat cucur bulat dan cantik tu, sudahlah\u00a0 guna sudu, guna tangan pun failed juga, lagi makin tak bulat dan tidak cantik.\n\nUntuk problem seperti itu anda tidak perlu lagi risau, kami mempunyai penyelesaian untuk masalah anda iaitu dengan resepi\u00a0 cucur Manis versi stick! So anda tidak perlu lagi buat bulat-bulat cucur manis anda tersebut. Anak-anak pun senang nak makan. (eii macam mana pula tu? )\n\nBaiklah, cucur manis stick ini telah dikongsikan oleh\u00a0Fiesya Tahir\u00a0di facebook. Ini ialah resepi cucur manis yang sangat simple dan menghasilkan bentukan cucur yang lagi cantik seperti stick. Silakan dicuba resepi ini.\n\nResepi Cucur Manis Versi Stick Viral!\n\n1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam\n2. Masukkan kedalam tepung gandum\n3. Gaul sebati\n4. Biarkan sejuk seketika\n5. Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang. Selepas itu potong.\n6. Goreng dengan api sederhana hingga garing.\n\nTak perlu basahkan tangan dengan air or minyak sebab adunan tak melekat di tangan.\nGuna tepung gandum cap bunga ROS MERAH sebab dah try jenis lain tidak jadi dan adunan jadi lembik.\n\nSelamat mencuba resepi Cucur Manis Versi Stick\n\nSelain resepi Cucur Manis Versi Stick, kami juga menulis resepi lain dipostingan sebelumnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"Seiring dengan kepesatan pembangunan dan pemodenan, kita semakin terancam dengan pelbagai isu pencemaran akibat \u201ctangan\u201d kita sendiri. Jikalau dahulu, pencemaran melibatkan persekitaran seperti pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, kini, kita berhadapan dengan pencemaran mikroplastik yang menyebabkan masalah dan ancaman terhadap alam sekeliling secara keseluruhan.\n\nArtikel ini memperkenal dan menghuraikan pencemaran mikroplastik yang boleh dijadikan sebagai panduan dan kesedaran kepada masyarakat untuk lebih peka dengan isu seperti pengurusan sumber dan barangan serta pemeliharaan alam sekitar.\n\nKehadiran serpihan kecil plastik, secara amnya dirujuk sebagai \u2018mikroplastik\u2019 di lautan, muara sungai, kawasan air tawar sehinggalah ke kawasan berais di benua Artik telah dikenal pasti sebagai bahan pencemar kepada persekitaran.\n\nBahan pencemar mikroplastik ini telah disampel dari kawasan pantai, permukaan air, sedimen marin, malah turut dijumpai dalam hidupan marin.\n\nIlustrasi mikroplastik oleh National Geographic Society Imej: National Geographic Society\n\nMikroplastik bersifat unik secara kimia iaitu boleh dikenal pasti jenis dan punca kehadirannya dengan analisis kimia tertentu.\n\nKehadiran mikroplastik di persekitaran\u00a0 berkemungkinan terkumpul secara bio (melalui rantaian dan siratan makanan) dalam bentuk bahan pencemar dalam ekosistem.\n\nTidak seperti serpihan plastik yang besar, mikroplastik tidak dapat dikesan secara mata kasar untuk dikitar semula atau dilupuskan.\n\nDi kawasan pantai, mikroplastik yang terapung boleh membentuk timbunan dengan isipadu 103 -104 per m3. Hal ini memerlukan mekanisme penyelesaian yang segera kerana bahan mikroplastik iini akan terkumpul di dalam sedimen dan memberi kesan ke atas ekosistem marin.\n\nMikroplastik primer iaitu mikroplastik yang utama dan sering dijumpai mencemari alam sekeliling, dihasilkan secara industri dengan saiz yang pelbagai yang khusus digunakan sebagai produk penjagaan diri bahan penggelupas, medium untuk semburan pasir bagi menanggalkan bahan penyadur dan bahan mentah untuk fabrikasi produk berasaskan plastik.\n\nPelet mikroplastik ini memasuki alam sekitar melalui \u2018kebocoran \u2018 semasa proses pembuatan, pengangkutan atau penggunaannya.\n\nPengeluaran plastik secara global pada tahun-tahun kebelakangan ini adalah sebanyak 300 juta tan metrik\u00a0 bagi setiap tahun.\n\nMemandangkan permintaan dan kegunaan plastik yang terus mendapat tempat, angka ini akan terus meningkat di masa akan datang.\n\nHampir separuh daripada pengeluaran plastik semasa adalah di Asia manakala negara-negara Amerika Utara dan negara-negara Kesatuan Eropah masing-masing menyumbang kira-kira 20% bahagian.\n\nSisa buangan sampah plastik lebih cenderung untuk dijumpai di lokasi industri penghasilan produk dan di pusat bandar dengan kepadatan penduduk yang tinggi.\n\nKebanyakan daripada plastik yang biasa digunakan dalam pembungkusan digunakan untuk jangka hayat pendek dan berakhir dalam bentuk sampah dan sisa pepejal.\n\nPlastik menyumbang kepada 10 \u2013 15% berat sisa sampah yang bergantung kepada lokasi. Sebilangan daripada sisa ini, dengan anggaran 4.8-12.7 juta tan metrik per tahun selalunya akan berakhir di lautan.\n\nPengeluaran global plastik PE dan PP (mikroplastik yang paling biasa dijumpai di laut) berkembang pada kadar 8% setahun (1950 \u2013 2012).\n\nHal ini telah meningkatkan kemungkinan pecahan plastik tersebut yang berakhir sebagai sampah marin dalam bentuk mikroplastik.\n\nPenemuan mikroplastik di lokasi yang berbeza telah ditentukan menggunakan pelbagai teknik. Secara umumnya terdapat trend di mana lebih banyak mikroplastik dijumpai di kawasan persekitaran pantai yang berhampiran dengan penduduk.\n\nSehingga kini, dianggarkan terdapat lebih 270, 000 tan metrik mikroplastik berada di lautan. Anggaran ini tidak termasuk mikroplastik yang dimakan oleh plankton atau hidupan marin yang lain.\n\nPencemaran mikroplastik di kawasan lautan khususnya boleh disenaraikan mengikut beberapa kategori dan contoh, seperti berikut:\n\nSejak kebelakangan ini, kebimbangan mengenai serpihan plastik di lautan dalam bentuk mikroplastik ini semakin bertambah ekoran kesan ke atas organsima hidup yang menganggap mikroplastik ini sebagai makanan mereka.\n\nHal ini termasuklah kesan mudarat bahan kimia yang terdapat dalam mikroplastik tersebut yang memasuki sistem pencernaan organisma hidup. Terdapat tiga jenis bahan kimia bertoksik yang terdapat dalam mikroplastik.\n\nPOP wujud dalam air laut yang datang dari pencemaran air dan udara dan boleh diserap oleh mikroplastik. Apabila mikroplastik menyimpan POP ini, organisma yang termakan mikroplastik ini akan terdedah kepada bahaya POP seterusnya menyebarkannya kepada organisma lain menerusi konsep siratan makanan.\n\nKebiasaannya, kesan kesihatan POP termasuklah gangguan sistem fisiologi dan keupayaan sebagai pemangsa dalam hidupan marin.\n\nBahan penambah adalah bahan kimia yang dimasukkan ke dalam plastik pada proses awal pembuatannya. Bahan ini berperanan untuk memberi kestabilan, sifat plastik dan ciri rintangan api terhadap produk plastik yang terhasil.\n\nBahan pemplastik, sebagai contoh, digunakan dalam kadar yang agak tinggi iaitu sebanyak 10-50% tu memastikan produk yang berfungsi.\n\nCebisan produk dalam bentuk mikroplastik turut dilaporkan masih mengandungi bahan kimia berbahaya ini apabila memasuki sistem pencernaan.\n\nMonomer adalah unit binaan kecil yang membentuk polimer secara kolektif. Mikroplastik marin yang sering dijumpai seperti polistirena mengandungi sisa monomer ini dalam bentuk monomer dan oligomer (monomer yang bercantum lebih banyak).\n\nPencemaran plastik merupakan salah satu ancaman baru buat alam dan masyarakat sekeliling di zaman moden ini. Langkah pengurangan dan kesedaran pencemaran mikroplastik perlu dihebahkan dan diterap dalam masyarakat sebelum pelbagai masalah lain timbul."
"Jom kenali info lengkap tentang darah nifas.\n\nDarah nifas ialah darah yang keluar dari faraj wanita kerana melahirkan anak. Darah ini mudah untuk dikenal pasti, kerana penyebabnya sudah pasti, iaitu kerana adanya proses bersalin.\n\nSyaikh Ibnu Utsaimin\u00a0mengatakan bahawa darah nifas itu adalah darah yang keluar kerana melahirkan anak. Pendapat ini selari dengan pendapat Imam Ibnu Taimiyah yang mengemukakan bahawa darah yang keluar dengan rasa sakit dan disertai oleh proses kelahiran anak adalah darah nifas, sedangkan bila tidak ada proses kelahiran, maka itu bukan nifas.\n\nTidak ada had minimum tempoh darah nifas, jika kurang dari 40 hari darah tersebut berhenti maka seorang wanita wajib mandi hadas dan bersuci, kemudian solat dan dihalalkan atasnya apa-apa yang dihalalkan bagi wanita yang suci.\u00a0Namun, had maksimum untuk darah nifas terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama.\n\nUlama Mazhab Syafie majoriti berpendapat bahawa tempoh nifas adalah 40 hari sesuai dengan kebiasaan wanita pada umumnya. Namun had maksimum tempoh nifas adalah 60 hari.\n\nMajoriti Sahabat seperti Umar bin Khattab, Ali bin Abi Thalib, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu Salamah\u00a0ra\u00a0dan para Ulama seperti Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Taimiyah\u00a0bersepakat bahawa had maksimum keluarnya darah nifas adalah 40 hari, berdasarkan hadis Ummu Salamah dia berkata,\n\n\u201cPara wanita yang nifas di zaman Rasulullah saw, mereka duduk (tidak solat) setelah nifas mereka selama 40 hari atau 40 malam.\u201d\u00a0(HR. Abu Daud no. 307, At-Tirmizi no. 139 dan Ibnu Majah no. 648) Hadis ini diperselisihkan darjat kehasanannya. Namun, Syaikh Albani menilai hadis ini\u00a0Hasan Sahih. Wallahu a\u2019lam.\n\nAda beberapa ulama yang berpendapat bahawa tidak ada batasan maksimum tempoh nifas, bahkan jika lebih dari 50 atau 60 hari pun masih dihukumi nifas. Namun, pendapat ini tidak masyhur dan tidak didasari oleh dalil yang sahih dan jelas.\n\nKesimpulannya, oleh kerana kita di Malaysia mengikut mazhab Syafie, maka kita berpegang kepada pendapat bahawa tempoh maksimum keluar darah nifas adalah 60 hari. Maka, jika pada hari ke-61 masih terdapat darah yang keluar daripada faraj, maka itu adalah darah istihadah.\n\nWanita tersebut tetap perlu mandi wajib dan bersuci sekalipun masih keluar darah daripada farajnya. Dan wanita tersebut juga diwajibkan untuk solat serta halal baginya melakukan apa-apa perkara yang dihalalkan kepada wanita yang berada dalam keadaan suci.\n\nPerkara Yang Dilarang Dan Dibolehkan Kepada Wanita Bernifas\n\nWanita yang nifas juga tidak boleh melakukan hal-hal yang dilakukan oleh wanita haid, iaitu tidak boleh solat, puasa, tawaf, menyentuh al-Quran, dan berhubungan intim dengan suaminya pada kemaluannya.\n\nNamun ia boleh membaca al-Quran tanpa menyentuh mushaf secara langsung (boleh dengan keadaan berlapik atau dengan menggunakan media elektronik seperti komputer, telefon pintar, ipad, dll), berzikir, dan boleh melayani atau bermesraan dengan suaminya kecuali pada kemaluannya.\n\nTidak banyak catatan yang membahas perbezaan sifat darah nifas dengan darah haid. Namun, berdasarkan pengalaman dan pengakuan beberapa responden, secara umumnya darah nifas ini lebih banyak dan lebih deras keluarnya daripada darah haid, warnanya tidak terlalu hitam, kekentalan hampir sama dengan darah haid, namun baunya lebih kuat daripada darah haid.\n\nBagi wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan, jika keluar darah melalui farajnya selepas pembedahan, maka darah itu adalah darah nifas. Namun, jiika tidak ada darah yang keluar, tidak ada nifas baginya dan ia dikira suci.\n\nKesimpulannya, sama ada seorang wanita itu bernifas atau tidak bergantung kepada keluar atau tidak darah dari farajnya selepas melahirkan anak, bukan bergantung kepada cara melahirkan iaitu melalui faraj atau dengan pembedahan.\n\nNamun begitu, adalah tidak mustahil seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah nifas sedikitpun. Terdapat riwayat menceritakan seorang wanita pada zaman Nabi saw melahirkan anak tanpa keluar darah nifas, lalu ia dipanggil dengan nama Zatil Jufuf iaitu wanita yang kering.\n\nAdakah Darah Yang Keluar Selepas Keguguran Dianggap Darah Nifas?\n\nPersoalan ini menjadi perbahasan di antara ulama;\n\nTidak disyaratkan untuk dikategorikan sebagai darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan bidan atau pengamal perubatan mengesahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia, maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.\n\nSeorang wanita dikira bernifas jika janin yang gugur itu telah berumur empat bulan. Jika yang gugur itu baru dalam peringkat \u2018alaqah atau mudghah, maka tidak dikira nifas bagi darah yang keluar selepasnya.\n\nKesimpulannya, oleh kerana kita di Malaysia mengikut mazhab Syafie, maka kita berpegang bahawa darah yang keluar selepas keguguran itu adalah darah nifas.\n\nCara mandi wajib kerana nifas sama sahaja seperti mandi wajib yang lain seperti kerana haid ataupun junub. Cuma berbeza pada niat sahaja. Di sini, kami kongsikan panduan mandi wajib di dalam gambar ini.\n\nFoto Kredit: Majalah Cahaya, JAKIM. Imej via siraplimau\n\nMandi wajib selepas bersalin boleh dilakukan dengan salah satu daripada tiga cara ini, bergantung kepada keadaan si ibu.\n\n*** Darah wiladah adalah darah yang keluar ketika bersalin. Manakala darah nifas pula adalah darah yang keluar selepas bersalin.\n\n\u00a0Ada 2 cara berniat untuk mereka yang mengalami wiladah serta nifas. Berikut antara caranya:\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Darah Nifas yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berumur 5 tahun, adalah sangat penting untuk anda sentiasa ambil tahu tentang pendaftaran anak darjah 1 bagi tahun 2022. Ini kerana, sekiranya anda terlepas tarikh pendaftaran, kemungkinan besar anak anda tidak akan mendapat tempat di sekolah yang anda inginkan. Hari ini kami akan kongsikan cara daftar tahun 1 2022.\n\nPendaftaran bagi tahun 1 2021 dan 2022 dibuka bermula 1 Mac 2021. Tempoh yang diberikan untuk pendaftaran adalah sehingga 30 April 2021 sahaja. Oleh itu, pastikan anda melakukan pendaftaran dalam tempoh yang diberikan ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang melibatkan penempatan sekolah anak anda.\n\nSekiranya anda terlepas tarikh tersebut, anda boleh membuat rayuan bermula 1 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Tempoh yang diberikan hanyalah satu bulan. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas tarikh tersebut. Sekiranya anda melakukan rayuan, keputusan rayuan anda akan diketahui pada 1 Oktober 2021.\n\nUntuk makluman anda, semasa melakukan pendaftaran, anda boleh memilih sekolah pilihan namun tempat adalah berdasarkan kepada kekosongan. Oleh itu, lebih awal anda mendaftar, adalah lebih cerah peluang untuk anak anda mendapat tempat di sekolah tersebut. Sekiranya sekolah yang anda pilih telah penuh, anak anda akan ditempatkan di sekolah lain yang masih mempunyai kekosongan.\n\nUntuk melakukan pendaftaran, ibu bapa mempunyai dua cara untuk dipilih iaitu:\n\nApakah syarat pendaftaran tahun 1 sesi 2022 dan 2023?\n\nBagi memastikan pendaftaran anak anda berjaya, adalah sangat penting bagi anda memastikan bahawa anak anda memenuhi syarat di bawah:\n\nApakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran?\n\nUntuk mendaftarkan anak anda, anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran dan anda juga perlu melampirkan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Kegagalan anda melampirkan dokumen yang dipinta mungkin akan menyebabkan pendaftaran anda tidak berjaya. Di antara dokumen yang diperlukan ialah seperti berikut:\n\nUntuk melakukan pendaftaran secara manual, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:\n\nUntuk melakukan pendaftaran secara online, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:\n\nItulah dia info tentang cara daftar tahun 1 2022 yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:"
"Bilik tidur anak lelaki bagaimanakah idaman anda? Pastinya anda inginkan bilik tidur anak lelaki yang menarik dan awesome bukan? Bilik tidur adalah tempat peribadi anak anda untuk menjalani rutin harian sehingga besar. Jadi, pastikan anak anda mendapat bilik yang menarik, selesa dan penuh inspirasi buat mereka.\n\nJika difikirkan idea bilik tidur anak lelaki yang menarik dan awesome, pasti ia memerlukan sedikit kos, namun anda boleh juga gunakan barangan DIY untuk jimat kos. Yang penting, tema dan warna bilik haruslah sesuai dengan minat dan kebaikan anak anda. \n\nMari kita lihat idea bilik tidur anak lelaki yang menarik dan awesome yang menjadi pilihan anda. Bolehlah anda hias bilik tidur anak anda mengikut tema pilihan anda.\n\nIdea bilik tidur anak lelaki bertemakan kereta sangat bagus untuk anak lelaki yang berumur 2 tahun ke atas. Minat dan cenderung mereka terhadap kereta dan kartun sangat bagus diterapkan dari kecil. Tema kereta lebih sesuai untuk anak lelaki berbanding anak perempuan.\n\nTema biru cukup sinonim dengan bilik tidur anak lelaki. Mereka akan meminati warna tersebut jika sering melihat warna tersebut dari kecil lagi. Ia cukup sesuai digandingkan dengan barang-barang dalam bilik yang lain yang warnanya juga sepadan bersama warna biru.\n\nBilik tidur anak lelaki bertemakan superhero sangat general di mana anda boleh memilih mana-mana superhero menarik untuk dijadikan tema bilik tidur anak anda. Koleksi barangan berkaitan superhero boleh anda hiaskan di bilik.\n\nBilik tidur taman permainan sesuai untuk anak-anak yang lasak dan suka bergerak banyak. Mereka boleh memanfaatkan bilik mereka dan tidak berasa sunyi sepanjang berada di bilik. Menarik kan?\n\nBilik tidur anak lelaki tema safari termasuklah suasana hutan, haiwan dan gambaran yang menarik untuk anda anak. Mereka yang meminati binatang dan sangat penyayang kepada binatang pasti suka akan tema bilik ini.\n\nBilik tidur anak lelaki bertemakan khemah ini sesuai untuk mereka yang sukakan sesuatu yang unik dan kelainan. Anda boleh menghias pelbagai permainan mereka di sudut tepi tetapi tidak terlalu padat untuk menampakkannya kemas dan teratur. Pasti bilik tidur anak anda amat rare sekali!\n\nJika inginkan bilik tidur anak lelaki tampak sedikit mewah atau formal, boleh juga anda gunakan idea bilik tidur gaya english style. Pastikan cadar, langsir dan warna yang diterapkan adalah warna pastel. Pasti cantik dan selesa untuk anak lelaki anda.\n\nIdea bilik tidur anak lelaki yang sangat mudah anda realisasikan adalah bilik tidur barangan Ikea. Beli perabot bersesuaian dari Ikea dan susun sebaiknya. Anak anda pasti suka bilik yang kemas dan ringkas ini. Anda boleh juga hiaskan DIY di bilik anak lelaki anda.\n\nBilik tidur tema vintage memberikan anak anda satu suasana yang sangat rileks dan menenangkan. Bilik tidur anak lelaki anda pasti akan menjadi tempat yang paling tenang sekali bagi mereka di samping warnanya juga bakal menyejukkan bilik tersebut.\n\nTema abstrak akan menjadikan bilik tidur anak lelaki anda bewarna-warni dan menarik. Sesuaikan dengan karpet, cadar dan dinding juga. Namun, jangan sampai warna bilik menyakitkan mata pula.\n\nBukan calang-calang bilik, kali ini anda berikan bilik istana pula kepada anak lelaki anda. Hanya bina bentuk istana agar kelihatan lebih menarik dan pasti anak anda akan sukakannya. Anda boleh juga menambah perabot lain yang sesuai untuk anak anda.\n\nSeterusnya adalah bilik tidur anak lelaki tema angkasa lepas. Jika anak anda takutkan gelap, buatlah tema warna yang cerah. Jika dia sukakan gelap dan mudah tidur dalam gelap, berikan sedikit kegelapan dalam biliknya.\n\nBilik tidur warna-warni seperti pelangi juga sesuai untuk anak lelaki apatah lagi yang masih kecil dan belum remaja. Anda boleh jadikan bilik anak anda seperti berada di atas pelangi ataupun di bawah pelangi. Kreatif sangat!\n\nJika anda inginkan anak anda membaca dari kecil, terapkan sikap membaca dengan jadikan biliknya sebagai perpuastakaan yang comel. Penuhi buku berdekatan dengan katil agar mereka boleh membaca selalu.\n\nJadikan bilik tidur anak lelaki anda sebagai dunia alam semulajadi yang sangat indah. Hiaskan dengan gambar tumbuh-tumbuhan atau bunga dengan gaya yang menarik.\n\n15 idea bilik anak tidur lelaki yang kami kongsikan di atas pasti menjadi tatapan dan contoh untuk anda. Pilihlah tema yang anda inginkan, pasti idea ini dapat direalisasikan dengan mudah. Jom baca juga Idea hiasan hari jadi anak lelaki, Cara didik anak lelaki dan Idea bilik tidur anak perempuan."
"Dunia kanak-kanak sememangnya penuh dengan keriangan. Mereka sangat gemar mencuba dan bereksplorasi. Lebih-lebih lagi apabila mereka bertemu sepupu, saudara-mara atau kawan-kawan, mereka akan menjadi lebih \u2018excited\u2019 dan gembira, bukan?\n\nTidak dinafikan, menjadi ibu bapa buat anak-anak masa kini sememangnya sangat mencabar buat kita. Kadang-kala, jika mereka dilarang melakukan sesuatu perkara, semakin menjadi-jadi pula ragam mereka. Semakin dikata \u2018tidak\u2019, \u2018jangan\u2019 atau pun \u2018no\u2019, semakin galak pula mereka melakukan perkara tersebut.\n\nBuntu juga kita apabila anak-anak ini tidak mahu mendengar kata sehingga kita tertanya-tanya bagaimanakah cara terbaik atau alternatif untuk mengatakan \u2018tidak\u2019 kepada anak-anak?\n\n5 ALTERNATIF MENGATAKAN TIDAK / NO\n\nSelain daripada mengatakan \u2018jangan\u2019, \u2018tidak\u2019 atau \u2018no\u2019 kepada anak-anak bagi perkara yang tidak dipersetujui ibu bapa, berikut merupakan 5 teknik atau alternatif yang boleh dipraktikkan kepada anak. Semoga bermanfaat buat kita semua.\n\n1. BERITAHU PERKARA YANG BETUL / PERKARA YANG KITA MAHU\n\nBerbanding berkata \u2018tidak\u2019, \u2018jangan\u2019 atau \u2018no\u2019, beritahu apa yang boleh atau perkara yang kita mahu.\n\nSebagai contoh, apabila anak sedang memanjat sofa, elakkan daripada berkata \u201cJangan panjat!\u201d.\n\nAdalah lebih baik jika kita katakan, \u201cTurun, sayang. Sofa untuk kita duduk. Kalau nak main panjat-panjat, petang nanti kita main di taman permainan.\u201d\n\nJika anak bertindak menyepak badan orang lain, elakkan daripada berkata \u201cJangan sepak!\u201d.\n\nKatakan kepada anak begini, \u201cKaki kita Allah jadikan untuk kita berjalan atau berlari, bukan untuk sepak dan sakitkan badan orang lain\u201d.\n\n2. MINTA ANAK BERITAHU APA YANG DIINGINI\n\nSesetengah kanak-kanak akan merengek dan menangis sekiranya sesuatu perkara itu tidak memenuhi kehendak atau keinginan mereka.\n\nOleh itu, elakkan daripada berkata \u201cBerhenti merengek!\u201d atau \u201cJangan menangis!\u201d.\n\nAdalah lebih baik sekiranya kita menenangkan anak dan katakan, \u201cTolong cakap betul-betul apa yang abang mahu, Papa akan lebih faham kalau abang cakap elok-elok\u201d.\n\n3. BERI ALTERNATIF / JALAN PENYELESAIAN\n\nSekiranya kita membawa anak-anak ke pasar raya, mungkin anak akan meminta kita untuk membelikan sesuatu barang untuk mereka, bukan?\n\nJika pada waktu itu kita tidak mahu membelikan mereka item tersebut, elakkan daripada berkata \u201cPapa takkan belikan abang mainan tu.\u201d\n\nLatih diri kita untuk mengatakan sebegini, \u201cPapa tak dapat belikan mainan itu untuk abang. Tapi apa kata Papa belikan abang buku atau nanti kita buat sendiri mainan seperti itu di rumah\u201d.\n\n4. FAHAMI EMOSI ANAK DAN TERANGKAN DENGAN JELAS KEPADA ANAK\n\nAnak kecil pada kebiasaannya tidak mahu berkongsi barang dan berpotensi untuk berebut sesuatu barang dengan anak kecil yang lain.\n\nSekiranya anak-anak berasa sedih atau marah apabila barang mereka dirampas, sehingga membuatkan mereka menyakiti orang lain, elakkan daripada berkata \u201cJangan sedih\u201d atau \u201cJangan marah-marah\u201d.\n\nAdalah lebih baik jika kita katakan, \u201cJika Mama jadi abang, Mama pun akan rasa sangat marah. Tetapi, Mama akan beritahu kawan, yang dia tak boleh rampas mainan itu daripada abang. Abang perlu minta elok-elok, bukan pukul dia\u201d.\n\n5. BERITAHU PRIORITI KITA DAN SOLUSI\n\nBerbanding berkata tidak dengan serta merta terhadap permintaan anak, beritahu perkara yang kita mahu lakukan pada ketika itu.\n\nSebagai contoh, elakkan daripada berkata \u201cMama tak boleh main dengan adik sekarang\u201d.\n\nAdalah lebih baik jika gunakan ayat sebegini, \u201cBoleh kita main itu adik, tapi selepas Mama siapkan sikit lagi kerja ini. Sementara itu, adik boleh main robot dulu. Adik ingatkan Mama ya kalau Mama terlupa. Terima kasih, sayang!\u201d.\n\nKita semua tidak lari daripada melakukan kesilapan, begitu juga dengan anak-anak kita. Mereka juga punya emosi, sama seperti kita.\n\nOleh itu, sebagai ibu bapa, kita seharusnya mendidik anak-anak dengan lebih positif dan berhemah agar mereka dapat memahami sesuatu perkara itu dengan lebih baik. Usah tutup terus tindakan mereka yang tidak dapat kita penuhi dengan mengatakan \u2018jangan\u2019, \u2018tidak\u2019 atau \u2018no\u2019 tanpa sebarang penjelasan buat mereka. Beri mereka ruang, peluang dan alternatif solusi, agar anak kecil ini lebih terkawal emosi.\n\nSemoga dengan 5 cara yang kita praktikkan ini, anak-anak akan lebih menghargai dan menghormati kita bukan sahaja pada hari ini, tetapi sehingga kita sudah menjangkau usia emas kelak."
"Kuah rojak buah homemade, kualiti nombor satu. Lebih fresh rasa kuah rojaknya kerana dibuat terus dengan air tangan anda. Tak ada simpan dalam bekas. Tak perlu risau tarikh luput. Lebih berbaloi buat kuah rojak sendiri.\n\nHari ini kami akan berkongsikan resepi kuah rojak buah style \u200eCik Pooja\u200e. Perkongsian di laman Facebook ini telah mendapat perkongsian amat ramai.\n\nBahan-bahan yang digunakan beragam seperti cili, gula merah, gula pasir, kicap manis, sos cili. Sesiapa yang sudah mencuba resepi ini, kata kuah ini sangat padu bila digandingkan dengan buah rojak.\n\nKuah ini kalau betul-betul dimasak sempurna ia tak akan basi. Bahkan tak perlu simpan dalam peti sejuk, letak dalam suhu bilik pun ok, janji jika dimasak betul-betul sempurna. Mari tengok resepi kuah rojak buah ini. Anda yang ingin buat untuk jualan pun boleh.\n\nSelain resepi kuah rojak buah, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ramai orang suka makan ikan tapi bukan semua orang pandai pilih ikan yang masih segar dan elok untuk dimakan. Nak tahu tips pilih ikan segar? Jika ke pasar atau kedai yang menjual barangan basah, anda perlulah menjadi orang yang cerewet ketika membeli ikan.\n\nKenapa perlu cerewet? Apabila membeli sesuatu barang, sebagai pengguna kita ada hak yang sepenuhnya untuk mendapat barang yang berkualiti dan baik. Ikan yang tak segar bukan saja tak enak dimakan, berbau tetapi juga boleh menyebabkan keracunan makanan.\n\nBila dah sampai ke pasar, kita jadi keliru nak pilih ikan yang segar. Yang paling teruk, kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada peniaga dengan beranggapan ikan yang dijual pastinya segar. Itulah kesilapan terbesar kita.\n\nWalaupun bukan semua peniaga yang tak jujur, kita tetap perlu berhati-hati. Rajinkan diri periksa beberapa ciri penting yang perlu ada pada ikan yang nak dibeli. Tak perlu malu kerana nanti yang kena bayar dan makan ikan tersebut kita juga kan.\n\nOleh itu, dalam artikel ni dengan berbesar hati ingin berkongsi dengan para pembaca bidadari.my yang disayangi tips untuk pilih ikan yang segar. Lepas ni tak adalah lagi kes bawa balik ikan yang tak segar.\n\nNi adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan iaitu periksa bau ikan. Walaupun lazimnya ikan berbau hanyir, namun pilih ikan yang masih ada bau laut (ikan laut) dan sungai (ikan sungai).\n\nPastikan tiada bau yang menyengat seperti bangkai. Jika dah ada bau yang kuat dan seperti dah nak rosak, tak perlu buang masa periksa langkah kedua. Cari ikan yang berbau lebih segar.\n\nJika tiada bau yang kurang sedap, bolehlah periksa matanya. Kalau anda nak beli seekor ikan tanpa dipotong, bahagian mata perlu diperhatikan. Kalau ikan yang segar, warna matanya bersinar, jernih dan terang. Maksudnya, warna mata ikan tu sama seperti ikan hidup.\n\nJika warna mata ikan menjadi kelabu, merah atau putih seperti susu, mata masuk ke dalam atau terjojol keluar, itu petanda ikan tak segar. Ikan seperti ni sudah terlalu lama disimpan.\n\nKemudian, perhatikan pada bahagian kulit dan sisik ikan. Ikan yang segar mempunyai kulit yang terang dan berwarna seakan-akan metalik. Jika warna kulit ikan sudah pucat dan ada tompok-tompok, ikan tu dah tak segar.\n\nLagi satu, sisik ikan yang segar masih elok dan cantik. Jika dah tak segar, sisiknya senang tercabut dan rapuh.\n\nCuba pegang ikan yang nak dibeli. Ikan yang segar mempunyai isi yang pejal, keras dan anjal bila ditekan sedikit. Jangan picit kuat-kuat pula! Jangan beli ikan yang lembik sampai keluar isi perutnya.\n\nElakkan beli ikan yang lembik pada bahagian perutnya. Perut ikan yang lembik mudah pecah.\n\nIkan yang paling segar mempunyai insang yang masih merah seperti warna darah. Pastikan insang ikan bersih dan elok di tempatnya. Ikan yang lama boleh dikenali dengan melihat warna insang.\n\nInsang yang dah tukar warna kecoklatan dan berwarna pucat, menunjukkan ikan tersebut dah lama dan hampir membusuk. Insang yang berlendir dan keras petanda ikan dah mula nak rosak.\n\nSelain ciri-ciri yang disebut di atas, bahagian sirip dan ekor juga boleh memberi jawapan sama ada ikan tu segar atau tak. Jika nampak ikan yang mempunyai ekor yang pecah-pecah dan sirip yang tertanggal, elok fikir baik-baik boleh ke dijadikan lauk.\n\nJika nak beli bahagian ikan seperti filet atau steak, misalnya salmon dan trout, periksa isinya. Isi ikan mestilah terang, pejal dan keras. Lihat juga bahagian struktur isinya. Pastikan ia tak pecah-pecah dan menjadi bentuk keping-keping.\n\nAda sesetengah pasar raya yang menjual ikan-ikan import dari luar negara seperti salmon yang telah dicampurkan dengan bahan pengawet seperti formalin. Fungsi formalin adalah untuk memanjangkan hayat kesegaran ikan dan buat ikan nampak menarik.\n\nFormalin berbahaya kepada kesihatan manusia. Jika ikan sudah lama, bau formalin akan menjadi kuat. Dari luarannya ikan masih nampak segar dan perubahan warna yang tak begitu ketara. Jangan tertipu jika beli ikan-ikan import ni.\n\n8. Minta Peniaga Ikan yang Segar\n\nKadangkala ada peniaga yang tak jujur dengan menjual ikan yang lama dan tak segar, yang baru pula disimpan. Peniaga bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi barangan yang berkualiti kepada pembeli.\n\nJika mereka masih menjual ikan-ikan atau makanan lain yang sudah rosak, jangan teragak-agak buat laporan. Lebih baik beli dari peniaga yang boleh dipercayai. Kalau ada penjual yang menjual ikan segar yang baru ditangkap, tu lebih baik.\n\nAda sesetengah ikan yang dijual secara sejuk beku. Harganya juga agak mahal kerana ikan yang dijual biasanya jenis yang berkualiti seperti ikan merah, salmon, kerapu dan jenahak. Namun begitu, elakkan membeli ikan sejuk beku.\n\nIkan sejuk beku mempunyai rasa yang lebih tawar, tekstur isi yang keras dan kurang enak berbanding ikan segar. Ini disebabkan ikan sejuk beku telah ditangkap lama dan dimasukkan ke dalam bungkusan vakum. Ada yang telah dimasak terlebih dulu, ada yang diletakkan bahan pengawet.\n\nInilah 9 tips yang boleh diamalkan ketika membeli ikan di pasar atau di mana-mana. Jangan ambil mudah perkara seperti ni. Kualiti makanan perlu dijaga untuk penyerapan nutrien dengan maksimum.\n\nSeperti yang kita tahu, ikan amat kaya dengan sumber protein dan lemak. Jangan disebabkan sikap kita yang memandang enteng soal kesegaran, yang kita beli untuk anak-anak ikan yang dah kurang khasiatnya.\n\nJangan lupa kongsikan artikel ni dengan suami tercinta dan rakan-rakan. Jadilah pengguna yang bijak demi kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat."
"Ketika hamil, pasti tubuh badan cepat letih dan tidak boleh bergerak banyak sangat seperti selalu. Oleh kerana berbadan dua maka apabila berjalan ibarat kita mengendong bayi 24 jam sehari. Itulah satu dugaan tapi dalam masa yang sama nikmat yang diberi oleh Allah SWT. Kaum lelaki tidak rasa bagaimana rasa bawa kandungan dalam perut 24 jam.\n\nTetapi, jika asyik duduk dan rehat juga akan cepat rasa bosan, bukan? Semestinya banyak perkara yang perlu kita lakukan seperti memasak, mengemas rumah dan pergi kerja. Oleh kerana perut semakin membesar, pergerakan kita juga akan terhad dan tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa. Adakah cara untuk elakkan badan cepat letih bagi ibu hamil?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 tips elak tubuh badan ibu hamil cepat letih. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n7 Tips elak tubuh badan ibu hamil cepat letih\n\nIroniknya, apabila badan terasa \u2018berat\u2019 inilah masanya anda perlu lebih banyak bergerak. Namun, anda tidak perlu menjalankan senaman yang sukar, cukuplah sekadar aktiviti yang santai seperti berjalan di taman.\n\nSelain berjalan, berenang merupakan aktiviti senaman yang sangat sesuai dilakukan semasa kehamilan kerana badan anda akan berasa ringan dan terapung ketika berada di dalam air. Aktiviti fizikal lain yang boleh dijalankan termasuklah yoga, aerobik berimpak rendah, dan tarian.\n\nTapi, jika anda seorang yang aktif dan rajin bersukan, pastikan rejim senaman anda turut disesuaikan dengan kadar kehamilan.\n\nAir yang satu ini terlalu banyak manfaatnya. Tidak kira sama ada anda hamil atau tidak, letih, lesu, dan mengantuk juga boleh berpunca daripada kehausan.\n\nOleh itu, pastikan tubuh anda mendapat air yang secukupnya pada setiap masa. Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.\n\nKajian telah membuktikan bahawa saiz hidangan makan yang sedikit tetapi menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak.\n\nMaka, anda digalakkan untuk mengambil 5 hidangan kecil setiap hari berbanding 3 hidangan utama yang anda biasa ambil pada waktu pagi, tengahari, dan malam.\n\nBagi anda yang suka mengunyah, isi tenaga anda dengan kudapan yang segar dan berkhasiat tinggi seperti kurma, badam, serta buah-buahan setiap empat jam untuk kekal cergas.\n\nPengambilan sarapan akan menyebabkan sesorang itu lebih bertenaga dan mempunyai emosi yang lebih positif pada hari tersebut.\n\nPastikan sarapan anda kaya dengan zat besi seperti sayuran, kekacang, dan bahagian daging yang tidak berlemak (lean meat) kerana kekurangannya sering dikaitkan dengan punca letih. Pengambilan vitamin C boleh membantu proses penyerapan zat besi tersebut manakala makanan tenusu pula memberi tindakbalas yang sebaliknya jika diambil bersama.\n\nSebelum memasuki kereta untuk ke pejabat, hiruplah udara yang segar sedalam-dalamnya. Udara pagi mengandungi oksigen dalam jumlah yang banyak dapat membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda. Ia tidaklah begitu sukar bukan?\n\nDi Malaysia, faktor panas dan kelembapan akan menyebabkan kita bertambah letih dan kurang selesa akibat peluh. Mandi sebenarnya dapat meredakan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, anda juga digalakkan berendam di dalam kolam air suam di rumah untuk merehatkan otot-otot yang telah penat bekerja pada waktu siang.\n\nCuba titiskan aroma menyegarkan dalam tab mandi sebagai terapi bagi anda yang sukar untuk tidur di malam hari.\n\n7. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti\n\nAntara punca utama letih semasa hamil ialah tidak cukup tidur malam. Kalau ada kelapangan, lelapkanlah mata seketika pada sekitar waktu tengahari.\n\n*Jika rasa cepat penat dan lelah, jangan bimbang kerana ia adalah perkara biasa bagi seorang ibu hamil. Demi melahirkan anak yang sihat dan cergas, ibu perlu mengambil nutrisi yang berkhasiat dan baik untuk kandungan. Aktiviti lasak juga perlu dielakkan ketika hamil takut menjejas keselamatan kandungan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Suami yang baik dan soleh akan sentiasa bimbang akan kesihatan isterinya ketika mengandung. Selain itu, suami memainkan peranan penting dan bertanggungjawab menjaga hubungan kekeluargaan.\n\nPercayalah bahawa kasih sayang yang diberikan akan membuat pasangan lebih tenang menghadapi segala situasi termasuklah apabila wanita tengah hamil. Oleh yang demikian, suami hendaklah menjaga dan mengambil berat akan keadaan isterinya ketika hamil, antara peranan suami \u00a0ialah:\n\n1.\u00a0\u00a0 Memastikan isteri mengambil pemakanan yang berkhasiat\n\nIsteri amat memerlukan makanan yang berkhasiat ketika hamil agar badan mereka tidak lemah dan bertenaga untuk melakukan kerja harian. Makanan yang berkhasiat juga akan memastikan kandungan berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami masalah.\n\nOleh itu, suami hendaklah memastikan isteri mengambil yang berkhasiat dan bersih iaitu memberikan makanan yang mempunyai zat-zat yang diperlukan oleh badan. Anda sebagai suami juga boleh memberikan kegembiraan dengan menghidangkan makanan yang disukai oleh isteri anda, dengan itu hubungan pasti akan bertambah mesra dan bahagia. Ini tips peranan suami yang baik.\n\nPada peringkat awal wanita mengandung, biasanya emosi mereka akan mudah terganggu. Hati wanita hamil akan mudah tersentuh seperti merasa sedih, kecil hati dan rasa dipinggarkan.\n\nPerhatian daripada keluarga terdekat amat diperlukan ketika itu terutamnya suami. Suami hendaklah memberikan motivasi dan menjaga perasaan isterinya agar perasaan emosi tidak berlaku dalam diri isteri tersebut.\n\n3.\u00a0\u00a0 Tingkatkan ibadah sunat dan membaca Al-Quran\n\nJalankan lah tanggungjawab yang wajib serta tingkatkan lah ibadah sunat. Amalkan untuk membca ayat suci Al-Quran agar diri terasa dekat dengan diriNya. Mohon dan berdoalah agar mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.\n\nSuami hendaklah sentiasa mendoakan keharmonian keluarga dan mendoakan\u00a0 anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang soleh atau solehah dan menjadi bertanggungjawab apabila mulai meningkat dewasa. Selain itu, berdoalah agar keselamatan dan kesihatan isteri dan bayi yang bakal dilahirkan berjalan dengan lancar dan sempurna.\n\nKata-kata pujian yang diberikan isteri akan membuatkan mereka tersenyum contohnya mengatakan mereka cantik dan comel ketika mengandung. Ini bermakna suami hendaklah bijak mengambil hati isteri dengan menunjukkan kasih sayang yang ikhlas kepada mereka. Anda pasti gembira apabila melihat isteri anda tersenyum gembira oleh itu anda lebih tahu apa yang harus dibuat untuk membuat isteri anda gembira.\n\nBerbekalkan motivasi dan dorongan yang diberikan suami kepada isterinya akan membuat isteri menjadi lebih dan tenang dan bahagia. Hal ini kerana, ia menandakan suami seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa memberi perhatian kepada isterinya termasuklah ketika isteri mereka mengandung.\n\nTambahan lagi, wanita hamil memerlukan dorongan yang berterusan kerana melalui kata-kata semangat yang diberikan wanita hamil akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi hari yang mendatang.\n\nSemoga tips peranan suami hari ini membantu. :-)"
"Jom ketahui kelebihan berpuasa di bulan Ramadan!\n\nRamadan adalah penghulu segala bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat muslimin. Bulan yang penuh rahmat dan barakah dan di dalamnya terdapat satu malam penuh kemualiaan dan nikmat 1001 malam yang luar biasa kelebihannya, hadiah dari Allah SWT.\n\nBulan Ramadan juga sangat sinonim dengan ibadah puasa uang juga rukun Islam ketiga bagi orang Islam. Bulan ini \u00a0juga dikenali sebagai\u00a0bulan sabar, bulan\u00a0belas kasihan atau\u00a0bulan\u00a0berkasih-sayang. Ini kerana, apa-apa jua amal ibadah yang dilakukan dalam bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya.\n\nAllah berfirman tentang kewajipan berpuasa ketika Ramadan dalam surah al-Baqarah : 83 dengan maksudnya:\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.\u201d\n\nJusteru, mari kita sama-sama melihat kembali akan kelebihan berpuasa di bulan Ramadan. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata ya!\n\nSelain menahan lapar dan dahaga, ibadah puasa sebenarnya dapat membersihkan hati daripada perkara yang sia-sia. Hati yang benar-benar ikhlas berpuasa kerana mengharapkan keredaan Allah akan diampunkan dosa yang lalu.\n\n\u201cSiapa yang puasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu.\u201d\n\nManusia diciptakan dengan nafsu dan kehendak yang tinggi, maka menjadi tanggungjawab masing-masing untuk mengawal nafsu tersebut dari melakukan perkara yang dilarang agama.\n\nSelain dapat mengukuhkan iman, mereka yang berpuasa juga mampu mengawal hawa nafsu. Misalnya, menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa.\n\nNabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:\n\n\u201cHai pemuda, barangsiapa yang mempunyai kesanggupan hendaklah ia berkahwin, kerana itu lebih dapat mengendalikan pandangan mata dan lebih dapat membentengi kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat mengendurkan syahwat.\u201d\n\n3. Peluang Memasuki Syurga Melalui Pintu Ar-Rayyan\n\n\u2018Ar-Rayyan\u2019 bermaksud memuaskan dahaga atau haus. Allah SWT memberikan keistimewaan kepada mereka yang berpuasa iaitu memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan.\n\n\u201cSesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu yang bernama Ar-Rayyan (memuaskan dahaga). Maka pada hari kiamat akan dipanggil: \u2018Hai mana orang yang berpuasa?\u2019Maka apabila telah masuk orang yang terakhir dari mereka ditutuplah pintu syurga itu\u2019.\u201d\n\nBetapa kasihnya Allah SWT kepada Muslim yang berpuasa sehingga diberikan keistimewaan sebegini rupa. Maka, kita janganlah melepaskan peluang yang sehebat ini sebagai bekalan di hari akhirat nanti di samping merebut keredaan Allah.\n\n4. Bau Mulut Orang Berpuasa Lebih Wangi daripada Kasturi\n\nSecara logiknya individu yang berpuasa mempunyai bau mulut yang tersendiri kerana tidak makan dan minum selama seharian. Mulut menjadi kering dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Namun, sesiapa yang berpuasa sentiasa istimewa di sisi Allah sehinggakan bau mulut pun disamakan dengan kasturi.\n\nPerkara ini dilihat dari sabda Rasulullah dengan tafsirannya;\n\n\u201cDemi Zat yang diriku ditanganNya, sungguhpun bau busuknya mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.\u201d\n\nSebagai seorang Muslim, antara matlamat utama selain mencapai syurga tertinggi Allah adalah dijauhkan dari azab neraka. Tidak mampu dibayangkan betapa azabnya seksaan di neraka. Justeru, Allah menjanjikan bahawa mereka yang berpuasa di bulan Ramadan akan dijauhkan dari api neraka.\n\n\u201cOrang yang berpuasa satu hari ketika berjuang pada jalan Allah, wajahnya akan dijauhkan Allah dari neraka sejauh 70 kali musim luruh.\u201d\n\nMenurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari, maksud\u00a0 \u201970 musim\u2019 itu merujuk kepada perjalanan selama 70 tahun.\n\nWaktu Maghrib merupakan waktu yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana pada waktu itulah mereka yang berpuasa akan berbuka puasa dan menjamah rezeki. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa beberapa minit sebelum berbuka terdapat satu keistimewaan yang Allah kurniakan untuk orang yang berpuasa.\n\n\u201cSesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.\u201d\n\nJusteru, marilah kita sama-sama mengambil masa beberapa minit sebelum berbuka menadah tangan berdoa dan bermunajat kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita harapkan.\n\nSelain itu, sepanjang berpuasa juga adalah waktu terbaik utnuk berdoa kerana lebih mudah dimakbulkan oeh Allah SWT.\n\n7. Sihat dari Segi Fizikal dan Mental\n\nBanyak kajian sains yang menunjukkan bahawa badan bertindak balas dengan positif terhadap tubuh orang yang berpuasa. Antaranya adalah dapat menurunkan kadar kolestrol, tahap glukosa dalam kalangan pesakit diabetes. Bukan itu sahaja, berpuasa juga sebenarnya dapat menyihatkan otak dan menenangkan fikiran.\n\nRasulullah SAW turut menyebut tentang kelebihan berpuasa yang menyihatkan tubuh dengan sabdanya;\n\nSelain itu, terdapat fadhilat yang lain:\n\nPenutup:\u00a0 Ramadan adalah nikmat yang Allah SWT hadiahkan kepada hambanya.\n\nSemoga artikel kelebihan berpuasa di bulan Ramadan ini mengubah pandangan kita. Jadikanlah Ramadan kali ini sebagai Ramadan yang paling bermakna buat diri kita dengan penambahan ibadah dan amalan kebaikan lain.\n\nJangan lepaskan peluang untuk meraih reda Allah dan mengaut pahala sebanyak-banyaknya. Semoga kita sentiasa direzekikan berjumpa dengan Ramadan akan datang dan seterusnya."
"Siapa tercari resepi ikan celup tepung Terengganu? Kali ini kami akan berkongsi resepi Terengganu punya iaitu ikan celup tepung.\n\nIkan celup tepung biasa dihidang di kedai-kedai makan. Cara penyediaan lauk ini amat mudah. Ikan dilumur garam kunyit kemudian dicelup dengan tepung beras. Senang sangat dalam 10 minit boleh siap. Sedap untuk dihidang sebagai lauk tengah hari. Dimakan dengan nasi putih panas, sambal belacan, dan ulam sedap sangat.\n\nSesiapa yang ingin jadi menantu orang Rusila, Terengganu kena pandai buat ikan celup tepung ya. Ayuh cuba buat ikan celup tepung dihadirkan oleh Siti Aisyah Mohd Zain di laman Facebook. Rangup dan lazat sangat. Petua letak kelapa parut itu supaya tepung jadi makin rangup.\n\nSelain ikan celup tepung terengganu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Siapa yang tidak suka pisang goreng? Rasanya yang sedap, rangup dan garing sangat sedap dimakan. Pisang goreng sedap dimakan sebagai camilan di pagi hari mahupun tengah hari bersama teh panas.\n\nAda banyak variasi pisang goreng yang dijual. Namun begitu, tidak semua pisang sesuai untuk dijadikan pisang goreng. Antara pisang yang sesuai untuk digoreng ialah pisang tanduk, pisang abu, pisang nangka, pisang awak, pisang toman dan pisang emas.\n\nAdunan untuk membuat pisang goreng pun berbeza-beza, sehingga hasilnya pun berbeza. Rasa rangup dan garing pisang goreng bergantung pada komposisi adunan tepung yang dipakai.\n\nHari ini kami akan mengongsikan kepada anda resepi pisang goreng yang rangup dan sedap yang dikongsikan oleh Zalina Zolkiply di facebook yang telah mendapat perkongsian ramai. Juga resepi ini bukan untuk pisang sahaja, untuk ubi, cempedak, kuih kasturi pun boleh.\n\nResepi Pisang Goreng (Sedap dan Rangup)\n\nSelain resepi pisang goreng yang rangup dan sedap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"\u201cElak Tinggalkan Botol Air Dalam Kereta\u201d. Hal ini sudah sering kita dengar. Bahaya letak air dalam kereta ni tapi masih ramai yang buat tak peduli. Sedar atau tidak sebenarnya minuman botol plastik yang telah lama disimpan di\u00a0dalam kereta adalah tidak elok diminum terutamanya bagi kanak-kanak. Untuk pengetahuan,\u00a0air yang telah ditinggalkan di\u00a0dalam kereta akan menyebabkan haba bertindak balas dengan kimia\u00a0dalam plastik botol yang mengeluarkan toksik.\n\nTak perlu libatkan masa semalaman. Bila matahari masuk ke dalam kereta\u00a0melalui cermin\u00a0kereta, botol plastik dan haba akan bertindakbalas. Walau hanya dalam masa 5 minit je pun, masih lagi boleh mengundang bahaya. Itu baru tentang air mineral. Kalau nak tahu ada banyak lagi benda lain yang bahaya untuk ditinggalkan dalam kereta.\n\nimage via :\u00a0Blog Mau Kerja\n\n10 Benda Yang Bahaya Diletak Dalam Kereta\n\nPek makanan merupakan antara benda bahaya letak dalam kereta. Tapi kenapa pula pek makanan tak elok di tinggalkan dalam kereta. \n\nIni kerana ada pek makanan yang di cipta tidak tahan dengan suhu panas di dalam kereta. Pek makanan yang jenis ini akan mudah terurai apabila terkena suhu yang terdapat di dalam kereta. Apa yang lebih parah lagi pek makanan yang cair atau terurai akan membawa kesan buruk kepada kesihatan kita.\n\nSalah satu sebab kenapa kita tinggalkan peralatan elektronik seperti powerbank dan laptop dalam kereta supaya mudah untuk kita gunakan dan tidak kelam kabut. Namun begitu pernah tak anda tahu kesan buruk meninggalkan peralatan elektronik di dalam kereta. Memang bahaya letak laptop dalam kereta kerana ia boleh menyebabkan kecurian. \n\nTak hanya itu menyebabkan berlakunya kecurian, satu lagi kesan yang teruk adalah ia boleh menyebabkan berlaku ledakan jika tinggal dalam kereta pada suhu yang sangat panas. Banyak punca kebakaran kereta adalah disebabkan oleh kecuaian mereka yang meninggalkan peralatan elektronik di dalam kereta. Peralatan elektronik seperti ini sebenarnya tidak boleh tahan dalam suhu yang terlalu panas.\n\nUbat-ubatan juga antara benda bahaya letak dalam kereta. Ini kerana, ubat-ubatan tidak sesuai untuk di simpan di dalam suhu kereta, ia perlu di simpan di dalam suhu bilik saja untuk mengelakan ia menjadi rosak. Jika anda terpaksa membawa ubat-ubatan keluar bersama, anda boleh meletakkan ubat anda di dalam bekas yang bersesuaian.\n\nAda juga di antara kita mempunyai tabiat suka meninggalkan atau bahan aerosol di dalam kereta. Namun adakah anda sedar yang tabiat anda itu boleh membawa padah pada diri anda. Tin aerosol atau spray merupakan benda bahaya letak dalam kereta. \n\nIni kerana, aerosol dan spray merupakan barang yang mudah terbakar dan perlu di simpan di tempat yang bersesuaian. Apabila ia ditinggalkan di dalam kereta dengan suhu yang panas ia akan menyebabkan berlakunya letupan dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.\n\nMungkin bagi anda dengan meletakan ubat gegat di dalam kereta ia adalah satu penyelesaian yang terbaik untuk membunuh lipas. Namun, ia bukanlah sesuatu yang baik. Jika ia di tinggalkan di dalam kereta dengan suhu yang panas terlalu lama ia akan menyebabkan kesan yang buruk pada kesihatan kita. \n\nApabila panas kedua-dua bahan ini akan cepat berwap dan akibatnya kita akan menghirup udara yang beracun yang pastinya akan memberi kesan pada kesihatan kita.\n\nPerkara yang seterusnya ini sering kali dilakukan oleh mereka yang merupakan perokok tegar. Kita boleh lihat di dalam kereta perokok tegar pasti mempunyai pemetik api yang banyak. Sebenarnya sikap mereka yang suka meninggalkan pemetik api di dalam kereta boleh membahayakan diri mereka. Bagi perokok ia mungkin memudahkan mereka apabila mereka mahu menyalakan rokok. \n\nNamun, dalam mereka tidak sedar pemetik api sebenarnya merupakan benda yang mudah meletup jika ditinggalkan di dalam suhu yang terlalu panas. Dengan kesan buruk yang terdapat pada pemetik api, tidak hairanlah jika admin katakan yang pemetik api merupakan benda bahaya letak dalam kereta.\n\nAda juga pemandu yang suka menyimpan petrol di dalam kereta. Bagi mereka ia lebih mudah jika kereta kehabisan minyak, mereka boleh terus menggunakan sahaja petrol yang di simpan. Namun begitu, menyimpan petrol di dalam kereta bukanlah satu jalan penyelesaian yang bagus. \n\nIa boleh mendatangkan kesan yang amat buruk terutama apabila berlaku percikan api pada wayar dalam kereta. Jika itu maka sudah tentu boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.\n\nDokumen penting juga merupakan benda bahaya letak dalam kereta. Dokumen seperti bil air, bil elektrik dan bank statement merupakan antara dokumen yang mengandungi maklumat penting seperti alamat rumah dan juga nombor akaun bank. Ia sudah tentu amat berbahaya terutama jika ke semua dokumen ini dapat pada si pencuri kereta, mereka sudah tentu menyasarkan rumah anda untuk melakukan jenayah pecah rumah pula. \n\nPenjenayah akan sentiasa mencari peluang atas kecuaian kita. Jadi dokumen seperti ini simpan sahaja di rumah dan di tempat yang selamat. Jika berlaku kecurian kereta, dokumen-dokumen penting ini sudah tentu selamat dan juga rumah kita juga selamat dari menjadi sasaran penjenayah.\n\nAda juga di antara mereka di luar sana yang gemar menyimpan barang berharga di dalam kereta seperti beg duit. Walaupun anda mahu singgah ke mana-mana sebentar jangan sesekali tinggalkan beg duit anda dalam kereta. Ini kerana, penjenayah sentiasa menunggu peluang untuk melakukan jenayah. Meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan tidak patut dilakukan kerana mudah terdedah kepada bahaya kecurian.\n\nKes tinggalkan anak sering kali berlaku setiap tahun. Salah satu sebab perkara ini berlaku kerana kecuaian ibu bapa yang meninggalkan anak mereka di dalam kereta. Tidak kiralah enjin kereta hidup sekalipun, jangan sesekali tinggalkan anak di dalam kereta, bawa mereka ke mana sahaja anda pergi. Kebanyakan kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta adalah kerana mereka mengalami strok haba dan lemas.\n\nAwas! Jangan Lagi Simpan Botol Air Dan Barangan Bahaya Lain Dalam Kereta Jika Mahu Selamat\n\nItulah serba sedikit perkongsian mengenai barangan yang bahaya jika ditinggalkan dalam kereta. Simpan air mineral dalam kereta janganlah dilakukan lagi. Botol air dan lain-lain benda ini boleh menyebabkan punca berlakunya kebakaran. Bahaya minum air dalam kereta juga untuk kesihatan.\n\nBaca juga tips pilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka, maksud khairat kematian dan manfaatnya."
"Penglihatan bayi sejak lahir hingga 1 tahun tak sama dengan tahap penglihatan kanak-kanak yang lebih besar. Kadangkala, si bayi kesayangan kelihatan sedikit juling di atas percubaan mereka untuk fokus melihat pada sesuatu terutama ibu ayahnya sendiri. \n\nSebenarnya, perkembangan untuk penglihatan pada bayi berkembang dengan amat pesat sebaik saja dilahirkan. Perkembangan bayi akan melalui proses penambahan pada daya penglihatan secara sedikit demi sedikit sebaik saja dilahirkan.\n\nSaiz Bola Mata Yang Kecil Menghadkan Jarak Tahap Penglihatan Bayi\n\nUntuk pengetahuan anda juga, saiz bola mata bayi yang baru dilahirkan hanyalah dalam ukuran sebanyak 65% dari saiz bola mata orang dewasa. Bayi yang baru dilahirkan tidak dapat melihat dan memfokus dengan jelas seperti orang dewasa kerana sistem penglihatan mereka mengambil masa beberapa bulan lagi untuk berkembang sepenuhnya.\n\n Seterusnya bayi akan semakin fokus dan jarak penglihatan untuk bayi baru lahir hanya sejauh 20cm hingga 30cm saja. Ini bermakna, bayi hanya akan dapat melihat wajah orang yang sedang mendukungnya. Pada usia begini jika di acah untuk membuatnya ketawa dari jarak lebih dari 30cm maka bayi tidak akan dapat melihatnya. Eh ibu ayah tidak perlu risau, nanti penglihatan bayi akan semakin jauh jaraknya sesuai dengan usia yang semakin meningkat secara berperingkat. \n\nProses Perkembangan Penglihatan Untuk Bayi Baru Lahir Hingga 1 Tahun\n\nDi sini turut disenaraikan tahap proses perkembangan untuk tahap penglihatan bayi dari saat bayi barru dilahirkan sehingga ke usia 1 tahun. Semoga info ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan untuk para ibu ayah di luar sana. \n\n\u2013 Usia Baru Lahir hingga 1 Bulan\n\n \u2013 Usia 2 hingga 3 bulan \n\n\u2013 Usia 4 hingga 6 bulan \n\n\u2013 Usia 7 hingga 9 bulan\n\n\u2013 Usia 10 hingga 12 bulan\n\nTips Tingkatkan Penglihatan Anak Dengan Baik\n\nSelaku ibu ayah, anda boleh bantu tingkatkan penglihatan anak dengan lebih baik. Antara tips dan kaedah yang boleh digunakan itu adalah seperti yang tertera di dalam senarai ini :\n\nAntara Makanan Yang Bagus Untuk Penglihatan Mata \n\nMakanan yang bagus juga boleh menyumbang kepada tahap kesihatan mata yang baik. Lobak merah (carrot), sayuran dan buah-buahan bewarna oren kekuningan seperti betik, labu dan lain-lain adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Cuma pastikan makanan tambahan diberi pada bayi hanya setelah mereka mencecah usia 6 bulan dan ke atas. Pastikan juga cara penyediaan makanan adalah sesuai dengan usia anak-anak pada waktu tersebut. \n\nKenapa sayuran dan buahan dari warna oren kekuningan ini bagus untuk mata? Ini kerana ia mempunyai kandungan Lutein dan Zeaxanthin yang merupakan pigmen semulajadi untuk membantu bekalkan nutrisi pada mata. Lutein dan Zeaxanthin ini akan bertindak sebagai antioksida yang menghalang daripada radikal bebas yang berbahaya.\n\nAwas! Televisyen Dan Handphone Boleh Jejaskan Penglihatan Anak Anda\n\nSelaku ibu ayah, anda amatlah dinasihatkan supaya tidak terlalu mendedahkan bayi dengan rangsangan lain yang berlebihan. Antaranya adalah seperti televisyen, telefon bimbit dan sebagainya. Jika menonton rancangan yang berasaskan pembelajaran kanak-kanak sekalipun, ibu ayah masih perlu memantau masa supaya anak tidak lebih menonton. \n\nWaktu begini adalah lebih baik jika ibu ayah dapat duduk, berbual, bermain dan membaca buku bersama-sama. Dari jauh kami doakan semoga anda sentiasa gembira dengan bayi kesayangan dan di harap perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info yang berguna untuk anda semua."
"Pulau Babi Besar atau sekarang dikenali sebagai Pulau Besar terletak di Mersing, Johor. Jangan keliru ya dengan Pulau Besar yang terletak di Melaka. Untuk ke sini anda perlu menaiki bot di Jeti Mersing selama 30 minit.\n\nPasti ramai yang terkejut dengan nama pulau ini kerana kedengaran sedikit kasar. Di sebalik nama unik ini, tersimpan satu kisah lagenda sehingga terhasilnya Pulau Babi Besar.Penduduk atau masyarakat setempat memang sinonim dengan nama ini.\n\nMenurut mereka, nama pulau ini diambil dari kisah seorang isteri nelayan yang hamil dan mengidam untuk makan rumpai laut. Setelah dapat apa yang diidamkan, wanita tersebut bertukar menjadi duyung lalu sang suami terlalu marah sehingga memaki dengan perkataan \u2018babi\u2019 dan nama tersebut melekat menjadi Pulau Babi.\n\nLagenda ini amat popular dalam kalangan penduduk setempat namun kesahihannya tidak dapat dipastikan. Apa-apa pun pulau ini memang menarik untuk dikunjungi kerana kecantikkan alamnya yang tersendiri.\n\nTak banyak tempat menarik di sini memandangkan pulau ini agak kecil berbanding pulau yang terdapat di sekitarnya seperti Pulau Rawa, Pulau Aur dan Pulau Sibu. Namun cukup puas untuk anda bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti seperti snorkelling, hiking, berbasikal, berkayak dan sebagainya.\n\nNak aktiviti mencabar atau lasak? Ataupun sekadar ingin bersantai dan menenangkan fikiran? Anda memang perlu ke sini kerana semuanya memang berbaloi untuk dicuba. Ini tempat yang anda perlu pergi jika ke Pulau Babi Besar.\n\nAsenia Beach Resort adalah salah satu penginapan terkenal \u00a0yang terdapat di Pulau Babi Besar. Berkonsepkan resort dengan stail kampung, resort menyediakan 47 bilik penginapan yang selasa, bersih dan cantik.\n\nBanyak kemudahan yang disediakan oleh pihak resort seperti kolam renang, pengangkutan ke lapangan terbang, spa, aktiviti untuk kanak-kanak dan banyak lagi. Aktiviti pantai seperti bola tampar, futsal dan aktiviti air juga anda boleh lakukan di resort ini.\n\nTerdapat 3 jenis bilik iaitu bilik keluarga, bilik dengan pemandangan laut serta bilik larangan merokok. Setiap bilik mempunyai pendingin hawa, peti sejuk, mini bar, sofa, televisyen, kelengkapan mandi dan sebagainya.\n\nAnda juga boleh menginap di Bayu Lestari Island Resort. Resort ini cukup terkenal dengan keindahan landskap dan struktur bilik penginapan. Penginapan ala-ala kampung dengan struktur rumah papan pasti memberi sedikit kelainan buat penginap.\n\nAda empat jenis penginapan yang boleh anda pilih sama ada Executive Bungalow, Deluxe A Farm, Standard Suite dan Exclusive Villa. Kesemua penginapan adalah berasingan antara satu sama lain. 15 buah villa privasi ini mampu memuatkan 110 pengunjung dalam satu masa.\n\nTak tahu nak buat aktiviti apa? Jangan risau kerana resort ini menyediakan aktiviti menarik seperti jungle trekking,\u00a0 bola tampar pantai, berbasikal dan kayak. Pasti anda tidak bosan!\n\nPulau Harimau memang sangat memuaskan untuk diterokai. Air lautnya yang membiru dengan sedikit kehijauan pasti memukau setiap mata yang memandang. Buat pengetahuan anda, pulau ini adalah pulau milik persendirian.\n\nPulau yang bersih ini tanpa sebarang pencemaran mempunyai air yang sangat jernih. Pemandangan sekitar memang setanding dengan pulau di luar negara. Teroka sahaja kawasan pulau, cukup memuaskan dan fikiran juga menjadi tenang. Jangan lupa untuk rakamkan gambar anda di sini.\n\nPulau Sribuat atau Pulau Seri Buat merupakan tempat yang sesuai untuk anda yang gemarkan aktiviti mendaki. Trek tidak terlalu jauh untuk sampai ke puncak, namun jalannya sedikit curam. Anda tidak perlu risau kerana tali disediakan buat pendaki.\n\nSelain mendaki bukit, anda juga boleh snorkeling di sini. Dengan airnya jernih, kebiruan dan kehijauan, sudah pasti memuaskan untuk melakukan aktiviti ini.\n\nBanyak aktiviti yang anda boleh lakukan di pulau ini. Pulau ini sesuai untuk melihat penyu bertelur. Lazimnya penyu akan mendarat pada bulan Oktober untuk bertelur di sini.\n\nAktiviti paling menarik di Pulau Tengah adalah snorkeling. Berbanding pulau lain yang berada di sekitar, di sini anda boleh melihat pelbagai hidupan marin terutama ikan nemo dan pelbagai spesis batu karang yang cantik.\n\nJika anda ke Pulau Babi Besar, rugi jika anda tidak datang ke Pulau Hujung. Pulau Hujung dipenuhi tumbuhan atau pepokok seperti pokok palma \u00a0yang cantik menghijau. Bukan itu sahaja, \u00a0di sini anda boleh bermandi-manda dan juga teroka pelbagai jenis hidupan laut dengan aktiviti snorkeling.\n\nAnda yang sukakan percutian bertemakan alam terutama di laut atau pulau, pasti akan jatuh cinta dengan keindahan Pulau Babi Besar. Keindahan alam sekeliling pasti membuatkan anda lupa segala masalah. Jauh dari kesibukan kota, hati juga pasti tenang lebih-lebih lagi dapat menghirup udara segar.\n\nMalaysia mempunyai banyak pulau yang cantik dan berbaloi untuk dikunjungi. Tak perlu ke luar negara, pulau yang berada di dalam negara sudah cukup memukau. Nak tahu tentang pulau di Malaysia? Kami sediakan untuk anda."
"Ramai orang pos pasal kek pandan layer di media sosial. Nampak sedap sebab lapis demi lapis kek pandan yang lembut itu ada terdapat krim kastard pandan. Apabila termakan bahagian kastard manis itu, rasa macam melompat ke bintang saking sedapnya. Kami tahu anda pula mesti tercari-cari resepi kek pandan layer macam yang kami terangkan bukan? Sesiapa yang mencari itu, mari kita buat sama-sama kek pandan layer dengan resepi yang dikongsikan oleh Chesu Riani\u200e di laman Facebook.\n\nResepi yang kami tuliskan di bawah amat mudah. Bahkan orang yang pertama kali cuba mesti terus berjaya buat dan hasilnya semacam dengan kek viral itu. Apabila tercium wangi pandan itu, terus lapar perut ingin makan. Sukatan mudah guna cawan teh sahaja.\n\nKek pandan layer sesuai untuk hidangan minum petang sambil layan tv, kumpul dengan keluarga, atau dengan kawan-kawan dan jiran-jiran. Boleh juga dibuat untuk hidangan menjamu tetamu. Tunggu apalagi jom cubakan resepi di bawah.\n\nCara Melapis Kek dan Kastard :\n\nCara Tanggalkan Kek Dari Loyang :\n\nSelain kek pandan layer, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Mencari resepi nasi arab kambing yang sedap dan mudah? Pada perkongsian ini kami akan tuliskan resepi nasi arab mudah dimasak dengan hanya menggunakan periuk nasi sahaja.\n\nNasi arab antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Makanan budaya Timur ini digemari dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada orang tua, muda bahkan anak-anak amat menyukai nasi arab.\n\nNasi arab banyak dihidangkan untuk kenduri kahwin, majlis mesyuarat, rumah terbuka dan lain-lain. Jika anda mencari resepi nasi arab kambing yang mudah sila ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zueryna Zulkepli di laman Facebook di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi nasi arab kambing, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sebagai wanita, adalah penting untuk menjaga kebersihan diri. Jika tidak, ada sahaja penyakit yang mengundang. Salah satunya adalah masalah keputihan. Ayuh kenali masalah keputihan!\n\nMasalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual.\n\nRamai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid.\n\nSetiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.\n\nKenapa ada masalah keputihan? Di sini saya sertakan 4 punca utama masalah ini.\n\nKebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.\u00a0Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual.\n\nKelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.\n\nGangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:\n\nGaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.\n\nWanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj.\n\nSelain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.\n\nKesimpulannya adalah amat penting bagi wanita untuk menjaga kebersihan dirinya. Semoga perkongsian ini dapat membantu wanita lain"
"Google dan Kantar telah menerbitkan laporan Top 50 Brands Chinese Brand Builders 2023 yang menyatakan realme telah membuat lonjakan luar biasa, iaitu memperoleh kedudukan ke 21 berbanding kedudukannya pada tempat ke 29 pada tahun lepas. \n\nWalaupun ianya merupakan syarikat termuda dalam senarai, realme telah menapak dengan pantas di pasaran global kerana cerapan pasarannya yang tajam, inovasi produk yang berterusan, kedudukan produk yang jelas dan pengaruh jenama yang kukuh.\n\nNo Leap, No Launch\uff1aMendahului dengan Teknologi dalam Siri C\n\nDoreen Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Kantar Greater China dan Pengerusi Global Kantar BrandZ berkata, hanya memberi tumpuan kepada kebolehmampuan dapat melemahkan daya saing jenama lain dan menggurangkan peluang untuk memenangi pelanggan baharu. Kini, jenama global China ini berhasrat untuk mengubah imej mereka daripada mampu milik kepada tawaran yang lebih bermakna.\n\nPada tahun 2023, realme Malaysia memulakan strategi siri C dengan mengikut falsafah produk baharu mereka iaitu \u201cNo Leap, No Launch\u201d dan komited untuk menyediakan produk yang melebihi jangkaan pengguna. \n\nDengan terus berinovasi dan menyampaikan pengalaman yang unggul, realme telah menarik minat golongan muda, yang mendorong pertumbuhan jenama yang mampan dengan jangka panjang. Hal ini membuktikan kejayaan pelancaran realme C55 dan C53 di Malaysia."
"\u201cMakan sebiji epal setiap hari, anda mampu menjauhi diri daripada seorang doktor.\u201d\n\nPasti anda sudah biasa mendengar kata-kata hikmah ini. Ini bermakna dengan memakan epal setiap hari, anda akan dijauhi penyakit. Benarkah kenyataan ini? Atau sekadar ayat untuk menyatakan gurauan?\n\nSebelum itu marilah kita mengambil tahu serba sedikit tentang sejarah epal. Epal atau nama saintifiknya ialah malus domestica. Ia merupakan sejenis tanaman berbuah dalam spesies malus dan keluarga mawar.\n\nEpal berasal dari Asia Barat dan merupakan tanaman yang paling banyak diusahakan di dunia. Buah epal merupakan salah satu buah yang popular dan menjadi kegemaran masyarakat dunia tanpa mengira bangsa.\n\nJika diberi pilihan untuk memilih epal merah atau hijau, yang mana 1 pilihan anda? Penulis sangat yakin kebanyakan orang akan memilih epal merah berbanding epal hijau. Ini kerana epal merah lebih manis, manakala epal hijau berasa masam.\n\nJom kami kongsikan khasiat epal hijau yang ramai tak tahu. Sebenarnya, epal hijau lebih banyak khasiat berbanding epal merah. Nak tahu apa khasiatnya? Jom baca!\n\n#1 Membantu mengatasi penyakit 3 serangkai\n\nPenyakit 3 serangkai yang sering dihidapi rakyat Malaysia ialah penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Dengan pengambilan epal hijau secara konsisten, penyakit-penyakit ini dapat ditangani.\n\n#2 Bagus untuk orang yang berdiet\n\nJika anda bercadang untuk menurunkan berat badan, jangan lupa sertakan epal hijau dalam amalan pemakanan harian. Ia memberi tenaga yang cukup dan mencegah kelaparan. Jangan terkejut apabila anda mendapat saiz badan yang diingini.\n\nOrang yang menghadapi masalah sembelit amat sukar untuk membuang air besar. Kadangkala, mereka hanya membuang najis 3 atau 4 hari sekali. Bagi mengatasi masalah ini, minum jus epal hijau setiap pagi dengan perut kosong. Ia dapat menyingkirkan segala toksin dan melancarkan pembuangan air besar.\n\nEpal hijau sangat kaya dengan vitamin A, B dan C yang sangat baik untuk kulit. Dengan makan epal ini secara konsisten, kulit akan bersih tanpa jerawat dan parut. Lama-kelamaan kulit akan berseri dan semakin sihat.\n\nOrang yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi di dalam badan, digalakkan memakan epal hijau. Oleh itu, risiko penyakit lain seperti penyakit jantung dan masalah kesihatan yang lain dapat dicegah.\n\nApabila kita makan epal hijau, air liur yang banyak akan dihasilkan. Penghasilan air liur yang banyak dapat mengurangkan bakteria di dalam mulut dan seterusnya mencegah kerosakan gigi.\n\nApabila makan buah epal, tidak kiralah epal merah atau epal hijau, jangan sesekali buang kulitnya. Pastikan anda mencuci epal dengan bersih dan pastikan tiada sebarang wax atau bahan kimia pada kulitnya.\n\nDi dalam kulit epal hijau terdapat vitamin dan mineral yang dapat membina dan memperkukuh sistem imunisasi.\n\n#8 Lebih rendah kandungan gula berbanding epal merah\n\nBuah epa hijau didapati mengandungi kandungan gula yang rendah berbanding epal merah. Oleh itu, ia lebih sesuai untuk orang yang berdiet, mengandungi masalah kolestrol dan kencing manis.\n\n#9 Baik untuk pesakit batu karang\n\nRasa epal hijau yang masam membuktikan terdapat kandungan asid malic di dalamnya. Oleh itu, pesakit batu karang amat sesuai makan buah ini.\u00a0\n\nBerbanding epal merah, epal hijau lebih kaya dengan antioksidan. Antioksidan sangat penting kerana dapat menangkis radikal bebas dalm badan. Radikal bebas ini menjadi punca banyak masalah kesihatan bagi manusia.\n\nEpal hijau mengandungi serat yang tinggi di mana dapat meningkatkan metabolisme tubuh. Apabila metabolisme meningkat ia dapat mengawal suhu badan, kadar tenaga dan mengawal berat badan.\n\nEpal hijau kaya dengan sejumlah mineral seperti iron, zink, mangan, potasium dan lain-lain. Kesemua mineral ini sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Misalnya iron yang terdapat dalam epal hijau dapat meningkatkan kadar oksigen dalam darah.\n\nAzheimer ialah penyakit yang menyebabkan sel-sel otak merosot dan mati. Penyakit ini merupakan penyebab berlakunya demensia dalam kalangan warga tua. Ia akan mengganggu kemahiran berfikir, tingkah laku dan sosial seseorang individu.\n\nDengan mengamalkan sebiji epal setiap hari dari usia muda, penyakit ini dapat dielakkan apabila kita tua nanti\n\nOrang yang menghidap penyakit asma kronik boleh mengurangkan masalah ini dengan pengambilan jus epal hijau setiap hari. Kandungan flavonoid di dalamnya sangat baik untuk pesakit asma.\n\nEpal hijau yang kaya dengan serat mampu menjaga kesihatan hati, sistem pencernaan dan buah pinggang bebas dari toksin dan elemen yang berbahaya.\n\nSelepas membaca kesemua 15 khasiat epal hijau yang dinyatakan oleh penulis, adakah anda bersetuju dengan kenyataan pada awal-awal artikel? Sudah tentu kenyataan itu tepat dan bernas.\n\nKhasiat epal hijau bukan sahaja merangkumi aspek kesihatan tetapi juga kecantikan. Walaupun, buah ini bukannya tergolong dalam buah-buahan tempatan namun khasiatnya amat tinggi.\n\nMalah, harganya juga masih murah dan mudah didapati di mana-manapun termasuk di pasar tani, kedai runcit, pasar raya, pasar malam dan sebagainya. Jika anda tidak boleh tahan dengan rasanya yang masam, apa kata anda cuba mengubah cara hidangan.\n\nJika membuat jus epal hjau, anda boleh mencampurkannya dengan buah yang lebih manis seperti epal merah, anggur dan sebagainya. Anda juga boleh tambah sedikit madu asli untuk memberikan rasa manis semula jadi.\n\nSelain dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus, anda juga boleh jadikan epal hijau sebagai hidangan pencuci mulut. Caranya mudah sahaja, potong epal hijau sederhana nipis, tambahkan sedikit madu dan serbuk kayu manis. Bakar di dalam oven sehingga sedikit lembut.\n\nAnda boleh makannya bersama oats, roti, lempeng dan sebagainya. Malahan, anda boleh menambah yogurt untuk dijadikan salad. Pasti lebih sedap dan membangkitkan selera.\n\nJangan lupa kongsikan artikel ini bersama orang-orang yang tersayang. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Jemput juga baca artikel khasiat bunga kubis dan khasiat halba"
"Jom minum jus lega sebelum tidur! Berkhasiat dan minuman semulajadi yang lebih diyakini berbanding produk luar sana.\n\nSenang buat sendiri untuk anda, ibu dan suami. Sihat dan jimat.\n\nJus lega elok untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Serta menyingkirkan toksin dalam badan. Dikatakan dapat menurunkan darah tinggi. Serta menyembuhkan gout dan membuang angin dalam badan. Melawaskan penghadaman. Ianya dapat melancarkan perjalanan darah. Mampu menurunkan berat badan. Menurunkan bacaan gula untuk diabetes dan kaya dengan vitamin C.\n\nSemua orang mesti ingin hidup sihat bukan? Jangan buang masa mari cuba resepi jus lega sekarang. Resepi jus lega didatangkan daripada Fauziah Yahya\u200e di laman Facebook.\n\nSelain resepi jus lega, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sedap dan cantik rupa acar buah amat merangsang selera. Mencari resepi acar buah yang sedap mudah? di bawah ini ada resepinya.\n\nAcar buah merupakan anatra menu kegemaran ramai untuk dimakan bersama nasi kenduri. Mesti ramai yang teringin dan mencari cara membuat acar buah yang sedap. Resepi di bawah ini didatangkan daripada Jalilah JJ di laman Facebook.\n\nAcar buah ini tidak menggunakan cuka kerana rasa cuka amat masam dan tajam, maka tuan punya resepi cukup hanya menggunakan sos plum sahaja. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi acar buah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Syukur adalah suatu yang sering diucapkan, tetapi adakah kita benar-benar memahami maksudnya. Adakah kita benar-benar hidup di atas jalan syukur?\n\nSeorang wanita sedih telah bertanya akan hal ini.\n\nUstaz saya hendak bertanya bagaimana saya hendak bersyukur? Ustaz selalu bercerita pasal syukur. Tetapi bagaimana ya?\n\nMenurut wanita tersebut, suaminya seorang yang lambat, slow,kurang perasaan, lurus dan tidak suka membantu. Ini membuatkan dirinya tidak senang dengan sikap dan tingkah laku suami.\n\nDia merasakan hendak marah sahaja kerana tidak boleh memahami jiwa suaminya. Wanita itu berasa tertekan dan berserabut. Wanita itu inginkan jawapan cara bagaimana untuk bersyukur dan mahukan suaminya berubah.\n\nSyukur pada Allah s.w.t wujud dari hati yang apabila kita belajar tunduk pada Allah s.w.t dan kerana Allah s.w.t. Semuanya menjadi manis.\n\nJawapan saya pada wanita tersebut adalah, dia haruslah bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang lambat dan lurus. Hal ini kebiasaannya lelaki sebegitu adalah setia. Ini menunjukkan dia mencintai puan seorang.\n\nInsyaAllah saya percaya dia akan jujur dengan pasangan. Dia akan jaga pasangannya semasa pasangannya sakit nanti.\n\n\u201cYa ustaz. Suami saya memang begitu. Dia memang boleh dipercayai.\u201d\n\nTambah saya lagi. Jika puan ingin dibantu untuk membuat kerja rumah, cubalah puan minta secara satu-persatu padanya. Contoh seminggu ini cubalah puan minta tolong dengan suami, \u201cabang tolong buangkan sampah yang banyak ini di tong sampah luar\u201d.\n\nSekali sekala cakap dari dapur,goda sesikit dirinya. Kata padanya, \u201cAbang, I love u.\u201d\n\nSuami pasti berlari pergi ke dapur ingatkan ada hal. Rupanya, ingin meminta tolong membuang sampah. Petua ini telah ramai sudah amalkan dan amat berkesan.\n\nSelepas seminggu ajari pula dirinya perkara lain. Walaupun wanita suka kejutan dan pertolongan tanpa diminta tetapi kadang-kadang memendam dan membiarkan semua yang diinginkan berlalu tanpa penyelesaian dan dizahirkan pada suami lebih memeritkan jiwa.\n\nCuba Lahirkan Perasaan Syukur Untuk Merasainya\n\nAllah jadikan pasangan suami isteri semuanya ada kelemahan dan kekurangan. Bersama-samalah menuntut ilmu, mendoakan, dan bertolak ansur serta bersyukur ialah rahsia bahagia dalam rumahtangga..\n\nYa Allah s.w.t terima kasih kerana memberikan aku suami yang setia, dan kehidupan yang baik dan tulislah di kertas kebaikan suami..\n\nIsh nak kena buat ke ustaz? Tanya wanita itu\n\nPuan cuba tulis. Menulis ini membuat akal berfikir dalam mencari baik dalam buruk dan menulisnya memerlukan hati yang ikhlas dan syukur.\n\nDia pun mula menulisnya dengan air mata. Mula-mula lambat tangannya bergerak tetapi semakin lama air mata semakin laju dan tangan pun semakin laju.\n\nItulah syukur. Itulah cinta yang lebih manis dan boleh memadamkan segala kepahitan dan sakit.\n\nBuat lelaki.Jangan lupa beri duit nafkah mengikut kemampuan dan yang wajib. Serta jangan lupa untuk tolong membuang sampah tanpa diminta. Itu sangat menggembirakan isteri hari ni."
"Terung, idea masakan apa yang terlintas di pikiran anda pikirkan apabila membincangkan pasal terung? Biasanya para ibu akan memasak terung goreng tepung, terung goreng berlada, selain terung goreng ada pula yang masak dalca menggunakan terung.\n\nApakah anda peminat terung lagi-lagi suka makan dengan sambal? Kerana kami ada resepi yang menarik konfirm anda akan suka. Ianya ialah resepi sambal terung bakar, di mana terung dan cili padi ialah bahan utama dalam resepi ini.\n\nYang membuat resepi ini makin menarik ialah kerana terung dibakar terlebih dulu sebelum digaulkan dengan sambal. Cara membuatnya pula tanpa tumis. Sangat senang dan mudah serta menitik air liur.\n\nJika ingin rasakan kesedapan yang lagi menggigit, anda boleh kreasikan dengan meletak ikan bilis kedalam sambal. Memang sangat sedap, makan dengan nasi putih boleh tambah sampai tiga pinggan.\n\nTanpa buang masa, mari tengok resepi sambal terung bakar yang dikongsikan oleh \u200eNordiana Mohamad\u200e di Facebook. Mesti anda tidak sabar ingin tahu apa resepinya. Sila tengok di bawah ini.\n\n6. Kemudian letak gula dan ajinomoto.\n\n7. Gaul rata. Siap untuk dihidang.*Garam tidak perlu letak sebab belacan dan ikan bilis sudah masin.\n\nSelain resepi sambal terung bakar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kewajipan sebelum menikah bukan satu perkara main-main. Seorang lelaki muslim yang akan menikah perlu tahu apakah kewajipan yang perlu dipenuhinya sebelum menikahi mana-mana wanita. Ini penting supaya kewajipan sebagai sepasang pasangan suami isteri dapat diteruskan dengan baik untuk mencapai kehidupan yang bahagia. Ia juga penting dalam meneruskan legasi keturunan yang soleh dan solehah di atas muka bumi ini. \n\nSejujurnya, sebelum menikah ini ada banyak persiapan yang perlu dilakukan. Kewajiban sebelum menikah kebanyakannya terletak pada si lelaki kerana beliaulah yang akan bergelar ketua dalam rumah tangga yang bakal di bina itu. \n\nPerkahwinan ialah antara ibadah yang paling disukai oleh iblis dan syaitan untuk dirosakkan kerana kesannya bukan sahaja kepada individu terbabit bahkan mampu menjadi krisis yang besar dan mengundang pelbagai dosa sampingan yang lain seperti permusuhan, perebutan hak, fitnah dan sebagainya.\n\nImam Muslim rahimahullah meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir ra yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud :\n\n\u201cSesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya untuk menghasut manusia melakukan kejahatan. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, \u2018Aku telah melakukan ini dan itu.\u2019 Lalu Iblis pun menjawab : \u2018Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.\u201d\u00a0\n\nNabi sallallahualaihi wasallam melanjutkan,\u00a0\u201cLalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, \u201cAku telah mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan dalam keadaan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.\u2019\u2019 Lalu iblis pun memanggilnya agar dia dekat dengan Iblis dan berkata, \u201cSebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.\u201d\u00a0(Hadis Sahih riwayat Muslim)\n\nSikap Yang Wajib Ada Sebelum Membuat Keputusan Untuk Berkahwin\n\n Antara perkara-perkara yang wajib di beri perhatian oleh setiap bakal pengantin lelaki sebelum membuat keputusan untuk menikahi mana-mana wanita adalah :\n\n5 Kewajipan Utama Yang Perlu Ada Pada Bakal Suami Sebelum Menikah\n\n1- Mempelajari Ilmu Rumahtangga Dari Orang Lain\n\nNak belajar ilmu berumahtangga ni tak susah. Jika ada kawan baik, saudara mara mahupun adik beradik yang agak rapat untuk berbincang segala benda tanpa segan, maka tanyalah pada mereka tentang ilmu rumahtangga ini. Paling penting tanyakan pada mereka yang telah lama berkahwin dengan kehidupan yang tampak bahagia. Jangan pula di tanya pada sesiapa yang rumahtangganya sendiri nampak sedang berada di ambang penceraian. \n\n2- Banyakkan Pembacaan Tentang Kehidupan Berkeluarga \n\nAnda juga boleh membeli buku-buku berkaitan ilmu rumahtangga yang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Jika kurang modal untuk membelinya anda boleh saja ke mana-mana perpustakaan negeri dan bolehlah cari bahan bacaan yang berkaitan. Paling senang baca saja perkongsian dari mana-mana website atau blog sebagai contoh website Bidadari.my ini sendiri. \n\n3- Bersedia Untuk Memberi Komitmen Yang Padu Pada Si Isteri\n\nSetelah rasa ilmu sudah semakin cukup maka tanyalah pada diri sendiri sama ada sudah benar-benar bersedia untuk beri komitmen yang padu dan penuh pada bakal isteri. Jika ya ini bermakna anda sudah semakin bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. \n\n4- Menikahi Si Wanita Atas Dasar Agama Bukannya Nafsu\n\nPerkara penting perlu diberi perhatian ada pada nawaitu diri sendiri. Sila pastikan anda berkahwin atas dasar agama kerana Allah SWT bukannya kerana nafsu semata-mata. Ini penting demi memiliki rumahtangga bahagia yang kekal lama. Jika sekadar berkahwin kerana nafsu tidak mustahil rumahtangga itu akan goyah dengan mudah. \n\n5- Menikahi Kerana Inginkan Satu Hubungan Yang Suci Untuk Memiliki Zuriat Sendiri\n\nMenikahi mana-mana wanita dengan cara yang baik untuk memiliki hubungan yang suci adalah satu sikap yang terpuji. Ini bukan saja untuk menghalang daripada berlakunya maksiat sebaliknya ia boleh dijadikan sebagai langkah awal untuk memiliki zuriat sendiri yang akan di bentuk bersama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. InshaAllah.\n\nKewajipan Lain Yang Sangat Penting Sebelum Bernikah \n\nSelain daripada sikap di atas, si suami perlu beri perhatian lain juga. Ini penting kerana perkahwinan bukan sekadar penyatuan antara dua hati tetapi ia akan turut melibatkan perkara yang bersifat duniawi. Maka antara kewajiban lain yang sangat penting sebelum menikah ini adalah seperti :\n\nTaaruf, Khitbah Dan Nikah Adalah Susunan Terbaik Untuk Pasangan Turuti Dalam Islam\n\nUntuk pengetahuan bakal-bakal penganti juga, terdapat 3 (tiga) fasa ikatan untuk menuju ke arah sesebuah perkahwinan ini. Tiga fasa tersebut adalah Taaruf, Khitbah dan akhir sekali barulah Nikah. \n\nTaaruf ini bermaksud berkenalan dan saling ambil tahu dengan tidak melanggar syarak. Ia jauh berbeza dengan cara perkenalan semasa couple bercinta-cinta tu. Taaruf ini lebih pada proses mengenali tetapi dengan cara tidak bertemu bertentang mata berdua-duaan. \n\nIa boleh dilakukan dengan cara bertukar biodata peribadi diri, gambar dan bertanya pada orang lain seperti sahabat baik, pensyarah, jiran dan sebagainya mengenai diri si bakal pasangan. Nak lebih senang stalk jer dia punya akaun media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. \n\nManakala Khitbah pula bermaksud alam pertunangan di mana ke dua-duanya benar-benar sudah berpuashati dan bersetuju untuk saling hidup bersama sebagai pasangan tanpa ada sebarang paksaan dari mana-mana pihak. Dalam Islam jika si lelaki dan si perempuan sudah benar-benar bersetuju untuk menikah maka itu sudah di kira sebagai satu \u2018pertunangan\u2019 yakni sebuah janji! Cincin itu hanyalah adat sahaja. \n\nAkhir sekali sudah tentulah Nikah yang akan benar-benar menghalalkan ikatan dan sentuhan antara si pasangan tersebut. Inilah ikatan sebenar dan cara terbaik yang patut diberi perhatian sebagai sebuah kewajipan sebelum menikah. Bila di mulai dengan cara yang baik dengan lafaz kerana Allah SWT , InshaAllah akan menjadi semakin mudah segala impian untuk bersama tu. \n\nJika dah jumpa pasangan yang sesuai, sudah rasa diri ada segala keyakinan dan amat bersedia untuk galas segala tanggungjawab. Jangan tunggu lama-lama, terus saja masuk meminang untuk melangkah ke alam rumahtangga yang penuh bahagia."
"Artikel ini berkongsi tentang panduan untuk kesuburan dan menyembuh luka selepas melakukan pembedahan. Semoga panduan ini membantu pada mereka yang memerlukannya.\n\nLepas pembedahan amat penting untuk meningkatkan immunti untuk mencegah penumbuhan semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.\n\nAmbil langkah untuk mengurangkan stress. Lakukan senaman selama 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca Al-Quran 4-5 muka setiap hari.\n\nMembaca Al-Quran dapat mengurangkan stress disamping mendekatkan diri padaNya. [iamalima]\n\nKurangkan pendedahan kepada toksin. Jauhkan diri daripada menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan di dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorant.\n\nSangat penting mengambil makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, kentang goreng dan lain-lain.\n\nJuga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung \u2013 donut, kuih-muih, aiskrim, coklat dan lain-lain. Jauhkan minuman ringan, jus dan kordial dalam botol atau kotak.\n\n#4 Mengambil Makanan Mentah & Segar\n\nMakan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan saperti betik, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-lain.\n\nSaya galakkan makan ulam, sayur bayam, bendi, terung, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.\n\nAmalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 lobak merah, 2 batang celery atau 1/4 buah betik dan \u00bc nenas (khas seminggu dalam waktu haid).\n\nBuat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.\n\nKeesokkannya untuk sarapan pagi kacau dan minumlah satu gelas jus. Selepas itu ambillah satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.\n\nMinyak zaitun tidak dinafikan mempunyai banyak khasiatnya. [wonderhowto]\n\nMakan 2 biji telur separuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.\n\nJauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buahan atau senggenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.\n\nUntuk makan tengah hari cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.\n\nMinum satu gelas jus diikuti satu sudu besar epal vinegar atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.\n\nAtau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .\n\nGantikan nasi putih kepada brown rice.\n\nSupplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habbatus sauda. Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.\n\nSemoga perkongsian ini membantu. Tulisan asal di sini."
"Churros adalah snek yang selalu dimakan bersama dengan pelbagai jenis sos seperti sos coklat dan strawberi. Ianya sangat mudah untuk dibuat kerana cara pembuatannya yang ringkas serta bahan yang mudah untuk didapati.\n\nChurros berasal daripada Spain dan Portugal dan kini telah menjadi popular di sekitar Malaysia. Selalunya, ianya didapati di pelbagai jenis gerai snek yang terdapat di Malaysia. Churros yang rangup dicicah bersama sos pasti membuatkan sesiapa sahaja menggemari rasanya. Kini, anda tidak perlu ke gerai untuk membeli churros lagi kerana tahukah anda boleh membuat churros dengan cara yang paling mudah.\n\nTanpa membuang masa, jom kita lihat resepi churros bersos coklat yang telah mendapat perkongsian ramai di Facebook! Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurul Sani. Jom, let\u2019s check it out!\n\nBahan \u2013 bahan untuk membuat churros:\n\nBahan \u2013 bahan untuk membuat sos coklat:\n\nCara \u2013 cara memasak sos coklat:\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat beberapa lagi resepi yang semestinya anda boleh cuba selain daripada resepi churros. Pastikan anda kongsikan resepi ini bersama yang tersayang dan pelbagaikan hidangan anda di rumah!"
"Resepi Ayam Pandan Thai ini dipercayai berasal dari Thailand. Resepi yang memang sangat sedap dan juga sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan segar. Bahan-bahannya pun tidak susah untuk disediakan. Sekelip mata jer dah boleh siap.\n\nAyam diperap bersama bahan kisar serta bahan-bahan lain. Lagi lama anda perap ayam, lagi sedap rasanya kerana bahan perapan meresap dengan baik ke dalam isi ayam. Terdapat berbagai-bagai versi resepi Ayam Pandan Thai, tetapi resepi yang dikongsikan oleh Siti Syuhaida Ramli ini tidak mudah hangit kerana beliau tidak langsung menggunakan sebarang jenis bawang sama ada bawang kecil atau bawang besar.\n\nResepi ini juga sangat sesuai untuk yang tengah mencari-cari untuk menu meniaga. 4 langkah sahaja yang diperlukan untuk siapkannya. Siap boleh buat frozen tau. Sedap dihidangkan bersama nasi panas. Anda harus mencuba resepi istimewa ini.\n\n2. Kemudian perap pada ayam & masukkan tepung serbaguna.\n\n3. Perap 3 @4 jam atau semalaman.\n\n5. Siap untuk digoreng dalam minyak yang panas.\n\nMudah ke mudah sangat? Bolehlah makan bersama-sama nasi panas ataupun boleh diciah bersama-sama sos cili thai. Pasti sedap sehingga menjilat jari. Selain resepi ini, kami ada kongsikan resepi menarik yang lain ya ! Semoga bermanfaat dan selamat mencuba ya !"
"Banjir telah menjadi bencana alam yang paling biasa berlaku di seluruh dunia, menyebabkan hampir separuh daripada mangsa bencana alam ini mengalami kerugian ekonomi, masalah kesihatan dan kerosakan harta benda.\n\nPeristiwa banjir dijangka akan terus meningkat disebabkan peningkatan paras laut dan perubahan iklim hujan yang lebih kerap (Ramin dan McMichael, 2009).\n\nKajian kesan banjir ke atas kesihatan manusia telah dijalankan sejak dua dekad yang lalu ke atas kedua-dua negara berpendapatan tinggi dan rendah.\n\nTerdapat keperluan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang risiko kesihatan dan kesan kesihatan akibat banjir terutamanya bagi masyarakat yang sentiasa terdedah dengan ancaman banjir seperti di Malaysia, justeru, kaedah-kaedah pencegahan boleh diusulkan sesuai dengan pengenalpastian kesan buruk akibat bencana banjir ini.\n\nKematian boleh berlaku dalam kalangan mangsa banjir yang lemas atau mudah panik dalam keadaan banjir. Banjir dianggarkan telah menyebabkan hampir 100,000 kematian di seluruh dunia sejak tahun 2000.\n\nKes kematian ini banyak berlaku di negara-negara yang sedang membangun yang mempunyai sistem pengurusan bencana yang lemah (Ahern et al., 2005).\n\nSelain itu, golongan wanita dilaporkan berisiko dua kali ganda berhadapan dengan kematian berbanding lelaki akibat banjir.\n\nHal ini dikaitkan dengan perbezaan kekuatan fizikal lelaki dan wanita selain kebolehan berenang.\n\nDi negara Barat pula, dari segi etnik, orang kulit hitam di atas usia 18 tahun mempunyai risiko kematian dengan kadar kematian sehingga empat kali lebih tinggi berbanding orang kulit putih yang dibezakan dengan tahap kesedaran persediaan menghadapi banjir (Brunkard et al., 2008).\n\nKematian warga tua berusia 50 tahun ke atas juga berisiko sehingga 85% ketika musim banjir yang disebabkan oleh dehidrasi, serangan jantung atau kekurangan bekalan perubatan disebabkan keengganan meninggalkan rumah mereka yang meningkatkan lagi risiko kematian (Yeo dan Blong, 2010).\n\nKecederaan bukan fatal bersama dengan peningkatan penyakit kronik adalah antara kesan kesihatan yang dilaporkan dalam kalangan penduduk terjejas banjir.\n\nKecederaan boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas banjir, sepanjang fasa pembersihan dan semasa pemulihan kawasan pasca banjir (Abaya et al., 2009).\n\nAntara punca kecederaan yang paling biasa dilaporkan adalah seperti terjatuh, serangan binatang berbisa, dihempap runtuhan objek dan hentaman objek yang bergerak pantas dalam air banjir.\n\nGolongan belia hingga pertengahan usia paling banyak berisiko untuk mengalami kecederaan ini kerana mereka merupakan golongan yang paling aktif mengambil bahagian dalam aktiviti bantuan sukarela semasa musim banjir.\n\nPerairan banjir mungkin bertindak sebagai pencetus atau pemula untuk melepaskan bahan kimia yang sedia ada di alam sekitar.\n\nKesan kesihatan yang berkaitan dengan pendedahan toksik ini boleh dilihat dalam populasi yang tinggal di kawasan perindustrian atau pertanian yang terjejas akibat banjir.\n\nWalau bagaimanapun, hubungan antara banjir, pencemaran dan kesan kesihatan populasi yang terjejas belum dapat dibuktikan secara saintifik.\n\nSebagai contoh, penyelidik dari United Kingdom yang mengkaji mengenai kejadian pencemaran kimia yang berkaitan dengan banjir di Malaysia mendedahkan bahawa hubungan antara kejadian pencemaran dan kesihatan penduduk tidak menghasilkan data hubungan korelasi yang meyakinkan (Euripidou dan Murray, 2004).\n\nNamun begitu, faktor ini perlu diambil kira kerana air banjir dan tanah boleh tercemar dengan bahan toksik seperti karbon monoksida, racun perosak, dioksin dan logam berat.\n\nBahan-bahan toksik tersebut pula sering dikaitkan dengan terjadinya penyakit-penyakit kronik seperti kanser, masalah kardiovaskular, masalah buah pinggang, hati, dan penyakit saraf.\n\nMenurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), banjir juga dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk pencemaran air dan penyakit bawaan vektor.\n\nRisiko penyakit berjangkit ini akan meningkat apabila semakin banyak infrastruktur terjejas, penduduk berpindah dan sistem bekalan air rosak yang membawa kepada pencemaran kemudahan air minuman.\n\nSecara amnya, penyakit akibat pencemaran air termasuklah kolera, penyakit diarrhea, hepatitis A dan E, leptospirosis, penyakit parasit, rotavirus, shigellosis dan demam kepialu (Ligon, 2006).\n\nPenyakit bawaan air yang berkaitan dengan banjir pula ialah jangkitan luka, dermatitis, konjungtivitis dan jangkitan telinga, hidung dan tekak.\n\nAncaman terhadap kesihatan manusia juga wujud berhubung dengan memakan tanaman yang ditanam di tanah yang tercemar semasa banjir dengan air kumbahan (operasi perbandaran dan ternakan).\n\nDalam tempoh 10 tahun terakhir, masalah penyakit diarhea dan kematian akibat banjir telah berlaku di beberapa negara Afrika, Bangladesh dan Indonesia.\n\nPemindahan pasca banjir, kesesakan dan kualiti udara dan kebersihan yang tidak dijaga di Ethiopia, menyumbang kepada insiden yang tinggi bagi merebanknya penyakit diarrhea (Abaya et al., 2009).\n\nBanjir 2008 di Mozambique pula telah mengakibatkan wabak kolera.\n\nSebaran penyakit Hepatitis A dan E (penyakit keradangan hati) melalui laluan najis boleh berlaku dengan terdedah kepada makanan atau air tercemar.\n\nWabak Hepatitis E disebabkan banjir adalah kerap di kawasan endemik dan disebabkan terutamanya oleh pencemaran sumber air yang sangat berbahaya bagi wanita hamil, seperti yang dilihat pada tahun 1991 di Kaupur , India, di mana daripada 79,000 kes virus Hepatitis E, 13 daripada 48 kematian yang direkodkan berlaku dalam kalangan wanita hamil.\n\nSemasa banjir pada tahun 2005 di England, simptom-simptom seperti selesema termasuklah jangkitan tekak, batuk dan demam dilaporkan oleh mereka yang rumahnya telah terjejas (Carroll et al., 2010).\n\nSelain daripada pembengkakan saluran pernafasan, sakit telinga dan ruam kulit adalah antara aduan yang diterima selepas banjir.\n\nPada musim banjir di Thailand, daripada 102 orang pesakit yang mengadu masalah kulit, 59 didiagnosis dengan keradangan kulit (58%) dan 40 dengan keadaan kulit berjangkit (39%).\n\nWabak leptospirosis atau kencing tikus selepas banjir telah diperhatikan dalam pelbagai persekitaran di seluruh dunia, di kedua-dua kawasan luar bandar dan bandar.\n\nGejala awal leptospirosis mungkin menyerupai penyakit lain yang sering berlaku yang berlaku selepas banjir. Diagnosis dan pengambilan antibiotik yang sesuai adalah penting dalam mencegah perkembangan penyakit seperti leptospirosis yang boleh mencapai lebih sehingga 100,000 kes kematian.\n\nLeptospirosis adalah endemik di kebanyakan kawasan Asia Tenggara dan lebih membimbangkan, banjir telah dilaporkan meningkatkan risiko jangkitan tersebut.\n\nNyamuk yang menyebarkan penyakit sering membiak ketika air banjir mulai surut.\n\nWalau bagaimanapun, peristiwa banjir masih boleh meningkatkan penyebaran penyakit bawaan vektor seperti malaria, demam denggi, demam berdarah dan demam kuning, Penyakit bawaan vektor menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus, dan permulaan penyakit pada manusia biasanya berlaku beberapa minggu setelah banjir.\n\nDi samping itu, penyakit bawaan vektor juga boleh berlaku apabila digigit oleh haiwan, biasanya kelawar atau skunks.\n\nRisiko bencana penyakit bawaan vektor yang berkaitan dengan banjir boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti peningkatan pendedahan kepada vektor (iaitu dengan tidur di luar dan kesesakan), perubahan dalam habitat vektor dan program kawalan vektor yang terjejas semasa banjir (Alderman et al. 2012).\n\nJemput juga baca artikel jenis sisa domestik dan El Nino"
"Pernahkah anda mengambil tahu warna-warna najis si bayi? Setiap warna najis si bayi mempunyai maksudnya tersendiri. Ia melambangkan kesihatan dan cara pemakanan bayi tersebut. Warna najis bayi terletak pada cara pemakanan yang diberikan kepada bayi tersebut. Jika bayi diberi susu badan atau formula, warna-warna najis adalah berlainan.\n\nIbu bapa perlu ambil tahu warna-warna najis si bayi supaya apabila warna najis bayi kelihatan sedikit berlainan daripada sebelumnya, ibu bapa dapat mengagak apa yang telah berlaku kepada si bayi. Berapa banyakkah warna najis si bayi?\n\nMari kami kongsikan info sebenar 8 jenis warna najis bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n8 Jenis warna najis si bayi\n\n\u2013 Kehitaman pada tahi bayi yang baru lahir disebabkan benda yang bayi telan sewaktu dalam perut, seperti sel-sel kulit, mukus dan cecair amnion. Tiada apa yang perlu anda bimbangkan.\n\n\u2013 Tahi bayi yang hampir hitam boleh disebabkan oleh zat besi. Jika anda memberikan anak anda suplemen zat besi, jadi berkemungkinan tahi menjadi hijau gelap kehitaman. Jika bayi anda tidak mengambil suplemen zat besi, sila semak dengan pakar kanak-kanak untuk kepastian.\n\n\u2013 Jika bayi anda minum susu ibu sepenuhnya, tahi bayi akan kelihatan seperti keju krim dengan mustard. Mungkin kelihatan seperti cirit-birit, tapi jika bayi anda tidak menunjukkan atau mengalami gejala-gejala lain (cth: demam), tidak perlu risau.\n\n\u2013 Warna ini disertai dengan tekstur seperti mentega kacang, lebih terbentuk dan busuk, ia selalunya akan terjadi pada bayi yang diberi susu formula.\n\n\u2013 Warna yang luar biasa untuk tahi, dan tahi putih jarang berlaku. Tahi putih juga mungkin petanda masalah hempedu atau hati, jadi adalah lebih baik untuk membawa bayi anda ke doktor jika anda mendapati tahi warna ini, hanya untuk kepastian.\n\n\u2013 Jika bayi anda diberikan ubi bit itu adalah perkara biasa. Jika tidak, warna merah pada tahi bayi mungkin disebabkan darah. Penyebab biasa tahi bercampur dengan darah adalah apabila puting pecah, sembelit atau isu-isu lain.\n\n\u2013 Jika anda tidak pasti tahi merah bayi anda adalah disebabkan oleh darah dicerna dari susu ibu, maka adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor secepat mungkin.\n\n6. WARNA HIJAU TERANG DAN BERBUIH\n\n\u2013 Jika ia berlaku pada bayi menyusu ibu, ia mungkin mendapat terlalu banyak kolustrum (susu-awal) dan tidak cukup susu-akhir.\n\n\u2013 Jadi, jika tahi bayi anda memang berbuih dan hijau, ia mungkin bermakna dia tidak menyusu dengan cukup pada setiap payudara.\n\nCirit-birit pada bayi perlu diambil serius kerana ia boleh membawa kepada dehidrasi jika tidak berhenti dalam beberapa masa.\n\nTahi coklat gelap bermakna bayi anda telah memasuki dunia makanan pepejal. Anda akan mendapati terdapat perubahan pada tahi bayi anda masa dia mula makan makanan pejal.\n\n*Berikut adalah jenis-jenis warna najis bayi yang ibu bapa perlu. Setiap warna najis bayi mempunyai maksudnya tersendiri dan ibu bapa perlu tahu dan berjaga-jaga. Warna najis yang menunjukkan bayi anda dalam keadaan baik adalah warna hitam dan coklat gelap. Ia adalah warna normal yang selalu kita lihat pada najis si bayi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Husnuzon merupakan perkataan dari Bahasa Arab yang bermaksud sangka baik. Berbaik sangka bukan sahaja satu perbuatan yang baik, malah ia sangat dituntut dalam Islam.\n\nDengan amalan sangka baik, kita dapat mengelakkan daripada menuduh orang lain melakukan kejahatan atau keburukan dan dapat mengelakkan terjadinya fitnah.\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627\u00a0\u0671\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0621\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627\u06df \u0671\u062c\u0652\u062a\u064e\u0646\u0650\u0628\u064f\u0648\u0627\u06df \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u06ed\u0627 \u0645\u0651\u0650\u0646\u064e \u0671\u0644\u0638\u0651\u064e\u0646\u0651\u0650 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064e \u0671\u0644\u0638\u0651\u064e\u0646\u0651\u0650 \u0625\u0650\u062b\u0652\u0645\u064c \u06d6 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062c\u064e\u0633\u0651\u064e\u0633\u064f\u0648\u0627\u06df \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u063a\u0652\u062a\u064e\u0628 \u0628\u0651\u064e\u0639\u0652\u0636\u064f\u0643\u064f\u0645 \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064b\u0627 \u0623\u064e\u064a\u064f\u062d\u0650\u0628\u0651\u064f \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0646 \u064a\u064e\u0623\u0652\u0643\u064f\u0644\u064e \u0644\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e \u0623\u064e\u062e\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0645\u064e\u064a\u0652\u062a\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0643\u064e\u0631\u0650\u0647\u0652\u062a\u064f\u0645\u064f\u0648\u0647\u064f \u00a0\u00a0\u0648\u064e\u0671\u062a\u0651\u064e\u0642\u064f\u0648\u0627\u06df \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u06da \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u062a\u064e\u0648\u0651\u064e\u0627\u0628\u064c \u0631\u0651\u064e\u062d\u0650\u064a\u0645\u064c\n\nMaksudnya, \u201cWahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?\u201d (Surah al-Hujurat, Ayat 12)\n\nDari dalil ini, kita dapat ketahui bahawa, Allah tegas menyuruh hambaNya agar menjauhi buruk sangka, kerana sebahagian sangka buruk itu adalah dosa.\n\n\u0644\u0627 \u062a\u0638\u0646 \u0628\u0643\u0644\u0645\u0629 \u062e\u0631\u062c\u062a \u0645\u0646 \u0623\u062e\u064a\u0643 \u0627\u0644\u0645\u0624\u0645\u0646 \u0634\u0631\u0651\u064b\u0627\u060c \u0648\u0623\u0646\u062a \u062a\u062c\u062f \u0644\u0647\u0627 \u0641\u064a \u0627\u0644\u062e\u064a\u0631 \u0645\u062d\u0645\u0644\u0627\u064b\n\nMaksudnya, \u201cJangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimat yang keluar daripada seorang saudara mukminmu (sangkaan) keburukan, selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.\u201d\n\nSangkaan ialah pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira-kira, menaruh syak, curiga, berasa sangsi, ragu-ragu, was-was dan menganggap persepsi menjadi fakta. Jadi, sangka ialah pendapat yang berdasarkan agakan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewas-wasan, kiraan dan syak.\n\nSelagi mana kita tidak mempunya bukti yang kukuh, elakkan daripada kita berburuk sangka kepada orang lain. Ini dikuatiri terjadinya fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Firman Allah swt:\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u0652\u0641\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u064c \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0671\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u0652\u0639\u064e \u0648\u064e\u0671\u0644\u0652\u0628\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e \u0648\u064e\u0671\u0644\u0652\u0641\u064f\u0624\u064e\u0627\u062f\u064e \u0643\u064f\u0644\u0651\u064f \u0623\u064f\u0648\u06df\u0644\u064e\u0670\u0653\u0626\u0650\u0643\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0645\u064e\u0633\u0652\u0640\u0654\u064f\u0648\u0644\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cDan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota\u2010anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.\u201d (Surah al\u2010Isra, Ayat 36)\n\nBersangka baik bukan sahaja bagus untuk kita menjaga hubungan sesama manusia, tetapi juga menjaga hubungan kita selaku hamba dengan Allah swt.\n\nIslam mementingkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Bersangka baik sesama manusia akan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesame manusia.\n\nKita akan hidup dalam aman harmoni dan sentiasa menganggap bahawa orang lain adalah lebih baik daripada. Tidak aka nada sekelumat perasaan benci sesame manusia jika kita sentiasa bersangka baik kepada orang lain.\n\nSheikh Abdul Kadir al-Jailani berpesan supaya kita menginsafi kekurangan diri dan sentiasa bersikap berbaik sangka terhadap sesama insan. Beliau memberi empat nasihat kepada kita.\n\nPertama, jika kamu bertemu dengan seseorang, maka yakinlah dia lebih baik darimu. Maka ucapkan dalam hatimu: \u201cMungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi daripadaku.\u201d\n\nKedua, jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu: \u201cAnak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku sudah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.\u201d\n\nKetiga, jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): \u201cDia sudah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik daripadaku.\u201d\n\nKeempat, jika bertemu dengan orang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu: \u201cOrang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.\u201d\n\nBersangka baik sesama manusia adalah sangat mulia berbanding bersangka buruk. Namun, sangka baik ini harus diimbangi dengan sikap berhati-hati. Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung, terbinalah sikap matang dalam berbaik sangka.\n\nKita berbaik sangka tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati serta dieksploitasi oleh musuh atau orang yang ingin mengambil kesempatan di atas sikap baik sangka kita.\n\nMalah, kita juga tidak boleh bersangka baik terhadap kemungkaran yang memang nyata dan sudah terbukti berlaku. Sebagai contoh, jika kita melihat seorang peragut mencuri beg tangan seorang wanita di hadapan kita, kita tidak boleh bersangka baik, peragut itu mungkin tiada duit untuk makan.\n\nOleh sebab itu, dia mencuri untuk membeli makanan. Sangka baik seperti ini adalah tidak wajar. Apabila kita melihat kemungkaran di hadapan mata kita, maka kita perlu mencegahnya.\n\nDari Abu Said al-Khudri ra berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,\n\n\u0645\u0646 \u0631\u0623\u0649 \u0645\u0646\u0643\u0631\u064b\u0627 \u0641\u0644\u064a\u063a\u064a\u0631\u0647 \u0628\u064a\u062f\u0647\u060c \u0641\u0625\u0646 \u0644\u0645 \u064a\u0633\u062a\u0637\u0639 \u0641\u0628\u0644\u0633\u0627\u0646\u0647\u060c \u0641\u0625\u0646 \u0644\u0645 \u064a\u0633\u062a\u0637\u0639 \u0641\u0628\u0642\u0644\u0628\u0647 \u0648\u0630\u0644\u0643 \u0623\u0636\u0639\u0641 \u0627\u0644\u0625\u064a\u0645\u0627\u0646\n\nMaksudnya, \u201cBarangsiapa melihat kemungkaran, hendaklah mencegah dengan tangan (kekuasaan); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan) dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (tidak senang, setuju dan reda). Dan itu adalah selemah-lemah iman.\u201d (HR Muslim)\n\nSesama manusiapun kita sudah dianjurkan untuk bersangka baik, inikan pula dengan Allah swt, Tuhan Yang Menciptakan kita. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat setiap hambaNya. Oleh sebab itu, bersangka baik kepada Allah swt adalah sangat perlu bagi kita seorang hamba yang lemah lagi hina.\n\nDi dalam sebuah hadis Qudsi, dari Abu Hurairah\u00a0ra, ia berkata bahawa Nabi\u00a0saw bersabda, Allah swt berfirman,\n\nMaksudnya, \u201cAku sesuai dengan persangkaan hamba padaKu\u201d (Muttafaqun \u2018alaih)\n\nHadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus huznuzon pada Allah dan memiliki sikap bergantung harap kepada Allah swt.\n\nBerdasarkan hadis di atas, al-Qodhi \u2018Iyadh berkata, \u201cSebahagian ulama mengatakan bahwa maknanya adalah Allah akan memberi keampunan jika hamba meminta keampunan. Allah akan menerima taubat jika hambaNya bertaubat. Allah akan mengabulkan doa jika hambaNya meminta. Allah akan beri kecukupan jika hambaNya meminta kecukupan. Ulama lainnya berkata maknanya adalah berharap pada Allah dan meminta keampunannya.\u201d (Syarah Muslim, 17:2)\n\nJabir ra berkata bahawa dia pernah mendengar sabda Rasulullah\u00a0saw\u00a0saat tiga hari sebelum Baginda wafat,\n\n\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0645\u064f\u0648\u062a\u064e\u0646\u0651\u064e \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u064a\u064f\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0638\u0651\u064e\u0646\u0651\u064e\n\nMaksudnya, \u201cJanganlah salah seorang di antara kalian mati melainkan ia harus berhusnuzon pada Allah.\u201d (HR Muslim)\n\nKita hidup di dunia ini untuk diuji, sama ada keimanan kita teguh kepada Allah swt atau sebaliknya. Firman Allah swt,\n\n\u0627\u062d\u0633\u0628 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0633 \u0627\u0646 \u064a\u062a\u0631\u0643\u0648\u0627 \u0627\u0646 \u064a\u0642\u0648\u0644\u0648\u0627 \u0621\u0627\u0645\u0646\u0627 \u0648\u0647\u0645 \u0644\u0627 \u064a\u0641\u062a\u0646\u0648\u0646.\u00a0 \u0648\u0644\u0642\u062f \u0641\u062a\u0646\u0627 \u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u0645\u0646 \u0642\u0628\u0644\u0647\u0645 \u0641\u0644\u064a\u0639\u0644\u0645\u0646 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u0635\u062f\u0642\u0648\u0627 \u0648\u0644\u064a\u0639\u0644\u0645\u0646 \u0627\u0644\u0643\u0630\u0628\u064a\u0646\n\nMaksudnya, \u201cApakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan.\u201dKami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.\u201d (Surah al-Ankabut, Ayat 2-3)\n\nKadang-kadang kita merasakan, ujian yang kita hadapi terlalu berat, sehingga mungkin terdetik di hati kenapa kita yang perlu menghadapi ujian ini? Kenapa orang lain tidak diuji sebagaimana kita yang diuji dengan ujian yang berat. Ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Allah menguji kerana Allah tahu kita kuat untuk menghadapi ujian itu. Seperti firman Allah swt,\n\n\u0644\u0627\u064e \u064a\u064f\u0643\u064e\u0644\u0651\u0650\u0641\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u064f \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0627\u064b \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0648\u064f\u0633\u0652\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627\n\nMaksudnya, \u201cAllah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.\u201d (Surah al-Baqarah, Ayat 286)\n\nKerana husnuzon kepada Allah swt, kita diajarkan untuk berdoa dan bergantung harap hanya kepada Allah swt. Ketika kita berdoa kepada Allah, kita harus yakin bahawa doa kita akan dikabulkan. Kita juga harus tahu bahawasanya doa itu begitu makbul jika seseorang berhusnuzon kepada Allah swt.\n\nMaksudnya, \u201cDan Tuhanmu berfirman: \u201cBerdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.\u201d (Surah Mu\u2019min, Ayat 60)\n\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0623\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650\u064a \u0639\u064e\u0646\u0651\u0650\u064a \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0642\u064e\u0631\u0650\u064a\u0628\u064c \u0623\u064f\u062c\u0650\u064a\u0628\u064f \u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u062f\u0651\u064e\u0627\u0639\u0650 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062f\u064e\u0639\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u062c\u0650\u064a\u0628\u064f\u0648\u0627 \u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u0652\u064a\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u064a \u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0631\u0652\u0634\u064f\u062f\u064f\u0648\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cDan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.\u201d (Surah al-Baqarah, Ayat 186)\n\nDari Abu Hurairah, Nabi\u00a0saw\u00a0bersabda,\n\n\u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064c \u0623\u064e\u0643\u0652\u0631\u064e\u0645\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u0650\n\nMaksudnya, \u201cTidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah Taala selain doa.\u201d (HR at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)\n\nJika seseorang berdoa dalam\u00a0keadaan yakin doanya akan terkabul, Nabi\u00a0saw\u00a0bersabda,\n\n\u0627\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064f\u0648\u0642\u0650\u0646\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0625\u0650\u062c\u064e\u0627\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u062c\u0650\u064a\u0628\u064f \u062f\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u064b \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0644\u0652\u0628\u064d \u063a\u064e\u0627\u0641\u0650\u0644\u064d \u0644\u0627\u064e\u0647\u064d\n\nMaksudnya, \u201cBerdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.\u201d (HR at-Tirmizi)\n\nJika doa kita masih belum termakbul, maka yakinlah bahawa Allah akan berikan yang terbaik buat kita. Yakinlah bahawa Allah beri apa yang kita perlukan, bukan sekadar apa yang kita mahu. Seperti mana dalam hadis Nabi saw, dari Abu Sa\u2019id, Nabi\u00a0saw\u00a0bersabda,\n\n\u0645\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064d \u064a\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648 \u0628\u0650\u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u0629\u064d \u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0625\u0650\u062b\u0652\u0645\u064c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0642\u064e\u0637\u0650\u064a\u0639\u064e\u0629\u064f \u0631\u064e\u062d\u0650\u0645\u064d \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0623\u064e\u0639\u0652\u0637\u064e\u0627\u0647\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0625\u0650\u062d\u0652\u062f\u064e\u0649 \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064d \u0625\u0650\u0645\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064f\u0639\u064e\u062c\u0651\u064e\u0644\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u062a\u064f\u0647\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0645\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u062f\u0651\u064e\u062e\u0650\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0645\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0635\u0652\u0631\u0650\u0641\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u0651\u064f\u0648\u0621\u0650 \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627. \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0630\u0627\u064b \u0646\u064f\u0643\u0652\u062b\u0650\u0631\u064f. \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064f\n\nMaksudnya, \u201cTidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahim, melainkan Allah akan beri padanya tiga hal:\u00a0(1)\u00a0Allah akan segera mengabulkan doanya di dunia,\u00a0atau (2)\u00a0Allah akan menyimpan dan memakbulkannya di akhirat kelak, dan\u00a0(3)\u00a0Allah akan menghindarkan darinya keburukan yang semisal.\u201d \n\nPara sahabat lantas mengatakan, \u201cKalau begitu kami akan memperbanyak berdoa.\u201d Nabi saw lantas berkata, \u201cAllah juga akan memperbanyak mengabulkan doa-doa kalian.\u201d (HR. Ahmad)\n\nIbnu Rajab dalam\u00a0Jami\u2019ul \u2018Ulum wal Hikam\u00a0berkata,\n\n\u0641\u0627\u0644\u0625\u0644\u062d\u0627\u062d\u064f \u0628\u0627\u0644\u062f\u0639\u0627\u0621 \u0628\u0627\u0644\u0645\u063a\u0641\u0631\u0629 \u0645\u0639 \u0631\u062c\u0627\u0621 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649 \u0645\u0648\u062c\u0628\u064c \u0644\u0644\u0645\u063a\u0641\u0631\u0629\n\nMaksudnya, \u201cTerus meminta dengan doa dan memohon ampunan Allah disertai rasa penuh harap padaNya, adalah jalan mudah mendapatkan keampunan.\u201d\n\nSifat husnuzon perlu dipupuk dalam diri setiap daripada kita. Bukan sahaja bersangka baik kepada sesame manusia, tetapi juga bersangka baik kepada Allah swt. Namun begitu, dalam pada kita bersangka baik kepada manusia, ia harus diimbangi dengan perasaan hati-hati agar kebaikan kita tidak dieksploitasi oleh musuh atau orang yang berkepentingan.\n\nBersangka baik kepada manusia dapat mengelakkan terjadinya fitnah. Manakala, bersangka baik kepada Allah membuatkan kita sentiasa meletakkan pergantungan hidup kepada Allah swt semata-mata.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Husnuzon yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Dari segi bahasa, \u2018rukun\u2019\u00a0 bermakna juzuk atau tiang bagi sesuatu. Manakala dalam solat, rukun adalah perbuatan-perbuatan yang tersusun mengikut tertibnya. Dengan itu tidak lengkap dan\u00a0 tidak sah sesuatu solat itu jika tertinggal salah satu rukunnya.\n\nDalam mazhab Syafie, terdapat pendapat yang rajih (kuat) dan mu\u2019tamad (yang dipegang), iaitu sebanyak 13 perbuatan yang menjadi rukun dalam solat.\n\n\u201cApabila kamu bangun untuk solat, sempurnakanlah wuduk, kemudian hadaplah ke kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah apa yang mudah daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga kamu rukuk dengan tamakninah. Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dengan tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dalam tamakninah. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dalam tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dengan tamakninah\n\nBerdiri secara tegak, lurus serta mengadap kiblat penting bagi yang mampu. Hukumnya sunat, jika ketika berdiri ditundukkan sedikit kepala serta memandang ke tempat yang akan disujud.\n\nSekiranya sakit atau cacat dan sebagainya bolehlah bersolat secara berbaring, terlentang, duduk, atau dengan menggunakan isyarat. Ianya bergantung kepada keadaan yang dikirakan sesuai.\n\n\u201cSolatlah dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dengan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dengan berbaring.\u201d\n\n(Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud)\n\nHendaklah berniat\u00a0 dalam hati atau secara lintasan dalam ingatan untuk mendirikan solat. Contohnya, jika seseorang itu mahu menunaikan solat asar, maka mestilah berniat untuk bersolat asar, bukan solat yang lain.\n\nIaitu, dengan melafaz \u2018Allahuakbar\u2019 ketika memulakan solat dengan suara sederhana yang\u00a0 sekuranganya dapat didengar oleh diri sendiri.\n\nMembaca Surah al-Fatihah Pada Setiap Rakaat\n\nSurah al-Fatihah adalah wajib dibaca, jika tertinggal solat menjadi tidak sah.\n\n\u201cTidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah)\u201d\n\nBegitu juga jika ianya tidak dibaca dengan tajwid yang betul, solat menjadi tidak sah. Bacaannya juga tidak boleh diubah ke bahasa lain bahasa Arab. Nada bacaannya mestilah boleh didengari oleh diri sendiri.\n\nRukuk adalah keadaan meletakkan kedua tapak tangan ke lutut, sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90\u00b0. Ada bacaan tertentu semasa berukuk, ataupun berdoa dan cukup dengan bertasbih.\n\nTamakninah pula adalah diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya. Tamakninah juga bermaksud \u2018tenang\u2019 iaitu, berhenti sekejap.\n\nIktidal adalah bangkit dari rukuk dan kembali berdiri tegak beserta dengan tamakninah. Kadar masa tamakninah tidaklah lama iaitu sekadar sekali sebutan tasbih sahaja.\n\nSujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sunat jika meletakkan hidung ketika bersujud.\n\nDuduk antara Dua Sujud Dengan Tamakninah\n\nDuduk antara dua sujud adalah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat. Sujud ini juga mesti dilakukan dengan tamakninah.\n\nDuduk\u00a0 antara dua sujud adalah dalam keadaan kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kedua-dua paha dengan hujung jari hampir dengan lutut.\u00a0 Kemudian dibaringkan tapak kaki kiri dan duduk di atasnya. Tapak kaki kanan pula ditegakkan dengan anak-anak jari dihalakan ke arah kiblat.\n\nDuduk ketika ini sewaktu membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam. Tangan diletakkan di atas paha.\n\nTahiyat adalah ucapan dan doa yang yang merangkumi pujian kepada Allah SWT\u00a0 dan\u00a0 salam serta diakhiri dengan lafaz syahadah.\n\nMembaca selawat ke atas Rasulullah SAW\n\nKetika duduk tahiyat akhir iaitu selepas melafazkan dua kalimah syahadah, wajib membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.\n\nSalam sebagai penutup dalam mendirikan solat, iaitu cukup dengan melafazkan \u2018Assalamualaikum\u2019.\n\nTertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal.\n\nHal ini terkecuali untuk rukun yang dilakukan serentak seperti\u00a0 takbiratul ihram bersama niat, berdiri tegak bersama membaca al-Fatihah dan duduk tahiyat akhir semasa membaca tahiyat, tasyahud dan selawat.\n\nKategori Rukun Solat; Qauli, Qalbi, Fi\u2019li\n\nDalam 13 rukun solat ini pula terdiri daripada beberapa pembahagian kecil. Rukun ini dikenali sebagai rukun qauli, qalbi, fi\u2019li.\n\nRukun qauli (perkataan atau bacaan) adalah rukun yang bacaannya\u00a0wajib didengari oleh telinga sendiri.\u00a0 Jika tertinggal walau satu huruf, hukumnya wajib diulangi semula bacaan itu.\n\nAntara bacaan yang terlibat dengan rukun ini adalah:\n\nRukun qalbi (hati) adalah melibatkan hal yang perlu dilakukan dalam hati seperti;\n\nRukun fi\u2019li adalah rukun yang melibatkan pergerakan atau perbuatan. Jika terlupa atau tertinggal, mestilah berpatah balik kepada rukun tersebut. Ada enam rukun fi\u2019li, iaitu;\n\nErtinya, jika berlaku perkara-perkara yang membatalkan solat ini, solat akan menjadi tidak sah dan perlu didirikan semula. Oleh itu, perkara yang membatalkan solat adalah;"
"Syeikh Abdurrahman bin Abdul Aziz bin Muhammad As-Sudais Al-Najdi atau lebih dikenali sebagai Syaikh Abdurrahman As-Sudais adalah salah seorang Imam Masjidil Haram yang paling terkenal kerana kisahnya semasa kecil. Kisah Syaikh Sudais Imam Masjidil Haram ini adalah bukti bahawa betapa mustajabnya doa seorang ibu dan membuktikan kepentingan seorang ibu untuk menjaga kata-kata yang dikeluarkan kepada anak terutamanya semasa sedang marah.\n\nNama sebenar beliau ialah Syeikh Abdurrahman bin Abdul Aziz bin Muhammad As-Sudais Al-Najdi namun beliau lebih dikenali sebagai Abdurrahman As-Sudais. Beliau dilahirkan oleh ibunya pada 10 Februari 1960 di Riyadh, Arab Saudi. Beliau adalah anak kelahiran Arab Saudi dan dibesarkan di negara penuh barakah tersebut. Menurut rekod, Abdurrahman As-Sudais \u00a0berasal dari kabilah Anza dari salasilah Abu Abdul Aziz bin Abdul Aziz bin Abdullah bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Abdullah.\n\nAbdurrahman As-Sudais dilantik menjadi Imam dan Khatib Masjidil Haram, Mekah al-Mukarramah merangkap sebagai Ketua Umum Pengurus Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada tahun 1404H, Beliau mengimamkan solat buat pertama kalinya di Masjidil Haram pada 22 Sya\u2019aban 1404H untuk solat Asar. Pada 15Ramadan 1404H beliau menyampaikan khutbah di Masjidil Haram buat pertama kalinya dan menjadi sejarah penting dalam kelendar islam.\n\nBeliau terkenal di seluruh dunia dengan bacaan Al-Quran yang lunak dan sangat menjiwai setiap ayat yang terdapat di dalam kitab suci Allah itu. Malah tajwid bacaan beliau juga sangat sempurna sehinggakan umat islam di seluruh dunia terpesona dengan bacaan beliau. Beliau merupakan salah seorang imam dan khatib Masjidil Haram yang paling disenangi ramai.\n\nKisah Abdurrahman As-Sudais semasa kecil yang menjadi inspirasi\n\nMenurut apa yang diceritakan oleh ibunya, semasa kecil Syaikh Abdurrahman As-Sudais adalah seorang yang sangat nakal sehingga menyebabkan ibunya selalau marah dan mati akal, tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk membetulkan kenakalan anak kesayangannya itu. Kalau orang kita, istilah yang sesuai untuk kenakalan Syaikh Abdurrahman As-Sudais semasa kecil adalah pada tahap tak makan saman di mana walau pun dimarah tetap tak memberikan kesan.\n\nPada satu hari ada tetamu datang ke rumah untuk melawat mereka sekeluarga. Seperti biasa ibunya akan sibuk di dapur menyediakan makanan buat tetamu yang akan sampai. Semasa ibunya sibuk di dapur, Syaikh Abdurrahman As-Sudais sedang bermain di luar. Rumah mereka berada di kawasan padang pasir maka beliau bermain pasir sendirian. Tanpa disedari ibunya, Syeikh Abdurrahman As-sudais pun masuk ke dalam rumah sambil menggengam pasir di tangan dan memasukkan pasir ke dalam makanan yang disediakan oleh ibunya buat para tetamu.\n\nAlangkah terkejutnya ibu beliau apabila mendapati bahawa makanan yang dihidangkan untuk para tetamunya telah bercampur dengan pasir. Ibunya berasa sangat marah dan tidak dapat mengawal perasaan lalu memarahi Syaikh Abdurrahman As-Sudais di hadapan para tetamu dengan ayat berikut: \u201cAbdurrahman As-Sudais, awas kamu! Besar nanti kamu akan menjadi Imam Masjidil Haram.\u201d\n\nSejak hari itu, setiap kali memarahi anak kesayangannya itu ibunya akan mendoakan dengan doa yang sama iaitu semoga anaknya itu akan menjadi Imam Masjidil Haram. Di antara ayat yang selalu digunakan untuk memarahi anaknya ialah: \u201cWahai Abdurrahman, hafalkanlah al-Quran. Insya-Allah, engkau akan menjadi Imam Masjidil Haram kelak.\u201d\n\nApabila sering dimarah dengan ayat yang sama akhirnya hati Syaikh Abdurrahman As-Sudais terdetik untuk mula belajar dan menghafal Al-Quran. Beliau menjadi sangat bersemangat untuk menghafal Al-Quran dan semasa kecilnya beliau banyak menghabiskan masa di Masjidil Haram untuk memerhatikan tingkah-laku para imam dan khatib yang bertugas di Masjidil Haram. Berkat doa ibunya, sejak kecil lagi Syaikh Abdurrahman As-Sudais sudah membiasakan diri di Masjidil Haram. Semasa berada di sana beliau selalu bertanya kepada diri sendiri soalan berikut:\n\n\u201cApakah aku juga boleh menjadi Imam Masjidil Haram?\u201d\n\n\u201cApakah aku boleh menghafaz Al-Quran tanpa sebarang kekeliruan?\u201d\n\n\u201c Apakah aku boleh membaca Al-Quran tanpa sebarang kesalahan bacaan?\u201d\n\nMulai hari itu, Syeikh Abdurrahman As-Sudais nekad untuk menghafaz al-Quran dan mula berguru dengan ramai para ulama qiraat di Riyadh. Di antara para ulama yang pernah menjadi guru beliau termasuklah:\n\nBeliau menghafaz 30 Juzuk Al-Quran semasa berumur 12 tahun. Sebelum dilantik sebagai Imam Masjidil Haram, Syeikh Abdurrahman As-Sudais berkerja sebagai seorang Pembantu Professor di Universiti Riyadh dan dalam masa yang sama merupakan seorang tenaga pengajar di Akademi Al-Dawa Al-Ilmi.\n\nKesimpulan dari kisah Syeikh Abdurrahman As-Sudais\n\nKesimpulan yang boleh kita dapat dapat dari kisah Syeikh Abdurrahman As-Sudais ialah doa seorang ibu adalah sangat mustajab dan tiada hijabnya. Setiap yang keluar dari mulut seorang ibu akan terus diangkat ke atas dan sampai kepada Allah seperti sabda Rasulullah:\n\n\u201cAda tiga doa yang diterima Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.\u201d\n\n( Hadis Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Daud )\n\nDi antara Kata Mutiara Syeikh Abdurrahman As-Sudais yang paling terkenal ialah:\n\n\u201cBerakhlaklah dengan akhlak al-Quran, sepertimana riwayat Aisyah r.a, \u2018Akhlak Rasulullah adalah al-Quran\u2019. Seterusnya, amalkan al-Quran sehingga nilai-nilai al-Quran hidup di tengah-tengah masyarakat. Segala permasalahan hendaklah dirujuk dengan al-Quran dan berubatlah dengannya.\u201d\n\nItulah dia perkongsian tentang kisah Syaikh Sudais yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang\u00a0cara menghormati ibu bapa, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dan doa ibu bapa"
"Sujud syukur begitu sinonim dengan perbuatan setelah seleasai upacara akad nikah. Biasanya pengantin lelaki akan melaksanakan solat sujud syukur bagi meraikan nikmat berumahtangga yang Allah kurniakan.\n\nNamun sedarkah kita sebagai hambaNya kita perlu sentiasa memanjatkan rasa kesyukuran tidak kita dalam apa jua keadaan sama ada ketika gembira mahupun sedih.\n\nSujud syukur adalah perbuatan sunat yang digalakkan kerana mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW adalah mukmin sejati kerana tidak membelakangkan ajaran kekasih Allah.\n\nSyukur membawa erti berterima kasih atas kurniaan Allah swt kepada kita. Dalam firman Allah SWT ayat surah Ibrahim yang membawa maksud ;\n\n\u201cJika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahnya. Tetapi, jika kamu mengingkarinya sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.\u201d\n\nSyukur boleh dilakukan dengan mengucapkan Alhamdulillah dan mengakui nikmat dalam hati\u00a0 namun lebih indah andai\u00a0 kesyukuran itu kita lengkapkan dengan menzahirkan kesyukuran itu melalui perbuatan sujud syukur.\n\nSujud syukur merupakan salah satu perbuatan sunnah yang menunjukkan rasa kesyukuran kita terhadap nikmat Allah SWT pinjamkan yang sangat digalakkan.\n\nWaktu terbaik untuk melaksanakan sujud syukur sunat adalah;\n\nApabila kita mendapat perkhabaran yang menyenangkan atau menerima sesuatu anugerah sama ada mendapat ahli keluarga baru mahupun mendapat kejayaan yang diimpikan sunat untuk kita melakukan sujud syukur.\n\nApabila Allah SWT menyelamatkan kita dari sebarang bencana dan musibah seperti kebakaran , kerugian selayaknya kita sebagai hamba perlu berterima kasih. Lakukan sujud syukur bagi menambahkan lagi rasa keinsafan di dalam diri.\n\nSeperti juga ibadat yang lain, Nabi Muhammad SAW turut mengajar kita cara sujud syukur yang diterima disisi Allah SWT.\n\nSaidina Abu Bakar RA ada menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW akan terus sujud setelah mendengar berita yang gembira.\n\n\u201cDari Abu Bakar r.a. Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.\u201d\n\n( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)\n\nSyarat yang perlu dipenuhi bagi menunaikan sujud syukur adalah ;\n\nTertib melakukan sujud syukur tidak sukar malah ia boleh ditunaikan dalam masa kurang dari 10 minit.\n\nSujud syukur dillakukan sama seperti sujud tilawah yang dilaksanakan diluar waktu solat.\n\nSetiap perbuatan yang baik disisi Allah SWT perlulah disertai dengan niat.\n\n\u201cSahaja aku sujud syukur kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\n\nSujud dalam sunat sujud syukur hanya dilakukan sekali sahaja.\n\nTiada doa yang spesifik dalam menunaikan ibadat sujud syukur namun kita digalakkan untuk membaca doa dibawah;\n\n\u201cAku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.\u201d\n\nNamun sekiranya kita tidak menghafal bacaan doa diatas tidak menjadi masalah. Kita boleh membaca apa sahaja doa yang biasa dibaca ketika sujud solat ataupun cukup sekadar mengucapkan Alhamdulillah.\n\n4. Bangun dari sujud dan beri salam\n\nBangun dari sujud (dalam keadaan duduk) dan memberi salam . Berilah salam seperti kita sedang melakukan solat fardhu.\n\nMudahkan tertib atau rukun dalam melaksanakan sujud syukur.\n\nFaedah dan Kelebihan Sujud Syukur Adalah\n\nMenjadikan kita hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat dan taat kepada Allah swt. Kita perlu ingat bahawa segala nikmat dan anugerah hanya datang dari Allah.\n\nSujud syukur dapat mengelakkan dari sifat sombong dan riak kerana kita sedar bahawa segala yang kita ada adalah dari Allah dan pinjaman semata.\n\nAllah SWT akan menambah nikmat sekiranya kita sentiada bersyukur atas limpah kurniaNya. Bersyukur menjadikan kita sedar bahawa kita ini hanyalah hamba yang daif dan lemah.\n\nNamun terdapat perbezaan diantara setiap mazhab dalam melakukan sujud syukur. Sebagai informasi tambahan kita akan meneliti ibadat sujud syukur di dalam empat mazhab ini.\n\nSujud syukur di dalam mazhab Syafie adalah sama dengan sujud tilawah. Terdapat 5 rukun yang perlu dilakukan untuk menunaikan sujud syukur iaitu ; niat, takbiratul ihram, sujud (sekali sahaja), duduk selepas sujud dan memberi salam.\n\nManakala dalam mazhab Hanbali terdapat tiga rukun iaitu; sujud, bangun dari sujud dan salam. Takbir dilaungkan semasa sujud dan bangun dari sujud.\n\n3. Mazhab Hanafi + Mazhab Maliki\n\nBagi mazhab Hanafi dan Maliki, sujud syukur ditunaikan dengan terus sujud tanpa takbiratul ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam.\n\nTakbir dilaungkan ketika sujud dan semasa bangun dari sujud sahaja.\n\nImam Syafie dan Imam Hanbali berpendapat sujud syukur tidak boleh dilakukan semasa menunaikan solat.\n\nSekiranya seseorang melakukan sujud syukur ketika menunaikan solat, maka solatnya akan terbatal. \u00a0Namun sekiranya dia lupa atau tidak sengaja maka solatnya masih lagi sah.\n\nIslam mengajar umatnya untuk sentiasa merendah diri dan bersyukur dalam kehidupan seharian.\u00a0 Dan seharusnya kita menjadikan sunat sujud syukur sebagai amalan yang berterusan supaya kita sentiasa menjadi hamba yang erti bersyukur dan berserah kepada Allah SWT.\n\nTanpa nikmat kurnia yang dipinjamkan Allah SWT kepada kita tidak mungkin kita akan mengecap nikmat kebahagiaan dan kejayaan.\n\nDiharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat menambahkan lagi sifat kehambaan dalam diri kita dan memberi manfaat dalam perjuangan kita sebagai hamba.\n\nJemput baca artikel tulisan kami yang lain seperti amalan zikir harian , kelebihan istighfar dan kelebihan surah al-Mulk"
"Mahu kekal sihat dan cantik? Bukan mudah untuk kekalkan kedua-duanya sekali. Kita perlu menjaga makan dan perbanyakkan bersenam untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. \n\nApabila tubuh badan sihat dan cergas, baru boleh buat semua kerja dengan lancar dan baik. Pemakanan juga perlu jaga agar dapat mengekalkan kulit yang anjal dan cantik. Kulit sudah cantik baru ada keyakinan diri untuk keluar dan bergambar.\n\nUntuk kekalkan kedua-dua sekali bukan mudah tetapi ada cara yang mudah. Antaranya adalah mengamalkan air detox setiap hari. Hanya dengan menggunakan 4 bahan sahaja boleh membuat air detox. Kosnya juga rendah dan murah.\n\nMari kami kongsikan kepada anda mengenai resepi air sihat cantik. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Lily Rose di laman Facebook Masak Apa Hari Ni. Air ini diamalkan oleh puan Lily dan memberi kesan yang positif kepadanya. Jom ketahui resepi air sihat cantik.\n\n1. Rebus halba, halia, serai dgn 3 cawan air sehingga mendidih.\n\n2. Tunggu suam baru perah lemon.\n\nTips: Untuk kesan yg optimum rebus halba sehingga pecah biji. Lagi kuning warna air lagi bagus. Saya amalkan sehari segelas sebelum tidur. Sukatan ni dapat dalam 2 gelas air.\u00a0 \n\nInfo tambahan : Bagi wanita yg mengandung tidak sesuai diamalkan. \n\n*Mudah bukan? Hanya menggunakan 4 bahan sahaja, kita boleh mendapatkan kulit yang cantik dan tubuh badan yang sihat. Minum sehari segelas sahaja, lelaki juga boleh mengamalkan air minuman ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Begedil kentang comel dan sedap sedia menghiasi meja makan anda hari ini. Jika anda ada stok kentang banyak tidak habis lagi dan tidak tahu masak apa, baik anda cuba resepi begedil kentang saja.\n\nBegedil kentang rangup diluar namun lembut sangat di dalam. Cara mudah membuat begedil kentang dengan melenyek kentang yang telah digoreng kemudian digaul bersama bahan-bahan sesedap rasa.\n\nAda yang teringin makan begedil kentang cara ini?\n\nJom buat begedil kentang sekarang dengan resepi daripada \u200eHaslinda Saat\u200e yang dikongsikan di laman Facebook. Lengkap dengan sos kicap pencicah yang kaw. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi begedil kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Usia bayi tiap kanak-kanak adalah penting. Jadual tahap\u00a0perkembangan berat badan bayi\u00a00-12 bulan perlu dipantau oleh semua ibubapa. Jangan panik jika perkembangan berat badan bayi anda berlainan dengan bayi lain kerana setiap bayi atau kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza.\n\nPerkembangan berat badan bayi akan berkembang mengikut peringkat umur. Perkembangan bayi ini akan bergerak sejak dia mula lahir (newborn) lagi. Kenaikkan berat badan bayi adalah penting untuk membantunya membesar dengan sihat bak juara.\n\n#1 \u2013 Perkembangan Berat Badan Bayi Untuk Newborn\n\nDari usia newborn, bayi akan membesar seinci sebulan dan berat badannya akan bertambah sebanyak 5-7 auns seminggu. Berat badannya akan bertambah dengan tetap jika permakanannya dijaga dengan betul.\u00a0\n\nMakanan yang terbaik untuk bayi sudah semestinya adalah susu ibu. Jika tidak dapat diberi susu ibu maka bolehlah berikan susu formula yang sesuai.\n\nPada usia ini waktu makan bayi agak sukar dijangka, jadi waktu makan terbaik bayi pada umur ini ialah 8 hingga 12 kali sehari setiap 2 atau 3 jam sekali. Ada jugak bayi yang menyusu dengan lebih kerap terutama untuk susu ibu. Bila saja bayi mahukan susu ibu maka berikan saja tanpa perlu disekat-sekat.\n\n#2 \u2013 Perkembangan Untuk Usia 2 Bulan \n\nKetika bayi berusia 2 bulan, berat badan bayi akan bertambah setiap minggu. Pada usia 2 hingga 6 bulan bayi hanya perlu bergantung pada\u00a0 Susu ibu dan formula sahaja, Jangan beri sebarang makanan bayi yang pejal, Memberi bayi makan terlalu awal boleh menyebabkan masalah penghadaman\u00a0 dan usus pada bayi anda.\u00a0 \n\nJika berat badan bayi anda tidak naik\u00a0 anda perlu berjumpa penasihat susu atau bahagian pediatrik untuk tahu cara yang betul untuk naikkan berat bayi. Mana tahu, mungkin teknik anda salah atau susu yang anda beri kurang sesuai. Untuk yang menyusu badan, si ibu juga perlu menjaga permakanan untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti.\u00a0\n\n#3 \u2013 Perkembangan Untuk Usia 3 Bulan \n\nPada usia 3 bulan berat badan bayi anda akan naik sebanyak 6 auns seminggu berbanding 4 auns seminggu seperti sebelumnya. \u00a0Ini bermakna berat akan naik dalam 2 poun sebulan dan setiap bulan sampailah\u00a0 bayi berusia 7 bulan.\u00a0\n\nSemakin membesar bayi bermakna akan semakin kerap baby akan menyusu. Jumlah susuan boleh naik daripada lima ke lapan kali sehari. Namun ia bergantung juga pada jumlah susu untuk sekali minum. Bayi mungkin masih menyusu pada waktu malam tetapi tidak kerap. \n\n#4 \u2013 Perkembangan Bayi Untuk Usia 4 Bulan\n\nSetelah bayi berusia 4 bulan sesetengah bayi sudah mula menunjukkan minat terhadap makanan. Pantang nampak ibu ayah makan apa, mulalah ingin dicapainya. Saat ini bayi sudah mula meniarap dan semakin tertarik pada makanan org dewasa.\n\nAWAS! Jangan sesekali di beri apa-apa makanan pada bayi selagi usianya belum 6 bulan. Biarkan bayi tunjuk minat pada makanan tetapi jangan di beri. Saat usia begini, susu masih dapat menampung keperluannya. Namun untuk kes tertentu, anda boleh merujuk kepada pakar pediatrik untuk bantuan dan nasihat. \n\n#5 \u2013 Perkembangan Bayi Untuk Usia 5 Bulan\n\nBila Sudah berusia 5 bulan sepatutnya berat badan bayi anda sudah 2 kali ganda berbanding sewaktu dia lahir. Sentiasa ikut tarikh untuk buat pemeriksaan di KKM pada bahagian Klinik Ibu dan Anak. \n\nAmbil tahu sama ada berat bayi anda naik dengan stabil atau tidak. Anda perlu tahu yang bayi anda kurang berat ataupun obesiti supaya kesihatan bayi anda dapat sentiasa dipantau.\u00a0\n\n#6 \u2013 Perkembangan Bayi Untuk Usia 6 Bulan\n\nTahniah! Bayi anda kini sudah boleh menerima makanan pejalnya yang pertama. Pada usia ini bayi sudah boleh mula disuapkan dengan makanan dan bayi akan membesar setengah inci sebulan. Beratnya juga akan bertambah sebanyak 3-5 auns seminggu.\u00a0\n\nUntuk permulaan ibu boleh beri bubur nasi kosong dan puri. Mulakan dengan yang asas kemudian naiktaraf secara sedikit demi sedikit. Jangan terlalu ghairah memperkenalkan makanan pada bayi kerana saat ini ibu perlu pastikan juga makanan mana baby okay dan makanan mana boleh akibatkan alergik.\n\nSetiap makanan bayi yang anda beri anda perlu lihat pada reaksi pada anak. Adakah terdapat alahan, cirit birit, ruam dan sebagainya. Susu tetap perlu diteruskan seperti biasa. Setiap perkembangan bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan enam bulan pertama bayi.\n\n#7 \u2013 Perkembangan Berat Badn Bayi Untuk Usia 7 \u2013 8 Bulan \n\nPada usia bayi 7 bulan, berat badan bayi akan bertambah sebanyak 2 poun sebulan. Bayi juga akan semakin seronok meneroka dengan pelbagai rasa makanan yang baru. \n\nAnda boleh membuat makanan bayi sendiri di rumah dengan sedikit perasa seperti daging/sayuran/atau buah buahan kisar. Pastikan ia perasa semulajadi sahaja. Dan apabila mencecah usia 8 bulan, berat badan bayi akan semakin bertambah\u00a0sebanyak tiga kali ganda dari ketika beratnya lahir.\n\n#8 \u2013 Perkembangan Baby Untuk Usia 9 Bulan \n\nMakin besar baby! Dah 9 bulan begini bolehlah beri makanan yang lebi bertekstur. Anda sekarang sudah boleh beri puri yang lebih kasar dan makanan lain seperti biskut dan roti yang ada sedikit tekstur untuk gigitan. Di usia begini sudah ada bayi sudah mula tumbuh gigi.\u00a0 \n\nUntuk kekalkan berat badan bayi, anda sudah boleh memperkenalkan snek ringan yang sesuai untuk baby. Bayi juga sudah boleh di ajar makan sendiri sambil dipantau oleh ibu ayah. Jangan dibiarkan baby makan sendiri seorang diri kerana takut nanti kalau bayi tercekik.\n\n#9 \u2013 Perkembangan Berat Baby Untuk Usia 10 Bulan\n\nBayi yang yang sudah berusia 10 bulan semakin lasak dan lincah. Waktu di usia begini baby akan merangkak seluruh rumah. Bayi juga akan mula mencapai objek dan memasukkannya ke\u00a0dalam\u00a0mulut, berdiri sambil berpaut pada sofa, duduk tanpa sokongan, melihat dan bergerak ke arah ibu ayah apabila dipanggil dan lain-lain lagi.\n\nIni sesuai dengan usianya yang suka untuk meneroka sambil merangkak ke sini sana. Aktiviti bayi akan membakar banyak kalori jadi berat badan bayi mungkin akan menjadi lambat naik atau sedikit menurun. \n\nUntuk makanan, ibu boleh lebihkan sayuran dan makanan berkahsiat lain untuk baby. Pastikan bayi dapat nutrisi yang betul dari susu seperti biasa.\n\n#10 \u2013 Perkembangan Untuk Usia 11 \u2013 12 Bulan\n\nCepatnya masa berlalu, sedar tak sedar ulangtahun kelahiran pertama bayi anda sudah hampir. Perkembangan berat badan bayi juga sudah semakin stabil sesuai dengan usianya. \n\nBaby juga sudah nampak semakin tinggi dan lepas ini dia juga akan mula berjalan. Sebagai ibu dan bapa pasti anda akan rasa sangat\u00a0 bersyukur dan berbangga dengan melihat perkembangan bayi anda.\u00a0\n\nJadikan Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-Kanak KKM Sebagai Panduan\n\nSetiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut usianya. Carta perkembangan bayi KKM perlu sentiasa dirujuk bagi mendapatkan gambaran sama ada baby sihat atau sebaliknya. \n\nPerkembangan Bayi\u00a0dan Kanak-kanak 0 hingga\u00a06 bulan dari KKM hendaklah di ikut oleh setiap ibu ayah demi kesihatan si comel tersayang. \n\nJangan sekadar bawa buku bayi KKM ini semasa buat pemeriksaan saja, ada masa bacalah juga di rumah untuk panduan dalam penjagaan yang berkaitan dengan perkembangan anak. \n\nMelihat Anak Membesar Merupakan Detik Terindah Untuk Ibu Ayah\n\nItulah dia serba sedikit perkembangan berat badan bayi untuk usia 0 \u2013 12 bulan. Walaupun pada awalnya nampak susah tapi anda pasti akan teruja saat melihat langkah pertamanya nanti. \n\nSaat anak anda bertatih untuk langkah pertama adalah detik terindah dalam hidup ibubapa. Manisnya saat itu. Seronoknya sangat tidak terkata. Baca juga tips bercuti dengan baby, cara ajar anak cinta Al-Qur\u2019an."
"Setiap anak ada kelebihannya yang tersendiri. Ada yang bijak mengira, ada yang pandai melukis, ada yang aktif bersukan dan bermacam-macam lagi. Sesetengah ibu bapa rasa bingung kenapa anaknya kurang dalam pembelajaran sedangkan anak orang lain pandai dan bagus dalam pembelajaran. Ada juga anak yang tidak suka belajar tapi mereka suka bermain alat muzik atau bersukan.\\\n\nKemudian, ibu bapa mula membanding-bandingkan anak dengan abang, kakak, adik atau anak orang lain mengenai kenapa anak mereka tidak boleh boleh menjadi seperti adik beradik lain atau anak orang lain. Jika ibu bapa selalu membanding-bandingkan anak, takut ia akan memberi kesan kepada mereka dari segi mental. Anak itu akan mula stres kerana terlalu paksa diri untuk memenuhi kehendak ibu bapa.\n\nLihat dengan teliti, apakah kelebihan yang ada pada diri anak, jika mereka suka bermain alat muzik, sokong mereka dengan sepenuh hati dan jangan menghalang mereka. Jika mereka aktif bersukan, belikan kasut suka atau baju sukan untuk mereka sebagai tanda kita sokong mereka. Potensi anak bukan sahaja ada satu atau dua. Ada beberapa jenis potensi yang kita dapat lihat dalam diri anak.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 8 jenis potensi yang ada pada diri anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nJenis potensi yang ada pada diri anak\n\nAda 8 jenis potensi dan kecerdasan yang mungkin ada dalam diri anak kita :\n\n*Lihat anak kita, adakah mereka ada salah satu potensi di atas . Jika ada cuba asah potensi tersebut dengan menyokong mereka. Ingat, setiap anak ada potensinya tersendiri dan jangan terlalu memaksa mereka untuk buat sesuatu yang diluar kemampuan mereka. Sebaliknya, tanya mereka apa yang mereka suka dan mahukan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tahukah anda mengenai penyakit kudis buta ? Ia merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit dan sangat merbahaya. Penyakit kulit ini berpunca daripada gigitan kutu atau hama yang dikenali sebagai Sarcoptes Scabiei. Kutu merupakan sejenis parasit, iaitu suatu organisma yang hidupnya menumpang pada makhluk hidup lain dan merugikan hidupan yang ditumpangi.\n\nPada awalnya kulit akan kemerah-merahan dan ruam. Kita mungkin fikir ia adalah perkara normal yang berpunca daripada gigitan nyamuk. Namun tidak, ia berlaku kerana kutu telah menggigit kulit kita dan kulit kita akan kemerah-merahan. Jika tidak dirawat dengan segera ia mungkin akan merebak di tempat-tempat tertentu.\n\nBagaimanakah cara-cara untuk merawat penyakit kudis buta ini?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai penyakit kudis buta dan cara-cara merawatnya. Info ini dikongsikan oleh sini. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\nKudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.\n\nKudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.\n\nSimptom utama adalah kegatalan dan ruam di kawasan berikut :\n\n\u25feDi celah jari, ketiak dan kelangkang\n\nBerikut adalah beberapa pilihan yang kerap digunakan :\n\n\u25fePilihan pertama untuk bayi 2 bulan ke atas, kanak-kanak dan orang dewasa.\n\n\u25feSapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-14 jam, kemudian mandi.\n\n\u25feJika perlu, ulang rawatan selepas 1-2 minggu penggunaan kali pertama.\n\n2\ufe0f\u20e3 Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%\n\n\u25feSapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.\n\n\u25feDewasa(12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan ai\n\n\u25feKanak\u00b2 2-12 tahun: campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)\n\n\u25feBayi 2 bulan ke atas : campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)\n\n\u25feJika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.\n\n\u25feSapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan apada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.\n\n\u25feDigunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.\n\n\u25feElak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).\n\n\u25fePakaian dan cadar perlu dibasuh air panas.\n\n\u25feKegatalan perlu dirawat dengan ubat antihistamin.\n\n\u25feJauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.\n\n*Jika anda ada simpton-simpton yang dinyatakan di atas, cepat-cepat pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Atau anda boleh pergi ke farmasi untuk membeli losyen merawat kudis buta ini. Anda perlu kerap menukar cadar tempat tidur dan jaga kebersihan diri bagi mengelakkan daripada penyakit kudis buta ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kali ini kami bawakan kepada anda sebuah resepi yang berasal pure daripada kampung. Resepi ini amat lazat dihidangkan bersama dengan nasi panas. Juadah simple seperti ini bukan sahaja dapat mengenyangkan perut kita malahan ianya juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. \n\nSekiranya anda seorang yang berkerjaya, semestinya anda menginginkan sesuatu yang mudah untuk anda dan keluarga. Resepi yang kami bawakan adalah resepi ikan kerisi pekasam. Oleh kerana cara pembuatannya yang mudah dan hanya perlu disimpan, ianya amat sesuai untuk dihidangkan sewaktu sahur. Ambil sahaja, dan makan bersama nasi. Nyum!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Norliza Musa dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi? Jom scroll kebawah untuk melihat resepi!\n\nNota: Beras goreng itu hendaklah disediakan terlebih dahulu. \n\nResepi \u2013 resepi yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi ini, ada banyak lagi resepi yang anda boleh cuba untuk masak dirumah. Selepas ini, makin banyaklah idea untuk memasak! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama ahli keluarga yang lain. Jumpa lagi nanti!"
"Roti wholemeal mempunyai banyak khasiat. Ramai dari kita yang tidak sedar mengenai kebaikan roti wholemeal. Hal ini kerana ramai yang berpendapat dengan memakan roti semasa diet akan menaikkan berat badan serta menambahkan lemak di dalam badan. Sebenarnya pengambilan roti putih dan roti wholemeal mempunyai perbezaan yang cukup besar dari segi kalori dan nutrisi.\n\nSebenarnya, memakan roti wholemeal semasa diet akan memberikan anda banyak kebaikan serta nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sebenarnya, terdapat banyak jenis roti dengan bahan yang berbeza digunakan dan setiap bahan tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan pada jenis roti masing-masing.\n\nRoti gandum dikatakan tidak menyebabkan penambahan berat badan. Hal ini kerana kandungan yang terdapat di dalam roti ini membantu usus untuk memproses makanan dengan perlahan. Disebabkan oleh itu, mereka yang ingin berdiet gemar menjadikan roti wholemeal sebagai sarapan sebelum melakukan seberang senaman.\n\nKandungan bijirin yang terdapat dalam roti ini juga dapat memberikan pemakannya rasa kenyang yang lama. Hal ini kerana roti gandum mempunyai kandungan karbohidrat kompleks dan serat yang memberikan anda rasa kenyang yang lama.\n\nBercakap mengenai diet, ramai yang berfikir untuk melakukan senaman mahupun larian agar dapat melihat proses penurunan yang drastic. Hal ini pastinya akan memerlukan banyak tenaga untuk melakukan aktiviti ini. Sekiranya anda makan roti wholemeal, kandungan serat dan vitamin yang terdapat di dalam roti ini mampu membantu memberikan tenaga kepada anda tanpa menaikkan berat badan anda.\n\nKhasiat roti wholemeal untuk diet adalah dapat membuatkan anda berasa kenyang. Menurut pakar kesihatan, pengambilan fiber yang cukup dapat memperkuatkan pengendalian usus secara berkesan. Fiber juga dapat membuatkan anda berasa kenyang dan seterusnya mengurangkan kuantiti pengambilan makanan anda. Hal ini pastinya dapat membantu anda untuk mengawal berat badan.\n\nKandungan fiber juga dapat memanjangkan makanan yang anda makan di dalam perut anda sehingga membuatkan anda berasa kenyang. Sekiranya anda kekal kenyang, anda pastinya dapat mengurangkan pengambilan kalori.\n\nKarbohidrat yang terdapat di dalam roti ini menjadikan makanan dicerna dengan lebih cepat dan menyebabkan penurunan gula lebih cepat. Hal ini kerana proses penghadaman lebih perlahan menjadikan tenaga dapat digunakan dalam tempoh yang lebih lama dan tidak menyebabkan paras gula naik dengan mendadak.\n\nPilihan Roti Rendah Kalori yang paling sihat ialah roti yang rendah gula dan garam serta mengandungi jumlah serat pemakanan yang baik bagi setiap keping. Contohnya roti wholemeal yang mengandungi kalori lebih rendah daripada roti putih iaitu sebanyak 127 kalori untuk 2 keping roti wholemeal berbanding dengan 157 kalori untuk 2 keping roti putih.\n\nMakan makanan yang kaya dengan serat boleh mengelakkan anda untuk mengambil lebih makanan bagi tubuh badan anda ketika sedang berdiet. Roti perang adalah bahan makanan yang kaya dengan serat. Disebabkan itu, warna roti yang perang menunjukkan roti tersebut kaya dengan pelbagai jenis serat. Roti ini disyorkan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.\n\nDi samping itu, Roti ini telah menjadi antara makanan yang disyorkan untuk anda makan ketika berdiet. Kandungan roti wholemeal akan menjadikan anda tetap kenyang. Hal ini menyebabkan anda tidak berasa lapat dan membekalkan tenaga untuk anda melakukan senama ketika diet. Jadi tiada alasan untuk anda tidak menjalani hidup yang sihat!\n\nRoti perang mengandungi banyak vitamin dan mineral kepada tubuh badan seseorang. Sumber vitamin yang kuat. Kandungan vitamin yang terdapat di dalam roti ini terdiri daripada vitamin B, vitamin E dan vitamin K. Vitamin-vitamin ini dapat membantu anda untuk kekal bertenaga sepanjang hari.\n\nVitamin K yang terdapat di dalam roti mampu melancarkan pengaliran darah. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengelakkan badan daripada terkena penyakit seperti sakit jantung, stroke dan banyak lagi. Vitamin ini juga mampu menguatkan tulang anda. Kandungan roti yang kaya dengan vitamin ini pastinya akan memberikan kelebihan kepada anda ketika anda sedang berdiet.\n\nKandungan roti yang kaya dengan zink pastinya dapat membantu meningkatkan imun badan anda. Hal ini kerana zink mempunyai kebaikan dalam memastikan anda tidak mempunyai masalah usus, keguguran rambut, mengurangkan gula dalam darah, masalah tiroid dan banyak lagi.\n\nSenarai di atas jelas menunjukkan bahawa dengan memakan roti ini memberikan perbezaan yang lebih sihat dibandingkan dengan memakan roti putih. Walaupun rasanya berbeza dengan roti putih, khasiat roti wholemeal untuk mereka yang sedang berdiet sangat banyak. Khasiat yang terdapat di dalam roti ini bukan sahaja baik untuk badan anda tetapi turut membantu melindungi badan anda dari penyakit.\n\nHal ini menunjukkan tidak salah untuk anda memakan roti ketika ingin berdiet. Kandungan tenaga yang terdapat di dalam roti ini juga cukup untuk membekalkan tenaga ketika anda ingin melakukan senaman walaupun sedang berdiet. Hal ini yang menjadikan roti wholemeal popular bukan sahaja dikalangan mereka yang sedang berdiet tetapi golongan tua yang ingin menjaga pemakanan.\n\nAnda juga boleh membaca artikel menarik yang lain di website kami:"
"Sambal merupakan hidangan sampingan yang wajib ada terutamanya bagi penggemar makanan pedas. Terdapat pelbagai jenis sambal seperti sambal belacan, sambal hitam, sambal jawa, sambal hijau dan sebagainya. Walaupun hanya dengan sambal, ikan masin dan ulaman sahaja cukup untuk menaikkan selera makan.\u00a0Terbayang sahaja sudah terasa sangat menyelerakan.Boleh kecur air liur tau. Sedapnya.\n\nKebiasaannya sambal yang sering disediakan adalah sambal belacan. Oleh itu, apa kata kali ini, kita tukar menu sambal (Asyik-asyik sambal belacan bosan juga lah kan). Jadi, marilah cuba sediakan sambal hijau pula. Mudah dan sedap hingga menjilat jari. Sekali buat boleh simpan dan tahan lebih lama jika simpan di dalam peti (kalau belum habislah).\n\nResepi daripada\u200e\u00a0Nurzailiasya Zaiera\u00a0sangat mudah dan pasti menjadi. Sudah banyak yang mencuba. Boleh adjust rasa ikut selera masing-masing. Sekarang, jom layan resepi Sambal Hijau. Selamat mencuba!!\n\nSenang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain dari resepi Sambal Hijau, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba."
"Mencari resepi murtabak ayam? Kali ini kami akan kongsikan resepi murtabak ayam mini lagi mudah.\n\nMurtabak ayam merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira apa jua bangsa. Hidangan ini selalunya jadi menu sarapan ataupun kudapan malam. Murtabak dijual di kedai mamak ataupun di pasar malam. Biasanya dimakan dengan kuah kari ayam atau daging.\n\nResepi murtabak ayam mini kali ini didatangkan daripada Zuraini Mat Arshad di laman Facebook. Citarasa murtabak ini amat sesuai dengan tekak. Anak-anak pun suka makan murtabak ayam disebabkan ianya bersaiz kecil, tidak muak, dan bikin ketagih. Makan dengan sos pun sedap. Selamat mencuba.\n\nSelain murtabak ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Nak tahu cara melebatkan bunga ros? Bagi orang yang hobinya menanam pokok bunga, anda mesti meminati pokok bunga ros Jepun. Walaupun namanya ros, bentuk fizikalnya tidaklah seperti bunga ros yang biasa. Namun begitu, pokok ros Jepun sangat cantik dijadikan pokok hiasan.\n\nKini, di Malaysia tanaman pokok bunga ros Jepun semakin mendapat perhatian masyarakat. Bunga ini akan kembang mekar pada awal pagi dan itulah yang menjadi daya tarikannya. Selain itu, bunganya yang berwarna-warni dan comel menjadi igauan semua orang.\n\nPokok ros Jepun atau nama lainnya portulaca grandiflora berasal dari negara Argentina, selatan Brazil dan Uruguay. Ia biasanya dijadikan pokok hiasan di taman dan kebun bunga. Kini, penanamannya semakin popular di halaman rumah, landskap dan sebagainya.\n\nIa merupakan sejenis tumbuhan sekulen seperti spesies kaktus. Sekulen bermaksud akar pokok akan menyerap air dengan banyak lebih-lebih lagi ketika musim hujan. Ini menyebabkan batangnya jadi melecur, terkena jangkitan kulat dan pertumbuhan terbantut.\n\nPokok renek ini juga mudah ditanam dan cepat membiak. Dalam tempoh antara 2 hingga 3 bulan selepas ditanam, ia akan mula berbunga. Selain itu, harganya yang murah dan mudah didapati menjadi pilihan pencinta tanaman.\n\nPokok bunga ini boleh ditanam di dalam pasu mahupun secara langsung di atas tanah. Rimbunan bunganya yang lebat dan berwarna-warni pasti akan memukau mata yang memandang. Pokok ini juga berbunga tidak mengikut musim.\n\nNamun, ada tips untuk melebatkan bunga ros Jepun ini. Anda nak tahu cara untuk melebatkan bunga ros Jepun? \n\nPenulis akan menyenaraikan beberapa tips yang dikongsikan oleh Puan Nur Rabitahani dalam laman Facebook miliknya. Beliau yang merupakan seorang penjual pokok hiasan memberikan info yang berguna.\n\nCara Tanam Pokok Bunga Ros Jepun\n\nCara menanam pokok ini sangat mudah dan menjimatkan. Ia boleh ditanam melalui keratan batang dan memerlukan tanah yang bersaliran baik. Potong keratan batang dari pokok induknya dan ditanam ke dalam pasu baru.\n\nKemudian, letakkan pasu tersebut di kawasan yang menerima pancaran cahaya matahari yang tinggi. Pokok ini perlu disiram setiap hari. Ia akan berkembang mekar pada waktu pagi dan menguncup selepas pukul 10 pagi.\n\nMudah bukan untuk menanam dan menjaga bunga ros Jepun. Apa yang perlu anda buat ialah konsisten menyiram dan membajanya. Biarkan ia di kawasan yang terdapat pancaran cahaya matahari 100 peratus. Jangan siram air secara berlebihan dan awasi makhluk perosak.\n\nBunga ros Jepun sejenis tanaman yang sensitif dan mudah mati jika tidak dijaga dengan baik. Anda perlu sentiasa memerhatikan perkembangan pertumbuhannya. Jika batangnya terlalu kurus atau melecur, daun kerinting, kering dan pucuk kehitaman, tandanya ada yang tidak kena.\n\nBagi pembaca yang mempunyai hobi menanam pokok bunga, apa kata cuba tanam pokok bunga ros Jepun. Anda boleh membeli benihnya di kedai-kedai menjual anak pokok atau secara online.\n\nJangan lupa juga praktikkan cara melebatkan bunga ros Jepun yang telah dikongsikan ini. Mana tahu anda dapat memanfaatkan hobi ini pada bidang perniagaan pula pada masa akan datang.\n\nSesiapa yang telah mencuba tips yang diberikan ini boleh berkongsi pengalaman anda kepada kami. Kami sangat mengalu-alukan pandangan dan maun klum balas anda itu. Semoga berjaya!\n\nJangan lupa baca tentang 14 jenis bunga yang popular di Malaysia dan petua melebatkan bunga ros."
"Tahukah anda akan khasiat buah markisa untuk tubuh kita? Jika belum tahu mari kita kenali apa itu pokok markisa dan khasiatnya untuk manusia. Untuk pengetahuan, Buah Markisa in English disebut sebagai Passion Fruit. Buah markisa ini juga turut dikenali sebagai buah susu. Pokok buah markisa ini pula adalah dari jenis yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Tanaman markisa mampu berbuah terus-menerus tanpa bermusim.\n\nDaun pokok markisa berbentuk bulat membujur dan rata di tepi. Pokok markisa ini boleh menjadi lebat dan sering ditanam juga sebagai pokok perhiasan yang boleh di makan buahnya. Markisa boleh berbuah lebat dengan penjagaan dan pembajaannya betul.\n\nBuah markisa sememangnya cukup digemari kerana rasanya yang sedap. Apa yang lebih mengejutkan buah markisa ini turut dapat memberi\u00a0banyak manfaat\u00a0untuk ibu hamil.\n\n10 Khasiat Buah Markisa Untuk Tubuh Kita\n\nInilah dia senarai 10 khasiat buah markisa untuk tubuh termasuk juga buat ibu hamil. Jika terasa hendak makan buah markisa saat hamil nanti boleh minta suami carikan. Tambahan pula, rasa buah markisa yang manis manis masam ini dapat membantu ibu yang mengandung untuk menghilangkan rasa mual pada saat sedang mengalami morning sickness.\n\nBagi yang sedang berdiet atau mungkin sedang mencari makanan yang sesuai untuk anda diet, buah Markisa boleh membantu. Ini kerana, buah markisa mempunyai kalori yang sangat rendah.\n\nJumlah kalori untuk buah markisa ini hanyalah sekitar 97 kalori yang bersamaan dengan 100 gram. Kandungan seratnya yang tinggi juga dapat memberikan rasa kenyang dan ini sememangnya sesuai dengan kehendak mereka yang ingin berdiet bagi menurunkan berat badan kepada bentuk yang lebih ideal.\u00a0\n\n2 \u2013 Mampu Mengelakan Dari Terkena Penyakit Kanser\n\nBuah Markisa juga mampu mengelakkan diri kita dari terkena penyakit kanser. Ini kerana, buah markisa mempunyai kandungan polifenol, antioksidan, dan karotenoid yang mengandungi anti-karsinogenik. Semua kandungan dapat membantu halang pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan, terutama kanser paru-paru dan kanser mulut.\n\n3 \u2013 Mampu Meningkatkan Daya Penglihatan\n\nBuah markisa juga dikatakan mampu untuk menguatkan daya penglihatan kita. Mungkin kerana buah markisa ini mengandungi vitamin A yang bagus untuk meningkatkan kualiti penglihatan mata. Vitamin A juga boleh membantu dalam menghindari diri dari terkena jangkitan penyakit pada mata.\u00a0\n\n4 \u2013 Sesuai Untuk Mereka Yang Ada Penyakit Asma\n\nJika tadi kandungan vitamin A, kini kandungan vitamin C pula. Banyak vitamin yang ada pada buah markisa ini. Malah vitamin C ini juga dikatakan agak bagus untuk mengurangkan penyakit asma. Nampaknya perlu diamalkan makan buah markisa ini di dalam diet seharian untuk mendapatkan vitamin A dan vitamin C yang ada pada buah markisa ini.\u00a0\n\n5 \u2013 Bantu Elakkan Diri dari Terkena Penyakit Kronik\n\nMenurut pembacaan, buah markisa ini bukan sahaja mempunyai khasiat pada bahagian buahnya malah pada bahagian bijinya juga. Untuk khasiat pada bahagian biji buah markisa ini, dikatakan yang ia dapat menghalang diri kita dari terkena penyakit kronik seperti sakit jantung atau kencing manis. Kalau nak tahu, bahagian biji buah markisa ini sebenarnya kaya dengan serat tidak larut yang mampu menghalang diri kita dari terkena penyakit terutama penyakit kronik.\n\n[ image via : Medical News Today]\n\n6 \u2013 Baik Untuk Mereka Yang Mengalami Penyakit Tidak Boleh Tidur/ Penyakit Insomnia\n\nKhasiat buah markisa yang seterusnya ialah membantu mereka yang mengalami penyakit insomnia.\u00a0 Bagi anda yang mengalami penyakit sukar tidur atau dalam erti kata lain menghidapi penyakit insomnia, apa kata anda mengamalkan meminum jus buah markisa. \n\nIni kerana, pengambilan segelas jus buah markisa sebelum tidur boleh membuatkan jiwa menjadi lebih tenang dan seterusnya dapat membantu anda tidur dengan mudah. Buah markisa juga mampu membuatkan diri kita berasa lebih relaks dan memudahkan anda untuk mendapatkan kualiti tidur yang nyenyak.\u00a0\n\nBiji buah Markisa juga sebenarnya mampu melembabkan kulit wajah kita. Minyak yang terdapat dalam biji buah Markisa dapat memperbaiki kulit muka serta dapat menghilangkan kulit muka yang kering. Bukan itu sahaja, Vitamin A dan juga Vitamin C yang terdapat dalam biji buah Markisa bertindak sebagai antioksidan yang berfungsi untuk menghilangkan garis halus dan juga kedutan pada wajah. Dengan terdapatnya kebaikkan seperti ini ia dapat menjadikan wajah kita kelihatan seperti awek muda.\n\nSelain dari senarai di atas, buah markisa ini juga dikatakan dapat menguatkan tulang. Ini semua disebabkan oleh kandungan magnesium yang terdapat dalam buah markisa itu sendiri. Buah markisa juga dikatakan mampu untuk meningkatkan kekuatan tulang dan memperbaiki tulang yang rapuh. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah yang mengalami penyakit osteoporosis.\u00a0\n\nSerat yang tinggi di dalam buah makisa juga bagus untuk membantu dalam melancarkan pencernaan usus dan membersihkan usus kita. Ia salah satu cara yang amat bagus untuk memastikan usus kita dalam keadaaan yang sentiasa sihat dan dapat mengelakkan usus kita ini dari menjadi kotor hingga boleh mendatangkan penyakit.\n\n10 \u2013 Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan\n\nSalah satu cara untuk mendapat tubuh badan yang sihat adalah dengan meningkatkan sistem imunisasi badan kita. Berita baik yang teramat sangat buat mereka yang mengamalkan buah Markisa ini sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan sistem imunisasi.\u00a0\n\nCara untuk makan buah markisa ini senang saja. Pertama, buah markisa sedap untuk terus dijamah begitu saja. Kedua, buah markisa juga boleh dibuat sebagai jus. Isi buah markisa juga boleh dijadikan sebagai penambah rasa dengan dalam minuman bersama bahan yang lain.\n\nTidak hanya itu, buah markisa juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut dan kek. Yang pasti buah markisa ini sedap dan terpulanglah bagaimana untuk menikmatinya mengikut kreaviti dan citarasa masing-masing.\n\nJemput baca artikel menarik ini juga kelebihan mandi air panas berbanding air sejuk, cara jaga miss V untuk kekal harum dan punca penyakit pelupa di usia muda serta tips untuk atasinya."
"Bagi penggemar tegar aiskrim vanilla, anda patut cuba resepi aiskrim vanilla homemade yang kami kongsikan kali ini. Memang sangat berbaloi dan jimat jika buat sendiri. Boleh buat bila-bila dan makan sampai puas.\n\nMusim panas menyengat seperti sekarang ini, memang lah paling padu kalau dapat makan yang sejuk-sejuk bukan? Sudah duduk di dalam rumah pun, panas bahang masih terasa sampai ke dalam.\n\nPanas macam itu memang akan membuat kita sentiasa dahaga. Mahu minum yang sejuk-sejuk saja. Aiskrim vanilla homemade yang dikongsikan oleh Nur Halim di laman Facebook ini mampu memberikan kesegaran yang menyejukkan.\n\nAlat yang digunakan hanya blender sahaja. Bahan-bahan yang digunakan pula senang dijumpa, susu, ovalate, esen vanilla dan tepung jagung. Bahan di blender hingga mencapai tekstur aiskrim yang lembut. Sekali cuba mesti anda akan suka resepi aiskrim homemade ini.\n\nSelain resepi aiskrim homemade vanilla, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Orang beranak kecil dan masalah kurang tidur adalah sangat sinonim. Kebiasannya ibu bapa yang beranak kecil akan banyak berjaga malam sama ada untuk menjaga anak yang tidak mahu tidur, menyusukan, menukar lampin, atau menjaga anak yang sakit.\n\nLagi parah kalau bayi anda tidak mahu tidur malam dan menangis tanpa sebab. Bukan sahaja anda berasa penat fizikal akibat kurang tidur dan kurang rehat, malah mental anda juga akan didera akibat susah hati melihat anak menangis berlarutan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan petua bayi susah tidur malam yang boleh anda amalkan.\n\nPastikan bayi tidak tidur terlalu banyak pada waktu siang\n\nSalah satu punca bayi susah tidur malam adalah kerana dia sudah puas tidur pada waktu siang. Macam kita jugalah, kalau dah terlebih tidur pada belah siangnya, malam nanti susah nak lelapkan mata. Oleh itu, jika bayi anda tiba-tiba susah untuk tidur malam, pastikan waktu tidur siang bayi anda dikurangkan. Anda boleh aloh perhatian bayi supaya tidak tertidur dengan cara:\n\nJika bayi anda dijaga oleh pengasuh, pesan kepada pengasuh untuk mengurangkan waktu tidur bayi anda dan terangkan kenapa. Insya Allah pengasuh akan memberikan kerjasama kepada anda.\n\nBayi tertukar di antara siang dan malam, kembalikan kepada normal\n\nDengar macam pelik. Lucu pun ada. Tapi percayalah bahawa ada bayi yang susah untuk tidur malam kerana sudah tertukar di antara waktu siang dan malam. Siang yang sepatutnya digunakan untuk bermain, bayi anda tidu. Waktu malam pula bayi anda sibuk bermain dan tidak rasa mengantuk kerana menyangka ia adalah waktu siang. Pertukaran ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor.\n\nDi antaranya ialah kebiasaan semasa berpantang atau pun selepas berjalan jauh. Oleh itu anda perlu kembalikan semula siang dan malam bayi anda kepada keadaan normal.\n\nMacam mana nak buat? Begini caranya. Pada waktu siang jangan benarkan bayi anda tidur terlalu lama dengan nyenyak. Tidurkan bayi anda sekejap, kejutkan. Mungkin bayi anda akan menangis dan meragam akibat tak cukup tidur namun ini saja caranya untuk membetulkan semula jam biologi bayi anda.\n\nBila anda tidak benarkan bayi tidur sepuasnya pada waktu siang, secara automatic bayi anda akan tidur lena pada malam harinya. Insya Allah teruskan sahaja kitaran ini. Bayi anda akan mendapat pola tidur yang normal semula.\n\nPastikan bayi anda berada dalam keadaan yang selesa\n\nJika bayi anda susah untuk tidur malam, cuba periksa keadaan bayi anda. Adakah dia berada dalam keadaan yang selesa atau tidak. Untuk menyediakan bayi anda agar selesa untuk tidur:\n\nPastikan bilik tidur berada dalam keadaan yang selesa\n\nSelain memastikan bayi anda berada dalam keadaan yang selesa, satu lagi petua untuk bayi susah tidur ialah dengan memastikan bilik tidur bayi anda berada dalam keadaan yang selesa.\n\nPersekitaran yang selesa akan memudahkan bayi untuk tidur malah membantu agar bayi tidur dengan nyenyak untuk tempoh yang lama. Di antara perkara yang perlu anda perhatikan ialah:\n\nItulah dia perkongsian kami tentang petua bayi susah tidur malam. Bolehlah anda amalkan. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sukatan susu bayi, tips beli lampin bayi, dan bayi jarang bab"
"Cornflakes Madu atau sesetengah orang memanggilnya Cornflakes Bakar. Ia merupakan antara jenis kuih raya yang mendapat sambutan ramai. Jadi sebelum ini ianya hanya boleh didapati pada musim hari raya sahaja. Tetapi, sekarang, bila- bila masa pun boleh dapatkannya. Banyak dijual dimana-mana. Ramai yang jadikan kuih ini sebagai kudap-kudapan atau \u2018snack\u2019.\n\nBagi penggemar cornflakes, sudah pasti Cornflakes Madu ini menjadi biskut kegemaran mereka. Bahan pun mudah dan murah. Cara nak buatnya pun senang. Bolehlah dijadikan aktiviti membuatnya sebagai aktiviti dengan anak-anak. Seronoklah anak-anak nya nanti.\n\nResepi ini juga sangatlah sesuai untuk mak-mak yang pening memikirkan cornflake yang masih banyak berbaki tetapi dah nak tarikh luput. Nak habiskan secara makan bijiran dah muak dah anak beranaknya. Bolehlah cuba buat resepi ini. Nescaya sekelip mata sahaja dah habis. Tak payah stress-stress fikir tentang cornflakes lagi. Selesai masalah.\n\nLagi satu, resepi ini juga boleh dijadikan sebagai agenda untuk menambahkan pendapatan sampingan. Tambah-tambah bila nak dekat hari raya nanti. Tak menang tangan nak membuatnya. Tapi jangan risau, kalau tak raya pun boleh juga menjualnya. Pasti laris.\n\nJom tengok dan cuba resepi yang dikongsi olehHanna Yasmeen dilaman muka buku. Resepi ini mendapat perkongsian ramai kot. Mungkin disebabkan resepinya cepat, mudah difahami dan dibuat. Tak payah pening-pening . Apa lagi? Jom mencubanya.\n\n1) Cairkan semua bahan di atas, tutup api dan biar seketika.2) Masukkan 250 gm cornflakes,gaul sebati.3) Sudukan ke dalam paper cup dan hias. Bakar pada suhu 170\u2019-180\u2019 (10minit)\u00a04) Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.\n\nDah siap. Mudahkan? Bolehlah jadikan sebagai snack dan kudap-kudapan. Tapi awas ya mak-mak sekalian. Takut ada yang mengangkut ke depan TV ataupun ke dalam bilik. Takut bersemut jer bilik tu.\n\nSelain daripada Cornflakes Madu ini, kami juga ada menulis resepi menarik dan mudah yang lain. Jemput membaca dan memcubanya. Jangan lupa berkongsi dengan yang lain ya. Sharing is caring."
"Musim hujan cuaca sejuk paling best kalau dapat makan sizzling mee claypot. Sizzling panas-panas berasap masuk mulut, perut yang tadi menggigil sebab lapar dan sejuk jadi hangat dan kenyang.\n\nKami nasihat apabila anda jenis tidak kuat tengok gambar makanan sedap sebaiknya jangan tengok resepi di bawah. Sebab kami gerenti anda akan terliur kerana tak kuat tengok betapa menggodanya sizzling mee claypot di bawah yang dikongsikan oleh Hurun\u2019Iin Malik di laman Facebook.\n\nIstimewa rasa sizzling ini banyak dipengaruhi kuah sos kicap. Oleh sebab itu penggunaan resepi kuah sos kicap sizzling yang tepat ialah suatu keharusan. Jika hendak hidangkan sizzling, cukup celur mee dan siram dengan kuah sos kicap lazat ke atasnya. Jangan lupa pecahkan sebiji telur dan cili potong.\n\nSelain sizzling mee claypot, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Dalam masa kita ingin membahagiakan mak kita dengan membelikan pelbagai hadiah dan bawa pergi melancong ke sana sini, kita lupa bahawa ada orang lain yang melihat dari tepi. Orang tersebut adalah ayah kita sendiri. Dalam islam juga mengatakan bahawa kita perlu utamakan mak kita tapi tidak bermaksud kita perlu abaikan ayah kita.\n\nWalaupun mereka tidak melahirkan kita, tetapi mereka yang keluar mencari rezeki demi membesarkan kita. Terdapat fakta mengenai ayah yang kita mungkin tidak tahu. Apakah fakta tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 fakta tentang bapa kita. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n1. Mengikut kajian, bila ayah melibatkan diri dalam pendidikan anak anaknya, anak anak lebih cenderung untuk skor peperiksaan, lebih banyak belajar dan menunjukkan perangai yang lebih baik\n\n2. Mengikut kajian terbaru juga, bapa yang berkongsi kerja rumah dengan pasangannya lebih cenderung mempunyai anak yang bercita cita tinggi ( ambitious daughter )\n\n3. Ketika si ibu sedang hamil, paras hormon testosterone si bapa akan cenderung menurun dan paras hormon prolactin si ibu akan meningkat\n\n4. Tiada bapa yang mengandung melainkan kuda laut jantan. Kuda laut jantan akan menerima 50-1500 telur daripada kuda laut betina. Ia akan mensenyawakan dan membawanya selama beberapa minggu. Untunglah jadi bapa manusia kan tak perlu hamil hamil ni.\n\n5. Ada kajian menunjukkan bahawa bapa yang terlibat dalam menjaga anak anak akan membuatkan anak anak mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dan risiko untuk minum minuman keras, penyalagunaan dadah dan bahan terlarang tu akan menurun\n\n6. Kajian terbaru menunjukkan bahawa anak akan lebih berisiko terkena penyakit asma jika si bapa pernah merokok ketika remaja\n\n7. Bergusti dan bergomol dengan bapa akan sangat berpengaruh pada pembentukan otak anak. Ianya membuatkan mereka lebih pandai mengurus emosi mereka\n\n8. Kajian pada tahun 2008 daripada University Of New Hampshire menunjukkan bahawa kelahiran anak boleh meningkatkan pendapatan tahunan seorang bapa kerana mereka akan bekerja lebih keras lagi bila mereka mempunyai tanggungjawab\n\n9. Sebuah kajian menunjukkan bahawa si bapa juga boleh mengalami tekanan ketika mereka baru pertama kali menjadi ayah. Itu menunjukkan mereka juga mempunyai emosi walaupun muka mereka gitu je macam tak ada apa apa berlaku\n\n10. Secara genetik, mamalia lebih mirip dengan si bapa daripada si ibu. Tu yang geram tu kan? Letih letih si ibu beranakkan, keluar keluar je tersengeh sengeh macam muka si ayah!\n\n*Berikut adalah 10 fakta mengenai bapa yang dikongsikan oleh Dr Taufiq. Mungkin ayah tidak selalu menunjukkan perasaannya tetapi dalam hatinya dia begitu menyayangi anak dan isterinya. Hargailah ayah selagi dia masih ada. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kali pertama mengandung ni macam-macam serba tak kena, kadang-kadang terasa sakit itu sakit ini, tapi apakan daya. Ibu mengandung yang belum mempunyai pengalaman beginilah jadinya. Tak tahu kenapa sakit itu dan sakit ini. \n\nPaling menakutkan adalah apabila kita merasai sakit bawah perut ketika mengandung. Bukan apa, kita sendiri tak tahu sama ada ia normal atau tidak. \n\nMenurut Dr. Zubaidi, sakit ari-ari ketika mengandung itu normal kerana kemungkinan terdapat regangan otot atau ligamen di dalam abdomen ibu disebabkan oleh penambahan berat badan bayi. Namun, sakit bawah perut ketika mengandung yang tidak diketahui adalah bahaya dan memerlukan anda ke doktor untuk membuat rawatan. \n\nSebenarnya, terdapat beberapa situasi yang terjadi akibat sakit bawah perut ketika mengandung. Jom lihat 8 jenis sakit bawah perut ketika mengandung perlu anda tahu.\n\nSakit bawah perut ketika mengandung kemungkinan adalah disebabkan oleh kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik adalah krisis kehamilan di luar rahim ibu yang merupakan tempat yang salah posisinya. Itu juga yang dimaksudkan oleh perkataan ectopic iaitu salah pada tempatnya.\n\nIbu akan terasa sakit di bawah perut ketika mengandung kerana implantasi berlaku dalam tiub falopia kemudiannya menjadi kehamilan tiub (tubal pregnancy) yang menyebabkan tiub falopio pecah serta terjadinya pendarahan dalaman.\n\nSekiranya anda mengalami kehamilan ektopik, ia perlu dialihkan ke dalam rahim. Jika tidak, ia takkan bertahan sepenuhnya dan perlu digugurkan kerana takut mengancam nyawa.\n\nSelalunya keguguran berlaku memberi kesan pendarahan atau terjatuhnya janin keluar dari rahim. Tetapi harus anda tahu bahawa tanda-tandanya juga adalah anda akan berasa sakit bawah perut ketika mengandung. Kemudian diikuti dengan nyeri pada punggung dan pendarahan. \n\nNamun, spotting atau pendarahan ringan kadang-kala berlaku atas sebab lain dan bukanlah kerana keguguran. Begitu juga dengan situasi sakit bawah perut ketika mengandung.\n\nTerus ke klinik untuk membuat pengesahan akan keadaan anda dan bayi. Ia amat penting!\n\nSeperti yang semua tahu, bayi normal akan dikandung selama 9 bulan tetapi jika si ibu sudah melahirkan bayi dalam tempoh awal sebelum bulan ke-9, ia adalah kelahiran pramatang. Kelahiran pramatang terjadi sebelum bayi dilahirkan lengkap sebelum minggu ke 37. \n\nSelalunya bayi pramatang akan mengalami masalah pernafasan dan saiznya lebih kecil berbanding biasa. Bagaimana untuk mengesan sama ada ibu akan melahirkan bayi pramatang? Mungkin ibu pernah mengalami simpstom sebegini atau pernah mengandung bayi pramatang sebelumnya.\n\nUntuk pengetahuan anda, sakit bawah perut ketika mengandung juga adalah tanda akan lahir bayi pramatang. Sakit bawah perut ketika hamil disertai dengan jangkitan saluran urin atau vagina, mengalami abnormal pada uterus serta pernah mengalami keguguran adalah faktor kemungkinan ia adalah kehamilan pramatang.\n\nKerap kali merasa sakit bawah perut ketika mengandung, rupa-rupanya ia adalah fibroid berdekatan dengan rahim. Fibroid ini akan mengganggu kandungan anda dimana ada kes yang terpaksa dilakukan pembedahan untuk membuang fibroid. Namun, kandungan juga berisiko terjejas.\n\nFibroid uterus adalah pertumbuhan dari sel yang membentuk otot rahim manakala Fibroid rahim yang digelar myoma uterus ini pula boleh tumbuh di dinding rahim dan menolak ke pundi kencing, usus atau usus. Fibroid yang besar akan mengakibatkan ibu selalu terasa sakit bawah perut ketika mengandung. \n\nJika dibiarkan, ibu mengandung mungkin akan melahirkan anak secara caeser dan fibroid ini akan memberi risiko kanser terhadap mereka. Oleh itu, segeralah ke klinik dan buat sesuatu bagi mengatasi masalah fibroid ini.\n\nSemasa hamil, plasenta atau uri telah terbentuk di dalam uterus. Berlakunya sakit bawah perut ketika mengandung juga kemungkinan menandakan pemisahan plasenta terjadi. \n\nIa adalah situasi di mana sebahagian daripada plasenta (uri) tercerai daripada dinding rahim (uterus). Kejadian ini mungkin terjadi dan menyebabkan ibu tidak selesa di bawah perut. \n\nSakit bawah perut ketika mengandung juga berlaku disebabkan oleh Diastasis Of Pubic Symphisis, iaitu pengembangan tulang pelvic. Apabila tulang pelvic kiri dan kanan bertemu dengan bahagian bawah dan abdomen, ia disambung oleh rawan.\n\nKesakitan yang kuat akan dirasai namun ia boleh dikurangkan dengan menggunakan pelvic support ataupun melakukan kegels exercise. Oleh itu, sakit bawah perut ketika hamil adakala normal tapi perlukan penjagaan rapi dari anda.\n\nJangan terkejut jika anda berasa sakit bawah perut ketika hamil tapi sebenarnya ia adalah apendiks. Apendiks adalah penyebab sakit perut di bahagian bawah kanan ketika hamil. \n\nWalaupun pada mulanya ia sukar dikesan tetapi sekali anda tahu, ia mungkin sudah tahap yang kritikal atau menyebabkan komplikasi lain. Uterus yang mengalami pembesaran mungkin telah mengalih kedudukan apendiks dari tempat asal, untuk itu mungkin pembedahan kecil perlu dilakukan.\n\nRamai wanita hamil tidak tahu akan kejadian ini, tetapi tak salah untuk anda maklumkan kepada doktor jika pernah mengalami apendiks sebelum berkahwin dahulu.\n\nItulah dia 7 jenis sakit bawah perut ketika mengandung, wanita harus peka. Jangan main-main dengan perkara ini, cepat-cepat ke klinik jika terasa sakit bawah perut saat berbadan dua. Jom baca juga klinik swasta ibu mengandung, khasiat saffron untuk ibu mengandung dan Kelebihan asid folik untuk ibu mengandung."
"Siapa cakap kopi tiada manfaat. Artikel ini akan bongkarkan 7 khasiat kopi yang membuatkan anda ingin terus minum selalu.\n\nMinum kopi bukan sekadar minum air untuk menghilangkan dahaga. Tetapi ia sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup. \n\nDari kedai warung tradisional, sehinggalah kafe mewah bertaraf 5 bintang, hidangan kopi tetap akan tersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan.\n\nSelain daripada rasanya yang sedap, kopi juga kaya dengan khasiatnya. Antara 7 khasiat kopi untuk kesihatan adalah:\n\n1) Memberi Tenaga Dan Meningkatkan Fungsi Otak\n\nKopi membantu anda berasa kurang letih dan meningkatkan tahap tenaga. Manurut kajian, kopi berkafein mempunyai kesan yang baik terhadap kewaspadaan dan peningkatan prestasi dalam pelbagai tugas sama ada waktu siang dan malam.\n\nIni kerana kopi mengandungi perangsang yang dipanggil kafein, iaitu sejenis bahan psikoaktif yang paling banyak digunakan di dunia. Setelah minum kopi, kafein diserap ke dalam aliran darah. Dari situ, ia bergerak ke dalam otak.\n\nDi dalam otak, kafein menghalangi neurotransmiter yang menghalangi Adenosine. Apabila perkara ini berlaku, jumlah neurotransmitter lain seperti norepinefrin dan dopamin meningkat, dan hal ini membawa kepada pelepasan neuron.\n\nBanyak ujian terkawal yang dilakukan kepada manusia menunjukkan bahawa kopi meningkatkan pelbagai aspek fungsi otak. Ini termasuk memori, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, masa tindak balas dan fungsi kognitif umum.\n\n2) Kurangkan Risiko Diabetes Jenis II \n\nDiabetes jenis 2 adalah masalah kesihatan yang banyak menimpa manusia. Dianggarkan 300 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit ini. Penyakit ini berlaku kerana kandungan gula darah tinggi dan dalam masa yang sama berlaku ketidakupayaan untuk mengeluarkan insulin. Untuk sebab tertentu, peminum kopi mempunyai kurang risiko untuk untuk menghidap diabetes jenis 2.\n\nKajian menunjukkan bahawa orang yang banyak minum air kopi mempunyai risiko 23-50% lebih rendah untuk mendapat penyakit ini. Manakala terdapat kajian lain menunjukkan pengurangannya setinggi 67%. Menurut kajian besar-besaran yang memandang data dari 18 kajian dengan sejumlah 457,922 individu, setiap cawan kopi setiap hari dikaitkan dengan risiko penurunan sebanyak 7% untuk mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2.\n\nHati adalah organ luar biasa yang menjalankan beratus-ratus fungsi penting dalam badan.\u00a0Beberapa penyakit yang biasa memberi kesan kepada hati, termasuklah hepatitis, penyakit hati berlemak dan lain-lain. Kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai sirosis.\n\nSirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya\u00a0fatty liver) dan seterusnya menyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.\u00a0Ternyata kopi boleh melindungi daripada sirosis. Orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mempunyai risiko 80% lebih rendah menghidap penyakit ini.\n\nKemurungan adalah masalah kesihatan mental yang biasa dialami oleh warga tua. 25% daripada mereka yang berumur lebih 65 tahun dikenalpasti menghidap kemurungan. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu menjadi murung. Ianya boleh disebabkan oleh masalah kewangan, kemerosotan kesihatan fizikal atau masalah sosial.\n\nDalam kajian Harvard yang diterbitkan pada tahun 2011, wanita yang minum 4 atau lebih cawan setiap hari mempunyai risiko 20% lebih rendah untuk mengalami kemurungan. Satu lagi kajian lain dengan 208,424 individu mendapati bahawa mereka yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari adalah 53% kurang berkemungkinan membunuh diri.\u00a0\n\n5) Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Strok\n\nKafein sering didakwa dapat meningkatkan tekanan darah. Perkara ini benar, tetapi kesannya adalah kecil (3-4 mm / Hg) dan biasanya hilang jika anda minum kopi secara teratur.\n\nWalau bagaimanapun, kesannya mungkin berterusan kepada sesetengah orang. Oleh sebab itu, bagi anda yang memang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, anda harus bersederhana dalam pengambilan kopi.\n\nSelain itu, kopi juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Hal ini dibuktikan melalui \u00a0kajian terhadap wanita yang minum kopi dan hasil menunjukkan risiko penyakit jantung berkurangan. Malah terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai risiko strok 20% lebih rendah.\n\nTahukah anda bahawa kafein terdapat pada hampir setiap produk pembakar lemak yang terdapat di pasaran?\n\nKafein dibuktikan sebagai salah satu sumber semulajadi untuk membakar lemak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kafein dapat meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 3-11% .Kajian lain menunjukkan bahawa kafein secara khusus dapat meningkatkan pembakaran lemak, sebanyak 10% pada individu gemuk dan 29% pada orang individu yang kurus.\n\nBagaimanapun, kesan-kesan pembakaran lemak ini akan berkurangan sekiranya peminum kopi mengamalkannya dalam jangka masa yang panjang.\n\nMemandangkan peminum kopi kurang risiko mendapat banyak penyakit, jadi agak masuk akal bahawa kopi boleh membantu anda untuk panjang umur.\n\nTerdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai risiko kematian yang lebih rendah. Dalam dua kajian yang sangat besar, minum kopi dikaitkan dengan risiko kematian sebanyak 20% lebih rendah pada lelaki dan risiko kematian 26% lebih rendah pada wanita, dalam tempoh 18-24 tahun.\n\nKesan ini sangat kuat terhadap pesakit kencing manis jenis II. Malah, dalam satu kajian lain, pesakit kencing manis yang minum kopi mempunyai risiko kematian sebanyak 30% lebih rendah semasa tempoh pengajian selama 20 tahun.\n\nBanyak khasiat yang anda dapat dengan mengamalkan minuman kopi. Namun, adalah lebih elok sekiranya jandungan gula dan krimer dalam kopi yang anda minum juga dapat dikurangkan. Ini kerana, kopi membantu untuk mengurangkan risiko diabetes jenis II, namun bimbang jika anda kerap meminum kopi susu yang manis, penyakit diabetes tidak dapat dielakkan.\n\nSukakan artikel seperti di atas, khasiat kopi? Jangan lupa untuk like dan share ya. Jemput baca artikel meanrik yang lain."
"Bekerja dan menjadi suri rumah dalam satu masa yang sama memang memenatkan. Apabila di rumah, kita perlu mengemas rumah, masakkan untuk suami dan anak-anak dan didik anak. Manakala di tempat kerja pula, kita perlu menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.\n\nBegitulah kehidupan seorang ibu pada zaman kini yang bekerjaya dalam masa yang sama menjadi suri rumah. Jika diteruskan begini, si ibu akan kepenatan dan tidak berdaya untuk meneruskan aktiviti hariannya. Jadi untuk mengelakkan si ibu kepenatan, bawalah mereka pergi bercuti.\n\nBercuti ini bagus untuk merehatkan minda dan menimbulkan rasa gembira di hati si ibu. Terdapat beberapa fakta menarik jika si ibu dibawa pergi bercuti.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 fakta menarik wajib pasangan kita tahu tentang pergi bercuti. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. \n\n1. Kajian daripada American Psychological Association merumuskan bahawa bercuti ni menurunkan stres kerana bercuti ni membuatkan kita jauh daripada persekitaran yang mengingatkan otak kita kepada stres dan rasa cemas\n\n2. Wanita yang bercuti sekali dalam 6 tahun mempunyai 8 kali ganda keberangkalian untuk terkena penyakit jantung berbanding wanita yang bercuti sekurang kurangnya 2 kali setahun\n\n3. Satu kajian mengatakan seseorang yang bercuti lebih daripada 10 hari mempunyai kebarangkalian 2 kali ganda untuk mendapat bonus dan kenaikan gaji kerana prestasi kerja mereka lebih baik\n\n4. Bercuti mampu menguatkan kembali \u2019emotional bonding\u2019 sesama pasangan dan anak anak yang makin hari makin pudar dan lemah akibat kesibukan bekerja\n\n5. Bercuti di tempat yang mempunyai elemen alam dan semulajadi mampu mengurangkan kesan \u2018nature-deficit disorder\u2019 pada anak anak, sebuah keadaan di mana anak kita jadi kurang gembira dan mengalami bermacam masalah dalaman akibat daripada kurang hubungan dengan alam semulajadi\n\n6. Kajian daripada Netherlands ke atas 974 orang mengatakan merancang untuk bercuti sahaja pun dah boleh membuatkan seseorang itu bahagia walaupun belum pergi bercuti.\n\n*Selepas ini, bolehlah rancang untuk pergi mana-mana tempat percutian untuk merehatkan minda. Tidak perlu pergi jauh-jauh, di Malaysia ada banyak tempat-tempat yang menarik. Sebagai contoh, Pulau Perhentian, Langkawi, Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.\n\nTidak rugi jika kita ambil cuti semata-mata untuk meluangkan masa dengan keluarga yang tercinta. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Salah satu cara untuk memudahkan perjalanan ketika membawa barang yang banyak adalah dengan menggunakan travel backpack. \n\nSetiap jenama travel backpack mempunyai kelebihan masing-masing dari segi ketahanan, reka bentuk dan muatan yang dapat diisi. Jom kami senaraikan 10 jenama travel backpack terbaik untuk anda. \n\nTravel backpack Artic Hunter ini mempunyai banyak ruang, yang membolehkan anda menyimpan pelbagai jenis barang seperti komputer riba, pakaian, buku, elektronik dan sebagainya. \n\nTerdapat juga poket RFID yang dapat digunakan untuk menyimpan kad kredit dan kad debit dengan selamat. Saiznya juga boleh diubah dari 19L hingga 32L dengan menggunakan zip khas.\n\nJenama travel backpack terbaik ini sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti sama ada untuk kegunaan sekolah atau ke mana sahaja. Ia boleh digunakan untuk membawa barang berat dan direka khas untuk mengurangkan sakit belakang ketika anda membawanya.\n\nTravel backpack Osprey Farpoint Wheeled boleh ditukar menjadi sebuah bagasi kerana mempunyai roda. Ia boleh digunakan sebagai bagasi di lapangan terbang atau tempat awam yang mempunyai permukaan rata atau di tempat yang sesak atau laluan bertangga. \n\nKapasitinya adalah 36L ini sangat sesuai jika anda ingin melakukan perjalanan selama seminggu. Tali belakang jenama travel backpack terbaik ini juga boleh disembunyikan menggunakan zip yang telah disediakan. \n\nIa juga kalis air, jadi anda tidak perlu risau sekiranya membawa beg ini dalam keadaan hujan. Ukuran bukaan travel backpack ini sangat besar memudahkan untuk menyimpan pakaian dan barang-barang dalam jangka masa yang singkat.\n\nTravel backpack Osprey Porter 46 mempunyai ciri yang dimiliki oleh bagasi iaitu bukaan beg depan. Menariknya, proses menyimpan barang juga akan lebih singkat kerana bukaan yang lebih luas. \n\njenama travel backpack terbaik ini juga mempunyai tali khas yang membolehkan anda mengubah ukuran yang anda mahukan. Selain itu, ia berkapasiti 46L dan lengkap dengan ruang yang luas serta poket yang membolehkan pengguna mengasingkan barangan mereka.\n\nArctic Hunter i-Crusaderz mempunyai reka bentuk profesional yang sesuai untuk penggunaan formal. Terdapat ruang khas untuk menyimpan komputer riba dan span tambahan pada bahagian tersebut untuk memastikan komputer riba anda selamat sekiranya backpack ini terjatuh.\n\n Di samping itu, terdapat poket khas untuk botol air, ipad dan juga telefon di bahagian dalam beg ini serta ruang khas untuk diisi dengan buku ataupun dokumen.\n\nOsprey yang merupakan Osprey Farpoint 40 backpack ini untuk memenuhi keperluan lelaki. Ia mempunyai banyak ruang yang membolehkan untuk anda menyimpan banyak barang. \n\nUkurannya juga boleh diubah dengan mengetatkan atau melonggarkan tali di bahagian belakang. Travel backpack ini juga mempunyai banyak span dan tali gelang agar terasa selesa ketika memakainya.\n\nOsprey Fairview 40 yang merupakan jenama travel backpack terbaik ini pula direka khas untuk wanita. Ia mempunyai banyak span di bahagian belakang travel backpack untuk mengurangkan tekanan dan memberi keselesaan keseluruhan kepada pemakainya. \n\nKapasitinya yang besar pula amat sesuai untuk perjalanan atau aktiviti yang melampau. Ia juga kalis air bagi memastikan pakaian yang disimpan di dalamnya tidak basah.\n\nTravel backpack Akiro Backpack mempunyai ruang yang luas dan poket untuk digunakan. Ia mampu menyimpan pelbagai jenis barangan besar seperti peralatan perkhemahan, botol air dan juga kasut. \n\nDi sisinya pula terdapat dua tempat untuk meletakkan botol air atau barang lain. Terdapat poket khas untuk menyimpan kasut membolehkan anda membawa kasut tanpa perlu risau backpack menjadi kotor.\u00a0\n\nRuang simpanannya juga boleh dikatakan agak luas dan sesuai untuk melancong atau berkhemah. Jenama travel backpack terbaik ini juga tahan lama, kalis air dan sesuai digunakan untuk aktiviti lasak.\n\nFlamehorse 50L travel backpack ini pula mampu menampung kapasiti sehingga 50L. Ia sangat sesuai digunakan untuk berkhemah atau melakukan perjalanan jangka masa yang panjang. \n\nTravel backpack ini juga mempunyai banyak poket termasuk poket khas untuk kasut. Harganya pula agak murah dan mampu dimiliki.\n\nTravel backpack Warbase ini mendapat sambutan positif dari penggunanya kerana mempunyai kapasiti yang besar serta harganya yang murah. Ia membolehkan anda menyimpan pelbagai jenis barangan di dalamnya tanpa perlu mendapatkan beg lain. \n\nJenama travel backpack terbaik ini juga direka khas untuk mengurangkan tekanan yang dikenakan pada bahu pemakainya. Travel backpack ini juga tahan lama dan sesuai digunakan semasa mendaki atau berkhemah serta kalis air dan boleh digunakan ketika hujan.\n\nTravel backpack Nomadic ini sangat popular untuk backpacker dan terdapat beberapa ulasan yang mengatakan bahawa ia adalah yang terbaik sekali. \n\nTravel backpack Nomadic ini mempunyai kapasiti 40L yang cukup besar yang mampu memuatkan pelbagai barangan. Terdapat juga banyak ruang untuk menyimpan komputer riba, pakaian kotor, kasut dan sebagainya.\n\nPoket anti-RFID disediakan untuk melindungi dan memberi keselamatan kepada kad kredit atau kad debit anda. Di samping itu, travel backpack ini juga boleh diubah suai menjadi duffel yang memudahkan kita membawanya. \n\nWalaupun harga travel backpack ini agak mahal, kualitinya sememangnya terbaik dan tahan lama. Anda tidak perlu risau bimbang barang akan basah sekiranya hujan kerana ia mempunyai fungsi kalis air.\n\nBerikut adalah jenama travel backpack terbaik yang boleh anda lihat. Pasti berkenan! Jom baca juga\u00a0Smartphone android terbaik,\u00a0pelan internet terbaik,\u00a0Sejadah terbaik\u00a0dan\u00a0hand mixer terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Tanpa sedar,sebenarnya kita sebagai ibu bapa memberi pengaruh yang sangat besar terhadap perlakuan dan karektar anak-anak.\n\nBenarlah kata pepatah. Anak-anak yang baru lahir adalah ibarat kain putih, kita sendiri yang mencorakkannya. Jika corak batik yang kita lukiskan padanya, cantiklah kain tersebut. Jika hanya sekadar contengan kasar dan tanpa tujuan, tidak berapa eloklah kualiti kain tersebut.\n\nJangan lupa, anak-anak lebih banyak belajar dengan memerhati perlakuan kita berbanding mendapat arahan dari kita.\n\nJadi sekiranya kita buntu untuk mengawal tingkah laku anak-anak yang sering tidak dijangka, semak dahulu tingkah laku dan tabiat kita, lebih-lebih lagi apabila dihadapan mereka.\n\nDisini saya senaraikan 5 cara bagaimana kita sendiri membentuk anak-anak yang suka meragam tanpa kita sedari.\n\n#1. Terlalu Banyak Aktiviti Dalam Satu Hari\n\nDi hujung minggu, kita berhasrat untuk menggembirakan anak-anak dengan membawa mereka ke taman permainan. Dalam perjalanan pulang, kita singgah di pusat beli-belah \u2013 kebetulan ternampak iklan Sale pula.\n\nKeluar dari membeli belah, lapar pula. Kalau balik rumah tak sempat nak masak. Jadi, singgah di restoran untuk makan tengah hari. Anak-anak sudah menunjukkan tanda kepenatan.\n\nDiwaktu malam, ada jemputan makan malam di rumah rakan baik anda. Pada mulanya, anak-anak kelihatan ok. Tidak sampai satu jam, mereka sudah mula membuat perangai. Ada yang bergaduh dengan anak-anak rakan anda, ada juga menangis tidak berhenti tanpa sebab. Semua yang anda lakukan, semuanya mendapat respon tidak baik dari anak anda.\n\nAnda buntu. Anda memilih untuk pulang ke rumah cepat tanpa sempat berbual-bual dengan rakan anda.Pernah mengalami situasi seperti ini?\n\nReflek kembali apa yang anak anda lakukan semenjak bangun dari tidur pagi tersebut.\n\nKita seringkali terlepas pandang perkara ini, tetapi tanpa sengaja, kita sering mempunyai terlalu banyak aktiviti dalam satu hari.\n\nDisebabkan itu, anak anda mendapat rehat yang tidak cukup hingga mengganggu emosi mereka.\n\n#2. Masa Bermain Yang Tidak Mencukupi\n\nLumrah kanak-kanak, mereka gemar bermain. Bermain bukan sahaja meransang otak mereka untuk menjadi lebih bijak. Dengan bermain, mereka dapat mengembangkan pelbagai skil baru seperti berkawan, berdaya imaginasi sekaligus meneroka pelbagai ilmu baru.\n\nKetahuilah, masa bermain yang tidak mencukupi untuk hari tersebut boleh menyebabkan anak anda menjadi kuat meragam.\nMasa bermain yang tidak mencukupi selalunya berpunca dari aktiviti ibu bapa yang terlalu padat dalam hari tersebut.\n\nBayangkan jika anda tidak boleh berbuat apa yang anda gemari seperti biasa, mood anda untuk hari tersebut juga akan terjejas. Inikan pula anak-anak!\n\nWalau apa pun aktiviti yang anda rancang dalam hari tersebut, pastikan ia tidak terlalu padat sehingga menjejas masa bermain anak anda.\n\nSikap dan tabiat yang tidak elok. Bukan anak-anak. Tetapi kita sendiri!\n\nPernahkan anda perasan, mood anda atau pasangan pasti akan bertempias pada anak-anak?Sekiranya baik mood anda pada hari tersebut, baik jugalah kelakuan dan tingkah laku anak-anak.\n\nOleh itu, sebagai ibubapa, walau apa pun stress yang anda alami diluar rumah \u2013 sama ada dengan kawan-kawan, ditempat kerja ataupun dengan pasangan sekalipun, jangan sesekali membawa stress tersebut pulang ke rumah. Tinggalkan sahaja diluar pagar dan ukirkan senyuman seluas-luasnya!\n\nKerana setiap kali anda pulang ke rumah, anak-anak pasti akan tertunggu kepulangan anda. Kasihanilah mereka. Jangan melepaskan kekecewaan dan amarah anda pada insan sangat mengharapkan belaian anda.\n\nAnak-anak memerlukan waktu tidur yang lebih panjang berbanding orang dewasa. Sekalipun mereka gemar bangun awal, pastikan mereka mendapat jumlah tidur yang mencukupi.\n\nAnak-anak yang tidur lambat pasti akan menjejaskan mood mereka keesokan harinya.Mereka mungkin kelihatan masih segar setiap kali waktu tidur mereka tiba. Tetapi cuba latih mereka untuk tidur waktu yang sama setiap hari.\n\nJangan mementingkan diri sendiri dan melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan waktu tidur mereka.\n\nPersekitaran yang tidak anak anda biasa boleh juga menjejaskan mood anak anda. Terutamanya untuk anak-anak yang lebih banyak atau lebih suka menghabiskan masa dirumah.\n\nMari saya berikan tips yang boleh anda cuba terutamanya sebelum anda pergi bercuti ke tempat yang baru.\nSebelum pergi, perkenalkan pada anak-anak tempat yang bakal mereka lawati. Bercerita serba sedikit tentang tempat tersebut, dan tunjukkan gambar-gambar yang menarik pada mereka.\n\nJelaskan pada mereka, apa yang patut mereka jangka sepanjang trip tersebut.\n\n\u201cKita satu keluarga nak pergi melancong ke Melbourne minggu depan. Ummi nak bawa anak-anak soleh ummi ni berjalan-jalan. Tapi kita kena naik kapal terbang 8 jam tau.\n\nBoring sikit, tapi bila dah sampai mesti semua seronok. Tempat tu sejuk sikit dari Malaysia. Kena pakai baju tebal tau\u201d.\n\nCeritakan apa sahaja. Jadikan percutian tersebut sebagai sesuatu aktiviti keluarga yang menarik.\nAnda juga tidak suka sekiranya tiba-tiba dibawa ketempat yang tidak dijangka tanpa diberitahu. Jadi, jangan lakukan perkara yang sama pada anak-anak anda.\n\nSetiap anak-anak pasti mempunyai karekter yang berbeza. Kenalpasti karekter mereka dan anda pasti dapat mengenalpasti apa yang mengganggu mood anak anda.\n\nDimasa hadapan, bolehlah anda mengelak dari mengulangi kesilapan yang sama. Ayuh berusaha menjadi ibu bapa yang lebih baik dari sebelumnya."
"Jom cuba resepi nasi daging ini. Selalunya kita mendengar nasi ayam, nasi beriani ayam, nasi beriani daging, nasi dagang, jarang pula dengar nasi daging, bukan?Kali ini kami akan berkongsikan resepi nasi daging.\n\nNasi daging ialah hidangan istimewa daripada negeri di utara iaitu Kedah dan Perlis. Di mana nasi biasanya dimasak bersama daging dengan campuran rempah dan digandingkan dengan pencecah air asam. Pencecah air asam menjadi kunci utama kepada hidangan ini kerana ia menjadi pelengkap dan menyatukan semua rasa.\n\nMasak nasi daging menggunakan beras biasa boleh saja. Kalau mahu guna beras wangi guna beras Pulsa Gold Basmathi untuk masak nasi beriani, lagi kick rasanya.\n\nMenyajikan nasi daging cukup mudah. Resepi ini \u200etelah dikongsikan oleh Hairul Nizam Ijam\u200e di laman Facebooknya. Maka kami suntingkan untuk anda resepi nasi daging yang mudah tapi power. Boleh dihidangkan untuk tetamu mahupun hidangan kenduri.\n\nNasi daging telah siap dimasak. Memang \u2018power\u2019 kalau dimakan bersama sambal air asam. Tambah pula dengan bawang goreng atau sup daging, memang tidak nampak orang sebelah dah!\n\nCara buat sambal air asam lebih kurang macam buat sambal belacan, cuma guna air asam jawa. Berikut kami sertakan juga resepinya di bawah ini.\n\nMudahnya! Tidak perlu tunggu raya haji pun boleh buat makan pada hari-hari biasa di rumah. Simple saja caranya, bukan?\n\nSelain resepi nasi daging, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Siapa yang tak suka makan cheese? Lebih-lebih lagi jika dimakan semasa cheese tengah panas. Sedap sungguh anda menarik-narik cheese yang kenyal. Makin ditarik makin panjang jadinya namun tidak putus. Namun tak dinafikan bahawa harga cheese bukannya murah.\n\nMakin sedap dan berkualiti sesuatu cheese semakin mahal harganya. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya kita boleh buat sendiri cheese di rumah. Prosesnya mudah sahaja dan kos pun murah. Jom kami kongsikan beberapa cara buat cheese yang anda boleh cuba.\n\nSeperti yang anda tahu, cheese adalah hasil tenusu yang dibuat daripada susu segar sebagai salah satu bahan utamanya. Cara buat cheese yang ini adalah yang paling mudah dengan bahan yang sangat mudah untuk disediakan. Rugi sangat kalau anda tak cuba. Untuk membuat cheese homemade cara ini, anda Cuma perlu lakukan langkah-langkah yang berikut:\n\nSelain menggunakan susu segar, anda juga boleh buat cheese sendiri dengan menggunakan susu tepung. Rasanya tak kurang sedap jika dibandingkan dengan cheese yang dibuat dari susu segar. Cara buat cheese dari susu tepung adalah seperti berikut:\n\nCheese dari susu tepung dan air panas\n\nIni adalah satu lagi cara buat cheese homemade yang menggunakan susu tepung sebagai bahan utama. Bahannya lebih kurang sama seperti resepi yang kami kongsikan di atas namun cara penyediaannya adalah berbeza. Untuk membuat cheese dengan cara ini, apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nSelain cara buat cheese, kami ingin kongsikan cara buat sos cheese ala kfc yang sangat sedap sehingga menjilat jari. Tiap kali makan kfc pastinya anda tak puas kerana sos cheese yang diberikan adalah dalam kuantiti yang sedikit. Anda boleh buat sendiri dan makan sepuas-puasnya. Berikut adalah cara untuk buat sos cheese homemade yang boleh anda cuba:\n\nItulah dia cara buat cheese homemade yang ingin kami kongsikan. Semoga bermanfaat buat anda. Lepas ni bolehlah anda buat sendiri cheese dan tak perlu dibeli dari kedai lagi. Selamat poket. Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara buat air selusuh, cara buat doll house, dan cara buat stok ayam untuk bayi."
"Mungkin anda sudah biasa makan tart nenas, tiap-tiap raya ramai orang yang menghidangkan tart nenas atas meja untuk tetamu. Namun kali ini kami ingin berkongsikan resepi tart yang tidak kalah menarik, iaitu resepi nutella tart. Adakah anda ingin mencubanya?\n\nResepi ringkas dan mudah saja, dikongsikan oleh \u200eUmie Nurhayati\u200e di laman Facebook. Ada sebenarnya macam-macam resepi tapi kami letak yang paling mudah dan ringkas agar senang anda ikuti.\n\nTart nutella menggunakan tepung gandum dengan acuan tart berintikan coklat nutella berperisa almond. Tampilan hidangan ini menggoda sangat. Rasa yang garing di luar namun lemak manis di dalam, sanggup tahan godaannya? Cuba buat sendiri baru tahu.\n\nKami menulis resepi tart lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepinya. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Pernah makan daging masak halia? Tak pernah dengar? Kalau tak pernah, apa kata anda cuba sekali resepi daging masak halia yang istimewa ini!\n\nJarang jarang sekali kita dengar daging masak halia bukan? Selalu yang popular adalah daging masak kunyit atau daging masak merah. Kali ini kami kembali dengan resepi daging masak halia.\n\nMungkin ada yang kurang meminati halia, tapi untuk pengetahuan anda semua halia sangatlah elok untuk kesihatan anda. Selain daripada kaya dengan antioksidant, halia juga dapat mengelakkan demam dan selsema kerana sifat halia yang panas.\n\nKalau semua dah tahu khasiat halia, lepas ini janganlah mengelak untuk makan halia ya. Hari ini kami telah berkongsi resepi yang menggunakan halia. Apa anda tunggu lagi. Ayuh segera ke dapur untuk mencuba sendiri resepi ini!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Parmiati Binti Suyudi dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSelain resepi daging goreng kunyit, kami juga mempunyai beberapa resepi\u00a0 daging yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Kulit yang mengelupas memberikan penampilan masalah kulit yang sungguh ketara bagi seseorang. Kadang kala, pengelupasan kulit ini membuatkan kulit wajah menjadi kemerahan, kepanasan dan kesakitan.\n\nArtikel ini akan membincangkan mengenai punca kulit mengelupas secara lebih terperinci berdasarkan kajian klinikal dan perubatan yang pernah diterbitkan. Betulkah dakwaan yang mengaitkan kulit mengelupas sebagai simptom awal kehadiran sel kanser dalam tubuh kita? Ayuh ketahuinya dengan terus membaca artikel ini.\n\nKulit merupakan organ paling besar yang menjadi benteng pertahanan pertama tubuh daripada ancaman luar yang berbahaya seperti kecederaan fizikal dan bahan kimia berbahaya.\n\nLapisan paling luar kulit dipanggil epidermis yang terdiri daripada sel keratin, liang pori, lipid dan sebagainya. Akibat pengelupasan, lapisan epidermis ini seolah \u2018berganti kulit\u2019 dan menyebabkan kemerahan atau kerengsaan pada wajah.\n\nDari segi perubatan, kulit mengelupas dipanggil erythroderma atau exfoliative dermatitis. Erythroderma didefinisikan sebagai keadaan erythema (kemerahan) kulit yang turut disertai masalah kulit mengelupas pada pelbagai tahap pengelupasan.\n\nMenurut pakar perubatan dari Baylor College of Medicine, Houston, kulit mengelupas merupakan masalah kulit yang jarang berlaku dan dirujuk kepada hospital, tetapi perlu dirawat dengan segera dan betul.\n\nWalaupun keadaan kulit mengelupas ini boleh terjadi kepada kedua-dua lelaki dan wanita, pakar-pakar berpendapat bahawa golongan lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah ini berbanding wanita.\n\nNisbah kebarangkalian berlakunya kulit mengelupas dalam kalangan lelaki kepada wanita ialah 2.3/1 bersamaan 23 lelaki kepada 10 wanita.\n\nBerdasarkan laporan kajian tersebut juga, purata umur mereka yang menghadapi masalah ini ialah 55 tahun, namun, semua peringkat usia adalah berpotensi mendapat penyakit ini walaupun dalam kalangan bayi yang baru lahir.\n\nPunca Kulit Mengelupas dari Aspek Fisioanatomi Secara Perubatan\n\nKulit mengelupas atau erythroderma ialah hasil tindak balas kepada pembentukan dan kadar lapisan epidermal kulit yang meningkat.\n\nDalam sampel yang diambil daripada pesakit, kadar mitotik (gandaan sel) dan bilangan sel kulit bercambah adalah lebih tinggi dari kebiasaan.\n\nKesannya, proses pematangan kulit akan menyebabkan kehilangan bahan lapisan kulit epidermal yang lebih banyak melalui pengelupasan dan \u2018keguguran\u2019 kulit yang teruk.\n\nSecara normalnya, lapisan epidermis yang sihat akan mengelupas secara semula jadi pada kadar yang sedikit, sekadar mencukupi untuk menjaga keseimbangan kesihatan kulit.\n\nAnalisis makmal menunjukkan bahawa komposisi kulit yang mengelupas teruk ini mengandungi kandungan protein dan folat yang sangat tinggi.\n\nAntara punca kulit mengelupas yang telah dikenal pasti berdasarkan kajian lepas ialah masalah kulit sedia ada, tindak balas pengambilan ubat, ketumbuhan dan lain-lain sebab.\n\nKebiasaannya, masalah erythroderma kulit mengelupas ini berlaku seiring dengan masalah dermatologik (berkaitan kulit) yang sedia ada. Pesakit yang didiagnos dengan masalah kulit berikut akan dimaklumkan antara gejala yang boleh dijangka berlaku ialah pengelupasan kulit:\n\nUbatan moden merupakan antara faktor pertama yang dikenal pasti sejak kes erythroderma kulit mengelupas ini dilaporkan.\n\nDengan penciptaan lebih banyak ubatan baru, risiko kulit mengelupas akan semakin meningkat sebagai kesan sampingan kepada tindak balas ubat tersebut.\n\nDengan lambakan produk kesihatan yang dikenali sebagai \u2018timbang kilo\u2019 sekarang, anda sebagai pengguna perlu berhati-hati dengan produk yang dibeli. Ini disebabkan ada pengasas produk ini tidak bertanggungjawab menggunakan bahan kimia berbahaya seperti merkuri untuk pengelupasan kulit secara berbahaya demi menampakkan kulit yang cepat cerah dan bebas jerawat.\n\nAntara jenis ubatan moden yang berpotensi menyebabkan kulit mengelupas ialah:\n\nKini, punca kulit mengelupas yang utama telah dikenal pasti disebabkan oleh ketumbuhan atau malignancies.\n\nKetumbuhan jenis limfoma sel-T sering dikaitkan dengan masalah erythroderma ini. Kehadiran sel kanser ini banyak dijumpai terutamanya dalam kalangan pesakit kanser darah jenis mycosis fungoides dan leukemia.\n\nKajian menunjukkan bahawa kanser darah ini telah menyebabkan hampir 25-40% daripada semua kes yang melibatkan masalah erythroderma berkaitan ketumbuhan.\n\nSelang masa antara kemunculan kulit mengelupas dengan kehadiran sel kanser darah tersebut mengambil masa antara berbulan hingga bertahun atau berdekad lamanya.\n\nSelain kanser darah, antara ketumbuhan kanser yang dikaitkan dengan masalah kulit mengelupas ialah ketumbuhan pada organ-organ berikut:\n\nPunca kulit mengelupas yang lain boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor lain, antara yang pernah dilaporkan ialah:\n\nRingkasnya, punca kulit mengelupas atau keadaan exfoliative dermatitis ini adalah disebabkan faktor seperti masalah kulit, kesan sampingan ubatan, ketumbuhan dan lain-lain.\n\nBagi mereka yang mengalami masalah pengelupasan kulit yang teruk dan tidak mendatangkan keselesaan, anda disarankan berjumpa dengan pakar perubatan dengan segera.Sentiasa berhati-hati dalam memilih barangan atau produk yang ingin diletakkan pada wajah anda khususnya.\n\nSemoga bermanfaat! Jemput juga baca artikel lain seperti penjagaan kulit ala Korea dan khasiat aloevera."
"Siapa teringin makan kari ikan tapi ada alahan dengan santan? Boleh cuba resepi kari tanpa santan yang dikongsikan oleh\u00a0NurQatrunnada Haryanti Abd Basir Facebook.\n\nDijamin resepi turun temurun ini boleh memikat hati suami dan mertua. Jika tidak percaya boleh cuba masak sendiri. Selain itu resepi ini meskipun tanpa santan namun rasa tetap padu berlemak berasal dari rempah kari.\n\nKerana tidak sedikit orang yang cuba elakkan makan santan disebabkan faktor kesihatan dan lain-lain. Maka resepi kari tanpa santan ini sangat sesuai dikonsumsi oleh orang yang berpantang sedemikian rupa.\n\nResepi lebih kurang sama macam kari biasa. Resepi tanpa sukatan dan hanya agak-agak sahaja. Menggunakan ikan jenis apapun bebas ikut kesukaan anda. Selamat mencuba resepi kari ikan tanpa santan.\n\nSelain resepi kari ikan tanpa santan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan sama ada kecil atau besar. Walaupun, kesilapan kecil yang kita lakukan, ia boleh memberi impak besar terhadap diri sendiri atau orang lain. Jadi, berhati-hati.\n\nAntara kesilapan yang kerap dilakukan adalah meninggalkan barang di dalam kereta. Ia mungkin kedengaran seperti perkara yang remeh temeh tetapi ia boleh memberi impak besar. Kenapa ia dikatakan kesilapan jika meninggalkan barang di dalam kereta?\n\nApakah barang yang tidak boleh ditinggalkan di dalam kereta?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai jangan tinggalkan 7 barang di dalam kereta. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. 7 Barang atau benda dilarang ditinggalkan di dalam kereta\n\nAda pek makanan dan minuman yang tidak direka untuk tahan panas dan cahaya matahari. Suhu dalam kabin kereta yang diletak di kawasan panas boleh mencapai sehingga 70\u00b0C.\n\nAda pek akan terurai pada suhu ini, dan bahan kimianya akan mencemari makanan dan minuman. Elak makan makanan dan minuman yang terbiar di dalam kereta walaupun belum dibuka peknya.\n\nKebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu 25\u00b0C atau lebih rendah. Malah ada perlu disimpan di suhu di bawah 8\u00b0C iaitu di dalam peti ais. Jika melebihi suhu berkenaan, masa ia akan rosak.\n\nAda juga ubat perlu di simpan dalam tempat yang gelap, kerana ia akan rosak jika terkena cahaya matahari. Makan ubat-ubatan yang telah rosak boleh menjejaskan kesihatan.\n\nApa-apa peranti yang menggunakan bateri lithium ion seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, atau peranti penyimpan tenaga seperti powerbank, berisiko meledak jika ditinggalkan di dalam kereta yang panas.\n\nLedakan bateri berkenaan boleh menyebabkan kebakaran berlaku di dalam kereta anda. Selain risiko meledak dan terbakar, peranti-peranti begitu sering menjadi sasaran pencuri.\n\nTin aerosol/spray seperti spray dandanan rambut, spray racun serangga, spray pewangi, ubat inhaler mengandungi udara yang di mampatkan di dalamnya dan ia mempunyai tekanan yang tinggi.\n\nApabila ditinggalkan di dalam kereta yang panas, molekul udara dalam tin akan mengembang, lalu meningkatkan lagi tekanan di dalamnya. Hal itu boleh menyebabkan tin berkenaan meletup.\n\nApa jua bahan beracun tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai, dsb. Apa bila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap.\n\nBila anda masuk ke dalam kereta, anda akan menghidu udara yang dicemari racun yang telah meruap tadi. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan anda tanpa anda sedari.\n\nBiasanya perokok mempunyai lebih daripada satu pemetik api, dan lazimnya ada satu di dalam kereta. Ini perkara yang bahaya kerana pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas.\n\nAda juga pemandu yang menyimpan simpanan petrol di dalam kereta. Mungkin ia tidak akan terbakar tiba-tiba, tetapi dalam situasi kemalangan, petrol boleh tumpah pada pemandu dan penumpang.\n\nJangan tinggalkan anak di dalam kereta sendirian walaupun enjin tidak dimatikan, apatah lagi jika enjin dimatikan. Kebanyakan kes berlaku kerana penjaga terlupa bahawa anak masih di dalam kereta.\n\nKedengaran mustahil, tetapi kes-kes seperti ini berlaku setiap tahun, dan ia melibatkan kematian. Mangsa yang lazimnya kanak-kanak, meninggal dunia disebabkan lemas dan strok haba.\n\n*7 barang ini mungkin anda rasa perkara biasa yang selalu ditinggalkan di dalam kereta. Tetapi, dengar penjelasan doktor ini kenapa tidak boleh tinggalkan barang di dalam kereta. Selepas ini, jangan ambil mudah tentang perkara ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anda pernah cuba makan daging dendeng? Tentu enak bukan? Bagi yang belum pernah makan, apa kata anda cuba sendiri resepi daging dendeng ini!\n\nDaging dendeng ini amat popular di musim musim perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Namun kini, ia boleh dimakan bila bila waktu yang anda suka.\n\nApa kata anda jadikan resepi ini sebagai rujukan bagi menu makan tengah hari anda. Pasti puas hati seisi keluarga anda dengan resepi ini yang dikhabarkan sedap hingga menjilat jari.\n\nUntuk pengetahuan semua, resepi ini telah mendapat 4.3 ribu perkongsian semenjak ia di post. Wah, tentu menjadi resepi ini kan.\n\nAyuh. Apa anda tunggu lagi. Ayuh segera ke dapur anda sekarang.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Tyna Shamsuddin\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nResepi ni saya jumpa di fb dalam\n6-7 bulan lepas. Sekali cuba terus jatuh hati. Sekarang menu ni jadi salah satu favorite saya dan suami.\n\nSo sekarang saya share cara masaknya ye!\n\nSelain resepi daging dendeng, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
"Sekiranya anda sedang mencari aircond terbaik untuk digunakan, artikel ini sangat bermanfaat untuk anda memilih dengan mudah. Cuaca yang kadangkala tidak menentu dan sedikit panas membuatkan ramai orang memasang aircond atau pendingin hawa di rumah atau pejabat.\n\nSebelum membuat pembelian, antara faktor yang perlu dipertimbangkan untuk membeli aircond adalah bajet, tahap kesejukan dan kadar penggunaan elektrik. Semua faktor ini ditentukan oleh jenis air-cond iaitu inverter atau non-inverter.\n\nSetiap jenis aircond ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Aircond inverter dapat menjimatkan kadar penggunaan elektrik, berfungsi dengan senyap namun harga lebih mahal dari aircond biasa.\n\nManakala aircond non-inverter banyak menggunakan tenaga elektrik, berfungsi dengan sedikit bunyi tetapi harga asalnya dan harga penyelenggaraan lebih murah. Jom lihat jenis dan jenama aircond yang terbaik dan sesuai untuk anda.\n\nPanasonic 1.0 HP Air-Cond Nanoe-X Inverter XPU Series R32\n\nProduk keluaran Panasonic sememangnya terkenal kerana kualitinya yang bagus, tahan lama dan menjimatkan elektrik kerana menggunakan motor inverter. Menggunakan fungsi aerowings iaitu flap twins yang membolehkan udara disebarkan seluruh ruang dengan sama rata.\n\nPaling spesial, model ini mempunyai teknologi nanoe-x dan nanoe-g yang bertindak menghilangkan bau busuk di segenap ruang serta menghapuskan bakteria yang melekat pada perabot atau mana-mana barang dalam rumah anda.\n\nBukan itu saja, aircond ini dilengkapi dengan Eco Mode with A.I, ketetapan masa, blue fin condenser dan sebagainya. Disertakan dengan remote LCD, ianya mampu berfungsi tanpa sebarang bunyi.\n\nHisense Standard Air-Cond 1.0HP R32 AN09CBG\n\nDengan program \u201cone button, auto clean\u201d bagi siri CB yang mengandungi proses pembekuan, penembusan, pelucutan, penyahbekuan dan pengeringan bagi menyegarkan penyaman udara anda seperti baharu.\n\nKelihatan sangat moden seiring dengan zaman kerana dilengkapi sistem LED. Smart mode dicipta khas pada model ini iaitu mampu bertindak secara automatik untuk menyesuaikan suhu aircond pada tahap yang bersesuaian dengan suhu bilik.\n\nModel ini juga berfungsi dengan senyap kerana direka khas dengan saluran udara dan teknologi kawalan yang canggih. Jenis model ini adalah non-inverter dan sesuai untuk anda yang mempunyai bajet bawah RM 1000.\n\nMidea Inverter Aircond 1.5 HP R32 Xtreme Series\n\nModel aircond dari Midea ini mempunyai split-system aircond yang mampu mempercepatkan suhu bilik atau ruang untuk sejuk. Model ini juga mampu bertahan dengan lama kerana teknologi yang digunakan canggih dan berkualiti.\n\nIa mengandungi Eco Mode yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Fungsi khas yang lain adalah mesra alam, smart kits, kawalan wifi dan pengesan kebocoran pada penyaman udara ini.\n\n2 tahun warranty diberikan bagi umum manakala 5 tahun warranty untuk pemampat.\n\nPenyaman udara keluaran Samsung ini mempunyai auto swing dengan dua arah yang mampu mengawal arah pengudaraan secara automatik seluruh ruang dengan cepat. Selain itu, HD filter yang terdapat pada model ini mampu memberi udara yang segar dan bersih.\n\nSesuai untuk diletakkan pada bilik tidur kerana mempunyai mode Good Sleep yang mengawal suhu yang sesuai agar lebih segar dan mendapat tidur yang nyenyak. Penggunaan tenaga juga lebih rendah berbanding suhu atau mode normal.\n\nProgram DuraFin+ pula dapat menyebarkan udara nyaman dan sejuk dengan selesa serta berpanjangan. Paling menarik, fungsi fast cooling yang ada mampu mempercepatkan penurunan atau peningkatan suhu berbanding mode normal.\n\nLG S3NQ09JA3WA 1.0HP Dual Inverter Air-Cond\n\nPenyaman udara inverter jenama LG model ini mempunyai Dual Inverter Compressor yang mampu menjimatkan 70% penggunaan tenaga dan 40% penyejukkan yang cepat selain menggunakan udara R32 yang mesra alam.\n\nBukan itu sahaja, malah model ini mempunyai sistem perbersihan udara yang bersifat anti-bakteria dan anti-habuk. Ia juga mempunyai sistem operasi dan pembersihan automatik. Sleep mode yang ditetapkan selama 7 jam.\n\nAircond non-inverter keluaran sharp adalah salah satu aircond terbaik dan berkualiti yang sering menjadi pilihan ramai. Dengan 12 bulan warranty pasti berguna buat anda.\n\nJenis motor yang digunakan adalah fixed frequency dan digunakan secara split-system yang mampu menyebarkan udara sejuk ke segenap ruang dengan sama rata.\n\nJenama Mitsubishi memang tidak asing lagi dan mendapat banyak komen positif terutamanya produk aircond yang berkualiti dan tahan lama.\n\nAircond Mitsubishi Heavy Industries mempunyai prestasi yang bagus dengan kelas kecekapan tenaga A dan paling penting menggunakan bahan yang serba sedikit dapat mengelakkan penipisan lapisan ozon.\n\nBukan itu sahaja, terdapat beberapa penapis yang terdiri daripada beberapa proses pembersihan yang mampu mencegah bakteria, hama dan bauan busuk yang lain. Selain beroperasi dengan senyap, ianya boleh dibersihkan sendiri.\n\nHaier 1.5 HP HSU-13VTH21 Aircond Inverter \n\nDengan sistem inverter sudah pasti dapat menjimatkan kadar penggunaan elektrik. Gas yang digunakan adalah R32. 3 tahun waranti am dan 10 tahun waranti pemampat pasti bermanfaat buat and ajika berlaku sebarang kerosakan.\n\nCara untuk dipasang sangat mudah. Terdapat fungsi smart clean yang menyebarkan udara yang bersih dan anti bakteria dengan kecekapan tenaga yang lebih tinggi. Hal ini dapat menjimatkan kos membersihkan penapis penyaman udara.\n\nFungsi Eco Mode yang ada pula dapat mengurangkan 20% hingga 60% penggunaan tenaga berbanding normal mode. Tak perlu lagi risau dengan bil elektrik, mode ini membantu anda rasa lebih nyaman dan selesa.\n\nDaikin 2.5HP FTKF71BV1MF R32 Standard Inverter Air-Cond\n\nMenggunakan motor secara inverter, penyaman udara Daikin ini sesuai untuk ruang rumah anda yang luas kerana dilengkapi split-system yang mampu menyejukkan ruang rumah anda yang luas. Aircond 2.5HP ini telah mendapat 5 bintang terhadap penjimatan tenaga.\n\nBerfungsi dengan senyap pasti tidak mengganggu segala aktiviti anda. Selain itu, arah udara boleh dikawal dengan tetapan masa. Paling best, boleh dikawal dan disambungkan dengan wifi melalui fungsi smart control.\n\nPakej ini termasuk remote, 1 tahun waranti am dan 5 tahun waranti pemampat.\n\nHitachi 1.5HP Standard Inverter Series Aircond RAS-XH13CKM\n\nPenyaman udara keluaran Hitachi terkenal dengan kualitinya yang bagus serta tidak perlu kerap untuk proses menyelenggara.\n\nSistem unik yang terdapat pada model ini adalah frost wash di mana semua habuk atau bakteria dikumpulkan pada heat exchanger ditukarkan dalam bentuk air. Dapat menyejukkan atau menyebarkan udara dengan pantas dan senyap.\n\nMode lain yang terdapat pada model ini adalah air sleep timer, refresh mode, powerfull mode, sensor dry operation dan sebagainya. Pakej juga termasuk remote kawalan jauh.\n\nAcson R410 Non-Inverter Aircond + Elite Turbo TAC-C5A/XA61\n\nJika anda mempunyai bajet yang kecik, model ini sangat digalakkan bersesuaian dengan kualiti yang canggih. 3 tahun waranti khas dan 5 tahun waranti pemampat pasti bermanfaat jika berlaku kerosakan.\n\nMempunyai saluran udara yang canggih dan uniknya penyaman udara ini kerana terdapat butang kecemasan yang mampu memutuskan aliran elektrik terhadap aircond.\n\nSeperti aircond jenama lain, ia mempunyai Eco Mode, Sleep Mode, Auto Mode dan Turbo Mode. Sistem penapis yang bersih juga terdapat pada model ini. Dengan lima kelajuan kipas, ia berfungsi dengan bunyi yang perlahan.\n\nElectrolux 1.0 HP 9000 BTU Vita Cool Aircond ESM09CRR-B3\n\nElectrolux juga menjadi salah satu jenama aircond terbaik di Malaysia. Pembentukan udara yang segar dan bersih daripada bakteria melalui sistem I Clean membolehkan ianya turut berfungsi walaupun aircond dimatikan. Hal ini menjadikan kurang keperluan untuk mencuci secara kerap dan profesional.\n\nSelain itu, melalui I Feel remote yang mempunyai sensor mampu mengenalpasti suhu sekeliling lalu menyesuaikannya dengan suhu aircond secara automatik. \n\nBeko 1.0 HP R32 Inverter Aircond BSVOC090/091\n\nPenyaman udara ini menggunakan motor inverter dengan gas R32. Dengan sistem dehumidifying, ia dapat mengawasi atau mengurangkan kelembapan udara yang bagus untuk menghilangkan bau hapak, memberi keselesaan, mencegah pertumbuhan hama dan sebagainya.\n\nCiri yang lain pada aircond ini adalah mempunyai pengawalan suhu secara automatik, sleep mode dan mode penjimatan tenaga. 2 tahun waranti am dibekalkan dengan12 tahun waranti pemampat.\n\nAircond terbaik yang disenaraikan memang dari jenama yang terkenal dan berkualiti. Pilihlah mengikut bajet dan kesesuaian dengan ruang yang anda ingin letakkan. Selamat membeli!\n\nJom baca artikel Bidadari yang lain seperti:\n\nPendapat dan pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis."
"Alhamdulillah kita sudah pun berada di 10 hari terakhir ramadhan. Hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan ibadah dan kebaikan sepanjang hidup kita. InshaaAllah.\n\nSepanjang bulan puasa ni, apa menu pilihan anda? Pernah tak berbuka puasa dengan menu selain nasi? Sesetengah orang tak boleh kalau tak ada nasi kan, jadi tak kenyang lah angin lah. Macam-macam ye dakk. Namun tak kurang juga yang memilih menu ringkas untuk berbuka puasa seperti roti, mee dan pasta. Tukar-tukar angin gitu!\n\nApa kata anda cuba kuey teow goreng pulak? Kuey teow ni ada banyak versi. Versi biasa pun ada just goreng macam mee biasa, versi kering & basah dan macam-macam versi lah orang buat. Tapi, mesti tak dapat lawan versi kuey teow goreng kerang. Kerang dan kuey teow ni seolah-olah tak dapat dipisahkan. Jika terpisah, maka berkuranglah rasa keenakkannya. Haa gitu!\n\nKami telah mendapatkan resepi kuey teow sedap ini dari Facebook yang telah dikongsikan oleh saudari Arieza Rieza. Resepi yang telah dikongsi beliau telah mendapat like dan share yang cukup tinggi di laman sosial. Jadi, jom kita lihat apa rahsia yang terdapat pada resepi kuey teow kerang beliau tu sehingga mendapat tumpuan ramai.\n\nKuey teow sebungkus\nBawang putih ditumbuk kasar.\nCili kisar\nSos tomato\nKicap mee\nKicap manis\nSos tiram\nKerang siap direbus dan dikopek\nTauge\nDaun kucai\nGaram perasa\n\n\u2013 Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.\n\u2013 Kemudian masukkan cili kisar. Tunggu sehingga masak. Kemudian masukkan semua bahan2 kecuali kuey teow, tauge dan daun kucai. Kacau2 sehingga rasa semua ok. Lebihkan sedikit garam sebab kuey teow ni tawar..\n\u2013 Kemudian masukkan kuey teow, daun kucai dan tauge. Kacau2 sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis.\n\u2013 Dah siap boleh la makan sama2 keluarga\n\nTips tak nak bagi kuey teow melekat semasa goreng dan nak kuey teow cantik kena asingkan kuey teow satu persatu semasa basuh\n\nSelamat mencuba! Selain dari resepi Kuey Teow Goreng Kerang yang sangat sedap ni, kami juga ada kongsikan resepi-resepi yang lain yang turut mendapat tempat di hati para pembaca. Jangan lupa untuk like dan share yer!"
"Apabila tarikh bersalin semakin dekat untuk ibu hamil, debaran tidak dapat ditutupi lagi. Rasa gementar, risau dan takut semua bercampur baur. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang baru hamil anak pertama dan tidak ada pengalaman. Bagi ibu hamil yang ada pengalaman, mereka akan rasa lebih tenang berbanding ibu hamil anak pertama.\n\nNamun, perasaan risau itu tetap ada dalam setiap diri ibu hamil, tidak kira anak pertama atau tidak. Bersalin amat menyakitkan dan tidak mudah. Ia lebih sakit berbanding senggugut yang berlaku setiap bulan. Jika rahim tidak cukup besar untuk melahirkan anak, maka ibu terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak.\n\nIa kedengaran amat menyakitkan, tetapi itulah kenyataannya. Semestinya impian setiap ibu ingin melahirkan anak secara normal tanpa melakukan pembedahan. Maka, ada 6 tips untuk dikongsikan bagi ibu hamil yang ingin lahirkan anak secara normal iaitu mempercepatkan bukaan rahim.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 tips mempercepatkan bukaan rahim bagi memudahkan untuk bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nYe, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.\n\n2. Jangan minum air selusuh terlalu awal\n\nBiasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal\u00adawal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.\n\n3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu\n\nJangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah.Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.\n\n4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami\n\nYang ni part paling syahdu. Dekat\u00addekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih\u00adlebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.\n\nBila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.\n\nPosisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan.\n\n*Berikut adalah tips untuk mempercepatkan bukaan rahim. Cuba amalkan tips-tips ini, Insyaallah proses bersalin dapat dipermudahkan untuk si ibu. Suami juga perlu menunjukkan sokongan kepada isteri dan bantu isteri berjalan kerana apabila kandungan telah mencecah 8 bulan, si ibu akan susah berjalan kerana berat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pai tee merupakan\nsalah satu hidangan pastri popular Peranakan. Ianya amat lazat kerana diluarnya\nmempunyai tart shell yang nipis dan rangup. Di dalamnya pula terdapat sayuran\nyang dipotong nipis bersama dengan udang atau ayam, bergantung kepada selera\nanda. \n\nKali ini kami\nbawakan sebuah resepi Pai Tee yang amat mudah untuk anda mencuba. Sesuai untuk\nsesiapa yang ingin mempelajari resepi yang baharu dan baru mencuba untuk\nmemasak. Nanti, bolehlah anda hidangkan kepada yang tersayang!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Mai Akma dan telah mendapat beribu perkongsian di media sosial. Wah! Pasti menjadi. Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepi pai tee ini! \n\nCara \u2013 cara menyediakan kulit luar pai tee:\n\nCara \u2013 cara memasak sos Thai Homemade:\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi Pai Tee ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!"
"Lipas adalah makhluk perosak yang kehadirannya akan mengganggu ketenteraman para penghuni rumah. Ia bukan sahaja akan merosakkan perabot dan makanan anda, malah ia juga membawa parasit dan kuman yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Jom lihat 10 petua halau lipas secara semulajadi dan selamat tanpa racun serangga yang boleh anda cuba.\n\nTerdapat perangkap lipas siap pasang yang dijual di kedai dan pasaraya namun ia mungkin merbahaya bagi anda yang mempunyai anak kecil. Malah harganya juga agak mahal. Apa kata anda buat sendiri perangkap lipas DIY. Ianya adalah sangat mudah, selamat, dan yang paling penting harganya jauh lebih murah berbanding jika dibeli di kedai. Apa yang anda perlukan ialah:\n\nCaranya ialah anda \u00a0campurkan minyak, marjerin dan juga susu pekat. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan ke dalam satu bekas kosong yang kecil. Tak perlu bekas yang besar. Letakkan di kawasan yang menjadi tumpuan lipas. Biarkan semalaman. Lipas akan tertarik untuk makan susu pekat dan marjerin yang terdapat dalam umpan anda tadi, sementara minyak masak pula akan memerangkap lipas agar tidak dapat lari.\n\nDaun pandan mempunyai bau yang sangat wangi. Tak hairanlah ianya digunakan sebagai pewangi semulajadi untuk rumah dan kereta. Malah sejak dulu lagi daun pandan digunakan sebagai bahan utama dalam daun rampai sebagai wangian bilik pengantin bagi mengalu-alukan pengantin baru. Namun tahukah anda bau daun pandan yang wangi itu dibenci oleh lipas? Oleh itu, kalau nak halau lipas, anda boleh gunakan daun pandan. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:\n\nDaun salam atau daun bay adalah daun yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan juga masakan barat. Daun salam mempunyai bau yang kuat dan seperti daun pandan, ia sangat berkesan untuk menghalau lipas dari rumah dan kereta. Caranya mudah saja, racik halus daun salam dan taburkan di kawasan yang menjadi tumpuan lipas. Untuk kereta, tabur daun salam di lantai kereta.\n\nPetua halau lipas yang seterusnya ialah dengan menggunakan bunga cengkih. Bunga cengkih mengeluarkan bau yang kuat dan tidak disukai oleh lipas. Taburkan bunga cengkih di kawasan laluan lipas atau kawasan yang menjadi tumpuan lipas. Hasilnya? Lipas tidak akan ada lagi.\n\nSeperti bunga cengkih, kulit kayu manis juga mempunyai bau kuat yang dibenci oleh lipas. Bahan yang mudah ditemui di dapur setiap rumah ini boleh digunakan sebagai salah satu ikhtiar dalam menghalau lipas dari rumah dan kereta. Caranya, taburkan sahaja kulit kayu manis di kawasan yang berkenaan. Atau pun anda juga boleh kisar kering kulit kayu manis dan taburkan di kawasan yang sesuai.\n\nAsid boric adalah bahan yang boleh anda beli dari kedai hardware atau pun secara online. Ia adalah bahan yang selamat untuk anda gunakan, jadi anda tidak perlu risau. Asid boric lebih kepada fungsi untuk membunuh lipas yang berleluasa di rumah dan kereta anda. Ia berfungsi sebagai racun yang menghancurkan perut lipas apabila dimakan. Caranya mudah saja, taburkan asid boric di kawasan streategik dan biarkan saja ia dimakan oleh lipas. Lipas akan mati bergelimpangan.\n\nSerai adalah petua halau lipas berkesan yang anda boleh cuba. Caranya juga sangat mudah. Potong serai kepada kepingan halus atau titik serai sehingga hancur dan keluar bau. Kemudian letakkan serai di kawasan kegemaran lipas. Anda juga boleh letakkan di atas lantai kereta. Bau serai yang kuat tidak disukai oleh lipas lalu menyebabkan mereka lari ke tempat lain.\n\nAnda ada cuka di dapur? Semburkan sahaja cuka di kawasan yang dipenuhi oleh lipas. Bau masak berasid cuka tidak disukai oleh lipas. Malah cuka juga akan menyebabkan mata lipas menjadi pedih. Nak lagi berkesan? Anda boleh gunakan gabungan cuka dan cili. Caranya:\n\nLemon dan limau nipis juga boleh digunakan untuk menghalau lipas yang degil dari rumah dan kereta anda. Malah ia juga mudah untuk didapati. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:\n\nPetua halau lipas terakhir yang ingin kami kongsikan kepada anda ialah dengan menggunakan serbuk kopi. Caranya mudah sahaja. Anda taburkan serbuk kopi di kawasan yang menjadi tumpuan lipas di rumah anda. Untuk kereta, anda boleh masukkan serbuk kopi di dalam bekas yang dilubangkan supaya kereta anda dipenuhi oleh aroma kopi. Lipas tidak suka bau kopi dan mereka akan lari ke tempat lain.\n\nItulah dia info \u00a0tentang petua halau lipas yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua halau cicak tips halau nyamuk dan cara halau tikus"
"Terdapat pelbagai jenis penyakit kulit yang boleh menjangkiti anda. Jom kami senaraikan jenis penyakit kulit yang biasa menyerang orang dewasa, kanak-kanak, dan orang tua.\n\nSistemik lupus eritematosus (SLE) atau lupus, adalah penyakit kronik autoimmune di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.\n\nLupus \u00a0berasal dari perkataan Latin bererti serigala.\u00a0 Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.\n\npenyakit kayap atau Herpes adalah penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria. Terdapat beberapa jenis virus dan bakteria penyebab herpes dan ini akan menentukan jenis penyakit herpes yang dihidapi. Antaranya adalah virus Varicella Zoster dan virus herpes simpleks (\u201cHSV\u201d).\n\nKurap terjadi akibat jangkitan kulat/fungus. Antara gejala kurap adalah kulit menjadi tebal dan pada kulit timbul lingkaran yang semakin jelas, bersisik, lembab, berair dan terasa gatal. Kemudian akan timbul tompokan-tompokan putih pada lingkaran. Kurap timbul kerana kurangnya penjagaan kebersihan kulit. Bahagian tubuh yang biasanya di serang kurap ialah kaki, tangan, leher dan kulit kepala.\n\nKudis adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit tungau yang gatal iaitu Sarcoptes Scabiei Var Hominis. Jnagkitan kudis lebih banyak terjadi pada mereka yg kurang menjaga kebersihan dan mereka yang tinggal di kawasan setinggan. Antara gejala kudis adalah rasa gatal yang melampau di malam hari terutama di celah-celah jari kaki dan tangan, di bawah ketiak, alat kelamin, pinggang dan lain-lain.\n\nKudis sangat mudah menjangkiti individu lain, sama ada secara langsung (melalui sentuhan kulit pada bahagian yang dijangkiti kudis) mahupun tidak langsung (melalui perkongsian tuala/pakaian penghidap kudis). Tahap kebersihan harus di jaga bagi menghindari kudis.\n\nBisul merupakan jangkitan kulit seperti benjolan merah yang akan membesar. Benjolan ini berisi nanah dan terasa panas dan berdenyut. Bisul boleh tumbuh di semua bahagian tubuh. Namun, bisul lebih banyak tumbuh pada bahagian tubuh yang lembap seperti lipatan paha, leher, ketiak dan kepala.\n\nBisul disebabkan oleh jangkitan bakteria Stafilokokus Aureus pada kulit melalui folikel rambut, kelenjar minyak dan kelenjar peluh. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko terkena bisul adalah kekurangan tahap kebersihan, luka yang dijangkiti, penghidap diabetes, kosmetik yang menyumbat pori dan pemakaian bahan kimia.\n\nUntuk menghindari bisul, tahap kebersihan diri harus di jaga dan pengambilan nutrisi/diet seimbang harus di titik beratkan. Diet yang seimbang akan memperkuatkan daya tahan tubuh.\n\nPsoriasis termasuk di antara penyakit kulit yang sukar di diagnos. Bahagian tubuh yang biasa terkena eczema adalah sama dengan bahagian tubuh yang biasa terkena psoriasis, ditambah dengan kulit kepala, punggung bagian bawah, telapak tangan, dan telapak kaki. Stress, trauma, dan kadar kalsium yang rendah boleh menyebabkan psoriasis.\n\nPsoriasis bukan penyakit menular, tetapi bersifat menurun. Gejala psoriasis adalah timbulnya tompokan-tompokan merah yang di atasnya terdapat sisik-sisik putih tebal dan menempel berlapis-lapis. Apabila digaru, sisik-sisik tersebut akan gugur/jatuh. Semakin lama , luas permukaan kulit yg terkena psoriasis akan semakin melebar.\n\nDemam campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang disebabkan oleh virus dan biasanya menyerang kanak-kanak. Antara gejala awal campak adalah demam, bersin, badan terasa lesu, sakit kepala, nafsu makan menurun dan radang mata.\n\nSetelah beberapa hari dari gejala tersebut, ruam merah yang gatal akan timbul dan bertambah besar. Seterusnya akan tersebar ke beberapa bahagian tubuh.\n\nGejala utama yang dirasakan penghidap eczema adalah rasa gatal yang melampau pada kulit. Bahagian kulit yang gatal akan memerah, bersisik, pecah-pecah dan timbul gelembung gelembung kecil mengandung air atau nanah. Tangan, kaki, lipatan paha dan telinga adalah bagian tubuh yang paling kerap terkena eczema. Eczema terbagi kepada dua, iaitu eczema kering dan basah. Penghidap eczema basah juga akan terasa panas dan dingin yang berlebihan pada kulit.\n\nEczema disebabkan alahan/alergi pada rangsangan zat kimia tertentu seperti yang terdapat dalam detergen, sabun, ubat-ubatan, minyak wangi, kosmetik dan bahan makanan tertentu seperti udang, ikan laut, telur, daging ayam, alkohol, MSG dan lain-lain. Eczema juga disebabkan oleh alahan/alergi pada debunga tanaman, debu, perubahan cuaca dan gangguan emosi.\n\nEczema kebiasaannya menyerang mereka yg mewarisi masalah genetik dari ibu/bapa. Eczema akan menyerang penghidapnya berulang kali. Oleh itu, penghidap Eczema harus lebih berhati-hati dan menghindari bahan-bahan/perkara-perkara yang boleh menimbulkan alahan/alergi. Setiap satu dari lima orang menghidap Eczema di dunia ini.\n\nDengan rawatan yang tepat, penyakit ini dapat dikendalikan dengan lebih baik sehingga mengurangkan bilangan serangan. Pada sesetengah penghidap, Eczema akan menghilang seiring dengan pertambahan usia penghidap.\n\nImpetigo adalah penyakit kulit berjangkit yang biasanya disebabkan oleh bakteria. Impetigo menyebabkan kulit menjadi gatal, melepuh berisi cairan dan kulit menjadi merah. Impetigo sangat mudah terjadi pada kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun. Bakteria biasanya masuk ke dalam kulit melalui gigitan serangga, luka, atau goresan. Kebersihan sangat penting bagi mereka yang mengalami impetigo.\n\nMelanoma merupakan kanser kulit yang sangat serius sehingga dapat menyebabkan kematian jika tidak dirawati. Melanoma adalah jenis kanser yang menyebabkan perubahan tahi lalat pada kulit sangat berbahaya jika muncul pada leher atau kulit kepala. Salah satu tanda terjadinya melanoma adalah tahi lalat yang membesar.\n\nSelain itu terjadi perubahan warna pada tahi lalat serta terlihat tanda-tanda peradangan pada kulit di sekitar tahi lalat.\n\nItulah dia 10 jenis sakit kulit yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0 Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua hilangkan kayap, punca kencing tak lawas, dan punca keputihan."
"Mari kita kenali ilmuan Islam yang terulung ini:\n\nSyed Muhammad Naquib al-Attas (selepas ini dirujuk sebagai \u2018Al-Attas\u2019) merupakan seorang pemikir terkemuka moden Islam abad ke-21 yang juga seorang ahli falsafah dan pakar sejarah Melayu yang banyak menyumbang dalam pemikiran, pengkajian sejarah dan kebudayaan Melayu.\n\nNama sebenar beliau ialah Syed Muhammad Naquib ibn Ali ibni Abdullah ibn Muhsin Al-Attas. \u00a0Beliau dilahirkan di Bogor, Jawa Barat pada 5 September 1931. Ayahnya bernama Syed Ali bin Abdullah al-Attas yang\u00a0 berasal dari Tanah Arab\u00a0 dan berketurunan Hadrami \u2013 Arab Hadramaut, Yaman yang salasilahnya \u00a0dari ulama dan ahli tasawuf yang terkenal dari kalangan sayyid. Ibunya bernama Syarifah Raquan Al-\u2018Aydarus, yang juga berketurunan kerabat raja-raja Sunda Sukapura, Jawa Barat.\n\nDapat disusurgalurkan dengan pasti melalui salasilah keluarga Sayyid Ba\u2019Alawi di Hadramaut, Al-Attas adalah keturunan ke-37 dari Saidina \u00a0Hussein, cucu Nabi Muhammad SAW.\n\nSyed Abdullah ibn Muhsin ibn Muhammad Al-Attas (datuk dari pihak ayah) adalah seorang ulama dari tanah Jawa yang sangat berpengaruh sehingga ke tanah Arab. Syed Abdullah kemudiannya bernikah dengan Ruqayah Hanum yang juga berdarah aristokrat dari Turki, dan lahirnya Syed Ali al-Attas, iaitu bapa kepada Al-Attas.\n\nSyed Muhammad Al-\u2018Aydarus (datuk dari pihak ibu) juga adalah guru dan pembimbing Syed Abu Hafs \u2018Umar bin Syaiban dari Handramaut, yang kemudian membawa kepada Nur Al-Din Al-Raniri \u00a0yang juga seorang ulama tersohor dalam alam Melayu (Acheh).\n\nAl-Attas merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik. Abangnya,\u00a0Prof. Dr. Hussein Al-Attas,\u00a0seorang cendakiawan dan pakar sosiologi yang juga mantan Naib Canselor Universiti Malaya. Manakala adiknya Syed Zaid merupakan seorang jurutera kimia dan mantan pensyarah Institut Teknologi MARA.\n\nProf. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, ketika berusia lima tahun mendapat pendidikan awal di Ngee Heng English Premary Schoool\u00a0di Johor Bharu, Johor (1936-1941). Ketika itu beliau tinggal bersama \u00a0saudara ayahnya, Encik Ahmad dengan Ibu Azizah.\n\nKetika Perang Dunia Kedua mulai meletus, \u00a0beliau kembali ke Jawa Barat dan belajar agama Islam serta bahasa Arab di Madrasah\u00a0Al-Urwatul Wutsqa\u00a0di Sukabumi, Jawa Barat selama 4 tahun (1942-1945).\n\nTahun 1946, selepas perang tamat,\u00a0 beliau kembali\u00a0 ke\u00a0 Johor Bharu semula dan tinggal bersama saudara ayahnya, Engku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid yang juga menteri besar Johor waktu itu, kemudian dengan Dato\u2019 Onn bin Dato\u2019 Jaafar yang kemudiannya juga menjadi Menteri Besar Johor ke-7. Al-Attas melanjutkan pelajaran menengahnya di Bukit Zahrah School dan seterusnya di English College Johor Bharu.\n\nSebaik sahaja tamat pendidikan menengah, Al-Attas telah dipilih oleh Jenderal Sir Gerald Templer (Pegawai Tinggi British Malaya ketika itu) untuk mengikuti latihan ketenteraan di Sandhurst, England. Lalu Al-Attas menyertai angkatan tentera pada 1952 sehingga 1955.\n\nBeliau menggunakan peluang berada di England untuk mendalami pemikiran dan budaya Inggeris di samping meneroka negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan Afrika Utara untuk mengenali tradisi, intelektual, budaya bangsa serta seni bina Islam.\n\nSebaik tamat latihan ketenteraan, beliau bertugas sebagai pegawai di Regimen Askar Melayu berpangkat leftenan. Namun, cinta dan minatnya yang lebih mendalam dalam bidang keilmuan dan akademik membuatkan beliau meninggalkan bidang ketenteraan dan menyambung pengajiannya di Universiti \u00a0Malaya, Singapura pada tahun 1957-1959.\n\nKetika masih dalam pengajian di peringkat ijazah, Al-Attas telah menulis dua buah buku ilmiah iaitu; Rangkaian Ruba\u2019iyat yang merupakan karya sastera pertama yang dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada 1959.\n\nBuku kedunya; Some Aspect of Sufism as Understood and Practised Amongs the Malay \u00a0(diterbitkan oleh Lembaga Penelitian Sosiologi Malaysia) menjadi\u00a0 karya terulung yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan Kanada. Bahkan beliau ditawarkan biasiswa pengajian di peringkat pascasiswazah di Universiti McGill, Montreal, Kanada pada 1960.\n\nDi Kanada, Al-Attas berpeluang mengenali lebih ramai cendakiawan hebat antarabangsa seperti Fazlur Rahman (Pakistan), Toshihiko Izutsu (Jepun), Sayyed Hussin Nasr (Iran) dan Sir Hamilton Gibb (Britain) dan ramai lagi. Pada tahun 1962, beliau menamatkan pengajian sarjana dengan tesisnya yang mengesankan tentang moyangnya sendiri;\u00a0Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh.\n\nPada tahun 1963, atas dorongan beberapa pemikir orientalis yang terkenal, seperti A.J. Arberry (Cambridge), Sir Mortimer Wheeler (London), Sir Richard Winstedt (Presiden British Academy) dan pimpinan Royal Asiatic Society, Al-Attas kemudian melanjutkan pendidikan di peringkat Ph.D di School of Oriental and African Studies (SOAS) University London, London. Di universiti ini, beliau dibimbing oleh Prof. A.J. Arberry dan Dr. Martin Lings, dengan dua jilid disertasi berjudul The Mysticisme of Hamzah Fansuri, sehingga berjaya memperoleh keputusan yang begitu cemerlang pada tahun 1965.\n\nWalaupun banyak ilmu dan bidang falsafah dipelajari dari negara barat, beliau tetap menilainya dari kaca mata Islam dan sesekali tidak terpengaruh dengan pandangan negatif yang bertentangan dengan Islam.\n\nSelesai pembelajarannya di London, Al-Attas dilantik sebagai Ketua Bahagian Sastera di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM).\u00a0 Bahkan\u00a0 sebagai\u00a0 Dekan Fakulti Sastera di UM pada tahun 1968 sehingga tahun 1970.\u00a0 Dengan itu beliau bertanggungjawab memelihara bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi itu.\n\nAl-Attas juga semakin dikenali dengan kecerdasannya dalam mengkaji banyak disiplin ilmu, serta kritikannya terhadap peradaban barat turut dikagumi oleh cendakiawan bukan Islam. Sehinggakan beliau digelarkan \u2018ilmuan genius\u2019 oleh para ilmuan dunia.\n\nNama Al-Attas menjadi sinonim sebagai ilmuan Muslim yang sering menyampaikan pemahamannya dalam bentuk kuliah dan penulisan. Dipercayai beliau telah menyampaikan lebih 400 makalah ilmiah di negara-negara Eropah, Amerika, Jepun, Timur Jauh, dan pelbagai negara Islam lain.\n\nKehebatan beliau bukan sahaja mendapat sanjungan dalam negara, bahkan di peringkat antarabangsa, antaranya; Al-Attas dilantik menganggotai Akademi Falsafah Maharaja Iran (Fellow of The Imperical Iranian Academi of Philosophy) pada tahun 1975, yang anggotanya terdiri daripada golongan ilmuan terkemuka. Beliau juga memperoleh anugerah Pingat Seratus Tahun meninggalnya Sir Muhammad Iqbal (Iqbal Centenary Commemorative Medal) oleh Presiden Pakistan ketika itu Jeneral Muhammad Za ul-Haq, pada 1979. Pada tahun 1981, kerajaan Malaysia dengan kerjasama Ohio University telah melantik al-Attas sebagai pemegang pertama Kerusi Tun Abdul Razak dalam Pengajian Asia Tenggara di Ohio University, Amerika.\n\nAl-Attas juga dianugerahi kerusi Kehormatan Abu Hamid Al-Ghazali (Abu Hamid Al-Ghazali Chair of Islamic Thought) yang pertama pada 1993. Raja Hussein dari Jordan pula mengangkat beliau sebagai anggota Royal Academy of Jordan pada tahun 1994. Selain Universiti Khartoum menganugerahkannya Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang seni kepada beliau pada Jun 1995.\n\nSeterusnya pada tahun 2000, Pertubuhan Muktamar Islam (OIC), bagi pihak dunia Islam telah menganugerahkan beliau Anugerah Research Centre for Islamic History and Culture (IRCICA) sebagai pengiktirafan atas segala sumbangan ilmiah beliau dalam bidang tamadun Islam.\u00a0 Bahkan pada tahun 2011, beliau telah menerima dua penghargaan iaitu, anugerah Tokoh Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-65, diikuti anugerah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran \u2018Tan Sri\u2019 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Bahkan banyak lagi pengiktirafan lain yang diterima beliau.\n\nTerlalu besar jasa dan sumbangan Al-Attas, terutamanya dalam bidang pemikiran Islam kontempori dan pendidikan Islam. Beliau bukan sahaja ilmuan, cendakiawan, negarawan bahkan muncul sebagai sebutir permata yang sukar dicari dan jarang sekali dilahirkan dalam kalangan umat Islam era kini.\n\nAl-Attas sangat berjasa dalam memperjuangkan pandangan kritis lebih-lebih lagi melibatkan konsep Islam, budaya dan bahasa Melayu. Jadi wajarlah beliau dijadikan rujukan para ilmuan dan pengkaji termasuklah dari negara lain.\n\nLihatlah perjuangan beliau dalam dunia akademik yang mendaulatkan proses islamisasi ilmu. Menurut Al-Attas,\u00a0Islamisasi bermaksud pembebasan manusia dari tradisi magik, mitologi, \u00a0animistik , nasional-kultural, dan penguasaan daripada sekular terhadap fikiran dan bahasa. Faktor yang mendorong islamisasi ilmu ini adalah kesedaran betapa \u00a0pentingnya unsur-unsur Islam untuk diterapkan dalam ilmu pengetahuan di kalangan muslim supaya ia tidak terasing dari landasan ilmu.\n\nBeliau banyak mengingatkan dunia Islam terhadap krisis akademik, iaitu pertembungan antara ilmu barat dengan pandangan Islam. Baginya, islamisasi ilmu perlu dilakukan kerana ilmu yang disebarkan ke seluruh dunia bukanlah ilmu yang benar tetapi telah disalut oleh sifat dan peribadi kebudayaan barat.\n\nBaginya, sistem pendidikan moden umat Islam hari ini telah menciplak model sistem pendidikan barat atas faktor modenisasi. Namun, impaknya tidak berjaya menandingi kreativiti dan kehebatan barat kerana umat Islam kini tidak membangunkan wawasan mereka sendiri seperti orang barat.\n\nKesedaran dan perjuangannya ini banyak dibincangkan dalam persidangan antarabangsa, seperti Persidangan Dunia Pertama mengenai Pendidikan Islam yang diadakan di Mekah pada tahun 1977. Dalam persidangan tersebut, Al-Attas telah mengutarakan gagasan pengislaman ilmu melalui kertas kerjanya yang bertajuk\u00a0\u201cPremilinary Thoughts on The Nature of Knowledge and The Definition and Aims of Education\u201d.\n\nSelain itu, melalui peranan beliau, ilmu kalam dan akidah dalam aspek pemikiran Islam telah dikukuhkan selari dengan usaha golongan ilmuan Islam terdahulu.\n\nBegitu juga dalam bidang sastera, beliau meletakkan jiwa Islam yang adakalanya kurang dihayati oleh golongan sastera kini, selain mengemukakan pandangan beliau mengenai kategori sastera Melayu dan periodisasi sejarah penulisannnya.\n\nBahkan, perbandingan falsafah oleh Al-Attas telah dibandingkan dengan tokoh pemikir terkemuka Barat iaitu Immanuel Kant dan disokong dengan pembentangan tentang sumbangan beliau dalam pemikiran sains.\n\nSumbang bakti Al-Attas dalam penglibatan kajian sejarah dan asal bahasa melayu moden sangat besar. Beliau merupakan sosok yang bertanggungjawab dalam memformulasikan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan bangsa melalui beberapa diskusi dengan para pemimpin pada tahun 1968. Usaha ini merupakan salah satu faktor terpenting yang membawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.\n\nBegitu juga peranan Al-Attas dalam mengemukakan teori peranan Islam dan perkembangan bahasa Melayu yang berbeza dengan analisa dan kajian para pemikir barat. Ini termasuklah tafsiran beliau tentang sejarah telah diketengahkan dengan jelas sekali. Terutamanya dalam penetapan tarikh tepat batu bersurat di Terengganu. Al-Attas adalah sarjana pertama yang menemukan dan menghitung tanggal yang tepat inskripsi sejarah itu ditulis (4 Rejab 702 atau 22 Februari 1303).\n\nSecara tidak langsung penetapan ini adalah jawapan bagi teka-teki yang telah membingungkan para orientalis sejak setengah abad dahulu. Penemuan ini juga dilihat sangat penting dalam catatan sejarah Islam Asia Tenggara, terutamanya mengenai waktu kedatangan Islam ke nusantara serta\u00a0 peranan dan sumbangan Islam di alam Melayu.\n\nDengan melihat kepentingan bahasa Melayu dari awal ketamadunan sehingga kini, peranan strategik beliau dalam merangka penubuhan institusi pengajian tinggi di negara ini juga amat penting.\n\nPada tahun 1968, beliau bersama perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam jawatankuasa penaja utama penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 1970 Al-Attas juga berusaha menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di UKM kepada bahasa Melayu. Selain menjadi konseptor keislaman di universiti itu dengan membangunkan Fakulti Pengajian Islam di universiti itu.\n\nKemudian, Al-Attas juga mengusulkan konsep dan kaedah baru yang lebih baik demi kajian bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu sehingga tertubuhnya Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) di UKM dan beliau mengetuai institusi tersebut. Institusi ini menumpukan pembinaan epistemologi, sejarah dan falsafah alam Melayu dan perbandingan dengan tamadun besar. Kini institusi tersebut dikenali sebagai Institut Alam dan Tamadun Melayu atau ATMA.\n\nSelain itu, pengaruh pemikiran Al-Attas berjaya mempengaruhi persatuan-persatuan muda yang terkemuka ketika itu seperti ABIM (angkatan Belia Islam Malaysia), GAPIM (Gabungan Penulis Islam Malaysia) dan ASASI (Akademi Sains Islam Malaysia).\n\nJasa terbesar beliau adalah \u00a0mengasaskan kampus Pusat Permikiran Islam dan Ketamadunan Antarabangsa\u00a0 atau International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) serta memimpinnya selama 14 tahun.\n\nPembinaan ISTAC pada tahun 1987 adalah untuk memperjuangkan islamisasi ilmu di Malaysia serta menjadi pusat perbincangan ilmiah bagi para pemikir melakukan transformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia. \u00a0Selain berperanan melatih dan mengajar ilmuan muda yang pintar dari seluruh dunia demi melahirkan para cendiakawan yang bermutu.\n\nSebagai rektor atau pemimpin ISTAC, Al-Attas juga merangka sendiri kurikulum dan silibus, memilih para pengajar (yang ada antaranya adalah pelajar beliau sendiri), serta menubuhkan perpustakaan dengan pelbagai koleksi serta manuskrip peribadi ilmuwan dalam dan luar negara, selain menerbitkan karya dan jurnal penting.\n\nKesannya, ISTAC telah melahirkan ramai pemikir Islam yang hebat seperti; Prof.Dr. Wan Mohd Wan Daud, Prof. Dr. Alparslan Acikgenc, Prof.Dr. Sami K.Hamarmeh, Prof.Dr. Ahmad Kazemi Moussavi, Prof. Dr. Hassan El Nagar, Prof. Dr. Cemil Akdogan, Prof. Dr. Alik Badri, Prof.Dr. Mehmet Ipsirli, Prof.Dr. Paul Lettinck, Prof. Dr. Muddathir Abdel ar-Rahim, Prof.Dr.Omar Jah, Dr. Ugi Suharto dan ramai lagi para ilmuan dari pelbagai negara.\n\nISTAC dibina dengan penuh kekayaan peradaban Islam serta nilai estetika yang bematlamat membangunkan jiwa, serta keilmuan yang tinggi yang tidak lari dari konsep Islam yang sejagat. Sayangnya pada tahun 2003 ISTAC dibekukan.\n\nBukan sahaja sebagai ilmuan Muslim terkemuka, al-Attas juga dikurniakan \u00a0dengan beberapa bakat atau kebolehan lain. Terutamanya dalam bidang kaligrafi. Beliau pernah menghasilkan kaligrafi basmallah dalam bentuk burung pekak (1970), ayam jago (1972), ikan (1980) dalam beberapa buah bukunya. Kaligrafi tersebut juga pernah dipamerkan di Muzium Tropen, Amsterdam, pada 1954. Beliau juga bertanggungjawab merekacipta skrol yang unik untuk Kerusi\u00a0 Kehormatan Al-Ghazali pada tahun 1993.\n\nAl-Attas turut mempunyai pengetahuan yang baik dalam merancang dan merekabentuk bagunan, termasuklah bangunan ISTAC sendiri yang banyak menerima sentuhannya. Bentuk bangunan ISTAC yang menyerupai Masjid Al-Hambra di Andalusia dengan air yang keluar dari mulut-mulut singa; terdapat dua lukisan yang megah iaitu Salahuddin al-Ayubi dan Muhammad al-Fateh. Menurutnya dua tokoh yang pernah menakluk barat itu adalah simboliknya agar umat Islam berasa lebih kuat dan gah dari barat.\n\nAl-Attas turut merekabentuk auditorium dan masjid ISTAC pada tahun 1994, termasuk landskap dan hiasan dalamnya yang berkonsepkan seni bina Islam yang unik dan diperkemas dengan sentuhan tradisional dan gaya kosmopolitan. Setiap pengunjungnya sama ada dari luar negara atau tempatan akan menunjukkan kekaguman mereka dengan\u00a0 suasana intelektual di institusi itu.\n\nAl-Attas menghasilkan karya dalam pelbagai bidang, terutamanya ilmu falsafah, sejarah, teologi, kesusasteraan dan metafizik. Banyak penulisan beliau ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa lain seperti bahasa Arab, Parsi, Turki, Urdu, Malayalam, Indonesia, Perancis, Jerman, Rusia, Bosnia, Jepun, India, Korea dan Albania, seterusnya menjadi rujukan para cendekiawan dari seluruh pelosok dunia. Antara karya penulisan beliau adalah;\n\nBerikut adalah antara artikel yang ditulis oleh Al-Attas:\n\nMengenali Syed Muhammad Al-Attas serta pemikirannya tidak cukup dalam masa yang sebentar, bahkan untuk meneliti sumbangan dan jasanya yang cukup besar mestilah memahami terlebih dahulu perjuangan dan impian beliau. Dan, barulah diketahui bahawa peranan Al-Attas meninggalkan impak yang sangat besar dan jelas untuk memartabatkan agama dan bahasa dan bangsa.\n\nAl-Attas muncul sebagai tokoh yang menyumbang begitu banyak idea mapan yang tidak ramai menguasainya, tidak memahaminya pun bahkan dibaikan. Beliau bukan sahaja meletakkan agama di tempat tertinggi selain menjulang bahasa Melayu dengan sejarah peradaban yang tulen dan bukti kukuh, kemudian membudayakan ilmu dalam umat Islam pada masa sama turut mengkritis peradaban Barat.\n\nBukan hanya menganalisis akar masalah, tetapi beliau memberi solusi kepada bangsa dan umat Islam, terutamanya dalam aspek sejarah, intelektual dan kebudayaan Islam dalam rumpun Melayu secara keseluruhannya.\n\nDengan itu beliau layak digelar sebagai pemikir besar dunia Islam kontemporari yang wajar dibanggakan oleh umat Islam dan kaum Melayu. Bahkan perjuangan beliau dalam mengislamisasikan ilmu wajar diteruskan dan diwarisi oleh golongan ilmuan serta pemikir kini, agar asas ketamadunan Melayu yang agung terus tegak berdiri dan akidah Islam menjulang tinggi. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati beliau, amin.\n\nJemput juga membaca lebih banyak artikel menarik kami seperti; Anak Anwar Ibrahim dan \u00a0Anak Mahathir"
"Churros ialah makanan ringan yang tular sejak kebelakangan ini. Siapa suka makan churros? Jom buat sama-sama. Resepi didatangkan daripada Hasmunierni Mohamad di laman Facebook.\n\nChurros termasuk jenis donut, namun dengan bentuk yang panjang dan bergerigis. Dengan tekstur yang rangup di luar namun lembut di dalam. Churros ialah kudapan yang mengenyangkan. Kerana penyediaannya yang mudah, kudapan ini sesuai disajikan untuk keluarga.\n\nBanyak restoran juga menghidangkan churros. Menariknya, churros boleh disediakan dalam pelbagai varian rasa dan topping.\n\nSelain resepi churros, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Apabila ada anak yang masih kecil, kos pembelanjaan kita akan tinggi kerana banyak benda kita perlu beli sebagai contoh susu anak dan lampin pakai buang. Anak yang masih kecil tidak pandai untuk pergi ke tandas sendiri untuk membuang air kecil atau besar seperti kita yang dewasa ini.\n\nApabila mereka semakin besar, semakin banyak makan dan minum susu, jadi semakin banyak mereka membuang air kecil atau besar. Waktu itu, kita memerlukan lampin pakai buang yang banyak untuk menukar lampin mereka. Tetapi seawal umur 2 tahun, kita boleh mendidik mereka untuk membuang air kecil atau besar di tandas.\n\nPada umur 2 tahun, mereka sudah boleh berjalan dan bermain, maka dari situ kita boleh mendidik mereka. Bagaimanakah untuk mendidik mereka agar tidak memakai lampin pakai buang?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 langkah untuk latih anak tidak memakai lampin pakai buang. Info ini dikongsikan oleh Puan Nor Robaniyah. Puan Robaniyah merupakan pengusaha Taska Nur Husna dan Kelas Membaca dan Speaker Kaedah Membaca Ekspres-i. Tips ini dikongsikan berdasarkan pengalamannya sendiri. Mari kita baca tips yang diberikan oleh puan Robaniyah.\n\n10 Langkah untuk latih anak tidak memakai lampin pakai buang \n\nBerikut mungkin tips yang dapat membantu ibu-ibu di luar sana cara untuk anak melepaskan lampin mereka.\n\n1) Peringkat awal, latih anak buang air kecil sendiri terutama setiap kali sebelum mandi. Ibu-ibu perlu bersabar sehingga anak boleh membuang sendiri setiap kali di suruh.\n\nKalau nak suruh ketika hari siang waktu dia berlampin pun boleh cuma leceh sikit sebab perlu pakaikan lampin semula. Silap haribulan tak sempat ajak ke tandas dia dah buang air di lampin.\n\n2) Jika anak dah boleh buang air sendiri, Untuk permulaan kena pilih beberapa hari yang lapang contohnya hari minggu supaya ibu-ibu boleh fokus untuk latih anak.\n\n3) Ibu-ibu perlu beritahu anak sebelum ingin melatihnya supaya dia juga bersedia untuk melatih dirinya membiasakan dari tidak memakai lampin pakai buang.\n\n4) Perlu bertanya kepada anak dengan kerap apakah dia mahu membuang air kecil atau besar. Walau pun dia beritahu tidak mahu, untuk mula-mula setiap 15 minit \u2013 1/2 jam sekali ibu perlu bawa anak ke tandas dan minta dia buang air kecil.\n\n5) Selepas dia sudah pandai beritahu untuk buang air sendiri, ibu-ibu boleh jarakkan ke 45 minit \u2013 1 jam sekali.\n\n6) Ketika ini waktu malam anak masih perlu memakai lampin supaya tidak ada risiko anak buang air kecil ketika tidur.\n\n7) Ibu atau bapa boleh bantu bangunkan anak di waktu tengah malam untuk latih dia buang air kecil di tandas jika dia merasa ingin buang air kecil di waktu malam ketika tidur.\n\n8) Akhirnya selepas dipastikan setiap pagi lampinnya kering sepanjang dia tidur waktu malam, bolehlah dia dilatih tidur tanpa lampin.\n\n9) Yang pasti setiap apa jua yang ingin kita lakukan pastikan kita berdoa memohon kepada Allah semoga dipermudahkan urusan melatih anak kita. Kerana apa jua yang kita lakukan atas izin-Nya.\n\n10) Paling penting juga, pihak bapa perlu bantu isteri melatih anak bersama-sama.\n\n*Tips ini boleh diikiuti oleh semua ibu bapa untuk latih anak tidak memakai lampin pakai buang. Jika berjaya melatih mereka untuk pergi tandas, selepas ini kurang satu kos iaitu membeli lampin pakai buang. Pada permulaan mungkin anak masih memerlukan pertolongan ibu bapa untuk ke tandas, tetapi lama kelamaan mereka akan pendai dengan sendirinya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Lelaki merupakan tempat dimana seorang insan yang bergelar perempuan untuk mendapatkan perlindungan daripada segala bahaya. Hal ini kerana kekuatan seorang lelaki melebihi kekuatan seorang perempuan. Allah S.W.T telah menciptakan kaum lelaki untuk menjadi pelindung kepada seorang perempuan.\n\nJom kita hadam perkongsian tips daripada Dr Taufiq Razif agar ibu bapa dapat menerapkan perkara ini dalam diri anak lelaki mereka.\n\n1 \u2013 Didik anak lelaki untuk melindungi maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik-beradik perempuannya.\n\n2 \u2013 Didik anak lelaki untuk lemah lembut dengan adik-beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik-beradik perempuannya.\n\n3 \u2013 Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri.\n\n4 \u2013 Didik anak lelaki untuk hormat pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh menjadi hilang panduan.\n\n5 \u2013 Didik anak lelaki untuk mencintai ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibulah pintu syurga utamanya buat selama-lamanya. \n\n*Diharapkan perkongsian ini akan dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar apabila dewasa nanti mereka mampu menjadi seorang yang berjaya dan boleh diharap oleh semua disekelilingnya.\n\nUntuk post yang asal, para pembaca boleh merujuk di sini."
"Akhir-akhir ini periuk noxxa menjadi kegilaan ramai para suri rumah. Periuk noxxa ialah periuk tekanan serbaguna.\n\nDisebut serbaguna kerana ia boleh menumis, menggoreng, stim, slow cook, defros, masak dalam tekanan tinggi mahupun rendah. Walaupun tampak hanya seperti periuk nasi biasa.\n\nSalah satu resepi periuk noxxa yang viral ialah dodol. Dodol ialah makanan manis yang boleh dijadikan camilan, anak-anak sangat menyukai dodol. Kadang juga dodol dapat dijadihkan hidangan camilan untuk majlis-majlis mahupun perayaan.\n\nJarang orang mahu membuat dodol di rumah kerana penyediaannya yang leceh. Dodol yang dimasak dengan periuk biasa juga memerlukan tenaga untuk mengacaunya dan lama. Namun dengan periuk noxxa semuanya jadi mudah.\n\nMemasak dodol dengan periuk noxxa hanya memerlukan masa yang singkat. Gerenti dodol yang dihasilkan lembut, sedap dan menjilat jari. Jom tengok resepi perkongsian daripada Ida Karim di facebook di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi dodol noxxa, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mempunyai adik beradik sepanjang membesar adalah suatu kelebihan kepada si anak.\u00a0Mitos mengatakan bahawa anak yang mempunyai adik beradik akan terabai pendidikannya berikutan kos sara hidup yang tinggi ditanggung oleh ibu bapanya untuk semua anak adalah kurang tepat.\n\nKajian mengatakan anak tunggal yang tidak memiliki adik beradik yang lain turut mendapat keputusan yang corot dalam pelajaran (Downey and Condron 334) dimana ianya menyokong bahawa jumlah anak bukan penyebab pendidikan seseorang anak terabai.\n\n#1 Anak Yang Membesar Bersama Adik Beradik Mempunyai Lebih Skil Sosial Dan Berinteraksi\n\n\u201cFindings are consistent with the view that children negotiate peer relationships better when they grow up with at least one sibling\u201d\n\nLebih ramai jumlah adik beradik untuk mereka membesar bersama, lebih tinggi peluang untuk mereka berinteraksi sesama mereka seterusnya menggalakkan hubungan yang positif.\n\nPastinya ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi terutama bagi yang memiliki jumlah anak yang ramai.\u00a0Anak yang lebih besar lebih mudah menjadi autoriti dimana dia akan mendapatkan apa sahaja yang dimahukan dari adik adiknya secara paksa.\u00a0Kuantiti anak anak berbual bukan keutamaan namun kualiti interaksi sesama mereka yang lebih utama.\n\nBagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, mereka mempunyai kelebihan untuk mengagak perkembangan anak anak mereka yang sedang membesar.\nBertambah anak, bertambah kematangan!\n\nMenurut kajian, anak yang mempunyai adik beradik lebih kurang terlibat dalam permasalahan konflik sesama rakan sebaya. Mereka didapati lebih mudah bertolak ansur, bertoleransi dan bekerjasama dengan rakan sebaya.\n\n\u201cHaving a sibling may be especially helpful for learning to manage conflict\u201d\n\nKajian mendapati anak yang lebih kecil dalam keluarga yang besar didapati lebih mudah belajar bahasa dan sensitif terhadap emosi seseorang. Emosi \u2018melindungi\u2019 yang terbit dalam hati abang dan kakak serta adik memberi kelebihan kepada tumbesaran kognitif dan fisisosial mereka.\n\n\u201cThe ability to adjust their teaching behaviors to their younger siblings\u2019 capacities increases as older siblings develop the ability to take other people\u2019s perspectives\u201d\n\nMaka mempunyai lebih dari seorang anak adalah suatu kelebihan!\n\nMereka bukan sahaja belajar sesuatu sesama mereka tetapi juga dapat membantu dalam kerja rumah\n\nSelamat mempunyai lebih dari seorang anak!"
"Bayi tidak berak adalah satu keadaan yang sangat merungsingkan ibu bapa. Apa tidaknya, takde angin takde ribut tiba-tiba bayi anda tak mahu membuang air besar. Entah mana silapnya. Lagi parah, anda tahu apakah akibatnya kalau bayi anda tak membuang air besar untuk tempoh banyak hari. Najis bayi anda akan mengeras lalu menyebabkan bayi anda mengalami sembelit.\n\nJika bayi anda terkena sembelit, pastinya keadaan akan menjadi semakin parah. Pastinya bayi anda akan mengalami kesakitan semasa mengeluarkan najis. Silap haribulan usus atau dubur bayi anda boleh terluka lalu menyebabkan ada darah pada najisnya. \n\nJika bayi anda tidak berak, jangan dibiarkan. Jom baca info tentang bayai tidak berak yang akan kami kongsikan di sini. Ketahui apakah sebabnya dan apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi keadaan ini.\n\nAdakah bayi tidak membuang air besar sesuatu yang perlu dirisaukan?\n\nKami faham bahawa sebagai seorang ibu atau ayah, pastinya anda akan berasa risau jika tiba-tiba bayi anda tidak membuang air besar selama berhari-hari sedangkan selama ini bayi anda berak secara normal setiap hari, malah berkali-kali dalam sehari. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah periksa adakah perut bayi anda berada dalam keadaan keras atau pun lembut?\n\nTekan perut bayi anda dengan perlahan-lahan. Jika perut bayi anda lembut, tiada apa yang perlu dirisaukan. Perut bayi yang lembut bermakna tiada apa yang tidak kena dengan perutnya. \n\nBayi anda tidak mengalami kembung atau tiada najis yang terkumpul dalam perut bayi anda. Namun jika perut bayi anda keras dan bayi anda menangis apabila perutnya ditekan, itu adalah petanda bahawa ada yang tidak kena dengan perut bayi anda. Bawa bayi anda ke klinik dengan segera.\n\nPertama kedua yang anda boleh perhatikan ialah sama ada bayi anda kentut seperti biasa? Jika bayi anda tidak membuang air besar tapi kentut seperti biasa, itu bermakna semuanya ok dan berada dalam keadaan terkawal. Tiada apa yang perlu anda risaukan. Mungkin bayi anda tidak membuang air besar kerana tiada sisa kumuhan untuk dibuang. Bayi anda akan membuang air besar apabila badannya bersedia.\n\nPerkara seterusnya yang boleh anda perhatikan ialah lihat sama ada bayi anda mahu menyusu seperti biasa. Kebiasaannya, jika bayi tidak mahu menyusu, itu adalah petanda bahawa bayi anda sedang sakit. Jika bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan tiba-tiba tidak mahu menyusu, bawa bayi anda ke klinik dengan segera. Ada yang tidak kena dengan bayi anda.\n\nSelain memerhatikan perkara-perkara di atas, anda juga boleh perhatikan sama ada bayi anda aktif seperti biasa atau kelihatan sedikit diam dan tidak memberikan respons apabila diagah atau diajak bersembang. Sekali lagi, bayi yang kelihatan kurang aktif atau lemah adalah petanda bahawa ada yang tidak kena dengan bayi anda. Boleh jadi bayi anda tidak mahu membuang air besar adalah salah satu tanda sesuatu yang buruk sedang berlaku kepada bayi anda. Segera bawa bayi anda berjumpa doktor.\n\nApakah punca bayi tidak membuang air besar?\n\nJika bayi anda mempunyai semua keadaan yang kami nyatakan di atas, sila bawa bayi anda ke klinik dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan. Namun, jika semuanya nampak normal dan tiada apa yang mencurigakan, anda boleh menarik nafas lega. Kadangkala, bayi tidak membuang air besar bukannya kerana ada yang tidak kena pada dirinya, namun ia adalah normal. Di antara punca bayi tidak membuang air besar ialah:\n\nUsus dan kantung najis bayi anda sudah semakin matang\n\nSemasa baru dilahirkan ke dunia, anggota tubuh badan dan organ bayi anda adalah berada dalam keadaan yang tidak matang. Hari demi hari, kesemua anggota badan dan organ bayi anda akan menjadi semakin matang termasuk usus dan kantung najis. \n\nJika selama ini bayi anda membuang air besar sebanyak berkali-kali dalam sehari kerana ketidak matangan organ tersebut, kini apabila ia telah matang, bayi anda tidak akan membuang air besar dengan kerap lagi. Oleh itu, anda tak perlu risau jika bayi anda tidak membuang air besar sekerap dahulu.\n\nBayi anda membesar dan berkembang dengan pesat\n\nSemasa bayi anda berusia sebulan dan ke atas, ini adalah fasa di mana bayi anda akan membesar dan berkembang dengan sangat pesat dan laju. Dalam fasa ini, usus dan sistem pencernaan bayi anda akan menyerap semua nutrien dari susu yang masuk ke dalam badan bayi anda. \n\nApabila nutrien diserap secara optimum, ini bermakna tak banyak sisa yang tertinggal lalu menyebabkan tiada apa yang perlu dibuang dalam bentuk najis dari badan bayi anda.\n\nApa yang mak ayah perlu buat jika bayi tidak membuang air besar selama banyak hari?\n\nAnda boleh melakukan urutan untuk menggalakkan pergerakan usus bayi anda. Caranya ialah urut perut bayi anda secara perlahan-lahan dari arah atas ke bawah iaitu dari dada membawa ke pusat. \n\nAnda juga boleh mengurut perut bayi anda dalam keadaan membulat atau pusingan. Anda boleh sapukan minyak panas terlebih dahulu supaya kulit bayi anda menjadi licin dan memudahkan proses urutan.\n\nItulah dia info tentang bayi tidak berak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang ibu susu panduan susu ibu dan doa untuk bayi tidur lena"
"Chia seed, salah satu superfood yang semakin mendapat tempat dihati mereka yang mementingkan kesihatan. Kalau anda google tentang chia seed, pastinya anda akan terpukau dengan senarai khasiat dan kebaikan yang diberikan oleh bijirin kecil itu kepada tubuh badan. \n\nBagi wanita yang sedang mengandung, pastinya anda tertanya-tanya boleh ke ambil chia seed semasa mengandung? Isitmewa untuk anda, jom kami kongsikan kebaikan chia seed untuk ibu mengandung dan cara terbaik untuk makan chia seed supaya khasiatnya sampai kepada bayi dalam kandungan.\n\nSelamatkah untuk makan chia seed semasa mengandung?\n\nSecara umumnya, tiada masalah untuk anda mengamalkan chia seed sepanjang tempoh kehamilan jika anda tidak mempunyai sebarang alahan kepada bijirin atau kekacang. \n\nApa pun, sifirnya tetap sama. Mula ambil dalam kuantiti yang kecil untuk melihat jika tubuh badan anda memberikan sebarang tindak balas negatif. Atau pun lebih baik jika anda minta pandangan doktor terlebih dahulu.\n\nBilakah waktu terbaik untuk makan chia seed? Apakah cara makan chia seed yang betul?\n\nJika anda membuat carian di internet, anda akan berjumpa dengan pelbagai cara makan chia seed. Boleh pening anda dibuatnya tak tahu nak ikut yang mana satu. Menurut pembacaan kami, berikut adalah cara makan chia seed yang terbaik untuk ibu mengandung:\n\nMudah sahaja kan? Itulah sebabnya sangat rugi kalau anda tak amalkan chia seed semasa mengandung. Sekarang kami nak ceritakan kebaikan chia seed untuk ibu mengandung.\n\nKaya dengan magnesium, mengurangkan kekejangan semasa mengandung\n\nKajian menunjukkan bahawa chia seed mempunyai 15 kali ganda lebih magnesia berbanding brokoli. Kalau anda selalu mengalami kekejangan atau simpul mengkarung, pengambilan chia seed akan membantu untuk mengatasi masalah tersebut. Ini kerana magnesium membantu mengatasi masalah kekejangan otot.\n\nKaya dengan zat besi, mengurangkan risiko kurang darah atau anemia\n\nSemasa anda mengandung, kuantiti darah dalam badan anda akan meningkat bagi memenuhi keperluan anda dan juga bayi yang semakin membesar. Zat besi adalah di antara vitamin yang sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda menghasilkan sel darah merah yang secukupnya agar anda tidak mendapat masalah kekurangan darah atau anemia.\n\nApabila anda mempunyai darah yang mencukupi, anda akan berasa cergas dan bertenaga. Chia seed kaya dengan zat besi, oleh itu sangat baik untuk anda amalkan sebagai makanan tambahan bagi kebaikan anda dan bayi dalam kandungan.\n\nKaya dengan serat, membantu mengatasi dan mencegah masalah sembelit\n\nIbu mengandung dan sembelit adalah sangat sinonim. Ini kerana semasa mengandung, tubuh badan anda akan melalui pelbagai perubahan yang drastik dan berlakunya kekacauan pada hormon. Malah semakin kandungan anda membesar, sistem pencernaan dan usus anda akan semakin terhimpit menyebabkan ia tidak dapat berfungsi secara optimum.\n\nChia seed kaya dengan serat. Kajian mendapati bahawa 2 sudu\u00a0chia seed memenuhi 38% daripada jumlah fiber yang diperlukan oleh tubuh badan ibu mengandung setiap hari. Oleh itu, tak rugi kalau anda mengamalkan chia seed sepanjang tempoh kehamilan anda. Tak perlu risau lagi untuk ke tandas. \n\nKalsium merupakan salah satu daripada vitamin dan mineral yang sangat penting untuk ibu mengandung. Adalah sangat penting untuk anda memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari agar anda dan bayi dalam kandungan mendapat khasiat yang diperlukan setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa chia seed mengandungi 5 kali kalsium daripada susu. Wah! Teruja dibuatnya!\n\nApakah kebaikan kalsium yang ada didalam chia seed kepada ibu mengandung? Kalsium akan membantu mengekalkan kesihatan gigi dan tulang anda sepanjang tempoh mengandung. \n\nJika anda tidak mengambil kalsium yang secukupnya, kesemua kalsium dalam tubuh badan anda akan diserap oleh bayi lalu mengakibatkan anda mengalami sakit sendi, sakit otot, keluruhan gigi, malah masalah osteoperosis pada kemudian hari.\n\nSementara untuk bayi didalam kandungan anda, kalsium dalam chia seed akan membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat selain memastikan proses pembesaran berjalan dengan lancar. Oleh itu, jangan lupa untuk makan chia see setiap hari ya ibu!\n\nPastinya anda tahu bahawa minyak omega 3 sangat penting untuk ibu mengandung, terutamanya buat bayi dalam kandungan anda. Minyak omega 3 dan DHA merangsang perkembangan otak bayi supaya berkembang dengan tahap optimum. Pengambilan omega 3 semasa mengandung akan membantu bayi anda lahir sebagai anak yang cerdas dan bijak.\n\nSelain itu, omega 3 juga membantu meningkatkan tenaga anda supaya kekal cergas. Anda sedia maklum bahawa ibu mengandung mudah penat. Selain itu, omega 3 juga membantu mengurangkan masalah lupa yang sangat sinonim dengan ibu mengandung. Best kan? Kebaikan chia seed untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah:\n\nItulah dia info yang ingin kami kongsikan tentang kebaikan chia seed untuk ibu mengandung. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron, khasiat minyak argan, dan khasiat gamat"
"Apabila bergelar seorang ibu, terdapat pelbagai tugas dan tanggung jawab yang tergalas di bahu terutamanya berkaitan dengan kerja rumah. Sudah menjadi lumrah seorang perempuan, sukakan kebersihan dan kecantikan. Kalau boleh semuanya nak kelihatan bersih, kemas, dan tersusun cantik. Salah satu perkara yang tidak kurang pentingnya ialah susunan pakaian di dalam almari.\n\nMenyusun pakaian di dalam almari mungkin kedengaran mudah malah ada yang menganggap ia sebagau perkara yang remeh namun tahukah anda bahawa susunan pakaian yang tidak sesuai boleh menjadi punca stress di kalangan ibu-ibu? Masakan tidak, bayangkan baru sahaja anda susun dengan kemas dan cantik, sekejap sahaja sudah berterabur semula. Padahal nak melipat dan menyusun mengambil masa yang lama.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara susun baju dalam almari paling praktikal dan kemas yang boleh anda amalkan di rumah. Lepas ini insya Allah anda tidak akan stress atau pening kepala lagi memikir tentang kain baju yang berselerak dan berterabur. Nak-nak lagi kalau anda mempunyai anak kecil.\n\n1. Asingkan pakaian mengikut tuan empunya\n\nIni adalah langkah pertama dan merupakan yang sangat penting untuk anda lakukan. Apa yang perlu dibuat ialah kumpulkan semua pakaian di satu tempat dan kemudian ambil masa untuk mengasingkan pakaian mengikut tuan empunya. Asingkan dan letak setempat. Anda boleh gunakan bakul untuk mengasingkan pakaian suami, diri sendiri dan setiap anak-anak. Takde bakul? Takde masalah. Longgokkan sahaja di atas lantai buat sementara waktu.\u00a0 Kelebihan langkah ini ialah, jika anda tidak sempat untuk terus melipat baju, mudah untuk ahli keluarga mencari pakaian sendiri memandangkan anda telah mengasingkan mengikut tuan masing-masing.\n\n2. Pilih dan bahagikan mengikut kegunaan\n\nSetelah pakaian berjaya diasingkan mengikut tuan masing-masing, langkah seterusnya ialah pilih dan bahagikan pakaian tadi mengikut kegunaan masing-masing. Sebagai contoh:\n\nMembahagikan pakaian mengikut kegunaan adalah sangat membantu proses anda menyimpan pakaian di dalam almari nanti. Ianya akan memudahkan kerja anda dan membuatkan pakaian tersimpan dengan lebih kemas dan teratur.\n\n3. Asingkan pakaian yang sudah tidak digunakan\n\nSambil anda menyusun pakaian mengikut tuan empunya dan kegunaan masing-masing, kami cadangkan anda ambil masa untuk terus mengasingkan pakaian yang sudah tidak digunakan lagi. Mungkin ada pakaian yang sudah kecil dan tidak muat untuk dipakai lagi. Atau mungkin ada pakaian yang sudah terlalu lusuh, rosak, koyak, dan sebagainya. Mengasingkan pakaian yang sudah tidak digunakan akan menjimatkan ruang di dalam almari anda.\n\nApa yang nak dilakukan dengan pakaian yang sudah tidak dipakai? Berikut adalah cadangan kami:\n\n4. Asingkan pakaian untuk digantung dan dilipat\n\nCara susun baju dalam almari yang seterusnya ialah dengan kaedah mengasingkan pakaian untuk digantung dan dilipat. Kaedah menggantung dan melipat pakaian adalah salah satu cara untuk menyusun pakaian secara kemas, teratur, dan mudah untuk diambil. Sesetengah pakaian lebih sesuai untuk digantung pada penyangkut baju sementara sesetengahnya adalah lebih sesuai untuk dilipat. Oleh itu adalah sangat baik jika anda memilih kedua-dua kaedah ini.\n\nContoh pakaian yang sesuai untuk digantung ialah:\n\nContoh pakaian yang sesuai untuk dilipat ialah:\n\n5. Lipat dan gantung dengan kemas\n\nLangkah seterusnya ialah anda perlu melipat dan menggantung baju dengan kemas dan teratur. Gantung baju mengikut jenis dan saiz supaya susunannya cantik dan teratur. Untuk baju yang dilipat, pastikan lipatan anda adalah seragam agar pakaian mudah untuk disusun. Lipatan yang tidak seragam dan tidak kemas akan menyebabkan almari anda nampak tidak teratur. Susun pakaian yang dilipat mengikut jenis agar mudah diambil. Sebagai contoh, baju tidur diletakkan setempat.\n\n6. Simpan dalam laci atau kotak\n\nMenyusun pakaian didalam laci atau kotak juga akan membuatkan almari baju kelihatan kemas dan tersusun. Di antara pakaian yang sesuai untuk disusun dalam laci atau kotak ialah pakaian dalam, anak tudung atau inner, stoking, tudung dan shawl. Tali leher juga sesuai untuk disimpan di dalam laci dan kotak.\n\n7. Susun ikut keperluan dan kegunaan\n\nTips terakhir yang ingin kami kongsikan ialah sila susun pakaian mengikut kegunaan dan keperluan. Sebagai contoh, pakaian yang selalu anda gunakan boleh diletakkan di bahagian hadapan manakala pakaian yang jarang digunakan boleh disusun di bahagian belakang memandangkan ianya jarang sekali digunakan. Malah pakaian yang digunakan setiap hari sebagai contoh baju tidur dan baju kerja boleh diletakkan di bahagian almari yang senang diambil sementara baju sejuk yang jarang digunakan boleh disusun di bahagian yang lain. Mudah sahaja kan?\n\nItulah dia info tentang cara susun baju dalam almari yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara simpan bunga kantan, cara hilangkan hitam bawah kuali, dan cara cuci mesin basuh."
"Keropok lekor yang di beli di pasar malam tidaklah banyak hasilnya. Beli yang mentah boleh lah dapat banyak.\n\nTapi kadang rasa tidak sesuai apa yang dibayangkan. Kadang kalau nasib baik dapatlah beli keropok lekor yang sedap, kalau tidak dapat kena tahan sabar sajalah.\n\nLagi berbaloi jika buat sendiri keropok lekor, boleh letak ikan banyak-banyak dan buat sesedap rasa. Resepi keropok lekor yang sedap dan mudah kami kongsikan pada tulisan kali ini. Didatangkan daripada\u00a0\u200eLynn Rizky\u00a0di laman Facebook.\n\nMakan petang-petang dengan keropok lekor homemade, apatah lagi kalau dicicah dengan sos keropok lekor, jadi makin sedap. Keropok lekor resepi ini menggunakan ikan kembung biasa. Isi dalam keropok lembut dan tidak liat.\n\nTanpa tunggu lama, jom buat resepi keropok lekor mudah ini. Resepi seperti di bawah. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi keropok lekor, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tekanan darah rendah merupakan masalah kesihatan yang agak kurang popular berbanding penyakit tekanan darah tinggi. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya tekanan darah rendah adalah jauh lebih bahaya daripada tekanan darah tinggi?\n\nMenurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, tekanan darah yang normal bagi seorang dewasa ialah pada paras di bawah 120/80 mmHg.\u00a0 Tekanan darah atau Hypotensi berlaku apabila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg. Apakah punca tekanan darah rendah?\n\nSebelum mengetahui apakah punca masalah tekanan darah rendah, adalah penting untuk kita memahami bahawa terdapat tiga jenis utama masalah tekanan darah rendah iaitu:\n\nJadi, apakah punca tekanan darah rendah? Punca bagi masalah kesihatan tersebut adalah berbeza bagi setiap jenis seperti yang kami nyatakan di atas tadi. Di antara punca yang seringkali berlaku ialah:\n\nKekurangan air dalam badan yang terlampau boleh menjadi punca tekanan darah rendah yang anda alami. Ini kerana kekurangan air akan menjejaskan fungsi tubuh badan anda. Di antara punca kekurangan air dalam badan ialah:\n\nCuaca yang terlalu panas juga boleh menjadi punca anda mendapat tekanan darah rendah. Apabila anda berada dalam cuaca yang terlalu panas, badan anda akan berpeluh secara berlebihan dalam usaha untuk menstabilkan suhu badan. \n\nApabila anda terlalu banyak berpeluh, badan anda akan kehilangan banyak air lalu menyebabkan tekanan darah anda menurun dengan mendadak.\n\n3. Tidak bergerak untuk tempoh yang lama\n\nJika tubuh badan anda berada dalam keadaan yang statik dan tidak bergerak dalam keadaan yang lama, ia juga boleh menyebabkan tekanan darah anda menurun. Sebagai contoh, jika anda menyertai perbarisan dan terpaksa berdiri dengan lama. \n\nDarah akan terkumpul di kaki anda lalu anda akan mula berasa pening dan terasa seolah-olah mahu pitam. Begitu juga keadaannya sekiranya anda duduk terlalu lama dan tiba-tiba bangun.\n\nKajian mendapati bahawa terdapat sesetengah ubat-ubatan yang boleh meningkatkan risiko anda untuk hipotensi ortostatik. Di antara ubat yang telah dikenal pasti ialah:\n\nHipotensi \u2018postprandial\u2019 biasanya terjadi selepas anda makan. Makanan yang masuk ke dalam badan akan menyebabkan tekanan darah dalam badan anda menjadi rendah lalu menyebabkan anda berasa pening untuk seketika.\n\nTahukah anda bahawa kesakitan yang teramat sangat juga boleh menyebabkan badan anda mengalami tekanan darah yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana badan anda sedang mengalami trauma dan menyebabkan tekanan darah anda menjadi terlalu tinggi lalu otak anda mendapat signal supaya menurunkan tekanan darah.\n\nSelain kesakitan yang melampau, ketakutan yang teramat sangat juga boleh menyebabkan tekanan darah dalam badan anda menjadi rendah. Sama seperti keadaan anda mengalami kesakitan yang teramat sangat, ketakutan yang melampau akan memaksa badan anda untuk menurunkan tekanan darah. Muka anda juga akan menjadi pucat.\n\nDari segi perubatan, keadaan ini dikenali sebagai septic shock. Ia adalah keadaan di mana terdapat kehadiran bakteria dalam tubuh badan anda lalu memasuki aliran darah.\u00a0\n\nBakteria yang berada dalam aliran darah anda akan mengeluarkan toksin yang akan meracun darah anda lalu tekanan darah anda menurun. \n\nItulah dia 8 punca tekanan darah rendah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca darah tinggi dan punca kencing manis"
"Pernah dengar orang kata, kita adalah apa yang kita makan. Setiap makanan yang masuk ke dalam mulut kita akan mempengaruhi tumbesaran, kecerdasan otak, malahan emosi.\n\nMakanan tidak berkhasiat bukan sahaja akan mempengaruhi tubuh badan kanak-kanak malahan juga orang dewasa. Istimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan senarai makanan tidak sihat yang seharusnya anda elakkan daripada dimakan setiap hari.\n\nMSG atau bahan perasa adalah bahan yang dimasukkan ke dalam masakan dengan tujuan untuk menyedapkan makanan. Lagi banyak bahan MSg dimasukkan, makin sedap makanan tadi. Namun seperti yang kita sedia maklum, MSG adalah tidak baik untuk kesihatan bagi tempoh masa yang lama.\n\nKajian mendapati bahawa MSG adalah toksik yang akan meracun tubuh badan dan menyebabkan kesan buruk. Malah ada orang yang akan terus dilanda sakit kepala sebaik sahaja makan makanan yang mengandungi MSG.\n\nTahukah anda bahawa terdapat banyak nama lain untuk MSG. Di antaranya ialah:\n\nOleh itu periksa label makanan sebelum membeli. Sebolehnya elakkan makanan yang tinggi kandungan MSG.\n\nAda yang menyangka bahawa merjerin dan butter adalah dua benda yang sama cuma marjerin dijual dengan harga yang lebih murah. Salah. Butter atau mentega dibuat dari susu sementara marjerin dibuat dari minyak kelapa sawit yang mengandungi minyak transfat atau minyak tak tepu yang akan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan. Di antara kesan buruk lemak tak tepu yang telah dikenal pasti ialah:\n\nBagi ibu moden yang sentiasa sibuk terutamanya pada waktu pagi, menyediakan bijirin sarapan sebagai sarapan anak-anak adalah perkara biasa. Mudah sahaja kan, cuma sediakan susu segar dan tuang bijirin sarapan kegemaran anak-anak. Malah kita juga dimomokkan dengan iklan kononnya ianya sangat berkhasiat dan baik untuk anak-anak. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya bijirin sarapan mengandungi bahan-bahan yang boleh menjejaskan kesihatan anak anda seperti:\n\nAnda suka makan organ dalaman haiwan sembelihan seperti hati, pedal, jantung, paru, limpa, dan sebagainya? Sudah pasti anda tahu bahawa sebagai orang islam, hukum memakan organ dalaman binatang adalah makruh. Ini kerana organ dalaman mengandungi bahan toksik dan bahan kimia yang boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh badan manusia. Di antara bahan yang ada dalam organ dalaman ialah seperti berikut:\n\nNamanya nugget ayam atau daging maka anda menyangka bahawa isinya ialah daging ayam atau daging lembu. Jika itu sangkaan anda, yang sebenarnya anda silap. Nugget yang dijual di pasaran hanya mengandungi sedikit isi daging dan ayam. Kebanyakannya ialah bahagian yang lain seperti kulit ayam, dan bahagian berlemak yang anda takkan hidangkan kepada keluarga. Selain itu, nugget juga mengandungi bahan-bahan berikut yang akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan:\n\n13. Hydrogenated Soybean Oil with\u00a0TBHQ\n\n15. Autolyzed Yeast Extract mengandungi MSG.\n\nOleh itu, kurangkan pengambilan nugget yang dibeli di pasar raya dan jika anda ada masa boleh buat nugget homemade yang sangat mudah dan sihat.\n\nItulah dia info tentang makanan tidak berkhasiat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Walau apa pun makanan yang diambil, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Nak lagi baik, kurangkan makan diproses yang dibeli di pasar raya. Pilih untuk buat sendiri atau homemade. Anda boleh dapatkan resepi di internet. Percayalah! Tak susah mana sebenarnya untuk menyediakan makanan homemade.\n\nJika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang makanan anti kanser, makanan punca kanser, dan keburukan makanan segera."
"Bayangkan bubur chacha sedap dan lazat sedia terhidangkan di atas meja. Fuh, memang best.\n\nBayangkan macam mana lembut dan lazatnya bubur cha cha. Simpan dalam peti sejuk lagi kaw sedapnya. Tapi juga boleh dihidangkan suam, ikut selera.\n\nBubur cha cha lembut biasanya diperbuat menggunakan doh tepung gandum disiram dengan kuah santan campur gula dan daun pandan.\n\nBubur cha cha sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut acara kenduri dan acara mewah lainnya. Tetamu juga jadi semangat nampak bubur cha cha ini.\n\nUntuk memuaskan selera anda, di bawah ini telah kami tuliskan resepi bubur cha cha perkongsian daripada ALeen Aireish di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi bubur cha cha, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Persediaan untuk menyambut kelahiran baru pasti ibu bapa akan membeli barangan untuk si kecil seperti baju, lampin, botol susu, puting, bantal dan lain-lain lagi. Satu barang yang perlu ada dan wajib ada adalah botol susu. Jika tiada botol susu, bagaimana mahu memberi susu kepada bayi jika ibu tidak dapat memberikan susu badan.\n\nAda yang mengatakan bahawa jika anak suka menggonggong botol susu atau puting, ia boleh mengakibatkan masalah kepada anak tersebut. Apakah masalah-masalah itu?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 2 Masalah jika anak suka menggonggong botol susu atau puting. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.\n\n2 Masalah jika anak suka menggonggong botol susu atau puting\n\nKajian menunjukkan kanak-kanak yang setiap masa dengan botol susu / puting mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah jangkitan pada telinga. Seperti yang kita tahu, mendengar adalah sangat penting untuk membolehkan kanak-kanak bercakap dengan baik. Sekiranya terdapat gangguan pada pendengaran kanak-kanak, sudah semestinya, perkembangan bahasa juga akan terganggu\n\n2) Masalah pada struktur rahang dan gigi kanak-kanak seperti \u2018open bite\u2019 dan kerosakan gigi\n\nProses bercakap perlu dipelajari. Ia melibatkan banyak aspek. Tapi secara asasnya untuk bercakap kanak-kanak perlu memahami bahasa terlebih dahulu yang mana proses ini berlaku di otak hasil dari apa yang mereka dengar dan lihat. Seterusnya untuk menyebut pula mereka perlukan struktur dan fungsi yang baik bagi organ pertuturan. Sekiranya salah satu terganggu semasa proses berlaku, akan wujudlah gangguan pada pembelajaran untuk kanak-kanak bercakap\n\nJika kita lihat pada kedua masalah tersebut, memang ada faktor penyumbang yang membawa kepada masalah kelewatan bahasa & pertuturan. Masalah jangkitan pada telinga boleh menyebabkan kanak-kanak mendapat masalah pendengaran yang mana ia akan memberi kesan kepada pembelajaran bahasa mereka. Jika mereka tidak mendengar dengan baik, bagaimana mereka boleh memahami perkataan dan menyebut dengan baik kerana asas untuk belajar bercakap adalah faham dan tiru sebutan orang dewasa terlebih dahulu.\n\nSeterusnya adalah masalah pada struktur mulut, rahang dan gigi juga boleh memberi kesan pada sebutan kanak-kanak yang mana ianya boleh membawa kepada masalah pelat. Untuk bercakap dan menyebut bunyi, setiap organ pertuturan perlu diletakkan pada kedudukan yang betul. Kedudukan yang salah akan menyebabkan bunyi yang salah juga dihasilkan. Untuk menghasilkan bunyi yang betul, kanak-kanak perlu berlatih menggunakannya secara berterusan semasa usia 6 bulan lagi.\n\nWalaupun ada kajian-kajian yang dilakukan, tetapi tiada keputusan yang mengatakan dan mengaitkan secara terus bahawa tabiat menggonggong botol susu dan putting secara berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap. Terapis Pertuturan menyarankan supaya kanak-kanak berhenti atau mengurangkan penggunaan botol dan puting pada usia 18 bulan ke usia 2 tahun kerana pada usia ini pembelajaran bahasa dan perkembangan struktur mulut berkembang dengan sangat pesat. Pada usia 18 bulan kanak-kanak sudah boleh diajar menggunakan cawan ataupun straw untuk minum.\n\n*Tidak salah jika anak suka menggonggong botol susu atau puting tetapi lebih baik jika dapat dikurangkan. Jika susu sudah habis, ajar mereka untuk letak tepi botol tersebut dan jangan galakkan mereka untuk terus menggonggong botol susu kosong. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kesihatan wanita hamil yang baik berkait rapat dengan kesihatan bayi dalam kandungannya yang baik. Wanita yang menjaga pemakanan, bersenam setiap hari dan menjaga kehamilan dengan baik, didapati menghadapi komplikasi sewaktu hamil yang sangat rendah serta cenderung untuk melahirkan bayi yang sihat.\n\nOleh itu, mengekalkan tempoh kehamilan yang sihat adalah amat penting dan patut dititikberatkan bagi setiap ibu bapa yang sedang menunggu saat-saat kelahiran permata hati mereka.\n\nApa yang anda makan sepanjang tempoh kehamilan memberi peranan yang besar terhadap permulaan perkembangan bayi yang sihat. Diet yang sihat dan lengkap dengan semua nutrisi membolehkan peluang untuk melahirkan bayi yang normal beratnya, meningkatkan perkembangan otak bayi dalam kandungan dan mengurangkan risiko kecacatan bayi yang bakal lahir.\n\nDiet yang seimbang juga mengurangkan risiko komplikasi semasa hamil seperti anemia.\u00a0Ia juga mengurangkan alahan dan mabuk sewaktu hamil, kekejangan dan beberapa lagi simptom lain sewaktu hamil yang tidak menyelesakan. Nutrisi yang baik juga didapati boleh mengimbangi mood ibu mengandung akibat hamil dan boleh mempermudahkan ibu sewaktu bersalin.\n\nSecara kasarnya, diet yang seimbang merangkumi protein, vitamin C, kalsium, buahan dan sayuran, karbohidrat, makanan tinggi zat besi serta makanan yang mengandungi kandungan lemak yang berpatutan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan berada pada tahap yang terbaik. Cara yang paling mudah untuk mengimbangi nutrisi anda adalah mempelbagaikan jenis makanan dari semua kumpulan nutrisi setiap hari.\n\nRamai wanita bimbang akan kenaikan berat badan merea sewaktu hamil. Sekiranya berat badan anda adalah normal sebelum anda hamil, kenaikan berat badan sebanyak 25 hingga 35 pound adalah disyorkan.\n\nAdalah penting bagi si ibu untuk berbincang dengan doktor dan memantau berat badan mereka sera nutrisi yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan. Kenaikan berat badan yang disyorkan oleh ibu mengandung adalah berbeza mengikut saiz badan dan kondisi kehamilan masing-masing.\n\nOleh itu, adalah terbaik sekiranya mendapatkan pandangan dan nasihat mereka yang lebih pakar.\n\nUntuk memelihara ibu dan bayi dalam kandungan dari bakteria atau jangkitan parasit (Listeriosis),\u00a0pastikan kesemua susu, cheese dan jus dipasteur dengan sebaiknya sebelum diambil.\n\nJangan makan daging atau hot dog sehingga ia yang dimasak dan dipanaskan sepenuhnya. Selain itu, elakkan memakan makanan laut yang disimpan dalam peti sejuk atau disalai serta daging, ayam, dan makanan laut yang tidak dimasak sepenuhnya.\n\nSekiranya anda mempunyai masalah alergik, lebih baik sekiranya anda mendapatkan nasihat doktor berkenaan makanan apakah yang harus dielakkan.\n\nWalaupun kebanyakan dari nutrisi yang diperlukan semasa hamil seharusnya diperolehi dari pemakanan yang sihat, suplemen seperti vitamin prenatal juga memainkan peranan yang penting.\n\nWanita hamil selalunya terlalu sibuk dengan aktiviti seharian hingga tidak sempat untuk merancang makanan yang cukup dengan semua nutrien yang diperlukan setiap hari. Oleh itu, vitamin boleh membantu menambahkan lagi jumlah nutrisi\u00a0yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.\n\nAsid folik merupakan vitamin B yang didapati merupakan suplemen yang penting untuk wanita hamil. Asid folik yang diambil beberapa minggu sebelum kehamilan dan 12 minggu awal didapati boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi yang mempunyai kecacatan neural tube sebanyak 75 peratus!\n\nKebanyakan vitamin prenatal mengandungi 1mg asid folik. Walau apa pun, lebih baik sekiranya anda\u00a0mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin prenatal sepanjang tempoh kehamilan.\n\nSenaman yang sederhana bukan hanya dianggap selamat untuk wanita mengandung, ia amat digalakkan dan diketahui mampu memberi seribu kebaikan pada si ibu, serta bayi dalam kandungan.\n\nSenaman 30 minit sehari terbukti membantu pengaliran darah, menguatkan otot dan mengurangkan tekanan. Namun begitu, adalah penting untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memulakan apa sahaja bentuk senaman, lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai komplikasi kehamilan yang lain.\n\nBagi wanita yang tidak begitu aktif sebelum hamil, lebih baik sekiranya berbincang dahulu dengan doktor berkenaan cara-cara senaman yang sesuai yang boleh anda lakukan sepanjang tempoh kehamilan.\n\nBagi kebanyakan kehamilan yang normal, senaman boleh meningkatkan tenaga, memperbaiki kualiti tidur, menguatkan otot dan daya tahan badan, mengurangkan sakit belakang serta melegakan sembelit. Senaman aerobik seperti berjalan, jogging dan berenang boleh meransang jantung, paru-paru, sendi dan otot yang boleh membantu kelancaran oksigen keseluruh badan.\n\nTerdapat pelbagai kelas senaman yang direka khas untuk wanita hamil seperti yoga, boleh membantu menguatkan daya tahan, memperbaiki postur tubuh dan menggalakkan peredaran darah serta pernafasan. Yoga juga didapati boleh mengurangkan tekanan, ketegangan dan kebimbangan serta membantu wanita kekal fokus dan relax.\n\nPemilihan gaya hidup yang sihat akan mempengaruhi secara terus dengan tahap kesihatan tumbesaran bayi dalam kandungan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu mengandung supaya menghindar tabiat buruk seperti merokok dan pengambilan alkohol. Tabiat buruk ini boleh memberi risiko yang tinggi sama ada pada ibu, bayi dalam kandungan atau kedua-duanya sekali.\n\nDiharap pembaca wanita Islam di blog ini tiada yang mengamalkan pengambilan alkohol. Namun begitu, kita juga seharusnya berhati-hati dengan pemilihan makanan sepanjang tempoh kehamilan.\n\nDikhuatiri, makanan yang kita makan ada yang mengandungi alkohol walau sedikit tanpa kita sedar; contohnya seperti sushi. Oleh itu, kenalpasti dahulu makanan yang anda makan. Seeloknya, makan sahaja dirumah kerana ia bukan sahaja bersih, malah kandungannya diyakini selamat untuk kita dan bayi dalam kandungan.\n\nUntuk makluman, minum alkohol sewaktu mengandung memberi seribu masalah dalam perkembangan bayi dalam kandungan. Mana-mana alkohol yang diambil oleh para ibu, memasuki saluran darah bayi dalam kandungan lebih kurang sama banyaknya dengan alkohol yang memasuki saluran darah ibu.\n\nPengambilan alkohol yang terlalu banyak semasa hamil boleh menyebabkan\u00a0fetal alcohol syndrome (FAS) yang menyebabkan bayi\u00a0kurang berat badan, kekurangan mental, dengan pelbagai kecacatan, dan kadar kematian yang tinggi.\n\nPengambilan alkohol sewaktu hamil juga boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti:\n\nSementara itu, merokok juga memberi risiko yang tinggi pada bayi dalam kandungan. Merokok boleh memberi kesan pada aliran darah dan penghantaran oksigen pada bayi sehingga menjejaskan tumbesarannya.\u00a0Merokok juga berkait rapat dengan pelbagai komplikasi sewaktu hamil termasuklah:\n\nSakit atau tidak sihat semasa tempoh kehamilan\n\nSelain dari simpton-simpton lain yang sering dialami wanita mengandung, mereka juga lebih mudah terdedah dengan jangkitan tertentu, terutamanya virus seperti selsema atau demam. Wanita hamil akan lebih mudah jatuh sakit sekiranya dijangkiti selsema.\n\nWalaupun \u00a0ia menyebabkan anda berasa tidak sihat dan tidak selesa, kebanyakannya tidak akan menjejaskan pertumbuhan bayi anda dalam kandungan. Jadi, jangan susah hati ya.\n\nAntara penyakit yang biasanya dihadapi adalah:\n\nAdalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor dalam rawatan penyakit anda terutamanya ketika hamil. Ubatan atau suplemen tambahan yang biasanya digunakan untuk mengurangkan sakit badan seperti panadol atau aspirin serta untuk merawat selsema tidak digalakkan diambil sewamtu hamil.\n\nTentu ramai pernah dengar pepatah ini; \u201cmencegah lebih baik dari mengubati\u201d. Diet yang seimbang, senaman, rehat yang mencukupi serta penjagaan kebersihan dapat mengekalkan kesihatan tubuh sepanjang hamil.\n\nTerdapat wanita yang pernah menghidap asthma mungkin mendapati simptom tersebut semakin teruk sewaktu hamil. Keadaan ini mungkin disebabkan peningkatan hormon dalam sistem badan.Selain itu, ia juga mungkin disebabkan uterus yang semakin membesar hingga menekan paru-paru dan menghadkan keupayaannya.\n\nWanita hamil yang menghidap asthma mempunyai peluang yang lebih\u00a0tinggi untuk menghidap preeclamsia (biasanya berlaku berpunca dari tekanan darah yang tinggi dan bilangan protein yang agak tinggi dalam air kencing)\u00a0dan ia boleh menyebabkan berlakunya kelahiran bayi pra-matang atau kecacatan sejak lahir pada bayi. Dengan rawatan yang betul, asthma boleh dikawal dengan sebaiknya sepanjang tempoh kehamilan.\n\nKredit gambar: Joanna Sweeny, Olilia, vandermark.teach"
"Yogyakarta atau selalu disebut sebagai Jogjakarta atau Jogja sememangnya menarik. Teringin nak tahu apa yang ada di sana? Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Yogyakarta yang pasti membuatkan anda teruja nak ke sana.\n\nIa merupakan candi atau kuil Budha yang terbesar di dunia dan merupakan salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia. Candi berbentuk\u00a0stupa\u00a0ini didirikan oleh para penganut\u00a0agama Buddha Mahayana\u00a0sekitar tahun\u00a0800-an Masehi\u00a0pada masa pemerintahan\u00a0wangsa\u00a0Syailendra. Dinding tokong budha ini dihiasi dengan 2672 panel dan 502 patung Budha.\n\nBorobudur kini masih digunakan sebagai tempat ziarah keagamaan. Setiap tahun penganut Buddha datang dari seluruh Indonesia danberkumpul di Borobudur untuk memperingati Trisuci\u00a0Waisak.\u00a0Jika anda sampai ke Yogyakarta, pastinya sangat rugi kalau anda tak pergi ke sini.\n\nJika Candi Borobudur merupakan kuil Budha, Kuil Prambanan pula merupakan kuil Hindu. Khabarnya, Kuil Prambanan merupakan kuil Hindu tercantik di dunia dan telah diisyhtiharkan sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO.\n\nTerdapat 3 kuil utama di sini iaitu Kuil Brahma. Vishnu dan Shiva yang mewakili simbol Trimurti dalam agama Hindu. Berketinggian 47 meter iaitu 5 meter lebih tinggi daripada Candi Borobudur, ianya adalah lambang bahawa agama Hindu berjaya menakluki Tanah Jawa.\n\nKeraton Kasultanan Ngayogyakarta Hardiningrat atau nama pendeknya Istana Keraton dulunya adalah tempat tinggal para raja dan tempat perkembangan budaya. Sehingga ke hari ini, ia kekal\u00a0 sebagai pusat budaya Jawa dan kini menjadi sebuah muzium.\n\nTerdapat banyak barang pameran di sini. Di antaranya barang seramik, senjata, gambar, batik, dan replika.\n\nGua ini dikatakan terbentuk hasil runtuhan hutan semasa berlakunya gempa bumi di Yogyakarta. Runtuhan tersebut membentuk lubang seluas 200 meter di dalam tanah. Waktu tengah hari, cahaya matahari akan menembusi masuk melalui lubang tersebut dan menghasilkan pemandangan yang sangat indah. Penduduk tempatan memanggilnya cahaya dari syurga.\n\nLandskap di Taman Negara Kalibiru adalah sangat cantik. Di sini terdapat dek yang diperbuat daripada kayu yang menghadap kehijauan gunung-ganang. Kalau anda sampai ke sini, jangan lepaskan peluang untuk naik ke dek tersebut.\n\nApa yang menarik, taman ini dibina oleh penduduk tempatan bagi menggantikan kawasan hutan yang diteroka untuk menanam pokok kelapa sawit.\n\nWayang adalah perkataan jawa bagi persembahan teater dengan bayang-bayang boneka yang diiringi dengan persembahan orkestra. Ala-ala macam wayang kulit kita, tapi dalam versi jawa. UNESCO telah mengiktiraf teater wayang jawa sebagai karya lisan dan warisan kemanusiaan.\n\nBelum pernah sampai ke gunung berapi? Anda jangan lepaskan peluang untuk ke Gunung Merapi Kailurang. Pemandangannya sungguh mempersonakan dengan kehijauan dan kabus yang menyelimuti gunung. Selain itu, terdapat juga 22 gua peninggalan Jepun yang dibina semasa zaman penjajahan.\n\nTerdapat juga susunan bongkah batu atau dikenali sebagai stonehenge yang menarik di sini.\n\nMencari cenderamata buat kenangan dan buah tangan untuk orang di Malaysia? Anda boleh shopping di Malioboro. Ianya dibuka 24 jam sehari dan sepnjang 1 kilometer. Di sini dijual pelbagai cenderamata termasuk perhiasan wanita, batik indonesia, emas, permata, malah perhiasan rumah. Anda boleh tawar-menawar di sini.\n\nPantai ini adalah tempat bermulanya lagenda Nyi Roro Kidul atau Ratu Kidul. Waktu kecil dahulu, pasti anda pernah melihat filem Indonesia berkenaan ratu ular ini, kan? Di sinilah duduknya istana kerajaan Ratu Kidul yang mengusai Laut Selatan.\n\nDi sini anda boleh bermandi-mandi atau mencuba aktiviti paragliding. Nak romantik sikit? Boleh naik pedati kuda untuk menyelusuri pantai sambil melihat matahari terbenam.\n\n10. Istana Air Taman Sari ( Water Castle )\n\nIstana Air Taman Sari merupakan bekas taman diraja kesultanan Yogyakarta.\u00a0Asalnya ia menjadi tempat mandi para permaisuri dan ratu, dan juga terdapat taman dan pulau buatan manusia. selain itu ia menjadi tempat bermeditasi dan pertahanan kerajaan pada waktu itu.\u00a0Ia menjadi lokasi penggambnaran untuk banyak filem dan drama.\n\nAnda sukakan street art? Di sini ada banyak dinding grafiti yang cantik.\u00a0Anda akan mendapat banyak gambar yang cantik di sini. Sebolehnya elakkan pergi pada hari minggu kerana keadaan akan menjadi sedikit sesak & susah untuk mendapat gambar yang cantik.\n\nDi sini juga merupakan tempat untuk membeli cenderamata. Ia merupakan syurga untuk barangan batik dan ukiran kayu. Jika anda ingin membeli batik, inilah tempatnya. Terdapat pelbagai jenis batik termasuk batik yang dibuat dari kain kapas dan sutera.\n\nKampung Wijilan merupakan pusat gudeg. Apa itu gudeg? Ia merupakan sejenis makanan tradisonal Yogyakarta. Anda wajib mencuba gudeg jika melawat ke Pulau Jawa. Gudeg merupakan gori ( nangka muda ) yang dimasak bersama santan dan rempah-ratus. Ianya dihidangkan bersama telur, tauhu, tempe, ayam dan santan.\n\nTerdapat 17 restoran gudeg di Kampung Wijilan.\n\nZoo Gembira Loka merupakan zoo terbesar di Tanah Jawa. Apa yang menarik, zoo ini telah rosak teruk semasa Yogyakarta dilanda gempa bumi pada tahun 2004 namun telah dibaik pulih dan kembali seperti sedia kala. Di antara binatang yang ada di sini ialah gajah, cimpanzi, dan harimau.\n\nItulah dia 13 tempat menarik di Yogyakarta yang ingin kami kongsikan untuk anda. Menarik kan? Jom bercuti ke Yogyakarta.\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Yogyakarta yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Kebahagiaan hakiki sukar dikecapi jika salah seorang atau kedua-duanya menimbulkan masalah. Masalah biasanya berlaku disebabkan sikap atau tingkah-laku pasangan itu sendiri. Walau bagaimanapun, kebahagiaan boleh dinikmati jika mereka benar-benar tahu cara untuk mendapatkan kebahagiaan tersebut.\n\nPakar motivasi negara, Dr. Fadzilah Kamsah ada berkongsi tips untuk bahagia dalam hubungan perkahwinan. Dipersembahkan tips bahagiakan pasangan\n\nBerikut lima tips bahagiakan pasangan yang dikongsikan:\n\nTidak dinafikan doa turut memainkan peranan dari sudut dalaman iaitu hubungan yang berkaitan dengan-Nya. Amalkanlah doa dalam setiap saat, bukan sahaja ketika selesai solat.\n\nCukuplah menerbitkan rasa di hati untuk mendoakan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Nescaya hari-hari yang dilalui pasti akan dipenuhi keberkatan dan seterusnya menjadikan hubungan bersama pasangan kekal bahagia dan ceria.\n\n#2 Banyakkan pujian dan senyuman kepada pasangan\n\nPujian boleh meningkatkan keyakinan, membuatkan hati pasangan semakin berbunga. Di saat diri dipuji, ianya membangkitkan kasih sayang dan keghairahan terhadap pasangan.\n\nTiada insan yang tidak suka apabila dipuji. Tapi awas! Pastikan jangan berlebih-lebih dalam pujian. Mungkin pasangan menganggap anda mempermainkan dia pula. Senyuman lebar seikhlas mungkin dari hati juga akan meningkatkan cas positif kepada diri dan juga pasangan. Apabila positif bertemu positif, sudah pasti hasilnya juga positif.\n\n#3 Murah dengan belaian kasih sayang dan sentuhan mesra\n\nBelai, usap dan sentuh pasangan anda dengan penuh kasih sayang dan mesra. Isteri biasanya amat mendambakan sentuhan manja dan mesra daripada suaminya. Layanlah pasangan anda dan cuba penuhi segala keinginannya. Hal ini akan membuatkan hati anda dan hati si dia semakin bertaut erat. Ini tips bahagiakan pasangan paling utuh.\n\n#4 Berfikiran terbuka dan saling bertolak-ansur\n\nBerfikiran terbuka bermaksud setiap pasangan perlulah menerima sebarang saranan, nasihat atau cadangan daripada pasangan dengan fikiran yang matang dan penuh berhemah. Jangan sesekali bersikap diktator atau \u2018queen control\u2018 dalam keluarga. Langsung tidak menerima pendapat pasangan dan beranggapan hanya dia seorang yang betul.\n\nSikap sebegini tidak harus ada jika anda inginkan kebahagiaan. Jika berlaku perselisahan atau pertelingkahan, amalkan sikap bertolak-ansur dan cubalah untuk memahami kehendak dan keperluan masing-masing. Elakkan bersikap mementingkan diri sendiri.\n\nSepanjang hari, sudah pasti akan ada sesuatu yang berlaku kepada kita dan pasangan. Mungkin ada salah silap yang tidak kita sedari. Mungkin pasangan anda berkecil hati, namun hanya tersimpan di lubuk hati.\n\nInilah masanya untuk anda saling memaafkan. Amalan remeh seperti ini jika sentiasa diamalkan sudah boleh memberikan impak yang besar kepada hidup anda. Yang paling penting, hari anda akan berakhir dengan baik dan sudah pasti keesokannya akan lebih berseri.\n\nSemoga tips bahagiakan pasangan hari ini bermanfaat. Jemput juga baca artikel hadiah untuk suami dan pickup line terbaik untuk suami"
"Zikir berasal daripada perkataan Arab (\u0630\u06a9\u0631) yang bermaksud ingat atau sebut. Dalam Islam, zikir adalah salah satu ibadah yang dianjurkan untuk sentisa mengingati Allah swt.\n\nAlim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah\u00a0\u2018Subhanallahi Wa Bihamdih\u2019.\n\nDari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad saw \u201cSukakah engkau (Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah?\u201d Muhammad menjawab, \u201cSubhanallahi wa bihamdih (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagiNya).\u201d (HR Muslim)\n\nZikir adalah amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam. Ini kerana, ia bukan sahaja ibadah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw, malah terdapat banyak saranan agar kita berzikir kepada Allah swt di dalam al-Quran dan hadis.\n\n\u201cHai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.\u00a0Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.\u201d\u00a0(Surah al-Ahzab, Ayat 41-42)\n\n\u201cKerana itu, ingatlah kamu kepadaKu niscaya\u00a0Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu.\u201d\u00a0(Surah al-Baqarah, Ayat 152)\n\n\u201cApabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.\u201d\u00a0(Surah Al Jumu\u2019ah, Ayat 10)\n\n\u201cMahukah kuberitahukan kepadamu suatu amalan yang paling baik dan paling suci disi Tuhanmu, dan paling menaikan darjatmu, dan lebih baik bagimu daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagimu daripada berjuang melawan musuh, kamu membunuh musuh atau musuh membunuhmu?\u201d Para sahabat menjawab, \u201cYa\u201d Sabda Nabi saw \u201cZikrullah.\u201d\n\n(HR Ahmad, Tarmidzi & Ibnu Majah)\n\nWalaupun tujuan zikir adalah untuk kita mengingati Allah swt, agar kita sentiasa ingat bahawa kita ini hamba Allah yang serba lemah dan tidak terlepas dari bergantung harap kepada Allah swt. Namun, ibadah zikir yang terbaik adalah mengikut zikir yang diamalkan oleh Nabi saw. Lafaz zikir yang diratib seharusnya mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi saw.\n\nTidak ada lafaz khusus yang disunatkan untuk dibaca pada hari-hari tertentu. Kita bebas untuk mengamalkan apa sahaja lafaz zikir yang diajarkan oleh Nabi saw mengikut kemampuan kita.\n\nTidak terbatas kepada hari apa dan waktu bila. Namun, ada sesetengah lafaz zikir yang Nabi saw mengesyorkan agar dibaca sebanyak sekian jumlah seperti dalam hadis ini.\n\nDari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw beliau bersabda, \u201cBarangsiapa yang membaca \u2018Subhanallah\u2019 setiap selesai solat 33 kali membaca \u2018Alhamdulillah\u2019 33 kali, membaca \u2018Allahu Akbar\u2019 33 kali hingga menjadi 99\u201d. \n\nBeliau bersabda, \u201cLalu disempurnakan menjadi seratus dengan \u2018Laa ilaha illallah wahdahu\u2019 laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ala kulli syai\u2019in qadir\u2019, diampuni dosanya sekalipun seperti buih lautan.\u201d (HR. Muslim)\n\n7 Bacaan Zikir Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0644\u0627 \u0625\u0644\u0670\u0647\u064e \u0625\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064c \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0645\u064e\u0627\u0626\u064e\u0629\u064e \u0645\u064e\u0631\u064e\u0651\u0629 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u064f\u0647\u064f \u0643\u064e\u0627\u0644\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u0650 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0628\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650\n\nMaksudnya, \u201cBarangsiapa setiap hari membaca Laa Ilaaha Illallahu Muhammadur Rasulullah (Tidak ada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah) sebanyak 100 kali, maka ia datang pada hari kiamat mukanya bagaikan bulan purnama\u201d. (Kitab Lubabul Hadis)\n\n#2 Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda,\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d\u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c \u0641\u0650\u064a \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064e \u0645\u064e\u0631\u064e\u0651\u0629\u064d \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u062f\u0652\u0644\u064e \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0631\u0650\u0642\u064e\u0627\u0628\u064d \u0648\u064e\u0643\u064f\u062a\u0650\u0628\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064f \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0645\u064f\u062d\u0650\u064a\u064e\u062a\u0652 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064f \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u0626\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u062d\u0650\u0631\u0652\u0632\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u064a\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u0647\u064f \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u064a\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0628\u0650\u0623\u064e\u0641\u0652\u0636\u064e\u0644\u064e \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064e \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e\n\nMaksudnya, \u201cBarang siapa yang membaca Laa Ilaaha Illallahu Wahdahuu Laa Syarika Lahuu, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Wa Huwa \u2018Alaa Kulli Syai\u2019in Qodir (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan sepuluh orang budak, \n\nditetapkan baginya seratus hasanah (kebaikan) dan dijauhkan darinya seratus keburukan dan baginya ada perlindungan dari (godaan) setan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat lebih banyak mengamalkan (membaca) zikir ini\u201d. (HR. Bukhari dan Ibnu Majah)\n\n\u0645\u0646 \u0642\u0627\u0644 \u0641\u064a \u064a\u0648\u0645\u0647 \u0645\u0627\u0626\u0629 \u0645\u0631\u0629 \u0644\u0627 \u0627\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0645\u0644\u0643 \u0627\u0644\u062d\u0642 \u0627\u0644\u0645\u0628\u064a\u0646 \u0643\u0627\u0646 \u0644\u0647 \u0623\u0645\u0627\u0646\u0627\u064b \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0641\u0642\u0631 \u0648\u0623\u0646\u0633\u0627\u064b \u0645\u0646 \u0648\u062d\u0634\u0629 \u0627\u0644\u0642 \u0648\u0641\u062a\u062d\u062a \u0644\u0647 \u0623\u0628\u0648\u0627\u0628 \u0627\u0644\u062c\u0646\u0629\n\nMaksudnya, \u201cBarangsiapa membaca pada pagi hari 100 kali Laa Ilaaha Illallaahul Malikul Haqqul Mubin, maka akan merupakan jaminan aman dari kemiskinan, akan menjadi kesenangan dalam kuburnya dan terbuka baginya pintu-pintu syurga.\u201d (HR. Al Khatib, Abu Naimdan Ibn Abdul Bar)\n\n#4 Dari Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad saw bersabda,\n\n\u00a0\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0628\u0650\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u0650\u0647\u0650 \u0641\u0650\u064a \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064e \u0645\u064e\u0631\u064e\u0651\u0629\u064d \u062d\u064f\u0637\u064e\u0651\u062a\u0652 \u062e\u064e\u0637\u064e\u0627\u064a\u064e\u0627\u0647\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064e \u0632\u064e\u0628\u064e\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u062d\u0652\u0631\u0650\u00a0\n\nMaksudnya, \u201cBarangsiapa mengucapkan Subhaanallaahi Wa Bihamdihi (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya) sehari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya (dosa) akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan.\u201d (HR Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu majah dan Imam Malik)\n\n#5 Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw juga merupakan salah satu lafaz zikir harian yang boleh diamalkan. Seperti mana dalam hadis Nabi saw,\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0644\u0651\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u0629\u064b \u0635\u064e\u0644\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647 \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0627\u064b\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0644\u0651\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0627\u064b \u0635\u064e\u0644\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0645\u0627\u0626\u064e\u0629\u064b\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0644\u0651\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0645\u0627\u0626\u064e\u0629 \u0643\u064e\u062a\u064e\u0628\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0639\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0628\u064e\u0631\u064e\u0627\u0621\u0629\u064b \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u0650\u0651\u0641\u064e\u0627\u0642\u0650 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e\u0627\u0621\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0633\u0652\u0643\u064e\u0646\u064e\u0647\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u0634\u0651\u0647\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u0650\n\nMaksudnya, \u201cBarangsiapa yang membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat untuknya sepuluh kali, dan barangsiapa berselawat untukku sepuluh kali, \n\nmaka Allah berselawat untuknya seratus kali, dan barangsiapa berselawat untukku seratus kali, maka Allah menulis diantara kedua matanya kebebasan dari nifak, dan kebebasan dari neraka dan ditempatkan pada hari kiamat bersama orang-orang yang mati syahid.\u201d (HR. At-Tabrani)\n\n#6 Dari Ibnu Umar dia berkata\n\n\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0639\u064f\u062f\u064f\u0651 \u0644\u0650\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062c\u0652\u0644\u0650\u0633\u0650 \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u062a\u064f\u0628\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0648\u064e\u0651\u0627\u0628\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u064f \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064e \u0645\u064e\u0631\u064e\u0651\u0629\u064d\n\nMaksudnya, \u201cApabila kami menghitung ucapan Rasulullah saw dalam suatu majlis, \u201cRabbighfirli Watub \u2018Alayya Innaka Antat Tawwabur Rahim\u201d (Ya Rabbku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Maha penerima taubat dan maha penyayang) beliau mengucapkannya sebanyak seratus kali.\u201d (HR. Ibnu Majah & Abu Daud)\n\n#7 Dari Ka\u2019ab bin \u2018Ujrah\u00a0ra, Rasulullah\u00a0sawbersabda,\n\n\u0645\u064f\u0639\u064e\u0642\u0651\u0650\u0628\u0627\u062a\u064c \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u062e\u0650\u064a\u0628\u064f \u0642\u064e\u0627\u0626\u0650\u0644\u064f\u0647\u064f\u0646\u0651\u064e \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0641\u064e\u0627\u0639\u0650\u0644\u064f\u0647\u064f\u0646\u0651\u064e \u062f\u064f\u0628\u064f\u0631\u064e \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0627\u064e\u0629\u064d \u0645\u064e\u0643\u0652\u062a\u064f\u0648\u0628\u064e\u0629\u064d: \u062b\u064e\u0644\u0627\u062b\u064c \u0648\u064e\u062b\u064e\u0644\u0627\u062b\u0648\u0646\u064e \u062a\u064e\u0633\u0652\u0628\u0650\u064a\u062d\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u062b\u064e\u0644\u0627\u062b\u064c \u0648\u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u0648\u0646\u064e \u062a\u064e\u062d\u0652\u0645\u0650\u064a\u062f\u064e\u0629\u064b\u060c \u0648\u064e\u0623\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064c \u0648\u064e\u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u0648\u0646\u064e \u062a\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0631\u064e\u0629\u064b\n\nMaksudnya, \u201cAda beberapa kalimah pengikut yang tidak akan merugikan orang yang mengucapkannya atau melakukannya di akhir setiap solat wajib iaitu, tiga puluh tiga kali tasbih (Subhanallah), tiga puluh tiga kali tahmid (Alhamdulillah), dan tiga puluh empat kali takbir (Allahu Akbar).\u201d (HR. Muslim)\n\nAmalan zikir sangat-sangat dituntut dlam Islam. Ia juga adalah ibadah sunat yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Mudah-mudahan amalan zikir kita yang sedikit setiap hari bukan sahaja dapat membuatkan kita sentiasa ingat kepada Allah swt, Tuhan sekelian alam. Tetapi juga dapat membuktikn kecintaan kita kepada Nabi saw kerana mengikuti sunnahnya.\n\n\u0645\u0646 \u0627\u062d\u064a\u0627 \u0633\u0646\u062a\u064a \u0641\u0642\u062f \u0627\u062d\u0628\u0646\u064a \u0648\u0645\u0646 \u0627\u062d\u0628\u0646\u064a \u0643\u0627\u0646 \u0645\u0639\u064a \u0641\u0649 \u0627\u0644\u062c\u0646\u0629\n\nMaksudnya, \u201cBarangsiapa menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya (bukti) dia mencintaiku, dan barangsiapa mencintaiku maka ia akan bersamaku disyurga.\u201d (HR at-Tirmizi)\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan amalan zikir harian yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Ada sesiapa yang mengidam makan karipap sardin? Intinya penuh, bersama dengan kulit luarnya yang rangup pasti dapat menggiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Cara pembuatannya sama seperti karipap biasa, bezanya mereka hanya menukarkan inti kari bersama inti sardin. \n\nKaripap sardin boleh dimakan semasa sarapan pagi, atau jadikannya hidangan sampingan semasa makan tengahari ataupun makan malam. Beberapa tips boleh digunakan untuk merangupkan karipap, antaranya adalah dengan meletakkan air kapur yang jernih. Untuk karipap sardin pula, tips yang diberikan untuk membuatkan rasa karipap itu lebih enak dan wangi adalah dengan meletakkan mentega. \n\nTanpa membuang masa, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh JJ Pau Mawar dan telah mendapat ribuan perkongsian. Let\u2019s check it out! \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi karipap sardin ini, terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba untuk variasikan hidangan anda. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda ya! Selamat mencuba!"
"Koktail buah merupakan hidangan pencuci mulut khas negara kita. Koktail buah ramai peminat mulai dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Koktail buah merupakan hidangan pencuci mulut yang berasaskan susu yang dimasak dan berisikan buah-buah potong di dalamnya. Selalunya orang akan letak buah masam dan manis untuk seimbangkan rasa seperti kiwi, stroberi, nanas, mangga, anggur, mata kucing, tidak lupa letak nata de coco, boleh juga letak jelly, dan lain sebagainya ikut selera. Paling wajib letak buah naga sebagai pewarna semula jadi supaya koktail tampak menarik dan cantik.\n\nKoktail selalunya dijadikan minuman untuk acara-acara besar seperti sambutan hari raya, kenduri, berbuka puasa, dan lain-lain. Walaupun berasaskan susu namun menyantap koktail buah tidak buat muak. Malah ianya boleh lepaskan dahaga serta kenyangkan perut, sudah semestinya juga menyihatkan.\n\nAkhir-akhir ini pula ramai orang niaga koktail buah cedok, di mana pembeli boleh ambil buah sesuka hati dalam satu bekas dengan harga yang berbaloi. Mungkin anda sedang mencari resepi koktail buah untuk niaga ataupun acara spesial? Tanpa tunggu lama, kami hadirkan resepi koktail buah daripada Nadzirah Mohd Zain di laman Facebook. Resepi koktail simple tapi sedap sangat.\n\nSelain resepi koktail buah, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Ada di kalangan ibu yang hanya ada seorang anak tetapi tidak boleh lakukan apa-apa dirumah melainkan melayan anak yang sentiasa minta didukung dan dilayan.\n\nAda yang tidak dapat masak atau kemas rumah mahupun jawab mesej di hp.\n\nIbu-ibu ini sentiasa stres. Anak tidak mahu pada ayah atau orang lain.\n\nApa yang boleh ibu ini lakukan dan apa yang boleh dilakukan oleh orang lain dalam rumah untuk membantu ibu ini?\n\nYang perlu ditanya adalah punca masalah ini .\n\nPunca utama adalah keadaan emosi anak yang terlalu risau dan hanya rasa selamat bila didukung ibunya.\n\nSoalan kedua yang nak ditanya, bagaimana boleh jadi begini?\n\nIa berlaku mungkin atas beberapa sebab:\n\n1. Pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung mempengaruhi emosi anak\n\n2. Pengalaman anak itu sendiri, mungkin kena tinggal oleh ibu semasa selepas dilahirkan, mungkin dimasukkan dalam inkubator atau dipisahkan dari ibu pada umur yang muda.\n\n3. Penyakit dan perasaan sakit/gatal yang dialami anak ini yang menyababkan dia perlukan belaiaan yang berterusan.\n\nApa yang boleh dilakukan oleh ibu dan orang yang ada dalam rumah?\n\nIbu yang sentiasa dalam keadaan stres akan mula rasa benci atau hilang kesabaran terhadap anak ini. Walaupun mungkin ibu boleh tahan dirinya dari memukul anak, mungkin sekali sekala akan marah juga dengan nada yang kuat.\n\nMungkin ibu boleh tahan dari keluarkan suara keras tetapi ibu tak mungkin dapat kawal perasaan negatif terhadap anak. Anak dapat rasa perasaan negatif ini dan akan bertindak dengan menjadi lebih melekat pada ibu dan lebih demanding.\n\nIni adalah kerana anak tidak tahu bagaimana dia perlu lakukan untuk dapatkan kasih sayang yang dia mahukan.\n\nJalan keluar adalah untuk hilangkan perasaan negatif terhadapnya;\n\nLetakkan anak dan berikan dia aktiviti dan buatlah kerja yang nak dilakukan walaupun anak ini menangis. Kenalah belajar untuk tahan anak menangis . Beritahu anak dengan tenang bahawa anda perlu lakukan kerja dan anda lakukan nya untuk anak itu.\n\nContohnya, beritahu anak bahawa anda memasak untuknya atau untuk keluarga. Banyak senyum dan buat suara ceria dan selalu beritahu anak bahawa anda sayangkan dia. Cara ini sesuai digunakan pada anak yang lebih dari setahun.\n\nPada mulanya anak akan resist dan seolah teknik ini tidak berjaya tetapi lama kelamaan anak akan terima bahawa ibunya tegas dan dia tidak akan dapat selain dari apa yang ibunya boleh berikan dari segi perhatian.\n\nJika ada suami atau orang lain yang boleh layan anak berikan kepada orang berkenaan dan orang itu juga hendaklah sabar melayan anak yang sedang menangis atau tantrum. Banyak peluk dan berikan kata-kata positif yang anak itu disayangi. Kawal perasaan negatif dengan zikir dan astaghfar.\n\nIni hanya satu teknik dan adakalanya anak mempunyai masalah kesihatan seperti masaalah saraf -otak contohnya Autisme, anak kurang zat makanan, atau anak ada penyakit seperti Ekzema dimana keadaan ini perlu dirawat.\n\nBanyak lagi boleh dilakukan dan ibu serta keluarga yang terjejas perlu dapatkan bantuan profesional. Perlu juga diketengahkan bahawa ada kemungkinan bahawa emosi dan perangai anak berpunca dari masalah emosi orang dewasa."
"Apakah darah beku? Darah beku memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan tubuh badan. Namun darah beku boleh menjadi satu masalah jika terjadi di dalam vena dan arteri yang mengalirkan darah ke seluruh badan dan dari jantung.\n\nIbu mengandung adalah salah satu individu yang mudah mendapat darah beku. Darah beku amat serius jika terjadi pada ibu mengandung kerana ia boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Jika berlaku darah beku, ibu mengandung tidak dapat menyalurkan nutrisi kepada kandungan.\n\nSaat gumpalan darah terbentuk untuk menutup pembuluh darah yang terkoyak akibat luka pada kulit, maka hal itu dianggap normal dan jarang menimbulkan masalah. Namun, saat gumpalan darah terbentuk di dalam vena dan arteri, itu yang menjadi masalah. Ia disebabkan oleh kerosakkan pada lapisan dalam vena, aliran yang tidak normal dan lambat.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai faktor darah beku bagi ibu mengandung. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nPunca ibu mengandung ada darah beku\n\nIkuti perjelasan lengkap dari Dr Muhammad Izzat\n\nDarah orang mengandung ini Allah jadikan lebih pekat berbanding darah orang biasa dan secara normalnya darah ibu ini lebih mudah nak membeku bagi menyediakan proses bersalin. Jika berlaku pendarahan yang banyak, badan lebih bersedia mengurangkan pendarahan dengan cepat bagi mengaktifkan sistem pembekuan darah.\n\nHal ini kerana, rahim yang semakin membesar yang mengandungi bayi akan menekan saluran darah utama sekaligus menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar. Bila hal ini terjadi ditambah dengan ibu sifat semulajadi darahnya senang beku maka thrombosis dan darah beku senang terjadi.\n\nNamun begitu, masalah darah beku ini boleh jadi lima kali ganda masa berpantang jika dibandingkan semasa hamil. Ini kerana terdapat perubahan komposisi air lepas bersalin yang mengakibatkan darah menjadi lebih pekat lantas risiko lebih meningkat pada tiga minggu pertama lepas bersalin.\n\nPada kebiasaannya, darah beku ini terbentuk pada saluran darah di bahagian kaki terlebih dahulu. Apabila ia membeku dengan lebih banyak sekaligus menyebabkan keadaan Deep Vein Thrombosis.\n\nAtas sebab itu jugalah ibu dalam pantang akan mengadu sakit pada betis semasa berjalan. Jika masalah ini tidak diberikan rawatan segera lantas ia akan pecah kepada cebisan kecil pada bila-bila masa lalu bergerak ke peredaran darah peparu hingga menyebabkan saluran darah peparu tersumbat hingga boleh membawa maut.\n\nFaktor meningkatkan darah beku selepas bersalin\n\n\ud83d\udd39Ibu pernah mengalami masalah ini pada kehamilan sebelumnya\n\n\ud83d\udd39Umur ibu melebihi 36 tahun dan ke atas\n\n\ud83d\udd39Sebarang prosedur yang dibuat semasa hamil\n\nIbu dari kaum Melayu maut lebih tinggi\n\nMenurut Dr Izzat, berdasarkan analisis kebanyakan ibu dari kaum Melayu selalu melarang ibu berpantang dari mengambil air masak terlalu banyak, disuruh banyakkan berehat atau baring saja kerana takut bentan.\n\nLebih-lebih lagi, ada di antara ibu yang tidak mengambil suntikan mencegah darah beku seperti Enoxaparin/ Clexane kerana bimbang adanya kandungan DNA khinzir.\n\nSuntikan untuk cegah darah beku selepas bersalin\n\nWalaupun Enoxaparin/Clexane mengandungi DNA khinzir yang sedikit namun pengunaannya telah difatwakan dan dibenarkan untuk tujuan perubaan dan tiada ubat lain setanding dengan ibu ini.\n\nSuntikan heparin tidak memberikan kesan berkesan seperti Enoxaparin/Clexane terutama ibu yang beratnya melebihi 90kg. Jika mahu juga heparin ini, ia perlu dilakukan dua kali sehari berbanding Enoxaparin/Clexane yang diberi sekali saja sehari.\n\nSementara itu, Arixtra/Fondaparinux adalah sangat mahal. Arixtra tidak mempunyai kajian yg cukup untuk penggunaan terhadap ibu hamil kerana ia boleh bahayakan bayi semasa menyusu ibu.\n\n*Ibu mengandung mempunyai risiko yang tinggi berbanding individu normal dalam menghadapi masalah darah beku. Oleh sebab itu, ibu mengandung dinasihatkan untuk makan makanan yang bernutrisi dan kurangkan angkat barangan berat. Rujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Apa cadangan menu makan petang kali ini? Resepi puding roti Gardenia kukus bakar dengan sos kastard sedia menemani petang anda.\n\nPuding roti lembut yang diperbuat menggunakan roti Gardenia sahaja. Kemudian dimakan dengan sos kastard susu lemak manis yang dicurahkan ke atasnya. Sangat menggugah selera bukan?\n\nHidangan ini sangat sesuai untuk majlis-majlis mewah sebagai pencuci mulut. Juga sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa. Gebu gebas bersalut sos kastard.\n\nSila cubakan resepi puding roti bakar dengan sos kastard yang mampu membuat anda menitikkan air liur ada di bawah ini. Resepi asal dikongsikan oleh\u00a0Nur Zaisha di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nResepi Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastard\n\nCara Penyediaan Puding Roti/ Bakar @ Kukus :\n\nSelain resepi puding roti Gardenia bakar dan sos kastard, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Selalu kita lihat bayi yang baru lahir ada tahi mata pada bahagian kelilingan mata bayi. Ibu bapa pasti ingin membersihkannya, bukan? Namun ada cara yang betul untuk membersihkan tahi mata si bayi. Bukan dengan sewenang-wenangnya membersihkan tahi mata bayi dengan menggunakan cara-cara yang tidak masuk akal.\n\nAda mitos yang mengatakan cara membersihkan tahi mata bayi adalah dengan menitiskan susu ibu di mata bayi dan pelik kedengarannya, menjilat mata bayi dengan air liur.\u00a0 2 perkara ini adalah mitos dan tidak benar.\n\nBagaimanakah cara yang betul untuk membersihkan tahi mata si bayi?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta mengenai 3 cara yang baik untuk menguruskan masalah tahi mata bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nBayi Sakit Mata: Tahi Mata Pada Bayi Baru Lahir\n\nKami mendapatkan pandangan Dr. Edward Surjono, berkaitan penyebab bayi sakit mata sebegini serta cara yang tepat untuk menanganinya. Kami pasti anda pernah menerima beberapa tips yang kurang masuk akal untuk menyembuhkan bayi sakit mata, namun adakah ia berkesan?\n\nApa Yang Menyebabkan Mata Bayi Penuh Tahi Mata ?\n\nTahi mata terjadi pada bayi kerana saluran air matanya masih belum terbentuk dengan sempurna, menyebabkan air mata tidak keluar dengan baik. Malah bayi sering menangis tanpa air mata, tetapi keadaan ini tidak berbahaya selagi tidak ada jangkitan.\n\nCara Terbaik Mengatasi Masalah Tahi Mata Pada Bayi\n\nDr. Edward Surjono, Sp.A mengatakan, cukup sekadar memberi urutan lembut di antara mata dan hidung si bayi. Cara ini adalah yang terbaik untuk mengatasinya.\n\n3. Bawa Ke Doktor Jika Perlu\n\nKebiasaannya masalah tahi mata akan hilang ketika saluran air mata telah terbentuk sempurna, ini bermakna beberapa minggu kemudian. Sekiranya masalah tersebut masih lagi terjadi sehingga bayi berusia 8 bulan, bawalah ke doktor untuk mendapatkan bantuan doktor.\n\n*Masalah tahi mata pada mata si bayi adalah perkara yang selalu terjadi. Tetapi ibu bapa jangan risau kerana ia boleh dirawat dengan segera. Cuma ibu bapa jangan mudah percaya dengan mitos-mitos yang tidak benar, Seelok-eloknya, bawa bayi berjumpa doktor jika ada apa-apa perkara yang pelik berlaku. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Penting untuk kita memantau jenis makanan yang dimakan. Kena pandai memilih makanan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.\n\nSelain itu, makanan sihat haruslah yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan garam secukupnya. Jika kekurangan nutrien dalam tubuh boleh menyebabkan malnutrien.\n\nBanyak jenis makanan sihat yang dianjurkan untuk dimakan, boleh jadi dalam daging, ayam dan sayur. Untuk memudahkan anda mencari resepi makanan sihat, berikut di bawah ini akan kami kongsikan makanan sihat berbasis ayam.\n\nNama makanan ini ialah ayam golek pasar malam, kerana masakan ini rasanya seperti ala ayam golek yang dijual di pasar malam. Namun, resepi yang dikongsikan oleh Ateen Aslah di laman Facebook ini gerenti lebih sihat dan berkualiti. Hidangan ini nisbah untuk 2 ekor ayam. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi makanan sihat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Keputusan Sijil Penilaian Menengah atau SPM merupakan aspek yang sangat penting dalam menentukan prestasi sesebuah sekolah menengah.\n\nUntuk menilai pencapaian keputusan SPM mengikut sekolah, Gred Purata Sekolah (GPS) akan diukur. Semakin kecil bilangan GPS, semakin baik prestasi sesebuah sekolah.\n\nSenarai di atas menunjukkan ranking SPM terbaik mengikut sekolah secara ringkas. Ianya merangkumi Sekolah Berasrama Penuh atau SBP.\n\nTertanya-tanya tentang setiap sekolah yang disenaraikan? Berikut kami senaraikan informasinya berdasarkan ranking SPM 2019 untuk anda. Teruskan membaca!\n\nMenduduki tempat pertama bagi keputusan SPM 2019, Sekolah Tun Fatimah atau STF telah mencapai Gred Purata\u00a0Sekolah\u00a0(GPS) sebanyak 0.78.\n\nSekolah yang terletak di Johor Bahru, Johor ini ditubuhkan pada tahun 1965. Sejak tahun 2018, STF masih kekal sebagai sekolah terbaik untuk keputusan SPM.\n\nSekolah Seri Puteri yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi ini telah mencapai Gred Purata\u00a0Sekolah\u00a0(GPS) sebanyak 1.02, menjadikannya sebagai sekolah kedua terbaik bagi keputusan SPM 2019.\n\nTerletak di Cyberjaya, Selangor, Sekolah Seri Puteri telah ditubuhkan pada tahun 1968. \n\nKedudukan Sekolah Seri Puteri masih kekal sebagai sekolah kedua terbaik untuk keputusan SPM.\n\nSekolah Sultan Alam Shah telah menduduki tempat ketiga untuk keputusan SPM 2019 dan mencapai Gred Purata\u00a0Sekolah\u00a0(GPS) sebanyak 1.14.\n\nSekolah yang terletak di Presint 1, Putrajaya ini telah ditubuhkan pada tahun 1962.\n\nKedudukan Sekolah Sultan Alam Shah melonjak daripada kedudukan ke-19 pada tahun 2018 kepada kedudukan ketiga pada tahun 2019 untuk keputusan SPM.\n\nMenduduki tempat keempat untuk keputusan SPM 2019, Kolej Tunku Kurshiah atau TKC telah mencapai Gred Purata\u00a0Sekolah\u00a0(GPS) sebanyak 1.15.\n\nDitubuhkan pada tahun 1947, Kolej Tunku Kurshiah merupakan SBP yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.\n\nKedudukan TKC meningkat daripada tempat keenam pada tahun 2018 kepada tempat keempat pada tahun 2019 untuk keputusan SPM.\n\nSekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah menduduki tempat kelima untuk keputusan SPM 2019 dan mencapai Gred Purata\u00a0Sekolah\u00a0(GPS) sebanyak 1.16.\n\nTerletak di Bandar Penawar, Johor, SMS Kota Tinggi atau SAKTI telah ditubuhkan pada tahun 1996.\n\nUntuk perbandingan kedudukan bagi keputusan SPM, kedudukan SAKTI telah meningkat daripada tempat kelapan pada tahun 2018 kepada tempat kelima pada tahun 2019.\n\n#6 Kolej Islam Sultan Alam Shah\n\nKolej Islam Sultan Alam Shah yang telah mencapai Gred Purata\u00a0Sekolah\u00a0(GPS) sebanyak 1.19 ini berjaya menduduki tempat keenam untuk keputusan SPM 2019.\n\nDitubuhkan pada tahun 1955, Kolej Islam Sultan Alam Shah atau KISAS ini terletak di Klang, Selangor.\n\nBerbanding tahun 2018, kedudukan KISAS meningkat daripada tempat ketujuh kepada tempat keenam untuk keputusan SPM.\n\nMenduduki tempat ketujuh untuk keputusan SPM 2019, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir telah mencapai Gred Purata\u00a0Sekolah\u00a0(GPS) sebanyak 1.20.\n\nSekolah yang turut dikenali dengan singkatan SASER ini terletak di Seremban, Negeri Sembilan dan ditubuhkan pada tahun 2002.\n\nUntuk perbandingan keputusan SPM, kedudukan SASER pada tahun 2018 ialah tempat ketiga berbanding tahun 2019.\n\nMencapai Gred Purata\u00a0Sekolah\u00a0(GPS) sebanyak 1.29, SBP Integrasi Gombak menduduki tempat kelapan untuk keputusan SPM yang terbaik.\n\nSBP Integrasi Gombak yang juga dikenali dengan nama SBPI Gombak terletak di Gombak, Selangor dan ditubuhkan pada tahun 2002.\n\nPada tahun 2018, SBPI Gombak menduduki tempat kelima berbanding tahun 2019.\n\nUntuk keputusan SPM 2019, SBP Integrasi Rawang telah menduduki tempat kesembilan dan telah mencapai Gred Purata\u00a0Sekolah\u00a0(GPS) sebanyak 1.38.\n\nDitubuhkan pada tahun 2002, SBP Integrasi Rawang ini terletak di Rawang, Selangor.\n\nSBPI Rawang menduduki tempat ke-15 pada tahun 2018 dan berjaya menduduki tempat kesembilan pada tahun 2019 untuk keputusan SPM.\n\nTempat kesepuluh untuk SPM 2019 diduduki oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.43.\n\nJuga dikenali dengan nama MCKK, sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1905 dan terletak di Kuala Kangsar, Perak.\n\nMCKK menduduki tempat ke-13 pada tahun 2018 dan berjaya melonjak naik kepada tempat kesepuluh untuk SPM 2019.\n\nSekolah Menengah Sains Sultan Mahmud telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.51, menjadikannya SBP yang ke-11 terbaik untuk keputusan SPM 2019.\n\nJuga dikenali dengan nama SESMA, sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1979 dan terletak di Kuala Terengganu, Terengganu.\n\nUntuk perbandingan keputusan SPM, SESMA menduduki tempat ke-20 pada tahun 2018 dan berjaya melonjak naik kepada tempat ke-11 untuk tahun 2019.\n\nSekolah Menengah Sains atau SMSAS telah menduduki tempat ke-12 untuk SPM 2019 dan mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.56.\n\nTerletak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, SMSAS telah ditubuhkan pada tahun 2003.\n\nSMSAS menduduki tempat keempat untuk keputusan SPM pada tahun 2018 dan kini berada pada tempat ke-12 untuk SPM 2019.\n\nSMS Tuanku Aishah Rohani yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.56 ini menduduki tempat ke-12 untuk SPM 2019.\n\nDitubuhkan pada tahun 2013 dan dikenali dengan nama SGS, sekolah ini terletak di Seremban, Negeri Sembilan.\n\nUntuk SPM 2018, SGS menduduki tempat ke-16 dan berjaya meningkatkan kedudukannya kepada tempat ke-13 untuk SPM 2019.\n\nSekolah Tuanku Abdul Rahman yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.61 ini menduduki tempat ke-14 untuk keputusan SPM 2019.\n\nTerletak di Ipoh Perak, SBP yang turut dikenali dengan nama STAR ini ditubuhkan pada tahun 1957.\n\nBagi SPM tahun 2018, STAR menduduki tempat ke-12 manakala pada tahun 2019, STAR menduduki tempat-ke-14.\n\nSM Sains Muar yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.61 ini menduduki tempat ke-15 untuk SPM 2019.\n\nDitubuhkan pada tahun 1983, Sekolah Menengah Sains Muar atau SAMURA ini terletak di Muar, Johor.\n\nUntuk SPM tahun 2018, SAMURA menduduki tempat ke-27 dan berjaya melonjak naik kepada tempat ke-15 untuk SPM 2019.\n\nMenduduki tempat ke-16 untuk SPM 2019, SM Sains Selangor ini mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.62\n\nDikenali dengan nama SEMASHUR, sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan terletak di Batang Kali, Selangor.\n\nSEMASHUR mendapat tempat ke-14 untuk SPM 2018 dan berada pada tempat ke-16 untuk SPM 2019.\n\nUntuk tempat ke-17 bagi SPM 2019, ianya diduduki oleh SM Sains Johor yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.65.\n\nDitubuhkan pada tahun 1973, sekolah yang turut dikenali dengan nama SMSJ ini terletak di Kluang, Johor.\n\nUntuk keputusan SPM, SMSJ menduduki tempat ke-26 pada tahun 2018 dan berjaya melonjak naik kepada tempat ke-19 pada tahun 2019.\n\nMencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.67, SMS Muzaffar Syah menduduki tempat ke-18 untuk SPM 2019.\n\nTerletak di Melaka dan ditubuhkan pada tahun 1973. sekolah ini turut dikenali dengan nama MOZAC.\n\nUntuk SPM 2018, MOZAC menduduki tempat ke-22 dan berjaya menaikkan kedudukannya kepada tempat ke-18 untuk SPM 2019.\n\nSekolah Menengah Sains Seri Puteri yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.68 ini menduduki tempat ke-19 untuk SPM 2019.\n\nTerletak di Jalan Kolam, Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada tahun 2003, sekolah ini turut dikenali dengan nama SESERI.\n\nSESERI menduduki tempat ke-23 untuk SPM 2018 dan kedudukannya meningkat kepada tempat ke-19 untuk SPM 2019.\n\nSekolah Menengah Sains Sabah yang menduduki tempat ke-20 untuk SPM 2019 ini mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.70 \n\nDitubuhkan pada tahun 1984, SM Sains Sabah terletak di Kota Kinabalu dan dikenali dengan nama SMESH.\n\nUntuk SPM 2018, SMESH menduduki tempat ke-32 dan melonjak naik kepada tempat ke-20 untuk SPM 2019.\n\nSemoga artikel\u00a0ranking SPM 2019 ini bermanfaat buat anda, terutamanya bagi sesiapa yang mencari informasi tentang kedudukan SPM yang terkini.\n\nJangan lupa kongsikan artikel kami di sosial media atau kepada rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat!"
"Memiliki cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka adalah satu pekara yang agak rumit. Lagi-lagi untuk para pemakai cermin mata untuk masalah rabun dekat dan juga rabun jauh. Tapi buat masa ini cermin mata bukan saja menjadi pendamping setia untuk si rabun, akan tetapi ia turut dipakai sebagai fesyen oleh sesiapa saja yang berminat.\n\nMaka tidak hairanlah kenapa ada ramai bakal pengguna cermin mata yang sibuk mencari tips pilih cermin mata yang betul agar sesuai dengan bentuk raut wajah masing-masing.\n\nDan untuk memilih kaca mata ini tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Cara untuk memilih cermin mata sama sekali tidak sama dengan cara memilih kasut. Perkara penting yang paling utama sebelum membeli cermin mata ini, kita \u00a0perlu tahu cermin mata mana yang sesuai dengan bentuk wajah sendiri.\n\nBentuk Muka Manusia Ada 5 Kategori\n\nUntuk pengetahuan anda, bentuk rupa kita sebagai manusia ini tergolong dalam lima kategori. Lima kategori ini mewakili jenis setiap raut wajah yang berbeza. Lima kategori atau jenis raut wajah manusia yang berbeza itu adalah ;\n\nTips Pilih Cermin Mata Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah Masing-Masing\n\nTips pilih cermin mata yang pertama untuk mereka yang mukanya berbentuk bulat. Untuk mereka yang berwajah sebegini, cermin mata yang sesuai untuk anda ialah kaca mata yang bersegi. Ini kerana\u00a0kaca mata yang bersegi dapat melembutkan garisan bulat yang ada pada sekeliling wajah anda. \n\nBukan itu sahaja, ia juga dapat memberi ilusi seolah wajah anda lebih tirus dan runcing. Untuk anda yang berwajah bulat ini, sila elakkan dari memakai bingkai yang juga berbentuk bulat atau bujur. Ini kerana bingkai berbentuk bulat atau bujur akan membuatkan cermin mata itu seolah tidak kena di wajah dan dalam masa yang sama akan membuatkan anda berasa tidak selesa.\n\n#2 \u2013 Bentuk Muka Segi Empat\n\nTips pilih cermin mata yang seterusnya ini khas untuk mereka yang mempunyai bentuk muka segi empat. Buat mereka yang mempunyai wajah sebegini, cermin mata yang sesuai buat anda ialah cermin mata berbentuk lebih bulat atau bujur. \n\nCermin mata bentuk bulat atau bujur ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih cantik dan comel. Bukan itu sahaja, ia juga akan membuatkan anda nampak lebih muda.\n\n#3 \u2013 Bentuk Muka Seperti Hati\n\nTips pilih cermin mata yang seterusnya ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk muka seperti hati. Kebiasaanya mereka yang mempunyai bentuk muka muka seperti ini mempunyai ruang dahi yang lebih luas dan dagu yang lebih runcing. Bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah yang sebegini cermin mata yang sesuai di pakai oleh anda adalah jenis yang ringkas. \n\nRuang atas wajah anda sudah cukup luas jadi dengan cermin mata yang ringkas akan membuatkan anda nampak lebih cantik dan menawan. Sebagai contoh, cermin mata berbentuk rama-rama atau tanpa bingkai sememangnya satu pilihan yang tepat dan amat sesuai.\n\n#4 \u2013 Bentuk Muka Bujur Sirih\n\nUntuk mereka yang mempunyai bentuk muka bujur sirih, anda amat beruntung kerana anda tidak payah pening kepala dalam misi untuk memilih cermin mata yang sesuai untuk anda ini. Mereka yang mempunyai bentuk wajah sebegini boleh menggunakan pelbagai jenis cermin mata yang terdapat di pasaran.\n\nSebabnya bentuk wajah sebegini dikatakan sudah cukup sempurna dan seimbang. Namun begitu, adalah dinasihatkan untuk anda memilih cermin mata yang sama besar dengan wajah anda dan elakkan menggunakan cermin mata yang bersaiz besar. Ini bagi menampakkan ia lebih sempurna dan cantik bila anda memakainya kelak.\n\n#5 \u2013 Bentuk Muka Segi Tiga\n\nTips pilih cermin mata yang terakhir ini khusus untuk mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga. Untuk mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga begini, anda turut boleh mengenakan cermin mata dengan cantik dan bergaya. Paling penting boleh membuatkan orang tertawan bila melihat anda memakai cermin mata. \n\nUntuk bentuk muka segi tiga, antara cadangan cermin mata yang sesuai adalah untuk memilih cermin mata yang berbentuk oval. Anda juga boleh meilih cermin mata yang memiliki sudut melengkung. Cermin mata dari jenis ini biasanya akan membuatkan anda kelihatan lebih menarik dengan gaya yang lebih moden. Ia juga boleh membuatkan anda nampak lebih cantik dan lebih muda berbanding usia yang sebenar.\u00a0\n\nJangan Abaikan Tips Pilih Cermin Mata Jika Nak Nampak Lawa\n\nAnda perlu bijak memilih cermin mata ini kerana tidak semua cermin mata yang amat sesuai untuk anda. Jika salah pilih ia mungkin akan membuatkan anda tidak selesa untuk sesiapa yang memakainya. Jika masing lagi rasa keliru, anda boleh mendapatkan nasihat daripada wakil jualan cermin mata yang anda pilih. Nak lebih mudah beli secara terus daripada kedai jual cermin mata daripada membelinya secara online.\u00a0\n\nBila beli secara terus dari kedai begini dapatlah anda melihat produk tersebut di depan mata dan bolehlah juga untuk pastikan rupa sebelum dan selepas pakai cermin mata melalui cermin yang sememangnya sudah disediakan di kedai-kedai menjual cermin mata seperti ini.\n\nBaca juga ucapan selamat pagi untuk sahabat dan 10 khasiat buat markisa yang bagus untuk tubuh manusia."
"Orang yang bijak dalam membeli emas biasanya mempunyai pengetahuan dalam cara kira harga emas sebelum membuat apa-apa pembelian.\n\nDengan adanya ilmu ini, kita sebagai pembeli akan mudah membuat perbandingan yang berkesan untuk mendapatkan harga yang lebih menarik. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara kira harga emas yang boleh dijadikan panduan semasa membeli emas. \n\nCarta harga emas terkini (Ar-Rahnu) 2023\n\n#1. Cara kira upah yang dikenakan kedai\n\nKedai emas biasanya mengambil sedikit upah bagi sesiapa yang membeli emas di kedai mereka. \n\nFormula kira upah = Jumlah perlu dibayar \u2013 (berat emas x harga emas kedai)\n\nFormula kira upah = RM 3200 \u2013 (10 x 260) = RM 3200 \u2013 RM 2600 = RM 600 (kadar upah yang diambil)\n\n*Formula ini penting untuk digunakan jika kita membeli emas di kedai yang tidak bertanggungjawab menyembunyikan jumlah upah yang diambil. \n\n#2. Cara kira harga emas + harga upah\n\nTanpa kita sedar, sebenarnya harga emas yang kita beli itu bukanlah harga sebenar. Di mana harga emas tersebut sudahpun ditambah dengan pelbagai harga. \n\nCara kira harga emas tersebut adalah seperti di bawah:\n\nFormula = (berat emas x harga emas kedai + upah) / berat emas\n\nFormula kira harga emas sebenar = (10 X 260 + 280) / 10 = RM 360 (kadar harga emas sebenar)\n\n*Berhati-hati sekiranya harga emas yang dijual atau dipaparkan oleh kedai tidak menggunakan cara pengiraan seperti di atas.\n\n#3. Cara kira upah segram yang dikenakan kedai\n\nSetiap gram emas, kedai akan mengenakan upah bagi setiap gram emas yang kita beli.\n\nCara kira harga emas tersebut adalah seperti di bawah:\n\nKadar upah bsgi setiap gram = (280 / 10 ) = RM 28 (upah kedai kenakan bagi setiap gram)\n\n*Lain kedai berkemungkinan besar mengenakan kadar upah yang berbeza bagi setiap gram emas. Justeru itu penting untuk kita faham akan cara pengiraan yang sebenar. \n\n#4. Cara kira beli emas baru dengan trade in emas lama\n\nMereka yang mempunyai emas lama tetapi mahu membeli emas baru, kita boleh berdagang dengan menggunakan kedua-dua emas tersebut.\n\nCara kira harga emas tersebut adalah seperti di bawah:\n\nFormula = (Berat emas baru x Harga emas kedai + upah) \u2013 (Berat emas lama x harga trade in kedai)\n\nFormula = (10 x 260 + 280) \u2013 (8 x 235) = RM 1000 (jumlah tambahan selepas trade in emas)\n\n*Pembelian emas bergantung kepada harga perdagangan emas untuk kedai.\u00a0\n\n#5. Beza pengiraan kedai ada upah dengan kedai tiada upah\n\nPernahkah kita terfikir, antara kedai yang mempunyai upah dengan kedai yang tiada upah, mana satukah lebih menguntungkan pada kita?\n\nBagi menentukannya, kita boleh menggunakan formula dan cara kira harga emas itu adalah seperti yang berikut: \n\nKira harga emas sebenar kedai A = (Berat emas x harga emas kedai + upah ) / berat emas\n\n(Kira harga emas sebenar kedai A) = (8 x 260 + 240) / 8 = RM 290 (harga emas sebenar kedai A)\n\n(Kira harga emas sebenar kedai B) = (8 x 260) / 8 = RM 260 (harga emas sebenar kedai B)\n\nIni menunjukkan, kedai B mempunyai kadar lebih murah sebanyak RM30 berbanding kedai A.\n\n*Elak dari membuat perbandingan terus tentang harga emas. Pastikan tidak terdapat kadar upah bersama yang diselitkan dalam jumlah harga perlu dibayar. \n\n#6. Trade in di kedai atau simpan di Ar-Rahnu, bagus?\n\nMereka yang mempunyai emas lama tetapi ingin memiliki emas baru, boleh membuat beberapa pertimbangan dahulu sebelum membuat pilihan.\n\nAntara pertimbangan biasa yang boleh dibuat adalah membandingkan sama ada emas lama lebih baik didagangkan di kedai atau hanya disimpan di Ar-Rahnu.\n\nCara kira harga emas itu adalah seperti yang berikut:\n\nFormula = (Berat emas x harga trade in kedai) \u2013 (Berat emas x harga Ar Rahnu x 70%)\n\nFormula = (10 x 240) \u2013 (10 x 277 x 70%) = 2400 \u2013 (2770 x 70%)\n\n*Ambil tahu harga emas Ar-Rahnu dan harga trade in di kedai yang terkini sebelum membuat pilihan.\n\n#7. Cara kira harga emas 916\n\nMereka yang ingin membeli emas 916, boleh gunakan cara kira harga emas di bawah ini untuk mendapat pembelian dengan harga yang lebih murah\n\nFormula = (berat barang) x (harga emas) + (upah)\n\nFormula = (8 x 260) + 240\n\n*Jangan takut untuk berunding dengan kedai emas dan tawar menawar kadar upah yang ditetapkan oleh kedai emas. \n\nSelain dari panduan cara kira harga emas ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan cara pengiraan dalam kehidupan seharian seperti:"
"\u201cAnak saya suka main!!! Malas belajar!!!\u201d\n\nFitrah kanak-kanak itu bermain. Dan bila saya katakan \u2018kanak-kanak\u2019, ia merujuk kepada kanak-kanak sehingga usia 10 tahun.\n\nCuma, pola permainan kanak-kanak akan berbeza mengikut usia. (Saya akan kongsikan tentang pola dan jenis bermain dalam posting yang seterusnya).\n\nApa Pentingnya Mengetahui Pola Permainan Kanak-Kanak?\n\nPola permainan berubah mengikut usia kanak-kanak. Jika kanak-kanak masih \u2018stuck\u2019 pada pola permainan usia yang lebih rendah, kanak-kanak mungkin berisiko kelewatan dalam mana-mana aspek perkembangan.\n\nOccupational Therapist berpegang kepada prinsip bahawa Pekerjaan merupakan aspek penting untuk seseorang mempunyai kualiti hidup yang baik. Tanpa kualiti hidup yang baik, seseorang individu akan sukar sekali untuk mendapat kebahagiaan hidup.\n\nBagi kanak-kanak, main merupakan pekerjaan produktif mereka. Implikasi bermain terhadap kesejahteraan kualiti hidup kanak-kanak adalah besar.\n\nMengapa bermain itu produktif bagi kanak-kanak? Bermain akan memberikan kepuasan sosial, kepuasan eksperimentasi pelbagai kemahiran, serta kepuasan dan novelti terhadap outcome akhir permainan mereka.\n\nSemasa bermain, kanak-kanak akan menggunakan segala kemahiran yang mereka ada. Bermain bersama rakan dan adik-beradik hampir sebaya juga akan memberikan kanak-kanak pengalaman baru yang tidak akan mereka dapati dari interaksi bersama orang dewasa.\n\nPelbagai kemahiran akan diperkayakan: kemahiran sosial, kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, kemahiran kognitif, kemahiran berkomunikasi dan banyak lagi bergantung kepada jenis permainan yang dimainkan oleh anak-anak itu.\n\nPembelajaran kendiri merujuk kepada pembelajaran kemahiran yang diperolehi dari pengalaman persekitaran. Pembelajaran kendiri tidak didapati dari sesuatu yang formal dan spesifik. Ianya sering didapati semasa kanak-kanak bermain, belajar sebab dan akibat dari keputusannya.\n\nPembelajaran kendiri adalah amat penting bagi memastikan kanak-kanak mempunyai keyakinan diri untuk membuat keputusan sendiri. Ini akan menggalakkan kanak-kanak berkembang menjadi seorang yang yakin diri, berani dan tahu timbang tara antara keputusan yang baik dan buruk.\n\nTugas atau \u2018role\u2019 merupakan antara perkara yang amat sering ditekankan oleh Occupational Therapist.\n\nKanak-kanak akan lebih mudah belajar melakukan sesuatu perkara semasa bermain. Terdapat satu jenis bermain yang dinamakan \u201cpretend play\u201d di mana kanak-kanak akan bermain olok-olok meniru persekitaran mereka.\n\nPada ketika ini kanak-kanak akan belajar siapa mereka, apa pentingnya mereka dalam persekitaran mereka dan perkaitan antara diri mereka dan persekitaran mereka.\n\nApabila kanak-kanak dibenarkan bermain secukupnya, kanak-kanak akan dapat menggunakan sepenuhnya kemahiran mereka. Ini akan membina jati diri, keyakinan diri dan personaliti positif dalam diri kanak-kanak.\n\n6. Menggalakkan Perkembangan Sosial & Komunikasi.\n\nSemasa bermain, terutamanya kanak-kanak 2 tahun dan ke atas, interaksi sosial dan komunikasi pasti berlaku. Itu adalah lumrah semulajadi bermain yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kanak-kanak.\n\nQ-15: Untuk Ibu Bapa Pantau Perkembangan Anak-Anak\n\nSaya sering galakkan ibu bapa untuk luangkan sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk bermain bersama anak-anak.\n\nKenapa hanya 15 minit? Kerana waktu-waktu yang lainnya, kanak-kanak harus dibenarkan untuk eksplorasi sendiri, bermain bersama kawan-kawan.\n\nNamun, pastikan anda pantau perkembangan bermain anak-anak anda. Anak-anak yang masih dalam solitary play (bermain sendiri dan tidak minat bermain bersama rakan) bila sudah melebih usia 2 tahun adalah berisiko mempunyai kelewatan perkembangan."
"Kulit rosak menjadi igauan ngeri bagi setiap individu yang mementingkan penampilan dan kesihatan diri. Banyak faktor yang menyebabkan punca kulit rosak seperti kecederaan fizikal, kemalangan hinggalah kepada persekitaran dan gaya hidup.\n\nArtikel ini akan membincangkan dengan terperinci punca kulit rosak bagi rujukan bersama. Jom ketahui punca kulit rosak supaya anda boleh mencari langkah penyelesaian yang sewajarnya.\n\nTahukah anda, kulit merupakan organ terbesar bagi manusia. Purata saiz kulit seorang individu dewasa ialah 2 meter persegi. Komposisi kulit merangkumi 15% daripada keseluruhan berat badan.\n\nDi samping itu, terdapat hampir 11 juta saluran darah dan 300 juta sel kulit yang jika ditimbang kesemuanya, kulit kita adalah seberat lebih kurang 4 kg.\n\nAntara fungsi kulit adalah seperti berikut:\n\nSekiranya kulit kita rosak, fungsi-fungsi tersebut tidak dapat dilakukan oleh kulit menyebabkan keterbatasan dan mungkin ancaman serta penyakit kepada tubuh.\n\nBagi golongan kanak-kanak dan bayi, keadaan kulit mereka masih belum berkembang dan matang sepenuhnya secara biologi.\n\nOleh itu, masalah kulit rosak seperti kulit kering banyak dilaporkan dalam kalangan mereka. Mereka yang berumur 2 tahun ke bawah mempunyai kulit yang lebih nipis dan lemah berbanding kulit individu dewasa.\n\nKetebalan kulit mereka ialah 1/5 daripada kulit yang matang secara biologi.\n\nSel keratin bayi juga masih belum padat menyebabkan fungsi perlindungan kulit bayi adalah rendah. Hal ini memudahkan penyerapan bahan-bahan asing yang didedahkan atau disapu pada permukaan kulit mereka, terutamanya bahan berminyak dan beralkali.\n\nPada peringkat akil baligh, kulit mereka yang remaja mengalami perubahan yang mendadak seiring dengan peningkatan kandungan hormon.\n\nDi samping itu, golongan remaja mula membina rasa kesedaran penampilan dan seksual menjadikan mereka peka dengan persepsi dan pandangan masyarakat sekeliling.\n\nSemakin bertambah usia seseorang, semakin kering kulit mereka kerana perubahan fisiologi yang berlaku berkadaran dengan umur masing-masing. Penghasilan sebum dan peluh makin berkurangan dan filem lapisan hidrolipid pada permukaan kulit turut menurun.\n\nPada usia 60 tahun ke atas, dilaporkan bahawa lapisan epidermis atau lapisan paling luar kulit menjadi semakin menipis sebanyak 50%. Terdapat pengurangan keelastikan dan keanjalan kulit apabila struktur serat dan serat kolagen tidak lagi cekap mengikat molekul air pada kulit.\n\nPada tahun 2001, staf jururawat dari Institut Dermatologi Chelsea dan Westminster, London, ada menerbitkan kertas ulasan saintifik berkenaan penjagaan kulit yang rosak dan kering dalam kalangan komuniti.\n\nBerikut merupakan senarai punca kulit rosak sebagaimana yang dilaporkan:\n\n1. Penggunaan Bahan Kimia Pencuci atau Pelarut Organik\n\nPendedahan kulit kepada bahan kimia berbahaya seperti pelarut organik menyebabkan kerosakan pada kulit. Sifat asal kulit yang melindungi tubuh daripada ancaman fizikal dan kimia dari persekitaran tidak boleh bertoleransi dengan kerengsaan yang diakibatkan oleh bahan kimia tersebut.\n\nMekanisma pembentukan lipid pada kulit sebagai langkah perlindungan tidak mampu melindungi sepenuhnya ancaman ini. Kehadiran bahan kimia asing ini juga menyingkirkan bukan sahaja lipid, tetapi faktor kelembapan semula jadi (NMF) yang kedua-duanya berperanan untuk menjadikan kulit sihat.\n\nKesan kerosakan pada kulit yang dapat dilihat ialah:\n\nProses melindungi tisu daripada serangan luar berbahaya merupakan tindak balas normal yang menjadikan keradangan. Antara punca keradangan yang menyebabkan kulit rosak ialah:\n\nMasalah kulit sedia ada boleh memburukkan lagi keadaan kulit dan menjadi punca kulit rosak. Secara kebiasaannya, penyakit kulit ini perlu dipantau secara rapi oleh doktor perubatan bertauliah.\n\nAntara keadaan kulit yang menyebabkan masalah kulit rosak tersebut ialah:\n\nSementara itu, menurut kajian tahun 2010 oleh penyelidik dari Harvard Medical School, Boston, Amerika Syarikat, radiasi ultraungu (UV) daripada cahaya matahari dilaporkan boleh menyebabkan masalah kulit rosak dan penyakit serius seperti melanoma kanser kulit.\n\nSinar UV ini mencetuskan permulaan, progres dan metastasis (merebak) kanser melanoma dalam kulit. Mekanisma kerosakan kulit disebabkan UV ini bermula dengan kerosakan DNA, keradangan, sekatan sistem pertahanan dan seterusnya pembentukan sel kanser.\n\nRingkasnya, antara punca kulit rosak ialah faktor usia, penggunaan bahan kimia berbahaya, proses keradangan, penyakit kulit dan pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan.\n\nKulit rosak akan memudahkan serangan patogen dan jangkitan kuman selain mendatangkan rasa tidak selesa jika keadaan kulit yang rosak adalah berlanjutan.\n\nSentiasa dapatkan khidmat nasihat dan bimbingan yang betul daripada pihak profesional. Pemilihan produk di pasaran juga perlu dilakukan secara berhati-hati.\n\nSemoga bermanfaat! Jemput juga baca artikel penjagaan kulit ala Korea dan punca kulit kering"
"Sebaik sahaja anak anda meningkat umur tertentu, anda merasakan sudah tiba masanya anak anda tidak lagi menggunakan lampin pakai buang, atau pampers. Benar, pampers memudahkan urusan seharian anda, lebih-lebih lagi sewaktu anda keluar bersiar-siar di hujung minggu atau membeli belah di pasaraya.\n\nNamun, pampers juga ada keburukannya. Untuk cuaca panas lembab seperti di Malaysia, dikhuatiri anak anda menanggung ketidakselesaan dan kegatalan kulit. Apabila dia tidak selesa, moodnya akan terganggu sekaligus menggangu aktiviti seharian anda.\n\nSaya sudah beberapa kali melalui pengalaman potty si kecil saya. Lucunya, saya menempuh pengalaman yang berbeza-beza untuk setiap anak saya. Walau apa pun, potty training merupakan antara pengalaman yang mencabar untuk kebanyakan ibu terutamanya untuk ibu bekerjaya seperti saya.\n\nPaling utama, kedua-dua ibu dan anak harus bersedia. Hanya salah satu pihak yang bersedia tidak akan membuahkan hasil.\n\nIbu seharusnya bersedia untuk proses potty train ini terutamanya dari segi mental. Saya ingatkan sekali lagi, potty train adalah mencabar, terutamanya untuk ibu bekerjaya.\n\nSi manja juga harus bersedia untuk di-potty train. Tiada umur tertentu untuk mengetahui anak anda bersedia atau tidak. Semuanya bergantung pada anak anda sendiri. Sekiranya dia tidak bersedia, semakin anda mendesak, semakin dia tidak mahu.\n\nJadi, bagaimana untuk mengetahui si manja anda sudah bersedia untuk potty train atau tidak?\n\nBeri perhatian pada tanda-tanda tersebut. Sekiranya si kecil anda mempunyai tanda fizikal tersebut, dia berkemungkinan sudah bersedia untuk di potty train.\n\n1)\u00a0Sudah pandai berjalan, atau berlari dengan stabil.\n\n2)\u00a0Membuang air kecil dengan kadar yang sesuai pada suatu masa.\n\n3)\u00a0Mempunyai waktu membuang air besar yang tetap dan boleh diramal.\n\n4) Tidak membuang air kecil sewaktu tidur atau sekurang-kurangnya dua jam.\n\n1)\u00a0Boleh duduk diam di satu posisi untuk 2 hingga 5 minit.\n\n2)\u00a0Boleh membuka dan memakai sendiri seluarnya.\n\n3)\u00a0Tidak suka atau merungut apabila memakai pampers yang basah atau kotor.\n\n4)\u00a0Memberitahu anda apabila sakit perut setiap kali mahu membuang air besar.\n\n6)\u00a0Bangga dengan apa jua pencapaiannya.\n\n7)\u00a0Tidak menolak sekiranya diajar menggunakan tandas.\n\n1)\u00a0Memahami tanda fizikal yang berlaku padanya. Sebagai contoh, sekiranya dia sakit perut, dia sudah memahami yang dia patut membuang air besar.\n\n2)\u00a0Bijak untuk memberitahu anda tanda fizikal yang berlaku padanya.\n\n3)\u00a0Boleh menahannya sebelum betul-betul membuang air.\n\n4)\u00a0Boleh memahami arahan mudah seperti \u201ckemaskan balik mainan itu selepas main\u201d.\n\n#2 Lakukan Persediaan Untuk Potty Training \n\nTerangkan berulang kali pada anak anda, sudah tiba masa untuk dia tidak lagi memakai pampers. Jelaskan mengapa dengan lembut, dan jangan sesekali memaksa, memperkecilkan atau memarahinya.\n\nAnda boleh juga menunjukkan gambar atau video berkenaan potty training untuk menarik minat beliau dan membolehkan dia menjangka apa yang akan berlaku sepanjang proses potty train ini.\n\nRancang trip istimewa ke kedai bersama si manja anda untuk membeli potty dan seluar baru untuknya. Adalah lebih baik sekiranya potty training ini dimulakan dengan potty, berbanding menyuruhnya terus ke tandas.\n\nBelikan juga training seat bersama tangga untuk diletakkan pada tandas anda supaya anak anda boleh mula membuang air dengan berdikari.\n\nAnak-anak lebih cepat belajar dengan memerhati persekitarannya. Dengan melihat anda menggunakan tandas, ia akan membantu dia memahami tujuan sebenar ke tandas. Berbincang dengannya tentang bagaimana anda tahu masa yang sepatutnya untuk ke tandas.\n\nDi awal proses potty train, anda akan membantu si manja anda membersihkan punggungnya selepas membuang air. Jangan khuatir. Selepas melihat anda melakukannya berulang kali sambil memberitahunya cara untuk melakukannya, dia akan terbiasa dengan keseluruhan proses tersebut.\n\n#4 Ajarkan Adab Di Tandas Yang Betul\n\nMulakan dengan mengajar si manja anda membaca doa sebelum melangkah ke dalam tandas dan dahulukan kaki kiri.\n\nMaksudnya: \u201cDengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina\u201d.\n\nAnak anda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terleka semasa di dalam tandas. Apabila berada di dalam tandas, si kecil saya kerap terleka kerana dia berminat untuk memegang hampir semua benda! Lantai, mangkuk tandas, berus tandas, flush air, tong sampah dan apa sahaja.\n\nJangan putus ada untuk mengingatkan si manja anda agar duduk dan tangan sentiasa di lutut semasa membuang air. Untuk anak lelaki, jangan galakkan dia membuang air kecil berdiri.\n\nJangan lupa juga untuk mengingatkan anak anda mencuci tangan setiap kali selesai urusannya \u2013 walaupun kadang kala urusan tersebut tidak berjaya. Ingat, mencuci tangan bukan sekadar melalukan tangan pada air, tetapi membasuh tangan menggunakan sabun.\n\nAnggaplah potty training ini sebagai larian marathon, bukan acara lari pecut. Potty training merupakan proses pembelajaran untuk si ibu dan si manja.\n\nJangan membandingkan anak anda dengan anak-anak rakan anda atau sesiapa sahaja. Setiap anak-anak mempunyai jadual potty training yang unik dan tersendiri.\n\nAnda tidak perlu memaksa anak anda atau berharap dia segera memahami situasi ini. Apa yang penting, anda berterusan melatih anak anda tanpa jemu. Mulakan semuanya dengan perlahan-lahan.\n\nDi awal proses, anda cuba galakkan si manja anda untuk duduk di atas potty sehari sekali. Selepas bersarapan, sebelum mandi atau bila-bila sahaja yang anda jangka dia akan membuang air.\n\nSekiranya dia menolak, anda jangan cepat berputus asa atau memarahinya. Biarkan dahulu potty di tepid an cuba lagi seminggu kemudian.\n\nSekiranya dia nampak berminat, mula terangkan padanya ibu, ayah, kakak dan abang melakukannya setiap hari.\n\nBuat ibu-ibu yang bekerjaya, anda boleh peruntukkan masa setiap hujung minggu untuk melatih si dia. Dengan cara ini, apabila si manja anda sudah terbiasa, perlahan-lahan dia sendiri akan menolak untuk memakai pampers lagi.\n\nPastikan potty tersebut mudah dibawa kemana-mana dan senang untuk dilihat supaya anda mudah menggunakannya apabila anak anda tiba-tiba mahu membuang air. Pastikan juga pengasuhnya menggunakan kaedah yang sama supaya dia tidak keliru.\n\n#6 Berikan Si Manja Anda Pilihan\n\nSaya dapati anak-anak saya memberi respon yang lebih baik sekiranya saya memberi mereka pilihan. \u201cHarini awak nak pakai dress ke, nak pakai baju kurung untuk ke kenduri?\u201d \u201cAlong minat nasi goreng ke, spageti untuk makan malam?\u201d.\n\nSebagai ibu bapa, walaupun kita selalu rasa kita lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak-anak, kadang kala kita perlu memberi kebebasan untuk mereka memilih apa yang mereka mahu.\n\nRancang trip anda ke kedai bersama si manja anda, dan berikan kebebasan untuk dia memilih training pants atau seluar dalam baru yang dia sukai.\n\nPernahkah anda mengalami situasi di mana anda sudah terdesak untuk membuang air, tetapi bergelut disebabkan baju atau seluar anda? Begitu juga dengan anak anda.\n\nSi kecil tersebut baru sahaja belajar untuk menggunakan potty. Sebaiknya, permudahkanlah urusan anak anda. Bagi anak perempuan, memakai skirt atau dress sesuai untuk mereka. Manakala untuk anak lelaki pula, memadai memakaikan mereka seluar pendek atau seluar yang longgar agar untuk memudahkannya semasa mahu membuang air.\n\nElakkanlah pemakaian yang bergaya tetapi menyusahkan si manja anda nanti terutamanya sekiranya anda bercadang untuk keluar bersiar-siar di hujung minggu.\n\nSemasa di rumah, pastikan potty mudah dijumpai oleh si kecil anda. Saya sendiri membeli beberapa potty untuk diletakkan disekitar rumah supaya mudah dijumpai si manja saya. Di dalam bilik tidur, di dalam tandas, di dalam boot kereta, diruang tamu malah di dapur!\n\nLebih baik sekiranya anda boleh membeli potty seat untuk perjalanan jauh seperti pulang ke kampung. Dengan cara ini, walau dimana anda pergi, anda boleh mengekalkan momentum potty training. Ingat, demi kejayaan potty training ini, ia harus dilakukan berterusan, bukan sekadar dilakukan apabila si ibu mempunyai kerajinan sahaja.\n\nSekiranya si manja anda memiilih untuk membuang air di tandas biasa, sediakan tangga kecil untuk memudahkannyamemanjat. Dengan cara ini, anak anda akan lebih berdikari dan tidak terlalu mengharapkan bantuan anda.\n\n#8 Potty Training Di Waktu Malam \n\nWalaupun anak anda didapati berjaya membuang air di tandas di siang hari, anak anda pasti akan mengambil masa beberapa bulan atau tahun untuk melatihnya di waktu malam. Semestinya anda tidak mahu membasuh cadar dan menjemur tilam hampir setiap hari, bukan?\n\nKebanyakan ibu bapa mula melatih untuk waktu malam apaila anak mereka menjangkau usia 3 hingga 4 tahun. Tetapi bukanlah satu masalah sekiranya anda mahu bermula sejak awal. Namun, jangan lupa untuk mengalas tempat tidurnya setiap malam.\n\nCuba kurangkan pengambilan air si manja anda diwaktu malam. Sentiasa mengingatkannya sekiranya terbangun malam untuk membuang air, dia boleh sentiasa mengejutkan anda untuk membantu atau menemani.\n\nSepanjang potty train, anda pasti akan melalui beberapa pengalaman atau peristiwa dimana anak anda terlupa untuk ke tandas mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Agak menggeramkan dan memenatkan. Tetapi jangan sesekali melepaskannya pada si manja anda atau memarahinya.\n\nAnda bukan keseorangan. Ia adalah normal berlaku kerana anda anda pasti akan mengambil masa untuk betul-betul memahami dan menyesuaikan diri. Letakkan diri anda ditempatnya.\n\nAnda juga pasti akan berasa tertekan jika terpaksa melalui pengalaman dan situasi yang baru. Berilah sokongan padanya dan bersihkanlah dengan tenang tanpa merungut. Dudukkannya di atas potty selepas itu untuk menunjukkan padanya dimana sepatutnya dia membuang air.\n\nAnda sudah berusaha sebaik mungkin, yang selebihnya biarlah kita meletakkan kebergantungan pada Allah. Banyakkan berdoa, dan berfikiran positif. Percaya bahawa mendidik anak juga merupakan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri pada-Nya.\n\nPotty training ini semestinya memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. InshaAllah Allah akan memudahkan urusan kita dan memberikan kita ganjaran yang setimpal di syurga kelak."
"Nasi Goreng Kampung adalah satu juadah yang tidak asing lagi bagi kita orang Malaysia. Rasanya amat lazat dan pedas terangkat boleh menjadi kegemaran sesiapa sahaja yang merasainya. Cara pembuatannya amat mudah dan pelbagai jenis golongan boleh memasak juadah ini. Nasi goreng kampung ini selalunya dimakan pada waktu malam, tapi sebenarnya anda boleh makan bila bila sahaja yang anda mahukan kerana ianya amat lazat dan mudah. \n\nNasi goreng kampung sangat terkenal dan mudah didapati di warung \u2013 warung dan restoran di sekitar Malaysia. Selalunya, nasi goreng kampung akan dihidangkan bersama dengan keropok bersama hirisan timun bagi menambahkan variasi dalam masakan. Salah satu cara untuk\u00a0 mengenal pasti yang mana satu nasi goreng kampung, selalunya nasi goreng kampung akan menggunakan sayur kankung di dalam masakan. \n\nResepi yang akan kami bawakan ini dikongsikan oleh Norhayati Yusoff dan telah mendapat banyak komen positif. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi ini!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi nasi goreng kampung ini, terdapat pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba. Hidangkanlah juadah ini kepada yang tersayang ya, pasti mereka akan menggemarinya. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!"
"Seperti yang telah diketahui, otak bayi sudah mula terbentuk diawal usia 2minggu lagi di alam rahim. Pembentukkan otak ini akan terus berlangsung sehingga bayi ini menjengah alam dunia saat dilahirkan.\n\nJadi, adalah penting untuk ibu-ibu hamil ambil tahu apakah benda atau perkara yang boleh memberi kesan buruk secara tidak langsung kepada bayi yang dikandung tersebut.\n\nInfo menarik ini telah dikongsikan oleh Dr. Rizal Abu Bakar yang merupakan seorang pensyarah dan klinikal psikologi dari Unimas, Sarawak. Terdapat 4 perkara yang perlu dielakkan oleh para ibu hamil ialah:\n\nIbu hamil yang sering mengalami stres akan memberi kesan kepada otak bayi mereka. Hormon kortisol dan homocystein yang keluar ketika saat anda dalam keadaan stres akan membantutkan perkembangan otak bayi.\n\nBukan sahaja semasa hamil, malah ketika ibu sedang menyusu juga jika terganggu emosi akan menjejaskan perasaan bayi yang sedang menyusu. Mereka akan turut stres, merasai kesedihan dan emosi negatif si ibu.\n\nSentiasa cuba untuk berfikir perkara-perkara baik dan ketepikan perasaan negatif seperti prasangka buruk, dengki dan dendam. Tidak lupa juga untuk sentiasa basahkan lidah dan hati dengan zikir dan istighfar. Semoga ibu-ibu hamil sentiasa dalam keadaan tenang dan dirahmati Allah Taala.\n\nTidak kira saat mengandung atau pun tidak, setiap dari kita mesti sering terdedah kepada segala macam bahan beracun seperti racun rumput atau serangga.\n\nWalaupun, ia tidak berbahaya kepada orang dewasa yang menghidunya tetapi sebenarnya amat memberi kesan yang besar kepada bayi yang dalam kandungan. Ibu hamil wajib elakkan diri daripada terdedah kepad bahan-bahan beracun ini.\n\nBeralih kepada bahan yang organik dan mesra alam semulajadi demi kesihatan ibu dan bayi yang dikandung. Malah, kita juga boleh menjaga kesihatan seisi keluarga.\n\nToksin sebenarnya bukan sahaja bahaya kepada ibu hamil. Malah, berbahaya juga kepada sesiapa sahaja yang menghidunya. Dari mana kita sering terdedah dengan toksin ini? Dari bau petrol, cat, gam, marker pen atau kulat dari dinding.\n\nBukan itu sahaja, cuba lihat sekeliling kita. Ada atau tidak pewangi, bahan peluntur, bahan cucian yang sering terdapat di rumah, pejabat atau di dalam kereta? Mesti ada bukan?\n\nHaa..bahan-bahan ini juga adalah toksin yang berbahaya kepada otak kita. Beralih kepada bauan atau bahan semulajadi kerana itu adalah yang lebih baik untuk kesihatan kita.\n\nUbatan psikiatri yang diambil oleh ibu hamil akan memberi kesan kepada otak bayi. Sebelum mengambil sebarang ubatan, ibu-ibu dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang bertauliah jika anda disahkan telah hamil.\n\nTidak dapat dinafikan lagi, perkembangan otak bayi sangat penting sejak di alam rahim lagi. Bertapa pentingnya ibu-ibu hamil untuk mengelakkan diri daripada segala perkara atau benda terutamanya bahan kimia supaya tidak mengganggu dalam proses perkembangan otak bayi mereka.\n\nSumber: Dr Rizal Abu Bakar, Konvensyen NeuroParenting 2018."
"Jom cuba resepi ketam telur masin ini.\n\nTeringin masak ketam, tapi tidak tahu ingin masak apa. Asyik tertunggu-tunggu resepi yang menarik. Ketam telur masin tampak menarik bukan?\n\nPenggila seafood khususnya ketam, patut cuba resepi ini. Sekali cuba mesti teringin lagi dan lagi. Rasa masin telur bercampur dengan daging ketam yang enak sungguh lazat.\n\nBila dipikir-pikir pasal menu ini. Kalau makan di kedai boleh habis berpuluh-puluh ringgit silap-silap ratus pun boleh kalau dekat chinese muslim restoran. Tapi kalau masak sendiri boleh makan puas-puas. Bahkan berkongsi dengan jiran sekaligus boleh.\n\nTunggu apa lagi, anda yang telah tertunggu-tunggu resepi ketam telur masin yang lazat sila tengok resepi di bawah ini. Resepi daripada \u200eIzzati Insyirah Rosli\u200e yang dikongsikan di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi ketam telur masin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bercakap sahaja mengenai popia mesti teringat popia basah dan popia goreng. Semestinya sedap jika dapat menjamu popia ini panas-panas selepas baru dimasak. Pada hari ini, kita tidak akan berkongsi resepi popia cendawan cheese. Jika anda adalah peminat popia dan cheese, anda digalakkan untuk mencuba resepi ini. \n\nPopia cendawan cheese ini bolehlah dihidangkan semasa anda sedang beristirahat di rumah pada hujung minggu bersama seisi keluarga. Mari kita lihat resepi popia cendawan cheese ini.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Danish Harraz dan telah mendapat banyak perkongsian dan like di laman sosial Facebook.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat banyak lagi resepi lain yang menarik yang telah kami kongsikan di sini. Sila lihat resepi-resepi tersebut di pautan di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan-rakan anda."
"Wanita zaman kini berperanan lebih dari superwoman. Menguruskan keluarga, mengatur rumah, bekerja, semuanya harus dilakukan dalam satu masa! Disini saya tertarik untuk berkongsi artikel hasil tulisan Prof. Dr. Rozieta Shaary berkenaan pengurusan masa demi mengimbangkan keluarga dan kerjaya.\n\nArtikel ini sebenarnya merupakan sambungan dari artikel yang telah dikongsi tempoh hari. Prof Dr. Rozieta, yang sering menggelarkan diri beliau \u2018ibu\u2019 merupakan seorang pakar dalam bidang Neuro and Behavioural Sciences.\n\nDiharap, kita semua dapat menjadikannya sebagai panduan dalam menjadi muslimah, ibu dan wanita yang lebih baik. InshaAllah manfaat yang diperoleh kita semua hasil dari perkongsian ilmu beliau menjadi tiket untuknya di syurga kelak.\n\nRahsia Dalam Menguruskan Masa Dengan Baik\n\nRahsia di dalam menguruskan masa dengan baik ialah membanyakkan aktiviti di Bahagian ii dan bukan di Bahagian i sahaja. Ini adalah kerana bila anda lebih menumpukan di Bahagian ii, maka anda akan kurang Bahagian i kerana semuanya telah terurus sebelum ia menjadi urgent dan important. Rahsianya ialah untuk melakukan perkara itu sebelum ianya menjadi urgent.\n\nBila kita meluangkan masa untuk mendidik, bergaul bersama anak-anak dan menjalinkan pertalian rapat dengan anak, maka sebenarnya kita akan banyak memudahkan kerja kita bila anak sudah boleh melakukan kerja dan menolong.\n\nSemasa Ibu melahirkan anak yang pertama, Ibu berada di England. Emak dan ayah jauh di Malaysia. Nasib baik ramai mereka yang lebih bijak menguruskan rumah tangga datang menziarahi Ibu. Seorang itu yang berbangsa Inggeris dan dia mengatakan hampir sama seperti yang dikatakan oleh Puan Sal.\n\nKatanya, \u201cRozieta bila kita ada anak ini, kita perlu tumpukan lebih kepada mendidik anak. Debu di atas rak-rak buku atau meja-meja itu akan tetap datang dari sehari ke sehari. Bila anda sudah lap, ia akan datang lagi. Namun, anak akan membesar begitu cepat, umur dia dua bulan tidak akan datang kembali.\n\nOleh itu boleh lap debu, namun jangan menjadikan kekemasan rumah pada setiap masa itu prioriti berbanding dengan mendidik anak. Namun, kalau boleh dua-dua tanpa menjejaskan diri kamu, tidaklah mengapa. Jika kamu ada pembantu.\u201d\n\nBanyak masalah berkaitan dengan anak-anak timbul kerana ibu bapa kurang memberi masa untuk membina pertalian dan kematangan anak-anak. Anak yang suatu masa ini kecil, akan menjadi orang yang mampu berdikari atau tidak bergantung kepada cara kita mendidik mereka.\n\nMemahami akan perkara ini, maka ini adalah diantara perkara yang Ibu lakukan semasa 4 orang pertama anak-anak Ibu membesar. Semasa itu, suami Ibu sangat sibuk dengan kerjayanya sehingga dia tidak sempat membantu banyak dalam urusan keluarga. Ibu share akan perkara yang besar-besar sahaja. Iaitu perkara yang mengambil masa yang banyak.\n\nMemasak untuk makan semasa adalah Bahagian iii \u2013 maksudnya urgent tapi tak important. Oleh itu, Ibu telah masak pada weekend yang Ibu free. Ibu akan masak lauk bergulai dalam tiga 3 jenis dan simpan elok-elok di dalam peti.\n\nMaka setiap hari, Ibu hanya tambah telur atau masakan ringan yang boleh dibuat dalam kurang dari 10 minit. Tapi sebab sudah ada 3 gulai yang boleh disilih berganti, maka setiap hari macam makan masakan berbeza.\n\nSemasa anak sudah berumur 4 -5 tahun, Ibu sudah ajar mereka susun pinggan dan basuh pinggan, masukkan kerusi. Kutip sampah dan lap meja contohnya. Bila mereka mencecah 8 tahun, salah seorang anak Ibu itu sudah pandai memasak telur goreng. Bila sesak tidak sempat masak, dialah yang menolong. Sayur, Ibu akan lebihkan sayur segar seperti timun, tomato dan salad yang tidak perlu dimasak.\n\nDengan anak 4 orang masa itu dan sedang membesar pula tu, kain baju memanglah banyak. Suami memang tidak sempat menolong. Tapi dia memberi idea untuk memberi setiap anak satu raga.\n\nSemasa itu usia mereka dalam 6- 8 tahun. Semasa itu sidai kain, memanglah perlu buat sendiri, namun angkat kain, mereka sudah boleh lakukan. Malah salah seorang anak Ibu itu sudah mula menyidai kain dengan baik pada usia sekecil 6 tahun lagi.\n\nBila kain sudah diangkat, sama-sama mereka mengasingkan pakaian yang telah diangkat ke dalam raga-raga yang telah diberi. Jadi, yang telah pandai melipat akan lipatlah sekadarnya. Yang belum tahu itu, baju-baju mereka ada di dalam raga dan mereka boleh ambil sendiri jika masa itu Ibu tidak sempat melipatnya. Lama-lama mereka pandai melipat sendiri.\n\n3. Kemas Mainan \u2013 Kemas Rumah\n\nIni telah Ibu didik sejak mereka boleh merangkak lagi. Simpan toys sama-sama dan bersaing siapa lagi cepat kemas. Anak-anak sekecil 2-3 tahun sudah boleh diajak bersama mengemas rumah sebagai aktiviti bersama yang menyeronokkan.\n\nAdakan perlawanan dan lepas rumah dan kemas, sama-sama rasa seronok. Sebab mereka mengemaskan rumah sendiri, mereka pun tidak suka menyemakkan rumah. Sambil kita mengemas rumah bersama mereka, sambil mereka bermain dengan kita sambil kita menyemai nilai mulia yang menjadi dasar kukuh sikap positif.\n\nIni dipanggil LEVERAGING YOUR TIME. Sambil menyelam minum air Walaupun anak masih sekecil 1 tahun. Dukung dia, cakap pada dia, toys ni kita letak kat sini. nanti bila adik dan boleh berjalan, boleh buat sendiri.mama sayang adik.adik rajin.adik budak yang suka tolong mama.. apa yang sebenar anda sedang buat sekarang?\n\nAnda sedang mendidik anak mengenai sikap 5S. Anda sedang memprogramkan anak menjadi pengemas, suka tolong anda, memilih untuk menjadi anak yang baik. See, sambil menyelam minum air!\n\nSelalunya bila kita tidak sedar, apa yang kita lakukan \u2013 masa mengemas itulah kita mengomel marahkan rumah semak etc. Jadi secara tidak langsung TANPA niat kita memprogramkan anak-anak kita menjadi pemalas, degil, menyusahkan kita dan segala yang sewaktu dengannya.\n\nSebagai ibu bapa, bahagian yang kita perlu tumpukan di rumah ialah ii iaitu MENDIDIK ANAK-ANAK. Kerana bila anak-anak ini terdidik dengan nilai dan prinsip hidup yang positif, banyak masa yang akan ada bersama kita. Kalau tidak penatlah kita melawan api, \u201cfighting the fire\u201d kata orang Inggeris.\n\nKatakan anda perlu memasak tapi anda tahu memasak ini most of the time masuk Kategori iii. Tapi adakalanya ia adalah Kategori ii \u2013 contohnya, menyediakan masakan untuk disimpan untuk minggu itu.\n\nSedangkan anda pada masa itu perlu mengisikan masa anak dengan perkara yang membinanya. Anda boleh ajak dia masak bersama, sambil menerangkan apa yang sedang dimasak. Kenapa anda campur itu dan ini. Anak yang masih kecil boleh di letakan sekejap dalam play pan di tempan yang dia nampak anda.\n\nAtau jika anak sudah lebih besar, maka anda bagi dia tugas mencari kangkung ke atau seperti itu. Sambil itu anda bercerita mengenai fotosintesis ke.macam-macam boleh anda bercerita kepada anak. Ini menjadi pembelajaran yang tidak formal, NAMUN amat penting kerana anda menyediakan anak untuk minat nak tahu dan minat belajar!\n\nSemasa anak-anak Ibu masih kecil, Ibu banyak mencipta nasyid-nasyid untuk menyemaikan nilai-nilai dan prinsip-prinsip hidup yang positif. Oleh itu semasa Ibu sibuk melakukan tugasan yang urgent dan important. Ibu pasang nasyid yang Ibu telah record itu dan anak-anak Ibu akan mendengarnya seolah-olah Ibu berada bersama mereka.\n\nAnda boleh rekod suara anda membaca buku untuk mereka. Suara anda membaca surah-surah pendek. Memanglah kita boleh beli sahaja di kedai. Namun, kalau suara anda anak lagi suka. Kalau salah seorang daripada anda selalu sibuk dan tiada banyak masa bersama anak-anak, ini adalah cara yang sangat baik untuk membina rasa kasih anak-anak kepada kita.\n\nTambah lagi sekarang ini, teknologi lebih canggih. Smartphone pun dah boleh buat movie. Buatlah movie anda bercerita dan sebagainya. Jika anda mulakan sejak anak 0 tahun, cerita di TV tu akan menjadi kedua penting bagi mereka.\n\nTahu tak bagi anak ibu dialah wanita tercantik dan ayah dialah lelaki terhebat dan terhensem. Sebab, anak-anak kecil bukan melihat fizikal, tetapi melaihat tenaga kasih di dalam diri ibu dan bapa mereka.\n\nJadi lepas ni, setiap kali hendak melakukan sesuatu, fikirkan apa yang boleh aku buat bersama perkara ini untuk memenuhi tuntutan tanggungjawab di Bahagian ii \u2013 kalau dalam keluarga \u2013 membina kasih-sayang seisi keluarga dan mendidik anak-anak dengan berjaya.\n\nKalau di dalam kerjaya, apa yang sangat penting ialah anda perlu memastikan kompetensi anda terhadap kerja adalah pada tahap excellent dan bukan sekadar good. Kerana banyak masa boleh dijimat jika anda tingkatkan kompetensi anda.\n\nWhen you get your family right, you will get your career right.\n\nDikesempatan ini, Ibu ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasangan suami isteri yang bekerjasama di dalam memenuhi tugasan anda di rumah dan sudah tentunya membantu menyenangkan tanggung-jawab dalam kerjaya.\n\nBagi yang belum, bermulalah sekarang. Usah dipersoalkan tanggungjawab siapa. Yang lebih penting adalah tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dan jika masa itu dilepaskan ianya akan menjadi masalah yang memamah kebahagiaan keluarga.\n\nIbu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para suami yang STEP-UP dan mengambil tanggungjawab memimpin keluarga. Suami yang faham bahawa bila dia memimpin maksudnya dia perlu menunjuk contoh yang baik. Maksudnya, di dalam perhubungan suami-isteri, dialah yang lebih banyak memudahkan urusan pasangannya dan bukan sekadar menyuruh dan mengarah.\n\nItu kepimpinan lapuk dan tidak mengikut sunnah. Bila dia kembali kepada sunnah, lantaran itu menyebabkan pasangannya menghormati dan berasa lapang hati di atas kepimpinannya.\n\nSuami seperti ini mengikut sunnah Nabi dan pesanan terakhir Nabi s.a.w pada Khutbah Nabi SAW bersabda, maksudnya:\n\n\u201cOrang-orang yang terbaik dari kamu sekalian ialah mereka yang lebih baik dari kamu di dalam mempergauli keluarganya, dan saya adalah yang terbaik dari kamu sekalian dalam mempergauli keluargaku\u201d.\n\nDengan contoh baik yang anda tunjukkan, InsyaAllah kita membawa sunnah Nabi s.a.w ini ke hadapan di dalam kefahaman masyarakat terhadap cara suami memimpin isteri dan anak-anak.\n\nDan dapat membelakangi budaya salah yang telah melanda dunia ini yang menyebabkan bertambah ramai lelaki hilang hormat di mata wanita kerana kegagalan mereka menjadi pemimpin yang MEMIMPIN tapi menjadi pemimpin yang MEMUSNAHKAN!\n\nDengan kepimpinan yang baik di dalam keluarga, masalah tidak cukup masa ini boleh diatasi dengan baik dan bijak. Malah bila bekerjasama, kita akan mendapati masa itu banyak terlapang, MY TIME and OUR TIME dapat diwujudkan dengan mudah.\n\nSayang para ibu muda semua, jika terlalu banyak perkara yang anda lakukan dalam satu minggu ialah dari Bahagian \u2013 i \u2013 iaitu urgent dan important. Maksudnya anda kurang merancang kerja. Oleh itu anda selalu tercungap cungap menyudahkan kerja. Memang sakit jantung dibuatnya dan anda jadi semakin tenggelam dalam kesibukan hidup.\n\nIbu sarankan dengan penuh faham akan situasi anda, malam ni sebelum anda tidur, cari masa untuk melihat apakah yang boleh anda plan di dalam semua tugasan anda yang menimbun itu. Namun, jika anda terlalu sibuk kerana tiada siapa yang menolong.\n\nApa yang Ibu boleh lakukan ialah berdoa kepada Allah, agar anda beroleh kekuatan dan kebijaksanaan dalam menguruskan semua tugas anda dengan sempurna.\n\nJika anak sudah lebih 6 tahun, janganlah semua benda anda perlu lakukan. Anak pada usia ini sudah boleh menolong.\n\nPerhatian: Artikel yang dikongsi di blog adalah hasil gabungan dari beberapa\u00a0artikel yang beliau kongsikan. Sekiranya anda berhasrat untuk membaca artikel lengkap, bolehlah melawat page facebook beliau.\n\nKredit artikel: Prof Dr Rozieta Shaary\n\nKredit gambar: Michelle McCormack, Michelle Maples, Osvaldo Eaf"
"Parpu telur merupakan sebuah resepi yang amat mudah untuk disediakan. Ianya diperbuat daripada kacang parpu. Namun begitu, anda juga boleh gantikannya dengan kacang dhall, mengikut kepada citarasa anda. \n\nResepi ini amat terkenal di Pulau Pinang dan ianya merupakan salah sebuah resepi kaum India. Terima kasih kepada kepelbagaian budaya dan kaum yang terdapat di Malaysia, kita mempunyai variasi hidangan yang menarik dan ini juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa kerana diversitinya. \n\nResepi parpu telur ini telah dikongsikan oleh Masni Bahari dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita check it out!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang \u2013 alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial."
"Cemerlang ibu bapa, cemerlanglah anak-anaknya. Itulah konsep sebenarnya kecemerlangan jika dikaitkan dengan peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa adalah insan yang lebih rapat dengan anak berbanding orang lain, walaupun bukannya guru, tanggungjawab ibu bapa juga menentukan kejayaan anak-anak.\n\nPernahkah terlintas dalam benak anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran? Apakah yang akan terjadi sekiranya ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka? \n\nMarilah kita sama-sama membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Terdapat banyak peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak.\n\n1. Menyediakan Tempat Belajar Yang Kondusif \n\nIbu bapa hendaklah menyediakan tempat belajar yang kondusif untuk anak-anak. Dengan menjadi lebih prihatin, mereka akan mendapat tempat yang selesa untuk lebih fokus dalam pelajaran sepenuhnya. Contohnya, perbesarkan bilik belajar, sentiasa kemas, dan teratur. Anak-anak akan lebih bersemangat dalam pelajaran.\n\n2. Memberi Dorongan Dan Tunjuk Ajar\n\nSebagai ibubapa, kita haruslah memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada anak-anak. Peribahasa juga mengatakan melenturi buluh biarlah dari rebungnya.\u00a0Sejak anak kecil lagi, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membantu kecemerlangan anak-anak.\n\nTamsilnya, ibubapa perlu mengajar anak dalam mata pelajaran yang mereka tidak faham seperti matematik, bahasa inggeris dan bahasa melayu. Dengan bantuan ibu bapa, anak-anak akan berjaya menjadi pelajar cemerlang.\n\n3.\u00a0 Mengawasi Perkembangan Dan Pergaulan Anak-anak Dengan Rakan Sebaya\n\nIbubapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya.\u00a0 Umumnya, anda perlu tahu bahawa rakan sebaya anak-anak berperanan besar dalam mempengaruhi mereka dalam kehidupan harian mereka.\n\n Anak-anak selalunya akan memilih rakan yang mempunyai sifat, kelakuan dan identiti yang hampir sama untuk bergaul. Peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak adalah mengawasi perkembangan dan pergaulangan mereka bersama rakan sebaya.\n\nIbu bapa juga hendaklah membantu anak-anak dengan meluangkan masa bersama mereka. Anda boleh berbual mengenai masalah yang dihadapi anak dan menasihati mereka.\u00a0 Selain mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan anak-anak, ia adalah peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak.\n\n5. Memastikan Anak-anak Mendapat Didikan Agama Dan Moral Secukupnya\n\nDalam membantu kecemerlangan anak-anak, ibubapa mesti memastikan anak-anak mendapat didikan agama dan moral yang secukupnya. Ahli fizikteori Albert Einstein pernah berkata bahawa \u201cagama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.\u00a0\u201c\n\nSudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk\u00a0 memberi didikan agama sejak awal usia anak-anak belasan tahun lagi. Ia akan menjadi pedoman hidup untuk anak mengelakkan diri daripada perbuatan maksiat dan perkara membahayakan kesihatan seperti menghisap rokok, minum arak, membeli dadah dan merompak. \n\n6. Mendaftarkan Anak-anak Dalam Program Yang Sesuai\n\nIbubapa hendaklah mendaftarkan anak-anak dalam program yang sesuai. Mereka dapat mengisi masa lapang anak-anak di samping memperoleh faedah daripadanya.\u00a0Sebagai contoh, program agama, mengenal Al-Quran, bengkel pelajaran dan lain-lain lagi juga membantu kecemerlangan anak-anak.\n\n7.\u00a0 Menyediakan Kemudahan Yang Lengkap Untuk Anak-anak Belajar\u00a0\n\nPeranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak juga adalah mereka boleh menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar. Anak-anak dapat mengulang kaji secara sempurna dan menyeluruh.\u00a0\n\nContohnya, ibu bapa boleh memberi anak alat tulis, buku latihan dan bahan rujukan yang lengkap. Sekaligus, ia dapat membantu anak-anak memahami subjek-subjek yang diajar di sekolah dengan lebih jelas dan teliti.\n\n8.\u00a0 Selalu Berhubung Dan Berbincang Dengan Pihak Sekolah\n\nSuatu hakikat yang wajar diterima ialah ibu bapa hendaklah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak.\n\n\u00a0Hal ini demikian kerana ibu bapa hendaklah menggunakan peluang Hari Terbuka untuk mengetahui perkembangan anak-anak dan tingkah laku mereka di sekolah bersama-sama guru anak-anak. Ia juga adalah salah satu peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak.\n\n9.\u00a0 Menjadi Pendengar yang Baik Dengan Memahami Masalah\n\nSelain itu, ibu bapa harus menjadi pendengar yang baik dengan memahami masalah anak-anak. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak untuk meluahkan sebarang masalah pelajaran yang dihadapi kerana malas bertanya sesat jalan.\u00a0\n\nDengan menjadi pendengar yang baik, ibu bapa dapat memainkan peranan dalam membantu kecemerlangan anak-anak. \u00a0 Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama-sama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak.\u00a0\n\nPeranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak seterusnya adalah mereka perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya. Beri perhatian bermaksud ambil berat dari segi pelajaran, persediaan ke sekolah, mental, jasmani, kesihatan dan sebagainya terhadap anak anda.\n\nIbu bapa boleh membantu merancang aktiviti anak-anak. Anda juga boleh membuat jadual untuk tetapkan masa yang terbaik untuk anak melakukan apa jua aktiviti mereka. Ia sangat membantu kecemerlangan anak anda.\n\nIbu bapa juga perlu memberikan anak-anak rehat dan tidur yang mencukupi untuk memulakan kerja pada kemudian hari. Jangan lupa, mereka juga perlu lakukan perkara yang disukai untuk melepaskan tekanan pelajaran seperti bermain bola sepak, menonton televisyen, bermain badmiton, menunggang basikal dan sebagainya.\u00a0\n\nMendoakan kejayaan anak-anak juga adalah salah satu peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa perlulah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak. \n\nDoa ibu bapa adalah doa yang sangat mudah dimakbulkan. Dengan berbekalkan doa ibu bapa, anak-anak akan lebih kuat menghadapi cabaran hidup. Doakanlah anak-anak anda demi kejayaan mereka pada masa yang akan datang.\n\n13. Memberikan Sedikit Kebebasan Kepada Anak-anak\n\nIbu bapa juga perlulah memberi sedikit kebebasan kepada anak-anak. Sedarlah anda, anak-anak yang hidup pada zaman serba moden ini berbeza dengan anak-anak zaman dahulu.\u00a0Mereka perlukan ruang dan kebebasan untuk diri sendiri.\n\nTetapi\u00a0 itu bukan bermaksud\u00a0 ibu bapa boleh mengambil sikap lepas tangan sahaja. Anak-anak tetap perlu diawasi. Sebagai contoh, ibu bapa mestilah mengetahui teman rapat anak-anak agar jika sesuatu terjadi kelak, akan ada sesiapa untuk dirujuk.\n\n14. Menghantar Anak-anak Ke Kelas Tuisyen Atau Kelas Tambahan\n\nSelain itu, ibu bapa yang berkemampuan boleh menghantar anak-anak ke kelas tuisyen atau kelas tambahan di sekolah.\u00a0Ia adalah peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak yang harus anda laksanakan.\n\nJika anda sibuk dan tidak dapat memberi tunjuk ajar kepada anak-anak, itu tidak menjadi suatu masalah kerana guru-guru tuisyen anak yang berpengalaman serta kelas yang anak anda sertai dapat membantu mereka.\n\nUntuk berjaya dalam hidup, ibubapa harus mengajar anak untuk mendisiplinkan diri. Anak-anak yang berdisiplin akan lebih menghargai masa dan usaha mereka, pastinya mereka ingin berjaya.\n\nPeranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak dengan menerapkan disiplin dalam diri setiap anak.\n\nsupaya dapat melatih diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Ibubapa juga harus menunjukkan sikap berdisiplin dalam menguruskan rumah tangga, pembelajaran anak, pemakanan supaya anak-anak dapat mencontohinya dan memahaminya."
"Bolehkah Amalan Diet Yang Sihat Menguatkan Sperma Lelaki?\n\nBeberapa kajian daripada pakar-pakar kesihatan telah mendapati bahawa amalan diet yang betul mampu memberi kesan yang positif kepada kesihatan sperma anda.\n\nSalah satu daripada kajian tersebut mendapati bahawa para lelaki yang memakan lebih banyak daging merah, makanan-makanan manis, dan minuman untuk tenaga sebenarnya telah mengurangkan tahap kecergasan sperma mereka. Tetapi situasi ini kurang pula dikesan terhadap para lelaki yang banyak mengamalkan diet makanan yang terdiri daripada ikan-ikan, serat dan juga sayur-sayuran.\n\nDidalam kajian yang kedua pula, para-para pengkaji telah mendapati para lelaki yang mengamalkan diet yang tinggi trans fat mempunyai sperma yang kurang konsentrasi berbanding para lelaki yang tidak atau mengamalkan diet trans fat pada kadar yang minimum.\n\nKedua-kedua kajian tersebut telah dijalankan oleh beberapa kumpulan pengkaji yang berasingan di Harvard. Mereka membentangkan hasil kajian tersebut di American Society for Reproductive Medicine in Orlando, Fla.\n\nDalam kajian yang pertama, salah seorang pengkaji iaitu Audrey J. Gaskins, seorang pemegang ijazah kedoktoran di Harvard School of Public Health, dan beberapa pembantunya telah menjalankan survey makanan keatas 188 orang lelaki yang sihat tubuh badan, berumur antara 18 hingga 22 tahun.\n\nDaripada kajian tersebut, mereka tidak menjumpai sebarang kaitan diantara diet dengan jumlah atau bentuk sperma, tetapi mereka mendapati kecergasan sperma adalah lebih baik keatas kelompok lelaki yang mengamalkan diet \u2018terkawal\u2019 (diet yang terdiri daripada makanan-makanan organik berkhasiat) berbanding lelaki yang mengamalkan diet jenis \u2018western'(diet yang terdiri daripada daging merah dan makanan diproses). Hasil daripada kajian tersebut memang menarik, tetapi ia tidak membuktikan secara langsung yang amalan diet boleh mempengaruhi tahap kecergasan sperma. Banyak faktor-faktor lain yang mungkin juga boleh memberi kesan kepada kualiti sperma seseorang lelaki.\n\nSalah seorang pengkaji tersebut, Gaskins, memberitahu tabloid HealthDay \u201cIni hanya merupakan satu kajian yang kecil, dan kami tidak tahu jika terdapat faktor lain yang menyebabkan seseorang lelaki mempunyai kecergasan sperma yang rendah. Kami juga tidak dapat memastikan jika kandungan nutrisi yang menyebabkan perubahan tersebut. Jadi buat masa sekarang apa yang boleh kami katakan ialah memang terdapat perkaitan diantara nutrisi dan kualiti sperma seseorang.\n\nDidalam pembentangan yang lain pula, pembantu professor nutrisi epidimologi di Harvard School of Public Health, Dr. Jorge Chavarro pula mengeluarkan laporan analisis mengenai diet dan kualiti sperma keatas 100 lelaki yang menjalankan ujian kesuburan diklinik. Para pengkaji tersebut mendapati kaitan diantara pengambilan trans fat yang lebih tinggi dengan jumlah sperma yang rendah masih kekal, walaupun setelah mengambil kira faktor-faktor lain seperti umur, tahap kesihatan, tahap pengambilan alkohol dan tahap pengambilan kaffein. Tetapi amalan diet tidak memberi kesan kepada pergerakan dan bentuk sperma, dan para pengkaji tersebut mendapati lelaki-lelaki yang mempunyai sperma yang kurang konsentrasi yang menjalani ujian tersebut masih berada pada tahap normal.\n\n\u201cKami semakin memahami bagaimana nutrisi boleh memberi kesan kepada tahap kesuburan seseorang, tetapi masih banyak lagi yang perlu kami pelajari,\u201d kata Chavarro kepada tabloid MedPage Today.\n\nKedua-dua kajian tersebut belum lagi diteliti dengan sepenuhnya. Jadi hasil daripada kajian-kajian tersebut perlulah dibuat saringan terlebih dahulu sebelum diterbitkan diakhbar. Secara ringkasnya, apa yang dapat dipelajari daripada maklumat ini ialah amalan diet yang terdiri daripada makanan-makanan yang tidak menyihatkan adalah tidak baik untuk kesihatan lelaki. Kemungkinan juga ia akan memberi kesan yang lebih buruk tanpa pengetahuan lelaki.\n\nSemoga ianya memberi info kepada pasangan dan lelaki yang membaca. :-)"
"Ramai anak di sini kami rasa suka makan kuey teow goreng basah. Tiap pagi mesti ada yang meminta ibu untuk masakkan menu ini untuk sarapan.\n\nMenu kuey teow goreng basah sedap dihidangkan sebagai sarapan.\u00a0 Kuey teow digoreng basah, makan dengan sambal dan telur mata, ditambah sayuran seperti sawi, timun dan taugeh. Cara penyediaanya juga mudah sangat.\n\nKali ini resepi kuey teow goreng basah dikongsikan oleh Amna Safia di laman Facebook. Resepi ini amat mudah untuk dicubakan di rumah. Bahkan resepi ini boleh digunakan untuk berniaga.\n\nJom masak kuey teow goreng basah hari ini. Tidak perlu beli di kedai lagi lepas ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kuey teow goreng basah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sos Miangpla ini selalu kita jumpa dekat kedai-kedai makan Kelantan atau Thai. Rasanya sangat sedap kan. Tambah-tambah kalau kedai tersebut memang ori Kelantan atau Thai. Resepi sos miangpla yang akan dikongsikan ini merupakan resepi yang dikongsikan oleh Nik Yam Chik Zainab di laman Facebook. Resepi ini merupakan resepi yang telah diolah oleh beliau sendiri dari resepi Google untuk mendapatkan hasil dan rasa yang terbaik.\n\nSos ini akan dihidangkan bersama-sama ikan goreng (samada ikan siakap atau ikan tilapia) dan (suhun atau bihun atau laksa siam) dan sayur (salad dan timun). Ikan tersebut boleh digoreng kunyit ataupun di salut tepung jagung atau tepung kentucky ayam. Jom, tengok resepi mudah yang dikongsikan ini.\n\nMudahkan? Hanya perlu sediakan bahan-bahan, kisar dan campurkan. Dah siap. Nak buat meniaga pun boleh.\n\nJangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Sos Miangpla ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
"Antara menu kesukaan anak-anak ialah lokching. Lokching atau biasa disebut satay ikan kerana bahan asas yang digunakan ialah ikan mentah, biasa dipakai ialah ikan selayang atau ikan sardin.\n\nLokcing merupakan kudapan yang diperbuat daripada ikan yang dikisar basah bersama bawang. Kemudian ikan yang telah hancur ini digaul dengan tepung, sedikit serbuk penaik dan soda bikarbonat. Lokching memiliki tekstur yang agak kenyal dan tidak terlalu lunak kerana menggunakan tepung kanji. Rasa ikan lokching haruslah terasa kerana jika tidak dia tidak sedap hanya rasa tepung sahaja. Oleh itu rasio ikan haruslah lebih banyak daripada tepung.\n\nAishah Toke Kek berkongsikan resepi lokching yang mendapat sambutan ramai di laman Facebook. Resepi mudah dan senang macam ini, lengkap dengan sos manis yang sesuai untuk cicah lokching semua ada di bawah ini. Jangan tidak cuba ya .\n\nSelain lokching, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sebagai ibu bapa, membuat persediaan untuk menyambut kelahiran anak, banyak benda yang perlu disediakan seperti lampin, pakaian dan susu. Apabila pergi ke bab susu, si ibu perlu pertimbangkan untuk memberi susu badan atau susu formula. \n\nSusu ibu mempunyai banyak khasiat berbanding susu formula. Susu formula hasil dari haiwan lembu atau kambing, sebab itu susu ibu lebih bagus berbanding susu formula. Khasiat yang ada pada susu ibu tidak ada dalam susu formula.\n\nJika beri susu ibu pada si kecil, hubungan antara ibu dan si kecil akan lebih akrab kerana susu ibu yang telah menjadi darah dalam badan si kecil. Si suami juga perlu membantu si ibu menyusukan anak dengan susu badan. Jadi, si suami perlu mengambil tahu fakta mengenai ibu yang menyusu anak.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta tentang ibu yang menyusu badan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nFakta menarik tentang ibu menyusu badan\n\n1. Ibu menyusu cepat rasa lapar terutama bila selepas menyusu\n\nLapar tahap ketaq satu badan kalau lambat makan. Rasa macam nk terkam semua benda. Sebab tu kalau ibu mnyusu lambat makan, dia tak tahan akan marah-marah apabila tidak dapat makan. Jangan ditahan rasa lapar ibu menyusu ya. \n\n2. Ibu menyusu sering letih dan lesu\n\nHal ini kerana banyak kalori yang dibakar semasa proses penyusuan. Sebab tu apabila menyusu ibu-ibu akan tertidur bersama baby dan letih yang tak boleh diungkap.\n\n3. Ibu menyusu cepat merasa haus\n\nSemasa menyusu tu wajib ada air kosong di depan. Biasanya apabila bayi mula menghisap, akan datang kehausan yang sangat melampau.\n\nJangan dikecam ibu menyusu jika kami kuat makan. Jangan dihina kami jika badan kami makin membulat ibarat tong. Semua yang ibu menyusu lakukan adalah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada anak kerana susu ibu adalah hak anak yang tak boleh dipertikaikan. \n\n*Berikut adalah fakta tentang ibu menyusu. Si suami perlu tahu tentang fakta ini kerana boleh membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Jika si isteri tiada \u2018mood\u2019 atau keletihan, cepat-cepat pujuk mereka atau beri kata-kata manis kerana ia ubat untuk menceriakan isteri.\n\nSelepas ini, tidaklah pening kepala kenapa isteri selalu marah-marah atau tidak ada \u2018mood\u2019 . Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pada zaman dulu, amalan merancang keluarga hampir tak diamalkan. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ibu bapa pada waktu tu mempunyai anak yang ramai. Adalah sesuatu yang biasa jika moyang dan nenek kita mempunyai anak sehingga belas-belas orang.\n\nPada ketika itu, para isteri hanya menjadi suri rumah dan menguruskan hal ehwal keluarga. Keadaan ekonomi yang tak begitu menekan juga menjadi faktor mereka tak kisah mempunyai anak yang ramai.\n\nBerbeza dengan zaman sekarang. Taraf hidup yang tinggi dengan keadaan ekonomi yang gawat menyebabkan wanita tak lagi duduk rumah. Berbanding dulu, wanita zaman sekarang ramai yang berpelajaran tinggi. Mereka keluar bekerja untuk membantu suami mencari nafkah.\n\nKos sara hidup yang makin meningkat membuatkan pasangan suami isteri terpaksa merancang kehamilan. Banyak perkara yang perlu difokuskan jika hendak tambah anak, misalnya:\n\nKesemua ni perlukan wang ringgit yang bukan sedikit. Justeru, ibu bapa pada zaman serba moden ni lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Jika merancang kehamilan, mereka boleh memberi sepenuh tumpuan pada keluarga.\n\nMalahan, ada pasangan suami isteri yang belum bersedia untuk mempunyai anak disebabkan hendak sambung belajar dan kewangan yang belum stabil. Ada juga di antara mereka yang ada masalah kesihatan dan ada pula terpaksa tinggal jauh dengan pasangan.\n\nMerancang kehamilan atau keluarga bermaksud merancang masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan bilangan anak yang diingini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat pelbagai kaedah untuk merancang kehamilan iaitu:\n\nDalam penulisan artikel ni, fokus perbincangan hanya akan menyentuh kaedah merancang kehamilan menggunakan suntikan perancang saja. Diharapkan info yang dikongsi ni akan memberi panduan dan maklumat yang berguna bagi pasangan suami isteri.\n\nMenurut Dr Sashini Seeni dalam laman web Doctor On Call, suntikan perancang kehamilan merupakan kaedah yang sama dengan pil perancang yang dimakan. Bezanya, suntikan perancang akan dimasukkan ke dalam badan melalui suntikan.\n\nTerdapat pelbagai jenis suntikan perancang di pasaran. Namun, bukan semuanya boleh digunakan oleh wanita. Suntikan perancang yang paling popular ialah Depo-Provera (medroxyprogestrone acetate).\n\nDepo-Provera ialah suntikan yang mengandungi hormon progestron. Ia dikatakan cukup berkesan sehingga 99% sebagai alat perancang keluarga yang menjadi pilihan ramai wanita.\n\nSuntikan ni mengandungi hormon progestron yang menyerupai hormon yang dihasilkan oleh ovari wanita. Hormon ni berfungsi untuk menyekat wanita tersebut daripada hamil walaupun melakukan seks tanpa perlindungan.\n\nSuntikan yang menggunakan hormon progestron ni berfungsi untuk:\n\nSuntikan perancang perlu dibuat 3 bulan (12 minggu) sekali. Suntikan susulan perlu diambil setiap 12 minggu untuk memastikan ia tetap berkesan. Biasanya, suntikan ni diberikan oleh doktor yang bertauliah di bahagian punggung atau lengan.\n\nDisebabkan suntikan yang perlu diambil tak kerap, para wanita tak perlu risau apabila terlupa mengambilnya.\n\nBilakah Masa Yang Sesuai Untuk Ambil Suntikan?\n\nMenurut KKM, suntikan perlu diambil pada hari ke-4 selepas kedatangan haid. Manakala, bagi ibu yang menyusu bayi selepas bersalin, sebaik-baiknya ambil suntikan pada atau sebelum 6 minggu.\n\nBagi ibu yang tak menyusukan anak selepas bersalin, suntikan boleh diambil pada bila-bila masa selepas hari ke-5 (sebaiknya sebelum 21 hari).\n\nAdakah Peluang Untuk Hamil Semula Lepas Berhenti Ambil Suntikan Perancang?\n\nSuntikan perancang kehamilan merupakan kaedah perancang keluarga untuk jangka masa yang lama. Jadi, untuk menjadikan kesan suntikan tak lagi berkesan, ia akan ambil masa yang panjang.\n\nMenurut KKM, purata tempoh untuk kembali hamil adalah antara 1 hingga 4 bulan lebih lambat berbanding kaedah-kaedah yang lain. Maksudnya, wanita akan hamil semula apabila berhenti ambil suntikan selepas purata 10 bulan dari tempoh suntikan terakhir.\n\nDi bawah ni disenaraikan kelebihan kaedah suntikan perancang kehamilan berbanding kaedah-kaedah yang lain. Antaranya ialah:\n\nSemua kaedah perancang kehamilan mempunyai risikonya yang tersendiri. Sebelum diberi suntikan tersebut, doktor akan memastikan kaedah ni bersesuaian dengan wanita tersebut. Malahan, kesan sampingannya perlu diterangkan dengan jelas. Antaranya ialah:\n\nDi Manakah Boleh Dapatkan Suntikan Perancang?\n\nBagi wanita yang ingin menjarakkan kehamilan melalui suntikan perancang, anda boleh ke:\n\nAkhir kata, dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda ingin membuat perancangan keluarga. Moga dengan penulisan artikel ni, anda boleh membuat pertimbangan sewajarnya tentang kaedah yang paling sesuai.\n\nKongsikan artikel ni kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain. Kemungkinan mereka juga tak jelas tentang kaedah suntikan perancang kehamilan. Jika ada maklumat yang boleh ditambah, hubungi kami untuk penambahbaikan. Selamat membaca.\n\nNamun, ada beberapa kesan sampingan ni hanya berlaku sementara waktu sahaja iaitu pada awal pengambilan suntikan. Jika menghadapi simptom-simptom yang lebih serius silalah berjumpa dengan doktor dengan segera.\n\nSiapa Yang Dilarang Ambil Suntikan Perancang?\n\nWalaupun kaedah perancangan hamil menggunakan suntikan selamat diambil, namun terdapat sebilangan orang yang tak boleh mengambilnya. Ini biasanya atas sebab faktor kesihatan, iaitu:\n\nJemput baca artikel lain seperti tips elak ibu hamil cepat letih, cara atasi mabuk awal kehamilan dan makanan untuk ikhtiar hamil"
"Mencari kedai bayi terbaik di KL? Bila dah jadi ibu, mak, ummi dan mummy, mesti kedai bayi menjadi singgahan utama dihujung minggukan?.\n\nLebih-lebih lagi bila sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama. Memang akan sibuk mencari segala kelengkapan bayi dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.\n\nDi sini saya senaraikan 10 rangkaian kedai bayi yang TERBAIK dari segi khidmat pelanggan, produk dan susun atur kedai di sekitar Lembah Klang.\n\nNama Marissa Shoppe memang terkenal sehingga tersenarai sebagai booth pilihan pengunjung jika ada expo-expo bayi terbesar di Malaysia!.\n\nMana tidaknya, pengasasnya Puan Nadwati Munirah dan suaminya sangat menjaga kualiti perkhidmatan mereka samada jualan secara online dan offline.\n\nSetiap kali datang ke kedai bayi ini anda pasti rambang mata melihat pelbagai produk jualan berkaitan bayi yang ada disini.\u00a0Fuh!Memang lengkap!\n\nPelbagai diskaun dan tawaran menarik juga disediakan kepada pelanggan mereka antaranya penghantaran percuma bagi pembelian RM200 ke atas. Jangan terkejut jika pemilik butik ini Puan Nadwati sendiri yang menghantarnya. Memang terbaik!\n\nLawati website butik Marissa Shoppe untuk info lanjut.\n\nJika anda sedang mencari keperluan ibu dan bayi, di sinilah tempat yang perlu di tuju. Menyediakan kelengkapan ibu mengandung hingga anak mencapai umur 4 tahun.\n\nSehingga ke hari ini, butik ini telah menyediakan hampir 500 barang keperluan ibu dan bayi serta akan memperkenalkan lebih banyak lagi produk dimasa akan datang.\n\nMereka juga aktif melakukan jualan atas talian bagi memenuhi permintaan pelanggan terutamanya ibu-ibu\u00a0 bekerjaya yang mempunyai kekekangan masa untuk membeli keperluan yang diperlukan.\n\nBerita baik bagi orang ramai di luar sana, pengasasnya juga membuka peluang perniagaan secara dropship dengan kos yang murah. Apa tunggu lagi, jom sertai mereka dan jangan lupa singgah butik ini ya!\n\nLawati website butik Mom\u2019s House BabyShop untuk info lanjut.\n\nKepakaran mereka ialah pam susu. Sebut sahaja jenama apa yang anda inginkan, pasti ada di butik ini. Lengkap dengan segala aksesori yang diperlukan. Memang sangat memudahkan ibu-ibu untuk membuat pilihan.\n\nNamun, butik ini juga turut menjual pelbagai kelengkapan lain ibu dan bayi daripada pelbagai jenama seperti makanan bayi, car seat, baby feeding aids, baby travelling aids dan sebagainya.\n\nApa yang lebih menarik lagi ialah anda boleh menambah ilmu tentang pelbagai tips, petua dan informasi tentang dunia ibu dan anak apabila anak melawat website butik ini. Antaranya,\n\nMemang sangat berinformasi. Jangan berlengah lagi, jom lawati butik ini.\n\nLawati website butik Mothers First Choice untuk info lanjut.\n\nButik ini telah dibuka pada 6 Jun 2016. Pelbagai kelengkapan ibu dan bayi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki khas buat pelanggan mereka.\n\nMereka menawarkan harga yang berpatutan dan sentiasa mengadakan promosi sehingga 70% diskaun.\n\nSelain itu, Oh My Baby menyediakan ruang untuk ibu-ibu atau bakal ibu untuk mencuba pam susu yang mempunyai pelbagai jenama pilihan serta turut memberi bantuan dan cadangan kepada mereka.\n\nApa yang menarik juga, Oh My Baby menjual pakaian bayi iaitu rompers serendah RM3.50 sahaja dengan kualiti dan harga yang sangat berpatutan. Murahnya!Jangan tunggu lagi, jom serbu butik terbaik ini.\n\n33 Ground Floor Jalan Plumbum R7/R Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor.WAZE : OH MY BABY SHAH ALAM(Area Jakel & Gulatis)03-55242816 / 019-3141379\n\nNama butik tateh pasti tidak asing lagi bag ibu-ibu yang punyai anak kecil. Mana tidaknya, butik ini telah berkembang sehingga mempunyai hampir 13 buah cawangan butik di Malaysia!\n\nLokasinya pula memang amat strategik seperti:\n\nBoleh klik link ini untuk mengetahui lokasi setiap cawangan butik ini.\n\nSalah satu keistimewaan yang disediakan butik ini ialah mereka juga menganjurkan kelas yang berkaitan keibubapaan atau \u2018Tateh Expert Series\u2018. Kelas ini merangkumi 5 aspek iaitu:\n\nMenarikkan? Bukan setakat membeli belah, malah ibu bapa juga boleh menambah ilmu pengetahuan apabila menyertai kelas seperti ini.\n\nLawati website butik Tateh untuk info lanjut.\n\nBila buka sahaja website butik ini, terus rambang mata melihat rangkaian produk yang dijual. Wah, banyaknya! Tambahan lagi, butik ini juga menawarkan diskaun flash sale sehingga 40%\u00a0 bagi produk tertentu.\n\nBelum lagi ke kedai, pasti berjam-jam di dalamnya.\u00a0Terletak di kawasan yang strategik di Bangi Sentral dan Jitra, Kedah sudah pasti Butik NurizShar menjadi tumpuan penduduk di kawasan sekitar apabila ingin mencari barang keperluan ibu dan bayi.\n\nBagi yang tidak berkesempatan untuk singgah ke outlet mereka, anda masih boleh membeli belah melalui website mereka. Jangan risau harganya sangat berpatutan.\n\n7-55-2 (1st floor), Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, 43650 Bangi, Selangor\n\nNo.15A, Jalan Pantai Halban, Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah\n\nIbu-ibu yang aktif babywearing mesti kenal akan pemilik butik ini. Baby Wrap by Mak Yang, memang tidak asing lagi dalam dunia babywearing. Bukan setakat menjual, mereka juga menawarkan konsultasi tentang cara yang betul untuk\u00a0babywearing.\n\nJangan pula pelanggan di luar sana tersalah anggap bahawa Kedai Momster hanya menjual produk babywearing sahaja. Butik ini turut menjual pelbagai rangkaian produk\u00a0 seperti alat penyusuan, alat permainan kanak-kanak dan makanan bayi.\n\nLawati website Kedai Momster untuk info lanjut.\n\nLokasinya strategik di Setia Alam pasti mampu menarik ramai pelanggan untuk singgah di butik bayi yang serba lengkap ini. Apa yang ada di sini?\n\nNak tahu butik ini juga menyediakan perkhidmatan sewa untuk STROLLER\u00a0dan BABY CARRIER dengan kadar sewa yang berpatutan!\n\nMenarik bukan? Perkhidmatan seperti ini merupakan salah satu cara butik ini kekal menjadi pilihan pelanggan sehingga ke hari ini.\n\nLawati laman facebook MommAz Houz untuk info lanjut.\n\nKepakaran mereka adalah menyediakan segala keperluan dan kelengkapan yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu. Pelbagai jenama pam susu dan aksesori turut di jual di sini seperti nama-nama besar Spectra, Medela dan Autumnz.\n\nTidak terhad kepada keperluan penyusuan, butik ini juga turut menjual permainan edukatif, babywrap, baby carrier dan baju raya buat si manja.\n\nMemang tak rugi berkunjung ke sini. Pelbagai pilihan yang ada pasti buat anda rambang mata!.\n\nLawati website butik About Umi And Baby untuk info lanjut.\n\nButik ini telah mengembangkan pasarannya sehingga mempunyai 4 buah cawangan sehingga kini di beberapa buah lokasi:\n\nLihat sahaja cawangan mereka pun sudah tahu butik ini mempunyai tarikan tersendiri sehingga mampu mengembangkan perniagaan mereka dengan pesat.\n\nPelbagai tawaran juga boleh didapati di laman website mereka seperti bargain corner, purchase with purchase (pwp) dan monthly special yang menawarkan pelbagai diskaun menarik kepada pelanggan.\n\nButik ini juga menjadi salah satu jenama yang terdapat di expo-expo besar barangan ibu dan bayi seperti TCE Expo di Mid Valley. Jangan lupa jadikan butik ini salah satu dalam senarai pilihan butik bayi yang wajib dikunjungi!.\n\nLawati website butik One Baby World\u00a0 untuk info lanjut.\n\nSaya pasti anda semua akan berpuas hati dengan produk, harga, khidmat pelanggan dan pelbagai tawaran yang disediakan oleh butik-butik HEBAT di atas. Jom shopping."
"Rambut sudah mula beruban? Jom ketahui punca rambut beruban dengan membaca artikel ini.\n\nPigmentasi rambut yang memberikannya warna tertentu seperti rambut hitam, merah, perang dan putih ditentukan pada peringkat selular melalui proses yang dipanggil melanogenesis folikular.\n\nProses pewarnaan rambut secara semulajadi ini bermula dengan pembentukan melanin dan pemindahannya kepada sel rambut yang dikenali sebagai keratinosit.\n\nFolikel rambut manusia mengandungi hanya 2 jenis melani iaitu coklat-hitam eumelanin dan kuning-merah pheomelanin.\n\nPunca rambut beruban sering dikaitkan dengan pembentukan melanin yang tidak mencukupi atau gangguan semasa proses pemindahan melanin.\n\nOleh itu, artikel ini akan membincangkan faktor-faktor yang menjadi punca rambut beruban.\n\nFungsi dan Nilai Biologi Pigmentasi Rambut\n\nMenurut kajian lepas, rambut dengan pigmen warna memberikan beberapa fungsi dan kepentingan kesihatan kepada manusia. Antaranya:\n\nBerikut pula ialah ciri-ciri rambut beruban jika dibandingkan dengan rambut yang mempunyai pigmen warna:\n\nSelain daripada proses penuaan, berikut ialah punca rambut beruban berdasarkan penyelidikan dan tinjauan saintifik yang pernah dijalankan:\n\nGolongan remaja dan orang muda turut tidak terkecuali daripada mendapat rambut beruban.\n\nSatu kajian ke atas 52 responden berusia < 20 tahun yang mengalami gejala rambut beruban di usia muda, atau dikenali sebagai premature canities, melaporkan kekurangan vitamin B kompleks seperti B12, biotin dan asid folik.\n\nOleh itu, disarankan mengambil diet makanan tinggi vitamin B, contohnya:\n\nZink merupakan mikronutrien mineral yang penting sebagai mangkin untuk aktiviti sel menghasilkan pigmen kepada rambut khasnya.\n\nSatu kajian kes mengejutkan dilaporkan melibatkan masalah rambut beruban yang berlaku ke atas bayi yang baru berusia 5 bulan di India!\n\nKajian kes ini dibentangkan oleh Dr, Keshavamurthy Vinay et al. pada tahun 2014 yang mengaitkan kes ini sering ditemui dalam masyarakat yang tidak mendapat keperluan zink secukupnya dalam diet seharian.\n\nSeterusnya, suplemen unsur zink diberikan kepada bayi dan si ibu. Kesan mula kelihatan pada minggu pertama dan pada bulan ke-3, rambut bayi tersebut sudah bertukar warna menjadi hitam dan sihat.\n\nKemunculan rambut beruban boleh terjadi disebabkan oleh gaya hidup seseorang. Berdasarkan beberapa kajian lepas, kemunculan rambut beruban berjaya dibuktikan secara statistik yang dipengaruhi oleh faktor seperti\n\nAgak mengejutkan, bukan? Namun, menurut ulasan sekumpulan penyelidik dari Bangkok pada tahun 2019, punca rambut beruban boleh dikaitkan dengan status atau tahap pendidikan.\n\nSemakin tinggi tahap pendidikan seseorang, semakin tinggi risiko mereka mendapat rambut beruban.\n\nHal ini boleh diterangkan dengan tahap tekanan mereka yang menduduki pendidikan lebih tinggi yang berhadapan lebih banyak tekanan sama ada daripada rakan sebaya, keluarga atau masyarakat sekeliling.\n\nTahap tekanan diakui menyumbang kepada masalah rambut beruban disebabkan gangguan sistem fisiologi akibat perubahan hormon.\n\nKajian-kajian lepas cuba mencari hubungan antara penyakit yang dihidapi dengan punca rambut beruban. Namun, hasil kajian tersebut belum boleh diyakini sepenuhnya tetapi ada yang menunjukkan korelasi yang kuat.\n\nAntara penyakit yang menjadi punca rambut beruban ialah:\n\nKemasukan ubatan moden dalam sistem tubuh telah dilaporkan memberi kesan sampingan punca rambut beruban.\n\nAntara kes yang melibatkan pesakit mendapat rambut beruban akibat pengambilan ubatan ialah:\n\nPunca rambut beruban yang seterusnya ialah kekurangan bahan antioksidan dalam tubuh. Namun, hipotesis ini masih lagi di peringkat penyelidikan menyeluruh.\n\nPemerhatian ini dibuat apabila melihat kesan aktiviti antioksidan yang mampu mempengaruhi perkembangan sel melanosit dan kawasan umbi rambut.\n\nSelain itu, keadaan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh mengganggu pertumbuhan rambut dan proses pigmentasi pewarnaan rambut secara semulajadi.\n\nRadikal bebas ini boleh \u2018ditangkap\u2019 menggunakan bahan-bahan antioksidan yang diperolehi melalui sumber makanan.\n\nOleh itu, antara cadangan makanan tinggi antioksidan yang boleh diambil, selain untuk kesihatan rambut, juga bagus untuk sistem pertahanan tubuh ialah:\n\nSecara ringkasnya, antara punca rambut beruban ialah kekurangan vitamin B, mineral zink, gaya hidup yang tidak sihat, tekanan hidup, penyakit, ubatan dan kekurangan antioksidan dalam tubuh.\n\nSelain tanda penuaan, rambut beruban menjadi indikator atau petunjuk kepada kualiti kesihatan kita yang mungkin kekurangan nutrisi tertentu.\n\nKini, kajian demi kajian dijalankan giat dilakukan bagi menghasilkan produk yang boleh mencegah rambut beruban selain penggunaan pewarna rambut di pasaran sekarang yang bersifat sementara. Jemput juga baca artikel punca rambut kering dan petua rambut gugur"
"Siapa tercari resepi tauhu telur atau biasa dipanggil tauhu jepun atau tauhu lembut? Ada banyak nama tapi ianya sama sahaja. Tauhu telur merupakan bangsa tauhu juga tapi ia lebih lembut dan lunak. Jika tidak berhati-hati masa masaknya boleh jadi bubur tauhu.\n\nKebiasan resepi yang dipakai untuk mengolah tauhu telur ialah aneka sup dan berkuah. Jarang sangat kita akan jumpa tauhu telur digoreng sambal sebab ianya akan hancur dengan mudah. Satu resepi tauhu telur yang naik akhir-akhir ini ialah tauhu telur masak sos tiram.\n\nNampak senang penyediaan tauhu masak sos tiram ini. Mahu jadikan lauk ini lebih menarik? Tambahkan bahan-bahan seperti udang, cendawan, sayuran. Sudah jadinya macam hidangan restoran. Dapat pula makan dengan nasi putih memang bertambah-tambah pinggan. Memang sedap dan berbaloi masak sendiri bukan? Resepi dikongsikan oleh Salina Saad di laman Facebook.\n\nSelain resepi tauhu telur sos tiram, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
"Pada waktu petang haruslah ada kudapan bukan? Mengisi masa yang luang ibu boleh membuat cakoi gebu gebas rangup di luar lembut di dalam. Cicah dengan sos manis pandan ala-ala Boat Noodle. Pergh! Sedap sungguh.\n\nCakoi dibuat daripada tepung gandum dan susu. Bahkan ada resepi yang meletak bawang putih ke dalam adunan cakoi. Menarik bukan? Namun resepi ini tidak menggunakan bawang putih.\n\nSos manis pandan ala Boat Noodle pula diperbuat dengan esen pandan (wajip) untuk perisa pandan, susu dan tepung kastard. Ianya manis dan berlemak sangat sepadan dimakan bersama cakoi.\n\nResepi cakoi lembut dan sos manis pandan akan kami hadirkan pada perkongsian kali ini. Didatangkan daripada\u00a0Raja Amanina di laman Facebook. Tunggu apalagi, sila cuba sekarang.\n\nResepi Cakoi Lembut dan Sos Manis Pandan\n\nBahan Sos @ Kuah Manis :\n\nSelain resepi cakoi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Dalam agama Islam, telah ditetapkan garis panduan tentang sesuatu perkara agar manusia tidak melebihi batas dan berpaling daripada Allah. Salah satu peraturan yang Allah tetapkan itu ialah berkaitan aurat seorang wanita. Jom baca artikel ini tentang aurat wanita dalam Islam.\n\nMalangnya, tanggungjawab untuk menjaga aurat seolah-olah dipandang ringan oleh sesetengah wanita. Ia mungkin berpunca daripada kurangnya didikan ibu bapa, pegangan agama yang lemah, faktor persekitaran dan sebagainya.\n\nAda sesetengah wanita yang memberi pandangan tentang aurat berlandaskan nas yang tidak sahih dan ditambah dengan pandangan mengikut akal dan nafsu sendiri.\n\nYang lebih menyedihkan, ada sebilangan orang yang menyebarkan fahaman bahawa menjaga aurat itu memundurkan masyarakat. Malahan, menjaga aurat itu seolah-olah seolah-olah \u2018undang-undang paksaan\u2019 yang tidak adil bagi wanita dan menyekat kebebasan hak individu.\n\nMengapa aurat wanita sangat dijaga dan dipelihara oleh Islam? Apakah yang akan berlaku sekiranya seseorang wanita itu mengabaikan auratnya? Sebelum menjawab soalan-soalan ini, marilah kita fahamkan dulu maksud aurat.\n\nMenurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, aurat adalah anggota badan yang tidak boleh diperlihatkan oleh seorang lelaki mahupun wanita kepada orang lain. Dalam erti kata mudah, aurat bermaksud sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat.\n\nHukum menutup aurat adalah wajib tidak kira bagi lelaki atau wanita. Namun begitu, dalam artikel ini penulis hanya akan mengupas berkaitan aurat wanita. Sebenarnya, terdapat banyak dalil tentang kewajipan menjaga aurat bagi wanita. Antaranya ialah:\n\nDalam Surah al-A\u2019raf (26), Allah berfirman yang bermaksud:\n\n\u201cWahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).\u201d\n\nAurat wanita dalam Islam adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali dua telapak tangan dan wajah. Apabila berada di hadapan lelaki yang bukan mahram (lelaki ajnabi), mereka wajib menutup leher, rambut malahan keseluruhan badan kecuali tapak tangan dan wajah.\n\nSeiiringan dengan zaman yang semakin moden, kita boleh bahagikan wanita berkaitan soal aurat dalam 3 kategori, iaitu:\n\nBagi golongan pertama, mereka mengikut syariat Islam dengan sempurna. Bagi golongan kedua pula ialah pakaian yang dikenakan masih tidak sempurna. Misalnya memakai tudung tetapi sangat singkat, memakai tudung tetapi baju ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.\n\nBagi golongan yang ketiga, mereka biasanya tidak memakai tudung dan pakaian juga singkat dan ketat. Anda tergolong dalam kategori yang mana satu? Diharapkan artikel ini mampu membuka hati kita untuk menutup aurat dengan sebaik-baiknya.\n\nSetiap muslimah perlulah mementingkan beberapa perkara ini sebelum keluar dari rumah atau berhadapan dengan lelaki bukan mahram. Antaranya ialah:\n\nTerdapat 4 batas aurat bagi wanita yang berbeza mengikut situasi, iaitu:\n\nTiada aurat di antara pasangan suami isteri. Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isteri kecuali kemaluannya. Di dalam Islam melihat kemaluan isteri mahupun kemaluan sendiri hukumnya makruh\n\nLelaki ajnabi ialah lelaki yang bukan mahram dan merupakan orang asing. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan\n\nMahram bagi wanita ialah lelaki yang haram untuk dikahwini buat selama-lamanya. Hubungan mahram ini terjadi disebabkan faktor keturunan, perkahwinan dan susuan. Antara mahram bagi seseorang wanita ialah:\n\ne. Anak tiri (anak suami bagi isteri sebelumnya)\n\nDi hadapan mahram-mahram tersebut, tidak diwajibkan untuk wanita menutup tubuhnya. Namun begitu, kita tetap perlu menjaga kehormatan diri dengan memakai pakaian yang sopan di hadapan mereka.\n\nJanganlah mendedahkan peha, perut, kemaluan dan punggung. Yang dibolehkan hanyalah bahagian rambut, leher, lengan dan betis\n\nMenurut pandangan mazhab Syafi\u2019ie, aurat wanita Islam di hadapan wanita lain ialah di antara pusat dan lutut.\n\nPerintah yang diturunkan oleh Allah kepada manusia pasti ada sebab dan alasannya. Justeru disenaraikan di bawah hikmah menutup aurat bagi wanita, iaitu:\n\nWanita yang taat dan takut kepada Allah, pastinya akan mengikut segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah. Oleh itu, walau apapun alasan yang diberi, sekiranya kita tidak menutup aurat, maknanya kita ingkar arahan yang diturunkan oleh tuhan\n\nLelaki yang berhidung belang, pastinya tidak menghormati wanita. Bayangkan apabila mereka nampak perempuan yang seksi lalu di hadapan mereka. Pasti tanpa segan silu mereka akan mengusik.\n\nBerbanding wanita yang menutup aurat, mereka pastinya tahu menjaga kehormatan diri dan tidak menjadi lelaki berniat jahat seperti itu. Wanita yang solehah akan membuatkan kita malu untuk memandang mereka kerana rasa hormat yang tinggi\n\nMembezakan wanita muslim dengan yang bukan muslim\n\nKita mudah mengenali seseorang itu sama ada beragama Islam atau tidak melalui pemakaian tudung. Walaupun begitu, adab sebagai seorang wanita muslim tetap perlu dijaga di hadapan orang yang bukan muslim. Tingkah laku yang buruk akan memberi gambaran yang buruk terhadap agama Islam.\n\nKesimpulannya, Allah telah menetapkan batasan aurat bagi lelaki mahupun wanita. Oleh itu kaum, wanita perlu menjaga kehormatan diri dan auratnya walau di mana mereka berada. Jangan ambil mudah tentang perkara ini.\n\nDidikan tentang aurat dan batasan pergaulan perlu didedahkan oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Jika anak-anak degil dan tidak mahu mendengar kata, tegur mereka secara berhemah. Tunjukkan contoh yang baik dan seterusnya wujudkan persekitaran keluarga yang mementingkan ilmu agama. Jemput juga baca artikel tentang selain artikel aurat wanita dalam Islam:"
"Masalah keguguran rambut bukan sahaja menghantui golongan wanita, malah lelaki juga tidak terlepas dari masalah ini. \n\nKeguguran rambut nampak macam perkara kecil, tapi memberikan impak yang sangat besar kepada kita. Rambut yang semakin nipis dan berkurangan mampu menjejaskan tahap keyakinan diri. Betul tak?\n\nKali ini kami nak kongsikan petua rambut gugur cara moden dan tradisional yang murah, mudah, dan dijamin berkesan yang anda boleh cuba di rumah.\n\nBawang besar + madu + pati minyak lavender\n\nBawang besar mengandungi sulfur yang berfungsi untuk membaiki peredaran darah dikulit kepala dan merangsang akar rambut bagi menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang banyak. Madu pula berfungsi untuk menyuburkan rambut dan memberikan rambut yang licin dan berkilat. Pati minyak lavender berfungsi untuk mengurangkan bau tengik bawang yang akan melekat dirambut. Jika anda tidak menyukai bau lavender, boleh gunakan pati minyak lain yang mempunyai bau kegemaran anda.\n\nLakukan setiap malam untuk mendapatkan rambut yang lebat tanpa masalah keguguran rambut.\n\nAmbil sepuluh helai daun bunga raya. Tak kisahlah bunga warna apa sekali pun, yang penting ianya bunga raya. Masukkan daun tadi ke dalam besen bersama air, ramaskan daun tadi sehingga air menjadi kehijauan. Basuh kepala dengan air ramasan tadi, biarkan seketika sebelum dibilas dengan air sehingga bersih.\n\nBeli sepeket kecil santan kelapa segar. Sapukan ke rambut & kulit kepala sehingga rata. Balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Lakukan 3 kali seminggu untuk mengatasi masalah keguguran rambut yang anda hadapi.\n\nMinyak argan sememangnya berkesan untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gunakan 2 kali sehari. Sapukan dari akar rambut sehingga ke hujung. Jika anda ada kelapangan, urutkan kulit kepala dengan minyak argan.\n\nMinyak kelapa yang dimaksudkan bukanlah minyak kelapa sawit yang kita gunakan untuk menggoreng, tetapi minyak kelapa tanak daripada santan kelapa. Caranya tanak santan kelapa sehingga menjadi minyak. Tapiskan minyak dan gunakan sebagai minyak rambut. Orang dulu-dulu menggunakan minyak kelapa ini sebagai kegunaan harian. Tengoklah rambut orang zaman dulu, cantik panjang mengurai.\n\nMinyak zaitun memnbantu mengurangkan masalah rambut gugur dan dalam masa yang sama menggalakkan pertumbuhan anak rambut baru. Ambil beberapa titis minyak zaitun, sapukan ke kulit kepala dan urut seketika. Dengan penggunaan yang konsisten, masalah keguguran rambut anda akan berkurangan.\n\nKecil-kecil dulu siapa biasa tengok nenek guna minyak rambut zam-zam? Baunya boleh tahan kuat. Tapi kesannya sangat mujarab. Akar rambut akan menjadi kuat dan mengurangkan masalah rambut gugur. Selain itu rambut akan menjadi hitam berkilat dan lebat. Caranya, gunakan minyak rambut zam-zam setiap kali selepas mandi. Mana nak cari minyak rambut legend ni? Ianya masih ada dijual di kedai cina, kedai india, pasar malam, dan kedai-kedai kampung. Cuba cari di sana.\n\nBeli yogurt asli, sapukan ke seluruh kepala dan rambut. Balut dengan tuala, dan biarkan selama 30 minit. Kemudian basuh sehingga bersih.\n\nTanah liat bukan sahaja membantu mencantikkan kulit muka malah ianya membantu mengatasi masalah keguguran rambut. Beli clay mask kegemaran anda, sapukan ke rambut. Biarkan 30 minit dan basuh sehingga betul-betul bersih.\n\nRamai menyangka bahawa daun inai digunakan dirambut untuk mewarnakan uban semata-mata. Tahukah anda, yang sebenarnya daun inai juga berfungsi untuk mengatasi masalah keguguran rambut dan dalam masa yang sama menyuburkan kulit kepala supaya rambut tidak menipis.\n\nCaranya, tumbuk daun inai sehingga halus. Sapukan ke kulit kepala dan rambut. Pakai shower cap. Biarkan selama satu hingga 3 jam, basuh sehingga bersih. Lakukan sekali seminggu, anda akan melihat kesannya.\n\nSelain untuk kecantikan kulit, aloe vera juga sangat berkesan untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Caranya, ambil jel aloe vera dari pokok dan ratakan ke kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan basuh sehingga bersih.\u00a0Kalau anda tiada pokok aloe vera, boleh juga gunakan jel aloe vera yang dibeli dari farmasi. Namun jel dari pokok jauh lebih semulajadi dan bebas dari bahan kimia dan bahan pengawet.\n\nItulah dia petua tradisional dan moden untuk masalah keguguran rambut yang boleh anda cuba di rumah. Jika anda mempunyai bajet, boleh juga dapatkan rawatan kesuburan rambut di saloon atau klinik kecantikan. Kosnya mungkin agak tinggi, tapi kalau anda mampu, apa salahnya. Betul tak?"
"Burung adalah haiwan yang mempunyai tulang belakang atau dipanggil \u2018vertebrata\u2019 dalam sains. Burung juga merupakan haiwan sederhana saiznya yang mempunyai bulu, sepasang sayap dan dua kaki yang sama seperti ayam. Mereka biasanya membiak melalui bertelur.\u00a0\n\nBurung berdarah panas dan suhu badannya adalah sentiasa malar. Ia biasanya dikelaskan mengikut Kelas Aves dan kajian tentang burung ini dipanggil \u201cOrnithology\u201d.\u00a0 Di Malaysia, terdapat lebih kurang 750 spesies burung yang menduduki hutan Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.\u00a0\n\nAda juga burung yang hidup di Malaysia sepanjang tahun dan ada juga yang hidup secara berpindah randah.\u00a0 Jom kita lihat jenis burung yang terdapat di Malaysia ramai tak tahu.\n\nBurung Gelam adalah satu-satunya jenis burung yang terdapat di Malaysia. Biasanya anda boleh melihatnya di kawasan sawah padi, paya dan kawasan tanah lembap. Bulu burung ini berwarna coklat serta terdapat corak pada badannya.\n\nFungsi coraknya adalah untuk membantu burung ini menyamar sehingga sukar dilihat di habitatnya. Saiz burung ini adalah sekitar 40 sentimeter. Ia juga dikenali dengan nama \u2018Chestnut Bittern\u2019.\n\nPernah dengar tak lagu rakyat \u2018Bangau Oh Bangau\u2019? Lagu tersebut turut mengandungi lirik berkaitan si burung Bangau ini. Burung Bangau Besar biasa mempunyai bulu putih di seluruh badannya dan saiznya kebanyakannya mencecah 82 sentimeter.\u00a0\n\nWarna kaki pada burung bangau ini adalah berbeza-beza tetapi biasanya kaki mereka berwarna hitam. Paruh bangau berwarna kuning tetapi akan bertukar menjadi warna hitam apabila musim mengawan dan bertelur. Burung ini biasanya bertelur dan membiak di Malaysia antara bulan April dan September.\n\nSaiz burung Tekukur adalah sekitar 30 sentimeter. Jenis burung ini biasanya dijadikan burung peliharaan dan mudah dijumpai di Malaysia. Ianya mudah ditemui di kawasan ladang, kawasan tanaman, padang dan di sekitar kampung. Pasti anda sendiri pernah melihat burung ini.\n\nBurung Raja Udang adalah jenis burung yang berwarna biru dengan paruh yang panjang sesuai untuk menangkap ikan. Mereka adalah burung yang berbunyi bising dan bunyinya mudah dikenali. Sarangnya selalu ditemui dilubang pada tebing sungai yang curam.\u00a0\n\nTahukah anda, saiz burung Raja Udang ini adalah 25 sentimeter? Burung ini gemar memakan ikan, berudu, ketam, udang, katak kecil dan semua binatang kecil yang lain. Ia juga dikenali dengan nama \u2018White Brested Kingfisher\u2019.\n\nDi Malaysia, terdapat juga helang yang mendiami kawasan pantai negara kita, ia adalah burung helang laut. Jenis burung ini biasanya memakan haiwan seperti tikus, ular dan sebagainya. Saiz mereka adalah sekitar 90 sentimeter, berwarna putih dan sayapnya berwarna hitam.\n\nBiasanya jenis burung ini hidup dalam berkumpulan dan suka membantu antara satu sama lain. Sarang mereka diperbuat daripada rumput kering atau daun-daun kering di tempat yang berlubang. Jenis burung ini senang dijumpai di seluruh tempat.\n\nSaiz burung pipit padi agak kecil iaitu hanya 11 sentimeter sahaja. Burung Pipit Padi biasanya memakan serangga kecil, buah padi dan juga buah-buahan kecil seperti beri.\u00a0 Apa yang ramai tak tahu adalah burung ini cepat membiak!\n\nBurung mempunyai kelebihan luar biasa untuk tenunan sarangnya. Sarangnya diperbuat daripada rumput dan ditenun dengan halus dan berbentuk seperti kon yang tergantung. Biasanya mereka bersarang di tempat yang sangat tinggi.\u00a0\n\nSarang burung jantan dan sarang burung betina amat berbeza dari segi corak, struktur, bentuk dan saiznya. Sarang burung betina hanya dibezakan dengan tempat bertelur manakala sarang burung jantan tidak mempunyai tempat bertelur. Saiz burung ini adalah sebesar 15 sentimeter dan sentiasa menjadi perumpamaan orang tua-tua zaman dahulu.\n\nJenis burung ini mempunyai siulan yang amat merdu dan harganya amat mahal hingga mencecah puluhan ribu ringgit. Saiz burung murai batu ini sekitar 25 sentimeter. \n\nBurung Murai Batu merupakan burung yang dilindungi oleh pihak perhutanan dan memerlukan lesen bagi sesiapa yang ingin memeliharanya.\u00a0 Burung jantan biasanya mempunyai ekor yang lebih panjang dari burung betina. Mereka amat gemarkan memakan serangga.\u00a0\n\nBurung ini juga dikenali dengan nama burung Sualo Batu. Burung ini biasanya ditemui di seluruh Malaysia dan bertelur diantara bulan Mac hingga bulan Jun. Sarang burung ini diperbuat dari rumput, bulu burung dan campuran lumpur.\u00a0\n\nBentuk sarangnya adalah seperti mangkuk. Saiz Burung Layang-Layang Batu adalah sebesar 13 sentimeter sahaja. Ia juga sering dikenali dengan nama \u2018Pacific Swallow\u2019.\n\nSiapa yang tak kenal dengan burung yang cantik ini, bila ekornya mengembang sahaja, ia kelihatan seperti raja segala burung! Burung ini biasanya sebesar 75 sentimeter dan amat lantang kicauannya. Ia biasanya hidup di kawasan hutan, agak sukar untuk anda temuinya.\n\nJenis burung ini biasanya memakan ular, tikus, serangga dan haiwan kecil. Burung Hantu merupakan haiwan nocturnal iaitu mereka hanya aktif mencari makan pada waktu malam manakala akan tidur pada waktu siang. \n\nMereka memiliki sayap yang besar, mata yang bulat dan berwarna coklat.\u00a0 Burung hantu ini sebenarnya bersaiz sekitar 30 sentimeter dan tinggal di kawasan ladang getah, ladang sawit dan sawah padi. Dahulunya, ia sering dipelihara oleh para peladang untuk membantu mengawal haiwan perosak.\n\nBurung ini biasanya sering dijadikan haiwan peliharaan dan sangat jinak. Ada juga yang memelihara burung ini untuk sumber dagingnya yang sedap. Burung ini bersaiz 32 sentimeter dan berwarna hitam, putih dan kelabu. Sememangnya burung ini tampak begitu cantik sekali.\n\nNama burung merbah agak popular dan sering kita dengari.\u00a0 Burung Merbah Kapur biasanya ditemui di kawasan kampung dan hutan. Ia membiak pada bulan Februari dan Jun. Makanan jenis burung ini adalah buah-buahan dan serangga. Ia kelihatan agak kecil sedikit tetapi nampak seperti lincah.\n\nBurung Murai biasanya berwarna hitam dan putih. Ia sering terdapat di dalam semak dan pokok berdekatan kebun di seluruh negara. Jenis burung ini terkenal dengan suaranya yang suka berkicau sehingga dikaitkan dengan peribahasa Melayu \u2018seperti mulut murai\u2019 yang maksudnya asyik bercakap tanpa henti-henti.\n\nBurung Pucong Malam merupakan jenis burung nocturnal yang memburu makanan di tasik dan sungai. Burung ini dikatakan boleh membesar sehingga 55 sentimeter saiznya.\u00a0 Unik bukan? Ia juga dikenali dengan nama burung Pucong Kuak dan amat terkenal di kawasan tasik.\n\nItulah dia 15 jenis burung yang terdapat di Malaysia harus anda kenali. Jom baca juga koleksi resepi telur, jenis bunga dan fakta pelik tapi benar."
"Daging tetel adalah cebisan potongan daging yang dijual oleh pejual daging tempatan. Lazimnya tetel ini adalah lebihan bahagian \u2013 bahagian daging yang tak dikehendaki seperti lemak dan bahagian urat daripada batang pinang ataupun daging pejal.\n\nMereka membersihkan daging itu daripada urat \u2013 urat dan lemak supaya dapat jual daging yang sudah bersih dengan harga yang lebih mahal. Bagaimanapun daging tetel ini sedap sebab ada urat \u2013 uratnya dan sedikit lemak. Kalau direbus sempurna, ia akan jadi sangat lembut dan sesuai untuk dimasak dengan pelbagai menu seperti kari atau pun lada.\n\nNamun suka diperingatkan disini, daging tetel ini tak sesuai dimakan selalu kerana kandungan lemaknya yang tinggi, sayangilah jantung anda.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Zaimah Zakaria\u00a0di Petua dan Resepi dan telah mendapat beribu \u2013 ribu like dan share di Facebook. Mari kita cuba resepi ini!\n\nNota: Boleh juga kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi Asam Pedas Daging Tetel ini, terdapat banyak juga resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda ya!"
"Kali ini kita bawakan resepi yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia iaitu resepi kankung goreng belacan. Lauk ini sering menjadi pilihan kita diwaktu tengahari dan makan malam. Rasanya juga amat sinonim dengan kita. \n\nSayur kankung juga murah, dan memberi rasa yang amat lazat. Oleh itu, lauk ini menjadi sangat popular dikalangan kita. Lauk ini juga boleh disediakan oleh kita sendiri. Jadi jom! Kita lihat resepi kankung goreng belacan.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Sharina Bidin di laman Facebook beliau.\n\nAda pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!"
"Tngah cari cara pakai shawl yang menarik?\n\nKecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Wanita bukan sahaja menjaga kecantikan kulit dan bersenam untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal malah mereka juga sangat menitik-beratkan penampilan diri terutamanya pakaian. Salah satu daripada perkara yang paling penting bagi seorang wanita ialah hijab. Sudah menjadi kewajipan seorang wanita yang bergama islam untuk bertudung.\n\nPada zaman ini terdapat pelbagai jenis hijab yang trendy seperti shawal, tudung bawal, tudung sarung, shawl instant dan sebagainya. Shawl adalah salah satu tudung yang paling mendapat tempat dihati wanita di Malaysia dan istimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan 7 cara pakai shawl yang anda boleh cuba.\n\nIni adalah cara paling mudah untuk memakai shawl. Hasilnya juga sangat cantik dan kemas malah membuatkan anda kelihatan lebih manis. Caranya:\n\nIni adalah gaya shawl yang paling in trend dan menjadi kegemaran ramai pada masa kini. Perhatikan sekeliling anda, pasti ramai yang menggayakan shawl dengan gaya ini. Kami yakin anda juga teringin untuk belajar cara untuk lilit shawl dengan gaya ini. Yang sebenarnya tak susah pun untuk menggayakan shawl dengan gaya highstreet. Ia nampak agak komplikated namun jika anda berlatih dengan kerap, pastinya anda akan menjadi pakar memakai shawl dengan gaya ini. Cara untuk memakai shawl gaya Highstreet adalah seperti berikut:\n\nShawl dengan gaya Damia juga menjadi kegemaran masa kini memandangkan ia adalah gaya yang dikenakan oleh ramai artis tempatan. Pastinya anda teringin untuk kelihatan cantik bergaya seperti artis pujaan. Jika anda menyangka bahawa gaya sebegini susah untuk dibentuk, anda adalah silap. Untuk mendapatkan shawl gaya Damia, cara-caranya adalah seperti berikut:\n\nKami namakan style ini sebagai Shawl gaya Solehah Inspirepire memandangkan gaya ini kami perolehi daripada inspirasi yang dikongsi oleh Soleheh Inspire. Caranya juga mudah sahaja malah dengan kemasan yang betul anda akan kelihatan awet muda. Cara untuk memakai shawl dengan gaya ini adlaah seperti berikut:\n\nSeperti namanya, ini adalah gaya yang boleh anda kenakan jika memakai shawl yang mempunyai dua warna atau dwi tone. Pemakaian shawl dengan dua warna juga semakin mendapat tempat di hati wanita di Malaysia memandangkan ia menghasilkan efek yang segar dan manis buat pemakainya. Nak tahu cara untuk pakai shawl dua warna? Jom kami kongsikan:\n\nIni adalah shawl dengan gaya yang trendy dan dalam masa yang sama menyerlahkan ciri-ciri seorang wanita solehah kerana ia menutup dada dengan sepenuhnya dan shawl kelihatan lebih lebar berbanding gaya yang lain. Untuk mendapatkan shawl dengan gaya ini, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:\n\nBagi anda yang memakai tudung labuh dan dalam masa yang sama teringin untuk cuba pakai shawl, ini adalah gaya pakai shawl yang sesuai untuk anda memandangkan shawl gaya ini menghasilkan shawl yang labuh bukan sahaja dibelah hadapan malah di bahagian belakang juga. Malah bahu anda juga akan tertutup dengan shawl seperti memakai tudung labuh. Menarik kan? Jom kami kongsikan cara pakai shawl gaya Curlycandy iaitu:\n\nItulah dia info tentang \u00a07 cara pakai shawl yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara pakai tali keledar keselamatan untuk ibu hamil dan cara menyediakan tempat tidur bayi yang betul."
"Hari ini saya ingin menulis sebuah pengalaman mengenai anak yang Hyper-Active. Beberapa tahun yang lalu saya telah menerima panggilan telefon daripada seorang ibu.\n\nDia mengatakan bahawa dia mendapat nombor saya daripada halaman saya di dalam sebuah majalah wanita. Dia mula bercerita akan resah hatinya.\n\nKatanya, dia ada mempunyai seorang anak yang berusia 7 tahun di dalam darjah satu dan mengikutnya anak ini tersangat aktif, malah mengikutnya anak ini Hyper-Active. Guru kelaspun mengatakan anaknya hyper-aktif. Oleh kerana risau akan anaknya itu dia telah membawa anaknya berjumpa doktor. Doktor pun mengatakan anaknya hyper-active dan memberi ubat untuk mengurangkan keaktifan anaknya itu.\n\nSaya tertanya pula di dalam hati saya mengapa dia menghubungi saya jika dia telah berjumpa doktor dan disahkan oleh doktor sebagai Hyper-Active. Kata beliau, mengikut doktor, jika ubat itu diambil berterusan akan memberi kesan buruk kepada anaknya.\n\nLama juga saya bercakap di dalam telefon itu dengannya. Ceritanya berulang-ulang. Yalah, dia serba salah, hendak dibiar, anak itu terlalu aktif. Hendak diberi makan ubat, kata doktor ada kesan buruk pada jangka panjang. Kesian mendengarkan resah hatinya itu, saya menawarkan diri untuk berjumpa anaknya.\n\nTapi dengan syarat anaknya itu tidak diberi ubat itu untuk satu hari sebelum dibawa berjumpa saya. Saya ingin lihat sejauh mana Hyper-Activenya anak itu. Hendak dipendekkan cerita, hari saya berjumpa anak itu, saya suruh ibunya membiar anaknya bermain di sekitar tempat kami berbual.\n\nSuami beliaupun ada bersama. Si ibu dengan penuh prihatin menceritakan perihal anaknya. Sambil mendengar luahan hati si ibu, saya mengikuti pergerakan si anak lelaki 7 tahun itu dengan ekor mata saya.\n\nSetelah lebih kurang setengah jam bersembang, saya bertanya si ibu adakah dia memberi anaknya makan ubat dalam masa 24 jam sebelum berjumpa saya. Si ibu berkata tidak. Mengapa saya bertanya begitu.\n\nKerana apa yang ternyata di hadapan saya setelah menyaksikan si anak itu bermain selama setengah jam di hadapan mata saya, anak itu adalah seorang anak lelaki yang aktif dan bukan Hyper-Active seperti yang dikatakan.\n\nAnak itu cuma AKTIF. Suka bergerak dan bermain lasak seperti mana-mana anak lelaki seumur itu. Saya juga melihat anak itu boleh fokus bermain sesuatu mainan. Anak matanya boleh fokus melihat sesuatu.\n\nLalu saya bertanya mengapa si ibu mengatakan dia seorang Hyper-Active? Mengikut beliau, anak perempuannya, iaitu anaknya yang kedua, mahu duduk diam dan tidak melompat ke sana ke mari.\n\nMendengar penjelasannya, saya lalu mengambil tangannya dan berkata,\n\n\u201c Puan, anak lelaki sememangnya lebih aktif daripada anak perempuan. Lagi satu kemungkinan anak ini juga belajar dengan cara melakukan dan bergerak, iaitu seorang yang Kinesthetic ( untuk penerangan lanjut \u2013 ada tertulis di dalam buku saya \u2013 Membina Anak-anak Cemerlang). Apa yang saya lihat anak ini bukan hyper-active. Sila dapatkan pandangan kedua daripada doktor yang berbeza. Doktor pakar mengenai anak-anak yang hyper-active. Bagi saya anak puan tidak langsung menunjukkan simtom anak yang hyper-active. Dia cuma aktif dan banyak tenaga.\u201d\n\nHabis perlukan saya teruskan ubat itu? Tanyanya. Saya memberitahunya, pilihan itu di tangan puan dan suami. Jika benar anak ini hyper-active setelah disahkan oleh doktor yang pakar di dalam bidang itu, maka cari ubatan yang tidak meninggalkan kesan yang buruk. Jika tidak, janganlah diseksa anak itu dengan ubat yang tidak perlu dia ambil.\n\nUbat yang paling mujarab untuknya adalah memberi dia ruang bermain lasak dan aktif setiap hari. Jika keterlaluan aktifnya, kurangkan gula di dalam pemakanannya dan elakkan minuman bergas. Bacalah lebih mendalam mengenai kondisi hyper-active ini.\n\nMengapa saya membawa kisah ini ke tengah. Pertama, kerana perkata atau terminologi hyper-active ini terlalu mudah digunakan tanpa kefahaman yang jelas. Bila melihat anak tidak tahu duduk diam, cepat sahaja dia dikatakan hyper-active. Perkataan itu digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memahami kesannya kepada anak itu dari segi kesihatannya dan juga dari segi psaikologinya.\n\nPerkataan Hyper-Active ini membawa essence yang negative, seolah-olah satu penyakit dan suatu yang tidak disukai. Bayangkan seorang anak yang aktif itu digelas hyper-active, bagaimana agaknya pandangannya kepada dirinya. Kita bercakap mengenai mahukan anak-anak yang confident. Bayangkan bagaimana confident anak itu diragut oleh gelaran ini yang merundumkan imej dirinya!\n\nAnak yang suka bergerak dan bermain, melompat ke sana ke mari adalah anak yang sihat dan AKTIF. Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik dan koordinasi badannya bagus. Lagipun kita mesti ingat, badannya kecil, jadi dia tidak cepat letih bebanding kita orang dewasa yang badan kita sudah besar.\n\nKita bergerak sikit, sudah letih, sebab kita perlu membawa badan yang lebih besar maka tenaga yang diambil juga lebih banyak.\n\nAnak kecil itu, badannya ringan dan bila dia bergerak, dia tidak banyak memerlukan tenaga, oleh itu untuk memastikan tenaganya digunakan dengan baik, maka dia perlu bergerak. Bukankah kita dahulu pun begitu semasa kecil. Kita memanjat pokoklah, mandi sungailah dan banyak lagi.\n\nAnak-anak sekarang ini terutamanya yang di bandar, kebanyakan mereka terperangkap di dalam rumah yang bergril. Ya, kita perlu melakukan sedemikian demi keselamatan mereka.\n\nDalam masa yang sama, jika mereka itu agak aktif lebih, faham-fahamlah dan berikanlah mereka aktiviti yang membolehkan mereka dapat menggunakan tenaga mereka. Jika selalu sangat disuruh duduk diam, lama-lama mereka menjadi malas dan apa yang mereka suka lakukan ialah makan dan main video game. Lama kelamaan kita lihat bila usia menjangkau 10 tahun kita lihat badan mereka pun mula mengembang!\n\nKembali kepada cerita ibu yang anaknya dikatakan hyper-active tadi, bila perbualan saya dengannya berakhir, suaminya yang dari tadi tidak berkata apa-apa bertanya kepada saya;\n\n\u201c Dr. bagaimana kalau anak bermain di luar dan bajunya kotor, patut tak dimarahi?\u201d Tanyanya sambil memandang isterinya.\n\nDengan tersenyum saya menjawab, \u201c jika anak takut bajunya kotor bila bermain di luar, bagaimana dia boleh bermain dengan seronoknya \u2013 khaskan baju yang boleh dia pakai untuk bermain di luar.\n\nBeri anak-anak kebebasan yang sewajarnya untuk bermain kerana pada usia sebegini, inilah foundation untuk mereka mengekspresikan kemampuan mereka. Jangan takut mak atau ayah marah sebab baju kotor merantai keupayaan mereka. Berikah kebebasan yang sewajarnya\u201d"
"Bahulu merupakan kuih tradisional yang lembut dan sedap. Terdapat pelbagai jenis bahulu seperti bahulu belimbing, ikan, cermai dan sebagainya. Tetapi ianya berbeza dengan menu yang lain kerana menu yang lain, jenis-jenis nya bukan bergantung kepada resepinya. Tetapi jenis-jenis kuih ini bergantung kepada bentuk acuannya yang di bakar. Dahulukala, kuih ini dibakar menggunakan sabut. Kini , ianya dibakar dengan ketuhar elektrik.\n\nKuih ini hanya memerlukan resepi yang ringkas sahaja iaitu telur, tepung gandum, gula pasir dan sedikit minyak. Caranya pun tak susah. Oleh itu, kuih ini masih kekal dan tak lapuk dek zaman. Tak percaya? Tengoklah di mana-mana sahaja masih ada yang ada menjualnya dan ada sesetengah tuh siap ambil tempahan sebagai doorgift, hantaran dan sebagainya. Cuma bervariasi kan bentuknya supaya lebih kreatif dan sesuai dengan majlis.\n\nResepi daripada\u200e\u00a0Noor Syaidah\u00a0ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. Dah buat nanti bolehlah cicah dengan kopi \u2018O\u2019. Apa lagi, jom layan resepinya. \n\nSelain dari resepi Kuih Bahulu, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain."
"Melakukan ujian saringan adalah sangat penting untuk memastikan apakah jenis alergik atau alahan yang anda alami. Ini kerana simptom alahan yang dialami adalah lebih kurang sama bagi setiap alahan dan dengan mengetahui apakah jenis alahan yang anda alami, adalah lebih mudah untuk mengatasi dan mengubati masalah alahan yang dialami. Jika anda mempunyai semua simptom alahan dan ingin mengetahui apakah jenis ujian alergik yang boleh dilakukan, jom baca artikel ini sehingga habis.\n\nTerdapat pelbagai jenis alergik yang telah dikenal-pasti dalam bidang perubatan moden. Di antara alahan atau alergik yang paling kerap berlaku ialah:\n\nKebiasaannya mereka yang mengalami masalah alahan akan menunjukkan simptom yang lebih kurang sama walau pun punca alahan berlaku adalah berbeza. Di antara simptom alahan yang biasa dialami ialah:\n\nApakah jenis ujian alergik yang boleh dilakukan\n\nJika anda mempunyai semua simptom alahan dan ingin mengetahui apakah jenis alahan yang anda alami, berikut ialah di antara beberapa jenis ujian alergik yang boleh anda lakukan di klinik dermatologist:\n\nUjian in-vitro adalah ujian yang dilakukan dengan cara pengambilan darah dan melakukan ujian ke atas darah yang diambil tadi untuk mengenal-pasti specifik IgE dalam darah tersebut. Ujian in-vitro agak kurang dilakukan kerana kosnya yang lebih mahal berbanding ujian in-vivo malah keputusannya juga memerlukan masa yang lebih lama memandangkan darah yang diambil perlu dibawa ke makmal untuk dikaji sebelum keputusan dikeluarkan.\n\nWalau bagaimana pun, ujian in-vitro adalah ujian terbaik untuk digunakan bagi beberapa golongan yang tidak seuai untuk melakukan ujian in-vivo seperti:\n\nBagaimanakah cara ujian in-vitro dilakukan? Dalam kaedah ujian alergik ini, sedikit darah pesakit akan diambil dan disimpan dalam tabung khas sebelum dibawa ke makmal untuk melalui ujian klinikal. Keputusan ujian mungkin akan mengambil masa dalam tempoh 2 hari sehingga seminggu bergantung kepada kesibukan makmal.\n\nIni adalah kaedah ujian di mana kulit pesakit akan dicucuk untuk mengambil sampel sel dan diuji untuk mengetahui apakah punca alahan yang dialami. Ini adalah jenis ujian alergik yang biasa dilakukan di hospital memandangkan ia memberikan keputusan ujian dengan lebih cepat dan tepat berbanding ujian darah dalam kaedah in-vitro. Kajian menunjukkan bahawa ujian in-vivo mempunyai tahap sensitiviti dan spesifik yang lebih tinggi berbanding ujian in-vitro iaitu mencecah 70-95% dan 80-97%.\n\nWalau bagaimana pun, uniaj in-vivo juga mempunyai kelemahan tersendiri. Walau pun ianya lebih cepat dan tepat, namun memandangkan ianya hanyalah sejenis ujian saringan, keputusan ujian negatif tidak bermaksud pesakit tidak mempunyai alahan. Ini kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca kenapa ujian alahan menjadi negatif seperti:\n\nBagaimanakah ujian alergik in-vivo dijalankan? Untuk menjalankan ujian ini, lengan pesakit akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dilabelkan menggunakan pita pelekat bernombor. Selepas lengan pesakit dilabel, lebih daripada 30 jenis alergen akan dititiskan pada lengan tersebut mengikut nombor pada borang keputusan ujian. Selepas alergen tadi dititiskan, lengan pesakit akan dicucuk sedikit pada lapisan kulit menggunakan lanset bagi memastikan alergen yang dititiskan masuk ke dalam lapisan kulit.\n\nBagi ujian alergik in-vivo, keputusan ujian akan diperolehi dalam tempoh 15-20 minit sahaja dengan cara melihat jika ada sebarang benjolan kecil pada kulit seperti gigitan nyamuk pada amna-mana bahagian kulit yang diuji. Benjolan yang dikesan akan diukur saiznya bagi menentukan tahap keterukan alahan yang dialami oleh pesakit.\n\nOleh itu, jika anda mempunyai simptom alahan dan ianya kerap berlaku sehingga menyebabkan anda berasa tidak selesa, adalah disarankan untuk anda melakukan ujian alergik bagi memastikan sama ada anda mempunyai sebarang alahan dan untuk mengenal-pasti aapakah alergen yang menjadi punca alahan yang anda alami. Anda boleh lakukan ujian in-vivo sekiranya anda tidak termasuk dalam kategori yang disenaraikan di atas atau kalau anda mempunyai bajet yang lebih, boleh terus melakukan ujian in-vitro.\n\nItulah dia perkongsian tentang ujian alergik ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang ujian kesuburan untuk wanita dan ujian personaliti"
"Hendak sihat, mestilah kena sentiasa aktif bergerak dan bersukan. Pasti lega apabila dapat mengeluarkan peluh tidak baik sekali sekala. Paling kurang, seminggu sekali pun jadilah. Atau sebulan sekali?\u00a0\n\nYe lah, semua orang tidak mahu jatuh sakit bukan. Kalau sudah jatuh sakit tu, pening nanti jadinya. Harus fikir pasal kos dan masa, juga komitmen keluarga, kerja atau persekolahan. \n\nAkan tetapi, terbalik pula dalam kes Cik Puan Ammy, walhal si ibu ini masih sihat dan seorang yang giat bersukan, terutamanya berbasikal. Tanpa \u201chint\u201d, tiba-tiba wanita sihat ini terkena serangan sakit jantung. Berikutan peristiwa mengejut ini, Cik Puan Ammy menceritakan apa yang dilaluinya di laman Facebook peribadinya.\n\nBolehkah Serangan Jantung Berlaku Jika Aktif Bersukan?\u00a0\n\nAhad lepas, jam 5 petang, elok jer ammy jalan2 dengan anak2 dan suami tanpa ada rasa sakit. Galak jer shopping kat kedai RM 2.10 beli barang2 plastik untuk sangkar kucing. Habis shopping segera balik rumah dan kemas dapur dengan anak2. Tiba2 sakit dibahagian belakang bahu (belikat) berdenyut2. \n\nAmmy minta tolong suami urut. Selesai urut ammy masuk kebilik untuk rehat. Bila letak jer kepala di bantal tiba2 rasa sesak nafas dan sakit dibahagian dada kiri serta tegang dibahagian leher dan sekitar rahang. Minta suami urut lagi. Nafas semakin pendek dan dada rasa seperti ditekan2. Suami bw pergi klinik swasta. \n\nSetelah buat ECG. Doktor meminta suami segera bawa ammy ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut kerana simptom2 menunjukkan ammy ada masalah jantung. \n\nMasa dalam kereta, denyutan jantung ammy amat laju seolah2 ia akan pecah. Hanya kalimah syahadah sahaja yg keluar drpd mulut ammy. \u201cAKU DAH NAK MATI.\u201d Hanya itu jer yg ammy fikir.\n\nApakah Rawatan Dan Ujian Yang Dilakukan?\n\nEntah apa yg berlaku,bila mana ammy sedar dh ada di hospital dan dikelilingi oleh 3 orang doktor. Ada yg cucuk tangan pasangkan jarum branula, ada yg tekan2 dada ammy, ada yg gosok2 belakang ammy dan ianya berlaku dalam masa yg amat pantas. Jelas di pedengaran ammy hanya kata2\n\n\u201cPuan tarik nafas dalam kiraan 10 kemudian lepas.\u201d dan mcm2 lagi.\n\nSelepas beberapa jarum ubat di masukkan. Nafas mula reda dan denyutan jantung semakin perlahan dan tenang. Doktor kata ammy hampir mendapat serangan jantung dan \u2018lucky\u2019 kerana segera dibawa ke hospital utk mndapat rawatan.\n\nSetelah pelbagai ujian dibuat. Alhamdulillah ammy sihat. Tiada tekanan darah tinggi, kolestrol terkawal dan gula dalam darah juga normal. Kenapa boleh dapat serangan jantung jika semuanya sihat. Kuasa Allah swt. Tp yang penting. Ammy tahu disebalik ujian itu. Ramai yg sayangkan Ammy. Buat suami tercinta\u00a0Wan Amy. Terima kasih kerana bersusah payah mendukung isterimu yang berat ni bawa masuk ke hospital tanpa mengharap bantuan kaki tangan hospital. Terima kasih juga pada Mak mertua ammy, abang ipar, kakak ipar dan adik ipar ammy sanggup dtg jauh2 melawat ammy walaupun hari dh lewat malam, mak, pok dan adik beradik di kampung yang tak putus berdoa utk ammy serta anak2 ammy yg setia disisi membantu ammy uruskan rutin harian.. syg kamu semua.\n\nMengapakah Serangan Jantung Boleh Berlaku Biarpun Aktif Bersukan?\n\nBuat kalian para pembaca, sihat tidak bermakna kita bebas daripada serangan jantung. Ianya datang secara tiba-tiba dan itulah yang paling bahaya. \n\nMenurut doktor yang merawat ammy, selain daripada penyakit darah tinggi atau kolestrol, keletihan yang keterlaluan, tekanan perasaan dan emosi juga boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba. \n\nJika ada simptom-simptom yang ammy sebutkan diatas. Segeralah mendapatkan rawatan sebelum terlambat. Mati itu pasti, tetapi selagi kita mampu berjuang untuk hidup, jangan cepat mengalah, teruskan berusaha untuk bernafas demi insan-insan yang masih memerlukan kita.\n\n*Phewww! Biarpun sudah aktif dan giat bersukan, boleh juga terkena serangan jantung tahu. Jangan lupa share ya!"
"Ramai orang mencari cara makan oat yang sedap dan mudah dicerna dan ramai orang tak lalu makan oat. Namun hal itu dapat diatasi kalau anda tahu resepi oat yang sedap. Seperti resepi yang kami tulis ini yang mengubah oat menjadi makanan yang sangat-sangat sedap dan mengenyangkan.\n\nRamai orang merasakan perubahan pada kesihatan badan selepas mengkonsumsi overnight oat ini. Rasa badan ringan sebab lawas, kurangkan berat badan juga. Telah ramai yang membuktikan efek makanan ini. Selain itu, oat juga membantu mengurangkan kolestrol.\n\nAnda yang dulu-dulu gigih telan quaker oat bulat-bulat kosong gitu boleh buat kembang tekak dan muntah balik. Ada pula yang buat tambah susu pun tak lalu telan, dua tiga sudu lepas itu rasa loya nak muntah. Last-last oat tinggal macam itu saja sampai expired.\n\nDengan resepi overnight oat ini confirm sekali buat anda akan terus ketagih. Resepi ini sangat viral di Facebook dikongsikan oleh Suzanah Zakaria\u200e. Anda yang teringin diet sangat dialu-alukan untuk mencuba resepi ini. Selamat mencuba.\n\nBuah-buahan boleh tukar ikut anda suka, contoh buah :\n\nSelain resepi overnight oat, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Malam-malam hujan, tidak boleh pergi pasar malam. Tapi jam 9 lapar sangat. Apa kata makan maggi goreng mamak? Tapi mahu masak tak pandai, mahu beli tapi malas pula pergi keluar. Mesti anda pernah berada dalam keadaan seperti itu kan?\n\nSudahlah tak perlu gundah gulana, daripada pergi beli maggi goreng di kedai mamak seporsi harga RM 4.50 sen, lebih baik anda buat sendiri di rumah.\n\nSoal resepi dia? Ini kami sediakan resepi maggi goreng mamak simple mimple namun sedap sangat. Resepi perkongsian daripada Wan LuQman\u200e di Facebook.\n\nRamai tak yang mahu cuba buat maggi goreng separuh mamak sedap ini? Lepas ini boleh lah hidangkan maggi goreng untuk keluarga di rumah. Makan maggi goreng bersanding dengan nescafe ais. Pergh mamak style sangat!\n\nSenang saja buat maggi goreng mamak ini. Lebih berbaloi dan lebih puas makan kalau bikin sendiri. Jom tengok resepi mudahnya di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi maggi goreng mamak, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pernah tak anda mengalami masalah tekak gatal sehingga tidak selesa dibuatnya. Bukan sahaja tekak gatal yang tidak selesa, diikuti pula batuk yang tidak berkahak. Tekak berasa gatal di bahagian kerongkong di mana-mana sahaja. Sekejap di tepi, sekejap di atas.\n\nPelbagai jenis ubat batuk, antibiotik, ubat radang tekak dan jenis lain telah diambil. Namun, masalah tetap tidak berkurangan. Setelah ubat habis dimakan, masalah tekak gatal muncul semula. Mengapa masalah ini berlaku?\n\nDalam artikel ini, penulis akan membincangkan masalah tekak gatal dari segi sebab dan petua yang boleh dicuba.\n\nTerdapat beberapa sebab berlakunya masalah tekak gatal, antaranya ialah:\n\nBukan semua masalah gatal tekak berpunca daripada jangkitan bakteria di saluran tekak. Sebenarnya, jangkitan virus lebih kerap menyebabkan sakit tekak. Oleh itu, penggunaan ubat antibotik hanya berkesan ke atas jangkitan bakteria sahaja.\n\nJangkitan virus mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh dengan sendirinya berbanding jangkitan bakteria. Oleh itu, pemeriksaan dan rawatan yang lebih lanjut perlu dibuat untuk meneliti sebab tekak gatal.\n\nPetua Tradisional Atasi Masalah Tekak Gatal\n\nSelain rawatan moden melalui pemeriksaan doktor dan mengambil ubatan, anda juga boleh mencuba petua tradisional. Sebelum mencuba mana-mana petua ini, pastikan anda sudah mengetahui tentang sebab dan tahap masalah tekak gatal yang dialami.\n\nRawatan cara tradisional bukanlah bertujuan untuk menyembuhkan penyakit 100 peratus. Ia hanyalah untuk mengurangkan gejala dan jika bernasib baik, masalah ini dapat terus diatasi.\n\nKhasiat madu dari aspek perubatan dan kesihatan telah lama diakui. Ia juga merupakan bahan yang baik untuk melegakan masalah tekak gatal dan batuk. Itulah sebabnya kebanyakan ubat-ubatan yang berkaitan tekak mempunyai kandungan madu di dalamnya.\n\nAda kajian yang membuktikan bahawa pengambilan madu lebih baik berbanding ubat batuk dextromethorphan. Cara pengambilannya ialah sesudu pada waktu dan malam. Kemudian, minum segelas air suam. Amalkan sehingga gejala tekak gatal berkurangan.\n\nSelain batuk berkahak, orang yang mengalami masalah tekak gatal boleh mencuba rawatan wap air panas. Salah satu caranya ialah dengan mandi air panas dan bernafas di dalam bilik air menggunakan wap panas tersebut.\n\nCara lain ialah dengan bernafas menggunakan wap yang terhasil daripada air panas. Cara ini lebih mudah dan praktikal. Apa yang perlu anda buat ialah tuang air panas ke dalam sebuah bekas. Letakkan sedikit minyak angin jenama apa sahaja atau boleh juga letak essential oil.\n\nKemudian, tutup kepala menggunakan tuala yang panjang. Tujuannya supaya wap tersebut tidak keluar dan dapat disedut oleh pesakit. Teknik ini dapat melegakan juga masalah tekak gatal.\n\nKawasan mulut dan kerongkong yang tidak selesa dapat dibersihkan menggunakan garam. Anda tidak perlu menelan garam! Masukkan sedikit garam ke dalam cawan yang berisi air suam.\n\nKumuh beberapa kali sehingga air garam di dalam cawan hingga habis. Kemampuan garam melegakan masalah oral juga diakui. Ini kerana garam mampu menyingkirkan bakteria yang berkampung di dalam mulut.\n\nBawang putih mempunyai kandungan antibakteria yang mampu mengatasi masalah infeksi di dalam mulut. Justeru, bagi pesakit yang mengalami masalah tekak gatal boleh mencuba cara ini.\n\nCaranya ialah tumbuk bawang putih dan boleh dimakan dengan nasi. Cara yang lain ialah bawang putih yang telah dikupas dimasukkan ke dalam mulut (tak perlu ditumbuk atau kunyah). Biarkan selama beberapa minit sehingga air liur anda terhasil. Telan air liur tersebut.\n\nKandungan antibakteria, vitamin C, bioflavonoids dan sebagainya di dalam sebiji lemon mampu mengatasi masalah tekak gatal. Ia juga memperkuat sistem imun kita untuk menghalang penyakit.\n\nCara yang boleh dilakukan ialah ambil sebiji lemon dan belah 2. Perah setengah lemon ke dalam gelas dan tambah air suam. Minum setiap pagi dan malam. Khasiat antibiotik dan antiseptik yang tinggi boleh mengatasi masalah anda itu.\n\nHalia bukan sahaja mampu mengatasi masalah gatal tekak tetapi juga penyakit lain seperti batuk tibi dan batuk (akibat asma). Ini disebabkan ia mempunyai khasiat untuk meredakan keradangan. Kandungan di dalamnya dapat merehatkan sel membran pada saluran pernafasan.\n\nAnda boleh makan secara mentah bersama-sama menu harian. Anda juga boleh menumbuk sedikit halia dan tapis jusnya. Boleh dicampurkan dengan madu.\n\nNamun begitu, sama seperti bawang putih, halia mempunyai sifat \u2018panas.\u2019 Gunakan secara bersederhana kerana akan menimbulkan ketidakselesaan perut, pedih dan sebagainya.\n\nSelain rasanya yang enak, buah nanas terkenal sebagai medium untuk melegakan masalah tekak gatal. Dalam jurnal Der Pharma Chemica (2010), kajian membuktikan nanas berupaya merawat batuk tibi, bronkitis, selsema dan masalah batuk.\n\nCaranya ialah anda boleh menjadikan jus nanas sebagai minuman atau makan begitu sahaja. Anda juga boleh mencampurkannya dengan madu atau lemon. \u00a0\u00a0\n\nApabila tekak mula meragam, ambil segenggam asam jawa dan bilas. Kemudian, campurkan secawan air suam. Ramas isi asam jawa untuk asingkan isi dan bijinya. Kemudian, tapis jus yang pekat ini.\n\nAnda boleh minum jus asam jawa ini beberapa kali dengan campur air suam lagi. Minum setiap malam atau setiap kali tekak berasa gatal.\n\nDiharapkan perkongsian ini dapat membantu pesakit yang menghadapi masalah tekak gatal. Jangan lupa dapatkan nasihat doktor dan rawatan di klinik terlebih dahulu. Pasa masa yang sama, anda boleh cuba ikhtiar secara tradisional.\n\nAnda juga boleh baca tentang petua hilangkan panas badan ketika demam dan hilangkan selsema. Semoga bermanfaat."
"Pernahkah anda dengar, manusia boleh mendapat jangkitan kuman melalui sentuhan daripada haiwan? Bukan sahaja manusia yang boleh mendapat penyakit, malah haiwan juga boleh mendapat penyakit atau jangkitan kerana terdedah dengan persekitaran yang kotor. Tidak seperti manusia, haiwan lebih terdedah dengan bakteria dan kuman.\n\nPenyakit tersebut diberi nama antraks yang selalunya menjakiti haiwan-haiwan. Namun penyakit ini boleh terdedah kepada manusia juga. Bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai penyakit antraks yang dijangkiti melalui haiwan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nAntraks adalah sejenis penyakit yang disebabkan kuman / bakteria yang membentuk spora, bernama bacillus anthracis. Kebanyakannya menjangkiti haiwan tetapi boleh menyebabkan demam yang serius kepada manusia sekiranya terdedah kepada spora ini. Ia menyerang kulit, usus atau paru-paru. Antraks kini dijadikan senjata biologi moden. Manusia terutamanya petani dan individu yang bekerja di rumah sembelihan mungkin mendapat Antraks kulit daripada haiwan yang dijangkiti melalui dedahan kulit.\n\n Antraks kulit adalah jenis yang paling biasa berlaku dan terjadi 1 \u2013 2 hari selepas kulit tercalar dan terdedah kepada tanah, bahagian haiwan atau najis yang mengandungi spora. Kulit yang dijangkiti membentuk benjolan air kehitam-hitaman yang kemudiannya menjadi lepuhan dan ulser. Bakteria masuk ke dalam aliran darah dan menyebabkan keracunan darah\n\n Antraks Usus terjadi 2 \u2013 5 hari selepas makan daging yang tercemar spora. Terjadi luka dan pendarahan pada dinding usus. Pesakit merasa loya, hilang selera makan, muntah, demam dan sakit perut, muntah berdarah dan cirit-birit. Keracunan dan kehilangan darah menyebabkan terjadinya renjatan (shock).\n\n Antraks Inhalasi kurang berlaku tetapi antara penyakit antraks yang paling serius; di mana spora disedut ke dalam paru-paru. Gejala seperti selesema terjadi 2 \u2013 3 hari dengan tanda-tanda demam, batuk dan sesak nafas sebelum paru-paru berdarah, sama seperti seseorang yang lemas dalam darah sendiri. Kematian boleh berlaku dengan cepat di peringkat ini. Jenis ini adalah yang paling ditakuti kerana boleh dijadikan senjata biologi oleh pengganas.\n\n*Berikut adalah tanda dan gejala penyakit antraks. Kepada petani atau pekerja ladang yang banyak berinteraksi bersama haiwan perlu berhati-hati dan pastikan sekeliling kawasan bersih selepas melakukan kerja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang dan tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sudah 61 tahun Malaysia merdeka. Catatan sejarah negara kita tak kurang hebatnya. Sudahkah anda melawat semua tempat bersejarah di negara kita? Jom kami senaraikan 15 tempat bersejarah di Malaysia yang wajib masuk dalam wishlist percutian anda.\n\nPeristiwa Bukit Kepong adalah kejadian dimana pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Pertempuran yang berlaku sekitar jam 5:00 pagi ini telah mengorbankan 25 anggota polis dan orang awam. Semasa kejadian tersebut terdapat 15 anggota polis Melayu dan Konstable Polis marin yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.\n\nPasukan ini diperkuatkan dengan 3 konstabal khas dan 4 polis campuran. Seramai 13 isteri dan anak-anak anggota polis pula tinggal di berek kelamin di belakang balai.\n\nTerletak kira-kira 70km dari Ipoh, Kompleks Sejarah Pasir Salak memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan seperti Dato\u2019 Sagor dan Dato\u2019 Maharaja Lela. Terdapat memorial yang didirikan untuk menghargai pengorbanan mereka, dalam bentuk sundang (pedang), satu replika berbentuk pisau yang digunakan dalam pembunuhan Mr. Birch.\n\nKompleks ini memberi penghormatan kepada pahlawan seperti Dato\u2019 Sagor dan Dato\u2019 Maharaja Lela, yang mengetuai penduduk tempatan menentang kuasa pentadbiran penjajah British.\n\nIa merupakan tempat di mana api semangat kebangsaan Melayu mula bertiup. Setelah Residen British Perak, J.W.W. Birch dibunuh di tebing Sungai Perak, ketegangan antara pentadbiran penjajah British dan orang Melayu meningkat.\n\nIa menjadi bertambah buruk sehingga menjadi konflik terbuka yang akhirnya membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan negara. Tarikan lain di kompleks itu adalah Monumen J.W.W. Birch, kubur Sipuntum (didakwa sebagai pembunuh), kubu Datuk Maharaja Lela, meriam Lela Rentaka yang digunakan dalam penentangan terhadap tentera penjajah British, dan dua Rumah Kutai (rumah tradisi Perak) dipenuhi dengan artifak sejarah dan budaya tempatan.\n\nA Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar A Famosa.\n\nKota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.\n\nPembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.\n\nKota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.\n\nWalaupun telah berusia 107 tahun, istana lama yang mula dibina pada tahun 1905\u00a0 ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya. Jika mahu disingkap sejarah pembinaanya, ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia.\n\nIstana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes.\n\nWilliam Kellie Smith dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Sebenarnya William Kellie Smith bukan sahaja telah membina sebuah istana buat isterinya, tetapi beliau turut memindahkan beberapa hartanah miliknya atas nama Agnes.\n\nKedudukan sosial keluarga William Kellie Smith pada ketika itu dikatakan sangat tinggi, malah mereka dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.\n\nIstana ini penuh dengan keunikan dan keindahan yang juga digelar ikon keluarga Diraja Negeri Sembilan. Istana ini masih kukuh tersergam menyaksikan arus pembangunan dan memendam segala rahsia silam.\n\nWalaupun pembangunan pusat berlaku, tetapi ianya tetap dengan keaslian bentuknya sebagai sebuah istana yang menjadi lambang kebudayaan Melayu yang indah dan mempesonakan.\n\nSeri Menanti dikatakan mendapat nama daripada tiga batang padi yang tumbuh di kawasan itu yang dinamakan Padi Menanti atau \u2018semangat padi yang menanti\u2019. Dalam bahasa Jawa, padi bererti `Seri\u2019, lalu ia diubah nama kepada Seri Menanti.\u00a0 Di kawasan tiga batang padi ini juga dikatakan Istana Seri Menanti didirikan.\n\nIstana setinggi empat tingkat ini pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato\u2019 Panglima Sultan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Public Works Department \u00a0Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.\n\nPenemuan artifak bersejarah membuktikan Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan terkenal menerima kedatangan pedagang China, Arab, India dan Kepulauan Melayu.\n\nAntara yang diperdagangkan termasuklah rempah-ratus, seramik dan manik kaca sehingga menjadikan ia sebagai pusat perdagangan Asia Tenggara terkenal pada kurun kedua hingga kurun ke-14 Masihi.\n\nPengumpul sejarah lisan, Rosini Hashim berkata, artifak yang ada di Muzium Arkeologi Lembah Bujang hasil ekskavasi di kawasan seluas kira-kira 450 kilometer persegi bermula dari Kota Sarang Semut sehinggalah ke Kota Aur, Seberang Prai Utara merupakan sejarah bernilai yang perlu dihargai.\n\nKompleks Arkeologi Sungai Batu telah diisytiharkan sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau Asia Tenggara.\u00a0Tapak yang terletak di Lembah Bujang dekat mukim Merbok, Kuala Muda, Kedah ini dilaporkan berusia lebih 2,000 tahun.\n\nLima pakar arkeologi yang mewakili 5 tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rom mengesahkan tapak arkeologi itu jauh lebih tua daripada Angkor Wat di Siem Reap di Kemboja yang dibina pada kurun ke-12, berusia 900 tahun dan Candi Borobudur di Yogyakarta, Indonesia kurun ke-9 iaitu 1,200 tahun.\n\nSejak penemuan tapak arkeologi itu lebih 10 tahun lalu, pelbagai pihak beranggapan khazanah negara itu mempunyai potensi pelancongan yang cukup besar.\n\nFort Cornwallis diberi nama sempena nama Gabenor- Jeneral Bengal dalam akhir kurun ke 1700, Charles Cornwallis. Ia menjadi salah satu mercu tanda bersejarah di Georgetown. Fort Cornwallis terletak berhampiran Esplanade, bersebelahan dengan Jam Memorial Victoria.\n\nDinding kubu setinggi lebih kurang 10 kaki ini dibina dalam bentuk bintang. Perjalanan mengelilingi kubu ini mengambil masa 10 minit.\n\nDi dalam kubu ini, anda boleh melihat tinggalan struktur lama yang dibina berkurun lalu seperti sebuah gereja kecil, penjara, kawasan penyimpanan senjata, lampu rumah api yang pernah diguna untuk memberi amaran kepada kapal, tiang bendera asal dan beberapa meriam gangsa lama yang mana salah sebuah daripadanya meriam Belanda, dikenali sebagai Seri Rambai, bertarikh 1603.\n\nSesuatu yang menarik berkenaan meriam Seri Rambai, sesetengah penduduk tempatan percaya ia boleh memberi kesan positif terhadap kesuburan wanita.\n\nTapak bersejarah yang diuruskan secara persendirian ini popular di kalangan pengunjung. Ia dilengkapi dengan kiosk informasi pelancong, sebuah kafe, dewan terbuka, galeri sejarah, pusat cenderamata serta jurupandu yang boleh membawa anda melawati kawasan kubu sambil memberi penerangan tentang sejarahnya.\n\nKota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak.\u00a0 Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan pada masa itu.\n\nPembinaan Kota ini oleh Belanda mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi.\n\nPihak Belanda yang membuat hubungan baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah.\u00a0 Syarikat Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Negeri Perak.\n\nBangunan Stadhuys (\u201cdewan perbandaran\u201d dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah yang terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.\n\nBangunan Stadthuys adalah salah sebuah bangunan tertua yang telah dibina oleh Pemerintah Belanda di Melaka. Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan.\n\nPada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Melacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.\n\nMemorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka. Ianya merupakan sebuah bangunan lama yang telah diubahsuai, kini dengan megahnya berdiri menghadap Padang Pahlawan, yang pernah mencatat sejarah kemenangan sebuah perjuangan.\n\nBangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan ke 28, pada 31 Ogos 1985, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan Negara.\n\nPenubuhan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan bersesuaian pada masa dan tempatnya sebagai memperingati detik-detik perjuangan ke arah mencapai kemerdekaan, tambahan pula kedudukannya yang dikelilingi oleh tinggalan dan kesan-kesan sejarah tanah air yang penting.\n\n12. Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad\n\nDi Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad, anda berpeluang melihat sejarah hidup Perdana Menteri Malaysia kita dari zaman persekolahan beliau sehingga berjaya menjadi menjadi seorang doktor.\u00a0Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Alor Setar pada 20 Disember, 1925 di No. 18 Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai.\n\nSebuah rumah papan biasa dengan bumbung yang dibuat daripada daun nipah, rumah satu bilik ini telah diisytiharkan sebagai bangunan bersejarah dan telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun 1992.\u00a0Masuk adalah percuma untuk semua pelawat.\n\nKubu Margherita dibina pada 1878 dan siap pada tahun 1879 dengan kos 8,100 Dolar Spanish. Ia terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Tempat ini dikelilingi oleh Kampung Melayu.\n\nKubu ini dinamakan \u2018Fort Margherita\u2019 bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.\n\nPada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Pada asalnya iaitu sebelum tahun 1934 hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941.\n\nOleh kerana bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993).\n\nRumah yang turut dipanggil dengan nama Newlands itu pernah didiami oleh seorang penulis kelahiran Amerika Syarikat, Agnes Keith pada 1939 yang terkenal dengan buku Land Below The Wind atau Negeri Di bawah Bayu.\n\nKarya mendiang itu telah memasyhurkan Sabah sehingga ke hari ini yang mana bukunya itu menceritakan secara jelas mengenai kehidupan masyarakat tempatan pribumi Sabah dan keindahan alam semulajadinya semasa pemerintahan British pada masa itu.\n\nSelepas itu, Agnes menulis dua buku lagi yang bertajuk Three Came Home pada 1946 dan White Man Returns pada 1951.\n\nBuku-buku itu ditulis di ruang bilik bacaan rumah tersebut yang terletak di atas bukit pusat bandar yang daripadanya boleh dilihat terus keindahan Teluk Sandakan dan Laut Sulu.\n\nMuzium Perang Pulau Pinang terletak di atas Bukit Maung. Ia dibina untuk memperingati kompleks pertahanan asal yang dibina oleh British sebelum Perang Dunia II dimana ia menjadi kubu pertahanan semasa perang.\n\nHari ini, ia menjadi kompleks sejarah yang mempamerkan \u00a0kelengkapan \u00a0perang dan menunjukkan garis masa sejarah.\u00a0Muzium perang ini ialah dedikasi kepada mereka yang pernah berkhidmat dan terkorban, mempertahankan negara.\n\nJika anda ke sini, kami cadangkan supaya berpakaian cerah dan selesa, pakaian tidak tebal, pakai kasut yang selesa, pakai topi berwarna malap, bawa teropong, semburan penghalau serangga, buku nota dan pen.\n\nItulah dia 15 tempat bersejarah di Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Menarik kan? Jom cuti-cuti Malaysia.\n\nKami harap anda sukakan senarai tempat bersejarah di Malaysia. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan."
"Penyakit batu karang merupakan salah satu gangguan pada saluran kencing yang biasa menyerang manusia dalam tempoh 20 hingga 60 minit seakan datang dan pergi. \n\nSebagai pesakit batu karang pemakanan memainkan peranan mencegah pembentukan batu karang.\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa jenis makanan dilarang untuk batu karang yang boleh anda elakkan. \n\nBatu karang adalah butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Masalah ini boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter.\n\nBatu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi.\n\nPenyakit batu karang kebiasaannya menjadi masalah kepada kaum lelaki yang berumur 20 hingga 40 tahun. \n\nFaktor penyebab kepada sakit batu karang\n\nPunca batu karang adalah disebabkan oleh kadar kalsium dan oxalate tinggi serta kompoun sitrat rendah dalam urin. Dalam masa yang sama terdapat banyak penyebab lain yang menjadi punca kepada sakit batu karang ini antaranya seperti:\n\nMenurut dapatan yang diperolehi, sebanyak 75% daripada kes batu karang adalah jenis batu kalsium. Ia terbentuk hasil campuran 80 peratus bahan kalsium dimana ia berbentuk bercabang dan tajam.\n\nHal in kerana kandungan kalsium terlalu tinggi. Kalsium boleh tercabut dari dinding salur kencing dan menyebabkan lebih banyak tempat berlaku enapan kalsium.\n\nKedua adalah batu struvite atau batu jangkitan yang terbentuk dari unsur magnesium, ammonia dan fosfat yang bercampur dengan karbonat. Batu Struvite ini juga kerap dialami kepada mereka yang kencing kotor\n\nKetiga jenis batu yang selalu ditemukan adalah batu asid urik. Yang mana batu ini dikatakan terjadi sebanyak 6% dari jumlah kes batu karang yang dilaporkan. Ia berlaku disebabkan oleh kekerapan pesakit yang mengambil diet tinggi dengan purine.\n\nTerdapat beberapa kategori makanan dilarang untuk batu karang yang perlu kita elakkan. Berikut ini kami kongsikan beberapa contoh makanan dilarang untuk batu karang.\n\nPengambilan makanan yang tinggi sudah tentu memberi mudarat yang luar biasa kepada kesihatan kita. Makanan yang tinggi kandungan garam adalah seperti:\n\nOxalate adalah sejenis bahan yang mampu untuk menghalang tubuh daripada menyerap kalsium. Apabila fungsi kalsium diganggu maka ia boleh naik ke dalam urin dan menyebabkan masalah batu karang.\n\nMakanan yang kaya dengan oxalate adalah seperti:\n\nMakanan dari sumber darat dan laut\n\nBagi pesakit batu karang, makanan dari sumber darat dan laut juga perlu dikurangkan dalam diet pemakanan harian. Makanan dari sumber darat dan laut adalah seperti:\n\nDiet pemakanan bagi pesakit batu karang\n\nMenurut laporan New York Times, diet yang kaya dengan magnesium, kalium dan cecair dapat membantu memberi perlindungan kepada pesakit buah pinggang.\n\nSelain daripada itu, barisan doktor dari Harvard yang disokong oleh Persatuan Jantung Amerika dan Institut Kesihatan Kebangsaan yakin bahawa diet di bawah ini boleh membantu dalam amalan pemakanan yang lebih baik:\n\nSelain dari info mengenai makanan dilarang untuk batu karang ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan sakit batu karang seperti:"
"Adakah warna bibir anda pucat atau kulit bibir selalu menggelupas ataupun benda yang selalu menjadi masalah adalah kulit bibir terlalu kering ? Orang cakap jika taknak kulit kering dan menggelupas, perlu minum air secukupnya atau pakai lip balm. Ini adalah perkara biasa yang dilakukan untuk mengelakkannya.\n\nTetapi bagaimana mahu mendapatkan kluit bibir pink kemerahan secara semula jadi? Bibir merah pink juga salah satu kepuasan bagi wanita untuk menampakkan warna bibir tidak pucat jika tidak memakai lipstik. Bagaimanakah caranya?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tips dapatkan bibir merah pink. Info ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar. Puan Zana mempunyai diploma akaun di Politeknik Seberang Perai. Kini, Puan Zana menjadi agen CPEA1 di Cunna Pretty.\n\nDah bilas ambil la minyak zaitun sapu rata dekat bibir seksi korang tu. Dia akan buat bibir kita rasa lembab dan best je.\n\n*Jika anda mahu bibir anda merah pink dan lembab sentiasa, cuba lah menggunakan tips yang diberikan oleh Puan Zana. Insyaallah bibir anda akan lembut dan kemerah-merahan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pepatah Arab menyatakan \u2018setiap kepala mempunyai pendapat\u2019. Ertinya, setiap orang memiliki pendapat berbeza dalam mencapai tujuan atau menyelesaikan permasalahan. Adakalanya, perbezaan pendapat yang tidak terkawal boleh menyebabkan perpecahan dan perbalahan. Islam sebagai ad-Din atau cara hidup muslim memberikan jalan musyawarah untuk mencapai kesepakatan bersama.\n\nMusyawarah berasal dari perkataan Arab \u2018syawara\u2019 bermaksud berunding atau bermesyuarat. Seorang ulama, Ar-Raghib al-Ashfahani menyatakan \u2018syura\u2019 merupakan proses memberi pendapat, dengan memilih pendapat terbaik dalam kalangan orang yang terlibat dalam proses perbincangan.\n\nRasululah SAW turut mengadakan musyawarah dengan para sahabat dalam pelbagai isu, sehingga ada hadis menyebut, sahabat melihat Nabi SAW adalah insan paling banyak bermusyawarah sepanjang hayatnya.\n\nSebenarnya terdapat banyak kelebihan musyawarah digunakan dalam kehidupan. Antaranya;\n\nMenyelesaikan Masalah Dengan Keputusan Yang Kuat\n\nDalam Perang Khandak, Nabi SAW mengumpulkan para sahabat untuk mendengar pendapat mereka mengenai strategi peperangan. Salman al-Farisi mencadangkan agar digali parit di sekeliling kota Madinah bagi mengelakkan serangan tentera Quraisy. Mereka tahu, orang Quraisy akan datang dalam jumlah yang ramai. Cadangan Salman al-Farisi paling efektif, lalu Baginda dan para sahabat memilih dan bersetuju dengan cadangan ini. Hasilnya, tentera Quraisy berjaya dikalahkan.\n\nBegitulah konsep musyawarah. Penyelesaian masalah yang dilakukan atas persetujuan bersama-sama, keputusannya pasti akan lebih kuat berbanding dengan keputusan yang diambil bersendirian.\n\nRasulullah SAW sendiri menyatkan sesiapa yang bermusyarah pasti tidak akan menyesal. Sabda Baginda;\n\n\u201cTidak akan kecewa orang yang solat istikharah dan tidak akan menyesal orang yang melakukan musyawarah.\u201d\n\nMengapa orang yang melakukan musyawarah tidak akan menyesal? Ini kerana kesepakatan yang sudah dibuat telah mengambil kira, buruk dan baiknya daripada banyak pihak. Jadi apa-apa jua kesan selepas keputusan tersebut, akan ditanggung bersama-sama.\n\nDalam musyawarah, setiap orang berhak mengemukakan idea dan buah fikiran yang kemudian akan digunakan untuk menghasilkan keputusan. Proses ini dapat melatih seseorang untuk membuat pertimbangan mengikut ilmu, iman dan logik. Hasilnya, dapat melahirkan seseorang yang berani menyuarakan pendapat dan berfikiran bernas.\n\nMusyawarah dapat mencapai keputusan yang lebih adil kerana ada kesepakatan bersama. Setiap orang memberikan idea agar menghasilkan keputusan paling tepat atau lebih hampir kepada keadilan. Seiring dengan tuntutan Islam yang menuntut umatnya menjadi seorang yang adil seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud:\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.\u201d\n\nSemasa bermusyawarah, sudah pasti ada perbezaan pendapat. Namun, semua pendapat akan didengari dan diperhalusi bagi memastikan keputusan yang menjaga kepentingan semua pihak. Pastinya kita tidak akan memuaskan hati semua orang, namun perkara yang telah disepakati dan dibuat berdasarkan suara ramai, perlulah diterima. Pendek kata setiap perbezaan dirai, namun yang terbaik dicari.\n\nKonflik pasti akan wujud jika keputusan sendiri dibuat dalam hal perkara melibatkan pelbagai pihak,. Sedangkan dengan musyawarah, kita boleh menyatukan hati dan pandangan yang berbeza. Langkah ini, membuat orang berasa dihargai dan tidak rugi kerana mereka juga terbabit sebagai pembuat keputusan. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:\n\n\u201cMaka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Maka, maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampun untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal.\u201d\n\nJelas, setiap perkara perlu diatasi dengan kelembutan agar tidak menyakiti banyak pihak lain. Maka, musyawarah adalah jalan terbaik untuk menyenangkan hati, menyelesaikan sebarang konflik dan menyatupadukan umat.\n\nDalam Islam, wajib untuk menghubungkan silaturahim. Lalu \u00a0bermusyawarah merupakan salah satu cara yang terbaik. Ketika mengadakan perbincangan, pasti kita bertemu ramai orang. Oleh itu, selain mencapai kesepakatan dalam isu yang dibincangkan, kita juga sebenarnya telah \u00a0mengukuhkan persaudaraan sesama Islam.\n\nPenutup: Musyawarah bukan sahaja untuk mencapai kata sepakat tetapi untuk meraikan pendapat dan perbezaan.\n\nIslam agama sempurna yang memberi manfaat dan keutamaan dalam pelbagai perkara termasuk musyawarah. Ada sesetengah pemimpin merasakan jika mereka meminta pendapat orang lain, itu tanda kelemahan mereka. Anggapan ini kurang tepat.\n\nSedangkan Rasulullah SAW sentiasa melakukan perbincangan dengan para sahabat. Baginda sentiasa merendah diri walaupun berjawatan sebagai ketua negara dan seorang rasul. Jadi sebgaai umatnya, suburkanlah musyawarah seperti yang ditunjukkan oleh Baginda, bagi mendapat keputusan kolektif terbaik dalam menyelesaikan masalah segera. \u00a0\n\nJangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik kami seperti:"
"Nota Editor:Kita dahulu pernah menjadi kanak-kanak. Sudah tentu kita pernah merasai stressnya beljar. Begitu juga dengan anak-anak hari ini. Mereka turut merasainya. Lebih-lebih lagi dengan subjek yang pelbagai dan mencabar.\n\nIni tips dan perkara yang boleh dibuat oleh ibubapa supaya anak kurang stress dengan pelajaran di seolah hari ini.\n\nTemanilah anak, duduk di sebelahnya dan lihat apa yang dia perlu selesaikan dari kerja sekolah dan latihan. Kalau perlu beli buku latihan extra belilah dan selesaikan latihan bersama anak.\n\nMasa ni ketepikan semua yang bernama handphone, tv dan lain-lain.\n\n30min-60 min setiap hari, secara konsisten. Pilih mana masa paling sesuai. Khaskan masa tersebut untuk anak dan kita menghadap buku sekolah atau kerja sekolah.\n\nJika dah tiada dah kerja nak buat lagi, tetap penuhi waktu ini untuk ulangkaji dan studi pula.\n\nBagi anak ada sebahagian subjek agak mencabar untuk difahami. Kadang-kadang kita hantar tuisyen dan serah pada guru tuisyen, dan kadang-kadang cara ini menjadi banyak kadang juga cara ini tak menjadi.\n\nCara terbaik adalah ibu atau ayah belajarlah subjek @ matapelajaran yang anak rasa susah itu. Ibu dan ayah pulalah yang jadi mentor serta tutor anak-anak.\n\nCabar diri kita untuk menjadi guru yang terbaik buat anak-anak kita. Jangan menyerah kalah tau!\n\nBuat anak jatuh cinta pada subjek susah tu dahulu, bercerita tentang fungsi, kegunaan, keperluan dan kaitan subjek tersebut dengan tamadun manusia, boleh juga cerita pengalaman kita dan rakan bagaimana dan apa yang buat kita mencintai sesuatu subjek lagi bagus kalau subjek itu subjek yang sama.\n\nMohonlah pada Allah, ajak anak solat hajat bersama dan beri keyakinan pada diri sendiri dan diri anak bahawa keputusan akademik yang baik tak akan bermakna jika tidak terbangun akhlak dan peribadi mulia.\n\nMinta Allah jadikan kita mudah menguasai ilmu dan mudah pula menguasai nafsu."
"Bakso\u00a0atau\u00a0baso\u00a0merupakan makanan yang berasal dari Indonesia. Umumnya ia dibuat dari campuran daging yang digiling atau dikisar dan tepung ubi. Digentel dan dan dibulatkan sebelum direbus. Selain dari daging, ada juga yang diperbuat daripada ayam, ikan atau udang. \n\nHidangan bakso ini kebiasaaannya disajikan dengan mi atau bihun atau sohun, taugeh, tauhu, telur. Kemudian kuah sup yang panas-panas akan dituang ke atas nya dan ditaburi bawang goreng dan daun-daun bawang dan sup. Terdapat sambal, sos dan kicap sampingan untuk menu bakso ini. Bergantung kepada si pemakan. \n\nBakso ini sangat sedap sehinggakan menu yang biasanya popular dikalangan penduduk Indonesia, juga popular di kalangan rakyat Malaysia. Banyak gerai-gerai dan kedai yang sudah menjualnya. Sekiranya ada yang ingin mencuba buatnya di rumah tiada masalah. Boleh rujuk resepi dari Wati Bfcar ini. Jom tengok resepinya.\n\nDaging lembu dan daging ayam 2:1(kisar)Tepung sagu/ubi 100 g (utk sekilo daging)Soda bikarbonat 1 sudu tehBawang putih(tumbuk halus) 1 sudu makanLada sulah 1 sudu makan Garam dan aji\n\nSiap. Sedia untuk dimakan. Cuma kuahnya lain tempat lain caranya. Ada yang pakai rempah-ratus untuk kuah. Caranya yang berbeza, cuma bahan utamanya sama. Bakso! Di sini ada resepi yang lain yang boleh dicuba."
"Ayuh baca dan hayati bersama tazkirah\u00a0 sentap ini.\n\nDosa yang paling besar, yang paling banyak dan sering dilakukan manusia pada hari ini dan hampir ada dalam setiap rumah ialah dosa meninggalkan solat.\n\nNabi Muhammad SAW bersabda, \u2018pemisah antara Islam dan kufur adalah meninggalkan solat\u2019.\n\nSebab seorang manusia itu apabila tidak sembahyang, buatlah 1,000 kali umrah, membaca al-Quran sehari 30 juzuk, bersedekahlah sebulan RM50,000 pun, nescaya semua ibadat tersebut tidak diterima dan ditolak mentah-mentah oleh Allah SWT.\n\nTuan tuan, apa kunci Allah terima semua jenis ibadah?\n\n-Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar Ayub\n\n\u201cOrang yang jaga solat 5 waktu (on time), automatik jadual kehidupan mereka tersusun.\n\nBukan dia yang susun jadual keseluruhannya untuk jadi begitu, tapi asbab penjagaan solatnya maka Allah membuka jalan kemudahan dalam melengkapkan kerja-kerja \u00a0seharian.\n\nNak jadual seharian tersusun cantik, jagalah kelima-lima waktu solat dengan baik.\n\nInsya-Allah, ini tips mujarab bagi pengamalnya.\u201d\n\n\u201c Bagaimana untuk mengawal perasaan marah ?\n\nKalau rasa nak marah, cepat-cepatlah istighfar takut nanti syaitan akan menguasai diri.\n\nKalau rasa nak marah jugak? Teruslah beredar dari tempat tersebut.\n\nNabi Muhammad SAW, apabila tahap Baginda terlalu marah, Baginda terus meninggalkan tempat tersebut, tanda Baginda tersangatlah marah sehingga tak berkata apa-apa.\n\nDuduk atau berbaring, namun sebahagian ulama pula menyatakan ambil wuduk untuk mengawal diri daripada tidak mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat.\u201d\n\nSaat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Munkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali al-Quran yang dibaca sebelum subuh. Al-Quran akan jadi peguambela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.\n\nLebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara al-Quran dalam kubur yang menemani si pembaca di dalamnya.\n\nKeadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Walaupun di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang.\n\nDaripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u201cApabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:\n\nMaka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.\u201d (Hadis Riwayat Tirmidzi)\n\nSuatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki) :\n\nImam Al-Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?\n\nImam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Ali-Imran :185).\n\nImam Al-Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?\n\nIman Al-Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.\n\nIman Al-Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ?\n\nImam Al-Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah hawa nafsu (al-A\u2019raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.\n\nImam Al-Ghazali: Apakah yang paling berat di dunia?\n\nImam Al-Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah amanah (al-Azab : 72) Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.\n\nImam Al-Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini?\n\nImam Al-Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.\n\nImam Al-Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?\n\nMurid-muridnya dengan serentak menjawab : Pedang\n\nImam Al-Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah lidah manusia. kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.\n\nJemput membaca artikel menarik lain. Anda mungkin menyukai Rezeki Allah dan Akhlak Rasulullah Sebagai Teladan"
"10 ciri anak istimewa autisme untuk rujukan para ibu bapa. Menerusi artikel ini, kita akan sama-sama membincangkan mengenai ciri-ciri autisme yang boleh dikenal pasti seawal usia 2 tahun. \u00a0Gangguan autisme lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak lelaki.\n\nStatistik telah menunjukkan bahawa 1 daripada 160 orang kanak-kanak telah disahkan menghidapi gangguan austime dan ini membuktikan hampir 2 juta rakyat Malaysia \u00a0yang berusia antara lima hingga 18 tahun sebenarnya mengalami masalah autisme.\n\nMenurut Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga Mei 2017 seramai 15,484 penghidap autisme telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara berbanding seramai 12,785 orang pada tahun 2016.\n\nSehingga Mei 2017 hampir 40,000 kanak-kanak autisme telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. \u00a0Namun masih ramai yang tidak tahu apakah itu autisme dan bagaimana untuk mengesan mereka yang mengalami masalah autisme.\n\nAutisme merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Yunani ; aut : diri sendiri dan isme : orientasi atau keadaan. Secara asasnya berdasarkan ayat diatas ,autisme membawa maksud keadaan diri sendiri.\n\nSeorang pakar psikologi dari Harvard iaitu Leo Kenner memperkenalkan istilah autisme pada 1943 selepas melakukan pemerhatian terhadap penghidap autisme yang memberikan respon negatif dalam proses berkomunikasi, mengasingkan diri dan tidak fleksibel emosinya berbanding orang normal.\n\nManakala menurut istilah perubatan autisme adalah kecelaruan perkembangan yang beri kesan kepada kemampuan untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang sekeliling.\n\nAutisme adalah gangguan kepada perkembangan anak yang agak kompleks dan biasanya boleh dikesan seawal umur tiga tahun. Secara amnya, anak-anak akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan meluahkan perasaan dan kemahuannya.\n\nGangguan ini akan menyebabkan pergaulan anak-anak ini terbatas.\n\nIbu bapa boleh mengesan ciri-ciri autisme pada anak-anak seawal usia 18 bulan. Antara ciri-ciri autisme adalah;\n\nAnak-anak autisme mengalami gangguan komunikasi seperti lambat bercakap malah ada yang gagal bercakap secara keseluruhan. Anak-anak autisme akan berkomunikasi menggunakan bahasa tubuh dengan meniru apa yang orang lain sebut dan mereka tidak mampu untuk memahami apa yang disebutkan.\n\nKognitif membawa maksud proses untuk mentafsir , mempelajari dan memahami sesuatu perkara. Menurut Michael Waldman penyelidik kesan autisme, menerusi jurnalnya membincangkan bahawa anak-anak autisme ini mengalami masalah buta akal separa. Anak-anak austime sukar untuk memahami \u00a0konsep yang difikirkan orang normal.\n\nAnak-anak autisme biasanya mengalami perkembangan motor yang agak lambat berbanding anak yang normal. Kebolehan mereka untuk merangkak , bercakap dan berjalan agak ketinggalan.\n\nAntara contoh perkembangan motor yang lambat;\n\nBayi 6 bulan : masih tidak boleh senyum dan menunjukkan perasaan riang\n\nBayi 9 bulan : tidak mampu untuk mengeluarkan bunyi dan menunjukkan riak ekspresi muka.\n\nBayi 12 bulan : lambat bercakap dan tidak mahu bergerak aktif seperti melakukan pergerakan melambai.\n\nAntara tanda autisme adalah anak-anak ini tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali.\u00a0 Mereka hanya selesa bersama dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang rapat sahaja.\n\nKebolehan mereka untuk bersosial dengan orang lain agak terbatas. Anak-anak autisme sukar untuk berkawan dan bermain dengan orang yang berada diluar \u2018comfort zone\u2019nya.\n\nPenghidap autisme menghadapi masalah emosi yang tidak stabil. Mereka cenderung untuk ketawa, marah dan menangis seorang diri tanpa sebab yang munasabah.\u00a0 Sekiranya mereka gagal mendapatkan apa yang mereka ingini mereka akan bertindak agresif dan sukar dikawal.\n\nIni merupakan ciri ringan autisme dimana biasanya anak autisme tidak mampu menerima perubahan. Mereka akan bertindak diluar kawalan apabila situasi atau susunan sesuatu itu kelihatan asing kepada mereka. Anak autisme amat sukar untuk melepaskan barang kegemaran mereka.\n\nAnak autisme sering mengulangi perbuatan seperti mengibas tangan , memandang siling atau memusing tangan. Selain itu mereka juga mudah untuk meniru perbuatan atau bunyi yang mereka dengari secara berulang kali. Minat anak autisme juga agak terhad kepada satu dua perkara sahaja.\n\n\u2018Babbling\u2019 atau baby talk adalah pertuturan atau bahasa yang digunakan bayi apabila mencecah usia 12 bulan. Anak normal akan berkomunikasi dengan orang sekeliling dalam bahasa bayi namun anak autisme cenderung untuk tidak melakukan baby talk.\n\nTiada \u2018eye contact\u2019 merupakan salah satu ciri awal autisme. Ibu bapa boleh kenal pasti tanda ini dengan kaedah cuba senyum dan memandang mata anak ketika memberi makan. Sekiranya bayi anda tidak memberi sebarang tindak balas maka bayi anda berkemungkinan menghidapi autisme.\n\nKebiasaannya bayi akan mula senyum pada usia 6 bulan dan keatas namun sekiranya bayi anda tidak mahu senyum atau jarang senyum ini menunjukkan bahawa dia berpotensi untuk menghidapi autisme.\n\nMenurut pakar, autisme berlaku disebabkan oleh \u00a0beberapa faktor antaranya adalah genetik, ibu bapa yang mengandung sudah berusia ataupun terdedah kepada persekitaran yang bertoksik.\n\nMenurut Institut Perubatan, Pediatrik Amerika Academy, vaksin bukanlah faktor yang menyebabkan autisme kerana tiada kajian yang menunjukkan autisme berkaitan pengambilan vaksin.\n\nAutisme merupakan gangguan dalam\u00a0 pertumbuhan mental seseorang dan ia masih boleh dirawat bergantung kepada keadaan penghidapnya. Ya, tiada istilah sembuh 100 % daripada autisme namun dengan rawatan yang betul, ini dapat membantu perkembangan tumbesaran anak autisme di masa hadapan.\n\nAntara rawatan yang boleh dilakukan untuk membantu anak-anak autisme ini adalah seperti terapi pertuturan , latihan kemahiran sosial dan terapi kelakuan. Rawatan ini dapat membantu anak-anak autisme untuk meningkatkan kebolehan untuk bersosial dan menjalani kehidupan harian.\n\nBagi memberi sokongan kepada penghidap autisme 2 April setiap tahun telah diisytiharkan sebagai hari kesedaran autisme sedunia.\n\nIbu bapa jangan abaikan simptom-simptom autisme yang dilihat pada anak-anak anda. Gunakan input didalam artikel ini untuk membantu anak anda menjadi autisme yang berjaya. Dapatkan nasihat daripada pakar.\n\nSebagai ibu bapa anda tidak boleh malu mempunyai anak autisme kerana anak anda bukanlah\n\nSekiranya anda tidak mempunyai anak autisme sebaiknya masih perlu tahu apa simptom autisme dan bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. Antara tokoh dunia yang menghidapi autisme adalah Albert Einstein , Michaelangelo dan Mozart.\n\nJemput juga baca artikel menarik lain seperti doa pelembut hati anak dan doa untuk anak."
"Mencari resepi masakan dada ayam yang sedap?\n\nDada ayam merupakan antara bahagian yang kaya dengan zat protein yang diperlukan oleh tubuh badan, khususnya untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan dan mengekalkan jisim otot.\n\nAda pelbagai cara masakan yang boleh dicuba menggunakan dada ayam. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi masakan dada ayam untuk anda cuba. Teruskan membaca!\n\nAyam Butter \u2013 nama hidangan yang pasti sudah tidak asing lagi di kalangan pembaca. Hidangan yang tular beberapa tahun lalu ini memang cukup mudah untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Murni Rahmat di laman Facebook.\n\nNuget ayam memang sesuai dijadikan sebagai snek atau makanan ringan sambil menonton cerita kegemaran, mahupun sekadar untuk mengisi perut. Resepi ini dikongsikan oleh Sharinaz Redwan di laman Facebook.\n\nResepi ini merupakan antara resepi masakan dada ayam yang memang menyihatkan. Sesuai juga dijadikan bekalan ke tempat kerja kerana cara penyediaannya cukup mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Fdlah Ila di laman Facebook.\n\nAda peminat ayam goreng kunyit di sini? Hidangan ini memang kena dengan tekak orang ramai, jadi tidak hairanlah ianya begitu popular. Resepi ini dikongsikan oleh Nina Mahdar di laman Facebook.\n\nAyam pandan merupakan hidangan yang popular di kebanyakan restoran makanan Thai. Anda juga boleh membuatnya sendiri menggunakan air fryer atau penggoreng udara. Resepi ini dikongsikan oleh Elaine Tan di laman Facebook.\n\nSerunding ayam memang enak dinikmati bersama roti yang gebu. Ianya juga boleh dibuat sendiri kerana bahan dan cara penyediaannya tidak terlalu susah. Resepi ini dikongsikan oleh Nurain Ain di laman Facebook.\n\nSate ayam \u2013 terdengar sahaja nama hidangan ini, kami yakin anda pasti kecur air liur. Anda juga boleh cuba resepi sate ayam ini sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Eiza Ax di laman Facebook.\n\nSinggah sahaja di kebanyakan kedai makan, pasti hidangan Chicken Chop ada disediakan. Jika malas ke kedai makan, anda boleh masak sendiri hidangan ini di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Liana Ana di laman Facebook.\n\nAyam masam manis juga merupakan antara resepi masakan dada ayam yang cukup melazatkan dan mudah untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Makcik Ratu di laman Facebook.\n\nIni pula hidangan yang bukan sahaja menyelerakan, malah menyihatkan \u2013 sup bebola ayam. Senang sahaja untuk disediakan, jadi anda wajib cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Azizah Daud di laman Facebook.\n\nSelain koleksi resepi masakan dada ayam, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!"
"Air Asam merupakan hidangan yang paling penting apabila menyediakan ikan bakar. Selain ikan bakar yang segar, air asam yang sedap juga memainkan peranan yang penting bagi menyediakan hidangan yang sempurna.\n\nKali ini, kami akan kongsikan kepada anda resepi air asam yang amat lazat yang anda boleh sediakan sendiri dan pasti dapat menaikkan selera semua!\n\nResepi ini dikongsikan oleh CT Nazura dan telah mendapat banyak likes serta komen positif.\n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nHa senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!"
"Adakah anda merasakan anak anda lambat bercakap berbanding anak orang lain? Perkara ini mungkin nampak normal. Tetapi ianya mula mencambahkan kebimbangan apabila nak semakin membesar.\n\nSebelum kanak-kanak mula bercakap, mereka perlu memahami bahasa terlebih dahulu. Mereka perlu memahami apakah maksud perkataan yang disebut, maksud ayat dan juga bagaimana menggunakannya dalam satu-satu situasi.\n\nLambat bertutur, adakah si manja anda normal? [PaMa]\n\nKefahaman adalah sangat penting untuk kanak-kanak belajar dan berkembang.Kelewatan atau masalah kefahaman bahasa bermaksud, kesukaran untuk kanak-kanak memahami bahasa yang dicakapkan, ditulis, gesture atau jenis-jenis simbol yang lain.\n\nPerkembangan kefahaman kanak-kanak akan meningkat sejajar dengan peningkatan usia mereka. Bermula dari kefahaman beberapa perkataan dan terus meningkat sehingga mereka boleh memahami ayat panjang dan cerita.\n\nKefahaman terhadap arahan juga akan meningkat dari arahan yang mudah ke arahan yang lebih kompleks.\n\nAda kalanya, kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kefahaman bahasa ini di salah ertikan oleh orang lain sebagai \u201cdegil, nakal, jahat\u201d dan sebagainya. Mereka mungkin juga akan dilabel sebagai \u201clembap\u201d di sekolah.\n\nIni adalah kerana kesukaran mereka untuk memahami bahasa dan menggunakannya dengan cara yang bersesuain.\n\nKelewatan dalam kefahaman bahasa bermaksud, kanak-kanak sukar untuk memahami apa yang dicakapkan atau diarahkan oleh orang lain kepada mereka. Antara symptom-simptom yang boleh dilihat pada kanak-kanak dengan masalah kelewatan bahasa kefahaman adalah seperti berikut:\n\nKanak-kanak dengan masalah kelewatan kefahaman bahasa mungkin akan mengalami masalah seperti:\n\nKebiasaannya, ibu bapa lah yang pertama sekali akan nampak masalah tersebut pada anak-anak dan seterusnya guru di sekolah dan juga pakar kanak-kanak.\n\nUntuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kefahaman bahasa kanak-kanak, penilaian penuh haruslah dilakukan oleh Patologis Pertuturan-Bahasa. Penilaian terhadap penglihatan dan pendengaran kanak-kanak juga harus dilakukan terlebih dahulu.\n\nPenilaian yang dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap sebenar masalah kefahaman kanak-kanak dan merancang rawatan yang bersesuaian."
"Pernah cuba resepi tauhu begedil? Anda patut mencuba tauhu begedil jika belum. Begedil ialah makanan yang berbahan dasar kentang dan dilumatkan sehingga halus.\n\nPada tulisan kali ini kami ingin berkongsikan resepi tauhu begedil yang sedap. Pada dasarnya tauhu begedil sama dengan begedil kentang, namun bezanya tauhu begedil menggunakan tauhu kering sebagai kulit lapisan luar begedil.\n\nResepi dan bahan-bahan untuk membuat tauhu begedil mudah dan senang. Walaupun nampak macam leceh tetapi kalau buat dengan sungguh-sungguh hasilnya akan sangat sedap dan berbaloi,\u00a0 seperti resepi tauhu begedil yang dikongsikan oleh Noor Laila Yaakop di Facebook dan mendapat perkongsian ramai.\n\n1. Gaulkan semua bahan kecuali tauhu kering.\n2. Gunting 4 bahagian atas tauhu kering.\n3. Keluarkan isi dalam tauhu. Gaulkan dengan bahan isi tadi.\n4. Kemudian sumbat balik dalam tauhu.\n5. Celup ke dalam telur + sedikit garam + sedikit tepung.\n6. Kemudian goreng dalam minyak yang panas dan banyak hingga tauhu separuh tenggelam. Guna api sederhana. Siap.\n\n1. Tumis cili kering sampai pecah minyak.\n2. Masukkan semua bahan kecuali air tepung.\n3. Bila sudah mendidih baru masukkan air tepung.\n4. Rasa sos ikut selera masing-masing mahu pedas atau manis.\n\nSelain resepi tauhu begedil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Tips danc ara nak move on? Move on bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila kita sudah patah hati, lukanya pasti sangat dalam dan meninggalkan parut kekal yang akan sentiasa ada. Orang sekeliling yang melihat kita menderita pastinya akan selalu menggesa kita untuk move on. \n\nPercayalah, move on adalah ubat yang paling berkesan untuk mengubati kelukaan yang anda rasai. Namun semuanya perlu datang dari diri anda sendiri. Jom kami kongsikan cara move on yang berkesan tanpa terlalu memaksa diri sendiri.\n\n1. Percaya bahawa Allah sebaik-baik perancang\n\nPerkara pertama yang perlu anda lakukan ialah tanam dalam diri bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Hari ini mungkin kita terluka, namun ketahuilah bahawa Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buat kita.\n\n2. Percaya bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya\n\nAnda juga perlu berpegang bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin hari ini anda masih belum nampak, kerana fikiran anda dikuasai oleh kesedihan dan kekecewaan. Percayalah bahawa satu hari nanti, apabila anda renung semula kehidupan hari ini, pastinya anda akan berkata, \u201cOh! Patutlah\u201d.\n\nAnda tidak akan move on selagi anda tidak belajar untuk menerima kenyataan bahawa anda dan dia sudah tidak bersama lagi. Untuk move on, anda perlu terima hakikat bahawa anda dan dia tidak ditakdirkan untuk bersama. Apabila and amula belajar untuk menerima kenyataan, insya Allah itu adalah langkah pertama untuk anda move on. Sebuah kejayaan yang besar.\n\n4. Jauhi perkara yang boleh mengingatkan kepada dia semula\n\nCara untuk move on yang seterusnya ialah dengan menjauhi perkara yang boleh mengingatkan anda kepada dia semula. Ada lagu yang setiap kali terdengar, secara automatik membuatkan anda memikirkan si dia? Jangan dengar lagu tersebut. Jika ada tempat yang biasa anda pergi bersama? Elakkan daripada berkunjung ke sana buat sementara waktu. Malah, kalua keadaan mendesak, mungkin anda perlu bertukar kerja atau berpindah rumah asalkan anda boleh mengelak daripada perkara yang boleh mengingatkah kepada dia.\n\n5. Sibukkan diri dengan aktiviti harian\n\nMenyibukkan diri dengan aktiviti harian juga adalah cara move on yang baik. Ini kerana, apabila anda sibuk dengan urusan harian, otak anda juga akan menjadi sibuk dan tiada masa kosong untuk memikirkan tentang sidia. Menyibukkan diri juga akan mengubat kelukaan hati anda.\n\nMencari hobi baru juga akan memudahkan proses untuk anda move on. Kini anda mempunyai banyak masa untuk diri sendiri. Apa kata anda cuba sesuatu yang baru? Sebagai contoh, hari ini ramai yang memilih untuk mengayuh basikal. Mungkin anda boleh mencuba. Atau anda juga boleh menyertai kelas baking secara online, atau menyertai keahlian gimnasium berdekatan untuk meningkatkan kecergasan diri.\n\nApabila anda bersendirian, secara automatik otak anda akan memikirkan tentang si dia. Ini akan menjadi punca sukar untuk anda move on. Semakin banyak anda memikirkan tentang sidia, semakin dalam luka yang anda alami. Oleh itu, apabila berada di rumah elakkan daripada duduk bersendirian di dalam bilik. Luangkan masa dengan ahli keluarga yang lain, dan masuk ke dalam bilik apabila tiba waktu untuk tidur sahaja.\n\nCara move on yang seterusnya ialah dengan cara mendekatkan diri dengan tuhan. Sebagai seorang manusia, kita memerlukan pengisian rohani. Mendekatkan diri dengan tuhan adalah salah satu cara untuk mengisi rohani kita yang kelaparan dan dahaga. Mungkin selama ini anda terlalu sibuk dengan urusan dunia dan tidak mempunyai masa untuk mengabdikan anda kepada pencipta. Inilah masanya untuk anda Kembali semula kepadaNya.\n\nAmbillah masa untuk mengaji Al-Quran kerana Al-Quran adalah pengubat jiwa. Fikiran yang kusut akan menjadi tenang apabil anda mengaji Al-Quran. Anda juga boleh luangkan masa untuk melakukan solat sunat. Boleh juga luangkan masa untuk mendengar ceramah agama secara online. Jika anda mempunyai kelapangan, boleh juga ambil peluang untuk solat berjemaah di masjid atau surau.\n\n9. Dapatkan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan\n\nSokongan orang terdekat adalah sangat penting untuk anda move on. Tanpa sokongan mereka, pastinya anda akan berasa keseorangan dan tiada tempat untuk bergantung. Oleh itu, dapatkan sokongan ahli keluarga dan kawan-kawan. Ada masanya mungkin anda perlu meluahkan perasaan kepada seseorang, kerana dengan meluahkan hati anda akan berasa sedikit lega. Oleh itu, pilihlah orang yang boleh anda percayai untuk bercerita dari hati ke hati. Meluahkan mungkin tidak akan menyelesaikan kemelut yang anda alami, namun sekurang-kurangnya hati anda akan berasa sedikit lega.\n\n10. Percaya bahawa satu hari nanti Allah akan gantikan seseorang yang jauh lebih baik dan sesuai untuk anda\n\nAkhir sekali, percayalah bahawa satu hari nanti Allah akan gantikan kehilangan anda dengan seseorang yang jauh lebih baik dan sesuai untuk anda. Allah akan hadirkan pengubat hati buat anda. Waktu itu nanti, segala kedukaan yang anda rasai sekarang akan terpadam sepenuhnya. Anda akan ketemui kebahagiaan semula. Ambillah masa untuk merawat hati anda, dan buka semula hati anda untuk menerima orang lain.\n\nItulah dia info \u00a0tentang cara nak move on yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:"
"Ayam Tandoori ialah hidangan ayam yang disediakan dengan memanggang ayam dalam yogurt dan rempah-rempah di dalam ketuhar silinder tanah liat.Ayam bewarna kemerahan yang meruntun sesiapa yang melihatnya.\n\nAyam tandoori merupakan hidangan yang berasal dari benua India, dan telah menjadi popular dalam kalangan seluruh dunia.\n\nAyam tandoori dimasak dengan lemon dan yogurt. Terbayang akan sedapnya ayam tandoori dimakan bersama nasi beriyani, nasi kandar atau nasi putih.\n\nResepi ayam tandoori yang dikongsikan oleh Nurul Joe ini amat juicy, sedap dan sama rasa macam ayam tandoori kedai mamak. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi ayam tandoori, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Acara sukaneka kanak-kanak yang sering diadakan di sekolah-sekolah rendah amat menarik. Jarang sekali kita kita berasa bosan pada hari sukaneka. Paling best, semua murid-murid dikehendaki menyertai sukaneka sekolah dalam apa jua acara sukaneka yang disediakan.\n\nApakah jenis acara sukaneka kanak-kanak yang perlu diadakan di sekolah? Terdapat banyak jenis acara sukaneka yang boleh dilakukan dalam kalangan kanak-kanak. Jom lihat senarai acaa sukaneka kanak-kanak yang boleh anda lakukan di sekolah.\n\nKanak-kanak akan bermain dengan berlari mengambil sudu dan bola plastik kecil yang disediakan. Kemudian, bola diletakkan di atas sudu dan kanak-kanak dikehendaki membawa sudu dengan mulut. Kumpulan mana yang sampai dahulu, dia dikira pemenang.\n\nAcara sukaneka untuk kanak-kanak seterusnya adalah lari ke pinggan yang disediakan dan cari gula-gula dalam tepung. Gula-gula yang terbanyak dikumpul akan membuatkan kanak-kanak itu dikira sebagai pemenang. Namun, tangan dan baju pasti putih dengan tepung! Anda juga boleh lakukan sukan ini menggunakan mulut untuk mencari gula-gula.\n\nKanak-kanak dikehendaki makan semua buah-buahan yang disediakan dengan cepat. Antara buah-buahan yang disediakan perlulah buah-buahan yang selamat dan mudah dibuka seperti anggur, pisang, apel dan lain lagi. Kumpulan kanak-kanak yang berjaya habiskan semua buah dalam masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.\n\nLari dalam guni juga adalah salah satu senarai acara sukaneka kanak-kanak yang mudah untuk anda adakan. Hanya perlukan guni sahaja. Mereka harus berlari dengan menyarung guni di kaki dan serahkan kepada ahli kumpulan yang lain pula.\n\nKanak-kanak dikehendaki kutip kacang yang bertaburan di satu taman atau di padang. Kanak-kanak yang berjaya kutip kacang dengan banyak akan dinobatkan sebagai pemenang. Menarik kan acara sukaneka kanak-kanak kali ini.\n\nBahan-bahan yang disediakan adalah kotak besar, plastisin, surat khabar, ranting, daun dan banyak lagi barang-barang buangan. Semua bahan-bahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan apa sahaja ciptaan atau DIY mengikut kreativiti mereka. Mereka boleh mencipta robot, dapur, kereta kecil, kipas angin atau apa-apa sahaja yang kreatif.\n\nSenarai acara sukaneka kanak-kanak yang satu ini sangat menarik. Span diberi kepada setiap kumpulan. Mereka akan masukkan span dalam baldi kemudian berlari ke depan untuk perah span dan masukkan air di dalam botol besar. Serahkan span kepada kawan, kawan akan lakukan hal yang sama. Air dalam botol yang paling banyak akan membuatkan kumpulan itu dikira sebagai pemenang.\n\nSetiap kumpulan dibekalkan sehelai kain batik. Mereka dikehendaki melakukan fesyen dari kain batik, sama ada dijadikan tudung, kain dan lain-lain lagi pun tiada masalah. Setiap seorang akan menggayakannya. Jika salah seorang ahli kumpulan ketandusan idea, kumpulan dikira terkeluar dan kalah.\n\nKanak-kanak akan berlari setelah wisel dibunyikan. Mereka dikehendaki mengikut kon yang menghalang perjalanan mereka dengan berlari ke kiri kemudian ke kanan dan ke kiri semula untuk mengelak kon. Sesiapa yang sampai lebih awal dikira pemenang! Mudahkan?\n\n5 Biji telur dibekalkan untuk 1 kumpulan. Seorang akan berada di garisan depan yang tidak berapa jauh, hanya selang beberapa tapak. Ahli yang lain akan membaling telur seorang demi seorang kepada penjaga telur. Dia akan sambut telur dengan kain yang dikembangkan untuk menangkap telur.\n\nKerusi diletakkan secara memanjang. Kanak-kanak anda berpusing mengelilingi kerusi sepanjang muzik dibunyikan. Apabila muzik ditutup, kanak-kanak akan duduk di kerusi yang terdekat mereka. Salah seorang yang tak sempat mendapatkan kerusi akan terkeluar. Begitulah seterusnya, kerusi dikeluarkan satu lagi untuk mencari mangsa keluar seterusnya. Seorang yang tiggal adalah pemenang.\n\nDisediakan topi petani di bahagian hadapan dan memerlukan kanak-kanak melintas mengambil topi lalu memakainya. Kemudian mereka ke hadapan dan mendapatkan sayur yang disediakan. Sekiranya mereka mengambil bahan lain selain sayur seperti kurma atau air botol, mereka bukanlah pemenang. Hanya sayur sahaja yang diterima.\n\nDaun ketupat atau kertas anyaman diberikan. Kanak-kanak dikehendaki menyanyam ketupat mengikut kretiviti masing-masing. Setiap kali wisel ditiup, tinggalkan bahan dan tukar tugas dengan kawan yang lain pula. Kawan akan sambung menyanyam selepas itu.\n\nSeorang rakan menjadi model dengan duduk di kerusi yang disediakan. Kanak-kanak yang lain akan datang seorang demi seorang untuk mekap model tersebut. Akhir sekali, mekap paling cantik akan dikira sebagai pemenang. \n\nTin-tin air yang kosong disusun tiga tingkat. Setiap kanak-kanak akan menggunakan bola untuk membaling tin tersebut seperti bermain boling. Acara sukaneka ini pasti menarik, meriah dan menghiburkan.\n\nSetiap kanak-kanak akan meniup belon dan ikat. Acara sukaneka ini dilakukan secara bergilir-gilir dengan ahli kumpulan yang lain. Belon terbanyak dan terbesar akan memenangi sukaneka ini.\n\nSenarai acara sukaneka kanak-kanak pasti akan membosankan jika tiada aktiviti yang melibatkan gelang getah. Kanak-kanak perlu berlari dengan menyarungkan gelang getah di pinggang, kemudian serahkan kepada kawan lain pula.\n\nLetakkan botol air berisi sesuku air di atas kepala di perlahan-lahan berjalan menuju ke garisan penamat. Jika botol tidak jatuh, makan akan dikira sebagai pemenang. \n\nWisel ditiup. Kanak-kanak akan menggunakan apa sahaja barang peribadi atau barang sekeliling mereka dan meletakkannya secara barisan. Barang-barang tersebut akan menjadi lebih panjang dengan adanya pelbagai barang. Barang kumpulan yang paling panjang akan jadi pemenang bagi acara sukaneka kanak-kanak ini.\n\nKertas lukisan besar disediakan. Seorang demi seorang ahli kumpulan akan berlari dan berhenti di meja untuk melukis. Kemudian, mereka berpatah balik dan ahli kumpulan mereka pula menyambung lukisan tersebut. Lukisan yang cantik dan menjadi lukisan akan dikira sebagai pemenang.\n\nItulah dia senarai acara sukaneka kanak-kanak boleh anda menarik dan boleh anda adakan untuk murid-murid anda. Pasti menyeronokkan! Jom baca Pusat Seni kraf Kanak-Kanak, Taman Permainan kanak-kanak dan Faedah Membaca kanak-kanak."
"Anak-anak kadang suka dimasakkan nasi goreng untuk sarapan. Sudah tentu para mak sedaya upaya akan menghasilkan nasi goreng air tangan yang sedap.\n\nPernahkah cuba masak resepi nasi goreng udang? Sedap dan mak patut cuba di rumah.\n\nNasi goreng udang geragau. Menu makan pagi ataupun malam. Sedap pula dimakan dengan ikan goreng garing-garing. Anak-anak dan encik suami mesti suka.\n\nResepinya mudah amat, bawang, lada dan jangan lupa bahan utama ialah udang geragau. Tambah belacan jadikan rasa nasi goreng makin sempurna. Sila cubakan resepi daripada Alin Sulaiman di laman Facebook di bawah ini.\n\nSelain resepi nasi goreng udang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Masyarakat Cina menyambut pelbagai sambutan perayaan mereka setiap tahun. Sama seperti masyarakat Melayu juga, mereka mempunyai kuih yang dibuat khas untuk perayaan penting ini.\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa jenis kuih tradisional cina yang popular setiap kali tibanya perayaan mereka.\n\nMasyarakat Cina di Malaysia dikatakan adalah etnik kedua terbesar di Malaysia selepas masyarakat Melayu. Kaum Cina ini terdiri daripada beberapa kategori etnik seperti Cina Min, Cina Yue, Cina Hakka, Cina Wu dan Cina Utara.\n\nTidak dinafikan perkahwinan antara Puteri Cina, Hang Li Po dan Sultan Melaka dulu telah menyebabkan perkembangan kaum Cina semakain pesat di Malaysia pada zaman kini.\n\nAneka kuih tradisional Cina yang wajib kita ketahui\n\nMasyarakat Cina juga kaya dengan adat resam, tradisi dan budaya mereka yang unik. Setiap kali menjelang perayaan mereka, pastinya terdapat pelbagai aneka kuih tradisional Cina yang dikongsikan bersama.\n\nBerikut ini kami kongsikan butiran lengkap mengenai aneka kuih tradisional Cina:\n\nKuih bulan sangat popular bagi semua masyarakat di Malaysia. Ia adalah sejenis manisan yang sangat cantik dan biasa disediakan untuk Pesta Tanglung yang berlangsung pada bulan 8 dalam kalender Lunar.\n\nKuih ini berbentuk bulan disebabkan ianya disediakan ketika perayaan musim luruh kerana itu bentuknya bulat ataupun bersegi.\n\nBang chang atau juga dipanggil sebagai\u00a0Zongzi\u00a0biasanya dimakan dan disediakan bagi meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.\n\nKuih ini diperbuat daripada beras pulut yang berinti, lalu dibalut pula dengan daun buluh. Cara masaknya, ia perlu dikukus dan digantung untuk dikeringkan. \n\nKuih kapit atau juga dikenali sebagai kuih sepit menjadi pelengkap kuih tradisional Cina setiap kali tibanya Tahun Baru Cina.\n\nProses pembuatan kuih ini memang agak mudah, tetapi ketepatan\u00a0masa\u00a0ketika\u00a0 membakar\u00a0amat penting agar kuih tidak hangus. Dalam erti kata lain, kepantasan diperlukan dalam penyediaannya. \n\nBahan-bahan adunannya ringkas sahaja seperti tepung gandum, telur, santan dan sedikit\u00a0gula. Lalu memasukkan bancuhan kuih\u00a0ke dalam\u00a0pengepit besi, dan dibakar\u00a0di atas bara.\n\nSekali pandang macam serupa kuih puteri mandi. Namun, kuih ini sebenarnya adalah Tang Yuan. Secara tradisinya ia dimakan semasa Yuanxiao atau Festival Tanglung.\n\nHidangan ini disediakan berbentuk bebola beras pulut yang kenyal berkuahkan sirap manis. Kerap dijadikan santapan ketika musim sejuk pada bulan Disember di negara China. \n\nKombinasi dim sum dan teh cina atau yum cha adalah pilihan yang popular di kalangan masyarakat Cina.\n\nPencuci mulut ini disediakan dalam bentuk yang kecil dan berintikan beberapa jenis inti seperti daging, makanan laut, dan sayur-sayuran. \n\nKuih tradisional Cina yang popular selanjutnya adalah Jiaozi. Ia dipanggil \u201cJiaozi\u201d yang bermaksud makanan paling sedap. \n\nKuih ini sangat rapat dikaitkan dengan aktiviti perkumpulan. Pada zaman dulu, apabila orang Cina berkumpul, pastinya Jiaozi akan menjadi santapan utama mereka. \n\nUntuk menghasilkan Jiaozi, caranya agak rumit tetapi memang berbaloi. Kita memerlukan langkah demi langkah untuk membuatnya bermula dengan pembuatan kulitnya dahulu.\n\nKulit Jiaozi diperbuat daripada tepung gandum, manakala intinya daripada pelbagai jenis bahan termasuklah daging, sayur-sayuran, hasil laut, dan sebagainya.\n\nCara masaknya pelbagai, kita boleh pilih sama ada untuk merebus, mengukus, atau mengorengnya. Merebus adalah acara yang paling popular sekali.\n\nJika masyarakat Melayu terkenal dengan kuih dodol, kaum Cina pula popular dengan Kuih Bakul atau dinamakan sebagai nian gao. \n\nTeksturnya yang kenyal tentunya mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Menurut orang yang mahir akan pembuatannya, kuih bakul hanya boleh disiapkan dalam tempoh tiga hari. \n\nSelain dari artikel mengenai jenis kuih tradisional cina ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan budaya dan tradisi di Malaysia seperti:"
"Siapa pernah buat taufu fa segera guna air kotak soya tapi hasilnya tidak gegar, tidak lembut, jadi pejal macam puding atau agar-agar? Pada perkongsian resepi ini kami akan ajar anda cara membuat taufu fa macam pasar malam punya, lembut, dan menyelerakan, laju menuruni tekak dan menyamankan.\n\nResepi yang dikongsikan oleh Nieza Nor Hamnira di laman Facebook ini menggunakan 3 bahan juga, sama macam bahan resepi lain. Cuma, ada perkara yang anda terlupa masa tengok resepi yang berlegar itu.\n\nMesti anda ingin tahu sangat bukan? Jom baca resepi perkongsian taufu fa simpel anti gagal di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain taufu fa , kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anak atau cahaya mata adalah idaman setiap pasangan yang berkahwin. Belum mempunyai rezeki zuriat biarpun telah bertahun-tahun bersama pasangan tidak bermaksud anda tidak berhak mempunyai anak. Mengambil anak angkat sebagai anak sendiri pastinya pilihan terbaik untuk anda sekeluarga di samping menggalas satu tanggungjawab dengan niat kerana Allah SWT. \n\nJangan risau sekiranya anda berminat untuk mengambil anak angkat, ia tidak sukar seperti yang dijangkakan. Malah, dengan prosedur yang betul, segalanya akan mudah dan berjalan lancar. Mari lihat panduan lengkap dan cara mengambil anak angkat di Hospital. Sedikit sebanyak, pasti ia dapat membantu anda.\n\nTahukah anda, bayi yang dijaga oleh ibu bapa angkat digelar bayi pelihara dan ibu bapa angkat adalah ibu bapa pelihara. Selepas dijaga selama 2 tahun, barulah ibu bapa akan diberi sijil anak angkat dan anak tersebut boleh membuka akaun bank serta mempunyai passport sendiri.\n\nTerdapat 2 cara mengambil anak angkat iaitu mengambil terus dari ibu kandungnya dan juga memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya anda mengambil anak angkat di Hospital pula, boleh jadi ada mengambil anak angkat atas pemberian ibu kandung bayi tersebut. \n\nSyarat Pengambilan Anak Angkat (Pemohon Dan Kanak-Kanak)\n\nBagi mengelakkan sebarang masalah, mari lihat syarat-syarat pengambilan anak angkat terlebih dahulu. Barulah tahu sama ada anda layak atau tidak!\n\nCara Mengambil Anak Angkat Di Hospital\n\nBiarpun berada di hospital, selepas bayi dilahirkan, anda telah boleh mengambilnya sebagai anak angkat anda. Namun, persetujuan haruslah dicapai dengan lebih awal lagi. Jom lihat cara mengambil anak angkat di hospital (Panduan lengkap).\n\n1. Dapatkan Ibu Kandung (Biomom) Dan Bakal Anak Angkat\n\nKenal pasti siapa ibu kandung dan bayi yang bakal dilahirkan untuk diberikan kepada anda. Anda boleh mencari ibu kandung yang ingin memberikan bayi mereka di pusat-pusat pelindungan atau rumah anak yatim yang berdaftar dengan JKM. \n\nJKM sendiri akan menguruskan dan menerangkan akan prosedur ini. Anda juga harus pastikan segala bayaran atau kos hospital dibayar dengan lengkap berdasarkan persetujuan anda dengan pihak rumah kebajikan ibu kandung.\n\n2. Sediakan Semua Dokumen Yang Diperlukan\n\nSediakan awal-awal dan berikan dokumen yang diperlukan kepada bahagian rumah kebajikan yang menguruskan pengambilan anak angkat. Mereka perlukan dokumen ini dalam tempoh sebelum ibu kandung melahirkan anak. Dokumen ini adalah untuk memudahkan proses pendaftaran pada kemudian hari. \n\nAntaranya adalah salinan kad pengenalan ibu bapa, salinan slip gaji ibu bapa, surat nikah, gambar passport dan lain-lain lagi. Rumah kebajikan tersebut menjadi pihak ketiga atau orang tengah yang membantu anda menguruskan pendaftaran anak angkat.\u2019\n\n3. Ketahui Tarikh Duedate Ibu Kandung\n\nCara mengambil anak angkat di hospital juga memerlukan anda mengetahui duedate atau tarikh untuk ibu kandung melahirkan bayi. Anda boleh membuat persediaan untuk mendaftar dan mengambil bayi, urusan penanaman uri pula akan dilakukan oleh pihak ibu kandung.\n\n4. Proses Pendaftaran Bayi Dan Akuan Sumpah\n\nSesetengah rumah perlindungan akan bertanggungjawab menguruskan pendaftaran nama bayi tersebut. Ada juga pusat perlindungan yang tidak menguruskan hal itu. Anda sendiri perlu mendaftarkan nama anak angkat anda. \n\nProses pendaftaran bayi dan akaun sumpah juga perlu dibuat walaupun anda mengambil anak angkat di hospital. Anda sendiri perlu menguruskan pendaftaran surat beranak anak tersebut. Namun, mengikut cara yang betul, nama ibu kandung pada surat beranak perlu diletakkan nama ibu kandung yang melahirkan bayi tersebut.\n\nSelesai semua hal ini, anda sudah boleh mengambil anak angkat di hospital dan menjaganya. Perkara-perkara lain seperti bayaran atau penjagaan ibu kandung sebenar adalah mengikut sebagaimana yang anda bincangkan dengan ibu kandung sebelumnya.\n\nRingkasan Panduan Pengambilan Anak Angkat (Perlu Tahu)\n\nAnda boleh mengambil anak angkat terus dengan ibu kandung dan juga dari JKM. Kemudian, pengesahan pengambilan anak angkat boleh dibuat di Mahkamah atau Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara. \n\nPengambilan Anak Angkat Melalui JKM, JPN\n\nPengambilan Anak Angkat Melalui Ibu Kandung\n\nSemoga cara mengambil anak angkat di hospital ini dapat membantu anda semua. Jom baca juga Proses Pengambilan Anak Angkat Baru Lahir, Cuti menjaga anak dan Harapan ibu bapa untuk anak."
"Mahu mencari resepi minum petang yang lain dari yang lain? Sudah bosan dengan hidangan minum petang yang sama? Hari ini kami bawakan khas kepada anda, resepi Churros yang amat lazat untuk dibuat. \n\nChurros merupakan makanan yang berasal daripada Sepanyol dan Portugal dimana ianya mempunyai tekstur pastri dan enak dihidangkan bersama sos mengikut kepada citarasa anda. \n\nHari ini kami bawakan resepi churros yang amat lazat dan anda boleh gabungkan bersama dengan sos coklat ataupun karamel. Resepi ini dikongsikan oleh Rohanis Katan dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau. Jom kita lihat!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nAda pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!"
"Setiap ibu pasti berasa tak sabar untuk memberi bayinya makan untuk kali pertama. Tak sabar-sabar tunggu anak berumur 6 bulan, kan.\n\nDi antara makanan pertama yang boleh anda berikan kepada bayi ialah bubur nasi dan puri. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kungsikan resepi bubur nasi bayi yang boleh anda sediakan.\n\n1. Bubur nasi & susu ibu\n\nAnda boleh masak bubur nasi bersama susu ibu. Bahan yang diperlukan ialah nasi, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu. Caranya:\n\n2. Bubur nasi & lobak merah\n\nBubur nasi & lobak merah juga merupakan resepi bubur nasi enak yang boleh anda sediakan untuk anak tersayang. Caranya:\n\n3. Bubur nasi & ikan bilis\n\nUntuk resepi bubur nasi yang ini, apa yang anda perlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis. Caranya:\n\nBubur nasi & ayam pasti akan menjadi kegemaran anak anda. Bahan-bahan yang diperlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah, dan ayam bahagian dada. Caranya:\n\nSelain ayam, anda juga boleh gunakan daging untuk dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi anda.\u00a0Bahan-bahan yang anda perlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah, dan daging. Caranya:\n\nKentang merupakan sumber karbohidrat baik yang sangat sesuai untuk diberikan kepada bayi anda. Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan kentang. Caranya:\n\nSelain kentang, brokoli juga merupakan sayur sedap yang pasti disukai oleh bayi anda. Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan brokoli. Caranya:\n\n8. Bubur nasi, ayam & lobak merah\n\nAnda juga boleh mencampurkan sayuran dan ayam ke dalam bubur nasi bayi anda. Rasanya sangat sedap. Cara menyediakannya ialah:\n\n9. Bubur nasi, daging & lobak merah\n\nCara penyediaan sama seperti resepi bubur nasi bersama ayam dan lobak merah di atas.\n\n10. Bubur nasi & grilled salmon\n\nIkan salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Anda boleh buatkan bubur nasi bersama salmon sebagai menu untuk simanje. Cara menyediakannya:\n\nSelain sayur-sayuran dan daging, anda juga boleh sediakan bubur nasi dan kekacang untuk bayi anda. Anda boleh gunakan kacang almond, pistachio, macademia, pekan, dan sebagainya. Cara menyediakan:\n\nItulah dia 11 resepi bubur bayi yang boleh anda masukkan ke dalam senarai menu makanan untuk bayi yang tersayang. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua hilangkan perut bayi kembung, resepi makanan bayi 6 bulan, dan penjagaan gigi susu."
"Hari ini kami di Bidadari.my ingin kongsikan apakah tanda-tanda hampir bersalin. Semoga selepas ini bolehlah ambil langgar berjaga-jaga bagi yang sedang sarat mengandung. Antara alamat yang paling besar adalah bayi turun ke bawah.Ketika ini, awaslah dengan kesan-kesan di bawah :\n\nBagaimana mengetahuinya? Perut anda menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun \u2018turun\u2019 ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.\n\n1) sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan\n\n2) kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing\n\n3) sering sakit perut, ataupun perut sentiasa memulas\n\n4) kerap buang air besar daripada sebelumnya\n\n6) keluar Lendir Pekat/Berdarah (lendir pekat seperti gam lekang) dari laluan pintu rahim apabila pintu\n\ncredit: FB Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil"
"EDD dah semakin dekat. Bayi dah mula turun ke bawah, kepala engaged dengan tulang pelvik. Barang keperluan untuk bayi dan ibu semua dah tersedia. Sekarang tinggal menunggu masa untuk bersalin. Apa kata kalau anda luangkan masa untuk membaca petua mudah bersalin yang ingin kami kongsikan.\n\nAmalkan membaca surah ini dengan niat semoga dipermudahkan semasa bersalin. Apabila sampai diayat sujud tilawah, anda boleh sujud. Minta dan berdoalah apa yang anda inginkan semasa bersujud. Minta supaya proses bersalin berjalan dengan lancar. Mohon supaya anda dan bayi sihat wal afiat. Jangan lupa minta supaya bayi yang dikandung menjadi anak yang soleh atau solehah. Jadikan surah ini sebagai amalan harian.\n\nSekiranya anda mempunyai masa lapang, banyakkan membaca Al-Quran. Lebih bagus kalau anda berjaya khatam Al-Quran dalam tempoh kehamilan.\n\nBersenam bukan sahaja membantu anda kekal cergas dan bertenaga, malah bayi yang dilahirkan dari rahim ibu yang aktif sepanjang tempoh kehamilan lebih alert dan cerdas berbanding ibu yang memilih untuk duduk atau baring sepanjang hari. Bersenam juga membantu anda tidak mudah penat semasa proses bersalin yang panjang.\n\nAmalkan pemakanan yang seimbang. Makanan makanan sebenar. Banyakkan sayu-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang tinggi dengan MSG, makanan ringan, makanan segera, dan juga organ dalaman haiwan seperti hati, pedal, jantung, limpa, paru dan sebagainya.\n\nAda pendapat mengatakan bahawa organ dalaman seperti hati baik untuk ibu hamil, terutamanya untuk ibu yang mengalami masalah darah rendah. Tapi menurut islam, semua organ dalaman adalah makruh untuk dimakan.\n\nBegitu juga dengan pil ubat-ubatan dan supplement. Sebolehnya elakkan daripada mengambil sebarang jenis pil termasuklah paracetamol dan ubat selsema. Makan suppelement yang dibekalkan dari klinik setiap hari menurut jadual makan yang diberikan. Elakkan supplement yang dibeli sendiri di farmasi atau online.\n\nAnda boleh mula amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan memasuki\u00a0 usia 7 bulan. Di samping itu anda juga boleh mengamalkan minum minyak selusuh dan sapu di perut dari atas ke bawah, bertujuan memudahkan bayi meluncur keluar semasa bersalin. Kata orang-orang tua, minyak selusuh yang terbaik ialah yang dibuat oleh suami sendiri. Namun jika suami anda terlalu sibuk, boleh juga membeli minyak selusuh yang banyak dijual di pasaran.\n\nJika anda ingin mudah bersalin, salah satu petua yang menjadi sebutan ialah kerap bersama suami (bersetubuh) pada hari-hari terakhir menanti kelahiran. Mengikut petua orang-orang terdahulu, ini merupakan selusuh yang paling original. Dari segi perubatan, air mani merembeskan hormon yang menggalakkan kontraksi dan mempercepatkan bukaan serviks.\n\nElakkan daripada sentiasa baring, duduk dan berehat setiap masa. Sibukkan diri dengan aktiviti seperti mengemas rumah, berjalan-jalan di taman sambil ambil angin, window shopping, dan sebagainya. Gaya hidup yang aktif sepanjang tempoh kehamilan terutamanya saat-saat menjelang kehamilan membantu anda lebih cergas semasa bersalin.\n\nAnda juga boleh mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang\u00a0 tempoh kehamilan. Makanan sunnah\u00a0dipercayai dapat membantu memudahkan proses bersalin di samping mengalkkan bayi daripada terkena demam kuning atau jaundis. Kekacang juga bagus untuk anda dan bayi dalam kandungan.\n\nPastikan anda bertenaga semasa masuk ke bilik bersalin. Makan dan minum secukupnya supaya anda tidak kehabisan tenaga semasa meneran.\n\nPilih mana-mana posisi yang selesa bagi anda. Tidak semestinya anda wajib berbaring dengan posisi terlentang diatas katil. Jangan takut dimarahi oleh jururawat.\n\nJalan itik membantu mempercepatkan bukaan serviks lalu memendekkan proses bersalin. Anda tidak perlu menanggung sakit dalam tempoh yang lama.\n\n12. Berendam dalam air suam sebelum Ke Hospital\n\nApabila anda mula terasa sakit contraction, boleh berendam dalam air suam sambil sebelum ke hospital. Jika rumah anda ada bathtub, boleh berendam didalam bathtub. Kalau takde bathtub, anda boleh berendam dalam kolam kanak-kanak yang boleh dibeli di pasaraya atau kedai mainan.\n\nAlunan muzik atau zikir yang menenangkan juga sangat membantu. Boleh juga gunakan wangian kegemaran anda untuk menimbulkan suasana relax. Ianya sangat membantu anda supaya mudah bersalin.\n\nSeperti jalan itik, ketuk ketampi juga membantu mempercepatkan bukaan serviks.\n\n14. Jangan meneran jika bukan waktunya\n\nJangan meneran sekiranya bukaan anda masih kecil dan tidak mendapat green light dari bidan dan doktor. Meneran terlalu awal boleh menyebabkan rahim anda pecah dan komplikasi yang lain termasuk koyakan faraj yang teruk serta buasir. Macam mana cara untuk mengawal diri daripada meneran sebelum waktunya?\n\nSentiasa kawal diri dengan fokus kepada pernafasan. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan secara konsisten.\n\nIngin kami ingatkan, jangan sesekali mengangkat punggung semasa anda meneran. Mengangkat punggung semasa bersalin akan menyebabkan berlakunya koyakan yang teruk pada faraj. Seteruk mana pun sakit yang anda alami, sentiasa pastikan punggung berada atas katil, bukannya di udara. Sentiasa longgarkan otot untuk memberikan pergerakan semulajadi terhadap proses kelahiran.\n\nItulah dia 15 petua mudah bersalin yang boleh anda praktiskan mulai hari ini. Semoga artikel ini membantu. Kami doakan anda melalui proses bersalin yang mudah dan cepat."
"Saya mempunyai berat badan yang berlebihan? Jadi adakah saya patut mengurangkannya semasa mengandung? Adakah perkara ini baik atau sebaliknya? Berapakah berat \u00a0badan yang ideal semasa mengandung?Ini adalah antara persoalan mengenai berat badan semasa hamil.\n\nMenurut pakar, ia bukan satu idea yang baik untuk cuba mengurangkan berat badan semasa hamil. Apa yang penting adalah menumpukan perhatian kepada kesihatan, pemakanan yang seimbang. Asas pemakanan ibu hamil perlulah sekitar berkanji, contohnya seperti roti, nasi, pasta (yang mempunyai selera mat salleh :-) ) atau kentang.\n\nIbu hamil juga perlu memilih jenis bijirin penuh dan kentang dalam diet pemakanan yang diamalkan. Ini adalah tingginya kandungan serat, dan mempunyai bonus berganda dalam memberikan lebih banyak nutrien dan mengurangkan keadaan sembelit.\n\nContoh makanan tinggi serat lain termasuk oat, kekacang, bijirin, benih, buah-buahan dan sayur-sayuran. Cubalah untuk mempunyai sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari.\n\nJangan terlalu makan makanan berlemak dan manis, dan cuba kawal bahagian makanan yang diambil. Jika anda bimbang tentang berat badan anda, pergilah minta bantuan doktor supaya dapat merujuk anda kepada pakar diet. Ini kerana pakar pemakanan boleh membantu anda memberi nasihat perkara yang diperlukan.\n\nMempunyai kehamilan yang sihat tidak hanya bergantung kepada pemakanan. Gaya hidup aktif juga penting. Ibu hamil perlu mengekalkan gaya aktif sebagai salah satu cara terbaik untuk mengawal berat badan. Senaman juga boleh membantu mengatasi rasa sakit mengandung.\n\nCuba berenang sekali sekala atau pergi berjalan pantas sekitar taman berhampiran. Jika anda sudah pun melakukannya, teruskan seperti biasa. Jika tidak, mulakan dengan 15 minit senaman yang berterusan, tiga kali seminggu.\n\nCuba untuk membina amalan senaman ke dalam rutin anda. Sebagai contoh, turun bas dengan berhenti 1 stesyen lebih awal, atau mengambil jalan yang jauh sedikit untuk ke kedai-kedai berhampiran. Kemudiannya secara beransur-ansur meningkatkan latihan anda untuk sesi setiap 30 minit.\n\nMohon like dan berkongsi artikel berat badan semasa mengandung jika bermanfaat. :-)"
"Lebih tengking daripada puji.\nLebih pukul daripada peluk.\nLebih marah daripada belai.\nLebih rotan daripada cium.\n\nBila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.\nBila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.\nBila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.\n\nAnak dikata sibuk bekerja.\nAnak dikata lupa orang tua.\nAnak dikata pentingkan keluarga.\nSehingga abaikan ibu dan bapa.\n\nTapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?\n\nAnak sepahkan rumah, kita marah.\nAnak tumpahkan air, kita pukul.\nAnak pecahkan cawan, kita rotan.\nAnak menangis, kita herdik.\nAnak ajak main, kita leka.\nAnak ajak berbual, kita tak endah.\nAnak ajak pergi jalan, kita penat.\nAnak makan sendiri terkial-kial.\nAnak main sendiri termangu-mangu.\nAnak tidur sendiri tersedu-sedu.\nAnak tak pandai, kita keji.\nAnak pandai, kita tak puji.\nAnak berjaya, kita tak hargai.\nAnak membesar dengan memori sepi.\n\nAntara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.\n\nAkan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.\n\nBila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.\n\nJika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.\nJika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.\n\n\u201cUntuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG\u201d\n\nCipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang."
"Hidangan wajib ada setiap minggu. Siapa yang suka makan kari ikan di kedai mamak mesti tahu hidangan ini.\n\nMesti sedap kalau dapat makan kari ikan merah kedai mamak tengah hari ini bukan? Rasai kelazatan kari ikan merah mamak di rumah. Buat sendiri kari mamak merujuk resepi yang dikongsikan Ana Mariana Ismail\u200e di laman Facebook.\n\nAla kenapa pergi kedai mamak kalau boleh buat sendiri di rumah? Suruh mak/kaka/isteri masakkan kari ikan ikan merah untuk makan siang. Makan dengan nasi putih dan keropok papadam, seronok betul lah!\n\nTidak perlu pening, hidangkan kari ikan merah ala kedai mamak hari ini juga. Untuk memikat hati kesemua ahli keluarga. Terer kalau boleh masak kari ikan sendiri bukan? Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kari ikan merah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mencari resepi kek batik melting yang sedap? Terdapat pelbagai jenis kek yang menjadi kegemaran orang ramai. Antaranya kek minyak, kek span, kek cheese, kek buah dan sebagainya. Cara nak buat pun tak susah. Hanya campurkan bahan-bahan yang diperlukan dan dibakar di dalam ketuhar. Tunggu jer dia masak.\n\nTapi jangan tak tahu, ada kek yang tak perlu tepung dan bakar-bakar ini. Sedap pun sedap. Pernah dengar Kek Batik? Resepi kek batik yang kami kongsikan ini merupakan resepi dari Nor Azliza Mohamed yang mendapat perkongsian ramai di laman Facebook. Cara yang diberikan amat mudah dan senang untuk diikuti. Jom ikuti resepi beliau. Selamat mencuba.\n\nBahan\u00a0 dan Cara Penyediaan Topping Ganache :\n\nDouble boil kesemua bahan, dan kacau-kacau hingga sebati.\n\nBoleh juga cuba versi resepi kek batik yang lain di sini.\n\nSelain resepi Kek Batik ini, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Sedapnya kalau boleh makan kek coklat cheese yang buat sendiri. Pasti terasa puaskan? Keknya yang lembut dengan topping cheese yang meleleh mengikut citarasa kita. Nak manis ke. Kurang manis ke. nak pekat ke. tak nak pekat ke. Pasti terasa puas sebab kena dengan selera kita.\n\nResepi yang dikongsi Julia Nordin ini boleh dapat 5 acuan kecil kek coklat cheese okay. Selamat mencuba resepi yang simple dan mampu milik ini. Senang ja bahan-bahannya. Jom.\n\nEsok dah boleh makan. Sedapppp. Hiasan seperti cheedar cheese, kacang badam pun boleh diletakkan di atas topping cheese tersebut. Pasti lagi sedap.\u00a0Oh ya, selain resepi kek coklat cheese ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Hujan-hujan perut asyik lapar. Jom buat jemput nasi senang! Lebihan nasi dalam periuk yang tidak habis lagi boleh buat jemput nasi.\n\nKuih jemput-jemput juga dikenali sebagai cucur atau cekodok. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Disebut jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng.\n\nBahan-bahan untuk membuat jemput nasi amatlah mudah. Bahan utamanya semestinya nasi. Kemudian digaul dengan isi ayam serta diberi rempah bawang dan lain-lain.\n\nJemput nasi sesuai dihidangkan untuk minum petang. Resepi jemput nasi daripada Nur Ain Mat Daud\u200e di laman Facebook ini sangat simple dan mudah. Boleh tambah macam-macam sayur terpulang selera masing-masing. Jemput-jemput ini garing di luar lembut di dalam.\n\nSelain resepi jemput nasi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mak-mak dah buntu tak tahu nak masak apa? Bosan makan nasi putih kosong? Jangan tak tahu selain dari Nasi Ayam, Nasi Daging, Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, boleh cuba masakkan Nasi Jagung. Selalunya Nasi Jagung ini digabungkan dengan Ayam Masak Merah dan Jelatah.\n\nJadi, di sini kami kongsikan resepi Nasi Jagung yang dikongsikan oleh Faizah Md Zain di laman Facebook. Resepi beliau yang mudah dan nampak menyelerakan ini mendapat tanda suka yang banyak dari ramai orang. Apa lag, jom tengok resepi nya. Resepi ini sukatan untuk 1 kg beras basmathi tau. Kalu nak buat lebih kena gandakanlah yer.\n\nDah siap. Mudah jer kan? Nanti nak hidang, jangan lupa taburkan bawang goreng yer. Pasti lagi sedap dan wangi. Hidanglah bersama ayam masak merah dan jelatah. Kalau tak nak masak lauk pun takpe, boleh jer beli dua lauk nih jer. Lagilah sedap. Anak-anak dan suami pasti suka tak terhingga. Bukan nasi putih kan. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi nasi jagung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Adakah anda selalu mengalami kekejangan kaki ? Jika bukan selalu pun, dalam masa seminggu mesti 2 atau 3 kali akan mengalami kekejangan kaki dan ia amat tidak selesa lebih-lebih lagi ketika tidur pada waktu malam.\n\nTerdapat beberapa sebab kenapa kita akan mengalami kekejangan kaki. Ia mungkin kerana faktor usia atau akibat daripada aktiviti harian anda. Kekejangan kaki ini tidak lah terlalu serious tetapi jika selalu sangat berlaku ia boleh menjadi satu masalah buat individu.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai punca mengalami kekejangan kaki dan cara mengatasinya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nSemasa hamil, jantung, buah pinggang dan sistem peredaran dalam badan anda bekerja lebih kuat untuk membantu anda berfungsi secara normal. Otot-otot anda pula menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat, dan ini memberi tekanan kepadanya. Akibatnya, otot-otot kaki anda yang keletihan akan menegang dan kejang sebagai langkah memprotes, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga.\n\nKesakitan ini boleh menyebabkan anda tersedar daripada tidur pada waktu malam. Keletihan otot bukan satu-satunya sebab anda mendapat kejang kaki. \n\nKedua, terlalu banyak fosforus (terdapat dalam daging proses, makanan ringan dan minuman bersoda), dan terlalu sedikit kalsium dan potassium dalam darah anda juga boleh menyebabkan kejang otot.\n\nKetiga pula ialah apabila uterus anda mengembang, ini boleh memberi tekanan kepada saraf-saraf yang mengunjur daripada badan ke kaki anda.\n\nCubalah tip-tip kami dan makan pisang atau minum segelas susu sebelum tidur untuk meningkatkan tahap kalsium dan potasium dalam darah. Jangan ambil sebarang vitamin tambahan atau produk herba tanpa berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.\n\nBerikut ialah beberapa tip untuk mengelakkan kejang kaki:\n\n Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang panjang.\n\n Pusing dan gerak-gerakkan buku lali dan jari-jari kaki anda apabila anda duduk, semasa makan atau menonton televisyen.\n\n Regangkan otot-otot betis anda (lihat Cara menghentikan kejang kaki di bawah) beberapa kali sebelum anda masuk tidur.\n\nJika anda mengalami kekejangan, regangkan otot-otot anda serta-merta. Tegakkan kaki, tumit dahulu, dan tegangkan buku lali dan jari-jari kaki perlahan-lahan. Anda mungkin rasa sakit seketika, tetapi kesakitan itu akan beransur hilang. Anda juga boleh melegakan kekejangan dengan mengurut otot atau memanaskannya menggunakan botol air panas. Berjalan-jalan selama beberapa minit juga boleh membantu.\n\n*Berikut adalah punca-punca berlakunya kekejangan kaki dan cara untuk elakkan kekejangan kaki. Jika anda tiba-tiba sahaja mengalami kekejangan kaki, jangan panik, cuba ikuti langkah seperti yang diajarkan di atas tadi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Zaman kini sudah banyak teknologi yang dihasilkan daripada kenderaan sehingga gajet yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Alatan-alatan ini dicipta bagi memudahkan kerja seharian kita. Semakin tahun, semakin banyak produk yang dikeluarkan antaranya telefon bimbit.\n\nSelain itu, peralatan yang diperlukan oleh hospital untuk merawat pesakit juga sudah dinaik taraf dan semakin canggih. Peralatan ini lebih baik daripada sebelumnya kerana ia boleh mengesan dengan lebih jelas tentang penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Doktor juga semakin mudah untuk merawat pesakit.\n\nTerutama sekali bagi ibu yang hamil. Jika dulu, sebelum adanya hospital, susah untuk kita tahu keadaan kandungan kita sama ada sihat atau tidak. Hanya memandang dari luaran sahaja untuk tahu keadaan kandungan tersebut. Tetapi sekarang, dengan adanya peralatan canggih, kita boleh tahu keadaan kandungan kita.\n\nDoktor akan menggunakan scan atau imbasan ultrasound untuk memeriksa kandungan. Banyak kebaikan jika si ibu scan kandungannya. Apakah kebaikannya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai manfaat si ibu scan kandungan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nUltrasound adalah merupakan pemeriksaan menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej sebahagian organ dalam badan kita. Gelombang bunyi yang digunakan adalah berfrekuensi tinggi dan tidakboleh didengar oleh deria pendengaran manusia kemudian gelombang pantulan ini diproses oleh komputer untuk menghasilkan imej organ yang sedang diperiksa. Imej yang dihasilkan itulah yang dipaparkan pada skrinyang terdapat pada mesin ultrasound yang digunakan.\n\nImbasan ultrasound merupakan kaedah yang selamat serta hampir tepat. Selain itu, imbasan ultrasound juga dapat mengenalpasti masalah awal semasa kehamilan juga masalah terhadap bayi yang dikandung. Iadigunakan untuk ;\n\n*Banyakkan manfaat jika kandungan di scan kerana kita dapat melihat keadaan bayi tersebut sama ada sihat atau tidak. Kita juga dapat melihat jantina bayi, jadi kita boleh membuat persediaan menyambut bayi lelaki atau perempuan. Tidaklah kita membazir wang beli semua barang bayi perempuan dan lelaki. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mencari resepi serunding ikan untuk buat inti popia simpul atau karipap mini? Kami ada resepinya.\n\nResepi serunding ikan yang kami tuliskan ini menggunakan ikan kerisi. Namun jika anda teringin buat guna ikan bilis, ikan selayang dan ikan lain-lain boleh saja, resepi tetap sama.\n\nResepi didatangkan daripada Husna Anisa\u200e di laman Facebook. Yang menarik daripada resepi ini ialah cik Husna menggunakan periuk nasi untuk keringkan air. Idea yang bagus bukan? Senang, tidak perlu risau serunding berkerak atau hangit dan boleh buat kerja lain pula sambil tunggu kering.\n\nCara menyediakannya amat mudah. Kejadiannya juga amat sedap dan boleh digunakan untuk inti popia simpul dan karipap mini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi serunding ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Makan tembikai sebagai pencuci mulut memang banyak khasiat dan menjadi pembuka selera. Justeru, bagaimana tips pilih tembikai manis yang berkualiti dan sedap apabila di makan? \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa tips pilih tembikai manis yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli. \n\nKebiasaannya, buah tembikai yang manis mempunyai corak garisan di bahagian luar buah kemas dan tidak berserabut. \n\nBagi tembikai yang kurang manis pula, corak garisan pada kulitnya tidak cantik dan agak berserabut. \n\n2. Bahagian luar yang nampak kusam\n\nCari tembikai yang tidak berkilat, dan nampak kusam. Bahagian permukaan tembikai yang berkilat ini menunjukkan bahawa tembikai tersebut kurang masak lagi. \n\nBiasanya tangkai tembikai ada dua iaitu tangkai yang kerinting dan tangkai yang lurus. Tangkai kerinting menunjukkan yang tembikai tersebut adalah manis dan merah isinya.\n\nManakala tangkai yang lurus, rasa buahnya kurang manis dan tidak enak di makan. \n\nAnda boleh menguji kemanisan tembikai dengan kaedah mengetuk permukaannya dengan menggunakkan jari.\n\nJika bunyi yang dihasilkan seakan-akan kosong, maka tembikai tersebut sudah masak sempurna dan isinya juga baik. \n\nJika anda melihat bintik hitam pada tembikai, ini menunjukkan tembikai tersebut manis. Pada pandangan pertama, tompok ini mungkin kelihatan seperti kotoran, tetapi jika ia tidak mudah digosok, maka ia adalah tompok gula.\n\nSelain itu, tembikai yang ada kesan calar atau garisan di permukaannya mempunyai titik pendebungan yang juga menandakan ia manis. \n\n6. Pilih yang paling berat saiznya\n\nSemakin berat tembikai, maka akan semakin banyak juga air di dalamnya. Anda boleh membandingkan berat tembikai yang dipilih dengan menggunakan penimbang buah. \n\n7. Pilih bentuk yang lebih bulat\n\nBentuk tembikai agak mudah dibezakan. Ada kalanya lonjong dan bulat. Yang lonjong lebih berjus dan yang berbentuk bulat pula biasanya manis. \n\nJika anda ingin makan tembikai begitu sahaja sebagai pencuci mulut, anda boleh pilih saiz yang bulat. Manakala yang berjus lebih elok sekiranya ingin dibuat jus dan sebagainya. \n\nMusim tembikai akan tiba di negara kita di antara bulan Januari hingga Mac setiap tahun. Ketika musim ini, anda boleh temukan terdapat banyak kedai yang menjual buah tembikai secara besar-besaran.\n\nAnda akan mempunyai pilihan yang lebih besar untuk memilih tembikai yang betul-betul manis, merah dan sedap. \n\nDalam banyak tips pilih tembikai manis, petua cari titik kekuningan ini adalah petunjuk yang paling banyak orang buat dan faham. \n\nAnda perlu cari dan perhatikan titik padang, atau bintik tanah kerana di situlah petanda bahawa tembikai berada di atas tanah atau bahagian bawah tembikai. \n\nSesetengah bentuk tembikai ada yang bulat dan bujur. Yang terbaik, anda cari bentuk buah yang seragam dan sekata.\n\nJika terdapat benjolan yang tidak teratur, ini menunjukkan tembikai mungkin mendapat jumlah matahari atau air yang tidak konsisten, dan anda harus elak dari memilihnya. \n\nTips pilih tembikai manis yang lain adalah dengan memilih corak saiz sarang tembikai yang besar. Saiz sarang yang kecil biasanya lebih tawar dari biasa. \n\nIni adalah cara terbaik untuk memotong tembikai menjadi kepingan-kepingan yang lengkap. Anda juga boleh cuba untuk membuat kuib tembikai dalam pelbagai saiz dengan kaedah potongan ini.\n\n1. Bilas dan keringkan seluruh tembikai.\n\n2. Potong separuh bersilang (anda akan mendapat dua kepingan bulat, berbanding bujur).\n\n4. Letakkan tembikai yang dipotong sebelah bawah di atas papan pemotong.\n\n5. Pegang pisau anda pada sudut, potong ke arah papan pemotong untuk mengeluarkan kulit dan isi putih.\u00a0Anda sepatutnya boleh melihat bahagian dalam tembikai merah jambu gelap (gambar di atas) selepas anda membuat potongan.\n\n6. Teruskan memotong sehingga semua kulit telah dikeluarkan.\n\n7. Potong tembikai menjadi tiga, jadikan 3 keping bulatan penuh.\n\n10. Ulangi dengan kepingan bulat yang lain, kemudian teruskan dengan separuh tembikai yang lain.\n\n11. Sejukkan kiub di dalam peti sejuk (jika mahu).\n\nSelain artikel berkenaan dengan tips pilih tembikai manis ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan khasiat buah-buahan seperti:"
"Bila sebut tentang karipap, pasti anda akan terbayang-bayang gambar karipap yang rangup menggebukan dalam fikiran anda kan. Karipap ni sangat sesuai dihidang tidak kira masa, bila dan di mana. Boleh dikatakan makanan kegemaran orang kita lah. Senang didapati dijual di mana-mana tapi nak cari yang betul-betul sedap, kene cari keliling daerah dulu lah kan. Hihi\n\nRamai yang jual karipap ni kat luar sana tapi mereka hanya sekadar menjual. Tak jaga kualiti. Ye lah kan nak cari untung semata-mata sampai tak kesah dah kualiti karipap tu sedap ker tidak untuk santapan pembeli. Jadi, nak puas hati, lebih baik kita masuk dapur, uli doh buat sendiri karipap kegemaran kita. Hati tak sakit, perut kenyang kepuasan.\n\nKaripap ni ada karipap biasa dan karipap pusing. Bezanya ialah karipap pusing ni lebih cantik sebab bentuk spiral yang dihasilkan setelah gulungan dan gelekan berkali-kali. Gigih lah sikit nak membuatnya ni. Disebabkan kegigihan dan kesungguhan, maka karipap pusing ni akan lebih gebu, sedap dan rangup daripada karipap biasa. Haa alang2 buat karipap tu, buatlah terus karipap pusing. Lagi sedap dan puas hati tau.\n\nKali ini, kami kongsikan resepi karipap pusing dari saudari Seri Arisha yang dimuatnaik di facebook untuk perkongsian umum. Beliau menggunakan resepi ini untuk dijadikan karipap frozen banyak-banyak. Haa boleh jual lagi tau. Untung sangat! Jom kita lihat resepi beliau.\n\nSelain resepi karipap pusing, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bila sebut sahaja daun limau purut, pastinya anda akan terbayangkan daun bujur berbau wangi yang biasa ditemui dalam masakan seperti tomyam, paprik, dan rendang.\n\nSelain baunya yang harum dan menyegarkan, daun limau purut kaya dengan pelbagai khasiat. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan khasiat dan kegunaan daun limau purut.\n\nLimau purut atau Citrus hystrix merupakan tumbuhan dari keluarga Rutaceae. Buahnya yang tidak berjus jarang digunakan. Sebaliknya, daunnya yang mempunyai penuh aroma sering digunakan untuk pelbagai tujuan seharian seperti masakan dan petua tradisional.\n\nDaun limau purut ibarat identiti khas dalam masakan Thailand, maka tidak hairanlah pokok ini paling banyak ditanam di Thailand yang mengenalinya sebagai \u201cmakrut.\u201d\n\nPokok limau purut turut banyak ditanam di kawasan Asia Tenggara yang menggunakannya dalam masakan tempatan masing-masing.\n\nKini, para pengkaji mula meneroka kelebihan dan khasiat yang terkandung oleh daun limau purut ini. Artikel ini akan membincangkan khasiat kesihatan dan kegunaannya sebagai petua tradisional yang menjadi amalan zaman-berzaman.\n\nApakah kegunaan & khasiat daun limau purut?\n\nDi antara khasiat & kegunaan daun limau purut ialah:\n\nApabila memasak, anda boleh masukkan daun limau purut kedalam masakan seperti tomyam, paprik, rendang, sup, dan nasi goreng.\n\nAromanya yang harum akan menjadikan masakan anda semakin lazat. Apabila makanan berbau sedap, secara automatik rasanya juga akan menjadi lebih sedap.\n\nBerdasarkan analisis kimia, aroma yang terhasil daripada daun limau purut ini datangnya dari sebatian bernama \u03b2-pinene, sabinene dan citronellal.\n\nJika anda takde selera makan disebabkan oleh kepenatan melampau, demam, batuk, atau selsema, makanan yang dimasukkan daun limau purut pastinya membangkitkan selera ada.\n\nPotong nipis daun limau purut dan masukkan ke dalam makanan yang sedang dimasak diatas dapur. Hidangkan dalam keadaan panas, aromanya pasti membuka selera anda untuk makan.\n\nDi antara tanda badan anda bertoksin ialah kepenatan yang melampau, mudah berasa penat, mengantuk walaupun baru bangun dari tidur, sakit badan, tidak berasa segar, dan kelesuan.\n\nJika anda mengalami simptom-simptom tersebut, kami cadangkan anda mandi air daun limau purut untuk detox. Cara menyediakannya:\n\nKajian-kajian lepas banyak melaporkan bahawa kandungan fenolik yang tinggi dalam daun limau purut dan kulit limau purut berperanan sebagai bahan antimikrob, antiradang dan antioksidan.\n\nKeadaan ini sangat membantu dalam penyingkiran toksin dan radikal yang tidak diperlukan dalam sistem tubuh.\n\nSelain membuang toksin, air mandian daun limau purut dan sedikit perahan limau purut juga membantu menghilangkan bau badan. Cara menyediakannya:\n\nJika anda mempunyai masalah bau ketiak yang tidak dapat dikurangkan dengan penggunaan deodoran, anda boleh mencuba daun limau purut. Caranya:\n\nSiapa yang tak sukakan wangian? Ramai yang memilih untuk menggunakan pewangi yang dibeli dari kedai untuk diletakkan didalal kereta atau bilik. Namun tahukah anda bahawa pewangi yang dibeli mengandungi bahan kimia dan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan, terutamanya pada anak kecil.\n\nSebagai alternatif, anda boleh buat sendiri pewangi untuk bilik dan kereta anda. Ianya bukan sahaja berbau harum malah dijamin selamat tanpa sebarang bahan merbahaya. Caranya:\n\nPenyelidik dari Thailand pada tahun 2007 menerbitkan kajian analisis bahan aktif dan beraroma daun limau purut dalam jurnal Agriculture and Natural Resources.\n\nMereka mendapati terdapat lebih daripada 93 bahan mudah meruap beraroma yang terdapat dalam daun limau purut dan masih belum sepenuhnya dianalisis.\n\nUsah percayakan iklan ubat gigi yang kononnya mampu memutihkan gigi. Walau pun anda membayar harga yang mahal, tiada jaminan bahawa ianya berkesan. Jom kami kongsikan tips memutihkan gigi yang murah dan berkesan iaitu dengan menggunakan daun limau purut. Caranya:\n\nSelain diamalkan sebagai petua, dakwaan ini selari dengan kandungan vitamin C yang tinggi dalam daun limau purut.\n\nKenyataan ini disokong dengan penemuan kajian Anuchapree dan rakan-rakan pada tahun 2020 yang mengulas mengenai kegunaan daun limau purut untuk melawan penyakit berkaitan gigi seperti skurvi dan gusi berdarah.\n\nSelain memutihkan gigi, daun limau purut juga membantu menghilangkan bau mulut dengan kehadiran sebatian aromatik di dalamnya. Caranya:\n\nJika anda duduk dalam bilik yang tertutup dan berhawa sejuk seperti pejabat, anda boleh gunakan daun limau purut untuk menyegarkan udara.\n\nCaranya hiris daun limau nipis dan masukkan ke dalam bekas. Letakkan diatas meja. Haruman dari daun limau purut akan mengharumkan ruang pejabat anda, memberikan kesegaran, dan sedikit sebanyak mampu mengurangkan stress akibat kerja.\n\nAmalan ini bersifat lebih organik dan selamat yang datang daripada sebatian bioaktif mesra alam yang terkandung dalam daun limau purut sebagaimana yang dibincangkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.\n\nJika anda mengalami masalah kelemumur dan dah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap menghampakan, apa kata kalau kami cadangkan anda cuba daun limau purut pula. Caranya:\n\nMalah, kajian saintifik oleh penyelidik dari Universiti Kasetsart, Thailand pada 2005 telah menghasilkan syampu rambut dengan menggunakan daun limau purut sebagai bahan utama.\n\nSifat antimikrob daun limau purut diolah untuk mengatasi masalah kelemumur apabila sebatian bioaktif daun limau purut mampu merencatkan pertumbuhan mikroorganisma Candida alcicans yang sinonim dengan pertumbuhan kelemumur.\n\nItulah dia 10 khasiat dan kebaikan daun limau purut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat jintan putih, khasiat asam keping, dan khasiat minyak ikan.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Salah satu sebab wanita perlu scrub wajah adalah kerana scrub berfungsi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kulit kusam. Ia mengandungi mineral dan vitamin yang membantu untuk menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan cerah semulajadi.\n\nSekiranya anda mempunyai liang pori yang tersumbat akibat sering mekap dan memakai foundation, segala kotoran itu akan mudah hilang dengan cucian daripada scrub muka. Bukan sahaja wanita tetapi lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk menjaga penampilan wajah masing-masing.\n\nAntara Fungsi Scrub Muka Perlu Anda Ketahui\n\n10 Scrub Muka Terbaik Dan Berkesan Untuk Cantikkan Kulit Anda\n\nTerdapat banyak jenis scrub muka terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran dan shopping mall. Kebanyakannya berpatutan dan sememangnya sesuai untuk anda semua. Jom lihat 10 scrub muka terbaik yang dipercayai dan berkesan di Asia.\n\nGarnier Light Complete Scrub dikatakan scrub muka terbaik di Asia dimana ia diformulasikan daripada sari lemon tulen yang mempunyai pelbagai khasiat dan kaya dengan vitamin C. Sekali pakai sahaja, ia berfungsi mengangkat sel mati dan membekalkan kolagen dan vitamin terus ke kulit baru anda. \n\nWarna tona kulit wajah juga akan lebih sekata, lebih cerah dan tiada lagi muka berminyak. Percayalah, minyak muka anda tidak kelihatan seperti dulu lagi! Kini kulit lebih lembab, segar dan cerah. Seronok bukan?\n\n2. St. Ives Green Tea Scrub Blackhead Clearing\n\nBagi anda yang mengalami masalah bintik-bintik hitam di muka, St. Ives Green Tea Scrub Blackhead Clearing adalah scrub muka terbaik untuk anda gunakan. Kotoran akan keluar dari celah pori wajah, bintik hitam akan pudar dan akhirnya wajah akan licin dan bersih. Scrub muka terbaik ini amat diyakini dan terbukti di Asia.\n\n3. Palmer\u2019s Cocoa Butter Formula Exfoliating Facial Scrub\n\nSekiranya anda mencari scrub muka terbaik di Malaysia, Palmer\u2019s Cocoa Butter Formula Exfoliating Facial Scrub juga kami sarankan. Scrub muka terbaik ini amat berkesan dan diyakini ramai malah ia berada di setiap farmasi dan guardian. Jom cuba amalkan scrub ini!\n\n4. Garden of EDEN Gentle Exfoliating Facial Scrub productnation\n\nGarden of EDEN Gentle Exfoliating Facial Scrub diperbuat daripada jojoba oil, olive oil, ekstrak delima dan lain-lain lagi. Dengan khasiat yang hebat, ia sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami pelbagai masalah kulit wajah seperti kulit kering, berjerawat, berminyak, berparut dan lain-lain lagi. Aromanya juga mampu melembutkan kulit wajah dan lebih segar.\n\n5. LANCOME Rose Sugar Face Scrub\n\nTahukah anda, scrub muka terbaik ini amat wangi, segar dan harum. Ia menjadikan kulit anda lebih licin bahkan tekstur kulit perlahan-lahan mengelupas dan mengeluarkan sel-sel kulit mati. Lancome Rose Sugar Face Scrub ini diperkaya dengan madu akasia dan air mawar untuk keserian wajah dan kulit lebih halus.\n\nKhas untuk anda yang mempunyai banyak bintik-bintik hitam pada wajah, warna tidak sekata, wajah terasa kasar dan masalah kulit berminyak, Neutrogena Blackhead Scrub\u00a0merupakan scrub muka terbaik wajib anda amalkan. Ia juga akan menjadikan kulit muka anda halus, licin dan lebih bersih.\n\n7. Eucerin Pro ACNE Solution Scrub productnation\n\nAduh, apa nak buat kalau kulit asyik berminyak saja? Gunalah scrub muka terbaik untuk hilangkan segala kotoran dan minyak muka. EUCERIN Pro Acne Solution Face Scrub\u00a0mencantikkan tekstur kulit dalam melembabkan kulit serta mengurangkan kecacatan kulit wajah. Apabila kulit muka tidak berminyak, jerawat juga sukar tumbuh lagi!\n\n8. Clinelle Skin Smoothing Scrub with Marine Beads productnation\n\nClinelle Skin Smoothing Scrub ini mengandungi manik-manik laut (cengkerang alga) dimana ia membersihkan wajah serta menghilangkan sel-sel mati. Kulit anda akan lebih anjal, halus, licin dan jelas. Istimewanya, terdapat Vitamin B3, ekstrak pappermint dan Aloe yang bersifat anti bakteria dan antioksidan mencantikkan kulit muka anda.\n\nScrub muka terbaik di Asia ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur sama ada remaja, dewasa dan juga wanita berumur. Ia juga dapat m\n\n9. Cosmoderm, Vitamin E Facial Scrub\u00a0 \n\nCosmoderm adalah salah satu jenama penjagaan wajah yang kaya dengan vitamin dan minyak RoseE. Kulit muka akan lebih lembab tanpa minyak, anjal dan lebih berseri. Sel-sel kulit mati tidak menjadikan kulit anda mengelupas malah memberi keselesaan yang optimum. Lidah buaya juga adalah gabungan vitamin yang terdapat dalam scrub muka terbaik ini.\n\n10. L\u2019Oreal Paris White Perfect Scrub\n\nScrub muka terbaik yang diyakini dan terbukti ramai pengguna di Asia juga adalah L\u2019Oreal Paris White Perfect Scrub. Ia berkesan memutihkan kulit wajah dan mencantikkan tekstur kulit untuk lebih anjal lagi. Anda boleh gunakannya seminggu 2 kali untuk kesan yang lebih baik.\n\nItulah dia cadangan 10 scrub muka terbaik yang dipercayai dan terbukti berkesan. Dengan adanya cadangan pilihan ini, anda boleh membuat pilihan yang tepat tanpa ragu-ragu lagi. Jom baca 11 Krim antifungus terbaik, 10 Vitamin C terbaik dan 10 Bedak compact terbaik."
"Turki merupakan salah satu negara yang menjadi pilihan pelancong dari Malaysia. Siapa yang tak teringin pergi ke Turki? Bestnya kalau dapat naik belon panas di Cappadocia.\n\nMakan kebab dan pencuci mulut turkish delight. Menikmati cuacanya yang lain dari Malaysia. Kali ni kami nak berkongsi 11 tempat menarik di Turki sebagai panduan anda yang sedang merancang untuk ke sana.\n\nHaghia Sofia merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah di Turki yang cantik dan melambangkan kehebatan senibina Kristian dan juga Islam.\n\nPada asalnya Haghia Sofia merupakan sebuah gereja dan kemudian bertukar menjadi sebuah masjid. Pada hari ini, Haghia Sofia adalah sebuah muzium .Harga untuk masuk ke Haghia Sofia adalah sebanyan 25 TRY (Turkish Lira) atau lebih kurang RM 28-35 bergantung kepada nilai matawang semasa.\n\nIa merupakan salah satu tempat membeli-belah terbesar dan tertua di Turki. Pelbagai jenis barang ada dijual di sini namun harga barang di sini agak mahal sedikit berbanding tempat-tempat lain. Grand Bazaar dibuka setiap hari dari jam 9 Pagi hingga 7 Malam.\n\nCappadocia terkenal kerana belon udara panasnya dan pemandangan yang berbatu yang sememangnya sangat cantik.\u00a0 Kalau anda sudah sampai ke Cappadocia, jangan lepaskan peluang untuk mencuba belon udara panas di sini. Kebiasaannya sebuah belon udara panas akan membawa lebih kurang 10 hingga 30 orang pada satu-satu masa.\n\n4. Masjid Biru ( Masjid Sultan Ahmed )\n\nMasjid Sultan Ahmed dinamakan sebagai masjid biru kerana hiasan jubin didalam masjid tersebut berwarna biru. Masjid ini dibina oleh SultanAhmet dan ianya merupakan masjid pertama pada zaman beliau.\n\nMasjid ini adalah lambang kehebatan empayar Turki. Anda pasti terpegun dengan keindahan masjid ini yang mengabungkan senibina Islam dan juga Ottoman. Masuk adalah percuma.\n\nSekiranya sudah sampai Istanbul, anda wajib singgah di Topkapi Palace yang merupakan istana terbesar di Istanbul, Turki dan antara yang tertua di dunia. Dengan keluasan 700,000 ekar, istana ini dibina semasa pemerintahan Sultan Muhamad Al Fatih. Hari ini, \u00a0ia menjadi perpustakaan dan pusat pentadbiran undang-undang Turki. Di Istana Topkapi ini juga disimpan jubah dan pedang Nabi Muhammad S.A.W. dan barang-barang peninggalan nabi-nabi yang lain.\n\nHippodrome merupakan sebuah dataran yang mempunyai tiang-tiang dengan hasil seni bina Romawi. Pada asalnya hippodrome merupakan tempat untuk lumba kuda. Yang tinggal sekarang adalah tiang-tiang sahaja selepas dimusnahkan oleh puak roman. Hippodrome terletak berhadapan dengan masjid biru.\n\nIa terletak berdekatan dengan Haghia Sofia. Basilica Cistern merupakan tempat simpanan. Pada asalnya, Basilica Cistern merupakan sebuah pusat seni, ekonomi dan undang-undang pada zaman rom. \u00a0Kini ia \u00a0berusia lebih 1000 tahun.\n\nDisini terdapat sebanyak 105 miniatur berbentuk bangunan yang mewakili senibina-senibina yang ada di Turki dari zaman Byzantine hinggalah ke zaman empayar Othmaniah.\n\nGunung Nemrut yang setinggi \u00a02134 meter terletak di bahagian tenggara Turki, berdekatan dengan kota Adiyaman. Gunung Nemrut ini mempunyai sejarahnya tersendiri yang sangat menarik. Disini terdapat patung dewa-dewa roman seperti Hercules, Zeus, Tyche dan Apollo. Di gunung ini jugalah dipercayai tempat persemadian dewa-dewa.\n\nSelain Grand Bazar di IStanbul, tempat membeli-belah menarik yang wajin anda lawati adalah Istiklal Street. Istiklal Street juga terletak di bandar Istanbul. Ia terdiri daripada kedai-kedai di sepanjang jalan, kira-kira 1.4 Kilometer. Jalan ini akan berakhir di Taksim Square iaitu bandar utama yang mengerakkan kota Istanbul.\n\nTerdapat pelbagai jenis barang yang boleh didapati di Istiklal Street . Di antaranya adalah buku, makanan seperti coklat dan juga roti, restoran, kafe, kelab malam, kedai-kedai bioskop dan macam-macam lagi.\n\nHarga di sini lebih murah berbanding di Grand Bazar. Seeloknya anda buat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang.\n\nJika anda pergi ke Istanbul, di antara tempat menarik yang wajib anda singgah adalah Galata Bridge. Jangan salah faham, Galata Bridge bukan jambatan biasa seperti jambatan-jambatan yang selalu kita lihat. Apa yang menarik tentang Galata Bridge ini adalah restoran-restoran yang berada dibawahnya.\n\nAnda boleh makan di restoran dibawah jambatan sambil menikmati pemandangan Teluk Gordon Horn. Menarik kan.\n\nBodrum Castle dibina pada tahun 1402 sebagai Castle of Saint Peter atau Petronium. Ia \u00a0terletak disebelah barat Daya Turki. Bagi yang meminati sejarah, jangan lupa untuk singgah di Bodrum Castle.\n\nIanya adalah sebuah muzium Archeologi Laut dimana pelawat akan disajikan dengan sejarah peradaban lampau. Di sini juga terdapat banyak koleksi kapal yang karam yang bernilai jutaan dolar.\n\nPerpustakaan ini dibina pada tahun 125AD dan menyimpan lebih kurang 12,000 manuskrip. Di sini juga terdapat makam Celsus iaitu ahli falsafah Greek. Ia terletak di bandar Selcuk di Turki.\n\nLibrary of Celsus menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia kerana hasil tinggalan bangunan dengan rekabentuk yang unik dan penuh seni.\n\nTerbentuk dari hasil semulajadi, Cotton Castle adalah salah satu tempat menarik di Turki yang wajib dilawati. Ianya terbentuk hasil dari batu putih yang seakan kapas.\u00a0 Lapisan putih ini adalah bahan mineral kalsium yang terbentuk secara semula jadi. Disini juga terdapat kolam air panas yang terbentuk secara semulajadi.\n\nKeindahan kolam air Panas Pamukkale memang tidak dapat digambarkan. Pamukkale menjadi salah satu detinasi menarik di Turki bagi pelancong-pelancong dari seluruh dunia. Pengunjung yang datang kesini bebas untuk berendam di sini. Jika dilihat dari jauh, kolam air panas Pamukkale ini kelihatan seperti salji yang melitupi sungai.\n\nItulah dia 15 tempat menarik di Turki yang ingin kami kongsikan bersama anda. Menarik kan?\n\nAnda suka tempat di atas? Ada cadangan lain tempat menarik patut kami tambah di sana? Selain tempat menarik di Turki, kami juga menulis artikel tempat melancong lain patut anda lawati. Jemput baca dan jangan lupa komen dan share ya."
"Jom cuba resepi brownies kedut sukatan cawan. Untuk sesiapa yang malas guna penimbang, boleh cuba guna sukatan ini.\n\nSesuai namanya, resepi brownies kedut sukatan cawan mestilah amat mudah untuk dicubakan. Hanya menggunakan cawan apa-apa sahaja yang ada di rumah, asalkan sukatan cawan sama untuk semua bahan.\n\nResepi yang dipermudah ini didatangkan daripada Hamiza Roslan\u200e yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Resepi ini akan menghasilkan brownies yang sedap yang disukai ramai.\n\nResepi ini sesuai untuk loyang saiz 8\u2033 atau 7\u2033 sebab adunan sedikit. Jika ingin banyak boleh doublekan adunan. Jom membrownies hari ini!\n\nSelain resepi brownies kedut sukatan cawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi sayur kalian ikan masin. Sayur kailan sedap dimasak tumis, goreng, sup, tumis pedas dan lain-lain.\n\nRamai orang kami pasti suka masak kailan goreng ikan masin. Rasa ikan masin yang tajam melengkapi rasa kailan yang simple sehingganya sayur kailan ikan masin terasa amat membangkitkan selera.\n\nKailan ikan masin sedap dimakan dengan nasi putih. Jika ingin pedas, boleh bubuh cili padi mengikut selera.\n\nDi bawah ini kami kongsikan resepi kailan yang telah dikongsikan oleh Julianna Mariska\u200e di laman Facebook. selamat mencuba.\n\nSelain resepi kailan ikan masin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bila di tanya macamana nak jimat minyak kereta? Jawapan paling banyak di beri adalah dengan memilih dan membeli kereta yang mempunyai penggunaan\u00a0minyak\u00a0yang rendah. Itu kalau bagi yang belum beri kereta, jika dah lama beli ni? Takpe jangan risau, kat sini akan disenaraikan 7 tips utama bagaimana untuk jimatkan minyak kereta (petrol) terutama untuk warga kota. \n\nBenar-benar hendak tahu\u00a0cara menjimatkan minyak kereta\u00a0supaya tak lari bajet di ketika harga minyak tidak menentu sekarang ni? Jika ya boleh ikut tips-tips cara jimat minyak seperti di bawah. \n\n7 Cara Untuk Menjimatkan Minyak Kereta (Petrol) Untuk Warga Kota\n\nSemua orang nak jimat minyak kereta tapi memang tak ramai yang tahu bagaimana, jadi inilah masa untuk kita sama-sama belajar dan praktikkan. \n\nSelagi boleh jimat maka kita akan berusaha untuk berjimat lagi-lagi jika hidup di dalam bandar besar yang serba mencabar ni, sana sini banyak benda yang mahal! \n\n1. Isi minyak petrol ketika waktu suhu sejuk\n\nCara jimat minyak kereta yang pertama isi minyak pada waktu suhu masih sejuk, Pada cuaca seperti ini, kapasiti dalam minyak petrol adalah lebih padat. \n\nCaj minyak petrol mengikut\u00a0 harga seliter, dan bukannya kepadatan, kalau anda isi minyak pada waktu awal pagi ataupun malam anda akan dapat kapasiti minyak yang lebih banyak. Untung kan,\u00a0 jadi ini kelebihan bila isi minyak pada waktu suhu yang lebih sejuk, minyak jadi padat banyak boleh dapat.\n\nDah jadi kebiasaan kalau balik kampung mesti banyak beg kan? Lagi banyak beg lagi berat kereta lagi minyak cepat habis, jadi ini cara jimat minyak kereta Sebelum anda memulakan perjalanan, periksa bonet dan tempat duduk belakang kereta. \n\nJika ia terlampau berat dan sendat . kurangkan beban yang ada, bawak yang betul-betul perlu sahaja, bila kereta ringan petrol pun lebih jimat.mesti anda tak pernah terfikir pasal nih kan.. Kereta pun tahu dahaga dan penat hehe\u00a0\n\n3. Sila matikan enjin semasa berada di tempat parking\n\nSewaktu menunggu orang atau amik penumpang? Matikanlah enjin kereta tuh. Sebab lagi lama enjin hidup lagi banyak minyak berjalan walaupun kereta anda tak bergerak. \n\nJangan terkejut\u00a0 Setiap 2 minit kereta tidak bergerak, penggunaan minyak sama banyak dengan perjalanan 1.5km tau . Jadi kalau perlu berhenti lebih dari 5 minit, jangan lupa matikan enjin kereta anda kalau rasa nak berjimat \n\nJangan ingat manusia je sakit kereta pun boleh sakit jugak, cara jimat minyak kereta yang seterusnya \u00a0Pastikan kereta anda diservis bagi menjaga kesihatan enjin, dan gunakan minyak enjin yang betul. Selain itu, pastikan\u00a0 jadual servis kereta anda diselengara dengan baik bagi mengelakkan masalah pada komponen kereta. \n\nMinyak enjin, penapis udara, dan juga palam pencucuh, Kena selalu\u00a0 hantar service, Jika komponen kereta sihat tak sakit , perjalanan anda nanti akan terasa lebih lancar dan minyak petrol pun lebih jimat.\n\n5. Gunakan jalan yang tidak berlubang\u00a0\n\nAnda tau tak antara faktor utama minyak cepat je habis bila kita selalu tempoh jalan yang rosak sebab jalan yang tidak rata serta berlubang boleh menyebabkan penggunaan minyak petrol lebih\u00a0 30% Setiap kali tayar melonjak ke dalam lubang. \n\nIni kerana anda akan terpaksa menekan pedal minyak berkali-kali untuk mara ke hadapan. Agaknya bilalah jalan raya kat malaysia nih nak bebas dari lubang kan? Sabar sajalah.\n\nNak tahu tak antara menyumbang kepada penggunaan petrol tinggi?\u00a0 ialah bila anda suka drift atau memandu secara agresif Di atas jalan raya. Kalau betul nak tau cara jimat minyak kereta\u00a0 bawak la kereta tuh elok-elok sikit. \n\n Memotong kiri dan kanan, pecut bila lampu hijau dan selekoh, dan banyak lagi akan meningkatkan penggunaan minyak\u00a0 kereta, bukan itu sahaja brek dan tayar pun akan rosak lebih cepat. Jadi kalau anda tak buat drift, anda boleh menjimatkan petrol dengan sangat banyak. Tak payah nak fast and furious sangatlah.\n\n7. Elak trafik sesak\u00a0di waktu puncak\n\nTips cara jimat minyak kereta yang nih memang susah nak elak tapi setidaknya anda boleh cuba sekali.\n\nLagi-lagi time cuti dan waktu puncak untuk pergi dan balik kerja memang wajib tempoh jalan sesak kan, Jadi anda kena pandai-pandai la\u00a0 Rancang perjalanan anda untuk elakkan trafik yang sesak. \n\nAda kajian mengatakan kesesakan jalan raya boleh mengakibatkan penggunaan petrol kereta yang tinggi sehingga 20% disebabkan perlu\u00a0 berhenti dan bergerak dengan kerap. \n\nKenderaan Memang Perlu Namun Jangan Lupa Yang Ianya Akan Melibatkan Kos\n\nTak kan nak ke sana sini dengan jalan kaki, agak-agaklah. Maka suka ataupun tidak kenderaan memang perlu untuk kita semua. Tidak kira di desa lebih-lebih lagi di kota kenderaan empat tayar ini memang sering menjadi pilihan utama. \n\nYang penting kena bijak mencari cara bagaimana untuk menjimatkan wang. Cara jimat minyak dalam bentuk tips ini hanyalah contoh ringkas dan sebenarnya masih ada banyak contoh lain di luar sana.. \n\nSusah-Susah Beli Motorsikal. Jimat Minyak, Jimat Masa!\n\nAlang-alang sara hidup untuk warga kota memang agak tinggi. Sana sini jem pula tu. Argh stress! Jadi jika anda rasa sangat rimas dengan semua ini, ada baiknya gunakan jalan penyelesaian terbaik iaitu dengan membeli sebuah motorsikal. \n\nTak perlu motorsikal baru yang mahal-mahal, beli yang terpakai (secondhand) dengan harga yang agak murah pun dah okay. Mungkin di awalnya perlu berbelanja lebih untuk membeli motor tetapi setidaknya anda dapat mula jimatkan minyak selepas itu dengan waktu jangka masa di atas jalan juga dapat dikurangkan."
"Bayi yang baru lahir tidak mempunyai jantung yang kuat dan antibodinya juga lemah, mudah untuk dapat penyakit. Mereka juga kerap terjaga malam kerana lapar atau ada najis di lampinnya. Semasa menjaga anak \u201cnewborn\u201d memang agak mencabar tetapi ia satu pengalaman\u00a0 yang bagus.\n\nApabila bayi sudah berusia 3 bulan dan ke atas, semestinya ibu bapa suka bermain dengan mereka. Melihat kegembiraan dan gelak tawa anak memang dapat menghilangkan stress kerja. Dalam pada masa kita bermain dengan mereka, kita perlu berhati-hati dengan satu perkara. Lambung anak.\n\nLambung anak adalah salah satu perkara yang sering ibu bapa lakukan untuk membuat anak tersenyum dan ketawa. Tetapi ada bahaya di sebalik lambung anak jika terlalu tinggi dan kuat. Apakah bahayanya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kesan dan bahaya jika lambung anak terlalu tinggi dan kuat. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nBahaya lambung anak terlalu tinggi dan kuat\n\nBahaya datang dengan 3 masalah bila kita lambung tinggi dengan kuat dan laju.\n\nKebiasaan masalah ini berlaku pada anak kecil, bawah umur 2 tahun.\n\nApa yang berlaku adalah, bila anak dilambung dengan kuat, badannya akan berpindah dari bawah ke atas dalam masa yang singkat, kemudian apabila ditangkap kembali, dari pergerakan dia yang tengah laju di udara terus terhenti di tangan si bapa. INERTIA akan berlaku.\n\nInertia berlaku (badan terhayun kehadapan) apabila objek diberhentikan serta merta, kerana kecenderungan objek untuk mengekalkan keadaan asal pergerakan. Sebab itu la berlakunya keadaan badan terhayun kehadapan. Haaa. Faham tak ni.\n\nKanak-kanak bawah umur 2 tahun tidak mempunyai otot leher yang kuat, jadi kepala mereka akan tersentap kehadapan dan kebelakang dengan lebih. Inilah yang membawa kepada gegaran di otak.\n\nDan jika pergerakan itu laju, maka otak boleh melanggar dinding tempurung kepala dan menyebabkan pendarahan. Keadaan yang paling teruk adalah diffuse axonal injury, iaitu kerosakan pada saraf otak.\n\nKalau mengalami kerosakan atau injury otak yang teruk, ia dipanggil Shaken Baby Syndrome (SBS). SBS biasa terjadi ketika anak berumur 6-8 minggu, kerana waktu ini mereka paling kuat nangis. Jadi kita ni pun goyang-goyangkan, dan ayunkan dia nak bagi diam, bukan?\n\nDan SBS boleh juga terjadi sehingga umur 2 tahun. Malah ada juga kes melibatkan kanak2 umur 5 tahun.\n\n1. Muntah yang berterusan. Muntah yang projectile, iaitu mencurah ke hadapan.\n\n2. Lemah dan tidak bermain seperti biasa. Banyak tidur\n\n3. Tidak dapat menghisap susu dengan baik\n\n*Jika ada tanda-tanda ini, cepat-cepat bawa anak berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut. Tidak salah jika ingin melambung-lambung anak, cuma jangan kerap melambung anak dan jangan lambung dengan kuat dan tinggi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mencari serum terbaik untuk kulit kusam? Sebelum itu, anda tahu apa itu serum? Rasanya pasti ramai sudah tahu kan. Almaklumlah, produk dengan fungsi serum ini semakin lama sudah semakin terkenal di Malaysia. \n\nSaya yakin anda pasti telah mengetahui serum wajah secara umum akan berperanan untuk membantu mengatasi masalah garis-garis halus, kedutan mahupun bintik-bintik hitam pada wajah. Tapi, tahukah anda manfaat utama serum? Ini dia manfaat khusus dari serum untuk wajah! \n\nAntara Kepentingan Pemakaian Serum Dalam Rutin Penjagaan Wajah\n\nDi sini saya senaraikan beberapa kepentingan atas pemakaian serum sebagai rutin penjagaan wajah. Semoga dengan perkongsian ini anda akan lebih faham mengapa ramai wanita semakin suka memaki serum sebagai salah satu produk utama penjagaan wajah buat masa ini. \n\nMenghilangkan Bekas Jerawat/Jeragat Serta Muka Yang Bermasalah\n\nKulit wajah yang berjerawat tak bermakna tidak boleh mengenakan serum pada wajah. Bahkan ramai pengguna yang telah memberi maklum balas wajah semakin cantik dan bebas dari masalah jerawat / jeragat setelah mengamalkan pemakaian serum yang sesuai. \n\nSerum ini sebenarnya boleh membantu mengatasi masalah jerawat pada kulit dan mencegahnya dari datang kembali.\n\nMembuat Tekstur Kulit Wajah Menjadi Lebih Lembut Dan Berseri\n\nKulit wajah yang lembut dan berseri memang menjadi idaman semua. Makin seronok jika kulit wajah kelihatan lembab dan gebu sepanjang masa. Penggunaan serum boleh memainkan peranan kerana serum ini turut mengandungi air untuk meningkatkan fungsi enzim dan daya tahan dari sel kulit. \n\nDengan adanya tambahan kadar air akibat penggunaan serum secara tidak langsung kulit wajah akan menjadi lebih lembab dan bebas dari masalah kulit kering dan kusam. \n\n\u2013 Membantu Mencegah Proses Penuaan Wajah Dan Masalah Kedutan\n\nUsia golongan wajah untuk wanita yang berusia dari 25 tahun dan ke atas memang perlu di beri penjagaan yang lebih. Ini kerana pada golongan usia ini, proses penuaan sudah mula berlaku dan garis-garis halus di sekitar wajah semakin kelihatan. \n\nDengan menggunakan serum sebagai rutin pada wajah, masalah kedutan pada wajah ini boleh dihilangkan dan akan membuat wajah anda kelihatan muda dari usia sebenar. Bahasa lebih mudah, anda akan dapat kelebihan awet muda sepanjang masa. \n\n\u2013 Menghaluskan Serta Mencerahkan Warna Kulit\n\nSatu lagi kelebihan serum ini, ianya turut dapat membantu anda bagi mendapatkan kulit wajah yang lebih putih dan cerah. Hanya dengan penggunaan serum secara teratur anda telah dapat menjimatkan banyak wang untuk proses mencantikkan tekstur kulit wajah masing-masing ini. \n\nDengan adanya serum begini, anda juga tidak perlu bazir masa dan bazir duit dari perlu mengunjungi mana-mana spa rawatab masa untuk rawatan wajah. \n\n\u2013 Menutup Liang Pori Yang Terbuka\n\nSemakin bertambah jumlah usia bermakna akan semakin bertambah juga masalah penuaan pada wajah. Tekstur kulit juga akan turut mengalami masalah akibat pori-pori wajah yang semakin membesar. \n\nPori wajah yang membesar ini agak susah untuk menghalang kotoran dari masuk. Tapi tak mengapa kerana serum juga boleh membantu mengecilkan pori kulit wajah dan mengatasi beberapa masalah lain yang ada.\n\nTerdapat Tiga Jenis Kategori Serum Yang Ada Dipasaran\n\nUntuk pengetahuan anda juga, terdapat tiga jenis kategori serum yang ada di pasaran sana. Serum ini bergantung kepada bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.Buat masa ini antara serum yang banyak ada di pasaran adalah serum vitamin C, serum vitamin E dan juga serum kolagen.\n\nSerum dari jenis Vitamin C ini dapat membantu untuk mencerahkan kulit sehingga kulit itu kelihatan lebih segar. Hal ini disebabkan oleh vitamin C yang akan membantu menghasilkan glutathione dalam kulit untuk berfungsi sebagai pencerah kulit. \n\nVitamin E berperanan sebagai antioksidan yang boleh membantu wajah untuk melindungi struktur sel yang penting dari kerosakan akibat radikal bebas. Kelebihan serum dari vitamin E ini juga, ia dapat menghalang penghasilan kedut dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Vitamin E juga akan merawat kedutan dengan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru.\n\nKolagen adalah tisu yang menyimpan elastisiti kulit. Serum kolagen ini paling banyak digunakan oleh mereka yang mahu cantik dengan cepat. Namun untuk para wanita muslim, anda bperlu berhati-hati dengan mengenal pasti terlebih dahulu bahan yang digunakan untuk penghasilan serum kolagen terbabit. Takut nanti kolagen itu diperbuat daripada bahan yang terlarang seperti khinzir dan sebagainya.\n\nInilah 5 Cadangan Untuk Serum Terbaik Yang Ada Di Pasaran\n\n1 \u2013 ALPHA-H Vitamin C Serum\n\nSerum jenama Alpha-H ini mempunyai fungsi untuk memberi kelembapan secara berpanjangan, meningkatkan sistem imunisasi kulit, memperbaiki kulit bermasalah serta melindungi kulit daripada masalah radikal bebas dan sinaran UV. Ia mengandungi kandungan Vitamin E yang sangat bagus untuk bantu pulihkan kulit anda daripada masalah kulit kasar, kering, merekah dan kemerahan.\n\nSerum ini juga berkesan untuk menutup cela pada kulit wajah seperti parut, jerawat, sunburn dan gigitan serangga. Ia turut mempunyai fungsi untuk bantu menghalang daripada berlakunya masalah liang pori tersumbat. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita.\n\n2 \u2013 COSMODERM Luminous Pearl Brightening Night Serum\n\nJenama Cosmoderm sememangnya sudah terkenal, maka tidak hairanlah mengapa serum muka ini mendapat sambutan hangat. Serum ini dihasilkan dengan menggunakan bahan yang selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mengandungi sel stem epal, kolagen, lidah buaya dan biji minyak rosehip. \n\nTujuan fungsi utamanya adalah untuk membantu dalam memperbaharui sel kulit dan juga mencerahkan kulit dengan selamat. Dengan corak gaya pemakaian yang konsisten, wajah akan tampak lebih muda, cerah, licin dan berseri.\n\n3 \u2013 GARNIER Sakura White Ultimate Serum\n\nAlami kulit yang lembut dan licin dengan serum yang diekstrak dari bunga sakura ini. Ya bunga sakura. Lain daripada yang lain kan? Serum ini dapat membantu dalam mencerahkan parut di wajah dengan kuasa tindakan 3 kali ganda untuk mencerahkan kulit. Serum ini juga dapat memudarkan garis halus dan memastikan kulit lebih tegang supaya tampak sentiasa muda selalu berbanding umur sebenar.\n\n4 \u2013 Safi Balqis White Trilogy Whitening Serum\n\nTrilogi putih Safi Balqis semakin hebat diperkenalkan di sana ini. Serum daripada jenama Safi yang boleh digunakan tanpa was-was ini mengandungi arbutin, nano white dan kiwi. \n\nIa bertindak melalui 3 lapisan kulit menjadikan kulit lebih cerah dan dilindungi dari sinaran UV. Ia juga amat seusia untuk para remaja yang sering terdedah dengan cuaca panas matahari akibat sering melalukan aktiviti luar.\n\n5 \u2013 NANO White Dark Spot Corrective Serum\n\nSerum ini mengandungi Vitamin C, Tea Tree Oil dan alga laut yang dapat memperbaiki masalah parut jerawat dan pigmentasi. Ia juga dapat bantu kurangkan kadar pertumbuhan jerawat pada masa akan datang. \n\nDengan Nanotechnlogy, Omega White-C dan ekstrak natural, serum ini berkesan untuk mencerahkan dan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dengan pantas dan baik. Penggunaan yang konsisten dapat bantu pengguna perolehi kulit yang bebas dari masalah bintik hitam. \n\nPerlu Amalkan Pemakaian Serum Secara Konsisten Untuk Kesan Terbaik\n\nSerum makin terkenal di kalangan wanita dewasa dalam lingkungan 30an kerana fungsi utama serum ini adalah untuk mengurangkan kedutan. Ia juga untuk melicinkan kulit wajah untuk tetap licin bersinar tanpa masalah wajah yang ketara. \n\nPendekata, jika mahukan wajah yang maintain awet muda, eloklah amalkan pemakaian serum ini. Makin bagus jika diamalkan sejak awal untuk kesan yang lebih hebat. Jemput juga baca artikel toner terbaik dan sunblock terbaik\n\n*Tahap keberkesanan adalah berbeza mengikut jenis kulit dan individu. Produk di atas hanyalah sekadar cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman dan ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari"
"Kita ketahui bahawa cuka epal telah digunakan sejak turun temurun dalam membantu merawat pelbagai penyakit. Namun adakah anda tahu bahawa jika mengambil cuka epal secara berlebihan boleh mendatangkan keburukan? \n\nSememangnya Ya! Mengambil cuka epal secara berlebihan mempunyai keburukan yang tidak kita sangkakan. Jangan berlengah lagi, jom lihat kami kongsikan 12 keburukan cuka epal jika diambil secara berlebihan.\n\nPengambilan cuka epal secara berlebihan akan menyebabkan sistem pencernaan terganggu. Anda akan kerap membuang air secara berlebihan. Apabila kerap membuang air dengan kerap, tubuh lebih terganggu malah mendapat masalah pencernaan di dalam badan pula.\u00a0\n\nDengan pengambilan cuka epal yang berlebihan, badan anda akan mengalami dehidrasi. Ia menunjukkan bahawa kandungan air di dalam badan tidak mencukupi akibat proses pencernaan yang terganggu seperti yang kita bincangkan tadi. \n\nOleh itu, apabila dehidrasi berlaku, pasti akan mengakibatkan badan mengalami masalah kulit kering dan penyakit kulit. Ia adalah satu keburukan cuka epal yang harus kita sedari.\n\nCuka epal mengandungi asid yang sememangnya baik untuk masalah penyakit kulit. Namun tahukah anda, pengambilan cuka epal yang berlebihan dapat mengakibatkan asid di dalam badan akan meningkat dan sistem perkumuhan seperti peluh akan menjadi lebih berbau. \n\nKeburukan cuka epal yang anda perlu tahu adalah ia membuatkan tubuh badan anda tidak selesa dan berbau. Apabila kandungan asid di dalam peluh banyak, pasti bau yang tidak menyenangkan akan dihidu oleh orang di sekeliling anda.\n\n4. Badan Akan Kekurangan Rasa Lapar\n\nCuka epal memang terkenal dengan sistem membantu untuk menurunkan berat badan. Keburukan cuka epal sekiranya ia diambil secara berlebihan adalah cuka epal dapat mengurangkan kadar potassium di dalam badan justeru mengakibatkan pelbagai kesan sampingan. Kandungan paras kalium di dalam badan juga akan menjadi sangat rendah.\n\n5. Mengganggu Pernafasan Di Bahagian Perut\n\nSalah satu keburukan pengambilan cuka epal secara berlebihan juga adalah ia akan mengakibatkan gangguan pernafasan di bahagian perut. Kesan gangguan pernafasan perut dapat mengurangkan kadar makanan meningkalkan perut dan memasuki saluran pencernaan. \n\nProsesnya akan berlaku secara perlahan dan lebih lambat. Masalah penyerapan makanan di dalam aliran darah akan lambat terjadi seterusnya mendatangkan pelbagai masalah.\n\nKalium dan potassium akan berkurangan di dalam tubuh badan sekiranya mengambil cuka epal secara berlebihan. Untuk pengetahuan anda, dengan kekurangan potassium dan kalium dalam tubuh, ia akan menjadikan tulang tidak kuat dan lemah. Dalam erti kata lain, kerapuhan tulang kemungkinan besar akan terjadi.\n\nSelain kekurangan kalium dan potassium, di dalam cuka epal juga mengandungi asid esetik dapat merosakkan enamel gigi menurut beberapa kajian. Keburukan cuka epal yang diambil secara berlebihan dapat merosakkan gigi, tekstur gigi serta warna gigi. Selain itu, gigi juga akan menjadi lebih kerap sensitif dan sakit.\n\n8. Tubuh Badan Akan Menjadi Elergik\n\nJelaslah cuka epal dapat mendatangkan pelbagai kesan buruk jika diambil secara berlebihan. Jika anda sering mengambil ubat-ubatan ataupun suplement tambahan selepas pengambilan cuka epal, sudah pasti akan terjadi pelbagai tindak balas. Antaranya adalah anda akan merasa perut sakit, alahan, kulit akan menjadi gatal-gatal dan sebagainya.\n\nKhas untuk kaum wanita, anda disarankan agar tidak mengambil cuka epal secara berlebihan. Tertanya-tanya kenapa? Kerana di dalam cuka epal ini terdapat kandungan asid yang sangat tinggi. \n\nMalang sekali, ph cuka epal tidak beberapa sesuai untuk pengambilan yang banyak bagi kaum wanita. Masalah yang sering berlaku kepada wanita yang mengambil cuka epal secara berlebihan adalah masalah bengkak peranakan. Ia menghakis sehingga di bahagian peranakan sehhingga menyebabkan bengkak, luka dan kerosakan.\n\n10. Dapat Mendatangkan Pelbagai Penyakit Dalaman\n\nBagi anda yang sering mengalami masalah kesihatan dalaman badan, cuka epal tidak digalakkan untuk anda ambil secara berlebihan. Terdapat pelbagai masalah penyakit yang terjadi akibat keburukan cuka epal yang telah bertindak balas. Antaranya adalah pedih ulu hati, sakit perut, ulser perut, masalah asid reflux dan sebagainya.\n\nCuka epal berpotensi untuk menyebabkan kecederaan esofagus (kerongkong) kerana keasidan ph yang tinggi. Kajian menunjukkan cuka yang mengandungi asid asetik secara tidak sengaja ditelan oleh kanak-kanak dapat menyebabkan kerongkong terbakar.\n\nPara penyelidik mencadangkan cuka dianggap sebagai \u201cbahan kaustik yang kuat\u201d dan disimpan dalam bekas kalis air dan tidak terdapat kes-kes yang muncul dari cuka epal itu adalah mengenai kerongkong terbakar. Walau bagaimanapun, satu laporan kes mendapati bahawa tablet cuka epal cider menyebabkan luka terbakar selepas menjadi tersusun di dalam kerongkong seorang wanita. \n\nWanita itu berkata dia mengalami kesakitan dan kesukaran menelan selama enam bulan selepas kejadian itu. Jadi berhati-hatilah ketika mengambil cuka epal secara berlebihan.\n\n12. Pengambilan Ubat Lain Tidak Akan Berfungsi\n\nBagi anda yang mengalami masalah jantung dan kencing manis, jangan sesekali mengambil cuka epal apatah lagi mengamalkannya. Jika anda yang selalu mengambil ubat-ubatan jantung atau kencing manis mengambil pula cuka epal, ia akan meneutralkan kandungan ubat tersebut dan ubat yang dimakan tidak berfungsi di dalam tubuh badan.\n\nKesimpulannya, walaupun cuka asid ini dapat mendatangkan keburukan jika meminumnya dengan kuantiti yang berlebihan, namun ia dapat mendatangkan manfaat jika meminumnya dengan kadar yang sedikit. \n\nAntara kebaikan yang dapat melalui pengambilan yang minima adalah dapat membantu pembiakan bakteria baik didalam saluran sistem pencernaan kita dan sebagai enzim mentah yang amat sesuai untuk tubuh badan kita supaya lebih sihat. \n\nJom baca juga Khasiat cuka epal, Resepi air epal hijau, Khasiat jambu batu dan Resepi ikan tenggiri masak cuka."
"Ramai orang nak berdiet tak kira perempuan ke lelaki. Azam kurus tahun hadapan, maka salah satunya adalah dengan mengurangkan makanan. Ada yang mengambil pendekatan tidak mahu makan langsung.\n\nDiet sedemikian amalatlah menyeksakan. Kalau berjaya pun nanti akan memberikan efek pada badan kita.\n\nAda cara diet yang membolehkan anda makan semuanya tidak kisah daging, telur, ayam dan lain-lain. Cara diet ini ialah membolehkan anda makan seperti biasa dengan mencukupkan gizi dan kuantiti makanan tidak boleh berlebih mahupun berkurang untuk menjaga keseimbangan mineral dalam tubuh.\n\nAnda yang pening memikirkan resepi diet sampai kena ikat perut berbulan-bulan, sebaiknya anda ubah cara hidup sihat. Dengan 5 resepi diet yang terkenal dan patut anda cuba.\n\nResepi ini kesemuanya sangat ramai pengikut di Facebok, gerenti resepi diet ini tak akan membuat anda kecewa dan anda akan dapatkan badan yang slim tahun hadapan. Sila cuba resepinya.\n\nResepi Banana Oat Pancakes Versi Diet\n\nNak tak kami kongsikan rahsia berjaya turunkan 40 kg berat badan dari 90 kg kurang dari setahun? Jika sista-sista semua pernah terbaca posting viral \u2018Diet Pisang\u2019 berjaya turunkan berat badan 27 kg dalam tempoh 3 bulan, itu lah dia \u200eSophia Safian\u200e. Sekadar berkongsi menu sihat supaya selepas ini lebih ramai gadis-gadis comel di Malaysia.\n\nMenu diet yang ini sangat sedap. Omelette yang dibalut dengan wrap rolls dan diletak salad yang segar. Dipadu topping mayonis yang menambah segarnya rasa salad dan omelette. Makan satu sudah kenyang. Sangat sesuai untuk menu diet. Sila cuba resepi diet daripada Afy AL Habibi\u200e di laman Facebook.\n\nMenu diet yang amat simple, boleh dibakar atau dikukus. Mana yang tengah cari menu telur best, boleh lah cuba resepi mudah ini. Resepi perkongsian ramai daripada Resepi Namee di laman Facebook. Ini ialah antara menu yang sesuai untuk eatclean atau atkins diet.\n\nSerius sedap sangat. Menu diet tak semestinya harus kurang makan atau makan sayur sahaja. Badan juga perlu gizi yang seimbang supaya diet betul dan berjaya. Resepi egg bef muffin antara menu diet yang boleh melengkapi gizi diet anda. Resepi daripada \u200eNur Suriya Nawawi\u200e di laman Facebook.\n\nTahukah anda bahawa kalau diet dengan cara mengikat perut itu kurang baik. Anda boleh kurangkan porsi makan saja. Anda juga boleh jadikan ayam sebagai menu diet. Berikut ini resepi ayam yang bagus untuk diet dikongsikan oleh \u200eNorsufia Johari\u200e di Facebook.\n\nResepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi diet, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kadangkala -kala kita tertanya-tanya mengapa kita tidak kaya. Kita menganggap bahawa kaya itulah yang dikatakan rezeki.\u00a0 Kita lupa bahawa konsep rezeki luas.\n\nPerkongsian daripada Ustaz Iqbal Zain mengenai konsep rezeki menarik untuk dilihat.\n\nRezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri.\n\nKita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau.\n\nKita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.\n\nAllah hantar Nabi Musa(as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.\n\nAllah menghantar Nabi Nuh(as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.\n\nPelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.\n\nOrang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.\n\nYang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.\n\nJadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.\n\nKalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.\n\nTakdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkanmu ke syurga.\n\n\u201cRezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri.\u201d\n\nYa! Yang penting, kamu percaya. Kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.\n\nKamu hanya akan bahagia kalau kamu terima."
"Penjagaan kesihatan ibu semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan bayi dalam rahim juga di tahap yang baik dan sihat. Semuanya ini bergantung kepada jenis makanan dan cara pemakanan yang diamalkan oleh ibu dalam kehidupan seharian. Susu ibu mengandung contohnya, adalah minuman yang sangat berkhasiat untuk diambil secara harian.\n\nMasalah kurang nutrisi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada masa depan seorang ibu dan bayinya. Hal ini disebabkan setiap ibu mempunyai tahap kesihatan yang berbeza-beza setiap kali kehamilan. \n\nPenting ke ambil susu ibu mengandung semasa hamil?\n\nUmumnya, selain makanan tambahan yang dicadangkan kepada ibu mengandung, susu ibu mengandung juga penting bagi membekalkan nutrien lain yang diperlukan tubuh seperti protein, vitamin, kalsium, asid amino, dan pelbagai lagi bagi perkembangan janin.\n\nAntara kelebihan susu ibu mengandung adalah seperti:\n\nBerikut adalah senarai susu ibu mengandung yang boleh ada rujuk sebagai panduan sebelum membeli:\n\n1. Frisomum Gold (membekalkan nutrisi & ibu mengandung yang mengalami anemia)\n\nIbu mengandung yang mahu mendapatkan lebih dari 6 nutrisi penting bagi kesihatan diri dan janin, susu dari Frisomum Gold inilah pilihan yang tepat. Nutrisi yang dimaksudkan ini termasuklah vitamin B, B12, D, kalsium, iodine, asid folik, magnesium, DHA, choline, prebiotik dan banyak lagi.\n\nIa malah bukan sahaja sesuai untuk ibu mengandung, bahkan boleh juga diminum ketika ibu menyusu. Susu khusus ini diformulasi khas dengan nutrien penting DualCare+ bagi menyokong perubahan fisiologi ketika kehamilan dan persediaan asas bagi anak nanti. \n\nDidatangkan juga dengan Indeks Glisemik (GI) yang rendah, ia sangat berkesan membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan.\n\nApa yang menarik tentang susu formula Frisomum ini lagi adalah, bagi ibu mengandung yang menghidap masalah anemia (kurangnya zat besi dalam badan) atau diabetes, anda selamat dan sangat disarankan untuk meminumnya. \n\n2. Nestle Mom & Me (untuk pertumbuhan janin)\n\nPeminat susu, siapa yang tidak kenal dengan produk Nestle? Dari zaman ke zaman, tahun ke tahun jenama Nestle tidak henti-henti memberikan yang terbaik kepada seluruh masyarakat Malaysia dengan membekalkan produk susunya yang istimewa. \n\nKali ini, susu ibu mengandung jenama Nestle Mom & Me sangat digemari ramai ibu hamil ketika berada di trimester pertama. Dengan rumusan lebih 20 vitamin dan mineral zat besi, vitamin A dan C serta kalsium ia membantu ibu mendapatkan khasiat pemakanan yang sihat dan seimbang.\u00a0\n\nSelain itu, susu ini juga mengandungi protein bagi menyokong keperluan janin mendapatkan bakteria baik Bifidus BL untuk melindungi usus ibu.\n\n3. Anmum Materna Formulated Milk Powder (tanpa gula tambahan)\n\nAnmum Materna menjadi pilihan ramai ibu di Malaysia oleh kerana harganya yang murah, kualiti serta khasiatnya yang hebat. Keperluan AHA/DHA yang menjadi komponen penting dalam formula susu ini membantu dalam perkembangan membran sel otak janin.\n\nNutrisi utamanya adalah gangliosida, dan GA juga mampu untuk membantu melancarkan sistem peredaran darah pada ibu hamil. Paling penting sekali, ia rendah lemak dan tanpa gula tambahan. Jadi memang selamat untuk diminum sebagai minuman harian. \n\n4. Abbott Similac Mom (perkembangan otak)\n\nSusu formula bagi ibu mengandung yang mengkhususkan kepada perkembangan otak, susu Similac Mom ini hadir dengan sistem EyeQ, vitamin E Asli dan Lutein untuk menyokong perkembangan otak anak ketika dalam kandungan lagi. \n\nJusteru ini, mengurangkan risiko janin yang lahir nanti menghadapi masalah berat lahir tidak normal, obesiti, atau kelahiran pra-matang.\n\nBukan itu sahaja, susu ini juga sangat sesuai diminum kepada ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis dan mengawal nafsu makan ketika hamil. \n\n5. Enfamama A+ (menyokong tumbesaran janin)\n\nEnfamama A+ iaitu jenama popular dari produk Mead Johnson ini disarankan kepada ibu yang baru pertama kali hamil atau hamil anak pertama. Ini kerana, keperluan nutrisi dan khasiat khusus yang diperlulan dalam tubuh ibu hamil ada kesemuanya di dalam susu ini.\n\nEnfamama A+ kaya dengan nutrisi sokongan seperti asid folik, vitamin B6 dan DHA serta Choline untuk membantu tumbesaran janin. Bagi mengekalkan kesihatan usus ibu pula, ia membekalkan khasiat Inulin atau \u2018prebiotik\u2019 yang sempurna. \n\n6. Dumex Mamil Mama Precinutri (baik untuk sistem pencernaan)\n\nSembelit atau mengalami masalah pencernaan bagi ibu hamil ianya memang tidak pernah berpisah. Ibu hamil mudah loya di awal kehamilan juga akan menyebabkan dia hilang selera makan. Jika dibiarkan masalah ini boleh membahayakan kesihatan ibu dan janin. \n\nDumex Mamil Mama dirumuskan dengan nutrien khas seperti DHA, Omega 3 dan 6, asid folik dan rendah lemak. Tambahan lagi dengan adanya prebiotik, ia membantu perkembangan Bifidus BL dan menjaga sistem pencernaan.\n\n7. Momma Pregolact (meningkatkan kualiti susu ibu)\n\nDikenali dengan gelaran \u201cmilk booster\u201d, susu Momma Pregolact ini amat sesuai bagi ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu. Apabila ibu tidak mempunyai susu, dia terpaksa memberi anak susu formula.\n\nSeperti yang kita tahu, susu ibu sangat banyak khasiatnya dan tidak terbanding dengan apa jua susu yang ada di dunia. Bagi mengatasi masalah tersebut, Momma Pregolact\u00a0hadir sebagai perangsang susu kepada ibu-ibu di luar sana untuk menambah kuantiti dan memekatkan susu badan.\n\n8. Susu Karihome Mama Goat\u2019s Milk (untuk ibu menyusu)\n\nIbu hamil yang mencari susu ibu mengandung dari susu kambing? Susu Karihome Mama mungkin pilihan tepat untuk anda cuba. Ia dirumuskan khas dari susu kambing tulen dari New Zealand. \n\nDikatakan protein susu kambing Karihome ini hanya 1/3 daripada saiz protein susu lembu biasa. Ia kaya dengan 8 nutrien utama seperti protein, folat, kolin, DHA, kalsium, zat besi, zink dan multivitamin bagi memberi tenaga kepada ibu dan anak kekal sihat. \n\n9. Susu Wildan Mama Premium (untuk mengatasi HB rendah)\n\nJenama tempatan kita iaitu susu Wildan Mama Premium juga diformulasikan dari susu kambing yang diimport dari Belanda. Bagi ibu hamil yang loya dengan susu lembu, susu kambing ini sesuai dijadikan gantian.\n\nHal ini kerana, kandungan nutrisinya cukup hebat dan setanding dengan susu ibu hamil yang popular di pasaran.\n\nAkhir sekali, pilihan susu ibu hamil yang terbaik untuk anda cuba adalah HiGoat. Menjadikan susu kambing sebagai formulasi utama, HiGoat sangat sesuai untuk mengatasi ibu yang mempunyai masalah HB rendah. \n\nMenariknya, ia mempunyai rasa susu kambing sebenar tanpa apa-apa campuran pewarna tambahan. Ada tiga jenis pilihan susu kambing jenama ini yang sesuai untuk ibu mengandung. Antaranya seperti, HiGoat Original, HiGoat HiRich dan HiGoat Premium (kurma+madu).\u00a0\n\nBila ibu boleh minum susu mengandung?\n\nIbu hamil sangat disarankan oleh pakar dan doktor pemakanan untuk mengamalkan minum susu mengandung. Hal ini disebabkan wanita berisiko tinggi terdedah dengan penyakit osteoprosis (tulang reput).\n\nJusteru itu, waktu yang sesuai untuk ibu hamil minum susu adalah sewaktu merancang kehamilan lagi. Tidak perlu tunggu sudah berbadan dua baru mula minum susu sebenarnya.\n\nJangan lupa jaga kesihatan diri dan anak dalam perut. Semoga ibu-ibu diluar sana dipermudahkan segala urusan kehamilannya sehingga ke hari kelahiran.\n\nSelain dari artikel berkenaan dengan susu ibu mengandung ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain dan menarik berkaitan kehamilan seperti:"
"Kuah kacang adalah resepi yang paling mudah, sementelah Syawal yang makin tiba. Menu ni selalu menjadi kegemaran ramai, ia bukan sahaja sedap dimakan dgn nasi impit, malah ia juga sedap dinikmati dgn lemang. Ada yang menambah daging dalam sesetengah resepi, ia bagi menambah keenakannya. Tapi secara asas kuah kacang menggunakan bahan yang sangat mudah.\n\nContohnya resepi dibawah ini, ia tidak perlu santan atau serai, walaupun diakui kedua bahan ini bahan yang sangat \u201ccommon\u201d digunakan dalam kebanyakkan resepi kuah kacang. Namun resepi ini adalah percubaan yang baik terutama bagi anda yang sukakan bahan yang mudah, rasa yang sedap dan tahan lama. Silalah cuba resepi kuah kacang umphhh ini.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Nor Salina Aziz dan telah mendapat perkongsian yang sebegitu ramai di laman Facebook.\n\nNota: Sebelum tutup api, pastikan rasanya semua cukup. Rasanya boleh diperbaiki mengikut selera anda. Yang sudah tentu, tetamu anda pasti akan kagum dengan kemampuan anda menyediakan kuah kacang yang sebegitu sedap.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi kuah kacang, terdapat juga beberapa resepi lain yang anda boleh cuba. Resepi \u2013 resepi ini juga boleh dijadikan juadah semasa hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Jangan lupa untuk menekan butang share dan kongsikan resepi \u2013 resepi bersama yang tersayang!"
"Kurma, bukan buah kurma, tapi masakan kurma. Kali ini kami bawakan sebuah resepi yang berasal daripada masakan mamak iaitu kurma. Selalunya, masakan kurma ini dimasak bersama dengan ayam ataupun daging. \n\nTapi kali ini, kami bawakan resepi yang lain sedikit, iaitu kurma telur. Kurma telur ini menggunakan telur rebus, jadi ianya pasti menjadi kegemaran anak \u2013 anak kita. Kalau dimasak dengan air tangan anda, ianya bukan sahaja dapat memikat selera anak \u2013 anak, malahan dapat juga memikat selera suami tersayang.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Mariana Zainal dan mendapat like serta perkongsian yang ramai.\n\n(Kacaukan kesemua bahan ini untuk dijadikan pes)\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba untuk hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini ya!"
"Sebaik sahaja anda disahkan mengandung, pastinya anda akan mula berhati dan berjaga-jaga dalam semua aspek terutamanya dari segi makanan dan minuman. Pastinya anda akan mula membaca tentang makanan yang baik untuk ibu mengandung dan makanan yang perlu dielakkan. \n\nAda yang kata air kelapa elok diminum semasa mengandung. Namun ada yang berpendapat bahawa sebaiknya elakkan daripada minum air kelapa pada fasa awal kehamilan, terutamanya pada trimester pertama. Pening dibuatnya kan? Jom kami kongsikan info tentang air kelapa untuk ibu hamil.\n\nAir kelapa rasanya sangat manis. Jika diminum semasa panas akan menghilangkan dahaga dengan cepat. Selain itu, ramai yang tak tahu bahawa air kelapa mengandungi jumlah kalori yang rendah. Oleh itu, bagi mereka yang sedang menjaga berat badan, tiada masalah jika sekali sekala anda minum air kelapa asalkan jangan ditambah dengan gula. Jadi, apakah bahan yang terdapat dalam air kelapa? Menurut kajian, air kelapa mengandungi:\n\nApakah khasiat air kelapa untuk ibu mengandung?\n\nPastinya anda tertanya-tanya apakah khasiat air kelapa untuk ibu mengandung? Menurut kajian, berikut adalah di antara kebaikan air kelapa untuk ibu mengandung yang telah dikenal-pasti:\n\n1. Membantu melancarkan proses penghasilan air kencing oleh pundi kencing\n\nAir kelapa kaya dengan magnesium dan potassium. Kedua-dua mineral ini membantu pundi kencing untuk memproses air kencing dengan lebih efisyen. Semasa anda mengandung, pundi kencing akan semakin terhimpit lalu menyebabkan fungsinya terganggu. Amalan minum air kelapa semasa mengandung akan membantu melancarkan semula fungsi pundi kencing.\n\nBatu karang biasanya berlaku kerana anda suka menahan kencing atau air kencing tidak dikeluarkan sehingga habis lalu menyebabkan terkumpul dalam pundi kencing lalu menyebabkan batu karang mula terbentuk. Apabila anda mengandung, punci kencing yang terhimpit akan menyebabkan air kencing anda tidak keluar sehingga habis. Akan ada sisa air kencing yang tertinggal.\n\n\n\nJika anda minum air kelapa, ia akan membantu melancarkan proses pengeluaran air kencing dan membantu pundi kencing anda dikosongkan setiap kali anda membuang air kecil. Sekali gus menghalang pembentukan batu karang.\n\n\n\n3. Mengatasi masalah jangkitan kuman pada saluran air kencing ( UTI )\n\nIbu mengandung sememangnya terdedah kepada jangkitan kulat, kuman, dan bakteria terutamanya pada kawasan saluran air kencing. Jangkitan pada bahagian tersebut dikenali sebagai utine track infection atau UTI. Ianya bukan berlaku kerana anda tidak menjaga kebersihan pada kawasan kemaluan, namun wanita mengandung sememangnya mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti.\n\nSelain mendapatkan rawatan di klinik, amalan meminum air kelapa juga membantu untuk mengatasi masalah jangkitan yang dialami. Ianyan bukan sahaja alami malah bebas dari sebarang bahan kimia merbahaya.\n\nAir ketuban adalah sangat penting bagi bayi dalam kandungan anda. Sekiranya air ketuban anda bocor, ia boleh menjejaskan kandungan dan memaksa anda untuk bersalin awal. \n\nBegitu juga halnya jika air ketuban anda kering dan kurang. Amalan minum air kelapa semasa mengandung membantu membanyakkan air ketuban dan memastikan air ketuban berada pada paras yang normal seperti sepatutnya.\n\nIbu mengandung mudah keletihan. Ditambah lagi jika anda masih dilanda morning sickness. Tenaga anda akan hilang akibat mabuk, muntah, dan loya. \n\nAir kelapa dikenali sebagai air isotonik semulajadi yang mengandungi elektrolit yang mampu memberikan tenaga kepada ibu mengandung. Ianya bukan sahaja rendah kalori malah rendah gula, menjadikannya minuman yang baik untuk ibu mengandung.\n\n6. Menyeimbangkan tekanan darah ibu mengandung\n\nKhasiat air kelapa untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah ia membantu menyeimbangkan tekanan darah. Kandungan seperti sodium, kalsium, potasssium dan fosforus yang terdapat dalam air kelapa mampu menyeimbangkan tekanan darah anda. Amalakan minum air kelapa semasa mengandung, anda tak perlu lagi risau semasa pergi ke pemeriksaan di klinik kesihatan.\n\nIbu mengandung akan berasa panas daripada biasa dan sangat mudah berpeluh walau pun berada dalam bilik yang sejuk dan nyaman. Air kelapa berfungsi untuk menyejukkan badan. Oleh itu, jika anda berasa terlalu panas, minta suami anda belikan air kelapa muda. Segarnya!\n\nAnda selalu sembelit semasa mengandung? Air kelapa sangat membantu. Ia membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik dan memastikan proses pencernaan berjalan pada tahap optimum. Lepas ni kalau anda sembelit, jangan lupa untuk minum air kelapa.\n\nMasalah pedih ulu hati biasa dialami oleh ibu mengandung, terutamanya bagi yang sedang mengalami morning sickness. Jika anda pedih ulu hati, amalkan minum air kelapa muda untuk meneutralkan semula asid perut yang menjadi punca andamengalami masalah tersebut.\n\nIbu mengandung akan mengalami kenaikan berat badan, namun kenaikan yang mendadak adalah merbahay bagi anda dan bayi dalam kandungan. Menurut kajian, amalan minum air kelapa muda membantu mengekalkan bera badan dan mengelakkan kenaikan badan yang melampau semasa tempoh kehamilan.\n\nItulah dia info tentang khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang info ibu hamil dan tanda hamil anak perempuan"
"Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon flexuosus boleh dikatakan bahan wajib yang perlu ada dalam masakan tradisional Melayu seperti rendang dan masak lemak, begitu juga dengan masakan Thailand seperti tomyam dan paprik.\n\nSebenarnya, serai bukan sahaja penting sebagai pelengkap rasa dalam masakan, tetapi juga sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan kita.\n\nSerai\u00a0dipercayai berasal dari\u00a0Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan\u00a0tropika, termasuk Malaysia, Indonesia,\u00a0Tanzania,\u00a0Brazil,\u00a0Guatemala\u00a0dan\u00a0China. Negara-negara seperti India, Pakistan, Kemboja, Vietnam dan Sri Lanka merupakan pengeksport utama serai di dunia.\n\nTumbuhan ini selalunya digunakan dalam\u00a0masakan dalam kalangan masyarakat\u00a0Asia\u00a0terutamanya masakan\u00a0Thailand,\u00a0Kemboja, Vietnam) dan\u00a0Caribbean.\n\nSerai bukan sahaja dijadikan bahan perencah dalam masakan, tetapi juga dijadikan sebagai pati dalam minyak wangi kerana ia mengeluarkan bau yang segar. Minyak pati serai juga turut digunakan dalam aromaterapi untuk menyegarkan udara, mengurangkan tekanan, dan menaikkan mood.\n\nDaun dan tumbuhannya kerap digunakan dalam ubatan herba. Malah, serai juga adalah bahan penting dalam ubatan Ayurveda kuno. Serai boleh dijadikan teh, dan minyaknya digunakan dalam ubatan untuk gangguan pernafasan dan pencernaan.\n\nSerai tinggi antioksidan dan berkesan untuk mengawal kolesterol dalam badan dan juga meningkatkan kesihatan.\n\nKomposisi nutrisi dalam serai juga sangat bermanfaat buat tubuh dan minda. Ia mengandungi vitamin seperti vitamin B1, vitamin A, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6, dan folat. Ia juga kaya dengan sumber mineral yang baik seperti zink, besi, tembaga, kalium, dan kalsium.\n\nMenurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agriculture and Food Chemistry, serai mengandungi beberapa antioksidan yang boleh membantu memerangi radikal bebas dalam tubuh anda yang boleh menyebabkan penyakit.\n\nAntara jenis antioksidan yang terkandung dalam serai adalah asid klorogenik, isoorientin dan swertiajaponin. Antioksidan ini boleh membantu mencegah ketidakfungsian sel di dalam arteri koronari anda.\n\nTeh serai boleh membantu merawat jangkitan mulut dan kaviti. Ini kerana sifatnya antibakteria. Menurut kajian in vitro pada 2012 yang diterbitkan oleh National Institutes of Health, minyak pati serai menunjukkan keupayaan antibakterianya terhadap bakteria Streptococcus, iaitu bakteria yang sering menyebabkan kerosakan gigi.\n\nPenyelidikan lanjut mendapati minyak pati serai boleh digunakan untuk melawan beberapa jenis bakteria dan kulat.\n\nKeradangan sering dialami oleh pesakit, termasuk penyakit jantung dan strok. Menurut Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering, dua sebatian utama dalam serai iaitu citral dan geranial merupakan bahan yang bermanfaat sebagai antiradang.\n\nSebatian ini dikatakan membantu untuk menghentikan pelepasan penanda yang menjadi penyebab keradangan di dalam badan anda.\n\nCitral dalam serai juga dipercayai menjadi anti kanser yang kuat terhadap beberapa sel kanser. Beberapa komponen dalam serai juga dapat membantu melawan kanser.\n\nHal ini berlaku sama ada ia menyebabkan kematian sel kanser secara langsung atau meningkatkan sistem imun anda supaya tubuh anda lebih mampu melawan kanser dengan sendirinya.\n\nTeh serai kadang-kadang digunakan sebagai terapi semasa kemoterapi dan radiasi. Namun, ia hanya boleh digunakan di bawah bimbingan ahli onkologi.\u00a0\n\nSerai mempunyai ciri-ciri diuretik yang menghilangkan toksin dari badan melalui pengeluaran air kencing. Ini sangat membantu dalam menjaga hati yang bersih dan bebas toksin. Serai juga membantu membersihkan buah pinggang dengan meningkatkan kekerapan kencing.\n\nKajian pada 2001 yang menilai kesan teh serai pada tikus menunjukkan aktiviti diuretik sama seperti teh hijau tanpa menyebabkan kerosakan organ atau kesan sampingan yang lain. Untuk kajian ini, teh serai diberikan kepada tikus selama tempoh enam minggu. Kesannya, prestasi organ dalaman sampel kajian didapati bertambah baik.\n\nSecawan teh serai boleh menjadi ubat alternatif untuk sakit perut dan masalah pencernaan lain. Kajian pada tahun 2012 yang diterbitkan oleh National Institutes of Health terhadap tikus menunjukkan bahawa serai mungkin juga berkesan terhadap ulser gastrik.\n\nKajian mendapati bahawa minyak pati daun serai boleh membantu melindungi lapisan perut daripada kerosakan akibat daripada pengambilan ubatan aspirin dan minuman beralkohol. Penggunaan aspirin biasanya adalah punca ulser gastrik.\n\nTeh serai sangat baik untuk wanita hamil. Ia mempunyai banyak manfaat seperti mengandungi zat besi dan folat kepada badan. Tetapi, penggunaannya tidak terhad kepada wanita hamil sahaja.\n\nIa juga sangat membantu dalam mengubati anemia dan mencegahnya di peringkat awal. Pengambilan serai akan membantu mengekalkan tahap hemoglobin anda dan mencegah sebarang penyakit yang berkaitan dengan kekurangan zat besi.\n\nTeh serai dan minyak serai sangat berkesan untuk menenangkan saraf. Ia akan membantu anda tidur dengan cepat dan lena.\n\nCawan teh serai sebelum tidur dan beberapa titisan minyak pati serai di peresap (diffuser) membantu anda tidur dengan lebih lena. Kualiti tidur yang baik diperlukan untuk minda dan badan yang sihat.\n\nSistem imun yang kuat menjamin kehidupan yang sihat.\n\nSitokin ialah molekul yang terlibat\u00a0 dalam komunikasi sel dan bertindak sebagai mediator untuk meningkatkan respon imun. Manakala bahan bioaktif dalam serai akan meningkatkan aktiviti molekul ini dan mengurangkan risiko aktiviti keradangan sel.\n\nMinyak pati serai sangat berguna dalam rawatan kesakitan untuk arthritis. Ia digunakan secara khusus untuk mengurut sendi iaitu rheumatoid arthritis. Penggunaan serai juga membantu menenangkan keradangan pada sendi.\n\nSerai memberi kesan positif terhadap diabetes jenis-II. Ia membantu dalam melegakan gejala dan mengawal paras gula dalam darah.\n\nKajian saintifik menunjukkan bahawa serai mengandungi citral yang sangat berkesan dalam mengekalkan tahap insulin yang baik dalam darah.\u00a0\n\nAromaterapi minyak pati serai berkesan dalam menguruskan hidung tersumbat.\n\nPerubatan Ayurvedic telah menggunakan serai untuk merawat selesema dan batuk.\n\nTambahan pula, kajian demi kajian menunjukkan bahawa vitamin C yang boleh dijumpai dalam serai membantu melegakan sebarang masalah pernafasan.\n\nSerai sangat berkesan dalam mengurangkan keradangan usus. Ia juga membantu memastikan pergerakan usus yang sihat dan penghapusan najis yang betul dari badan.\n\nMinyak serai mempunyai sifat antimikrob yang menghalang penyakit berkaitan sistem pencernaan dan menggalakkan kesihatan usus. Ia juga berguna untuk rawatan cirit-birit dan sembelit.\u00a0\n\nSerai mempunyai ciri-ciri astringen dan antiseptik yang sangat berguna dalam merawat masalah kulit seperti jerawat. Ia adalah ramuan yang digunakan dalam minyak malam dan serum untuk mencegah keradangan kulit.\n\nAnda boleh menggunakan minyak serai yang dicairkan dalam rutin penjagaan kulit anda kerana ia mempunyai kesan yang kuat dan boleh merengsa kulit sekiranya tidak digunakan dengan betul.\n\nIa sering dirujuk sebagai \u201crumput demam\u201d kerana sifat febrifugenya (suatu medikasi untuk penurun atau meredakan demam, disebut juga antipiretik).\n\nIa mempunyai kesan antipiretik dan diaforetic pada demam dan menurunkannya dengan segera seperti ubat konvensional. Dalam ubat Ayurveda, serai menyembuhkan demam dengan mengeluarkan peluh bagi menurunkan suhu badan.\n\nSerai banyak manfaatnya kepada kesihatan manusia. Ia juga mudah didapati di pasaran. Penyelidikan haiwan dan makmal telah menunjukkan bahawa serai mempunyai sifat anti-radang, antibakteria, dan antikanser dan terus diteroka untuk melihat keberkesanan dan potensi lain.\n\nSerai juga dipercayai mempunyai kesan positif untuk meningkatkan keupayaan kognitif otak manusia.\n\nUntuk mendapatkan manfaat serai, anda bukan sahaja boleh masukkan ia ke dalam masakan anda, tetapi juga boleh dibuat minuman seperti air detoks. Atau anda juga boleh mengamalkan penggunaaan minyak pati (essential oil) yang kini telah banyak dijual di pasaran.\n\nSelain khasiat serai, kami juga menulis artikel menarik lain. Jemput baca.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Pernahkah anda mendengar anak anda mengulang sesetengah sukukata, perkataan atau frasa semasa bercakap? Contohnya seperti \u201cmamamamakan\u201d atau \u201cdia..dia..dia pergi sana\u201d.\n\nDalam keadaan ini, anak anda mungkin mempunyai masalah kegagapan atau mungkin juga mereka sedang melalui peringkat kegagapan normal yang biasa dilalui oleh kebanyakan kanak-kanak yang sedang belajar bercakap.\n\nKegagapan adalah masalah pertuturan yang menyebabkan gangguan pada kelancaran sebutan perkataan ketika bertutur. Ia dicirikan dengan pengulangan sesetengah bunyi, sukukata, perkataan atau frasa, pemanjangan bunyi, atau penghentian bunyi.\n\nKebanyakan kanak-kanak yang sedang belajar bercakap akan melalui fasa di mana mereka akan menunjukkan ciri-ciri gagap. Kebiasaannya ini terjadi pada kanak-kanak yang berumur 2 \u2013 5 tahun.\n\nKegagapan tersebut kebiasaannya akan hilang apabila kanak-kanak mencecah usia 5 tahun tetapi ada juga yang akan berterusan sehingga dewasa.\n\nTerdapat beberapa jenis kegagapan yang biasa berlaku. Antaranya ialah :\n\nPemanjangan pada bunyi vocal dan konsonan\n\n\u201cAaaaadik nak makan\u201d\n\u201cL..letak kat situ\u201d\n\u201citu mmmmmama punya\u201d\n\n#Jenis 2 : Sekatan pada bunyi\n\nSekatan terjadi apabila pertuturan kanak-kanak seperti tersekat. Kanak-kanak sukar untuk mengeluarkan bunyi dan boleh kelihatan pada memek muka mereka\n\nPengulangan pada bunyi vokal, konsonan, sukukata, perkataan atau frasa\n\n\u201cB-b-b-b- baju warna merah\u201d\n\u201cI-i-i-i-itu dia\u201d\n\u201cBa-ba-ba-baju warna merah\u201d\n\u201cBaju-baju-baju warna merah\u201d\n\u201cBaju warna-baju warna-baju warna merah\u201d\n\nTerdapat perbezaan kegagapan normal dan masalah kegagapan walaupun ia agak sukar untuk dibezakan pada peringkat awal. Kanak-kanak dengan kegagapan normal biasanya menunjukkan cirri-ciri seperti berikut:\n\nMengulang sukukata atau perkataan sekali atau dua se-se-perti ini. Ketidaklancaran sebutan juga termasuk penggunaan bunyi-bunyi tambahan seperti \u201cerr, emm, umm\u201d\n\nKegagapan terjadi dengan kerap diantara usia 1 ke 1 setengah tahun dan usia 5 tahun dan kegagapan tersebut tidak berterusan (datang dan hilang). Itu menunjukkan bahawa kanak-kanak sedang belajar berbahasa.\n\nJika kegagapan hilang dalam beberapa minggu dan datang semula, itu bermaksud kanak-kanak sedang menghadapi fasa pembelajaran untuk berbahasa.\n\nJika anak anda mengalami kegagapan yang berterusan dan konsisten, dapatkan penilaian dari terapis pertuturan-bahasa. Perhatikan juga ciri-ciri berikut:\n\nAda kanak-kanak yang tidak sedar dan peduli tentang masalah kegagapan yang dihadapinya, tetapi kebanyakan kanak-kanak menjadi \u2018concious\u2019 dengan pertuturan mereka dan malu untuk bercakap.\n\nKeadaan yang berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi tertekan apabila berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka untuk bercakap.\n\nDapatkan penilaian dan rawatan awal untuk mengelakkan dari masalah ini menjadi lebih teruk."
"Memiliki anak perempuan pasti berbeza dengan anak lelaki. Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai hanya seorang anak perempuan sahaja. Bagi kaum ibu, anak perempuan lebih dekat dengan mereka. \n\nAnak perempuan ini bagaikan cermin bagi diri mereka. Pasti boleh berkongsi minat yang sama, bakat yang sama dan pendapat yang sama. Bagai kawan baik!\n\nArtikel ini akan berkongsi 10 perkara yang patut anak perempuan anda tahu sebaik sahaja mereka berusia 10 tahun. Penting bagi ibu bapa mengetahui perkara ini kerana bak kata pepatah, \u201cpelajaran terbaik bermula dari rumah\u201d.\n\n10 perkara patut anak perempuan tahu sebaik sahaja mereka berusia 10 tahun\n\nTidak kira sebanyak mana anda berselisih pendapat dengannya, segarang manakah anda atau sesibuk mana pun, pastikan dia tahu, dia adalah insan yang terpenting bagi anda.\n\nLumrah perempuan, perempuan sepatutnya tahu memasak walau jenis masakan yang terpaling mudah. Mudah untuk persediaan apabila dewasa. Sebaik sahaja berumur 10 tahun, anak perempuan anda sepatutnya sudah pandai menyediakan makanan yang mudah seperti roti bakar, telur dan sandwich.\n\nTeringat sewaktu kecil, ibu saya sering membenarkan saya bermain dengan lebihan bahan masakannya. Saya akan berangan bagai sedang memasak. Lama kelamaan, menjelang 10 tahun, alhamdulillah saya sudah pandai menggoreng sayur yang mudah.\u00a0Waktu itu, seronok sangat perasaan. Bagaikan saya sudah mampu menggalas tanggungjawab yang besar.\n\n#3 Perubahan tubuh badan dan apa patut mereka tahu\n\nPerubahan fizikal anak perempuan masih menjadi taboo dalam masyarakat kita. Kebanyakan ibu bapa segan untuk mendedahkan anak perempuan mereka berkenaan isu ini dan berharapkan guru di sekolah. Lebih baik sekiranya ibu bapa menjelaskan sendiri perkara ini berbanding mereka mendapat tahu sendiri dari kawan-kawan. \n\nDikhuatiri, maklumat yang mereka peroleh sendiri adalah salah dan bersifat negatif.\n\nDedahkan pada anak perempuan anda, satu hari nanti, mereka akan datang haid. Waktu itu menandakan mereka sudah dewasa. Saya sendiri semasa kali pertama didatangi haid, berasa takut dan terkejut. Saya yakin, sekiranya saya diberi pendedahan lebih awal, saya akan lebih mudah menerima dan mengawal situasi tersebut.\n\nDedahkan pada anak perempuan anda\u00a0akan perubahan fizikal yang akan berlaku dan ingatkan pada dia\u00a0jangan benarkan sesiapa menyentuh tubuh badannya walaupun ahli keluarga lain.\n\nRamai ibu bapa percaya, agama biarlah anak-anak belajar disekolah. Sedangkan, seelok-eloknya, ibu bapa sendiri mendidik anak perempuan mereka akan batas-batas agama. Ibu bapa perlu menitikberatkan isu solat, aurat dan batas-batas pergaulan.\n\nTekankan pada pada anak perempuan anda, tengtang betapa pentingnya menjaga nilai agama. Saya percaya, dengan teguhnya ajaran Islam dan iman sejak kecil, anak perempuan anda akan lebih pandai menjaga diri di luar nanti. Beliau akan lebih pandai membezakan mana yang baik, dan mana yang buruk.\n\nKita pasti tidak mahu anak perempuan kita menjadi seperti orang lain yang hanya Islam pada nama. Mereka lahir dalam Islam, tetapi nilai Islam tidak diketahui akibat kecuaian ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya.\n\n>Namun begitu, kita perlu ingat, jangan hanya sekadar mendidik, kita juga harus menjadi contoh yang baik pada mereka. Barulah lebih mudah untuk mereka ikuti. Saya percaya, anak merupakan cermin pada diri kita.\n\nUsia 10 tahun sudah cukup untuk mereka mengetahui hakikat sebenar kehidupan. Tidak perlu isu yang berat dan terperinci. Cukuplah sekadar yang dapat mereka fahami. Sebagai contoh, isu Palestin di Gaza. Saya berpendapat, anak-anak tidak seharusnya diabaikan untuk memahami isu ini hanya kerana mereka dianggap masih muda. Jelaskan apa sebenarnya yang berlaku, dan berikan mereka ruang untuk menyatakan pendapat mereka berkenaan isu ini.\n\n#6 Tidak semua bernasib baik sepertinya\n\nAnak perempuan anda patut tahu bahawa tidak semua orang bernasib baik sepertinya. Tidak semua rakan sebaya dengannya pernah merasa makan malam di restoran. Tidak semua rakan sebayanya mempunyai baju sekolah hampir 3 pasang. Tidak semua orang mempunyai anggota badan yang cukup sepertinya.\n\nGalakkan mereka bersedekah walaupun 20 sen sama ada di masjid, surau, tabung kemanusian atau dimana sahaja. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, saya sukakan cara ibu saya menggalakkan kami bersedekah. Apabila ke masjid atau pasar, beliau akan memberikan saya wang untuk dimasukkan ke dalam tabung tersebut sambil menjelaskan kebaikan menderma.\n\nLama kelamaan, saya sendiri terdorong untuk meletakkan sedikit dari wang perbelanjaan sekolah saya. Kepuasan kerana dapat menderma dengan wang sendiri tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Latih anak anda bersifat sering ingin membantu walaupun rakan sebaya mereka dalam kesusahan.\n\nSesekali di hujung minggu, bawa anak perempuan anda ke rumah anak yatim, rumah orang tua atau zoo untuk menjadi sukarelawan. Selain dapat menghabiskan masa berkualiti bersamanya, anak anda akan memperoleh pengalaman baru sekaligus memupuk sifat suka membantu dalam diri mereka. Mulakan dengan perbuatan kecil pun tidak mengapa. Sebagai contoh, setiap kali lepas makan di restoran, cuba untuk mengemas serba sedikit agar memudahkan pelayan restoran mengangkatnya nanti.\n\nJika kita lakukannya, pasti anak-anak akan turut mengikut. Ingatkan pada anak-anak\u00a0\u201csekiranya kita sering membantu atau memudahkan urusan orang lain, inshaAllah di masa hadapan Allah akan membantu dan memudahkan urusan kita melalui orang lain\u201d. \u00a0Ingat, pelayan restoran juga adalah manusia. Jadi tidak ada salahnya kita boleh meringankan beban mereka.\n\nDaripada Mus\u2019ab bin Abu Waqas r.a katanya: \n\n\u201cSaad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain\u201d. Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda:\u00a0\u201cKamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu).\u201d \u2013 hadith riwayat Bukhari\u00a0\n\n#7\u00a0Setiap kemahuan harus diiringi dengan usaha\n\nAkhir-akhir ini, saya dapati anak-anak sering dilimpahi dengan pelbagai kemewahan. Umur masih belum genap setahun, tetapi masing-masing mempunyai ipad tersendiri. Mewah. Apa sahaja yang diminta, pasti akan dipenuhi ibu bapa. Bukan kesalahan sebenarnya, memenuhi permintaan anak.\n\nKita sebagai ibu bapa, pasti mahukan yang terbaik buat mereka. Kita pasti mahukan mereka menikmati perkara yang tidak mampu kita perolehi dulu. Tidak salah. Tetapi secara peribadi saya berpendapat, anak-anak perlu dijelaskan bahawa bukan mudah untuk mencari rezeki.\n\nDidik anak-anak untuk menabung sejak kecil demi membeli barang yang mereka mahu. Apabila wang belanja sekolah diberi, galakkan mereka menyimpan sebahagian dari wang tersebut untuk masa hadapan. Selain itu, hadiahkan barang impian mereka, hanya apabila mereka berjaya mencapai pencapaian tertentu.\n\nSebagai contoh, hadiahkan basikal apabila mereka berjaya khatam 30 juzuk al-Quran, atau apabila memperoleh No 1 dalam pelajaran. Dengan cara ini, anak-anak akan lebih kuat berusaha. Jadikan mereka rasa bahawa setiap usaha mereka berbaloi dan membanggakan kita.\n\nDia seharusnya tahu berkenaan bagaimana untuk menjaga penampilan dan pakaian yang sesuai untuk majlis atau acara tertentu. Sewaktu kecil, saya sering dipengaruhi dengan gaya dan penampilan abang-abang saya. Saya sering memberontak setiap kali dipakaikan baju kurung, kerana hati kecil saya terasa mahu memakai seluar dan t-shirt seperti abang-abang saya.\n\nNamun setelah dinasihatkan dengan lemah lembut oleh ibu saya, lama kelamaan saya boleh menerima bahawa saya tidak sesuai berpakaian seperti mereka. Berbincang dengan lemah lembut dan bertolak ansur dengan anak perempuan anda pasti boleh membuatkan mereka mudah menerimanya. Jangan dipaksa! Hati mereka akan mudah tersentuh dan mereka akan lebih terdorong untuk memberontak.\n\nLumrah perempuan, pasti akan ada banyak disertai drama. Beritahu anak perempuan anda supaya menjauhi kumpulan yang sibuk bercerita berkenaan orang lain, kerana mereka pasti akan bercakap mengenai dia juga.\n\nPupuk sifat yakin pada diri dan tegas dengan pendirian beliau. Dengan cara ini, anak perempuan anda tidak akan mudah terikut-ikut dengan rakan sebaya. Seawal sekolah dahulu, saya sendiri mempunyai kawan yang gemar mengajak saya ponteng sekolah dan merokok!\n\nSekiranya anak perempuan kita tidak tegas pendirian, dia pasti akan mudah mengikut ajakan rakan. Jangan terlupa, anak-anak penuh dengan sifat ingin tahu. Tidak mustahil mereka akan mudah terpengaruh hanya kerana sifat ingin tahu yang kuat. Didik anak perempuan anda supaya berani\u00a0untuk melaporkan salah laku atau kes buli yang extreme berlaku disekelilingnya.\n\nAnak perempuan anda perlu tahu, akan banyak cabaran yang perlu dia hadapi semakin dia menginjak dewasa. Ada anak perempuan, yang kelihatan tidak sabar untuk menjadi dewasa. Sedangkan jauh sekali merek ketahui, hidup ini tidaklah seindah yang disangka. Hidup ini bagaikan roda, kadang kala kita berada di atas, dan kadang kala kita berada di bawah.\n\nDidik mereka supaya sering bersyukur, dan menghargai nikmat yang ada disekelilingnya sekarang \u2013 kerana kita tidak tahu, selama manakah Allah meminjamkan nikmat tersebut pada kita. Pastikan mereka tahu, mereka harus sentiasa bersedia dengan dugaan yang bakal ditempuh, kerana dugaan tersebut datangnya kerana kasihnya Allah pada diri kita.\n\nMengetahui 10 perkara ini membolehkan anak perempuan anda memulakan zaman awal remaja dengan permulaan yang baik. \n\nDengan keadaan zaman serba moden ini, anak-anak perempuan berada di luar rumah walau seketika pun mampu membuatkan ibu bapa berasa risau dan susah hati. Kerana kita sebagai ibu bapa pun tahu betapa bahayanya di luar sana.\n\nTetapi tidak realisitik sekiranya kita mahu mengongkong dan menyekat kebebasan mereka setiap masa kerana ini akan membuatkan mereka lebih memberontak. Oleh itu,\u00a0persiapkan anak anda dengan ilmu dan pengetahuan secukupnya. \n\nSelepas tanggungjawab kita tertunai, inshaAllah yang selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk menjaga mereka."
"Aduhai banyaknya lebihan nangka masak. Tak larat dah nak makan mentah? Jangan tak tahu nangka pun boleh dijadikan lepat tau. Walaupun jarang nampak, tapi lepat nangka ini wujud dan ada yer.\n\nLepat nangka dibuat menggunakan bahan asas nangka yang dipotong, tepung, gula, garam dan santan. Ciri khas lepat ialah dibungkus dengan daun pisang. Ingat ya daun pisang kena dilayurkan terlebih dahulu dengan api. Aroma wangi daun pisang inilah nanti yang menyatu dengan rasa sedap lepat.\n\nBeza lepat nangka dengan kebiasaan lepat yang lain seperti lepat ubi, lepat pisang dan sebagainya, adunan nya dimasak terlebih dahulu dan tidak perlu dikukuskan. Apabila adunana telah siap dimasak hanya tinggal dibungkuskan dan dibiarkan sejuk sahaja. Mudahkan?\n\nJom buat lepat nangka berdasarkan resepi daripada Hajah Zainab Bt Mawan di laman Facebook . Resepi sangat-sangat mudah. Hanya dengan tiga langkah. Selamat mencuba.\n\nMudahkan? Nak lagi sedap, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dimakan. Selain jadi kuih lepat yang tradisional, boleh jadi dessert tau kalau sejuk-sejuk nih. Kalau nak jadikan dessert, hanya perlu masukkan ke dalam bekas ala-ala puding macam tuh. Nak lagi cun, hiaskan dengan hirisan nangka di atasnya. Bolehlah dijadikan menu dessert untuk dihidangkan kepada tetamu.\n\nSedikit tips. Nangka sedia ada sudah terasa manisnya. Jadinya sukatan gula biarlah berpada ya. Bukan apa, takut nanti terlebih pula manisnya. Dah jadi kurang sedap. Lagipun tak bagus untuk kesihatan. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, lebihkan manis dalam senyuman tau. ahaks.\n\nSelain resepi lepat nangka, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya"
"Kali ini kami akan kongsikan resepi sambal premium untuk anda yang ingin cuba makan selera kampung. Boleh cuba sedap ke tidak. Gerenti berbaloi.\n\nSambal ini dibuat dengan ikan talang, tempe, petai, dan asam. Sambal ini dimasak selama lebih kurang satu jam. Sambal dimasak lama sehingga pecah minyak berkali-kali dan berwarna merah kehitaman.\n\nCara makan sambal ini paling mabeles ialah dengan ikan talapia goreng rangup. Cicah ikan talapia goreng dengan sambal syahdu makan nasi. Boleh makan sampai licin sambal dalam mangkuk itu. Cicah ikan cicah timun cicah kepala ikan. Berhati-hatilah nanti terbabas diet.\n\nSesiapa yang ingin cuba masak sambal ini sila tengok resepi di bawah. Dikongsikan oleh En. Ben Safwan di laman Facebook. Rasa sambal ini tidak pedas sangat. Jadi tambah cili burung banyak lagi kalau anda suka. Oh ya, cili burung Thailand kalau di Segi, best dia tidak pedas berbanding beli di pasar basah.\n\nResepi Sambal Cicah Ikan Talapia Goreng Rangup\n\nSelain sambal sedap ala Ben, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Ada sesiapa kawan-kawan yang suka makan laksa johor?\n\nLaksa johor sedikit berbeza dengan laksa lainnya. Laksa johor menggunakan spaghetti dan bukannya menggunakan mee laksa biasa. Sejarah laksa johor dipercayai bermula selepas sultan johor melawat Itali dan ia memperkenalkan laksa johor menggunakan spaghetti.\n\nKuahnya pula lebih kurang sama macam kuah laksa biasa namun lebih pekat. Tradisinya kuah laksa johor menggunakan ikan parang dan orang dulu lebih suka makan laksa johor dengan tangan kerana lebih lazat.\n\nKali ini kami sertakan resepi laksa johor dengan kuah laksa lazat. Boleh dihidangkan untuk majlis tertentu ataupun hidangan hari raya.\n\nTanpa membuat anda tertunggu, sila tengok resepi daripada Nur Elina Mohd Aziz di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi laksa johor, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jangan risau ya, laman ini masih berkongsi resepi macam biasa. Bukannya ingin takutkan sesiapa, tapi pocong yang ingin kami kongsikan kali ini ialah ketupat pocong. Kita bukan bincang pasal hantu, kita bincang pasal makanan ya.\n\nKetupat pocong dibuat dengan beras pulut. Dia hampir sama macam ketupat palas bezanya ketupat ini menggunakan daun pisang untuk bungkus. Rasanya pula macam lemang. Cara membuatnya ialah beras pulut dikukus dulu bila sudah masak terus campur dengan santan dan bungkus dengan daun pisang. Dan kenapa makanan ini dipanggil pocong? Itu kerana ketupat ini diikat atas bawah macam makhluk tersebut. Kalau ingin resepi lebih jelas sila rujuk resepi di bawah yang dikongsikan oleh Asnie Aina di laman Facebook.\n\nWangi daun pisang melekat dekat ketupat pulut, menambah selera sedap baunya. Ketupat ini ada rasa lemak masin. Sedap dimakan dengan rendang. Sediakan ketupat pocong untuk jamuan hari raya atau keduri kendara makin lazat.\n\nSelain ketupat pocong, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Jika demam, batuk dan selsema, rawatannya kita perlu makan ubat yang diberi oleh pihak hospital atau dibeli dari klinik dan farmasi. Sakit tekak pula mungkin kerana faktor persekitaran yang membuatkan kita kurang terhidrasi, maka tekak kita akan kering.\n\nDemam, batuk dan selsema pula selalu mengikut musim. Jika tiba musim panas, mulalah ramai yang demam dan batuk. Jika cuaca terlalu sejuk, dapat selsema pula. Di sini kita lihat penyakit datang tanpa diduga, jika antibodi lemah, mudah untuk kita mendapat sakit.\n\nJadi kita perlu menyediakan ubat di rumah supaya senang apabila terkena sakit, sudah ada ubat di rumah. Tahukah anda, air garam boleh menjadi ubat untuk penyakit demam, batuk, selsema dan sakit tekak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai air garam menjadi ubat untuk sakit demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nAir garam boleh merawat sakit demam, batuk, selsema dan sakit tekak\n\nSel tubuh akan mengunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.\n\nUntuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.\n\nBagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.\n\nHasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini :\n\nSecara purata, seorang individu akan menghidap deman selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.\n\n*Boleh cuba kaedah air garam ini jika sakit demam, batuk, selsema dan tekak kering. Kajian sains telah membuktikan keberkesanannya. Namun, jika masih sakit, seeloknya pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Duit dan kebahagian hidup dalah satu benda yang sering kita bincangkan. Ada orang cakap duit itu penting. Duit itu mampu membeli kebahagain. Mungkin jawapan itu betul. Ada yang juga mengatakan bahawa duit bukan segalannya. Yang penting adalah kebahagian. Ada sahaja orang yang kaya tetapi tidak bahagia. Ini betul.\n\nKedua-dua fakta itu betul. Duit dan kebahagian saling berkait. Duit boleh dikatakan faktor utama kebahagian tetapi duit bukan segala-galanya.\n\nJadi post ringkas ini ingin berkongsi bagaimana untuk menyemak sama ada anda sedang bahagia ataupun tidak.\n\nBagaimana untuk menyemak sama ada anda bahagia ataupun tidak? Jawapanya adalah melakukan ujian kebahagian hidup yang mudah. Tanya pada diri, berapa banyak anda ketawa atau senyum pada hari ini bersama-sama dengan orang lain? Jika jawapannya banyak, maksudnya anda seorang yang bahagia.\n\nKetawa adalah ujian ringkas yang mudah. Kerana jika anda tidak bahagia, \u2018ketawa\u2019lah merupakan elemen pertama yang akan hilang. Betul? Jadi jika anda ingin semak anda bahagia atau tidak, nilainya dari sudut ketawa.\n\nKetawa adalah ujian yang paling cepat untuk menyemak anda bahagia. Anda bahagia baca blog ini? Haha, sila ketawa."
"Pernah dengar tentang khasiat buah zuriat? Adakah ia benar-benar akan membantu kehamilan? Jom baca khasiat buah zuriat ini mengikut pandangan doktor.\n\nBuah zuriat merupakan panggilan kepada sejenis buah yang nama saintifiknya ialah hyphaene thebaica. Nama lainnya ialah palmia doum. Ada juga yang memanggilnya buah Adam dan Hawa. Pokoknya tumbuh subur di Arab Saudi, Mesir, Sudan dan negara-negara sekitarnya.\n\nSaiznya lebih kurang sebesar ciku dan berwarna kuning kecoklatan. Ia mempunyai kulit yang keras dan perlu dipecahkan untuk mengambil isirungnya yang seperti buah kelapa sawit.\n\nIa bukanlah sejenis buah komersial seperti epal, durian, kiwi dan sebagainya. Namun, ia cukup kaya dengan antioksidan, serat, karbohidrat, vitamin dan banyak lagi. Malahan, buah zuriat kaya dengan lemak, protein, vitamin B1, B2 dan B3 serta flavonoid.\n\nJadi, apa kegunaan buah ini sehingga cukup terkenal di seluruh dunia?\n\nSetiap pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan mempunyai anak anak sebagai penyeri hidup. Namun, bukan semua orang bernasib baik dikurniakan rezeki anak. Jadi, pelbagai ikhtiar dibuat untuk mendapatkan zuriat sendiri.\n\nAda yang membuat rawatan di hospital. Ada pula yang mencuba ikhtiar lain misalnya dengan mengamalkan buah zuriat. Namun, adakah khasiatnya untuk membantu proses kehamilan ialah fakta atau mitos?\n\nDalam laman web hellodoktor.com, dikatakan bahawa terdapat beberapa khasiat buat zuriat, iaitu:\n\nJika diteliti khasiat-khasiat yang disenaraikan ini, buah zuriat memang boleh mengatasi masalah kesuburan. Walaupun tiada kajian yang khusus untuk menyokong teori bantu kehamilan ini, namun apa salahnya mencuba bukan?\n\nAda kajian yang dijalankan di Mesir yang mendapati buah zuriat mengandungi antioksida yang tinggi. Ini secara tidak langsung boleh mengaktifkan sel-sel reproduksi. Namun, kajian yang berterusan tetap perlu dijalankan.\n\nRadikal bebas akan menyebabkan kerosakan sel-sel badan. Hal ini menyebabkan tahap kesuburan wanita dan lelaki akan menurun. Kerosakan ini akan menjejaskan kualiti sperma, proses pematangan ovum dan sebagainya.\n\nKandungan antioksida yang tinggi di dalam buah zuriat dapat menangkis serangan radikal bebas ini. Oleh itu, ia dapat regenerasi sel-sel tubuh termasuklah sistem reproduksi.\n\nBiasanya cara pengambilan buah zuriat ialah dengan mengamalkan air rebusan isirungnya setiap hari. Tiada salahnya untuk mencuba buah zuriat ini. Mana tahu ia serasi dengan anda. Kita hanya berusaha dan merancang, tawakal sahaja kepada Allah.\n\nSelain buah zuriat, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan. Anda juga boleh mencubanya juga sebagai ikhtiar untuk hamil.\n\nAvokado sangat kaya dengan folat. Malahan, kandungan vitamin K di dalamnya membantu tubuh menyerap nutrien secara optimum. Ia juga mengekalkan kesimbangan hormon. Kalium di dalam buah ini berfungsi untuk mengawal tekanan darah.\n\nKandungan magnesium yang tinggi di dalam walnut membantu penghasilan progresteron. Ia dapat meningkatkan kesuburan wanita dengan meningkatkan bekalan darah ke rahim.\n\nSiapa sangka ikan yang sangat lazat ini sangat bagus untuk tingkatkan kesuburan. Kandungan lemaknya iaitu sumber omega-3 dan DHA sangat baik untuk perkembangan otak dan mata janin di dalam kandungan.\n\nBuah yang kaya dengan serat ini bukan sahaja baik untuk sembelit dan buasir tetapi juga masalah kesuburan. Bagi penghidap sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu sejenis gangguan hormon wanita dan ovulasi, buah ini sangat bagus.\n\nKandungan antioksida yang tinggi di dalam buah delima sangat bagus untuk wanita yang ikhtiar untuk hamil. Malahan, ibu yang sedang hamil juga digalakkan untuk minum jus delima. Kandungan nutrien kesuburan seperti asid folik, vitamin A, E dan B3 sangat tinggi.\n\nSayur ini mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin C yang tinggi. Nutrien-nutrien ini sangat diperlukan oleh ovari untuk mematangkan telur dan proses ovulasi.\n\nVitamin B6 di dalam pisang dikatakan dapat melancarkan kitaran haid dan tingkatkan kesuburan. Ini dapat merendahkan risiko kemandulan dan komplikasi kehamilan.\n\nKubis dikatakan mempunyai di-indole metana iaitu sejenis bahan kimia yang berperanan penting dalam metabolisme estrogen. Oleh itu, risiko pembentukan fibroid dan endometriosis dan dikurangkan. Kedua-dua masalah ini boleh mengganggu proses kehamilan.\n\nSiapa sangka kentang dapat meningkatkan pembahagian sel kerana kandungan vitamin B dan E di dalamnya. Ini meningkatkan peluang untuk penghasilan yang sihat.\n\nHarganya di pasaran agak mahal. Jika berkemampuan, anda boleh cuba mengamalkan memakan tiram. Kandungan zink di dalamnya membantu dalam pembentukan telur di dalam ovari. Malahan, tiram juga dapat meningkatkan kesuburan.\n\nNamun begitu, dalam usaha untuk hamil, anda tetap perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Malahan, anda perlu menjaga pemakanan. Elakkan makanan yang tinggi gula, garam dan lemak.\n\nApabila berat badan berlebihan atau obesiti, peluang untuk hamil akan menjadi lebih rendah. Jauhi arak dan rokok yang terbukti akan mengurangkan tingkat kesuburan anda. Bersenam secara konsisten dan jauhi stres.\n\nWalaupun anda mengamalkan pelbagai jenis makanan yang meningkatkan kesuburan termasuk buah zuriat, anda tetap perlu sihat. Konsep sihat di sini merujuk kesihatan mental, emosi dan tubuh badan. Oleh itu, amalkan gaya hidup yang aktif dan positif.\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang khasiat buat zuriat. Jemput juga baca tentang petua hamil khasiat air kelapa untuk ibu hamil dan petua pemakanan untuk ikhtiar hamil."
"\u201cAlamak, kenapa rasa bahang ni? Aircond dah buka dari tadi.\u201d\n\nAnda mesti pernah hadapi situasi macam ni kan? Lagi-lagi semasa cuaca panas, aircond dibuka paling kuat suhunya. Lebih teruk lagi, kipas pun dipasang paling laju. Bila tengah-tengah bulan, nak tunggu gaji, tiba-tiba aircond pula buat hal, memang terduduk kita dibuatnya.\n\nAircon perlu rajin diservis jika hendak tahan lama. Jika tak dijaga, ia akan menjadi kurang sejuk kerana habuk dan kotoran yang terperangkap tak dibersihkan.\n\nKita sedia maklum nak upah orang servis aircond bukannya murah. Kalau ada sampai 3 aircond di rumah, memang perlu menabunglah jawabnya. Jangan risau, sebenarnya kita sendiri boleh servis aircond di rumah.\n\nArtikel kali ni akan berkongsi cara servis aircond di rumah tanpa perlu mengupah orang. Kalau tak pakar pun tak apa, yang penting kita nak belajar. Seronok bukan? Jom baca!\n\nUntuk bersihkan aircond secara manual, ada beberapa langkah yang perlu dibuat, iaitu:\n\nPertama sekali, buka bahagian hadapan (cover) indoor unit dan keluarkan penapis di dalam tu. Anda perlu tahu bahawa penapis ni perlu kerap dibersihkan iaitu sekurang-kurangnya sebulan sekali.\n\nCara untuk membersihkan ialah basuh menggunakan sabun serbuk. Kemudian sental penapis menggunakan berus plastik.\n\nJangan sesekali gunakan berus sabut atau berus dawai. Setelah dibersihkan semua kekotoran dan habuk yang tersangkut, bilas dengan air paip. Jemur hingga kering.\n\nUntuk tips kedua ni, pastikan suis aicond ditutup dan plug mesti dicabut dahulu. Tutup tempat-tempat papan elektronik dengan plastik.\n\nPada bahagian indoor condensor coil dan lubang-lubang pada bahagian cover indoor, vakum habuk yang melekat di situ. Jika masih ada habuk yang melekat pada bahagian condensor, sembur sedikit air paip menggunakan alat penyembur.\n\nSembur sedikit saja untuk lembapkan habuk supaya mudah ditanggalkan. Kemudian, ambil berus kecil atau berus gigi terpakai, gosok perlahan-lahan di bahagian condensor tersebut.\n\nAnda perlu berhati-hati, jangan sampai merosakkan sirip aluminium yang berbentuk seperti sikat. Bersihkan sampai hilang semua habuk.\n\nSalah satu sebab angin aircond tak kuat adalah disebabkan oleh blower fan. Lebih-lebih disebabkan habuk tebal yang melekat di bahagian badannya.\n\nCara bersihkan blower fan ialah hanya vakum dan gosok menggunakan berus gigi atau berus cat. Jangan sembur dengan air kerana tak habuk yang basah tu melekat dan susah ditanggalkan guna vakum.\n\nBahagian ni juga perlu dibersihkan. Perhatikan bahagian sirip compressor. Jika habuk dah terlalu tebal sehingga menutupi bahagian coil, kita perlu membersihkannya.\n\nCaranya ialah sembur dengan air sama seperti cara bersihkan indoor condensor coil. Namun jika habuk tebal sangat dan masih tak bersih, buka cover outdoor. Kemudian, bersihkan dengan berus plastik dan cuci dengan sabun. Jangan lupa bilas dengan air bersih.\n\nPastikan bila anda bersihkan, coil di bahagian dalam tu boleh kelihatan menerusi sirip tu tadi. Anda boleh siramkannya dengan air kerana compressor telah direka untuk tahan hujan dan panas.\n\nSetelah semua bahagian benar-benar kering, anda boleh pasang semula penapis yang dibuka tadi. Pastikan ada perbezaan kedinginan udara yang keluar berbanding sebelum diservis tadi.\n\nSebenarnya, ramai yang tak tahu remote boleh digunakan untuk membersihkan aircon. Ye ke? Tak hairanlah, ramai yang dah guna aircon sampai berpuluh-puluh tahun tapi tak tahu masalah utama aircon mereka ialah disebabkan habuk.\n\nCara mudah nak tahu masalah aircon ialah tengok pada habuk yang melekat di bahagian penapisnya. Kalau banyak habuk, aircon tak sejuk disebabkan tersekat dengan habuk, bukan masalah teknikal. Pertama sekali, rajinkanlah diri bersihkan bilik.\n\nSelain cara manual yang diterangkan di atas, remote boleh digunakan untuk membersihkan habuk. Ia mampu mencuci sendiri dirinya dengan bantuan remote. Jom baca cara-caranya.\n\nMode \u2018Fan\u2019 tak akan mengaktifkan pemampat. Oleh itu, hanya blower fan saja yang berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup. Ini akan menyebabkan kelembapan dalaman aircon menjadi kering.\n\nMalahan, ia akan membantu mengurangkan pengumpulan habuk, debu dan sebagainya.\n\nJangan lupa semak 5 perkara asas ni jika aircon anda tak sejuk.\n\nJika menggunakan aircon selama lebih 6 jam, selepas 2 minggu saja penapis udara anda akan kotor. Tak percaya, cuba periksa. Cara terbaik bersihkan penapis udara setiap 2 minggu sekali.\n\nAdakah pintu dan tingkap telah ditutup?\n\nNi ialah perkara yang sering diabaikan oleh semua orang. Sebenarnya pintu dan tingkap yang terbuka akan memberi kesan kepada kitaran penyejukan. Jika pintu dan tingkap terbuka, kadar kedinginan menjadi kurang kerana kesan pertambahan haba dari luar.\n\nAdakah pilihan mode pada remote tepat?\n\nAnda perlu pilih mode yang betul dan jangan keliru. Misalnya untuk mendinginkan bilik, anda perlu pilih mode \u2018Cool\u2019. Kemudian, laraskan kelajuan blower (simbol kipas) secara manual dengan kelajuan yang diingini.\n\nJika suhu di luar terlalu panas iaitu 42 C, anda perlu tetapkan suhu aircon kepada 20 C. Selaraskan ikut keselesaan.\n\nAdakah aircon telah diservis secara berkala?\n\nWalaupun aircon tak diservis begitu lama dan tiada sebarang masalah, anda tetap perlu servisnya. Sebenarnya anda menanggung bil elektrik yang tinggi. Ini disebabkan compressor akan bekerja keras dan tanpa henti untuk memberi kedinginan.\n\nJika semua tips yang dikongsi ini tak dapat membaiki aircon anda, nampak gayanya anda kena buat chemical service. Chemical service atau nama lainnya ialah overhaul service yang biasanya akan dibuat oleh juruteknik aircon.\n\nAgak sukar untuk kita membuatnya jika tiada kepakaran. Ini kerana jika tak mahir, takut berlaku kerosakan pada unit. Nanti kos baik pulih pula yang meningkat.\n\nDiharapkan kesemua tips yang diberikan ni memudahkan anda servis aircon di rumah. Selain dapat menjimatkan wang upah untuk juruteknik, bil elektrik pun tak akan naik mendadak. Semoga bermanfaat."
"Sebagai umat Islam, surah dalam Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Kitab ini mengandungi panduan lengkap hidup manusia dan petunjuk ke jalan yang benar. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai surah dalam Al-Quran yang perlu anda tahu. \n\nAl-Quran adalah firman Allah SWT, diturunkan dengan lafaz dan makna yang jelas, yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantara malaikat Jibrail AS. \n\nKitab ini ditulis dalam mashaf lalu dipindahkan kepada kita secara mutawatir atau beransur-ansur. \n\nSusunan Al-Quran ini terdiri daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan Al-Quran mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra\u2019.\n\nKelebihan yang ada padanya antaranya adalah ia merupakan mukjzat teragung dan mukjizat Nabi ini akan kekal sehinggalah hari kiamat.\n\nHal ini seperti mana yang disabdakan oleh Nabi SAW:\n\n\u201cMaksudnya: \u201cDan kelebihan kalamullah ke atas seluruh kalam (perkataan) seperti kelebihan Allah ke atas sekalian kejadian Nya.\u201d\n\nUmat Islam wajib beriman kepada kitab\n\nBeriman kepada kitab-kitab yang Allah turunkan (Al-Quran, Taurat, Zabur, Injil)\u00a0kepada Rasulnya hukumnya wajib.\n\nHal ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa beriman kepada kitab-kitab Allah merupakan salah satu dari enam Rukun Iman.\n\nDan beriman kepada kitab-kitab Allah merupakan Rukun Iman ke-3 yang perlu kita imani, akui, percaya, dan mengamalkannya. \n\nTurutan 114 surah dalam Al Quran dan namanya\n\nSecara keseluruhan, terdapat sebanyak 114 surah dalam Al-Quran yang perlu kita tahu. Ia bermula dengan surah Al-Fatihah sebagai surah yang pertama kedudukannya dan berakhir dengan surah An-Nas sebagai surah tang terakhir berdasarkan turutan yang umum dalam mushaf.\n\nKesemua surah ini memiliki nama-nama khusus dan bahkan ada diantaranya yang mempunyai lebih dari satu nama. \n\nContohnya surah Al-Fatihah mengandungi lebih dari 20 nama antaranya, al-Fatihah, Ummul Kitab, as-Sabiu, al-Matsani, al-Kanz, al-Wafiyah, al-Kafiyah, as-Syafiyah dan sebagainya. \n\nBerikut ini adalah turutan 114 surah dalam Al-Quran yang perlu anda tahu:\n\nTerdapat banyak kelebihan yang boleh diperoleh sekiranya kita membaca Al-Quran. Antara manfaatnya adalah seperti yang berikut:\n\n1. Menjadi syafaat di akhirat kelak\n\nDaripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.\u201d \u2013 (Hadis Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadis 252)\n\n2. Orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran adalah sebaik-baik amal\n\nDaripada Uthman Bin \u2018Affan r.a. telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: \u201cSebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.\u201d \u2013 (Hadis Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Ta\u2019alum Al-Quran Wa A\u2019lamahu, No hadis 5028)\n\n3. Diangkat martabat golongan pembaca Al-Quran\n\nDaripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: \u201cSesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran.\u201d \u2013 (Hadis Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)\n\nSelain dari senarai surah dalam Al-Quran ini, anda juga boleh baca artikel rohani kami yang lain berkenaan keagamaan seperti:"
"Ikan keli merupakan ikan air tawar yang senang dijumpai di Malaysia. Ikan keli biasa jadi hidangan istimewa dalam acara kenduri keluarga. Walaupun ada sebahagian orang tidak menyukai ikan keli.\n\nIkan yang berlendir dan hidup di air berlumpur ini menjadi favorite kerana rasa dagingnya yang sedap. Namun ada sebahagian orang yang tidak menyukainya kerana rasanya yang agak hanyir dan tidak tahu cara resepi memasak keli yang sedap.\n\nBagi anda yang menyukai ikan keli anda patut mencuba resepi ikan keli bakar ini. Teruntuk anda yang tidak suka keli, anda juga patut cuba resepi ini. Konfirm anda akan menyukai ikan ini. Dagingnya lembut dan sedap.\n\nSupaya tidak membuang masa, sila baca resepi ikan keli bakar sambal stim yang kami kongsikan ini, dikongsikan oleh Rosma Ros\u200e di Facebook. Hanya menggunakan kuali leper, didapat lah masakan yang mampu membuat anda menjilat jari. Selamat mencuba.\n\nResepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim\n\n1. Panaskan minyak, tumis bahan blender.\n\n2. Bila menggelegak bubuh semua bahan perasa, biarkan pecah minyak.\n\n3. Kalau sudah pecah minyak masukkan air. Masak lagi sampai cili betul-betul masak. Siap dan boleh tutup api.\n\n4. Hamparkan daun pisang atas kuali leper. Curahkan bahan sambal sedikit di atas daun pisang.\n\n5. Letak ikan. Curah lagi sambal selebihnya menutupi ikan.\n\n6. Tutup ikan dengan tudung periuk kukus. Slowkan api. Biarkan ikan masak secara bakar stim.\n\n7. Dalam 10 minit tak perlu tengok tapi balik-balikkan untuk bagi masak sekata. Siap.\n\nSelain resepi ikan keli bakar sambal stim, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bubur asyura selalunya disediakan bersempena Hari Asyura iaitu pada 10 Muharam pada setiap tahun. Bubur asyura adalah bubur yang dibuat dengan pelbagai jenis bahan. Sekurang-kurangnya 10 jenis bahan akan dicampurkan sekali bagi menghasilkan bubur asyura. \n\nJarang kita lihat di pasar-pasar yang ada menjual bubur asyura ini. Jadi jika anda mengidam bubur asyura anda perlulah menyediakannya sendiri di rumah. Untuk menyediakannya anda perlukan sedikit kesabaran kerana ianya mengambil masa yang agak lama untuk disediakan. \n\n Tanpa melengahkan masa mari kita lihat cara untuk menyediakannya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Zakuan Laris P di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat banyak lagi resepi yang telah saya kongsikan di sini. Pastinya anda boleh mencuba semuanya di rumah. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda."
"Mee bandung muar, mee asli Johor yang amat memikat. Ramai orang dari seluruh negeri menggilai mee bandung muar.\n\nZai Nasir berkongsikan resepi mee bandung muar di laman Facebook. Resepi sedap turun temurun keluarga. Bahkan resepi ini dulu dipakai untuk berjualan. Tidak hairan jikalau resepi ini mendapat perkongsian amat ramai di Facebook.\n\nSekali sekala boleh anda cuba buat mee bandung muar di rumah. Gerenti suami akan ketagih tidak ingin makan luar. Kak Zai masak menggunakna pressure cooker jadinya cepat masak.\n\nResepi ini menggunakan 100% udang kering dan tidak ada tambahan sos dan lain-lain. Makin penasaran dibuatnya. Jom tengok resepinya di bawah ini.\n\nNota : Sebaiknya pes dibuat banyak, simpan dalam fridge. Boleh tahan sampai berbulan.\n\nBahan sediaan untuk 1-2 pinggan :\n\nSelain resepi mee bandung muar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Semua resepi ini menarik untuk dicuba.\n\nJemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Siapa kata aktiviti indoor membosankan? Jika dahulu aktiviti sebegini banyak dilakukan di rumah sahaja, tetapi hari ini banyak sebenarnya lokasi menarik di luar sana yang menyajikan aktiviti indoor bagi tumpuan seisi keluarga. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda semua tentang beberapa aktiviti indoor di KL yang menakjubkan untuk dicuba bersama rakan dan keluarga. \n\nEnerG XPark\u00a0merupakan sebuah pusat permainan yang mempunyai pelbagai aktiviti mencabar dan menyeronokkan. \n\nAntara aktiviti yang menarik di sini adalah seperti Trampoline Wipeout, Electric Go-Cart, Ninja Obstacle, Cage Ball, Wall Climbing, Tubby Ride, King of Hammer dan Tower Jump.\n\nApa yang penting sekali, aktiviti yang disediakan ini sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira dewasa, keluarga, dan bahkan kanak-kanak juga.\n\nBagi pengemar filem dan permainan dari Escape Room, jangan lepaskan peluang ini untuk berkunjung ke The Ultimate Escape Game KL. \n\nUltimate Escape Game ialah permainan melarikan diri terbesar di Malaysia kerana ia mempunyai sejumlah 9 bilik tema berbeza yang unik\n\nDalam masa 45 minit sahaja, setiap pemain yang dikunci dalam sebuah bilik perlu melarikan diri dengan apa cara sekalipun untuk menjadi pemenang. \n\nSetiap bilik mempunyai tahap kesukarannya yang tertentu dan genre yang berbeza-beza.\n\nAntara tema yang disajikan adalah seperti The Dairy Heist, Murder Mystery \u2013 The Locker Room Scene, Ransom, Amazon Forest \u2013 Raiders of the Lost Fortune, dan banyak lagi.\n\nRakyat Malaysia pasti tahu dengan Aquaria KLCC. Aktiviti indoor di KL yang terbaik ini memberi peluang untuk pengunjung merasai kehidupan umpama di alam marin\u00a0dengan berada di ruangan 60,000 kaki persegi\u00a0(5,600 m2) dalam 2 aras bangunan yang mempunyai\u00a090-metre (300 kaki) terowong air bawah tanah.\n\nTaman tema aktiviti yang terinspirasi dari negara Finland ini adalah salah satu aktiviti indoor di KL yang sangat unik. \n\nIa mengutamakan aktiviti fizikal dan senaman yang sesuai disertai oleh seisi keluarga, sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak.\n\nSuperpark terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Adventure Area, Game Arena, dan Freestyle Hall. Setiap dari bahagian ini menggabungkan ke semua aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan tubuh badan. \n\nCuba aktiviti lasak di tengah-tengah pusat beli belah? Tentunya tidak ada yang mustahil jika anda berkunjung di Xction Xtreme Park.\n\nIni merupakan taman tema terbaru yang menyediakan aktiviti mencabar seperti Sky Glider, Tubby Ride, Trampolin, Wall Climbing, kursus tali dan banyak lagi. \n\n6. Kuala Lumpur Upside Down House\n\nKuala Lumpur Upside Down House memberikan pengalaman terbalik dalam rumah yang pertama di Kuala Lumpur.\n\nSelain ia menyajikan panorama indah di setiap ruang dengan harga yang berpatutan, Kuala Lumpur Upside Down House ini juga menampilkan kereta antik Morris 1974 yang digantung terbalik di pintu masuk.\n\nDikategorikan sebagai salah satu lokasi rock climbing terbaik di Malaysia, Camp 5 Jumpa menawarkan tarikan yang berbeza dari segi ketinggian dan jenis dinding.\n\nMembawa kelainan yang berbeza berbanding aktiviti menembak yang lain seperti paintball dan sebagainya, Laser Battle sebaliknya memberi pengalaman baru kepada anda untuk mencuba bermain laser di medan perang. \n\nLebih dari 55 jenis mod dari paling mudah sehingga ke paling sukar menanti anda dengan pelbagai jenis arena untuk dicuba. \n\nMemegang gelaran sebagai Taman Tema VR terbesar di Malaysia, ini adalah aktiviti indoor di KL yang mungkin tidak ramai orang tahu.\n\nIa memberi ruang yang menyeronokkan di mana anda boleh melawan zombi, menjadi ninja, menyelesaikan misteri dan meneruskan pencarian untuk mencari khazanah purba yang tersembunyi.\n\nDengan 13 permainan menarik yang direka bentuk secara eksklusif dengan teknologi canggih, lengkap dengan persekitaran bertema, konsol bergetar, kesan khas dan alat peraga yang realisti.\n\nIa benar-benar menempatkan dunia maya yang hanya wujud dalam anda.\n\nRoller Light aktiviti indoor di KL yang sesuai dilakukan pada waktu malam. Bagi sesiapa yang mahu bermain roller blade dengan suasana berwarna-warni dengan lampu neon yang memukau, di sinilah tempatnya untuk anda meluangkan masa. \n\nJump Street Trampolin Park\u00a0menyediakan beratus-ratus trampolin yang saling bersambung dari lantai terus ke dinding dan pelbagai tarikan lompat di setiap tempat untuk anda cuba.\n\nAktiviti seperti lompat di gelanggang terbuka dan bermain bola mengelak trampolin tentunya menjadi tarikan yang sesuai dimainkan bersama-sama. \n\nBermain badminton dalam gelap? Tidak mustahil jika anda berkunjung ke Shuttle In The Dark. \n\nDengan kombinasi teknikal bagaimana cahaya bersinar, mencerminkan, ditambah dengan kreativiti yang mengubah tempat badminton menjadi alam semesta galaksi yang berbeza.\n\n13. Good Times DIY Baking Studio\n\nBelajar membuat kek dan pastri secara berguru akan lebih mudah dan menyeronokkan bersama pakar terlatih di Good Times DIY Baking Studio.\n\nBeast Park ialah taman pengembaraan dan aktiviti yang direka khusus untuk peminat aksi generasi baru. \n\nIa mempunyai 5 zon termasuklah Camp5 climbing gym, Beast Junior Active Playground, Beast Training Academy, Beast Net, dan Artisan Roast caf\u00e9 yang menjanjikan pengalaman terbaik untuk dirasai.\n\nJika tadi kita ada tarikan roller blade berlampu, kali ini anda juga boleh bermain skating di atas permukaan licin ais. \n\nJangan lepaskan peluag ini untuk tunjukkan bakat anda dalam bermain luncur salji dengan rakan-rakan. \n\nSelain dari artikel aktiviti indoor di KL ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan aktiviti hujung minggu untuk kanak-kanak seperti:"
"Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis, siapa tidak kenal kan? Ianya adalah salah satu resepi yang paling mudah untuk didapati. Pergi sahaja kemana \u2013 mana kedai menjual hidangan tengah hari, pasti anda akan jumpa. Sambal tumis ikan bilis boleh menjadi hidangan diwaktu tengahari ataupun malam. Terpulang kepada anda. \n\nAkan tetapi, hidangan sambal tumis ikan bilis ini juga amat popular untuk menjadi hidangan makan pagi, iaitu sebagai sambal nasi lemak. Untuk anda yang tak pernah mencuba, yang masih amatur atau yang sudah sememangnya otai, jom kita lihat resepi ini. \n\nResepi ini dikongsikan oleh Wirda Morad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. \n\nNota: Resepi ini boleh juga disimpan beku. Ianya juga boleh dibuat bekal ke tempat kerja atau sebagai hidangan sampingan dalam menu lontong yang biasa dimakan diwaktu keraian.\n\nWah! Mudah kan resepi ini? Selain daripada resepi sambal tumis ikan bilis ini, anda juga boleh mencuba pelbagai lagi resepi yang menarik dan hidangkan pada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!"
"Pernahkah anda dijangkiti demam campak? Ahli keluarga atau rakan anda? Tahukah anda, istilah perubatan demam campak ialah measles, diambil terus dari nama virus yang menyebabkannya iaitu virus measles. \n\nJangan keliru dengan cacar air (chicken pox) ya, yang ini disebabkan oleh virus lain pula.\u00a0Ramai di antara masyarakat kita sering menyamakan demam campak ini dengan cacar air.\u00a0\n\nDemam campak merupakan jangkitan virus yang mudah tersebar. Ia menjangkiti orang lain melalui udara dengan titisan cecair apabila bersin atau batuk. Seperti yang ditulis oleh Dr Afiq Rahim di dalam artikel beliau, terdapat beberapa faktor yang boleh mengundang jangkitan ini. Jadi, kami sajikan di sini pengalaman beliau untuk pembacaan anda.\n\n\u201cSAYA NAK VAKSIN ANAK SAYA TAPI...\u201d\n\nSEBUAH KISAH BENAR SEORANG IBU YANG INSAF SETELAH TIDAK MENVAKSINKAN ANAKNYA.\u00a0\n\n\u201cDoktor, kami nak maklumkan kita ada satu kes Measles (Demam Campak) Positif di kawasan kita\u201d pesan jururawat saya.\n\n\u201cOh kes tahun lepas tu k?\u201d Balas saya.\n\n\u201cBukan doktor, kes baru. Ini kes notifikasi daripada HRPZ (Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu).\u201d\n\n\u201cKes disahkan berdasarkan klinikal atau ujian darah?\u201d tanya saya.\n\n\u201cUjian darah doktor\u201d..\u201cIbu pesakit ada dengan datang hari ini doktor cuma dia tolong bawa anak \u2018madu\u2019 dia untuk rawatan kes contact measles. Budak tu mengadu batuk lama.\u201d sambung misi saya.\n\n\u201cOh dia datang ke? Anak \u2018madu\u2019 dia? Menarik.\u201d saya membalas.\n\nSelang beberapa minit, seorang wanita berpurdah berpakaian hitam di dalam lingkungan umur saya masuk ke bilik saya bersama seorang anak kecil.\n\nKeadaan anak kecil itu menarik perhatian saya.\n\nFizikalnya normal namun keadaan kebersihannya amat tidak memuaskan.\n\nMukanya comot, tangannya kotor dan kakinya kotor kehitaman bekas bermain di atas tanah, pakaiannya lusuh dan berbau. Kasihan adik ini bisik hati saya.\n\n\u201cAssalamualaikum puan. Silakan duduk puan\u201d saya mempelawanya.\n\n\u201cEh tak mengapa doktor. Anak ni dah batuk lama. Misi suruh mari klinik untuk rawatan lanjut. Dah lebih seminggu batuk tidak kebah.\u201d Dia memulakan bicara..\u201cAdakah dia mengalami batuk berkahak?\u201d\n\n\u201cYa doktor. kahak tak pasti warna apa sebab dia telan\u201d dia menjawab pertanyaan saya.\n\nSaya meneruskan pertanyaan kemudian disusuli dengan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu.\n\n\u201cBaiklah puan, paru-paru anak puan ini mempunyai kahak. Memandangkan umurnya sudah lebih 2 tahun dan batuk berpanjangan maka saya akan berikan ubat batuk untuk mengurangkan gejalanya.\u201d saya membuat keputusan.\n\n\u201cMaaf doktor, ini bukan anak saya tetapi anak madu saya. Saya hanya tolongnya membawa anak ini ke klinik\u201d Dia menegaskan fakta.\n\n\u201cOh maafkan saya. Di mana ibunya?\u201d\n\n\u201cIbunya sedang berpantang di rumah. Baru bersalin.\u201d Balasnya lagi.\n\n\u201cBerapa orang anak sekarang di rumah puan?\u201d Saya mula mengorek cerita.\n\n\u201cPuan tinggal sekali dengan madu puan?\u201d saya bertanya lagi.\n\n\u201cYa doktor. Saya tinggal dengan madu kedua. Madu pertama tinggal di tempat lain\u201d.\n\n\u201cPuan boleh saya tahu bagaimana keadaan anak puan yang dijangkiti demam campak?\u201d saya bertanya khabar anaknya.\n\n\u201cBoleh puan ceritakan apa yang berlaku kepada anak puan?\u201d saya mahu mengetahui lanjut tentang kejadian yang menimpa anaknya.\n\n\u201cDia demam panas selama beberapa hari. Kemudian badannya timbul campak. Saya berikan madu dan habbatusauda kepadanya tetapi demamnya tidak kebah.\u201d\n\n\u201cLalu dia mendapat SAWAN?\u201d Saya mengutarakan soalan.\n\n\u201cYa doktor..\u201d Beliau tunduk sayu. Tona suaranya beransur hiba.\n\n\u201cDia nyetok (Sawan) di rumah. Kami jadi panik. Terus saya bawanya ke hospital\u201d\n\nBeliau menyambung \u201cKemudian mereka tahan dia di wad beberapa hari. Hasil keputusan darah dia positif demam campak (Measles).\u201d\n\n\u201cPuan, adakah puan menvaksin anak puan?\u201d Saya melontaran soalan walaupun boleh di agak jawapannya. Saya hanya inginkan pengesahan.\n\n\u201cTidak doktor, kesemua anak kami tidak divaksin. Suami saya melarang keras.\u201d balasnya dengan nada kesal.\n\n\u201cMengapa dia melarang puan? Ada dia berbincang dengan puan dan madu puan tentang hal vaksin ini?\u201d\n\n\u201cDia kata tuan guru dia yang melarangnya. Dia juga tidak suka berubat di klinik atau di hospital. Dia lebih suka berubat cara kampung.\u201d\n\n\u201cOh begitu rupanya.\u201d saya mula memahami masalah mereka.\n\n\u201cAdakah suami puan melihat sendiri keadaan anak puan yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini?\u201d Saya ingin mencari punca masalah lagi.\n\n\u201cDia tak tahu doktor. Suami saya keluar bersama jemaah tabligh. Dia tidak dapat dihubungi\u201d Balasnya dalam nada kecewa.\n\n\u201cEh takkanlah tidak boleh dihubungi langsung. Saya dulu pernah mengikuti jemaah tabligh. Takdalah sampai diharamkan telefon bimbit ketika keluar bersama jemaah\u201d Saya mencari kepastian adakah jawapannya hanya permainan atau kebenaran.\n\n\u201cEntahla doktor. Memang dia tak tahu lagi keadaan anak kami.\u201d Balasnya lagi tetapi dalam keadaan yang lebih serius.\n\n\u201cBaiklah puan, saya ingin bertanya dari hati ke hati. Puan dah lihat bagaimana keadaan anak puan yang sangat kasihan semasa di hospital betul?\u201d Saya melontarkan soalan untuk dirinya berfikir.\n\n\u201cAdakah puan mahu anak-anak yang lain menerima nasib yang sama?\u201d saya bertanya lagi.\n\nTiada ibubapa yang sanggup melihat anak mereka menderita.\n\n\u201cKami nak jaga dan melindungi puan sekeluarga. Adakah puan sudi bekerjasama?\u201d Saya cuba memberikan harapan baru kepadanya.\n\n\u201cInsyallah\u201d balasnya dalam nada serba salah.\n\n\u201cAdakah puan bersetuju jika kami menvaksinkan anak puan termasuk semuanya tercicir di rumah itu?\u201d\n\n\u201cMaafkan saya doktor. Bukan saya tak nak vaksin anak kami tetapi..suami yang tidak izinkan.\u201d\n\nBalasnya dalam keadaan serba salah dan kekeliruan.\n\n\u201cSejujurnya apa yang puan rasa selepas melihat anak puan nyetok di rumah?\u201d\n\n\u201cSaya rasa menyesal doktor, saya takut, saya jadi bimbang kehilangan dia. Bukan saya tidak mahu dapatkan rawatan tetapi suami kami tidak izinkan. Saya bawa dia ke hospital kerana TERPAKSA selepas dia nyetok tu. Saya yang jaga dia siang malam, tengok keadaan dia. Suami saya balik pon tidak. Kalo balik pon bukan tengok sangat anak-anak.\u201d\n\nBeliau menambah: \u201cSaya pun tidak sangka boleh jadi seteruk ini. Abang-abang dan kakak-kakanya pun pernah kena demam campak tetapi semuanya baik sendiri.\u201d wujud sesalan di bibirnya.\n\n\u201cOh yeke, mungkin bukan demam campak kot sebab tak semua ruam yang timbul di badan bayi adalah campak.\u201d Saya cuba mengurangkan penyesalan itu.\n\n\u201cBaiklah puan, sekurang-kurangnya saya berasa lega mendengar luahan puan. Saya perlu bercakap dengan suami puan juga. Anak-anak lain yang tidak divaksin semuanya berisiko tinggi terjadi penyakit campak terutama bayi yang baru lahir itu.\u201d Saya memberikan nasihat kepadanya.\n\n\u201cSuami saya tidak dapat dihubungi doktor..\u201d dia menegaskan situasi dirinya.\n\n\u201cOk, jika suami puan pulang ke rumah, tolong sampaikan salam kepadanya dan berpesan untuk berjumpa saya. Buat masa ini, misi-misi kami akan melakukan lawatan berkala ke rumah puan untuk memastikan keadaan anak-anak selamat.\u201d\n\nKami menutup bicara pada petang itu.\n\nSeusai sahaja wanita berpurdah dan berjubah gelap itu beredar meninggalkan bilik kami, saya terus bertanya jururawat saya yang berada di bilik sejak awal menemani kami.\n\n\u201cBagaimana keadaan rumah dia dan status sosial dia sekeluarga?\u201d\n\n\u201cMereka ini hidup berpindah randah doktor. Miskin. Berpindah ke sini sebab ada orang dermakan rumah tu untuk mereka berteduh.\n\nRumahnya kecil tapi doktor, memang kotor sangat. Tingkap tidak dibuka, gelap, berbau busuk dan bersepah-sepah.\u201d balas jururawat saya menerangkan keadaan rumah yang dilawatinya pada pagi tadi.\n\n\u201cSaya buat sistem upah untuk anak-anak dia. Jika mereka kemaskan rumah kita beri upah kepada mereka. Niat derma terus doktor kepada anak-anak dia. Kesian mereka\u201d.\n\nSaya angguk setuju dengan tindakan murni jururawat saya.\n\nTermenung saya memikirkannya halnya pada petang itu selepas waktu pejabat.\n\nApakah Faktor Yang Boleh Menyebabkan Demam Campak?\n\nPelbagai faktor menjadi punca berlakunya jangkitan Measles ini.\n\nDi dalam hal ini, selain faktor penolakan vaksin, faktor kebersihan, kemiskinan dan persekitaran memainkan peranan utama.\n\nKebanyakkan Penyakit berjangkit sangat mudah menjangkiti mangsa dengan 5 perkara ini:\n\n1. Persekitaran yang sesak (rumah kongsi / setinggan / kawasan dibanjiri pendatang asing/ Pasar Malam).\n\n2. Sikap Pengotor (Yang ini semua faham rasanya).\n\n3. Kemiskinan \u2013 masalah sosio-ekonomi menyebabkan mereka fokus menyara keluarga lebih utama daripada kesihatan dan lain-lain keperluan.\n\n4. Fahaman \u201cAku Tidak Pedulisme\u201d atau Liberalisme \u2013 satu fahaman yang hanya mementingkan diri sendiri atau mereka berhak memilih cara hidup sendiri. Maka Mereka memilih untuk tidak menvaksinkan anak-anak mereka.\n\n5. Cetek Ilmu dan kesedaran tentang vaksin. Kadangkala mereka menerima ilmu yang salah tentang vaksin daripada pihak lain.\n\nSaya menyokong saranan pihak KKM agar ibubapa memastikan anak-anak diberi imunisasi yang secukupnya.\n\nPemberian vaksin adalah satu ikhtiar untuk mengelakkan dari mendapat penyakit-penyakit berjangkit yang berbahaya seperti Polio, Tb, Pertusis, Difteria dan pelbagai lagi.\n\nSudah tentu kesungguhan optimum telah, sedang dan akan dilakukan oleh pihak KKM bagi membendung gajala wabak kuman tersebut bagi memastikan rakyat sihat.\n\nPenyakit tersebut berisiko tinggi membawa maut atau mendatangkan komplikasi yang serius.\n\nKaedah yang paling ampuh ketika ini adalah pencegahan melalui vaskinasi.\n\nKKM juga menjamin bahawa vaksin yang diberikan adalah selamat dan halal untuk digunakan.\n\nPesanan saya buat para ibubapa yang menolak vaksin atau masih belum melengkapkan jadual immunisasi anak-anak anda:\n\n*Kalau bukan kematian, komplikasi kesihatan lain yang kekal seumur hidup boleh berlaku gara-gara demam campak ini, jika rawatan sesuai tidak diberi secepatnya. Jadi, jangan lupa share info ini!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Ini antara masalah umum yang kerap ditanya.\n\nBayi kerap mengalami masalah kembung perut. Jom halusi petua hilangkan perut kembung bayi ini.\n\nBayi yang mengalami masalah perut kembung akan menangis setiap masa akibat kesakitan. Sudah pasti sebagai ibu, anda akan berasa sangat susah hati. Kalaulah sakit yang ditanggung boleh dipindahkan kepada anda, anda sanggup! Jangan susah hati ibu. Jom kami kongsikan petua hilangkan perut kembung bayi dengan cepat dan berkesan.\n\nTuam perut bayi dengan lada hitam\n\nJika bayi anda sering menangis akibat kembung, anda boleh tuam perutnya dengan lada hitam. Caranya, ambil secubit lada hitam dan masukkan dalam sehelai sapu tangan. Ikat.\n\nPanaskan lada hitam tadi dengan menekap pada seterika panas. Apabila suhunya agak suam, tuamkan ke perut bayi. Tekan perlahan-lahan untuk memecahkan angin yang terkumpul dalam perut yang menjadi punca kembung. Buat sekerap yang boleh. Pastikan suhu tuam tidak terlalu panas hingga menyebabkan kulit bayi anda melecur.\n\nSelain lada hitam, anda juga boleh bungkus halba didalam sapu tangan, panaskan dan tuam ke perut bayi.\n\nMenyapu minyak panas ke perut bayi dapat mengurangkan kembung perut yang dialaminya. Ia membantu mengeluarkan angin dari perut dan dalam masa yang sama mengurangkan kesakitan yang dialami bayi anda.\n\nIni adalah empat teknik urutan mengeluarkan angin bagi menghilangkan kembung bayi yang dikongsikan oleh Fyn Jamal di laman sosial beliau. Caranya ialah:\n\nUrutan i love you juga sangat berkesan untuk menghilangkan kembung bayi. Caranya:\n\nBerbarut merupakan tradisi lama yang sememangnya membantu untuk menghilangkan kembung perut pada bayi. Anda boleh pilih barut biasa atau barut gantung. Sapukan minyak panas sebelum barutkan bayi anda.\n\nSelain barut, bedung juga mampu mengurangkan kembung bayi dan memberikan keselesaan supaya bayi mudah tidur.\n\nPengunaan kilas meja akan menyebabkan bayi anda mudah kembung. Ini kerana, apabila menggunakan kilas meja, kipas akan ditumpukan ke arah bayi anda dan angin akan menuju secara direct ke arah bayi. Jika anda menggunakan kilas siling, angin akan tersebar ke seluruh bilik, bukannya fokus terus kepada bayi anda.\n\nMenyendawakan bayi setiap kali selepas menyusu bukan sahaja mengurangkan risiko muntah susu malah ia juga boleh membantu menghilangkan kembung perut yang dialami oleh bayi anda. Terdapat 4 posisi untuk sendawakan bayi iaitu:\n\nKenal pasti punca bayi anda kembung\n\nAdalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca bayi anda kembung supaya punca tersebut boleh dielakkan. Di antara punca biasa yang dikenal-pasti ialah:\n\nItulah dia petua hilangkan kembung bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0 Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai senaman bayi dan resepi makanan bayi."
"Berbeza dengan budaya masyarakat Barat, masyarakat kita lebih selesa tidur bersama bayi mereka semenjak bayi mereka baru lahir lagi. Tabiat ini bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu bapa, ia juga boleh mengelakkan dari kejadian tidak diingini berlaku.\n\nSekiranya sesuatu berlaku pada bayi, ibu bapalah akan menjadi orang pertama yang bertindak terlebih dahulu.\n\nPersoalannya, apabila kita sudah merasakan anak kita cukup besar untuk tidur berasingan dengan kita, bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengajarnya? Pastilah tidak semudah dengan hanya sekadar menyuruhnya tidur di tempat lain apabila dia sudah terbiasa tidur berteman, bukan?\n\nSekiranya anak kecil anda mempunyai adik beradik yang lebih besar, perkara ini mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana sekiranya dia merupakan anak tunggal, atau anak pertama? Pasti sukar bukan?\n\nDisini saya akan berkongsi 5 tips untuk mengajar dan menggalakkan anak anda tidur di katilnya sendiri.\n\n#1 Bercerita Dan Menerangkan Pada Si Manja\n\nSebelum memulakan proses mengajarnya tidur di katil sendiri, pastikan anda mengambil masa beberapa ketika dan bercerita berkenaan biliknya sendiri.\n\nSebagai contoh, sebulan sebelum waktu yang dirancang, ambil kesempatan untuk bercerita pada si manja anda berkenaan biliknya dan katilnya sendiri.\n\n\u201cNanti bila kakak dah besar sikit, kakak tak boleh tidur dengan Ummi dah. Kakak kena tidur dibilik sendiri.\n\nDi bilik sendiri, kakak ada meja belajar sendiri, tempat letak permainan sendiri dan macam-macam lagi. Sama la macam Ummi dan Abi. Ummi dan Abi pun ada bilik sendiri\u201d.\n\nBercerita dengan lembut, dan setiap hari.\n\n\u201cTak lama lagi, adik dah nak lahir. Kesian adik, takut dia terhimpit sebab katil Mak ni kecik je. Abang kan dah besar, Abang bagi adik tidur tempat abang boleh? Nanti Abang boleh tidur bilik Abang sendiri. Lagi best, kan?\u201d\n\nMemperkenalkan anak anda terlebih dahulu dengan perubahan tempat tidurnya adalah sangat penting. Bayangkan jika anda berada dalam situasi yang sama. Anda tiba-tiba mendapat notis untuk keluar dari rumah sewa tanpa sebarang sebab.\n\nPasti anda akan berasa sangat kecewa, bukan? Begitu juga dengan si manja anda. InshaAllah anak anda akan lebih bersedia apabila masa yang sesuai telah tiba.\n\n#2 Sistem Ganjaran ATAU Reward System\n\nSemestinya, hampir semua kanak-kanak akan lebih tertarik dan bersemangat untuk melakukan sesuatu sekiranya diberi ganjaran.\n\nNamun, awas! Ganjaran tersebut biarlah berpada. Jangan sampai si anak terlalu bergantung pada ganjaran sehingga tidak mahu melakukan apa-apa sehingga ganjaran diberikan.\n\nTekniknya, anda perlu memberi ganjaran atas pencapaiannya. Bukan ganjaran diberikan kerana si dia melakukan sesuatu. Apa bezanya ya?\n\nSemasa memujuknya dan memberikan ganjaran, anda terangkan padanya mengapa ganjaran tersebut diberikan.\n\n\u201cAlong tidur dibilik sendiri, tandanya Along dah besar. Disebabkan Along baik dan jadi anak soleh sebab ikut nasihat Mama, Mama belanja Along makan Baskin Robbin kegemaran Along.\n\nInshaAllah kalau Along berterusan akhlak macam ni, Mama akan selalu belanja Along\u201d.\n\nMendidik anak memerlukan kesabaran. Bukan sekadar memaksa mereka melakukan apa yang kita mahukan. Kita sendiri pun tidak suka diperlakukan begitu. Apatah lagi anak-anak, bukan?\n\nGanjaran juga bukan sahaja boleh diberikan dalam bentuk material atau memerlukan kos yang banyak. Anda boleh membuat sticker chart, dan lekatkan pelekat berwarna-warni untuk setiap hari yang anak anda tidur dibiliknya sendiri.\n\nSi manja anda pasti bersemangat untuk memastikan setiap hari dia mendapat pelekat yang terbanyak.\nSerlahkan ke-kreatifan anda dalam memberi ganjaran!\n\n#3 Menemani Di Bilik Tidur Sehingga Si Dia Lena\n\nAnda hanya menemani, BUKAN tidur bersama-sama disebelah mereka. Tidur disebelah anak anda dikhuatiri akan menyebabkan mereka terlalu bergantung pada anda untuk menemani mereka setiap kali tidur.\n\nSemasa menemani, anda boleh mengambil kesempatan ini untuk membacakan ayat suci al-Quran sebelum mereka tidur atau membacakan buku pada mereka.\n\nCara ini bukan sahaja merapatkan hubungan antara anda dan anak-anak. Anda dapat menjana minda mereka untuk menjadi lebih kreatif dan bijak.\n\nApabila anak anda sudah terbiasa untuk tidur sendiri, pastikan anda datang menjenguk setiap kali mereka mahu tidur dan kucup dahi mereka. Dengan cara ini, anak anda akan tahu ibu bapanya akan sentiasa ada bersamanya dan menyayanginya. Mereka akan merasa lebih selamat dan dapat tidur dengan tenang.\n\nTutup pintu, bukan bermakna mengunci pintu. Cukuplah sekadar anda merapatkan pintu bilik anak anda apabila dia mahu tidur. Namun, cara ini bergantung pada kesesuaian anak anda. Jangan sesekali memaksa sekiranya mereka tidak selesa.\n\nTerdapat sesetengah kanak-kanak sukar untuk tidur lebih-lebih lagi apabila suasana diluar bilik masih terang dengan cahaya dan bising dengan bunyi televisyen. Oleh itu, merapatkan pintu bilik merupakan cara terbaik untuk membantu anak anda mudah melelapkan mata.\n\nNamun, ada juga sesetengah kanak-kanak lebih sukar untuk tidur apabila pintu bilik dirapatkan. Mereka akan merasa tidak selamat dan berasa bagaikan terkurung.\n\nOleh itu, kenalpasti keselesaan anak anda. Anda mungkin boleh merapatkan sedikit pintu bilik, ataupun memasang lampu tidur supaya anak anda dapat tidur dengan selesa.\n\n#5 Letakkan Kembali Dibilik Tidur Mereka Sendiri\n\nDiperingkat awal, si manja anda pasti akan kerap datang kembali ke katil anda apabila dia terjaga diwaktu malam. Letakkan mereka kembali di katil mereka sendiri serta-merta dan temani mereka sehingga mereka terlena.\n\nUlang tabiat ini dengan istiqamah sehingga mereka faham. Jangan memaksa, apatah lagi memarahi mereka sepanjang proses tersebut.\n\nLama kelamaan, mereka akan faham tempat tidur mereka bukanlah dikatil anda.\n\nSaya seringkali mengingatkan diri sendiri, menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Tetapi ganjarannya berlipat ganda. Ada juga masanya, saya mengeluh tanpa sedar. Diwaktu itu saya terlupa, betapa beruntungnya saya kerana diberikan Allah peluang menjadi seorang ibu. Ayuh berusaha memperbaiki diri menjadi orang yang lebih baik berbanding semalam."
"Anda sedang mengandung? Teruja nak tahu sama ada kali ni anda berjaya dapat anak lelaki atau pun perempuan? Kalau anda tak sabar nak tahu jantina bayi dalam kandungan anda, jom baca perkongsian kami tentang tanda hamil anak lelaki.\n\nKata orang tua, kalau perut anba berbentuk bulat dan tajam, itu adalah tanda anda sedang mengandungkan anak lelaki. Sementara perut lonjong seperti belon ialah tanda anda sedang mengandung anak perempuan. Sebab tu bila anda jumpa orang tua, mereka biasanya akan memegang dan mengusap perut anda untuk melihat bentuknya.\n\nKebiasaanya, jika anda mengandung anak lelaki, perut anda akan kelihatan ke bawah sedikit. Kandungan anda akan berada pada paras rendah. Sementara bayi perempuan akan duduk pada paras yang lebih tinggi.\n\nIbu mengandung kebiasaannya akan mengalami perubahan pada payudara apabila mengandung. Aerola akan menjadi semakin gelap dan membesar. Malah saiz payudara anda juga akan semakin besar dan berat kerana kilang susu mula bekerja. Namun, jika anda sedang mengandung anak lelaki, biasanya payudara belah kanan anda akan menjadi lebih besar daripada belah kiri. Cuba perhatikan saiz payudara anda. Sama besar atau yang kanan lebih besar?\n\nSetiap ibu mengandung akan mengalami perubahan hormon sepanjang tempoh kehamilan. Perubahan hormon yang berlaku akan menyebabkan berlakunya perubahan pada kulit, terutamnya di bahagian muka. Salah satu tanda hamil anak lelaki ialah banyak jerawat tumbuh pada muka.\n\nJika sebelum ini muka anda bersih tanpa jerawat, tiba-tiba naik jerawat. Kalau anda memang jenis yang mempunyai masalah jerawat, ia akan menjadi semakin buruk. Jangan risau, nanti lepas bersalin, masalah jerawat akan reda semula dengan sendiri.\n\nSekali lagi, semua ibu mengandung akan mengalami kenaikan berat badan memandangkan perut anda sedang dipenuhi oleh seorang bayi dan air ketuban. Ditambah pula dengan selera makan yang membuak-buak semasa mengandung, eating for two katakan.\n\nWalau bagaimana pun, kebiasaannya ibu yang mengandungkan anak lelaki akan mengalami kenaikan berat badan yang lebih banyak berbanding mengandungkan anak perempuan.\n\nSatu lagi cara nak tahu sama ada anda mengandung anak lelaki atau perempuan ialah dengan cara melihat apa yang anda suka makan sepanjang mengandung. Kalau anda suka makan makanan masam seperti jeruk dan asam, itu adalah petanda anda sedang mengandung anak lelaki.\n\nKalau anda sentiasa rasa nak makan makanan manis seperti coklat, aiskrim, kek dan pastri, kemungkinan besar anda sedang mengandung anak perempuan.\n\n7. Suka makan makanan tinggi kalori\n\nIngat tak tadi kami ada tulis bahawa mengandung anak lelaki akan menyebabkan berat badan anda naik dengan lebih banyak berbanding anak perempuan? Ini berlaku kerana biasanya anak lelaki akan menyebabkan anda lebih suka makan makanan yang tinggi kalori.\n\nTanda hamil anak lelaki yang seterusnya ialah sikap ibu yang malas bersiap setiap kali nak keluar dari rumah. Anda akan berubah menjadi seorang yang simple. Anda jadi malas untuk memakai produk penjagaan kulit, malas nak bermakeup, malas nak jaga rambut, dan lebih suka pakai pakaian simple.\n\nKalau dulu anda suka berhias dan bersolek, tiba-tiba anda lebih suka keluar dengan sekadar memakai sedikit bedak kompak dan secalit lipstick. Kalau dulu biasanya anda suka melilit shawl dengan gaya terkini, mungkin sekarang anda sekadar meletakkan shawl ke bahu.\n\nPosisi anda tidur juga merupakan salah satu tanda yang boleh diperhatikan. Jika mengandung anak lelaki, anda akan lebih selesa tidur sambil mengereng belah kiri.\n\nIbu mengandung sememangnya akan berasa penat memandangkan anda sedang membawa muatan berat dalam perut. Namun, kalau anda perhatikan, mengandung anak lelaki akan menyebabkan anda berasa lebih letih dan tak bermaya sedangkan mengandung anak perempuan akan menyebabkan anda rasa lebih energetik.\n\nTanda hamil anak lelaki yang seterusnya ialah wajah anda akan kelihatan kusam dan tidak berseri. Ini kerana anda berasa malas untuk menjaga kulit muka. Takde mood nak pakai pelembab, toner, dan serum seperti biasa. Akibatnya, muka anda akan kehilangan serinya. Nampak kusam dan tak bermaya.\n\nSelain kulit kusam dan kehilangan seri, kulit menjadi kering juga merupakan tanda anda hamil anak lelaki. Ya, kulit anda menjadi kering kerana anda malas nak memakai produk kecantikan kulit seperti biasa. Ditambah pula dengan kecelaruan hormon dalam badan, lagilah kering muka anda.\n\nKebiasaannya, bayi lelaki akan bergerak dengan lebih teratur dan mudah dijangka. Sebagai contoh, anda tahu bayi anda akan lebih aktif pada waktu pagi atau semasa anda lapar. Sementara pergerakan bayi perempuan lebih sukar untuk dijangka.\n\nAda yang mengatakan bahawa jika sepanjang kehamilan, deyutan jantung ibu ialah kurang daripada 150 denyutan untuk setiap minit, itu adalah tanda hamil anak lelaki. Sementara ibu yang mengandungkan anak perempuan akan mempunyai denyutan jantung yang lebih laju.\n\n15. Sikap ibu sepanjang tempoh kehamilan\n\nTanda hamil anak lelaki yang seterusnya ialah dengan melihat sikap anda sepanjang tempoh kehamilan. Kalau anda rasa diri anda semakin tegas, keras kepala dan asyik rasa nak menang dalam semua perkara, itu tandanya anda sedang mengandungkan anak lelaki.\n\nJika anda perasan diri sendiri menjadi lebih cerewet, moody, mudah terasa dan mudah menangis, kemungkinan besar anda sedang membawa anak peremppuan didalam kandungan.\n\nItulah dia 15 tanda hamil anak lelaki yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga mungkin meminati perkongsian kami tentang posisi menyusu,\u00a0persediaan bersalin, dan checklist barang bersalin."
"Ayuh ketahui kisah antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis.\n\nTerdapat banyak versi mengenai kisah Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis. Dalam surah al-Naml, Allah SWT menceritakan kehebatan Baginda yang memerintah sebuah kerajaan yang gah, berjaya menawan hati pemerintah negeri Saba\u2019 untuk menerima Islam.\n\nNabi Sulaiman a.s dikurniakan singgahsana dan tahta sebagai pemerintah tertinggi, bukan sahaja sebagai seorang sultan yang memerintah manusia, tetapi mampu menundukkan bangsa jin\u00a0 selain\u00a0 mempunyai kelebihan bercakap memahami bahasa binatang. Namun, dengan kesempurnaan itu Baginda sedikitpun tidak\u00a0 berasa megah dan bersikap sombong, bahkan sentiasa mengagungkan Allah SWT.\n\nDan, dengan hanya berantarakan seekor burung\u00a0 Hud hud, Nabi Sulaiman a.s menjalani dakwah terhadap Ratu Balqis yang angkuh itu, sehingga akhirnya pemerintah kerajaan Saba\u2019 itu tunduk dengan kebesaran Allah SWT.\n\nSuatu \u00a0hari, Nabi Sulaiman a.s meminta semua pasukan tenteranya berkumpul dalam kedudukan masing-masing. Sehingga suatu ketika, Baginda mendapati\u00a0 burung Hud hud tidak berada di tempatnya. Baginda tertanya ke mana-mana perginya burung itu.\n\n\u201cDan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata \u00a0\u2018mengapa aku tidak melihat Hud hud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?\u201d\n\nLalu membuatkan Nabi Sulaiman a.s murka dan mahu menghukumnya jika burung hud-hud tidak mempunyai alasan yang munasabah.\n\n\u201cDemi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)\u201d\n\nTugas burung Hud hud seperti diterangkan oleh Ibnu Abbas adalah sebagai peninjau yang akan memastikan sesuatu kawasan itu terlebih dahulu, sama ada mempunyai sumber air ataupun tidak. \u00a0Termasuklah jika pasukan tentera Nabi Sulaiman a.s mempunyai masalah air di sesuatu tempat, burung Hud hud akan menunjukkan punca air kepada mereka.\n\nRatu Balqis dan Rakyatnya yang Menyembah Matahari\n\nSetelah itu, burung Hud hud akhirnya datang dan memberikan alasan yang mampu menyelamatkannya daripada didenda azab dan siksaan. Apakah alasan itu?\n\n\u00a0\u201cHud hud itu tidak lama kemudian datang sambil berkata (kepada Sulaiman) \u2018Aku dapat mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya dan aku datang kepadamu dari negeri Saba\u2019 dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya.\u201d\n\nCerita\u00a0 Hud hud, ketika dia sedang terbang menuju ke satu negeri bernama Saba\u2019 iaitu negeri yang berdekatan dengan Yaman. Terdapat sebuah kerajaan yang diperintah oleh seorang wanita.\n\n\u00a0\u201cSesungguhnya aku dapati seorang perempuan (Balqis) yang memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.\u201d\n\nBurung Hud-hud juga menjelaskan bahawa raja perempuan berserta kaumnya itu sujud menyembah matahari, manakala cara mereka beribadah adalah seperti tidak beriman kepada Allah SWT. Wanita yang memerintah negeri itu adalah Ratu Balqis.\n\n\u00a0\u201cAku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah dan syaitan pula memperelok pada pandangan mereka akan perbuatan syirik mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar) Oleh itu mereka tidak memperoleh petunjuk.\u201d\n\nBurung Hud hud terus menyampaikan hal yang dilihatnya secara langsung tanpa sedikit pun tokok tambah.\n\n\u201c(Mereka dihalangi oleh syaitan) supaya tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan dibumi dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. \u00a0Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar.\u201d\n\nLalu, Nabi Sulaiman a.s mempercayai kata-kata yang disampaikan oleh penyampainya itu.\n\n\n\u201cNabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.\u201d\n\nNabi Sulaiman kemudiannya menulis sepucuk surat kepada Ratu Balqis, dan mengirimkan burung Hud hud untuk menyampaikannya. Surat tersebut adalah sebagai\u00a0 dakwah kepada Ratu Balqis serta\u00a0 kaumnya untuk mengajak mereka beriman kepada Allah SWT.\n\n\u00a0\u201cPergilah dengan membawa suratku ini lalu jatuhkanlah kepada mereka,kemudian berpalinglah dari mereka,lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.\u201d\n\nKetika surat Nabi\u00a0 Sulaman a.s sampai di istana Puteri Balqis, burung Hud hud mencampakkan surat itu kepada mereka dan\u00a0 kemudiannya dibaca oleh Ratu Balqis.\n\nDalam surat tersebut, ternyata Nabi Sulaiman a.s ingin Ratu Balqis dan pengikutnya memeluk agama Islam dan menyembah tuhan yang Esa iaitu Allah SWT, seperti permulaan surat tersebut yang membesarkan nama Allah SWT.\n\nLalu bermesyuaratlah Ratu Balqis dengan para pembesarnya mengenai surat yang baru diterimanya itu.\n\n\u201c(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba\u2019: \u2018Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia\u2019.\u201d\n\n\u00a0\u201cBerkata ia (Balqis)\u2019Hai pembesar-pembesarku, Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): \u2018Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah).\u201d\n\nAda dalam kalangan pembesar yang memberi cadangan untuk berperang dengan tentera Nabi Sulaiman kerana yakin dengan kekuatan dan keberanian tentera yang mereka miliki.\n\n\u201cRaja perempuan itu berkata lagi, \u2018Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya\u2019. Mereka menjawab: \u2018Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan\u2019.\u201d\n\nTetapi Ratu Balqis tidak bersetuju, dan mempunyai pendapat yang berlainan. Ini kerana \u00a0beliau berasakan Nabi Sulaiman a.s merupakan lawan yang tidak seperti lawan yang lain.\n\nLalu Ratu Balqis mendapat akal untuk mencuba cara lain untuk\u00a0 mengambil hati Nabi Sulaiman a.s iaitu \u00a0dengan mengirimkan hadiah berupa harta serta perhiasan.\n\n\u00a0\u201cRaja perempuan itu berkata, sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita.\u201d\n\nNamun, sebaik sahaja utusan Ratu Balqis sampai ke istana Nabi Sulaiman a.s, Baginda menolak pemberian itu dengan pesanan bahawa Baginda beserta bala tenteranya akan menguasai kerajaan Saba\u2019 tersebut.\n\n\u201cMaka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya), \u2018Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikan-Nya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah)\u2019.\u201d\n\n\u201cKemudian Nabi Sulaiman berkata lagi, \u201cKembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba\u2019 dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.\u201d\n\nSebaik sahaja mendapat pesanan itu, Ratu Balqis tidak memiliki pilihan lain kecuali tunduk dan patuh kepada perintah Nabi Sulaiman a.s itu.\n\nSewaktu Ratu Balqis dan seluruh kerajaannya menyerah diri kepada Nabi Sulaiman a.s, mereka pun bertolak ke negeri Yaman yang diperintah oleh Nabi Sulaiman a.s untuk menghadap.\n\nBaginda Nabi Sulaiman a.s mendapat akal untuk menguji kebijaksanaan Ratu Balqis lalu bertanyakan kepada para tenteranya, iaitu sesiapa yang boleh membawa istana singgahsana Ratu Balqis ke tempatnya.\n\n\u201cNabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): \u2018Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang menghadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?\u201d\n\nMaka, berkatalah Ifrit dari golongan jin bahawa dia mampu membawa singgahsana tersebut sebelum Nabi Sulaiman a.s berdiri dari tempat duduknya.\n\n\u201cBerkatalah Ifrit dari golongan jin: \u2018Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah\u2019.\u201d\n\nTerdapat beberapa tafsiran berkenaan hal ini. Ada yang berpendapat ifrit mampu membawa singgahsana tersebut sebelum habis majlis pertemuan itu, dan sesetengah yang mengatakan waktunya adalah pagi sehingga hampir tergelincirnya matahari.\n\n\u201cBerkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: \u2018Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!\u2019 Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: \u2018Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah\u2019.\u201d\n\nSesetengah pendapat menyatakan \u2018sebelum matamu berkedip\u2019 bermaksud,\u00a0 sebelum letih mata ketika memandang sesuatu, atau pendapat lain yang mentafsirkannya sebagai memandang sesuatu pemandangan yang jauh.\n\n\u201cNabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): \u2018Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian\u2019.\u201d\n\nPada ketika itu juga, singgahsana Ratu Balqis dibawa ke hadapan Nabi Sulaiman a.s dalam tempoh waktu yang sekejap sedangkan ianya terletak di tempat yang sangat jauh.\n\nRatu Balqis di Istana Nabi Sulaiman a.s\n\n\nSewaktu \u00a0Ratu Balqis tiba di istana Nabi Sulaiman a.s, Baginda bertanya kepada Ratu Balqis sama ada singgahsana di hadapan mereka itu adalah miliknya di Saba\u2019. Lalu Ratu Balqis menjawab, mungkin itu adalah singgahsananya kerana dia sudah sedia mengetahui akan kekuasaan dan kebolehan yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman a.s.\n\n\u201cMaka ketika ia datang menghadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: \u2018Serupa inikah singahsanamu?\u2019 Ia menjawab: \u2018Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)\u2019.\u201d\n\n\u201cDan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.\u201d\n\nKemudian, Nabi Sulaiman a.s mempersilakan Ratu Balqis memasuki istananya. Sewaktu ratu itu memasuki istana tersebut disangkanya halaman istana itu adalah sebuah kolam air, lalu dia dengan segera menyingkapi labuhan kainnya. Maka Nabi Sulaiman a.s pun menjelaskan bahawa istanannya itu dibina oleh kaca yang berkilau seperti air.\n\nSebaik sahaja mengetahui hal itu, Ratu Balqis pun menyesal akan kejahilannya. Lalu berdoa memohon keampunan Allah SWT.\n\n\u201c(Setelah itu) dikatakan kepadanya: \u2018Dipersilakan masuk ke dalam istana ini\u2019. Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata, \u2018Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca\u2019. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: \u2018Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam\u2019.\u201d\n\nPenutup: Dakwah yang membawa kepada Islam tidak semestinya melalui kekerasan atau paksaan.\n\nSesungguhnya kisah Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Balqis ini memperlihatkan hikmah dakwah yang dilakukan tanpa kekerasan. Dan mengetahui bahawa hidayah dan petunjuk Allah itu mahal dan akan diberikan kepada sesiapa juga yang dikehendak-Nya. Bahkan golongan yang begitu kufur dan keras menentang Islam pun akan mendapat hidayah jika diizin-Nya.\n\nSemoga Allah SWT berterusan memelihara hidayah dan iman kita semua, amin."
"Ayuh baca resepi yang kami kongsikan kali ini. Walaupun tampak mudah, namun rupanya kalau tidak tahu cara membuat bihun goreng tomyam yang sedap maka tidak menjadilah dia.\n\nMakan bihun goreng di kedai umpama makan minyak yang berlinang, betul? Rencahnya pula kelaut namun dijual dengan harga kadangkala tidak masuk akal, Baik tidak payah membeli di kedai bukan? Buat sendiri jauh lebih berbaloi dan untung. Rasanya pula tidak beza mana malah sedap teramat.\n\nJika makan bihun goreng hari ini esok mesti teringin buat lagi. Itulah tarikan resepi bihun goreng tomyam yang dikongsikan oleh Zureena Nor Hakim\u200e di laman Facebook ini. Resepi pula amat mudah. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi bihun goreng tomyam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Learning Disorder biasanya dibahagikan kepada 3 kategori \u2013 language disorder, specific learning disorder (reading, writing and arithmetics) dan masalah lain seperti coordination, motor skills dan sebagainya.\n\nSelalunya, masalah keupayaan pembelajaran berlaku pada semua spektrum di atas.\n\nIngat! Tugas ibubapa bukan mendiagnosis anak-anak sendiri, tetapi memantau dan mengenal pasti masalah seawal mungkin dan kemudian dapatkan bantuan professional. Perkongsian ini sebagai maklumat. Setiap kes berbeza berdasarkan sejarah individu.\n\nAntara tanda-tanda awal yang boleh dikesan pada kanak-kanak berusia 5 tahun:\n\nBagi kanak-kanak yang ke sekolah tadika (penghujung 6 tahun)\n\nSekolah akan ada ujian saringan LINUS, namun lebih baik kalau ibubapa ambil perhatian awal sebelum terlewat. Dapatkan maklumbalas dari guru mengenai perkembangan anak-anak di sekolah. Jadikan guru \u2018share-partner\u2019 anda dalam mendidik anak-anak.\n\nSekiranya kenal pasti masalah, boleh lakukan ujian saringan di mana-mana Klinik Kesihatan. Rujukan ke klinik pediatrik atau psikiatri kanak-kanak hanya untuk kes yang memerlukan pengesahan diagnosis atau intervensi.\n\nSumber: (Learning Disorder, Jensen & Breiger, 2005)"
"Semur ialah lauk tradisi Indonesia-Belanda, nama asalnya ialah \u201cSmoor\u201d. Bagi yang berdarah Jawa mesti kenal dengan lauk ini. Resepi semur seakan sama dengan masak kicap, tapi kaya dengan rempah, berkentang dan bersantan.\n\nTerdapat banyak bahan masakan yang boleh dimasak semur sebenarnya seperti tauhu, telur, jering dan lauk-lauk ini amat terkenal di Jawa. Semur memang sedap dimakan dengan nasi panas, nasi impit, atau dicicah roti. Lauk kegemaran ramai tentunya.\n\nSemur juga selalunya dihidang untuk acara cukur rambut, kenduri dan sebagainya. \u200eNurul Syuhada Che Din\u200e berkongsikan resepi semur ayam yang anda patut cuba. Lauk ini bahkan tidak pedas sama sekali amat sesuai untuk orang yang tidak suka pedas dan kanak-kanak.\n\nSelain semur ayam, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pastinya ramai di antara kita yang mengenali dan menggemari nasi arab yang boleh didapati di merata tempat dengan mudah. Bagi mereka yang menggemari nasi arab pastinya anda tertanya-tanya apakah makanan lain yang menarik lagi selain nasi arab yang berasal dari negara timur tengah.\n\nPada hari ini, kami akan berkongsikan resepi nasi bukhari dengan anda. Nasi ini dikenali sebagai kabuli palaw di tempat asalnya. Hidangan ini boleh dibuat dengan daging kambing, daging atau ayam.\n\nTanpa melengahkan masa, mari kita lihat bagaiman cara-cara untuk menyediakan nasi bukhari ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Kesavan Supramaniam di laman Facebooknya.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nJika anda sudah cuba resepi ini dan mahukan resepi lain lagi, klik pada pautan di bawah dan lihat lebih banyak resepi-resepi yang menarik yang telah kami kongsikan di sini. Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan anda!"
"Siapa suka makan jeruk mangga? Dengar namanya pun boleh buat kecur air liur. Belum lagi kalau nampak depan mata. Alamatnya, tidak tidur malam dibuatnya. Nak tahu cara buat jeruk mangga homemade yang rangup? Jom baca artikel ini.\n\nJeruk ialah sejenis makanan yang mengalami proses pengawetan dengan cara direndam larutan berasid atau garam. Terdapat pelbagai jenis jeruk di negara kita iaitu jeruk mangga, kedondong, betik, lobak putih, lada dan sebagainya.\n\nBiasanya jeruk buah-buahan akan dimakan begitu sahaja berbanding jeruk sayur-sayuran. Jeruk lada misalnya, akan dimakan bersama-sama kuetiau goreng. Manakala, jeruk lobak putih akan dimasak bersama-sama masakan lain atau dimakan dengan bubur nasi.\n\nRamai di antara kita yang suka makan jeruk mangga bukan? Rasanya yang masam, masin dan manis benar-benar membangkitkan selera. Jika kita diserang selsema dan demam, pasti selera makan akan terjejas. Cuba makan sedikit jeruk mangga, pasti tekak akan berasa lega.\n\nBegitu juga dengan ibu mengandung yang sering loya, mereka gemar makan jeruk untuk menghilangkan rasa mual. Namun, jangan pula makan jeruk dalam keadaan perut kosong. Masalah lain pula yang akan timbul nanti.\n\nDalam artikel ini, penulis akan kongsikan cara membuat jeruk mangga homemade yang rangup. Kini, anda tidak perlu lagi beli di pasaran. Kita pun tidak pasti kandungan sebenar bahan dan tahap kebersihan dalam penyediaannya. Teruskan pembacaan anda.\n\nJeruk yang enak mestilah rangup dan tidak lembik. Kerangupan teksturnya ditambah pula dengan rasa masam, masin dan manis serta pedas membuatkan kita mengunyah tanpa henti. Di bawah ini, penulis akan kongsikan beberapa resepi jeruk mangga yang rangup.\n\nBasuh buah mangga sehingga bersih. Kemudian, buang kulit dan bilas sekali lagi. Potong isi mangga mengikut citarasa masing-masing. Isikan air masak yang suam separas buah yang dipotong ke dalam besen.\n\nMasukkan garam dan cuka. Gaulkan kesemuanya hingga sebati. Tutup bekas dan biarkan semalaman. Selepas itu, tapis dan buang air rendaman tersebut. Anda tidak perlu membasuhnya.\n\nMasukkan buah mangga ke dalam balang kaca atau plastik. Sementara itu, gula pasir perlu dimasak dengan sedikit air. Setelah sejuk, tuangkan ke dalam balang tersebut. Simpan semula di dalam peti sejuk semalaman lagi.\n\n15 hingga 20 biji mangga epal\n\n1 sudu besar kapur makan (larutkan di dalam air)\n\nSetelah mangga dikupas kulitnya, bilas sehingga bersih. Masukkan mangga yang telah dipotong ke dalam balang dan isikan garam kasar. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Air yang terkumpul perlu dibuang keesokan harinya.\n\nAir kapur perlu dibancuh dengan air. Kemudian, tuang ke dalam balang sehingga mangga tenggelam. Biarkan selama 6 hingga 12 jam. Masak gula dengan 3 cawan air sehingga larut. Biarkan sehingga sejuk.\n\nMangga yang direndam dengan air kapur perlu dibasuh dan ditoskan airnya. Masukkan semula ke dalam balang dan isikan air gula yang telah sejuk tadi. Air gula tidak perlu menenggelamkan kesemua hirisan mangga. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.\n\n8 sudu besar gula pasir (boleh ditambah)\n\n10 tangkai cili padi (boleh ditambah)\n\nPotong kulit buah mangga dan bilas sehingga bersih. Kemudian, hiris mengikut ketebalan yang disukai. Tapis lebihan air sehingga sedikit kering. Masukkan, cuka, garam dan gula. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Esoknya, buangkan lebihan air yang terhasil. Anda tidak perlu mencucinya.\n\nBelah tengah buah limau kasturi yang telah dicuci (tidak perlu perah jusnya). Masukkan ke dalam balang berisi buah mangga. Isikan juga dengan beberapa biji asam kecut dan hirisan cili padi. Goncang balang tersebut supaya semua bahan sebati.\n\nBuah mangga yang telah dikupas kulit perlu dihiris memanjang. Campurkan kapur dengan air suam dan tuangkan ke dalam hirisan mangga tenggelam. Biarkan di dalam peti sejuk semalaman.\n\nEsoknya, bilas dan tapis hirisan mangga tersebut. Kemudian, masukkan serbuk asam (kalau hendak lebih manis, boleh letakkan gula ikut suka). Akhir sekali, masukkan hirisan cili padi untuk menambahkan kesedapan jeruk mangga tersebut.\n\n5 biji asam boi (atau asam-asam jenis lain)\n\n1/4 cawan air bikarbonat ais krim soda\n\nHirisan mangga yang telah dikupas kulitnya dibasuh dan ditoskan. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk. Hasilnya jeruk mangga menjadi lebih rangup.\n\nBagi yang suka makan jeruk mangga yang rangup dan enak, anda boleh mencuba resepi-resepi di atas. Tahap masam, manis, masin dan pedas boleh disesuaikan ikut citarasa. Jika sudah cuba, jangan lupa kongsikan dengan kami ya.\n\nNamun begitu, penulis mengingatkan pembaca sekalian agar jangan makan jeruk secara berlebihan. Ia akan mengakibatkan perut menjadi luka iaitu terjadinya gastrik. Paling penting, jangan makan ketika perut kosong.\n\nAnda juga boleh mencuba sosej homemade dan ais krim vanila. Malahan, terdapat pelbagai jenis resepi dan tips yang boleh dicuba oleh para pembaca di bidadari.my. Selamat mencuba!"
"Patut ke aku pertahankan hubungan aku dengan si dia?\u00a0 Ini antara persoalan yang perlu anda tanya pada diri anda jika pasangan anda seorang yang bermasalah.\n\nRamai para wanita di luar sana sanggup mempertahankan hubungan dengan kekasih hati mereka walaupun pasanganya seorang yang bermasalah. Kononya apabila sudah berkahwin pasangan merka akan berubah menjadi seorang yang lebih baik.\n\nAda juga yang mmeberi alasan mereka sanggup mempertahankan hubungan seperti ini kerana mencintai pasangan mereka dengan sepenuh hati. Namun begitu, adakah mereka sedar implikasi buruk jika mempertahakan perhubungan seperti ini?\n\nPunca hubungan cinta tak menjadi ini ada banyak dan anda benar-benar dalam masalah andai ada ciri-ciri ini dalam hubungan anda dan si dia.\n\nMasih Ada Lagi Wanita Yang Sanggup Pertahankan Hubungan Yang Bermasalah Hingga Ke Jinjang Pelamin\n\nSebenarnya, mempertahankan hubungan yang bermasalah bukanlah satu pilihan yang tepat. Malah ia akan memberikan kesan buruk kepada diri anda. Tidak hairanlah jika kita lihat saban tahun keganasan rumah tangga semakin meningkat. Ia gara-gara ada segelintir wanita yang sanggup pertahankan hubungan yang bermasalah sehingga ke jinjang pelamin.\n\nAkibatnya ia memberi kesan buruk bukan sahaja kepada rumah tangga malah turut memberi kesan kepada diri mereka. Antaranya:\n\nSiapa yang menganggap perkahwinan dapat mengubah perangai seseorang sebenarnya satu tanggapan yang salah. Ini kerana, ia akan membuatkan pasangan anda berperangai lebih teruk dan dia akan menjadikan anda tempat untuk dia melepaskan segala amarahnya. Sebenarnya, orang yang mempunyai sikap sebegini bukanlah berkahwin dengan atas dasar cinta sebaliknya dia hanya hendak mempergunakan anda sahaja.\n\n#2-Terlalu Berharap Akhirnya Anda Yang Merana\n\nApabila sudah berkahwin sudah tentu anda meletakkan harapan yang tinggi kepada pasangan anda untuk berubah sikap apabila sudah berkahwin. Lebih-lebih lagi apabila pasangan anda sudah berjanji dengan anda untuk mengubah sikap. Sudah pastinya anda akan meletakkan harapan yang tinggi, terutamanya selepas pasangan anda sudah berjanji. Namun, akibat meletakkan harapan yang terlalu tinggi, akhirnya anda yang merana kerana sikapnya yang semakin lama semakin teruk.\n\nPasti anda merasakan yang anda akan rasa lebih di hargai apabila selepas berkahwin. Namun begitu, langit tidak selalu cerah. Walaupun anda susah payah pertahankan hunbungan anda hingga ke jinjang pelamin, tidak bermaksud anda akan di hargai. Sebaliknya, anda akan terasa seperti tidak di hargai. Lebih-lebih lagi apabila anda di sepak terajang hanya kerana satu kesilapan yang kecil. Ini yang terjadi kepada mereka yang pernah melalui pengalaman seperti ini.\n\n#4-Anda Dijadikan Sebagai Tempat Untuk Melepaskan Segala Amarah\n\nIni antara perkara penting yang perlu anda fikirkan sebelum anda membuat keputusan untuk pertahankan perhubungan yang bermasalah. kalau waktu bercinta di sepak terajang, anda yakin ke kalau waktu sudah berkahwin nanti pasangan anda akan berubah?\n\nSebenarnya, sudah banyak terjadi kes sebegini di luar sana, ada antara mereka di luar sana yang menjadi tempat untuk suami mereka melepaskan rasa amarah. Setisp hari mereka di maki. di caci malah ada yang sampai ke tahap sepak terajang. Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk pertahankan hubungan sebegini, lebih baik anda fikir sedalam-dalamnya.\n\n#5-Anda Akan Rasa Kecewa Dan Tertekan\n\nBila sudah terlalu banyak penderitaan yang anda alami lama-kelamaan anda akan merasa kecewa dan tertekan. Inilah perasaan yang di hadapi oleh mereka yang mempunyai masalah sebegini. Malah, akibat penderitaan yang di tanggung terlalu berat, ada yang sampai ke tahap mahu membunuh diri dan ada juga yang menjadi gila.\n\nSemuanya, ini akibat kesilapan yang mereka untuk pertahan perhubungan mereka, padahal dia tahu bagaimana sikap pasanganya tetapi dia tetap meletakkan harapan yang tinggi. Akibatnya, mereka merasa kecewa dan menyesal.\n\nAntara Ciri-Ciri Bakal Pasangan Yang Perlu Anda Elakkan\n\nPasti anda semua tidak mahu perkara seperti di atas terjadi di dalam hidup anda. Justeru itu, anda perlulah elakkan memilih pasangan yang mempunyai sikap yang teruk seperti di atas. Dalam memilih pasangan hidup, perkara pertama sekali yang perlu anda lihat ialah sikapnya.\n\nIni kerana, jika anda memilih pasangan yang mempunyai sikap panas baran, dia akan sentiasa melayan anda dengan kasar. Ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan pasangan anda tidak sesuai untuk di jadikan sebagai teman hidup. Antaranya ialah:\n\nDalam Memilih Pasangan Hidup Anda Perlulah Lebih Bijak Supaya Tidak Merana Di Kemudian Hari\n\nMemilih pasangan hidup bukanlah satu perkara yang boleh di buat main. Jika silap pilih anda yang akan merana di kemudian hari. Justeru itu, anda perlulah mencari pasangan hisup yang mempunyai sikap yang elok dan terpuji.\n\nAnda berkahwin untuk seumur hidup dan sudah pastinya anda mahukan perkahwinan yang harmoni dan yang tenteram. Namun, jika perkahwinan yang anda bina di hiasi dengan penderaan yang terpaksa anda alami sudah tentu ia kana membuatkan anda menderita. Jadi, elakkan dari salah memilih pasangan hidup anda.\n\nBaca juga\u00a0petua cepat hamil selepas gugur dan jenis cincin dalam perkahwinan."
"Bosan dengan diet makan yang sihat hari-hari? Apa kata anda kreatifkan diri dengan mengolah bahan-bahan yang sihat menjadi resepi jus buah buahan dan sayuran yang enak tetapi menyihatkan. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa resepi jus buah buahan dan sayuran yang sangat bagus untuk kesihatan dengan khasiat dan nutrisi yang begitu tinggi.\n\nPanduan resepi jus buah buahan dan sayuran\n\nCampuran buah buahan dan sayuran adalah kombinasi campuran jus yang sangat ideal untuk menghasilkan minuman diet yang bagus untuk kesihatan tubuh badan.\n\nBerikut ini kami kongsikan beberapa resepi jus buah buahan dan sayuran yang boleh anda cuba sendiri di rumah.\n\n1. Jus lobak merah, nenas dan halia\n\nCampuran lobak merah, nenas dan halia adalah gabungan berperisa tropika yang sangat lazat serta mempunyai manisan semula jadinya tersendiri. Ia amat bagus sebagai penambah tenaga tambahan kepada tubuh badan.\n\n2. Jus lemon, halia dan kunyit\n\nKunyit dan halia mempunyai fungi sebagai anti radang semula jadi dan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Lemon pula secara semulajadi menyahtoksik dan mengalkalikan dalam badan, membantu dalam pergerakan usus yang sihat, dan mempunyai banyak vitamin C, yang meningkatkan sistem imun.\n\nManakala lada hitam membantu dalam meningkatkan penyerapan fungsi kunyit sehingga 2000%. Memang sangat menakjubkan!\n\nSayuran hijau secara semula jadinya mengandungi banyak khasiat. Ia rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat, mengandungi banyak kandungan air, antioksidan, mengandungi beta-karotena, dan membantu menangani masalah kesihatan\u00a0yang lain. \n\nJus tembikai tinggi dengan vitamin A, vitamin C dan kalium. Selain itu ia juga terkandung sebanyak 92% air yang berfungsi untuk menghidratkan tubuh.\n\nBuah delima mengandungi khasiat yang tinggi dengan antioksidan, selain nutrisi seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B9 dan kalium.\n\nRamai mungkin tidak perasan akan khasiat buat kiwi. Buah kiwi ini juga merupakan sumber nutrisi yang baik kerana mengandungi vitamin C, kolin, lutein dan zeaxanthin.\u00a0\n\nIa berperanan membekalkan sumber antioksidan yang mampu untuk mengawal radikal bebas dalam badan.\n\n7. Jus tomato, bayam dan pasli\n\nCampuran bahan utama sepeti tomato, bayam, dan pasli amat bagus untuk meningkatkan imun tubuh badan bagi menghindarkan diri dari penyakit. \n\nJus saderi adalah antara minuman terbaik diminu pada waktu pagi untuk membantu menyihatkan kesihatan usus, menguatkan hati, dan menyokong tumbesaran badan.\n\nTimun dikenali sebagai agen penyejuk dan penghidrat kepada tubuh badan. Ia terkandung dengan khasiat seperti kebanyakkan sayuran yang lain, rendah kalori, dan tinggi nutrisi.\n\n10. Jus karot, nenas dan oren\n\nJus campuran karot, nenas, dan oren ini adalah sangat sesuai dan menyegarkan tekak lebih-lebih lagi ketika musim panas. \n\nSelain dari panduan resepi jus buah buahan dan sayuran ini, anda juga boleh baca artikel resepi kami yang lain berkenaan minuman kesihatan seperti:"
"Biskut Kacang atau sesetengah orang memanggilnya biskut Mazola. Sebelum ini biskut ini hanya boleh didapati pada musim hari raya sahaja. Sekarang, bila- bila masa pun boleh dapatkan biskut ini. Banyak dijual dimana-mana. Ramai yang jadikan biskut kacang ini sebagai kudap-kudapan atau \u2018snack\u2019.\n\nBagi penggemar kekacang, sudah pasti biskut kacang ini menjadi biskut kegemaran mereka. Bahan pun mudah dan murah. Cara nak buatnya pun senang. Bolehlah dijadikan aktiviti menekap biskut sebagai aktiviti dengan anak-anak. Seronoklah anak-anak nya nanti.\n\nJom tengok dan cuba resepi yang dikongsi oleh Khatijah Khatijah dilaman muka buku. Resepi ini mendapat perkongsian ramai kot. Mungkin disebabkan resepinya cepat, mudah difahami dan dibuat. Tak payah pening-pening . Apa lagi? Jom mencubanya.\n\nDah siap. Mudahkan? Selain daripada biskut kacang ini, kami juga ada menulis resepi menarik dan mudah yang lain. Jemput membaca dan memcubanya. Jangan lupa berkongsi dengan yang lain ya. Sharing is caring."
"Seronoknya membuat kuih talam jika menjadi. Tidak kisah lah jenis kuih talam apa pun. Kuih talam pandan ke, kuih talam keladi ke, kuih talam sagu ke. Janji kuih talam. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih talam ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan tambah-tambah di bulan puasa.\n\nTapi itulah, nak membuat kuih talam ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih talam nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.\n\nResepi daripada\u200e\u00a0Saimah Abdulhadi\u00a0\u00a0ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi jika ikut sukatannya. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal kuih talam buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.\u00a0\n\nMudahkan caranya? Rasa boleh buatkan? Selamat mencuba. Nak lagi seronok, proses membuat kuih talam ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti dengan anak-anak. Mesti anak-anak seronok punya. Hanya sediakan bahan, campur dan kukus.\n\nOh ya, selain dari resepi Kuih Talam Keladi, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain."
"Hai pecinta kucing! Adakah anda pernah terfikir untuk diy wet food kucing sendiri di rumah? Ramai pemilik kucing memilih untuk memasak makanan kucing buatan sendiri sebagai alternatif kepada makanan komersial. \n\nDalam artikel ini, kita akan melihat resepi makanan kucing buatan sendiri dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada kucing anda.\n\nKesimpulannya, memasak makanan kucing sendiri boleh menjadi pilihan yang baik jika anda ingin mengawal bahan yang digunakan dan mengelakkan bahan-bahan yang tidak diingini. \n\nWalau bagaimanapun, ia memerlukan komitmen dan pengetahuan tentang nutrisi kucing. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nasihat dari doktor haiwan sebelum memulakan diet buatan sendiri.\n\nSelain dari petua diy wet food kucing ini, anda juga boleh baca artikel fakta menarik tentang kucing seperti:"
"Mencari tempat menarik di Putrajaya? Putrajaya kini menjadi lambang kemegahan negara Malaysia. Dengan berpindahnya pusat pentadbiran kerajaan ke Putrajaya, secara tidak langsung kawasan sekitarnya turut pesat membangun dan menjadi tumpuan warga kota.\n\nPelbagai pusat rekreasi yang terdapat di sini mampu menjadi tempat tarikan orang ramai untuk berkunjung ke Putrajaya. Malah, pelancong juga tidak melepaskan peluang untuk menjadikan Putrajaya sebagai salah satu lokasi yang wajib dikunjungi jika melawat ke Malaysia.\n\nMari kita lihat senarai 20 tempat yang paling MENARIK di Putrajaya yang mesti dilawati oleh anda semua bersama keluarga tersayang. \n\nAnda mencari spot pengambaran yang menarik? Sinilah tempatnya. Bangunan yng bercirikan senibina replika Istana Morrocan di Morocco. Terdapat kolam air di tengahnya yang diinspirasikan daripada istana Al-Hambra yang berada di Sepanyol.\n\nDibahagikan kepada beberapa bilik yang dipenuhi dengan perkakasan dan perabot yang cantik dan mewah. Memang lokasi terbaik untuk mengabdikan gambar anda kerana pasti akan rasa seolah-olah berada di Morocco.\n\nRugi kalau ke Putrajaya tapi tak singgah Dataran Putra, dekat sahaja dengan tempat menarik yang lain seperti Masjid Putra, Perdana Putra dan Jambatan Putra. Bukan sekadar dataran biasa namun sangat luas dengan 300 meter serta mempunyai rekabentuk dan hiasan eksklusif.\n\nDataran ini mempunyai 11 bucu bentuk bintang di penjuru dataran, manakala dalamnya masing-masing terdapat 13 dan 14 bucu yang mewakili jumlah negeri dalam Malaysia. Ditengah-tengah susun atur bintang pula terdapat sebuah bulatan yang memberi makna hala tuju untuk kesepaduan masyarakat.\n\nRamai pengunjung yang berhenti di sini untuk bersantai dan ada juga yang ingin merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan. Banyak sudut menarik boleh dirakam seperti berlatarkan Masjid Putra.\n\nMerupakan mercu tanda dan tarikan terbaru yang mula dibuka pada 2021, Tangga Putrajaya juga mempunyai landskap yang menarik dipenuhi tumbuhan menghijau dan bunga sesuai dengan konsep Putrajaya iaitu bandar dalam taman.\n\nTangga ini adalah penghubung laluan pengunjung dari Dataran Putra, Laman Perdana untuk ke mercu tanda yang berada di Taman Perdana Putra. Ketinggiannya adalah 300 meter dan jarak mendaki adalah 200 meter dengan 250 buah anak tangga.\n\nDi puncak tangga anda boleh melihat pemandangan kawasan sekitar yang cantik dan menenangkan.\n\nTurut dikenali sebagai monumen alaf baru atau tugu millenium, ia berketinggian 68 meter. Empat pecahan pelanjar tinjau yang merupakan laluan naiknya melambangkan era perkembangan Malaysia iaitu pra kemerdekaan, pasca kemerdekaan, Malaysia kini dan akan datang.\n\nJika anda ke pelantar tertinggi anda dapat menyaksikan pemandangan sekitar iaitu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Jambatan Seri Wawasan. Nak permandangan lagi menarik dan eksklusif, datang pada waktu malam kerana menara ini akan memancarkan cahaya yang terang seperti rumah api.\n\nAlamat: Lebuh Ehsan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.\n\nMencari aktiviti lasak di Putrajaya? District 21 pasti tidak akan menghampakan anda. Berkonsepkan taman tema dalaman, terdapat 10 zon pengembaraan disediakan khas untuk anda melompat, memanjat, gelongsor dan terbang!\n\nAntara tarikan dan aktiviti yang anda perlu cuba adalah Launch-Pad, Go Pedal, Sky Trail, Roller Glider dan banyak lagi! Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa namun setiap permainan mempunyai had untuk berat dan ketinggian pengunjung demi keselamatan masing-masing.\n\nAlamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.\n\nJika anda mempunyai bajet yang lebih, bawa yang tersayang menaiki belon panas pasti meninggalkan memori manis dan sukar dilupakan. Lagi menarik jika anda bawa mereka naik untuk meraikan sambutan hari jadi, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. \n\nPakej sangat berbaloi kerana anda akan disajikan makanan sebelum dan selepas menaiki belon panas. Mungkin ada yang merasa gayat untuk menaikinya, namun apabila sudah berada di awangan pasti terpukau dengan pemandangan sekeliling.\n\nHarga tiket: RM 2750 \u2013 RM3750 (mengikut pakej)\n\nAlamat: B1-7 Dataran Niaga Sg Besi, Midfields Square West, Jalan 11/108C, Off Lebuhraya Sg.Besi, 57100, Kuala Lumpur.\n\nNak luangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti unik? Apa kata anda ke Icescape Ice Rink yang berada di IOI City Mall Putrajaya dan rasai pengalaman meluncur seperti di luar negara. Paling menarik, keluasan tempat meluncur ini adalah sama dengan keluasan meluncur seperti Olimpik. \n\nBawa stoking dan sarung tangan sendiri untuk menjimatkan kos. Walaubagaimanapun tiket masuk tidak terlalu mahal. Jika anda datang pada hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum, anda perlu bermain mengikut sesi dan setiap sesi selama dua jam. Jika anda datang pada hari biasa, tiada had masa yang ditetapkan untuk anda meluncur.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi \u2013 10.00 malam)\n\nAlamat: IOI City Mall, Ioi Resort, 62502, Putrajaya.\n\nDi Putrajaya pun ada Flyboard, khas untuk anda yang suka akan cabaran dan aktiviti lasak. Bukan dewasa sahaja yang boleh merasai keriangan terapung di atas air, namun kanak-kanak juga berpeluang merasai aktiviti yang sama.\n\nTerdapat empat aktiviti air lain selain flyboard iaitu Jetpack, Stand Up Paddling, Stand Up Paddling Yoga dan Flyboard Kids Tandem. Setiap aktiviti akan disertakan penerangan, jaket keselamatan dan sebagainya. Buat tempahan atau temujanji terlebih dahulu sebelum anda ke sini.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi \u2013 7.00 petang)\n\nAlamat: Marina Putrajaya Sdn. Bhd., 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.\n\nTak perlu ke Langkawi untuk mendapatkan coklat yang murah kerana di Putrajaya anda boleh borong pelbagai jenis coklat dengan harga berbaloi. Lebih 500 pilihan atau jenis coklat yang anda boleh dapatkan seperti Toblerone, Pepero, Nutella, Ferrero dan sebagainya.\n\nMerupakan kedai coklat terbesar di lembah Klang, pasti anda sukar untuk membuat pilihan coklat yang sedap. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di replika gergasi Reese\u2019s dan Hershey yang pertama di Malaysia.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-9.00 malam)\n\nAlamat: Souq Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya (Di bawah Masjid Putra).\n\nMerupakan pusat membeli-belah terkenal di Putrajaya, pasti memuaskan setiap pengunjung yang kaki shopping. Dalam satu mall, anda boleh dapatkan keperluan harian, barang eksklusif dan ada juga tempat untuk bersantai seperti pawagam dan bowling.\n\nSudah puas membeli-belah anda boleh mengisi perut di medan selera yang disediakan. Apa yang menarik di Alamanda adalah rekabentuk dalaman dan luaran menarik dan mengagumkan. Nak permandangan lebih menarik, datang pada waktu malam kerana dihiasi lampu berwarna-warni.\n\nAlamat: Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.\n\nTasik buatan manusia seluas 650 hektar ini berada di tengah-tengah bandar Putrajaya. Ia direka untuk bertindak sebagai sistem penyejukan semula jadi untuk bandar selain bertujuan untuk aktiviti rekreasi, memancing, sukan air dan pengangkutan air.\n\nBanyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti berkayak, berbasikal, mengayuh sampan dan sebagainya. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti restoran, kolam renang, gymnasium dan sebagainya. Kesemua fasiliti ini disediakan oleh Kelab Tasik Putrajaya.\n\nWahhhh!memang teruja jika pertama kali ke sini. Macam-macam ada. Terletak di Presint 2 berdekatan dengan bangunan-bangunan kerajaan disekitarnya. Apa yang ada di sini?\n\nIngin melihat pemandangan sekitar Putrajaya dari atas? Skyrides Balloon dapat merealisasikan hasrat anda itu. Kini, rakyat Malaysia tidak perlu ke luar negara untuk merasai pengalaman menaiki belon panas, anda hanya perlu ke Putajaya sahaja untuk mencubanya. \n\nBelon panas ini boleh naik sehingga ke ketinggian 500 kaki, pengalaman yang mengujakan ini pasti akan meninggalkan kenangan yang manis buat anda seisi keluarga. Anda akan mampu melihat keseluruhan Putrajaya menerusi pemandangan dari atas. Bertapa indahnya!\n\nAnda boleh memilih untuk mengambil angin di sekitar Putrajaya sama ada menaiki bot berhawa dingin atau menaiki perahu buatan tangan orang Terengganu ini. Memang sangat cantik dan mengekalkan seni tradisi yang halus. \n\nPakej menaiki perahu adalah yang paling murah dan berdurasi selama 20 minit. Manakala, pakej bot berhawa dingin sambil pengunjung menikmati hidangan makan malam pula berdurasi sekitar 1 hingga 2 jam perjalanan.\n\nCabar diri anda menjadi SkyWarrior di Putrajaya! Beberapa laluan berhalangan direka khas untuk pengunjung yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar seperti Langkawi Walk, Ulu Sepat Leap dan Marudi Crossing. \n\nSetiap laluan dapat menguji ketahanan mental dan fizikal setiap peserta. Jika anda sukakan aktiviti lasak ala-ala NinjaWarrior Malaysia ini boleh datang ke sini untuk mencubanya.\n\nNinja warrior versi kanak-kanak. Sangat menarik! Laluan berhalangan yang direka khas untuk kanak-kanak.\n\nTerdapat pelbagai stesen yang menyediakan halangan pelbagai tahap kesukaran, namun masih ditahap sesuai dan selamat untuk kanak-kanak. Kawasan yang luas dan dijaga rapi pasti memberikan kepuasan kepada mereka untuk berlari, melompat dan memanjat sepuasnya.\n\nSekali datang, pasti anak-anak akan mengajak ibu bapa mereka datang lagi ke sini. Percayalah! Konsep yang ditengahkan memang terbaik dan sangat membantu dalam perkembangan motor kasar mereka.\n\nBerkonsepkan indoor playground yang terletak di dalam kaunter informasi utama. Kanak-kanak boleh meluangkan masa bermain seketika disini sementara untuk menunggu giliran menaiki SkyRide Balloon yang selalunya padat dengan pengunjung.\n\nDi sini juga disediakan pelbagai jenis basikal untuk pengunjung yang ingin berbasikal bersama keluarga menyelusuri Tasik Putrajaya. Antara kemudahan lain yang terdapat di SkyRides Festival Park ialah Sky Stage, Sky Demo, Sky Taste dan Sky Beca. \n\nTaman Cabaran yang terletak di Presint 5 pastinya tidak asing lagi bagi pengemar sukan lasak terutamanya aktiviti rock wall climbing.\n\nBukan sahaja sesuai untuk golongan dewasa, malah dewan wall climbing untuk kanak-kanak juga turut disediakan berasingan sesuai bagi kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah.\n\nAntara fasiliti lain yang disediakan di sini ialah Skate Park & Thrill Park. Taman ini boleh dijadikan lokasi latihan untuk bermain roller blade, skateboard dan berbasikal. Bayaran masuk adalah PERCUMA! \n\nTaman buatan manusia yang paling besar di Malaysia. Menempatkan pelbagai jenis tumbuhan yang jarang ditemui. Kemudahan tram juga disediakan kepada pengunjung bagi melawat keseluruhan kawasan taman yang mengambil masa sekitar 45 minit.\n\nPengunjung juga boleh menyewa basikal dengan harga sewaan yang berpatutan jika inginkan penjelajahan yang lebih fleksibel. Bayaran masuk adalah PERCUMA juga. \n\nLokasinya terletak di Presint 1, Putrajaya. Antara tempat rekreasi yang menjadi tumpuan bukan sahaja warga Putrajaya malah pengunjung dari luar. Putrajaya memang terkenal dengan taman-tamannya yang indah dan luas. Memang puas kalau berbasikal di sini. Pasti berpeluh-peluh!\n\nAntara aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah berkayak, menaiki bot, memancing dan berkenu. Terdapat pakej yang menarik disediakan oleh pihak pentadbiran bagi yang berminat untuk mencuba sukan air ini. \n\nJangan risau jika anda masih tidak mahir dalam sukan air yang disediakan kerana terdapat pelatih yang akan memberi tunjuk ajar. Dan pasti, harga setiap pakej memang murah dan berbaloi!\n\nAntara lokasi yang sangat sesuai untuk membawa anak-anak berkunjung terutamanya di hujung minggu. Sebuah pusat yang sangat berinformasi. Menyediakan pelbagai maklumat terutamanya tentang paya bakau. \n\nDibuka dari hari Selasa hingga Ahad dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Bayaran masuk adalah percuma. Setiap pengunjung hanya dikehendaki untuk menulis maklumat diri di dalam buku rekod yang disediakan. \n\nTarikan seperti corridor walk yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai imej 3D hidupan air sepanjang laluan di tingkat LG memang sangat menarik terutamanya bagi kanak-kanak. Antara kemudahan lain ialah Panggung Cineplex yang membolehkan pengunjung melihat tayangan seawal 10 pagi lagi. \n\nMencari pasir pantai di tengah kota? Haaaa.sinilah tempatnya. Tasik buatan seolah-olah anda berada di pantai di kelilingi pokok-pokok kelapa menambah seri suasana pantai buatan ini.\n\nIni antara tempat menarik di Putrajaya. Anak-anak boleh bermain pasir pantai sambil bermandi-manda. Namun, perlu berhati-hati kerana ada tempat yang tidak dibenarkan pengunjung untuk mandi kerana tidak selamat.\n\nBukan hanya boleh berkelah dan bermain pasir pantai malah ada juga pengunjung yang mengadakan sukaneka di sini seperti pertandingan tarik tali, lari dalam guni dan berjalan menggunakan terompah. Walaupun kawasannya agak terhad, namun pelbagai aktiviti tetap boleh dilakukan. Pasti hujung minggu anda terisi di sini bersama keluarga.\n\nTaman Saujana Hijau terletak di Presint 11, Putrajaya. Permandangan persis berada di luar negara! Dikeliling pokok-pokok yang merimbun dan pelbagai bungaan yang berwarna-warni dan pasti menggamit mata yang memandang. \n\nPelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, berjogging, berbasikal atau hanya berjalan-jalan menghirup udara segar. Ramai juga yang berkunjung ke sini untuk merakam detik-detik bersejarah dalam kehidupan mereka seperti sesi fotografi perkahwinan, graduasi dan sambutan hari lahir.\n\nDua buah masjid yang menjadi lambang mercu keagungan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.\u00a0Masjid yang luas, senibina yang indah memang menjadi tumpuan apabila melawat Putrajaya terutama para pelancong asing dari luar negara.\n\nMasjid Putra terletak bersebelahan dengan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia. Masjid yang menelan belanja kos pembinaan hampir RM250 juta ini boleh memuatkan hampir 15 ribu jemaah dalam satu masa.\n\nManakala, Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi pula terletak di Presint 3, Putrajaya. Senibinanya sangat indah terutamanya di bahagian mihrabnya. Panel kaca yang dipasang akan mencipta ilusi kreatif seolah-olah ayat-ayat suci Al quran yang diukir di dinding mihrab masjid seakan-akan terapung di atas permukaan air.\u00a0\n\nSuasana malam pasti tidak sunyi jika anda singgah di sini. Memang meriah dengan deretan pelbagai kedai makan yang menjadi tumpuan warga Putrajaya. \n\nBukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang mengisi masa lapang bersama keluarga dengan berbasikal, menaiki beca berlampu dan bersiar-siar menghirup udara malam.\u00a0\n\nKanak-kanak pasti seronok bermain bubbles di kawasan lapang yang disediakan. Perkhidmatan permainan bubbles, kereta mainan eletronik dan sewaan basikal atau beca boleh didapati di Kedai Bubbles & Beans yang terletak di tingkat bawah berhadapan dengan Tasik Putrajaya.\n\nJangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Putrajaya, nadi utama pusat pemerintahan negara persekutuan. Sudah pasti, landskapnya memang sangat cantik, pemandangan luas dan kemudahan yang serba moden setanding dengan negara luar. Jom singgah!\n\nSemoga anda menyukai artikel tempat menarik di Putrajaya ini. Jemput juga baca artikel tempat menarik lain seperti :"
"Kita jarang memberi perhatian lebih pada telinga kita. Apabila lihat diri di cermin, kita hanya memberi perhatian pada muka, rambut dan badan kita sahaja. Ia kerana untuk memperkemaskan diri dan orang lain jarang memberi perhatian di bahagian telinga.\n\nNamun, pernahkah anda melihat di bahagian telinga pada cermin dan ternampak ada lubang kecil di bahagian telinga? Atau ada mana-mana orang yang menegur?\n\nDan jika kita lihat betul-betul memang ada lubang extra di telinga kita yang saiz yang kecil sahaja. Jika dilihat seimbas terlihat seperti tahi lalat. Apakah maksud lubang extra di telinga? Adakah ia bahaya atau tidak?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai maksud lubang extra di sekitar bahagian telinga. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul. \n\nLubang di bahagian telinga itu namanya preauricular sinus. Ia adalah sejenis kecacatan yang terbentuk semasa perkembangan janin dalam kandungan ibu.\n\nSinus ini adalah lubang kecil yang menuju terowong buntu. Ia adalah kecacatan yang diwarisi secara genetik/keturunan. Sesetengah individu memiliki sinus ini di kedua-dua belah telinga.\n\nLazimnya individu yang mempunyai preauricular sinus tidak mempunyai apa-apa gejala atau masalah. Namun begitu, sesetengah individu pula mengalami jangkitan yang berulang dan bernanah pada sinus berkenaan.\n\nTanda-tanda jangkitan pada preauricular sinus :\n\nJika telinga anda ada tanda-tanda di atas, berjumpalah dengan doktor segera, kerana jika tidal dirawat, komplikasi berikut boleh berlaku:\n\n\u25feJangkitan lazimnya dirawat dengan ubat antibiotik ubat analgesia dan ubat anti-keradangan.\n\n\u25feJika jangkitan sinus preauricular kerap terjadi, doktor akan syorkan pembedahan buang sinus itu.\n\n*Orang yang mempunyai lubang kecil di telinga, tidak semua merbahaya. Ada juga ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap individu itu sendiri. Ibu bapa juga perlu memberi perhatian kepada anak mereka. Jika terdapat lubang kecil pada telinga anak, bawalah ke klinik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Terdapat pelbagai sandwich yang ada dan boleh kita cuba. Contohnya, sandwich telur, sardine, ayam, daging, sayur dan lain-lain. Anda suka yang mana? Haa biasanya ramai yang buat sandwich telur dan sardine sebab mudah dan tak leceh untuk menyiapkannya. Untuk membuat sandwich berlauk seperti ayam, daging dan seafood biasanya mengambil sedikit masa untuk menyiapkannya bukan?\n\nSebelum ini, kami telah kongsikan satu post resepi sandwich telur di sini. Jemput lihat jika anda sukakan roti sandwich telur. Sandwich telur dan sandwich sardin keduanya mempunyai rasa yang sedap. Ada sesetangah yang suka keduanya, boleh gabung terus. Untuk lapisan pertama, letak isi sardin dan untuk lapisan kedua letak isi telur pulak. Haa kalau nk tambah lagi lapisan, boleh2 silakan. Jadi big mac terus ya dak. Tapi xpe, big mac yang sihat kami tak risau!\n\nJadi, hari ini kami nak kongsi resepi sandwich sardin special buat anda. Anda wajib cuba tau resepi sandwich sardin ni sebab resepi ini agak unik dan lain dari resepi-resepi lain. Biasanya cheese dan mayonis diletak sebagai dressing je kan, namun untuk resepi ini, cheese dan mayonis diletak sekali ke dalam masakan. Pastu, dicampur lagi dengan sebiji telur. Boleh bayangkan tak?\n\nJangan risau, jom kita lihat resepinya. Resepi sandwich sardin ini telah dimuatnaik oleh saudara Wan Luqman atau dikenali dengan Uncle Luq SohoSandwich di Facebook. Kalau anda mahu order roti sandwich best in da town, boleh order dengan beliau ok. Selamat mencuba!\n\nCili kisar\nBawang merah\nBawang putih\nSatu tin sardin kecil\nSerbuk pati ayam\nSekeping cheddar cheese\nSebiji telur\nGula dan garam\nLada hitam\nSedikit kicap\nMayonis\n\n1) Tumis cili kisar bersama dengan bawang merah dan bawang putih.\n2) Bila dah garing, masukkan sardin dalam tin. Selepas itu masukkan sesudu kecil serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap\n3) Campurkan sekeping cheddar cheese\n4) Masukkan sebiji telur untuk menambah kekenyangan perut. Jangan kacau hingga terlalu hancur.\n5) Campurkan mayonis untuk rasa berlemak sikit\n6) Dah siap, sejukkan dahulu sebelum disapu pada roti.\n7) Boleh hiaskan roti sandwich bersama dengan salad, timun dan tomato.\n\nBest kan resepi sandwich ni! Bukan resepi ini sahaja yang special tau, kami ada banyak lagi resepi-resepi best yang lain di blog ini. Jemput LIKE dan SHARE semua ya!"
"Ada orang buat persiapan balik kampung seminggu sebelum raya, dan ada juga yang last minit sehari sebelum hari. \n\nTidak kiralah seberapa lama persediaan yang anda lakukan untuk pulang ke kampung, yang pasti setiap orang mahu perjalanan itu nanti sentiasa lancar sehingga sampai ke tempat yang ingin ditujui.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai persiapan balik kampung yang wajiib untuk anda lakukan sebelum berhari raya. \n\nSebagai pemandu, anda bertanggungjawab untuk memastikan kereta dalam keadaan baik. Pastikan segenap aspek kenderaan telah diperiksa dan berada dalam keadaan selamat sebelum perjalanan dimulakan. \n\nAntara aspek yang perlu diambil peduli adalah injap minyak enjin, keadaan tayar, lampu signal, bateri, brek pad, cecair penyejuk radiator (coolant) dan cecair pengelap cermin hadapan.\n\nSekiranya terdapat sebarang kerosakan pada kenderaan, buat tempahan awal dan hantar kereta ke bengkel untuk dibaiki. \n\n2. Isi kad Touch \u2018n Go\u00a0atau SmartTAG\n\nBuat semakan dan Isi kad Touch \u2018n Go\u00a0atau SmartTAG sebelum perjalanan pulang ke kampung pada hari raya ini. \n\nPengguna jalan raya tidak dapat melepasi plaza tol jika mempunyai status kad yang tidak aktif atau tamat tempoh di mana ia boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas di plaza tol yang terlibat.\n\nTerdapat lebih 22 kaunter Touch \u2018n Go di stesen minyak terpilih di sepanjang lebuhraya PLUS yang membolehkan mereka membuat tambah nilai tanpa caj.\n\nAntara nombor telefon kecemasan yang anda perlu anda adalah seperti operator lebuhraya, nombor hotline insurans kereta, nombor mekanik dan individu penting seperti \u201cIbu\u201d serta \u201cAyah\u201d dalam telefon masing-masing. \n\nUrusan kemas beg akan membuat para ibu pening kepala biasanya. Bukan satu beg tetapi mungkin mereka terpaksa juga mengemas kelengkapan untuk ahli keluarga yang lain juga.\n\nBermula dari pakaian hari raya sehinggalah ke pakaian harian dan buah tangan untuk di bawa pulang, semuanya disiapkan dengan lengkap untuk anak dan suami.\n\nSangat digalakkan untuk anda membuat checklist terlebih dahulu sebelum mula mengemas beg nanti bagi mengelakkan ada barang yang tercicir. \n\n5. Pastikan bateri telefon bimbit 100% \n\nPersediaan balik kampung yang lain pula adalah memastikan bateri telefon bimbit penuh. Telefon memang sangat penting dalam kehidupan seharian kita tidak kiralah sama ada untuk perjalanan dekat atau jauh. \n\nBanyak perkara yang boleh kita lakukan dengan telefon antaranya untuk menghubungi ketika kecemasan, melihat navigasi map, menyemak status trafik ebuh raya, membuat transaksi tanpa tunai dan banyak lagi. \n\n6. Siapkan hiburan untuk \u201csi kecil\u201d\n\nBila kita sebut sahaja tentang anak kecil tentunya mereka mempunyai perangai tersendiri yang mudah bosan setiap kali duduk dalam kereta untuk memulakan perjalanan panjang.\n\nSoalan seperti, \u201cBila nak sampai?\u201d atau \u201cJauh lagi ke?\u201d biasanya akan muncul selang beberapa minit dari bibir mereka.\n\nMemberi gajet mungkin merupakan jalan mudah untuk elak anak-anak bosan dalam kenderaan. Namun begitu, pasti masih ada kaedah yang lebih baik untuk dipraktikkan.\n\nContohnya seperti bermain teka-teki, mengeja, menyanyi bersama, baca papan tanda, berbual bersama anak, dan banyak lagi. \n\nAnda juga boleh sediakan beberapa soft toy atau apa-apa jenis mainan yang digemarinya untuk menemani mereka di perjalanan nanti. \n\nBagi yang membawa anak kecil dalam kenderaan, sediakan carseat yang sesuai, selesa dan selamat untuk mereka di sepanjang perjalanan. \n\nBawa juga sekali makanan ringan dan air kosong sebagai persediaan sekiranya anda tidak sempat tiba di kampung halaman sebelum masuk waktu berbuka puasa. \n\nWajib untuk kita mempunyai alat pertolongan cemas sendiri di dalam kenderaan. Dalam masa yang sama, pastikan juga produk atau bahan-bahan dalam kit pertolongan cemas itu juga haruslah betul.\n\nAntara bahan penting yang ada di dalam kit tersebut adalah:\n\nDengan adanya kit pertolongan cemas ini, ia dapat membantu memberi pertolongan awal apabila berlakunya sesuatu kemalangan. \n\nKebanyakkan orang masih menggunakan tong gas silinder di rumah masing-masing. \n\nJusteru itu adalah sangat digalakkan sebelum pulang ke kampung, periksa dahulu kepala gas dan tutup kepala gas bagi mencegah risiko kebakaran.\n\nPersiapan balik kampung yang seterusnya adalah periksa semua suis dan soket elektrik telah ditutup dengan sempurna. Cabut wayar daripada soket dan jangan biarkan ia dari terpasang.\n\nHal ini kerana ia akan menyebabkan berlaku pembaziran elektrik dan berisiko untuk terjadinya kemalangan yang lebih serius seperti kebakaran suis dan sebagainya. \n\nRamai orang terlepas pandang tentang persediaan balik kampung yang satu ini. \n\nBuang sampah sebelum keluar dari rumah penting bagi mengelakkan daripada sampah berulat dan bau tidak menyenangkan ketika berada di dalam rumah. \n\nJangan sesekali meninggalkan kunci pendua di bawah pasu, karpet, pelapik kaki, di bahagian atas pintu atau mana-mana tempat yang boleh dicapai pencuri. \n\nHal ini kerana, biasanya pencuri akan cuba untuk mencari kunci pendua dahulu sebelum memecah masuk.\n\nBarang-barang yang anda rasakan berharga perlu diletakkan di tempat yang selamat dan terjaga seperti di dalam peti besi. \n\nJika perlu, bawa sahaja ia bersama ketika pulang ke kampung nanti.\n\n14. Hantar haiwan peliharaan ke hotel\n\nSekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan, elakkan dari meninggalkannya sendiri di rumah apabila ketiadaan orang. \n\nBanyak klinik haiwan atau pusat jagaan sementara yang menyediakan hotel untuk penginapan mereka sementara anda pulang ke kampung. \n\nDengan cara ini kebajikan dan keselamatan haiwan peliharaan kita akan lebih terjaga baik dari segi kasih sayang mahupun bekalan makanan yang mencukupi. \n\nWalaupun tidak wajib namun ini sekadar cadangan untuk langkah berhati-hati disebabkan masih terdapat kes-kes Covid-19 di negara kita ini.\n\nLakukan ujian kendiri Covid-19 di rumah sebelum pulang berhari raya ke kampung dan bertemu dengan golongan lebih berusia. \n\n16. Maklumkan kepada balai polis dan jiran\n\nJangan lupa untuk maklumkan kepada jiran dan balai polis yang berdekatan serta berikan juga nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda nanti.\n\nMinta untuk mereka awasi dan perhatikan sekiranya terdengar bunyi atau sesuatu yang mencurigakan datang dari rumah anda. \n\nSemakan status trafik di lebuh raya boleh dilakukan secara online sahaja di Laman rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia dari pautan berikut:\u00a0https://www.llm.gov.my/\n\nUntuk elak dari rumah kita menjadi mangsa rompakan atau pecah masuk, adalah lebih baik jika kita boleh kurangkan risiko dari diketahui yang rumah tidak berpenghuni.\n\nCara yang mudah adalah pasang lampu di luar rumah. Gunakan lampu luar auto timer dan nyalakan mengikut masa yang telah ditetapkan. \n\nSetkan timer lampu koridor rumah pada pukul 6:00 petang sehingga 7:00 pagi agar kawasan luar rumah anda terang.\n\nIslam mengajarkan kita untuk mengamalkan berdoa sebelum memulakan perjalanan agar selamat pergi dan balik. \n\nMohon agar Allah lindungi diri kita dan keluarga dari bahaya atau sebarang perkara buruk yang tidak diingini sepanjang perjalanan. \n\nSebelum memulakan perjalanan bacalah doa di bawah ini:\n\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0648\u064e\u0643\u064e\u0651\u0644\u0652\u062a\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\n\nBismillahi tawakkaltu alallahi la hawla wala quwwata illa billahil aliyil adzim\n\nMaksudnya: \u201cDengan menyebut Nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.\u201d\n\nSemasa naik kenderaan pula, baca doa dibawah ini juga:\n\n\u00a0\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652 \u0633\u064e\u062e\u064e\u0651\u0631\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064f\u0642\u0652\u0631\u0650\u0646\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e. \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0645\u064f\u0646\u0652\u0642\u064e\u0644\u0650\u0628\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\nSubhana alladhi sakh khara la na hadha wa ma kunna la hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi na la munqalibuun\u00a0\n\nMaksudnya: \u201cSegala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.\u201d\n\nElak dari terburu-buru untuk sampai ke kampung halaman. Pastikan dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan pemanduan. \n\nLebih baik berhenti dan berehat di mana-mana kawasan rehat dan rawat sekiranya mengantuk. Jika anda memilih untuk pulang pada waktu malam pula, sediakan kopi atau minuman tenaga untuk kekal segar sepanjang jalan. \n\nPandulah berhati-hati dan patuhi segala peraturan di jalan raya yang telah ditetapkan. \n\nSelain dari panduan persiapan balik kampung ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hari raya seperti:"
"Resepi bubur nasi ikan bilis untuk sesiapa yang tengah demam tiada selera makan sedia untuk dihidangkan. Yang tidak demam pun boleh tumpang makan juga ya.\n\nMembuka selera sungguh kalau dapat makan macam ini bukan? \u201cSlurp slurpp\u201d bunyinya tidak sedar sudah habis 2 mangkuk, malah tambah lagi dan lagi.\n\nPerkongsian bubur ikan bilis ini dibagikan oleh Amy Aziz Mohamed di laman Facebook. Resepi yang mudah dan sedap dan amat menggairahkan. Apalagi ditambah ikan bilis yang ditaburkan di atas bubur nasi. Makin tambah wangi dan enak rasa bubur.\n\nSelain resepi bubur nasi ikan bilis, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Memang ada segelintir bayi yang kenaikan beratnya lebih perlahan dari yang lain (slow weight gain) samada mereka diberikan susu badan sepenuhnya, susu formula atau kedua-duanya.\n\nTidak semua kegagalan kenaikan berat bayi disebabkan \u201cfailure to thrive\u201d, kadangkala ianya hanya kategori \u201cslow weight gain\u201d.\n\nIa boleh disebabkan masalah pada bayi seperti kembung/colic/reflux, masalah sucking bayi, bayi yang kerap tidak sihat dan jarang-jarang, penyakit yang lebih serius seperti masalah jantung, paru-paru, anaemia dan lain-lain.\n\nAda kalanya masalah turut berpunca dari ibu seperti \u2018poor milk letdown\u2019 (menyebabkan bayi tidak mendapat hindmilk yg kaya dengan nutrient secukupnya), teknik penyusuan yang kurang berkesan seperti lekapan yang salah, atau susu kurang (disebabkan stress, etc), dan sebagainya.\n\nJika anak anda mempunyai slow weight gain, tetapi developmental milestonenya berkembang baik mengikut umur, dia nampak aktif, ceria dan sihat, kemungkinan anda tidak perlu terlalu risau. Teruskan checkup rutinnya di klinik seperti biasa supaya perkembangannya dapat dipantau.\n\nBila Anda Patut Risau Berat Bayi Tidak Naik?\n\nPerkembangan beratnya terlalu sedikit/statik/menurun sehingga mencecah bawah garisan 3rd centile untuk umurnya\n\nJangan teragak-agak untuk mengemukakan kemusykilan anda kpd misi/doktor\n\nBagi yang menyusukan bayi anda secara penuh/eksklusif, ketahuilah bukan hanya kuantiti, tapi KUALITI susu badan sangat mempengaruhi perkembangan dan kesihatan si kecil anda. Amalkan makanan sihat dan seimbang, dan jika perlu ambillah supplemen untuk menghasilkan susu dengan kualiti terbaik demi anak kesayangan anda"
"Ketuat atau kutil merupakan pertumbuhan kecil yang bertekstur kasar, muncul pada mana-mana bahagian badan. \n\nAntara jenis ketuat termasuklah ketuat biasa, ketuat rata, ketuat berpigmen dan ketuat plantar.Masalah ketuat bukan lagi asing dalam masyarakat kita kerana satu daripada 3 orang kanak-kanak pernah mengalaminya.\n\n3 hingga 5 peratus golongan dewasa juga mengalami ketuat. Hal ini mungkin disebabkan oleh sistem imunisasi golongan dewasa yang lebih efisien berbanding kanak-kanak.\n\nRamai di antara kita yang lebih gemar menghilangkannya sendiri menggunakan pemotong kuku tanpa mengetahui rawatan yang betul. \n\nAda juga yang masih kurang faham bagaimana ia boleh terbentuk. Usah risau, di sini saya kongsikan punca dan cara rawatan yang betul dan berkesan menurut pakar.\n\nKetuat terjadi disebabkan oleh jangkitan \u2018Human Papiloma Virus\u2019. Virus ini mempunyai lebih 100 jenis dan hanya sesetengah jenis sahaja yang boleh menyebabkan masalah ketuat. \n\nKetuat boleh terjadi melalui sentuhan dengan objek atau manusia yang dijangkiti oleh HPV. Lazimnya, HPV menjangkiti lapisan luar kulit melalui luka kecil dan menyebabkan pertumbuhan sel yang pesat sehingga membentuk ketuat.\n\nBukan semua orang yang dijangkiti HPV akan mengalami ketuat.Hal ini kerana, ia bergantung kepada sistem imun individu tersebut sama ada boleh bertindak balas melawan dengan virus ini ataupun tidak.\n\nIndividu yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit AIDS dan pesakit yang baru sahaja menjalani pemindahan organ lebih mudah terkena ketuat.\n\nKetuat mengambil masa 2 hingga 6 bulan untuk pembentukan selepas terdedah kepada HPV.Titik hitam yang terdapat pada ketuat sebenarnya adalah saluran darah. \n\nJusteru itu, membuang ketuat sendiri menggunakan benda tajam bukanlah tindakan yang bijak.\n\nApakah Rawatan Yang Sering di Cadangkan oleh Doktor?\n\nKetuat tidak berbahaya dan kebanyakannya boleh hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu hingga beberapa tahun. \n\nWalaupun begitu, ramai diantara pesakit yang lebih gemar membuang ketuat dengan cara tertentu disebabkan oleh ketidakselesaan.Berikut adalah antara rawatan yang sering dicadangkan oleh doktor dan ahli farmasi:\n\nTerdapat banyak produk pembuangan ketuat yang dijual di farmasi mengandungi asid salisilik dengan kepekatan tertentu. \n\nAsid salisilik merupakan cara rawatan paling mudah dan berkesan bergantung kepada jenis ketuat. \n\nIa boleh didapati dalam bentuk cecair dan penampal.\n\nAsid ini bertindak dengan cara menghakis dan menanggalkan lapisan kulit yang keras. \n\nOleh itu,jangan gunakan asid ini diatas kulit yang sihat untuk mengelakkan kulit sihat terhakis. \n\nRawatan ini selalunya perlu dilakukan selama beberapa minggu sehingga ketuat beransur hilang.\n\nKrioterapi kebiasaannya dijalankan oleh doktor dengan menyembur cecair nitrogen ke atas ketuat. \n\nRawatan ini mampu menghapuskan sel yang dijangkiti dan menyebabkan ia tanggal dengan sendirinya selepas beberapa minggu ia dirawat.\n\nSelain cecair nitrogen, Dimethyl-ether atau propane juga antara bahan yang boleh digunakan dalam rawatan ini.Bahan ini boleh didapati di sesetengah farmasi.\n\nAkan tetapi, sila dapatkan nasihat dari ahli farmasi terlebih dahulu sebelum cuba untuk melakukannya sendiri ya!\n\nPembedahan amat jarang dilakukan untuk menghilangkan ketuat kerana ia berpotensi untuk meninggalkan parut.\n\nKetuat yang tanggal dengan sendiri tidak meninggalkan kesan parut.Ia hanya dilakukan sekiranya rawatan lain tidak berkesan. \n\nPisau pembedahan digunakan untuk membuang ketuat dan pesakit kebiasaannya diberikan ubat \u00a0anestasia bagi tujuan tahan sakit.Krim sapu juga akan diberikan untuk meningkatkan peluang sembuh.\n\nAda juga rawatan yang menggunakan laser khusus untuk menghapuskan ketuat.\n\nBagi rawatan ini pula, doktor akan menggunakan ekstrak daripada sejenis kumbang dan beberapa jenis bahan kimia yang lain ke atas ketuat yang seterusnya akan dibalut.\n\nRawatan ini tidak menyebabkan kesakitan, tetapi akan menyebabkan lepuhan pada ketuat.Lepuhan ini akan membantu menaikkan ketuat bagi memudahkan ia dibuang.\n\nJika sistem imunisasi manusia tidak mengenali ketuat sebagai ancaman, rawatan ini boleh membantu anda!\n\nSelepas suntikan ini diberikan, sel imun diaktifkan dan boleh melawan virus yang menyebabkan ketuat terbentuk.Rawatan ini tidak meninggalkan kesan parut pada pesakit. \n\nWalaupun ia rawatan yang berkesan, rawatan ini tidak dicadangkan kepada wanita yang mengandung.\n\nElakkan menyentuh ketuat atau menanggalkan ketuat dengan sendiri menggunakan penyepit kuku.\n\nIa hanya akan menyebabkan kecederaan dan meningkatkan risiko perebakan ke kawasan lain badan atau individu yang lain. \n\nHentikan tabiat menggigit kuku untuk mengelakkan risiko kecederaan yang memudahkan virus untuk menjangkiti kulit anda. \n\nAmalkan tabiat kebersihan diri yang baik dan dapatkan nasihat doktor jika anda kurang pasti mengenai rawatan yang paling sesuai."
"Sedap bukan brownies? Rasa manis manis apabila dimasukkan ke dalam mulut. Pastinya dapat memikat selera sesiapa sahaja yang memakannya. Jika anda tiada penimbang di rumah dan ingin membuat brownies sediri maka resepi ini memang khas untuk anda.\n\nPada kali ini, kita akan membawakan resepi brownies yang menggunakan sukatan cawan, jadi tidak perlulah anda menggunakan penimbang. Brownies ini senang untuk disediakan dan anda boleh menyediakannya mengikut selera anda.\n\nResepi brownies sukatan cawan ini telah dikongsikan oleh Raja Azlina di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi yang telah dikongiskan oleh Raja Azlina.\n\nBahan B (kacau pelan sehingga sebati) :\n\nBahan C (gaulkan sehingga sebati) :\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMudah bukan cara \u2013 cara untuk membuat kek brownies ini. Kami telah berkongsikan banyak lagi resepi di sini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan kawan kawan terdekat anda dan klik pautan di bawah untuk melihat resepi-resepi lain."
"Ramai diantara kita yang ingin menuju ke arah hidup yang lebih jimat dan menyihatkan. Antara kaedah kaedah untuk menujuk ke arah ini adalah dengan membuat dan menyediakan juadah sendiri daripada sekecil \u2013 kecil juadah. \n\nKali ini kami bawakan resepi kaya homemade yang amat mudah untuk diikuti. Ianya juga lebih terjamin kebersihannya kerana kita yang menyediakannya. Ianya juga lebih jimat dan berbaloi. Rasanya juga boleh diubah suai mengikut tekak kita. \n\nDengan menyediakan juadah sendiri, pertalian\nkekeluargaan menjadi lebih utuh dan rapat. Mana taknya, suami dan anak anak\nmakan daripada air tangan kita sendiri. Selain itu dengan menyediakan juadah\nsendiri, kita akan lebih meluangkan masa bersama keluarga dan menjalankan aktiviti\nyang berfaedah bersama yang tersayang. \n\nResepi kaya homemade ini dikongsi oleh Dayang Atobah dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat! \n\nNota: Masak gula sehingga keperangan, kemudian tutup api dan masukkan satu cawan air panas dan buka api semula. Kacau gula sehingga cair dan biarkan sebentar. \n\nNota: Kisarkan semua bahan di atas sehingga hancur\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nTerdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi kaya ini. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini ya! Sehingga berjumpa lagi!"
"Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Salah satu elemen penting dalam penjagaan kulit muka ialah sunblock dan sunscreen. Umum tahu bahawa kedua-duanya berfungsi untuk melindungi kulit muka dari sinaran matahari, namun tahukah anda bahawa sunscreen dan sunblock mempunyai fungsi yang berbeza, walau pun nampak hampir sama. Jom kami kongsikan beza di antara sunscreen dan sunblock.\n\nPerbezaan yang pertama di antara keduanya ialah fungsi masing-masing. Untuk pengetahuan anda, sunblock berfungsi sebagai penghalang fizikal di antara kulit anda dan sinar matahari. Seperti Namanya, aa bertindak sebagai satu lapisan yang menghalang sinaran matahari daripada memasuki kulit anda. Sunblock melindungi kulit muka anda daripada sinar UVB atau nama panjangnya Short Wave Ultraviolet B.\n\nSinar UVB adalah sangat merbahaya kepada kulit manusia. Pendedahan kepada sinar UVB secara berterusan dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan berlakunya masalah seperti:\n\nSementara sunscreen pula berfungsi untuk menyerap sinaran matahari yang mengenai kulit muka anda. Apabila cahaya matahari sampai ke kulit muka, sunscreen yang anda pakai akan menyerap sinaran tersebut lalu menyelamatkan kulit muka anda. Tiadasinaran matahari yang akan memasuki kulit. Jika sunblock melindungi kulit anda daripada sinaran UVB, sunscreen pula melindungi kulit muka anda daripada sinaran UVA atau nama panjangnya Long Wave Ultraviolet A.\n\nSinaran UVA akan memberikan kesan yang buruk kepada kulit muka manusia. Di antara kesan buruk sinaran UVA ialah:\n\nPerbezaan kedua di antara sunscreen dan sunblock ialah cara pemakaian. Untuk sunblock, anda cuma perlu pakai satu lapisan nipis sahaja pada kulit anda. Ambil sedikit sunblock di hujung jari, dan ratakan ke kulit muka. Lapisan sunblock yang nipis mampu melindungi kulit muka daripada sinaran UVB. Tidak perlu memakai sunblock dengan tebal.\n\nSementara untuk sunscreen pula, sebaiknya anda sapukan satu lapisan yang tebal di wajah terutamanya jika anda merancang untuk melakukan aktiviti luar di bawah panas matahari. Satu tips untuk anda, pastikan sunscreen meliputi satu ruas jari anda. Itu adalah jumlah sunscreen yang mencukupi untuk anda pakai.\n\nBeza sunscreen dan sunblock yang seterusnya ialah bahan kandungan yang ada di dalam kedua-duanya. Sunscreen dan sunblock dibuat daripada bahan yang berbeza memandangkan fungsi keduanya adalah berbeza. Bahan utama sunscreen ialah kompaun organik seperti:\n\nSementara sunblock pula biasanya terdiri daripada dua bahan utama iaitu Zinc Oxide atau Titanium Oxide yang berfungsi untuk menghalang sinaran UVB daripada diserap oleh kulit muka anda.\n\nPerbezaan yang seterusnya ialah tekstur keduanya. Jika anda sentuh sunblock dan sunscreen dengan tangan, pastinya anda dapat merasakan perbezaan tekstur yang ketara. Sunscreen kebiasaannya miliki tekstur yang nipis, cair, ringan dan tidak tebal apabila disentuh dengan jari. Oleh itu, sunscreen sesuai untuk dipakai setiap hari. Sebelum keluar rumah, pastikan anda memakai sunscreen sebelum bersolek.\n\nSementara itu, tekstur sunblock pula adalah lebih tebal dan pekat apabila disentuh dengan jari. Biasanya ia agak berminyak. Apabila anda menyapu sunblock ke muka, anda akan Nampak warna putih yang ditinggalkan oleh sunblock. Itulah sebabnya kenapa sunblock hanya perlu dipakai dalam kuantiti yang sedikit dengan sapuan yang nipis sahaja.\n\nPerbezaan yang seterusnya ialah kekerapan pemakaian dalam sehari. Adakah cukup sekiranya anda hanya memakai sunscreen dan sunblock sekali sahaja pada waktu pagi, atau anda perlu memakai lagi menjelang tengah hari dan petang? Jawapannya, kekerapan penggunaan sunscreen dan sunblock adalah berbeza.\n\nUntuk sunblock, memandangkan teksturnya tebal dan kuat, adalah memadai untuk anda pakai sekali sahaja dalam sehari. Sapuan sunblock pada waktu pagi akan kekal sehingga ke petang melainkan anda mencuci muka. Sementara bagi sunscreen pula, memandangkan teksturnya nipis dan ringan, anda perlu memakai semula sunscreen pada waktu tengah hari dan petang.\n\nBeza sunscreen dan sunblock yang seterusnya ialah kegunaan. Pastinya anda tertanya-tanya, bila waktu yang sesuai untuk memakai sunscreen dan bila pula perlunya anda memakai sunblock? Untuk maklumat anda, sunscreen adalah pilihan yang tepat untuk kegunaan harian. Sapukan sunscreen ke kulit wajah anda sebelum keluar rumah setiap hari.\n\nSementara sunblock pula perlu dipakai apabila anda merancang untuk berjemur di bawah terik matahari. Tanpa sunblock, kesan buruk pertama yang akan kulit anda alami ialah selaran matahari atau sunburn. Selain menggelupas dan kemerahan.\n\nKami ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsikan beberapa tips penjagaan kulit muka yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan kulit muka yang sihat, bersih, dan cantik daripada sebarang noda. Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan:\n\nItulah dia info \u00a0tentang beza sunscreen dan sunblock yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:"
"Ada di kalangan kita yang memandang remeh dengan sengatan haiwan berbisa atau tertusuk paku. Secara umumnya, ada yang beranggapan bahawa sengatan haiwan seperti kala jengking, lipan dan ikan sebagai kecederaan yang mudah dirawat dan tidak memerlukan perhatian segera. \n\nHakikatnya, selain daripada kesan kesakitan ia juga boleh berakhir dengan kecacatan. Sengatan haiwan berbisa boleh menyebabkan kematian akibat kejutan anafilaksis. \n\nKaki yang tertusuk paku karat amat berbahaya terutama sekali kepada pesakit yang menghidap kencing manis. Mereka tidak mengambil kisah dan hanya sapu minyak gamat begitu sahaja dan tidak pergi terus berjumpa dengan doktor. Oleh sebab kedegilan pesakit, luka paku tersebut boleh merebak ke seluruh kaki dan mengakibatkan sel-sel di kaki rosak. Maka, kaki mereka terpaksa dipotong kerana telah rosak.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai perkara yang tidak patut dibuat jika disengat haiwan berbisa atau tertusuk paku yang ditulis oleh Dr. Suhazeli Abdullah. Beliau merupakan seorang doktor pakar keluarga di klinik yang beroperasi di Dungun, Terengganu. \n\nPerkara yang tidak patut dibuat jika terkena gigitan berbisa atau tertusuk paku.\n\n1) Jangan bakar kaki dengan minyak masak. Dah lah sakit digigit dan bisa merayap, kaki pulak terbakar. Doktor terpaksa rawat dua penyakit pula.\n\n2) Jangan sedut luka gigitan. Kan double kojol sebab sedut bisa binatang.\n\n3) Jangan kejar binatang tu semata-mata nak dapatkan ekornya. Siapa pula kata ekor bintang sebagai antidot (ubat lawan bisa)? Jangan mengarut dalam bab berubat saat cemas begini.\n\n4) Jangan sapu losyen yang entah tak tahu asalnya, samada ramuan herba atau minyak hitam kereta. Ia akan menambahkan sumber jangkitan kuman. Lagi sukar untuk dirawat. Begitu juga ramuan lain seperti rincihan bawang campur gula, ianya tidak sedikitpun membantu luka tersebut. Bawang dan gula untuk makanan, bukannya untuk terkena tusukan paku!\n\n5) Jangan ikat kaki atau tangan yang kena gigit. Jika tak kena cara, kaki anda akan gangren (hitam) sebab tiada saluran darah mengalir. Apa yang perlu, balut dengan kain bersih serta beri tekanan lembut di kawasan luka. Kaedah itu boleh mengurangkan perdarahan.\n\n*Jika kita disengat haiwan berbisa atau tertusuk paku, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera. \n\nPerkara ini tidak patut dilambat-lambatkan kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada diri. Jangan kita memandai-mandai ubat sendiri luka tersebut tanpa berjumpa dengan doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sedapnya boleh makan satay. Rasa ayam atau daging yang \u2018juicy\u2019 bersama kuah kacang sangat lah sedap. Sehinggakan sedar tak sedar dah habis bercucuk-cucuk. Tapi itulah sekarang harga satay pun macam hmm.. \n\nJadi kalau nak jimat dan makan puas. Kenalah buat sendiri. Tambah-tambah kalau nak makan satu keluarga. Boleh super jimat. Satay ini juga boleh dijadikan menu tambahan atau gantian kepada bbq. Agak-agak rasa bosan dengan menu biasa bbq, bolehlah bertukar kepada menu satay. Proses bakarnya pun cepat berbanding menu bbq yang lain.\n\nResepi warisan turun-temurun perkongsian dari Kakak Satey Viral\u200e di laman facebook ini sangat mudah dah senang difahami dan diikuti. Jom tengok resepinya. Nescaya dengan membacanya sahaja sudah buat anda tak sabar kan. Mudahkan resepi yang dikongsinya kan? Apa lagi jom tengok. \n\nBahan-bahan perapan untuk 150 cucuk adalah:\n\nTada.. mudahkan? Agak-agak dah boleh buat sendiri kan. Tinggal nak bakar-bakar jer dan sediakan nasi impit, hirisan bawang dan timun jer. Selamat mencuba Resepi Satay Homemade ini. Selain dari resepi ini, kami ada juga berkongsi resepi-resepi mudah yang lain. Selamat mencuba !"
"Semenjak dua menjak ini, makanan selain dari makanan tempatan dan barat telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia termasuklah Sushi.\n\nPelbagai kedai sushi telah dibuka di seluruh Malaysia seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Makin popular lah katakan. Suhsi King lah, Nippon Sushi lah, Empire Sushi lah. Dan siap ada yang buat sushi homemade lagi tau untuk dijual.\n\nPelbagai jenis sushi. Imej via thestar\n\nApa itu sushi? Sushi ialah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dimasukkan bersama campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Bahan tambahan tersebut boleh ditambah dalam keadaan mentah, dimasak atau diperam.\n\nSushi pada umumnya digolongkan kepada beberapa jenis sushi iaitu nigirizushi, oshizushi, chirashizushi, inarizushi, dan narezushi. Ianya bergantung kepad bentuk nasi bagi suhi tersebut. Kebiasaannnya sushi ini akan dimakan bersama wasabi yang telah diproses dan sos ikan.\n\nNak tahu cara makan sushi yang sebenar?\n\nTapi itulah sayangnya ada segelintir penggemar sushi tidak makan sushi bersama wasabi yang ada berikutan rasa pedasnya yang berangin. Yela, pedasnya tak seperti pedas cili Malaysia. Anda tahu di sebalik kenapa rakyat Jepun makan sushi bersama-sama wasabi? Sebenarnya rasa pedas dan bau wasabi yang kuat ini sebenarnya dapat menghilangkan rasa dan bau hanyir makanan mentah. Lagi pula, wasabi ini merupakan antibakteria semulajadi tau.\n\nApa itu wasabi? Wasabi atau nama saintifiknya Wasabia japonica merupakan tanaman asli Jepun yang hanya tumbuh di daerah beriklim sejuk iaitu 10-17oC. Wasabi memerlukan bekalan mata air yang berterusan dan kawasan yang rendang dan tanah berbatu. Kelembapan dan persekitaran yang tak sesuai, haiwan perosak boleh menyebabkan masalah pada tumbuhan ini untuk hidup kerana ianya sangat sensitif. Tidak semua tempat ia boleh hidup. Disebabkan itulah harganya agak tinggi. Boleh lihat rajah dibawah untuk rajah asal tumbuhan wasabi.\n\nKajian dan penyelidikan yang telah dilakukan juga menunjukkan wasabi mengandungi agen bakteria yang dikenali sebagai isotiosianat (ITC) di mana agen ini kuat dalam merencatkan aktiviti bakteria. Jadinya, sushi mentah yang mempunyai keberangkalian tinggi untuk terdedah kepada pertumbuhan bakteria dapat direncatkan dengan pengambilan wasabi bersamanya.\n\nAplikasi ITC ini terhadap bakteria adalah bergantung kepada dos dan jenis ITC di mana membuktikan perencatan pertumbuhan Rhizoctonia solani menggunakan AITC, benzil- ITC (BITC), fenil- AITC (PITC) dan metil- ITC (MITC) adalah berbeza (Molina-Vargas 2013). Tambahan pula, ITC memberikan kesan perencatan terhadap pelbagai jenis bakteria walaupun pada kepekatan yang rendah seterusnya melayakkannya sebagai calon antibakteria yang terjamin. ITC bertindak balas terhadap protein bakteria sehingga boleh menyebabkan sel dinding rosak seterusnya mengakibatkan kebocoran ATP dan komponen intrasel (Dufour et al. 2015)\n\nAktiviti ITC ini dipercayai menyebabkan berlakunya perencatan respiratori seterusnya memberi penekanan terhadap pertumbuhan dan pembiakan bakteria (Inatsu et al. 2005). Walau bagaimanapun Hayek et al. (2013) melaporkan aktiviti antibakteria AITC berkaitan dengan ketidakaktifan intrasel enzim melalui pemutusan pengoksidaan ikatan disulfida dan formasi tiosianat radikal yang reaktif menjadi perantara kesan antibakteria.\n\nOleh itu, sushi haruslah di makan bersama-sama wasabi. Selain daripada boleh menghilangkan rasa dan bau hanyir bahan mentah, ia juga dapat bertindak sebagai agen antibakteria semulajadi. Jadi, penggemar-penggemar sushi yang tidak makan bersama-sama wasabi bolehlah mula mengambilnya selepas ini.\n\nSebenarnya, untuk mengatakan sushi terdedah seratus peratus pada bakteria tidak dapat dipastikan kerana cara penyediaan sushi tersebut tidak diketahui. Tetapi, secara kasar nya bahan mentah yang tidak dimasak selalunya mudah terkena jangkitan bakteria. Jadi untuk mengurangkan risiko untuk terdedah pada bakteria yang selalu ada pada bahan mentah seperti E.coli, S.aureus dan sebagainya, penulis menggalakkan penggemar-penggemar sushi sekalian, ambil lah wasabi bersama-sama sushi, terutamanya sushi yang disertakan bahan mentah. Sebagai langkah berjaga-jaga. Terutama sekali buat ibu hamil."
"Sebelum kita membuat keputusan untuk makan di mana, mesti kita akan cuba cari di google kedai makan yang best, bukan? Selalu dengar orang cakap kedai makan sini best, kedai makan sana nasi lemak dia sedap, kita pun pergi ke kedai makan tersebut.\n\nSelalu kedai makan yang dicadangkan dan mendapat banyak komen positif tiada masalah untuk kita pergi makan di situ. Ini kerana tempat makan tersebut semestinya bersih dan dijamin halal bagi orang muslim.\n\nMasalah timbul apabila kita mula cirit birit sakit perut selepas makan di kedai makan malam sebelumnya. Apabila berjumpa doktor, doktor sahkan keracunan makanan. Memang sakit sangat terkena cirit birit ini, Mahu buat kerja pun susah. Bagaimana kita mahu elak dari terkena keracunan makanan apabila makan di luar?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 6 cara untuk menilai kebersihan kedai makan. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.\n\n6 Cara untuk menilai kebersihan kedai makan\n\nBila kita ke gerai/restoran, benda pertama kita pasti sentuh adalah kerusi dan meja makan. Jika berminyak, dan ada sisa-sisa makan yang tak dibersihkan dengan betul di atas meja, begitulah juga meja penyediaan makanan di dapur mereka.\n\nPilih premis makanan yang tukang masaknya memakai apron, penutup kepala, dan sarung tangan ketika mengendalikan makanan. Pelayannya berpakaian bersih, rambut tersisir rapi dan berkuku pendek, bukan macam Hantu Kak Limah.\n\nLihat tandas premis, jika ianya kotor, pili air tersumbat, tiada sabun, tiada tisu, maka kemungkinan dapur premis berkenaan juga begitu. Kalau kawasan sekitar gerai pun dah macam tandas, tak usahlah makan di situ, walaupun orang kata sedap.\n\nPihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memberi gred kepada premis makanan berdasarkan kebersihannya: gred A (amat baik), B (baik) dan C (memuaskan). Maka pilih premis makan yang bergred tinggi. Gred ni premis kena pamer.\n\nIni adalah pengiktirafan KKM yang merangkumi 3 aspek, iaitu bersih, selamat dan sihat. Pengiktirafan ni, saringannya ketat. Kena pergi kursus, dipantau, jika melepasi piawaian, barulah diberi sijil BeSS. Restoran, gerai, warung, caterer, food truck pun boleh mohon BeSS.\n\nZaman sekarang ni, kebanyakan tempat makan ada geo-tagging, dan disitu boleh letak ulasan(review). Bacalah review pelanggan lain tentang tempat makan tu. Namun ingin diingatkan, review pelanggan ni kadang kala subjektif dan tak berapa tepat.\n\nSelain tu, setelah makanan dihidang, pastikan makanan tu masih elok sebelum kita mentekedarah.\n\n3 cara mengenali makanan yang dah basi:\n\n1- Lihat: berbuih, berlendir, berubah warna\n\n2- Hidu: bau kurang yang menyenangkan\n\n*Sebelum makan pastikan kita periksa terlebih dahulu agar kita tidak menjadi mangsa keracunan makanan. Kalau kita lihat makanan itu sudah berlendih dan berbau busuk, terus masukkan makanan tersebut ke dalam tong sampah. Tidak perlu asingkan yang mana masih elok atau tidak. Lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ayam merupakan pilihan makanan yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Ayam merupakan pilihan utama kerana ianya merupakan salah satu sumber protein yang mudah untuk di dapati. \n\nPada masa yang sama, ianya merupakan pilihan protein yang sihat dan berkhasiat kerana ayam adalah salah satu sumber protein yang mempunyai rendah kadar lemaknya sekiranya lemak dan kulitnya sudah di buang. Sekiranya lemak dan kulit tidak di buang kadar lemak tinggi juga.\n\nMengapa Makan Ayam Yang Tidak Masak Dengan Betul Ini Bahaya?\n\nKita perlu memastikan penyediaan dan cara memasak ayam menggunakan suhu memasak yang selamat. Hal ini bagi mengelakkan sesetengah mikroorganisma yang berpotensi membuatkan seseorang itu mempunyai masalah penghadaman (cirit-birit) sekiranya cara penyediaan atau memasaknya tidak betul.\u00a0\n\nUntuk pengetahuan, ayam perlu dimasak sehingga suhu dalaman 74\u00b0C kerana dengan suhu inilah ianya dapat membunuh mikroorganisma yang menganggu penghadaman.\n\nAntara jenis-jenis bakteria tersebut mengikut pembacaan adalah :\n\nBakteria ini pada kebiasaanya hidup dalam usus haiwan ternakan, terutamanya ayam, lembu, khinzir. Ia boleh menyebabkan jangkitan saluran usus pada manusia. Sekiranya ia menjangkiti saluran usus manusia ini boleh menyebabkan keracunan makanan.\n\nTerdapat pelbagai tanda-tanda keracunan makanan. Antara tanda-tandanya adalah:-\n\nTempoh jangkitan keracunan makanan antara 6 jam ke 72 jam, tetapi kebiasaannya kesan keracunan makanan adalah 12 \u2013 36 jam selepas makan.\n\nCampylobacter adalah 1 daripada 4 penyebab utama penyakit cirit-birit (diarrhea). Ia dianggap sebagai bakteria manusia yang paling biasa. Jangkitan Campylobacter biasanya ringan dan tidak membahayakan manusia, TETAPI ia boleh membawa maut di kalangan kanak-kanak\u00a0dan orang tua. Hal ini disebabkan sistem imun tubuh mereka lemah.\n\nCampylobacter bakteria boleh dibunuh dengan cara penyediaan makanan yang betul (gunakan suhu memasak yang betul) dan teliti. Gejala campylobacter biasanya hilang selepas empat hari. \n\nWalaubagaimana sekali pun, dalam kes-kes yang teruk menerusi jangkitan Campylobacter, antibiotik mungkin diperlukan kerana imun tubuh tidak dapat melawan bakteria yang menyerang tubuh.\n\nBakteria E-coli ini biasanya di jumpai pada air yang tercemar. Tetapi bukan pengetahuan umum, E-coli juga boleh terdapat di dalam makanan yang tidak di masak dengan sempurna terutamanya di dalam daging atau disebabkan pencemaran silang.\u00a0\n\nAntara tanda-tanda seseorang itu telah di jangkiti bakteria e-coli adalah:-\u00a0\n\nKesan bakteria e-coli yang teruk boleh membawa maut. Justeru itu, jangan pernah mengambil mudah dalam penyediaan makanan ini\n\nCara Pencegahan Bagi Mengelakkan Keracunan Makanan\n\nTips Dan Langkah Mudah Untuk Masak Ayam Dengan Sempurna\n\n1. Potong ayam kepada ketulan yang bersaiz kecil atau sederhana\n\n2. Sebelum goreng ayam, cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.\n\n3. Bila minyak dah\u00a0betul-betul panas, baru masukkan\u00a0ayam.\n\n4. Pastikan ayam di masak dengan api yang kecil atau sederhana supaya isi dalamnya masak sempurna\n\nOhya selain daripada ayam, ada juga makan lain yang tidak disarankan untuk di makan mentah. Antaranya :\n\nSuka Makan Ayam? Tak Salah! Asalkan Tidak Mentah Dan Masak Dengan Sempurna\n\nItulah dia serba sedikit info mengenai bahaya makan ayam mentah. Pastikan ayam di masak dengan sempurna dan ingatlah, jangan sesekali makan daging ayam yang masih mentah dan ada kesan darah kerana ianya sangat berbahaya. Lagi-lagi untuk anak.\n\nTak dinafikan mungkin ada sesetengah orang yang sengaja mengambil ringan akan perkara ini. Tak rasa risau dan terus memakan makanan tersebut dengan mengetepikan bahagian mentah yang kurang masak. Tolonglah jangan berbuat sebegitu kerana keselamatan diri tetap perlu diberi keutamaan.\n\nBaca juga khasiat tomato mengikut kajian , keistimewaan dan khasiat bunga raya."
"Selalu ada masalah sakit gigi atau gusi? Kadang-kadang sakit gigi boleh menjadi punca demam dan hilang selera makan dan minum. Ia cuma sakit gigi biasa dan lama-kelamaan akan hilang sakit itu. Berlainan pula dengan penyakit kancing gigi.\n\nAdakah penyakit kancing gigi berpunca daripada sakit gigi? Tidak.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai penyakit kancing gigi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nKancing gigi ataupun dalam istilah perubatannya dipanggil tetanus merupakan keadaan dimana pesakit mengalami kekejangan otot (selalunya dikawasan rahang dan leher) pada seluruh badan disebabkan jangkitan bakteria Clostridium tetani.\n\nApabila penyakit ini semakin teruk, kesemua otot juga akan mengalami kekejangan terutamanya otot belakang badan menyebabkan keadaan badan pesakit akan melengkung ke belakang. Posisi ini dipanggil sebagai Opisthotonus. Pada ketika ini, deria sakit masih berfungsi menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang sangat dahsyat. Ia sama seperti seseorang yang mengalami kekejangan otot tetapi kekejangan otot yang dihadapi oleh pesakit kancing gigi adalah lebih dahsyat kerana ia melibatkan semua otot dalam badan.\n\nToksin yang dihasilkan oleh bakteria ini adalah:\n\nTanda tanda kancing gigi akan berlaku selepas beberapa hari dijangkiti bakteria C tetanus. Simptom-simptom tersebut adalah:\n\n\ud83d\udca2 Kekejangan otot dibahagian rahang mulut (kancing gigi)\n\n\ud83d\udca2 Kekejangan otot pada seluruh badan sehingga menyebabkan belakang badan menjadi melengkung kebelakang (Opisthotonus).\n\n*Jika ada simpton-simpton seperti yang dinyatakan, cepat-cepat pergi berjumpa dokto dengan segera. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan menjejaskan aktiviti harian kerana sakit yang dihadapi. Amalkan makanan yang sihat dan kurangkan pengambilan gula. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ayuh ketahui sunah-sunah Rasulullah SAW dan kelebihannya.\n\nApakah maksud sunnah? Sunnah membawa erti \u2018cara\u2019 atau \u2018amalan\u2019. Dari aspek bahasa, al-sunah bererti kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela.\n\nKata \u2018sunah\u2019 disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah \u2018perjalanan hidup\u2019 dan \u2018perilaku\u2019. Dengan itu, \u00a0sunah nabi bererti \u2018cara nabi\u2019, atau apa-apa yang berkaitan dengan tabiat, kelakuan atau kebiasaan Rasulullah SAW.\n\nMengikuti amalan sunnah Rasulullah SAW adalah salah satu bukti kebenaran cinta seorang umat kepada Rasulnya, bahkan sebagai kecintaan kepada Allah SWT. \u00a0Seperti firmanNya:\n\n\u201cKatakanlah (wahai Muhammad), sekiranya kamu semua cintakan Allah, maka ikutlah daku (Nabi Muhammad).\u201d\n\nNabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa sesiapa yang mengamalkan sunah Baginda pada zaman kerosakan ini, maka akan mendapat pahala seumpama 100 orang mati syahid.\n\n\u201cSesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika berlakunya pelbagai kerosakan pada ummatku (akhir zaman). Maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid.\u201d\n\nTerdapat begitu banyak sunnah Baginda SAW yang ditinggalkan untuk diamalkan oleh sekalian umatnya. Dengan menuruti perkara sunnah ini akan menambah kerinduan dan berterusan mencintai Baginda.\n\nBerikut adalah antara 100 sunah tersebut:\n\nSelain itu, terdapat banyak kelebihan sekiranya mengamalkan sunnah Rasulullah SAW, antaranya;\n\nPenutup: Beristiqamah dan berterusanlah dalam menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.\n\nSebenarnya terdapat begitu banyak sunnah Rasulullah SAW yang boleh dijadikan amalan, tetapi jika dapat dilakukan 100 amalan ini pun sudah sangat memadai, dan sekiranya boleh dilakukan lebih banyak lagi, sangat baik dan digalakkan agar mendapat lebih banyak ganjaran pahala.\n\nNamun, yang penting lakukanlah secara beristiqamah dan berterusan, bukan seperti \u2018hangat-hangat tahi ayam\u2019 sahaja.\n\nDaripada Amru bin Auf r.a Rasulullah SAW bersabda,\n\n\u201cSesiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala seumpama pahala orang yang mengamalkannya tanpa berkurangan sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Sesiapa yang berbuat bidaah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurang sedikitpun dari dosa-dosa mereka.\u201d\n\njika anda menyukai perkongsian kami ini, ayuhlah turut membaca artikel-artikel kami yang lebih menarik seperti; Doa Sembuh Penyakit: Sunnah & Amalan Yang Boleh Dilakukan Sebagai Ikhtiar Kesembuhan serta 5 Sunnah Menyambut Kelahiran Bayi (Cara Azan Bayi ) Bakal Ibu Bapa Wajib Tahu"
"Tahukah anda bahawa tekanan darah tinggi adalah salah satu daripada penyakit senyap yang boleh menyebabkan komplikasi bahaya termasuk kematian sekiranya tidak dikawal? \n\nTerdapat pelbagai punca darah tinggi menyerang seseorang individu. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengenal pasti apakah punca tekanan darah tinggi dan berusaha untuk menjauhkan diri daripadanya.\n\nKajian mendapati bahawa penyakit tekanan darah tinggi boleh diwarisi oleh seseorang individu daripada nenek moyang dan ahli keluarga yang lain. \n\nIanya terdapat dalam dna keluarga tersebut. Sekiranya anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, risiko untuk anak cucu anda mewarisi sakit yang sama ialah 50%. Oleh itu, jika terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, elakkan perkara yang menjadi punca darah tinggi yang lain. \n\nGaya hidup yang tidak aktif juga merupakan salah satu daripada punca migrain. Di zaman moden ini, rata-rata rakyat Malaysia menghabiskan masa di atas kerusi mengadap komputer sepanjang hari semasa bekerja atau menghabiskan masa di hadapan tv semasa hujung minggu. \n\nGaya hidup yang kurang aktif ini akan menyumbang kepada masalah tekana darah tinggi. Oleh itu, ubah gaya hidup anda. Rajinkan diri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sebanyak 3 kali seminggu.\n\nTabiat merokok juga sangat menyumbang kepada masalah tekanan darah tinggi. Individu yang merokok biasanya mempunyai tekanan darah pada tahap sempadan atau borderline. \n\nIni bermaksud bila-bila masa sahaja tekanan darah anda boleh naik dan melepasi tahap tekanan darah tinggi. Oleh itu, hentikan tabiat merokok yang sememangnya membahayakan kesihatan anda dan orang tersayang yang berada di sekeliling anda.\n\nTidak dinafikan, ada pesakit darah tinggi yang berbadan kecil dan mempunyai berat badan ideal dengan bmi yang sihat. Walau bagaimana pun, kajian mendapati bahawa mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan memasuki fasa obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah tekanan darah tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. \n\nOleh itu, kawal berat badan anda. Dapatkan bmi yang ideal demi kesihatan anda pada hari ini dan masa hadapan.\n\nPunca darah tinggi yang seterusnya ialah faktor usia. Tahukah anda bahawa mereka yang berumur 35 tahun dan ke atas mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah tekanan darah tinggi? \n\nOleh itu, jika umur anda sudah mencecah angka tersebut, sila berhati-hati. Amalkan gaya hidup yang sihat, berhenti merokok, dan jauhi punca tekanan darah tinggi yang lain. \n\nTahukah anda bahawa terdapat dua jenis kolesterol iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat? Kolesterol baik adalah sangat bermanfaat kepada tubuh badan manakala kolesterol jahat adalah punca pelbagai masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi. \n\nKebiasaanya, ujian yang dijalankan ke atas pesakit darah tinggi akan mendapati bahawa paras kolesterol mereka adalah tinggi. Oleh itu, elakkan makanan yang mempunyai kolesterol tinggi seperti:\n\nRata-rata tahu bahawa minuman beralkohol adalah sangat memudaratkan tubuh badan. Ia boleh mengundang pelbagai penyakit seperti kerosakan hati dan tekanan darah tinggi. Oleh itu, elakkan alkohol. Amalkan gaya hidup yang sihat. Sekiranya anda seorang penagih alkohol, dapatkan rawatan di hospital kerajaan yang terdekat. \n\nSeperti gula, garam yang terlalu banyak dalam masakan juga boleh menjejaskan kesihatan anda. Punca darah tinggi yang seterusnya ialah pengambilan garam yang berlebihan dalam makanan setiap hari. \n\nOleh itu, amalkan pemakanan yang sihat dengan cara mengurangkan garam dalam masakan. Anda juga boleh bertukar kepada garam bukit yang jauh lebih sihat berbanding garam biasa. Terdapat banyak jenama garam bukit di pasaran.\n\nUntuk maklumat anda, buah pinggang mempunyai peranan yang sangat penting untuk mengawal tekanan darah dalam tubuh badan. Apabila seseorang individu mempunyai penyakit buah pinggang, buah pinggangnya tidak mampu untuk berfungsi dengan baik lalu menyebabkan bahan buangan akan terkumpul dalam darah akibatnya menyebabkan pesakit menjadi tidak sihat. \n\nBuah pinggang yang rosak juga akan hilang kemampuan untuk mengawal tekanan darah lalu menyebabkan tekanan darah naik mencanak melepasi tahap normal. \n\nPenyakit endoktrin adalah sejenis penyakit yang menyerang sistem endoktrin dalam badan. Apabila seseorang individu mempunyai masalah pada sistem endoktrin, pelbagai komplikasi kesihatan akan berlaku dan salah satu daripanya ialah tekanan darah tinggi. \n\nIni berlaku kerana kegagalan sistem endoktrin untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan tubuh badan gagal untuk mengawal tekanan darah pada tahap yang normal.\n\nPunca darah tinggi yang seterusnya ialah penyakit pembuluh darah. Seperti yang anda tahu, pembuluh darah adalah ejen yang membawa darah mengalir dalam tubuh badan kita. \n\nPembuluh darah yang sihat akan menjamin tekanan darah yang sihat manakala pembuluh darah yang sakit akan menyebabkan aliran darah dalam badan terganggu seterusnya menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Di antara penyakit pembuluh darang yang sering berlaku ialah:\n\nItulah dia 11 punca darah tinggi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca jerawat punca gout dan punca senggugut."
"Bila sebut tentang karipap, pasti anda terbayang-bayang kesedapan dan kerangupan karipap kan. Karipap ini sangat sesuai dihidang tidak kira masa, bila dan di mana. Boleh dikatakan di antara kuih tradisional yang evergreen (mendapat tempat di hati pelbagai lapisan masyarakat tak kira umur dan bangsa). Sebab itulah karipap ini senang didapati dijual di mana-mana tapi ye la kan nak cari yang betul-betul sedap, susah. Tambah-tambah sekarang ini harga karipap dah tak sama macam dulu. Fikir dua tiga kali juga nak membelinya kan?\n\nNak tak nak kena buat cuba buat sendirilah kan. Karipap ini ada karipap biasa dan karipap pusing. Karipap pusing ini biasanya harga nya lebih mahal sedikit dari karipap biasa sebab cara nak membuatnya sedikit susah. Inti masih sama seperti karipap biasa. Boleh dipelbagaikan. Ada inti kari, inti sardin, inti telur dan sebagainya.\n\nJadi, kali ini, kami kongsikan resepi inti sardin untuk karipap warisan keluarga dari saudari Amirah Najwa Ab Razak\u00a0yang dimuatnaik di Facebook untuk perkongsian umum.\u00a0 Jom kita lihat resepi beliau.\n\n1) Lenyekkan bahan A. Ketepi kan.\n\n2) Tumiskan bahan B hingga garing.\n\n3) Bila dah garing masukkan bahan A tadi.\n\n4) Masakkan bahan A dan B sehingga cukup masak.\n\n5) Masukkan bahan C, sebatikan dan rasa. Kuantiti mengikut citarasa masing-masing.\n\n6) Masukkan bahan D. Dan gaul sebati sehingga bawang layu dan masak dengan betul inti sardin tadi.\n\n7) Akhir sekali agak dah masak dan kering sedikit bolehlah masukkan bahan E. Gaul sebati semua nya.\n\n8)\u00a0 Tutup api dan ketepikan di kuali untuk sejatkan lebihan minyak.\n\nMudahkan? Bolelah cuba buat lepas nih. Tak lah bosan sangat asyik-asyik inti kari jer. Selain daripada resepi inti sardin ini, terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba untuk variasikan hidangan anda. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda ya! Selamat mencuba!"
"Resepi Dalgona Coffee menjadi tular baru baru ini. Ini kerana rasanya yang sedap serta rupanya yang amat menarik. Para pencinta coffee menggemarkannya. Dalgona coffee merupakan hidangan yang popular di Korea. Perkataan dalgona itu juga dipanggil ppogi merupakan gula gula keras daripada gula yang telah cair dan soda bikarbonat. Ianya akan diletakkan diatas teh susu ataupun kopi.\n\nNamun begitu, dalgona coffee merupakan gabungan kopi dan gula yang dipukul sehingga menjadi ringan dan berkrim. Ianya boleh dipukul bersama \u201cfrother\u201d, \u201cmixer\u201d ataupun boleh dipukul secara manual. Setelah itu, krim ini akan diletakkan diatas susu dan siap! Dalgona coffee. Untuk mengetahui resepi ini dengan lebih terperinci, jom scroll down!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Nana Baharin II dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!"
"Sos carbonara berasal daripada Italy dimana hidangannya adalah gabungan telur, keju dan lada. Ianya diperkenalkan pada sekitar tahun 1940 di Rom. Namanya pula berasal daripada nama sebuah restoran di Rom iaitu \u201cCarbonara\u201d.\n\nSekarang, hidangan spaghetti carbonara adalah satu hidangan yang terkenal di Malaysia. Ianya boleh didapati di pelbagai restoran sekitar Malaysia dan sos nya juga mudah untuk didapati di mana mana pasaraya.\n\nSekiranya anda mencari sebuah resepi untuk keluarga anda yang boleh dinikmati oleh seluruh lapisan umur, resepi Spaghetti Carbonara adalah salah satu pilihan yang terbaik. Rasa lemak berkrim digabungkan bersama ayam mampu memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya.\n\nResepi yang akan kami bawakan kali ini dikongsi oleh\u00a0Arieza Rieza di laman Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian!\n\nNota: Cream cheese itu dibelah dua dan ambil sebahagian sahaja. Kisarkan cream cheese itu.\n\nNota: Pastikan cream cheese dikisar dulu dengan sedikit air supaya kuah tak berketul.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi carbonara, terdapat beberapa resepi lain yang boleh dinikmati oleh anda sekeluarga. Jangan lupa untuk tekan butang \u201cshare\u201d dan kongsikan resepi ini bersama rakan rakan anda ya!"
"Suka makan pisang goreng? Ingin makan pisang goreng yang menarik?\n\nPisang goreng cheese ala Zuraidah Ismail di laman Facebook boleh dijadikan pilihan. Membuat anda merasai pisang goreng sedap yang lain dari biasanya.\n\nYang membuatnya menarik ialah pisang dilenyekkan dulu sebelum digoreng. Kemudian ditabur cheese. Sedap sungguh! Membuat anda tidak akan pernah bosan makan pisang goreng.\n\nBosan makan pisang goreng kosong yang hanya goreng tepung saja, baik cuba resepi berlainan ini. Jom tengok resepinya di bawah ini.\n\nSelain resepi pisang goreng cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Hadiah hari jadi untuk anak perempuan anda pastinya menarik dan unik, maklumlah hari jadi cuma setahun sekali. Jenis hadiah hari jadi untuk anak perempuan juga sesuai diberikan mengikut umur anak anda. Daripada kecil sehingga remaja, anda harus ketahui hadiah apa yang mungkin menjadi idaman atau kegunaan mereka.\n\nAnak perempuan anda pasti sukakan beg baru seperti beg silang ataupun beg tangan. Mana tahu, mereka amat suka bergaya pada usia sebegini. Pelbagai pilihan beg untuk para remaja dan anak perempuan boleh anda pilih. Pilihlah beg yang sesuai, boleh juga lihat di Lazada.\n\nBagi rumah yang belum memiliki komputer, komputer boleh dijadikan hadiah yang sesuai untuk anak perempuan anda. Bagi anak perempuan yang suka belajar menggunakan teknologi dan suka terokai internet, tidak salah jika anda hadiahkan komputer. Mereka pasti suka.\n\nHadiah hari jadi untuk anak perempuan juga adalah set bilik tidur. Dengan set bilik tidur ini, anak akan gemarinya kerana biliknya akan diubahsuai atau ditambah perabot dengan cantik sekali. \n\nBarang sekolah seperti alat tulis, buku nota, beg sekolah dan lain-lain lagi sesuai diberikan sebagai hadiah hari jadi anak perempuan anda. Selain dapat menaikkan semangat mereka ke sekolah, mereka boleh menggunakan hadiah hari jadi itu dengan baik.\n\nGelang tangan atau aksesori wanita merupakan hadiah terbaik untuk anak perempuan anda. Anda juga boleh mencarinya di Lazada dimana terdapat pelbagai gelang seperti gelang emas, gelang berbatu, gelang manik, gelang getah dan lain-lain lagi.\n\nTabung mempunyai banyak jenis bentuk dan saiz, sehingga ada juga tabung duit yang sangat unik dan menarik. Untuk menyematkan sikap menyimpan wang, tidak salah anda hadiahkan tabung duit sebagai hadiah hari jadi anak perempuan anda. \n\nKetika bergelar anak perempuan, inilah masa dimana kita suka menulis dan meluah perasaan di kertas. Ketika ini, anda boleh menghadiahkan mereka sebuah buku diari peribadi untuk kegunaan mereka. Mereka pasti gembira tambah-tambah dapat memiliki buku diari yang cantik pula.\n\nMungkin anda tahu anak perempuan anda suka membaca majalah kegemarannya, inilah masa untuk anda berikan set majalah kegemarannya. Dari beberapa majalah yang dia kumpul, anda boleh membelinya dengan lebih banyak lagi. Mungkin majalah, komik atau novel hasil tulisan penulis kegemarannya.\n\nJika anak anda berjiwa seni dan suka bermain muzik, hadiahkanlah alat muzik kegemarannya seperti gitar, keyboard dan lain lagi. Mereka akan menghargai sepenuhnya kerana bukan senang untuk mereka beli sendiri alat muzik kegemaran ini. Ia sesuai dijadikan hadiah hari jadi anak perempuan yang meminati muzik.\n\nBarangan kraftangan seperti alat jahitan, manik, canting batik dan sebagainya boleh anda dapatkan di Daiso atau DIY. Ia boleh dijadikan hobi untuk anak anda tatkala mereka berasa bosan dan tidak tahu apa yang ingin dilakukan.\n\nSekiranya anak anda seorang yang gemar bersukan atau suka terperap di rumah, anda boleh hadiahkan sebuah basikal untuk mereka gunakan bagi menyihatkan tubuh badan. Basikal anak perempuan yang bercorak bunga atau berwarna lembut mungkin sesuai dijadikan hadiah bergantung kepada minat anak masing-masing.\n\nBuatlah kelainan dengan menjadikan potret sebagai hadiah untuk anak perempuan anda. Potret seperti lukisan pasti menarik minat anak anda tambah-tambah jika mereka seorang pencinta lukisan.\n\nBelikan baju-baju mereka yang berstyle, tshirt yang mereka minat atau apa-apa jenis pakaian yang mereka suka. Jika tidak tahu apa yang mereka suka, belilah pakaian yang bersesuaian dengan mereka dan tentunya cantik. Mereka boleh memakainya pada bila-bila masa sahaja.\n\nHadiah hari jadi anak perempuan juga sinonim dengan hadiah berupa make up. Mereka pasti menginginkan set mekap untuk digayakan. Anda boleh beri hadiah mekap yang bersesuaian setara umur mereka. Tetapi awas, jangan pula sampai pakai mekap ke sekolah!\n\nBawalah anak perempuan anda berjalan-jalan dan bercuti. Ia juga adalah hadiah hari jadi anak perempuan yang diidamkan sekiranya anda seorang yang terlalu sibuk dengan kerjaya. Belikan apa jua yang mereka inginkan dalam tempoh anda keluar bersama.\n\nAnak perempuan anda juga pasti cukup teruja dengan hadiah jambangan bunga dan coklat. Ia sangat sweet dan seolah-olah anda merupakan ayah yang paling romantis buat mereka. Sudah tentu mereka menyukai coklat yang anda berikan.\n\nBarang permainan anak perempuan boleh anda berikan sebagai hadiah hari jadi anak perempuan anda sekiranya anak anda berumur bawah 10 tahun. Itulah usia yang sesuai mendapat hadiah mainan kanak-kanak. Jika melebihi usia tersebut, hadiahkan mereka barangan yang berkaitan hobi mereka.\n\nJam tangan boleh digayakan ke mana sahaja bahkan di rumah pun boleh dipakai. Anak perempuan anda pasti suka akan jam tangan yang bercorak dan berbunga cantik. Pastikan anda memberikan jam tangan yang mereka suka dan minat, ataupun yang cantik-cantik. Ia akan menjadi hadiah yang paling menyerlah sekali.\n\nItulah dia 18 pilihan hadiah hari jadi anak perempuan sesuai untuk anda berikan. Sama ada anak perempuan masih kecil dibawah usia 6 tahun ataupun suka meningkat kanak-kanak dan dewasa. Ketahui minat mereka untuk memudahkan anda mencari hadiah hari jadi anak perempuan yang bersesuaian.\n\nJemput baca juga Hadiah untuk ibu ayah, Hadiah untuk suami dan Tips hadiah suami isteri."
"Apabila anda sedang bersemangat untuk menurunkan berat badan, pastinya anda akan mula mencari apakah diet yang paling berkesan untuk kurus dengan cepat. Di Malaysia, diet atkins semakin popular dan mendapat tempat di hati orang ramai berikutan banyak perkongsian tentang kejayaan menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet atkins.\n\nBenarkah diet atkins berkesan dan mampu membantu anda kurus dengan cepat tanpa perlu berlapar? Macam mana cara terbaik untuk menjalankan diet atkin supaya cepat kurus? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan cara diet atkins yang paling berkesan.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan diet atkins?\n\nDiet Atkins adalah satu jenis pola pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Prinsip diet atkins ialah tidak mengambil sebarang makanan yang mengandungi karbohidrat. Kenapa?\n\nApabila anda tidak makan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga, secara automatik badan anda akan membakar lemak yang ada dalam badan anda untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan seharian. Semakin lama anda tidak mengambil kerbohidrat, semakin banyak lemak yang akan dibakar oleh tubuh badan anda.\n\nAnda yang mengamalkan diet atkins juga digalakkan untuk tidak mengambil sebarang gula atas sebab yang sama seperti karbohidrat.\n\nUntuk mendapatkan berat badan idaman, terdapat 4 fasa diet atkins yang perlu anda lalui. Anda akan bermula dengan fasa pertama, diikuti oleh fasa kedua, ketiga, dan keempat. Sekiranya anda ikut diet atkins secara disiplin dan konsisten, insya Allah anda akan mendapat kesan yang memuaskan.\n\nEmpat Fasa dalam diet atkins ialah:\n\nFasa pertama diet atkins bertujuan untuk menyesuaikan diri anda dengan diet atkins. Fasa pertama fokus untuk:\n\nDalam fasa pertama atkins, seleoknya anda langsung tak makan karbohidrat dan gula. Pada peringkat permulaan anda akan mula mengalami ketosis iaitu proses pembakaran lemak dalam badan untuk mendapatkan tenaga. Apabila badan anda mengalami ketosis, anda akan mendapat tanda seperti mulut berbau, pening dan loya-loya. Jangan risau, ianya hanya sementara sahaja.\n\nFasa pertama atkins boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga 6 bulan. Tempoh maksimum yang dicadangkan ialah 2 tahun. Kami nasihatkan anda supaya tak berada dalam fasa pertama atkins untuk tempoh yang lebih panjang daripada 2 tahun.\n\nAnda akan kehilangan berat badan dengan banyak sekali pada fasa pertama. Anda digalakkan untuk makan banyak makanan yang tinggi lemak dan protein, serta sayur-sayuran yang rendah karbohidrat seperti sayur-sayuran berdaun. Apabila memasuki fasa kedua, penurunan berat badan anda akan mula berkurangan. Nak tahu mengapa? Teruskan membaca.\n\nPada fasa kedua diet atkins yang dikenali sebagai fasa penurunan berat badan secara berterusan, di mana berat badan anda akan terus menurun namun tidak secepat fasa pertama. Ini kerana dalam fasa kedua, anda akan mula mengambil karbohidrat semula di dalam menu seharian anda.\n\nDalam fasa ini, anda dibenarkan untuk mengambil karbohidrat dalam jumlah yang terkawal. Pengambilan gula adalah tidak digalakkan. Dalam fasa kedua, perlahan-lahan anda boleh masukkan kekacang dan buah-buahan ke dalam diet anda.\n\nBiasanya, pada fasa ketiga, anda sudah makin hampir dengan berat badan idaman anda. Mungkin tinggal 5 kilogram sahaja lagi untuk mendapatkannya. Oleh itu, pada fasa ini anda tidak perlu lagi mengamalkan diet yang terlalu ketat. Anda boleh tambah lebih banyak karbohidrat ke dalam menu harian anda.\n\nKini, anda sudah boleh makan nasi dan sayuran berkarbohidrat dengan kuantiti yang dikawal. Dah nak masuk fasa keempat tak bermakna anda dah boleh makan secara sesuka hati. Ingat ya, anda masih berada dalam fasa ketiga. Belum masuk fasa terakhir diet atkins.\n\nIni merupakan fasa terakhir dalam diet atkins. Apabila anda sudah sampai ke fasa ini, bermakna kini anda sudah kurus dan mendapat berat badan yang diidamkan. Dalam fasa ini, anda dalam proses untuk mengekalkan berat badan sekarang sampai bila-bila. Anda boleh makan seperti biasa asalkan ianya menu yang sihat dan menepati keperluan piramid pemakanan harian.\n\nPerkara asas diet atkins yang anda perlu amalkan:\n\nItulah dia cara diet atkins yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Anda juga mungkin meminati perkongsian kami tentang makanan untuk diet, cara kuruskan badan, dan cara kempiskan perut."
"Nafkah isteri itu penting. Suami wajib beri walaupun isteri ada gaji sendiri. Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang penuh bahagia hingga ke akhir hayat. \n\nPerkahwinan yang di bina hanya dengan alasan atas dasar cinta tidak boleh memberi jaminan untuk terus kekal bersama. Cinta itu tidak boleh mengisi perut anak isteri. Cinta itu juga tidak dapat memberi tidur lena selesa sepanjang masa. Suami perlu beri nafkah isteri dengan sempurna kerana itu adalah jalan yang terbaik!\n\nYa! Cinta itu penting dalam sesebuah ikatan! Tapi cinta itu tidak boleh dicambahkan sehingga menjadi segunung emas yang boleh ditukar kepada wang ringgit. Cinta juga tidak boleh dijual di mana-mana kedai pajak gadai. \n\nKerana itu Islam telah menegaskan bahawa seorang suami wajib memberi nafkah kepada wanita yang telah dinikahinya. Nafkah isteri ini untuk membentuk sebuah kehidupan berkeluarga yang seimbang dari segi cinta dan juga material.\n\nYa! Cinta itu penting dalam sesebuah ikatan! Tapi cinta itu tidak boleh dicambahkan sehingga menjadi segunung emas yang boleh ditukar kepada wang ringgit. Cinta juga tidak boleh dijual di mana-mana kedai pajak gadai. Kerana itu Islam telah menegaskan bahawa seorang suami wajib memberi nafkah kepada wanita yang telah dinikahinya. Nafkah isteri ini untuk membentuk sebuah kehidupan berkeluarga yang seimbang dari segi cinta dan juga material.\n\nSuami Wajib Berikan Nafkah Isteri Dalam 2 Kategori\n\nSeorang suami yang bertanggungjawab perlu memberikan DUA JENIS NAFKAH kepada isterinya. Dua jenis nafkah ini adalah:\n\nNAFKAH\u00a0ISTERI dalam bentuk \u2018BATIN\u2019\u00a0merujuk kepada hubungan intim (seks) di antara suami dan isteri. Nafkah secara batin ini mempunyai beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk membolehkan nafkah batin ini berlangsung dengan sempurna. Antara syarat tersebut adalah :\n\n\u0646\u0650\u0633\u064e\u0627\u0624\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062d\u064e\u0631\u0652\u062b\u064c \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0623\u0652\u062a\u064f\u0648\u0627 \u062d\u064e\u0631\u0652\u062b\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651\u0649\u0670 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u06d6 \u0648\u064e\u0642\u064e\u062f\u0650\u0651\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0644\u0650\u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06da \u0648\u064e\u0627\u062a\u064e\u0651\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064f\u0644\u064e\u0627\u0642\u064f\u0648\u0647\u064f \u06d7 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0634\u0650\u0651\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nIsteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui- Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. \n\nUntuk NAFKAH ISTERI dalam bentuk \u2018ZAHIR\u2019 pula merupakan tanggungjawab yang perlu suami\u00a0 sediakan untuk isterinya dalam bentuk \u2018kebendaan\u2019 ataupun material yang jelas di mata. Bentuk material yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri untuk kategori nafkah zahir ini adalah seperti:\n\nSetiap benda untuk nafkah zahir ini tidak bererti perlu disediakan dalam keadaan yang mewah. Nafkah zahir ini hanya bergantung pada tahap kemampuan si suami. Yang penting si suami sama sekali tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya dalam bentuk yang lebih buruk daripada apa yang di makan dan di pakai oleh dirinya sendiri.\n\nSuami Tetap Wajib Beri Nafkah Walau Isteri Sudah Berkerja\n\nSekarang ini seringkali berlaku kekeliruan berkenaan nafkah apabila para isteri sudah mula keluar berkerja. Hakikatnya sebesar mana sekalipun gaji seorang isteri itu tetap tidak akan menghilangkan tanggungjawab si suami untuk memberi nafkah kepada si isteri yang telah dinikahinya itu.\n\nGaji isteri itu adalah hak si isteri dan tidak ada sebarang kena mengena langsung dengan sang suami. Seandainya si isteri itu sendiri yang sudi berkongsi hasil pendapatannya bersama suami, bermakna itu adalah bonus yang pastut disyukuri oleh si suami kerana dikurniakan seorang isteri yang sanggup untuk susah senang bersama. \n\nIsteri\u00a0Boleh\u00a0Mohon\u00a0Fasakh\u00a0Jika\u00a0Suami Gagal Beri Nafkah\u00a0Zahir\u00a0Batin\u00a0\n\nDi dalam Islam telah dinyatakan berulangkali bahawa seorang isteri itu mempunyai hak-haknya yang tersendiri ke atas suami. Hak-hak ini boleh dituntut daripada sang suami dan jika suami tidak berjaya memberikannya maka si isteri boleh menuntut cerai! Ya boleh sehingga ke tahap bercerai kerana itu tolonglah jangan sesekali di pandang ringan tentang soal nafkah isteri ini.\n\nJadilah contoh seorang suami yang mithali kerana suami mithali itu akan lebih dipandang mulia dengan penuh limpahan kasih dan sayang dari si isteri. Nafkah isteri ini tidaklah diciptakan sebagai satu perkara untuk membebankan pihak sang suami. Pemberian nafkah zahir dan batin ini adalah satu simbolik untuk saling hidup bersama dengan penuh rasa kasih dan hormat. \n\nIbnu Mas\u2019ud meriwayatkan Rasulullah bersabda: \u201cApabila seseorang Muslim memberikan nafkah kepada keluarganya kerana mencari pahala, maka hal itu menjadi sedekah baginya\u201d \u2014 Riwayat al-Bukhari\n\nSaling\u00a0Faham\u00a0Memahami\u00a0Adalah Kunci\u00a0Kebahagiaan\u00a0Rumahtangga\n\nMasyarakat sering sering menuding jari kepada para suami mengenaisoal nafkah isteri untuk zahir dan batin ini. Hakikatnya si isteri juga perlu ikut faha akan situasi suami. Jika suami kurang berkemampuan janganlah dengan sengaja meminta itu dan ini. \n\nBila suami terlambat terima gaji pula janganlah dengan sengaja di buka isu nafkah isteri ini di hadapan suami. Sebagai sepasang suami dan isteri yang telah berjanji untuk susah senang bersama, kita perlu saling faham memahami. Allah SWT dah atur corak kehidupan dengan panduan, maka ikutlah dengan baik seperti seorang muslim yang sejati."
"Tidak mempunyai ketuhar? Baru belajar memasak? Kini sesiapa sahaja boleh menyediakan kek red velvet versi kukus yang lebih mudah, lebih ringkas dan boleh disediakan oleh sesiapa sahaja.\n\nResepi ini menjanjikan rasa yang sama sedapnya seperti kek red velvet biasa walaupun kukus. Jadi, anda bolehlah sediakan kek ini buat yang tersayang!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Siti Hajar Hashim dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!\n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nMenarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi popia basah homemade. Sesiapa yang tercari resepi popia basah sila simpan resepi ini untuk mudah digunakan bila-bila masa.\n\nPopia basah sedap dijadikan kudapan minum petang. Layan popia basah bersama keluarga jadi makin sedap. Selain itu kudapan ini juga paling banyak di jual di bulan ramadhan.\n\nPopia basah boleh dibeli di pasar malam. Dijual RM 1 untuk satu biji popia basah. Lebih baik buat sendiri, lagi puas dan untung bukan?\n\nResepi popia basah mudah dan sedap dikongsikan oleh Ziela Lewis di laman Facebook. Perkongsian ramai ini patut cuba di rumah. Boleh dibuat untuk makan sendiri ataupun untuk dijual. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi popia basah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Anda sedang merancang untuk bercuti ke Kedah, negeri jelapang padi? Istimewa untuk anda, kami akan kongsikan 11 homestay di Kedah yang selesa dan bersih dengan harga berpatutan.\n\nTSA Jitra Homestay terletak di Kampong Pantai Halban. Tetamu yang menginap di homestay ini boleh menggunakan dapur yang serba lengkap.\n\nHomestay ini mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu serta bilik mandi dengan kelengkapan mandian percuma dan pancuran mandian. TV skrin rata disediakan.\n\nHomestay ini mempunyai teres. Anda juga boleh berehat di lounge berkongsi.\n\nAlor Setar berjarak 16 km dari TSA Jitra Homestay. Lapangan terbang yang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, yang berjarak 7 km dari penginapan ini.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kampong Pantai Halban! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kampong Pantai Halban! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nBarakah Homestay yang terletak di Alor Setar menawarkan penginapan dengan TV skrin rata dan dapur.\n\nBeberapa unit mempunyai ruang tempat duduk dan/atau ruang makan.\n\nRumah penginapan ini menawarkan taman permainan kanak-kanak dan parking peribadi.\n\nAnda boleh melakukan aktiviti kembara berjalan kaki di kawasan berdekatan.\n\nLapangan Terbang Sultan Abdul Halim berjarak 8 km jauhnya.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Alor Setar! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Alor Setar! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nHomestay Darulaman yang menampilkan tab mandi spa terletak di Jitra. Tempat penginapan ini menawarkan pemandangan gunung.\n\nHomestay ini mempunyai TV skrin rata satelit. Terdapat ruang tempat duduk, ruang makan dan dapur yang dilengkapi dengan mesin cuci pinggan mangkuk.\n\nKakitangan di penerimaan tetamu boleh membantu sepanjang waktu dengan maklumat mengenai kawasan ini.\n\nAlor Setar terletak 10 km dari tempat penginapan ini. Lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang berjarak 10 km dari tempat penginapan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Jitra! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nDrHome home-hotel menawarkan tempat penginapan di Alor Setar. Anda boleh menjamu selera di restoran di lokasi.\n\nTetamu tidur di bilik tidur dan mendapat akses ke ruang makan dan ruang tamu. Dapur dilengkapi dengan pembakar roti, microwave, mesin basuh dan peti sejuk. TV satelit skrin rata disediakan. Bilik-bilik lain akan dikunci.\n\nSewaan kereta disediakan di tempat penginapan ini dan kawasan ini popular untuk memancing. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, 5 km dari DrHome home-hotel.\n\nSafia Homestay, Kulim, Kedah terletak di Kulim, Kedah, dalam jarak 36 km dari Batu Ferringhi. Ia menawarkan penginapan dengan pemandangan taman. Kemudahan parkir peribadi percuma disediakan.\n\nRumah 3 bilik tidur ini dilengkapi dengan TV skrin rata. Bilik tidur utama berhawa dingin. Dua bilik lagi dinyamankan dengan kipas. Beberapa bilik mempunyai ruang tempat duduk untuk kemudahan anda. Cerek disediakan di dalam bilik.\n\nSungai Petani dan George Town masing-masing terletak 29 km dan 27 km dari Safia Homestay, Kulim, Kedah. Lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, yang berjarak 34 km dari tempat penginapan ini.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kulim! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kulim! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nHazz Homestay Alor Setar terletak di Mentaloon. Ia menawarkan taman permainan kanak-kanak dan pemandangan taman. Ia menyediakan parking peribadi di lokasi.\n\nBeberapa bilik menawarkan ruang tempat duduk di mana anda boleh berehat. Anda akan mendapati cerek disediakan di bilik. Beberapa bilik mempunyai bilik mandi peribadi dengan tab mandi.\n\nIa berjarak 5.8 km untuk ke Menara Alor Setar dan 7.8 km untuk ke Muzium Padi. Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara terletak 7.8 km dari tempat penginapan ini. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim berjarak 6.9 km jauhnya.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Alor Setar! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Alor Setar! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nOwl Homestay SG Petani menyediakan penginapan di Sungai Petani.\n\nSetiap bilik di homestay ini adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV skrin rata. Unit-unit tertentu mempunyai ruang tempat duduk untuk berehat selepas seharian yang sibuk. Anda akan mendapati cerek disediakan di bilik.\n\nBatu Ferringhi berada 34 km dari Owl Homestay SG Petani, manakala Sungai Petani terletak 5 km dari tempat penginapan. Lapangan Terbang Antarabangsa Penang berjarak 44 km jauhnya.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Sungai Petani! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Sungai Petani! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nJitra homestay terletak di Jitra. Homestay ini mempunyai pemandangan gunung dan terletak 18 km dari Alor Setar.\n\nHomestay ini mempunyai dapur yang serba lengkap dan 3 bilik mandi. Homestay berhawa dingin ini juga menawarkan TV skrin rata dan bilik mandi dengan tab mandi dan pancuran mandian.\n\nTetamu juga boleh berehat di ruang tamu berkongsi.\n\nLapangan Terbang Sultan Abdul Halim berjarak 10 km dari tempat penginapan.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Jitra! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Jitra! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nTerletak di Changlun di negeri Kedah, Dk Sun Homestay mempunyai taman. Tempat penginapan ini menawarkan pemandangan gunung dan berada 38 km dari Alor Setar.\n\nHomestay 3 bilik tidur ini dilengkapi dengan ruang tamu dengan TV skrin rata, dapur yang serba lengkap dengan mesin cuci pinggan mangkuk serta alat pembakar roti, dan bilik mandi dengan tab mandi.\n\nHomestay ini menawarkan taman permainan kanak-kanak. Tetamu boleh berbasikal di lokasi yang berdekatan.\n\nLapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang berjarak 29 km dari tempat penginapan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Canglun! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nH&H Homestay menampilkan penginapan berhawa dingin dengan teres di Kulim. Homestay ini menawarkan pemandangan taman dan berjarak 37 km dari Batu Ferringhi.\n\nHomestay ini menawarkan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi dengan bidet. Penginapan ini mempunyai TV skrin rata serta dilengkapi dengan dapur.\n\nHomestay ini menawarkan taman permainan kanak-kanak.\n\nSungai Petani berjarak 28 km dari H&H Homestay, manakala George Town terletak 27 km dari penginapan ini. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang terletak 35 km dari tempat penginapan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kulim! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nAiris Homestay Changlun terletak di Changlun. Tempat penginapan yang berhawa dingin ini terletak 36 km dari Alor Setar.\n\nHomestay ini dilengkapi dengan TV satelit.\n\nLapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, yang berjarak 28 km dari homestay ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Canglun! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nItulah dia 11 homestay di Kedah yang ingin kami kongsikan hari ini. Semoga bermanfaat!\n\nAnda suka artikel di atas? Ada cadangan untuk penambahbaikkan? Jemput komen di bawah. Jemput juga baca artikel kami tentang homestay di tempat lain."
"Period ataupun haid sudah sinonim dengan para wanita. Tidak datang haid bagi perempuan yang telah berkahwin boleh menjadi tanda awal kemungkinan perempuan tersebut sedang mengandung. \n\nTapi masalahnya, period atau haid ini tidak hanya lambat datang pada wanita yang dah berkahwin tapi juga pada wanita dan gadis yang masih solo belum bersuami. \n\nMengapa perkara begini boleh berlaku? Apakah sebenarnya sebab untuk masalah ini? Di sini akan dikongsikan 10 sebab period lambat datang dan tolong baca hingga habis kerana ia bukan satu perkara yang boleh di buat main. \n\n10 Sebab Period Lambat Datang Walaupun Tak Hamil\n\n#1 \u2013 Menyusu Anak Dengan Susu Badan Secara Eksklusif\n\nBerdasarkan pengalaman sendiri yang telah pernah menyusu badan secara ekslusif dari hari pertama anak lahir hingga usia mereka genap 2 tahun, sepanjang proses pemberian susu badan ini haid ternyata lambat datang. Ini kerana tempoh semasa menyusu badan akan membuatkan diri si ibu berada di dalam zon tidak subur secara semulajadi.\n\nHaid ke atas diri sendiri selama memberi susu badan pada anak hanya datang setelah anak berusia 1 tahun dan ternyata pemberian susu ibu ini bukan hanya dapat membantu mengecutkan rahim untuk pulih lebih cepat tetapi juga dapat menolong menjarakkan kehamilan untuk ibu yang baru lepas bersalin.\n\n#2 \u2013 Pengambilan Pil Perancang Untuk Jarakkan Kehamilan\n\nPengambilan perancang kehamilan memang sangat popular untuk tujuan menjarakkan kehamilan. Tetapi sebenarnya ia turut boleh menyumbang kepada masalah lambat datang period. \n\nPenggunaan kaedah seperti suntikan, implan, pil perancang, dan sebagainya ini juga boleh menyebabkan haid anda datang lewat, sedikit atau tidak langsung. Tidak kisahlah apa saja jenis bentuk pencegah kehamilan yang di ambil sama ada dalam bentuk pil, suntikan mahupun implan. Yang penting pencegah kehamilan ini memang ada kesan untuk melambatkan kedatangan period. \n\n#3 \u2013 Perubahan Berat Badan Yang Naik Secara Mendedak \n\nTubuh yang sedang mengalami kenaikan berat badan akan menganggu keseimbangan hormon. Apabila perkara ini berlaku maka ia boleh menjejaskan pusingan kitaran haid. \n\nOleh itu, jika mahu naikkan berat badan dek kerana ada masalah kekurangan berat sekalipun, sila pastikan anda mengubah corak pemakanan secara perlahan-lahan supaya tubuh dapat menerimanya secara beransur-ansur dalam keadaan yang lebih bersedia. \n\n#4 \u2013 Tekanan Perasaan Yang Sukar Dibendung\n\nStress! Siapa tidak pernah rasa stress. Masalah stress atau tekanan perasaan ini benar-benar boleh menganggu kestabilan tubuh. Tidak kisahlah stress yang berkaitan keluarga, pasangan, anak, kewangan, tempat kerja dan sebagainya, stress ini tidak boleh dipandang ringan. \n\nStress berlaku disebabkan oleh hormon GnRH yang kurang dihasilkan oleh badan. Hal ini boleh menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi sehingga boleh menyebabkan kitaran haid jadi tidak menentu.\n\n#5 \u2013 Pertambahan Akitiviti Fizikal Termasuk Kuat Bersenam \n\nBersenam itukan baik untuk kesihatan? Ya memang benar namun tubuh anda bukannya sebuah mesin automatik yang boleh menerima sebarang jenis perubahan dengan cepat dan mudah. \n\nBiasanya, tubuh akan memerlukan sedikit masa untuk menjadi biasa dengan perubahan yang sedang anda lakukan dan untuk fasa penyesuaian ini period boleh datang lewat daripada waktu yang sebetulnya.\n\n#6 \u2013 Pra-Menopause Yang Sedang Bermula\n\nSetiap wanita akan melalui fasa tempoh haid yakni menopause. Tidak boleh tidak apabila sudah tiba masanya \u2018putus haid\u2019 akan terjadi. \n\nFasa pra-menopause juga akan berlaku sebelum tiba tempoh putus haid yang sebenar. Untuk fasa pra-menopause ini period mungkin akan datang lewat dari selalu dan jumlahnya juga boleh menjadi kurang berbanding sebelumnya. \n\n#7 \u2013 Perubahan Rutin Kehidupan Harian Yang Berbeza Dari Biasa\n\nTidak hanya berubah berat boleh mendatangkan masalah period lambat datang, berubah rutin kehidupan harian yang biasa juga boleh memberi kesan pada period. \n\nSebagai contoh baru berpindah rumah, baru beruba syif kerja, berubah pejabat dan seumpamanya. Ini semua boleh menyebabkan period lambat datang disebabkan oleh keadaan gaya hidup yang telah berubah tadi. \n\n#8 \u2013 Berada Dalam Sebuah Perjalanan Yang Jauh\n\nEh eh mengembara pun boleh beri kesan period lambat datang rupanya! Yelah keadaan tu akan membuatkan tubuh berada dalam satu keadaan yang sangat penat dan letih. \n\nWaktu mengembara dan bercuti dalam suasana yang panjang ini juga akan membuatkan tenaga banyak digunakan. Maka secara tidak langsung hormon akan ikut berubah dan keadaan ini turut memberi kesan pada kitaran haid seseorang. \n\nMasalah kesihatan seperti demam atau penyakit lain juga boleh menjadi punca lewat haid. Namun ini hanya bersifat sementara saja. Dalam erti kata lain, kitaran haid terganggu sekejap saja dan akan kembali datang semula setelah diri sihat semula. \n\nNamun seandainya setelah sihat dari demam haid tetap tidak juga datang sehingga lebih dari tempoh sebulan, maka ada baiknya segera berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat dan pemeriksaan jika perlu. \n\n#10 \u2013 Masalah Pada Bahagian Peranakan \n\nInilah yang paling ditakuti. Kitaran haid dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Jika lambat datang seminggu dua mungkin boleh diterima akal dek kerana gaya hidup dan sebagainya. \n\nTetapi jika kitaran haid lambat datang dengan hanya menjengah beberapa bulan sekali, maka itu bermakna ada masalah yang patut di beri perhatian. Takut juga andaikata anda hamil tetapi anda sendiri tidak perasan.\n\nJangan Ambil Mudah! Jumpa Doktor Jika Ada Kemusyikilan \n\nTak dinafikan ramai wanita berasa takut untuk berjumpa dengan doktor untuk meminta nasihat berkaitan period lambat datang ini. Antara faktor yang menjadi penghalang adalah malu dan takut untuk menerima kenyataan jika ada masalah pada diri. \n\nHakikatnya perkara ini tidak boleh di buat main dan jika benar anda sayangkan diri sendiri maka dapatkanlah pemeriksaan dengan mana-mana doktor yang anda percayai."
"Ketahui cara mudah solat jamak dan qasar.\n\n\u201cSolat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka ia mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama.\u201d\n\nBegitulah pentingnya solat itu sehingga Allah SWT tetap mewajibkan ianya didirikan meskipun berada dalam perjalanan atau sebagainya. Cuma cara solat itu diberi sedikit ruksah atau kelonggaran bersesuaian dengan situasi sebagai musafir. Konsep ini sebenarnya mengajar kita bahawa solat itu wajib dilakukan tidak kira dalam apapun situasi tetapi pada masa yang sama ianya menjadi mudah.\n\nPasti kita tidak asing lagi dengan solat jamak dan qasar? Ianya sangat \u2018popular\u2019 dalam kalangan mereka yang kerap bermusafir dan sering mengembara.\n\nJadi, apakah solat jamak? Dan apa pula qasar?\n\n\u2018Qasar\u2019 berasal daripada perkataan Arab iaitu \u2018qasara\u2019 yang bermaksud \u2018memendekkan\u2019 atau \u2018tidak memanjangkan\u2019. Dari sudut fikah, ia bermaksud solat fardhu empat rakaat yang dipendekkan menjadi dua rakaat, iaitu solat zuhur, asar dan isyak.\n\nAllah SWT berfirman mengenai pemendekkan solat yang bermaksud;\n\n\u201cDan apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka tidak mengapa kamu mengqasarkan sembahyang (-mu), jika kamu takut diserang orang kafir. Sesungguhnya orang kafir itu adalah musuh nyata bagimu.\u201d\n\nTerdapat hadis yang yang menyebut tentang memendekkan solat (maksudnya):\n\n\u00a0\u201cDaripada Aisyah r.a berkata: Allah mewajibkan solat dua rakaat, selepas itu dicukupkannya menjadi empat rakaat dan dibiarkan solat ketika musafir seperti pertama kali diwajibkan (dua rakaat).\u201d\n\n\u201cAllah mewajibkan solat atas lisan (agama) Nabi kamu ketika mukim sebanyak empat rakaat dan ketika bermusafir dua rakaat, manakala ketakutan satu rakaat.\u201d\n\nNamun, mengqasar solat tidak boleh dilakukan sewenangnya, ianya mestilah mempunyai syarat-syarat tertentu. Berikut adalah syarat sah mengqasarkan solat fardhu;\n\nContoh niat solat qasar adalah seperti berikut:\n\n\u00a0\u201cSahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala.\u201d\n\nDari sudut bahasa, \u2018jamak\u2019 adalah perkataan Arab yang bermaksud \u2018menghimpunkan\u2019 atau \u2018mengumpulkan sesuatu yang berselerak\u2019 atau \u2018mengarang kitab\u2019 atau \u2018menyusun huruf\u2019.\n\nDari sudut istilah pula, jamak bermaksud menghimpunkan dua waktu solat fardhu dengan melakukannya dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada jamak takdim dan jamak takhir.\n\nJamak Takdim adalah menunaikan solat yang kedua dalam waktu yang pertama iaitu asar ditunaikan dalam waktu zuhur dan isyak didirikan dalam waktu maghrib.\n\nSolat jamak disyariatkan ketika Perang Tabuk iaitu pada tahun 7 Hijrah. \u00a0Muaz bin Jabal telah berkata:\n\n\u201cKami keluar bersama Rasulullah SAW dalam Perang Tabuk dan Baginda bersolat zuhur dan asar bersama (jamak) dan maghrib dan isyak bersama.\u201d\n\nSeperti juga solat qasar, solat jamak juga diharuskan bagi mereka yang memenuhi syarat. Berikut syarat bagi melakukan jamak takdim:\n\nJamak takhir pula adalah melewatkan solat yang pertama untuk ditunaikan dalam waktu yang kedua. Contohnya, zuhur didirikan dalam waktu asar dan maghrib dilakukan dalam waktu isyak.\n\n\u201cApabila Rasulullah SAW berangkat sebelum matahari condong, Baginda akan melewatkan solat zuhur ke dalam waktu solat asar, kemudian Baginda berhenti (dalam perjalanan) lalu menjamakkan kedua-duanya. Jika condong matahari sebelum Baginda berangkat, Baginda akan menunaikan solat zuhur terlebih dahulu kemudian baru bertolak.\u201d\n\nBerikut merupakan syarat menunaikan jamak takhir:\n\nSecara ringkasnya, solat jamak hanya boleh dilakukan untuk solat berikut:\n\nCara Menunaikan Solat Jamak dan Qasar\n\nSolat jamak boleh dilakukan sama ada bersama-sama qasar atau tanpa qasar. Solat jamak tanpa qasar bermaksud menunaikan solat penuh. Jamak tanpa qasar adalah seperti berikut:\n\nContoh niat solat zuhur dengan asar;\n\n\u201cSahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala.\u201d\n\nMaksudnya: \u201cSahaja aku solat fardhu asar empat rakaat jamak taqdim berserta zuhur tunai kerana Allah Taala.\u201d\n\nJamak berserta qasar pula memendekkan dan menghimpunkan dua solat dalam satu masa iaitu:\n\nContoh bagi jamak berserta qasar bagi solat maghrib dan isyak. Solat maghrib tidak boleh dipendekkan kepada dua rakaat. Hanya solat empat rakaat sahaja yang boleh dipendekkan kepada dua rakaat sebagaimana dinyatakan sebelum ini.\n\n\u201cSahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala.\u201d\n\nMaksudnya: \u201cSahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat qasar jamak taqdim berserta maghrib tunai kerana Allah Taala.\u201d\n\nJika jamak takhir berserta qasar, contoh niatnya adalah seperti di bawah:\n\n\u00a0\u201cSahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat qasar dihimpunkan kepada asar kerana Allah Taala.\u201d\n\nMaksud: \u201cSahaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala.\u201d\n\nDalam menunaikan jamak dan qasar dalam solat, seseorang musafir itu harus memastikan beberapa hal penting ini;\n\nNamun, selain daripada musafir, ada beberapa atas alasan terdapat halangan dan keuzuran lain yang dibolehkan untuk mendirikan jamak dan qasar ini, seperti kesibukan yang terlampau, sakit uzur, banjir dan lain-lain, iaitu;\n\nJadi, terpulanglah kepada individu sama ada mahu memendekkan solat bersama-sama jamak atau tidak. Ini kerana menghimpunkan solat atau jamak adalah tidak digalakkan sekiranya ada masa tetapi lebih baik mengqasarkan solat walaupun anda mempunyai masa untuk bersolat penuh dalam perjalanan.\n\nSebenarnya, golongan yang\u00a0 bermusafir telah diberikan banyak keringanan lain sama ada dalam perjalanan singkat atau pun panjang selain kelonggaran qasar dan jamak. Ini menunjukkan Islam agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya.\n\nDengan itu, sambil meneroka alam Allah yang luas ini, kita masih boleh menjalani kewajipan agama tanpa terjejas sedikitpun. Maka tiada alasan untuk kita menunaikan kewajipan ini.\n\nBelajar sesuatu daripada artikel cara solat jamak dan qasar ini? Jemput juga membaca artikel ilmu lain seperti di bawah. Oh ya jangan lupa untuk share ya sebagai panduan masa hadapan. Mudah-mudahan ramai turut mendapat manfaat daripada perkongsian anda."
"Pernah dengar kaedah diet 5:2.? Ianya adalah sejenis program diet yang mula popular pada baru-baru ini. Tetapi bagi kami, ianya merupakan konsep Islam mungkin yang tidak disedari kita.\n\nKonsep ini mula popular apabila diperkenalkan oleh Dr Michael Mosley yang mencubanya dalam program Horizon di BBC pada bulan Ogos 2012. Sejak itu ianya mula popular.\n\nApa yang dimaksudkan 5:2. Ianya adalah datangnya pada bilangan hari. Dimana\u00a0 5 hari daripada 7 hari kehidupan kebiasaan kita digunakan untuk makan seperti biasa. 2 hari selebihnya pengamalnya hanya dibenarkan mengambil kalaori tidak lebih daripada 500 kalori. Manakala 600 kalori untuk lelaki.\n\nKalau kita perhatikan, ianya seolah-olah kita berpuasa untuk 2 hari tersebut. Konsep dan tips kesihatan tersirat yang sudah lama dikongsi, iaitu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. :-)\n\nSains telah membuktikan teknik ini berkesan dan tidak mendatangkan keburukkan. Teknik ini nyata menarik minat pengemar kerana kaedah yang mudah dan fleksibel. Ianya tidak mengganggu kitaran lemak seseorang.\n\nSeseorang itu boleh memilih jalan yang pelbagai. Tidak kisahlah sama ada dia adalah seorang yang merupakan pemakan daging ataupun si vegetarian. Selain itu, ianya flesibel, anda boleh sahaja berpuasa pada hari lain jika ada sesuatu yang tidak dijangka.\n\nTidak seperti kaedah diet lain yang menuntut seseorang itu untuk memberi tumpuan setiap hari untuk kurus.\n\nAyuh bidadari sekalian, kita berpuasa hari Isnin dan Khamis"
"Snek Omapodi/snek campuran kesukaan ramai adalah wajib untuk menyambut Deepavali. Crispy dan enak dimakan. Siapa suka makan snek ini? Jomlah kita buat sempena sambut perayaan.\n\nSnek ini diperbuat daripada doh yang dicetak dengan acuan lubang kecil sehingga jadilah ia panjang dan halus. Doh kemudian digoreng sehingga garing. Belum lagi akhir sekali dicampur dengan kacang goreng. Jadilah ia krup krap rangup sedap dikudap-kudap.\n\nSnek ini wangi semerbak memang tidak boleh tahan. Buat sebalang rasa tidak cukup, kenalah buat lebih. Jom buat snek omapodi dengan resepi daripada Pushpa Rao di laman Facebook. Ramai yang sudah cubakan resepi ini. Sekarang masanya anda pula.\n\nSelain snek omapodi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Pancake gebu gebas kegemaran kanak-kanak. Resepi kali ini akan kongsikan tentang pancake yang amat gebu dan menyelerakan.\n\nPancake biasanya diperbuat daripada tepung gandum, putih telur sahaja, susu segar dan butter/olive oil. Putih telur harus dipukul kembang kerana cara inilah yang membuat pancake gebu kejadiannya. Tiada perisa apa digunakan, hanya esen vanilla sahaja.\n\nResepi pancake gebu ala Siti Safuraa Hamzah\u200e di laman Facebook ini tampak menyelerakan. Selain itu pancake ini juga amat lembut sesuai untuk kanak-kanak makan. Tanpa berlama-lama, mari tengok resepinya di bawah ini.\n\nSelain resepi pancake gebu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Nama cookies ini ialah resepi chocolate crinkles cookies.\n\nRasa cookies ini sangatlah unik. Ada rasa kenyal bila digigit, tapi bila dibuat kecil-kecil jadi rangup pula dia. Menarik bukan?\n\nBagi sebahagian orang mungkin ada yang baru pertama kali tengok resepi ini. Penasaran ingin mencubanya? Islam Indah ada berkongsikan resepi crinkles cookies di laman Facebook. Paling best lagi anda boleh bakar dengan menggunakan dapur gas. Rugi kalau tidak cuba buat.\n\nDoh boleh disimpan dalam peti ais dalam jangka masa yang agak lama, jadi boleh dapat fresh bake cookies bila-bila masa selagi doh masih ada.\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"\u201cAdududu, ikan pekasam sedap dimakan dengan nasi putih panaih-panaih! Ikan pekasam perah limau, letak cili dan bawang. perghhhhh mereciq\u201d\n\nYa, memang sedap sangat tu makan ikan pekasam. Itu jika dimasak menggunakan resepi orang kampung yang amat terkenal di seluruh Malaysia. Bagaimana pula dengan ikan yang belum menjadi ikan pekasam lagi? Mudah sahaja caranya.\n\nSeumur hidup, belum pernah lagi buat sendiri ikan pekasam. Selama ini, asyik beli sahaja di kedai-kedai atau pasar. Apabila jiran sendiri yang menjual pekasam dan mendedahkan cara buat ikan pekasam yang mudah dan sedap, barulah terasa betapa nikmatnya kalau buat sendiri pekasam ini. Memang mudah dan sedap!\n\nTak perlu lagi anda beli ikan pekasam diluar sana sebab anda sendiri boleh buat ikan pekasam dengan mudah. Jom tengok cara buat ikan pekasam yang dikongsikan oleh jiran saya, arwah Encik Hassan.\n\n 1. Basuh Ikan Dan Bersihkan Ikan\n\nPilih ikan yang anda ingin jadikannya sebagai ikan pekasam. Sama ada ikan puyu, talapia, sepat dan lain-lain ikan pun tiada masalah. Basuh dan bersihkan ikan dengan bersih, cuci dengan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir ikan. \n\nPada zaman dahulu, masyarakat membuat ikan pekasam menggunakan apa sahaja jenis ikan kerana pekasam dibuat sekiranya mempunyai lebihan ikan daripada orang memancing.\n\nToskan ikan daripada air dan biarkan ikan kering sedikit. Kemudian, lumur garam kepada ikan di serata-rata bahagian ikan. Garam haruslah bergantung kepada kuantiti ikan (15% garam dari ikan). Ratakan garam di seluruh bahagian ikan dengan baik. Lagi banyak garam, lagi masin dan ada rasa.\n\n3. Biarkan 2 Atau 3 Hari\n\nBiarkan ikan yang dilumur garam tadi ke dalam bekas kedap udara dan letak di dalam peti ais (tidak beku) selama 2 hingga 3 hari. Pastikan ia kering dan tidak dimasuki air. Buang semua air yang termasuk (jika ada). Selepas 2 atau 3 hari, ambil ikan dan basuh serta toskan sehingga kering.\n\n4. Sangai Beras Dan Tumbuk Hancur\n\nSangai sedikit beras bergantung kepada jumlah ikan, lagi banyak pun boleh. Sangai atau goreng tanpa minyak sehingga beras bewarna keperangan. Tumbuk hancur beras tersebut atau kisarkannya dalam keadaan kering sehingga ia berbentuk sedikit serbuk. Jangan sampai nampak pula bentuk berasnya, kisar sehingga bentuk beras tidak kelihatan lagi.\n\nLumurkan beras yang telah ditumbuk halus di bahagian badan ikan. Salutkan beras pada ikan dalam keadaan ikan yang tidak basah. Jangan lupa susun dahulu ikan di dalam bekas sebelum melumurnya. Kemudian, taburkan lagi satu lapisan beras di atas ikan. Lapisan beras akan menjadi rangup apabila digoreng nanti.\n\nLagi lama anda simpan ikan pekasam, lagi sedap ikan pekasam dapat anda makan nanti. Simpan secara bertutup dan tidak beku selama 2 atau 3 minggu. Pasti sedap apabila tiba masa untuk di masak nanti.\n\nApabila sudah pandai buat banyak-banyak ikan pekasam, anda boleh mula menjual ikan pekasam buatan sendiri dengan saudara mara, kawan-kawan pejabat dan lain-lain lagi. Cara buat ikan pekasam yang dikongsikan ikan amat mudah dan cepat dibuat. Apatah lagi jika anda sudah sediakan semua bahan-bahannya dari awal lagi.\n\nCara Masak Ikan Pekasam Paling Sedap Di Malaysia\n\nSemua negara mempunyai resepi dan cara masak yang berbeza, tapi kalau di Malaysia, ikan pekasam sangat sedap dimasak dengan cara goreng ikan pekasam limau, bawang dan cili api. Jom lihat cara masak ikan pekasam paling sedap di Malaysia.\n\nMudah, senang dan sekejap sahaja cara masak ikan pekasam goreng ini. Paling penting, cara buat ikan pekasam sendiri pun amat mudah boleh anda buat sendiri di rumah. \n\nDengan hanya berbekalkan beberapa bahan seperti ikan, garam dan beras, maka jadilah ikan pekasam anda yang sedap dan best! Jom cuba buat ikan pekasam sendiri dan masak mengikut resepi yang diberikan.\n\nJemput baca artikel menarik berkaitan resepi ikan sardin masak lemak cili api, mee rebus utara dan kuih cara berlauk."
"Bila sebut Batu Pahat, apa yang terbayang di fikiran anda? Kalau kami, sebut sahaja Batu Pahat pasti secara automatik akan terbayangkan nenas dan mee racun yang sangat sedap dan istimewa. Nak tak kalau kami kongsikan 15 tempat menarik di Batu Pahat?\n\nSenta Adventure Camp merupakan sebuah pusat rekreasi unik terletak di Jalan Minyak Beku di Batu Jahat. Jika anda seorang yang lasak, tempat ini pasti menjadi tempat percutian yang sangat bermakna kerana pelbagai aktiviti menarik yang dapat menguji mental dan fizikal anda.\n\nAntaranya adalah flying fox, high rope, abseiling, berbasikal dan sebagainya. Anda juga boleh menginap di kabin yang berbentuk segi tiga di sini. Kawasan sangat luas, bersih dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti kolam renang dan gelanggang futsal.\n\nBuat penggemar seni atau Instagrammable, jangan lepaskan peluang untuk ke Lorong Bentara kerana pelbagai lukisan mural yang kemas, cantik dan menarik. Lukisan 3D ini terletak di Kampung Sateh sahaja. \n\nKebanyakan lukisan bertemakan sejarah negara, sejarah Batu Pahat dan tempat menarik di daerah ini. Antara lukisan yang menjadi tumpuan adalah sewaktu zaman penjajahan, kemerdekaan dan peristiwa sewaktu pertemuan Dato\u2019 Onn Jaafar dan Kiyai Salleh. Setiap lukisan mempunyai fakta dan informasi buat pengunjung.\n\nBangunan Galeri Dato\u2019 Onn Batu Pahat dibina untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Dato\u2019Onn yang menjadi kebanggaan penduduk Batu Pahat. Apa yang menarik, galeri ini dibina di dalam sebuah padang golf. Bangunan yang dijadikan sebagai galeri ini asalnya adalah rumah kerajaan yang diduduki oleh Dato\u2019 Onn sekeluarga dari tahun 1945 hingga 1947 sewaktu beliau mememang jawatan sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat.\n\nDi antara pameran menarik yang menanti pengunjung galeri ini ialah:\n\nWwe World Batu Pahat adalah satu lagi destinasi menarik di Batu Pahat yang wajib anda kunjungi. Pastinya anda sekeluarga akan menikmati saat keriangan dan mencipta memori indah bersama. Di antara tarikan utama di taman tema ini ialah\n\nDataran Penggaram ataupun Dataran Batu Pahat adalah mercu tanda daerah Batu Pahat. Apabila anda masuk sahaja ke bandar Batu Pahat, anda pasti akan berjumpa dengan dataran yang indah ini. Jangan lepaskan peluang untuk singgah sebentar dan bergambar di sini. Pada hujung minggu, Dataran Penggaram sangat meriah dengan para pengunjung. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan seperti:\n\nTaman permainan ini sangat unik kerana segala permainan di sini direka khas menggunakan barangan terpakai seperti tayar dan papan. Pelbagai permainan yang anak-anak boleh cuba seperti pirate ship, jongkang-jongkit, buaian, gelongsor dan 20 permainan lain.\n\nApa yang menariknya, taman permainan ini percuma untuk semua pengunjung kerana pemilik dan pencipta taman ini berharap semua masyarakat tidak kira yang berkemampuan atau sebaliknya untuk merasai keriangan tanpa batasan.\n\nTempat menarik di Batu Pahat yang seterusnya ialah Tugu Batu Pahat yang menjadi lambang Batu Pahat. Tugu ini berdiri dengan megahnya di Dataran Penggaram. Tugu ini memiliki rekaan yang cukup unik dengan tujuan untuk menggambarkan nama \u2018Batu Pahat\u2019 iaitu tangan yang tergantung sambil memegang pahat.\n\nUntuk pengetahuan anda, nama Batu Pahat diambil berdasarkan peristiwa bersejarah yang berlaku sekitar tahun 1456. Pada tahun itu, tentera Siam telah menyerang kampung Minyak Beku. Kampung Minyak Beku adalah kawasan di mana para penduduk kampung memahat batu untuk mendapatkan bekalan air bersih.\n\nJika anda sampai di Batu Pahat, jangan lupa untuk melawat Taman Botani Batu Pahat. Tahukah anda, ia adalah salah satu daripada lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang. Jangan lupa untuk bergambar di sini sebagai kenang-kenangan.\n\nTempat menarik di Batu Pahat yang seterusnya ialah Pantai Minyak Beku. Jika anda sukakan keindahan alam semulajadi, pastikan anda tak lepaskan peluang untuk datang ke sini terutamanya pada waktu matahari terbit atau terbenam. Pantai ini tidak jauh dari Bandar Batu Pahat. Sekejap sahaja anda akan sampai. Di sini anda boleh nikmati keindahan alam semulajadi sambil memancing, sekiranya anda sukakan aktiviti memancing.\n\nBP Walk ataupun Batu Pahat Walk adalah kawasan yang terletak di sepanjang Jalan Rahmat. Ia menawarkan aktiviti waktu malam yang menarik sehingga awal pagi. Terdapat banyak gerai makan yang terdapat di sepanjang jalan ini, maka bolehlah anda makan-makan sambil melepak dan menikmati suasana malam yang meriah. Di antara menu istimewa negeri Johor yang boleh anda temui di sini ialah:\n\nBatu Pahat Old Street adalah lokasi bersejarah di Batu Pahat. Jika anda sukakan sejarah dan sukakan aktiviti fotografi, ini adalah destinasi menarik di Baru Pahat yang wajib anda singgah. Di sini juga terdapat satu bangunan yang memiliki bumbung dengan taman yang dihias cantik dan diberi nama Sky Garden. Terdaoat juga restoran yang berhias cantik di sini. Bolehlah anda berehat sebentar untuk makan sambil menikmati pemandangan yang menarik.\n\nTasik ini dinamakan Tasik Y kerana bentuknya seperti huruf Y. Tasik ini asalnya ialah sebuah lombong. Ia telah diubah menjadi taman rekreasi. Tasik Y menjadi destinasi tumpuan ramai pada waktu petang dan hujung minggu untuk beriadah dan berehat bersama keluarga. Di antara kemudahan yang disediakan di sini ialah:\n\nSudah penat bersenam, anda boleh mencuba pelbagai makanan menarik yang dijual di gerai-gerai yang dibuka di sini. Harganya juga adalah sangat berpatutan.\n\nTerletak lebih kurang \u00a030 kilometer dari Batu Pahat, Pantai Punggur menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Di sini terdapat sebuah jeti. Bolehlah anda duduk berehat sambil menikmati keindahan pantai. Jangan lupa untuk bergambar sepuasnya. \n\nTempat menarik di Batu Pahat yang seterusnya ialah Hutan Lipur Bukit Soga Perdana. Ia terletak kira-kira 3 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan hutan simpan yang memiliki taman rekreasi. Di antara tarikan utama di sini ialah:\n\nBatu Pahat sangat sinonim dengan nenas. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk melawat ladang nenas yang terdapat di sana. Salah satu daripada ladang nenas yang boleh anda lawati ialah ladang nanas yang terletak di Kampung Parit Tengah. Apa yang menarik, ladang nenas ini adalah ladang yang terbesar di Asia Tenggara dan juga yang ketujuh terbesar di dunia. \n\nAnda boleh berjalan-jalan di ladang nenas ambil melihat para pekerja bekerja di ladang tersebut. DI akhir lawatan anda akan diberikan peluang untuk merasa dan membeli nenas segar. Di antara nanas yang diusahakan di sini adalah daripada jenis:\n\nItulah dia 15 tempat menarik di Batu Pahat. Menarik kan? Jom kita bercuti ke sana.\n\nSelain tempat menarik di Batu Pahat, kami juga menulis tempat menarik lain di Malaysia. Jemput baca. Jangan lupa untuk share dan komen ya di bawah."
"Apakah pelan diet yang anda praktikkan? \u201cUishhh.naik lagi berat badan?\u201d \u201cEhhh.kenapa berat badan ini tidak mahu sentiasa sama?\u201d \n\nPernah terasa putus asa tidak? Sudah diet bermacam-macam cara, ikat perut atau kurangkan kuantiti makanan, tetapi pandai naik pula berat badan itu.\n\nInilah yang terjadi pada Dr Muhamad Na\u2019im Ab Razak,\u00a0yang mengalami kenaikan berat badan semula setelah susah payah mencapai badan ideal idaman. \n\nResepi Kegagalan Pelan Diet: Dari Obesiti kepada Badan Ideal dan Rebound Obesiti.\n\nSaya ingin berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan Facebook dengan mengambil contoh diri saya sendiri sebagai subjek kajian.\n\nSaya bermula sebagai seorang kanak-kanak yang kurus ceding dan membesar menjadi seorang obes. Pada tahun 2014, saya mencapai berat maksimum lebih dari 135 Kg. Itu adalah saat paling hitam dalam kehidupan saya bergelar seorang doktor gemuk dan obes.\n\nSejak dari itu, saya telah mencuba pelbagai jenis program diet untuk menurunkan berat badan termasuklah atkins plus intermittent fasting. Ia adalah strategi yang berkesan kerana saya kehilangan lebih 20 Kg dalam masa tidak lebih 3 bulan. Namun demikian, berat saya menjadi statik dan lemak sentral tidak mahu hilang.\n\nIa kemudiannya diikuti dengan latihan kardiovaskular dan bebanan ditambah dengan amalan diet secara tetap berserta makanan tambahan dalam bentuk mikronutrient.\n\nBerat terbaik yang pernah saya capai adalah 88Kg dan saya hampir dapat memakai baju saiz M daripada saiz 5XL.\n\nNamun demikian, kesibukan tugas, sibuk belajar untuk menyambung program kepakaran dan juga patah tangan menyebabkan jadual latihan saya terganggu dan saya kembali menjadi obes dan kini kembali memakai baju bersaiz 3XL.\n\nItu adalah ayat yang bermain dalam fikiran saya.\n\nNamun demikian, saya sebenarnya tidak bersendirian. Tentu anda masih ingat rancangan televisyen The Biggest Loser kan?\n\nSekumpulan orang gemuk dibawa ke rancangan realiti dan dimalukan serta dipaksa bersenam dan berdiet hingga seorang pemenang diumumkan iaitu mereka yang kehilangan berat badan paling banyak. Pemenang hilang berat badan sehingga lebih 50Kg dalam masa yang singkat.\n\nTahukah anda bahawa National Institute of Health telah melakukan satu kajian pada tahun 2016 yang melibatkan 14 pemenang Biggest loser? Mereka mendapati bahawa 13 dari mereka kembali menjadi gemuk dan ada yang semakin gemuk.\n\nApakah Faktor Yang Boleh Mempengaruhi Pelan Diet?\n\nDengan mengambil diri sendiri sebagai contoh, saya mulai faham kenapa satu-satu program diet gagal dan saya kongsikan bersama-sama anda.\n\nHarapan saya adalah supaya saya dan mana-mana individu yang mengalami nasib sama dapat kembali berdiet untuk mencapai berat badan ideal dan sihat tubuh-badan.\n\n1. Motivasi.2. Jadual pemakanan.3. Aktiviti fizikal.4. Gaya hidup.\n\nBaik, bagaimana dengan orang yang makan tiga kali sehari tetapi kekal kurus dan sihat?\n\nOkay, saya telah belajar dari kegagalan saya. Jika anda ada masalah yang sama, anda rasa kenapa anda gagal?\n\nAkhirnya, pelan diet dan program menguruskan berat badan harus dijadikan sebagai way of life ataupun gaya hidup. Ia harus dilakukan secara konsisten dan bukan secara berkala.\n\n*Lain orang, lain pelan diet yang sesuai untuk mereka amalkan. Yang penting, jangan putus asa jika ingin kembali sihat, dan jangan lupa juga share infonya!"
"Minuman manis lagi menyegarkan yang sesuai untuk melepaskan dahaga anda. Air jagung selalu jadi pilihan bila beli air. Beli di pasar malam, minuman untuk berbuka air jagung paling ramai dicari.\n\nIanya manis dan wangi aroma jagung sangat membangkitkan selera untuk meminumnya. Selain di bulan ramadhan, air jagung juga paling dicari di hari-hari biasa. Sebagai hidangan untuk para tetamu, buat stock dalam peti sejuk.\n\nMembuat air jagung mudah saja sebenarnya, cukup beli pati di pasar raya bancuh dengan air, terus jadi. Tapi jika anda menginginkan air jagung yang sedap nikmat marvelous, maka kami cadangkan anda untuk mengikuti resepi yang kami kongsikan ini.\n\nKami hadirkan resepi air jagung yang sedap dan segar untuk anda hidangkan. Resepi perkongsian daripada Fauziah Yahya di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi air jagung, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Selamat petang semua. Kali ini kami berkongsi resepi ratah-ratah. Biasanya anda suka ratah yang macam mana? Pedas, manis, garing, lembut atau masin? Bilamana bercakap tentang menu ratah-ratah mestilah kita ingin makan yang nyaman di lidah dan menyelerakan.\n\nKali ini kami ingin berkongsi resepi ratah-ratah menggunakan tauhu pok. Tapi ada yang spesial kerana hidangan kali ini menggunakan salted egg. Macamana ya kejadiannya? Jika anda penasaran, mari sama-sama kita lihat resepi di bawah.\n\nEmma Haleigh berkongsikan resepi tauhu pok dengan salted egg di laman Facebook. Senang sahaja cara buatnya hanya menggunakan serbuk salted egg Bestari dan jangan lupa daun kari. Selamat mencuba.\n\nSelain tauhu pok salted egg, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Maktab Rendah Sains Mara atau lebih dikenali sebagai MRSM merupakan di antara sekolah yang menjadi buruan para ibu bapa yang mengutamakan pendidikan anak-anak. MRSM merupakan sekolah berasrama penuh dibawah MARA. Kemasukan untuk tingkatan 1 dan 4 ke MRSM dibuka pada bulan Disember dan Januari setiap tahun. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai MRSM Malaysia terkini, top 15 yang terbaik.\n\nMRSM Pengkalan Chepa yang beralamat di Pengkalan Chepa, 16100\u00a0Kota Bharu, Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1973. MRSM ini menawarkan tempat bagi tingkatan 4-5 sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang sekolah ini, anda boleh lawati website mereka: Pchepa.mrsm.edu/my\n\nMRSM Kuantan yang beralamat di Jalan Tok Sira,\u00a0Alor Akar, 25250 Kuantan, Pahang ini telah dibina pada tahun 1974. MRSM ini menjadi pilihan ramai ibu bapa kerana ia menawarkan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM Kuantan, anda boleh lawati website mereka: MRSMKuantan.edu.my\n\nMRSM Kuala Terengganu terletak di Wakaf Tengah, Mengabang Telipot, 21030\u00a0Kuala Terengganu, Terengganu. MRSM ini telah dibina pada tahun 1978. Seperti MRSP Kuantan, MRSM Kuala Terengganu juga menyediakan tempat bagi pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: MRSMKT.edu.my\n\nMRSM Muar yang terletak di KM 10, Jalan Bakri, 84200\u00a0Muar, Johor telah dibina sejak tahun 1980 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: Mrsmmuar.edu.my\n\n\n\nMRSM Tun Ghaffar Baba ini dahulunya dikenali dengan nama MRSM Jasin, sebelum diberikan nama yang baru. Ia terletak di Jalan Simpang Kerayong, 77000\u00a0Jasin, Melaka. MRSM ini telah dibina pada tahun 1981 dan menawarkan tempat untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mj.mrsm.edu.my/\n\n\n\nJika anda berminta untuk menghantar anak bersekolah di Pulau Pinang, MRSM Balik Pulau merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. MRSM ini terletak di Jalan Pondok Upeh, 11000\u00a0Balik Pulau,\u00a0Pulau Pinang. MRSM ini telah dibina pada tahun 1982 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmpb.edu.my\n\n\nUntuk orang Perak, anda boleh hantar anak anda ke MRSM Taiping yang terletak di Jalan Bukit Larut, 34000Taiping, Perak. MRSM ini telah dibina pada tahun 1982 dan menawarkan tempat untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmtaiping.edu.my \n\nMRSM kedua yang terdapat di negeri Melaka ialah MRSM Terendak yang berlamat di Markas Infantri 3 Divisyen,Kem Terendak, 76200, Sungai Udang, Melaka. MRSM ini telah dibina pada tahun 1983 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmterendak.edu.my\n\n\n\nMRSM Beseri yang beralamat di Batu 8 1/2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis ini telah dibina pada tahun 1985 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmbeseri.edu.my\n\nMRSM kedua yang terdapat di negeri terengganu ialah MRSM Kuala Berang yang beralamat di Pejabat Pos Kuala Berang, Peti Surat 31, 21700\u00a0Kuala Berang, Terengganu. MRSM ini telah dibina pada tahun 1987 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmkber.edu.my\n\nMRSM Pasir Tumboh merupakan MRSM kedua yang terletak di negeri Kelantan. MRSM ini beralamat di Desa Darulnaim, 16150\u00a0Pasir Tumboh, Kelantan. MRSM ini telah dibina pada tahun 1987 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmptumboh.edu.my \n\nMRSM Kuala Klawang yang beralamat di Jalan Titi, Kuala Klawang, 71600 Jelebu, Negeri Sembilan ini telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmkklawang.edu.my \n\n\n\nMRSM ini terletak di PKN Polis Hutan (PPH), KM 5, Jalan Junjung, 09000 Kulim, Kedah. Ia telah dibina pada tahun 1985 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmkulim.edu.my\n\nMRSM ini beralamat di Bandar Baru Serting, 72100 Serting, Negeri Sembilan. MRSM ini telah dibina pada tahun 1993 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmserting.edu.my \n\nMRSM ketiga yang berada di negeri Perak ialah MRSM Gerik yang beralamat di Bukit Nasah, Kenayat, Peti Surat 7, 33300 Gerik,\u00a0Perak. Ia telah dibina pada tahun 1993 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmgerik.edu.my \n\nItulah dia senarai MRSM di Malaysia dengan top 15 yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang tips anak tak stress ke sekolahdan tips menjadi pelajar terbaik."
"Bulgogi ialah makanan kegemaran bila pergi makan di restoran Korea. Sedap dimakan dengan nasi putih perut jadi kenyang dan puas amat.\n\nBulgogi ialah makanan Korea berasaskan daging lembu. Di mana daging lembu ini dihiris nipis terlebih dahulu. Daging kemudian dicampur dengan bawang Holland, lobak merah, dan minyak bijan.\n\nPenggunaan kicap dan sos tiram membuat beef bulgogi jadi berwarna merah kecoklatan. Rasanya pula manis-manis lemak melekit ditiap hirisan dagingnya.\n\nMakan bulgogi dengan nasi putih, kimchi, salad dan sup bikin bergairah makan. Selamat mencuba resepi beef bulgogi daripada Ana Suliana di laman Facebook. Ciptakan nuansa restoran Korea di rumah anda.\n\nSelain resepi beef bulgogi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Siapa di sini yang gemar makanan pedas, mesti suka makan makanan yang berasaskan cili. Kalau makan, mesti nak rasa pedas kerana kenikmatan pedas membuatkan kita akan makan sampai berpinggan pinggan. \n\nContoh makanan pedas yang digemari rakyat Malaysia adalah sambal belacan, asam pedas, masak lemak cili api dan pelbagai lagi. \n\nTetapi bukan semua rakyat Malaysia suka makan pedas. Ada juga yang tidak tahan makan pedas atau disebabkan sakit gastrik dan appendik. Apabila makan pedas kita akan berpeluh-peluh dan muka mula berubah menjadi merah kemerahan kerana tahan pedas. \n\nJadi kepada yang tidak tahan pedas, bagaimana mahu menghilangkan pedas dengan cepat?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tips untuk menghilangkan pedas. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.\n\nRasa pedas pada cili dan cabai adalah disebabkan bahan yang dipanggil\u00a0#capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif kurangkan kepedasan.\n\nCapsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak. Oleh itu, bahan-bahan berikut sangat efektif untuk kurangkan kepedasan di lidah.\n\nSusu dan keju mengandungi lemak serta casein(protein) yang boleh memisahkan capsaicin dari tunas rasa. Santan dan soya pun boleh.\n\nIni sedap! Coklat, terutamanya coklat susu mempunyai banyak minyak dan lemak, maka ia efektif larutkan capsaicin.\n\nIni pun sedap! Kacang mengandungi minyak, ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.\n\nMakanan Thai banyak gunakan cili padi, serta limau, cuka dan mangga muda. Kenapa? Sebab bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.\n\nBiasa dengar kan, orang tambah gula dalam masakan untuk kurangkan kepedasan? Rasa manis boleh membantutkan pedas. Nak sihat, guna madu.\n\nRoti serta makanan berkanji seperti nasi boleh serap capsaicin. Mungkin sebab tu makan makanan pedas, mesti nasi bertambah.\n\n*Boleh makan pedas tapi perlu berpada-pada, jangan sampai cirit birit keesokkannya. Bagi bukan penggemar pedas tapi teringin nak makan pedas boleh cuba tips yang dikongsikan oleh pakar. \n\nJadi, sebelum makan pedas, sediakan semua bahan yang dinyatakan oleh pakar untuk menghilangkan rasa pedas. Jika, makanan terlalu pedas, baik berhenti makan takut boleh mengakibatkan pitam. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anda hobi masak benda-benda baru dan menarik? Kali ini kami akan berkongsikan resepi baharu yang menarik untuk anda cubakan.\n\nResepi Vietnam spring rolls ialah kudapan yang tular masa kini. Dengan penyediaan yang teramat sangat mudah, ramai orang cubakan resepi.\n\nDilihat sekilas, Vietnam spring rolls tampak macam popia gulung. Namun sebenarnya, ia dibuat dengan membungkus pelbagai sayuran dengan rice paper yang transparan.\n\nVietnam spring roll tidak digoreng. Melainkan, bahan-bahan yang digunakan cukup dicelur dan disusun dengan cantik dalam rice paper. Sehingganya lapisan udang dan sayur tampak menggoda dari luar.\n\nMari cubakan resepi Vietnam spring roll yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di laman Facebook. Resepi mudah dan senang patut anda cuba.\n\nCara Gulung Vietnam Spring Rolls :\n\nSelain resepi Vietnam spring rolls, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Masalah sosial dalam kalangan pelajar semakin lama semakin meruncing. Akibatnya setiap ibubapa mengalami kerisauan akan keselamatan anak masing-masing dengan tahap masalah sosial yang ada. Apa yang lebih menyedihkan, jumlah masalah sosial ini juga semakin hari semakin meningkat. Masalah sosial ini bukan saja hanya dikalangan pelajar sekolah menengah (remaja) malah ia turut terjadi dikalangan pelajar universiti yang bijak pandai.\n\nimage via : Pusat Stimulasi Minda Sihat \n\nAntara Masalah Sosial Yang Sedang Berlaku Di Kalangan Anak Kita (Golongan Pelajar / Remaja)\n\nIni adalah antara contoh masalah media sosial utama yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita ini.\n\nAntara Punca Masalah Sosial Terjadi Pada Anak\n\nAnak Dan Masalah Sosial, 7 Tips Untuk Ibubapa Ingat\n\n#1 \u2013 Ambil Tahu Dengan Siapa Mereka Berkawan\u00a0\n\nSetiap ibu bapa perlulah sentiasa mengambil berat mengenai perkembangan anak-anak mereka.\u00a0 Anda juga perlu tahu dengan siapa mereka berkawan, masalah yang mereka hadapi. Jika anak anda mempunyai masalah cuba dengar masalah yang anak anda hadapi. \n\nIni kerana, kebanyakan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah disebabkan para ibu bapa yang tidak peka dengan masalah anak mereka sehinggakan anak-anak mereka mengambil keputusan untuk melepaskan masalah mereka dengan cara yang lain. Tidak hairanlah masalah sosial dalam kalangan remaja makin meningkat jika ibu bapa masih mengamalkan sikap sebegini.\n\n#2 \u2013 Tambahkan Didikan Agama Selalu Pada Anak\n\nIlmu agama yang cukup boleh mengelakkan remaja dari terlibat dengan masalah sosial. Pergangan agama yang kukuh amat penting untuk remaja pada masa kini. Tanpa pegangan agama yang kukuh di kuatiri akan menyebabkan remaja terbabit hanyut dalam kancah masalah sosial. Jika kita lihat pada masa kini mereka yang terlibat dengan masalah sosial, majoritinya adalah remaja belasan tahun, di mana mereka sepatutnya berada di sekolah dan menuntut ilmu. \n\nNamun, di sebabkan ceteknya ilmu agama dan juga pengaruh rakan sebaya, mereka sanggup memilih untuk tidak bersekolah dan melibatkan diri mereka ke dalam masalah sosial. Dalam soal pendidikan ibu bapa harus tegas. Ambil tahu adakah mereka ponteng atau tidak dari pihak sekolah. jika anak-anak mula berjinak-jinak ponteng sekolah cepat-cepat tegur dan nasihati mereka. Selain itu, adalah lebih elok jika ada masa terluang ibu bapa dapat menghantar anak mereka ke kelas atau kem-kem agama. Ini sedikit sebanyak boleh menjauhkan diri mereka dari terjurumus dengan aktiviti yang tidak sepatutnya.\n\n#3 \u2013 Kena Ingat, Ibu Bapa Adalah Role Model\n\nAntara isu masalah sosial yang sedang diperkatakan ialah isu merokok. Remaja berusia seawal 15 tahun sudah mula menghisap rokok. Ia bukanlah sesuatu yang bagus kerana umum mengetahui rokok sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Malah rokok ini boleh dianggap sebagai\u00a0 permulaan untuk terjerumus ke dalam masalah lain yang lebih besar. \n\nAkan tetapi kita tidak boleh menyalahkan remaja terbabit 100%. Kita harus tahu bahawa remaja masa kini akan mengikuti apa yang ibu bapa mereka lakukan. Bagi mereka apa yang ibu bapa mereka lakukan, mereka juga boleh buat dan ia tidak menjadi satu masalah buat mereka. Justeru itu, ibu bapa perlu menjadi role model buat anak mereka jika tidak mahu anak mereka terlibat dengan masalah sosial. Ia perlu bermula dari rumah. Sebagai contoh untuk isu merokok ini, jika ibu bapa mahu anak mereka tidak melibatkan diri dengan menghisap rokok maka bapa juga perlu turut sama jauhkan diri dari rokok agar dapat melarang tegas anak mereka dari hisap rokok.\n\n#4 \u2013 Berkomunikasi Dan Dengar Masalah Anak Dengan Cara Yang Baik\u00a0\n\nRemaja yang sedang meningkat besar biasanya akan sering mempunyai masalah. Mereka akan mengharapkan ada orang yang akan mendengar dan membantu mereka mencari jalan penyelesaian untuk masalah mereka. Jadi sebagai ibu bapa anda perlulah sentiasa berkomunikasi dan berbincang dengan anak-anak mereka tentang masalah yang mereka hadapi. Dengan cara begini anak-anak akan berasa bahawa mereka dihargai. \n\nWalau sesibuk mana sekalipun, setiap ibu bapa perlu cari masa untuk berkomunikasi dengan anak. Ini kerana jika anda alpa maka anak-anak akan mula mencari kawan-kawan yang boleh mendengar masalah mereka. Akhirnya tidak mustahil disebabkan pengaruh rakan-rakan mereka akan mula terjerumus dengan masalah sosial yang bukan-bukan.\u00a0\n\n#5 \u2013 Luangkan Masa Bersama Selalu\n\nAntara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial adalah kerana ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja. Ini akan menyebabkan anak-anak merasakan yang mereka diabaikan. Buat ibu bapa diluar sana admin ingin menaihati anda walau sesibuk mana sekalipun cari waktu untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Banyak benda yang boleh dilakukan seperti menonton tv, menonton wayang ataupun pergi bersiar-siar bersama keluarga. Dengan cara sebegini anak-anak akan merasakan yang mereka lebih dihargai dan disayangi. Ibubapa yang baik juga boleh membuatkan anak-anak tidak sampai hati untuk mengecewakan hati mereka.\u00a0\n\n#6 \u2013 Kawal Penggunaan Internet Di Rumah\u00a0\n\nSebagai ibu bapa anda perlu sentiasa mengambil berat mengenai perlakuan anak-anak anda. Anda perlu tahu dengan siapa anak anda berkawan bahan bacaan apa yang dibaca dan apa yang ditonton oleh anak anda. Internet kat rumah tu kena sentiasa kawal waktu penggunaan dan kena pantau lihat juga video atau gambar apa yang sedang anak tonton. \n\nIni kerana, remaja pada masa kini mudah terpengaruh dengan media sosial. Jika anda dapati anak anda mula terlibat dengan sebarang perkara yang tidak sepatutnya anda perlu cepat-cepat menegur dengan tegas dan menasihati mereka.\n\n#7 \u2013 Bantu Anak Untuk Sentiasa Berkeyakinan Dan Bermatlamat\n\nSebagai ibu bapa anda berperanan dalam memberi berkeyakinan pada anak mereka dengan mengajar ilmu yang berkemahiran. Memberi keyakinan dan galakkan dan jangan sesekali mengkritik mereka. Kerana kritikkan boleh menyebabkan mereka berasa rendah diri.\n\nAnak Ada Masalah Sosial? Jangan Cepat Kecewa! Lekas Bangkit Dan Rapatkan Diri Dengan Anak\n\nIbubapa mana yang mahukan anak yang terlibat dengan masalah sosial. Namun sebagai manusia biasa kadangkala kita di uji dalam banyak cara. Mungkin anak adalah ujian yang perlu dihadapi sekarang. Maka janganlah cepat berasa kecewa dan putus asa. Ayuh bangkit dan terus berusaha untuk merapatkan diri dengan anak.\n\nJangan dek kerana hari ini kita tak mencuba bersungguh-sungguh akhirnya anak semakin jauh dan terjerumus dengan masalah sosial ini. Buka hati, buka minda dan buka peluang untuk setiap anak berubah dalam mengutip pengalaman mana betul mana salah dalam menjadi khalifah di atas mukabumi ini."
"Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.Jom baca khasiat barli yang terlalu banyak ini.\n\nBarli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.\n\nBijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.\n\nJus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir 5 kali zat besi dalam bayam, 7 kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.\n\nSelain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia.\n\n1. Menurunkan paras kolesterol dalam darah\n\nKajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli sangat berkesan dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.\n\nBeta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau \u2018kolestrol buruk\u2019) dan trigliserida.\n\n2. Meningkatkan paras glukosa dan lemak dalam darah\n\nBeta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati dalam barli. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam barli membantu meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.\n\n3. Mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung\n\nBarli mempunyai kandungan Tokotrienol dan tokoferol yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.\n\nSelain berperanan merendahkan kadar kolestrol di dalam badan,\u00a0air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri disekat dengan gumpalan lemak yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.\n\nAir barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan strok.\n\nBiji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Caranya rebus biji barli sehingga lembut, lenyekkan, dan tampal ke bahagian yang luka.\n\nBijirin barli juga dikatakan boleh membantu untuk menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.\u00a0\u00a0Ianya tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan.\n\nTambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.\n\nResepi air barli untuk menguruskan badan:\n\nBahan-bahan:\n1/2 cawan barli\n7 gelas air\n1 batang kayu manis ceylon\nLemon\nMadu ( kalau nak manis)\n\nRebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. \u00a0Kemudian tutup api. Sebelum minum perahkan lemon sikit dan masukkan madu. Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Jangan lupa panaskan sebelum minum.\n\nAir rebusan bijirin barli juga berfungsi sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.\n\nAir barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.\n\nAnda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dalam darah.\n\nUTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Dengan meminum air barli, anda boleh merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini. Barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.\n\nPada masa yang sama, air barli juga boleh membantu mencuci buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem urinari. Oleh sebab itu, air barli ini sesuai untuk merawat penyakit seperti cystitis, batu karang dan tahap kreatinin yang tinggi.\n\nIa juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing.\u00a0Untuk merawat UTI, anda perlu minum beberapa cawan air barli setiap hari sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.\n\nBeras barli kaya dengan magnesium yang boleh mencegah penghasilan batu karang selain daripada membantu anda menyahtoksinkan badan.\n\nAir barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.\n\nTerdapat banyak kajian telah menjumpai bahwa beta-glucan boleh meningkatkan pengawalan kadar gluosa darah dan insulin. Ianya juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan) \u2013 penyumbang utama kepada kencing manis tahap 2.\n\nTambahan lagi, beras barli dianggap sebagai salah satu makanan yang mengandungi kadar\u00a0glycemic yang rendah. Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah. Manakala, phytochemicals yang terdapat di dalam beras barli pula bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser.\n\n11. Menghasilkan kulit yang sihat dan cerah serta mengatasi masalah kulit\n\nAir barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan lalu memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.\n\nPada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori kulit tersumbat. Antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan awet muda untuk jangka masa yang lebih lama.\n\nSelain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada kulit muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan petua ini 2 kali seminggu.\n\nAir barli adalah air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan. Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli. Ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.\n\nAnda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.\n\n13. Membekalkan nutrisi penting kepada ibu mengandung\n\nDengan kebaikannya yang banyak, air barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tambahan lagi, ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.\n\nAir barli boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.\n\nPara ibu yang menyusu anak juga boleh mengambil manfaat air barli untuk meningkatkan kadar penghasilan susu badan mereka. Anda boleh campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.\n\nAir barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium yang memainkan peranan di dalam sistem pertahan badan kita. Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.\n\nSistem pertahan badan adalah perkara yang penting untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Selain itu, air barli turut mengandungi zat besi untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).\n\nSelain daripada 15 khasiat yang kami senaraikan di atas, terdapat banyak ;agi khasiat barli seperti:\n\nTerlalu banyak khasiat barli. Rugi kalau anda tak jadikan air barli sebagai minuman kegemaran.Jemput juga baca artikel menarik kami tentang khasiat tomato, khasiat asam keping dan khasiat oat."
"Yang sudah lama berkeluarga atau banyak anak-anak mesti sudah tahu hendak buat apa jika anak mereka demam. Cuma kan, macam mana kalau demam tidak kebah-kebah?\n\nMungkin ada di antara anda sudah pakar. Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata. Pasti mereka bingung, ye lah anak sulung kan, sebab itulah kena lebih berhati-hati.\n\nTakutnya nanti diserang sawan kalau suhu terlampau tinggi. Kalau sudah diserang sekali tu, sampai tua tau sawan ini boleh menyerang lagi. Jadi, di sini ada sedikit perkongsian berguna untuk anda, yang dipetik dari laman Facebook peribadi Dr Ezairy M.Sallih.\n\nHendak Buat Apa Apabila Anak Demam?\n\n1. Periksa suhu. Takut-takut terlalu tinggi, boleh diserang sawan.\n\n2. Kerap basahkan badan dan kenpala. Supaya suhu badan dalam keadaan terkawal.\n\n 3. Pastikan makan minum dalam keadaan baik. Minum pun tak nak, terus muntah-muntah. bawa segera ke hospital. \n\n4. Jangan bawa ke tempat ramai orang. Bimbang lebih ramai mendapat jangkitan.\n\n5. Kerap basuh tangan dengan sabun dan bersih. Jangkitan virus boleh merebak secara titisan udara atau permukaan yang telah didedah dengan cairan daripada hidung dan semasa batuk.\n\n6. Sediakan ubat demam di rumah. Jika terlalu panas, segera beri ubat.\n\n7. Dapatkan pemeriksaan doktor jika masih tidak sembuh walau sudah diberi ubat demam.\n\n*Jika petua 1 hingga 6 tidak berkesan, cepat-cepatlah bawa anak anda ke klinik atau hospital, kerana bimbang mungkin bukan demam biasa. Jangan lupa share!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Anda ada banyak masa lapang tapi tak tahu nak buat apa? Apa kata anda cuba resepi kek marble ni. Serious senang dan tak pening kepala fikirkan resepinya\n\nSebab senang sangat. Dah la memang confirm sedap. Senang pulak tu. Alangkah indahnya kalau anda jamukan kek ini waktu minum petang untuk seisi keluarga anda. Pasti akan membuatkan mereka tersenyum.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Rohayati Ismail\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nAnak baru baik demam. Berselera makan. Mak pun rajinkan diri buat kek. Tapi sebab oven rosak, mak bakar dalam periuk je.\n\nAda yang pernah buat macam ni jugak?\n\nUPDATE : Saya dah selalu buat. Dan periuk tak terbakar. Sebab pakai api kecik.\n\nPERINGATAN : kalau pakai cara ni, korang jangan tinggal pergi kedai. Jangan tengok sinetron. Bahaya kalau lupa.\nKalau takut terbakar, kukus pun boleh. Resepi yang sama, boleh di kukus.\n\nKek marble resepi derhaka. Sebab resepi yang dah di gabungkan dari beberapa resepi. Sedap!! Manis sedang-sedang. Gebu dan lembut. Resepi memang senang.\n\nResepi kek marble sedap dan senang.\n\nResepi asal pakai satu buku butter. Tapi memandangkan tekak dah macam orang tua, nak makan kek macam zaman dulu, maka akak pakailah marjerin pelangi. Nampak nau dah tua kan.\n\nKalau takde ovallet, takpe. Buat je. Tetap jadi. Cuma kurang gebu. Kalau takde susu pekat, pakai gula 150gram. Cuma, kurang moist.\n\n**Kalau takde mixer, blender telur, gula, susu dan ovallet. Kemudian tuang dalam besen. Lepas tu masukkan tepung yang dah di ayak dengan baking powder. Last sekali tuang marjerin yang dah di cairkan. Gaul rata dan bahagikan ikut warna. Dan bakar. Kalau takde loyang, pakai periuk yang kecik sikit. Supaya boleh masuk dalam periuk besar untuk bakar.\n\nJadi, takde alasan lagi nak buat kek sebab takde oven dan mixer.\n\nSelain resepi kek marble, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Bila stok ikan dan ayam semua sudah habis dalam peti ais. Tapi malas keluar beli makan inilah jadinya. Kari telur dengan ubi kentang untuk makan petang ini.\n\nKari telur enak dimakan bersama nasi putih. Selain dengan nasi putih rupanya kari telur sedap dimakan dengan roti jala. Seperti resepi kari telur yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di laman Facebook. Dia membuat kari telur makan cicah dengan roti jala untuk anak-anak.\n\nUntuk semakin menarik, kari telur dicampur dengan ubi kentang. Hidangan ini patut anda cuba. Kanak-kanak semestinya suka hidangan ini.\n\nSelain resepi kari telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tersedu-sedu bayi setiap kali lepas minum susu dan lepas mandi. Kadang-kadang terfikir, kenapa pula bayi tersedu ya? Pasti ada sebabnya juga. Tahukah anda, bayi sedu disebabkan oleh kesan perut dan dada yang tidak selesa akibat makan, minum, bernafas dan juga cuaca. \n\nRamai yang tidak tahu bayi sedu sebenarnya agak berbahaya jika dibiarkan begitu sahaja. Tambah-tambah lagi, bayi sedu ketika berumur beberapa hari dan kurang dari 5 bulan. Anda harus beri perhatian yang lebih kepada mereka. Namun, jika ada pengawasan anda, sedu bayi tidak membahayakan sama sekali.\n\nBayi sedu menunjukkan mereka tidak selesa dan dipengaruhi oleh faktor pemakanan dan sebagainya. Jom lihat sebab dan situasi bayi sedu yang tak pernah anda tahu.\n\n7 Sebab Dan Situasi Bayi Sedu\n\nCara Hilangkan Sedu Bayi Dengan Berkesan\n\nJangan risau jika bayi anda sedu kerana anda boleh atasinya dengan pelbagai cara. Cara hilangkan sedu bayi tidak memerlukan kos pun, malah ia boleh dilakukan dengan teknik gerakan, tips semulajadi dan lain-lain lagi. Jom lihat cara hilangkan sedu bayi dengan mudah dan berkesan.\n\n 1. Beri Susu Pada Jumlah Terbaik\n\nAnda boleh berikan susu bayi pada jumlah terbaik iaitu sedikit sahaja namun anda boleh berikannya dengan kerap. Cukuplah sekadar sedikit sahaja susu setiap kali diberi sebelum bayi tidur. Jika dia mahukan lagi, berikan sedikit lagi. Jangan beri susu sekaligus penuh satu botol untuk bayi sekali minum.\n\n2. Posisi Bayi Selepas Minum Susu\n\nPastikan bayi mendapatkan posisi terbaik selepas selesai minum susu. Pegang bayi anda berdiri dan posisi yang tegap selepas minum susu selama 20 minit. Ia bertujuan supaya susu benar-benar turun ke perut. Sekiranya masih ada di tekak dan dada, kebarangkalian sedu mudah berlaku kerana proses pengaliran susu belum tamat.\n\nTak semestinya anda harus tunggu sehingga bayi habis menyusu. Anda boleh sendawakan bayi setiap 2 atau 3 minit bayi menyusu. Ia bertujuan untuk memastikan pengaliran susu bayi lancar dan tidak menyebabkan sedu. Keluarkan angin dari badan bayi.\n\n4. Cara Susu Bayi Yang Betul \n\nApa kena mengena susu bayi dengan bayi sedu? Bayi akan sedu sekiranya bayi tertelan udara yang banyak. Anda harus pastikan seluruh puting dan areola masuk ke mulut bayi jika menyusu badan. \n\nJika gunakan botol susu, pastikan puting botol masuk sedikit dan sengetkan sedikit. Bayi takkan tertelan banyak angin lagi jika cara susukan bayi dilakukan dengan betul.\n\n5. Tukarkan Posisi Bayi Serta Merta\n\nSekiranya bayi sedu, serta merta tukarkan posisi bayi kepada posisi yang bayi selesa. Mungkin anda boleh dukung bayi untuk lebih tegak dan selesa berbanding biarkan bayi tidur. Bayi juga boleh dibiarkan meniarap.\n\nKetika bayi sedu, angkat bayi dan letakkan di bahu anda. Kemudian, urutlah belakang bayi perlahan-lahan. Ia juga membantu bayi mengeluarkan angin dan melegakan pernafasan serta memulihkan urat bayi akibat angin.\n\n Beri bayi minum sedikit air masak menggunakan botol susu. Jangan banyak, cukuplah sekadar satu atau dua teguk sahaja. Ia juga dapat menghilangkan sedu bayi. Mungkin perut bayi terkejut menerima susu yang banyak.\n\nIni adalah mitos sahaja dan tidak pernah ada kajian menunjukkan ia berkesan. Walaupun begitu, anda tidak perlu lakukannya. Cukuplah urutan belakang bayi dan beri bayi minum sedikit air serta keluarkan angin dari badan bayi. Selalunya, mereka meletakkan tisu yang sedikit basah di dahi bayi supaya bayi tidak sedu lagi.\n\n9. Jangan Ganggu Bahagian Wajah Bayi\n\nJangan tekan mata atau bahagian wajah bayi seperti masyarakat dahulu kala lakukan. Ia tidak ada kena mengena dan paling teruk lagi, ia mungkin menjejaskan kesihatan bayi pula.\n\n10. Prihatin Pada Cuaca Dan Bayi\n\nCuaca sejuk menyebabkan bayi tersedu juga kerana perut dan dada bayi tidak begitu selesa. Anda harus prihatin pada cuaca dan bayi. Seeloknya sebelum bayi kesejukan, pakaikan dia baju tebal pada hari hujan untuk mengelakkan bayi sedu.\n\nItulah dia 7 sebab bayi sedu dan 10 cara hilangkan sedu bayi dengan berkesan dan mudah. Anda boleh guna pakai kesemua cara yang dikongsikan. Namun, jangan panik jika bayi anda masih sedu kerana ia bergantung kepada jenis badan bayi tersebut dan masing-masing berbeza keadaannya. \n\nJemput baca juga tips pilih puting bayi, manfaat tungku dan urutan bayi"
"Jom pelajari khasiat jambu batu ini.\n\nJambu batu atau nama saintifiknya\u00a0Psidium guajava Linn. datang dari keluarga Myrtaceae. Jambu batu berasal dari Amerika Tropika iaitu Peru dan Mexico. Ia merupakan buah tropika yang kaya dengan nutrisi. Buah jambu batu mengandungi\u00a0 vitamin A dan C yang sangat tinggi dan mampu memenuhi 3 kali lebih keperluan anda seharian.\n\nMenurut kajian, 1 jambu batu mengandungi 4 kali lebih banyak vitamin C berbanding oren dan 10 kali lebih banyak vitamin A berbanding lemon. Jom kita ketahui apakah khasiat buah jambu batu.\n\nJambu batu amat membantu untuk menguruskan badan tanpa mengganggu pengambilan protein, vitamin dan serat anda seharian. Jambu batu yang kaya dengan mineral dan vitamin tetapi tidak mengandungi kolestrol dan rendah kandungan karbohidrat.\n\nSelain itu, jambu batu juga mengandungi kurang kandungan gula berbanding buah epal, oren dan anggur. Dengan memakan jambu batu, ia dapat membantu anda untuk berasa lebih kenyang dalam tempoh masa yang panjang dan mengurangkan lemak tepu didalam tubuh badan anda.\n\nVitamin A amat penting untuk mempunyai penglihatan yang baik dan jambu batu antara salah satu buah-buahan yang kaya dengan sumber vitamin tersebut.\n\nVitamin A yang terkandung didalam jambu batu dapat memperlahankan pembentukan katarak dan menghalang penglihatan anda menjadi kabur. Bagi anda yang mengalami simptom rabun ayam iaitu tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam, disarankan untuk anda mengamalkan pemakanan yang mempunyai Vitamin A seperti jambu batu.\n\nDengan memakan 1 buah jambu batu yang bersaiz sederhana dapat membekalkan anda vitamin C 2 kali lebih banyak daripada keperluan tubuh badan anda seharian.\n\nVitamin C amat penting untuk tubuh badan anda kerana ianya bertindak sebagai bahan antioksida dan meningkatkan tahap ketahanan badan anda untuk melindungi anda daripada jangkitan kuman.\n\nJambu batu yang kaya dengan vitamin A dan kalium (potassium) yang dapat membantu anda dalam mengurangkan tahap kolestrol didalam darah dan menghalang darah anda daripada menjadi pekat dan seterusnya dapat mengawal tekanan darah anda.\n\nKalium (potassium) yang banyak terkandung didalam jambu batu adalah kunci untuk mengekalkan fungsi semua otot-otot didalam tubuh badan termasuk jantung anda. S\n\nSelain itu, vitamin C yang terkandung didalam jambu batu juga membantu anda dalam membaiki dan pertumbuhan tisu-tisu badan. Selain itu, jambu batu juga kaya dengan vitamin E, K, dan B6 yang penting untuk pembentukkan darah.\n\nKaya dengan vitamin C dan bahan antioksida, jambu batu memainkan peranan yang penting untuk memperbaiki tekstur kulit anda dan menghalang anda daripada mengalami masalah kulit. Bahan antioksida yang terkandung di dalam jambu batu dapat membantu anda untuk menghalang kulit anda daripada proses penuaan.\n\nIa membuatkan kulit anda bersinar-sinar dan menghalang kedutan dikulit anda. Bagi anda yang mempunyai masalah bintik hitam diwajah, anda boleh cuba tumbuk sehingga hancur daun daripada pokok jambu batu dan sapukan diwajah anda. Dengan mengamalkannya setiap hari, bukan sahaja merawat bintik hitam tetapi ianya juga merawat jerawat diwajah anda.\n\nBagi sekumpulan penyelidik di Guangzhou, China pada 2016, mereka melaporkan penemuan sebatian antioksidan yang belum pernah dijumpai sebelum ini yang terkandung dalam jambu batu. Mereka mendapati, sebatian dalam bentuk polisakarida ini mempunyai kuasa antioksida yang sangat tinggi walau dalam kuantiti yang sedikit.\n\n6. Menurunkan tahap gula dalam darah\n\nTerdapat beberapa bukti bahawa jambu batu boleh meningkatkan kawalan gula dalam darah. Ekstrak jambu batu mengurangkan tahap gula dalam darah, meningkatkan kawalan gula dalam darah dalam jangka masa panjang. Ini adalah berita baik untuk mereka yang menghidap diabetes atau mereka yang berisiko.\n\nAnda boleh minum teh daun jambu batu untuk menurunkan tahap gula dalam darah selepas makan. Kesan akan bertahan selama sehingga dua jam. Meminum teh daun jambu mengurangkan tahap gula dalam darah sehingga 10%.\n\nJambu boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung dalam beberapa cara yang berbeza. Ramai saintis percaya bahawa tahap yang tinggi antioksidan dan vitamin dalam jambu batu boleh membantu melindungi hati daripada kerosakan akibat radikal bebas. Tahap yang lebih tinggi kalium dan serat larut dalam jambu juga dianggap menyumbang kepada kesihatan jantung yang lebih baik.\n\nMakan jambu batu juga telah dikaitkan dengan menurunkan tekanan darah, penurunan kolesterol LDL \u201cjahat\u201d dan peningkatan dalam kolesterol HDL \u201cbaik\u201d. Oleh kerana tekanan darah tinggi dan tahap kolestrol LDL dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi penyakit jantung dan strok, tambah jumlah jambu batu dalam kuantiti yang sederhana dalam diet anda boleh membawa kepada faedah berharga.\n\nMakan jambu batu masak sebelum makan disebabkan penurunan keseluruhan dalam tekanan darah sebanyak 8-9 mata, pengurangan dalam jumlah kolesterol sebanyak 9.9% dan peningkatan dalam kolesterol HDL \u201cbaik\u201d sebanyak 8%.\n\nRamai wanita mengalami senggugut dan PMS. Terdapat beberapa bukti bahawa ekstrak jambu batu sebenarnya boleh mengurangkan intensiti kesakitan senggugut.\n\nSatu kajian yang melibatkan 197 wanita yang mengalami simptom kesakitan mendapati bahawa mengambil 6 mg daun jambu batu ekstrak setiap hari menyebabkan pengurangan intensiti kesakitan.\n\nIa\u00a0 lebih berkesan daripada beberapa ubat penahan sakit. Ekstrak daun jambu batu dipercayai mempunyai \u201cspasmolytic\u201d kesan pada rahim, bermakna ia boleh melegakan kekejangan otot licin, juga dikenali sebagai kekejangan.\n\nJambu adalah sumber terbaik serat pemakanan. Oleh itu, jambu boleh membantu \u00a0pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit. Sebiji jambu batu boleh menyediakan 12% daripada pengambilan harian yang disyorkan serat.\n\nSelain melegakan sembelit, jambu batu juga boleh mengurangkan cirit-birit. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa ekstrak daun jambu batu adalah antimikrobial. Ini bermakna ia boleh membunuh mikrob berbahaya di dalam usus yang boleh menyebabkan cirit-birit.\n\nEkstrak Jambu Batu telah terbukti mempunyai kesan anti-kanser. Tabung uji dan kajian haiwan menunjukkan bahawa ekstrak jambu batu boleh mencegah dan bahkan menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser.\n\nIni mungkin disebabkan oleh tahap yang tinggi antioksidan yang kuat yang menghalang radikal bebas daripada sel-sel merosakkan, salah satu punca utama kanser.\n\nSatu kajian tabung uji mendapati bahawa minyak daun jambu batu adalah empat kali lebih berkesan untuk menghalang pertumbuhan sel kanser daripada ubat-ubatan kanser tertentu. Kesan ekstrak jambu pada sel-sel kanser pada manusia yang hidup masih perlu diterokai.\n\nHal ini menarik minat para penyelidik dari Itali pada tahun 2018 yang menganalisis kandungan bahan antikanser dalam jambu batu. Mereka menemui polyphenols, vitamin C, folates and beta carotenes yang sangat tinggi yang berupaya melawan radikal dan bahan karsinogenik penyebab kanser.\n\nItulah dia khasiat buah jambu batu. Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang\u00a0khasiat ulam dan khasiat yogurt\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Siapa yang ingin terpisah dengan anak? Pastinya tiada satu pun ibu bapa di dunia ini yang sanggup berjauhan dengan anak biarpun anak sudah besar mahupun masih kecil lagi. Apabila bercerai, ibu bapa terpaksa membuat pilihan kepada siapa anak harus ikut dan mendapat jagaan. \n\nPenjagaan anak selepas bercerai adalah kepada ibu yang melahirkan anak tersebut berdasarkan Hukum Syara\u2019 dan Undang-undang keluarga Islam yang berkuatkuasa. Sudah pasti ibu paling berhak mendapat penjagaan anak (hadhanah) yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan). \n\nBukan sahaja ibu, tetapi keluarga sebelah ibu seperti nenek juga layak. Barulah seterusnya adalah bapa dan sebelah keluarga bapa. Namun demikian, mahkamah juga akan mempertimbangkan kembali sekiranya terdapat pilihan anak dengan melihat semula kepada kepentingan dan kebajikan anak. Tuntutan Hak Jagaan Anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.\n\nKenapa Ibu Dipilih Untuk Menjaga Anak? \n\nIbu dipilih untuk menjaga anak adalah kerana keperluan anak yang mampu diberikan oleh si ibu sahaja seperti susu badan, penjagaan bayi yang rapi, kasih sayang dan lain-lain lagi. Walaupun ayah juga mampu, tetapi anak kecil memerlukan seorang ibu untuk menguruskan segala keperluannya melainkan ibu tidak menepati syarat yang diperlukan. Tahukah anda, terdapat syarat-syarat yang harus diikuti oleh ibu untuk menjaga anak. Antaranya adalah:\n\nAdakah Ibu Selamanya Menjadi Penjaga Anak?\n\nTidak, walaupun ibu menepati syarat hak penjagaan anak, tetapi ia adalah dalam tempoh yang tertentu. Perlu anda ketahui bahawa syarat penjagaan anak dari si ibu (hadhanah) akan hilang sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut.\n\nSebab Syarat Hak Penjagaan Anak Terhadap Ibu (Hadhanah) Akan Hilang: \n\nPerpindahan Hak Penjagaan Anak Selepas Ibu\n\nSekiranya ibu telah kehilangan syarat di atas dan tiada hak penjagaan anak lagi, anak tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada bapa tetapi ia akan dilihat berdasarkan kelayakan dahulu. Berikut adalah mereka yang layak mengikut susunan terhadap hak penjagaan anak.\n\n(a) Nenek sebelah ibu hingga ke atas; (b) Bapa; (c) Nenek sebelah bapa hingga ke atas; (d) Kakak atau adik perempuan seibu sebapa; (e) Kakak atau adik perempuan seibu; (f) Kakak atau adik perempuan sebapa; (g) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa; (h) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu; (i) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa; (j) Emak saudara sebelah ibu; (k) Emak saudara sebelah bapa; (j) Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau rasiduari; (k) Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kanak-kanak itu.\n\nTempoh Penjagaan Anak Dan Pertukaran Hak Penjagaan Anak\n\nSelain dari penjagaan mengutamakan keluarga sebelah ibu, ia juga bergantung kepada hak penjagaan dan situasi untuk bapa mendapat hak penjagaan anak.\n\nMenurut peruntukan seksyen 85(1) dan (2), hak hadhanah menjaga seseorang kanak-kanak akan tamat setelah kanak-kanak mencapai umur tujuh tahun (kanak-kanak lelaki) dan sembilan tahun (kanak-kanak perempuan).\n\nSubseksyen (2) pula memperuntukkan bahawa tempoh penjagaan anak adalah sehingga anak mumayyiz (boleh bezakan yang baik dan buruk), barulah boleh tinggal dengan bapanya dan dia boleh memilih dengan siapa untuk tinggal.\n\nPertukaran hak penjagaan anak juga boleh berlaku atas sebab permintaan ibu bapa dan permintaan kanak-kanak. Namun, mahkamah akan melihat semula berdasarkan kemampuan memberi kebajikan, keselamatan dan pendidikan kepada anak-anak. Jelaslah hak penjagaan anak tertakluk kepada seksyen dan syarat yang telah ditetapkan. Ia akan dikaji dan dibincangkan oleh pihak mahkamah. \n\nPerkara Yang Akan DiPertimbangkan Oleh Mahkamah:\n\nApakah yang akan dilihat dan dipertimbangkan oleh mahkamah untuk membuat keputusan hak penjagaan anak. Terdapat banyak faktor yang akan dilihat seperti berikut:\n\n(a) hasrat ibu bapa kanak-kanak tersebut; (b) kemahuan kanak-kanak itu sendiri sekiranya dia berada dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendapatnya dengan bebas;\n\n(g) kemungkinan pihak-pihak berdamai; (h) kelebihan dari segi pendidikan dan material; (i) faktor kesihatan dan perubatan. (c) umur dan jantina kanak-kanak tersebut; (d) agama dan adat resam; (e) bangsa dan latar belakang budaya; (f) kelakuan pihak-pihak yang membuat tuntutan;\n\nAkhir sekali, anda boleh menghubungi mahkamah dan mendapatkan khidmat nasihat atau sebarang persoalan berkaitan hak penjagaan anak. Bagi anak yang bukan beragama Islam pula, boleh hubungi mana-mana Jabatan Bantuan Guaman untuk mendapatkan hak penjagaan anak.\n\nHarap segala maklumat yang dikongsikan dapat memanfaatkan anda. Jom baca juga Anak tak sah taraf (Perundangan), Senarai rumah anak yatim di Malaysia dan Cara ambil anak angkat di hospital."
"Puasa dah dekat, semua ternanti-nanti di depan tv untuk melihat pengumuman puasa. Begitu jugalah dengan raya! Masing-masing tak sabar lagi untuk mendengar pengisytiharan tarikh-tarikh penting ini. Semuanya ditentukan oleh anak bulan. \n\nBukan puasa dan raya sahaja, tetapi sebenarnya anak bulan juga menentukan tarikh terakhir dalam bulan syawal, iaitu sama ada 29 atau 30 haribulan bagi menentukan permulaan bulan Zulhijjah dan memudahkan orang yang ingin mengerjakan haji untuk menjalani wukuf di Arafah dan sebagainya.\n\nMelihat Anak Bulan Penentu Tarikh Puasa Ramadan, Raya Aidilfitri\n\nMelihat anak bulan adalah kaedah yang digunakan untuk memastikan tarikh bermulanya puasa, raya dan tamatnya bulan syawal. Sekiranya mempunyai keraguan atau tidak dapat melihat bulan akibat cuaca dan sebagainya, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untuk menentukan tarikh tersebut seperti menggenapkan 30 hari bulan syawal dan juga menggunakan ilmu falak moden. \n\nKaedah pertama selalunya dilaksanakan iaitu mencerap anak bulan dari tempat yang tinggi seperti anak bukit dan sebagainya. Mengikut ilmu rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (matematik) yang dilakukan, mereka akan mengetahui kedudukan bulan dan sahihnya tarikh berpuasa, raya dan lain lagi. Disebabkan itu juga waktu berpuasa atau berbuka puasa di sesetengah tempat tidak sama.\n\nUsai Jabatan Agama Islam melihat anak bulan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisyhtiharkan tarikh puasa dan raya pada malam itu juga kepada seluruh umat manusia. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua!\n\nTarikh Lihat Anak Bulan Di Malaysia\n\nAnak bulan boleh dilihat pada hari rukyah (hari kebolehnampakan) yang telah ditetapkan iaitu pada 29 Syaaban, 29 Ramadhan ataupun 29 Zulkaedah pada waktu matahari belum terbenam. Sekiranya terdapat syarat-syarat hilal (anak bulan kelihatan), ia akan dipersetujui kedudukan hilal telah ada.\n\nAntara syarat anak bulan telah timbul adalah:\n\nMengikut Islam, dengan melihat rukyah atau cerapan, penentuan awal bulan dapat dilakukan. Ia akan memudahkan proses penentuan tarikh mula berpuasa. Berdasarkan mafhum hadis Nabi SAW: \u201cJanganlah kamu mula berpuasa melainkan setelah melihat hilal.\u201d (HR Bukhari)\n\nTempat Melihat Anak Bulan Di Malaysia\n\nTempat-tempat yang sering digunakan untuk melihat anak bulan bagi program cerapan anak bulan tidak tertakluk kepada satu kawasan sahaja. Terdapat lebih dari 20 tempat melihat anak bulan yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Agama Islam. Tempat melihat anak bulan ini diklasifikasikan di setiap negeri bagi memudahkan proses cerapan.\n\nTempat-tempat melihat anak bulan di Malaysia ini adalah tetap dan akan digunakan pada setiap tahun tetapi ia tetap tertakluk kepada sebarang perubahan. \n\nAdapun tempat melihat anak bulan ini juga merupakan tempat yang boleh dikunjungi oleh orang awam, pelajar dan lain-lain lagi masyarakat. Tiada masalah untuk anda kunjungi atau melihat tempat ini, ia tetap lokasi terbuka untuk semua selain dari kawasan dalaman melihat anak bulan.\n\nAllah swt telah meletakkan sesuatu perkara dengan sebabnya. Dengan melihat anak bulan, tarikh yang ditetapkan adalah sah dan sahih untuk umat Islam melakukan ibadah Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan yang diberkati, penuh hikmah dan memberikan gandaan pahala kepada umat Islam yang beribadah.\n\nSelain itu, keberkesanan melihat anak bulan juga adalah hikmah dimana telah tersebut dalam hadis dan Al-Quran berkenaannya. Ia menunjukkan kebenaran Al-Quran yang telah dinyatakan, malah menjadi panduan untuk semua umat Islam.\n\nGanjaran pahala serta kebaikan juga dapat dicapai bersama. Melihat anak bulan dan menyebarkannya kepada orang Islam untuk mencapai keseronokan bersama adalah amalan baik insan. Bayangkan jika anda melakukannya setiap tahun, pasti akan lebih bersemangat dan tak sabar menyambut bulan Ramadan.\n\nSemoga panduan melihat anak bulan serta tempat melihat anak bulan ini bermanfaat dan dapat membantu anda dalam pencarian anda. Jom baca juga Kisah baju raya anak Saidina Umar Al-Khattab, Cara berbuat baik kepada ibu bapa, Maksud anak syurga sebenar dan Cabaran ibu tunggal."
"Pernahkah anda makan Rotiboy? Rotiboy ialah kedai roti buatan Malaysia yang berbasis di Kuala Lumpur dan memiliki cawangan di seluruh Asia.\n\nResepi rotiboy rangup di luar dan mempunyai aroma wangi yang khas seperti kopi. Sekali tercium wangi Rotiboy confirm siapapun akan tergoda dan ingin beli.\n\nJuga Rotiboy termasuk high class brand maka harganya agak mahal dan tersedia di kedai roti Rotiboy sahaja. Kadang selain pasal harga yang agak mahal, tidak semua kawaasan ada kedai Rotiboy, alhasil anda yang rumahnya jauh kena tahan selera untuk tidak makan Rotiboy.\n\nJika teringin sangat makan Rotiboy namun tempat membatasi anda, jangan cekik perut! Silalah buat Rotiboy sendiri di rumah merujuk resepi daripada Cik Elly yang dikongsikan di laman Facebook. Resepi mudah dan senang dibuat. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi Rotiboy, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kasut tumit tinggi memang cantik dan nampak bergaya apabila dipakai. Kasut yang menjadi kegilaan wanita ini tak pernah dimakan zaman. Pelbagai reka bentuk dan stail terkini direka untuk wanita yang elegan dan mementingkan gaya.\n\nAntara sebab kasut tumit tinggi menjadi rebutan para wanita ialah kerana ia mampu mengubah penampilan diri. Ia akan membuatkan anda nampak lebih tinggi. Bentuk kasut tumit tinggi yang rata-rata tajam di depan membuatkan kaki nampak tirus dan seksi.\n\nTidak hairanlah harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit kerana permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Tidak lengkap rasanya tanpa kasut tumit tinggi atau high heels, jika hendak ke majlis keramaian dan majlis formal. Aksesori yang dikenakan pada tubuh nampak lebih menonjol dengan pemakaian kasut jenis ini.\n\nPasti ada di antara pembaca bidadari.my merupakan penggemar kasut tumit tinggi. Cuba periksa almari kasut masing-masing, sekurang-kurangnya mesti ada sepasang. Walaupun membuatkan diri nampak menarik, tahukah pemakaian kasut tumit tinggi boleh mengundang bahaya?\n\nOleh itu, dalam artikel ini, penulis akan membincangkan bahaya pemakaian kasut tumit tinggi. Kesan buruknya seolah-olah dipandang sebelah mata oleh kebanyakan wanita. Risikonya cukup tinggi pada mekanikal dan postur tubuh.\n\nJom baca kesan bahaya pemakaian kasut tumit tinggi yang ramai tak tahu.\n\nApabila mengenakan kasut tumit tinggi, anda perlu berjalan dengan cara mengimbangi diri daripada terjatuh. Bagi wanita yang sudah biasa memakainya, mungkin tiada masalah.\n\nNamun, bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk memakai kasut tumit tinggi, pastikan kasutnya tidak terlalu tinggi. Jika gagal mengimbangi diri atau berlaku kemalangan ketika berjalan, ia akan membuatkan anda terjatuh. Kesannya boleh mencederakan kaki atau tubuh anda.\n\nApabila terlalu kerap memakai kasut tumit tinggi, tanpa anda sedar gaya berjalan juga akan berubah. Orang yang memakai kasut bertapak rata, mereka akan berjalan secara biasa. Ini kerana, tapak kaki manusia secara normal juga rata saja.\n\nManakala yang berkasut tinggi, mereka perlu mengimbangkan tapak kasut yang tinggi dengan berat badan. Bebanan badan akan tertumpu pada bahagian ibu jari kaki. Kajian mendapati, wanita yang memakai kasut tumit tinggi melebihi 40 jam dalam seminggu mempunyai gaya berjalan yang berbeza.\n\nPump bump ialah sejenis ketumbuhan tulang pada tumit kaki. Ia berlaku disebabkan tekanan atau geseran yang berterusan di belakang kasut atau bahagian ikatan.\n\nBenjolan bunion merupakan masalah yang paling kerap terjadi apabila anda mengenakan kasut tumit tinggi dengan kerap. Bunion menyebabkan benjolan yang membengkak pada sendi ibu jari kaki.\n\nIa akan menyebabkan kaki terasa sakit apabila memakai kasut akibat benjolan pada tulang ibu jari kaki.\n\nAkibat daripada geseran yang berulang kali di antara kulit dan kasut akan menyebabkan kulit menjadi tebal. Kulit yang tebal dan kasar ini dipanggil kematu atau corn. Ia kan menyebabkan ketidakselesaan dan memberi tekanan pada jari anda.\n\nTerdapat pelbagai jenis potongan depan bagi kasut tumit tinggi. Ada yang runcing, ada yang bulat dan yang petak. Ada juga jenis yang tertutup dan terbuka depannya. Bagi potongan yang sempit dan tertutup depannya, ia akan menyakitkan jari kaki anda.\n\nDisebabkan bentuknya bukan disesuaikan dengan jari kaki, anda memaksanya untuk fit ke dalam kasut. Kesannya kedua-dua belah sendi ibu jari kaki akan terjejas. Apabila dimasukkan secara \u2018paksa\u2019, jari terpaksa membengkok ke bawah kerana kasut terlalu sendat.\n\nMetatarsalgia ialah sejenis keradangan yang menyebabkan tapak kaki menjadi sakit. Ini juga menyebabkan tapak kaki berasa tak selesa kerana bebanan yang berterusan pada tulang metatarsal. Tulang metatarsal terletak di antara jari kaki dan lengkungan kaki.\n\nAkibat ketidakseimbangan tubuh, anda akan mudah mendapat kecederaan buku lali. Ia akan menyebabkan risiko patah buku lali disebabkan kesukaran untuk berjalan. Lagi tinggi tumit kasut anda, lebih tinggi risikonya.\n\n8. Tisu tapak kaki menjadi tebal\n\nApabila anda memakai kasut yang tidak sesuai dan sendat, tapak kaki juga akan melecet. Jika anda terus memakai kasut tumit tinggi, ini akan menyebabkan tisu di tapak kaki menjadi tebal. Ini dinamakan morton\u2019s neuroma.\n\nKulit yang tebal ini aka membuatkan anda berasa sakit dan kebas. Apabila keadaan semakin teruk, kemungkinan anda perlu membuat pembedahan bagi membuang tisu yang tebal itu. Ini saja cara untuk mengurangkan gejala kesakitan.\n\nTips Elak Sakit Pakai Kasut Tumit Tinggi\n\nBagi sesiapa yang suka memakai kasut tumit tinggi, di sini penulis kongsikan tips untuk mengelak sakit. Antaranya ialah:\n\nJangan terlalu ingin nak bergaya sampai menyakitkan diri sendiri. Pilih saiz yang sesuai untuk ketinggian dan berat anda. Jika baru saja cuba-cuba pakai, mulakan dengan kasut yang lebih rendah.\n\nTidak semua jenama yang terkenal bagus untuk anda. Namun, semuanya terletak pada kemampuan dan citarasa. Sebaiknya pilih kasut daripada material yang lembut dan mempunyai tapak di dalam yang mesra tapak kaki. Elakkan kasut plastik yang keras kerana membuatkan kaki berpeluh dan tak selesa.\n\n3. Jangan pakai kasut terlalu lama\n\nJika perlu memakai kasut tumit tinggi untuk ke sesuatu tempat, pastikan bawa sekali kasut ganti bertapak rata. Jika berasa tak selesa gantikan kasut tersebut. Elakkan juga memakai kasut tumit tinggi lebih daripada 4 kali seminggu.\n\nTanggalkan kasut tumit tinggi anda apabila sudah mula berasa tak selesa. Regangkan kaki dan urut perlahan. Ini akan membuatkan kaki dapat bernafas dan mengurangkan geseran.\n\nNampaknya itu saja perkongsian penulis tentang bahaya kasut tumit tinggi yang ramai tak tahu. Tak salah untuk memakainya sesekali. Namun, elakkan memakainya dengan kerap. Orang kata \u201cBeauty is pain\u201d, namun janganlah sampai mendera kaki anda pula. Mudaratnya pada kesihatan juga bukan kecil.\n\nJangan lupa baca tentang bahaya benjolan di kaki dan punca kaki kebas. Moga bermanfaat."
"Bila ada ahli keluarga, rakan dan kerabat teringin makan bubur jagung, mestinya kita ingin menghidangkan bubur jagung sesedap rasa.\n\nMembuat bubur jagung tidak sukar. Namun ada resepi rahsia untuk membuat bubur jagung yang pekat memikat. Style bubur jagung daripada Rozmaliza Omar di laman facebook ini mengungkapkan rahsia resepi bubur jagung yang lazat.\n\nResepinya iaitu dengan mecampurkan pulut ke dalam bubur jagung. Sedap sungguh rasanya, sangat pekat memikat lemak berkrim jika menggunakan cara ini.\n\nTanpa membuat anda tertunggu-tunggu, jom lihat resepi bubur jagung sedap yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi bubur jagung, kami menulis resepi menarik lain yang telah mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Shampoo organik untuk rambut gugur, pastinya menjadi salah satu pertanyaan bagi wanita yang mempunyai masalah keguguran rambut yang teruk. Malu kalau rambut gugur, silap haribulan boleh jadi botak walaupun wanita!\n\nShampoo organik atau semulajadi penting kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan disebabkan kandungannya adalah tumbuh-tumbuhan, herba mahupun buah-buahan. \n\nJom lihat antara shampoo organik yang boleh anda gunakan untuk atasi masalah rambut gugur. Pastinya bersesuaian untuk anda.\n\n1. Mama\u2019s Choice Anti-Hair Loss Treatment Shampoo\n\nJenama shampoo ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah rambut gugur. Hal ini kerana shampoo ini dihasilkan khas untuk mengurangkan masalah rambut gugur setelah bersalin. Shampoo ini membantu menyuburkan rambut dari akar sehingga ke hujung rambut. Menariknya lagi, shampoo ini merangsang pertumbuhan rambut baru. Shampoo ini juga mengurangkan kelemumur dengan efektif dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kepala termasuk kulit sensitif.\n\nKandungan yang terdapat di dalam shampoo ini juga terdiri daripada bahan-bahan semulajadi. Antara bahan yang dapat anda lihat di dalam kandungan shampoo ini ialah kiwi yang kaya dengan vitamin C yang dapat menguatkan akar rambut, kemiri dan kacang hijau yang kaya dengan\u00a0 zat besi dan biotin yang sangat penting untuk menggalakkan rambut yang sihat dan mencegah keguguran rambut.\n\nSelain itu, shampoo ini juga mengandungi Candlenut secara tradisinya terkenal dengan sifat regeneratifnya, membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dengan mengaktifkan sel stem dalam folikel rambut. Shampoo ini juga telah direka dan diuji di makmal Singapura bagi memastikan kandungan bebas dari toksin, paraben, sulfat, alkohol, silikon dan bahan berbahaya yang lain. Kandungan shampoo ini terdiri dari bahan semulajadi, diyakini halal serta selamat untuk digunakan oleh ibu hamil dan menyusu.\n\n2. Hask Argan Oil Repairing Shampoo\n\nBagi yang mempunyai masalah rambut bercabang dan rosak, apa kata anda cuba jenama shampoo ini. Hujung rambut bercabang dan rosak pastinya akan membuatkan rambut anda mudah kusut. Hal ini pastinya menyebabkan rambut anda lebih banyak gugur.\n\nKandungan shampoo ini juga sangat baik dan dapat membantu memperbaiki rambut anda. Antara kandungan yang terdapat di dalam shampoo ini ialah minyak argan, Rambut anda pastinya akan lebih sihat, terhidrasi serta sangat berkilat. \n\nShampoo ini sangat sesuai bagi mereka yang mengalami rambut rosak akibat diwarnakan, kering dan banyak lagi. \n\n3. Palmer\u2019s Cocoa Butter Formula Dengan Vitamin E Moisture Rich Shampoo\n\nShampoo organik untuk rambut gugur dari jenama Palmer\u2019s ini sering digunakan suatu masa dahulu. Sememangnya ia sarat dengan vitamin E dan kandungan minyak peppermint yang sangat elok untuk kulit kepala.\n\nSelain dapat mengatasi masalah kulit kepala, ia juga dapat melembutkan kulit, mengatasi masalah gatal serta menjadikan rambut lebih kuat dan sihat. \n\nSekiranya anda inginkan rambut panjang tetapi stress dengan masalah rambut gugur, shampoo ini amat sesuai kerana ia bertindak bagi pertumbuhan rambut yang lebih panjang, kuat dan sihat.\n\n4. Follow Me Green Tea Shampoo Anti-Dandruft\n\nJenama Follow Me adalah shampoo yang cukup dikenali sejak dahulu lagi. Ia bebas dari paraben dan sangat berkesan mengawal rambut gugur. Rambut juga lebih bersih dan tak berminyak lagi. \n\nAnda boleh pilih jenis shampoo khas untuk rambut gugur (anti-dandruft). Ia dapat mengelakkan rambut gugur malah dapat sihatkan rambut secara semulajadi dengan bahan kandungan shampoo organik.\n\n5. GRAFEN Emerald Blossom Perfume Shampoo\n\nSangat eksklusif namanya, begitu juga rupanya. GRAFEN Emerald Blossom Shampoo ini bakal menampakkan rambut anda lebih cantik, licin dan segar setiap hari. 90% bahan kandungan shampoo ini adalah diperkayakan dengan bahan semulajadi.\n\nIa juga dapat elakkan daripada rambut gugur dan masalah botak. Bukan itu sahaja, bau yang wangi dan harum juga datangnya dari shampoo organik untuk rambut gugur ini.\n\n6. \u00a0EcoHerbs Scalp Rejuvenation Hair Re-Born Herbal Shampoo\n\nBukan sahaja digunakan sebagai shampoo rambut, EcoHerbs Scalp Rejuvenation Hair Re-Born Herbal Shampoo ini turut berfungsi sebagai rawatan rambut dimana ia dapat menguatkan rambut dan mengatasi masalah rambut yang lain.\n\nUtamanya, jika rambut gugur, rawatan herba yang berkualiti dari enzim buah-buahan shampoo ini bertindak merangsang pertumbuhan akar rambut untuk lebih sihat.\n\nRambut tidak lagi berminyak dan gugur. Ia juga membuatkan rambut anda lebih harum dan segar semulajadi. Menarik bukan?\n\nTerdapat 2 jenis Shampoo Melaleuca (Natural) ini di pasaran iaitu jenis biasa dan juga jenis herba. Bagi jenis herba, ia diperbuat daripada bahan semulajadi botanikal.\n\nShampoo organik untuk rambut gugur ini sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Ia juga dapat tanggalkan kotoran pada rambut dan kulit kepala sekaligus menyihatkan kulit dan mengelakkan rambut gugur.\n\n8. Shiseido The Hair Care Adenovital Shampoo\n\nSesuai untuk jenis rambut nipis, shampoo Shiseido The Hair Care Adenovital ini dapat melembabkan rambut dan kulit kepala supaya tidak kering dan gatal. Baunya juga cukup segar. \n\nUntuk pengetahuan anda, shampoo organik ini diformulasikan dari buah aprikot, Adenosine, Ekstrak Ononis, Ekstrak Ashitaba, Ekstrak Lingzhi, Ekstrak Lada Jepun Dan Dipropylene Glycol. \n\n9. Nature\u2019s Organic Sense Hair Shampoo Anti-Dandruft\n\nKhas untuk rambut gugur dan individu yang mengalami masalah kehilangan rambut, Nature\u2019s Organic Sense Hair Shampoo Anti-Dandruft ini adalah pilihan terbaik kerana ia mengandungi bahan organik untuk merawat rambut gugur.\n\nIa juga membantu merawat masalah kulit kepala gatal-gatal, rambut gugur, bercabang dan kering. Kandungan organik bunga chamomile menjadikan natures anti-hair loss shampoo ini salah satu shampoo organik untuk rambut gugur.\n\n10. The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo\n\nThe Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo adalah shampoo keluaran The Olive Tree yang merupakan shampoo organik untuk rambut gugur. Bahan organik yang digunakan sememangnya berkualiti dan diimport dari Australia.\n\nHerba terbaik yang digunakan adalah Daun Aloe Vera, Minyak Buah Zaitun, Daun Rosemary, Daun Zaitun, Kulit Lemon, Pudina dan banyak lagi. Shampoo ini sesuai digunakan untuk mereka yang berambut nipis dan juga kulit kepala gatal. Kesan utama pemakaian shampoo ini adalah ia dapat mengurangkan rambut gugur.\n\nSiapa tak kenal shampoo himalaya, yang pastinya merupakan shampoo organik sesuai digunakan untuk seisi keluarga. Ia membekalkan vitamin untuk kulit kepala sekaligus mengurang rambut gugur. \n\nTahukah anda masyarakat India sering menggunakan bahan semulajadi seperti Butea Frondosa yang menjadikan rambut mudah tumbuh dan Bhringaraja berfungsi sebagai pencegahan rambut gugur. Itulah bahan yang ada dalam shampoo himalaya anti-hair fall ini.\n\n12. Botaneco Garden TRIO Oil Anti Dandruff Shampoo\n\nTak perlu risau dalam mencari shampoo organik terbaik untuk rambut gugur. Botaneco Garden TRIO Oil Anti Dandruff Shampoo diperbuat daripada tumbuhan terbaik seperti daun pudina, minyak jojoba, minyak dauh teh, minyak kelapa, mentol dan lain-lain lagi.\n\nIa sangat berkesan dalam merawat masalah kelemumur yang teruk dimana kulit kepala atau kelemumur putih sering berkepingan di atas rambut anda. Justeru, ia mengelakkan daripada rambut gugur.\n\nItulah dia antara shampoo organik untuk rambut gugur. Jom baca juga lip balm terbaik, toner terbaik untuk jeragat, toner terbaik untuk kulit kering dan toner terbaik untuk kulit kusam.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Sakit tekak adalah sangat menyiksakan. Lagi-lagi setiap kali anda nak menelan makanan atau minum. Siksanya hanya tuhan yang tahu. Ada yang kata sakit tekak boleh dihilangkan dengan Strepsils, namun jika sakit tekak anda sudah serius, ianya mungkin tidak berkesan lagi. \n\nOleh itu adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca sakit tekak dan cara untuk mengatasinya agar anda tidak menderita lagi.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan sakit tekak?\n\nSakit tekak atau pharyngitis adalah kesakitan yang berlaku pada kawasan sekitar tonsil, farinks, dan kawasan belakang mulut. Sakit tekak juga dikenali sebagai tonsillitis jika kesakitan yang anda alami melibatkan kedua-dua bahagian tonsil yang membengkak dan mengalami kemerahan pada amandel iaitu isu lembut di belakang bahagian mulut. Manakala Laryngitis pula adalah bengkak dan kemerahan yang berlaku pada kotak suara, atau laring. \n\nSakit tekak dikatakan berlaku apabila berlakunya radang yang membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia akan menyebabkan anda berasa tidak selesa, sakit atau gatal pada tekak dan kadangkala terasa sakit sewaktu menelan.\n\nDi Malaysia, punca sakit tekak yang paling biasa berlaku ialah seperti berikut:\n\nApakah cara untuk mengatasi sakit tekak?\n\nJika anda sakit tekak, anda boleh menghilangkannya dengan cara:\n\nItulah dia punca sedu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca sawan punca tiroid dan punca gusi bengkak"
"Kecantikkan adalah sesuatu yang subjektif. Semua orang ingin cantik bukan? Dengan mempunyai kecantikkan akan membuatkan seseorang itu mempunyai tahap keyakinan lebih tinggi daripada seseorang. Kecantikkan adalah salah satu faktor yang diukur dalam kehidupan. Inilah realiti kehidupan jika kita jujur tentang penyataan ini. Post hari ini berkongsi tentang 21 perkara yang dapat dipelajari daripada Lizzie Velasquez.\n\nLizzie Velasquez merupakan seorang remaja yang berusia 24 tahun yang dilahirkan dengan keadaan perubatan yang amat jarang berlaku. Keadaan badannya tidak mengizinkan dirinya untuk menyimpan lemak. Kesannya beliau menjadi sangat kurus dan cenkung. Selain mempunyai masalah kekurangan berat badan, dia juga yang buta di sebelah matanya. Ini menyebabkan rupa parasnya tidak cantik.\n\nLebih malang lagi ada tahun 2012, beberapa budak nakal di internet telah menggelarkan beliau sebagai \u201cwanita paling hodoh di dunia.\u201d Ini adalah akibat daripada satu video klipnya yang dimuat turun di YouTube tanpa pengetahuannya. Kesannya beliau telah menerima ribuan komen dan kritikan tentang rupanya. Kritikan bukan atas perbuatannya.Cuba cayangkan jika perkara yang sama berlaku kepada kita.\n\nWalau bagaimanapun, dia tidak membiarkan \u2018hinaan\u2019 atau komen negatif yang diterima untuk menghantui dirinya. Lizzie Velasquez mula mengorak dan berdiri untuk diri sendiri. Beliau telah menunjukkan kepada kita apa yang dimaksudkan kecantikkan yang sebenar. Berikut adalah 21 pengajaran yang kita boleh belajar dari perjuangan dan kejayaan beliau:\n\n#1 Perkara buruk atau malang juga berlaku pada orang baik\n\nPerkara buruk atau malang juga berlaku kepada yang baik. tidak kira bila-bila masa. Dalam kes Lizzie Velasquez , dia menjadi sasaran pembuli dalam internet tanpa sebab selain daripada kritikan yang mengatakan beliau sengaja ingin menonjol diri sendiri .\n\nPerkara yang sma juga berlaku dalam kehidupan kita. Perkara-perkara sering sahaja berlaku dalam hidup kita sama ada kita sedar atau tidak tidak bersedia. Perkara buruk tidak semestinya berlaku apabila anda melakukan kesilapan atau kesalahan.\n\n#2 Segera sedar saat anda mula meragui diri sendiri\n\nSelalunya, apabila kita berada di bawah tomahan atau serangan oleh orang lain, perkara pertama kita fikirkan dan tanya kepada diri kita sendiri adalah:\n\nPerkara ini berlaku tanpa kita sedar. Kita mula membiarkan emosi negatif masuk dalam diri. Apa yang boleh kita lakukan adalah cuba mengenal pasti saat emosi ini menjalar.Adalah penting anda mendapatkan semula dan melihatnya dari sudut positif sebelum perkara ini membentuk satu tekanan kepada diri dan sebelum anda mula mempercayai keraguan diri ini benar.\n\n#3 Imej diri yang positif adalah sangat penting\n\nCuba tanya pada diri anda hari ini:\n\nKebiasaannya kita tidak melakukan perkara ini dan bertanya pada diri secara jujur. Mempunyai imej diri yang positif akan lebih menguatkan jati diri seseorang.\n\n#4 Anda sebenarnya lebih bernilai daripada apa yang dikatakan atau difikirkan\n\nPerkara ini adalah benar. Jadi berhenti meragui diri anda!\n\n#5 Mentaliti \u2018buli\u2019 wujud dalam majoriti\n\nPerbuatan membuli wujud apabila majoriti melakukkannya. Contohnya apabila kita melihat ramai yang membuli seseorang , kita turut melihat perbuatan itu sesuatu kebiasaan. Pengajarannya, jangan melakukansesuatu perkara hanya kerana semua orang berbuat demikian. Ia mungkin mudah bagi anda untuk menambahkan , tetapi perbuatan yang dikatakan mudah ini boleh menyakiti perasaan dan maruah orang lain secara mendalam.\n\n#6 Berhati-hati mengkritik penampilan. Ianya Menyakitkan!\n\nKita mungkin cuba bertindak cool dan kelihatan biasa apabila orang mengkritik cara kita melihat dan bagaimana kita berpakaian. Tetapi dalam realiti , kritikan inilah sebenarnya yang sering kita ingati. Betul? Walaupun perkara itu betul. Kritikan ini walaupun benar sebenarnya sentiasa menyakitkan.\n\nUntuk diri kita pula, kita tidaklah boleh mengharap seseorang itu dapat menerima kritikan yang kita lontarkan. Ini kerana walaupun ianya sebenarnya benar, tetapi kritikan yang dilontarkan itu mampu memberi kesan yang cukup mendalam kepada yang dikritik. Oleh itu, elakkan diri mengkritik seseorang dan cuba melihat daripada sudut positifnya.\n\n#7 Ia adalah sia-sia untuk melawan api dengan api\n\nApabila anda tersinggung , menjadi naluri kebiasaan untuk anda mahu melawan dalam keadaan marah. Walau bagaimanapun , ini hanya akan menambah lebih banyak tenaga negatif kepada keadaan tersebut. Percaya atau tidak perkara tersebut mampu menjadikannya lebih teruk. Marah dalam keadaan marah bahaya keadaannya. Berfikir dua kali sebelum anda bertindak . Jangan hilang kawalan apabila anda disimbah api.\n\n#8 Jangan sekali-kali membiarkan orang lain menentukan hidup anda\n\nJangan mempercayai apabila orang memberitahu anda bahawa anda tidak akan mencapai apa-apa yang besar dalam kehidupan. Ataupun mereka menyuruh anda untuk hidup seperti biasa yang dilakukan oleh kebanyakkan orang lain.\n\nJangan biarkan mereka menentukan kehidupan anda atau masa depan anda. Jangan biarkan masyarakat atau orang ramai memperngaruhi anda tentang definisi kecantikan berdasarkan perspektif mereka. Sesungguhnya , kecantikan bukan sahaja ditakrifkan oleh penampilan luaran , tetapi juga oleh watak seseorang.\n\nKejayaan bukan tentang mengembirakan hati semua orang. Kejayaan adalah kaitan anda menetapkan matlamat sendiri dan cuba mencapainya.\n\n#9 Kejayaan adalah balasan dendam yang terbaik!\n\nAbaikan sahaja keburukkan yang dilakukan oleh orang lain. Buatllah mereka bertambah benci dengan mencapai sesuatu yang lebih besar . Ini akan menjadi satu pembalasan dendam yang terbaik. Pembalasan dendam ini dapat membuktikan kepada mereka bahawa mereka adalah salah tentang anda, dan menunjukkan bahawa anda adalah lebih baik daripada mereka pernah membayangkan.\n\n#10 Kesusahan atau cabaran perlu dalam kehidupan\n\nKesusahan dan cabaran perlu dalam kehidupan. Tanpa mereka, kita tetap sama dan tidak membesar . Tanpa cabaran , kita tidak boleh memaksa diri menunjukkan potensi yang sebenar dan selesa dalam zon mudah. Cabaran bukan sahaja menjadikan kita lebih kuat, lebih baik dan lebih bijak, tetapi turut membuatkan kita mengetahui lebih lanjut tentang diri kita dan tujuan dalam kehidupan .\n\n#11 Keyakinan adalah satu perkara yang rapuh\n\nIa mampu dimusnahkan dalam satu hari sahaja. Hanya menunggu masa sahaja untuk dicabar.\n\n#12 Jangan takut untuk mempunyai matlamat dan impian\n\nWalaupun ramai membenci dan tidak percaya kepada anda , jangan berhenti bermimpi. Lizzie Velasquez tidak berhenti mengejar impiannya walaupun ketika di tengah-tengah semua situasi sukar. Sebaliknya, beliau menetapkan matlamat beliau dalam hati dan menolaknya ke atas dengan tabah . Pada hari ini beliau merupakan seorang graduan dari kolej, seorang penceramah motivasi dan pengarang dua buku.\n\n#13 Keluarga adalah sumber motivasi terbaik\n\nKeluarga adalah sumber motivasi dan semangat yang paling dipercayai dalam mana-mana keadaan. Hal kerana kasih sayang daripada keluarga wujud tanpa syarat.\n\n#14 Ibu bapa memain peranan yang penting dalam kehidupan\n\nIbu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu anak-anak mereka membina asas yang kukuh tentang keselamatan dan kasih sayang daripada usia muda.\n\n#15 Manusia perlu diajar nilai kehidupan\n\nKata Lizzie Velasquez , \u201d Banyak orang berkongsi dengan saya tip bagaimana untuk membunuh diri sendiri.\u201d\n\nSaya percaya komen kejam tidak hanya berlaku kepada Lizzie Velasquez , tetapi juga untuk begitu juga dengan kanak-kanak dan remaja yang dibuli di sekolah di seluruh negara. Kanak-kanak perlu diajar tentang keerian sesuatu kehidupan dan bagaimana untuk menghormati ia.\n\n#16 Jadikan kelemahaan anda sebagai kekuatan anda\n\nDaripada cuba untuk menyembunyikan dirinya daripada dunia, Lizzie Velasquez telah menjadi perkara-perkara kecacatan yang dimilikinya sebagai \u2018trademarknya\u2019. Lizzie Velasquez telah membuat apa yang teruk difikirkan oleh ramai orang kepada sesuatu yang boleh dibanggakan. Beliau melihat penyakit yang menimpanya sebagai satu rahmat dari Tuhan.\n\nAnda juga boleh membuat kelemahan anda bekerja untuk anda.\n\n#17 Anda harus menghadapi cabaran sendiri\n\nLizzie Velasquez tidak membenarkan video jahat di YouTube terus menghantui beliau. Beliau mengatasi kebimbangan beliau dengan menonton video kebencian berulang-kali. Dia membuat keputusan untuk tidak membenarkan apa yang mencederakannya, mencederakannya lagi.\n\nHanya dengan menghadapi cabaran barulah kita dapat menghalang mereka daripada mempunyai kuasa ke atas kita . Anda perlu menghadapinya sendiri. Tiada siapa boleh membantu anda selain diri anda.\n\n#18 Senyum dan bergeraklah menuju ke arah positif\n\nInilah resipi kejayaan insan yang berjaya\n\n#19 Setiap yang berlaku ada sebabnya\n\nLizzie Velasquezh pernah berkata, \u201d Tuhan telah meletakkan kamu di sini atas sebab tertentu dan mahu anda untuk berkongsi perkara tersebut.\u201d\n\nTidak kira apa keadaan anda, sentiasa bersyukur. Walaupun ianya bukan penyelesaian terhadap masalah anda. Ketahuilah dan etrima bahawa anda tidak sentiasa mampu untuk memperolehi semua yang ada dalam kehidupan.\n\nBersyukurlah , kerana ia boleh menjadi lebih buruk. Dengan berterima kasih, anda membenarkan jawapan untuk akhirnya mencari jalan mereka kepada anda.\n\nAnda sentiasa mempunyai pilihan.Anda boleh sedih atau gembira untuk setiap yang berlaku. Pilihlah gembira kerana itu yang terbaik untuk diri anda.\n\nUntuk menunjukkan sokongan anda, atau mengetahui lebih lanjut mengenai Lizzie Velasquez dan kerjanya , anda boleh melawat laman web beliau di sini."
"Merangkak merupakan bahagian terpenting perkembangan bayi anda kerana banyak sebab dan kebaikannya yang tersendiri. Sudah tentu, ia membawa keupayaan bayi tersebut ke tahap yang baru. Tetapi ia juga merangsang pertumbuhan dan menyusun pelbagai kemahiran lain.\n\nSesetengah pakar pula merujuk peringkat ini sebagai \u201ckelahiran psikologi\u201d bayi, kerana ia merangsang pertumbuhannya dan menyaring banyak kemahiran lain. Jadi sebagai ibu bapa, anda harus galakkan bayi anda untuk lebih merangkak semasa proses pembesarannya. Jom lihat ketahui 9 kebaikan bayi merangkak yang perlu ibu bapa ketahui.\n\n1. Membantu Bayi Anda Belajar Berkomunikasi Dan Berinteraksi\n\nApabila kita perhatikan bayi merangkak, cuba anda perhatikan bagaimana dia beralih untuk melihat ke belakang. Hal ini terjadi kerana bayi tersebut sedang memeriksa di mana anda berada dan mencari apa-apa arahan yang anda sampaikan dengan ekspresi wajah dan gerak isyarat, seperti menggelengkan kepala anda untuk bermaksud \u2018jangan\u2019 sebagai contohnya. \n\nSemasa dia meneroka dunianya yang baru, bayi anda memerlukan keyakinan bahawa dia boleh melihat kepada anda untuk bimbingan jika dia tidak pasti atau takut.\n\n2. Membantu Merangsang Daya Penglihatan Bayi Anda\n\nBayi mempunyai persepsi mendalam sejak lahir, tetapi ianya sangat terhad. Apa yang melebihi titik tertentu tidak didaftarkan sebagai jauh, kerana mereka tidak dapat melihat atau belum dapat mengesan petunjuk visual yang menunjukkan jarak. \n\nWalaupun penglihatannya bertambah baik, segala yang jauh kelihatan berada pada jarak yang sama ibarat seperti bintang-bintang di langit malam muncul kepada anda. Begitulah dengan bayi merangkak yang akan memberikan pengalaman yang diperlukan oleh bayi kita untuk mengukur sejauh mana sesuatu yang sebenarnya. \n\nJadi dengan persepsi mendalam yang lebih baik, bayi merangkak juga menyedari bahawa objek tidak semestinya mengecil ataupun membesar apabila mereka bergerak lebih jauh atau lebih dekat.\n\n3. Bayi Akan Mempelajari Cara Bergerak ke Tempat Yang Ingin Ditujunya\n\nTidak lama lagi bayi merangkak akan mengetahui tempat ruang tamu dan sebagainya. Pasti membuatkan bayi ini akan mengetahui dimana untuk mendapatkan patung mereka, susu mereka malahan mendapatkan anda yang sedang tidur. Mesti banyak kenangan yang akan berlaku kan?\n\n4. Membantu Bayi Melihat Persekitarannya Lebih Kerap\n\nDalam perkembangan yang berkaitan, bayi merangkak kini sedar tentang \u2018aliran optik\u2019 ataupun lebih dikenali dengan \u2018optic flow\u2019 dimana ketika ini dunia yang dilihatnya seolah-olah melintasi dia ketika dia bergerak ke hadapan. \n\nSewaktu anda mendukung bayi anda, keupayaan aliran optik ini tidak dirasai oleh mereka tetapi semasa merangkak, bayi ini akan bergantung pada maklumat visual untuk menentukan lokasinya berbanding dengan persekitaran. \n\nIbarat seolah-olah jika orang lain memandu dan menghantar anda ke sesuatu lokasi, pasti anda takkan perasan sangat dengan laluan yang dilalui tetapi jika anda memandu sendiri pasti selok belok laluan itu dalam sekelip mata anda akan ingat kan? \n\nBegitu juga dengan bayi anda, jika mereka asyik merangkak ke mana saja yang mereka mahu, pasti persekitaran mereka akan diketahui dengan mereka dengan cepat.\n\n5. Bayi Akan Mempelajari Cara Untuk Membuat Keputusan\n\nBagi anda yang mempunyai ruang rumah yang banyak bilik atau tangga yang banyak, bayi anda akan menempuhi pelbagai cabaran yang akan diperolehi oleh mereka. Bermula daripada bayi merangkak, mereka akan mula berfikir.\n\nJika mereka menghampiri lantai yang bercerun ataupun sukar untuk dilalui olehnya, pasti membuatkan mereka akan berfikir untuk meneruskan perjalanannya ataupun terpaksa berpatah balik. Biasanya bayi yang sering aktif merangkak, pengalaman mereka dalam membuat keputusan adalah lagi baik.\n\n6. Bayi Akan Berusaha Untuk Mendapatkan Sesuatu Kesukaannya\n\nBayi yang dalam proses merangkak biasanya akan lebih kompleks dalam mencapai matlamatnya berbanding dengan bayi yang meniarap dan terus berdiri. Dalam proses bayi merangkak, digalakkan agar mencari mainan yang jaraknya jauh sedikit dari titik A ke B dan seterusnya untuk membuat bayi anda lebih berusaha dalam mendapatkan mainannya.\n\n7. Emosi Bayi Akan Lebih Bertambah\n\nApabila bayi sudah pandai merangkak, pasti kita akan melihat pelbagai telatah mereka yang mencuit hati, mereka marah, menangis dan sebagainya. \n\nKeinginan mereka untuk mempelajari sesuatu perkara pasti lebih banyak dan jika kita menghalang kehendak mereka, pasti kekecewaan dan sifat marah mereka pasti akan muncul. Jadi jika keinginan mereka untuk mendapatkan sesuatu dengan bebas, pasti sifat gembira akan muncul dan ketawa mereka pasti menambahkan suasana riang didalam rumah anda.\n\nSifat kasih sayang juga akan hadir apabila mereka sering dibelai dan dimanja oleh ibu bapa mereka. Jadi pasti membuatkan pengalaman yang indah jika anda mempunyai bayi yang sedang dalam proses merangkak kan?\n\n8. Membantu Menguatkan Otot-otot Leher, Tangan dan Kaki Bayi \n\nSemasa proses bayi merangkak, segala sistem tubuh badan mereka akan membina kekuatan sendiri. Segala otot-otot dan saraf-saraf di tubuh mereka akan semakin kuat dan terangsang. Merangkak adalah salah satu dimana proses membina kekuatan kaki sebelum mereka mempelajari cara untuk berjalan selepas ini. \n\nSemakin banyak bayi anda merangkak, semakin kuatlah otot-otot serta saraf mereka sebelum mereka bersedia untuk meneruskan fasa pembelajaran seterusnya iaitu berjalan.\n\n9. Membantu Menguatkan Otak Kanan dan Kiri Bayi \n\nMerangkak juga bukan hanya baik untuk tubuh, tetapi juga baik untuk otak bayi anda. Merangkak dapat mengaktifkan perkembangan korpus callosum, membuatkan kedua-dua belah badan bekerja bersama-sama dan membuatkan otak kanan dan kiri bayi anda aktif. \n\nSetiap bayi berbeza dan belajar dalam tempoh masa mereka sendiri. Itulah sebabnya anda tidak perlu bimbang jika bayi anda mengambil masa untuk merangkak ataupun lambat untuk merangkak. Biarkan mereka bergerak ke mana sahaja mereka mahu, selagi mereka selamat dan dipantau oleh anda serta keluarga anda yang lain. \n\nJangan terlalu risau jika bayi yang sihat anda belajar dan berkembang mengikut cara mereka sendiri dan anda hanya perlu menyediakan alat yang mereka perlukan. Jom baca juga cara bedung bayi yang betul, cara mengurus anak bermain gajet dan punca bayi cirit birit."
"Mencari resepi makanan bayi 9 bulan? Bayi sudah boleh mula makan makanan pejal seawal 6 bulan. Pasti ibu-ibu sangat teruja untuk memperkenalkan pelbagai menu baru kepada bayi yang baru nak belajar makan dan merasai pelbagai rasa makanan.\n\nJika ibu teruja, bayi lebih lagi teruja dan sentiasa tidak sabat untuk menunggu waktu makan. Ini kerana bermacam-macam menu kreatif yang ibu sediakan untuk si manja tersayang.\n\nDalam keterujaan itu, pasti ibu-ibu juga akan pening memikirkan menu apa lagi yang boleh dihidangkan buat bayi kesayangan anda. Jadi, di sini, kami senaraikan 10 menu yang boleh diberikan kepada bayi berusia 9 bulan untuk panduan ibu-ibu.\n\nResepi makanan bayi yang sedap dan kreatif ini dikongsikan oleh Puan Noraini (Nonie Noor Aienie)\n\n5) Pasta Abjad Bersama Ayam Keju\n\nInilah 10 pilihan resepi untuk menu bayi berumur 9 bulan. Terima kasih kepada Puan Noraini yang sudi berkongsi menu yang lazat ini kepada para ibu yang lain. Bayi pada usia ini sudah memiliki gigi susu yang comel untuk mula mengunyah. Jadi ibu-ibu sudah boleh berikan makanan yang bertekstur sedikit kasar berbanding puri.\n\nMasa makan bayi pastinya suatu masa yang berharga buat anda dan bayi. Selain daripada mengenyangkan bayi, makanan juga penting untuk memastikan perkembangan serta pertumbuhan bayi. Malah moment yang tercipta antara anda dan juga bayi sangat bagus untuk merangsang emosi bayi.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Resepi Makanan Bayi 9 Bulan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Tahukah anda, satu beg darah dapat menyelamatkan 3 nyawa yang mempunyai 3 situasi yang berbeza. Setiap situasi memerlukan komponen darah yang berbeza kerana ia mengikut kecederaan pesakit. Oleh itu, satu beg darah dibahagikan kepada 3 jenis komponen darah.\n\nApakah komponen-komponen darah tersebut ? Apakah fungsi-fungsi komponen tersebut ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 komponen darah hasil daripada satu beg derma darah. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\nSel Darah Merah (Packed Red Blood Cell)\n\nIni sel darah merah yang diasingkan dari cecair darah. Sel merah adalah sel yang membawa oksigen dari paru-paru ke sel tubuh badan.\n\nTransfusi sel darah merah diperlukan dalam kes anemia yang kritikal akibat pendarahan, kecacatan sel darah merah (misalnya pada talasemia ), dan anemia pada barah atau kegagalan buah pinggang kronik.\n\nPlasma Segar Beku (Fresh Frozen Plasma)\n\nFFP adalah komponen darah yang terdiri daripada semua faktor pembekuan darah. Kekurangan faktor ini, menyebabkan pendarahan lambat/tidak berhenti.\n\nSelain faktor pembekuan di dalam FFP, platelet juga memainkan peranan penting dalam proses menghentikan pendarahan.\n\nAntara penyakit yang memerlukan tranfusi platelet pekat adalah leukemia, anemia aplastik (gangguan pengeluaran sel darah kerana sumsum tulang tidak dapat menghasilkan sel darah), atau denggi berdarah.\n\nAda 2 lagi lagi komponen yang anda perlu tahu\n\nSeperti FFP dan Concentrated Platelet, cryoprecipitate juga membantu pembekuan darah. Ia mempunyai juga faktor pembekuan darah.\n\nTransfusi semua komponen darah yang tidak dipisahkan, tetapi semuanya diberikan secara langsung melalui proses pemindahan darah.\n\nTransfusi darah jenis ini diberikan dalam kes pendarahan teruk, misalnya setelah kecederaan akibat kemalangan atau semasa pembedahan besar. Ia sudah jarang dilakukan, namun masih ada kegunaan.\n\n*Dermalah darah jika anda berkelapangan masa dan mempunyai kesihatan badan yang baik. Satu beg darah dapat menyelamatkan 3 nyawa manusia. Anda adalah hero kepada pesakit yang memerlukan penderma. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Minyak wangi atau perfume sering dibeli sama ada untuk di pakai sendiri ataupun sebagai hadiah. Untuk membeli perfume ini tidak susah kerana ada banyak pilihan jenama minyak wangi di pasaran. Cuma yang menyukarkan proses pemilihan minyak wangi ini adalah pada wangiannya, memang boleh bikin rasa keliru hingga tak tahu nak beli yang mana satu. Lagi-lagi bila nak membeli minyak wangi di pasaraya, bila didatangi para penjual rekomen itu dan ini mulalah rasa makin keliru dan rimas. Silap haribulan terus balik rumah dan tak jadi nak beli.\n\nBaik lelaki mahupun wanita, masalah kesukaran ketika memilih minyak wangi yang sesuai ini memang sering berlaku. Kerana itu, sebelum membeli mana-mana minyak wangi, kena tahu dulu apakah tips untuk memilih minyak wangi yang betul supaya kena dengan personaliti masing-masing.\n\nKenapa Ramai Orang Suka Pakai Minyak Wangi?\n\nKelebihan memakai wangian ini ada banyak. Antara sebab musabab kenapa ramai orang suka pakai minyak wangi ini adalah :\n\nKetahui Apa Itu EDP dan EDT Dalam Minyak Wangi\n\nTetapi sebelum kita pergi ke tips pemilihan minyak wangi, apa kata kita kenali dahulu apa itu EDP dan EDT. Pasti ramai yang masih keliru akan perbezaan kedua-dua wangian ini.\n\nEEau de parfum (EDP) mempunyai kepekatan\u00a0minyak wangi\u00a0yang paling tinggi.\u00a0Minyak wangi dengan EDP mampu bertahan sehingga 5 jam. Pada kebiasaannya, ketumpatan kandungan EDP adalah daripada pati wangian dan alkohol yang dibenarkan. Pati wangian melebihi kandungan alkohol, disebabkan oleh itu ianya mampu bertahan lebih lama.\u00a0\n\nBerbeza dengan Eau de toilette (EDT). Eau de toilette (EDT) lebih ringan dan lebih banyak kandungan alkohol berbanding pati wangian.\u00a0 EDT tidak tahan lama dan pada kebiasaannya ia digunakan untuk kegunaan seharian seperti bersosial bersama kawan-kawan, shopping dll.\u00a0\n\nJadi, EDP akan menjadi pilihan ramai kerana wangiannya yang lebih tahan lama. Walaubagaimana sekali pun, ianya bergantung kepada seseorang itu, mana yang menjadi pilihan mereka kerana pilihan di tangan anda. Semasa membuat pemilihan minyak wangi kita memerlukan beberapa tips bagi memastikan wangian tersebut mengikut cita rasa dan kehendak kita.\u00a0\n\n4 Tips Memilih Minyak Wangi Yang Betul\n\nSetiap manusia akan menjadi seorang yang pemilih sekiranya ia berkenaan dengan minyak wangi. Hal ini disebabkan, minyak wangi adalah salah satu item yang penting bagi sesetengah orang. Justeru itu, terdapat beberapa tips bagi memilih minyak wangi. Antara tips untuk memilih minyak wangi ini dengan betul adalah ;\n\nBuat pengetahuan semua, minyak wangi akan mengeluarkan aroma yang berbeza apabila ianya di sembur pada kulit. Jadi, semasa proceas pemilihan minyak wangi, uji wangian tersebut pada kulit tidak pada kertas. Hal ini disebabkan, semburan wangian pada kertas dan kulit mempunyai tindak balas aroma yang berbeza.\u00a0\u00a0\n\nSelepas selesai menghidu wangian yang di ingini, cuba sembur tester tersebut pada tangan. Tindakbalas wangian dengan kulit mengambil masa 15 minit, sekiranya wangian tersebut serasi dengan cita rasa bolehlah meneruskan hajat untuk memilikinya.\u00a0\n\nSedangkan cita rasa manusia berbeza-beza inikan pula wangian. Jadi, untuk memilih wangian yang sesuai ELAKKAN membuat semburan minyak wangi pada kawan atau ahli keluarga sendiri. Hal ini disebabkan, bahan dalam pewangi bertindak balas mengikut kelembapan dan pH pada kulit. Justeru itu, bau wangian akan menjadi perbeza setiap orang.\u00a0\n\nSemasa proses pemilihan minyak wangi, mood wangian perlu diambil kira. Mood wangian bermaksud haruman wangian haruslah mengikut situasi dan keadaan sekeliling sebagai contoh wangian sukan dan bekerja adalah suatu mood wangian yang berbeza. \n\nKetika bersukan, ramai yang suka memilih wangian yang lebih keras (wangian yang lebih citrus segar) kerana ianya lebih sesuai dengan keadaan bersukan. Manakala, wangian yang lembut lebih sesuai untuk digunakan di pejabat.\u00a0\n\n3) Kenali Keperibadian Si Pemakai Wangian\u00a0\n\nHa, info baru untuk semua wangian juga menunjukkan keperibadian si pemakainya. Pada kebiasaannya, wanita yang lembut dan pemalu gemar memilih wangian yang berasaskan haruman bunga tetapi bukanlah haruman yang mempunyai bau yang terlalu kuat, mereka akan memilih haruman yang tidak terlalu kuat baunya bagi menyembunyikan akan kehadiran mereka.\u00a0 \n\nManakala, wanita yang dominan atau mempunyai kerjaya (bekerja di pejabat) lebih memilih haruman yang kuat. Hal ini disebabkan haruman mampu mengelakkan bau yang tidak menyenangkan bagi rakan sekerja.\u00a0\n\n4) Gunakan Kopi Setelah Menghidu Wangian\n\nTip yang terakhir ini lebih kepada mereka yang suka menghidu wangian sebelum menyembur wangian pada kulit. Tujuan sebenar menghidu bau kopi setelah menghidu wangian adalah bagi meneturalkan semula deria bau si pembeli. \n\nSekiranya menghidu bau kopi setelah menghidu wangian mereka tidak akan tersalah menilai wangian tersebut. Cara ini kebiasaannya digunakan didalam kedai yang menjual pelbagai jenis haruman wangian. Mereka akan menyediakan bekas yang berisi kopi bagi memudahkan pelanggan mereka menghidu bau kopi tersebut untuk menghidu wangian yang lain.\n\n5 Tips Untuk Bau Minyak Wangi Kekal Lama Selepas Dipakai\n\nAnda Nak Beli Minyak Wangi Tapi Tak Pandai? Beranikan Diri Untuk Mencari Minyak Wangi Yang Sesuai Dengan Diri\n\nItulah serba sedikit perkongsian untuk petua\u00a0memilih minyak wangi yang sesuai dengan personaliti diri masing-masing. Buatlah pilihan dengan mengambil kira kekuatan wangian itu juga. pemilihan haruman minyak wangi yang serasi dengan diri hendaklah sesuai juga untuk tempat yang ingin dihadiri. Janganlah pergi kerja pakai minyak wangi kuat sangat hingga rakan sekerja jadi pening kepala.\n\nBaca juga tips pilih baju nikah dan bersanding untuk bakal pengantin dan tips pilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka."
"Benjolan atau bahasa kelantannya riso di kaki amat jarang sekali berlaku, namun kata orang tua-tua benjolan itu tidak merbahaya. Pesakit pun tidak mengambil kisah jika ada benjolan di kaki. Benjolan ini boleh ada di kaki bertahun-tahun lamanya.\n\nTapi tahukah anda tidak semua benjolan tidak merbahaya, ada juga benjolan yang merbahaya dan mungkin itu adalah kanser. Jom ketahui lebih lanjut\n\nMari kami kongsikan nasihat yang diberi oleh Dr. Suhazeli Abdullah tentang benjolan di kaki.\n\nYa, benar benjolan ini tidaklah bahaya. Ianya bukan kanser. Biasanya ia berpunca dari tusukan kayu atau besi pada satu masa yang lampau. Atau ianya boleh terbentuk dengan sendiri apabila kaki dilanggar dengan sesuatu yang keras. Namun, pengesahan bahaya atau tidak perlu dibuat oleh doktor. \n\nDoktor pakar akan meneliti dan mungkin menjalankan ujian tertentu untuk memastikan Riso itu bahaya atau tidak. Jangan kita memandai membuat andaian sendir. Mungkin ianya kanser!\n\nMekanismanya, apabila sesuatu bendasing tertusuk ke dalam kaki, tisu setempat akan cuba membina satu lapisan fiber. Inilah mekanisma yang berlaku dalam badan kita. Lapisan fiber itu akan bergumpal menyelubungi bendasing yang kecil tadi. Lama-kelamaan terbentuklah benjolan.\n\nRawatan terbaik untuk benjol adalah bedah. Kaki pun nampak comel. Orang pun tidaklah nak mengumpat kita. Suami atau isteri pun tetap sayang. Muah Muah!\n\nJika Riso kecil, klinik kesihatan boleh sahaja lakukan pembedahan. Prosedurnya sama dengan pembedahan kanak-kanak berkhatan. Senang sahaja. Tetapi bergantung kepada doktor, samada berpengalaman buat atau tidak. Kalau besar dan memerlukan ruang bius yang lebih luas, pembedahan hendaklah dibuat di dewan bedah hospital.\n\nKita hendaklah membuat pemeriksaan di hospital dan mendapatkan nasihat-nasihat dari pakar. Mereka lebih mengetahui tentang penyakit-penyakit dan nasihat-nasihat yang mereka beri pun dapat menyembuhkan penyakit yang kita hadapi\n\n*Perkongsian ini, diharapkan dapat membawa manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel penuh oleh Dr. Suhazeli Abdullah boleh didapati di sini."
"Pernah tak anda berjumpa dengan pasangan suami isteri, di mana isterinya nampak jauh lebih tua daripada suaminya walhal umur sebenar isteri adalah muda. Kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. \n\nIa adalah keadaan yang paling ditakuti oleh semua wanita. Semua wanita ingin kelihatan cantik dan kekal muda walau pun sudah berumur. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan petua awet muda yang tak memerlukan belanja yang mahal. Semua orang boleh amalkan.\n\nAmalkan mandi sebelum subuh setiap hari\n\nTahukah anda bahawa amalan mandi sebelum subuh adalah sangat baik untuk kesihatan dan dalam masa yang sama membantu wajah untuk kekal awet muda walau pun sudah berusia. \n\nApa yang paling penting, anda perlu mandi dengan air sejuk. Jangan mengelat buka water heater. Pada awalnya mungkin anda akan berasa sejuk sehingga menggigil kerana tidak biasa mandi air sejuk dalam suhu awal pagi yang sejuk mencengkam. Namun lama kelamaan anda akan biasa. Malah tubuh badan akan berasa segar dan cergas selepas mandi.\n\nKita adalah apa yang kita makan. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh badan akan terserlah pada kulit muka dan wajah. Makanan tertentu seperti gula terutamanya akan menyebabkan kita kelihatan tua sebelum masanya. Tahukah anda bahawa jika anda tidak mengambil gula dalam masa 3 bulan, wajah anda akan kelihatan lebih muda daripada biasa. \n\nNak tahu lebih lanjut tentang petua kekal awet muda dengan menghentikan pengambilan gula dalam menu harian, anda boleh masuk group sokongan di media sosial seperti facebook. Di sana ada banyak perkongsian info dan testimoni mereka yang telah berjaya menjadi awet muda selepas mengamalkan gaya hidup bebas gula. \n\nHidup tanpa gula kedengaran seperti mustahil namun ianya bukanlah sesusah yang disangka. Anda boleh menggantikan gula putih yang telah diproses dengan pemanis lain yang lebih sihat seperti madu, stevia, dan gula perang yang lebih baik daripada gula putih. \n\nKalau pun anda tak mampu untuk hidup tanpa gula, anda boleh bermula dengan mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan setiap hari. Ia bukan sahaja akan menjadikan anda awet muda malah akan membantu anda mendapat tubuh badan yang langsing.\n\nPeria katak rasanya pahit. Tak ramai yang suka makan sayur yang pahit ini. Namun tahukah anda bahawa peria katak yang pahit dan dibenci ramai itu sebenarnya adalah sayur yang sangat baik untuk mengekalkan anda awet muda. \n\nRozita Che Wan sendiri mengamalkan makan peria muda sebagai ulam sebagai salah satu amalan dalam rutin kecantikannya. Nak cantik macam Che Ta? Jomlah makan peria katak.\n\nAnda boleh makan peria katak sebagai ulam untuk dimakan dengan nasi. Cicah sambal belacan, silap hari bulan mertua lalu kat belakang pun tak perasan. Kalau anda berani boleh juga buat jus peria katak yang dicampurkan dengan ulam-ulaman lain seperti pegaga, daun celeri, dan sebagainya. Nak tak kalau kami kongsikan satu petua untuk mengurangkan pahit peria?\n\nCara untuk mengurangkan pahit peria ialah dengan cara berikut:\n\nSenaman adalah sangat penting untuk kesihatan. Ia bukan sahaja menjaga kesihatan jantung dan tubuh badan anda, malah bersenam juga akan membantu anda mengekalkan tubuh badan yang langsing dan cantik. \n\nBonus yang ramai tak sedar ialah senaman membantu seorang wanita untuk kekal awet muda. Apabila kita bersenam, tubuh badan kita akan berpeluh.\n\nPeluh yang keluar semasa kita berpeluh akan mengeluarkan toksin dari tubuh badan. Toksin yang berlebihan akan meracun semula badan kita dan salah satu daripada kesan lebihan toksin dalam badan ialah wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Oleh itu, bersenamlah. Bukan sahaja kita akan kekal awet muda, malah tubuh badan akan kekal sihat dan langsing.\n\nTak ramai yang tahu bahawa bersauna adalah salah satu petua awet muda yang paling berkesan dan mudah. Anda tak perlu buat apa-apa. \n\nCuma duduk dalam sauna sekurang-kurangnya 30 minit sambil scroll facebook atau menonton televisyen, sedar-sedar siap. Anda cuma duduk sahaja. Menarik ke tak?\n\nBagaimana bersauna membantu mengekalkan kita awet muda? Bersauna akan menyebabkan tubuh kita berpeluh. Peluh yang keluar adalah toksin jahat yang boleh menyebabkan wajah kita nampak lebih tua daripada usia sebenar. \n\nOleh itu bersauna adalah cara untuk detox yang terbaik kerana seluruh tubuh badan kita akan berpeluh. Bukan itu sahaja, amalan bersauna akan memberikan kita kulit yang halus di seluruh tubuh badan.\n\nBonus? Sauna juga akan membakara kalori dan lemak berlebihan yang ada dalam tubuh badan kita. Best kan bersauna? Nak kurus boleh. Nak awet muda pun dapat. Rugi kalau kita tak amalkan bersauna sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.\n\nItulah dia info tentang petua awet muda yang boleh anda amalkan kalau nak kelihatan muda remaja setiap masa walau pun dah berusia. Semoag bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, pastinya anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang kolagen terbaik kebaikan aloe vera, dan toner terbaik pilihan ramai."
"Mencari tips kemas rumah cara KonMari?\n\nTugasan hakiki seorang wanita tak kiralah suri rumah atau yang bekerjaya tak pernah habis. Baru saja kemas depan, dapur pula bersepah. Dah lega bersihkan bilik tidur, tandas pula kena cuci. Ni lah rutin yang tak akan habis, lagi-lagi kalau ada anak kecil.\n\nKalau ada pembantu rumah, boleh juga duduk berlunjur kaki. Bayangkan kalau semuanya kena buat sendiri. Suami pula bekerja, anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Hingga kadangkala rumah dibiarkan bersepah-sepah sebab malas nak mengemas.\n\nSuasana persekitaran yang macam kena bom, berbau hapak dan tunggang-langgang sangat tak baik untuk perkembangan anak-anak. Malahan, rumah tangga juga boleh terjejas dibuatnya. Mesti semua wanita tak sanggup hidup dalam keadaan begini bukan?\n\nJangan risau! Dalam artikel ni, penulis akan berkongsi beberapa tips mengemas rumah yang diperkenalkan oleh Marie Kondo. Nak tahu kenalah baca sampai habis.\n\nSeorang wanita Jepun bernama Marie Kondo telah meraih perhatian dunia dengan perkongsian kreatifnya tentang teknik kemas rumah dengan cara mudah. Teknik ni dipanggil KonMari atau KonMari Method.\n\nMalahan, Kondo telah menghasilkan buku bertajuk \u201cThe Life Changing Magic of Tidying Up.\u201d Buku ni sangat laris di New York hingga diulang cetak sebanyak 6 juta cetakan. Malah ia menjadi \u2018bestseller\u2019 di Jepun, Jerman, United Kingdom dan banyak lagi.\n\nYang lebih menarik, wanita hebat ni telah disenaraikan antara 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah TIME pada tahun 2015. Malahan, fenomena luar biasa yang dicipta oleh wanita ni merangkumi falsafah, teori, teknik mengemas dan menyusun barang di rumah dengan cara yang unik.\n\nJangan pula pening kepala dengar tentang falsafah dan teori. Semuanya praktikal saja. Anda tak perlu untuk menyertai kelas untuk mempelajarinya. Yang paling penting, kesedaran untuk berubah dan konsisten dalam melakukannya.\n\nWah, mesti hebat idea individu yang digelar \u2018wanita paling kemas di dunia\u2019 ni kan! Apakah idea beliau yang telah menarik perhatian dunia ni? Sebenarnya Kondo telah mengajar teknik mengemas rumah dengan cara yang teratur, bersih, sistematik dan mudah.\n\nRamai orang yang mengikuti cara beliau telah mengakui keberkesanan teknik KonMari ni. Jika sebelum ni, mereka seorang yang agak tak terurus dan pengotor, kini berubah menjadi seorang yang pembersih dan teliti.\n\nSecara mudahnya teknik KonMari mementingkan beberapa aspek, iaitu:\n\nUntuk bagi lebih jelas, teknik KonMari membuatkan kita berfikir seperti ni\u201d\n\n\u201cAku perlu tak barang-barang ni? Aku berasa gembira ke bila simpan barang dengan cara ni?\u201d\n\nTeknik KonMari mementingkan konsep minimalist atau penggunaan dan penyimpanan barang secara minima. Hanya simpan barang yang benar-benar penting dan akan digunakan. Barang-barang yang tak digunakan lagi bolehlah dibuang atau diberikan kepada orang lain.\n\nItulah sebabnya Marie Kondo menggunakan tagline \u201cDoes It Spark Joy?\u201d. Jika barang-barang tersebut buat anda bertambah serabut, eloklah dikeluarkan dari rumah. Metod KonMari amat mementingkan kegembiraan penghuni rumah tersebut.\n\nTeknik ni mengajar kita agar tak menjadikan rumah sebagai tempat untuk mengumpul \u2018sampah\u2019 tetapi tempat yang benar-benar untuk didiami. Lagi kurang barang, lagi senang untuk mengemas. Masa pun boleh dijimatkan, ibu-ibu pun tak stres memanjang.\n\nOk, jom kita baca tentang Teknik KonMari.\n\nCara Menguruskan Rumah Guna Teknik KonMari\n\nSebelum mengamalkan kaedah ni, anda perlu tahun 6 peraturan asas sebelum mempraktikkannya, iaitu:\n\na. Mempunyai masa terluang untuk mengemas rumah.\n\nb. Mempunyai idea atau gambaran untuk mencipta gaya hiasan yang diingini.\n\nc. Buang barang-barang yang tak diperlukan lagi. Jangan lupa ucap terima kasih atas \u2018jasa\u2019 barang-barang tersebut kepada kita.\n\nf. Akhir sekali, tanya pada diri sendiri sama ada cara mengemas tu buat anda gembira atau pun tak.\n\nDi bawah ni, penulis menyenaraikan ringkasan pengurusan rumah cara KonMari untuk membantu anda semua.\n\nKondo sangat menyukai kotak kerana baginya dengan penggunaan kotak, hidup akan menjadi lebih teratur. Penggunaan kotak menjadikan barang-barang di dalam almari dan laci dapat disimpan dengan teratur, bersih dan selamat.\n\nMenurutnya lagi, gunakan kotak yang berwarna-warni dan bercorak untuk membangkitkan mood dan perasaan gembira. Kesannya, anda tak akan berasa malas dan bosan untuk mengemas.\n\n#2 Lupakan Hanger Di Dalam Almari\n\nKondo menggalakkan kita melipat baju dan sebagainya berbanding menyangkutnya di dalam almari. Memang lebih mudah untuk menyangkut pakaian, namun susah untuk mencari baju yang nak dipakai jika terlalu banyak pakaian.\n\nKesannya kita akan cenderung membeli pakaian sebab rasa dah tak ada lagi baju yang boleh dipakai. Maka, semakin penuhlah almari dengan pakaian dan hanger. Kondo mengajar kita cara melipat baju secara menegak yang memudahkan kita mencarinya nanti.\n\nTanpa perlu melipat pakaian terlalu kemas seperti di kedai pakaian, KonMari mementingkan teknik lipatan kecil. Cara lipatan sebegini memudahkan kita kerana tak memerlukan almari atau laci yang besar. Ia dapat menjimatkan ruang.\n\n#4 Berterima Kasih Pada Barangan Yang Tak Diperlukan Lagi\n\nJika terlalu banyak barang, kediaman akan mudah berselerak walau telah dikemas banyak kali. Satu cara yang anda boleh buat ialah kumpulkan semua barang tersebut. Kemudian, pilih yang mana diperlukan lagi dan yang mana harus disingkirkan.\n\nBarang-barang yang tak digunakan lagi tetapi masih elok bolehlah didermakan kepada orang yang memerlukan atau dijual. Jika sudah buruk dan rosak bolehlah dikitar semula atau dibuang. Sentiasa berterima kasih kepada barang-barang tersebut kerana telah berjasa kepada kita.\n\nAnda perlu simpan barang mengikut jenisnya dan bukan ikut tempatnya. Misalnya, jika nak simpan baju, anda perlulah simpan semua baju di tempat yang sama. Jangan pula dalam almari yang sama ada baju, ada buku dan sebagainya. Kalau boleh, simpan ikut turutan iaitu baju, buku, alat tulis dan sebagainya.\n\nMacam mana? Susah tak? Sebenarnya teknik KonMari sangat mudah dan ramai wanita di serata dunia telah berjaya mengubah tabiat mereka. Hasilnya mereka berbangga dengan kekemasan rumah mereka. Ternyata teknik KonMari telah memudahkan urusan mengemas di rumah.\n\nJika anda nak penjelasan yang lebih terperinci, anda boleh tonton video tentang teknik KonMari di pautan ni:\n\nJemput juga baca artikel cara kemas rumah dan tips servis aircon rumah"
"Sengsaranyalah apabila serangga masuk ke dalam telinga, lebih-lebih lagi jika situasi ini terjadi kepada budak-budak. Memang bertangisanlah tanpa henti. \u201cMak.Mak.telinga sakit\u201d Ayah.Ayah.telinga sakit\u201d\n\nApatah lagi jika serangga yang masuk adalah lipas. Masih hidup! Bayangkan orang tengah kesakitan meminta tolong, kita pula kegelian melihat kelibat lipas. Hujung-hujungnya, kita jadi keliru hendak buat apa dalam keadaan sebegini.\n\nUsah risau lagi, kami kongsikan di sini petua penting dari Dr. Ezairy M.Sallih (pakar telinga, hidung dan tekak). Benda yang sama juga berlaku pada salah seorang pesakit beliau, seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun, mujur sahaja tidak luka ketika lipas dikeluarkan.\n\nApa Patut Anda Lakukan Jika Serangga Masuk Telinga Anak?\n\n2. Jangan masukkan apa-apa objek untuk cuba mengeluarkannya. Risiko tercedera!\n\n3. Iringkan kepala ikut graviti, sambil menggoyangkan kepala dan telinga, sesetengah keadaan serangga akan keluar.\n\n4. Letakkan minyak zaitun, minyak sayuran, atau baby oil ke dalam salur telinga.\n\n5. Sekiranya serangga tidak lagi bergerak, besar kemungkinan ia sudah mati.\n\n6. Jumpa doktor untuk mengeluarkannya di klinik atau hospital.\n\nBolehkah ia dibiar sahaja walaupun sudah mati?\n\nTIDAK BOLEH. Jangkitan telinga boleh berlaku dan ia perlu dikeluarkan.\n\n*Marilah kita kongsi info bermanfaat ini kepada orang lain supaya mereka tidak akan buntu kepala apabila mengalami situasi genting seperti ini.\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Hendak cuba resepi ikan masak taucu? Pernahkan anda makan taucu? Taucu ialah sejenis\u00a0makanan yang dibuat daripada\u00a0kacang\u00a0soya\u00a0yang telah direbus, dihaluskan dan kemudian diperam.\n\nTaucu biasanya digunakan sebagai\u00a0penyedap dalam membuat lauk, misalnya ayam taucu, sayur taucu ataupun ikan taucu.\n\nIkan taucu dimasak dengan cara menggoreng ikan terlebih dahulu, kemudian menumis kesemua bahan sayur seperti tomato, kacang buncis dan cili sehingga agak layu barulah diberi pes taucu. Selain ikan, ada pula orang yang membuat taucu sayur sahaja.\n\nTaucu sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih. Dihidangkan sebagai makan tengah hari. Taucu ada yang berkuah ataupun kering dan aromanya sangat sedap hingga mampu membangkitkan nafsu makan.\n\nTaucu tidaklah pedas. Bahkan kanak-kanak boleh makan ikan masak taucu ini. Tanpa tunggu lama, mari tengok resepi ikan taucu yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy\u200e\u00a0di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi ikan masak taucu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. \u00a0Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Untuk kali pertama hamil, ibu mana yang tidak sedih apabila berlaku keguguran, sama juga dengan ayah. Penantian yang penuh gembira saat dapat berita bahawa ibu telah hamil. Tetapi jika tiada rezeki untuk mendapat anak, kita perlu redha dan banyakkan berdoa. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah.\n\nApabila disahkan gugur, pasti ibu perlu menjalani pembedadahan untuk membersihkan rahim semula. Selepas itu, ibu perlu berpantang untuk satu jangka masa sehingga ibu sepenuhnya sihat. Cara berpantang biasa dengan gugur lebih kurang sama sahaja, yang membezakannya adalah tempoh berpantang.\n\nBagaimanakah cara berpantang yang betul bagi yang berlaku keguguran?\n\nMari kami kongsikan kepada anda mengenai tips berpantang selepas berlaku keguguran anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.\n\n1. Makan Phytonatal dan akar herbanika\n\n\u2013 Natal untuk imbangi hormon, lawaskan nifas, najis dan kecutkan rahim. Akar tinggi antioksida bantu perbahadui sel2 mati, sembuhkan luka2 dalaman rahim malau dnc, lawaskan kencing, cuci buah pinggang dan pundi kencing.\n\n\u2013 Ada orang-orang tua kata orang pantang tak boleh makan jamu panas. Betul tu! tapi NR bukan jamu.\n\n\u2013 Mandi air suam panas kalau takde daun herba\n\n\u2013 Pakai sabun GHOBU untuk elakkan angin masuk badan.\n\n\u2013 Tuam badan sehari 2 kali. Tuam je pakai batu balut kain je. Kalau ada daun2 herba macam daun kunyit, lengkuas, mengkudu, pakai je.\n\n\u2013 Sapu DIANG untuk panaskan badan\n\n\u2013 Pakai bengkung walaupun kandungan baru 5 minggu perut tak buncit. Bengkung ni untuk anduh rahim. Memang lah tak besar lagi. Tapi benda tengah sakit, ampu je lah. Lagipun pakai bengkung ni bagus untuk mak2 tu sedar diri yang diorang tgh dalam pantang.\n\n\u2013 Pakai pilis guna minyak ROYAN. Jgn ingat xberanak angin meroyan tak akan serang kepala. Ramai je pelanggan2 kak ice yang kena migrain kronik walaupun lepas gugur. Sebab orang gugur ni lagi mudah kena serang angin Meroyan.\n\n-Ni list makanan mudah nak masak masa PKP\n\n\u2013 Kerabu pegaga, ulam raja dan selum\n\n\u2013 Kandungan tak bernyawa \u2013 30 hari\n\n\u2013 Kandungan dah bernyawa \u2013 44 hari\n\n\u2013 Gugur berulang \u2013 sehingga hamil balik\n\n*Selepas berlaku keguguran atau bersalin, ibu perlu berpantang untuk menjaga kesihatan diri yang telah mengeluarkan banyak tenaga dan darah ketika bersalin. Jika tidak menjaga dengan baik, takut luka tidak dapat sembuh dengan cepat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anda suka makan kentang goreng? Mesti suka kan! Lagi-lagi kalau beli kentang goreng daripada Mc* atau KF* mesti beli yang saiz Large punya biasanya. Sedap untuk kudapan, dicicah dengan sos lagi bertambah sedap.\n\nTapi kalau hari-hari beli kesian pula duit poket anda. Harganya mahal dan kadang tidak ada masa untuk beli. Maka itu, kami punya solusi untuk anda.\n\nMacam mana kalau anda buat kentang goreng rangup dan garing macam restoran pula. Tidak perlu beli, anda pula boleh buat bila-bila masa dan makan sepuasnya.\n\nResepi ini bukan resepi kentang goreng kupas biasa. Resepi yang dikongsikan oleh Reen di Facebook ini sangat lazat dan membangkitkan selera. Kentang goreng yang dibuat sangat gebu, rangup dan garing.\n\nSila cuba resepi ini di rumah. Anak-anak lagi suka kentang goreng rangup macam ini. Makan kentang goreng rangup dan dicicah sos sesuai selera, sangat lazat!\n\n1. Rebus kentang dalam air mendidih selama 5 minit.\n\n2. Masukkan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil cuka.\n\n3. Kemudian toskan kentang dan masukkan dalam air sejuk yag di letak ais kiub. Biarkan dalam 3-4 minit hingga kentang tadi sejuk.\n\n4. Toskan air kentang hingga kering.\n\n5. Setelah kering campurkan kentang dengan semua bahan salutan dan gaul hingga bercampur dan tepung melekat.\n\n6. Kemudian goreng hingga bertukar warna jadi keemasan. Pastikan minyak betul-betul panas.\n\n7. Angkat dan toskan minyak. Kentang sedia dinikmati bersama sos pilihan.\n\nSelain resepi kentang goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kita ingin tubuh badan anak kita sihat dan kuat, jauh daripada penyakit. Maka, kita sanggup menghabiskan wang yang banyak demi anak-anak kita. Lebih-lebih lagi, jika anak kita mengalami cirit birit yang agak teruk.\n\nCirit birit berlaku apabila pencernaan makanan tidak berjalan dengan baik. Maka, mereka memerlukan pribiotik untuk memulihkan semula pencernaan makanan. Apakah pribiotik?\n\nProbiotik ditemui dalam makanan tambahan atau yogurt dan mengandungi bakteria atau yis berpotensi yang bermanfaat. Probiotik boleh memulihkan keseimbangan semula jadi bakteria dalam saluran usus.\n\nJadi, makanan apa yang sesuai dan boleh dimakan oleh kanak-kanak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 makanan yang penuh probiotik untuk anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq. Biasakan je anak kita dengan 4 makanan yang tinggi PROBIOTIK ni:\n\nProbiotik ni mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.\n\nBahasa mudahnya probiotik ni adalah \u2018kuman baik\u2019. Dalam tubuh anak kita ada \u2018kuman jahat\u2019 dan \u2018kuman baik\u2019. Kuman baik mesti kena mengatasi kuman jahat baru la anak kita tak mudah jatuh sakit.\n\nKuman baik seperti L. Acidophilus penting untuk pencernaan dan sistem imun manakala B. Longum pula bertindak untuk menghalang bakteria.\n\nBanyak sebenarnya manfaat makanan tinggi Probiotik ni. Antaranya :\n\n\u2013 Membantu usus menyerap dengan lebih sempurna\n\n\u2013 menambahkan bilangan bakteria baik dalam usus\n\n\u2013 menstabilkan dan menguatkan sistem imun anak\n\nNak bagi anak sihat tak perlu bermewah pun. Cukup dengan makanan yang murah je asalkan kita tahu khasiat dan manfaat tersembunyi di dalamnya.\n\n*Cuba amalkan makanan di atas di rumah dan ajar anak untuk makan makanan yang sihat seperti sayur-syuran dan buah-buahan untuk melancarkan pencernaan makanan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Muka adalah bahagian amat penting sekali. Apabila kita berjumpa dengan orang ramai, semestinya kita ingin kulit yang cantik dan mulus, bukan. Kita mahu keadaan muka kita bersih dan sihat, barulah dapat meningkatkan keyakinan diri. Tidak kira lelaki atau wanita, semua inginkan kulit yang cantik dan mulus.\n\nBegitu juga kulit di bahagian badan. Kita mesti mahu kulit di badan kita lembut dan gebu. Terutama bagi isteri yang ingin cantik di depan suami. Kulit cantik dan lembut barulah suami bertambah sayang. Tapi untuk cantik kita memerlukan modal yang banyak untuk beli produk kecantikan. Jadi, bagaimana kita mahu ada kulit yang cantik tetapi tidak menggunakan modal yang banyak?\n\nMari kami kongsikan info mengenai tips kulit cantik dengan tepung pulut. Tips ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca tips yang diberi oleh Puan Sarifa.\n\nTepung beras pulut mengandungi gamma oryzanol. Ia adalah anti-UV dan anti-pigmentasi. Ia juga dikatakan mengandungi proanthocyanidins.\n\nKajian menunjukkan bahawa proanthocyanidins semula jadi mempunyai antioksidan, anti-radang dan tidak mempunyai kesan buruk. Ia melindungi kulit daripada kesan buruk dari pencemaran.\n\nSelain itu, manfaat\u00a0terbaik\u00a0tepung beras pulut ialah boleh\n\n\u2705\u00a0Menyerap minyak serta kotoran di liang-liang\n\n\u2705\u00a0Membantu mengeluarkan dan mengangkat\u00a0sel-sel mati\n\nFuhhh, banyak la manfaat dia kan. Okay, cikgu kongsi resipi best guna tepung beras pulut ni.\n\n1) 2 Sudu Besar Tepung Beras Pulut\n\n2) 3 sudu besar susu kambing segar. Jika tidak ada susu kambing, boleh juga susu biasa.\n\n1. Sapukan pada muka dan leher\n\n3. Kemudian bilas dengan air biasa\u00a0\n\n4. Amalkan seminggu 3 kali secara teratur\n\nNanti lihatlah kesannya. Ia akan memberi kulit licin, cerah berseri, mengurangkan jerawat, kedut dan pigmentasi.\n\n1) 6 Sudu besar tepung beras pulut\u00a0\n\n2) 1/2 cawan susu segar. Lebih baik susu\u00a0kambing\n\n3) 2 sudu besar jus lemon\n\n1. Kacau bahan sebati. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah susu segar lagi\n\nKulit badan jadi halus dan licin gitew!\n\n*Mudahkan tips yang diberi oleh Puan Sarifa ini. Hanya menggunakan bahan utama iaitu tepung beras pulut, ia boleh memberi kulit yang licin dan cantik. Modal juga tidak mahal dan bahan-bahannya mudah didapati di mana-mana kedai. \n\nTidak perlu menghabiskan wang sehingga beratus-ratus untuk mendapatkan kulit yang cantik. Yang pasti, anda perlu rajin ikuti tips ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Siapa suka masakan kambing? Tidak kisahlah sama ada kambing bakar, kari kambing, sup kambing dan lain-lain. Memang sedap sangat, makan sampai menjilat jari bukan.\n\nDaging kambing memiliki citarasa dan aroma yang khas. Tekstur dagingnya yang agak liat membuat kambing sangat disukai ramai. Rasa daging kambing memang sangat berbeza dengan daging lembu. Anda yang tidak pernah makan kambing itu mesti cuba sekali-sekala baru tahu rasa enaknya daging kambing.\n\nNamun begitu, tak senang jumpa resepi kambing sedap. Kerana ramai orang tak tahu macam mana mengolah masakan kambing. Setakat bakar pun tak boleh bakar ikut suka sahaja. Kena mengikut resepi yang betul supaya hasilnya tidak mengecewakan tekak.\n\nOleh kerana kami peduli pada anda, maka kami ingin berkongsikan resepi kambing yang mesti anda sukai. Resepi-resepi ini biasanya hanya anda dapatkan di restaurant. Namun dengan perkongsian kali ini, 25 resepi kambing yang awesome boleh anda dapatkan di rumah.\n\nTunggu apalagi, jom memasak kambing hari ini!\n\nResepi step by step yang sangat lengkap dan patut cuba. Antara resepi kambing yang disukai ialah sup kambing. Jom tengok resepi daripada Mama\u2019s Qihah\u200e di Facebook.\n\nIni resepi daripada Amir\u2019s DaugthEr\u200e sendiri di laman Facebook. Family suka sangat. Kalau pegi makan kambing bakar kat kedai makan mesti abah cakap \u201cko buat lagi sedap dik\u201d. Mari kami kongsikan resepi yang enak ini.\n\nKambing masala sedap dimakan dengan nasi lemak. Gula melaka ialah rahsianya. Ia menambah perisa dan kambing rasa berlemak daripada gula biasa. Ia juga membuatkan warna kuah lagi gelap dan pekat daripada kambing masala biasa. Resepi kambing masalah ohsem daripada \u200eGaithri Cheran\u200e di laman Facebook.\n\nStew ialah masakan yang terdiri dari daging dimasak dengan kentang, carrot, tomato dan herbs lainnya. Kemudian diberi sedikit air. Tanpa menggunakan santan namun kuahnya pekat. Mari tengok resepi stew kambing daripada \u200ePathmawati Othman\u200e di Facebook. Sedap dimakan bersama roti mahupun nasi.\n\nBeriani merupakan hidangan nasi campur dari India. Ia dibuat dengan rempah-ratus, beras dan daging atau sayur-sayuran. Yang teringin masak nasi beriani sila tengok resepi daripada\u200e MrsNor Wahid\u200e di laman Facebook ini.\n\nCampur semua bahan ini dijadikan pes :\n\nNota : Pada resepi ini penulis buat dengan kuah. Masa tumis rempah, lebihkan air untuk jadikan kuah. Sebelum masuk beras, keluarkan air untuk dijadikan kuah. Kena pandai agak, kang jadi lembik pulak nasi kalau silap agak.\n\n6. Resepi Kambing Gulai Darat Kelantan\n\nBerikutnya ialah resepi kambing gulai darat kelantan. Resepi pakcik\u00a0Abu Mirza\u200e, rempah bikin sendiri tanpa susah-susah beli di kedai. Mudah, ringkas, cepat dan sedap. Penasaran bukan? Mari tengok resepinya.\n\nSelain dihidangkan untuk perayaan majlis, kuzi kambing juga boleh disediakan untuk hari raya. Jom cubakan resepi kuzi kambing tersohor daripada\u00a0Hartini Hamid yang dikongsikan di laman Facebook.\n\nBahan Rempah : (dikisar sampai halus).\n\nNorkhuzaimah Abdul Kadir berkongsi resepi masakan kambing/daging masam manis di laman Facebook. Rasanya sangat sedap macam katering punya. Anda patut cuba resepi ini, boleh anda hidangkan untuk majlis-majlis kenduri dan sebagainya.\n\nDaging kambing masak pasamah resepi oleh\u00a0Zakuan Laris P di laman Facebook. Cara memasaknya amat mudah, bahkan pejam mata pun boleh buat.\n\nKalau mahu buat bakar kambing, mestilah kena perap dulu baru kick rasanya. Resepi perap kambing pula kena cari yang power punya. Seperti resepi perap kambing yan dikongsikan oleh\u00a0Raja Amanina di laman Facebook. Selain untuk kambing, resepi ini boleh digunakan untuk perap daging atau ayam. Rasanya agak manis-manis sedikit rasa ala-ala satay.\n\nNasi arab antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Makanan budaya Timur ini digemari dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada orang tua, muda bahkan anak-anak amat menyukai nasi arab. Resepi nasi arab kambing yang mudah sila ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zueryna Zulkepli di laman Facebook di bawah ini.\u00a0\n\n12. Resepi Sup Kambing Ala Mamak\n\nResepi sup kambing ala mamak sedap dikongsikan oleh Bunga Lavender di laman Facebook. Rindu akan sup kambing nasi kandar nun jauh di sana, boleh buat sup kambing sendiri\n\nAisyah Mansor berkongsikan resepi daging kurma resepi mertua di laman Facebook. Resepi ini ialah anggaran satu ekor kambing. Selain untuk hidangan raya, daging kurma juga banyak disajikan untuk kenduri, akikah dan majlis-majlis agama lainnya.\n\nSuka makan kari kambing tapi kalau buat sendiri tidak berani takut tak sedap? Namun \u200e\u200eMakcik Ratu\u200e berkongsi resepi kari kambing di laman Facebook. Kena ikut resepi betul-betul supaya rasa enak rencahnya terasa.\n\nSementara rebus daging sediakan bahan kisar :\n\nResepi kambing masak kandar amat sesuai untuk sambutan maulidurrasul atau majlis kenduri. Kambing masak kandar sedap dimakan dengan nasi minyak dan keropok. Sekali makan hidangan kambing masak kandar mesti akan ketagih dibuatnya.\u00a0 Resepi dikongsikan oleh Adinda Hady di laman Facebook.\n\n16. Resepi Nasi Kari Kambing Tin Adabi\n\nAda perkongsian menarik daripada \u200eIla Syat\u200e di laman Facebook. Masak kari kambing guna kari kambing dalam tin Adabi. Memang sangat menarik untuk dicubakan. Selain bahannya mudah dibeli juga penyediaannya amat senang. Boleh buat nasi kari kambing.\n\nKambing masak varuval ama terkenal dalam kalangan bangsa india. Masakan ini menggunakan serbuk kari dengan serbu kerutuk sekali. Hidangan ini amat sesuai untuk jadi lauk makan tengahari. Resepi dikongsikan oleh \u200eIda Alina Salleh\u200e\u00a0di laman Facebook.\n\n\u200e 18. Resepi Piaja Daging Kambing Utara India\n\nPiaja kambing resepi turun temurun asal dari utara india. Rasa dia tidak dinafikan lagi memang sedap. Sekali rasa boleh terlajak 2 pinggan. Sesuai dimakan dengan nasi atau roti/capati. Siapa ingin rasa macam makan restoran India, wajib cuba ini. Konfirm tidak mengecewakan. Resepi oleh Ain Aslem di laman Facebook.\n\nMenu seterusnya ialah kambing masak hitam. Lauk ini juga selalu dihidang untuk kenduri. Kambing masak hias khasnya dimakan dengan nasi minyak. Rasanya tidak pedas bahkan budak kecil umur 2 tahun boleh makan lauk ini. Resepi dikongsikan oleh \u200eSue Pojie\u200e di laman Facebook.\n\nMasakan opor daging kambing sekilas macam masak kari. Namun ianya tidak sama. Opor menggunakan rempah semula jadi opor. Penggunaan air asam jawa dalam opor membuat rasanya makin berbeza. Resepi opor daging kambing dikongsikan oleh Shuhada Riduan di laman Facebook.\n\nTeringin masak kambing dengan resepi yang menarik? Bamia kambing boleh dicubakan. Semestinya sekali cuba bamia kambing konfirm mahu lagi. Cara membuatnya senang dan simpel. Mari cubakan resepi bamia kambing oleh \u200eAmelia Tamby Hussin di Facebook.\n\nBukanlah anda penggemar daging kambing jikalau belum cuba daging kambing masak merah. Siti Saerah Mohammad Sharif berkongsi resepi daging kambing masak merah di laman Facebook. Cubala buat rasa macam masak merah daging kambing ala rumah kenduri.\n\nKambing golek hidangan yang sentiasa digemari. Selalunya kambing goleng menjadi menu utama untuk rumah terbuka. Sila cuba resepi kambing golek untuk seekor kambing berat 15 kg. Resepi didatangkan daripada Khairul Haizal Mansor di laman Facebook.\n\nKalau ingin lebih kaw lagi, campuran bahan-bahan perapan tradisional seperti :\n\nTips: potong daging kambing slice by slice seperti BBQ dan celupkan sos perapan ketika membakar kambing.\n\nJom kami tunjuk cara perapan kambing dengan lebih jelas. Macam ramai yang minat daging kambing. Hidangan ini sesuai sangat untuk makan santai bersama keluarga. Lagi sedap dimakan dengan sos blackpepper menjilat jari. Resepi dikongsikan oleh \u200eAfy AL Habibi\u200e di laman Facebook.\n\n25. Resepi Braised Lamb Shank (Kaki Kambing) Ala Secret Recipe\n\nSedap dimasak apa ya? Ida Alina Salleh\u200e masakkan braised lamb shank ala Secret Recipe, 5 jam dalam oven. Di hidang dengan mashed potatoes dan kacang buncis kukus sedap sangat.\n\nResepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi kambing, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Menurut Organisasi Kesihatan Dunia atau WHO, seorang bayi tidak boleh diberikan sebarang makanan atau minum termasuk air kosong sebelum berusia 6 bulan. Susu ibu dan susu formula sudah memadai memandangkan bayi yang berumur dibawah 6 bulan mempunyai organ pencernaan dan usus yang belum matang untuk memproses makanan.\n\nApabila bayi anda sudah berumur 6 bulan, tibalah masanya untuk anda memperkenalkan makanan lembut kepada bayi anda. Di antara makanan pertama yang sesuai untuk diberikan kepada bayi ialah puri buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bubur nasi. Semasa menyediakan bubur nasi untuk bayi anda, adalah lebih mudah jika anda sediakan sekali stok ayam atau stok ikan bilis yang enak dimakan bersama bubur nasi.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara buat stok ayam untuk bayi yang boleh anda buat sendiri di rumah. Ianya sangat mudah dan kosnya pun murah. Apa yang paling penting, apabila anda buat sendiri stok ayam di rumah, anda tak perlu risau kalau ada garam berlebihan atau bahan pengawet dan bahan perasa yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda. Dijamin selamat.\n\nCara buat stok ayam untuk bayi\n\nAnda boleh menyediakan stok ayam dalam kuantiti yang banyak kemudian dibekukan dalam dalam bentuk kiub ais. Setiap kali memasak bubur nasi untuk bayi anda cuma keluarkan kiub yang ingin digunakan dan panaskan sekali dalam bubur yang sedang disediakan. Mudah kan? Cara untuk menyediakan stok ayam untuk bayi adalah seperti berikut:\n\nCara menyediakan stok ayam untuk bayi adalah seperti berikut:\n\nSelain stok ayam, anda juga boleh menyediakan stok ikan bilis untuk bayi anda. Gilirkan di antara stok ayam dan stok ikan bilis agar bayi anda kenal dengan pelbagai rasa dan tidak jemu dengan bubur nasi yang diberikan. Ikan bilis kaya dengan vitamin A, kalsium, kalium, dan selenium yang sangat baik untuk perkembangan bayi anda. Cara menyediakan stok ikan bilis untuk bayi adalah seperti berikut:\n\nStok ayam dan stok ikan bilis tadi boleh anda gunakan sebagai perasa untuk melazatkan bubur yang anda sediakan untuk bayi anda sama ada bubur nasi atau bubur oat. Untuk mendapatkan bubur yang lazat, anda boleh memasukkan bahan-bahan berkhasiat ke dalam bubur bayi anda seperti:\n\nItulah dia info tentang cara buat stok ayam untuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang resepi bubur nasi bayi, \u00a0resepi makanan bayi 6 bulan, dan\u00a0penjagaan gigi susu"
"Selain haruman bau daun pandan dalam hidangan dan wangian di sesebuah ruang, daun pandan ada banyak khasiat kesihatannya juga! Jom baca artikel ini untuk lebih tahu khasiat daun pandan.\n\nPandan atau Pandanus amaryllifolius adalah tumbuhan yang biasa digunakan terutamanya untuk masakan di Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara. Terdapat dua jenis pokok pandan iaitu pandan biasa dan pandan wangi.\n\nPokok pandan biasa ialah jenis yang biasa kita tanam di sekeliling rumah dan digunakan untuk kegunaan harian sementara pokok pandan wangi adalah lebih kecil dan berbau lebih wangi. Pandan wangi biasanya digunakan secara komersial untuk membuat kosmetik dan wangian.\n\nMasyarakat kita biasanya menggunakan daun pandan dalam masakan namun tahukah anda bahawa selain mengharumkan masakan dan menaikkan aromanya, daun pandan juga mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan.Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan khasiat daun pandan yang pasti membuatkan anda nak masukkan daun ini dalam setiap masakan anda selepas ini.\n\nCuba perhatikan, apabila anda makan nasi lemak yang dibungkus dalam daun pandan, aromanya sahaja sudah membuka selera anda. Makin berselera anda untuk makan. Berbanding nasi lemak yang dibungkus dalam kertas biasa.\n\nMalah, teh yang diserikan dengan daun pandan juga terasa lebih wangi dan menyelerakan. Sebaik sahaja anda mendapat tegukan yang pertama, keharumannya pasti membuatkan anda inginkan tegukan yang kedua.\n\nKhasiat daun pandan yang pertama ialah untuk membantu menaikkan selera makan. Oleh itu, kalau anda berasa seperti tiada selera untuk makan, masukkan daun pandan ke dalam makanan dan minuman anda kerana aroma dari daun pandan akan menaikkan selera makan anda.\n\nPenyelidik dari Thailand pada tahun 1993 telah mengenal pasti sebatian utama yang memberikan aroma daun pandan iaitu 2-acetyl-1-pyrroline.Sebatian ini dikenal pasti tidak bersifat toksik mahupun menyebabkan ketagihan. Malah, aroma ini banyak dikembangkan secara sintetik untuk menhasilkan bauan pandan tiruan dalam pelbagai produk industri.\n\nOrang dulu-dulu sangat bijak dalam menggunakan sumber alam sebagai ubat-ubatan. Selain untuk mewangikan masakan, daun pandan juga digunakan dalam masakan kerana ianya membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman manusia.\n\nDaun pandan membantu usus kita berfungsi dengan baik lalu mengelakkan daripada masalah sembelit atau cirit-birit. Nak kan usus yang sihat? Rajinkan diri untuk memasukkan daun pandan ke dalam masakan harian.Hal ini disokong dalam ulasan oleh penyelidik dari Indonesia dan Itali sebagai rawatan tradisional. Namun, masih belum ada ujian saintifik yang mengesahkan dakwaan ini mengenai mekanisme saintifik di sebalik kenyataan petua nusantara ini.\n\nKalau anda mengalami sakit kepala, daun pandan boleh dijadikan sebagai alternatif untuk menghilangkan sakit kepala yang anda alami selain mengambil ubat tahan sakit. Caranya ialah dengan menyediakan teh daun pandan. Langkah-langkah untuk menyediakan teh daun pandan adalah seperti berikut:\n\nAroma dari teh daun pandan tadi akan berfungsi sebagai aromaterapi yang akan menyegarkan kepala anda sekali gus menghilangkan sakit kepala yang anda alami. Anda juga boleh hidu daun pandan untuk mengurangkan sakit kepala.\n\nAroma pandan turut memberikan kesan aromaterapi sebagaimana yang dilaporkan oleh penyelidik di Indonesia di Journal of International Dental and Medical Research pada tahun 2017, Mereka mendapati bahawa sebatian\u00a0 2-acetyl-1-pyrroline dalam pandan boleh meredakan rasa resah dan kegelisahan.\n\n4. Menurunkan suhu badan yang panas semasa demam\n\nApabila kita demam, suhu badan akan naik mendadak. Biasanya kita akan makan panadol sebagai salah satu usaha untuk menurunkan panas yang dialami.Namun, tahukah anda bahawa yang sebenarnya daun pandan juga boleh digunakan sebagai salah satu ikhtiar untuk menurunkan panas badan? Terdapat pelbagai cara untuk anda menurunkan suhu badan dengan daun pandan. Salah satu daripada resepi kegemaran kami ialah seperti berikut:\n\nAir daun pandan dan barli sememangnya terbukti berkesan untuk menurunkan suhu badan yang panas. Malah ia juga membantu untuk menghilangkan batuk dan selsema. Lagi banyak daun pandan yang anda masukkan, lebih bagus khasiatnya untuk tubuh badan dengan pertambahan lebih banyak antioksidan.\n\nSelain itu, anda juga boleh masukkan daun pandan dalam masakan lain yang disediakan semasa anda demam. Nasi yang dimasak bersama daun pandan juga tinggi khasiatnya untuk menghilangkan demam.\n\nAtau pun anda boleh alas pinggan yang digunakan untuk menghidang makanan semasa anda demam.Bukan sahaja ia menaikkan selera makan anda, malah membantu anda cepat sembuh semula.Berdasarkan laporan saintifik para penyelidik di UPM Serdang pada tahun 2011, antara sebatian bioaktif yang bermanfaat untuk tubuh yang dijumpai dalam pandan ialah seperti flavonoid, fenolik, rutin, epicatechin, catechin, asid galik, asid sinamik dan asid ferulik.\n\nSemua sebatian ini mampu memberikan nilai kesihatan yang baik daripada merawat demam hinggalah berpotensi sebagai penawar antikanser.\u00a0\n\nAnda ada masalah untuk tidur malam? Jenuh bergolek di atas katil namun masih tak berjaya untuk tidur, apa kata anda gunakan daun pandan untuk membantu anda tidur?Caranya sebelum tidur minum teh pandan yang boleh anda sediakan sendiri. Cara untuk menyediakan teh pandan adalah seperti berikut:\n\nDaun pandan mempunyai satu bahan yang bernama alkaloid yang membantu tubuh badan berasa relaks dan tenang. Apabila anda berasa tenang, lebih mudah untuk tubuh anda berehat dan tertidur.\n\nNak lagi mudah tidur? Potong daun pandan halus-halus dan letakkan di sebelah katil anda. Aroma daun pandan akan mengharumkan bilik tidur dan menenangkan perasaan anda.Sekumpulan penyelidik dari Jepun pada tahun 2000 menamakan sebatian alkaloid ini hampir mirip dengan nama \u2018pandan\u2019 iaitu pandamarilactonine-A dan -B. \n\nSebatian ini turut memberikan kesan aromaterapi selain aktiviti antioksidan yang tinggi dalam tubuh.\u00a0Itulah dia info tentang khasiat daun pandan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. \n\nSemoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang: \n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Bagaimana caranya mendirikan solat sunat musafir? Ayuh ikuti cara solat sunat musafir.\n\nMusafir bermaksud seseorang yang masih berada dalam perjalanan ataupun pengembaraan dari sesuatu tempat ke tempat yang lain atas tujuan tertentu.\n\nDari sudut pandangan Islam, musafir bermaksud\u00a0perjalanan seorang hamba daripada satu tempat ke satu tempat yang lain yang melebihi dua dua marhalah ataupun sejauh 92 kilometer.\n\nOleh itu, sebelum memulakan perjalanan, seseorang musafir sangat digalakkan untuk mendirikan solat sunat terlebih dahulu, iaitu solat sunat musafir. Solat sunat ini bertujuan memohon perlindungan dan kemudahan daripada Allah S.W.T semasa dalam perjalanan nanti.\n\nIni bersesuaian dengan sabda\u00a0Rasulullah S.A.W;\n\n\u201cJika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.\u201d\n\n\u00a0\u201cSahaja aku solat sunat kerana bermusafir dua rakaat kerana Allah taala.\u201d\n\n3.Membaca surah al-Kafirun, ataupun surah lain.\n\n1. Takbiratul Intiqal (Takbir perpindahan rakaat)\n\n3. Membaca surah al-Ikhlas dan dibolehkan membaca surah-surah lain\n\n\u00a0\u201cYa Allah, kepadaMu aku memohon dan bertawakkal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku, berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.\n\nYa Allah, aku memohon perlindunganMu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku, dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku dan pada mereka dalam hal akhirat dan dunia, dan hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia.\u201d\n\nSebaik-baiknya bacalah doa ini semasa berada dalam kenderaan atau dalam perjalanan;\n\n\u00a0\u201cDengan nama Allah, puji-pujian bagi Allah Maha suci Allah yang telah mempermudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya pada Tuhan kamilah, kami akan kembali.\u201d\n\nSetelah selesai melakukan perjalanan, dan selamat pulang ke tempat asal sebaik-baiknya dirikanlah pula solat sunat dua rakaat sebgai tanda terima kasih dan bersyukur atas tujuan yang tertunai. Solat sunat ini disunatkan didirikandi masjid atau di mana-mana tempat sebelum memasuki rumah sendiri. Hal ini sejajar dengan sunah Rasulullah S.A.W, Kaab bin Malik menceritakan;\n\n\u201cRasulullah \u00a0S.A.W tidak pernah datang dan berpergian melainkan pada waktu siang hari, iaitu pada waktu Dhuha. Apabila baginda kembali,maka mula-mula sekali beliau akan pergi ke masjid dan solat dua rakaat di dalamnya, kemudian duduk sebentar.\u201d\n\nWalau di mana pun kita berada, tambahan lagi ketika dalam melakukan perjalanan sentiasalah mengharapkan pertolongan Allah S.W.T untuk selamat sampai ke destinasi. Solat sunat musafir ini adalah salah satu cara untuk kita memohon bantuan Allah agar dijauhkan daripada segala kesusahan dan kecelakaan semasa dalam perjalanan.\n\nSemoga dengan segala rasa kehambaan, Allah menerima doa dan pengharapan kita melalui solat sunat ini. Amin.\n\nJangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik kami seperti:"
"Post ini telah dikongsi oleh seseorang dalam status Facebooknya dan kami merasakan ianya menarik dan mampu mengubah pandangan anda sebagai Muslimah. Ia memberi kesedaran kepada kami bahawa muslimah adalah seorang yang hebat!Statusnya adalah seperti berikut. Sedikit ubah suai untuk pemahaman kerana ianya dalam English asalnya :\n\nJadi saya telah berjanji kepada beberapa orang yang saya akan berkongsi beberapa perkara yang saya belajar semasa Seminar Ucapan Ilahi Ustaz Nouman Ali Khan iaitu seminar yangsaya pergi beberapa minggu yang lalu.\n\nSebernarnya saya takut ingin berkongsi kerana saya takut bahawa penjelasan saya mungkin tidak berlaku adil kepada perkataan yang indah dari Al-Quran ini dan ianya mungkin tidak menjadi seperti yang menghiburkan atau inspirasi daripada mendengar secara terus dari Ustaz NAK sendiri. Tetapi janji tetap janji .Maka di sini saya kongsikan.\n\nSalah satu topik yang telah dibincangkan semasa Seminar Ucapan Ilahi oleh Ustaz Nouman Ali Khan adalah pilihan perkataan yang rumit dalam al-Quran. Satu contoh adalah perkataan yang berbeza untuk pilihan yang digunakan dalam Surah Al-Hajj ayat 75 vs 78 (22:75 vs 78).\n\nDalam bahasa arab, terdapat 3 kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan perkataan \u2018Pilihan\u2019. Terdapat:\n. 1 Ikhtiar \u2013 menerangkan pilihan yang baik. Contoh: Memilih antara pergi ke masjid untuk bersembahyang atau tinggal di rumah untuk menonton tv.\n. 2 Istifa \u2018\u2013 menerangkan pilihan yang peribadi. Contoh. Memilih untuk membeli baju biru kerana biru adalah warna kegemaran anda.\n. 3 Ijtiba \u2018\u2013 menerangkan pilihan yang dibuat berdasarkan kelayakan. Contoh. Sebuah syarikat menngajikan seorang akauntan berdasarkan kelayakan yang ada padabeliau / dia.\n\nSekarang mohon merujuk kepada gambar-gambar dan melihat kata-kata yang diserlahkan kekuningan.\n\nDalam 22:75 , Allah SWT menggunakan perkataan \u2018\u064a\u0635\u0637\u0641\u064a\u2019 yang berasal dari perkataan istifa \u2018 untuk menggambarkan bagaimana Dia memilih rasul dan malaikat-malaikatnya. Ayat ini menunjukkan bahawa pemilihan beliau rasul dan malaikat kebanyakannya adalah berdasarkan pemilihan peribadi.\n\nTetapi menarik lagi, di 22:78 Allah SWT menggunakan perkataan \u2018\u0627\u062c\u062a\u0628\u0627\u0643\u0645\u2019 yang berasal dari perkataan ijtiba \u2018 apabila Dia menerangkan bagaimana Dia memilih orang Islam.Penggunaan perkataan dalam ayat ini bermakna sebenarnya kita telah DIPILIH sebagai orang Islam kerana kelayakan kita dan ia tidak berlaku secara kebetulan. Ini bermakna Allah SWT melihat sesuatu yang istimewa di dalam diri kita. Ketika menjelaskan ayat ini Ustaz NAK telah menggesa kita untuk mula berfikir. Apa yang ada di dalam diri saya yang telah membuatkan saya dijadikan seorang Muslim?\n\nHanya sekadar membaca terjemahan bahasa Inggeris atau dalam Bahasa Melayu, anda mungkin tidak akan memahami maksud sebenar ayat ini.\n\nSengaja saya berkongsi contoh ini kerana saya sentiasa mengambil sambil lewa mengenai hal ini kerana telah dilahirkan sebagai Islam. Saya tidak pernah benar-benar berfikir tentang mengapa saya dipilih atau bagaimana jika saya tidak? Setelah mengetahui bahawa Allah telah memilih saya sebagai Muslim telah membuatkan saya ingin menjadi muslimah yang lebih baik dan saya berharap ia akan mempunyai kesan yang sama pada anda juga. Wallahua\u2019lam ..\n\nBagaimanapun, terdapat banyak lagi ayat-ayat seperti ini yang tidak saya tulis di sini. Saya minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan semuanya kerana pengetahuan saya yang terhad (dan kosa kata .. haha\u200b\u200b).\n\nSaya sangat mengesyorkan bahawa anda melanggan www.bayyinah.tv\u00a0 jika anda mahu mendengar ceramah yang menakjubkan daripada Ustaz NAK ini. Terdapat BANYAK contoh ayat di Bayyinah TV dan cara penjelasannya membuatkan anda ingin tahu lebih lanjut dan membuat anda sedar betapa indahnya al-Quran.\n\nSo I promised a few people that I\u2019d share some of the things that I learned during Ustadh Nouman Ali Khan\u2019s Divine Speech Seminar that I went to a couple of weeks ago. I\u2019ve been reluctant to share as I\u2019m afraid that my explanation might not do justice to the beautiful words from the Quran and it definitely will not be as entertaining or as inspiring hearing it from NAK himself. But a promise is a promise so here goes.\n\nOne of the topics that was covered during the Divine Speech Seminar by Ustadh Nouman Ali Khan is the intricate word choices in the Quran. One example is the different words for choice that are used in Surah Al-Hajj ayah 75 vs 78 (22:75 vs. 78).\n\nIn arabic, there are 3 words that are used to describe the word \u2018Choice\u2019. There are:\n1. Ikhtiar \u2013 describes a choice that is good. Eg. Choosing between going to the mosque to pray or staying at home to watch tv.\n2. Istifa\u2019 \u2013 describes a choice that is personal. Eg. Choosing to buy a blue shirt because blue is your favourite color.\n3. Ijtiba\u2019 \u2013 describes a choice that is made based on qualification. Eg. A company hiring an accountant based on his/her qualifications.\n\nNow pls refer to the pictures and see the highlighted words.\n\nIn 22:75, Allah SWT uses the word \u2018\u064a\u0635\u0637\u0641\u064a\u2019 which comes from the word istifa\u2019 to describe how He selects his rasul and angels. This ayah shows that His selection of rasul and angels are mostly personal.\n\nBut interestingly, in 22:78 Allah SWT uses the word \u2018\u0627\u062c\u062a\u0628\u0627\u0643\u0645\u2019 which comes from the word ijtiba\u2019 when He describes how He chooses muslims. This particular choice of word in this ayah means we are CHOSEN as muslims because of our qualifications and it did not happen by chance. It means that Allah SWT sees something in us. When explaining this ayah Ustadh urge us to start thinking. What do I have in me that made me a muslim?\n\nNoticed that just by reading the translation in English or in Bahasa, you will never understand the real meaning of these ayah.\n\nI chose to share this particular example because being born a muslim, I have always taken it for granted. I had never really thought about why I was chosen or what if I wasn\u2019t? Now knowing that Allah has chosen me makes me wanna be a better muslimah and I hope it will have the same effect on you too. Wallahua\u2019lam..\n\nAnyway, there\u2019s a lot more to these ayahs than what I wrote here but I\u2019m sorry I can\u2019t explain all due to my limited knowledge (and vocab..haha). I highly recommend that you subscribe to www.bayyinah.tv if you wanna listen to Ustadh NAK\u2019s amazing lectures. There\u2019s A LOT of them on bayyinah tv and he has a way of explaining that just makes you want to know more and makes you realize how beautiful the Quran is."
"Siapa suka makan terung? Terung ini rasa manis-manis sedikit. Orang kebanyakan masak terung gulai, kari, pajeri terung atau terung goreng berlada. Lauk terung ini dapat dijumpai di kedai-kedai masakan melayu.\n\nKali ini kami ingin berkongsi resepi yang menarik iaitu terung berinti. Ayam kisar, crab stick, bawang, telur dan lada dibuat untuk bahan inti terung. Cara masak terung berinti unik juga sebenarnya. Anda kena lihat resepi lebih lagi di bawah. Kami kreditkan resepi kepada Diaz Yushazlina yang berkongsi di laman Facebook.\n\nTerung berinti ini tidak pedas ya. Kanak-kanak pun boleh makan. Tapi kalau ingin pedas sila tambah cili padi potong atau makan dengan sambal kicap pun dipersilakan.\n\nSelain terung berinti, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Penyakit gout berlaku kerana lebihan asid urik di dalam tubuh badan lalu mewujudkan kristal pada sendi seperti lutut, pergelangan tangan, dan pergelangan kaki anda akan berasa seperti dicucuk serpihan kaca setiap kali bergerak.\n\nAsid urik adalah salah satu daripada bahan kumuhan yang dihasilkan oleh sistem perkumuhan badan. Ia dihasilkan daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Asid urik dibuang dari badan melalui air kencing, peluh, dan najis.\n\nWalau bagaimana pun, bagi pesakit gout asid urik tidak keluar melalui air kencing sebaliknya berkumpul pada sendi dan membentuk kristal yang menjadi punca kesakitan setiap kali bergerak. Di antara sendi yang selalu diserang penyakit gout ialah jari, pergelangan tangan, lutut, buku lali, pergelangan tangan, dan pergelangan kaki.\n\nSiapakah golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit gout?\n\nGolongan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat penyakit gout ialah lelaki yang berusia 30 hingga 60 tahun dan juga wanita yang sudah mengalami menopous.\n\nBerikut adalah simptom penyakit gout yang perlu anda perhatikan:\n\nPenyakit gout yang dirawat dengan segera boleh disembuhkan. Namun tiada jaminan bahawa ia akan berlaku semula. Sekiranya anda tiba-tiba diserang penyakit gout, rawatan yang akan anda perolehi ialah:\n\nOleh kerana penyakit gout berlaku disebabkan oleh lebihan oleh asid urik, anda perlu mengelakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan semakin banyak asid urik berkumpul di dalam badan. Di antara perkara yang perlu anda elakkan ialah:\n\nSelain itu, anda juga perlu mengelakkan makanan yang tinggi kandungan purin seperti:\n\nDi antara komplikasi yang boleh berlaku disebabkan oleh penyakit gout ialah:\n\nDi antara petua menghilangkan penyakit gout yang boleh anda amalkan ialah:\n\nBahan-bahannya yang diperlukan ialah 1 biji timun, 2 batang seleri, dan 3 hirisan lemon yang dibuang biji. Kisar semua bahan & minum 2 kali sehari.\n\nCaranya. bancuh 1 sudu cuka epal & 1 sudu madu asli bersama 1 gelas air suam. Kacau sehingga sebati. Minum setiap pagi.\n\nAnda boleh hilangkan penyakit gout menggunakan halia dengan dua cara iaitu:\n\nMinum ini boleh diamalkan untuk menghilangkan penyakit gout. Caranya, ketuk 1 inci halia kemudian campurkan dengan 1 sudu halba & 1 sudu serbuk kunyit. Masukkan campuran tadi ke dalam segelas air panas. Minum 2 kali sehari.\n\nItulah dia info tentang gout yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang gegata, petua hilangkan kencing tak lawas, dan petua hilangkan gastrik."
"Teluk Intan asalnya dikenali sebagai Teluk Anson.\u00a0\u00a0Ianya merupakan bandar ketiga terbesar dengan populasi sebanyak 120,000 orang. Kegiatan ekonomi utama di sini ialah penanaman kelapa sawit. Jom kami kongsikan 9 tempat menarik di Teluk Intan yang pasti membuatkan anda tak sabar nak ke sana.\n\nKalau ingin melihat menara condong, tidak perlulah pergi Pisa di Itali kerana di Teluk Intan pun ada. Apabila menara ini siap dibina pada tahun 1892, fungsi utamanya ialah sebagai tangki air untuk penduduk di sekitar Teluk Intan.\n\nSikit demi sedikit, menara ini menjadi condong kerana bebanan tangki dan asas tanah yang lembut. Daripada luarnya, kelihatan seperti sebuah bangunan dengan 8 tingkat \u00a0tetapi sebenarnya ada 3 tingkat di dalamnya.\n\nPara pengunjung boleh menaiki 110 tangga untuk naik ke atas. Pada waktu malam, lampu berwarna-warni yang dinyalakan sangat cantik untuk diambil gambar.\n\n2. Pusat Rekreasi River Front Teluk Intan\n\nPembinaan Pusat Rekreasi Riverfront Sungai Perak itu merupakan projek tambahan yang bakal diintergrasi bersama-sama dengan pembinaan Rancangan Tembatan Banjir (RTB) Teluk Intan. Pusat rekreasi ini sangat cantik dengan\u00a0tangga-tangga batu sepanjang 200 meter di sepanjang tebing sungai.\n\nPada waktu petang, tempat ini menjadi tumpuan penduduk setempat untuk beriadah sambil mengambil angin petang. Pemandangannya cantik sekali dengan lanskap yang dijaga rapi, terutamanya semasa matahari terbenam. Terdapat juga jeti-jeti di sini kalau anda sukakan fotografi.\n\nIni merupakan di antara bangunan bersejarah yang ada di Teluk Intan. Asalnya bangunan ini merupakan\u00a0bangunan pentadbiran pihak kastam yang akan mengurus takbir di sekitar Teluk Anson setelah mesyuarat Dewan Negeri Perak telah menukar nama Teluk Mak Intan kepada Teluk Anson dalam tahun 1882.\n\nKemudian, ia bertukar menjadi balai polis kerana faktor kedudukannya di tengah-tengah bandar dan amat strategik.\nKalau anda sampai ke Teluk Intan, jangan lupa untuk singgah di sini dan ambil sekeping dua gambar sebagai kenangan.\n\nDah sampai Teluk Intan, anda wajib melawat Sungai Perak. Anda boleh bersantai sambil ambil angin di sepanjang tebing sungai atau pun menaiki bot penambang. Tambangnya sangat sangat murah iaitu cuma RM0.50 sahaja. Ya betul, lima puluh sen untuk satu kepala.\n\nDengan bayaran sebanyak lima puluh sen untuk seorang, anda akan menaiki bot dengan perjalanan lebih kurang 10 ke 15 minit. Kalau anda menyewa motor semasa berada di Teluk Intan, boleh bawa sekali semasa menaiki bot penambang. Caj untuk motor ialah RM0.60.\n\nAnda akan dibawa ke Jeti Penambang Kg. Cina di mana anda boleh bersiar-siar melihat kehidupan nelayan di sana sebelum pulang semula ke tebing Sungai Perak.\n\n5. Memorial Peringatan Perang Batu Bertenggek\n\nDi persimpangan di sebuah jalan utama bandar Teluk Intan, ada sebuah memorial peringatan yang dipanggil \u2018Batu Bertenggek\u2019. Ianya dibina sebagai memperingati askar-askar yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama. Kisahnya, seorang askar Inggeris menempatkan batu ini di atas kekakinya.\n\nPada mula saiznya kecil sahaja seperti sebuah kotak mancis tetapi membesar sehingga menjadi saiz sebuah kereta kecil yang boleh dilihat pada hari ini. Sebuah plak dengan sebaris ayat daripada puisi Laurence Binyon menghiasi kekaki batu gergasi ini mengingatkan kisah perang.\n\nRamai orang pergi ke sini untuk menghargai peristiwa pahit perang dan mengambil gambar-gambar cantik dengan batu unik ini.\n\nKalau berkunjung ke Teluk Intan, bolehlah berkunjung ke Pasar Besar Teluk Intan yang masyur dengan jualan hasil tangkapan laut dan sungai pada harga berpatutan. Ada ikan-ikan, sotong, kerang, siput dan sebagainya ditangkap segar pada hari yang sama.\n\nSelain itu, ada dijual sayur-sayuran produk yang ditanam petani-petani tempatan. Waktu terbaik datang ke sini ialah pada waktu awal pagi buta kerana kebanyakan produk datang dari ladang atau perairan. Jadi, kalau berkesempatan berjalan ke Teluk Intan, singgahlah di sini dahulu sebelum meneruskan lagi perjalanan balik ke rumah.\n\n7. Jeti Stesen Telimetri di Kampung Terengganu\n\nSebuah lagi jeti yang cantik di Teluk Intan. Pemandangannya sangat indah, dengan bot-bot yang ada di sana. Anda pasti berasa tenang sepanjang berada di sini. Sekali lagi, untuk pencinta fotografi, pasti anda akan mendapat banyak gambar menarik di sini.\n\n8. Restoran Udang Galah Teluk Intan\n\nSalah satu tangkapan terkenal dari Teluk Intan ialah udang galah. Ini kerana Sungai Perak mempunyai banyak ceruk-ceruk yang sesuai untuk pembiakannya. Restoran ini menjual juadah udang galah yang paling popular di Teluk Intan.\n\nBukan sahaja udang galah, malah ada ikan bakar, kerang dan pelbagai jenis sayuran tempatan dengan masakan gaya Melayu tradisional. Masakan udang galah boleh dimasak pelbagai cara seperti masakan kari, goreng, masak merah dan lain-lain.\n\nTempat ini sangat popular di kalangan para pelancong kerana kualiti masakan yang sedap, sehinggakan terpaksa beratur panjang untuk makan tengahari di sini.\n\nSatu lagi restoran popular di Teluk Intan ialah Restoran Mastan Ghani. Restoran ini tersohor dengan resepi mi rebus dan rojaknya. Restoran yang diasaskan pada tahun 1961 ini sekarang ini diuruskan oleh cucu pengasas restoran ini. Kuah mi rebus diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti cili, rempah ratus dan serbuk cili beserta dengan resepi rahsia memberi rasa yang unik dan diminati orang ramai.\n\nBermula dengan satu kedai, kini ada beberapa cawangan di sekitar Teluk Intan. Kalau minat dengan mi rebus, pastinya para pelancong harus mencuba versi dari Teluk Intan di restoran ini. Tetapi harus datang awal supaya tidak perlu beratur panjang.\n\nItulah dia 9 tempat menarik di Teluk Intan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Best kan? Jom cuti-cuti Teluk Intan. Jemput juga baca artikel tempat menarik di Cherating , tempat menarik di Seremban dan tempat menarik di Kuala Selangor."
"Bertandang ke Spa sememangnya masa-masa bernilai bagi seorang wanita. Terdapat banyak spa muslimah yang menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia boleh anda kunjungi di seluruh negeri. Mana satukah spa muslimah yang menjadi pilihan anda?\n\nSebelum berkunjung ke Spa Muslimah, anda harus kenalpasti dahulu pakej yang anda inginkan, harga, lokasi dan keselesaan spa tersebut. Mudah sahaja, baca review, komen dan kata-kata pengguna yang pernah ke spa muslimah tersebut sebelum ini.\n\nJom kami sarankan kepada anda 10 spa muslimah yang menjadi pilihan ramai di Malaysia. Nikmatilah pakej spa yang menyeronokkan dan berpatutan setiap bulan!\n\nAkma Spa mempunyai banyak cawangan di di Selangor dan Kuala Lumpur. Menariknya, ia menawarkan harga mampu milik buat semua wanita. Akma Spa juga menawarkan pakej pelangsingan untuk menjadikan wanita lebih ramping, kurus dan cantik. Menarik bukan?\n\nScentual Beauty dikenali ramai oleh penduduk Kuala Lumpur dan Selangor juga dimana ia merupakan spa muslimah yang penuh privasi dan amat relaks. Anda akan berasa tenang dengan suasananya dan juruterapi spa juga mempunyai pengalaman yang baik dalam memberikan khidmat servis. Tidak rugi jika anda memilih Scentual Beauty untuk apa-apa pakej spa yang ditawarkan.\n\nSpa muslimah seterusnya adalah Teratak Spa. Namanya ala-ala tradisional, begitu jugalah dengan konsepnya. Ia mempunyai cawangan di negeri Pulau Pinang (HQ), Kuala Lumpur, Kota Bharu dan juga selangor. \n\nNama pakej yang ditawarkan di Teratak Spa ini juga amat menarik iaitu Mak Inang, Srikandi, Nona Manis, Dandan Puteri, Ulek Mayang dan lain-lain lagi. Barulah unik dan diingati!\n\nBoleh dikatakan setiap negeri mempunyai cawangan Hannan Medispa yang tersendiri. Dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Johor dan lain-lain negeri lagi boleh anda temui spa ini. Ia adalah Spa Muslimah yang menjadi pilihan ramai wanita kerana menyediakan pakej rawatan eksklusif yang berkesan dan terbaik.\n\nAntara rawatan yang ditawarkan adalah Dermapen Terapi, Janus, Eyelash Perming, Acne Peel Terapi, Sulam Korea Terapi dan banyak lagi. Antara pakej Spa muslimah ini yang menawarkan 5 sehingga 15 sesi terapi adalah pakej Emerald, Sapphire, Ruby dan Diamond.\n\nYoyoy Kamphora Spa sangat terkenal dalam kalangan wanita muslimah. Ia adalah salah satu spa muslimah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Yoyoy Kamphora Spa mendapat pengiktirafan sebagai spa terbaik di Malaysia dan Spa Tradisional yang best.\n\nYoyoy Kamphora Spa juga menawarkan pakej spa yang memberikan servis terbanyak dan terbaik untuk manjakan diri anda. Jom lihat pakej spa yang ditawarkan oleh Spa Muslimah ini di laman sesawang mereka, Yoyoy Kamphora Spa.\n\n6. Jemari Spa & Beauty House\n\nJemari Spa & Beauty House juga dikenali ramai dan menjadi pilihan wanita di Malaysia. Ramai yang ingin mencuba servis yang ditawarkan di Spa muslimah ini. Barang-barang yang digunakan di Spa ini sangat berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Kesan rawatan juga amat menakjubkan. Jom cuba rawatan spa di spa muslimah ini!\n\nSpa Muslimah yang sangat stylo dan trending gitu adalah Spa Rania Stailista. Dari namanya sahaja, pasti anda sudah tertarik! Walau bagaimanapun, anda akan berasa super duper selesa dan bahagia melakukan rawatan kecantikan di sini. Mereka memberikan anda servis dan layanan 5 bintang. Hasilnya juga pasti membuatkan anda berpuas hati.\n\nSelain rawatan wajah dan tubuh badan, anda juga boleh berdandan rambut, mencuci rambut dan mendapatkan rambut baru yang cantik di sini. Tidak kurang hebatnya, nak berurut badan dan tradisional pun dialu-alukan di sini.\n\nSpa muslimah ini menawarkan pelbagai rawatan wajah dan kecantikan bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Harga yang ditawarkan pula adalah dari RM 60 dan ke atas. Nak rasai spa muslimah yang berpatutan dan murah, jangan lupa datang ke Bunga Mawar Spa yang terletak di Kuala Lumpur ini.\n\nSpa Mawar Putih adalah spa muslimah yang terletak di Puchong Selangor. Ia menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pakej spa yang menarik dan sesuai untuk anda semua. Dari anak dara, bakal pengantin, isteri, ibu mengandung, ibu berpantang dan lain-lain lagi boleh mendapatkan pakej yang sesuai dan menenangkan di sini.\n\nPakej jimat dengan harga RM 100 membolehkan anda menikmati sesi spa yang pelbagai untuk seluruh tubuh badan anda. Anda juga boleh membuat tempahan online dan lebih awal sebelum ke spa pada hari yang anda inginkan. Jom lihat cara tempah di sini: Tempahan Pakej Spa Mawar Putih.\n\nNama spa muslimah ini cukup menggambarkan bahawa spa ini bersifat tradisional dan tenang. Sebagai muslimah, pasti anda inginkan ruangan yang privasi dan tertutup bukan? \n\nKayu Manis Spa sangat privasi dan selesa untuk anda jalani rawatan kecantikan di sini. Anda boleh memilih semua pakej rawatan yang anda inginkan. Mereka pasti tidak akan hampakan anda. Kayu Manis Spa juga menyediakan rawatan untuk orang berpantang dari pakej 3 hari sehingga 44 hari untuk bayi dan ibu.\n\nWah, menarik kan spa muslimah pilihan ramai di Malaysia ini. Banyak lagi yang boleh anda terjah, tapi apa kata anda cuba spa muslimah yang kami sarankan tadi dahulu. Mana tahu, ia memang menyeronokkan!"
"Pastinya anda biasa terkena kaki kebas atau semut-semut. Biasanya kaki anda akan berasa kebas atau semut-semut akibat duduk dalam posisi yang sama untuk tempoh yang lama. \n\nNamun tahukah anda bahawa yang sebenarnya kaki kebas juga berpunca daripada masalah kesihatan yang serius. Jom kami kongsikan punca kaki kebas yang anda wajib tahu.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kaki kebas atau semut-semut?Kebas atau semut-semut adalah keadaan di mana anda berasa seperti tajam-tajam dan adakalanya turut berasa pedih dan panas pada mana-mana anggota tubuh badan. Anda juga tidak dapat merasa anggota yang disentuh apabila kebas atau semut-semut. \n\nApakah punca kaki kebas? Terdapat banyak punca mengapa kebas berlaku. Di antara punca yang paling kerap ialah:\n\nDuduk dalam posisi yang sama untuk jangka masa yang lama \n\nDuduk dalam posisi yang sama untuk jangka masa yang lama tanpa mengubah kedudukan atau bergerak boleh menyebabkan kaki anda kebas. Sebagai contoh jika anda bersila untuk tempoh yang lama, kaki anda akan mula berasa kebas dan semut-semut.\n\nTidur sambil menghempap kaki dengan bantal\n\nJika anda tidur dalam posisi ini dan tidak bergerak sehingga pagi, kaki anda akan terasa kebas semasa bangun tidur kerana anda telah menghempap kaki tersebut dengan lama.\n\nIni juga adalah punca kaki kebas yang biasa dilakukan. Apabila anda duduk sambil bersilang kaki, anda akan menghalang aliran darah daripada sampai ke kaki anda lalu berlakunya kebas.\n\nPunca kaki kebas yang seterusnya ialah Neuropati Diabetes iaitu sejenis gangguan saraf yang berlaku disebabkan oleh kerosakan saraf akibat penyakit diabetes. Neuropati jenis ini boleh menjejaskan mana-mana bahagian tubuh badan anda termasuk bahagian kaki dan tapak kaki. Tahukah anda bahawa sebanyak 60 sehingga 70 peratus pesakit diabetis mengalami beberapa bentuk neuropati. \n\nKebas atau semut-semut di kaki adalah di antara gejala pertama bagi Neuropati Diabetis. Jika punca kaki kebas yang anda alami adalah disebabkan oleh Neuropati Diabetis, kebas pada kaki anda akan bertambah teruk pada waktu malam. Adakah kebas kaki disebabkan oleh penyakit ini merbahaya? Ya. Ia sangat merbahaya. \n\nSelain kebas, lama-kelamaan lepuhan dan luka boleh terbentuk di tapak kaki anda apabila berlakunya kecederaan yang tidak disedari disebabkan oleh kebas. Jangkitan boleh berlaku kepada luka tadi dan disebabkan oleh peredaran darah yang lemah di kalangan pesakit Diabteis, ia boleh menyebabkan amputasi atau pemotongan kaki.\n\nTarsal Tunnel Syndrome atau Sindrom terowong Tarsal \n\nIa adalah satu keadaan di mana berlakunya mampatan pada saraf tibialis posterior yang terletak di sepanjang bahagian dalam tumit. Kebas pada kaki adalah salah satu daripada simptom penyakit ini selain sakit keterlaluan secara tiba-tiba, rasa seperti kejutan elektrik dan rasa terbakar.\n\nIa adalah sejenis penyakit di mana plak terbentuk dalam saluran arteri. Lama kelamaan, plak ini akan mengeras lalu menyempitkan arteri dan mengganggu aliran bekalan darah dan oksigen ke seluruh bahagian tubuh badan. PAD boleh menjejaskan kaki lalu menyebabkan anda berasa kebas pada kedua-dua belah kaki dan tapak kaki. \n\nPunca kaki kebas yang seterusnya ialah disebabkan oleh terlalu banyak tekanan pada saraf. Tekanan pada saraf boleh berlaku disebabkan oleh:\n\nIa juga boleh menjadi punca kaki kebas yang anda alami. Ia dipercayai berlaku disebabkan oleh otak menguatkan isyarat rasa sakit. Ia biasanya berlaku disebabkan oleh pembedahan, trauma fizikal, trauma psikologi atau tekanan emosi, dan jangkitan. Fibromyalgia adalah sejenis gangguan yang menyebabkan anda mengalami:\n\nIni pula adalah sejenis gangguan autoimun yang memberi kesan terhadap sistem saraf dan akan menyebabkan anda kebas kaki. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh kerosakan pada sarung myelin. Di antara simptom penyakit ini adalah kejang otot, kehilangan keseimbangan badan, pening, letih yang melampau, dan kerap kebas kaki.\n\nPunca kaki kebas yang seterusnya ialah penyakit strok. Strok adalah sejenis masalah kesihatan yang berlaku apabila aliran bekalan darah ke otak terganggu. Kegagalan untuk menerima bekalan oksigen yang mencukupi akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada sel-sel saraf otak pada bahagian tersebut lalu mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian terlibat tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Di antara simptom strok ialah:\n\nItulah dia punca kaki kebas yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Ianya boleh menjadi punca yang merbahaya jadi jika anda kerap kebas kaki, dicadangkan supaya anda berjumpa doktor dengan segera.\n\nSemoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca pedih ulu hati punca kurap, dan punca stress"
"Tahukah suami, selepas isteri bersalin, mereka akan mula meragam dan tidak seperti selalu. Ragam isteri ketika berpantang lain dengan ragam isteri tidak berpantang. Waktu ini, hormon mereka tidak stabil jadi jika suami lakukan perkara yang tidak sepatutnya, ia boleh memberi kesan kepada isteri.\n\nBagi suami-suami yang baru merasai pengalaman menjaga isteri berpantang, anda perlu tahu beberapa perkara ini. Ia dapat memberi persediaan kepada anda ketika isteri anda berpantang nanti.\n\nMari kami kongsikan info sebenar 5 ragaman isteri selepas bermsalin yang suami perlu tahu. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n1) Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.\n\n2) Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.\n\n3) Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.\n\n4) Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).\n\n\u2013 Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa\n\nBahaya ke pulmonary embolism ni? Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!\n\n5) Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.\n\n*Berikut adalah ragaman selepas bersalin yang selalu terjadi kepada suami-suami di luar sana kepada isteri anda. Jangan peli kenapa isteri bertindak sebegitu rupa kerana hormon selepas bersalin tidak stabil. Jadi, suami perlu menjaga isteri dan menyokong mereka selepas bersalin mahupun berpantang atau tidak.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Amat teruja dan seronok sangat setiap kali makan puding buih tembikai ini. Bentuknya comel, rasanya sedap makan sejuk-sejuk dengan sos kastard. Makan tidak perlu kunyah, terus telan saja.\n\nLagi seronok bila membuatnya, anak-anak dan semua ahli keluarga suka. Hidangkan satu bekas terus habis. Sangat sedap dihidangkan siang-siang makan sejuk-sejuk hilangkan dahaga.\n\nKelazatan puding buih semakin kick bila dimakan bersama sos kastard. Seperti resepi puding buih sos kastard yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah\u200e di laman Facebook.\n\nSos kastard dibuat dengan\u00a0 susu dan tepung kastard. Tanpa tunggu lama, mari cuba resepi perkongsian ramai yang telah kami kemaskan di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi puding buih, kami juga telah menulis resepi lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pada kali ini kita akan berkongsi resepi ayam masak asam bersama anda semua. Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah untuk didapati di pasar raya berdekatan. \n\nBagi anda yang meminati makanan yang masam dan pedas, sudah tentu resepi ini akan menjadi kegemaran anda. Jika dihidangkan bersama nasi putih saja pun sudah memadai. Hidangan ini sangat mudah untuk disediakan dan dijamin anda akan lebih berselera apabila sudah siap dihidangkan nanti. Mari kita lihat cara menyediakan resepi ini.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nJika anda berminat untuk melihat resepi-resepi lain yang telah dikongsikan oleh kami sila lihat di pautan di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan terdekat anda."
"Memelihara hubungan silaturrahim adalah amalan yang sangat dianjurkan oleh Islam dan ianya wajib dilaksanakan\u00a0 dalam menjaga ukhuwah, serta menyuburkan hubungan sesama manusia.\n\nBersilaturrahim bukan sahaja dengan berkenal-kenalan, berjabat tangan atau bertemu mesra, tetapi turut melibatkan kasih sayang dan keihklasan hati. Bersesuaianlah dengan maknanya; perkataan \u2018silah\u2019 atau \u2018wasal\u2019 yang bererti menyambungkan atau menghimpun, dan \u2018rahim\u2019 yang bererti kasih sayang. Ini juga membawa maksud sesuatu yang asalnya tidak bersambung menjadi\u00a0 bersambung dan bercantum.\n\nManakala \u2018menghimpun\u2019 pula bermaksud sesuatu yang tercerai-berai atau berselerakan, menjadi sesuatu yang bertaut kembali dan bersatu. Dalam hal ini, Baginda Rasulullah SAW bersabda,\n\n\u201cYang disebut bersilaturrahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturrahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus.\u201d\n\nSelain itu, Allah SWT turut memperincikan tentang tuntutan memelihara silaturrahim ini yang tidak terbatas terhadap golongan tertentu sahaja, tetapi dengan seluruh manusia terutamanya kaum muslimin.\n\nDalam surah an-Nisa:36, Allah SWT menjelaskan;\n\n\u201cDan hendaklah kamu beribadah kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutu-Nya dengan suatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawatan, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.\u201d\n\nSesungguhnya terdapat\u00a0 banyak kebaikan dan keberkatan bagi golongan yang sentiasa menjaga dan mengeratkan silaturrahim. Antara kelebihan tersebut adalah;\n\n\u00a0\u201cBarang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia menyambung tali silaturahim.\u201d\n\n\u201cSesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.\u201d\n\n\u201cDari Abu Ayyub al-Anshori r.a bahawasanya ada seorang lelaki yang berkata Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku akan amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan diriku dari api neraka\u2019. Lalu Rasulullah SAW menjawab dengan sabda Baginda. \u2018Engkau beribadah kepada Allah semata dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, menegakkan solat, menunaikan zakat, dan menyambung tali silaturrahim\u2019.\u201d\n\nDalam sebuah hadis dikisahkan, Baginda Rasulullah SAW bersabda;\n\n\u201cMahukah kamu aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?\u201d tanya Rasulullah SAW kepada para sahabat. \u2018Tentu saja.\u2019 jawab mereka. Baginda kemudian menjelaskan, \u2018Engkau damaikan orang yang bertengkar, menyembungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-mara yang terpisah, menyatukan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal saleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturrahim\u2019.\u201d\n\nAllah Akan Menyambung Hubungan dengan Orang yang Menyambung Silaturrahim\n\n\u201cSesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya, hingga apabila Dia selesai dari menciptakan mereka, rahim akan berdiri dan berkata, \u2018Ini adalah tempat berdiri orang yang berlindung kepada-Mu dari memutuskan tali silaturrahim.\u2019 Allah berfirman: \u2018Ya, tidakkah engkau reda bila Aku menyambung orang yang menyambungmu dan memutuskan orang yang memutuskanmu?\u2019 Rahim berkata: \u2018Tentu saja.\u2019 Allah berfirman: \u2018Maka, itu menjadi milikmu\u2019.\u201d\n\n\u201cOrang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.\u201d\n\nSelain itu, antara kelebihan lain adalah:\n\nPenutup: Memelihara silaturrahim tanda kesempurnaan iman.\n\nMenjaga silaturrahim adalah tanda sebaik-baik iman iaitu amal perbuatan yang akan meningkatkan ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Selain itu, \u00a0sebagai bukti umtuk menjadi hamba yang sentiasa menuruti perintah Allah SWT\u00a0 dan benar-benar inginkan keredaan-Nya di dunia dan akhirat.\n\nDengan itu, persaudaraan sesama muslim adalah seperti tiang-tiang yang saling menyokong antara satu dengan yang lain. Jadi, demi memastikan kekukuhan persaudaraan,\u00a0 tali-tali silaturahim itu haruslah diperlihara selalu dengan sebaiknya. Secara tidak langsung, ini akan menguatkan perpaduan dalam kalangan umat Islam juga.\n\nUmat Islam sebaiknya menghayati saranan Rasulullah SAW\u00a0 dalam usaha menjadi mukmin yang\u00a0\u00a0 bertakwa,\u00a0 sentiasa menjaga ukhuwah dan berkasih sayang untuk\u00a0 mendapat rahmat Allah SWT.\n\n\u201cTidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim.\u201d\n\nSemoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan yang berpegang teguh kepada \u2018hablun minan nas\u2019 di samping menyeimbangkan \u2018hablun minallah\u2019 \u00a0semata-mata kerana Allah SWT. Amin.\n\nMari baca lebih lagi perkongsian menarik kami tentang 15 Sebab Kita Perlu Menjaga Silaturrahim Dengan Semua Orang\n\ndan 20 Tips Membentuk Keluarga Sunnah (Perkongsian Tokoh Agama Terkenal"
"Hmm.. hujung minggu nih tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Nak idea atau cadangan menu tengah hari? Apa kata cuba masakkan Ketam Salted Egg. yela kalau asyik-asyik menu sama.. bosan jugalah kan. Lagipun menu salted egg ini boleh dipelbagaikan. Tidaklah semestinya ketam sahaja. Kalau dah jemu dengan ketam. Tukarlah. Mudahkan? Tak payah pening-pening.\n\nJadi untuk kali ini, kami kongsikan resepi Ketam Salted Egg Pekat dan Pasti Sedap yang dikongsikan oleh Dibb Dibz yang menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan cara penyediaannya pun ringkas dan senang. Apa lagi jom tengok resepinya.\n\n1. Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk bahagian sepit yang keras bagi retak untuk senang makan. Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.\n\n2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.\n\n3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat. Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.\n\n4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang!\n\nSenang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Ketam Salted Egg ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
"Sudahkan anda makan tengah hari ini? Resepi ikan kembung berlada, lauk ini ada peminatnya sendiri. Cukup untuk makan tengah hari dengan ikan kembung berlada, tak perlu menu lain.\n\nResepi ini bagi kami mudah. Jom kita lihat resepi sedap yang telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook. Resepi mudah yang boleh dicubakan oleh suri rumah.\n\nIkan kembung digoreng kemudian digaul sambal, sedap dimakan bersama nasi putih. Gandingkan dengan sayur dan ulam, makin sedap makan.\n\nJom masakkan ikan kembung berlada untuk keluarga hari ini. Gerenti semua suka dan makan boleh bertambah. Selamat mencuba. Melihat gamabr sudahpun menggugat iman.\n\nSelain resepi ikan kembung berlada, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ramai orang tak reti membezakan antara limau nipis dengan limau purut. Sebenarnya mudah sahaja, buah limau purut dicirikan dengan kulit kasar, menggerutu dan berwarna hijau yang tidak berapa berjus seperti limau yang lain. Ia adalah sedikit keras dan tebal berbanding limau nipis.\n\nLimau purut terdapat di Australia, New Guinea serta Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand dan juga Indonesia. Kini, limau purut ditanam di iklim tropika dan subtropika di seluruh dunia.\u00a0Anda boleh mencari buah limau purut ini sepanjang tahun. \n\nMusim puncak untuk buah ini di Hemisfera Utara adalah antara pertengahan Disember dan April. Buah limau purut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan digunakan dalam perubatan, masakan serta bahan kecantikan.\u00a0\n\nLimau Purut Untuk Kecantikan Seluruh Tubuh Badan\n\nBercakap mengenai kecantikan, sememangnya dari dahulu lagi limau purut ini digunakan dalam kecantikan. Ada yang guna limau purut ini untuk kecantikan kulit, rambut serta digunakan juga untuk kuruskan badan. \n\nYa, jangan lepaskan peluang untuk gunakan limau purut bagi menguruskan badan, sudahlah murah, senang didapati pula tu. Jom lihat 8 khasiat limau purut untuk kurus.\n\nLimau purut mengandungi sumber vitamin C yang sangat tinggi serta nutrien yang menguatkan sistem imunisasi untuk membantu tubuh anda berfungsi dengan baik. \n\nLimau purut juga turut mengandungi vitamin B, kalium, fosforus, magnesium dan terdapat juga kandungan antioksidan didalamnya. Zat vitamin dan nutrien ini dapat menguruskan tubuh badan dengan mudah.\n\nMinum sesudu jus limau purut satu hari sekali sudah cukup untuk memberikan vitamin secukupnya di dalam badan anda untuk melakukan aktiviti harian.\n\nKhasiat limau purut untuk kurus adalah ia merupakan sumber fiber (serat) yang baik. Tahukah anda, hanya satu cawan jusnya sahaja mengandungi empat gram fiber. \n\nBagi anda yang mahu menurunkan berat badan, anda disarankan agar mengambil 14 gram fiber untuk setiap 1,000 kalori yang anda makan. Oleh itu, pemakanan anda akan lebih terjaga.\n\nFiber mempunyai beberapa manfaat kesihatan, termasuklah memperbaiki kesihatan pencernaan, mengawal proses penghadaman dan membantu mengurangkan berat badan.\n\nLimau purut mengandungi kalori yang rendah dan sememangnya baik untuk proses menguruskan badan. Pengambilan jus limau purut di dalam makanan seharian dapat menurunkan kalori di dalam badan. Ia adalah salah satu khasiat limau purut untuk kurus.\n\nJika anda ingin kalori di dalam badan berkurangan, pengambilan limau purut adalah pilihan yang tepat. Tubuh akan berasa segar dan neutral, menyebabkan anda mudah kurus dan lebih ringan.\n\nLimau purut juga dapat membantu merangsang perjalanan darah di dalam badan. Bahan masakan yang dicampur dengan pes atau perahan jus limau purut juga dapat mengawal kadar kolestrol di dalam masakan. Ia dapat memberi kesan terhadap perjalanan darah anda di dalam badan. \n\nSebab itulah kalau kita lihat mereka yang sering mengamalkan masakan yang di campur limau purut ini, biasanya mereka jarang menghidap penyakit darah tinggi atau yang kurus! \n\n5. Mengandungi Nutrisi Baik Untuk Jantung\n\nLimau purut juga sebenarnya baik untuk kesihatan jantung anda. Malah, kajian di Jepun mendapati bahawa orang yang sering mengambil atau makan buah yang diperkaya dengan vitamin yang tinggi ini mempunyai kadar penyakit jantung dan strok yang lebih rendah. \n\nTambahan pula, kajian 2017 menunjukkan bahawa segala jenis limau dikaitkan dengan penurunan tekanan darah sistolik dan beberapa sebatian di dalam buah ini boleh meningkatkan penanda kesihatan jantung.\n\nSebagai contoh, serat larut dan flavonoid boleh meningkatkan tahap kolesterol dimana ia akan meningkatkan kolesterol baik dan mengurangkan kolestrol yang jahat. \n\nKebanyakan flavonoid dalam buah limau purut adalah antioksidan yang kuat yang memberi manfaat kepada hati dalam beberapa cara. Perasan tak, orang yang sakit jantung kebanyakannya mereka obesiti atau mempunyai penyakit melibatkan kolestrol.\n\nLimau purut sememangnya merupakan salah satu bahan yang terbaik dalam menghalang pembentukan asid yang berlebihan serta mengawal pertumbuhan lemak di dalam badan. \n\nCara kegunaannya adalah dengan memasukkan perahan air limau purut ini ke dalam makanan anda. Contohnya seperti ikan masak stim, yang selalunya akan diperah air limau ke dalamnya ataupun tomyam yang menggunakan air limau dalam masakannya. \n\nMudah-mudahan lemak di dalam badan anda akan berkurang dan stabil jika sentiasa mengamalkannya. Itulah dia khasiat limau purut untuk kurus yang perlu anda amalkan.\n\nLimau purut juga amat terkenal sebagai ejen penuaan yang turut dikatakan khasiatnya dalam menguruskan badan. Seluruh tubuh badan akan susah berkedut dan lebih awet muda, manakala raut wajah menjadi bagai remaja, begitu juga dengan tubuh yang akan ramping, kurus dan cantik.\n\nOrang dulu-dulu percaya dengan mengamalkan mandian limau purut dapat menguruskan badan serta mencantikan kulit. Nak kulit sentiasa cantik jangan lupa khasiat limau purut untuk kurus ini. \n\n8. Ejen Pembersihan Di Dalam Badan\n\nSelain itu, khasiat limau purut untuk kurus juga adalah ia mampu membuang sisa-sisa toksid di dalam badan. Limau purut mampu bertindak sebagai anti bakteria dan ejen pembersihan. \n\nIa juga dapat menstabilkan tekanan tubuh badan anda dan turut akan membuatkan tubuh berasa lebih segar.\n\nKesimpulannya, limau purut mempunyai banyak khasiat. Biasanya kita sering lihat mereka yang sering letakkan perahan limau purut di dalam masakannya, bentuk badan dan kulit mereka amat cantik dan menarik. \n\nJadi anda nak kurus dan cantik, lepas ni kenalah sentiasa mengamalkan makanan yang berasaskan limau purut ya? Jom baca juga khasiat daun parsley, khasiat daun kunyit, khasiat buah durian belanda dan khasiat jambu batu."
"Ayuh kenali kisah biodata Masyitah dan kehebatan beliau mempertahankan keimanannya. \n\nSemasa pemerintahan Firaun sebagai penguasa Mesir, dia terkenal sebagai seorang yang sangat kejam dan penentang utama ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa A.S. Sekiranya didapati ada seseorang yang dianggap sebagai menentangnya pasti akan dihabisi kehidupan mereka dengan cara yang sangat tidak berperikemanusiaan.\n\n\u201cSesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.\u201d\n\nAntara mangsa kekejaman Firaun adalah Masyitah yang merupakan seorang tukang sisir \u00a0rambut puterinya. Beliau menyahut seruan Islam yang dibawa Nabi Musa A.S tetapi menyembunyikan keislamannya itu tanpa pengetahuan sesiapapun termasuklah Firaun sendiri.\n\nSuatu hari, ketika sedang menyisir rambut puteri Firaun, tanpa sengaja sikat rambut terjatuh dari tangannya, dengan lantas Masyitah menyebut nama Allah. Hal tersebut didengari oleh anak Firaun lalu mempersoalkannya.\n\nAnak Firaun bertanya, \u201cAdakah yang dimaksudkan \u2018Allah\u2019 itu ialah ayahandaku?\u201d\n\n\u201cTidak Allah adalah Tuhanku, Tuhanmu dan tuhan sekalian alam,\u201d jawab Masyitah yang pada mulanya teragak-agak dan enggan menjawab pertanyaan tersebut. Namun dia menjawab dengan tenang.\n\nMendengar jawapan Masyitah. Puteri Firaun menjadi sangat terkejut dan menyatakan akan\u00a0 menyampaikan hal tersebut kepada ayahandanya. Tidak lama kemudian, Masyitah dipanggil oleh Firaun atas laporan itu.\n\nFiraun lantas bertanya, \u201cWahai Masyitah, apakah ada Tuhan selain\u00a0 diriku?\u201d\n\n\u201cYa, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.\u201d Jawab Masyitah.\n\nMendengar jawaban itu, Firaun menjadi begitu marah dan berang.\n\nFiraun lalu mengumumkan bahawa dia akan menyiksa wanita itu bersama seluruh keluarganya. Dia segera memerintahkan pengawalnya untuk menyiapkan sebuah kawah besar yang terbuat dari tembaga. Lalu mereka menyalakan api dan memanaskan air di dalamnya.\n\n\u00a0Selepas semua persiapan selesai dan air mendidih dengan dasyatnya, Firaun memberi kata dua kepada Masyitah, iaitu kembali menyembahnya sebagai tuhan ataupun dia bersama keluarganya akan dihumban ke dalam kawah jika memilih beriman kepada Allah S.W.T. Dengan tegas dan tenang Masyitah menyatakan pendiriannya untuk tetap beriman kepada Allah S.W.T berbanding Firaun.\n\nLalu Firaun yang sangat kemarahan itu\u00a0 pun memaksa Masyitah dan keluarganya terjun ke kawah yang airnya sedang menggelegak itu. Suami Masyitah menjadi orang yang pertama yang dicampak ke dalam kawah, diikuti dengan tiga orang anaknya.\n\nAnaknya yang keempat yang masih bayi itu masih berada dalam kendongan Masyitah. Masyitah berasa sungguh sedih melihat suami dan anak-anak terkapai-kapai dalam air yang sangat panas itu. Masyitah melihat ke arah anaknya yang masih kecil kemerahan itu, lalu timbul rasa kasihan dan mulai ragu-ragu untuk terjun. Syaitan mulai menggodanya dengan menimbulkan rasa serba salah.\n\nAda riwayat menyatakan dengan kuasa dan izin Allah S.W.T,\u00a0 anak Masyitah yang bayi itu berkata-kata dengan menyuruh ibunya terjun ke dalam air itu.\n\n\u00a0\u201cWahai ibu! Marilah kita menyusul ayah. Sesungguhnya syurga menanti kita. Wahai Ibu, masuklah! Sesungguhnya siksaan di dunia lebih ringan daripada siksa akhirat kelak.\u201d\n\nMendengar kata-kata bayinya itu, dengan penuh yakin dan rasa kehambaan demi mengabdikan diri kepada Allah S.W.T,\u00a0\u00a0 Masyitah lantas terjun ke dalam kawah yang sedang menggelegak airnya itu lalu menemui syahid.\n\nPenutup: Pengabdian Masyitah Terhadap Tuhan-Nya Sangat Sukar Dicariganti\n\nWalaupun zahirnya hukuman kejam Firaun terhadap Masyitah dilihat sangat tidak berperikemanusiaaan, namun dari sudut yang lain, inilah ujian Allah terhadap Masyitah serta keluarganya dalam menguji ketaatan dan keimannya.\n\nRupa-rupanya, dalam kelembutan fizikal seorang wanita bernama Masyitah, tersembunyi kekuatan yang luar biasa yang sangat sukar dimiliki oleh wanita lain. Bahkan keberanian dan ketegasannya dalam mencintai Islam sangat menggagumkan.\n\nSemasa peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah S.A.W telah melalui satu makam yang baunya sangat harum semerbak kasturi. Malaikat Jibril yang mengiringi Baginda lalu mengkhabarkan bahawa itulah makam Masyitah, seorang penghuni syurga yang kentalmempertahan imannya. Demikian Allah S.W.T memberi kemuliaan terhadap seorang wanita yang kuat iman serta kehambaan-Nya yang sukar didapati di zaman ini.\n\n Sila baca juga artikel-artikel menarik yang ingin kami kongsikan seperti;"
"Laksa adalah salah satu makanan yang terkenal dari negeri di belah-belah utara. Laksa kebiasaannya boleh didapati di mana-mana pasar malam. Kuah laksa yang selalu kita makan diperbuat daripada isi ikan. Adakah anda pernah terfikir untuk merasai kuah laksa yang diperbuat daripada isi ayam? \n\nResipi ini akan membawa sedikit kelainan daripada biasa iaitu resipi laksa kuah ayam. Kita tidak dapat melihat laksa kuah ayam dijual di mana-mana bukan? Jadi, jika anda mahu merasai sendiri laksa kuah ayam ini anda perlulah menghasilkannya sendiri di rumah. Jangan risau, resipi ini sama sahaja cara memasaknya dengan laksa biasa. Cuma anda perlu menukar isi ikan kepada isi ayam sahaja.\n\nJadi mari kita lihat resipi dari Animarlina Abd Maulop yang telah dikongsikan di laman Facebook.\u00a0 \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi menarik yang semestinya anda boleh cuba. Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!"
"Selain program imunisasi untuk anak-anak, pendaftaran tahun 1 merupakan satu lagi perkara yang biasanya menjadi keutamaan ibu bapa yang sayangkan anak mereka. Jika ini adalah kali pertama anda melakukan pendaftaran darjah 1 untuk anak, pastinya anda tertanya-tanya apakah prosesnya? Apa dokumen yang diperlukan? Bila pendaftaran boleh dilakukan?\n\n1. Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pelajar darjah satu secara online?\n\nSebelum anda melakukan pendaftaran anak tahun satu, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang berikut:\n\n2. Bilakah pendaftaran darjah satu boleh dilakukan?\n\nKebiasaannya setiap tahun, pendaftaran akan dibuka dari bulan Mac sehingga April setiap tahun. Ibu bapa perlu beringat akan tarikh ini supaya tidak terlepas dan bagi memastikan anak anda mendapat tempat di sekolah yang menjadi pilihan.\n\nBagi ibu bapa yang gagal untuk melakukan pendaftaran pada tempoh yang sepatutnya, pendaftaran lewat boleh dibuat bermula dari bulan Mei sehingga Disember. Untuk pendaftaran lewat, tiada sistem online yang disediakan. Ibu bapa perlu pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah dan mengisi borang ASBS\n\n3. Di manakah pendaftaran boleh dibuat?\n\nPendaftaran darjah satu boleh dibuat secara online dengan cara:\n\n4. Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran darjah satu secara online?\n\nUntuk melakukan pendaftaran darjah satu, anda boleh lakukan langkah-langkah yang berikut:\n\n5. Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia menjamin bahawa anda anda akan dapat masuk ke sekolah yang dimohon?\n\nUntuk makluman anda, tiada jaminan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa anak anda akan mendapat tempat di sekolah yang dipohon. \n\nPenempatan di sekolah adalah bergantung kepada kekosongan yang anda dengan konsep siapa yang medaftar dahulu akan mendapat tempat berbanding yang lewat. Sekiranya anak anda tidak mendapat tempat di sekolah yang dipohon, anak anda akan ditempatkan di sekolah yang berhampiran.\n\n6. Apakah maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran darjah satu?\n\nUntuk mendaftarkan anak darjah satu, anda perlu mengisi borang yang disediakan dan memasukkan maklumat yang dikehendaki. Di antara maklumat yang diperlukan ialah:\n\n7. Bagaimana pula proses pendaftaran darjah satu bagi anak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri?\n\nBagi anak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, pendaftaran tidak boleh dilakukan secara online. Sebaliknya pendaftaran darjah satu boleh dibuat dengan cara pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengisi borang MWTD. Namun borang tersebut hanya boleh diisi bermula bulan Disember.\n\n8. Selepas selesai pendaftaran darjah satu secara online, apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa?\n\nSelepas selesai proses pendaftaran darjah satu secara online, ibu bapa pelu mencetak borang permohonan tersebut dan dibawa ke sekolah yang dipohon bagi tujuan perakuan permohonan dan mengahantar dokumen yang diperlukan. Ibu bapa boleh mula pergi ke sekolah bagi tujuan perakuan permohonan serta menghantar dokumen pada bulan Mac sehingga April.\n\n9. Apakah dokumen yang perlu dibawa bersama semasa perakuan permohonan pendaftaran darjah satu?\n\nBerikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda bawa bersama semasa pergi ke sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan:\n\n10. Bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan?\n\nAnda boleh mengetahui sekolah anda anda ditempatkan dengan memeriksa website semakan permohonan ini.\n\nItulah dia perkongsian kami pada hari ini berkenaan proses pendaftaran tahun satu secara online. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang cara mendidik anak perempuan dan cara mendidik anak lelaki."
"Pemilihan pakaian yang sesuai dengan tubuh badan adalah sangat penting. Ini kerana pemilihan pakaian yang sesuai akan memberikan keselesaan dan meningkatkan keyakinan diri individu tersebut. Apabila menyebut tentang pakaian, pemilihan pakaian dalam termasuk bra tak kurang pentingnya. Jom kami kongsikan panduan saiz bra yang sesuai dengan badan.\n\nApakah kesannya jika anda memakai bra yang tidak sesuai dengan badan?\n\nSebelum kami senaraikan tips memilih bra, apa kata kalau kami kupas dulu apakah kepentingan memilih bra yang sesuai dengan badan? Apakah kesannya jika anda tidak memilih bra yang betul? Menurut kajian, pemakaian bra yang tidak sesuai akan menyebabkan:\n\nBagaimana cara memilih bra yang sesuai dengan badan?\n\nUntuk mendapat bra yang sesuai dengan tubuh badan anda, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah apakah saiz bra anda? Untuk makluman anda, saiz bra terdiri daripada dua perkara iaitu saiz lingkaran bawah payudara dan saiz mangkuk bra. Bra yang terbaik adalah bra yang betul saiz lingkaran dan cupnya. Sebagai contoh, bra dengan saiz 38B bermaksud bra tersebut mempunyai saiz lingkaran bawah payudara 38 dengan cup bersaiz B.\n\nBagaimana cara untuk mengira saiz lingkaran bawah payudara? Untuk menentukan berapakah lingkaran bawah payudara anda, terdapat dua cara yang boleh anda gunakan. Apa yang anda perlu lakukan ialah ambil tali tape dan ukur keliling tubuh badan anda di bawah payudara. \n\nUntuk cara yang pertama, anda boleh mengukur dengan menggunakan ukuran sentimeter. Untuk ukuran menggunakan sentimeter, berikut adalah panduan untuk anda:\n\nUntuk cara yang kedua, anda boleh menggunakan ukuran inci. Dapatkan ukuran lingkaran bawah payudara anda dalam ukuran inci. Jika ukuran yang anda dapat adalah bernombor genap, tambahkan dengan 4. Jika nombor yang anda dapat adalah ganjil, tambahkan dengan 3. Sebagai contoh:\n\nUntuk mengetahui saiz cup pula, anda boleh gunakan formula yang berikut. Dapatkan ukuran lingkaran payudara, dan kemudian anda tolakkan dengan ukurlilit lingkaran bawah payudara anda, kemudian tambah dengan 2 sentimeter. \n\n Lingkaran payudara \u2013 lingkaran bawah payudara + ditambah 2 sentimeter. Sebagai contoh, lingkaran payudara 48 \u2013 lingkaran bawah payudara 36+ 2 sentimeter. Jawapannya: 14.\n\nSelain itu, material bra juga memainkan peranan yang sangat penting. Memilih bra yang dibuat daripada kain kapas atau cotton adalah sangat baik kerana material tersebut membenarkan kulit anda bernafas dan kurang berpeluh. Sistem pengudaraannya juga adalah lebih baik dan akan mengurangkan masalah ruam pada payudara dan belakang badan.\n\nApakah tanda anda memakai bra yang tidak sesuai dengan badan?\n\nJika anda memilih bra yang kurang sesuai dengan tubuh badan, ada beberapa tanda jelas yang akan kelihatan. Di antara tanda-tanda tersebut ialah:\n\nItulah dia info tentang panduan saiz bra yang sesuai untuk badan. Semoga bermanfaat buat anda semua. Selepas ini kalau anda ingin membeli bra, pastikan anda dapatkan ukuran bra yang betul sebelum memilih. \n\nWalau bagaimana pun, apa yang paling penting ialah pastikan anda mencuba bra tersebut terlebih dahulu kerana ada kalanya, jenis bra yang berbeza akan menyebabkan ukuran & kesesuaiannya berubah."
"Uri di bawah atau uri rendah adalah salah satu daripada komplikasi kehamilan yang sangat ditakuti oleh ibu mengandung. Jika anda sedang mengandung anak pertama, pastinya anda lebih risau memandangkan anda belum pernah mempunyai pengalaman mengandung sebelum ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang uri di bawah sebagai panduan semua ibu mengandung.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan uri di bawah?\n\nUri di bawah atau uri rendah adalah keadaan di mana uri berada di bahagian bawah iaitu bukan kedukan yang normal. Dari segi perubatan, uri di bawah dipanggil Placenta Previa yang bermaksud placenta first dan ia adalah salah satu komplikasi yang memerlukan perhatian segera daripada doktor lebih-lebih lagi jika tarikh dijangka bersalin sudah begitu hampir.\n\nUntuk pengetahuan anda, bagi kandungan yang normal uri sepatutnya berada di bahagian atas atau pun tengah kantung bayi dan bukannya di bahagian bawah. Apabila ujian ultrasound yang dijalankan mendapati bahawa uri anda berada di bahagian bawah, ia bermakna anda sedang mengalami uri di bawah.\n\nAdakah uri di bawah sesuatu yang membahayakan kandungan?\n\nJawapannya ialah ya. Uri di bawah boleh menyebabkan anda mengalami beberapa komplikasi kehamilan yang lain dan menjejaskan kandungan anda. Malah ia boleh menghalang anda daripada bersalin secara normal kerana uri di bawah akan menutup laluan untuk bayi anda keluar.\n\nUri di bawah boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu:\n\nNamun jangan risau, masalah uri di bawah boleh diatasi jika ianya dikesan pada peringkat awal dan diberikan rawatan yang sepatutnya. Oleh itu, kalau anda disahkan mengalami masalah uri di bawah, jangan terlalu risau. Jom teruskan membaca.\n\nMenurut rekod, wanita yang mengandung untuk kali kedua dan seterusnya mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah uri di bawah. Ibu yang mengandung buat kali pertama jarang terkena komplikasi ini. Selain mengandungkan anak untuk kali kedua, berikut adalah di antara punca masalah uri di bawah yang telah dikenal-pasti oleh pakar perubatan moden:\n\nApakah simptom atau tanda uri di bawah?\n\nJika anda mengalami masalah uri di bawah, kebiasaannya anda akan mengalami beberapa simtom seperti:\n\nOleh itu, jika anda mengalami sebarang pendarahan semasa mengandung, usah dipandang ringan. Segera pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan rapi oleh doktor.\n\nApakah masalah atau komplikasi yang boleh berlaku?\n\nPastinya anda ingin tahu apakah komplikasi atau masalah kepada kandungan yang boleh berlaku sekiranya seorang ibu mengandung mengalami masalah uri di bawah. Dari segi perubatan moden, masalah uri di bawah adalah satu komplikasi yang boleh menjejaskan kandungan. Di antara masalah yang mungkin timbul akibat uri di bawah adalah seperti berikut:\n\nApakah yang perlu dilakukan sekiranya anda mengalami masalah ini?\n\nPerkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dapatkan nasihat dari doktor dan lakukan mengikut arahan yang diberikan. Jangan sesekali berurut dengan bidan kampong untuk menaikkan uri kerana tekanan yang diberikan kepada perut dan rahim boleh menjejaskan kandungan anda. Malah ada banyak kes di mana ibu berurut untuk menaikkan rahim namun akhirnya mengalami pendarahan dan kehilangan kandungan.\n\nJika anda mengalami pendarahan, anda dinasihati untuk banyakkan berehat dan berbaring di atas katil (bedrest). Ini kerana semakin aktif anda bergerak, semakin banyak pendarahan yang akan berlaku. Kebiasaannya uri akan naik sendiri menjelang tarikh anda dijangka bersalin. Namun jika ia tetap berada di bawah, doktor atau bidan terlatih yang ada di hospital akan cuba untuk menaikkan uri dengan melakukan teknik urutan yang terbukti berkesan dan selamat untuk anda dan bayi dalam kandungan.\n\nItulah dia info tentang uri di bawah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sakit bawah perut semasa mengandung,kencing kotor semasa hamil\u00a0dan kesihatan ibu mengandung."
"Daging paprik selalunya menjadi menu pilihan masyarakat melayu. Daging paprik biasanya dimakan bersama nasi putih ataupun nasi goreng. Makanan bercita rasa Thailand ini sangat diminati.\n\nResepi daging paprik sangat mudah. Bahan-bahan untuk membuat daging paprik juga mudah dijumpai. Rasa daging paprik pula tidak terlalu pedas namun sangat gurih dan sedap.\n\nDaging paprik biasanya dijadikan menu untuk jamuan acara atau makan tengah hari. Rasa sedap daging paprik yang dimakan bersama nasi sangat membangkitkan selera.\n\nDi bawah ini kami akan kongsikan resepi daging paprik yang mudah dan lazat yang dikongsikan oleh Nurjanah Amanda di Facebook. Sila baca dan cubakan resepi ini dirumah anda.\n\nResepi Daging Paprik Yang Membangkitkan Selera\n\n1. Perapkan daging bersama kicap pekat 1 sudu besar dan lada sulah 1 sudu besar.\n\n2. Tumis sampai garing bahan-bahan kisar bersama daun limau.\n\n3. Masukkan daging ke dalam bahan tumis tadi, kemudian tutup kuali. Biarkan daging masak sehingga empuk dan air dagingnya keluar.\n\n4. Masukkan sos tiram 2 sudu besar, sos tomato 4 sudu besar dan kicap lemak manis 4 sudu besar.\n\n5. Bila kuah agak pekat masukkan air.\n\n6. Akhir sekali masukkan sayuran campur.\n\nSelain resepi Daging Paprik, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Smartphone sememangnya sangat penting untuk setiap individu dan ianya menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian kita. Telefon pintar ini diperlukan untuk berkomunikasi antara individu dari jarak dekat dan jauh dan di mana sahaja kita berada serta banyak lagi kegunaannya. \n\nJom kami kongsikan antara smartphone terbaik Malaysia bawah RM500. Beli yang murah, yang penting pastinya berkualiti.\n\nRealme C3 adalah produk keluaran smartphone daripada Realme. Lapisan plastik pada bahagian telefon pintar ini adalah kalis air dan kalis cap jari. Bukan itu sahaja, reka bentuk smartphone ini juga dikatakan tahan calar.\n\nDilengkapi dengan screen 6.5 inci dan berresolusi tinggi, anda dapat menonton drama, filem atau video kegemaran anda dengan lebih jelas dan terang. Untuk pemain permainan video, smartphone ini\u00a0 sesuai untuk permainan video kerana akan melancarkan sesi permainan anda.\n\nVivo juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan smartphone terbaik malaysia bawah rm500 iaitu harga mampu milik. Smartphone ini mula dijual di Malaysia pada Oktober 2019 dan masih boleh diterima pakai dan digunakan sehingga kini. \n\nVivo Y11 hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Coral Red dan Jade Green serta mempunyai 2 kamera belakang yang berbeza dengan smartphone lain yang pasti memberikan kelebihan.\n\nSalah satu jenama dari China, Honor, juga mula mendapat tempat dengan reka bentuk yang anggun dan bergaya. Ia juga dilengkapi dengan sensor cap jari yang dapat memastikan keselamatan pengguna. \n\nDengan smartphone ini, anda boleh menjalankan tugas atau menjalani sesi permainan dengan sangat lancar tanpa menyebabkan masalah. Sepadan dengan harganya, telefon pintar ini dapat merakamkan momen indah anda dengan sangat jelas dan terang.\n\nRuang penyimpanan data pada smartphone ini ialah 64GB dan mempunyai memori 3GB yang tetap mesra pengguna bagi anda yang mahukan telefon yang canggih tetapi dengan harga murah.\n\nOppo A12e adalah salah satu produk terbaru yang dipasarkan di Malaysia dan merupakan salah satu jenama terkemuka dari China dengan menghasilkan produk berkualiti dalam setiap pengeluarannya. Smartphone ini diperbuat daripada plastik yang tahan lama dan tidak mudah tergores. Ia juga tidak akan meninggalkan kesan cap jari pada telefon pintar ini.\u00a0\n\nSeperti yang kita ketahui, Oppo adalah salah satu telefon pintar terkemuka di pasaran dengan kamera berkualiti seperti DSLR dan sekiranya anda adalah kaki selfie, ini adalah salah satu smartphone yang patut dibeli oleh anda.\n\nHonor juga merupakan syarikat dari China yang bersaing dalam arena teknologi terutamanya di dalam pengeluaran smartphone. Honor 8S ada dalam senarai telefon dengan harga di bawah RM500 untuk tahun 2021 dan menawarkan 3 warna pilihan iaitu Hitam, Biru dan Emas. Smartphone ini mempunyai saiz screen 5.71 inci dan mempunyai kamera belakang 13MP yang boleh dikatakan sesuai dengan harganya.\n\nStorage penyimpanannya pula didatangkan dengan dua versi iaitu 32GB (RAM 2GB) dan 64GB (RAM 3GB). Kapasiti bateri smartphone ini pula 3020 mAh.\n\nSmartphone terbaik Malaysia bawah rm500ini dikeluarkan pada pertengahan 2019 dan masih relevan untuk dibeli dan digunakan untuk tahun 2021 ini. \n\nIa secara rasmi dijual di Malaysia dengan pilihan warna Diamond Blue dan Diamond Black. Kamera smartphone ini bersesuai dengan harganya iaitu 13MP dibelakang dan 5MP didepan.\n\nIa turut dilengkapi dengan chipset Snapdragon 439 dan mempunyai kelajuan RAM 2GB dan 3GB. Bateri smartphone Realme C2 ini pula mampu untuk bertahan dengan lama kerana kapasitinya 4000 MAh.\u00a0\n\nKita mungkin biasa mendengar smartphone Xiaomi yang fokus kepada telefon dengan spesifikasi hebat dengan harga yang sangat berpatutan. Model Redmi 8 ini pertama kali dijual di Malaysia pada Oktober 2019 dan masih diperkatakan sehingga ke hari ini. \n\nSmartphone Xiaomi Redmi 8 ini menawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Sapphire Blue, Onyx Black dan Ruby Red. Terdapat 2 kamera belakang dengan kapasiti bateri yang agak besar dengan harga di bawah RM500. \n\nKapasiti baterinya boleh dikatakan agak berbaloi dengan harganya iaitu 5000 mAh. Skrin Xiaomi Redmi 8 ini pula 6.22 inci yang sememangnya amat sesuai untuk bermain permainan video dan juga menonton video kegemaran.\n\nJenama telefon yang dahulunya hebat dan mula hilang pada akhir tahun 2010 dan telah kembali untuk terus bersaing, iaitu Nokia. Smartphone ini tersedia di pasaran dan model yang terbaru ialah Nokia 3.2. Variasi warna yang ditawarkan oleh model Nokia 3.2 ini adalah hitam dan kelabu.\n\nSaiz skrinnya juga setanding dengan smartphone lain iaitu 6.26 inci. Ia juga dilengkapi dengan Android One dan chipset Snapdragon 429. Kapasiti baterinya pula 4000 mAh yang mungkin sepadan dengan harganya tersebut.\u00a0\u00a0\n\nTP-Link pada sebelum ini hanya terkenal dalam barangan peranti dan sambungan wifi. Kini, syarikat ini juga mengeluarkan telefon bimbitnya sendiri dengan jenama Neffos dan telah memasuki Malaysia secara rasmi. \n\nSmartphone terbaik Malaysia bawah rm500 ini didatangkan dengan 3 variasi warna yang berbeza, iaitu Aurora ungu, hitam merah dan biru. Saiz screen smartphone ini juga sekitar 6.26 inci dan RAM nya hanyalah 2GB. \n\nApa yang boleh dikatakan, ianya sesuai digunakan hanya untuk Whatsapp, membuat panggilan dan tidak sesuai untuk bermain permainan video yang mempunyai grafik tinggi.\u00a0\n\nMungkin ini adalah salah satu jenama termurah dari senarai smartphone terbaik malaysia bawah rm500 iaitu Nubia N2 Lite. Ia diperkenalkan pada tahun 2019 dan boleh dikatakan masih belum diketahui oleh ramai orang di Malaysia. \n\nZTE Nubia N2 Lite ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 3300 mAh dan memori penyimpanan sebesar 32GB. Kelajuan smartphone ini pula 3GB RAM yang boleh dikatakan amat tidak masuk akal dengan harganya RM299 di Shopee.\n\nBerikut adalah antara smartfon murah dan terbaik untuk anda. Jom baca juga smartphone terbaik Malaysia bawah RM500.\u00a0skincare Korea Terbaik, \u00a0serum terbaik untuk kulit kering\u00a0dan Produk Hilangkan Parut.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Jambu batu adalah salah satu buah yang disukai oleh masyarakat, yang mana biasanya diolah menjadi jus dan rojak. Selain nikmat disajikan, buah ini juga mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk mencegah demam berdarah dan untuk ibu hamil.\n\nJambu batu sangat kaya akan nutrisi dan vitamin. Dalam satu biji buah jambu batu, ia mengandung vitamin C, A, kalium, dan antioksidan, serta mengandungi nutrisi seperti serat, zat besi, protein, magnesium dan juga folat. Kandungan vitamin dan nutrisi dalam jambu batu dapat mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan memberi manfaat kepada ibu hamil.\n\nSetiap orang memerlukan kekebalan diri terutamanya untuk ibu yang sedang hamil. Tahukah anda, khasiat dari jambu batu dapat meningkatkan kekebalan tubuh badan? Di samping itu, jambu batu juga berkhasiat dalam meningkatkan antibodi tubuh badan anda.\n\nMengikut kajian, jambu batu mengandungi vitamin C sebanyak lima kali lebih daripada limau dan lapan kali lebih daripada lemon. Oleh itu, sekiranya diserang penyakit ringan, penggunaan vitamin C pada jambu batu ini dapat menyembuhkan dan mencegah jangkitan ibu hamil.\u00a0\n\nKhasiat jambu batu untuk ibu hamil juga adalah ia menstabilkan tekanan darah ibu hamil. Khasiat jambu batu pada wanita hamil dapat mengatasi masalah tekanan darah tinggi yang berisiko mengalami komplikasi semasa kehamilan.\u00a0\n\nSelain khasiat jambu batu kepada ibu hamil, jambu batu juga berkhasiat untuk bayi dalam kandungan. Ia mampu melindungi sistem saraf bayi kerana jambu batu kaya dengan asam folat yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak bayi.\u00a0\n\nSekiranya wanita mengandung kekurangan asam folat, ia mungkin menyebabkan gejala seperti bayi yang dilahirkan dengan kurang upaya atau kurang berat badan. Dengan ini, jambu batu memang sangat diperlukan untuk ibu hamil bagi menjaga sistem saraf bayi.\n\nSeterusnya, khasiat jambu batu untuk ibu hamil adalah ia dapat menenangkan fikiran ibu yang sedang hamil. Ia turut mempengaruhi saraf ibu mengandung untuk lebih baik dan sihat.\n\nMenurut majalah popmama,\u00a0kortisol hormon dalam badan dan kekurangan magnesium akan menyebabkan ibu hamil mengalami kemurungan. Oleh itu, khasiat buah jambu batu untuk ibu hamil turut dapat mengurangkan tekanan pada sel-sel saraf sehingga menenangkan fikiran mereka.\n\nSembelit yang dialami oleh ibu hamil ataupun orang lain boleh sahaja dikurangkan dengan jambu batu ini. Hal ini demikian kerana, Jambu batu\u00a0 juga kaya dengan serat yang membantu melancarkan saluran pencernaan.\u00a0 Jambu batu juga dapat memastikan bakteria baik yang ada di saluran pencernaan tetap bekerja dengan baik supaya anda tidak sembelit\n\nKhasiat jambu batu untuk ibu hamil adalah dalam mengekalkan gula darah dalam badan. Jambu batu dapat menyelesaikan masalah gula darah yang biasa dialami pada tempoh kehamilan atau dipanggil diabetes gestationa yang boleh menyebabkan banyak komplikasi. Bagi mencegah penyakit ini, ibu hamil boleh memanfaatkan jambu batu.\n\nJambu batu juga dapat meningkatkan fungsi indera penglihatan. Tidak dinafikan, jambu batu kaya dengan vitamin A yang dapat mencegah kebutaan dan meningkatkan fungsi mata sejak janin lagi. \n\nSelain itu, Vitamin A penting untuk kesihatan sel-sel tubuh, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, dan menjaga kesihatan kulit.\u00a0Ibu hamil perlu mengamalkan makan buah jambu batu kerana khasiatnya ini.\n\nKhasiat jambu batu terhadap ibu hamil yang ramai tak tahu adalah ia berupaya menurunkan risiko kanser. Jambu batu\u00a0 kaya dengan antioksidan seperti Lycopene dan vitamin C yang membantu mencegah kanser pada wanita hamil. \n\nKhasiat jambu batu untuk ibu hamil juga dapat membuang racun dari dalam tubuh. Jambu batu dapat menghalang keburukan yang boleh berlaku sekiranya tubuh terdedah kepada radikal bebas. \n\nKhasiat buah jambu batu lainnya untuk ibu hamil adalah ia dapat mencegah ibu hamil daripada mengalami kegemukan atau obesiti. Dengan mencegah kegemukan, jambu batu juga dapat mengatasi masalah gangguan perkembangan janin bahkan proses persalinan nanti. \n\nAntara manfaat lain yang terdapat dalam buah jambu adalah ia membantu menyerap nutrien. Apabila kita makan jambu batu, makanan lain yang kita makan akan diserap dengan betul.\u00a0\n\nContohnya, Kita juga boleh mendapatkan semua nutrien penting dari makanan seperti biotin , vitamin, dan lain-lain. Oleh itu, Jambu batu adalah menu makanan sihat yang dimakan oleh wanita mengandung berkhasiat boleh diserap dengan lebih optimum.\n\n11.\u00a0 Membantu Penyembuhan Diare dan disentri\n\nJambu batu juga dapat membantu penyembuhan diare. Ia sangat kaya dengan astringen (sebatian yang membuat gusi anda berasa lebih kuat dan segar).\u00a0\n\nTamsilnya, selepas anda mengunyah daun jambu, makan jambu mentah, atau menggunakan ubi gigi berasaskan jambu, mulut anda akan berasa lebih sihat dan ia juga boleh mengurangkan gejala cirit-birit .\u00a0\n\nJambu batu ini bersifat alkali dan mempunyai ciri-ciri pembasmian serta anti- bakteria, oleh itu, ia membantu menyembuhkan disentri dengan menghalang pertumbuhan mikroba dan mengeluarkan lendir tambahan dari usus.\n\nJambu batu ini mampu mengekalkan kesihatan kelenjar tiroid.\u00a0 Salah satu kelenjar yang paling penting dalam tubuh untuk mengawal selia hormon dan fungsi sistem organ. Ia akan berfungsi baik sekiranya anda sering mengamalkan makan buah jambu. Ia sangat baik untuk kesihatan ibu hamil.\n\nKhasiat jambu batu untuk ibu hamil juga adalah ia membantu dalam menghilangkan batuk dan selsema. Jambu batu telah terbukti menjadi pencegahan terhadap selsema dan jangkitan virus seperti mengurangkan mukus membasmi sakit tekak, saluran pernafasan dan paru-paru dan menghalang aktiviti mikrob dengan khasiatnya.\n\nJambu batu dapat meningkatkan tekstur kulit dan membantu anda mengelakkan masalah kulit yang teruk. Bagi ibu hamil yang selalu mengalami alahan, jambu batu dapat mengatasi masalah alahan kulit anda.\n\nIa kaya dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C dan kalium yang antioksidan yang baik, yang menjadikan kulit anda bersinar dan bebas daripada tanda-tanda penuaan pramatang, kedutan dan gangguan kulit yang lain.\n\nIbu hamil yang mengalami kulit gatal boleh menyebabkan alahan. Mereka boleh mengamalkan makan jambu batu kerana daun jambu batu boleh menyingkirkan gatal-gatal pada kulit. Ia mengandungi sebatian alahan yang menghalang alahan. \n\nJelas bahawa jambu batu sangat berkesan untuk ibu hamil. Khasiat jambu batu untuk ibu hamil sangat banyak, malah ia seharusnya perlu diambil oleh setiap ibu hamil. Jom baca juga Kelebihan asid folik untuk ibu hamil, Khasiat saffron untuk ibu mengandung, Cara senaman wanita hamil dan Petua tambah selera makan anak."
"Keadaan normal bersalin, kepala bayi dahulu yang akan keluar kemudian baru tubuh badan bayi. Pernah dengar bayi songsang dalam perut? Bayi songsang bermaksud bayi yang dilahirkan mengeluarkan kakinya dulu kemudian baru kepalanya. Keadaan ini tidak normal dan boleh membawa risiko tinggi kepada si ibu dan anak. Jika perkara ini berlaku, si ibu dinasihatkan untuk menjalankan pembedahan berbanding bersalin secara normal kerana ia lebih selamat.\n\nIbu dilarang untuk membetulkan bayi yang berkedudukan songsang dalam kandungan kerana ia tidak bagus dan boleh membawa risiko yang tinggi kepada si bayi. Beberapa keadaan dilarang memusingkan bayi songsang dalam kandungan.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 keadaan dilarang memusingkan bayi songsang dalam kandungan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n9 keadaan dilarang memusingkan bayi songsang\n\nBeberapa keadaan yang dilarang keras untuk pusing baby:\n\nJangan mudah-mudah je hulur perut tu kepada sesiapa yang bukan pakar bab ni. Saya beri nasihat ni sebab pernah dengar seorang ibu hamil yang nak pergi pusing baby songsang dia kat bidan. Sepatutnya dia jumpa doktor pakar sebab ada sejarah czer. Tetapi dia sengaja nak ngelat, tak nak jumpa pakar\n\nAkhirnya baby dia mati sebelum sempat lahir. Dia beranak pramatang, kaki bayi keluar dulu. Lama juga nak sampai kat hospital. Menyesal tak sudah walau mungkin baby itu dijamin Syurga\n\n*Ingat, jika bayi berkedudukan songsang dalam kandungan, jangan memandai-mandai pergi ke mana-mana bidan atau tukang urut untuk memusingkan bayi songsang dalam perut. Seeloknya bawa berjumpa doktor pakar kerana ia adalah jalan yang lebih selamat dan dijamin keselamatan si ibu dan bayi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Resepi daging masak hitam ini sememangnya amat popular disajikan ketika hari raya. Tapi, boleh juga dijadikan sebagai juadah makan tengah hari anda. Pasti seisi keluarga anda akan makan sehingga menjilat jari! Serius sedap tau daging masak hitam yang simple ni. Tapi kalau makan memang boleh bertambah. Tambah makan dengan pulut ke perghhh memang berebut. \n\nJadi, bagi sesiapa yang dah bosan makan diluar dan hilang idea nak masak apa untuk seisi keluarga bolehlah cuba masakkan daging masak hitam ini. Menu ini sangat lah sesuai dan bertepatan dengan isteri yang bekerjaya tetapi masih mahu masak untuk keluarga. Masakan dari air tangan seorang isteri atau ibu gitu. Sebabnya masakan ini sangat simple, mudah dan jimat masa. Apa lagi, jom tengok resepinya. \n\nResepi ini dikongsikan oleh\u00a0Noor Farhana\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Resepi simple jer nih, jangan risau. Mudah dapat, mudah sedia, sangat sedap.\n\n-daging \u2013 anggaran 1 kg-Rempah 4 sekawan-Kerisik-Santan-Daun kari-Gula merah-kicap pekat-kicap manis-garam\n\n-Bawang besar 3 bji-Bawang putih 4 ulas-Tomato 2 bji besar-Halia 2cm-Lengkuas 2cm-Serai 3 batang-Cili blend\n\n1) Tumis rempah 4 sekawan, bahan blender, cili blend (ikut kepedasan) , daun kari. Tumis kejap.\n\n2) Lepas tu masukkan daging, kicap pekat, kicap manis, gula merah 2 sudu besar dan kerisik.\u00a0Masak sampai daging empuk dan pecah minyak\n\n3)Bagi kuah kering sedikit lepas tu masukkan pati santan. Perasakan dengan garam. Hidang panas panas makan ngan nasi putih.\n\nSelain resepi daging masak hitam, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya inginkan cahayamata sebagai penyeri rumah tangga dan lambang cinta dua hati yang tidak bertepi. \n\nSebaik sahaja anda disahkan mengandung, pastinya anda berasa bersyukur yang tidak terhingga dan mula mencari ilmu dan maklumat tentang kehamilan, terutamanya jika ini adalah kandungan pertama anda.\n\nDi antara ilmu penting yang perlu anda dan pasangan ketahuilah ialah tentang proses perkembangan bayi dan kedudukan bayi dalam kandungan mengikut bulan. Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan maklumat lengkap tentang kedudukan bayi dalam kandungan dari 2 sehingga 9 bulan. Semoga bermanfaat buat anda.\n\nPada usia kandungan anda 2 bulan atau 8 minggu, bayi anda adalah sebesar sebiji strawberi yang kecil dengan ukuran kira-kira 1.6 cm dan berat 1.1 gram. Bayangkan strwaberi comel dengan mata, mulut dan hidung yang baru mula terbentuk. Comel sangat kan?\n\nEkor berudu bayi anda akan hilang dan diganti dengan kaki dan tangan comel yang mula tumbuh. Pada kandungan 2 bulan anda belum dapat merasa pergerakan bayi anda namun yang sebenarnya, pada masa ini bayi anda sudah boleh bergerak. Bayi anda sudah mampu untuk menggerakkan pinggang dan memusingkan badannya.\n\nPada masa ini, bayi anda akan berada pada kedudukan kepala di atas dan kaki dibawah.\n\nApabila kandungan anda mencecah 3 bulan, pada waktu ini kedudukannya dalam kandungan masih lagi dalam posisi kepala di atas dan kaki di bawah. Pada saat ini mata, hidung, dan telinga bayi anda sudah terbentuk dengan sempurna. Malah kaki dan tangan bayi anda sudah mempunyai kuku yang comel. \n\nApa yang lebih menarik, seawal 3 bulan alat kelamin bayi anda sudah terbentuk. Bayi anda sudah mempunyai jantina namun oleh kerana alat kelamin bayi anda masih belum sempurna, adalah mustahil untuk menentukan jantina bayi anda pada tahap ini. Anda perlu bersabar sedikit.\n\nSemasa berumur 3 bulan, bayi anda akan menggeliat dengan kerap. Malah bayi anda sudah pandai menguap, menelan air ketuban, membuang air kecil, dan menghisap ibu jarinya. \n\nApabila kandungan anda memasuki usia 4 bulan, kedudukan bayi anda masih lagi dalam keadaan kepala di atas dan kaki di bawah. Walau pun bayi anda semakin aktif bergerak dan memusingkan badannya, namun posisi ini akan dikekalkan oleh bayi anda. Apabila memasuki 4 bulan, bentuk badan bayi anda akan semakin kelihatan seperti manusia dengan kepala besar dan kaki tangan yang pendek.\n\nPada waktu ini, organ dalaman bayi anda seperti paru-paru, hati, pankreas, usus, dan lain-lain sudah mula terbentuk. Apa yang paling menarik, bayi anda akan mula pandai menendang. Kebanyakan ibu akan mula merasa gerakan bayi pada waktu ini. \n\nJika anda adalah ibu yang mengandung untuk kali pertama, mungkin anda tidak perasan bahawa apa yang anda rasai adalah pergerakan bayi. Ini kerana bayi anda masih kecil dan pergerakannya adalah sangat lembut. Jika anda belum merasai pergerakan bayi anda, usah risau. lambat-laun anda akan merasainya juga. \n\nSebaik sahaja kandungan anda memasuki usia 5 bulan, bayi anda akan menjadi semakin aktif dan semakin kerap bergerak. Pada waktu ini kebanyakan ibu sudah merasai pergerakan bayi dalam kandungannya, termasuk ibu yang pertama kali mengandung. Pada mulanya anda akan merasakan pergerak yang perlahan namun lama kelamaan bayi anda akan semakin kuat dan menghasilkan pergerakan yang kuat.\n\nTelinga bayi anda sudah boleh mendengar dan bunyi pertama yang akan didengar oleh bayi anda ialah degupan jantung anda dan suara anda. Apabila mendengar suara anda atau pasangan, bayi anda akan aktif bergerak menunjukkan bahawa dia sedang berasa gembira dapat mendengar suara kegemarannya.\n\nPada waktu ini anda sudah boleh melihat jantina bayi anda dengan alat ultrasound. Semasa melakukan imbasan, bayi anda akan berada dalam kedudukan melintang di dalam kandungan anda dengan kepala berada di bahagian kanan dan kaki di bahagian kiri perut anda, atau sebaliknya.\n\nSemasa berumur 6 bulan dalam kandungan, kedudukan bayi anda masih lagi dalam posisi melintang iaitu kepala di bahagian perut kanan dan kaki di bahagian perut kiri anda atau sebaliknya. Pada saat ini rambut bayi anda akan semakin lebat. Malah tubuh badan bayi anda mula ditumbuhi bulu-bulu halus yang lembut.\n\nDaya pendengaran bayi anda sudah semakin tajam dan bayi anda mendengar semua bunyi dan suara yang ada di sekeliling anda. Pada masa ini adalah sangat baik untuk anda pasangkan bacaan surah Al-Quran atau alunan zikir supaya didengari oleh bayi dalam kandungan anda. Lebih baik kalau anda berzikir dan mengaji selalu untuk bayi anda.\n\nKedudukan bayi anda dalam kandungan pada waktu ini masih sama. Bayi anda belum berpusing untuk menurunkan kepalanya ke bawah memandangkan waktu bersalin masih jauh.\n\nAnda sudah memasuki trimester ketiga dan terakhir kehamilan anda. Pada tahap ini keduduka bayi anda akan mula berubah di mana bayi anda akan mula berpusing dengan kedudukan kepala menuju ke bawah. Bayi anda sudah pandai mengelipkan mata. \n\nParu-paru bayi anda juga sudah matang dan jika bayi anda dilahirkan awal pada masa ini, peluang bayi anda untuk terus hidup adalah sangat cerah.\n\nKedudukan bayi dalam kandungan semasa berusia 8 bulan ialah dengan posisi kepala di bawah dan kaki di atas. Jika pada masa ini bayi anda berada dalam kedudukan lain seperti melintang, usah gusar. \n\nMasih ada masa untuk bayi anda mengubah kedudukannya. Jangan berurut untuk membetulkan kedudukan bayi anda kerana ianya boleh membahayakan nyawa anda dan bayi.\n\nMencecah usia 9 bulan, bayi anda sudah bersedia untuk dilahirkan ke dunia dengan berada dalam posisi kepala di bawah dan kaki di atas. Kepala bayi anda akan semakin turun ke bawah dan memasuki ruang pelvis anda. Semakin dekat anda nak bersalin, anda akan merasakan bayi anda semakin turun ke bawah.\n\nItulah dia info tentang kedudukan bayi dalam kandungan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang posisi tidur untuk hamil dan selsema ketika hamil"
"Selamat hari Isnin semua. Bagaimana dengan persiapan raya anda? Baju raya, kuih raya, duit raya ape semua tu dah settle tak? Harapnya sudahlah semuanya. Saya yakin yang anda semua dah sabar-sabar dah nak balik kampong. Asyik duk membilang hari je kan?\n\nApa-apa pun, Ramadhan yang berbaki ini jangan dipandang sebelah mata sahaja. Gunalah sebaik-baik mungkin untuk meraih keberkatan dan ganjaran yang sangat banyak dariNya di bulan yang mulia ini. InshaaAllah.\n\nDi pagi yang indah ni, saya terfikir untuk share resepi waffle. Resepi waffle ni anda boleh tengok-tengok untuk dijadikan juadah petang selepas Ramadhan nanti. Tapi kalau rasa mengidam sangat, boleh buat terus malam ni after terawih ok? Hihihi\n\nWaffle ni memang sangat mudah untuk dibuat. Tak perlu lagi nak beli di kedai dengan harga yang agak mahal untuk satu biji waffle. Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat mudah untuk didapati. Jadi, mari kita tengok salah satu resepi best dari Hairul Nizam Ijam di Facebook.\n\n2 cawan gandum\n2 cawan air\n1/3 minyak\n1 biji telur\n1 1/2 sudu baking powder\n2 sudu susu tepung\n2 sudu gula\nSecubit garam\n\nSelain resepi waffle yang best ni, kami juga menulis resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
"Ibu bapa yang mendapat cahayamata baru pastinya sangat teruja dengan perkembangan dan pertumbuhan bayi anda. Keterujaan anda pastinya tidak terkata sekiranya ia adalah bayi pertama anda. Setiap hari pastinya anda akan memerhatikan apakah perkara baru yang berlaku kepada bayi anda.\n\nHari ini bayi anda sudah pandai tersenyum. Hari ini bayi anda sudah boleh mengambil mainan yang diletakkan di hadapannya. Satu lagi perkembangan yang paling menerujakan ibu bapa ialah pertumbuhan gigi bayi. Pastinya anda tak sabar menunggu gigi pertama bayi anda keluar, bukan? Istimewa untuk anda jom kami kongsikan tahap pertumbuhan gigi bayi sebagai panduan.\n\nGigi kacip pertama di rahang atas bayi anda biasanya akan tumbuh sekitar bayi anda berumur 8 sehingga 12 bulan. Ia akan tumbuh secara berpasangan, iaitu dua batang gigi sebelah-menyebelah. Mungkin kedua-dua gigi akan keluar serentak, dan mungkin juga ia akan keluar berasingan namun dalam jangka masa yang dekat.\n\nSementara gigi kacip pertama di rahang bawah bayi anda akan tumbuh lebih awal, iaitu semasa bayi anda berumur sekitar 6 sehingga 10 bulan. Ini adalah gigi pertama yang akan tumbuh pada bayi anda. Apa pun, hati-hati ye mama, apabila bayi anda sudah mempunyai gigi, anda mungkin akan digigit semasa bayi anda menyusu. \n\nAnda sudah boleh mula memberus gigi bayi anda. Gigi kacip pertama rahang atas dan rahang bawah biasanya akan luruh semasa anak anda berumur 7 sehingga 8 tahun.\n\nGigi kacip kedua pada rahang atas pula biasanya akan tumbuh sekitar bulan ke 8 sehingga bulan 9. Biasanya ia tidak akan mempunyai jarak yang lama dengan pertumbuhan gigi kacip pertama. Bagi gigi kacip kedua, biasanya ia akan gugur semasa anak anda berumur 8 sehingga 9 tahun, dan ianya berbeza di antara satu anak dan anak yang lain.\n\nSementara gigi kacip kedua pada rahang bawah biasanya akan tumbuh semasa baui anda berumur 10 sehingga 16 bulan. Anda mungkin perasan bahawa jarak di antara pertumbuhan gigi kacip kedua di rahang atas dan rahang bawah berlaku dalam jarak masa yang agak lama.\n\nSeterusnya, gigi yang akan tumbuh pada bayi anda ialah gigi taring pada rahang atas. Berdasarkan carta tahap pertumbuhan bayi, biasanya gigi taring bayi akan tumbuh semasa bayi berumur 16 sehingga 22 bulan. Ia mengambil masa yang agak lama dari pertumbuhan gigi kacip kedua dan peetumbuhan gigi taring. Biasanya gigi taring anak anda akan gugur pada umur 10 sehingga 12 tahun.\n\nSementara gigi taring rahang bawah bayi anda akan tumbuh semasa bayi anda berumur sekitar 17 sehingga 23 bulan, iaitu lebih kurang sama dengan pertumbuhan gigi taring di rahang atas. Ia juga biasanya luruh pada umur anak anda 10 sehingga 12 tahun.\n\nSemasa bayi anda berumur 13 sehingga 19 bulan, gigi geraham pertama di rahang atas bayi anda akan tumbuh. Apabila bayi anda sudah mempunyai gigi geraham, bermakna bayi anda sudah boleh mula mengunyah makanannya sendiri. Anda sudah boleh memperkenalkan makanan yang lembut seperti buah-buahan lembut seperti pisang, betik, anggur. Anda juga boleh berikan cheese stick untuk anda kunyah. Anda tidak perlu lagi memberikan bubur kepada bayi anda. Biasanya gigi geraham pertama akan gugur semasa anak anda berumur 9 sehingga 11 tahun.\n\nSementara gigi geraham pertama pada rahang bawah bayi anda akan tumbuh sedikit lewat iaitu sekitar bayi anda berumur 14 sehingga 18 bulan. Seperti gigi geraham pertama rahang atas, ia juga akan gugur semasa anak anda berumur 9 sehingga 11 tahun.\n\nGigi geraham kedua pada rahang atas bayi anda akan tumbuh semasa bayi anda berumur sekitar 25 sehingga 33 bulan. Pada masa ini, bayi anda sudah boleh makan makanan pejal seperti kanak-kanak yang lain. Adalah sangat penting untuk anda menjaga kebersihan gigi bayi anda dan mengawal pengambilan gula dalam diet seharian bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi. Gigi geraham kedua biasanya akan gugur semasa anak anda berumur 10 sehingga 12 tahun.\n\nSementara gigi geraham kedua pada rahang bawah bayi anda akan tumbuh sekitar bayi anda berumur 23 sehingga 31 bulan, iaitu lebih awal daripada gigi geraham rahang atas. Seperti gigi geraham rahang atas, ia juga akan gugur semasa bayi anda berumur 10 sehingga 12 tahun.\n\nApakah tanda bayi nak tumbuh gigi?\n\nPastinya anda tertanya-tanya apakah tanda bayi anda nak tumbuh gigi. Berikut adalah beberapa tanda yang biasanya akan ditunjukkan semasa bayi anda nak tumbuh gigi:\n\nItulah dia info tentang tahap pertumbuhan gigi bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda mungkin sukakan artikel kami tentang punca bayi mengangis malam, sunnah menyambut bayi, dan mainan bayi mengikut kesesuaian umur."
"Nian Gao merupakan kuih bakul yang selalunya dihidangkan semasa Tahun Baru Cina. Mengikut kepercayaan kaum Cina, hidangan Nian Gao juga membawa tuah terutamanya pada tahun baharu. Gao membawa maksud tinggi, menjadikan nama kuih ini membawa maksud yang sama erti dengan semakin tahun semakin tinggi.\n\nNian Gao adalah pencuci mulut dan rupanya adalah seperti dodol. Ini kerana, ianya diperbuat daripada tepung pulut. Ianya amat lazat dan unik. Jadi jom kita lihat cara pembuatannya. \n\nIanya telah dikongsikan oleh Azahari Abdullah dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook serta komen \u2013 komen positif. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi nian gao, pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada kenalan anda. Sehingga berjumpa lagi nanti!"
"Setiap ibadah sunnah sangat dituntut bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan untuk mendapat redaNya. Antara ibadah sunat yang amat diajak dan digalakkan oleh Rasulullah SAW adalah solat sunat rawatib ataupun lebih dikenali sebagai solat sunat Qobliyah Ba\u2019diyah.\n\n\u201cRasulullah SAW tidak meninggalkan solat sunat 10 rakaat iaitu dua rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat sesudahnya zuhur,dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum solat subuh.\u201d\n\nJuga perkara yang sama diungkapkan oleh Rasulullah\u00a0 SAW dalam riwayat yang lain. Dari Aisyah r.a, Baginda bersabda;\n\n\u201cSesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan\u00a0 solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; empat rakaat sebelum solat zuhur dan dua rakaat selepas zuhur, serta dua rakaat sesudah maghrib, dua rakaat\u00a0 selepas isyak dan dua rakaat lagi sebelum solat subuh.\u201d\n\nMaksud dan Jenis Solat Sunat Rawatib\n\nSolat sunat rawatib sebenarnya datang dari perkataan \u2018Raatib\u2019 yang membawa makna \u2018berterusan\u2019. Hal ini kerana solat rawatib dilakukan seiring, sebelum mahupun selepas solat fardu.\n\nAntara sebab kita digalakkan mendirikan solat sunat ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, \u00a0selain dapat menampung sebarang kecacatan dalam solat-solat fardu.\n\nTerdapat dua jenis solat sunat rawatib iaitu;\n\nPada setiap waktu solat fardu sunat rawatib boleh dilakukan, terdapat hukum yang berbeza sama ada muakkad (dituntut) atau tiada muakkad (tidak dituntut).\n\nSolat sunat rawatib dibahagikan kepada dua bahagian iaitu \u2018Muakkad\u2019 dan \u2018Ghairu Muakkad\u2019. Sunat Muakkad bermaksud sunat yang sangat dituntut manakala sunat Ghairu Muakkad pula bermaksud sunat yang tidak dituntut. Berikut adalah pembahagiannya:\n\nSolat Sunat Muakkad atau solat sunat rawatib yang dituntut ialah:\n\nSolat rawatib Ghairu Muakkad atau solat sunat rawatib yang tidak dituntut pula ialah:\n\nSolat sunat rawatib dilakukan dua rakaat sama seperti solat sunat yang lain, cuma perbezaannya adalah dari segi bacaan niat, surah dan juga doa.\n\n\u0623\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0638\u064f\u0651\u0647\u0652\u0631\u0650 / \u0627\u0644\u0645\u064e\u063a\u0652\u0631\u0650\u0628\u0650 / \u0627\u0644\u0639\u0650\u0634\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u064a\u064e\u0629\u064b \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u0627\u0644\u0649\u064e\n\n\u201cSahaja aku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur/Asar/Isyak/Subuh) dua rakaat, kerana Allah Taala.\u201d\n\nSesudah selesai solat fardu zuhur dan selepas bacaan wirid dan doa, berdiri lagi untuk mengerjakan solat sunat rawatib Ba\u2019diyyah.\n\n\u0623\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0638\u064f\u0651\u0647\u0652\u0631\u0650 / \u0627\u0644\u0645\u064e\u063a\u0652\u0631\u0650\u0628\u0650 / \u0627\u0644\u0639\u0650\u0634\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u064a\u064e\u0629\u064b \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u0627\u0644\u0649\u064e\n\n\u201cSahaja aku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur/Maghrib/Isyak) dua rakaat, kerana Allah Taala.\u201d\n\nPerkara yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Solat sunat Rawatib\n\n\u201cDua rakaat solat subuh lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya\u201d\n\n\u201cSesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zuhur sebanyak empat rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka.\u201d\n\n\u00a0(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)\n\n\u201cSemoga Allah merahmati orang yang solat sunat zuhur empat rakaat.\u201d\n\n\u201cSesiapa yang solat sunat sebelum asar empat rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka.\u201d \n\nSesungguhnya solat sunat rawatib ini merupakan solat yang sangat dituntut untuk dikerjakan serta dijanjikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Bahkan waktu untuk mengerjakannya jugak tidaklah sukar, iaitu boleh dilakukan seiring dan bersama-sama dengan solat fardu yang lain (selain waktu yang diharamkan untuk solat).\n\nOleh itu, keraplah untuk melazimi solat sunat ini supaya kita tidak tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi. Amin.\n\nDoa Yang Sesuai Dibacakan Selepas Solat Sunat Rawatib\n\nSebenarnya tidak ada sebarang dalil pengkhususan tentang doa selepas sunat rawatib daripada Rasulullah S.A.W. Namun begitu, bolehlah berdoa memohon agar diampunkan dosa, kejayaan dunia dan akhirat dan dikabulkan segala hajat.\n\nItulah dia panduan solat sunat rawatib yang boleh anda rujuk dan pelajari. Semoga panduan ini bermanfaat buat anda! Jom baca juga jenis solat qiyamullai, cara solat tahajud, cara solat dhuha dan cara solat taubat."
"Semasa anda mengandung, adalah sangat penting untuk anda menjaga kesihatan dan mengelakkan daripada jatuh sakit termasuk demam, batuk, dan selsema. \n\nIni kerana pengambilan ubat semasa mengandung boleh menjejaskan bayi kandungan anda. Jika anda batuk semasa mengandung, boleh amalkan tips ubat batuk semulajadi untuk ibu mengandung yang kami kongsikan di sini.\n\nJika anda batuk semasa mengandung, anda boleh berikhtiar dengan cara mengamalkan madu asli. Caranya minum satu sudu madu asli setiap pagi dan bilas dengan air kosong. \n\nJangan lupa untuk berselawat dan berdoa supaya Allah hilangkan penyakit yang anda alami. Madu adalah makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah untuk menjaga kesihatan. Insya Allah batuk anda akan hilang jika anda amalkan secara konsisten.\n\nSelain diminum satu sudu setiap pagi, anda juga boleh menggunakan madu sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan batuk semasa mengandung dengan cara yang berikut. Bahan yang diperlukan ialah madu, lemon, dan air panas. Caranya:\n\nSelain madu dan lemon, anda juga boleh menghilangkan batuk semasa mengandung dengan air madu dan kulit kayu manis. Bahan yang anda perlukan ialah madu, air panas, dan kulit kayu manis. Caranya:\n\nUbat batuk untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah minuman campuran madu dan bunga cengkih. Caranya sama seperti penyediaan minuman lain yang kami nyatakan di atas. Apa yang anda perlukan ialah madu, air panas, dan bunga cengkih. Caranya:\n\nIni adalah petua orang lama untuk menghilangkan batuk, terutamanya batuk teruk dan berpanjangan yang tidak berjaya disembuhkan dengan ubat dari hospital. Ianya sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu mengandung memandangkan ianya ialah ubat batuk semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kandungan.\n\nApa yang anda perlukan ialah limau nipis dan sedikit kicap manis. Caranya:\n\nUbat batuk semulajadi untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah dengan menggunakan 3 bahan semulajadi yang sememangnya terbukti berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. \n\nIanya selamat dari bahan kimia merbahaya. Apa yang anda perlukan ialah lemom, halia, madu, dan air panas. Caranya:\n\nTahukah anda bahawa supa ayam merupakan ubat batuk semulajadi untuk ibu mengandung yang ramai orang tak tahu. Itulah sebabnya kenapa batuk anda akan berkurangan selepas anda menghirup sup ayam yang panas. \n\nMengikut kajian, sup ayam yang direneh secara perlahan-lahan untuk tempoh yang lama mengandungi bahan anti- inflamasi yang tinggi. Bahan anti-inflamasi itu membantu untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak.\n\nBahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sup ayam tersebut ialah bawang besar, bawang putih, halia, ayam, dan sedikit air. Caranya:\n\nKunyit hidup juga membantu melegakan batuk. Apa yang anda perlu lakukan ialah makanan makanan yang dimasak dengan kunyit hidup seperti singgang. Pilih saja anda nak singgang ikan, ayam, daging, atau sotong. Semuanya sangat sedap dan menyelerakan.\n\nItulah dia info tentang tips ubat batuk semulajadi untuk ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, pastinya anda juga akan berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua menghilangkan toksin dalam badan dan petua tambah selera makan anak"
"Mungkin ramai yang tidak gunakan cara ini, tapi adakah anda tahu bahawa masak nasi cara kukus jadikan perkara masak nasi lebih senang?\n\nDengan cara dikukus, nasi yang terhasil cantik kejadiannya. Selain itu, nasi juga tidak hangit, bahagian bawah nasi tidak berkerak juga tidak ada nasi yang melekat di periuk.\n\nCara mengukus nasi sangatlah mudah rupanya. Anda boleh menggunakan bekas aluminium foil, atau seperti orang kebanyakan yang menggunakan bekas plastik, walaupun cara dengan menggunakan bekas plastik sedemikian ini tidak terlalu disarankan.\n\nDan untuk anda yang tidak punya pengukus boleh buat nasi kukus menggunaka periuk nasi. Menggunakan kaedah yang sama. Namun jangan lupa, gunakan bekas nasi yang selamat ya. Resepi dikreditkan kepada Siti Norfifi Fatihah\u200e di laman Facebook.\n\nSelain resepi gulai ikan masin tumis darat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands? Sedang mencari tempat penginapan di sana? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 11 homestay di Cameron Highlands yang bersih dan selesa dengan harga yang berpatutan.\n\nBagi anda yang makan bola, tidur bola dan hidup bola, mai menginap di The Woodz x Bola Bola. Jangan main bola di dalamnya sudahlah ya? Jika kempunan untuk bermain bola, anda boleh berlawan sesama sendiri menggunakan football table yang disediakan.\n\nTema bola yang diketengahkan di dalam rekaan dalaman homestay ini pasti dapat menaikkan mood cuti-cuti anda sekeluarga. Tak kisahlah sama ada anda peminat Liverpool atau Manchester United, di dalam rumah ini, semua peminat bola bersatu dengan penuh santai.\n\nSelain itu, anda juga boleh merancang untuk berbbq kerana di halamannya tersedia dengan kemudahan ini. Kemudahan lain yang boleh dinikmati di homestay ini pula adalah dapur yang lengkap perkakasannya dan akses wifi yang tip-top!\n\nAlamat:\u00a0Jalan Golden Hills 6 4, 39000 Brinchang, Malaysia\n\nHoliday Heritage Hill adalah sebuah apartment yang dihias dengan minimal menjadikan ruang dalamannya kelihatan cukup luas. Menyediakan beberapa penginapan iaitu Studio Apartment, Family Room, Standard Apartment dan Superior Family Room yang sesuai untuk penginapan dari 2 ke 6 orang.\n\nPemandangan yang dapat dinikmati dari apartment adalah keindahan bukit-bukau di sekitar Cameron Highlands yang penuh dengan kehijauan.\n\nMengenai lokasinya pula, terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang yang turut menjadi daya penarik bagi anda yang ingin meneroka keindahan alam sekitar Cameron tanpa perlu bergerak jauh.\n\nIngin lebih sebab untuk memilih penginapan ini? Sekiranya anda menginap di sini, anda tidak perlu risau tentang hal keselamatan kerana selepas pukul 10 malam, akses kad perlu digunakan untuk memasuki ruang apartment. Dari RM110 untuk semua keselesaan ini? Tunggu apa lagi? Jom booking.\n\nAlamat:\u00a0SII-G-3A Somersquare Golden, Jalan Golden Hill 9 Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands Pahang, 39000 Tanah Rata\n\nApartment dengan 2 buah bilik di 335 @ Cameron Fair ini mampu memberikan keselesaan penginapan kepada 5 orang penginap dewasa. Ia juga lengkap dengan ruang balkoni yang luas untuk anda menikmati minum petang sambil menghirup udara yang menyegarkan badan.\n\nKonsep yang diketengahkan dalam dekorasi dalamannya pula adalah minimal dan moden yang turut melahirkan suasana yang santai.\n\nAlamat:\u00a0Cameron Fair Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata\n\nThemework [email\u00a0protected] Highlands adalah sebuah penginapan yang terletak di tengah-tengah pekan, memudahkan anda untuk mencari restoran yang menyediakan hidangan yang menyelerakan.\n\nTarikan lain yang terletak berdekatan adalah Cactus Valley, Mrs Robertson\u2019s Rose Garden, Kok Lim Strawberry Farm dan banyak lagi yang terletak kurang 5 km dari homestay. Kampung Orang Asli pula hanyalah 0.6 km dari homestay.\n\nMengenai penginapan ini sendiri pula, cukup luas dan selesa. Diberikan sentuhan moden yang turut memiliki aura eksklusif.\n\nPenginapan yang strategik, lengkap dan selesa dari RM240 adalah sememangnya satu tawaran yang tidak patut dilepaskan.\n\nAlamat:\u00a0Cameron Fair @ Tanah Rata 39000 Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata\n\n5. Cameron Muslim Apartment by Nurul\n\nApartment yang dihias dengan minimal dan moden, Cameron Muslim Apartment by Nurul adalah sebuah penginapan yang disediakan khas untuk penginap beragama Islam. Tak perlu risau tentang kebersihannya yang berada di tahap yang sempurna.\n\nBukan sahaja memberikan ketenangan kepada para penginap muslim dari segi kebersihannya, ia juga cukup strategik dengan tarikan-tarikan hebat yang banyak terletak tidak jauh dari homestay.\n\nDi samping itu, pada waktu-waktu lapang anda di sini, jangan melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan yang terbentang dari ruang balkoni apartment yang sungguh menyejukkan mata.\n\nAnda juga boleh merancang untuk berbasikal di kawasan sekitar ataupun membawa anak-anak bermain di taman permainan yang disediakan.\n\nAlamat:\u00a0Perumahan Makmur Cameron Jaya Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata\n\n6. Cameron Highlands Homestay (Villa Dahlia) 101\n\nCameron Highlands Homestay (Villa Dahlia) 101 adalah sebuah apartment 3 bilik yang dapat menampung 12 orang penginap. Dari RM250 untuk penginapan seramai ini, sudah semestinya sangat berbaloi. Bukan itu sahaja, ia juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.\n\nDi samping itu, pemandangan yang dihidangkan dari homestay ini cukup menyejukkan mata, yang mana anda dapat menikmati pemandangan padang golf yang terbentang luas.\n\nLokasinya? Terletak berdekatan dengan pasar malam dimana anda boleh membeli makanan segar untuk dinikmati sebelum meneroka sekitar tanah tinggi ini.\n\nAlamat:\u00a0no 101 villa dahlia, 39100 Brinchang, Malaysia\n\nIndah, unik dan mendamaikan, anda dapat menikmati definisi sebenar percutian di Cameron Highlands dengan memilih untuk menginap di Kea Garden.\n\nKeindahan lanskap tamannya cukup menarik hati, yang mana anda boleh berjalan-jalan di sekitar taman tanpa mengira siang atau malam untuk menikmati kesegaran udara sambil berkongsi cerita dengan yang tersayang.\n\nSudah puas bersantai, anda boleh merancang untuk melawat pelbagai tarikan yang terletak berdekatan seperti ladang strawberi, ladang teh, rama-rama dan banyak lagi. Pastikan semuanya habis dilawati ya? Jangan terlalu asyik menikmati keselesaan penginapan pula.\n\nTerletak di Jalan Royal Lily, Syaziha Apartment merupakan sebuah penginapan yang dihias ringkas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan moden. Memiliki 3 buah bilik tidur dan sebuah ruang tamu yang luas, Syaziha Apartment dapat menampung sekitar 12 orang penginap, menjadikan ia penginapan yang tepat bagi anda yang bercuti beramai-ramai.\n\nSekiranya anda memilih untuk menginap di sini, anda boleh merancang untuk berbasikal di kawasan sekitar dengan menyewa basikal yang disediakan di apartment ini.\n\nLokasinya juga sangat strategik terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan seperti\u00a0 Cameron Highlands Butterfly Farm, Cactus Valley, Kok Lim Strawberry Farm dan banyak lagi yang kesemuanya terletak kurang 5 km dari homestay. Kampung Orang Asli pula kurang 1 km dari penginapan.\n\nAlamat:\u00a0Unit 1-6, Suriana D\u2019royal Lily, Jalan Royal Lily 2, 39000 Tanah Rata\n\n9. Peony Apartment @ Tea Garden\n\nRasanya, sekiranya anda menginap di Peony Apartment @ Tea Garden, anda mungkin tidak akan terasa untuk keluar dari bilik. Bukan sahaja memiliki dekorasi dalaman yang menarik, pemandangan yang dapat dilihat dari penginapan ini juga dapat membuatkan anda jatuh cinta.\n\nApartment yang ditawarkan adalah 3 Bedroom Apartment with Farm View, 3 Bedroom Apartment with Tea Plantation View dan Duplex Apartment yang dapat memberikan keselesaan kepada 6 ke 10 orang penginap.\n\nKesemua penginapan yang ditawarkan cukup luas\u00a0 dengan kebersihan yang mantap. Suasana di sekitar juga penuh dengan ketenangan. Sememangnya tiada apa yang boleh dikomenkan, inginkan penginapan yang sempurna? Inilah salah satu pilihan yang terbaik.\n\nAlamat:\u00a0Peony Square Kuala Terla Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, 39000 Brinchang\n\nDesa Anthurium adalah sebuah penginapan yang dihias ringkas namun penuh dengan keselesaan. Memiliki 3 buah bilik tidur, apartment ini dapat menampung 8 orang penginap. Ruangan lain seperti dapurnya pula lengkap dengan segala kemudahan penting untuk membolehkan anda memasak seperti di rumah.\n\nDi samping selesa dan lengkap, nilai bonus bagi anda yang memilih untuk menginap di sini adalah pemandangan yang disajikannya, indahnya tak terkata.\n\nMengenai lokasinya, terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang menjadikan ia strategik bagi anda yang datang bercuti.\n\nAlamat:\u00a0Desa Anthurium Block G, 39000 Cameron Highlands\n\nCameronian Inn adalah sebuah penginapan yang terletak pada ketinggian 1,400 meter dari aras laut. Bayangkanlah kesegaran udara dan kedinginan yang dapat dinikmati dari homestay ini.\n\nHomestay comel ini\u00a0 memiliki lanskap taman yang sungguh indah untuk dijadikan tempat anda sekeluarga bersantai. Anda juga boleh berehat di perpustakaan mini yang disediakan bagi mengisi waktu senggang.\n\nPenginapannya pula, dihias dengan ringkas namun cukup lengkap dan bersih untuk keselesaan anda. Bukan itu sahaja, walaupun terlihat simple di mata, keselesaan yang disediakannya cukup memuaskan hati terutama sekali katil empuknya yang mampu membuatkan anda tidur nyenyak.\n\nLokasinya juga begitu strategik kerana terletak hanyalah dalam 3 minit berjalan kaki untuk ke jalan utama Tanah Rata. Selain itu, tempat menjamu selera juga tidak sukar untuk dicari.\n\nAlamat:\u00a016, Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata\n\nItulah dia 11 homestay di Cameron Highlands yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Dah dapat homestay pilihan hati? Selamat melancong!"
"Pada bulan Syawal yang mulia ini, sudah pasti ramai diantara kita yang mahu untuk mengadakan rumah terbuka. Akan tetapi, mungkin ada juga yang ketandusan idea mahu memasak apa untuk juadah rumah terbuka, atau mungkin juga ingin menyediakan sesuatu yang lain daripada yang lain kepada tetamu. Salah satu resepi yang mudah untuk dimasak dan juga lain daripada yang lain ialah resepi Mi Hailam.\n\nMi Hailam adalah resepi yang berasal daripada kaum Cina, dan cara pembuatannya amat mudah. Tanpa kita membuang masa lagi, jom kita lihat resepi Mi Hailam!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Sarina Basir dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.\n\nNota: Sedap dimakan bersama lada jeruk.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi Mi Hailam ini, sudah tentu terdapat beberapa lagi resepi yang menarik yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama keluarga dan rakan rakan ya!"
"Masakan kedai mamak selalu menggugat selera. Seperti kari ayam yang menjadi menu khas kedai mamak. Tidak kira bangsa apa pun, pasti semua suka kari ayam kedai mamak yang dijual.\n\nTerdapat pelbagai cara menikmati kari ayam mamak. Ada yang dijadikan lauk dimakan dengan nasi putih. Ada pula yang makan kari ayam dengan roti. Mengikut selera masing-masing janji sedap dan kenyang.\n\nResepi kari ayam mamak kali ini dikongsikan oleh Nazhatulshima Hashim\u200e di laman Facebook. Resepi senang untuk ditiru. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kari ayam mamak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tepung tidak asing lagi dalam pembuatan kek, kuih muih dan juga goreng-gorengan. Salah satu bahan utama yang wajib digunakan ini memainkan peranan yang cukup besar untuk menjadikan menu dessert anda berjaya! \n\nTerdapat banyak jenis tepung dan kegunaannya yang harus anda tahu biarpun tidak semua yang selalu anda gunakan. Namun, mana tahu anda ingin mencuba resepi menu baru, pastinya anda perlu tahu apakah tepung yang paling sesuai untuk menu tersebut!\n\nDengan mengetahui jenis tepung dan kegunaannya juga, anda dapat menambah baik resepi sedia ada yang selalu anda cuba. Agaknya sebab itu chef pandai buat roti dan kek, mereka benar-benar arif akan setiap jenis tepung dan kegunaannya. \n\nJom lihat jenis tepung dan kegunaannya dalam masakan yang juga dapat membantu urusan anda kelak.\n\n1. Tepung High Protein (Tepung Roti)\n\nTepung high protein mempunyai protein yang cukup tinggi dimana ia membantu anda menghasilkan roti yang lebih kenyal. Apabila menguli tepung, ia lebih kenyal kerana terhasil dari zat gluten.\n\nJenis tepung ini wajib anda gunakan untuk menghasilkan roti yang berkualiti tinggi. Dari segi tekstur dan rasa roti, ia sememangnya terbaik!\n\n2. Tepung Low Protein (Tepung Kek)\n\nSelain digelar tepung kek, jenis tepung ini juga dikenali dengan nama tepung superfine. Tekstur tepung ini agak ringan, tidak terlalu kenyal dan mempunyai kandungan protein yang agak rendah. \n\nAntara menu yang boleh anda hasilkan dengan menggunakan tepung low protein ini adalah kek, kulit tart dan juga pai.\n\nJika kedua-dua jenis tepung tadi mempunyai protein yang tinggi dan kurang, tepung jenis serbaguna ini pula mempunyai kandungan protein yang agak sederhana. \n\nIa sesuai digunakan untuk menghasilkan kuih muih, pau, mee, pastri, biskut, kek dan lain-lain lagi. Anda boleh menambah tepung penaik dan mengayak 2 atau 3 kali sekiranya ingin membuat pau atau kek.\n\nTepung serbaguna ini boleh anda dapati banyak di pasaran dengan harganya yang agak murah. Antaranya adalah tepung cap sauh, cap kunci dan cap wau.\n\nUntuk menaikkan atau mencantikkan kek anda, pastinya tepung naik sendiri ini penting digunakan. Ia adalah sejenis tepung kek namun ia mempunyai kandungan serbuk penaik dan soda penaik iaitu soda bikarbonat atau baking powder. \n\nSekiranya menggunakan tepung ini, anda tak perlu lagi gunakan agen penaik. Sukatan yang betul juga penting supaya kek anda tidak rosak dan jadi bentuk lain. Antara menu yang boleh anda gunakan tepung naik sendiri ini adalah scone, muffin, pancake dan juga kek.\n\nTahukah anda, tepung pulut ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi moden yang menyebabkan khasiat dan zat beras pada tepung ini tidak hilang? Ya. Ia selalunya diimport dari negara Thailand dan dijual di sini. \n\nUntuk pengetahuan anda, tepung pulut ini mengandungi 100% beras merah iaitu beras yang telah dibuang merah pada mata padinya. Ia kaya dengan vitamin B dan E yang dikatakan baik untuk penghidap kencing manis dan ibu mengandung. \n\nTepung beras dan tepung pulut adalah sesuatu yang berbeza walaupun plastiknya seakan-akan sama. Janganlah anda tersilap pula ya.\n\n1 rumah 1 tepung kastad. Itulah realiti yang dapat kita lihat di kebanyakan rumah. Pasti akan mempunyai tepung kastad berbanding tepung lain. Hal ini kerana tepung kastad mempunyai fungsi yang pelbagai di samping mencantikkan tekstur kek. \n\nUntuk masakan, ia juga boleh digunakan bagi mewangikan puding anda, biskut dan sebagainya. Tepung yang wangi ini dapat menjadikan sesebuah dessert itu berkualiti dan lebih gebu. Antara jenama tepung kastad yang dikenali ramai adalah jenama BIRDS.\n\nTepung gandum cukup terkenal di Malaysia kerana ia adalah tepung yang dipasarkan di Malaysia dalam kuantiti yang banyak sekali. Anda mungkin mengenali jenama seperti Cap Sauh, Cap Kunci dan banyak lagi kan?\n\nTepung gandum terhasil daripada bijirin gandum yang dikisar halus sehingga bewarna putih. Ia amat halus dan sesuai untuk dijadikan sebagai produk makanan yang pelbagai. \n\nItulah yang menghasilkan pelbagai kualiti makanan dan jenama di pasaran.Ia lebih kurang sama seperti tepung serbaguna dan boleh anda gunakan untuk pelbagai tujuan. \n\n8. Tepung Biskut / Tepung Cookies\n\nSelain disebut sebagai tepung cookies atau tepung biskut, ia juga dikenali dengan nama tepung red roses. Kandungan tepung cookies ini adalah campuran tepung jagung dan bahan perangup. \n\nIa bertekstur lembut dan ringan berbanding tepung-tepung lain. Anda mungkin kerap akan menggunakannya dalam pembuatan biskut dan pastri. Ia juga selalu digunakan bersama dengan tepung yang lain seperti tepung ubi, tepung jagung, tepung kastad dan lain-lain lagi.\n\n9. Tepung Ubi / Tepung Jagung\n\nTepung ubi yang juga dikatakan tepung jagung ini diperbuat daripada ubi kayu. Apabila ia diadunkan, ia kelihatan agak liat dan itulah sebabnya juga ia turut dikenali sebagai tepung kanji juga.\n\nLebih kurang dengan tepung sagu juga yang kebanyakannya digunakan di Sarawak. Ciri-ciri isi pokok sagu adalah menyamai dengan ubi kayu iaitu ia liat, kenyal dan gluten free. Untuk pengetahuan anda, tepung jenis ini boleh digunakan untuk masakan bubur, keropok dan juga lempeng.\n\nRamai yang tak tahu akan tepung krimer ini. Kebanyakan tepung ini amat diperlukan di restoran dan juga tempat makan yang menghidangkan aneka minuman. Ia adalah seperti krimer yang mempunyai lemak tambahan yang akan digunakan dalam nescafe, kopi dan sebagainya.\n\nWater Lily Flour juga adalah nama lain bagi tepung Hong Kong. Ia amat putih dan sesuai untuk membuat pau. Keburukannya adalah tepung ini cepat rosak, oleh itu, tidak banyak kedai menjualnya.\n\nTepung Hoen Kwee digunakan oleh masyarakat cina untuk membuat kuih muih. Ada tepung yang berwarna kekuningan dan ada juga warnanya hijau serta yang putih. Semuanya mengikut kesesuaian kuih.\n\nItulah dia 15 jenis tepung dan kegunaannya dalam masakan yang harus anda tahu, semuanya terdapat dalam pasaran. Jom baca juga resepi kuih tepung pelita, resepi tepung bungkus dan resepi biskut tepung bistari."
"\u2018Tahajjud\u2019 berasal daripada bahasa Arab dengan tafsiran berjaga iaitu bangun ketika waktu sahur atau malam. Walaupun begitu, menurut al-Jauhari, mereka juga menggunakan perkataan \u2018Tahajjud\u2019 ketika berjaga malam atau apabila tidur di mana kedua-duanya adalah berlawanan.\n\nDari segi istilah pula, solat sunat tahajjud adalah \u00a0solat yang dilakukan pada waktu malam selepas Isyak setelah bangun daripada tidur atau digelar juga sebagai \u2018qiamullail\u2019. Solat sunat tahajjud amat penting dan digalakkan dalam kehidupan umat Islam sehingga membuatkan Imam al-Bukhari memasukkan satu bab khas untuk tahajjud dalam kitabnya iaitu Kitab al-Sahih.\n\nHukum solat ini adalah sunat muakkad, iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan dan dituntut oleh Allah SAW.\n\nRasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud walau hanya satu malam begitu juga dengan\u00a0 para sahabat;\n\n\u201cSolat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjud)\u201d\n\nSolat sunat ini lebih afdal untuk dilakukan pada waktu tengah malam. \u00a0Atau lebih tepatnya selepas jam 12.00 tengah malam, iaitu selepas waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya satu pertiga malam, setelah berlalunya dua pertiga malam iaitu sekitar jam 3.00 pagi sehinggalah menginjak waktu Subuh. Ketika ini waktu sangat sunyi dan sepi, seusia untuk beribadah kepada Allah dengan lebih khusyuk.\n\n\u201cWahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.\u201d\n\nSolat sunat tahajjud tidak ada ketetapan dalam jumlah rakaatnya. Boleh dilakukan sekurang-kurangnya dengan dua rakaat dan sebaik-baiknya mengakhirinya dengan solat witir.\n\nPaling afdal adalah didirikanlah 11 rakaat seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.\n\n\u00a0\u201cDaripada Abi Salamah bin Abd Rahman, bahawa dia bertanya kepada Aisyah, bagaimanakah solat Rasulullah SAW di malam Ramadan? Maka berkatalah Aisyah: \u2018Baginda tidak menambah lebih daripada sebelas rakaat, sama ada di bulan Ramadan atau di bulan-bulan lain\u2019.\u201d\n\nCara mengerjakan solat sunat tahajjud adalah seperti berikut:\n\n\u0627\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064b \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0647\u064e\u062c\u0651\u064f\u062f\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646 \u0650\u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u00a0\u201cAku bersolat sunat tahajjud dua rakaat semata-mata kerana Allah Taala.\u201d\n\nii.Rakaat pertama: Membaca al-Fatihah dan surah al-Kafirun.\n\niii. Rakaat kedua: Membaca al-Fatihah dan diikuti dengan surah al-Ikhlas. Sekiranya tidak menghafal surah-surah yang digalakkan ini, bacalah mana-mana surah yang diketahui dan dihafal.\n\niv. Sewaktu mendirikan solat: Sangat digalakkan untuk bertasbih dan beristighfar ketika rukuk dan sujud.\n\nv. Tamatkan solat dengan memberi salam. Diikuti dengan doa solat tahajjud.\n\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0642\u064e\u064a\u0651\u0650\u0645\u064f \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0647\u0650\u0646\u0651\u064e\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0647\u0650\u0646\u0651\u064e\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0646\u064f\u0648\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0647\u0650\u0646\u0651\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u062d\u064e\u0642\u0651\u064f\u060c \u0648\u064e\u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064f\u0643\u064e \u0627\u0644\u062d\u064e\u0642\u0651\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0642\u064e\u0627\u0624\u064f\u0643\u064e \u062d\u064e\u0642\u0651\u064c\u060c \u0648\u064e\u0642\u064e\u0648\u0652\u0644\u064f\u0643\u064e \u062d\u064e\u0642\u0651\u064c\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u0651\u064e\u0629\u064f \u062d\u064e\u0642\u0651\u064c\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0631\u064f \u062d\u064e\u0642\u0651\u064c\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064f\u0648\u0646\u064e \u062d\u064e\u0642\u0651\u064c\u060c \u0648\u064e\u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u0651\u064e\u062f\u064c \ufdfa \u062d\u064e\u0642\u0651\u064c\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0627\u0639\u064e\u0629\u064f \u062d\u064e\u0642\u0651\u064c. \u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0623\u064e\u0633\u0652\u0644\u064e\u0645\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0628\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u062a\u064e\u0648\u064e\u0643\u0651\u064e\u0644\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u064e\u0628\u0652\u062a\u064f\u060c \u0648\u064e\u0628\u064d\u0643\u064e \u062e\u064e\u0627\u0635\u064e\u0645\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u062d\u064e\u0627\u0643\u064e\u0645\u0652\u062a\u064f \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652\u0644\u0650\u064a \u0645\u064e\u0627 \u0642\u064e\u062f\u0651\u064e\u0645\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062e\u0651\u064e\u0631\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0633\u0652\u0631\u064e\u0631\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a\u060c \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0645\u064f\u0642\u064e\u062f\u0651\u064e\u0645\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0645\u064f\u0624\u064e\u062e\u0651\u064e\u0631\u064f \u0644\u064e\u0627\u0625\u0650\u0644\u0670\u0647 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0648\u0651\u064e\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\n\n\u201cYa Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepadaMulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.\u201d\n\nSolat sunat tahajjud boleh didirikan secara bersendirian juga secara berjemaah. Rasulullah \u00a0SAW pernah melakukan solat tahajjud secara berjemaah dan juga bersendirian. Namun, jika mahu lebih khusyuk dan bersungguh lakukanlah secara bersendirian.\n\nAllah SWT menggalakkan umatNya untuk bangun mendirikan solat tahajjud, dengan menganugerahkan ganjaran besar. Maka beruntunglah bagi sesiapa yang mampu terjaga, berwuduk lalu berqiamullail tika kebanyakan orang lain lena enak diulit mimpi indah.\n\nDaripada Abi Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:\n\n\u201cApabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: \u2018Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)\u2019, sehinggalah terbit fajar.\u201d\n\nSeperti yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis, sesiapa yang bangun mengerjakan solat tahajjud akan dianugerahkan dengan banyak keistimewaan, antaranya:\n\n\u201cDan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.\u201d\n\n\u201cSeluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru: \u2018Siapakah (di dunia) yang telah meninggalkan tempat-tempat tidur mereka (untuk qiamullail)?\u2019 Lalu sekumpulan kecil orang yang bangun malam itu masuk syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah SWT untuk dilakukan hisab kepada semua manusia.\u201d\n\n\u201cHendaklah kamu berqiamullail kerana ia merupakan perjalanan orang yang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, mengampunkan segala dosa dan kifarah di atas dosa-dosa, mencegah penyakit daripada bulan.\u201d\n\nSalman al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;\n\n\u201cKerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit.\u201d\n\n\u201cSesungguhnya pada malam terdapat satu waktu tiadalah hamba yang Muslim membetulinya dengan berdoa meminta kebaikan kepada Allah kecuali dikurniakan kepadanya, yang demikian itu setiap malam.\u201d\n\nSelain itu, seseorang yang melazimi solat tahajjud juga mendapat kebaikan lain;\n\nSolat sunat Tahajjud adalah tawaran yang sangat berharga yang Allah SWT berikan untuk kita dekatkan diri padaNya. Andai kelebihan itu ditinggalkan sahaja, ia amatlah merugikan.\n\nPada awalnya, pastilah sukar untuk bangun di tengah malam dan bertahajjud, namun berusahalah untuk cuba bangun dan melaziminya. Boleh dicuba amalan berwuduk sebelum tidur dan berazam bersungguh-sungguh untuk berqiamullail. Selain membantu untuk bertahajjud, ia juga perbuatan berpahala, InsyaAllah.\n\nSemoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat keistimewaan bagi mereka yang berqiamullail. Amin.\n\nSelain artikel cara solat Tahajjud, kami juga menulis artikel menarik lain. Jangan lupa untuk amalkan tips yang telah dikongsikan. Jom baca artikel menarik yang lain untuk santapan rohani dan menjadi insan yang lebih baik."
"Rezeki dalam rumahtangga adakalanya banyak dan adakalanya kurang. Argh itu semua normal. Memang dah menjadi satu perkara biasa apabila didatangkan ujian dalam bentuk kewangan begini pada pasangan suami isteri, lagi-lagi bagi yang ada jumlah anak yang agak ramai. \n\nSeringkali juga apabila masalah ekonomi rumahtangga berlaku begini maka si isteri akan cenderung untuk turut ikut berkerja. Ini adalah satu sikap amalan yang mulia, iyalah secara tidak langsung ia dapat juga meringankan beban yang perlu di tanggung oleh suami. Alhamdulillah, sangat bagus dan adalah sangat bertuah juga bagi suami yang dapat isteri begini.\n\nIsteri Tak Patut Terlalu Mengikut Nafsu Yang Suka Berbelanja\n\nNamun, sayang seribu kali sayang apabila turut berlaku masalah rumahtangga yang berpunca dari sikap isteri itu sendiri. Bukan kerana sikap malas tetapi sikap boros suka berbelanja yang bukan-bukan mengikut kehendak hati hingga melupakan apa yang wajib. \n\nSedih rasa hati ini apabila sering melihat pelbagai cerita begini di media massa yang berpunca dari salahfaham yang melibatkan duit. Eh! Kenapa mesti nak boros jika dah kewangan sedang tenat. Bukankah lebih baik jika wang pendapatan yang diperolehi itu disimpan dan dibelanja untuk perkara yang lebih penting dulu terutama untuk masa depan anak-anak. Tak dinafikan sikap seorang perempuan itu memang suka untuk membeli itu dan ini, terapi katanya. tetapi belilah apa yang patut saja. tak salah kan?\n\nAntara perkara yang patut diutamakan itu adalah seperti :\n\nSesungguhnya Boros Itu Adalah Amalan Syaitan Yang Sangat Merugikan\n\nMungkin akan ada wanita di luar sana yang akan menganggap mereka telahpun berbelanja dengan bijak, saya sendiri pun kadangkala merasakan yang sama. Tetapi hakikatnya wanita ini (termasuk saya sendiri) akan mula meratapi kehilangan jumlah wang yang agak besar ketika berbelanja hanya setelah kembali berada di rumah. Masa shopping tadi? Hmmm kepala dan otak sama sekali tak boleh berfikir secara waras! Aduh. \n\nWanita tahu berbelanja ketika membeli belah dengan membayar untuk perkara yang kurang penting itu adalah perkara yang tidak baik dan boleh membawa masalah kepada perkara yang lebih teruk di masa depan. Inilah yang dikatakan sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna. Sedihnya wanita-wanita seperti saya ini seringkali tewas oleh godaan syaitan ketika berbelanja. Pantang ada duit kat tangan! Ah ruginya!\n\nSuami Boleh Bantu Control Sikap Boros Isteri Dengan 10 Tips Ini !\n\nUntuk bantu control sikap para isteri yang suka berbelanja ini, siapa lagi jika bukan suami si wanita itu sendiri. Ya! Para suamilah insan yang paling tepat untuk atasi masalah yang amat patut dikurangkan ini. Cara nak control sikap boros isteri ini mungkin nampak sedikit susah namun sebenarnya ada banyak tips yang boleh dipraktikkan. \n\nAntara 10 tips bagaimana untuk control sikap isteri yang suka berbelanja dengan boros ini adalah :\n\n#1 \u2013 Kira Jumlah Belanja Bulanan Keluarga Di Depan Isteri\n\nHidup bersama maka buatlah segalanya bersama. Apabila tiba hari terima gaji, balik ke rumah nanti sila kira duit itu semua ingin dibelanjakan untuk apa. Tolak satu demi satu dan akhirnya beri pada isteri untuk nafkah dan belanja isi dapur. Dengan cara ini isteri akan faham berapa wang kelaur masuk untuk perbelanjaan anda sekeluarga. \n\n#2 \u2013 Agihkan Tanggungjawab Bayar Bil Secara Sama Rata\n\n Jika kebetulan isteri juga berkerja maka bahagikan tanggungjawab secara sama rata dan wujudkan juga satu akaun simpanan khas. Bahagikan jumlah keseluruhan bayar semua hutang dan bil secara sama banyak (jika gaji isteri sama tahap) dan khususkan juga sejumlah wang untuk simpanan masa depan dan juga percutian seronok di hujung tahun.\n\n#3 \u2013 Beri Nafkah Isteri Secara Berperingkat (Bukan Sekaligus)\n\nJika dah isteri asyik suka membeli saja maka memang tidak boleh diberikan wang dalam jumlah yang banyak ke tangannya. Bimbang nanti semua habis di belanja dan akhirnya si suami pula perlu beri wang lagi dan lagi secara berulangkali. Daripada situasi itu berlaku adalah lebih baik jika suami beri wang nafkah pada isteri secara berperingkat.\n\n#4 \u2013 Teman Isteri ke Pasaraya Setiap Kali Ingin Shopping\n\nJika barang dapur habis, sila teman isteri untuk beli apa yang patut. Jangan dibiarkan isteri pergi seorang diri jika anda sendiri dah tahu yang isteri anda itu seorang yang tidak tahan godaan. \n\n#5 \u2013 Wujudkan Beberapa Jenis Hukuman Yang Sepatutnya\n\nCara no 5 adalah dengan menyediakan hukuman yang setimpal. Sebagai contoh jika isteri berbelanja lebih dari sepatutnya untuk bulan tersebut maka wang belanja untuknya di bulan depan akan dikurangkan bagi membayar semula lebihan wang telah dibelanjakan pada bulan ini. \n\nSi suami juga boleh menghukum dengan cara tidak membawa isteri keluar jalan di hujung minggu.\n\n#6 \u2013 Tukar Password Wifi Di Rumah \n\nBerbelanja tak bermakna perlu keluar dari rumah ke mana-mana kedai atau pasaraya. Paling takut sekarang adalah shopping online yang bila-bila masa boleh di beli itu ini tanpa sekatan. Lagi-lagi jika di pancing dengan tawaran harga murah dan sebagainya. \n\nMaka salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan menukar password wifi di rumah. Bila dah tak boleh online, bagaimana lagi nak shopping. \n\n#7 \u2013 Ugut Tarik Kredit Kad Atau Belanja Bulanan Jika Isteri Tetap Degil \n\nJika tektik no 1 hingga no 7 tak berjaya, kali ini para suami patut gunakan cara yang lebih keras sedikit. Keras di sini bukannya yang melibatkan pukulan tapi hanyalah ugutan. Ugut untuk ambil semula kad kredit dan akan kurangkan juga belanja bulanannya, rasanya ini akan dapat membuka mata isteri bahawasanya anda benar-benar serius!\n\n#8 \u2013 Minta Bantuan Ibu Bapa Mertua Untuk Menasihati Isteri\n\nPara suami boleh juga mohon bantuan daripada ahli keluarga mertua. Si suami boleh minta ibu bapa mertua atau abang dan kakak ipar untuk menasihati si isteri dengan sikapnya yang suka boros itu. \n\n#9 \u2013 Merajuk Bawa Diri Bersama Anak Untuk Sehari Dua\n\nIngat isteri saja ke yang boleh merajuk? Suami pun boleh merajuk tau! Jika keluarga mertua nasihati isteri pun tak jalan, apakata kali ini anda tunjuk sikap protes dengan lari balik ke rumah mertua dengan anak-anak. Gerenti si isteri akan tersentak dan terkesan dengan perbuatannya sendiri yang tak hendak dengar cakap selama ni. \n\n\n\nJangan lari ke rumah ibu bapa sendiri pula kan tak pasal daripada ingin tukar sikap isteri dah jadi ke tahap bercerai berai. \n\n\n\n#10 \u2013 Beri Amaran Akan Kahwin Lain!! Ops.. \n\nIni gerenti akan berhasil. Beri amaran dengan perkataan sedikit tegas tapi jangan pula dalam nada marah. Cakap jika terus begini tak mustahil akan cari seorang isteri lagi yang boleh dengar cakap anda dengan baik. \n\nIsteri tentu akan kecut perut tahap tak boleh bawa bincang. Amaran keras beritahu nak kahwin lain kot. mana boleh tahan! Kalau saya sendiri pun rasanya kat situ juga saya nangis tahap sampai meleleh air hidung. Siapa tak sayang suami dan anak-anak oi. Antara sikap buruk suka shopping dengan suami dan anak-anak, sah sah akan pilih suami dan anak-anak lagi. \n\nItulah antara kaedah bagaimana untuk atasi sikap isteri yang suka boros berbelanja. Semoga dengan adanya panduan ini, para suami akan dapat menarik nafas yang lebih lega. Ameen."
"Sama seperti pakaian tradisional melayu juga, pakaian tradisional cina tidak lapuk ditelan zaman dan masih kekal diwarisi sehingga ke hari ini. Mungkin ramai daripada kita yang tidak menyedari akan hal ini dan salah anggap akan pakaian tradisional cina.\n\nSebenarnya, pakaian tradisional cina sering diamalkan seiring dengan kesesuaian waktu dan tujuan yang relevan. Ia sering digunakan untuk majlis-majlis dan urusan rasmi sekaligus oleh rakyat cina walaupun berbeza taraf dan kehidupan.\n\nBukan itu sahaja, sebenarnya terdapat 6 simbol di sebalik pakaian masyarakat cina. Ia adalah kepercayaan zaman berzaman berkaitan simbol pakaian yang dipakai. Sebelum melihat 5 pakaian tradisional cina, jom lihat terlebih dahulu 6 simbol di sebalik pakaian masyarakat cina.\n\n6 Simbol Dan Maksud Di Sebalik Pakaian\n\n6 simbol dan maksud di sebalik pakaian yang menjadi kepercayaan masyarakat cina ini akan dipakai oleh mereka yang berkenaan sahaja. Lain pakaian lain maksudnya. Dengan corak dan simbol pakaian tradisional cina ini juga, mereka dapat mengetahui kedudukan dan situasi seseorang yang memakainya.\n\nTOP 5+ Pakaian Tradisional Cina Ramai Tak Tahu\n\nBanyak pakaian tradisional cina yang sudah mula dilupakan. Yang anda ingat pun, mungkin cheongsam sahaja kan? Sebenarnya ada lagi beberapa pakaian tradisional cina yang ramai tak tahu. Semuanya cantik dan menarik gitu! Jom lihat Top 5 pakaian tradisional cina anda harus tahu.\n\nCheongsam sering dipakai dalam majlis yang bersesuaian mengikut peredaran zaman seperti majlis perkahwinan dan tahun baru cina. Terdapat banyak jenis cheongsam, namun asalnya pakaian tradisional cina ini berlapis-lapis, penuh sulaman benang emas dan sutera. \n\nTahukah anda, cheongsam sebenarnya labuh tetapi lama kelamaan ia disingkatkan sehingga ke paras lutut? Ciri-cirnya yang sendat, ketat di pinggang dan mempunyai belahan kiri dan kanan dikekalkan. Pakaian tradisional cina ini mempunyai leher tinggi dan butang di bahu. Kain sutera, satin dan kain jenis lembut selalu digunakan untuk membuat cheongsam.\n\nPakaian tradisional cina ramai masih tidak mengenali adalah samfoo. Ia adalah sejenis baju dan seluar yang boleh dipakai oleh wanita dan lelaki dalam kehidupan seharian. Pakaian tradisional cina ini berupa baju longgar dan seluar yang diperbuat daripada kain lembut misalnya kain sutera.\n\nPakaian tradisional cina yang diperkenalkan sejak dinasti Ching ini amat digemari oleh wanita separuh umur dan lelaki yang berumur atau yang sudah berkahwin. Umumnya, ada yang memakai ketika ke lombong, ladang, keluar bekerja atau dirumah.S\n\nJubah labuh juga merupakan pakaian tradisional cina bagi kaum lelaki. Mereka sering menggayakannya ketika perayaan tahun baru cina dan lain-lain lagi. \n\nPakaian tradisional cina ini dihasilkan dari fabrik sutera dan broked bewarna terang. Ia juga dihiasi dengan benang emas dan perak. Selalunya, warna merah menjadi pilihan warna bagi si pemakai jubah labuh ini. Jika anda gemar menonton drama cina yang klasik, pasti anda sering melihat jubah labuh ini digayakan mereka.\n\nIstilah \u201cHanfu\u201d berasal dari kaum Han yang mula memakai pakaian ini. \u201cYifu\u201d bermaksud baju dalam bahasa mandarin atau bahasa cina. Lengannya kembang dan leher mempunyai kolar yang selesa. Pakaian hanfu ini juga menjadi pilihan ramai kaum untuk mencuba kerana ia amat sopan sekali, malah ia turut direka secara moden.\n\nChangshan adalah sejenis pakaian tradisional cina yang dikatakan berbaju panjang. Seperti cheongsam juga, changshan selalunya dipakai oleh kaum lelaki khususnya. Ia berasal dari Piyin Changshan pada zaman dahulu.\n\nPakaian tradisional cina ini boleh dipakai untuk menghadiri majlis rasmi dan beberapa acara yang sesuai. Ia juga dikatakan pakaian yang selalu digunakan oleh golongan kelas atasan. \n\nTahukah anda, baju changsan pernah menjadi baju yang wajib dipakai oleh lelaki pada abad ke 17? Hukuman sanksi dikenakan jika mereka tidak memakai namun ia akhirnya dilupakan selepas kejatuhan dinasti Qing.\n\nItulah dia 5 jenis pakaian tradisional cina dan simbol pakaian yang ramai tidak tahu. Rupanya banyak juga baju tradisional cina yang boleh anda gayakan sempena tahun baru cina dan perayaan yang sesuai. Jemput baca juga Resepi Nasi Goreng cina, Resepi Nian Gao dan Resepi Udang Har Lok."
"Jom cuba resepi spaghetti bakar ini.\n\nSelain daripada resepi spaghetti carbonara, bolognese, aglio olio dan beragam macam resepi yang sekutu dengannya, pernahkah anda membuat resepi spaghetti yang unik dengan cara bakar?\n\nUntuk anda yang pernah memakan spaghetti bakar mahupun anda yang berlum pernah mendengar sama sekali mengenai spaghetti bakar, jom intip resepinya di bawah ini!\n\nResepi spaghetti bakar berasal dari Arab Saudi. Resepi ini memang popular di negeri arab. Jangan pelik mendengar nama spaghetti bakar. Senang saja membuatnya. Malah berkhasiat juga untuk anak anak.\n\nResepi ini antara resepi viral yang dikongsian oleh Habibah Badar Bajrai\u200e di Facebook. Memang rasa masakan ini sedap nikmat! Macam rasa ada cheese, tapi sebenarnya tak ada pun cheese. Bentuknya juga sangat menggoda kerana dibakar jadi tampak lumer dan meleleh di sekitarnya.\n\nSpaghetti ini boleh dimakan dengan chili flakes atau dengan meletakkan sos cili. Boleh juga makan panas, atau tunggu hingga sejuk baru makan pun boleh. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi spaghetti bakar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini."
"Ramai ibu yang bingung mahu memasak hidangan apa untuk sarapan. Selalunya makan roti dengan susu, nasi lemak, mee goreng, roti canai dan banyak lagi. Namun kadang terfikir juga untuk menukar menu sarapan dengan makanan yang sedap dan bergizi tentunya.\n\nKeinginan anda terjawab sudah kerana pada perkongsian kali ini kami akan membawakan kepada anda resepi roti telur sardin yang sangat viral sedunia! Resepi yang dikongsikan oleh\u00a0\u200eZur Ain Salim\u200e\u00a0ini telah mendapat perkongsian ramai 13.8 K di laman Facebook.\n\nIni bukan resepi roti telur sardin biasa. Bahannya menggunakan roti keping yang kemudian dibalut dengan sardin dan telur yang sudah digaulkan. Tengok pada gambar sangat menggoda selera bukan?\n\nJika roti ini disajikan sebagai sarapan untuk keluarga anda, confirm mereka akan sangat menyukainya. Selain daripada tampilan yang menyelerakan, rasa yang gerenti sedap, juga roti ini sangat bergizi dan kaya akan protein. Tunggu apalagi. Jom buat resepinya!\n\nResepi Roti Keping Telur Sardin Viral\n\n1. Lenyek ikan sardin (ambil sedikit sos nya).\n2. Cincang bahan yang bertanda*.\n3. Gaul sebati bahan dengan ikan sardin, telur, garam, lada kecil, lada sulah, bawang holland, daun bawang dan daun sup.\n\n4. Kemudian celupkan roti dalam sardin yang telah dicampur tadi.\n\n5. Lalu, goreng macam roti telur biasa. Siap.\n\nSelain resepi roti telur sardin, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi? Ini senarai tempat menarik di KL boleh anda teroka. Mari kita lihat 75 tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh dikunjungi bersama keluarga sepanjang berada di sini.\n\nPintasan Saloma yang turut dikenali sebagai Saloma Bridge merupakan jambatan sepanjang 69 meter yang mula dibuka pada orang ramai pada tahun 2020. Jambatan yang menjadi ikonik Kuala Lumpur ini memang sering menjadi tempat tumpuan pengunjung terutama pada waktu malam kerana dihiasi lampu LED berwarna-warni.\n\nKetinggian jambatan ini bersamaan dengan tingkat empat bangunan. Anda juga boleh bergambar berlatarbelakang KLCC. Apa yang menarik, jambatan ini menghubungkan antara KLCC dan Kampung Baru dengan hanya 15 minit sahaja.\n\nJambatan yang diinspirasikan dari sirih junjung ini juga menjadi laluan pejalan kaki serta penunggang basikal. Bayaran masuk adalah percuma.\n\nAlamat: Saloma, Between and Lorong, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.\n\nRiver of Life merupakan tempat pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak. Kawasan ini dibangunkan semula bertujuan untuk membersihkan kualiti air sekaligus menjadi tempat tumpuan pelancong yang singgah di ibu kota Malaysia.\n\nMerupakan salah satu tempat menarik di KL pada waktu malam, sungai ini dikelilingi lampu berwarna-warni yang menghiasi pokok-pokok dan jambatan kecil. Tidak jadi masalah jika anda datang pada siang hari kerana masih mempunyai panorama yang cantik dipenuhi landskap menghijau dan menarik.\n\nAlamat: Unnamed Road, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur.\n\nTurut dikenali sebagai KL Tower, rugi jika anda tidak mengunjungi tempat menarik ini jika ke Kuala Lumpur. Hanya dalam satu tempat anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bergambar, melihat hidupan akuatik, melawat mini zoo dan macam-macam lagi.\n\nTengok pemandangan dari tingkat tertinggi KL Tower pun mesti memberikan pengalaman yang sukar dilupakan. Anda boleh melihat pandangan seluruh kota sama ada di observation deck, sky deck atau skybox. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan pelbagai latar berbeza.\n\nSetiap sudut dikenakan bayaran berbeza. Nak lagi jimat sambil melihat kota raya di setiap ruang, beli tiket sahaja mengikut pakej yang disediakan.\n\nAlamat: No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.\n\nJika anda mencari tempat untuk berswafoto, bolehlah datang ke Street Art Jalan Alor yang terletak di Bukit Bintang. Dinding bangunan serta laluan turut dihiasi mural besar yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk. Kebanyakan mural adalah berkonsepkan alam flora dan fauna.\n\nMerupakan tempat awam dan tidak memerlukan sebarang bayaran untuk masuk. Dah penat bergambar, bolehlah pusing sekitar Bukit Bintang atau membeli-belah di Pavilion, Lot 10, Sephora dan macam-macam lagi.\n\nAlamat: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.\n\nTak tahu nak buat apa hujung minggu? Apa kata bawa anak-anak atau keluarga meluangkan masa bersama dan meluncur penuh keriangan. Gelanggang luncur ais ini mempunyai keluasan seperti gelanggang sebenar di sukan Olimpik. \n\nJika anda datang pada hari minggu atau cuti umum dan cuti sekolah, terdapat lima sesi untuk meluncur berbanding hari biasa. Setiap sesi adalah dua jam sahaja. Nak lagi jimat, bawa stoking dan sarung tangan sendiri. Jika tidak, anda perlu membelinya di kaunter.\n\nAlamat: IOI City Mall, Ioi Resort, 62502, Putrajaya.\n\nSesuai untuk anda yang suka akan aktiviti lasak, SuperPark pasti tidak akan menghampakan percutian penuh aktiviti yang menarik. Nak luangkan bersama keluarga pun boleh kerana semua permainan di sini tanpa batasan umur.\n\nAntara aktiviti yang menyeronokkan adalah flying fox, tube slide, hot stepper, street basketball dan 13 permainan yang lain. Banyak kan? Memang berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.\n\nDibuka mengikut empat sesi dan setiap sesi selama dua jam.\n\nAlamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur\n\nKhas untuk penggemar coklat, anda memang perlu ke Souq Shoppe iaitu kedai coklat terbesar di Lembah Klang. Anda boleh pilih dan dapatkan lebih 500 coklat sama ada jenama tempatan atau coklat terkenal dari luar negara dengan harga yang murah dan berbaloi. \n\nSebut sahaja nak coklat apa, Hershey, Kinder Bueno, Loacker semua ada. Tak perlu susah-susah ke Langkawi untuk beli coklat yang murah. Di Putrajaya pun ada. Jangan lupa untuk bergambar di blok Reese\u2019s dan Hershey gergasi dan yang pertama di Malaysia.\n\nAlamat: Souq Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya (Di bawah Masjid Putra).\n\nNama pun Beastpark, sudah tentu ianya sesuai untuk anda yang ganas, lasak, aktif dan sukakan cabaran. Kanak-kanak lima tahun dan ke atas juga boleh mencuba pelbagai aktiviti yang ada namun mereka yang berumur 8 tahun ke bawah perlulah dipantau atau ditemani dengan penjaga. \n\nAntara aktiviti yang harus anda cuba adalah e-walls, fun cave, lil\u2019 beast dan banyak lagi. Anda boleh pilih pakej yang sesuai dan setiap pakej mempunyai sesi dan tempoh bermain yang berbeza.\n\nWaktu operasi: Setiap hari ( 12.00 tengahhari \u2013 2.30 petang, 4.30 petang \u2013 7.00 petang )\n\nAlamat: Level 3, JUMPA @ Sungei Wang, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.\n\nArte Mont Kiara memang terkenal dengan penginapan yang menarik dan cantik dari luar dan dalam. Sesuai untuk anda yang kaki selfie kerana banyak sudut yang instaworthy. Menginaplah di sini dan rasai kemewahan seperti tinggal di Eropah. \n\nHarga murah dan sangat berbaloi. Banyak fasiliti yang disediakan seperti taman, kolam renang, gymnasium dan lain-lain. Kalau anda mencari ruang outdoor untuk selfie, anda perlu naik ke level R. \n\nAlamat: Arte Mont Kiara, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.\n\nTaman Rekrasi 99 Wonderland Park, Selayang\n\nTaman ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri kita pada baru-baru ini. Terletak di Tasik Sri Murni, Selayang telah menjadikannya salah satu mercu baru bagi ibu kota Kuala Lumpur.\n\nTaman rekreasi ini dibuka secara percuma selama sebulan sehingga 13 April 2018 kepada warganegara Malaysia. Waktu operasinya pula ialah :\n\nAntara daya tarikan Taman Rekrasi 99 ini adalah Sky Fountain, T-Rex Ring, Magical Bridge dan pelbagai taman haiwan seperti burung kasawari dan rusa.Merupakan tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam.\n\nKL Tower Mini Zoo terletak di tengah-tengah ibu kota iaitu di Menara Kuala Lumpur. Lokasinya mudah diakses dan dilawati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Salah satu tempat riadah yang sangat sesuai untuk anak-anak kerana sambil beriadah mereka dapat belajar pelbagai perkara tentang hidupan haiwan.\n\nKL Tower Mini Zoo ini berkonsepkan mesra haiwan dimana pengunjung boleh melihat dan memegang haiwan-haiwan yang jinak dengan lebih dekat lagi. Pengunjung juga boleh memberi makan kepada haiwan seperti arnab, burung dan ikan. Pengalaman seperti ini pasti\u00a0menyeronokkan buat anak-anak!\n\n**Kemasukan percuma bagi kanak-kanak mempunyai ketinggian 90cm ke bawah.\n\nJuga berkonsepkan petting zoo, kebanyakkan haiwan di Farm In The City akan dibiarkan bebas dan para pengunjung akan boleh melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat lagi.\n\nAnak-anak pasti seronok dapat memberi makan kepada burung, kura-kura gergasi, memeluk arnab yang jinak dan menyaksikan burung kakak tua membuat silap mata.\n\nPara pengunjung juga berpeluang menangkap ikan di kawasan longkang fish. Pengalaman ini pasti dapat mengimbau kenangan kanak-kanak kita dahulu dan akan memberi pengalaman yang baru kepada anak-anak pula.\n\n* PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm.\n\nLokasi Rubinga Heritage \u00a0yang hanya terletak di Gombak, Kuala Lumpur telah menjadikannya salah satu tempat rekreasi sesuai untuk seisi keluarga beriadah di waktu petang. Pelbagai kemudahan yang terdapat di sini seperti:\n\nRubinga Heritage dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 7.00 petang sahaja.\n\nHutan Lipur Bukit Nanas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia.\n\nPengunjung-pegunjung juga berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh dengan semulajadi dan melihat fauna seperti burung-burung yang terdapat di kawasan ini sambil bersiar-siar.\n\nSelain itu, terdapat beberapa kemudahan seperti padang permainan, kawasan perkhemahan serta trek jogging disediakan untuk para pengunjung. Memang tempat menarik di Kuala Lumpur yang wajib anda lawati!\n\nTempat ini memang sesuai sangat untuk anak-anak yang sukakan aktiviti lasak. Mereka boleh memanjat, melompat dan berlari sepuas-puasnya!\u00a0Taman Cabaran ini terletak di Presint 5, Putrajaya.\n\nTerdapat pelbagai fasiliti sukan disediakan di sini antaranya rock wall climbing, skate park dan thrill park. Ruang rock wall climbing dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak. Manakala, kawasan untuk skate park dan thrill park adalah sesuai\u00a0bagi latihan\u00a0skateboard, basikal, BMX dan roller blade.\n\n*Laluan basikal dibuka \u00a0sehingga jam 7.00 petang sahaja.\n\nImej via lookp.comJungle Gym terletak di Bangsar Shopping Centre adalah merupakan indoor playground yang terbesar di Malaysia. Fasiliti yang disediakan sesuai dari usia bayi (2 tahun ke bawah) dan kanak-kanak yang dari usia 2 tahun hingga 12 tahun.\n\nAntara ruang bermain yang disediakan ialah:\n\nIbu bapa juga boleh beristirehat di kafe yang disediakan sambil melihat anak-anak bermain.\n\nLokasinya hanya terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur merupakan satu institusi pembelajaran tidak formal yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, minat dan penghargaan orang ramai terhadap Sains dan Teknologi.\n\nPSN menyediakan dua aras Galeri dan Pameran serta sebuah taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran yang disediakan disini lebih berbentuk self\u2013exploration\u00a0membolehkan pengunjung untuk memahami dan mempelajari semua pameran yang disediakan.\n\nSalah satu taman tema sukan lasak yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Lokasinya terletak di IOI Mall Putrajaya dan bertemakan indoor obstacle course yang sangat menarik bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak.\n\nDistrict 21 juga menyediakan ruang kids friendly yang sesuai bagi golongan kanak-kanak\u00a0 seperti GoPedal, Corousel dan Low Ropes Obstacle Course.\n\nNak lihat kapal terbang secara dekat? Ini adalag tempat terbaik untuk bawa anak-anak di hujung minggu. Mereka akan berpeluang melihat kapal terbang berlepas dan mendarat dengan jarak dekat!\n\nMemang berdesing telinga dengar bunyi enjin kapal terbang di atas kepala\ud83d\ude01. Anak-anak pasti teruja melihat saiz sebenar kapal terbang yang besar dan mereka pasti melambai-lambai ke arah kapal terbang sambil melompat girang.\n\nApa itu Kidzania?. Satu bandar interaktif yang direka khas untuk kanak-kanak berusia 4 sehingga 14 tahun untuk merasai sendiri pengalaman sebenar dunia pekerjaan. Berkonsepkan role play, kanak-kanak berpeluang \u00a0meneroka hampir 60 fungsi pekerjaan seperti ahli bomba, doktor dan juruterbang.\n\nLihat sahaja tajuk pun dah terbayang kesedapan cokelat yang menjadi kegilaan setiap lapisan umur. Muzium cokelat ini terletak di Kota Damansara yang telah dibuka secara rasminya pada tahun 2014.\n\nMuzium ini berkonsepkan \u20183E\u2019 yang membolehkan pengunjung memperoleh:\n\nMenikmati keindahan tempat menarik di Kuala Lumpur dengan menaiki bas TANPA BUMBUNG! Seronoknya! Bas ini berkonsepkan free & easy kembara bandar yang mempunyai 23 tempat perhentian dan akan membawa pengunjung ke \u00a0hampir 70 daya tarikan yang terdapat di ibu kota.\n\nTiket boleh dibeli di dalam bas, kaunter hop on hop \u00a0off, online atau melalui agen dan hotel yang diiktiraf. Manakala, harganya pula adalah seperti berikut:\n\nJom bawa anak-anak meneroka dan menjelajah pelbagai tempat, permainan dan pengalaman baru agar cuti hujung minggu ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan yang pasti menyeronokkan!\n\nAda banyak pusat rekreasi yang menjadi tumpuan ramai di KL, dan Taman Rimba Bukit Kerinchi adalah salah satu daripadanya.\n\nDi sini, anda boleh melakukan aktiviti seperti bermandi-manda, berjalan di jambatan besi, berkhemah dan mendaki. Di samping mercegaskan badan, anda juga dapat merehatkan minda.\n\nTerletak di Jalan Istana, kami yakin anda pasti sudah tahu tentang tempat ini, bukan? Muzium Diraja ini semestinya wajib masuk dalam senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang anda ingin kunjungi.\n\nSebelum ditukarkan kepada muzium, ianya merupakan tempat bersemayam Yang di Pertuan Agong. Kini, ianya menjadi muzium yang mempamerkan ruang dalaman istana.\n\nHarga tiket: Kanak-kanak RM 2 | Dewasa RM 5 | Warga emas RM3\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 5 pm\n\nTak sahlah ke Kuala Lumpur kalau anda tak singgah di salah satu tempat yang sangat popular di sini \u2013 Aquaria yang terletak di KLCC.\n\nAquaria KLCC merupakan aquarium terbesar di Asia Tenggara. Ianya menempatkan pelbagai jenis spesis hidupan laut, ada sekitar 5000 spesis. Rugi jika anda tak singgah!\n\nHarga tiket: Kanak-kanak 3-12 tahun RM 59 | RM 69 Dewasa | RM 49 Warga Emas | RM 16 OKU\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 8 pm\n\nMuzium ini siap dibina pada tahun 1928 lagi. Ianya merupakan muzium yang merupakan bekas pusat telekomunikasi pada suatu ketika dahulu, sebelum ditukarkan kepada muzium pada tahun 1985.\n\nKini, muzium ini menempatkan dua galeri \u2013 galeri sejarah berada di aras satu manakala galeri moden di aras dua. Terdapat pameran yang sangat informatif di setiap galeri ini berkaitan dengan perihal komunikasi.\n\nHarga tiket: Kanak-kanak RM 3 | Dewasa RM 6\n\nNational Visual Art Gallery adalah galeri seni awam di Kuala Lumpur Galeri ini terletak di Jalan Tun Razak, di pinggir utara pusat Kuala Lumpur.\n\nGaleri ini mempunyai koleksi tetap 4000 karya seni oleh seniman Malaysia dan luar yang terkenal. Ianya juga turut memaparkan seni lain seperti seni batik.\n\nDibuka pada tahun 1958, ianya terletak bersebelahan dengan Istana Budaya.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 6 pm\n\nKuala Lumpur Butterfly Park atau Taman Rama-rama Kuala Lumpur memang sesuai dikunjungi oleh pencinta alam. Terdapat lebih 120 spesis rama-rama yang akan anda temui di sini.\n\nBerkeluasan 80,000 kaki persegi, ianya merupakan taman rama-rama terbesar di dunia. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan singgah sahaja jika ke KL.\n\nHarga tiket: RM 6 Kanak kanak | RM 13 Dewasa\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 5.30 pm\n\nPetrosains, The Discovery Centre atau Petrosains adalah sebuah muzium sains dan teknologi Malaysia yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas.\n\nDitubuhkan pada tahun 1999, muzium ini dibahagikan kepada 11 pameran interaktif utama, yang boleh dikunjungi mengikut turutan. Jika anda peminat tegar sains, inilah tempat yang cocok dengan jiwa anda.\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa \u2013 Jumaat (9.30 am \u2013 5.30 pm) manakala Sabtu & Ahad (9.30 am \u2013 6.30 pm)\n\nHarga tiket: Percuma Kanak-kanak bawah 3 tahun | RM 7.50 Kanak-kanak 3-12 tahun | RM 18.50 Dewasa 18-60 tahun | RM 9 Warga Emas\n\nKL memang kaya dengan muzium. Jadi, satu lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda lawati ialah Muzium Bank Negara. Ianya ditubuhkan pada tahun 1962.\n\nMuzium ini bertujuan untuk memberi orang awam pembelajaran tentang kepentingan ekonomi, perbankan Islam dan perancangan kewangan, bersama dengan peranan yang dimainkan oleh Bank Negara dalam pembangunan negara.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 6 pm\n\nMuzium Tekstil Negara atau National Textile Museum merupakan muzium tekstil yang terletak di Pusat Bandar, Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.\n\nSelain daripada mempamerkan kain dan baju bersejarah, muzium ini turut mempamerkan aksesori tradisional dan aksesori diraja. Kemasukan ialah percuma, jadi jangan lupa untuk melawati muzium ini.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 6 pm\n\nPlanetarium Negara adalah planetarium negara Malaysia. Ia terdiri daripada struktur kubah berwarna biru yang terletak di atas bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana.\n\nAda pelbagai ruang pameran yang menarik dan interaktif yang boleh ditemui. Ruang teater yang memaparkan perihal angkasa lepas merupakan antara yang popular di sini.\n\nHarga tiket:\u00a0 Tayangan Planetarium \u2013 Kanak-Kanak RM 4 | Dewasa RM 6\n\nTaman tema\u00a0indoor\u00a0di Berjaya Times Square ini juga dikenali sebagai Berjaya Times Square Theme Park. Ianya terletak di tingkat 5 dan 7 di bangunan pusat membeli-belah itu.\n\nAktiviti yang paling menyeronokkan di sini ialah menaiki\u00a0roller coaster\u00a0yang dikenali dengan nama Supersonic Odyssey.\n\nHarga tiket: RM 45 Kanak-kanak | RM 55 Dewasa\n\nWaktu operasi: Hari minggu 12 \u2013 10 pm | Hujung minggu 11 am \u2013 10 pm\n\nBukan ada di Langkawi sahaja, malah di KLCC pun anda akan jumpa Sky Bridge. Bagi yang tidak ada masalah gayat, bolehlah anda singgah dan beli tiket di sini.\n\nIanya terletak di tingkat 41 dan 42 pada bangunan KLCC. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke sini, anda akan menyaksikan panorama bandar Kuala Lumpur yang cantik dan luas. Sangat berbaloi!\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 9 pm manakala Jumaat (9 am \u2013 1 pm, 2.30 \u2013 9 pm)\n\nHarga tiket: Kanak-kanak & Warga Emas RM 14 | Dewasa RM 28\n\nSiapa sahaja yang tidak pernah melihat masjid ini? Walaupun tak pernah singgah secara depan-depan, semestinya anda pernah melihat Masjid Wilayah di kaca televisyen atau di dada akhbar, bukan?\n\nReka bentuk masjid ini adalah gabungan gaya seni bina Uthmaniyyah dan Melayu, yang dipengaruhi oleh Masjid Biru di Istanbul, Turki. Ia mempunyai 22 kubah yang diperbuat daripada bahan komposit kain serat kaca bercampur dengan resin epoksi.\n\nMasjid Negara \u2013 ini juga wajib masuk dalam senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang akan dilawati jika anda berpeluang ke sini. Ianya juga merupakan salah satu tarikan utama di KL.\n\nIanya dapat memuatkan 15,000 orang di dalamnya dan ia terletak di antara taman seluas 13 ekar. Ianya menggunakan senibina Morocco dan Sepanyol, dan merupakan antara masjid yang terbesar di dunia.\n\nAdakah anda seorang ulat buku? Bukan senang untuk menemui perpustakaan yang menyimpan buku pelbagai genre. Salah satu perpustakaan terbaik di negara kita terletak di KL.\n\nPerpustakaan tersebut ialah Perpustakaan Negara. Dibina pada tahun 1966, perpustakaan ini sememangnya syurga buku kerana terdapat lebih 4 juta buku, manuskrip dan barangan digital yang akan anda temui di sini.\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali isnin, 10 am \u2013 7 pm\n\nInilah dia tempat yang cocok dengan jiwa mereka yang mencintai teater muzikal \u2013 Dewan Filharmonik Petronas yang terletak di KLCC.\n\nDewan ini adalah dewan konsert pertama Malaysia yang dibina khusus untuk muzik klasik. Ia adalah rumah\u00a0 kepada Orkestra Filharmonik Malaysia, dan telah menganjurkan banyak orkestra terkemuka di dunia.\n\nJadi, jika ada sebarang muzikal yang dianjurkan di sini, anda boleh menempah tiket di laman web ini.\u00a0Enjoy the show!\n\nTerletak di Tasik Perdana, Royal Malaysian Police Museum atau Muzium Polis merupakan antara tempat menarik di Kuala Lumpur yang wajib dikunjungi oleh pencinta sejarah.\n\nAnd juga boleh membawa anak-anak anda yang bercita-cita untuk menjadi polis. Di sini, anda akan didedahkan dengan pameran tenang sejarah polis di negara kita dan senjata serta seragam polis pada suatu ketika dahulu.\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 am \u2013 6 pm\n\nTerletak di Suria KLCC, Galeri Petronas ini merupakan galeri seni yang ditubuhkan pada tahun 1993. Ianya ditubuhkan untuk mempromosikan seni dan budaya kepada pengunjungnya.\n\nAda pelbagai jenis pameran seni yang akan anda lihat di sini. Ada pameran bersejarah, lukisan, arca dan banyak lagi. Memang bertaraf antarabangsa! Bonus buat anda, kemasukan ialah percuma.\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 am \u2013 8 pm\n\nIstana Budaya \u2013 ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur. Bukan sahaja menarik, malah ianya memang terkenal. Kalau anda tak pernah dengar, anda memang ketinggalan.\n\nIstana Budaya ini merupakan rumah kepada seni muzik dan teater. Persembahan teater, muzikal, nyanyian dan tarian selalunya akan diadakan di sini.\n\nMaklumat tentang tempahan tiket boleh didapati di sini. Pengalaman sepanjang berada di dewan yang cantik dan canggih ini pasti akan menjadi memori yang manis buat anda dan keluarga.\n\nBangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan abad ke-19 yang terletak di sepanjang Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Royal Selangor di Kuala Lumpur.\n\nIanya merupakan salah satu bangunan bersejarah yang paling terkenal di negara kita. Dibina pada tahun 1984, senibina bangunan ini berasaskan senibina Moghul dan Moorish, sangat cantik!\n\nKuala Lumpur bukan sahaja ada taman rama-rama, malah taman burung pun anda. Memang tempat yang terbaik untuk disinggah oleh para pencinta alam dan haiwan.\n\nDi sini, anda dapat melihat lebih 200 spesis burung dan 3000 burung. Ianya dibuka pada tahun 1991 dan mempunyai keluasan tanah 20.9 ekar.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 6 pm\n\nHarga kemasukan: RM 6 Kanak-kanak & Warga Emas | RM 25 Warga Emas\n\nSalah satu taman rekreaasi yang paling popular di KL ialah Taman Tasik Titiwangsa. Bukti popularitinya ialah ianya sentiasa diserbu pengunjung terutamanya pada waktu petang setiap hari.\n\nIanya dibuka semula pada tahun 2019 dengan wajah baru. Keindahan tasik serta keluasan taman rekreasi membuatkan pengunjung berasa selesa untuk beriadah dan merehatkan minda di sini.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 7 am \u2013 7 pm\n\nTugu Negara adalah lambang kemerdekaan bagi memperingati mereka yang meninggal dunia dalam perjuangan Malaysia untuk kemerdekaan, terutamanya terhadap pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II dan Darurat Malaya.\n\nBerketinggian 15 meter, ianya terletak di Kuala Lumpur dan dibina pada tahun 1966. Ianya juga merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal, jadi lawatilah jika anda berpeluang ke KL.\n\nTerletak di Universiti Malaya, Museum of Asian Art atau Muzium Kesenian Asia ini mempamerkan seni dan budaya Asia yang pelbagai.\n\nDalam tiga tingkat ruang pameran, muzium ini mewakili tiga tamadun; India, Cina dan Islam (budaya Melayu). Sangat sesuai disinggah oleh pencinta budaya dan sejarah!\n\nWaktu operasi: Hari minggu, Isnin Khamis (9 am \u2013 1 pm, 2 \u2013 5 pm), Jumaat (9 am \u2013 12.15 pm, 2.45 \u2013 5 pm)\n\nSukakan senibina? Mungkin anda akan tertarik dengan senibina kampung di Rumah Penghulu Abu Seman yang terletak di Jalan\u00a0 Stonor ini. Salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang popular!\n\nKonsep asal rumah ini ialah rumah kampung yang teletak di Kedah. Ianya dikelilingi oleh herba tradisional & taman warisan yang mempunyai lebih dari 50 spesies pokok & tumbuhan. Memang dekat dengan jiwa orang kita, bukan?\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 9.30 am \u2013 5.30 pm\n\nIngin beriadah bersama keluarga di taman rekreasi yang bukan sahaja luas, bnyak kemudahan, malah cantik? Anda boleh singgah di Taman Metropolitan Kepong untuk tujuan itu.\n\nAntara aktiviti riadah yang boleh dilakukan termasuklah berjogging, bersenam, bermain layang-layang dan sekadar merehatkan minda. Badan sihat, otak cerdas!\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 6 am \u2013 8 pm\n\nAsyik ke pusat membeli-belah sahaja, teringin juga hendak mendaki bukit. Untuk itu, anda boleh melakukan aktiviti tersebut di Bukit Tabur yang terletak di Taman Melawati.\n\nIanya merupakan antara bukit yang terkenal di Kuala Lumpur. Pemandangan setelah sampai ke puncak pasti akan buat anda terpesona, percayalah!\n\nMemorial Tunku Abdul Rahman adalah sebuah muzium di Kuala Lumpur yang memperingati kehidupan dan pencapaian Tunku yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia.\n\nKebanyakan kawasan pameran terdiri daripada paparan grafik meliputi peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan Malaya dari Britain dan peranan yang dimainkan Tunku di zaman bersejarah itu.\n\nBahagian lain terperinci mengenai ibu bapa beliau, zaman kanak-kanak, gambar kenderaan lamanya dan kerjaya awalnya sebagai peguam dan pentadbir. Sangat menarik untuk dilawati dan dipelajari!\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9 am \u2013 5 pm manakala Jumaat 9 am \u2013 12 pm, 3 \u2013 5 pm\n\nYang sukakan aktiviti yang menguji adrenalin, Blastacars Malaysia ini adalah tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda serbu. Ianya terletak di Sungei Wang Plaza.\n\nAkviti yang boleh dilakukan di sini ialah menaiki go-kart. Go-kart mereka dibina di New Zealand dan mematuhi piawaian keselamatan mereka yang ketat, dijamin berkualiti!\n\nHarga kemasukan: RM 60 \u2013 RM 100\n\nKuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)\n\nSelain Istana Budaya dan Dewan Filharmonik Petronas, anda juga boleh menyaksikan teater dan muzikal di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).\n\nTerletak di Sentul, KLPAC ditubuhkan untuk memupuk dan mengekalkan seni persembahan untuk rakyat Malaysia. KLPac juga adalah rumah untuk KLPac Orchestra, yang ditubuhkan pada tahun 2006.\n\nUntuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempahan tiket, anda boleh rujuk di sini.\n\nTaman Tasik Permaisuri ini dibuka pada tahun 1989 oleh Raja Permaisuri Agong ke-8. Mempunyai keluasan 49.4 hektar, ianya terletak kira-kira 15 km dari pusat bandar KL.\n\nSelain mempunyai tasik, ianya juga mempunyai pancutan air. Ramai pengunjung datang ke sini untuk melakukan aktiviti rekreasi. Kadangkala, ada juga yang menganjurkan aktiviti\u00a0outdoor seperti Hari Keluarga di sini.\n\nAnda pasti pernah terdengar nama Masjid Jamek ini. Boleh dikatakan ianya merupakan antara masjid yang paling popular di negara kita. Selain cantik dan bersih, ianya juga besar.\n\nIanya merupakan salah sebuah masjid tertua di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak dan boleh diakses melalui Jalan Tun Perak. Bolehlah anda singgah di sini untuk beribadah.\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10.30 am \u2013 12.30 pm, 2.30 -4 pm\n\nTak sahlah jika anda melancong ke KL tapi tak singgah di Zoo Negara. Ianya merupakan zoo pertama yang dibuka di negara kita. Terletak di Ulu Klang, ianya ditubuhkan pada tahun 1963.\n\nZoo ini menempatkan sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Terdapat juga 16 pameran yang anda boleh lihat di sini.\n\nAntaranya ialah Taman Reptilia, Taman Burung, Akuaria Air Tawar, Pusat Kera dan Zoo Serangga. Bolehlah anda datang ke sini bersama keluarga, pasti lebih menyeronokkan.\\Harga tiket: Kanak-kanak RM 18 | Dewasa RM 45 | Warga Emas RM 23\n\nRoyal Selangor Visitor Centre merupakan pusat lawatan untuk syarikat Royal Selangor. Buat pengetahuan anda, Royal Selangor adalah sebuah syarikat\u00a0 yang terkenal di seluruh dunia untuk kepakaran mereka dalam membuat piuter.\n\nDi sini, anda akan belajar tentang pembangunan perlombongan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1800an serta melihat alatan pembuatan piuter, piuter antik dan mata wang timah purba.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 5 pm\n\nTaman Botani Perdana, dahulunya Taman Tasik Perdana, adalah taman rekreasi berskala besar pertama Kuala Lumpur. Berukuran 91.6 hektar, ia terletak di tengah-tengah bandar dan ditubuhkan pada tahun 1888.\n\nSeperti taman rekreasi yang lain, ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Ini termasuklah berkelah, berjogging dan bersenam.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 7 am \u2013 8 pm\n\nSatu lagi muzium yang boleh anda lawati di KL ialah Muzium Etnologi Dunia Melayu. Ianya terletak bersebelahan dengan Muzium Negara. Wajib masuk dalam senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang anda ingin lawati.\n\nMuzium ini mempamerkan koleksi dan penyelidikan mengenai dunia Melayu. Pameran koleksi termasuklah pelbagai jenis seperti tekstil, senjata, ukiran, alat logam dan teknologi, perhiasan diri, alat muzik dan banyak lagi.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 6 pm\n\nHarga tiket: Kanak-kanak Percuma | Dewasa RM 2 | Warga Emas RM 1\n\nPasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman\n\nKalau anda melancong ke KL namun tidak datang ke pasar malam Jalan TAR, anda meman rugi. Walaupun ianya terletak di bandar, barang-barang yang dijual di sini murah-murah belaka!\n\nBuat pengetahuan anda, ini adalah pasar malam terbesar di Malaysia. Setelah puas bejalan-jalan di pusat bandar pada waktu siang, datanglah membeli makanan dan barangan lain di sini pula.\n\nTerletak di Seri Kembangan Selangor, G2G Animals Garden baru di buka pada bulan Disember tahun lepas. G2G yang bermaksud Goat to Go adalah taman yang berkonsepkan Eco dan Agro Tourism sangat sesuai dilawati seisi keluarga.\n\nTerdapat lebih 200 spesies haiwan yang terdapat sini dan berkonsepkan petting zoo. Antara daya tarikan yang utama ialah Therapy Goat House. Di sini, pengunjung boleh melihat, memegang dan berswafoto bersama kambing dengan lebih dekat lagi. Malah, pengunjung juga diberi peluang untuk memberi susu kepada anak-anak kambing yang ada.\n\nTarikan lain yang ada di sini ialah pigeon house, rabbit garden, bird aviary dan rumah terapi. Wah! banyaknya haiwan di sini. Berbaloi bawa anak-anak dan keluarga musim cuti sekolah ini.\n\nSeringkali kita lihat kebanyakkan orang akan mendaki bukit di luar kawasan bandar. Namun, inilah keunikkan Kota Damansara Community Forest (KDCF), orang awam boleh mendaki bukit di tengah-tengah bandar!\n\nKeluarga yang suka akan aktiviti mencabar untuk anak-anak bolehlah menjadikan KDFC sebagai salah satu tempat riadah bersama mereka. Tiada bayaran masuk dikenakan dan dibuka setiap hari.\n\nSalah satu tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anak-anak yang sukakan aktiviti lasak. Enerz Extreme Park terletak di Subang Jaya merupakan taman trampolin yang terbesar di Asia. Pelbagai fasiliti disediakan yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak.\n\nAntara kemudahan yang terdapat disini ialah:\n\nPasti anak-anak puas bermain pelbagai jenis permainan yang mencabar dan menguji kekuatan fizikal dan mental mereka.\n\nUpside Down House merupakan salah satu lagi daya tarikan di ibu kota. Terletak di Menara Kuala Lumpur, senibina ini direka berkonsepkan cottage house.\n\nBukan hanya rumah yang terbalik, semua perabot yang terdapat di dalamnya juga terbalik!. Anak-anak mesti terujakan apabila melihat keunikkan rumah terbalik ini buat pertama kali\ud83d\ude01.\n\nMin Nature adalah tempat pameran dan pembuatan model miniature yang terletak di Summit USJ, Subang Jaya. Anak-anak akan berpeluang melihat model rumah, pelbagai jenis landskap dan bangunan.\n\nApa yang menarik lagi ialah pengunjung boleh menghasilkan sendiri miniature anda. Pengunjung hanya perlu membeli\u00a0modeling kit dengan harga yang sangat berpatutan!\n\nWah!menarik bukan? Anak-anak pasti teruja dengan pengalaman baru ini\ud83d\ude0a\n\nIni adalah lagi satu tempat yang sesuai untuk keluarga yang sukakan aktiviti lasak. Jangan risau ya ibu ayah! Kebanyakkan aktiviti di sini direka bersesuaian dengan peringkat umur. Dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:\n\nEscape Room @ Berjaya Times Square\n\nBagi yang sukakan aktiviti mencabar, apa kata anda cabar diri anda untuk bermain di Escape Room? Jika anda sukakan permainan minda, tempat ini memang kena dengan jiwa anda!\n\nBersama-sama dengan rakan sepasukan, anda harus menyelesaikan serangkaian teka-teki menggunakan unsur-unsur yang terdapat di dalam bilik untuk cuba melarikan diri dalam batas waktu 45 minit yang diberikan.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 11 am \u2013 11.30 pm\n\nPustaka Peringatan P. Ramlee merupakan bekas kediaman seniman tersebut di Kuala Lumpur. Banglo satu tingkat ini kemudiannya diperolehi oleh Kerajaan Malaysia dan dijadikan warisan kebangsaan.\n\nAntara tarikan utama di sini ialah piano buatan Eropah yang berusia lebih 60 tahun. Ianya merupakan antara alat muzik kesayangan Tan Sri P. Ramlee. Kemasukan ialah percuma, jadi jangan lupa lawati memorial ini ya!\n\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa \u2013 Ahad (10 am \u2013 5.00 pm) manakala Jumaat (10 am \u2013 12.00 pm, 3.00 pm \u2013 5.00 pm)\n\nTerletak di Jalan Lembah Perdana, Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium kesenian Islam yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara.\n\nMuzium ini dibina oleh Tan Sri Syed Mohamad Albukhary pada tahun 1998. Ia menempatkan lebih 7000 artifak dan buku berkaitan dengan kesenian Islam. Sangat menarik untuk dilawati!\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9.30 am \u2013 6 pm\n\nHarga tiket: RM 7 Kanak kanak & Warga Emas | RM 14 Dewasa\n\nSatu lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi ialah Breakout yang terletak di Avenue K. Konsepnya sama seperti Escape Room.\n\nAnda akan melakukan aktiviti secara berpasukan untuk menyelesaikan teka-teki dan permainan mencabar minda untuk melepaskan diri. Sangat menarik, rugi jika anda tak cuba!\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 10 pm\n\nHarga tiket: RM 100 \u2013 RM 288, bergantung kepada jumlah pemain\n\nKalau anda ingin tahu tentang selok-belok bandar KL, mungkin anda boleh berkunjung ke Kuala Lumpur City Gallery yang terletak berdekatan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad ini.\n\nDi sini, anda dapat melihat pameran replika bandaraya Kuala Lumpur. Anda juga akan didedahkan dengan sejarah serta fakta tentangnya kerana ada infografik di sini.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 6.30 pm\n\nSeni batik bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia, malah pelancong luar turut memburunya jika ke sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang seni batik, anda boleh singgah di Galeri Batik JADI.\n\nDibuka sejak tahun 1976, anda dapat lihat dengan lebih dekat tentang demonstrasi & kelas batik, serta cenderamata & pakaian buatan Malaysia.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 9 am \u2013 5.30 pm\n\nAnda mungkin sudah biasa terdengar nama tempat ini \u2013 Dataran Merdeka. Selain daripada tempat bersejarah yang terkenal, ianya juga salah satu tarikan pelancongan di KL.\n\nDataran Merdeka ini terletak berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Jika anda berkunjung ke sini semasa Hari Merdeka, bolehlah menyambut hari kemerdekaan di sini. Pasti menyeronokkan dan penuh nostalgia!\n\nPusat Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MATIC ini juga wajib masuk dalam senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang wajib anda lawati.\n\nTempat sekeliling MATIC ini yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Antaranya ialah kafe, perhentian bas hop on & off, kedai coklat dan banyak lagi.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 8 am \u2013 10 pm\n\nSangat kreatif dan inovasi indoor playland ini!. Lokasi hanya terletak di Starling Mall, Petaling Jaya. Tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur.\n\nTempat ini memberi peluang kepada kanak-kanak merangsang deria mereka dan mengasah daya kreativiti dan imaginasi melalui konsep IMAGINE, PLAY dan LEARN.\n\nGabungan pendekatan classical play dan teknologi terkini mampu memberikan pengalaman yang mengujakan kepada kanak-kanak. Antara kemudahan yang disediakan ialah:\n\nBoleh layari laman web kiddomo.com untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang harga tiket dan waktu operasinya.\n\nDibina pada tahun 1888, Central Market Kuala Lumpur ini adalah pusat budaya, seni dan kraf Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Pasar Seni.\n\nTerdapat lebih daripada 350 kedai dan kiosk, menjual kraf tangan, batik, cenderamata, barangan antik, koleksi dan banyak lagi yang boleh didapati di sini. Ianya terletak di Jalan Hang Kasturi di Pusat Bandar.\n\nWaktu operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 9.30 pm\n\nSelain tempat menarik di Kuala Lumpur, kami juga ada menulis artikel tempat menarik yang lain yang sesuai untuk bawa ahli keluarga. Jom baca."
"Mencari resepi daging yang sedap dan menarik untuk keluarga? Ini dia, kami kongsikan 35 resepi daging sedia untuk dicuba.\n\nResepi-resepi yang kami sediakan ini sangat berbaloi jika anda buat dan hidangkan untuk keluarga. Selain itu, resepi di bawah ini juga sangat sesuai untuk hidangan majlis kenduri mahupun majlis istimewa. Bahkan resepi daging ala restoran boleh anda dapatkan di sini.\n\nMemasak daging bukan lagi hal yang sukar jika anda mengikuti resepi yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba resepi-resepi daging yang mudah lagi sedap ini.\n\nRasanya kurang lengkap bila tidak letak daging harimau menangis dalam senarai resepi masakan anda. Harimau menangis ialah nama bahagian daging pada lembu. Dan tentunya banyak cara boleh diguna untuk olah daging harimau menangis tersebut antaranya daging bakar harimau menangis dihidang dengan sos seperti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Sarah di laman Facebook. Namun disebabkan agak sukar cari daging harimau menangis anda boleh tukarkan dengan daging batang pinang sebab ia lembut juga cepat masak.\n\nLain negeri lain pula masakan dia. Kali ini kami jemput anda terokai resepi daging dendeng Perak pula. Dinamakan begitu sebab dendeng ini dibuat berasaskan citarasa negeri Perak. Penasaran ingin cuba? Jom tengok resepi oleh Nor Hayati Jamaludin berkongsi di laman Facebook.\n\n3. Resepi Asam Pedas Daging Tetel Melaka\n\nTiap kali ke Melaka jangan lupa makan asam pedas daging tetel. Menu ini pedas pekat, makan dengan nasi putih mesti bertambah. Resepi asam pedas daging tetel didatangkan daripada Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.\n\nNota:Daging boleh tidak perlu direbus dulu terutama jika guna daging batang pinang.\n\nKebab daging arab punya. Bila makan terasa naik unta. Guna daging kisar Ramly sahaja. Mudah dan berbaloi untuk dicuba. Jemput resepi daripada Emee Sham di laman Facebook.\n\nTeringin makan murtabak daging tapi selama berkurung ini malas pula keluar. Apa kata buat saja. Murtabak daging mudah tanpa menguli dan menebar, guna kulit popia sahaja. Jom cubakan resepi oleh Juju Minhad perkongsian di laman Facebook.\n\nMakan singgang daging dengan telur dadar dan ulam budu nikmat sungguh rasanya. Dihidang dengan nasi putih sebagai menu makan siang untuk keluarga mesti semua suka. Makan sampai bertambah-tambah. Mari lihat resepi perkongsian ramai daripada Shareena Nana\u00a0di laman Facebook.\n\nDi Indonesia, bebola daging dipanggil bakso dan disajikan dengan kuah yang mengandungi mihun, sayur, kailan\u00a0 dan dihidangkan bersama bawang goreng dan daun saderi. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Nasariah Aziz di Facebook pada resepi di bawah ini.\n\nMasa menyajikan bebola daging boleh letak kicap manis untuk dapatkan rasa yang lagi sedap.\n\nDaging malbari ini resepi wajib masak setiap tahun lagi bila hari raya. Ramai yang minta share resepi. Berbahagia lah anda kerana kami berkongsi resepi daging malbari. Resepi ini dikongsikan oleh\u200e Saba Natasha\u200e di Facebook.\n\n9. Resepi Daging Blackpepper @ Lada Hitam\n\nLada hitam sendiri memiliki banyak khasiat. Selain baik untuk kesihatan, lada hitam juga dapat merangsang selera makan. Daging lada hitam banyak dijual di restoran melayu, restoran thai, mahupun restoran cina. Harga daging lada hitam pula mencapai RM 10 untuk satu pinggan. Harga yang mahal namun sesuai dengan rasanya yang memang sangat sedap. Resepi dikongsikan oleh \u200eMazliza Ahmad\u200e di Facebook.\n\n10. Resepi Gulai Daging Campur Lemak\n\nDaging campur lemak gulai merupakan hidangan yang tepat untuk dijadikan lauk makan tengah hari dan malam. Makan bersama nasi putih atau nasi impit dan letak keropok. Sila cubakan resepi gulai daging yang dikongsikan oleh Masni Bahari di laman Facebook. Sedap dan patut cuba.\n\nAisyah Mansor berkongsikan resepi daging kurma resepi mertua di laman Facebook. \u201cMemang tiada yang mampu menahan kelazatan resepi orang dulu\u201d katanya. Juga resepi ini ialah anggaran satu ekor kambing.\n\n12.\u00a0Resepi Musa\u2019gaah Daging Turkey Style\n\nKalau pernah ke Turki mesti pernah makan ini bukan? Musa\u2019gaah, makanan yang sangat simple dan satu lauk saja sudah cukup. Semua sudah ada dalam makanan ini. Selalunya di Turki hidangan ini dimakan dengan nasi liat khas turki. Resepi oleh Emma Wan Noordin\u200e di laman Facebook.\n\nTeringin makan daging paprik ala restoran Thai? Sudah tak perlu pergi ke kedai. Anda boleh ciptakan sendiri daging paprik ala kedai Thai di rumah anda. Kami hadirkan ke hadapan anda resepi daging paprik daripada Murni Rahmat\u200e yang dikongsikan di Facebook seperti di bawah ini.\n\nSerunding sangat sesuai untuk dijadikan masakan jangka panjang kerana ia tahan berhari-hari untuk disimpan.\u00a0 Untuk pelajar yang duduk di rumah sewa ataupun orang yang berjalan-jalan jauh boleh cuba buat serunding sebagai lauk untuk makan. Resepi serunding daging yang dikongsikan oleh \u200eMak Jemah Nelly\u200e di laman Facebook.\n\nMudah bukan resepinya? Walaupun memakan masa yang cukup lama pada proses pengeringan namun hasilnya sangat memuaskan. Selamat mencuba.\n\n15. Resepi Daging Goreng Madu Berempah\n\nZaid Azizy Yaakob berkongsikan resepi di Facebook. Hidangan ini rasa manis-manis pedas dan wanginya menyelerakan. Sedap untuk dijadikan lauk kenduri kendara. Makan dengan nasi putih, nasi minyak dan jenis nasi lain. Selamat mencuba.\n\nUntuk membangkitkan rasa daging dan mengelakkan rasa muak daging, perah sedikit asam limau nipis ke atas daging.\n\nRendang ialah hidangan yang dikira wajib ada untuk hari raya dan kenduri. Tapi apa cara memasak rendang daging yang sedap? Jom ikuti resepi rendang daging yang dikongsikan oleh Noor Khadijah di laman Facebook.\n\nSemua ahli keluarga paling suka lauk ini. \u200eTiap kali dihidangkan daging dendeng, mesti makan bertambah. Rasa yang sangat mencabar di tekak. Makan daging dendeng dengan nasi putih panas-panas, sedap sangat. Cik Tyna Shamsuddin\u200e berkongsi resepi mudah dendeng di laman Facebook.\n\nResepi kali ini namanya daging masak rempah, bukan gulai daging ya. Jauh bezanya, mari kami bagi resepi dekat anda. Dikongsikan oleh Masni Bahari di laman Facebook.\n\nJarang buat kerutuk daging, tapi kalau sudah buat memang 1 kampung makan untuk tengahari saja. Resepi kerutuk daging oleh Mazliza Ahmad di laman Facebook.\n\nSambal daging kegemaran keluarga. Kalau beli daging mesti semua request masak sambal ini. Semangkuk ini boleh habis dalam sekali makan. Sila cubakan resepi sambal daging daripada Zanariyah Zahir di laman Facebook.\n\n21. Resepi Daging Masak Merah Ala Thai\n\nSeterusnya, kita menjamah resepi masakan daging ala Thai pula. Resepi daging masak merah ala Thai style Farahziana Jarahim yang berkongsi di laman Facebook.\n\n22. Resepi Daging Masak Merah Daging Burger\n\nRasa macam teringin masak daging burger ramly hari ini tapi kita buat masak merah. Rasa sedap dan lembut. Masak yang senang, simple dan pastinya yummy. Resepi daripada Finas Osman\u200e di laman Facebook.\n\nMakan malam sudah sedia. Adakah yang berani berdiet apabila dihidangkan lauk ini di atas meja? Kari daging Bangladesh citarasa meletop dikongsikan oleh MrsMoon MJ di laman Facebook.\n\n\u200e \u200e24. Resepi Daging Masak Kicap\n\nAduhai sedap betul daging masak kicap. Ben Safwan berkongsikan resepi di laman Facebook. Boleh guna daging import atau daging tempatan. Kuantiti bahan resepi untuk 500 gram daging.\n\nResepi berikutnya juga daripada Ben Safwan di laman Facebook. Sup daging siam, kalau dapat makan masa hujan macam ini, hirup kuah panas-panas, Oh nikmatnya. Resepi paling mudah. Rasa dia sama macam beli di kedai masakan panas cuma lagi terbaik sebab guna daging lembu tempatan, minyak tidak banyak dan lazat.\n\n26. Resepi Kari Daging Tanpa Santan\n\nSejatinya kari mestilah guna santan. Tapi tidak semua orang makan santan dikeranakan pelbagai sebab. Maka itu Zuraini Mat Arshad mencetuskan idea masak kari daging tanpa santan. Sesiapa yang takut makan santan bolehlah cuba resepi ini.\n\nSiapa peminat masakan dalca? Berikut ini ialah resepi dalca daging menggunakan 500 gram daging boleh dapat hidang untuk 10 orang. Bolehlah dicuba buat makan sendiri di rumah. Resepi dikongsikan oleh Diana Jalal di laman facebook.\n\nSiapa tengah mengidam daging bakar danok? Mari sini kami kongsi resepi sedap daging bakar danok. Lagi senang sebab boleh bakar guna pan sahaja. Jom cubakan resepi oleh Suryani Muhamad Makhtar di laman Facebook.\n\nBurger ialah makanan cepat saji yang disukai ramai kerana ianya lazat dan mengenyangkan. Kalau mau beli pun senang tidak perlu tunggu lama. Teringin buat burger di rumah tapi daging burger mahal pula. Jangan risau kerana anda boleh buat sendiri daging burgernya. Dengan cara mudah oleh Sue Faizah berkongsi di laman Facebook, buat daging burger jadi senang.\n\n*Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam.\n\n30. Resepi Daging Kicap Ala Korea\n\nResepi ini Maryam Durian Kimci punya penangan. Ramai yang cuba buat sendiri sebab menyelerakan sangat. Cara menyediakannya pula cukup mudah. Mari cuba buat daging kicap ala korea dikongsikan oleh Khairuzetti Zaini di laman Facebook.\n\nNota : Hiris nipis daging \u2018 lawan urat\u2019 untuk daging cepat masak dan tidak liat. Beli daging batang pinang lebih cepat lembut.\n\n31. Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Style\n\nPunya daging korban berlebih tapi tak tahu nak masak apa? Apa kata anda cuba resepi simple ini. Resepi yang bersumber daripada Mas Aura\u200e ini sangat famous di Facebook. Jom tengok dan cuba.\n\n32. Resepi Daging Rebus Air Asam\n\nKepada yang bertanya daging nak masak apa, macam mana kalau buat daging rebus air asam pula. Campur sekali senang nak makan, tak perlu mencicah. Dengan resepi sedap daripada \u200eAtiekah Mustapha\u200e di Facebook, sila buat menu paling sedap anda.\n\n33. Resepi Daging Bakar Sos Homemade\n\nYang punya banyak daging dalam peti ais tu boleh cuba buat daging bakar harimau menangis pula. Menangis kerana kesedapan. Kena pula dengan sos pencicah. Memang mables. Jom intip resepi viral yang dibagikan di Facebook oleh \u200eAmiRatul Aziera\u200e ini.\n\nBahan Perapan Daging (perap 1 jam) :\n\nBahan Untuk Sos Cicah Daging :\n\nDaging masak asam, ramai orang suka sangat masak ini. Pebret satu keluarga, ada yang nak resepi kan. Ini kami bagi kepada anda resepi daripada Sanuja Nuja\u200e di Facebook.\n\nTidak hanya untuk masa raya, hari-hari biasa pun boleh buat daging masak hitam. Jom tengok resepi daripada \u200eRose Misymuchy\u200e di Facebook ini.\n\nResepi-resepi di atas sangat sedap dan menarik bukan? Terliur semuanya.Selamat mencuba.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya. Jemput juga baca koleksi resepi kuih, koleksi resepi ikan dan koleksi resepi sotong."
"Segelintir daripada kita sering terlupa bahawa solat merupakan tiang agama dan salah satu cara untuk memohon rezeki daripada Allah S.W.T. Ramai beranggapan bahawa duit sahaja merupakan satu rezeki padahal rezeki terdapat dalam pelbagai bentuk. \n\nContohnya, ketenangan hati. Ketenangan hati merupakan sesuatu perkara yang bukan mudah untuk dicapai. Hal ini kerana kita hanya dapat merasainya dengan melakukan fardhu solat, hati kita akan berasa tenang. \n\nJom kita baca perkongsian menarik daripada Dr Ahmad Sanusi mengenai mengapa solat sering dikaitkan dengan rezeki. \n\n1. Dalam Surah Taha, Allah menyebutkan hubungkait antara solat dengan rezeki. Seolah-olah, kedua elemen ini saling berkaitan. Firman Allah:\n\n\u0648\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0631\u0652 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0635\u0652\u0637\u064e\u0628\u0650\u0631\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u06d6 \u0644\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u064b\u0627 \u06d6 \u0646\u064e\u0651\u062d\u0652\u0646\u064f \u0646\u064e\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u064f\u0643\u064e \u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0642\u0650\u0628\u064e\u0629\u064f \u0644\u0650\u0644\u062a\u064e\u0651\u0642\u0652\u0648\u064e\u0649\u0670\n\n\u201cDan perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan solat, hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.\u201d (Surah Taha: 132)\n\n2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Kathir menyebutkan:\n\n\u064a\u0639\u0646\u064a \u0625\u0630\u0627 \u0623\u0642\u0645\u062a \u0627\u0644\u0635\u0644\u0627\u0629 \u0623\u062a\u0627\u0643 \u0627\u0644\u0631\u0632\u0642 \u0645\u0646 \u062d\u064a\u062b \u0644\u0627 \u062a\u062d\u062a\u0633\u0628\n\n\u201cIaitu sekiranya engkau bersabar mendirikan solat, Allah akan mengurniakan kamu rezeki dalam keadaan yang kami tidak sangka-sangka\u201d. (Ibn Kathir)\n\n3. Kenyataan Ibn Kathir ini seakan memberikan gambaran bahawa sabar dalam menunaikan solat akan membuka pintu rezeki. Kita juga seharusnya faham bahawa rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit.\n\nAdakalanya rezeki datang dalam bentuk kurniaan anak-anak yang soleh, ia adalah anugerah yang tidak ternilai. Adakalanya ia datang dalam bentuk ketenangan jiwa, satu anugerah yang tidak diperoleh dengan wang. Adakalanya rezeki datang dalam bentuk kesihatan.\n\n4.\u00a0Atas sebab itu al-Imam al-Zamakhshari merekodkan kisah Bakar ibn Abdullah al-Muzani, seorang Tabie yang soleh yang memerintahkan ahli keluarganya mendirikan solat ketika ditimpa ujian. Kata al-Zamakhshari:\n\n\u0628\u0643\u0631 \u0628\u0646 \u0639\u0628\u062f\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0645\u0632\u0646\u064a \u2013 \u0631\u062d\u0645\u0647 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649 \u2013 \u0625\u0630\u0627 \u0623\u0635\u0627\u0628 \u0623\u0647\u0644\u0647 \u062e\u0635\u0627\u0635\u0629 \u0642\u0627\u0644 : \u0642\u0648\u0645\u0648\u0627 \u0641\u0635\u0644\u0648\u0627, \u062b\u0645 \u064a\u0642\u0648\u0644: \u0628\u0647\u0630\u0627 \u0623\u0645\u0631 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649 \u0648\u0631\u0633\u0648\u0644\u0647\n\n\u201cSesungguhnya Bakr ibn Abdillah al-Muzani, sekiranya beliau ditimpa kesusahahan, maka dia akan meminta ahli keluarganya mendirikan solat lalu berkata: Dirikanlah solat, kerana beginilah yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.\u201d Lalu dibacanya ayat dari surah Taha tadi.\n\n5. Begitulah al-Muzani mendidik ahli keluarganya tentang solat. Apabila kita memerlukan sesuatu, maka mohonlah kepada Allah. Dirikanlah solat dan mengadu kepada Allah. Bukan mengadu dalam facebook. \n\n6. Urwah ibn al-Zubayr melihat ayat ini dari sudut pandang yang berbeza. Apabila beliau melihat ahli keluarganya tidak memiliki kemewahan dunia seperti orang lain, dia lalu membacakan ayat dari Surah Taha di atas mengingatkan mereka agar sentiasa mendirikan solat dan pada Allah segala ketentuan rezeki mereka. \n\n7. Begitu juga dengan Saidina Umar al-Khattab yang dikatakan sentiasa mendidik ahli keluarga beliau mendirikan solat, tidak kira saat susah atau senang.\n\nSebagai ibu bapa kita hendaklah mendidik anak-anak supaya sering mendirikan solat agar hidup mereka akan diberikan kesenangan tidak kira dari kejayaan hidup, ketenangan hati dan lain-lain. \n\nDiharapkan dengan perkonsian ini akan dapat mengingatkan kita semua bahawa rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang tetapi dalam pelbagai bentuk.\n\nUntuk post yang asal boleh lihat di sini."
"Ibu mana yang tak susah hati apabila anak demam? Tak senang duduk dibuatnya.\n\nNak-nak pula kalau suhu anak mencecah 39 darjah celcius. Jangan susah hati mama, jom kami kongsikan 13 tips turunkan suhu demam anak di rumah dengan cepat tanpa perlu bergegas ke klinik.\n\nPastikan anda ada termometer di rumah. Jika badan anak mulai panas, gunakan termometer untuk memantau suhu badan anak. Suhu badan yang normal ialah 36.7 darjah celcius.\u00a0Kawal suhu badan anak anda. Jika terlalu panas dan melebihi 38 darjah celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak anda.\n\nLakukan tepid sponging atau lap badan anak anda. Gunakan air suam, bukannya air sejuk. Lap keseluruhan badan. Basahkan kepalanya. Utamakan untuk mengelap di celah ketiak, bawah leher, celah peha & tapak kaki.\n\n3. Pakaian yang ringan & nipis\n\nJangan bogelkan anak yang demam. Biasa kita tengok bila anak demam, ibu cuma pakaikan lampin pakai buang kepada anak. Pemakaian yang terbaik ialah pakaian yang ringan dan nipis.\n\nElakkan pakaian yang tebal kerana ia boleh menyerap haba. Kain cotton adalah yang terbaik kerana boleh menyerap peluh. Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.\n\nMenjerlum dengan air asam jawa membantu untuk menurunkan suhu badan anak dengan cepat. Caranya mudah sahaja. Ramaskan asam jawa dalam air suam.\n\nKemudian basahkan tuala kecil dengan air asam jawa tadi. Jerlum atau lap badan anak dengan air asam jawa. Sama seperti tepid sponging, cuma kesannya lagi cepat kalau anda gunakan air asam jawa berbanding air suam biasa.\n\nAnda juga boleh amalkan petua anak demam dari orang tua-tua ini. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil, tapis dan ambil lendirnya.\n\nLendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lendir daun tadi, kemudian lumurkan lendir di kepala dan seluruh badan anak anda. Buat selama 20-30 minit, insyaAllah demam anak akan kebah.\n\nSelain mandikan anak dengan air lendir daun bunga raya, mandian lemon juga membantu menurunkan suhu badan anak dengan cepat. Caranya, isikan besen mandi dengan air suam. Masukkan potongan lemon kedalamnya & biarkan anak berendam sambil bermain.\n\nJangan lupa untuk pastikan kepala anak dibasahkan dengan air mandian\u00a0 lemon. Adalah sangat penting untuk anda tidak meninggalkan anak sendiri semasa mandi.\n\n7. Pastikan anak minum air masak secukupnya\n\nPastikan anak minum air masak yang secukupnya untuk mengelakkan anak mengalami dehidrasi. Air masak perlu diberikan secukupnya kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air.\n\nBadan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan boleh mengakibatkan masalah lain seperti ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan. Kalau kekeringan air dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak. Malah boleh juga menyebabkan kematian.\n\nJika anak anda masih menyusu badan, susukan dengan kerap. Susu ibu kaya dengan antibodi untuk melawan penyakit. Jika anak anda minum susu formula, pastikan bilangan botol yang diminum tidak kurang daripada biasa.\n\n8. Pastikan perut anak tidak kosong\n\nPastikan perut anak tidak kosong supaya tidak masuk angin lalu kembung. Anak yang demam biasanya tiada selera makan akibat suhu badan yang terlalu panas.\u00a0Masakkan bubur jika anak tidak selera makan nasi.\u00a0 Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Makanan sanbat penting untuk memastikan anak kekal bertenaga.\n\nKebiasaannya, anak akan masih aktif walau pun sedang demam. Namun mungkin kurang aktif sedikit daripada normal. Bila anak demam, sentiasa pantau & pastikan anak anda aktif. Jika anak anda kelihatan lemah & tidak bermaya, ia adalah petanda bahawa ada demam anak anda semakin melarat. Segera bawa berjumpa doktor.\n\nJika anak anda mulai batuk & ada tanda sakit tekak,\u00a0tampalkan\u00a0\u2018Kool Fever\u2019\u00a0ditekaknya untuk mengurangkan sakit tekak. Berikan makanan yang lembut & cecair seperti jus buah, sup ayam atau sup daging, bubur, air kelapa, air barli, dan sebagainya. Aiskrim Vanila juga boleh diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit.\n\n11. Perhatikan jika ada simptom sakit yang lain\n\nSelain menjaga suhu anak supaya tidak mencecah 39 darjah cclcius, anda juga perlu memerhatikan jika ada simptom sakit lain seperti demam campak, hfmd, dan sebagainya. Ia adalah langkah berjaga-jaga. Jika ada simptom selain demam, bawa anak berjumpa doktor dalam kadar segera.\n\nAda ibu yang sengaja menutup kipas angin & meletakkan anak di dalam bilik yang panas dengan harapan demam anak akan cepat kebah. Yang sebenarnya, persekitaran yang panas akan menyebabkan suhu badan anak semakin naik. Pastikan suhu persekitaran adalah sejuk. Pasang pendingin udara jika ada.\n\n13. Pastikan anda sentiasa ada di sisi anak\n\nAnak yang demam sangat dahagakan kasih sayang & perhatian dari ibu bapa. Pastikan anda sentiasa ada di sini anak. Pelukan, ciuman, usapan, sentuhan, dan ucapan sayang sangat membantu anak untuk cepat kebah dari demam. Dukung anak anda & letakkan diatas pangkuan. Apabila hendak tidurkan anak, bacakan bedtime story.\n\nItulah dia 13 tips\u00a0 turunkan suhu demam anak di rumah dengan cepat tanpa perlu bergegas ke klinik. Apa yang paling penting, sentiasa pantau suhu badan anak. Jika suhu terlalu tinggi atau anak terkena sawan, cepat-cepat pergi ke klinik.\n\nJemput juga baca artikel lain seperti doa untuk anak dan nama anak perempuan."
"Menyambut kelahiran orang baru sebagai penyeri rumah tangga sememangnya sesuatu yang sangat membahagiakan. Pastinya anda telah melakukan pelbagai persiapan seperti pilihan hospital untuk bersalin, nama yang baik, barang kelengkapan bayi, barang kelengkapan ibu, dan sebagainya. Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi yang anda perlu tahu, terutamanya cara azan bayi.\n\nCara azankan bayi yang baru lahir\n\nKenapa orang melayu mengazankan bayi yang baru lahir? Adakah ianya dilakukan pada zaman Rasulullah? Apakah hukum mengazankan bayi yang baru lahir? Kami memetik hadith yang diriwayatkan olen Ubaidilah Bin Abi Rafi;\n\n \u201c\u0631\u064e\u0623\u064a\u0652\u062a\u064f \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0623\u0630\u064e\u0651\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0623\u0630\u064f\u0646\u0650 \u0627\u0644\u062d\u064f\u0633\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u062d\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f \u0641\u064e\u0627\u0637\u0650\u0645\u064e\u0629\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0629\u0650\u201d \n\nMaksudnya: \u201cAku melihat Rasulullah mengumandangkan azan di telinga Husain ketika Fatimah melahirkan (yakni) dgn azan solat\u201d. \n\n Berdasarkan hadith tadi, hukum mengazankan bayi yang baru lahir adalah sunnah. Sunnah bermaksud ianya adalahs sesuatu yang digalakkan untuk dilakukan namun tidak jatuh ke dalam kategori wajib dan ibu bapa yang tidak mengazankan anak yang baru lahir tidak akan menanggung dosa.\n\nSatu lagi keutamaan mengazankan bayi yang baru keluar dari rahim ibunya ialah untuk melindungi bayi tersebut daripada gangguan sejenis jin yang suka mengganggu bayi iaitu Ummu Sibyan. Salah satu cara untuk menghalau Ummu Sibyan ialah dengan azan. Oleh itu, mengazankan bayi sejurus selepas kelahirannya adalah di antara ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melindungi bayi anda daripada gangguan makhluk halus tersebut.\n\nSiapakah yang boleh mengazankan bayi yang baru lahir? Seeloknya bayi tadi diazankan oleh seorang lelaki dewasa yang berada dalam keadaan bersih tanpa hadas besar dan hadas kecil. Lagi afdhal jika diazankan dalam keadaan berwudhuk. Namun jika tiada lelaki dewasa yang boleh mengazankan bayi, perempuan dewasa yang berada dalam keadaan bersih juga boleh mengazankan bayi. Tiada masalah.\n\n Bagaimanakah cara untuk mengazankan bayi lelaki? Caranya:\n\nBagaimana cara untuk mengazankan bayi perempuan? Cara untuk mengazankan bayi perempuan adalah seperti berikut:\n\nApakah sunnah menyambut bayi yang lain?\n\nSelain diazan dan diiqamatkan, terdapat beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi yang boleh anda lakukan. Di antaranya ialah:\n\nMemberikan nama yang baik dalam masa 7 hari bayi dilahirkan\n\nSalah satu daripada tanggung jawab ibu bapa ialah untuk memberikan nama yang baik dengan maksud yang elok kepada bayi yang baru dilahirkan. Adalah sunnah untuk menamakan bayi anda dalam tempoh 7 hari setelah dilahirkan. Anda boleh mula mencari nama yang sesuai sejak tempoh mengandung supaya tidak terkejar-kejar untuk menamakan bayi.\n\nMentahnik adalab amalan sejak zaman Rasulullah di mana kurma yang telah dikunyah disuapkan ke mulut bayi dan digosokkan ke\u00a0lelangit bayi tersebut.\u00a0Selain kurma, boleh juga gunakan makanan sunnah manis yang lain seperti\u00a0 madu. Biasanya upacara mentahnik dilakukan dengan meminta seseorang yang tinggi keimanannya dan dihormati untuk melakukannya, sebagai contoh imam masjid dan sebagainya.\n\nJika anda perasan, amalan mentahnik sebenarnya sudah biasa dilakukan dalam budaya msyarakat melayu semasa majlis aqiqah dan cukur jambul di mana wanita dalam kumpulan marhaban akan bermarhaban sambil bayi dibawa berpusing mengelilingi kumpulan marhaban tersebut sambil disuapkan sedikit madu ke dalam mulut bayi.\n\nAdakah amalan mentahnik diamalkan sejak zaman Rasulullah? Jawapannya ialah ya berdasarkan hadith di bawah:\n\nDari Abu Musa Al-Asy\u2019ari, ia berkata.\n\n\u201cAnak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah\u00a0SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu\u00a0kepadaku.\u201d\u00a0(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)\n\nMencukur rambut bayi adalah sunnah seterusnya yang boleh anda lakukan. Cara yang betul ialah dengan mencukur semua rambut bayi anda agar kekotoran dari dalam perut dapat dibuang dari kepala bayi anda. Kalau anda mampu, boleh timbang berat rambut yang dicukur dan bersedekah dengan harga emas untuk timbangan tersebut.\n\nSunnah terakhir yang ingin kami kongsikan ialah melakukan aqiqah untuk bayi anda dengan nilai 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini adalah berdasarkan hadith berikut:\n\nRasulullah bersabda:\u00a0\u201cBarangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.\u201d\u00a0(Hadis Riwayat Abu Dawud)\n\nMajlis aqiqah boleh dilakukan sekali dengan majlis cukur jambul. Namun ketahuilah bahawa ianya bukan sesuatu yang wajib. Jika anda tidak mampu untuk melakukan majlis aqiqah untuk bayi anda sekarang, anda boleh lakukannya di kemudian hari.\n\nItulah dia info tentang sunnah menyambut kelahiran bayi dan cara azankan bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara hilangkan kembung bayi,\u00a0senaman bayi\u00a0dan\u00a0resepi makanan bayi."
"Sebagai seorang manusia, pastinya kita akan berterima kasih dan sangat menghargai hadiah ataupun pemberian orang lain kepada kita. Inikan pula seorang hamba kepada Tuhan Maha Pencipta.\n\nSujud syukur adalah salah satu cara untuk memanifestasikan perasaan penghargaan kepada Allah swt atas berita gembira yang terima ataupun sebagai tanda berterima kasih sekiranya kita terlepas daripada musibah.\n\nDari Abu Bakrah ra, bahawa Nabi Muhammad saw kebiasaannya akan terus sujud kepada Allah swt apabila menerima berita yang mengembirakan. Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan,\n\n\u201cSujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).\u201d\n\nDalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakar ra:\n\n\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064f \u0633\u064f\u0631\u064f\u0648\u0631\u064d \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0628\u064f\u0634\u0651\u0650\u0631\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u062e\u064e\u0631\u0651\u064e \u0633\u064e\u0627\u062c\u0650\u062f\u064b\u0627 \u0634\u064e\u0627\u0643\u0650\u0631\u064b\u0627 \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650\n\nMaksudnya:\u00a0Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah swt.\u00a0(HR. Abu Daud)\n\nSujud syukur bukan sahaja amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw sahaja. Malah para sahabat Baginda juga mengamalkan sunnah ini. Sebagai contoh, diriwayatkan bahawa Abu Bakar ra sujud syukur ketika pembukaan Yamamah.\n\nBegitu juga Ali ra telah sujud syukur apabila mendapati bahawa Dzu al-Thudayyah berada dalam kawanan Khawarij. Seterusnya, diriwayatkan juga bahawa Ka\u2019ab bin Malik telah sujud syukur ketika mana mendengar khabar bahawa taubatnya telah diterima oleh Allah swt.\n\nHukum sujud syukur adalah sunat. Ia hanya dilakukan apabila kita menerima perkhabaran gembira yang jarang berlaku dan ketika kita terlepas daripada sesuatu musibah. Sebagai contoh, ketika kita mendapat tawaran pekerjaan, lulus dalam ujian, menang dalam pertandingan ataupun apabila kita menerima berita bahawa rumah kita terselamat daripada kebakaran.\n\nNamun, bagi rezeki yang kita memang dapat setiap hari seperti dapat makan atau dapat gaji setiap bulan, hal ini tidak disunatkan untuk sujud syukur. Sekiranya kita buat sujud syukur untuk hal-hal seperti ini, ia boleh dianggap bida\u2019ah kerana Nabi Muhammad saw tidak melakukannya.\n\nCara melakukan sujud syukur sangat mudah.\n\nGambar dari buku Ensiklopedia Solat (Telaga Biru)\n\nAdakah Sujud Syukur Perlu Menghadap Kiblat dan Berwudhu\u2019?\n\nMelalui hadith, kita dapat tahu bahawa Nabi saw terus sujud syukur tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwudhu\u2019.\n\nSekiranya memerlukan wudhu\u2019 pasti akan diterangkan oleh Baginda saw kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadith menyebutkan Nabi saw terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira.\n\nSujud syukur dilakukan apabila mendapat nikmat atau terselamat dari mudarat tanda syukur kepada Allah swt. Ianya dilakukan secara serta-merta. Jika memerlukan kepada wudhu\u2019, sudah tentu ianya tidak dapat dilakukan dengan segera kerana perlu mencari air untuk berwudhu\u2019, mencari kiblat kemudian barulah boleh melakukan sujud syukur. Ini boleh menghilangkan rahsia makna disyariatkan sujud syukur itu sendiri.\n\nOleh itu, anda tidak perlu berwudhu\u2019 mahupun menghadap kiblat untuk melakukan sujud syukur. Sebaik sahaja anda menerima sesuatu berita gembira, anda boleh terus melakukan sujud syukur serta-merta tanpa perlu pergi mengambil wudhu\u2019 mahupun mencari arah kiblat.\n\nNamun begitu, Di dalam kitab fiqh Syafi\u2019e dan juga Hanbali menyebutkan bahawa sifat serta kaifiyat sujud syukur itu adalah seperti mana sujud tilawah di luar solat. Oleh itu, bagi yang ingin melakukan sujud syukur mestilah dalam keadaan berwudhu\u2019, menutup aurat, bersih dari sebarang najis bagi tubuh badan, pakaian serta tempat sujud dan perlulah menghadap kiblat.\n\nMemandangkan sujud syukur ini adalah termasuk dalam bab ibadah, maka perbahasan antara Ulama\u2019 itu adalah perkara yang biasa. Menurut fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad Al-Fatwa Ke-136, Mufti melihat pendapat yang lebih dekat adalah pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur boleh dilakukan tanpa adanya wudhu\u2019 dan juga menghadap ke arah kiblat. Ini dengan melihat bahawa tiada dalil yang menjadi pemutus akan perlunya untuk berwudhu\u2019 dan menghadap kiblat.\n\nBoleh sahaja bagi mereka yang menerima khabar gembira seperti mendapat anak, lulus peperiksaan, naik pangkat untuk terus sujud menzahirkan rasa syukur kepada Allah swt. Begitu juga seseorang yang terselamat dari kecelakaan jalan raya, sembuh dari penyakit, boleh terus sujud menzahirkan rasa syukur serta lega dari kemudaratan yang tidak menimpa ke atasnya.\n\nJika ingin beramal dengan pendapat yang mengatakan perlunya wudhu\u2019 serta menghadap kiblat juga tiada masalah kerana isu ini terdedah kepada perbahasan ilmiah yang boleh diperbahaskan lagi.\n\nSebagai hamba kepada Tuhan Yang Memberi Rezeki, sememangnya banyak sebab kenapa kita perlu bersyukur. Dengan bersyukur, kita dapat menghindarkan perasaan riak dan sifat besar diri. Kita akan sentiasa sedar diri bahawa kita hanya hamba, segala rezeki yang diberi Allah swt hanyalah amanah dan pinjaman yang Allah berikan pada kita di dunia ini.\n\nMalah, dengan bersyukur, Allah akan senantiasa menambahkan nikmat yang diberikan, namun bila kita mengingkari nikmat yang Allah berikan maka sesungguhnya azab Allah sangat pedih.\n\n\u201cSesungguhnya barang siapa yang bersyukur, maka akan Kutambah nikmatmu, dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.\u201d (Surah Ibrahim: 7)\n\nSujud syukur bukan sahaja sebagai tanda kita berterima kasih kepada Allah swt, tetapi juga salah satu cara kita mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad saw."
"Nota Editor : Isu ini naik dengan hangat beberapa bulan lepas. Ramai ibubapa mula berjaga-jaga dan semakin peka dengan golongan \u2018pelik\u2019 ini. Artikel ini menerangkan lebih jelas tentang masalah pedofilia ini.\n\nSaya menahan diri dari berbicara soal ini ketika berita tentang isu ini hangat baru-baru ini. Benar, ada individu yang telah didapati bersalah. Namun saya merasakan,di sebalik kes ini, ada hati dan maruah sebuah keluarga yang perlu diambil kira.\n\nBanyak yang kita dengar dari berita, tapi saya percaya banyak lagi cerita, khabar dan maklumat yang kita tidak tahu.\n\nMenghina dan mengkeji individu terbabit tidak mengubah apa-apa. Lebih-lebih lagi apabila hinaan itu ditambah dengan emosi dan sangka buruk yang direka-reka. Apa yang pasti, dari sudut perbuatan, biar hukuman menjadi permulaan agar individu terbabit menemui jalan baru dalam kehidupan.\n\nSaya melihat isu ini lebih dari sudut sebagai peluang mendidik masyarakat tentang isu yang lebih besar. Pedofilia ialah kondisi yang sebenarnya tidak banyak diketahui. Biarpun ada terdapat kajian mengenainya, siapa mereka, mengapa mereka melakukannya, apa tanda-tandanya; semua itu tidak menggambarkan sepenuhnya disebalik perbuatan luar tabie ini.\n\nIni kerana, mereka yang \u2018dikaji\u2019 tidak sampai 5 peratus dari pelaku sebenar. 5 peratus yang dihadap ke muka pengadilan ini tidak menggambarkan 95 peratus lagi pelaku yang bersembunyi dalam alam realiti \u2018kenormalan\u2019.\n\nPara pengkaji juga ada yang berbeza pendapat. Ada yang mengkategorikannya sebagai \u2018sexual interest\u2019 iaitu pilihan gaya hidup seksual seseorang, ada yang menggangapnya termasuk dalam obsesi (gangguan fikiran dalam bentuk keinginan yang datang berulang dan sukar dikawal), ada yang menganggapnya sebagai sejenis ketagihan (behavioural addiction) dan ada juga yang menganggapnya sebagai gejala nafsu.\n\nDiagnostic and Statictical Manual of Mental Disorders (DSM 5) mendefinasikan \u2018pedophilic disorder\u2019 sebagai kecenderungan seksual yang kuat terhadap kanak-kanak pra-baligh (13 tahun kebawah).\n\nIa boleh datang dalam bentuk fantasi seksual, keinginan, atau tingkah laku seksual. Ini menjadikan kebanyakkan pedofil tidak di kesan. Ini kerana ramai yang menyembunyikan kecenderungan dan menghadkannya pada fantasi dan keinginan. Kewujudan alam maya siber menjadikan gejala ini sebagai bahaya yang \u2018tersembunyi\u2019.\n\nNafsu \u2013 mungkin ia jalan termudah menjawab \u2018misteri\u2019 pelaku ini. Namun saya suka melihatnya pada perspektif yang lebih menyeluruh agar kita dapat mengetahui bahawa ada sesuatu yang kita boleh lakukan untuk mengatasinya.\n\nSatu fakta yang mungkin kita boleh renungkan ialah bagaimana sebahagian pelaku pedofilia dilaporkan mempunyai sejarah dicabul ketika kanak-kanak. Trauma yang dialami, bagi sesetengah mangsa di terjemah sebagai perilaku serupa yang seolah-olah diprogram akibat perlakuan pemangsa. Kini mangsa menjadi pemangsa (role-reversal) (DiChristina, 2009).\n\nAda juga kajian yang mengaitkan masalah pedofil dengan gejala kecelaruan personaliti dan masalah mental yang tidak di rawat seperti kemurungan, OCD dan sebagainya.\n\nGrebchenko, antara pengkaji yang banyak mengkaji tentang gejala ini menyimpulkannya sebagai \u2018lifelong disorder, needs lifelong treatment\u2019 (Lamberg, 2005). Kajian terkini menunjukkan rawatan psikoterapi dan ubatan (anti-depressant, hormonal therapy) mampu membantu mengawal sebahagian gejala ini. Namun kunci sebenar merawatnya masih terdapat pada individu yang terlibat.\n\nBagi kita secara umumnya, isu ini seharusnya menggerakkan kita untuk menghayati beberapa titik penting.\n\n\u2013 Kepentingan institusi keluarga sebagai benteng pembentukan peribadi anak-anak\n\u2013 Tarbiyah anak-anak sejak kecil perlu menjadi agenda utama setiap ibubapa sebagai perisai mereka terhadap semua unsur yang negative\n\u2013 Berjaga-jaga dengan pengaruh alam siber kepada anak-anak\n\u2013 Jangan ambil mudah kesan jangka masa panjang kejadian trauma seperti penceraian, cabul, kematian dan sebagainya terhadap anak-anak\n\u2013 Ibubapa perlu cakna dengan perubahan tingkah laku, personaliti anak-anak\n\u2013 Kerajaan perlu berperanan mendidik masyarakat dengan menapis pelbagai unsur-undur luar yang cuba menormalisasi sesetengah budaya sonsang\n\u2013 Hukuman perlu di perketat sebagai antara mekanisme mencegah\n\nSemoga kita, keluarga dan masyarakat kita dilindungi dari sebarang unsur yang merosakkan. Bagi yang mengalami sebarang masalah berkaitan personaliti, perilaku, kecenderungan seksual yang tidak normal, perlulah mendapatkan penilaian dan rawatan yang perlu."
"Apabila anak anda sudah berumur 3 tahun dan ke atas, pastinya anda mula memikirkan tentang pendidikan anak anda. Kebanyakan ibu bapa akan mula memperkenalkan huruf ABC dan nombor asas 123 kepada anak-anak mereka. Malah ada ibu bapa yang mula menghantar anak mereka ke tadika atau playgroup bagi memperkenalkan konsep pembelajaran kepada anak mereka.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara mengajar anak mengenal huruf ABC dengan cara santai dan mudah tanpa memaksa anak anda sehingga menyebabkan anak anda stress lalu hilang minat untuk belajar. \n\nPercayalah bahawa anak anda tidak akan berminat sekiranya anda mengajak anak anda membaca semata-mata dengan cara mengadap buku. Cara yang akan lebih menarik minat anak anda ialah dengan cara belajar sambil bermain. Sebagai contoh, semasa anak anda sedang seronok bermain dengan permainan kegemarannya, anda boleh datang duduk di sebelah dan mengajak anak anda bermain sambil menyebut huruf ABC.\n\nSekiranya mainan anak anda mempunyai nama masing-masing, anda juga boleh ajarkan huruf kepada anak anda dengan menyebut huruf pertama dalam nama permainan tersebut.\n\nAnak akan mudah bosan jika anda mengajar menggunakan buku. Kami cadangkan anda beli flash card ABC kerana kebiasaannya kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar menggunakan flash card kerana ianya lebih menarik berbanding membaca dari buku. Malah kajian menunjukkan bahawa penggunaan flash card dalam pembelajaran membantu otak anak untuk lebih ingat dan faham.\n\nSemasa menggunakan flash card, ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak anda iaitu:\n\nSekali lagi, belajar sambil membaca buku akan menyebabkan anak anda mudah bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian untuk tempoh masa yang lama. Apa yang boleh anda lakukan ialah ajak anak anda untuk belajar abc dengan cara menyanyi dan menari. Anda boleh buka lagu-lagu abc di youtube dan ajak anak anda untuk menyanyi bersama. Pastinya anak anda akan berjaya mengena huruf abc dengan cepat melalui cara ini.\n\nDalam zaman serba moden ini, tak salah kalau anda gunakan teknologi canggih yang ada di sekeliling untuk mengajar anak anda mengenal huruf abc. Anda boleh dowbload aplikasi abc dan ajak anak anda bermain bersama. Pastinya anak anda akan sangat berminat untuk mengenal abc dengan cara ini. Terdapat banyak aplikasi abc yang boleh anda download. Diantaranya ialah seperti berikut.\n\nJangan belajar untuk tempoh yang terlalu lama\n\nAnak-anak akan mudah berasa bosan dan susah untuk menumpukan perhatian jika anda mengajar anak untuk tempoh yang terlalu lama. Menurut kajian, bagi kanak-kanak yang berumur 4 sehingga 6 tahun, anak perempuan hanya mampu memberikan sepenuh perhatian kepada pembelajaran selama 5 minit manakala bagi anak lelaki, mereka hanya mampu fokus selama 2 minit.\n\nOleh itu, jangan mengajar dengan terlalu lama. Pada pendapat kami, 10 sehingga 15 minit adalah tempoh yang sesuai untuk anda mengajar anak mengenal huruf abc secara santai, mudah, dan berkesan.\n\nBerhenti sebelum anak bosan dan hilang minat untuk belajar\n\nSatu lagi tips yang perlu anda ingat dan amalkan ialah pastikan anda berhenti mengajar sebelum anak anda menjadi bosan dan hilang minat untuk belajar. Sentiasa perhatikan wajah dan bahasa badan anak anda semasa mengajar. Jika matanya sudah mula meliar memandang sekeliling dan mula tidak boleh duduk diam, tiba masanya untuk anda berhenti.\n\nSesi mengajar yang pendek tapi kerap\n\nIni adalah sangat penting. Pastikan sesi pembelajaran anda adalah pendek, iaitu dari 10 sehingga 15 minit sahaja dan berhenti sebelum anak anda menjadi bosan. Apa yang penting ialah anda kerap mengajar anak anda dalam masa sehari. Mungkin anda boleh ajak anak anda belajar setiap 3 jam.\n\nPelbagaikan jenis aktiviti agar tidak bosan\n\nAgar anak anda tidak bosan, pastikan anda mempelbagaikan aktivit untuk hari yang sama. Contohnya, jangan gunakan flash card sahaja. Untuk sesi seterusnya, ajak anak anda menonton lagu abc di youtube sambil menyanyi bersama.\n\nItulah dia info tentang cara mengajar anak mengenal abc dengan cara santai dan mudah yang boleh anda praktiskan di rumah. Semoga bermanfaat buat anda. Sekiranya anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian kami tentang idea kreatif tarik anak minat membaca, cara aktifkan deria belajar anak, dan tips belajar sambil bermain dengan anak"
"Ikan bakar adalah salah satu juadah yang menjadi all time favourite rakyat Malaysia. Ianya amat praktikal kerana ianya boleh dimasak di mana mana. Tidak kira jika anda berada di rumah ataupun sekiranya anda sedang berkhemah, juadah ikan bakar boleh dimasak, dan dihidangkan. \n\nBahan kepada resepi ikan bakar mudah untuk didapati, asalkan ikannya segar, pasti sahaja semua akan makan sehingga mejilat jari. Bahan \u2013 bahannya boleh jadi dari seringkas \u2013 ringkas bahan, ke sebanyak \u2013 banyak bahan, bergantung kepada citarasa anda. Protein yang didapati daripada ikan adalah protein yang amat baik, jadi ianya sesuai untuk dimakan oleh semua golongan masyarakat. \n\nMemandangkan ianya juga tidak digoreng, ianya amat sesuai untuk orang yang sedang diet, atau ingin mengurangkan berat badan. Juadah ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada pesakit diabetes. Jadi jom, kita mengamalkan pemakanan yang lebih sihat!\n\nResepi kali ini bukannya resepi yang biasa kita lihat, ianya adalah resepi Ikan Bakar Thailand. Unik kan? Mesti anda semua tak sabar nak lihat kan? Resepi ini dikongsikan oleh Eila Rostam dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!\n\nResepi Miang Pla Pao (Ikan Bakar Thailand)\n\nBahan \u2013 bahan masakan ini untuk 2 \u2013 3 orang.\n\nBahan \u2013 bahan untuk ikan bakar:\n\nCara \u2013 cara memasak ikan bakar:\n\nSelain daripada resepi ikan bakar ini, terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Variasikanlah hidangan anda supaya dapat menarik selera yang tersayang. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan anda!"
"Menjaga bayi bukanlah sesuatu yang mudah. Segala aspek perlu anda perhatikan setiap masa seperti suhu tubuh badan bayi, keaktifan bayi, kekerapan bayi menyusu, berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari, malah berapa kerap bayi sendawa dan kentut juga akan diperhatikan dengan teliti oleh ibu bapa atau penjaganya.\n\nJika bayi anda jarang bab atau sendawa dan pada masa yang sama sering kentut, pastinya anda risau. Mana kan tidak, penat anda tepuk dan gosok belakang bayi anda namun tidak juga sendawa. \n\nNak kata takde angin yang nak dikeluarkan dari perut, kenapa si comel banyak kentut pula? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang bayi jarang bab dan sering kentut sebagai panduan anda.\n\nApakah kepentingan sendawa dan kentut bagi seorang bayi?\n\nPastinya anda tertanya-tanya apakah kepentingan sendawa dan kentut kepada bayi? Kenapa kita sebagai ibu bapa berusah-payah untuk mendensawakan bayi setiap kali selepas bayi menyusu? Kenapa kita perlu risau jika bayi terlalu banyak kentut atau tidak kentut seperti biasa? Semuanya berkaitan dengan angin yang berada di dalam perut bayi anda.\n\nSemasa bayi menyusu, akan ada angin yang akan masuk ke dalam perut bayi. Jika tidak dikeluarkan melalui sendawa atau kentut, angin tersebut akan kekal di dalam perut bayi lalu menyebabkan bayi anda mengalami kembung perut yang sangat menyakitkan dan akan menyebabkan bayi anda meragam dengan teruk terutamanya pada waktu malam sehingga awal pagi. Oleh itu, adalah sangat penting untuk bayi anda sendawa dan kentut dengan normal.\n\nDalam masa yang sama, sendawa atau bab juga membantu untuk mengelakkan bayi anda daripada mengalami muntah susu atau tersedak susu terutamanya semasa tidur yang boleh menyebabkan perkara yang buruk termasuk kematian.\n\nJika bayi jarang bab dan sering kentut, apakah maksudnya?\n\nDalam kebanyakan kes, jika seseorang bayi didapati kurang sendawa dan dalam masa yang sama kentut dengan banyak, besar kemungkinan bayi tersebut mengalami masalah perut kembung. Perkara pertama yang akan dilakukan ialah memeriksa perut bayi tersebut. \n\nTekan dengan perlahan untuk melihat sama ada perutnya keras atau lembut seperti biasa. Jika perutnya keras itu bermakna memang benar bayi anda mengalami kembung perut lalu menyebabkan si comel kurang sendawa namun kentut dengan banyak untuk membuang angin dari perutnya.\n\nJika perut bayi anda lembut seperti biasa, bayi anda tidak mengalami masalah perut kembung namun mungkin tidak sendawa disebabkan oleh teknik urutan untuk menyendawakan bayi yang digunakan adalah kurang berkesan atau tidak dilakukan dengan cukup lama. \n\nKemungkinan juga bayi anda tidak sendawa disebabkan oleh tiada angin yang masuk ke dalam perut bayi semasa menyusu. Keadaan ini biasanya berlaku kepada bayi yang menyusu badan. Bayi yang menyusu menggunakan botol akan menelan angin lebih banyak daripada bayi yang menyusu badan.\n\nApakah tanda bayi anda mengalami kembung perut selain kurang bab dan sering kentut?\n\nSelain perut yang keras apabila disentuh dan meragam terutamanya pada waktu malam sehingga awal pagi, terdapat beberapa lagi tanda seseorang bayi mengalami kembung perut. Di antara tanda yang sering ditunjukkan ialah seperti berikut:\n\nApakah cara untuk menghilangkan kembung bayi?\n\nJika bayi anda jarang bab dan selalu kentut disebabkan oleh kembung, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan masalah perut kembung yang bayi anda alami:\n\nApakah tips untuk menggalakkan bayi anda bab?\n\nJika bayi anda jarang sendawa atau bab, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan bayi anda daripada kembung dan tersedak susu. Di antara tips yang terbukti berkesan untuk membantu bayi sendawa adalah seperti berikut:\n\nItulah dia info tentang bayi jarang bab dan sering kentut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang penyakit pneumonia dan bayi demam campak"
"Ayuh layan Oreo cheesekut akhir minggu ini. Oreo cheesekut hidangan pencuci mulut yang lembut dan lemak berkrim. Resepi cheesekut Oreo ini dikongsikan oleh Eiyjarn Aziean AnGah di laman Facebook.\n\nWalaupun tampilannya tampak kompleks, namun cara penyediaan cheesekut adalah amat mudah. Cheesekut diperbuat menggunakan cream cheese yang dicampur dengan susu pekat dan susu cair sahaja, mudah bukan?\n\nHidangan ini diberi nama cheesekut kerana ia diperbuat menggunakan cream cheese dan biskut. Seterusnya biskut yang digunakan ialah crackers yang disusun berlapis dalam cheese.\n\nOreo juga tidak lupa ditaburkan di setiap lapisan crackes di antara cheese, juga ditaburkan sebagai topping. Sedapnya Oreo akan terasa di setiap gigitannya.\n\nSelain resepi cheesekut Oreo, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Boleh je kalau nak upah orang potongkan rumput. Kalau diperhatikan, setiap hari ada ramai bangla potong rumput lalu-lalang di depan rumah sambil menunggang basikal.\n\nTapi, memotong rumpur sendiri adalah lebih menjimatkan. Zaman ekonomi tak berapa baik macam sekarang, sebolehnya kita nak berjimat selagi termampu. Jom kami kongsikan tips mesin rumput sebagai panduan anda.\n\n1. Pilih jenis mesin rumput yang ingin digunakan\n\nTerdapat 4 jenis mesin rumput iaitu mesin rumput tolak, mesin rumput sandang, mesin rumput elektrik, dan mesin rumput propane. Mesin rumput tolak adalah mesin rumput beroda 4 yang perlu anda tolak untuk memotong rumput. Mesin rumput jenis tolak sesuai digunakan sekiranya kawasan halaman rumah anda adalah lapang dan sekata. Ianya kurang memenatkan berbanding mesin rumput jenis sandang, namun memerlukan ruang yang besar untuk penyimpanan.\n\nSementara mesin rumput jenis sandang perlu dipakai dibadan seperti memakai backpack. Ianya agak berat dan lebih memenatkan berbanding mesin rumput jenis tolak. Mesin rumput ini sesuai digunakan di semua bentuk muka bumi termasuk kawasan berbukit dan tidak rata, dan di celah-celah pokok. Untuk menyimpan mesin rumput jenis sandang, anda tidak memerlukan ruang yang besar. Mesin rumput sandang terbahagi kepada 2 jenis iaitu 2 lejang (2T) & 4 lejang (4T).\n\nMesin rumput jenis ketiga ialah mesin rumput elektrik. Mesin rumput elektrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu menggunakan kuasa bateri dan menggunakan kuasa elektrik dengan wayar yang disambung ke soket. Walau bagaimana pun, mesin rumput jenis ini kurang digunakan di Malaysia kerana:\n\nJenis mesin rumput yang terakhir ialah mesin rumput propane. Namun masih belum banyak di pasaran Malaysia. Ia menggunakan gas propane sebagai bahan bakar dan berkuasa seperti mesin rumput sandang 4 lejang.\n\n2. Pilih jenama yang hendak dibeli\n\nDah pilih sama ada nak guna mesin rumput jenis sandang atau mesin rumput jenis tolak, kini tiba masa untuk anda memilih jenama apa yang hendak dibeli. Terdapat pelbagai jenama mesin rumput di pasaran. Anda boleh beli mengikut kemampuan poket, sama ada nak beli yang sedikit murah atau boleh sahaja beli yang mahal.\n\nCadangan kami, pilih jenama yang ekonomi dari segi minyak, tahan lama dan mudah untuk mendapatkan alat ganti. Di antara jenama mesin rumput yang popular di Malaysia ialah Stihl, Honda, Tanagawa, Bosch, Okazawa, dan Kasei.\n\nUntuk keselamatan, kami cadangkan anda ganti bilah pisau dengan tali nylon. Penggunaan tali nylon mengurangkan risiko anda terkena batu terbang.\n\nIa juga mengurangkan risiko cermin kenderaan pecah disebabkan oleh batu yang berterbangan. Ia juga lebih selamat dari segi mengelakkan kecederaan akibat terkena bilah pisau yang sedang laju berpusing.\n\n4. Potong rumput semasa panas terik\n\nKebiasaanya, orang akan mengelak daripada melakukan aktiviti outdoor semasa matahari tengah terik. Tetapi untuk memotong rumput, waktu terbaik ialah semasa tengah panas kerana rumput menjadi kering dan mudah untuk dipotong. Kalau anda taknak terkena sunburn, boleh juga potong rumput pada lewat petang selepas rumput kekeringan disebabkan sinaran matahari.\n\nKalau anda potong rumput selepas hujan atau waktu awal pagi dimana rumput masih basah dengan air embun, rumput akan terasa liat dan susah untuk dipotong.\n\nKalau anda belum mampu nak beli mesin rumput, anda boleh memotong rumput dengan menggunakan sabit, parang, atau pun cangkul. Namun ianya akan mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan tenaga yang lebih.\n\nKalau anda malas sangat atau takde masa untuk memotong rumput, anda juga boleh memilih untuk membunuh rumput dengan kaedah meracun. Anda boleh beli racun rumpai di kedai hardware. Di antara jenama yang popular ialah Roundup, Glyfos, Ecomax, Nufa, Typhoon, dan sebagainya. Jurujual akan mencadangkan jenis racun yang sesuai dengan rumput yang tumbuh di halaman anda.\n\nKata orang, garam halus akan meningkatkan asiditi tanah lalu menyebabkan rumput menjadi tidak subur dan mati secara perlahan-lahan.\n\nItulah dia 7 tips mesin rumput yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda."
"Anak adalah amanah dari Allah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Mungkin kita biasa mendengar perumpaan ini: Anak adalah kain putih. Terpulang kepada ibu bapanya untuk mencorakkan mereka. Ia adalah sangat benar dan tepat sekali. Bagaimana didikan kita, begitulah anak kita. Kalau anak didik dengan ajaran islam, insya Allah anak-anak akan membesar menjadi seorang muslim dan muslimah yang baik dan mentaati agama.\n\nIstimewa untuk anda ibu bapa yang prihatin dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak, hari ini kami akan kongsikan kata kata ulama yang menarik untuk anda. Semoga perkongsian ini menjadi panduan dan pedoman untuk kita sama-sama menjadi ibu bapa yang lebih baik. Insya Allah.\n\nSiapa memiliki anak kecil, hendaklah ia meluangkan masa dan bermain dengan mereka. \u2013 Hadith riwayat Ad-Dailami\n\nHadith ini mengingatkan kita ibu bapa tentang betapa pentingnya untuk meluangkan masa bersama anak-anak semasa mereka kecil. Ini kerana anak-anak Cuma kecil sekali sahaja dan sekelip mata mereka akan membesar. Semasa mereka kecil, anak-anak sangat memerlukan perhatian dari kita. Kalau kita terlalu sibuk dengan kerjaya dan urusan lain, dikhuatiri kita akan menyesal apabila anak besar nanti.\n\nMendidik anak itu adalah ibadah. Jangan sampai keluar dari tulang sulbi anda orang yang tidak solat. \u2013 Dr. Abdul Malik Al-Qasim\n\nIni adalah pesanan kepada kita untuk mendidik anak-anak supaya mendirikan solat. Solat adalah tiang agama dan merupakan perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Jika kita tidak mendidik anak untuk mendirikan dolat sejak kecil, dikhuatiri mereka akan membesar menjadi seorang muslim yang tidak menjaga solat.\n\nHendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil. Kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya, belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. \u2013 Hamka\n\nKata kata dari Hamka ini adalah sejajar dengan kata pepatah \u201c Melentur bulu biarlah dari rebungnya \u201c. Ini kerana semasa anak masih kecil, mereka masih mudah didik dan dibentuk. Mudah untuk kita mengajar mereka. Jika mereka sudah remaja atau dewasa, agak sukar untuk kita mendidik mereka. Sudah terlambat.\n\nManusia yang paling utama mendapatkan kebaikanmu dan paling berhak mendapatkan perbuatan baikmu adalah anak-anakmu. Karena sesungguhnya mereka adalah amanah yang Allah letakkan di sisimu. \u2013 Abdurrahman As-Sa\u2019dy\n\nIni adalah peringatan kepada kita untuk sentiasa berbuat baik kepada anak-anak. Anak adalah amanah dari Allah yang wajib dijaga dengan baik. Sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memberikan kasih sayang dan didikan agama kepada mereka.\n\nJika suatu saat kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising dan gelak tertawa anak-anak riang di antara saf-saf solat di masjid-masjid, maka sesungguhnya takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian di masa itu. \u2013 Sultan Muhammad Al-Fatih\n\nIni adalah peringatan tentang kepentingan untuk mengajar anak supaya mencintai masjid. Hari ini kita sering mendengar tentang masjid yang melarang anak kecil daripada bersolat atau duduk disaf depan. Sedangkan yang sebenarnya kita sepatutnya mengalu-alukan anak-anak yang datang ke masjid. Sebagai ibu bapa, mari kita didik anak untuk selalu bersolat di masjid.\n\nKata kunci dalam pendidikan anak adalah memilih kawan dan persekitaran yang baik. Sebagaimana sabda Rasulullah saw, \u201cSeseorang itu akan mengikuti agama teman dekatnya (lingkungan pergaulannya). Oleh karena itu, hendaklah kalian pilih siapakah yang kalian jadikan sebagai teman dekat.\u201d \u2013 HR. Abu Daud\n\nKata kata ulama untuk anak yang seterusnya ialah tentang kepentingan anak-anak memilih kawan mereka. Ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah adalah sangat kuat kepada jiwa anak-anak. Jika tersalah pilih kawan, dibimbangi anak kita akan terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.\n\nTidak ada pemberian orang tua yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia. \u2013 Hadith riwayat Bukhari\n\nSalah satu daripada tanggung jawab ibu bapa ialah untuk mendidik anak supaya berkahlak mulia. Bagaimana caranya? Cara yang paling mudah ialah dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. Nak dapatkan anak yang berkhlak mulia? Kita sebagai ibu bapa wajib berakhlak mulia terlebih dahulu.\n\nAjarkanlah Al-Quran kepada anak-anakmu, maka Al-Quran akan mengajarkan segalanya kepada mereka. \u2013 Dr. Bilal Philips\n\nPesanan yang seterusnya ialah peringatan kepada kita sebagai ibu bapa agar menerapkan kecintaan kepada kitab suci Al-Quran dalam diri anak-anak. Ini kerana anak yang cintakan Al-Quran akan mempunyai akhlak yang terpuji dan akan menjadi seorang muslim dan muslimah yang baik.\n\nBersabar dalam mendidik anak-anak kita adalah sebuah amal ibadah. \u2013 Mufti Ismail Menk\n\nMendidik anak bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi pada zaman moden yang serba mencabar ini di mana semuanya di hujung jari. Malah hiburan juga penuh dengan propaganda untuk merosakkan minda anak-anak. Maka banyakkan bersabar dalam mendidik anak kerana ia adalah amal ibadah yang akan diberikan ganjaran di akhirat kelak. Lagi banyak kita bersabar, semakin banyak pahala yang akan kita kutip di sana nanti. Malah semakin banyak cubaan dan dugaan yang menguji kesabaran perlu kita lalui, semakin banyak pahala kita di syurga nanti. Insya Allah.\n\nItulah dia perkongsian tentang kata kata ulama yang menarik untuk anak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga keluarga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara mendidik anak perempuan\u00a0dan cara mendidik anak lelaki"
"Makanan diproses adalah makanan yang telah dimasak dan diletakkan pengawet untuk tahan lebih lama. Bukan itu sahaja, mungkin ia juga dibekukan, dicampur lemak atau minyak dan lain-lain lagi. Terdapat banyak istilah makanan diproses yang anda mungkin tak tahu.\n\nMengikut perkongsian dari blog iluminasi, terdapat makanan diproses yang telah diharamkan di beberapa kerajaan dalam dunia. Awas, di Malaysia ia mungkin belum diharamkan dan masih ramai yang mengamalkannya. Walaupun begitu, makanan diproses ini tidaklah haram, cuma hukumnya memudaratkan jika diamalkan secara berlebihan dan selalu.\n\nApa kata anda kenali dahulu 15 jenis makanan diproses yang harus anda elakkan. Barulah anda peka dalam menguruskan kesihatan dan mengatur gaya pemakanan yang lebih baik dan betul!\n\nSejak kecil lagi, kita sering diajar untuk makan sosej. Sebenarnya, ia adalah makanan diproses yang tidak baik kerana mengandungi bahan kimia seperti Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Starch dan banyak lagi. Makanan diproses ini juga akan menyebabkan risiko kanser dan leukimia.\n\nNugget adalah makanan diproses yang dihasilkan dalam bentuk beku untuk memudahkan anda masak. Namun, kandungan yang diletakkan dalam nugget adalah amat mengejutkan. \n\nTBHQ, autolysed yeast extrac dan GMO corn digunakan untuk memberi ketahanan kepada nugget. Ia akan menyebabkan kerosakan sistem pembiakan dan perubahan biokimia.\n\nApa-apa sahaja bijirin yang mengandungi pewarna yang banyak harus anda elakkan. Bagaimana ingin tahu jika bijirin tersebut mengandungi pewarna yang banyak. Ambil sedikit dan rendam dalam air panas seolah-olah anda ingin makan dengan susu. \n\nJika air tersebut berubah warna yang banyak sehingga bijiran anda terkeluar warna, itu bermaksud ia mengandungi banyak pewarna. Ia menyebabkan kanser dan kecacatan kelahiran. \n\nSama seperti daging beku dan nugget, daging burger turut mempunyai pengawet dalam membuatkan ia tahan lebih lama. Jangan amalkan makan burger selalu kerana dagingnya berbahaya dengan wujudnya kandungan karsinogen, tembakau, asbestos dan banyak lagi.\n\nDahulu semasa kecil, ibu bapa sering gunakan sardin untuk dijadikan lauk dengan nasi putih panas. Sedap bukan? Selepas kita meningkat dewasa dan viralnya kes-kes penemuan cacing di dalam tin sardin, kita sudah tidak gemarkan sardin lagi. \n\nIkan sardin adalah penyebab fibroid dan masalah rahim sehingga boleh membuatkan anda terpaksa dibedah atas sebab fibroid yang terlalu besar dan banyak di bahagian rahim. Tinggalkanlah tabiat memakan makanan diproses ini segera.\n\nMaggi memang sedap dimakan. Tak dapat nak taubat dari makan maggi. Suatu hari pasti akan teringin jua. Maggi atau mee segera mengandungi MSG yang menjadikan perencahnya tinggi kandungan garam. \n\nItulah sebabnya kuah maggi sangat sedap, namun amat berbahaya sekali. Ia boleh menyebabkan keguguran dan mengganggu pertumbuhan janin.\n\nSedihnya, kentang goreng juga adalah makanan diproses yang perlu anda jauhi. Ia mengandungi lemak dan minyak yang banyak, bahan pengawet dan kandungan garam yang amat tinggi. Makanan diproses ini boleh menyebabkan strok, sakit buah pinggang, kencing manis dan lain-lain lagi.\n\nBetapa coca-cola sangat bahaya jika anda amalkan atau minumnya sedikit pun. Makanan diproses berbentuk minuman ini bukan sahaja menghakis perut anda, tetapi ia juga mengandungi kafein yang kuat, ubat pengawet, bahan kimia dan lain lagi. Tidak ada satu pun manfaat jika anda minum minuman ini.\n\n9. Betik Yang Diubahsuai Secara Genetik\n\nSelain makanan diproses seperti makanan beku dan makanan tin, buah-buahan juga tidak lari dari menjadi makanan diproses yang perlu anda elakkan. Buah betik yang telah digabungkan dengan genetik bertujuan untuk tahan virus ringspot sangat bahaya dimakan. Ia bukan sahaja betik, soya dan jagung yang telah digenetik juga berbahaya.\n\nMakanan diproses berkonsepkan buah ini akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti kerosakan organ, bayi pramatang, kerosakan usus, kemandulan, kecacatan kelahiran dan lain-lain lagi.\n\nAda yang mengatakan ia adalah makanan kesihatan tetapi ramai yang tersilap. Yogurt beku sebenarnya mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak patut ada dalam makanan. Ia menjadikan yogurt tahan lama, tidak pernah basi dan memberi kesan negatif pada pembuluh darah, otak dan tubuh badan.\n\nTuna dalam tin memang telah dimasak tetapi ia tidak dimasak sepenuhnya malah ditambah pula pelbagai pengawet untuk membuat ia tahan lebih lama. Tidak elok untuk kesihatan jika anda sering mengamalkan tuna dalam kuantiti yang banyak melainkan anda makan ikan tuna yang benar-benar segar dan dimasak dengan betul.\n\nRoti putih adalah makanan diproses yang bukan sahaja mempunyai pengawet tetapi juga bahan luntur warna. Kalau diperhatikan, anda cicah roti dalam air teh yang kekuningan, air teh akan bertukar menjadi putih akibat pewarna roti tersebut. Elakkan makanan diproses seperti roti putih.\n\nKeropok segera yang boleh anda goreng sendiri sebenarnya dikategorikan sebagai makanan yang telah diproses. Sepotong keropok mengandungi 100-150 kalori sama seperti setengah piring nasi. Menurut sumber dari University of Sydney, Leona Victoria Djajadi MND, keropok menyebabkan tubuh anda berkolestrol dan tidak sihat.\n\nTerdapat asam-asam yang mempunyai masalah dengan KKM tetapi masyarakat tetap tidak sedar mengenainya. Makanan diproses ini sangat berbahaya kepada perut, jantung dan tubuh badan. Jika boleh, tolong elakkan dari mengambil semua jenis asam.\n\nItulah dia 14 jenis makanan diproses ramai tak tahu. Lebih baik anda elakkan makan makanan diproses ini bermula dari sekarang walaupun kesannya masih belum jelas kesihatan.\n\nJom baca juga makanan untuk darah rendah, makanan bervitamin tinggi dan akanan untuk darah tinggi."
"Banyak rupanya manfaat bedak sejuk. Ingatkan dipakai sekadar suka-suka sahaja. Dari zaman kecil lagi penulis sudah biasa ternampak bedak sejuk. Ketika itu, penulis tidak tahu apakah fungsi bedak tersebut. Biasanya bedak sejuk berbentuk seperti piramid kecil-kecil, mudah hancur dan berwarna putih.\n\nSebelum disapu pada wajah, kita perlu menambahkan sedikit air untuk mencairkannya. Setelah ittu, sapukan ke seluruh wajah seperti masker. Wajah akan terasa begitu sejuk dan lembut. Anda pernah mencubanya?\n\nDalam artikel ini, penulis akan kongsikan tentang petua bedak sejuk dari aspek manfaatnya kepada kulit. Malahan, buat pembaca yang ingin cuba memakainya, akan disertakan cara membuat bedak sejuk homemade.\n\nBedak sejuk merupakan rawatan kulit secara tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita sejak zaman-berzaman. Ia berasal dari kepulauan Melayu. Bahan utama dalam pembuatannya ialah beras.\n\nBiasanya ia dijual dalam bentuk berbiji-biji, namun ada juga dalam bentuk serbuk dan cecair. Dikatakan bahawa manfaatnya sangat tinggi dalam menghaluskan dan menyejukkan kulit serta mencantikkan wajah. \n\nPada zaman serba moden ini terdapat pelbagai inovasi dalam pembuatan bedak sejuk. Jika dahulu, bedak sejuk diperbuat daripada beras. Kini, pelbagai bahan dimasukkan untuk memberikan manfaat yang lebih banyak.\n\nAda yang dicampurkan dengan yogurt, tanah liat, serbuk mutiara, aloe vera dan sebagainya. Jom baca manfaat yang tersembunyi di dalam bedak sejuk.\n\nBagi sesiapa yang ada masalah kulit kering, bedak sejuk berfungsi sebagai pelembap kulit. Hasilnya kulit akan nampak lebih segar dan berseri. Kulit yang kering akan menyebabkan wajah nampak tua dan kusam.\n\nJika warna kulit anda tidak sekata dan nampak berbelang-belang, cuba gunakan bedak sejuk. Ia juga dapat mencerahkan kulit dan memudarkan parut-parut jerawat.\n\nPori-pori terbuka sering terjadi di bahagian hidung dan pipi. Ia disebabkan oleh rutin penjagaan wajah yang tidak konsisten, genetik, penuaan dan sebagainya. Apabila liang pori terbuka, kulit wajah akan nampak kasar.\n\nDengan pemakaian bedak sejuk, ia dapat mengecilkan saiz pori-pori. Hasilnya tekstur kulit akan nampak lebih gebu, licin dan cantik. Wajah anda juga akan nampak awet muda.\n\nSelain mengecilkan saiz pori-pori, bedak sejuk juga akan membersihkan liang yang tersumbat itu. Apabila pori-pori terbuka, segala kekotoran, sebum dan peluh akan terkumpul. Keradangan yang berlaku akan menyebabkan jerawat dan sebagainya.\n\nSebum ialah minyak yang dihasilkan oleh kulit. Apabila kelenjar kulit terlalu aktif, ia akan mengeluarkan sebum yang banyak. Inilah yang akan menyumbatkan pori-pori wajah yang terbuka.\n\nDengan menggunakan bedak sejuk, pengeluaran sebum oleh kelenjar kulit dapat dikawal. Kesannya muka anda tidak nampak terlalu berminyak dan masalah kulit dapat dikurangkan.\n\nApabila kulit wajah kurang berminyak, masalah kulit juga dapat diatasi. Caranya ialah dengan menggunakan bedak sejuk. Jangan risau! Masalah jerawat, bintik hitam dan putih dapat dikurangkan.\n\nKandungan utama bedak sejuk ialah beras. Ada juga yang menggunakan tanah liat putih. Kesemua ini berfungsi untuk menyejukkan dan menyegarkan wajah. Itulah sebabnya ketika menyapu bedak sejuk, wajah akan terasa nyaman.\n\nBagi anda yang tidak tahu, bedak sejuk bukan hanya dipakai di wajah sahaja. Anda juga boleh menyapunya di mana-mana bahagian tubuh. Jika ada bahagian kulit yang melecur ringan, sapukan sedikit bedak sejuk. Ia dapat menyejukkan bahagian tersebut.\n\nBegitu juga dengan bayi dan anak-anak kecil. Disebabkan bahan-bahan yang terkandung di dalam bedak sejuk selamat, maka ia sesuai untuk mereka. Bagi anak-anak yang mempunyai ruam-ruam, boleh sapukan bedak sejuk.\n\nApabila terdedah terlalu lama di bawah pancaran cahaya matahari terik, kulit wajah akan terbakar atau sunburn. Kesannya kulit akan menjadi kemerahan, gelap, kering dan pedih.\n\nDengan menggunakan bedak sejuk, kulit akan menjadi lembap dan segar. Kesan gelap dan kemerahan juga dapat diatasi.\n\nWajah yang licin tanpa cela memang menjadi idaman semua wanita. Namun, bukan semua orang bernasib baik mendapat kulit sebegitu. Akibat kesan parut jerawat, kulit rosak akibat kosmetik, alahan dan kurang tidur, wajah kelihatan tidak bermaya.\n\nBagi mengatasi masalah ini semua, gunakan bedak sejuk untuk melicinkan wajah. Hasilnya wajah nampak gebu, licin dan mulus.\n\nJika hendak kulit yang sihat, perkara pertama yang perlu dibuat ialah menanggalkan sel-sel kulit mati. Apabila sel-sel kulit mati tidak dibersihkan, ia menyebabkan kulit menjadi kering, bersisik dan mengakibatkan jerawat. Wajah juga tampak kusam.\n\nOleh itu, gunakan bedak tradisional ini untuk mengatasi masalah yang sering melanda kaum hawa. Ketika mencuci wajah, gosokkan secara perlahan saki-baki bedak sejuk dengan lembut.\n\nBedak sejuk dipakai ke muka dengan cara dibasahkan sehingga menjadi sedikit cair. Oleh itu, teksturnya akan menjadi seperti masker wajah. Selepas memakai bedak sejuk, biarkan selama beberapa minit hingga bedak benar-benar kering.\n\nDengan cara ini, wajah akan nampak lebih tegang. Kedutan halus di bahagian dahi dan hujung bibir dapat dikurangkan.\n\nJika anda berminat untuk membuat bedak sejuk secara homemade, bolehlah cuba beberapa petua ini.\n\nAmbil 1 sudu besar tepung beras. Campurkan dengan sedikit air mawar (boleh dibeli di kedai runcit India). Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.\n\nMasukkan 4 sudu besar tepung beras atau beras yang dilumat halus, masukkan 1 sudu yogurt. Simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.\n\nAmbil setengah cawan beras. Sebelum dikisar halus, basuh dan toskan dahulu beras. Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk. Jika hendak digunakan, tambahkan sedikit madu dan gaul sebati.\n\nSecara tradisional, pembuatan bedak sejuk agak cerewet. Beras yang digunakan mestilah berkualiti tinggi. Kemudian, rendamkan beras tersebut di dalam bekas tertutup yang diisi air selama 4 bulan.\n\nDalam tempoh 4 bulan itu, air perlu diganti setiap hari. Selepas 4 bulan, beras tidak lagi berbiji-biji dan akan menjadi lembik. Beras tersebut ditambahkan sedikit air dan dikisar. Adunan beras akan ditambah air mawar.\n\nKemudian, adunan tersebut akan digentel kecik-kecik dan diletakkan di atas sehelai kain. Ia akan dijemurkan di bawah matahari yang terik. Setelah kering dan keras, bedak sejuk akan disimpan dalam bekas tertutup. Untuk menambahkan bau wangi, daun pandan dimasukkan sekali.\n\nDiharapkan para pembaca mendapat info berguna daripada artikel ini. Siapa sangka bedak sejuk yang biasa kita lihat dari zaman kecil mempunyai begitu banyak manfaat.\n\nJemput baca tentang kebaikan tomato dan manfaat kebaikan aloe vera."
"Ikan bakar berempah, hidangan sedap yang sesuai untuk dijadikan lauk untuk makan malam. Antara resepi yang menjadi kesukaan ramai sejak dulu lagi.\n\nJom masak resepi ikan bakar berempah. Anda patut cubakan di rumah.\n\nResepi kali ini akan kongsikan cara masak ikan bakar berempah yang sedap menjilat jari. Menciptakan citarasa restoran dengan menggunakan ikan talapia sebagai bahan utama di rumah.\n\nResepi ikan bakar berempah yang dikongsikan oleh Zaa Zafwan\u200e di laman Facebook ini amat menarik. Jika dilihat dari tampilannya, resepi ini amatlah menggiurkan. Paling sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas, makin berselera makan.\n\nSelain resepi ikan bakar berempah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Setiap wanita atau perempuan pasti berharap dapat menjadi perempuan idaman lelakinya. Namun begitu pasti ciri perempuan idaman adalah berbeza untuk setiap lelaki.Walau bagaimanapun \u00a0secara umumnya boleh dikatakan inilah antara ciri perempuan idaman lelaki. Antara ciri\u00a0prempuan idaman lelaki\u00a0adalah :\n\nIni adalah prisip asas kepada keharmonian rumah tangga. Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.\n\nWanita yang mempunyai kecantikan dalaman. Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.\n\nWanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.\n\nLelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang. Oleh itu berhati-hatilah\n\nLelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.\n\nWanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.\n\nLelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.\n\nLelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.\n\nWanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.\n\nWanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:\n\nInilah 9 ciri-ciri perempuan yang menjadi idaman lelaki. Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.\n\nLantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri."
"Satu lagi resepi ketam yang banyak dicari. Iaitu resepi ketam masak lemak cili api. Mesti anda sudah lama tercari resepi ketam yang sedap bukan?\n\nKetam masak lemak cili api hidangan yang jadi kegemaran ramai. Ia dimasak dengan kuah santan dan cili api yang membuat rasa masakan ini lemak pedas.\n\nMasakan ini sedap dimakan dengan nasi putih. Dijadikan lauk untuk makan tengah hari dan malam. Gerenti encik suami suka dan mertua mesti puji masakan anda.\n\nTunggu apalagi, jom buat resepi ketam masak lemak cili api yang dikongsikan oleh Nur Kasih Fiezaimi Fiza\u200e di laman Facebook seperti berikut di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nResepi Ketam Masak Lemak Cili Api\n\nSelain resepi ketam masak lemak cili api, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Anda kena cuba resepi puding roti biskut ini. Sebelum ini kami telah kongsikan beberapa jenis puding roti yang agak menarik untuk anda cuba. Kali ini juga masih lagi tentang resepi puding roti dan ia agak special sebab menggunakan biskut pula untuk menyediakannya. \n\nApa yang lebih menarik lagi ialah resepi puding roti biskut ini dapat mencuri perhatian anak-anak kecil kerana coraknya yang sangat comel dan Nampak sangat menyelerakan untuk dicuba.\n\nPuding ini menggunakan agar-agar bertali. Kalau anda lebih gemar untuk menggunakan agar-agar serbuk pun tidak mengapa tapi kena pandai adjust lah kan. Tapi kan sebenarnya menggunakan agar-agar bertali ni mudah sangat. Tidaklah susah pun. Sukat dengan betul, pasti menjadi! Yang susah tu kalau tak pernah belajar dan tak pernah buat.\n\nPuding ini juga menggunakan gula batu sebagai asas bahannya. Beza apa gula biasa dengan gula batu? Haaa kalau nak tahu, gula batu ni lebih menyedapkan masakan tau. Kalau tak pernah cuba, wajib cuba! Biasanya kalau nk masak puding, memang rasa lebih sedap lah kan. Dari segi kesihatan pun, gula batu ni lebih bagus dari gula pasir biasa. Nak buat minuman ker nak buat dessert ker, haa campurlah gula batu ni tau! Memang marvelous.\n\nJadi, resepi kali ini adalah sumbangan dari Miera Cake N Pudding di Facebook. Saudari kita ni memang buat bisnes dessert tau. Jadi, bersyukurlah beliau sudi berkongsi resepi puding yang rare dan sedap ni untuk kita semua. Kalau ada nak order puding or kek pape pun, bolehlah hubungi beliau ya! Selamat mencuba semua!\n\n30g Agar2 tali (rendam 2 jam)1800ml air200g gula10g gula batu\n\n(Blander semua bahan nie)6 keping roti buang tepi30g biskut cheese10g tepung kastad3biji telur gred A2 sudu teh esen vanilla1/2 tin susu cair (F&N)1/2 tin susu pekat (F&N)\n\nCoklat elmulcoPerwane kuning telorPerwane biruPerwane pink\n\n(1) Masak agar-agar hingga hancur.(2) Lepastu masukan gula dan gula batu. Bila semua dah hancur, masukkan bahan yang di blender tadi menggunakan api yang slow je. Perlu sentiase kacau. Bila dah nampak macam nak mendidih tutup api.(3) Cara layer ambil 600ml agar-agar yang masak tadi dan tuang ke dalam loyang 10\u00d710. Biar kan keras sekejap(4) Kemudian, ambil lagi 400ml. Masukkan coklat emulco dan tuang atas yg putih tadi(5) Lepastu ambil pulak 300ml untuk kuning. Buat sama seperti tadi sampai habis. Warna terserahlah nak letak warna apa.(6) Untuk hiasan bulat dot dot tu, amik straw atau bekas sos untuk buat dot dot.\n\nMacam mana dengan resepi ni? Best ker best? Haa mestilah best kan! Selain resepi ini, ada banyak lagi tau resepi lain yang ada di blog bidadari.my ni. Jemputlah untuk lihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE juga ya!"
"Anda peminat shellout? Kalau ya, jom cuba resepi shellout ini.\n\nResepi ini dinamakan shellout kerana istilah makanan laut yang berkulit keras. Seperti kerang, udang, ketam, lala dan kupang yang terdapat dalam juadah ini.\n\nShellout mula popular dan viral sekitar tahun 2016 dan dengan cepat menjadi kegemaran ramai netizen.\n\nShellout juga amat sesuai untuk dimakan beramai \u2013 ramai terutamanya apabila adanya family gathering atau reunion bersama sahabat handai. Semestinya, apabila kita masak sendiri, rasanya lebih terjamin, kebersihannya lebih terjaga dan yang paling penting sekali, kosnya lebih murah bukan? Resepi ini juga sangat mudah dan enak. Selamat mencuba!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Merpati Putih dan telah mendapat perkongsian sebanyak 2 ribu di dalam laman Facebook.\n\nTumiskan kesemua bahan, masukkan bahan kisaran tadi,akhir sekali curahkan jus lemon. Sos telah siap.\n\nBahan \u2013 bahan ini hendaklah direbus empuk.\n\nTips: Masukkan seafood selepas air mengelegak, ini untuk memastikan makanan laut anda kekal segar dan manis.\n\nResepi \u2013 resepi menarik yang anda boleh cuba:\n\nSelain daripada resepi shellout, terdapat lagi beberapa resepi lain yang anda boleh cuba untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan rakan. Jangan lupa untuk menekan butang like dan kongsikan bersama yang tersayang!"
"Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit \u00a0yang disebabkan oleh jangkitan \u00a0virus Varicella Zoster didalam badan. Ia merupakan jangkitan virus yang akan menyebabkan pesakit ditumbuhi ruam, kegatalan, dan lepuh yang menyebabkan kesakitan.\n\nSiapakah golongan yang berisiko mendapat penyakit kayap?\n\nDi antara yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kayap ialah:\n\nApakah tanda-tanda atau simptom penyakit kayap?\n\nBerikut adalah di antara simptom yang biasa dialami oleh pesakit kayap:\n\nApabila kayap mula tumbuh pada kulit, pesakit akan mengalami:\n\nApabila seseorang disahkan mempunyai penyakit kayap, fokus utama rawatan yang akan diberikan adalah untuk:\n\nDi antara rawatan yang akan diberikan oleh doktor ialah:\n\nSelain mendapatkan rawatan di hospital, anda juga boleh mengamalkan petua hilangkan kayap yang berikut:\n\nSelain petua di atas, anda juga boleh amalkan doa sembuhkan kayap ini:\n\nItulah dia petua hilangkan kayap yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang\u00a0petua rambut gugur, petua kencing tak lawas dan petua batu karang."
"Toksin yang terkumpul didalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk berasa letih, lemah, tidak bersemangat, dan tidak bermaya. Malah toksin yang terlalu banyak akan menyebabkan badan anda gagal menyerap semua nutrien dari vitamin dan minuman kecantikan yang anda ambil setiap hari. \n\nToksin dalam badan boleh dikeluarkan dengan melakukan proses detoks. Terdapat pelbagai kaedah detoks secara semulajadi dan selamat yang boleh anda lakukan. Jom kami kongsikan cara dan petua untuk menghilangkan toksin dalam badan.\n\nAir kelapa muda dan isinya adalah salah satu cara detoks semulajadi yang paling mujarab dengan kos yang rendah dan tidak membebankan. Air kelapa mempunyai bahan yang mampu meneutralkan semula toksin yang ada didalam badan anda. \n\nPengambilan air kelapa muda setiap hari akan menyahtoksin dan memberikan anda kesihatan yang lebih baik. Nak lagi berkesan, anda boleh campurkan sedikit perahan limau nipis ke dalam air kelapa muda sebelum diminum. Bukan sahaja badan anda akan bersih daripada toksin yang merbahaya malah badan anda juga akan berasa segar.\n\nGaram epsom atau nama popularnya epsom salt merupakan sejenis garam semulajadi yang telah digunakan sejak turun-temurun untuk menyahtoksin dari badan. Anda boleh dapatkan garam epsom di farmasi, Watsons atau Guardian. Cara untuk membuang toksin dari badan menggunakan garam epsom adalah seperti berikut:\n\n3. Epal dan kulit kayu manis\n\nEpal dan kulit kayu manis telah lama digunakan oleh orang barat sebagai salah satu cara untuk membuang toksin dari badan. Caranya sangat mudah, walau sesibuk mana pun anda, pasti akan sempat untuk menyediakan air detoks ini. Bahan-bahan yang diperlukan dan cara-caranya adalah seperti berikut:\n\nBagaimana air detoks campuran epal dan kulit kayu manis membantu membuang toksin dari badan anda? Epal merupakan buah yang sangat tinggi dengan serat dan membantu merangsang penghasilan cecair hempedu yang sangat penting dalam proses membuang toksin dari badan. Malahan dalam epal juga terdapat pectin yang membantu dalam proses detoks logam berat dari tubuh badan.\n\nSementara pada kulit kayu manis pula terdapat sejenis zat yang merangsang penghasilan insulin. Aktiviti penghasilan insulin akan melancarkan proses metabolisme glukosa sehingga menstabilkan kadar gula dalam darah.\n\nSekiranya anda adalah seorang perokok, langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam usaha untuk membuang toksin dari badan ialah dengan cara mengurangkan rokok secara perlahan-lahan dan akhirnya anda akan berhenti merokok. \n\nIni kerana dalam setiap sedutan rokok yang anda ambil, asap yang masuk ke dalam paru-paru anda sarat dengan pelbagai bahan kimia merbahaya dan toksin yang memberikan kesan buruk kepada tubuh badan. Berhenti merokok bukan sahaja dapat membantu membuang toksin dari badan malah ia boleh menyelamatkan nyawa anda.\n\nJika anda serius untuk membuang toksin dari badan, sila kurangkan pengambilan gula putih dalam pemakanan seharian. Ketahuilah bahawa gula putih merupakan racun tersembunyi yang ramai orang tak sedar. \n\nJika anda berjaya mengurangkan pengambilan gula putih, bermakna anda telah berjaya melakukan detoks untuk menyahtoksin dari badan.\n\nMakanan berproses seperti nugget, hotdog, burger, sos, makanan dalam tin, makanan segera, dan sebagainya bukanlah makanan yang sihat. Ia kaya dengan lemak tepu yang bukan sahaja akan menyebabkan badan anda mengumpul toksin, malah ia juga merupakan punca masalah kegemukan yang anda alami. \n\nOleh itu, kurangkan pengambilan makanan berproses. Lebihkan makan makanan sebenar, semulajadi, dan segar.\n\n7. Pilih produk penjagaan diri yang semulajadi\n\nTahukah anda bahawa produk penjagaan diri yang anda gunakan setiap hari seperti syampu, sabun mandi, deodoran, dan sebagainya sarat dengan bahan kimia yang akan diserap oleh kulit lalu menyebabkan terkumpulnya toksin dalam tubuh anda. Oleh itu, pilih produk penjagaan diri yang semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya.\n\nCara dan petua menghilangkan toksin dari badan yang seterusnya ialah dengan cara mengurangkan stress. Ini kerana stress akan menyebabkan badan anda menyimpan banyak toksin dan melambatkan proses penghasilan enzim detoksifikasi di dalam hati. \n\nTeh hijau kaya dengan antioksida. Ia mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan termasuk anti penuaan, membantu menurunkan berat badan, malah membantu membuang toksin dari dalam badan. Ia mebyahtoksin dengan cara membersihkan dan melindungi hati dari toksin.\n\nCara membuang toksin dari badan yang terakhir ialah dengan cara bersauna. Apabila anda bersauna, badan anda akan berpeluh dengan banyak. Segala toksin dari badan akan keluar bersama peluh lalu menyihatkan badan anda.\n\nItulah dia cara membuang toksin dari badan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput baca petua hilangkan sakit gigi\u00a0dan petua hilangkan bisul"
"Terung atau nama botaninya Solanum melongena merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Terung merupakan tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka. Terung merupakan salah satu jenis sayuran bewarna ungu yang memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa.\n\nPermintaan terung sebagai antara sayuran pilihan sesisi keluarga bagi serata dunia adalah sangat memberangsangkan. Hari ini, lebih kurang 50 juta tan terung ditanam di sekitar 1.8 juta hektar tanah ladang di seluruh dunia.\n\nSejak kebelakangan ini, pasaran terung semakin mendapat tempat di Australia, Amerika dan negara-negara Eropah.\n\nTerung mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, kalori, serat kasar, abu, kalsium, besi, pospor, karotin, vitamin B1, B2, C dan P, asam nikotinat,\u00a0kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K. Buah terung mengandungi 750 mg vitamin P dalam setiap 100 gram.\n\nTerung kaya dengan zat besi. Jika ingin lebih sihat dan kuat, makanlah terung. Tak kisahlah sama ada digoreng, dilayur, disayur ataupun dibuat ulam mentah. Zat besi yang terkandung dalam terung dipercayai sangat baik untuk kesihatan tulang serta membantu mencegah anemia atau kurang darah.\n\nTerung dipercayai mengandungi kalori yang sangat rendah dan bebas daripada lemak. Jika anda ingin mendapatkan hasil yang baik ketika menjalankan program diet, usahakan untuk makan terung kerana ia akan membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari.\n\nTerung juga tinggi dengan serat dan baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus.\n\n4. Meningkatkan tenaga batin & kesuburan lelaki\n\nDalam perubatan Hindu, terung merupakan tumbuhan pembangkit ghairah seksual. Di Eropah juga terung mendapat nama jolokan sebagai epal cinta dan sangat popular sebagai buah penambah ghairah sejak tahun 1600 \u2013 an.\n\nIni kerana terung mengandungi flavonoid yang berkhasiat sebagai antioksidan dan melancarkan peredaran darah sehingga baik untuk mengatasi masalah mati pucuk yang disebabkan oleh gangguan peredaran darah.\n\nSelain daripada itu, di Nigeria, tumbuhan terung mendapat tempat yang cukup baik dalam kalangan masyarakat mereka. Tumbuhan terung ini digunakan sebagai bahan makanan untuk meningkatkan kesuburan terutamanya kaum lelaki.\n\nTerung mengandungi sejumlah kecil nikotin. Nikotin dalam terung boleh membantu perokok menahan keinginan untuk merokok terutamanya ketika mereka mahu berhenti merokok.\n\nAmalkan memakan terung jika mahu berhenti merokok secara semula jadi.\n\nKajian ke atas haiwan makmal yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam badannya telah diberikan jus terung. Kesan ajaib yang berlaku iaitu kolesterol dalam dinding arteri dan kolesterol dalam aorta dalam haiwan tersebut telah dikurangkan dengan ketara manakala dinding saluran darah dapat dilonggarkan dan meningkatkan aliran darah.\n\nKesan-kesan positif berkemungkinan disebabkan bukan sahaja untuk nasunin tetapi juga kepada beberapa fito-nutrien terpene lain dalam terung.\u00a0Nasunin bukan sahaja menghapuskan radikal bebas yang kuat tetapi ia juga merupakan sumber besi.\n\nNasunin mengurangkan pembentukan radikal bebas dengan menyumbang pula faedah yang lain termasuklah melindungi kolesterol darah (yang juga sejenis lipid atau lemak) daripada pengoksidaan, mencegah kerosakan sel yang boleh menggalakkan kanser dan mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sendi yang merupakan faktor utama dalam artritis reumatoid.\n\nPenyelidik di \u00a0Amerika Syarikat telah mendapati bahawa terung adalah sumber yang kaya dengan sebatian fenolik yang berfungsi sebagai antioksidan. Tumbuhan membentuk sebatian seperti ini untuk melindungi diri mereka daripada tekanan oksidatif daripada pendedahan kepada unsur-unsur penyakit dan juga dari jangkitan bakteria dan kulat.\n\nBerita baik mengenai terung ialah sebatian fenolik utama yang terdapat dalam semua varieti yang diuji adalah bersifat asid klorogenik, yang merupakan salah satu unsur yang paling kuat untuk menghapuskan radikal bebas yang terdapat dalam tisu tumbuhan. Faedah dikaitkan dengan asid klorogenik termasuk antimutagenic (anti- kanser), anti-mikrob, anti-LDL ( kolesterol tidak baik ) dan aktiviti antivirus.\n\nKandungan vitamin B yang tinggi dalam terung juga memastikan kebolehan untuk berfikir dengan jelas dan mencegah stress dengan membaiki kualiti neuron dan membekalkan nutrien seimbang ke bahagian otak.\n\n9. Menjaga Kesihatan Hati Dan Jantung\n\nTerung mengandungi bioflavonoid yang cukup tinggi. Sehingga, ia sangat baik untuk menjaga kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stress. Di samping itu, terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung.\n\nTerung adalah sayur yang berserat tinggi, rendah lemak dan juga rendah karbohidrat. Jadi, tidak hairanlah terung boleh mengatasi dan mencegah diabetes.\n\nSelain itu, kajian penyelidik dari Nigeria pada tahun 2012 yang diterbitkan di Science World Journal, mencadangkan pengambilan terung bulat berbanding yang bujur.\n\nBerdasarkan analisis mereka, terung bulat mempunyai kandungan bioaktif seperti phytate, oxalate, alkaloid dan tannin adalah lebih tinggi dalam terung bulat. Maka, lebih sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang menghidapi diabetes untuk kualiti kesihatan yang lebih baik.\n\n11. Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat\n\nKandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.\n\nKajian penyelidik dari Turki dan Amerika Syarikat pada tahun 2018 melaporkan kandungan kalsium yang tinggi (9 mg) dalam setiap hidangan 100 gram terung, lebih tinggi daripada epal (6 mg) dan pisang (5 mg).\n\nKandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, sayur terung boleh menjadi salah satu pilihan tersebut.\n\nPenyelidikan ke atas terung telah memberi tumpuan kepada satu fitonutrien antosianin yang terdapat pada kulit terung dipanggil nasunin. Nasunin adalah antioksidan yang kuat menentang radikal bebas. Selain untuk penjagaan kolestrol, a melindungi membran sel daripada rosak.\n\nDalam kajian ke atas haiwan, nasunin didapati berupaya melindungi lipid (lemak) di dalam membran sel otak. Membran sel otak adalah hampir keseluruhannya terdiri daripada lipid dan bertanggungjawab untuk melindungi sel daripada radikal bebas.\n\n14. Mencegah sakit jantung dan strok\n\nKandungan phytonutrients dalam terung boleh membantu mencegah penyakit jantung, serangan jantung dan stroke.\n\nDengan keperluan nutrien yang mencukupi bagi setiap 100 gram hidangan seperti karbohidrat (5.88 gram), serat (3 gram), lemak (0.18 gram), protein (0.98 gram), garam mineral, vitamin A, B, C, D, E, K dan 0 gram kolesterol.\n\nAntioksidan dalam terung, memiliki kebolehan untuk mencegah tumor otak dan kanser daripada terbentuk melalui cara menyerang radikal bebas yang menyebabkan tumor kanser.\n\nMelalui kajian saintifik\u00a0yang dilakukan ke atas kulit terung, hasil kajian mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai \u201cnasunin\u201d yang mempunyai\u00a0aktiviti antioksida dan antiangiogenik.\n\nDalam bidang kajian kanser, antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan\u00a0menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrien. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.\n\nSelain itu, penyelidik dari India pada tahun 2015 mengulas mengenai sejenis sebatian fenolik yang bernama delphinidin yang boleh dijumpai pada kulit buah terung dan sangat membantu dalam melawan radikal penyebab kanser.\n\n16. Memulihkan paras natrium dalam darah\n\nTerung juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium.\n\n17. Mengatasi masalah kencing tak lawas\n\nJika anda mengalami masalah kencing tak lawas, boleh kisar terung dan dijadikan sebagai jus. Minum satu cawan setiap pagi sehingga kencing tak lawas tiada lagi.\n\nKencing tak lawas biasanya dikaitkan dengan jangkitan mikroorganisma pada saluran kencing. Sebatian bioaktif dalam terung ternyata mempunyai kesan antimikrob untuk membunuh atau merencat pertumbuhan mereka dan menjadikan sistem perkumuhan bertambah baik.\n\n18. Menjaga kesihatan bayi dalam kandungan\n\nTerung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung.\n\nTerung membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan.\n\nAnalisis makmal melaporkan terung mempunyai sebanyak 22 mikro gram asid folik bagi setiap 100 gram hidangan.\n\n19. Menghilangkan jeragat & mencerahkan wajah\n\nBagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk\u00a0menghilangkan jeragat.\n\nNak kulit muka yang cerah? Amalkan masker terung sekali seminggu.\n\nDengan kandungan vitamin yang pelbagai, ternyata terung boleh membekalkan nutrien mencukupi untuk kecantikan kulit.\n\nItulah dia khasiat terung yang ingin kami kongsikan.\u00a0Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat barli, khasiat pisang, dan khasiat avokado.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Minyak zaitun merupakan minyak yang tidak asing lagi buat golongan wanita. Ianya merupakan salah satu makanan sunnah yang semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Mungkin anda mengenali minyak zaitun kerana ia terkenal sebagai minyak untuk kecantikan dan juga minyak untuk kesihatan. \n\nTahukah anda bahawa yang sebenarnya,selain untuk kecantikan dan kesihatan, minyak zaitun juga sebenarnya sangat bagus untuk ibu hamil. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil.\n\nPastinya anda tertanya-tanya apakah kandungan minyak zaitun yang menjadikannya begitu berkhasiat? Untuk pengetahuan anda, minyak zaitun dihasilkan dari buah zaitun yang banyak ditanam di negara mediterranian. Minyak zitun dihasilkan melalui kaedah perahan sejuk atau cold press dimana minyak zaitun diperah tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.\n\nPastinya anda perasan bahawa terdapat dua jenis minyak zaitun iaitu minyak zaitun biasa, virgin dan extra virgin. Apa yang membezakan di antara tiga jenis minyak zaitun ini ialah suhu semasa minyaknya diperah. Untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai minyak zaitun virgin atau extra virgin, proses perahan mestilah dilakukan pada suhu bilik. Menarik kan?\n\nBagaimana ibu mengandung boleh menggunakan minyak zaitun?\n\nTerdapat tiga cara untuk anda menggunakan minyak zaitun sepanjang tempoh kehamilan iaitu dengan cara:\n\nApakah khasiat minyak zaitun untuk ibu mengandung?\n\nMenurut kajian, berikut adalah di antara khasiat minyak zaitun untuk ibu mengandung:\n\nMembantu penyerapan nutrien oleh tubuh badan\n\nKajian mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun sepanjang tempoh kehamilan sangat membantu tubuh badan ibu hamil untuk menyerap semua vitamin, mineral dan nutrien yang masuk kedalam tubuh badan bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk membesar dan berkembang. \n\nAsid Oleik yang ada dalam minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan\n\nKajian demia kajian yang dijalankan keatas minyak zaitun mendapati bahawa asid oleik iaitu salah satu bahan utama yang terdapat dalam minyak zaitun adalah sangat berkhasiat. Di antara kelebihan asid oleik ialah:\n\nMenghilangkan stretchmark ( kesan regangan ) dan kegatalan pada stretchmark\n\nStretchmark dan ibu mengandung sememangnya tak dapat dipisahkan. Semakin besar kandungan anda, semakin banyak stretchmark yang akan timbul pada perut. Malah stretchmark boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan. Jika anda garu, ia akan menyebabkan parut kekal pada perut anda. Minyak zaitun boleh membantu masalah yang ana hadapi.\n\nSapukan minyak zaitun pada kawasan perut yang mempunyai stretchmark. Ia bukan sahaja akan membantu menghilangkan kegatalan yang anda alami malah akan mengurangkan kesan parut baru dan dalam masa yang sama memudarkan parut yang lama. Hebat! Anda tak perlu beli krim mahal di farmasi.\n\nIbu mengandung selalu mengalami masalah sembelit disebabkan oleh pengambilan pil zat besi atau pemakanan yang tidak seimbang. Tahukah anda bahawa minyak zaitun membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan ibu mengandung. Sejak zaman dahulu lagi minyak zaitun digunakan sebagai natural remedy untuk sembelit. \n\nCaranya ialah dengan amalkan minum satu sudu minyak zaitun pada waktu pagi dan petang. Sebelum anda membuang air besar, boleh juga sapukan sedikit minyak zaitun pada kawasan dubur sebagai pelincir bagi memudahkan najis keluar.\n\nMenghilangkan krem, lenguh-lenguh, dan sakit-sakit badan\n\nMinyak zaitun juga boleh dijadikan sebagai minyak urut. Jika anda mengalami sakit badan, lenguh-lenguh, atau krem, sapukan minyak zaitun pada tempat yang sakit dan urut perlahan-lahan. Anda akan berasa lega. Anda juga boleh minta bantuan suami untuk tolong urutkan. \n\nMeningkatkan fungsi otak kognitif dan memori\n\nKhasiat minyak zaitun yang seterusnya ialah membantu meningkatkan fungsi otak iaitu dari segi kognitif dan memori. Pengambilan minyak zaitun semasa mengandung akan mengurangkan simptom kelupaan yang sinonim dengan ibu mengandung. Malah bayi dalam kandungan anda juga akan mendapat kebaikannya. Insya Allah bayi anda akan lahir sebagai seorang anak yang bijak dan cerdas.\n\nMasalah keguguran rambut semasa mengandung boleh diatasi dengan minyak zaitun. Caranya sapukan minyak zaitun pada rambut anda dan sikat untuk memastikan ianya rata ke seluruhan rambut dan kulit kepala. Amalkan juga minum minyak zaitun setiap hari, masalah rambut gugur anda akan selesai.\n\nItulah dia info tentang khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang makanan sunnah dan suplemen untuk ibu hamil"
"Sesiapa yang belum menjadi lagi buat marble jelita boleh ikut cara dan resepi yang kami tulis kali ini. Gerenti menjadi dengan cantik dan jayanya. Nama pun kek marble jelita, tampilan kek semestinya cantik dan menarik hati. Berbeza dengan kek marble biasa, kek marble jelita kalau boleh harus dilukis dengan penuh kasih supaya hasil dia cantik belaka.\n\nKek marble jelita cantik lembut di luar gebu di dalam. Apabila kita potong kek itu, akan ternampak tekstur kek yang gebu gebas. Sangat seronok dapat makan kek jelita untuk minum petang dimakan bersama teh panas. Selain untuk menu minum petang, kek marble jelita sesuai untuk dihidang pada acara majlis rasmi dan tak rasmi serta majlis mewah sebagai hidangan pencuci mulut. Bahkan untuk kek hari jadi pun boleh.\n\nKek marble jelita dibuat dengan tepung kek dan gula kastor, sedikit serbuk penaik, serbuk vanilla, telur, susu dan ovalete. Kemudian ikut kreativiti anda sendiri hiaskan permukaan kek marble. Ingat, kena cantik dan jelita ya. Resepi kek marble jelita dikongsikan oleh Samsiah Hj Mat AliSamsiah Hj Mat Ali di laman Facebook.\n\nSelain kek marble jelita, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Resepi sup daging paling kaw dikongsikan oleh Norfarhana Ariffin di laman Facebook. Rasa sup yang sedap dan kuahnya yang memikat membuat tergugah selera.\n\nMemasak sup daging bukan perkara sukar lagi jika anda mengikuti resepi sup daging yang kami kongsikan di bawah ini. Sup daging dengan rasa yang sedap dan aroma wangi paling kaw tentunya.\n\nSup daging biasanya dimakan bersama nasi putih/meehun/mee/kueyteow dan lain-lain. Ianya sedap dimakan ketika masih panas-panas. Hirup kuah sup hingga habis. Sangat puaskan selera.\n\nSila layankan tekak anda dengan sup daging sedap dan menyelerakan hari ini. Hidangkan dirumah untuk dinikmati seluruh ahli keluarga. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi sup daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Untuk mengikat kasih sayang suami isteri, seorang penceramah motivasi mencadangkan agar suami atau isteri sebelum pergi kerja dan balik kerja hendaklah berpelukan.\n\nSeorang peserta wanita bertanya, \u201cBerapa lama nak berpeluk?\u201d\n\n\u201cLagi lama lagi bagus. Bertambah kasih sayang\u201d jawab penceramah.\n\n\u201cSaya peluk suami saya satu jam pergi kerja dan satu jam balik kerja,\u201d kata wanita tersebut.\n\n\u201cWoww..lamanya..akak buat mcm mana tu? \u201d tanya penceramah.\n\n\u201cSaya dan suami setiap hari pergi dan balik kerja naik motosikal....!!!\n\nMemang terbaik petua eratkan kasih sayang suami isteri ini!"
"Bakso\u00a0atau\u00a0baso\u00a0merupakan makanan yang berasal dari Indonesia. Umumnya ia dibuat dari campuran daging yang digiling atau dikisar dan tepung ubi. Digentel dan dan dibulatkan sebelum direbus. Bebola daging homemade aka bakso ini kebiasaaannya disajikan dengan mi atau bihun atau sohun, taugeh, tauhu, telur. Terdapat sambal, sos dan kicap sampingan untuk menu bakso ini. Bergantung kepada si pemakan. \n\nBoleh rujuk resepi dari Luna Lulu ini. Jom tengok resepinya. \n\nSiap. Sedia untuk dimakan. Cuma kuahnya lain tempat lain caranya. Ada yang pakai rempah-ratus untuk kuah. Caranya yang berbeza, cuma bahan utamanya sama. Bakso! Di sini ada resepi yang lain yang boleh dicuba."
"Semua orang nak nampak cantik. Sebab itulah pelbagai medium kecantikan tak kiralah produk muka, alat-alat solekan dan pusat kecantikan semakin bertambah. Iklan di kaca televisyen mempromosikan produk kecantikan. Malahan, model-modelnya juga berkulit cantik.\n\nBegitu juga dengan majalah dan media sosial seperti Instagram dan Facebook semuanya tentang kecantikan. Kalau dulu, wanita hanya mementingkan kulit muka yang cantik. Namun sekarang, trend terbaru pula melanda dunia lebih-lebih lagi di Korea. Trend kulit muka glowing.\n\nKulit yang glowing bermaksud kulit yang berseri-seri secara semula jadi, sihat, flawless, mulus dan gebu. Jangan salah faham ye, kulit glowing tak semestinya merujuk wanita yang mempunyai kulit yang cerah saja.\n\nTak kiralah anda berkulit kuning langsat, hitam manis, sawo matang atau gelap sekalipun, jika anda mempunyai ciri-ciri yang disebutkan. Tahniah, anda memiliki kulit yang glowing.\n\nOrang yang mempunyai kulit yang glowing nampak cantik walau dengan hanya solekan yang nipis. Malah, ada juga yang langsung tak bersolek. Terfikir dalam minda, macam mana cara mereka jaga kulit wajah.\n\nJadi, artikel ni akan berkongsi tentang 9 petua kulit muka glowing. Sebenarnya tak susah pun nak amalkan, yang penting konsisten dan berdisiplin. Kata orang, \u2018beauty is pain\u2019. Tak perlulah sampai nak buat pembedahan plastik, yang penting rajin.\n\nJom kita semak 9 tips yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang glowing.\n\nRasanya dalam semua artikel yang membincangkan kecantikan kulit akan menasihatkan para pembaca untuk meminum air secukupnya. Petua ni merupakan tips utama untuk dapatkan kulit muka yang lembap, sihat dan glowing.\n\nJangan lupa minum air kosong sebanyak lapan gelas setiap hari. Jumlah gelas bergantung pada jantina dan berat. Lebih baik minum air kosong ye. Bukan minuman manis yang sedang viral di sana sini.\n\nAir dapat memberi nutrien yang boleh melembapkan kulit wajah. Wajah yang lembap akan membuatkan kulit nampak sihat dan awet muda.\n\nSebenarnya, penjagaan muka sangat penting untuk dapatkan kulit muka yang glowing. Kalau malas dan selalu skip rejim penjagaan, lupakan saja impian anda itu. Jangan lupa langkah-langkah berikut:\n\nSetiap produk-produk ni mempunyai fungsinya yang tersendiri. Jika rajin dan berdisiplin, tak mustahil kulit anda akan berseri bak artis Korea.\n\nTerdapat pelbagai jenis masker di pasaran. Cakap saja nak apa semua ada. Jenis wash off, peel off dan sheet mask juga ada. Jika anda berkulit kering, jangan sesekali menggunakan mask peel off. Ia akan menarik minyak dan kelembapan yang ada pada permukaan kulit. Akhirnya, kulit anda menjadi lebih kering.\n\nSelain yang terdapat di pasaran. Apa kata seminggu atau dua minggu sekali, anda buat sendiri masker di rumah menggunakan bahan-bahan semula jadi. Nak tahu cara buatnya, boleh dibaca di laman web Bidadari.my.\n\nSelain lebih selamat tanpa bahan kimia, kos penyediaan juga sangat rendah. Yang penting jaga kebersihan semasa menyediakan bahan-bahan tersebut. Patuhi saranan masa yang diarahkan. Mana tahu rezeki anda dapat kulit muka yang semakin glowing.\n\nTerdapat pelbagai jenis teknik solekan yang boleh anda cuba. Malahan, terdapat bedak asak yang dikhaskan untuk memberi kesan glowing pada kulit. Namun, yang paling penting, anda janganlah sentiasa mengharapkan bantuan solekan untuk nampak glowing ya.\n\nSolekan yang tebal dan tak ditanggalkan dengan betul akan merosakkan kulit muka. Liang pori akan tersumbat dan masalah kulit seperti jerawat pula yang akan timbul. Teknik solekan glowing boleh dibuat jika anda nak menghadiri majlis perkahwinan, makan malam dan sebagainya.\n\nJika ada masalah jerawat, bintik hitam dan putih, jangan sesekali memicitnya. Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana bakteria daripada kawasan yang bermasalah akan tersebar ke tempat yang lain.\n\nMalahan, cara memicit yang salah dan kasar akan menyebabkan permukaan kulit menjadi luka. Ia akan meninggalkan parut yang mengambil masa nak hilang. Malahan, liang pori-pori juga akan bertambah besar.\n\nDapatkan bantuan pakar kulit untuk merawat kulit anda. Ikut nasihat yang diberikan dan jangan lupa memakai ubat yang diberikan. Jika masalah asas sudah selesai, kini anda boleh fokus pada penjagaan rutin.\n\nJangan lupa dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti iaitu sekurang-kurangnya lapan jam setiap hari. Ketika tidur bukan saja anda berehat, malah kulit anda juga. Oleh itu, jangan lupa masuk tidur seawal 10.00 malam.\n\nJika tidur anda cukup, tiada masalah wajah sembap, bawah mata hitam, kulit tak bermaya dan sebagainya. Selain air, tidur juga umpama nutrisi penting untuk kulit. Ni tips yang paling mudah kan? Siapa yang tak suka tidur. Tapi jangan pula berlebih-lebihan.\n\nBila sentuh tentang produk pencerah wajah, bukan penulis bias bahawa kecantikan hanya milik wanita yang berkulit cerah. Maksudnya di sini, jika anda ada masalah tompok-tompok hitam, tona kulit tak sekata, parut jerawat dan kesan sunburn, produk pencerah dapat membantu.\n\nKesan-kesan tersebut perlulah dihilangkan terlebih dahulu jika anda idamkan kulit yang glowing. Namun berhati-hati ketika membeli produk pencerah. Pastikan ianya bebas merkuri dan hidrokuinon. Yang paling penting mengikut spesifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia.\n\nBagi yang beragama Islam, kita diwajibkan berwuduk sebelum solat. Malahan, jika sedang dalam keadaan marah atau tertekan, kita juga digalakkan untuk berwuduk. Berwuduk dan mensucikan diri daripada kekotoran dan najis.\n\nJika kita mandi saja dua kali sehari tak mencukupi. Kekotoran tetap akan ada di sekeliling kita. Malah, bukannya mudah kita hendak membersihkan jika berada di tempat kerja, dalam perjalanan dan sebagainya.\n\nBerwuduk saja cara yang paling ringan dan mudah dilakukan. Malahan, orang yang selalu berada dalam keadaan berwuduk dimuliakan oleh Allah. Air yang disapukan ke wajah bukan saja dapat membersihkan muka tetapi juga memberi kelembapan dan kesegaran.\n\nJika nak kulit wajah yang cantik, amalkan gaya hidup yang aktif. Jangan malas bergerak. Jika tiada masa nak bersenam, rajinkan diri berjalan ke tempat parkir kereta, berjalan di sekeliling rumah dan sebagainya.\n\nMalahan, jaga pemakanan agar tubuh sihat. Kulit yang cantik terhasil juga daripada tubuh yang sihat. Jika asyik sakit, pelbagai kesan sampingan akan ada yang boleh menjejaskan kulit wajah.\n\nJika dulu, tabiat merokok dan minum arak lebih sinonim dengan kaum lelaki. Nampaknya pada zaman milenium ni, tabiat buruk ni sudah menjadi trend biasa bagi sebilangan golongan wanita.\n\nKajian terbaru yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa tabiat merokok bukan saja akan memberi kedutan pada wajah malahan mengakibatkan jerawat yang kronik. Dikatakan parut yang terdapat pada perokok lebih teruk berbanding orang biasa.\n\nJadi, nak kulit yang cantik dan glowing, buang tabiat ni jauh-jauh. Selain merosakkan kulit, kesihatan juga akan terjejas.\n\nDiharapkan para pembaca mendapat manfaat daripada artikel ini. Jom sama-sama dapatkan kulit yang glowing dan mulus. Jangan lupa kongsikan artikel ni dengan ahli keluarga dan rakan sepejabat. Nak kongsikan dengan rakan media sosial pun dialu-alukan. Selamat mencuba!\n\nJemput juga baca artikel tentang tips penjagaan muka diy masker muka dan cara penjagaan muka"
"Masalah jerawat bukan sahaja melibatkan kawasan muka tetapi boleh menyerang bahagian badan lain. Mana-mana permukaan kulit boleh ditumbuhi jerawat terutamanya badan. Artikel ini akan membincangkan punca jerawat badan yang boleh mendatangkan kegelisahan dan masalah keyakinan diri.\n\nJerawat atau acne merupakan kesan tindak balas pertumbuhan bakteria di permukaan pori yang tersumbat. Liang pori boleh tersumbat disebabkan oleh beberapa perkara seperti ketidakseimbangan hormon, kulit berminyak, pemakanan, keturunan, persekitaran yang kotor, penyakit dan sebagainya.\n\nPembentukan jerawat ini terhasil di mana-mana kawasan yang mengandungi kulit. Disebabkan kulit merupakan organ yang paling besar bagi manusia, jerawat berpotensi tumbuh di mana-mana bahagian tubuh.\n\nSekumpulan penyelidik dari Universiti Oslo, Norway pada tahun 2008 menjalankan tinjauan mengenai kesan pertumbuhan jerawat dalam kalangan individu dewasa seramai 3775 orang. Hasil tinjauan tersebut mendapati, antara kesan emosi yang dialami mereka yang mempunyai jerawat di bahagian muka dan badan mereka ialah:\n\nOleh itu, ayuh ketahui punca jerawat khususnya punca jerawat badan supaya langkah intervensi atau pencegahan dan adaptasi boleh diambil.\n\nMenurut Kumpulan Penyelidikan Acne di Institut Dermatologi Milan, Itali pada tahun 2012, mereka mengenal pasti komponen genetik dan persekitaran sebagai komponen utama dalam menyebabkan punca jerawat badan. Huraian faktor tersebut dibincangkan seperti berikut:\n\nDalam kajian tersebut, faktor keturunan dan genetik merupakan punca utama jerawat badan yang dialami seseorang.\n\nMasalah jerawat badan yang sederhana hingga teruk boleh dikaitkan dengan faktor sejarah keluarga ini.\n\nKhususnya, pasangan kembar mempunyai risiko yang tinggi untuk sama-sama mempunyai masalah jerawat badan ini dalam peratusan antara 50 \u2013 90%.\n\nDalam kajian seumpama di United Kingdom, sebanyak 81% varians acne dilaporkan dalam kalangan kembar perempuan adalah berpunca daripada faktor keturunan.\n\n2. Masalah Kegemukan Obesiti dan Peningkatan BMI\n\nMasalah jerawat badan didapati lebih teruk diperhatikan pada individu yang mempunyai masalah BMI tidak normal atau obesiti berbanding mereka yang mempunyai BMI normal. Hal ini dipersetujui oleh kajian saintifik yang dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Chang Gung, Taiwan pada tahun 2006.\n\nBerdasarkan ulasan kajian tersebut, masalah kegemukan atau naik berat badan sering dikaitkan dengan hiperandrogenism peripheral. Hal ini menyebabkan penghasilan lebih banyak sebum yang menyekat liang pori. Tidak hairanlah, isu jerawat badan yang teruk boleh berlaku dalam kalangan mereka yang obesiti.\n\nBagi individu dengan sejarah acne, pengambilan diet susu boleh memburukkan lagi masalah jerawat. Menurut kajian yang sama, susu skim didapati lebih mendatangkan punca jerawat badan berbanding susu segar kerana kandungan lemaknya yang tinggi.\n\nSelain itu, komposisi hormon yang dimasukkan ke dalam susu skim menyebabkan kesan pembentukan jerawat yang lebih tinggi.\n\nBerlawanan dengan persepsi yang menyatakan bahawa coklat boleh menyebabkan jerawat, terdapat banyak kajian lepas yang menafikan dakwaan ini.\n\nTiada korelasi atau perhubungan yang signifikan diperhatikan antara kesan diet coklat dengan pembentukan sebum dan jerawat. Coklat yang digunakan dalam kajian-kajian tersebut tidak mengandungi unsur susu.\n\nAktiviti merokok dilaporkan secara umum membawa pelbagai masalah kesihatan. Dalam kes ini, asap rokok yang disedut dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan ke atas kulit, antaranya ialah gangguan ke atas:\n\nKesemua masalah ini menyebabkan perubahan komposisi sebum yang menjadi punca jerawat badan.\n\nPunca jerawat badan yang seterusnya ialah perubahan dan ketidakstabilan hormon. Banyak kajian lepas yang menghubungkaitkan perubahan hormon dengan pembentukan jerawat.\n\nAntara contoh hal yang menyebabkan perubahan hormon ialah:\n\nPCOS berlaku apabila terdapat ketidakstabilan hormon estrogen, FSH, LH dan progesteron dalam kalangan wanita semasa tempoh kitar haid mereka. Terdapat banyak folikel dihasilkan dan mengambil masa yang lama untuk mematangkan telur ovum.\n\nKeadaan ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi masalah acne dan menjadi punca jerawat badan.\n\nHal ini ada dilaporkan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Perubatan Shiraz, Iran pada tahun 2011. Remaja perempuan berusia 14 hingga 18 tahun di Shiraz, Iran yang mengalami PCOS didapati turut mempunyai jerawat badan.\n\nKesemua mereka mencatatkan kandungan hormon LH yang tinggi untuk menggalakkan pertumbuhan jerawat badan.\n\nPunca jerawat badan merangkumi faktor-faktor seperti keturunan, gaya hidup, pemakanan dan masalah kesihatan yang dialami seseorang. Terdapat beberapa produk di pasaran yang ada menawarkan kesan pemulihan jerawat badan tetapi anda perlulah menjadi pengguna bijak untuk memilih produk yang selamat dan terbaik. Jemput juga baca artikel jerawat di dagu,\u00a0 jenis jerawat dan pucan jerawat lelaki"
"Daun lemuni adalah sejenis herba yang mempunyai 1001 khasiat khususnya kepada kaum wanita. Mungkin ada yang tidak pernah mendengar tentang daun lemuni dan tidak mengenali daun berkhasiat ini kerana ia cuma terkenal di negeri utara sahaja. Orang utara pasti kenal dengan daun lemuni. Bagi anda yang tidak mengenali apa itu daun lemuni, istimewa untuk anda hari ini kami akan berkongsi info tentang pokok lemuni dan khasiat daun lemuni serta kegunaannya.\n\nPokok lemuni adalah sejenis tumbuhan herba yang renek dan banyak ditanam di utara tanah air. Daun pokok lemuni adalah tirus dan berkilat. Terdapat dua jenis pokok lemuni iaitu pokok lemuni putih dan pokok lemuni hitam. Kedua-dua pokok ini mempunyai khasiat yang berbeza dan biasanya digunakan untuk tujuan dan kegunaan yang berbeza.\n\nDaun lemuni sangat kaya dengan khasiat dan mempunyai pelbagai kegunaan. Tak hairanlah kenapa daun lemuni digunakan secara meluas oleh penduduk utara tanah air sejak berates tahun yang lalu. Di antara khasiat dan kegunaan daun lemuni ialah seperti berikut:\n\nDaun lemuni enak dimakan begitu sahaja malah sangat sedap jika dimasak bersama nasi lemak. Nasi lemak daun lemuni adalah menu yang sangat popular di belah utara semenanjung Malaysia. Jangan berani mengaku anda orang utara kalau tak pernah makan nasi lemak daun lemuni.\n\nDaun lemuni dijadikan ulam kerana rasanya yang enak dan khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu ia dijadikan sebagai bahan utama dalam penyediaan nasi lemak daun lemuni memandangkan ia membuatkan nasi menjadi harum dan enak rasanya selain berkhasiat.\n\nAnda pasti tersenyum apabila mengetahui bahawa daun lemuni membantu untuk mengurangkan berat badan. Malahan nasi lemak daun lemuni boleh dimakan selalu dengan kerap kerana daun lemuni yang dimasukkan ke dalam nasi lemak tersebut membantu untuk mengurangkan berat badan. Jika anda jadikan daun lemuni sebagai ulam setiap hari, pastinya berat badan anda akan menurun.\n\nSalah satu khasiat dan kegunaan daun lemuni ialah untuk memulihkan luka terbakar. Itulah sebabnya kenapa pokok lemuni banyak ditanam di kawasan rumah sebagai persediaan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Untuk merawat luka terbakar dengan daun lemuni, apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nDengan menekap daun lemuni pada luka terbakar, ia akan membantu mengurangkan kesakitan, mengelakkan berlakunya gelembung air, mempercepatkan kesembuhan, dan membantu mengurangkan parut pada kulit.\n\nIbu yang baru melahirkan dan sedang berpantang memerlukan penjagaan yang rapi agar sihat dan segar semula dengan segera. Salah satu amalan yang kita warisi dari nenek moyang ialah amalan meminum air rebusan akar kayu semasa berpantang. Tahukah anda bahawa air rebusan daun lemuni juga sangat bermanfaat buat ibu yang berpantang. Anda boleh memasukkan akar kayu bersama daun lemuni untuk mendapatkan khasiat yang terbaik.\n\nIbu berpantang yang mengamalkan air rebusan lemuni semasa berpantang akan berasa segar dan bertenaga. Malah daun lemuni juga membantu ibu berpantang untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Sebagai bonus, air rebusan daun lemuni juga membantu menyihatkan tubuh badan dan mencepatkan proses penyembuhan luka bersalin.\n\nJika anda mengalami cirit-birit, boleh minum air rebusan daun lemuni untuk meredakan perut dan mengelakkan daripada anda mengalami kehilangan air yang banyak dan dehidrasi. Ambil beberapa helai daun lemuni dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan daun lemuni tadi sehingga anda sihat seperti sedia kala.\n\nJika anda mengalami sakit kepala, daun lemuni juga boleh membantu. Apa yang anda perlukan ialah daun lemuni, lada hitam, kunyit hidup dan nasi. Caranya, tumbuk kesemua bahan tadi dan sapukan ke kepala. Biarkan sehingga sakit kepala anda hilang. Selain itu ada juga boleh letakkan daun lemuni di dalam sarung bantal yang digunakan semasa tidur untuk menghilangkan sakit kepala. Cubalah! Ianya memang berkesan.\n\nSelain itu daun lemuni juga dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat menghalau nyamuk semulajadi. Caranya ramas daun lemuni dan sapukan pada anggita badan seperti kaki dan tangan untuk mengelakkan gigitan nyamuk. Ini kerana nyamuk tidak menyukai bau yang keluar dari daun yang diramas tadi. Atau anda juga boleh ramas daun lemuni, masukkan ke dalam bekas dan letak bekas tadi berdekatan anda. Ia juga berhasil.\n\nBiasanya kita akan mencuci luka atau dressing dengan menggunakan bahan yang dibekalkan oleh pihak klinik. Tahukah anda bahawa daun lemuni mempunyai bahan anti septik dan boleh digunakan untuk mencuci luka. Caranya rebus daun lemuni sehingga mendidih dan gunakan air rebusan tadi untuk mencuci luka. Gunakan air rebusan yang suam untuk kesan terbaik. Ia akan membantu membunh kuman dan membersihkan luka anda.\n\nJika anda mengalami ulser di dalam mulut, anda boleh berkumur dengan air rebusan daun lemuni untuk mengurangkan kesakitan dan menghilangkan ulser dengan cepat. Ambil beberapa helai daun lemuni dan rebus sehingga mendidih. Kumur dengan air rebusan tadi sekerap yang mungkin.\n\nItulah dia info tentang khasiat dan kegunan daun lemuni yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat pokok dukung anak, khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil, dan air kelapa untuk ibu mengandung."
"Hari ini kami ingin kongsikan tips dan panduan untuk ibu hamil memandu. Biasalah, bila hamil tidak bermakna kita hanya akan duduk di rumah sahaja. Sudah tentu kadang-kala kita terpaksa memandu sendirian disebabkan sang suami mungkin sibuk dengan urusannya.\n\nSebagai seorang yang beragama islam, anda hendaklah membaca ayat kursi dan doa menaiki kenderaan agar perjalanan anda dipermudahkan dan mendapat perlindungan daripadaNya.\n\nIbu mengandung harus pastikan mereka memakai tali pinggang keledar yang dipasang dengan betul. Elakkan daripada mengenakan tali pinggang kepada perut atau atas perut untuk mengelakkan bayi selamat jika berlaku hentakan ketika dalam perjalanan.\n\n3.\u00a0\u00a0 Pakai tali pinggang yang mudah dilaras\n\nHal ini adalah untuk membolehkan ia mengikut gerakan tubuh. Oleh itu apabila berlaku hentakan atau kejutan anda tidak akan merasa sakit kerana ia berkemampuan untuk menyentak tubuh anda ke belakang.\n\nAnda hendaklah menyelaraskan tempat duduk ketika memandu serta memastikan ia jauh daripada steteng kereta. Namun, pastikan keadaan tersebut masih membuatkan anda selesa apabila menekan pedal minyak atau brek. Tujuannya adalah untuk mengelakkan stereng yang keras menghentak perut jika berlaku sebarang hentakan.\n\n5.\u00a0\u00a0 Pastikan keadaan kereta adalah baik\n\nJika anda memandu, pastikan tahap keadaan kereta anda baik dan tidak mengalami masalah ketika dalam perjalanan. Anda boleh meminta bantuan suami untuk memeriksa keadaan kereta namun adalah lebih baik jika suami yang menghantar ke destinasi ketika isteri mereka mengandung.\n\nSeterusnya anda boleh meletakkan kad pelekat atau sticker kereta kepada cermin kereta anda yang memberitahu wanita hamil sedang memandu. Fungsi pelekat tersebut adalah untuk memberitahu pengguna jalan raya berwaspada ketika memandu berhampiran dengan anda di jalan raya.\n\nElakkan daripada memandu seorang diri terutamanya jika perjalanan itu mengambil masa yang agak lama dan jauh. Anda boleh meminta teman terdekat anda seperti suami untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju. Hal ini adalah penting untuk memastikan keselamatan anda dan bayi berada dalam keadaan selamat.\n\nPatuhilah undang-undang jalan raya seperti tidak memandu dengan laju. Jagalah keselamatan anda ketika berada di jalan raya.\n\nAnda hendaklah memastikan penyaman udara kereta berfungsi dengan baik. Ia adalah peting untuk memastikan keselesaan anda apabila memandu.\n\nJangan lupa untuk membawa sekurang-kurang sebotol air ketika dalam perjalanan, ia bertujuan untuk memudahkan anda minum apabila merasa haus dan ia juga bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya dehidrasi kepada anda."
"Apabila anak kecil menangis tanpa henti, ibu bapa pasti gelisah dan tak boleh tidur malam dibuatnya. Jika demam atau selesema, kita mungkin senang nak tahu dengan memeriksa suhu badan dan fizikal mereka.\n\nNamun, yang jadi masalah jika bayi anda menangis disebabkan kesakitan dalaman yang kita tak nampak. Mereka belum mampu berkata-kata untuk meluahkan kesakitan yang ditanggung. Oleh itu, sebagai ibu bapa kita perlu peka dengan keadaan dan perubahan anak-anak kecil.\n\nSalah satu masalah yang sering mengganggu bayi ialah berkaitan usus bengkak disebabkan oleh masalah sembelit. Oleh itu, dalam artikel kali ni, penulis akan berkongsi tentang simptom, punca dan rawatan bagi masalah usus bayi bengkak.\n\nUntuk mengetahui bahawa sistem pencernaan bayi anda sihat ialah kemampuannya membuang air besar dengan teratur. Jika sebaliknya, kemungkinan besar disebabkan oleh masalah sembelit. Jika dibiarkan, akan berlaku keradangan usus dan menyebabkannya menjadi bengkak.\n\nAda beberapa simptom yang boleh diperhatikan oleh ibu bapa sama ada bayi mereka mempunyai masalah sembelit. Antaranya ialah:\n\n1. Tak membuang air besar dalam jangka waktu yang lama\n\nJika bayi anda tak membuang air besar (najis berwarna kuning terang) sehingga hari ke-5, maka bawalah bayi anda berjumpa doktor. Kekerapan pembuangan najis untuk pelbagai umur adalah seperti berikut:\n\nMasalah sembelit jarang berlaku kepada bayi yang masih kecil dan menyusu badan. Ia kerap terjadi kepada bayi yang lebih berusia apabila mereka sudah mula makan makanan pejal.\n\n2. Najis keras dan sukar membuang air besar\n\nNajis yang keras dan berketul-ketul menyebabkan dinding anus (dubur) menjadi tegang dan kembang ketika najis hendak dikeluarkan. Ini akan menyebabkan berlakunya pendarahan pada dinding anus. Biasanya boleh nampak kesan darah pada najis bayi anda.\n\nJika bayi anda kerap meneran dengan wajah menahan kesakitan, perutnya sedikit keras dan sakit ketika disentuh, ini disebabkan masalah pada ususnya.\n\nDisebabkan perut terasa kembung dan sakit, bayi anda akan hilang selera makan. Ketika hendak menyusu, mereka akan menolak.\n\nSelain berasa tak selesa pada bahagian perut, ketulan najis yang keras boleh dirasa di bahagian perut.\n\nTerdapat beberapa sebab yang menyebabkan terjadinya masalah ni, iaitu:\n\na. Akibat berasa sakit ketika membuang air besar, bayi anda cenderung untuk menahan pembuangan najis. Ini akan memburukkan lagi masalah yang dihadapi.\n\nb. Disebabkan oleh faktor semula jadi kerana sesetengah bayi mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa. Masalah ini dikenali sebagai slow colonic transit.\n\nc. Pemberian susu formula lebih mudah menyebabkan masalah ni berbanding susu ibu. Alahan pada susu formula seperti susu lembu yang tak sesuai dengan sistem pencernaan bayi.\n\nd. Mungkin disebabkan oleh penyakit yang jarang-jarang berlaku seperti penyakit Hirschprung\u2019s disease disebabkan ketiadaan saraf di usus besar. Selain itu, penyakit lain seperti masalah saraf tunjang, masalah kurang hormon tiroid dan masalah metabolik.\n\ne. Bayi tak mendapat cecair yang secukupnya.\n\nWalaupun masalah ni merupakan perkara yang normal dalam kalangan bayi, namun anda tetap perlu membawa bayi anda bertemu pakar pediatrik terlebih dahulu. Ini bagi memastikan tiada masalah kesihatan lain yang lebih serius. Pemeriksaan rapi perlu dilakukan.\n\nDi bawah ini terdapat beberapa tips dan cara rawatan untuk mengatasi masalah ni, iaitu:\n\na. Berikan air kosong sebagai minuman harian dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap.\n\nb. Anda boleh menambah 1 sudu teh bijian bran ke dalam bijirin bayi anda untuk menambahkan serat.\n\nc. Berikan sedikit sayur-sayuran dan buahan-buahan. Anda juga boleh mengisarnya untuk dijadikan jus atau dicampurkan dalam bijirin.\n\nd. Mengehadkan pengambilan susu lembu kepada 500 ml sehari bagi bayi berusia lebih 18 bulan.\n\ne. Penggunaan ubatan-ubatan iaitu laxatives boleh membantu tetapi perlulah dapatkan nasihat doktor terlebih dulu.\n\nf. Jika bayi anda minum susu formula, anda boleh tukar jenama susu yang mungkin lebih sesuai untuk mereka. Anda perlu tukar beberapa kali sehingga masalah ni dapat diatasi.\n\ng. Jangan kerap berikan makanan yang menyebabkan masalah sembelit seperti nasi, lobak merah, pisang, kentang dan sebagainya. Seimbangkan pemberian makanan pejal dan cecair.\n\nh. Bayi juga perlu melakukan aktiviti fizikal dengan lebihkan masa untuk berbaring secara meniarap. Ibu bapa juga boleh melakukan urutan lembut pada perut mereka. Ia dapat membantu pergerakan usus.\n\ni. Jika bayi ada mula meragam disebabkan oleh masalah sembelit, cuba gerakkan kedua-dua kaki bayi anda. Ini dapat membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.\n\nj. Bawalah bayi anda bertemu pakar pediatrik jika masalah ni berterusan. Mereka akan menyarankan ubat yang bersesuaian seperti pelawas, perangsang dan pelincir najis.\n\nDiharapkan artikel ni dapat membantu ibu bapa dalam menangani masalah usus bayi, lebih-lebih lagi yang baru mendapat bayi sulung. Tentunya anda akan menjadi panik, trauma dan sedih melihat kesakitan yang ditanggung oleh bayi anda.\n\nDisebabkan bayi anda tak dapat meluahkan kesakitan yang dirasakan oleh mereka, kita sebagai ibu bapa perlulah sentiasa mengawasi mereka. Perhatikan frekuensi pembuangan najis, warna dan bentuk najis serta simptom-simptom yang lain.\n\nSebelum melakukan sebarang rawatan sendiri di rumah, bawalah bayi anda ke klinik dahulu. Dapatkan nasihat dan rawatan yang bersesuaian. Ini dapat mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. Semoga bermanfaat.\n\nJemput juga baca artikel lain seperti lampin bayi dan cara menyediakan tempat tidur bayi"
"Nak tahu tugas suri rumah? Penat tahu sebenarnya.\n\n\u2018Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncangkan dunia.\u2019 Itulah gambaran paling sesuai yang boleh diberikan tentang kekuatan seseorang wanita. Dengan kudrat yang tak seberapa berbanding kaum lelaki, wanita boleh mentadbir rumah tangga dengan cemerlang.\n\nSebagai pembantu suami menguruskan rumah tangga, kaum wanita yang tak bekerja ni tiada bezanya dengan wanita bekerjaya. Malahan, tugas mereka bermula dari saat celik mata sehinggalah nak masuk tidur.\n\nJadi, kali ni penulis ingin kongsikan penatnya tugas suri rumah. Tanpa mengeluh dan mengenal erti penat, mereka tetap menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu dengan baik. Cukuplah jadikan ibu atau nenek kita sebagai contoh terbaik.\n\nSelagi mampu mereka akan memberikan sepenuh tenaga demi keluarga tersayang. Walaupun kurang sihat, mereka tetap akan gagahkan diri menyiapkan makanan untuk anak-anak dan suami. Jika melayan rasa sakit, jawabnya tak berasaplah dapur.\n\nOleh itu, jangan pandang enteng profesion sebagai seorang suri rumah. Walaupun tak membantu dari segi kewangan suami, namun banyak jasa mereka yang tak mampu dibalas. Jika suami bergaji tinggi, tak menjadi masalah. Suami boleh mengupah tukang gaji untuk membantu kerja rumah.\n\nBagi yang mempunyai masalah kewangan, ada isteri yang menjual kuih, pakaian secara online dan macam-macam lagi. Bayangkan sambil menguruskan kerja rumah yang tak pernah habis, mereka mampu menjadi \u2018superwoman\u2019 demi keselesaan anak-anak.\n\nJom lihat senaraikan beberapa tugas suri rumah penting yang selalu dilakukan oleh suri rumah. Semua tugas ni bermula dari seawal pagi hinggalah tengah malam. Jom baca!\n\nJika anak yang bersekolah sesi pagi, para ibu perlu menyiapkan sarapan dan bekal makanan untuk anak-anak. Usai solat subuh, bermulalah rutin harian suri rumah. Jika anak-anak menaiki bas sekolah, mereka perlu siap sebelum bas sekolah tiba.\n\n#2 Siapkan Suami ke Tempat Kerja\n\nBiasanya fokus suri rumah lebih kepada anak-anak yang masih kecil. Sarapan untuk suami juga harus disiapkan. Ada suami yang suka membawa bekal untuk menjimatkan kos. Oleh itu, makanan yang sedikit berat perlu dimasak seperti mi goreng, nasi goreng atau nasi lemak.\n\nBiasanya bahan-bahan untuk dimasak telah disiapkan malam sebelumnya. Setelah semuanya selesai, barulah para isteri boleh berehat sebentar.\n\nDalam pukul 10.00 pagi misalnya, bermulalah aktiviti mengemas dan membersihkan rumah. Ini termasuklah menyapu dan mengemop lantai. Mengemaskan barang-barang atau permainan anak-anak yang bersepah.\n\nBilik tidur anak-anak perlu dikemaskan. Bilik air juga perlu dicuci. Jika ada bela binatang peliharaan seperti kucing, perlu diberi makan dan membersihkan sangkar. Segenap ruang rumah perlu dibersihkan iaitu halaman, ruang tamu, dapur, bilik air dan bilik tidur.\n\nPakaian-pakaian kotor mestilah dibasuh setiap hari. Lebih-lebih lagi pakaian sekolah anak-anak dan uniform kerja suami. Pakaian yang telah dibasuh perlu disidai ketika cuaca sudah mula panas. Lebih kurang pukul 3.00 atau 4.00 petang, pakaian yang kering akan diangkat.\n\nAgar suami dan anak-anak yang pulang nanti tak kelaparan, makanan tengah hari perlu disediakan. Ada anak-anak yang cerewet, ada masalah alahan atau kesihatan. Bagi anak-anak ni, makanan yang lain perlu disediakan.\n\nAnak-anak yang pulang dari sekolah pada sesi pagi akan diberikan makan tengah hari, mandi dan bersiap sedia pula untuk ke sekolah agama atau pusat tuisyen.\n\nSetelah siap memasak, dapur perlu dibersihkan agar bersih dan tak berminyak. Sementara menanti kepulangan suami dan anak-anak, mereka akan membersihkan diri dulu.\n\nWaktu terluang yang ada digunakan untuk menonton televisyen sambil melipat kain baju yang telah kering. Jika tiada sebarang kerja yang nak dibuat, biasanya ada yang membaca buku, menjahit, menanam pokok bunga dan sebagainya. Ada yang terus terlelap.\n\nBagi anak-anak yang bersekolah sesi petang, ibu mereka akan menyediakan makan malam yang lebih awal. Ini kerana mereka perlu menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.\n\nMasa yang terluang digunakan untuk menggosok uniform sekolah anak-anak dan baju kerja suami. Pagi-pagi nanti taklah kelam kabut nak cari baju.\n\nLewat petang biasanya ada suami yang sudah pulang dari tempat kerja. Selepas mandi, para isteri akan menyiapkan hidangan buat suami. Jika rajin, ada juadah lain seperti kuih-muih, biskut atau kek dibuat.\n\n#9 Menyemak Kerja Sekolah dan Mengajar Anak\n\nDengan bantuan suami, para isteri akan mengajar anak-anak membuat kerja sekolah, menyemak dan memantau mereka. Jika ada aktiviti di sekolah keesokan harinya, mereka akan memastikan anak-anak tak ketinggalan membawa barang yang disuruh oleh guru.\u00a0\n\nJika pada hujung minggu dan cuti sekolah, tugasan harian si ibu mungkin sedikit berubah. Mereka tak perlu menyiapkan persiapan anak ke sekolah. Namun, aktiviti lain akan dibuat agar anak-anak gembira.\n\nMungkin mereka perlu masak lebih sedikit. Anak-anak yang sedang membesar memang suka makan lagi-lagi kek dan biskut. Ada suri rumah yang perlu menghantar anak-anak ke pusat tuisyen atau kelas lukisan.\n\nAda juga yang tak menggunakan khidmat bas sekolah. Mereka lebih selesa membawa anak ke sekolah. Semua ni bergantung kepada kemampuan suri rumah tersebut.\n\nAnda bersetuju tak, kalau dikatakan bahawa tugas suri rumah tak semudah yang disangka. Jika ada tukang gaji, suami yang kaya, rasanya tiada masalah. Bagaimana dengan keluarga yang hidup sederhana dan susah?\n\nOleh itu, kita mestilah menghargai kaum wanita yang bersusah-payah mentadbir sesebuah keluarga. Anak-anak perlu mengasihi dan menghormati ibu mereka. Manakala, suami pula hargailah pengorbanan isteri selama ini.\n\nMerekalah yang sanggup melahirkan anak-anak, membuat segalanya untuk keluarga tercinta. Hormat dan sanjungilah para suri rumah di seluruh dunia.\n\nJemput juga abc artikel kehebatan menjadi suri rumah cara kemas rumah dan kemas rumah cara Konmari"
"Kanser serviks adalah antara kanser popular yang dikaitkan dengan wanita selain kanser payudara. Tahukah anda sebenarnya ada beberapa salah faham antara perkara sebenar dan mitos tentang kanser serviks ini. Jom kita lihat\n\nSaya tak perlu menjalani ujian saringan kerana saya tidak mengalami sebarang simptom.\n\nUjian saringan dilakukan untuk mengetahui sama ada terdapat perkara tidak normal yang sedang berlaku di dalam badan orang yang tidak mengalami sebarang simptom. Apabila terdapat simptom, maka ujian diagnostik dilakukan untuk mengetahui punca gejala tersebut. Sel serviks yang tidak normal tidak akan menunjukkan simptom pada peringkat awal, akan tetapi sel tersebut boleh dikesan semasa ujian saringan.\n\nKanser serviks hanya menyerang wanita berumur.\n\nUmum mengetahui bahawa kanser serviks boleh menyerang mana-mana wanita yang berumur di antara 15 sehingga 44 tahun.\n\nAnda perlu menjalani ujian Pap Smear setiap tahun.\n\nSekiranya keputusan ujian Pap dan ujian HPV anda kedua-duanya normal, maka anda tidak perlu menjalani ujian Pap setiap tahun. Terdapat beberapa garis panduan kanser serviks untuk wanita yang pernah menjalani ujian Pap dan ujian HPV dengan keputusan normal:\n\nMajoriti kes kanser serviks adalah disebabkan oleh virus HPV yang merupakan sejenis penyakit jangkitan kelamin. \n\nHPV bukanlah penyakit biasa, dan hanya menjangkiti individu yang mempunyai banyak pasangan, jadi saya tidak perlu bimbang tentang vaksin HPV atau menjalani ujian Pap.\n\nJangkitan virus HPV sebenarnya sangat meluas, dan ia menjangkiti kira-kira 80% lelaki dan wanita.\n\nSekiranya anda menghidap HPV, anda juga akan menghidap kanser serviks.\n\nTerdapat lebih daripada 100 jenis virus HPV, ada jenis yang membawa risiko tinggi untuk mendapat kanser serviks, dan ada yang tidak. Secara amnya, sistem ketahanan badan kita mampu membasmi virus itu sendiri dalam masa 2 tahun. Hanya dalam beberapa kes tertentu virus ini tidak dapat dibersihkan oleh badan kita lalu menyebabkan perubahan sel yang tidak normal pada serviks yang tidak dapat anda lihat atau rasakan.\n\nKanser serviks bukanlah penyakit yang berjangkit secara keturunan, sama juga seperti kanser payudara dan kanser ovari. Ia sebenarnya disebabkan oleh jangkitan virus HPV. Untuk menyelamatkan anak anda dari jangkitan, pastikan mereka mendapat vaksin HPV. Sekiranya anda sudah terlalu tua untuk mendapatkan vaksin HPV, pastikan anda menjalani ujian HPV dan ujian Pap secara berkala.\n\nKanser serviks dapat diubati sepenuhnya sekiranya dikesan dan dirawat pada peringkat awal dengan pemeriksaan kesihatan secara berkala.\n\nKanser serviks adalah sejenis penyakit berjangkit.\n\nJangkitan virus HPV sangat mudah merebak melalui hubungan seks. Namun begitu, sel-sel barah itu sendiri tidak dapat disebarkan kepada orang lain.\n\nSemoga salah faham mitos tentang kanser serviks terjawab sudah. Jemput juga baca artikel lain seperti makanan anti kanser , makanan punca kanser dan punca payudara bengkak"
"Bingung mencari resepi kacang buncis? Adakah anda tercari resepi kacang buncis sedap?\n\nRamai suri rumah yang jarang masak kacang buncis kerana bingung dan tidak tahu ingin masak kacang buncis resepi apa.\n\nOleh kerana itu, pada perkongsian kali ini kami hadirkan resepi kacang buncis sedap yang mak patut cuba. Resepi kacang buncis udang goreng yang dikongsikan oleh Anna ZahRaa di laman Facebook.\n\nLauk ini sedap dimakan dengan nasi putih. Udang yang dicampur kacang buncis rangup membuat makan jadi makin berselera. Selamat mencuba.Tengok gambar sahaja pun sudah terliur.\n\nSelain resepi buncis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Zaman sekarang adalah zaman teknologi di mana, setiap individu mesti mempunyai gajet. Gajet digunakan untuk memudahkan kerja kita dan membantu kita untuk berhubung dengan dunia luar serta mencari maklumat dengan cepat. Ia sangat membantu manusia zaman sekarang.\n\nNamun penyalahgunaan gajet ini boleh menyebabkan seseorang individu itu hilang kawalan dan mula menggunakannya ke arah negatif. Penyalahgunaan gajet boleh menyebabkan individu itu tiada sivik dan menjadi sangat biadab.\n\nIbu bapa juga menjadi sukar untuk mendidik anak mereka lebih-lebih lagi anak perempuan. Anak perempuan perlu dijaga dengan baik dan dididik dengan sempurna tetapi akibat dugaan sekarang, ia menjadi satu cabaran untuk didik anak perempuan. \n\nApakah sebab-sebab utama sukar untuk mendidik anak perempuan?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai sebab-sebab susah didik anak perempuan zaman sekarang. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nSebab-sebab susah didik anak perempuan zaman sekarang\n\nNak taknak kita kena terima kenyataan bahawa sekarang ni adalah zaman anak perempuan kita kena berhadapan dengan :\n\nIni belum termasuk lagi masalah sosial seperti :\n\nBila fikir semua ni jadi seram sungguh dibuatnya. Itulah kenapa anak perempuan ini perlu diajar tentang :\n\nItulah kenapa anak perempuan ini dikurniakan satu kelebihan berbanding anak lelaki iaitu mereka dikurniakan seorang WALI. Wali ini sebenarnya adalah :\n\nSiapakah wali anak perempuan kita? Siapa lagi kalau bukan bapanya sendiri. Itulah kenapa sebagai seorang bapa :\n\n*Kesimpulannya, media sosial adalah sebab utama anak perempuan sukar untuk dididik. Tetapi, jangan bimbang. Selagi kita sebagai ibu bapa masih boleh mengawal dan menasihati mereka, pasi mereka tidak akan menyalahgunakan media sosial. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Perasan tak, semakin meningkat usia semakin kerap kita sakit tumit. Kadang-kadang bangun tidur, pijak lantai terus sakit tumit. Kalau cuaca sejuk pun boleh diserang sakit tumit. \n\nKata orang-orang tua zaman dulu, sakit tumit tanda ada masalah dengan peranakan. Betul ke? Jom kami kongsikan punca sakit tumit bagi wanita.\n\nPunca sakit tumit bagi wanita yang paling kerap berlaku ialah berat badan berlebihan. Apabila anda mempunyai berat badan yang berlebihan daripada BMI yang sepatutnya, tumit anda akan terpaksa menanggung beban yang berlebihan. Ini kerana salah satu daripada fungsi tumit ialah untuk menyokong seluruh berat badan anda semasa berjalan dan tugasan ini termasuklah untuk menyerap tekanan semasa anda berjalan atau melompat.\u00a0 \n\nOleh itu, berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tumit anda terpaksa bekerja dengan lebih keras daripada yang sepatutnya. Malah ianya akan semakin buruk kalau berat anda memasuki tahap obesiti. \n\nOleh itu, kalau anda selalu sakit tumit dan dalam masa yang sama mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, tiba masanya untuk anda berusaha untuk menurunkan berat badan.\n\n2. Selalu memakai kasut bertumit tinggi\n\nRasanya semua orang tahu bahawa kasut bertumit tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan seorang wanita. Memakai kasut bertumit tinggi bukan sahaja akan menyebabkan anda sakit tumit malah ia juga akan menyebabkan anda sakit lutut dan belakang. \n\nIni kerana postur badan anda tidak lagi berada dalam keadaan yang normal semasa anda memakai kasut bertumit tinggi di mana anda akan berada dalam keadaan berjengket setiap masa. Oleh itu, jika anda kerap sakit tumit, kurangkan pakai kasut bertumit tinggi. Jangan siksa diri anda semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya.\n\nSelain kasut bertumit tinggi, kasut yang bertapak rata atau dalam bahasa inggerisnya flat shoes juga boleh menjadi punca sakit tumit bagi wanita. Ini kerana ia tidak memberikan sokongan yang sepatutnya kepada tapak kaki anda, terutamanya pada bahagian tumit. \n\nKalau kasut tumit tinggi tak boleh, kasut rata pun tak bagus, kasut jenis macam mana yang seorang wanita patut pakai? Jawapannya ialah pilih kasut yang mempunyai tapak, tidak terlalu rata, dan tidak terlalu tinggi. \n\n4. Memakai kasut yang tidak menyerap hentakan dan bebanan berat badan\n\nPerasan tak, kasut yang mahal biasanya sangat lembut dan selesa. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi untuk menyerap hentakan pada kaki. Fungsi ini adalah sangat penting untuk menjaga tumit kaki anda. Ini kerana memakai kasut yang tidak menyerap hentakan dan bebanan berat badan adalah satu lagi punca sakit tumit bagi wanita. \n\nOleh itu, laburkan duit yang lebih untuk membeli kasut yang baik agar anda tidak menderita sakit tumit. Kalau anda boleh berbelanja untuk membeli set penjagaan kulit dan barang kosmetik, apa salahnya kalau anda keluarkan duit yang lebih untuk kasut, kan?\n\nPunca sakit tumit bagi wanita yang seterusnya ialah disebabkan oleh berlakunya kecederaan pada tumit. Di antara jenis kecederaan pada tumit yang sering berlaku ialah retakan tekanan dalam tulang tumit yang akan menyebabkan berlakunya ketegangan pada otot, tulang dan ligamen di bahagian tumit lalu menyebabkan anda mengalami sakit tumit. \n\nOleh itu, jika anda terlalu kerap sakit tumit dan mengalami kesakitan yang keterlaluan, sila ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan kerana dikhuatiri anda mengalami kecederaan pada tumit.\n\nSelain kecederaan pada tumit, tumit terseliuh juga merupakan satu lagi punca sakit tumit pada wanita yang sering berlaku. Jika sakit tumit yang ada rasa disebabkan oleh terseliuh, ianya akan hilang dalam masa yang singkat, mungkin lebih kurang seminggu. \n\nSebaik sahaja seliuh pada tumit anda reda, sakit juga akan hilang dengan sendiri. Untuk mempercepatkan proses pemulihan tumit anda yang terseliuh, anda boleh rawat dengan cara berikut:\n\nSelain kecederaan dan terseliuh pada tumit, radang yang berlaku pada tumit juga boleh menjadi punca sakit tumit bagi wanita. Pada tumit terdapat tisu penghubung yang dipanggil sebagai Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki. \n\nKeradangan pada tisu penghubung ini dipanggil\u00a0plantar fasciitis.\u00a0Keradangan pada tisu penghubung ini biasanya berlaku kepada mereka yang selalu memakai kasut tumit tinggi atau kasut yang terlalu rata. Oleh itu, elakkan daripada memakai kedua jenis kasut tersebut.\n\nLantai simen bersifat sejuk dan menurut orang lama, sangat berbisa dan boleh menyebabkan anda sakit tumit. Oleh itu elakkan daripada memijak lantai simen tanpa beralas semasa berada di dalam rumah. Pakai selipar untuk melindungi kaki anda, terutamanya bahagian tumit.\n\n9. Pertumbuhan tulang yang tidak normal pada tumit\n\nPertumbuhan tulang yang tidak normal atau bony spurs merupakan satu lagi punca sakit tumit yang tidak disedari. Pertumbuhan tulang yang tidak normal ini boleh berlaku disebabkan oleh:\n\nAdakalanya penyakit seperti arthritis rheumatoid juga boleh menjadi punca sakit tumit bagi wanita. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah sakit tumit ditemani dengan tanda arthritis yang lain, sila dapatkan rawatan dengan segera.\n\nItulah dia punca sakit tumit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang resepi diet atkins makanan untuk diet dan senaman kempis perut"
"Pernah kami berkongsi ayam bakar madu ala pasar malam, kali ini kami akan berkongsi resepi ayam bakar madu western punya pula. Dengar nama macam menarik bukan?\n\nJangan tidak cuba resepi ini kerana bahan-bahan dan cara buatnya mudah yang amat. Resepinya berbeza dengan ayam madu biasa. Terlebih lagi masak dengan air fryer lagi senang, tekan dan tunggu sahaja. Sambil tunggu dibakar dengan air fryer boleh buat kerja lain pula.\n\nAnda patut cuba resepi ayam bakar madu western guna air fryer yang dikongsikan oleh Ben Safwan di laman Facebook. Bahan di bawah adalah untuk 2 ketul isi peha ayam dan dada. Bersihkan dan cucuk ayam dengan pisau serta kerat supaya perasa masuk ke dalam isi. Pastinya sangat berbaloi bila dimakan.\n\nResepi Ayam Bakar Madu Western Air Fryer\n\nSelain ayam bakar madu western, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Seorang wanita mempunyai masalah yang teruk di dalam rumahtangganya. Dia berasa tidak tahan dan ingin bunuh diri . Anak-anak semua sudah jauh dari agama dan kebaikan. Dia seorang kaya dan mewah.\n\nTiada nur adalah antara sebab masah rumah tangga berlaku. [Aenze]\n\nTanyanya, \u201cSaya mempunyai rumah yang besar. Semua yang saya, suami dan anak-anak inginkan dalam hidup ini sudah diperolehi. Tetapi kenapa saya jadi resah, buntu, serabut dan bermasalah seperti ni.\u201d\n\nJawab saya saiz rumah ialah untuk keselesaan. Bukan salah rumah atau kekayaan. Tetapi kurangnya rahmat Allah kerana kurangnya Al-Quran dan sunnah Nabi saw dalam rumah dan kehidupan.\n\nSaya minta dirinya sediakan sebuah bilik atau ruang seperti ruang masjid. Hanya sejadah, Al-Quran,Hadis-hadis Nabi saw dan tasbih sahaja di situ. Supaya disitulah ada rahmat Allah. Hari ini kita sudah rosakkan hidup kita dengan dunia, hiburan, televisyen, gadget sehingga tiada ruang antara kita dengan Allah. Lihat sebelum solat dan majlis ilmu pun orang asyik tengok gadget.\n\nKita sedang menjauhkan diri dengan ketenangan. Kita sudah tidak tenang. Anak-anak pun sudah tidak tenang. Anak-anak sudah tidak sedih tengok kematian dan kekejaman kerana sudah terbiasa dengan tv sehingga perasaan hormat dan kasih sayang mula hilang. Kehidupan Nabi saw ialah kehidupan kasih sayang dan rahmat\n\nKemudian di ruang itu hidupkan bacaan hadis Nabi saw mengenai kepentingan amalan seperti Muntakhab Hadis yang terdapat ayat Al-Quran dan hadis Nabi saw mengenai iman, sunnah, solat, ilmu, zikir Al-Quran, akhlak, ikhlas dan dakwah serta menjauhi cakap yang sia-sia.\n\nSebaiknya tiada ipad, tv, radio atau apa sahaja majalah tiada di situ.\n\nCari waktu yang tetap. Dia pun memulakan aktiviti tersebut setiap malam di antara 9.30-10 malam. Dia memulakan dengan anak-anaknya selama 2 bulan. Suaminya sudah jauh dan hanyut dengan dunia. Dia tidak mahu solat dan pergi entah ke mana-mana serta tidak mahu mendengar lagi nasihat dan hadis Nabi saw.\n\nSang isteri mulakan dengan izin Allah. Satu malam selepas 2 bulan, dia terdengar suaminya berdoa di ruang solat itu. Menangis-nangis. Biasanya hanya dirinya sahaja yang melakukan solat tahajud di situ. Dia terharu dan mula menangis menyedari selama ini dia terperangkap dalam istana yang dibinanya sendiri tanpa nur Al-Quran dan Hadis Nabi saw.\n\nSekarang mereka berlima membaca hadis Nabi saw termasuk suaminya.\n\nKita ada rumah luas. Tapi hati yang sempit. Sahabat nab yang awal kebanyakan rumah mereka kecil tapi hati mereka luas. Luas kerana bahagia. Bahagia mengenal Allah. Bahagia mengikuti jalan yang disukai Allah dan jalan Nabi saw."
"Bagaimanakah cara rebus ubi kayu rebus yang merekah, enak, dan paling penting cepat empuk? \n\nUbi kayu rebus tergolong dalam kategori makanan yang wajib bagi masyarakat Melayu dari zaman nenek moyang kita. \n\nItulah makanan ruji yang mengantikkan nasi dalam hidangan sehari-hari. Sehingga ke hari ini, ubi rebus masih mempunyai pengemarnya yang tersendiri. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa cara rebus ubi rebus yang menjadi petua \u201corang lama\u201d sejak dahulu lagi. \n\nPanduan cara rebus ubi kayu rebus\n\nKita mungkin tidak perasan sebenarnya cara rebus ubi kayu rebus bukanlah sekadar proses rebusan itu sahaja yang perlu dititikberatkan.\n\nNamun ada banyak tips yang boleh kita lakukan sepanjang proses rebusan itu bagi memastikan ianya cepat empuk, dan merekah seperti yang diinginkan. \n\n1. Cara rebusan dengan teknik 5-30-7\n\nRebus ubi kayu juga mempunyai teknik tertentu yang dikatakan berkesan bagi menghasilkan tekstur yang empuk tetapi cepat untuk masak. \n\nTeknik ini dinamakan teknik rebusan 5-30-7. Caranya kita hanya perlu merebus ubi kayu itu sehingga mendidih dan tunggu selama 5 minit dengan penutup periuk ditutup rapat.\n\nKemudian matikan api dan diamkan selama 30 minit tanpa perlu membuat penutupnya. Rebus lagi sekali sehingga mendidih selama 7 minit, ubi kayu rebus anda pasti empuk. \n\nTips cara rebus ubi kayu yang berikutnya adalah dengan menambahkan santal kental ketika proses rebusan.\n\nSantan terbukit bukan hanya baik dalam menambahkan rasa pada sesuatu masakan tetapi ia juga boleh melembutkan tekstur ubi kayu sehingga empuk dan merekah.\n\nCaranya, santan kental ini perlu ditambahkan semasa proses perebusan kedua nanti. Jadi hanya cukup dimasak selama 7 minit sahaja setelah mendidih. \n\n3. Cara rebusan dengan garam & gula\n\nBagi memastikan ubi kayu itu cepat empuk apabila direbus nanti, anda boleh rendamkannya dengan air biasa dan sedikit garam dan gula selama kira-kira 15 \u2013 30 minit. \n\nProses rendaman ini penting bagi membuka serat ubi kayu sehingga memudahkannya untuk empuk ketika direbus. \n\nFungsi garam dan gula pula adalah bagi memastikan ubi kayu itu mempunyai rasa yang enak berbanding yang asli sehingga membolehkan kita makan terus tanpa perlu tambah apa-apa lagi. \n\nUbi kayu rebus yang mahu digoreng tetapi takut akan hilang rasa tektur aslinya, anda boleh rendamkannya bersama ais.\n\nCaranya selepas rebus ubi kayu tersebut direbus, terus sahaja rendam dengan ais selama 3 \u2013 5 minit sebelum digoreng.\n\nAis dikatakan mampu membuat tekstur luar ubi kayu rebus mengeras, tetapi bahagian dalamnya masih empuk.\u00a0\n\nSelain dari cara rebus ubi kayu ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:"
"Nota Editor:Tiada susu yang terbaik selain susu ibu. Ya, kadang kala perlunya susu formula untuk menggantikannya kerana permasalahan yang dihadapi, tetapi ianya boleh mengundang akibat yang buruk jika terlalu banyak dan tidak dikawal.\n\nPerkongsian dari Dr suriyakhatun boleh dijadikan panduan bersama ibu-ibu sekalian.\n\nPembantu saya tanya. \u201cKenapa doktor marah pesakit tadi?\u201d\n\nEh saya marah ke? Saya tak marah, cuma hati saya rasa kecewa sebab saya sudah berkali-kali beritahu bahawa bila minum susu formula banyak sangat semasa umur sudah lebih dua tahun akan menimbulkan berbagai masalah.\n\nDan anak ini eczema selepas umur 4 tahun sebab ibunya mulakan susu formula pada umur 4 tahun. Dia minum 5 botol sehari dan tidak mahu makan kecuali telur dan nasi putih.\n\nCuba awak fikirkan perkara ini dengan mengunakan ilmu biochemistry yang telah awak belajar dulu.\n\nSusu formula adalah makanan yang timbulkan acid ash, nasi putih pun sama dan telur pun sama. Darah kita perlu ph 7.35-7.45 dan tidak boleh lari dari ph ini. Keadaan acidosis adalah keadaan cemas dan tidak akan berlaku sebab badan kita ada mekanisma untuk betulkan.\n\nMaka dalam badan ada buffer system yang kekalkan ph begini. Jika makanan yang masuk keluarkan acid ash, badan terpaksa ambil zat galian yang alkaline dari dalam TULANG anak itu untuk kekalkan ph darah. Bayangkan apa yang berlaku bila makanan sentiasa dari range mengeluarkan acid ash tanpa di imbang dengan makanan yang keluarkan alkaline ash?\n\nTulang anak tak kuat, usus dapat leaky gut sebab makanan acidic yang tinggi gula juga tidak baik untuk microbiota usus, eczema dan semua penyakit alahan akan keluar terutama bila ada unsur keturunan .\n\nApakah makanan yang perlu untuk imbangkan? Perlulah makan buah dan sayur dan jika ini pun tidak boleh kena berikan supplement yang ada zat serupa seperti dalam sayur dan buah, zat galian seperti Magnesium, Potasium dan lain-lain.\n\nBila pengambilan hanya susu, biskut, kuih dan roti, anak ini bukan sahaja akan terjejas kulit , tapi usus, tulang dan saraf akan terlibat dan tak lalu makan akan menyebabkan kurang zat . Cukupkah susu formula menampung semua keperluan anak selepas umur dua tahun?"
"Tahukah anda, setiap ibu yang bertugas sebagai penjawat awam layak untuk mendapat cuti untuk menjaga anak yang sakit. Menarik kan? Namun tak semua ibu cakna dengan kelebihan yang diberikan oleh kerajaan ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan fakta lengkap tentang cuti menjaga anak 2019 yang semua ibu wajib tahu.\n\nTerdapat beberapa kategori kelayakan untuk memohon cuti menjaga anak iaitu:\n\nKemudahan cuti menjaga anak yang bersambung daripada cuti bersalin\n\nMenurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014, cuti menjaga anak ialah cuti menjaga anak yang bersambung dengan cuti bersalin. Maksudnya, selepas cuti bersalin anda habis, anda boleh memohon untuk terus menyambung cuti jaga anak.\n\nSiapa yang layak untuk memohon cuti menjaga anak yang bersambung dengan cuti bersalin? Kami merujuk kepada pekeliling yang sama seperti di atas. Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014, Perenggan 6:\n\n (i) Terhad kepada pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang bersalin, dan\n\n(ii): Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak termasuk Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehingga lima (5) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan. \n\nMaksudnya, semua ibu yang baru bersalin layak untuk mendapat cuti menjaga anak dengan syarat ianya terhad kepada 5 tahun sepanjang tempoh perkhidmatan, tidak boleh lebih daripada itu.\n\nApakah syarat sah untuk memohon cuti menjaga anak yang bersambung daripada cuti bersalin? Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014, Perenggan 8:\n\n(i) Tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh selepas tamatnya tempoh Cuti Bersalin bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh. \n\n(ii) Tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh pegawai melahirkan anak bagi pegawai yang telah menggunakan sepenuhnya 300 hari kelayakan kemudahan Cuti Bersalin. \n\n(iii) Kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil sama ada secara sekali gus sehingga lima (5) tahun atau sebahagian daripadanya. \n\n(iv): Pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sepenuhnya sehingga lima (5) tahun, tidak lagi layak sebarang kemudahan Cuti Menjaga Anak.\n\n(v): Pegawai yang telah menggunakan sebahagian daripada lima (5) tahun bagi satu kelahiran, boleh menggunakan baki Cuti Menjaga Anak bagi kelahiran anak yang seterusnya atau kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin\n\n(vi): Pegawai yang telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah Pekeliling Perkhidmatan Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang terdahulu, hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini. \n\nMaksudnya, bagi pegawai yang masih mempunyai baki cuti bergaji penuh, cuti menjaga anak akan bermula sebaik sahaja cuti bersalin anda tamat. Jika anda sudah menghabiskan kemudahan cuti bersalin, cuti menjaga anak akan bermula pada hari anda bersalin. Cuti menjaga anak bagi kategori ini boleh diambil sekali gus 5 tahun atau dibahagi kepada 2 cuti. Apabila anda sudah menggunakan 5 tahun cuti menjaga anak, anda tidak layak lagi untuk memohon cuti yang sama untuk kategori ini.\n\nKemudahan cuti menjaga anak yang tidak terikat dengan cuti bersalin\n\nSekali lagi kami merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014. Menurut pekeliling tersebut, cuti menjaga anak bagi kategori ini layak dipohon oleh pegawai perkhidmatan awam wanita yang mempunyai anak.\n\nMenurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014, Perenggan 7: \n\n(i): Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak terikat dengan Cuti Bersalin melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang mempunyai: \n\n(ii): Tempoh kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin yang dibenarkan terhad sehingga satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak mencapai lima (5) tahun, mengikut mana yang terdahulu. \n\nMaksudnya, ibu yang mempunyai anak dibawah jagaan, walau pun bukan anak kandung sendiri layak untuk mendapat cuti menjaga anak yang tidak terikat dengan cuti bersalin. Namun cuti ini hanya terhad kepada tempoh cuti 1 tahun sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan atau sebelum anak mencapai umur 5 tahun, bergantung kepada yang mana satu berlaku dahulu. Jika anak sudah melebihi umur 5 tahun, anda tidak layak untuk memohon cuti ini.\n\nApakah syarat sah untuk memohon cuti menjaga anak yang tidak terikat dengan cuti bersalin? Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014, Perenggan 9\n\n(ii) Pegawai boleh mengambil Cuti Menjaga Anak sama ada secara sekali gus atau sebahagian terhad sehingga satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak berumur lima (5) tahun, mengikut mana yang terdahulu. (iii): Pegawai yang telah menggunakan sebahagian kemudahan Cuti Menjaga Anak daripada satu (1) tahun, layak mendapat baki kemudahan Cuti Menjaga Anak yang belum digunakan. \n\nKami juga merujuk kepada syarat umum yang terdapat dalam Perenggan 10 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014 yang menyatakan bahawa:\n\n(i) Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan, dan pegawai tidak perlu menghabiskan semua Cuti Rehat yang berkelayakan sebelum menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak. \n\n(ii) Kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini tidak menjejaskan kelayakan pegawai bagi kemudahan Cuti Separuh Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 13 dan 51 Bab C (Cuti) Tahun 1974 serta Cuti Tanpa Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 14 dan 52 Bab C (Cuti) Tahun 1974. \n\n(iii) Penggunaan kemudahan Cuti Menjaga Anak semasa pegawai berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini. \n\n (iv): Pegawai yang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak melebihi 180 hari dalam satu (1) tahun kalendar layak dipertimbangkan pergerakan gaji secara isyarat, tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga (3) kali pergerakan gaji secara isyarat bagi sepanjang tempoh perkhidmatan. \n\n(vi): Bagi pegawai dalam tempoh percubaan dan telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak, tempoh percubaannya dibekukan dan akan disambung semula mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.\n\nBagaimanakah cara untuk memohon cuti menjaga anak untuk kategori ini? Menurut Perenggan 11:\n\n(ii) Permohonan untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh kuat kuasa Cuti Menjaga Anak. \n\n(iv): Permohonan dikemukakan kepada Ketua Jabatan menggunakan Borang Permohonan Kemudahan Cuti Menjaga Anak 1/15 seperti di Lampiran A di dalam Pekeliling Perkhidmatan ini berserta salinan dokumen-dokumen yang berkaitan.\n\n (vi): Pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan anak di perenggan 7(i) terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan. \n\nItulah dia info tentang cuti menjaga anak 2019 yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang cara mendidik anak perempuan gaya Rasulullah dan cara mendidik anak lelaki."
"Penyakit ulser perut disebabkan oleh kuman H.pylori. Ulser perut adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada keadaan persekitaran yang kotor dan tidak bersih. Ulser perut atau bahasa biasa masyarakat sebut adalah gastrik. Info sebenar mengenai gastrik atau bahasa lainnya adalah ulser perut.\n\nDoktor pakar iaitu Dr. Suhazeli Abdullah merupakan doktor pakar perubatan keluarga di klinik. Beliau aktif dalam menjawab hal-hal perubatan termaksu isu berkenaan salah faham medikal dari sudut agama islam. Mari kami kongsikan info yang kami ambil dari artikel Dr. Suhazeli Abdullah mengenai gastrik.\n\nKuman H. Pylori adalah sejenis kuman yang paling banyak didapati dalam perut sebahagian besar manusia di dunia. Dicatatkan sebanyak 50 \u2013 70% penduduk dunia dijangkiti dengan kuman H. Pylori ini. Jangkitan kuman H. Pylori ini mengakibatkan perut akan menjadi nipis atau \u201cluka\u201d (Peptic Ulcer).\n\nWujudnya kuman ini dalam perut kita boleh menyebabkan gejala sakit perut terutama ketika perut kosong, loya, kurang selera makan, selalu sendawa, perut sebu dan kurang berat badan mendadak. Istilah yang biasa digunakan oleh orang ramai adalah penyakit gastrik. Pengesahan hanya boleh dibuat dengan beberapa ujian khusus yang akan dilakukan oleh doktor pakar.\n\nKuman H. pylori ini merebak apabila makanan tercemar dengan najis. Bawaannya adalah sumber air serta makanan yang tidak bersih. Kaedah pembuangan najis juga amat penting. Bagi pengguna tandas lubang, risiko untuk jangkitan kuman HP ini amat tinggi. Kanak-kana mudah dijangkiti terutama apabila berada dalam masyarakat yang miskin, kepadatan penduduk yang tinggi disesatu kawasan seperti setinggan, kaedah pengurusan kumbahan dan najis yang tidak teratur dan seumpamanya.\n\nBagaimana Ulser Perut ini boleh menyebabkan kanser? Pada tahun 1994, Agensi Kajian Kanser Antarabangsa mengklasifikasikan kuman H. pylori sebagai karsinogen atau bahan penyebab kanser. Pengkelasan dalam kumpulan 1 karsinogen ini sama taraf dengan bahan-bahan lain seperti rokok, daging proses, arak dan radiasi matahari.\n\n5 amalan yang mengakibatkan jangkitan kuman H.Pylori\n\nRamai di antara masyarakat yang tidak mengambil serius mengenai hal kebersihan ini. Ingat, faktor utama mendapat penyakit seperti gastrik adalah disebabkan tidak menjaga kebersihan dan pemakanan yang tidak sihat. Ambillah langkah berjaga-jaga sebelum terkena seperti peribahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan.\n\nBegitu juga kita perlu bertindak sebelum terkena terhadap diri kita atau orang-orang sekeliling yang tidak bersalah terutama kanak-kanak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. \n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Sedih hati bila suami mula dingin terhadap kita apatah lagi jika dia sudah tak sama seperti dahulu. Sikit-sikit panas baran dan tak nak layan kita lagi. Ya, kita harus berusaha untuk memenangi hatinya kembali tetapi dalam masa yang sama kita harus melakukan amalan ayat pengasih memikat suami. \n\nSama ada hubungan kita baik dengan suami atau tidak, seeloknya amalkanlah ayat pengasih memikat suami ini. Pasti suami akan dilembutkan hati oleh Allah swt dan diberikan rasa kasih sayang terhadap diri kita. \n\nTerdapat beberapa ayat pengasih memikat suami yang boleh anda amalkan dan baca setiap hari sebagai amalan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Ayat pengasih memikat suami ini boleh digunakan oleh para isteri sebagai mana jampi atau susuk yang dipakai oleh mereka yang jahil untuk memenangi hati lelaki. \n\nSecara baiknya, anda gunakan doa ayat pengasih ini sebagai pemikat suami. Insyallah dengan izin Allah, ayat pengasih ini memudahkan urusan anda dan berkesan untuk hubungan anda dan suami.\n\nAyat pengasih memikat suami yang sering kita dengar adalh surah Yusuf (ayat 4). Anda boleh bacakan doa ini setiap kali lepas solat, ketika teringatkan suami, sebelum tidur, ketika ada dirumah bersama suami atau pada bila-bila masa sahaja. \n\n\u201cIdz qola Yusufu li\u00a0abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy\u00a0syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin\u201c.\n\nNabi Yusuf berkata kepada bapanya yang\u00a0bermaksud,\u201cWahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku\u201c.\n\nAnda juga boleh bacakan 3 kali di air minuman dan kemudian minum air tersebut dengan niat untuk naikkan seri wajah dan dikasihi suami. Insyallah berkesan dan Allah permudahkan.\n\nAnda boleh tambahkan kalimat \u201cYa Abrozhu\u201d yang berbunyi,\u00a0\u201cYa abrozhu roaitu ahada \u2018asyaro kaukabaw\u00a0wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin\u201d\u00a0selepas\u00a0membaca\u00a0surah\u00a0Yusuf\u00a0tadi.\n\nBacalah surah Asy-Syu\u2019raa (ayat 19) dimana ia juga merupakan salah satu ayat pengasih memikat suami. Suami akan lebih lembut hati, lebih sayangkan anda. Allah swt akan memakbulkan hajat anda yang ingin disayangi dan dikasihi suami. Bacalah selalu setiap hari.\n\nSurah ini bermaksud, \u201cAllah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi aha kuasa\u201d.\u00a0Anda juga boleh bacakannya kepada makanan yang tengah anda masak untuk keluarga atau suami bagi meningkatkan kasih sayang suami dan keluarga terhadap anda.\n\nTidak salah untuk amalkan semua surah dan ayat pengasih ini sekaligus. Selepas membaca surah Yusuf, anda boleh baca pula surah Taha (ayat 1-8). Surah Taha juga dapat melembutkan hati suami dan menyenangkan orang ketika berada bersama anda. \n\nIa berbunyi,\u00a0\u201cWaal qoy tu\u2019alayka mahabbatamminni wallitusna\u2019aa \u2018alaa ainiy\u201d.\u00a0Ia\u00a0akan\u00a0lebih\u00a0afdhal\u00a0jika\u00a0diamalkan\u00a0bersama\u00a0surah\u00a0Yusuf. Ayatnya juga pendek memudahkan anda menghafalnya.\n\nAyat pengasih memikat suami dari surah Taha (ayat 39) juga harus anda amalkan atau bacakan sekurang-kurangnya 1 hingga 3 kali sehari. Anda boleh membaca kepada suami di ubun-ubunnya, ditiupkan kepadanya, baca di makanan yang akan dimakannya serta cara lain lagi untuk baca kepada suami. \n\nAyat pengasih ini membawa maksud:\u00a0wa alqaitu \u2018alaika mahabbatammini walitusna\u2019a a\u2019laa \u2018ain. Terjermahannya pula berbunyi:\u00a0Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.\n\n6. Surah Ali Imran (Ayat 31)\n\nAyat pengasih mempunyai khasiat dan zatnya yang tersendiri, oleh itu anda harus mempunyai niat dan doa yang baik ketika membacanya. Ayat pengasih seterusnya adalah Surah Ali Imran (ayat 31). \n\nAyat pengasih ini boleh anda bacakan sewaktu memegang suami, sama ada tengah mengurut kepalanya, badan, leher, pinggang, ia amat sesuai. Suami akan berat hati dan susah untuk kahwin lain, Insyallah dengan izin Allah ia berkesan jika anda amalkannya selalu.\n\nAyat pengasih ini berbunyi: qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi\u2019u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim\n\nMaksudnya :\u00a0Katakanlah (wahai Muhammad): \u201cJika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.\u00a0\n\nSurah Al-Qadr sememangnya adalah ayat pengasih ramai tak tahu. Bacalah dalam solat setiap hari atau sebelum anda bersetubuh dengan suami. Pasti akan lebih tenang, berkasih sayang dan romantis. Ayat pengasih ini juga sesuai untuk anda yang ingin kelihatan lebih awet muda.\n\nSurah Al-Inshirah mempunyai fadhilat yang luar biasa terhadap para isteri dan ibu. Ayat pengasih ini boleh anda baca pada ayat ke 4 dan tiup pada tangan serta usap ke wajah anda hingga ke bahagian belakang anda. Ulang sebanyak 3 atau 7 kali untuk lebih berkesan dan dirahmati Allah SWT. \n\nIa dapat menenangkan fikiran anda, melapangkan dada, mempermudahkan urusan anda dan membaiki hubungan silaturrahim sesama manusia. \n\nAnda akan lebih kuat, tabah dan bersabar dengan adanya ayat pengasih ini. Rumah tangga akan tenang dan semuanya dapat diselesaikan dengan baik sekali. Percayalah dengan pertolongan Allah SWT.\n\nAyat Berbunyi: Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la\u2019allakum tuflihun\n\nMaksudnya :\u00a0Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).\n\nAyat Pengasih Memikat Suami (5 Zikir)\n\nItulah dia ayat pengasih memikat suami yang wajib anda amalkan untuk elak suami kahwin lain, tawar hati dan lain-lain. Selamat beramal! Jom baca pula 10 Foundation terbaik, 10 Tips dekorasi rumah bajet dan 8 Punca cirit birit."
"Nota Editor : Mengajar anak bukannya mudah. Lebih-lebih mengajar tentang sikap bertimbang rasa pada anak. Ianya mungkin menjadi sukar untuk diterangkan. Lebih-lebih lagi untuk anak kecil.\n\nJadi, bilakah waktu untuk mengajar tentang sifat bertimbang rasa pada anak ini? Artikel ini mungkin ada jawapannya.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\nAdakalanya anak pada usia 7-10 tahun menunjuk sombong kepada emak ayahnya. Tidak mahu mendengar cakap. Asyik dia sahaja yang patut diikut. Kata-katanya juga adalah pedih.\n\nMengapa ini berlaku? Mengapa dia tidak bertimbang rasa padahal pada usia ini dia sepatutnya telah lebih memahami dan bertimbang-rasa.\n\nBanyak jawapan kepada perkara ini, diantaranya:-\n\n#1 Kerana EQnya masih berlum berkembang kerana sesuatu yang membantutkannya. Diantara perkara yang boleh membantutkannya ialah anak itu tidak pernah diajar untuk memahami orang lain dan bila dia mementingkan diri, dia dibiarkan sahaja.\n\n#2 Ada orang dewasa yang tidak bertimbang-rasa kepadanya semasa dia membesar dan ini menjadi ikutannya.\n\n#3 Semasa dia ditahap self-centric (1.5 -3 tahun) dia tidak difahami. Instead of being compassionate to her, she was scolded and was punished severely.\n\n#4 Sesuatu yang kejadiaan trauma berlaku yang menyebabkan anak itu terbantut dari segi perkembangan EQnya.\n\n#5 Anak itu berdendam dan ada kemarahan yang tidak dikendalikan dengan baik.\n\n#6 Emak atau bapa itu sendiri tidak menunjukkan sifat bertimbang rasa kepada orang lain terutama ibu bapa mereka sendiri. Mereka sering bercakap kasar atau memburukkan ibu bapa sendiri di depan anak itu.\n\n#7 Telah berlaku perpisahan yang menyedihkan di dalam hidupnya yang menimbulkan marah di dalam dirinya yang menyebabkan dia merasakan dia tidak penting dan dia adalah \u2018worthless\u2019.\n\nBanyak lagi, namun untuk sekarang cukuplah ini dahulu.\n\nJawapan pendeknya, dekatkan diri anak kepada anda. Banyakkan memberi anak itu merasakan kasih anda sehingga dia akan tersedar anda menyayanginya.\n\nJika anda tahu ada seuatu yang telah mejadikan dia demikian, jika bersesuaian anda boleh meminta-maaf diatas kesilapan anda kepadanya sebagai seorang manusia kepada manusia yang lain.\n\nTidak perlulah merayu-merayu..cukup sekadar memohon maaf dengan penuh ikhlas.\n\nSerta bina sifa bertimbang-rasa di dalam diri anda supaya anda menjadi contoh teladan yang baik kepada anak itu. Bukan kepadanya saja tetapi setiap manusia.\n\nYou become her source of inspiration.\n\nIbu mendoakan agar ini membantu dan anda yang menghadapi masalah ini dapat menyelesaikannya dengan baik sekali."
"Bayi sememangnya gemar untuk mencuba pelbagai perkara baru. Antaranya adalah ingin makan sendiri. Seawal usia 8 bulan,\u00a0bayi\u00a0yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sudah boleh menikmati pelbagai jenis snek dan\u00a0\u2018finger food\u2019\u00a0yang lazat walaupun masih belum tumbuh gigi.\n\nAntara manfaat untuk bayi yang mula makan sendiri, ianya dapat mengasah kemahiran motor halus mereka dengan memegang dan menggenggam makanan.\n\nMereka bukan sahaja dapat belajar tentang rasa dan tekstur makanan itu dengan menggunakan deria rasa lidah, malah dapat belajar tentang tekstur makanan tersebut melalui deria sentuhan (tangan).\n\nIkuti perkongsian 22 resepi daripada Cik Nuie melalui laman Facebook peribadi beliau buat puterinya yang bernama Dawra Dzaqeera Binti Haswarie Fadiman.\n\nWalaupun resepi makanan bayi ini tidak menggunakan garam mahu pun gula, hasilnya tetap lazat dan menyelerakan. Kesemua resepi ini sesuai untuk bayi seawal usia 8 bulan dan ke atas dan juga seisi keluarga.\n\n*\u2019Muffin\u2019 ini lembut, jadi anak tidak akan tercekik. Walau bagaimanapun, pemantauan ibu bapa adalah sangat diperlukan ketika anak makan makanan ini.\n\n8. Pandan Mini Rice Cereal Pancake\n\n*Roti ini akan cair secara automatik apabila kena air liur anak. Sentiasa pantau anak semasa anak makan.\n\n*Snek ini perlu disimpan di dalam bekas kedap udara.\n\n*Boleh juga dibekukan dan panaskan kembali sebelum dihidang.\n\n*Boleh juga dibekukan, hanya perlu bakar / goreng sebelum dihidang.\n\n*Boleh juga dibekukan. Apabila ingin dimakan, cuma perlu goreng atau bakar.\n\n21. Mini Mac & Cheese Patty\n\n*Keria ini boleh dibekukan. Selepas dibentukkan, tidak perlu goreng separa dan boleh terus dibekukan.\n\nWalaupun anak sudah mula untuk makan sendiri, usah sesekali tinggalkan anak makan sendirian. Pemantauan ibu ayah masih lagi diperlukan.\n\nBerikan snek dan \u2018finger food\u2019 mengikut kesediaan dan kemampuan bayi masing-masing. Jika bayi masih belum boleh mengunyah dengan baik sehingga boleh menyebabkannya tercekik, ibu ayah boleh \u2018hold\u2019 terlebih dahulu makanan tersebut sehingga tiba masa yang lebih sesuai kelak.\n\nSemoga dengan makanan padat nutrisi yang dihasilkan daripada air tangan seorang ibu, anak-anak akan membesar dengan bijak dan sihat.\n\n*Sumber asal resipi makanan bayi ini adalah hasil perkongsian Cik Nuie melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau."
"Semasa hamil, ada sesetengah para ibu mengalami masalah kulit. Antaranya, bahagian lipatan di leher mejadi hitam dan kusam. Perkara ini mengundang rasa segan pada si suami. Siapa saja yang tidak segan apabila ditegur suami yang mengatakan bahagian lipatan leher menjadi hitam dan kusam. Semestinya kita akan berasa risau dan segan.\n\nPada awalnya, kita fikir mungkin ia adalah daki, hanya perlu gosok lebih sikit dengan tuala selepas mandi di bahagian yang hitam itu. Tetapi ia tidak hilang dan kita akan bertambah risau lagi. Jangan bimbang, ia adalah perkara biasa bagi para ibu yang hamil. Masalah ini dapat diselesaikan.\n\nMasalah ini dapat diselesaikan dengan mengamalkan 8 makanan semula jadi yang sihat dan mudah didapati di mana-mana. Tidak perlu makan ubat pencerah kulit dan sebagainya. Lagipun ubat-ubat sebegitu tidak baik untuk kesihatan. Apakah 6 makanan semula jadi yang boleh mengekalkan kulit yang cantik bagi ibu hamil?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 8 makanan semula jadi yang boleh mengekalkan kulit yang cantik bagi ibu hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n8 Makanan semula jadi untuk kulit cantik\n\nBuah anggur baik untuk kesihatan kulit kerana ia mengandungi vitamin, mineral dan pelbagai nutrisi di dalamnya. Ia dikatakan dapat menyihatkan kulit kerana mengandungi bahan antioksidan yang tinggi. Kebaikan bahan ini adalah untuk melembapkan kulit serta melindunginya daripada radikal bebas. Mengalamkan buah anggur juga baik untuk melambatkan proses penuaan.\n\nBiarpun buah ini kaya dengan lemak, tetapi ia baik untuk kulit. Kandungan vitamin E dan C di dalam buah ini dapat menjaga kulit agar sentiasa lembap dan sihat. Vitamin C dapat membekalkan kelembapan kepada kulit agar tidak menjadi kering dan bersisik. Selain itu,pengambilan avokado secara konsisten dapat membantu mencerahkan kulit secara sihat.\n\nTidak ramai yang mengenali ubi bit. Sebenarnya ia sangat baik kerana mampu menambah sel darah merah serta membantu menyegarkan kulit. Ubi bit mengandungi kalsium magnesium, vitamin A dan E serta kalium.\n\nJika diperhatikan banyak suplemen untuk kulit dihasilkan daripada ekstrak buah beri. Ini kerana kandungan vitamin C serta bahan antioksidan yang tinggi di dalam buah-buahan beri ini. Ia melindungi kulit dari radikal bebas yang menyebabkan kanser serta membantu untuk\nmelembutkan kulit.\n\nBagi ibu hamil atau selepas bersalin yang mahukan kulit kembali tegang, bolehlah mengamalkan\nepal. Semasa hamil pengambilan epal dapat mengurangkan kewujudan kesan regangan. Jumlah antioksidan di dalam buah epal dapat mengetasi masalah kulit kering serta kedutan.\n\nBuah tomato sangat baik untuk mata. Selain itu, kandungan likopen di dalamnya berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit. Sekiranya tidak dimakan pun, jika dijadikan pupur wajah, tomato dapat membantu menanggalkan sel kulit mati serta bintik hitam pada wajah.\n\nMinyak asli dari kelapa dapat memberi kelembapan kepada kulit. Mengamalkan minyak kelapa dara dapat mengatasi masalah regangan kulit serta melembutkan kulit secara natural. Jika ibu mengalami masalah rambut gugur, boleh oleskan minyak kelapa agar lebih kuat dan tidak rapuh.\n\nBayam amat baik diamalkan oleh wanita hamil kerana ia kaya dengan beta karoten,vitamin A, zat besi serta bahan antioksidan. Jika diamalkan setiap hari, ia dapat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah darah rendah. Selain itu, nutrisi yang terdapat dalam bayam dapat menghaluskan kulit wajah dan mengurangkan masalah jerawat pada kulit.\n\n*Jika mahu kulit cantik, cerah dan gebu amalkan makanan yang sihat dan diantaranya seperti yang dinyatakan di atas. Makanan-makanan tersebut mudah didapati, sedap dan murah. Ia bukan sahaja baik untuk ibu hamil, malah ia boleh diamalkan oleh setiap peringkat umur yang ingin kulit cantik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kami pasti setiap wanita teringin nak ada anak kembar. Tak kisah anak kembar lelaki atau perempuan, kelahiran pasangan kembar pastinya akan membuatkan hati berasa lebih teruja berbanding melahirkan seorang bayi. \n\nKalau anda sedang mengandung, mungkin anda tertanya-tanya apakah tanda hamil kembar? Adakah anda mempunyai tanda-tanda tersebut? Anda berpeluang untuk mendapat anak kembar?\n\nSebelum kami kongsikan tanda hamil kembar, apa kata kami kongsikan dulu satu berita gembira untuk anda. Tahukah anda, walau pun anda dan pasangan tidak mempunyai genetik kembar, namun anda tetap berpeluang untuk mendapat anak kembar sekiranya anda mempunyai ciri-ciri yang berikut:\n\nJika anda mempunyai banyak ciri-ciri di atas dan sedang mengandung, jom perhatikan jika anda mempunyai tanda hamil kembar yang berikut:\n\nDua garis yang sangat terang semasa membuat ujian kehamilan ( Urine pregancy test )\n\nJika anda sedang mengandungkan bayi kembar, tanda pertama yang akan anda dapat ialah dua garis yang sangat terang semasa membuat ujian kehamilan atau urine pregnancy test. Tanda ini akan terang walau pun anda melakukan ujian terlalu awal iaitu seawal satu hari selepas tarikh sepatutnya anda datang bulan. Bagaimana ini boleh berlaku? Ianya kerana apabila seseorang yang mengandungkan anak kembar, tubuh badan akan membebaskan hormon HCG yang lebih berbanding jika mengandungkan seorang bayi sahaja.\n\nMorning sickness atau alahan yang melampau\n\nKebiasaannya, ibu yang mengandungkan anak kembar akan mengalami alahan atau morning sickness yang lebih teruk berbanding ibu yang mengandungkan seorang bayi. Ini kerana proses mengandungkan bayi kembar akan menyebabkan kecalaruan hormon yang lebih teruk. Kecelaruan hormon yang berlaku akan menyebabkan ibu tadi berasa loya-loya dan muntah dengan banyak.\n\nUntuk makluman anda, kenaikan yang normal bagi seorang ibu mengandung ialah kira-kira 2 kilogram sebulan. Oleh itu, jika berat anda naik dengan lebih banyak secara mendadak, ia mungkin petanda bahawa anda sedang mengandung anak kembar. Secara logiknya, berat anda bertambah dengan mendadak kerana ada dua janin yang dikandung dalam rahim.\n\nApabila anda mengandungkan dua orang bayi, pastinya perut anda akan kelihatan lebih besar berbanding ibu yang mengandungkan seorang bayi. Malah, baby bump anda akan kelihatan lebih awal daripada biasa. Apabila perut anda besar, itu juga bermakna anda akan lebih penat dan cepat mengah berbanding proses mengandung yang normal. Bertabahlah wahai ibu.\n\nMula merasa pergerakan bayi lebih awal dan bayi lebih aktif bergerak\n\nKebanyakan ibu yang pernah mengandungkan anak kembar akan bersetuju bahawa kandungan kembar akan bergerak lebih aktif berbanding kandungan normal. Malah siibu juga berpeluang untuk merasa oergerakan bayi dengan lebih awal. Mungkin ianya berlaku kerana keadaan rahim yang sempit apabila ada dua orang bayi didalamnya.\n\nSeperti yang kami nyatakan tadi, perut ibu yang mengandung kembar akan lebih besar daripada kandungan normal. Malah ibu juga membawa bebanan berat yang lebih. Oleh itu ibu akan berasa keletihan yang luar biasa dan mudah mengah. Ini adalah di antara pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh si ibu.\n\nSemua ibu mengandung akan mengalami sakit belakang namun ibu yang mengandungkan bayi kembar akan merasa sakit belakang yang lebih dahsyat kereana pusat graviti badan sudah berubah dan ada dua bayi comel yang menekan tulang belakang di sibu.\n\nSatu lagi tanda hamil kembar ialah bengkak air atau edema. Ini berlaku kerana tubuh badan anda menyimpan air dengan terlalu banyak sehingga berlaku bengkakan pada kaki, tangan, dan wajah. Bengkak air bukanlah perkara yang ringan kerana selain akan menyebabkan anda berasa tidak selesa, ia juga adalah di antara tanda pre-eclampsia.\n\nTanda hamil kembar yang seterusnya ialah cramp perut. Hal ini akan semakin kerap berlaku apabila kandungan anda semakin membesar kerana rahim anda akan semakin membesar dan melalui proses mengembang dan mengecut dengan lebih agresif dan merebak ke bahagian pelvik dan punggung. \n\nCramp perut tanda sebarang pendarahan adalah normal namun jika berlaku pendarahan, segera ke hospital untuk pemeriksaan. Jika anda tidak selesa, boleh gunakan maternity belt untuk menampung perut anda. Penggunaan maternity belt dikatakan mampu mengurangkan kesakitan akibat cramp perut.\n\nIbu yang mengandungkan anak kembar akan mempunyai darah yang lebih banyak dalam tubuh badan. Ini kerana tubuh badan secara semulajadi akan menghasilkan lebih darah bagi disalurkan kepada kedua-dua bayi yang sedang membesar.\n\nTanda hamil kembar yang seterusnya ialah anda akan mendengar dua degupan jantung semasa pemeriksaan di klinik. Pastinya anda akan berasa teruja apabila rupanya bukan satu, tapi ada dua bayi dalam kandungan anda. Malah apabila melakukan imbasan ultrasound, anda akan lebih teruja apabila melihat ada dua bayi di skrin.\n\nKebiasaannya pemeriksaan Alpha Fetoprotein akan dilakukan pada trimester kedua kehamilan. Sekiranya bacaannya agak tinggi, kemungkinan besar anda sedang mengandung bayi kembar.\n\nItulah dia tanda hamil kembar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanda mengandung, darah rendah semasa mengandung, dan petua mudah bersalin."
"Nota Editor : Cara isteri dan suami berinteraksi adalah berbeza antara satu sama lain. Tidak kiralah sesama mereka mahupun masyarakat sekeliling. Perbezaan ini mungkin tidak nampak secara jelas. Artikel ini diharap dapat menjawab kekeliruan ini.\n_____________________________________________________________________\n\nPerbualan adalah aktiviti utama bagi orang perempuan. Ia adalah penghubung utama kepada talian persahabatan di antara mereke. Apabila mereka sudah tidak boleh berkomunikasi lagi, ini menunjukkan persahabatan mereka telah musnah.\n\nKunci kepada persahabatan yang akrab di antara dua orang perempuan sama ada remaja atau dewasa ialah apabila mereka mula berkongsi rahsia peribadi sesama mereka.. Mereka telah menaruh kepercayaan kepada satu sama lain.\n\nMereka berkongsi segala kegagalan serta kepayahan hidup dan juga kegembiraan agar mereka sama-sama dapat merasai kegembiraan yang kawannya rasai. Ini adalah intipati kepada persahabatan di dalam wanita.\n\nOleh itu sekiranya ada wanita menceritakan hal-hal peribadinya yang dia akui belum pernah dia ceritakan kepada orang lain, ini bermakna dia telah memberikan kepercayaannya kepada kita sebagai sahabat baiknya yang dia amat mempercayai.\n\nOrang lelaki berbeza pula. Kebanyak lelaki tidak berminat menceritakan rahsia peribadi di antara mereka dan tidak selesa jika ada yang menceritakan kepadanya. Apa yang menarik minat lelaki ialah mindanya lebih focus kepada bagaimana untuk melaksanakan aktiviti itu daripada perbualan mengenai peribadi.\n\nKalau di tempat rekreasi meja \u201csnooker\u201d atau meja dam, dua orang lelaki boleh bermain bersama hingga 4 jam tanpa berkata apa-apa pun. Apa yang kedengaran hanyalah \u201d Waaah\u201d jeritan atau \u201d Huuuuuh!!!\u201d kesalan kerana berjaya atau kesilapan semasa bermain.\n\nTiada langsung perbualan hal peribadi semasa aktiviti permainan itu berlangsung. Malah kalau di dalam perlawanan bola sepak pun, jika ada dua permain yang asyik bersembang sesama mereka, besar kemungkinan salah seorang daripada mereka akan dilayangkan kad kuning atau merah oleh pengadil.\n\nOleh itu, jika suami ingin mendapatkan sokongan kuat daripada isterinya:\n\n#1 Semasa bercakap dengan isteri, pandanglah matanya sambil menyentuh mana-mana anggota badannya kerana cara ini akan mengeratkan lagi cintanya pada suami.\n\n#2 Berkongsilah cerita di pejabat setelah seharian anda di sana agar isteri itu terasa dirinya disayangi kerana sanggup berkongsi cerita urusan pejabat dengannya. Walaupun urusan itu tiada kaitan dengannya. Ini menyebabkan dia rasa dirinya dicintai.\n\n#3 Apabila bercerita, pastikan tidak merendahkan martabatnya. Tidak menunjuk-menunjuk akan kehebatan diri anda kepadanya. Ini akan menyebabkan dia kecewa dan merosakkan minatnya untuk mendengar lagi.\n\n#4 Apabila anda telah selesai bercerita, dengarlah pula ceritanya dan jangan komen hingga dia selesai bercerita. Ini menyebabkan dia rasa dirinya dihormati.\n\n#5 Sebelum menutupi perbualan, ungkapkanlah ucapan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan perasaan dengannya. Ini menyebabkan dia teruja untuk menunggu anda pulang dari kerja esok harinya.\n\n#6 Jika dapat laksanakan kelima perkara di atas, yakinlah persahabatan anda dengan isteri akan bertambah kukuh hingga ke akhir hayat.\n\nBagi wanita pula, tip jika inginkan penghargaan daripada suami ialah:\n\n#1 Banyakkan aktiviti di rumah itu dalam bentuk projek yang mana suami itu ada peluang menyuarakan pandangan berdasarkan aktiviti-aktivit bukan kerana perbualan kosong hal-hal peribadi yang membosankannya.\n\nContoh projek membersihkan halaman untuk sambutan hari raya. Projek balik ke kampong cuti sekolah. Projek mengecat rumah atau projek sambut keluarga daripada kampong datang ke rumah.\n\n#2 Ajak suami bercerita mengenai gajet-gajet atau peralatan hobi yang dia minat. Puji dia kerana kejayaan dia menggunakan alat itu. Pasti dia suka menceritakan kejayaannya berdasarkan peralatannya itu. Dia rasa dihormati.\n\n#3 Pamerkan sijil-sijil, hadiah-hadiah atau piala-piala yang dia perolehinya sejak zaman kanak-kanak sekolah hingga ke sekarang di dinding bilik rumah. Ini akan meyebabkan dirinya rasa dihargai dan dihormati oleh isteri.\n\n#4 Jika isteri dapat laksanakan 3 perkara di atas, insya Allah, suami tadi akan seronok untuk pulang ke rumahnya setiap hari."
"Ingin tahu proses pengambilan anak angkat?\n\nSetiap pasangan yang berumah tangga semestinya mengimpikan cahayamata sebagai penyeri mahligai yang dibina. Namun, rezeki kita ditentukan oleh Allah. \n\nBagi yang tidak berpeluang untuk mempunyai anak sendiri, mengambil anak angkat adalah alternatif terbaik. Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan proses pengambilan anak angkat baru lahir sebagai panduan anda suami isteri.\n\nSyarat mengambil anak angkat di Malaysia\n\nPerkara pertama yang perlu anda ketahui ialah apakah syarat yang perlu anda suami isteri patuhi. Adakah anda layak untuk mengambil anak angkat? Pengambilan anak angkat di Malaysia tertakluk kepada Seksyen 6 (1) Akta 253. Menurut akta tersebut, ibu bapa angkat dan anak yang ingin diambil haruslah memenuhi kriteria yang berikut:\n\nCara Mengambil Anak Angkat di Malaysia\n\nUntuk makluman anda, di Malaysia terdapat 2 cara untuk mengambil anak angkat yang sah iaitu dengan cara:\n\nKedua-dua cara ini adalah sah asalkan anda mengikuti peraturan yang seterusnya. Oleh itu, sekiranya anda berkenan untuk mengambil anak angkat dari keluarga yang susah atau anak kenalan sendiri, tiada masalah. Tak semestinya anda perlu mendapatkan anak angkat yang berada dalam jagaan pihak JKM.\n\nPengambilan anak angkat dengan cara permohonan melalui JKM\n\nSekiranya anda suami isteri memilih untuk mengambil anak angkat dengan cara menghantar permohonan kepada pihak JKM, anda perlu melalui proses pengambilan melalui perintah mahkamah. Menurut Jabatan Pendaftaran Mahkamah:\n\nPemohon yang ingin mendaftarkan pengangkatan melalui perintah mahkamah perlu membuat permohonan melalui firma guaman yang dilantik oleh ibu bapa angkat atau Jabatan\u00a0Bantuan Guaman.\u00a0Permohonan perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya sahaja. Perintah Pengangkatan ini dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen. Pengangkatan ini terpakai bagi orang bukan beragama Islam sahaja. \n\nPermohonan pendaftaran pengangkatan melalui perintah mahkamah boleh dilakukan oleh individu berikut:\n\ni.\u00a0 \u00a0Ibu bapa angkat atau ibu/bapa angkat tunggal\n\nii.\u00a0 Firma Guaman atau wakil Firma Guaman (Surat Rasmi Pelantikan daripada Pejabat Firma Guaman asal dan satu (1) salinan Kad Pengenalan wakil Firma Guaman hendaklah disertakan).\n\nSekiranya berminat, anda boleh membuat permohonan dengan cara menghatar surat, faksimili, melalui telefon, email atau lagi mudah kalau anda datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di kawasan anda. Jangan lupa untuk bawa dokumen-dokumen berikut:\n\nSelepas anda membuat bayaran RM5, permohonan anda akan diproses.\n\n3. Pengambilan anak angkat terus daripada ibu bapa atau penjaga\n\nSekiranya anda dan pasangan memilih untuk mengambil anak angkat terus daripada keluarganya, terdapat dua cara yang boleh anda pilih untuk mengesahkan pengambilan anak tersebut iaitu:\n\nItulah dia proses pengambilan anak angkat baru lahir yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang nama anak perempuan moden dan nama anak lelaki."
"Jom kita cuba resepi sambal nasi lemak ini. Resepi kali ini ialah cara menyedikan sambal nasi lemak yang power ala Afy AL Habibi\u200e yang dikongsikan di laman Facebook.\n\nDipastikan sambal ini amat sedap dijadikan gandingan nasi lemak. Berbeza dengan sambal nasi lemak kebanyakan, selain rasanya sedap terangkat aroma sambal nasi lemak Afy ini juga sangat wangi dan menggoda selera. Menyatu dengan rasa nasi lemak menbuat ia semakin padu. Makan pun jadi bertambah-tambah.\n\nMakan pula sambal resepi ini dengan kerang dendeng atau lauk lainnya, pergh! Heaven sungguh bukan? Ini resepi sambal lemak bukan biasa-biasa. Resepi daripada Afy AL Habibi ini sudah mendapat perkongsian sangat ramai di Facebook.\n\nSambal ini boleh dibuat stok. Boleh dibawa bercuti ke kampung. Musim hujan cepat pula perut lapar. Ada sambal ini jadi senang cicah dengan lempeng atau ubi kayu rebus panas-panas. Tidak semestinya nasi lemak ya. Fuhh sedap! Selamat mencuba.\n\nTips untuk rasa sambal yang enak dan tahan lama :\n\nBoleh juga cuba resepi nasi lemak versi lain di sini yang mendapat perhatian ramai juga.\n\nSelain resepi sambal nasi lemak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pernahkah anda makan kek lembut lagi moist? Kek tersebut adalah kek span, yang memiliki tekstur lembut seperti span. Tidak hairanlah ia dinamai demikian.\n\nKek span adalah antara kek yang tengah naik tular masa kini. Tidak sedikit orang yang menghidangkan kek span sebagai sekadar pencuci mulut mahupun untuk dihidangkan kepada tetamu.\n\nTerdapat banyak jenis kek span, ada kek span vanila, kek span pandan, kek span coklat dan masih banyak jenis lain yang tidak kami sebutuan. Pada tulisan kali ini kami menunjukkan cara-cara membuat kek span coklat yang paling terbaik.\n\nDari banyak-banyak resepi yang ada, resepi kek span coklat yang dikongsikan oleh Fasihatul Hafizah inilah antara yang menarik perhatian. Tampak dari banyaknya perkongsian di Facebook. Tanpa tunggu lama, jom kita mula cubakan resepinya.\n\nSelain resepi kek span coklat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Anda bercuti di Port Dickson tapi tak tahu tempat menarik di Port Dickson paling best untuk keluarga terutama kanak-kanak? Nah, kami sediakan 15 tempat yang boleh anda pergi jika ke sini.\n\nBila sebut Port Dickson mesti terbayang pantainya yang cantik. Pening juga hendak buat keputusan pantai yang mana perlu dikunjungi. Sebenarnya, bukan hanya pantai yang ada di Port Dickson. Ada juga tempat bersejarah, tempat rekreasi, tempat hiburan dan sebagainya.\n\nApa tunggu lagi? Jom pilih tempat mana yang anda boleh pergi!\n\nAntara pantai-pantai yang boleh dikunjungi ialah Pantai Blue Lagoon @ Pantai Tanjung Biru, Tanjung Tuan, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Teluk Kemang, dan Pantai Saujana. Bukan anak-anak saja yang suka berada di pantai, ibu bapa juga pasti rasa tenang melihat pemandangan yang memukau.\n\nIni adalah antara pantai-pantai yang terkenal kerana keindahan pemandangannya dan pelbagai aktiviti pantai kepada pengunjung. Berada di pantai, sambil menghayati pemandangan dan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa pasti menyamankan.\n\nGaleri 3D amat popular pada masa kini. Hampir setiap negeri ada galeri seperti ini. Alive 3D mengambil bangunan setinggi 3 tingkat dan memiliki 50 gambar 3D di dalamnya. Anak-anak pasti gemarkan tempat seperti ini di mana mereka perlu beraksi untuk mengambil gambar yang lain daripada yang lain.\n\nHarga: RM20 (dewasa), RM15 (kanak-kanak), RM25 (warga asing), RM20 (kanak-kanak)\n\nAlamat: Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang\n\nLuasnya 1280 hektar pada ketinggian 20-40m dari aras laut. Walaupun saiznya kecil jika dibandingkan dengan hutan simpan yang lain, tapi ia mempunyai 11 spesis pokok hutan yang hanya boleh ditemui di kawasan hutan ini sahaja.\n\nMalah, di sini juga terletaknya pokok jelutong terbesar. Banyak aktiviti dijalankan di sini seperti merentas hutan, melihat burung dan hidupan liar, menunggang mountain bike serta perkhemahan.\n\nAlamat: No.38, Jalan DS 2/1. Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson.\n\nMungkin ada yang tidak tahu mengenai Kota Lukut yang pernah gemilang suatu ketika dulu. Galeri ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat, dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional.\n\nKesemuanya membawa anda kembali ke masa lampau menerusi ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya. Anda mungkin perlu tahu bercerita jika mahu membawa anak-anak ke sini.\n\nAlamat: Lot 730, Jalan Besar, Taman PD Jaya, 71010 Port Dickson\n\nKapal terbang dan kereta perisai, itulah sebahagian kenderaan yang anda boleh temui di Muzium Tentera. Jumlah pengunjungnya ramai semasa hari cuti. Menariknya ia diatur dan disampaikan dengan rapi serta berkesan.\n\nKisah peperangan sejak serangan Portugis sehinggalah pada masa kini. Anda akan melihat penambahbaikan dan perkembangan teknologi. Di satu bahagian, ada terowong komunis. Masuk dan lihat sendiri bagaimana kehidupan mereka di dalam terowong.\n\nAlamat: Kem Sirusa, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson\n\nPD Ostrich & Pets Show Farm\n\nIni mungkin menjadi tempat menarik di Port Dickson buat anda dan keluarga. Anda bukan sahaja melihat tapi menunggang juga. Boleh pilih untuk menunggang burung unta, keldai atau kuda padi. Jika tak mahu menunggang burung unta, berlumba lari dengan mereka pun boleh.\n\nSelain haiwan-haiwan ini, ada juga angsa, itik dan pelbagai haiwan peliharaan. Ikan pun ada. Puas dengan haiwan, boleh cuba menaiki ATV pula di PD Extreme Jungle Park dan Dinasours in the Jungle.\n\nHarga Tiket: RM15 (dewasa), RM10 (kanak-kanak)\n\nAlamat: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang\n\nMahu merasai dunia koboi? Cuba singgah di taman tema ini yang berbeza suasananya dengan taman tema yang lain. Antara aktiviti di sini ialah 5D Motion Adventures, 7D Interactive Movie, Cowboy Go Round, Rider Boat, dan Wild West Desert Explorer. Banyak aktiviti lain yang anak-anak anda boleh lakukan dengan gembira.\n\nAlamat: Jalan D/S71010 Port Bandar Dataran Segar, Lukut\n\nJom bawa anak-anak anda teroka hidupan marin di Pusat Ikan Hiasan yang terletak di Teluk Kemang. Kalau anda nak tahu, terdapat lebih 2000 spesis hidupan air yang terdapat di sini!\n\nSelain anak-anak gembira dan teruja melihat hidupan ini, mereka juga dapat mengenal kesemua spesis yang ada. Mungkin anda juga dapat mengetahui ilmu yang baru tentang hidupan marin melalui pameran yang ada.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi \u2013 5.00 petang)\n\nAlamat: Batu 7, Jln Pantai Teluk Kemang 71050 Port Dickson\n\nBukan di Kuala Lumpur dan Kedah sahaja yang ada rumah terbalik, Port Dickson juga mempunyai rumah terbalik yang cantik, kemas dan luas walaupun keadaannya terbalik. Perabot dan semua kelengkapan rumah juga didekorasi secara terbalik. Memang mengagumkan!\n\nAnak-anak pasti teruja melihat rumah yang unik ini. Jangan lupa untuk rakam gambar anda dengan kreatif untuk dimuatnaik di media sosial dan jadikannya sebagai kenangan. \n\nHarga tiket: RM 20 (dewasa) | RM 15 (Kanak-kanak)\n\nAlamat: No.13A & 15, Jalan coral walk, Batu 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan\n\nBalai cerap ini turut dikenali sebagai Baitul Hilal. Apa yang anda boleh buat di sini? Anda dan keluarga boleh melihat keindahan langit, bulan, bintang dan segala objek yang terdapat di angkasa. Datanglah ke sini untuk teroka ilmu angkasa yang jarang didapati di mana-mana tempat. Di sini juga, terdapat teleskope tercanggih digunakan untuk meneroka ilmu angkasa.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (3.00 petang-5.00 petang | 10.30 malam-12.00 tengah malam)\n\nAlamat: Lot 4506, 8, Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan\n\nJom bawa anak-anak bersiar-siar sambil menghirup udara segar di Hutan Lipur Pasir Panjang. Uniknya hutan lipur ini kerana anda akan menyelusuri trek untuk ke persisiran pantai. Terdapat pelbagai tanaman herba yang ditanam di sini untuk perubatan tradisional.\n\nJangan risau kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk semua pengunjung seperti wakaf berehat, tandas, trek joging dan sebagainya.\n\nAlamat: Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan\n\nPasti ada keluarga yang menjadikan aktiviti lasak sebagai hobi atau cara untuk melepaskan penat bekerja. Jika anda orangnya, anda memang perlu datang ke X Park Sendayan kerana pelbagai aktiviti lasak yang boleh anda cuba.\n\nAntara aktiviti yang menyeronokkan adalah Go Kart, memanah, futsal, paintball dan 24 sukan yang lain. Kesemua sukan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dan dewasa.\n\nWaktu operasi: Rabu-Isnin (10.00 pagi \u2013 6.00 petang)\n\nAlamat: Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson\n\nSekiranya anda hanya ingin bersantai, datanglah ke PD Waterfront untuk menikmati suasana pantai. Memang tenang apabila melihat keindahan alam sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Jika anda ingin meluangkan masa lebih lama di sana, anda boleh menginap di hotel terdekat.\n\nBanyak kemudahan yang turut disediakan di sini. Antaranya adalah tandas, food truck dan lain-lain. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini. Pasti anda akan dapat hasil gambar yang menakjubkan.\n\nAlamat: 1-02-1, Persiaran Waterfront, 1st Mile, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan\n\nEhsan Waterpark merupakan taman tema air terbesar di Negeri Sembilan. Murah sahaja tiket untuk masuk ke taman tema air ini. Pihak Ehsan Waterpark sering mengadakan promosi untuk anda dapatkan tiket dengan berbaloi. Anda juga boleh membeli tiket mengikut pakej yang disediakan. Jangan risau, tempatnya memang bersih dan luas, Banyak permainan air dan kemudahan disediakan.\n\nWaktu Operasi: Khamis \u2013 Ahad (10.00 pagi-6.00 petang)\n\nAlamat: \u00a0No 1, Batu 13, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan\n\nAnda mencari penginapan yang turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dalam satu tempat? Eagle Ranch Resort pasti tak akan menghampakan anda kerana di sini anda akan merasakan pengalaman yang unik. Tempat yang berkonsepkan ala Cowboy ini pasti akan memberi pengalaman menyeronokkan buat anda sekeluarga.\n\nTerdapat 6 jenis penginapan berbeza dengan jumlah unit yang banyak seperti Kampung House, Bandwagon Upper, Teepee dan sebagainya. Antara aktiviti menarik yang ada adalah go kart, permainan air, rope course, memanah, paintball dan banyak lagi!\n\nSelepas ini tidak perlu pening-pening lagi untuk mencari tempat menarik di Port Dickson. Rujuk sahaja artikel ini agar memudahkan perancangan anda. Jika mahu ke pantai, pilih sahaja satu pantai yang tersenarai. Kemudian tambah dengan tempat-tempat lain untuk mempelbagaikan aktiviti dalam percutian. Selamat bercuti!\n\nSementara anda berada di Port Dickson, apa kata anda teroka tempat menarik yang lain di Negeri Sembilan seperti di bawah:"
"Holla! Hidangan sedap ala western berikut ini patut anda cuba. Apakah anda suka meatball? Ataukah anda suka cheese? Macam mana kalau meatball cheese? Mesti suka ya.\n\nMeatball and cheese lovers inilah masanya anda berseronok kerana kami akan hadirkan resepi super mabeles meatball bolognese cheese! Di mana resepi ini mendapat perkongsian 16K di laman Facebook dikongsikan oleh Anith Syazwani.\n\nRupanya, resepinya sangatlah mudah teramat! Chicken meatball digoreng dan disalut dengan cheese mozzarella dan dibakar. Bahan-bahanya pula sangatlah mudah. Namun rasanya macam restoran 5 stars ala Pizza Hut.\n\nSila dapatkan resepi meatball cheese sedap, mudah dan lazat pada perkongsian di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi meatball bolognese cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kanak-kanak di seluruh dunia perlu dilindungi dan jaga mereka dengan baik. Mereka masih tidak mengenali dunia luar yang begitu banyak dugaan dan ujian menanti mereka apabila mereka masuk ke dunia dewasa nanti. Sebagai orang dewasa kita perlu memberi contoh yang baik kepada mereka.\n\nKetika kita biasa dengan ayat \u2018kita patut memberi contoh baik kepada kanak-kanak\u2019 , ada satu perkara yang kita lupa. Kanak-kanak juga boleh memberi contoh yang baik kepada diri kita yang dewasa ini. Hal ini kerana pemikiran mereka yang sangat suci dan tidak bersalah membuatkan mereka kelihatan sangat tenang.\n\nApakah perkara yang kita boleh belajar daripada kanak-kanak ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 benda ibu bapa boleh belajar daripada anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nTerdapat 3 benda ibu bapa boleh belajar daripada anak-anak\n\n1. To be happy with no reason\n\nKita sekarang bagi terlalu alasan untuk merasa bahagia. Nak kena ada duit dulu, nak kena ada rumah besar dulu, nak kena beli kereta mewah dulu baru boleh nak rasa bahagia. Kita yang letak syarat pada diri kita untuk merasa bahagia. Tu yang sampai sekarang ramai tak bahagia bahagia padahal kita tak perlu pun semua itu untuk merasa bahagia.\n\nAnak kita pun ada rasa takut tetapi itu tidak menghalang mereka untuk meneroka dan mecuba benda baru setiap hari. Ya, anak kecil kita mungkin tidak kaya harta dan wang tetapi mereka kaya dengan keberanian dan keseronokan.\n\nKadang kita pelik anak kita boleh menangis teruk tapi lima minit kemudian boleh ketawa dan bermain dengan penuh ceria seolah olah dia tak pernah merasai kesedihan dalam hidup mereka. Ya, mereka terluka dan mereka menangis tetapi setelah menangis, mereka cepat \u2018move on\u2019. Menangislah kerana langit juga menangis. Dengan tangisan langitlah terhasil pelangi yang mewarnai bumi.\n\n*Kanak-kanak adalah insan yang baru mula mengenali dunia dan sifat mereka yang ingin tahu membuatkan mereka istimewa. Dalam masa kita sibuk dengan kerja kadang-kadang kita lupa untuk menjaga diri sendiri. Maka, kita boleh contohi 3 benda ini daripada kanak-kanak untuk membantu diri kita untuk bahagia. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang yang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penuis. Baca artikel asal di sini."
"Kek pisang kukus untuk minum petang. Lebih-lebih lagi jika kek pisang yang lembut dan dimakan bersama teh o panas. Memang \u2018complete\u2019 nikmatnya. Adakah yang mahu resepinya?\n\nResepi kek pisang kukus mudah daripada Nur Amy Zainuddin yang dikongsikan di laman Facebook. Resepi kali ini sangat senang kerana hanya guna blender sahaja.\n\nKek pisang yang dihasilkan pula sangat lembut, gebu dan sedap. Terasa manis pisang dan wangi aroma pisangnya sangat menyelerakan.\n\nResepi ini boleh anda gunakan untuk berniaga, boleh juga dijadikan oleh-oleh dibawa kerumah mertua dan sedara mara. Semestinya ramai yang suka kek pisang ini. Tunggu apalagi, jom buat sekarang!\n\nSelain resepi kek pisang kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Anda mempunyai masalah mulut berbau? Dah berusaha macam-macam tapi masalah mulut berbau tak juga hilang. Jangan susah hati. Kami faham, mulut berbau sememangnya boleh menyebabkan anda berasa rendah diri dan tak selesa untuk bergaul dengan orang ramai.\n\nIstimewa untuk anda, jom kami kongsikan cara hilangkan mulut berbau yang dijamin berkesan.\n\nAdakah anda memberus gigi dengan cara yang betul? Memberus gigi bukan bermaksud hanya gigi yang perlu diberus. Sebaliknya, anda juga perlu memberus lidah, gusi, dan lelangit bagi memastikan mulut anda betul-betul bersih dari kuman dan bakteria yang menjadi punca nafas berbau.\n\nBerus gigi juga perlu ditukar 4 bulan sekali walau pun ia masih berada dalam keadaan yang baik dan belum kembang. Selain itu, anda juga perlu menggunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada celah gigi. Dengan penjagaan gigi yang betul, insya Allah masalah mafas berbau anda dapat dihilangkan.\n\nNafas berbau boleh berlaku disebabkan oleh mulut yang kering. Oleh itu, sentiasa pastikan mulut anda tidak kering dengan cara minum air kosong dengan kerap. Bawa bekal air kosong ke mana-mana sahaja anda pergi. Bukan sahaja membantu mengatasi masalah mulut berbau malah mengambil air kosong yang secukupnya setiap hari membantu menjaga kesihatan anda.\n\n3. Sentiasa bawa gula-gula dalam poket\n\nTaknak nafas berbau? Kunyah gula-gula selalu. Tak kisahlah apa jenis gula-gula sekali pun. Chewing gum, gula-gula pedas seperti mentos, atau yang manis macam fuit gummy. Sentiasa bawa gula-gula dalam poket anda. Kalau rasa nafas anda mula berbau, boleh terus kunyah gula-gula yang dibawa. Mudah kan?\n\n4. Elakkan makan makanan berbau seperti bawang putih\n\nKalau taknak mulut berbau busuk, elakkan daripada makan makanan yang boleh menyebabkan nafas anda berbau seperti bawang putih, bawang, dan ulam-ulaman seperti petai, jering, dan kerdas. Kalau dah makan makanan yang menyebabkan mulut berbau, terus berus gigi & kunyah gula-gula untuk menghilangkan baunya.\n\nPetua hilangkan mulut berbau yang seterusnya ialah dengan cara mengunyah bunga cengkih. Apabila mengunyah bunga cengkih, mulut anda akan dipenuhi dengan aroma bunga cengkih yang harum dan segar. Tiada lagi nafas berbau. Kalau anda tak mampu nak kunyah bunga cengkih, boleh juga kunyah gula-gula Hacks berwarna hitam yang pedas tu.\n\nSelain bunga cengkih, anda juga boleh kunyah jintan putih untuk mengatasi masalah mulut berbau. Mengunyah jintan putih akan menyebabkan nafas anda berbau jintan putih yang sangat harum. Cuma kunyah, kemudian buang jintan putih tersebut. Tak perlu dimakan.\n\nBuah pelaga juga merupakan herba yang boleh digunakan untuk menghilangkan nafas berbau. Caranya:\n\nDaun pudina sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk menyegarkan nafas dan mengatasi masalah nafas berbau. Anda boleh kunyah daun pudina atau terus makan daun herba tersebut. Nafas anda pasti akan berbau segar seperti baru lepas memberus gigi.\n\nSeperti daun pudina, daun peppermint juga digunakan didalam proses pembuatan ubat gigi. Daun peppermint juga boleh dikunyah atau dimakan untuk menghilangkan masalah mulut berbau.\n\n10. Teh hijau & daun pudina\n\nAnda juga boleh menghilangkan masalah mulut berbau dengan mengamalkan teh bersama pudina setiap pagi. Cara menyediakan teh pudina ialah:\n\n11. Air asam jawa & gula merah\n\nAmalan minum air asam jawa sebelum tidur setiap malam juga membantu mengatasi masalah mulut berbau. Caranya:\n\nKelapa parut yang disangai juga boleh membantu mengatasi masalah mulut berbau yang anda alami. Caranya:\n\n13. Berkumur Dengan Air Rebusan Daun sirih\n\nDaun sirih juga boleh digunakan untuk menghilangkan nafas berbau. Caranya:\n\n14. Minum air rendaman daun sirih\n\nSelain dijadikan sebagai air untuk berkumur, anda juga boleh minum air daun sirih untuk menghilangkan mulut berbau. Caranya:\n\n15. Daun limau kasturi & serai wangi\n\nAnda juga boleh mencba petua hilangkan mulut berbau yang ini. Apa yang anda perlukan ialah 5 helai daun limau kasturi & sebatang serai wangi. Caranya:\n\n16. Air Rebusan Daun Jambu Batu Muda\n\nTahukah anda, air rebusan jambu batu muda juga telah lama digunakan untuk mengatasi masalah mulut berbau. Caranya:\n\nItulah dia 16 petua hilangkan mulut berbau yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua\u00a0gegata, petua hilangkan ketumbit, dan petua hilangkan sakit gigi."
"Anda tidak hamil pada masa ini. Malah, anda sebenarnya datang haid. Kehamilan anda dikira bermula pada hari pertama tempoh ini. Ini kerana ia boleh jadi sukar, atau mustahil untuk mengetahui tarikh tepat anda hamil. Namun, ramai wanita boleh mengingati hari haid mereka bermula.\n\nJika anda berharap untuk hamil, pakar kesihatan akan mengesyorkan anda:\n\nAnda juga akan mahu memikirkan tentang hal-hal praktikal seperti hak cuti semasa bersalin, kewangan keluarga anda, rumah anda, kenderaan anda, dan bagaimana anda serta pasangan anda merancang untuk menguruskan penjagaan anak anda."
"Tomato ialah sejenis sayur jenis buah, yang menjadi makanan kepada manusia di merata dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan kini penanamannya telah menjadi meluas di semua negeri beriklim tropika.\n\nPengeluaran utama di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highlands. Kawasan di tanah rendah yang menanam tomato dengan agak meluas ialah di negeri Kelantan.\n\nPokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu yang tumbuh menegak (determinate) dan yang tumbuh menjalar (indeterminate). Selain itu perbezaan juga didapati di dalam ciri-ciri buah yang menjadi asas perbezaannya. Saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular.\n\nWarna merah itu ialah disebabkan lycopene\u00a0likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.\n\nTomato antara sayuran buah yang mudah dijumpai di kedai. Ia bukan sahaja lazat dimakan mentah begitu sahaja, malah, ia juga sering dijadikan sebagai bahan masakan untuk menu ala Thai (contoh: tomyam dan padpik) tetapi juga menu masakan Barat (contoh: sos bolognese).\n\nTomato adalah superfood yang padat dengan nutrient. Ia menawarkan manfaat kepada pelbagai sistem badan. Kandungan nutrisinya bermanfaat untuk kulit yang sihat, penurunan berat badan, dan kesihatan jantung. Walaupun kini tomato sangat popular dan dikenali diseluruh dunia, hakikatnya ia pernah dianggap sebagai tumbuhan yang beracun pada zaman dahulu. Namun, dengan hasil kajian yang sahih, kandungan nutrisi dalam tomato dibuktikan sangat bagus bukan sahaja untuk kecantikan kulit, malah juga untuk kesihatan tubuh.\n\nKandungan air tomato adalah sekitar 95%. 5% yang lain terdiri terutamanya karbohidrat dan serat.\n\nKarbohidrat membentuk 4% tomato mentah, yang berjumlah kurang daripada 5 gram karbohidrat untuk purata tomato bersaiz (123 gram). Gula ringkas, seperti glukosa dan fruktosa, membentuk hampir 70% kandungan karbohidrat.\n\nTomato adalah sumber serat yang baik, memberikan kira-kira 1.5 gram setiap tomato bersaiz purata. Kebanyakan serat (87%) dalam tomato tidak larut, dalam bentuk hemiselulosa, selulosa dan lignin.\n\nTomato adalah sumber yang baik dari beberapa vitamin dan mineral.\n\nVitamin C: Nutrien dan antioksidan penting. Satu tomato bersaiz sederhana boleh memberikan kira-kira 28% daripada pengambilan harian yang disyorkan.\n\nKalium: Minyak penting, bermanfaat untuk kawalan tekanan darah dan pencegahan penyakit kardiovaskular.\n\nVitamin K1: Juga dikenali sebagai phylloquinone, vitamin K penting untuk pembekuan darah dan kesihatan tulang.\n\nFolat (B9): Salah satu vitamin B, penting untuk pertumbuhan tisu dan fungsi sel normal. Ia amat penting bagi wanita hamil.\n\nDaripada semua sebatian tumbuhan yang terdapat dalam tomato, lycopene adalah kandungan nutrisi yang amat penting. Ia merupakan satu pigmen merah dan antioksidan, yang telah dikaji secara meluas untuk manfaat kesihatan.\n\nLycopene adalah karotenoid yang paling banyak di dalam tomato yang telah masak dan didapati dalam jumlah tertinggi dalam kulit tomato. Semakin merah tomato tersebut, semakin banyak lycopene yang terkandung di dalamnya.\n\nProduk tomato, seperti sos tomato, jus tomato dan sos berasaskan tomato, adalah sumber makanan kaya dengan lycopene dan menyediakan lebih daripada 80% makanan lycopene di Amerika Syarikat. Malah, jumlah lycopene dalam produk tomato diproses lebih tinggi daripada tomato segar.\n\nMakanan lain dalam diet pemakanan anda mungkin mempunyai kesan kuat terhadap penyerapan lycopene dari sistem pencernaan. Memakannya dengan lemak boleh meningkatkan penyerapan sehingga 4 kali ganda.\n\nWalau bagaimanapun, terdapat variabiliti individu di sini, dan tidak semua orang menyerap lycopene pada kadar yang sama.\u00a0Walaupun produk tomato diproses lebih tinggi dalam lycopene, namun adalah lebih baik makan makanan yang segar daripada makanan yang diproses untuk kesan kesihatan jangka masa panjang.\n\nAntara sebatian tumbuhan utama dalam tomato ialah:\n\nBeta-Carotene: Antioksidan kuning, yang ditukar kepada vitamin A dalam badan.\n\nNaringenin: Ditemui dalam kulit tomato, flavonoid ini telah terbukti mengurangkan keradangan dan melindungi terhadap pelbagai penyakit pada tikus.\n\nAsid klorogenik: Kompaun antioksidan yang kuat, yang boleh menurunkan tekanan darah pada pesakit dengan tekanan darah tinggi.\n\nPenggunaan tomato dan produk berasaskan tomato telah dikaitkan dengan banyak faedah mengenai penyakit jantung, pencegahan kanser dan kesihatan kulit.\n\nPenyakit kardiovaskular, termasuk serangan jantung dan strok, adalah penyebab utama kematian dunia. Satu kajian di kalangan lelaki pertengahan menunjukkan bahawa paras darah rendah lycopene dan beta-carotene dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung dan strok.\n\nPeningkatan bukti daripada ujian klinikal menunjukkan bahawa suplemen lycopene berkesan untuk menurunkan kolesterol LDL. Malah, terdapat juga satu ujian klinikal produk tomato juga menunjukkan manfaat terhadap keradangan dan penanda tekanan oksidatif. Ia juga menunjukkan kesan perlindungan pada lapisan dalaman salur darah kita dan boleh mengurangkan risiko pembekuan darah.\n\nSe;ain itu, serat, kalium, vitamin C, dan kandungan kolin dalam tomato semuanya menyokong kesihatan jantung.\u00a0Peningkatan pengambilan kalium, bersama dengan pengurangan pengambilan natrium, adalah perubahan diet yang paling penting yang boleh dilakukan oleh orang biasa untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.\n\nTomato juga mengandungi folat. Ini membantu mengimbangi tahap homocysteine. Homocysteine \u200b\u200badalah asid amino yang dihasilkan daripada kerosakan protein. Ia dikatakan boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Pengurusan tahap homocysteine \u200b\u200boleh folat mengurangkan salah satu faktor risiko penyakit jantung.\n\nBukan sahaja pengambilan kalium yang tinggi juga dikaitkan dengan risiko terkurang penyakit kardiovaskular, tetapi juga bermanfaat untuk melindungi kemerosotan otot, memelihara kepadatan mineral tulang, dan mengurangkan pembentukan batu karang.\n\nKanser adalah istilah umum untuk pertumbuhan sel-sel yang tidak terkawal yang tidak terkawal yang merebak di luar kebiasaan dan sering menyerang bahagian lain badan.\u00a0Kajian-kajian pemantauan telah menemui hubungan antara tomato, produk tomato dengan beberapa kes kanser prostat, paru-paru dan perut.\n\nKandungan lycopene yang tinggi dipercayai merupakan sebab utama untuk kesan perlindungan ini, tetapi ujian klinikal ke atas manusia diperlukan untuk mengesahkan fakta ini.\n\nTerdapat satu kajian lain yang dijalankan dalam kalangan wanita menunjukkan bahawa kepekatan karotenoid yang tinggi yang kaya dalam tomato, boleh melindungi daripada perkembangan kanser payudara.\n\nMengekalkan pengambilan natrium yang rendah membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat. Walau bagaimanapun, peningkatan pengambilan kalium mungkin sama pentingnya disebabkan oleh kesan pelebaran pada arteri.\n\nMenurut Kajian Kesihatan dan Pemakanan Nasional (NHANES), kurang daripada 2% orang dewasa di Amerika Syarikat memenuhi pengambilan kalium harian yang disarankan iaitu sebanyak 4700mg.\u00a0Pengambilan kalium yang tinggi dan natrium yang rendah juga dikaitkan dengan risiko penurunan julah kematian sebanyak 20%.\n\nKajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang menggunakan diet berserat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah, manakala pesakit diabetes jenis 2 mungkin meningkatkan kadar gula darah, lipid dan insulin. Satu cawan tomato ceri menyediakan kira-kira 2gram serat.\n\nPersatuan Diabetes Amerika mengesyorkan memakan sekitar 25 g serat setiap hari untuk wanita dan dianggarkan 38 g sehari untuk lelaki untuk mengawal penyakit diabetes.\n\nTomato adalah sumber yang kaya dengan lycopene, lutein, dan beta-karoten. Ini adalah antioksidan kuat yang bermanfaat untuk melindungi mata terhadap kerosakan yang disebabkan oleh cahaya, perkembangan katarak, dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD).\n\nKajian Penyakit Mata Berkaitan Umur (AREDS) mendapati bahawa orang yang mengandung asid tinggi karotenoid lutein dan zeaxanthin, kedua-duanya hadir dalam tomato, mempunyai pengurangan sebanyak 35% dalam risiko AMD neovaskular.\n\nTomato dianggap sangat bagus untuk kesihatan kulit. Makanan berasaskan tomato yang kaya dengan lycopene dan sebatian tumbuhan lain boleh melindungi kulit daripada serapan sinar matahari.\u00a0Menurut hasil satu kajian, 40% kesan sunburn berkurang apabila memakan 40 gram pes tomato (mengandungi 16mg lycopene) berbanding dengan minyak zaitun, setiap hari selama 10 minggu.\n\nPenyekat-beta, sejenis ubat yang paling biasa diberikan untuk penyakit jantung. Ubat ini boleh menyebabkan kadar kalium meningkat dalam darah. Makanan kalium yang tinggi seperti tomato perlu dimakan secara sederhana semasa mengambil ubat penyekat-beta.\n\nMengambil terlalu banyak kalium boleh memudaratkan orang yang mengalami fungsi buah pinggang yang merosot. Kegagalan untuk mengeluarkan kalium yang berlebihan daripada darah boleh membawa maut.\n\nMereka yang mengalami penyakit refluks gastroesophageal (GERD) mungkin mengalami peningkatan dalam gejala seperti pedih ulu hati dan muntah apabila memakan makanan yang sangat berasid seperti tomato. Namun, reaksi setiap individu adalah berbeza-beza.\n\nTomato sememangnya kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Anda boleh nikmati tomato secara segar ataupun melalui produk tomato yang telah diproses. Namun, sekiranya anda ingin memakan tomato segar, pastikan penyimpanan tomato segar pada suhu bilik dan elakkan penyejukan, kerana ini menyebabkan tomato kehilangan rasa mereka.\n\nSelain itu, anda juga perlu pastikan tomato segar telah dibasuh sebelum dimakan. Ini kerana, setiap tahun, Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG) menyusun senarai buah-buahan dan sayur-sayuran dengan jumlah racun serangga yang paling tinggi. Makanan ini dikenali sebagai Dirty Dozen.\n\nUntuk 2017, tomato adalah nombor 10 dan tomato ceri nombor 14 dalam senarai. Walaupun tidak terbukti bahawa makanan organik mempunyai manfaat kesihatan secara keseluruhan, EWG menyarankan agar orang ramai membeli tomato organik jika boleh. Membeli tomato organik meminimumkan pendedahan terhadap racun makhluk perosak.\n\nSelain khasiat tomato, ada artikel menarik lain anda perlu baca. Jangan lupa untuk like dan share ya."
"Resepi puding roti pelangi ini adalah menu yang menarik untuk dicuba. Bahkan tiap-tiap weekend kena buat hidangan ini sebab banyak mendapat request dari para ahli keluarga. Terutamanya anak-anak. Betul kan?\n\nApakah anda juga merasakan hal yang sama? Hari-hari anak anda minta dibuatkan puding roti pelangi. Puding ini rasanya sedap, dan bentuknya yang penuh warna ini sangat menarik mata dan hati.\n\nSelain daripada sedap, puding ini juga boleh bikin kenyang. Puding ini juga boleh anda buat sebagai makanan petang-petang mahupun untuk acara majlis. Konfirm akan terus lesap sekelip mata.\n\nTunggu apa lagi, kami hadirkan untuk anda resepi puding roti pelangi yang viral di laman Facebook dikongsikan oleh\u00a0Zura Zul\u200e.\u00a0Cara membuatnya senang saja, janji ada kemahuan dan penuh kasih sayang masa membuatnya. Barulah rasanya semakin tip top. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi puding roti pelangi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pernah dengar masalah ibu berpantang yang mendakwa bahawa ada sesuatu terkeluar sedikit di bahagian farajnya. Ia kelihatan seperti isi yang terkeluar dari bahagian faraj dan kelihatan seperti kerang busuk yang tersentil. Masalah ini biasa berlaku kepada ibu-ibu berpantang selepas bersalin.\n\nIa mungkin masalah biasa dan tidak merbahaya tetapi rasa malu apabila ditegur suami ada benda terkeluar di bahagian faraj itu amat memalukan. Semestinya isteri ingin kelihatan cantik di luar dan dalam pada mata si suami. Jangan bimbang, isi yang terkeluar itu boleh kembali masuk ke dalam semula.\n\nApakah isi yang terkeluar daripada faraj? Adakah ia akan kekal selamanya? Jadi, cuba elak lakukan aktiviti ini ketika berpantang.\n\nMari kami kongsikan kepada anda mengenai aktiviti yang mengakibatkan keluluran dinding rahim terkeluar dari faraj selepas bersalin. Info ini dikongsikan oleh Puan Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.\n\nApakah isi yang terkeluar di bahagian faraj?\n\nItulah dinding dalam faraj yang telah terkeluar. Ia tidaklah seteruk vaginal vault prolapse, dimana keseluruhan dinding rahim terkeluar tetapi ia tetap tampak secara fizikal apabila ada lebihan daging yang terkeluar lebih2 lagi ketika mencangkung dan berdiri.\n\nKeluluran dinding rahim sudah menjadi penyakit buat ibu-ibu muda zaman sekarang. Meskipun ia tidaklah merbahaya, ia menjadi satu perkara yang memalukan buat si wanita terhadap suaminya. Dinding rahim yang terkeluar ini boleh berlaku kepada ibu bersalin normal dan juga secara pembedahan. Ini kerana si ibu tidak menjaga dan merawat kembali kekuatan otot pelvik ketika dalam pantang.\n\nOtot pelvik yang tenat ketika proses meneran bayi dan juga yang luka ketika proses pembedahan tidak diberi kerehatan sepenuhnya. Inilah yang boleh mengakibatkan dinding faraj terkeluar.\n\nAktiviti yang membuatkan keluluran dinding rahim\n\nAntara aktiviti yang mengakibatkan keluluran dinding rahim ialah:-\n\n1. Proses bersalin yang lama dan trauma\n\n2. Mengangkat benda berat2 ketika dalam pantang\n\n3. Bangun secara sit up ketika berbaring di dalam pantang.\n\n4. Banyak mencangkung ketika dalam pantang.\n\n5. Bersila, berjalan hentak kaki ketika dalam pantang.\n\n6. Melakukan senaman yang banyak melompat, menggunakan otot perut ketika dalam pantang.\n\n8. Tidak amalkan rendaman faraj, bertangas dan amalan jamu rapat pada hari ke 30 sehingga hari ke 44 dalam pantang.\n\n*Selepas bersalin, ibu-ibu perlu menjaga tubuh badan dengan baik dan elak melakukan aktiviti yang membawa kemudaratan pada diri. Berpantang dengan betul dan ikut nasihat doktor. Rehatkan diri daripada melakukan aktiviti yang melibatkan faraj. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Penjagaan wajah sangat penting bagi wanita mahupun lelaki, maka tak dinafikan pelbagai produk penjagaan kulit tumbuh dengan banyak bak cendawan. Sama ada wanita atau lelaki, masing-masing perlu kenali kesesuaian kulit dalam menggunakan apa-apa produk.\n\nRamai yang terlepas pandang, untuk mengekalkan kulit bersih, lembab dan sihat, clay mask atau masker tanah liat berfungsi sebagai vitamin untuk mengatasi masalah kulit yang kita hadapi. Ia mengandungi mineral seperti potasium,magnesium, silika, kalsium dan lain-lain.\n\nKini, pelbagai jenis clay mask yang terdapat di pasaran namun anda boleh memilih clay mask terbaik Watson yang pastinya berkesan.\n\n1. GVC Purifying Clay Mask 100ML\n\nClay mask terbaik Watson yang menjadi pilihan adalah dari Good Virtues Co. Purifying Clay Mask mengandungi bahan semulajadi seperti minyak habbatussauda, Jeju Lava, Purple Clay dan banyak lagi. Ia membekalkan nutrisi dan antioksidan ke dalam kulit wajah untuk tampil lebih sihat.\n\nIa membersihkan kulit dengan lebih baik sekaligus mengangkat kotoran sel mati kulit. Kulit tampak lebih bersih, cerah dan segar. Anda boleh gunakannya seminggu 1 atau 2 kali.\n\n2. L\u2019OREAL PARIS Pure Clay Mask Illuminating\n\nBagi mendapatkan kulit yang lebih cerah, bersih dan segar, clay mask terbaik Watson ini dapat mengatasi masalah kulit kusam, kering dan jerawat. Menarik lagi, kulit akan tampak lebih berseri-seri dan cantik daripada biasa. Clay mask ini sangat sesuai untuk mereka yang berkulit jerawat. \n\nPure Clay Mask Illuminating ini merupakan jenama antarabangsa yang sangat dipercayai di Malaysia. Ia lengkap dengan kandungan terbaik tanah liat, British Kaolin Clay serta ekstrak serai yang dapat detoks kulit mati.\n\nBagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat, Mamonde Pore Clean Clay Mask ini sangat sesuai digunakan. Kulit takkan kering, malah kandungan tanah liat kaolin dan bentonit ini akan melembabkan wajah dengna membersihkan minyak berlebihan pada kulit. \n\nRadikal bebas dan bakteria pada wajah juga akan dihapuskan justeru masalah jerawat dapat dikurangkan. Kandungan ekstrak Eosengcho dapat membantu memudarkan jerawat dan menghalang bakteria.\n\n4. NEOGENCE DEEP PORE CLEANSING MASK\n\nSiapa sangka clay mask juga dapat menyelesaikan masalah kulit wajah yang pelbagai. Neogence Deep Pore Clay Mask ini berfungsi memudarkan parut jerawat, jerawat, sebum berlebihan dan lain-lain lagi. \n\nMalah, liang pori yang besar dan masalah radang muka juga dapat diselesaikan. Tak lain dan tak bukan adalah kerana penyerapan minyak dari Neogence Cleansing Mask. Ia terbukti berkesan dan mendapat banyak feedback pengguna yang menyeronokkan.\n\n5. Collagen By WS Trouble Free Two Way Clay Mask\n\nClay mask juga membolehkan kulit lebih cerah dan licin. Dengan cara mengangkat sel kulit mati, Collagen By WS Trouble Free Two Way Clay Mask juga membekalkan nutrisi terbaik untuk kulit anda.\n\nKotoran mudah dihapuskan dari kulit wajah. Minyak wajah berlebihan juga menjadi makin kurang dan pastinya kulit lebih segar dan lembab. Collagen green buds ini mengandungi bahan aktif semulajadi untuk melindungi kulit.\n\n6. FREEMAN FEELING BEAUTIFUL AVOCADO & OATMEAL\n\nUmum tahu bahawa buah avocado sememangnya mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk kulit dan dalaman. Clay mask terbaik Watson ini mengandungi Vitamin E, Oatmeal dan juga Avocado.\n\nClay mask terbaik Watson ini membantu kulit lebih lembab dan lembut. Menarik lagi, ia menghalang kotoran dan minyak dari liang-liang pori wajah. Anda akan merasai perbezaannya setelah menggunakan clay mask ini.\n\n7. Clinelle Purifying Clay Mask 80 ml\n\nWajah lebih licin dan flawless jika mengamalkan pemakaian clay mask Clinille 1 \u2013 2 kali seminggu. Masalah bintik hitam, bintik putih, jeragat serta jerawat semakin pudar dengan clay mask terbaik Watson ini. Selain melembabkan wajah, ia juga akan membaiki sel-sel kulit yang rosak.\n\n8. Pink By PB Bye Bye Pores Clay Mask\n\nKulit akan lebih baik dengan adanya clay mask terbaik Watson ini. Ia menyerap sebum dan menutup liang pori yang terbuka sambil membersihkan kulit sebaiknya. Kandungan clay mask ini menyegarkan dan membersihkan kulit dengan lebih lagi.\n\nAnda boleh gunakannya setiap seminggu 1 atau 2 kali. Pakai dalam masa 10 atau 15 minit kemudian bilas wajah anda. Mudah bukan? Kesannya juga sangat menakjubkan.\n\n9. NARUKO Tea Tree Purifying Clay Mask\n\nClay mask terbaik Watson yang menjadi pilihan ramai ini bukan sahaja berfungsi sebagai mask, tetapi juga sebagai cleanser. Menariknya anda dapat jimat tetapi memperoleh hasil seperti yang anda inginkan.\n\nNARUKO Tea Tree Purifying Clay Mask adalah 3 dalam 1 di mana ia dapat membersihkan kulit, mengekalkan kelembapan kulit serta menghalang bakteria yang menyebabkan berlakunya jerawat. Minyak pada kulit wajah juga dapat dikurangkan.\n\n10. Rice Pure Clay Mask To Foam Cleanser 150ml\n\nThank You Farmer mengeluarkan Pure clay mask yang juga berfungsi 2 dalam 1. Ia juga boleh digunakan sebagai pencuci wajah selain dari clay mask. Produk buatan Korea ini dapat menjadikan kulit wajah lebih sihat secara semulajadi.\n\nTahukah anda, Clay Mask terbaik Watson ini diperbuat dari beras Korean Gyodong yang membantu menyerikan wajah dan tampak lebih bersinar selain dari mengawal sebum minyak waah, melicinkan kulit dan mengekalkan kelembapan wajah.\n\nItulah antara clay mask terbaik watson yang boleh anda pilih. Pastinya ia adalah pilihan terbaik dari Watson. Jom baca juga shampoo terbaik, shampoo terbaik untuk rambut gugur, lip balm terbaik dan toner terbaik untuk kulit kering.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Hai semua! Akhir minggu banyak masa untuk berkreativiti di dapur. Hidangkan kek butter kukus untuk memulai hari.\n\nKek butter ini ialah mudah kerana hanya gunakan 4 bahan sahaja. Saking mudahnya bahkan kek butter paling banyak jadi menu pilihan untuk pemula. Mana tidaknya, hanya menggunakan tepung, buttercup, telur dan gula boleh menghasilkan kek butter konfirm gebu.\n\nDengan resepi penyediaan cara kukus ini, membuat kek butter jadi lebih mudah untuk anda yang tidak punya [email\u00a0protected]. Selain kek butter sedap untuk minum petang dengan keluarga, ianya juga boleh dijadikan menu untuk kenduri kendara. Dengan kreativiti anda boleh deko dan ciptakan kek butter yang cantik dan menarik.\n\nAin Niey ke laman Facebook telah berkongsikan resepi kek butter kukus yang mudah dengan 4 bahan sahaja. Rugi jika anda lewati resepi ini. Sila cubakan sekarang.\n\nResepi Kek Butter Kukus 4 Bahan\n\nSelain resepi gulai kek butter kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Hari ini kami bawakan resepi khas daripada Indonesia iaitu resepi Roti Sisir. Resepi ini amat mudah untuk disediakan memandangkan ianya menggunakan bahan yang amat ringkas dan senang untuk didapati. \n\nSekiranya anda ingin menarik minat anak anda untuk makan lebih banyak karbohidrat, menyediakan mereka hidangan yang lazat dan mengenyangkan dapat membantu anda. Hidangan yang seimbang dapat menyihatkan tubuh badan anak anda selain ianya juga dapat meningkatkan IQ anak anda. Jadi, sekiranya anda mahukan anak anda untuk berjaya dalam bidang mereka, hidangkanlah mereka dengan hidangan yang seimbang. \n\nSelain itu, air tangan ibu juga amat istimewa, oleh itu kami bawakan resepi roti sisir ini untuk anda sendiri sediakan kepada anak anda. Moga resepi ini dapat memberi manfaat kepada anda dan seluruh keluarga anda. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh FazzRie YaRna dan telah mendapat perkongsian yang banyak di media sosial. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang \u2013 alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial."
"Selalunya honeymoon atau berbulan madu dilakukan saat mula berumahtangga. Iya tak dinafikan honeymoon sewaktu lepas saja diijabkabulkan tu sangat penting untuk membantu bina persefahaman tetapi honeymoon ini bukanlah untuk pasangan yang baru berkahwin saja. Honeymoon atau bulan madu ini sebenarnya jauh lebih penting untuk pasangan yang dah lama kahwin.\n\nKenapa pasangan yang dah lama kahwin perlu pergi honeymoon? Sejujurnya ada banyak sebab mengapa dan kenapa pasangan yang dah lama kahwin ini patut luangkan masa untuk berbulan madu bersama. \n\nBagi yang masih musykil kenapa bulan madu setelah lama berkahwin ini penting, di sini akan dikongsikan 10 Manfaat Honeymoon Untuk Pasangan Yang Dah Lama Kahwin sebagai rujukan semua pasangan. \n\n10 Manfaat Honeymoon Untuk Pasangan Yang Dah Lama Kahwin\n\nTak nak tunggu lama-lama, jom kita baca satu persatu untuk 10 manfaat atau sebab mengapa honeymoon ini penting!\n\n#1 \u2013 Dapat Mengembalikan Kenangan Manis Saat Mula Berkahwin Dulu\n\nBetul kan? Jika dapat honeymoon bersama bermakna kenangan manis saat mula berkahwin dulu tentu akan mula terbayang di ingatan. Lagi-lagi jika pergi honeymoon ke tempat yang sama saat kali pertama berbulan madu selepas selamat diijabkabul dulu. Ah alangkah romantiknya!\n\n#2 \u2013 Dapat Mengeratkan Semula Kasih Dan Sayang Seperti Asal\n\nApabila dah dapat honeymoon bersama begini, bolehlah rapatkan semula hubungan untuk kembali mesra seperti dulu. Peluang dah ada depan mata maka gunakanlah dengan sebaiknya. \n\n#3 \u2013 Dapat Mengenali Pasangan Dengan Lebih Rapat Lagi\n\nJangan ingat dah kahwin lama ni sudah dapat kenal segalanya tentang pasangan tau! Semakin umur meningkat bermakna semakin ada perkara yang berubah dan apabila berubah begini maka sudah tentu akan ada perkara yang perlu cuba difahami semula tentang si pasangan kita tu. \n\nSebagai contoh, dulu masa mula kahwin suka sangat makan buah jambu batu tetapi sekarang ni bila dah makin berumur selera pun dah bertukar, almaklumlah gigi dah tak kuat macam dulu lagi. \n\n#4 \u2013 Dapat Meluangkan Masa Bersama Dengan Penuh Kualiti \n\nApabila dapat honeymoon berdua begini dapatlah menenangkan fikiran dan meninggalkan segala perkara lain di belakang. Jika sebelum ini sibuk berkerja maka sekarang dapatlah ditumpukkan perhatian sepenuhnya terhadap pasangan tanpa perlu memikirkan perkara lain. \n\n#5 \u2013 Dapat Berbincang Tentang Masalah Rumahtangga Dalam Suasana Santai \n\nSeandainya ada sebarang masalah dalam rumahtangga maka suasana honeymoon ini dapat digunakan untuk berbincang dengan baik dalam mencari jalan penyelesaian. Pastikan berbincang dengan baik dan jangan sampai ke tahap bergaduh pula.\n\n#6 \u2013 Dapat Menghangatkan Semula Suasana Romantis Dalam Perhubungan\n\nJangan anggap dah lama kahwin tak boleh romantik. Malah pasangan yang baru berkahwin jauh lebih cemburukan pasangan yang dah lama bersama tapi masih boleh kekalkan ikatan dengan tampak sangat mesra. Jalan berdua berpegangan tangan di usia emas contohnya adalah satu contoh terbaik untuk pasangan suami isteri yang lain. \n\n#7 \u2013 Dapat Mengembirakan Hati Masing-Masing \n\nDah nama pun bercuti, tentulah seronok kan? Lagi-lagi bila dapat bercuti bersama dengan pasangan tersayang di suatu lokasi yang sangat cantik. Alang-alang dah bercuti tu berseronoklah bersama dan gembirakanlah hati pasangan masing-masing dengan sebaiknya. \n\n#8 \u2013 Dapat Menghilangkan Segala Tekanan Yang Ada \n\nStress adalah musuh utama untuk si suami yang berkerjaya. Stress ini juga musuh utama walaupun untuk isteri sepenuh masa yang terpaksa menghabiskan masa dan tenaga dalam menguruskan rumahtangga selama ini. Afdal sangat bila dapat bercuti dalam suasana honeymoon sebagai sebuah pelarian untuk membuang semua stresss yang ada di dalam diri masing-masing. \n\n#9 \u2013 Dapat Bercuti Dalam Suasana Penuh Privasi Tanpa Gangguan\n\nHoneymoon tak sama dengan percutian bersama family. Jika bercuti dengan family akan riuh rendah dengan suara dan kerenah anak-anak yang asyik bising bermain dan nak itu ini tetapi dengan suasana bulan madu begini semuanya sangat privasi sekali. \n\n#10 \u2013 Dapat Mencipta Sebuah Lagi Kenangan Bersama Yang Sukar Untuk Dilupakan\n\nNak honeymoon begini tiap-tiap tahun pun boleh. Tiada siapa pun yang dapat menghalang. Ciptalah kenangan demi kenangan selagi hajat masih ada. Hargailah pasangan dengan terus mencipta kenangan bersama sebagai sebuah tanda cinta untuk dikenangan buat selamanya. \n\n4 Tips Untuk Pilih Lokasi Honeymoon Yang Sesuai\n\nRamai yang berpendapat yang honeymoon ni mestilah di tempat yang tak pernah lagi dikunjungi. Mesti juga jauh dan special. Sebenarnya honeymoon ini bersifat universal untuk diraikan dengan cara masing-masing. Jika mahu berjimat anda boleh saja bercuti dan honeymoon serentak di mana-mana lokasi yang sesuai dengan keadaan dan bajet. \n\nAntara tips yang boleh digunapakai untuk memilih lokasi untuk misi berhoneymoon bersama pasangan ini adalah :\n\n1- Fahami Situasi Yang Lebih Disukai Pasangan \n\nPertama sekali kena tahu apakah kesukaan pasangan kita. Sebagai contoh adakah dia lebih sukakan pantai berpasir halus dengan lautan yang luas mata memandang ataupun beliau lebih sukakan suasana air terjun di balik pergunungan yang hijau dan sejuk. Buatlah keputusan berdasarkan perkara ini.\n\nUntuk honeymoon tak bererti perlu ke luar negara. Ia juga tak bermaksud perlu ke negeri yang agak jauh sebagai contoh berada di Terengganu dan ingin bercuti di Pulau Langkawi. Tidak perlu itu semua jika bajet agak terhad. Andai kebetulan anda berada di Terengganu maka boleh saja ke mana-mana pulau yang terdekat seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Redang dan sebagainya.\n\n3- Boleh Bercuti Di Mana-Mana Hotel Terdekat Jika Masa Cuti Agak Terhad\n\nAndaikata cuti yang diperolehi hanya sekejap saja maka honeymoon begini boleh diluangkan bersama dengan check-in (menempah masuk) di mana-mana hotel untuk percutian 2 hari 1 malam. Waktu siang bermandi di pool, malamnya pula menikmati candle light dinner dengan suasana cahaya lilin. \n\n4- Tempah Untuk Bermalam Di Hotel Kat Kampung Halaman Jika Ada Anak Untuk Dipantau\n\nSekiranya ada anak, maka boleh gunakan kesempatan bercuti untuk pulang ke kampung dan dalam masa yang sama check-in mana-mana hotel untuk tinggal berdua untuk semalaman. Anak yang ada bolehlah minta ibubapa atau adik beradik tengokkan sekejap. Tapi jangan pula lupa beli sedikit hadiah sebagai tanda terima kasih di atas bantuan mereka.\n\n7 Cara Untuk Rancang Honeymoon Yang Betul Sebelum Bertolak\n\n1- Buat perancangan sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal\n\n2- Mohon cuti sekurang-kurangnya sebulan sebelum bertolak\n\n3- Maklumkan tujuan percutian kepada keluarga / majikan / rakan sekerja\n\n4- Dapatkan pengasuh yang boleh diharap untuk menjaga anak-anak \n\n5- Sediakan stok makan minum yang mencukupi untuk anak-anak \n\n6- Rancang aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama semasa sedang honeymoon nanti \n\n7- Kira perbelanjaan dengan betul supaya tidak over budget\n\nItulah serba sedikit info berkaitan dengan manfaat honeymoon untuk pasangan yang dah lama kahwin. Apa tunggu lagi, rancanglah sebuah percutian dalam mood honeymoon bersama pasangan dan boleh juga jika rancang seorang diri kemudian baru maklumkan pada pasangan sebagai hadiah kejutan sempena ulangtahun perkahwinan dan sebagainya."
"Anda bakal bergelar raja sehari? Seawal 6 bulan sebelum majlis keramat tersebut, seeloknya anda sudah mula membuat persiapan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan checklist kahwin yang boleh menjadi panduan anda supaya takde yang tercicir.\n\nPerkara paling utama yang perlu anda lakukan ialah menetapkan tarikh majlis perkahwinan di belah pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Bagaimana dengan majlis akad nikah? Adakah anda akan lakukan upacara akad nikah pada hari yang sama dengan majlis bersanding, atau anda memilih untuk melakukan upacara akad nikah pada sebelah malam & diikuti oleh majlis resepsi pada keesokan harinya?\n\nBagaimana dengan majlis di belah pengantin lelaki? Jika jarak lokasi antara majlis pengantin lelaki dan pengantin perempuan adalah dekat, majlis untuk pihak pengantin lelaki boleh dilakukan pada keesokan harinya sementara sauda-mara masih ada. Namun ianya pasti akan memenatkan semua pihak.\n\nPilihan kedua ialah mengadakan majlis belah pengantin lelaki pada minggu seterusnya namun ianya akan menyebabkan suadara-mara yang jauh terpaksa datang dua kali, dan mungkin akan ada yang tidak akan menyertai rombongan anda pergi ke majlis pengantin lelaki.\n\nApa pun, buat keputusan yang terbaik untuk semua pihak.\n\nSelain tarikh majlis akad nikah dan resepsi, lokasi majlis perkahwinan juga tidak kurang pentingnya. Anda sudah boleh tentukan di mana majlis akad nikah akan diadakan. Adakah anda memilih untuk diijab kabulkan di masjid, di rumah, atau di lokasi resepsi sejurus sebelum majlis resepsi bermula?\n\nBagaimana pula dengan lokasi untuk majlis resepsi? Adakah anda akan mengadakan kenduri di kawasan rumah ibu bapa tercinta atau anda berniat untuk menyewa dewan supaya majlis anda nampak lebih grand? Atau mungkin anda nak buat majlis lain daripada yang lain dengan mengadakan majlis di taman?\n\nSekiranya anda memilih untuk menyewa dewan, atau di taman, pastikan anda sudah membuat tempahan selewatnya 6 bulan sebelum tarikh majlis bagi memastikan tiada pihak lain menggunakan dewan tersebut pada hari istimewa anda.\n\nDi Malaysia, semua bakal pengantin baru diwajibkan untuk memiliki sijil kursus perkahwinan. Kursus perkahwinan biasanya diadakan selama 2 hari, dan anda boleh pilih untuk menghadiri kursus pada hari sabtu & ahad supaya tidak mengganggu urusan kerja.\n\nAnda juga boleh memilih sama ada mahu menyertai kursus perkahwinan anjuran pejabat agama atau kursus perkahwinan swasta. Harga kursus perkahwinan swasta adalah lebih mahal berbanding kursus perkahwinan yang disediakan oleh pejabat agama.\n\nSetelah anda mendapat tarikh untuk majlis akad nikah, dan sesudah menghadiri kursus perkahwinan, anda boleh terus pergi ke pejabat agama mukim anda akan menjalankan majlis untuk membuat permohonan berkahwin. Prosedurnya tidak susah. Anda cuma perlu mengambil borang, isi maklumat yang diperlukan, dan kemudian hantar ke pejabat agama tersebut untuk pengesahan.\n\nSekiranya bakal suami anda sudah mempunyai isteri, bagi sesetengah negeri, kebenaran isteri pertama adalah salah satu daripada syarat permohonan berkahwin.\n\nJangan lupa untuk melakukan ujian saringan HIV untuk dihantar bersama dalam borang permohonan perkahwinan. Tujuan ujian saringan ini ialah untuk mengelakkan jangkitan HIV kepada pasangan akibat hubungan seks selepas menjadi suami isteri yang sah. Sekiranya salah seorang daripada anda disahkan HIV positif, terpulang kepada anda sama ada mahu meneruskan majlis atau memilih untuk membatalkannya.\n\nDah ada tarikh pekahwinan, dah ada lokasi, permohonan perkahwinan pun dah dibuat, kini tiba masanya untuk anda menentukan tema untuk majlis resepsi anda. Anda sukakan majlis bertema tradisional, english, atau moden dengan bungaan segar? Selain tema majlis, anda juga perlu memilih warna untuk majlis yang bakal diadakan. Anda sukakan warna ungu yang romantik? Atau lebih sukakan warna merah yang nampak menyerlah? Atau mungkin anda lebih berminat dengan warna kuning diraja memandangkan anda dan bakal suami merupakan raja sehari pada majlis tersebut?\n\n7. Tempahan baju pengantin & pelamin\n\nDah ada tema dan warna pilihan untuk majlis resepsi, sekarang anda boleh membuat tempahan baju pengantin dan pelamin. Baju pengantin dan pelamin biasanya akan dipilih bersesuaian dengan tema. Sebagai contoh, sekiranya anda memilih majlis bertemakan tradisional, baju songket adalah lebih sesuai untuk majlis anda. Untuk majlis resepsi bertemakan moden, gaun panjang & kot adalah pilihan yang tepat.\n\nSelain baju pengantin, jangan lupa untuk memilih aksesori seperti tiara dan kasut. Untuk pelamin, sekali lagi anda berkesempatan untuk memilih design yang simple atau pun design yang sarat. Terpulang kepada selera anda.\n\nSekarang tiba masanya untuk anda menentukan tetamu jemputan yang akan diundang ke majlis istimewa anda. Berapa ramai yang nak dijemput? Siapa yang nak dijemput? Anda nakkan majlis kecil\u00a0 dyang dihadiri oleh saudara-mara dan rakan rapat sahaja atau anda nakkan majlis besar-besaran dan menjemput siapa sahaja yang anda kenal?\n\nDah dapat jumlah tetamu yang nak dijemput, anda boleh membuat tempahan kad kahwin. Anda pasti rambang mata melihat design kad kahwin moden yang serba cantik.\n\nJangan lupa untuk membuat tempahan catering untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Pastikan anda merasa dulu sample makanan sebelum memilih catering.\n\nTiba masanya untuk anda menentukan berapa jumlah hantaran dari pihak lelaki dan perempuan, dan apa yang nak diisi di atas dulang. Dah dapat senarai barang hantaran, anda boleh mula membeli sedikit demi sedikit. Kalau nak murah, beli semasa jualan murah.\n\nAnda nak pilih siapa sebagai pengapit anda nanti? Jangan lupa untuk buat pilihan awal-awal supaya tak pening untuk buat keputusan pada saat terakhir.\n\nItulah dia checklist kahwin yang ingin kami kongsikan kepada anda. Anda juga boleh baca perkongsian kami tentang tips memilih barang hantaran, rukun nikah, dan tips keluarga bahagia."
"Popia merupakan sejenis kuih yang digulung bersama inti. Ada popia goreng dann popia basah. Nak upgrade lagi ada popia goreng yang disira. Sedapnya. Rasa-rasa pedas, manis, masin dan rangup gitu. Pasti nak lagi dan lagi.\n\nInti popia selalunya dipenuhi oleh sayur-sayuran seperti taugeh, lobak merah, sengkuang, daun bawang daun sup dan sebagainya. Selain sayur-sayuran, ada juga inti yang di tambah lauk seperti udang kering, ikan, ayam, daging dan sebagainya. Terpulang kepada si pembuat.\n\nMari tengok resepi mudah untuk membuat popia goreng. Resepi ini dikongsi oleh Norfarhana Ariffin di laman muka buku aka facebook. Sekelip mata dah boleh siap menu ini. Tambah-tambah sekarang sudah tak perlu membuat kulit popia sendiri. Boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual barang-barang frozen. Mudahkan? Apa lagi? Jom !\n\nBahan B: Bahan untuk Sos Sira\n\nDah siap. Mudah dan cepat kan. Bolehlah buat nanti untuk santapan seisi keluarga. Selain dari resepi Popia Goreng ini, blog kami juga ada paparkan resepi-resepi menarik yang lain. Pelbagai resepi kuih-muih, lauk-pauk, pencuci mulut, pembuka selera dari pelbagai latar belakang. Jemput tengok dan mencubanya."
"Kanak-kanak dengan mainan memang tidak dapat dipisahkan. Anak-anak perlu bermain untuk menggalakkan perkembangan serta tumbesaran yang baik bagi mereka. Malah, anak-anak tidak perlukan mainan yang best-best untuk membuatkan mereka seronok bermain.\n\nCukup sekadar beri mereka satu ruang yang sangat luas, maka mereka dengan sendirinya akan kreatif mencipta mainan mereka sendiri di ruang yang kosong itu.\n\nBagi ibu bapa, anda pasti tercari-cari taman permainan yang menarik untuk anda bawa anak-anak anda di hujung minggu. Di sini, kami senaraikan taman permainan indoor dan outdoor untuk pilihan anda. Anak-anak anda juga pasti teruja jika setiap minggu anda akan bawa mereka ke tempat yang berbeza-beza untuk mereka bermain dan belajar.\n\nTaman Metropolitan Kepong juga dikenali sebagai Taman Layang-layang. Ini kerana, ramai pengunjung yang akan bermain laying-layang di sini. Malah, ia sudah menjadi satu trademark bagi Taman Metropolitan ini.\n\nTaman Metropolitan Kepong seluas 90 hektar merupakan antara taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat beriadah warga kota dan penduduk sekitar seperti Selayang dan Batu Caves. Taman ini dilengkapi trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk permainan layang-layang.\n\nAnak-anak bukan sahaja akan seronok bermain di taman permainan, tetapi juga mereka boleh melakukan aktiviti berbasikal ataupun bermain layang-layang. Di sini juga terdapat banyak gerai jualan.\n\nJadi, setelah penat bermain, perut jadi lapar, anda boleh sahaja membeli pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual di sini. Kemudian, cari tempat yang sesuai untuk anda bentangkan tikar, seterusnya anda boleh berpiknik santai di petang hari bersama keluarga anda di sini.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (6.00pagi \u2013 8.00malam)\n\nLokasi: Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur\n\nTaman Tasik Ampang Hilir itu meliputi kawasan seluas kira-kira 16 hektar termasuk tasik seluas 12 hektar. Secara keseluruhan, terdapat 14 buah taman-taman rekreasi awam di sekitar Kuala Lumpur. Jika anda menyusur Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR II), anda akan nampak Taman Tasik Ampang Hilir ini berdekatan kawasan Flaminggo.\n\nTaman rekreasi ini menyediakan taman permainan untuk kanak, trek jogging, gazebo untuk anda sekeluarga bersantai-santai, dan juga kemudahan-kemudahan asas yang lain.\n\nKeindahan tasik yang terbentang luas juga boleh menjadi terapi buat anda sekeluarga. Sambil-sambil anak main di taman permainan, anda boleh memancing di kawasan tasik ini kerana tasik ini juga sering diadakan pertandingan memancing kerana terdapat pelbagai spesies ikan terbaik di tasik ini.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (6.00pagi \u2013 8.00malam)\n\nLokasi: 115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur\n\nTaman Pulu Ulu, Cheras merupakan sebuah reka bentuk pembangunan di kawasan seluas 33 ekar (13.35 hektar) ini mengambil kira keperluan pengguna dengan bercirikan konsep taman metropolitan, mesra pengguna, penghijauan taman, pendidikan taman serta rekreasi air.\n\nBerbeza dengan taman-taman rekreasi yang lain, Taman Pudu Ulu mempunyai tarikan yang tersendiri kerana adanya kolam mandi yang dibuka kepada orang awam secara percuma. Namun begitu, saat artikel ini ditulis (15/11/2018), kolam mandi tersebut ditutup untuk proses selenggara.\n\nWalau bagaimanapun, anda masih boleh membawa anak-anak anda untuk bermain di taman permainan yang terdapat di sini. Kawasan ini sangat luas, namun keadaannya (semasa artikel ini ditulis) agak suram dan kurang meriah. Mungkin kerana kolam mandi ditutup buat sementara waktu ini.\n\nKemudahan asas seperti tandas, surau dan parkir turut tersedia di sini. Namun tidak ada gerai jualan di sini. Oleh itu, sekiranya anda bercadang untuk berpiknik di sini, anda perlu menyediakan makanan terlebih dahulu, atau anda boleh beli di kedai makan yang terdapat di bahagian luar pagar Taman Pudu Ulu.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (6.00pagi \u2013 8.00malam)\n\nLokasi: Jalan Pudu Hulu, Taman Pertama, Cheras, 55300 Kuala Lumpur\n\nTaman permainan indoor banyak terdapat di pusat membeli-belah yang terkemuka di negara kita. Jika anda ingin membawa anak-anak anda bermain di tempat permainan seperti ini, anda perlu menyediakan wang bayaran yang diperlukan.\n\nIni kerana, hampir ke semua tempat permainan indoor mengenakan bayaran masuk untuk setiap kanak-kanak, tetapi percuma bagi ibu bapa yang menemani anak-anak. Tidak seperti taman permainan outdoor yang hampir kesemuanya adalah percuma kerana ia disediakan oleh pihak kerajaan negeri sebagai salah satu kemudahan rekreasi untuk rakyat.\n\nSelain itu, antara syarat lain untuk memasuki taman permainan indoor adalah perlu memakai stokin. Ibu bapa dan anak-anak yang memasuki premis ini perlu memakai stoking sepanjang masa di dalam kawasan tersebut. Tambahan juga, makanan dari luar adalah dilarang untuk dibawa masuk ke taman permainan indoor.\n\n1) Jkids Malaysia Playground & Party\n\nJkids adalah salah satu taman permainan indoor yang mempunyai banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di sini terdapat banyak permainan yang sesuai untuk anak-anak seperti gelongsor, kawasan pasir tiruan, permainan tunggangan dan tempat belajar.\n\nHiasan dekorasi taman permainan ini juga sangat ceria berwarna-warni. Pasti anak-anak anda teruja untuk meluangkan masanya di sini untuk bermain sambil belajar.\n\nBayaran: Isnin-Jumaat RM20 | Sabtu-Ahad RM30\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi \u2013 9.00malam)\n\nTropicana City Mall: 2F, 40A, No 3, Jalan SS20/27 47400 Petaling Jaya\n\nParadigm Mall: 1F, 28, No 1, Jalan SS 7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya\n\nPublika: G3-50, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur\n\nGamuda Walk: L2-12&L2-13, Gamuda Walk, 12, Persiaran Anggerik Vanilla,\u00a0Kota Kemuning Section 31, 40460 Shah Alam\n\nMitsui Outlet Park KLIA: F40, Mitsui Outlet Park KLIA, Persiaran Komersial, 64000 KLIA, Sepang\n\nTaman permainan kanak-kanak ini berasal dari negara China. Di Malaysia, ia hanya terdapat di 4 tempat yang terletak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Permainan yang terdapat di sini, lebih kurang sama juga seperti yang terdapat di taman permainan indoor yang lain. Namun, yang menjadi tarikan di sini adalah \u2018Cassia Seed Pool\u2019.\n\nCassia Seed adalah sejenis herba yang popular di China. Cassia Seed ini tidaklah terlalu kecil saiznya, ia seakan-akan biji halba tetapi berwarna coklat kehitaman. Cassia Seed ini digunakan sebagai medium untuk anak-anak bermain seakan-akan bermain pasir.\n\nNamun, dari segi keselamatan, ia selamat untuk anak-anak bermain. Sekiranya anak kecil anda memasukkan Cassia Seed ini ke dalam mulut, ia akan melekat pada lidah anak dan akan membuatkan anak tidak selesa dan akan memuntahkan semula bihi hitam tersebut.\n\nWalau bagaimanapun, sekiranya anak anda tertelan Cassia Seed ini, ia juga tidaklah memudaratkan kerana Cassia Seed adalah bahan organic dan boleh dihadam.\n\nNamun begitu, tempat mainan ini adalah tempat awam dan pastilah terdedah kepada kotor yang kita nampak ataupun tidak nampak dengan mata kasar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau anak-anak ketika mereka bermain untk mengelakkan anak anda memasukkan Cassia Seed tersebut ke dalam mulut.\n\nBayaran: Isnin-Jumaat RM28 | Sabtu-Ahad RM40\n\nWaktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi \u2013 9.00malam)\n\nThe Mines: L4-07F/G(p), Level 4, The Mines, Jalan Dulang, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor.\n\nKlang Parade: S62 & S63 second floor, Klang Parade, No 2112, KM2, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor\nQuill City Mall: Lot 2-33A & 35, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur\nLeisure Mall: L2-50 & 50A Level 2 Cheras Lesuire Mall, Jalan Manis 6, Taman Segar, 56100 Kuala Lumpur\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Carta Pergerakan Janin yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Pil perancang sebenarnya turut digelar sebagai pil hormon.\u00a0Ia\u00a0mengandungi hormon estrogen, dan ada yang digabungkan dengan\u00a0hormon progestin. Ia digunakan untuk mengelakkan daripada mengandung. Namun, adakah ianya selamat?\n\nPil perancang berfungsi menghentikan proses ovulasi dan menjadikan anda tidak subur buat sementara waktu. Hormon yang terdapat dalam pil perancang akan menghalang telur (ovum) daripada meninggalkan ovari atau menempel pada dinding rahim.\n\nProses ini menyebabkan tiada telur yang dapat disenyawakan walaupun sperma mungkin berjaya memasuki rahim. Selain itu, ia juga yang bertindak menebalkan mukus yang terdapat pada pangkal rahim (serviks). Tindakan ini menyukarkan sperma untuk menembusinya.\n\nApakah jenis pil perancang yang terdapat di pasaran?\n\nPil jenis ini ialah pil yang biasa digunakan. Ianya mengandungi kedua-dua hormon estrogen dan progestin.\n\nAntara jenama yang terdapat di pasaran ialah: Oralcon, Mercilon, Marvelon, Loette, YAZ, Yasmin. Yasmin adalah antara produk yang terbaru dan digemari ramai. Ia dipercayai kurang kesan sampingan walaupun harganya jauh lebih mahal.\n\nRamai pengguna bersetuju bahawa pil perancang jenama Yasmin tidak mempunyai kesan berat badan berlebihan, tidak menjejaskan kitaran haid, dan tidak mengurangkan perasaan berahi dalam hubungan intim.\n\nPil mini dipreskripsi oleh doktor khas untuk mereka yang menyusukan bayi. Jenama yang biasa didengar ialah Norriday dan Cerazette.\n\nBerbeza dengan pil kombinasi, pil jenis ini tidak boleh dibeli sewenang-wenangnya dari farmasi kerana boleh memudaratkan jika disalahguna.\u00a0Pil ini berinteraksi dengan beberapa jenis ubat seperti antibiotik, ubat sawan, arthritis, dan ubat tidur.\n\nAdakah anda memerlukan preskripsi doktor untuk menggunakan pil perancang?\n\nSekiranya anda berumur 35 tahun ke atas atau pernah mengalami sebarang penyakit, anda seharusnya merujuk kepada preskripsi doktor. Walaupun sesetengah pil perancang boleh dibeli dari farmasi, sebaik-baiknya dapatkanlah nasihat daripada mereka yang lebih arif sekiranya anda berhasrat untuk memulakan\u00a0pengambilannya.\n\nSewaktu anda membawa bayi ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan berkala, biasanya jururawat akan bertanya sama ada anda berhasrat untuk merancang kehamilan seterusnya. Jangan malu bertanya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pencegahan kehamilan yang selamat.\n\nAdakah semua wanita boleh mengambil pil perancang?\n\nKebanyakan wanita yang normal dan sihat tubuh badan boleh mengambil pil perancang, cuma perlu mencari yang sesuai. Anda tidak digalakkan mengambil pil ini\u00a0sekiranya anda merokok, mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, migrain, kanser, sawan, masalah salur darah, atau penyakit hati.\n\nBila boleh mula ambil pil perancang?\n\nSecara amnya ibu menyusu boleh memulakan pil mini\u00a0 6 minggu selepas bersalin supaya anak lebih matang dan pengeluaran susu ibu sudah mantap. Ini kerana pil perancang boleh mengurangkan pengeluaran susu badan. Ibu-ibu yang memberi susu formula pula boleh mula mengambil pil perancang 3 minggu selepas bersalin.\n\nPil perancang mempunyai kesan sampingan, namun ia sepatutnya bersifat minimal dan sementara.\n\nAntara kesan sampingan yang biasa dirasai seawal pengambilannya ialah:\n\nIni adalah antara respon tubuh badan anda dalam proses menyesuaikan diri. Anda dinasihatkan untuk meneruskan penggunaan pil perancang yang sama selama 3 bulan sebelum membuat keputusan untuk mencuba produk pil perancang lain.\n\nTetapi, jika terdapat tanda serius seperti sesak nafas, batuk berdarah, gangguan penglihatan, dan pendarahan, hentikan pengambilannya dan rujuklah pada yang pakar.\n\nBolehkah wanita kembali hamil selepas menghentikan pengambilan pil perancang?\n\nYa, anda boleh kembali hamil kerana pil perancang adalah pencegah kehamilan yang bersifat sementara. Secara teknikalnya, ia hanya bertahan selama 24 jam. Sebab itulah anda mesti memakannya pada masa yang sama setiap hari.\n\nKebanyakan produk mendakwa pil perancang ini berfungsi sehingga 99%. Tetapi, kata kunci di sini ialah disiplin. Pil perancang hanya berupaya menghasilkan keberkesanan maksimum apabila diambil pada waktu yang sama setiap hari.\n\nOleh itu, bagi wanita yang pelupa atau tidak suka memakan ubat, barangkali anda boleh mempertimbangkan cara pencegahan kehamilan yang lain seperti suntikan atau implan. Kaedah ini juga mula diminati ramai.\n\nSatu perkara yang anda perlu beri perhatian ialah, apabila anda berhenti daripada mengambil pil perancang setelah beberapa ketika, tubuh anda akan membuat \u2018pelarasan\u2019 baru. Sewaktu \u2018pelarasan\u2019 ini, tubuh anda boleh menjadi sangat subur berbanding biasa.\n\nOleh itu, anda harus mengelak daripada \u2018berehat seketika\u2019 atau \u2018terlupa\u2019 mengambilnya. Sistem \u2018pelarasan\u2019 tubuh ini mampu menjadi caca marba.\n\nApakah hukum menggunakan pil perancang dari pandangan islam?\n\nKebanyakan ahli ilmuan Islam termasuklah badan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berpendapat bahawa hukum mengambil pil perancang adalah harus dengan syarat mendapat kebenaran suami.\n\nMemetik ungkapan daripada sebuah akhbar tempatan, Dr Harlina Siraj mengatakan bahawa Islam tidak mengharamkan kaedah pencegahan kehamilan yang tidak kekal. Antaranya termasuklah pil perancang, suntikan, atau penggunaan kondom. Menurutnya,\u00a0ia hanya berfungsi\u00a0melewatkan kehadiran zuriat agar pasangan lebih bersedia dan ia bukanlah bersifat kekal.\n\nSebagai tambahan, ada pendapat menganggap ianya tidak dibenarkan sekiranya kita melihat kelahiran bayi sebagai sesuatu yang menyempitkan rezeki kita. Pengambilannya juga tidak boleh diteruskan jika memudaratkan diri atau rumahtangga.\n\nItulah dia info tentang pil perancang yang ingin kami kongsikan.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda gastrik, punca dan tanda penyakit batu karang, dan khasiat lobak putih."
"\u201cMom, lapar. Order kan Chicken Rice Shop. Nak makan Nasi Ayam\u201d\n\n\u201cAsyik Food Panda jek kojenye. Jap Mommy masak Mommy Chicken Rice.\u201d\n\nAnak-anak ni tu lah, nak senang order je kan makan kat food panda. Mereka ingat duit boleh print sendiri kot.\u00a0 Tapi mak-mak kan? Walaupun tak dapat order\u00a0 dekat Chicken Rice Shop dek kekangan kewangan, mestilah tetap nak tunaikan permintaan anak-anak kan?\n\nJom. Tengok resepi Nasi Ayam Homemade dari Yasmin Fami, sedap macam Chicken Rice Shop. Silap-silap anak-anak dengan ayahnya pun terus terlupa pasal Chicken Rice Shop nih.\n\nBahan Perapan Ayam dan Cara Penyediaannya:\n\nBahan dan Cara Penyediaan Sup Ayam:\n\nBahan dan Cara Penyediaan Nasi Ayam:\n\nBahan dan Cara Penyediaan Sos Cili:\n\nBolehlah mencuba ya. Terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat."
"Pernahkah makan soto di kedai atau di mana-mana majlis kuah sotonya jernih macam kuah sup biasa? Ya itu ialah soto pada umumnya. Namun kalau kuah soto pekat ala Madura pernah rasa ke tidak agaknya?\n\nMari sini kami akan kongsi resepi soto yang pekat dan kaw kuahnya ala-ala Soto Madura gitu. Ini resepi daripada Bam Azimad yang berkongsi di laman Facebook. Kalau buat meniaga konfirm ramai pelanggan datang.\n\nTunggu apalagi mari buat soto kaw ala soto Madura sekarang. Untuk acara kenduri kendara pun nikmat. Selamat mencuba.\n\nResepi Soto Kaw Ala Soto Madura\n\nSenang bukan? Campak-campak terus jadi soto kaw-kaw.\n\nSelain resepi soto, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Sesiapa yang rasa bosan makan nasi, ayuh kita buat Vietnamese Beef Noodle pulak untuk makan tengah hari. Vietnam beef noodle ialah sup Vietnam yang diperbuat menggunakan pelbagai jenis mee Vietnam, yang dihidangkan dengan kuah pedas dan hirisan daging.\n\nResepi kali ini didatangkan daripada Ilyana Morhani yang berkongsi resepi di laman Facebook. Resepi ini menggunakan kuey teow sebagai bahan utama diolah dengan bahan sup yang pedas, masam, masin dan mengundang selera.\n\nHidangan ini akan makin sedap apabila dihidang pada waktu hujan-hujan sejuk. Dapat sedut kuah panas-panas terus hangatkan tekak. Makan satu mangkuk mesti belum puas lagi. Jom cubakan resepinya di bawah ini.\n\nSelain vietnamese beef noodle, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mesti anda pernah tetiba rasa lapar malam-malam tapi tidak tahu ingin makan apa. Kadang bosan masak nasi rasa malas pulak makan nasi berlauk yang itu-itu sahaja. Sekali-sekala cubalah gaya masakan panas yang kami kongsikan di bawah.\n\nMasakan panas kita hari ini ialah maggi goreng seafood. Ini bukan resepi biasa-biasa ya. Tengok cara penyediaannya macam maggi restoran punya bahkan lebih sedap daripada itu. Afy AL Habibi berkongsikan resepi lazat ini di laman Facebook.\n\nJika anda ingin tambahkan seafood boleh letak lebih lagi sotong, udang atau kerang ikut selera anda. Jika anda ikut betul-betul resepi di bawah, dijamin anda akan rasa kesedapan lain maggi goreng seafood yang mampu menitik air liur dan bikin perut lapar. Selamat mencuba.\n\nSelain maggi goreng seafood, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Selalunya, kita akan menghidangkan sesuatu yang ringkas untuk pencuci mulut. Namun, jika anda inginkan kelainan, anda boleh cuba resepi puding jagung cincau yang sudah semestinya mempunyai keunikannya sendiri. \n\nTahukah anda, sebenarnya, puding jagung cincau ini amat mudah untuk dibuat. Walaupun ianya nampak seperti rumit akan tetapi sekiranya anda mengikuti langkah \u2013 langkah ini, pastinya ia akan menjadi mudah. \n\nResepi yang akan kami kongsikan ini telah dikongsikan terlebih dahulu oleh Hamidah HA dan semestinya telah mendapat banyak komen positif. Jadi jom kita tengok!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nDi sini terdapat pelbagai lagi resepi yang menarik, mudah dan dijamin menjadi. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan \u2013 rakan dan yang tersayang ya!"
"Pesakit kencing manis mempunyai beberapa kategori yang kita mungkin tidak tahu. Ini adalah info sebenar mengenai kategori pesakit kencing manis dan nasihat doktor kepada pesakit kencing manis yang berpuasa.\n\nMari kita baca artikel yang dikongsikan daripada Dr. Suhazeli Abdullah.\n\nIanya boleh dijadikan diet yang sesuai untuk pesakit kencing manis\n\nTugas pengamal perubatan adalah memberi penerangan yang secukupnya kepada pesakit kencing manis ini mengenai resiko yang akan berlaku. Nasihat secara individu adalah terlebih baik dari secara kumpulan kerana tabiat pemakanan seseorang berbeza dengan seseorang yang lain.\n\nBagaimanapun, lazimnya pesakit-pesakit ini akan cuba juga berpuasa, apatah lagi Ramadhan setahun sekali. Apa lagi kalau sebelum Ramadhan mereka merasa sihat wal\u2019afiat. Apa pun nasihat yang diberi, keputusan pastinya terletak di tangan pesakit ini sendiri.\n\nJika keputusannya nak berpuasa, mereka hendaklah dinasihatkan pula bagaimana untuk mengurangkan berlakunya risiko-risiko itu, bagaimana untuk mengawal keadaan fizikal dan paras gula dalam darah mereka. Mereka juga dinasihatkan juga belajar cara-cara pemakanan dan aktiviti harian, pengubahsuaian ubat, dan apa tindakan jika terjadinya komplikasi itu.\n\nMemandangkan berpuasa adalah suatu tanggungjawab agama, elok jika istilah darurat atau tidak darurat untuk berpuasa tidak digunakan. Perkataan yang terbaik digunakan kepada Pesakit Kencing Manis ialah puasa dengan risiko tinggi, risiko sederhana, dan risiko rendah.\n\nAntara mereka yang berisiko amat tinggi untuk berpuasa (very high risk) ialah:\n\n1. Berlaku Hypoglycaemia (Kekurangan gula dalam darah) teruk dalam masa 3 bulan lepas\n\n2. Hyperglycaemia (Paras gula dalam darah yang tinggi) berulang-kali, paras gula yang tidak terkawal berterusan dalam masa 3 bulan lepas.\n\n3. Mengalami koma akibat dari paras gula yang melampau dalam 3 bulan terdahulu,\n\n4. Pesakit Kencing Manis Jenis 1\n\n5. Mengalami penyakit jangkitan semasa seperti jangkitan paru-paru, kaki bernanah atau atau mendapat serangan sakit jantung.\n\n7. Pesakit buah pinggang yang menjalani Rawatan dialisis.\n\nMereka yang berisiko tinggi (high risk) pula adalah:\n\n1. hyperglycaemia (Paras gula dalam darah yang tinggi) sederhana (Bacaan HBA1c 7.5-9.0%). Sila bertemu Pegawai perubatan untuk mengetahui paras HBA1c anda.\n\n2. Pesakit yang mempunyai kegagalan buah pinggang,\n\n3. Pesakit bersendirian di rumah terutamanya yang memerlukan suntikan insulin\n\n4. Pesakit warga emas yang mempunyai masalah kesihatan lain.\n\n5. Pesakit yang telah mendapat Komplikasi Kencing manis seperti Angin Ahmar atau serangan jantung.\n\n1. Pesakit yang terkawal paras gula dalam darahnya.\n\n2. Pesakit yang mengambil suntikan insulin \u2018Short-acting\u2019 seperti Humulin R, novonorm.\n\nMereka yang berisiko rendah pula adalah:\n\n1. Pesakit senantiasa mengawal paras gula dalam darahnya, juga mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi pesakit kencing manis.\n\n2. Tidak mempunyai masalah sampingan seperti kegagalan buah pinggang atau angin ahmar.\n\nBiasanya mereka yang dalam kategori berisiko rendah boleh berpuasa tanpa mempunyai banyak masalah yang besar. Bagi kategori sederhana boleh berpuasa dengan pemantauan rapi dari doktor. Manakala kategori berisiko amat tinggi dan tinggi dinasihatkan tidak berpuasa.\n\nYang penting bagi mereka ialah perlu sedar dengan keadaan fizikal mereka sendiri. Pesakit yang senang memahami nasihat doktor boleh diajar menyukat paras gula mereka sendiri di rumah.\n\nBeberapa nasihat umum kepada Pesakit Kencing Manis ialah:\n\n3. senaman yang berpatutan (tarawih kira senaman juga) dan\n\n4. berbuka jika ada tanda-tanda hypoglycaemia (paras gula rendah)\n\n5. Berjumpa dengan doktor untuk melakukan sedikit pengubahsuaian cara memakan ubat semasa berpuasa. Contohnya jika Pesakit mengambil ubat tiga kali sehari, boleh di ubahsuai kepada dua kali dengan panduan yang akan diterangkan oleh doktor.\n\n*Pesakit kencing manis atau bahasa inggeris adalah diabetes dinasihatkan untuk menjaga pemakanan semasa berpuasa. Jika tidak menjaga pemakanan, kemungkinan akan mendapat salah satu kategori kencing manis (risiko tinggi dan risiko amat tinggi) yang dikatakan oleh dr Suhazeli. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ramai yang mencari resepi ini. Diberi nama ayam bakar kewpie kerana ia menggunakan Kewpie, salah satu dressing yang creamy dan biasa digunakan untuk pasta atau salad.\n\nApa yang paling menarik ialah resepi ini hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Anda mesti suka resepi yang senang, mudah dan pantas ini bukan? Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi ini adalah mudah sangat, Kewpie dressing, sos tiram dan serbuk blackpepper, percaya ke tidak? Macam main-main sahaja sebab dengan bahan sedikit itu boleh ciptakan makanan sedap menjilat jari.\n\nPenasaran macam mana resepi sedap ini dibuat? Sila baca dan cubakan perkongsian di bawah ini dikreditkan kepada Shafiqah Abd Razak di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi ayam bakar Kewpie, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anda masih mencari dashcam untuk dipasang dalam kereta bagi merekod perjalanan. Kami akan senaraikan 5 dashcam kereta terbaik untuk anda letakkan dalam kereta agar kelihatan lebih gempak dan cantik sekali dijadikan sebagai aksesori kereta. \n\nTerdapat beberapa faktor untuk anda semua mempunyai Dashcam kereta iaitu merakam apabila terjadinya kejadian yang tidak diingini berlaku contohnya kemalangan, langgar lari dan sebagainya. Video boleh diguna pakai sebagai bukti untuk proses siasatan sekiranya berlaku kemalangan. Sebagai alat keselamatan kereta anda semasa di parking.\n\nDash cam ini merupakan dash cam kereta terbaik untuk dipasang dalam kenderaan masing-masing yang bertujuan merekod perjalanan menuju ke destinasi selain daripada dijadikan bukti rakaman kemalangan mahupun banjir. Dash cam ini telah dilengkapi dengan kualiti imej terbaik dan jelas serta 140 darjah pandangan , parking mode dan 7 layer lens membantu anda semasa memandu. selain daripada itu ia juga telah disediakan dengan GPS yang akan memudahkan perjalanan anda nanti. \n\nHal ini akan mengelakkan anda semua tidak sesat untuk menuju ke destinasi masing-masing. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan dash cam ini diletak dalam kereta agar kelihatan gempak.\n\nSelain itu, dash cam kereta terbaik ialah dash cam 70mai Pro Plus A500s kini mendapat tempat di hati masyarakat kerana kualiti barangan tersebut amat memuaskan. Dash cam ini mempunyai 140 darjah dan resolusi 4k, 3.0 inci HD skrin dengan One Button Switch dan mempunyai spec yang sama dengan A800s tetapi telah diupated chipset.\n\n Dash cam ini juga merupakan yang terbaru berbanding dengan A800s. Kualiti imej yang tinggi untuk membantu anda mendapat vidoe rakaman perjalanan terbaik dan cantik. Tidak ketinggalan juga dilengkapi dengan night version, GPS dan ADAs driving safely. Dalam erti kata lain dash cam ini telah dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi canggih.\n\nDash Cam kereta terbaik yang seterusnya ialah Dash Cam Garmin 56 mendapat permintaaan tinggi dalam kalangan masyarakat. Selain daripada itu ia juga mempunyai 140 darjah dan 1440p HD Resolusi dan 2.0 inci Skrin LCD dengan fungsi kawalan suara serta Smartphone auto sync. Sekiranya anda letak dalam kereta ia akan menjadikan kereta anda kelihatan gempak dan awesome kerana dash cam ini dilengkapi dengan kecanggihan teknologi. Tidak ketinggalan juga ia mempunyai setahun waranti untuk dirujuk di kedai tersebut sekiranya mempunyai masalah berkaitan dash cam tesebut.\n\nDash Cam Transcend Drive pro Dp550\n\nDash Cam terbaik kereta ialah Dash Cam Transcend Drive pro Dp550 merupakan salah satu dash cam yang mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat di luar sana. Selain daripada dilengkapi dengan teknologi canggih, reka bentuk juga amat menarik dan cantik sekali. Dash cam ini mempunyai 160 darjah dan 1080 HD Revolusi , 2.4 inci skrin LCD berfungsi sebagai emergency recording dan 23 hours parking mode. Akhir sekali ia dilengkapi dengan 2 pakej sekaligus 2 tahun waranti. Amat menarik dan menguntungkan sekali sekiranya anda membuat pembelian.\n\nDash Cam terbaik kereta ialah Dash Cam BlueSkySea B1W Mini. Dash Cam ini amat sesuai untuk diletakkan dalam kereta bagi merekod perjalananan menuju ke destinasi masing-masing serta dijadikan sebagai salah satu perhiasan dalam kereta yang bertujuan untuk kelihatan gempak dan menarik sekali. Dash Cam ini telah dilengkapi dengan teknologi canggih bagi memudahkan pengguna. Sebagai contohnya ialah saiz yang kompak dan moden fungsi kawalan suara, boleh pusing 360 darjah dan mempunyai fungsi parking mode.\n\nBerikut merupakan dashcam kereta terbaik untuk anda membuat pilihan diletakkan dalam kereta. Anda juga boleh membaca artikel kami yang lain \n\nPenulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan bukanlah mewakili pendapat laman Bidadari.My"
"Cheese Tart ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai. Perghh padu rasanya. Rasa creamy cheese tuh sambil merenung jauh. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat Cheese Tart nih. Cepat dan Mudah. \n\nResepi Cheese Tart yang dikongsikan oleh Arja Nasir , bukan sahaja mudah dibuat tetapi memang sedap. Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya. \n\nSelain resepi Cheese Tart ini, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Kini, terdapat banyak klinik dan pusat perubatan yang mengkhususkan bahagian perbidanan (obstetrik) dan sakit puan (ginekologi). Pada zaman dulu, kaum wanita tak terdedah dengan rawatan khusus berkaitan masalah yang dihadapi.\n\nMereka hanya mengikut nasihat orang tua, bidan yang tak terlatih dan amalan turun-temurun. Kesannya, ramai yang tak mendapat rawatan dan nasihat yang tepat. Kini, semua maklumat di hujung jari saja.\n\nArtikel ni bertujuan untuk menyenaraikan klinik sakit puan yang terbaik di Malaysia berdasarkan Google Review. Ulasan yang diberikan berdasarkan rating melebihi 4 dan ke atas. Ulasan dan rating (bintang) untuk tahap kecekapan dan kualiti diberikan oleh pesakit yang pernah mendapatkan perkhidmatan.\n\nDisebabkan pada zaman teknologi dan digital ni, kita lebih suka membaca ulasan dan rating. Lebih mudah untuk membuat perbandingan. Dengan adanya penulisan artikel ni, mudahlah untuk mencari klinik pakar wanita yang berdekatan dengan anda.\n\nRating diberikan berdasarkan beberapa kriteria iaitu:\n\nMungkin ini dapat membantu anda untuk memilih klinik yang bersesuaian dengan masalah anda. Biasanya masalah yang melibatkan hal kewanitaan, kita lebih selesa dengan doktor wanita. Namun, terpulang pada anda untuk memilih klinik yang terbaik.\n\nBidang sakit puan juga dikenali sebagai ginekologi. Bidang ni meliputi aspek kesihatan wanita dari peringkat remaja hingga warga emas. Dengan bahasa yang lebih mudah, dari topik haid hingga ke menopaus.\n\nPakar dalam bidang ni boleh memberi nasihat dan rawatan yang melibatkan sistem fungsi organ reproduktif. Tujuannya supaya para wanita mencapai potensi maksimum dalam aspek kesihatan mental, fizikal, seksual dan sosial.\n\nAntara masalah yang paling banyak melibatkan sakit puan ialah masalah seksual, kesuburan, perancangan keluarga, haid, endometriosis, kanser, jangkitan di vagina dan sebagainya.\n\nDi bawah ini disenaraikan 31 buah klinik sakit puan yang terbaik di Malaysia. Antaranya ialah:\n\nKlinik Pakar Wanita Liu & Vincent\n\nAlamat: G18, Bangunan Kings Hotel, Lebuh Ayer Keroh, Ayer Keroh, 75450 Melaka.\n\nKlinik Pakar Sakit Puan & Ibu Mengandung Kartik\n\nAlamat: 78, Jalan Susur Perdana Tengah, Taman Bukit Perdana, 83000 Batu Pahat, Johor.\n\nAlamat: 17, Jalan TPS 2/1, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor.\n\nAlamat: 75, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.\n\nAlamat: 16, Jalan 2A/27A, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.\n\nAlamat: Jalan 1/127, Kuchai Entrepreneurs Park, 57100 Kuala Lumpur.\n\nKompleks Kesihatan Wanita & Kanak-Kanak PPUM \n\nAlamat: Obstetrics & Gynaecology, Pusat Perubatan Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.\n\nAlamat: Tingkat 1, No 200, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.\n\nAlamat: 6-1, Jalan PJS 3/59, Taman Sri Manja, 46000, Petaling Jaya, Selangor.\n\nAlamat: No 1, Jalan Sungai Besi Indah 1, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor.\n\nAlamat: 38 & 40, Jalan Batai Laut 3, Taman Intan, 41300 Klang, Selangor.\n\nPusat Pakar Wanita & Bersalin Mutiara\n\nAlamat: 1G-3G, Jalan Industri PBP 3/2, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100, Puchong, Selangor.\n\nAlamat: 32G, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.\n\nAlamat: Suite A-5-10, Tingkat 5, Menara A Pusat Perubatan Sunway, 5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.\n\nAlamat: 65-67, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, Kajang, 43000 Selangor.\n\nKlinik Pakar Wanita & Rumah Bersalin Rekha\n\nAlamat: 14, Jalan Tuanku Munawir, Bandar Seremban, 70000, Seremban, Negeri Sembilan.\n\nKlinik Pakar Wanita Dr Evelyn Pang\n\nAlamat: 525, Jalan Haruan 4/6, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.\n\nAlamat: 10, Persiaran Kamunting 2, Taman Desa Jaya V, 34600, Kamunting, Perak.\n\nAlamat: 91, Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, 31400 Ipoh, Perak.\n\nKlinik Pakar Wanita Anoop & Dhillon\n\nAlamat: 1, Persiaran Bercham Selatan 14, Taman Desa Kenchana, 31400 Ipoh, Perak.\n\nAlamat: 159, Jalan Leo, Taman Desa Bintang 2, 32000 Sitiawan, Perak.\n\nPuteri Ayu Obstetrics & Gynaecology Specialist Centre\n\nAlamat: 11, Lorong 17, Taman Petani Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.\n\nAlamat: 301, Kompleks Perniagaan Anggerik, Jalan Lencong Barat, 06600 Alor Setar, Kedah.\n\nAlamat: 313, Jalan Kelab Cinta Sayang, Taman Bandar Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.\n\nAlamat: 38, Jalan Tun Dr Awang, Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.\n\nAlamat: 29, Jalan Pangkor, 10050 George Town, Pulau Pinang.\n\nAlamat: Lot 23, Luyang Phase 3, Jalan Kolam, Taman Kinabalu, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.\n\nAlamat: 2C, Jalan Lintas, Taman Southern, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.\n\nAlamat: 99, Jalan Batu Lintang, 93200 Kuching, Sarawak.\n\nDr Ling Soon Diek Women Specialist Clinic\n\nAlamat: 11, Lorong Mahsuri 1B, Off Jalan Pedada, 96000 Sibu, Sarawak.\n\nC.M. Wong Specialist Clinic For Women\n\nAlamat: K.T.L.D, Lot 255, Seksyen 8, Jalan Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak.\n\nMoga dengan senarai yang diberikan ni dapat memudahkan pembaca wanita untuk berjumpa dengan pakar sakit puan. Untuk makluman semua, rating dan senarai ini dikaji berdasarkan Google Review. Bukannya secara rawak atau atas pengalaman peribadi."
"Sajian Lontong atau Lodeh kebiasaannya dijadikan sebagai menu di hari lebaran. Namun begitu, disebabkan resepinya yang mudah, cepat dan senang, menu ini juga disediakan untuk hari-hari kebiasaan. Walaupun lontong ini popular di kalangan penduduk Johor, tapi kini ianya turut mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang lain.\n\nRasa lemak lontong ini dengan bahan-bahan seperti pucuk, tauhu, tempe, udang, sengkuang dan sebagainya mampu membuat menu ini menjadi kegemaran orang ramai. Lagi naik umph, apabila lontong ini digabuungkan dengan sesuatu yang pedas seperti sambal bilis. Pasti boleh bertambah berkali-kali. \n\nResepi Lontong yang dikongsi oleh Raja Amanina\u200e di laman muka buku ini mudah dan sedap. Sesuailah untuk sesiapa yang nak diet tuh. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya.\n\nSelain resepi [email\u00a0protected] ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih."
"Tak perlu keliru dalam mencari shampoo terbaik di Malaysia kerana terdapat banyak jenama yang dipercayai zaman berzaman. Sama ada shampoo untuk kegunaan bayi, remaja, dewasa sehinggalah warga tua, semuanya pasti ada.\n\nJom lihat antara shampoo terbaik di Malaysia yang menjadi pilihan ramai. Bolehlah kita buat pilihan mana satu shampoo yang menarik hati. Penting sekali adalah kelebihan dan kebaikan shampoo tersebut.\n\nSunsilk Hijab Shampoo adalah antara shampoo terbaik di Malaysia yang menjadi kesukaan ramai wanita. Khasnya wanita yang berhijab, shampoo ini amat sesuai buat mereka. Sunsilk hijab shampoo dapat menyihatkan rambut malah berbau wangi harum.\n\nIa berfungsi sebagai anti kelemumur, menyegarkan rambut walaupun berhijab dan juga anti rambut gugur. Oleh itu, anda boleh memilih jenis-jenis fungsi yang anda mahukan. Lebih mudah mengikut kesesuaian masalah rambut yang anda alami.\n\nShampoo terbaik berjenama Sebamed ini terkenal sebagai shampoo yang selamat dan produknya diuji klinikal. Ia sesuai untuk anda yang mempunyai penyakit kulit gatal, ekzema, dermatitis, kering dan lain-lain lagi.\n\nKandungan shampoo Sebamed ini adalah organik dan bebas alkali. Ia dapat melembabkan kulit kepala dan menyihatkan akar rambut. Tahap pH 5.5 pada kulit kepala dapat dikekalkan dengan selamat tanpa adanya masalah kulit iritasi dan lain-lain.\n\n3. Good Virtues Co. Healthy Hair & Scalp Shampoo\n\nKelebihan Good Virtues Co Shampoo ini adalah ia dapat menguatkan folikel bagi mengurangkan rambut gugur. Ini kerana kandungan Maca Root dan Vitamin B yang terkandung dalam shampoo terbaik ini. \n\nIa juga lengkap dengan minyak habbatussauda yang dapat menghilangkan kotoran dan kegatalan pada kulit kepala. Menariknya, shampoo ini adalah organik dan selamat digunakan, maka tidak hairanlah ia menjadi pilihan ramai pengguna.\n\nTerdapat hampir 15 jenis shampoo Dove yang berada di pasaran mengikut keperluan rambut anda. Antaranya adalah Dove Advanced Care Color, Dove Hair Therapy Dandruff, Dove Nutritive, Dove Advanced Hair Series Ultra Nourishing Shampoo dan banyak lagi.\n\nRambut akan lebih kuat, cantik dan lembab senantiasa setelah menggunakan Shampoo terbaik ini. Bau shampoo Dove juga amat wangi dan menenangkan emosi bagi sesiapa sahaja yang memakainya. Ada juga yang memilih shampoo terbaik ini semata-mata kerana ia benar-benar harum.\n\n5. L\u2019Oreal Elseve Fall Resist Shampoo\n\nL\u2019Oreal Elseve Fall Resist Shampoo adalah shampoo yang berguna untuk luruskan rambut dari akar rambut bagi mengelakkan rambut gugur dan rosak. Ia membantu rambut untuk tumbuh cantik dan kuat. \n\nKandungan shampoo terbaik ini juga membantu melindungi rambut dari sebarang kerosakan seperti rambut bercabang dan kering. L\u2019Oreal Elseve Fall Resist Shampoo adalah shampoo yang eksklusif dan produk dipercayai.\n\n6. Head & Shoulders Hair Shampoo\n\nBukan sahaja di Malaysia, tetapi ia menjadi pilihan seluruh dunia sebagai shampoo terbaik untuk rambut cantik menawan. Hebat sekali, shampoo Head & Shoulders ini dapat mengatasi masalah kelemumur yang teruk dan rambut gugur.\n\nKandungan yang terdapat dalam shampoo ini iaitu zinc pyrithione, sangat berkesan dalam melawan kelemumur dan menjadikan rambut lebih kuat dan kukuh. Pasti puas hati apabila rambut cantik, lembab dan tak gugur lagi! Jika benar-benar mahu hilangkan kelemumur, pilih sahaja shampoo Head & shoulder!\n\n7. Pantene Micellar Detox & Purify Shampoo\n\nShampoo Pantene diperkaya dengan bahan yang kuat seperti pro vitamin B5 dan antioksidan yang tinggi. Shampoo terbaik ini diperbuat dari bahan semulajadi dan bebas dari kandungan paraben, dyes, silicon dan lain-lain lagi. \n\nKesan memakai shampoo terbaik ini membolehkan anda merasa kelembapan rambut serta mendapatkan rambut bersinar cantik dengan mudah. Anda juga boleh mengamalkan memakai pelembab Pantene untuk rambut lebih sihat, wangi dan menawan.\n\nShampoo terbaik untuk lelaki ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu khas untuk rambut gugur, rambut kelemumur dan lain-lain lagi. Anda boleh pilih mengikut masalah rambut yang anda alami.\n\nKandungannya yang semulajadi adalah selamat digunakan, malah dapat menjauhi kotoran dari radikal bebas daripada melekat di rambut. Ia juga dapat menguatkan rambut dari akar rambut 10 kali ganda dengan sangat berkesan.\n\n9. EVAS Char Char Argan Oil Shampoo\n\nBerbaloi beli shampoo ini, sukatan 1500 ml sesuai untuk seisi keluarga. Lebih jimat dan tahan lama. Char Char Argan Oil Shampoo ini membantu melindungi rambut anda daripada bercabang, kering dan gugur.\n\nIa dapat melembabkan rambut kerana shampoo terbaik ini mengandungi minyak argan yang sangat berkhasiat dan penuh nutrisi untuk rambut anda. Jika inginkan rambut lebih cantik berseri, anda boleh amalkan conditional dan minyak argan atas satu jenama iaitu Char Char Argan Oil.\n\nGREFEN Root Booster Shampoo adalah produk buatan Korea yang terbukti berkesan dari segi penjagaan rambut. \n\nIa membekalkan nutrisi yang hebat dalam melindungi rambut daripada rosak, gugur dan botak. Rambut juga tak mudah untuk bercabang. Anda perlu gunakan secara konsisten, kulit kepala juga lebih sihat dan terjaga.\n\nItulah dia antara shampoo terbaik di Malaysia yang menjadi pilihan ramai pengguna terutamanya di Shopee. Jom baca juga shampoo terbaik untuk rambut gugur, toner terbaik untuk jeragat, lip balm terbaik dan toner terbaik untuk kulit kering.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Teringin makan ikan pari bakar untuk makan malam ini? Kali ini kami akan berkongsikan resepi ikan pari bakar sambal yang sedap dan mudah dibuat. Sesuai sangat untuk menu makan tengahari mahupun malam.\n\nIkan pari bakar menggunakan pes sambal yang power ala Marina Ismail yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Resepi sambal yang menjadikan ikan pari bakar ini sekelas restoran mahal. Makan pula dengan sambal kicap cili api dan nasi panas. Pergh pengsan saking sedapnya. Berpeluh-peluh!\n\nAnda boleh cubakan resepi ini di rumah. Hidangkan untuk suami, ayah, ibu dan anak. Serius anda tidak akan menyesal.\n\nJangan lupa kalau beli ikan pari, pastikan ikannya segar. Sebab kalau tidak nanti akan rosakkan rasa masakan. Selamat mencuba.\n\nPendapat kami kalau sambalnya berpetai\u00a0 pasti lagi sedap.\n\nSelain resepi ikan pari bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kurap merupakan sakit kulit yang amat memalukan. Nak-nak lagi kalau ianya tumbuh pada bahagian tubuh badan yang boleh dilihat oleh orang lain seperti wajah, lengan, dan kepala. \n\nKurap boleh diubati namun akan mengambil masa yang agak lama. Oleh itu adalah amat penting untuk kita mengetahui apakah punca kurap agar ianya boleh dielakkan.\n\nMenurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, kurap merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat yang dipanggil\u00a0dermatophyte. Kulat ini bukan sahaja boleh menjangkiti kulit manusia namun ia boleh juga berjangkit pada kuku dan rambut. Jadi, apakah punca kurap?\n\nPunca kurap yang paling sering berlaku ialah disebabkan oleh sentuhan. Sentuhan yang dimaksudkan ialah pesakit mendapat kurap disebabkan berlaku sentuhan di antara anggota badannya dengan manusia lain atau binatang yang berkurap. Sebagai contoh, jika anda memegang kucing jalanan yang berkurap, kulat pada kurap kucing tadi boleh berjangkit kepada kulit anda dan menyebabkan anda mempunyai masalah kurap.\n\nOleh itu, elakkan daripada memegang kucing atau anjing liar yang kelihatan tidak bersih kerana dikhuatiri mempunyai kurap. Selain itu, jika ada ahli keluarga atau kenalan anda yang mempunyai masalah kurap, seeloknya kurangkan atau minamakan sentuhan dengan bahagian yang berkurap.\n\n2. Jangkitan dari bahagian badan yang lain\n\nJangkitan dari bahagian badan yang lain juga boleh menjadi punca kurap. Ini bermaksud, anda boleh mendapat kurap disebabkan oleh jangkitan dari bahagian badan yang lain. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kurap di kaki. Kemudian, kurap dari kaki tadi akan berjangkit ke bahagian tangan dan menyebabkan anda mempunyai kurap di tangan. Jangkitan untuk jenis ini biasanya disebabkan oleh tabiat suka menggaru.\n\nKeadaan yang biasanya berlaku ialah anda menggaru kurap di bahagian kaki. Kulat kurap tadi akan berada dibawah kuku anda. Kemudian apabila anda menggaru tangan yang gatal, kurap pada bawah kuku tadi akan berpindah ke tangan lalu menyebabkan anda mempunyai kurap yang baru di tangan.\n\n3. Keadaan kulit badan yang sentiasa lembab\n\nPunca kurap yang seterusnya ialah keadaan kulit badan yang sentiasa lembab. Di antara bahagian kulit badan yang selalu berada dalam keadaan lembab ialah celah kelangkang, bawah ketiak, bawah pelipat kaki, dan punggung. Kawasan tersebut menjadi lembab disebabkan oleh keadaannya yang sentiasa berlipat dan terlindung daripada cahaya matahari. Selain itu, kawasan tersebut juga selalu berpeluh.\n\nKawasan yang sentiasa berlipat, berpeluh, dan tidak mendapat cahaya matahari merupakan habitat yang baik untuk pertumbuhan kulat yang menjadi punca kurap. Inilah puncanya kenapa bahagian tersebut mudah terkena jangkitan kurap dan agak susah untuk dirawati. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda menjaga kawasan tersebut. Rajinkan diri untuk mengelap agar tidak selalu basah dan lembab.\n\n4. Selalu memakai pakaian yang lembab\n\nTabiat suka memakai pakaian yang lembab juga boleh menjadi punca kurap. Pakaian yang lembab dan tidak kering akan menyebabkan kulit anda menjadi lembab. Seperti yang anda ketahui, kulit badan yang lembab merupakan persekitaran yang sangat disukai oleh kulat punca kurap. Semakin lembab kulit badan anda, semakin mudah dan cepat kulat membiak lalu menyebabkan kurap anda membesar dan merebak ke bahagian kulit yang lain.\n\n5. Iklim atau cuaca yang lembab\n\nSelain pakaian yang lembab, ketahuilah bahawa iklim atau cuaca yang lembab juga boleh menjadi punca kurap. Sebagai contoh, jika anda tinggal di kawasa tanah tinggi yang sejuk dan lembab seperti Cameron Highlands, risiko untuk anda mendapat kurap adalah lebih tinggi berbanding jika anda tinggal di kawasan yang kering dan panas. Begitu juga kisahnya pada musim tengkujuh yang lembab, anda akan lebih mudah untuk terkena jangkitan kurap.\n\nOleh itu, jika anda tinggal di kawasan yang lembab, pastikan anda mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dengan cara mengelakkan daripada memakai pakaian yang lembab dan tidak betul-betul kering. Pastikan juga anda selalu mengelap anggota badan yang berlipat dan sering berpeluh agar sentiasa kering dan tidka menjadi habitat kulat punca kurap membiak.\n\n6. Berkongsi pakaian dengan pesakit kurap\n\nTahukah anda bahawa tabiat suka berkongsi pakaian boleh menjadi punca kurap tanpa anda sedari. Kebiasaannya, adik-beradik atau sahabat yang rapat akan bertukar-tukar pakaian dan berkongsi di antara satu sama lain. Namun mungkin tanpa anda ketahui, sahabat atau adik anda sebenarnya mempunyai kurap. Apabila dia memakai baju, kulat dari kurap tadi boleh berjangkit ke baju tersebut.\n\nApabila anda memakai pakaian yang dijangkiti tadi, kulat tadi akan melekat ke kulit badan anda lalu menyebabkan anda dijangkiti kurap. Membasuh pakaian yang sudah dijangkiti oleh kulat kurap tidak akan membunuh kulat tersebut. Oleh itu, berhati-hati jika anda jenis yang suka berkongsi pakaian.\n\n7. Membasuh pakaian yang bercampur dengan pakaian pesakit kurap\n\nPunca kurap yang terakhir ialah membasuh pakaian yang bercampu dengan pakaian pesakit kurap. Sebagai contoh, salah seorang daripada ahli keluarga anda mempunyai masalah kurap. Apabila dia membasuh bajunya didalam mesin basuh dan bercampur dengan pakaian ahli keluarga yang lain, ahli keluarga yang lain mempunyai risiko untuk dijangkiti kurap juga. Oleh itu, jika anda dijangkiti kurap, seelok-eloknya asingkan baju anda semasa membasuh untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada orang lain.\n\nItulah dia punca kurap yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca senggugut,punca cyst, dan punca gusi bengkak."
"Apa itu ayam kam heong? Kali ini kami akan berkongsikan salah satu resepi mudah sedap iaitu ayam kam heong.\n\nAyam kam heong dapat dijumpai di kedai masakan cina. Ayam kam heong bermaksud \u201cberbau wangi\u201d.\n\nAyam kam heong dimasak dengan cara menggoreng ayam terlebih dulu. Kemudian dimasak bersama bawang, rempah kari, kicap dan sos. Tidak lupa memasukkan daun kari supaya makin menjadi wanginya.\n\nIni ialah resepi simple cara Zatulnatuhain Ahmad yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Enak resepinya. Boleh jadi favorit ahli keluarga.\n\nSelain resepi ayam kam heong, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Siapa saja yang tidak pernah merasai ayam goreng KFC pada masa sekarang. Ayam goreng KFC sangat terkenal kerana kelazatan ayam gorengnya yang tiada tandingan. Ayam goreng KFC sangat terkenal kerana ianya sangat rangup dan juga rasa rempah ratusnya menjadikan ayam tersebut sangat menyelerakan. Rasa rempah ratus ayam goreng KFC terus menjadi rahsia terbesar KFC. \n\nTetapi, tahukah anda kini kita sudah menemui alternatif lain untuk menyediakan ayam goreng ala-ala KFC yang sangat rangup dan pedas. Jadi sekarang tidak perlulah anda pergi ke KFC lagi untuk membeli ayam goreng kerana anda sudah mempunyai resepi ayam goreng yang seakan-akan ayam goreng KFC. Pastinya resepi ayam goreng ini akan menjadi kegemaran anda sekeluarga.\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Zalina Mokhtar di Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.\n\nResepi lain yang anda boleh cuba: \n\nTerdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba yang terdapat di bidadari. Disini kami senaraikan sedikit buat rujukan anda. Jangan lupa untuk kogsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! Sehingga berjumpa lagi!"
"Mencari tempat menarik di Sabah? Sabah yang juga dikenali dengan nama \u201cNegeri Di Bawah Bayu\u201d juga merupakan negeri yang popular sebagai tarikan pelancongan.\n\nSabah juga mempunyai pelbagai daerah. Merancang untuk ke sini? Berikut kami senaraikan 25 tempat menarik di Sabah untuk anda. Teruskan membaca!\n\n#1 Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok\n\nAlamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, (9 am \u2013 11 am, 2 \u2013 3 pm) manakala Khamis (9 am \u2013 11 am, 2 \u2013 4 pm)\n\nPusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok \u2013 pasti anda terbiasa mendengar nama pusat pemuliharaan ini. Ianya terletak 25 km ke barat di daerah Sandakan.\n\nIanya ditubuhkan pada tahun 1964. Pusat pemuliharaan ini dibina untuk untuk menyelamatkan orang utan daripada sebarang aktiviti yang akan membahayakan mereka.\n\nJika anda ke sini, anda dapat melihat orang utan secara dekat. Cara mereka makan dan gelagat mereka pasti akan menghiburkan hati anda.\n\nAlamat: Jalan Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 10 am \u2013 6 pm\n\nTeringin untuk melancong di kawasan perkampungan? Singgah sahaja di Kampung Budaya Mari-Mari yang terletak di kawasan Inanam.\n\nDi kampung ini, anda akan diperkenalkan dengan pelbagai rumah tradisional dari lima komuniti etnik utama di Sabah \u2013 Murut, Dusun, Bajau, Lundayeh dan Rungus.\n\nAnda akan didedahkan dengan demonstrasi pembuatan tiub dan demonstrasi pemadam api menggunakan buluh. Hidangan tradisi mereka juga boleh dirasai jika anda ke sini.\n\nAlamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah\n\nSebut sahaja tempat menarik di Sabah, pasti nama ladang tenusu ini tidak terkecuali. Ianya bukan sahaja tersohor di Kudasang, malah di seluruh Malaysia.\n\nLadang tenusu ini terletak di kaki Gunung Kinabalu di Lembah Kundasang, Sabah, Malaysia. Ia dimiliki oleh Desa Cattle Sdn Bhd, pengeluar produk tenusu yang terkenal di Sabah.\n\nAntara aktiviti yang boleh pengunjung lakukan ialah memberi makan kambing dengan rumput dan melihat proses pengeluaran susu. Mereka juga boleh membeli aiskrim yang dijual di sini, dijamin sedap!\n\nGunung Kinabalu \u2013 nama gunung yang sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Dengan ketinggian 4095 m, ianya merupakan gunung tertinggi di negara ini.\n\nBagi yang gemar aktiviti mendaki, anda boleh sahaja mendaki gunung ini. Pendakian di Gunung Kinbalu selalunya memakan masa sekitar 2 hari 1 malam.\n\nPenat mendaki? Tidak mengapa, singgah sahaja berehat di rumah rehat Laban Rata. Pemandangan dari kawasan rumah rehat ni juga sangat cantik.\n\nAlamat: Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah\n\nTeringin untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang indah? Ianya boleh disaksikan di Pantai Tanjung Aru yang terletak di Kota Kinabalu.\n\nDi sini, anda dapat merehatkan minda sambil menikmati bunyi ombak yang menyenangkan. Anda juga berteduh atau bergambar di bawah pokok pain.\n\nKadangkala, anda juga akan terjumpa dengan Burung Bayan Tengkuk Biru. Spesis burung ini juga hanya boleh dijumpai di Malaysia sahaja.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 8 am \u2013 6 pm\n\nTercari-cari tempat untuk bermandi-manda di kolam air panas? Jika anda sekitar Ranau, lekaslah singgah di Poring Hot Spring.\n\nAir mandiannya yang kaya dengan sulfur mampu mengurangkan stres dengan merehatkan otot yang tegang. Ia juga membantu meningkatkan kualiti tidur anda.\n\nMahu bermandi-manda di kolam biasa? Poring Hot Spring juga turut menyediakannya, sesuai dan selamat untuk kanak-kanak dan dewasa.\n\nAlamat: Mile 8, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 8 am \u2013 5 pm\n\nSambil melancong, apa kata anda singgah di Taman Buaya Sandakan untuk mengenali spesis-spesis buaya? Bukan ada 1-2 jenis, tetapi sekitar 3000 spesis!\n\nBukan itu sahaja, ianya merupakan taman buaya terbesar di Malaysia. Anda juga dapat menyaksikan pertunjukan buaya pada waktu tengahari.\n\nTaman buaya ini juga merupakan pusat pemuliharaan buaya yang berlesen. Ia turut menempatkan haiwan-haiwan lain seperti monyet dan memerang di zoo mininya.\n\nAlamat: Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 4.30 am \u2013 11.30 pm\n\nSiap dibina pada tahun 2000, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini merupakan masjid negeri kedua di Sabah. Ia juga boleh memuatkan 12,000 jemaah dalam satu masa.\n\nSedikit fakta menarik tentang masjid ini \u2013 ia merupakan masjid pertama di Malaysia yang menyediakan Pusat Komuniti OKU di dalam masjid.\n\nReka bentuk yang melambangkan ciri-ciri islam serta ilusi masjid yang terapung merupakan antara faktor masjid ini begitu popular. Kebersihan dan keselesaannya juga turut dipuji.\n\nAlamat: Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari. 9 am \u2013 5 pm\n\nMahu mendalami sejarah negeri Sabah? Sambil melancong, boleh juga anda belajar tentang sejarahnya di Muzium Negeri Sabah.\n\nSelain daripada galeri sejarah, anda juga dapat melihat galeri arkeologi dan tamadun Islam yang berbagai. Bukan sahaja tentang Sabah, tetapi di seluruh negeri!\n\nZoo mini dan kampung budaya juga turut disediakan di muzium ini. Harga tiket masuknya juga murah, bawah RM 5 untuk pelancong tempatan.\n\nTertanya-tanya apakah taman negara pertama yang dibina di Sabah? Ianya adalah Taman Negara Gunung Kinabalu yang terletak di Ranau.\n\nDibina pada tahun 1964, ia juga diiktiraf sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia. Ia juga merupakan antara tarikan pelancongan utama di Sabah, rugi jika anda tak lawati.\n\nTaman ini menempatkan sekitar 500 spesies flora dan fauna dari pelbagai habitat. Gunung Kinabalu juga merupakan sebahagian kawasan taman negara ini.\n\nAlamat: Gaya Street, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah\n\nWaktu Operasi: Jumaat \u2013 Sabtu, 5 pm \u2013 12 am\n\nGaya Street Sunday Market ini turut dikenali dengan nama Chinatown Sabah disebabkan oleh persekitarannya yang ala-ala Pekan China. Kedai kopi dan restoran di sini juga ada banyak.\n\nJalan ini telah dibina sejak tahun 1902, memang legend! Pintu gerbang yang berdiri dengan megah adalah penanda bahawa anda sudah tiba di Jalan Gaya. \n\nSetiap Jumaat dan Sabtu, akan ada jualan di pasar di sini. Antara barangan yang dijual ialah kraf tangan, kain batik, bunga, cenderahati, kek dan buah-buahan. \n\nAlamat: KM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak, Beg berkunci, No.2, 89309 Ranau, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 7 am \u2013 8 pm\n\nGambar ladang teh di Sabah yang ala ala ladang teh di Switzerland pasti sering anda lihat di media sosial, bukan? Ladang teh tersebut ialah Sabah Tea Resort yang terletak di Ranau.\n\nLadang teh yang luas menghijau ini sesuai disinggah untuk mereka yang gemar bergambar. Udara di sini juga cukup segar, pasti dapat merehatkan minda anda.\n\nTempat makan berhampiran ladang teh ini juga menyajikan teh tarik pandan yang sangat enak. Hidangan pencuci mulut seperti aiskrim, wafel dan skon juga lazat!\n\nPemandangan lautan biru yang seakan terbelah dua memang indah. Salah satu pantai tercantik di Sabah dengan ciri-ciri tersebut ialah Pantai Kelambu.\n\n Terletak di Kudat, pantai ini juga merupakan pusat pelancongan utama di situ. Pasirnya yang putih, halus dan bersih juga membuktikan yang pantai ini memang terjaga.\n\nPemandangan matahari terbenam di sini juga cantik. Sambil berjalan-jalan, anda juga boleh mengutip cengkerang yang cantik-cantik di sini sebagai kenangan.\n\nAlamat:\u00a0Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 8.30 am \u2013 5 pm\n\nTugu Peringatan Perang Sabah ini dibina untuk memperingati pengorbanan dan saat-saat getir yang dilalui oleh penduduk Sabah semasa perang dunia kedua.\n\nIa juga bertujuan untuk memperingati askar-askar yang terkorban semasa ditawan oleh tentera Jepun. Kem tahanan ini juga dikatakan kejam, menyebabkan ramai menjadi buruh paksa.\n\nKebun-kebun di kawasan ini juga dipenuhi dengan bunga segar yang cukup cantik. Fakta dan artikel sejarah juga turut dipaparkan di kawasan ini.\n\n#15 Taman Hidupan Liar Lok Kawi\n\nAlamat: Lok Kawi Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 9.30 am \u2013 5.30 pm\n\nSatu lagi tempat menarik di Sabah yang wajib anda singgah ialah Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Siap dibina pada tahun 2007, ianya adalah antara taman hidupan liar yang terkenal di Sabah. \n\nTaman hidupan liar menempatkan banyak spesis haiwan, sama seperti zoo. Walaupun kawasannya agak kecil, jumlah haiwan di sini agak banyak. \n\nAntara haiwan yang ditempatkan ialah gajah, monyet, badak Sumatera, orang utan dan burung enggang. Harga tiket masuknya ialah RM 5 untuk kanak-kanak dan RM 10 untuk dewasa.\n\nAlamat: Kg Purakagis kibbas, 89308 Ranau, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 8 am \u2013 5 pm\n\nIngin melihat kecomelan dan telatah pelbagai spesis arnab dengan lebih dekat? Jika anda berada sekitar Ranau, singgah sahaja di Arnab Village untuk tujuan itu.\n\nTaman arnab ini menempatkan lebih 1000 arnab yang berlainan spesis. Bukan hanya arnab, haiwan peliharaan kecil lain seperti kucing, tikus belanda dan hamster juga ada di sini.\n\nKedai yang menjual cenderahati juga ada di sini. Alang-alang singgah, beli sahaja cenderahati seperti rantai kunci, baju dan pelet arnab.\n\nAlamat: Kota Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu, Sabah\n\nBerdiri megah di Kota Kinabalu, Menara Jam Atkinson ini siap dibina pada tahun 1905. Ianya dibina menggunakan kayu dan strukturnya tetap kukuh hingga kini.\n\nMenara ini juga merupakan antara struktur berdiri yang tertua di Sabah. Ianya dibina untuk memperingati pegawai daerah oertama di Jesselton iaitu Francis George Atkinson.\n\nAlamat: Tawau Hills Park, 91000 Tawau, Sabah\n\nTaman Bukit Tawau yang didirikan pada tahun 1979 ini merupakan tempat perlindungan untuk kawasan tadahan air di bandar Tawau. Ia juga dikelilingi oleh ladang kepala sawit dan koko.\n\nKolam air panas dan Air Terjun Galas adalah tarikan lain di Taman Bukit Tawau. Para pengunjung boleh berkhemah dan berkelah di kawasan yang cantik ini.\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 8 am \u2013 10 pm\n\nSabah sememangnya terkenal dengan pulau-pulau yang bukan sahaja cantik, malah terjaga. Salah satu pulau tersebut ialah Pulau Sapi.\n\nTerletak di Kota Kinabalu, Pulau Sapi ini tersohor di kalangan pengunjung disebabkan oleh Coral Flyer yang merupakan\u00a0garis zip\u00a0terpanjang di dunia. Airnya yang bersih dan biru kehijauan juga mencuri tumpuan ramai.\n\nAktiviti berkelah, berenang, menyelam dan selam skuba merupakan antara aktiviti yang boleh dilakukan. Jika berada di KK, jangan lupa untuk singgah!\n\nAlamat: Kg Kauluan Peti Surat 873, 89308 Kundasang, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 6 am \u2013 6 pm\n\nBukit Sosodikon adalah antara tempat menarik di Sabah yang wajib anda kunjungi. Walaupun dilihat dari jauh, kecantikan bukit ini masih terserlah.\n\nBukit ini terletak berhampiran dengan ladang tenusu DESA. Alang-alang berhampiran, cuba sahaja aktiviti mendaki di bukit ini. Tiket masuknya berharga bawah RM 5 sahaja.\n\nIanya mengambil masa beberapa minit untuk tiba di puncak. Sebaik sahaja tiba di puncak, anda pasti akan terpegun melihat pemandangan ala-ala di Switzerland.\n\n#21 Taman\u00a0Negara\u00a0Tunku Abdul Rahman\n\nPulau Sapi yang kami senaraikan tadi merupakan salah satu pulau di bawah naungan taman marin ini \u2013 Taman Negara Tunku Abdul Rahman.\n\nPulau lain yang bertempat di sini ialah Pulau Manukan, Pulau Sulug, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya. Semestinya taman marin ini luas dan keluasannya mencecah 49\u00a0km\u00b2.\n\nPulau-pulau yang disenaraikan ini bukan sahaja indah, malah ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Menyelam merupakan salah satu aktiviti wajib, jangan lupa untuk cuba!\n\nAlamat: Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 5 am \u2013 6 pm\n\nSambil melancong, tidak sah jika anda tidak membeli-belah. Salah satu tempat yang sesuai ialah Pasar Besar Kota Kinabalu yang terletak di pusat bandar.\n\nDibuka seawal jam 5 pagi, barangan yang dijual di sini termasuklah makanan laut pinggan, kopi dan sayur-sayuran yang segar. Gerai-gerai yang dibuka juga banyak, anda pasti akan rambang mata!\n\n#23 Polumpung Melangkap View Camp Site\n\nAlamat: Sabah Kg. Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah\n\nWaktu Operasi: Setiap hari, 8 am \u2013 5 pm\n\nBagi yang gemar melakukan aktiviti berkhemah, ini adalah tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk anda \u2013 Polumpung Melangkap View Camp Site.\n\nTerletak di Kota Belud, tapak perkhemahan di sini agak luas. Dari tapak perkhemahan, anda boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang pasti menyejukkan hati.\n\nHarga sewaan khemah juga mengikut muatan. RM 10 untuk 1-2 orang, RM 20 untuk 2-4 orang dan RM 30 untuk 4-6 orang. Cukup berpatutan, rugi tak singgah!\n\nAlamat: \u00a0296, Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah\n\nWaktu operasi: Setiap hari 9 am \u2013 5 pm\n\nAgnes Keith House adalah muzium rumah bersejarah di Sandakan. Muzium ini dinamakan sempena Agnes Newton Keith, seorang pengarang Amerika yang terkenal.\n\nRumah yang klasik ini juga merupakan antara tarikan sejarah di Sabah. Konsep interior ala-ala English juga menarik perhatian ramai pengunjung. Sesuai juga dijadikan tempat untuk bergambar!\n\nAlamat: TB6853, Batu 2, Jalan Tanjung Batu Laut, 91000 Tawau, Sabah\n\nAda penggemar coklat di sini? Singgah sahaja di Muzium Koko Teck Guan untuk mempelajari tentang proses membuat koko. Lokasi muzium ini juga cukup strategik dan mudah untuk dicari.\n\nDi muzium ini, anda akan didedahkan dengan cara pemprosesan koko dan menikmati hasilnya selepas itu. Barangan seperti minuman coklat segera dan jem coklat juga boleh dibeli.\n\nHarga tiket masuk bermula dari percuma hingga RM 35.00, bergantung kepada kewarganegaraan dan usia anda. Yang pasti, servis di sini diakui terbaik!\n\nTeruja untuk mengunjungi tempat menarik di Sabah yang dikongsikan? Kami yakin anda pasti teruja untuk melancong di sini.\n\nSelain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial."
"Kencing manis menyerang sesiapa sahaja. Ia tidak seperti sangkaan ramai orang yang menganggap kencing manis hanya menyerang orang gemuk dan mereka yang tidak aktif. Kencing manis sebenarnya turut boleh menyerang mereka yang tampak sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti atlet. Lebih mengejutkan adalah hampir semua pesakit tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah kencing manis. Jadi, apakah sebenarnya yang menyebabkan penyakit manis dan siapakah mangsanya?\n\nTubuh terdiri daripada berjuta sel. Untuk menghasilkan tenaga, sel-sel ini memerlukan makanan dalam bentuk yanng ringkas. Apabila kita makan atau minum, kebanyakan makanan kita dipecahkan kepada gula ringkas yang dipanggil glukosa. Glukosa ini kemudiannya dibawa menerusi aliran darah ke sel-sel di dalam tubuh di mana ia boleh digunakan untuk menyediakan sedikit tenaga yang diperlukan tubuh untuk aktiviti harian. \n\nJumlah\nglukosa dalam aliran darah ini dikawal eh insulin hormon. Insulin selalunya\ndilepaskan pada jumlah yang sedikit oleh pankreas. Apabila jumlah glukosa dalam\ndarah meningkat kepada tahap tertentu, pankreas akan melepaskan lebih banyak\ninsulin untuk menolak lebih banyak glukosa ke dalam sel. Ini menyebabkan tahap\nglukosa dalam darah menurun.\n\nBagi\nmemastikan tahap glukosa dalam darah menjadi terlalu rendah, tubuh kita akan\nmemberi isyarat supaya kita makan dan melepaskan sedikit glukosa dari simpanan\ndi dalam hati.\n\nMereka\nyang menghidap diabetes tidak menghasilkan insulin atau sel tubuh mereka tidak\nlagi mampu mengenali insulin lalu menyebabkan kadar gula yang tinggi di dalam\ndarah.\n\nKencing\nmanis atau diabetes terbahagi kepada dua iaitu \n\nDiabeters\njenis ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta\nkelenjar pankreas iaitu satu-satunya sel yang menghasilkan hormon insulin untuk\npenghadaman glukos kepada tenaga. Penghidap diabetes jenis ini bergantung\nkepada insulin untuk hidup secara normal. Mereka sangat bergantung kepada\ninsulin sehingga pada tahap boleh membawa maut jika mereka tidak mendapat suntikan\ninsulin dalam masa yang agak singkat. Penghidap perlu mendapat suntikan insulin\nsebelum makan dan pada waktu malam sebelum tidur.\n\nDikenali\nsebagai diabetes peringkat permulaan dewasa, ia biasanya berpunca daripada\nkegagalan badan untuk menggunakan insulin dengan berkesan. Diabetes jenis ini\nsering ditemui pada mereka yang lanjut usia, mereka yang mengalami obesiti, terencat\nketahanan glukos, keturunan dan kurang bersenam. Ini juga adalah diabetes yang\nkerap menyerang kanak-kanak golongan remaja di Malaysia.\n\nTerdapat\njuga diabetes yang menyerang kumpulan tertentu seperti Gestational Diabetes\natau diabetes ketika hamil. Ia merupakan sejenis alahan glukos pada sebahagian\nwanita ketika mengandung. Wanita hamil mudah diserang diabetes kerana perubahan\nhormon yang sedang dialami di samping masalah genetik dan gaya hidup.\n\nSecara\nkeseluruhannya, kencing manis muncul apabila berlakunya yang berikut:\n\nDiabetes\nJenis I berpunca daripada faktor gen dan alam sekitar seperti virus yang\nmerangsang kepada penyakit diabetes. \n\nDiabetes\nJenis II pula adalah diabetes yang biasa menyerang ramai orang. Ia berpunca\ndaripada beberapa sebab termasuk genetik dan gaya hidup.\n\nMereka\nyang berisiko menghidap diabates adalah;\n\nAda\nbeberapa tanda atau simptom sekiranya seseorang itu menghidap kencing manis.\n\nDiabetes\nJenis I datang dengan simptom berikut;\n\nDiabetes\nJenis II tidak begitu jelas atau berkembang kepada simptom Diabetes II. Simptom-simptom\nlain ialah;\n\nDiabetes\nboleh menjadi punca kepada banyak penyakit yang lain seperti sakit jantung,\nstrok, dan masalah mata serta kaki. Semakin lama masalah diabetes tidak\ndirawat, maka semakin banyaklah peluang untuk timbulnya masalah kesihatan yang\nlain. Oleh itu, rawatan perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan\nmasalah yang lebih serius. Berikut adalah rawatan kepada mereka yang menghidap\ndiabetes;\n\nOleh\nkerana kanak-kanak juga tidak terlepas daripada risiko menghidap kencing manis,\nmaka ada beberapa tips yang disarankan;\n\nKencing\nmanis merupakan suatu penyakit yang boleh menjemput lebih banyak masalah\nkesihatan yang lain. Dikatakan bahawa sehingga kini tiada ubat untuk\nmengubatinya. Pesakit perlu kekal sihat untuk mengurus penyakit mereka. Oleh\nitu, kita perlu mengawal diri kita terutama dari segi pemakanan dan gaya hidup kerana\nia ternyata sangat membantu dalam menghindari atau melambatkan masalah kencing\nmanis yang lebih serius."
"Seperti yang kita lihat, cuaca agak panas dan kering. Oleh kerana itu, adalah sebahagian diantarakita yang inginkan pencuci mulut untuk dimakan. Pencuci mulut lazimnya manis dan sejuk serta dapat memuaskan selera sesiapa sahaja. \n\nKali ini kami bawakan resepi yang mudah, tetapi lazat dan menyelerakan. Sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu atau mungkin kepada keluarga anda sendiri. Resepi yang kami bawakan adalah resepi puding kastard jagung. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Dya Nadya telah mendapat banyak likes serta perkongsian di media sosial. Jom, kita lihat!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! Jangan lupa juga untuk mencuba resepi ini bersama keluarga anda."
"Dalam agama Islam, solat terbahagi kepada dua jenis iaitu solat fardu dan solat sunat. Solat fardu ialah solat yang wajib ke atas semua orang Islam yang baligh dan berakal. Solat fardu dilakukan sebanyak lima kali setiap hari iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.\n\nSolat fardu merupakan Rukun Islam yang kedua. Sekiranya seseorang itu tertinggal solat fardunya disebabkan keuzuran, tertinggal, lalai dan sebagainya, wajib digantikan (qada) semula.\n\nManakala solat sunat pula ialah solat yang dilakukan secara sukarela. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperoleh rahmat-Nya. Solat sunat dapat menambah kesempurnaan solat fardu. Antaranya ialah solat terawih, witir, tahajjud, dhuha dan sebagainya.\n\nKhusyuk dalam solat menjadi masalah utama yang sering dibincangkan. Kita hanya melaksanakan solat tanpa menitikberatkan soal kualiti untuk mencapai matlamat ibadah solat itu sendiri.\n\nBenteng asas dalam solat iaitu khusyuk dipandang ringan kerana yang kita pentingkan hanya pelaksanaannya, bukan cara mencapai kesempurnaan. Namun, kelemahan ini perlu diperbaiki kerana menunaikan solat merupakan tiang seri agama Islam yang utama.\n\nBerdasarkan pendapat beberapa tokoh ulama, khusyuk bermaksud perbuatan hati yang meliputi perasaan takut, rendah diri dan perasaan hina di depan Allah. Ia juga menzahirkan perbuatan anggota badan seperti fokus dalam solat, tidak berpaling ke sana-sini dan menundukkan pandangan.\n\nArtikel ini akan membincangkan cara-cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat melalui rujukan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga kita bersama-sama dapat membetulkan cara bersolat yang betul.\n\nApabila sedang solat, kita perlulah fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut akan seksaan-Nya dan mengharapkan pahala daripada-Nya.\n\nApabila kita berasa dekat dengan Allah SWT, hati akan berasa tenang dan dapat menghayati kesemua yang diucapkan dan dilakukan dalam solat. Kekhusyukan hati dapat mewujudkan kekhusyukan badan kerana ia ialah asas kekhusyukan.\n\nKhusyuk badan bermaksud tidak terlalu banyak gerakan dalam solat, tidak terburu-buru membaca doa, menundukkan pandangan di tempat sujud, tidak memikirkan hal dunia dan sebagainya.\n\nMenurut Dr Rizal Abu Bakar, iaitu seorang pakar otak dan psikologi, khusyuk dalam solat membuatkan aktiviti otak jadi kurang aktif. Aktiviti otak ini dinamakan Parietal Lobe. Maksudnya, ketika sedang bersolat tapi masih teringat kerja di pejabat, buku yang belum habis dibaca, tandanya Parietal Lobe masih aktif.\n\nBeliau menyatakan untuk membuatkan otak hanya fokus pada ibadah solat, kita perlu tenteramkan Parietal Lobe. Ia memerlukan praktis setiap hari. 13 cara yang boleh dilakukan ialah:\n\nKesimpulannya, marilah kita meningkatkan kualiti solat dengan khusyuk dalam melaksanakannya. Khusyuk dalam solat juga memberikan kesempurnaan pahala. Untuk seketika, lupakan semua hal duniawi, fokuskan jiwa dan raga pada Sang Pencipta.\n\nMemang menjadi kewajipan kita untuk khusyuk dan memberikan yang terbaik untuk Allah SWT. Banyakkan bertaubat dan beristighfar serta bersungguh-sungguh dalam berdoa. Semoga semua amalan kita akan diterima oleh Allah SWT.\n\nSemoga artikel ini memberikan manfaat kepada para pembaca sekalian dalam meningkatkan kualiti dalam menunaikan solat. Anda boleh cuba semua tips yang dikongsikan ini. Jangan lupa sebarkannya pada ahli keluarga dan rakan-rakan.\n\nJemput juga baca artikel tentang kelebihan solat dhuha dan sejarah solat"
"Apabila ada kehadiran ahli baru dalam keluarga, mesti kita akan rasa seronok kerana keluarga akan berkembang dan ada waris yang akan menyambung legasi keluarga. Rasa seronok dan bahagia itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata, hanya mampu bersyukur kepada Ilahi.\n\nBayi yang baru lahir, kita sebagai ibu bapa akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Susu, lampin, pakaian dan tempat tidur semua akan disediakan. Lebih-lebih lagi penyediaan susu kerana ia untuk pembesaran anak itu sendiri. \n\nNamun, ada ibu bapa yang berfikir, cara untuk bagi bayi cepat kenyang. Jadi, tidaklah mereka asyik minta susu sahaja. Mereka akan campurkan bijirin ke dalam susu anak mereka kemudian, akan membuat lubang puting besar sedikit bagi memudahkan bayi menghisap puting.\n\nCara ini amat salah sekali kerana ia akan mengundang bahaya kepada bayi tersebut. Memang benar jika ingin mereka cepat kenyang, berikan makan bijiran. Tetapi, bagi bayi yang berumur bawah 6 bulan tidak sesuai makan bijirin.\n\nApakah akibat jika memberi bayi bawah 6 bulan susu yang dicampur bijirin?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai bahaya campur bijiran dalam susu anak bawah 6 bulan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi \n\nTindakan memberikan bayi bijirin yang dicampurkan dengan susu menerusi botol boleh menyebabkan tersedak susu. Ini juga boleh meningkatkan risiko terjadinya jangkitan pada paru parunya.\n\nKeadaan bayi tercungap-cungap dan badannya bertukar menjadi biru adalah tanda-tanda dia sedang tersedak susu. Ia berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik.\n\nBayi berisiko untuk mengalami tersedak makanan dan minuman\n\nBagi mama dan papa yang mempunyai bayi yang berisiko tersedak susu ini diharapkan berhati hati.Ia boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak seperti berikut :\n\nAntara risiko yang berlaku apabila bayi atau kanak-kanak tersedak ialah jangkitan pada paruparu atau pneumonia kerana semasa tersedak susu yang diminum boleh memasuki salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran bayi menghisap.\n\nKemahiran menghisap adalah satu kemahiran yang wujud pada bayi sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi berumur dua tahun.\n\nPerkembangan kemahiran ini bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.\n\nBayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran menghisap masih belum cekap. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.\n\nJangan campur susu bayi dengan bijirin\n\nDisebabkan kewujudan reflex ini, bayi hanya boleh diberikan jenis makanan selain cecair selepas mencapai usia 6 bulan.\n\nOleh itu, tindakan ibu bapa mencampurkan bijirin ke dalam susu formula bayi dan diberikan menerusi botol susu di mana lubang putingnya dibesarkan membahayakan dan boleh menyebabkan bayi mudah tersedak. Ia cecair likat yang mungkin sukar untuk ditelan bayi kecil.\n\nSistem penghadaman bayi masih belum matang\n\nTambahan pula, sistem penghadaman bayi masih belum matang untuk memproses makanan pejal. Tunggu sehingga bayi mencecah usia enam bulan sebelum memberikan mereka makanan pejal atau pelengkap.\n\n*Jadi, bagi ibu bapa diluar sana yang suka campurkan bijiran dalam susu bayi, perlu ambil tahu risikonya. Jika anak berumur atas 6 bulan, ia tidak menjadi masalah untuk memberi makan makanan bijrin.\n\nCara selamat adalah sebelum membuat apa-apa, baik bertanya kepada doktor yang lebih berpengetahuan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Jika ibu buat roti sosej kukus hari ini, esoknya mesti anak akan minta dibuatkan lagi. Bukan hanya anak, encik suami pun juga akan minta dimasakkan roti sosej kukus.\n\nResepi roti sosej kukus lembut daripada Nur Qistina Rezuan Rezuan yang dikongsikan di laman Facebook ini sangat sayang jika tidak dicubakan. Penyediaannya amat mudah, hanya perlu masa 15 minit sahaja.\n\nDengan penyediaan yang pantas itu, roti sosej kukus sesuai sangat untuk dijadikan sarapan. Terus dibawa pergi kerja atau sekolah senang dan lazat.\n\nCara masak dengan kukus semestinya menjadikan roti lebih lembut luar dalam dan sihat kerana tidak menggunakan minyak masak jika mengikut cara digoreng.\n\nSelain resepi roti sosej kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ibu bapa mewariskan zuriat yang membawa kepada lahirnya kita ke dunia ini dan sebab itulah agama Islam meletakkan ibu bapa di tempat yang tinggi dalam hubungan kekeluargaan. \n\nBetapa besarnya pengorbanan ibu bapa terhadap anak, apa pula tanggungjawab anak terhadap ibu bapa? Tidak hairanlah jika Islam menitik beratkan soal berbuat baik dan menghormati kedua ibu bapa.\n\nTanggungjawab kepada ibubapa ini amatlah penting pada anak-anak selagi ibubapa masih ada. Malahan, jika mereka berbuat baik kepada ibu bapa, ia akan membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak. Jom baca 10 tanggungjawab anak yang harus dilakukan terhadap ibubapa.\n\nSebagai tanggungjawab seorang anak, kita mestilah bercakap dengan lemah lembut. Seorang anak haruslah bercakap dengan menggunakan suara yang rendah ketika bertutur dan jangan sekali-kali membantah serta mengherdik mereka. Apatah lagi, dilontarkan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah oleh Allah SWT .\u00a0\n\nPerbuatan seperti menjerit, memaki hamun, mengherdik dan bercakap kasar kepada ibubapa adalah haram sama sekali kerana berdosa besar. Dalam Al-quran Surah Al-Israa\u2019, ayat 23 mengatakan bahawa:\n\n Janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Ha\u2019 dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). \n\nOleh itu, sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, kita haruslah menggunakan bahasa yang sopan ketika berbual atau bercakap dengan ibubapa supaya tidak dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling.\n\nTanggungjawab anak terhadap ibu bapa ialah kita hendak menghormati ibu bapa sejak kecil sehinggalah ke dewasa. Ibu bapa adalah orang yang menjaga dan mendidik kita dari kecil, malah mereka adalah malaikat di bumi yang diutuskan Allah swt untuk menjaga kita. \n\nTamsilnya, walaupun mereka marah, memukul dan\u00a0 membuatkan kita merasa dibenci, namun hakikat yang sebenarnya mereka sangat menyayangi kita. Bak kata pepatah, bagai menatang minyak yang penuh.\u00a0\u00a0 Oleh itu, tanggungjawab seorang anak haruslah bersikap lebih matang dalam menghormati dan memberi kasih sayang kepada ibubapa. \n\n3. Sentiasa Taat Dan Patuh Arahan Ibubapa\n\nAnak yang bertanggungjawab akan sentiasa taat dan patuh pada arahan ibubapa. Sikap taat dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan damai dalam sesebuah keluarga. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ini merupakan perintah Allah Swt yang wajib anda ikuti.\n\nZaman moden ini, ramai anak yang sanggup memberikan saman kepada ibubapanya sendiri tanpa segan silu kerana mereka menyentuh hal peribadi mereka malah ada yang berani memukul kerana tidak bersependapat atau berselisih faham.\u00a0\n\nMenurut Hadis Riwayat Imam Tarmizi, Keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa. Oleh itu, anak yang bertanggungjawab hendaklah berbakti kepada ibubapa supaya mereka rasa dihargai.\n\nSeorang anak yang bertanggungjawab sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka. Hal ini demikian kerana, tanggungjawab anak mendoakan kesejahteraan kepada ibubapanya memberi seribu kebaikan. \n\nDalam Al-Quran juga terdapat ayat yang memberi isyarat bahawa doa seorang anak untuk ibu bapanya sangat mustajab kerana Allah SWT sudah memerintahkan demikian.\u00a0\n\nHadith yang direkodkan oleh Imam Muslim juga menyatakan tentang tiga perkara yang pahalanya akan terus mengalir untuk orang yang melakukannya walaupun dia sudah meninggal dunia. Salah satunya daripada pahala itu adalah anak soleh yang mendoakannya. \n\nOleh itu, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa juga adalah untuk mendoakan perkara yang baik supaya ibu bapa dihindari dari azab api neraka.\n\n5. Memanggil Dengan Panggilan Sopan dan Disenangi\u00a0\n\nSalah satu tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ialah memanggil panggilan yang sopan dan disenangi kepada ibubapa. Anak yang bertanggungjawab tidak akan menyakiti perasaan ibubapa mereka dengan panggilan yang tidak elok.\u00a0\n\nTamsilnya, memanggil dengan panggilan yang keji kepada ibubapa seperti bodoh, bangang, babi dan sebagainya. Perkara ini dapat menyakitkan hati ibubapa walaupun ianya hanyalah perkataan sahaja. Jadilah anak bertanggungjawab dengan memanggil panggilan yang baik kepada ibu bapa.\n\nAnak yang bertanggungjawab akan menolong ibubapa dalam segala hal. Hal ini demikian kerana tanggungjawab anak adalah untuk mengurangkan beban mereka dengan membantu mereka membuat kerja.\u00a0\n\nMenolong ibu bapa dalam mengemas rumah, memasak, membantu kerja pembaikian dan sebagainya memberikan anak pahala. Dalam Riwayat al- Nasa\u2019ie (4449), menyatakan bahawa:\n\nSesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah berasal daripada usahanya yang bermaksud membantu ibubapa\u00a0 dari sudut kemampuan setakat yang mampu sahaja itu pun sudah cukup memadai.\u00a0\n\nSebagai anak yang bertanggungjawab, anda harus mencari cara untuk meringankan kerja ibubapa supaya dikemudian hari Allah swt akan meringkankan beban kita sendiri.\n\nTanggungjawab anak ini hendaklah selalu menziarahi ibubapa. Anda perlu pastikan ibubapa tidak akan tersinggung dengan perbuatan kita yang jarang menziarahi mereka. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai seorang anak.\n\nJika anda berada jauh dari ibubapa dan tiada masa untuk menziarahi mereka, apa salahnya anda membuat panggilan, membuat panggilan video dan menghantar mesej tanda anda masih mengingati mereka.\u00a0\n\n8. Memastikan Kesihatan Ibubapa Dalam Keadaan Yang Baik\n\nAnak yang baik dan bertanggungjawab akan memastikan kesihatan ibubapa dalam keadaan yang baik. Ibubapa telah menjaga kita sejak kecil\u00a0 lagi, apa salahnya kita sebagai anak bertanggungjawab membalas semula jasa mereka kerana telah menjaga kita.\u00a0\n\nMenjaga mereka dengan cara memberi makan minum yang secukupnya, membeli ubat, membuat rawatan dengan doktor untuk memastikan keadaan dalam baik, menjaga mereka ketika demam dan sebagainya.\n\n Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu untuk menjaga seorang ibu.\u00a0 Jadilah seorang anak bertanggungjawab yang boleh menjaga keadaan ibu bapa!\n\n9. Menjaga Keselamatan Ibubapa Setiap Masa\n\nTanggungjawab anak terhadap ibu bapa adalah dalam memastikan keselamatan ibu bapa terjaga. Tempatkan mereka di tempat yang selamat dan jauh dari jenayah.\n\nKes membunuh, pecah rumah, kebakaran dan lain-lain sering berlaku didalam rumah dan sekeliling rumah kini. Oleh itu, sebagai anak yang bertanggungjawab kita mestilah meningkatkan keselamatan rumah seperti memasang CCTV, mengupah pembantu rumah dan memasang alat pemadam api supaya tiada sesiapa yang boleh mencederakan ibubapa kita.\n\nApabila sudah meningkat dewasa dan sudah memiliki perkerjaan, sebagai seorang anak yang bertanggungjawab apa salahnya kita berikan wang kepada ibu bapa. Mereka tidak mampu untuk bekerja\u00a0lagi dan sudah menghabiskan masa memelihara kita dari kecil. \n\nDuit mereka laburkan untuk kita takkan terbayar. Wang yang anda beri dapat digunakan untuk keperluan harian mereka seperti makan minum, tempat tinggal, bil elektrik dan sebagainya. \n\nDalam Riwayat Muslim (1822), Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya. Memang menjadi tanggungjawab anak untuk memberikan kesenangan kepada ibubapa supaya mereka tidak perlu risau untuk mencari wang dengan umur yang semakin meningkat.\n\nJemput baca Peranan ibu bapa dalam keluarga, Cabaran ibu tunggal, Cara pikat hati mak mertua dan Petua tambah selera makan anak."
"Mencari idea masakan kerang yang ringkas, cepat siap dan menggiurkan?\nSila cuba resepi kerang air asam ala Thai ini.\n\nResepi kerang air asam yang dikongsikan oleh Yuss Aisya di Facebook ini telah mendapat perkongsian yang amat ramai. Resepi ini sememangnya mudah dan menggiurkan.\n\nUntuk menghindari supaya kerang tidak overcooked, maka masukkan kerang ke dalam air berais selepas direbus. Kerang akan mudah dikupas tanpa lekat-lekat. Kupas sebelah saja kulitnya. Makan kerang dicicah bersama air asam lagi sedap.\n\nTanpa membuang masa, kami hadirkan resepi kerang air asam yang menggiurkan pada tulisan kali ini. Sila cubakan di rumah anda.\n\nResepi Kerang Air Asam Ala Thai\n\nSelain resepi kerang air asam, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Apabila saya pergi ke sekolah atau universiti untuk beri semangat kepada adik-adik, berkongsi tips untuk berjaya. Sebenarnya kalau nak tahu, hati saya meronta-ronta.\n\nBetapa ingin benar saya memberitahu mereka realiti dunia yang sebenar.\n\nDunia yang mana deretan A yang mereka bersungguh-sungguh untuk berjaya tidak mampu menjamin yang hidup mereka lagi beberapa tahun akan bahagia dan selesa.\n\nYang kerjaya professional yang mereka idamkan tidak mampu untuk membuatkan impian mereka tiba-tiba jadi kenyataan.\n\nImpian untuk belikan rumah untuk mak ayah, hantar mereka ke tanah suci. Impian untuk berjalan-jalan bermain salji.\n\nTidak, bukan itu yang berlaku. Tapi sebaliknya mereka akan terkejut berhadapan dengan sewa rumah yang semakin mahal, harga minyak yang semakin naik, dan kos sara hidup yang semakin meningkat.\n\nInilah perasaan yang saya rasa ketika mula bekerja.\n\nSaya ingatkan bila saya cemerlang SPM, dapat first class dalam bidang kejuruteraan dari sebuah universiti di luar negara, nasib saya sekeluarga akan berubah.\n\nJika selama ini saya dan emak hanya mampu berkayuh basikal untuk ke kedai malah untuk mak menghantar saya ke sekolah, dan terpaksa meminjam motosikal jiran jika perlu pergi ke kampung sebelah, saya fikir saya dapat beli sebuah kereta yang selesa untuk bawa emak kemana-mana. Supaya emak sudah tidak perlu susah payah mengayuh basikal ke pasar.\n\nTapi rupanya yang saya mampu ada waktu mula bekerja hanya sebuah kereta kancil second hand yang aircond dia banyak kali rosak. Sampai saya balik kampung bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang panas dan bila lori pasir lalu habis dengan muka-muka saya sekali kena pasir.\n\nSaya beli kereta kancil tu (masa beli condition dia ok) sebab saya tengok dengan duit gaji saya, itulah yang saya mampu. Sebab duit banyak nak guna untuk benda-benda lain yang lebih penting. Untuk bagi duit kat emak tiap-tiap bulan supaya emak dah tak payah fikir pasal duit.\n\nSaya ingat lagi, saya pernah cakap kat emak. Masa tu saya bawa mak beli barang dapur di satu pekan di tempat saya. Pekan Tanjung Sepat namanya. Bersama seorang lagi mak angkat saya. Bila bonet barang mula penuh dan saya tengok takde lagi ruang untuk diisi, saya cakap kat emak yang nanti saya akan beli kereta yang lebih besar.\n\n\u201cSenang nanti nak bawa mak pergi pasar\u201d Mak macam biasa, tersenyum dengar cerita anaknya. Sejak itu setiap kali ke pasar, lalu kereta cantik, mak akan tanya, \u201ckereta macam tu ke dik?\u201d\n\nSaya tahu, mak saya tak kisah pun dengan rezeki yang ada. Mak sentiasa mampu tersenyum walau duit takde. Tapi mak cakap macam tu sebab nak \u2018layan\u2019 impian anaknya nak beli kereta baru yang lebih besar, lebih cantik.\n\nSaya sedih, sebab sampai mak menghembuskan nafasnya yang terakhir saya masih mambawanya dengan kereta kancil yang kadang-kadang takde air-cond tu. Yang pernah sekali, tiba-tiba asap keluar dengan sangat banyak hingga saya terpaksa berhenti tepi jalan.\n\nNamun saya syukur, Tuhan bagi rezeki untuk kumpul duit semasa belajar di US. Dengan rezeki itu dapat saya buatkan rumah untuk emak bila balik ke Malaysia.\n\nSaya fikir, jika saya perlu bergantung pada gaji untuk buatkan emak rumah, tentu emak juga tidak sempat merasa duduk di rumah baru.\n\nMasa tu lah saya fikir, \u201cKenapa orang selalu cakap belajar rajin-rajin, ambil bidang sains dan kerja sebagai doktor, engineer, peguam, akauntan, tapi kenapa saya tak pernah tahu yang gaji kerja yang bunyi \u2018gah\u2019 ni sebenarnya tak banyak mana?\u201d\n\nYang selepas bertungkus lumus mengejar A dan memerah kepala menghadam segala formula di universiti, gaji yang diterima akan habis belum pun masuk gaji bulan yang seterusnya. Makan sehari sekali sebab nak berjimat cermat.\n\nSekarang ini, walaupun gaji saya sudah ok setelah memegang ijazah PhD, tapi sebenarnya untuk saya membantu orang lain masih terlalu limited. Hati saya rasa bersalah pada anak-anak buah yang masih hidup susah dan saya tidak dapat bantu dalam kuantiti yang banyak. Malah sehingga ke hari ini saya masih terkial-kial untuk mengumpul duit untuk menunaikan haji.\n\nSaya bukan berkata untuk merungut. Tapi, kalau saya tahu lebih awal, saya tahu saya akan lebih \u2018bijak\u2019.\n\nSaya tahu yang saya tidak akan fokus pada akademik saja. Saya tetap akan kejar semua A, grad universiti dengan CGPA tinggi, tapi tentu saya spend juga masa untuk asah bakat, skill dan potensi dalam bidang lain yang sebenarnya nanti dapat bagi saya duit tambahan di samping bekerja dalam bidang professional tu.\n\nYang saya lihat, selalu yang terjadi ialah duit dari bakat, skill dan potensi dalam bidang lain ini lah yang lebih beri keselesaan dari sudut kewangan berbanding gaji itu sendiri.\n\nSebab itu saya selalu pesan pada anak-anak didik. Realiti yang gaji mereka sebagai engineer sebenarnya tidak banyak mana. Tidak cukup untuk mudah hulur duit pada mak ayah, apatah lagi untuk bantu anak yatim dan kanak-kanak anak gelandangan.\n\nMasa yang ada bukan hanya untuk akademik dan aktiviti ko-kurikulum. Masa yang selebihnya bukan sepatutnya diguna untuk berjalan-jalan, melepak di kedai mamak, atau bersembang di bilik kawan.\n\nTapi itulah masa keemasan yang sepatutnya digunakan untuk mahirkan diri dalam sesuatu kemahiran yang nantinya boleh datangkan pendapatan kepada mereka.\n\nNasihat saya kepada para pelajar, baik di sekolah mahupun di universiti: belajar bersungguh-sungguh untuk capai kejayaan cemerlang dalam SPM/CGPA. At the same time, lakukan ini juga:\n\n#1 Fikirkan bakat apa yang ada dalam diri dan asah ia supaya menjadi satu kemahiran. Mungkin ia bermula dari hobi itu sendiri?\n\n#2 Cari ilmu tentang kemahiran tersebut. Kalau tidak tahu, pergi belajar. Sekarang banyak kursus dan seminar di anjurkan. Malah di internet maklumat juga ada di sana sini.\n\n#3 Belajar bagaimana cara membuat duit dari hobi atau kemahiran yang ada. Tengok macamana orang lain buat duit dari kemahiran yang sama.\n\n#4 Belajar bagaimana menggandakan duit dengan risiko yang paling rendah. Orang yang bijak dalam kewangan adalah orang yang tahu menggandakan duitnya yang ada.\n\n#5 Belajar bagaimana menguruskan kewangan. Supaya kalau ada duit, ia terurus dengan baik. Kenal pasti jenis \u2018tabungan\u2019 yang mesti ada dan biasakan/amalkan dari sekarang.\n\nSupaya nanti mereka tidak hanya bergantung pada gaji yang selepas dua minggu dah habis. Tapi ada juga sumber pendapatan lain yang banyaknya bergantung kepada sejauh mana mereka mahir.\n\nSebab itu mereka perlu mahirkan diri bermula dari sekarang: ketika mereka sedang bersekolah dan belajar di universiti.\n\nSaya terpaksa bermula melakukan ini ketika umur mencecah 30 tahun. Saya rasa rugi yang amat. Waktu anak sedang kecil, selalu merengek inginkan perhatian, waktu sudah terbeban dengan kerja-kerja ofis, waktu itu jugalah saya baru bermula untuk belajar apa yang saya tuliskan di atas.\n\nSebab itu pesan saya kepada adik-adik di sekolah/universiti: anda ada peluang cukup besar. Buat dari sekarang. Siap-siap bekalkan diri anda dengan ilmu dan kemahiran yang nantinya dapat diguna bila keluar universiti."
"Kali ini kita akan buat agar agar paling mudah. Agar agar sirap laici.\nAgar agar sirap rasa buah laici manis dan segar. Sebelum dihidangkan disejukkan dulu di dalam peti ais jadi makin sedap.\n\nAnak-anak mesti ketagih makan agar agar ini. Selain itu, tetamu mesti suka dan tertarik dengan agar agar sirap ini kerana bentuknya yang menarik dan rasanya yang sedap.\n\nResepi agar agar sirap yang sedap, mudah dan menarik ini dikongsikan oleh Zura Zul\u200e\u200e dilaman Facebook. Sila cuba dan hidangkan agar agar sirap sebagai jamuan menarik dan sedap tentunya.\n\nSelain resepi agar agar sirap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Roti canai dimakan dengan kuah dal atau sambal, itulah makanan yang sememangnya terkenal di Malaysia. Tepung roti canai telah diuli menggunakan minyak sapi.\u00a0 Kemudian, ia digoreng menggunakan minyak sawit yang tinggi kandungan lemak tepu.\n\nJadi, jumlah kalori di dalam roti canai ini sememangnya sangat tinggi. Sekeping roti canai biasanya mempunyai 300 kalori. Itu baru sekeping roti canai, tak termasuk lagi dengan kuah dhal, kuah kari ataupun sambal.\n\nJika dikira berdasarkan hidangan dua keping roti canai kosong dan juga kuah dhal, jumlah kalorinya mencecah 900 kalori sahaja pada waktu sarapan. Kalau makan roti canai ini setiap hari, pasti ianya mendatangkan pelbagai masalah kepada tubuh badan kita. Jadi, jom kita lihat kalori sekeping roti canai.\n\nJumlah kalori diatas tertakluk kepada sekeping roti canai. Jika ia dihidangkan dengan kuah dhal dan juga dicampurkan dengan telur, jumlah kalori yang terkandung dalam roti canai tersebut akan menjadi lebih tinggi.\n\nSekiranya anda ingin diet tetapi mahu makan roti canai, anda harus mengubah kesemua resepinya. Mungkin anda boleh gunakan tepung yang tinggi serat dan marjerin sebagai gantian kepada minyak memasaknya dan menambahkan sayur-sayuran. Pasti nilai kalorinya akan turun sehingga 280 kalori.\n\nJom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak."
"Pada waktu ini negara kita sedang dilanda wabak covid-19. Disebabkan itu, banyak syarikat serta premis telah di tutup dan para pekerja terpaksa bekerja dari rumah.\u00a0 Ia bertujuan supaya rantaian covid-19 ini dapat di putuskan dan tidak merebak dengan lebih besar. Sebab itulah, kerajaan meminta ke semua premis ditutup dan para pekerja boleh kerja dari rumah.\n\nBekerja Dari Rumah Mempunyai Pelbagai Kebaikan\n\nSebenarnya, kerja dari rumah mempunyai bermacam kebaikkan seperti masa yang lebih fleksible. Boleh mengatur jadual kerja sendiri dan yang paling penting tidak perlu terbabit dalam kesesakkan lalu lintas.\n\nBukan itu sahaja, masa kerja kerja anda juga menjadi lebih teratur dan anda bebas bekerja tanpa sebarang pengawasan. Ada bebarpa tips yang boleh anda gunakan untuk memastikan diri anda kekal mempunyai motivasi yang tinggi apabila kerja dari rumah.\n\nBekerja dari rumah memerlukan ketenangan dari sebarang gangguan. Agak sukar untuk anda melakukan kerja anda dengan tenang jika anda tidak mengasingkan kawasan kerja anda dengan ruangan lain. Mana tidaknya, jika anda meakukan segala kerja anda di ruang tamu akan menyebabkan anda terganggu di sebabkan suasana yang bising.\n\nDisebabkan itu, sukar untuk anda membuat kerja anda dengan tenang. Seeloknya, wujudkan satu zon ruangan kerja secara berasingan seperti di dalam bilik supaya anda dapat melakukan kerja anda dengan aman dan tenang.\n\nTips #2-Wujudkan Ruang Kerja Yang Ceria\n\nApabila bekerja dari rumah, sudah tentulah anda memerlukan motivasi supaya anda melakukan segala tugasan dengan mudah. Tapi macam mana\u00a0 cara hendak buatkan diri kita sentiasa kekal bermotivasi sewaktu buat kerja?\n\nCaranya sangat mudah, anda cuma perlu wujudkan ruang kerja yang ceria. Anda boleh tambah pencahayaan atau menambah dekorasi seperti kata-kata motivasi yang boleh mmebuatkan anda kekal tenang dan sentiasa bermotivasi ketika bekerja dari rumah.\n\nTips #3 \u2013 Jangan Pasang Lagu Yang Terlalu Kuat\u00a0\n\nAda sesetengah orang gemar memasang lagu ketika sedang melakukan sesuatu tugasan. Bagi mereka ia merupakan salah satu cara untuk menghilangkan tekanan ketika melakukan tugasan. Namun begitu, tidak semua lagu sesuai untuk di mainkan ketika anda sedang melakukan tugasan.\n\nMalah, ada antaranya yang akan membuatkan anda bertambah stress. Jika anda hendak mendengar lagu carilah lagu-lagu berentak perlahan dan lagu yang boleh membuatkan anda kekal tenang seperti mendengar alunan zikir.\n\nTips #4- Jauhkan Diri Sendiri Dari Gajet\n\nIni merupakan cabaran utama ketika bekerja dari rumah. Gajet sebenarnya boleh mengganggu kosentrasi anda ketika sedang menyiapkan tugasan kerja anda. Disebabkan gajet seperti telefon akan membuatkan anda terleka terutama sekali apabila sedang berbalas chat dengan di aplikasi whatsapp. Akibatnya, tugasan anda tidak dapat di siapkan.\n\nApabila anda bekerja dari rumah anda perlulah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Pada waktu inilah anda yang akan mengaturkan tugasan anda. Jadi, jauhkan telefon ketika anda sedang melakukan tugasan, supaya ia tidak mengganggu anda ketika sedang melakukan tugasan. Serta anda dapat berikan fokus yang penuh terhadap tugasan yang bos telah berikan.\n\nTips #5 \u2013 Susun Jadual Kerja Dengan Sebaik Mungkin\n\nBagi yang sudah bekerluarga, bekerja dari rumah merupakan cabaran buat mereka. Pada waktu inilah mereka perlu membahagikan masa dengan melakukan kerja rumah dan tugasan syarikat. Jadi, untuk memastikan anda tidak kelam kabut buatlah satu jadual kerja untuk anda.\n\nDengan adanya jadual kerja seperti ini tugasan anda lebih tersusun dan juga masa anda menjadi lebih teratur. Jadi, mudah untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan dalam pada masa yang sama anda juga berjaya menyelesaikan tugasan syarikat.\n\nTips #6 \u2013 Beritahu Keluarga Jangan Ganggu Ketika Sedang Bekerja\n\nIni antara perkara penting yang perlu anda lakukan apabila anda bekerja dari rumah. Masalah yang sering berlaku apabila bekerja dari ruamh ialah gangguan dari orang sekeliling. Ia telah menyebabkan anda tidak dapat fokus untuk menyiapkan tugasan syarikat anda.\n\nJadi sebelum anda mula melakukan tugasan beritahu ahli keluarga anda yang anda tidak mahu di ganggu sewaktu sedang menyiapkan tugasan syarikat.\n\nTips # 7- Manfaatkan Teknologi Untuk Berhubung Dengan Ahli Kumpulan Dan Boss\n\nKadang-kala apabila anda bekerja dari rumah ada sesetengah tugasa yang memrlukan perbincangan bersama ahli kumpulan dan bos. Sewaktu Perintah kawalan pergerakkan ini memang sukar untuk berkumpul dan mengadakan mesyuarat.\n\nWalaupun anda beerja dari rumah anda masih lagi boleh berhubung dengan ahli kumpulan dan juga bos seperti biasa. Caranya, dengan memanfaatkan teknologi yang sedia ada seperti panggilan video. Anda boleh membuat panggilan video untuk perbincangan antara satu sama lain dan juga boleh membuat mesyuarat dengan bos.\n\nAda Bermacam Idea Untuk Menghias Ruang Kerja\n\nBekerja Dari Rumah Boleh Beri Rasa Seronok Dan Hilangkan Stress\n\nKesimpulannya, bekerja dari rumah sebenarnya amat meneyeronokkan dan dapat elakkan anda dari menghadapi tekanan. Ini kerana, anda dapat menyusun jadual anda sendiri dan anda tidak di kawal atau di awasi oleh sesiapa.\n\nDi samping itu, anda dapat meluangkan lebih masa bersama dengan anak anda. Dalam pada masa yang sama inilah peluang untuk anda belajar bekerja tanpa sebarang pengawasan. Jadi, bagi anda yang bekerja dari rumah jangan stres. Sebaliknya bekerjalah dengan mood yang happy. Baca juga jenis cincin perkahwinan dan\u00a0panggilan manja untuk suami dalam bahasa arab."
"Siapa yang masih ingat dengan biskut sarang semut? Yep biskut ini memang wujud sekian lamanya, namun hingga sekarang biskut ini masih fenomenal dan disukai orang ramai, apalagi untuk acara-acara kenduri, camilan mahupun sebagai kuih raya, biskut ini selalu digemari.\n\nResepi untuk membuat biskut ini mudah sahaja, namun anda harus memiliki kesabaran dalam membuat biskut ini kerana ia memerlukan masa pada proses finishing nya. It\u2019s okay as long as biskut anda sedap dan disukai oleh orang ramai. kan :)\n\nTelah mendapat perkongsikan di facebook sebanyak 4.3K, resepi biskut sarang semut dengan sukatan cawan yang dikongsikan oleh Fipah Fiffy ini dibanjiri komentar positif dari orang-orang yang sudah membuat resepi ini. Sekarang pula masanya anda untuk menujukkan kebolehan anda membuat Biskut Sarang Semut ini. Selamat mencuba resepi ini.\n\n1. Panaskan oven 180\u00b0C, selama 10 minit.\n2. Pukul gula dan butter sehingga kembang.\n3. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.\n4. Kemudian masukkan 3 jenis tepung tadi. Gaul hingga menjadi doh.\n5. Parut doh, letak dalam papercup. Bakar 180\u00b0c selama 25 minit sehingga masak.\n\n6. Akhir sekali, taburlah semut-semut dia dekat atas tu. Siap\n\nSelain resepi biskut sarang semut ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya"
"Selain Cameron Highlands, Fraser Hill juga merupakan salah satu kawasan tanah tinggi yang menjadi tumpuan utama para pelancong di Malaysia. Suasana yang sejuk dan tenang pastinya membuatkan hati anda tertinggal di sana. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Fraser Hill yang wajib anda lawati.\n\nIa merupakan mercu tanda Bukit Fraser. Menara jam yang terpacak ditengah-tengah pekan Fraser Hill ini akan\u00a0 menyambut ketibaan anda di sana. Anda wajib bergambar di sini sebagai kenangan. Tak lengkap percutian anda di Bukit Fraser jika tidak bergambar di sini.\n\nMahu bermain air bersama anak-anak anda di sebuah air terjun terkenal di Bukit Fraser? Singgah sebentar dan basahkan kaki anda di Air Terjun Jeriau.\u00a0 Menyusuri sungai kecil yang menghala ke air terjun tersebut anda akan melalui tempat rehat berbangku, taman permainan kanak-kanak dan kawasan berkelah. Terdapat beberapa wakaf untuk anda bentangkan tikar dan berkelah sambil menjamu selera ditepi air terjun tersebut.\n\nTaman Flora Bukit Fraser ini merupakan rahsia indah dan tidak ramai tahu tetang kuwujudannya. Walaupun ia digelar taman flora, bukan bunga sahaja yang ada di sini. Terdapat juga pokok strawberi dan sayur-sayuran. Anda juga boleh membeli tumbuhan segar hasil tanaman kebun ini.\n\nThe Paddock merupakan pusat ekuestrian yang di mana anda boleh melakukan aktiviti menunggang kuda. Selain menunggang kuda, anda juga boleh melakukan aktiviti memanah atau beristirehat sambil menikmati persekitarannya yang nyaman, hijau, dan segar.\n\nJika anda datang bercuti ke Bukit Fraser, pastikan anda masukkan Bird Interpretive Centre Bukit Fraser di dalam agenda. Lokasi Pusat Burung ini bertentangan dengan Hotel Puncak Inn yang terletak ditengah-tengah bandar Fraser Hill. Pusat Burung ini merupakan sebuah tarikan mesra kanak-kanak dimana anda sekeluarga boleh mengenali spesis-spesis burung bermigrasi tempatan. Terdapat lebih daripada 250 spesis burung di sini.\n\nSelain itu, anda dapat mempelajari bagaimana burung berhijrah untuk melarikan diri dari iklim sejuk dan mencari sumber makanan baru.\n\nDi sini terdapat sebuah tasik kecil yang\u00a0 menjadi taman rekreasi. Anda boleh menyewa bot dan berkayuh di sekeliling tasik sambil menikmati alam semulajadi yang mengasyikkan. Ikan koi di sini juga sangat jinak. Selain itu, anda boleh bermain bola air. Ianya pasti menyeronokkan.\n\nIa sebuah taman awam yang bertempat di Pine Tree Road. Taman yang disusun kemas ini diahiasi pelbagai jenis bunga yang pastinya membuatkan anda tertawan. Terdapat taman permainan kanak-kanak di sini. Jika anda teringin nak bermain golf bersama keluarga, boleh cuba mini golf course yang terletak didalam kawasan taman tersebut.\n\n8. Twin Peak Pine Tree Hill\n\nJika anda sukakan aktiviti luar yang lasak dan mencabar, Puncak Kembar Pine Tree Hill menanti ketibaan anda. Pine Tree Hill Bukit Fraser ini merupakan destinasi popular penggemar aktiviti hiking tempatan dan ia mempunyai ketinggian kira-kira 1500 meter. Di antara sebab kenapa Twin Peak popular adalah kerana anda boleh mendaki ke puncak dan turun semula dalam hari yang sama, menjadikannya amat sesuai untuk mereka yang merancang hiking daytrip ke Bukit Fraser.\n\nBerkongsi bangunan dengan pusat burung Bukit Fraser, Kompleks Sukan Fraser Hill adalah sebuah pusat kecergasan yang menyediakan pelbagai aktiviti sukan seperti skuasy, ping-pong dan snooker. Di sini juga ada gym dan sauana. Di hadapan kompleks sukan ini terdapat taman bunga kecil yang merupakan antara tempat paling popular untuk bergambar di Fraser Hill.\n\nTeringin nak bermain golf pada ketinggian 1524 meter dari aras laut? Jom bermain golf di Royal Fraser\u2019s Hill Golf Club. Ia merupakan salah satu padang golf terawal dibuka di negara kita, dengan 9 lubang. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan buggy tidak disediakan di padang ini dan anda perlu berjalan untuk melawat setiap lubang. Tapi jangan risau, padang golf di sini agak kecil jadi tiada masalah untuk anda.\n\nTarikan seterusnya sangat sesuai untuk kaki hiking. Berbanding Twin Peak, Hemmant Trail Fraser adalah lebih mudah kerana ia tidak curam. Jaraknya cuma sejauh 1 kilometer sahaja. Hemmant Trail Fraser ini boleh dijumpai bertentangan dengan Abu Suradi Trail.\u00a0Laluan ini akan membawa anda melalui hutan yang mengelilingi kelab golf\u00a0 dan pada fasa akhir anda akan meretasi kawasan yang berlecak. Pastikan anda memakai sarung kaki yang panjang serta membawa sedikit garam kerena kawasan ini juga terkenal sebagai tempat kediaman pacat.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Fraser Hill yang pastinya membuatkan anda tak sabar nak ke sana. Semoga bermanfaat!\n\nAnda sukakan artikel tempat menarik ini. Apa yang masih kurang dan patut kami ceritakan? Selain tempat menarik di Fraser Hill, kami juga ada menulis artikel tempat menarik yang lain. Jemput juga baca artikle tempat meanrik lain ya."
"Sebagai ibu bapa, pastinya sangat merunsingkan tatkala anak sukar untuk tidur malam. Setelah seharian bekerja, tentunya sangat meletihkan untuk berjaga hingga lewat malam dan bangun awal pada keesokan harinya.\n\nSesetengah ibu bapa pula akan memilih untuk menggunakan televisyen ataupun gajet bagi melekakan anak dan ibu bapa akan menggunakan kesempatan ini untuk berehat mahupun lelap sebentar.\n\nNamun sebenarnya tindakan ini akan menyebabkan anak lebih sukar untuk tidur dan boleh menyebabkan masalah ketagihan gajet jika berterusan.\n\nBerikut dikongsikan tips-tips yang boleh membantu anak untuk tidur awal serta mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.\n\n1.Dapatkan cahaya matahari secukupnya pada waktu siang\n\nMembawa anak bermain di taman atau bersiar-siar pada waktu pagi bukan sahaja dapat membekalkan vitamin D pada tubuh namun dapat membantu mereka untuk tidur dengan mudah pada malamnya.\n\nCahaya matahari sangat berperanan dalam mengawal kesimbangan ritma sirkadian. Pendedahan pada cahaya matahari pagi secukupnya menggalakkan penghasilan hormon serotonin yang merupakan prekursor kepada hormon melatonin. Melatonin amat diperlukan oleh tubuh untuk tidur yang berkualiti pada waktu malam.\n\nSelain itu, cahaya matahari pagi juga menggalakkan penghasilan hormon kortisol yang membuatkan kita menjadi aktif pada waktu siang. Ketika paras hormon kortisol tinggi, paras hormon melatonin akan menjadi rendah.\n\nMenjelang lewat petang, paras kortisol akan berkurang dan paras melatonin mula meningkat. Keseimbangan antara paras kedua-dua hormon kortisol dan melatonin ini penting bagi mendapatkan tidur yang lena.\n\n2.Elakkan makanan / minuman manis pada waktu makan malam\n\nPengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula boleh menyebabkan \u2018sugar rush\u2019. Kanak-kanak akan menjadi lebih aktif disebabkan penghasilan tenaga secara tiba-tiba dalam masa yang singkat.\n\nKanak-kanak yang kerap mengambil gula dalam diet mereka juga selalunya akan terlebih aktif, mudah untuk mengamuk serta kurang stabil dari segi kawalan emosi.\n\n3.Malapkan suasana rumah menjelang waktu tidur dan elakkan pendedahan gajet\n\nTerdapat sel-sel pada bahagian mata yang berfungsi mengesan cahaya seterusnya menghantar signal ke otak untuk mengawal atur kitaran waktu tidur kita.\n\nPada suasana gelap, sel-sel ini tidak mengesan cahaya dan hormon melatonin akan dihasilkan oleh tubuh. Ini seterusnya membantu membuat tubuh menjadi letih dan bersedia untuk tidur.\n\nSelain itu, \u2018cahaya biru\u2019 yang dihasilkan oleh TV mahupun gajet juga menghalang penghasilan melatonin oleh tubuh. Sebaiknya, elakkan pendedahan pada gajet 30 minit sebelum tidur.\n\n4.Mandian air panas & urut tubuh anak\n\nSuhu badan juga terlibat dalam kawal atur ritma sirkadian. Mandi air panas akan meningkat suhu badan sedikit namun suhu badan akan turun selepas mandi seterusnya memberitahu badan supaya bersedia untuk tidur.\n\nUrutan menggunakan minyak aromaterapi juga mampu menenangkan tubuh badan lalu membantu anak untuk mudah tidur.\n\nKekurangan vitamin C juga dikatakan boleh menyebabkan masalah tidur disebabkan peranan vitamin C yang terlibat dalam penghasilan hormon serotonin. Selain oren, buah-buahan seperti anggur, kiwi, jambu dan betik serta sayuran hijau gelap juga merupakan sumber vitamin C yang baik.\n\nNutrien lain yang penting untuk membantu mendapatkan tidur yang lena termasuklah kalsium, karbohidrat, selenium, kalium dan triptofan. Pengambilan diet yang seimbang serta lengkap mineral dapat membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih baik.\n\nMagnesium juga didapati dapat membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan kekurangan mineral ini boleh menyebabkan insomnia pada sesetengah orang.\n\nSelain mendapatkan magnesium melalui pisang, bayam ataupun badam, penggunaan suplemen seperti sapuan atau semburan \u2018magnesium oil\u2019 di tapak kaki sebelum tidur juga dapat membantu mendapatkan tidur yang lena disebabkan peranannya yang membantu menenangkan tubuh badan dan otak.\n\nSelain tips yang terdapat di atas, galakkan anak-anak untuk aktif bermain serta pastikan mereka tidak tidur terlalu lama pada waktu siang. Lebih baik jika dapat bawa anak-anak bermain di luar terutamanya pada waktu pagi dan selepas Asar."
"Pernikahan menurut Islam sebenarnya sangat mudah dan ringkas. Cukup segala rukun dan syarat nikah, maka ikatan pernikahan antara kedua-dua mempelai sudah terjalin.\n\nNamun begitu, mengikut undang-undang di Malaysia, setiap perkahwinan perlu didaftarkan di bawah Pejabat Agama setiap negeri.\n\nTujuannya adalah untuk mengesahkan perkahwinan tersebut mengikut undang-undang di Malaysia kerana hal ini akan berkait dengan perkara-perkara penting yang lain iaitu pendaftaran anak sah taraf, pemilikan harta secara sah mengikut undang-undang dan lain-lain perkara lagi demi menjaga kepentingan dan hak suami, isteri dan keluarganya.\n\nProsedur pendaftaran perkahwinan ini perlu dilakukan mengikut Pejabat Agama negeri masing-masing. Walaupun begitu, secara kasarnya, prosedur pendaftaran perkahwinan bagi setiap negeri tidaklah berbeza mana, caranya hampir sama sahaja.\n\nMalah, jika ditanya kepada mak ayah atau kakak abang kita, mungkin prosedur zaman mereka berkahwin itu berbeza dengan prosedur pendaftaran pernikahan pada zaman kini yang mana, prosedurnya adalah secara atas talian (online).\n\n1) Layari Laman Web Sppim (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia)\n\nPermohonan Kebenaran Berkahwin Online melalui laman web http://www.sppim.gov.my pada masa ini (tahun 2018) hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.\n\nBagi negeri-negeri selain daripada yang disenaraikan, anda boleh terus membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.\n\nBila anda sudah melayari laman web SPPIM, anda akan nampak paparan begini di halaman utama.\n\nSeterusnya klik pada ikon\u00a0Benar Nikah Online dan isi maklumat diri & pasangan.\n\n2) Periksa Tempat Bermastautin Pasangan Lelaki\n\nJika pasangan lelaki tinggal di daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah\u00a0online\u00a0tadi ke Pejabat Agama dalam tempoh\u00a030hari (sebulan)\u00a0sebelum tarikh akad nikah.\n\nJika daerah/negeri lelaki berbeza dengan perempuan, bakal pengantin lelaki perlu menghantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam tempoh\u00a090 hari (3 bulan) sebelum tarikh akad nikah.\n\n3) Hantar Borang ke Pejabat Agama\n\nSebelum hantar borang, pastikan borang sudah ditandatangani oleh Imam Masjid Kariah dan ada cop. Kemudian, bawa juga beberapa dokumen lain ke Pejabat Agama beserta dengan borang\u00a0online\u00a0yang sudah disahkan tadi.\n\nSenarai semak dokumen yang perlu dibawa ke Pejabat Agama boleh dirujuk pada gambar di bawah ini.\n\n4) Serah Borang Kebenaran Kepada Pihak Perempuan\n\nSelepas seminggu, borang kebenaran berkahwinan akan siap. Maka, pihak lelaki boleh ambil borang kebenaran tersebut dari Pejabat Agama.\n\nBorang tersebut boleh terus diserahkan kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.\n\nBorang tersebut perlu diserahkan kepada pihak perempuan untuk melakukan proses yang seterusnya. Ini kerana, pihak perempuan perlu membawa borang pasangan lelaki yang telah disahkan oleh Pejabat Agama tadi ke Pejabat Agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.\n\nSelepas akad nikah, Tok Kadi/Tok Imam akan berikan\u00a0Surat Nikah Sementara.\n\nContoh Surat Perakuan Nikah Sementara Negeri Pulau Pinang. Imej via sheispieranha\n\nPasangan wajib menyemak maklumat dalam Surat Nikah Sementara ini. Pastikan ejaan nama, nombor IC serta maklumat penting yang lain adalah betul tanpa sebarang kesilapan. (PENTING kerana maklumat dalam dokumen ini akan digunakan untuk buat Sijil Nikah.)\n\nKemudian bawa Surat Nikah Sementara ke Pejabat Agama Daerah pihak perempuan untuk buat Sijil Nikah. Ini kerana, akad nikah berlaku di dalam kariah pihak perempuan, maka, Pejabat Agama Daerah pihak perempuan yang akan mengeluarkan Sijil Nikah.\n\nUntuk memohon Sijil Nikah, anda perlu bawa:\n\nKebiasaannya, Sijil Nikah akan siap dalam masa sebulan. Bergantung kepada Pejabat Agama negeri masing-masing.\n\nContoh Sijil Nikah Negeri Selangor. Imej via lobakmerah\n\nSeeloknya, fotostat Sijil Nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. Sijil Nikah asal boleh simpan dalam fail. Tujuannya agar anda ada bukti bahawa anda adalah pasangan suami isteri yang sah. Ini kerana, kad kahwin masih belum diterima pada masa ini.\n\nSetelah siap Sijil Nikah, anda boleh mohon untuk buat Kad Perakuan Nikah. Namun begitu, tidak semua negeri mengeluarkan Kad Perakuan Nikah.\n\nBagi negeri yang mengeluarkan Kad Perakuan Nikah, anda boleh sediakan sejumlah wang untuk memohon kad ini. Kad ini bersaiz kecil seperti saiz kad pengenalan. Oleh itu, mudah untuk anda bawa Kad Perakuan Nikah ini ke mana sahaja anda pergi.\n\nContoh Kad Perakuan Nikah Negeri Selangor. Imej via whenthesailorisaway\n\nBagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, prosedur pendaftaran perkahwinan ini adalah panduan secara rawak sahaja. Hakikatnya, pendaftaran ini diuruskan oleh Majlis Agama negeri masing-masing.\n\nNamun, prosedurnya tidaklah jauh berbeza antara setiap negeri. Namun, masih terdapat beberapa negeri yang masih belum dimasukkan dalam sistem online di http://www.sppim.gov.my.\n\nBegitu juga dengan kad Perakuan Nikah, tidak semua negeri mengeluarkan kad tersebut. Apa-apa pun Sijil Nikah yang asal adalah dokumen yang paling penting untuk membuktikan ikatan pernikahan anda dan pasangan. Malah, Sijil Nikah itu juga diperlukan sewaktu ingin membuat \u2018Buku Pink\u2019 bagi ibu hamil di Klinik Kesihatan Ibu & Anak.\n\nOleh itu, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang prosedur pendaftaran perkahwinan, anda perlu merujuk ke Pejabat Agama Daerah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.\n\n*Perkongsian ini disumbangkan oleh\u00a0Puan Nur Madihah\u00a0dan ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh rujuk post asal di\u00a0sini.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Prosdur Pendaftaran Nikah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat. Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Diagnosa awal\u00a0 & rawatan awal untuk pesakit buah pinggang adalah sangat penting.\u00a0 Tujuan rawatan kepada pesakit ini adalah:\n\nSelain mendapatkan rawatan di hospital, anda juga boleh amalkan petua berikut:\n\nDaun sup membantu membersihkan buah pinggang sekali gus mengurangkan gejala sakit buah pinggang. Caranya:\n\nAmalkan meminumnya segelas sehari. Insya Allah anda akan rasa perubahannya. Segala kandungan garam dan racun akan dikumuhkan melalui air kencing.\n\nJika anda tidak minum air yang mencukupi, fungsi sel-sel dan organ-organ dalam badan akan terganggu. Kemudian, buah pinggang menjadi lemah menyebabkan tubuh menjadi lebih toksik. Orang yang tidak minum air dengan cukup akan mempunyai beberapa gejala seperti kulit kering, rambut rapuh, keletihan, sakit kepala, dan sembelit.\n\nRamai orang yang mengalami kegagalan buah pinggang sering mengelakkan diri daripada meminum banyak air kerana bimbang akan menjadikan buah pinggang lebih lemah. Cara merawat sakit buah pinggang seperti ini adalah tidak benar.\n\nTidak minum air yang mencukupi menjadikan tubuh menjadi keletihan dan keletihan. Minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan buah pinggang anda menjadi lemah. Adalah penting untuk menentukan jumlah air yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam badan.\n\nIni adalah satu lagi petua untuk mengatasi sakit buah pinggang. Dengan ciri-ciri anti-radang dan keupayaan untuk mengurangkan kolesterol, bawang putih dianggap sebagai pilihan yang baik sebagai makanan harian untuk melindungi buah pinggang.\n\nBawang putih segar mengandungi anti-radang yang kuat. Ini membantu menurunkan kolesterol dan mengeluarkan natrium yang berlebihan dalam makanan.\n\nPerkara ini penting untuk buah pinggang yang sihat. Antioksidan dalam bawang putih membantu tubuh mengusir radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul yang tidak stabil, yang boleh merosakkan protein, gen dan membran sel, mempercepat kerosakan buah pinggang.\n\nBawang juga mengandungi Prostaglandin A yang dapat melebar saluran darah dan mengurangkan kelikatan darah dan menyumbang menurunkan tekanan darah. Hasilnya, kegagalan buah pinggang bertambah baik, dan buah pinggang anda berfungsi dengan lebih baik. Seperti bawang putih, bawang mempunyai antioksidan yang kuat yang boleh membantu melawan kanser.\n\n5. Gantikan garam biasa dengan garam buluh\n\nMengambil terlalu banyak garam tidak baik untuk kesihatan dan akan memberi tekanan kepada buah pinggang. Apabila paras darah meningkat disebabkan oleh makanan masin, ia akan memaksa buah pinggang berfungsi untuk menapis darah. Akhirnya, keadaan ini akan membawa kepada kegagalan buah pinggang.\n\nKami amat mengesyorkan anda menggantikan garam biasa kepada\u00a0garam buluh. Garam buluh telah terbukti keberhasilannya secara saintifik kerana penuh dengan sumber mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Selain itu, buah pinggang juga mengeluarkan natrium berlebihan dalam darah jika anda terus menggunakan garam biasa.\n\nEpal mampu membantu buah pinggang berfungsi dengan berkesan. Epal mengandungi sebatian yang membantu badan melawan tindak balas keradangan.\n\nCiri-ciri anti-radang ini membantu mengekalkan fungsi buah pinggang, mencegah jangkitan saluran kencing dan mengurangkan risiko kegagalan buah pinggang.\n\nPektin dalam epal membantu menurunkan tahap kolesterol, dengan itu membantu menyokong rawatan kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pakar mengesyorkan agar anda perlu makan epal setiap hari untuk memastikan kesihatan buah pinggang anda sihat.\n\nBanyak kajian telah menunjukkan bahawa cuka sari epal juga sangat baik untuk buah pinggang. Asid asetik dalam cuka epal terbentuk semasa penapaian jus epal.\n\nKeasaman cuka sari apel adalah sederhana, jadi apabila ia dimasukkan ke dalam badan, ia tidak menjalani proses metabolik yang kompleks. Apabila melalui ginjal, asid akan menggalakkan dan \u201cmembersihkan\u201d plak pada tiub ginjal. Oleh itu, tambah cuka epal dalam badan anda setiap hari untuk kesan terapeutik yang terbaik.\n\nIkan sangat baik untuk jantung dan kesihatan ginjal terutama pada pesakit dengan kegagalan buah pinggang. Masakan seperti ikan salmon, herring, tuna, mackerel dan lain-lain mengandungi lebih banyak omega-3. Omega-3 mempunyai kesan anti-radang supaya dapat mengurangkan masalah buah pinggang.\n\nTubuh manusia tidak boleh menghasilkan omega-3 sendiri. Oleh itu, penambahan ikan ke dalam menu sangat diperlukan untuk pesakit yang mengalami sakit buah pinggang.\n\nKubis kaya dengan vitamin K, vitamin C, dan serat. Ia juga merupakan sumber vitamin B6 dan asid folik, tetapi mengandungi kurang kalium. Oleh itu, kubis sangat baik untuk buah pinggang.\n\nKubis juga merupakan sumber fitokimia yang sangat baik yang boleh menghilangkan radikal bebas dan mengurangkan kerosakan pada badan. Pada masa yang sama, bahan ini boleh menapis darah dengan baik. Seperti yang anda tahu, buah pinggang ditugaskan untuk menapis darah.\n\nSayuran ini kaya dengan vitamin C, folat dan serat untuk membantu meneutralkan toksik di hati dan buah pinggang.\n\nTumbuhan ini juga kaya dengan indoles, glucosinolates dan thioxyanates yang berfungsi untuk membuang sisa dan toksin dari badan anda dengan lebih cepat sebagai salah satu cara merawat sakit buah pinggang.\n\nItulah dia 9 petua merawat sakit buah pinggang yang boleh anda amalkan. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang gegata dan petua hilangkan gastrik."
"Seperti kebiasaan, setiap kali sebelum memulakan sesuatu majlis kita akan membaca doa pembuka majlis bagi tujuan untuk memperoleh keberkatan majlis yang dilaksanakan itu. Pembaca doa sama ada ustaz ataupun mereka yang mempunyai keahlian tertentu akan dipilih untuk mengetuai bacaan doa. \n\nDalam majis, kita mempunyai beberapa adab berpandukan syarak yang perlu dipatuhi. Contoh yang terdekat adalah dengan memulakan majis dengan doa, zikir, selawat, dan puji-pujian kepada Allah SWT.\n\nImam an-Nawawi Rahimahullah Ta\u2018ala menyebutkan bahawa antara akibat daripada sesuatu majlis yang kosong daripada mengingati Allah SWT itu adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:\n\n\u00a0\u201cTiada satu kaum pun apabila mereka berdiri (meninggalkan) daripada suatu majlis, mereka tidak mengingati Allah SWT di dalamnya, melainkan mereka berdiri (bersurai) seumpama bangkai keldai dan bagi mereka itu suatu kerugian.\u201d\u00a0\u2013 (Hadis riwayat Abu Daud)\n\nAlhamdulillahi rabbil \u2018alamin wassalatuWassalamu \u2018ala asyarafil anbiya\u2019e walMursalin wa\u2019ala alihiWasahbihi ajma\u2019in\n\nYa Allah Ya Rahman Ya Rahiim\n\nHanya pada Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat Mu.\n\nBersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami.\n\nBukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa, dan negara.\n\nKami memohon kepada Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah Mu.\n\nSesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami.\n\nKami memohon kekuatan dari hadrat Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.\n\nDan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.\n\nSerta muliakanlah kami sengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.\n\nAlhamdulillahi rabbil \u2018alamin wassalatuWassalamu \u2018ala asyarafil anbiya\u2019e walMursalin wa\u2019ala alihiWasahbihi ajma\u2019in\n\nSesungguhnya, kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. \n\nJadikanlah kami hamba-hamba Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.\n\nYa Allah Ya Rahman Ya Rahim.\n\nEngkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis .. pada hari hari ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba Mu yang Engkau redhai.\n\nJusteri berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah Mu. \n\nSemoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya. \n\nKurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga denganya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.\n\nAlhamdulillahi rabbil \u2018alamin wassalatuWassalamu \u2018ala asyarafil anbiya\u2019e walMursalin wa\u2019ala alihiWasahbihi ajma\u2019in\n\nSesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakkan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.\n\nSesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa, dan negara.\n\nJusteru, berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras. \n\nKurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturahim di kalangan kami.\n\nJadikanlah kami Ya Allah, hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggar perintah mu. \n\nKurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat yang generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, dan di akhirat.\n\nAlhamdulillahi rabbil \u2018alamin wassalatuWassalamu \u2018ala asyarafil anbiya\u2019e walMursalin wa\u2019ala alihiWasahbihi ajma\u2019in\n\nSegala puji hanya untuk Mu Ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. \n\nYa Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka..\n\nBersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. \n\nPerkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada Mu Ya Allah.\n\nKami memohon rahmat Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.\n\nAlhamdulillahi rabbil \u2018alamin wassalatuWassalamu \u2018ala asyarafil anbiya\u2019e walMursalin wa\u2019ala alihiWasahbihi ajma\u2019in\n\nYa Allah, kami memohon agar pertemuan mesyuarat ini dianugerahkan hidayah dan taufik agar urusan sepanjang majlis ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan Mu.\n\nYa Allah, kami bersyukur akan segala nikmat yang diberikan oleh Mu. Segala nikmat sama ada banyak atau sikit, kami bersyukur dengan segala pemberian itu. \n\nJadikanlah majlis ini sentiasa mendapat pertunjuk ke jalan yang diredhai serta hindarkanlah hati-hati kami dari sifat-sifat buruk yang boleh merosakkan jiwa dan kehidupan kami.\n\nSelamatkanlah kami dari azab api neraka Mu, dan kurniakanlah kami kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. \n\nSemoga dengan usaha kita sentiasa dekat kepada Allah tidak kira di mana-mana ini membolehkan kita tergolong dalam kalangan hamba yang dicintai oleh Nya.\n\nSelain dari doa pembuka majlis ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:"
"Jom menggoreng nasi pula kita hari ini! Kali ini kami menyediakan resepi nasi goreng pattaya sedap yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu.\n\nNasi goreng pattaya ialah antara pelbagai jenis nasi goreng yang dihidangkan di semua kedai makan melayu. Belum pasti asal usul nasi goreng ini dari mana walau banyak yang menyebut ia datang daripada Thailand.\n\nNasi goreng pattaya menarik kerana ia dihidangkan dengan nasi yang dibungkus dalam telur dadar. Aroma perencah nasi goreng akan pecah apabila seseorang memakannya dengan menyingkap telur dulu.\n\nDaripada beli di kedai, lebih jimat masak sendiri. Puas makan satu keluarga. Resepi nasi goreng pattaya terlajak sedap dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi nasi goreng pattaya, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jemput baca artikel khasiat asam ini.\n\nNama botani bagi asam gelugur ialah Garcinia cambogia. Ia\u00a0\u00a0juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis. Tumbuhan liar ini didapati di banyak tempat di Asia terutamanya Malaysia. Ia dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun temurun.\n\nBuahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu selalu digunakan dalam masakan. Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik, tanpa perasa, dan tidak berbau. Kandungan asam gelugor terdiri daripada 50% unsur aktif dan 70% HCA yang memberikannya rasa masam.\n\nDalam masakan Melayu, asam keping banyak digunakan untuk hidangan seperti penyediaan pekasam, laksa, rendang, sambal dan sebagainya yang memerlukan rasa kemasaman.\n\nJom ketahui apakah pula khasiat kesihatan asam gelugur.\n\nEkstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kolestrol.\n\nHCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolesterol (lipogenesis) dalam badan.\n\nSelain itu, penyelidik dari India pada tahun 2001 menerbitkan artikel mereka di jurnal Food Chemistry, mendapati bahawa tikus makmal yang diberi makan ekstrak asam gelugur menunjukkan penurunan kandungan kolesterol dalam tubuh mereka.\n\nAktiviti enzim yang aktif memproses kolesterol dapat diukur dengan analisis najis spesimen. Didapati, kandungan flavanoid dalam asam gelugur turut membantu meningkatkan aktiviti enzim tersebut.\n\nAsam gelugur membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Ia juga digunakan sebagai makanan untuk menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides).\n\nHal ini telah dilaporkan sejak 20 tahun yang lalu oleh penyelidik di Obesity Research Center, Amerika Syarikat.\n\nMalah, penemuan terbaru mendapati HCA juga dikatakan mampu menyekat selera makan seperti fungsi serotonin. HCA juga bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA\u00a0 dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.\n\nKajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk seketika melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk peyimpanan sel sel.\n\nJom kami kongsikan resepi air asam gelugur untuk menurunkan berat badan. Bahan-bahannya:\n\nCaranya, rebus kesemua bahan dalam periuk sehingga menggelegak. Tapiskan badan-bahannya, ambil air. Minum satu cawan pagi & satu cawan malam setiap hari. Air lebihan boleh disimpan dalam peti sejuk & panaskan sebelum diminum.\n\nAsam gelugur boleh digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman. Minum air rendaman asam keping apabila anda mengalami masalah sembelit atau cirit-birit.\n\nJurnal Phytotherapy Research pada tahun 2002 ada melaporkan penemuan yang menarik apabila salah satu kajian di India mendapati bahawa asam gelugur dapat menyeimbangkan sistem penghadaman.\n\nKehadiran asam gelugur dalam diet makanan seterusnya akan mengurangkan keasidan jus gastrik dalam perut. Mukus atau lendir pada dinding perut turut dirangsangkan untuk meningkat bagi melindungi sistem penghadaman daripada terus terganggu.\n\nAmalan meminum air rendaman asam keping membantu untuk merawat masalah kecacingan. Ia membunuh cacing dewasa dan telur cacing serta semua parasit yang ada dalam badan.\n\nSebatian bioaktif dalam asam gelugur seperti alkaloids, flavanoids, fenol, saponins, tannins, xanthones dan benzophenones sangat bermanfaat untuk melawan serangan mikroorganisma.\n\nDalam amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) asam keping juga digunakan untuk merawat tumor. Pesakit yang mempunyai tumor diberikan minum air rendaman asam gelugur setiap hari.\n\nPenyelidikan di Fakulti Sains, Universiti Teknologi Afrika Selatan pada tahun 2015 mengenal pasti garcinol sebagai bahan bioaktif antikanser yang terkandung dalam asam gelugur. Namun, mereka berpendapat bahawa lebih banyak kajian dijalankan bagi membuktikan dakwaan ini secara menyeluruh.\n\nAmalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim sebagai petua tradisional. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Cara pengambilannya:\n\nAmbil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas. Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam. Minum setiap pagi dan malam. Jika diamalkan selalu insya Allah perut buncit akan mengempis.\n\nBilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih, masukkan dalam bekas minuman bersaiz 500 ml \u2013 1 liter. Masukkan air panas. Jangan masukkan gula. Setelah suam, minum seperti minuman biasa sepanjang hari.\u00a0 Sekiranya air habis, tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya, tukarkan dengan asam keping baru.\n\n7. Merawat masalah pencernaan & sakit perut\n\nAir rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah perut seperti masalah sistem pencernaan, sakit perut, kembung, sebu, dan sebagainya.\n\nReumatisme adalah penyakit radang sendi yang selalu dikaitkan dengan gout dan artritis. Apabila diserang reumatisme, sendi-sendi pesakit akan terasa ngilu dan menyucuk-nyucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain.\n\nAmalan meminum air rebusan asam keping membantu mengurangkan gejala reumatisme.\n\nSelain itu buah asam jawa dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.\n\nSebagai alternatif kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital, pesakit darah tinggi juga boleh mengamalkan air rebusan asam gelugur setiap pagi.\n\nPerubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.\n\nNamun, belum ada kajian saintifik yang dijalankan bagi membuktikan dakwaan ini.\n\nBuah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan sakit gigi.\n\nCaranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.\n\nSifat anti keradangan dan antibakteria oleh sebatian flavonoid dan fenolik dalam asam gelugur membantu meredakan kesakitan gigi ini.\n\nAsam gelugur membantu merawat masalah kencing kotor dengan cara membersihkan pundi kencing daripada bakteria yang menjadi punca masalah tersebut.\n\nHal ini berbalik semula kepada kuasa rencatan bakteria dan sifat antibakteria sebatian bioaktif yang terkandung dalam asam gelugur.\n\n13. Menurunkan suhu badan semasa demam\n\nJika anda demam, boleh minum air rebusan asam jawa untuk menurunkan suhu badan yang sedang panas. Tambah sedikit madu atau gula batu kalau tak berselera nak minum air asam jawa yang masam.\n\nDemam yang merupakan simptom penyakit akibat jangkitan yang menyerang sistem imunisasi boleh diatasi dengan pengambilan nutrien yang pelbagai dalam asam gelugur.\n\nKhasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Asam keping adalah bahan awet muda yang membantu mengekalkan keremajaan kulit.\n\nSelain itu ia juga membantu menghaluskan kulit & mencerahkannya.\n\nAktiviti antioksidan melalui pembentukan sebatian bioaktif yang memerangkap radikal bebas telah banyak dilaporkan dalam kajian-kajian lepas.\n\nHCA yang terkandung dalam asam gelugur ini mampu meningkatkan hormon dan membuat mood menjadi ceria dan kurang stres melalui penghasilan lebih banyak serotonin.\n\nMenurut petua tradisi, air asam gelugur mampu melancarkan kadar menstruasi wanita dan mengurangkan sakit senggugut. Rebus asam gelugur dan airnya perlu diminum bagi pelancaran ketika haid.\n\nMetabolisme dalam badan kita sering berlaku reaksi kimia yang tidak seimbang.\n\nKandungan HCA dalam asam gelugur dapat mengimbangkan reaksi kimia tesrsebut\u00a0dan membuatkan proses pencernaan lebih efektif dengan peningkatan kadar metabolisme dalam badan.\n\nKandungan vitamin C yang tinggi dalam asam gelugur mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.\n\nItulah dia 18 khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Lepas ni bolehlah anda minum air asam keping selalu. Jemput juga baca artikel khasiat pegaga, khasiat royal jelly dan khasiat yogurt.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Jom cuba resepi elur masak sos kegemaran anak-anak. Lauk sederhana namun sedap dan paling disukai. Ialah hidangan telur masak sos sesuai di makan pada bila masa.\n\nPenyediaannya yang mudah menjadikan masakan ini paling banyak dicari oleh para ibu. Juga kerana anak-anak kebanyakannya suka makan telur, maka telur masak sos boleh menjadi antara pilihan hidangan telur.\n\nMudah sangat resepinya dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook. Penyajiannya simple di mana telur digoreng mata terlebih dulu baru kemudian digaul dengan sos.\n\nMasak sekejap 5 hingga 10 minit boleh terus siap. Tidak rugi cubakan resepi ini. Sedap dimakan dengan nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi telur masak sos, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tahukah anda kita boleh tukar duit syiling yang disimpan kepada nilai wang kertas dengan sangat mudah melalui mesin seperti ATM di bank? \n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk tukar duit syiling dengan tepat.\n\nMenurut fakta sejarah, duit syiling Malaysia sudah bermula sejak pada zaman kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Manakala Bank Negara Malaysia diberi kuasa untuk mengeluarkan mata wang Malaysia sejak tahun 1958.\n\nDari tahun 1967 sehingga kini, terdapat beberapa siri duit syiling Malaysia iaitu siri pertama, siri kedua, dan siri ketiga.\n\nKepentingan simpan duit syiling yang ramai tidak tahu\n\nHari ini, amat sedikit sekali orang yang faham akan kepentingan simpan duit syiling. Buktinya, ada duit syiling yang jatuh dari dompet sendiri pun kita buat seperti nampak tidak nampak.\n\nMemang nilai duit seperti 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen itu nampak sangat sedikit. Namun, duit syiling yang kita kumpul sedikit demi sedikit akan bertambah banyak lama kelamaan dan memberikan nilai yang sangat besar.\n\nCara untuk tukar duit syiling yang mudah di bank\n\nKami akan tunjukkan cara mudah untuk tukar duit syiling anda melalui mesin deposit syiling yang ada disedikan di cawangan bank terpilih. Berikut ini adalah cara-caranya:\n\nSenarai tempat mesin tukar duit syiling setiap negeri 2023\n\nBerikut ini adalah senarai tempat mesin tukar duit syiling yang menjadi lokasi tumpuan ramai di setiap negeri.\n\nCoin Deposit Machine Kuwait Finance House \n\nUntuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cawangan lokasi tukar duit syiling yang ada di setiap negeri atau yang berhampiran anda, boleh layari laman web rasmi bank masing-masing.\n\nSelain dari info mengenai jenis duit syiling ini, anda juga boleh baca artikel kewangan kami yang lain seperti:"
"Melbourne merupakan ibu kota Victoria dan terletak di selatan timur Australia. Terdapat lebih daripada 4 juta penduduk di sana dan ada banyak tempat menarik untuk berjalan-jalan. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Melbourne yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.\n\nPusat akuarium ini terletak di tebing Sungai Yarra. Di sini ada pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni. Kalau anda melancong bersama keluarga, dan ada anak kecil, ini merupakan destinasi yang wajib anda lawati. Akuarium ini sangat besar dan dibahagikan kepada beberapa seksyen.\n\nDi antaranya ialah Rainforest Adventure, Crocodile Lair, Penguin Playground, Mangroves & Rockpools, Coral Atoll, Bay of Rays, Seahorse Pier, Mermaid Garden, Shipwreck Explorer dan Ocean Discovery. Menarik kan?\n\nSungai Yarra terletak di tengah-tengah Melbourne. Ianya mempunyai sejarah tersendiri dan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Bandar Melbourne. Di sini anda boleh menikmati keindahannya dengan bersantai di tebing sungai atau menaiki Yarra River Cruise.\n\nSelain itu ada banyak lagi aktiviti lain di sini seperti berenang, ski air, berkayak, berkenu, memancing, dan anda boleh juga menyewa basikal di sini.\n\nBagi penggemar sukan kriket, tempat ini wajib untuk anda kunjungi. Stadium\u00a0kriket ini berusia lebih daripada 100 tahun dan mampu memuatkan seramai 100,024 dalam satu masa. Kalau pun anda tak minat sukat kriket, anda boleh menikmati kecantikan bangunan lama yang bersejarah ini.\n\nAustralia memang terkenal dengan pelbagai spesis haiwan yang unik seperti koala, kangaroo, wombat, dingo,\u00a0 platipus, panda merah dan sebagainya. Nak tengok binatang-binatang ini, jom kita pergi ke Melbourne Zoo. Di sini terdapat lebih daripada 5,120 binatang dari 320 spesis yang berbeza.\n\nApa yang menarik, zoo ini sudah dibuka lebih daripada 150 tahun. Memang lama tu. Ianya telah dibuka pada tahun sejak 1862 & masih beroperasi sehingga hari ini.\n\nNational Gallery of Victoria merupakan muzium seni yang dibina pada tahun 1861 dan menjadi muzium tertua, terbesar, dan paling banyak dilawati di Australia. Ia terletak di St Silka Road, Melbourne. Apa yang menariknya di sini?\n\nMuzium ini dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu seni Asia, seni Australia, seni antarabangsa, fotografi, cetakan dan lukisan. Terdapat juga 2 pameran istimewa iaitu Melbourne Winter Masterpieces dan NGV Triennial. Kalau anda melancong ke Melbourne, jangan lupa untuk singgah di muzium ini.\n\nTerletak di St Kilada, Taman tema Luna Park, Melbourne merupakan destinasi wajib di Melbourne. Taman tema ini mempunyai permainan yang menarik, makanan yang lazat dan perlbagai aktiviti yang pastinya membuatkan anda rasa tak puas berada di sini.\n\nAnda boleh menaiki roller coaster & banyak lagi permainan lain seperti The Great Scenic Railway, Silly Serpent, Twin Dragon, Metropolis, mainan karnival, Holodeck, Betty Choo Choo, The Power Surge, Road Runner, Mirror Maze, Street Legal Dodgem, Spider, Sky Rider, Ghost Train, Arabian Merry, Red Baron, Coney Island Top Drop, Enterprise, Carousel, Paraoh\u2019s Curse.\n\n\u00a07. Eureka Tower (Eureka Skydeck 88)\n\nNak nikmati permandangan bandar kedua terbesar di Australia dari udara? Di Eureka tower, kita dapat menyaksikan permandangan yang indah dari bangunan pencakar langit.\u00a0 Di sini anda dapat menikmati pemandangan 360 \u00b0 yang menakjubkan di tengah-tengah Bandar Melbourne.\n\nNak lagi cantik? Anda datang ke sini pada waktu matahari terbenam atau pada waktu malam. Pemandangannya jauh lebih indah daripada waktu siang.\n\nTeringin nak naik keretapi stim? Jom pergi ke Puffing Billy Railway. Destinasi ini memang sangat sesuai untuk anda seisi keluarga. Kalau anak anda sukakan kartun Thomas & Friends, pasti akan teruja untuk berjumpa Thomas yang sebenar. Ya! Ada keretapi Thomas di Puffing Billy Railway. Menarik sungguh kan?\n\nSelain itu, ada juga aktiviti menarik seperti Murder Mystery Dinner on the Puffing Billy Railway danPuffing Billy Steam & Cuisine Luncheon.\n\nJika kita teringin nak makan Strawberry segar yang di petik sendiri dari\u00a0ladang strawberry\u00a0tempatan di Melbourne, jangan lupa singgah ke sini. Ladang Strawberry Sunny Ridge dibuka pada setiap hujung minggu untuk lawatan pengunjung.\n\nLokasi ini terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari Bandar Melbourne. Nak petik strawberi sendiri pun boleh. Anak-anak pasti suka.\n\nJika kita sampai ke Melbourne, tidak lengkap jika tidak shopping cenderamata di sini. Pasar klasik di Melbourne ini telah dibuka pada 1878 dan menampilkan gaya seni bina Victoria. Terdapat juga banyak cafe di sini. Ada juga\u00a0 persembahan seni & kebudayaan.\u00a0 Kalau di Malaysia, tempat ini lebih kurang macam Pasar Seni\u00a0Kuala Lumpur.\n\nTaman ini telah dibina pada tahun 1845. Royal Botanic Gardens merupakan salah satu taman botani terbaik Australia.\u00a0Di sini terdapat beberapa bangunan bersejarah yang telah dipelihara dengan baik. Taman ini menempatkan lebih daripada 10,000 bunga dan tumbuhan herba eksotik yang digunakan sebagai\u00a0ubat tradisional\u00a0untuk pelbagai penyakit.\n\nSejak penubuhannya, ia telah mengumpulkan lebih daripada 12,000 spesies dan lebih daripada 30,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia. Ambil masa lawati taman ini & lihat sendiri kepelbagaian tumbuhan yang ada di sini. Memang cantik & terjaga rapi.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Melbourne yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Selamat bercuti ke Melbourne.\n\nBagaimana dengan senarai tempat menarik di Melbourne yang dikongsikan? Anda teruja?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
"Apabila sudah sampai hujung minggu tu, sudah pasti para ibu bapa teruja ingin melakukan aktiviti beriadah bersama anak-anak. Bukannya selalu dapat meluangkan masa bersama keluarga. Ye lah, bila lagi?\n\nLain orang, lain aktiviti yang mereka suka lakukan bersama keluarga, atau boleh juga aktiviti yang berlainan bagi setiap minggu yang berbeza. Berjoging? Bersiar-siar? Berkelah? Mandi-manda? Semua pun seronok bukan jika dilakukan bersama yang tersayang.\n\nCuma, bagi si ibu dan si bapa yang menjadikan aktiviti mandi-manda tu sebagai hobi, yang lebih kerap dilakukan berbanding aktiviti-aktiviti riadah yang lain, mereka hendaklah lebih berhati-hati jika ingin membiarkan anak-anak mandi juga. \n\nIni kerana, khuatir akan risiko yang boleh dialami anak-anak seperti yang telah dikongsikan oleh Dr. Ezairy M. Sallih (doktor telinga, hidung & tekak) di laman Facebook peribadinya. Menurut beliau , jangkitan otitis externa juga boleh berlaku pada salur telinga disebabkan pengumpulan air pada telinga.\n\nMengapa Bahaya Jika Anak Mandi Kolam?\n\nTentu kita selalu membawa anak-anak kita ke tempat seperti pantai, kolam renang, taman tema air dan sebagainya.\n\nTahukah anda beberapa risiko yang perlu diketahui.\n\nMari kita lihat 5 bahaya ini kepada anak-anak kecil.\n\n1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.\n\n2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?\n\n3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.\n\n4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.\n\n5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.\n\n*Tidak salah melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga, cuma para ibu bapa hendaklah mengambil perhatian akan risiko berkaitan dengan aktiviti tersebut, hanya sebagai langkah berjaga-jaga. Jangan lupa share ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"KULIT merupakan tisu nipis yang membaluti tubuh manusia dan merupakan antara bahagian badan yang cukup sensitif terhadap perubahan atau tekanan alam sekitar.\n\nIni kerana kulit merupakan organ tubuh yang bersentuhan secara langsung dengan segala hal di luar tubuh misalnya cuaca, sinar matahari atau yang lain.\n\nHal ini juga membuatkan kulit secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai persekitaran yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan ada ketikanya diserang penyakit kulit.\n\nDisebabkan keadaan sekeliling serta udara yang dilihat semakin tidak sihat hari ini, pelbagai jenis penyakit kulit atau penyakit berjangkit mampu \u201cmenghuni\u201d\u0080\u0099 tubuh badan yang terdedah.\n\nAntara penyakit yang sinonim dengan kulit ialah ekzema. Penyakit kulit ini boleh \u201c\u0080\u0098menyerang\u201d\u0080\u0099 sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, dan kaum.\n\nMenurut Ketua Pegawai Eksekutif, Holista Biotech Sdn. Bhd., Datuk Dr. Rajendran Marnickvasagar, selain ekzema terdapat banyak lagi jenis penyakit kulit seperti dermatis serta alahan dan yang paling ekstrem ialah psoriasis.\n\nBagaimanapun tambah beliau, penyakit kulit yang biasa dihidapi masyarakat hari ini ialah ekzema di mana satu daripada lima orang akan mendapat penyakit kulit ini dan ada kalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah, dan bernanah.\n\nKatanya lagi, keadaan ini disebabkan oleh banyak faktor dan antaranya ialah pemakanan, persekitaran, penggunaan minyak wangi, penggunaan sabun, dan sebagainya.\n\nNisbah satu daripada lima ini kebanyakannya tidak memerlukan rawatan di mana penyakit kulit ini akan datang dan pergi begitu sahaja.\n\nBegitupun, kesemuanya mempunyai satu talian genetik di mana kajian genetik menunjukkan bahawa seorang atau kedua-duanya daripada ibu bapa boleh memberikan kesan genetik itu.\n\n\u201cYang pasti, penyakit ini perlu ditanggung seumur hidup di mana tiada rawatan yang dapat menyembuhkannya,\u201d\u0080\u009d ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.\n\nMengulas lanjut mengenai penyakit kulit tersebut, Dr. Rajendran memberitahu bahawa rawatan untuk mengubatinya terdapat dalam pelbagai cara dan antaranya ubat steroid bukan sahaja krim tetapi secara oral bagi penyakit kulit yang serius.\n\nManakala bagi mereka yang hanya sekadar mengalami masalah kulit seperti ruam akibat daripada alahan cukuplah hanya sekadar menggunakan ubat anti histamin.\n\nNamun begitu, Dr. Rajendran menjelaskan kaedah rawatan yang sistematik dapat mengurangkan kesan penyakit itu seterusnya dapat mengelak daripada terus merebak dan menjadi serius atau kronik.\n\nBerbicara lanjut mengenai penyakit kulit tersebut, Dr. Rajendran menyatakan bahawa sehingga kini punca sebenar ekzema tidak diketahui tetapi biasanya dikaitkan dengan alahan kepada susu formula, sabun, makanan laut, air berklorin tinggi, dan sebagainya lagi.\n\nBercakap pula mengenai rawatan, ia bergantung kepada tahap keseriusannya dan hari ini terdapat pelbagai produk berada di pasaran dan dalam usaha mengurangkan penggunaan streoid banyak produk berasaskan krim telah pun dikeluarkan.\n\nSelain krim seperti ceramide yang lazim digunakan, terbaharu krim Truveno juga mampu mengurangkan penyakit kulit yang dialami.\n\nBagi pesakit yang menghidap penyakit kulit ini, perlu menyapu krim atau losen pelembap beberapa kali sehari untuk mencegah kulit menjadi kering.\n\nBegitupun, tindak balas terhadap penggunaan krim ini berbeza mengikut individu tersebut.\n\nYang pasti, mereka yang mengalami masalah kulit ini perlulah mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat seperti mengawal pemakanan dan banyakkan senaman.\n\nPada masa yang sama, Dr. Rajendran turut menasihatkan pesakit agar memilih pemakanan yang sihat dan elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan kegatalan dan alahan seperti makanan laut.\n\nPaling penting, pesakit memerlukan penjagaan doktor yang profesional dalam usaha mengawal penyakit kulit tersebut daripada merebak seterusnya menjadi serius dan kronik."
"Percaya atau tidak, seawal usia 8 bulan, bayi yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sudah boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang lazat lagi menyelerakan.\n\nMereka sebenarnya sudah boleh mula meneroka pelbagai rasa dan tekstur makanan walaupun masih belum tumbuh gigi.\n\nIkuti perkongsian 20 resepi daripada Cik Nuie melalui laman Facebook peribadi beliau buat puterinya yang diberi nama Dawra Dzaqeera Binti Haswarie Fadiman.\n\nKesemua resepi makanan bayi ini cukup ringkas, tidak menggunakan garam mahu pun gula, dan sesuai untuk anak seawal usia 8 bulan dan ke atas.\n\n*Resepi ini sesuai dijadikan\u00a0\u2018travel food\u2019 kerana ia dimasak dengan menggunakan periuk nasi sahaja.\n\nResepi bubur lambuk ini sesuai untuk anak yang tiada alah dengan santan.\n\nHanya masukkan \u2018rolled oat blend\u2019, labu, kurma atau kismis ke dalam \u2018slow cooker\u2019 dan biarkan ia masak mereneh.\n\n*Boleh gantikan labu dengan epal atau pisang.\n\n7. Mash Labu, Carrot With Cream Cheese\n\n8. Mash Potato WIth Chicken Cheese\n\n9. Steam Tofu With Kurma Gravy\n\nMemandangkan rasa tofu ini tawar, ianya sedap dimakan dengan buah-buahan yang masam manis.\n\nResipi ini lebih kurang resepi masak lemak, tetapi versi leburkan semua ke dalam \u2018slow cooker\u2019.\n\n16. Shell Pasta With Anchovies Cheese\n\n18. Vege Pasta Mac & Cheese\n\nPastikan anak telah melepasi fasa pertama makanan pejal (4 days rule untuk setiap jenis makanan yang baru diperkenalkan) sebelum mula mencampurkan makanan-makanan tersebut mengikut resepi. Ia bertujuan mengenalpasti reaksi anak terhadap makanan tersebut sama ada anak mengalami alergi atau tidak.\n\nJika anak mengalami alergi atau alah apabila makan sesuatu makanan itu, \u2018hold\u2019 dahulu makanan tersebut dan perkenalkan kembali makanan itu kepadanya kelak.\n\nSemoga dengan makanan yang lazat lagi berkhasiat daripada hasil air tangan seorang ibu, anak-anak akan membesar dengan sihat dan bijak.\n\n*Sumber asal resepi makanan bayi ini adalah hasil perkongsian Cik Nuie melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau."
"Bukan calang calang resepi yang bakal kami kongsikan ini. Resepi yang bakal di kongsikan ini adalah Resepi Daging Bakar Madu Ala Thai. Wah. Pasti enak bukan. Ayuh sama sama kita cuba resepi ini.\n\nApa yang membuatkan setiap resepi daging bakar berbeza adalah perapannya. Tak semua daging bakar akan kena dengan selera tekak kita.\n\nSelalunya daging bakar ini di makan bersama dengan nasi putih atau pun nasi kerabu. Pasti lebih menarik jika makan tengah hari atau pun makan malam anda di sajikan dengan daging bakar ini.\n\nResepi ini juga sangat mudah untuk diikuti. Tambahan pula, bahan bahannya pasti sudah sedia ada di dalam peti sejuk anda\n\nAyuh segera ke dapur untuk mencuba sendiri keunikkan resepi daging bakar madu ala thai ini.\n\nResepi ini dikongsikan oleh\u00a0Anna Farhana\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nAssalamualaikum, lama tak bersiaran dalam ni. Kebetulan malam ni saya masak daging bakar madu ala thai. Saya just nak share mana tau ada yang nak try resepi daging bakar viral ni. Bahan nya simple je.\n\nMemang menambah nambah la makan nasi dengan rasa perapan dagingnya dan sos pencicahnya yang sedap. Tak rugi nak mencuba. Try la. Resepi ada di setiap pic.\n\nSelain resepi daging bakar, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Lauk kegemaran anak-anak. Brokoli sup campur fishball. Jika anak anda kurang selera makan, boleh cuba resepi ini untuk membangkitkan selera makan anak.\n\nSebagaimana yang kita tahu bahawa sayur brokoli banyak khasiat dan kebaikan untuk tubuh. Maka sangat disayangkan jika kita mengabaikan sayur ini.\n\nMak patut cuba resepi ini, cara masak brokoli dengan fishball dijelaskan secara detail pada perkongsian ini. Resepi dikongsikan oleh Alin Sulaiman di laman Facebook. Resepi mudah dan membangkitkan selera. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi brokoli , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Hilang selera makan sesungguhnya ibarat hilang nikmat dunia! Ketika rakan-rakan dan orang keliling enak menjamu selera, kita hanya mampu melihat sahaja. Jom ketahui punca hilang selera makan yang akan dibincangkan dalam artikel ini.\n\nMakanan merupakan sumber utama manusia mendapatkan nutrien. Kandungan zat dan diet seimbang ini diperlukan tubuh untuk sistem fisiologi dan perkembangan yang baik.\n\nDengan nutrien yang mencukupi, aktiviti seharian pun boleh dilakukan dengan senang dan cepat.\n\nNamun, apabila seseorang hilang selera makan, kuranglah zat dan nutrien untuk tubuh. Badan akan mulai lesu dan tidak bermaya.\n\nSeorang individu dewasa memerlukan diet makanan yang mencukupi setiap hari. Lelaki memerlukan lebih kurang 2 500 kcal kalori sehari manakala perempuan memerlukan 2 000 kcal sehari. Oleh itu, artikel ini akan mengupas punca hilang selera makan.\n\n1. Masalah Kemurungan dan Tekanan Perasaan\n\nPersatuan Psikiatri Amerika telah menggariskan bahawa perubahan berat badan dan hilang selera makan sebagai salah satu gejala kemurungan di semua peringkat umur.\n\nKajian penyelidik dari Universiti Vanderbilt, Nashville pada tahun 2009 turut mengingatkan tentang risiko kehilangan selera makan yang tinggi dalam kalangan pesakit kemurungan yang mengulangi episod kemurungan mereka setelah sembuh.\n\nIroninya, kebanyakan kajian mendapati bahawa tekanan perasaan yang tinggi lebih membuatkan seseorang itu bertambah selera makan tetapi hanya memilih makanan yang manis dan berlemak sahaja.\n\nKajian tersebut turut mengulas faktor diet sebagai punca hilang selera makan. Dilaporkan hampir 60% remaja perempuan dan 10% remaja lelaki \u201cberperang\u201d dengan diri sendiri berkenaan isu imej dan penampilan diri.\n\nAntara langkah yang diambil mereka ialah menahan diri daripada makan dengan diet ekstrim dan berlapar.\n\nNamun awas, tindakan ini sebenarnya boleh mengundang rasa kemaruk ingin makan selepas tempoh diet itu berakhir atau sehingga badan kita sudah tidak mampu menahan rasa lapar.\n\nMasih lagi berkaitan dengan isu rasa tidak selesa dengan penampilan diri, diet dan kemurungan, masalah pemakanan seperti anorexia nervosa dan bulimia sering dilaporkan berkaitan dengan punca hilang selera makan.Kajian lepas juga melaporkan bahawa mereka yang mempunyai sejarah penyakit kemurungan berisiko tinggi\u00a0 untuk mengalami masalah pemakanan ini.\n\nPenyakit berkaitan mentaliti ini bermula seawal usia remaja 12 tahun dan merupakan rentetan daripada diet ekstrim yang dirasakan tidak berkesan.\n\nHormon ialah bahan pembawa isyarat yang mengarahkan tindak balas kepada sistem dan tindakan kelakuan.\n\nAntara perubahan hormon yang dikaitkan dengan punca hilang selera makan ialah melanokortin, glukokortikoid, dan leptin. Tekanan, kerisauan, keresahan dan kemurungan merupakan antara faktor penambahan hormon-hormon tersebut.\n\nPerubahan hormon ini dipengaruhi oleh tindak balas emosi dan kelakuan kita sendiri. Dengan peningkatan kandungan hormon ini, semakin rendah lah selera makan.\n\nTerutamanya bagi remaja, fasa kehilangan selera makan boleh mula dilihat semasa mereka sedang mencapai atau melalui usia akil baligh.\n\nKetika ini, hormon pertumbuhan semakin bertambah. Bagi lelaki, kandungan hormon testosteron yang tinggi mengurangkan rasa ingin makan.\n\nGolongan remaja perempuan pula berhadapan dengan penambahan hormon bagi sistem peranakan mereka melalui kitaran haid.\n\nProses ini sedikit sebanyak boleh mengganggu mood dan emosi seseorang, seterusnya membantutkan rasa ingin makan. Namun, fasa ini hanya normal bagi suatu tempoh yang pendek.\n\nProses akil baligh juga mengeluarkan hormon pertumbuhan dari kelenjar pituitari untuk merangsang ketinggian dan pertambahan jisim badan. Selera makan mereka sepatutnya kembali normal supaya dapat membesar dengan baik dan sihat.\n\nSalah satu punca hilang selera makan dikaitkan dengan masalah sistem penghadaman seseorang.\n\nOleh yang demikian, sekumpulan penyelidik dari Perancis membuktikan kajian ini secara saintifik menerusi penerbitan artikel mereka pada tahun 2017 di\u00a0Journal of Gastroenterology and Hepatology.\n\nBerdasarkan 1009 pesakit yang menghidapi masalah sistem penghadaman, 82% daripada mereka didapati hilang selera makan.\n\nAntara masalah penghadaman yang boleh dikaitkan dengan punca hilang selera makan ialah esofagal, gastroduodenal, bowel dan anorektal.\n\nPesakit yang sedang menjalani rawatan perubatan seperti kemoterapi bagi kanser dan dialisis bagi sakit buah pinggang sememangnya terdedah kepada punca hilang selera makan.\n\nHal ini adalah normal kerana rawatan yang diberikan membantutkan selera makan mereka.\n\nTambah memburukkan, keadaan ini akan menyebabkan mereka suka menerima makanan dan menyebabkan malnutrisi atau kekurangan nutrien makan.\n\nGangguan keseimbangan hormon thyroid boleh menjejaskan selera makan seseorang. Hal ini juga dijadikan sebagai pengesanan diagnosis awal selain bengkakan di kawasan leher dan penurunan berat badan bagi mengenal pasti kehadiran penyakit thyroid.\n\nPara penyelidik Louisiana, Amerika Syarikat pada tahun 2004 ada melaporkan berkenaan perubahan hormon seperti adiponectin, resistin dan leptin yang mempengaruhi selera makan dalam kalangan pesakit thyroid.\n\nRingkasnya, antara punca hilang selera makan ialah masalah kemurungan, diet ekstrim, masalah pemakanan, perubahan hormon, proses akil baligh, masalah penghadaman, rawatan perubatan dan penyakit thyroid.\n\nKita perlu cakna atau sedar dengan tanda-tanda seperti hilang selera makan dalam diri kita atau orang sekeliling kerana boleh memberikan sedikit petunjuk berkenaan kualiti kesihatan kita. Semoga bermanfaat! Jemput baca juga artikel petua tambah selera makan anak dan keburukan makanan segera"
"Setiap ibu bapa mahu anak-anak membesar dengan baik dan mempunyai pertumbuhan yang bagus sepanjang pembesaran mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting sepanjang pembesaran mereka. Makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diserapkan ke dalam menu makanan anak-anak.\n\nPada permulaan memang agak susah untuk didik mereka tetapi lama-kelamaan mereka akan terbiasa juga. Banyak-banyak makanan yang diberikan kepada anak-anak, ada juga makanan yang tidak baik dimakan selalu oleh anak-anak. Bagi ibu bapa ia mungkin makanan biasa tetapi ia memberi kesan kepada anak-anak.\n\nMakanan apakah yang tidak baik untuk anak-anak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 jenis makanan yang tidak baik untuk anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masih kecil. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita. \n\n5 Jenis makanan yang tidak baik untuk anak-anak\n\nBagi simanja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada\u00a0mood\u00a0dan kelakuan iaitu menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.\n\nTidak ramai yang tahu pewarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD,\u00a0hyperactive\u00a0dan perubahan tabiat. Kebanyakkan ibubapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata- mata. Hati- hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti, susu kultur dan biskut.\n\nGula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang seperti diabetis, obesiti dan sebagainya.\n\nBahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur pada anak.\n\nBahan pengawet\u00a0seperti formalin, kalsium benzoat, sulfur dioksida, kalium asetat, asam sorbat digunakan secara meluas terutama dalam makanan ringan kanak- kanak. Jadi ibu- ibu tolong bagi perhatian pada apa yang anak anda makan.\n\nJika anak anda suka makanan ringan, fast food maka kemungkinan besar anak anda telah memakan sejumlah MSG yang tinggi. MSG, atau monosodium glutamat adalah penyedap makanan yang telah digunakan di seluruh dunia. Namun, mengambil\u00a0MSG dalam jumlah berlebihan dapat merosakkan\u00a0kesihatan anak anda. Ia\u00a0boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactive kepada kanak kanak.\n\n*5 jenis makanan ini tidak baik dimakan oleh kanak-kanak selalu. Ia boleh membuat anak-anak kita hyperactive dan susah untuk tidur malam. Memang benar gula amat penting untuk memberi tenaga kepada badan tetapi keperluan gula orang dewasa dan kanak-kanak berbeza. \n\nJadi kita perlu menitik beratkan makanan yang dimakan oleh anak-anak agar tidak mengambil gula berlebihan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kali ini kami akan kongsikan resepi bubur sumsum yang sedap dan mendapat perkongsian ramai.\n\nBubur sumsum jarang dihidangkan untuk hidangan jamuan mesyuarat atau kenduri kerana ia agak sukar untuk dihidangkan disebabkan kuahnya yang agak manis melekit. Oleh sebab itulah, selalunya bubur sumsum dimasak untuk hidangan diri sendiri sahaja.\n\nSebagaimana telah penulis sampaikan diatas, bubur sumsum merupakan kuih yang dimakan bersama dengan kuah manis yang melekit sehingga boleh mengundang semut manisnya. Bubur sumsum berwarna putih dibuat daripada tepung beras dan dihidangkan bersama-sama air nisan atau gula kabong.\n\nBubur ini terkenal di Malaysia dan juga di Indonesia. Mesti anda tidak sabar mahu menegtahui resepi mudahnya bukan? Baiklah jom kita lihat cara-cara membuat bubur sumsum sedap yang telah dikongsikan oleh \u200eNana O Mey\u200e di Facebook. Selamat mencuba.\n\nBubur Sumsum Untuk Hidangan 3-4 Orang\n\nSangat mudah kan? Tunggu apalagi, jom buat resepinya.\n\nSelain resepi bubur sumsum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sebelum menggunakan pelembap untuk membantu mengekalkan kelembapan kulitm, anda boleh gunakan serum terlebih dahulu. Serum diformulasikan dengan kepekatan bahan aktif yang lebih tinggi sehingga hanya beberapa titis sahaja sudah cukup untuk rata di seluruh wajah. \n\nTeksturnya boleh dikatakan lebih ringan daripada pelembap yang digunakan terutama bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif.\n\nBagi anda yang tercari-cari serum untuk mengatasi masalah kulit kering, berikut adalah antara serum terbaik untuk kulit kering.\n\nThe Olive Tree adalah salah satu serum terbaik untuk kulit kering kerana ianya mengandungi antioksidan untuk melembapkan dan menghidrat kulit. Serum ini juga membantu merawat kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.\n\nSerum vitamin C yang dikeluarkan oleh Annona ini adalah salah satu serum yang paling dipercayai di Malaysia setakat ini. Ia mempunyai 10 kali kekuatan kandungan vitamin C dan yang pertama seumpamanya di pasaran. Serum terbaik untuk kulit kering ini tidak mengandungi alkohol, wangian tiruan dan bahan tambahan.\n\nSerum Safi Hydra Glow merupakan penghidratan dan hypoallergenic terbaik dengan kandungan Vitamin B3, B5 dan Hyaluronic Acid yang mampu meresap jauh ke lapisan kulit dalaman. \n\nIa membantu melicinkan tompok kasar dan merawat kulit kering menjadi licin, terhidrat dan lebih bersinar. Serum Safi Hydra Glow ini sememangnya telah terbukti secara klinikal dimana ia amat berkesan untuk kulit kering.\n\nSerum Clinelle Pureswiss ini pula bertindak secara intensif untuk meningkatkan penghidratan kulit dan memerangkap kelembapan untuk kesan yang berpanjangan. Pastinya kulit kembali gebu, lembap dan lembut setelah menggunakan serum Clinelle Pureswiss ini.\n\nBagi anda yang mencari serum terbaik untuk kulit kering, Nacific adalah jawapannya. Bahan dalam produk ini diperkaya dengan vitamin dan antioksidan yang berfungsi untuk mengurangkan kedutan, mengecilkan pori-pori dan mencerahkan kulit wajah anda. Selain itu, serum Nacific ini juga tiada bahan pengawet sintetik.\n\nAvene Hydrance Rehydrating Serum ini pula dikatakan berfungsi untuk menenangkan kulit sensitif dan memberikan penghidratan untuk jangka masa panjang yang optimum di lapisan atas epidermis kulit. \n\nApa kata anda gunakan serum terbaik untuk kulit kering ini sebagai langkah pertama meningkatkan keberkesanan rutin penjagaan kulit anda agar lebih segar.\n\nAdakah kulit wajah anda terasa amat kering dan mula menunjukkan tanda penuaan awal? Apa kata mencuba serum Clarins ini. Ia mengandungi 21 ekstrak tumbuhan anti-penuaan yang hebat seperti ekstrak Kunyit Emas bagi meningkatkan lima fungsi penting kulit dan merawat semua tanda penuaan dengan lebih efektif. \n\nSerum Clarins ini sesuai untuk wanita daripada semua peringkat umur dan semua jenis kulit, termasuklah mereka yang mempunyai kulit sensitif.\n\nAsid hyaluronik yang terdapat di dalam serum L\u2019oreal Paris Revitalift ini bertindak seperti segelas air untuk kulit yang dahaga dan ia mengandungi kepekatan sebanyak 1.5%. \n\nSerum L\u2019oreal ini terbukti membantu menghidrat dan mengurangkan garis-garis halus yang sering menjadi masalah pada kulit kering. Ianya bebas wangian, bebas paraben dan tiada minyak mineral tambahan atau pewarna sintetik.\n\nRosken Skin Repair Bio Serum adalah merupakan serum yang mengandungi minyak penjagaan kulit perawatan intensif untuk merawat penampilan stretch mark, parut, warna kulit tidak sekata, kulit yang sangat kering dan tanda-tanda penuaan. \n\nIa telah diformulasikan menggunakan kombinasi antioksidan seperti Vitamin A, E, minyak Rosehip, minyak Chamomile, minyak Lavender, minyak Rosemary dan minyak Calendula. \n\nSerum terbaik untuk kulit kering ini bersifat Hypo-allergenic dan tidak mengandungi bahan pengawet dan amat sesuai untuk kulit sensitif.\n\n10. Innisfree Green Tea Seed Serum\n\nSerum ini merupakan antara serum terbaik untuk kulit kering dari Innisfree yang mampu melembutkan kulit anda dengan 100% teh hijau. Teh hijau ini diekstrak dari daun teh hijau untuk penghidratan yang luar biasa. \n\nDengan penggunaan yang konsisten, ianya akan mengembalikan kelembapan serta merta kepada kulit yang akan lembut dan bersinar.\n\nSekiranya anda mengalami kulit kering yang sensitif dan mengelupas atau mempunyai penyakit kulit ekzema, serum daripada Dr. Jart+ ini adalah serum yang paling sesuai untuk kulit rosak atau bermasalah. \n\nSerum ini bertindak merawat kulit yang sangat sensitif atau meradang dan membantu memperbaiki kulit tersebut. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai perangkap kelembapan ke lapisan kulit untuk menampakkan kulit yang lebih sihat.\n\nOlay merupakan produk yang sangat terkenal dengan produk anti-penuaan kini hadir dengan serum terbaru untuk mengurangkan tekstur kulit sama ada garis halus, kedutan atau parut dalam dan menghidrat kulit secara keseluruhan. \n\nIa diformulasikan dengan Amino-Peptide Complex Advanced + Carob Fruit Extract yang membantu menghantar bahan anti-penuaan ke dalam lapisan kulit. \n\nHydra-Firming Complex pula membantu mengekalkan keremajaan kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah dan ketara setelah hanya lima hari. Serum ini idak bersifat komedogenik yang tidak akan menyumbatkan liang pori sehingga menyebabkan pembentukan bintik-bintik hitam dan putih.\n\n13. Naruko Rose & Botanicha Ha Aqua Cubic Complex\n\nAdakah anda ingin membeli serum dengan bajet yang rendah? Jangan risau, kini serum dari Naruko ini dapat membantu anda. Diformulasikan dengan 12 bahan pelembap dan ekstrak mawar yang akan mengembalikan kelembapan, keanjalan dan sinar kulit yang lebih berseri. \n\nSerum untuk kulit kering ini sesuai digunakan oleh pengguna kulit sensitif kerana mampu mengurangkan keradangan pada wajah dan dalam pada masa yang sama menghasilkan kulit yang tetap lembap dan anjal.\n\nItulah antara serum terbaik untuk kulit kering yang boleh anda pilih, pastinya berkesan dengan baik! Jom baca juga Serum terbaik untuk jerawat,\u00a0Set berpantang,\u00a0serum terbaik untuk kulit berminyak\u00a0dan\u00a0Serum terbaik untuk whitehead.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Nasi goreng USA adalah antara hidangan nasi goreng yang terkenal di Malaysia. Nasi goreng USA biasanya menjadi kesukaan di dalam kalangan masyarakat melayu.\n\nKenapa pula diberi nama USA? Mesti ramai yang tertanya-tanya asal usul makanan ini. Sebenarnya, nasi goreng USA bermaksud nasi goreng udang, sotong dan ayam. Jadi, USA di sini tiada kaitan dengan negara USA ya.\n\nMakan malam dengan nasi goreng USA semestinya sedap dan bikin makan jadi bergairah. Lagi sedap jika digandingkan makan dengan daging masak merah atau telur mata goreng. Jom cubakan resepi nasi goreng USA yang dikongsikan oleh Ellyin Tan\u200e di laman Facebook.\n\nMudah bukan? Resepi daging masak merah dapat di lihat pada perkongsian di bawah.\n\nSelain resepi nasi goreng USA, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pada perkongsian kali ini kami ingin berkongsikan resepi cheesy wedges ala KFC. Tidak sabar rasanya ingin segera berkongsikan resepi ini kepada anda semua. Mesti anda tercari-cari resepi kentang wedges ini bukan.\n\nApa yang menarik dengan kentang wedges ala KFC ini? Mestilah rasanya yang sedap. Kentang yang lembut luar dalam, lembut namun rangup sangat. Ditambah lagi masa makan digandingkan dengan sos cheese dan mayonais sehingga menjilat jari!\n\nKalau beli di KFC satu porsi rasanya tak puas kan. Nak tambah order pun agak mahal juga, kena pandai-pandai berjimat. Maka itu, anda tak perlu risau lagi kerana resepi cheesy wedges rasa restoran itu sekarang boleh anda buat sendiri di rumah.\n\nPasti rasanya macam KFC. Anda boleh buat sebanyak manapun ikut selera. Berbaloi dan lebih puas. Tanpa fikir lama, mari kita lihat resepi perkongsian ramai oleh Hasniza Hashim\u200e di laman Facebook. Gerenti sedap dan bikin ketagih.\n\n1. Rendam kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.\n\n2. Rebuskan kentang di dalam periuk. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.\n\n3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang. Kalau suku garfu sudah masuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya kentang tidak lembik.\n\n4. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaulkan bersama).\n\n5. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.\n\n6. Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati. Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Boleh masukkan sedikit pewarna jika anda mahu. Kacau sebati hingga masak.\n\n7. Hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonais. Siap.\n\nSelain resepi cheesy wedges , kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Rahsia makanan untuk kulit cantik. Setiap wanita sukakan kecantikan. Setiap wanita nak nampak cantik. Malah dalam islam, kita juga digalakkan untuk mencantikkan diri kerana sesungguhnya Allah sukakan kecantikan. Pastinya kita akan melakuka apa sahaja untuk kelihatan cantik, tak kira sama ada memakan supplement, memakai set penjagaan kulit muka, mengenakan solekan di wajah, menjaga makan, bersenam, dan sebagainya. Salah satu cara untuk kelihatan cantik ialah dengan menjaga pemakanan.\n\nTahukah anda bahawa terdapat makanan yang boleh membantu kita untuk kekal awet muda dan kelihatan cantik. Itulah sebabnya kita perlu menjaga pemakanan dan memilih apa yang masuk ke dalam perut. Bak kata orang lama, kita adalah apa yang kita makan. Nak tak kalau kami kongsikan makanan untuk kulit cantik yang boleh anda amalkan setiap hari?\n\nMakanan untuk kulit cantik yang pertama ingin kami kongsikan pada hari ini ialah tomato. Ini adalah makanan untuk kulit cantik yang murah dan mudah untuk didadapati. Kalau selama ini anda membeli tomato untuk dijadikan sebagai bahan masakan, lepas ni anda boleh beli lebih untuk dijadikan sebagai salah satu daripada rutin kecantikan kulit anda. Bagaimana tomato membantu mencantikkan kulit? Tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Lycopene iaitu sejeni antioksidan yang membantu mencerahkan dan menghaluskan kulit.\n\nMalah bahan ini membantu membuatkan kulit muka menjadi kemerah-merahan seperti kulit tomato. Jika anda mempunyai kulit yang mudah terbakar akibat selaran matahari atau sunburn, tomato juga sangat membantu. Anda boleh makan tomato begitu sahaja dengan cara dijadikan ulam atau boleh juga dimasukkan ke dalam masakan. Memasak tomato tidak akan menghilangkan khasiatnya untuk kecantikan kulit.\n\nSelain menjadikan tomato sebagai makanan, anda juga boleh gunakan tomato sebagai bahan dalam penjagaan kulit muka. Di antara cara yang boleh anda lakukan ialah:\n\nAnda suka makan kacang walnut? Tahukah anda bahawa kacang walnut juga sangat baik untuk kecantikan kulit. Kacang walnut kaya dengan minyak omega 3 yang dipanggil asid alfa-linolenik. Kajian mendapati bahawa asid ini sangat berkesan dalam penjagaan kulit lebih-lebih lagi bagi wanita yang mengalami masalah kulit kering atau bersisik. Walnut membantu melembabkan kulit dan melambatkan proses penuaan. Tiada lagi kedutan halus di wajah. Anda boleh jadikan walnut sebagai snek harian atau dimasukkan ke dalam masakan. Selain itu, anda boleh gunakan minyak walnut sebagai langkah penjagaan kulit muka harian.\n\nDengan pengambilan yang konsisten, minyak zaitun membantu mengekalkan keremajaan kulit. \u00a0Selain dimakan, anda juga boleh gunakan minyak zaitun untuk disapu pada seluruh kulit badan terutamanya muka. Tak hairanlah pada hari ini banyak produk kecantikan kulit yang berasaskan minyak zaitun di pasaran. Ini kerana ia sememangnya terbukti berkesan untuk kecantikan kulit.\n\nAnda suka minum air soya? Atau mungkin juga anda suka makan tempe atau tauhu? Tahukah anda bahawa kacang soya juga sangat baik untuk kecantikan kulit. Ini kerana kacang soya kaya dengan isoflavin yang membantu mencantikkan kulit. Tak hairanlah kenapa ada yang percaya bahawa ibu mengandung yang selalu minum air soya sepanjang tempoh mengandung akan melahirkan bayi yang putih dan gebu. Malah ada yang percaya bahawa jika kita minum air soya setiap hari, kulit kita akan menjadi semakin cerah dan kemerah-merahan.\n\nIsoflavin yang terdapat dalam kacang soya juga berfungsi untuk membekalkan kolagen kepada kulit dan membantu kolagen agar tidak mudah rosak. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit kita kelihatan kusam dan akan lebih cepat berkedut akibat proses penuaan yang cepat. Oleh itu, kalau nak kulit yang cantik, anjal, cerah, dan kekal remaja selalulah makan makanan yang berasaskan soya sama ada air soya, tau fu fah, tempe, pucuk tauhu, dan kicap.\n\nMakanan untuk kulit cantik yang seterusnya ialah telur. Percayakah anda bahawa telur juga membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cantik? Telur kaya dengan omega 3 dan protein yang membantu menjaga kesihatan kulit dan mengekalkan keremajaannya. Ada ramai wanita yang mengeluarkan duit berbelanja membeli minuman protein yang mahal untuk cantik namun mereka terlupa bahawa telur juga kaya dengan protein. Harganya jauh lebih murah dan rasanya juga lazat.\n\nAnda pasti tahu bahawa minyak zaitun adalah sangat baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja membantu mengelakkan daripada penyakit merbahaya malah membantu anda mengekalkan tubuh badan yang langsing. Namun tak ramai yang tahu bahawa sebenarnya minyak zaitun juga sangat baik untuk kecantikan kulit.\n\nMinyak zaitun kaya dengan polifenol iaitu sejenis antioksidan yang berfungsi untuk menghancurkan radikal bebas yang menjadi punca kulit kita cepat rosak dan kelihatan tua. Malah minyak zaitun juga kaya dengan asid lemak tanpa monounsaturated yang membantu menjaga keanjalan kulit.\n\nItulah dia info tentang makanan untuk kulit cantik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua kulit muka glowing, senaman muka untuk awet muda , DIY masker muka \u00a0dan langkah penjagaan kulit ala korea."
"Dewasa ini, semakin banyak kes jenayah mengerikan yang dikaitkan dengan kemurungan. Kes bunuh diri, bunuh bayi semasa dalam pantang, bunuh ahli keluarga, dan sebagainya. \n\nKenapa semakin ramai yang dilanda masalah kemurungan? Apakah punca kemurungan yang boleh kita elakkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini?\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang menyebabkan mood seseorang individu menjadi semakin menurun dan perasaan tidak stabil. Mood yang semakin menurun dan perasaan yang tidak stabil akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut termasuklah:\n\nSekiranya kemurungan tidak diatasi, ianya akan membawa kepada malapetaka seperti perbuatan membunuh diri dan membunuh orang lain di sekeliling yang tidak berdosa. Jadi, apakah punca kemurungan berlaku?\n\nSesetengah ubat seperti steroid dan ubat mencegah kanser telah dikenal-pasti sebagai ubat yang boleh menyebabkan pesakit mengalami kemurungan. Ini kerana bahan kimia aktif dalam kedua ubat tersebut boleh bertindak balas dengan hormon dalam badan lalu mencetuskan kemurungan. \n\nOleh itu, jika anda atau orang tersayang mula menunjukkan simptom kemurungan selepas pengambilan ubat tersebut, sila berjumpa dengan doktor dan berbincang bagi mengelakkan kemurungan yang dialami menjadi semakin serius.\n\nTidak dinafikan, dadah adalah musuh negara dan boleh memusnahkan hidup individu yang terlibat, temasuk ahli keluarga dan orang yang terdekat. \n\nPenyalah gunaan dadah adalah punca kemurungan kedua yang ingin kami kongsikan kepada anda. Apabila seseorang mengambil dadah dengan cara yang salah, bahan kimia dalam dadah tersebut akan bertindak balas dengan sel otak lalu menyebabkan kemurungan yang tidak terkawal.\n\nApa yang menakutkan, penagih dadah bukan sahaja boleh mengalami kemurungan malah dadah juga akan menyebabkan individu tersebut berhalusinasi seperti mendengar suara halus yang menyuruhnya untuk membunuh ahli keluarga sendiri, dan tidak dapat membezakan di antara realiti dan fantasi.\n\nOleh itu, jauhi dadah demi kesejahteraan hidup anda dan keluarga. Sekiranya ada ahli keluarga anda yang terjebak dengan najis dadah, jangan dibiarkan atau disisihkan. Dapatkan bantuan dan rawatan untuknya dengan kadar segera.\n\nMungkin anda tidak pernah tahu bahawa mengidap penyakit kronik boleh menyebabkan seseorang mengalami kemurungan. Di antara penyakit kronik yang sering dikaitkan dengan kemurungan ialah kanser, asma, dan sawan. Bagaimana pesakit tersebut boleh mengalami kemurungan?\n\nSakit kanser contohnya, akan menyebabkan pesakit berada dalam kesakitan yang melampau dan perlu menjalani rawatan seperti kemoterapi yang akan menyebabkan beliau mengalami kesan seperti loya, muntah, keguguran rambut yang teruk, dan sebagainya. Malah pesakit kanser pada peringkat teruk akan terdampar dan tidak mampu menjalani hidup normal seperti manusia biasa. Keadaan ini akan menyebabkan pesakit tersebut mengalami kemurungan.\n\nMalah ubat anti kanser yang diberikan kepada pesakit kanser juga akan menyebabkan tahap kemurungan yang dialami menjadi semakin teruk. Oleh itu, sebagai ahli keluarga yang rapat dengan pesakit, anda sepatutnya faham akan keadaan ini. Pastikan anda sentiasa ada untuk memberikan sokongan moral dan tidak meninggalkan beliau berseorangan.\n\n4. Peristiwa yang menyebabkan individu tersebut berada dalam keadaan tertekan\n\nSetiap kejadian dan peristiwa yang berlaku dalam hidup akan memberi kesan kepada hidup kita. Sesetengah peristiwa boleh menimbulkan trauma, menyebabkan ketakutan, malah menyebabkan individu tersebut berasa tertekan. Di antara contoh peristiwa yang boleh menyebabkan kemurungan ialah:\n\nPada mulanya, selepas kejadian berlaku, anda akan berasa sedih. Lama-kelamaan kesedihan tersebut akan menjadi semakin mendalam dan menjerumus kepada kemurungan. Oleh itu, jangan terlalu dilayan perasaan sedih yang dialami. Dapatkan bantuan dengan cepat sebelum kemurungan anda menjadi semakin serius.\n\nTekanan perasaan juga adalah salah satu punca kemurungan yang sering dipandang ringan. Pada hari ini, tidak dinafikan tahap stress setiap individu adalah sangat tinggi. Kesibukan di tempat kerja, dan perlu menyeimbangkan dengan keluarga, sangat memenatkan. Stress atau tekanan perasaan yang tidak terkawal akan menyebabkan anda dilanda kemurungan.\n\nOleh itu, kawal stress anda. Jangan simpan perasaan, luahkan kepada mereka yang sudi mendengar. Jika terlalu penat dengan tanggung jawab seharian, dapatkan cuti untuk berehat dan tenangkan fikiran. \n\nTahukah anda, kemurungan juga merupakan penyakit yang diwarisi dalam keluarga. Ianya ada dalam genetik. Oleh itu, jika ada ahli keluarga anda yang mempunyai sejarah kemurungan, anda perlu berhati-hati. Elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemurungan. Jika anda mula dilanda kemurungan, sila dapatkan bantuan profesional. Berjumpa doktor dengan segera.\n\n7. Kekurangan sokongan keluarga dan sosial\n\nSokongan dari ahli keluarga dan mereka yang terdekat adalah sangat penting bagi seseorang individu yang sedang mengalami penyakit kronik atau baru mengalami peristiwa yang menyebabkan individu tersebut berada dalam keadaan tertekan. Kegagalan ahli keluarga untuk memberikan sokongan adalah punca kemurungan yang boleh dielakkan.\n\n8. Gangguan fungsi thyroid seperti penyakit Hypothyroidism \n\nPenyakit ini juga telah dikenal pasti sebagai salah satu punca kemurungan. Gangguan pada fungsi thyroid seperti penyakit Hypothyroidism boleh menyebabkan pesakit tersebut dilanda kemurungan.\n\n9. Persepsi buruk terhadap diri sendiri\n\nAda individu yang mengalami kemurungan berpunca daripada persepsi buruk terhadap diri sendiri. Sebagai contoh, menganggap diri sendiri tidak berguna. Pemikiran dan persepsi sebegini akan menyebabkan individu tersebut mengalami kemurungan.\n\n10. Persepsi buruk terhadap orang lain dan kehidupan\n\nPunca kemurungan yang terakhir ialah persepsi buruk terhadap orang lain dan kehidupan. Sebagai contoh, sentiasa menganggap orang lain berniat buruk dan cuba menjatuhkan dirinya, dan menyalahkan takdir di atas perkara buruk yang berlaku dalam hidupnya. Lambat-laun, individu tersebut akan terjerumus ke kancah kemurungan.\n\nItulah dia 10 punca kemurungan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat."
"Jom fahami tentang doa qunut dan hukumnya.\n\nPerkataan Qunut (\u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0646\u064f\u0648\u0652\u062a\u064f) adalah dari Bahasa Arab yang membawa beberapa makna diantaranya ialah berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusu\u2019.\n\nManakala maksud secara istilah, qunut adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri. Doa Qunut terdapat 3 jenis, iaitu Qunut Nazilah, Qunut Solat Witir dan Qunut Solat Subuh.\n\nSebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Mas\u2019ud, \u201cBahawa Nabi saw telah melakukan doa qunut selama satu bulan untuk mendoakan atas orang-orang Arab yang masih hidup, kemudian Nabi saw meninggalkannya.\u201d\n\nMelalui hadis ini, kita ketahui bahawa Nabi saw hanya membaca doa Qunut dalam Solat Subuh dalam tempoh sebulan sahaja, kemudian meninggalkannya. Maka, pendapat pengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad doa qunut solat Subuh hukumnya tidak disunatkan.\n\nManakala, menurut pengikut Imam Malik, doa Qunut Solat Subuh hukumnya sunat. Begitu juga menurut pengikut Imam Syafie iaitu hukumnya sunat ab\u2019ad (jika terlupa dan tertinggal, maka disunatkan sujud sahwi) dilakukan pada raka\u2019at yang kedua solat Subuh. Ini kerana, Rasulullah saw ketika mengangkat kepala dari ruku\u2019 (iaitu sewaktu i\u2019tidal) pada rakaat kedua solat Subuh, beliau membaca qunut. Dan demikian itu \u201cRasulullah saw lakukan sampai meninggal dunia (wafat)\u201d. (HR. Ahmad dan Abd Raziq)\n\nImam Nawawi menerangkan dalam kitab Majmu\u2019nya: \u201cDalam Madzhab kita (mazhab Syafie) disunnahkan membaca qunut dalam solat Subuh, sama ada musibah ataupun tidak. Inilah pendapat majoriti ulama\u2019 salaf\u201d. (al-Majmu\u2019, juz 1: 504)\n\nOleh kerana Malaysia mengamalkan mazhab Imam Syafie, maka, hukum doa qunut pada solat Subuh adalah sunnah ab\u2019ad, yakni ibadah sunat yang jika terlupa dan tertinggal, perlu melakukan sujud sahwi setelah duduk dan membaca tahiyat akhir sebelum salam.\n\nWalaupun terdapat pertentangan berkenaan hukum membaca doa Qunut dalam Solat Subuh, tetapi kita harus tahu bahawa doa Qunut adalah sunnah Nabi saw dan meninggalkannya juga adalah sunnah Baginda. Orang yang bertengkar serta bermasam muka semata-mata kerana bertelagah tentang hukum bacaan doa Qunut dalam solat Subuh sebenarnya tidak mengikut sunnah Nabi saw.\n\nUlama silam telah membahaskan secara panjang lebar tentang isu-isu ranting seperti doa qunut. Hasilnya, para ulama dalam mazhab Syafie berpendapat bahawa doa qunut adalah sunat, tetapi pandangan ulama dalam mazhab lain tidak sebegitu.\n\nMereka berbeza pendapat dalam suasana harmoni. Hukum solat Subuh tetap sah sekalipun dibaca doa qunut ataupun tidak. Sikap mengikut sunnah adalah baik dan mulia, namun ia tidaklah sempit sebegitu.\n\nSunnah Nabi adalah rujukan dan ia terdedah kepada tafsiran. Maka sikap berlapang dada dan bertoleransi adalah sifat yang paling baik yang perlu kita amalkan.\n\nMakna Nazilah dari segi Bahasa ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak. Manakala, dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.\n\nDoa Qunut Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah ruku\u2019 (sewaktu i\u2019tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah hai\u2019ah (jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (musibah) yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan.\n\nTerdapat banyak hadis sahih yang menceritakan tentang amalan Nabi saw membaca doa Qunut Nazilah dalam solat ketika ditimpa musibah. Antaranya,\n\n1) Riwayat Abu Hurairah r.a, Abu Hurairah berkata:\n\n\u201cKetika solat Subuh, selepas Rasulullah saw selesai membaca (al-Fatihah dan surah), baginda bertakbir (untuk rukuk) dan mengangkat kepalanya kembali, lalu baginda membaca: \u201cSami\u2019allahuliman hamidahu, rabbana walaka al-hamdu\u201d.\n\nKemudian, baginda membaca doa dalam keadaan berdiri: \u201cYa Allah, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid,\nSalamah bin Hisham, \u2018Iyash bin Abi Rabia\u2019h dan semua golongan yang tertindas dari kaum mukminin. Wahai Allah, hancur dan musnahkanlah kaum kafir yang memberi mudharat, dan jadikanlah ke atas mereka tahun-tahun yang sengsara seperti yang berlaku pada zaman nabi Yusuf\u201d. (HR Bukhari dan Ahmad)\n\nDi dalam hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah saw mendoakan supaya Allah swt menyelamatkan beberapa orang sahabat Baginda yang masih tinggal di Mekah. Selepas masuk Islam, orang Muslimin diseksa dan diazab oleh kafir Quraish. Dengan keberkatan doa Rasulullah saw, mereka semua selamat dan kemudian terus berhijrah kepada baginda di Madinah.\n\n2) Riwayat Anas bin Malik r.a, Muhammad bin Sirin berkata:\n\n\u201cAnas bin Malik pernah ditanya: Adakah Nabi saw membaca doa qunut dalam solat Subuh? Jawab Anas: Ya. Ditanya lagi: Adakah baginda berqunut sebelum atau selepas rukuk? Anas menjawab: Selepas rukuk dalam tempoh yang sekejap sahaja.\u201d (HR Bukhari & Muslim)\n\nYang dimaksudkan dengan \u2018tempoh yang sekejap\u2019 ialah selama sebulan seperti yang dijelaskan dalam riwayat \u2018Asim. Boleh juga dikatakan maksudnya ialah dalam kadar masa yang sekejap sahaja iaitu tempoh rukuk dan sujud.\n\nDalam riwayat lain ada menyebut, Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi saw pernah mengutuskan seramai 70 orang yang terdiri daripada para qurra\u2019 (yang alim dan mahir dalam bacaan al-Quran).\n\nKumpulan para qurra\u2019 ini dihantar untuk memenuhi permintaan beberapa kabilah seperti Ri\u2019l dan Zakwan. Apabila rombongan tersebut sampai kepada kabilah Ri\u2019l dan Zakwan berhampiran dengan sebuah telaga, dikenali telaga Mau\u2019nah (Bi\u2019r Mau\u2019nah), kabilah tersebut berkata: \u201cDemi Allah, bukan kamu semua yang kami perlukan, sesungguhnya kami inginkan Nabi saw.\u201d\n\nKabilah-kabilah tersebut telah menipu dan khianat kepada Rasulullah saw. Mereka telah membunuh semua 70 orang para qurra\u2019 tersebut.\n\nApabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda amat sedih. Lalu, baginda berdoa (laknat) ke atas kabilah-kabilah tersebut selama sebulan di dalam solat Subuh. Maka, inilah permulaannya doa qunut. (Rujuk kisah ini dalam Sahih al-Bukhari (4088).\n\nMenurut pendapat majoriti ulama\u2019, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah. Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu. Sebagai contoh, ketika rakyat Palestin diserang oleh tentera Zionis, kita oleh membaca doa laknat kepada Zionis dan doa keselamatan buat saudara seIslam kita di Palestin ketika dalam solat.\n\nBolehkah Qunut Nazilah dibaca dalam semua solat fardhu?\n\nPara ulama\u2019 berbeza pendapat di dalam hal ini. Menurut pendapat yang rajih, doa Qunut Nazilah boleh dibaca di dalam semua solat fardhu. Pendapat ini dipegang oleh para ulama\u2019 mazhab Syafie, ulama\u2019 mazhab Hanbali, sebahagian ulama\u2019 mazhab Maliki dan majoriti ulama\u2019 hadis.\u00a0 \u00a0Pandangan ini berdasarkan hadis-hadis yang telah dinyatakan sebelum ini.\n\nSebagai contoh, hadis riwayat Ibn Abbas, Ibn \u2018Abbas berkata bahawa Rasulullah saw membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut di dalam solat Zohor, Asar, Maghrib, \u2018Isya\u2019 dan Subuh di penghujung setiap solat. (HR Ahmad & Abu Daud). Menurut Al-Albani di dalam kitabnya Irwa\u2019 al-Ghalil 2/163, hadis ini adalah hasan).\n\nOleh itu, doa Qunut Nazilah ini boleh dibaca pada rakaat terakhir dalam semua solat fardhu. Pendapat ini jugalah yang dipegang oleh Ibn Taimiyah, Ibn al-Qayyim, Ibn Hazm, al-Syaukani dan lain-lain lagi.\n\nMenurut pengikut Imam Abu Hanifah, Qunut Witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku\u2019 pada setiap solat sunat Witir. Menurut pengikut Imam Ahmad bin Hambal, Qunut Witir dilakukan setelah ruku\u2019. Menurut pengikut Imam Syafie, Qunut Witir dilakukan pada akhir solat witir setelah ruku\u2019 pada separuh kedua bulan Ramadan. Manakala, menurut pengikut Imam Malik, Qunut Witir tidak disunatkan.\n\nDi Malaysia, kita mengikuti fahaman Mazhab Imam Syafie, yang mana Qunut Witir dibaca selepas ruku\u2019 pada rakaat terakhir solat sunat Witir pada separuh kedua Bulan Ramadan.\n\nMaksudnya: Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. \n\nPimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. \n\nSesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. \n\nTelah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.\n\nJemput juga baca artikel menarik lain kami seperti doa untuk anak dan doa selepas solat."
"Proses bersalin mengambil masa yang lama kerana doktor dan jururawat perlu melakukan banyak kerja dan menyediakan peralatan untuk proses bersalin. Selain itu, ia juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu bagi suami isteri untuk menyambut kelahiran bayi ke dunia ini. Tetapi dalam masa yang sama, waktu yang sangat mencabar untuk isteri.\n\nJika suami diberi peluang untuk melihat isteri bersalin di bilik bersalin, waktu itu baru dapat lihat betapa sakit dan kuatnya isteri untuk melahirkan anak. Bukan semua isteri dapat melahirkan anak secara normal, ada yang perlu pembedahan kerana tidak dapat bersalin normal. Jadi, suami perlu ambil tahu bagaimana untuk membantu isteri mudahkan proses bersalin.\n\nMari kami kongsikan info sebenar 11 tips untuk membantu isteri mudah proses bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n1. Urut isteri (sebaiknya sebelum tidur)\n\nUrut isteri di bahu, bahagian belakang, pinggang dan kepala. Urutan jgn terlalu kuat, cukuplah sekadar menghilangkan lenguh dan melegakan. Masa nak urut tu minta isteri dalam keadaan relax. Ada 2 lagi aktiviti yg boleh mengindahkan proses kehamilan isteri.\n\nRamai pregnant mommy yang tak biasa dengan aktiviti ni. Percaya atau tak, berenang adalah antara senaman paling selamat & bagus utk ibu hamil. Kalau tak pandai berenang, isteri boleh berpaut kpd leher suami sambil2 tendang2 dalam air. Kalau pandai berenang lagi bagus.\n\nMasa isteri muntah2 tu tolonglah urut2 belakang isteri, bantunya untuk kembali ok. Kesian isteri. Bawa isteri jalan-jalan, bahagiakan dia, cakap perkara-perkara baik dan tenangkan hatinya. Belikan makanan yg isteri suka, sama-sama tonton movie yang best dan kerapkanlah luah rasa cinta dan sayang tuan terhadap isteri. InsyaAllah moodnya akan bertambah best.\n\n4. Berbuat baik, peluk, sayang dan cintai isteri sepanjang masa\n\nIsteri kita tak pernah suka dan tak minta untuk lalui mood up dan down. Emosinya ketika hamil tak stabil disebabkan perubahan hormon. Make sure kerapkan peluk, cium dan luahkan rasa sayang dan cinta tuan kepada isteri. Isteri nak perhatian tu.\n\n5. Elakkan sebut perkataan yang boleh sakitkan hati isteri\n\ncontoh : \u201cawak ni asyik tido je\u201d kena igt ya masa menyusukan anak kudrat isteri terlalu lemah bantulah dia isteri perlukan lebih rehat lebih tidur lebih makanan dan lebih minuman berkhasiat.\n\nSelain kerap bersama di akhir akhir kehamilan, pastikan tuan buat urutan perineum buat isteri. Tangan isteri tak sampai tu.\n\nRamai isteri melalui kemurungan, stres dan meroyan sebab suami tak faham & tak ambil tahu apa yang dilalui isteri. Sebab tu suami kena membaca ilmu2 kehamilan untuk tahu apa yang dilalui isteri. Dalam buku 9 bulan 10 hari, Tahniah anda hamil dan pak bidan ada tips lengkap buat suami faham & tahu apa yang dilalui bidadari tuan. Semoga banyak rezeki mengejar tuan & keluarga.\n\n8. Pastikan ada bersama isteri di bilik bersalin\n\nJangan pengsan ya tuan. Ada banyak perkara tuan perlu buat & ingatkan isteri sebelum, semasa & selepas berada dalam labour room. Rujuk mukasurat 123 buku 9bulan 10hari.\n\n9. Peranan suami semasa isteri berpantang\n\nJangan sesekali biar isteri buat itu ini masa pantang. Pastikan isteri tuan banyak berehat & focus untuk menyusukan anak. Pulmonary Embolism boleh hadir & meragut nyawa isteri tuan tanpa sedar jika isteri tuan terlalu stres & penat. Hati hati ya Sebaiknya sentiasa ada bersama isteri, uruskan makan minum, mandi dan anak-anak.\n\nMasa pregnant isteri tuan perlukan kata2 semangat, isteri tuan perlu tahu apa yang dilaluinya dan bagaimana nak handle. Dalam buku 9bulan10hari ada panduan terbaik buat isteri tuan dari merancang kehamilan, kehamilan, kelahiran, berpantang dan penyusuan susu ibu. Hadiahkanlah buku 9bulan 10hari ini buat isteri.\n\n11. Indahkan proses menyusukan anak isteri\n\nTolong urut belakang isteri, tolong bantu isteri jaga anak, tolong basuh botol susu anak, & banyakkan membaca mengenai cara penyimpanan susu ibu.\n\n*Berikut adalah 11 tips untuk memudahkan proses bersalin untuk isteri. Suami perlu baca tahu tips-tips ini agar dapat membantu isteri sepanjang tempoh isteri mengandung. Bersalin bukanlah proses yang mudah untuk isteri, jadi suami perlu ada untuk memberi semangat kepadanya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sakit buah pinggang bukan sahaja boleh menyebabkan kematian malah menyebabkan pesakitnya menderita kesakitan semasa hidup. Rawatan dialisis juga sangat menyiksakan. Sakit buah pinggang boleh dielakkan sekiranya anda mengamalkan tips-tips mencegah sakit buah pinggang yang berikut.\n\n1. Lakukan ujian air kencing dan ujian darah setiap tahun\n\nSakit buah pinggang boleh diatasi dengan melakukan ujian air kencing dan ujian darah yang membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan. Sekiranya anda dapat mengesan tanda awal kerosakan buah pinggang, anda dapat mencegah kerosakan yang lebih serius sekali gus mengelakkan penyakit buah pinggang.\n\n2. Minum air secukupnya setiap hari\n\nBuah pinggang akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat penting untuk buah pinggang berfungsi dengan baik dan membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda. Pastikan anda minum air kosong yang secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas.\n\n3. Pemeriksaan tekanan darah secara berkala\n\nAdalah sangat penting untuk anda memeriksa tekanan darah secara berkala dan memastikan tekanan darah anda berada dalam paras yang normal normal jika ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.\n\n4. Mengawal tekanan darah dengan mengamalkan pemakanan seimbang\n\nIni merupakan cara yang paling mudah untuk mencegah sakit buah pinggang. Pilih menu yang sihat dan seimbang untuk diet seharian.\n\n5. Beritahu doktor jika ada ahli keluarga yang memiliki sejarah sakit buah pinggang atau tekanan darah tinggi\n\nSakit buah pinggang dan darah tinggi boleh diwarisi secara turun-temurun. Apabila anda maklumkan kepada doktor bahawa anda berpotensi untuk mewarisi dua penyakit tersebut, doktor akan memberikan anda ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.\n\nJika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam, atau selalu pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul dan menjadi masalah kronik. Anda boleh mencegah sakit buah pinggang dengan memerhatikan simptom gejala anemia.\n\n7. Perhatikan jika ada perubahan pada air kencing atau kekerapan membuang air kecil\n\nSekiranya anda termasuk dalam golongan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat sakit buah pinggang, sentiasa perhatikan keadaan air kencing dan kekerapan anda membuang air kecil. Jumpa doktor dengan segera jika air kencing anda mengalami perubahan seperti:\n\n8. Sentiasa aktif & kekalkan berat badan seimbang\n\nSentiasa aktif dan mengekalkan berat badan yang seimbang boleh mencegah penyakit buah pinggang.\n\nJika anda memilih untuk minum minuman beralkohol, berpada-padalah kerana alkohol juga adalah salah satu daripada punca kerosakan buah pinggang. Berhenti daripada meminum minuman ini adalah lebih baik. Ia memastikan kesihatan anda terjamin.\n\nGaram dapat meningkatkan jumlah natrium dalam tubuh. Ia bukan setakat meningkatkan tekanan darah, tetapi juga mengundang pembentukan batu karang selain meningkatkan bebanan kepada buah pinggang. Bebanan berlebihan kepada buah pinggang adalah antara punca berlakunya kerosakan buah pinggang.\n\nGula mengganggu mineral dalam tubuh, yang mengakibatkan kekurangan kromium dan tembaga, serta mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium. Gula juga meningkatkan bebanan kepada buah pinggang. Bebanan berlebihan kepada buah pinggang adalah antara punca berlakunya kerosakan buah pinggang. Kurangkan minuman bergula tinggi dan gantikan dengan air kosong.\n\nKafein akan bertindak sebagai diuretic yang akan menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan. Akibat dari proses ternyahidrat, buah pinggang anda terpaksa bekerja keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan.\u00a0Tekanan berlebihan kepada buah pinggang adalah antara punca berlakunya kerosakan buah pinggang.\n\nMinuman berkafein kaya dengan gula.\u00a0Gula mengganggu mineral dalam tubuh, yang mengakibatkan kekurangan kromium dan tembaga, serta mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium. Gula juga meningkatkan bebanan kepada buah pinggang. Bebanan berlebihan kepada buah pinggang adalah antara punca berlakunya kerosakan buah pinggang. Kurangkan minuman bergula tinggi dan gantikan dengan air kosong.\n\n14. Kurangkan pengambilan daging dan telur\n\nDiet yang mengandungi tinggi protein haiwan akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh badan. Asid uric merupakan penyebab utama dalam pembentukan\u00a0 asid uric yang akan membebankan buah pinggang lalu menyebabkan berlakunya sakit buah pinggang.\n\n15. Jangan tahan untuk membuang air kecil\n\nFungsi utama buah pinggang adalah untuk menapis. Menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi infeksi kepada buah pinggang. Perkara ini boleh mempengaruhi sistem fungsi buah pinggang.\n\n16. Ikut arahan sekiranya mengambil ubat atau supplement\n\nPengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dan tak terkawal boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan ia seharusnya ia dielakkan jika anda memang sedang menghidap penyakit buah pinggang. Aspirin, ibuprofen dan acetaminophen adalah antara jenis ubat tahan sakit yang biasa diambil oleh orang ramai. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan samada ubatan tersebut selamat atau tak untuk anda.\n\nJika anda seorang perokok, cubalah sebaiknya untuk berhenti merokok. Mendapatkan khidmat Kaunseling, ubatan atau cara alternatif paling mudah yang memang terbukti boleh membantu anda dapat berhenti merokok. Sedikit sebanyak, rokok juga punca kepada masalah penyakit buah pinggang. Cara mengelakkan sakit buah pinggang adalah dengan berhenti untuk merokok.\n\nItulah dia 17 tips mencegah sakit buah pinggang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda gastrik, punca penyakit batu karang, dan petua hilangkan kencing manis."
"\u201cAku risau anak aku ni, asyik tak nak makan je, minum susu je padahal umur dia ni, sepatutnya dah pandai makan.. tengok anak jiran tu, sebaya dengan anak aku, tapi makan kuat, makan nasi, buah dan macam-macam pula tu.. risaulah, ada petua tak?\u201d.\n\nNak petua untuk tambah selera makan anak? Banyak cara boleh anda lakukan dalam menambah selera makan anak. Sama ada petua dari gaya pemakanan, petua tradisional, moden dan lain-lain lagi, pasti ada cara yang berkesan.\n\nTak perlu risau lagi, jom cuba petua tambah selera makan anak. Semuanya menggunakan makanan semulajadi yang sesuai untuk anak seperti sayur-sayuran, nasi dan sebagainya. Mungkin caranya sedikit berbeza dan lebih menarik untuk anak nikmati.\n\n1. Mandi Daun Kaduk Atau Daun Kucai\n\nRamai ibu bapa tidak tahu bahawa mandian daun kucai atau daun kaduk akan memberi kesan positif kepada anak untuk tambah selera makan. Sama ada daun kaduk, daun kucai atau daun yang busuk baunya, ia sememangnya berkesan. Jom lihat cara-caranya.\n\nBersihkan daun kucai segenggam dan potong daun kucai panjangnya bersaiz jari anda. Tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Kemudian, rendam daun kucai tersebut di dalam baldi yang separuh airnya. \n\nMandikan anak anda seperti biasa dahulu, sabun dan bilaskan. Setelah bersih dari sabun, anda boleh mandikan anak anda dengan air mandian daun kucai beserta daunnya sekali. Selalunya, ia dalam 5 atau 6 jirusan air.\n\nUntuk pengetahuan anda, daun kucai sering digunakan dan amat berkesan dalam menambah selera makan anak kerana ia penuh dengan vitamin dan khasiat. Ia juga bertindak sebagai antiseptik dan membuang luka dalam tubuh badan dan usus anda. Banyak pendapat mengatakan petua tambah selera makan anak ini memang menjadi!\n\nMakan appeton untuk tambah selera makan anak bukanlah sesuatu yang baru. Appeton memang terkenal sebagai vitamin untuk meningkatkan tumbesaran anak dan menaikkan selera makan anak. Jadikannya sebagai makanan tambahan anak anda.\n\nVitamin C menjadikan anak lebih bertenaga, kuat makan dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Dengan mengamalkan vitamin C, tidak mustahil anak anda akan ada selera untuk makan.\n\nSelain nasi, apa kata anda pelbagaikan makanan untuk anak anda. Makanan seperti bubur, pizza, spagetti, oat dan lain-lain lagi pasti membuatkan anak anda tertarik.\n\nJangan lupa, emosi anak juga penting. Anda boleh motivate anak dengan menceritakan kelebihan makan sayur bayam, cara untuk jadi kuat seperti superhero pujaannya dan macam-macam lagi.\n\nSemakin anak bergerak aktif, semakin lapar si dia. Apabila sudah lapar, berikan mereka nasi dan makanan selain dari susu. Ia juga adalah salah satu cara tambah selera makan anak.\n\nAnda boleh membeli gelongsor atau basikal dan biarkan anak bermain sepuas-puasnya sejam sebelum makan. Mereka akan terasa lapar dan kemungkinan akan mengambil makanan yang anda sediakan!\n\nAnda boleh meluangkan masa makan bersama anak dalam keadaan yang menyeronokkan. Mungkin makan di taman, berkelah atau di rumah, tetapi berikan mereka makanan yang mengenyangkan dan amat sedap.\n\nHias makanan dengan kreatif juga adalah alternatif tambah selera makan anak dengan mudah. Makanan yang dihias gaya kreatif seperti mainan, bentuk muka orang dan lain-lain bentuk lagi akan membuatkan anak tertarik dan ingin makan.\n\nAnda juga boleh melakukan hal yang sama untuk bekalan anak ke sekolah. Pasti anak anda dan kawan-kawan mereka teruja melihat bekalan yang anda sediakan. Ia sememangnya amat menarik.\n\nSekiranya anak anda mula makan, biarkan dia makan sendiri dan biarkan sahaja jika bersepah. Sekiranya anda sibuk berleter dan mengemas, mungkin itu akan mematikan moodnya untuk makan, malah sukar lagi untuk tambah selera makannya.\n\nMakan adalah rutin harian, tetapi anak anda menganggapnya sebagai perkara yang remeh. Anda boleh mulakan aktiviti makan sebagai aktiviti yang menyeronokkan di rumah. Tentukan masa makan anak-anak dengan menghentikan semua aktiviti yang dilakukan, fokus makan bersama sahaja. \n\nItulah dia 10 petua tambah selera makan anak yang boleh anda cuba. Pasti anak anda suka makan dan tak perlu dipaksa lagi. Jangan lupa juga untuk guna petua tambah selera makan anak yang paling mujarab iaitu mandikan anak dengan daun kucai atau daun kaduk! Semoga bermanfaat.\n\nJom baca Sebab dan cara atasi bayi sedu, Cara buka akaun tabung haji anak, Peranan ibu bapa dan Cabaran ibu tunggal."
"Jom cuba resepi agar agar santan ini.\n\nBanyak variasi agar-agar yang segar dan menarik. Selain agar-agar resepi biasa, agar-agar santan juga termasuk antara menu yang disukai. Bahkan agar-agar santan turut menghiasi gerai-gerai makanan yang dijual di tepi jalan.\n\nRamai yang membuat agar-agar santan kerana rasanya yang sedap dan bentuknya yang menarik. Antara agar-agar santan yang favorit ialah agar-agar santan pandan.\n\nAgar-agar santan pandan resepi daripada\u00a0\u200eMasni Bahari\u00a0yang dikongsikan di Facebook ini telah banyak mendapat like dan share di Facebook. Gerenti resepi mudah dan favorit ini mesti anda suka.\n\nAgar-agar santan amat sedap dimakan jika disejukkan lebih dulu. Terasa sangat segar dan melepaskan dahaga. Makan sebagi dessert tengah hari mahupun petang-petang memang sangat awesome. Tunggu apalagi, jom cuba resepinya.\n\nSelain resepi agar-agar pandan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Setiap dari kita tidak dapat lari daripada masalah yang kecil mahupun besar. Begitu juga dengan kehidupan rumahtangga. Pasangan mana yang mahu rumahtangga\u00a0yang dibina musnah di tengah jalan lagi-lagi jika perkahwinan yang di bina itu masih baru dengan merah inai belum tanggal habis di jari tangan.\n\nZaman sekarang banyak sangat perkara kecil atau besar yang begitu mudah mengganggu kehidupan berumah tangga hingga boleh meyebabkan kepada berlakunya penceraian. Kadang-kadang masalah tu terlalu remeh pada tahap yang tidak masuk akal tapi boleh menjadi salah satu punca untuk berpisah dari ikatan akad dan nikah.\n\nMakin menyedihkan apabila semakin banyak pasangan memilih untuk bercerai daripada berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga masing-masing. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya ilmu rumahtangga dan ia juga mungkin terjadi disebabkan oleh sikap si pasangan itu sendiri yang terlalu mementing diri.\n\n10 Punca Masalah Rumahtangga Yang Boleh Menyebabkan Penceraian\n\n Suami isteri mana yang mahu rumah tangga mereka musnah di tengah jalan? Namun apakan daya kerana Punca Masalah Keretakan Rumah Tangga Boleh Musnah ini ada banyak. Sedih melihat rumah tangga yang bahagia hancur. \n\nMelihat kepada keadaan semasa yang semakin meruncing ini, terdapat 10 punca masalah rumahtangga yang boleh membawa kepada penceraian. Antara sebab-sebab tersebut adalah :\n\nPerkahwinan adalah perjanjian hidup antara dua orang insan maka jika di dalam perkahwinan sudah tidak ada komunikasi, bagaimana nak hidup bersama dengan harmoni. Masing-masing dengan hal sendiri. Tidak tahu apa yang berlaku antara suami isteri. Hanya bercakap apabila perlu dan bila bercakap ada sahaja yang tak kena dan sering berlaku salah faham. Sangat menyusahkan.\n\n#2 \u2013 Tidak Setia Dan Berlaku Curang Di Belakang Pasangan \n\nCurang adalah masalah yang\u00a0 paling kerap kita dengar sebagai punca utama yang boleh berakhir dengan penceraian. Sudah ada isteri tapi main kayu tiga di belakang isteri. Tidak puas hati dengan isteri yang ada masih ingin jalinkan hubungan baru dengan perempuan lain. Ada juga kes di mana si isteri sendiri berlaku curang dengan kembali bermesra dengan kekasih lama. \n\nKerap kita dengar salah satu punca masalah penceraian lain adalah apabila suami isteri ini merasa bosan dengan pasangan masing-masing. Ini sering berlaku kepada pasangan yang telah lama bersama. Kenapa mesti ini berlaku? Tidak terfikirkan segala susah payah yang telah diharungi bersama sebelum ini.\n\n#4 \u2013 Belum Bersedia Untuk Memasuki Alam Rumahtangga\n\nNak berkahwin tapi tak bersedia. Bila tengok orang berkahwin, mereka pun ingin berkahwin. Walaupun bersungguh-sungguh hendak berkahwin, mereka tidak sedar bahawa mereka tidak bersedia dari segi fizikal dan mental. Akhirnya satu perkahwinan yang terbina berakhir dengan penceraian.\n\n#5 \u2013 Tiada Sefahaman Yang Baik\n\nMasalah yang boleh membawa kepada penceraian bila ketidaksefahaman boleh berlaku kerana pasangan tidak boleh lagi bertentang mata, tidak boleh bercakap antara satu sama lain atau jika mereka bercakap pasti boleh mendatangkan pergaduhan.\n\nMasalah penceraian ini didorong kerana tekanan dan tidak cukup sumber pendapatan. Bila keluarga semakin membesar, perbelanjaan pun akan bertambah. Kadang tu jumlah perbelanjaan hanyalah sekadar cukup-cukup makan saja.\n\nYa, sememangnya wang tak boleh beli kebahagiaan tapi dengan keadaan ekonomi sekarang, wang memang amat penting dan bila mana sumber pendapatan tak mencukupi, ia boleh membawan masalah ini kearah penceraian.\n\n#7 \u2013 Ketidakupayaan Dari Segi Seksual \n\nJangan dipandang remeh dengan masalah ini. Mungkin ada yang kata biasa saja tapi masalah ni boleh mendatangkan masalah kepada suami isteri. Hubungan seksual adalah keperluan yang mesti dipatuhi dengan penuh kerelaan di antara suami dan isteri\n\n#8 \u2013 Kurang Rasa Tanggungjawab Dan Kasih Sayang\n\nPertelingkahan di dalam rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak tidak ada tanggungjawab dan tidak menjalankan kewajipannya yang sempurna dalam kehidupan rumahtangga.\n\n\u00a0Kasih sayang di antara suami isteri pula perlu sentiasa dipupuk supaya sentiasa mekar dan bersemarak. Jika suami isteri gagal atau tidak berusaha ke arah tersebut ia akan semakin pudar dan berkurangan.\n\n#9 \u2013 Lebih Suka Mementingkan Diri Sendiri Berbanding Pasangan\n\nIni 1 lagi punca masalah penceraian. Setiap pasangan tidak patut ada sifat sebegini. Orang yang penting diri hanya fikir tentang kemahuan diri mereka sahaja tanpa memikirkan tentang kemahuan pasangan mereka.\n\n#10 \u2013 Kerap Bergaduh Hingga Melibatkan Penderaan Fizikal (Pukul) \n\nTidak kira samaada suami atau isteri, penderaan fizikal dan metal amat menyakitkan. Akibat dari penderaan ini boleh membawa kepada petengkaran seterusnya penceraian. Tapi awas jangan mudah-mudah naik tangan ke atas isteri kerana pukul isteri sekarang sudah dianggap sebagai keganasan rumahtangga yang boleh membawa kepada kes polis. Jika isteri membuat report alamatnya si suami akan terpaksa merengkok dalam penjara. \n\nPerkahwinan Itu Suci Maka Pertahankanlah Sepenuh Hati\n\nTidak dinafikan sekarang ini ada ramai pasangan berkahwin walau umur masih muda. Malah ada ramai juga dikalangan pasangan muda ini yang boleh kekalkan rumahtangga masing-masing dalam satu tempoh yang sangat lama. \n\nIni membuktikan yang usia seseorang itu bukanlah satu sebab untuk terus bersama pasangan dalam sebuah ikatan perkahwinan ini. Sebaliknya sikap si pasangan itu sendiri yang cepat menyelesaikan masalah membuatkan segalanya dalam keadaan yang baik semula. \n\nBukan Semua Masalah Boleh Diselesaikan Dengan Penceraian \n\nTidak kisahlah apa jua masalah di dalam perkahwinan ini sekalipun. Baik masalah tidak cukup sumber kewangan, zuriat dan sebagainya. Yang pasti setiap masalah rumahtangga itu ada jalan penyelesaiannya dan tidak semua masalah rumahtangga itu boleh diselesaikan dengan sebuah penceraian. \n\nBuka hati, buka mata dan bukalah fikiran dengan seluas-luasnya. Jangan sesekali terukkan keadaan di atas sebarang masalah yang menimpa. Ingatlah kembali saat-saat manis bersama terutama jika telah dianugerahkan zuriat sendiri yang comel dan keletah."
"Dalam melahirkan generasi perjuangan yang mencintai Allah, bukan semudah melafazkan akad nikah tatkala diijabkabul oleh tuan kadi. Dalam melahirkan zuriat perjuangan, ianya bermula dari sebelum si ayah dan si ibu diijabkabulkan.\n\n\neconomictimes.indiatimes.com\n\nAntara kaedah yang dilakukan oleh orang dizaman salafussoleh dalam melahirkan zuriat perjuangan yang bakal menyambung lidah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :\n\n\u201cJikalau ada penduduk kampung yang beriman dan bertaqwa, maka akan dibukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi\u201d ( Al A\u2019araf : 96 )\n\nAnak keturunan zina amat payah dididik untuk menerajui sesuatu perjuangan. Sebab itu anak keturunan zina tidak ada yang menjadi Rasul, Nabi atau pun waliyullah.\n\nMalah anak zina juga tidak berhak diwalikan oleh lelaki yang menjadi benih kepada kelahirannya dan tidak berhak menerima harta pesaka lelaki tersebut. Bukanlah bermakna kita ingin menanamkan kebencian kepada keturunan zina. Tetapi begitulah hukum yang termaktub dalam Islam.\n\nIni juga tidak bermakna orang yang berketurunan mujahid atau ulamak mampu meneraju sesuatu perjuangan. Ini disebabkan iman itu bukan sesuatu yang boleh di warisi dan dipesakai.\n\nSejarah membuktikan, Sultan Muhammad Al Fateh yang menjadi wira empayar Osmaniah dihina oleh keturunannya sendiri yang juga berdarah Osmaniah. Sewaktu Itali menjajah Libya, keturunan Turki Osmaniah melarikan diri dari medan jihad dan berlindung dan hidup mewah dibawah panji Wahabi di Saudi meninggalkan Gerakan Sanussi pimpinan Omar Mokhtar bersendirian menghadapi tentangan tentera kafir musyrik Italy.\n\nMereka melarikan diri ke tempat yang mampu menjamin kehidupan dan kemewahan peribadi mereka. Ada juga keturunan yang berhati dayus ini melarikan diri ke bumi Melayu.\n\nSejauhmana kelayakan sesuatu keturunan untuk meneraju perjuangan ialah sejauh mana berkesan dan sistematiknya proses ta\u2019alim dan tarbiyah yang dilakukan ke atasnya oleh penjaga atau murabbinya.\n\nSejarah juga membuktikan bahawa keturunan yang baik andainya dididik dengan ta\u2019lim dan tarbiyah oleh para murabbi dengan betul mampu melahirkan manusia yang hidup untuk syahid sebagaimana lahirnya Sultan Muhammad Al Fateh dari benih Sultan Murad. Sebagaimana lahirnya Syeikh Abdul Kadir Jailani dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dan Fatimah binti Abdullah Saumi.\n\nMaka dalam membentuk generasi perjuangan agama, maka pernikahan hendaklah dilakukan dengan mematuhi syariat.\n\nPercantuman antara satu benih pokok yang baik dengan satu lagi benih pokok yang baik akan menghasilkan pokok cantuman baka bermutu tinggi. Begitulah juga dalam perjuangan.\n\nPercantuman benih dari satu keturunan yang baik dengan satu lagi keturunan yang baik, akan melahirkan zuriat keturunan yang lebih baik.\n\nRasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama. Yang diutamakan ialah agamanya.\n\nNabi Muhammad SAW lahir dari percantuman benih Abdullah bin Abdul Mutallib yang amat mulia akhlaknya serta berwibawa dengan benih Aminah yang mulia dan terpelihara maruahnya.\n\nNabi Ismail AS terhasil dari benih Nabi Ibrahim AS dengan Siti Hajar seorang wanita soleha yang mentaati suaminya dan sanggup berkorban agar ditinggalkan bersama bayinya di bumi gersang Mekah demi tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT.\n\nAbu Salleh Janghidost yang berketurunan Imam Hassan ketika bermusafir, telah termakan sebiji buah yang ditemuinya. Atas rasa bersalah dan ingin minta dihalalkan dari pemilik buah tersebut.\n\nAbu Salleh Janghidost sanggup menjadi pekerja kepada Abdullah Saumi yang berketurunan Imam Hussin selama 12 tahun dan mengahwini anak gadis Abdullah Saumi yang buta matanya, pekak telinganya, bisu lidahnya, kudung tangan dan kakinya.\n\nSetelah diakad nikah, ternyata anak gadis bernama Fatimah Binti Abdullah Saumi hanyalah buta dari penglihatan maksiat, pekak dari pendengaran maksiat, bisu dari membicarakan maksiat dan kudung tangan dan kaki dalam melakukan maksiat. Maka lahirlah Syeikh Abdul Kadir Jailani yang menjadi Qutubul Auliya.\n\nSayyidina Umar Al Khattab sewaktu menjadi khalifah menjadikan berjalan malam untuk melihat kondisi rakyatnya. Satu malam dia terdengar dialog antara seorang ibu tua bersama anak gadisnya yang juga bernama Fatimah.\n\nFatimah dinikahkan dengan anak Saidina Omar Al Khattab yang kerana Fatimah melarang ibunya mencampurkan air dalam susu untuk jualan adalah menjadi satu kesalahan walau pun Khalifah Omar tidak melihatnya kerana Allah masih melihat. Dari zuriat anak Saidina Omar dan Fatimah ini maka lahir Omar Bin Abd Aziz, cicit kepada Saidina Omar Al Khattab.\n\nMemasang niat untuk memperolehi anak yang beriman dan bertaqwa ketika mula mendirikan rumahtangga dan disusul pada setiap kali berjimak. Lakukan hubungan suami dan isteri dalam keadaan hati yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah SWT, bukan semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu.\n\nJaga adab-adab berjimak terutama membaca doa jimak { Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan hindarkanlah syaitan dalam apa yang engkau rezekikan kepada kami } agar terhindar dari campur tangan syaitan.\n\nNiat untuk beroleh zuriat yang beriman dan bertaqwa boleh dikuatkan dengan doa dan nazar. Niat yang disusuli dengan doa dan nazar memberi pengaruh yang besar dan kuat dalam pembentukan jiwa dan roh zuriat yang bakal dilahirkan. Firman Allah SWT :\n\nDan orang-orang yang berkata, \u201cYa Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertaqwa. ( Al Furqaan : 74 )\n\nNabi Zakaria AS berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang mampu menyambung perjuangannya. Allah nukilkan doa Nabi Zakaria AS dalam Al Quran :\n\nYa Tuhan ku, berilah aku di sisi ENGKAU seorang anak yang baik. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendengar ( Al Imran : 38 )\n\n( Ia Berkata ) \u201cYa Tuhan ku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepala ku dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhan ku.\n\nDan sesungguhnya aku khuatir terhadap mewaliku ( orang yang menyambung perjuangan) sepeninggalanku, sedangkan isteri ku seorang yang mandul, amaka nugerahilah aku disisi Mu seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dab jadikanlah ia Ya Tuhanku seorang yang diredhai. ( Maryam : 4 \u2013 6 )\n\nDan bernazarlah sebagaimana isteri Imran. Nazar ialah menunaikan janji apa bila niat terkabul. Setelah nazarnya terkabul, maka isteri Imran menyerahkan anaknya Maryam untuk berkhidmat untuk semata-mata beribadah kepada Allah SWT.\n\nIngatlah ketika isteri Imran berkata \u201d Ya Tuhanku sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat 9 di Baitul Maqdis), kerana itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Ali imran : 35 )\n\nInilah peranan Niat, doa dan nazar dalam membentuk jiwa perjuangan zuriat yang bakal di lahirkan. Agar nantinya kelahiran zuriat itu memberi manfaat kepada sekelian alam. Sabda Rasulullah SAW :\n\nSebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.\n\nNiat, doa dan nazar hendaklah dikekalkan setelah kelahiran zuriat, sebagaimana berdoanya Nabi Ibrahim AS\n\nDan ingatlah ketika Ibrahim berkata \u201d Ya Tuhanku jadikanlah negeri ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan cucu ku daripada menyembah berhala. (Ibrahim : 35 )\n\nYa Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. ( Ibrahim : 40)\n\nTernyata niat sambil disusuli doa dan nazar merupakan amalan orang yang muqarrabin. Jika golongan muqarrabin pun berniat, berdoa dan bernazar dalam melahirkan zuriat yang beriman dan bertaqwa, lebih-lebih lagilah orang awam yang banyak dosa seperti kita, jika inginkan zuriat yang beriman dan bertaqwa memang sewajarnya kita melakukan niat, berdoa dan bernazar dengan sungguh-sungguh.\n\nDalam menyambut kelahiran zuriat, sambil mengekalkan niat, doa dan nazar, usaha lahiriah perlu disusul.\n\nPengalaman dan perasaan ibu perlu dikawal sewaktu hamil, kerana ianya memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan sikap, akal dan jiwa si anak. Ketenangan jiwa ibu yang sedang mengandung membantu pembentukan ketenangan jiwa pada si anak.\n\nBagaimana ingin mendapat ketenangan ? Ialah dengan mengingati Allah SWT. Ingatilah Allah melalui zikir, pembacaan Al Quran dan ibadah-ibadah sunat yang lain.\n\nKepatuhan Nabi Ismail AS untuk dikorbankan oleh Nabi Ibrahim AS lahir dari ketabahan Siti Hajar yang sanggup ditinggalkan di bumi gersang Mekah kerana perintah Allah SWT.\n\nBegitu juga halnya dengan si bapa. Aktivitinya juga mempengaruhi pembentukan jiwa anak di dalam kandungan. Watak yang ditonjolkan oleh Muhammad Al Fateh adalah disebabkan pengaruh roh jihad dan roh sufi ayahnya Sultan Murad. Maka lahirlah Sultan Muhammad Al Fateh yang sewaktu berusia 13 tahun sudah merancang untuk menumbangkan Kota Konstantinopel.\n\nMalangnya, kini tidak ramai keturunan Turki Osmaniah yang mewarisi roh jihad dan sufi Muhammad Al Fateh. Ada yang sehingga sanggup mendayuskan diri menipu isteri tua untuk beristeri muda.\n\nSaya yakin mereka ini tidak mempunyai hubungan keturunan dengan Muhammad Al Fateh. Sebaliknya mereka ini mungkin keturunan hamba sahaya atau penjenayah di era Turki Osmaniah, maka tidak hairanlah mereka ini bersifat bacul dan dayus.\n\nProses tarbiah di dalam kandungan akan berterusan sehinggalah tempoh kelahiran ke dunia nyata. Susah atau senang dalam kelahiran menggambarkan peribadi yang dilahirkan.\n\nAminah, ibunda kepada junjungan besar SAW tidak pernah merasa kepayahan sewaktu melahirkan manusia termulia ini. Begitu juga Maryam yang melahirkan Isa AS tidak merasa kesukaran dan kepayahan sewaktu melahirkan. Begitu juga Khadijah yang melahirkan fatimah Az Zahra.\n\nTiap-tiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah ( suci bersih ), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi ( Bukhari dan Muslim )\n\nTunaikanlah hak ke atas bayi yang dilahirkan. Berikan nama yang baik. Di aqiqahkan dan dididik dengan ayat-ayat Al Quran, selawat serta zikir terutama sewaktu didodoikan.\n\nIngatlah kata-kata bidalan bahawa tangan yang menghayun buaian itu yang bakal menggemparkan dunia. Andainya dodoian yang menjurus kepada ketaqwaan, maka anak itu nanti bakal menggemparkan dunia sebagai mujahid sejati.\n\nAndainya dodoian yang menjurus kepada kemungkaran, maka dunia akan digemparkan dengan maksiat dan fasad yang dilakukan oleh anak itu.\n\nKawal alam persekitaran dan rakan-rakan anak-anak untuk membentuk fizikal, akal dan jiwa anak-anak agar mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya. Wujudkan alam sekiling mereka dengan suasana majlis ilmu, muzakarah dan zikrullah.\n\nSusun program agar sentiasa berlangsung majlis zikir, ta\u2019alim dan muzakarah di rumah agar fizikal, akal dan jiwa anak ini sebati dengan majlis di taman syurga. Walaupun anak-anak kurang memahami, tetapi suasana yang wujud dapat mencorak pemikiran dan jiwa anak-anak.\n\nAnak-anak yang tidak terdedah dan ditarbiyah dengan suasana majlis ilmu, apabila dewasa akan biadap dan kurang ajar sewaktu majlis ilmu berlangsung.\n\nHidangkan anak-anak dengan kisah-kisah orang dizaman salafussoleh. Tonjolkan Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai wira yang sebenar dan bukannya watak-watak kartun ciptaan barat dan kuffar seperti ditayangkan di media massa.\n\nBentuk akal dan jiwanya dengan bercerita. Kerana cerita-cerita tersebut akan meresap masuk ke dalam akal dan jiwa justeru menjadi azam dan cita-cita si anak untuk menjadi seperti tokoh dan watak utama dalam cerita tersebut.\n\nJagalah pemakanan anak-anak dari perkara yang haram, makruh mahupun syubahah. Makanan yang haram menjadi hijab kepada hati. Makanan yang makruh tempat kebencian Allah. Yang syubahah pula menghampiri perkara yang haram.\n\nKetiga-tiganya menjadi penghalang bagi hati untuk bertaqarrub dan bermusyahadah kepada Allah SWT. Bila hati terhijab, tidak ada tempat untuk iman bertapak.\n\nIbu Imam Syafie, pernah menjolok tekak anaknya kerana meminum susu yang tidak diketahui dari mana sumbernya. Omar Al Khattab sewaktu menjadi khalifah pernah merampas buah milik Baitul Mal dari tangan anaknya yang kelaparan kerana merasakan sebagai seorang khalifah HARAM bagi dirinya dan keluarganya mengambil hak rakyat. Abu Bakar memuntahkan semula susu yang diminum kerana susu itu dibeli menggunakan wang zakat.\n\nMurabbi adalah guru yang mentarbiyah kehidupan duniawi dan yang paling penting mentarbiyah kehidupan ukhrawi. Guru hanya boleh memberi ilmu. Ilmu yang diberi belum tentu mampu diamalkan oleh si murid.\n\nDi sini letaknya peranan murabbi. Untuk membimbing dan mentarbiyah murid untuk beramal dengan ilmu yang diperolehi, sama ada dari guru atau pun dari murabbi itu sendiri.\n\nBai\u2019ah antara murid dengan murabbi adalah langkah pertama, sebagaimana ditunjukkan oleh Jibrail dan Rasulullah SAW kepada Saidina Omar Al Khattab dan sahabat yang lain sewaktu Jibrail menyampaikan ilmu tentang Iman, Islam dan Ihsan.\n\nDalam pembai\u2019ahan tangan berjabat mesra, lutut bertemu lutut dan antara hati mekar rasa kasih sayang antara murid dan murabbinya. Ianya adalah suatu simbolik pautan hati antara murabbi dan muridnya, yang memeterai suatu perjanjian bahawa murabbi akan berusaha sepenuh jiwa untuk mentarbiyah muridnya dan muridnya akan sepenuh jiwa menerima ilmu dan beramal dengan murabbinya demi menegakkan hukum-hakam Allah di muka bumi.\n\nMurabbi menyalurkan ilmu dan membimbing untuk beramal dengan ikhlas. Murid menerima ilmu dan rela dibimbing dengan ikhlas. Maka terzahirlah manusia-manusia yang mengabdikan diri kepada Allah dan berlumba menjadi khalifah Allah untuk mentadbir alam ini.\n\nDemi menjaga rantaian yang berkat, maka murid akan menyebut nama murabbinya sewaktu menyampaikan ilmu kepada keluarga, sahabat atau masyarakatnya. Sebagaimana murabbi akan menyebut nama gurunya kepada si murid sewaktu berta\u2019alim dan mentarbiyah.\n\nGuru murabbi pula akan menyebut nama gurunya kepada murabbi sewaktu murabbi menjadi muridnya. Dan begitulah rantaian rawi ilmu guru-guru atau murabbi sehinggalah ianya bersambung kepada tabiin kemudian bersambung kepada sahabat dan seterusnya kepada Rasulullah SAW.\n\nDan Rasulullah SAW dididik sendiri oleh Allah SWT. Begitulah rantaian ilmu yang berkat yang memudahkan murid untuk beramal, bagaikan rantaian perawi hadis yang meriwayatkan hadis yang akhirnya bersambung kepada Rasulullah SAW.\n\nMaka tidak hairanlah, Imam Asy Syafie sering menyebut nama gurunya, Imam Maliki dalam tarbiyah kepada muridnya. Muhammad Al Fateh menyebut nama gurunya, Shiekh Shamsudin Wali kepada tenteranya.\n\nSemoga Allah mengurniakan kita anak-anak yang soleh lagi menyejukkan hati Rasulullah saw dengan perjuangan agama mereka untuk meninggikan kalimah Allah di atas mukabumi ini."
"Allah SWT memiliki 99 nama yang setiap satunya menjelaskan tentang sifat-sifat Allah. Nama-nama ini boleh dilafazkan dalam bacaan zikir Asmaul Husna.\n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda zikir Asmaul Husna dalam panduan bahasa Arab, rumi, terjemahannya, dan bacaan dalam audio.\n\nAsmaul husna adalah 99 nama Allah yang terbaik. Dikatakan sejak dahulu lagi, para ulama telah pun membahas dan mentafsir Asmaul Husna ini.\n\nDari sehi bahasa Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah yang baik, mulia, dan agung sesuai dengan sifat-sifatNya.\n\nNama-nama ini suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.\n\nDari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda:\u00a0\u00a0\u201cSesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang\u00a0menghafalnya akan masuk syurga.\u201d\u00a0\u2013 (Hadis Riwayat Sahih Bukhari)\n\nTeks bacaan zikir asmaul husna dalam Arab\n\nTeks bacaan zikir asmaul husna dalam Rumi\n\nNas alukaYaa man huwallahulladzii laa Ilaaha IllaahuAwarrohmaanur rohim\n\nAlmalikul qudduusus salaamul mu\u2019minul muhaiminul \u2018aziizul jabbaarAlmutakabbirul khooliqulbaariul mushowirul ghoffarWalqohharul wahaabur rozzaaqul fattaahul \u2018aliim\n\nAlqoobidhul baasithul khoofidhur alroofi\u2019ul mu\u2019izzul mudhillus samii\u2019ul bashiirul hakamul\u2019adlAllathiiful khobiirAlhaliimul \u2018adhimAlghofurus syakuurAl\u2019aliyul kabiirul hafiidhul muqiit\n\nAlhasiibul jaliil al kariimur roqiibul mujiibul waa si\u2019ul hakiimul waduudul majiidul baa\u2019itsus syahidAlhaqqulwakiilAlqowiyul matiinAlwaliyul hamiidAlmuhshil mubdiul mu\u2019iidAlmuhyil mumiitul hayyul qoyyum\n\nAlwaajidul maajidul waahidus shomadul qoodirul muqtadirul muqoddimul muakh khirul awwalul akhiirAddhoohirul baatinul waalil muta\u2019al bar ruttawwaaabul muntaqimul \u2018afuwwur roufum maalikul mulki dzul Jalaali qal ikroom\n\nAlmuqsitul al jaami\u2019ul ghoniyul mughnil maani\u2019ud dhoor runnaafi\u2019un nuurul haadii badii\u2019ul baaqiiAlwaaritsur rosyiidus shobuurulladzi ladza kamits lihi syaiun wawas samii\u2019ul bashiir\n\nAlloohumma solli afdhollas sholati\u2019alaa as\u2019adi makhluuqoo tika sayyidinaa muhammadiwa\u2019alaa alihiiWashohbihii wasallim \u2018adada ma\u2019luu maatika wamidaa dzakalimaa tika kullamaaDzakaro kad dzaakiruuna waghofala \u2018an dzikrihil ghoofiluun.\n\nSelain dari panduan zikir Asmaul Husna ini, anda juga boleh baca artikel tentang amalan zikir kami yang lain seperti:"
"Anda nak tips kulit karipap yang rangup dan sedap dimakan? Selalu frust sebab karipap mudah lemau, lembik dan berminyak? Masa baru digoreng bunyinya krap krup krap krup. Sejam kemudian, terasa lemau dan liat. Ah, artikel ini berbaloi untuk dibaca.\n\nKaripap merupakan sejenis snek ringan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Malahan, karipap juga cukup popular di Indonesia, Thailand dan Singapura.\n\nKaripap sering dijadikan menu untuk bersarapan dan minum petang. Rasanya yang enak pasti buat kita makan tanpa henti. Terdapat pelbagai jenis inti bagi karipap. Namun, bahan utamanya mestilah kentang atau keledek.\n\nAda yang mencampurkan inti tersebut dengan ayam, daging, sardin, sayur-sayuran dan sebagainya. Ini bergantung kepada citarasa pembuatnya. Rasanya yang berempah membuatkan karipap menjadi kegemaran ramai orang.\n\nJika anda suka makan karipap tetapi kurang pandai membuatnya, jom baca tips yang akan dikongsikan ini. Untuk mendapatkan karipap yang lazat, ada 2 perkara penting yang perlu pembaca tahu.\n\nYang pertama tentunya adunan inti yang secukup rasa. Yang kedua, kulit karipap mestilah rangup dan tidak mudah lemau. Oleh itu, dalam artikel ini penulis akan kongsikan tips kedua iaitu cara untuk mendapatkan karipap yang rangup dan sedap dimakan.\n\nDi bawah ini, penulis akan kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan kulit karipap yang rangup.\n\nAnda boleh mencuba beberapa resipi kulit karipap yang pastinya rangup dan enak. Jom cuba mana-mana resepi di bawah ini.\n\nPanaskan minyak masak dan marjerin sehingga berbuih. Tuangkan ke dalam tepung gandum. Dengan berhati-hati, kacau menggunakan sudu. Apabila sudah suam, gaul sebati sehingga menjadi serbuk roti.\n\nTuangkan air bancuhan garam sedikit demi sedikit. Agak-agak sahaja kuantiti airnya. Jangan sampai adunan terlalu lembik atau terlalu keras. Tutup adunan dengan plastik supaya tidak terkena angin. Rehatkan doh selama setengah jam sehingga sejam.\n\nSetengah cawan minyak masak atau marjerin yang dicairkan dahulu\n\n1 mug sederhana besar air yang dicampurkan garam\n\nMasukkan minyak atau marjerin yang telah dipanaskan ke dalam tepung gandum (anda juga boleh menambah bahan yang bertanda * jika suka). Gunakan sudu untuk menggaul minyak dan tepung.\n\nApabila sudah tidak panas lagi, gunakan tangan untuk menguli. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tepung tidak lagi melekat pada tangan. Biarkan doh selama 10 hingga 15 minit sebelum mencanainya.\n\nPanaskan minyak dan merjerin dan tuangkan ke atas tepung gandum. Berhati-hati apabila menggaulnya. Gunakan sudu terlebih dahulu dan barulah uli dengan tangan. Kemudian, tuangkan air dan air kapur ke dalam adunan.\n\nUli kesemuanya sehingga sebati. Adunan kulit karipap perlu ditutup supaya tidak menjadi kering. Biarkan selama 4 jam sebelum dicanai.\n\n350 ml air sejuk (letak seketul ais)\n\nCampurkan tepung gandum, gula dan garam. Kemudian masukkan minyak dan marjerin yang telah dipanaskan serta air kapur. Gaulkan kesemuanya menggunakan sudu. Selepas suam, ramas adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.\n\nMasukkan air sejuk dan uli sehingga sebati. Masukkan ke dalam plastik dan biarkan di dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam.\n\nItu sahaja perkongsian penulis tentang 13 tips untuk mendapatkan kulit karipap yang rangup dan sedap dimakan. Anda juga boleh mencuba mana-mana resepi yang disertakan sekali. Mana tahu kali ini, keenakan karipap anda menjadi sebutan seluruh ahli keluarga.\n\nJika sudah cuba, jangan lupa kongsikan hasilnya dengan kami. Jika masih tidak berjaya, jangan putus asa. Praktis banyak kali sehingga anda mendapat hasil yang diingini.\n\nJika hendak cuba resepi yang lain, boleh lihat resepi karipap:"
"Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran dua bahasa mempunyai beberapa kelebihan berbanding rakan sebaya mereka. Banyak hasil kajian telah mengaitkan kelebihan praktikal bilingualisme ini dengan fleksibiliti intelek.\n\nSecara logiknya, petuturan dalam dua bahasa adalah latihan yang sangat baik untuk otak. Bilangan neuron akan semakin meningkat di bahagian otak korteks prefrontal. Keadaan ini sama seperti otot yang membesar dengan senaman fizikal yang kerap.\u00a0\n\nTeori \u2018senaman linguistik\u2019 ini telah disokong oleh penyelidik Georgetown University Medical Centrei di Washington, DC. Hasil kajian mendapati bahawa mempelajari bahasa kedua dapat meningkatkan kemampuan otak. Teori ini telah disokong oleh saintis dari University of Washington yang terletak di Seattle. Kajian mereka membuktikan bahawa kanak-kanak daripada keluarga Sepanyol-Amerika mempunyai kawasan prefrontal aktif yang luar biasa di korteks serebrum. Perkara ini membantu untuk kefasihan lisan dan penyesuaian kepada perubahan.\n\n2. Kelebihan Kognitif Yang Lebih Baik.\n\nBanyak kajian terkini telah dilakukan oleh ahli psikolinguistik dari University of Cyprus dan saintis dari Anglia Ruskin University di UK. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran dwibahasa mempunyai kesan positif terhadap keupayaan menilai maklumat dan mengabaikan perkara yang tidak relevan. Penyelidik telah melakukan eksperimen dengan membandingkan kemahiran kognitif terhadap individu yang bertutur satu bahasa dengan dua bahasa sejak kecil.\n\nPakar mendapati bahawa kanak-kanak dwibahasa dapat memproses maklumat secara kritis. Mereka lebih baik dalam menepis gangguan. Hal ini secara langsung dapat dikaitkan dengan bagaimana keadaan mereka dibesarkan. Apabila kanak-kanak ini membesar, mereka menerima dan memproses data daripada dua sumber dan dapat membiasakan diri untuk berurusan dengan jumlah maklumat yang banyak.\n\nIndividu yang bertutur dua bahasa selalunya lebih berjaya dalam bidang seni kreatif. Kajian membuktikkan individu bertutur dwibahasa cenderung melihat kehalusan dan nuansa yang tidak dapat dilihat oleh individu yang bercakap satu bahasa. Individu dwibahasa ini dilihat mampu untuk membezakan bunyi dan melodi lebih baik berbanding orang lain.\n\nPenemuan menarik telah diperolehi oleh saintis dari Universiti California di San Diego. 60% pelajar daripada China yang bertutur dwibahasa mampu menghasilkan \u2018pitch\u2019 yang sempurna\u00a0 berbanding 14% pelajar yang hanya bertutur satu bahasa.\n\nMenguasai dua bahasa menggalakkan \u2018split personaliti\u2019 secara positif. Seseorang yang mempunyai kehidupan kedua ini sentiasa lebih tenang apabila berkomunikasi. Hal ini kerana mereka tahu mereka mempunyai pilihan untuk mundur di kemudian hari.\n\nMereka mampu menghindar diri daripada perasaan negatif dan dapat berfikir dengan lebih jelas. Kesedaran diri ini membantu mereka untuk bersikap lebih terbuka dalam perhubungan dengan orang yang berbeza. Kanak-kanak sebegini lebih yakin kerana merasakan mereka mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk berkomunikasi dengan dunia.\n\nDari dulu lagi hingga kini, doktor mencadangkan bahawa perkembangan otak dapat melambatkan penyakit Alzheimer pada usia tua. Kini, hipotesis ini telah menerima sokongan saintifik yang baru. Penyelidik di Open University of Catalonia (UOC) telah menerbitkan dalam jurnal statistik Neuropsychologia yang menunjukkan bahawa kadar demensia dalam negara di mana dua bahasa dituturkan adalah 50% lebih rendah dari kawasan yang hanya menggunakan satu bahasa pertuturan.\n\nPakar percaya bahawa latihan komunikasi dalam pelbagai bahasa adalah setanding dengan keadaan menyelesaikan masalah logik dan cara terbaik untuk mencegah atau melambatkan permulaan demensia.\n\nProses pembelajaran di Novakid bermula dari peringkat umur 4 tahun. Sekiranya anda ingin memastikan anak anda\u00a0 mahir dalam dwibahasa, ini adalah peringkat umur yang terbaik untuk kanak-kanak mula belajar. Novakid menyediakan \u201cdunia\u201d pembelajaran bahasa yang menggabungkan pengayaan dan hiburan untuk pelajar yang berumur antara 4 hingga 12 tahun.Dengan ini, mereka dapat menikmati setiap sesi kelas.\u00a0\n\nNovakid Game World (NGW) adalah dunia pembelajaran berasaskan cerita persekitaran berunsurkan komik animasi, sesi pembelajaran Bahasa Inggeris secara individu, permainan mini dan aktiviti-aktiviti di rumah yang menarik. Lebih 82,500 pelajar telah menyertai Novakid Game World dan permainan maya pertamanya, Novakid Magic Academy.\n\nMasih ada kemungkinan bahasa pertama yang dituturkan di rumah tidak menjadi bahasa eksklusif dan dominan. Namun, selepas umur tujuh tahun, kemampuan kanak-kanak untuk bertutur bahasa kedua seperti pentutur asli menurun secara mendadak.\n\nDianggarkan bahawa individu yang mempunyai kemahiran dwibahasa yang semula jadi iaitu kanak-kanak yang dibesarkan di dalam keluarga dwibahasa mendengar kira-kira 45 juta perkataan untuk setiap bahasa dalam tiga tahun pertama mereka. Jadi, di sini kita boleh bayangkan jenis asas yang perlu kita berikan untuk anak! Menggunakan alatan atau cara yang betul adalah penting untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Menonton kartun secara pasif sahaja tidak mencukupi.\n\nHari ini, 43% orang di dunia boleh dikategorikan sebagai individu dwibahasa. Sebahagian besarnya adalah disebabkan dasar dwibahasa di sesetengah negara. Kepelbagaian linguistik di negara Asia juga merupakan faktor utama. Globalisasi telah memberi kesan kepada negara-negara ini dan sehingga kini telah menjadi satu kebiasaan ibu bapa kanak-kanak terdiri daripada individu golongan pelbagai. Contohnya di Malaysia iaitu tempat yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum seperti Cina, India, Arab dan Melayu. Dwibahasa ialah kemahiran yang perlu dibangunkan oleh masyarakat. Selain bahasa ibunda dan bahasa pertuturan, mereka juga perlu menganggap Bahasa Enggeris adalah bahasa kedua sebagai alat untuk menyatukan kepelbagaian. \n\nJadi apa lagi. Jom daftar Novakid dan ajak rakan yang lain untuk memberikan pendedahan awal kepada anak tentang kemahiran dwibahasa! Nikmati bonus RM 65 untuk anda dan rakan anda yang lain selepas membuat langganan. Ketahui maklumat lebih lanjut tentang Novakid di sini."
"Anda mesti sudah tidak asing lagi dengan salah satu makanan famous iaitu Meatball. Pada umumnya meatball dibuat daripada campuran daging lembu giling dan tepung tapioka, akan tetapi ada juga meatball yang terbuat dari daging ayam, ikan, atau udang dan lain-lain.\n\nSelain daripada menjual perabot rumah yang lengkap sangat, IKEA\u2019s restaurant di IKEA shopping centre juga sangat famous dengan menu meatballnya. Bahkan orang datang daripada jauh hanya untuk menyantap meatball yang sangat digilai orang ramai tersebut.\n\nAnda yang punya rumah jauh dari IKEA, ataupun yang rumah dekat tapi tidak ada masa untuk pergi ke sana, atau tengah tak ada duit belanja tengah berjimat konon. Anda tidak perlu risau, kali ini kami akan mengkongsikan dengan anda Resepi Meatball ala IKEA ni. Anda boleh mencubanya dirumah, makan sepuas yang anda inginkan, tidak perlu mengikat perut lagi.\n\nMari kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Afrina Zulqarnaen di Facebook yang mendapat perhatian orang ramai di bawah ini.\n\nResepi Meatball dan Sos Gravy Ala IKEA\n\nCara Membuat Meatball dan Sos Gravy ala IKEA\n\n2. Tunggu sehingga meatball masak. Angkat, dan ketepikan.\n\n3. Untuk sos gravy, panaskan minyak. Masukkan bawang holland. Kemudian masukkan salted butter.\n\n4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.\n\n5. Masukkan air dan kiub pati ayam.\n\n7. Akhir sekali, masukkan hirisan daun parsley.\n\nSelain resepi Meatball dan Sos Gravy IKEA, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari resepi kek batik lembut yang sedap dan boleh dipercayai?\n\nPernah tak anda makan kek batik yang sedap gila sampai rasa dia melt dalam mulut. Mesti jarang jarang kan? Mari cuba resepi kek batik yang telah dikongsikan dan mendapat sambutan hangat daripada kalangan netizen.\n\nRata rata netizen memang memuji keenakkan dan rasa coklat yang padu dengan menggunakan resepi kek batik ini.\n\nMenurut pemberi resepi, kek batik ini sekarang telah menjadi sumber pendapatan beliau. Dan jualan kek batiknya memang laris!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Radin Farisha Radin Kamarruddin\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nSaya nak ucapkan terima kasih yang share resepi kek batik bertopping saya buat. Memang padu rasanye. And now, ramai yang order. Dari suka suka buat, jadi berniaga pulak. Hehehe.\n\n1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Saya guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair, tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau kacau sampai sebati. Terutamanya telur.\n\nDah sebati pasang api balik. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dengan air.\n\nBila adunan dah likat, dan keluar buih buih maknanya adunan dah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie.\n\n2. Tuang biskut marie dalam loyang 10inci. Lapik loyang dengan plastik. Atau guna loyang yang terbuka bawahnya. Saya lapikkan pakai plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri kanan. Supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan tekan adunan biskut marie sampai rata. Sejukkan.\n\n3. Sementara adunan tu sejuk buat choc ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dalam bekas lain.\n\nLetakkan atas air yg dipanaskan (kaedah double boiled). Kacau kacau sampai rasa suam masukkan choc. Kacau sampai cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan butter. Kacau lagi. Siap. Tutup api. Angkat. Sejukkan 30min.\n\n4. Kemudian tuang atas kek batik tadi. Dan simpan peti sekurang kurang nya 6jam untuk dapatkan hasil choc yang cantik di atas dan mudah di potong.\n\nBoleh juga cuba versi resepi kek batik yang lain di sini.\n\nSelain resepi kek batik, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Kali ini kita akan terokai makanan arab yang digemari masyarakat melayu. Shawarma nama diberi, umumnya shawarma menggunakan daging lembu dan ayam kadang ada juga guna daging kambing.\n\nPerkongsian kali ini iaitu shawarma ayam oleh Ida Alina Salleh di laman Facebook. Penyediannya mudah, ayam diperap semalaman, dimasak di atas api yang panas dan dihiris nipis.\n\nKalau di negara Arab, dihidangkan dengan \u201cToum\u201d atau sos bawang putih. Namun untuk mengelakkan bau, cik Ida buatkan sos yogurt.\n\nAyam lebih garing, lembut berperisa dengan sos yogurt yang sedikit masam dan sayuran segar di dalam roti arab nipis yang lembut. Bekukan lebihan roti arab yang dibuat. Keluarkan dari freezer semalaman dan esoknya sedia untuk digunakan.\n\nNota : Untuk versi vegetarian, perap tofu/ tempe semalaman dengan perapan yang sama dan buat macam ayam.\n\nSelain resepi shawarma ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mesti anda semua pernah dengar kuih ketayap bukan. Ya, kuih ketayap ini sememangnya amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Tapi, berapa ramai yang sebenarnya tahu cara untuk membuatnya? Ayuh kita cuba lihat resepi kuih ketayap ini.\n\nResepi yang bakal ditunjukkan mempunyai sedikit perubahan daripada kuih ketayap yang biasa kita lihat di jual di kedai kedai atau pun warung. Tapi jangan risau. Anda boleh memilih untuk kekal dengan yang lama atau ikut cara yang baru.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Zura Zuldan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nNota 1 : Bagi yang nak buat kulit dia warna warni. Tak perlu blend daun pandan. Letak 2 1/2 cawan santan sederhana cair atau letak air je\nNota 2 : Bahagikan 4 bekas sama banyak adunan. Warnakan ikut suka\n\nSelain resepi kuih ketayap, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Ada cara baru nak menikmati epal. Cara ini boleh anda buat jika anda bosan makan epal dengan mengupas kulit, potong, belum lagi buang biji. Juga jika anda ingin menyajikan epal sebagai makanan yang menarik. Kami syorkan anda untuk cuba resepi ini.\n\nApple Strudel namanya. Ialah makanan yang menggunakan epal yang dipotong kecil sebagai bahan utamanya. kemudiannya digulung dengan puff pastry. Puff digulung memanjang bersama epal kemudian di bakar. Kena hati-hati masa menggulung itu ya. Takut isinya keluar semua.\n\nMakanan ini menjadi favorit ramai sejak kebelakangan ini. Apple strudel telah memikat hati orang ramai sehingga ia banyak diminati. Makanan ini cocok dijadikan masakan untuk hidangan majlis mewah. Dihidangkan sebagai dessert dalam acara pesta.\n\nSangat dialu-alukan supaya anda membuat resepi menarik daripada\u00a0\u200eMahfuzah Amin\u200e\u00a0di laman Facebook ini. Anak- anak anda pula gerenti makin suka makan epal. Sila cuba resepi di bawah ini.\n\n1. Potong dadu/wedges apple.\n2. Gaulkan dengan tepung, gula kastor dan chinnamon powder.\n3. Nipiskan puff pastry, nanti jadi memanjang sikit.\n4. Letak inti apple. Gulung.\n\n5. Kemaskan tepi takut nanti inti meleleh.\n6. Gariskan. Sapu telur. Tabur almond flake, tekan sikit bagi melekat.\n\n7. Bakar pada suhu 200\u00b0C selama 30 minit (ikut oven masing-masing).\n8. Biarkan sejuk sikit. Taburkan gula aising.\n\nSelain resepi apple strudel, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari resepi nasi beriyani ayam? Pada perkongsian kali ini kami akan menuliskan resepi nasi beriyani versi ini yang enak, lazat dan mudah.\n\nNasi beriyani ayam, hidangan paling digemari di Malaysia dan paling dicari apabila kenduri. Hidangan ini dimasak dengan cara beras ditumis dengan rempah masakan beriyani. Kemudian dimasak seperti masak nasi biasa bersama ayam yang dimasukkan sekali ke dalam beras.\n\nNasi beriyani ayam sedap dimakan bersama lauk sekali seperti rendang dan ayam masak merah. Anak-anak pula suka makan nasi beriyani kerana tampilannya menarik dan rasanya juga sedap.\n\nDi bawah ini kami hadirkan resepi nasi beriyani ayam ala Mohamad Siddeeqh di laman Facebook. Cara mudah masak nasi beriyani menggunakan rice cooker. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi nasi beriyani ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Semasa mengandung akan berlaku beberapa simpton yang tidak pernah berlaku kepada wanita biasa. Simpton-simpton ini berlaku kerana ada perubahan hormon pada wanita hamil yang mengandungkan anak. Jadi, jangan pelik jika isteri mula menunjukkan perangai yang pelik atau perasaan yang tidak terkawal atau lebih dikenali sebagai \u2018mood swing\u2019.\n\nIni antara simpton-simpton biasa yang berlaku pada ibu hamil. Selain itu, ibu hamil akan berlaku perubahan pada kulit mereka. Kulit mereka akan berubah seperti jerawat, kulit di bahagian tertentu akan menjadi hitam secara tiba-tiba dan pelbagai lagi.\n\nApakah perubahanyang berlaku pada kulit semasa hamil?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perubahan pada kulit ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n1. Leher, ketiak dan kaki hitam\n\nSemasa hamil, perubahan kulit akan terjadi seperti ketiak hitam ,leher hitam dan kaki hitam serta sebagainya. Tompok-tompok hitam ini lebih dikenali sebagai melasma @ Chloasma.\n\nHormon, hormon dan hormon! Inilah puncanya kenapa pencuci muka tak membantu sangat menghilangkan jerawat ketika mengandung. Jerawat ialah kesan sampingan yang normal ketika mengandung. Pertambahan jerawat disebabkan oleh peningkatan hormon oleh tubuh. Minyak pada kulit yang keluar secara berlebihan akan memerangkap tisu kulit yang mati dan menutupi liang roma pada kulit. Akibatnya kuman pada kulit akan mudah membiak. Jangkitan kuman ini akan menyebabkan radang pada kulit dan membentuk jerawat.\n\nKesan rekahan, regangan atau \u201cstrecth marks\u201d pada kulit di bahagian tertentu sewaktu hamil dan selepas bersalin memang sangat membimbangkan kaum wanita termasuklah MV. Masa mengandung, antara perkara yang susah nak elak, adalah stretchmark.\n\nPigmentasi adalah perubahan yang paling ketara. Ini disebabkan oleh hormon estrogen, progesteron dan melanocyte yang terlau tinggi ketika kehamilan. Bahagian yang paling biasa ialah di bahagian aerola, ketiak, kemaluan dan peha.\n\nJika gatal-gatal di kulit disertai dengan ruam, kemungkinan besar masalah gatal-gatal ini adalah \u201cpembawaan\u201d kehamilan. Ini dikenali dalam bahasa perubatan sebagai pregnancy-specific dermatosis (sejenis ruam di bahagian perut yang dikenali sebagai polymorphic eruption of pregnancy). Biasanya ruam ini menyerang apabila kandungan berusia lapan bulan. Ia boleh merebak ke tangan dan kaki, tetapi tidak naik ke kulit muka atau kepala dan tidak melibatkan tapak tangan dan kaki.\n\n*Perubahan-perubahan pada kulit ini sering berlaku kepada ibu hamil. Jadi, ibu yang hamil tidak perlu bimbang jika perubahan-perubahan yang dikatakan di atas berlaku kepada anda. Ia adalah perkara normal kerana perubahan hormon yang berlaku. Pastikan anda berjumpa doktor mengikut jadual yang disediakan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ada banyak tempat menarik di Kelantan yang pasti akan meninggalkan 1001 kenangan sukar dilupakan. Di negeri Cik Siti Wan Kembang ini, seni dan budayanya masih dikekalkan. Jadi, 30 pilihan tempat menarik buat keluarga ini cuba memberi ilmu kepada pengunjung terutama dari luar negeri Kelantan untuk mengenali mereka:\n\nWakaf Che Yeh sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Cukup terkenal hingga menjadikannya sebagai salah satu tempat yang perlu dikunjungi jika ke Kelantan. Pasar malam ini antara pasar malam terbesar di Malaysia.\n\nSudah tentu anda akan rambang mata kerana pelbagai barangan dijual dengan harga yang murah, berbaloi dan boleh ditawar. Jika anda mencari pakaian, aksesori, kain pasang dan sebagainya memang banyak dijual di sini.\n\nSudah penat berjalan, perut pula pasti berasa lapar. Jangan risau, di Wakaf Che Yeh terdapat barisan lot makanan yang menjual pelbagai jenis makanan. Antara makanan perlu dicuba adalah pulut mangga, som tam dan aneka kerabu.\n\nKota Sultan Ismail Petra merupakan salah satu mercu tanda bagi negeri Darul Naim ini. Berada di tengah-tengah bandar dan tidak jauh dari tempat tumpuan pelancong serta tempat bersejarah. Paling dekat adalah Balai Besar dan Istana Jahar yang berada bersebelahan kawasan ini. \n\nMempunyai seni bina dan rekabentuk pintu gerbang yang sangat unik kerana bersaiz gergasi serta diperbuat berkonsepkan ciri tradisional melayu Kelantan. Replika Al-Quran yang berada di atas pintu gerbang membawa maksud Al-Quran adalah pedoman masyarakat Kelantan.\n\nAlamat: D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan\n\nJangan lepaskan peluang untuk merasai angin laut di Pantai Cahaya Bulan. Jarak dari bandar Kota Bharu adalah 10 km sahaja. Untuk pengetahuan anda, Pantai Cahaya Bulan juga mempunyai sejarah berkaitan dengan zaman penjajahan.\n\nPernah dikenali dengan Pantai Cinta Berahi, pantai ini menjadi tumpuan kerana kawasannya yang luas dan panjang. Berada di pantai ini sangat mendamaikan kerana keadaan pantai yang bersih dan laut yang jernih.\n\nAnginnya juga bertiup sepoi-sepoi bahasa. Deretan pokok kelapa dan pokok rhu menambahkan lagi keindahan pantai ini. Di sini anda boleh berkelah, bermain layang-layang, bersiar-siar atau makan aneka celup tepung di deretan kedai yang menghadap pantai.\n\nAlamat: Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan\n\nKelantan ada keunikan pada seninya sendiri. Siapa tidak kenal dengan wayang kulit dan wau yang sinonim dengan seni budaya rakyat Kelantan. Begitu juga dengan rebana dan gasing serta permainan dan persembahan lain yang mungkin kita terlepas pandang. \n\nKalau selama ini bacaan dan apa kita lihat bukan terus dari Kelantan, ada baiknya kita cuba mengenalinya dari tanah asalnya sendiri.\n\nAlamat: Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu\n\nAir terjunnya tidaklah tinggi iaitu sekadar 12m sahaja. Tapi, sejuk dan segarnya air terjun ini selalu memanggil pengunjung dari merata tempat terutama penduduk tempatan. \n\nSemasa hujung minggu keadaannya agak sesak. Jadi, kalau hendak berkelah di sini, sebaiknya pilih hari biasa. Pada hari biasa keadaannya agak sunyi tapi lebih mendamaikan. Jika tidak mahu mandi-manda, melihat pemandangan sekitarnya pun sudah cukup memikat hati.\n\nAlamat: Hutan Simpan Ulu Sat, Pasir Putih\n\nNama sebenar Masjid Beijing ialah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail. Ia mendapat gelaran Masjid Beijing kerana senibinanya persis sebuah masjid kuno berusia 1000 tahun di Beijing, China iaitu Masjid Nujie. Tapi, Masjid Beijing di Kelantan ini masih dikira baru. \n\nIa dibina pada tahun 2005 dengan kemudahan dewan makan, dewan serbaguna, perpustakaan, dan klinik selain dewan solat utama. Siapa yang mahu melihat keunikan rekabentuk masjid ini yang berbeza dengan rekabentuk masjid di Malaysia, bolehlah ke sini.\n\nAlamat: Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang\n\nSatu lagi masjid dengan rekabentuk menarik ialah Masjid Muhammadi. Ia dibina pada tahun 1867 lalu menjadikannya masjid bersejarah. \n\nAda perubahan dibuat pada binaannya pada tahun 1922 yang menyaksikan perubahan material iaitu dari kayu kepada konkrit. Sejak pembinaannya, ia telah digunakan oleh ulama-ulama tersohor di Kelantan untuk mengajar murid-murid mereka.\n\nAlamat: Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu.\n\nDokumen dan artifak kedatangan Islam di Kelantan dipamerkan di muzium ini. Jadi, ia sesuai untuk menambah ilmu, memahami dan mengetahui bagaimana Islam bertapak di negeri Kelantan. \n\nMungkin ada kaitannya juga dengan gelaran Serambi Mekah yang diberikan kepada mereka. Lokasinya di Kota Bharu, berhampiran dengan satu lagi muzium iaitu Bank Kerapu.\n\nSesuai namanya, ia mempamerkan dan menjual barangan kraftangan buatan rakyat Kelantan. Tidak rugi berkunjung ke sini bagi mendapatkan barangan-barangan kraftangan menarik sebagai hiasan rumah atau sebagai cenderamata kepada seseorang. Anyaman rotan dan ukiran kayu adalah antara produk kraftangan terbaik untuk dimiliki.\n\nAlamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Off Jalan Belakang Istana, 15000 Kota Bharu\n\nTerletak berhampiran pintu masuk untuk ke Thailand, kawasan ini sering menjadi tumpuan pengunjung khususnya para wanita untuk membeli-belah kerana bebas cukai. Pelbagai barangan dijual dengan harga yang berbaloi seperti pakaian, perkakas dapur, aksesori dan lain-lain.\n\nJika anda mencari periuk atau pinggan mangkuk berjenama seperti Tefal dan Corelle, di sini pun ada tau. Pastikan anda membeli barang yang original sahaja agar berbaloi dan tahan lama.\n\nTaman Negara Kuala Koh terletak di 3 buah sempadan melibatkan 3 negeri \u2013 Kelantan, Pahang, dan Terengganu. Ia terletak 96m dari Gua Musang, di sempadan negeri Kelantan. Keunikan dan keindahan flora dan faunanya menjadikan ia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan serta penyelidikan. \n\nTerdapat lebih 300 spesis burung di sini. Jadi, ramai peminat burung singgah di sini. Si kaki pancing juga ada tempatnya untuk memancing di taman ini. Bagi jurukamera, ia memang lokasi yang menarik untuk menguji bakat fotografi.\n\nBagi pengunjung yang lain pula boleh memilih aktiviti merentas hutan, berkayak, menaiki titian kanopi, dan perkhemahan.\n\nAlamat : Taman Negara Kelantan, Kuala Koh, Gua Musang\n\nTidak lengkap rasanya kunjungan ke Kelantan jika tidak ke Pasar Siti Khadijah. Ia cukup dikenali sebagai syurga membeli-belah. Pelbagai barangan dijual di sini seperti pakaian, barang kemas, alat solek, dan makanan tempatan seperti serunding, keropok, dodol, rempah-ratus dan kuih-muih Kelantan. \n\nDi pasar ini juga ada medan selera yang menyediakan pelbagai menu termasuk makanan tradisional Kelantan.\n\nAlamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu\n\nTempat membeli-belah yang bebas cukai ini sering menjadi tumpuan pelancong jika ke Kelantan. Berbeza dengan Wakaf Che Yeh, di sini lebih banyak perkakas dapur yang dijual seperti pinggan mangkuk, periuk, pisau dan sebagainya.\n\nTak ketinggalan banyak juga barangan lain yang dijual seperti pakaian, aksesori, toto dan makanan di kawasan sekitar dijual dengan harga yang murah. Tempat ini antara tempat tersibuk di Malaysia dengan waktu puncaknya antara 11.00 pagi hingga 4 petang.\n\nAlamat: Jln Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan\n\nMerupakan taman tema air pertama di Kota Bharu yang pasti mampu milik buat semua pengunjung kerana tiketnya murah dan berbaloi. Bawa anak-anak ke sini pasti mereka suka kerana dapat bermain tanpa batasan.\n\nTerdapat tiga buah kolam yang mempunyai tahap kedalaman berbeza sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda tidak mahu mandi, anda boleh berehat dan bersantai di tempat yang disediakan. Paling penting, pelbagai fasiliti disediakan seperti surau, tandas, medan selera dan sebagainya.\n\nAlamat: Jalan Kuala Krai, 15000, Kota Bharu, Kelantan\n\nSekiranya anda ke sini, pasti anda akan terpukau dengan keindahan senibina masjid ini. Masjid Ar-Rahman dibina di atas tanah paya bakau berkonsepkan seni bina Melayu Kelantan, nusantara dan Turki.\n\nReka bentuk dalaman juga cantik dan kemas. Setiap perincian dalam dan luar masjid mempunyai maksud tersendiri seperti lima batang kayu besar yang terdapat di ruang solat bermaksud lima rukun Islam.\n\nPelbagai barangan unik direka khas untuk masjid ini seperti ukiran ayat suci Al-Quran pada batu yang diletakkan pada bahagian tepi masjid untuk dijadikan hiasan. Paling menarik, masjid ini mesra OKU demi memberi kemudahan kepada golongan ini.\n\nAlamat: Kampung Pulau Gajah, Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu, Kelantan\n\nPantai Nami juga dikenali sebagai Pantai Senok adalah antara tempat menarik di Kelantan. Pantai ini sering menjadi tumpuan untuk bergambar khususnya buat para Instagrammable yang bercuti di Kelantan. Berbanding dengan Pantai Cahaya Bulan, Pantai Nami lebih tenang dan persekitaran lebih luas.\n\nBerada di tengah-tengah deretan pokok rhu yang tersusun rapi sambil ditiup angin pasti menenangkan jiwa. Tak cukup dengan itu, layan panorama pantai terutama sewaktu matahari terbenam pasti mendamaikan. \n\nSelain bergambar dengan pelbagai latar, anda juga boleh berkelah, bermain layang-layang, bersiar-siar atau makan di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai makanan yang disalut tepung.\n\nAnda boleh ke sini jika anda ingin mempelajari sejarah tentang wau atau merasai pengalaman bermain permainan tradisional ini. \n\nPelbagai jenis dan bentuk wau yang dipaparkan seperti wau bulan, wau jala budi, wau kucing dan sebagainya. Sambil melihat dan mempelajari pelbagai jenis wau anda juga boleh bergambar dengan wau gergasi yang cantik. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh membeli wau untuk dijadikan sebagai kenangan.\n\nAlamat: Galeri Wau Pak Sapie, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan\n\nIa bermula di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh (MIB). Dari MIB, ia bergerak menyusuri Sungai Kelantan di kepulauan sekitarnya iaitu Pulau Suri. Di Pulau Suri, anda akan menikmati kuih tradisional, minum air kelapa atau makan buah nipah.\n\nSelepas makan, pelajari pula bagaimana mereka membaiki bot dan kapal nelayan di situ. Ada banyak homestay disediakan jika anda mahu bermalam di sana. Jika bermalam di sana, cubalah memancing ikan atau udang di sekitar pulau.\n\nHarga Tiket: RM20 (dewasa), RM10 (kanak-kanak)\n\nAlamat: Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu\n\nBila dilihat pemandangannya, tidak ragu-ragu lagi mengapa ia menjadi pantai kegemaran penduduk Kelantan. Menghadap Laut China Selatan, bunyi ombaknya dikatakan punca asal ia mendapat nama \u2018Irama\u2019. \n\nKemudahan awam seperti tandas, gerai, surau dan wakaf juga disediakan. Bagi kanak-kanak pula ada taman permainan. Pantai ini sentiasa sibuk. Selain gerai jualan, ada pesta dan keramaian dijalankan di situ pada waktu tertentu.\n\nSeni jalanan dengan lukisan mural di dinding belakang kedai di sini mempunyai pelbagai tema dan kawasannya juga luas. Antara tema yang diketengahkan adalah Palestin Art, seni dan budaya, batik dan perkara terkenal di Kelantan.\n\nLukisan 3D yang dipaparkan serba sedikit memberi mesej bermanfaat buat pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan pelbagai latar yang menarik, kemas dan bersih.\n\nAlamat: Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan\n\nKelantan memang terkenal dengan keindahan pantai dan lautnya yang pelbagai. Namun jika anda memilih untuk berada dikelilingi alam semula jadi,apa kata anda ke Air Terjun Lata Berangin. Airnya jernih dan sejuk.\n\nAir terjun di sini setinggi 120 meter. Kawasannya bersih, luas dan amat menenangkan. Kawasan kolam yang berada di sekitar air terjun ini dijamin selamat untuk bermandi-manda. Sambil berkelah, anda juga boleh boleh melihat pelbagai spesis flora dan fauna.\n\nWaktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi \u2013 6.00 petang)\n\nAlamat: Jalan Kuala Krai \u2013 Gua Musang, 18000, Kuala Krai, Kuala Krai, Kelantan\n\nTak perlu ke Thailand untuk merasai pengalaman berada di pasar terapung kerana di Kelantan juga ada. Salah satunya adalah di Pulau Suri.\n\nJika anda ingin ke sini, anda perlu menaiki boat yang disediakan di Jeti Kuala Besar dengan kadar RM 3 hingga RM 10 mengikut jenis boat yang anda pilih. Perkara utama yang dijual di sini adalah pelbagai juadah tradisional yang dijual di atas boat dan sampan. \n\nJika anda nak tahu, Jeram Mengaji mempunyai sebuah ladang lembu dan kambing persis yang ada di New Zealand dan Kundasang. Pasti anda terpukau dengan panorama ladang ini. Nak dapatkan gambar lagi cantik anda perlu datang antara 8 pagi hingga 11 pagi kerana suasana masih berkabus.\n\nSelain bergambar dan minum susu segar di ladang ini, anda juga boleh berkelah, berkhemah dan bermandi-manda di sungai yang berada di kawasan resort ini. Tarikan terbaru seperti Jungle Train, Flying Fox, Payung Kayangan dan menunggang kuda pasti memuaskan anda yang gemarkan aktiviti lasak.\n\nPelbagai fasiliti memudahkan pengunjung seperti surau dan tandas. Hotel bajet turut disediakan bagi pengunjung yang mahukan penginapan berkonsepkan pelancongan Agro.\n\nTaman tema air mini sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi bersama anak-anak terutama pada cuti sekolah. Terdapat 4 kolam mandi yang mempunyai tahap kedalaman berbeza bersama 4 jenis gelongsor sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.\n\nDi sini juga ada penginapan yang disediakan dengan harga serendah RM 90 untuk satu malam. Berdekatan dengan pantai, mudah untuk anda bersiar-siar, bermain layang-layang dan bergambar dengan pelbagai gaya di sana.\n\nWaktu operasi: (8.30 pagi \u2013 7.00 petang)\n\nAlamat: Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan\n\nJika anda mencari tempat menarik yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti penginapan, tempat makan dan aktiviti yang banyak, anda perlu datang ke Min House Camp yang berada di Kota Bharu. \n\nBanyak kemudahan disediakan seperti chalet, tapak khemah, tapak bbq, dewan serbaguna dan lain-lain. Restoran juga turut disediakan dengan pelbagai menu. Memang seronok makan sambil menghadap sungai dan layan keindahan alam. \n\nSeperti yang dinyatakan pada awalnya, aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah berkayak, memanah, melihat kelip-kelip, mandi kolam dan macam-macam lagi. Tarikan terbaru di Min House Camp adalah floating market yang terkenal di Thailand. \n\nAlamat: Min House Camp, Lot 1287, Kampung Pulau, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan\n\nPasti ramai kenal dengan rumah hijau ini terutama masyarakat Kelantan. Rumah ini merupakan tempat menjual serunding dan dodol yang dimiliki oleh Wan Sabariah. Warna rumah yang menyerlah dan menarik persis istana.\n\nTempat ini sering menjadi kunjungan pelancong luar untuk bergambar dan membeli buah tangan seperti pelbagai jenis serunding, dodol, keropok dan sebagainya. Paling penting, makanan yang dijual sememangnya sedap. Anda boleh jadikannya sebagai kudapan sepanjang bercuti di Kelantan.\n\nWaktu operasi: 7.00 pagi \u2013 6.30 petang\n\nMerupakan masjid buluh pertama di Kelantan, masjid ini sering menjadi tempat persinggahan pengunjung untuk solat kerana berada di tepi jalan Gua Musang \u2013 Kuala Krai dan dibuka 24 jam. Masjid ini berdekatan gua batu kapur.\n\nHampir 100% masjid ini diperbuat daripada buluh yang berkualiti, eksklusif dan tahan lama. Pelbagai fasiliti disediakan seperti tandas dan kawasan parkir yang luas. Jangan lupa bergambar untuk mengabdikannya sebagai kenangan berada di masjid unik ini.\n\nKelantan memang terkenal dengan pelbagai masjid kerana senibina dan sejarah yang menarik termasuklah Masjid Razaleigh. Jika anda rindu Masjidil Haram di Makkah, anda boleh datang ke masjid ini kerana rekabentuknya diinspirasikan dari masjid tersebut.\n\nTerdapat sembilan buah menara yang mempunyai ketinggian 300 meter serta 8 kubah yang seakan sama dengan Masjidil Haram. Masjid ini sudah siap sepenuhnya namun menunggu masa untuk perasmian dan penggunaan sepenuhnya.\n\nMercu tanda Kota Bharu ini berketinggian 45.7 meter juga antara tempat menarik di Kelantan yang sering dikunjungi pelancong yang ingin melihat pemandangan Kota Baru dan Sungai Kota Bharu. \n\nDi sebelah menara ini, terdapat Tambatan Diraja yang boleh dijadikan tempat bersiar-siar sambil menghirup udara segar. Jika anda sudah penat berjalan, di sekitar kawasan ini terdapat restoran unik dan beberapa gerai yang anda boleh kunjungi.\n\nAlamat: Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu, Kelantan\n\nPantai Sri Tujuh merupakan sebuah tempat rekreasi yang terletak di Tumpat. Nama pantai ini diambil sempena nama tujuh buah teluk. Jika anda inginkan suasana yang tenang dan damai, tempat ini pasti menjadi tempat kesukaan di Kelantan.\n\nAntara aktiviti yang anda boleh lakukan di kawasan sekitar adalah berkelah, berkhemah, kaya, menaiki peddle boat atau menaiki ATV. Pasti anda tidak bosan jika ke sini. Pelbagai kemudahan disediakan seperti restoran, tandas dan sebagainya.\n\nAlamat: Jalan Pantai Tujuh, 16200 Tumpat, Kelantan\n\nMemang banyak tempat menarik di Kelantan. Kalau berkunjung ke sana, pasti akan menemui tempat baharu yang tiada dalam senarai ini. Jika itu berlaku, jangan segan-segan berkongsi bersama kami."
"Kulit mulus merupakan idaman setiap insan bukan hanya para gadis malah turut menjadi impian lelaki. Jangan salah faham ye, kulit mulus bukanlah bererti kulit yang putih semata-mata tetapi kulit mulus adalah kulit yang sihat dan bebas cela seperti jerawat serta jeragat. Kami akan kongsikan tips untuk hilangkan parut jerawat.\n\nJerawat mampu membuatkan seseorang itu hilang\u00a0 keyakinan diri dan sukar unttuk berhadapan dengan orang disekeliling.\u00a0 Bagi sesiapa yang pernah mengalami masalah jerawat,pasti anda\u00a0 tahu tidak mudah untuk mengatasi masalah jerawat .\n\nWalaupun jerawat sudah tiada, namun usaha perlu diteruskan untuk menghilangkan parut jerawat.\u00a0 Siapa tak nak kulit mulus dan sihat kan.\n\nKami akan kongsikan tips yang selamat dan murah. \u00a0Anda tidak perlukan bahan yang mahal hanya capai apa sahaja yang ada didapur.\n\nTapi jangan lupa minta izin mak dulu, nanti mak nak guna untuk masakan dah habis pula.\n\n5 Masker Murah Kurangkan Parut Jerawat\n\nAloe vera atau juga dikenali sebagai daun lidah buaya telah digunakan sejak 1550 SM oleh orang Mesir Papyrus sebagai bahan penting dalam perubatan dan kosmetik.\n\nAloe vera atau juga dikenali sebagai lidah buaya merupakan ubatan tradisional yang digunakan untuk melegakan luka, ruam dan gatal-gatal kulit.\n\nKajian saintifik telah menunjukkan bahawa aloe vera mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu.\u00a0 Vitamin A dan vitamin E di dalam aloe vera sangat baik untuk proses menghilangkan parut jerawat.\n\nPotong aloe vera dan dapatkan lendirnya. Sapukan lendit tersebut\u00a0 pada parut jerawat, biarkan sehingga kering dan meresap ke dalam kulit kemudian cuci air dengan air suam .\n\nAmalkan masker ini sekurang-kurangnya sekali seminggu namun sekiranya mempunyai banyak sumber aloe vera boleh diamalkan dengan lebih kerap.\n\nPastikan anda sudah membasuh dengan teliti dan dan membuang lender yang berwarna kuning kerana lendir berwarna kuning itu bersifat racun.\n\nMadu bersifat antiseptik yang dapat menghalang pembiakan bakteria yang akan menghasilkan jerawat. Ia juga dapat membantu menyembuhkan parut jerawat. Madu asli terkenal dengan memberikan semula jadi pada kulit anda.\n\nCara membuat masker madu asli adalah;\n\nAmbil madu asli dan sapu pada bahagian parut jerawat, biarkan selama 15 minit . Kemudian anda bilas dengan air bersih.\u00a0 Masker ini boleh dipakai seminggu dua kali atau untuk hasil yang lebih cepat, pakai masker madu setiap dua malam.\n\nTimun dilengkapi dengan vitamin A , C dan magnesium yang mampu memudarkan parut jerawat. Sifat timun yang berair dan sejuk akan melegakan rengsa yang dirasakan pada kulit wajah akibat bakteria jerawat.\n\nBlend halus timun bersama sedikit air . Tapis dan ambil jus timun letakkan di dalam botol spray.\n\nJus timun boleh digunakan sebagai \u201cface mist\u201d atau toner.\n\nManakala hampas timun tadi jangan dibuang, campurkan dengan bedak sejuk dan dah siap untuk digunakan sebagai masker.\n\nMasker timun boleh dipakai sebelum tidur untuk mendapaatkan hasil yang baik pada kulit wajah.\n\nSiapa yang tak kenal asam jawa? Saya yakin didapur anda sekurang-kurangnya ada asam jawa untuk digunakan dalam masakan harian.\n\nSelain dapat menambah keenakan dalam masakan, asam jawa juga boleh digunakan sebagai ramuan untuk mengatasi masalah kesihatan seperti sakit tekak dan \u00a0memudarkan parut jerawat.\n\nCampurkan asam jawa dengan air masak , bancuhan masker asam jawa tidak terlalu cair. Ia mesti dalam kepekatan seperti pes.\n\nSapukan masker asam jawa di kawasan berparut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.\n\nJangan terkejut, ubi kentang juga boleh digunakan dalam proses memudarkan parut jerawat . Kanji di dalam kentang mampu menghaluskan kulit muka.\n\nBasuh bersih ubi kentang dan hiris kepada ketebalan yang bersesuaian. Letakkan hirisan kentang pada kulit muka dan biarkan sekurang-kurangnya 15 minit.\n\nSelepas 15 minit, alihkan hirisan kentang dan bilas dengan air bersih.\n\nSelain menggunakan bahan alami untuk memudarkan parut jerawat, kita juga perlu untuk menjaga pemakanan harian bagi mendapatkan kulit mulus.\n\nPengambilan makanan seimbang amat penting kerana seperi yang kita sedia maklum jerawat bukan hanya terjadi akibat pencemaran dari luar malah disebabkan hormon badan yang tidak stabil.\n\nNak hilangkan parut jerawat yang lama kita perlu untuk mengelakkan jerawat yang baru. \u00a0Jadi penting untuk kita mengatasi masalah ini dari akar umbi.\n\n5 Makanan dan Minuman Mampu\u00a0 Mencegah Jerawat\n\nLemak ikan seperti omega-3 dan omega-6 dapat membantu mengurangkan radang dalam sistem badan manusia yang berpotensi menyebabkan jerawat.\u00a0 Antara ikan yang membekalkan sumber lemak ikan yang baik adalah ikan salmon, ikan kayu dan ikan selayang.\n\nAnggur mengandungi sumber anti-oksidan yang tinggi yang dapat membantu merawat dan mengawal alahan pada kulit. \u00a0Anggur juga merupakan salah satu snek yang menyihatkan.\n\nBrokoli kaya dengan anti-oksidan dan vitamin seperi A, B kompleks, C ,E serta vitamin K\u00a0 yang membantu dalam menghalang pembentukan radikal bebas. Kulit akan menjadi lebih sihat dengan pegambilan makanan yang tinggi dengan anti-oksidan seperti brokoli.\n\n4. Air mineral / air putih\n\nKita digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari. Pernahkah kita terfikir mengapa kita perlu minum air putih \u00a0dengan banyak.\n\nAir putih sebenarnya merupakan agen detoks yang terbaik. Air putih dapat menyembuhkan parut jerawat dan membantu meremajakan kulit.\n\nTeh hijau berfungsi sebagai detoks untuk mengurangkan keradangan. Anti-oksidan di dalam teh hijau dapat melindungi kulit daripada jerawat dan sekaligus membantu proses pemulihan kulit akibat masalah jerawat.\n\nTeh hijau digalakkan minum sekurang-kurangnya 1 cawan setiap hari. Untuk mendapatkan rasa yang lebih segar, teh hijau boleh dicampur dengan hirisan lemon dan beberapa helai daun pudina.\n\nKita sebenarnya tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan kulit yang mulus. Cuma kita perlu bijak untuk menggunakan apa yang ada di sekeliling kita."
"Antara biskut raya jadi kegemaran para tetamu ialah semperit susu. Tentunya anda tercari-cari resepi semperit susu yang sedap untuk dihidang nanti.\n\nSemperit susu pada resepi ini diperbuat daripada susu, tepung gandum, tepung jagung, dan marjerin. Bahan-bahan ini dicampur bersama untuk menjadi adunan.\n\nSemperit bersedia untuk dimakan sebaik sahaja ia disejukkan di suhu bilik. Perkongsian kali ini ialah tentang resepi semperit susu yang cepat, mudah dan sedap.\n\nAntara resepi semperit yang sedap ialah air tangan daripada \u200eAdrianna Rayyan yang dikongsikan di Facebook. Sedap dan sangat mudah. Rugi jika anda tidak mencubanya.\n\nSelain resepi semperit susu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Susu kambing sememangnya menjadi trend terkini di kalangan ibu bapa di Malaysia. Lebih- lebih lagi sejak ia mendapat gelaran makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah. Tidak dinafikan susu kambing kaya dengan khasiat yang baik untuk bayi, namun anda perlu tahu membezakan di antara fakta dan mitos susu kambing untuk bayi. \n\nApakah kebaikan susu kambing untuk bayi?\n\nPerkara pertama yang perlu anda tahu ialah apakah kebaikan susu kambing untuk bayi anda. Susu kambing sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan buat bayi anda, termasuk bayi yang berusia dibawah satu tahun. Di antara kebaikan susu kambing untuk bayi yang telah terbukti melalui kajian saintifik ialah seperti berikut:\n\nSusu kambing lebih mirip susu ibu berbanding susu lembu\n\nSusu ibu dan susu kambing dihasilkan melalui proses penghasilan yang sama. Ianya dipanggil Apocrine secretion di mana titisan susu dikeluarkan bersama cebisan sel ke dalam susu. Hasilnya, titisan susu kambing mempunyai komponen sel yang lebih tinggi berbanding susu lembu, dan lebih mirip dengan susu ibu. Selain itu, susu kambung juga mempunyai komponen beta casein, kappa casein dan amino asid didalam nisbah yang lebih kurang sama dengan susu ibu.\n\nMengurangkan risiko alahan kepada protein pada bayi\n\nTahukah anda bahawa ada bayi yang mengalami masalah alahan kepada protein. Sekiranya bayi anda mempunyai alahan tersebut, tubuh badannya akan memberikan reaksi negatif selepas meminum susu formula. Di antara simptomnya ialah kekembungan, sembelit, cirit-birit, dan naik ruam. Hal ini biasanya jarang berlaku sekiranya anda memberikan susu kambing kepada bayi kerana susu kambing mengandungi cuma sedikit protein \u00a0alpha-S1 casein\u00a0yang menjadi punca alahan berbanding susu lembu.\n\nMengurangkan risiko bayi mengalami masalah alahan kepada laktosa\u00a0\n\nSelain alahan kepada protein, satu lagi masalah yang selalu dialami oleh bayi ialah alahan kepada laktosa. Alahan kepada laktosa juga akan mencetuskan tindak balas negatif pada tubuh badan bayi anda. Sekiranya anda memberikan susu kambing kepada bayi, risiko untuk bayi anda mengalami alahan laktosa adalah lebih rendah memandangkan kandungan laktosa dalam susu kambing adalah sangat rendah iaitu cuma 4.1 peratus sahaja, berbanding susu lembu yang mempunyai kandungan laktosa yang jauh lebih tinggi.\n\nLebih mudah untuk dihadam oleh usus bayi \n\nSusu kambing lebih mudah untuk dihadam oleh perut bayi anda berbanding susu lembu. Hal ini kerana gumpalan protein yang terbentuk dalam perut bayi hasil dari tindak balas kimia di antara asid perut dan protein dalam susu kambing adalah lebih lembut dan mudah dihadam, berbeza daripada gumpalan protein yang dihasilkan sekiranya bayi anda diberikan susu lembu. Selain itu, globul lemak yang terdapat dalam susu kambing juga\u00a0lebih mudah dihadam berbanding globul lemak yang terdapat dalam susu lembu. \n\nKandungan medium chain fatty acids (MCFA) yang lebih tinggi daripada susu lembu\n\nKajian menunjukkan bahawa susu kambing mengandungi kandungan medium chain fatty acids (MCFA) yang jauh lebih tinggi berbanding susu lembu. Dalam masa yang sama susu ibu juga mengandungi kandungan MCFA yang tinggi, oleh itu ternyata susu kambing sangat mirip dengan susu ibu. MCFA akan diserap ke dalam badan bayi anda dengan lebih cepat berbanding long chain fatty acids yang ada dalam susu lembu. Kajian juga mendapati bahawa MCFA membantu mengelakkan pertumbuhan bakteria dan virus di dalam usus bayi. \n\nApakah pula kekurangan yang ada pada susu kambing?\n\nKalau tadi kami dah senaraikan kelebihan susu kambing kepada bayi berbanding susu lembu, sekarang kami nak ceritakan pula apakah kekurangan susu kambing yang perlu anda tahu dan pertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk memberikan susu kambing kepada bayi anda. Di antara kekurangan susu kambing ialah:\n\nJika bayi anda mempunyai risiko untuk mengalami alahan kepada susu lembu, bayi anda juga mempunyai risiko untuk mengalami alahan kepada susu formula dari susu kambing. Namun risikonya adalah lebih rendah berbanding susu lembu memandangkan kandungan laktosa dan protein dalam susu kambing adalah kurang.\n\nKajian mendapati bahawa susu kambing mengandungi kandungan vitamin B12 yang rendah. B12 adalah di antara vitamin yang sangat penting untuk tumbesaran bayi anda. Jika anda memberikan bayi susu kambing semata-mata tanpa susu ibu, bayi anda akan mengalami masalah kekurangan vitamin B12. Selain kekurangan vitamin B12, susu kambing juga rendah kadar:\n\nKandungan sodium yang lebih tinggi berbanding susu lembu\n\nKajian mendapati bahawa susu kambing mengandungi kandungan garam yang tinggi berbanding susu lembu. Ia mengandungi sodium, klorida dan kalium yang tinggi. Apakah kesan kandungan sodium tinggi kepada bayi anda? Ianya akan menyebabkan buah pinggang bayi anda terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk memproses bahan tersebut.\n\nKandungan asid folik yang rendah berbanding susu lembu\n\nSelain itu, kandungan asid folik dalam susu kambing juga adalah rendah. Jika bayi anda tidak mendapat asid folik yang secukupnya, ia akan menyebabkan bayi anda mengalami masalah pendarahan usus dan anemia megaloblastic iaitu kekurangan darah.\n\nItulah dia info tentang susu kambing untuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang manfaat tungku sunnah menyambut bayi, dan sebab bayi sedu."
"Penemuan tulang dan rangka di sesebuah tempat kejadian seringkali membuatkan para penyiasat tertanya-tanya akan identiti tuan empunya tulang. Siapakah ini? Lelaki atau perempuan? Kanak-kanak atau dewasa?\n\nSemua misteri tersebut akan dijawab oleh ilmu dan pakar bidang forensik antropologi.\n\nForensik antropologi adalah satu disiplin ilmu dalam bidang sains perubatan yang sentiasa berubah dan berkembang.\n\nPeranan ahli antropologi forensik bukan sahaja melibatkan kajian kerangka rangka manusia untuk tujuan pengenalpastian mangsa (membina profil biologi, analisis trauma, pembinaan semula struktur muka), tetapi sekarang, bidang ini juga sering terlibat dalam usaha mengenal pasti individu yang masih hidup (misalnya untuk menentukan sama ada seseorang telah mencapai umur tertentu untuk disabitkan dengan jenayah).\n\nAhli forensik antropologi biasanya menggunakan kepakaran mereka untuk membantu kes siasatan, dari kes pembunuhan hingga ke bencana kematian besar akibat aktiviti ganas contohnya, insiden 9/11 di Amerika Syarikat, pengeboman Bali, jenayah perang, nahas kapal terbang terhempas dan bencana alam seperti tsunami.\n\nApabila mayat yang tidak dikenali dirujuk kepada penyiasat forensik, salah satu peringkat pertama pengenalan proses (selepas menentukan bahawa mayat ialah manusia dan berkepentingan forensik) melibatkan pembinaan profil biologi (osteobiografi) berdasarkan jantina, umur, etnik dan ketinggian fizikal.\n\nAnggaran umur bergantung kepada bahagian elemen rangka tulang yang ada untuk dianalisis. Setiap tulang adalah berbeza bergantung kepada daya tahan dan keadaan sekeliling semasa rangka tulang dijumpai.\n\nCara kematian mangsa juga mempengaruhi proses ini. Contohnya, kesan kelajuan yang tinggi biasanya akan menyebabkan banyak kerosakan tulang.\n\nJantina atau sosio-budaya populasi juga penting dalam membina profil mangsa.\n\nPerkembangan pertumbuhan lelaki dan perempuan adalah berbeza terutamanya pada fasa sebelum remaja yang dikaitkan dengan perbezaan hormon pembesaran.\n\nSeterusnya, sebarang gangguan corak pertumbuhan biasa, seperti kekurangan pemakanan atau penyakit kronik, boleh menyumbang kepada kesilapan dalam anggaran umur mangsa.\n\nDalam situasi ini, analisis lebih berfokus kepada pengenalpastian berdasarkan gigi mangsa.\n\nHal ini demikian kerana perkembangan gigi berada di bawah kawalan genetik yang lebih ketat dan \u00a0kurang terdedah kepada sistem biologi dan persekitaran berbanding perkembangan dan kematangan tulang. Anggaran Umur pada Peringkat Juvana (Remaja)\n\nKajian lepas melaporkan bahawa anggaran umur biasanya paling tepat dalam individu yang sedang membesar seperti golongan remaja. Individu yang lebih berusia secara amnya, mempunyai penanda morfologi (struktur) tulang yang sangat berubah-ubah (contohnya variasi tulang dewasa di bahagian symphysis pubic; bersama sacro -iliac; dan rusuk sternal akhir) yang lebih dipengaruhi oleh faktor persekitaran.\n\nHal ini bertentangan dengan penanda perkembangan ciri kerangka remaja yang lebih mudah diramalkan dan yang pernah didokumenkan.\n\nMisalnya, perkembangan pergigian, pertumbuhan tulang dan kematangan yang lebih spesifik dalam kumpulan umur remaja tertentu. Berikut adalah pilihan kaedah untuk menganggarkan umur dalam kerangka tidak matang yang dikemukakan mengikut perkembangan ciri-ciri untuk diperiksa.\n\nAnggaran umur dari gigi boleh dilakukan menggunakan kaedah radiografi dengan membuat penilaian pembentukan akar dan kandungan mineral serta pemerhatian makroskopik corak kemunculan gigi.\n\nAntara piawaian pembentukan gigi yang lebih popular adalah perbandingan gigi kekal dan gigi susu.\n\nSatu lagi kaedah piawaian menentukan penuaan gigi yang digunakan secara meluas adalah sistem visual komposit Ubelaker.\n\nKaedah ini menyediakan perbandingan skema perwakilan pembentukan gigi dan kemunculan gigi yang sesuai untuk individu berumur 5 bulan dalam rahim hingga 35 tahun; dengan ralat antara \u00b1 2 bulan hingga 3 tahun.\n\nData bagi maklumat pergigian ini diperolehi sebahagian besarnya dari data yang diterbitkan sebelum ini ke atas orang asli di Amerika Utara.\n\nSekitar usia 14 tahun, kebanyakan gigi telah berkembang sepenuhnya dan usia anggaran bagi umur selepas 14 tahun menjadi semakin sukar.\n\nSecara umum, pada tahap ini, peringkat gigi geraham ketiga adalah satu-satunya gigi yang masih berkembang. Maklumat ini walau bagaimanapun, tidak selalu berguna kerana banyak variasi lain dalam masa pembentukan danpertumbuhan perlu diambil kira.\n\nRajah perbezaan gigi susu (milk teeth) dan gigi kekal (permanent teeth) Imej: www.majordifferences.com\n\nKematangan rangka adalah ukuran perkembangan tulang, dari segi bentuk dan tahap ossifikasi (pembentukan) relatif kepada kematangan penuh.\n\nHal ini boleh digunakan untuk mendapatkan satu anggaran usia rangka yang dijumpai. Umur pada kematian adalah berdasarkan analisis metrik dan makroskopik termasuk keperluan radiografi untuk membuat penilaian morfologi daripada ciri-ciri tulang.\n\nTerdapat banyak kajian sedemikian, kebanyakannya di populasi Eropah, Amerika Utara dan Afrika Selatan, yang menyediakan data ukuran pada pelbagai tulang yang boleh digunakan nuntuk mendapatkan anggaran umur.\n\nAnggaran umur pada rangka orang dewasa bergantung kepada kualiti tulang.\n\nHal ini semakin rumit apabila mengambil kira faktor-faktor seperti gaya hidup, kesihatan dan pemakanan yang boleh mempengaruhi pembentukan semula kerangka sepanjang hayat dan penilaian akhir.\n\nKaedah utama untuk menganggarkan usia dalam rangka dewasa adalah sama ada berasaskan penilaian yang tidak invasif melalui pemerhatian perubahan morfologi atau penerapan teknik yang lebih invasif, seperti histomorfometri.\n\nWalau bagaimanapun, kaedah yang histomorfometri hanya akan digunakan untuk kes-kes yang melibatkan pecahan rangka yang sukar dikenal pasti dan tidak berkeadaan baik sahaja.\n\nAnggaran umur dari os coxae (tulang pinggul)\n\nAnggaran umur berdasarkan perubahan dalam pembentukan tulang pinggul dan pubik telah lama menjadi pendekatan yang digemari para penyelidik disebabkan kebolehpercayaan daripada sifat morfologi lain dan ciri khas tulang-tulang tersebut.\n\nPerkembangan seterusnya dalam kaedah ini yang membentuk tiga komponen (dataran dorsal; benteng ventral dan rim simfyseal) dengan menggunakan sampel lelaki yang bertubuh besar.\n\nSampel rujukan kemudian dikemas kini dengan memasukkan data individu wanita\n\nCiri permukaan wajah telah berjaya digunakan sebagai penunjuk umur rangka berdasarkan pemeriksaan terhadap sampel yang didokumenkan,\n\nTerdapat lapan fasa morfologi berbeza mengikut umur (usia 20-24 tahun sehingga usia 60 + tahun), kebanyakannya dibahagikan dengan kenaikan lima tahun dengan penerangan dan gambar yang disertakan sebagai perbandingan yang ideal bagi perbandingan permukaan aurikular.\n\nTerdapat beberapa kelebihan menggunakan permukaan aurikular untuk anggaran umur, antaranya, daya tahannya terhadap kerosakan selepas kematian dan perubahan pada permukaan wajah ini berkaitan umur yang berterusan melebihi dekad kehidupan yang kelima.\n\nTulang rusuk adalah penanda umur yang berguna untuk anggaran usia rangka manusia.\n\nSampel yang didokumenkan menggunakan kajian anggaran umur dari tulang belakang ini merumuskan satu siri berasaskan piawaian pada penilaian ciri rusuk keempat , termasuk bentuk dan kedalaman pembentukan lubang, perubahan dinding tulang rusuk dan rim sekelilingnya, tekstur tulang keseluruhan dan ketumpatan .\n\nAnggaran umur dari jahitan tengkorak (suture tengkorak)\n\nRajah suture tengkorak pada usia kanak-kanak Imej: medlineplus.gov\n\nSebagai sendi yang berserabut antara tulang tengkorak, jahitan \u201csuture\u201d pada tengkorak akan bercantum secara progresif dengan usia yang semakin meningkat.\n\nKebanyakan sistem analisis tengkorak melibatkan makroskopik yang menilai tahap penutupan jahitan suture tengkorak.\n\nKegunaan jahitan tengkorak sebagai penunjuk umur rangka kematian telah dipertimbangkan berkali-kali sebelum ini, dengan sejumlah kajian menyimpulkan bahawa teknik itu adalah terlalu tidak tepat daripada penggunaan praktikal dalam penyiasatan forensik. Teknik ini mungkin lebih sesuai untuk spesimen arkeologi.\n\nPerkembangan bidang ini, digabungkan dengan peningkatan pesat dalam teknologi, memperlihatkan pembangunan dan penambahbaikan daripada teknik analisis sedia ada untuk kajian akan datang."
"Ibu bapa moden zaman kini lazimnya akan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama bayi untuk menggalakkan pembesaran dan perkembangan bayi. \n\nDi antara aktiviti yang semakin popular dewasa ini ialah baby spa di mana bayi anda akan berendam di dalam kolam renang kecil sambil diurut. Malah bermandi-manda di kolam renang dan water park juga adalah aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.\n\nSemasa melakukan aktiviti air berkenaan biasanya ibu bapa akan memakaikan pelampung kepada bayi atas tujuan keselamatan. Di antara pelampung yang menjadi pilihan ramai ibu bapa ialah pelampung leher bayi atau juga dikenali sebagai neck float. \n\nPelampung leher bayi mungkin kelihatan selamat dan sangat membantu anda namu tahukah anda bahwa terdapat bahaya tersembunyi yang mak ayah tak perasan.\n\nBayi tidak dapat mengawal leher dan kepalanya\n\nPerasan tak, apabila bayi anda dimasukkan ke dalam air sambil dipakaikan pelampung leher, bayi anda kelihatan keras dan tidak bergerak secara semulajadi. Apa tidaknya, bayangkan jika anda dimasukkan ke dalam air yang dalam di mana kaki anda tidak memijak lantai dan berat seluruh badan anda ditampung oleh pelampung yang diletakkan di sekeliling leher. Boleh bayangkan?\n\nApabila bayi anda dipakaikan pelampung leher, seluruh berat badannya akan ditampung oleh pelampung tersebut menjadikan bayi anda tidak dapat mengawal kepala dan lehernya. \n\nMalah untuk menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan pun kelihatan sangat sukar. Bagaimana anda menjangkakan bayi anda berseronok menjalankan aktiviti bermain air sedangkan mengawal kepala sendiri pun tak mampu dilakukan oleh sicomel.\n\nMengganggu proses tumbesaran dan perkembangan bayi\n\nKedengaran seperti mengarut namun tahukah anda bahawa penggunaan pelampung leher bayi dengan kerap boleh mengganggu proses tumbesaran dan perkembangan bayi anda. Ini kerana proses perkembangan dan tumbesaran bayi berlaku dengan cara dari kepala dan turun ke bawah. Turutan ini dikenali sebagai cephalo-caudal. \n\nJika bayi anda dipakaikan dengan pelampung leher dengan kerap, ia akan menghalang pergerakan kepala bayi anda lalu menyebabkan pergerakan tubuh badan yang lain juga terganggu dalam masa yang sama.\n\nKajian yang dilakukan di negara barat menunjukkan bahawa bayi yang kerap dipakaikan pelampung leher akan mempunyai tindakan refleks yang lebih lambat berbanding bayi yang tidak didedahkan dengan pelampung jenis ini semasa mandi kolam renang atau aktiviti air yang lain. \n\nTindakan refleks yang lambat ini mempunyai kaitan dengan posisi kepala bayi yang menjadi kaku semasa berada di dalam air dan tidak dapat digerakkan secara normal setiap kali pelampung leher dipakaikan kepada bayi berkenaan.\n\nMenjejaskan saraf lalu menyebabkan bayi lambat duduk dengan tegak\n\nSelain menjejaskan tindakan refleks dan menyebabkan bayi anda memberikan tindak balas yang lambat, pemakaian pelampung leher dengan kerap juga dipercayai akan menjejaskan saraf bayi lalu menyebabkan bayi anda lambat duduk dengan tegak. Kegagalan bayi untuk menegakkan badan semasa duduk adalah berkait rapat dengan pemakaian pelampung leher bayi.\n\nKesan buruk kepada leher dan vertebrata bayi\n\nKesan buruk penggunaan pelampung leher bayi yang seterusnya ialah ia akan menyebabkan berlakunya tekanan kepada bahagian vertebra dan leher bayi yang masih lembut. \n\nOtot dan ligamen pada bahagian tersebut juga mungkin boleh tercedera jika dipakaikan pelampung leher\u00a0secara berlebihan. Secara umumnya tubuh badan bayi adalah sangat lembut dan mudah untuk tercedera, lebih-lebih lagi bahagian leher yang penuh dengan urat saraf yang sensitif. \n\nKecederaan pada bahagian leher dan vertebrata bayi boleh menyebabkan kecacatan malah kematian. Ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.\n\nTips mandi-manda di kolam renang bersama bayi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini\n\nPastinya anda mahukan yang terbaik untuk bayi yang tersayang. Oleh itu jika anda memilih untuk melakukan aktiviti melibatkan air bersama bayi seperti bermandi-manda di kolam renang, anda boleh amalkan tips yang berikut:\n\nItulah dia info tentang pelampung bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang najis bayi warna hijau dan bayi jatuh katil"
"Sebagai seorang yang bergelar bapa dan suami, pastinya anda menginginkan sesuatu yang terbaik kepada keluarga anda. Tugas seorang bapa tidaklah mudah dan tanggungjawab yang harus dipikul juga amat berat. Sebagai ketua keluarga juga anda perlu sentiasa peka terhadap apa yang berlaku di dalam keluarga anda. \n\nDengan bebanan yang dipikul ini juga kita perlulah menjadi seorang bapadan suami yang awesome. Ini kerana sebagai ketua keluarga anda pastinya akan memberi impak yang paling besar dengan suasana keluarga anda. Jika anda dapat menjadi seorang bapa dan suami yang awesome pastinya suasana keluarga anda juga akan menjadi lebih awesome.\n\nPada hari ini, kita akan berkongsi beberapa tips dengan anda tentang cara-cara mudah untuk menjadi seorang suami dan bapa yang awesome kepada keluarga anda. Semoga dengan tips ini suasana keluarga anda akan menjadi lebih ceria dan damai. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat tips-tips untuk menjadi seorang bapa dan suami yang awesome daripada Dr. Taufiq Razif.\n\n5 Cara Mudah Nak Jadi Suami & Bapa Yang Awesome\n\n 1. Selalu jaga mulut di depan anak dan isteri walaupun sedang marah melampau 2. Tak berkira dengan duit bila melibatkan nafkah dan benda yang berfaedah 3. Kenal personaliti & perwatakan anak dan isteri. Lagi hebat bila si suami sendiri berminat nak belajar ilmu parenting & ilmu mendidik anak anaknya sendiri 4. Jadi \u2019emphatic listener\u2019 pada pasangan dan anak anaknya sendiri. Tak terlalu cepat memberikan solusi dan sedia mendengar keluhan pasangan dan anak anaknya kerana hanya dengan mendengar pun ianya adalah satu terapi emosi\n\n 5. Tahu beza BONDING TIME & ME TIME. Masa me time tu boleh la nak bermain game dan handphone sekejap tapi jangan la sampai terabai perhatian kat anak isteri. Jangan sampai ketika anak anak dah liar dipengaruhi oleh BONDING LUAR baru kita nak tersedar. Masa tu mungkin semuanya dah terlambat dah. \n\nSelain daripada artikel ini, terdapat beberapa lagi artikel buat anda. Jangan lupa untuk menyinggah disana ya! Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawak emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini."
"Apakah resepi memikat suami yang terbaik? Tidak dinafikan apabila tiba saja hari ulangtahun perkahwinan, ramai di kalangan para isteri berasa pening kepala. \n\nBukan pening kepala kerana hamil lagi. Ini pening kepala kerana memikirkan resepi memikat suami yang sesuai di masak pada hari istimewa. \u201c\n\nTak salah luang masa bersama, celebrate berdua di dalam rumah sendiri saja. Di sini akan dikongsikan beberapa resepi memikat suami yang sangat sedap dan best! Jangan risau kerana resepi ini tidaklah terlalu susah untuk di masak. \n\nUntuk set makanan yang lengkap dengan nasi, lauk dan kuah, anda boleh menghidangkan menu ayam penyet yang legkap dengan sos dan sebagainya. Hidangan lengkap yang agak ringkas sebegini sangat sesuai untuk dijadikan menu utama ketika makan berdua-duaan. Ayam penyet sangat sedap dimakan bersama kuah sup dan sambal yang umph.\n\nJika suami anda seorang yang sukakan menu berasaskan kopi, kek tiramisu boleh disediakan supaya kena dengan seleranya. Walaupun nama dan rasanya agak unik tetapi cara untuk menyediakannya sangat senang. Hanya dengan beberapa bahan ringkas. Langkah penyediaan yang mudah. Anda akan dapat membuat kek sendiri seperti seorang pakar profesional. \n\nMakanan ini sangat istimewa. Sesuai dengan namanya \u2018puding raja\u2019, ia sering dimakan oleh keturunan di raja. Kini menu ini sudah boleh dinikmati oleh sesiapa saja. \n\nUntuk hari special pastinya makanan ini sangat sesuai dihidangkan untuk suami tercinta. Tidak tahu bagaimana untuk membuatnya? Jom ikut langkah demi langkah hanya dengan klik link resepi di bawah. \n\nMakanan laut memang sedap! Makin sedap jika dapat di makan segar dengan cara masakan istimewa. Seronok rasanya jika dapat makan ratah udang yang manis isinya. \n\nMakin bermakna bila dapat makan bersama insan tersayang sambil mengingati kenangan lampau. Bagi anda yang mahu penuhi masa makan bersama suami tersayang, udang butter adalah salah satu resepi memikat suami yang terbaik.\n\nResepi udang butter creamy cheese : https://bidadari.my/resepi-udang-butter/\n\nWow! Ayam panggang! Sedap rasanya jika dapat makan dengan sos masam manis pedas. Makin sedap jika dapat makan hasil daripada air tangan isteri sendiri. Ayam panggang begini boleh juga di makan bersama nasi. Ia juga sangat sesuai untuk menjaga diet suami. \n\nResepi golden chicken grill : https://bidadari.my/resepi-ayam-grill/\n\nHari ulangtahun ini anda tidak dapat cuti? Terpaksa berkejar balik untuk memasak? Tak mengapa, menu spaghetti bakar kan ada. Apa yang perlu anda buat hanyalah siapkan bahan yang diperlukan sehari lebih awal. Setelah itu campak semuanya dan biarkan oven berkerja untuk proses bakar. Sementara siap di masak di dalam oven anda bolehlah berhias untuk suami. Gerenti suami akan berasa takjub melihat penampilan anda yang cantik dengan menu yang sedap. \n\nResepi spaghetti bakar arab saudi : https://bidadari.my/resepi-spaghetti-bakar/\n\nMenu yang nampak payah tidak bermakna cara memasaknya juga susah. Buktinya nasi arab ayam ini. Walaupun nampak rumit tetapi sebenarnya tidaklah susah. Cuma suami pastinya berasa kagum dengan bakat anda kerana mampu mempamerkan hidangan yang meriah seperti ini. Resepi memikat suami dengan air tangan isteri sendiri memang sangat bermakna. Sekali anda masak selamanya akan melekat diingatan suami sampai bila-bila.\n\nResepi nasi arab ayam : https://bidadari.my/resepi-nasi-arab-ayam/\n\nSuami anda berasal dari Kedah atau Perlis? Jika ya, resepi memikat suami yang paling sesuai untuk anda adalah bihun sup utara. Anda boleh ikut cara dan bahan melalui resepi di link yang disediakan. Dan jika ditakdirkan anda gagal mengikutnya dengan tepat sekalipun. Suami anda pasti akan terus tersenyum kerana menghargai segala penat lelah anda itu. Anda berasal dari negeri lain tetapi tetap sanggup memasak menu negeri kelahiran suami? Itu memang sangat awesome! \n\nResepi bihun sup utara : https://bidadari.my/resepi-bihun-sup/\n\nBila sebut steamboat pasti teringat pada kedai makan kan? Eh jangan disangka steamboat tidak boleh masak di rumah. Daripada berbelanja besar, baik anda beli bahan mentah dan makan di rumah saja bersama suami. \n\nMasa yang ada dapat dipanjangkan untuk duduk berdua. Jika ada anak-anak, anda boleh nikmati bersama seisi keluarga. Suami tentu bertambah sayang kerana anda pandai menyiapkan resepi memikat suami yang sangat menyelerakan. \n\nBau nasi beriani yang semerbak bila dimasak amat membangkit selera. Bayangkan saat suami pulang dari kerja dengan aroma nasi beriani di seluruh rumah. \n\nPastinya suami akan terus berasa lapar dan berkejar ke dapur. Secara tidak langsung suami akan ikut terfikir mengapa anda masak menu yang sangat istimewa itu. Jika ditanya, apakah resepi memikat suami yang paling win? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah nasi beriani. \n\nResepi nasi beriani gam : https://bidadari.my/resepi-nasi-beriani-gam/\n\nJom Cuba Resepi Memikat Suami Sebagai Tanda Kasih\n\nItulah 10 cadangan resepi memikat suami yang boleh anda praktikkan. Semoga dengan resepi ini hubungan anda suami isteri akan bertambah erat. Selamat berbahagia dan selamat memasak hidangan istimewa untuk suami tercinta."
"Tanya anak saya, Yaya. Dia suka berangan dengan rambut yang panjang.\n\nAda masa dia liat untuk memakai tudung, terutama semasa umurnya 2-3 tahun. Waktu itu, dia belum banyak bertanya dan berdalil, maka senang untuk saya menyarungkan saja tudung itu. Ikut tanpa banyak soal.\n\nTapi, bila kini umurnya 5 tahun dan petah bertanya itu dan ini, saya tidak mahu lagi menyuruhnya memakai tudung. Saya taknak dia membesar, memakai tudung -\u2018sebab mama suruh pakai\u2019. Sebab nenek, maklang, semua orang pakai tudung. Sebab dari kecil pakai tudung.\n\nKalau itu yang terjadi, anak tidak nampak fungsi kain yang tersarung di kepala dan menutupi dadanya itu. Dia akan pakai tudung, tapi tidak faham \u2013 apa maknanya saya memakai tudung ini? Kenapa saya pakai tudung ini?\n\nSebab mama suruh. Kalau ini sebabnya, silap hari bulan dia buka tudung bila belajar di universiti, jauh dari saya.\n\nAtau adakah kerana agama suruh? Kerana tanggungjawab kita sebagai orang perempuan Islam? Kerana rambut itu haram diperlihatkan kepada lelaki bukan muhrim?\n\nItu betul, tapi saya juga tidak mahu anak saya melihat \u2019memakai tudung\u2019 sebatas pada kewajipan. Tanggungjawab. Halal haram. Jika ini yang ditekankan, anak akan beranggapan agama itu menyusahkan. Membebankan.\n\nBanyak sangat kewajipan dan pantang larang. Bukan sesuatu yang menyeronokkan, terutama mereka yang baru menginjak dewasa dengan keterujaan untuk explore dunia ini.\n\nJika anggapan ini yang tertanam, jika pemahaman ini yang mendasari mengapa mereka memakai tudung, kita akan melihat anak memakai tudung tapi dengan segala macam fesyen sehingga tujuan pemakaian tudung itu sendiri tidak tercapai.\n\nTudung yang jarang, pendek, di tambah dengan seluar yang ketat. Jika tudungnya ok pun, tapi boleh saja perilaku dan akhlaknya tidak menggambarkan seorang Muslimah. Mungkin cakapnya kasar, ketawanya kuat, berborak dan bergurau dengan kawan lelaki tanpa segan silu. Sehingga tidak ada beza memakai tudung atau tidak.\n\nNa\u2019uzubillahi minzalik. Semoga anak cucu kita tidak begitu.\n\nUntuk itu, saya tekankan pada anak \u2013 yang perkara paling penting dalam hidup ini ialah kita cintakan Allah. Sayangkan Allah. Kenapa?\n\nSebabnya mudah saja. Allah baik sangat dengan kita. Allah sayang sangat yaya. Dia bagi yaya macam-macam \u2013 present, mainan, aiskrim, basikal, teddy bear yang yaya suka tu, semua Allah yang bagi. Allah jaga yaya dari org jahat. Allah baikkan yaya bila yaya demam.\n\nKemudian saya akan bertanya kembali kepada anak \u2013 \u201dBaik tak Allah kat yaya? \u201d Dia akan mengangguk beriya.\n\nSee \u2013 Allah baik sangat dengan kita. Penting dalam hidup kita. Sebab tu kita sayang Allah lebih dari org2 lain. Dan sebab kita sayang Allah, kita nak jadi orang yang buat apa yang Allah suka.\n\nContohnya Allah suka kita pakai tudung, Allah suka kita solat, bagi sedekah. Allah suka kita say nicely, tolong mama, jaga adik, baca buku\n\n\u201dKalau Allah suka Yaya pakai tudung, Yaya nak tak pakai tudung?\u201d\n\nTanpa sesaat ragu, dia menjawab\u00a0 \u201dNak\u201d sambil mata bersinar, dengan suara penuh excited. Memang dia excited. Perbualan kami tidak akan terhenti di situ.\n\n\u201dNanti Allah sayang yaya? \u201d (saya angguk)\n\u201dNanti yaya dapat present? Dapat masuk syurga? \u201d (saya angguk)\n\u201dDalam syurga ada . (list dia, segala yang dia nak termasuk bermain dengan kucing. Sebab sekarang di dunia ni bila dia main kucing dia kena alergik teruk. So saya selalu kata di syurga nanti boleh main kucing tapi tak alergik. Memang dia excited)\n\nDan bila bercerita pasal syurga, ia pasti berakhir dengan \u201dYayyyy!!!!\u201d\n\nDan jika ia tentang pakai tudung ,\u201dYaya nak pakai tudung la mama\u201d\n\nBila anak tahu kenapa dia memakai tudung, mereka sendiri yang akan memilih untuk melakukannya. Tanda cinta kepada Yang Maha Penyayang. Bukan sekadar memakai. Dengan cinta ini, anak akan melakukannya dengan cara yang terbaik \u2013 the way Allah likes us to wear it.\n\nAlhamdulillah, sekarang dia sendiri yang memilih untuk memakai tudung. Saya tidak perlu membebel lagi. Ada waktunya dia terlupa. Ada kalanya dia akan mencabut tudung jika banyak berpeluh. Pada saya tidak mengapa, yang penting dia sendiri sudah suka memakai tudung pada umurnya 5 tahun.\n\nSaya teringat komen cikgu yaya baru-baru ini semasa memilih baju persekolahannya di sekolah. Kata cikgu: budak-budak perempuan lain pilih tudung saiz kecik-kecik. Tak muat pun dimuat-muatkan juga. Semua nak saiz S sampai habis saiz tu. Tapi Yaya nak saiz L.\n\nAlhamdulillah. Saya hanya senyum, syukur padaNya.\n\nWallahualam. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibubapa yang lain"
"Bagaimanakah cara untuk membuat pemilihan table top dapur yang betul, menarik, dan tahan lama?\n\nSetiap orang inginkan sebuah mahligai yang cantik luar dan dalam. Namun para isteri tentu mengimpikan reka bentuk dapur yang selesa, menarik, cantik untuk membangkitkan mood memasak setiap hari.\n\nArtikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tips pemilihan table top dapur yang perlu anda tahu kerana ia merupakan perkara utama yang perlu ditekankan bagi sebuah ruangan dapur. \n\nSalah satu pilihan utama untuk table top dapur ialah granit atau marble. Granit adalah sejenis batu semula jadi yang terdapat dalam pelbagai warna dan corak. \n\nMaterial ini pilihan popular yang tahan lama dan lasak sehingga membolehkan granit tahan terhadap hentaman dan kerosakan yang kasar.\n\nSelain itu, bahan ini tahan panas, menjadikannya pilihan ideal untuk dapur. Anda bebas untuk memilih warna dan tona yang sesuai dengan estetika rumah anda atau pilih sesuatu yang akan menonjol dari seluruh bilik. \n\nUntuk pengetahuan anda, 70% kandungan HPL adalah kertas. High Pressure Laminate (HPL) adalah banyak lapisan kertas yang direndam dengan bahan resins dan digabungkan (bonded together) menggunakan kepanasan dan juga tekanan. \n\nSama seperti bahan yang digunakan untuk pembuatan pintu melamine tetapi ketebalan untuk table top ini dua kali ganda dari melamine.\n\nQuartz adalah pilihan ideal jika anda tidak mempunyai bajet tetapi inginkan penampilan batu semula jadi seperti marmar atau granit.\n\nMaterial ini diperbuat daripada kira-kira 90 peratus zarah quartz , dicampur dengan mineral lain untuk menghasilkan produk yang kuat dan tahan lama yang tahan terhadap pewarnaan.\n\nAluminum adalah salah satu dari logam yang berunsurkan bahan kimia yang digunakan untuk pelbagai produk termasuklah bahan binaan. \n\nJenis table top dapur dari material tiles memang sangat popular digunakan sehingga ke hari ini. \n\nIa adalah pilihan yang murah untuk dapur dengan ciri-ciri seperti keras, tahan lasak dan tahan haba.\n\nWalaupun begitu, saiz setiap tiles boleh menghalang kefungsian bahagian atas meja, menjadikannya lebih sukar untuk menyediakan makanan dan menjaga kebersihan\n\nBahan permukaan pepejal atau solid surface diperbuat daripada campuran zarah akrilik dan resin yang telah ditekan ke dalam kepingan untuk mencipta table top dapur.\n\nBahan jenis ini mula-mula direka sebagai alternatif kepada countertop batu semula jadi, yang dicipta oleh penciptanya untuk meniru material asli yang lama. \n\nKayu telah digunakan untuk pembinaan rumah, kerusi, meja dan banyak lagi, jadi tidaklah mengejutkan jika ia digunakan untuk permukaan atas perabot di dapur.\n\nJenis kayu yang digunakan biasanya terdiri daripada maple, oak, jati, abu, atau mungkin juga buluh, memberikan anda pelbagai pilihan untuk dipilih bagi menampakkan nilai estetika dapur anda.\n\nSelain dari tips berkenaan pemilihan table top dapur ni, anda juga boleh baca artikel kami yang menarik tentang dapur seperti:"
"Setiap kanak-kanak mempunyai karakter yang berbeza. Karakter mereka yang berbeza ini yang menjadi satu cabaran untuk ibu bapa mendidik dan menjaga mereka dengan baik. Keunikkan pada mereka membuatkan mereka mempunyai \u2018speciality\u2019 tersendiri.\n\nLebih-lebih lagi dalam bab belajar di rumah. Ibu bapa tidak boleh memaksa mereka untuk belajar seperti anak orang lain. Mereka mungkin ada cara atau \u2018style\u2019 belajar sendiri yang membuatkan mereka lebih fokus dan mudah untuk faham.\n\nJadi ibu bapa perlu faham cara anak-anak mereka belajar terdahulu. Terdapat 6 cara anak-anak belajar di rumah. Apakah cara-cara tersebut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 cara anak-anak belajar ketika di rumah. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n6 Cara anak-anak belajar ketika di rumah\n\n*Berikut adalah 6 cara atau \u2018style\u2019 anak belajar di rumah. Jika anak memerlukan bantuan dalam pelajaran, ibu bapa boleh tolong mereka dalam menyiapkan kerja sekolah mereka. Selain itu, bimbingan dan memuji anak dalam pelajaran juga salah satu cara untuk meningkatkan minat anak dalam belajar. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Nasi goreng yang simple dan sedap antaranya ialah nasi goreng cina. Bahkan tampilannya pun simple sangat. Selain itu cara membuatnya juga mudah saja. Tapi rasanya sangat sedap.\n\nNasi goreng cina boleh dijadikan sarapan pagi. Boleh juga dijadikan bekal untuk dibawa ke sekolah atau ke tempat kerja. Nasi goreng ini juga boleh dijadikan untuk berniaga dan sebagainya.\n\nNasi goreng cina warnanya putih sahaja konfirm ia tidak pedas dan anak-anak mesti suka. Ianya juga terdapat ayam, udang dan sotong di dalamnya. Juga ada sayur-sayuran yang sihat dan bergizi.\n\nTunggu apalagi, mari lihat resepi nasi goreng cina yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi ini dikreditkan kepada\u00a0Amelia Tamby Hussin yang berkongsi di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi nasi goreng cina, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pasir kucing perlu ditukar 3 kali seminggu atau lebih lagi bergantung kepada keadaannya. Sekiranya kucing anda membuang najisnya lebih kerap, maka anda perlu menukarnya dengan lebih kerap. \n\nRamai yang mengalami masalah dalam memilih pasir kucing terbaik yang sesuai untuk kucing masing-masing. Jom kami kongsikan 12 pasir kucing terbaik boleh anda pilih.\n\n1. KingStar Fresh Crystal Cat Litter\n\nTerdapat sesetengah pemilik kucing berasa bimbang kerana terdapat beberapa produk pasir kucing yang terbuat dari gel silika dan mengakibatkan tapak kaki kucing merasa tidak selesa. \n\nIa adalah kerana gel bebola kristal tersebut tersekat di telapak kaki kucing dan ada juga yang melibatkan keracunan pada kucing peliharaan kerana tertelannya. \n\nDengan pasir kucing ini anda tidak perlu risau lagi kerana ianya tidak beracun dan tidak akan menyebabkan keracunan jika tertelan. Pasir kucing ini tahan sehingga sebulan dan menyerap bau najis kucing dengan baik.\n\n2. Tesco Everyday Value Clumping Cat Litter\n\nPasir kucing ini diperbuat daripada tanah liat Bentonit yang dapat menyerap bau dan tahan sehingga 7 hari. Ia amat sesuai untuk kegunaan umum harian untuk kucing kesayangan anda. \n\nIa tidak berbau dan sangat sesuai digunakan sekiranya anda mempunyai kucing peliharaan yang cerewet terhadap bau harum yang kuat pada pasir tersebut.\n\n3. Cats Best Oko Plus Organic Cat Litter\n\nJika anda memiliki kucing peliharaan dari baka Angora, anda pasti tahu bahawa baka jenis ini sangat memilih dengan pasir mereka. Kucing Angora tidak suka pasir kucing tanah liat berdebu atau kristal silika kerana ia akan tersekat pada bulunya yang panjang dan tebal. \n\nPasir kucing OkoPlus ini diperbuat daripada 100% bahan tumbuhan organik semulajadi yang sangat mudah dibersihkan dan mempunyai aroma semula jadi yang menyegarkan.\n\n4. Fussie Cat Scoopable Cat Litter\n\nPasti kucing anda inginkan pasir kucing yang selesa walaupun ia adalah anak kucing ataupun kucing dewasa. Pasir kucing terbaik inilah yang sesuai digunakan.\n\nWalaupun ia diperbuat dari tanah liat Betonite yang memiliki tekstur lembut dan halus, pasir kucing ini diformulasikan untuk mencegah kelembapan untuk tenggelam ke dasar \u2018litter box\u2019 kucing anda. \n\nPasir ini juga sangat sesuai untuk pemilik rumah yang mementingkan kebersihan kerana ianya bebas daripada habuk dan tidak akan menjadikan lantai rumah anda berselerak setelah si comel tersebut membuang najis mereka.\n\nPasir kucing ini diformulasikan untuk membantu pemilik kucing yang mempunyai masalah dari segi bau najis mereka yang kurang menyenangkan. \n\nSelain itu, pasir kucing ini juga berfungsi membunuh bakteria dan juga anti-bakteria. Menarik lagi, kebersihan rumah akan terjamin kerana pembiakan virus dan bakteria di kawasan pasir kucing tersebut dapat dikawal.\n\nJadi, kesihatan ahli keluarga anda juga terjamin dengan menggunakan pasir kucing ini, terutamanya jika ada ahli keluarga yang mengandung atau mempunyai anak kecil. \n\n6. Care Cat Betonite Cat Litter\n\nPasir kucing ini diperbuat daripada tanah liat Bentonit dan tidak seperti pasir kucing tanah liat yang lain. Pasir kucing terbaik ini adalah berkualiti tinggi justeru menjadikannya pilihan ramai pengguna. \n\nIanya diproses khas dan mempunyai kadar penyerapan air yang tinggi dan keupayaan menghilangkan bau najis tersebut. Kucing juga pasti akan selesa.\n\n7. Kit Cat Clump Charcoal Cat Litter\n\nDiperbuat 100% daripada hampas kacang soya, ianya terbiodegradasi dan mesra alam. Ia tidak akan menyebabkan kucing menjadi sakit disebabkan oleh habuk yang dihasilkan oleh pasir dan sebagainya.\n\nPasir kucing terbaik ini dijamin selamat dan bebas bahan kimia yang berbahaya. Ianya juga dikatakan menyerap kelembapan 3 kali lebih kuat daripada tanah liat biasa.\n\n8. Eco Natural Pine Wood Cat Litter\n\nSalah satu kelebihan yang ditawarkan oleh pasir kucing ini adalah ia bebas habuk dan dapat menghilangkan bau najis sebanyak 3 kali daripada pasir kucing yang lain. \n\nDengan aroma semula jadi yang menyegarkan, pasir kucing terbaik ini menjadikan sesi pembersihan \u2018litter box\u2019 kucing lebih mudah.\n\n9. Pawtnership Flushable And Aromatic Tofu Cat Litter\n\nAnda sibuk dan tiada masa untuk menukar pasir kucing sehinggakan rumah berbau? Pasir kucing terbaik dari Tofu Cat Liters ini adalah pasir kucing yang mempunyai beberapa bau pilihan. \n\nTidak hanya berbau wangi, ia juga boleh dipam terus ke dalam tandas tanpa menyumbatkan saluran paip anda. Pasir kucing ini didatangkan dengan 4 aroma yang berbeza dan anda tidak perlu lagi risau dengan bau najis mereka.\n\n10. Dr. Elsey\u2019s Ultra Premium Clumping Cat Litter\n\nPasir kucing yang berasaskan tanah liat ini diformulasikan secara unik. Ia menggabungkan butiran pasir dengan butiran sederhana, sehinggakan pasir tersebut tetap berada di dalam \u2018litter box\u2019 di mana ia berada. \n\nPasir kucing terbaik ini juga memiliki kemampuan penggumpalan yang sangat baik yang mencegah kelembapan sampai ke dasar kotak agar memudahkannya dibersihkan.\n\n11. Purina Tidy Cats Pure Nature Clumping Cat Litter\n\nPasir kucing ini terdiri daripada bahan-bahan alternatif, termasuklah serbuk pain, jagung dan cedar yang\u00a0 sangat pantas menyerap bagi memudahkan proses pembersihan. \n\nIa juga diformulasikan untuk melawan bau yang paling sukar dan menjadikan rumah anda berbau segar dan bersih. Pasir kucing ini sangat digemari oleh kucing kerana ia merasa sangat selesa.\n\nDengan tekstur lembut yang serupa dengan tanah liat, pasir kucing ini mudah digunakan oleh kucing dan aromanya sangat segar. Pasir kucing terbaik ini diperbuat sepenuhnya dari biji-bijian dan serbuk kayu untuk mencegah enzim terikat dengan cecair untuk menghentikan penghasilan bau yang kurang menyenangkan.\n\nBerikut adalah antara cadangan pasir kucing terbaik yang boleh anda cuba. Jom baca juga Printer Murah Terbaik,\u00a0wifi portable terbaik,\u00a0Microwave oven terbaik Malaysia dan termometer terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Jom ketahui petua kecantikan alami ini.\n\nCuba anda berdiri di depan Watson, Guardian, Sephora dan sebagainya, siapa yang paling ramai di situ? Golongan lelaki, boleh dibilang dengan jari saja. Yang sanggup bersesak-sesak, cuba produk berjam-jam lamanya tentunya golongan wanita. Hanya mereka saja yang ada kesabaran setinggi tu.\n\nDisebabkan permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan, maka keluarlah macam-macam jenama di pasaran. Katakan apa saja, nak produk Korea ada. Nak tiru \u00a0selebriti barat pun ada. Nak jadi macam Aishwarya Rai? Ayurveda ada.\n\nSoalnya semua ada, tinggal nak hulurkan duit saja. Ini kerana kecantikan dan wanita umpama isi dan kuku.\n\nKecantikan menjadi keutamaan supaya nampak lebih berkeyakinan di hadapan orang lain. Malahan, agama Islam sendiri menggalakkan para isteri sentiasa nampak cantik di hadapan suami.\n\nNamun, tak dapat dinafikan, produk-produk kecantikan ni bukannya murah. Jika berkemampuan dari segi kewangan, tak menjadi masalah. Namun, jika sebaliknya, ada juga kaum wanita yang sanggup ikat perut setiap bulan demi membeli produk-produk kecantikan.\n\nJangan risau. Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan petua kecantikan dengan kos yang sangat minima. Mungkin anda boleh gunakan saja bahan-bahan yang terdapat di dapur atau sekeliling rumah.\n\nTak susah pun nak cantik, yang paling penting kena rajin dan konsisten. Cubalah amalkan petua kecantikan yang dikongsikan ini. Pasti tak lama lagi anda akan nampak perubahan pada diri.\n\nDah bersedia nak berubah menjadi lebih cantik? Jom baca!\n\nPerkara paling penting yang anda perlu lakukan sejurus bangun tidur ialah minum segelas air suam. Kajian mendapati minum air setiap pagi memberi banyak manfaat kepada tubuh badan. Amat digalakkan untuk minum air sebelum menggosok gigi.\n\nMalahan, Nabi Muhammad S.A.W suka mencampurkan madu di dalam air sejuk. Khasiatnya terbukti dari aspek kesihatan misalnya mengurangkan batuk dan kahak. Selain itu, kita juga boleh mencampurkan jus lemon yang kaya dengan vitamin C.\n\nPastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari bergantung pada berat badan. Untuk lebih mudah mengira, untuk setiap 25kg, kita perlu minum sebanyak 1 liter air.\n\nKalau nak nampak cantik, jangan tumpukan pada kecantikan kulit wajah saja. Kekurangan pada wajah masih boleh disembunyikan dengan solekan. Aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah pemakanan.\n\nAspek inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan wanita. Pasti anda pernah dengar \u201cYou Are What You Eat\u201d (Anda ialah cerminan apa yang anda makan).\n\nUntuk nampak bertenaga dan sihat juga merupakan sebahagian daripada kecantikan mental dan fizikal. Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Paling mudah, amalkan konsep \u201cSuku-Suku Separuh\u201d yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.\n\nKurangkan pengambilan makanan segera, makanan diproses, air berkarbonat dan sebagainya. Sebaliknya, ikut piramid makanan untuk mendapatkan nutrien lengkap dalam pemakanan harian.\n\nSelain menjaga kesihatan dan dijauhi penyakit, kita pun akan nampak bertenaga dan berseri-seri. Tak guna kalau cantik, kalau asyik sakit saja kan?\n\nSelain minum air secukupnya dan menjaga pemakanan, wanita juga perlu mengamalkan gaya hidup yang aktif. Bunyinya klise, tapi itulah hakikatnya.\n\nTak perlu menjadi pengunjung setia gim, boleh saja bersenam di rumah. Setiap hari, cukuplah bersenam selama 30 minit. Jika berasa malas sekalipun, lakukan saja aktiviti di rumah seperti mengemop, menyapu dan sebagainya.\n\nSetelah seharian tubuh badan bekerja keras, kita perlu merehatkan diri. Caranya ialah mendapatkan tidur yang cukup antara 7 hingga 8 jam. Bayangkan jika tak cukup tidur, esoknya macam mana keadaan rupa kita?\n\nDengan wajah yang sembap, mood yang melayang dan yang paling teruk, orang nak tegur kita pun takut. Jika dibiarkan lama-lama, bukan wajah saja nampak tak bermaya, kesihatan pun akan terjejas.\n\nKita jangan hanya fokus pada kecantikan luaran sahaja, aspek rohani juga penting. Macam mana kita jaga kecantikan wajah dan tubuh badan, begitulah caranya kita menjaga dalaman juga.\n\nBersihkan jiwa dan hati. Jaga hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia. Patuhi suruhan dan jauhi larangan yang ditetapkan oleh agama. Jika dalaman kita bersih, keindahan hati akan terserlah di wajah.\n\nJika anda rasa boleh amalkan kelima-lima petua kecantikan yang paling asas di atas, sambung baca petua kecantikan seterusnya.\n\nSetiap manusia mempunyai jenis kulit yang berbeza. Ada yang mempunyai kulit kering, berminyak, normal dan kombinasi.\n\nOleh itu, pastikan kita menggunakan produk yang betul dan sesuai dengan jenis kulit. Jangan hanya baca testimoni produk dalam Internet tanpa mendapatkan nasihat daripada pakar. Tak semua produk sesuai dengan kita.\n\nLambakan produk timbang kilo di pasaran juga perlu diberi perhatian. Jangan tersalah pilih produk yang mempunyai bahan kimia yang tinggi seperti merkuri dan hidrokuinon. Masalah lain pula yang muncul nanti.\n\nJika terdapat tompok hitam di wajah disebabkan oleh sunburn, boleh cuba petua ini. Caranya hanya gunakan hirisan buah lemon dan letakkan di kawasan yang bermasalah. Namun, petua ini tak sesuai untuk kulit kering dan sensitif ya!\n\nBagi orang yang mempunyai masalah kulit kering boleh cuba tips ini. Campurkan 1 sudu kecil gula pasir, sedikit air, sedikit susu segar (dipanaskan dan dibiarkan suam).\n\nSapukan campuran tadi di wajah, kemudian diurut lembut. Biarkan selama dua minit dan kemudian dicuci bersih. Jika terdapat kulit kering sehingga kelihatan bersisik di bahagian lengan dan kaki, boleh juga cuba petua ini.\n\nJika usia sudah mula mencapai 30 tahun, garis-garis halus mula menampakkan diri. Perkara ni paling ditakuti wanita. Masalah ni sering tertumpu di bahagian tepi bibir, sekitar mata dan dahi. Jika dibiarkan, senang nampak berusia.\n\nJika ada tanam pokok bunga geranium, ambil beberapa helai daunnya. Kemudian, rendam di dalam air suam selama beberapa jam. Sapukan di wajah air rendaman tersebut. Untuk hasil yang baik, pastikan anda berbaring selama 15-30 minit.\n\nPetua ni boleh diamalkan oleh orang yang mempunyai kulit kering mahupun berminyak. Ambil sebiji buah avocado yang dihancurkan, 1 sudu teh jus lemon dan putih telur. Sapukan di tempat yang bermasalah selama beberapa minit.\n\nKadangkala wajah kita boleh membengkak disebabkan bisul, jerawat dan sebagainya. Jangan risau, ada cara untuk selesaikan masalah ni.\n\nAmbil sebiji epal yang dikupas kulit, kemudian kisar. Campurkan dengan 1 sudu besar madu, kuning telur, 1 sudu besar cuka epal dan 3 sudu besar minyak badam. Kemudian, sapu di tempat yang bengkak tu. Cuba beberapa kali sehinggalah bengkak menjadi surut.\n\nJika kita tak rajin scrub muka, maka sel kulit mati yang terkumpul akan menyebabkan wajah nampak kusam. Untuk menghindari masalah kulit kusam, apa kata cuba petua ni.\n\nKisar separuh kentang dan ambil jusnya dalam 1 sudu besar. Campurkan dengan serbuk multani mitti (boleh didapati di kedai India). Campurkan kedua-duanya menjadi pes pekat dan sapukan di seluruh muka. Tunggu sehingga kering.\n\nSiapa yang tak suka wajahnya sentiasa awet muda kan? Nak nampak muda remaja, kenalah rajin buat petua kecantikan ni.\n\nAmalkan minum jus pegaga atau peria setiap pagi. Pahit tu biasanya ubat yang paling mujarab tau.\n\nKalau suka wap muka boleh cuba petua ni. Ambil setengah biji lemon yang dihiris nipis, sedikit kulit oren, serbuk cendana dan kelopak bunga ros. Masukkan kesemuanya dalam 5 hingga 6 cawan air panas. Wapkan ke arah muka, ikut keselesaan tau.\n\nAtas faktor usia, biasanya kulit wajah kita akan mula kendur. Jangan risau, kita boleh melengahkan proses penuaan dengan cara urutan.\n\nSetiap pagi dan sebelum tidur, urut wajah sambil berselawat. Caranya, mulakan urutan dari arah dagu menggunakan kedua-dua belah tapak tangan dan tolak ke atas. Buat secara lembut saja. Ini juga masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita disebabkan faktor genetik dan penyakit seperti Pcos. Cara mudah yang biasanya dibuat untuk hilangkan bulu di kaki dan tangan ialah dengan cara mencukur.\n\nKesannya berlaku keradangan kulit dan bulu roma tumbuh semakin kasar. Petua mudah ialah ambil sedikit serbuk kunyit untuk kecantikan dan sedikit serbuk dhal hitam. Campurkan kedua-duanya dengan sedikit air mawar untuk menjadikan pes pekat.\n\nSapukan di tempat yang bermasalah dan biarkan hingga kering. Buat dengan kerap untuk hasil yang pantas. \u00a0\n\nPastinya kita malu nak bersalam tangan dengan orang lain, jika tapak tangan kasar dan kesat. Untuk atasi masalah ni, gosokkan hirisan limau nipis di kedua-dua belah tapak tangan.\n\nKadangkala bila menggunakan pengangkutan awam, perkara yang tak sanggup kita hadapi ialah bersesak-sesak dengan penumpang lain. Macam-macam bau pun ada.\n\nNamun yang lebih malang, tanpa disedari kita juga salah seorang penyumbang bau-bauan yang tak menyenangkan tu. Jadi, apa petua terbaik untuk atasi masalah ni?\n\nRamas beberapa helai daun sirih, campurkan dengan bunga-bungaan yang wangi dan sebiji lemon yang dihiris nipis. Campurkan kesemuanya dalam tadahan air untuk mandi. Biarkan seketika. Kemudian, mandi seperti biasa.\n\nMenurut laman web Healthine, serbuk teh hijau merupakan medium terbaik untuk atasi masalah jerawat. Jika tiada serbuk teh hijau, bentuk uncang juga boleh digunakan. Caranya mudah. Sapu di bahagian berjerawat.\n\nNi satu lagi masalah wanita jika sudah mula berumur dan kurang menjaga aspek kecantikan kulit.\n\nGunakan daun sirih yang ditumbuk halus, sapukan di tempat bermasalah. Selain itu, boleh juga gunakan getah bawang merah untuk atasi masalah ni. Pastikan rajin mencubanya sehingga jeragat semakin pudar. Paling penting, rajinkan diri pakai krim sunblock. \u00a0\u00a0\n\nMacam mana? Puas hati tak dengan petua kecantikan yang diberikan? Diharapkan pembaca semua konsisten dalam mencuba petua-petua ni.\n\nPerlu diingatkan, tak semua tips ni mujarab bagi kita. Jika masalah masih berlarutan, dapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar.\n\nAnda boleh kongsikan artikel ni kepada ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. Sharing is caring!\u00a0Jika ada yang dah cuba petua kecantikan yang disenaraikan ni, bolehlah berkongsi dengan kami dan pembaca yang lain. \u00a0\n\nJemput juga baca artikel tentang tips kulit cantik petua kempiskan perut dan scrub muka terbaik"
"Rezeki yang tidak diduga seperti kerja baharu, kesihatan yang berpanjangan, rumah yang besar, anak yang ramai dan lain-lain lagi adalah anugerah terindah kurniaan Allah SWT. Ia tidak tertakluk kepada wang ringgit dan harta benda semata-mata.\n\nYang pasti, rezeki juga adalah kehidupan yang bahagia, berjaya dan mencukupi bagi setiap orang. Sama ada cukup atau tidak, yang penting rezeki tersebut adalah berkat. Apabila berkat, anda akan sentiasa rasa cukup, tidak mengalami kepayahan dan kesukaran dalam sesuatu perkara. Pendek kata, semua urusan anda berjalan dengan lancar.\n\nSeseorang mukmin yang mencari rezeki di atas muka bumi Allah ini perlu meletakkan niat, azam atau disebut juga dengan \u2018Iltizam\u2019 di dalam hati masing-masing. Mencari rezeki bukan sahaja untuk mendapat kesenangan hidup tetapi mesti meletakkan keutamaan bagi mendapatkan rezeki yang halal dan barakah serta diredhai oleh Allah S.W.T. \n\nDalam usaha untuk menjemput rezeki yang halal dan berkat, seseorang muslim mestilah menurut segala perintah agama sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Kemudiannya, dituruti oleh para sahabat serta ulama-ulama pada masa kini. \n\nTerdapat beberapa punca dan syarat bagi seseorang mukmin itu mendapatkan rezeki yang baik dan berkat sentiasa. Kemungkinan terdapat beberapa sebab kenapa sesuatu rezeki itu berkat dalam kehidupan anda. Sekaligus menjadikan seseorang manusia itu hidup dalam keadaan yang tenang, lapang dan bahagia. \n\nTerdapat beberapa punca rezeki masuk tanpa diduga untuk umat Islam amalkan dalam mencari rezeki yang berkat dan diredhai oleh Allah S.W.T.. Bagi anda yang nak tahu punca rezeki masuk tanpa diduga ni, jom ikuti sampai habis ya? Semoga rezeki kita sering mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.:\n\n1. Niat Mencari Rezeki Kerana Allah S.W.T.\n\nSeseorang yang mencari rezeki hendaklah memasang niat untuk bekerja kerana Allah dan membantu umat Nabi Muhammad S.A.W. Apabila seseorang mukmin telah membetulkan niatnya mencari rezeki kerana Allah, mereka akan melakukan pekerjaan yang halal, jujur dan ikhlas tanpa mempertikaikan jumlah rezeki yang diperolehi tidak kiralah sikit ataupun banyak. \n\nKeberkatan rezeki datang dalam niat seseorang walaupun setiap manusia mempunyai bentuk rezeki yang berbeza-beza. Ada yang mendapat rezeki dalam bentuk material seperti kenaikan pangkat, jumlah pendapatan yang banyak dan terdapat juga mereka yang gajinya tidak besar tetapi kesihatannya sentiasa baik, anak-anak yang bijak pandai dan sebagainya. Justeru niat bekerja sebagai satu ibadah akan mendatangkan keberkatan rezeki kepada kita. \n\nUntuk mendapat rezeki yang berkat, seseorang itu hendaklah membiasakan diri dengan amalan bangun di awal pagi kerana Rasulullah S.A.W. sering berdoa kepada Allah S.W.T. agar memberkati umatnya yang bangun di awal pagi. \n\nJusteru, dengan menjalani kehidupan di awal pagi bukan bertujuan untuk mengejar kekayaan dunia, tetapi untuk mendapat keberkatan rezeki. Para ulama dan sahabat memulakan hari mereka seawal pagi untuk merebut doa Rasulullah SAW dan seterusnya mendapat kehidupan yang berkat.\n\n Bagi sesetengah para ulama yang menjalankan perniagaan, di siang hari mereka gigih mencari rezeki dan apabila menjelang malam, mereka menghabiskan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT.\n\nBersedekah adalah memberikan sedikit sebanyak sebahagian yang kita miliki kepada orang lain. Allah S.W.T menjanjikan balasan ataupun pulangan yang pasti kepada mereka yang bersedekah untuk orang lain tidak kiralah apa jua bentuk sedekah sekali pun. \n\nKeberkatan rezeki juga datang asbab dari bersedekah. Walaupun bersedekah pada awalnya dapat mengurangkan harta yang kita miliki, namun, Allah S.W.T. akan menggantikannya dengan berlipat-lipat ganda rezeki. \n\nNamun begitu, bersedekah sebaik-baiknya dengan niat kita berharap mendapatkan balasan di akhirat berbanding mengharapkan balasan di dunia.\n\nBersyukur merupakan cara untuk berterima kasih atas rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Lihat sajalah, bagaimana Allah S.W.T. sangat mudah memberi rezeki yang lebih kepada mereka yang sering bersyukur. \n\nAda saja rezeki bagi mereka yang tidak mengeluh, walaupun dalam keadaan yang terbatas dan serba kekurangan. Itu kerana mereka mendapat keberkatan rezeki.\n\nBukankah perkara ini juga sudah dijanjikan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran, bahawa sesiapa yang bersyukur maka Allah akan menambahkan nikmat-Nya namun bagi mereka yang mendustakan, maka akan mendapat azab yang pedih. Firman Allah S.W.T. :\n\n\u201c(Ingatlah) ketika Rabbmu memaklumkan, \u201cSesungguhnya jika kalian bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, akan tetapi jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.\u201d\n\nIstighfar juga menjadi salah satu amalan punca rezeki masuk tanpa diduga dan mendapat keberkatan rezeki. Kadang-kadang, dosa yang telah kita lakukan akan menutup pintu rezeki dalam diri walaupun kita sudah berusaha sebaik mungkin.\n\nIstighfar merupakan zikir memohon ampun atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan dan mendapatkan keberkatan rezeki kembali. Imam Al-Hasan Al-Bashri juga menyuruh manusia beristighfar jika mengalami kesusahan, kemiskinan, tanaman yang sedikit hasilnya serta menginginkan zuriat. Jadi, perbanyaklah istighfar dalam apa jua kesusahan sekali pun. Firman Allah S.W.T. :\n\n\u201cDan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan, dan Dia juga akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaan-Nya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa seksa di hari Kiamat\u201d.\u00a0\n\nApa yang perlu difahami oleh kita semua adalah rezeki yang sedikit tetapi berkat dan bercukupan adalah jauh lebih baik dari rezeki yang melimpah ruah tetapi tidak berkat. Semoga rezeki kita semuanya mendapat berkat. Jom baca juga amalan menjemput rezeki, sebab solat dikaitkan dengan rezeki dan Doa murah rezeki."
"Kek yang cantik dan menawan tentu akan menarik hati sesiapapun untuk memakannya. Mulai daripada bentuk luaran kek yang cantik dan kemas. Bahagian dalam kek yang lembut, gebu dan gebas juga perlu diperhatikan.\n\nSeperti kek marble yang bentuk luaran nya cantik. Banyak kreativity orang membuat kek marble sehingga tampilan dia sangat cantik. Kek marble ialah kek dengan rupa berjalur atau bertompok yang dihasilkan dengan campuran ringan tak sekata adunan kek gelap dan cerah.\n\nKek marble biasanya dibuat daripada campuran kek vanila dan cokelat, di mana sebahagian besar keknya terdiri daripada adunan vanila, dengan jaluran cokelat. Seperti resepi kek marble yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di Facebook. Kek yang dihasilkan sangat cantik bercorak belang macam zebra, membuat siapapun yang melihat ingin menyantap kek ini.\n\nKek ini dibuat dengan cara dibakar, namun anda pula boleh membuat dengan cara kukus. Sila cuba resepi yang sudah kami kemas untuk anda di bawah ini dan hasilkan kek marble yang sangat menarik.\n\n1. Mula-mula mix mentega dan gula sampai kembang.\n\n2. Lepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji. Mix sampai gebu.\n\n3. Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit dan mix lagi sampai sebati.\n\n4. Setelah mix sebati, masukkan susu pekat dan esen vanilla. Mix sampai gebu.\n\nSampai jadi gebu kembang macam ini ya.\n\n6. Ambil setengah adunan masukkan 1 sudu besar serbuk koko. Tambah sedikit coklat emulco.\n\n7. Kemudian bakar dalam oven dalam 45-50 minit suhu 170\u00b0C api atas bawah.\n\n8. Kalau sudah siap keluarkan dari oven biar suam baru keluarkan dari loyang.\n\nSelain resepi kek marble, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anda pasti teruja jika dikaitkan dengan kartunis terkenal. Sekali lagi, Kleenex dengan kerjasama dengan kartunis terkenal tanah air iaitu Datuk Lat telah menghasilkan tisu edisi kartun nostalgia yang menarik.\n\nEdisi kali ini adalah sempena bulan Ramadhan dan juga raya dengan tema kempen #SoftIsStrong. Kempen ini adalah untuk menghargai kelembutan yang ada pada diri dengan menzahirkan pada rakan dan saudara sekeliling. Seterusnya daripada situ kempen ini diharap dapat mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.\n\nEdisi ini adalah agak limited. Anda pasti teruja dengan nostalgia tentang keharmonian amalan mulia sesama insan dan keindahan kampung yang biasa ditonjol oleh Datuk Lat dalam versi cetakan ini.\n\nJadi apa lagi, jika anda peminat Datuk Lat, jom dapatkan.\n\nUntuk maklumat lanjut berkaitan #SoftisStrong, dengan kerjasama Datuk Lat, sila layari https://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia"
"Sesiapa yang tercari resepi cream cheese, sila singgah di laman ini kerana kami akan berkongsikan resepi cream cheese brownies sedap sangat-sangat.\n\nCream cheese brownies mudah sangat. Boleh jadi pilihan menu pantas untuk hidangan istimewa. Bila kena baking cepat sebab tetamu hampir sampai, cream cheese brownies inilah penyelamat.\n\nKesemua bahan memang mudah didapati. Rasanya yang sedap menjadikan cream cheese brownies kegemaran kawan-kawan anak yang berkunjung. Mana tidaknya! Brownies coklat campur dengan cheese lagi lah digilai anak-anak.\n\nTanpa tunggu lama, mari lihat perkongsian ramai cream cheese brownies daripada Ida Alina Salleh yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nCara menyediakan cream cheese brownies :\n\nSelain resepi cream cheese brownies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jagung adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Jagung selalu dimasak secara rebus atau kukus, kemudian letak sedikit butter dan garam pada jagung. Memang sedap rasanya, lebih-lebih lagi jagung segar yang baru dipetik dari ladang. \n\nJagung juga telah dipelbagaikan cara masakannya. Jagung yang sudah dipisahkan dari tangkainya dan dikukus, digaulkan dengan susu, butter dan garam sedikit untuk memberi rasa manis. Ia juga boleh dimasak bersama nasi.\n\nJagung mempunyai banyak khasiat antaranya, seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi. Tetapi adakah anda tahu rerambut pada jagung itu sendiri juga ada khasiatnya?\n\nApakah khasiat rerambut pada jagung itu sendiri?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai khasiat air rebusan rerambut jagung. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri. \n\nRerambut jagung (Stigma maydis) adalah bahan buangan dari penanaman jagung telah diamalkan semenjak dahulu sebagai sumber\u00a0alternatif terhadap pelbagai penyakit. Ia telah digunakan sebagai ubat tradisional oleh msyarakat China, Turki, Amerika Syarikat dan Perancis.\n\nRerambut jagung juga digunakan untuk membantu mencegah pembentukan batu karang, sebagai diuretik, gangguan prostat, kencing malam, jangkitan kencing dan masalah kegemukan.\n\nAir rebusan rerambut jagung mempunyai bahan yang boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah\n\nIanya bertindak dengan meningkatkan pengeluaran insulin, memulihkan sel- sel pankreas yang cedera dan mengawal paras gula.\n\nRerambut jagung juga digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina untuk membantu pesakit buah pinggang\n\nBahan berkhasiat dalam rerambut jagung dikenali sebagai flavonoid, 3\u2032-methoxymaysin dan terbitan maysin\n\n*Jadi selepas ini, jika beli jagung tidak perlu lagi membuang rerambut pada jagung. Rerambut itu kita boleh guna jadikan air rebusan untuk kita minum. Begitu banyak sekali khasiat rerambut jagung, tetapi jika rasa ragu-ragu, pergi berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Mason jar salad untuk makan tengah hari atau makan malam. Resepi salad ini amat bermanfaat untuk sesiapa yang ingin berdiet.\n\nSalad diet yang diperbuat daripada sayur- sayuran seperti salad, cherry tomato, carrot, timun, kubis dan sedikit protein berasal daripada ayam atau telur atau udang.\n\nResepi salad sayur ini boleh dibuat menggunakan sayur apa-apa sahaja yang anda sukai mengikut kegemaran sendiri. Janji sihat dan sedap.\n\nAilin Abdullah berkongsikan resepi salad sayur untuk diet di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi salad sayur untuk diet, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Jenama probiotik yang bagus pastinya menjadi pilihan mereka yang mempunyai masalah sistem imun lemah. Probiotik merupakan sejenis suplemen yang membantu untuk sistem pencernaan. Suplimen ini juga merupakan bakteria baik yang digunakan untuk manfaat kesihatan. Probiotik terdapat dalam pelbagai bentuk pil. \n\nTerdapat banyak manfaat menggunakan probiotik yang baik untuk badan. Antara manfaat yang utama ialah dapat meningkatkan sistem imun. Penggunaan probiotik yang utama ialah dapat mengimbangkan bakteria baik dan bakteria jahat. Hal ini penting untuk memastikan kesihatan usus dan sistem imun yang sempurna. \n\nPenggunaan probiotik juga dapat memberikan kesan imun dengan mengaktifkan sel yang dapat mencegah penyakit. Hal ini seterusnya dapat menghalang berlakunya penyakit usus radang. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa probiotik meningkatkan badan dari terkena penyakit disebabkan oleh sistem imun badan yang lemah.\n\nJika anda mempunyai sistem badan yang lemah, anda boleh mengambil probiotik bagi meningkatkan sistem imun seterusnya menjadikan badan lebih sihat. Senarai di bawah menunjukkan jenama probiotik yang bagus untuk anda cuba.\n\nKetidakseimbangan microflora di mana bakteria jahat lebih banyak dari bakteria baik menyebabkan seseorang itu lebih mudah dijangkiti. Probiotik ini mempunyai 18 jenis bakteria yang bagus untuk penghadaman sistem imunisasi badan.\n\nSelain itu, probiotik ini juga mempunyai banyak kebaikan seperti perut kembung, keletihan selepas makan, cirit-birit dan sembelit. Probiotik ini juga perlu diambil satu atau dua biji kapsul selepas makan dan anda juga disarankan untuk mengambilnya pada waktu pagi. Jenama probiotik ini juga telah mendapat pengiktirafan dari KKM. Jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan jenama probiotik ini.\n\nJika anda mencari makanan tambahan, probiotik Blackmores Probiotics+ Daily Health ini pastinya menjadi pilihan anda. Jenama ini mengandungi lebih daripada 30 bilion jenis bakteria baik yang elok untuk badan. Probiotik ini juga membantu untuk memulihkan pencernaan yang dapat mengekalkan kesihatan usus.\n\nBlackmores juga merupakan probiotik yang dapat melegakan ketidakselesaan akibat masalah penghadaman. Selain itu, probiotik ini juga dapat mengekalkan lapisan mukosa yang terdapat pada sistem pencernaan agar kekal sihat. Jika anda menggunakan probiotik ini secara berterusan, ia dapat menyokong kesihatan badan anda.\n\nJenis probiotik ini tidak perlu disimpan di tempat yang sejuk. Probiotik ini sesuai untuk orang dewasa. Probiotik ini juga datang dalam bentuk kapsul yang membuatkan ia lebih mudah dimakan.\n\nGKB Kids Probiotic + Vitamin C\n\nGKB Kids Probiotic + Vitamin C merupakan jenama probiotik yang bagus untuk kanak-kanak. Sama seperti probiotik Blackmores, probiotik ini juga berfungsi untuk memberikan kesihatan pada usus. Jenis probiotik ini bukan sahaja dapat meningkatkan aktiviti sel pembunuhan semula jadi, mahal dapat memberikan kesihatan yang lebih baik kepada anak-anak anda.\n\nJenis probiotik yang terdapat dalam produk ini ialah Lactobacillus Paracasei. Berlainan dengan probiotik yang dikhususkan untuk orang dewasa, probiotik ini direka dengan rasa yang sangat sedap. Hal ini pastinya menjadikan pengambilan probiotik lebih mudah. Produk ini juga merupakan antara produk probiotik yang disyorkan oleh ahli farmasi.\n\nLacto 5 merupakan probiotik yang mempunyai 10 billion bakteria hidup yang baik untuk usus anda. Jenama probiotik ini sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.\n\nKesemua senarai bakteria yang terkandung dalam kapsul ini sangat bagus untuk penjagaan usus yang sihat. Lebih menarik lagi probiotik ini juga dapat merawat cirit-birit, sakit perut, kembung perut dan sembelit. Produk ini juga bebas allergen.\n\nProduk ini tidak perlu di simpan di dalam peti sejuk serta dikonsumi selepas makan iaitu sebanyak 1 kapsul. Anda tidak perlu risau kerana produk ini telah mendapat pengiktirafan dari KKM.\n\nJenama probiotik ini berfungsi untuk mengimbangkan bakteria yang sihat di dalam usus. Produk ini juga membantu dalam merawat jangkitan gastrik usus dan cirit-birit. Selain itu, probiotik jenis ini juga merangsang tindak balas imun bagi memastikan badan lebih tahan dari terkena penyakit.\n\nSelain itu, Jenama ini juga telah dikaji oleh dua jenis saintis Boston. Hal ini adalah untuk membantu kesihatan usus manusia agar lebih sihat. LactoGG Probiotic sangat sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jenama ini juga sering dijadikan suggestion para dokter di hospital kerana sesuai untuk kegunaan sesisi keluarga.\n\nKalau bercakap mengenai kesihatan, usus merupakan antara organ yang penting. Hal ini kerana kesemua makanan akan melalui saluran ini untuk dipecahkan kepada mikro-mikro tertentu. Produk USANA ini membantu membawa keseimbangan pada perut anda dan membantu mengekalkan usus yang sihat.\n\nJenama ini tersenarai di antara jenama probiotik yang bagus untuk kesihatan anda. Probiotik ini juga mengandungi 12 billion bakteria yang terbukti baik dan berkesan secara klinikal. Probiotik ini membekalkan peningkatan baik ke dalam usus dan memastikan sistem berjalan dengan lancar.\n\nAntara kebaikan mengambil probiotik ini ialah dapat menggalakkan penghadaman yang baik serta membantu penyerapan nutrien yang lebih baik. Selain itu, probiotik ini mengatur sistem pencernaa serta menyokong imun yang sihat. Produk ini berbentuk serbuk yang boleh dicampurkan dengan air sejuk mahupun makanan.\n\nWalaupun rasa serbuk probiotik ini manis, serbuk ini bebas dari kandungan gula, gluten dan bebas tenusu. Probiotik ini juga menggunakan sistem penghantaran canggih yang menjamin produk akan kekal berkesan sekurang-kurangnya 18 bulan apabila disimpan pada suhu bilik. Probiotik ini juga mudah didapati, jadi anda boleh membeli di mana-mana sahaja.\n\nJenama probiotik ini telah disahkan secara klinikal dapat menyokong fungsi sistem imun yang sihat. Antara kebaikan dan fungsi probiotik jenama ini ialah dapat membantu mengekalkan integriti lapisan usus dan menyokong motilitas usus yang betul.\n\nNowFoods Probiotic-10 25 billion termasuk dalam senarai jenis probiotik yang bagus untuk anda. Anda bukan sahaja dapat memastikan kesihatan usus anda, tetapi anda juga dapat bermula dengan pengalaman hidup sihat.\n\nProduk ini juga bebas susu, soya dan gluten yang sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan. Jadi, secara tak langsung, produk ini sememangnya sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan tertentu. Produk probiotik ini hanya boleh didapati di iHerb dan disyorkan antarabangsa\n\nSekiranya anda mencari probiotik yang murah tetapi membantu memberikan sistem penghadaman yang baik, probiotik jenama 21st Century Probiotics mungkin menjadi pilihan anda. Probiotik ini juga boleh didapati dalam kapsul sayuran bagi memudahkan perut menghadam kapsul.\n\nKapsul ini juga mengandungi 4 jenis bakteria baik yang berbeza. Kandungan yang terdapat dalam kapsul ini juga dapat membantu proses penghadaman dengan mencerna laktosa dan protein. Probiotik ini juga dapat membersihkan saluran usus dan menggalakkan usus untuk bekerja secara normal.\n\nLebih penting lagi, Produk ini dapat menghalang dari terkena masalah penyakit gastrik. Kapsul ini dikonsumi selepas makan.\n\nJenama probiotik yang bagus lain ialah Atomy Probiotics 10+. Tidak dinafikan probiotik dalam bentuk serbuk membuatkan anda lebih mudah untuk mengambilnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, probiotik jenis serbuk boleh dicampurkan kedalam air atau menuangkannya terus ke dalam mulut.\n\nDisamping itu, kelebihan yang terdapat dalam probiotik ini juga adalah dapat menjadikan kulit lebih sihat. Mengambil antibiotik juga dapat mengurangkan selesema kerana sistem imun yang telah dipertingkatkan.\n\nProduk berjenama ini juga mengandungi 3 billion probiotik dengan 13 jenis bakteria dengan fungsi yang berbeza. Bagi orang dewasa, probiotik ini perlu diambil sebanyak 1 paket manakala untuk kanak-kanak, hanya perlu mengambil sebanyak 1 per 4 paket dan remaja adalah sebanyak 1 per 2 peket.\n\nJika anda mencari jenama probiotik yang sesuai untuk dikonsumsi oleh pelbagai peringkat umur, probiotik MegaFood Megaflora pastinya menjadi pilihan anda. Probiotik ini bukan sahaja dapat membantu sistem pencernaan menjadi lebih baik, namun menjimatkan kos anda untuk membeli probiotik yang sesuai untuk semua peringkat umur.\n\nSelain itu, probiotik ini mempunyai campuran 14 jenis probiotik unik dengan 20 billion bakteria aktif yang baik untuk usus anda. Anda juga tidak perlu risau dengan bahan kandungan yang digunakan. Hal ini kerana probiotik ini menggunakan bahan yang berasaskan tumbuhan.\n\nProbiotik ini juga disarankan untuk disimpan ke dalam peti sejuk. Anda juga boleh mengambil probiotik ini sekali sehari bersama dengan makanan mahupun minuman. Bilangan kapsul juga sangat banyak iaitu sebanyak 90 kapsul. Jadi anda boleh menggunakannya dengan lama. Memang berbaloi!\n\nPengambilan probiotik secara berterusan pastinya dapat memberikan kesan yang positif terhadap tubuh badan. Probiotik pada asasnya adalah bakteria baik yang ditugaskan untuk mengimbangi jumlah bakteria jahat yang terdapat di dalam badan kita. Sekiranya anda mempunyai masalah cirit-birit, perut kembung dan masalah perut yang lain, pengambilan probiotik dapat membantu anda.\n\nSenarai di atas merupakan antara jenama probiotik yang bagus untuk anda cuba. Walaupun kesihatan badan sangat penting, 80 peratus dari kesihatan bermula dari usus yang baik. Penggunaan probiotik secara berterus dapat membantu badan anda lebih sihat.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:"
"\u201cFaris ni berapa kali mama cakap jangan buat macam ni, Faris nak mama pukul ke atau nak mama kurung Faris dalam bilik air?\u201d marah seorang ibu kepada anaknya.\n\nSituasi begini normal berlaku dalam kalangan ibu dan anak. Tetapi jika situasi seperti ini berterusan, ia boleh menyebabkan tekanan kepada ibu dan anak itu sendiri. Oleh itu, si ibu perlu bijak dalam mengawal emosi bagi mengelakkan perkara negatif berlaku kelak.\n\nMana-mana ibu sekalipun akan merasa rimas apabila melihat keadaan anak yang menangis dan tidak mendengar kata bila berada di luar rumah contohnya di pusat membeli belah kerana merengek untuk membeli barang mainan atau\u00a0 benda yang menarik perhatiannya. Bagi si anak, menangis merengek dan berguling itu merupakan tiket untuk meraih sesuatu yang diingininya. Situasi seperti ini memang menguji kesabaran dan emosi ibu bapa, segelintir daripadanya mengambil jalan mudah iaitu dengan membeli apa yang diingini anak mereka, ada juga yang menggunakan jalan penyelesaian dengan memukul atau mencubit anak mereka dan membuatkan anak mereka menangis lebih kuat serta menjadi perhatian orang ramai, tidak kurang juga yang tidak mengendahkan anak-anak mereka dengan membiarkan anak menangis.\n\nMengambil tindakan memukul dan memarahi anak merupakan satu tindakan yang dipengaruhi emosi amarah dan ini adalah suatu tindakan yang kurang bijak. Sebagai seorang dewasa dan matang, seorang ibu atau ayah perlu menangani masalah berkaitan dengan anak-anak mereka dengan lebih bijak iaitu perlu mengawal emosi anda kerana tindakan yang dipengaruhi emosi bukan sahaja menambahkan lagi tekanan pada anda tetapi boleh membahayakan si kecil itu sendiri.\n\nSi ibu boleh menggunakan kelembutan dalam menasihati anak dan ini akan membuatkan anak lebih hormat kepada anda seperti, \u201canak mama sayang. Jangan nangis, nanti mama belikan adik benda yang lebih baik lagi untuk adik daripada mainan ini. Jangan menangis macam ni, anak mama kan comel.\u201d\n\nBerilah peluang kepada si kecil untuk luahkan apa yang dia sedang rasakan. Dengarlah bicaranya walaupun kadangkala perkara yang dikatakan tidak logik, dengan itu si anak akan merasa lebih dihargai. Selalunya ibu bapa akan meninggikan suara dan menyuruh anaknya diam, ketika mereka sedang marah, anak akan fikir bahawa anda tidak memahami perasaannya.\n\nSi kecil akan lebih merasa dihargai apabila anda melayan mereka dengan cara yang betul iaitu tidak menambahkan bara yang sudah sedia ada pada mereka serta pujilah sikap positif yang ditunjukkan oleh mereka dan ini merupakan motivasi untuk mereka meneruskan tindakan yang baik."
"Selamat petang semua. Pernahkah anda memakan kek Milo?\nJadi, selain dibuat susu, rupanya Milo juga boleh dijadikan kek. Rasa kek Milo ini pun sangat sedap dan lazat tidak kalah dengan resipi kek coklat umumnya.\n\nResepi kek Milo ini mudah sahaja. Tidak memakan masa dan tidak leceh. Sangat simple dan sesuai untuk anda para wanita yang ingin membuat kek dengan pantas namun sedap sangat! Confirm anak-anak anda dan keluarga anda akan sangat menyukai kek Milo.\n\nBahan-bahan untuk membuat kek Milo juga sangat simple dan senang didapat. Tidak perlu pakai sodium bikarbonat, marjerin dan bahan lain-lain yang leceh. Namun meskipun cara membuatnya sangat simple tapi rasanya sedap sangat! Membuat ingin makan dan makan lagi.\n\nBaiklah, sekarang masanya kami mengongsikan resepi kek Milo yang viral ini. Resepi yang dikongsikan oleh Sara Vee di Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai daripada netizen. Sekarang masanya anda pula membuat kek viral ini. Jemput baca resepi di bawah ini.\n\nResepi Kek Milo (Viral dan Sedap Sangat)\n\nMaka jadilah seperti gambar. Selepas itu tidak payah guna tepung memang wow lah!\nChewwy gowwy brownies milo. Sedap!\n\nSelain resepi Kek Milo viral dan sedap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sebelum ini pernah viral resepi daging harimau menangis ini mungkin dek kerana bahagian daging lembu yang unik. Dicicah pula dengan sos sambal Thai cukup membuatkan anda termimpi-mimpi bila makan.\n\nMaksud daging harimau menangis ini ialah bahagian daging yang dikatakan sangat lembut bila dimakan dan mudah empuk bila dimasak. Resepi daging harimau menangis ini asalnya dari negara jiran kita iaitu Thailand, dan dikatakan juga hidangan yang sangat popular disana.\n\nSekarang pun ramai yang dah mula menjual daging harimau menangis ini, tapi harga pun boleh tahan. Jadi jika anda craving daging level kayangan ini apakata anda cuba resepi yang dikongsikan oleh Sitisarah Hamid ini beserta dengan resepi sos pencicah sekali. Pasti dah tak sabar kan? Jom baca!\n\nResepi Daging Harimau Menangis Dan Sos Pencicah\n\nKalau anda nak tahu banyak lagi resepi menarik yang kami kumpulkan khas untuk anda. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami. Jangan lupa share dan like ye!"
"Artikel ini bertujuan untuk berkongsi petua bercerai susu badan.\n\nInilah istilah digunakan untuk bercerai susu:\n1. Memperkenalkan makanan pejal kepada anak semasa usiannya 6 bulan\n2. Memberhentikan penyusuan susu ibu pada usianya 2 tahun atau lebih\n\nArtikel ini memperkatakan tentang perkara no 2. Bayi akan melalui pelbagai fasa berbeza semasa proses ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.\n\nKadang-kala ada ibu yang keberatan bercerai susu kerana takut hilannya keakrabab bersama anak. [1hdwallpapers]\n\nMemberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.\n\nElakkan meletakkan sesuatu pada payudara anda hanya kerana untuk membuatkan bayi anda tidak sukakan susu ibu. Ianya mencederakan emosi anak dan ibu dalam banyak keadaan.\n\n#2 Jangan Tawarkan Susu Ibu Dan Lengahkan Jika Si Dia Minta\n\nPada ketika waktu anak leka bermain, ibu usah memanggil dan mengajaknya minum susu sebaliknya biarkannya leka untuk mengeksplorasi dunianya. Percayalah, proses ini tidak mudah.\n\nNaluri ibu selalu mahu menyediakan yang terbaik dan bimbangkan anaknya lapar dan dahaga. Namun apa yang anda lakukan adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.\n\nSekiranya bayi meminta susu, lengah-lengahkan seperti memberitahunya untuk basuh tangan dahulu atau minum air kosong dahulu.\n\nPada usia 2 tahun beliau sudah boleh memahami sekiranya anda memberitahu beliau pakaian ibu tidak sesuai untuk menyusu atau beritahunya yang dia boleh menyusu didalam kereta kerana di tempat awam ibu berasa malu (walaupun sebenarnya tidak)\n\nIbu dan penjaga boleh menawarkan minuman lain seperti air buah atau air kosong. Sediakan satu botol minuman dengan karektor yang disukainya dan ini membolehkan bayi mula menyukai perasaan menjadi kanak-kanak.\n\n#4 Berhentikan Penggunaan Botol Dan Gunakan Bekas Air\n\nPada usia bayi 8 bulan beliau sudah boleh mula memegang bekas air dan minum daripadanya. Botol susu ataupun susu formula bukanlah pengganti kepada penyusuan susu ibu. Ianya lebih kepada peralihan yang melekakannya namun apa yang sedang kita lakukan ialah melatih bayi untuk berdikari dan berkordinasi.\n\nPerhatikan rutin bayi dan cuba gantikannya. Penyusuan sebelum tidur adalah waktu yang paling sukar untuk diberhentikan. Bapa boleh mengambil peluang ini dengan menggantikannya dengan tabiat baru seperti membacakan mereka buku atau melihat bintang bersama-sama bapa."
"Dalam bahasa Arab, rezeki berasal daripada perkataan \u2018rizq\u2019, yang bermaksud \u201csesuatu yang \u2018diberi atau dikurniakan\u2019.\n\nRezeki adalah kurniaan Allah S.W.T yang terkandung akan keperluan rohani dan jasmani seperti makanan, kesihatan dan lain-lain. Rezeki bukanlah merujuk kepada wang ringgit semata-mata tetapi konsepnya lebih meluas dan mendalam\u00a0 lagi.\n\nAllah S.W.T adalah pemberi rezeki yang mutlak dan satu-satunya. Allah juga berhak \u00a0memberi rezeki-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikendakinya, mahupun menarik rezeki itu semula. Namun, sebagai hamba-Nya, kita boleh meminta agar dikurniakan rezeki oleh Allah sesuai dengan keperluan kita.\n\n\u201cSeandainya kalian benar-benar bertawakkal pada Allah, tentu kalian akan diberikan rezeki sepertimana burung diberikan rezeki. Ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali di petang hari dalam keadaan penuh perut.\u201d\n\nNamun, masih ramai yang risau mengenai kecukupan rezeki terutama sekali berkaitan dengan wang. Hakikatnya rezeki juga meliputi kesihatan, ilmu, sahabat, idea dan kemampuan untuk melaksanakan ibadah.\n\nKecukupan rezeki sering dikaitkan dengan keberkatan. Bagaimana kita mengetahui bahawa kita mempunyai rezeki yang berkat? Melalui beberapa ciri ini, kita boleh menilai sama ada rezeki kita itu berkat atau sebaliknya. Antaranya;\n\nPerbelanjaan sentiasa cukup walaupun rezeki kecil. Masih dapat membeli barang keperluan keluarga dan menyimpan untuk masa depan. Terdapat sesetengah orang walaupun bergaji besar, masih berasa tidak cukup dan mahu lebih daripada sedia ada.\n\nSelain faktor perancangan kewangan, kecukupan wang juga dipengaruhi oleh manusia yang sentiasa mahukan semua dan sering mahukan sesuatu yang lebih. Sedangkan jika diturutkan keinginan manusia, segunung emas pun masih tidak mencukupi.\n\nKeberkatan rezeki juga dapat dilihat apabila kita berasa mudah untuk melakukan amal kebaikan seperti solat, sedekah dan ringan untuk membantu orang lain.\n\nHal ini kerana setiap pendapatan yang diperoleh akan menjadi makanan dan darah daging, lalu membentuk hati kita. Dengan itu jika kita telah terbiasa dengan sesuatu yang baik, maka mudah juga melakukan kebaikan dan berasa takut untuk melakukan kemungkaran.\n\nKeluarga yang bahagia bermula dengan rezeki yang baik dan berkat. Jika perlakuan ahli keluarga kita baik dan harmoni, juga merupakan petanda akan keberkatan rezeki oleh Allah S.W.T. Pendapatan yang haram seperti hasil makan rasuah hendaklah dielakkan kerana ini boleh menganggu keberkatan rezeki dan kehidupan seharian.\n\n4. Akan Dijauhkan Daripada Bala Allah S.W.T\n\n\u00a0Apabila seseorang berasa cukup dan tenang dengan rezeki yang diperolehnya, dia akan mudah bersedekah dan tidak berkira-kira untuk memberi kepada orang lain.\n\nSesungguhnya amalan bersedekah ini bukanlah sesuatu amalan biasa, tetapi amalan yang mampu menolak bencana dan kemurkaan Allah S.W.T. Sabda Nabi S.A.W:\n\n\u201cBersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.\u201d\n\n5. Anak-anak Berjaya dan Berakhlak Baik\n\nRezeki yang berkat, melahirkan insan yang bertakwa dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka juga mampu cemerlang dunia dan akhirat, walaupun mungkin tidak menjadi orang terkaya di dunia.\n\nSemua ini adalah kerana rezeki yang berkat yang akan menjadi darah daging dan mengisi hati agar menjadi terang dan tenang. Banyak contoh yang dapat dilihat apabila golongan yang bermasalah mendapat sumber rezeki daripada hasil pendapatan yang haram, judi contohnya.\n\nRezeki yang berkat membuatkan doa mudah makbul dan cepat diperkenankan oleh Allah S.W.T. Semuanya kerana rezeki yang halal dan berkat, kerana jika dari rezeki yang haram sudah tentu\u00a0 \u00a0tidak diterima oleh Allah S.W.T.\n\n\u201cSeorang lelaki yang telah lama berjalan dan jauhnya perjalanan yang ditempuh hingga rambutnya kusut-masai dan berdebu. Dia menadahkan tangannya ke langit lalu berdoa: \u2018Wahai Tuhanku!\u2019 Padahal, makanannya dari sumber yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diberi makan dengan makanan yang haram. Maka bagaimana mungkin Allah S.W.T akan memperkenankan doanya?\u201d\n\nPenutup: Rezeki Yang Berkat Menjamin Kebahagian Dunia dan Akhirat\n\nRezeki yang berkat sangat penting dalam memastikah rahmat dari Allah S.W.T. jadi dalam bertebaran mencari rezeki pastikan diri kita tidka terlibat dalam hal rasuah, curi tulang, pecah amanah dan sebagainya.\n\nIngatlah rezeki bukan sahaja terhad kepada bentuk material semata-mata, tetapi \u00a0perkara lain yang menenangkan jiwa serta keharmonian keluarga. Bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki, yang mustahak bukanlah kuantiti tetapi diberkati oleh Allah S.W.T.\u00a0\n\nAllah itu maha Pemberi, sebagai hamba-Nya, berdoalah agar Allah mengurniakan rezeki yang sentiasa mencurah dan diberkati sentiasa.\n\n Jika anda menyukai artikel ini, pasti anda juga menyukai perkongsian kami yang lain tentang;"
"Rasa-rasa macam nak makan sizzling yee mee ala-ala kat kedai tuh. Tapi tak ada hotplate untuk sizzling. Jangan risau, boleh jer kalau nak buat sizzling yee mee hotpot. Bahan-bahan pun mudah sangat.\n\nResepi mudah ini dikongsikan oleh Mar Maria. Selamat mencuba.\n\nSelain daripada resepi ini, terdapat juga resepi-resepi menarik yang lain untuk dicuba. Jangan lupa untuk kongsikan dengan yang lain. Sharing is caring. Selamat mencuba. Dan satu lagi terima kasih lah sebab sudi melawat blog kami nih."
"Peminat makanan tempoyak? Mencari khasiat tempoyak? Jom kita lihat kebaikan dan manfaat tempoyak dari sudut kesihatan.\n\nTempoyak atau juga dikenali sebagai asam durian merupakan isi durian yang dijerukkan dan disimpan untuk kegunaan memasak akan datang. Biasanya, tempoyak akan dibuat apabila stok durian adalah terlalu banyak atau terdapat isi durian yang tidak elok untuk dimakan. Ada banyak jenis rasa tempoyak yang terhasil daripada masam hinggalah kemanisan mengikut gred isi durian yang digunakan.\n\nPenduduk di negeri Pahang dan Perak banyak menggunakan tempoyak dalam masakan seharian. Masyarakat Indonesia khususnya di kawasan Palembang dan Sumatera turut menggunakan tempoyak dalam masakan mereka. Dicatatkan bahawa penemuan berkenaan penggunaan tempoyak dalam masakan masyarakat Melayu adalah seawal tahun 1800an. Rekod sejarah tersebut menunjukkan catatan penggunaan tempoyak di negeri Terengganu.\n\nGaram akan dimasukkan sedikit ke dalam isi durian yang diasingkan daripada biji untuk menghalang pertumbuhan bakteria jahat yang merosakkan tekstur tempoyak. Seterusnya, tempoyak disimpan di dalam balang di tempat dingin atau sejuk beku bagi memanjangkan tempoh jangka hayatnya. Pelbagai jenis masakan boleh dihasilkan menggunakan bahan tempoyak ini, antaranya yang terkenal ialah gulai masak tempoyak ikan patin, pais ikan bakar, sambal tempoyak, masak lemak pucuk kayu, masak petai dan sebagainya.\n\nRasa durian yang memikat selera dalam tempoyak bukan sahaja boleh memikat selera mereka yang menggemarinya, malah tempoyak sebenarnya terkandung pelbagai khasiat kesihatan\u00a0 yang bermanfaat. Menurut kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di Universiti Riau, Indonesia pada tahun 2013, komposisi tempoyak terdiri daripada karbohidrat (6.3%), protein (8.1%), lemak (6.6%), air (75%) dengan nilai pH sekitar 3.69 yang memberikannya sifat berasid atau masam.\n\nBerikut merupakan antara penemuan kajian saintifik yang mengkaji khasiat kesihatan tempoyak ke atas tubuh manusia.\n\nMakanan probiotik ialah makanan yang mengandungi bakteria baik yang membantu memberi kesan kesihatan yang baik khususnya terhadap perlindungan sistem pencernaan. Antara sumber makanan probiotik yang terkenal ialah yoghurt dan kimchi. Tanpa kita sedari, masyarakat Melayu turut menghasilkan makanan probiotik yang tersendiri iaitu tempoyak.\n\nHal ini telah menarik perhatian sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 untuk mengkaji kesan probiotik tempoyak. Penggunaan bakteria baik dalam tempoyak ini ternyata mampu membaiki kesihatan usus, merencat pertumbuhan bakteria jahat yang cuba menyerang sistem, meningkatkan sistem imun badan dan menjadikan sistem penghadaman yang lebih baik. Bakteria baik dalam tempoyak ini dikenali sebagai bakteria asid laktik atau lactic acid bacteria (LAB). Spesis Lactobacillus plantarum merupakan spesis LAB yang paling banyak ditemui dalam tempoyak.\n\nKajian tersebut turut melihat kesan aktiviti antioksidan LAB dalam menghambat radikal bebas yang terdapat dalam sistem sel. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa LAB dalam tempoyak mempunyai kuasa antioksidan yang sangat baik, seterusnya berpotensi sebagai bahan anti kanser dan anti diabetes.\n\nPeningkatan sebanyak purata 80% kadar antioksidan diperhatikan yang menunjukkan bahawa tempoyak boleh memberi nilai kesihatan yang baik. Selain itu, LAB dalam bakteria dapat bertindak sebagai perumah untuk memerangkap karsinogen yang selalu menjadi punca kepada pembentukan radikal dan sel kanser.\n\nSementara itu, para penyelidik dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2016 mengkaji kesan taburan bakteria baik LAB dalam tempoyak dan fungsinya dalam memberikan perlindungan daripada serangan mikrob luar.\n\nApabila probiotik LAB menguasai komuniti mikrob dalam tempoyak, mereka menghasilkan aktiviti perencatan terhadap pertumbuhan mikrob lain yang boleh menjejaskan atau merosakkan tempoyak. Hal ini dapat dilihat apabila kajian tersebut melaporkan sekatan pertumbuhan lumut, yis dan mikrob berbahaya seperti Salmonella dan S. aureus. Hasil kajian ini turut menyokong dakwaan bahawa tempoyak merupakan makanan probiotik yang selamat untuk dimakan.\n\nPertumbuhan bakteria jahat ini didapati disebabkan oleh penghasilan asid organik oleh probiotik LAB dalam tempoyak. Antara asid organik yang biasa dirembeskan oleh LAB ialah asid laktik, asid asetik dan asid butirik. Hal ini juga menerangkan sifat dan rasa tempoyak yang sedikit berasid atau kemasaman.\n\nPenyelidikan saintis UPM Serdang bersama Institut Penyelidikan Sudan dan Iran merekodkan penemuan mereka berkenaan keupayaan tempoyak dalam menurunkan paras kolesterol dalam darah. Penurunan kolesterol ini sebenarnya disebabkan kehadiran probiotik LAB dalam tempoyak yang melakukan asimilasi kolesterol, seterusnya mampu mengurangkan tahap kolesterol.\n\nKajian tersebut membandingkan 3 jenis tempoyak yang dihasilkan daripada 3 jenis durian berbeza (tidak dinyatakan spesis). Pengurangan tahap kolesterol adalah pada tahap tertinggi sebanyak 75.15% dan serendah 22.55%.\n\nTempoyak merupakan makanan tradisi turun-temurun yang enak dinikmati pada setiap masa. Rupa-rupanya, di sebalik keenakan aroma durian tempoyak, makanan ini tersimpan pelbagai khasiat kesihatan yang baik untuk kesihatan.\n\nAntara khasiat kesihatan tempoyak yang boleh dimanfaatkan ialah sumber makanan probiotik, aktiviti antioksidan yang tinggi, aktiviti antimikrob, melawan pertumbuhan mikroorganisma dan menurunkan paras kolesterol.\n\nHidangan berasaskan tempoyak boleh dijadikan pilihan selera dengan mengubah suai cara penyediaan dan mungkin teknik fusion bersama hidangan yang lain seperti ayam masak tempoyak, singgang ikan dengan tempoyak, dimakan bersama ulaman dan sebagainya.\n\nJemput juga baca artikel khasiat lain:"
"Kata orang, makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak. Masakan tidak, hal ini kerana penyediaannya lebih terjamin bersihnya. Tetapi, masalahnya, asyik ulang benda yang sama sahaja setiap hari. Bihun goreng, nasi goreng ataupun roti. Sudah tentu boleh menjadi bosan si anak itu.\n\nJadi disini kami kongsikan idea bekal anak ke sekolah yang telah dikongsikan oleh Puan Sue Aleen di laman facebooknya. Ohya, untuk mereka yang berminat dengan hasil karyanya dan berminat mendapatkan resepi ini, beliau turut menerbitkan buku mengenai hal ini.\n\nJika anda berminat, boleh sahaja lawati dan hubungi beliau Sue Aleen.\n\n#1 Nasi goreng tom yam, daun salad, buah strawberi, popia kambing\n\n#3 Grilled egg sandwich with double cheddar cheese , grape flavor solivite, pisang. \n\n#5 Fettuccine carbonara with shimeiji mushroom & julienne-cut grilled beef salami.\n\n#6 Sandwich tuna & salmon, dengan kepingan ayam nipis yang dipanggang.\n\n#8 Finger fish wrap & banana\n\n#10 Kepingan ikan goreng, coleslaw dalam balang, lobak bayi rebus (apakah? Direct translate.. harharhar)\n\n#11 Pizza roti dengan cendawan butang, chicken cut, turkey salami, parmesan cheese & mozarella cheese. \n\n#12 Bolognese puff dengan buah epal & strawberry\n\n#13 Croissant mr krab lagi. Kali ni dengan inti salmon spread, coral salad, timun jepun, hirisan tomato, kepingan keju cheddar serta buah limau mandarin \n\n#14 Nasi putih & ayam panggang dengan puding mangga dalam balang\n\n#15 roti John ISA (John gak la dapat nama, ISA \u2013 Ikut Suka Aku)\n\n#19 roti jala pagar & kari ayam\n\n#21 Sausage rolls with cheddar cheese + apple + grapes\n\n#22 Piza pepperoni dengan cendawan butang & lada benggala\n\n#23 Nasi putih + ikan dori masam manis je\n\n#24 Lempeng pokak + sambal tumis sotong\n\n#25 Murtabak pasar malam-kasi-perangat-balik dengan buah anggur tanpa biji\n\n#26 Karipap sardin + anggur + oren\n\n#27 Sandwich coklat (susun dark choc button & masuk oven) & pizza roti dengan pepperoni (habiskan stok sebelum expired)\n\n#29 Chocolate sandwich butterscotch bread + sardine puffs\n\n#30 Angel hair carbonara with mushroom + chocolate covered bananas\n\nJadi bagaimana ibu-ibu sekalian? Rasa bersemangat hendak bermula esok? Jangan lupa share dan like artikel ini. Sila kongsi kepada rakan dan saudara."
"Tepung sering digunakan dalam masakan sehari-hari sama ada untuk membuat kuih, pemanis mulut dan memekatkan kuah dan sebagainya. Antara tepung yang sering digunakan ialah tepung gandum, beras, jagung, ubi dan pulut.\n\nSetiap tepung ini mempunyai kegunaan yang berbeza. Misalnya untuk memekatkan kuah atau sup, kita biasanya menggunakan tepung gandum atau jagung. \n\nTepung pulut pula digunakan untuk membuat kuih seperti buah melaka. Tepung beras biasanya djadikan salutan untuk merangupkan pisang goreng.\n\nJadi, dalam artikel ini penulis akan kongsikan kegunaan lain tepung jagung yang ramai tak tahu. Biasanya tepung jagung digunakan untuk:\n\nTapi, tahukah anda sebenarnya tepung jagung juga mempunyai pelbagai kegunaan lain? Kalau nak tahu, teruskan pembacaan anda.\n\nKandungan vitamin A, C dan zink di dalamnya mampu mencantikkan kulit wajah. Ia dapat meningkatkan tekstur kulit, mengurangkan kedutan dan mencerahkan wajah. Malahan, dengan penggunaan masker tepung jagung, kotoran di wajah dapat dibuang.\n\nSelain menjadi masker, tepung jagung juga boleh dijadikan sebagai scrub wajah. Caranya ialah ambil sesudu tepung jagung, sedikit beras yang dihancurkan dan 1 sudu kecil yogurt. Campurkan kesemuanya dengan sedikit air. Gosok wajah dengan perlahan.\n\nHasilnya wajah anda akan nampak berseri dan terasa lebih lembut. Ia dapat membuang kotoran dan menanggalkan sel-sel kulit mati. Cubalah!\n\nBiasanya kita menggunakan tepung gandum dan beras untuk dijadikan salutan makanan bergoreng. Apa kata cuba tambahkan sedikit tepung jagung untuk menambahkan lagi kerangupan ayam, ikan atau tempe goreng anda.\n\nJika ada haiwan peliharaan seperti kucing di rumah, pasti masalah kencing bersepah-sepah menyakitkan kepala. Baunya yang kuat dan hancing tidak mudah dihilangkan dengan sabun biasa.\n\nCara yang boleh dipraktikkan ialah lap terlebih dahulu air kencing tersebut sehingga bersih. Kemudian, ambil tepung jagung dan ditambah dengan sedikit air. Tuangkan di kawasan tersebut. Biarkan hingga kering sebelum dicuci dengan air dan sabun semula.\n\nJika anda ingin buat aiskrim homemade, tepung jagung sangat membantu. Anda tidak memerlukan telur atau gelatin kerana tepung ini mampu mengentalkan aiskrim.\n\nMasukkan susu segar, tepung jagung dan gula pasir ke dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Pastikan anda kerap mengacau adunan tersebut untuk mengelakkan tepung jagung berketul.\n\nKemudian, masukkan serbuk koko dan kacau lagi. Setelah semua sebati, tutup dapur. Tapis adunan tersebut dan biarkan hingga suam. Setelah itu, masukkan whipping cream dan kacau lagi.\n\nTuang adunan ke dalam bekas yang sesuai dan masukkan ke dalam bahagian sejuk beku. Setelah aiskrim anda separuh beku, keluarkan semula dan kisar menggunakan mesin pengisar. Kisar sehingga benar-benar halus.\n\nKemudian, anda boleh masukkan apa sahaja yang disukai seperti coklat cip, kekacang dan sebagainya. Masukkan semula ke dalam bekas tadi dan bekukan semula semalaman.\n\nAnda boleh adjust tahap kemanisan. Kalau hendak tukar perasa lain juga boleh. Ikut kreativiti anda.\n\nJika anda mempunyai masalah kaki berbau, pasti segan untuk membuka kasut jika ke mana-mana. Apa yang boleh dibuat ialah taburkan tepung jagung ke dalam kasut. Ia berfungsi untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan.\n\nSakit pula mata melihat rekahan atau lubang-lubang kecil di bahagian dinding. Jika tak sempat membeli plaster skim coat, gunakan sahaja apa yang ada. Cara terpantas ialah dengan menggunakan tepung jagung.\n\nAmbil sedikit tepung jagung dan tambahkan sedikit air. Jangan terlalu banyak. Agak-agak sahaja untuk menutup lubang. Setelah kering, catkan permukaan dinding tadi dengan cat minyak atau cat kapur.\n\nTerdapat pelbagai jenis pelembut fabrik di pasaran. Namun, kadangkala kita kehabisan stok pula. Jadi, jangan risau gunakan sahaja tepung jagung.\n\nCaranya ialah ambil 4 sudu tepung jagung dan tambah dengan setengah cawan baking soda. Anda juga boleh campurkan sedikit essential oil untuk mengharumkan lagi pelembut fabrik anda. Campur semua sehingga sebati. \n\nTepung jagung boleh menggantikan tanah liat untuk membuat kraftangan seperti bunga. Antara yang paling terkenal ialah membuat bunga menggunakan sabun mandi.\n\nSabun mandi yang diparut halus-halus akan dicampurkan dengan sedikit tepung jagung dan air.\n\nAdunan tersebut akan diuli sehingga lembut menjadi seperti doh. Kemudian, kelopak-kelopak bunga dan daun akan dibentuk. Selain cantik dan kreatif, bau harumnya menarik perhatian orang.\n\nJika anda nak perabot kayu anda kelihatan baru dan berkilat, gunakan tepung jagung. Caranya ialah tambah sedikit tepung jagung ke dalam bahan cecair penggilap. Kemudian, lapkan sehingga nampak berkilat.\n\nMalahan, anda juga boleh menyental periuk dan kuali yang sudah hitam dengan menggunakan tepung jagung. Kos yang sangat rendah tetapi hasilnya pasti memukau.\n\nAnda boleh menggunakan tepung jagung yang ditambah sedikit perahan jus limau nipis atau lemon untuk membersihkan daki di badan. Pastikan adunan tepung jagung tidak terlalu cair.\n\nBadan akan terasa lebih bersih dan segar setelah disental menggunakan tepung jagung. Buat rutin ini seminggu sekali atau 2 kali.\n\nDiharapkan para pembaca dapat info berguna tentang topik kegunaan lain tepung jagung. Selama ini, kita kurang mengetahui kebaikan yang tersembunyi di dalam tepung ini. Lepas ini, anda boleh mencuba salah satu tips yang diberi.\n\nJangan lupa baca tentang jenis tepung dalam masakan dan tips kecantikan guna tepung pulut"
"Siapa di sini suka makan lala? Lala ialah sejenis kerang-kerangan yang boleh dimakan. Lala biasanya dimasak lemak cili, goreng pedas dan masak halia. Pecinta seafood mesti suka makan lala.\n\nRestoran mahal biasanya ada menyediakan lala dalam menunya. Lala dihidangkan satu bekas sebagai makanan pelengkap menu berat seperti ayam, daging dan ikan. Namun boleh tebuk poket makan lala di restoran disebabkan mahal harganya.\n\nTengku RosElyza Raja Muhammad\u200e telah berkongsi resepi lala masak halia yang sedap dan memikat ini di laman Facebook. Selain mudah ia juga amat senang disediakan. Lala masak halia, bahkan mungkinkalah rasa lala di restoran. Sila semak resepi di bawah ini. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi lala, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Buluh tergulung di dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarga Bambusoideae.\n\nManakala sub-keluarga ini mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi.\n\nDi Semenanjung Malaysia terdapat 7 genera buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya. Buluh yang dikenali sebagai kumpulan rumput gergasi serta berbatang keras pada dasarnya mempunyai 2 tabiat pertumbuhan iaitu berumpun dan jenis tunggal (dominan).\n\nGenera yang lazim terdapat adalah Bambusa, Chusquea (ditanam), Dendrocalamus, Dinocloa, Gigantochloa, Phyllostachys (ditanam), Racemobambos, Schizostachyum, Thyrosostachys (ditanam).\n\nBuluh sering didapati hidup subur di dalam hutan lembap tropika khususnya di kawasan-kawasan berhampiran lembah sungai, di hutan-hutan sudah dibalak (tanah pamah dan di atas permatang), di dalam belukar (hutan peringkat kedua), di kawasan-kawasan hutan yang telah musnah dan terbiar akibat aktiviti pertanian pindah, pembukaan tanah untuk pertanian dan juga pembalakan.\n\nSpesies buluh yang paling pesat berkembang ialah Moso Cina. Ia dilaporkan tumbuh sehingga 100 cm sehari.\u00a0Rebung\u00a0digelar sebagai \u201cRaja Sayuran Hutan\u201d oleh orang Jepun. Rebung dimakan di banyak negara Asia seperti Malaysia. Indonesia, China, Korea, Jepun, Taiwan, Thailand, Filipina, Nepal, dan India.\n\nDalam beberapa laporan saintifik, rebung telah pun diketahui mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada air (dengan kandungan tertinggi sebesar 91%), protein, thiamin, karbohidrat, lemak, kalium, vitamin A, vitamin C, besi, fosfor, dan lainnya. Kandungan karbohidrat, protein dan lemak sebenarnya hampir sama jika dibandingkan dengan berbagai jenis sayur-sayuran yang lain. Begitu pula dengan kandungan kalium pada rebung yang cukup tinggi iaitu 533 mg per 10 gramnya.\n\nAntara kebaikan buluh sebagai sumber makanan ialah:\n\nKandungan selulosa yang tinggi dalam rebung dapat merangsang selera makan dan tekstur rebung menjadikan ia sebagai bahan pembuka selera yang baik.\n\nMenurut penyelidik dari India pada tahun 2011, rasa rebung yang rangup, manis, berperasa dan unik merupakan antara faktor pilihan ramai orang untuk membuka selera dengan rebung sebagai hidangan.\n\nRebung membantu menurunkan paras kolesterol\u00a0\u00a0LDL dalam darah dan mencegah sakit jantung.\n\nSelain kehadiran serat yang tinggi, rebung mempunyai phytosterols yang terbukti membantu menurunkan kandungan kolestrol dalam darah.\n\nMalah, kajian lepas membandingkan kandungan nutrien dalam rebung yang lebih tinggi berbanding bijirin, buah-buahan dan sayuran tertentu yang mampu menurunkan kolestrol dengan kecekapan yang lebih baik.\n\nKandungan gentian membantu proses pencernaan.\u00a0Ia meningkatkan pergerakan usus, melancarkan pergerakan najis.\u00a0Rebung dapat membantu mengatasi masalah pencernaan seperti gastroenteritis. Rebung juga bermanfaat dijadikan ubat cacing.\n\nKajian Park dan John dari Korea Selatan pada tahun 2009 merekodkan penurunan kolestrol dan peningkatan sistem pencernaan yang lebih baik dalam kalangan belia wanita di sana.\n\nDidapati, pengambilan diet makanan rebung sebanyak 360 gram sehari selama 6 hari berturut-turut membantu menyihatkan sistem pencernaan responden yang mengambil bahagian dalam kajian tersebut.\n\nKandungan dalam rebung membantu badan membuang toksin. Dengan kehadiran pelbagai sebatian bioaktif, rebung sangat membantu menyingkirkan toksin.\n\nSekumpulan penyelidik dari Missisipi, Amerika Syarikat dalam kajian mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Agricultural of Food Chemistry telah menemui hampir 70 jenis sebatian bioaktif dalam rebung yang bersifat antioksidan.\n\nAntara sebatian utama ialah p-cresol, 2-heptanol, acetic acid dan 1-octen-3-ol.\n\nKandungan serat yang tinggi membolehkan anda menurunkan badan dengan cepat secara semulajadi dan sihat. Ia memberikan rasa kenyang yang lama. Dilaporkan hampir 95% daripada rebung merupakan sumber serat yang boleh dimakan dengan nilai kalori yang sangat rendah.\n\nKandungan lemak rebung juga sangat rendah iaitu 2.6 gram lemak bagi setiap 100 gram rebung.\n\nOleh kerana kandungan kalium yang tinggi dalam rebung, ia amat membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang stabil. Rebung juga menstabilkan kesan ke atas tekanan darah arteri.\n\nKajian lepas melaporkan bahawa kehadiran kalium dalam rebung membantu mengekalkan degupan jantung pada ritma yang normal.\n\nSelain itu, kandungan serat yang tinggi dalam diet seseorang (khususnya serat tinggi dalam rebung) sememangnya telah terbukti secara meluas dalam komuniti klinikal dan saintifik bahawa serat mampu menurunkan tekanan darah.\n\nMempunyai sifat anti inflamasi dan analgesik yang dapat membantu mempercepat proses penyembuhan bisul dan luka.\n\nBerdasarkan kajian daripada penyelidik di New Delhi, India pada tahun 2011, rebung kaya dengan kandungan amino asid, selenium, potassium dan mineral lain yang sangat membantu proses penyembuhan luka dengan lebih cepat.\n\nBerdasarkan bacaan sorotan kajian lepas, rebung termasuk tanaman jenis uterotonika yang dapat membantu meningkatkan kontrasi rahim sekaligus dapat memudahkan proses kelahiran.\n\nMakanan yang kaya dengan kalium sekitar 400 mg didakwa sangat bermanfaat untuk mengurangkan risiko serangan stroke.\n\nPenderita stroke biasanya mengalami kekurangan mineral ini. Orang yang menderita kekurangan kalium, biasanya akan mengalami kekejangan otot.\n\nMereka boleh mengambil sayur rebung untuk mencukupi keperluan unsur kalium harian dalam badan.\n\n10. Serat membantu mengatasi banyak penyakit\n\nKekurangan serat ternyata boleh juga menyebabkan berbagai jenis penyakit. Kekurangan serat boleh menyebabkan terjadinya aterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat, diabetes melitus, hiperkolesterolemia, sakit jantung, kanser usus besar (kolon) dan sebagainya.\n\nSerat merupakan zat yang berbentuk karbohidrat kompleks dan biasanya banyak terdapat pada dinding sel tanaman sayuran termasuk rebung buluh.\n\nJika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang khasiat manjakani, khasiat minyak zaitun, dan khasiat tomato.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Tidak tahu cara untuk menyediakan makanan pejal untuk bayi anda?\n\nTidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan pejal untuk bayi anda?\n\nRisau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan?\n\nDelima di atas sering dialami oleh ibu-ibu muda terutamanya yang berkerjaya dalam menyediakan makanan pejal untuk bayi mereka. Lambakkan produk di pasaraya yang mengandungi bahan-bahan yang tidak bagus untuk tumbesaran anak-anak pasti menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa.\n\nNamun, kini ibu-ibu boleh menarik nafas lega kerana telah lahir ramai usahawan yang mengambil inisiatif menghasilkan produk makanan bayi yang ASLI, SEMULAJADI dan SIHAT untuk bayi anda.\n\nSudah pasti produk yang dihasilkan bebas daripada sebarang bahan-bahan tiruan yang tidak bagus untuk kesihatan bayi.\n\nSaya senaraikan 13 jenama makanan bayi yang terbaik dan boleh menjadi pilihan ibu-ibu kini.\n\nBaby Eats By Justlixa menyediakan pelbagai pilihan menu dari usia 6 bulan sehingga 5 tahun. Dimasak penuh kasih sayang menggunakan bahan-bahan segar tanpa sebarang garam, gula, perasa tiruan dan pastinya tanpa pengawet.\n\nCuma panaskan dan terus boleh dihidang. Panaskan je? Mudahkan? Bukan sahaja menjimatkan masa ibu, yang penting berkhasiat dan banyak pilihan. Bayi pasti tidak jemu dengan pelbagai menu lazat yang dihasilkan oleh Puan Haliza ini.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nProduk-produk Baby Sadoo HQ dibuat khas mengikut keperluan nutrien peringkat umur anak-anak dari usia 6 bulan sehingga 3 tahun.\n\nMereka sangat membantu anak kecil yg mempunyai masalah dalam pemakanan seperti cerewet atau memilih untuk makan supaya lebih terbuka selera dengan pelbagai pilihan menu yang menarik dan lazat.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nProduk utama yang dihasilkan oleh Bytqahnasir ialah berasaskan bone broth seperti chicken bone broth dan beef bone broth. Bukan\u00a0itu sahaja, Puan Nur Atiqah juga turut mengeluarkan pes tomato dan stok udang yang pasti mampu menjadi perasa semulajadi untuk bayi dan keluarga anda.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nSatu-satunya biskut bayi yang mempunyai tambahan bone broth di dalam kandungan utama biskutnya. Idea ini telah menjadikan biskut ini mudah mendapat tempat di hati si comel. Sebagaimana yang diketahui, khasiat bone broth\u00a0ni bagus untuk meningkatkan imunisasi anak-anak.\n\nAntara produk lain yang \u00a0dikeluarkan oleh Rush Baby Food ialah\u00a0Organic Baby Noddle\u00a0dan keropok buah-buahan dan sayuran.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nIni adalah jenama makanan bayi sejuk beku yang perlu dicari oleh ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk menyediakan finger food untuk anak-anak mereka. Sudah pasti produk keluaran jenama ini padat dengan nutrisi dan paling penting bebas dari segala perasa dan pewarna tiruan.\n\nUsaha Puan Syizazima ini patut dipuji atas kesungguhannya menghasilkan produk yang sihat untuk anak-anak kita. Ibu-ibu hanya perlu menggoreng dan terus dihidangkan kepada si manja. Sangat mudah dan menjimatkan masa bukan? Aroma dan rasa yang sedap pasti memikat selera anak-anak.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nMari kita lihat rangkaian produk yang dikeluarkan oleh Byciknuie :\n\nWow! Banyaknya produk yang mesra bayi! Segalanya ada disini. Sangat memudahkan ibu-ibu membuat pilihan makanan anak-anak.\n\nJom dapatkan produk-produk keluaran Byciknuie di outlet dan agen sah mereka.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\n7. Mummy RQ Organic Baby Food HQ\n\nMummy RQ Organic Baby Food HQ\n\nMummy RQ Organic Baby Food menyediakan 13 nutrien terbaik untuk bayi anda sekaligus sangat memudahkan ibu-ibu dalam penyediaan makanan pejal bayi.\n\nFokus utama mereka adalah dalam penyediaan serbuk-serbuk organik yang mesra bayi. Menurut pengasasnya, Puan Jazneeda, kesemua bahan-bahan yang disediakan mempunyai kelulusan organik samada produk tersebut dari dalam atau pun luar negara.\n\nJadi, ibu-ibu tidak perlu risau akan kandungan produk-produk jenama ini. Ianya 100% organik! Sangat bagus untuk bayi anda.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nFB: Mummy RQ Organic Baby Food HQ\n\n8. Izliyah Kitchen Homemade Baby Food\n\nRangkaian produk dari Izliyah Kitchen Homemade Babyfood bukan hanya terhad kepada biskut-biskut bayi sahaja. Jenama ini turut mengeluarkan\u00a0produk lain seperti bubur segera, serbuk sayur-sayuran, serbuk ayam dan serbuk ikan bilis yang pasti memudahkan tugas ibu di dapur.\n\nHanya bancuh \u2013 bancuh, dah siap! Sediakan makanan anak dalam masa 3 minit sahaja! Mudahkan? Jangan berlegeh lagi, jom\u00a0dapatkan produk \u2013 produk jenama ini dengan agen sah mereka.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nFB: Izliyah Kitchen Homemade Baby Food\n\nPernah makan garlic bread PizzaHut? Jom cuba juga produk keluaran Spreadbykakatanggo ini pasti\u00a0tidak mengecewakan.\n\nWalaupun TANPA GULA & GARAM, spread yang dihasilkan sangat sedap! Bukan bayi sahaja suka tapi pasti seisi keluarga turut terpikat dengan aromanya yang memikat.\n\nPengasasnya, Puan Zulaikha juga telah menghasilkan beberapa produk yang baru seperti garlicky oil dan pes kunyit. Sangat memudahkan kerja ibu-ibu, tidak perlu menggupas dan memotong lagi dengan adanya pes seperti ini. Pastinya tidak perlu risau tangan anda kekuningan selepas bermain kunyit di dapur?.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nNak dapatkan jem-jem yang mesra bayi? Pelbagai perisa \u00a0jem boleh didapati dari Jammyfink seperti perisa strawberi, pisang dan kaya. Jammyfink turut menghasilkan kordial bebas pengawet, snek buah-buahan, waffle dan sos-sos yang sesuai untuk bayi anda.\n\nTernyata usahawan wanita ini sangat kreatif dalam penghasilan produknya. Ibu bapa tidak perlu gusar lagi dengan produk-produk yang tinggi kandungan gula yang dijual dipasaran. Beli sahaja produk jammyfink, anda pasti puas hati.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nKek yang dihasilkan oleh Byazitarlicious ini bukan sahaja sedap malah sangat sesuai untuk anak-anak. Tambahan lagi, ia bebas gluten, sesuai untuk anak-anak eczema.\n\nKek-kek yang dihasilkan Puan Amirah ini BEBAS.\n\nKini, ibu bapa tidak perlu risau lagi jika anak-anak anda adalah peminat tegar kek yang berwarna-warni di luar sana kerana anda juga masih boleh dapatkan kek yang sihat buat anak-anak anda.\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nTengok sahaja kegebuan kek hokido ini sudah tahu kesedapannya! Anak-anak pasti berebut-rebut menikmati kek hokido ini.\n\nSelain perisa kek di atas, terdapat juga mini honey cotton cheese cake yang pasti mampu menambat hati \u00a0kecil dan seisi keluarga.\n\nKek hokido ini sangat sesuai dijadikan kudap-kudapan anak-anak. Satu bekas pasti tidak cukup. Percayalah!\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nAnak suka makan jajan? Tapi risau dengan kandungan MSG yang banyak terkandung dalam jajan-jajan yang dijual di pasaran?\n\nTidak perlu risau lagi. Bylighten ada menjual keropok ikan yang bebas MSG dan gluten. Hanya menggunakan ikan segar dan tepung sagu dalam penghasilan keropok ini. Namun, rasanya masih kekal sedap dan saya jamin anak-anak anda mesti makan tanpa henti ?\n\nKlik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:\n\nJadilah ibu bapa yang bijak dalam membuat pilihan dan berikan makanan yang terbaik untuk anak-anak anda ?"
"Anak yang minum susu badan dan minum susu formula agak berbeza. Anak yang susu badan mendapat lebih banyak khasiat berbanding anak yang minum susu formula. Susu badan mempunyai omega 3, protein, kaya dengan laktosa dan pelbagai lagi.\n\nIbu yang tidak mempunyai susu badan yang banyak tidak perlu risau. Susu formula juga mempunyai khasiat seperti DHA dan AA, vitamin dan mineral dari sumber lain selain susu badan dan banyak lagi. Anak masih juga dapat membesar dengan baik dan sihat.\n\nAnak yang menyusu badan agak susah untuk makan berbanding anak yang minum susu formula. Hal ini kerana anak yang menyusu badan sudan serasi dengan susu badan si ibu, maka mereka akan sentiasa berkepit dengan ibu untuk minta susu. Berbeza dengan anak yang minum susu formula, mereka tiada ikatan kuat dengan susu badan, maka mereka mudah untuk makan.\n\nBagaimana mahu latih bayi untuk makan agar mudah untuk mereka mula makan pada usia 2 tahun?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah latih bayi menyusu badan untuk makan. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.\n\n5 Langkah latih bayi menyusu badan untuk makan\n\n1. Mula dari awal. Bila anak dah 6 bulan saja, ajarkan habit makan sebelum susu. Kalau lapar cari makanan.\u00a0\n\n2. Pastikan makanan yang diperkenalkan tu adalah real food, dan lengkap. Nasi + sayur + sumber protein. Walaupun 6-7 bulan, dan boleh kasi bubur nasi. Yang penting porsi tu, lebihkan serat seperti sayur sayuran yang pelbagai, supaya anak tak sembelit.\n\n3. Kalau anak jenis suka pegang makanan sendiri, bila dah usia 8 bulan tu, boleh la amalkan baby led weaning. Buat finger food dari sayur / buah yang distim. Ataupun chicken / fish nuggets buatan sendiri. be creative please parents.\n\n4. Dapatkan assessment sekiranya anak macam ada masalah sensory food aversion. Selalunya anakkelihatan picky dan hanya makanan makanan yang keras. Salah satu cara tangani adalah dengan terapi.\n\n5. Kurangkan susu secara berkala. Target kita adalah untuk stop susu selepas 2 tahun. Kalau tak stop pun, kadang anak ni dia nak mengempeng je. Tu tak ada masalah. Pasal biasanya dia susu sekejap dah tidur, lebih kepada comfort.\n\nApa masalah kalau anak taknak makan ni?\u00a0\n\nPertumbuhan boleh terganggu. Tengok berat tak naik naik. Kesihatan boleh terganggu, mudah sakit. Yang menyusu badan mungkin nampak immune system ok, tak selalu sakit. Tapi masalah pembesaran mungkin akan agak ketara.\n\n*Cara latih anak yang menyusu badan untuk makan agak berbeza dengan anak yang minum susu formula. Anak yang minum susu formula lebih mudah untuk makan berbanding anak yang menyusu badan. Ikuti langkah ini, Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Usaha dan kesabaran perlu ada dalam diri. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bila sebut perkataan Bali, pasti terbayang keindahan pulau yang tiada tandingannya. Pantainya yang cantik. Laut yang membiru. Kawasan perkampungan dengan sawah padi yang indah.\n\nBudaya yang sangat unik. Ditambah dengan nilai matawang Indonesia yang rendah daripada Ringgit Malaysia, Bali sememangnya destinasi perlancongan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.\n\nJom, kami kongsikan 11 tempat menarik di Bali yang wajib anda lawati bila pergi ke sana.\n\nJangan lepaskan peluang untuk pergi ke Uluwatu sekiranya anda menjejakkan kaki ke Bali. Pemandangannya yang cantik tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perkataan Uluwatu berasal dari perkataan Ulu yang bermaksud tanah hujung dan Watu yang bermaksud batu. Maksud Uluwatu ialah batu di tanah hujung. Ianya terletak di kawasan berbatu di hujung Sememanjung Bukit.\n\nDi Uluwatu terdapat Pura Luhur Uluwatu. Jika anda sukakan aktiviti surfing atau meluncur ombak, pantai Uluwatu adalah kawasan tumpuan utama pelancong. Tunggu sehingga senja untuk menikmati Tarian Kecak yang sungguh misteri dan unik. Anda pasti terpesona. Pemandangan matahari terbenam di Uluwatu juga pasti membuatkan anda terpukau.\n\nTerdapat 7 pura di tepi laut yang terdapat di Bali. Pura Tanah Lot adalah salah satu daripada yang terkenal. Pura Tanah Lot adalah salah satu daripada mercu tanda Bali yang utama.\n\nTanah Lot bermaksud tanah di lautan. Ianya terkenal dengan pemandangan tepi laut yang sangat indah, dan matahari terbenam yang cukup mengasyikkan. Sebaiknya, rancang perjalanan anda supaya anda sampai ke sini pada lewat petang supaya anda tidak terlepas daripada menikmati suasana matahari terbenam di sana.\n\nKisah di sebalik Pura Tanah Lot juga tidak kurang menariknya. Minta pemandu pelancong anda ceritakan kisah menarik tentang bagaimana Tanah Lot terbina dan ular istimewa yang ada di sana.\n\nBoleh kami cadangkan supaya anda menempah hotel yang terletak berdekatan dengan Pantai Kuta, Bali? Pantai Kuta ialah pantai yang paling popular di Bali. Pantai Kuta terletak begitu hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali. Terdapat banyak hotel di sini seperti Hard Rock Cafe, Westin, Grand Hyatt dan sebagainya. Kalau anda sedang bercuti dengan bajet yang terhad, terdapat puluhan hotel dengan harga mampu milik di Pantai Kuta.\n\nApa yang menarik, kedudukan Pantai Kuta adalah sangat strategik, dan ianya memudahkan anda untuk pergi ke\u00a0 lokasi tarikan pelacongan yang lain seperti Seminyak, Tuban dan Legian.\n\nNight life\u00a0di Pantai Kuta juga sangat menarik. Terdapat deretan kedai cenderamata dan barang antik untuk anda selusuri sehingga lewat malam. Kedai makan dan cafe yang happening. Anda pasti takkan kebosanan sepanjang berada di Pantai Kuta, Bali.\n\nUbud adalah pusat kesenian di Bali. Pemandangan sepanjang perjalanan dari Pantai Kuta ke Ubud adalah sangat menakjubkan. Kehijauan di sepanjang jalan pasti membuatkan anda terpesona. Berhenti sebentar untuk menikmati pemandangan sawah padi yang mempesonakan.\n\nSebaik sahaja anda tiba di Ubud, anda pasti jatuh cinta. Pastikan anda peruntukkan sekurang-kurangnya setengah hari untuk berjalan-jalan di sini. Anda pasti menyesal jika tidak dapat lama di sini.\n\nDeretan kedai di sepanjang jalan menawarkan hasil seni yang berkualiti tinggi, dan halus buatannya. Jika anda berniat untuk membeli cenderamata buat orang tersayang, anda boleh membeli-belah di sini. Terdapat segalanya, dari keychain sehinggalah kotak simpanan barang kemas yang dibuat dari kayu dengan ukiran yang cantik. Loceng angin, payung, kipas tangan, lukisan, wangian, minyak aromaterapi, dan sebagainya.\n\nJimbaran adalah di antara tumpuan utama para surfer dari seluruh dunia. Ombak dan terumbu karang di Jimbaran adalah antara yang tercantik di dunia. Terdapat pelbagai pantai untuk anda pilih sama ada Pandai Suluban, Pantai Padang Padang, dan Pantai Balangan, Pantai Bingin, Pantai Dreamland dan Pantai Pandawa. Di sini juga terdapat Pusat Kebudayaan Antarabangsa Garuda Wisnu.\n\nLuangkan masa untuk melawat Pasar Ikan Kedowangan dan nikmati ikan segar yang dijual di sana. Kenangan makan ikan bakar segar sambil menikmati pemandangan yang cantik di Jimbaran pasti akan terpahat dalam memori anda buat selama-lamanya. Sebelum pulang, pastikan anda singgah di Jenggala Galeri untuk melihat dan shopping barangan seramik.\n\nPerkampungan nelayan ini adalah pantai wajib yang anda kunjungi jika pergi ke Bali. Luangkan masa anda di tepian pantai, sama ada berjemur atau berjalan di sepanjang pantai.\n\nAnda juga boleh berbasikal di sini. Pemandangan matahari terbit di sini adalah antara yang terbaik di Bali. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Bali Sea Walker di mana anda boleh menyelam dan menikmati pemandangan laut yang cantik sambil memberi makan ikan yang cantik dan beraneka warna.\n\nAnda sukakan ikan jerung? Lawati Bali Sharks. Anda sukakan penyu? Luangkan masa untuk bermesra dengan penyu di Turtle Conservation And Education Centre ( TCEC ).\n\nLe Mayuer Museum juga adalah antara tarikan utama di sana. Jika anda ke sana dari bulan Julai hingga Ogos, anda boleh melihat festival layang-layang yang diadakan di Pantai Padanggalak. Pencinta pokok orkid boleh melawat Bali Orchid Garden. Jika anda mahukan sedikit kelainan boleh singgah di Taman Festival Bali \u201cGhost Town\u201d.\n\nGunung berapi yang terkenal dengan aktiviti sunrise trekking. Jika anda sukakan aktiviti outdoor, ini adalag destinasi wajib anda di Bali. Pemandangan di Gunung Batur, terutamanya sewaktu matahari terbit adalah terbaik.\n\nGunung Agung merupakan gunung yang tertinggi di Bali dengan ketinggian 3031 meter diatas paras laut. Pemandangannya sangat mengagumkan dan Pura Besakih adalah tarikan utama pelancongan yang ada di sini.\n\nLawatan anda ke Bali takkan lengkap tanpa melawat ke Pura Ulun Danu Bratan. Ianya sangat indah, menenangkan dan menakjubkan, seolah-olah anda masuk ke zaman lain. Percayalah, anda pasti akan menyesal jika tidak ke sini.\n\nPantai Legian adalah destinasi terbaik sekiranya anda sukakan suasana malam yang hidup dan meriah. Untuk anda yang aktif dan sukakan aktiviti mencabar, pada waktu siang terdapat pelbagai aktiviti untuk anda termasuk Waterbom Bali, Rip Curl School of Surf, Dream Museum Zone Bali, Armada Flow House, 5GX Bali Reserve Bungy. Jangan lupa untuk singgah di Legian Art Market.\n\nDestinasi terakhir ialah Tasik Bratan yang sejuk, nyaman dan menenangkan. Suasananya seolah-olah anda berada di Cameron Highlands dengan suasana berkabus.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Bali yang ingin kami kongsikan buat kali ini. Menarik kan? Selamat melancong ke Bali.\n\nAnda suka tempat di atas? Ada cadangan lain tempat menarik patut kami tambah di sana? Selain tempat menarik di Bali, kami juga menulis artikel tempat melancong lain patut anda lawati. Jemput baca dan jangan lupa komen dan share ya."
"Orang jarang bercakap mengenainya. Mungkin sebab sensitif, mungkin juga sebab ramai yang tidak tahu mengenainya. Dalam saya menyelongkar beberapa sumber untuk penulisan satu bab dalam buku mengenai penderaan kanak-kanak (dalam proses penerbitan), saya tergamam dengan bahaya penderaan seksual yang biasanya berakhir dengan kematian.\n\n2010 sahaja, 3000 kes penderaan dilaporkan (tak termasuk yang disembunyikan). 122 kes pembunuhan melibatkan golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dilaporkan di seluruh negara sejak lima tahun (2008-2013).\n\nStatistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan lebih 80 peratus daripada jumlah kes itu melibatkan pembunuhan yang berunsurkan penderaan seksual.\n\nSemua di atas adalah panduan sahaja supaya kita berjaga-jaga, menyiasat lebih lanjut dan ambil tindakan. Jangan sembunyikan sebarang masalah berkaitan penderaan seksual. tidak ada apa yang ringan dalam kes penderaan sebegini."
"Anak hilang\u00a0atau sesat boleh menjadi satu mimpi buruk yang tak boleh dibayangkan dengan kata-kata pada mana-mana ibu bapa. Kehilangan anak secara tiba-tiba begini memang boleh membuatkan sesiapa saja mencari stres! Anak hilang atau sesat ini juga boleh memberi rasa cemas satu badan hingga tahap boleh jatuh pengsan. \n\nPengalaman Anak Hilang Di Pasaraya Memang Sangat Mendebarkan\n\nSaya sendiri pernah alami bila mana salah seorang dari anak hilang semasa berada di pasaraya. Berjalan bersama, entah bagaimana boleh dia hilang. Allahuakbar! Bila menoleh dan lihat anak tiada rasa bagai nak gugur segala organ dalaman ni ke tanah. \n\nBerpecah kami satu keluarga demi mencari anak yang hilang ini. Mujurlah juga anak yang hilang ni dah berusia 6 tahun pada ketika tu, jika masih kecil entah bagaimanalah agaknya. \n\nSyukur alhamdulillah akhirnya anak yang hilang dapat dijumpai semula. Ini semua berkat bantuan salah seorang hamba Allah yang membawa anak kepada bahagian khidmat pelanggan di pasaraya terbabit. Semasa mendengar pengumuman di umumkan terus berlari dengan cepat tanpa hiraukan orang sekeliling. Rasa malu dah terus hilang kerana hanya anak yang berada di pandangan mata pada waktu tersebut. \n\nMari Lakukan 10 Tips Ini Demi Keselamatan Anak Tersayang\n\nBerkat kejadian itu, kini keselamatan anak lebih di beri perhatian secara menyeluruh. Inilah yang dikatakan pengalaman lalu akan menjadi guru terbaik dalam hidup. Bagi yang ada anak kecil, di sini akan dikongsikan 10 tips berguna yang sangat bagus untuk elak anak hilang di pasaraya. Tips ini juga yang sedang saya gunapakai sejak peristiwa tersebut sehingga ke hari ini. \n\n1. Siapkan list barang dan ambil tahu juga keadaan pasaraya terbabit\n\nUntuk pergi jalan-jalan dan membeli belah bersama keluarga dengan kehadiran anak begini, sila luangkan sedikit masa untuk ambil tahu serba sedikit info mengenai tempat shopping terbabit. \n\nAnda juga harus siapkan list barangan yang ingin di beli supaya anda sudah tahu apa yang perlu di beri. Apabila ada info sebegini bolehlah difikirkan langkah berjaga-jaga yang perlu di ambil. \n\n2. Sediakan kad identiti pada anak\n\nAnda juga boleh sediakan kad identiti pada anak dengan menulis nama anak, nama anda dan nombor telefon sendiri untuk di hubungi. Jika nak lebih mudah, gunakan kad nama sendiri yang ada. Jika tiada kad bisnes sendiri, boleh juga ambil kad perniagaan hotel tempat anda sedang menginap pada waktu tersebut.\n\nKad identiti ini boleh dimasukkan ke dalam poket atau beg sandang anak. Jika anak sudah faham apa yang anda cakap, anda boleh masukkan kad tersebut di hadapan mata anak anda sendiri sambil memberi pesanan bahawa kad tersebut boleh digunakan jika ditakdirkan hilang dari pandangan ibu dan ayah.\n\n3. Beri anak pakai baju dengan warna yang cerah\n\nMemberi anak memakai pakaian dengan warna yang cerah boleh membantu anda mengesan mereka dengan lebih cepat di khalayak ramai. Anda juga boleh memakaikan mereka dengan topi dari warna yang terang juga supaya lebih mudah membezakan mereka dari orang lain. \n\n\u00a04. Tetapkan\u00a0satu tempat \u201cmeeting place\u201d \n\nApabila tiba ke mana-mana lokasi, perkara pertama perlu di beri perhatian adalah meeting place. Meeting place ini adalah tempat di mana patut anda berkumpul semula sekiranya hilang. Ia boleh jadi kaunter pertanyaan, kedai kek, kedai aiskrim atau mungkin mana-mana restoran makanan segera yang ada di situ. \n\n5. Beri peringatan pada anak berkali-kali tentang pesanan penting ini\n\nJika anak anda seorang yang sudah mudah faham arahan maka anda boleh berikan pesanan ini berkali-kali sehingga dia jelas akan maksudnya. Sebagai contoh, jika hilang jangan terus berjalan ke hadapan sebaliknya berhenti dan cuba dapatkan bantuan. \n\nBantuan pula jangan di minta dari mana-mana lelaki dan wanita dewasa sembarangan sebaliknya minta bantuan daripada pengawal keselamatana, pekerja dari mana-mana kedai yang berhampiran, seorang ibu atau bapa yang sedang berjalan bersama anaknya atau tunggu saja di meeting place tanpa bergerak ke mana-mana lagi.\n\n6. Selfie bersama anak untuk gambar terbaru mereka\n\nCara lain yang agak berkesan adalah dengan mengambil gambar selfie bersama anak dan juga ambil sekali gambarnya secara penuh. Ini bagi membantu urusan untuk bertanya pada orang yang lalu lalang jika anak tersebut hilang. \n\n7. Pakaikan anak dengan alat pengesan GPS\n\nBertuah sekarang kerana dah ada alat pengesan GPS untuk memantau lokasi anak anda selalu. Tak perlu susah payah beli alat pengesan GPS yang entah apa-apa kerana sekarang ni dah ada yang dalam bentuk jam tangan. Beli saja satu dan pakaikan pada anak. Memanglah harganya agak mahal tetapi demi keselamatan anak sendiri, belilah satu jika mampu.\n\n8. Sentiasa waspada selalu dan jangan tinggalkan anak sendirian\n\nApabila bersama dengan anak jangan terlalu seronok hingga langsung tidak ambil kisah akan keadaan sekeliling. Anda juga perlu sentiasa waspada tentang mana-mana individu yang cuba dekat-dekat dengan anak kalian. Jangan sesekali dibiarkan anak sendiri kerana itu boleh mengundang padah.\n\n9. Letakkan anak di dalam troli sentiasa\n\nTroli bukan saja berguna untuk memasukkan barang-barang yang ingin di beli bahkan ia amat berguna untuk memudahkan anda membeli barang-barang sambil menjaga anak dalam satu masa.\n\n10. Pakaikan harness pada anak yang berusia antara 2 hingga 3 tahun \n\nUntuk anak yang sudah semakin besar dan tidak mahu berada di dalam troli, ibu ayah boleh memasang harness pada anak. Iyalah anak yang sudah semakin besar begini memang ingin berjalan sendiri dan dengan adanya harness dengan tali pemegang pada tangan ibu atau ayah. \n\nNamun pastikan hanya pakai pada anak antara usia 2 ke 3 tahun saja. Lebih dari itu harness tidak digalakkan kerana ia boleh menjatuhkan harga diri dan tahap keyakinan pada diri anak itu sendiri. \n\nItulah dia senarai 10 tips yang agak berkesan untuk bantu elakkan anak daripada hilang atau sesat di pasaraya. Jadikanlah pengalaman saya sebagai iktibar dan jangan sesekali bersikap lepas tangan. Bahaya tau jika anak sesat atau hilang begini, takut-takut terjatuh ke tangan-tangan mereka yang berniat jahat."
"Tidak lengkap hidang nasi kerabu tanpa solok lada dihidangkan bersama. Terdapat banyak jenis solok lada yang boleh disediakan. Setiap satu daripadanya mempunyai rasa yang berbeza antara satu sama lain. Ianya juga sangat mudah untuk disediakan. Selain daripada dimakan dengan nasi kerabu boleh juga dimakan bersama nasi putih.\n\nPada hari ini, kami akan berkongsikan bersama dengan anda resepi solok lada siam. Bahan utama solok lada adalah isi ikan yang ditumbuk dengan beberapa bahan lain bersamanya. Bolehlah anda makan dengan puas nanti apabila sudah siap disediakan.\n\nTanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi solok lada siam yang telah dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nTerdapat perlbagai lagi resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan di sini. Boleh lah anda klik pautan di bawah untuk melihat resepi-resepi tersebut. Jangan lupa untuk kongsikan resepi yang telah anda cuba bersama rakan-rakan terdekat anda!"
"Perasan tak tuan puan ada anak-anak terutamanya usia antara 3-5 tahun akan sering \u201ctest\u201d kesabaran ibu bapanya?\n\nRamai ibu bapa mengadu pada saya yang mereka tidak dapat mengajar anak mereka di rumah.\n\n\u201cAnak saya tak mahu dengar cakap saya. Tapi, dengan cikgu dia nak dengar.\u201d\u201dApa yang saya cakap tak boleh, yang tu lah yang anak saya nak buat. Geram saya dibuatnya\u201d.\n\nAda juga ibu bapa yang \u201cdikawal\u201d oleh anak-anak (dan anak itu baru berusia 4 tahun). Ibu ayah terpaksa ikutkan apa yang anak mahukan.\n\nIbu terpaksa juga ke Mc Donalds. Jika tidak, anak tantrum dalam kereta.\n\nAyah terpaksa juga beli aiskrim. Jika tidak, anak mengamuk terlentang di tengah shopping complex.\n\nAnak tidak mahu buat aktiviti yang diberikan di rumah. Hanya mahu menghadap gadget sahaja. Jika tidak bagi, anak mengamuk tak tentu hala.\n\nKasihanilah anak tuan puan yang tak tahu cara mengawal emosinya.\n\nKasihanilah anak tuan puan yang tidak pandai melimitkan boundary nya.\n\nKasihanilah anak tuan puan yang sukarl menerima sebarang arahan dan sukar diberi tunjuk ajar.\n\nMengajar anak-anak \u201cboundary\u201d, apa yang boleh, apa yang tidak boleh adalah amat penting untuk keselamatan, kesihatan dan perkembangannya.\n\nAnak-anak perlu tahu limit apa yang boleh mereka lakukan. Anak-anak perlu tahu sekarang bukan waktu bermain gadget. Jadi, dia perlu berhenti.\n\nAnak-anak perlu tahu sekarang waktu tidur. Jadi, dia perlu bersedia untuk tidur. Anak-anak perlu tahu sekarang waktu di sekolah. Jadi, dia perlu mendengar arahan guru.\n\nAnak-anak perlu tahu tak semua benda ibu ayah boleh belikan sekarang. Jadi, dia perlu sabar.\n\nTahukah anda? Anak-anak yang datang berjumpa saya yang punya kesukaran belajar, ramai yang punya masalah dengan pemahaman boundary juga?\n\nBagi saya, adalah amat penting untuk ibu bapa tahu dan fasih tentang meletakkan boundary pada anak-anak.\n\n5 Tips Mengajar Anak Faham \u201cBoundary\u201d\n\nSaya berikan sedikit tips untuk tuan puan aplikasikan di rumah:\n\n1. Pastikan Boundary Ibu Dan Ayah Sama\n\nJika ibu kata \u201caiskrim lepas makan\u201d. Ayah perlu setuju benda yang sama. Jika duduk dengan nenek, pastikan nenek juga setuju perkara yang sama.\n\nKalau \u201ccengelat\u201d (ada yang tiba-tiba membenarkan yang dilarang), akan membuatkan anak-anak keliru akan boundary yang diberikan.\n\n2. Pastikan Boundary Yang Anda Berikan Konsisten\n\nJika hari ini anda kata \u201cwaktu makan, tv tutup\u201d. Pastikan boundary anda itu konsisten setiap hari.\n\n3. Pastikan Boundary Anda Jelas Dan Berbunyi Arahan, Bukan Larangan\n\nBiasakan beri arahan untuk menetapkan boundary. Elakkan berkata \u201cjangan ambil handphone mama!\u201d Tapi, berikan arahan jelas \u201cletak semula handphone mama atas meja\u201d.\n\nAnak lebih mudah memahami boundary jika kita berikan maklumat apa yang perlu dilakukannya berbanding apa yang jangan dilakukannya.\n\n4. Ulang Dan Pertahankan Boundary Yang Anda Berikan\n\nSentiasa ingatkan, ulang sehingga boundary yang anda berikan difahami jelas oleh anak anda. Bagaimana nak tahu jika anak anda sudah faham boundary nya? Apabila anda kata \u201ckaki bawah meja\u201d.\n\nDan anak anda terus turunkan kakinya dari atas meja ke bawah. Tapi, memang anda perlu ulang dan ingatkan banyak kali. Budak-budak kan namanya.\n\n5.Puji Setiap Kali Anak Anda Mengikut Boundary Yang Diberikan\n\nSaya suka pengukuhan sosial (social reinforcement) berbanding carta bintang dan yang berbentuk material. Percayalah. Anak-anak suka dipuji.\n\nContohnya, anak anda menurut bila anda katakan \u201caiskrim lepas makan nasi\u201d. Semasa dia sedang makan nasi, berborak tentang betapa bagusnya dia makan nasi, nanti besar jadi anak yang kuat, yang soleh sebab dengar cakap anda. Dan pastikan anda beri apa yang dijanji.\n\nAnda mungkir janji,akan menyebabkan anak lihat boundary sebagai tipu helah. Dan anak anda akan mengabaikan boundary yang anda berikan.\n\nSemoga mudah untuk tuan puan aplikasikan tips mudah ini.\n\nDan percayalah, anak yang tahu boundary,yang faham limitnya,yang tahu peraturan akan menjadi anak yang yang lebih stabil emosinya,lebih mudah belajar kemahiran baru dan lebih gembira."
"Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ahli politik yang paling ikonik di Malaysia. Tidak mungkin akan ada lagi insan hebat yang mampu memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia untuk dua kali. Beliau bukan sahaja dikasihi oleh rakyat Malaysia malah disanjungi di seluruh dunia kerana kredibiliti dan kehebatan Malaysia dibawah tampuk pemerintahan beliau.\n\nPastinya anda berminat untuk mengenali Tun dengan lebih dekat, terutamanya untuk mengenali anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang tak kurang hebat dan terkenal di Malaysia. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan nama serta sedikit biodata ringkas anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad. Jom kita kenali keluarga hebat ini.\n\nTun Mahathir berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pada tahun 1956. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor. Tun Dr siti Hasmah mempunyai kelulusan MBBS dari\u00a0Universiti Malaya\u00a0di\u00a0Singapura.\u00a0\n\nApa yang lebih membanggakan,\u00a0Tun Dr. Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita Melayu pertama yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan\u00a0di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura. Beliau juga merupakan di antara doktor wanita pertama di Malaysia.\n\nSelain itu, Tun Dr Siti Hasmah juga merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak. Pada tahun 1974, beliau adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Kanak-kanak dan Ibu Negeri. Sungguh membanggakan!\n\nUntuk makluman anda, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mempunyai 4 orang anak kandung dan 3 orang anak angkat iaitu:\n\nDatin Paduka\u00a0Marina binti Mahathir\u00a0dilahirkan pada 9 Jun 1957. Beliau adalah anak sulung kepada Tun Mahathir dan mendapat pendidikan di Univrsity of Sussex, London. Beliau pernah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Perancis\u00a0dan mendapat seorang anak perempuan yang diberi nama Ineza. \n\nPada 7 Jun 1998 beliau berkahwin buat kali kedua dengan\u00a0Tara Sosrowardoyo yang merupakan seorang\u00a0 jurugambar\u00a0 profesional. Hasil perkahwinan ini, beliau mendapat dua orang anak iaitu Haga Tara ( lelaki ) dan Sharistal Maryada Sosrowardoyo yang merupakan anak perempuan.\n\nDatin Paduka\u00a0Marina binti Mahathir mempunyai sebuah syarikat penerbitan yang bernama Mosaique yang menerbitkan menerbitkan buku-buku meja kopi, kraf tangan dan buku ensiklopedia\u00a0berbahasa melayu. Selain itu beliau merupakan seorang aktivis sosial di\u00a0Malaysia dan mendapat pelbagai pengiktirafan\u00a0dari dalam dan luar negara seperti:\n\nBeliau merupakan anak kedua Tun Mahathir yang lahir pada 2 Januari 1961 dengan kelulusan Ijazah Sarja Muda (Kepujian ) Sains Petroleum dari Universiti of Tulsa, Amerika Syarikat. Beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan memainkan peranan yang penting dalam UMNO. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat gergasi di Malaysia seperti:\n\nSelain itu beliau merupakan presiden bagi Litar Sepang. Apa yang menarik, pada tahun 2014 beliau telah tersenarai sebagai lelaki kesebelas terkaya di Malaysia dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM3.81 bilion) oleh majalah antarabangsa Forbes.\n\nMirzan merupakan anak Tun Mahathir yang mungkin kurang menyerlah berbanding yang lain namun tak kurang hebatnya. Dari segi pendidikan, berikut adalah kelulusan beliau:\n\nBeliau juga merupakan pengarah bagi beberapa syarikat terkemuka seperti:\n\nDato\u2019 Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr Mahathir\u00a0ialah anak kelima Tun Mahathir. Beliau lahir pada 25 November 1964. Mendapat pendidikan di MRSM Kota Bharu dan kemudian beliau menyambung pelajaran di Sophia University, Jepun dan University Boston dalam bidang pengurusan perniagaan.\n\nBeliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2013 dan 2018. Selain itu beliau juga memegang jawatan penting dalam syarikat gergasi di Malaysia seperti:\n\nMelinda Mahathir adalah seorang surirumah dan memilih untuk menjalankan cara hidup low profile.\n\nMazhar Mahathir adalah anak angkat kedua tun Mahathir. Beliau adalah berketurunan Pakistan dan bergiat aktif dalam dunia teater. Di antara teater yang dibintangi oleh beliau ialah:\n\nMaizura Mahathir adalah anak angkat Tun Mahathir yang diambil pada tahun 1983 semasa beliau berumur 6 bulan. Beliau adalah anak bongsu dalam keluarga ini.\n\nItulah dia info tentang nama anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda semua. Didoakan semoga dipanjangkan usia Tun dan diberikan kesihatan yang berpanjangan."
"Tom yam ialah sejenis sup yang berasal daripada Thailand. Untuk memasak tom yam kena pastikan rasanya pedas, masam dan pekat. Tom yam sedap dimakan bersama nasi dan bihun.\n\nTeringin memasak tom yam namun bimbang mengikuti resepi yang mana satu? Maka sebaiknya anda mengikuti resepi tom yam power yang mencecah 12 ribu perkongsian di Facebook oleh Miya Aira\u200e ini.\n\nResepi ini memiliki petua rahsia memasak tom yam yang jarang diketahui ramai. Rahsia itu ada pada bahan-bahan yang digunakan. Salah satu petua sedapkan tom yam ialah akar ketumbar dan lengkuas. Sangat sedap, buat satu kuali boleh terus habis. Makan dengan nasi panas-panas tambah telur dadar lagi lazat.\n\nRahsia lain ialah menggunakan pes tom yam. Pes tom yam perdagangan dihasilkan dengan melumatkan kesemua bahan herba dan digoreng dalam minyak. Pes itu kemudian dibotolkan. Perisa tom yam dengan pes mungkin memiliki ciri-ciri berbeza dengan yang menggunakan bahan herba segar.\n\n1. Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit.\n2. Kemudian masukkan akar ketumbar yang telah dicuci bersih.\n3. Bila air mendidih, masukkan ayam terlebih dahulu. Rebus hingga ayam bertukar warna menjadi putih.\n4. Setelah itu, masukkan semua bahan hiris dan bahan ketuk tadi. Kacau sebati.\n5. Masukkan satu botol pes tom yam. Kalau guna pes botol besar anggaran dalam 5-6 sudu besar.\n6. Masukkan 4 sudu kecil pes chili thai. Kacau sebati.\n7. Lepas itu, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.\n8. Masukkan sayur.\n9. Masak hingga sayur empuk.\n10. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat dalam 4 sudu besar. Kacau sebati. Terus tutup api.\n11. Akhir sekali tabur daun ketumbar. Tidak perlu perah asam limau kerana pes sudah secukup rasa masam dia.\n\nSelain resepi tom yam sedap, kami juga menulis resepi sedap lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
"Terdapat empat jenis ikan bawal yang ada iaitu ikan bawal hitam, putih, cermin dan emas. Ikan bawal ini rasanya sangat sedap namun harganya agak mahal berbanding ikan-ikan biasa yang lain terutamanya ikan bawal emas. Tapi, kalau nak makan sedap sekali sekala, kita belanja lebih sedikit pun tidak mengapa bukan? Untuk diri sendiri dan keluarga tersayang juga.\n\nDisebabkan rasanya yang sedap, ikan bawal ini sangat sesuai dimasak dengan pelbagai jenis masakan seperti masak asam pedas, gulai kari, gulai kuning, masak tiga rasa dan lain-lain malahan sangat sedap walaupun hanya digoreng biasa. Terpulang pada citarasa masing-masing untuk makan masakan jenis macam mana yang lebih menyelerakan dan sesuai dengan anak tekak masing-masing.\n\nKami ingin kongsikan satu resepi ikan bawal goreng halia yang sangat sedap. Biasanya kita hanya goreng biasa ataupun paling malas kita hanya goreng bawang besar dan taburkan atas ikan goreng tersebut kan.Haa resepi kali ini lebih special sebab kita masukkan sekali halia. Halia yang banyak lebih memberi rasa sedap se lain khasiatnya dapat membuang angin dalam badan kita.\n\nResepi ikan bawal goreng halia ini telah disumbangkan oleh saudari Norsharmiza Ashikin di Facebook. Kata beliau, resepi ini diperoleh daripada kawannya yang berbangsa cina. No wonderlah ada masuk halia kan. Nampak lebih berkhasiat dan menyelerakan. Yang suka atau anak try masakan cina WAJIB try tau. Sedap ni! Selamat mencuba!\n\n2 ekor ikan bawal emas\nGaram kunyit untuk goreng ikan\n1 biji bawang besar\n1 labu bawang putih\nHalia sebanyak mana yang suka\nCili padi sebanyak mana yang suka\n\n(1) Mayang halus bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi\n(2) Kelar ikan dan lumurkan dengan garam kunyit.\n(3) Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat.\n(4) Goreng halia sampai garing dan angkat.\n(5) Tumis garing bawang besar, bawang putih dan cili padi. Angkat dan letak/tabur di atas ikan\n(6) Last sekali, tabur halia goreng tadi. Biar nampak halia kat lapisan atas sekali.\n\nSelain resepi ikan bawal goreng halia yang sedap ini, ada banyak lagi resepi-resepi lain yang sedap-sedap kesemuanya. Jemputlah untuk menjengah kesemuanya ya. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE sekali!"
"Hari ini jom terokai masakan cina muslim pian bian [email\u00a0protected] bian hu. Ini ialah makanan mee masyarakat cina.\n\nBahan-bahan buat masakan ini terpaling simple. Resepi asal hanya guna tepung beras dibancuh dengan air. Biasanya orang letak cendawan, ayam, seafood, atau versi sayuran. Rasanya amat sedap sangat, sekali cuba mungkin boleh habis 3-4 mangkuk.\n\nMasakan ini banyak dijual di kedai-kedai cina, tapi untuk cari yang halal agak susah, maka cik Cattyjah Sunny berkongsi resepi di laman Facebook dan segala resepi sudah diubah jadi halal. Sekarang musim hujan sedap makan ini. Selamat mencuba.\n\nResepi Ding Bian Hu @ Pian Bian Hu\n\nSelain ding bian hu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Kuali adalah salah satu daripada peralatan yang wajib ada di setiap dapur. Pendek kata, setiap dapur di dunia pasti mempunyai kuali walau pun cuma sebiji. Bagi rumah yang mempunyai cuma sebiji kuali, pastinya kuali tersebut digunakan untuk semua jenis masakan. Ianya adalah normal dan bukanlah sesuatu yang pelik.\n\nNamun tahukah anda bahawa yang sebenarnya terdapat pelbagai jenis kuali dan setiap satu daripadanya mempunyai kegunaan yang tersendiri.\n\nHal ini, bukan sahaja orang lelaki tak tahu. Malah di kalangan orang perempuan sekali pun ramai yang belum tahu. Itulah sebabnya satu kuali digunakan untuk semua jenis masakan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan jenis kuali orang perempuan perlu tahu dan suami pun kena ambil berat. Sama-sama tahu, barulah bahagia rumah tangga.\n\nJenis-jenis kuali berdasarkan bentuk dan kegunaan\n\nTerdapat dua jenis kuali yang selali digunakan di dapur sama ada dapur rumah atau dapur komersial. Kedua-dua jenis kuali ini boleh dibezakan dengan melihat rupa parasnya kerana kedua-duanya adalah berbeza.\n\nSeperti namanya, kuali leper adalah leper di mana ianya adalah cetek. Anda tidak boleh memasukkan minyak yang banyak ke dalam kuali leper malah semasa memasak, anda tidak dapat memasukkan makanan dengan kuantiti yang banyak ke dalamnya. Kuali leper digunakan untuk menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak yang banyak. Di antara makanan yang sesuai dimasak dalam kuali leper ialah seperti:\n\nSeperti namanya, kuali dalam mempunyai bentuk yang lebih dalam berbanding kuali leper. Ianya lebih tinggi berbanding kuali leper dan sesuai digunakan untuk deep fry atau menggoreng dengan minyak yang banyak. Malah kuali ini sesuai digunakan untuk memasak makanan berkuah atau makanan dalam kuantiti yang banyak. Di antara jenis makanan yang sesuai dimasak dalam kuali dalam ialah seperti berikut:\n\nOleh itu, pastikan di rumah anda terdapat sekurang-kurangnya sebiji kuali leper dan sebiji kuali dalam agar mudah untuk anda memasak. Jika ahli keluarga anda tidak ramai, beli kuali bersaiz kecil atau sederhana. Tidak perlu membeli kualai bersaiz besar memandangkan anda cuma memasak dalam kuantiti yang sedikit. Namun kalau anda selalu menjemput tetamu datang ke rumah atau suka memasak untuk menjamu kenalan, tak salah kalau anda ingin membeli kualai bersaiz besar.\n\nJika tadi kami kongsikan jenis kuali berdasarkan bentuk dan kegunaannya, kali ini kami akan kongsikan pula jenis kuali berdasarkan material pembuatannya. Untuk pengetahuan anda, pada hari ini terdapat pelbagai jenis kuali yang dijual di pasaran. Pastinya anda jadi rambang mata dan tak tahu yang mana satu nak dipilih. Jom kami kongsikan jenis kuali berdasarkan material dan cara penjagaannya.\n\nKuali anti lekat atau non stick pan\n\nIni adalah jenis kuali yang paling popular di kalangan para wanita memandangkan ianya mempunyai fungsi anti lekat iaitu makanan tidak akan mudah hangus dan tidak akan lekat pada permukaan kuali. Kalau selama ini anda menggoreng ikan dengan kuali biasa dan selalu mengalami masalah ikan melekat pada kuali dan nampak tidak cantik semasa dihidang, dengan penggunaan kuali anti lekat perkara ini tak akan berlaku.\n\nNamun begitu kuali anti lekat perlu dijaga dengan betul-betul untuk mengelakkan daripada tercalar. Cuci dengan apan lembut dan elakkan daripada menggunakan penggosok periuk. Ianya perlu diganti dengan yang baru jika sudah tercalar bagi mengelakkan bahan kimia merbahaya daripada masuk ke dalam makanan semasa anda memasak.\n\nKuali besi biasanya digunakan di kedai makan dan restoran. Istimewanya kuali jenis besi ialah ianya akan menjadi sangat panas dan memberikan rasa terbakar yang biasanya kita takkan dapat jika memasak sendiri di rumah. Perhatikan dapur di kedai makan, biasanya mereka memasak dengan api yang besar bukan? Ini kerana mereka menggunakan kuali besi yang tidak muah hangus. Rasanya pun lebih sedap.\n\nIni adalah jenis kuali biasa yang banyak dijual di kedai. Kuali aluminium menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana harganya yang murah. Penjagaannya juga sangat mudah. Tiada masalah untuk anda menggaras dengan penggosok periuk jika ada makanan yang melekat.\n\nIni adalah jenis kuali yang agak mahal harganya. Namun apa yang menarik, anda boleh terus hidangkan makanan yang dimasak ke atas meja tanpa perlu disalin ke dalam bekas lain. Meja anda akan kelihatan mewah dan cantik. Namun kuali kaca perlu dijaga dengan betul supaya tidak pecah.\n\nJenis kuali yang terakhir ialah kuali batu granite. Ia adalah jenis kuali terkini yang sangat hangat di pasaran. Harganya tidak murah namun penjagaannya tidak serumit menjaga kuali anti lekat. Kalau anda mempunyai bajet, kuali jenis ini adalah yang terbaik untuk anda beli.\n\nItulah dia perkongsian tentang senarai jenis kuali orang perempuan perlu tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga keluarga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips ubah suai dapur dan cara simpan telur yang betul di dapur."
"Jika sebelum ini kita biasa dengar perihal penyakit darah tinggi atau hipertensi, masalah darah rendah yang juga dikenali sebagai hipotensi turut menjadi ancaman kesihatan.\n\nJom ketahui punca darah rendah dengan terus membaca artikel ini untuk dijadikan panduan kesihatan bersama.\n\nTekanan darah yang normal adalah pada kadar 120/80 mm Hg untuk tekanan sistolik dan distolik apabila diperiksa menggunakan alat tekanan darah pada bahagian lengan atas.\n\nJulat tekanan darah yang normal pula biasanya ialah 90/60 mm Hg hingga 140/90 mm Hg. Sebarang perubahan pada bacaan tersebut yang agak besar nilainya, menunjukkan ketidakstabilan tekanan darah.\n\nKhusus untuk keadaan darah rendah, tekanan darah menjadi perlahan untuk dipam ke jantung dan seluruh tubuh.\n\nHal ini bakal memberikan banyak komplikasi kesihatan kerana darah diperlukan oleh satu badan kita bagi menjalankan tugas fisiologi atau aktiviti sistem badan yang sihat.\n\nAntara gejala atau kesan darah rendah ialah:\n\nTerdapat satu keadaan darah rendah yang dikenali sebagai ortostatik hipotensi (OH) yang merupakan perubahan penurunan darah yang mendadak apabila seseorang berubah kedudukan;\n\ncuba bangun selepas duduk dengan penurunan sekurang-kurangnya 20 mm Hg untuk tekanan sistolik dan 10 mm Hg untuk tekanan distolik, dalam tempoh 1 minit ATAU kegagalan cubaan berdiri secara sendiri selama 3 minit.\n\nMenurut kajian Perlmuter et al. pada tahun 2013, keadaan OH ini lebih mudah menyerang wanita berbanding lelaki dengan nisbah risiko 4:1 dan bermula seawal usia 35 tahun.\n\nDalam ulasan kajian tersebut juga, keadaan ortostatik hipotensi ini dikaitkan dengan sistem saraf seseorang yang bermasalah.\n\nBerikut merupakan beberapa punca darah rendah yang perlu dipandang serius memandangkan masalah tekanan darah rendah sangat mengancam kesihatan sehingga boleh membawa maut.\n\nSenarai ini merupakan ringkasan daripada hasil ulasan kajian saintifik sekumpulan penyelidik dari Perancis pada tahun 2017 yang diterbitkan di jurnal N\u00e9phrologie & Th\u00e9rapeutique.\n\nLazimnya, ubatan untuk merawat penyakit darah tinggi atau hipertensi boleh memberi risiko keadaan punca darah rendah.\n\nSelain itu, ubatan seperti pelali (sedatif), hipnotik, NSAID, anti kemurungan dan ubatan yang berkaitan dengan rawatan penyakit saraf atau mental turut menyumbang kepada keadaan tekanan darah rendah.\n\nHampir 10% kes darah rendah yang dilaporkan dikaitkan dengan sistem saraf yang bermasalah.\n\nKeadaan ini banyak dilaporkan bagi mereka yang menghidapi penyakit berkaitan saraf seperti Parkinson dan dementia (nyanyuk).\n\nKeadaan darah rendah ini bertambah teruk dengan pengambilan ubatan untuk merawat penyakit-penyakit tersebut.\n\nPenyakit diabetes merupakan keadaan kandungan gula yang tidak terkawal dalam tubuh.\n\nDi negara-negara maju, pesakit diabetes sering melaporkan masalah darah rendah. Punca darah rendah ini bertambah teruk bagi pesakit yang mempunyai diabetes yang tidak terkawal.\n\nTerdapat laporan kajian lepas yang membuktikan perhubungan antara kekurangan vitamin B12 dengan punca darah rendah.\n\nKajian tersebut melihat kesan perubahan tekanan darah dalam kalangan pesakit yang lebih berusia apabila diberikan diet pemakanan B12 yang mencukupi.\n\nAntara cadangan makanan yang kaya dengan kandungan B12 ialah:\n\nJantung merupakan organ yang bertanggungjawab mengepam darah dari paru-paru ke seluruh badan untuk digunakan.\n\nSekiranya seseorang itu mempunyai masalah jantung, tekanan darah yang dipam akan berkurangan lalu menjadi punca darah rendah yang boleh mengganggu produktiviti harian sehingga boleh mengancam nyawa.\n\nAntara masalah jantung yang boleh menjadi punca darah rendah ialah:\n\n6. Jangkitan Kuman yang Teruk atau Sepsis\n\nSepsis merupakan keadaan jangkitan kuman ke atas organ atau sistem tubuh manusia yang boleh menjadi punca darah rendah.\n\nKeadaan yang dipanggil sebagai septic shock akibat jangkitan kuman ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan tekanan darah yang sangat rendah dan membawa maut.\n\nAntara contoh jangkitan teruk yang boleh menjadi punca darah rendah ialah:\n\nMasalah pada sistem endokrin tubuh akan menyebabkan gangguan paras hormon atau pengeluaran hormon yang tidak mencukupi atau bersesuaian untuk menjalankan fungsi tubuh secara optimum.\n\nSelain itu, masalah ketidakstabilan hormon akan menyebabkan keadaan kesihatan seperti diabetik ketoasidosis (kandungan gula yang terlalu tinggi dalam tubuh) atau penyakit Addison (kandungan garam yang rendah dalam tubuh),\n\nseterusnya akan menyebabkan berlakunya punca darah rendah.\n\nSecara ringkasnya, terdapat 7 punca darah rendah, seperti ubatan yang diambil, masalah saraf, penyakit kencing manis, kekurangan vitamin B12, masalah jantung, jangkitan kuman yang teruk dan gangguan sistem endokrin yang menyebabkan ketidakstabilan hormon.\n\nMasalah tekanan darah perlu diberi perhatian yang serius dan cuba dicegah bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti pengsan, koma dan kematian.\n\nAmalan gaya hidup sihat dengan aktiviti fizikal dan diet makanan yang seimbang adalah sangat digalakkan.\n\nNamun, penulis ingin menegaskan kepada para pembaca untuk mendapatkan pandangan doktor perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan punca darah rendah, lebih-lebih lagi jika anda ingin mencari langkah rawatan yang bersesuaian."
"Tips kehamilan hari ini ingin berkongsi mengenai tanda bersalin semakin hampir untuk ibu-ibu yang kini di minggu terakhir mereka. Semoga 3 tips hamil ini dapat memberi pentunjuk ringkas bahawa ianya sudah sampai saatnya untuk para ibu bersedia. :-)\n\n1. Terdapatnya lendir-lendir, atau darah pada permukaan serviks\n\nSalah satu tanda yang sang ibu akan bersalin apabila terdapatnya lendir yang meliputi serviks. Walau bagaimanapun ianya tidak banyak. Kebiasaan terdapat dalam sejumlah kecil lendir yang berwarna \u00a0merah jambu yang melekit -lekit. Walaubagaimanapun \u00a0sebenarnya sesetengah orang tidak perasan akannya. Benda ini juga boleh datang dalam bentuk tompokan atau kepingan.\n\nTetapi awas, tanda ini juga kadang-kala mengelirukan sang ibu.\n\nSelalunya, doktor akan menyarankan supaya sang ibu mengambil makanan ringkas untuk memberikan tenaga. Tetapi apabila anda semakin hampir dengan tarikh, salah satu tandanya adalah anda kerap muntah.\u00a0Anda kerap berasa loya dan juga ingin muntah. Anda juga ada \u00a0kemungkinan untuk mengalami cirit-birit.\n\nDinasihatkan sang ibu supaya banyak minum air dan minum minuman berkarbonat untuk membantu melegakan gejala-gejala ini \u2013 penghidratan adalah penting! Elakkan badan lesu tidak segar!\n\nSelain tanda di atas, tanda lain adalah anda kerap sakit perut. \u00a0Sang ibu mungkin merasakan keperluan untuk pergi ke tandas lagi lebih dari kebiasaan. Ini berlaku kerana kepala bayi anda telah berpindah dan mungkin kini boleh menekan usus ibu.\u00a0Kontraksi juga boleh menyumbang kepada sakit perut.\n\nSemoga 3 tips ringkas tanda bersalin ini membantu."
"Sedapnya yogurt masam-masam manis dan disejukkan dalam peti ais! Banyak khasiat yogurt kepada kesihatan kita. Jom baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang khasiat yogurt.\n\nYogurt adalah sejenis makanan atau minuman berasaskan susu yang mengandungi kultur hidup. Ianya banyak dijual di pasaraya-pasaraya dengan pelbagai perisa.\n\nMenurut badan Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat, yogurt ialah sejenis susu yang ditapaikan melalui penapaian bakteria S. thermophilus atau L. bulgaricus. Semasa proses penapaian, ion H+ yang terhasil melalui kultur bakteria tersebut memberikan sifat asid dan rasa kemasaman yogurt.\n\nAntara jenis susu yang digunakan datang dari susu perahan lembu, bebiri, kambing dan kerbau. Negara pengeluar utama yogurt dunia ialah Arab Saudi, diikuti Uruguay, Turki, Syria, Indonesia, Togo dan Cyprus.\n\nBagi menambah sensori rasa, beberapa perasa buah-buahan ditambah ke dalam yogurt seperti kiwi, strawberi, pisang, mangga dan sebagainya.\u00a0Yogurt enak dimakan begitu sahaja atau boleh juga dimasukkan dalam salad, masakan nasi beriani, bakeri dan lain-lain hidangan. Yogurt sangat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Jom ketahui apakah khasiat yogurt.\n\nYogurt mengandungi kalsium dan fosforus yang membantu enamel gigi menjadi lebih putih dengan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kekuningan. Antara petua yang diturunkan ialah: Sapukan secara kerap pada gigi anda untuk mendapat keputusan terbaik.\n\nBagi mereka yang alergik terhadap laktosa dan minuman susu, yogurt adalah pilihan tepat untuk mendapatkan nutrisi alternatif. Ini kerana yogurt lebih mudah dicerna dan mengandungi nutrisi yang hampir sama seperti susu.\n\nGula laktosa dalam susu telah berkurangan apabila ditapaikan menjadi yogurt. Kehadiran laktosa ini sebenarnya mendatangkan masalah pencernaan seperti cirit-birit, muntah dan sebagainya kerana badan tidak boleh menyerap sepenuhnya laktosa.\n\nYogurt mengandungi separuh kandungan laktosa daripada susu biasa. Selain itu, kehadiran bakteria hidup ini akan membantu sistem pencernaan yang lebih baik dengan penguraian laktosa dalam tubuh untuk terus diserap tanpa mendatangkan masalah pencernaan.\n\nPesakit tekanan darah tinggi juga disarankan mengambil yogurt.Ini kerana, selain mengandungi kalsium, yogurt juga kaya dengan kalium. Kalium dalam yogurt berfungsi dalam membantu proses penurunan tekanan darah.\n\nSifat antikulat yogurt boleh dimanfaatkan untuk menghilangkan kelemumur.\n\nCaranya: Sapukan yogurt pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama kira-kira 20 ke 30 minit sebelum dicuci.\n\nIa mampu melicinkan rambut, mengurangkan kelemumur dengan ketara dan menghilangkan gatal pada kulit kepala.Lakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.\n\nYogurt mengandungi bakteria baik atau probiotik. Tugasnya adalah untuk menyingkirkan bakteria jahat yang mengganggu sistem pencernaan. Secara tidak langsung, probiotik turut membantu menyokong kekuatan dan peningkatan sistem imun badan. Pengamal yogurt juga pada kebiasaannya jarang terdedah kepada penyakit seperti demam dan selsema.\n\nProbiotik bakteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.\n\nMenurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan\u00a0 di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu Lactobacillus dan Bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap jangkitan H. pylori.\n\nSelain dimakan, yogurt boleh dijadikan masker wajah. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan lembut. Ini kerana, yogurt mengandungi asid laktik yang berfungsi sebagai penyingkir sel-sel kulit mati dan menghidratkan kulit supaya kekal lembap dan segar.\n\n7. Menyihatkan tulang dan mencegah osteoperosis\n\nSemangkuk yogurt yang kaya dengan vitamin D dan kalsium mampu membuat tulang semakin sihat dan kuat. Kalsium juga berperanan dalam menjaga kepadatan tulang sehingga mampu mencegah penyakit osteoporosis.\n\n8. Bagus untuk wanita mengandung dan lepas bersalin\n\nDalam buku nukilan saintis Amerika Syarikat bernama M. Freitas yang berjudul The Benefits of Yogurt, Cultures, and Fermentation,\u00a0yogurt memiliki kandungan asid folik yang lebih tinggi daripada susu melalui tindakan bakteria yang menjadi kultur yogurt.\n\nAsid folik merupakan nutrien penting yang membantu perkembangan bayi dalam kandungan menjadi lebih sihat dan membesar dengan sempurna.\n\nSelain itu, bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk badan asal, khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.\n\nBakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa.\n\nBakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.\n\nJangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes.\n\nMenurut kajian, wanita yang mengambil\u00a0 yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) untuk memberikan persekitaran berasid bagi membunuh mikrob, seterusnya menyebabkan pengurangan jangkitan Candida.\n\nIni adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol.\n\nPengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.\n\nMenurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Dairy Technology pada tahun 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.\n\nYogurt amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.\n\nPemakanan yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta\u00a0 penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam yogurt meningkatkan penyerapan mineral.\n\nMenurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.\n\nRumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.\n\n15. Sumber kalsium dan protein terbaik\n\nYogurt Kurang Lemak atau non fat yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. Dalam 8 ons yogurt menyediakan 452 mg kalsium dan 127 kalori.Selain rasa yogurt yang sangat enak, ternyata yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi keperluan kalsium harian kita.\n\nJika anda mengalami bengkak susu, yogurt boleh membantu. Sapukan yogurt ke seluruh payudara, biarkan selama 30 minit dan dibilas sehingga bersih. Lakukan 3 kali sehari.\n\nAnda boleh memperoleh pelbagai nutrisi dan vitamin seperti vitamin B3, vitamin B12 dengan hanya meminum yogurt pada setiap hari. Vitamin B12 menghasilkan energi, menjaga sistem saraf agar tetap sihat serta memastikan otak dapat bekerja dengan baik.\n\nSelain vitamin B, vitamin A juga terdapat pada yogurt yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan mata, kesihatan kulit dan membantu tubuh melawan jangkitan kuman.\n\nItulah dia khasiat yogurt yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai: \n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Siapa pernah makan roti pattaya? Rupanya tidak hanya nasi goreng sahaja yang boleh dibuat pattaya, namun roti pun sama. Resepi roti pattaya yang kami kongsikan ini amat menarik dan mudah sangat. Buat 2 keping roti sahaja tapi mengenyangkan sangat.\n\nResepi roti pattaya didatangkan daripada \u200eNurul Ab Aziz di laman Facebook. Resepi ini menggunakan 3 bahan sahaja, haa mesti anda semakin penasaran bukan? Guna roti, sardin dan telur sahaja. Kalau tidak ada roti, boleh buat roti homemade atau guna kulit popia juga boleh. Supaya tidak membazir boleh guna roti yang hampir habis tempoh di rumah.\n\nRoti pattaya sedap dijadikan kudapan petang-petang mahupun sarapan pagi. Jom cubakan resepi roti pattaya yang kebaboom!\n\nSelain roti pattaya, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sedapnya menikmati segelas sirap bandung ketika cuaca sedang panas menyengat. Sirap bandung merupakan sejenis minuman yang memang menjadi kegemaran dan cukup popular di negara kita.\n\nRasanya yang berlemak dan berbau ros, cukup membangkitkan selera. Malah, penulis yakin salah satu tarikan air ini ialah warna merah jambunya. Bahan-bahan yang dicampurkan di dalam minuman ini juga menjadi daya penarik utama.\n\nBahan utama untuk membuatnya ialah sirap kordial perisa ros, susu pekat dan susu cair. Walaupun namanya \u2018bandung\u2019, minuman ini tiada kena mengena dengan Bandung, Indonesia. Ia merupakan minuman yang berasal dari negara kita.\n\nJika dahulu, air sirap bandung dicampurkan dengan cincau untuk menambahkan lagi kelazatan. Kini, seiring dengan peredaran zaman, kita semakin kreatif menambah pelbagai bahan. Tidak hanya bertambah sedap, bila terpandang pun boleh terliur.\n\nJom baca tentang resepi sirap bandung sedap. Sempena bulan puasa yang akan menjelang tidak lama lagi, anda boleh mencubanya di rumah.\n\nCara membuat sirap bandung ABC ialah campurkan sirap ros, susu cair, susu pekat dan gula pasir. Kemudian, masukkan kacang tanah yang dihancurkan, jagung (tin), hirisan cincau, kacang merah (tin) dan agar-agar.\n\nAnda juga boleh tambahkan sedikit air gula melaka. Bahan-bahan tambahan ini sekadar untuk menambahkan nikmat kelazatannya. \n\nCara membuatnya ialah sama seperti membuat air bandung biasa. Cuma air gula perlu dimasak dengan daun pandan. Kemudian, masukkan buah kembang semangkuk (direndam dahulu), biji selasih, hirisan cincau dan hirisan getah anggur.\n\nAnda juga boleh tambahkan hirisan kurma cina, barli (direbus dulu), buah kundur atau kabung dan air ais krim soda.\n\nSetelah siapkan air bandung, kisar beberapa biji buah kurma (dibuang biji) dan badam. Campurkan ke dalam air tersebut. Anda boleh menambah hirisan kurma dan badam hancur untuk memberi rasa yang lebih lemak.\n\nLarutkan sirap ros ke dalam air sejuk. Tambahkan sedikit susu pekat. Namun, anda perlu menggantikan susu cair kepada santan segar. Santan perlu dipanaskan terlebih dahulu untuk mengelakkannya mudah basi.\n\nGantikan juga air gula kepada gula melaka yang dicairkan dengan daun pandan. Kemudian, sejukkan sebentar. Masukkan bahan-bahan lain seperti mi cendol (warna merah jambu) dan cincau. Sebelum dihidang, masukkan beberapa ketul ais.\n\nIsikan air bandung ke dalam gelas. Tambahkan sedikit air aiskrim soda atau Sprite. Kemudian, masukkan 1 senduk kecil aiskrim pilihan. Anda boleh masukkan aiskrim perasa vanila, strawberi, jagung dan sebagainya\n\nBuat air bandung seperti biasa. Kemudian, masukkan buah-buahan campur di dalam tin. Jangan masukkan air yang terdapat dalam koktel buah-buahan tersebut.\n\nAnda boleh menggantikannya dengan buah-buhan segar seperti tembikai, nanas, epal, kiwi, anggur, strawberi dan sebagainya. Potong dadu sebelum dimasukkan ke dalam air bandung.\n\nCara penyediaan air bandung sama sahaja. Cuma anda perlu gantikan susu cair dengan susu segar. Kemudian, ambil beberapa sudu air bandung dari bancuhan tadi dan campurkan dengan dairy whipping cream.\n\nBagi mencantikkan warna krim, tambahkan sedikit pewarna merah atau sirap ros (tanpa gula) untuk menjadikan krim berwarna merah jambu. Air bandung tersebut dituang ke dalam gelas. Tuangkan krim tadi di atasnya.\n\nSebelum menyiapkan air bandung. Ambil sedikit tepung pulut, tambahkan dengan air dan pewarna pilihan. Kemudian, bulat-bulatkan menjadi saiz kecil dan direbus dengan air yang dimasukkan dengan daun pandan.\n\nJika suka, boleh masukkan inti kacang tanah hancur atau pes kacang merah ke dalam mochi (onde-onde) tadi. Cara memasaknya sama seperti membuat kuih buah melaka atau onde-onde. Akhir sekali, nikmatinya dengan sirap bandung yang disejukkan.\n\nCaranya ialah buat air bandung macam biasa. Anda boleh juga jadikannya seperti bandung blended. Blended maksudnya air bandung tadi dikisar dengan ais sehingga pekat.\n\nMasukkan sirap bandung yang telah siap ke dalam gelas. Kemudian, paipkan dairy whipping cream ke atasnya. Taburkan dengan hiasan seperti chocolate rice, air gula melaka, hirisan kurma dan sebagainya.\n\nKukus beras pulut yang dicampurkan dengan santan dan sedikit garam. Kemudian, masukkan sedikit pulut yang telah masak dan lembut ke dalam sirap bandung. Anda juga boleh tambahkan jagung tin, kacang merah dan kacang tanah.\n\nBagi resepi ini, anda boleh buat air soya homemade atau beli sahaja yang di dalam kotak. Yang lebih sedap tentunya yang dibuat sendiri kerana lebih pekat dan asli.\n\nCaranya ialah sama seperti membuat sirap bandung biasa. Cuma anda perlu gantikan susu cair dengan air soya. Anda juga tidak perlu memasukkan susu pekat. Cukup sekadar air gula pandan atau air gula melaka.\n\nBagi resepi ini, anda memerlukan sedikit masa untuk menyiapkannya. Namun, percayalah hasilnya pasti buat anda tersenyum bangga. Anda perlu menyediakan 3 lapisan untuk bandung 3 layer.\n\nBagi lapisan bawah sekali, anda perlu membuat puding bandung. Caranya ialah air bandung yang telah dibuat, dicampurkan dengan sedikit serbuk agar-agar atau dadih. Biarkan sehingga keras. Kemudian, sendukkan ke dalam cawan atau bekas.\n\nBagi lapisan kedua pula dituangkan air gula melaka yang pekat. Agak-agak sahaja tahap kemanisan yang diperlukan. Bahagian atas sekali, tuangkan air bandung yang telah dibuat awal-awal. Dari luar, anda akan nampak 3 lapisan yang cantik.\n\nJangan lupa cuba 12 resepi sirap bandung yang dikongsikan ini. Hasilnya pasti membuatkan anda terkesima dan kagum. Biasanya kita minum air bandung yang sama sahaja, apa kata kali ini cuba sesuatu yang lain.\n\nAnda juga boleh cuba resepi boba drink dan resepi air soda herba yang sedap. Selamat mencuba."
"Ayuh kenali kisah isteri Firaun yang bernama Asiah Binti Muzahim dan kehebatan beliau mempertahankan keimanannya. \n\nDalam al-Quran, nama Asiah tidak disebutkan namun dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W \u00a0dalam hadis baginda, sabda baginda:\n\n\u201cWanita penghuni syurga yang paling utama adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiyah binti Mazahim isteri Firaun.\u201d\n\nAsiah binti Muzahim merupakan isteri kepada Firaun serta ibu angkat kepada Nabi Musa A.S. Allah S.W.T menurunkan ujian kepada wanita hebat ini dengan diberikan seorang suami yang kufur, kejam serta kuat menentang agama Allah S.W.T.\n\nDalam kekejaman dan ketaksuban suaminya yang mengakui diri sebagai tuhan, Asiah telah bertindak \u2018menentang suaminya\u2019 dengan memeluk agama Islam dan beriman kepada Allah S.W.T secara rahsia dan sembunyi. Pengislaman dan keyakinannya terhadap agama Allah bermula sewaktu melihat mukjizat Nabi Musa A.S dengan tongkat baginda bertukar menjadi ular.\n\nDikatakan\u00a0 Asiah berasal daripada kerabat yang kaya-raya selain seorang yang cantik serta mempunyai budi pekerti yang baik. Beliau juga seorang yang rendah diri serta tidak sombong dengan kekayaan serta pangkat kedudukannya. \u00a0\n\nNamun setelah memeluk Islam, Asiah tidak lagi melihat istana Firaun sebagai sebuah kebahagian tetapi memilih cinta Allah S.W.T sehinggakan beliau rela disiksa oleh suaminya sendiri. Firaun yang sangat marah dan berdukacita dengan tindakan Asiah yang enggan mengakuinya sebagai tuhan telah bertindak menyiksa isterinya itu sehingga mati.\n\nKisah isteri Firaun ini dibicarakan Allah S.W.T dalam al-Quran menerusi surah at-Tahrim: 11. Allah berfirman yang bermaksud,\n\n\u201cDan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata; \u201cYa Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.\u201d\n\nDoa Asiah ini dirakamkan oleh Allah S.W.T bagi memberikan gambaran bahawa kesenangan dan kebahagiaan hidup ini bukanlah di dunia semata-mata, tetapi ganjaran di akhirat adalah \u00a0lebih utama.\n\nPenutup: Takwa dan Keimanan Lebih Utama Berbanding Kemewahan Harta di Dunia\n\nKisah Asiah ini bukanlah \u00a0sekadar memperlihatkan ketabahan dan kesabaran sebagai seorang isteri kepada sosok yang mengakui dirinya tuhan, tetapi betapa pentingnya untuk bertunjangkan iman yang kuat dan kental sebagai tujuan hidup.\n\nAsiah bukan sahaja wanita berani yang menentang suaminya, tetapi seorang pejuang yang hanya meletakkan Allah \u00a0S.W.T sahaja di hatinya, sebab itulah beliau tidak berasa takut atau gentar sedikit pun untuk mengakui bahawa beliau beriman hanya dengan Allah, bukan suaminya\u00a0 Firaun.\n\nDisebabkan itulah, disebutkan oleh Rasulullah S.A.W bahawa Asiah adalah wanita yang dijanjikan syurga, kerana \u00a0meletakkan kecintaan Allah S.W.T di tempat yang lebih utama.\n\n Sila baca juga artikel-artikel menarik yang ingin kami kongsikan seperti;"
"Setiap ibu bapa mempunyai impian iaitu dapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang taat dan menghormati ibu bapa sentiasa. Siapa yang tidak mahu anak-anak yang baik, bukan? Semua mahu anak yang baik dan menjadi penyejuk mata.\n\nAnak yang baik terletak pada cara ibu bapa menjaga dan mendidiknya sendiri. Sejak dalam kandungan lagi, jika ibu bapa tidak menjaga adab dan solat ia akan memberi kesan terhadap bayi itu sendiri. Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu bersikap baik-baik saja.\n\nDalam islam juga menekankan cara pendidikan bayi sejak dalam kandungan lagi. Apakah tips untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah ibu pada 4 hero. Seorang ibu yang bekerja dari rumah. Parenting & Education Blogger. Founder of Ibudoakan TeamIDK. Master Tasneem Naturel dan suka bermain dengan anak \n\n12 Tips didik anak dalam kandungan\n\n1. Mengamalkan solat wajib dan sunat\n\n6. Berbual dengan anak dalam kandungan\n\n7. Menjaga adab pergaulan dan emosi\n\n9. Lakukan kerja kerja ringan di rumah\n\n10. Makan makanan yang baik dan halal serta suci\n\n11. Buang segala perasaan dendam, dengki, menghasut dan sebagainya\n\nImpak daripada sikap ibubapa ketika ibu mengandung terhadap bayi setelah lahir. Elakkan bersikap begini jika anda mahu anak menjadi penyejuk mata dan hati bila besar nanti.\u00a0\n\n*\u2019Di mana tumpahnya kuah kalau tidak di nasi\u2019 inilah peribahasa yang membawa maksud yang mendalam. Jika ibu bapa berkelakuan tidak elok, bagaimana anak-anak boleh menjadi soleh dan solehah. Ikuti tips ini, Insyaallah akan nampak hasilnya.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Nak tahu cara dan kelebihan fikir positif?\n\nCuba bayangkan 2 situasi berikut yang berlaku di sebuah restoran.\n\n\u201cMacam manalah pekerja restoran ni buat kerja? Dahlah ambil order lambat. Muka pun macam yakin tak yakin saja. Lepas tu, lauk-pauk semua tak sedap. Air rasa tawar. Gula pun kedekut ke? Tak kena langsung dengan selera. Menyesal datang.\u201d\n\n\u201cPekerja lambat ambil order tak apa. Mungkin banyak pesanan nak kena siapkan. Sanggup hantar air dulu sebab takut pelanggan tunggu lama. Kasihan mereka, nampak kepenatan. Tapi lauk-pauk semua sedap. Walaupun lambat, berbaloi menunggu. Memang akan datang lagi ke sini.\u201d\n\nYang mana satukah anda? Orang yang berada dalam Situasi A atau Situasi B? Jika anda menyokong Situasi B, tahniah diucapkan. Anda seorang yang sangat positif dalam hidup. Anda seorang yang bertimbang rasa, bertoleransi dan bersyukur.\n\nJika anda sering berada dalam Situasi A, anda perlu mengubah diri. Buang perasaan negatif dan ego yang melangit. Jangan menyalahkan situasi jika ia tak selari dengan keinginan anda. Letakkan diri dalam situasi orang lain.\n\nDalam artikel ni, penulis akan kongsikan topik tentang cara berfikiran positif yang juga menyentuh aspek kelebihan dan kesannya. Sebelum tu, mari kita fahamkan dulu maksud positif.\n\nPositif ialah tidak meragui akan sesuatu perkara dan segala cabaran akan diatasi dengan sebaik-baiknya. Malah orang yang berfikiran positif, tidak akan menjadikan masalah sebagai beban hidup. Mereka memandangnya dari sisi yang lebih baik. Jom ketahui cara fikir positif.\n\nDi bawah ni disenaraikan beberapa langkah untuk berfikiran positif. Antaranya ialah:\n\n#1 Jangan Bersangka Buruk Pada Allah\n\nSebagai seorang hamba kepada Allah, kita seharusnya menganggap ujian yang diturunkan bertujuan untuk menduga kita. Setiap ujian yang diharungi dengan penuh sabar akan diberikan ganjaran pahala.\n\nApabila masalah menimpa, jangan mempersoalkannya kepada Allah. Terima dengan hati yang lapang. Allah menguji kerana sayang dan mahu kita sentiasa mengingat-Nya. Apabila kita redha, hati akan berasa lapang dan keimanan juga bertambah.\n\n#2 Jangan Bersangka Buruk dengan Orang Lain\n\nSeperti dalam contoh Situasi A dan Situasi B di atas, kita sebagai manusia biasa pastinya mempunyai kelemahan. Kita bukan manusia yang sempurna, begitu juga dengan orang lain.\n\nJangan terus menuding jari menyalahkan orang lain atas kesilapan kecil yang dilakukan. Jika makanan lambat dihantar, mungkin sebab terlalu banyak pesanan. Mereka hendakkan sesuatu yang terbaik buat para pelanggan.\n\nPilih kawan yang mempunyai aura positif dan elakkan berada dalam lingkungan orang yang suka berdendam, iri hati dan suka bergosip. Jika ada orang yang menyakiti hati kita, maafkan saja mereka. Jangan simpan dendam yang berpanjangan.\n\nKita ada makanan di atas meja, rumah untuk berlindung, keluarga bahagia, rezeki yang cukup dan pakaian yang elok. Kita harus bersyukur dengan sekecil-kecil kurniaan Allah. Jangan sesekali iri hati dengan rezeki dan kejayaan orang lain.\n\nKata-kata yang baik menggambarkan jiwa yang sihat. Orang yang suka menjaga tutur katanya disayangi ramai. Gunakan kata-kata yang positif pada bila-bila masa saja. Ia dapat menyejukkan jiwa orang yang mendengarnya.\n\nDari aspek rohani sentiasalah membaca al-Quran, menunaikan ibadah wajib dan sunat, berzikir dan menyertai kuliah agama. Orang yang melebihkan agamanya akan sentiasa takut pada Allah. Mereka akan menjauhi segala larangan-Nya.\n\nDari aspek jasmani pula amalkan gaya hidup sihat dengan amalan pemakanan seimbang, bersenam dan jauhi stres. Keseimbangan rohani dan jasmani akan mewujudkan pemikiran positif dalam diri kita.\n\nOrang yang berfikiran positif mempunyai banyak kelebihan berbanding orang yang hidup dalam kegelisahan. Sikap positif yang dipraktikkan dalam kehidupan harian boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Antaranya ialah:\n\nOrang yang positif akan menapis dulu kata-kata yang nak diluahkan. Mereka akan berfikir dalam-dalam sebelum bertindak. Setiap tindakan yang diambil akan dipertimbangkan buruk baiknya terlebih dulu.\n\nOrang yang positif ialah orang yang hidup bahagia. Mereka akan sentiasa tersenyum, kekal aktif dan gembira. Bukan kerana tiada masalah tetapi mereka bijak mengawal keadaan agar tidak terus merana. Pergaulan dan aktiviti yang sihat membuatkan mereka tiada masa untuk fikir masalah.\n\nApabila kita berfikiran positif, semua urusan boleh diselesaikan dengan baik. Jika anda seorang majikan, anda akan disayangi pekerja. Jika anda seorang pekerja, anda mungkin akan dinaikkan pangkat kerana prestasi kerja yang baik.\n\nOrang yang berfikiran positif menunjukkan akhlak yang baik. Tingkah laku dan keperibadian mereka amat disenangi dan dicontohi. Mereka gemar membuat kebajikan dengan membantu orang lain. Orang yang positif akan menggalakan orang lain membuat kebaikan seperti mereka.\n\nOrang yang berfikiran positif disenangi oleh semua orang. Tak kiralah ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Mereka sering dijadikan tempat rujukan dalam melaksanakan sesuatu.\n\nIni kerana orang yang positif mempunyai sikap yang boleh dipercayai, kepimpinan dan bersifat pelindung.\n\nApabila kita menjadi orang yang berfikiran positif, banyak kebaikan yang boleh diperoleh. Kesannya boleh dirasakan pada diri sendiri dan orang di sekeliling. Apakah kesan apabila kita mengamalkan fikiran positif dalam kehidupan harian? Antaranya:\n\nSetakat ni saja perkongsian penulis tentang topik fikir positif. Kita sebagai manusia biasa tak lari daripada kesalahan. Namun, kita sentiasa ada peluang untuk mengubah diri menjadi insan yang baik.\n\nSalah satu caranya ialah dengan mengamalkan fikiran positif. Fikiran yang positif merupakan magnet yang menarik semua kebaikan datang kepada diri kita. Semoga kita akan terus berusaha tanpa jemu menjadi orang yang berfikiran positif.\n\nJemput juga baca artikel tentang ayat motivasi untuk wanita dan lagu semangat"
"Ibu menyusu dan berpantang perlu berdiet dek ingin memulihkan luka bersalin sekaligus menjaga tubuh badan daripada badan lebih berisi seperti sebelumnya. Jika tidak berpantang, macam-macam boleh berlaku pada tubuh badan dan sukar untuk kita dapatkan tubuh badan yang ideal seperti sebelum hamil dahulu.\n\nBagaimana caranya berdiet jika menyusu bayi? Terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk kurus dalam masa yang sama tidak menjejaskan susu anak. Mana tidaknya, nak kurus tapi menyusu badan, takut-takut ia memberi kesan kepada susu badan pula.\n\nJangan risau, selain menjaga pemakanan, anda boleh mengikuti tips kurus dan diet ibu menyusu yang takkan memberi kesan kepada susu badan.\n\nDiet Ibu Menyusu #1: Kerap Minum Air\n\nAir putih adalah elemen penting tubuh badan apatah lagi anda menyusu bayi setiap hari. Pasti terasa lebih dahaga, bukan? Kerap-keraplah minum air apabila terasa dahaga. Jangan pula minum air berlebihan sehingga rasa tidak selesa, cukuplah minum secara kerap sahaja. Ia akan membakar kalori tubuh badan dan lemak berlebihan untuk lebih kurus tanpa jejaskan susu badan.\n\nDiet Ibu Menyusu #2: Kerap Susukan Bayi\n\n\u201cBetul ke susukan bayi boleh kurus?\u201d\n\nPercaya atau tidak, menyusukan bayi dari badan juga dapat mengurangkan kalori tubuh badan. Jangan bimbang, susukan bayi seperti biasa sahaja. Jika perlu, pam susu badan anda untuk bekalan bayi sewaktu anda perlu ke kerja dan tidak bersama bayi. Susu badan keluar dengan banyak akan menyebabkan susu lebih bertambah kelak dan badan mudah kurus.\n\nDiet Ibu Menyusu #3: Bertenang, Jangan Stress\n\nJanganlah terasa tertekan atau stress dalam tempoh berpantang. Stress akan menyebabkan berat tubuh badan meningkat dan tubuh tidak terjaga rapi. Sebaiknya, amalkan gaya hidup yang sihat, tenang tanpa stress, cerialah sepanjang hari agar mudah kurus dan tidak jejaskan susu anak.\n\nDiet Ibu Menyusu #4: Senaman Ringan Dan Sederhana\n\nSiapa kata ibu menyusu tidak boleh bersenam? Ada senaman ringan dan sederhana yang boleh anda lakukan sebagai salah satu tips kurus dan tidak jejaskan susu anak. Ia juga adalah diet ibu menyusu dimana bukan sahaja makanan terkandung dalam tips diet, tetapi juga senaman. Anda boleh menonton video\u00a0Melanie Darnell\u00a0di Youtube untuk melihat jenis-jenis senaman yang sesuai dengan ibu menyusu.\n\nDiet Ibu Menyusu #5: Prihatin Akan Jumlah Kalori Setiap Makanan\n\nDiet ibu menyusu dari segi memilih makanan setiap pagi, tengahari, petang dan malam memerlukan anda prihatin akan setiap jumlah kalori bagi setiap makanan yang diambil. Salah satu cara untuk mengira kalori adalah dengan menggunakan MyFitnessPal.com. Anda boleh memilih mana-mana menu yang lebih sihat sekiranya sudah peka dengan kalori bagi makanan yang diambil setiap hari.\n\nDiet Ibu Menyusu #6: Dapatkan Zat Besi Dengan Mengambil Vitamin\n\nSebagai ibu menyusu anak, zat besi amat penting dalam tubuh badan pada masa ini. Dengan adanya zat besi yang mencukupi, tubuh akan lebih kuat dan mampu menghasilkan susu di samping membentuk tubuh badan yang ideal dan kurus. Zat besi atau vitamin penting dalam setiap diet ibu menyusu.\n\nDiet Ibu Menyusu #7: Pantang Makan Dan Makan Makanan Yang Sihat Sahaja\n\nSama seperti pantang makanan selepas bersalin, makanan yang tidak boleh dimakan harus dielakkan. Ambil makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, beras perang, kekacang, yogurt, telur, roti gandum penuh dan lain-lain lagi. Elakkan makanan bergoreng, makanan dari santan dan minyak serta makanan yang menyebabkan gatal-gatal.\n\nDiet Ibu Menyusu #8: Amalkan Menu Makanan Berikut\n\nPara ibu menyusu yang ingin kurus dan tidak jejaskan susu anak, amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat untuk memastikan tubuh badan kekal cantik. Terdapat banyak menu pilihan untuk anda amalkan sepanjang menyusu anak.\n\nSnek dan makanan sampingan ini boleh dimakan pada bila-bila masa, teringin nak mengunyah, makan sahaja snek ini. Disamping sihatkan tubuh badan dan banyakkan susu, tubuh akan ramping dan kurus seperti sediakala.\n\nMasakan lauk pauk dan sayur ini boleh direbus atau ditumis menggunakan sedikit minyak. Untuk kurus, tiada masalah jika anda mahu makan nasi beras perang pada tengahari dan malam. Pastikan ia adalah lauk pauk dalam senarai dan elakkan makan malam lebih dari pukul 9 malam.\u2019\n\nAir jus dan buah-buahan elok diamalkan secara kerap. Ia membekalkan zat dan tenaga selaras dengan keperluan tubuh badan ibu menyusu. Amalkan air jus dalam jadual diet ibu menyusu pasti takkan mengecewakan.\n\nItulah dia 8 Tips diet ibu menyusu yang boleh diamalkan oleh semua ibu menyusu untuk kurus tanpa jejaskan susu badan sedikit pun. Bayi juga pasti akan gembira dan puas menyusu! Jom baca juga cara susukan bayi, Fakta ibu susukan anak dan Milk booster terbaik."
"Roti Nan Cheese adalah satu juadah sarapan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Roti nan cheese dijual dengan sangat meluas dan senang untuk didapati memandangkan restoran mamak juga banyak terdapat di Malaysia. Selain daripada itu, roti nan cheese juga menjadi kegemaran di waktu malam, lazimnya dengan anak anak muda yang ingin berborak santai dan berjumpa bersama dengan kawan kawan mereka. \n\nTahukah anda, hidangan\nini sebenarnya amat mudah untuk dilakukan sendiri? Kali ini kami bawakan resepi\nroti nan cheese yang langkahnya amat senang semudah ABC. Bahan \u2013 bahannya juga\nmudah untuk didapati. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Nur Amiera dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita lihat!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi roti nan cheese ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! Sehingga berjumpa lagi!"
"Sebagai manusia biasa, kita pasti tidak akan terlepas dalam membuat kesilapan. Itu lumrah. Namun, penting bagi kita untuk bersikap lebih terbuka dan memperbaiki apa jua kelemahan kita supaya menjadi orang yang lebih baik berbanding sebelumnya.\n\nSama seperti mendidik anak-anak. Adakalanya fahaman atau cara kita silap tanpa disedari sehinggalah ada yang menegurnya. Jangan cepat melenting. Berlapang dada dan tapis dahulu teguran yang kita terima.\n\nJika ia teguran yang membina, ambilnya sebagai panduan. Jika ia teguran yang sekadar mengkritik, ucaplah terima kasih pada si \u201cpenegur\u201d dan tong sampahkan sahaja kata-katanya. Terlalu memikirkan kritikan orang bukan sahaja memudaratkan diri sendiri, malah memuaskan hati si pengkritik pula.\n\nWalau apa pun, semua ibu bapa pasti mahu yang terbaik untuk anak-anak. Di sini saya senaraikan 5 kesilapan yang biasa dilakukan ibu bapa semasa mendidik anak.\n\nNota editor bidadari.my: Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini pada orang lain untuk sama-sama mendapat manfaat darinya. Namun, admin sangat berharap supaya SEBARANG PERKONGSIAN DISERTAKAN SEKALI LINK ASAL ARTIKEL. Hormatilah usaha dan masa penulis asal.\n\n#1. Cepat Marah dan Tidak Sabar Semasa Mendisiplinkan Anak\n\nAntara kesilapan ibu bapa semasa mendisiplinkan anak adalah cepat marah dan tidak sabar apabila menegur mereka. Peranan ibu bapa adalah mendidik, bukan melepaskan geram pada mereka.\n\nKita tidak mahu anak takut melakukan sesuatu kerana takutkan ibu atau bapanya marah. Dikhuatiri apabila dia berada di tempat yang ibu bapa tiada, contohnya di sekolah atau taska, dia akan mengambil peluang untuk melakukannya. Sebaliknya, kita mahu anak belajar dan tahu, apa yang dia lakukan adalah perkara yang salah. Barulah hasil didikan kita berkesan.\n\nSelain itu, apabila kita tidak mampu mengawal marah kita, dikhuatiri kita\u00a0 akan mengambil peluang untuk menghukum dengan berlebihan \u2013 adakalanya sehingga ke tahan mendera anak tersebut.\n\nIngat, menghukum anak adalah bertujuan untuk mendidik. Jangan berikan alasan untuk memukul anak sehingga lebam dan berbirat badannya atau mengeluarkan kata-kata yang kesat kononnya untuk mendidik.\n\nTerbaik, kawal diri kita mendisiplinkan anak dalam keadaan bertenang.\n\nNabi bersabda: \u201cSesiapa menahan kemarahan pada hal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya.\u201d (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)\n\n\u00a0Membandingkan anak dengan orang lain, sama ada anak orang lain atau dengan adik-beradiknya adalah kesilapan yang tidak patut dilakukan ibu bapa.\n\n\u201cKakak dulu cepat je dah siap kerja sekolah. Kenapa adik susah sangat nak siapkan kalau mak tak suruh?\u201d\n\nMembanding anak bukannya boleh membuatkannya berubah menjadi lebih baik. Ia lebih membuatkan si anak geram dengan anda dan adik beradiknya yang lain.\n\nDaripada membanding, lebih elok sekiranya anda memuji dan memberi ganjaran pada anak tersebut apabila dia melakukan seperti yang diharapkan. Dengan cara ini, dia akan lebih terdorong untuk berbuat begitu dimasa hadapan.\n\n#3. Tidak Menunjukkan Contoh Yang Baik\n\nJangan lupa, anak selalu memerhati apa yang kita lakukan. Mereka akan menjadikan kita sebagai contoh mereka. Apa yang kita lakukan lebih mudah untuk mereka ikuti berbanding apa yang kita suruh.\n\nSekiranya ibu bapa sendiri tidak menjaga solat mereka, takkan anak tersebut mahu menunaikan solat?\n\nSekiranya ibu bapa sering menengking sesama sendiri, takkan anak tersebut mahu menjaga kata apabila bersama rakan-rakan?\n\nJika mahukan anak makan makanan yang sihat, adakah mereka akan patuh pada kita sekiranya mereka melihat kita memakan maggid an makanan segera tanpa rasa bersalah?\n\nBenar, tiada ibu bapa yang sempurna. Tetapi apa yang penting, ubah sikap kita dahulu sebelum mahu mengubah anak-anak kita.\n\nSebagai orang Islam, pastinya kita sudah dididik sejak kecil bahawa anak-anak wajib taat pada ibu bapanya. Allah SWT juga telah menegaskan dalam Quran untuk sentiasa berbuat baik pada ibu bapa kita. Begitu juga\u00a0 dengan Nabi kita.\n\nNamun begitu, bukan anak-anak sahaja yang patut patuh dan berbuat baik pada ibu bapanya. Ibu bapa juga mesti berbuat baik dan menghormati anak-anaknya.\n\nApabila berkomunikasi dengan anak-anak atau cuba mendisiplinkan mereka, ibu bapa harus selalu bersikap lemah lembut dan baik pada mereka. Manusia akan lebih mudah mendengar kata dan berlembut hati dengan orang yang mempunyai hubungan yang positif dengan mereka. Begitu juga anak-anak.\n\nCuba bercakap dengan anak dalam nada yang tenang dan lemah lembut \u2013 lebih-lebih lagi dihadapan orang ramai. Menengking dan memarahi anak-anak dihadapan orang lain akan memalukannya dan menjatuhkan maruahnya sekaligus membuatkannya sukar untuk mendengar kata.\n\nJangan terlalu berharapkan kesempurnaan. Kita harus sentiasa ingat, tiada manusia yang sempurna \u2013 termasuk diri kita. Orang dewasa juga ada kalanya berasa malas, tidak bermaya, tiada mood melakukan sesuatu ataupun penat untuk sepanjang hari tersebut. Adakalanya juga, tiba-tiba terasa ceria, bersemangat, rajin untuk membuat macam-macam dan mudah tersenyum sepanjang hari.\n\nBegitu juga anak-anak! Mereka juga mempunyai pasang surut emosi. Adakalanya rajin dan mudah mendengar kata. Namun adakalanya sedikit nakal dan mahukan perhatian lebih berbanding hari biasa.\n\nKita harus ingat, kita juga mahukan Allah SWT sentiasa sabar dan memaafkan kita setiap kali kita membuat kesilapan. Apa salahnya kita melakukan perkara yang sama pada anak-anak."
"Susahnya hati bila bayi tiba-tiba terkena sembelit. Tak tahu apa yang silap. Tiba-tiba banyak hari bayi tak membuang air besar. Tau-tau menangis teruk bila nak buang air besar. Kesian. Tak tau macam mana nak tolong. Lagi sedih bila nampak ada darah pada najis bayi, tanda berlaku luka pada dubur bayi anda. Jika bayi anda terkena sembelit, bertindak segera!\n\nSembelit boleh menjadi semakin teruk jika tak dirawat dengan kadar segera. Najis bayi anda akan menjadi semakin keras dan menyebabkan berlaku luka pada usus dan dubur bayi anda. Anda boleh pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat yang dimasukkan ke dalam dubur bayi setiap kali bayi anda membuang air besar. Selain itu, anda juga boleh berikhtiar untuk melegakan sembelit bayi dengan menggunakan jus prune.\n\nSejak dulu lagi jus prune digunakan sebagai petua untuk menghilangkan sembelit tak kira pada orang dewasa, kanak-kanak, mahu pun bayi. Jangan risau, jus prune selamat untuk diberikan kepada bayi yang berumur 6 bulan ke atas. \n\nJika bayi anda berumur dibawah 6 bulan, kami cadangkan anda gunakan ubat yang diberikan oleh klinik dan elakkan daripada memberikan jus prune kepada bayi anda memandangkan ususnya masih belum matang untuk memproses makanan.\n\nBagaimana jus prune membantu mengatasi masalah sembelit pada bayi anda? \n\nYang sebenarnya jus prune membantu melembutkan najis bayi anda. Najis yang keras sukar untuk dikeluarkan manakala jika najis bayi anda lembut, mudah bagi bayi anda membuang air besar. Selain itu, jus prune juga berfungsi untuk meningkatkan pergerakan usus bayi anda memandangkan ia kaya dengan fiber.\n\nBerikut adalah kandungan dalam satu gelas jus prune:\n\nSelain itu, jus prune juga kaya dengan nutrien seperti:\n\nBagaimanakah cara untuk memberikan jus prune kepada bayi yang sembelit? \n\nBerikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk memberikan jus prune kepada bayi anda:\n\nAnda boleh membuat sendiri jus prune di rumah. Jus buatan sendiri pastinya lebih baik daripada jus yang dibeli kerana anda pasti semua bahan yang dimasukkan adalah selamat dan tanpa bahan pengawet. Apa yang paling penting, tiada gula dimasukkan ke dalam jus ini. Cara membuat jus prune adalah seperti berikut:\n\nJika anda sibuk dan tiada masa untuk membuat sendiri jus prune, anda juga boleh membeli jus prune komersial yang banyak dijual di kedai dan pasaraya. Cuma nasihat kami elakkan daripada memberikan jus prune komersial kepada bayi dibawah umur satu tahun kerana dikhuatiri ia mempunyai kandungan gula yang tinggi yang tidak sesuai untuk usus bayi anda yang belum matang.\n\nSelain dijadikan sebagai jus, anda juga boleh memberikan prune dalam bentuk puri kepada bayi anda. Terdapat pelbagai resepi puri prune yang boleh anda dapati di internet. Pastinya bayi anda suka dan akan menghabiskan puri dengan cepat.\n\nItulah dia info tentang jus prune untuk bayi sembelit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang cara hilangkan kahak bayi, cara sendawakan bayi, dan tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi."
"Salah satu keadaan kesihatan yang penting untuk diambil tahu oleh pasangan suami isteri adalah mengenai gangguan sistem-sistem badan wanita hamil yang dipanggil sebagai pra-eklampsia. \n\nBerikut merupakan penerangan yang lebih lanjut mengenai keadaan ini daripada Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan.\n\n \u201cSaya (jururawat masyarakat) sampai kat umah pesakit selepas menerima panggilan kecemasan dengan ambulans. Sesampainya di rumah, saya lihat pesakit dikelilingi taburan bawang putih yang banyak, dan ada banyak pelita bersama-sama taburan bawang putih itu. Pesakit ketika itu nampak penat sekali. Hidung saya kembang kempis dengan bau bauan pelik dan mengerikan, mcm bau kemenyan pun ada. saya cepat-cepat bawak pesakit masuk ke dalam ambulan dengan bantuan MA. Tak sanggup saya tunggu lelama, meremang segala bulu kat badan ni, doktor!\u201d \n\nEklampsia dan pra-eklampsia adalah dua benda yg berbeza walaupun mereka berkait rapat antara satu sama lain, sehinggakan dalam teaching pelajar perubatan dan doktor houseman, berkali-kali saya tekankan bahawa semua orang mengandung yang dapat sawan atau dijumpai tidak sedarkan diri adalah EKLAMPSIA sehinggalah dibuktikan bukan.\n\nBila sawan kita panggil Eklampsia. Pra-eklampsia pula adalah amaran bahaya sebelum dapat sawan ketika hamil.\n\nPra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan, dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan lazimnya selepas 20 minggu kehamilan.\n\nPra-eklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan kehadiran protein dalam air kencing.\n\nPunca sebenar terjadinya pra-eklampsia masih lagi tidak diketahui.\n\nApa yang terjadi dalam pra-eklampsia ialah terdapat pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan . Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.\n\nAir mentuban juga akan menjadi kurang. Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan. Maka kehamilan dengan pra-eklampsia akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan bayi-bayi yang bakal mengalami komplikasi ini supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi.\n\nPra-eklampsia sangat biasa berlaku di kalangan wanita hamil.\n\nPra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum).\n\n1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil. Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin.\n\nGejala-gejala ini adalah tanda-tanda amaran bahaya, dan memerlukan perhatian pihak hospital dengan kadar yang segera. Dalam pra-eklampsia yang serius ini, organ-organ penting di dalam badan \u2013 fungsi hati dan buah pinggang mungkin akan terjejas, sekaligus menjejaskan proses pembekuan darah yang normal di dalam badan.\n\nPra-eklampsia serius ini jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi. Walaupun ianya jarang terjadi 1 dalam 4000 kehamilan, eklampsia memberikan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut\n\nAnda lebih cenderung untuk mendapat pra-eklampsia jika ini merupakan kehamilan sulung anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang terdahulu.\n\nGolongan-Golongan Manakah Yang Berisiko lebih Tinggi Untuk Menghidapi Pra-Eklampsia?\n\nAnda perlu berbincang dengan doktor anda, tentang faktor-faktor yang anda ada. Setelah penilaian doktor, anda akan dinasihatkan memakan ubat aspirin 75 mg sehari sekali dari pada awal kehamilan (12 minggu) sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra-eklampsia. Suplemen kalsium juga akan turut dimulakan.\n\nTiada cara yang pasti 100 % untuk mencegah terjadinya pra-eklampsia. Tetapi, cara yang\u00a0terbaik\u00a0untuk memastikan yang anda atau bayi tidak dalam bahaya ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.\n\nBagaimana Saya Dirawat, Sekiranya Saya Mengalami Pra-Eklampsia? \n\nJika tekanan darah naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke uri. Anda mungkin diminta pergi ke klinik kesihatan setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.\n\nSekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi. Kadar tumbesaran bayi akan diperiksa. CTG (cardiotocography) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk memanjangkan tempoh kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang kepada bayi supaya tidak dilahirkan secara pramatang. Ubat untuk mengawal tekanan darah juga turut akan diberikan.\n\nAnda juga akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai pra-eklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. Anda akan dirawat di wad rawatan rapi untuk ibu mengandung. Doktor juga akan menilai sama anda anda perlu diberikan ubat untuk mematangkan peparu bayi, sekiranya perlu dilahirkan lebih awal.\n\nSekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.\n\nPra-eklampsia hanya akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih lagi berisiko sehingga empat minggu selepas bersalin, terutamanya jika pra-eklampsia anda itu serius atau dikenalpasti apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. Anda mungkin perlu meneruskan ubat untuk mengawal tekanan darah walaupun sudah bersalin.\n\nJika bayi dilahirkan kecil dan pramatang, bayi akan dipantau di unit rawatan rapi bayi sehingga bayi benar-benar sihat dan selamat untuk pulang. Tiada masalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu\n\n*Jika anda rasa anda menghidapi jika ada gejala-gejala pra-eklampsia, jangan tunggu lama-lama. Dapatkan rawatan dengan segera. Oh! Satu lagi, jangan lupa share tau!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Suami saya masam muka bila saya tidak mengambil GLA. Tetapi sebelum itu, apakah GLA?\n\n\nSecara ringkasnya, GLA COMPLEX ni terdiri dari 2 komponen utama iaitu Gamma linolenic acid (omega-6 fatty acid yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin), dan vit E.\n\nGLA ini mungkin lebih glamour dengan nama evening primrose oil (EPO), sebuah supplemen yang banyak terdapat di pasaran, kerana minyak evening primrose juga adalah salah satu sumber GLA yang popular.\n\nTapi bezanya, GLA COMPLEX mengekstrak GLA dari Borage oil yang mengandungi 2x ganda jumlah GLA berbanding EPO, 3x lebih baik dari segi bioavailability dan 3x lebih berkesan berbanding EPO.\n\nBagaimana GLA Membaiki Hubungan Intim Suami Isteri?\n\nGLA digunakan untuk membentuk prostaglandin yang sangat penting untuk:\n\n1. Regulate hormon lelaki dan wanita, termasuk hormone seks\n2. Memperbaiki penghasilan cairan serviks wanita (ini boleh mengurangkan masalah \u2018kekeringan\u2019 dan kesakitan semasa hubungan kelamin dan juga meningkatkan peratus kebarangkalian untuk hamil)\n3. Membaiki \u2018mood\u2019 wanita terhadap hubungan suami isteri\n4. Memperbaiki symptom PMS (pre-menstrual syndrome) seperti sakit payudara, mood-swing, dll\n\nSelain itu banyak lagi kelebihan GLA complex termasuklah mengurangkan inflamasi dan mencantikkan kulit, memperbaiki tekstur rambut, membaiki symptom peri-menopause dan banyak lagi!\n\nSekarang anda tahu kenapa ramai wanita sangat suka supplemen GLA complex, dan kenapa suami boleh merajuk jika isteri tak ambil GLA"
"Durian yang sering dikenali dengan gelaran raja buah ini merupakan buah yang sangat terkenal di negara kita. Rasanya amat sedap dan manis namun sesetengah orang tidak menyukai baunya yang kuat. Tetapi tahukah anda, buah ini bukan menjadi kegilaan orang kita sahaja, malah orang luar pun turut menyukainya seperti mereka dari Singapura dan Thailand.\n\nNamun, penting bagi anda yang kaki durian untuk mengetahui jenis durian yang ada. Durian bukan hanya terdapat 2 atau 3 jenis saja malahan ianya lebih daripada apa yang anda jangka.\n\nBerikut kami senaraikan 13 jenis durian yang paling terkenal dan harus kita ketahui.\n\nRamai keliru bahawa durian Chanee juga dikenali dengan nama Durian D-123. Jenis durian ini bentuknya sedikit lonjong jika nak dibandingkan dengan jenis durian yang lain. Kulit durian Chanee ini berwarna hijau keperangan-perangan dan teksturnya adalah lebih kasar.\n\nIsi durian ini adalah berwarna kuning, tebal dan rasanya agak lemak-lemak manis. Baunya pula amat sederhana dan tidak terlampau kuat. Tahap kepejalan isinya juga dikategorikan sebagai lembik dan amat sesuai untuk anda yang meminati isi lembik.\n\nDurian Kan Yau atau durian D-158 ini merupakan durian yang berasal dari Thailand. Jenis durian ini bersaiz sederhana besar dan beratnya sekitar dalam 2 hingga 3 kilogram. Durian ini sangat terkenal dengan tangkainya yang panjang kira-kira 17 sentimeter.\u00a0\n\nWarna isi durian ini selalunya berwarna kuning dan isinya sederhana besar. Isi durian ini juga boleh dikatakan amat lembik kepejalannya. Saiz durian ini pula berbentuk bujur dan sederhana besar. Begitulah ciri-ciri jenis durian ini. Menarik bukan?\n\nDurian Udang Merah adalah antara durian yang boleh dikatakan agak terlaris juga selain durian Musang King. Saiz jenis durian ini amat sederhana besar dan berbentuk bujur. Kulitnya pula berwarna hijau perang dan durinya pula pendek. Isi durian Udang Merah ini amat tebal, lembik dan rasanya amat sedap. Ia seakan-akan bewarna merah.\n\nSelalunya kita melihat kulit durian berwarna hijau atau kuning, namun jenis durian ini kulitnya berwarna hitam. Durian ini berbentuk bulat dan saiznya agak sederhana. Isi durian Duri Hitam dikatakan tebal dan berwarna jingga.\u00a0Rasanya sangat manis berkrim namun sedikit pahit. Tekstur isi jenis durian ini adalah lembut dan keanjalannya biasa sahaja.\n\nJenis durian Musang King ini merupakan antara durian yang paling terkenal di negara kita. Kualitinya juga merupakan yang paling terbaik berbanding dengan jenis durian yang lain. \n\nKeunikan durian terbaik ini terletak pada kualiti dan teksturnya yang lebih lembut berbanding dengan durian yang biasa dan rasanya juga berlemak serta mempunyai rasa berkrim.\n\nNamanya cukup pelik, Durian Mon Thong juga dikenali sebagai durian D-159 yang berasal dari Thailand. Untuk pengetahuan anda, durian ini merupakan Raja Durian Thailand! Buahnya bersaiz besar, berbentuk bujur serta di hujung buahnya tajam.\u00a0\n\nKulitnya berwarna hijau keperang-perangan dan tangkainya amat pendek. Isi durian jenis ini agak keras, manis dan tidak pahit. Rugi jika anda tidak mencuba durian ini!\n\nDurian D-24 adalah antara jenis durian yang senang diperolehi dan murah harganya berbanding durian lain. Sememangnya, ia akan menjadi buruan ramai setiap kali tiba musim durian. Durian ini bersaiz sederhana besar, bulat dan warnanya kehijau-hijauan. Isinya pula berwarna kuning pucat, rasanya berlemak namun sedikit pahit.\n\n8.\u00a0 Durian Beserah / Durian Tuan Mek Hijau (D-145)\n\nJenis durian ini bersaiz besar dan berbentuk bulat. Kulitnya pula berwarna hijau dan licin. Isinya sederhana tebal dan berwarna kuning. Kepejalan isinya pula adalah lembik dan ia tidak terlampau manis.\n\nBagi yang baru berjinak-jinak untuk mencuba makan durian, anda boleh mencuba makan durian kategori D-13 ini. Pasti amat sesuai dengan citarasa anda! Baunya pula tidaklah kuat sesuai untuk newbie seperti anda.\n\nDurian ini bersaiz sederhana dan isinya pula tidaklah tebal. Warna isinya pula berwarna jingga dan tahap kemanisannya adalah sederhana.\u00a0\n\nNama lain bagi durian Tok Litok adalah durian D-169. Jenis durian kategori ini berbentuk bujur dan panjang. Warnanya pula hijau kekuningan. Kalau nak cerita tentang isinya, sememangnya amat manis dan sedikit pahit.\u00a0\n\nKetebalan isinya adalah sederhana dan isinya berwarna warna kuning.\u00a0 Tahukah anda, durian ini juga agak ringan, sekitar 1.5 hingga 3 kilogram sahaja. Bolehlah makan untuk merasa.\n\nNama lain bagi durian D-168 ini adalah durian Hajah Hasmah. Buahnya berbentuk bulat, bersaiz sederhana besar dan kulitnya berwarna hijau keperang-perangan. Jenis durian ini mudah dikopek berbanding durian yang lain.\u00a0\n\nIsinya pula berwarna jingga dan tahap kepejalannya boleh dikatakan amat tinggi.\u00a0 Ianya mempunyai rasa yang berlemak manis namun sedikit pahit. Namun, tak rugi untuk kita mencubanya.\n\nJenis durian D-99 ini agak mudah untuk dibezakan dari segi saiz buahnya. Ia selalunya bersaiz sederhana besar atau kecil dan bentuknya bulat. Durinya amat halus dan tajam dan berwarna hijau gangsa.\n\nUntuk isinya pula, ia tidak terlampau manis dan baunya juga tidak kuat sepertii bau jenis durian yang lain. Pendek kata, ianya amat sesuai untuk anda yang tidak suka dengan bau durian yang kuat.\n\n13.\u00a0 Durian Tekka / Musang Queen (D-160)\n\nDurian ini berasal dari Banting, Selangor. Durian Tekka asalnya mempunyai banyak panggilan nama. Antaranya adalah Buluh Bawah, Chok Kiok dan Bambu Hijau. Sekarang ia dinamakan semula sebagai Musang Queen yang menjadikannya pasangan kepada durian Musang King.\u00a0\n\nIsinya pula dikatakan berulas besar, tebal, dan berwarna krim kekuningan. Saiz durian ini juga amat sederhana dengan berat 1.5 hingga 3 kilogram setiap biji. Kulitnya yang tipis membuatkannya amat mudah untuk dikupas. Rasanya pula memang manis dan sedap.\n\nBerikut adalah 13 jenis durian yang sangat terkenal dan sedap di Malaysia harus anda tahu. Jom baca juga Tips Hilangkan Bau Durian, Resepi Durian Crepe, Khasiat Durian Belanda dan Resepi Kek Durian."
"Apakah itu nebuliser? Nebuliser adalah satu alat yang boleh menukarkan ubat cecair kepada kabus halus yang disedut melalui hidung ke saluran paru-paru. Ia menolak udara yang padat melalui ubat cecair dan menukarnya kepada kabus. Ia kemudian di sedut mengunakan topeng muka khas atau melalui corong mulut.\n\nNebuliser atau nama singkatan neb ini mengambil masa dalam 5 sehingga 10 minit. Rawatan ini selalu digunakan untuk merawat pesakit yang menghadapai masalah pernafasan yang sukar untuk bernafas secara normal. Ia juga adalah salah satu rawatan yang cepat dan mudah untuk pesakit.\n\nRawatan nebuliser ini sesuai untuk kanak-kanak kerana prosesnya yang tidak menyakitkan dan mudah untuk kanak-kanak. Tetapi apakah kesan penggunaan nebuliser kepada kanak-kanak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kesan rawatan nebuliser dan punca kanak-kanak ada masalah pernafasan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nApabila ada masalah pernafasan seperti nafas laju, berkahak, semput, dan sebagainya yang perlukan kelegaan segera dan cepat. Ada juga bayi yang stabil, aktif dan nafas tidak laju, tetapi masih perlukan neb untuk membantu mencairkan kahak.\n\n\u2018Anak saya akan ketagih neb ke doktor?\u2019\n\nTidak wahai ibu-ibu. Sama seperti makan ubat asma atau ubat kahak dalam bentuk cecair tidak membawa ketagihan, begitu juga dengan neb. Tidak sama sekali ye.\n\n\u2018Yelah biasa di hospital setiap 4-6 jam diberi neb, memang takpe ke?\u2019\n\nIya, memang perlu begitu, kerana efek neb hanya sementara, dan sesetengah jangkitan paru-paru yang lebih serius perlukan rawatan neb yang kerap dan konsisten untuk membantu bukakan kembali saluran pernafasan.\n\n\u2018Kalau pakai neb ni maksudnya bayi saya ada asma ke doktor?\u2019\n\nBukan begitu. Bronchitis, bronchopneumonia, croup, hyperactive airway, ini adalah antara banyak-banyak jangkitan paru-paru yang \u2018common\u2019 dikalangan bayi dan kanak-kanak yang perlukan neb selain dari asma. Jadi, pakai neb bukan bermaksud anak anda sakit asma ye. Melainkan dia memang sudah didiagnos ada asma.\n\nMungkin dengan keadaan cuaca kita sekarang, makin kerap bayi kecil kena bronchitis dan jangkitan paru-paru. Jadi sedikit saya nak pesan, selain faktor cuaca yang kita tak boleh kawal, yelah kuasa Tuhan, ada beberapa faktor yang kita boleh kawal, dan harap dapat sama-sama menjaga.\n\nRumah yang ada bayi kecil, penghuni rumah janganlah hisap rokok didalam rumah, mahupun di halaman rumah. Pun tak boleh. Bauan rokok dan asap rokok sangat sensitif untuk bayi\n\nBegitu juga di tempat-tempat awam terutama kedai makan. Tengok dulu kiri kanan ada budak kecil tak di meja sekitar. Kasihankan mereka.\n\nBayi yang kerap kena jangkitan paru-paru, senang alah dengan bulu kucing! Selain bulu kucing, bulu-bulu teddy bear atau apa-apa soft toys pun tak boleh juga. Simpanlah teddy bear tu tunggu dia besar\n\nHabuk, hama karpet dan yang berkaitan\n\n*Kesimpulannya, rawatan neb ini begitu sesuai sekali untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pernafasan. Selain itu, orang dewasa juga boleh menggunakan neb jika ada masalah pernafasan. Ia juga rawatan yang sesuai bagi pesakit yang tidak suka makan ubat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Terdapat pelbagai jenis sambal tempoyak yang boleh kita sediakan pada hari ini. Antaranya sambal tempoyak petai ikan bilis, sambal tempoyak pahang dan sebagainya. Selalunya, orang yang berusia memang menggemari sambal tempoyak tidak kira apa jenis sekalipun. \n\nPada perkongsian resepi pada kali ini khas buat penggemar lauk kampung Negeri Sembilan iaitu sambal tempoyak daun kayu. Jika anda sukar menemukan sambal tempoyak ini di kedai-kedai dan mahu merasai sendiri kesedapannya, perlulah anda mengikut resepi yang kita kongsikan ini. Pasti anda akan terpegun dengan rasanya apabila sudah siap untuk dihidangkan di atas meja makan nanti. \n\nMari kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Shahrol Nizam Zack Zulkifli di laman sosial Facebook yang telah mendapat banyak perkongsian dan like.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi yang telah kami kongsikan ini, kami telah kongsikan banyak lagi resepi-resepi lain. Sila lihat resepi tersebut di pautan di bawah. Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama rakan anda yang lain."
"Tajuk perkongsian resepi kali ini ialah nasi ayam madu.\u00a0 Jika biasanya banyak yang membuat nasi ayam berempah mahupun goreng, sekarang pula akan disajikan kepada anda resepi nasi ayam madu yang menggamit selera rakyat Malaysia.\n\nHidangan nasi ayam madu menjadi istimew di hati peminatnya kerana rasanya yang sedap dan juga rasa ayam yang bersalut madu semakin menggoda selera.\n\nNasi ayam madu kebiasaannya dijadikan santapan untuk acara majlis mahupun kenduri. Majlis formal mahupun tak formal. Hidangan ini disediakan dengan nasi putih yang ditumis dengan rempah khas. Kemudian dihidangkan bersama sup ayam dan sos serta kicap khas nasi ayam madu.\n\nResepi daripada \u200eNoor Hafiza Zinon\u200e di laman Facebook ini telah mendapat perkohgsian seramai 18.4 K. Mesti anda tertanta-tanya resepi dia kan. Baiklah tanpa tunggu lama sila tengok dan cubakan resepi ini di rumah anda.\n\nSiap untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera.\n\nSelain resepi nasi ayam madu, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Sepanjang tempoh kehamilan, adalah sangat penting untuk anda menjaga aspek pemakanan kerana setiap makanan yang masuk kedalam tubuh anda akan sampai kepada bayi dalam kandungan. Itulah sebabnya anda perlu mengamalkan diet yang seimbang dan memastikan anda mengambil semua vitamin pre natal yang dibekalkan oleh klinik kesihatan termasuk vitamin C.\n\nItulah sebabnya anda perlu mengamalkan diet yang seimbang dan memastikan anda mengambil semua vitamin pre natal yang dibekalkan oleh klinik kesihatan termasuk vitamin C.\n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang vitamin c yang anda wajib tahu. Apakah khasiat vitamin c untuk ibu mengandung? Apakah tandanya jika anda tidak mendapat vitamin C yang secukupnya semasa mengandung? Dan apakah makanan yang tinggi dengan vitamin c? Semoga bermanfaat untuk anda.\n\nApakah kebaikan vitamin C kepada ibu mengandung?\n\nPastinya anda teruja untuk tahu apakah kebaikan dan khasiat vitamin C kepada ibu mengandung? Apakah kebaikannya kepada bayi dalam kandungan anda? Di antara kebaikan vitamin C yang telah dikenal-pasti ialah:\n\nPengambilan vitamin C yang secukupnya akan meningkatkan imuniti atau daya tahan lawan penyakit tubuh badan anda. Imuniti yang tinggi adalah sangat penting bagi memastikan anda tidak mudah mendapat penyakit seperti demam, batuk, dan selsema serta tidak dijangkiti virus dan bakteria punca penyakit berjangkit yang lain.\n\nApabila anda mendapat bekalan vitamin C yang secukupnya, imuniti bayi dalam kandungan anda juga akan berada pada tahap optimum lalu melindunginya daripada sebarang jangkitan.\n\n2. Membantu tubuh badan menyerap zat besi dengan lebih baik\n\nAda kalanya, tubuh badan kita tidak dapat menyerap zat besi dengan baik lalu menyebabkan zat besi yang masuk ke dalam badan keluar melalui najis. Jika badan tidak menyerap zat besi dengan baik, anda tidak akan mendapat zat besi yang secukupnya untuk menampung keperluan tubuh badan dan bayi dalam kandungan.\n\nKajian mendapati bahawa pengambilan vitamin C bersama pil zat besi meningkatkan tahap oenyerapan zat besi oleh tubuh badan. Oleh itu, jangan lupa untuk makan vitamin C setiap hari agar tubuh badan anda mampu untuk menyerap zat besi dengan lebih baik.\n\n3. Membantu pembentukan sel darah merah\n\nSelain membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik, anda juga mungkin tak tahu bahawa vitamin C membantu tubuh badan anda menghasilkan sel darah merah atau hemoglobin. Semasa mengandung, tubuh badan anda memerlukan darah dengan lebih banyak kerana kebanyakan darah akan masuk ke dalam kandung bayi.\n\nJika badan anda tidak menghasilkan sel darah merah yang secukupnya, anda akan mengalami masalah kekurangan darah (anemia), tekanan darah yang rendah, dan hemoglobin yang rendah. Ketiga-tiga keadaan ini boleh menjejaskan kandungan anda dan menyebabkan berlakunya komplikasi kehamilan yang tidak diingini. Oleh itu, vitamin C sangat penting untuk ibu mengandung.\n\nBagaimana vitamin C membantu menguatkan rahim anda? Apabila tubuh badan mendapat sumber vitamin C yang secukupnya, ia akan menghasilkan plasenta yang kuat dan mampu menampung kandungan anda dengan baik. Oleh itu, bahasa pasarnya ialah vitamin C membantu menguatkan rahim anda.\n\nApabila rahim anda kuat,sekali gus ia akan mengurangkan risiko anda bersalin terlalu awal dan melahirkan bayi pra-matang. Adalah sangat penting untuk anda mengelakkan daripada bersalin terlalu awal kerana sebelum cukup 36 minggu, organ bayi anda masih belum matang sepenuhnya dan belum bersedia untuk hidup diluar rahim lalu menyebabkan bayi anda perlu duduk di dalam incubator sehingga betul-betul bersedia untuk hidup dengan sendiri. Malah banyak komplikasi buruk yang boleh berlaku disebabkan oleh kelahiran pra-matang.\n\n6. Menjaga kesihatan gigi dan gusi sepanjang tempoh kehamilan\n\nVitamin C juga membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anda sempanjang tempoh kehamilan agar gigi anda tidak rosak dan gugur dengan banyak.\n\nKajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang secukupnya semasa mengandung membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan anda. Ia membantu melahirkan bayi yang cerdas dan pintar.\n\nSekiranya tubu badan anda mendapat vitamin C yang mencukupi, luka anda akan cepat sembuh dan kering. Luka lambat sembuh adalah salah satu daripada tanda badan anda kekurangan vitamin C.\n\nApakah tanda anda kekurangan vitamin C semasa mengandung?\n\nJika tubuh badan anda tidak mendapat vitamin C yang secukupnya semasa mengandung, anda akan mengalami tanda-tanda yang berikut:\n\nApakah makanan tinggi kandungan vitamin C yang boleh anda makan sepanjang tempoh kehamilan?\n\nSelain mendapatkan bekalan vitamin C dari vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan, anda juga boleh mendapatkan vitamin C dari sumber makanan semulajadi seperti:\n\nItulah dia info tentang vitamin C untuk ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, munkin anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat saffron dan khasiat ikan salmon"
"Adalah sukar bagi seseorang untuk menjalani kehidupan yang normal jika dia sentiasa dalam kemurungan. Tambah menyukarkan keadaan jika seseorang itu turut mengalami masalah ketidaksuburan. Apa yang lebih menyedihkan, walaupun ketidaksuburan sering menjadi topik perbualan umum, masih ramai sebenarnya yang masih tidak memahaminya secara mendalam.\n\nDan ramai juga yang tidak menunjukkan simpati kepada wanita yang mengalaminya terutamanya bagi wanita yang terlalu inginkan anak sendiri. Malahan sesetengah pakar juga tidak memberikan bantuan dan sokongan moral yang sewajarnya untuk golongan ini. Disebalik situasi yang negatif ini, masih terdapat perkara positif yang boleh dilakukan bukan sahaja untuk membantu diri anda sendiri, tetapi juga bagi mereka yang memerlukan.\n\nWalaupun terdapat banyak jenis rawatan kemurungan untuk wanita-wanita, kebanyakan kaedah secara kimia adalah tidak sesuai bagi mereka yang ingin hamil atau yang sedang hamil. Terdapat kontroversi dikalangan doktor-doktor mengenai beberapa jenis ubat anti depressi dan penggunaanya ketika ingin hamil atau sedang mengandung.\n\nTambah memburukkan keadaan lagi ialah terdapat ramai wanita-wanita yang mengalami kemurungan sepanjang hidup mereka yang enggan untuk merebut peluang untuk mengatasi masalah kemurungan mereka. Jika pakar kesihatan anda dan anda telah memutuskan pengambilan ubat-ubatan sebagai kaedah penyelesaian, pastikan anda membincangkan risiko terhadap kesihatan anda terlebih dahulu supaya tidak menyesal dikemudian hari.\n\nKaedah lain untuk mengatasi masalah kemurungan ialah menggunakan teknik \u201csemulajadi\u201d. Sesetengah teknik ini boleh juga diamalkan dengan pengambilan beberapa ubat, tetapi adalah digalakkan untuk anda berbincang dulu dengan doktor anda. Salah satu teknik ini ialah dengan mengamalkan senaman ringan.\n\nMeluangkan masa untuk bersiar-siar disekitar kawasan anda sebenarnya mampu memberi kesan positif keatas mood anda. Ia mampu merangsang serotonin anda untuk lebih aktif dan sekaligus memberi mood positif kepada diri anda. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga mampu menangani masalah kemurungan. Tetapi, tidur berlebihan pula boleh memburukkan lagi masalah kemurungan seseorang.\n\nMengurangkan pengambilan kaffein, gula, karbohidrat yang diproses, dan makanan-makanan yang mengandungi perisa tambahan juga mampu memberi kesan yang positif kepada mental anda. Bagaimanapun, kekurangan protein-protein ini pula akan memberikan kesan yang negatif kepada mood anda. Jika boleh, cuba seimbangkan ia dengan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, tepung gandum dan juga protein.\n\nKesederhanaan itu adalah penting. Contohnya, jika anda ingin makan biskut bergula, makanlah. Tapi bukan dengan menghabiskan satu plastik sekaligus. Jika boleh cuba dapatkan makanan yang diperbuat daripada bahan-bahan organik sebagai snek anda. Ubat-ubatan atau makanan tambahan yang bersifat herba juga boleh membantu mengurangkan masalah kemurungan.\n\nDan akhir sekali, anda juga boleh menyertai pertubuhan-pertubuhan yang memberi sokongan moral kepada penghidap masalah ini. Yang penting sekali ialah melibatkan diri dengan mereka-mereka yang memahami tentang masalah ini yang mampu meyakinkan diri anda bahawa anda tidak berseorangan dalam menghadapi masalah kemurungan.\n\nMalah mereka mungkin boleh memberi sedikit penerangan atau nasihat kepada keluarga atau rakan-rakan anda untuk membuatkan mereka lebih memahami tentang situasi anda. Anda tidak berseorangan dalam hal ini dan yakinlah yang semuanya pasti akan baik-baik saja."
"\u201cSyazana, esok kau bawakan aku sarapan macam ni boleh? Nanti aku bayarlah\u201d, ujar Syazni sambil menelan air liur melihat bekalan rakan di sebelah.\n\nSedangkan diri hanya mampu mencogak duit di dalam saku, jika beli makanan pagi, maka tiadalah makanan tengahari.\n\n\u201cIni Surat Jemputan Anugerah Kecemerlangan tahun ini. Nanti awak bagi pada ibu ayah ya\u201d, kata cikgu. Lantas Syazni terus menyimpan surat tersebut di dalam beg dan berlalu pergi dengan wajah seribu kekesalan kerana sudah pasti tiada siapa yang menemani kelak.\n\n\u201cSyazni, mari ke depan\u201d panggil ustazah\u00a0lalu menyuruh membaca al quran\u00a0di\u00a0 hadapan.\n\n\u201cMaafkan saya ustazah, saya tak tahu mengaji\u201d, mengigil-gigil tangan dan merah padam muka menahan malu di hadapan rakan-rakan apabila tidak reti membaca al quran. Ustazah hanya menggelengkan kepala sambil menulis \u201cE\u201d pada kertas ujian.\n\nBUAT IBU AYAH, SEMATKAN PESANAN INI DI DALAM HATI\n\nTeruskan usaha mencari ilmu tentang TAUHID.\nTeruskan usaha mencari ilmu tentang AKIDAH.\nTeruskan usaha mencari ilmu tentang IBADAH.\nTeruskan usaha mencari ilmu tentang AL QURAN.\n\nTeruskan mencari ilmu walau kita merangkak dan terkapai-kapai pada awalnya kerana nikmat\u00a0mencari ilmu agama tidak akan tergambar dengan kata-kata. Setiap kesusahan diawalnya akan ada kemanisan dihujungnya.Tingkatkan usaha untuk melahirkan keturunan yang hebat untuk ummah!\n\nApabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.\n\nMerupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau."
"Kata orang, cemburu tandanya sayang. Namun cemburu biasanya sinonim dengan wanita. Ini kerana tak ramai lelaki yang suka untuk menunjukkan rasa cemburu. Biasanya lelaki memilih untuk cemburu dalam diam, namun dalam sedar tak sedar, tubuh badan dan tingkah-laku mereka memberikan tanda-tanda yang mereka sedang cemburu. Hari ini kami ingin kongsikan tanda lelaki cemburu dalam diam.\n\n1. Kelihatan tidak selesa apabila anda berhubung atau berinteraksi dengan seseorang\n\nApabila seorang lelaki merasa cemburu, biasanya dia akan kelihatan tidak selesa apabila anda berhubung atau berinteraksi dengan orang yang dicemburui olehnya. Oleh itu, jika anda perasan bahawa pasangan anda kelihatan lain macam tiap kali anda berinteraksi dengan seseorang, itu adalah tanda yang dia sedang cemburu.\n\nJika anda dapat mengesan bahawa dia cemburu apabila anda berhubung dengan individu tersebut, elakkan berhubung melainkan terpaksa seperti atas alasan kerja. Namun hadkan interaksi anda kepada urusan kerja sahaja, tanpa bersembang kosong dan beramah-mesra.\n\n2. Tiba-tiba diam dan menjawab secara acuh tak acuh apabila anda ajak berbicara\n\nAda kalanya, tanda lelaki cemburu dalam diam adalah apabila dia secara tiba-tiba diam dan menjawab secara acuh tak acun apabila anda ajak untuk berbicara. Lebih-kurang seperti situasi seorang perempuan yang merajuk. Jika anda perasan pasangan anda bersikap sebegini, usah diabaikan. Seperti mana kita ingin dipujuk setiap kali merajuk, begitu juga lelaki. Tanya dengan bai kapa puncanya. Jika disebabkan cemburu, cuba elakkan daripada perkara tersebut.\n\n3. Tiba-tiba marah-marah tanpa sebab yang boleh anda fikirkan\n\nMarah-marah secara tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah juga adalah satu lagi tanda lelaki cemburu dalam diam. Mungkin dia sejenis yang tak suka merajuk namun memilih untuk menunjukkan rasa cemburu dengan kemarahan sebagai tanda protes. Jika keadaan ini berlaku, jangan anda marah semula kerana api jika dilawan dengan api akan menjadi semakin marak. Ajak pasangan anda berbincang dengan baik dan berusaha untuk menjernihkan semula suasana.\n\n4. Tiba-tiba menjadi seorang yang kuat mengongkong\n\nTanda lelaki cemburu dalam diam yang seterusnya ialah tiba-tiba dia menjadi seorang yang kuat mengongkong. Jika dulu anda bebas untuk berbuat apa sahaja, kini anda perlu meminta izin sebelum melakukan apa-apa. Tidak mustahil juga anda mungkin dipaksa untuk menghantar laporan tentang aktiviti anda dari masa ke semasa. Dia juga akan memeriksa telefon bimbit anda dengan kerap bagi memuaskan hatinya. Hati-hati, ini adalah tanda yang dia sedang cemburu tanpa anda sedari.\n\n5. Tiba-tiba mula terlalu mengambil berat tentang diri anda\n\nAda kalanya, orang lelaki menunjukkan rasa cemburu dengan tiba-tiba menjadi seorang yang terlalu mengambil berat tentang diri anda. Perkara ini berlaku kerana dia rasa tergugat dengan kehadiran lelaki yang dicemburuinya. Dia berusaha untuk menarik perhatian anda semula dan menunjukkan bahawa dia terlalu mengambil berat tentang diri anda. Ia adalah usaha untuk menunjukkan bahawa anda sangat penting dalam hidupnya. Oleh itu, jangan pilih lelaki itu dan tinggalkan dia.\n\n6. Tiba-tiba terlalu berusaha untuk mengambil perhatian anda\n\nSeterusnya, lelaki yang cemburu dalam diam juga mungkin secara tiba-tiba akan kelihatan terlalu berusaha untuk mengambil perhatian anda. Dia tidak akan memberikan anda peluang untuk keluar dengan orang lain, contohnya. Setiap kali tiba waktu makan tengah hari, dia akan cepat-cepat mengajak anda makan bersama. Apabila habis waktu pejabat, dia akan berada di meja anda dan menemani anda ke kereta.\n\n7. Memberikan anda hadiah tanpa menunggu ketibaan tarikh yang bermakna\n\nKebiasaannya orang akan memberikan anda hadiah pada hari istimewa dan bermakna seperti ulang tahun kelahiran. Sekiranya secara tiba-tiba sidia memberikan anda hadiah istimewa, ini juga boleh menjadi tanda dia sedang cemburu dalam diam. Perbuatan memberikan anda hadiah adalah tanda bahawa anda adalah miliknya.\n\n8. Kelihatan tidak suka apabila anda bercerita tentang seseorang yang berlawanan jantina\n\nSemasa bersembang, kebiasannya kita akan bercerita tentang orang yang berada di sekeliling kita. Jika anda perasan sidia menunjukkan memek muka yang berbeza atau nada suaranya berubah setiap kali anda bercerita tentang seseorang, ketahuilah bahawa dia cemburukan individu tersebut. Elakkan daripada bercerita tentang lelaki itu lagi agar hubungan anda lebih harmoni.\n\n9. Kelihatan tidak suka apabila ada orang lain mengambil berat atau terlalu baik dengan anda\n\nTanda lelaki cemburu dalam diam yang seterusnya ialah dia akan kelihatan tidak suka apabila ada orang lain yang mengambil berat atau melayan anda dengan terlalu baik. Sebagai contoh, dia akan menunjukkan sikap tidak suka jika ada yang kerap menghantar mesej bertanya khabar dan aktiviti harian anda. Atau juga dia akan kelihatan tidak selesa apabila ada rakan sekerja yang membelikan makanan buat anda.\n\n10. Kelihatan tidak suka apabila ada yang memuji diri anda\n\nAkhir sekali, lelaki yang sedang berasa cemburu akan kelihatan tidak suka apabila ada yang memuji diri anda. Sebagai contoh, jika ada rakan sekerja yang selalu memuji tentang kecantikan anda, pastinya anda dapat melihat dengan jelas dari air mukanya yang dia tidak suka. Malah, sekiranya pujian yang diberikan adalah berkaitan dengan hal kerja, dia juga tidak dapat membendung perasaan cemburu dan gagal untuk mengekalkan muka biasa.\n\nItulah dia info \u00a0tentang tanda lelaki cemburu dalam diam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:"
"Tahukah anda\nkhasiat kacang kuda terkenal sebagai makanan diet sejak 7500 tahun yang\nlalu.\u00a0 Bukan sahaja rasanya yang sedap ia\njuga ada beberapa khasiat yang sangat sesuai bagi anda yang ingin menjaga berat\nbadan. Diantaranya ialah kacang kuda adalah sumber karbohidrat yang kompleks\noleh itu ia boleh mengawal paras gula dalam badan.\u00a0 Membuat perut rasa lebih cepat kenyang dan\ntahan lama. Ianya juga boleh membantu pencernaan kerana kandungan serat yang\ntinggi. Selain itu, ianya dapat mengimbangi paras kolesterol yang tidak sihat\ndan boleh mengawal penyakit jantung. Sumber mineral, vitamin dan protein yang\nlebih sihat.\n\nKacang kuda satu\nmasa dulu selalu dijadikan snek menonton wayang, diletak dalam gulungan\nsuratkhabar, mengundang nostalgia. Harini kita bawakan resepi mudah kacang kuda\nsebagai snek sihat anda. Mudah dan murah. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Atiqah Zaki dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Selamat mencuba! \n\np/s: Lebih enak selepas masuk peti ais then baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup resap. \n\nResepi \u2013 resepi yang anda boleh cuba: \n\nTerdapat pelbagai resepi yang ada boleh cuba. Kini, bolehlah anda variasikan masakan anda! Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang. Sehingga berjumpa di lain waktu!"
"Garam memang tidak boleh diasing lagi dari masakan, betul bukan? Apa-apa mesti kita akan masukkan garam dalam masakan kita untuk mendapatkan rasa lazat di dalam masakan kita. Sedangkan kuih muih juga memerlukan secubit garam untuk menstabilkan rasa manis dan masin kuih tersebut. Kecuali individu tersebut sedang diet, maka mereka tidak akan mengambil sebarang garam dalam masa tertentu.\n\nTetapi, ada khabar angin yang mengatakan bahawa garam tidak boleh dimasukkan sekali ketika makanan dimasak. Jika garam dimasukkan ke dalam masakan, kita tidak dapat menikmati zat garam yang sepatutnya. Betulkah kenyataan ini?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta struktur garam. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suhazeli Abdullah.\u00a0 Doktor pakar iaitu Dr. Suhazeli Abdullah merupakan doktor pakar perubatan keluarga di klinik. Beliau aktif dalam menjawab hal-hal perubatan termaksu isu berkenaan salah faham medikal dari sudut agama islam.\n\nFakta sturktur garam tidak akan berubah ketika dimasak\n\nStruktur asas garam (NaCl) tidak akan berubah jika direbus atau dimasak. Bahkan Garam juga tidak terurai struktur asasnya walaupun dibakar. Cuma mineral (garam) seperti natrium, potasium adalah larut air. Justeru semasa memasak garam dalam bentuk hablur atau di dalam makanan pejal akan dilarutkan ke makanan berkuah/cair.\n\nJika makanan berkuah yang sudah terlarut garamnya, boleh kita nikmati zat garam secara sepenuhnya dengan menghirup licin kuahnya. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan garam terlarut secara penuh, boleh dicampur selepas memasak atau masak secara stim dan kering. Cuma timbul masalah jika dengan campuran lepas makanan masak itu menyebabkan kita berlebihan.\n\n Jangan guna garam tambahan (table salt), seperti garam dalam bekas cantik atas meja makan. Kita cenderung taruk lebih dalam makanan.\n\n Jangan lebih jumlah total garam seharian setiap individu. Hadnya 10g atau lebih kurang 2 sudu teh sahaja sehari. Lebih garam boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan.\n\n Elakkan garam tersembunyi seperti dalam budu, kicap, ikan asin atau seumpamanya. Sekali sekala makan tiada masalah, cuma berhati-hati.\n\n*Berikut adalah fakta mengenai struktur garam tidak akan berubah ketika dimasak. Jadi, anda tidak perlu bimbang lagi jika tidak dapat menikmati rasa zat garam dalam masakan. Nasihat pakar pemakanan juga menasihati agar kita tidak mengambil garam secara berlebihan untuk masa sehari. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Nak tahu cara petua hilangkan jerawat cara yang selamat. Masalah kulit yang paling kerap berlaku di bahagian muka ialah jerawat. Ada orang yang dilahirkan dengan kulit yang bebas jerawat sehingga ke usia tua. Namun, ada pula yang menderita masalah ini dari zaman remaja lagi.\n\nSesetengah jerawat hanya meninggalkan kesan parut gelap yang boleh dihilangkan walaupun mengambil masa lama. Namun, ada pula jenis yang akan meninggalkan parut kekal seperti kesan kawah dan berlubang-lubang.\n\nJika kita rajin menjaga muka, menggunakan produk yang selamat dan sesuai serta mengamalkan gaya hidup sihat, masalah ini boleh diatasi. Jangan biarkan masalah jerawat melarat dengan menganggap ia merupakan masalah hormon yang bersifat sementara.\n\nApakah sebab jerawat terbentuk di wajah? Adakah ia boleh dirawat? Jangan risau. Dalam artikel ini, penulis akan mengupas isu jerawat berkaitan cara menghilangkannya.\n\nJangan terkejut, selepas mencuba tips yang dikongsikan wajah anda berubah licin laksana telur yang dikupas kulit. Jom baca!\n\nJerawat ialah bintik dan benjolan pada permukaan kulit. Ia terjadi apabila liang roma tersumbat dengan sebum (minyak) dan sel-sel kulit mati. Masalah jerawat yang dialami oleh kebanyakan orang ada yang bersifat ringan dan ada pula yang kronik.\n\nAcne vulgaris seperti bintik hitam, bintik putih, nodus, papul dan cyst adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa berlaku. Jerawat yang tiada keradangan ialah seperti bintik putih dan bintik hitam. Manakala, jerawat yang mengandungi nanah menunjukkan berlakunya keradangan.\n\nTerdapat beberapa sebab yang menyebabkan seseorang itu mendapat jerawat, iaitu:\n\nTerdapat beberapa cara umum untuk menghindari jerawat bukan sahaja dia muka tetapi juga belakang badan dan dada. Antaranya ialah:\n\nNamun begitu, terdapat juga petua-petua tradisional yang boleh diamalkan. Jangan risau petua-petua ini ternyata selamat daripada sebarang bahan kimia dan berkesan. Jom semak!\n\nDalam rutin harian kita, pastinya kita tidak lupa untuk memakai toner atau penyegar. Fungsinya adalah sebagai penyegar wajah dan membersihkan lebihan kotoran di muka walau sudah dicuci.\n\nTerdapat pelbagai jenis toner di pasaran. Ada yang berasaskan alkohol, campuran air dan glyserin dan air sahaja. Jika salah pakai, kemungkinan ia memberi kesan pada kulit. Mungkin juga keadaan jerawat menjadi lebih teruk.\n\nOleh itu, apa kata gunakan penyegar semula jadi seperti jus lemon, teh hijau dan kulit pisang untuk kulit berminyak. Bagi kulit kering pula, gunakan jus aloe vera, timun dan sebagainya.\n\nSkrub sangat efektif untuk menanggalkan sel-sel kulit mati di permukaan kulit yang menyebabkan jerawat. Ia juga akan menyebabkan kulit menjadi lembap dan berseri-seri. Kita boleh menggantikan skrub moden dengan skrub tradisional.\n\nCaranya ialah ambil sedikit madu dan campurkan dengan 1 sudu besar gula pasir. Gosokkan di muka secara perlahan-lahan dan memusing. Anda juga boleh menggunakannya di bibir bagi mengatasi masalah bibir pecah-pecah dan kering.\n\nAnda boleh menggunakan jus aloe vera, yogurt, susu, timun dan madu sebagai masker. Ia akan membuang sel-sel kulit mati dan menyingkirkan sebum. Malah, bahan-bahan ini sangat baik untuk mengurangkan masalah bintik hitam dan bintik putih.\n\nBiasanya, kita menggunakan pelbagai teknik untuk mencuci muka. Salah satunya ialah \u2018double cleansing.\u2019 Yang mana, salah satu pencuci wajibnya ialah berasaskan minyak (sesuai untuk semua jenis kulit) dan kemudian cuci muka dengan pencuci biasa.\n\nAnda boleh masukkan 1 lagi rutin baharu dalam aspek ini. Jangan risau, tak perlu beli pencuci lain pula. Apa yang perlu dibuat ialah ambil separuh timun. Kisar hingga halus. Gunakan patinya untuk cuci muka.\n\nIni boleh dijadikan rutin terakhir selepas mencuci muka menggunakan pencuci biasa. Biarkan seketika, kemudian anda boleh membilasnya. Hasilnya, lama-kelamaan jerawat akan hilang.\n\nAnda tidak perlu membeli ubat jerawat di pasaran yang biasanya mahal dan saiznya juga kecil. Jika ada jerawat besar yang menyakitkan, anda boleh cuba petua ini. Ambil sedikit kunyit hidup dan tumbuk lumat. Sapukan pada bahagian jerawat.\n\nBiarkan hingga kering. Selepas itu, basuh muka bersih-bersih. Esoknya jerawat pasti akan mengecut dan wajah anda akan kurang jerawat. Ia merupakan antiseptik dan mengandungi agen antibakteria yang terbaik.\n\nSetakat ini sahaja perkongsian penulis tentang petua hilangkan jerawat dengan berkesan dan selamat. Kadangkala, kita sudah berhabisan ratusan ringgit untuk membeli produk khas untuk jerawat, namun tidak berkesan.\n\nAnda boleh mencuba petua-petua yang dikongsikan ini. Ianya lebih baik kerana tiada bahan kimia atau bahan tercemar di dalamnya. Jika masalah jerawat masih berlarutan, segeralah berjumpa dengan pakar kulit. Anda mungkin memerlukan rawatan dermatologi.\n\nSemoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel:"
"Mencari resepi Nasi Arab ayam yang sedap? Nasi Arab merupakan menu dari Timur yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Dah banyak dah tempat-tempat yang menjual menu Nasi Arab ini. \n\nPelbagai jenis menu Nasi Arab yang terkenal dan popular. Antaranya Nasi Arab Ayam, Nasi Arab Daging, Nasi Arab Kambing, Nasi Arab Mandy, Nasi Arab Kabsah dan sebagainya. Menu Nasi Arab ini kebiasaaannya disertakan sambal tomato dan salad.\n\nMudahkan? Senang dan pasti sedap sehingga menjilat jari. Selamat mencuba resepi Nasi Arab Ayam. Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama yang tersayang."
"Darah tinggi dan kolesterol adalah di antara musuh utama bagi masyarakat di Malaysia. Salah satu daripada faktor penyumbang kepada fenomena ini adalah kerana Malaysia adalah syurga makanan. Sebut sahaja makanan melayu, cina, india, dan makanan barat, semuanya ada. \n\nApabila anda disahkan mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol, ini bermakna tiba masa untuk anda menjaga pemakanan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan makanan untuk darah tinggi dan kolesterol.\n\nJika anda adalah seorang pesakit darah tinggi dan kolesterol, jadikan oat sebagai sahabat karib anda. Ini kerana oat telah terbukti berkesan untuk menyerap kolesterol jahat dalam badan dan menstabilkan tekanan darah. Pilihan oat yang terbaik ialah rolled oat. Anda boleh jadikan oat sebagai menu sarapan setiap pagi. terdapat pelbagai resepi oat yang boleh anda cuba. Sama ada campurkan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi, kiwi atau betik, atau anda boleh juga masukkan kekacang seperti walnut dan almond.\n\nNak lagi sedap? Anda boleh sediakan overnight oat pada malam sebelumnya, simpan di dalam peti sejuk, dan nikmati kelazatan oat pada keesokan paginya. terdapat pelbagai resepi overnight oat yang boleh anda perolehi dari internet. Cubalah!\n\nApple cider vinegar atau cuka epal\n\nMakanan darah tinggi dan kolesterol pertama yang wajib anda amalkan ialah cuka epal. Cuka epal terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu superfood yang sangat membantu mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol jahat yang banyak dalam badan dengan cara mengurangkan jumlah kolesterol\u00a0level triglyceride dalam darah,\n\nSelain baik untuk darah tinggi dan masalah kolesterol, cuka epal juga dipercayai baik untuk Ia juga baik untuk merawat penyakit gout dan\u00a0asid refluks. Caranya juga sangat mudah. Anda ambil satu sudu kecil cuka epal dan campurkan dengan segelas air. Minum setiap pagi apabila bangun tidur, dan malam sebelum masuk tidur. Jadikan ia sebagai amalan harian, pasti anda akan merasai perbezaannya.\n\nMinyak kelapa dara adalah makanan darah tinggi dan kolesterol yang seterusnya. Bagaimana minyak kelapa dara membantu untuk mengatasi masalah darah tinggi dan kolesterol yang anda alami? Untuk pengetahuan anda, minyak kelapa dara mengandungi\u00a0asid laurik\u00a0yang berfungsi untuk meningkatkan kolesterol baik dan memusnahkan kolesterol jahat dalam badan di samping menstabilkan tekanan darah.\n\nAnda boleh amalkan minum satu sudu minyak kelapa dara setiap pagi dan malam. Dengan amalan konsisten, insya Allah tekanan darah anda akan menjadi normal dan kolesterol jahat dalam badan akan menurun. \n\nJus bawang merah, halia, dan madu\n\nMakanan darah tinggi dan kolesterol yang seterusnya ialah jus bawang merah, halia dan madu. Jus hebat ini dikatakan mampu membuang kolesterol jahat dari badan dan dalam masa yang sama akan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah. Apabila kolesterol jahat berkurangan, secara automatik tekanan darah akan menjadi normal dan tidak tinggi lagi.\n\nBagi menyediakan jus ini, apa yang anda perlukan ialah 5 ulas bawang merah, satu inci halia, dan satu sudu besar madu. Caranya:\n\nBiji ketumbar sememangnya telah digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol jahat dalam badan sejak zaman dahulu lagi. Bukan sahaja di Malaysia malah ia digunakan secara meluas di seluruh dunia. Apa yang anda perlukan ialah 2 sudu besar biji ketumbar dan segelas air. Caranya:\n\nPokok melaka bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Pada hari ini, banyak pokok melaka ditanam di tepi jalan, terutamanya di negeri Melaka. Mungkin anda tidak tahu bahawa buah pokok melaka juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengawal tekanan darah tingggi dan membuang kolesterol jahat dari badan.\n\nApa yang anda perlukan ialah sebiji buah pokok melaka. Kisar kering buah tadi sehingga menjadi serbuk halus. Setiap malam sebelum tidur, campurkan satu sudu kecil serbuk buah melaka tadi dengan segelas air suam. Dan minum. Buah melaka mengandungi hypolopidemic\u00a0semulajadi yang sangat berkesan untuk menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.\n\nBuah oren kaya dengan vitaminC,\u00a0folate\u00a0dan\u00a0flavanoids\u00a0yang membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi dan dalam masa yang sama membantu membuang kolesterol jahat dalam darah. Anda boleh amalkan makan sebiji buah oren setiap pagi sebagai sarapan. Atau anda juga boleh jadikan buah oren tadi sebagai jus dan diminum pada waktu pagi, namun elakkan daripada menambahkan gula ke dalam jus tadi.\n\nItulah dia makanan darah tinggi dan kolesterol yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca darah tinggi dan petua darah tinggi"
"Dalam hidup, ada banyak perkara yang sukar untuk difahami.\n\nContohnya, seorang pelajar sudah berusaha dan belajar dengan gigih. Tidur lewat semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran sehingga bercawan kopi habis diminum. Rancangan kegemaran di kaca TV dilupakan, apatah lagi bersiar-siar bersama rakan di hujung minggu.\n\nTapi, keputusan peperiksaan ternyata menghampakan. Lebih banyak C dari A.\n\nHati kecil berkata,buat penat je pulun.\n\nMungkin itulah reaksi sesetengah pelajar saat menerima slip keputusan SPM. Bagi yang melihat deretan A, tentu tersenyum lebar dan melonjak riang. Tapi bagi yang mendapat keputusan mengecewakan, segala-galanya seperti sudah berakhir. Terbayang masa depan yang kelam. Seolahnya jalan menuju kejayaan sudah tertutup.\n\nSaya memahami perasaan itu. Pasti saya juga akan bereaksi begitu pada umur semuda itu. Tapi kehidupan mengajar saya bahawa ada perkara lebih penting di sebalik berapa banyak A atau berapa bagus CGPA seorang pelajar.\n\nMaksud saya begini. Untuk mendapat keputusan yang bagus, sudah tentu seorang pelajar itu perlu usaha yang gigih. Membuat banyak ulangkaji melebihi apa yang diarahkan oleh cikgu/pensyarah. Menuntut disiplin yang tinggi untuk datang ke kuliah on time dan memberi perhatian dalam kelas. Berjumpa cikgu/pensyarah untuk bertanya sesuatu tentang subjek di saat rakan-rakan lain berborak kosong di cafe.\n\nIa tidak mudah. Ia menuntut semangat yang kuat dan disiplin diri yang tinggi.\n\nUsaha yang tinggi melayakkan seseorang mendapat keputusan A. Tapi sebenarnya, bukan A itu yang perlu dikejar. Bukan A itu yang menjadi objektif pembelajaran. Tapi, sejauh mata kita memahami apa yang kita belajar.\n\nDan yang lebih penting, ke tahap mana kualiti diri kita telah berjaya ditingkatkan \u2013 kekuatan dalaman agar tidak mudah give up, disiplin diri, komitmen terhadap apa yang sedang dilakukan, kesabaran menghadapi kesukaran dan banyak lagi. Kualiti-kualiti inilah yang terpupuk kemas dalam diri seorang pelajar apabila dia berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.\n\nSebenarnya, kualiti-kualiti inilah yang dicari dan dinilai oleh sesebuah syarikat saat anda menghadiri temuduga untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Semakin hebat syarikat itu, semakin tinggi kualiti diri yang dicari dalam sesebuah temuduga.\n\nKeputusan peperiksaan atau CGPA anda hanya pada secebis kertas. Ia tidak mendatangkan erti jika si penemuduga gagal melihat kegigihan, keyakinan, disiplin, komitmen dan kejujuran dalam diri anda.\n\nSebab itu, jika keputusan peperiksaan anda tidak menunjukkan deretan A setelah puas berusaha siang dan malam, janganlah sesekali mengaitkannya dengan masa depan. Apabila anda telah berusaha gigih dan sedaya upaya, percayalah, anda sudah mempunyai kualiti kualiti diri yang nantinya akan mengundang kejayaan di masa hadapan.\n\nBagaimana caranya, itu kerja Tuhan. Yang penting kita sebagai manusia sudah menjalankan bahagian kita dengan sehabis baik.\n\nDo your best, and leave the rest to God.\n\nYang saya khuatir begini. Anda mendapat keputusan yang mengecewakan setelah berusaha gigih. Apabila anda putus asa atau begitu terkesan oleh angka dan nombor di slip keputusan tersebut, saya bimbang anda sebenarnya sedang diuji Tuhan tentang sejauh mana anda boleh bersabar dengan sedikit ujian \u2013 iaitu diberi keputusan peperiksaan yang tidak memihak kepada anda. Dan sejauh mana anda boleh redha dan bersyukur dengan keputusan yang Tuhan sudah tetapkan buat diri anda.\n\nKerana, bukan deretan A itu yang Tuhan ingin lihat. Tapi, kesabaran, redha dan syukur anda itulah yang akan menjemput kejayaan dan kebahagiaan dari Tuhan buat anda di masa hadapan."
"Pernah tak sesiapa yang mencuba tips kecantikan tradisional lama-lama? Dikatakan bahawa petua orang-orang lama ni sangat berkesan. Ini disebabkan faktor pemakanan dan persekitaran yang jauh lebih baik dari zaman moden ini.\n\nWanita dan kecantikan seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. Aspek kecantikan menjadi keutamaan walau dalam apa zaman sekalipun. Lihat saja kulit wajah dan tubuh orang-orang tua kita. Mereka mempunyai kulit yang mulus dan kebanyakannya bertubuh langsing.\n\nApakah sebabnya? Pada zaman itu, tentunya belum wujud lagi pelbagai produk wajah seperti toner, serum, mask dan sebagainya. Pencuci wajah pun pastinya yang jenis biasa-biasa saja. Tidak dikhususkan untuk masalah kulit tertentu seperti sekarang.\n\nTidak dinafikan sebab utamanya ialah faktor pemakanan dan persekitaran. Pada waktu itu, kebanyakan orang tidak mampu membeli makanan yang mahal-mahal. Ayam atau daging pun pastinya hanya beberapa kali sebulan.\n\nMereka lebih banyak makan sumber protein daripada ikan dan sayur-sayuran kampung. Malahan, ulam-ulaman menjadi kemestian dalam hidangan. Begitu juga dengan keadaan pada waktu itu tiada sebarang pencemaran. Udara lebih segar dan bersih.\n\nJusteru, dalam artikel ini penulis akan kongsikan beberapa tips kecantikan tradisional. Pastinya ia berkaitan dengan petua orang-orang lama yang berkesan. Jom baca!\n\nTanpa perlu buat suntikan botoks atau vitamin C, kulit wanita pada zaman dahulu tetap tegang dan awet mudah. Apakah rahsianya?\n\nRahsianya ialah menggunakan air kelapa. Caranya ialah selepas mencuci muka dengan bersih, sapukan air kelapa di keseluruhan wajah. Biarkan ia kering sebelum dibilas.\n\nJangan dibuang air basuhan beras. Ia sangat berkesan untuk menaikkan seri wajah. Caranya ialah simpan air basuhan beras yang ketiga. Biarkan mendapan kanji pada dasar bekas.\n\nBuang airnya dan gunakan mendapan kanji itu untuk menyapu pada wajah. Biarkan ia kering. Mask tradisional ini sangat bagus untuk kulit. Buat petua ini seminggu 3 kali.\n\nWajah yang mempunyai jerawat dan parut pastinya membuat kita kurang keyakinan apabila berjumpa dengan orang. Jangan risau, anda boleh mencuba tips kecantikan tradisional yang berkesan ini.\n\nCaranya ialah ambil sedikit madu asli dan sapukan pada bahagian yang mempunyai parut dan jerawat. Madu berfungsi sebagai antibakteria yang mampu mengecutkan jerawat. Ia juga mampu menghilangkan kesan gelap akibat parut.\n\n4. Menghilangkan kotoran dan sel kulit mati\n\nCuba pergi ke dapur. Pasti anda akan terjumpa beras pulut. Tahukah anda bahawa orang-orang dulu menggunakan beras pulut untuk membersihkan wajah?\n\nBeras pulut sangat berkesan untuk membuang kotoran seperti minyak, peluh dan debu. Malahan, ia dapat menanggalkan sel kulit mati. Caranya ialah kisar atau tumbuk beras pulut agak halus. Kemudian, gosok pada muka dengan lembut. Buat seminggu sekali.\n\nAir mawar sering digunakan dalam masakan untuk menaikkan aroma hidangan. Selain itu, ia juga bagus untuk tujuan kecantikan. Sebagai ganti toner, semburkan air mawar pada wajah setiap hari pada waktu pagi dan malam.\n\nAir mawar yang kaya dengan vitamin A, C dan E mampu membuat kulit wajah jadi mulus. Malahan, air mawar mampu mengecilkan pori-pori di wajah.\n\nWanita India sering menggunakan serbuk kunyit untuk mengecutkan jerawat dan mencerahkan kulit. Begitu juga dengan orang-orang tua kita dulu. Serbuk kunyit kaya dengan nutrien yang sangat baik untuk kulit.\n\nPastikan anda mendapatkan serbuk kunyit khas untuk kulit di kedai dan bukannya bukan serbuk kunyit masakan. Jika susah untuk mendapatkannya, boleh saja menggunakan kunyit hidup.\n\nCaranya ialah ambil sedikit serbuk kunyit dan dicampurkan dengan air suam. Sapukan pada wajah dan juga di bahagian tubuh yang lain. Kemudian, jangan lupa cuci bersih-bersih.\n\n7. Mengurangkan sembap di bawah mata\n\nPada zaman dulu, tiada sebarang krim atau mask untuk bawah mata. Jadi, bagaimana orang-orang dulu menjaga kecantikan mata? Caranya ialah menggunakan timun yang dihiris. Kemudian, letakkan di bawah mata.\n\nKulit wajah yang mulus dan sihat pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Anda boleh cuba selang-selikan tips kecantikan tradisional ini dengan rutin biasa anda.\n\nCaranya ialah ambil sedikit daun pokok pegaga. Setelah dibasuh bersih-bersih, tumbuk untuk mengeluarkan jusnya. Sapukan pada wajah dan biarkan hingga kering. Selain itu, daun pokok pegaga juga boleh dijadikan ulaman. Akarnya juga boleh direbus dan dijadikan minuman.\n\nWanita sangat mementingkan kesihatan bahagian keintiman mereka. Tidak kiralah anak dara atau juga yang sudah beranak-pinak. Salah satu cara yang sering dilakukan oleh orang-orang dulu ialah menggunakan daun sirih.\n\nDaun sirih digunakan sebagai pencuci bahagian keintiman wanita yang paling popular. Caranya ialah rebus beberapa helai daun sirih. Kemudian, minum air rebusan setiap hari.\n\nSelain menjaga kecantikan wajah, orang-orang dulu juga amat mementingkan kelangsingan tubuh. Buktinya, dalam filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kebanyakan pelakon wanitanya berpinggang kerengga.\n\nPada zaman itu, cukup susah untuk mendapat ayam dan daging. Oleh itu, itu ikan dan sayur menjadi hidangan wajib. Kebanyakan sayur hanya dimakan secara ulaman saja. Antaranya ialah peria katak, terung bulat, daun ulam raja, pegaga, daun betik, pucuk ubi dan sebagainya.\n\nJadi, tidak hairanlah mereka lebih sihat dan mempunyai potongan badan yang ideal. Cara memasak juga lebih kepada merebus, mencelur dan membakar. Berbanding zaman sekarang yang terlalu banyak makanan proses dan segera.\n\nRambut merupakan mahkota wanita yang mencantikkan lagi penampilan. Pada zaman dulu, kebanyakan wanita menggunakan minyak kelapa untuk mencantikkan rambut.\n\nCaranya ialah ambil sedikit biji betik yang dikeringkan. Setelah ditumbuk halus, campurkan ke dalam botol yang berisi minyak kelapa. Sapukan pada rambut sebelum mandi. Hasilnya rambut akan menjadi lebih sihat, hitam dan lebat.\n\n12. Bibir yang merah dan lembap\n\nHendakkan bibir merah bak buah delima? Cukup mudah caranya. Ambil sedikit madu asli yang dicampurkan dengan sedikit susu. Sapukan pada bibir setiap malam sehingga nampak kesannya.\n\nBibir yang kering dan gelap akan lebih merah. Malahan, bibir juga akan nampak lembap dan sihat. Cubalah!\n\nAnda juga boleh menambah pengetahuan tentang pelbagai topik petua kecantikan di petua orang tua tentang kecantikan dan petua kecantikan. Semoga bermanfaat."
"Sesiapa ada pernah makan candy coklat kacang tanah? Kali ini kami kongsikan resepi menarik dan mudah iaitu candy coklat kacang tanah yang sedap sangat. Teksturnya tidak keras dan tidak chewy sangat, tidak hairanlah resepi yang dikongsikan oleh \u200eRajeswarhy Murugan di laman Facebook mendapat sambutan yang meriah daripada netizen.\n\nCandy coklat kacang tanah dibuat dengan cara caramelize gula, susu dan bahan lain yang kemudian dicampurkan dengan kacang tanah yang sudah dipanggang lebih dulu. Ingat bahan utama yang digunakan ialah kacang tanah dan tidak lupa panggang kacang terlebih dulu ya.\n\nKudapan ini sesuai untuk dijadikan hidangan untuk para tetamu atau sebagai hidangan pencuci mulut yang manis. Tanpa membuat anda makin penasaran, jom cubakan resepi candy coklat kacang yang lemak manis kombinasi dengan rangup kacang tanah yang meletup di mulut.\n\nSelain kek candy coklat kacang, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Biasa orang buat daging bakar danok, tapi jika anda atau ahli keluarga anda tidak suka makan daging, boleh cuba gantikan dengan ayam pula.\n\nDaging/ayam bakar danok ini jadi menarik kerana sos dia. Bagaimana tidak, sos bakar danok pakai beras yang disangai dan ditumbuk, ya menggunakan beras. Mesti anda tertanya-tanya macam mana rasa dia kan? Yang pastinya ada rasa pedas-pedas manis sos dia itu. Bahan perapan daging pula tidak kalah menarik. Untuk perap daging digunakan sos ikan, sos tiram, lada hitam, dan penggunaan gula perang serta gula Melaka mencetuskan rasa lemak manis pada daging.\n\nDaging bakar danok sedap dimakan dengan sos bakar dan salad. Sedap juga dijadikan lauk dimakan dengan nasi. Tanpa tertunggu lama, mari cubakan resepi daging/ayam bakar danok perkongsian di Facebook oleh Cik Puan Julieta.\n\nResepi Daging @ Ayam Bakar Danok\n\nTips : Untuk daging cepat lembut bila dimasak, perap daging semalaman dengan halia dihiris keping-keping.\n\nSelain daging bakar danok, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Timun atau nama saintifiknya Cucumis sativus bukan tumbuhan asing bagi warga dunia, tidak kira apa bangsa. Begitu juga di Malaysia, timun sering dijadikan penambah selera untuk hidangan makanan seperti nasi lemak, sate, burger dan pelbagai lagi juadah lain yang menyelerakan.\n\nTimun merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Ia sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar.\n\nTimun boleh membiak daripada biji benih. Ia terletak dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidrat. Selain itu juga, ia mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.\n\nSejak zaman purba, timun telah digunakan sebagai ubat herba tradisional di India. Sayuran ini mengandungi pelbagai penurun lipid dan anti-kencing manis yang menghalang tubuh daripada menjadi terlalu panas, dan ia menghasilkan kesan penyejukan semulajadi.\n\nManfaat timun untuk kesihatan terlalu banyak antaranya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, pengurusan berat badan yang sihat, detoksifikasi badan, menyihatkan kulit, menyokong kesihatan mata, alkali darah dan merawat kanser.\n\nFaedah lain termasuk menghidap nafas berbau, menyokong pencernaan, mengawal tahap gula darah, mengekalkan tekanan darah yang mencukupi, menyokong tulang, memperbaiki rambut, menyokong kuku dan menyokong kesihatan pergigian.\n\nBiji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti, yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah cacing.\n\nBagi mereka yang menghidapi sakit tekak apabila diserang batuk, penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam\u00a0dan dikumuh beberapa kali sehari. Petua ini dapat mengembalikan suara yang hilang.\n\nAntioksidan ialah molekul yang menghalang pengoksidaan, tindak balas kimia yang membentuk atom sangat reaktif dengan elektron yang tidak berpasangan yang dikenali sebagai radikal bebas. Pengumpulan radikal bebas berbahaya ini boleh membawa kepada beberapa jenis penyakit kronik dalam tubuh manusia. Malah, tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas telah dikaitkan dengan penyakit kanser dan jantung, paru-paru dan masalah autoimun.\n\nTimun amat kaya dengan antioksidan yang bermanfaat yang boleh mengurangkan risiko keadaan ini.Satu kajian mengukur kekuatan antioksidan timun dengan mengambil \u00a030 orang dewasa tua sebagai sampel dan mereka diberikan serbuk timun.\n\nPada akhir kajian selama 30 hari, serbuk timun menunjukkan keputusan peningkatan ketara dalam beberapa penanda aktiviti antioksidan. Malah ia menunjukkan status antioksidan yang bertambah baik.\n\nWalau bagaimanapun, dalam kajian ini, serbuk timun yang digunakan mengandungi dos antioksidan yang lebih tinggi daripada kandungan antioksidan dalam timun mentah secara semulajadi.\n\nSelain itu, terdapat satu lagi kajian tabung uji yang mengkaji sifat-sifat antioksidan timun dan mendapati bahawa ia mengandungi flavonoid dan tanin. Kedua-dua zat ini merupakan dua kumpulan sebatian yang sangat berkesan untuk menghalang radikal bebas berbahaya.\n\nAir sangat penting untuk fungsi badan anda dan memainkan banyak peranan penting. Ia terlibat dalam proses seperti peraturan suhu dan pengangkutan produk sisa dan nutrien.\n\nAir bagi tubuh diibaratkan seperti minyak pelincir yang menggerakkan mesin. Ini kerana, setiap organ yang bekerja dalam tubuh badan kita memerlukan air untuk melancarkan proses organ-organ ini berfungsi.\n\nMalah, penghidratan yang betul boleh membawa kebaikan kepada segalanya dari prestasi fizikal hingga ke tahap metabolisma badan.\n\nBuah-buahan dan sayur-sayuran, khususnya, boleh menjadi sumber air yang baik dalam diet anda.\n\nDalam satu kajian, status penghidratan telah dinilai dan rekod pemakanan dikumpulkan untuk 442 kanak-kanak. Mereka mendapati bahawa pengambilan buah dan sayuran dikaitkan dengan peningkatan status penghidratan.\n\nOleh kerana timun terdiri daripada kira-kira 96% air, ia sangat berkesan dalam mempromosikan penghidratan dan boleh membantu anda memenuhi keperluan cecair harian anda.\n\nTimun berpotensi membantu anda menurunkan berat badan dalam beberapa cara.\n\nPertama sekali kerana ia rendah kalori. Setiap hidangan satu cawan (104 gram) mengandungi hanya 16 kalori, sementara keseluruhan timun 11oz (300 gram) mengandungi hanya 45 kalori.\n\nTimun boleh dicampur dalam hidangan salad, sandwich dan makanan sampingan lain sebagai pengganti alternatif kalori yang lebih tinggi. Ini bermakna anda boleh makan banyak timun tanpa perlu bimbang pada kalori tambahan yang membawa kepada penambahan berat badan.\n\nKeduanya kerana kandungan air tinggi dalam timun dapat membantu penurunan berat badan. Satu kajian meneliti 13 kajian termasuk 3,628 orang dan mendapati bahawa makan makanan kandungan air yang tinggi dan kandungan kalori yang rendah dikaitkan dengan penurunan berat badan yang ketara.\n\nBeberapa kajian haiwan dan tabung uji telah mendapati bahawa timun dapat membantu mengurangkan kadar gula darah dan mencegah beberapa komplikasi diabetes.\n\nSatu kajian haiwan mengkaji kesan pelbagai tumbuhan terhadap kandungan gula dalam darah. Timun menunjukkan kesan pengurangan dan mengawal paras gula dalam darah secara berkesan.\n\nSatu lagi kajian haiwan dijalankan ke atas tikus yang diberikan penyakit diabetes. Kemudian, tikus tersebut diberikan ekstrak kulit timun. Hasilnya, kulit timun didapati mengurangkan kesan berkaitan diabetes dan menyebabkan penurunan paras gula dalam darah.\n\nDi samping itu, satu kajian tabung uji mendapati bahawa timun mungkin berkesan mengurangkan tekanan oksidatif dan mencegah komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.\u00a0Walau bagaimanapun, bukti kajian tersebut terhad ke atas haiwan dan tabung uji sahaja.\n\nKajian lanjut perlu dibuat ke atas manusia untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih sahih.\u00a0\n\nTimun membantu organ hati untuk menghilangkan kotoran, sisa, dan juga membantu menghilangkan toksin terkumpul dari aliran darah dan usus. Ia juga membantu badan untuk mengeluarkan lebih banyak air kencing untuk mengeluarkan toksin.\n\nAnda boleh amalkan minuman jus timun untuk mempercepatkan proses detoksifikasi.\n\nTimun melembapkan kulit di sekitar mata anda kerana timun mengandungi 95% air. Vitamin E dalam timun juga memainkan peranan penting dalam menyihatkan kulit anda, meningkatkan pengeluaran kolagen dan anti-penuaan.\n\nAmalkan makan timun secara teratur juga membantu meningkatkan penglihatan anda kerana ia mengandungi beberapa anti-radang dan antioksidan yang boleh membantu mengelakkan mata anda daripada katarak.\n\nHiperpigmentasi yang membentuk lingkaran hitam di sekitar kulit mata disebabkan oleh kurang rehat dan stres. Timun adalah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Antioksidan yang terdapat dalam timun membantu menghilangkan kerengsaan kulit.\n\nUntuk memastikan kesihatan usus anda, anda perlu memasukkan makanan yang berserat. Timun adalah salah satu makanan yang tinggi serat.\n\nSayuran ini juga mengandungi enzim yang disebut sebagai erepsin, yang meningkatkan proses pencernaan dan membantu tubuh untuk menyerap protein.\n\nTimun sememangnya mudah didapati di pasaran. Malah, harganya murah dan mampu milik. Ia juga boleh ditanam sendiri di kawasan rumah bagi mereka yang gemar berkebun.\n\nTimun juga lazat dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal untuk menambahkan selera ketika makan. Bukan itu sahaja, timun juga boleh dibuat jus dan ditambah dengan ais batu. Jika diminum ketika cuaca panas, pastinya ia satu nikmat yang membahagiakan tekak.\n\nWalau bagaimanapun, yang paling penting adalah, timun bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga kaya khasiat yang membantu anda untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan anda.\n\nNamun, untuk memaksimumkan kandungan nutriennya, timun harus dimakan tanpa dibuang kulit. Mengupas kulit timun akan mengurangkan jumlah serat, serta vitamin dan mineral tertentu.\n\nSuka artikel khasiat serai ini? Jika suka, pasti anda menyukai artikel lain seperti di bawah.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Jerawat tidak renggang daripada menjadi masalah bagi orang yang berkulit sensitif atau tidak. Pasti setiap bulan, minggu dan hari jerawat akan timbul di muka. Tidak kira jerawat nasi atau nama lain jerawat timbul kecil dan jerawat yang paling bermasalah adalah jerawat yang besar dan merah apabila timbul di muka.\n\nBahagian belakang badan juga tidak lari daripada ada timbul jerawat seperti bintik-bintik merah kecil. Hal ini berlaku kerana tidak menjaga kebersihan badan dan kerap berpeluh. Maka, timbul jerawat di belakang badan. Bagaimana kaedah yang mudah dan cepat untuk kecutkan jerawat-jerawat ini?\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai kaedah mudah untuk mengecutkan jerawat. Info ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca info yang diberi oleh Puan Sarifa. \n\nManjakani bukan sahaja bagus di rebus untuk kesihatan dalaman wanita namun sangat bagus kecutkan jerawat kat muka .\n\nKalau rasa macam baru nak naik jer jerawat tu tepek dekat kawasan tu. Esok tak jadi ia nak naik.\n\nSangat sesuai untuk lelaki mahupun wanita yang mempunyai masalah kulit berjerawat.\n\nKacau sebati serbuk manjakani bersama tepung kacang hijau yang ditambah sedikit air.\n\n3. Boleh juga scrub badan untuk hilangkan\u00a0masalah jerawat di belakang badan dan\u00a0punggung.\n\nBagi yang inginkan kulit yang tegang boleh amalkan masker ini seminggu 2-3 kali waktu malam.\n\n*Selepas ini jerawat bukan lagi menjadi masalah besar dengan menggunakan kaedah seperti yang dikongsikan oleh puan Sarifa. Hanya rajin dan konsisten yang diperlukan untuk dapat kulit yang halus dan mulus. Insyaallah, dengan segala usaha kita boleh mendapatkan kulit yang cantik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Sekarang ini banyak di viral kan makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebagainya tidak baik untuk kesihatan berikutan cara pembuatannya yang menggunakan bahan yang tak berkualiti seperti urat, lemak dan sebagainya. Tapi apakan daya, nak berhenti 100% memang tak dapatlah. Tambah-tambah untuk kanak-kanak dan orang muda.\n\nTahukah anda? Sebenarnya kita boleh cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Bahan dan caranya pun mudah. Mesti terkejut punya bila tengok resepi di bawah nanti. Tak sangka dek akal rupa-rupanya nak membuatnya semudah abc dan 123. Siap boleh simpan lagi tuh. Bolehlah untuk beberapa kali makan. Yang paling penting yakin berkhasiat, bersih dan sedap. \n\nJom tengok resepi Sosej Homemade dulu. Resepi ini daripada Naa Rohzurina. InsyaAllah sama macam yang dijual di luar tuh. Jom tengok resepinya.\n\nBetulkan? Semudah abc. Hanya 3 langkah dah siap sosej homemade kita nih. Kalau nak makan terus, bolehlah goreng. Tapi kalau nak simpan, pastikan simpan di tempat sejuk beku ya. Nak lagi sedap, sebelum goreng tuh, boleh jer kalau nak golekkan dengan \u2018bread crump\u2019 atau kita panggil serbuk roti. Tapi jangan lupa ya celupkan ke dalam telur dahulu supaya serbuk roti tuh senang melekat nanti.\n\nSelain resepi sosej homemade ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Dan satu lagi terima kasih lah sebab sudi melawat blog kami nih."
"Telur separuh masak sememangnya menu lazat yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tak mengira umur. Malah, bagi anda yang sedang berdiet dan berusaha untuk menurunkan berat badan, pastinya telur separuh masak menjadi menu pilihan anda. \n\nNamun tahukah anda bahawa selain menurunkan berat badan, ada 7 lagi khasiat telur separuh masak. Jom kita baca perkongsian dari\u00a0Puan Rozita Ab\u2019dullah\u00a0yang berikut. \n\nCara-cara menyediakan telur separuh masak dengan hanya tiga langkah:\n\nBerikut beberapa KEBAIKAN yang boleh anda peroleh daripada pengambilan telur separuh masak:\n\nDua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. \u2018Lemak jahat\u2019 di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. \n\nTidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.\n\nUntuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja. \n\nPengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan \u2018berisi\u2019.\n\nTelur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. \n\nAsid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.\n\nDua biji telur separuh masak merupakan sumber \u2018choline\u2019 yang sangat tinggi. \u2018Choline \u2018adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.\n\nTelur separuh masak merupakan seumber \u2018lutein\u2019, \u2018carotenoid\u2019 serta \u2018zeaxanthin\u2019 yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.\n\nDarah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.\n\nKesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.\n\n*Menarik sungguh info yang dikongsikan oleh beliau. Tak hairanlah kalau post ini mendapat perkongsian di Facebook. Tahukah anda telur sememangnya sangat baik untuk kesihatan. Di antara khasiat lain yang tidak dinyatakan di atas ialah:\n\nPasti anda teruja dengan perkongsian dan khasiat telur setengah masak ini bukan. Apa lagi,pagi esok bolehlah cuba untuk bersarapan dengan telur separuh masak sebagai salah satu menu diet sihat."
"Pastinya ramai yang menggemari mee rebus bukan? Cara untuk menyediakkannya juga tidaklah terlalu susah. Jika anda mahu memasak sesuatu yang berbeza bolehlah anda mencuba resepi yang akan kami kongsikan bersama anda pada hari ini.\n\nPada kali ini, kami akan berkongsikan resepi mee rebus utara bersama dengan anda semua. Bolehlah anda hidangkan semasa anda berehat pada hujung minggu di rumah sambil berehat menonton televisyen bersama dengan seisi keluarga. Pastinya semua orang akan memuji masakan anda.\n\nResepi mee rebus utara ini telah dikongsikan oleh Somad Musa di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi mee rebus utara ini.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nJika anda telah mencuba resepi ini jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda. Klik pautan di bawah untuk lihat resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan di sini."
"Kali ini kami berkongsikan resepi makanan mudah iaitu serunding daging. Di mana daging dicarik-carik jadi halus. Kemudian melalui proses pengeringan yang cukup lama jadilah serunding.\n\nSerunding sangat sesuai untuk dijadikan masakan jangka panjang kerana ia tahan berhari-hari untuk disimpan.\u00a0 Untuk askar, pelajar yang duduk di rumah sewa ataupun orang yang berjalan-jalan jauh boleh cuba buat serunding sebagai lauk untuk makan.\n\nResepi serunding daging yang dikongsikan oleh \u200eMak Jemah Nelly\u200e di laman Facebook ini sangat menarik perhatian ramai. Walaupun cara membuatnya rumit dan memakan masa namun ianya lazat dan enak dimakan dengan apa sahaja ikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba.\n\nMudah bukan resepinya? Walaupun memakan masa yang cukup lama pada proses pengeringan namun hasilnya sangat memuaskan. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi serunding daging, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Seorang ibu muda pernah bertanya Ibu;\n\nAnak saya menjangkau usia 2 tahun. Sangat aktif dan nampak sangat bersemangat dalam melakukan semua perkara. Rasanya mungkin dia suka untuk belajar sesuatu benda yang baru.\n\nDia sudah boleh bercakap beberapa perkataan dengan lancar dan faham apabila kita bercakap dengannya. Dia turut pandai juga mengekspresi diri-suka, sakit, marah dan ingin berkuasa.\n\nSaya faham perkembangan ini adalah normal untuk anak seusia ini (adakah saya betul?). Cuma yang merunsingkan saya apabila dia seperti tidak dengar kata dan arahan.\n\nSaya memang cuba dari dulu supaya tidak tinggikn suara dan pendekatan menghukum.\n\nJadi jikalau saya marah, saya akan buat suara yang tegas sambil memberi pandangan marah (jengilkn mata).\n\nTetapi dia tidak mahu mendengar dan mengikutnya.\n\nSaya tahu pendekatan memberi penerangan tentang sebab dan akibat. Persoalannya adakah mereka memahaminya? Sebab saya penah membuatnya tetapi dia akan tetap mengulanginya.\n\nMaaf catitan saya yang agak panjang. Hanya ingin memberi gambaran sebenar sebaik mungkin.\n\nHarap ibu dan rakan-rakan lain dapat membantu. Terima kasih.\u201d\n\nPertama, Ibu mengucapkan syabas kerana puan mempunyai keinginan yang sihat untuk mencari jalan penyelesaian kepada keadaan ini.\n\nCara kanak-kanak berkomunikasi adalah berbeza dengan orang dewasa. [freshhealthyandfit]\n\nSesuatu kita perlu tahu mengenai cara seseorang memproses infomasi adalah berbeza. Komunikasi juga tidak terhad kepada perkataan yang dilafaz sahaja. Bahasa badan, niat, cara perkataan itu dikatakan dan perasaan yang mengiringi perkataan itu banyak memberi kesan kepada keberkesanan komunikasi kita.\n\nPertama, informasi di luar masuk ke otak kita untuk difahami melalui 5 cara \u2013 Pancaindera \u2013 Mata, lidah, telinga, kulit dan hidung dan rangsangannya, melihat, merasa, mendengar, sentuhan dan bauan. Informasi adalah di luar dan perlu ada saluran untuk ke otak untuk difahami.\n\nBergantung rapat kepada pancaindera mana yang paling dominan di dalam pengambilan informasi, maka sesaorang itu akan cepat memahami informasi itu bila informasi itu dimasukkan melalui jalan itu.\n\nContohnya, bagi anak yang PENDENGARANnya lebih terangsang, maka dia senang memahami arah bila kita bercakap dengannya. Bagi yang belajar dengan melihat pula, maka, dia senang memahami arahan bila kita menunjukkannya supaya dia nampak. Bagi yang perlu merasa, maka, dia perlu diberi rasa atau bergerak bila memberi arahan itu.\n\nMemahami keadaan ini, maka, kita perlu mempelbagaikan arahan kita sehingga kita nampak komunikasi kita telah sampai dan difahami oleh anak itu. Contohnya, kita mahu memberitahu anak bahawa api itu panas, maka ada anak yang belajar dengar mendengar, maka kita boleh memberitahu secara bercakap atau meninggikan sedikit suara supaya menunjukkan amaran dan mengatakan ..\u2019Aduh..\u2019 Dia boleh faham.\n\nBagi anak yang belajar dengan melihat, maka kita boleh tunjuk kita pegang api dan tunjuk gaya ia panas dengan mengerakkan tangan kita cepat dari apai itu sambil mengatakan \u2018 Aduh.panas\u2019.\n\nBagi yang belajar dengan cara merasai dan membuat, inilah yang mencabar sedikit untuk perkara seperti ini, namun, anda perlu kreatif dengan memberi dia rasa kepanasan itu sedikit dari jauh, supaya dia faham \u2013 api itu panas.\n\nMemahami akan perkara ini, anda boleh membuat kombinasi ketiga-tiga cara agar komunikasi anda lebih berkesan kepada anak itu.Satu lagi perkara yang ibu ingin sampaikan, jangan menyangka anak kecil tidak boleh faham.\n\nSemasa mereka kecil, kita bukan bercakap dengan minda sedarnya sahaja, kita bercakap dengan minda dibawah sedarnya. Kita bercakap kepada otaknya dan kita menanam benih-benih informasi yang bakal kita gunakan nanti apabila mahu berkomunikasi dengannya.\n\nAnak yang datang ke dunia ini memang seperti kain putih bersih tetapi bukan bekas kosong yang tidak berisi. Setiap anak telah hidup ribuan tahun dalam bentuk roh dan mempunyai ilmu yang banyak.\n\nBila mereka datang ke dunia ini mereka hanya perlu belajar menggunakan badan fizikal ini untuk mengekspresikan apa yang mereka ingin komunikasikan. Bukan mereka tidak memahami kita, kita yang tidak memahami mereka.\n\nDalam usia 3 tahun ke bawah, banyak mengunakan gerak rasa dan komunikasi dengan hati ke hati mereka, nescaya anda akan dapati mudah memahami mereka.Ibu hanya tahu akan perkara ini benar setelah ibu mempunyai anak yang kelima.\n\nIbu mendengar dia dengan \u2018telinga hati\u2019 ibu. Memang senang memahami apa yang dia mahu. Kini sudah bercucu empat dan yang paling kecil dibawah setahun, ibu berkomunikasi dengan mereka itu secara hati dengan menggunakan minda dibawah sedar juga. Ia sangat memuaskan hati.\n\n\u2013 Letakkan anak kecil itu dekat dengan dada anda.\n\n\u2013 Tenangkan pemikiran anda \u2013 quiet your mind.\n\n\u2013 Bercakap kepadanya semasa dia tidur. Kalau anda tidak mahu dia mengambil barang-barang yang tajam dsbnya pun boleh dibuat semasa itu. Supaya lain kali dia tidak melakukannya lagi. Semasa tidur, anda boleh terus berkomunikasi dengan minda di bawah sedarnya.\n\nBila mula-mula itu memanglah tidak begitu menjadi. Namun, usahakanlah. Semua yang senang bermula dengan susah dulukan. Bukankah susah hendak memandu kereta, namun anda mempunyai keupayaan menguasainya setelah belajar.\n\nJadi, perkara ini pun sama. Apa yang sangat penting, janganlah menyangka ini tahyul atau karut. kepercayaan sebegitu menutup jalan menggunakkan kekuatan minda dibawah sedar dan hati.\n\nApa-apa pun perlu banyak bersabar dan meneruskan usaha. Jangan mudah mengatakan susah. Ingat anda mempunyai potentsi menggunakan minda di bawah sedar ini. Semoga anda berjaya!"
"Apakah petua masak rendang yang boleh anda ikuti untuk hidangan di hari istimewa bersama keluarga?\n\nRendang, masakan tradisional yang sangat populer di Malaysia dan Indonesia, dikenali kerana rasanya yang pekat dan aroma yang kuat. Ia adalah hidangan yang umum disajikan semasa perayaan dan acara khusus. \n\nWalaupun rendang memerlukan masa dan usaha yang cukup untuk memasaknya, hasilnya pasti memuaskan. Namun, memasak rendang yang sempurna bukanlah tugas yang mudah. \n\nIa memerlukan pengetahuan dan keterampilan yang tepat untuk memastikan rasa, tekstur, dan kesegaran rendang.\n\nBerikut adalah 12 petua masak rendang untuk membantu anda memasak hidangan ini dengan lebih lembut, tahan lama, dan tidak cepat basi.\n\nMulakan dengan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi. Daging, santan, dan rempah-rempah segar akan memberikan rasa yang lebih pekat dan sedap.\n\nDaging rusuk atau daging tetel adalah pilihan terbaik untuk rendang kerana lemaknya yang cukup membantu dalam proses memasak dan memberikan rasa yang lebih sedap.\n\nRendam daging dalam air sejuk selama beberapa jam sebelum memasak. Ini akan membantu mengeraskan daging dan membuatnya lebih mudah untuk dimasak.\n\nTumis rempah-rempah hingga berwarna keemasan dan harum. Proses ini akan membebaskan minyak esensial dalam rempah-rempah dan memberikan rasa yang kaya pada rendang.\n\nSantan pekat akan memberikan rendang tekstur yang kaya dan lembut. Jangan gunakan santan cair kerana ia boleh membuat rendang cepat basi.\n\nRendang perlu dimasak dengan api yang sangat perlahan. Proses memasak yang perlahan akan memastikan daging menjadi lembut dan rempah-ratus meresap dengan sempurna.\n\nPastikan untuk mengacau rendang secara berkala untuk mengelakkan pembakaran di dasar periuk.\n\nJangan menambah air semasa memasak rendang. Air akan mengurangkan rasa pekat dan boleh membuat rendang cepat basi.\n\n9. Biarkan rendang sejuk sebelum dibungkus\n\nJika anda merancang untuk menyimpan rendang, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dibungkus dan disimpan dalam peti sejuk. Ini akan membantu mencegah bakteria dan memanjangkan jangka hayat rendang.\n\n10. Simpan dalam bekas yang rapat\n\nSimpan rendang dalam bekas yang rapat untuk mengelakkan udara masuk dan mempercepat proses pembusukan.\n\nPanaskan rendang sebelum makan. Ini bukan sahaja akan membuatnya lebih sedap tetapi juga akan membunuh bakteria yang mungkin telah berkembang.\n\nJika anda merancang untuk menyimpan rendang untuk jangka masa yang panjang, pertimbangkan untuk menggunakan pengawet semula jadi seperti asid sitrik atau asid asetik. Ini akan membantu mencegah pembusukan dan menjadikan rendang tahan lebih lama.\n\nRendang adalah hidangan yang memerlukan kesabaran dan dedikasi. Proses memasak yang panjang dan teliti adalah apa yang menjadikan rendang begitu istimewa. Walaupun ia memerlukan usaha, hasilnya pasti memuaskan.\n\nTerakhir sekali, ingatlah bahawa setiap orang mempunyai rasa dan kegemaran mereka sendiri. Oleh itu, jangan takut untuk bereksperimen dan menyesuaikan resipi rendang anda sendiri. Yang paling penting adalah anda menikmati proses memasak dan makan rendang.\n\nMemasak rendang yang lembut, tahan lama, dan tidak cepat basi mungkin memerlukan sedikit usaha dan masa, tetapi dengan petua masak rendang ini, anda pasti dapat mencapai hasil yang anda inginkan. Selamat mencuba!\n\nSelain dari petua masak rendang ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan tips dalam masakan seperti:"
"Hari ini teruja sangat ingin berkongsikan resepi untuk para penggemar cheese. Menarik sangat nama resepinya ialah kek pandan cheese melimpah ruah, dibuat oleh \u200e\u200eAriana Sofia Ahmad\u200e dan berkongsi di Facebook. Bayangkan gambar mestilah terliur bukan?\n\nSedapnya kek ini kerana lembut dan aroma pandan yang wangi amatlah menyelerakan. Cheese sebagai topping menambah kesedapan kek mencetuskan rasa tradisional yang baharu.\n\nSupaya lebih sedap, boleh banyakkan cheese untuk dapatkan rasa yang lebih berkrim. Selain itu anda boleh berkreativiti jika ingin tambah apa-apa bahan sebagai toppingnya. Sesiapa yang tidak tahan boleh cuba sekarang untuk hidangan minum petang atau acara kenduri.\n\nSelain kek pandan cheese, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, kek coklat dan sebagainya. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Minyak. Bahan dan cara-caranya pun mudah. Nak mudah lagi, cuba lah ikut resepi yang dikongsikan oleh Wan Ruzita Wan Deraman di laman muka buku aka Facebook. Resepi beliau tak perlu pakai mixer ya. Jadi sesiapa yang tiada mixer kat rumah tuh, boleh jer nak buat kek nih pun. Sangatlah sesuai. Dan jangan risau walaupun tanpa mixer, beliau jamin kek tetap lembut dan gebu ye. Resepi ini juga sangat sesuai bagi yang tiada oven ye. Sebabnya kaedah yang digunakan adalah kaedah mengukus.\n\nKek Minyak ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai, minum petang bersama teh \u2018O\u2019 panas. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat Kek Minyak nih. Cepat dan Mudah. Nak nampak menarik dan tertarik adunkan adunan yang berwarna mengikut kreativiti anda. Senang kan?\n\nTanpa buang masa. Jom tengok resepi yang pastinya mudah difahami dan diikuti dan yang paling penting tak renyah.\n\nMudah kan cara buat kek minyak kukus versi tanpa mixer dan oven nih kan. nanti dah sejuk bolehlah telangkupkan dari loyang dan potong. Siap sedia untuk dihidang.\n\nSelain resepi Kek Minyak, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
"Ibu bapa pastinya berharap agar anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan diberikan minda yang cerdas untuk belajar. Salah satu rutin harian mereka adalah berdoa. Terdapat banyak doa penerang hati untuk anak amalkan serta doa yang boleh dibaca oleh kedua ibu bapa dalam mendoakan anak-anak.\n\nDoa penerang hati amat penting bagi memudahkan anak belajar dengan baik, mudah hafal atau ingat sesuatu pelajaran tersebut. Ada doa yang mudah diingati kerana ia seringkali kita bacakan dalam solat. Ada juga doa yang ringkas sering kita bacakan dalam Al-Quran. Jom baca dan amalkan doa penerang hati untuk anak. Ajar juga anak anda untuk amalkannya.\n\nTafsiran: bismillaaHir rahmaanir rahiim(\u201cDengan menyebut nama Allah Yang Mahapemurah lagi Mahapenyayang.\u201d)\u201c1. Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatNya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha tahu\n\n2. agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa khabar gembira kepadamu daripada-Nya\n\n3. dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat. \n\n4. kepada Allah-lah kembalimu, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.\u201d\u00a0(Huud: 1-4)\n\n\u201cMaka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.\u201d\n\nDoa yang mempunyai zat yang kuat ini adalah doa penerang hati yang juga perlu anak amalkan. Selain memuji Allah, kita juga meminta semoga dipermudahkan urusan serta menjadikan jiwa lebih tenang.\n\n51:\u00a0 Dan sesungguhnya telah Kami (Allah) sampaikan berturut-turutan perkataan (al-Qur\u2019an) kepada mereka, agar mereka mendapat peringatan.52:\u00a0 Orang yang Kami (Allah) datangkan kepada mereka kitab sebelumnya (al-Qur\u2019an), mereka pun beriman dengannya. 53:\u00a0 Dan apabila dibacakan (al-Qur\u2019an) kepada mereka, mereka berkata: \u201cKami beriman kepadanya, sesungguhnya ia (al-Qur\u2019an) adalah suatu kebenaran daripada Rab (Tuhan) kami, sesungguhnya kami sebelumnya (al-Qur\u2019an diturunkan) telah pun Muslimin (orang yang menyerah).54:\u00a0 Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebahagian dari apa yang telah Kami (Allah) rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan.55:\u00a0 Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya, dan mereka berkata: \u201cBagi kami amal kami dan bagimu amalmu. Salam atas kamu, kami tidak inginkan orang jahil.\u201d\n\nMaksudnya: Wahai Rabbku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku. (Surah Taha, ayat 25-28)\n\nSekiranya anak masih bersekolah, doa penerang hati yang ringkas ini perlu dijadikan amalan sejak berada di rumah lagi. Bacakannya pada setiap pagi, ketika tiba di sekolah dan juga ketika sesuatu urusan yang mereka lakukan.\n\n\u201cAllah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. \n\nPelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, iaitu pohon zaitun yang tumbuh di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. \n\nCahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.\u201d\n\n\u201cBukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? Dan, Kami telah menurunkan bebanmu darimu yang memberatkan punggungmu dan Kami tinggikan sebutan (namamu) bagimu. Maka, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. \n\nSesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan. Maka, apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.\u201d\n\nSurah ini amat mudah dihafal kerana sejak kecil lagi anak mungkin telah menghafalnya. Amalkan setiap hari sebelum mula belajar dan melakukan sesuatu. Hati akan lebih tenang, dada lapang dan lebih mudah menerima ilmu.\n\n#8 Surah Ali Imran (Ayat 169 -171)\n\n\u0639\u0650\u0646\u062f\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0647\u0650\u0645\u0652 \u064a\u064f\u0631\u0652\u0632\u064e\u0642\u064f\u0648\u0646\u064e [\u0663:\u0661\u0666\u0669] \u0641\u064e\u0631\u0650\u062d\u0650\u064a\u0646\u064e \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0622\u062a\u064e\u0627\u0647\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0628\u0652\u0634\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0641\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0644\u064e\u0651\u0627 \u062e\u064e\u0648\u0652\u0641\u064c \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0646\u064f\u0648\u0646\u064e [\u0663:\u0661\u0667\u0660] \u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0628\u0652\u0634\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u0629\u064d \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u064d \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0636\u0650\u064a\u0639\u064f \u0623\u064e\u062c\u0652\u0631\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e [\u0663:\u0661\u0667\u0661]\n\nDan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan AlLah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi RABB mereka dengan mendapat rezeki; \u00a0\n\n(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan AlLah (balasan kerana mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.\n\nAllah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya\u00a0Kursi\u00a0Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)\n\nAyat kursi boleh dibaca pada bila-bila masa untuk melindungi diri dan meminta perlindungan daripada Allah SWT. Ia juga adalah salah satu doa penerang hati yang harus anak amalkan setiap hari sebelum mula belajar.\n\nDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). \n\nEngkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.\n\nAl-Fatihah adalah surah wajib kita baca untuk mendapatkan keberkatan dalam setiap urusan dan memudahkan pembelajaran anak-anak. Doa penerang hati ini mempunyai banyak manfaat jika diamalkan.\n\nKatakanlah (wahai Muhammad): \u201c(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.\n\n#12 Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\n\nAllahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad\n\nYa Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.\n\nBacalah selawat sebanyak 3 atau 11 kali sebelum membaca doa-doa lain. Lebih banyak selawat akan dapat menenangkan hati anak untuk menduduki peperiksaan. Ia juga boleh diikuti dengan doa penerang hati yang lain.\n\nItulah dia 12 doa penerang hati untuk anak-anak amalkan. Begitu juga dengan anda, bacalah untuk sama-sama mendoakan anak. Lebih elok lagi, ajarlah anak anda doa penerang hati yang dikongsikan, semoga semua urusan mereka berjalan dengan lancar.\n\nJom baca juga Doa anak periksa, Adab ziarah kubur, Doa murah rezeki dan doa bayi tidur lena."
"Tauhu bergedil ini adalah gabungan masakan Cina dan Jawa. Masakan ini diinovasikan daripada bergedil daging yang disumbat kedalam tauhu kering. Hidangan ini sangat enak untuk dijadikan sebagai pembuka selera atau minum petang. Semestinya, anda harus mencuba untuk keluarga anda. Anda juga boleh menghidang juadah ini kepada tetamu yang datang ke rumah anda.\n\nTauhu bergedil ini juga menjadi salah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia.\u00a0Malah kini ianya telah menjadi resepi viral dan telah dikongsi oleh ramai netizen. Sudah tentunya rasanya yang amat lazat memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.\n\nResepi ini dikongsi oleh Noor Laila Yaakop dan telah mendapat sebanyak 5 ribu perkongsian di Facebook. Wow, ramainya!\n\nResepi ini boleh menghasilkan lebih kurang 60 biji tauhu bergedil. Modalnya hanya dalam RM 20.\n\nCara \u2013 cara untuk membuat tauhu bergedil:\n\nCara \u2013 cara untuk membuat sos:\n\nNota: Ubahsuai ikut selera anda. Selamat mencuba!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang boleh anda cuba:\n\nSelain daripada resepi tauhu bergedil ini, terdapat juga beberapa resepi lain yang anda boleh cuba dan dihidangkan bersama yang tersayang. Jangan lupa untuk menekan resepi \u2013 resepi dibawah dan kongsikan bersama rakan rakan anda!"
"Persaingan anak-anak dalam zaman milenium ini semakin hebat. Realiti masa kini, sesetengah ibu bapa sangat mementingkan kemahiran akademik terutamanya dari segi membaca dan menulis di awal usia.\n\nTahukah anda bahawa kemahiran akademik seperti membaca serta menulis merupakan kemahiran berkonsepkan 2 dimensi (2D) dan terdapat kemahiran asas lain yang lebih penting daripada itu?\n\nAnak-anak kecil seharusnya menguasai kemahiran berkonsepkan 3 dimensi (3D) terlebih dahulu berbanding kemahiran berkonsepkan 2D kerana kemahiran berkonsepkan 3D termasuk dalam kemahiran pra-akademik.\n\nKemahiran berkonsepkan 3D adalah penting dalam memastikan anak-anak menguasai kemahiran membaca dan menulis yang berkonsepkan kemahiran 2D.\n\nBerikut merupakan 3 perkara penting yang perlu kita dalami tentang kemahiran berkonsepkan 3D.\n\nAktiviti 3D adalah aktiviti yang memerlukan anak-anak untuk memanipulasi objek secara aktif.\n\nAnak-anak perlu menggunakan kepelbagaian kemahiran sensori-motor seperti kemahiran motor kasar, motor halus dan motor visual untuk memanipulasi sesuatu objek.\n\nPada kebiasannya, ativiti berbentuk 3D berlaku semasa mereka sedang bermain.\n\n2. USIA ANAK KUASAI KEMAHIRAN 2D DAN 3D\n\nSecara naturalnya, kanak-kanak akan menguasai kemahiran berkonsepkan 3D bermula usia 3 tahun dan mula menunjukkan kesediaan untuk mempelajari kemahiran berkonsepkan 2D (membaca dan menulis) menjelang usia 5 tahun.\n\nAktiviti 3D sangat penting bagi mengukuhkan asas (foundation) yang diperlukan untuk anak-anak mempelajari kemahiran 2D seperti membaca dan menulis.\n\nAntara \u2018foundation\u2019 perkembangan yang dirangsang dengan aktiviti 3D adalah :\n\nAnak-anak yang menunjukkan kesukaran menguasai kemahiran berkonsepkan 3D (kelihatan kurang fokus dan koordinasi motor kelihatan lemah) akan lebih sukar menguasai kemahiran berkonsepkan 2D.\n\nSebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk membantu anak-anak menguasai kemahiran berkonsepkan 3D agar mereka lebih mudah untuk menguasai kemahiran berkonsepkan 2D apabila tiba masanya kelak.\n\nIntervensi awal yang efektif boleh membantu anak-anak agar tidak terus ketinggalan dalam \u2018milestone\u2019 penting perkembangan mereka.\n\nSemoga kita semua bukan sahaja dapat membantu perkembangan anak-anak dari segi akademik semata-mata, malah turut membantu mereka secara menyeluruh untuk menguasai pelbagai lagi kemahiran penting lain."
"Jika diperhatikan, dewasa ini terdapat banyak produk detoks yang membanjiri pasaran. Semuanya menjanjikan kesan nyah toksin dalam masa yang singkat. Namun tahukah anda kenapa kita perlu detoks? Apakah yang dmaksudkan dengan toksin? Apa kesan toksin kepada tubuh badan? Apakah punca toksin dalam badan?\n\nApakah yang dimaksudkan dengan toksin dalam badan? \n\nDari sudut kesihatan, toksin bermaksud bahan beracun atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan yang terkumpul dalam tubuh badan seseorang. Bahan beracun tersebut boleh datang dari pelbagai sumber seperti makanan, ubat-ubatan, tabiat merokok, dan pencemaran. Toksin yang ada dalam badan boleh dikesan pada seluruh organ manusia.\n\nToksin dikeluarkan dari tubuh badan melalui proses perkumuhan seperti membuang air besar dan juga proses perpeluhan. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi dati badan akan diserap semula oleh badan lalu memberikan kesan yang buruk ke atas kesihatan.\n\nApakah tanda terlalu banyak toksin dalam badan?\n\nSekiranya badan anda mengumpul terlalu banyak toksin, badan akan mula memberikan tanda sebagai signal. Di antara tanda yang akan ditunjukkan oleh badan ialah:\n\nTerdapat pelbagai perkara yang telah dikenal-pasti sebagai punca toksin dalam badan. Di antara punca yang paling kerap berlaku ialah:\n\nBagaimana cara untuk menyingkirkan toksin dari badan?\n\nAnda boleh mengeluarkan toksin dari badan dengan melakukan salah satu daripada cara berikut:\n\nItulah dia punca toksin dalam badan yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan perkongsian kami ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel kami tentang menghilangkan toksin dari badan, punca kaki kebas, dan punca kerap sembelit."
"Ramai yang sedar bahawa sunblock sangat penting dalam penjagaan wajah harian. Pemakaian sunblock menjaga dalaman kulit anda, pigmentasi sehingga juga lapisan kulit luar. Jom lihat fungsi sunblock untuk kulit remaja dan wanita berumur.\n\n1. Biore UV Perfect Face Milk\n\nKini, lelaki juga sering menjaga penampilan mereka agar sentiasa berseri sepanjang masa. Sunblock terbaik dari Biore ini diformulasikan khas untuk mengelakkan kulit berminyak dan terasa melekit semasa anda memakainya. \n\nIa memberikan perlindungan yang tahan lama terhadap sinaran UVA dan UVB yang berbahaya.\n\n3. Sendayu Tinggi UV Defense Tinted Sunscreen SPF50 PA++\n\nSendayu Tinggi terkenal di kalangan peminat barangan kosmetik kerana ia adalah salah satu jenama tempatan tertua di pasaran Malaysia. \n\nDiformulasikan dengan pelembap yang mengandungi SPF50 yang mampu melindungi kulit wajah anda daripada terkena sinar UV. Ianya bertekstur ringan dan tidak melekit dan sesuai untuk semua jenis kulit.\n\n3. Missha All Around Safe Block Aqua Sun Gel SPF50+ PA+++\n\nProduk terkenal dari Korea ini mampu melindungi kulit wajah anda dari sinar UV dengan lapisan perlindungan 2 kali ganda berbanding sunblock yang lain. Ianya mempunyai tekstur yang lebih ringan dengan gel yang mampu memberikan kelembapan serta sensasi penyejukan yang tahan lama.\n\n4. Naruko Tea Tree Anti-Acne Sunscreen SPF50\n\nSunblock dari produk Naruko ini berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat selaran matahari, melanin dan mencegah penampilan garis-garis halus. \n\nDengan mengandungi bahan semula jadi, sunblock terbaik dapat mengekalkan kelembapan pada kulit anda dan melambatkan pertumbuhan jerawat.\n\nSunblock Nutox Solar Block SPF45 ini dapat melindungi kulit wajah anda dari sinar UVA dan UVB, bintik hitam, kulit gelap dan melambatkan proses penuaan. \n\nIa juga diperkaya dengan antioksidan yang dapat mencegah radikal bebas melekat pada kulit wajah anda. Sunblock ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak dan dapat digunakan pada waktu siang.\n\n6. L\u2019oreal Paris UV Perfect Even Complexion SPF 50/PA+++ 30 ml\n\nSunblock terbaik untuk remaja dan wanita berumur adalah L\u2019Oreal Paris UV Perfect Even Complexion SPF50/PA+++ 30ml. Menggunakan sunblock ini, ia akan bertahan selama 12 jam dan amat sesuai untuk mereka berwajah kulit putih.\n\n7. Heliocare Advanced SPF50 Cream \u2013 50ml\n\nMemakai Heliocare Advanced SPF50 Cream ini memudahkan kulit anda dihalang oleh cahaya menembusinya. Wah! Ia kerana Heliocare diperbuat daripada bahan semulajadi yang sangat kuat dan berkesan.\n\n8. Hada Labo Air UV (Moist) SPF50 PA+++\n\nSunblock daripada Hada Labo Air UV ini mempunyai 5 sistem pertahanan UV untuk perlindungan sepenuhnya terhadap cahaya matahari. Ia bukan sahaja melindungi kulit tetapi juga mengandungi bahan anti penuaan untuk menjaga kulit agar kekal muda dan bebas dari garis-garis halus dan kedutan. \n\nDiperkaya dengan kandungan asid Super Hyaluronic, ianya dapat merawat kulit kering yang disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari dan bagi anda yang sukakan pantai, sunblock ini sangat sesuai untuk memberikan perlindungan sepenuhnya kepada wajah anda.\n\n9. Biore SPF50 PA++++| Whitening Sunblock Waterproof Sun Lotion\n\nPara remaja dan wanita berumur boleh menyimpan sunblock Biore Waterproof Sun Lotion ini setiap kali keluar rumah. Sememangnya ia sangat elok untuk anda amalkan dengan lebih kerap. Ia boleh digunakan pada seluruh badan dan wajah.\n\n10. Cetaphil UVA UVB Defense SPF 50\n\nSunblock ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit bermasalah kerana dapat melindungi kulit anda dari kegatalan dan kerengsaan. Ia bukan sahaja sesuai untuk wajah tetapi juga boleh digunakan pada seluruh badan. \n\nKandungan Vitamin E dalam sunblock ini juga mampu menjadikan kulit kelihatan segar dan bertenaga.\n\n11. Laneige Watery Sun Cream SPF50+ PA++++\n\nSunblock daripada Laneige ini juga mampu memberikan perlindungan UV yang luar biasa dan menjaga kelembapan kulit walaupun di bawah persekitaran yang kering. \n\nIa sangat selesa dipakai pada kulit wajah dan sesuai digunakan ketika anda ingin melakukan aktiviti air seperti berenang kerana kalis air.\n\n12. Eucerin Sun Gel-Creme Oil Control \n\nSunblock Eucerin sun Gel-Creme Oil Control ini bukan sahaja melindungi kulit dari kering dan rosak, tetapi juga dapat mencerahkan wajah anda. Sunblock terbaik ini sesuai untuk semua wanita dan jenis kulit dimana ia telah terbukti secara klinikal dan berkesan.\n\n13. Heliocare 360 Gel Oil Free SPF50\n\nSunblock dari Heliocare ini bebas minyak, sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat. Diperkaya dengan Fernblock FC yang mampu memperbaiki kerosakan pada kulit wajah anda. \n\nSunblock terbaik ini juga mengandungi teknologi anti-bakteria, anti-mikrob dan sebum yang sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif dan ianya juga bebas dari paraben dan alkohol yang merosakkan kulit.\n\n14. SK II Cellumination Day Surge UV SPF30 PA+++ (50g)\n\nSiapa sangka sunblock terbaik untuk wanita dan remaja ini amat eksklusif sekali, anda boleh menggunakannya sebagai rawatan wajah anda yang sebenar. Ia berfungsi meratakan warna kulit, menghilangkan bintik hitam pigmentasi gelap dan macam-macam lagi.\n\n15. Clinelle UV Defense SPF50 PA+++\n\nSunblock ini diperkaya dengan spektrum yang menghalang kulit menyerap bahan berbahaya. Ia juga diformulasikan dengan peptida mutiara terhidrolisis yang bermanfaat dalam melembapkan dan memulihkan struktur kulit sambil melindungi kulit dari sinar UV yang berbahaya. \n\nDengan mengandungi ekstrak Licorice, ianya juga bertindak sebagai pencerah kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Sunblock ini juga boleh dijadikan base makeup untuk anda.\n\n16. LANCOME UV Expert Tone Up Milk SPF50+ PA++++ 10ml \n\nSesuai untuk dibawa travel, sunblock terbaik ini mengandungi agent pemutih berupa susu dan fairy powder. Wajah anda akan lebih cerah dan berseri kerana Lancome bukan sahaja melindungi, tetapi memberi keistimewaan kepada kulit anda.\n\n17. Shiseido SENKA Perfect UV Fresh Gel Sunblock SPF50+ PA+++ (80g)\n\nTak tahu nak guna sunblock apa yang sesuai untuk semua jenis kulit? Shiseido SENKA Perfect UV Fresh Gel Sunblock SPF50+ PA+++ (80g) ini melindungi semua jenis kulit dari dalam dan luar. Teksturnya amat ringan dan tidak membuatkan muka bertompok.\n\n18. Banana Boat Ultra Protect Sunblock Spray SPF50\n\nSunblock ini amat sesuai digunakan di pantai atau semasa melakukan aktiviti air seperti berenang kerana kalis air dan boleh bertahan sehingga 80 minit. \n\nIa tidak melekit dan dapat menjadikan kulit wajah anda terasa ringan seperti tidak memakai apa-apa. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, sunblock ini antara yang sesuai untuk anda.\n\n19. Neutrogena Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen\n\nKulit sensitif memerlukan penjagaan yang betul untuk mengelakkan daripada menjadi lebih serius. Dengan sunblock ini, ia dapat melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya dan juga mengatasi pelbagai masalah kulit seperti sensitif atau kering. \n\nSunblock terbaik dari Neutrogena ini menawarkan sistem penjagaan kulit dengan teknologi yang terbukti secara klinikal dan dijamin selamat.\n\n20. Nivea Sun Protect & Moisture SPF50\n\nLakukan aktiviti luar dengan bebas tanpa rasa takut kulit terbakar dengan memakai sunblock Nivea ini. Ianya dapat memberikan perlindungan daripada UVA dan UVB kepada kulit dan menghidrat kulit anda dari kerosakan akibat sinar matahari. \n\nKini anda bebas melakukan aktiviti di luar dengan sangat yakin selepas penggunaannya.\n\n21. L\u2019Oreal Dermo Expertise UV Perfect Advanced Porcelain\n\nSapukan pada kulit akan sunblock ini yang dapat melindungi kulit selama 12 jam. Sunblok terbaik ini diperkaya dengan filter mexoryl dan diformulasikan dengan Activa Cell untuk memberikan perlindungan pada kulit wajah agar bebas daripada radikal berbahaya. \n\nSekiranya kulit wajah anda sering terdedah kepada sinar UV, sunblock ini berkesan untuk menutupi cela dan menghilangkan garis-garis halus dan sangat sesuai untuk anda yang mahukan perlindungan sepanjang hari agar tetap berseri.\n\n22. 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream\n\nSunblock dai 3W Clinic dengan tekstur lembut ini amat sesuai untuk semua jenis kulit, terutama untuk remaja yang sering terdedah kepada cahaya matahari. \n\nIa dapat melembapkan kulit sambil melindungi kulit dengan mengekalkan penghidratan pada wajah. Dengan kandungan ekstrak Aloe Vera, ianya tidak akan menyebabkan kulit menjadi bermasalah setelah menggunakannya.\n\nItulah dia antara sunblock terbaik boleh anda cuba. Jom baca juga Moisturizer Terbaik , Skincare Korea Terbaik dan Produk Skincare untuk Kukit GlowToner untuk Kulit Kering.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Dulu, ayah ibu saya cukup tegas dengan waktu pulang ke rumah selepas bermain. Jika saya pulang selepas azan Maghrib berkumandang, pasti rotan akan hinggap di tangan. Ibu saya terutamanya, cukup tegas dalam memastikan anak-anaknya pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib.\n\nSaya pasti, ramai yang punya pengalaman serupa dengan saya. Biasa saya dengar dari rakan-rakan yang membesar di kampung, waktu Maghrib adalah waktu pantang bagi anak-anak keluar rumah.\n\nBahkan ada juga saya dengar yang menakut-nakutkan anak dengan mengatakan bahawa waktu itu \u2018hantu\u2019 banyak berkeliaran dan nanti diculik oleh jin.\n\nSebelum saya mengenal hadis-hadis nabi, saya memikirkan bahawa larangan untuk keluar malam, terutamanya pada waktu Maghrib adalah hanya satu budaya masyarakat Melayu sahaja.\n\nAkan tetapi, perkara ini sebenarnya telah disebut oleh baginda Nabi SAW dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita.\n\n\u201cApabila gelap malam mulai merangkak, maka hendaklah kamu melindungi anak-anak kamu. Ini kerana sesungguhnya pada saat itu syaitan-syaitan telah bertebaran.\n\nApabila waktu Isya\u2019 telah berlalu, maka simpanlah atau lindungi mereka dan tutuplah pintumu seraya menyebut nama Allah.\n\nPadamkanlah lampu-lampumu seraya menyebut nama Allah, tutuplah bekas-bekas airmu seraya menyebut nama Allah dan tutuplah bejanamu meskipun dengan sebatang kayu.\u201d\n\nHadis sahih. (Silsilah As Sahihah, no 40)\n\n\u201cHendaklah kamu melindungi anak-anak kamu menjelang Maghrib kerana pada saat itu bangsa jin menyebar dan menyambar.\u201d\n\nDari hadis ini, ada banyak pelajaran yang boleh kita ambil seperti menutup tingkap dan pintu rumah dengan membaca Bismillah, menutup bekas-bekas air dan waktu utama syaitan dan jin keluar bertebaran.\n\nKanak Kanak Terdedah Kepada Gangguan Jin Dan Syaitan\n\nDalam aspek pendidikan dan keselamatan anak-anak, hadis ini memberi panduan kepada ibu bapa agar memastikan anak-anak kembali ke rumah sebelum masuk waktu Maghrib. Displin ini perlu dijadikan rutin utama dalam keluarga kerana ancaman jin dan syaitan kepada anak-anak terlalu besar untuk kita abaikan.\n\nPernah satu ketika, anak saya menangis tanpa henti dengan keadaan yang cukup pelik sepanjang malam walaupun telah selesai segala urusannya kerana saya membawanya keluar pada waktu Maghrib. Selepas berlaku peristiwa itu, saya serik dan memastikan sebelum azan, anak-anak mesti berada di rumah atau di tempat yang selamat.\n\nTambah-tambah zaman sekarang di mana anak-anak terdedah kepada pelbagai bahaya di luar pada waktu malam yang sumbernya juga banyak datang dari jin di kalangan manusia.\n\nBiarlah digelar kolot atau konservatif sekalipun, asalkan anak-anak kita selamat dari gangguan jin dan syaitan."
"Bila sebut sahaja \u201cFoodPanda\u201d pasti semua rakyat Malaysia mengenali syarikat penghantar makanan ini. Syarikat penghantar makanan ini sering kali meniti di bibir rakyat sebagai syarikat penghantar makanan yang terbaik di negara kita. Malah saban hari penggunaan FoodPanda semakin meningkat. Tidak hairanlah kalau ramai yang sudah mula memilih untuk menjadi rider FoodPanda.\n\nWalaupun negara kita sedang berada dalam \u201cPerintah Kawalan Pergerakan (PKP)\u201d tetapi FoodPanda tetap menjadi salah satu pilihan untuk rakyat negara untuk membuat tempahan makanan. Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, para peniaga juga sudah mula menjual makanan mereka secara online food delivery dengan menggunakan FoodPanda.\n\nUntuk mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19, FoodPanda sebagai salah satu syarikat online food delivery yang terbesar di negara kita mula mengorak satu lagi langkah baharu dengan mula menawarkan perkhidmatan contactless delivery. Ia bertujuan untuk memastikan para pelanggan mereka merasa lebih selamat apabila membeli makanan melalui FoodPanda.\n\nBagaimana Perkhidmatan Contactless Delivery Ini Berjalan??\n\nSebenarnya, proses contactless delivery dengan proses online food delivery tidak jauh beza. Cuma yang membezakan ialah contactless delivery ini merupakan perkhidmatan penghantaran makanan tanpa sebarang sentuhan.\u00a0\n\nBagi yang masih tertanya-tanya bagaimana perkhidmatan contactless delivery ini berlaku, di sini akan diterangkan langkah-langkahnya.\n\nAdakah Rider FoodPanda Dibekalkan Dengan Pencuci Tangan Hand Sanitizer dan Topeng Muka??\n\nIni antara persoalan yang bermain di minda anda dan seluruh rakyat Malaysia. Dengan negara kita yang sedang dilanda wabak covid-19 pasti anda akan merasa bimbang apabila memesan pesanan secara atas talian.\u00a0\n\nAnda tidak perlu merasa bimbang kerana pihak FoodPanda Malaysia Delivery menyediakan hand sanitizer dan juga topeng muka bagi setiap rider mereka.\n\nBukan itu sahaja, FoodPanda Malaysia juga telah mengarahkan ke semua rider mereka untuk sentiasa mencuci tangan. Malah, sebelum mereka memegang bungkusan makanan anda, mereka akan mencuci tangan menggunakan sanitizer dan pihak restoran juga sentiasa memastikan setiap rider yang memegang pesanan anda telah mencuci tangan dengan menggunakan hand sanitizer.\n\nKini Anda Boleh Memesan Makanan Tanpa Perlu Rasa Bimbang Dan Risau Tentang Jangkitan Virus Covid-19\n\nDengan perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh FoodPanda Malaysia, ia telah memberi keyakinan buat rakyat Malaysia untuk terus menggunakan perkhidmatan FoodPanda. Lebih-lebih lagi ketika waktu PKP ini.\u00a0\n\nJika anda rasa nak makan makanan segera seperti KFC, McDonald\u2019s, Pizza Hut, menu western, makanan masakan melayu dan sebagainya, pihak FoodPanda boleh membantu. Anda duduk rumah dan biarkan pihak FoodPanda hantarkan makanan pada anda.\u00a0\n\nKini para pengguna dapat memesan makanan dengan gembira tanpa perlu terlalu risau tentang jangkitan Covid-19 akibat bersentuhan kerana kini semua pelanggan boleh mengambil bungkusan makanan pada jarak yang selamat."
"Jika\u00a0 sebelumnya kami mengongsikan resepi gulai ikan tongkol, sekarang pula kami akan mengongsikan resepi masakan yang sesuai untuk dimakan bersama gulai ikan tongkol, iaitu nasi dagang Kelantan.\n\nSesuai dengan namanya, nasi dagang Kelantan menggunakan beras dagang yang berwarna perang kemerahan. Berbeza dengan Terengganu yang menggunakan beras putih biasa. Dan tentu saja menggunakan beras dagang yang kemerahan akan membuat rasanya lebih spesial.\n\nAnda boleh membuat nasi dagang menggunakan beras putih biasa jika anda termasuk sebahagian dari orang yang tidak menyukai tekstur daripada beras dagang yang berwarna kemerahan. Namun pada dasarnya resepi nasi dagang kelantan ialah sama dan juga lazat.\n\nResepi nasi dagang yang kami kongsikan di bawah ini didapat daripada \u200eNurSuryatie Ezreen\u200e di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Sila dicuba.\n\nResepi Nasi Dagang Kelantan (Sedap Sangat)\n\n1. Untuk beras, rendam beras nasi dagang semalaman.\n\n2. Kemudian kukus beras nasi dagang.\n\n3. Mayang halba, bawang merah, bawang puti dan halia.\n\n4. Kemudian masak di atas api sekejap, letak garam dan gula. Jangan masak lama sangat.\n\n5. Bila sudah siap kukus, angkat beras dan masukkan santan tadi.\n\n6. Kemudian kukus sekali lagi beras yang sudah digaul dengan bawang, halba dan santan tadi.\n\n8. Untuk gulai ikan pula. Rebus ikan dari semalam lagi. Letak garam dan asam keping.\n\n9. Dalam periuk masukkan santan dan bahan yang telah diblend tadi. Kacau jangan bagi berketul.\n\n10. Akhir sekali masukkan garam, gula, asam keping dan ikan. Selepas itu hias dengan timun atau cili padi pun tak kisah.\n\nTaraa siap sudah gulai ikan tongkol siap makan bersama nasi dagang kelantan. Sila dicuba resepi ini.\n\nSelain resepi Nasi Dagang Kelantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja tak mengira peringkat umur. Sekali kena, anda akan tahu betapa azabnya. Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda info tentang punca dan tanda gastrik yang ramai orang tak perasan.\n\nKita mulakan dengan ppunca gastrik. Apakah perkara yang boleh menyebabkan anda diserang penyakit gastrik? Di antaranya ialah:\n\n1. Pengambilan makanan yang berlebihan pada satu masa\n\nNabi Muhammad SAW pesan kat kita, bila makan, berhenti sebelum kenyang. Salah satu daripada hikmahnya ialah untuk mengelakkan daripada berlakunya gastrik. Nampak tak betapa hebatnya kesan kalau kita ikut sunnah nabi. Lepas ni, bila makan ingat apa kesan nabi.\n\n2. Makanan berlemak secara tidak terkawal\n\nPengambilan makanan berlemak secara tidak terkawal juga boleh menjadi punca anda mendapat gastrik. Makanan seperti ayam goreng, kentang goreng, masak lemak cili padi merupakan makanan berlemak tinggi yang sukar untuk dihadam oleh perut lalu menyebabkan perut perlu mengeluarkan asid yang berlebihan.\n\nAsid berlebihan akan menyebabkan perut menjadi pedih. Itulah dia gastrik. Kita adalah apa yang kita makan. Tak jaga pemakanan, suka makan makanan berlemak? Tanggunglah akibatnya.\n\nMakanan yang terlalu pedas juga tak baik untuk kesihatan kita, terutamanya usus dan perut. Sekarang dah jadi trend, makan ramen sampai berasap telinga. Hati-hati. Makanan terlalu pedas boleh menyebabkan anda gastrik. Lagi parah, usus anda terkena ulser.\n\nPengambilan minuman berkafein secara berlebihan juga boleh menyebabkan gastrik. Nak minum kopi dan teh boleh, tapi perlu berpada-pada.\n\n5. Minuman bergas secara tidak terkawal\n\nMinuman bergas sememangnya tak baik untuk kesihatan. Kandungan gulanya sangat tinggi dan hampit tiada zat vitamin didalamnya. Bukan itu sahaja, jika anda minum minuman bergas setiap hari, terutamanya ketika perut kosong, anda mungkin terkena gastrik.\n\nMakan tak menentu juga adalah antara punca utama gastrik. Oleh itu pastikan anda makan mengikut waktunya. Tak kira sesibuk mana pun anda bagi mengelakkan daripada terkena gastrik. Kalau dah kena gastrik, segala kerja dan tugasan akan tergendala. Lagi susah.\n\nTak percaya? Ini adalah benar. Perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terkena gastrik berbanding mereka yang tidak merokok. Ini adalah mengikut statistik dari hospital. Bukan kami sengaja mereka cerita.\n\nKesian kan? Orang lain merokok, orang lain yang terkena kesannya. Perokok pasif bukan sahaja berisiko untuk mendapat kanser, malah mereka juga berisiko untuk mendapat serangan gastrik.\n\n9. Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin\n\nSesetengah ubat seperti aspirin sememangnya memberikan tindak balas gastrik kepada tubuh badan. Pastikan anda tidak mengambil ubatan semasa perut kosong, kecuali diarahkan bagi mengelakkan risiko diserang gastrik.\n\nAlkohol sememangnya merosakkan badan. Peminum alkohol juga mmempunyai risiko yang kebih tinggi untuk mendapat gastrik.\n\nMakanan yang masam dan berasid tinggi seperti jeruk adalah satu lagi punca gastrik yang ramai orang tak tahu. Apabila anda makan makanan berasid, ia akan meningkatkan jumlah asid di dinding perut lalu menyebabkan anda terkena gastrik.\n\nBadan kita mempunyai mekanisma yang tersendiri. Apabila anda stress dan mengalami tekanan perasaan, secara automatik perut akan mengeluarkan asid secara berlebihan lalu menyebabkan anda diserang gastrik.\n\nJangkitan Bakteria H. Pylori akan menyebabkan usu menjadi luka dan mendapat ulser. Ulser usus akan menyebabkan anda mendaoat sakit yang amat sangat, diiringi dengan gastrik.\n\nPunca gastrik yang ini pasti membuatkan anda tersenyum. Ingatkan kalau malas bersenam, kesannya susah nak kurus sahaja. Rupanya kurang bersenam juga bole menyebabkan anda mendapat gastrik. Pengajarannya? Rajin-rajinlah bersenam ye.\n\nSekarang anda dah tahu apakah punca gastrik. Apa kata kita teruskan dengan tanda-tanda gastrik pula. Di antara tanda gastrik ialah:\n\nPerut kembung disebabkan perut mengeluarkan asid penghadaman terlalu berlebihan kesan daripada kerosakan saraf di dinding perut bahagian dalam. \u00a0Asid berlebihan tersebut akan melalui usus dan bertindak balas dan membentuk gas atau angina perut dan seterusnya menyebabkan usus menjadi tegang dan kembung.\n\nSakit perut pada bahagian atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) sama ada di bahagian tengah atau kiri dan boleh merebak ke belakang.\n\nPedih ulu hati merupakan satu keadaan yang mana kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam. \u00a0Keadaan ini sering menyebabkan ketidakselesaan kepada mana-mana individu dan secara tidak langsung ia menyebabkan rasa seakan-akan terbakar di bahagian dada atau tekak.\n\nKerap muntah antara simptom gastrik yang mana isi muntahnya mungkin jernih, kuning, atau kehijauan, mengandungi jalur darah atau darah sepenuhnya bergantung pada tahap gastrik.\n\nApabila sakit ini telah menyerang badan anda, secara automatik badan anda akan sentiasa lemah dan lesu kerana menahan sakit yang sememangnya membuatkan badan tidak selesa dan penat.\n\nItulah dia punca dan tanda gastrik yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga perkongsian kami bermanfaat untuk anda. Kalau anda diserang gastrik, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan."
"Anda merancang untuk ke Terengganu sempena cuti sekolah tak lama lagi? Kalau anda sedang mencari tempat penginapan, kami sedia membantu. Jom kami kongsikan 11 homestay di Terengganu yang bersih dengan harga berpatutan.\n\nMenawarkan penginapan yang luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga, AmniDina Apartment sebenarnya adalah sebuah homestay jenis rumah banglo yang menawarkan penginapan dengan 2 buah bilik yang mampu menampung 6 orang dan penginapan dengan 3 buah bilik untuk 8 orang. Homestay ini cukup selesa, dilengkapi dengan ruang dapur yang lengkap dengan segala kemudahan penting.\n\nLokasinya yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai, menjadikan suasana sekitar homestay terasa cukup nyaman dengan udara yang sentiasa bertiup lembut.\u00a0 Tidak jauh dari homestay ini juga terdapat banyak kedai-kedai makan yang terkenal, apa lagi? Dah lebih dari cukup rasanya sebab untuk anda memilih AmniDina Apartment ini. Tarikan lain pula seperti Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu hanyalah dalam sekitar 7 km dari homestay.\n\nAlamat:\u00a0 Lot 31558 Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu\n\nBagi anda yang ingin menginap di kawasan yang meriah dengan warna-warna cerah, Jen Homestay adalah lokasi yang tepat. Berdekatan dengan Chinatown yang hanyalah 1 minit berjalan kaki dari homestay, kawasan di sekitarnya juga menjadikan ia selamat sebagai pilihan penginapan bersama keluarga. Setiap bilik yang ditawarkan homestay ini turut dilengkapi dengan aircond yang menyegarkan badan setelah kepanasan berjalan di sekitar Terengganu.\n\nKemudahan mesin basuh turut disediakan, tak perlulah bersusah payah mencari dobi. Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi untuk hiburan sewaktu masa lapang sambil bersantai di ruang balkoni yang menyajikan pemandangan indah dan penuh dengan kemeriahan.\n\nLokasinya, cukup strategik bagi anda yang ingin meneroka lebih jauh sekitar negeri \u2018kepok leko\u2019 ini kerana terletak tidak jauh dari stesen bas dan juga jeti untuk ke pulau.\n\nAlamat: Kompleks Kampung Tiong, Jalan Kampung Tiong, 20100 Kuala Terengganu\n\nYang mana yang menjadi pilihan anda? Bilik hotel ataupun apartment? Di Sumai Hotel Apartment ini anda boleh memilih jenis penginapan yang sesuai dengan bilangan ahli keluarga yang bercuti bersama.\n\nSekiranya anda bercuti beramai-ramai, Deluxe Apartment hotel ini mampu memberikan keselesaan kepada 6 orang penginap dengan 3 buah bilik tidurnya. Apartment lain adalah jenis Superior yang boleh menampung 7 orang penginap dalam 4 buah biliknya.\n\nKesemua penginapan yang ditawarkan Sumai Hotel Apartment dihias dengan ringkas dan moden. Ianya juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah kolam renang yang juga sesuai untuk kanak-kanak dan akses wifi yang cukup pantas.\n\nMengenai lokasinya, kedudukannya yang jauh dari kesibukan jalan raya menjadikan suasana sekitar hotel sungguh mendamaikan. Namun begitu, ia tetap stategik dengan destinasi-destinasi menarik seperti Pantai Batu Buruk yang hanya 5 minit pemanduan dari hotel dan Masjd Kristal yang hanyalah 20 minit dari hotel.\n\nAlamat: Jalan Persinggahan Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu\n\nIngin menikmati percutian di kawasan yang kampung penuh ketenangan sewaktu di Terengganu? Apa kata jika anda menginap di Homestay d\u2019Sofia. Homestay yang dikelilingi dengan kehijauan ini adalah pilihan penginapan yang tepat bagi anda yang datang bersama keluarga. Suasana yang mendamaikan dapat dinikmati di kawasan taman homestay sambil menggunakan kemudahan wifi\u00a0 yang disediakan.\n\nMenyediakan dua jenis penginapan iaitu Holiday Home dengan 2 buah katil single dan sebuah katil double yang boleh\u00a0 memuatkan 4 orang, seterusnya adalah rumah dengan 2 bilik yang boleh memberikan keselesaan kepada 5 orang penginap. Bilik-biliknya juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.\n\nLokasinya pula, berdekatan dengan pulau yang boleh diakses melalui Jambatan Sultan Mahmud. Dari pulau ini, anda sekeluarga dapat menyaksikan pemandangan sekitar Kuala Terengganu yang cukup memukau jiwa.\n\nAlamat: Lot 51, Jalan Tengku Mizan, Kampung Pulau Duyong Besar, 21300 Kuala Terengganu\n\nHomestay yang terletak berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu ini, Come Inn Greenvilla, menawarkan penginapan yang luas yang terdiri daripada bilik-bilik untuk solo traveler hinggalah kepada yang datang bersama keluarga yang ramai dalam sekitar 5 orang. Bilik-bilik ini cukup selesa dengan kemudahan penyejuk udara yang menyegarkan serta akses wifi yang memuaskan sebagai hiburan.\n\nKeselamatan di sekitar homestay ini juga terjaga terutama sekali di ruang parking yang diletakkan kamera pengawasan. Bolehlah anda tidur dengan lena tanpa memikirkan keselamatan kereta sewaktu menginap di hotel bajet ini.\n\nLokasinya, terletak tidak jauh dari Pantai Batu Buruk dan kawasan bandar. Kawasan di sekitar juga terdapat banyak kedai makan yang dibuka sehingga lewat malam. Homestay yang strategik, murah dan selesa. Apa lagi yang difikirkan?\n\nAlamat: 1526-E, Jalan Ibrahim Bukit Besar, 21100 Kuala Terengganu\n\nTiada tempat membeli-belah tradisional yang lagi best daripada di Pasar Payang kalau di Terengganu ini, sebab itulah kalau sudah sekali-sekala datang ke Terengganu, carilah penginapan yang dekat dengan Pasar Payang. Salah satunya adalah Uncle Guesthouse yang terletak hanyalah 1 km dari pasar yang tak lokek dengan pilihan barangannya ini.\n\nUncle Guesthouse adalah sebuah penginapan yang terletak di deretan rumah kedai di Jalan Tok Lam. Lokasinya memang stategik kerana berada di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan stesen bas. Perut menggerodak? Restoran dan gerai tinggal untuk dipilih sahaja kerana segalanya ada di depan mata.\n\nAlamat: 77-A Mezzanine Floor Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu\n\nBerkonsep elegan, homestay Bougainvillea Guest House adalah sebuah penginapan dengan dekorasi dalaman yang selesa dipandang mata. Menggabungkan warna-warna lembut dan natural, dipercantikkan lagi dengan cahaya lampu chandelier yang indah, membuatkan penginapan anda di sini terasa eksklusif.\n\nBougainvillea Guest House menyediakan 3 buah bilik yang mampu memuatkan 7 orang penginap, dapurnya pula lengkap dengan perkakasan penting. Oleh itu, jika ingin berjimat, jangan lupa untuk membawa bahan mentah untuk dimasak ya? Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah TV bersiaran Astro.\n\nMengenai lokasinya pula, cukup strategik kerana berdekatan dengan tarikan-tarikan seperti Pusat Budaya Kraf Terengganu dan Pantai Batu Buruk yang kurang 5 km dari homestay.\n\nAlamat:\u00a0 Jalan Tok Adis Lot 1904 Taman Adis Indah Fasa 2, 20400 Kuala Terengganu\n\nDari RM190 untuk penginapan yang luas dan lengkap dengan kawasan halaman, menginap di Dania Homestay Kuala Terengganu adalah pilihan yang terbaik bagi anda yang bercuti beramai-ramai di Terengganu.\n\nHomestay dengan 4 buah bilik ini mampu memuatkan 8 orang penginap. Penuh dengan keselesaan kerana di setiap biliknya dan termasuklah ruang tamu, tersedia penyaman udara yang menyegarkan badan setelah puas meneroka kawasan sekitar.\n\nKawasan sekitar homestay ini juga sungguh tenang, menjadikan tidur malam anda sekeluarga nyenyak tambahan lagi dengan katil-katil empuk yang disediakannya.\n\nLokasinya, terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik di Terengganu seperti Masjid Kristal, Muzium Negeri Terengganu dan Pusat Budaya Kraf Terengganu yang kurang 6 km dari Homestay.\n\nAlamat: PT1252, Kubang Rengas, Gelugur Kedai, 20050 Kuala Terengganu\n\nSebuah homestay yang cukup sejuk dipandang mata, dengan dekorasi dalaman yang berkonsep \u2018kelautan,\u2019 sebaik melangkah masuk ke dalam apartment ini, mata anda akan disapa dengan warna biru langit pada dinding ruang tamu dan lukisan pesisir pantai yang cukup indah. Menginap di Seaview Holiday Apartment 2 dapat menaikkan mood untuk anda melawat pantai mendamaikan yang wujud di Terengganu.\n\nPantai yang terdekat, Pantai Batu Buruk terletak hanya 10 minit perjalanan kaki dari homestay. Tarikan lain seperti Chinatown pula hanyalah 1.7 km dari homestay. Muzium Negeri Terengganu pula hanyalah 5 km.\n\nAlamat: Tingkat 21-15, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu\n\nVilla D\u2019Doa Maju yang terletak di Kampung Losong Haji Su ini sememangnya akan menceriakan selera keropok lekor anda. Siapa tak kenal Kampung Losong yang terkenal dengan gerai-gerai jualan keropok lekornya ini. Enak-enak belaka pilihan yang ada di sekitar penginapan.\n\nBukan itu sahaja, setelah memuaskan tekak dengan makanan hasil laut ini, anda boleh maintainkan bentuk badan ideal di gym yang terletak tidak jauh dari villa. Selain itu, ia juga terletak dekat dengan tarikan lain di sekitar Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal, Pasar Payang, Chinatown, Pantai Batu Buruk dan banyak lagi yang kesemuanya kurang 5 km dari penginapan. Lokasi yang memang terbaik!\n\nMengenai penginapan ini pula, semua bilik lengkap dengan segala fasiliti penting termasuklah sejadah dan kemudahan menyeterika. Harga yang murah, strategik dan fasiliti yang lengkap, apa lagi yang dicari?\n\nAlamat: LOT1735,Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu\n\n]JS&K Homestay menyediakan banyak jenis penginapan yang selesa untuk diinapi dari 2 orang ke 4 orang penginap. Bagi anda yang bercuti bersama keluarga, Deluxe Family Suite menyediakan bilik dengan 2 katil single dan 1 katil double yang cukup selesa, ditambah pula dengan ruang bilik yang luas. Berapa lama pun anda menginap di sini, jangan risau, anda tidak akan terasa lemas.\n\nBukan itu sahaja, tahap kebersihan homestay ini juga cukup memuaskan. Untuk pengetahuan anda, suasana homestay ini juga tenang tanpa sebarang gangguan bunyi untuk tidur yang lena.\n\nDi samping itu, JS&K Homestay turut menyediakan minuman air panas seperti kopi dan milo secara percuma untuk diminum pada bila-bila masa. Anda boleh menikmati minum petang di sini sambil menghiburkan diri menggunakan wifi pantas yang disediakan.\n\nLokasinya, terletak tidak jauh dari jeti untuk meneroka lebih jauh ke pulau indah di Terengganu.\n\nAlamat: 1167, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu\n\nItulah dia 11 homestay di Terengganu yang menarik dan harga berpatutan. Semoga bermanfaat!"
"Biasa kita dengar bahawa wanita yang mengandung selalunya akan mengidam kepada makanan berasaskan jeruk, ais krim ataupun tembikai disaat-saat yang tak dijangka. Apa yang kita tidak sedari disebalik situasi ini ialah ianya sebenarnya suatu petanda yang badan kita sebenarnya kekurangan sesuatu nutrisi atau vitamin. Mengidam kepada makanan tertentu juga bukanlah hanya berlaku kepada wanita mengandung saja, ia juga turut dialami oleh semua orang apabila badan mereka kekurangan sesuatu zat makanan.\n\nWalaubagaimanapun, setiap orang memberikan reaksi yang berbeza apabila perkara ini berlaku. Terdapat beberapa panduan yang boleh membantu anda menghadapi situasi ini. Jika anda masih tidak dapat memulihkan masalah mengidam walaupun setelah mengikuti panduan ini, silalah berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut. Sila ambil perhatian panduan ini hanyalah sebagai rujukan sahaja. Kesannya mungkin berbeza bagi setiap orang.\n\nJika anda mengidamkan makanan berasaskan daging, ini menandakan badan anda sedang kekurangan zat besi. Pastikan daging yang anda akan makan adalah bersih dan dimasak dengan secukupnya.\n\nBagi yang mengidam kepada makanan manis pula seperti gula-gula, biskut dan sebagainya, anda sebenarnya memerlukan lebih banyak memakan buah-buahan. Cuba dapatkan sumber manisan semulajadi daripada buah-buahan seperti epal, nanas, oren dan sebagainya. Buah-buahan memang sumber gula yang bagus tetapi makanan kering seperti biskut dan coklat juga boleh diambil kira. Anda boleh saja memakan biskut dan coklat asalkan pada tahap yang sederhana. Jika anda mengidam gula-gula, kek atau coklat, cubalah dapatkan jenis yang berkhasiat seperti coklat hitam atau \u2018dark chocolate\u2019, atau pun roti-roti penuh gandum. Anda juga dinasihatkan berhati-hati jika kerap mengidam makanan-makanan jenis ini kerana ia juga merupakan tanda-tanda awal diabetis.\n\nJika anda mengidam kepada ais krim, susu, keju atau yogurt, ramai akan menganggap badan anda memerlukan lebih kalsium dan walaupun ia mungkin benar, badan anda juga akan mengidam bahan makanan ini jika tahap vitamin D dan C pada badan anda adalah pada tahap paling minima. Jika boleh, cubalah dapatkan susu rendah lemak atau bahan organik yang lain.\n\nTerdapat juga kes dimana seseorang itu mengidam kepada bahan bukan makanan seperti tanah atau tanah liat. Jika ia berlaku kepada anda, segeralah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan. Keadaan ini dinamakan \u2018Pica\u2019 dan jika dibiarkan boleh menjadi serius dan teruk. Jika anda mengidam kepada benda yang bukan makanan walaupun sedikit seperti kepingan ais, ia mungkin petanda awal kepada masalah ini.\n\nProses kehamilan boleh menjadi saat-saat yang sangat menggembirakan dan juga mengelirukan dalam masa yang sama. Cubalah biasakan diri memakan makanan baru didalam diet yang seimbang dan ketahuilah mengidam adalah perkara yang biasa.\n\nLepas ini hendak mengidam apa lagi ya? :-)"
"Bagaimana untuk hilangkan tekanan. Perkataan meditasi didefinisikan sebagai bertafakur atau pun melakukan sesuatu untuk menenangkan fikiran. Didalam hidup seseorang jenis tekanan yang dihadapi adalah berbeza-beza. Ada yang mengalami tekanan akibat kerja, tekanan dalam perhubungan dan yang sering berlaku ialah tekanan kerana masalah kewangan.\n\nAnda boleh mengurangkan tekanan hidup anda dalam seharian dengan mengamalkan meditasi mengikut cara dan kesukaaan anda sendiri. Perlulah diketahui jika kita berterusan rungsing dengan perkara yang membuatkan kita mengalami tekanan, ia tidak akan menyelesaikan masalah kita itu.\n\nAnda pastinya berpendapat bahawa melakukan meditasi ketika sedang sibuk didalam membuat kerja seharian adalah sesuatu yang mengarut. Tetapi ia sebenarnya memang suatu teknik yang efektif untuk menenangkan tekanan perasaan dan ia akan membantu anda menjadi lebih efisyen dalam membuat kerja seharian anda.\n\nAnda boleh bermeditasi walaupun ketika sedang berendam didalam tab mandi atau ketika sedang duduk diruang tamu. Jika anda tidak suka melakukan meditasi dalam rumah, anda boleh melakukannya diluar rumah juga seperti keluar berjalan-jalan dikawasan sekitar.\n\nJika anak-anak anda memberikan anda tekanan anda pastinya sedar betapa mudahnya untuk naik angin terhadap mereka. Jadi jika perasaan anda menjadi tidak terkawal, anda boleh melakukan senaman pernafasan untuk membantu anda bermeditasi. Biarkan anda-anak anda bermain diluar rumah sebentar atau biarkan mereka menonton televisyen supaya anda dapat bersendirian selama beberapa minit untuk menenangkan fikiran anda dengan melakukan meditasi.\n\nTarik nafas dan hembus nafas dengan perlahan sambil fikirkan apakah penyelesaian yang boleh didapati untuk menyelesaikan masalah yang merungsingkan anda itu. Lakukan ia setiap hari supaya anda lebih efisyen dalam mengendalikan masalah yang mungkin timbul sama ada dalam perhubungan anda, kerja anda atau masalah kewangan anda.\n\nPilih teknik meditasi yang berkesan terhadap diri anda dan anda akan dapati walaupun ia hanya beberapa minit, ia tetap memberi kesan positif kepada perasaan anda. Anda boleh mencari cara-cara meditasi diinternet atau pergi ke perpustakaan untuk mencari buku-buku tentang teknik-teknik meditasi. Meluangkan masa diperpustakaan juga boleh membantu anda menenangkan perasaan kerana keadaan perpustakaan yang senyap dan menenangkan. Dapatkan beberapa buku mengenai meditasi yang anda rasa sesuai untuk diri anda.\n\nJika anda telah membaca beberapa buku mengenai meditasi, anda boleh catatkan isi-isi penting mengenai teknik-teknik meditasi yang menarik minat anda. Anda boleh gunakan maklumat ini untuk melakukan meditasi di kemudian nanti. Jika anda hanya membaca mengenai cara untuk menenangkan fikiran pun boleh dianggap suatu kejayaan besar untuk anda kerana anda telah mula untuk mengambil langkah untuk mengurangkan tekanan perasaan.\n\nSetelah anda melakukan meditasi tersebut dan berjaya mendapat ketenangan yang anda dambakan, anda pasti akan mampu meneruskan tugasan harian anda dengan lebih efisyen. Ingatlah yang anda boleh mendapat kehidupan yang bahagia jika anda tahu mengawal tekanan perasaan. Anda akan dapat mengecapi nikmat kehidupan ini dengan sepenuhnya jika perasaan anda sentiasa tenang.\n\nAnda harus ingat yang anda menggunakan pemikiran anda semasa bermeditasi, jadi anda perlulah belajar untuk membuang semua pemikiran negatif dan menggunakan pemikiran positif anda pada tahap maksima supaya anda boleh menumpukan perhatian untuk memperbaiki kehidupan anda.\n\nMeditasi sememangnya berkesan dan boleh membantu anda. Apabila anda meluangkan masa untuk bertenang dan berfikir secara teratur tentang kehidupan anda, anda akan mendapati yang anda juga berasa tenang untuk mencari jalan untuk menyelesaikan banyak lagi masalah dalam kehidupan anda."
"Menabung amalan mulia. Seawal anak-anak masih kecil sepatutnya kita didik supaya bijak menabung demi masa depan. Tambahan pula dengan kehidupan kita pada hari ini di mana serba-serbi mahal.\n\nKos memasuki institusi pengajian tinggi juga bukan murah harganya. Andai kita tidak menabung dari sekarang pastinya agak sukar untuk menyediakan keperluan anak-anak apabila tiba masanya nanti.\n\nTerdapat pelbagai cara dan saluran untuk menabung duit anak. Di antara cara menabung yang paling popular di Malaysia ialah:\n\nTabung Haji menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk menyimpan duit anak memandangkan dividen yang ditawarkan setiap tahun adalah di antara yang paling tinggi di Malaysia. Satu lagi faktor kenapa ia menjadi pilihan utama ialah kerana pelaburan yang dilakukan oleh Tabung Haji adalah patuh syariah. Maka tiada ragu-ragu tentang kehalalan dan keberkatan dividen yang diperolehi.\n\nNamun begitu mungkin ada ibu bapa yang beranggapan bahawa agak leceh untuk menyimpan di Tabung Haji memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa lapang untuk pergi ke Tabung Haji untuk melakukan deposit simpanan.\n\nHari ini kami akan bercerita tentang simpanan tabung haji dengan fokus kepada link CIMB Tabung Haji dimana anda boleh menyimpan duit anak dengan cara mudah secara online. Tak perlu lagi anda habiskan masa untuk pergi ke tabung Haji.\n\n1. Pastikan anda mempunyai akaun Tabung Haji dan CIMB Clicks\n\nPerkara pertama yang anda perlukan untuk melakukan transaksi memindahkan duit dari CIMB ke Tabung Haji adalah dengan memastikan anda mempunyai akaun Tabung Haji dan CIMB Clicks yang masih aktif. Untuk akaun Tabung Haji, anda memerlukan nombor akaun yang sah.\n\nAnda boleh memindahkan duit ke akaun Tabung Haji atas nama anda sendiri, nama anak, nama isteri, malah nama sesiapa sahaja asalkan anda mempunyai nombor akaun yang sah berserta nombor kad pengenalan.\n\nDalam masa yang sama pastikan CIMB Clicks anda masih aktif dan boleh digunakan. Jangan lupa tentang TAC Number. Pastikan nombor telefon yang didaftarkan ada bersama anda supaya urusan memindahkan duit tidak terganggu akibat masalah TAC number.\n\n2. Login ke akaun CIMB Clicks anda\n\nLangkah kedua ialah anda perlu login akaun CIMB Clicks anda. Untuk login, apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nIngat ya! Terus pilih Pay Bills kerana di situlah letaknya arahan seterusnya untuk anda ikuti.\n\nDah masuk ke bahagian Pay Bills, di bahagian Biller anda boleh masukkan Lembaga Tabung Haji. Di sini anda masukkan nombor akaun yang ingin dimasukkan duit. Apa yang anda perlukan ialah nombor akaun dan nombor kad pengenalan. Pastikan anda masukkan maklumat yang betul bagi mengelakkan masalah selepas duit dipindahkan.\n\n4. Masukkan jumlah duit yang ingin dipindahkan\n\nDah masukkan nombor akaun dan nombor kad pengenalan, langkah seterusnya ialah anda perlu memasukkan jumlah duit yang ingin dipindahkan. Pastikan akaun anda mempunyai baki yang mencukupi. Kalau baki dalam akaun anda tidak mencukupi, transaksi yang dilakukan tidak akan berjaya.\n\nDah masukkan nombor akaun, nombor kad pengenalan, dan jumlah wang untuk dipindahkan, pastikan anda semak semula maklumat yang dimasukkan. Semaklah dua tiga kali agar betul-betul pasti semuanya betul.\n\nDah semak dan pasti semuanya betul, boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu request TAC.\n\nSetelah pasti semua maklumat adalah betul, anda boleh tekan butang request TAC. TAC number akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan. Masukkan 6 digit yang dihantar dan tekan submit. Siap! Anda akan dicaj sebanyak 50 sen untuk setiap transaksi pemindahan duit dari CIMB ke Tabung Haji.\n\nSetelah TAC number dihantar dan baki dalam akaun anda mencukupi, transaksi akan diluluskan dan keluar resit dari CIMB. Simpan resit tersebut sebagai rujukan di masa hadapan. Seeloknya sediakan satu fail atau folder khas untuk menyimpan resit Tabunh Haji simpanan duit anak anda.\n\nAnda boleh simpan screenshot di dalam folder telefon bimbit atau kalau anda jenis yangb lebih sukakan cara yang tersusun, anda boleh print dan simpan resit dalam fail fizikal.\n\nUntuk memudahkan urusan anda memindahkan duit dari akaun CIMB ke Tabung Haji pada masa hadapan, kami cadangkan supaya anda set kan nombor akaun Tabung Haji tadi sebagai favourite. Lepas ni kalau nak pindahkan duit tak perlu lagi anda bersusah-susah masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan. Malah anda tak perlu bimbang lagi kalau tersalah taip maklumat yang berkenaan. Sesungguhnya memasukkan akaun Tabung Haji sebagai favourite adalah sangat memudahkan urusan.\n\nUntuk set favourite akaun Tabung Haji, caranya adalah sangat mudah. Anda Cuma perlu:\n\nDah selesai semuanya jangan lupa untuk logut akaun CIMB Clicks anda untuk keselamatan.\n\nItu sahaja langkah yang perlu anda lakukan untuk memindahkan wang dari akaun CIMB ke Tabung Haji. Mudah sangat kan? Zaman moden semuanya di hujung jari. Untuk makluman anda, urusan pemindahan wang dari akaun CIMB ke Tabung Haji biasanya akan mengambil masa selama satu hingga tiga hari bekerja. Seeloknya tunggu selepas tiga hari untuk memeriksa sama ada duit yang dipindahkan sudah masuk ke akaun Tabung Haji atau tidak.\n\nItulah dia info tentang link CIMB Tabung Haji yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang amalan menjemput rezeki\u00a0cara buka akaun tabung haji anak kadar mas kahwin"
"Boleh katakan viral habis boba drink. Kalau teringin beli memang kena beratur panjang dari pagi hingga petang tidak kunjung siap.Eh over pula bunyinya.\n\nSebenarnya boba atau pearl atau bubble ini sudah lama ada, namun sejak menjak ini minuman boba ini mula menjadi terkenal. Contohnya seeprti beberapa jenama minuman seperti Xing Fu Tang, The Alley, Daboba dan masih banyak lagi.\n\nBoba biasanya dijadikan topping untuk teh, susu, cokelat dan karamel ais. Masa kita sedut minuman, boba akan ikut sekali masuk dalam straw, sedap dapat kunyah boba dalam mulut.\n\nSupaya tidak berkecil hati memanjang kena beratur lama. Jomlah buat boba sendiri di rumah. Buat minuman susu segar berkaramel maka jadilah macam minuman boba viral. Resepi oleh Aida Suhana\u200e di laman Facebook. Sukatan campak-campak saja ya.\n\nSelain resepi boba drink, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Ianya merupakan sesuatu yang normal tetapi kita sebagai manusia hendaklah belajar daripada melakukan kesilapan yang sama jika ingin menjadi seseorang yang berjaya dalam hidup.\n\nIbu bapa merupakan antara orang yang mendidik dan mengajar anak-anak apabila mereka melakukan kesilapan. Sesetengah cara yang digunakan oleh ibu bapa dalam memberikan tunjuk ajar apabila anak-anak melakukan kesilapan boleh diterima oleh mereka. Tetapi, ada juga hukuman yang tidak boleh diterima.\n\n Mari kita lihat input menarik daripada Dr Taufiq Razif tentang cara hukuman yang bahaya pada anak. Antara cara tersebut ialah:\n\n3. Memukul sehingga cedera atau luka.\n\n5. Memaki dan mengherdik tidak berhenti.\n\n*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya hukuman yang diberikan kepada anak-anak tidak membawa kepada penderaan fizikal ataupun mental. Hal ini kerana anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang tiada gantinya.\n\n Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Pembersih udara atau air purifier menjadi sebuah teknologi baru yang tanpa kita sedar sebenarnya sedang meningkatkan tahap kesihatan keluarga anda. Ikhtiar terbaik dan termoden untuk membersihkan udara dari kotoran sekaligus meningkatkan kualiti udara ini hadir bersama sistem penapisannya yang canggih dan luar biasa.\u00a0\n\nHari ini, setiap hari 99 peratus penduduk dunia menghirup udara yang tercemar. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Udara yang kotor dengan bahan-bahan tercemar menjadi penyebab kepada jutaan nyawa menjadi mangsa di seluruh dunia. Bagi keselamatan, kesejahteraan, dan kesihatan keluarga, kita tentu mahukan yang terbaik untuk mereka yang tersayang.\u00a0\n\nBagi anda yang sedang membuat pilihan, ini adalah 8 jenis pembersih udara yang terbaik untuk dimiliki.\n\n1. Sterra Breeze\u2122 True HEPA-13 Air Purifier (kualiti setanding hospital)\n\nSterra Breeze\u2122 True HEPA-13 Air Purifier mempunyai kemampuan untuk membersihkan zarah di udara sehingga 99.95%. Kualiti model ini sama setanding dengan alat penapis udara di hospital dan pusat kesihatan. Untuk penulen udara gred perubatan, ini adalah sama baik, jika tidak lebih baik, daripada jenama terkenal lain pada harga yang sangat berpatutan.\n\nSterra Breeze berkuasa sehingga ia juga boleh menghilangkan bulu dan bulu haiwan peliharaan yang biasanya dikaitkan dengan alahan.Dengan sekelip mata, semua jenis partikel kotor di udara termasuklah virus dan bakteria selebar 0.1 \u03bcm pun mampu diasing dan disingkirkan. Saiz nampak kecil, tetapi fungsinya cukup berkuasa tinggi dan efisien untuk membersihkan 100% keliling kawasan yang seluas 80m\u00b2 .\u00a0\n\nMenariknya True HEPA-13 ini ialah ia mempunyai varian ION dan peningkatan UV Tech yang berfungsi untuk membunuh sebarang jenis bakteria dan virus di ruang udara anda. Ia beroperasi dengan senyap seperti bisikan supaya anda boleh membiarkannya semasa tidur dan masih dapat tidur dengan tenang. Ianya juga sangat ringan. Anda boleh membawanya dengan sangat mudah (4.6kg) dan mempunyai pemegang untuk mudah dibawa.\n\nSterra Breeze\u2122 HEPA-13 sejati menjamin 40% penjimatan elektrik dan pada masa yang sama menjadikan kualiti udara anda lebih bersih dan selesa.\u00a0\n\nPasti berbaloi dengan pembelian ini. Sterra Breeze Pembersih udara menjadikan rumah anda segar, benar-benar bersih dan sihat untuk seisi keluarga anda.\n\nDapatkan Sterra Breeze Air Purifier anda dengan hanya RM1099 dan termasuk penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Dengan harga yang berpatutan, tidak hairanlah Sterra Breeze Air Purifier adalah Pembersih Udara Terbaik #1.\n\n2. Panasonic F-PXU70 Nanoe X Air Purifier (menggunakan teknologi Nanoe X)\n\nFungsi dua dalam satu yang ditawarkan oleh Panasonic F-PXU70 ini mampu menjadi penapis udara dan air humidifier di kediaman anda. Tidak ada di mana-mana, hanya dengan teknologi Nanoe X untuk membebaskan radikal yang berkuasa membasmi bakteria, virus, alergen yang bebas di udara.\n\nBagi yang mempunyai masalah bau asap rokok di rumah, jangan risau juga kerana model ini ada ciri penyahbauan. Bau asap rokok yang sangat kuat pun boleh hilang dalam masa 1 jam sahaja.\u00a0\n\n3. PerySmith Air Purifier AURORA Series H13 (ada sensor pintar)\n\nPenapis udara paling pintar abad ini sudah tentulah PerySmith Air Purifier AURORA. Dengan sensor A12 pintar yang berupaya mengumpul segala maklumat mengenai bahan pencemar udara, ia boleh diselaraskan pelbagai mod pembersihan.\n\nNamanya yang seanggun rekannya bakal menjadikan ruang rumah anda lebih kemas dan menarik sebagai sebuah hiasan yang mampu membunuh virus hingga 99.9% keberkesanan.\u00a0\n\n4. Sharp Air Purifier FPJ30L (paling senyap tetapi berkuasa tinggi)\n\nKadang kala ada sesetengah pembersih udara yang menghasilkan bunyi-bunyian tertentu sehingga kita jadi terganggu semasa tidur. Setiap barangan elektrik pasti ada tahap bunyi kebisingannya yang tersendiri.\n\nUntuk Sharp Air Purifier FPJ30L ini, anda tidak perlu risau dengan masalah bunyi bising lagi. Dengan tahap kebisingan sekitar 23 \u2013 44 dba sahaja tidak mengurangkan fungsinya tersenarai di antara penapis udara terbaik bagi tahun 2022.\u00a0\n\n5. Xiomi Air Purifier 3H (kawalan di hujung jari)\n\nJenama Xiomi memang sentiasa aktif dalam penghasilan gajet dan produk elektrik tercanggih setanding jenama-jenama hebat di luar sana. Kali ini Xiomi memperkenalkan penapis udara dengan kawalan di hujung jari sahaja!\n\nIa menggunakan aplikasi Mi Home juga Google Assistant yang mampu memberi arahan dan kawalan secara mudah dari telefon anda. Selain itu, kombinasi kipas Centrifugal dan berus custom kurang motor akan memberikan kemasan yang menyeluruh kepada tugas pembersihan dan penapisan udara.\n\nTidak cukup dengan itu? Anda diberikan 6 jenis mod pilihan yang boleh disesuaikan ketika menggunakannya seperti tidur, automatik, kegemaran, rendah, sederhana, dan tahap tinggi.\u00a0\n\n6. Dyson Pure Cool Air Purifier Tower Fan TP07 (Allergy Standards Limited)\n\nRisau anak tidur dalam keadaan terlalu sejuk tetapi mahukan kualiti udara yang baik? Dyson Pure Cool solusi terbaik untuk anda pilih. Ia mempunyai mod penapis udara terbaik dalam membersihkan udara tanpa penyejukan.\n\nBukan itu sahaja malah Dyson Pure Cool juga memiliki Allergy Standards Limited, yang mana penggunaannya tidak akan menyebabkan asma dan mesra alergi. Ini khusus bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan atau menghidap asma.\n\nRekaannya sangat ranggi dan unik dengan HEPA Kaca yang berfungsi padu memerangkap 99.95% alergen mikro dan pencemar sekecil 0.1 \u03bcm.\u00a0\n\n7. Philips Air Cleaner AC2887/30 (3 mod pembersihan automatik)\n\nLain dari yang lain, model pembersih udara Philips Air Cleaner AC2887/30 ini dilengkapi dengan tiga jenis tetapan pembersihan automatik. Ini termasuklah mod umum, mod alergen yang sangat sensitif jika ada sesiapa yang sakit di rumah, serta mod bakteria dan virus untuk memastikan tidak ada sesiapa yang dijangkiti.\n\nBenteng kawalan kukuh Philips Air Cleaner tampaknya bertambah kuat lagi kerana ia turut dilengkapi dengan teknologi penapisan AeraSense berkuasa dalam menghapuskan 99,97% virus serta zarah aerosol hanya dalam masa sejam sahaja!\n\n8. Midea 4-Stage Filtration System Air Purifier MAP-20BD (menghilangkan masalah bau)\n\nDikenali sebagai penapis udara yang mempunyai 4 peringkat sistem penapisan. Ia menjanjikan kepuasan yang cukup hebat dengan kemampuan\u00a0 menapis udara sekitar kawasan dengan luas 20m\u00b2.\n\nBukan sahaja udara bersih, malah bau-bauan yang tidak menyenangkan di dalam rumah seperti bau asap rokok, vape, bau najis haiwan peliharaan, asap api, atau sebagainya yang melekat pun boleh hilang.\n\nTerlalu banyak model pembersih udara di pasaran Malaysia ini untuk kita pilih. Kadang kala membuatkan kita jadi rambang mata. Namun, pilihlah yang terbaik demi kesihatan yang berpanjang keluarga anda.\u00a0\n\nJemput juga baca artikel lain seperti:"
"Pada dasarnya, kerap kencing akan menyusahkan kita untuk ulang alik ke tandas. Ada banyak sebab yang menjadi punca kerap kencing ini. Artikel ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan punca kerap kencing. Ayuh baca!\n\nAir kencing merupakan bahan kumuhan badan setelah diproses oleh buah pinggang yang mengandungi 95% air dan selebihnya bahan kumuhan badan seperti\n\nSecara normalnya, setiap individu yang sihat mampu menyimpan rasa ingin buang air kecil selama lebih kurang 4 kali dalam sehari. Kadar ini berkadaran dengan pengambilan air yang mencukupi dalam 8 gelas air sehari.\n\nJika anda berulang alik ke tandas melebihi 8 kali untuk membuang air kecil, ini menunjukkan bahawa anda mengalami keadaan kerap kencing disebabkan oleh pengambilan air yang banyak atau faktor tertentu. Masalah kerap kencing juga boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk simptom atau gejala penyakit tertentu.\n\nDari segi perubatan, keadaan kerap kencing ini dipanggil poliuria. Masih belum ada definisi yang sebenar mengenai tahap poliuria.\n\nSetakat ini, ada yang mendefinisikan poliuria sebagai penghasilan air kencing yang melebihi 900 ml hingga 3 liter dalam sehari.\n\nTerdapat pelbagai cara untuk mengelaskan jenis poliuria. Namun, seperti yang digariskan oleh pakar perubatan dari Bahagian Perubatan dan Penyelidikan, Fakulti Perubatan, Universiti Miami, Florida Amerika Syarikat pada tahun 1997, ada dua cara untuk mengkategorikan jenis kekerapan kencing berdasarkan input dan output.\n\nSeterusnya, masalah kerap kencing ini dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu:\n\nKajian klinikal dan perubatan berkenaan punca kerap kencing ini telah dijalankan secara saintifik sejak 60 tahun yang lalu lagi. Pada tahun 1959, pakar perubatan dari St. Thomas Hospital Medical School, London telah membincangkan punca kerap kencing.\n\nSenarai punca kerap kencing sebagaimana yang dilaporkan oleh kajian-kajian lepas adalah seperti berikut:\n\n1. Pengambilan diet makanan yang tinggi garam (bahan larut)\n\nTubuh badan kita memerlukan bahan larut seperti mineral dan garam galian dalam kadar yang sedikit sahaja. Pengambilan yang berlebihan hanya akan disingkirkan keluar.\n\nDr. Rafidah, pakar buah pinggang di Hospital Temerloh pernah menulis tweet berkenaan \u2018air kencing mahal.\u2019 Hal ini merujuk kepada obsesi orang ramai yang mengambil suplemen vitamin C 1000 mg walaupun tiada keperluan dari aspek kesihatan.\n\nBadan kita hanya memerlukan lebih kurang 100 mg vitamin C dalam sehari. Jadi, sekiranya kita mengambil 1000 mg vitamin C, selebihnya hanya akan keluar dari badan melalui air kencing.\n\n2. Kandungan gula tinggi dalam darah (pesakit kencing manis diabetes)\n\nBerdasarkan laporan perubatan, pesakit diabetes menghasilkan air kencing lebih 1.7 hingga 2.8 liter daripada individu tanpa masalah diabetes.\n\nGula dalam bentuk glukosa yang hadir dalam pesakit diabetes ini menggalakkan reseptor pada buah pinggang dan kelenjar di otak untuk mengarahkan penghasilan lebih banyak air kencing.\n\nSementara itu, masalah kesihatan yang dikenali sebagai renal glikosuria menunjukkan peningkatan air kencing 1.1 hingga 1.9 liter air kencing melebihi mereka yang tidak mengalami masalah ini.\n\nDalam keadaan ini, gula yang ditapis oleh buang pinggang tidak mampu diserap semula masuk ke dalam badan untuk kegunaan sistem tubuh. Seterusnya, akan memasuki saluran air kencing untuk dikumuhkan keluar sebagai air kencing.\n\nPunca kerap kencing yang seterusnya ialah jangkitan pada saluran air kencing atau dikenali umum sebagai kencing kotor.\n\nKekerapan kencing merupakan mekanisma tubuh untuk menggalakkan pengeluaran bakteria dari saluran kencing dengan menumpukan aktiviti sel darah putih bagi membunuh bakteria.\n\nNamun, proses ini memakan masa yang agak lama dan memerlukan input air tambahan bagi melancarkan lagi aliran air kencing dalam saluran air.\n\nPunca kerap kencing disebabkan diabetes insipidus ini tiada kaitan dengan kencing manis walaupun ada perkataan \u201cdiabetes\u201d dalam namanya.\n\nDiabetes insipidus ialah keadaan gangguan penghasilan hormon yang mengawal atur pengeluaran air kencing di bahagian kelenjar pituitari otak. Antara punca gangguan ini ialah komplikasi pembedahan di bahagian otak, trauma di bahagian otak dan diwarisi secara genetik.\n\nKeadaan ini menyebabkan tubuh badan kita sentiasa merasa rasa dahaga yang tidak terkawal lalu mengarahkan tubuh kita untuk minum banyak air.\n\nSelain itu, hormon yang sepatutnya mengawal aliran air kencing yang normal iaitu hormon antidiuretik (ADH) akan terganggu dan mengalami gangguan keseimbangan. Buah pinggang akan terus menyimpan air kerana menganggap badan kita masih belum mendapat air yang mencukupi, sedangkan kita minum banyak air.\n\nOleh sebab itu, masalah kerap kencing akan berlaku kerana kuantiti air dalam badan adalah sangat banyak dan menghasilkan air kencing yang jernih.\n\nNamun, terdapat kesan bahaya sekiranya proses pengawal aturan ini terus terganggu kerana pesakit boleh merasa tidak haus sedangkan air sudah lama tidak diminum, lalu menyebabkan masalah dehidrasi dan sawan.\n\nAntara punca kerap kencing ialah minum air dengan kuantiti yang banyak, diet makanan tinggi bahan larut (solute), masalah diabetes dan diabetes insipidus.\n\nAir kencing merupakan bahan kumuh yang baik kerana boleh menyingkirkan bahan kumuhan dengan kadar yang agak banyak dari badan. Selain kekerapan kencing, warna air kencing juga perlu diberi perhatian.\n\nSetiap tindakan tubuh kita adalah berkadaran dengan kualiti kesihatan kita, kerana bak kata seorang Profesor bidang bioperubatan dari UKM, badan kita sayang kita, Semoga bermanfaat!\n\nJemput juga baca artikel tentang punca haid tidak teratur , punca lutut sakit dan punca kanser paru-paru"
"Mawar merupakan bunga kegemaran wanita. Bunganya yang cantik dengan bau yang harum pasti membuatkan anda tersenyum.\n\nMalah mawar juga merupakan sejenis bunga yang romantic di mana setiap warna mempunyai makna yang tertentu. Romantic sangat bila pasangan menghadiahkan anda sekuntum mawar. Selain cantik sebagai bunga, mawar juga kaya dengan 1001 khasiat.\n\nMawar telah digunakan dalam dunia kecantikan sejak zaman dahulu lagi. Sejak dulu kelopak mawar dimakan untuk tujuan kecantikan dan awet muda. Dewasa ini air mawar digunakan secara meluas dalam dunia kosmetik memandangkan ia sememangnya berkesan untuk kecantikan. Hari ini kami akan kongsikan khasiat air mawar yang anda wajib tahu.\n\nAnda boleh beli air mawar yang dijual di pasaran namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya anda boleh buat sendiri air mawar dengan kos yang murah. Malah kaedah pembuatannya juga sangat mudah. Tak sesusah yang disangka. Nak tak kalau kami kongsikan cara buat air mawar homemade? Berikut adalah cara buat air mawar yang anda boleh cuba.\n\nAir mawar terbukti sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit muka. Masakan tidak, ianya telah digunakan sebagai salah satu rutin kecantikan sejak ribuan tahun dahulu. Di antara khasiat air mawar ialah:\n\nSelain digunakan dalam bentuk air mawar yang disembur pada kulit wajah, air mawar juga boleh dijadikan sebagai masker. Masker air mawar adalah sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit muka. Jom kami kongsikan beberapa resepi masker air mawar yang boleh anda buat sendiri di rumah. Kesannya pasti membuatkan anda rasa tak percaya.\n\nItulah dia info tentang khasiat air mawar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang khasiat limau purut, khasiat daun pegaga, dan khasiat air kelapa."
"Vaksin Covid-19, adakah anda sudah daftar sebagai penerima? Jika masih kurang pasti caranya, jangan risau. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa info penting tentang cara daftar vaksin COVID-19.\n\nNegara kita telah berunding untuk mendapatkan vaksin COVID-19 sejak tahun lepas lagi. Akhirnya, vaksin tersebut telah tiba di Malaysia pada 21 Februari 2021. Ini merupakan usaha terpuji yang dilakukan oleh kerajaan untuk membendung pandemik berbahaya ini.\n\nVaksin yang dinamakan Pfizer-BioNTech ini akan diterbangkan khas dari kilangnya yang terletak di Belgium. Bagi kumpulan pertama, sebanyak 312, 390 dos akan dibawa ke Malaysia.\n\nPfizer ialah vaksin pertama yang telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021.\n\nUsaha kerajaan untuk mendapatkan vaksin ini adalah di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Ia dijadualkan akan bermula pada 26 Februari 2021. Kerajaan bercadang untuk mendapatkan bekalan vaksin Pfizer sebanyak 66.07 dos untuk keperluan rakyat.\n\nDengan tema \u201cLindung Diri, Lindung Semua\u201d, program ini menekankan perlindungan kepada semua rakyat Malaysia. Perlindungan ini hanya boleh dicapai jika program vaksinasi ini dilakukan oleh seramai mungkin penduduk yang layak.\n\nTerdapat 5 kaedah yang boleh dibuat oleh orang awam bagi mendaftar program vaksin ini. Antaranya:\n\nBermula 24 Februari 2021 anda boleh mengemaskini aplikasi MySejahtera anda. Caranya ialah klik di bahagian \u2018COVID-19 Vaccination\u2019 yang terletak di bahagian atas. Kemudian klik di bahagian \u2018Vaccine for (nama anda).\u2019\n\nKlik pada bahagian tersebut dan semak segala butiran nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon sebelum mendaftar. Jika terdapat kesalahan atau perlu disunting, betulkan dahulu. Maklumat ini akan digunakan sebagai rujukan pegawai perubatan nanti.\n\nJangan lupa tekan bahagian \u2018CLICK HERE\u2019 untuk memberikan maklumat tambahan yang diperlukan seperti persetujuan menerima vaksin, sejarah penyakit, mendaftar sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan tempat tinggal semasa.\n\nAnda akan menerima notifikasi bagi fasa suntikan vaksin mengikut peringkat yang ditetapkan oleh kerajaan.\n\nAnda juga boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 di laman web khas vaksincovid.gov.my bermula pada 5 Mac 2021.\n\nTalian hotline ini akan diumumkan kelak.\n\nAnda juga boleh membuat pendaftaran secara manual di mana-mana klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta.\n\nBagi golongan warga emas, Orang Asli, OKU, masyarakat di kawasan pedalaman dan sebagainya, perkhidmatan pendaftaran dari rumah ke rumah akan disediakan.\n\nSetelah anda mendaftar, maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.\n\nApabila telah dimaklumkan tentang temujanji, anda perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) yang ditetapkan mengikut tarikh dan masanya.\n\nIa merupakan singkatan bagi penyakit koronavirus 2019. Penyakit ini berlaku disebabkan jangkitan varian koronavirus yang dikenali sebagai SARS-CoV-2.\n\nPenyakit ini boleh menyerang saluran pernafasan yang menyebabkan gejala selsema biasa menjadi radang paru-paru yang kronik.\n\nVaksin COVID-19 ini mampu merangsang sistem kekebalan (imun) badan jika terdedah kepada koronavirus. Ini menyebabkan tubuh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19. Ia memberikan anda perlindungan terbaik terhadap penyakit koronavirus.\n\nPelbagai platform seperti jujukan genetik RNA, viral vektor, virus nyahaktif dan sub-unit protein telah digunakan untuk menghasilkan vaksin yang selamat dan berkesan.\n\nYa. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan (Hal Ehwal Ugama Islam) memutuskan penggunaan vaksin ini adalah harus. Malahan, ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.\n\nYa. 80 peratus rakyat Malaysia atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin secara percuma. Ia akan diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia sama ada warganegara dan bukan warganegara.\n\nSemua individu yang berusia 18 tahun ke atas. Namun begitu, golongan berikut memerlukan pertimbangan lanjut bagi suntikan vaksin, iaitu:\n\nBuat masa ini, kajian klinikal dijalankan ke atas sukarelawan berumur 18 tahun ke atas. Ada beberapa syarikat vaksin yang sedang melakukan percubaan klinikal bagi kanak-kanak.\n\nApabila data saintifik yang dikeluarkan membuktikan keberkesanan dan keselamatan terhadap kanak-kanak, kerajaan akan mempertimbangkan vaksin bagi kanak-kanak.\n\nTidak boleh. Penerima vaksin COVID-19 perlu melengkapkan jadual vaksin menggunakan 1 jenama yang sama mengikut tempoh masa yang ditetapkan.\n\nKesan sampingan yang dikenal pasti adalah ringan dan bersifat sementara. Antara ialah:\n\nPemantauan kesan sampingan akan dijalankan secara enhanced surveillance. Maksudnya, penerima vaksin akan mendapat notifikasi (peringatan berjadual) melalui aplikasi MySejahtera untuk melapor sebarang gejala.\n\nTidak. Vaksin ini mempunyai messenger RNA (mRNA) yang memberi kod protein khusus untuk permukaan patogen COVID-19. Ia menghasilkan antibodi untuk memberi perlindungan sekiranya penerima vaksin dijangkiti penyakit COVID-19 pada kemudian hari.\n\nYa. Individu yang telah sembuh boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 ini.\n\nSuntikan vaksin merupakan antara langkah yang telah diambil untuk menghentikan penularan virus ini. Namun, kita tetap perlu mematuhi SOP yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan penjagaan kebersihan.\n\nYa. Jangan risau kerana semua vaksin COVID-19 diluluskan oleh NPRA untuk digunakan di negara kita selamat dan berkesan.\n\nTerdapat 5 vaksin COVID-19 yang akan disediakan oleh kerajaan untuk penduduk Malaysia, iaitu:\n\nProgram vaksinasi COVID-19 ini akan diberikan secara berperingkat, iaitu:\n\nBuat masa ini, pengambilannya adalah secara sukarela. Namun, anda sangat digalakkan untuk mendapatkannya.\n\nDiharapkan maklumat yang dikongsikan berkaitan cara mendaftar vaksin COVID-19 dan beberapa soalan lazim yang disertakan, dapat memberi penjelasan kepada anda.\n\nAyuh, sebagai rakyat Malaysia yang rasional dan sayang akan nyawa, daftarlah segera sebagai penerima vaksin. Menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi diri dan orang lain daripada pandemik yang berbahaya ini.\n\nSemoga artikel cara daftar vaksin COVID-19 Anda juga boleh baca tentang simptom dan rawatan koronavirus dan tips bekerja dari rumah. Semoga bermanfaat."
"Anak-anak kita bukan malaikat, bukan juga orang dewasa. Mereka tidak sempurna, dan pasti tidak akan dapat menjadi dewasa sebelum sampai masanya.\n\nTertumpah air berkali-kali, berlari-lari dan menjerit di masjid walaupun telah dipesan 100 kali, terkencing di waktu malam, menconteng dinding, memecahkan pinggan dan cawan, terosakkan mainan yang baru dibeli, berguling-guling di pasaraya dan pelbagai lagi adalah asam garam dan ujian buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak.\n\nBersabarlah wahai ayah dan ibu dalam meluruskan kesalahan-kesalahan mereka, bak kata Al Ahnaf Bin Qais ketika menasihati Muawiyah yang sedang marah kepada anaknya Yazid,\n\n\u201cAnak-anak adalah buah hati kita, dan tulang belakang kita. Kita laksana tanah yang rendah bagi mereka, dan langit yang meneduhi mereka. Jika mereka meminta sesuatu, berikanlah.\n\nJika mereka marah, pujuklah. Kelak mereka akan memberimu kesayangan mereka, dan akan berkongsi denganmu rahsia mereka.\n\nDan janganlah engkau menjadi penghalang, nescaya mereka akan menjadi jemu dengan kehidupanmu, dan mencita-citakan kematianmu.\u201d"
"Siapa makan lepat? Makanan tradisional ini bukan main ramai juga yang minat hingga sekarang. Dihidangkan untuk sarapan, kenduri dan lain-lain.\n\nTerdapat pelbagai macam lepat, salah satunya ialah lepat pisang. Lepat pisang dibuat menggunakan bahan asas pisang yang dilenyek, tepung, gula, santan. Ciri khas lepat ialah dibungkus dengan daun pisang. Ingat ya daun pisang kena dilayukan terlebih dahulu. Aroma wangi daun pisang inilah nanti yang menyatu dengan rasa sedap lepat.\n\nLepat pisang amat lembut. Ada yang meletak inti gula Melaka di dalam lepat pisang. Lagi sedap kalau pakai pisang yang sudah masak ranum. Lebih terasa manis dan lembut.\n\nJom buat lepat pisang sekarang merujuk resepi daripada Nor Hafiza Ghazali di laman Facebook yang kami tuliskan di bawah ini. Resepi sangat-sangat mudah. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi lepat pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya"
"Alahan ibu mengandung atau dalam bahasa inggerisnya morning sickness adalah di antara perkara yang paling digeruni oleh wanita yang mengandung, selain sakit bersalin itu sendiri. Nama sahaja morning sickness namun tak bermakna ia hanya berlaku pada waktu pagi. Alahan ibu mengandung boleh berlaku 24 jam sehari dan bagi yang mengalami alahan yang teruk, ia boleh menjadi mimpi ngeri yang sangat menyiksakan.\n\nApakah punca alahan ibu mengandung berlaku?\n\nPastinya anda tertanya-tanya, apakah punca sebenar alahan mengandung? Kenapa ada wanita yang mengalaminya dan ada yang langsung tidak mengalami alahan sepanjang mengandung. Yang lagi menghairankan, kenapa ada sesetengah wanita mengalami alahan yang teruk manakala ada yang cuma mengalami alahan yang sedikit. Untuk pengetahuan anda, alahan semasa mengandung berlaku disebabkan oleh:\n\nAdakah ibu yang mengalami alahan semasa mengandung bermaksud kandungannya berada dalam keadaan yang bahaya?\n\nMungkin ada yang risau kandungan akan terjejas disebabkan oleh alahan yang dialami sepanjang kehamilan. Persoalan yang selalu diutarakan ialah adakah alahan semasa mengandung boleh menjejaskan kandungan? Untuk pengetahuan anda, dari segi perubatan, para doktor berpendapat bahawa:\n\nBagaimanakah cara untuk mengatasi alahan ibu mengandung?\n\nPastinya anda ingin tahu bagaimanakah cara untuk mengatasi alahan ibu mengandung yang dijamin berkesan agar dapat membantu mengatasi sengsara yang anda alami. Anda boleh mengambil ubat tahan muntah dari klinik, namun selain itu anda boleh mencuba tips yang berikut:\n\nSalah satu daripada punca anda mengalami loya dan muntah-muntah adalah disebabkan oleh perut yang kosong. Apabila anda mengalami alahan, anda akan muntah dengan kerap dan tidak mempunyai selera untuk makan. Dua keadaan ini akan menyebabkan perut anda kosong dan akan menyebabkan alahan anda menjadi semakin teruk.\n\nOleh itu, pastikan perut anda tidak kosong. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan cara mengunyah makanan seperti kismis, kekacang, biskut kering, dan sebagainya sedikit demi sedikit agar perut anda tidak kosong lalu masuk angin. Namun pastikan anda elakkan daripada mengunyah jajan atau makanan ringan yang kurang berkhasiat.\n\nElakkan menghidu bau yang kuat dan memeningkan\n\nAlahan ibu mengandung juga berlaku disebabkan oleh deria bau yang semakin sensitif disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh badan anda. Oleh itu, sebagai langkah untuk mengatasi alahan yang berlaku, sebaiknya anda elakkan daripada menghidu bau yang kuat dan boleh menyebabkan anda berasa pening.\n\nKebanyakan wanita tidak tahan dengan bau bawang dan bau masakan, oleh itu buat sementara waktu elakkan daripada memasak atau berada di dalam dapur semasa ada ahli keluarga sedang memasak. Elakkan juga bau pewangi badan, pewangi kereta, dan sebagainya jika ia akan menyebabkan alahan anda semakin teruk.\n\nMakanan yang pedas dan berempah akan menyebabkan asid yang berada dalam perut anda menjadi aktif disebabkan oleh keadaan perut yang selalu kosong. Asid yang aktif dalam keadaan perut kosong akan menyebabkan anda mengalami asid refluks atau pedih ulu hati. Jika anda terkena dua penyakit ini, ia akan menambahkan kesengsaraan yang anda alami. Oleh itu, jalan terbaik ialah dengan cara mencegah daripada ianya berlaku dengan cara mengelakkan makanan pedas dan berempah.\n\nMakanan yang berasid dan masam seperti jeruk sememangnya menjadi pilihan ibu mengandung yang mengalami alahan untuk mengurangkan loya dan mabuk yang dialami. Namun tahukah anda bahawa mengambil makanan berasid dalam keadaan perut kosong akan menyebabkan perut menjadi pedih dan anda mengalami gastrik. Oleh itu elakkan makan makanan masam dan berasid dalam keadaan perut kosong.\n\nPisang kaya dengan pelbagai khasiat yang baik untuk ibu mengandung dan apa yang paling penting pisang adalah sumber tenaga yang baik. Semasa alahan biasanya anda menjadi kurang bertenaga dan lemah akibat tidak selera untuk makan dan selalu muntah. Pisang akan membantu anda bertenaga semula dan tidak lemah. Selain itu pisang juga membantu anda untuk kenyang dengan lebih cepat dan untuk tempoh masa yang lama.\n\nItulah dia info tentang alahan ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti sukakan perkongsian kami tentang senarai barang bayi doa mudah bersalin dan set bersalin terbaik"
"Rumpai laut atau dikenali sebagai sea bird nest, mengandungi sumber serat dan protein yang tinggi, justeru sesuai untuk penjagaan kulit.\n\nRumpai laut yang dianggap \u2018ibu kolagen\u2019 mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.\n\nRumpai laut adalah\u00a0sejenis algae.\u00a0Terdapat lebih 10 ribu jenis rumpai laut terbahagi kepada 3 kumpulan warna iaitu\u00a0hijau, merah dan coklat. Ia\u00a0boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.\u00a0Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.\n\nMisalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja. Secara am nya, Rumpai Laut atau Seaweed adalah makanan\u00a0beralkali\u00a0yang kaya dengan khasiat antaranya ialah:\n\nJom ketahui apakah khasiat rumpai laut.\n\nLaman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit.\n\nBeberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik ini. Ini kerana berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.\n\n2. Merawat sakit jantung dan mengurangkan kolesterol\n\nPakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung. Rumpai laut bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan yang membantu merendahkan kadar kolestrol. Ia turut mencegah penyakit seperti kanser dan\u00a0penyakit jantung.\n\nRumpai laut terkenal dengan sifat alkali yang kuat. Ia mengandungi protein yang tinggi dan beberapa mikronutrien yang hampir sama dengan bayam. Di Malaysia mungkin ia belum cukup terkenal berbanding Jepun.\u00a0Rumpai laut adalah sejenis sayuran yang sangat popular di sana. Ia hidup di kawasan air masin dan cetek bagi mendapatkan cahaya matahari yang cukup.\n\nPensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.\n\nSifat alkali dalam rumpai laut tinggi disebabkan kehadiran mineral yang banyak dan pelbagai mineral lain seperti kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodin dan zink berbanding sayuran lain adalah baik untuk kesihatan kulit.\n\n4. Berfungsi sebagai pelekat dalam badan\n\nLebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan. Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.\n\nRumpai laut sangat baik untuk penghadaman kerana kandungan fibre atau serat nye yang tinggi. Hasil kajian para Saintis di Newcastle Universiti mendapati kandungan alginat yang terdapat di dalam rumpai laut coklat dapat memperkuatkan bendalir usus yang berfungsi untuk melindungi dinding usus.\n\nIa melambatkan penghadaman jadi kita merasa kenyang lebih lama dan memperlahankan penukaran makanan kepada tenaga (rendah-GI). Satu kajian ke atas flora najis wanita2 Jepun mendapati pengambilan rumpai laut yang tinggi menambah bakteria baik di dalam usus. Ia menyempurnakan pencernaan dan seterusnya mengurangkan angin dalam badan.\n\n6. Tinggi nutrien dan rendah kalori\n\nPakar Nutrisi dari Klinik Food Doktor, Ian Marber mengatakan ada nutrien yang kita mungkin tidak akan dapat dari sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak subur. Menurut laporan dari British Journal Of Nutrition, Arame dan Wakame adalah rumpai laut yang kaya dengan kalsium, iodin, folate dan magnesium manakala rumpai laut ungu sangat kaya dengan Vitamin B\n\nJournal Of Nutrition juga melaporkan bahawa rumpai laut Wakame didapati telah menghindar tekanan darah tinggi pada haiwan. Kajian dari Universiti Kyoto mendapati serat dari rumpai laut coklat merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko stroke pada haiwan yang mempunyai masalah kardiovaskular.\n\nBagaimana pula dengan manusia? Kajian selama 25tahun terhadap penduduk Okinawa yang mempunyai arteri yang sihat, kolestrol rendah dan homocysteine (bahan kimia yang merosakkan jantung) rendah mendapati rumpai laut adalah 7 dari 10 diet harian dari buah2an dan sayur2an mereka.\n\nKajian dari Universiti McGill di Canada menunjukkan rumpai laut sangat baik untuk menyingkirkan strontium, bahan kimia radioaktif dari badan. Rumpai laut juga menyingkirkan toksik kadmium dan plumbum yang tidak hanya yang terdapat dalam asap rokok tetapi juga dari persekitaran yang tercemar akibat aktiviti industri dan pengangkutan, kata Dr Santillo, penyelidik sains kanan di Greenpeace.\n\nRumpai laut tinggi kandungan Lignan iaitu bahan yang membentuk phytoestrogen dalam badan. Ia membantu menghalang kimia estrogen membentuk kanser payudara. Dr Jane Teas dari Universiti Harvard menerbitkan kertas kerja mengatakan pengambilan rumpai laut Kelp mungkin menjadi faktor yang menyebabkan tahap kanser payudara yang rendah di kalangan wanita Jepun.\n\nMenurut Greg Lampert, pengarah kursus herba di College Of Integrated Chinese Medicine, rumpai laut Kelp boleh mencairkan kahak, melawaskan pembuangan air kencing dan mengurangkan bengkak. Ia juga membantu meredakan mabuk. Sangat berkesan bagi mengembalikan kesihatan selepas pulih dari sakit.\n\nSelain itu, di antara khasiat rumpai laut ialah:\n\nItulah dia khasiat rumpai laut yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang\u00a0khasiat asam keping khasiat rambutan dan khasiat ikan haruan."
"Ada seorang isteri muda yang risau apabila terbaca kenyataan seorang Ustaz di FB yang mengatakan, \u201c Suami isteri yang boleh berkekalan hingga ke akhir hayat ialah apabila sayangnya suami kepada isteri melebihi sayang isteri kepada suami \u201d.\n\nApakah tanda-tanda suaminya itu melebihi sayangnya kepada dia?\n\nDisini dikongsikan 10 tanda suami sayang terlebih sayang pada anda\n\n#1 Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.\n\n#2 Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.\n\n#3 Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.\n\n#4 Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.\n\n#5 Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.\n\n#6 Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada \u201coutstation\u201d dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.\n\n#7 Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan \u201cgangguan kenakalan\u201d isterinya seketika.\n\n#8 Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.\n\n#9 Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.\n\n#10 Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.\n\nDan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).\n\nJika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda. Jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang. Selamat menyayangi isteri."
"Bagaimana caranya untuk deco dapur kecil menjadi luas, besar, dan menarik apabila dipandang?\n\nDapur merupakan salah satu ruangan yang paling penting dalam rumah, dan terlebih lagi jika ukurannya kecil. Dapur yang kecil mungkin membuat anda merasa terbatas dalam hal penyimpanan, ruang kerja, dan estetika. \n\nNamun, dengan beberapa ide deco dapur kecil yang tepat, anda dapat menciptakan dapur kecil yang fungsional dan menarik secara visual. \n\nDalam artikel ini, kami akan memberikan beberapa idea dekorasi untuk mempercantik dapur kecil anda.\n\nWarna dapat memberikan kesan visual yang kuat dalam menciptakan ilusi ruang yang lebih besar. \n\nPilihlah warna cerah seperti putih, krim, atau kelabu terang untuk dinding dan almari dapur Anda. Warna-warna cerah akan membantu memantulkan cahaya dan memberikan kesan ruang yang lebih luas.\n\nCahaya semula jadi adalah aset terbaik untuk memperindah dapur kecil anda. Buka tingkap atau pasang tingkap besar untuk membiarkan cahaya masuk dengan baik. \n\nHindari menggunakan tirai yang tebal atau langsir yang menutupi cahaya semula jadi tersebut.\n\nJika dapur anda tidak memiliki akses ke cahaya yang cukup, pertimbangkan untuk memasang pencahayaan buatan yang terang untuk memberikan ilusi ruang yang lebih besar.\n\nCermin adalah elemen dekoratif yang luar biasa untuk menciptakan ilusi ruang yang lebih besar. Letakkan cermin di dinding dapur untuk memantulkan cahaya dan memberikan kesan ruang yang lebih luas. \n\nAnda juga dapat memilih almari dengan pintu kaca atau backsplash cermin untuk menciptakan kesan visual yang menarik.\n\nDalam dapur kecil, setiap sentimeter ruang sangat berharga. Pilih perabot yang multifungsi, seperti meja dapur yang dapat digunakan sebagai ruang kerja dan tempat makan. \n\nPilih juga almari dapur dengan rak yang dapat ditarik atau pintu yang boleh dilipat untuk memaksimakan penyimpanan dan mempermudah akses.\n\nManfaatkan dinding dan langit-langit dapur anda untuk menyimpan peralatan dapur atau hiasan. Pasang rak gantung atau gantungan di dinding untuk menyimpan periuk, kuali, atau alat dapur lainnya. \n\nAnda juga boleh memasang rak tambahan di langit-langit untuk menyimpan barang-barang yang jarang digunakan.\n\nDalam dapur kecil, penting untuk menjaga kebersihan dan kerapian agar ruang terlihat lebih luas. Simpan peralatan dapur dengan rapi di dalam almari dan hindari barang-barang berselerak di meja atau countertop. \n\nGunakan organizer atau ruangan untuk menyimpan barang-barang kecil seperti sendok, garpu, atau rempah-ratus.\n\n7. Pilih peralatan dapur yang sesuai\n\nPilihlah peralatan yang sesuai dan mempunyai pelbagai fungsi, seperti microwave dengan fungsi oven atau peti ais dengan ukuran yang sesuai. \n\nElak memilih peralatan yang terlalu besar dan mengisi banyak ruang yang penting.\n\nBacksplash dapat memberikan sentuhan dekoratif yang menarik dalam dapur kecil anda. \n\nPilihlah backsplash dengan warna atau motif yang menarik untuk menambahkan keindahan visual pada ruangan. Anda juga dapat menggunakan backsplash cermin untuk menciptakan ilusi ruang yang lebih besar.\n\nJika anda memiliki ruang makan di dapur kecil anda, pilihlah perabot yang kecil dan ringkas. Gunakan kerusi dengan punggung rendah atau kerusi lipat yang dapat disimpan dengan mudah apabila tidak digunakan lagi.\n\nSelain itu, pilih juga meja makan yang memiliki rekaan yang sederhana dan tidak terlalu besar agar tidak memakan banyak ruang.\n\n10. Buat fokus pada detail kecil\n\nMeskipun dapur anda kecil, Anda masih dapat menciptakan fokus pada detail kecil yang menarik perhatian. Misalnya, tambahkan tanaman hijau kecil di atas countertop atau letakkan pasu bunga segar di meja makan. \n\nAnda juga dapat menggunakan aksesori dekoratif seperti gantungan kunci, kain gantung, atau cermin dinding dengan rekaan unik untuk menambahkan sentuhan pribadi pada ruangan.\n\nDalam dapur kecil, penting untuk memanfaatkan setiap ruang yang tersedia. Gunakan rak tambahan atau pegangan di dinding untuk menggantung kuali, periuk, atau alat dapur lainnya. \n\nAnda juga dapat memasang rak penyimpanan vertikal di samping atau di atas almari untuk menyimpan bahan makanan atau peralatan dapur.\n\nAkhir sekali, pertimbangkan untuk mengubah dapur anda menjadi rekaan terbuka dengan menghapus dinding yang memisahkan dapur dengan ruangan lain. \n\nRekaan terbuka ini akan memberikan kesan ruang yang lebih luas dan memungkinkan aliran cahaya semula jadi yang lebih baik.\n\nSelain dari tips deco dapur kecil ni, anda juga boleh baca artikel kami yang menarik tentang dekorasi rumah seperti:"
"Untuk\u00a0menyintai\u00a0seseorang hati perlu sentiasa di isi dengan rasa yang positif. Sebabnya kita tak tahu sama ada dia juga suka kita ataupun tidak. Jika suka alangkah bertuahnya badan dan jika tidak suka terpaksalah berdiam diri sekejap untuk ubat rasa hati. Anda tahu tak bagaimana untuk luah rasa hati pada seseorang?\n\nDi sini akan dikongsikan 5 cara nak luahkan perasaan pada crush. Patutkah luah perasaan? Ya sudah semestinya. Tiada ada apa yang boleh menjadi penghalang melainkan diri sendiri.\n\n5 Cara Untuk Luahkan Rasa Hati Pada Si Dia Idaman (Crush)\n\nPerkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan merancang secara matang. Jika anda mempunyai rasa cinta terhadap sesorang itu, sudah semestinyalah anda mahu meluahkan rasa hati tersebut. Tetapi anda tidak boleh main meluahkan macam itu sahaja tanpa anda rancang dengan matang. \n\nDengan perancangan yang matang ia dapat menjadikan seseorang itu tertarik dengan cara anda dan juga akan mudah menerima anda. Seeloknya, jangan luahkan perasaan anda ketika si dia sedang ada tetamu atau di hadapan khalayak ramai. \n\nMungkin bagi anda ia merupakan sesuatu yang romantik, tetapi jika waktu itu,jika pada waktu itu dia sedang ada tetamu penting pasti akan menyebabkan si dia akan berasa malu dan akan terus menolak anda. Tidak semua orang boleh menerima cara sebegini. Jadi anda perlulah merancang cara luahkan rasa hati anda secara matang.\n\n2 \u2013 Cari Waktu Dan Tempat Yang Sesuai Untuk Luah Rasa Hati\n\nCara luahkan rasa hati anda perlulah diluahkan pada waktu dan tempat yang sesuai. Ini merupakan satu faktor yang perlu anda ambil kira. Benar, anda sudah jatuh cinta dengan si dia dan takut si dia akan di sambar oleh orang lain, tetapi perlulah kena pada tempat dan waktunya.\u00a0 Anda mungkin boleh ajak bakal pasangan anda keluar makan di suatu tempat yang amat romantik. \n\nJadi pada waktu sebeginilah yang amat sesuai untuk anda meluah rasa hati anda pada bakal pasangan. Dengan cara sebegini, ia akan menganggap anda seorang yang matang, serius dan romantik. Jadi peluang anda diterima oleh bakal pasangan akan menjadi lebih tingggi. Tetapi jika masa yang anda pilih tidak sesuai, berkemungkinan besar perasaan cinta anda akan ditolak.\n\n3 \u2013 Ungkapkan Rasa Cinta Dengan Memberi Sesuatu Yang Digemarinya \n\nJika anda hendak tahu cara luahkan rasa hati yang unik dan terbaik adalah dengan mengungkap rasa cinta anda dengan memberikan sesuatu yang digemari oleh si dia. \u00a0Cara sebegini akan membuatkan bakal pasangan rasa gembira dengan pemberian anda. \n\nMahu lagi romantik, sambil anda beri, anda ungkapkan kata-kata yang romantis yang boleh membuatkan hati si dia cair. Cara luahkan rasa hati sebegini amat digemari dan sangat popular. Peratus untuk diterima juga menjadi semakin meningkat. \n\n4 \u2013 Terus Luahkan Perasaan Cinta Secara Langsung Tanpa Rasa Takut \n\nAda sesetengah wanita meminati lelaki yang berani dan direct. Dalam erti kata lain meluahkan rasa hati secara langsung dengan penuh rasa berani dan yakin. Cara sebegini sebenarnya akan membuatkan wanita tersebut tertarik dengan anda lagi-lagi jika anda susuk tubuh yang agak macho. Wanita dengan senang akan rasa lebih selamat dengan lelaki sebegini.\n\nJika selalunya ramai yang menghantar sms atau mesej, kini sudah tiba masanya untuk anda meluahkan rasa hati anda secara langsung. Dengan cara begini anda juga boleh melihat reaksi si dia idaman dalam membuat keputusan untuk terima atau sebaliknya. \n\n5 \u2013 Cakap Dengan Lembut Dan Jangan Terlalu Agresif \n\nDalam anda meluahkan perasaan anda jangan amalkan sikap agresif. Cara luahkan rasa hati sebenarnya akan membuatkan si dia berasa rimas dan akan menganggap anda sebagai seorang yang suka memaksa. Dalam meluahkan perasaan, anda perlulah tenang dan cool. \n\nJika anda meluahkannya dengan cara yang agresif kemungkinan besar perasaan cinta anda akan ditolak dengan mudah. Perlu diingatkan kebanyakkan wanita menyukai lelaki yang meluahkan perasaan dengan cara matang dan cool. Ramai wanita beranggapan lelaki seperti ini layak untuk dijadikan pasangan hidup. Bagi mereka lelaki seperti akan tenang jika menghadapi masalah dan tidak suka mengongkong wanita. Lelaki dengan perwatakan begini juga di anggap dapat melindungi mereka selalu. \n\nBolehkah Wanita Luah Rasa Hati Pada Lelaki?\n\nJika dulu kalau perempuan luah rasa hati pada lelaki akan dianggap sebagai perigi cari timba tapi sekarang ini semua itu dah tak kisah mana. Luahkan saja pada seorang lelaki jika benar hati dah suka. Cuma pastikan dulu yang si lelaki itu benar-benar ada ciri lelaki idaman yang baik pegangan agamanya. \n\nTanya pada hati dan jika benar-benar suka, luahkan saja rasa yang ada untuk dia tahu perasaan anda tu. Perempuan luahkan perasaan dulu itu tidak menjadi masalah cuma tahap penerimaan itu perlu ada dari awal. \n\nKena Berani Luah Rasa Hati Dan Siap Sedia Juga Dengan Terima Keputusannya \n\nKalau nak katakan saja nak. Jangan asyik nak bermain tarik dan tolak. Jika berkenan katakan saja berkenan dan susah sangat bawa je mak ayah pergi merisik. Hakikatnya untuk perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan sebegini, sebagai seorang lelaki kena berani untuk buka mulut dan kena juga bersedia untuk terima apa jua keputusan. \n\nJangan terus berdiam diri kalau dah ada rasa cinta kerana takut nanti si dia juga ada perasaan tapi masing-masing hanya mampu melihat. Tak kan nak tunggu wanita datang buka mulut dulu kan? Paling takut si dia ada juga simpan perasaan tetapi disebabkan diri sendiri lambat bertindak, orang lain dulu yang kebas! Alamak! Haa siapa yang akan putih mata kalau bukan diri sendiri. \n\nSelamat mencuba dan semoga si dia idaman akan terima anda dengan penuh balasan kasih dan sayang. Baca juga Wanita mengandung biasanya akan mengalami bengkak kaki apabila kandungan semakin besar. Jika anda mengalaminya, boleh amalkan petua dibawah:\n\n1. Lumurkan asam jawa &\u00a0 garam pada kaki dan tangan yang bengkak, Biarkan semalam 30 minit hingga 1 jam.\n\n2. Posisikan kaki lebih tinggi dari dada. Hal ini dapat membantu mengurangkan gejala kaki bengkak kerana mempermudahkan aliran darah kembali ke jantung.\n\n3. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Kaki bengkak terjadi kerana ketika hamil seorang wanita mengalami perubahan kadar hormon. Pelepasan hormon-hormon sepanjang kehamilan menyebabkan tubuh menahan lebih banyak cairan dan sodium (garam).\n\n4. Rajin bersenam. Jangan berbaring atau duduk. Banyakkan pergerakan badan dan lakukan senaman ringan. Berjalan-jalan di shopping complex pun ok.\n\n5. Tinggikan kaki semasa duduk atau baring.\u00a0Sewaktu duduk pastikan kaki bengkak sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki bengkak hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.\n\n5. Petua hilangkan bengkak akibat patah atau retak\n\nIni adalah petua tradisional yang sangat berkesan. Bahan-bahan yang diperlukan:\n\nCaranya, tumbuk serai sehingga lumat, masukkan putih telur. Jangan sampai berair, agak-agak sesuai dengan serai. Balut bersama dengan daun melung dan akhir sekali sudahkan balutan dengan kain pembalut, ikat agar serai tak beralih tempat. Pakai sebelum tidur\u00a0 selama 3 malam berturut-turut, pagi esok boleh dibasuh.\n\nElakkan terus mengurut kawasan yang bengkak. Mengurut tempat bengkak adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam bengkak berlaku.\n\nTuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.\n\n8. Jangan sapu minyak panas atau minyak gamat\n\nSama seperti tuaman haba, menyapu minyak panas dan minyak gamat akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Sapuan minyak hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.\n\nJika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka.\n\nRehat yang dimaksudkan ialah mengurangkan gerakan sendi yang bengkak dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk bergerak.\n\nSejurus selepas\u00a0 bengkak, lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.\n\nBalutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang bengkak. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.\n\n13. Tinggikan anggota badan yang bengkak\n\nAnggota yang bengkak perlu diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki bengkak sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki bengkak hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.\n\nJika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Dikhuatiri ada kecederaan yang serius atau penyakit lain. Semoga bermanfaat! Jemput juga baca punca hidung berdarah punca batu karang dan punca gastrik"
"Sepanjang karier singkat perubatan estetik saya yang bermula sejak tahun 2012, saya melihat pelbagai kes kulit yang rosak akibat penggunaan kosmetik sampah seperti HQ, merkuri, tretinoin dan steroid.\n\nMaaf bahasa kasar yang sesuai diberikan kepada produk tidak jujur oleh pengeluar produk tamak yang membahayakan bukan sahaja wajah tetapi juga kesihatan dan nyawa pesakit. Antara yang selalu saya tak dapst lupa ialah penyakit Exogenous Ochronosis.\n\nPenyakit yang namanya pun serupa alien ini menjadikan kulit wajah seorang manusia berubah menjadi kebiru-biruan kehitaman. Ia adalah akibat peningkatan pigmen hasil penggunaan krim seperti HYDRAQUINONE dan juga MERKURI yang meningkatkan stres, keradangan dan seterusnya pigmentasi kawasan sapuan.\n\nHydraquinone yang dibenarkan digunakan dibawah pengawasan doktor ialah 4% atau lebih rendah manakala merkuri adalah bahan diharamkan dalam kosmetik. Gila apa sapu kat muka. Merkuri ni antara logam paling toksik terutamanya pada saraf.\n\nMalangnya pengeluar dan pengimport produk yang tamak hantam saja hydraquinone 20% sampai nipis kulit kita. Ditambah pula dengan steroid dan tretinoin bagi nipis sikit kulit..pastu steroid kurangkan reaksi.\n\nFormulasi Kligman ini merupakan yang paling kuat sekali kuasa pemutihan lagi kuat daripada klorox. Ah korang yang gila nak putihni jangan pulak google dan bancuh sendiri.\n\nKesan lain hydraquinone ialah guttate hypomelanosis. Di sebalik lautan biru pencemaran merkuri di muka si mangsa kelihatan pulau-pulau kecil bewarna putih..tompok-tompok putih kecil..itu ialah kehilangan pigmen kerana kerosakan kulit.\n\nBoleh dikatakan natijah daripada pemakaian hydraquinone dan merkuri ini sangat dashyat dan tiada jalan patah balik. Adalah sifu tahap dewa yang guna laser dan teknik canggih stem sel bagai puluhan ribu kos utk pulih. Namun hanya sedikit saja yang berjaya.\n\nPengajarannya jangan kerana nak putih sekejap, semua kita mahu cuba sebab testimoni kata putih cepat. Di sini saya berikan tips bagaimana nak suspek produk yang ada bahan merkuri, tretinoin dan hydraquinone ni:\n\n1) Kulit putih sangat cepat: 2-3 hari atau 2-3minggu.\n\n3) Kulit jadi sensitif matahari, terbakar, gelap, panas.\n\n5) Cepat alah pada sabun dan bahan kimia.\n\n8) Tak boleh buat prosedur lain.macam urut wajah, bekam, penggelupasan kimia, dermabrasi dll. Sebab kulit sensitif sangat.\n\nKesan putih bahan ni tak lama pun. Sebulan gelap lah balik ikut genetik. Jika guna berpanjangan berisiko dapat kesan sampingan pula.\n\nBaiklah kita jadikan muka kita.sihat bersinar dan bleach sikit-sikit muka kita daripada dalam, glowkan sikit-sikit dengan banyakkan salur darah ke wajah..itu lah dia kecantikan sebenar.\n\nBukannya dengan letak sampah beracun pada muka. Putih sekejap merana seumur hidup adalah tidak berbaloi!"
"Bermain dengan anak patung dan \u2018doll house\u2019\u00a0 merupakan salah satu \u2018imaginative play\u2019\u00a0 yang cukup digemari oleh kanak-kanak.\n\nIanya bukan sekadar menjanjikan keseronokan buat mereka, malah turut bermanfaat dalam meningkatkan lagi kosa kata, kemahiran sosial, kemahiran motor serta meluaskan lagi imaginasi mereka.\n\nPercaya atau tidak, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terpakai dan mendapatkan beberapa item di kedai buku atau pasaraya terdekat sahaja, anda boleh membina \u2018doll house\u2019\u00a0 ini sendiri di rumah!\n\nYa, tanpa perlu mencari pelbagai jenis bahan, tanpa perlu menjahit, tanpa menggunakan \u2018hot glue gun\u2019\u00a0 dan tidak menggunakan walau secebis kain pun, ianya pasti mampu dihasilkan oleh anda sendiri buat anak-anak tercinta.\n\nBerikut merupakan tips dan cara mudah untuk membina \u2018doll house\u2019\u00a0 yang \u2018simple\u2019 sebegini buat si manja.\n\nAntara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat \u2018doll house\u2019\u00a0 ini adalah :-\n\n\u2018Sticker book\u2019\u00a0 yang mengandungi pelbagai jenis \u2018sticker\u2019\u00a0 menarik (dibeli semasa Big Bad Wolf 2017). Untuk \u2018doll house\u2019\u00a0 ini, kebanyakan \u2018sticker\u2019\u00a0 diambil daripada \u2018My Giant Doll\u2019s House Fun Sticker Book\u2019.\n\n11 TIPS MUDAH BINA \u2018DOLL HOUSE\u2019\n\nJOM \u2018EXPLORE\u2019\u00a0 SETIAP RUANGAN \u2018DOLL HOUSE\u2019\u00a0 INI\n\nMari kita jelajah \u2018doll house\u2019\u00a0 ini daripada ruangan bawah sekali hingga ke atas.\n\nRuangan ini terdiri daripada 3 warna berbeza untuk membezakan setiap bahagian iaitu warna hijau untuk laman, warna hitam untuk jalan dan warna kuning mustard untuk \u2018parking lot\u2019.\n\nPerabot untuk halaman rumah ini hanyalah kincir angin, buaian, dan \u2018mini play house\u2019.\n\n\u2018Mini play house\u2019\u00a0 tersebut diperbuat daripada kotak terpakai. Hanya tampalkan kertas warna dan \u2018sticker\u2019\u00a0 untuk ianya kelihatan lebih menarik.\n\nUntuk ruangan ini, ia dipenuhi dengan pelbagai perabot. Maka, hiasan yang digunakan adalah sangat minima supaya tidak kelihatan \u2018crowded\u2019.\n\nHanya tampalkan \u2018sticker\u2019\u00a0 lampu di bahagian tengah dinding serta langsir di bahagian kiri dan kanan ruang ini.\n\nJika mahu, boleh lekatkan \u2018frame\u2019\u00a0 gambar mini di bahagian kiri dan kanan pelekat lampu tersebut sebagai hiasan tambahan.\n\nDi ruangan ini hanya terdapat perabot bewarna ungu sebagai peti ais dan dapur yang diperbuat daripada kotak terpakai dan kad tebal.\n\nUntuk hiasan, tampal \u2018sticker\u2019\u00a0 di bahagian dinding dapur dan dinding ruangan tersebut untuk menjadikan ia lebih berseri.\n\nKerusi bagi ruang makan ini diperbuat daripada \u2019tissue roll\u2019\u00a0 dan dibalut menggunakan kertas warna dengan menggunakan gam biasa. Meja makan pula diperbuat daripada \u2018double tape roll\u2019, \u2018tissue roll\u2019,\u00a0kad tebal, dan kertas warna. Manakala alas meja diperbuat daripada kertas warna biru jenis berkilat (laser type).\n\nTampalkan langsir,\u00a0\u2018sticker\u2019\u00a0 jam dan \u2018sticker\u2019\u00a0 pasu di bahagian dinding sebagai hiasan.\n\nUntuk ruangan ini, gunakan perabot sedia ada untuk memenuhi ruang. Memandangkan \u2018bath tub\u2019\u00a0 tersebut terlalu rendah, ketinggiannya ditambah dengan menggunakan \u2018card board\u2019\u00a0 dan kertas warna ungu.\n\nMesin basuh diperbuat daripada \u2018card board\u2019, kertas warna dan kertas warna jenis berkilat (laser\u00a0 type). Manakala mangkuk tandas diperbuat daripada \u2018card board\u2019\u00a0 dan kertas warna.\n\nDinding bilik air pula ditampal dengan lagsir serta beberapa \u2018sticker\u2019\u00a0\u00a0sebagai\u00a0hiasan. Jika mahu, boleh lukis gambar paip air di bahagian dinding ruangan ini.\n\nRUANG 6, 7, 8 : BILIK TIDUR\n\nMemandangkan bilangan katil tidak mencukupi, tambahan katil dan bantal dibuat dengan menggunakan kotak terpakai, \u2018card board\u2019\u00a0 serta kertas warna jenis berkilat.\n\nKerusi untuk meja solek pula diperbuat dengan menggunakan lapisan \u2018card board\u2019\u00a0 serta kertas warna.\n\nSama seperti ruangan lain, hanya tampalkan langsir di bahagian dinding dan beberapa\u00a0\u2018sticker\u2019\u00a0 sebagai hiasan.\n\nBahagian ini dibina dengan menggunakan \u2018card board\u2019\u00a0 yang disambung terus bersama bumbung \u2018doll house\u2019.\n\nPerabot yang tidak digunakan di mana-mana ruang diletakkan di ruangan ini sebagai alat permainan untuk anak patung.\n\nTampal \u2018sticker\u2019\u00a0 lampu di bahagian tengah dinding dan pelekat lain sebagai hiasan tambahan. Untuk memberikan kelainan, bahagian siling ruangan ini ditampal dengan \u2018sticker\u2019\u00a0 bulan dan bintang.\n\nBAHAGIAN LUAR DAN \u2018VIEW\u2019\u00a0 KESELURUHAN \u2018DOLL HOUSE\u2019\n\nUntuk bahagian luar, hanya tampal kertas warna merah jambu jenis berkilat dengan menggunakan \u2018double tape\u2019\u00a0\u00a0tebal bewarna hitam.\n\nIni merupakan view keseluruhan \u2018doll house\u2019\u00a0 yang \u2018simple\u2019\u00a0 ini apabila siap.\n\nDan \u2018doll house\u2019\u00a0 ini sedia dimainkan bersama \u2018play book / play scene\u2019\u00a0 yang lain seperti \u2018play book\u2019\u00a0 bengkel kereta serta\u00a0\u2018play scene outdoor\u2019.\n\n\u2018Play book\u2019\u00a0 bengkel kereta dan \u2018play scene outdoor\u2019\u00a0 juga dibeli semasa Big Bad Wolf 2017.\n\nUntuk membuat \u2018doll house\u2019\u00a0 sebegini, ianya mengambil masa lebih kurang 3 hari (atau mungkin kurang) jika dapat betul-betul fokus dalam menghasilkannya. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai kekangan masa, cuba DIY \u2018doll house\u2019\u00a0 ini sedikit demi sedikit sehingga siap.\n\nPercayalah, anda pasti akan menikmati kepuasan berganda apabila \u2018doll house\u2019\u00a0 ini berjaya disiapkan dan anak-anak bermain \u2018doll house\u2019\u00a0 ini dengan riang gembira."
"Anda menempuhi hari-hari seperti biasa di pejabat.Keletihan. Tertekan dengan kerenah bos mahupun rakan sekerja yang pelbagai. Ditambah dengan bebanan kerja yang menimbun hari demi hari.\n\nTerasa alangkah indahnya kalau boleh dibelah badan ini supaya semua kerja dapat disiapkan serentak. Stress! Anda berharap dapat segera pulang kerumah.\n\nDapat melepaskan lelah dihadapan televisyen sambil menonton drama kesukaan anda. Terbayang pula baki pavlova semalam. Tak sabarnya nak makan! \u201cOh Tuhan, cepat la pukul 5 menjelang tiba\u201d, anda berdoa di dalam hati.\n\nSebaik sahaja sampai di rumah, anda mendapati pintu gril di rumah tak berkunci. Anda mula tidak berpuas hati. Masuk sahaja ke dalam rumah, keadaan bagaikan tongkang pecah. Barang permainan dimerata-rata hinggakan sakit kaki apabila terpijak lego yang bersepah. Hati dah mula menjadi panas.\n\nDi dapur ketika hendak memasak untuk makan malam, tiba-tiba anda terjumpa serpihan pinggan kesayangan anda dilantai. Anda segera memeriksa tong sampah. Betul sangkaan anda. Pinggan tersebut pecah!\n\n\u201cTak boleh jadi ni\u201d, getus hati anda. Anda jerit sekuat hati memanggil anak-anak anda yang sedang leka bermain.\nSaat itu, anda sudah bertukar menjadi raksasa yang sangat menggerunkan. Apa yang terjadi selepas itu, pasti serba tidak kena.\n\nAnak-anak menjadi mangsa anda melepaskan bebanan stress yang dikumpul dari pejabat lagi. Keesokan harinya, anda menyesal dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak akan menengking mereka lagi.Pernahkah anda mengalami situasi ini?\n\nSukar sebenarnya untuk mengawal perasaan marah dan penat. Kita hanyalah manusia biasa. Tetapi kita sering berharap dapat menjadi ibu yang lebih baik pada anak-anak kita.\n\nDisini, saya mahu berkongsi 8 perkara yang membuatkan saya pelajari dalam cubaan memperbaiki diri menjadi ibu yang lebih baik.\n\nAlhamdulillah sejak itu, saya tidak lagi menengking atau memarahi anak-anak saya mengikut perasaan saya. Anak-anak bukan dimarahi untuk kita melepaskan geram, tetapi mereka dimarahi dengan niat untuk mendidik.\n\n#1 Anak adalah anugerah dan amanah Allah yang paling berharga\n\nPernahkah kita terfikir perasaan pasangan yang menangis siang malam berharap dikurniakan cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga mereka?\n\nBagaimana pula perasaan pasangan yang anak mereka meninggal dunia kerana kecelakaan, kemalangan atau penyakit?\n\nTidak semua bernasib baik seperti kita. Jika kita menghadapi situasi seperti mereka, adakah kita akan melayan anak-anak sama seperti yang layanan yang kita berikan sekarang?\n\nTepuk dada, tanya diri. Bersyukurlah dengan nikmat yang kita perolehi sekarang. Kita tidak tahu selama mana Allah meminjamkan nikmat tersebut pada kita. Jagalah amanah tersebut sebaiknya. Bukan tempat kita melepaskan marah dan penat kita.\n\n#2 Anak-anak memerhati setiap perbuatan kita\n\nDi hadapan orang lain, saya selalu berusaha untuk mengawal kemarahan saya apabila anak-anak mula membuat perangai.\n\nKebenarannya, saya takut orang lain akan melabel saya sebagai ibu yang garang. Saya mahu dikenali sebagai ibu yang penyayang dan penyabar.\n\nSaya terlalu memikirkan pandangan orang lain. Sedangkan saya terlupa pandangan anak-anak terhadap diri sayalah yang paling penting!\n\nSepatutnya kepada merekalah saya kena berusaha untuk menunjukkan bahawa saya adalah ibu yang penyayang, penyabar dan bukan kaki menjerit.\n\nSaya mahu anak-anak saya memberitahu semua, \u201cibu saya adalah ibu yang terbaik sekali di dunia!\u201d.\n\n#3 Anak kita bukanlah hanya sekadar kanak-kanak \u2013 mereka juga adalah manusia biasa\n\nSama seperti saya, anak-anak saya juga mempunyai hari-hari yang adakalanya baik, dan adakalanya kurang baik. Ada waktunya mereka sangat menyenangkan hati dan mendengar kata. Ada juga waktunya mereka sukar dikawal dan mempunyai mood yang tidak baik.\n\nSama seperti kanak-kanak lain, anak-anak saya juga kadang-kala suka membuat perangai. Mereka memberontak tidak mahu makan, menconteng dinding dan gemar menyepahkan makanan di lantai terutamanya apabila saya baru sahaja mengemop dan mengemas.\n\nTetapi saya perlu ingat, mereka hanyalah kanak-kanak. Mereka masih belajar, masih membesar dan masih banyak lagi yang mereka perlu teroka untuk mematangkan diri mereka. Saya perlu sentiasa memberi mereka peluang.\n\nLagipun, saya pasti tidak suka ditengking atas kesalahan yang tak saya sengajakan. Sama juga seperti mereka! Cuba letakkan diri anda ditempat mereka.\n\n#4 Saya tidak selalunya boleh mengawal perangai anak-anak saya, tetapi saya sebenarnya boleh mengawal respon saya terhadap sesuatu situasi\n\nLumrah kanak-kanak, kita tidak boleh memaksa mereka menuruti perintah kita jika mereka tidak mahu. Apabila mereka menyepahkan rumah, saya mempunyai pilihan dalam memberi respon.\n\nSama ada saya menjerit \u201ckemas mainan ni sekarang!!\u201d. Ataupun saya berlalu pergi seketika, tenangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam, dan kembali bercakap dengan mereka dengan nada yang tenang serta lembut.\n\nWalau apa pun respon anda, ia akan mempengaruhi hubungan anda dengan anak-anak, mood anda dan juga mood mereka untuk sepanjang hari tersebut.\n\nP.S: Respon yang kedua sebenarnya boleh mempercepatkan permainan tersebut dikemas berbanding respon yang pertama.\n\n#5 Menengking bukan boleh menyelesaikan masalah\n\nAdakalanya, kita sering beranggapan, menengking adalah jalan pintas untuk memaksa anak-anak melakukan apa yang kita mahu.\n\nSebenarnya, menjerit dan menengking adalah lebih mudah untuk KITA, berbanding mengambil masa sejenak, tarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk memikirkan alternatif lain untuk menyelesaikan masalah itu.\n\nDisulami dengan ego, dan nafsu untuk memuaskan hati, menjerit tampak lebih mudah. Hakikatnya, saya mendapati menjerit tidaklah menyelesaikan apa-apa masalah.\n\nIa membuatkan keadaan menjadi lebih rumit, menjejaskan mood anak-anak dan membuatkan mereka lebih mahu memberontak. Semestinya, mood kita juga akan terjejas.\n\n#6 Satu perkataan yang anda mesti selalu pegang. SEKURANG-KURANGNYA.\n\n\u201cSekurang-kurangnya\u201d kini menjadi antara perkataan pilihan saya untuk menenangkan diri sendiri dengan membantu saya melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Perspektif yang lebih positif.\n\nSebenarnya dengan mengingatkan diri dengan cara ini, secara tidak lansung saya telah mendidik diri untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan pada saya.\n\n\u201cLaaaaa. Macam mana along boleh tumpah air ni? Habis basah karpet.\u201d Ingatkan pada diri; takpelah. SEKURANG-KURANGNYA, along cuba untuk menolong dan tiada serpihan kaca yang terkena padanya sampai tercedera\u201d.\n\n\u201cKenapa la anak saya lambat bercakap berbanding anak orang lain?\u201d. Ingatkan pada diri; SEKURANG-KURANGNYA, dia sihat dan aktif. Walaupun dia lambat bercakap, tetapi dia seorang anak yang mendengar kata dan mudah dijaga.\n\nWalau apa pun situasi, cuba cari sudut pandangan yang lebih positif dan berbeza. Abaikan kata-kata orang lain yang hobinya suka mengkritik dan menjatuhkan orang sahaja.\n\n#7 Selalunya, saya yang bermasalah. Bukan anak-anak saya.\n\nKebiasaannya sebaik sahaja saya lepas menengking anak-anak, saya sering termenung sendiri dan berfikir apa puncanya. Lama-lama saya tersedar, yang bermasalah adalah saya, bukan mereka.\n\nKebiasaannya saya lebih terdorong untuk mengamuk lebih-lebih lagi apabila saya baru lepas bergaduh dengan suami, terlalu penat, datang bulan, atau stress dipejabat \u2013 bukannya sebab anak saya berperangai teruk.\n\nLain kali kali sekiranya tiba-tiba anda terasa untuk mengamuk, ingatkan pada diri sendiri \u201cawak penat dan awak perlukan rehat. Jangan lepaskan pada anak\u201d. \u201cawak PMS, dan perlukan coklat yang banyak atau udara yang segar. Bukan sebab awak marah pada mereka\u201d.\n\n#8 Sayangi diri sendiri. Anda pasti akan berhenti menengking\n\nSebagai seorang ibu, kita terlalu sibuk menjaga orang lain, sehingga terlupa untuk menjaga diri sendiri. Merasakan diri terlalu gemuk, tidak cantik, terlalu penat, terasa jauh dari kawan-kawan, tertekan dengan bebanan kerja dan tanggungjawab di rumah, merupakan antara penyebab kita terdorong untuk mengamuk dan menengking.\n\nKadang-kala untuk seketika, fikirkan pula tentang diri anda sendiri. Luangkan masa mengaji dan pergi ke surau pada malam Jumaat.\n\nHantar anak ke rumah pengasuh dan luangkan masa berdating dengan suami ke restoran yang agak mewah atau sekadar keluar menonton wayang.\n\nPergi ke gym atau spa untuk memanjakan diri. Tidur awal dan amalkan membaca al-Quran sebelum tidur. Sekali sekala hubungi rakan-rakan untuk bertanya khabar.\n\nBincang dengan suami agar beliau lebih banyak membantu di dapur atau laburkan sedikit wang pada alatan kelengkapan rumah yang menjimatkan masa seperti mesin membasuh pinggan mangkuk (dishwasher) atau mesin pengering pakaian. Cara ini membolehkan anda menumpukan lebih perhatian pada anak-anak, menjimatkan masa dan tenaga.\n\nSaya mempunyai seorang rakan yang sejak awal perkahwinan, dia dan suami sudah bersetuju untuk tidak memasak. Mereka pasti akan makan diluar. Pasti ramai akan skeptikal dengan cara ini kerana dia tampak pemalas.\n\nHakikatnya, dia sebenarnya menjimatkan masa dan tenaganya kerana dia tidak perlu berpenat lelah memasak dan banyak mengemas. Hasilnya, stress berkurang dan dia juga boleh menumpukan lebih masa untuk perhatian dan pendidikan anak-anak sekalipun dia mempunyai masa yang terhad kerana menjawat jawatan yang agak tinggi di tempat kerja.\n\nWalau apa pun caranya, cuba untuk menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Beritahu pada diri, \u201ctiada manusia yang sempurna\u201d. Anda pasti akan rasa lebih tenang, gembira dan lebih penyayang.\n\nPerhatian: Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini pada orang lain untuk sama-sama mendapat manfaat darinya. Namun, admin sangat berharap supaya SEBARANG PERKONGSIAN DISERTAKAN SEKALI LINK ASAL ARTIKEL. Hormatilah usaha dan masa penulis asal.\n\n10 Perkara Anak Perempuan Anda Patut Tahu Apabila Dia Berusia 10 Tahun\n\n10 Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak-anak\n\n10 Tabiat Buruk Ibu Bapa yang Patut Dihentikan\n\n10 Tips Berkongsi Waktu Sukar Anda Dengan Anak Anak"
"Ikan bakar menu yang banyak dicari di hari istimewa. Cara bakar pula boleh guna arang ataupun oven. Namun ada yang kurang suka bakar dengan oven, kena juga bakar atas arang, baru dia \u2018nyakut\u2019 ada bau asapnya. Sebetulnya anda boleh kreasikan bakar arang atas dapur gas, caranya guna kuali buruk yang tidak elok guna kemudian boleh bubuh arang yang sudah dibakar.\n\nBiasa kalau makan dekat medan ikan bakar makan sekeluarga mau terbang duit RM100-RM200. Baik buat ikan bakar sendiri sahaja, rasa macam restoran punya. Yang penting jimat duit bukan? Bahkan kadang-kadang makan di medan ikan bakar tidak ada lah sedap manapun.\n\nJuga terdapat banyak jenis ikan yang sedap dibakar, umumnya ikan bersaiz besar seperti siakap, cencaru, pari, dan lain sebagainya. Jika anda tercari resepi ikan bakar sedap sila baca resepi di bawah. Kami ada resepi ikan bakar mulai daripada bakar garing hingga bakar sambal. Kesemua 10 resepi ini adalah sedap. Selamat mencuba.\n\nMenu yang lebih sedap daripada ikan bakar lumut atau ikan bakar tasik raban atau ikan bakar teluk tempoyak. Makan bukan dengan sembarang sos ya, tapi ada sos istimewa resepi daripada Norizan Mohd Tajuddin di laman Facebook lagi sedap. Kuah boleh siram lagi waktu makan.\n\nIngin merasa makan ikan bakar macam dekat kota Perlis? Tidak perlu jauh-jauh datang Perlis, boleh buat di rumah saja lagi senang dan rasa dia pula sedap macam restoran dekat Perlis. Maya Miera berkongsi resepi siakap bakar sedap, sila cubakan.\n\nAtau nama melayunya ialah ikan bakar bersama garam. Mesti pelik dan takut tengok garam bertimbun itu bukan? Jangan risau isi ikan nanti takkan rasa masin pun sebab kita bakar sekali sisik dia, nanti sisik itu kita buang. Resepi oleh Are Peace di laman Facebook.\n\nSambal ikan bakar merecik akan terasa sedikit menyengat masam manisnya dan mesti lebih masin sedikit dari sambal biasa kerana kandungan asid daripada nenas dan limau. Juita Jaafar membagikan rahsia sos yang sama sekali tidak akan dikongsi oleh mana-mana kedai ikan bakar yang terlajak sedap.\n\nAda yang panggil percik ikan, ada juga panggil golek ikan. Musim-musim PKP ini boleh cubakan masak di rumah. Percayalah selepas anda mencuba buat sendiri golek ikan ini. Anda akan tahu nikmatnya ikan bakar dari dapur anda sendiri. Resepi daripada Rosziema Ibrahim di laman Facebook.\n\nTengok gambar pun dah ngences. Sedapnya ikan pari bakar dengan pelbagai rempah. Dapat pula makan dengan nasi panas, perrgh sedap. Resepi dikongsikan oleh Erma Azizie di laman Facebook.\n\nSambal bakar yang diperbuat daripada cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, dan serai. Bahan-bahan sambal ini pula kena tumis dulu dengan gula merah dan sedikit asam keping. Kalau soal rasa, mesti tidak kalah sedap dengan resepi-resepi di atas. Resepi dikongsikan oleh Mohamad Firdaus di laman Facebook.\n\nAyuh kita buat percik ikan kembung pula, percik kelate paling sedap. Tidak percaya boleh cuba, baru tahu nambah nasi ke tidak. Percik ikan menu wajib bulan puasa, anak-anak pun lalu makan nasi kalau ada percik, boleh guna untuk percik ikan atau percik ayam. Resepi dikongsikan oleh Suhasnida Ismail di laman Facebook.\n\nSyahirah Sidek berkongsi di laman Facebook, guna ikan kembung. Sebelum-sebelum ini guna ikan talapia merah sebab lagi sedap. Ikan kelar-kelar letak kunyit, garam dan goreng separuh masak, agak-agak ikan sudah garing sedikit baru angkat. Kalau rajin bungkus ikan dengan daun pisang untuk dapatkan aroma wangi.\n\nMakan ikan bakar hujan-hujan macam ini sedap bukan? Menu ini kesukaan anak-anak masa bulan puasa. Kalau boleh hari-hari merak ingin makan ikan bakar macam ini. Resepi dikongsikan oleh Zila Zainudin di laman Facebook.\n\nSelain resepi ikan bakar di atas, kami juga menulis resepi lain yang menarik dan senang dicubakan. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepinya."
"Mohon ampun dan maaf kerana saya tidak sempat untuk menjawab pertanyaan yang masu menderu bertanya tentang bagaimana mendidik anak menghafaz Al-Quran.\n\nSemoga penulisan 10 petua mendidik anak menghafaz Al-Quran ini menjawab segalanya.\n\nPanduan praktikal melatih anak menghafal Al-Quran [DianPelangi]\n\n#1 Membiar si dia mendengar ayat Al Quran sejak kecil lagi\n\nSaya mula mendidik anak membaca Al-Quran sewaktu dalam kandungan lagi. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Semasa mengandung Muadz, saya mengalami alahan teruk.\n\nSaya terpaksa membaca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.\n\nSelepas anak lahir dan usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab semasa itu saya di Madinah, tidak menjumpai flashcard yang bersesuaian. Saya guna manilakad sahaja sebagai pengganti.\n\nSaya menulisnya besar-besar dan membaca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Tetapi dia buat tidak tahu sahaja semasa itu. Siap ronyokkan lagi kertas.\n\nPasangkan dia video Alif Ba Takepadanya. Terkekek-kekek Muadz ketawa melihat video tu.\n\n#4 Memasang kaset di dala kereta\n\nSaya juga pasangkan kaset Al-Quran di dalam kereta. Tidak kiralah pergi ke mana-mana.\n\nSetelah balik Malaysia, selepas suami bercerita tentang cara Syeikh Mesir mendidik anak hafaz Al-Quran, kami terus membuat keputusan.\n\nMulai hari itu kami mula pasangkan surah Al-Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja! Masuk kereta sahaja terus pasang, hatta walaupun pergi ke edai berdekatan dengan rumah.\n\nSaya perhatikan anak-anak saya sangat mudah untuk tidur di dalam kereta. Sampai orang pelik bagaimana mereka boleh menjadi begitu sopan di dalam kereta, sebab keluar sahaja dari kereta mereka terus tidak duduk diam.\n\nYa, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.\n\nSelain mendenar di dalam kereta, abah Muadz juga rajin membacakan surah Al-Quran pada anak-anak sebelum tidur.\n\nDia peluk anak-anak kiri dan kanan dan kemudiannya membaca Al-Quran kepada mereka. Tidak sampai sejam pun kadang-kadang anak sudah tertidur.\n\n#8 Jangan terkejut dengan kemampuan kanak-kanak\n\nKami bacakan Surah Asy-Syams sehingga umur Muadz 2 tahun lebih ( kalau tidak silap saya). Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut!\n\nMengalir air mata saya, Maha hebatnya Allah s.w.t! Padahal kami masih belum memberi usaha yang semaksima lagi tetapi Muadz sudah boleh mengingati Surah Asy-Syams.\n\nKami cuba menguji dengan surah yang lain pula. Kami suami isteri bacakanya di dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi kami terkejut. Dia sudah menghafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!\n\nDisebabkan tabiat apabila masuk sahaja kereta dipasangkan Al-Quran, maka si Muadz ini pun setiap kali masuk kereta tiada ayat lain dijeritkan melainkan.\u201dNak Qoran!! ( Nak Al-Quran)\u201d Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.\n\nInsyaAllah yakinlah wahai ibu ayah bahawa kita semua boleh. Anak kita semua sangat genius, insan-insan yang masih terpelihara daripada dosa.\n\nSelain itu, pujilah anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. Semoga berjaya!\n\nTiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah s.w.t."
"Orang perak, tidaklah lengkap juadah raya kalau tidak menghidangkan rendang tok. Rendang ini tersangat popular sehingganya mestilah dihidangkan di semua rumah.\n\nWalaupun memerlukan kesabaran yang tinggi dalam memasak rendang tok. Namun, hidangan ini sentiasa jadi favorit ramai. Selain dihidangkan pada hari raya, rendang ini juga banyak dihidang dalam majlis-majlis keramaian lainnya.\n\nBanyak variasi resepi rendang tok. Namun antara resepi sedap yang menggamit selera, ialah resepi daripada\u00a0\u200eJamal Dan Asmahan\u00a0di laman Facebook. Gerenti sedap kerana ia merupakan antara resepi perkongsian ramai di Facebook.\n\nRendang tok rasanya agak manis dibandingkan dengan rendang lain. Sesuai dimakan bersama lemang, ketupat, nasi minyak, nasi tomato, nasi briyani dan lain-lain.\n\nTunggu apa lagi, jom cubakan resepinya. Hidangkan kepada tetamu, rakan dan kerabat. Sekali makan mesti ingin makan lagi. Selamat merendang semua.\n\nNota : Untuk mempercepatkan proses memasak rending, rebus dahulu daging sehingga lembut dan air rebusan boleh dicampur semula dalam rendang nanti.\n\nSelain resepi rendang tok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mari kenali Salahuddin al-Ayyubi serta sumbangannya besarnya kepada Islam.\n\nNama Salahuddin al-Ayyubi yang sebenar ialah Yusuf bin Najmuddin Ayyub. Beliau dilahirkan pada tahun 543H bersamaan 1138M di kota Tarkit (Iraq), \u00a0Baghdad. Salahuddin al-Ayyubi berketurunan Kurdish. Ibunya bernama Monsun manakala ayahnya Najmuddin Ayub bin Shadhi yang merupakan seorang gabenor.\n\nSalahuddin al-Ayyubi juga mempunyai susur galur kepahlawanan yang terbilang. Bapa saudaranya, Asadudin merupakan panglima perang kepada Sultan Nur ad-Din. Bahkan bapanya juga merupakan anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, keturunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.\n\nSejak kecil lagi Salahuddin al-Ayyubi telah terdedah dengan ilmu kepahlawanan dan kepimpinan, serta diajar dengan pelbagai ilmu peperangan, seperti seni mempertahankan diri,\u00a0 memanah, menunggang kuda dan sebagainya.\n\nDi samping itu, beliau juga mendalami ilmu keagamaan seperti tafsir al-Quran, akidah, fikah, syariah ilmu hadis berserta sanad berserta perawinya. Beliau juga banyak menghafal syair-syair Arab.\n\nSalahuddin al-Ayyubi mendapat pendidikan di\u00a0Damsyik\u00a0selama 10 tahun dan selama itulah beliau tinggal di kawasan istana milik Sultan\u00a0Nur ad-Din.\n\nMenginjak dewasa, Salahuddin al-Ayyubi menyertai tentera berkuda Sultan Nur ad-Din. Beliau banyak mempelajari ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya. Sehingga sekitar tahun 1160M, beliau diperintahkan untuk menyertai misi ketenteraan ke Mesir.\n\nSalahuddin al-Ayyubi diberi tanggungjawab oleh bapa saudaranya untuk menjatuhkan kerajaan Fatimiyah di Mesir yang berfahaman Syiah. Dengan kekuatan semangat dan tanggungjawab menegakkan agama, beliau bersama para tenteranya berjaya menumbangkan Fatimiyah dan mengembalikan Islam yang sebenar di kota itu.\n\nDi Mesir barulah Salahuddin al-Ayyubi tahu bahawa, berlaku banyak konflik seperti perebutan kuasa para gabenor serta permasalahan dalam pentadbiran, namun beliau tidak boleh bertindak sewenangnya. Ini lantaran beliau merupakan ketua tentera dari Syria yang tidak berkuasa ke atas para tentera di Mesir yang ketika itu dimpimpin oleh Khalifah al-Adid.\n\nApabila khalifah meninggal dunia pada tahun\u00a0 1171, Salahuddin al-Ayyubi mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah al-Mustadi\u00a0(Khalifah\u00a0Abbasiyyah\u00a0di\u00a0Baghdad) semasa solat Jumaat.\n\nSelepas kemangkatan khalifah, Salahuddin al-Ayyubi dilantik menjadi pemerintah yang juga \u00a0wakil Sultan Nur ad-Din di Mesir. Banyak perubahan dilakukan dalam pentadbiran, ekonomi, termasuk menyusun semula angkatan tentera, di samping menuruti nasihat ayahnya supaya tidak berkonflik dengan Sultan Nur ad-Din.\n\nSehinggalah sultan itu mangkat pada tahun\u00a01174, barulah beliau memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Salahuddin al-Ayyubi kemudiannya menjadi\u00a0Sultan\u00a0Mesir lalu mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan\u00a0Seljuk\u00a0dan mengasaskan\u00a0kerajaan Ayubbiyyah.\n\nPada awalnya Salahuddin al-Ayyubi melancarkan misi ketenteraan \u00a0terhadap beberapa kerajaan kecil sebelum menentang tentera Salib dan mengembalikan kota suci Baitul Maqdis kepada umat Islam. Beliau sedaya upaya mempertahankan Mesir daripada diserang oleh pasukan Salib di bawah pimpinan\u00a0Almaric I.\n\nBanyak sikap baik dan mulia yang dimilik oleh Salahuddin al-Ayyubi. Beliau bukan sahaja seorang muslim yang taat, tetapi seorang tentera dan pahlawan sejati yang melengkapkan dirinya sebagai seorang pemimpin dan pemerintah yang jarang-jarang ditemui. Selain itu, Salahuddin al-Ayyubi juga seorang yang;\n\nWalaupun beliau dibesarkan dalam keturunan yang terhormat dan ternama, beliau tidak pernah bangga diri dan bersikap sombong. \u00a0Membesar sebagai anak gabenor dan tinggal di kawasan istana, beliau tidak pernah menunjukan keistimewaan tersebut dengan memperkecilkan orang lain. Hal ini berikutan pendidikan agama yang diterimanya lebih awal sejak kecil lagi.\n\nMemiliki Cita-cita dan Matlamat Yang Jelas\n\nSelain menentang musuh Islam serta menegakkan kebenaran Islam, cita-cita Salahuddin al-Ayyubi adalah untuk menawan semula Baitul Maqdis daripada tangan pasukan Salib yang mengusai wilayah itu. Lalu beliau bertekad dan bersiap sedia serta merancang strategi peperangan, selain \u00a0menguatkan fizikal para tenteranya.\n\nBeliau menyatupadukan semua penduduk Islam terlebih dahulu, selain mensyaratkan semua tenteranya mendirikan solat lima waktu.\n\nDicatatkan, Salahuddin al-Ayyubi seorang pemimpin yang akan memberi masa kepada orang ramai pada hari Isnin dan Selasa setiap minggu. Iaitu, beliau sendiri yang \u00a0akan membacakan aduan yang diterima, serta penyelesaiannya, lalu diucapkanya dan dicatat \u00a0oleh jurutulisnya dan terus ditandatanganinya. Beliau tidak membenarkan pengadu tersebut meninggalkannya selagi beliau tidak menyelesaikan masalah orang itu.\n\nSalahuddin al-Ayyubi sangat menjaga akhlaknya walau dengan pihak musuh sekalipun, beliau tidak mencederakan atau melakukan kekerasan terhadap\u00a0 orang-orang Kristian yang menyerah kalah.\n\nBeliau juga mengarahkan pasukannya untuk menghormati peraturan perang serta menjaga adab walaupun dalam situasi peperangan. Bahkan ada suatu waktu, ketika seorang pemimpin pasukan Kristian sakit, beliau mengirimkan buah dan ucapan selamat melalui wakilnya. Beliau tetap melakukan kebaikan walaupun terhadap musuh atau golongan yang bukan Islam.\n\nSalahuddin al-Ayyubi juga sering menyerahkan semua wang atau harta yang dimilikinya kepada orang lain tanpa mengira apa-apa pulangan. Sewaktu pasukannya berjaya menawan bandar \u2018Amad. Lalu seorang tentera menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati, Salahuddin al-Ayyubi menyerahkan kota itu kepadanya. Beliau juga sanggup menjualkan harta miliknya hanya untuk membeli hadiah kepada orang lain tanpa berkira-kira.\n\nSelepas kematian Khalifah Adid semua harta tinggalannya langsung tidak diambil oleh Salahuddin al-Ayyubi. Termasuklah harta-harta rampasan perang yang langsung tidak disentuhnya, tetapi diagihkan kepada semua tenteranya. \u00a0Bahkan sepanjang hidupnya, beliau tidak pernah menyimpan atau mengumpul apa-apa harta.\n\nSumbangan Salahuddin al-Ayyubi yang Tak Ternilai\n\nJasa dan sumbangan Salahuddin al-Ayyubi dalam perkembangan Islam khasnya memang tidak dapat dinafikan lagi, terlalu banyak. Terutamanya dalam peperangan menentang musuh Islam. Antara sumbangan jasa yang Salahuddin al-Ayyubi yang terbesar dalam peperangan adalah;\n\nDalam satu siri peperangan sengit antara pasukan Salahuddin al-Ayyubi menentang pasukan Salib di Tiberias, iaitu \u00a0berhampiran kaki Bukit Hittin tentera Salib berjaya dikalahkan pada 24 Rabiulakhir 583H.\n\nBahkan Raja Kristian yang memerintah Palestin dan adiknya Reginald dari Chatillo dapat ditawan, termasuklah para pembesarnya dan beberapa pemimpin tentera Salib berjaya ditangkap.\n\nPasukan Salib menjadi lumpuh lantaran kalah teruk dengan tentera Islam.\u00a0 Diriwayatkan setiap tentera Islam membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawan dan diikat dengan tali khemah.\n\nMayat-mayat tentera Salib berkelimpangan dan bertimbun seperti batu-batu yang memutih. Dianggarkan lebih 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini.\n\nKemenangan Perang Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin al-Ayyubi dan pasukan Islam untuk menawan kota suci Baitul Muqaddis. Beliau sangat bercita-cita tinggi dan berimpian untuk menawan Baitul Muqaddis demi Islam tak tidak rela kota itu dimiliki oleh orang bukan Islam.\n\nSelepas berhempas pula penuh semangat, mengorbankan \u00a0nyawa melawan pasukan Salib, Salahuddin al-Ayyubi bersama tentera Islam akhirnya berjaya menawan kota itu pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H.\n\nSelepas 90 tahun,\u00a0 laungan \u2018Allahu Akhbar\u2019 berkumandang, solat Jumaat didirikan semula di\u00a0 Baitul Muqaddis dan lambang salib telah diturunkan. Peristiwa itu menjadi satu kemenangan besar yang begitu bermakna bagi seluruh umat Islam, dan diraikan oleh para ulama seluruh dunia sehinggalah seluruh umat Islam berkumpul untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu.\n\nPerang Salib Pertama merupakan detik kejatuhan Baitul Maqdis kepada tentera Salib iaitu pada \u00a0tahun 1099 (490H), manakala Perang Salib Kedua telah dimenangi oleh Salahuddin al-Ayyubi dan pasukan Islam dalam Perang Hittin pada tahun 1187M (583H) yang kemudiannya berjaya menawan semula Baitul Maqdis.\n\nSeluruh penganut Kristian amnya tidak dapat menerima kekalahan itu, lalu pelbagai bantuan ketenteraan dari negara-negara di Eropah ditawarkan untuk mendapatkan semula Baitul Maqdis.\n\nHampir semua raja, pemerintah dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa iaitu raja Jerman, Philips Augustus yang juga maharaja Perancis, Leopold dari Austria, Richard The Lion iaitu pemerintah England, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersepakat dan bersatu untuk menyerang balas demi mendapatkan semula kota suci itu.\n\nSalahuddin al-Ayyubi bersama-sama saudara-maranya, para pembesar dan pasukan Islam tetap teguh dan langsung tidak berundur melawan pasukan Salib sehinggga serangan dari pasukan Kristian yang berjumlah besar itu berjaya dipatahkan.\n\nPeperangan itu berlanjutan selama 5 tahun sehinggakan kedua-dua belah pihak menjadi lesu dan semakin kurang semangat, namun demi memiliki semula kota Baitul Maqdis pasukan Islam tidak sesekali undur dengan pimpinan Salahuddin al-Ayyubi. Sehingga akhirnya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramla pada September 1192M atau 588H.\n\nPerjanjian tersebut mengakui Salahuddin al-Ayyubi sebagai penguasa Palestin seluruhnya, kecuali bandar Acra yang diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Dengan itu berakhirlah Perang Salib ketiga dan kota suci Islam kekal di bawah naungan umatnya.\n\nSalahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada pagi Rabu, \u00a0sebelum subuh pada 27 Safar tahun 589H. Ketika itu usianya 57 tahun. Diriwayatkan, ketika meninggal dunia, beliau tidak meninggalkan apa-apa harta kecuali satu dinar dan 47 dirham sahaja selain tidak juga mempunyai rumah, mahupun tanah atau apa-apa harta. Bahkan semua barangan tinggalannya juga tidak cukup untuk membiayai kos pengebumiannya dan keluarganya terpaksa berhutang.\n\nIni membuktikan beliau seorang pemimpin yang mengorbankan segala hartanya demi negara dan kepada sesiapa yang memerlukan. Beliau lebih mementingkan orang lain daripada mengumpulkan kekayaan demi dirinya sendiri. Apatah lagi bertindak tidak amanah dengan harta negara.\n\nPenutup: Salahuddin al-Ayyubi pahlawan Islam sejati yang mengembalikan kota al-Quds kepada umat Islam.\n\nSalahuddin al-Ayyubi telah membuktikan bahawa pemimpin yang baik adalah yang berpegang teguh kepada agama, serta berperibadi soleh untuk dijadikan contoh kepada golongan bawahannya. Bahkan ianya juga akan dihormati dan dipandang tinggi oleh orang yang bukan beragama Islam.\n\nSalahuddin al-Ayyubi boleh diumpamakan sebagai sebutir bintang yang pernah dilahirkan dalam dunia sejarah Islam. Beliau bukanlah calang-calang pemimpin tetapi seorang tokoh yang telah membebaskan kota suci al-Quds dengan nyawa dan darahnya menjadi gadaian, jasa dan baktinya sememangnya tidak terbayar. Semoga roh beliau sentiasa dirahmati-Nya dan ditempatkan dalam golongan yang Allah kasihi, amiin.\n\nJemput juga membaca artikel-artikel kami yang menarik seperti, Mengenali Umar al-Khattab dan Sumbangannya kepada Islam, Biodata Ibnu Sina yang Boleh Kita Pelajari\u00a0dan Muhammad Al-Fatih, Siapa Dia Sebenarnya? Didik Anak Kita Sepertinya."
"Dalam ayat Al-Quran tentang ujian, Allah menjelaskan bahawa setiap ujian dan dugaaan yang diberikan adalah untuk menilai sejuah mana tahap keimanan manusia ketika bergelut dalam kehidupan.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan himpunan ayat Al-Quran tentang ujian yang boleh anda jadikan panduan dan iktibar bersama.\n\n\u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u062a\u064e\u0646\u0635\u064f\u0631\u064f\u0648\u0647\u064f \u0641\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0625\u0650\u0630\u0652 \u0623\u064e\u062e\u0652\u0631\u064e\u062c\u064e\u0647\u064f \u0671\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627\u06df \u062b\u064e\u0627\u0646\u0650\u0649\u064e \u0671\u062b\u0652\u0646\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0625\u0650\u0630\u0652 \u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0671\u0644\u0652\u063a\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0625\u0650\u0630\u0652 \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0644\u0650\u0635\u064e\u0670\u062d\u0650\u0628\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0646\u0652 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0645\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e\u0627 \u06d6 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0646\u0632\u064e\u0644\u064e \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0633\u064e\u0643\u0650\u064a\u0646\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f\u06e5 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u062f\u064e\u0647\u064f\u06e5 \u0628\u0650\u062c\u064f\u0646\u064f\u0648\u062f\u064d \u0644\u064e\u0651\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0631\u064e\u0648\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0643\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0629\u064e \u0671\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627\u06df \u0671\u0644\u0633\u064f\u0651\u0641\u0652\u0644\u064e\u0649\u0670 \u06d7 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0629\u064f \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0647\u0650\u0649\u064e \u0671\u0644\u0652\u0639\u064f\u0644\u0652\u064a\u064e\u0627 \u06d7 \u0648\u064e\u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0632\u0650\u064a\u0632\u064c \u062d\u064e\u0643\u0650\u064a\u0645\u064c\n\n2. Surah Al-Baqarah, ayat 155 \u2013 156\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0646\u064e\u0628\u0652\u0644\u064f\u0648\u064e\u0646\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0648\u0652\u0641\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u064f\u0648\u0639\u0650 \u0648\u064e\u0646\u064e\u0642\u0652\u0635\u064d \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062b\u064e\u0651\u0645\u064e\u0631\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0634\u0650\u0651\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0628\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e (\u0661\u0665\u0665) \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0635\u064e\u0627\u0628\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064f\u0635\u0650\u064a\u0628\u064e\u0629\u064c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0627\u062c\u0650\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e (\u0661\u0665\u0666) (\u0627\u0644\u0628\u0642\u0631\u0629: \u0661\u0665\u0665-\u0661\u0665\u0666)\u00a0 \u00a0\n\n\u064a\u064e\u0670\u0628\u064e\u0646\u0650\u0649\u064e\u0651 \u0671\u0630\u0652\u0647\u064e\u0628\u064f\u0648\u0627\u06df \u0641\u064e\u062a\u064e\u062d\u064e\u0633\u064e\u0651\u0633\u064f\u0648\u0627\u06df \u0645\u0650\u0646 \u064a\u064f\u0648\u0633\u064f\u0641\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u062e\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0627\u06df\u064a\u0652\u0640\u064e\u0654\u0633\u064f\u0648\u0627\u06df \u0645\u0650\u0646 \u0631\u064e\u0651\u0648\u0652\u062d\u0650 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u06d6 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f\u06e5 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0627\u06df\u064a\u0652\u0640\u064e\u0654\u0633\u064f \u0645\u0650\u0646 \u0631\u064e\u0651\u0648\u0652\u062d\u0650 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0671\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u0671\u0644\u0652\u0643\u064e\u0670\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u064a\u064f\u0624\u0652\u062a\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0645\u064e\u0622 \u0627\u0670\u062a\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0651\u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u062c\u0650\u0644\u064e\u0629\u064c \u0627\u064e\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0627\u0650\u0644\u0670\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0631\u0670\u062c\u0650\u0639\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u06d9\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0647\u0650\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0627\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0648\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064f\u0651\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\n\n\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0643\u064e\u0644\u0650\u0651\u0641\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064b\u0627 \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064f\u0633\u0652\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627 \u06d7 \u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0633\u064e\u0628\u064e\u062a\u0652 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0627\u0643\u0652\u062a\u064e\u0633\u064e\u0628\u064e\u062a\u0652 \u06d7 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0624\u064e\u0627\u062e\u0650\u0630\u0652\u0646\u064e\u0622 \u0627\u0650\u0646\u0652 \u0646\u064e\u0651\u0633\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u0622 \u0627\u064e\u0648\u0652 \u0627\u064e\u062e\u0652\u0637\u064e\u0623\u0652\u0646\u064e\u0627 \u06da \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0645\u0650\u0644\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0622 \u0627\u0650\u0635\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0645\u064e\u0644\u0652\u062a\u064e\u0647\u0657 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u0646\u064e\u0627 \u06da \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u062d\u064e\u0645\u0650\u0651\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u0637\u064e\u0627\u0642\u064e\u0629\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0647\u0656\u06da \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0641\u064f \u0639\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627\u06d7 \u0648\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627\u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u06d7 \u0627\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u0670\u0649\u0646\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0627\u0646\u0652\u0635\u064f\u0631\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0643\u0670\u0641\u0650\u0631\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u08d6\n\n\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064d \u0630\u064e\u0627\u06e4\u0649\u0650\u0655\u0642\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650\u06d7 \u0648\u064e\u0646\u064e\u0628\u0652\u0644\u064f\u0648\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0631\u0650\u0651 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0641\u0650\u062a\u0652\u0646\u064e\u0629\u064b \u06d7\u0648\u064e\u0627\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0631\u0652\u062c\u064e\u0639\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n9. Surah An-Nahl, ayat 110 \u2013 111\n\n\u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0643\u064e \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0647\u064e\u0627\u062c\u064e\u0631\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u06e2 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0641\u064f\u062a\u0650\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062c\u064e\u0627\u0647\u064e\u062f\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0635\u064e\u0628\u064e\u0631\u064f\u0648\u0652\u0627\u06da \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u06e2 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0644\u064e\u063a\u064e\u0641\u064f\u0648\u0652\u0631\u064c \u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0652\u0645\u064c \u08d6\n\n\u06de \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a\u0652 \u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064d \u062a\u064f\u062c\u064e\u0627\u062f\u0650\u0644\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0646\u064e\u0651\u0641\u0652\u0633\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064f\u0648\u064e\u0641\u0651\u0670\u0649 \u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064d \u0645\u064e\u0651\u0627 \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064e\u062a\u0652 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0638\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n\u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0632\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u0629\u064b \u0644\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0644\u0650\u0646\u064e\u0628\u0652\u0644\u064f\u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0627\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0627\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064f \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064b\u0627\n\n\u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0652\u0653\u0627 \u0627\u064e\u0646\u064e\u0651\u0645\u064e\u0622 \u0627\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0627\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0627\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u062a\u0652\u0646\u064e\u0629\u064c \u06d9\u0648\u064e\u0651\u0627\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064e \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e\u0647\u0657\u0653 \u0627\u064e\u062c\u0652\u0631\u064c \u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0652\u0645\u064c \u08d6\n\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u0622 \u0627\u064e\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0622 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0644\u064e\u064a\u064e\u0623\u0652\u0643\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0627\u0644\u0637\u064e\u0651\u0639\u064e\u0627\u0645\u064e \u0648\u064e\u064a\u064e\u0645\u0652\u0634\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u0633\u0652\u0648\u064e\u0627\u0642\u0650\u06d7 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0644\u0650\u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064d \u0641\u0650\u062a\u0652\u0646\u064e\u0629\u064b \u06d7 \u0627\u064e\u062a\u064e\u0635\u0652\u0628\u0650\u0631\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u06da \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0628\u064f\u0651\u0643\u064e \u0628\u064e\u0635\u0650\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u08d6\u00a0\n\n\u0648\u064e\u0627\u0670\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0670\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0627\u0670\u064a\u0670\u062a\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0628\u064e\u0644\u0670\u06e4\u0640\u0624\u064c\u0627 \u0645\u064f\u0651\u0628\u0650\u064a\u0652\u0646\u064c\n\n\u0627\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0631\u064e\u0648\u0652\u0646\u064e \u0627\u064e\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064f\u0641\u0652\u062a\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0627\u0645\u064d \u0645\u064e\u0651\u0631\u064e\u0651\u0629\u064b \u0627\u064e\u0648\u0652 \u0645\u064e\u0631\u064e\u0651\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062a\u064f\u0648\u0652\u0628\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0630\u064e\u0651\u0643\u064e\u0651\u0631\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n\u0643\u064f\u062a\u0650\u0628\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u064f \u0671\u0644\u0652\u0642\u0650\u062a\u064e\u0627\u0644\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0643\u064f\u0631\u0652\u0647\u064c \u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d6 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0633\u064e\u0649\u0670\u0653 \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064e\u0643\u0652\u0631\u064e\u0647\u064f\u0648\u0627\u06df \u0634\u064e\u064a\u0652\u0640\u064b\u0654\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d6 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0633\u064e\u0649\u0670\u0653 \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651\u0648\u0627\u06df \u0634\u064e\u064a\u0652\u0640\u064b\u0654\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0634\u064e\u0631\u064c\u0651 \u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d7 \u0648\u064e\u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0643\u064e\u0644\u0650\u0651\u0641\u064f \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064b\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064f\u0633\u0652\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627 \u06da \u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0633\u064e\u0628\u064e\u062a\u0652 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0671\u0643\u0652\u062a\u064e\u0633\u064e\u0628\u064e\u062a\u0652 \u06d7 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0624\u064e\u0627\u062e\u0650\u0630\u0652\u0646\u064e\u0622 \u0625\u0650\u0646 \u0646\u064e\u0651\u0633\u0650\u064a\u0646\u064e\u0622 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0623\u064e\u062e\u0652\u0637\u064e\u0623\u0652\u0646\u064e\u0627 \u06da \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0645\u0650\u0644\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0622 \u0625\u0650\u0635\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0645\u064e\u0644\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f\u06e5 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u0646\u064e\u0627 \u06da \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u062d\u064e\u0645\u0650\u0651\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u0637\u064e\u0627\u0642\u064e\u0629\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u06d6 \u0648\u064e\u0671\u0639\u0652\u0641\u064f \u0639\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064e\u0671\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0671\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u064e\u0622 \u06da \u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u0645\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0649\u0670\u0646\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0671\u0646\u0635\u064f\u0631\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0671\u0644\u0652\u0643\u064e\u0670\u0641\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e\n\n\u0644\u064e\u0647\u064f\u06e5 \u0645\u064f\u0639\u064e\u0642\u0650\u0651\u0628\u064e\u0670\u062a\u064c \u0645\u0650\u0651\u0646\u06e2 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u064a\u064e\u062f\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0641\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u064a\u064e\u062d\u0652\u0641\u064e\u0638\u064f\u0648\u0646\u064e\u0647\u064f\u06e5 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u06d7 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u063a\u064e\u064a\u0650\u0651\u0631\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649\u0670 \u064a\u064f\u063a\u064e\u064a\u0650\u0651\u0631\u064f\u0648\u0627\u06df \u0645\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0623\u064e\u0646\u0641\u064f\u0633\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u06d7 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0622 \u0623\u064e\u0631\u064e\u0627\u062f\u064e \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0628\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0633\u064f\u0648\u0653\u0621\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0631\u064e\u062f\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0647\u064f\u06e5 \u06da \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0646 \u062f\u064f\u0648\u0646\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u0645\u0650\u0646 \u0648\u064e\u0627\u0644\u064d\n\n\u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0645\u064e\u0639\u064e \u0671\u0644\u0652\u0639\u064f\u0633\u0652\u0631\u0650 \u064a\u064f\u0633\u0652\u0631\u064b\u0627. \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0645\u064e\u0639\u064e \u0671\u0644\u0652\u0639\u064f\u0633\u0652\u0631\u0650 \u064a\u064f\u0633\u0652\u0631\u064b\u0627\n\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646 \u064a\u064e\u062a\u064e\u0651\u0642\u0650 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u064a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644 \u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u06e5 \u0645\u064e\u062e\u0652\u0631\u064e\u062c\u064b\u0627. \u0648\u064e\u064a\u064e\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062d\u064e\u064a\u0652\u062b\u064f \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062d\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0628\u064f \u06da \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646 \u064a\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0643\u064e\u0651\u0644\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u062d\u064e\u0633\u0652\u0628\u064f\u0647\u064f\u06e5\u0653 \u06da \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0628\u064e\u0670\u0644\u0650\u063a\u064f \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u06da \u0642\u064e\u062f\u0652 \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0644\u0650\u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u064b\u0627\n\n\u0641\u064e\u0625\u0650\u0646 \u062a\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u0651\u0648\u0652\u0627\u06df \u0641\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652 \u062d\u064e\u0633\u0652\u0628\u0650\u0649\u064e \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0644\u064e\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0670\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0647\u064f\u0648\u064e \u06d6 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0648\u064e\u0643\u064e\u0651\u0644\u0652\u062a\u064f \u06d6 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0631\u064e\u0628\u064f\u0651 \u0671\u0644\u0652\u0639\u064e\u0631\u0652\u0634\u0650 \u0671\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650\n\n\u0623\u064e\u0645\u0652 \u062d\u064e\u0633\u0650\u0628\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u062f\u0652\u062e\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u062b\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u062e\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u060c \u0645\u064e\u0633\u064e\u0651\u062a\u0652\u0647\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0623\u0652\u0633\u064e\u0622\u0621\u064f\u0648\u064e\u0627\u0644\u0636\u064e\u0651\u0631\u064e\u0651\u0622\u0621\u064f \u0648\u064e\u0632\u064f\u0644\u0652\u0632\u0650\u0644\u064f\u0648\u0652\u0627 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0633\u064f\u0648\u0652\u0644\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0645\u064e\u0639\u064e\u0647\u064f \u0645\u064e\u062a\u064e\u0649 \u0646\u064e\u0635\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u0650 \u061b \u0623\u064e\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0646\u064e\u0635\u0652\u0640\u0640\u0631\u064e\u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u0650 \u0642\u064e\u0631\u0650\u064a\u0652\u0628\u064c \n\n\u0623\u064e\u062d\u064e\u0633\u0650\u0628\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u062a\u0652\u0631\u064e\u0643\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0652\u0644\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0622\u0645\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0644\u0627\u064e \u064a\u064f\u0641\u0652\u062a\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e . \u0648\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0641\u064e\u062a\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652\u060c \u0641\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0630\u0650\u0628\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u00a0\n\n\u0628\u064e\u0644\u0670\u0649 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0633\u0652\u0644\u064e\u0645\u064e \u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u064e\u0647\u0657 \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u064f\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u064c \u0641\u064e\u0644\u064e\u0647\u0657\u06e4 \u0627\u064e\u062c\u0652\u0631\u064f\u0647\u0657 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0647\u0656\u2005\u06d6\u2005\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062e\u064e\u0648\u0652\u0641\u064c \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\n\n\u0627\u06e4 \u0627\u064e\u0635\u064e\u0627 \u0628\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0651\u0635\u0650\u064a\u0652\u0628\u064e\u0629\u064d \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0650 \u0630\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650\u2005\u06d7\u2005\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0651\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0628\u0650\u06e2\u0627 \u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650 \u0642\u064e\u0644\u0652\u0628\u064e\u0647\u0657\u2005\u06d7\u2005\u0648\u064e\u0627 \u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0628\u0650\u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0645\u064c\n\n\u0627\u064e\u0645\u064e\u0651\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0651\u062c\u0650\u064a\u0652\u0628\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0636\u0652\u0637\u064e\u0631\u064e\u0651 \u0627\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062f\u064e\u0639\u064e\u0627\u0647\u064f \u0648\u064e\u064a\u064e\u0643\u0652\u0634\u0650\u0641\u064f \u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u0648\u0652\u0653\u0621\u064e \u0648\u064e\u064a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062e\u064f\u0644\u064e\u0641\u064e\u0622\u0621\u064e \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e \u0631\u0652\u0636\u0650\u2005\u06d7\u2005\u0621\u064e\u0627\u0650\u0644\u0670\u0640\u0647\u064c \u0645\u064e\u0651\u0639\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650\u2005\u06d7\u2005\u0642\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0644\u064b\u0627 \u0645\u064e\u0651\u0627 \u062a\u064e\u0630\u064e\u0643\u064e\u0651\u0631\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u2005\n\nBersyukur ketika diuji, bersabar dalam menghadapi\n\nUjian adalah sesuatu yang tidak mungkin kita hindarkan sepanjang perjalanan hidup ini. Justeru itu berdamai dengan takdir ujian yang diberikan Allah ini adalah lebih baik dari terus meratap dan mengeluh dengan apa yang berlaku.\n\nKunci utamanya adalah sabar dalam menghadapi ujian. Dalam hal ini, bersabar memungkinkan kita untuk tetap tenang, menjaga kestabilan emosi, dan menghadapi situasi dengan berlapang dada. \n\nDengan bersabar, kita dapat mencari solusi yang lebih baik, belajar dari pengalaman, dan terus maju menuju tujuan kita.\n\nSelain dari panduan ayat Al Quran tentang ujian ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan musibah seperti:"
"Nabi Muhammad saw adalah seorang nabi ikutan yang tidak ada tolak bandingnya. Baginda adalah insan yang amat sempurna untuk dijadikan ikutan. Keperibadian Baginda sangat elok dan tidak mustahillah mengapa Allah SWT amat menyayangi Baginda sehingga diberi syafaat yang sangat tinggi.\n\nBertuah para sahabat yang dapat duduk secara berdepan sehingga dapat bersama-sama Baginda memperjuangkan Islam. Bertuah juga para wanita solehah yang dapat menjadi isteri Baginda semasa hayatnya. \n\nSiapa Sebenarnya Isteri Nabi Muhammad SAW?\n\nBagi anda yang masih belum tahu sepenuhnya siapakah wanita yang telah duduk bangun memperjuangkan Islam bersama Baginda, di sini akan dikongsikan serba sedikit info mengenali para isteri Baginda yang wajib untuk kita ketahui.\n\nIsteri-isteri Nabi Muhammad SAW ialah wanita-wanita mulia yang telah berkahwin dengan Nabi Muhammad. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai \u201cUmmahatul Mukminin\u201d yang bermaksud \u201cIbu-ibu kepada orang-orang beriman\u201d. Gelaran ini datang dari firman Allah di dalam al-Quran:\n\n\u201cNabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka.\u201d \u2014 Surah Al-Ahzab, petikan ayat ke-6\n\nInilah Nama Para Isteri Nabi Muhammad SAW Yang Terpuji\n\n1 \u2013 Siti Khadijah binti Khuwailid Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.\n\n2 \u2013 Saudah binti Zam\u2019ahWanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.\n\n3 \u2013 Aisyah binti Abu BakarSatu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.\n\n4 \u2013 Hafsah binti Umar Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.\n\n5 \u2013 Zainab binti Khuzaimah Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.\n\n6 \u2013 Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.\n\n7 \u2013 Zainab binti JahsySeorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.\n\n8 \u2013 Juwairiyah binti Al-HarithTawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.\n\n9 \u2013 Safiyyah binti HuyaiPembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.\n\n10 \u2013 Ummu Habibah Ramlah binti Abu SufiyanBerusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.\n\n11 \u2013 Maimunah binti Al-HarithBerusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.\n\n12 \u2013 Mariah binti Syam\u2019unHadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.\n\nNabi Berkahwin Untuk Melindungi Bukan Kerana Nafsu \n\nDi zaman yang sudah semakin berakhir ini, ada segelintir individu menganggap Baginda Nabi Muhammad SAW berkahwin ramai hanya demi nafsu namun hakikatnya dakwaan itu sama sekali salah. Lihat sendiri siapakah yang isteri nikahi. Rata-rata dari isteri Baginda adalah yang berstatus janda dengan jumlah anak yang ramai. Ada yang merupakan balu kepada para sahabat yang telah gugur syahid. \n\nAda juga di antara pernikahan Rasulullah yang disebabkan oleh aspek politik. Pernikahan tersebut dilakukan demi untuk untuk menghindari permusuhan atau membebaskan tahanan. \n\nDi antaranya, pernikahan beliau dengan Juwairiyah binti al-Harits, pemuka Bani Mushthaliq dari Khaza\u2019ah, yang ditahan umat Islam. Sementara pernikahan beliau dengan Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan memiliki pengaruh besar terhadap islamisasi dan mengikis perlawanan Abu Sufyan terhadap Islam. Ini boleh memberitahu yang Baginda berkahwin bukan demi kerana nafsu sebaliknya untuk menjadi pelindung."
"Kalau kita perhatikan, Lombok semakin mendapat tempat dihati pelancong dari Malaysia. Apa yang bestnya di Lombok? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 25 tempat menarik di Lombok yang pasti membuatkan anda terpesona.\n\nBagi pencinta warna pink, pasti teruja melihat keindahan Pink Beach ataupun Pantai Tangsi ini. Mana tidaknya, pasirnya cukup berbeza dari kawasan pantai yang lain disebabkan oleh terumbu karang dan pecahan cengkerang laut foraminifera yang berwarna kemerah-merahan yang terdapat di sini.\n\nPantai ini merupakan salah satu daripada 7 buah pantai yang berwarna pink di dunia. Amatlah rugi sekiranya anda melepaskan peluang untuk ke pantai ini sekiranya ke Lombok bukan?\n\nPantai yang dikelilingi oleh pokok kelapa ini merupakan tempat rekreasi yang menarik untuk dilawati bersama keluarga. Aktiviti popular di sini ialah snorkeling. Anda juga boleh merancang untuk bermain golf di padang golf yang terletak berdekatan dengan pantai.\n\nKeindahan lautan Hindi yang terbentang luas dapat dinikmati dari tebing karang yang berwarna keemasan di Lingkoq Datu, Pantai Penyisok ini. Apa yang menarik, sepanjang perjalanan ke sini, anda akan melalui\u00a0ladang jagung yang terhampar luas. Serius, cantik sangat pemandangannya.\n\nPulau yang kecil dan tidak berpenghuni ini adalah sebuah pulau yang hanya mempunyai beberapa batang pokok untuk dijadikan tempat berteduh. Untuk mengelilingi sekitar pulau ini hanyalah memakan masa sekitar 10 minit.\n\nWalaupun kecil, keindahan pulau ini tiada bandingnya, berpasir putih, berbatu karang unik dan kejernihan air yang memperlihatkan ikan-ikan berwarna-warni mengujakan sesiapa sahaja yang melawat pulau ini. Kalau anda pergi ke Lombok, jangan lupa untuk pergi ke sini.\n\nTebing tinggi semulajadi yang ada di sini pastinya memukau anda. Semuanya berlainan saiz dan bentuk. Jika anda sukakan fotografi, jangan lupa untuk membawa kamera bila ke sini.\n\nTerletak di persisiran pantai, di Pasar Seni Senggigi terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis cenderamata yang terdiri daripada ukiran kayu, lukisan, kain tenun, mutiara, beg, keychain dan banyak lagi.\n\nSebelum meninggalkan Lombok, pastikan anda membeli sesuatu sebagai tanda ingatan kepada yang tersayang. Apa-apa pun, jangan segan untuk bertawar-menawar harga di sini.\n\nTerletak pada ketinggian 1670 meter dari aras laut, Bukit Perngasingan adalah sebuah tarikan indah yang perlu anda terokai di Lombok. Mengambil masa sekitar dua setengah jam untuk sampai ke puncaknya, penat lelah pendakian anda ke puncak ini hilang sebaik melihat pemandangan petak-petak sawah dan kebun yang berwarna-warni terbentang ibarat tikar yang dihasilkan dengan penuh ketelitian.\n\nDi sekitarnya pula dihiasi dengan kemegahan Gunung Rinjani, gunung berapi kedua yang tertinggi di Indonesia.\n\nApa yang menjadikan Air Terjun Mangku Sakti begitu istimewa kalau dibezakan dengan kawasan air terjun yang lain di Lombok? Jika anda menjejakkan kaki ke sini, anda akan dapat melihat pembentukan batuan yang indah, batuan-batuan ini terbentuk hasil aliran air yang tidak putus-putus dari zaman ke zaman.\n\nJika diamati air terjun ini, anda dapat melihat kondisi airnya yang kelihatan agak keruh kerana kandungan belerang yang terdapat di dalamnya yang dikatakan berkesan menyembuhkan pelbagai penyakit kulit.\n\nBatuan berlapis-lapis yang menghiasi sekitar pantai ini menjadikan ia turut digelar Pantai Krypton.\u00a0 Apa-apa pun berhati-hati melewati permukaan pantai yang berliku ini. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai demi keselamatan anda sewaktu bergerak di atas batuan ini.\n\nIndah seperti lukisan, inilah Air Terjun Benang Kelambu. Air terjun yang jatuh dari tebing tinggi ini kelihatan persis kelambu yang berwarna putih.\n\nAir terjun ini bukan terus mengalir ke bawah seperti air terjun yang lain kerana ia melalui tumbuhan yang tumbuh lebat di sekitar tebing. Sebuah pemandangan yang mengasyikkan.\n\nPerjalanan untuk menuju ke kawasan air terjun ini juga tidak kurang indahnya dengan sawah padi yang terhampar di kiri dan kanan serta ladang kopi. Untuk menaikkan lagi semangat anda ke kawasan air terjun ini, dikatakan sesiapa yang berendam badan di dalam air terjun ini akan menjadi awet muda.\n\nSalah sebuah lokasi yang menakjubkan yang ada di Lombok ialah Gunung Tunak. Dari gunung ini anda dapat melihat laut biru yang terbentang luas serta tebing-tebing karang yang terbentuk di sekitarnya.\n\nTak puas dengan pemandangan dari kawasan bukit ini? Anda juga boleh menikmati pemandangan dari sebuah menara yang kelihatan seperti menara elektrik yang terbina di sini. Namun begitu, pastikan jiwa anda kental untuk memanjat menuju ke dek pemerhatiannya kerana tiupan bayu dari laut agak kencang.\n\n12. Pulau Gili (Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air)\n\nPulau Gili\u00a0merupakan gugusan 3 buah pulau indah yang terletak di sebelah barat laut Lombok. 3 buah pulau ini adalah Gili Trawangan, Gili Meno \u00a0dan Gili Air. Antara 3 buah pulau ini, Gili Trawangan adalah pulau yang paling membangun dan popular dalam kalangan pelancong.\n\nPulau yang akan menyambut anda dengan kedamaian dan lebih privasi pula adalah Gili Meno yang merupakan sebuah pulau yang terkecil dengan pantai berpasir putih. Gili Meno menempatkan banyak lokasi menarik untuk aktiviti menyelam dan juga sebuah taman burung dengan lebih daripada 200 spesies burung.\n\nPulau yang nyaman tanpa gangguan ramai pelancong, pantai yang menakjubkan dan taman dengan ratusan spesies burung? Boleh bergetar jiwa melancong anda.\n\nTeringin merasa sendiri bagaimana perasaannya menjadi seorang ahli arkeologi? Kalau begitu masuklah ke Gua Bangkang. Gua yang sudah berusia ratusan tahun ini kelihatan serupa seperti di dalam filem Hollywood, Indiana Jones.\n\nNama lain bagi Gua Bangkang adalah Goa Gale-Gale, di sini, anda dapat melihat ribuan ekor kelawar mengepakkan sayap apabila matahari mula terbenam.\n\nApa gunanya ke Lombok jika tidak mendekati dan cuba menakluki gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia ini. Walaupun masih tidak berhenti mengeluarkan asapnya, panorama indah yang dihidangkan dari puncak\u00a0Gunung Rinjani membuatkan ia sanggup didaki. Dengan ketinggian 3726 meter dari aras laut, masa yang diambil untuk sampai ke puncak bukanlah satu atau dua jam tetapi sekitar 4 ke 5 hari.\n\nOleh itu, sekiranya anda berniat untuk mendaki gunung ini, mantapkan dahulu stamina anda ya. Setelah penat mendaki dari kaki gunung untuk ke puncak, anda akan disambut dengan pemandangan yang sukar dilupakan. Alang-alang sudah sampai ke sini, bermalamlah di puncaknya untuk menikmati keindahan angkasa yang dipenuhi bintang bergemerlapan.\n\n15. Sumber Air Panas Aik Kalak\n\nAir Panas Aik Kalak ini terletak di lokasi yang agak mencabar juga untuk dicapai iaitu berdekatan kawasan perkhemahan Gunung Rinjani. Walaupun anda perlu menempuhi cabaran sebelum sampai ke sini, khasiat yang dapat diberikan air panas ini sudah cukup untuk mengubati lelah anda.\n\nAir panas di sini dikatakan dapat menyembuhkan seribu satu penyakit termasuklah mempertajamkan pandangan mata. Betul atau tidak, apa kata anda rasainya sendiri.\n\nSiapa tidak excited bila terdengar sahaja kolam infiniti? Kolam yang menyajikan pemandangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata ini terdapat di penginapan\u00a0Rinjani Lodge. Dari kolam renang infiniti ini anda dapat menikmati pemandangan gunung dan hamparan hutan yang seluas pemandangan.\n\nTarikan utama Rinjani Lodge bukan sahaja pada kolamnya yang mampu membuatkan anda terasa seperti di dunia kayangan, malahan kerana lokasinya juga yang agak strategik, terletak berdekatan dengan banyak lagi tarikan lain di Lombok seperti Air Terjun Sendang Gile dan Air Terjun Tiu Kelep yang masing-masing mampu memukau jiwa yang sudah sedia terawang-awang hasil panahan pemandangan dari kolam infiniti tadi.\n\nJangan pula anda pengsan melihat keindahan alam semula jadi yang bertubi-tubi di Lombok ini, teguhkan jiwa untuk keindahan yang seterusnya.\n\nLombok bukan sahaja memiliki pulau dan pantai yang indah, malahan juga kawasan sawah padinya yang menakjubkan setanding Bali dan Ubud. Yang mempercantikkan lagi pemandangan sawah padi di Tetebatu ini adalah kerana ianya berlatarbelakangkan Gunung Rinjani.\n\nSelain sawah padi, penduduk di sini turut mengusahakan ladang tembakau, koko, cili, kopi, vanilla dan banyak lagi. Lawatan ke Tetebatu membolehkan anda mendapatkan kesemua penghasilan ini secara segar.\u00a0 Selain itu, di Tetebatu jugalah anda dapat melihat kehidupan sebenar masyarakat Sasak Lombok.\u00a0 Sebuah perjalanan yang cukup membuka minda.\n\nTercari-cari di mana lokasi untuk menikmati pemandangan mempesonakan matahari terbenam tanpa perlu mendaki gunung atau melalui jalan-jalan yang sukar ditempuhi? Pantai Senggigi adalah lokasi ajaibnya.\n\nKeindahan sewaktu senja di sini ditambah lagi dengan bayang-bayang hitam dari kejauhan Gunung Agung adalah sebuah pemandangan yang begitu menakjubkan.\n\nKalau Pantai Semeti membawa anda ke Planet Krypton, Pantai Tebing pula membawa anda ke Grand Canyon di Amerika. Wow! Di Lombok sahaja anda sudah merasa pengalaman berada di planet dan negara lain.\n\nPembentukan tebing yang unik di tepi pantai ini adalah kerana letusan Gunung Rinjani Tua pada tahun 1257. Datanglah ke sini untuk menyaksikan sendiri keunikan\u00a0 yang terbentuk hasil daripada fenomena alam yang dahsyat puluhan ribu tahun yang lalu.\n\nTerletak di selatan Lombok, Pantai Tanjung Bloam agak tenang tanpa keriuhan pelancong. Pantai berpasir putih dengan dua buah tebing batu karang di kiri dan kanan menghasilkan sebuah panorama yang cukup memukau jiwa.\n\nBukan sahaja kerana keindahan pemandangannya, Pantai Tanjung Bloam juga adalah sebuah destinasi yang sesuai bagi anda yang tidak gentar meluncur air ombak yang ganas.\n\nWalaupun tidak sesuai untuk bermandi-manda, aktiviti lain yang dapat dilakukan di sini adalah melihat penyu-penyu bertelur di pesisir pantai kerana Pantai Tanjung Bloam juga sebenarnya adalah salah sebuah kawasan konservasi penyu di Lombok.\n\nPanorama yang mengasyikkan dapat anda nikmati sewaktu dalam perjalanan ke Pantai Selong Belanak yang mana di kiri dan kanan anda terhampar bukit-bukau yang penuh kehijauan seperti di dalam certia Teletubbies.\n\nPemandangan yang sungguh menyegarkan fikiran ini dapat dilihat terutamanya dari bulan Januari ke Mei ketika mana tumbuhan di bukit-bukit ini tumbuh dengan lebatnya.\n\nSetibanya anda di Pantai Selong Belanak pula, anda akan terlihat pasir putih dan lautan dengan ombak yang bergulung-gulung tanpa henti. Tidak jauh dari pantai ini juga terdapat kawasan pertanian yang suasananya dihidupkan dengan petani yang sibuk menggerakkan kerbau.\n\nUntuk pengetahuan para anda, Segara Anak membawa maksud anak laut. Ini kerana air dari danau ataupun tasik ini mempunyai warna kebiru-biruan seperti air laut. Tasik ini dipercayai memiliki mitos yang mana sekiranya anda melihat kawasan danau ini dan ia kelihatan luas, bermakna anda memiliki umur yang panjang, tapi kalau danau ini kelihatan kecil, bermakna umur anda pendek.\n\nKawasan perkampungan klasik ini terletak di kaki Gunung Rinjani. Anda sekeluarga pasti teruja melihat pondok-pondok unik milik penduduk di sini yang keseluruhannya dibuat daripada bahan-bahan semula jadi. Hidup di sini sangat tradisonal tanpa sebarang bentuk kemajuan.\n\nTerletaknya di Pantai Senggigi, Pura Batu Bolong merupakan sebuah kuil hindu yang terletak di atas tebing batu karang di pantai ini. Kuil ini dibina berhadapan dengan Selat Lombok yang mengarah ke Gunung Agung di\u00a0Pulau Bali\u00a0kerana ianya dianggap sebagai tempat tinggal dewa.\n\nBerdasarkan sebuah legenda, dikatakan bahawa pada suatu ketika dahulu kawasan ini dijadikan tempat pengorbanan anak dara untuk diberi makan kepada ikan hiu yang terdapat di laut. Keindahan yang menyimpan kisahnya yang tersendiri.\n\nPura Lingsar adalah tempat beribadah yang boleh dikatakan paling unik sekali di Lombok. Pura Lingsar ini bukan sahaja merupakan tempat suci bagi penganut Hindu, tetapi juga bagi mereka yang beragama Islam yang menjadi pengikut Waktu Telu.\n\nWaktu Telu ini adalah sejenis kepercayaan Islam yang hanya wujud di Lombok. Namun begitu, penyatuan tempat suci ini agak masuk akal kerana Waktu Telu sebenarnya merupakan kepercayaan Islam yang dicampuri dengan kepercayaan Hindu Bali dan animisme. Dibina pada tahun 1714, Pura Lingsar terletak di dalam kawasan sawah padi yang tumbuh dengan subur.\n\nItulah dia 25 tempat menarik di Lombok yang pastinya buatkan anda terpesona. Selamat Bercuti!\n\nKami harap anda sukakan senari tempat menarik di Lombok, tidak kisalah sama ada pantai di Lombok ataupun tempat yang lain. Selain tempat di Lombok, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan."
"Tercari resepi kudap-kudap rangup boleh kenyang makan? Kami hadirkan resepi kudapan popia begedil isi ubi kentang lenyek. Menu ini sesuai sangat untuk jadi kudapan pencuci mulut dan boleh bikin perut kenyang.\n\nPopia begedil menggunakan inti kentang yang dilenyek sampai lembut. Caranya lebih kurang dengan resepi begedil kentang biasa namun di sini anda menggunakan kulit popia untuk balut sehingga rasa makanan ini jadi garing di luar namun lembut menyelerakan di dalam.\n\nJika anda berkenan untuk cuba buat, boleh cubakan resepi popia begedil yang dikongsikan oleh Anie Nor di laman Facebook. Kanak-kanak pun boleh makan. Selamat mencuba.\n\nSelain popia begedil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Pernah dengar perkataan Laksam? Kalau bosan dengan nasi, anda volehlah cuba resepi Laksam Kelantan ini.\n\nMula-mula ingatkan makan laksam ni tak kenyang. Namun, sangkaan melesett sebab lepas habiskan sepinggan laksam, perut sudah terlebih kenyang & makanan lain dah tak boleh kenyang.\n\nLaksam Kelantan ni menjadi kegemaran ramai sebab rasa kuahnya yang berlemak penuh dengan isi ikan (kaya protein sangat!). Namun, biasanya laksam ni majoriti akan beli di kedai/pasar je sebab nak buat agak leceh. Bila dah buat pulak, ntah jadi ntah tidak kan. Haaa kena buat banyak kali tau. Practice makes perfect gituuu.\n\nKali ini kami paparkan resepi dari Rose Eima di Facebook\u00a0yang telah sudi berkongsi resepi Laksam Kelantan yang diniagakan oleh beliau. Semoga murah rezekinya. InshaaAllah. Korang semua kene ikut step by step tau. Semoga menjadi!\n\n1 paket = 500gram tepung beras cap bunga teratai\n\nIkan sardin 10 ekor saiz sederhana (cuci bersih dan rebus letak asam keping dan sedikit garam) dah rebus asingkan isi dan tulang nya\n\n1 sudu lada hitam di kisar\n\nSelain resepi Laksam Kelantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
"Siapa yang tidak berjaya lagi buat nasi impit sendiri? Mari sini kami tunjuk ajar cara buat nasi impit yang konfirm menjadi. Pada resepi ini nasi impit dimasak dengan pressure cooker. Kepada yang tidak ada pressure cooker rasanya boleh cuba masak dalam rice cooker biasa.\n\nNasi impit sedap dimakan dengan sambal dan serunding. Siapa suka cara ini? Perkongsian resepi nasi impit sekali dengan sambal nyior kelantan kami datangkan daripada \u200eWan Ros Ina Lina yang berkongsikan resepi di laman Facebook.\n\nDi bawah ada dituliskan antara tips untuk dapatkan nasi impit yang padu, padat, lembut namun tidak hancur. Sebelum ini asyik beli ketupat segera bukan? Sekarang tidak lagi, boleh buat nasi impit sendiri.\n\nResepi Nasi Impit Sambal Nyior Kelantan\n\nSelain nasi impit sambal nyior, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Anda sedang merancang percutian ke Janda Baik? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 11 penginapan di Janda Baik yang pasti membuatkan percutian anda satu kenangan yang indah.\n\nMenawarkan kolam renang luaran sepanjang tahun, barbeku dan taman permainan kanak-kanak, Happy Paradise terletak di Kampung Janda Baik di Pahang, 25 km dari Kuala Lumpur. Tempat penginapan ini mempunyai taman haiwan dengan 15 jenis spesis untuk tetamu berinteraksi.\n\nBeberapa unit mempunyai ruang tempat duduk di mana anda boleh berehat. Bilik-bilik tertentu menyediakan teres atau balkoni. Happy Paradise menampilkan WiFi secara percuma.\n\nAnda akan mendapati dapur berkongsi serta kedai cenderahati di tempat penginapan ini.\n\nTetamu boleh memilih untuk melawat ladang buah-buahan tropika di tempat penginapan dan merasai buah-buahan yang disediakan secara percuma.\n\nShah Alam berada 47 km dari Happy Paradise, manakala Genting Highlands berjarak 13 km jauhnya. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang berjarak 40 km dari tempat penginapan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kampung Janda Baik! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nTerletak di sepanjang Benus River, 101 Resort & Spa menyediakan penginapan di Kampung Janda Baik. Ia menawarkan kolam renang luaran dan tetamu boleh menjamu selera di restoran di lokasi. WiFi percuma disediakan di kawasan awam.\n\nIa berada 34 km ke Genting Highlands dan Kuala Lumpur terletak 49.6 km dari penginapan, manakala Shah Alam berjarak 48 km dari tempat penginapan. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang berjarak 70.4 km dari tempat penginapan ini.\n\nSemua unit di resort ini dilengkapi dengan cerek. Beberapa bilik di 101 Resort & Spa menyediakan bilik mandi peribadi dan balkoni. Semua bilik mempunyai meja.\n\nSarapan halal disediakan setiap pagi di tempat penginapan ini. Terdapat restoran di lokasi yang menyajikan pelbagai hidangan antarabangsa dan juga menawarkan pilihan Vegetarian.\n\nKemudahan lain di tempat penginapan ini termasuk bilik karaoke dan perkhidmatan dobi. Pelbagai aktiviti ditawarkan di kawasan ini seperti memancing dan mendaki.\n\nSailor\u2019s Rest terletak 600 meter di atas paras laut di sepanjang Banjaran Gunung Titiwangsa. Ia menawarkan tempat untuk melarikan dari bandar dengan penginapan yang terletak di dalam hutan tropika.\n\nSemua penginapan di Sailor\u2019s Rest dilengkapi dengan sebuah TV dengan pemain DVD, cerek elektrik dan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian. Banglo-banglo di sini mempunyai dapur kecil dengan peti sejuk. Rumah perahu dengan geladak matahari terletak di dalam kolam, dilabuhkan sepanjang dermaga.\n\nPara tetamu boleh berseronok dengan aktiviti-aktiviti seperti jungle trekking, memancing dan berbasikal. Terdapat kedai-kedai makan dalam jarak 5 km pemanduan.\n\nTerletak di pertembungan Sungai Kuali dan Sungai Lurah, Sailor\u2019s Rest berada hanya 25 km dari Genting Highlands yang eksotik. Bukit Tinggi Resorts terletak 22 km jauhnya, manakala Kuala Lumpur berjarak 45 km dari tempat penginapan ini.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kampung Janda Baik! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kampung Janda Baik! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nTerletak di dalam kehijauan tropika yang subur, NHZ Country House menawarkan tempat penginapan yang tenang dan selesa dengan ruang letak kenderaan percuma di lokasi. Meliputi kawasan seluas 1 ekar, ia mempunyai taman-taman yang besar dan teres umum.\n\nMenampilkan lantai parket, bilik yang dilengkapi dengan kipas ini menyediakan meja, almari pakaian, ruang duduk dan cerek elektrik. Bilik mandi en suite menawarkan kemudahan pancuran mandi dan peralatan mandian percuma.\n\nDi NHZ Country House, tetamu boleh menikmati aktiviti-aktiviti seperti mendaki dan berbasikal di lokasi. Perkhidmatan faks/fotostat disediakam, manakala mesyuarat dan acara boleh diatur atas permintaan dengan bayaran tambahan.\n\nTempat penginapan bebas rokok ini berada kira-kira 50 km dari Stesen Sentral Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berada sekitar 122 km.\n\nTerletak di Kampung Cheringin, Casaria Chalet berjarak hanya 3 minit berjalan kaki dari kawasan memancing persendirian, dan 15 minit memandu ke Genting Sempah. Ia mempunyai unit-unit 1 dan 3 bilik tidur dengan ruang tamu dan kemudahan barbeku luaran. Tempat letak kenderaan percuma disediakan.\n\nDilengkapi dengan kipas, unit-unit ini menawarkan TV skrin rata dengan saluran satelit, kemudahan membuat kopi/teh dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi berkongsi menyediakan kemudahan pancuran mandi.\n\nTempat penginapan ini terletak 23 minit memandu dari Bukit Tinggi, yang terkenal dengan restorannya. Genting Highlands berada sejauh 40 minit memandu, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh dikunjungi dengan memandu selama 50 minit.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kampung Janda Baik! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kampung Janda Baik! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nTerletak di Kampung Janda Baik, Seri Pengantin Resort menawarkan bilik-bilik berhawa dingin yang moden dengan balkoni peribadi. Dilengkapi dengan kolam renang serta tempat letak kenderaan persendirian percuma, resort ini berjarak 15-minit dari Kawasan Rehat Genting Sempah dan Kampung Bukit Tinggi.\n\nTempat penginapan ini adalah 20-minit memandu ke Goh Tong Jaya dan 30-minit memandu ke Genting Highlands. Ia berjarak 40-minit memandu untuk ke Colmar Tropical Aka Berjaya Hills. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah sejauh 1.5 jam memandu.\n\nDilengkapi dengan hiasan yang ringkas, bilik di Seri Pengantin Resort mempunyai TV satelit skrin-rata, peti sejuk dan cerek elektrik. Peralatan mandian percuma dan kemudahan pancuran mandian disediakan di dalam bilik mandi en suite.\n\nLawatan bersiar-siar boleh ditempah di meja tempahan pelancongan, manakala simpanan bagasi dan perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang boleh diminta di kaunter penerimaan tetamu. Resort ini juga mempunyai kemudahan mesyuarat.\n\nHarmony Valley Retreat yang terletak di Bukit Tinggi menyediakan WiFi percuma. Anda juga boleh menikmati taman dan teres.\n\nBeberapa unit mempunyai ruang tempat duduk dan/atau balkoni.\n\nHomestay ini menawarkan sarapan kontinental atau Amerika. Harmony Valley Retreat menampilkan restoran yang menyajikan masakan Asia. Pilihan vegetarian dan halal juga boleh diminta.\n\nKuala Lumpur terletak 22 km dari penginapan ini, manakala Shah Alam terletak 43 km jauhnya. Lapangan terbang terdekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang berjarak 36 km dari penginapan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Bukit Tinggi! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\n8.\u00a0\u0113RYA by SURIA Janda Baik\n\nMenawarkan kebun buah dan taman tropika persendirian, Suria Hill Country House menawarkan bilik-bilik moden dengan TV berskrin rata dan Wi-Fi percuma. Ia dilengkapi dengan jakuzi, restoran dan tempat meletak kenderaan percuma.\n\nSuria Hill Country House terletak 45 km dari Kuala Gandah Elephant Sanctuary dan Kuala Lumpur. Ia berjarak 30 minit pemanduan dari Lentang Forest Recreational Park.\n\nBilik-bilik berhawa dingin di Country House Suria Hill dilengkapi dengan perabut moden dan lantai kayu. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan sebuah meja kerja dan TV satelit berskrin rata. Bilik mandi peribadi mempunyai pancuran mandian hujan.\n\nPara tetamu boleh mengadakan barbeku di tempat berkelah atau menikmati ketenangan di tepi sungai. Semasa musim buah, buah-buahan boleh dimakan di kebun Suria Hill. Sebuah taman permainan dan karaoke disediakan.\n\nPilihan untuk menjamu selera termasuklah restoran yang menyajikan hidangan istimewa Melayu tempatan dan layan diri kopi dan teh. Lounge lobi menghidangkan makanan ringan dan minuman.\n\nKanopi Villa menyediakan penginapan dengan perkhidmatan urutan di Kampong Sum Sum. WiFi percuma disediakan.\n\nBeberapa unit juga mempunyai dapur yang dilengkapi ketuhar.\n\nSarapan Amerika disediakan setiap hari di tempat penginapan ini.\n\nKhemah mewah ini menawarkan taman permainan kanak-kanak.\n\nAktiviti berbasikal boleh dinikmati di lokasi berdekatan.\n\nKuala Lumpur berada 27 km dari Kanopi Villa, manakala Shah Alam terletak 48 km dari tempat penginapan ini. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang berjarak 14 km dari penginapan.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kampong Sum Sum! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Kampong Sum Sum! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nBidaisari Resort yang terletak di Kampung Sum Sum mempunyai kolam renang luaran dan WiFi percuma. Penginapan ini menawarkan perkhidmatan shuttle percuma. Ia juga menyediakan taman permainan kanak-kanak. Anda boleh menikmati pemandangan sungai.\n\nSemua bilik dilengkapi dengan TV skrin rata dengan saluran satelit, alat pembakar roti, cerek, bidet, peralatan mandian percuma dan meja. Bilik-bilik mempunyai bilik mandi peribadi. Bilik-bilik tertentu di resort ini mempunyai balkoni. Bilik-bilik di Bidaisari Resort mempunyai penghawa dingin dan almari pakaian.\n\nBufet sarapan disediakan setiap pagi di tempat penginapan ini.\n\nAnda boleh bermain pingpong dan dart di penginapan ini.\n\nKuala Lumpur berjarak 24 km dari Bidaisari Resort. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah terletak 39 km dari tempat penginapan ini.\n\nWenlly Home 2 menyediakan tempat penginapan di Tok Tok dengan WiFi percuma dan pemandangan gunung. Ia menawarkan lounge berkongsi, dan berada 29 km dari Kuala Lumpur.\n\nTempat penginapan ini mempunyai TV satelit skrin rata dan 3 bilik tidur. Bilik mandi dilengkapi dengan tab mandi atau pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.\n\nTempat penginapan ini menawarkan taman permainan kanak-kanak. Perkhidmatan sewaan kereta disediakan di Wenlly Home 2, sementara aktiviti kembara berjalan kaki boleh dinikmati berdekatan.\n\nShah Alam berada 49 km dari tempat penginapan ini, manakala Genting Highlands berjarak sejauh 7 km. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 42 km dari tempat penginapan.\n\nPenginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Tok Tok! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.\n\nPenginapan ini juga dinilai baik di Tok Tok! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.\n\nItulah dia 11 penginapan di Janda Baik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!"
"Mencari resepi popcorn yang sedap dan menarik? Makan popcorn memang boleh jadi ketagihnya. Tidak hanya dalam kalangan kanak-kanak sahaja, namun orang dewasa juga sukakan popcorn.\n\nBoleh dikatakan camilan yang paling menarik untuk kanak-kanak ialah popcorn kerana rasanya sedap, manis, aromanya wangi dan sangat menggoda selera. \n\nOrang dewasa pula tanpa terkecuali sangat menyukai popcorn. Kebiasaannya popcorn dibeli masa tengok wayang. Harganya pula tidak perlu ditanyakan kerana memang lumayan agak mahal bukan?\n\nApakata kalau anda buat popcorn sendiri. Kami ingin berkongsikan resepi popcorn mudah. Tak perlu pergi pasar dan tak perlu beli mahal. Cukup tengok resepi perkongsian ramai popcorn daripada\u00a0Fariza Rahman\u200e di laman Facebook.\n\nBoleh menyesuaikan rasa jika anda ingin lebih manis ataupun beri pewarna yang berbeza seperti merah, hijau dan lain-lain. Kalau beli di pasar kadang gulanya tidak sekata bukan? Rasanya pula kurang manis dan tidak memuaskan. Kalau buat buat sendiri lebih puas tentunya. Selamat mencuba.\n\nTips: Masak sira jangan terlalu lama takut rasa pahit.\n\nSelain resepi popcorn, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari senaman kempiskan perut buncit yang mudah dan efektif? Jemput baca artikel senaman kempiskan perut buncit ini.\n\n\u201cDah jaga makan. Dah puasa. Badan pun makin susut tetapi kenapa perut ni masih lagi buncit. Kalaulah kempis perut ni, mesti lagi orang kagum.\u201d\n\nMonolog di atas bukan sahaja selalu diucapkan oleh kaum wanita tetapi juga lelaki. Tidak dapat dinafikan, bahagian tubuh yang paling susah hendak mengecil ialah perut.\n\nManakan tidak, di situlah tempat anda mengumpulkan segala macam makanan dan minuman yang sedap-sedap belaka. Jika melebihi keperluan badan, pastinya ia akan terkumpul sebagai lemak.\n\nLihat sahaja di pasaran terdapat pelbagai jenis teh kurus, krim pelangsingan, ubat dan macam-macam lagi dijual. Berkesan? Jika anda rasa terlalu banyak duit, lebih baik beli makanan yang sihat seperti buah-buahan dan snek-snek berkhasiat.\n\nJangan membazir duit membeli produk \u2018overclaimed\u2019 yang pastinya hanya menipu pengguna sahaja. Tiada produk yang mampu membuang lemak kecuali anda jaga makan dan bersenam. Ini memang kenyataan yang pahit.\n\nBayangkan lemak di bahagian perut yang kita pun tidak pasti berapa lapis ketebalannya yang sudah terkumpul bertahun-tahun, begitu mudah hilang dengan produk? Jangan terus tertipu dan jadilah pengguna yang bijak.\n\nDalam artikel ini, penulis akan kongsikan tentang cara senaman untuk kempiskan perut buncit dan contoh-contoh diet yang boleh diamalkan. Menurut Health and Fitness of The Times of India, peratusan lemak dalam badan boleh dikurangkan melalui senaman. Jom baca!\n\nCaranya ialah baring di atas tikar yoga atau apa sahaja tikar yang sesuai untuk senaman. Kemudian, perlahan-lahan angkat lutut ke bahagian dada. Sambil itu teruskan pernafasan. Pegang kaki anda selama beberapa minit dan bernafas perlahan-alahan.\n\nBerlari dan berjalan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membakar lemak. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan (obesiti), faktor usia dan fizikal yang menyebabkan susah untuk bersenam, anda boleh berjalan atau lari-lari anak sahaja.\n\nJadikan aktiviti ini rutin harian yang konsisten atau sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Jangan lupa memakai kasut sukan yang bersesuain untuk mengelakkan kecederaan.\n\nPlank ialah sejenis senaman yang memerlukan kita menahan posisi tubuh dengan betul. Antara caranya ialah meniarap di atas tikar yoga. Kemudian, dengan perlahan-lahan angkat tubuh anda dengan menahan tangan sahaja. Pastikan punggung dan kaki lurus tanpa mengendur. Buat selama 2 hingga 5 minit setiap hari.\n\nTeknik push-up bukan sahaja baik untuk menegangkan otot di bahagian perut tetapi juga dada dan lengan. Jadi, tidak hairanlah teknik ini menjadi pilihan kebanyakan orang yang hendak mendapatkan tubuh yang cantik.\n\nCaranya ialah letakkan tangan secara lulus (planking). Kemudian, turunkan badan anda setakat yang termampu. Pastikan belakang badan, pelvis dan kaki anda lurus secara selari. Selepas itu, dengan perlahan-lahan kembali ke posisi awal.\n\nAnda perlu mencangkung dengan melebarkan kaki anda selari dengan bahu. Pastikan anda menggunakan seluruh tapak kaki untuk berdiri (jangan menjongket). Bayangkan yang anda sedang duduk dia atas sebuah kerusi.\n\nLutut dan kaki anda perlu berada pada baris yang sama dan punggung anda telah lurus. Bagi menyeimbangkan badan, anda boleh mendepangkan kedua-dua tangan. Kemudian, bangun secara perlahan-lahan dan jangan terburu-buru.\n\nCaranya ialah bongkokkan badan seperti dalam posisi hendak berlumba lari. Regangkan kaki kiri dan lengan kanan dalam garis lurus. Kemudian, perlahan-lahan bengkokkannya dan sentuh siku kanan ke lutut kiri anda. Luruskan semula dan tukar lengan kiri dan kaki kanan pula.\n\nBaring secara meniarap. Kemudian, dekatkan muka ke tikar yoga dengan lengan disilangkan dan diletakkan di bawah kepala anda. Angkat bahagian atas badan semampu yang boleh. Tahan posisi tersebut dalam beberapa saat dan kembali ke posisi awal tadi. Ulang beberapa kali.\n\nCaranya ialah letakkan kedua-dua belah lengan ke arah belakang dengan menyentuh tikar yoga. Pastikan kedua-dua kaki juga berada posisi yang sama dengan lengan. Anda akan berasa ketegangan di bahagian belakang badan.\n\nKemudian, naikkan satu kaki ke atas setegak mungkin. Bahagian punggung perlu direndahkan tanpa mengangkat tumit kaki yang satu lagi.\n\nCaranya ialah berbaring seperti biasa dan naikkan lengan di atas kepala. Bengkokkan lutut. Dengan perlahan-lahan, naikkan badan bahagian atas dengan tangan lurus. Bangun dan sentuh hujung jari kaki anda. Kemudian, kembali ke posisi awal.\n\nJika hendakkan hasil yang berkesan dalam masa yang singkat, anda mestilah mempunyai semangat, disiplin dan konsisten yang tinggi. Oleh itu, bagi memudahkan anda membuat rutin harian senaman yang dinyatakan di atas, anda boleh merujuk jadual berikut.\n\nBagi rutin Minggu Ketiga, ulang semula jadual Minggu Pertama. Manakala, bagi Minggu Keempat, ulang semula rutin Minggu Kedua. Dengan cara ini, anda akan mencapai target untuk kempiskan perut dengan lebih efektif.\n\nMalahan, anda juga boleh menambah aktiviti lain dalam rutin jadual ini seperti teknik lutut ke dada, berjalan, berlari dan sebagainya. Pastikan anda buat \u2018warm up\u2019 dulu sebelum memulakan apa-apa senaman.\n\nIni dapat mengelakkan badan anda \u2018terkejut\u2019 yang boleh menyebabkan kecederaan pada otot dan anggota badan. Jangan lupa memakai pakaian dan kasut yang sesuai. Sediakan tikar yoga yang dapat memberi keselesaan pada belakang badan, lutut dan kepala.\n\nJangan berbaring di atas lantai tanpa alas. Ia akan menyebabkan anda sakit dan berasa bosan untuk bersenam. Bagi menaikkan mood, anda boleh memainkan muzik yang tenang. Jangan lupa jaga pemakanan, minum air yang mencukupi dan elakkan diri daripada stres.\n\nSemoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel lain seperti:"
"Hidung tersumbat membuatkan urusan seharian boleh jadi terjejas. Kadang-kala, punca hidung tersumbat bukan sahaja disebabkan oleh demam, tetapi faktor-faktor lain. Ayuh ketahuinya punca hidung tersumbat dengan terus membaca artikel ini.\n\nHidung merupakan laluan pertama dan utama bagi kemasukan udara ke dalam paru-paru untuk pernafasan. Terdapat banyak reseptor dalam lubang hidung yang memberi kita deria bau.\n\nSelain itu, hidung dicipta dengan mekanisma khas menapis udara yang memasuki saluran pernafasan kita. Dengan itu, segala kotoran, bahan pencemar dan habuk ditapis lalu terkumpul membentuk tahi hidung.\n\nBentuk hidung sebenarnya ditentukan oleh tulang nasal dan kartilaj lembut, termasuklah spetum iaitu pembahagi nostril atau lubang hidung menjadi dua kaviti.\n\nSecara puratanya, saiz hidung lelaki adalah lebih besar berbanding wanita kerana anatomi atau bentuk tulang yang berbeza mengikut jantina.\n\nHingus atau mucus ialah sejenis cairan licin yang terhasil bagi melindungi saluran pernafasan. Mucus bukan sahaja dijumpai di bahagian hidung, tetapi juga sehingga ke laluan paru-paru.\n\nSebatian polimer yang bernama mucin memberi sifat kelikatan kepada mucus. Komposisi mucus ialah 95% air, 3% mucin, 0.5% lipid, 0.5% proteoglikan dan DNA.\n\nDinding sel yang mengandungi mucus dihasilkan oleh sel goblet dan kelenjar submucosal. Kehadiran mucus ini membantu 3 fungsi utama pernafasan dengan:\n\nMucus yang terhasil secara berlebihan akan menyekat laluan pernafasan pada hidung ini. Walau bagaimanapun, mucus boleh dihembus keluar.\n\nDalam keadaan tertentu, mucus yang berlebihan ini akan terus terhasil menyebabkan hidung terus tersumbat biarpun sudah banyak kali dihembus keluar.\n\nRingkasnya, apabila laluan nasal mengalami keradangan atau iritasi, mucus berlebihan akan terus dikeluarkan sebagai respon sistem imun tubuh untuk membuang bahan yang menyebabkan kerengsaan tersebut.\n\nHidung tersumbat boleh mengganggu sistem pendengaran dengan mengenakan tekanan dan memberi rasa sakit pada kawasan telinga. Kehilangan pendengaran sementara turut boleh terjadi.\n\nRasa sakit merupakan simptom awal jika kawasan sinus sudah mula mengalami tekanan akibat hidung tersumbat.\n\nJika berlaku jangkitan, antara simptom tambahan ialah:\n\nWarna hingus yang kehijauan atau kekuningan menandakan kehadiran jangkitan bakteria atau virus.\n\nBerikut disenaraikan beberapa gejala atau simptom hidung tersumbat yang perlu diberi perhatian dan mendapatkan khidmat nasihat doktor perubatan secepat yang mungkin:\n\nJangkitan virus yang menyebabkan demam biasa dan influenza merupakan salah satu penyebab utama hidung tersumbat. Bagi kes ini, masalah hidung tersumbat hanya berlarutan sehingga selama 1 minggu sahaja.\n\nBahagian Pusat Maklumat Amayeza (Farmasi), Afrika Selatan pada tahun 2014 ada menghebahkan berkenaan punca hidung tersumbat dan langkah rawatan secara pencegahan seperti berikut:\n\nBagi melegakan punca hidung tersumbat ini, beberapa tips dan petua berikut boleh diamalkan:\n\nJika bahan alahan seperti asap rokok dapat dielakkan, masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, sinus dan alahan boleh dicegah.\n\nJangkitan demam dan masalah respiratori yang lain juga boleh mencegah risiko keradangan sinus yang teruk selepas hidung tersumbat. Lebih-lebih lagi ketika musim pandemik Covid-19 sekarang, kuarantin diri dan elakkan daripada bersesak di tempat awam adalah sangat praktikal.\n\nAmalan kebersihan diri yang baik seperti kerap mencuci tangan juga boleh menghindarkan diri kita daripada terkena demam dan jangkitan.\n\nDi samping itu, minum air masak yang mencukupi dan melembabkan udara dengan produk sedia ada di pasaran yang selamat, boleh memudahkan penyingkiran mucus berlebihan punca hidung tersumbat.\n\nKaitan Kanser Limfoma dengan Hidung Tersumbat\n\nMalang sekali, terdapat sejenis kanser yang boleh menyerupai simptom hidung tersumbat. Namun, kanser jenis ini jarang sekali berlaku. Sekumpulan doktor perubatan dari Amsterdam pada tahun 2008 melaporkan kajian klinikal mereka ke atas seorang pesakit lelaki berusia 63 tahun.\n\nSebelum ini, pesakit tersebut dikatakan mengalami masalah keradangan hidung sinusitis dan alahan resdung yang kuat. Selepas sampel diambil dan dikaji, pesakit tersebut rupanya menghidapi kanser T/NK sel limfoma di kawasan hidung. Ubatan dan rawatan susulan diberikan dan berjaya meredakan sebaran kanser ini.\n\nMasalah hidung tersumbat boleh berpunca daripada banyak faktor yang menyebabkan iritasi dan keradangan kepada laluan nasal.\n\nAmalan gaya hidup yang sihat merupakan kunci untuk mencegah masalah ini selain memberikan kualiti hidup yang lebih baik.\n\nAnda sentiasa disarankan untuk berjumpa dengan doktor perubatan bertauliah bagi sebarang khidmat bimbingan dan tindakan susulan sekiranya berhadapan dengan masalah hidung tersumbat yang semakin teruk. Jemput\u00a0 juga baca artikel tentang punca kulit kepala gatal , punca tak boleh tidur malam dan punca kulit berminyak"
"Stew daging merupakan hidangan berkhasiat yang sesuai dimakan bersama nasi ataupun dicicah bersama roti. Bau nya yang harum dan wangi serta rasanya yang \u2018kaya\u2019 dengan \u2018manis\u2019 daging dan sayur-sayuran sememangnya mampu untuk menaikkan selera sesiapa pun. \n\nStew merupakan kaedah memasak menggunakan ketulan daging, ayam atau ikan serta beberapa jenis sayuran seperti kentang dan lobak merah yang direbus atau direneh bersama cili kisar, sos cili dan sos tomato secara perlahan. Benda yang paling menarik dalam menghasilkan stew ini adalah bahan-bahannya yang fleksibel. Boleh gunakan apa-apa bahan yang ada.\n\nJadi, pilihan terpulang kepada kemahuan kita sendiri. Apa kata cuba resepi stew yang dikongsi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad dari laman Facebook. Jom hadam dan mencubanya.\n\nSiap! Boleh dimakan bersama nasi atau dicicah bersam roti. Selain dari daging dan gearbox , kentang dan lobak merah. Boleh jer gantikan dengan bahan yang lain. Cara yang sama, cuma bahan utamanya yang berbeza. Senang kan? Di sini ada resepi yang lain yang boleh dicuba."
"Harini kami ingin kongsikan resepi red velvet cupcake yang sedap dan moist sangat.\n\nRed velvet cupcak berwarna merah, cantik rasanya amat lembut. Namun ada beberapa orang yang tidak suka akan pewarna sintetis yang berlebihan. Oleh itu, anda perlu kira sendiri kuantiti pewarna yang akan anda gunakan supaya terhasil red velvet yang warnanya tidak terlalu menyala. Boleh juga guna pewarna alami.\n\nRed velvet cupcake boleh dijadikan jualan atau dijadikan kek untuk menyambut hari lahir orang kesayangan. Tampilannya\u00a0 yang menarik dan cantik membuat harga kek ini mahal.\n\nSilakan intip dan cubakan resepi red velvet cupcake yang kami tuliskan di bawah ini. Resepi sedap didatangkan daripada Liz Adriana Izkey di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi red velvet cupcake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Kami hadirkan resepi kuih pelengat pisang nama diberi. Hidangan ini sangat sesuai untuk minum petang anak-anak di rumah. Atau dibuat jadi sarapan pagi pun sedap. Sememangnya cara buat kuih ini lagi senang dari buat cekodok. Maka, boleh buat bila-bila masa sahaja.\n\nBahagian atas yang putih itu seakan-akan rasa kuih tepung pelita. Dengan hanya 4 step sahaja menjadi kuih ini. Anak-anak, orang tua semua suka hidangan ini. silakan cuba. Resepi didatangkan daripada Wani Sulinan di laman Facebook.\n\nSelain pelengat pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Influenza A atau H1N1 juga digelar dengan nama \u2018Swine Flu\u2019 atau \u2018Bird Flu\u2019 kerana ia boleh menjangkiti haiwan tersebut. Ibu-ibu perlu berhati-hati kerana virus ini merupakan sebahagian daripada influenza bermusim \u00a0dan amat mudah berjangkit.\u00a0Bayi yang belum mencapai usia setahun didapati berisiko tinggi untuk dijangkiti virus ini. Jom kami kongsikan info mengenai virus merbahaya ini.\n\nInfluenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Ia merupakan sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal influenza). Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko untuk mendapat jangkitan dan komplikasi akibat Influenza A (H1N1) adalah serupa dengan influenza bermusim (seasonal influenza) yang lain.\n\nRantau beriklim sederhana seperti\u00a0 Amerika Syarikat mempunyai variasi musim penularan influenza yang jelas, dengan kemuncak penularan yang selalunya berlaku pada musim sejuk. Ini berbeza dengan rantau tropika seperti Malaysia, di mana tiada musim penularan influenza yang jelas atau dengan kata lain, ianya berlaku sepanjang tahun.\n\nTanda-tanda jangkitan virus influenza A (H1N1) adalah serupa dengan gejala Influenza-like-Illness (ILI) iaitu seperti:\n\nKebanyakan orang yang dijangkiti hanya mendapat tanda-tanda ringan. Namun begitu, terdapat sebilangan kecil pesakit terutamanya golongan berisiko tinggi mendapat tanda-tanda teruk seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), encephalitis (jangkitan otak), carditis (jangkitan jantung) serta menyebabkan penyakit yang telah dihidapi (seperti asma) bertambah teruk.\n\nCara jangkitan virus influenza bermusim termasuk Influenza A (H1N1) di dalam komuniti adalah melalui cecair\u00a0\u00a0batuk atau bersin daripada pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1).\n\nTitisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.\n\nBerapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?\n\nSelagi pesakit mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga tujuh (7) hari daripada tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam.\n\nSiapakah golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti?\n\nSeperti demam selsema, risiko jangkitan influenza A juga ada pada semua bayi. Namun, bayi yang mempunyai penyakit seperti asthma dan diabetis lebih berisiko untuk menghadapi komplikasi apabila didiagnos dengan virus H1N1.\n\nSelain bayi,\u00a0golongan berisiko tinggi juga terdiri daripada kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis.\n\nTanpa rawatan awal, komplikasi yang dihadapi boleh melarat sehingga membawa maut. Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa mendapatkan rawatan segera sekiranya bayi demam dan menunjukkan beberapa simptom di atas.\n\nAdakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?\n\nOrang awam terutamanya golongan berisiko tinggi boleh mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang turut meliputi Influenza A(H1N1) di fasiliti kesihatan swasta yang kini berada di pasaran.\n\nApakah rawatan dan vaksin untuk penyakit ini?\n\nMenurut pakar perubatan, pengambilan vaksin setahun sekali adalah ikhtiar yang terbaik dan jimat untuk mencegah diri daripada jangkitan virus Influenza A, terutamanya bagi golongan berisiko. Di Malaysia, ia boleh didapati dengan harga sekitar RM40 ke RM250, bergantung kepada jenis dan jenama.\n\nNamun, bayi yang berusia kurang daripada 6 bulan tidak sesuai untuk mendapatkan vaksin ini kerana didapati suntikan tersebut tidak menunjukkan tindak balas postif untuk melindunginya. \u00a0Oleh itu, adalah disarankan untuk ahli keluarga lain untuk mendapatkan vaksin ini dalam usaha mencegahnya daripada menjangkiti bayi. Kanak-kanak yang menghidap penyakit seperti lelah (asthma) atau jangkitan paru-paru juga boleh mengambil vaksin ini untuk perlindungan awal.\n\nJika telah dijangkiti, ubat antiviral seperti Oseltamivir (Tamiflu\u00ae) dan Zanamivir (Relenza\u00ae) adalah antara yang boleh digunakan untuk merawatnya. Ubat ini hanya akan diberikan kepada pesakit-pesakit yang telah dimasukkan ke hospital.\n\nApakah langkah \u2013 langkah pencegahan yang boleh diambil oleh orang awam?\n\nAdakah pesakit influenza A (H1N1) perlu dikuarantin?\n\nPesakit influenza A (H1N1) TIDAK perlu dikuarantin. Namun begitu, sekiranya anda berasa TIDAK SIHAT atau mengalami gejala selesema:\n\nKalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?\n\nYa, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.\n\nItulah dia info tentang Influenza A yang ingin kami kongsikan.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai gegata,\u00a0petua cairkan kahak, dan G6PD."
"Almaklumlah lain tempat, lain orang, lain panggilannya, lain caranya. Ada laksa kedah, laksa lemak, laksa kelantan, laksa sarawak, laksa penang, asam laksa,laksa johor dan sebagainya. \n\nYang pasti kesemua jenis laksa-laksa ini menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Tetapi nak jumpa oran atau kedai yang menjual laksa johor selain di johor susahlah sikit. nak tak nak kenalah cuba buat sendiri.\n\nYela. Kalau laksa lain semuanya menggunakan mee laksa yang diperbuat daripada tepung beras. tetapi berbeza dengan mee laksa johor ini. Ia menggunakan spagetti sebagai mee. Lainkan? Cara pembuatan kuahnya, mungkin hampir sama dengan kuah laksa yang lain. Cumanya kuah nya mesti lebih pekat sedikit. Kalau tak pekat , memang tak terasa.\n\nMarilah tengok resepi laksa johor dari Sifu Aya Maria Fathil yang mendapat perkongsian ramai. Caranya pun mudah dan senang untuk dilakukan. Lepas nih bolehlah makan laksa nih kat rumah jer, ataupun bolehlah dijadikan menu untuk tetamu yang akan datang. Jom layan resepinya. \n\nBawang besar, Taugeh, Timun, Limau Kasturi, Daun Kesom, Daun Selasih jika ada..kacang panjang.\n\nLada (cili), belacan dan garam tumbuk atau kisar.\n\n* jgn letak rempah kari dan lengkuas lebih sangat.akan menyebabkan kuah jd pahit dan kelat.\n\nSenang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Asam Laksa ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba ya."
"Ucapan hari lahir tidak sama seperti ucapan atau kata-kata pada hari lain. Ucapan hari lahir untuk anak adalah tanda penghargaan dan tanda kesyukuran kerana dikurniakan anak yang masih bersama kita di dunia ini. \n\nJangan lepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat hari lahir kepada anak anda sekaligus memberi ucapan yang baik-baik dan menarik. Pasti anak akan rasa lebih gembira daripada hari-hari biasa.\n\nUcapan hari lahir untuk anak ini juga boleh anda tulis di kad hari jadi dan serahkan kepada anak anda bersama hadiah. Percayalah, dia akan simpan sampai bila-bila kad hari jadi itu kerana mempunyai ucapan hari lahir untuknya. Jom lihat 20 ucapan hari lahir untuk anak boleh anda gunakan.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #1 \n\nSelamat hari lahir Puteriku sayang, semoga dalam rahmat dan kasih sayangNya. Selamat membesar menjadi anak yang soleh solehah dan bidadari syurga selamanya walau dimana kamu berada.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #2\n\nSelamat hari jadi anakku, terima kasih kerana menjadi anak mama. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sudi tinggal di dalam rahimku.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #3\n\nBarakallahu fii umrik sayangku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Semoga panjang umur dan murah rezeki dalam segala urusanmu.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #4\n\nHebatnya air kerana pembetung, hebatnya manusia kerana muafakat, hebatnya ibu ayah kerana kamu wahai anakku. Selamat hari lahir yang ke-10 tahun.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #5\n\nDulu ku susu mu, kau masih kecil, Kini kau sudah besar dan dewasa, Semoga Allah memberkatimu untuk semua perkara yang engkau lakukan. Selamat hari lahir dan sejahtera selalu.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #6\n\nSelamat ulang tahun puteraku, Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan. Allah dan keluarga amat sayangkanmu. You are our hero forever.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #7\n\nCantik dan bijak seperti puteri, pastilah tak lain dan bukan adalah anak kami ni! Selamat hari lahir sayang. Terima kasih kerana menceriakan hari-hari kami setiap hari dengan celoteh dan manjamu. \n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #8\n\nKamu adalah kurniaan Allah kepada ibu dan ayah. Segala nasihat dan kata-kata ibu tak pernah kamu sangkalkan. Sungguh beruntungnya kami memilikimu sebagai anak hingga ke syurga selamanya. Terima kasih sayang.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #9\n\nKami bahagia atas datangnya kamu ke dunia, bidadari kami selamanya. Tak pernah jemu memanggil kami ibu dan bapa. Tak pernah jemu mengikut tunjuk ajar kami. Bertuahnya kami memiliki kamu. Tiada apa sekalipun yang dapat menggantikanmu.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #10\n\nBarakallahu fi umrik, selamat hari jadi. Semoga dipermurahkan rezeki, urusanmu dan dilimpahkan kesenangan hidup dunia akhirat. Terima kasih kerana melayani ibu dan ayah dengan baik sekali.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #11\n\nSemoga sentiasa sihat walafiat dan diberikan kemudahan dalam semua urusanmu. Kami akan menjagamu sentiasa dan melindungimu. Moga Allah memberkatimu dunia akhirat.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #12\n\nAnakku yang perkasa, jadikanlah kekuatanmu sebagai semangatmu. Jadikanlah azammu sebagai pembakarmu, Jadikanlah cintamu sebagai kasih sayangku. Semoga kita dipertemukan di syurga yang kekal selamanya.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #13\n\nWahai si cantikku, semoga kamu bergembira setiap hari menjalani hidupmu. Kisah hidup pasti manis semanis dirimu.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #14\n\nJanganlah kami kau lupakan ketika besar nanti. Ingatlah ibu yang tak pernah letih menjagamu, Ingatlah ayah yang tak pernah sakit memastikan dirimu terjaga. Semoga hidupmu lebih senang dan berjaya. Selamat hari lahir sayang.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #15\n\nKamu adalah anak yang hebat. Ibu dan ayah amat berbangga melahirkan dan membesarkan anak sehebat kamu. Hebatnya kamu melayan kami, kedua ibu bapamu tanpa jemu dan malu. Sungguh kamu anak yang sangat dicemburui ramai. Selamat hari jadi anakku.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #16\n\nTangisan pertamamu adalah kebahagiaan kami. Tangisan kecilmu adalah kegembiraan kami. Tangisan kasih sayang ini sempena kamu telah besar dan syukurnya kami mempunyai kamu. Selamat hari lahir anakku.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #17\n\nMasa terlalu begitu pantas, kamu sudah besar. Tiada apa yang kami inginkan selain dari kasih sayangmu. Ketahuilah kasih sayang ibu bapa mu ini takkan pernah habis. Selamat ulang tahun kelahiran sayangku.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #18\n\nSelamat hari lahir anakku sayang. Semoga murah rezeki dunia akhirat, dilimpahkan rahmat, panjang umur, sering mendapat pertolongan Allah SWT. Semoga Allah sentiasa menjagamu sayangku.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #19\n\nHappy Birthday anakku sayang, Si jantung hati penyeri hidup bonda dan ayahanda. Kamulah ikatan cinta keluarga kita yang menyemarakkan kasih sayang antara kita semua. \n\nAllah sentiasa melindungimu, menjagamu, memberi yang terbaik buatmu. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana membahagiakan hari-hari bonda dan ayahanda.\n\nUcapan Hari Lahir Untuk Anak #20\n\nAnakku yang bijak, selamat menempuh alam kehidupan yang penuh berkah dan memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. Selamat hari jadi sayangku.\n\nBegitulah 20 ucapan hari lahir untuk anak yang boleh anda gunakan. Anak pasti suka dan teruja dengan apa yang anda katakan. Jom baca juga ucapan hari lahir suami, ucapan ulang tahun perkahwinan, ayat pickup line untuk suami"
"Ramai orang menyangka yang najis berdarah merupakan tanda buasir. Sebenarnya ramai orang tidak tahu yang najis berdarah boleh berpunca daripada penyakit atau masalah yang lain juga. \n\nIa mungkin berbahaya dan mungkin tidak. Bagaimanakah membezakannya? Apakah simptom dan puncanya? Bolehkah ia dirawati? \n\nBerak berdarah bermakna yang ada pendarahan berlaku pada saluran penghadaman. Warna darah menandakan bahagian saluran yang mengalami pendarahan. Darah yang berwarna merah cerah menandakan pendarahan berlaku dari bahagian pembuluh darah arteri. Ia terletak di bahagian yang sangat hampir dengan lubang dubur. Darah yang berwarna merah gelap pula menunjukkan adanya pendarahan pada bahagian yang lebih dalam iaitu bahagian awal usus besar atau bahagian akhir usus kecil. Warna darah yang hitam seperti tar juga adalah satu bentuk pendarahan dalam usus. Warna-warna darah ini berubah disebabkan oleh hasil proses tindak balas kimia.\n\nBerak\nberdarah mungkin tidak disedari individu yang mengalaminya atau mungkin tidak\nmengalami apa-apa simptom. Namun, ada juga yang mengalami simptom-simptom\nberikut:\n\nNamun\nbegitu, semua ini bergantung kepada keadaan pendarahan tersebut dan punca\nberlakunya pendarahan pada najis itu. Jika tidak serius, maka simptom-simptom\ndi atas ini mungkin tidak dirasai oleh pesakit. Tetapi, jika punca pendarahan\nitu adalah serius, pesakit mungkin mengalami semua yang dinyatakan di atas. \n\nOleh\nitu, disenaraikan di sini beberapa punca pendarahan pada najis atau berak\nberdarah yang mungkin boleh hadir dengan simptom-simptomnya:\n\nDivertakula\nialah yang muncul dari dinding usus besar. Divertakulum jarang menimbulkan\nmasalah kecuali jika ia dijangkiti atau berdarah.\n\nLuka\nkecil atau koyakan pada tisu yang melapisi dubur. Ia menyerupai rekahan yang wujud\npada bibir yang pecah-pecah atau luka kertas. Fisur biasanya berpunca dari pengeluaran\nnajis yang besar dan keras yang menyakitkan.\n\nIni\nadalah keradangan pada usus besar yang biasanya berpunca dari jangkitan atau\npenyakit keradangan pada usus.\n\nAngiodisplasia\nialah satu keadaan di mana pembuluh darah tidak normal yang rapuh menyebabkan\nberlakunya pendarahan.\n\nUlser\npeptik ialah sakit pada lapisan perut atau duodenum iaitu bahagian akhir lebih\natas pada usus kecil. Kebanyakan ulser peptik berpunca daripada jangkitan dari\nbakteria yang dikenali sebagai Helicobacter Pylori. Ulser ini juga boleh\ndisebabkan oleh penggunaan ubat anti keradangan pada dos yang tinggi atau pada\njangka masa panjang. Contoh ubat berkaitan ialah aspirin, ibuprofen, dan\nnaproxen.\n\nPolip\nialah tumor yang tidak berbahaya yang boleh tumbuh, berdarah dan menjadi\nkanser. Contohnya ialah kanser kolorektal di mana boleh menyebabkan pendarahan\nyang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.\n\nVena\nvarikos pada esofagus atau koyakan pada esofagus boleh menyebabkan kehilangan\ndarah yang teruk.\n\nRawatan kepada berak berdarah adalah bergantung kepada tahap keseriusan penyakit yang menjadi puncanya. Bagi masalah berak berdarah yang bukan serius, ia boleh diselesaikan dengan rawatan ringkas dan mudah yang boleh dilakukan sendiri oleh pesakit. Contohnya, mengamalkan diet berserat tinggi bagi melegakan sembelit yang boleh menyebabkan fisur dubur. Pesakit juga boleh mandi air suam untuk melegakan fisur tersebut.\n\nBagi\nberak berdarah yang berpunca daripada masalah yang lebih serius, rawatannya\nadalah berupa ubat-ubatan dan pembedahan. Penyakit keradangan usus, misalnya,\nhanya memerlukan pesakit memakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.\nManakala penyakit seperti kanser usus memerlukan pesakit untuk menjalani\npembedahan serta rawatan sampingan seperti kemoterapi dan radioterapi.\n\nAda beberapa jenis ujian yang dilakukan oleh doktor bagi mengenalpasti punca pendarahan atau berak berdarah yang dialami pesakit. Ujian seperti lavaj nasogaster akan membolehkan doktor untuk mengetahui sama ada pendarahan itu berlaku pada bahagian atas atau bahagian bawah saluran penghadaman. EGD pula ialah ujian yang dilakukan dengan memasukkan tiub berkamera menerusi mulut sampai ke esofagus sehingga ke perut dan duodenum. Doktor menggunakan ini untuk melihat sumber berlakunya pendarahan.\n\nSatu\nlagi kaedah yang menyerupai EGD ialah Kolonoskopi. Bezanya, kolonoskopi\ndimasukkan ke dalam rektum untuk memeriksa usus besar. Kolonoskopi juga boleh\ndigunakan untuk mengambil sampel tisu bagi tujuan biopsi. Jika kolonoskopi\nuntuk memeriksa usus besar, enteroskopi pula adalah untuk memeriksa usus kecil.\nBagi sesetengah kes, pesakit perlu menelan kapsul dengan kamera kecil di\ndalamnya. Kamera ini akan memancarkan imejke monitor video semasa ia melalui\nsaluran penghadaman.\n\nSatu\nlagi kaedah yang memerlukan pesakit menelan ialah X-ray Barium. Ia juga boleh\ndilakukan dengan memasukkannya ke dalam rektum.\n\nKedah\nlain termasuk pengimbas radionuklid, angiografi, dan laparotomi.\n\nBerdasarkan maklumat di atas, berak berdarah boleh jadi tidak serius dan membahayakan. Namun, ia juga boleh menandakan adanya masalah yang lebih besar sedang dihadapi oleh pesakit. \n\nOleh itu, adalah penting untuk seseorang yang mengalami beraj berdarah merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya menyedari ada pendarahan pada najis. Ini membolehkan doktor untuk mengesan penyakit dengan lebih awal jika ada dan mengambil tindakan segera untuk rawatan terbaik sesuai dengan keperluan pesakit.\n\nJemput juga membaca artikel kami seperti punca bisul punca batu karang dan punca sakit mata"
"Antara tips untuk menjadi ibu bapa peka atau menggalakkan anak untuk bercakap adalah:\n\n1) Membuka peluang utk anak meminta atau mengatakan sesuatu, kemudian TUNGGU.\n\n2) Apabila anak memberikan respon, maka kita perlu memberi respon dan meraikan cubaan yg anak cuba berikan.\n\nBagaimana nak meraikannya? Bila anak memberikan respon kita boleh:\n\nAnak sedang lihat burung di atas atap.\n\n3) Pastikan giliran utk bercakap antara kita dengan anak seimbang.\n\nMak: Kucing sedang tidur (kemudian tunggu turn anak pula)\n\nMak: Kucing sedang tidur. Kucing bunyi meow. Kucing makan ikan. Meow meow ( respon ini terlalu panjang dan x seimbang)"
"Haid yang tidak teratur merupakan salah satu masalah yang membelenggu kaum wanita. Wanita yang menghadapi masalah ni, ada yang sukar untuk mengandung. Hal ini kerana haid yang tidak teratur menandakan anda mengalami ovulasi secara tidak teratur atau yang lebih kronik, langsung tiada ovulasi.\n\nOvulasi ialah pengeluaran ovum (telur) yang berlaku dalam kitaran haid yang mana membolehkan seseorang wanita hamil melalui proses persenyawaan ovum dan sperma. Jika anda masih belum berkahwin, dapatkan rawatan dengan lebih awal.\n\nBagi wanita yang sudah berkahwin pula, selain mendapatkan rawatan untuk membetulkan kitaran haid, anda juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan. Malahan, bagi yang belum berkahwin juga pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan.\n\nDalam artikel ini akan dibincangkan punca-punca haid tidak teratur dan cara merawatnya. Perkongsian ini telah merujuk pandangan pakar sakit puan yang terkenal di Malaysia iaitu Prof Imelda Balchin melalui laman Facebook beliau. Malahan, artikel ini juga merujuk perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad dalam blognya.\n\nPunca-Punca Masalah Haid Tidak Teratur dan Cara Atasi\n\nPunca:\u00a0Bagi remaja yang baru saja didatangi haid, hormon mereka masih belum stabil. Oleh itu, kedatangan haid setiap bulan juga menjadi tak menentu. Perkara ini normal bagi peringkat awal kedatangan haid. Mereka tak perlu berasa bimbang.\n\nCara Rawatan:\u00a0Boleh mendapatkan pandangan dan nasihat doktor untuk penilaian kesihatan.\n\nPunca:\u00a0Ada sebilangan wanita yang mempunyai masalah ovulasi kerana masalah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). Ia berkaitan dengan masalah keseimbangan hormon iaitu terlebih hormon estrogen dan androgen tetapi kekurangan hormon progestron.\n\nOvari polisistik ialah ovari yang lebih besar berbanding ovari yang normal. Wanita yang mempunyai masalah ini mempunyai dua kali ganda saiz folikel. PCOS boleh mengganggu kesuburan wanita.\n\nSelain masalah haid tak teratur, pesakit PCOS juga berisiko menghadapi masalah diabetes, kegemukan dan paras hormon lelaki yang tinggi.\n\nCara Rawatan:\u00a0PCOS tiada penawar buat masa ini dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom dan komplikasi akibat PCOS. Rawatan yang terbaik ialah mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu mengurangkan berat badan dan jaga makan. Jangan bergantung pada ubatan saja.\n\nPunca:\u00a0Wanita yang mengamalkan diet secara ekstrem akan berkecenderungan untuk mengalami masalah eating disorder. Ia biasanya berlaku kepada pesakit anoreksia dan bulimia.\n\nIni kerana berat badan yang terlalu kurang akan mengganggu komposisi lemak dan menyebabkan berlakunya kekurangan nutrisi. Kesannya ia boleh menganggu kitaran haid dan yang lebih teruk, haid juga boleh terhenti.\n\nCara Rawatan:\u00a0Perlu dapatkan bantuan dan nasihat dari aspek kesihatan emosi dan mental agar mereka boleh makan seperti biasa. Biasanya kaunseling akan diberikan oleh pakar perubatan kepada pesakit untuk membina keyakinan diri dan kembalikan berat badan normal.\n\nPunca:\u00a0Berat badan yang berlebihan boleh menganggu komposisi lemak di dalam tubuh wanita. Komposisi lemak yang normal ialah antara 26 hingga 31%. Lemak yang berlebihan akan menjejaskan kitaran haid.\n\nCara Rawatan:\u00a0Amalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup aktif. Kurangkan makanan yang berkalori tinggi, berproses dan manis. Jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu.\n\nPunca:\u00a0Salah satu simptom kanser servik, kanser ovari dan kanser dinding rahim ialah pendarahan yang tak menentu. Pesakit biasanya akan mengalami pendarahan yang berlainan daripada haid biasa.\n\nCara Rawatan:\u00a0Anda hendaklah membuat pemeriksaan pap smear, scan rahim dan ovari. Jika ada ketumbuhan, biopsi akan dilakukan. Rawatannya ialah membuang sel-sel kanser sebelum ia semakin merebak.\n\nPunca:\u00a0Kehamilan akan menyebabkan kedatangan haid terhenti. Jika ada darah yang keluar sedikit (spotting), ia bukanlah darah haid. Kemungkinan berlaku pendarahan apabila telur yang sudah disenyawakan tertanam pada lapisan endometrium di dalam rahim. Pendarahan ini biasanya sedikit saja dan berlaku selama dua hari atau kurang.\n\nCara Rawatan: Dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor tentang kehamilan anda. Jika berlaku pendarahan banyak dan lama, segeralah berjumpa dengan doktor sakit puan.\n\nPunca:\u00a0Kelenjar tiroid yang terletak di depan leher akan merembeskan hormon tiroid. Hormon ini berfungsi dalam tumbesaran, perkembangan dan metabolisme badan serta menentukan kadar fungsi organ di dalam tubuh.\n\nApabila aras hormon tiroid tinggi akan berlaku hipertiroidisme. Ini menyebabkan metaboslisme badan akan meningkat. Malahan, putaran haid juga akan terganggu.\n\nCara Rawatan:\u00a0Rawatan untuk mengurangkan pengeluaran hormon tiroid dan pengambilan ubat-ubatan juga perlu dilakukan. Doktor akan membuat ujian darah terlebih dahulu untuk menilai tahap kesihatan.\n\nPunca:\u00a0Sejenis ketumbuhan di kelenjar pituitari yang berada di dalam otak akan menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin secara berlebihan. Kesannya kedatangan haid menjadi tidak menentu dan lewat.\n\nCara Rawatan:\u00a0Doktor akan membuat pemeriksaan visual fields iaitu memastikan sama ada medan penglihatan menjadi sempit. Selain itu, ujian darah prolaktin juga akan dibuat. Jika bacaannya terlalu tinggi, MRI brain scan perlu dibuat untuk memastikan wujud atau tidak ketumbuhan di kelenjar pituitari. Rawatan bergantung kepada saiz ketumbuhan.\n\nPunca: Selepas bersalin, penyusuan susu ibu juga boleh melambatkan kedatangan haid. Ini disebabkan oleh hormon penghasilan susu badan menghalang ovulasi dan menangguhkan kitaran haid.\n\nKadangkala selepas berhenti menyusukan anak, haid tidak datang serta-merta. Ini bukan bermakna anda hamil semula dalam tempoh menyusukan anak.\n\nCara Rawatan:\u00a0Ini ialah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon. Anda juga boleh dapatkan nasihat doktor sakit puan untuk pemeriksaan lanjut.\n\nPunca:\u00a0Tanpa kita sedar, tekanan emosi boleh menganggu keseimbangan hormon. Ini menyebabkan kitaran haid juga mungkin boleh terjejas. Namun, jangan risau ia hanya bersifat sementara.\n\nCara Rawatan: Elakkan diri berada dalam situasi yang stres. Jika ada masalah, kongsikan dengan ahli keluarga dan sahabat rapat. Anda juga boleh membuat akiviti kegemaran seperti bercuti, membeli belah, beriadah dan sebagainya. Jangan lupa dekatkan diri pada Allah jika berada dalam keadaan terganggu.\n\nPunca: Sesetengah ubat sintetik yang diambil untuk merawat masalah kesihatan tertentu seperti pil perancang kehamilan, pil hormon dan sebagainya boleh memberi kesan kepada kitaran haid.\n\nCara Rawatan:\u00a0Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubatan tersebut.\n\nPunca:\u00a0Ada para atlet yang membuat latihan intensif dan wanita yang bekerja kuat seperti mengangkat besi mempunyai masalah kitaran haid. Ini disebabkan aktiviti berat akan memberi kesan kepada keseimbangan hormon dengan mempengaruhi kelenjar hipotalamus.\n\nCara Rawatan:\u00a0Haid akan terganggu atau berhenti sementara sehingga mereka menambahkan semula lemak badan mereka. Aktiviti berat yang dilakukan juga perlu dikurangkan tahap intensitinya.\n\nPunca:\u00a0Ada wanita yang mengalami jangkitan hubungan kelamin (pelvic inflammatory disease) menyebabkan haid mereka terganggu.\n\nCara Rawatan:\u00a0Doktor sakit puan akan membuat pemeriksaan dan melihat tahap keradangan. Ubatan-ubatan dapat membantu menyembuhkan keradangan ini.\n\nDiharapkan artikel ini memberikan sedikit maklumat berkaitan masalah haid yang tidak teratur dan cara merawatnya. Yang penting, jangan ambil ringan jika ada tanda-tanda yang dinyatakan di atas. Pemeriksaan awal dapat mendiagnos penyakit dan rawatan susulan boleh dibuat.\n\nJemput juga membaca artikel tentang kitaran haid yang normal dan punca senggugut"
"Mencari website untuk hiasan dalaman rumah? Untuk peminat deko rumah, kini Dresid dengan kerjasama Guocera Sdn. Bhd., secara rasmi melancarkan platform e-dagang untuk pasaran pengubahsuaian rumah. \n\nDresid membolehkan pengguna melayari dari konsep dalaman siap pakai hingga reka bentuk rak untuk memenuhi pelan perumahan / lantai semasa mereka, membeli bahan yang diperlukan untuk projek perumahan, dan yang paling penting, dipasang oleh kontraktor yang dipercayai. \n\nIni semua dilakukan secara digital di Dresid. Mudah bukan? Dengan kerjasama ini, Dresid mengambil langkah pertama dalam mengubah pasaran pengubahsuaian hiasan dalaman menjadi ruang lebih mudah dan tidak perlu tertekan mencari idea yang menarik.\n\nJom layari dresid.com untuk memudahkan kerja dan idea hiasan dalaman anda."
"Perkahwinan bukan sahaja penyatuan di antara dua jiwa yang saling mencintai di antara satu sama lain, malah ia juga datang dengan tanggungjawab ke atas pasangan. Jika diperhatikan, statistik perceraian di negara kita semakin membimbangkan. \n\nSalah satu daripada faktor penyumbang yang telah dikenal-pasti ialah kegagalan untuk menjalankan tanggung jawab sebagai seorang suami. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai tanggung jawab suami yang wajib ditunaikan ke ata isteri tercinta agar berbahagia di dunia dan di akhirat.\n\nSebagai seorang suami, di antara perkara utama yang wajib ditunaikan ke atas isteri ialah dengan memastikan isteri mendapat nafkah zahir dan batin yang selayaknya. Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah zahir dan batin?\n\nFirman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 233, \u201cDan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.\u201d Nafkah zahir merujuk kepada keperluan asas yang diperlukan oleh seorang isteri seperti:\n\nSementara nafkah batin pula merujuk kepada keperluan emosi isteri seperti:\n\nSebagai seorang suami, anda bukan sahaja bertanggung jawab untuk menyediakan nafkah buat isteri tercinta, malah anda juga wajib menyediakan nafkah yang secukupnya mengikut kemampuan kepada anak-anak. Sabda Rasulullah, hukum memberi nafkah kepada anak dan isteri adalah sama seperti seseorang yang berjihad ke jalan Allah. \n\n3. Pendidikan agama dan fardhu ain\n\nSebagai seorang suami, anda bukan sahaja berperanan sebagai pelindung malah anda juga bertanggung jawab untuk memastikan bahawa isteri dan anak-anak anda mendapat pendidikan agama termasuk fardhu ain bersesuaian dengan Surah An-Nisa\u2019 ayat 34 yang berbunyi, \u201d Lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap wanita. \u201c\n\nDi antara perkara yang termasuk dalam tanggung jawab ini ialah:\n\nDi dalam Surah At-Talaq ayat 6, Allah berfirman, \u201d Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang iddah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka. \u201d Ayat ini menunjukkan bahawa adalah menjadi kewajipan suami untuk menyediakan perlindungan iaitu rumah kepada isterinya, hatta semasa iddah selepas bercerai.\n\nRumah yang dimaksudkan ialah rumah yang selesa mengikut kemampuan suami. Adalah menjadi tanggung jawab suami untuk menyediakan rumah berasingan supaya isteri tidak perlu tinggal sebumbung dengan mertua demi keharmonian keluarga. Lebih-lebih lagi sekiranya suami mempunyai adik-beradik lelaki lain yang tinggal bersama lalu menyebabkan isteri terpaksa menutup aurat setiap masa. Begitu juga kisahnya sekiranya ada adik-beradik lain yang telah berkahwin tinggal bersama.\n\nNamun begitu, sekiranya anda terpaksa tinggal bersama ibu bapa yang sakit dan memerlukan jagaan, boleh berbincang elok-elok dengan isteri dan dapatkan persetujuan. Tanpa paksaan.\n\nPerlindungan juga bukan sekadar terhad kepada rumah dan kediaman, malah ia juga bermaksud suami wajib melindungi isteri dari segi fizikal dan emosi. Perlindungan dari segi fizikal termasuk melindungi isteri daripada sebarang bahaya, penyakit berjangkit, dan kesusahan.\n\nSementara perlindungan dari segi emosi pula termasuklah melindungi isteri daripada ibu mertua dan ipar duai yang menyakiti isteri anda dengan kata-kata dan perbuatan. Anda sebagai suami wajib melindungi isteri anda daripada perasaan sedih, rendah diri, dan kemarahan yang berpunca daripada keluarga anda.\n\n5. Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik\n\nDidalam sebuah rumah tangga, seorang isteri berhak untuk mendapat layanan yang baik daripada suaminya. Layanan yang baik termasuklah layanan yang penuh dengan kasih-sayang, kelembutan, dan tanpa sebarang keganasan serta kekasaran, selari dengan firman Allah dalam Surah An-Nisa\u2019 ayat 19 yang bermaksud:\n\n\u201d Wahai orang yang beriman tidak halal bagi kamu mewarisi wanita secara paksa dan tidaklah boleh kamu menghalangi mereka daripada berkahwin supaya dikurangkan mas kahwin kecuali sekiranya nyata mereka berbuat kekejian dan bergaullah dengan mereka secara yang baik maka sekiranya kamu membenci mereka pada suatu perkara mungkin Allah jadikan padanya kebaikan yang banyak. \u201c\n\n6. Merahsiakan kekurangan, kecacatan, dan aib isteri daripada pengetahuan orang lain\n\nTanggung jawab suami yang terakhir untuk hari ini ialah merahsiakan segala kekurangan, kecacatan, dan aib isterinya daripada pengetahuan orang lain, termasuklah ibu bapa dan adik-beradik suami itu sendiri. Ia adalah bertujuan untuk menjaga air muka isteri dan mengelakkan timbulnya rasa rendah diri bagi pihak isteri.\n\nItulah dia 6 tanggung jawab suami terhadap isteri dan keluarga yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda rasa perkongsian kami pada hari ini sangat bermanfaat, anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel kami tentang tanda suami curangtanggung jawab isteri, dan tips menjadi isteri yang baik."
"Masak apa ya hari ini? Apakata masak ayam kukus Chinese pula!\n\nMasakan Chinese tidak pernah mengecewakan. Ia selalu sedap dan dicari-cari. Bahkan di restoran Chinese muslim ayam kukus antara menu kesukaan.\n\nSeperti ayam kukus, walaupun tampak tampilannya biasa saja, warna pucat, tidak garing, tidak pedas namun ia sangat sedap. Sihat pula dari sudut kesihatan.\n\nBerbicara tentang sihat, ayam kukus memang antara hidangan yang cukup sihat. Ia tidak berminyak, tidak berkolesterol tinggi. Sesuai untuk orang yang sedang dalam masa berpantang.\n\n\u200eHairul Nizam Ijam\u200e\u00a0dan Illyani Daud telah berkongsikan resepi menarik ini di laman Facebook tentang resepi ayam kukus. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi ayam kukus chinese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mashed Potato adalah hidangan sampingan yang selalu dihidangkan bersama dengan makanan ala barat seperti Chicken Chop, Beef Steak dan Fish and Chips. Teksturnya lembut, dan mengenyangkan jadi membuatkan ianya sesuai untuk diberikan kepada bayi. \n\nMashed Potato juga dihidangkan bersama dengan ayam goreng, seperti restoran fast food yang amat popular dengan juadah itu. Walaubagaimanapun, mashed potato juga boleh dibuat dengan mudah oleh kita. Resepinya tidak memerlukan bahan yang susah untuk didapati malahan ianya tidak remeh untuk disediakan. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Nur Hawani Yusof dan telah mendapat banyak komen positif di media sosial. Jadi jom kita lihat!\n\nBahan \u2013 bahan untuk kentang lenyek: \n\nBahan \u2013 bahan untuk sos gravy:\n\nAnda juga boleh asingkan kentang lenyek untuk bayi anda. Apabila kentang sudah dilenyek.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba: \n\nTerdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan kongsikan resepi ini bersama yang tersayang. Semoga berjumpa lagi!"
"Senda gurau di antara suami isteri amat digalakkan malah ia juga menjadi salah satu ciri-ciri pasangan bahagia. Namun ada satu senda yang sangat dibenci oleh suami tetapi sangat disukai oleh isteri.\n\nbaptistnews.com\n\nJenaka tersebut adalah memegang suami yang ada baru sahaja selesai mengambil wudhu dengan tujuan membatalkan air sembahyangnya. Dengan niat suami akan ambil wudhu sekali lagi.\n\n#1 Seronok tengok suami berlari-lari menjauhkan diri daripada disentuh.\n\n#2 Rasa terhibur kerana pada masa itulah kelihatan suami itu \u201ctewas\u201d.\n\n#1 Niat dia suci kudus untuk bertemu Allah. Menyelesaikan wudhu dengan sempurna agar solatnya diterima Allah. Mindanya separuh berada di dalam sof solat.\n\nOleh itu bila isteri datang dengan sengaja mahu membatalkan wudhunya, seolah-olah mengganggu solatnya. Marah dia!!!!!\n\n#2 Mengambil wudhu sekali lagi adalah dikira membazir air dan waktunya. Apa lagi dengan secara sengaja. Marah dia !!!\n\nOleh itu wahai isteri.. carilah benda lain jika ingin berjenaka. Silap haribulan kena \u201cpenampar sulong\u201d"
"Menu masakan ala thai sering menjadi pilihan rakyat Malaysia. Antara menu yang sering dipesan di kedai makan ala Thai adalah Tom Yam Putih, Telur Dadar, Goreng Kunyit dan Daging Masak Merah. Jadi untuk kali ini, kami kongsikan resepi Daging Masak Merah Ala Thai yang dikongsikan oleh Azizah Daud yang menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan cara penyediaannya pun ringkas dan senang. Hanya rebus dan campak-campak sahaja. Mudahkan? \n\nJadi, bagi sesiapa yang dah bosan makan diluar dan hilang idea nak masak apa untuk seisi keluarga bolehlah cuba masakkan daging masak merah ini. Menu ini sangat lah sesuai dan bertepatan dengan isteri yang bekerjaya tetapi masih mahu masak untuk keluarga. Masakan dari air tangan seorang isteri atau ibu gitu. Sebabnya masakan ini sangat simple, mudah dan jimat masa. Apa lagi, jom tengok resepinya.\n\nMudah kan? Tup-tup dah siap. Selamat mencuba ya. Ok, selain dari resepi daging masak merah ini, terdapat juga resepi menarik yang lain yang telah dikongsikan dalam blog Bidadari ini. Boleh cari di bahagian resepi ya."
"Laksa merupakan makanan jenis mee berkuah yang sedikit pedas untuk menambah kelazatan juadah tersebut. Laksa yang famous di Malaysia adalah Laksa Penang yang bukan sahaja sangat digemari oleh masyarakat utara Malaysia Malaysia malahan di serata Malaysia mahupun di luar Negara. Namun, apa yang paling best ialah laksa mempunyai banyak jenis yang mana semuanya sedap-sedap.\n\nSelain laksa penang, terdapat juga laksa Kelantan, laksa johor dan laksa Sarawak. Masing-masing mempunyai citarasa unik yang tersendiri. Bagi anda yang tidak pernah mencuba laksa selain laksa penang, kami cadangkan agar anda mencuba kesemua jenis laksa agar anda mampu menikmati setiap keunikan dan keenakan kepelbagaian makanan di Malaysia tercinta ini.\n\nHari ini kami akan kongsikan resepi laksa Sarawak yang telah diambil dari saudari Fatin Fatiha di Facebook. Laksa Sarawak sangat unik kerana menggunakan bihun sebagai laksanya. Rasa kuahnya pula seakan kuah kari dan sedikit berlemak. Untuk hidangan, terdapat banyak bahan-bahan yang perlu disediakan untuk menjadikan laksa Sarawak ini sedap!\n\nResepi ini menggunakan pes laksa Sarawak dan sedikit serbuk kari. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah untuk sediakan pes di dapur. Beli sahaja pes laksa Sarawak di kedai dan masukkan ke dalam masakan anda. Confirm menjadik ya kalau tuan-tuan dan puan-puan tak tersalah beli pes. Tersalah beli pes lain, jadi masakan lain lah pulak. Ok, jom kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.\n\n1 Pes Laksa Sarawak (Selalu guna pes laksa Hj Manan or Liza)\n2 kotak santan kecil / 2 peket santan serbuk\n1 kiub ayam\n1 kari peket kecil* (wajib klu ikut resepi ini)\n1 Liter air (Guna botol air mineral kecil \u2013 2 sukatan)\nGaram/perasa (jika perlu)\n\n1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk\n2. Masukkan pes laksa, santan, kiub ayam dan serbuk kari\n3. Masak hingga mendidih\n4. Sesudah mendidih, tutup api.\n5. Tapis kuah & siap \ud83d\ude0a\n*Tambah garam/perasa, jika perlu\n\n1. Bihun\n2. Ayam (rebus & dicarik2)\n3. Udang (celur sahaja)\n4. Tauge (celur sahaja)\n5. Telur (boleh Rebus / masak telur dadar & hiris)\n6. Daun ketumbar (hiris halus)\n7. Cili padi/hijau (hiris)\n8. Sambal belacan (tumbuk cili padi + belacan)\n9. Limau kasturi\n*Bahan-bahan hidangan ni ikut selera masing-masing. (Kalau suka kubis, letak kubis. Kalau suka bawang goreng, letak ja. Ikut kreativiti masing-masing yer).\n\nSelain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi-resepi lain yang kami paparkan buat anda. Jangan lupa untuk mencuba kesemuanya ya! Boleh LIKE dan SHARE ya!"
"Bersukan adalah aktiviti riadah yang menjadi pilihan ramai. Tak kira apa pun peringkat umur, bersukan adalah aktiviti yang seronok untuk dilakukan lebih-lebih lagi jika dilakukan bersama orang yang tersayang. Terdapat pelbagai jenis sukan yang boleh kita pilih seperti:\n\nYang sebenarnya ada banyak faedah bersukan yang kita terlepas pandang. Itulah sebabnya kenapa kita berasa liat untuk bersukan dan memilih untuk meluangkan masa berehat di atas sofa sambil menonton televisyen atau sibuk mengadap handphone tanpa mahu menggerakan anggota badan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan 5 faedah bersukan yang kita terlepas pandang. Lepas membaca artikel ini pastinya anda akan lebih rajin bersukan.\n\nTidak dinafikan bahawa semua orang sedia maklum akan faedah bersukan yang pertama ini. Sememangnya bersukan akan meningkatkan kesihatan dan meningkatkan stamina seseorang. Ini kerana apabila kita bersukan, tubuh badan akan aktif bergerak. Apabila kita aktif bergerak, degupan jantung akan menjadi laju. Kadar degupan jantung yang laju akan meningkatkan kesihatan jantung. Senaman jenis kardio adalah sangat baik untuk kesihatan jantung. Di antara contoh senaman kardio adalah seperti berikut:\n\nSemasa bersukan, tubuh badan akan mengeluarkan peluh dengan banyak. Peluh yang keluar adalah penuh dengan toksik dan toksin yang terkumpul dalam badan. Lama-kelamaan toksik dan toksin yang terkumpul dalam badan akan menyebabkan tubuh badan mula menjadi lemah dan kurang bertenaga. Toksin dan toksik juga boleh menjadi racun kepada tubuh badan. Oleh itu, semakin kerap anda bersukan, semakin banyak toksik dan toksin yang dikeluarkan dari tubuh badan melalui peluh. Apabila semua toksik dan toksin dikeluarkan dari badan, kita akan menjadi semakin sihat dan bertenaga.\n\nSelain itu, bersukan juga akan membantu meningkatkan stamina lalu menjadikan seorang yang lebih cergas dari segi fizikal. Bandingkan di antara individu yang aktif bersukan dengan seorang lagi individu yang memilih untuk banyak berehat di rumah. Pastinya individu kedua akan jauh ketinggalan dari segi stamina dan kecergasan. Badan yang cergas akan melahirkan otak yang cerdas. Oleh itu, marilah kita rajinkan diri untuk bersukan agar mendapat tubuh badan yang cergas dan otak yang cerdas.\n\nYang ini pastinya ramai orang suka. Lebih-lebih lagi golongan wanita. Bersukan membantu untuk kita kurus dan mengekalkan tubuh badan yang langsing. Macam mana bersukan membantu kita untuk kurus? Pertama sekali anda perlu tahu bahawa untuk kurus, formulanya ialah 80% pemakanan dan 20% bersenam.\n\nMaksudnya, kalau anda nak kurus perkara paling penting yang perlu dijaga ialah pemakanan. Amalkan pemakanan seimbang dan pastikan jumlah kalori yang masuk adalah kurang berbanding kalori yang keluar. Di sinilah pentingnya bersukan walau pun cuma memainkan peranan sebanyak 20% untuk kurus.\n\nApabila kita bersukan, tubuh badan akan aktif bergerak dan jantung akan berdegup dengan laju. Bersukan akan menyebabkan tubuh badan membakar kalori dengan banyak. Semakin aktif kita bersukan, semakin banyak kalori yang dibakar. Seperti yang kami nyatakan di atas tadi, untuk kurus kita kena pastikan kalori yang masuk adalah kurang daripada kalori yang keluar atau dibakar oleh tubuh badan. Oleh itu, kalau kita rajin bersukan maka banyak kalori yang terbakar lalu mempercepatkan proses untuk kurus.\n\nBersukan juga akan membantu tubuh badan untuk mengeluarkan toksik dan toksin yang menjadi puca tubuh badan menjadi gemuk. Bersukan juga akan membantu membakar lemak yang terkumpul dalam tubuh badan. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa sesungguhnya bersukan membantu kita untuk kurus dan kekal langsing.\n\nMengelakkan daripada terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat\n\nFaedah bersukan yang seterusnya ialah ia mampu mengelakkan daripada terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat. Apabila rajin bersukan, masa kita akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan kita tidak akan ada banyak masa lapang dan tidak akan sempat untuk berasa bosan. Berasa bosan adalah di antara punca kenapa ramai yang terjebak dengan aktiviti kurang sihat dan tak berfaedah seperti lumba haram, menghabiskan masa di kelab malam, penyalah gunaan dadah, dan sebagainya.\n\nMalah apabila kita aktif bersukan, kita juga tidak akan terjebak dengan permainan online yang boleh menyebabkan ketagihan dan kita lupa dengan dunia sekeliling termasuk orang yang tersayang. Permainan online juga telah memusnahkan banyak rumah tangga. Oleh itu elakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah dengan memilih untuk aktif bersukan.\n\nBersukan juga membantu untuk mengeratkan hubungan dengan orang di sekeliling kita. Jika kita bersukan dengan keluarga pada hujung minggu, pastinya kasih sayang di antara ahlim kelurga akan menjadi semakin kukuh. Bersukan juga akan mengeratkan hubungan sesame rakan malah menambahkan kenalan kita. Semakin ramai kenalan, semakin bagus kehidupan sosial. Kehidupan sosial yang bagus akan melahirkan kesihatan emosi dan mental.\n\nMengelakkan daripada anda membazirkan masa dan wang\n\nFaedah bersukan yang terakhir ialah ia membantu mengelakkan kita daripada membazirkan masa dan wang. Apabila kita memilih untuk aktif bersukan, kita tidak akan membazirkan masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia. Selain itu, bersukan juga akan menjimatkan wang kerana anda tidak lagi akan menghabiskan masa berpeleseran di pusat membeli-belah dan bershopping membeli barang yang tidak diperlukan.\n\nItulah dia info tentang faedah bersukan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang \u00a0faedah membaca kanak-kanak, dan faedah memakai bengkung"
"Begedil memang sangat diminati. Di tempat asalnya sendiri iaitu Indonesia, makanan ini dipanggil perkedel, namun juga dikenal sebagai begedil sebagaimana orang jawa memanggilnya. Ianya dipanggil begedil hingga ke Malaysia dan Singapura.\n\nBegedil tersedia dalam pelbagai macam variasi, antaranya begedil kentang, begedil tauhu dan begedil jagung. Ada pula yang membuat begedil daging ataupun begedil ayam, seperti resepi yang dikongsikan oleh Nor Ima\u200e di Facebook yang mendapat perkongsian ramai.\n\nBegedil ayam dibuat dengan berbahan dasar kentang tumbuk. Bergedil biasanya sedap dimakan bersama soto ataupun sejenis makanan berkuah sup. Begedil pula sedap dimakan macam itu sahaja tanpa soto mahupun sup. Lagi sedap kalau makan begedil dengan cili api ataupun sos cili.\n\nCara memasak begedil pula sangat simple dan tidak memakan masa. Bahan-bahan untuk membuat begedil juga sangat senang didapatkan dan tidak leceh. Anda boleh cuba membuat begedil dirumah dan hidangkan kepada keluarga anda. Sila cuba resepi ini.\n\n1. Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk.\n\n2. Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk.\n\n3. Goreng dada ayam, ditumbuk kasar dan disiat-siat.\n\n4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda *\n\n5. Tambah perasa ikut selera sndri.\n\n6. Mula bentuk begedil sesuai selera suka. Biasanya berbentuk bulat datar.\n\n7. Akhir sekali, celupkn begedil yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul dan dibubuh sedikit garam.\n\n8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh.\n\nJangan sesekali gunakan ayam kisar yang mentah kerana begedil boleh jadi hancur semasa digoreng sebab basah atau lembik dan juga ayam kisar yang mentah tidak sempat masak sempurna sebab begedil digoreng cuma sekejap.\n\nSelain resepi Begedil Ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"\u201cBaiknya anak dia, pasti ibu bapanya juga orang baik-baik kan?\u201d\n\nItulah maksud peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Lahirnya anak-anak pasti akan mengikut sikap dan tindakan ibu bapanya. Ibu bapa adalah tunggak dalam sesebuah keluarga. \n\nMereka adalah Insan yang melahirkan, membesarkan, mengasuh, mendidik dan menyediakan keperluan anak dari kecil sehingga ke dewasa. Tanpa ibubapa, kita tidak mungkin hidup di dunia ini, membesar dengan sihat dan menjadi seorang manusia yang berguna.\n\nSetiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing. Disini menerangkan tentang peranan ibubapa dalam keluarga yang boleh menjamin kebahagiaan.\n\nPeranan ibubapa adalah menjadi \u2018role-model\u2019 kepada anak-anak dengan sentiasa menunjukkan teladan yang baik dan perlu dicontohi. Seperti kita ketahui, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Kelakuan dan peranan ibu bapa bakal memberi kesan yang besar untuk seluruh hidup anak-anak.\n\nSebagai contoh, perkara negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri, ia bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak.\u00a0\n\nMereka akan bertengkar dan akan hilang rasa hormat antara satu sama lain. Oleh itu, ibu bapa berperanan dalam menunjukkan\u00a0 contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka tidak bersikap negatif di kemudian hari.\u00a0\n\n2. Melengkapkan Diri Dengan Ilmu Keibubapaan\n\nIbu bapa berperanan penting dalam melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan. Ibu bapa perlu memahami tanggungjawab besar yang terletak atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka terjamin dan berperanan menjadi ibubapa yang bertanggungjawab.\n\nMenurut Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Taknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat,\n\nPeranan ibu hari ini bukan sahaja sebagai seorang suri rumah atau pendidik anak semata-mata, tetapi mereka mempunyai peranan yang besar terhadap agama, bangsa dan negara. \n\nPeranan seorang ayah pula bukan sekadar menyediakan keperluan tempat tinggal dan perbelanjaan makan dan minum anak-anak mereka sahaja, tetapi juga membantu melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.\u00a0\n\n3. Memberi Perhatian Dan Kasih Sayang\n\nPeranan Ibu bapa seterusnya adalah mendidik anak-anak dengan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Walaupun ibu bapa sibuk mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing, jangan lupa didikan yang harus diberikan kepada anak.\n\nUntuk pengetahuan anda, hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Ibu bapa harus meluangkan masa dengan mereka dan sentiasa memberi perhatian dan kasih sayang supaya mereka menjadi insan yang cemerlang.\n\n4. Memberikan Didikan Agama Dan Moral\n\nIbu bapa haruslah berperanan untuk memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak. Dengan didikan agama yang cukup, anak-anak akan memiliki benteng keimanan yang ampuh dalam mendepani dunia yang penuh dengan cabaran.\u00a0\n\nPeranan ibu bapa yang memberi didikan agama akan menjadikan anak lebih menjaga akhlak, kehormatan dan nama baik keluarga. Bak kata pepatah, anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. \n\nOleh itu, peranan ibubapa dalam memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak\u00a0 akan menjadi insan yang sentiasa menghormati ibu bapa dan ahli-ahli keluarga.\n\n5. Mengawasi Perlakuan Dan Memantau Aktiviti Anak-anak\n\nIbubapa hendaklah mengawasi kelakuan dan memantau aktiviti anak-anak kerana itu adalah sebahagian peranan sebagai ibubapa. Hal ini penting untuk memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlaknya.\u00a0\n\nLazim kita lihat, hari ini sahaja banyak terpapar di dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan iaitu masalah sosial dalam kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing hati. Antaranya ialah kes rogol, samun, ragut, zina, pembuangan bayi, pembunuhan dan lumba haram.\n\nIbu bapa berperanan dalam membuat pemantauan yang rapi supaya anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga. Sekaligus ia akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.\n\n6. Menyediakan Suasana Yang Baik Dan Selesa Di Rumah\n\nPeranan ibu bapa juga adalah dalam menyediakan suasana yang baik dan selesa di rumah. Keadaan rumah yang tidak selesa seperti rumah yang berselerak dan sempit akan memaksa anak-anak untuk keluar dari rumah untuk memperoleh ketenangan.\u00a0\n\nRuang tamu, bilik tidur, ruang belajar perlulah kelihatan selesa. Dari segi emosi pula, rumah memerlukan suasana yang tenang. Mengikut kajian, faktor latar belakang keluarga seperti keadaan rumah tangga akan mempengaruhi tingkah laku anak-anak. \n\nOleh itu, Ibubapa berperanan untuk sentiasa membersihkan kawasan rumah supaya dapat melatih anak-anak untuk mejadi seorang yang pembersih.\u00a0\n\n7. Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain\n\nPeranan ibubapa dalam keluarga adalah saling menghormati antara satu sama lain. Jangan biarkan anak meninggikan suara atau memanggil antara satu sama lain dengan panggilan yang tidak elok. Begitu juga dengan ibu bapa.\n\nTanpa sikap hotmat menghormati, akan berlakulah perkara seperti mengejek, mengumpat, berkata yang tidak sepatutnya dan sebagainya. Oleh itu, Ibubapa berperanan untuk mengajar mereka menghormati orang lain supaya mereka menjadi insan yang soleh dan solehah suatu hari nanti\n\nKerap berkomunikasi dengan anak-anak dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak, ini juga adalah peranan bagi ibubapa. Komunikasi dapat membentuk keluarga bahagia. Jika tidak mengamalkan komunikasi yang baik, ia akan menghasilkan banyak masalah dalam keluarga.\n\nContohnya adalah bergaduh dan bercerai. Sekiranya, terdapat salah faham antara satu sama lain, duduklah berbincang dengan elok dan luahkan segala masalah yang dihadapi. \n\nPeranan ibubapa yang wajib dilakukan adalah mendengar luahan anak-anak. Untuk pengetahuan anda, Ibubapa lah yang berperanan untuk berada disisi mereka ketika mereka susah, sedih dan ingin meluahkan segalanya.\n\nContohnya, masalahnya tentang pembelajaran, perasaan dan masalah peribadi. Mengikut fakta, pada usia 7 hingga13 tahun, anak-anak dididik supaya berdisiplin. Pada usianya 14 hingga 21 tahun pula, ibu bapa perlu menjadikan anak-anak mereka sebagai rakan mereka. Ibu bapa perlu membimbing dan bukannya membuat keputusan untuk anak remaja mereka.\u00a0\n\nApabila ibu bapa bersifat memerintah atau mengarah, maka anak remaja akan menjauhkan diri daripada ibu bapa. Peranan penting adalah untuk menjadi pendengar yang setia supaya mereka lebih percaya dan selesa untuk meluahkan segalanya.\n\nSebagai ibubapa peranannya sudah tentulah untuk memberi pendapat kepada anak-anak. Ibubapa juga berperanan untuk menjawab soalan yang ditanya oleh anak-anak.\n\nContohnya, \u201cMama, kenapa kakak mesti makan sayur?\u201d, \u201cMama, kenapa kakak kena pergi sekolah?\u00a0 Dan \u201cMama, kenapa papa dengan mama gaduh semalam?\u201d. \n\nMenurut kajian dari University of Michigan, anak suka bertanya bukanlah kerana ingin mengganggu ibu bapa mereka tetapi mereka memang perlukan penjelasan yang khusus dari persoalan itu. Pendek kata, mereka ingin jawapan yang betul dan bukan main-main.\n\nPendek kata, ibubapa seharusnya memainkan peranan dan bersabar dalam menjalani tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Jemput baca Cabaran Ibu Tunggal, Cara hilangkan sedu bayi, Ucapan hari lahir untuk anak dan Hukum ibu bapa sakiti anak."
"Daging boleh dimasak dengan pelbagai resepi. Sebagai contohnya, daging masak lemak cili api, daging masak kari, daging masak asam pedas, daging goreng kunyit dan pelbagai lagi. Bagi penggemar daging, semestinya mereka akan makan lauk atau makanan yang berasaskan daging.\n\nTapi, ada juga sesetengah orang tidak begitu gemar makan daging kerana daging susah untuk dimakan, ia dikatakan liat. Daging jika tidak dimasak dengan baik, ia susah lembut dan akan menjadi liat. Itu adalah salah satu alasan orang tidak gemar makan daging.\n\nApakah cara yang mudah boleh melembutkan daging?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai kaedah lembutkan daging dengan mudah. Info ini dikongsikan oleh Encik Khairul Hakimin. Beliau merupakan penulis sepenuh masa dan mempunyai 20 lebih buah buku. Guru content di social media dan mengadakan kelas, personal coaching, group coaching, seminar untuk membantu audien menulis dan menggunakan content yang sesuai dan betul mengikut kepakaran, kemahiran dan jenis bisnes itu sendiri. \n\n5 Kaedah lembutkan daging dengan mudah\n\n1. Potong daging dengan cara berlawanan dengan urat. Bukannya potong ikut urat. Silap potong akan bawa padah, memang liat ya ampun.\n\n2. Basuh daging dengan bersih. Eloknya guna tepung gandum, asam limau atau asam keping. Bilas dengan betul-betul bersih. Mana yang tak basuh dengan betul biasanya daging juga susah nak empuk.\n\n3. Apabila memasak daging, elakkan letak bahan asam atau masin terlalu awal, ia akan melambatkan daging empuk. Jadi lewatkan masuk asam jawa dan garam.\n\n4. Petua nak lembutkan daging dengan cepat, pertamanya guna periuk tekanan.\n\n5. Perap dengan nanas atau betik yang dikisar selama lebih kurang 30 minit.\n\n*Mudahkan petua yang diberikan oleh Encik Khairul ini. Boleh ikuti 5 kaedah berikut. Selepas ini, bolehlah masak daging dengan hati yang senang kerana sudah tahu cara yang betul untuk lembutkan daging. Tiada lagi nak bertungkus lumus makan daging yang liat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Dalam menjalani kehidupan berkeluarga, ibu ayah pastinya akan menerima pelbagai soalan daripada masyarakat sekeliling terutamanya tentang perihal anak dan bilangan anak.\n\nBagi ibu ayah yang tidak mempunyai anak yang ramai, pasti akan ditanya \u2018bila nak tambah lagi?\u2019 atau \u2018tak nak tambah lagi?\u2019. Kadang-kala mungkin kita berasa soalan ini agak sukar untuk dijelaskan.\n\nIkuti perkongsian seorang bapa iaitu Encik Nur Firdaus, melalui laman Facebook beliau tentang jawapan bagi pertanyaan \u2018kenapa anak sedikit\u2019.\n\nPerbualan antara saya dan seseorang :-\n\nO \u2013 Orang\nS \u2013 Saya\n\nO : Anak berapa orang dah sekarang tuan?\nS : Alhamdulillah, 2 orang dah setakat ini. Yang pertama lelaki, yang kedua perempuan.\n\nO : Oh, tu baru nak mula namanya (sedikit tergelak). Saya alhamdulillah, nak masuk 9 dah tengah tahun nanti.\nS : Alhamdulillah, murah rezeki dari Allah tu. Seronok kan anak ramai ni?\n\nO : Memang seronok tuan. Eh, tuan memang tak nak ramai-ramai ke? Anak ramai ni kan sunnah nabi. Nabi bangga dengan umatnya yang ramai, tak gitu tuan?\nS : Betul tu. Anak ramai adalah sesuatu yang disukai Allah dan Rasulullah. Tapi kena faham juga. Meramaikan anak adalah sesuatu yang DIANJURKAN SAHAJA. Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang WAJIB. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.\n\nO : Hmm. (terdiam sebentar)\nS : Nabi berbangga dengan anak yang ramai, tetapi dalam hadis yang lain, nabi sedikit kesal akan sebahagian umatnya yang akhir zaman hanya seperti buih di lautan. Islam agama kualiti, bukan kuantiti. Bila bertemu perkara yang wajib dan sunat, maka yang wajib perlu sentiasa didahulukan.\n\nO : Jadi, tuan memang takut anak ramai ke? (defense mechanism)\nS : Bukan begitu. Saya jalan perlahan-lahan. Selesai sahaja satu tahap, baru saya ke tahap seterusnya. Allah tidak akan soal kenapa anak saya tidak ramai, tetapi Allah akan soal kenapa saya tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak yang telah dianugerahkanNya. Eh, terpanjang pula. :)\n\nO : Betul jugak tu. Terbuka sikit minda saya ni tuan. Nampaknya banyak la kerja saya lepas ni.\nS : Slow and steady tuan, yang dah ada ini fokus betul-betul. 9 orang, maknanya ada 9 fail yang akan dibuka (di Mahsyar) nanti. Tuan orang baik, tiada masalah insyaAllah. Ok tuan, saya nak ke sana kejap. Assalamualaikum.\n\nBerikut merupakan petikan hadis berkenaan bilangan kita yang ramai tetapi ianya ibarat buih.\n\nHadis ini daripada Tsauban (\u062b\u0648\u0628\u0627\u0646) :-\n\n\u064a\u064f\u0648\u0634\u0650\u0643\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064f\u0645\u064e\u0645\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u062f\u064e\u0627\u0639\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062f\u064e\u0627\u0639\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0643\u064e\u0644\u064e\u0629\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0642\u064e\u0635\u0652\u0639\u064e\u062a\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0642\u064e\u0627\u0626\u0650\u0644\u064c \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u0650\u0644\u064e\u0651\u0629\u064d \u0646\u064e\u062d\u0652\u0646\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u0626\u0650\u0630\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0628\u064e\u0644\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u0626\u0650\u0630\u064d \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u063a\u064f\u062b\u064e\u0627\u0621\u064c \u0643\u064e\u063a\u064f\u062b\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0635\u064f\u062f\u064f\u0648\u0631\u0650 \u0639\u064e\u062f\u064f\u0648\u0650\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0647\u064e\u0627\u0628\u064e\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0642\u0652\u0630\u0650\u0641\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0647\u0652\u0646\u064e \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0642\u064e\u0627\u0626\u0650\u0644\u064c \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0647\u0652\u0646\u064f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u062d\u064f\u0628\u064f\u0651 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650\n\n\u201cHampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.\u201d Maka seseorang bertanya : \u201dApakah karena sedikitnya jumlah kita?\u201d. \u201dBahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih mengapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.\u201d Seseorang bertanya: \u201dYa Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?\u201d Nabi shollallahu \u2019alaih wa sallam bersabda : \u201dCinta dunia dan takut akan kematian.\u201d\n\nDalam perihal anak, masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Walau berapa pun bilangan anak yang dimiliki, pastikan kita mementingkan kualiti anak itu dalam semua aspek kerana kelak perkara ini akan dipersoalkan.\n\nSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ibu ayah yang mempunyai bilangan anak yang ramai dan berjaya memberikan didikan yang terbaik kepada mereka.\n\nBuat semua ibu ayah, sentiasa panjatkan doa kepada Allah agar kita semua dikurniakan anak yang soleh dan solehah sebagai saham akhirat kita.\n\n*Sumber asal perkongsian ini adalah daripada Encik Nur Firdaus melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau."
"Jeragat adalah adik beradik dengan jerawat. Sebagaimana jerawat boleh muncul dengan sendirinya di wajah, begitu juga dengan jeragat. Kewujudan jeragat ini sebenarnya adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang telah mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang pori muka terutamanya di T-zone iaitu pada kawasan hidung, dahi, dagu dan juga pipi. \n\nWajah dengan jeragat begini memang nampak kurang cantik! Malah kulit wajah yang ada jeragat ni nampak lebih kusam hingga boleh membuatkan tuan empunya diri nampak lebih berusia dari umur sebenar. \n\nAntara Tips Untuk Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan Di Muka\n\nTips #1 \u2013 Basuh Rambut Dan Wajah Selalu \n\nJeragat sering berlaku pada anda yang memiliki kulit wajah jenis berminyak. Dan untuk pengetahuan anda juga, tidak hanya pada wajah saja yang perlu di cuci selalu tapi juga pada rambut. \n\nAnda perlu pastikan rambut anda di cuci dengan shampoo setiap dua tiga hari sekali untuk menghalang pembentukan minyak berlebihan daripada terjadi. Ini kerana rambut yang berminyak ini boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit.\n\n Tips #2 \u2013 Hanya Gunakan Kosmetik Dari Jenis Yang Bebas Minyak\n\nKosmetik ada banyak jenis di pasaran. Ada yang dalam berasaskan air dan ada juga yang berasaskan minyak seperti krim muka, serum, minyak vitamin, losyen dan sebagainya. Bahan solekan juga banyak yang berasaskan minyak seperti foundaton dan sebagainya. \n\nAnda sama sekali tidak boleh gunakan sebarang bahan solekan dan losyen yang yang ada tekstur berminyak. Produk-produk kecantikan yang berminyak ini adalah punca utama liang pori wajah menjadi tersumbat. Selain daripada itu, anda juga perlu selalu membasuh peralatan solek seperti berus dan span supaya bakteria tidak boleh hidup padanya. \n\nTips #3 \u2013 Amalkan Diet Yang Sihat Dan Seimbang\n\nWajah yang berjeragat adalah terdiri dari jenis kulit yang berminyak. Dan tidak hanya jenis produk kecantikan bebas minyak saja yang patut diberi perhatian malah soal pemakanan juga. Anda seharusnya mengamalkan makanan diet yang sihat dan seimbang dengan megelakkan makanan yang berlemak dan terlebih minyak.\n\nMakanan yang paling elok diamalkan adalah buah-buahan, sayur-sayuran serta banyakkan juga minum air kosong supaya tahap kesihatan badan semakin baik. Sihatnya tubuhbermakna akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.\n\nTips #4 \u2013 Gunakan Jus Lemon Pada Wajah\n\nLemon mengandungi asid\u00a0alpha hydroxy\u00a0dan asid yang ada pada jus lemon ini boleh membantu menggelupaskan kulit dan memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat\u00a0astringen.\n\nCaranya untuk menghilangkan jeragat pada wajah mudah saja. Anda cuma perlu perahkan jus lemon, celup jus lemon ini dengan bebola kapas dan letakkan pada kulit wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit kemudian cuci wajah hingga bersih menggunakan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur dan seeloknya amalkan untuk jangka masa beberapa bulan.\n\nBaking soda? Ya baking soda yang sering digunakan untuk membuat kek juga boleh digunakan untuk proses pengelupasan kulit berminyak secara lembut. Dalam masa yang sama segala kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit juga boleh ditanggalkan. Baking soda juga boleh membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit. \n\nCarany mudah saja. Anda hanya perlu campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal. Setelah itu, sapukan pada kawasan yang terjejas dan cuci sehingga bersih selepas beberapa minit. Ulangi dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya. Ohya, jika anda memiliki kulit jenis sensitif sila jangan gunakan cara ini.\n\nTips #6- Beli dan Guna Krim Jeragat Terbaik Yang Ada Di Pasaran\n\nApakah Jenis Krim Jeragat Yang Ada Di Pasaran? \n\n1 \u2013 SAFI Pelembab Muka Gamat\n\nSAFI sudah terkenal sebagai salah satu jenama halal di Malaysia. Makin best Safi turut menghasilkan krim pelembab muka dengan kandungan gamat bersama habbatus sauda. Krim gamat ini berkesan untuk membantu kulit yang berjerawat, jeragat ataupun berminyak. Fungsi utamanya adalah untuk merawat dan mencantikkan kulit.\u00a0Ia juga dapat bertindak sebagai krim anti-bakteria. \n\n2 \u2013 NIVEA Face Care White Repair Cream SPF15 \n\nJenama Nivea telah muncul sudah lama dan antara produk untuk masalah jeragat adalah White Day Cream. Ia merupakan sejenis krim siang yang dapat bertindak 10 kali ganda pada kulit. Hasil pemakaian yang konsisten dapat bantu perbaiki masalah kulit kusam, rosak, jeragat dan liang pori terbuka. \n\nKrim ini diperkaya dengan pemutihan mutiara untuk memastikan wajah anda tampil lebih berseri. Ia juga dapat mencerahkan kulit wajah dalam masa sepantas seminggu dalam tempoh penggunaan namun keberkesanannya adalah mengikut jenis kulit seseorang juga. \n\n3 \u2013 COSMODERM Vitamin E Cream 3000IU with Rosehip Oil \n\nDengan campuran minyak Rose Hip dan Vitamin E, krim yang dihasilkan oleh pihak Cosmoderm ini sangat berkhasiat dalam membantu untuk melindungi dan menyuburkan kulit. Dalam masa yang sama ia juga dapat bantu untuk memperbaiki kulit yang ada masalah parut jerawat, jeragat, kulit kering, rosak dan juga kusam. Selepas pemakaian ia akan di serap jauh ke dalam lapisan kulit untuk bantu perbaharui sel kulit yang telah rosak.\u00a0\n\n4 \u2013 Garnier Light Complete Whitening Serum Cream SPF 19 \n\nKrim Garnier Light Complete telah muncul bersama formulasi baru dengan sifat yang sangat ringan. Ia sangat mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menampilkan kulit wajah lebih sihat dan berseri.\u00a0Kandungan tambahan ekstrak buah lemon Yuzu turut dapat bantu wajah untuk bebas dari masalah jeragat dan kulit kasar. Krim ini juga dapat bertindak sebagai serum untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang merbahaya.\n\n5 \u2013 Himalaya Nourishing Skin Cream\n\nPernah dengar jenama Himalaya? Jika belum jenama Himalaya ini sudah terkenal di kalangan pengguna produk kecantikan sebagai salah satu jenama yang dapat bantu masalah kulit. Krim ini sangat ringan dan tidak melekit. \n\nDiperkaya dengan bahan seperti ekstrak lidah buaya, ceri dan pokok Kino dari India, ia dapat bantu untuk melindungi kulit dengan bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga antara jenis krim yang dapat bantu memastikan kulit dilindungi daripada masalah jerawat dan jeragat. \n\nBoleh Beli Krim Jeragat Secara Online Jika Tak Ada Masa \n\nJika anda tak punya masa dan malas untuk keluar ke mana-mana kedai mahupun pasaraya, anda boleh beli krim jeragat terbaik secara online. Lazada Malaysia dan Shoppe juga. \n\nSebelum membuat sebarang pembelian ke atas mana-mana krim jeragat sila baca dulu semua info yang ada, baca dulu review daripada pengguna yang lain dan kemudian lihat juga pada harga sama ada mampu di beli ataupun tidak.\n\nSila Rajinkan Diri Untuk Usaha Cegah Jeragat Daripada Berlaku Semula\n\nBagi anda yang masih belum ada apa-apa tanda kewujudan jeragat pada wajah, anda sangat bernasib baik pada ketika ini. Namun jangan terlalu cepat over confident. \n\nUntuk anda yang telah berjaya mengatasi masalah jeragat ini pula, tahniah diucapkan. Namun anda harus ingat, hilangnya jeragat ini tidak bermakna ia tidak boleh datang semula pada kulit wajah anda tu. Pastinya anda tidak mahu ianya datang semula bukan? Ada baiknya anda amalkan gaya penjagaan diri yng betul. \n\nTahap keberkesanan adalah berbeza mengikut jenis kulit dan individu. Produk di atas hanyalah sekadar cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman dan ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my"
"Sempena hari ibu, pasti ramai anak-anak yang ingin memberi kad dan hadiah kepada ibu tercinta. Sekiranya anda seorang yang penyayang dan sangat manja, kad adalah medium untuk anda meluahkan perasaan anda kepada ibu. \n\nTerdapat banyak jenis kad ucapan hari ibu yang boleh anda hasilkan dengan kreativiti tersendiri, lebih best lagi jika anda boleh hasilkan kad hari ibu DIY. Jom kami sajikan anda dengan DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu. Pilihlah mana satu yang berkenan, menarik dan mudah untuk anda lakukan.\n\n1. DIY Contoh Kad Hari Ibu \u2013 Eksklusif \n\nSekiranya anda ingin menghasilkan kad hari ibu yang tampak lebih eksklusif, jangan berlebihan dalam menggunakan barang-barang seni atau kraftangan. Cukuplah sekadar gunakan kertas dan cetak tulisan yang cantik di atas kad tersebut. Anda juga boleh sertakan ucapan yang menarik untuk ibu. \n\n2. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu \u2013 Sentuhan Bunga\n\nDengan menggunakan kertas manila kad, kertas bewarna dan pen, anda boleh menghasilkan DIY contoh kad ucapan hari ibu ini. Potongan kertas berbentuk bunga dilekatkan pada daun dan dicantum ke kad ucapan hari ibu sangat cantik dan bermakna. Ibu pasti suka melihatnya dan membaca ucapan yang anda berikan kepada mereka di sebelah bunga tersebut.\n\n3. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu \u2013 Kad Gambar\n\nSama ada gambar ibu atau gambar ibu bersama anda, diy contoh kad ucapan hari ibu ini pasti mengejutkan ibu anda. Kad yang cantik dihiasi corak bunga-bunga yang dilekatkan dari kertas pembalut hadiah ini turut disertakan gambar anda dan ibu sebagai kenangan. Pastinya diy contoh kad ucapan hari ibu ini disimpan rapi oleh ibu anda di bilik mereka.\n\n4. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu \u2013 Kad Ibu Pelbagai\n\nJangan terkejut, anda juga boleh hasilkan DIY kad ucapan hari ibu yang pelbagai. Tidak semestinya 1 kad, tetapi gabungkan beberapa kad dengan ucapan-ucapan berbeza yang meriah. Pasti si ibu seronok membacanya. DIY contoh kad ucapan hari ibu ini tidak memakan kos yang banyak. Beberapa kertas bercorak dan pen sahaja.\n\n5. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu \u2013 Popup Card\n\nDIY contoh kad ucapan hari ibu versi popup card ini adalah perkara biasa tetapi luar biasa jika anda dapat hasilkannya. Tidak semua orang tahu caranya. Mudah sahaja, anda perlu melipat kertas mengikut bentuk yang anda mahukan terlebih dahulu. Kemudian gunakan cara yang sesuai untuk gabungkan bersama kad hari ibu. Percayalah, ini adalah kad tercantik untuk anda berikan kepada ibu tercinta.\n\n6. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu \u2013 Kad Kreatif\n\nDIY contoh kad ucapan hari ibu gaya kreatif memerlukan anda meletakkan tema yang diminati oleh ibu anda. Jika dia suka memasak, anda boleh hiaskan kad dengan bahan atau gambar masakan. Jika dia suka bunga, hiaskan dengan bunga. Anda boleh gunakan barang diy seperti tag ucapan, stiker, gambar dan lain-lain lagi.\n\n7. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu \u2013 Kad Lukisan\n\nAnda seorang yang kreatif? Apa kata anda lukiskan dan tuliskan ucapan selamat hari ibu buat ibu anda. Dengan menggunakan berus lukisan dan warna air, ia amat mudah bukan? Anda boleh lakukan pada bila-bila masa kerana barangnya pasti sudah ada di rumah. Pasti hasilnya amat cantik sekali.\n\n8. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu \u2013 Poket Kad\n\nPoket kad adalah sejenis DIY contoh kad ucapan hari ibu. Anda boleh hasilkan sekeping poket kad yang memuatkan beberapa kad di dalamnya. Setiap satu kad yang kecil pula boleh anda tuliskan ucapan dan masukkan kepada poket kad tersebut. Semoga ia dapat menceriakan hari ibu anda setiap hari.\n\n9. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu \u2013 Kad 3D\n\nGunakan tali dan kertas tisu untuk hasilkan gambaran atau objek 3D di Kad hari ibu DIY ini. Dengan corak dan gaya yang menarik, anda boleh sesuaikan warnanya mengikut tema yang anda inginkan seperti taman bunga, batu permata dan lain-lain lagi. \n\nDIY ini tidak sukar dan mudah dilakukan dalam beberapa minit atau satu jam sahaja. Sekiranya anda inginkan kad yang menarik tetapi tak cukup masa untuk hasilkannya, anda boleh hasilkan kad gaya ini.\n\n10. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu \u2013 Kad Simple\n\nContoh kad ucapan hari ibu yang boleh anda hasilkan adalah berkonsepkan sederhana dan simple. Ringkas tetapi cantik, mudah kan. Hanya satu atau dua ayat ucapan sudah memadai, asalkan ada satu gambar atau simbol yang anda gunakan untuk menarik perhatian mereka di kad tersebut.\n\n11. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu \u2013 Kad Jahitan\n\nKad ucapan hari ibu DIY berkonsepkan jahitan amat unik dan kreatif untuk anda hasilkan. Pasti ibu teruja dengan kesungguhan dan kecekapan anda melakukannya. Mudah sahaja, anda boleh menjahit di atas kertas atau kain diy yang selalu digunakan untuk barangan kraftangan. \n\nItulah dia 11 jenis DIY contoh kad ucapan hari ibu yang menarik dan mudah anda hasilkan. Pasti ibu tersenyum gembira menerima kad ucapan hari ibu DIY ini. Jom baca juga Peranan ibu bapa untuk membantu kecemerlangan anak, Harapan ibu bapa terhadap anak dan Peranan ibu bapa pupuk amalan menabung."
"Selepas melalui proses bersalin, pelbagai penyakit yang menimpa diri. Sebagai contoh, sakit tulang belakang, badan masuk angin, rengat dan lain-lain lagi. Antara penyakit yang selalu ada semasa berpantang, rengat antara penyakit yang sangat sakit dihadapi oleh ibu berpantang.\n\nRengat dirasai selepas terus proese bersalin, lebih-lebih lagi semasa ingin menyusukan anak. Rasa sakit rengat ini seperti senggugut atau rasa sakit kontraksi bersalin. Ia terjadi kerana berlakunya pengecutan peranakan ibu selepas bersalin. Ia memang menyakitkan sehingga tidak mampu berbuat apa-apa.\n\nMari kami kongsikan kepada anda mengenai cara mengatasi rengat. Info ini dikongsikan oleh Puan Siti Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.\n\n1. Keep yourself warm right after birth.\n\n\u2013 Sejurus selepas bersalin, pakai baju lengan panjang. Pakai stokin sampai paras peha. Boleh pakai Minyak Herbanika atau Diang untuk panaskan badan. Keyword dia, ibu kena rajin berpeluh.\n\n\u2013 Rata-rata bersalin hospital berhawa dingin. Sebab itu ramai yang rengat sebab sudah terdedah dengan cuaca sejuk. Try to avoid direct contact with A/C atau kipas selepas bersalin.\n\n\u2013 Pastikan bawa water bag ke hospital. Sejurus lepas bersalin, minta suami letakkan air suam-suam panas dalam beg. Cepat-cepat letak atas ari-ari. Kalau ada 2 lagi elok, letakkan kat tapak kaki sekali.\n\n3. Buat urutan usapan selepas bersalin\n\n\u2013 Ada satu teknik perbidanan yang dilakukan oleh bidan-bidan sejurus sejam selepas bersalin yang dinamakan urutan usapan. Siapa yg pernah datang kelas kak ice dah pernah hands on dan belajar. Kalau yg nak belajar jemput dtg kelas aturan berpantang.\n\n\u2013 Kalau tidak reti, ambil minyak herbanika, sapu dan usap perlahan-perlahan di kawasan perit dan ari-ari ibu. Tak perlu tonyoh kuat-kuat ya. Cukup sekadar nak kasi minyak berubat meresap masuk ke dalam perut ibu.\n\n\u2013 Amalan kopi O bersama kuning telur ayam kampung mentah sangat-sangat membantu. Telur akan jadi bisa bila dimasak dan bukan ayam kampung ori.\n\n5. Akar Herbanika panas + Nu3Med\n\n\u2013 Amalan sejurus keluar labor room sangat-sangat membantu. Ia tak akan hilangkan rengat. Tetapi akan kurangkan sakit rengat tu.\n\nLagi ramai anak, lagi kuat rengatnya ya. Sebab lagi ramai anak, lagi lebar renggangan otot rahim.\n\n*Jika berlaku rengat selepas bersalin, cuba 5 cara ini yang dikongsikan oleh puan Aisyah. Ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengatasi rengat. Ia juga adalah cara tradisional dan selamat diamalkan jika terkena rengat selepas bersalin. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Influenza adalah salah satu penyakit yang merbahaya di kalangan kanak-kanak. Bukan kanak-kanak sahaja tetapi ada juga orang dewasa yang menghadapi Influenza jika daya ketahanan rendah. Influenza adalah penyakit yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun.\n\nVirus Influenza menyerang melalui salur pernafasan, oleh itu, masyarakat digalakkan memakai topeng muka untuk menghalang daripada terkena virus influenza. Selain memakai topeng muka, masyarakat juga perlu membasuh tangan dengan kerap dan jaga kebersihan diri.\n\nBagi kanak-kanak yang umur bawah 5 tahun, ibu bapa mungkin sukar untuk memakai topeng muka kepada mereka. Jadi, ibu bapa boleh mendapatkan vaksin di hospital kerajaan atau di klinik-klinik yang berdekatan dengan rumah untuk anak-anak. Tetapi masih ramai yang keliru antara vaksin dan antiviral.\n\nApakah antiviral dan perbezaannya dengan vaksin?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai perbezaan antara vaksin dan antiviral. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.\n\nPemvaksinan adalah langkah pencegahan untuk membendung jangkitan atau komplikasi sesuatu penyakit. Bermakna, kalian kena ambil SEBELUM kalian dijangkiti. Lazimnya ia dalam bentuk suntikan.\n\nVaksin yang diberi, akan merangsang tubuh untuk hasilkan antibodi yang spefisik terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, vaksin untuk influenza, memberi perlindungan daripada jangkitan influenza.\n\nNamun begitu, vaksin tidak memberi perlindungan yang serta merta. Selepas vaksinansi, antibodi memerlukan masa 2-3 minggu untuk terbentuk dan capai tahap optima. Kena rancang bila nak vaksin. (2)\n\nSelain itu, ada vaksin yang tidak memberi perlindungan seumur hidup, contohnya; vaksin influenza. Ia hanya memberi perlindungan sekitar 1 tahun. Maka perlu ulang ambil setiap tahun.\n\nJika dah terkena jangkitan, mungkin dah terlewat untuk ambil vaksin. Jadi jika dah ada simptom yang disyaki influenza, maka perlu lakukan ujian saringan untuk kepastian dahulu.\n\nJika disahkan positif jangkitan, maka modaliti yang digunakan untuk merawat adalah ubat antiviral. Ubat ini digunakan untuk membasmi virus yang telah berada di dalam tubuh pesakit.\n\nUbat-ubatan antiviral tidak memberi manfaat jika diambil sebelum terkena jangkitan. Ia tidak boleh digunakan sebagai langkah pencegahan daripada terkena sesuatu jangkitan.\n\nUntuk jangkitan influenza misalnya, antiviral jenis oseltamivir akan diberi jika tiada sebarang halangan(contraindication) kepada penggunaan ubat berkenaan. Ia ada dalam bentuk pil serta cecair.\n\nSeperti antibiotik, antiviral hanya boleh dibeli dengan preskripsi doktor sahaja. Jika doktor beri priskripsi, maka boleh gunakan preskripsi itu untuk beli ubat antiviral di farmasi atau klinik berdaftar.\n\n*Bagi memudahkan ayat, vaksin adalah untuk mencegah daripada dijangkiti Influenza manakala antiviral adalah untuk merawat penyakit Influenza bagi yang sudah dijangkiti. Cara yang terbaik adalah mendapatkan cucukkan vaksin kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Siapa pernah makan mama carey?\nTidak pasti kenapa dinamakan mama carey. Namun biskut ini ialah biskut lejen jaman dulu-dulu yang amat tersohor.\n\nApa yang unik dari mama carey ini ialah cara membuatnya. Kalau kebanyakan biskut mestinya terus dibakar. Tapi, untuk menyediakan mama carey anda harus mensejukkan dahulu dalam peti baru kemudian dibakar.\n\nBaca deskripsi kami mesti anda rasa tertarik cuba bukan? Oleh kerana itu kami datangkan resepi mama carey special versi SH Sue Wood di laman Facebook. Design mama carey boleh anda tukar mengikut selera. Selamat mencuba.\n\nSelain mama carey, kami menulis resepi lain untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Bayi perlu mempunyai rutin. Betul! Rutin merupakan perkara biasa yang dibuat oleh bayi. Contohnya, bayi tidur selepas 2 jam berjaga. Ini merupakan perkara biasa unutk bayi yang berumur antara 1-4 minggu. Walaubagaimanapun, anda boleh mencipta rutin untuk bayi. Termasuklah waktu-waktu tertentu.\n\nJika anda mengikuti perkembangan rutin harian si kecil anda setiap hari, sebenarnya anda akan sedar dengan sendirinya kepentingan rutin bayi itu sendiri.\n\nLambat laun, ibu bapa pasti akan dapat membezakan tangisan anak anak mereka. Tangisan yang membawa isyarat seperti lapar, bosan atau pun penat akan mudah dicam oleh ibu bapa di luar sana dengan mudah.\n\nApabila anak anda mula menangis, anda akan boleh mengagak bila tempoh menyusukan yang seterusnya. Dan semestinya,anda boleh cam tangisan itu sebagai \u2018Lapar\u2019. Apabila tiba masa untuk anak anda tidur, anda boleh kenal pasti ia membawa maksud \u2018Penat\u2019. Itulah kehidupan bayi. Unik bukan?\n\nBukan semua menangis itu membawa maksud lapar. Mungkin pada peringkat permulaan, anda akan menghadapi kesukaran untuk melakukan rutin harian anda dan sebagainya. Tetapi, percayalah. Anda akan terbiasa dengannya lambat laun.\n\nApa yang anda perlu lakukan hanyalah memberi kasih sayang yang cukup untuk anak anda. Ada juga ibu bapa yang risau jika mereka terpaksa menguruskan anak mereka yang bersekolah sekali dengan bayi mereka. Jangan risau.\n\nBukan semua bayi mempunyai rutin harian yang sama. Ianya bergantung kepada bayi itu sendiri. Jadi, ibu bapa kadang kala harus menyesuaikan rutin bayi itu mengikut rutin harian mereka sendiri. Mudah bukan?\n\nFeedback daripada ibu bapa yang menggunakan nasihat rutin harian bayi adalah sangat memberangsangkan. Rata-rata berkongsi kegembiraan mereka. Ada yang mengatakan rutin bayi ini memudahkan kehidupan mereka. Dengan mengenal pasti rutin bayi anda, anda akan dapat mengaturkan temu janji bersama dengan doktor dengan lebih mudah! Ini kerana anda akan tahu apa yang akan bayi anda lakukan pada waktu tersebut.\n\nJika anda mempunyai anak yang sudah besar, rutin bayi ini akan lebih menyenangkan dia. apabila bayi anda tidur, anda boleh melakukan rutin harian lain bersama dengannya dan anda boleh merancang apa yang anda akan lakukan dengan anak anda.\n\nApa yang lebih menarik lagi, anda akan dapat meluangkan masa bersama dengan pasangan anda pada waktu petang. Mungkin ini adalah masa untuk anda memanjakan diri sendiri selepas penat menguruskan anak.\n\nRutin harian ini juga akan membuatkan bayianda merasa lebih selamat kerana dia akan tahu apa yang dia akan buat dan dia juga tidak perlu menangis. Bayi anda juga ternyata akan lebih gembira di samping ibu bapanya."
"Kek Span merupakan kek asas dalam pembuatan beberapa resepi kek dan pemanis mulut. Antaranya Kek Snow, Kek Trifle, Puding Trifle dan sebagainya. Tapi kalau nak kekal dengan kek span pun ok jer. Sedap juga rasanya.\n\nNak buat Kek Span ini tidaklah susah mana. Resepinya super duper mudah dan senang. Bahan pun tak leceh nak cari. Boleh dapatkan dekat mana-mana kedai runcit. Lagi satu, cara nak buatnya tak secerewet jenis kek yang lain. InsyaAllah akan jadi.\n\nIni resepi Kek Span yang dikongsikan oleh Nor Azila Ariffin\u00a0di laman facebook yang menjadi kesukaan ramai. Resepi ini menggunakan pandan sebagai perasa. Boleh jer nak tukar-tukar perasanya kepada apa yang anda suka. Oren ke. Kopi Ke. Vanilla ke. Terpulang. Jom tengok resepinya.\n\nIni resepi Kek Span yang dikongsikan oleh Nor Azila Ariffin\u00a0di laman facebook yang menjadi kesukaan ramai. Resepi ini menggunakan pandan sebagai perasa. Boleh jer nak tukar-tukar perasanya kepada apa yang anda suka. Oren ke. Kopi Ke. Vanilla ke. Terpulang. Jom tengok resepinya.\n\nDah siap. Bila dah sejuk. Bolehlah dihidangkan untuk tetamu, sanak sauara dan sahabat handai. Pasti kena puji. Selain resepi Kek Span Pandan ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Mencari Stroller baby yang murah dan berkualiti tinggi? Jangan risau, kami akan senaraikan stroller baby bawah RM500 terbaik untuk anda semua membuat pilihan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan anak-anak semasa berada di luar rumah.\n\nTerdapat beberapa faktor yang menarik untuk anda semua membuat pilihan terbaik berkaitan dengan Stroller baby untuk anak-anak. Sebagai ibu bapa mestilah ingin yang terbaik untuk anak anak dalam keadaan apaa pun, jadi kami akan kongsikan beberapa stroller baby bawah RM 500 tebaik.\n\nStroller baby bawah Rm 500 terbaik ialah Aldo Compatto stroller. Selain daripada harganya murah dan berkualiti tinggi ia juga memberikan keselesaan untuk anak anda semua. Selain daripada itu ia juga tidak terlalu berat untuk dibawa ke mana-mana sahaja serta dapat disimpan dalam but kereta masing-masing. \n\nStroller ini sesuai untuk anak -anak seberat 15kg dan paling menarik mempunyai tiga warna untuk anda semua membuat pilihan seperti hitam, biru dan merah. Jadi tunggu apa lagi, ayuh dapatkan sekarang di pasaran dengan harga murah.\n\nStroller baby bawah Rm500 terbaik ialah Sweet Cherry Akira S507 Stroller kini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat selain daripada menjadi kesukaan ibu bapa di luar sana. Apa yang menarik tentang sweet cherry akira ini ialah barangan tempatan sejak dari dahulu lagi dan amat sesuai untuk kanak-kanak. \n\nKesesuain bayi ialah18kg mempunyai posisi stroller terbaik iaitu tegak, rata atau mengikut kesesuain anak anda semua. Akhir sekali saiz stroller Sweet Cherry Akira ialah 83cm ,47cm dan 98cm. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Stroller murah sekarang.\n\nSweet Heart Paris St250 Stroller merupakan salah satu stroller terbaik dan harga bawah Rm500. Stroller ini juga telah mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat di pasaran secara atas talian. Kesesuain stroller ini untuk bayi 15kg, tempat duduk dan pemegang yang boleh dialihkan dan mempunyai pelbagai warna pilihan menarik untuk ibu bapa membuat pilihan semasa membeli. \n\nSebagai contohnya ialah biru, kelabu, merah, merah jambu dan teal. Cepat dapatkan sekarang untuk memudahkan anda semasa bercuti di mana-mana sahaja serta memberikan keselesaan kepada anak-anak.\n\nObaby Paris OB001 Stroller merupakan stroller terbaik untuk penggunaan anak-anak semasa bercuti mahupun melancong di destinasi menarik. Selain daripada memberikan kemudahan kepada ibu bapa untuk berjalan ketika bercuti ia juga dapat memberikan keselesaan kepada anak-anak iaitu melindungi daripada cahaya matahari. Stroller Obaby paris ini mempunyai tiga warna pilihah menarik iaitu biru, marron dan ungu.\n\nStroller terbaik dan bawah daripada RM 500 ialah Louis Le Petit. Stroller juga ini telah mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat serta popular di pasaran untuk kegunaan anak-anak. Stoller ini memberikan kemudahan kepada ibu bapa semasa berjalan keluar bersama keluarga serta dan melindungi anak mereka daripada cahaya matahari. \n\nStroller ini menjamin keselamatan dan keselesaan untuk anak-anak kerana saiznya ialah 100cm x 47cm x 71cm dan mempunyai warna berbeza bagi menarik perhatian ibu-bapa iaitu biru, merah dan kelabu.\n\nJoie Nitro LFc Stroller ini juga salah satu stroller harga bawah Rm500 dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa. Hal ini kerana Joie Nitro merupakan barangan berkualiti tinggi walaupun harganya murah. Selain itu juga ia memberikan keselamatan dan keselesaan untuk anak-anak ketika berada di stroller sekaligus memudahkan ibu bapa terutamanya semasa bercuti. \n\nPaling menarik ialah sesiapa peminat bola dari kumpulan Liverpool, boleh dapatkan stroller ini sebagai koleksi barangan Liverpool.\n\n\u00a0Little One Compatto Light Weight Stroller\u00a0\n\nLittle One Compatto Light weight stroller merupakan stroller terbaik untuk anak-anak. Selain daripada harganya murah namun barangan tersebut merupakan barangan berkualiti tinggi serta dapat menjamin keselamatan anak-anak semasa berada di dalam stroller. Ia juga dapat melindungi anak-anak daripada terkena cahaya matahari dan menjadikan hari terindah untuk anda semua kerana dapat berjalan dengan hati yang gembira dan ceria.\n\nBaby grace lightweight Compact Stroller merupakan stroller terbaik untuk anak-anak yang berat dalam 25kg dan mempunyai tiga warna pilihan iaitu kelabu, hitam dan merah. \n\nAnda boleh membuat pilihan mana yang terbaik dan sesuai untuk dihadiahkan kepada anak-anak agar memberikan keselesaan kepada mereka ketika berada di luar rumah bertujuan bercuti atau berjalan dalam negeri. Jadi, jangan lepaskan peluang ini, segera dapatkan di pasaran.\n\nStroller terbaik harga bawah Rm 500 ialah AMGO Two way facing stroller yang kini telah popular dalam kalangan masyarakat. Kelebihan stroller ini ialah mempunyai dua posisi kedudukan baby yang memberikan keselamatan dan jaminan untuk mereka. Stroller ini mempunyai warna menarik sehingga menyebabkan anda terpegun melihat warna tersebut iaitu merah.\n\nAkhir Sekali, Stroller baby terbaik dan murah bawah Rm 500 ialah MSTAR 2 ways Compact merupakan stroller terbaik dan mempunyai kualiti tinggi walaupun harganya murah. Stroller ini menjamin keselamatan dan keselesan kepada anak-anak anda semua. \n\nMempunyai pelbagai warna menarik untuk ibu bapa di luar sana membuat pilihan iaitu Navy, light,grey,hitam dan dark grey. Cepat dapatkan pilihan warna masing-masing di pasaran.\n\nBerikut merupakan 10 senarai stroller baby bawah Rm500 terbaik untuk ibu bapa membuat pilihan kepada anak-anak. Jangan lupa untuk membaca artikel kami yang lain.\n\n Penulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan bukanlah mewakili pendapat laman Bidadari.My"
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci tanpa sebarang dosa, termasuk anak luar nikah atau bahasa lebih manisnya anak tak sah taraf. Mereka tidak minta untuk dilahirkan dengan status anak luar nikah. Adalah sangat zalim jika kita palitkan dosa kedua ibu bapa kepada anak yang tidak berdosa.\n\nSeperti anak sah taraf, anak luar nikah juga mempunyai hak yang boleh dituntut dari kedua ibu bapanya. Namun di Malaysia hak anak luar nikah biasanya dinafikan oleh ahli keluarga atau pun langsung tidak dituntut oleh si anak kerana malu dengan status diri sendiri. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan hak anak luar nikah dari sudut pandangan islam yang ramai orang tak tahu.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan anak luar nikah? Yang sebenarnya anak luar nikah terbahagi kepada dua kategori iaitu:\n\nBerdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara, di antara tahun 2010 hingga 2018 sahaja seramai 172,811 anak tak sah taraf beragama Islam didaftarkan di Malaysia.\n\nDi Malaysia, hak anak tak sah taraf adalah termaktub dibawah Akta Kanak-kanak 2001 dan akta setiap negeri seperti Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan). Apakah hak anak luar nikah menurut islam dan menurut peruntukan undang-undang di Malaysia? \n\nSeperti anak sah taraf yang lain, anak luar nikah juga mempunyai hak untuk mendapat perlindungan daripada ibu atau bapa kandungnya. Sekiranya bapa kepada anak tersebut tidak dapat dikenal pasti atau tidak dapat dikesan, tanggung jawab untuk memberikan perlindungan kepada anak itu jatuh kepada ibu dan keluarga ibunya.\n\nPerlindungan yang dimaksudkan ialah memastikan anak tadi berada dalam keadaan selamat dan dijaga dengan baik, bukannya dibuang ke dalam tong sampah atau ditinggalkan di lorong belakang dengan niat untuk mengabaikan.\n\nSelain hak perlindungan dan keselamatan, anak luar nikah juga mempunyai hak untuk dijaga oleh individu yang baik dan mendapat kasih sayang serta didikan yang sempurna. Dari sudut pandangan islam, hak penjagaan bagi anak luar nikah adalah jatuh kepada ibu dan keluarga ibunya jika ibu sudah tiada. Ini kerana kebiasaannya bagi kes anak luar nikah, bapa kandungnya tidak dapat disahkan.\n\nSeperti mana anak yang dilahirkan sebagai saf taraf, anak luar nikah juga berhak untuk dijaga dengan penuh kasih sayang, perhatian, dan mendapat didikan yang sewajarnya oleh penjaga tanpa memandang rendah kepada anak tersebut disebabkan oleh statusnya sebagai anak luar nikah.\n\nAnak luar nikah berhak untuk mendapat nafkah dari ibu atau keluarga ibunya. Mereka tidak boleg dibiarkan tanpa nafkah. Menurut Seksyen 80 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) dan Seksyen 81 bagi negeri Selangor, bagi seorang wanita yang cuai atau enggan menanggung nafkah anaknya yang tidak sah taraf dan tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan anak yang dilahirkan akibat rogol, mahkamah boleh memerintahkan wanita tersebut untuk memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah apabila dibuktikan.\n\nElaun bulanan di bawah seksyen yang kami nyatakan tadi hendaklah dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keengganan menanggung nafkah atau dari sesuatu tarikh yang kemudian mengikut seperti dinyatakan dalam perintah itu. Bagi kes di mana ibu tidak mampu atau meninggal dunia, tanggungjawab itu akan berpindah kepada waris yang berhak menerima pusaka, iaitu nenek dan saudara lelaki seibu.\n\nHak anak luar nikah yang seterusnya ialah hak untuk mendapat makan minum yang secukupnya dari penjaga. Anak luar nikah tidak patut dibiarkan kelaparan dan tidak mendapat nutrien yang sepatutnya.\n\nAnak luar nikah juga berhak untuk mendapat tempat tinggal yang baik, selamat, dan selesa. Jika anda menjaga anak luar nikah bersama anak sah taraf yang lain, anda wajib memberikan bilik yang sama dan tiada beza di antara anak sah taraf dan anak luar nikah. Tiada perbezaan layanan patut diberikan kepada anak tak sah taraf.\n\nAnak luar nikah juga berhak untuk mendapat pakaian iaitu sekurang-kurangnya dua persalinan baru setiap tahun. Janganlah mereka dilayan dengan buruk dengan hanya dipakaikan pakaian yang lusuh dan buruk sedangkan anak sah taraf yang lain sentiasa berpakaian baru dan kelihatan cantik berseri.\n\nAnak luar nikah juga berhak untuk mendapat pendidikan asas seperti tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, dan universiti seperti mana anak sah taraf yang lain.\n\nSeperti anak yang lain, anak luar nikah juga berhak untuk mendapat penjagaan kesihatan dan kebajikan yang baik. Apabila tidak sihat, mereka berhak untuk dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan serta dijaga dengan penuh kasih sayang sehingga sihat semula. Selain itu, anak luar nikah juga mempunyai hak yang berikut:\n\nItulah dia info tentang anak luar nikah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang statistik terkini anak luar nikah, surat beranak anak luar nikah, dan tips mendapat anak yang soleh."
"Jom cuba menu malam ini resepi ikan singgang Kelantan style. Siapa teringin resepi ini? Resepi semudah ABC, ramai yang suka. Anda bagaimana?\n\nIkan singgang Kelantan adalah amat tersohor. Hidangan ini dibuat menggunakan ikan tongkol, asam keping, bawang merah dan putih, lengkuas, cili padi dan sedikit kunyit. Cara memasaknya pula mudah amat, yang perlu anda lakukan hanya campakkan kesemua bahan dan terus jadi. Macam kami katakan tadi, semudah ABC!\n\nMasakan ini sesuai sangat untuk anda yang sibuk tidak punya banyak masa berlama-lama di dapur. Tentunya ahli keluarga juga suka akan masakan berkuah ini. Dimakan dengan nasi putih panas-panas makin gila dibuatnya.\n\nMari cubakan masak ikan singgang Kelantan dengan resepi yang dikongsikan oleh Ismi Fiza Kamijo di laman Facebook. Selamat mencuba dan kongsikan hidangan anda kepada jirat dan kerabat.\n\nSelain resepi ikan singgang Kelantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Whipping cream dan tatura cream cheese ialah bahan utama yang paling dicari para pembuat kek. Ibaratnya bahan tersebut merupakan jantung hati kesemua resepi kek, khususnya kek yang berkrim seperti kek tornado, kek coklat indulgence, cheese cake, dan lain-lain kek.\n\nNamun saking ramai yang buat kek-kek tersebut, bahkan stok whipping cream pun habis walau anda cari di kedai kek sekalipun. Kalau beli dalam talian mahal pula biaya pengiriman bukan? Kami ada idea untuk anda. Apa kata kalau anda buat whipping cream sendiri?\n\nBuat whipping cream sendiri lagi jimat dan rasanya pun sedap. Resepi whipping cream homemade dibuat oleh Shaza Kamilah\u200e di laman Facebook. Dan ini ialah resepi pertama kali cuba. Mungkin anda boleh cuba buat sendiri dan tengok macam mana tekstur cream yang terhasil.\n\nSelain whipping cream, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Semua orang tahu yang kita tidak boleh kembali ke masa lampau untuk mengubah perkara atau keputusan buruk yang telah kita buat, tetapi dengan mengamalkan meditasi ia boleh menjadikan diri kita lebih tenang daripada gangguan kenangan buruk dimasa silam. Setiap individu pastinya mempunyai kenangan buruk dimasa silam mereka tersendiri seperti putus cinta, hati dilukai orang lain, ditipu, dikhianati, kehilangan orang yang tersayang, terlepas peluang keemasan dalam hidup, tersalah membuat keputusan dan lain-lain.\n\nSeseorang individu tidak seharusnya membiarkan kenangan silam terus menguasai diri dan hidupnya. Mereka tidak seharusnya membiarkan ia merunsingkan pemikiran mereka sepanjang masa. Meditasi mungkin dapat membantu anda yang mengalami masalah ini kerana meditasi ialah suatu aktiviti yang membolehkan anda menenangkan perasaan gundah gulana anda itu. Jika anda sudah mula mengambil inisiatif untuk melupakan kenangan silam anda, anda pastinya akan lebih bahagia pada ketika ini.\n\nAnda mungkin bertanya bagaimana caranya untuk melupakan kenangan silam? Caranya ialah dengan mula menerima hakikat bahawa tiada manusia yang tidak ditimpa masalah atau tidak melakukan kesilapan didalam hidup mereka. Mulakan langkah ini ketika anda berseorangan disuatu tempat yang menenangkan dan tidak riuh rendah.\n\nCuba cari sesuatu yang positif mengenai kenangan silam anda itu dan cuba fikirkan bagaimana ia telah mengubah diri anda kepada yang lebih baik. Anda pastinya pernah merasakan bagaimana sakitnya perbuatan negatif seseorang terhadap anda atau sesuatu kejadian buruk yang menimpa anda. Ia akan menjadikan anda merasa tidak berguna dan seolah-olah anda lebih jijik daripada orang lain. Melakukan meditasi dan mendalami perasaan tersebut boleh menyedarkan anda yang orang lain juga sebenarnya ada mengalami nasib yang sama.\n\nLangkah ini akan membuatkan anda dapat memahami perasaan mereka yang mengalami nasib yang sama seperti anda dan anda boleh menceritakan kisah anda kepada mereka dan bagaimana anda bangkit untuk meneruskan hidup. Sebenarnya kebanyakan kita hanya perlukan sedikit perhatian daripada seseorang malah dengan hanya bertanya khabar pun boleh menceriakan hari seseorang. Ucapkanlah sesuatu yang positif, kepada seseorang yang sedang mengalami masalah dan anda akan tahu betapa bermaknanya kata-kata anda itu kepada mereka.\n\nJangan hairan jika sepotong ayat pujian sahaja sudah mampu untuk membangkitkan semangat seseorang yang sedang dalam keresahan. Meditasi menjadikan anda mampu melihat dunia daripada konteks yang lebih indah dan positif, ia sesuatu yang mampu dilakukan oleh semua orang.\n\nJika anda terpaksa menghadapi seseorang yang mempunyai perangai yang tidak elok atau tidak menyenangkan, jangan terikut-ikut dengan perlakuan orang tersebut. Sebaliknya, tunjukkan perilaku yang positif kerana ia mungkin akan berjangkit kepada orang tersebut untuk mengubah perilaku buruk mereka itu. Ia menjadikan mereka segan dengan diri mereka sendiri dan membuatkan mereka ingin mengubah sifat buruk mereka. Samalah juga dengan meditasi. Apabila anda menghadapi masalah, anda melakukan meditasi untuk tidak menjadikan masalah anda itu sesuatu yang terlalu membebankan. Jika anda terlalu mengikut perasaan seperti terlalu takut, terlalu cemas maka anda sebenarnya akan memburukkan lagi masalah anda yang sedia ada."
"Makanan \u201cfast food\u201d sangat digemari masyarakat kita terutamanya bagi golongan muda dan kanak-kanak. Mana tidaknya, selain mudah dan cepat untuk mendapatkannya, makanan fast food ini mampu menaikkan dan menambah selera makan dengan rasanya yang enak-enak kesemuanya.\n\nSebut saja KFC, MacDonald, Pizza Hut, Domino dan lain-lain pastinya semua orang mengidam untuk memakannya.\n\nNamun, pilihan untuk makan makanan fast food ini bukanlah satu pilihan yang bijak kerana banyak keburukan berbanding kebaikan yang diperoleh. Selain harganya yang agak mahal, makanan seumpama ini juga mengandungi trans-fat iaitu minyak tepu yang tinggi yang mampu menjejaskan kesihatan tubuh badan kita.\n\nJadi, kita perlu berhati-hati dalam memilih makanan yang sihat buat keluarga kita. Jika sekali sekala ingin menikmatinya, tidak salah namun berpada-padalah. Elakkan setiap minggu atau setiap bulan kerap mengunjungi outlet fast food. Pilihlah restoran-restoran yang menyediakan juadah makanan yang lebih berkhasiat untuk kita.\n\nHari ini, kami akan kongsikan satu resepi yang sangat best sebagai alternatif buat anda yang gemarkan ayam goreng bersalut tepung. Lebih jimat dan lebih berkhasiat! Jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Muhairi Ery di Facebook.\n\n1) Cili kering dibasuh dan digoreng garing supaya rapuh macam keropok. (nanti senang nak lumatkan, guna tangan je atau boleh juga diganti dgn chilli flakes.\n\n2) Perapkan ayam bersama cili kering, serbuk cili, serbuk daging, lada hitam, secukup rasa maggi dan garam. Telur juga dicampur dan diperap bersama. Lagi lama diperap, lagi sedap!\n\n3) Untuk salutan tepung, campurkan tepung gandum dan tepung beras.\n\n4) Lumur ayam tadi sebati dengan tepung kemudian baru goreng\n\n5) Pastikan minyak betul-betul panas dan tenggelam ayam sepenuhnya.\n\nSelain resepi meletop ini juga, kami juga banyak memaparkan resepi-resepi lain yang pastinya membuatkan anda jatuh hati untuk mencubanya. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE resepi kami yer! Selamat mencuba!"
"Setiap wanita sukakan kecantikan. Siapa yang taknak cantik, kurus dan langsing? Kita nak cantik bukan untuk ditayang kepada orang lain tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Pastinya kita sentiasa mencari tips dan petua untuk cantik dengan cara semulajadi dan tanpa melibatkan kos yang mahal.\n\nLagi murah lagi kita suka. Setuju? Tahukah anda bahawa yang sebenarnya kita boleh cantik dengan menggunakan kiub ais.\n\nTerkejut? Ramai wanita tak tahu tentang ini. Sangatlah rugi kerana ais kiub tidak memerlukan kita mengeluarkan duit yang banyak. Malah kita boleh buat sendiri di dapur. Apa yang penting kita ada peti ais dengan bahagian sejuk beku yang berfungsi, dan rajin untuk menyediakan kiub ais tersebut. Jom lihat cara menggunakan ais di muka untuk cantik, petua dan kelebihan yang anda wajib tahu.\n\nAis kiub dari air masak atau air bertapis\n\nCara pertama untuk menggunakan ais bagi tujuan kecantikan ialah dengan membuat ais kiub dari air masak atau air bertapis. Kami tidak galakkan anda menggunakan air paip kerana kandungan klorin yang tinggi serta ia mengandungi bahan benda asing lain yang tidak semestinya bersih. Cara untuk menyediakan ais kiub adalah seperti berikut:\n\nAnda juga boleh menyediakan ais kiub dengan menggunakan timun. Sememangnya timun telah digunakan untuk tujuan kecantikan sejak dulu lagi. Timun bukan sahaja menyegarkan wajah malah dalam masa yang sama membantu untuk mencantikkan kulit. Untuk menyediakan ais kiub timun, apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut:\n\nAnda pernah gunakan masker tomato untuk kecantikan kulit muka? Atau anda pernah jadikan tomato sebagai toner untuk dispray pada kulit muka? Anda mungkin tak tahu bahawa tomato juga boleh dibekukan sebagai ais kiub dan digunakan pada muka untuk tujuan kecantikan. Untuk menyediakan ais kib tomato, apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nSelalu kita tengok kat spa orang ambil pakej berendam dalam air mawar. Malah ada juga toner atau penyegar muka yang berasaskan air mawar. Tahukah anda bahawa air mawar sangat baik untuk kecantikan kulit. Ia bukan sahaja menaikkan seri wajah malah membantu untuk kekal awet muda. Selain itu anda juga boleh menggunakan ais kiub kelopak mawar pada wajah untuk mendapat khasiat dan kebaikannya. Apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nKelebihan menggunakan ais kiub pada wajah\n\nPastinya anda ingin tahu apakah kelebihan ais kiub unuk kulit sehinggakan ramai yang mengamalkan petua ini. Menurut pengalaman mereka yang mengamalkan ais untuk kecantikan kulit, di antara kesan yang dapat dilihat ialah seperti berikut:\n\nItulah dia info tentang cara menggunakan ais di muka yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat halia, khasiat halba, dan khasiat tomato"
"Siapa di sini suka makan hati lembu? Yang mana suka makan hati lembu perlu baca perkongsian kami hari ini iaitu resepi hati lembu masak jintan.\n\nIni ialah menu kegemaran ramai. Orang belah utara mesti biasa makan hidangan ini. Makan dengan nasi minyak boleh, nasi putih pun boleh. Dihidangkan untuk acara kenduri pun juga boleh. Sedap terangkat.\n\nTanpa tunggu lama, mari tengok resepi perkongsian oleh Zatulnatuhain Ahmad\u200e di laman Facebook. Telah kami kemaskan dibawah ini untuk anda. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi hati lembu masak jintan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pernah dengar kan resepi kerutuk kan? Tapi biasanya yang dengar kerutuk ayam ataupun kerutuk daging kan. Jangan tak tahu kerutuk telur pun boleh buat tau walaupun jarang kan jumpa. Regu set dengan nasi minyak. Habis licin sampai ke kuah lah jawabnya.\n\nResepi Kerutuk Telur ini dikongsikan oleh\u00a0 Afy AL Habibi\u200e di Facebook yang mendapat tanda suka hampir mencecah 2 ribu au. Bukan biasa-biasa okay. Jom tengok resepi beliau. Tak susah dan tak susah. Kena caranya, semua orang boleh masak kerutuk telur ini. Tapi ingat telur perlu direbus sehingga masak. Kemudian kupas dan goreng seketika sahaja untuk elakkan telur cepat pecah dalam gulai.\n\nBahan kisar (Anggaran bahan untuk 10 biji telur)\n\n-3 biji bawang merah saiz bola pingpong\n-1 ulas bawang putih\n\u2013 2 hiris bulat serai\n-sehiris nipis halia\n-sehiris nipis lengkuas\n-1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar\n\n1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis 4 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi. Masukkan pula 1/2 sudu kecil cili kisar.\n\n2. Masukkan 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak.\n\n3. Tambahkan 1/2 cawan air dan asam jawa secubit. Juga garam, nisse atau gula Melaka serta secukup rasa. Biarkan pes sehingga pecah minyak.\n\n4. Selepas itu, tuang 1/2 santan kotak. Tambahkan sedikit air.\n\n5. Boleh tambahkan garam, nisse atau gula melaka jika rasanya belum menyerlah. Tambahkan 1 sudu besar kerisik. Renehkan kuah dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih menyerlah.\n\n6. Selepas kuah memekat dan cukup rasanya, masukkan telur tadi. Biarkan seketika sebelum ditutup apinya. Siap.\n\nSelain resepi Kerutuk Telur ini, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Buat pencinta alam semula jadi, memiliki ruangan taman mini di rumah sendiri pastinya memberikan suatu pengalaman yang luar biasa. Sama ada rumah kecil atau besar, masing-masing memberikan manfaat yang sama untuk seisi penghuni rumah. \n\nArtikel pada hari ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai tips mudah buat taman mini di rumah yang boleh anda aplikasikan untuk mencantikkan kediaman masing-masing. \n\nKehadiran taman mini di rumah dapat menghubungkan manusia dengan tumbuh-tumbuhan. Kita dapat menghirup udara rumah yang lebih bersih dan nyaman. \n\nSelain itu taman rumah juga tentunya menambah nilai estetika pada penghuninya apatah lagi jika taman dirawat dengan baik dan ditumbuhi banyak pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan.\n\nDi ruangan inilah nanti setiap orang akan menghabiskan masa lapangnya setelah seharian berpenat di luar untuk menenangkan fikiran dan merehatkan minda sambil menikmati suasana nyaman serta segar.\n\nJusteru, taman mini di rumah bukanlah sekadar memceriakan rumah semata-mata tetapi kehadiran taman juga dapat memberi kesan tertentu pada rumah secara keseluruhannya. \n\nCara membuat taman mini di rumah\n\nUntuk membuat taman mini ini sendiri ia tidaklah begitu sukar sebenarnya. Hal ini kerana terdapat banyak cara dan idea yang boleh menjadi inspirasi untuk anda membina sebuah ruangan khusus tersebut.\n\nBerikut ini adalah antara idea yang boleh anda aplikasikan dalam sebuah taman mini di rumah. \n\nLandskap lembut atau dikenali juga sebagai softscape adalah jenis taman yang mengutamakan elemen semua jadi seperti tumbuhan dan air. Tujuan penggunaan landskap ini adalah untuk mewujudkan suasana yang segar dan tenang.\n\nTumbuhan yang boleh dipilih adalah dari pelbagai jenis pokok hiasan. Anda boleh memilih warna tumbuhan tersebut mengikut tema warna kegemaran di taman. \n\nManakala sumber air pula dari elemen kolam semula jadi, tali air, sungai kecil dan sebagainya.\n\nLandskap kejur atau hardscape pula lebih menumpukan kepada struktur buatan manusia yang digabungkan dengan elemen semula jadi dari tumbuh-tumbuhan. \n\nAntara hardscape yang biasa digunakan adalah gazebo, laluan pejalan kaki, pancuran air, lampu warna warni dan sebagainya. \n\nBagi yang mahukan taman yang lebih ringkas dan mudah untuk DIY, mungkin anda boleh pilih sesuatu idea yang unik dipadankan bersama.\n\nMisalnya menggantikan rumput biasa dengan rumput tiruan yang tidak perlu dipotong dan dijaga.\n\nTanam pokok yang mudah diurus seperti Bunga Melur, Bunga Raya dan Bunga Kertas atau gantikan sahaja dengan pokok hiasan yang lain. \n\nSekiranya anda mempunyai ruangan yang kecil dan terhad, manfaatkan ruangan yang ada di sudut balkoni untuk membuat taman. \n\nJika rumah tiada ruang balkoni, boleh sahaja gunakan apa sahaja yang ada di rumah untuk wujudkan taman mini sendiri seperti menggunakan pasu pecah terbuang, botol minuman terpakai, dan aluminium pelbagai guna. \n\nKemudian, letakkan tanah di dalam bekas yang boleh digunakan sebagai tapak. Pilih juga tumbuhan yang dijadikan pokok utama.\n\nSeterusnya, letakkan batu kecil atau pasir di sekitar pasu dan hiaskannya. Untuk lebih menarik, taman ini boleh dihias juga mengikut kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan terpakai di rumah. \n\nBila kita sebut sahaja tentang kebun, dalam fikiran sudah terfikir ruangan yang besar dan luas. Sebenarnya untuk menghasilkan kebun sayur sendiri di rumah tidak perlukan ruang yang besar pun. \n\nJika tiada tanah yang luas, gunakan sahaja pasu, tayar terpakai atau kitar semula bahan terbuang. Lalu warnakan kebun anda dengan pelbagai jenis tanaman yang berwarna-warni.\n\n6. Landskap untuk rumah corner lot\n\nManfaat rumah corner lot adalah mereka mempunyai halaman luar rumah yang luas dan besar. \n\nHal ini tidak menjadi masalah kepada anda untuk membina sebuah taman impian di rumah dengan segala kelebihan yang ada. \n\nSelain dari idea taman mini di rumah ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hiasan dalaman seperti:"
"Tak dapat nak digambarkan betapa susahnya hati bila bayi menangis-nangis tiap kali sembelit semasa nak membuang air besar. Kalaulah sakit anak boleh dipindahkan kepada kita. Jangan risau ibu, jom kami kongsikan petua hilangkan sembelit bayi tanpa perlu makan ubat dari doktor.\n\n1.Bayi baru dikenalkan dengan makanan pejal\n\nSembelit biasana berlaku kepada bayi yang bari dikenalkan kepada makanan pejal. Ini berlaku kerana perut bayi belum biasa dengan kehadiran makanan pejal. Ia mungkin juga berlaku kerana makanan pejal yang anda berikan kurang serat.\n\nBayi anda mungkin sembelit kerana kekurangan air didalam badan. Apabila bayi anda kurang minum air, najis akan menjadi keras.\n\nSusu formula memiliki komposisi nutrisi yang berbeza daripada susu ibu. Perbezaan komposisi ini menyebabkan susu formula lebih susah dicerna daripada air susu ibu. Ini menyebabkan najis bayi menjadi keras.\n\nAda juga bayi yang sembelit disebabkan oleh penyakit. Di antara penyakit yang boleh menyebabkan bayi anda sembelit ialah kelainan organ saluran pencernaan sejak lahir, kadar kalsium terlalu tinggi dalam darah (hiperkalsemia), hipotiroid, penyakit hirschprung, alahan kepada susu lembu, dan kelainan sumsum tulang belakang.\n\nApakah petua untuk menghilangkan sembelit bayi?\n\nKami sendiri telah mencuba jus kurma & prun ini. Alhamdulillah sememngnya berkesan untuk anak yang sembelit. Bahan-bahannya ialah:\n\n1. Basuh kurma. Buang kulit dan bijinya.\n\n2. Rendam kurma &\u00a0prun\u00a0dalam segelas air selama semalaman pada suhu bilik. Air rendaman perlu dibiarkan pada suhu bilik untuk semalaman supaya khasiat buah dapat larut ke dalam air dengan baik untuk mendapat efek pelawas yang optimum.\n\n3.Kisar halus bahan-bahan tadi. Masukkan dalam\u00a0tray ais.\u00a0Bekukan dalam\u00a0peti ais.\n\n4. Bila nak digunakan,ambil 3-4 kiub dan cairkan dengan air panas.\n\n5. Beri anak minum 2 kali sehari.\n\nRasanya sangat sedap, anak pasti suka. Kurma dan prun sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas, anda tidak perlu risau.\n\nSembelit sering berlaku akibat kekurangan air dalam badan. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, ajar mereka untuk minum air masak. Ingatkan mereka untuk minum sekurang-kurangnya sekali setiap jam. Jika anda keluar rumah, bawa bekal air masak.\n\nUntuk bayi bawah 6 bulan, jika sembelit, susukan dengan kerap.\n\nJika bayi baru lahir dan hanyamenyusu badan, anda tidak perlu risau jika mereka tidak membuang air besar selama beberapa hari. Biasanya sembelit tidak berlaku disebabkan susu badan.\u00a0Teruskan menyusu badan seperti biasa.\n\nNamun, sekuranya anak anda menyusu susu formula, mereka lebih mudah untuk mengalami sembelit. Cuba kurangkan kepekatan susu ketika membancuh atau tukar kepada jenama lain. Sesetengah jenis susu formula mungkin tidak sesuai dengan anak anda. Minta nasihat doktor untuk memastikan susu tersebut sesuai untuk anak anda.\n\nBagi bayi berusia 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula, anda boleh berikan mereka makanan separuh pepejal \u00a0yang kaya dengan serat seperti lobak merah segar yang dikisar.\n\nUrutan sememangnya sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit bayi anda.\u00a0Sebelum mengurut bayi anda, ini adalah persediaan yang perlu anda lakukan:\n\nCara mengurut bayi untuk menghilangkan sembelit:\n\nItulah dia info tentang petua hilangkan sembelit bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!\n\nJemput juga membaca artikel jadual imunisai bayi dan sebab bayi menangis"
"Ya, ini adalah artikel yang sedikit serius. Perkara yang penting untuk seorang wanita sebelum menjalin hubungan yang serius dengan lelaki. Dengan erti kata mudah, sebelum berkahwin. Kami ingin kongsikan 7 perkara wanita perlu tahu sebelum menjalinkan hubungan yang serius.\n\nAnda tahu bahawa anda mempunyai nilai diri yang tinggi.Anda tidak merendahkan diri anda dan merasakan tidak layak. Anda tahu bahawa anda berhak untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang yang \u2018baik\u2019 kerana anda tahu bahawa nilai anda juga \u2018baik\u2019.\n\nKetahuilah bahawa bukan semua masa dalam perhubungan itu indah. Akan tiba berakhirnya fasa \u2018bulan madu\u2019 dalam sesuatu hubungan. Jangan terlalu hidup dalam angan-angan. Masalah dalam kehidupan kita, kita sering disajikan dengan idea romatik yang tidak benar. Punyai pandangan yang realistik dan lahirkan perasaan yang konsisten berdasarkan pandangan tersebut.\n\n3. Hubungan Adalah Kemahuan dan Bukan Keperluan\n\nKetahuilah bahawa apabila anda menjalinkan hubungan, ianya adalah kerana anda sendiri yang mahukan hubungan tersebut berlaku. Ianya bukan disebabkan keperluan diri. Jika hubungan itu dijalinkan berdasarkan keperluan, anda sebenarnya merisikokan hidup dan hubungan anda kepada seseorang. Anda menyebabkan anda terlalu bergantung kepadanya.\n\nSebelum anda menjalinkan hubungan, dinasihatkan anda mempunyai sekumpulan kawan yang stabil. Hubungan pada peringkat awal cenderung untuk mempunyai masalah, jadi dengan mempunyai kawan yang memahami dapat membuatkan anda sentiasa seimbang secara emosinya. Selain itu, mempunyai kawan membuatkan anda kenal siapa diri anda sebenarnya.\n\nAnda haruslah mempuyai kemampuan untuk hidup secara sendiri. Ya, hal ini kerana walaupun anda selalunya akan mempunyai teman, tetapi kadang-kala anda juga terpaksa bersendirian seketika. Anda perlu menghormati masa dan pendapat pasangan jua.\n\nAnda juga haruslah tahu dan rajin bertolak ansur. Hubungan adalah kebanyakkan tentang bertolak-ansur.Tidak kiralah sependapat mana anda dan pasangan, percayalah akan tibanya masa anda akan mempunyai pendapat yang berbeza. Ketika ini sikap tolak-ansur amat penting\n\nFahamilah apa sebenarnya anda cari. Hal ini kerana secara jangka panjangnya ianya akan memberi kesan kepada hubungan anda. Walaupun ianya adalah sekitika tetapi mampu memberi kesan yang besar."
"Jom jenjalan ke Johor, teringin nak makan mi rebus sedap orisinil Johor!\nTidak perlu, kerna anda boleh buat sendiri di rumah, bahkan dengan rasa yang sama macam kedai di Johor.\n\nBerbincang pasal mi, memang tidak dapat dielakkan bahawa mi telah jadi kesukaan dari masa ke masa. Dalam kalangan semua umur apalagi kanak-kanak konfirm sangat menyukai mi. Apalagi kalau mi tersebut dihidang dengan resepi yang power.\n\nResepi power seperti mi rebus Johor salah satunya. Dari bentuknya saja sudah sangat menggoda. Kuah dan kombinasi isi bahan hiasannya bikin menitik air liur. Rasa ingin menyedut semua mi dalam sekali suap.\n\nMemang sedap apalagi resepi mi rebus Johor Hj Wahid yang dikongsikan oleh Khairul Ghazali\u200e di Facebook ini. Anda patut cuba resepi ini. Supaya anda tahu keenakan mi rebus Johor. Resepinya senang dan hasilnya sangat sedap. Sila cuba.\n\n1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.\n2. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.\n\n1. Panaskan minyak dalam periuk.\n2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.\n3. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.\n4. Masukkan rampah kari kacau rata,\n5. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (Selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.\n6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.\n\nHidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.\n\nNote : Penulis tidak menggunakan tepung udang kering kerana tak sempat masa.\n\nSelain resepi mi rebus johor, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Semperit ialah menu kegemaran ramai yang selalu dicari pada hari raya. Ramai yang sukakan kuih semperit kerana resepi menyediakannya boleh dikatakan paling mudah.\n\nDari banyak-banyak resepi semperit, kali ini kami akan berkongsi resepi semperit paling senang iaitu semperit honeydew Saji. Maksudnya, semperit ini hanya menggunakan krimer Saji berperisa honeydew. Sangat simpel dan senang bukan?\n\nDilihat dari resepi yang dikongsikan oleh sis \u200eSofea Ahmad di laman Facebook, tampak bahan dan cara penyediaannya simpel sangat. Jomlah cuba buat kuih ini. Wangi sangat sangat bau tembikai susu ini.\n\nSelain semperit honeydew Saji, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Jom ketahui adab berjiran yang perlu kita ambil tahu sebagai muslim.\n\nSiapakah yang dikatakan jiran kita? Suatu hari, datang seseorang bertanya kepada Rasulullah \u00a0SAW;\n\n\u201cYa Rasulullah, bagaimana aku ingin berbuat baik kepada jiran sedangkan aku tidak mengetahui siapa jiranku?\u201d Jawab baginda, \u201cJiran kamu adalah 40 buah rumah di sekeliling kamu (tidak kira di kanan, kiri, depan mahupun belakang).\u201d\n\nMaka, jiran adalah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kita. Sudah menjadi tangggungjawab untuk menyantuni jiran-jiran tanpa mengira agama dan bangsa. Berikut perkara yang boleh diambil kira semasa bergaul dengan jiran.\n\nBagaimana yang dikatakan berbuat baik kepada jiran? Dalam al-Quran, Allah berfirman:\n\n\u201cDan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.\u201d\n\nBerdasarkan ayat di atas kepentingan jiran diletakkan sebagai sama penting\u00a0 dengan berbuat\u00a0 baik kepada ibu bapa dan ahli keluarga. Maka, berbuatlah baik seperti sering menghulurkan pemberian, buah tangan atau sedekah sebagai tanda kasih sayang dan menghargai jiran.\n\nSebagai jiran, kita hendaklah menjaga setiap lisan,perbuatan dan sangkaan terhadap mereka. Kesabaran Malik bin Dinar berdepan dengan jiran bangsa Yahudi boleh diambil sebagai pengajaran.\n\nCeritanya, seorang Yahudi itu dengan sengaja membuat saluran tandas menghadap ke rumah Malik bin Dinar. Disebabkan itu, Malik bin Dinar terpaksa membersihkan kotoran tersebut setiap hari tanpa rungutan malah memberi hadiah,layanan baik dan selalu tersenyum kepada jirannya yang seorang Yahudi itu.\n\nLama-kelamaan, orang Yahudi itu bosan kerana Malik bin Dinar tidak marah atau membalas perbuatannya itu. Lalu dia bertanya. Malik bin Dinar hanya berkata,\n\n\u201cAku pernah dengar kekasihku, Nabi Muhammad SAW bersabda:\n\n\u201cJibril sentiasa datang kepadaku berkali-kali untuk mengingatkan tentang hak kejiranan sehingga aku ingat jiran akan mendapat hak waris\u201d.\n\nOleh sebab kerap diingatkan oleh Jibril, Nabi SAW menyangka yang jiran akan dinaik taraf sehingga boleh menjadi waris.\u201d\n\nMaka, Malik bin Dinar juga mengikuti pesanan Nabi SAW \u00a0sehingga hak jiran dijaga umpama jiran sudah dinaiktaraf menjadi waris.\n\nMenyayangi Jiran Seperti Menyayangi Diri Sendiri\n\nSeperti kita menyayangi diri sendiri, kita akan selalu memastikan kita mengambil makanan berkhasiat, menjaga diri daripada perkara bahaya dan berusaha meningkatkan taraf kehidupan. Maka, begitulah sewajarnya kita menjaga jiran. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.\n\nMalah, Anas R.A pernah berkata, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:\n\n\u201cTidak akan beriman seseorang di kalangan kamu (secara sempurna) sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.\u201d\n\nMengutamakan Jiran Yang Paling Dekat Dengan Kita\n\nHadis daripada Imam al-Tabrani daripada Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:\n\n\u201cJiran itu ada tiga jenis: Jiran yang mempunyai satu hak sekurang-sekurangnya, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Maka jiran yang mempunyai satu hak iaitu jiran yang bukan Islam. Baginya hak kejiranan. Manakala, yang memiliki dua hak iaitu jiran Muslim. Baginya hak Islam dan hak kejiranan. Manakala jiran yang memiliki tiga hak iaitu jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan. Baginya hak kekeluargaan, hak Islam dan hak kejiranan.\u201d\n\nOleh itu, jiran hendaklah diutamakan mengikut susunan keutamaan berdasarkan hadis di atas bagi menjaga keharmonian masyarakat. Jika hari ini, jiran yang terdekat adalah jiran yang berkongsi dinding dan bersebelahan muka pintu kita.\n\nTidak Mengamalkan Sikap \u2018Terlalu\u2019 Mengambil Tahu\n\nRamai antara kita kini bersikap \u2018terlalu tidak mengambil tahu\u2019 atau tidak tahu langsung mengenai jiran. Malah ada sebilangan kecil tidak tahu pun nama jiran mereka. \u00a0Islam melarang umatnya untuk terlalu \u2018menyibuk\u2019 akan hal orang ataupun menjaga tepi kain orang lain, namun dalam perkara tertentu, ada hak jiran perlu ditunaikan.\n\nBagaimana jika berlaku kes keganasan rumahtangga? Di sinilah peranan kita membantu dan melindungi jiran yang teraniaya. Perbuatan ini dikira sebagai amal makruf nahi mungkar dan tidak salah sama sekali.\n\nSebaliknya, sikap membuka aib dan mengambiltahu setiap urusan jiran perlu dielakkan. Pasti jiran tidak selesa dan boleh menimbulkan kebencian.\n\n\u201cDan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.\u201d\n\nJusteru, berbuat baik kepada sesiapa sahaja dan melakukan amal kebajikan\u00a0 termasuklah kepada jiran, merupakan sebahagian daripada ajaran Islam yang perlu dilaksanakan.\n\nAdalah menjadi keutamaan kita untuk sentiasa menziarahi jiran terutamanya sewaktu mereka kesusahan, sakit, ada kematian dan sebagainya. Bahkan uruskanlah jenazah mereka jika meninggal dunia serta menghulurkan wang dan bantuan lain jika memerlukan.\n\nDari Abu Hurairah RA beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u201cHak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada lima perkara, iaitu menjawab salam yang diberikan, menziarahi mereka yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang bersin.\u201d\n\nDalam hidup berjiran pasti ada pasang surut dan pernah berselisih faham.\u00a0 Sebaiknya, sifat mengasihi, memaafkan dan menutup aib perlu dipraktikkan. Jangan mudah mendedahkan ataupun membuka aib sesama jiran, mahupun menceritakan keburukan jiran kepada orang lain. Sesungguhnya sikap itu sangtalah tidak digemari oleh Allah SWT.\n\nAllah SWT juga berjanji akan menutup aib, orang yang menutup aib individu lain. Seperti dalam sabda Nabi saw bermaksud:\n\n\u201cTidaklah seseorang hamba itu, menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah yang menutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat.\u201d\n\nPenutup: Sayangilah Jiran Seperti Saudara Kita Sendiri\n\nIslam merupakan agama yang syumul dan sangat menjaga adab dan susila termasuklah terhadap jiran tentangga. Hidup kita saling bergantung antara satu sama lain dan mustahil untuk hidup secara bersendirian. Bahkan setiap orang mempunyai hak dan berikan hak tersebut kepada yang punya. Mudah-mudahan hidup kita lebih dirahmati.\n\nJangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik kami seperti:"
"Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak yang mudah dididik dan menghormati orang yang lebih tua. Lebih-lebih lagi, anak yang mudah meminta maaf kepada ibu bapa dan berjanji tidak akan melakukan lagi kesilapan yang sama. Anak sebegini adalah anak idaman semua ibu bapa.\n\nTetapi anak-anak juga mempunyai ibu bapa idaman mereka. Mereka mahu ibu bapa yang memahami dan selalu mengambil berat terhadap mereka. Selalu kalau anak-anak buat salah, mereka perlu meminta maaf. Tetapi bagaimana jika kita yang berbuat salah? Perlukah kita meminta maaf kepada mereka?\n\nJawapannya adalah PERLU. Ini juga salah satu didikan awal untuk anak-anak kita. Kita mahukan anak yang soleh/solehah, maka kita perlu tunjukkan sikap nilai murni yang baik di depan anak-anak. \n\nApakah ayat yang sesuai untuk meminta maaf kepada anak-anak?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 ayat mudah untuk meminta maaf kepada anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita. \n\n9 Ayat mudah untuk meminta maaf kepada anak-anak\n\nAnda boleh mengikuti cara ini untuk memohon maaf kepada anak:\n\n\u2022 Mengaku. Jika memang Anda salah, Anda harus mengakuinya di depan anak.\n\n\u2022 Tenang. Sebelum anda meminta maaf dengan tenang, anda perlu menenangkan diri terlebih dahulu.\n\n\u2022 Ikhlas. Ketika meminta maaf, anda harus ikhlas. Anak\u00a0biasanya akan mengetahui anda ikhlas atau tidak, jadi harus ikhlas dan buangkan ego.\n\n\u2022 Terus terang. Berterus terang tentang\u00a0permohonan maaf anda secara langsung dan tidak berbelit-belit. Anda haruslah memohon maaf atas sikap anda bukan keperibadian anda.\u00a0\n\n\u2022 Jangan menyalahkan. Sebelum atau sesudahnya permohonan maaf, jangan sesekali menyebut ayah bersikap begitu kerana anak. Hal ini akan menyebabkan anak berasa bersalah.\u00a0\n\n\u2022 Berbincang. Ajak anak melihat kembali kepada masalah berlaku\u00a0dan cadangkan suatu cara yang akan dilakukan jika masalah yang sama kembali berlaku.\n\n\u2022 Jangan Berlebihan. Minta maaflah dengan sewajarnya, kerana memang anda yang salah dan perlu meminta maaf walaupun bukan dengan anak sendiri.\n\n \u2022 Lupakan. Semua orang biasa\u00a0berbuat salah, jadi sesudah minta maaf dan cari jalan keluar, lupakan masalah tersebut dan berusahalah untuk tidak mengulanginya lagi. \n\n\u2022 Ajarkan cara menjawab permintaan maaf dari orang lain. Anak perlu tahu dengan ayat\u00a0\u201cYa, ibu\u00a0maafkan kamu,\u201d berguna untuk mengajarkan anak memaafkan kesalahan orang lain.\n\n*Tidak susah untuk kita mengatakan maaf kepada anak-anak. Setiap manusia melakukan silap dan perlu meminta maaf. Walaupun kita ibu dan bapa kepada anak-anak kita, tidak salah jika kita minta maaf kepada mereka terlebih dahulu. Dengan mengamalkan cara ini dirumah, kita boleh membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: \u201cWahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh\n\nFirman Allah SWT dalam Surah al-Munaafiquun, Ayat 10.\n\nJelaslah orang mati pun ingin hidup di dunia kembali hanya untuk bersedekah kerana manfaat yang dapat menyelamatkan mereka di alam kubur dan di akhirat sana. \n\nTerdapat banyak kelebihan sedekah semua wajib tahu, pastinya anda juga tidak menyangka akan ganjaran sedekah yang terlalu indah ini. Mari kita lihat 30 kelebihan sedekah yang bakal anda peroleh di dunia dan akhirat.\n\nSedekah memberikan anda pahala ketika di dunia dan juga ketika sudah meninggal dunia. Sedekah akan menjadikan pahala anda sentiasa mengalir sepanjang mana orang lain menggunakan manfaat dari sedekah anda.\n\nSeorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.\u201d\n\nMereka inilah salah seorang yang mendapat perlindungan di akhirat. Itulah kelebihan sedekah yang diberikan di akhirat kelak.\n\nTahukah anda, sedekah bukan sahaja memberikan pahala, tetapi dapat menghapuskan dosa anda juga. Kelebihan sedekah adalah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api. Ia telah disahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614, HR. Tirmidzi.\n\nSedekah akan menjadikan seseorang terhindar dari sifat kedekut. Adakalanya seseorang itu sangat berat hati untuk memberi dan bersedekah, merekalah yang bersifat kedekut dalam masa yang sama. Jika terapkan amalan sedekah, pasti sifat kedekut dapat dihindari.\n\n#5 Menjadi Seorang Yang Lebih Bersyukur\n\nKelebihan sedekah juga adalah seseorang dapat menjadi lebih bersyukur dan sentiasa cukup dengan semua perkara. Mereka juga tidak akan berlebih-lebihan tetapi tetap prihatin terhadap semua orang.\n\nApabila anda mengamalkan bersedekah setiap hari, minggu atau bulan, anda akan merasa lebih tenang dan gembira. Itu tandanya anda mendapat keberkatan dalam hidup dan ibadah.\n\n#7 Meningkatkan Keimanan Kepada Allah SWT\n\nKelebihan sedekah ramai tak sedar adalah sedekah dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Tahap iman seseorang akan bertambah apabila melakukan kebajikan dan bersedekah.\n\nSedekah dapat menjauhkan diri dari api neraka, walaupun hanya bersedekah sedikit seperti sebutir kurma. Mulalah bersedekah dan bina saham akhirat dari sekarang sementara masih mampu. Nabi s.a.w bersabda:\n\n\u201cBersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.\u201d\n\n\u201cJauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.\u201d\n\nBagi manusia yang kerap dan ikhlas memberi sedekah ketika berada di dunia, mereka akan dipermudahkan melalui titian siratal mustaqim kelak. Kelebihan sedekah juga adalah menjadi pembantu bagi laluan masuk ke syurga.\n\n#10 Dimasukkan Ke Syurga Tanpa Hisab\n\nSedekah dapat memadamkan dosa. Begitu jugalah ia dapat membantu anda masuk syurga tanpa dihisab. Namun, sedekahlah dengan ikhlas dan selalu mengingati umat yang lain.\n\nRezeki orang yang bersedekah takkan berkurangan, ia akan bertambah dengan lebih berganda lagi. Sifir Allah, berkongsi dengan orang lain, maka banyak lagi rezeki yang akan bertambah. Sabda Nabi SAW, \u201cTidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.\u201d\n\nHadis riwayat Thabrani juga mengatakan bahawa amalan bersedekah dapat memanjangkan umur dan menjauhi dari sifat sombang, bangga diri dan kefakiran. Kelebihan sedekah juga dapat menghindarkan diri anda dari sesuatu musibah atau bahaya.\n\n#13 Amalan Yang Takkan Putus Sehingga Mati\n\nWalaupun sudah meninggal dunia, pahala kita tetap mengalir seolah-olah kita berbuat kebaikan di dunia pada masa itu. Sedangkan kita sudah tiada lagi di dunia. Sabda Nabi SAW,\n\n\u201cApabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.\u201d\n\n#14 Mengubati Penyakit Orang Yang Bersedekah\n\nDengan bersedekah, penyakit yang dialami oleh mereka akan berkurangan dan bertambah pulih. Sedekah dapat menyucikan hati, fikiran dan segalanya. \n\nMereka yang bersedekah dengan ikhlas tanpa tunjuk-tunjuk, riak serta selalu menyembunyikan kebaikan dan sedekah, mereka itulah yang akan mendapat naungan di akhirat kelak. \n\n#16 Ditutup 70 Pintu Kecelakaan Di Dunia\n\nApabila anda bersedekah, setiap kecelakaan dan kejahatan yang bakal berlaku pada diri anda akan ditutup dan dilindungi. 70 pintu kecelakaan di dunia dapat anda hindari.\n\n#17 Doa Mudah Dimakbulkan Allah SWT\n\nDoa orang-orang yang bersedekah mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Sambil bersedekah, sambil anda berdoa supaya hajat anda dimakbulkan. Anda juga boleh bertawassul iaitu dengan berniat hajat anda atas amalan sedekah yang anda lakukan.\n\nRamai orang akan mengagumi anda sekiranya anda seorang yang dermawan. Salah satu kelebihan sedekah adalah ia merupakan perbuatan mulia dan dihormati ramai.\n\nKelebihan sedekah yang ramai tidak tahu dan sangat dicemburui orang yang telah meninggal dunia adalah, malaikat mendoakan orang yang bersedekah. Beruntunglah anda sekiranya anda mengamalkan amalan bersedekah tanpa jemu.\n\nSedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT kepada seseorang yang telah banyak melakukan dosa. Dalam banyak-banyak kejahatan yang dilakukan, amalan sedekah merupakan amalan yang baik yang diterima oleh Allah SWT.\n\nSeksa azab kubur akan dikurangkan bergantung kepada amalan anda bersedekah. Kelebihan sedekah juga dapat memadamkan kepanasan alam kubur bagi golongan yang ikhlas dan sempat bersedekah.\n\nKebaikan hati seseorang akan terjaga apabila dia telah melakukan kerja kebajikan atau kebaikan. Kelebihan sedekah juga dapat menyucikan hati dan roh seseorang, mereka akan mendapat kehidupan yang lebih baik lagi.\n\nBukan senang nak jumpa anak muda yang bersedekah dan membantu orang lain, itulah yang sering difikirkan oleh orang tua zaman sekarang. Bersedekah juga menjadikan anda disayangi ramai dan mendapat tempat di hati mereka.\n\nSikap bersedekah menjadikan seseorang lebih matang dan dewasa. Itulah kelebihan sedekah yang tidak ramai sedari. Apabila mengamalkan sedekah, pasti kehidupan anda juga akan berubah lebih baik.\n\n#25 Rezeki Tak Semua Orang Dapat\n\nAnggaplah peluang untuk anda bersedekah ini merupakan rezeki yang tak semua orang mampu lakukannya. Ramai orang yang ingin bersedekah, tetapi tidak mampu. Apabila anda sedekah sekecil-kecil apapun, itulah rezeki anda sebenarnya.\n\nItulah dia 25 kelebihan sedekah ramai tak sedar tetapi wajib anda ambil peduli. Semoga bermanfaat! Jom baca juga Tuntutan nafkah anak, Cara berbuat baik kepada ibu bapa, Hukum ibu bapa sakiti anak dan adab anak terhadap ibu bapa."
"Sebagai seorang ibu bapa, anda pastinya sentiasa memikirkan tentang masa hadapan anak-anak anda. Di antara perkara paling penting yang akan anda lakukan ialah menyimpan untuk anak anda. Pastinya anda tertanya-tanya apakah tempat simpanan untuk anak yang terbaik, selamat, dan menjanjikan pulangan yang menguntungkan.\n\nMungkin anda sedikit skeptikal dengan idea menyimpan emas untuk anak-anak, lebih-lebih lagi jika anak anda ialah lelaki. Simpanan emas yang kami maksudkan ialah anda membeli emas pada hari ini dan menyimpannya untuk tempoh yang lama, katakan selama 18 tahun. Seperti yang anda tahu, harga emas akan sentiasa naik. Jika anda membeli emas dengan harga Rm180 satu gram pada hari ini, 18 tahun yang akan datang pastinya harga emas akan naik berkali ganda.\n\nBolehlah anda jual emas tadi dan gunakan untuk belanja anak anda masuk ke universiti misalnya, atau pun untuk majlis perkahwinan anak anda. Apakah bentuk simpanan emas yang boleh anda pilih? Anda boleh memilih untuk membeli:\n\nBila sebut tentang PTPTN, pastinya anda terfikir tentang pinjaman pendidikan yang ditawarkan semasa melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. SSPN-i atau nama penuhnya Skim Simpanan Pendidikan Nasional adalah simpanan di bawah PTPTN yang menggalakkan ibu bapa menabung demi masa hadapan anak-anak. Akaun SSPN-I boleh dibuka seawal anak anda berumur 1 tahun. Apa yang lebih menarik, anda akan mendapat pengecualian cukai sebanyak RM6000.00 setahun apabila menyimpan di sini. \n\nASB adalah tempat simpanan untuk anak yang paling popular di Malaysia. Ini kerana kadar bonus dan pulangannya setiap tahun adalah sangat memberangsangkan. ASB juga terkenal sebagai pelaburan jangka masa panjang yang berisiko rendah dan mempunyai kadar keuntungan yang tinggi dan kompetitif dengan pasaran. \n\nAkaun ASB Remaja adalah skim pelaburan yang boleh disertai oleh kanak-kanak yang berusia seawal 6 bulan. Menarik kan? Untuk mendaftarkan anak anda, dokumen yang perlu anda bawa ialah:\n\nTabung Haji adalah satu tempat simpanan untuk anak yang merupakan sebuah pelaburan yang sangat berbaloi. Ini kerana selain nilai dividen dan bonus yang tinggi setiap tahun, jumlah simpanan permulaan untuk membuka akaun di Tabung Haji hanyalah RM2 sahaja. Semua ibu bapa mampu untuk membuka akaun anak di Tabung Haji.\n\nUntuk membuka akaun anak anda di Tabung Haji, dokumen yang perlu anda bawa bersama ialah:\n\nApa yang lagi menarik, semasa membuka akaun untuk anak anda, anda boleh terus daftarkan haji untuk anak anda. Maksudnya, sebaik sahaja anak anda mempunyai akaun di Tabung Haji, anak anda akan terus masuk ke dalam senarai giliran haji. Menarik kan? Untuk mendaftarkan haji, anda perlu mendepositkan Rm1500 ke dalam akaun anak anda.\n\nDi antara kelebihan menyimpan di Tabung Haji ialah:\n\nAnda juga boleh menyimpan sendiri di rumah dengan menggunakan tabung warna. Apa yang dimaksudkan dengan tabung warna? Tabung warna adalah satu cara menabung yang paling menarik, mudah dan paling penting sangat menguntungkan. Namun awas! Ianya memerlukan disiplin yang sangat tinggi.\n\nUntuk permulaan, anda perlu tetapkan dahulu warna tabung yang anda ingin simpan. Sebagai contoh, jika anda pilih warna hijau dan oren iaitu not RM5 dan RM20, jadi anda wajib menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali anda mendapat duit tersebut. Jangan mengelat! Anda perlu disiplin.Sebaik sahaja mendapat not RM5 dan Rm20, adna wajib masukkan terus ke dalam tabung. Anda tidak boleh membelanjakan duit tersebut. Hujung tahun, adan boleh pecahkan tabung untuk mengeluarkan duit simpanan tadi dangunakan untuk dilaburkan di mana-mana saluran pilihan anda.\n\n Itulah dia info tentang tempat simpanan untuk anak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin menyukai perkongsian kami tentang skill komunikasi dengan anak , perkara yang perlu dielakkan jika tak mahu anak jadi biadap, dan kenapa anak suka bertanya sebagai panduan untuk anda."
"Zaman kini, ramai wanita hamil di luar sana yang tidak menjaga kesihatan ketika hamil. Wanita hamil dan wanita tidak hamil, lain cara jaga kesihatannya. Wanita yang tidak hamil, mereka hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan diet pemakanan piramid. Mereka juga boleh melakukan aktiviti lasak seperti berenang, berlari, mengangkat barang berat dan lain-lain lagi.\n\nManakala, wanita hamil pula, mereka perlu menjaga kesihatan mereka dengan lebih terperinci dari segi pemakanan dan gaya hidup mereka. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja menjaga kesihatan badan mereka malah menjaga kandungan yang mereka bawa iaitu bayi. Mereka perlu ubah gaya hidup mereka daripada suka lakukan aktiviti lasak kepada aktiviti yang tidak lasak.\n\nIa berbunyi agak leceh dan cerewet tetapi ia untuk kebaikan si ibu juga. Kita lihat ibu-ibu yang hamil sekarang. ramai juga antara mereka yang sudah mempunyai darah tinggi sebelum hamil lagi. Jadi, apabila mereka hamil, ia akan menjejaskan kandungan dan masa mereka bersalin nanti. \n\nBagaimanakah cara untuk mengatasi darah tinggi ketika hamil?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai petua mengawal darah tinggi ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nBerapakah tekanan darah tinggi normal ?\u00a0\n\nDarah tinggi ketika hamil boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya hipertensi gestasional, hipertensi kronik, hipertensi kronik dengan pre-eklampsia.\n\nGejala darah tinggi jenis gestasional adalah yang paling umum berlaku dan muncul setelah 20 minggu kehamilan. Ia disertai dengan simptom seperti rasa dengan nyeri di beberapa bahagian tubuh. Selain itu, ia dapat dinilai melalui ujian air kencing, di mana tiadanya protein berlebihan dalam urin. Jika tidak dapat dikawal, pesakit mungkin mengalami pre-eklampsia pada minggu-minggu berikutnya.\n\n5 Petua menurunkan darah tinggi ketika hamil\n\nSekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan seperti biasa dengan pengawasan rapi.\n\nBeberapa perkara yang perlu dilakukan adalah:\n\n1. MEMATUHI TARIKH TEMUJANJI / PEMERIKSAAN\n\nPaling penting, ibu hamil perlu mematuhi tarikh temujanji untuk memastikan pemeriksaan dapat dijalankan sekerap mungkin.\n\nSekiranya berlaku perubahan mendadak pada tekanan darah, maka pihak hospital dapat mempreskripsikan ubat dan rawatan yang sepatutnya berdasarkan tempoh kehamilan.\n\nMenurut sumber, darah tinggi semasa hamil tidak sama jenisnya dengan darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung. Maka, sesetengah pakar berpendapat ia tidak berkait secara langsung dengan pemakanan bergaram.\n\nWalaupun begitu, seeloknya ibu hamil perlu mengekalkan diet yang sihat sepanjang kehamilan untuk meminimakan sebarang risiko darah tinggi semasa hamil.\n\nAntara faktor yang menjadikan seseorang lebih cenderung mengalami darah tinggi semasa hamil adalah berat badan berlebihan, gaya hidup yang kurang aktif, dan umur melebihi 40 tahun.\n\nPelbagai cara boleh dilakukan untuk mengamalkan senaman ringan dan mengekalkan gaya hidup aktif. Tak perlu pergi gym, berjalan-jalan di taman pun dapat memberi kesan yang baik. Namun, berbincang dengan doktor sekiranya anda selalu melakukan rejim senaman yang berat.\n\nSalah satu faktor pemicu terjadinya peningkatan tekanan darah adalah kerana terlampau stres. Dalam keadaan terlalu letih, risau, atau stres, sistem peredaran darah boleh terjejas hingga berlakunya peningkatan tekanan darah.\n\nPastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan jangan teragak-agak mendapat bantuan apabila perlu.\n\nSelain itu, jangan lupa minum air secukupnya untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang optimum. Elakkan minuman manis dan berkafein dalam kuantiti yang banyak.\n\n*Mudahkan petua yang diberikan oleh klinik Dr. Asmah. Insyaallah jika amalkan 5 petua ini, darah tinggi akan turun dan kandungan juga akan sihat. Bagi ibu yang hamil diluar sana, perlu diingatkan jaga pemakanan dan aktiviti harian juga jangan begitu lasak agar kandungan sihat dan selamat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini."
"Apa masakan yang sesuai dimakan bersama rendang? Pulut kuning boleh menjadi salah satu antara pilihan gandingan tersebut.\n\nSelain makan dengan rendang, rupanya pulut kuning juga sedap dimakan bersama gulai seperti gulai daging, gulai ayam atau gulai telur. Apa beza pulut biasa dengan pulut kuning ini?\n\nSejatinya yang membezakan mereka hanyalah warna sahaja. Di mana pulut kuning diberi pewarna kuning daripada kuyit. Oleh sebahagian orang pulut kuning juga biasa dipanggil pulut kunyit.\n\nNamun, pulut kuning lebih beraroma wangi kunyit dan pandan. Ianya tidak begitu lembik namun sangat gurih dan padu rasanya. Memasak pulut juga selalunya memakai santan supaya rasanya makin berlemak.\n\nBersama tulisan kali ini, kami ingin berkongsikan resepi pulut kuning perkongsian ramai daripada \u200eRashidah Arshad\u00a0di laman Facebook. Resepi turun temurun ini sekarang boleh anda cubakan di rumah.\n\nResepi Pulut Kuning @ Pulut Kunyit\n\nNota : Susu pekat berfungsi sebagai pengganti gula dan supaya pulut tampak mengkilat. Boleh letak lebih untuk perasa sebab masa eron nanti pulut akan rasa tawar."
"\u201cCengkih, mengkih.takde.\u201d merupakan frasa popular dari filem Pisau Cukur yang disiarkan pada tahun 2010. Hal ini\u00a0 sebenarnya menunjukkan khasiat kesihatan cengkih yang menjadi permintaan ramai.\n\nNak tahun khasiat bunga cengkih? Jom baca artikel ini.\n\nRempah cengkih (Syzygium aromaticum) merupakan kuntuman bunga pokok cengkih yang telah dikeringkan. Bunga cengkih selalunya\u00a0 digunakan dalam masakan tetapi ia juga dijadikan sebagai ubat bagi merawat beberapa masalah kesihatan yang lain.\n\nCuma tak dinafikan masih ramai yang belum tahu akan khasiat sebenar bunga cengkih ini.\n\nAwalnya, pokok cengkih merupakan tanaman natif dan banyak dijumpai di Indonesia khususnya di kepulauan Maluku, di timur Indonesia. Kini, penghasilan cengkih banyak dikeluarkan oleh negara-negara lain seperti Malaysia, Sri Lanka, Madagascar, Brazil dan Tanzania.\n\nKhasiat bunga cengkih ini sangat banyak sebenarnya. Jom ketahui!\n\nSenarai Khasiat Bunga Cengkih Yang Ramai Orang Tak Tahu\n\n#1 \u2013 Menaikkan aroma dalam makanan\u00a0\n\nKegunaan bunga cengkih dalam masakan memang dah sangat terkenal. Ini kerana bunga cengkih adalah salah satu herba yang membantu dalam menaikkan aroma masakan tradisonal.\u00a0\n\nMalah, para saintis menamakannya Syzygium aromaticum\u00a0disebabkan banyak sebatian beraroma di dalamnya seperti flavonoid, asid hiroksibenzoik, asid hidroksisinamik dan propen hidroksifenil.\n\nNamun, menurut kajian, sebatian bioaktif utama dalam cengkih ialah eugenol yang boleh dijumpai dalam julat 938 \u2013 14.65 gram dalam setiap 100 gram cengkih segar.\n\n#2 \u2013 Membantu mengawal tahap kelaparan\n\nTahukah anda 1 tsp teh cengkih menyediakan hampir 1 gram serat. Serat ini membantu kita berasa kenyang\u00a0 dengan lebih lama, jadi secara automatiknya ia dapat mengawal tahap kelaparan.\u00a0\n\nApatah lagi jika diambil bersama hidangan tinggi serat yang lain seperti sayuran, buahan atau bijirin.\n\nTahukah anda, bunga cengkih mampu mengawal serangga perosak di halaman rumah kita. Bunga cengkih ini adalah pembunuh serangga perosak secara origanik tanpa menggunakan tambahan bahan kimia.\u00a0\n\n\u2013 Renih 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1L air\u00a0\n\n\u2013 Biarkan air rebusan tadi mendidih dan matikan api selepas air tersebut mendidih\u00a0\n\n\u2013 Masukkan air rebusan tersebut ke dalam botol semburan dan sembur seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.\n\nKehadiran semut di kawasan tanaman bermaksud ianya menjadi pengangkutan utama kepada serangga perosak. Jadi, cara untuk mengelakkan kehadiran semut di kawasan tanaman adalah menggunakan bunga cengkih, kisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan kisaran tadi di kawasan yang kelihatan kehadiran semut.\n\nBunga cengkih disifatkan sebagai alat untuk mencegah kehadiran lalat. Hal ini disebabkan, lalat gemar kepada bau-bauan makanan, mereka akan datang beramai-ramai untuk menghinggap pada makanan. \n\nJadi, bunga cengkih ini mampu menghalang kehadiran lalat. Caranya adalah ambil buah apple atau limau dan cucukkan bunga cengkih pada buah tersebut. Dengan kewujudan bauan bunga cengkih, ianya mampu menukar bau haruman makanan kepada bau haruman bunga cengkih.\u00a0\n\nBunga cengkih berfungsi sebagai pencegah nyamuk secara semula jadi. Cara menghalau nyamuk secara tradisional adalah campurkan lemon dan bunga cengkih selepas itu biarkan ia. \n\nNyamuk akan lari tetapi ia tetap bergantung kepada jenis nyamuk di sekitar kawasan rumah anda.\u00a0\n\nRacun serangga mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan persekitaran, jadi dengan menggunakan bahan semula jadi mampu menjaga alam sekitar.\u00a0\n\nBagi menyediakan racun rumpai secara organik, cara-caranya adalah:-\u00a0\n\n1)\u00a0 Sediakan pati minyak bunga cengkih\u00a0\n\n2) Campurkan sedikit garam bersama 20 titik minyak pati bunga cengkih bersama 20oz cuka dalam botol penyembur\u00a0\n\n3) Gongcang campuran tadi sehingga sebati dan semburkan pada rumpai yang hendak dimusnahkan.\u00a0\n\nKegunaan cengkih untuk menghalau serangga perosak ini telah diulas secara saintifik oleh para penyelidik dalam kajian mereka pada tahun 2014 yang diterbitkan di Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine.\n\nMenurut mereka, kandungan eugenol, eugenol asetat dan beta-caryophyllene dalam cengkih adalah sangat berkesan untuk menghalau serangga perosak.\n\n#8 \u2013 Membantu menghilangkan bau mulut dan sakit gigi\n\nBunga cengkih bagus untuk sakit gigi. Ramai yang masukkan bunga cengkih pada gigi yang berlubang untuk redakan sakit. Petua lain untuk sakit gigi dengan menggiling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak\u00a0bunga cengkih sahaja ke dalam lubang gigi tersebut. \n\nDengan haruman bunga cengkih yang semula jadi ini, ianya juga mampu membantu mehilangkan bau pada mulut. Terdapat 2 cara untuk menghilangkan bau mulut iaitu :\u00a0\n\nKajian lepas telah melihat perkembangan penggunaan cengkih sebagai analgesik atau penawar kesakitan sejak kurun ke-13 lagi.\n\nSeterusnya, para saintis mendapati bahawa eugenol merupakan sebatian utama yang memberi kesan analgesik ini. Mekanisme yang terlibat terbukti melalui pengaktifan saluran kalsium dan klorida dalam sel ganglionar dan juga tindakan ke atas reseptor melalui capsaicin agonist.\n\nPendek kata, semua ini dipengaruhi oleh kehadiran eugenol yang kaya dalam cengkih untuk memberi keredaan rasa sakit.\n\n#9 \u2013 Menghilangkan bau peti sejuk\n\nPeti sejuk akan mengeluarkan pelbagai bau-bauan disebabkan oleh percampuran pelbagai barangan di dalamnya. \n\nJadi terdapat satu tip untuk menghilangkan bau peti sejuk iaitu masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalam peti sejuk. Ianya mampu mehilangkan bau dalam peti sejuk.\u00a0\n\n#10 \u2013 Jadikan sebagai wangian rumah\u00a0\n\nBunga cengkih boleh dijadikan wangian semula jadi di dalam rumah. Campurkan beberapa bunga cengkih dengan beberapa batang kayu manis dah percikkan sedih vanilla. Ianya dapat menjadi wangian semula jadi di dalam rumah.\u00a0\n\nBagi menaikkan lagi kewangiannya pastikan kawasan yang diletakkan wangian ini tidak terlalu besar kerana ditakuti wangian tersebut hilang ditutupi oleh keluasan kawasan.\u00a0\n\nSakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan beberapa ulas bunga cengkih dan campuran lain. Cara-caranya terdapat dibawah ini:-\u00a0\n\n1) Jadikan bunga cengkih\u00a0 paste(tumbuk sehingga lumat)\n\n2) Campurkan ia dengan garam batu.\u00a0\n\n3) Setelah selesai mencampurkan kedua-dua bahan ini masukkan ia ke dalam segelas susu. (campuran ini dapat megurangkan rasa sakit kepala).\u00a0\n\nHal ini turut disokong oleh kajian saintifik. Antaranya, kajian tahun 2009 oleh Daniel dan rakan-rakan yang menunjukkan aktiviti neuron deria yang berkurangan. Seterusnya, memberikan kelegaan rasa sakit dengan dos sebanyak 50, 75 dan 100 mg/kg minyak cengkih.\n\nStress mampu membuat semua manusia hilang kewarasan. Dengan terapi semula jadi ini ianya mampu megurangkan stress. \n\nDidihkan bunga cengkih, daun pudina dan daun kemangi. Kemudian ambil air rebusannya untuk diminum tetapi disarankan campurkan sedikit dengan madu untuk menambahkan rasa kemanisannya. \n\nIni ialah salah satu cara tradisional yang mampu mengurangkan stress secara alami. Kenyatan ini belum dibuktikan secara saintifik lagi tetapi boleh diamalkan jika tidak memudaratkan.\u00a0\n\n#13 \u2013 Dijadikan sebagai perapi rambut\u00a0\n\nKebaikan bunga cengkih untuk petua penjagaan rambut juga ada. \n\nJika seseorang mempunyai masalah dengan rambut keriting dan tidak terurus, campuran beberapa ulas bunga cengkih bersama minyak zaitun boleh digunakan sebagai perapi rambut secara semula jadi. \n\nIa membantu dalam meningkatkan aroma dan mengekalkan warna rambut bagi yang mewarnakan rambut.\u00a0\n\nCengkih melancarkan pencernaan dengan merangsang rembesan enzim pencernaan. Cengkih boleh dipanggang, dibakar, dan diambil bersama dengan madu untuk melegakan masalah pencernaan.\n\n#15 \u2013 Menghilangkan kesan kulit hitam di wajah\n\nPasti semua wanita mengidamkan kulit yang cantik mulus, tahukah anda bunga cengkih boleh membantu di dalam mehilangkan kesan kulit hitam di muka. \n\nTumbuk bunga cengkih, kulit kayu manis dan pucuk jambu batu sehingga lumat dan campurkan ia dengan minyak zaiton. Sapukan pada kulit 2kali seminggu. Adunan ini adalah skrub muka semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia.\n\nHal ini tidak menghairankan kerana cengkih merupakan antara rempah yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti polifenol sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat yang menjalankan kajian bersama universiti awam dan syarikat swasta di sana.\n\nPengambilan serbuk cengkih goreng dengan madu dapat mengawal muntah secara berkesan. \n\nCengkih didakwa secara turun-temurun membantu menghentikan muntah-muntah. Rendaman air bunga cengkeh juga bagus untuk dicium bagi menghilangkan mual.\u00a0\n\n#17 \u2013 Pembasmi kuman secara semula jadi\n\nBunga cengkih mempunyai beberapa ciri-ciri anti bakteria. Jadi, ianya boleh menjadi pembasmi kuman secara semula jadi. \n\nJadikan bunga cengkih dalam bentuk minyak setelah itu tambahkan beberapa titisan ke dalam air bersama bau\u00a0 kegemaran anda sebagai contoh lemon atau lavender. Ianya boleh digunakan untuk membasmi kuman di rumah.\n\nKenyataan ini terbukti melalui penyelidikan saintifik yang melaporkan aktiviti antimikrob yang luar biasa oleh cengkih.\n\nKandungan eugenol dan carvacrol didapati berperanan melawan serangan mikrob.\n\nWalaupun tiada kajian yang mendalam mengenai bunga cengkih mampu merawat batuk, tetapi cengkih ialah salah satu cara tradisional untuk merawat batuk. \n\nCaranya adalah campurkan bahan-bahan seperti sireh, buah pelaga, gula batu dan bunga cengkih. Setelah dicampur semua bahan ini rebuskan ia sehingga mendidik. Tapis air rebusan dan minum dua kali sehari untuk mehilangkan batuk.\n\nBaca juga khasiat dan cara simpan bunga kantan untuk tahan lama khasiat dan cara simpan bunga kantan untuk tahan lama, khasiat buah markisa untuk tubuh badan kitakhasiat buah markisa untuk tubuh badan kita.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Ruam pada bayi adalah sesuatu yang normal namun tak salah kalau kita sebagai ibu berasa bimbang dan berusaha untuk menghilangkan ruam pada bayi. Terdapat pelbagai jenis ruam termasuk ruam susu, ruam lampin, dan ruam disebabkan peluh atau cuaca yang panas. Ruam seperti ruam susu mungkin tidak akan menyebabkan bayi anda kesakitan.\n\nNamun ruam lampin adalah sejenis ruam yang akan menyebabkan bayi anda berasa pedih terutamanya semasa membuang kecil di mana air kencing terkena pada bahagian yang mempunyai ruam. Malah bayi anda juga akan menangis semasa anda mencuci bahagian kemaluan atau punggung akibat pedih terkena air atau tisu basah yang anda gunakan.\n\nRuam lampin perlu dirawat sebaik sahaja ia bermula kerana jika dibiarkan, ia akan menjadi semakin teruk dan sukar untuk dikawal. Malah ia juga akan menyebabkan bayi anda mengalami pedih dan kesakitan yang sangat teruk lalu menyebabkan bayi anda kuat meragam dan mungkin juga demam.\n\nHari ini kami ingin kongsikan petua menghilangkan ruam pada bayi cara cepat, berkesan, dan yang paling penting ianya selamat kepada bayi anda tanpa kesan negatif untuk jangka masa yang panjang. Di antara petua yang boleh anda amalkan ialah:\n\nLap wajah bayi anda setiap kali lepas menyusu\n\nRuam susu berlaku disebabkan oleh susu ibu itu sendiri. Semasa bayi anda menyusu, susu akan terpercik dan tumpah lalu terkena muka bayi anda lalu menyebabkan berlakunya ruam susu. \n\nUntuk mengelakkan bayi anda daripada terkena ruam susu, caranya ialah lap wajah bayi anda dengan tuala basah sehingga tiada sisa susu yang tertinggal setiap kali bayi anda siap menyusu. Jika bayi anda sudah terkena ruam susu, cara ini juga berkesan untuk menghilangkannya.\n\nPastikan punggung dan kemaluan bayi anda sentiasa kering\n\nRuam lampin berlaku disebabkan oleh punggung dan kemaluan bayi anda selalu berada dalam keadaan yang basah akibat lampin yang selalu dibiarkan penuh dan jarang ditukar. Oleh itu, untuk mengelakkan dan merawat ruam lampin, pastikan lampin bayi anda ditukar dengan kerap supaya punggung dan kemaluan bayi anda sentiasa berada dalam keadaan yang kering. Selain itu, setiap kali menukar lampin atau selepas mandi, pastikan anda lap punggung dan kemaluan bayi anda sehingga kering sebelum dipakaikan lampin.\n\nBagi ruam bayi yang disebabkan oleh peluh, cara untuk mengatasinya ialah dengan cara mengelakkan bayi anda daripada berpeluh. Pastikan suhu bilik berada dalam paras yang tidak terlalu panas sehingga menyebabkan bayi anda berpeluh. \n\nJangan pakaikan bayi anda dengan pakaian yang tebal. Elakkan daripada menyelimuti bayi anda dengan terlalu kemas pada waktu malam. Serta anda perlu elakkan daripada membawa bayi anda ke tempat yang panas atau sesak dengan orang ramai.\n\nSapukan krim anti ruam setiap kali menukar lampin bayi atau selepas mandi\n\nSalah satu cara untuk menghilangkan ruam lampin pada bayi ialah dengan cara menyapukan krim anti ruam pada punggung dan kemaluan bayi anda setiap kali menukar lampin atau selepas mandi. Fungsi krim anti ruam tersebut ialah untuk mengelakkan timbulnya ruam pada bahagian tersebut dan dalam masa yang sama menyembuhkan ruam yang sedia ada dengan cara mewujudkan skin barrier atau pemisah di antara kulit dan air.\n\nKrim anti ruam tersebut bertindak seolah-olah perisai di atas kulit supaya kulit punggung dan kemaluan bayi anda tidak terkena air dan kekal kering. Terdapat pelbagai jenis krim anti rumah yang dijual di pasaran. Semasa membeli pastikan anda membaca isi kandungannya dan elakkan daripada memilih krim anti ruam yang mempunyai bahan aktif seperti steroid.\n\nOrang zaman dulu menggunakan getah dari bunga raya sebagai petua untuk menghilangkan ruam bayi. Caranya ambil sekuntum bunga raya, pisahkan kelopak-kelopak bunganya. Ada akan berasa melekit, itulah getah yang digunakan untuk menghilangkan ruam bayi. \n\nGosokkan kelopak bunga raya tadi pada kulit bayi yang mempunyai ruam. Gosok perlahan sehingga hilang rasa melekit. Seeloknya lakukan pada waktu awal pagi kerana pada waktu ini getah bunga raya lebih banyak berbanding waktu petang atau malam.\n\nOrang zaman dulu akan menyapukan bedak sejuk pada bahagian kulit yang terkena ruam. Bedak sejuka berfungsi untuk menyejukkan kulit, seperti namanya. Pada masa kini terdapat pelbagai bedak sejuk yang dijual di pasaran. \n\nAda yang dibuat dari beras dan ada yang dibuat dari tanah liat. Bedak sejuk yang dibuat dari tanah liat adalah jauh lebih baik daripada bedak sejuk daripada beras kerana fungsi menyejukkannya adalah lebih baik.\n\nItulah dia info tentang ruam bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang bayi sedu hidung bayi tersumbat dan simpton bayi berak berdarah"
"Risau bila anak batuk tak henti-henti, macam-macam cara buat tapi tetap tak berkesan. Batuk anak-anak pun tak sama, ada yang batuk dengan sekali kahak, ada yang batuk serak basah, ada batuk yang macam kering tekaknya. \n\nSemestinya ia amat bahaya untuk bayi kecil kerana mereka mungkin tidak mampu mengharungi kesakitan batuk dan mungkin juga ia disebabkan oleh sistem imunisasi yang rendah. Jangan bimbang lagi, jom kenali 13 jenis batuk bayi yang bahaya dan sering terjadi. Mungkin anda dapat ketahui punca dan cara atasinya nanti.\n\n13 Jenis Batuk Bayi Yang Bahaya\n\nTerdapat 13 jenis batuk bayi yang bahaya dan sering berlaku. Sebagai ibu bapa, kita haruslah prihatin dan ketahui masalah kesihatan anak kita supaya tidak menyesal di kemudian hari. Setiap jenis bayi batuk yang dinyatakan, pasti ada cara atasi dan rawatannya. \n\n1. Bayi Batuk Selsema Dan Kahak\n\nBayi batuk akibat selsema dan sinus selalunya disertakan dengan kahak sekali. Sama ada pagi, tengahari atau malam, banyak kahak-kahak batuk yang akan keluar. Batuk akibat selsema ini boleh diatasi dengan mandian air hangat dan minum air yang banyak. Jika tidak dirawat, kemungkinan ia akan melarat, cepat-cepat bawa berjumpa dengan doktor sekarang!\n\nBayi batuk akibat kekurangan air atau tekak gatal tidak perlu anda risaukan. Berikan mereka minum sedikit air dan mereka akan elok seperti sediakala. Jika bayi kerap batuk pula, teruslah bawa berjumpa doktor. Berikan minuman dan makanan yang betul dan sesuai pada bayi anda.\n\nSelalunya bayi batuk disebabkan oleh croup ini akan batuk seperti menyalak. Anda boleh kenal pasti bayi batuk dengan cara batuk mereka. Untuk pengetahuan anda, croup adalah penyakit virus pada tekak dan juga kotak suara yang menyebabkan suara boleh bertukar semasa selsema. \n\nSekiranya dalam tempoh bayi batuk, bunyi pernafasan menjadi pelik dan berbeza dari biasa, ia mungkin adalah batuk infeksi paru-paru. Ia terjadi melalui bakteria\u00a0Bordetella Pertunis\u00a0yang menjadi punca bayi sering sakit-sakit kerana melibatkan iritasi pada saluran nafas. Pastikan bayi mendapat udara yang bersih dan selamat di tempat tinggal anda.\n\nBayi batuk kering amat bahaya kerana boleh menyebabkan luka, sakit tekak dan rasa tidak selesa. Bayi harus dirawat dengan segera. Batuk kering juga sering kedengaran seperti bunyi gonggong dari bayi. Dengar sahaja itu, tahulah anda bahawa bayi anda mengalami batuk kering.\n\n6. Bayi Batuk Alergi Atau Alahan\n\nBayi batuk disebabkan oleh alergi dan alahan dari bulu haiwan, debu, habuk dan lain-lain faktor juga sering berlaku. Ia sangat berbahaya kerana akan menyebabkan kesihatan baik bertambah buruk. Antaranya bayi mungkin akan berkahak, naik bintik merah dan bengkak rongga hidung.\n\n7. Bayi Batuk Lendir (Gastroesophageal reflux)\u00a0\n\nBayi batuk lendir atau disebabkan oleh gastroesophageal reflux ini selalunya mengandungi kahak atau lendir dari bayi. Bayi juga akan mengeluarkan sedikit susu ketika batuk. Anda dapat lihat bayi tidak selesa sepanjang hari mereka dimana gejala perut tak selesa, sendawa, merengek dan lain lagi sering terjadi.\n\nMakanan yang tersangkut dibahagian tekak atau saluran pernafasan akan menyebabkan bayi batuk. Bayi akan tersedak dan batuk-batuk. Adakalanya mereka akan muntah air setelah batuk. Bayi juga akan batuk sebegini jika mereka memasukkan sesuatu ke dalam mulut atau jika tercekik sesuatu.\n\nBayi juga sering mengalami batuk disebabkan asma. Batuk asma selalunya terjadi pada waktu malam atau ketika cuaca dingin. Namun, faktor debu, habuk dan pencemaran bahan kimia juga adalah puncanya. Bayi harus diberikan rawatan dan ubat sekiranya batuk asma berlaku.\n\nBatuk akibat Cystic Fibrosis ini adalah penyakit genetik yang terhasil daripada pembentukan lendir tebal di paru-paru bayi. Bakteria telah membiak pada lendir dan menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Ia amat bahaya dan sering berlaku dalam kalangan bayi batuk.\n\nBatuk jangkitan bronkiolitis adalah batuk yang disebabkan oleh virus yang terdapat didalam saluran pernafasan yang paling kecil dalam paru-paru. Ia sering berlaku kepada bayi semasa musim sejuk dan hujan. Mereka akan batuk berdehit dan berbunyi seperti bersiul dan parau. \n\nSawan batuk turut terjadi apabila bayi tidak dapat bernafas dengan baik kerana bakteria di saluran pernafasan telah menghalang ruang pernafasan. Puncanya adalah bakteria\u00a0pertusis\u00a0telah menyerang lapisan saluran udara dan menjadikannya bengkak. Ambillah tindakan dari awal dan jangan biar keadaan menjadi lebih teruk.\n\nRamai ibu bapa yang tidak sedar bahawa anak mereka menghadapi batuk pneumonia. Pada awalnya, bayi akan batuk secara kasar, berkahak dan basah. Bayi juga akan mengalami selsema yang panjang. Ia adalah tanda mereka mengalami batuk pneumonia.\n\nPneumonia adalah keadaan dimana paru-paru telah berisi penuh dengan cecair yang menyebabkan bayi sering batuk-batuk. Ia amat berbahaya dan mempunyai risiko yang tinggi untuk bayi. Kemungkinan bayi juga akan mengalami sakit paru-paru sekiranya batuk tidak dirawat dari awal lagi.\n\nItulah dia jenis bayi batuk yang bahaya wajib anda ketahui. Jalan penyelesaian kepada jenis bayi batuk yang bahaya juga harus dikenalpasti untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jom baca juga Cara merangsang bayi merangkak, Petua dan doa bayi tidur lena, Cara banyakkan susu badan bayi dan Tahnik bayi."
"Malaysia berada di antara negara-negara biodiversiti yang paling banyak menempatkan lebih daripada 15,000 jenis bunga, tumbuh-tumbuhan dan pokok pada peringkat antarabangsa. Ada bunga yang digunakan untuk menghiasi taman ataupun hiasan dan ada juga yang dijadikan sebagai hobi tanaman.\n\nSementara itu, terdapat banyak jenis bunga yang lain masih belum dapat ditemui di hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun yang meliputi kawasan luas di Semenanjung dan Borneo Malaysia.\u00a0 Jom kami senaraikan antara beberapa jenis bunga di Malaysia yang popular dan pastinya disukai ramai.\n\nRafflesia atau bunga pakma berdiameter mencapai sehingga 1 meter atau 3.3 kaki. Jenis bunga ini merupakan bunga tunggal yang terbesar di dunia. Rafflesia sering mengeluarkan bau busuk bagi menarik perhatian serangga.\n\nBunga Rafflesia adalah jenis bunga yang bersifat karnivor. Segala serangga dan haiwan kecil yang masuk ke dalam kelopak bunga ini akan menjadi sumber makanannya. Bunga karnivor jarang berlaku di Malaysia. Rafflesia cenderung berkembang di lereng gunung di bahagian Sabah dan Sarawak.\u00a0\n\nSerangga dan vetebrata kecil yang terperangkap di dalamnya akan dicerna dan menjadi sumber makanan bunga ini. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan hutan Borneo dan beberapa hutan di Semenanjung Malaysia.\u00a0\n\nBougainvillea adalah kegemaran bagi pencinta bunga di Malaysia. Cara penanamannya pula amat mudah malah ia dikatakan sejenis bunga yang berbunga sepanjang tahun yang indah. Bunga ini juga mempunyai pelbagai warna yang menarik.\n\n5.\u00a0 Pinang Merah / Palma Merah\n\nPinang Merah in berpotensi untuk mencapai ketinggian 16 meter atau bersamaan 52 kaki.\u00a0 Selain merupakan tumbuhan yang menakjubkan, Pinang Merah ini juga sering menjadi hiasan di taman atau pejabat-pejabat.\n\n6.\u00a0 Bunga Firmiana Malayana / Mata Lembu\n\n7.\u00a0 Pokok Bunga Enau / Pokok Kabong\n\nBunga Pagoda merupakan antara jenis bunga yang asli paling indah yang terdapat di Malaysia. Bunganya memenuhi dari batang memberikan rupa yang menarik dan warna yang berwarna-warni.\n\nJenis bunga ini yang terdapat di Malaysia adalah lebih daripada 3,000 spesies. Dari segi penggunaan domestik, orkid Malaysia lazimnya digemari dan digunakan secara meluas untuk tujuan pemberian hadiah ataupun dijadikan hobi.\n\nMereka biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan rumah dengan bunga yang cerah dan mekar sepanjang tahun. Masyarakat tempatan memanggil Alamanda kuning sebagai \u2018Akar Kuning\u2019 atau \u2018Akar Cempaka Hutan\u2019.\n\nBunga tunasnya yang dikenali dengan nama bunga kecombrang, merupakan ramuan yang amat penting dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu.\u00a0\n\nDi Sarawak pula, bunga ini juga tidak kurang asing dalam masakan manok pansoh. Sumatera Utara (terutama bagi suku kaum Karo), tunas bunga ini digunakan untuk masakan ikan rebus yang dikenali Arsik ikan mas. \n\nBagi penduduk Bali pula, mereka menggunakan bahagian batang putih bunga ini untuk memasak sos cili dipanggil \u201cSambal Bongkot\u201d, dan tunas bunganya untuk membuat sos cili dipanggil \u201cSambal Kecicang\u201d.\n\nItulah dia 14 jenis bunga di Malaysia yang sangat tradisional dan terkenal. Jom baca juga Cara Simpan Bunga Kantan, Keistimewaan Bunga Raya,\u00a0Bunga Kelulut dan Petua Bunga Ros Lebat."
"Sebut sahaja tentang pizza, membayangkan makanan yang sedap itu sahaja sudah mampu membuatkan orang terliur. Hal ini adalah kerana pizza merupakan makanan yang bebas dibuat mengikut citarasa masing-masing. Oleh itu, daripada kita membeli atau membuat pesanan pizza, apa kata kita cuba buat pizza sendiri menggunakan resipi yang sedap ini sekali sekala.\n\nPizza merupakan makanan yang berunsurkan barat dan sangat senang untuk dibuat. Terdapat pelbagai jenis cara untuk membuat pizza ini. Cara yang paling digemari ramai adalah dengan menggunakan oven, akan tetapi resipi yang ingin dikongsikan ini membuat pizza menggunakan kuali. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh mencuba resipi pizza yang menggunakan kuali ini. Jom cuba resipi ini!\n\nResipi ini telah dikongsikan oleh Murni Rahmat di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai orang. Selamat mencuba!\n\n*uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ya.\n\nTumis bawang holland dan bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yang lain(contoh:ayam,hotdog dan cendawan).. tumis sampai masak ya..perasakan dengan garam dan lada hitam..ketepikan.\n\n2. Tambah air. Uli tepung sekurang-kurangnyanya 5 minit, bila sudah tidak melekat dekat tangan,tutup dengan tuala, rehatkan 1 jam.\n\n*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1 cawan air tu,tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula..selepas 2-3 minit,dah muncul buih-buih,baru campur dan uli tepung jadi doh.\n\n3. Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.\n\n4. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.\n\n5. Bentuk kan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.\n\n6. Masak api kecik saja. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak atau letak lapik, masak sahaja doh itu atas kuali.\n\n7. Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping.\n\n8. Kalau suka lembut gebu macam roti, letak topping atas doh mentah, baru masak.. susun siap-siap atas kuali ya..baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu..sebab topping tu berat..nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pula.\n\n9. Cheese tu ambil masa 3-4 minit utk cair ya.\n\n*nak cepat..buat pakai roti nan/arab..\n*resepi doh ni boleh buat donut,roti dan pau..\n\nSelain resepi pizza kuali, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Pada musim Covid19 ini, kerajaan telah umumkan bahaya semua sekolah perlu ditutup sementara keadaan kembali pulih. Anak-anak kecil yang baru bersekolah pasti akan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa, bukan? Waktu ini lah mereka akan mula bermain tanpa henti dan menonton katun di TV atau gadjet.\n\nPada mulanya, ia hanya sekadar untuk mengisi masa lapang anak-anak tetapi jika tidak dipantau akan ada kesan negatifnya. Ibu bapa mungkin sibuk untuk membuat kerja lain sehinggakan tidak perasan anak-anak sedang membuat apa. Sangat berbahaya. Maka ibu bapa perlu pantau anak 6 perkara ini. Apakah ia?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 perkara yang ibu bapa perlu pantau anak dan jadual tidur anak yang betul. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n6 Perkara yang perlu ibu bapa pantau\n\n\u2013 Main game bukannya 100% salah sebab kadang kadang game boleh bantu tingkatkan \u2018problem-solving skills\u2019 dan \u2018creative thinking\u2019 anak kita\n\n\u2013 cuma yang bahaya kalau ianya sampai membuatkan anak kita ketagihan ( internet gaming disorder ) akibat daripada tak ada limit dan pantauan langsung\n\n\u2013 mengikut kajian ada hubungan yang sangat kuat antara masalah kegemukan ( obesity ) pada kanak kanak dengan pendedahan berlebihan pada skrin termasuklah TV, game, media sosial, tab dan lain lain\n\n\u2013 ikut kajian, ni 3 cara macam mana pendedahan berlebihan pada skrin boleh buatkan anak kita jadi gemuk melampau :\n\n\u2013 Gadget ni kalau tak dipantau memang bahaya sebab takutnya melebihi had Screen-Time yang dibenarkan\n\n\u2013 Cuba tengok anak kita ikut ke tak panduan Screen Time yang dikeluarkan oleh American Academy of Paediatric ni\n\n< 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali-sekala video-chatting dengan keluarga\n\n18-24 bulan : 30minit/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh daripada ibu bapa\n\n2-5 tahun : 1jam/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh mak ayah.\n\n6 tahun ke atas : Kita kena tegas bab media. Pilih channel dan rancangan yang terbaik kerana apa yang dilihat dan didengar oleh anak-anak kita tu akan mempengaruhi subconscious mind mereka\n\n\u2013 Kalau tak dipantau social media anak anak kita, memang adab dan social skills anak anak kita akan kelaut\n\n\u2013 itulah kenapa mak ayah kena ajar anak anak tentang Digital Etiquette. Digital Etiquette ni adalah bagaimana kita nak anak kita layan orang di media sosial sama seperti mereka layan orang yang mereka jumpa di alam realiti\n\n\u2013 Sedentary lifestyle ataupun biasa juga dipanggil sebagai Sitting Disease adalah bila kita lebih banyak duduk dan tak banyak buat aktiviti fizikal sangat. Biasanya benda ni dialami oleh orang dewasa\n\n\u2013 Cuma sekarang benda ni banyak kena pada anak anak kecil pula sebab mereka terlalu banyak mengadap game dan TV\n\n\u2013 Selain daripada kegemukan melampau, yang kita takut kalau anak anak kita dah hilang \u2018desire\u2019 ataupun kemahuan untuk bersenam. Itu yang paling bahaya sebenarnya. Aduh!\n\n\u2013 Sedihnya bila ramai mak mak mengadu pada saya ramai anak anak mereka jadual tidurnya dah terbalik sejak PKP ni\n\n\u2013 Kita sendiri pun kalau tak cukup tidur, emosi jadi lain macam kan? Asyik moody je. Rasa redup redup je jiwa seharian kan?\n\nCuba tengok jadual dan jam tidur anak kita ni. Cukup tak? Jangan jangan anak kita mengamuk dan meragam selama ni sebab tidurnya tak cukup.\n\nKena tidur dalam 14-17 jam. Tak digalakkan kurang daripada 11 jam atau lebih daripada 19 jam\n\nKena tidur dalam 12-15 jam. Tak digalakkan kurang daripada 10 jam atau lebih daripada 18 jam\n\nKena tidur dalam 11-14 jam. Tak digalakkan kurang daripada 9 jam dan lebih daripada 16 jam\n\nKena tidur 10-13 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 8 jam atau lebih daripada 14 jam\n\nKena tidur dalam 9 hingga 11 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 7 jam atau lebih daripada 12 jam. Kekurangan jam tidur walaupun cuma 30 \u2013 60 minit sehari pun akan beri kesan pada perkembangan anak kita\n\n*Berikut adalah 6 perkara yang ibu bapa perlu pantau anak-anak, lebih-lebih lagi di musim covid19 ini. Ibu bapa perlu pastikan anak-anak mendapat tidur yang cukup. Cuba lakukan jadual tidur di atas dan didik mereka untuk tidak bermain gadjet selepas maghrib kerana itu adalah masa untuk keluarga.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Idea deco dapur kecil rumah flat yang pasti menambat hati anda. Setiap orang pasti mendambakan ruang idaman setelah memiliki rumah, tetapi tidak dinafikan kebanyakan deco dapur yang cantik dan menarik adalah untuk ruang yang besar. \n\nDisebabkan itu, mereka yang mempunyai ruangan yang kecil, pastinya pening untuk mengatur dan mencantikkan dapur. Jangan risau, terdapat banyak idea deco dapur kecil rumah flat yang pastinya menjadi pilihan anda.\n\nBagi yang mempunyai ruangan dapur kecil, anda pastinya banyak mendengar mengenai alat organizer seperti rak, troli penyimpanan mahupun jar dan kotak. Selain dari dapat membantu menjimatkan ruang, reka bentuk organizer ini juga sangat cantik dan direka sangat kemas. Cara penyimpanannya yang menegak juga pasti memudahkan anda untuk mencari bahan dan barangan.\n\nJom tengok senarai di bawah yang merupakan idea deco dapur kecil rumah flat yang pastinya dapat membantu anda.\n\nBagi mereka yang mempunyai ruangan dapur kecil, anda boleh membeli penyangkut kuali mahupun besi penyangkut untuk menyusun mangkuk yang kerap anda gunakan. Menggantung barangan dapur sememangnya dapat menjimatkan ruangan penyimpanan di dalam kabinet anda. \n\nAnda juga boleh membeli penggantung dengan harga yang lebih murah berbanding menggantikan cabinet dengan saiz yang lebih besar.\n\nTidak dinafikan salah satu idea deco dapur kecil rumah flat adalah dengan menggunakan warna yang sesuai. Penggunaan warna seperti warna putih, kelabu, merah dan biru memberikan kesan yang berbeza kepada ruangan dapur anda. Ruangan dapur mungkin tampak lebih elegan dengan menggunakan warna merah dan ceria dengan menggunakan warna cerah seperti putih.\n\nSejak kebelakangan ini, ramai yang mula membeli rak penyimpanan barang yang mempunyai roda. Selain dapat menyusun atur barang dengan kemas, anda juga dapat memindahkan rak di mana-mana yang anda inginkan. \n\nReka bentuk rak yang menegak juga memudahkan anda untuk menyusun dan mengambil barang. Rak yang mempunyai banyak tingkat juga menjadikan anda lebih mudah menyimpan pelbagai jenis barang tanpa bercampur.\n\nPenggunaan bakul rotan untuk menyimpan sayuran dan buah-buahan juga banyak membantu untuk menjimatkan ruangan di dapur anda. Mahal penggunaan bakul rotan ini juga menjadikan bahan-bahan dapur anda lebih kemas dan mudah dicari. Selain reka bentuknya yang menarik dan cantik, anda juga boleh menyimpan barang dapur dengan lebih efektif.\n\nAnda juga boleh menyimpan sudu dan perkakas dapur seperti senduk, sudip dan pelbagai barangan di dalam satu bekas penyimpanan. Laci penyimpanan anda pastinya akan menjadi lebih kemas dan memudahkan anda untuk mencari barangan yang anda inginkan. Ruangan di dalam laci anda juga pastinya menjadi lebih luas dan banyak.\n\nTidak dinafikan, ramai yang mula melabel bahan di dapur mereka dengan menggunakan stiker yang bertuliskan bahan-bahan dapur. Penggunaan bekas penyimpanan yang sama saiz dan reka bentuk juga menjadikan dapur anda kelihatan lebih kemas. Disebabkan itu, pemilihan bekas penyimpanan memainkan peranan yang penting dalam mendeco dapur.\n\nBagi wanita, idea deco dapur ini pasti akan menarik minat mereka. Hal ini kerana penggunaan merah jambu yang nampak comel dan lembut. Penggunaan warna yang lembut juga sangat penting untuk menampakkan ruang yang tidak panas dan sempit.\n\nWarna putih sememangnya memberikan kesan yang bersih dan luas. Lebih cantik lagi sekiranya anda menggunakan tema putih untuk dapur anda. Ruangan dapur pastinya akan nampak lebih kemas dan cerah. Deco-deco seperti menggunakan bunga sebagai hiasan juga memberikan kesan yang elegan dan kemas.\n\nBagi mereka yang sukakan warna biru, jom tengok deco dapur kecil rumah flat yang pastinya sesuai untuk anda. Menggunakan alatan yang asas serta susun atur yang sesuai, menjadikan dapur anda kelihatan kemas walaupun ruangan dapur yang kecil.\n\nPenggunaan cabinet kayu juga menjadikan dapur kelihatan kemas dan dapat menyimpan barang-barang dapur dengan bersih. Hal ini kerana, barang-barang dapur diletakkan di dalam tempat tertutup. Penggunaan cabinet dapur juga menjadikan dapur anda kelihatan klasik.\n\nRamai yang menyangka bahawa ruangan dapur yang kecil tidak sesuai untuk memiliki meja mini bar. Jangan risau, jom tengok deco meja mini bar ini. Penggunaan ruang yang terhad tidak menjadi masalah untuk merealisasikan impian anda untuk memiliki meja mini ini.\n\nPasti ramai yang tahu dengan warna hitam putih yang sememangnya menarik jika digabungkan. Deco dapur ini juga menjadikan dapur anda kelihatan lebih eksklusif dan kemas. Hiasan pokok yang diletakkan di atas papan di dapur juga menjadikan dapur anda lebih mesra alam.\n\nWarna kelabu sememangnya sangat cantik. Penggunaan warna kelabu sebagai warna dapur juga pasti menjadikan dapur anda kelihatan lebih mewah dan luas. Penggunaan dinding seramik juga memberikan kesan yang menarik bagi hiasan dapur.\n\nTidak dinafikan pencahayaan sangat penting bagi setiap ruang. Hiasan dapur ini juga pastinya menjadikan dapur anda lebih menarik dengan gaya susah atur cawan dan bekas. Penggunaan corak kain cabinet juga menjadi peranan penting bagi menaikkan warna dapur anda.\n\nPasti ada di antara anda yang sukakan vibes dapur yang seakan caf\u00e9. Bagi mereka yang inginkan deco yang seakan caf\u00e9, anda boleh lihat cara deconya di sini. Penggunaan sticker label juga menjadikan vibes deco untuk caf\u00e9 lebih kemas.\n\nBagi mereka yang sukakan warna cerah, anda pastinya akan suka dengan idea deco dapur ini. Penggunaan warna terang seperti kuning cukup untuk memberikan kesan warna yang ceria untuk dapur anda.\n\nBagi yang duduk bersendirian, anda pastinya tidak mempunyai terlalu banyak barangan dapur. Deco dapur kecil rumah flat ini pastinya sesuai untuk anda. Menggunakan barangan asas dan sikit menjadikan ruangan dapur nampak kemas dan selesa.\n\nTidak dinafikan para isteri pastinya mahukan dapur yang kemas dan cantik kerana dapat memberikan keselesaan kepada mereka ketika memasak. Deco rumah flat juga kebiasaannya memerlukan kos yang murah kerana barangnya yang tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan dapur yang besar. \n\nMereka yang mempunyai ruangan dapur yang kecil juga mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya lebih unik berbanding dengan dapur yang biasa.\n\nTerdapat pelbagai peralatan yang membantu menjimatkan ruang dan menjadikan ruangan dapur anda lebih kemas dan tersusun. Bagi mereka yang mempunyai ruangan dapur kecil, idea deco dapur ini pastinya dapat membantu mereka untuk menghias dan mencantikkan dapur mereka menjadi dapur idaman.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Ekolalia adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan apabila seseorang kanak-kanak mengulang atau meniru kata-kata yang didengarinya. Sebagai contoh:\n\nIbu: Adik nak biskut?\nAdik: Biskut.\nIbu: Nak makan nasi?\nAdik: Nasi.\n\nSama seperti contoh di atas, anak buah saya yang berusia setahun setengah juga memberikan respon seperti di atas. Ekolalia juga boleh berlaku apabila kanak-kanak mengulang semula apa yang didengarnya pada jangka masa yang lalu. Seperti contoh, dialog dari rancangan televisyen yang ditontonnya pada waktu pagi.\n\nJawapan mudah: YA, tetapi dalam satu jangka masa yang terhad sahaja.\n\nEkolalia adalah salah satu peringkat yang akan dialami oleh kanak-kanak untuk membentuk kemahiran pertuturannya. Mereka akan mengulang semula apa yang didengarnya, dan dari situ mereka akan mula memanipulasi perkataan yang didengarnya untuk membina ayat sendiri apabila mereka semakin dewasa. Jadi pada peringkat kanak-kanak, ekolalia ada penting.\n\nNamun, terdapat kanak-kanak yang tidak meninggalkan fasa ekolalia. Mereka akan terus-menerus mengulangi perkataan yang didengari, tanpa menghasilkan ayat atau ekspresi sendiri. Ada kanak-kanak yang tidak bercakap langsung, kecuali mengulang semula dialog yang didengarnya dari televisyen.\n\nEkolalia jenis ini adalah tidak normal, dan merupakan petunjuk bahawa kanak-kanak tersebut mengalami masalah bahasa dan pertuturan.\n\nJadi pada peringkat umur mana ekolalia dianggap bermasalah?\n\nBerikut adalah fasa-fasa ekolalia mengikut umur:\n\nDelayed echolalia, atau juga dikenali sebagai ekolalia lewat; seringkali digunakan oleh kanak-kanak dalam pelbagai peringkat umur. Anak anda mungkin mengulang semula dialog dari filem kegemaran mereka dan melakonkan semula babak kegemaran mereka. Itu tak mengapa! Itu sekadar menunjukkan mereka begitu gemarkan filem tersebut.\n\nNamun jika anak anda kerapkali mengulang dialog atau ayat dari satu filem saja dan sentiasa mengulanginya tidak mengikut ketika, ia mungkin satu petunjuk kepada masalah lain.\n\nSebagai contoh, anak anda mungkin peminat besar filem Frozen, bukan? Mungkin anda ada nampak mereka mengibas rambut mereka sambil menyanyikan \u201cLet It Go\u201d di depan cermin. Mungkin sambil ambil langsir dan ikat dekat leher ala Elsa. Itu adalah normal!\n\nSangat normal, kerana ia membuktikan anak anda ada minatnya yang tersendiri. Namun apabila ayat atau dialog yang sama dari Frozen diulang-ulang tak kira masa dan pada situasi yang tidak sepatutnya, berkemungkinan terdapat masalah di situ.\n\nSaya risau anak saya ada ekolalia! Apa perlu saya buat?\n\nPenyebab ekolalia adalah berbeza-beza dari seorang kanak-kanak ke yang lain. Mungkin Adik A berekolalia kerana dia selesa mengulang sesuatu dari filem kegemarannya. Mungkin Adik B berekolalia kerana dia tidak mempunyai indeks kosa kata (vocabulary) yang cukup bagi peringkat umurnya. Dan pelbagai lagi penyebab yang boleh menyebabkan ekolalia.\n\nJadi adalah disarankan jika melebihi 3 \u2013 4 tahun, dan anak anda masih mengulang kata-kata anda sentiasa, bawa mereka berjumpa dengan Terapis Pertuturan-Bahasa dengan segera. Mereka mempunyai skil dan latihan untuk mengesan penyebab sebenar ekolalia, dan seterusnya melatih kanak-kanak untuk berhenti melakukannya.\n\nBertindak segera. Tindakan pantas anda merujuk kepada Terapis Pertuturan-Bahasa boleh membawa perubahan besar kepada anak anda semua."
"Sesiapa yang gemar makan di Restoran McD pasti tahu bubur ayam merupakan antara signature restoran ayam goreng dan burger itu. \n\nResepi bubur ayam yang akan kami kongsikan kali ini datang daripada Azwa Muhammad\u200e di laman Facebok. Resepi ini pasti hampir menyerupai seperti buburMcD.\n\nSudah dipastikan kanak-kanak sangat menyukai bubur ayam. Namun selain daripada itu, umumnya orang dewasa juga menyukai bubur ayam McD sebagai sarapan.\n\nBubur ayam selain identik sebagai menu sarapan, ia juga selalunya menjadi langganan untuk orang sakit. Rasa bubur ayam yang sedap dan lembut membuat ianya lalu ditekak yang tidak berapa sihat.\n\nWalaupun cukup senang beli di restoran McD, pesan, bayar dan makan. Namun akan lebih berbaloi jika anda buat sendiri di rumah, ekonomi dan mudah tentunya. Jom cuba resepinya.\n\nSelain resepi bubur ayam McD, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\u00a0\n\n\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Kanak-kanak zaman kini mempunyai banyak bakat yang jarang kita tahu. Kadang-kadang bakat mereka ini tidak diketahui kerana tiada sokongan atau bimbingan daripada ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa terlalu sibuk mengejar anak untuk pandai dalam semua subjek tetapi lupa untuk melihat bakat anak yang terpendam. Perkara ini selalu terjadi kepada kanak-kanak generasi sekarang.\n\nTindakan ibu bapa ini boleh membuat anak rasa tertekan dan tidak mampu untuk memberitahu ibu bapa mereka tentang perasaan mereka. Tanpa sedar, ibu bapa boleh menyakiti perasaan anak mereka sendiri.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai cara-cara yang betul untuk asah bakat anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nTanda ibu bapa tidak prihatin dengan bakat anak\n\nAntara tanda mak ayah tak sensitif dengan potensi dan bakat anak adalah :\n\n\u2013 tak minta langsung pendapat anak\n\n\u2013 tak bagi anak luahkan kreativiti\n\n\u2013 ingat kemahuan anak sama seperti kemahuan dia\n\nJadi kepada mak ayah semua, tolong ingat bahawa anak kita ni adalah individu yang berbeza cuma size mereka lebih kecil daripada kita sahaja.\n\nCara-cara yang betul untuk asah bakat anak\n\n\u2013 hormat bakat dan potensi mereka\n\nTetapi pada masa yang sama kita\n\n\u2013 ajar mereka lihat kebaikan & keburukan\n\n*Kesimpulannya, ibu bapa perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada anak dari segi minat dan cara mereka belajar perkara yang baru. Jika anak suka melukis dan mewarna, belikan banyak buku lukisan dan mewarna. Jika anak suka membaca, belikan mereka buku-buku yang penuh pengajaran seperti kisah-kisah nabi dan ajar mereka cara membaca dengan betul. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anak anak sedang cuti sekolah musim panas sekarang. Najwa dah besar panjang sibuk bawa diri dengan kawan kawannya dan jarang di rumah. Najman pun sama juga. Sentiasa ada aja kawan kawan Najman datang ke rumah menjemput dia ke sana ke mari.\n\nSebagaimana biasa Najmi aja yang sentiasa di rumah melayan adik adiknya Adam dan Awwab.\n\nKadang kadang dia bawa adik adik bermain lompat lompat trampoline di belakang rumah.\n\nAda waktunya Najmi sibuk melayan adik berdua di ruang tamu menonton kartun di Disney Channel.\n\nAda ketikanya mereka tiga beradik sibuk bermain game angry bird yang menjadi kegilaan Adam di Ipad.\n\nMusim panas musim sibuk Ain di Liverpool Homestay milik kami. Apatah lagi bila musim bolasepak EPL dah bermula maka homestay kami yang sepelaung jaraknya dengan Anfield sentiasa dihuni pengunjung.\n\nJadi Ain memang sibuk menguruskan tetamu keluar masuk. Ada ketikanya saya temani Ain di homestay terutamanya jika ada tetamu datang dari tanah air yang mahu bersua.\n\n\u201cAbang datang tau kat homestay nanti sebab ada tetamu nak jumpa abang nak bergambar dan minta tandatangan buku UYDL.\n\nKatanya lama dah follow abang di Facebook.\n\nJadi dalam kesibukan tugas di universiti saya cuba luangkan masa berjumpa tetamu.\n\nIyalah datang jauh jauh dari tanahair dan nak bersembang manakam saya sampai hati menolak hajat tetamukan?\n\nOleh itu selalunya Najmi yang banyak melayan adik adik masa cuti ni. Najmipun seakan faham rutin kami.\n\nHidup di rantau orang kena bijak rintis peluang kerana kami punyai keluarga besar dan tahun ini tahun kritikal bagi kami sekeluarga menghimpun wang untuk permohonan bagi status penduduk tetap (PR) di UK. Kos belanja permohonan bagi kami sekeluarga sahaja hampir \u00a312000.\n\nSetiap kali meneman Ain ke homestay saya berpesan pada Najmi\n\n\u201d Najmi main dengan adik adik ya? Abah dengan mama gi homestay kejap ada guests check in\u201d\n\nTapi semalam saya tak meneman Ain kerana kurang sihat jadi saya rehat aja di rumah meneman Najmi, Adam dan Awwab sementara Ain sibuk di dapur menyediakan makanan.\n\nMula mula saya dengar hiruk pikuk gelak ketawa anak bertiga di ruang tamu.\n\nTiba tiba pintu bilik tidur saya diketuk. Saya lihat Najmi datang dengan Adam dan Awwab.\n\n\u201d Abah okay bah? Nak Najmi pijak belakang abah?\u201d\n\nKemudian Adam hampir di tepi katil menyapa\n\n\u201d Hi Babah do you feel better?\u201d\n\n\u201d I pineee Awwab. Can I have a kiss please?\u201d\n\nAwwab datang memeluk saya dan menyuakan pipi. Adam pun datang menyelit sama mahukan perhatian\n\n\u201d Heyyy Adib I want to kiss Babah too \u201c\n\nNajmi datang hampir dan duduk di sisi katil sebelah saya sambil mengurut tapak kaki.\n\nDalam hati berbunga bunga diberi perhatian dek anak anak bertiga.\n\n\u201cIshhh baiknya tiga tiga ni bodek abah ni. Haaa nak apa ni datang ramai ramai ni?\u201d\n\nNajmi senyum. Adam dan Awwab terpinga pinga tak berapa faham cakap Melayu agaknya.\n\n\u201d What do you want Adam.. Awwab? \u201c\n\n\u201d Takda apalah bah. Boring kat living room tu so we come here nak lepak dengan abah. Bolehkan bah?\u201d\n\n\u201d Bolehhhh Najmi.. bukan kena bayarpun lepak lepak ni kan?\u201d\n\n\u201d Bah kita tak pergi anywherepun summer ni bah. Dah nak habis dah cuti kan? I know you have told us that we need to save money. Tapi kan bah kita tak boleh ke pergi outing somewhere bah? Please bah?\n\nWe should have FUN somewhere rightttt?\u201d\n\n\u201d Yes Abang Ami. We should go for holiday to Malaysiaaaa. Malaysia is my favourite Babah\u201d\n\nAlahai anak-anak abah. Kasihan juga hati kerana memang kami belum ke mana mana lagi sepanjang hampir 3 bulan anak anak cuti sekolah.\n\nBercuti dengan keluarga besar seperti kami memang besar belanjanya. Ada juga saya usulkan dalam sembang dengan Ain sebelum ini.\n\n\u201d Ain kalau tak gi jauhpun kita bawaklah anak anak outing dekat dekat sini jadilah ya? Southport ke atau legoland di Windsor ke?\u201d\n\n\u201d Nantilah kita plan ya bang? Ain buat kira kira dulu ya?\u201d\n\nSaya memang tak tahu menahu urusan kewangan. Kesemuanya di uruskan Ain. Gaji saya berapapun saya tak pernah ambil pusing. Wang dari bisnespun Ain uruskan kesemuanya. Saya percaya pada Ain dalam menguruskan hal duit ni.\n\nLagipun she is a certified banker kan? Itulah untungnya ada professional banker as your soul mate. Semuanya ditanggung beres.\n\nSaya kata pada Najmi lagi yang minggu depan saya bercuti lama menghabiskan sisa cuti tahun.\n\n\u201d Next week abah rasa mama dah plan something Najmi. We will sort something out eh?\u201d\n\n\u201cWhat is going on Abang Ami? What did babah told you? Are we going to Malaysia for holiday?\u201d\n\nAdam tak puas hati kerana tak faham sembang kami.\n\n\u201d Babah said we are going somewhere next week Adam.. Awwab\u201d\n\n\u201d Yeayyyyy thanks Babahhh\u201d ceria Adam dan Awwab.\n\n\u201d But you are not going Adam! You are staying because you are naughtyyyy\u201d\n\nNajmi kenyitkan matanya pada saya. Saya tersenyum kambing.\n\nMuka Adam mencuka tak puas hati\n\n\u201d Arghhhhh.. That\u2019s not fair Babah. I am a good boy. Not fair.. Not fairrrr!!!\u201d\n\nPantas dia menerjah Najmi bengang diusik abangnya.\n\n\u201d Hahahhahaa dah dah Adam.. Najmi stop it. Stop it.\n\nNo Adam of course you are coming with us. Abang Ami is just messing around\u201d\n\n\u201d Abah masa abah kecik dulu kat Ulu Yam Atuk selalu bawak abah pergi vacation tak bah?\u201d\n\n\u201d Let me tell you about atuk and nenek. Najmi tau kan atuk kerja prebet polis pencen aja. Nenek tak kerja full time housewife.\n\nJarang sangat atuk bawak jalan jalan bercuti Najmi. Mana ada duit nak jalan jalan.\n\nKalau adapun pergi KL atuk bawak naik bas sebab abah periksa nombor 1 kat sekolah. Itupun sebab naik bas tu free sebab atuk polis memang naik bas tu free.\n\nPergi KLpun bawak bekal nasi bungkus. Bawak kopi dalam termos so jimat belanja.\n\nItupun abah happy sangat dah tau!\u201d\n\n\u201d So how do you have fun those days then? Ada ke fun yang tak bayar duit? Yang free?\n\n\u201d Atuk ada aja cara sendiri for us to have fun Najmi\u201d\n\n\u201d Explain abah\u201d Dia curious mahu jawapan.\n\n\u201d Haaa dulu abah selalu ikut arwah atuk pergi menoreh getah kat kebun kat Ulu Yam.\n\nAda sekali tu kami main lumba kutip getah sekerap siapa habis dulu.\n\nSiapa habis dulu dia menang dan atuk bagi hadiah.\n\nHadiah tak belipun. Biasa atuk bawak bekal nasi so kadang kadang lauk ayam dua ketul. Satu bahagian dada satu bagagian kepak.\n\nAtuk kata sapa habis dulu kutip getah akan dapat bahagian besar ayam tu.\n\nAbah nak bahagian dada so abah sungguh sungguh nak menang kutip getah sekerap kat kebun so kalau menang dapat ayam yang besar.\n\nSelalu abah menang aja. Tapi abah tau atuk bagi chance aja nak bagi abah happy.\n\nKadang kadang kalau lauk\nIkan goreng seekorpun macam tu. Siapa menang dapat bahagian ekor. Bahagian ekor kan banyak isi dari kepala kan?\n\nKadang kadang tu bila abah menang atuk bagi abah semua ikan goreng tu. Dia makan nasi dengan sambal dan sayur aja.\n\nDia kata dia bagi abah bonus sebab kalahkan dia.\n\nYour atuk is an amazing dad Najmi.\n\n\u201d Maknanya kita boleh aja have fun tak payah keluar duitpun kan bah?\u201d\n\n\u201d Haaaa so I have an idea how to have fun like right now yang tak payah bayar duit punya\u201d\n\nKali ni saya pulak berkerut dahi.\n\n\u201d Adam. Awwab.. do you wanna have fun now???\u201d\n\nNajmi ambil bantal di belakang saya.\n\nDan atas katil saya kami bergumpal berlawan bantal\n\nHahahahhaahaha sakannn kami 4 beranak main pillow fight sampai tercungap cungap!\n\n\u201d Enough.. Enough.. I am tired now Abang Ami\u201d\n\nDan kami tergolek atas katil ketawa mengekek ngekek.\n\n\u201d This was fun right Awwab?\u201d\n\n\u201d Yeahhh Abannn Amiiii\u201d Jawab Awwab pelat.\n\n\u201d Okay who wants a glass of milk now come follow abang Ami.\n\nNo let\u2019s make it more fun. Let us race to the kitchen!\n\nWho wins get the first glass of milk\u201d\n\nTak habis cakap lagi Adam dan Awwab dah berlari ke dapur.\n\nTinggal Najmi dengan saya di bilik.\n\n\u201d Bah. Thanks for the story ya bah..\u201d\n\n\u201d Anytime Najmi. Thank you for the fun we had\u201d\n\nDua langkah dia berhenti dan berpaling memandang saya sebelum melangkah pergi.\n\n\u201cBah. You are my superhero too\u201d\n\nDan dia tersenyum lalu berlalu pergi ke dapur meninggalkan saya termenung.\n\nSiapa kata fun itu perlu dibayar?\n\nSiapa kata bahagia itu mesti mahal dan perlu dibeli?\n\nBahagia itu pada hati bila berada pada mereka yang tepat hirarki kasihnya.\n\nWalaupun hanya berada di bilik kecil bertemankan bantal empat biji!"
"Kalau sebut sebarang makanan Western, mesti terfikir harganya yang agak mahal dan kuantitinya yang sedikit kan? Kurang \u2018generous\u2019 sebab harga bahan mentah nya pun boleh tahan jugak harganya. Kebanyakkan makanannya berasaskan keju seperti\u00a0pizza, makaroni cheese, pasta, lasagna,pie dan macaroni cheese dah mula diminati oleh orang Malaysia walaupun ia bukannya makanan kebiasaan kita.\n\nMacaroni cheese atau lebih popular dengan singkatan\u00a0mac & cheese\u00a0adalah antara menu yang mudah dibuat. Ia bukan saja sesuai untuk dewasa, tetapi juga disukai oleh anak-anak. Tapi itulah kalau makan kat luar rasa macam tak berbaloi sangat. Baik buat sendiri. Boleh makan sampai puas.\n\nJadi, apa kata kita cuba buat sendiri saja di rumah dengan merujuk resepi dari Amie Samuri\u00a0ini. \n\n Cara-cara penyediaan sos bolognese (Bahan B) : \n\nSelamat mencuba. Selain dari resepi ini, terdapat juga perkongsian resepi yang lain."
"Tahukah anda bahawa produk tenusu kegemaran ramai ini mempunyai hari perayaannya yang tersendiri? Ya\u00a0\u2013\u00a0Hari Keju Sedunia jatuh pada 4 Jun, dan Cartoon Network menjemput semua peminatnya untuk turut serta dalam keseronokan bersama\u00a0Tom and Jerry\u00a0\u2013 dengan tema resipi kek keju tanpa dibakar yang boleh dinikmati seisi keluarga sebagai sebahagian daripada aktiviti pengerat hubungan sewaktu percutian.\n\nAdunkan ia pada waktu pagi dan hasil tangan anda akan sedia untuk dijadikan sajian pencuci mulut enak yang menyeronokkan dan enak untuk Hari Raya, sambutan ulang tahun kelahiran dan banyak lagi acara istimewa. Selain resipi bertema keju, anda juga boleh memuat turun pek stiker WhatsApp hari Keju Tom and Jerry (Tom and Jerry\u2019s Cheese Day WhatsApp) di\u00a0https://tomandjerry.cartoonnetworkasia.com.\u00a0Cartoon Network juga menyediakan\u00a0video masak bersama\u00a0untuk membantu mengasah bakat kulinari anda.\n\nApalah maknanya\u00a0Tom and Jerry\u00a0tanpa keju? Selama lebih daripada 80 tahun, keju telah menjadi matlamat utama Tom yang tidak pernah berjaya dalam rutin memburu tikus. Hirisan keju yang terjuntai dari tali, yang diletak di dalam perangkap tikus, benar-benar menjadi kryptonite Jerry. Bagaimanapun, di sebalik keyakinan Tom yang satu hari nanti dia akan berjaya, catatan rekod kegagalan Tom untuk menangkap musuh dalam selimutnya itu memang mengagumkan. Kasihan Tom!\n\nJadikan ia sebagai cabaran percutian musim panas di rumah anda, bersama dengan lebih daripada 150 aktiviti yang tersedia di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network di\u00a0www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever.\u00a0Terokai juga seksyen\u00a0Gymsville with\u00a0Tom and Jerry\u00a0untuk merangsang jantung anda berdegup kencang dengan video set senaman rahsia Tom supaya anda kekal cergas dan aktif, serta membantu membakar kalori dari kek keju yang enak itu!\n\nLengkapkan pengalaman\u00a0Tom and Jerry\u00a0anda dengan pelbagai rancangan istimewa di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD). Dari 31 Mei hingga 4 Jun, jangan ketinggalan mengikuti episod baharu\u00a0Tom and Jerry Show\u00a0pada jam 11.30 pagi, dengan tayangan filem istimewa\u00a0Tom and Jerry: Willy Wonka and the Chocolate Factory\u00a0pada 4 Jun, jam 12.30 tengah hari. Untuk lebih aksi kucing-dan-tikus, bolehlah menstrim tayangan di\u00a0HBO GO\u00a0untuk menonton\u00a0Tom and Jerry\u00a0pada bila-bila masa, di mana sahaja!\n\nAkhir sekali, tiada peminat sejati yang akan melepaskan peluang untuk menambah barangan Cartoon Network terbaharu dalam koleksi mereka. Berikut adalah antara pilihan terkini yang ada di Malaysia:"
"Kami tidak ingin ketinggalan mencuba resepi lazat satu ini.Maggi bandung yang sedap dihirup hingga kering kuahnya. Siapa ingin resepi maggi Bandung sila baca di bawah ini.\n\nMakan maggi bandung lah malam ini. Maggi bandung bermaksud maggi yang dimasak dengan mencampur banyak perencah dan bahan. Jangan ingat ini maggi berasal dari negeri Bandung pula ya.\n\nResepi maggi bandung ini gerenti akan membuat anda terliur. Rasanya amat merangsang selera hingga makan satu pinggan belum puas lagi.\n\nSilakan masak maggi bandung dengan resepi perkongsian daripada Norin Syuhada Malik\u00a0di laman Facebook. Sila cubakan.\n\nSelain resepi maggi bandung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Secara umumnya ibu bapa akan bekerjasama dalam menjaga dan mendidik anak-anak \u00a0mereka. Segelintir daripada mereka membahagi-bagikan tugas itu antara mereka tetapi ada juga yang memang tiada masa untuk anak-anak mereka. Oleh kerana itu, wujudnya pusat-pusat penjagaan dan pengasuhan sebagai saluran bagi menyelesaikan masalah ini.\n\nJadual kerja yang padat dalam seharian, memaksa ibu bapa untuk menghantar anak meraka ke pusat penjagaan seperti nurseri. Dengan penubuhan pusat seperti ini telah memberi kemudahan bagi mereka untuk menghantar anak mereka tetapi alternatif ini juga perlu difikirkan terlebih dahulu kerana mempunyai risiko yang tinggi bagi keselamatan anak mereka dari semua aspek.\n\nIbu bapa sekarang lebih cenderung untuk menghantar anak mereka kepada nurseri untuk dijaga berbanding menjaga sendiri kerana taraf hidup pada masa kini makin meningkat dan memerlukan juga para ibu untuk bekerja bagi membantu suami meningkatkan pendapatan keluarga.\n\nWalaubagaimanapun, mereka bertanggungjawab untuk memilih nurseri yang sesuai dan selamat untuk menghantar anak mereka agar tidak berlaku perkara yang membahayakan.\n\nSebelum membuat keputusan menghantar anak, anda perlu selidik terlebih dahulu mengenai tahap keselamatan pusat tersebut jika pernah berlaku perkara yang merbahaya, walaupun tidak pernah berlaku perkara sebegitu, anda masih perlu berhati-hati dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.\n\nPersekitaran tempat tersebut juga perlu dititikberatkan kerana kanak-kanak senang terpengaruh \u00a0dengan keadaan sekeliling mereka kerana antara proses pembelajaran mereka adalah melalui pemerhatian yang dibuat dari keadaan sekeliling.\n\nLebih baik sekiranya nurseri yang ingin dipilih berada di kawasan yang mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak anda dan dalam waktu yang sama mendapat didikan dari anda sebagai ibu bapanya.\n\nPerlu diitikberat juga mengenai pengasuh yang bakal menjaga anak anda kerana di khuatiri berlakunya kes penderaan yang terjadi sebelum ini dan hal ini perlu ditangani dan disedari oleh ibu bapa agar anak anda tiak menjadi mangsa dera fizikal dan mental di tempat pengasuhan. Anda perlu sentiasa berwaspada dengan perubahan yang berlaku pada anak anda bagi mengesan perkara yang tidak diingini berlaku.\n\nWalaubagaimanapun, penjagaan dan didikan yang lebih baik adalah datangnya daripada ibu bapa sendiri kerana dapat merapatkan lagi hubungan kekelurgaan itu sendiri selain dapat membuat pantauan yang secukupnya daripada anda, buatlah pemilihan yang bijak untuk keselamatan dan kesejahteraan anak anda."
"Bagi ibu ibu yang baru lepas melahirkan anak, anda pasti kekok dan tidak pasti cara yang betul untuk menyusukan anak anda. Jangan bimbang lagi!\n\nDengan membaca artikel ini sepenuhnya, anda akan mendapat garis panduan yang penuh tentang cara menyusukan bayi dengan betul!\n\nPeringkat Awal Kelahiran : Baby Led Attachment (BLA)\n\n\nMungkin masih ramai yang janggal mengenai kaedah BLA ini. BLA ini sebenarnya adalah apabila anda membiarkan bayi anda menyusu dengan sendirinya. Tidak susah dan membimbangkan. Anda hanya perlu baringkan si kecil di antara payudara anda. Tetapi diingatkan untuk menampung bayi anda untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.\n\nJadi, anda hanya perlu bersandar ke belakang supaya anak anda boleh baring dengan selesa dan tanpa ditampung. Namun, jika anda mendapati bayi anda menangis anda boleh membiarkan dia untuk menghisap jari anda terlebih dahulu sebelum menyusu.\n\nApa yang andaperlu lakukan hanyalah tunggu si kecil untuk bergerak ke salah satu payudara anda. Bantulah dia jika dia memerlukan pertolongan. Si kecil perlu mencari tempat yang selesa untuk baring. Atau cara yang paling mudah, anda letakkan kaki dan badannya ke sebelah kiri atau kanan anda. Dengan cara ini, bayi boleh ditampung dengan menggunakan bantal.\n\nApabila bayi anda beradabetul betul di bawah puting anda, sudah tentu dia akan letakkan dagunya ke payudara anda untuk mencapai ke puting anda. Si kecil akan membuka mulut dan mula menyusu. Proses ini akan berlaku dengan pantas dan serta merta.\n\nPeringkat Seterusnya : Mother Led Attachment (MLA)\n\n\nMLA ini sama seperti BLA. Cuma bezanya adalah si ibu itu sendiri yang meletakkan bayinya di payudara. Pastikan anda memegang dan menampung belakang badan bayi dan bahu supaya lebih mudah untuk dia menyusu.\n\nDiingatkan sekali lagi, tamping bahu si kecil dan bukannya kepalanya kerana kebanyakan orang selalu tersalah tentang perkara ini.\n\nHidung si kecil akan berada selari dengan payudara anda. Untuk membuka mulutnya, hanya suakan hidung dan bibirnya ke puting anda dan si kecil akan membuka mulutnya dengan pantas.\n\nAda beberapa cara untuk meletakkan bayi di payudara. Anda perlu mengagak puting anda berada di sekitar kawasan mulutnya. Sekali lagi diingatkan untuk memegang belakang dan bahu anak anda untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.\n\nDi saat anak anda telah mula menyusu, anda akan mendapati sebahagian besar areola akan berada di dalam mulutnya. Areola sebenarnya adalah kawasan di sekitar puting anda.\n\nAnda akan tahu apabila bayi anda menyusu dengan kaedah yang betul. Apabila dagunya mula bersentuhan dengan payudara anda dan aliran pernafasannya lancar, itu bermakna anda telah berjaya menyusukannya dengan betul.\n\nBibir bahagian bawahnya juga akan memuncung keluar dan pipinya akan kembung dan penuh dengan susu. Sudah tentunya dia akan mula menyusu dengan cepat dan akan beralih kepada mengeluarkan bunyi ketika menghisap susu dan semestinya dalam tempoh yang lama. Perlahan lahan anda akan dapat mendengar bunyi si kecil anda menelan air susu dengan cepat.\n\nMasalah Menyusukan: Apa Yang Patut Dilakukan\n\n\nMungkin ada beberapa kali anda mendaati bayi anda tidak menyusu seperti yang diharapkan. Ada beberapa masalah yang sering berlaku kepada ibu yang menyusukan anak.\n\nMasalah yang sering berlaku adalah apabila bayi anda tidak menyusu dengan betul. Apabila tidak menyusu, ini bermakna si kecil hanya menhisap puting dan ini akan menyakitkan si ibu. Tahukah anda, puting boleh tercedera kerana keadaan itu. Bayi anda juga tidak akan mendapat susu yang cukup daripada anda.\n\nApabila anda menyedari keadaan ini, hentikan dengan serta merta. Anda perlu mula masukkan jari anda ke dalam mulutnya sehingga ke gusi si kecil. Dengan perlahan lahan, anda boleh cuba mengalihkannya daripada payu dara anda.\n\nSalah satu daripada sebab berlakunya masalah ini adalah bayi anda mungkin perlu sendawa selepas menyusu. Mudah sahaja. Anda hanya perlu letakkan bayi anda dalam posisi duduk. Atau pun anda boleh memegangnya dan sandarkan dia ke bahu anda.\n\nAnda boleh menyapu badannya daripada belakang dengan perlahan lahan dan tunggu sehingga ia sendawa.\n\nDiharapkan dengan membaca artikel ini sepenuhnya, sedikit sebanyak anda akan mendapat idea untuk cara penyusuan yang betul. Ada beberapa tips yang disertakan di dalam artikel ini dan selamat mencuba!"
"Jutawan Sendayu Tinggi? Siapa lagi kalau bukan Bonda Rozita Ibrahim yang merupakan ibu kepada Dato Alif Syukri yang terkenal dengan tagline \u2018 terlajak laris\u2019 di Malaysia ini. Sebelum bergelar jutawan kosmetik dan usahawan top di Malaysia, pelbagai jerih perih yang dilalui oleh beliau dan ia mungkin menjadi inspirasi kejayaan buat anda.\n\nYa. Tidak terkecuali Pengasas Sendayu Tinggi ini juga pernah hidup susah sebelum beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ramai tak menyangka bahawa bonda pernah menjadi penoreh getah dan hidup dengan penuh kedaifan serta banyak kekurangan.\n\nLebih malang lagi, beliau pernah menggantikan susu dengan sirap untuk bayinya dan gagal memberi rawatan terbaik untuk anak keduanya. Setelah berkahwin dan mengharungi alam rumah tangga, tidak semua kebahagiaan yang kita impikan itu adalah indah.\n\nJodoh mereka tidak panjang. Pengasas Sendayu Tinggi ini mula mengorak langkah dengan berpindah ke kota dan bekerja kilang, penyambut tetamu, eksekutif dan juga menceburi bidang perniagaan. Di sinilah dia mula berkecimpung dengan bidang pemasaran dan perniagaan. Salah satu perniagaan yang pernah dilakukan adalah perniagaan secara langsung.\n\nPengasas Sendayu Tinggi ini mengambil keputusan untuk berbisnes setelah berpengalaman melakukan perniagaan secara langsung sebelum ini. Asbab idea bisnes berasaskan herba, beliau bermula dengan hanya bermodalkan RM400 sahaja.\n\nPaling hebat lagi, beliau menggemukkan badan dan mengamalkan produk jualannya untuk meyakinkan pelanggan. Hebatkan? Hampir 3 kali dilakukannya. Beliau menjual produk tersebut dari satu rumah ke rumah yang lain.\n\n Tanpa disedari, sambutannya amat menggalakkan malah beliau telah dikenali sebagai pengasas sendayu tinggi oleh pelanggannya. Puan Rozita Ibrahim kemudiannya menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran, Klang pada tahun 2000 dan berjaya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise. \n\nSedikit Sebanyak Tentang Syarikat Sendayu Tinggi\n\nProduk Sendayu Tinggi fokus kepada produk pelangsingan badan dimana mereka mengetegahkan akan keperluan produk berasaskan herba dan amalan tradisi nenek moyang.\n\nPengasas Sendayu Tinggi telah menubuhkan syarikat Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Mereka mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. Kesemua syarikat ini bekerjasama dan sentiasa berkaitan antara satu sama lain.\n\nProduk Sendayu Tinggi kini telah berkembang maju di serata Malaysia, Singapura Dan Brunei. Padanlah produk ini sangat terkenal, tak kurang juga pengasas Sendayu Tinggi ini!\n\nPengasas Sendayu Tinggi ini mempunyai impian dan harapan yang amat hebat. Beliau ingin membantu mereka yang serba kekurangan terutama ibu tunggal yang susah, anak yatim atau sesiapa sahaja untuk menceburi perniagaan bagi mengubah hidup dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi.\n\nSelain itu, ramai yang tahu kisah Pengasas Sendayu Tinggi yang cukup tabah dalam alam rumah tangga ini. Beliau lebih kuat kerana memikirkan keluarga, anak-anak dan penceraian ini menjadi pembakar semangat untuk teruskan hidup dan menjadi lebih berjaya.\n\nPengasas Sendayu Tinggi ini juga dikatakan mempunyai sifat dan naluri keibuan yang sangat tinggi. Anak-anaknya diajar untuk mengikut sunnah Rasullullah SAW sejak kecil lagi. Ia harus menjadi contoh untuk semua ibu bapa di luar sana.\n\nPencapaian Dan Anugerah Pengasas Sendayu Tinggi\n\nPuan Rozita Ibrahim ada menerima\u00a0beberapa anugerah yang amat membanggakan seperti Anugerah Trofi Sri Nona, Anugerah Perempuan Teristimewa, Anugerah Tokoh Usahawan Wanita, Anugerah Wanita Ikon 2007.\n\nRamai wanita yang menjadikan beliau sebagai tokoh dan idola mereka dalam menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.\n\nInspirasi Dan Motivasi Dari Pengasas Sendayu Tinggi\n\nSebenarnya saya cuba buat pinjaman bank tetapi ketika itu bank tidak layan. Alasan mereka, belum ada perniagaan herba yang berjaya di Malaysia. Saya sakit hati. Saya kata pada diri sendiri, saya akan buktikan yang saya boleh berjaya. Saya tidak perlukan bank untuk berniaga. Dan saya semat dalam hati, mungkin satu hari nanti bank yang akan datang mencari saya. Betul. Sekarang semua bank cari saya.\n\nSaya sentiasa ingat pesan bapa, jangan menipu, jangan rasuah dan jangan buat benda-benda bodoh \u2013 minum arak. Pesan saya pada diri saya \u2013 jangan riak dan takbur.\n\nSaya hendak mendapat satu kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan penuh berkat. Sebab saya rasa kalau kaya sahaja, hati tidak tenteram, tidak guna.\n\nBeliau melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup sebelum mencapai kejayaan cemerlang dan membina empayar kosmetiknya sendiri. Produk Sendayu Tinggi kini turut dipasarkan ke luar negara seperti Singapura dan Brunei.\n\nPengasas Sendayu Tinggi ini merupakan usahawan Malaysia dan pengasas tempatan yang menjadi contoh kepada ramai usahawan yang ingin bermula di luar sana. Kisah inspirasi ini boleh anda amati dengan sebaiknya untuk menaikkan semangat anda bangkit semula.\n\nSemoga kisah inspirasi dari Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim ini membantu anda untuk menjadi lebih baik dan bersemangat mengharungi hari. Jom baca juga 9 Ciri Wanita Solehah Membawa ke Syurga,\u00a06\u00a0Jenis\u00a0Solat Dalam\u00a0Qiamullail\u00a0dan\u00a0Kelebihan\u00a0Surah\u00a0Ar\u00a0Rahman."
"Setiap wanita yang sudah aqil baligh pastinya akan didatangi haid setiap bulan. Darah haid yang normal adalah dalam lingkungan 14 hari. Dalam islam, darah haid yang melebihi 14 hari adalah darah istihadah yang bermaksud darah penyakit. Selain tempoh haid, keadaan darah yang keluar juga perlu diperhatikan. Jika darah haid berketul, adakah ia sesuatu yang normal?\n\nApakah yang dimaksudkan dengan darah haid?\n\nBagi seorang wanita, terdapat tiga jenis darah yang akan keluar dari rahimya iaitu darah haid, darah nifas, dan darah istihadah iaitu darah penyakit. Darah haid adalah darah yang keluar dari rahim anda apabila anda cukup matang untuk mengandung. Apabila anda menjadi seorang wanita yang matang, setiap bulan ovum atau telur akan dilepaskan ke dalam ovari anda.\n\nApabila ovum dilepaskan, lapisan uterus iaitu rahim anda yang mengandungi tisu akan menebal sebagai persediaan untuk proses persenyawaan dan mengandung. Jika ovum yang dilepaskan tadi disenyawakan oleh sperma, tisu uterus tadi akan kekal di tempatnya bagi memudahkan proses kehamilan. Namun jika ovum anda tidak disenyawakan, badan anda akan menggugurkan tisu tersebut melalui faraj. Tisu yang digugurkan tadi akan keluar dari rahim sebagai darah haid. \n\nApakah yang dimaksudkan dengan darah haid yang banyak?\n\nAnda dikatakan mengeluarkan darah haid yang banyak atau istilah sainsnya menorrhagia seandainya haid anda mempunyai ciri-ciri yang berikut:\n\nApakah yang dimaksudkan dengan darah haid berketul?\n\nDarah haid yang normal adalah darah yang keluar dalam bentuk cecair sama ada berwarna merah, coklat, atau hitam. Anda dikatakan mengalami masalah darah haid berketul sekiranya darah haid yang keluar dari rahim anda adalah dalam bentuk:\n\nApakah kesan sekiranya darah haid anda terlalu banyak dan berketul?\n\nAliran haid yang terlalu banyak dan berketul boleh menjejaskan kesihatan anda untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di antara kesan yang telah dikenal-pasti ialah:\n\nDalam dunia perubatan, terdapat beberapa punca aliran darah haid menjadi terlalu banyak dan berketul. Keadaan darah haid yang berketul biasanya dikaitkan dengan masalah kesihatan yang berikut:\n\nBagaimana cara untuk mengatasi masalah darah haid berketul?\n\nSehingga hari ini belum ada cara spesifik yang telah dikenal pasti untuk mengatasi masalah darah haid berketul. Apa yang boleh anda lakukan ialah amalkan diet yang seimbang beserta gaya hidup yang sihat. Jika aliran haid anda terlalu banyak, terlalu lama, dan berketul selama berhari-hari, sila pergi berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan kerana dikhuatiri ada masalah lain yang lebih serius.\n\nItulah dia tadi info tentang darah haid beku yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang perbezaan darah haid dan istihadahdan waktu subur wanita."
"Masalah kulit wajah seperti jerawat,\u00a0whitehead, blackhead,\u00a0parut dan sebagainya sangat menjejaskan penampilan dan keyakinan seseorang. Jom ketahui cara hilangkan jerawat pasir dan parut melalui pembacaan artikel ini.\n\nKulit muka merupakan kawasan yang sensitif kerana lapisan kulitnya yang nipis dan mengandungi banyak reseptor serta liang pori. Liang pori ini merupakan seumpama pintu laluan keluar masuk pertukaran gas dan bahan kumuhan seperti peluh. Keadaan ini mengundang pembiakan dan jangkitan bakteria jika tidak dibersihkan dengan kerap.\n\nApabila tersumbat dan tidak dibersihkan, masalah kulit akan mula muncul ditambah dengan jangkitan bakteria, pengumpulan kotoran, sebum dan keradangan.\n\nMasalah kulit utama ialah pembetukan jerawat seperti jerawat biasa, acne, jerawat badan dan jerawat pasir. Selepas keadaan kulit ini reda secara sendiri, parut akan mula kelihatan sebagai bekas tinggalan jerawat. Jerawat pasir merupakan masalah kulit yang agak memberi kesan kerana pertumbuhannya adalah secara banyak dan berkelompok.\n\nAda yang berseloroh mencadangkan tips menghilangkan jerawat pasir dengan menggosok kulit muka dengan kertas pasir. Tentulah BUKAN tindakan yang paling tepat dan praktikal. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan cara hilangkan jerawat pasir dan parut.\n\nPakar dermatologi dari North Carolina, Amerika Syarikat, Dr. Zoe Dralos ada berkongsi cara hilangkan masalah kulit seperti jerawat pasir. Antara cadangan tersebut beserta tips yang boleh dicuba ialah:\n\nPetua Cara Hilangkan Jerawat Pasir dan Parut\n\nSementara itu, petua tradisional atau penggunakan bahan semula jadi boleh dijadikan amalan untuk hilangkan jerawat pasir dan parut.\n\nMenariknya, pada tahun 2015, terdapat kajian saintifik mengenai cara hilangkan masalah kulit seperti jerawat pasir dan parut menggunakan bahan remedi semula jadi yang diterbitkan oleh sekumpulan penyelidik dari India di jurnal Indo-America Journal of Pharmaceutical Research.\u00a0\n\nUlasan kajian tersebut disenaraikan seperti berikut:\n\nIni ialah sumber bahan utama untuk berfungsi sebagai penawar jerawat dengan menggunakan nisbah 1:3 bagi cuka epal kepada air. Kandungan asid laktik dan malik bertindak sebagai bahan antibakteria. Apabila digunakan, ia\u00a0 menyeimbangkan pH kulit anda, dan bertindak melawan bakteria dan menjadikannya lemah dan mengurangkan tanda merah dan merawat jerawat.\n\nJus lemon juga boleh ditambah untuk membantu mengeringkan lebihan minyak dan membersihkan pori-pori, tetapi perlu digunakan secara sederhana.\n\nCampuran madu dan serbuk kayu manis mempunyai sifat antimikrob sehingga dapat membantu menghentikan bakteria dari jerawat. Madu mempunyai sifat antibakteria semula jadi untuk mengeluarkan kotoran dari kulit.\n\nGunakan 2 sudu madu dan 1 sudu teh kayu manis dicampurkan sehingga sebati dan telah membentuk pes sebelum diletakkan pada jerawat.\n\nAsid dalam susu bertindak sebagai antibakteria\u00a0di mana\u00a0lemak di dalamnya memberikan kelembapan, menjadikannya cukup berkhasiat untuk kulit.\n\nAmalan mandi susu juga dikatakan diamalkan oleh Ratu Mesir, Cleopatra untuk kulit cantik dan bebas parut!\n\nBetik merupakan ubat jerawat semula jadi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati serta minyak berlebihan dari permukaan kulit agar kulit tetap lembut.\n\nBetik juga mengandung enzim papain, yang mengurangkan keradangan dan membantu menghentikan pembentukan nanah. Sebiji betik segar diperlukan, dilenyek dan disapukan pada kulit.\n\nCampurkan \u00bc sudu teh serbuk kunyit ke dalam 2 sudu minyak kelapa. Sapukan campuran pada wajah. Biarkan campuran selama 15 minit. Kemudian basuh dengan air sejuk.\n\nBahan aktif kunyit membantu proses mencerahkan kulit dan menghentikan pembiakan bakteria.\n\nTomato secara semula jadi kaya dengan antioksidan dan vitamin C dan A.\n\nPotong tomato kecil separuh. Gosokkan separuh bahagian kulit yang terbuka di kawasan jerawat. Bilas muka dengan air. Lakukan 2 kali sehari untuk mendapatkan hasil yang menarik.\n\nTeh echinacea ini digunakan untuk mempercepat penyembuhan luka dan mencegah selesema dan demam, menginfeksi sifat antibakteri dan anti-radang dapat membantu jerawat juga. Gunakan teh Echinacea sebagai pencuci muka setiap hari atau sapu pada kawasan kulit bermasalah dengan bola kapas rendaman teh Echinacea.\n\nGula putih boleh menanggalkan sel kulit berlebihan yang menyumbat liang pori dengan bertindak sebagai agen pengelupasan lembut. Hanya tambahkan gula dengan madu, air biasa atau minyak zaitun dan boleh dijadikan skrub muka.\n\nTeh kamomil membantu mengurangkan keradangan dari jerawat. Ia disapu pada jerawat atau ekstrak serbuk teh kamomil ini disapu pada jerawat dengan bebola kapas.\n\nStrawberi kaya akan asid salisilat yang membantu epidermis kulit untuk membuang selnya dengan lebih mudah, membuka pori-pori yang tersumbat, meneutralkan bakteria dan membantu pertumbuhan sel kulit baru.\n\nCara penyediaan: 3 biji strawberi segar dan dua sudu teh madu yang baik dicampurkan dan dijadikan pes untuk masker wajah.\n\nLemon bertindak sebagai agen pengelupasan, pembasmi kuman dan pencerah kulit untuk mengurangkan penampilan jerawat dan parut baru. Lap dengan bebola kapas atau kapas yang dicelupkan ke dalam jus lemon di permukaan kulit wajah, kemudian bilas dengan air sejuk.\n\nJus lemon berfungsi sebagai pembasmi kuman. Ia akan membunuh bakteria penyebab jerawat. Jus lemon juga dapat merangsang peredaran ke kulit yang akan mendapatkan nutrien penting dari badan untuk membantu memerangi jerawat.\n\nIa mengandungi bahan yang dikenali sebagai lutein, salah satu antioksidan kuat yang dapat mengurangkan pembengkakan dan keradangan, dan membantu pertumbuhan sel kulit.\n\nKomponen aktif dalam lidah buaya khususnya gel lidah buaya mempunyai sifat antibakteria dan bahan menenangkan yang berfungsi sebagai anti-radang yang mengurangkan kemerahan dan pembengkakan jerawat.\n\nJuga dikenali sebagai aloe vera, keluarkan gel yang mencukupi untuk digunakan pada kawasan yang berjerawat.\n\nBahan yang biasa digunakan untuk memasak ini dianggap sebagai ubat semula jadi yang baik untuk jerawat kerana sifat antibakteria yang tinggi. Ambil 2-3 ulas bawang putih dan dikisar dalam air secukupnya untuk menghasilkan pes yang boleh diletakkan pada kawasan muka berjerawat.\n\nOat yang direndam atau dimasak boleh digunakan sebagai\u00a0masker muka, yang dapat mengurangkan keradangan dan kemerahan dengan jerawat. Satu hidangan oatmeal, air dan dua sudu madu diperlukan.\n\nPenggunaan produk penjagaan diri, gaya hidup yang sihat dan amalan petua tradisional merupakan antara cara hilangkan jerawat pasir dan parut yang boleh diamalkan. Hal ini bergantung kepada kos perbelanjaan dan kemampuan masing-masing.\n\nNamun, harus diingatkan bahawa masalah kulit boleh menjadi fenomena kulit yang normal sehinggalah menjadi isu kronik seperti masalah acne berbahaya. Sentiasa dapatkan khidmat nasihat yang profesional di samping menjaga penjagaan diri yang baik. Jemput juga baca artikel punca jerawat badan dan tips hilangkan parut jerawat"
"Tahun ini, banyak telefon Realme terbaik dikeluarkan dengan lebih banyak spesifikasi menarik dengan tawaran yang baik.\n\nJika anda mencari telefon pintar kelas pertengahan dengan bajet yang kecil tetapi prestasi dan spesifikasi yang terbaik, kami mencadangkan anda untuk memiliki smartphone keluaran Realme ini.\n\nRealme kini menjadi jenama smartphone yang kian terkenal dengan tawaran menarik. Jom teroka 8 telefon Realme terbaik yang mungkin menjadi idaman anda!\n\nDilancarkan pada awal tahun 2022, Realme GT 2 Pro dikuasakan oleh cipset terbaik dan terkini iaitu Snapdragon 8 Gen 1 (4nm) serta GPU Adreno 730. Dengan sistem Realme UI 3.0, smartphone ini menggunakan Android 12 yang membolehkan pengguna mendapat update terkini terhadap aplikasi dan ciri lain.\n\nStoran yang dibekalkan sebanyak 256GB dipadankan dengan 12GB RAM. Bagi paparan skrin, Realme GT 2 Pro dihadirkan dengan ciri AMOLED dan kadar penyegarannya 120Hz. Kualiti kamera juga baik dengan 50MP kamera utama, 50MP sensor ultra lebar manakala 32MP kamera swafoto.\n\nBateri juga pasti bertahan dengan lama, sesuai untuk penggunaan harian sepanjang masa kerana kapasitinya 5000mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas 65W dengan anggaran masa untuk penuh selama 33 minit sahaja.\n\nReka bentuk smartphone ini kelihatan minimalis, menawan dan \u2018cool\u2019 lebih-lebih lagi warna yang ditawarkan adalah hitam dan putih. Realme GT 2 Pro memang berbaloi untuk dimiliki kerana storan yang besar, prestasi yang bagus dan reka bentuk yang menarik. Sesuai untuk penggunaan harian dan games.\n\nTurut dikeluarkan pada awal 2022, Realme 9 Pro+ dilancarkan bersama Realme 9 Pro. Namun untuk kali ini, kami mendedahkan spesifikasi Realme 9 Pro+ yang lebih premium. Realme 9 Pro+ dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 920 (6nm) dengan cip grafik Mali-G68 MC4. Model ini dioperasikan dengan sistem Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 dan menyokong 5G.\n\nKapasiti storan pula 256GB UFS 2.2 dipadankan bersama 8GB RAM LPDDR4X. Bateri berkapasiti 4500mAh, menyokong pengecasan pantas 60W. Dengan kadar ini, smartphone akan dicas penuh dengan anggaran 44 minit.\n\nDari segi paparan skrin, Realme 9 Pro Plus menggunakan skrin full hd 6.4 inci Super AMOLED, skrin terbaik pada masa kini. Selain skrin dengan resolusi FHD 1080\u00d72400, kadar penyegarannya hanya 90Hz.\n\nSistem audio juga tidak kurang hebatnya kerana menggunakan Dolby Atmos dengan bicu audio 3.5mm. Kualiti kamera juga baik dengan kamera utama 50MP, sensor ultra lebar 8MP OIS, 2MP makro dan kamera swafoto 16MP.\n\nSatu keunikan lain pada peranti ini adalah reka bentuk luarannya. Hal ini kerana kerangka belakangnya boleh berubah warna dan berkilau. Bukan itu sahaja, jika anda mencari telefon Realmi terbaik yang bersaiz poket, peranti ini boleh dimasukkan ke dalam senarai pilihan.\n\nRealme GT Neo 3 adalah salah satu telefon Realme terbaik untuk tahun ini kerana memiliki prestasi dan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding model lain. Model ini juga sesuai buat pengguna yang gemar memain permainan video yang berat.\n\nTengok saja reka bentuk luaran, unik dan lain daripada yang lain kerana terdapat jalur pada kerangkanya. Terdapat tiga warna yang boleh anda pilih iaitu hitam, biru dan putih. Peranti ini bersaiz poket dan selesa untuk memegangnya oleh kerana berat hanya 188 gram.\n\nRealme GT Neo 3 menggunakan pemproses MediaTek Dimensity 8100 (5nm) dengan cip grafik Mali-G610 MC6. Berasaskan Android 12, sistem operasi yang digunakan adalah yang terkini bagi Realme iaitu Realme UI 3.0.\n\nSebanyak 256GB UFS 2.2 storan dibekalkan dan digandingkan dengan 8GB RAM LPDDR4X. Bateri juga dapat bertahan dengan lama kerana kapasitinya 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W. Hanya dalam 33 minit, smartphone akan dicas dengan penuh.\n\nAntara kelebihan lain adalah menggunakan skrin AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz, kualiti kamera yang baik, mengandungi ciri menarik seperti Kids Space, Always on Display, Flexible Windows dan sebagainya.\n\nRealme 9 5G sesuai buat mereka yang mempunyai bajet yang rendah kerana harganya bawah RM 1000. Peranti ini dikuasakan oleh MediaTek MT6833P Dimensity 810 dipadankan dengan GPU Mali-G57 MC2.\n\nKapasiti storan pula 256GB digandingkan dengan 6GB RAM dan disertakan kad memori mikroSDXC. Peranti ini menggunakan sistem operasi Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Paparan skrin dengan 6.5 inci IPS LCD dengan resolusi 1080\u00d72400. Kadar penyegaran pula mencecah 90Hz.\n\nKekuatan Realme 9 ini terletak pada baterinya yang boleh tahan dalam jangka masa panjang dengan 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W. Kualiti kamera okay sahaja dengan 48MP kamera utama manakala 16MP kamera selfie.\n\nRealme C35 juga adalah smartphone Realme terbaik yang ditawarkan dengan harga mampu milik. Anda boleh dapat dengan harga bawah RM 700 sahaja. Jika ada yang mencari smartphone untuk kegunaan harian dan minimal, model ini memang sesuai.\n\nJika anda tanya kelebihan model ini, ia terletak pada kapasiti bateri dan kualiti kamera yang tidak akan menghampakan. Walaupun harganya rendah, Realme C35 mampu bertahan dengan lama kerana kapasiti bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.\n\nSetanding kualiti kamera Realme GT 2 Pro, terdapat 3 sensor kamera belakang dengan 50MP kamera utama, 2MP sensor makro dan 2MP sensor lain. Kamera swafoto pula hadir dengan 8MP. Kamera semestinya lengkap dengan ciri HDR, panorama dan Led flash.\n\nRealme C35 dikuasakan oleh cipset Unisoc T616 (12nm) bersama GPU Mali-G57 MP1. Ia menggunakan sistem operasi Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Pembeli boleh memilih storan 64GB atau 128GB dipadankan dengan 4GB RAM. Jika ruang tidak mencukupi, anda boleh masukkan kad microSD yang boleh memuatkan 1TB storan.\n\nDilancarkan pada Ogos 2022, Realme 9i menggunakan cipset Snapdragon 680 dengan GPU Adreno 610. Sistem operasi Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Sebanyak 128GB storan dibekalkan bersama 4GB RAM. Jika tidak mencukupi, anda boleh menambah kad mikroSD.\n\nSama seperti Realme C35, kapasiti bateri Realme 9i juga adalah 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Dari segi kualiti kamera, kamera utama dengan 50MP manakala kamera swafoto 16MP.\n\nSaiz skrin adalah 6.6 inci dengan paparan IPS LCD serta resolusi 1080\u00d72400 piksel. Kadar penyegaran adalah 90Hz. Harga Realme 9i juga sesuai buat sesiapa yang mempunyai bajet yang rendah tetapi prestasi yang baik. Pengguna boleh dapatkan dengan harga bawah RM 1000.\n\nRealme C31 juga berbaloi untuk dimiliki terutama untuk penggunaan harian. Hadir dengan dua warna cantik iaitu perak muda dan hijau gelap, smartphone ini memang ringan dengan 185 gram.\n\nSkrin bersaiz 6.5 inci dengan paparan IPS LCD manakala resolusi 720\u00d71600 piksel. Kadar segar semula pula adalah 60Hz manakala kadar sentuh persampelan 180Hz.\n\nRealme C31 menggunakan sistem pemproses Unisoc Tiger T612 dengan GPU Mali-G57. Sistem operasi digerakkan oleh Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Terdapat dua pilihan storan dan RAM iaitu 32GB bersama 3GB RAM mahupun 64GB bersama 4GB RAM.\n\nBagi peranti ini, bateri juga tahan lama dengan 5000mAh. Namun kualiti kamera sedikit rendah dengan kamera utama 13MP dan kamera swafoto 5MP.\n\nMencari telefon Realme terbaik untuk gaming? Realme Narzo 50 perlu dimasukkan kedalam senarai anda! Peranti kelas pertengahan ini dikuasakan oleh MediaTek Helio G96 Gaming Processor dengan GPU Mali-57 MC2. Ia dilancarkan dengan sistem Realme UI 2.0 berasaskan Android 11.\n\nKapasiti bater juga memuaskan dengan kadar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W. Sebanyak 64GB storan dibekalkan bersama 4GB RAM.\n\nKualiti kamera juga tidak kurang hebatnya dengan 50MP kamera utama manakala kamera swafoto 16MP. Kamera dilengkapi dengan ciri HDR, panorama dan LED flash. Saiz skrin adalah 6.6 inci dengan paparan IPS LCD serta resolusi 1080\u00d72412 piksel. Kadar penyegaran pula 120Hz.\n\nDah ada telefon Realme terbaik yang menjadi pilihan anda? Tak perlu pening kepala, buat pilihan yang bijak berdasarkan penggunaan, citarasa dan bajet yang anda ada.\n\nDengan senarai dan spesifikasi yang ditunjukkan, kita dapat simpulkan bahawa Realme menawarkan pelbagai jenis smartphone dengan harga yang mampu milik. Prestasinya juga tidak menghampakan. Jika berkenan, tempah sahaja sekarang. Selamat membeli!\n\nKami juga ada menulis artikel lain berkaitan smartphone. Tak tau nak pilih yang mana? Ini yang kami cadangkan buat anda:"
"Sembelit merupakan salah satu masalah kesihatan yang sangat digeruni walau pun ada yang menganggap bahawa ianya bukanlah sesuatu yang serius. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya sembelit yang tidak dirawat dan dibiarkan boleh menjadi semakin serius dan menjejaskan kesihatan?\n\nYa betul. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info berkenaan apa yang dimaksudkan dengan sembelit, apakah puncanya serta petua sembelit yang boleh anda amalkan. Semoga bermanfaat!\n\nSembelit adalah keadaan di mana najis anda menjadi keras lalu menyebabkan ketidak selesaan kepada perut serta kesukaran untuk membuang air besar. Anda akan meluangkan masa yang lama di tandas kerana najis yang keras tidak dapat keluar seperti keadaan normal. Anda perlu meneran untuk mengeluarkan najis tersebut namun jika anda meneran dengan terlalu kuat ia boleh menyebabkan anda mengalami pendarahan pada usus atau dubur.\n\nSembelit yang dibiarkan berpanjangan tanpa sebarang rawatan akan menjadi semakin serius malah boleh berubah menjadi buasir. Itulah sebabnya kenapa anda jangan sesekali membiarkan sembelit tanpa dirawat. Jika sembelit dialami oleh seorang anak kecil atau bayi, keadaannya akan menjadi semakin buruk. Anak kecil anda akan menjerit dan menangis setiap kali membuang air besar.\n\nYang sebenarnya terdapat beberapa punca sembelit yang sudah dikenal-pasti dari segi perubatan moden. Ada di antara puncanya berlaku disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Di antara punca sembelit ialah:\n\nApakah kesan penggunaan julap secara berterusan?\n\nRamai yang memilih untuk makan julap bagi mengatasi masalah sembelit yang dialami. Julap sememangnya berkesan untuk mangatasi masalah sembelit. Ianya adalah ubat yang selamat jika diambil sekali-sekali dan bukan dengan kekerapan yang tinggi. Kekerapan mengambik julap boleh menjejaskan kesihatan dan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan. Menurut kajian,\u00a0 penggunaan julap yang berterusan dalam jangka yang panjang akan menyebabkan berlakunya keadaan seperti berikut:\n\nApakah petua menghilangkan sembelit yang berkesan untuk anda cuba?\n\nOleh itu, jika anda mengalami sembelit jangan terus memilih untuk mengambil julap. Sebaliknya anda boleh amalkan petua yang berikut:\n\nItulah dia info tentang petua sembelit\u00a0 yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua kecantikan, petua tegangkan payudara, dan petua kempiskan perut dengan air detox"
"Industri pembuatan China tidak dinafikan telah meroket disebabkan globalisasi. Banyak barangan berkualiti, terutamanya bahagian elektronik dan teras, kebanyakkannya semuanya datang dari China sekarang.\n\nMenjelang akhir tahun lepas, sebanyak 124 buah syarikat dari Tanah Besar China (termasuk Hong Kong) berjaya mencapai Fortune 500. Industri teh, makanan Cina, pakaian, kenderaan elektrik, peralatan rumah pintar dan produk penjagaan kulit herba mempunyai potensi besar untuk menghasilkan lebih banyak jenama antarabangsa. China kini mampu menyediakan pelbagai produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. Sepanjang dekad yang lalu, jenama elektronik pintar China telah aktif secara agresif di pasaran global, yang seterusnya memeningkan Sony, Samsung, Dyson dan juga Apple.\n\nMemandangkan Xiaomi, OnePlus dan DJI semakin mendapat tempat di pasaran global, ROIDMI juga telah mengorak langkah menjadi wakil jenama China terkemuka dalam industri perkakas pembersihan.\n\nROIDMI didedikasikan untuk membangunkan pembersih vakum dan vakum robot yang berkualiti tinggi dan teknologi yang lebih maju. Sejak ia diasaskan pada 2015, ROIDMI telah memfailkan lebih 200 paten teknologi. \n\nPada tahun 2020, ROIDMI X30 berjaya meningkatkan jenama itu ke tahap yang lain: ia menjadikan pendanaan ramai yang memecahkan rekod sebanyak 30 juta. Pada tahun yang sama, ROIDMI menjadi jenama pembersih vakum China pertama yang membuka kedai di gedung mewah Harrods.\n\nPada tahun 2021, ROIDMI telah melancarkan vakum robot pensterilan sendiri Eve Plus. Teknologi \u2018deodorization ion\u2019 perintis yang mampu mengurangkan 99.99% bakteria, virus dan parasit serta menghilangkan bau dalam sisa isi rumah. Ia berkesan boleh mencegah sisa sekunder dan melindungi kesihatan orang ramai. Di antara banyak robot vacuum yang berkemampuan mengosongkan diri, Xiaomi ROIDMI Eve Plus membezakan dirinya dengan ciri pensterilan sisa khas ini.\n\nPerlu diingat bahawa pasukan pengasas ROIDMI terdiri daripada profesional teknologi dan reka bentuk seperti Dyson. Pengasas ROIDMI, Wang Zhiqiang, adalah seorang yang sukakan teknologi. ROIDMI telah melabur lebih banyak dalam pembangunan teknologi berbanding jenama pembersih vakum lain. ROIDMI kini boleh dikatakan mempunyai kelebihan dalam persaingan global yang sengit: teknologi teras pembersih vakum dan vakum robot. Ketaksuban terhadap teknologi adalah satu lagi perkara yang dikongsi bersama oleh ROIDMI dan Dyson.\n\nROIDMI telah berkembang menjadi perusahaan China yang terkemuka. Dan dengan produk berkualiti tinggi, mesra pengguna, inovatif dan bernilai tinggi, ROIDMI bersedia untuk memenuhi visi yang lebih berani."
"\u201cWah, cantiknya bibir model ni! Merahnya bibir dia, walau tak bersolek pun. Apa agaknya rahsia dia kan?\u201d\n\nInilah persoalan yang sering menerpa di dalam kepala setiap wanita. Bibir merupakan bahagian pada wajah yang selalu dititikberatkan dan menjadi perhatian. Mempunyai bibir yang mungil, merah bak delima dan seksi menjadi dambaan setiap wanita.\n\nSeperti juga kulit wajah, kesihatan bibir juga perlu dijaga. Untuk mendapatkan bibir yang cantik dan sihat perlu penjagaan yang khusus. Bukan semua wanita dikurniakan dengan warna bibir merah secara semula jadi.\n\nAda yang mempunyai bibir yang kering sehingga merekah-rekah dan luka. Malahan, ada juga yang mempunyai bibir yang gelap dan lebam. Salah satu faktor yang menentukan warna bibir ialah warna kulit, keturunan dan genetik.\n\nSetiap wanita mempunyai warna bibir yang berbeza-beza. Ia bergantung pada berapa banyak pigmen melanin yang terkandung pada bibir. Warna bibir yang gelap disebabkan penghasilan melanin yang tinggi.\n\nNamun ada juga wanita yang mempunyai warna bibir yang gelap selain daripada 3 faktor yang dinyatakan di atas. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah:\n\nSetelah kenal pasti punca yang menyebabkan berlakunya masalah bibir gelap, anda bolehlah membuat langkah pencegahan dan rawatan. Dalam artikel ni, penulis akan berkongsi beberapa tips mudah untuk membantu anda mendapatkan bibir yang merah.\n\nIni merupakan perkara pertama yang perlu anda buat iaitu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari mengikut keperluan badan. Ingat ye! Air yang dimaksudkan bukannya air manis tetapi air putih.\n\nAir penting untuk proses penghidratan dan membantu kelancaran perjalanan darah. Apabila kita kurang minum air, bibir akan menjadi kering dan pecah-pecah. Apabila bibir luka, ia akan mengelupas dan menyebabkan parut gelap pada bibir.\u00a0\n\nSelain minum air yang cukup, lebihkan sayur dan buah-buahan dalam pemakanan harian anda. Lebihkan sayur hijau seperti timun, bayam, brokoli dan sebagainya. Anda juga boleh buat jus buah-buahan untuk mempelbagaikan hidangan.\n\nKandungan vitamin, zat mineral dan kalsium di dalam buah dan sayur dapat melembapkan bibir. Ini menyebabkan bibir tak mudah kering dan merekah. Kurangkan pengambilan jeruk dan kekacang goreng yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Ia akan menyebabkan bibir mudah mengelupas.\n\nGunakan gel petroleum atau pelembap bibir\n\nPenggunaan gel petroleum memang cukup terkenal untuk mengatasi masalah ni. Anda boleh mendapatkannya di farmasi atau klinik. Gel petroleum mampu melindungi dan mengunci kelembapan dalam memperbaiki kulit di sekitar bibir.\n\nAnda boleh menyapunya pada setiap hari sama ada ketika di rumah, sebelum mengenakan gincu atau sebelum tidur. Kini, terdapat pelbagai jenis pelembap bibir yang diperbuat daripada gel petroleum. Ada yang mempunyai perasa buah-buahan dan mempunyai warna seakan-akan gincu.\n\nTujuan kita memakai gincu ialah untuk menyerlahkan warna bibir. Namun, jika anda tak mengambil tahu kandungan yang terdapat dalam gincu tersebut, takut kesan lain pula yang timbul.\n\nBahan kimia yang tinggi boleh memberikan kesan alergik yang akan merosakkan bibir. Oleh itu, jika anda sering menghadapi masalah seperti ni, elakkan memakai gincu. Sebagai penggantinya, anda boleh memakai lip balm yang mempunyai warna. Lip balm lebih selamat kerana biasanya diperbuat daripada gel petroleum.\u00a0\n\nPetua menyapu madu pada bibir sebelum tidur merupakan cara yang dilakukan sejak zaman-berzaman. Pastikan anda menyapu madu asli secara konsisten setiap hari. Dikatakan bahawa tips ni sangat mujarab.\n\nNi ialah petua yang paling mudah anda boleh cuba. Ambil sesudu gula pasir dan sedikit gel petroleum, gosok pada bibir perlahan-lahan. Ia berfungsi sebagai skrub untuk menanggalkan sisa gincu, sel-sel kulit mati dan kulit yang mengelupas.\n\nGosok perlahan-lahan ye! Amalkan rutin ni setiap 2 minggu sekali. Percayalah, anda akan rasai perubahan pada bibir anda.\u00a0\n\nTahukah anda buah-buahan seperti lemon, nanas, mulberry, buah naga merah dan strawberi boleh menjadikan bibir anda merah. Selain dimakan begitu saja atau dibuat jus, ada cara lain yang boleh anda praktikkan.\n\nCaranya ialah ambil sedikit isi atau jus buah-buahan tersebut. Kemudian, sapukan pada bibir sebagai masker seminggu 2 atau 3 kali. Khasiat yang terkandung dalam buah-buahan tersebut dapat menjadikan bibir lebih lembap, sihat dan cantik.\n\nMinyak zaitun memang terkenal dengan 1001 khasiatnya yang tinggi. Kandungan vitamin E dan antioksidan di dalamnya berfungsi untuk melembapkan bibir. Selain itu, ia juga sangat efektif untuk menanggalkan solekan dan sel-sel kulit mati.\n\nAnda hanya perlu mengambil sedikit minyak zaitun dan sapukan pada bibir setiap malam. Malahan anda juga boleh mencampurkan minyak zaitun ke dalam gula pasir dengan sedikit jus lemon sebagai skrub bibir.\n\nSelain skrub bibir menggunakan gula pasir, anda boleh menanggalkan kekotoran dan kulit-kulit kering pada bibir menggunakan berus gigi. Pastikan berus tersebut lembut dan tak menyakitkan. Beruskan bibir anda seminggu sekali dengan perlahan-lahan.\n\n\u00a0Aloe vera sangat berkesan dalam menghilangkan parut dan melembapkan kulit. Jika anda mempunyai masalah bibir yang sangat kering, gunakan aloe vera sebagai penyegar yang terbaik. Masalah bibir yang hitam dan lebam juga dapat dihilangkan.\n\nAmbil sedikit gel aloe vera, oleskan pada bibir. Biarkan selama lebih kurang 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.\n\nDiharapkan dengan perkongsian 10 tips ni, masalah bibir kering dan gelap dapat diatasi. Untuk mendapatkan bibir yang merah semula jadi, anda perlulah konsisten dan jangan hanya buat sekerat jalan saja.\n\nJika pembaca Bidadari.my ada tips-tips yang lain, boleh juga kongsikan dengan kami. Jom cantik sama-sama! Jemput juga baca artikel petua kecantikkan dan senaman muka untuk awet muda"
"Kebanyakan bahan semula jadi atau organik yang terdapat dalam produk kecantikan adalah lidah buaya ataupun dikenali juga dengan Aloe Vera. Terdapat banyak lagi bahan semulajadi yang digunakan bagi dijadikan produk kecantikan muka. \n\nProduk kecantikan muka yang selamat dan berkesan sememangnya sangat sesuai untuk kulit gatal seperti sensitif, kemerahan ataupun jerawat.\n\nAdakah Terdapat Bahan Yang Merbahaya Yang Terkandung Dalam Produk Kecantikan Muka?\n\nAmat sukar untuk mencari produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan. Terdapat beberapa bahan berbahaya untuk kulit yang sering terkandung di dalam produk kecantikan muka. \n\nAntaranya seperti SLS, phthalates, parabens, triclosan, siloxanes, resorcinol, BHA, EG compound (polyethelyne glycol), octinoxate, petrolatum atau wangian buatan.\n\nJadi, cara terbaik untuk mencari produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan adalah dengan menggunakan produk yang mengandungi bahan semula jadi. Jom lihat antara jenis produk kecantikan yang selamat digunakan.\n\n1. The Body Shop \u2013 Tea Tree Skin Clearing Facial Wash\n\nProduk kecantikan muka The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash bercirikan jenis gel yang menyegarkan dan melawan jerawat yang tumbuh pada wajah. \n\nIa juga berkesan untuk mencegah kotoran jerawat dan mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini melindungi kulit dari pelbagai masalah kulit termasuklah jerawat dan bintik hitam. \n\nJadi, anda tidak perlu risau lagi akan kegatalan kulit muka anda kerana ianya selamat dan berkesan.\n\n2. Benton \u2013 Snail Bee High Content Skin Toner\n\nProduk kecantikan muka Benton Snail Bee High Content Skin Toner ini mengandungi pelbagai bahan semula jadi dimana ia dapat membaiki kerosakan pada wajah seperti parut jerawat dan bintik hitam. \n\nProduk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini juga mampu menghasilkan kolagen dan memberi keanjalan pada kulit wajah anda supaya menjadi lebih segar. \n\nDiekstrak dengan arbutin yang terdapat dalam toner ini juga berfungsi untuk melawan penampilan penuaan setelah beberapa penggunaan.\n\n3. Simple \u2013 Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On\n\nSimple Kind To Eyes Revitalizing Eye Roll On ini merupakan produk kecantikan muka yang memberikan rawatan dan menenangkan kulit di bawah mata sebaik sahaja digunakan. \n\nIa diformulasikan dengan ekstrak timun, Lupin, Vitamin B5 dan Gliserin yang berfungsi untuk memberikan kesegaran pada bahagian bawah mata.\n\n Produk kecantikan ini sesuai untuk semua jenis kulit yang akan memastikan mata anda berasa lebih segar pada setiap pagi.\n\nSekiranya kulit anda sering mengalami masalah jerawat, produk kecantikan muka yang dikeluarkan oleh Kiehl mungkin adalah penyelesaiannya. \n\nTeksturnya yang bebas minyak dapat mencegah pembentukan jerawat pada kulit dan menjadikan wajah anda kelihatan berseri. Produk ini juga bebas dari paraben dan wangian tiruan. \n\nIa mengandungi bahan yang diekstrak daripada Cylindrica Root, Vitamin B3 dan Sulfur Mineral yang dapat melindungi kulit anda dari pencemaran udara.\n\n5. Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream\n\nHimalayan Herbal Nourishing Skin Cream merupakan produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan, sangat sesuai untuk kegunaan harian kerana teksturnya yang tidak melekit. \n\nIa menawarkan kelembapan yang maksima dan memberikan perlindungan kepada kulit muka sepanjang hari. Selain itu, produk ini juga diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry dan Kino Tree yang akan menjadikan kulit bebas daripada pencemaran alam sekitar.\n\nProduk kecantikan Dear Dahlia Blooming Blusher ini berpigmen sangat tinggi, tahan lama dan dapat menambahkan seri wajah kepada kulit anda selepas sedikit penggunaanya di pipi. \n\nUntuk kemasan yang lebih menarik dan sekata, gunakan berus kecil yang sesuai untuk blusher ini. Ianya selamat dan berkesan untuk menambahkan kecantikan pada muka anda.\n\nProduk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini dikeluarkan oleh jenama solek terkenal ZOEVA yang mempunyai tekstur seperti pomade berkrim. \n\nAnda tidak perlu menggunakannya terlalu banyak kerana sifatnya berpigmen walaupun hanya disapu satu kali. Dengan formula kalis air, ia dapat membentuk alis mata yang sempurna sepanjang hari.\n\nProduk kecantikan ini sesuai untuk gaya yang cantik ke pejabat ataupun menghadiri majlis-majlis tertentu.\n\n8. Physicians Formula The Healthy Lip Velvet Liquid Lipstick\n\nGincu dari jenama Physicians Formula ini mengandungi minyak pelembap, ekstrak Avocado serta Vitamin A dan E. Ia berfungsi merawat dan mengekalkan kelembapan di bibir yang sememangnya selamat dan berkesan. \n\nDitambah dengan formula cecair ringan, gincu ini memberikan kemasan yang berbeza bergantung pada jumlah lapisan yang anda gunakan. Terdapat 13 jenis warna yang boleh dipilih untuk anda, pasti menarik!\n\nPixi Correction Concentrate Concealer merupakan salah satu jenama produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan yang mengandungi ramuan vegan, selamat dan selesa dipakai walaupun setiap hari. \n\nIa membantu mencerah, menghalus dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri pada setiap penggunaannya. Produk kecantikan muka ini mengandungi Vitamin A, Vitamin E dan buah Rosa Canina yang memberikan penghidratan yang mencukupi pada kulit dan menghalang kesan penuaan awal.\n\n10. Drunk Elephant Bright Night Duo Set\n\nSerum malam dan minyak muka dari produk kecantikan yang popular ini mengandungi formula teknologi AHA + BHA membantu dalam penghasilan kolagen dan memperbaharui lapisan kulit dengan cepat. \n\nIanya mengurangkan liang pori terbuka, memulihkan tekstur kulit dan mengembalikan seri wajah yang hilang akibat penuaan. Kandungan minyak Kernel Birrea (Marula) di dalamnya akan mengekalkan kelembapan sehingga kulit anda akan tetap tegang dan anjal secara semula jadi.\n\nBerikut adalah antara produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan yang boleh anda cuba. Jom baca juga\u00a0Serum terbaik untuk jerawat,\u00a0Serum Murah Terbaik,\u00a0serum terbaik untuk kulit kering\u00a0dan\u00a0Serum terbaik untuk whitehead.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"\u201cNak rancang kehamilan mudah je, makan pil perancang\u201c\n\nHanya sebab satu saranan, ramai wanita kini menanggung kesannya. Ya, kedengaran begitu mudah untuk kita merancang kehamilan. Apa susahnya, makan sahaja pil perancang! Itulah kata-kata mereka yang tidak pernah tahu akan kesan makan pil perancang. \n\nSungguhpun ia adalah penyelesaian bagi anda yang ingin jarakkan kehamilan atau merancang keluarga, percayalah, lebih banyak kesan buruknya berbanding kesan baik. Ramai wanita tak sedar akan perkara ini, tetapi apabila umur semakin naik, semua terasa ada yang tak kena dengan badan, otot dan sendi masing-masing. Sedihnya, keadaan badan kita mungkin tak sama seperti umur kita sekarang.\n\nSebenarnya, apa kesan makan pil perancang? Kenapa dah bertahun ambil tetapi elok sahaja, tak ada kesan pun. Pil hamil adalah kategori ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan. Ia mungkin bertahan merancang kehamilan anda, tetapi kesan sampingan akan terjadi pada beberapa tahun yang akan datang. Jom lihat kesan makan pil perancang yang bahaya perlu anda tahu.\n\nPil perancang mengandungi dos hormon dan bahan-bahan yang mengandungi hormon seks. Menurut kajian, ia boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain sebagai kesan sampingan. Kesan makan pil perancang menyebabkan anda kerap sakit kepala. Sekiranya kesan berpanjangan dan masih sakit, jumpalah doktor segera.\n\nTakutnya jika ada sesuatu yang tidak normal berlaku kesan daripada makan pil perancang. Payudara semakin membesar dan membengkak selepas mengambil pil perancang, tetapi ia akan berkurangan dalam tempoh masa yang akan datang. Jika berlaku ketulan, segeralah berjumpa doktor!\n\n3. Tidak Datang Haid Pada Masa Sepatutnya\n\nKesan makan pil perancang juga adalah haid anda mungkin takkan datang tepat pada masanya. Adakalanya haid akan datang sedikit sahaja dalam kadar beberapa titis, ia tidak datang seperti biasa. Bukannya anda hamil tetapi itu adalah kesan pil perancang yang diambil.\n\n4. Berat Badan Naik Secara Mendadak\n\nAkibat pergolakan ubat dan tindak balas pil perancang dalam tubuh, berat badan juga akan terkesan. Berat badan anda mungkin naik secara mendadak. Ramai kawan-kawan pasti tertanya-tanya kenapa tiba-tiba berat badan anak naik.\n\nBiarpun pil perancang berfungsi membantu menjarakkan kehamilan, tetapi ia mempunyai bahan-bahan aktif yang boleh menyebabkan berlakunya kanser payudara. Selalunya ia mengambil tempoh masa yang lama, mungkin beberapa tahun lagi bagi pil perancang bertindak secara keseluruhan di dalam hormon tubuh.\n\nUbat-ubatan dan pil perancang juga memberi kesan kepada saluran pernafasan. Anda akan terasa selalu sesak nafas tak kiralah malam atau siang hari.\n\nWalaupun anda tidak mempunyai darah tinggi, tetapi kesan makan pil perancang boleh membuatkan kandungan darah tinggi berlaku pada tubuh anda. Jangan terkejut kalau doktor kata anda ada darah tinggi! Ini sememangnya berlaku jika selalu makan pil perancang.\n\nEmosi anda juga takkan stabil selepas mengamalkan pil perancang kerana kandungan pil perancang penuh dengan hormon tambahan. Hormon tambahan akan menyebabkan anda tidak selesa sekaligus emosi tidak menentu.\n\nKesan makan pil perancang menjadikan anda sering terasa loya dan mual. Selalunya pengambilan pil perancang yang pertama akan membuatkan anda loya. Seterusnya, tidak terasa begitu loya. Anda boleh makan pil perancang sebelum tidur atau bersama makanan untuk elakkan mual. Jika mual dan loya teruk sehingga muntah-muntah, segera dapatkan nasihat doktor.\n\nPendarahan atau spotting akan berlaku kerana reaksi badan anda dalam menyesuaikan diri dengan hormon yang bertambah. Darah akan turun biarpun masa tersebut bukanlah haid. Sekiranya darah melebihi dari 5 hari biasa, anda perlu dapatkan nasihat daripada doktor.\n\nBahagian intim yang meruang dan mempunyai lendiran tetapi tidak selesa adalah kesan makan pil perancang. Kebersihan penting dijaga untuk mengelakkan daripada hal ini berlarutan.\n\n12. Penurunan Libido Atau Kurang Keinginan Seks\n\nKesan makan pil perancang juga akan menyebabkan keinginan seks anda berkurangan. Kita akan sedar hal ini selepas 3 atau 4 minggu makan pil perancang. \n\nRamai tak perasan kesan makan pil perancang juga boleh menyebabkan tulang belakang menjadi bengkok. Ia adalah kesan dimana tubuh badan terikat dengan pil perancang yang mempunyai kesan terhadap otot dan sendi belakang kita.\n\n14. Berat Badan Turun Secara Mendadak\n\nBukan sahaja berat badan menaik, tetapi berat badan juga menurun secara mendadak. Ia bergantung kepada jenis tubuh badan seseorang. Kesan makan pil perancang ini sebenarnya bahaya bagi anda yang mempunyai tubuh kecil dan lemah.\n\nPernah tak rasa perut atau abdomen dalam badan berdekatan usus sakit-sakit? Kebarangkalian sakit perut dan abdomen ini adalah disebabkan oleh kesan makan pil perancang. \n\n16. Lenguh Kaki Dan Bengkak Kaki\n\nJangan amalkan pil perancang dengan terlalu kerap, takut-takut tubuh badan anda mula menunjukkan kesan-kesan sebegini. Lenguh kaki dan bengkak kaki juga adalah kesan makan pil perancang yang seringkali terjadi.\n\nKanser servik adalah kanser yang amat ditakuti oleh para wanita. Ia juga boleh terjadi akibat sakit puan yang melibatkan faktor pemakanan dinihari. Selain itu, jangan terkejut kerana kesan makan pil perancang juga membuatkan anda berpotensi mengalami kanser servik.\n\nItulah dia 17 kesan makan pil perancang yang membuatkan ramai wanita merana. Mulai sekarang, fikir sebelum bertindak. Adakah pil perancang yang perlu anda ambil atau gunakan kaedah lain? \n\nJom baca juga Pil perancang tak selamat, Kaedah perancang keluarga dan Cara kira waktu subur."
"Ada sesiapa yang suka begedil tapi dalam masa yang sama nak diet. Dilema samada nak makan begedil ataupun tak? Sekarang dah tak payah nak dilema dah. Ada jer begedil versi sihat. Yummy. Khas untuk sesiapa yang nak diet la. Boleh tambah dalam menu diet harian nanti. Masaknya pon mudah sangat. Tapi sangat sedap dan sihat. \n\nResepi Begedil yang dikongsi oleh Habibah Anuar\u200e di laman muka buku ini mudah, sedap dan yang paling penting sangat sesuai untuk yang inginkan menu sihat untuk jalankan misi diet. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya. \n\nDah siap resepi sihatnya. Resepi Begedil bersama Sos Homemade versi sihat dan sedap. Yang paling penting mudah dan mengenyangkan. Apa lagi? Selamat mencuba. Bolehlah bergilir-gilir dengan menu sihat yang lain. Barulah semangat nak berdiet. Tak gitu. Oh ya, jemput mencuba resepi menarik yang lain juga ya. Terima kasih."
"Ramai pasangan yang berkahwin tidak dikurniakan anak. Oleh sebab itulah, bayi tabung uji ini dicipta. Ia merupakan satu teknologi bantuan reproduktif bagi membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Proses ini melibatkan persenyawaan ovum oleh sperma di luar badan manusia selepas teknik bantuan reproduktif yang lain telah menemui kegagalan.\n\nMengikut sejarah, kajian bayi tabung uji ini telah bermula sejak tahun 1909 lagi. Namun, hanya pada tahun 1965, seorang saintis dari British, Robert Edward telah berjaya mensenyawakan ovum melalui teknik in vitro dengan kerjasama \u00a0Howard dan Georgeanna Jones yang bekerja di dalam bidang IVF di Amerika.\n\nBayi tabung uji ini, disyorkan kepada wanita yang sudah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin disebabkan kegagalan tiub fallopian atau ketidaksuburan yang tidak dikenalpasti. \n\nKejayaan IVF memerlukan ovum yang sihat dan baik serta sperma yang mampu mensenyawakan ovum dan rahim yang mampu meneruskan kandungan.\n\nProses bayi tabung uji ini dibolehkan dalam islam jika sperma dan ovum itu bersumber daripada suami dan isteri yang sah. Yang dilarangnya adalah sperma dan ovum daripada orang lain. Hal ini dilarang kerana akan menimbulkan kemudaratan bagi pasangan suami dan isteri tersebut di mata agama dan menimbulkan kemudaratan kepada si anak. \u00a0\n\nApabila sperma yang ditabung tersebut milik suami dan isteri, tetapi cara mengeluarkannya tidak muhtaram, maka hukumnya juga haram. Mani Muhtaram adalah mani yang keluar yang dikeluarkan dengan cara yang tidak dilarang oleh syara\u2019. \n\nMani yang akan dikeluarkan secara muhtaram itu, adalah sekirannya seseorang lelaki itu sedang berusaha mengeluarkan spermanya (dengan beronani) dengan menggunakan tangan isterinya, maka hal tersebut diperbolehkan dalam islam, kerana isteri memang tempat atau wahana yang dibenarkan untuk bersenang-senang.\n\nApabila mani yang ditabung itu mani suami dan steri yang sah dan cara mengeluarkannya termasuk muhtaram serta dimasukkan ke dalam rahim isteri sendiri, maka hukum bayi tabung menjadi mubah (boleh).\n\n1. Telur Dihasilkan Dengan Merangsang Menggunakan Hormon Terapi\n\nTerapi hormon ini dilakukan untuk mengatasi masalah kesuburan dengan cara menambahkan hormon dari luar. Terapi ini dilakukan apabila hormon yang menghasilkan FSH dan LH berkurang. \n\nLangkah melakukannya adalah dengan ubat yang diberikan pada hari ke-3, 4, 5 kitaran haid. Cara ini dicuba selama enam kali kitaran haid. Seterusnya, apabila selama enam bulan pemberian ubat itu belum ada hasilnya, akan diberikan suntikan hormon pada hari ke-6 sampai 10 kitaran haid dan suntikan itu akan dilakukan setiap hari.\n\nApabila kedua-duanya gagal, akan dilakukan cara manipulasi hormon dan ianya betul-betul sama dengan hormon yang ada dalam tubuh. \n\nUltrasound ini digunakan untuk mengesan bilakah telur anda sudah bersedia untuk dilakukan. Doktor anda kemudiannya akan mengeluarkan telur anda daripada ovari. Beliau akan menggunakan sebatang jarum halus dan berongga yang bercantum dengan kuar imbasan ultrasound.\n\nKuar ini membantu mengesan lokasi folikel yang mengandungi telur. Anda mungkin rasa sedikit tidak selesa semasa prosedur dijalankan, tetapi jika anda rasa sakit selepas ianya selesai, anda akan diberi ubat tahan sakit. \n\nKegagalan teknik IVF ini boleh berlaku jika pengovulasian tidak menghasilkan bilangan telur yang cukup. Antara sebabnya adalah kerana kegagalan ovari memberi tindak balas dan keadaan ini lebih biasa berlaku ke atas wanita yang sudah berumur.\n\nTetapi, jika pengeluaran telur yang terlalu banyak juga boleh menjadi penyebab proses rawatan IVF dibatalkan. Hal ini demikian kerana risiko sindrom hiperstimulasi (hyperstimulation syndrome) menjadi sangat tinggi. \n\nSemasa telur anda sedang dikumpulkan, suami anda pula perlu memberi sampel air mani yang segar. Jika sperma yang digunakan ialah sperma daripada penderma atau yang telah dibekukan, sampel itu akan diambil daripada peti sejuk beku. \n\nSperma itu akan dicuci dan sperma yang mempunyai kualiti terbaik sahaja akan diasingkan dan dipersiap-sediakan untuk mensenyawakan telur. Sperma ini kemudiannya digabungkan dengan telur di dalam ceper makmal dan dibiarkan mengkultur dalam inkubator.\n\nKebanyakan klinik hanya melaksanakan kaedah IVF ini ke atas lelaki yang memiliki bilangan sperma aktif melebihi 3 juta. Jika bilangan lebih rendah dari 3 juta, ICSI (suntikan mikro) boleh dilakukan sebagai pilihan yang baik.\n\n4. Telur Dan Sperma Disatukan Untuk Membenarkan Persenyawaan\n\nCecair folikel (bersama telur) yang dikumpul akan segera dibawa ke makmal dan akan diperiksa oleh ahli embriologi untuk mengenal pasti telur-telur. \n\nTelur-telur akan dipindahkan ke dalam incubator dan sperma akan ditambah kepadanya (proses permanian). Permanian boleh dilakukan sebaik selepas proses pengeluaran telur tetapi biasanya dilakukan selepas 2 hingga 6 jam. \n\nSuami biasanya perlu menyediakan air maninya pada hari telur dikeluarkan. Sperma kemudiannya diasingkan dan digunakan untuk persenyawaan telur-telur. \n\nSetelah 18 jam selepas permanian, pakar embriologi akan memeriksa dan memilih sampel telur yang tersenyawa. Sampel yang gagal akan dibuang atau digunakan untuk penyelidikan kejayaan.\n\n5. Persenyawaan Telur Dimasukkan Ke Dalam Uterus\n\nCampuran telur dan sperma tadi kemudiannya dipindahkan ke dalam salur rahim (sebelah atau kedua-dua). Terdapat juga doktor yang memindahkan telur dan sperma secara berasingan ke dalam saluran rahim.\n\nPemindahan ini dilakukan menggunakan caterer khas. GIFT hanya dilakukan ke atas wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu salur rahim yang normal. Jika salur didapati rosak, IVF perlu dilakukan, bukannya GIFT. Embrio yang paling sihat akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam uterus. \n\nSebaik sahaja kehamilan anda telah disahkan selepas rawatan IVF, anda sepatutnya mendapatkan imbasan ultrasound awal pada kira-kira enam minggu. Ini bagi memastikan bahawa embrio telah melekat di dalam uterus. \n\nKejayaan IVF ini memerlukan ovum yang sihat dan baik. Seterusnya, sperma yang mampu mensenyawakan ovum dan rahim yang mampu meneruskan kandungan.\n\n1. Membantu Pasangan Yang Tidak Subur\n\nRamai pasangan malu tampil membincangkan isu kesuburan terutama lelaki tapi situasi itu kian berubah dengan kemajuan teknologi perubatan kini. Perkara ini dapat membantu pasangan tidak subur untuk memiliki bayi mereka sendiri (dengan telur mereka sendiri dan sperma).\n\nOleh itu, kaedah rawatan moden berjaya memberi harapan baru dan membantu ramai pasangan dalam usaha mendapatkan zuriat. Dengan ini, mereka juga dapat menerapkan perubahan dalam gaya hidup untuk meningkatkan kesihatan dan membantu mempersiapkan diri untuk menjadi orang tua.\n\nSelalunya bayi yang baru lahir akan mengalami pelbagai masalah penyakit seperti demam kuning,demam campak, penyakit kaki,tangan dan mulut , alergic dan sebagainya. \n\nSebaliknya, melalui analisa selama bertahun-tahun, doktor mengatakan bahawa anak yang lahir dari treatmen bayi tabung, akan lebih kuat bertahan dari serangan penyakit. Mereka tidak terlalu memiliki banyak masalah kesihatan jika dibandingkan dengan anak yang lahir secara normal.\n\nRamai wanita mengalami kemurungan akibat tidak boleh mendapat zuriat. Oleh itu, treatment ini memberikan kesempatan kepada wanita yang menderita akibat kerosakan atau penyumbatan tube fallopio untuk memiliki bayi. \n\nDengan ini, tiada lagi masalah tidak boleh melahirkan anak. Selain itu, jika sperma lelaki tidak dapat digunakan atau jumlahnya rendah juga, ada kemungkinan untuk menggunakan tabung uji dalam situasi ini. Perkara ini sudah menjadi satu perkara yang ajaib kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat nanti. \n\nSemoga semua pasangan dipermudahkan mendapat zuriat dan rezeki yang melimpah-ruah. Jemput baca juga Makanan kuatkan rahim, Tips Cepat Hamil dari Dr Hamid Arshat, Faktor tidak subur dan Makanan dilarang ketika hamil."
"Sejak akhir-akhir ini semakin ramai ibu bergelar suri rumah memilih untuk buat kerja part time di rumah untuk menjana pendapatan. Sambil jaga anak, duit masuk ke akaun bank.\n\nMenarik kan? Anda teringin nak buat kerja part time di rumah tapi takde idea nak buat apa? Idea yang kami senaraikan di bawah pasti dapat membantu anda.\n\nPerasan tak, kebalakangan ni homebaker tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau anda suka baking dan ada bakat untuk menghasilkan kek, roti dan pastri yang lazat, kami cadangkan anda mulakan bisnes sebagai homebaker. Kebiasaanya homebaker akan menyediakan makanan seperti:\n\nKalau nak mulakan bisnes katering, tak semestinya anda perlu menyewa premis kedai. Anda boleh jalankan bisnes katering dengan memasak dan menyediakan semua persediaan di rumah.\n\nKebiasaannya pejabat kerajaan, sekolah, dan pejabat swasta suka menempah makanan untuk jamuan atau majlis yang diadakan. Anda boleh sediakan pakej atau pelanggan boleh pilih sendiri menu yang dikehendaki.\n\nAtau pun anda boleh masak satu menu istimewa, masukkan ke dalam bekas dan ambil order. Contohnya, kalau di kawasan perumahan anda belum ada yang menjual nasi arab, anda boleh menyediakan nasi arab. Tak perlu masak pelbagai menu, satu jenis masakan sudah memadai. Apa yang penting, perlu ada permintaan untuk makanan tersebut.\n\nAnda mungkin tak suka memasak nasi atau lauk-pauk untuk buat katering, tapi mungkin anda berminat membuat kuih. Jika anda suka membuat kueh, anda boleh mengambil tempahan kuih-muih seperti:\n\nZaman sekarang, ibu moden memilih untuk berpantang sendiri tanpa perlu balik ke kampung untuk berpantang bersama ibu atau mertua. Kebiasaannya, ibu berpantang akan mencari perkhidmatan penghantaran makanan berpantang supaya mereka tidak erlu bersusah-payah memasak di dapur.\n\nAnda boleh sediakan perkhidmatan menghantar makanan berpantang kepada ibu yang sedang melahirkan. Menunya tak susah. Di antara makanan yang dimakan oleh ibu berpantang ialah makanan sihat seperti:\n\nSelain ibu mengandung, orang biasa juga ada yang malas untuk keluar dari rumah untuk makan. Nak order makanan segera, dah naik muak.\n\nMaka ramai yang mencari peniaga yang menyediakan khidmat penghantaran makanan untuk makanan biasa seperti nasi berlauk, nasi goreng, mee goreng, dan sebagainya. Penghantaran makanan merupakan bisnes yang semakin berkembang di Malaysia.\n\nKalau anda minat menjahit, anda boleh jadi tukang jahit dari rumah. Tak pandai menjahit tak mengapa, anda boleh pergi ke kelas jahitan. Yang penting sekali ialah anda ada minat untuk menjahit. Sebagai tukang jahit dari rumah, anda boleh mengambil tempahan baju dari orang ramai, atau boleh juga mengambil kontrak menjahit tempahan pukal dari butik-butik.\n\nSebagai tukang jahit, bukan bermakna anda menjahit baju semata-mata. Selain baju, anda juga boleh menjahit:\n\nKalau anda sukakan kanak-kanak dan mempunyai kesabaran untuk melayan karenah budak kecil, anda boleh menjadi pengasuh. Kalau anda tak yakin untuk menjaga bayi yang masih kecil, anda boleh ambil anak asuhan yang besar, mungkin berumur satu tahun ke atas.\n\nApa pun, pastikan anda berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana biasanya ibu-ibu mencari pengasuh yang berdaftar untuk rasa lebih selamat.Untuk menjadi seorang pengasuh berdaftar, anda cuma perlu menghadiri kursus untuk mendapatkan sijil pengasuh. Prosedurnya tak susah.\n\nJika anda bukan media sosial, semakin ramai yang mencari duit dengan menjalankan perniaga atas talian. Bukan sahaja suri rumah, wanita bekerjaya pun ramai yang buat online business. Online business merupakan salah satu kerja part time di rumah yang boleh anda lakukan.\n\nAda pelbagai pilihan produk yang boleh anda jual seperti:\n\nSatu lagi kerja part time di rumah yang kami cadangkan ialah menjadi ibu kutu. Tugas ibu kutu ialah sebagai orang yang bertanggung jawab untuk memberikan giliran kepada peserta kutu, mengutip duit setiap bulan, memastikan setia peserta membuat bayaran setiap bulan, dan memastikan peserta yang mendapat giliran mendapat barang kutu.\n\nTerdapat pelbagai jenis kutu yang boleh anda jaga seperti:\n\nAnda juga boleh menjana pendapatan dari rumah dengan menjadi personal shopper. Dewasa ini, kebanyakan wanita lebih berminat untuk membeli secara online daripada menghabiskan masa pergi sendiri ke kedai. Tengok katalog, order. Anda boleh menjadi personal shopper untuk produk seperti:\n\nItulah dia 10 idea kerja part time dari rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini."
"\u201cSerangga masuk telinga saya\u201d ungkapan ini jika kita bayangkan memang amat menggelikan, bukan? Tetapi itulah yang terjadi. Serangga-serangga kecil seperti nyamuk, lalat, semut, malah lipas pun boleh memasuki telinga anda.\n\nKes serangga masuk telinga ini sering berlaku. Jadi, tidak usah bimbang kerana masalah ini dapat diselesaikan. Sekiranya, tidak mahu berjumpa dengan doktor, anda boleh ikut langkah-langkah untuk mengeluarkan serangga dari telinga.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah mengeluarkan serangga dari telinga yang kami ambil daripada nasihat Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Beliau akan memberi langkah untuk mengeluarkan serangga dari telinga.\n\n7 langkah untuk mengeluarkan serangga dari telinga.\n\nApa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?\n\nMemanglah ngeri dan geli geleman bila ssrangga masuk dalam telinga, tapi cubalah untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.\n\nHalakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.\n\nPutik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.\n\nMelainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit(twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.\n\nJika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.\n\nJika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.\n\nJika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.\n\n\u2705Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.\n\n\u2705Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.\n\n*Jika terdapat serangga di dalam telinga anda, cepat-cepat mengeluarkan serangga tersebut demi keselamatan anda. Telinga adalah salah satu tempat yang sensitif, jadi anda perlu menjaga telinga anda dengan baik. \n\nKalau anda ragu-ragu untuk mengeluarkan serangga dari telinga anda sendiri, baik berjumpa doktor untuk mengeluarkannya. Ia akan lebih selamat dan diyakini tidak akan ada kesan sampingan.\n\nSemoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Tidak mudah untuk membina keyakinan diri kanak-kanak. Ianya memerlukan satu kemahiran yang tersusun dan berhikmah. Di sini kami kongsikan sebuah perkongsian yang cukup cantik tentang bagaimana membina keyakinan diri kanak-kanak secara Islam oleh DiariMukmin.\n\nRasulullah menggunakan beberapa kaedah dalam membina keyakinan dalam diri anak. Beliau melakukan pelbagai kaedah agar anak-anak membesar sebagai insan yang kuat dan berkeyakinan diri.Di dalam kitab Manhaj at-Tarbiyyah an-Nabawiyyah lith Thifl karangan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, dinyatakan antara kaedah-kaedah yang diguna-pakai oleh Rasulullah dalam membina keyakinan anak-anak adalah:\n\n4 Panduan Indah Membina Keyakinan Diri Kanak-Kanak\n\nKanak-kanak mempunyai perasaan dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Untuk membina kekuatan mengawal keinginan, anak-anak harus dibiasakan dengan dua perkara berikut:\n\na.) Membiasakannya menyimpan rahsia. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap kanak-kanak di sekelilingnya seperti Anas dan Abdullah bin Ja\u2019afar RA. Ini kerana apabila si anak belajar untuk menjaga rahsia dan tidak membocorkannya, pada masa itu juga, keinginannya menjadi semakin kuat sehingga timbul rasa percaya yang menebal pada dirinya.\n\nAplikasikan pada anak anda: Beritahu sesuatu rahsia pada anak anda dan katakan padanya ia adalah suatu rahsia yang harus dijaga. Contoh: \u201cAlong, minggu depan adalah birthday Umi. Jangan beritahu Umi hadiah yang kita beli ini!\u201d\n\nb.) Membiasakannya berpuasa. Apabila si anak berjaya menahan lapar dan dahaga semasa berpuasa, dia akan merasakan dirinya mempunyai kekuatan untuk mengalahkan dirinya sendiri. Kesannya, keinginannya dalam menghadapi cabaran hidup semakin kuat dan tabah. Perkara ini sudah tentu dapat meningkatkan keyakinan dirinya.\n\nAplikasikan pada anak anda: Mengajar anak agar mengambil pengajaran dari ibadah berpuasa. Contoh: \u201cTahniah! Angah dah berjaya berpuasa sebulan Ramadhan. Waktu berpuasa kita sentiasa bersabar dan menahan dari dari perasaan marah. Sekarang Angah harus lebih sabar dengan karenah adik!\u201d\n\nApabila seseorang anak berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan di rumah atau melaksanakan perintah kedua ibu bapanya, perasaan keyakinan dirinya akan tersemai kuat di dalam dirinya. Kebolehannya berdialog dan berkomunikasi dengan orang-orang dewasa, berkumpul dah bermain bersama anak-anak lain juga boleh menumbuh dan mengukuhkan keyakinan sosial di dalam dirinya.\n\nAplikasikan pada anak anda: Sewaktu menziarahi teman anda, jangan lupa belikan buah tangan dan suruhlah anak anda untuk memberi buah tangan tersebut. Contoh: \u201cAlong, nanti bila kita sampai di rumah Uncle Nizam, jangan lupa bagi kerepek ubi ni. Katakan padanya Abi belikan kerepek ni special untuk Uncle Nizam tau!\u201d\n\nKeyakinan ilmiah dibina melalui pembelajaran Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan sejarah hidup beliau. Si anak akan tumbuh membesar dengan berbekalkan pengetahuan yang cukup mendalam. Pengetahuan yang terbina dari ilmu yang pasti dan bebas dari pelbagai khurafat dan khayalan ini lebih membentuk keyakinan anak-anak berbanding komik-komik yang bersifat imaginasi dan tidak realistik.\n\nAplikasikan pada anak anda: Jangan lupa untuk selalu bercerita pada anak-anak anda tentang sejarah hidup Rasulullah SAW terutamanya ketika mereka hendak tidur. Anak-anak mesti tidak sabar untuk mendengar kisah-kisah menarik daripada anda. Disebalik kisah-kisah tersebut, selitkan moral cerita yang boleh menjadi pengajaran berguna buat mereka.\n\nAnak-anak yang telah dapat menguruskan dirinya hendaklah dibiasakan untuk membantu dalam urusan menguruskan wang dan berbelanja.Diriwayatkan oleh Malik dari Sulaiman bin Yasar: Makanan Sa\u2019id bin Abi Waqqas telah habis. Dia berkata kepada pembantunya yang masih muda, \u201cAmbillah tepung kemudian tukarkanlah dengan gandum. Timbangannya harus sama.\u201dRasulullah SAW melihat Abdullah bin Ja\u2019far yang saat itu masih muda sedang melakukan transaksi jual-beli. Lalu beliau mendoakan keberkatan untuknya.\n\nAplikasikan pada anak anda: Ajarlah anak anda nilai wang yang diterima dan bagaimana mereka harus menjaga dan menggunakan wang tersebut dengan betul.\n\nDemikianlah dapat kita perhatikan betapa telitinya Rasulullah SAW dalam membina peribadi anak-anak sehingga mereka berjaya menjadi generasi pewarisnya yang terbaik."
"Apakah pil hentikan haid di farmasi yang baik untuk kita gunakan? Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang jenis pil hentikan haid di farmasi yang boleh digunakan dengan selamat.\n\nBagi kebanyakan wanita, setiap bulan pasti kita akan melalui proses kitaran haid tertentu secara semula jadi. \n\nSemua ini tidak menjadi masalah sama sekali kepada wanita namun dalam keadaan tertentu haid kadang kala memberi kesukaran untuk wanita menguruskan diri mereka misalnya ketika mahu mengerjakan ibadah haji atau umrah. \n\nHormon adalah zat kimia yang dihasilkan oleh sistem endokrin dalam tubuh yang bertindak dalam membantu serta mengendalikan hampir ke semua fungsi tubuh seperti metabolisme, termasuklah organ reproduksi. \n\nSecara asasnya, tubuh wanita akan mengalami bermacam-macam proses bermula dari akil baligh, ovulasi, menstruasi, kehamilan dan menyusui. \n\nSetiap proses ini sebenarnya melibatkan pelbagai hormon di dalam tubuh wanita. Antara hormon wanita adalah seperti:\n\nJenis-jenis pil hentikan haid di farmasi\n\nBerikut ini kami kongsikan beberapa jenis pil hentikan haid yang boleh didapatkan di farmasi.\n\nMenurut Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi #478, berpendapat bahawa hukum jemaah wanita menggunakan pil pencegah haid adalah harus.\n\nHal ini dinyatakan sedemikian atas beberapa perkara yang diteliti antaranya seperti:\n\nPil Norethisterone (Primolut-N) disarankan untuk dimakan bermula dari hari ke-5 haid datang\u00a0atau 7 \u2013 10 hari sebelum anggaran tarikh datang haid yang akan datang.\n\nIa perlu diambil sebiji sebanyak 3 kali sehari selepas makan secara berterusan sehinggalah pulang daripada mengerjakan haji atau umrah.\n\nKesan sampingan biasa yang boleh berlaku\n\nDari segi kesihatan, pil perancang memang selamat untuk digunakan namun ia tentunya memberi kesan sampingan kepada sesetengah wanita pada keadaan tertentu.\n\nBerikut ini adalah antara kesan sampingan yang pada umumnya berlaku pada wanita. \n\nLaporan menunjukkan bahawa 50% pengguna pil perancang biasanya akan mengalami pendarahan vagina di luar tempoh haid itu sendiri. \n\nPenyebabnya adalah kerana tubuh bereaksi dengan kesan pil perancang tetapi cuba untuk menyesuaikan diri dengan kadar hormon yang berbeza.\n\nPendarahan ini biasanya akan berlaku secara on-off selama 3 bulan dan ketika itu pil perancang masih efektif untuk digunakan. \n\nPenting untuk kita pastikan pengambilannya yang betul dan jangan tinggalkan apa-apa dos yang sepatutnya. \n\nSekiranya dalam masa 5 hari masih berlaku pendarahan ringan atau dalam masa 3 hari pendarahan teruk, disarankan untuk dapatkan nasihat dari doktor. \n\nAda juga sesetengah wanita yang mendapat kesan missed period atau langsung tidak datang haid pada waktu yang sepatutnya.\n\nJika ada pun, darah hanya keluar beberapa titik atau sangat sedikit. Berkemungkinan ianya ada kaitan dengan pil perancang yang kita ambil.\n\nApa-apa pun dapatkan nasihat daripada doktor tentang masalah haid tidak normal dari biasa ini. \n\nLoya dan mual sering dikaitkan dengan pengambilan pil perancang yang pertama. \n\nKombinasi makan pil perancang dengan sedikit makanan atau ketika masuk tidur mungkin dapat membantu mengatasi masalah ini.\n\nPayudara membengkak dan besar kerana pengambilan pil hentikan haid? Memang sesetengah wanita akan merasainya dalam beberapa minggu pertama pengambilan ubat.\n\nSekiranya ia berlaku, pastikan anda mengurangkan pengambilan kafein dan garam, serta pakai juga saiz bra yang bersesuaian untuk memberi sokongan yang betul.\n\nSetiap jenis pil dan dos hormon tertentu yang terkandung di dalamnya boleh memberi simptom sakit kepala yang berbeza.\n\nHal ini tidak terkecuali bagi pil perancang kerana ubatan yang berkaitan dengan hormon seks boleh memberi kesan kepada sakit kepala atau migrain. \n\nSebahagian wanita ada mengalami masalah gangguan emosi disebabkan perubahan hormon setelah mengambil pil perancang.\n\nBahkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan intim juga terjejas oleh kerana kurangnya lendiran atau discaj pada vagina.\n\nKesan berikutnya adalah discaj seperti keputihan atau lendiran boleh bertambah atau berkurang berbanding hari-hari biasa. \n\nMasalah ini tidaklah berbahaya, hanya sahaja ia memberi kesan tidak selesa kepada seseorang wanita itu.\n\nSelain dari pil hentikan haid di farmasi ini, anda juga boleh baca artikel tentang kesihatan wanita yang lain seperti:"
"Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, pastinya anda sentiasa mencari ilmu keibu bapaan dan banyak membaca tentang bayi dan kesihatan bayi. Salah satu daripada ilmu yang anda wajib tahu ialah tentang suhu badan bayi. Apakah suhu normal tubuh badan seorang bayi? Apakah suhu badan apabila bayi anda demam? Dan yang paling penting bagaimanakah cara untuk mengukur suhu badan bayi dengan tepat.\n\nAdalah sangat penting untuk anda memahami perkara ini dengan tepat supaya anda tidak salah mendiagnos bayi anda yang sedang meragam. Ada masanya bayi anda meragam namun tidak demam, dan ada masanya bayi anda nampak normal namun yang sebenarnya suhu bayi anda terlalu tinggi dan hampir mencecah 40 darjah celcius yang sangat bahaya bagi seorang bayi.\n\nApakah suhu normal tubuh badan seorang bayi?\n\nSecara amnya, suhu tubuh badan seorang bayi yang sihat dan tidak mengidap sebarang penyakit ialah dalam anggaran 36.6 sehingga 37 darjah celcius.\u00a0Bayi anda berada dalam keadaan kesejukan jika suhu badannya adalah dibawah 36.6 darjah celcius dan anda anda sedang demam jika suhu badannya lebih tinggi daripada 38 darjah celcius.\n\nWalau bagaimana pun, anda harus tahu bahawa suhu tubuh badan bayi anda boleh berubah bergantung kepada keadaan seperti:\n\nPada suhu berapakah bayi anda dikira sebagai sedang demam?\n\nSeperti yang kami nyatakan di atas, bayi anda dianggap sebagai sedang demam apabila tubuh badannya mencatatkan suhu setinggi 38 darjah celcius dan lebih. Adalah sangat bahaya jika suhu badan bayi anda mencecah 40 darjah celcius kerana boleh menyebabkan bayi anda mengalami sawan dan merosakkan otaknya. Malah demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kematian.\n\nOleh itu, jika anda merasakan bahawa badan bayi anda panas daripada biasa, segera dapatkan suhu badan bayi anda bagi memastikan adakah si comel anda sedang demam atau tidak. Jika anda tidak dapat menyukat suhu badan bayi anda dengan segera, anda juga boleh memerhatikan tanda-tanda yang berikut:\n\nJika anda anda sedang demam, pastikan anda selalu memantau suhu bayi anda agar tidak terlalu tinggi. Pastikan juga bayi anda tetap aktif dan masih menyusu seperti biasa. Adalah sangat penting untuk anda memastikan suhu bayi anda tidak melebihi bacaan yang berikut:\n\nPergi ke klinik dengan segera sekiranya suhu badan bayi anda melebihi bacaan yang kami nyatakan di atas untuk medapatkan pemeriksaan dan rawatan.\n\nApakah cara untuk mengukur suhu badan bayi anda dengan tepat?\n\nTerdapat pelbagai cara untuk mengukur suhu badan manusia, namun tidak semuanya adalah tepat. Kemungkinan berlaku sedikit ralat dan anda tidak akan mendapat bacaan suhu yang tepat. Cara untuk mengukur suhu badan bayi dengan tepat ialah dengan menggunakan termometer. Jika diperhatikan, terdapat pelbagai jenis termometer yang dijual di pasaran seperti:\n\nTermometer digital adalah lebih baik daripada termometer merkuri kerana bacaan termometer digital adalah lebih tepat dan ianya lebih selamat berbanding termometer merkuri yang boleh pecah jika jatuh lalu menyebabkan berlakunya kebocoran merkuri. Apabila berlaku kebocoran merkuri, rumah anda perlu dibersihkan oleh pihak bomba dengan sempurna. Anda tidak boleh membersihakan merkuri dengan sendiri.\n\nSelain itu, termometer digital juga ada pelbagai jenis di mana ia boleh diletakkan di dahi, celah ketiak, telinga, mulut, rektum, dan sebagainya. Untuk makluman anda, termometer yang dimasukkan ke dalam rektum atau dubur bayi anda adalah termometer dengan bacaan terbaik kerana suhu didalam rektum memberikan bacaan tubuh badan yang paling tepat. Berikut adalah cara menggunakan termometer rektum:\n\nItulah dia info tentang suhu normal bayi serta suhu demam dan cara sukat suhu badan bayi dengan tepat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang cara banyakkan susu badan dan simpton bayi berak berdarah"
"Kenali punca batu karang dan tanda tanda awal batu karang yang boleh kita perhatikan.\n\nBatu karang membawa maksud batu yang terbentuk di dalam saluran pembuangan air kencing iaitu daripada buah pinggang hinggalah ke bahagian pundi kencing.\n\nTetapi dalam istilah perubatan, nama penyakit tersebut berbeza-beza dan mempunyai simptom dan tempat kesakitan yang berbeza bergantung kepada lokasi batu tersebut.\n\nJika batu itu berada di buah pinggang, istilah perubatan untuk penyakit tersebut adalah\u00a0nephrolithiasis. Jika ia berada di dalam saluran ureter iaitu saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing, ia dinamakan sebagai\u00a0ureterolithiasis. Tetapi semua istilah ini boleh di umumkan dengan menamakan penyakit tersebut sebagai\u00a0urolithiasis. Iaitu batu di dalam saluran pembuangan air kencing.\n\nTerdapat 4 jenis batu karang iaitu:\n\nTerdapat pelbagai punca berlakunya penyakit batu karang. Di antara punca yang telah dikenal-pasti ialah:\n\nKurang minum air merupakan salah satu penyebab terhasilnya batu ini. Jika seseorang itu kurang minum air, ia akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing. Perkara ini akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat. Air kencing akan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik\n\nGaram dapur yang mengandungi kandungan natrium yang tinggi boleh menyebabkan pembentukkan batu karang. Natrium yang tinggi akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan menjadi punca pembentukan batu karang.\n\n3. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan\n\nApabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga akan diuraikan melalui proses perkumuhan. Produk terakhir Vitamin C adalah kompaun oxalate yang akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.\n\n4. Makanan yang tinggi dengan lemak omega 6\n\nMakanan yang tinggi kandungan omega 6 seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh menyebabkan terbentuknya batu karang. Ini kerana kajian menunjukkan lemak jenis ini boleh meningkatkan penyingkiran oxalate ke dalam air kencing dan mengurangkan penyingkiran citrate ke dalam air kencing.\n\n5. Penyakit metabolik yang menyebabkan kalsium tinggi dalam badan\n\nHypercalciuria adalah salah satu punca lain yang menyebabkan pembentukan batu karang. Hypercalciuria bermaksud seseorang itu mempunyai kandungan kalsium yang banyak dalam air kencing. Ia boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti pengambilan kalsium yang banyak daripada pengambilan supplement kalsium yang berlebihan, penyerapan kalsium yang banyak daripada tulang ke dalam darah, dan sebagainya.\n\nAnda dah tahu apakah punca penyakit batu karang. Sekarang kami akan kongsikan pula tanda-tanda batu karang yang mungkin anda tidak sedari. Di antara tanda batu karang ialah:\n\nBatu karang yang bergerak melalui ureter dan tersekat akan menyebabkan saluran ureter mengembang dan menjadi punca sakit belakang yang teruk.\u00a0Pesakit akan merasa sakit belakang di bahagian kiri atau kanan badan. Rasa sakit tersebut bergantung kepada tempat di mana batu karang itu berada.\n\n2. Sakit di sisi, dibawah tulang rusuk\n\nBiasanya terjadi apabila batu dah besar dan menyekat aliran air kencing. Sakitnya boleh sampai ke telur zakar bagi lelaki. Kadang-kadang boleh rasa sakit itu bergerak ke depan apabila batu ditolak oleh air kencing. Ramai orang yang menghidap batu karang mengatakan sakit yang teramat sakit.\n\nKencing kotor juga merupakan salah satu daripada petanda anda mempunyai masalah batu karang. Kencing kotor datang dalam pelbagai simptom seperti kencing tak lawas, kencing yang terlalu kerap, air kencing menjadi keruh, air kencing berbuih, air kencing berbau busuk, dan kegagalan untuk mengawal aliran air kencing.\n\n4. Sakit ketika buang air kecil\n\nSelain daripada 3 tanda di atas, tanda lain bagi penyakit batu karang ialah sakit ketika membuang air kecil. Anda akan merasa pedih dan terbakar setiap kali air kencing keluar.\n\nKencing berdarah bukanlah sesuatu yang patut dipandang ringan. Kencing berdarah boleh menjadi petanda pelbagai jenis penyakit dan salah satu daripadanya ialah batu karang.\n\nLoya dan muntah juga merupakan tanda anda mengidap batu karang.\n\nSelain kencing kotor dan kencing berdarah, kencing bernanah juga merupakan tanda anda mempunyai masalah batu karang.\n\nKesukaran untuk membuang air kecil bukanlah sesuatu yang normal dan ia boleh menjadi petanda anda mempunyai batu karang.\n\nDemam menggigil juga merupakan antara tanda anda mengalami masalah batu karang. Anda akan demam secara tiba-tiba dan menggigil dengan kuat.\n\nKehadiran batu karang dalam tubuh badan akan menyebabkan badan menjadi lemah, muka kelihatan pucat dan kulit menjadi kering. Adakalanya badan anda juga akan bengkak-bengkak terutama pada bahagian muka.\n\nBatu karang yang tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan berlakunya komplikasi seperti\n\nItulah dia punca berlakunya batu karang dan tanda-tanda yang perlu anda perhatikan. Semoga perkongsian kami pada kali ini bermanfaat buat anda."
"Tugas seorang suami mithali yang soleh adalah untuk membimbing isterinya ke syurga. Cara terbaik untuk seorang isteri ke syurga adalah dengan taat kepada suami. Tetapi sayang, di zaman teknologi serba canggih ini semakin ramai isteri derhaka pada suami tanpa rasa bersalah.\n\nRasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA bermaksud: \u201cAku pernah bertanya kepada Baginda: \u201cSiapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?\u201d Baginda menjawab: \u201cOrang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.\u201d Kemudian aku bertanya lagi: \u201cDan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?\u201d Baginda menjawab: \u201cOrang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.\u201d -{Riwayat Bazar dan Al-Hakim}\n\nAwas! Isteri Tidak Boleh Amalkan 6 Tabiat Ini\n\n1: Jangan menghina dan mengumpat suami di depan orang lain\n\nSuami juga seorang manusia biasa. Sebagai manusia mana mungkin tidak lepas dari kesilapan. Jika suami ada silap, pastinya anda juga sebagai isteri ada silap. Menghina suami di depan orang lain sama seperti menghina diri sendiri. Mengumpat suami di depan orang lain sama seperti mengumpat diri sendiri. \n\nTidak perlulah menghina dan mengumpat suami kerana itu hanya akan menunjukkan anda seorang isteri yang kurang baik kerana sengaja membuka aib rumahtangga sendiri di sana sini.\n\n2: Jangan meninggi suara dan mengherdik suami\n\nSeorang wanita Allah SWT ciptakan dengan sifat yang lembut dan penyayang. Suara wanita juga tidaklah sekeras lelaki. Suara wanita dengan nada yang rendah merupakan senjata yang paling ampuh untuk meruntuhkan ego lelaki. \n\nMaka rendahkahlah suara itu. Bercakaplah dengan lembut dengan suami. Tidak usahlah meninggi suara dan mengherdik suami kerana itu akan hanya menimbulkan rasa benci dan tidak senang suami ke atas anda.\n\n3: Jangan keluar rumah sesuka hati tanpa izin suami \n\nSebelum berkahwin menjadi tanggungjawab seorang bapa untuk mengawal pergerakan seorang perempuan. Setelah berkahwin tugas menjaga batasan seorang perempuan itu akan di ambil alih oleh suaminya. Sebelum berkahwin boleh hormat dan minta izin daripada ayah sebelum keluar rumah, mengapa setelah berkahwin dengan sengaja ke sana sini sesuka hati.\n\nKeluar rumah sesuka hati tanpa kebenaran suami adalah salah di sisi agama Islam. Hukum untuk seorang isteri keluar rumah tidak dengan izin dan restu suami adalah haram hukumnya. Maka sebelum ke mana-mana beritahulah suami dan mohonlah restunya terlebih dulu.\n\n4: Jangan mendoakan kecelakaan buat suami\n\nSubhanallah! Mengapa hingga tahap mendoakan kecelakaan buat suami. Jika benar suami ada melakukan kesalahan tetapi sebagai isteri kita tidak boleh mendoakan kecelakaan untuknya. Tugas isteri adalah untuk memberikan rasa tenang kepada suami bukan sebaliknya.\n\nSuami adalah ketua keluarga yang memikul tanggungjawab. Isteri pula adalah si penjaga amanah suami sepanjang ketiadaannya. Maka sentiasalah berdoa yang baik-baik supaya rumahtangga sentiasa selamat dan bahagia. \n\nSetiap pasangan ada perbezaannya. Kerana itu setiap suami isteri akan saling melengkapi. Ada benda yang suami suka isteri benci. Ada juga perkara yang isteri gemar tetapi suami meluat. Itu semua perkara biasa. \n\nJika suami sukakan sesuatu apa salahnya untuk menyokong. Jika tidak boleh memberi sokongan sekalipun, janganlah pula terus menolak. Cuba dulu untuk jatuh suka dan jika benar tidak boleh biarkan sajalah suami dengan kegemarannya itu. Yang penting, ianya tidak salah di sisi agama. Lainlah jika suami gemar untuk punya isteri lebih, hmmm itu bolehlah dibawa berbincang sehabis daya sebelum memberi apa-apa persetujuan.\n\n6: Jangan menjadi tekanan kepada suami \n\nIsteri itu penyejuk mata. Isteri itu juga pelembut hati. Seorang isteri yang solehah akan sentiasa menjaga perilakunya. Isteri mithali yang tidak derhaka ini juga akan berusaha untuk memenangi hati suaminya. \n\nBila suami pulang dari kerja dalam keadaan letih, layanlah mereka dengan baik. Sediakanlah minuman dan pamerkanlah diri dalam keadaan yang bersih terurus. Jangan sesekali menjadi tekanan kepada suami dengan meminta yang bukan-bukan. Jika suami tidak mampu, bersyukurlah dengan apa yang ada. \n\nIsteri Derhaka Pada Suami, Tempatnya Adalah Neraka Jahanam\n\nDalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud \u201cKebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.\u201d Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: \u201cMengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?\u201d Baginda menjawab: \u201cTidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.\u201d -{HR Muslim}\n\nIngatlah wahai para isteri. Seorang suami adalah insan yang mempunyai hak ke atas isterinya selagimana beliau tidak berbuat zalim. Sentiasalah mengingati segala kebaikan yang telah pernah diperbuat oleh suami. \n\nSelalulah juga menginsafi kesilapan yang telah dilakukan ke atas suami. Mohonlah keampunan dan sayangilah suami sepenuh hati untuk selamat di dunia dan juga di akhirat."
"Selepas bersalin, pelbagai dugaan yang perlu dihadapi oleh si ibu. Banyak perkara yang perlu dipantang dan dijaga dengan teliti. Sekiranya tidak dijaga, kemungkinan akan mendatangkan parah pada si ibu itu sendiri.\n\nSakit selepas bersalin tidak patut diambil ringan. Selepas bergelut dengan nyawa untuk melahirkan anak, si suami perlu menjaga isteri selepas bersalin dengan baik. Pengorbanan si isteri perlu dihargai.\n\nApabila berpantang, banyak masalah yang timbul dan tidak dapat dielakkan. Tetapi setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Apakah jalannya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 masalah ketika berpantang dan petua mengatasinya. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah ibu pada 4 hero. Seorang ibu yang bekerja dari rumah. Parenting & Education Blogger. Founder of Ibudoakan TeamIDK. Master Tasneem Naturel dan suka bermain dengan anak \n\nAda beberapa sebab penyebab kepada sakit atau pening kepala ini. Antaranya ialah kurang tidur kerana menyusu bayi, kesan selepas bersalin atau suhu badan yang turun naik. Jika kurang tidur anda boleh gunakan petua nenek ini. Ambil buah limau nipis atau limau kasturi, potong ia dan basahkan ke kulit kepala,biarkan sehingga kering kemudian baru di cuci.\n\nLakukan sebelum mandi pagi. Ibu biasanya akan buat ini sebelum bertungku. Selesai bertungku air limau nipis tadi dah kering dan boleh terus mandi. Jika sakit kepala kerana suhu badan, ikat rambut anda ketat- ketat dan tinggi- tinggi. Cara demikian menyebabkan muka anda turut tegang dan dapat menghindarkan sakit kepala.\n\nKeadaan ini pasti dirasai oleh ibu bersalin kerana telah menggunakan banyak tenaga semasa bersalin, menyusu dan menjaga anak. Oleh sebab itu, para ibu bersalin \u00a0dinasihatkan banyak berehat,\u00a0makan suplemen selepas berpantang\u00a0atau jamu, makan dan minum dengan secukupnya. Anda juga perlu berurut untuk melegakan ketegangan, dapatkan tidur yang mencukupi serta lain -lain penjagaan kesihatan.\n\nIbu yang kurang tidur kerana sering berjaga malam bagi melayan ragam anak yang baru lahir akan memberi kesan pada diri terutama bengkak pada bawah mata. Untuk menghilangkan kesan itu, sapu kulit limau nipis atau kulit timun pada bawah mata, setelah itu baru dicuci. Petua nenek pula ialah gunakan bahagian dalam kulit telur dengan cara mengambil lendirnya dan sapu pada bawah mata yang bermasalah itu.\n\nIbu yang selepas bersalin akan mengalami muka pucat dan kusam. Petua nenek senang je, gunakan bedak ramuan istimewa. Ambil secawan beras dan 1 inci kunyit, dibersih dan dikisar atau ditumbuk dengan lumat. Kemudian dibancuh dengan air suam sehingga ia menjadi pekat seperti bedak sejuk. Amalkan sapu 2 kali sehari pada muka dan leher, inshaAllah muka tidak pucat atau kusam lagi.\n\nAnda juga boleh makan nasi berulamkan kunyit muda. Ulam kunyit bukan sahaja baik untuk mengelakkan wajah pucat, bahkan kulit muka akan kemerah merahan.\n\nSekiranya para ibu kurang menjaga kebersihan, kemungkinan akan dijangkiti gatal gatal pada vagina yang luka. Bagi mengatasi gatal -gatal pada vagina, nenek sarankan petua berikut:\n\nSakit payudara akibat bengkak susu memang menyakitkan. Si ibu pula mungkin akan diserang demam atau buah dada menjadi keras. Cara senang mengatasi bengkak buah dada ialah dengan menuam tempat bengkak dengan tuala yang telah direndam dengan air suam.\n\nPetua nenek ialah mengambil sarang tebuan tanah iaitu sarang yang dibuat dari tanah dan campurkan dengan air asam jawa dan air. Setelah itu sapukan pada buah dada beberapa kali sehingga hilang rasa sakit.\n\nAda banyak cara untuk mengatasi masalah ini seperti gunakan\u00a0milkbooster semulajadi. Petua nenek pula ialah minum air lobak putih yang dicampur dengan segelas air suam. Minum air lobak itu 2 kali sehari. Petua lain makan ulam pucuk kaduk yang direbus.\n\nSelain bertungku, bersalai dan memakan jamu atau suplemen, ada cara lain yang dipetuakan oleh nenek iaitu\u00a0ambil 2 atau 3 biji buah manjakani. Rendam dalam air panas sehingga lembut. Kemudian gentel halus kira kira sebesar biji kacang dan telan.\n\nAmalkan pagi dan petang. Selain makan buah manjakani juga boleh ditumbuk lumat dan bancuh dengan air dan sapu pada ari- ari sehingga sekeliling bahagian belakang dari pinggang hingga ke punggung.\n\nUntuk mengempiskan perut petua nenek ialah tumbuk sehingga lumat dua sudu besar lada hitam. Campur dengan ragi tapai dan kemudian digaul pula dengan cuka dan sedikit air asam jawa. Setelah semuanya sebati sapukan dada perut dan pinggang kemudian balutlah dengan bengkung. Amalkan setiap pagi selepas bertungku.\n\nJika ibu- ibu merasa sakit pada ari -ari selepas bersalin, amalkan meminum air panas sebaik sahaja merasa sakit. Sebaiknya campurkan sedikit dengan madu asli. Air panas dapat memecah angin dan mencairkan darah beku. Dapatkan\u00a0set\u00a0bersalin\u00a0yang mampu memberi tenaga untuk berdepan dengan semua masalah ini.\n\n*Petua orang dulu-dulu banyak gunanya. Sebelum zaman teknologi, petua ini yang diamalkan turun temurun, ia bukan sahaja dapat merawat tetapi dapat menyihatkan tubuh badan kerana menggunakan herba yang bagus. Ia juga dapat mengembalikan semula tubuh badan yang ramping dan cantik.\n\nWalaubagaimanapun, jangan lupa untuk ikuti jadual dengan doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis baca artikel asal di sini."
"Resepi kali ini sangat mudah. Boleh dijadikan kudapan ringan waktu petang mahupun biskut raya. Kali ini ialah perkongsian resepi kuih kasturi, siapa peminat kuih kacang hijau atau dikenali sebagai kuih kasturi ini?\n\nKuih kasturi diperbuat menggunakan kacang hijau yang direbus lembut bersama gula dan digaul dengan kelapa. Bancuhan tepung salut membuat kuih kasturi rangup di luar selepas digoreng.\n\nSesiapa yang suka kacang hijau mesti suka kuih kasturi. Kuih kasturi terbaik untuk dijadikan camilan keluarga bahkan dijual juga ramai peminatnya.\n\nTanpa tunggu mari lihat resepi kuih kasturi yang dikongsikan Yayang Waniey di laman Facebook. selamat mencuba.\n\nResepi Kuih Kasturi @ Kacang Hijau Sedap\n\nNota : Penting kuali kena cuci betul-betul bersih supaya tidak melekat. Kalau kuali bersih kacang akan turun sendiri dalam minyak. Kalau tidak turun curah minyak atas kacang, baru tolak masuk dalam minyak. Pastu alihkan perlahan-perlahan sampai masak.\n\nSelain resepi kuih kasturi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Setiap pasangan inginkan sebuah keluarga yang bahagia. Kedatangan seorang ahli baru dalam keluarga mengundang kebahagian kepada keluarga tersebut. Hamil, memang impian setiap wanita untuk menambah ahli baru dalam keluarga. Ia bagaikan sebuah perasaan bahagia yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.\n\nApabila sudah hamil, semestinya aktiviti harian akan berubah dan lebih berhati-hati semasa melakukan aktiviti. Tetapi hamil tidak menghalang untuk melakukan aktiviti seperti menjalankan tugas sebagai seorang isteri. Cuma perlu lebih berhati-hati.\n\nRamai ibu hamil di luar sana yang mengalami ketegangan perut. Ia mengudang rasa bimbang dan takut pada ibu mengandung. Apakah punca berlaku ketegangan perut?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 sebab perut menegang semasa hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n7 Sebab perut menegang semasa hamil\n\nBerikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :\n\n3. Semasa senaman atau membawa barang berat\n\n6. Semasa atau selepas hubungan seks\n\nCara menangani perut mengeras semasa hamil\n\n3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)\n\n4. Buang air kecil dengan kerap\n\n5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan\n\nBraxton\u2019s Hicks atau nama popular bagi orang melayu adalah \u201dkekejangan perut\u201d atau \u201dkontraksi\u201d. Ia merupakan salah satu tanda kehamilan yang kerap berlaku pada bakal ibu apabila usia kandungannya semakin meningkat terutama ketika di trimester ketiga.\n\nMesti sahabat-sahabat tertanya-tanya macam mana rasanya apabila BH ni terjadi. Nak tau ke? Okay, saya cuba cerita serba sikit. Bukan niat nak takut-takutkan ke apa, hanya sekadar berkongsi pengetahuan dengan sahabat-sahabat yang masih bujang dan sebagai persediaan awal buat bakal ibu. Sama-sama kita berkongsi.\n\nSesetengah bakal ibu tak merasai BH ni, dan sesetengahnya pula dapat merasainya seawal minggu ke 30 dan pada bakal ibu seperti saya pula sepatutnya rasa bertuah dapat merasainya, (walaupun sakit) kerana hikmah disebalik sakit BH ni terlalu banyak.\n\nSemasa BH ni terjadi, perut menjadi tegang dan keras dan kadang-kadang ia menyakitkan dari tengah perut hingga ke ari-ari dan kadang-kadang ia disusuli dengan kekejangan kaki dan sakit dibahagian pinggang. Itu lah yang kerap saya rasai sejak 4 hari lalu.\n\nBiasanya BH ni akan dirasai apabila bayi bergerak aktif, ketika mengangkat berat, mengurut perut atau \u201ddehidrasi\u201d (kurang air dalam badan). Kalau saya, paling kerap terasa ketika baby bergerak aktif. Kadang-kadang tu, perut dah keras pun masih rasa baby tendang dan bergerak. Alhamdulillah baby saya semakin aktif saban hari dan senang kata setiap jam pasti akan terasa pergerakannya.\n\n*Perut menegang adalah perkara biasa yang dihadapi oleh ibu-ibu hamil di luar sana. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melakukan aktiviti seperti mengangkat berat. Perbanyakkan rehat lebih-lebih lagi usia kandungan mencecah trimester ketiga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kuala Kangsar merupakan Bandar diraja. Bila sebut Kuala Kangsar pasti terbayang keunikan tembikar dan labu sayung yang banyak terdapat di sana. Tahukah anda, selain labu sayung, terdapat banyak lagi tarikan di sana. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Kuala Kangsar yang tak ramai orang tahu.\n\nIstana Kenangan Bukit Chandan lebih dikenali sebagai Muzium Diraja Kuala Kangsar. Istana ini telah dijadikan sebagai Tapak Warisan Sejarah. Istana Kenangan merupakan kediaman sementara Sultan Iskandar Shah. Mengikut sejarah, istana ini dibina tanpa sebarang paku sebaliknya menggunakan kayu dan pisang sesikat. Istana Kenangan juga dikenali sebagai Istana Kuning kerana warna cat pada dinding-dinding istana tersebut.\n\nAlang-alang melawat Istana Kenangan Bukit Chandan, anda boleh terus melawat Masjid Ubudiah. Juga terletak di Bukit Chandan, masjid ini merupakan di antara masjid yang paling cantik di Malaysia. Senibina masjid ini mempunyai pengaruh \u2018Saracenic\u2019 iaitu Islam-India.\n\nMasjid Ubudian Bukit Chandan dibina oleh arkitek Inggeris pada tahun 1910 semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I. Ia \u00a0berbentuk segi lapan dan mempunyai 4 buah menara yang tinggi. Apabila anda masuk ke dalam masjid ini, anda pasti terpesona melihat lantai dan dindingnya yang diperbuat daripada batu marmar berwarna merah dan putih. Terdapat makam diraja disebelah masjid ini.\n\nGaleri ini terletak di seberang jalan Masjid Ubudiah. \u00a0Ia dibina dengan tujuan untuk memberikan orang awam pengetahuan yang lebih mendalam tentang kehidupan seorang Sultan. Sebelum dijadikan sebagai galeri, ia merupakan tempat kediaman Sultan Idrus Murshidul Adzam Shah I yang memerintah sekitar tahun 1887-1916.\n\nDi sini terdapat \u00a0barang-barang yang pernah dimiliki oleh Sultan Azlan Shah. Senireka galeri ini mempunyai pengaruh Acheh dengan penggunaan bumbung-bumbung yang berbentuk piramid. Terdapat juga \u00a0pengaruh India yang boleh dilihat dengan pembinaan dome di kedua-dua menara bangunan.\n\nSungai Perak merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia. Sungai ini mengalir sepanjang 400km dari Hulur Perak hingga ke Bagan Datoh, Selat \u00a0Melaka. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan di sungai ini ialah memancing, menyelam dan berenang. Terdapat perlbagai jenis ikan yang terdapat dalam sungai seperti lampam, sebarau, tilan, tongsan dan lain-lain.\n\nSelain itu, anda juga boleh menyusuri Sungai Perak dengan bot untuk melihat pemandangan indah yang terdapat di sekeliling Sungai Perak.\n\nAnda boleh nikmati deretan bangunan kedai lama yang terdapat di Pekan Kuala Kangsar. Jika anda hantu laksa dan cendol, jangan lupa untuk makan di sini. Laksanya memang superb.\n\nJuga dikenali sebagai Kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah ini mempunyai ramai alumni yang mempunyai status yang elit seperti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dato\u2019 Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Dato\u2019 Hussein. Sekolah ini merupakan asrama penuh lelaki dan hanya dihadiri oleh pelajar lelaki Melayu yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sekolah rendah.\n\nSekolah ini juga mempunyai reputasi yang tinggi dalam bidang sukan, terutamanya ragbi dan bola keranjang.\n\nPavilion Tower Kuala Kangsar merupakan anglung tiga tingkat yang dibina pada tahun 1930 dan terletak di hadapan Malay College Kuala Kangsar. Anglung ini asalnya digunakan oleh keluarga Sultan untuk menonton permainan polo. Sekarang, ia dijadikan sebagai tempat bersejarah dan tarikan pelancong di Kuala Kangsar.\n\nTerletak di Kuala Dal, Masjid Ihsaniah Iskandariah merupakan masjid yang penuh keunikan. Dinding pada seni bina ini berasaskan anyaman buluh minyak dan masjid ini juga tidak menggunakan sebarang paku semasa pembinaannya. Ia juga mempunyai seni ukiran cantik iaitu ukiran sekumtum bunga tikam seladang sebagai hiasan dinding masjid ini.\n\nPusat kraftangan ini terletak di tebing Sungai Kuala Kangsar. Anda boleh melihat hasil kraftangan dari tembikar dan membeli cenderamata untuk kenang-kenangan di sini. Selain barangan hasil tembikar, anda juga boleh membeli cenderehati dan kraftangan yang dibuat daripada mengkuang, rotan, seramik dan lain-lain.\n\nAnda juga boleh melawat galeri arkeologi yang terletak di Lenggong. Galeri arkeologi ini ditubuhkan pada 1999 dan mempamerkan pelbagai artifak-artifak yang dijumpai di sekitar Lembah Lenggong seperti alat-alat batu, rangka \u2018Perak Man\u2019 dan lukisan yang dilihat di dalam gua. Anda boleh membawa anak-anak anda untuk mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah zaman Paleolitik.\n\nBagi anda yang sukakan alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk singgag di Tasik Raban. Pemandangannya sungguh mengasyikkan. Sesuai untuk menghilangkan stress dan jika anda sukakan fotografi, anda pasti teruja dengan keindahan tasik ini. Jika anda ingin bermalam di sini, terdapat resort untuk anda.\n\nAsalnya, kilang Kicap Tamin ini diasaskan oleh seorang penduduk yang dengan modal RM10 sahaja. Hari ini, siapa yang tak kenal kicap Tamin? \u00a0Jika anda melawat kilang ini, anda akan mempelajari bagaimana proses penghasilan kicap dijalankan secara tradisional. Di situ juga terdapat bilik pameran yang mempamerkan produk-produk lain yang dihasilkan selain dari kicap iaitu sirap, sos dan lain-lain.\n\nItulah dia 12 tempat menarik di Kuala Kangsar yang ingin kami kongsikan pada kali ini. Menarik kan? Jom melancong ke sana.\n\nAnda suka senarai yang dikongsikan di atas? Selain tempat menarik di Kuala Kangsar, kami juga menulis tempat menarik lain di Malaysia. Jemput baca. Jangan lupa untuk share dan komen ya di bawah."
"Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan cahayamata bagi menyerikan lagi istana cinta yang dibina. Tak kisah sama ada anda merancang untuk mengandung kemudian kerana mahu berbulan madu sepuasnya dahulu atau pun mahu terus mencuba untuk mengandung, pastinya anda dan pasangan akan berasa sangat teruja apabila disahkan mengandung.\n\nApabila anda disahkan mengandung, adalah sangat penting untuk anda menjaga kandungan, terutamanya sekiranya ini adalah kandungan pertama anda. \n\nDi antara perkara yang perlu anda titik-beratkan ialah dari segi pemakananan. Amalkan makanan yang seimbang dan seeloknya elakkan makanan yang menyebabkan keguguran.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan makanan yang boleh menyebabkan keguguran? Ia adalah makanan yang boleh menyebabkan rahim anda menjadi lemah lalu tidak dapat menampung kandungan anda lalu berlakunya keguguran. Dari segi perubatan moden, mungkin para doktor tidak bersetuju bahawa ada makanan yang boleh menyebabkan keguguran.\n\nNamun menurut nenek moyang kita dan orang lama, ada sesetengah makanan boleh menyebabkan rahim anda menjadi lemah lalu menyebabkan keguguran. \n\nLazimnya makanan yang dikaitkan dengan keguguran adalah makanan yang panas, sejuk, tajam, dan berbisa. Tak salah kalau kita dengar nasihat orang lama yang terlebih dahulu makan garam daripada kita. Betul tak? Jadi, apakah makanan yang menyebabkan keguguran yang seeloknya anda elakkan sepanjang mengandung?\n\nLazimnya makanan yang dikaitkan dengan keguguran adalah makanan yang panas, sejuk, tajam, dan berbisa. Tak salah kalau kita dengar nasihat orang lama yang terlebih dahulu makan garam daripada kita. Betul tak? Jadi, apakah makanan yang menyebabkan keguguran yang seeloknya anda elakkan sepanjang mengandung?\n\nAda penggemar peria di sini? Pasti ramai yang suka makan peria sebagai ulam untuk kekal awet muda. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya peria adalah di antara makanan yang seeloknya dielakkan oleh seorang ibu mengandung. Ini kerana di dalam peria terdapat sejenis bahan yang akan bertindak balas dengan hormon anda lalu menyebabkan berlakunya pendarahan.\n\nApabila pendarahan berlaku, rahim anda akan menjadi lemah lalu berpotensi untuk menyebabkan berlakunya keguguran. Jika anda seorang pencinta peria, tak salah untuk anda makan. Namun pastikan anda tidak makan peria dengan kuantiti yang banyak.\n\nTidak dinafikan bahawa aloe vera merupakan sejenis tumbuhan perlbagai guna yang kaya dengan khasiat. Aloe vera digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan malah ianya dijadikan sebagai jus untuk tujuan kecantikan dan kesihatan. Namun bagi ibu mengandung, jus aloe vera boleh menjejaskan kandungan. Bagaimana alor vera berpotensi untuk menyebabkan keguguran?\n\nDi dalam aloe vera terdapat sejenis bahan yang bernama Antrakuinon. Pengambilan Antrakuinon semasa mengandung boleh menyebabkan berlakunya kontraksi pada rahim anda lalu menyebabkan pendarahan dan berakhir dengan keguguran. \n\nMalah salah satu daripada fungsi jus aloe vera ialah untuk menurunkan tekanan darah. Oleh itu, jika anda mengamalkan jus aloe vera semasa mengandung dikhuatiri ia akan menyebabkan tekanan darah anda menurun lalu menjejaskan kandungan.\n\nTapai adalah pencuci mulut tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Siapa yang tak gemarkan tapai yang manis dan menyegarkan? Lagi sedap kalau disejukkan dalam peti ais. Segar sungguh rasa tekak, nak-nak lagi jika dimakan semasa cuaca panas. \n\nNamun tahukah anda bahawa tapai adalah makan yang panas dan berbisa malah boleh menjejaskan kandungan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah rahim lemah dan mempunyai sejarah keguguran.\n\nTapai dibuat dari pulut yang dimasak dan kemudiannya ditabur dengan ragi. Ragi yang dimasukkan ke dalam tapai tadi menjadi punca kenapa tapai adalah makanan yang panas dan berbisa. \n\nOleh itu, jika anda sedang mengandung, elakkan daripada makan tapai dalam kuantiti yang banyak. Jika anda teringin nak merasa, tak salah untuk anda menjamahnya bagi mengelakkan kempunan.\n\nSatu lagi makanan yang menyebabkan keguguran yang paling popular ialah nanas. Rasanya kebanyakan perempuan tahu akan hal ini. Nanas dikatakan sebagai sejenis makanan yang tajam dan digunakan untuk mencuci rahim. Ada yang menggunakan nanas muda untuk menggugurkan kandungan.\n\nOleh kerana nanas adalah makanan yang tajam, ia boleh menyebabkan berlakunya pendarahan semasa anda mengandung. Pendarahan semasa mengandung adalah keadaan yang tidak normal. Jika anda mengalami pendarahan semasa mengandung, segera pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriskaan lanjut.\n\nUntuk makluman anda, nanas juga sebaiknya dielakkan semasa anda sedang datang bulan. Ini kerana nanas yang tajam akan mencuci rahim anda lalu menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak daripada normal. \n\nIa juga boleh menyebabkan anda mengalami senggugut yang teruk. Oleh itu, jika anda sedang datang bulan atau mengandung, elakkan dari makan nanas. Terutamanya nanas muda.\n\nBiasanya lepas anda makan durian, badan akan berasa panas. Sampaikan anda perlu duduk depan kipas atau menurunkan suhu alat pendingin udara untuk menyejukkan semula badan yang kepanasan. \n\nIni adalah kerana durian merupakan sejenis buah yang panas. Ada petua untuk menurunkan suhu badan selepas makan durian iaitu dengan cara minum air kosong dari kulit durian.\n\nOleh kerana durian adalah sejenis buah yang panas, ia dikatakan masuk ke dalam kategori makanan yang boleh menyebabkan keguguran. Tidak bermakna anda langsung tidak boleh makan durian semasa mengandung, tapi elakkan daripada makan durian dalam jumlah yang banyak. Tak salah kalau anda makan seulas dua.\n\nItulah dia tadi info tentang makanan yang menyebabkan keguguran yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang pantang larang ibu mengandung tanda keguguran, dan tanda awal kehamilan"
"Kolesterol jahat sememangnya adalah musuh utama tubuh badan kita. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan, malah akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami masalah jantung yang boleh menyebabkan kematian. \n\nIstimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan kolesterol jahat dan cara menurunkan kolesterol jahat dalam badan.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kolesterol baik dan kolesterol jahat? Sebelum kita berbicara tentang cara menurunkan kolesterol jahat dalam badan, adalah sangat penting untuk kita mengetahui bahawa yang sebenarnya tak semua kolesterol memberikan kesan buruk kepada tubuh badan. Terdapat dua jenis kolesterol dan kedua-duanya mempunyai fungsi dan kesan yang berbeza kepada tubuh badan.\n\nJenis kolesterol yang pertama ialah kolesterol baik atau bahsa inggerisnya high density lipoprotein\u00a0atau HDL yang berfungsi untuk membawa kolesterol dalam darah kembali ke hati di mana kolesterol tadi akan diproses dan dikeluarkan semula dari tubuh badan. Kolesterol baik adalah baik untuk tubuh badan.\n\nJenis kolesterol kedua ialah kolesterol jahat atau bahasa inggerisnya low density lipoprotein\u00a0atau LDL . Ini adalah jenis kolesterol yang akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan dan ianya perlu dikawal. Di antara kesan kolesterol jahat kepada tubuh badan ialah:\n\nApakah cara menurunkan kolesterol jahat yang paling berkesan? Jika anda mempunyai masalah kolesterol, anda boleh berikhtiar untuk menurunkan paras kolesterol dalam badan dengan mengamalkan cara-cara yang berikut:\n\nMinyak kelapa dara adalah salah satu ikhtiar menurunkan paras kolesterol yang sangat berkesan. Ini kerana minyak kelapa dara sangat kaya dengan\u00a0asid lauric\u00a0yang membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam badan. Apabila paras kolesterol baik adalah tinggi, secara automatik kolesterol jahat akan semakin berkurangan dalam darah anda. Amalkan minum satu sudu minyak kelapa dara seriap pagi dan malam.\n\nCuka epal atau apple cider vinegar\n\nCuka epal atau apple cider vinegar adalah makanan yang sangat berkhasiat dan sangat baik untuk kesihatan. Mungkin ia paling popular untuk menurunkan berat badan, namun yang sebenarnya cuka epal juga boleh dijadikan sebagai salah satu ikhtiar untuk menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan. Bagaimana cara menurunkan kolesterol dengan menggunakan cuka epal?\n\nUntuk pengetahuan anda, selain menurunkan paras kolesterol, cuka epal juga berfungsi untuk merawat penyakit darah tinggi, gout, acid reflux, menurunkan berat badan, memutihkan gigi, dam sebagainya. Pendek kata, mengamalkan minum cuka epal setiap hari adalah sangat baik untuk kesihatan anda.\n\nTadi kami ada cadangkan anda menggantikan air suam dengan jus oren sekiranya anda tak mampu untuk menelan cuka epal dengan air suam. Kenapa kami masukkan jus oren dalam senarai cadangan? \n\nYang sebenarnya buah oren sangat membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ini kerana buah oren kaya dengan vitamin C,\u00a0folate\u00a0dan\u00a0flavanoids. Anda boleh makan sebiji buah oren setiap pagi dan malam. Atau boleh juga dijadikan sebagai jus, namun seeloknya elakkan daripada memasukkan gula kedalam jus anda.\n\nMungkin anda tak percaya bahawa bawang merah yang biasa kita gunakan dalam masakan setiap hari sebenarnya mampu menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh badan. Menurut kajian, bawang merah mempunyai kemampuan untuk membantu tubuh badan membuang kolesterol yang jahat dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan paras kolesterol baik. \n\nAnda boleh masukkan bawang merah dengan banyak kedalam masakan setiap hari. Atau boleh juga jadikan bawang sebagai ulam. Atau pun anda juga boleh buat jus bawang yang dicampurkan dengan sebiji madu dan minum sedikit demi sedikit sepanjang hari.\n\nSalah satu petua orang lama untuk menurunkan kolesterol dalam badan ialah dengan mengamalkan minum air rebusan biji ketumbar. Biji ketumbar ialah herba yang kebiasaannya ada di setiap dapur di Malaysia. Jika anda tidak kenal biji ketumbar, boleh pergi ke kedai runcit atau kedai india dan minta bungkuskan sedikit biji ketumbar. Cara menurunkan kolesterol menggunakan biji ketumbar adalah seperti berikut:\n\nApa yang menarik, amalan minum air rebusan biji ketumbar bukan sahaja dikatakan mampu membantu menurunkan kolesterol jahat dalam badan malah ia juga dipercayai dapat merawat\u00a0penyakit kencing manis. Cubalah!\n\nItulah dia tadi info tentang cara menurunkan kolesterol yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca kolesterol"
"Sandwich merupakan salah satu menu mudah yang menjadi kegemaran orang ramai untuk sarapan, bekalan dan sebagainya. Menu ini juga terkenal di kalangan yang nak turunkan berat badan. \n\nJadi di sini, kami kongsikan pelbagai resepi sandwich untuk dicuba. Tak lah bosan sangat kalau hari-hari kena hadap sandwich jer. Sebab apa? Sebab inti dan resepi nya dah lain kan. Tak lah asyik-asyik sandwich tuna.. sandwich sardin jer. Resepi sandwich ini dikongsikan oleh LailaLiyana Hassan . Sangat mudah difahami dan diikuti.\n\nSedia untuk dinikmati. Mudah dan pelbagai kan? Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Kuih Cara Berlauk ini dan resepi kami yang lain ya."
"Alangkah banyak keistimewaan yang diberikan Allah kepadamu, ayunya persis lambaian daun pada dinginnya malam. Gagahnya mampu menggoncang dunia. Kehormatan tidak patah dek keduniaan. Kerana dirimu wanita solehah hiasan dunia.\n\n\u201cwanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau.\u201d\n\nSeperti diketahui, tarikan seorang wanita solehah amat tinggi sehingga mampu untuk mengubah perkara yang besar. Kebijaksanaan seorang wanita dapat memberi kejayaan kepada dunia.\n\nSenyumanmu adalah penawar dan senyumanmu jualah racun berbisa. Wanitasalah satu faktor kejayaan bagi lelaki dan juga boleh menjadi virus kejatuhan seorang lelaki.\n\nLihat sahaja dalam aspek rumah tangga, pendidikan awal dirumah selalunya dititikberatkan oleh sang ibu, oleh kerana itu, anak-anak menjadi lebih erat dengan ibu mereka berbanding dengan ayahnya yang sibuk bekerja mencari rezeki sesuap nasi. Jika betul didikan yang diberi oleh ibu maka bergunalah anak-anaknya nanti pada suatu ketika pada masa hadapan.\n\nWanita solehah bakal bidadari syurga adalah seorang wanita yang menjaga kehormatannya kerana takutnya mereka kepada penciptanya Allah dengan sedaya upaya tidak melanggar perintah Penciptanya.\n\nWalaupun mereka perlu bersusah payah, lihat sahaja kepada wanita yang bersungguh-sungguh menutup auratnya daripada diperlihatkan oleh lelaki bukan muhrim, rela berpanas dan diejek oleh wanita moden, diketawa dipermain, mereka rela kerana panasnya dunia tidak mengapa asal tidak tersentuh dengan panasnya api neraka yang menunggu kerana mereka tahu dan memahami sesungguhnya kebahagiaan itu datang setelah kesusahan dilalui\n\nWanita yang mencintai ilmu akan sedaya upaya menggali hikmah disebaliknya, bukan sekadar menyusun dan menyimpan ilmu yang diperolehi pada diri sendiri tetapi dapat menebarkan ilmu yang dimiliki supaya dapat dijadikan ikutan wanita yang lain.\n\nWanita sanjungan penghuni langit tidak akan menunggu masa menentukan sesuatu dalam hidupnya yang akhirnya menyalahkan waktu tetapi menggunakan masa yang ada untuk berbuat beribu kebaikan dengan kelembutan, kesopanan, serta ketegaran yang dimilikinya agar mampu memberi kesan yang baik pada orang lain.\n\nMereka tidak hanya hidup didalam kesedihan berpanjangan bagaikan tiada harapan untuk hidup hanya mampu mengharungi kekecewaan semata, tetapi mereka akan berbahagia dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepada mereka tanpa meminta-minta yang berlebihan dan cemburu diatas kemewahan orang lain kerana mereka mengerti tiada gunanya hidup didalam kegelapan yang akhirnya akan jatuh pada sesuatu yang kelam dimana akan meleburkan mereka sendiri.\n\nSesungguhnya Allah telah menjadikan Asiah, isteri Firaun, sebagai teladan yang baik bagi kaum wanita mukminah. Hanya wanita yang bijak mampu menyedari mengenai hikmah ini iaitu wanita yang bakal menjadi bidadari penghuni syurga Allah S.W.T. Wallahualam."
"\u201cAllah mengikut sangkaan hambaNya.\u201d\n\nBerkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:\n\n\u201cAku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.\u201d \n\nFahami pesan Allah di dalam hadith Qudsi ini. Ianya juga banyak berkaitan dengan cara kita mendidik anak-anak kita baik di dalam hal akhlak mahupun pembelajaran dan juga aktiviti seharian.\n\nSangkaan ibu bapa terhadap anak-anak mereka adalah DOA YANG TIDAK TERLAFAZ.\n\nJika sangkaan anda terhadap anak anda adalah tidak baik, maka jangan hairan bila melihat itu yang terjadi.\n\nKadang-kadang sangkaan yang tidak baik ini tidak begitu nyata kepada kita. Namun, amat dirasai oleh anak-anak kita.\n\nBila mengalami sesuatu yang anda tidak suka mengenai anak-anak anda, tenangkan hati dan selami diri anda. Adakah suatu sangkaan yang tidak baik telah bersemadi. Jika ada, MAAFKAN DIRI dan BUANG dan GANTI dengan sangkaan yang baik. Kemudian BANTU anak untuk merasai lawan dari sangkaan yang tidak baik itu.\n\nContoh; Anda mendapati anak menipu. Mungkin di dalam diri anda ada kerisauan yang besar takut anak menipu. \n\nDan anda risau sangat sehingga anda menjadi tidak rasional. Lalu bila anda nampak perbuatan itu dilakukan oleh anak anda, terus anda bertindak kurang bijak dan diluar kawalan.\n\n#4 Betulkan anak \u2013 maafkan kesilapannya dan hukum berpatutan jika perlu(mulakan dengan nasihat)\n\n#5 BERSANGKA BAIKLAH anak boleh membetulkan diri"
"Jom cuba resepi muffin pisang gebu gebas. Muffin comel dibuat menggunakan pisang yang dilecek supaya muffin jadi lebih lembut.\n\nResepi yang dikongsikan oleh Roziati Abdul Rahman di laman Facebook ini gerenti jadi. Muffin pisang yang terhasil baik untuk makan sendiri atau dijual.\n\nRasa muffin lembut dipenuhi aroma pisang yang wangi sangat merangsang selera. Bentuknya yang menarik akan menarik hati siapapun yang melirik. Anak-anak mesti sangat suka makan muffin pisang ini. selamat mencuba.\n\nSelain resepi muffin pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Majoriti masyarakat mempunyai masalah yang sama iaitu sukar untuk menurunkan berat badan. Pelbagai cara yang dilakukan untuk menurunkan berat badan seperti mengambil pil kurus. Cara ini tidak bagus untuk menurunkan berat badan kerana ia akan memberi kesan sampingan kepada tubuh badan.\n\nCara yang sihat untuk menurunkan berat badan adalah dengan minum air kosong banyak-banyak. Minum air kosong perlu mengikut berat badan itu sendiri. Jangan minum air kosong terlalu sedikit atau terlalu banyak. Sekurang-kurangnya 6 hingga ke 8 gelas sehari. \n\nTetapi kita juga ingin mendapatkan khasiat yang cukup untuk tubuh badan kita. Air kosong memang bagus untuk hidrasi, tapi tidak salah kalau kita ingin menambahkan lagi khasiat dalam minuman dalam diet seharian kita. \n\nMari kami kongsikan info mengenai resepi air detox menggunakan 4 bahan berwarna oren dan kuning. Tips ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca resepi yang diberi oleh Puan Sarifa. \n\n\u2705 Lobak Merah \u2013 3 batang\n\n\u2705\u00a0Kunyit hidup \u2013 1 ketul sebesar ibu jari\n\n\u2705\u00a0Halia \u2013 1 ketul sebesar 1/2 tapak tangan\n\n\u2705\u00a0Kupas kulit halia dan kunyit hidup dan hiris\n\n\u2705\u00a0kupas kulit buah oren dan hiris\n\n\u2705\u00a0Masukkan ke dalam pengisar semua bahan dan kisar sehingga menjadi halus\n\nMinum sehari sekali sebelum sarapan pagi.\n\nKandungan kalori yang rendah dan kaya dengan serat di mana ia amat baik untuk penurunan berat badan. Jus lobak meningkatkan rembesan hempedu yang membantu membakar lemak dan seterusnya mengurangkan berat badan.\n\nBuah Oren rendah kalori dan tinggi vitamin C serta serat.\n\nHalia adalah superfood untuk penurunan berat badan.\n\n*Mudahkan resepi air detox yang dikongsikan oleh Puan Sarifa. Bahan-bahan yang digunakan juga mempunyai khasiat yang bagus-bagis dan elok untuk kulit kita. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di mana-mana. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Ini bukan macam resepi mee bandung muar. Ini ialah resepi mee bandung versi Pahang.\n\nMee bandung untuk juadah makan malam. Resepi perkongsian ramai daripada Rohaida Mashud\u200e di laman Facebook ini tidak ada menggunakan keledek @ ubi atau biskut. Lain orang lain resepinya. Resepi ini biasa dibuat untuk berniaga. Mesti confirm sedap sekata.\n\nJangan disalah ertikan bahawa mee bandung ialah mee yang berasal daripada Bandung salah satu kota di Indonesia. Mee bandung bermakna ialah mee yang digandingkan dengan bahan makanan lain seperti telur, udang, daging, kuih ikan dan sayuran.\n\nTunggu apalagi, jom buat resepi mee bandung sedap ala kedai sekarang. Selamat menjamu selera untuk anda dan keluarga.\n\nResepi Mee Bandung Sedap dan Mudah\n\nSelain resepi kek batik nestum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Antara kuih yang paling disukai tiap kali bulan puasa ialah kuih tepung bunga. Kerana kuih ini paling senang disediakan dan paling senang juga dihabiskan. Siapa suka kuih tepung bunga jom berpakat ramai-ramai baca dan cuba resepi yang kami kongsikan ini.\n\nTidak disangka-sangka rupanya ramai juga yang tahu kuih ini. Hal ini dibuktikan dengan perkongsian ramai resepi kuih tepung bunga yang diberi oleh Aida Abdul Fatah di laman Facebook.\n\nRamai orang sukakan kuih ini sebab bahan-bahannya mudah seperti tepung pulut, santan atau susu cair, telur dan garam gula sahaja. Cara penyediaannya cukup menarik di mana adunan yang sebati dicelup telur dahulu baru digoreng. Ayuh buat kuih tepung bunga hari ini.\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Nama saya Aina, saya lapan tahun. Dulu saya minat sekolah, saya suka cikgu ajar melukis, buat aktiviti di padang dan belajar mengira. Tapi saya tidak pandai membaca. Semua orang boleh baca dengan laju, tapi saya selalu susah nak baca. Kawan-kawan selalu gelakkan saya. Cikgu selalu tegur sebab saya tulis terbalik. Saya rasa saya tulis betul, tapi asyik dapat pangkah.\n\nSaya susah beri tumpuan sebab banyak sangat yang cikgu tulis di papan hitam saya tidak dapat ikut. Saya tidak sempat salin, jadi saya tidak tahu apa kerja sekolah. Ada budak kata saya bodoh, sebab tu saya duduk kelas belakang. Bila kena baca di depan kelas, saya jadi takut. Saya rasa nak muntah, nak pitam atau mungkin rasa nak pengsan. Saya tidak tahu apa yang saya rasa.\n\nSaya takut dan tidak mahu pergi sekolah. Saya menangis dalam bilik dan tutup pintu. Mula-mula mak pujuk, lepas tu mak marah. Ayah pun paksa tapi saya tidak mahu pergi sebab saya takut. Cikgu datang sekolah pujuk, tapi saya takut dan saya malu. Kawan-kawan mesti kata saya budak malas sekolah.\n\nSebulan lepas tu, mak bawa saya jumpa doktor. Doktor buat ujian IQ, dia minta saya main puzzle, lukis-lukis, tiru bentuk dan jawab soalan. Doktor beritahu mak IQ saya \u2018normal\u2019. Doktor suruh saya tulis dan baca. Masa tu baru saya tahu, saya ada DYSLEXIA. Baru saya tahu, saya bukan budak tak pandai..saya cuma ada DYSLEXIA\n\n#1 Dyslexia bukan bermakna anak tersebut tidak pandai, malas, payah diajar atau lembab. Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.\n\n#2 Ia disebabkan gangguan pada saraf otak yang secara khusus berfungsi dalam penguasaan kemahiran tersebut. Berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami intellectual disability, kanak-kanak dyslexia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya. 10% kanak-kanak sekolah mempunyai gejala dyslexia.\n\n#3 Bukan semua kanak-kanak dyslexia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.\n\n#4 Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini.\n\n#5 Bagi yang mengalami kesukaran mengikuti pembelajaran arus perdana, mereka perlu dirujuk ke kelas khas dysleksia yang termasuk dalam program pendidikan khas integrasi yang disediakan kementerian.\n\n#6 Mengajar kanak-kanak dyslexia memerlukan kreativiti. Mereka mudah hilang fokus. Maka pengajaran perlu menggunakan pendekatan pelbagai pendekatan \u2013 seni, aktiviti, warna, bentuk, games, puzzle dan sebagainya.\n\n#7 Dyslexia tidak sepatutnya menghalang mereka berjaya seperti kanak-kanak lain. Dengan pengajaran yang bersesuaian, apabila mereka dapat menguasai konsep asas membaca dan menulis, mereka biasanya boleh mengikuti proses pembelajaran seperti kanak-kanak lain.\n\nSemoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua"
"Zaman sekarang ini memilih sendiri pasangan hidup masing-masing memang dah jadi menjadi satu kebiasaan. Bukannya kerana ibu ayah tidak ingin masuk campur tetapi sudah begitu yang sering berlaku. Rata-rata pemuda dan pemudi zaman di era moden ini lebih inginkan suami atau isteri dari pilihan hati sendiri. \n\nKadangkala terlintas juga di fikiran, apakah memilih pasangan hidup sendiri ini adalah salah satu sebab mengapa kes penceraian semakin meningkat? Apa tidaknya berbanding dulu dan kini memang tidak dinafikan yang pasangan dengan mudah mengucap kata cerai jika dirasakan tidak sefahaman. \n\nSecara peribadi, terasa sedih di hati apabila cerai menjadi jalan penyelesaian sedangkan masih ada cara lain yang boleh diusahakan. Tambahan pula tindakan bernikah itu sendiri sebenarnya ada banyak keistimewaan. \n\n7 Alasan Mengapa Nikah Itu Penting Untuk Wanita\n\nApakah kelebihan nikah ini? Apakah\u00a0kelebihan\u00a0bagi orang yang ingin berkahwin? Mengapa ianya sangat penting untuk wanita Ini sebab musababnya yang patut diketahui oleh semua. \n\nAlasan #1 \u2013 Wanita Muslimah Cenderung Untuk Menjadi Ibu\n\nKeutamaan pemuda muslim adalah untuk belajar, berkerja mencari nafkah, menikah dan berkeluarga. Manakala untuk wanita muslimah pula adalah untuk berkahwin, bergelar isteri dan menjadi ibu. \n\nAlasan #2 \u2013 Wanita Yang Mempunyai Suami Akan Terasa Lebih Dilindungi\n\nWanita yang bernikah akan terasa lebih dilindungi dengan adanya suami di sisi. Kehadiran suami di sisi akan membuatkan si wanita berasa lebih aman juga. \n\nAlasan #3 \u2013 Mengelak Pandangan Serong Masyarakat\n\nLelaki yang lambat menikah tidak akan dilabel dengan apa-apa gelaran sebaliknya wanita yang lambat menikah akan menimbulkan gelaran yang tidak sedap di dengar. Ini semua hanyalah sekadar gelaran namun pahit untuk di hadapi oleh si wanita yang lambat jodohnya itu. \n\nAlasan #4 \u2013 Imej Wanita Tidak Menikah Akan Lebih Mudah Tercemar\n\nImej wanita yang tidak bernikah dengan sendirinya akan lebih mudah tercemar berbanding dengan wanita muslimah yang telah bernikah. Wanita yang telah bernikah juga lebih mudah untuk melakukan pelbagai aktiviti di khalayak ramai tanpa melibatkan apa-apa fitnah dengan kehadiran suaminya. \n\nAlasan #5 \u2013 Wanita Akan Terasa Lebih Bernilai Dengan Kehadiran Seorang Lelaki \n\nTelah pernah ada kajian yang dilakukan di antara wanita yang telah bernikah dengan gadis yang belum berkahwin. Hasilnya, 95% daripada golongan wanita ini mengakui yang diri mereka terasa lebih bernilai dengan adanya kehadiran sang suami di sisi. \n\nAlasan #6 \u2013 Dapat Solat Berjemaah Dengan Imam Tersayang \n\nAdalah sangat beruntung mana-mana wanita jika dapat solat dengan diimamkan oleh suaminya sendiri. Terasa syahdu dan bahagianya rasa hati apabila dikurniakan seorang suami yang soleh untuk terus membawanya ke jalan yang diredhai. \n\nAlasan #7 \u2013 Mempunyai Tempat Bergantung Hingga Ke Usia Tua\n\nSetiap perkahwinan yang terbina kerana Allah SWT mengimpikan sebuah keluarhga yang rukun. Ingin juga terus bersama sehingga ke akhir nyawa. Kehadiran suami benar-benar dapat memberi tempat bergantung pada si wanita ini untuk terus berada bersama dari usia muda hingga tua. \n\nIslam Melarang Hubungan Cinta Esktrem Tanpa Ikatan Halal Yang Sah \n\nMempunyai rasa cinta itu tidak salah tetapi cara mempamerkan rasa cinta itu yang patut di beri perhatian. Jika dah suka tahap jatuh cinta kronik hingga tak boleh lagi tidur malam dengan nyenyak, apalah salahnya jika terus saja masuk meminang. Minta ibu ayah menjadi wakil untuk menyuarakan rasa hati tu. \n\nJangan sesekali terus bercinta sehingga menurut kata hati hingga melibatkan sentuhan dan sebagainya. Ia sama sekali di larang dalam Islam kerana itu semua boleh mengundang padah sehingga berlakunya maksiat dan lain-lain. Berjumpa berdua pasti akan ada kehadiran yang ke tiga dan kehadiran pihak ke tiga itu siapa lagi kalau bukan syaitan. \n\nSeandainya masih lagi di alam persekolahan maka fokuskan dulu pada pembelajaran. Jangan terlalu taksub untuk mencari jodoh kerana hakikatnya Allah SWT itu jauh lebih tahu apa yang kita tidak tahu. Sematkan dalam hati tu bahawa jodoh yang terbaik akan menyusul nanti. \n\nPerkahwinan Dapat Membuka Luas Pintu Rezeki Untuk Si Suami Juga\n\nAl-Quran menganjurkan pernikahan dan menjanjikan kecukupan bagi sesiapa saja yang telah layak untuk bernikah. Ini berpandukan kepada firman Allah SWT yang bermaksud ;\n\n\u201cNikah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba-hamba sahayamu, lelaki atau perempuan, yang soleh dan telah layak menikah. Jika mereka miskin, Allah akan membuat mereka kaya dengan kurniaan-Nya. Allah itu Maha Luas pemberian-Nya dan Dia Maha Mengetahui.\u201d (An-Nur : 32)\n\nKetika menafsirkan ayat di atas ini, Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata, \u201cTaatilah perintah Allah kepadamu untuk menikah, kerana Dia pasti memenuhi janjiNya untuk membuatmu kaya.\u201d\n\nRasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud ;\n\n\u201cOrang yang menikah dengan berlandaskan keyakinan dan pengharapan kepada Allah, pasti ditolong dan diberkati-Nya.\u201d (HR. At-Tabrani)\n\n\u201cAda tiga golongan manusia yang pasti dirolong Allah, pemuda yang menikah untuk menjga kehormatan diri, hamba ang berusaha memerdekan diri untuk beribadah, dan mujahid di jalan Allah.\u201d (HR. Ahmad, At-Tirmizi dan An-Nasa\u2019i)\n\nJika takut jodoh itu disambar orang maka berdoalah siang malam pada Tuhan agar jodoh anda dan dia dipertemukan. InshaAllah jika benar dia adalah pasangan yang terbaik InshaAllah akan dimakbulkan. Jika bukan maka redhalah kerana hakikatnya masih ada ramai lagi insan lain di atas muka bumi ini. Mungkin akan ada yang lebih baik untuk kita."
"Banyak jenis resepi yang boleh dibuat dengan mengolah roti keping Gardenia. Semisalnya saja resepi roti Gardenia sosej cheese yang akan kami kongsikan di bawah ini.\n\nResepi roti Gardenia sosej cheese sangat mudah untuk dibuat. Jika ada roti Gardenia yang hampir tamat tempoh, anda bole cubakan resepi ini.\n\nRoti gardenia sosej cheese dibuat dengan cara roti dileperkan dan dilapiskan dengan cheese dan sosej. Yang membuat roti makin menarik ialah ianya digulungkan bersama sosej dibalut tepung roti sebelum digoreng.\n\nRasa kudapan ini rangup dan padat serta cheese yang meleleh dalam mulut sangat meletup di mulut. Sila cubakan resepi roti gardenia sosej cheese yang dikongsikan oleh Jamilah Kak Mel di laman Facebook.\n\nSelain resepi gardenia sosej, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.\u00a0 Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Penggunaan English Grammar amatlah penting bagi memastikan kita dapat menguasai dan memahami bahasa tersebut dengan lebih baik. Grammar juga membolehkan kita untuk menghasilkan ayat dan penulisan yang betul dan berkomunikasi dengan lebih efektif. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai tips bagaimana untuk mahir belajar English Grammar. \n\nUntuk menguasai tatabahasa Inggeris ianya tidaklah begitu sukar pada mulanya. Apa yang kita perlukan adalah untuk mengingati beberapa struktur ayat, dan belajar beberapa peraturan ringkas yang ditetapkan.\n\nSusunan kata dalam pembentukan kalimat berfungsi untuk memberikan keunikan tersendiri dari tiap-tiap bahasa. Pada susunan kalimat bahasa Inggeris umumnya menggunakan urutan\u00a0SVO. \n\nAtau dalam kata lain, subject + verb + object (SVO)\u00a0yang pada akhirnya memiliki erti ayat untuk digunakan.\n\nGunakan active voice sebagai asas membina ayat. Ingat S + V + O iaitu:\n\nContohnya: Mary (S) walked (V) the dog (O).\n\nSimple present tense biasanya digunakan untuk tiga perkara iaitu untuk:\n\nGunakan simple present tense untuk perkara yang berlaku berulang (habitat actions). Disebut \u201csimple\u201d kerana ia hanya berkaitan \u201cverb\u201d (buat apa) sahaja. Mary and Karen like (ramai) dogs.\n\nNama lain bagi present progressive tense adalah present continuous tense yang biasa digunakan untuk menyatakan kegiatan atau aksi yang berlangsung dalam kurun waktu yang tertentu di masa sekarang (present). \n\nGunakan present progressive tense untuk perkara-perkara yang sedang berlaku sekarang. Paling asas, lihat \u201c-ing\u201d pada ayat.\n\nContohnya: Mary is playing (-ing) with her dog.\n\nd) Tambah \u201ced\u201d pada verbs untuk past tense\n\nPast tense pula adalah kegiatan atau aksi yang terjadi di masa lampau dan telah selesai pada waktu tertentu di masa lampau. \n\nKeempat \u2013 tambah \u201ced\u201d kepada verbs untuk \u201cpast tense\u201d atau perkara yang telah berlaku.\n\nContohnya: Mary played (ed) with her dog.\n\nAdakalanya, tidak boleh menggunakan \u201ced\u201d sahaja. Contohnya perkataan drink jadi drank, bukannya drinked. \n\ne) Singular (satu) / plural (banyak)\n\nSingular dan plural\u00a0dipakai pada kata benda untuk menunjukkan jumlahnya. Singular ditujukan kepada benda yang tunggal atau satu manakala plural lebih daripada satu.\n\nSingular (satu) / plurak (banyak). Di sini peraturannya agak \u201ctricky\u201d. Peraturan asas ialah tambah \u201cs\u201d. Car (singular), cars (plural). Satu lagi pastikan verbs (V) sesuai dengan object (O). \n\nTidak dapat disangkal lagi bahawa kamus adalah bahan yang sangat penting untuk menemani perjalanan kita dalam mahir belajar English Grammar. \n\nKamus ini boleh didapati secara offline mahupun online menerusi telefon pintar kita sahaja. Gunakan kamus ini untuk kita mencari kosa kata baru atau kosa kata asing yang kurang difahami untuk mempelajarinya. \n\n3. Perbanyakkan membaca bahan dari Bahasa Inggeris\n\nLambakkan bahan bacaan dari Bahasa Inggeris hari ini sememangnya tidak mendatangkan masalah bagi sesiapa sahaja untuk membacanya.\n\nMembaca akan menambah pengetahuan baru dalam diri kita dan seterusnya meluaskan lagi kosa kata dalam Bahasa Inggeris. \n\nKecanggihan arus teknologi masa kini meletakkan dunia tanpa sempadan dan memberikan kemudahan yang meluas untuk kita belajar tentang sesuatu perkara. Contohnya dalam mahir belajar English Grammar ini.\n\nKita boleh belajar dari internet, aplikasi mudah alih, muzim, filem, lagu, podcast, YouTube, dan bermacam-macam lagi medium yang ada secara percuma.\n\n5. Komunikasi dengan kawan yang pandai Bahasa Inggeris\n\nSelain membaca untuk mahir belajar English Grammar, kita juga perlu banyakkan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mulakan dengan sesuatu yang mudah seperti \u201cGood Morning!\u201d,\u00a0\u201cHello!\u201d, atau\u00a0\u201cHow are you?\u201d.\n\nPraktikkan dalam kehidupan seharian bersama kawan-kawan yang mahir dan menguasai bahasa tersebut. \n\nAkhir sekali, sentiasalah berfikiran positif dalam apa jua usaha yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu perkara. \n\nJangan pernah berputus asa dan mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif di belakang kita. Sebaliknya terus fokus, positif, dan terus belajar untuk mencapai kejayaan yang kita ingini. \n\nSelain dari belajar English Grammar ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan bahasa seperti:"
"Hmmm.. nak masak apa yang hujung minggu ini. Rasa-rasa macam nak masak special sikit kan. Mesti anak-anak suka. Tapi tak nak lah menu yang renyah sangat kan? Apa kata jom masakkan Ayam Bakar Masam Manis.\n\nBahan dan caranya pun mudah sahaja. Lagi mudah kalau ada pembantu-pembantu dapur seperti periuk tekanan (pressure cooker) ataupun oven. Tapi jangan risau, kalau tak ada pun, boleh jer masakkan Ayam Bakar Masam Manis secara manual. Yang penting masak.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Norhidayah Mohd Aripin di laman muka buku. Apa lagi jom tengok resepi beliau.\n\nMudahkan? Bolehlah dihidang kan versi melayu ataupun western. Kalau versi melayu, hidanglah bersama-sama nasi putih panas dan pencicah. Kalau versi western, hidangkanlah bersama-sama kentang goreng, mash potatoes atau coleslaw. Terpulang pada plan anda untuk variasikannya.\n\nSelain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Rugi kalau tidak cuba resepi viral chicken perattal. Guna semua bahan dekat rumah jadi ayam perattal lazat. Masak perattal atau peratal ialah kari kering India Selatan tradisional yang dimasak dengan daging, ayam dan/atau sayur-sayuran.\n\nChicken perattal memang sedap sangat. Anak-anak boleh makan sampai jilat-jilat jari. Tapi untuk sesuaikan dengan tekak melayu yang inginkan rasa lemak-lemak, anda boleh cuba bubuh santan sedikit, gula sedikit. Daun ketumbar itu wajib ya kerana kalau tidak ada daun ketumbar tidak memikat bau dia.\n\nTanpa tunggu lama, mari cuba masak ayam perattal. Resepi dikongsikan oleh Intan Kimi Kimot di laman Facebook. selamat mencuba.\n\nSelain ayam perattal, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Puding caramel selalu dijadikan sebagai pemanis mulut kegemaran ramai. Gabungan rasanya yang lemak bersama gula hangus memberikan rasa umph, tambah-tambah jika dimakan dalam keadaan sejuk. Sekali suap pasti nak lagi dan lagi. Sedar-sedar dah habis puding nya.\n\nBahan-bahan yang digunakan untuk membuat puding ini tidaklah banyak dan leceh. Cara-caranya pun mudah. Hanya campur-campur dan kukus sahaja. Mudahkan. Sudahlah enak, mudah pula tuh. Sangatlah sesuai untuk dibawa sekiranya ada \u2018pot-luck\u2019. Tak payah susah-susah nak fikir.\n\nCumanya, bagi sesiapa yang tidak boleh makan telur atau tidak tahan bau hanyir telur, tapi masih teringin nak makan puding caramel. Bolehlah cuba resepi dari Syazlin Mansor. Resepinya tidak menggunakan telur walaupun sebiji. Jom cuba resepi nya\n\nTak susah pun kan. Bolehlah mencuba Resepi Puding Caramel Tanpa Telur ini. Sedap, cantik, licin dan tidak berlubang-lubang. Oh ya, kami ada juga berkongsi resepi untuk menu yang lain juga. Boleh baca dan mencubanya."
"Apakah Saiz Bayi Saya Pada Minggu ke-7?\n\nPada minggu ke 7, bayi anda adalah sebiji beri biru. Iaitu sepanjang 1.5 inci, dan jika anda mengikuti kemajuan, ia adalah satu kali ganda lebih besar berbanding minggu lalu.\n\nBayi anda sudah bersedia untuk bertepuk tangan kerana tangan dan kakinya sudah mula membentuk pada minggu ini. Kita perlu menunggu sedikit masa lagi untuk melihat sekiranya bayi anda mempunyai kaki seperti kaki ibunya atau bapanya. Mereka masih tidak mempunyai jari kaki dan tangan yang bersifat individu.\n\nPada masa ini kita masih memanggil bayi anda sebagai embrio. Tiada masalah dengan menjadi embrio. Kita semua bermula daripada sesuatu. Secara literalnya, kita semua bermula dari sana.\n\nPerincian kecil yang lain \u2013 bayi anda mempunyai ekor pada masa ini. Ia adalah ekor yang kecil dan untuk membuat kamu merasa lebih baik, ini hanyalah tulang ekor yang menjulur di belakang. Si emas kecil anda akan membesar tanpa berlengah iaitu beberapa minggu dari sekarang. Ekor itu akan menghilang.\n\nBayi anda akan mula membentuk kelopak mata. Sebahagiannya menutupi mata kecilnya. Menakjubkan kerana matanya sudah pun mempunyai sedikit pigmen. Hujung hidungnya juga sedang terbentuk. Saya tidak sabar untuk tahu bagaimana rupanya!\n\nApakah Perkara Lain Yang Berlaku Kepada Bayi Saya Pada Minggu Ini?\n\nAda pertumbuhan yang sedang berlaku pada kedua-dua belah otak bayi anda. Hatinya sudah mula mengeluarkan beberapa sel darah merah. Jika anda bagus dalam sains anda akan berasa hairan hati bertugas dalam sel darah merah. Mari saya beritahu anda. Hati hanya melakukan tugas ini sehinggalah tulang sumsumnya boleh mengambil alih fungsi ini.\nAda apendiks di sana dan pankreas yang bersiap sedia membina insulin akhirnya untuk membantu dengan tugas penghadaman.\n\nTali pusat sedang membentuk daripada gelung di dalam usus. Tali pusat ini mempunyai pembuluh darah yang membawa nutrien/oksigen yang diperlukan oleh bayi.\n\nAnda mungkin sedang memuntahkan isi perut anda, atau anda mungkin sedang berasa baik-baik sahaja. Jika anda berasa bagus, maka jangan bimbang berlakunya perkara yang tidak baik. Sesetengah orang tidak mendapat mabuk hamil.\n\nBerseronoklah dengan kehamilan anda yang tidak terganggu oleh mabuk hamil. Jika anda mengalami mabuk hamil, ia adalah dalam keadaan amat teruk sekarang. Maaf, saya tahu ia tidak menyeronokkan. Gula-gula halia, biskut tawar, teh, pepermin, dan gula-gula lemon adalah rakan-rakan terbaik anda sekarang. Saya harap ia semua memberikan sedikit kelegaan.\n\nKencing lebih daripada biasa? Jangan risau. Ini adalah kerana jumlah darah anda bertambah dan cecair tambahan melalui buah pinggang. Pada masa hadapan, ia akan berhenti kerana fetus memberikan tekanan kepada pundi anda, tapi ia bukanlah hal pada masa ini.\n\nFakta yang menarik adalah badan anda sudah pun mencipta 10 peratus lebih darah berbanding selalu. Menurut babycenter.com, jumlah ini akan meningkat kepada 40 sehingga 45 peratus pada penghujung kehamilan.\n\nMabuk Hamil/Lebih Membuang Air Kecil \u2013 Buat Ia Pergi.\n\nMaaf, tiada apa boleh dilakukan. Apa yang anda perlu tahu adalah kira-kira separuh wanita yang mengalami mabuk hamil akan melihat ia perfi kira-kira selepas 14 minggu. Selebihnya akan melihat ia menghilang kira-kira sebulan selepas itu. Ada pengecualian, tetapi marilah kita berfikiran positif.\n\nKencing dengan lebih adalah perkara yang ada semasa anda hamil. Barangkali, semakin cepat anda menerimanya adalah lebih bagus.\n\nSelalunya, jika ini adalah kehamilan pertama anda dan tanpa sebarang masalah, maka temujanji dengan doktor akan berlaku pada beberapa minggu akan datang.\n\nAnda akan mempunyai berjuta-juta persoalan. Ambil masa dan tulis semua seoalan supaya anda ingat untuk bertanya kepada doktor nanti. Anggaplah lawatan ini sebagai peluang untuk menenangkan minda dan mengeluarkan semua persoalan. Ia juga adalah peluang mengenali doktor anda dan sebaliknya.\n\nBawalah senarai perubatan semasa temujanji dan bincangkan ia sekiranya ada yang tidak selamat. Ini juga termasuklah apa-apa makanan tambahan yang lain.\n\nKetahui hari pertama untuk haid terakhir anda (dengan hati). Anda akan ditanya tentang ini, dan ini juga adalah cara untuk mengenalpasti tarikh melahirkan.\n\nSejarah perubatan keluarga juga mungkin akan timbul semasa lawatan ini. JIka bukan pada temujanji pertama, ia akan berlaku sedikit masa lagi pada masa hadapan.\n\nBerat badan akan diambil pada setiap temujanji, bersama-sama dengan tekanan darah dan air kencing. Ukuran abdomen anda juga akan diambil untuk melihat jika anda menepati sasaran, posisi bayi juga akan diperiksa mengikut kemajuan, dan anda boleh mendengar degupan jantung bayi anda. Setiap temujanji akan memerlukan ujian yang berbeza.\n\nAmbil gambar perut anda. Ambil secara bulanan sehinggalah bayi lahir."
"Tika ini, lambakkan makanan yang diproses mempunyai pelbagai bahan tiruan telah menjadi pilihan utama masyarakat kita terutamanya yang kesuntukkan masa dalam menyediakan sajian harian.\n\nAdakah anda tahu bahan-bahan di atas boleh memudaratkan kesihatan kita? Cuba kita baca label setiap makanan segera dan yang diproses. Memang terlalu banyak kandungan yang boleh membahayakan kesihatan.\n\nNamun, kita masih ada alternatif untuk beralih kepada makanan yang lebih sihat yang dihasilkan daripada ramuan semulajadi.\n\nJika anda mencari makanan yang sihat dan penyediaannya pantas, harus memilih produk masakan yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan di bawah kerana produk mereka dijamin SIHAT dan BEBAS daripada kandungan yang memudaratkan.\n\nPengasasnya Puan Ainini Zainal telah menghasilkan premix rempah ratus yang sangat memudahkan tugasan di dapur. Kenapa memudahkah? Hanya perlu sediakan bahan basah seperti ikan, ayam dan daging dan beberapa bahan lain. Tumiskan bahan yang diperlukan dan masak sehingga pecah minyak dan pekat. Siap!\n\nMudahkan? Ya, memang sangat memudahkan kerja dapur dengan menggunakan Premix Rempah Masakan Mudah Adun dari Oven Nini. Mudah, sihat dan yang pasti bebas dari kandungan yang memudaratkan.\n\nPremix Oven Nini hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti sahaja seperti:\n\nAntara senarai premix untuk sajian seisi keluarga:\n\nApa yang lebih menarik lagi, Oven Nini juga menyediakan premix yang sesuai untuk bayi dari 10 bulan hingga 2 tahun. Wah!senang sangat ibu-ibu yang ada anak kecil untuk menyediakan makanan sihat untuk si manja.\n\nAntara premix yang dijual dan sesuai untuk bayi ialah:\n\nBanyak sungguh premix yang dikeluarkan oleh Oven Nini. Tambahan lagi kandungannya bebas dari bahan-bahan yang memudaratkan.\n\nHebat sungguh usahawan ini dalam mencipta resepi dan adunan rempah yang bukan sahaja sihat malah sangat memudahkan masyarakat dalam mencari alternatif makanan sihat.\n\nSemoga setiap usaha Puan Ainini Zainal dalam memberi yang terbaik dalam setiap yang dihasilkan mendapat redha Allah swt. Ameen!\n\nDapur Ezzah telah mengeluarkan produk makanan homemade yang hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi\u00a0 dan bebas kandungan yang memudaratkan.\n\nBeliau mengambil inisiatif ini supaya dapat membantu ibu-ibu yang kesuntukkan masa dalam menyediakan makanan sihat untuk keluarga.\n\nAntara produk makanan homemade yang dihasilkan ialah:\n\nMenggunakan ayam bebas suntikan hormon, garam bukit, dan rempah. Tiada msg, perasa dan pengawet tambahan.\n\nMenggunakan ikan segar, tomato segar, garam bukit dan gula organik. Tiada msg dan pengawet tambahan.\n\nJus buah-buahan asli perahan sejuk tanpa campuran air dan gula.\n\nSekarang tidak perlu gusar lagi dengan makanan berproses di luar sana kerana anda boleh dapatkan makanan sihat dengan mudah dari Dapur Ezzah!\n\nSebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:\n\nProduk makanan yang dihasilkan beliau adalah dari sumber sourdough (doh masam) dan bebas gluten untuk pilihan ibu bapa kini.\n\nPembuatan roti dari sourdough dan biskut bebas gluten menggunakan bahan-bahan terpilih seperti tepung roti tanpa peluntur, susu segar, minyak zaitun, pure unsalted butter, gula tebu mentah organik, gula molasses, garam himalaya, telur ayam tanpa antibiotik atau dengan sillenium.\n\nRoti sourdough juga tidak menggunakan yis komersial di pasaran tetapi menggunakan yis yang dibiak sendiri dipanggil sourdough starter (kandungan tepung gandum tanpa pemutih dan air mineral).\n\nMenggunakan tepung-tepung yang tanpa gluten seperti tepung beras, tepung ubi, tepung jagung tanpa GMO dan tepung pulut.\n\nSebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi mereka:\n\nTeringin makan kek yang mengiurkan di luar sana? Teringin makan biskut yang lazat yang dijual di pasaran? Jangan sedih. Puan Akmar menjual pelbagai kek dan biskut tanpa pengawet dan pewarna yang pasti SEDAP!\n\nBeliau mengeluarkan produk bebas gluten untuk yang alah pada gluten dan mengamalkan pemakanan yang sihat.\n\nAntara produk makanan yang dihasilkan ialah:\n\nSebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:\n\nPuan Norasmidar merupakan pengasas kepada Ask-Me Homemade. Beliau merupakan surirumah sepenuh masa yang sangat komited dalam menghasilkan produk yang berasaskan sourdough ini.\n\nBermula dengan membuat kek, biskut yang bebas gluten dan seterusnya roti sourdough buat keluarga dan rakan-rakan sahaja. Kini, beliau turut mengambil tempahan untuk penduduk di sekitar Kluang dan Johor Bahru.\n\nSebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:\n\nIdea untuk menghasilkan produk yang bebas gluten ini adalah kerana pengalaman mempunyai anak yang menghidapi atopic ekzema. Masalah yang dihadapi bila anak tidak boleh mengambil makanan yang berunsurkan gandum. Jika tersalah makan, pasti ekzema anak semakin teruk.\n\nBermulalah perjalanan beliau dalam mencari alternatif makanan tanpa gandum sebagai keperluan untuk amalan diet bebas gluten. Maka, terhasillah beberapa jenis biskut bebas gluten yang bukan sahaja sesuai untuk penghidap ekzema malah\u00a0 boleh dimakan oleh semua golongan.\n\nAntara kelebihan biskut yang dihasilkan oleh Ummu Arif:\n\nSebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:\n\nMenghasilkan campuran minuman cokelat yang sangat sedap dan pastinya sihat dan tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan.\n\nMinuman adlie\u2019s cocoa mix tidak menggunakan gula putih, krimer dan maltodextrine dalam penghasilannya.\n\nHanya menggunakan serbuk koko, gula organic (organic raw cane sugar) dan gula merah (jaggery).\n\nDidatangkan khas dengan 3 perasa yang berbeza iaitu:\n\nJika anda pengemar minuman cokelat, wajib cuba adlie\u2019s cocoa mix ini. Pasti tidak menyesal!\n\nSebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:\n\n8. Probiotic Food by Kak Nung\n\nSaya kagum dengan usaha wanita ini dalam menghasilkan sendiri minuman probiotik. Beliau bereksperimen dan mendapati sebenarnya kita boleh menghasilkan jeruk tanpa cuka (lebih mesra perut dan kaya probiotik).\n\nKaedah jeruk tanpa cuka atau kaedah fermentasi lakto adalah merujuk pada kaedah penapaian secara semulajadi oleh kumpulan bakteria asid laktik. Bakteria ini biasanya ada pada bahan mentah dan kita hanya perlu medium yang sesuai untuk mengalakkan pertumbuhannya, yang mana dalam hal probiotik medium yang sesuai hanyalah air garam sahaja pada nisbah tertentu.\n\nDengan kaedah fermentasi lakto, kita dapat menghasilkan jeruk betik muda, jambu batu, mangga muda, kedondong ataupun jeruk sayur dan cili jeruk.\n\nSelain itu, beliau juga menghasilkan kimchi sendiri. Olahan dibuat dengan menggunakan budu dan cencalok sebagai pengganti sos ikan. Bagi versi vegan pula menggunakan serbuk kombu sebagai pengganti budu atau cencalok.\n\nSos cili probiotik pula dihasilkan dengan memproses cili dan bahan mentah lain. Kemudian, ditambah probiotic starter culture. Starter culture untuk sos cili biasanya adalah jus daripada jeruk tanpa cuka.\n\nBeliau juga telah menerbitkan buku \u201cBuat Sendiri Probiotik Itu Mudah\u201d. Buku ini ditulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya, dan langkah-langkah menghasilkan probiotik ada diterangkan dengan terperinci dalam buku ini.\n\nSebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:\n\nDapur Halia diasaskan oleh Puan Alia Ismail. Beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.\n\nApa yang menariknya, makanan yang disediakan tidak menggunakan garam putih, gula putih, serbuk perasa serta ajinomoto.\n\nBermula dari rumah, Puan Alia dan suami memang menggunakan garam bukit dan gula merah atau perang dalam masakan keluarga mereka.\n\nJadi, apabila menjalankan perniagaan yang berasaskan makanan ini, secara tak langsung turut meneruskan amalan ini. Usaha Puan Alia dalam memastikan juadah yang dihasilkan itu tidak memudaratkan pelanggan memang patut dipuji. Terbaik!\n\nSebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:\n\nJika anda terjah laman facebook Puan Mariam, anda pasti rambang mata melihat koleksi produk makanan sihat yang dijual. Sangat banyak!\n\nJom kita lihat antara produk yang ada:\n\nBanyakkan? Apalagi jom cuci mata di facebook Puan Mariam. \ud83d\ude0a\n\nSebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:\n\nSiapa yang tidak pernah tinggal sos cili atau sos tomato untuk mencicah? Tidak kira apa pun, keropok lekor, cekodok, kentang goreng dan lain-lain. Memang sedapkan bila makanan seperti ini dimakan dengan sos.\n\nNamun, berapa ramai pula yang dah lama tidak menyentuh sos-sos yang dijual dipasaran kerana sedar akan kandungannya? Ya, pasti ramai! Jangan risau, segala kekhuatiran itu boleh dihilangkan dengan adanya produk sos yang dihasilkan oleh Kak Pija.\n\nDihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan segar dan semulajadi. Tiada sebarang pengawet. Hanya menggunakan cuka buah, air limau, garam bukit dan jaggery sebagai ejen pengawet.\n\nSelain itu, Puan Hafizah juga turut menghasilkan homemade yogurt yang diproses sendiri olehnya dan suami. Susu segar diperah sendiri di ladang mereka demi memastikan keaslian dan kesegarannya. Memang terbaik!.\n\nSebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi mereka:\n\nSebenarnya, ramai lagi usahawan yang gigih dalam menghasilkan produk makanan sihat terutamanya berasaskan sourdough dan bebas gluten ini. Anda boleh ikuti mereka di laman facebook masing-masing:\n\nJom kita berubah untuk memilih makanan yang lebih sihat untuk diri dan keluarga. Dalam Islam juga menekankan konsep halalan toyyiban Bukan setakat perlu mencari yang halal tetapi makanan yang baik."
"Jom ketahui kisah doa Abu Darda serta manfaat doa Abu Darda yang terkenal.\n\nNama beliau adalah Uwaimir bin Amir bin Malik bin Zaid bin Qais bin Umayyah bin Amir bin Adi bin Ka`b bin Khazraj bin al-Harits bin Khazraj. Ada yang berpendapat, namanya adalah Amir bin Malik, sedangkan Uwaimir adalah timangannya. Namun, orang ramai mengenalinya dengan nama Abu Darda kerana beliau memiliki seorang anak perempuan bernama Darda. Isterinya pula dikenali sebagai Ummu Darda.\n\nBeliau termasuk dalam kalangan sahabat yang akhir masuk Islam. Namun, beliau juga termasuk dalam kalangan sahabat yang tinggi keislamannya. Beliau seorang faqih, pandai dan bijaksana. Nabi saw mengatakan, \u201cUwaimir adalah hakimul ummah (seorang yang sangat bijaksana).\u201d (Rujuk Usudul ghabah 5/97)\n\nRasulullah saw telah mempersaudarakan Abu Darda dengan Salman al-Farisi ra.\n\nAbu Juhaifah Wahb bin Abdillah ra berkata, \u201cNabi saw mempersaudarakan Salman al-Farisi dan Abu Darda ra.\u201d\n\nSetelah itu Salman ra mengunjungi Abu Darda ra. Dia melihat Ummu Darda ra memakai pakaian kerja dan tidak mengenakan pakaian yang bagus. Salman ra bertanya kepadanya, \u201cWahai Ummu Darda, kenapa engkau berpakaian seperti itu?\u201d Ummu Darda ra menjawab, \u201cSaudaramu Abu Darda ra sedikit pun tidak memberi perhatian terhadap isterinya. Di siang hari dia berpuasa dan di malam hari dia selalu solat malam.\u201d\n\nLantas datanglah Abu Darda ra dan menghidangkan makanan kepadanya seraya berkata, \u201cMakanlah (wahai saudaraku), sesungguhnya aku sedang berpuasa.\u201d Salman ra menjawab, \u201cAku tidak akan makan hingga engkau makan.\u201d Lantas Abu Darda ra pun ikut makan.\n\nTatkala malam telah tiba, Abu Darda ra pergi untuk mengerjakan solat. Akan tetapi, Salman ra mengatakan, \u201cTidurlah.\u201d Dan dia pun tidur. Tak lama kemudian dia bangun lagi dan hendak solat, dan Salman ra berkata lagi kepadanya, \u201cTidurlah.\u201d Dia pun tidur lagi.\n\nKetika malam sudah lewat Salman ra berkata kepada Abu Darda ra, \u201cWahai Abu Darda, sekarang bangunlah.\u201d Maka keduanya pun mengerjakan solat.\n\nSetelah selesai solat, Salman ra berkata kepada Abu Darda ra, \u201cWahai Abu Darda, sesungguhnya Rabbmu mempunyai hak atas dirimu, badanmu mempunyai hak atas dirimu dan keluargamu (isterimu) juga mempunyai hak atas dirimu. Maka, tunaikanlah hak mereka.\u201d\n\nSelepas itu, Abu Darda ra mendatangi Rasulullah sawdan menceritakan kejadian tersebut kepadanya.\n\nNabi saw menjawab, \u201cSalman benar.\u201d (HR Bukhari)\n\nAbu Darda RA Seorang Pedagang Yang Hartawan\n\nSebelum memeluk Islam, Abu Darda ra adalah seorang pedagang yang hartawan. Malah, sebelum memeluk Islam, beliau menghabiskan sebahagian daripada umurnya hanya untuk aktiviti perniagaan sahaja.\n\nNamun, setelah hidayah Allah swt sampai kepadanya dan beliau memeluk Islam, beliau sedar bahawa harta bukanlah segala-galanya. Beliau menyatakan, \u201cAku tidak mengharamkan jual beli. Namun, secara peribadi, aku lebih menyukai diriku termasuk dalam golongan orang yang mana perniagaan dan jual beli itu tidak melalaikannya dari zikir kepada Allah.\u201d\n\nAbu Darda sangat terkesan dengan ayat-ayat al-Quran yang membantah\u00a0\u201cOrang yang mengumpul-ngumpulkan harta dan menghitung-hitungnya.\u201d\u00a0(Surah al-Humazah, Ayat 2-3). Ia juga sangat terkesan dengan sabda Rasulullah saw, \u201cYang sedikit tetapi mencukupi adalah lebih baik, daripada yang banyak namun merugikan.\u201d\n\nOleh sebab itulah, beliau kerap menangisi mereka yang lalai dengan kekayaan. Sehinggakan beliau berkata, \u201cYa Allah, aku berlindung kepadaMu dari hati yang bercabang-cabang.\u201d Orang lain bertanya, \u201cApakah yang dimaksud dengan hati yang bercabang-cabang itu?\u201d Abu Darda ra menjawab, \u201cMemiliki harta benda di setiap lembah!\u201d\n\nBagi Abu Darda ra, harta hanyalah alat bagi kehidupan, tidak lebih daripada itu. Manusia harus berusaha untuk mencari rezeki yang halal dengan bersederhana. \u201cJangan kau makan, kecuali yang baik. Jangan kau usahakan kecuali yang baik. Dan jangan kau masukkan ke rumahmu, kecuali yang baik!\u201d ujarnya.\n\nDi Antara Pesanan Abu Darda RA\n\nAbu Darda adalah seorang ahli hikmah yang besar pada zamannya. Banyak kata-katanya yang mengandungi nasihat yang berguna untuk kita semua. Antaranya:\n\nBeliau mengatakan, \u201cSeandainya kalian mengetahui apa yang akan kalian lihat setelah kematian, pasti kalian tidak akan berselera untuk makan, minum, dan berteduh di dalam rumah. Kalian akan keluar menuju tempat-tempat yang tinggi dan memukul-mukul dada kalian serta menangisi diri sendiri. Sungguh, aku lebih senang menjadi sebatang pohon yang dikunyah kemudian ditelan. (Az-Zuhd, Imam Ahmad/ Ash-Shahabah)\n\nAbu Darda ra juga mengatakan, \u201cSiapa yang banyak mengingat kematian, maka ia akan sedikit gembira dan jarang berbuat hasad.\u201d\n\n#2 3 Perkara Yang Membuatnya Ketawa dan Menangis\n\nAbu Darda ra berkata, \u201cAda 3 hal yang membuatku ketawa dan 3 hal yang membuatku menagis.\n\n3 hal yang membuatku tertawa iaitu:\n\nPertama: Orang yang cita-citanya adalah duniawi, padahal kematian selalu mengintainya;\n\nKedua: Orang yang lalai dari kematian, padahal kematian tidak pernah lalai kepadanya; dan\n\nKetiga: Orang yang berlalu banyak tertawa, ia tidak tahu apakah Allah Azza wa Jalla murka atau redha kepadanya.\n\nAdapun 3 hal yang membuatku menangis adalah:\n\nKetiga: Keadaanku di hadapan Allah Azza wa Jalla, apakah akan dimasukkan ke syurga atau neraka.\u201d\n\n\u201cMahukah kamu sekalian, aku khabarkan amalan-amalan yang terbaik di sisi Allah dan paling meninggikan darjat kalian? Lebih baik dari memerangi musuh dengan menghentam batang leher mereka, lalu mereka pun menebas batang lehermu, dan malah lebih baik dari emas dan perak?\u201d\n\nPara pendengarnya lalu bertanya, \u201cApakah itu wahai, Abu Darda\u2019?\u201d\n\nDoa Abu Darda ra amat terkenal dan sering diajar untuk diamalkan agar ia menjadi pelindung diri, keluarga dan harta daripada mala petaka. Malah kisah doa Abu Darda ra juga diceritakan di dalam Risalah Ayat Manzil yang dijual di kedai-kedai buku dipasaran. Kisahnya adalah:\n\nTalha ra meriwayatkan: \u201cSeorang telah datang kepada Abu Darda ra dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar.\n\nAbu Darda\u00a0ra\u00a0menjawab: \u201cTidak, rumah saya tidak terbakar\u201d. Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda ra memberi jawapan yang sama.\n\nPada kali ke-empat, seorang datang dan memberitahu Abu Darda ra, \u201cWahai Abu Darda! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam\u201d.\n\nAbu Darda ra menjawab: \u201cSaya yakin bahawa Allah swt tidak akan membakar rumah saya.\u00a0Rasulullah saw telah mengajarkan saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang.\u00a0Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh.\n\nOleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.\u201d\n\n(Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari\u00a0Al Azkar Imam Nawawi)\n\nLafaz doa yang diamalkan oleh Abu Darda ra ialah:\n\nMaksudnya, Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhan \u2018Arasy Yang Maha Agung. Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa saja yang tidak dikehendakiNya pasti tidak akan terjadi.\n\nTidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.\n\nYa Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan sekalian yang melata, yang segala roh mereka dalam gengamanMu. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus (adil).\n\nKritikan Terhadap Doa Abu Darda RA\n\nKisah riwayat yang menceritakan tentang doa Abu Darda ini sebenarnya mendapat kritikan daripada para ulama kerana terdapat kecacatan pada orang yang menyampaikan kisah ini.\n\nKisah ini direkod oleh ramai ulama dalam kitab-kitab mereka. Antaranya, Ibnus Sunni dalam kitab `Amal Yaum wal Lailah, Ath-Thabrani dalam kitab ad-Du\u2019a, Al-Kharathi dalam kitab Makarimul Akhlak dan Al-Baihaqi dalam Kitab al-Asma\u2019 was Sifat.\n\nMereka merekodkan dari jalan Hudbah bin Khalid, dia berkata, \u201cal-Aghlab bin Tamim pernah bercerita kepada kami dari al-Hajjaj bin Furafishoh, dari Thalqi.\u201d\n\nNamun begitu, dalam buku-buku Ayat Manzil bahasa Melayu yang dicetak, disebut \u201cTalha ra meriwayatkan.\u201d sedangkan tidak ada sahabat Nabi saw yang bernama Talha. Yang ada cumalah, Thalhah bin Ubaidillah dan Thalqi bin Habib.\n\nOleh itu, menurut Ustaz Syihabudin Ahmad, beliau berkeyakinan bahawa mereka mahu menyandarkan kepada Thalqi yang meriwayatkan kisah ini. Tetapi mungkin berlaku kesilapan dari segi tulisan atau percetakan. Kesilapan ini adalah biasa berlaku dalam dunia penerbitan.\n\nKisah ini mempunyai kecacatan pada orang yang menyampaikannya iaitu al-Aghlab bin Tamim. Menurut Imam al-Bukhari dalam kitab At-Tarikh al-Kabir, \u201cAghlab bin Tamim dia ialah seorang yang Munkarul Hadis.\u201d Bagi Imam al-Bukhari, Munkarul Hadis menunjukkan orang itu sangat lemah periwayatannya. Al-Bukhari menyandarkan Munkarul Hadis kepada orang yang tidak layak diambil riwayat daripadanya.\n\nManakala menurut Ibnu Hibban dalam kitab Al-Majruhin, \u201cAghlab bin Tamim ialah seorang Munkarul Hadis. Dia menceritakan sesuatu dari orang yang sangat dipercayai sedangkan mereka tidak berkata demikian. Sehingga terkeluar dari batasan untuk berhujah dengan cerita itu kerana banyaknya kesalahannya.\u201d\n\nAbu Darda ra merupakan sahabat Nabi saw yang sangat tinggi keislamannya. Malah, beliau juga merupakan ahli hikmah yang besar pada zamannya. Kata-katanya sentiasa terselit mutiara nasihat yang indah-indah agar kita sentiasa kembali kepada Islam dan mengingati Allah swt.\n\nWalaupun terdapat kekurangan dalam periwayatan kisah Doa Abu Darda, namun tidak menjadi kesalahan untuk kita beramal dengan doa ini. Ini kerana, ia tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Syaratnya, kita tidak boleh menyandarkan doa ini kepada Abu Darda apatah lagi kepada Rasulullah saw. Dan kita juga tidak boleh berkeyakinan dengan kelebihan doa ini.\n\nKita bebas untuk berdoa dan memohon apa sahaja kepada Allah swt. Yang paling penting adalah kita berdoa dalam\u00a0keadaan yakin bahawa doa kita akan terkabul. Seperti mana Nabi\u00a0saw\u00a0bersabda,\n\n\u0627\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064f\u0648\u0642\u0650\u0646\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0625\u0650\u062c\u064e\u0627\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u062c\u0650\u064a\u0628\u064f \u062f\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u064b \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0644\u0652\u0628\u064d \u063a\u064e\u0627\u0641\u0650\u0644\u064d \u0644\u0627\u064e\u0647\u064d\n\nMaksudnya, \u201cBerdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.\u201d (HR at-Tirmizi)\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Doa Abu Darda yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica adalah dari keluarga mulberi yang banyak tumbuh dan mudah didapati di wilayah Asia Barat. Buah ini juga disebut \u2018fig\u2019 dalam bahasa Inggeris, atau lebih dikenali sebagai buah tin di negara kita.\n\nNama buah tin juga ada disebut dalam al-Quran menerusi surah at-Tin, yang berbunyi;\n\n\u201cDemi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.\u201d\n\nAda pelbagai tafsir mengenai ayat ini, termasuklah khasiat dan kebaikannya kepada kesihatan. Kemanisan buah tin dan kelembutannya seringkali digunakan sebagai pengganti gula. Buah tin yang telah diproses dijadikan pai, puding, kek, jem, jeli, jeruk, dan pelbagai lagi.\n\nSelain mudah hidup dan senang dijaga, buah tin yang dikeringkan banyak ditemui di merata tempat sepanjang tahun.\n\n1001 Khasiat Buah Tin Yang Istimewa\n\nBuah tin adalah antara buah sunnah yang sangat sesuai untuk dijadikan amalan serta\u00a0 makanan seharian. Kebaikan dan khasiat buah ini terbukti dengan pelbagai kajian yang dilakukan ke atasnya.\n\nBerikut adalah beberapa fakta menarik mengenai buah tin ini. Kelebihan khasiat buah tin ini adalah berdasarkan laporan kajian lepas yang telah banyak diterbitkan secara saintifik.\n\nPenyelidik dari Argentina pada tahun 2014 mengulas mengenai pengambilan buah tin yang digalakkan dalam bentuk buah yang sudah masak ranum yang mengandungi banyak nutrien. Malah, kulit buah tin dilaporkan mengandungi sumber antioksidan yang paling banyak.\n\nSementara itu, para penyelidik dari Fakulti Farmasi, UKM, pada tahun 2013 mengulas bahawa buah tin sudah lama diamalkan dalam petua pemakanan masyarakat seluruh dunia untuk merawat masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, diarrhea, masalah pernafasan, keradangan dan penyakit berkaitan kardiovaskular.\n\n1. Kandungan nutrien yang tinggi dan baik untuk tubuh\n\nBuah tin mempunyai banyak mineral, vitamin dan serat yang biasa ditemui dalam buah-buahan lain. Ia juga mempunyai vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin.\n\nBuah tin yang dikeringkan juga didapati masih mengekalkan nutrien yang mengandungi serat serta sebatian antioksidan yang tinggi dalam bentuk polifenol, masing-masing sebanyak 1230 dan 360 mg/100 gram.\n\n2. Tinggi kandungan serat baik untuk penghadaman\n\nTerdapat 5 gram serat dalam setiap 3 hidangan buah tin. Ketinggian kandungan seratnya membantu terutama pada bahagian usus iaitu mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit.\n\nKandungan serat ini juga membantu mengurangkan berat badan.\n\nJusteru, ia selalu dicadangkan kepada mereka yang mengalami obesiti. Namun, awas kandungan kalorinya yang tinggi jika dimakan dengan terlalu banyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan terutama sekiranya dimakan bersama susu.\n\nBuah tin mengandungi pektin, iaitu sejenis serat boleh larut. Ia membantu mengurangkan tahap kolesterol berlebihan dari dalam badan.\n\nBerdasarkan analisis makmal, buah tin didapati mengandungi 0% kolesterol dan sodium yang ternyata tidak akan menyebabkan pertambahan kolesterol sekiranya dimakan.\n\nBuah tin yang dikeringkan mengandungi phenol, omega 3, dan omega 6. Asid-asid lemak ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung.\n\nKandungan potassium yang tinggi dan sodium yang rendah dalam buah tin merupakan pertahanan terbaik untuk kesan hipertensi. Jadi, ia bagus untuk mengawal tekanan darah individu yang memakannya.\n\n5. Petua alternatif masalah seksual atau kesuburan\n\nMasyarakat India menggunakan buah tin sebagai salap bagi penyakit kelamin. Sejak beratus tahun lamanya, buah tin digunakan untuk mengubati atau mengurangkan masalah disfungi seksual.\n\nMitos dan budaya menerimanya sebagai makanan tambahan untuk kesuburan. Ini mungkin disebabkan oleh vitamin dan mineral di dalamnya yang menggalakkan tenaga dan stamina.\n\nKajian penyelidik UKM turut menjumpai kesan aktiviti antimikrob buah tin khususnya dalam melawan pertumbuhan bakteri dalam mulut.\n\nMenariknya, getah pada pokok buah tin juga berperanan sebagai agen antibakteria dan antikulat yang sangat baik.\n\nTidak hairanlah, petua orang zaman dahulu ada menggunakan getah pokok tin yang disapu pada ketuat mahupun kulit bagi mengurangkan kegatalan. Pes buah tin juga disapu pada permukaan kulit yang merah atau kesakitan bagi memberikan kelegaan.\n\nSeperti makanan lain yang jika dimakan secara berlebihan akan memberikan kesan buruk kepada tubuh, begitu juga dengan buah tin; ada beberapa keburukannya jika diambil berlebihan, iaitu;\n\nOleh itu, kenalah pada tempatnya dengan gelaran buah tin ini sebagai \u2018buah syurga\u2019, lantaran banyak keistimewaan yang terkandung dalamnya yang masih ramai belum ketahui. Walaupun kecil tetapi khasiatnya melimpah ruah.\n\nKajian berterusan juga terus giat dijalankan bagi merungkai keistimewaan buah tin ini.\n\nJadi, ayuhlah kita sama-sama menjadikan buah ini sebagai satu lagi makanan harian yang menyihatkan tubuh badan kita seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Selamat mencuba!\n\nArtikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Anda pernah dengan tentang sihir pemisah? Jika belum, anda patut tahu yang sihir pemisah ini tidak nampak dengan mata kasar. Akibatnya pulasangat dasyat dan menakutkan. Tugas utama sihir pemisah ini adalah untuk menamatkan perhubungan untuk pasangan yang sedang bercinta, bertunang mahupun telah berkahwin. \n\nSihir pemisah (sihir tafriq)\u00a0turut dipanggil sebagai sihir pelalau penghalang jodoh. Sihir ini turut berupaya untuk mencetuskan pergaduhan antara ahli keluarga. Sihir ini biasanya dihantar oleh seseorang yang berniat jahat dan punya tujuan sendiri yang tidak elok. \n\nInilah Fasa Yang Akan Berlaku Akibat Sihir Pemisah Yang Kejam\n\nSihir pemisah yang dialami akan menyebabkan berlakunya keretakan pada rumahtangga dari secara berperingkat. Jika sihir pemisah ini dihantar pada si isteri maka si isteri akan mula menunjukkan perubahan sikap terhadap suaminya dan jika sihir pemisah ditujukan kepada sang suami maka sang suami ini akan berubah sikap terhadap si isteri.\n\nFasa berlakunya perubahan tatkala dihantar dengan sihir pemisah adalah seperti yang berikut:\n\nKenali Tanda-Tanda Awal Sekiranya Terkena Sihir Pemisah \n\n1. Kerap sakit pada bahagian belakang, bahu, tengkuk dan urat belikat 2. Kerap berasa sesak nafas, sakit dada dan ulu hati3. Selalu berasa resah gelisah dan berdebar tanpa sebab terutama dari waktu Asar ke atas4. Sering berasa sakit kepala yang tidak mahu hilang walau makan ubat 5. Kerap kembung perut sedawa angin6. Kerap rasa berdenyut pada bahagian ari-ari bagi wanita7. Kitaran haid menjadi tidak normal dan tidak teratur8. Lambat mendapat zuriat9. Mudah menjadi rimas dan mudah marah bila berdepan suami/isteri10. Sering bergaduh besar walaupun untuk punca perkara yang kecil11. Ketika marah seringkali meminta cerai12. Tidak suka tidur bersama13. Nafsu terhadap suami/Isteri sudah hilang14. Tercium bau badan busuk hanyir ,nafas berbau pada tubuh suami/isteri15. Lebih suka bersendirian di dalam bilik16. Tidak suka tempat yang bising17. Sukar tidur malam18. Kerap mimpi sedang menyusu dan bermain dengan bayi19. Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa yang lain20. Kerap mimpi pasangan sendiri berlaku curang21. Perasaan curiga dan cemburu buta menjadi semakin kuat22. Sering bermimpi tempat kotor dan busuk23. Kerap terbau kemenyan ,colok dan setanggi24. Bila berjauhan dengan pasangan, perasan rindu dan sayang menjadi sangat menebal 25. Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali26. Menjadi resah gelisah tatkala terdengar azan dan ayat suci Al-Quran27. Selalu bermimpi sedang bersetubuh dengan orang lain\n\nRawatan Islam Boleh Bantu Selamatkan Pasangan Yang Disihir\n\nJika diri sendiri mahupun pasangan menunjukkan sebarang tanda-tanda di atas, anda perlu segera bertindak dengan mendapatkan rawatan cara Islam. Anda boleh mengunjungi mana-mana pusat rawatan Islam yang berhampiran mahupun ustaz/ustazah yang boleh dipercayai untuk bantuan. InshaAllah, sihir pemisah ini dapat di rawat dengan izin Allah SWT.\n\nAmalkan Baca Ayat Kursi Untuk Hindari Sihir\n\nCara paling terbaik untuk hindari sihir adalah dengan mengamalkan bacaan ayat Kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan sebelum tidur.\u00a0Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dengan bermaksud:\n\n\u201cJika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.\u201d\u00a0\u2013 (Hadis Riwayat Bukhari 2311) \n\nSihir Itu Syirik! Besar Dosanya Disisi Allah Taala\n\nSesungguhnya sihir itu adalah syirik! Bagi yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan dalam usaha untuk menyihir seseorang, Allah SWT pasti tidak akan melepaskannya. Dosa memutuskan hubungan orang lain ternyata sangat besar dan perkara sebegini bukannya satu perkara ringan yang boleh dibuat permainan. Semoga sihir pemisah ini dijauhkan dari kita dan semoga si pengamal sihir ini akan kembali semula ke pangkal jalan. Ameen.\n\nSumber : Pusat Perubatan Islam Al Mujahidin"
"\u201cEhem-ehem, awak ni saya tengok ayu la, sopan lak tu, dah lama saya perhatikan awak sebenarnya, bukan tidak menjaga pandangan, maksud saya memperhatikan kesopanan dan kebaikan awak, saya sebenarnya ingin berkenalan dengan awak boleh tak?\u201d\n\nYa! Kata-katanya amat manis, baik rupanya tanpa kumis, indah akhlaknya selalu puasa isnin dan khamis, tapi awas hatinya sedang mengemis ! mengemis dengan niat seakan gerimis tanpa henti, bacalah kataku yang sinis ini.\n\nWahai adik berhati-hatilah kamu dengan cinta manusia, indah luaran tapi dalaman tumbuhnya sarang syaitan. Bak kata orang-orang tua, ikut hati mati. Kata saya, ikut nafsu tubuh lesu, ikut akal tidak waras kena penyakit SARS, ikut hati nanti ada HIV, tibi pun boleh.\n\nTidak salah untuk mengenal cinta, tetapi betulkah cara kamu? Sekadar suka-suka? Itu berpoya-poya, atau itu cinta pandang pertama? Kenapa bukan cinta pandang berkali-kali? Oh tidak ! dimanakah terletaknya nilai malu seorang muslim?\n\nSelalunya manusia akan hanyut dengan cinta yang bertakhta di dalam hati mereka, katanya cinta itu buta sebab itulah tidak dapat melihat dimanakah salahnya sehingga melanggar batas-batas yang telah disyariatkan. Katanya juga cinta itu memabukkan, sebab itulah mereka tidak mampu untuk memilih jalan yang lurus, jalan bengkok banyak selekoh juga yang dipilihnya.\n\n\u201cDan pohonkanlah keampunan daripada Allah. Sesugguhnya Allah Maha Penyayang.\u201d (Al-Nisa\u2019,106)\n\nIslam mengajarkan kita supaya bertaaruf iaitu secara mudahnya saling kenal mengenali antara satu sama lain dan masih berada didalam batas syariat Allah dan ini lebih baik serta memelihara maruah seseorang.\n\n\u201cAdapun orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh dengannya (agamaNya), maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan kurniaan dariNya (syurga) dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus yang menuju kepadaNya.\u201d (Al-Nisa\u2019,175)\n\nPergaulan tanpa batas perlu dibendung untuk mengelakkan daripada virusnya menjadi wabak yang merbahaya. Sesungguhnya mencegah itu jauh lebih baik daripada mengubati. Pada zaman sekarang perkara ini menjadi lebih senang dengan adanya rangkaian sosial yang boleh menghubungkan sesiapa sahaja tanpa jurang dan ini lebih mendedahkan manusia khususnya remaja untuk terjerat dengan pergaulan maya dimana pengaruhnya lebih besar jika dilihat dari segi kesannya.\n\nBila sudah sama kenal sudah pasti mengetahui nombor telefon untuk bertanya khabar kemudian keluar jalan-jalan berdua-duan, syaitan pun mengilai-ngilai.\n\nKalau nasi menjadi bubur ok lagi tetapi jangan sampai bubur tu jadi basi, nanti makan, penyakit lain pula yang datang. Bukan sekadar kiasan\u00a0 kalau boleh jadikanlah sebagai panduan berzaman. Sebelum ingin melanjutkan perasaan cinta, taarufla dahulu, tiada ruginya, bila cinta sudah mula untuk berbuah eloklah jika masuk meminang sebelum di kebas orang."
"Karipap panas! Karipap panas! Siapa suka makan karipap sila munculkan diri anda.\n\nCara membuat karipap ini sebenarnya mudah. Hanya menggunakan tepung, air dan minyak boleh menghasilkan karipap yang rangup.\n\nNamunnya, ramai orang terkendala pasal sukatan semasa ingin membuat karipap. Tidak semua orang punya alat penimbang bahan dalam gram. Justeru, timbang dengan sukatan cawan mestilah lebih mudah bukan?\n\nMaka, kami hadirkan resepi karipap sukatan cawan yang memudahkan anda menghasilkan karipap rangup dan garing lagi sedap. Resepi dikreditkan kepada Reen\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nJom cuba resepi karipap kentang mudah ini.\n\nSelain resepi karipap sukatan cawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Hari ini kita akan berkongsi resepi ikan masak Portugis. Resepi ini sangat mudah untuk anda cuba di rumah dan cara untuk menyediakannya juga tidaklah begitu rumit. \n\nAnda boleh menggunakan samada ikan pari, kembung atau cencaru. Pilihan ikan bolehlah mengikut selera para pembaca di rumah. Pastinya resipi ini dapat menambah selera anda sekeluarga. Resepi ini sangat sesuai untuk dihidangkan tidak kira untuk makan tengah hari ataupun makan malam sekalipun.\n\n Jika dihidangkan lauk ini bersama nasi putih sahaja pun sudah memadai apatah lagi jika dihidangkan bersama lauk pauk yang lain. Jadi mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakan resipi ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh LyNs Han dan telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di Facebook\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nSelain daripada resepi ini, pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!"
"ISLAM maksudnya adalah kedamaian. Islam is peace. Dan berlakunya peperangan di dalam Islam bukanlah bererti ianya untuk sengaja membunuh pihak lawan tetapi tidak lain dan tidak bukan hanyalah demi untuk mempertahankan kedudukan dan kesucian agama Islam itu sendiri.\n\nUmat Islam nekad berperang kerana iman dan hingga kini sejarah telah berjaya menjadi saksi di mana tidak ada satu kaum mahupun daerah yang hancur dimusnahkan oleh tentera Muslimin pada zaman pimpinan Rasulullah SAW. \n\nStrategi Nabi Muhammad SAW dalam peperangan lebih kepada tujuan dakwah iaitu menawan dan mengislamkan kaum Musyrikin, bukan dengan niat lain seperti menjajah tanah mereka. \n\n5 Peperangan Besar Dalam Islam : Bukti Jihad Berani Mati Demi Agama\n\nPerang Badar adalah pertempuran besar pertama antara umat Islam dalam melawan musuh-musuhnya. Pada saat itu, kaum muslimin yang berjumlah hanyalah seramai 313 orang dengan beraninya telah bertempur melawan pasukan Quraisy dari Mekkah yang berjumlah 1000 orang. \n\nPerang ini terjadi pada tahun 624 M atau lebih tepat lagi pada 17 Ramadhan 2H. Setelah bertempur habis-habisan sekitar dua jam, pasukan Muslim menghancurkan barisan pertahanan pasukan Quraisy dengan penuh kehebatan walaupun ketika itu para tentera Islam sedang berpuasa.\n\nPerang Uhud adalah pertempuran yang terjadi antara kaum muslimin dan kaum kafir Quraisy pada 22 Mac 625 M yang bersamaan dengan 7 Syawal 3 H. Tarikh perbezaan perang Badar dengan perang Uhud adalah setahun seminggu yakni seminggu selepas menyambut Aidilfitri di tahun yang berikutnya. \n\nUntuk perang Uhud, jumlah tentara Islam adalah seramai 700 orang yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri. Perang ini menyaksikan pertumpahan darah dengan antara tentara Islam melawan tentara kafir seramai 3000 orang yang dipimpin oleh Abu Sufyan. Disebut Perang Uhud karena terjadi di dekat bukit Uhud yang tidak jauh dari kawasan Masjid Nabawi. \n\nPerang Uhud hampir menyaksikan tentera Islam kecundang namun akhirnya di bantu dengan pertolongan Allah SWT. Di dalam perang ini, bapa saudara Nabi yang bernama Hamzah telah terbunuh. \n\nPertempuran Mu\u2019tah adalah perang antara kaum muslimin yang menentang kaum Romawi. Perang ini terjadi pada 629 M atau 5 Jamadil Awal 8 Hijriah. Lokasinya berhampiran dengan sebuah perkampungan yang bernama Mu\u2019tah terletak di sebelah timur Sungai Yordan dan Al Karak. Perang Mu\u2019tah ini merupakan pendahuluan untuk menakluk negeri-negeri Nasrani. \n\nPerang ini tercetus apabila utusan Rasulullah SAW bernama al-Harits bin Umair yang diperintahkan menyampaikan surat kepada pemimpin Bashra telah dibunuh. Saat itu, Al-Harits telah ditangkap dan dipenggal lehernya oleh Syurahbil bin Amr yang juga merupakan seorang gabenor wilayah Balqa di Syam. \n\nAkibatnya Rasulullah SAW sangat berdukacita sehingga mempersiapkan pasukan tentera Islam seramai 3000 orang. Inilah pasukan Islam terbesar pada waktu itu.\n\nPerang Khandaq terjadi pada bulan Syawal tahun 5 Hijriah bersamaan tahun 627 Masehi. Perang ini terjadi setelah dua puluh pimpinan Yahudi bani Nadhir datang ke Makkah untuk melakukan provokasi agar kaum kafir bersatu untuk menghapuskan seluruh kaum muslimin yang ada. \n\nMereka juga turut menemui kabilah-kabilah Arab di sekitar Mekah untuk misi yang sama. Akhirnya kata sepakat di capai dan bermulalah aktiviti untuk menghabiskan seluruh kaum muslimin di Madinah hingga ke akar umbi.\n\nJumlah keseluruhan pihak musuh dianggarkan seramai 10,000 orang dan jumlah ini saat itu melebihi seluruh jumlah penduduk Islam di Madinah. Berkat idea bernas dari Salman al-Farisi, kaum muslimin menggunakan strategi penggalian parit untuk menghalang dari tibanya pihak musuh ke dalam wilayah Madinah. Pihak musuh mengepung Madinah bermula pada 31 Mac 627 H dan berakhir dalam masa 27 hari kemudian. \n\nPerang Tabuk ini bermula dari sebuah ekspedisi yang dilakukan oleh umat Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad SAW pada 630 M atau 9 H ke Tabuk. Lokasi Tabuk ini adalah sebuah kawasan padang pasir dan pada ketika itu cuaca adalah sangat panas terik. \n\nSebab boleh berlakunya Perang Tabuk ini berpunca dari Empayar Rom yang selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu ingin sekali untuk meluaskan pengaruhnya sehingga ke bumi Arab. \n\nTambahan pula ketika itu kerajaan Rom ada mendapat berita tentang sebuah kerajaan baru yang bernama Islam sedang giat berkembang di tanah Arab. Pihak Rom ingin sekali menyerang wilayah-wilayah yang telah dikuasai oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika itu. \n\nRasulullah mendapat berita mengenai perkara tersebut namun kaum Islam sama sekali tidak berminat untuk berperang dengan kerajaan Rom kerana umat Islam ingin terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni di bawah pemerintahan Rasulullah. \n\nWalaubagaimanapun kaum Muslimin tetap juga bersiap sedia demi menghadapi apa-apa kemungkinan. Akhirnya, Nabi Muhammad SAW berhasil membentuk sepasukan tentera Islam seramai 30,000 orang. Inilah jumlah pasukan terbanyak yang pernah dimiliki umat Islam. \n\nSetelah pasukan Islam tiba di Tabuk, umat Islam tidak menemukan pasukan tentera Rom mahupun sekutunya. Menurut sumber yang ada, pihak musuh telah beralih ke utara setelah mendengar kedatangan tentera Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. \n\nSebaliknya para pemimpin tempatan keluar dan minta berdamai. Alhamdulillah, tidak ada sebarang pertempuran darah yang berlaku dan pasukan Nabi Muhammad SAW terus kembali semula ke Madinah setelah 30 hari meninggalkannya. \n\nIslam Adalah Agama Yang Cintakan Kedamaian Bukan Peperangan\n\nSesungguhnya Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengajar umatnya mengangkat senjata untuk sengaja membunuh orang lain jika tidak mahu menganut Islam. Sebaliknya pedang panji Islam hanya akan diangkat untuk berlawan dengan mereka-mereka yang dengan sengaja ingin menjatuhkan agama Islam yang dicintai ini. Peperangan juga demi untuk pertahankan hak ke atas sesuatu.\n\n Firman Allah SWT yang bermaksud: \u201cDiizinkan berperang bagi orang yang diperangi disebabkan mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk menolong. Iaitu mereka yang diusir dari rumah mereka tanpa alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata, \u201cTuhan kami ialah Allah.\u201d (Al-Hajj: 39-40)"
"Jom cuba resepi lempeng viral ini. Sesuai untuk dijadikan menu makanan petang-petang.\n\nLempeng diperbuat daripada tepung yang dicampur dengan telur, sedikit mauripan, gula, garam dan sedikit air. Doh tidak boleh terlampau lembik ataupun keras supaya lempeng yang dihasilkan lembut dan kenyal.\n\nMemasaknya pula tidak boleh terlalu lama, nanti hangit. Lempeng sedap dimakan macam itu sahaja atau dengan sambal tumis ataupun dengan susu pekat manis. Lempeng ini banyak dijual dimana-mana kedai di pasar malam. Namun lempeng viral dengan resepi yang terbaik hanya ada di perkongsian resepi kali ini!\n\nDalam pencarian kami untuk resepi lempeng, Kaseh Sery\u200e telah kongsikan resepi lempeng yang menjadi agak viral di laman Facebook. Resepi ini bahkan memperolehi perkongsian hingga lima ribu lebih setakat artikel ini ditulis.\n\nTidak perlu pergi ke pasar malam. Boleh makan puas-puas dengan rasa yang sesuai tekak. Sebaiknya anda buat sendiri di rumah. Lebih nikmat, lazat dan berbaloi tentunya.\n\nKami yakin anda pasti tidak sabar untuk mencuba resepi ini. Kami yang menulis dan melihat gambar pun boleh terjadi terliur. Bentuk lempeng yang gebu dan menarik.\n\nSelain resepi lempeng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Pasti anda semua nak tahu petua untuk dapatkan muka berseri. Wajah yang berseri-seri pastinya menggambarkan kehidupan yang positif dan bahagia. Nak tahu apa petuanya? Jom baca.\n\nUntuk dapatkan muka yang berseri terdapat beberapa perkara yang kita perlu lakukan. Antaranya ialah amalan ibadat, pemakanan, rutin wajah dan gaya hidup.\n\nMuka yang berseri bukan bermaksud wajah yang bersih tanpa cela semata-mata. Ketenangan mental dan jiwa juga boleh tergambar pada wajah. Orang yang sentiasa ada masalah, hati tidak tenteram akan terpamer pada wajah mereka.\n\nManakala, orang yang bersyukur, gembira dan sentiasa positif pula sebaliknya. Wajah mereka akan sentiasa sejuk mata memandang dan selesa didampingi. Anda tergolong yang mana satu?\n\nDalam artikel ini, penulis akan mengupas topik tentang petua muka berseri yang boleh dicuba. Diharapkan ia dapat dijadikan panduan untuk para pembaca yang disayangi.\n\nBagi orang Islam, kita wajib mentaati syariat yang telah ditetapkan. Antaranya ialah solat 5 waktu, berpuasa berpuasa, membayar zakat dan sebagainya. Malahan, kita digalakkan melakukan perkara-perkara yang disukai Allah seperti membaca al-Quran, bersedekah dan banyak lagi.\n\nOrang yang rajin membaca al-Quran akan mendapat rahmat-Nya. Begitu juga mengisi masa dengan bacaan zikir memuji Allah dan Rasulullah. Kita juga digalakkan untuk berwuduk sebelum tidur.\n\nApabila kita taat pada suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya, tentunya kita akan mendapat keberkatan-Nya. Secara tidak langsung, kehidupan kita juga akan lebih tenang dan bahagia.\n\nOrang yang sering melupakan Allah mudah terjerumus ke jalan yang salah. Apabila selalu melupakan nikmat yang diberikan, kita akan menjadi orang yang tidak bersyukur. Wajah juga akan nampak keruh dan sentiasa tidak ceria.\n\nAspek pemakanan juga amat penting untuk mendapatkan wajah yang berseri. Apabila kita makan makanan yang berkhasiat dan seimbang, segala nutrien yang terserap akan memberi manfaat kepada tubuh badan.\n\nLebihkan sayur-sayuran dalam diet harian. Pastikan anda mengambil sayur yang mencukupi ketika bersarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sayur-sayuran yang baik ialah sawi, bayam, brokoli, tomato, bendi dan sebagainya.\n\nLebih baik sayur-sayuran dimasak dengan cara ringkas tanpa menggunakan terlalu banyak minyak. Cara yang paling baik ialah dimakan mentah atau dicelur saja.\n\nJangan lupa makan buah-buahan yang kaya dengan mineral dan vitamin. Kurangkan makanan berkanji, tinggi karbohidrat dan lemak. Cara masak yang paling baik ialah merebus, memanggang dan mengukus.\n\nAkhir sekali, jangan lupa minum air secukupnya setiap hari. Pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari bergantung pada berat dan jantina. Terapkan pengambilan makanan seimbang mengikut piramid makanan kepada anak-anak.\n\nSetiap wanita ada cara tersendiri melakukan rutin wajah. Ada yang menggunakan cara moden. Ada pula yang suka menggabungkan cara moden dengan tradisional. Walau apa saja cara yang dilakukan, pastikan tekniknya betul.\n\nApabila kita mengambil berat soal penjagaan wajah, masalah kulit muka dapat dikurangkan. Pastinya kita hendak tampil yakin dan menawan di khalayak ramai. Kulit wajah yang cantik dan berseri dapat meningkatkan keyakinan kita itu.\n\nDi bawah ini akan dihuraikan rutin wajah secara moden dan tradisional.\n\nRutin wajah secara moden bermaksud penggunaan produk wajah dan rawatan yang direka khas pada masa kini. Untuk mendapatkan kulit yang sihat, janganlah malas untuk melakukan rutin harian.\n\nAntaranya ialah mencuci wajah secara double cleansing, memakai toner, esen, serum, krim sunblock dan pelembap. Jangan lupa juga memakai mask dan skrub wajah seminggu 1 atau 2 kali.\n\nSesekali, dapatkan rawatan kulit di pusat kecantikan. Biasanya di pusat kecantikan terdapat pakar kecantikan yang menggunakan peralatan canggih. Jika ada sebarang masalah kulit, anda boleh berbincang dengan mereka.\n\nBagi yang suka petua-petua tradisional boleh mencuba beberapa tips kecantikan yang dikatakan sangat berkesan.\n\nCaranya ialah ambil sedikit lendiran atau gel daun aloe vera. Sapukan pada bahagian yang mempunyai parut dan bekas hitam. Sapu dengan kerap sehingga parut menjadi pudar.\n\nApabila terlalu penat atau tidak cukup tidur, bawah mata akan nampak sembap dan gelap. Ia akan menjadikan wajah nampak lesu dan tidak berseri. Cara yang boleh dilakukan ialah ambil uncang teh yang telah digunakan, letakkan di bawah mata.\n\nMasalah kulit muka seperti jerawat, bintik hitam dan putih sememangnya mengganggu penampilan. Masalah ini berlaku apabila kotoran di wajah seperti sebum, peluh dan debu tidak dibersihkan dengan betul.\n\nIni akan menyebabkan segala kotoran itu terperangkap di lubang pori-pori yang akhirnya menyebabkan keradangan. Keradangan itulah yang menyebabkan jerawat dan pelbagai masalah kulit.\n\nCara untuk mengatasi masalah ini ialah menggunakan skrub daripada oats dan sedikit yogurt. Selepas digosokkan pada wajah, bilas bersih-bersih. Kemudian, gunakan air mawar sebagai toner untuk menyegarkan wajah.\n\nKulit yang kering akan membuatkan wajah nampak kusam dan berumur. Cara berkesan bagi mengatasi masalah ini ialah ambil sedikit susu dan madu. Sapukan pada wajah sebagai masker seminggu sekali.\n\nApabila meningkat usia, kulit wajah juga akan bertambah matang kerana kolagen pada kulit semakin berkurangan. Ini akan membuatkan garis-garis halus mula muncul di bahagian dahi, tepi mulut dan mata.\n\nCara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan masker putih telur yang dicampurkan dengan sedikit jus tomato. Cuba petua ini seminggu sekali.\n\nGaya hidup yang sihat dan aktif memainkan peranan yang penting bagi kesihatan tubuh dan juga kulit. Jika kita konsisten bersenam, peredaran darah ke kulit menjadi lancar. Ini mengakibatkan oksigen dan nutrisi dapat diserap ke dalam tubuh dengan baik.\n\nSelain itu, elakkan diri dengan persekitaran yang membawa aura negatif. Pilih kawan-kawan yang berkualiti. Jauhi stres dan kemurungan. Persekitaran yang sihat akan memberi kesan kepada mental kita.\n\nSetakat ini saja perkongsian penulis tentang petua muka berseri yang boleh anda semua cuba. Jangan ingat, cukup kita menjaga kecantikan wajah saja untuk mendapat wajah yang berseri-seri. Pelbagai faktor lain yang dinyatakan di atas juga memainkan peranan.\n\nJangan lupa juga baca tentang petua kecantikan yang lain di kulit cantik semulajadi dan makanan yang baik untuk kulit di sini."
"Jika anda menyukai biskut coklat chips dan brownies maka sepatutnya anda mesti akan suka congo bar kerana ianya ialah kombinasi kedua-dua makanan ini.\n\nCongo bar ialah sejenis brownies coklat chip tanpa menggunakan coklat hitam. Sebaliknya, congo bar malah menggunakan vanila. Congo bar mempunyai rasa yang manis dan sedap yang tidak memuakkan.\u00a0\n\nCongo bar merupakan salah satu variasi daripada blondie, di mana untuk membuat brownies ini tidak menggunakan coklat hitam mahupun coklat putih sama sekali.\n\nCongo bar sedap dijadikan dessert untuk tetamu, mahupun untuk jamuan dalam mesyuarat dan jamuan acara lain. Di bawah ini kami kongsikan resepi congo bar yang mudah dan sedap, resepi daripada Kak Chik Dalila\u200e di laman Facebook. Sila cuba resepinya.\n\nSelain resepi congo bar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Dunia kanak-kanak adalah bermain. Selain daripada membeli pelbagai jenis permainan untuk anak-anak, sesekali, ibu ayah boleh membuat sendiri (DIY) pelbagai jenis aktiviti untuk anak-anak di rumah. Dengan bermain dan beraktiviti bersama anak, ianya dapat membantu perkembangan mereka.\n\nMari kita lihat 5 item yang sangat mudah didapati dengan harga mampu milik, yang boleh digunakan untuk mencipta keseronokan bersama anak-anak.\n\nKumpul batang aiskrim selepas dimakan atau boleh dibeli terus batang asikrim biasa / berwarna-warni di pasaran.\n\nBerikut antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak dengan menggunakan batang aiskrim :-\n\nBola pom pom yang dijual di pasaran terdiri daripada pelbagai saiz dan warna. Pastikan kita sentiasa memantau anak-anak ketika bermain dengan bola pom pom ini.\n\nTekstur bola pom pom dapat merangsang deria penglihatan dan deria sentuhan anak-anak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan bola pom pom ini adalah :\n\nRiben yang pelbagai saiz, tekstur, corak dan berwarna-warna semestinya dapat menarik perhatian si manja untuk bermain dengannya, bukan?\n\nBerikut merupakan cadangan aktiviti yang menggunakan riben untuk bermain bersama si manja :-\n\nBagi kanak-kanak, bukan mudah untuk mereka mula menggunakan sepit. Ianya memerlukan kekuatan \u2018pincer grasp\u2019 mereka untuk menggunakan sepit.\n\nJom kita lihat aktiviti yang boleh dilakukan bagi melatih anak-anak menggunakan sepit :-\n\nButang atau manik juga merupakan antara item yang pasti digemari si kecil untuk bermain dengannya kerana ia berwarna-warni serta mempunyai pelbagai saiz dan bentuk.\n\nPemantauan ibu bapa adalah sangat penting ketika anak-anak bermain dengan butang dan manik ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan butang / manik adalah :\n\nPelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak dengan menggunakan item-item ini, bukan? Pasti banyak lagi idea-idea menarik yang boleh diteroka mengikut kreativiti masing-masing dalam beraktiviti dengan menggunakan item-item tersebut.\n\nAktiviti-aktiviti sebegini bukan sahaja dapat melatih daya tumpuan si kecil, meningkatkan kemahiran kognitif serta daya kreativiti anak, malah ianya dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka, serta menguatkan otot jari dan tangan anak-anak sebelum mereka mula belajar menulis.\n\nPercayalah, anak-anak akan berasa gembira dapat bermain sambil belajar melalui aktiviti-aktiviti sebegini dan kegembiraan mereka pasti berganda apabila kita meluangkan masa untuk bermain bersama mereka."
"Biarpun sudah bercerai, tanggungjawab bapa terhadap nafkah anak sememangnya tidak dapat dinafikan. Dalam Al-Quran lagi telah dijelaskan bahawa ia adalah satu kewajipan yang harus dilaksanakan oleh seorang bapa.\n\nSekiranya mengikut susunan tertib wali, tanggungjawab membayar nafkah tetap jatuh kepada bapa kandung dan kaum kerabat lelaki sebelah bapa juga. Selain tanggungjawab dalam agama, ia juga sangat sah dan tepat di sisi undang-undang.\n\nDisebabkan itu juga, komuniti, masyarakat dan organisasi yang terlibat mempertahankan hak nafkah anak sering dirujuk. Salah satunya adalah mahkamah syariah yang akan membantu setiap proses dan urusan tuntutan nafkah anak.\n\nSabda Nabi SAW, daripada Abdullah bin \u2018Amr bin al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: \u201cCukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.\u201d (Riwayat Abu Daud \u2013 1692)\n\nJelaslah bahawa nafkah bapa terhadap anak adalah wajib dari segi hukum. Selepas anak berusia 18 tahun, bapa tidak wajib lagi memberikan nafkah kepada anak. Anak juga sudah mampu berdikari, bekerja dan boleh menggunakan tenaga serta kudrat untuk berusaha sendiri.\n\nTuntutan Nafkah Anak Dari Segi Perundangan\n\nBerdasarkan perundangan Islam Malaysia, mahkamah akan menentukan jumlah dan banyak mana nafkah yang harus diberikan oleh seorang bapa kepada anaknya. Ia akan dilihat berdasarkan jumlah anak dan komitmen bapa. Namun, terdapat beberapa cara dalam mendapatkan tuntutan nafkah buat anak.\n\nSeksyen 73(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2004 memperuntukkan bahawa bapa wajib memberi nafkah kepada anaknya sama ada tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan dan pelajaran berdasarkan kepada taraf kehidupan dan kemampuan biarpun anaknya dibawah jagaan orang lain atau tinggal bersamanya. Oleh sebab itulah, keluarnya perintah pembayaran nafkah kepada anak-anak. \n\nSekiranya semua sudah jelas dan suami sudah tahu akan tuntutan nafkah anak yang harus diberikan, suami harus mengikut perintah mahkamah. Sekiranya ingkar, ia merupakan satu penghinaan kepada mahkamah. Berdasarkan seksyen 133, mahkamah akan mengenakan denda atau penjara jika tuntutan nafkah anak ini diabaikan (sekiranya permohonan perintah nafkah untuk tujuan ini dibuat oleh isteri). Nafkah anak akan dikira sebagai hutang jika adanya perintah mahkamah.\n\nJika difikirkan logik, anak-anak yang membesar tanpa nafkah dari seorang bapa juga sama seperti anak yang telah diabai dan teraniaya. Bapa bukan sahaja menerima hukuman di dunia, tetapi juga hukuman di akhirat kelak. Pelajaran dan kehidupan anak mungkin akan ketinggalan belakang dari orang lain.\n\nIsteri boleh membuat permohonan kepada pihak Mahkamah untuk pelaksanaan perintah mendapatkan hak anak-anak. Ia bertujuan untuk memastikan perintah nafkah ini berkuatkuasa dan perlu dilaksanakan oleh suami atau bapa tersebut.\n\nMenurut Enakmen Tatacara Mal Negeri Melaka 2002, di bawah Aturan 159 Enakmen Tatacara Mal Negeri Melaka 2002, pelaksanaan tuntutan nafkah atau tindakan penguatkuasaan penghakiman boleh dibuat berdasarkan beberapa cara berikut.\n\nMahkamah mempunyai kuasa untuk memerintahkan harta-harta alih milik suami disita dan dijual secara lelong. Hasil jualan harta tersebut akan diberi kepada anak-anak sebagai bayaran nafkah.\n\nMahkamah memerintahkan supaya harta kepunyaan suami yang dipegang atau dimiliki oleh pihak ketiga ditahan dan dijual. Sekiranya suami tiada harta, maka apa-apa hutang yang perlu dibayar oleh pihak ketiga kepada suami akan diberikan kepada anak sebagai bayaran nafkah. \n\nMahkamah akan merampas dan menyerahkan barang-barang suami kepada isteri. Isteri boleh menjual barang-barang tersebut untuk mendapatkan bayaran nafkah anak-anak.\n\nMahkamah akan menahan pendapatan suami dan mempunyai prosedur yang teratur untuk terus diberikan sebagai nafkah anak. Nafkah anak akan diberikan terus dari pemotongan gaji bekas suami.\n\nIsteri perlu membuat permohonan yang paling sesuai untuk tuntutan nafkah anak terhadap suami. Pastikan ia benar-benar berkesan dan efektif. Keempat-empat tindakan ini adalah tindakan yang akan diambil oleh mahkamah supaya perintah akan dipatuhi oleh bekas suami. Mereka wajib mematuhi apa sahaja perintah yang telah mahkamah tetapkan.\n\nCara memfailkan tuntutan nafkah anak tidaklah sukar jika anda fahami prosedur dan caranya. Prosedur menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu jumlah atau kedudukan harta bekas suami. Jika tidak, pihak mahkamah akan membuat kira-kira berdasarkan kemampuan bekas suami dan keperluan anak-anak.\n\nSelalunya, tuntutan nafkah anak akan dibuat di mahkamah syariah berdekatan dengan tempat pemohon bermastautin. Ia akan memudahkan isteri untuk menguruskannya pada bila-bila masa yang diperlukan.\n\nTerdapat beberapa dokumen penting wajib anda bawa ke mahkamah untuk membuat permohonan tuntutan nafkah anak. Antara dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan, surat beranak atau sijil pengangkatan, sijil nikah dan sijil cerai, serta dokumen sokongan yang dapat membantu sokongan tuntutan nafkah anak.\n\nPihak mahkamah akan mengambil sedikit tempoh masa bagi memproses dan akan maklumkan kepada pemohon semula. Jangan risau, ia akan berjalan dengan lancar sekiranya dokumen yang diberikan adalah lengkap dan tepat.\n\nKenal pasti cara tuntunan nafkah anak yang betul dan ambillah pendapat daripada pihak mahkamah sebelum memfailkan tuntutan. Semoga panduan dan maklumat yang dikongsikan ini bermanfaat buat anda. Jom baca juga Anak tak sah taraf (dari segi perundangan), Tempat lihat anak bulan (Panduan lengkap) dan Tuntutan hak penjagaan anak."
"Pada zaman dahulu, nasi briyani hanya dihidangkan pada majlis majlis istimewa seperti kenduri kahwin ataupun majlis perayaan dan rumah terbuka. Namun kini, nasi briyani boleh didapati dimana mana sahaja. Selalunya, orang melayu lebih minat akan nasi briyani ayam, namun masyakarat india lebih minat dan popular bersama nasi briyani kambing. \n\nDengan peredaran masa serta perkembangan teknologi maklumat, pelbagai resepi boleh diperoleh hanya dihujung jari sahaja. Kali ini, memandangkan hari ini merupakan hari Deepavali, kami bawakan khas kepada anda nasi briyani kambing! Oleh kerana resepinya amat mudah untuk diperoleh, semua orang tak kira kaum kini boleh mencuba dan jatuh cinta pada hidangan ini. \n\nResepi yang kami bawakan ini telah dikongsikan oleh MrsNor Wahid dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook! Jom kita cuba!\n\nNota: Campur semua bahan ini dijadikan pes \n\nNota: Jika nak cukup pasangan, goreng papadum. Yang saya buat, ada kuah. Masa tumis rempah tu, saya lebihkan air untuk dijadikan kuah. (tengok pada langkah nombor 8) Sebelum masukkan beras saya keluarkan air itu untuk dijadikan kuah. Ini kena pandai agak supaya nasi tak menjadi lembik. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi nasi briyani kambing ini, terdapat banyak resepi yang semestinya anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Bila perut mereka kenyang, hati pun senang. Jangan lupa juga untuk tekan butang kongsi dan kongsikan resepi ini juga ya!"
"Kehamilan adalah satu fasa penting yang perlu dijaga dengan baik. Kesihatan ibu mengandung bukan satu perkara main-main yang boleh dipandang ringan. \n\nKesihatan ibu mengandung ini penting demi untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan dan ada banyak perkara dalam memberi penjagaan ibu mengandung ini. Antaranya adalah seperti pemeriksaan, saringan faktor risiko, rujukan kepada pakar jika berkaitan, memberi imunisasi serta pendidikan awal untuk melalui tempoh sepanjang kehamilan dengan baik dan tenang. \n\n\u201cNutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan bukan sahaja untuk ibu, tetapi bayi yang dikandung. Mengikut keperluan piramid makanan, pertambahan kalori ibu hamil pada trimester pertama hanya 80 sahaja iaitu bersamaan dengan sekeping roti.\u201d \n\nBerikut adalah penerangan yang Pakar Dietetik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Norhaslinda Jefrezen semasa ditemuramah oleh salah satu akhbar keluaran tempatan.\n\nIbu hamil harus memberikan tumpuan kepada fasa pertama atau trimester pertama kerana dalam waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat.\n\nIbu Hamil Memerlukan Lebih 300 Kalori Sehari Berbanding Wanita Biasa\n\nBerbanding wanita yang tidak hamil, setiap ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi. Dengan itu, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, telur, keju dan bijirin.\n\n \u201cApa yang saya sering tekankan adalah makan apa sahaja secara sedikit, tetapi kerap. Elakkan pengambilan makanan pedas dan berminyak yang menyebabkan ibu mudah muntah. Minuman berkafein juga tidak baik untuk ibu hamil. Untuk kesegaran tambahkan halia, lemon atau asam di dalam minuman dan minum banyak air kosong,\u201d katanya lagi. \n\nMakanan Untuk Kesihatan Ibu Mengandung Berbeza Mengikut Trimester \n\n>> Cadangan Makanan Untuk : Trimester 1\n\n >> Cadangan Makanan Untuk : Trimester 2\n\n>> Cadangan Makanan Untuk : Trimester 3\n\n7 Tabiat Makan Yang Betul Semasa Hamil\n\nSeperti yang ditunjukkan pada Piramid Panduan Pemakanan, diet anda harus terdiri daripada makanan yang mengandungi karbohidrat, lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, jumlah protein, susu dan produk tenusu yang sederhana, dan akhir sekali, lemak, minyak, gula dan garam yang minimum.\n\nMakanan yang berbeza memberikan gabungan nutrien yang berlainan (tenaga, karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan komponen makanan yang menyihatkan) dalam jumlah yang berbeza-beza. Makan makanan yang pelbagai bagi mendapatkan kebaikan daripada makanan yang berbeza.\n\nTabiat #3: Makan mengikut keperluan anda.\n\nPerkembangan bayi dan juga perubahan pada tubuh menyebabkan penambahan keperluan tenaga harian anda. Jadi, adalah biasa sekiranya selera makan anda bertambah sedikit. Walaupun begitu, tubuh anda lebih cekap menggunakan apa yang telah dimakan dan ini menyebabkan ramai wanita mengalami peningkatan berat badan yang normal semasa hamil, tanpa perlu makan dengan banyak daripada biasa.\n\nAmalkan makan tiga sajian utama (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) tiap-tiap hari. Sekiranya sajian utama anda kecil atau anda terasa lapar antara waktu makan, jangan raguragu untuk makan snek seperti susu atau dadih, biskut atau roti, mi atau buah-buahan di waktu pagi atau tengahari.\n\nTabiat #5: Pilih makanan yang kaya dengan vitamin & mineral.\n\nSemasa hamil, anda memerlukan hampir kesemua vitamin dan mineral dengan jumlah yang lebih banyak. Kebanyakan peningkatan keperluan ini dapat dipenuhi dengan merancang dan mengamalkan diet yang berkhasiat. Anda seharusnya memilih makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin C, vitamin A, vitamin B12, dan folat (asid folik). Mikronutrien tersebut boleh didapati dalam makanan yang tersenarai dalam jadual di bawah dan juga makanan yang telah diproses, sekiranya tercatat pada label zat pemakanannya.\n\nTabiat #6: Jangan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit.\n\nMakan dengan terlalu banyak semasa hamil menyebabkan peningkatan berat badan yang keterlaluan. Anda juga tidak harus mengamalkan diet pengurangan berat badan kerana kedua-dua situasi ini boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan anda.\n\nTabiat #7: Imbangkan pengambilan tenaga dengan aktiviti fizikal.\n\nKehamilan merupakan peluang yang baik untuk anda mengamalkan kehidupan yang aktif. Sama ada berjalan, berenang, meregang badan ringan atau pun sebarang aktiviti fizikal ringan yang anda gemari, lakukannya untuk sekurang-kurang 30 minit sehari (dalam satu sesi atau 10 minit untuk setiap 3 sesi). Aktiviti ini membantu menggunakan tenaga daripada makanan dan memperbaiki penghadaman. Di samping itu, ia turut menyediakan tubuh anda untuk kelahiran dan kehamilan seterusnya.\n\nAntara Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Sedang Hamil\n\nDapatkan Nasihat Pemakanan Daripada Doktor / Pakar Pemakanan Apabila Perlu\n\nDapatkan nasihat pemakanan daripada doktor atau pakar pemakanan sekiranya anda mempunyai sebarang risiko pemakanan yang berikut:\n\nItulah sebahagian daripada info mengenai kesihatan ibu mengandung dan semoga info ini dapat memberi panduan pada sesiapa saja yang memerlukannya."
"Pernah atau tidak anda bayangkan tentang bagaimana cara orang kaya beli kereta sehingga mereka mampu memiliki bukan satu tetapi berpuluh kereta mewah sekaligus?\n\nSebut sahaja tentang orang kaya pastinya kita tidak akan lari dari gambaran kehidupan diri mereka yang mewah dan kaya raya. Pasti dalam fikiran sudah terbayang supercar seperti Bugatti, Mercedes, Pagani, Rolls-Royce, Ferrari, dan sebagainya begitu mudah mereka miliki. \n\nNamun begitu, ada muslihat yang anda pasti tidak terfikir sebelum ini mengenai cara unik mereka ketika berbelanja.\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara orang kaya beli kereta dengan mudah, jimat, dan menguntungkan. \n\nBeli kereta mewah sebagai simbol kekayaan?\n\nSegelintir orang lebih mementingkan kepada kebendaan berbanding rupa dan sebagainya. Malah ramai yang sanggup berhutang dan makan mi segera setiap hari untuk tampak mewah di depan mata orang lain.\n\nLantaran itu, ungkapan tentang beli kereta mewah sebagai simbol kekayaan memang diterima pakai oleh sesetengah orang.\n\nNamun pastinya tidak semua orang berpandangan sedemikian. Sebenarnya, memiliki kereta yang lebih mahal langsung tidak menunjukkan kita kaya.\n\nHal ini kerana lagi banyak kereta, maka lagi tinggi kos yang perlu ditanggung. Individu yang betul-betul kaya adalah apabila kita memiliki kebebasan kewangan dan simpanan kecemasan yang mencukupi. \n\nSenarai selebriti kaya yang pandu kereta biasa\n\nBerikut ini kami senaraikan beberapa selebriti kaya raya yang mengamalkan kehidupan sederhana dengan memandu kereta biasa sahaja untuk ke mana-mana. \n\nWarren Buffet, orang kelima terkaya di dunia ini hanya membeli sebuah Cadillac XTS (2014)\u00a0untuk menggantikan kereta lamanya,\u00a0Cadillac DTS (2006). \n\nSelain beliau gemar akan jenama Cadillac, Warren juga tidak kerap membeli kereta baru disebabkan sangat jarang memandu, dan jarak pemanduan beliau\u00a0sepanjang\u00a0setahun adalah kira-kira\u00a05,600km\u00a0sahaja.\u00a0\n\nMark Zuckerberg, pengasas Facebook cuma memilih sebuah\u00a0Acura TSX\u00a0lama untuk dipandunya sehari-hari. \n\nSungguhpun jutawan, namun beliau akui bukan peminat kepada kereta-kereta besar atau supercar yang berharga puluhan juta ringgit. \n\nAlice Walton, pewaris kekayaan Wal-Mart sangat sukakan akan truk pikap model \u00a0Ford F-150 King Ranch (2006).\n\nMenarik untuk dikongsi lagi, mendiang bapa beliau yang merupakan pengasas Wal-Mart turut memandu truk yang sama suatu ketika dulu. \n\n4. Ingvar Kamprad (Volvo 240 GL)\n\nIngvar Kamprad, pengasas IKEA seorang peminat sejati kepada model Volvo 240 GL (1993) dari dulu sehingga kini.\n\n5. Steve Ballmer (Ford Fusion Hybrid)\n\nSteve Ballmer, bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Microsoft memilih Ford Fusion Hybrid.\n\nKirk Cousins, pemain\u00a0quarterback\u00a0untuk kelab bola sepak Amerika yang mempunyai pendapatan tahunan lumayan sehingga RM100.8 juta. \n\nSungguhpun begitu, Cousin mempunyai gaya hidup biasa-biasa sahaja dan sangat cermat dalam menguruskan wang ketika berbelanja.\n\nFaktor ini juga yang menyebabkan beliau memilih van penumpang\u00a0GMC Savana\u00a0dan bukan SUV mewah untuk dijadikan kenderaan rasmi. \n\nWajib tahu panduan cara orang kaya beli kereta\n\nTerdapat empat cara orang kaya beli kereta yang anda perlu tahu untuk dijadikan panduan sebelum membeli sebuah kereta impian. Berikut adalah caranya:\n\nSeperti yang kita tahu, kereta bukanlah suatu aset yang baik jika kita sekadar menggunakannya sebagai kenderaan untuk ke mana-mana. \n\nKereta akan hilang nilainya selepas beberapa saat ia beredar dari kedai, itu perkara yang kita tidak boleh elakkan. Justeru itu, kereta bukanlah perkara yang diambil berat oleh sesetengah orang sungguhpun orang kaya. \n\nAda orang kaya yang tidak kisah untuk membeli kereta terpakai kerana mereka rasakan ia masih berbaloi dan jauh lebih murah berbanding beli kereta baru. \n\nBeli kereta secara cash memang sangat merugikan. Dari segi kewangan mungkin ia boleh digunakan untuk modal niaga atau bayar komitmen bulanan yang lain.\n\nDalam masa yang sama, kereta jika beli cash dan berlaku kemalangan, nilainya boleh jatuh jauh dari harga asal.\n\n3. Elak bayar cukai jika beli kereta berhutang \n\nOrang kaya tentunya tahu akan kesan cukai yang akan dikenakan ke atas mereka.\u00a0Beli kereta mewah salah satunya cara untuk elakkan mereka dari membayar cukai yang tinggi.\n\nMungkin cara ini sudah biasa kita nampak bagi golongan yang kaya raya di Malaysia. Orang kata beli kereta setiap tahun hanya untuk mengurangkan cukai yang perlu dibayar.\n\nContohnya, pendapatan Jutawan A adalah 30 juta setahun dan dia perlu membayar RM 4 juta cukai di Malaysia.\u00a0\n\nDengan membeli kereta bernilai RM 800 ribu Jutawan A hanya perlu membayar cukai berharga RM3 juta sahaja, misalnya. Konsep mudahnya untuk elak cukai tinggi, berbelanjalah lebih tinggi dari biasa. \n\nKesimpulannya, mahu beli kereta apa sahaja tidak menjadi masalah sama sekali. Yang penting ia perlulah sesuai dengan bajet diri masing-masing. \n\nSelain dari cara orang kaya beli kereta ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kewangan seperti:"
"Bila sebut perkataan jeragat, pasti ramai wanita yang kecut perut. Jeragat adalah salah satu masalah kulit muka yang paling ditakuti oleh kaum hawa.\n\nTerbayang-bayang bintik hitam dan noda yang tak cantik kat muka. Jeragat ni, kalau dah mula tumbuh dan tak dirawat, ia akan merebak. Bermula dengan satu bintik hitam, akhirnya penuh satu muka. Jenuh nak pakai makeup tebal untuk tutup cela yang ada.\n\nSampai bila nak bermakeup tebal untuk tutup jeragat? Nak keluar rumah mungkin boleh sembunyi dengan makeup. Kat rumah depan suami macam mana? Sepatutnya kat rumah lah kita paling cantik , sebab nak mengadap suami tercinta. Setuju kan isteri-isteri semua?\n\nHari ni kami nak kongsikan punca jeragat yang ramai wanita tak tahu. Adalah sangat penting untuk kita tahu apa punca jeragat mula tumbuh kat muka. Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.\n\nKulit anda akan mudah ditumbuhi jeragat jika anda tak amalkan rutin harian penjagaan asas kulit muka. Nak cantik tak perlukan duit yang banyak. Cuma perlu rajin. Apakah dia penjagaan asas kulit muka? Setiap hari pastikan anda:\n\nAmalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kalau kulit anda berjeragat, cuba cek semula adakah anda culas dalam penjagaan asas kecantikan setiap hari?\n\nTahukah anda, jeragat merupakan salah satu masalah kulit muka yang berpunca dari faktor keturunan. Kalau ibu anda mengalami masalah jeragat, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama. Oleh itu, sila alert dengan punca jeragat yang lain dan cuba elakkan.\n\nSemakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk jeragat tumbuh dimuka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an? Pastikan kita rajin. Jangan culas untuk buat rutin harian penjagaan kulit muka seperti yang kami ceritakan kat atas tadi. Penggunaan produk anti penuaan juga sangat membantu.\n\nJika anda jenis banyak berjemur dibawah terik matahari, anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat berbanding mereka yang lebih banyak meluangkan masa dalam bangunan. Cahaya matahari mengandungi sinaran uva & uvb yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.\n\nPerubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah. \u00a0Apakah punca perubahan hormon di kalangan wanita? Mengandung, melahirkan, menyusukan, mengambil pil perancang, dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan.\n\nBagi sesetengah wanita, masalah jeragat akan hilang bila hormon kembali stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik. Jeragat semakin banyak walau pun masalah hormon tak stabil dah selesai.\n\n6. Alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah\n\nPenggunaan alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti produk timbang kilo atau produk tiruan yang banyak dijual dipasar malam juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat diwajah anda. Ini berlaku kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran uva & uvb meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit & memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.\n\nHypothyroidism adalah keadaan dimana kelenjar tiroid gagal berfungsi dengan baik lalu menyebabkan ketidakstabilan hormon tiroid dalam tubuh badan dan menjadi terlalu rendah. Keadaan hormon tiroid yang terlalu rendah didalam badan akan menjadi punca berlakunya masalah pigmentasi & jeragat pada kulit muka.\n\nPengambilan ubat bagi menstabilkan semula hormon tiroid mampu mengatasi masalah jeragat yang anda hadapi.\n\nPhotoxic adalah keadaan dimana tubuh badan anda memberikan reaksi allergic\u00a0atau alahan kepada kaedah perubatan tertentu seperti rawatan kanser, kemoterapi, dan ubatan lain. Ia juga boleh berlaku kerana alahan kepada pewangi, produk kecantikan, dan juga kosmetik.\n\nJika kulit muka anda tiba-tiba ditumbuhi jeragat, periksa semula jika baru-baru ni anda ada bertukar pewangi, produk kecantikan, alat solek atau menjalani sebarang rawatan kesihatan.\n\nTekanan perasaan atau stress juga merupakan salah satu punca jeragat yang ramai tak perasan. Bila anda mengalami tekanan perasaan, ianya akan menggangu hormon dalam badan. Sekali lagi, hormon yang tidak stabil adalah pencetus kepada berlakunya masalah jeragat.\n\nJika anda mengalami tekanan perasaan, jangan berlengah. Cari jalan penyelesaian dalam kadar segera. Dapatkan bantuan. Tekanan perasaan bukan sahaja boleh menyebabkan kulit anda berjeragat malah ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti menurunkan kualiti kerja di pejabat, merosakkan hubungan sosial, dan dalam kes yang serius boleh meragut nyawa.\n\nTerima hakikat bahawa kita hidup pada zaman di mana alam sekitar kita tidak lagi bersih seperti sepuluh tahun yang lalu. Udara kotor. Lapisan ozon semakin nipis. Percemaran dari asap, dan debu. Setiap kali kita keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala macam kotoran.\n\nPendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat.\n\nItulah dia 10 punca jeragat yang ramai wanita tak perasan. Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk anda. Ada masalah jeragat? Sebelum bersusah-payah nak beli produk anti jeragat yang mahal, lebih baik anda kenal-pasti semua punca jeragat & cuba elakkan sedaya yang mampu."
"Jika sebelum ini telah disenaraikan 10 kriteria calon isteri idaman yang diinginkan lelaki untuk dijadikan sebagai isteri, ini pula adalah 11 kriteria lelaki idaman yang dihajati oleh para wanita sebagai suami. Lelaki\u00a0memang sering bercakap tentang\u00a0ciri-ciri wanita\u00a0yang menjadi pilihannya dan para\u00a0lelaki juga patut sedar yang para wanita turut memiliki hajat yang sama.\n\nApa? Ingat lelaki saja ada ciri-ciri wanita idaman? Perempuan pun ada juga ciri-ciri lelaki idaman untuk membantunya membuat keputusan untuk menerima lamaran dari seseorang lelaki itu atauipun tidak. Antara kriteria utama si lelaki perlu ada untuk menjadi\u00a0seorang suami idaman wanita ini adalah seperti yang berikut.\n\n1- Lelaki Yang Berpegang Pada Ajaran Agama Islam\n\nUntuk tangga pertama sudah semestinya seorang lelaki yang berpegang pada ajaran Islam. Apabila agama menjadi teras kehidupan, maka InshaAllah nilai-nilai terpuji yang ada pada lelaki tersebut akan membuatkan wanita merasa sangat bahagia. \n\nMaksud bertanggungjawab ini adalah tahu akan tanggungjawab sebagai seorang suami yang tidak akan mempersia-siakan isterinya. Tidak juga alpa dalam memberi nafkah zahir dan batin serta boleh di harap dalam menjadi pelindung untuk isteri termasuk juga untuk anak-anak yang bakal dilahirkan nanti. \n\n3- Lelaki Yang Yakin Pada Diri Sendiri \n\nKeyakinan diri juga merupakan faktor penting yang dicari oleh wanita. Keyakinan inilah yang dapat menjadi semangat untuk hidup bersama dalam menempuhi apa jua halangan sepanjang bersama. Yakin pada diri sendiri sebegini juga akan membuatkan si lelaki tersebut lebih positif dan tidak hanya berpeluk tubuh dan berputus asa. \n\n4- Lelaki Yang Macho Dan Ada Rupa\n\nJika lelaki idamkan seorang wanita yang cantik untuk dibanggakan, wanita pula impikan seorang lelaki yang macho dan ada rupa untuk didampingi selalu. Macho ini boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang ada bentuk tubuh elok dan sihat. Manakala untuk rupa pula tak adalah harap sehandsome hero di dalam drama, memadailah seorang yang nampak kemas dan pandai menjaga kebersihan diri. \n\n5- Lelaki Yang Bijak Dan Bersemangat\n\nWanita juga mengimpikan seorang lelaki yang berpendidikan tinggi. Tidak semestinya perlu menjadi seorang ahli akademik. Memadai bijak dalam bidang yang diceburi sehingga mempunyai skill yang tertentu. \n\n6- Lelaki Yang Selalu Suka Buat Lawak (Lucu)\n\nLawak adalah ciri yang sangat disukai wanita. Lelaki yang ada unsur lucu begini boleh membuatkan wanita berasa happy selalu dan tidak stress. Lelaki yang suka buat lawak ini juga boleh membuatkan si wanita berasa sangat bahagia kerana berjaya memiliki seorang lelaki yang akan selalu berusaha mengambil hatinya. \n\n7- Lelaki Yang Peka Dan Sensitif Hingga Boleh Memahami Perasaan Wanita\n\nPasangan mana yang tidak suka jika pasangannya dapat memahami apa yang di sukai, tidak di sukai dan sebagainya. Berjaya mendapat pasangan yang amat memahami begini boleh dikatakan seperti jodoh yang sangat serasi untuk terus kekal hidup bersama sehingga ke jannah. \n\nTidak dinafikan mana ada pasangan yang tiba-tiba saja boleh saling memahami. Semuanya memerlukan usaha. Dan tips terbaik untuk memahami pasangan adalah dengan memberi perhatian atas apa jua yang dicakapkannya. Setiap kali pasangan bercakap kamu akan berperanan sebagai si pendengar. Dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. \n\n8- Lelaki Yang Ada Pekerjaan Dan Sumber Kewangan Sendiri \n\nNak berkahwin sudah tentu perlu ada pekerjaan. Jika tidak bagaimana nak sara anak isteri. Memiliki perkerjaan ini tidak bermaksud perlu bergelar seorang majestrit, doktor atau lawyer (peguam). \n\nTidak kisah apa jua pekerjaan yang penting halal dan boleh memberi sumber kewangan yang cukup untuk hidup bersama. Jika ada masalah kewangan berdoalah selalu agar Allah SWT tambahkan lagi rezeki yang kurang itu. \n\n9- Lelaki Yang Amat Sukakan Kanak-Kanak\n\nLelaki yang ada sifat amat sukakan kanak-kanak adalah ciri-ciri awal untuk seorang lelaki yang penyayang. Jika dari awal si lelaki itu kelihatan seronok melayan kanak-kanak maka tidak mustahil si lelaki itu akan dapat menjadi seorang bakal suami dan juga bakal ayah yang baik dan penyayang dalam melayani anak dan isterinya kelak. \n\nSesungguhnya hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Membelai kanak-kanak yang ditemui, memberikan perhatian dan mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu merupakan suatu perbuatan yang boleh memperlihatkan bahawa si lelaki tersebut ada ciri-ciri untuk menjadi seorang bapa. \n\nWanita memang sangat suka seorang suami yang romantik kerana wanita ini sifatnya suka di belai dan dilindungi. Namapun wanita ni adalah sebahagian daripada tulang rusuk si suaminya kan maka tak mustahillah mengapa wanita ini menginginkan dirinya di sayangi dan di cintai selalu. \n\nRomantk yang dimasukkan ini bukan gatal atau miang tetapi lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan selalu memberi perhatian pada si wanita. Paling penting tidak pernah lupa akan tarikh-tarikh yang bermakna sepanjang perhubungan tersebut. \n\n10 \u2013 Lelaki Yang Tidak Ego Dan Tidak Terlalu Mengongkong\n\nIni memang penting! Sangat-sangat penting! Walaupun dalam Islam sudah dijelaskan yang si suami itu ada hak ke atas isterinya dan syurga untuk seorang isteri itu pula adalah di bawah telapak kaki suaminya sendiri namun itu semua tidak membawa maksud yang si suami boleh ego dan mengongkong si isteri dengan sewenang-wenangnya. \n\nTolonglah jangan dikongkong kehidupan isteri dengan pelbagai syarat yang tidak masuk akal kerana hakikatnya si isteri itu adalah seorang manusia yang juga perlukan sedikit kebebasan untuknya bernafas di atas muka bumi Allah ini dengan penuh rasa syukur dan selesa. Nak kawal isteri tidak salah tetapi janganlah diperlakukan bagai mengurung seekor burung di dalam sangkar. \n\n11- Lelaki Yang Setia Dan Tidak Curang\n\nIni memang sengaja cari nahas! Perempuan mana boleh tahan jika dianugerahkan seorang lelaki yang tidak setia dan curang. Sudah berkahwin tetapi masih berlagak macam orang bujang. Eh memang sengaja cari pasal. Lelaki sebegini memang tidak layak dijadikan seorang suami oleh mana-mana wanita sekalipun. \n\nSedangkan melihat suami bercakap dengan perempuan lain si isteri sudah cemburu tahap naik gila, inikan pula jika mendapat tahu si suami bermain kayu tiga. Tolonglah setia dan jangan mudah melayan mana-mana wanita lain dengan sesuka hati. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Melihat akan segala perbuatan. \n\nItulah dia antara senarai untuk kriteria lelaki idaman wanita yang layak untuk diterima sebagai suami pujaan hati. Semoga dengan adanya perkongsian ini akan ada para lelaki yang boleh ikut berubah dan ingatlah juga yang pasangan itu adalah satu tanggungjawab yang perlu di jaga, di bela, di lindung dan di belai untuk saling hidup aman bahagia bersama."
"Mata kita ini adalah salah satu organ penting kerana ia membantu kita untuk melihat dunia dengan mata kepala sendiri. Tanpa mata kita tidak dapat menikmati nikmat melihat benda yang cantik di dunia ini. Tetapi disebabkan teknologi yang semakin canggih, pelbagai alat elektronik yang dicipta yang menyebabkan salah satu faktor mata menjadi rabun.\n\nKini, majoriti manusia akan ada masalah penglihatan kabur tanpa mengetahui puncanya. Kabur penglihatan dan rabun adalah 2 benda yang berbeza. Rabun terjadi akibat tidak menjaga mata dengan baik dengan melihat gadjet di tempat yang gelap, melihat gadjet terlalu lama dan terlalu memaksa mata untuk terus bekerja.\n\nKabur penglihatan pula adalah berpunca daripada beberapa penyakit. Pada asalnya, kita dapat melihat dengan jelas dan tiada masalah. Jika rabun, hanya perlu memakai kaca mata yang dibuat khas di kedai optik. Tetapi lama-kelamaan penglihatan kelihatan kabur walaupun memakai kaca mata khas. Mengapa?\n\nApakah punca yang menyebabkan penglihatan kita menjadi semakin kabur?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 punca penglihatn mata menjadi kabur dan cara mencegahnya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\n\ud83d\ude46Pakai cermin mata gelap sebagai pelindungan dari cahaya UV\n\n\ud83d\ude46Guna cermin mata keselamatan semasa melakukan kerja yang menggunakan alatan tajam\n\n\ud83d\ude46Pastikan berat BMI ideal serta tekanan darah & paras kolesterol berada di bawah kawalan\n\n\ud83d\ude46Pastikan paras gula di bawah kawalan sekiranya menghidapi diabetes\n\n*Berikut adalah punca dan cara mencegah masalah kabur penglihatan. Kabur penglihatan terjadi kerana mempunyai penyakit kronik seperti yang disenaraikan di atas. Jika ibu bapa anda ada penyakit seperti di atas, pergi bawa berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan mata. Lebih baik mengambil langkah awal sebelum terkena. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Menerima kehadiran bayi dalam keluarga adalah sesuatu yang sangat mengujakan, bukan? Pelbagai perancangan telah dibuat oleh kita sebelum bayi lahir lagi.\n\nApabila bayi sudah lahir, ibu ayah bukan sahaja perlu memenuhi keperluan fizikal mereka seperti menukar lampin, menukar pakaian, menyusu, memandikan dan menidurkan bayi, tetapi juga ibu ayah sudah boleh mula bermain dengan bayi bagi merangsang perkembangan mereka.\n\nTahukah anda, bayi yang baru berusia sehari pun sudah boleh diberikan \u2018Tummy Time\u2019. Ia boleh dilakukan selepas bayi selesai menyusu dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu selama satu atau dua minit.\n\n\u2018Tummy Time\u2019\u00a0 merupakan keadaan di mana anak menampung badannya dengan berada di atas perutnya atau dengan kata mudahnya meniarap.\n\nIbu ayah boleh berbual dengan bayi pada jarak yang dekat, merangsang bayi dengan permainan yang mempunyai bunyi atau meletakkan cermin di hadapan bayi semasa mereka meniarap bagi memberi stimulasi kepada mereka.\n\nMungkin ada yang tertanya-tanya mengapa \u2018tummy time\u2019\u00a0 ini penting untuk bayi? Berikut merupakan 5 manfaat \u2018tummy time\u2019\u00a0 ini buat bayi.\n\nSambil bayi meniarap, ibu ayah boleh bercakap dengan bayi sambil bertepuk-tepuk tangan. Ianya bertujuan untuk memberi stimulasi bagi meningkatkan \u2018auditory attention\u2019\u00a0 bayi.\n\nLebih seronok lagi jika ibu ayah meniarapkan bayi di atas perut ibu ayah sendiri kerana bayi akan nampak muka kita dengan lebih rapat. Menarik juga aktiviti \u2018Tummy Time Baby\u2019\u00a0 di atas \u2018Tummy Mummy\u2019 dan \u2018Daddy\u00a0\u2019 begini.\n\n2. KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU DAN LENGAN\n\nOtot leher, dada, bahu dan lengan merupakan otot-otot utama yang akan membantu bayi belajar pelbagai perkara. Antaranya, belajar menghisap susu dengan lebih efisien, mengangkat kepala ke kiri kanan, belajar merayap serta merangkak dengan lebih mudah.\n\nOtot-otot yang kuat ini juga penting untuk keselamatan bayi itu sendiri. Sekiranya bayi tertidur meniarap atau mengiring, dia sudah cukup kuat untuk memusingkan kepalanya dan menyelamatkan hidungnya daripada tersembam atau lemas (semoga Allah jauhkan).\n\nSemasa meniarap, bayi dapat melihat persekitarannya. Tidaklah mereka hanya memerhatikan siling dan apa-apa objek yang berada di atas sahaja apabila asyik baring terlentang.\n\nApabila bayi dapat melihat persekitarannya, bayi akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input yang ada di sekitarnya yang mana ia dapat membantu perkembangan bayi.\n\n\u2018Tummy time\u2019\u00a0 untuk mengelakkan \u2018flat head\u2019\u00a0 atau kepala rata ini, bukan sahaja bertujuan untuk nampak kepala bayi cantik bulat semata-mata.\n\nApabila bayi tidak kuat otot lehernya, bayi berkemungkinan baring di sebelah bahagian sahaja. Maka, sebelah bahagian itu akan \u2018flat\u2019\u00a0 dan dinamakan \u2018plagiocephaly\u2019\u00a0 di mana jika ianya tidak dirawat, bentuk kepala bayi yang rata ini akan kekal sehingga bayi ini dewasa kelak.\n\nCuba beri bayi meniarap setiap kali selepas menyusu. Percaya atau tidak, bayi akan sendawa dengan kuat kelak. Dengan ini, semakin kurang risiko bayi kembung perut dan kurang potensi bayi meragam. \u201cHappy Baby, Happy Mama, Happy Daddy\u201d.\n\nBanyak manfaat dengan aktiviti \u2018tummy time\u2019\u00a0 bersama bayi ini, bukan? Ianya bukan sahaja dapat membantu perkembangan bayi, malah dapat mengeratkan \u2018bonding\u2019\u00a0 antara ibu ayah dengan bayi."
"Sejak 4000 tahun yang lalu iaitu Zaman Besi, pisau telah digunakan oleh manusia. Sejajar dengan perkembangan teknologi dan budaya, pisau telah berkembang di mana terdapat pelbagai jenis pisau untuk keperluan yang berbeza. \n\nBagi kegunaan memotong sayur-sayuran sehinggalah menyembelih lembu, sudah pasti ianya memerlukan pisau yang berbeza. Untuk entri kali ini, mari kami kongsikan 15 pisau dapur terbaik mudah guna.\n\nBilah ini mempunyai lubang di tepi pisau yang dipanggil \u2018granton edge\u2019. Tujuannya adalah untuk memudahkan proses memotong makanan agar hasil potongan anda akan kelihatan lebih baik, tidak berselerak, dan tidak rosak. Pisau ini sangat sesuai untuk anda yang memerlukan pisau dapur untuk memotong makanan.\n\nPisau Tanica Laser Utility ini mempunyai bilah gerigi mikro yang diperbuat daripada teknologi laser sehingga ketajamannya tetap terjaga. Anda juga tidak perlu mengasah pisau ini untuk menajamkannya. \n\nSelain itu, pemegang pisau ini selesa dipegang sehingga dapat mengurangkan ketegangan pada pergelangan tangan.\n\nSekiranya anda mencari pisau yang ringan tetapi boleh memotong pelbagai jenis makanan dengan baik, pisau Titanium BOLDe ini boleh menjadi pilihan anda. \n\nDengan gaya tradisional Jepun, pisau ini cukup ergonomik sehingga selesa dipegang untuk jangka masa yang panjang. Berbanding dengan pisau titanium biasa, pisau dapur terbaik ini mempunyai tahap ketajaman yang lebih tinggi dan dapat digunakan untuk memotong segala jenis makanan.\n\nIKEA memberi penyelesaian bagi masalah umum pisau keluli yang mudah berkarat, iaitu dengan mencampurkan logam tambahan ke dalam pisau ini dan pisau ini menjadi lebih tahan karat dan lebih tajam. \n\nDengan penjagaan yang betul, pisau keluli ini dapat bertahan seumur hidup. Kami mengesyorkan pisau VORDA ini untuk anda yang mencari pisau tahan lama dan sangat tajam.\n\nPisau Wusthof Santoku ini mempunyai pemegang yang direka khas untuk mengoptimumkan keseimbangan sehingga anda dapat mengawal sudut pisau dengan lebih baik. \n\nDi samping itu, pisau ini mempunyai sudut pisau yang lebih nipis daripada bilah pisau lain. Sudah tentu apa-apa makanan boleh dipotong dan dicincang dengan pisau ini.\n\nDari bilah ke pemegangnya, pisau ini 100% diperbuat daripada logam. Ia juga sesuai untuk menghasilkan pelbagai jenis ukiran hiasan daripada buah-buahan dan juga sayur-sayuran. \n\nSelain bagus untuk mengukir, pisau yang perlu ada di dapur anda ini juga sesuai untuk memotong daging, mengiris sayur-sayuran dan memotong pelbagai rempah ratus di dapur.\n\nSekiranya anda ingin keselesaan pisau yang digunakan oleh chef profesional, pisau ini adalah pisau dapur terbaik yang perlu anda ada. Ia dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti memotong, menghiris dan juga mengupas. \n\nSelain mempunyai pelbagai kegunaan, reka bentuknya juga bergaya dapat memberikan kesan moden kepada dapur anda.\n\nSekiranya anda gemar berkelah atau berkhemah, pastikan pisau ini termasuk dalam senarai untuk anda bawa bersama. Pisau kecil serbaguna ini berfungsi untuk pelbagai perkara kerana ketajamannya dan bentuknya yang runcing. \n\nPisau dapur terbaik ini juga membolehkan anda memotong pelbagai jenis makanan bahan masakan sekaligus sesuai dijadikan sebagai pisau ukiran makanan.\n\n9. Pisau Set Dapur FINDKING 5 Dalam 1\n\nTerdapat lima jenis pisau dalam set pisau ini, iaitu pisau berukuran 8cm hingga 15.5cm dan pengupas buah. Setiap pisau menggunakan penutup pisau supaya selamat daripada terkena pisau yang disimpan di dalam laci.\n\nSelain itu, ia dapat mengelakkan daripada terkena kotoran dan debu. Set pisau ini menjadi pilihan bagi anda yang sedang mencari hadiah perkahwinan.\n\n10. Pisau Dapur Berwarna (OXONE OX-961)\n\nFungsi pisau dapur berwarna OXONE OX-961 ini adalah dapat memudahkan pelbagai tugasan di dapur, dari memotong sayur-sayuran hinggalah mengupas kulit buah-buahan. \n\nIa juga merupakan set pisau yang sangat lengkap dan memenuhi pelbagai keperluan anda dengan warnanya yang sangat menarik. Untuk mengetahui semua fungsinya dengan tepat, anda perlu membaca keterangan setiap pisau tersebut terlebih dahulu.\n\n11. Pisau Tefal Fresh Kitchen Ulitity\n\nPisau utiliti Tefal K06136 sepanjang 13 sentimeter ini dilengkapi dengan pemegang lembut untuk keselesaan pengguna semasa memotong. Ia juga mempunyai lapisan kalis lekat untuk memudahkan pemotongan dan pembersihan. \n\nPenting sekali, pisau dapur terbaik ini juga dilengkapi sarung keselamatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini.\n\n12. Pisau Roti Sakai Master Chef\n\nBagi anda yang gemar makan kek atau roti, pasti kecewa apabila ingin memotong kek yang mahal tetapi sudah hancur, betul tak?\n\n Jangan risau, dengan pisau dapur terbaik iaitu pisau roti Sakai ini, ia mampu menyelesaikan masalah anda. Bilah pisaunya yang bergerigi mampu memotong roti dan kek tanpa sebarang masalah.\n\nPisau 8 inci ini mempunyai kualiti terbaik kerana diperbuat daripada besi Damascus yang lebih fleksibel dan tahan lama. Ia sesuai untuk memotong daging, herba, \n\nkacang dan memotong sendi daging yang tidak terlalu keras. Reka bentuk pisau ini sangat sesuai untuk tukang masak kerana ianya dibuat untuk melakukan potongan asas semasa memasak. Pisau tajam ini dapat memotong sebarang barangan memasak dengan tepat dan sempurna.\n\nCleaver yang merupakan pisau dapur terbaik ini tidak asing lagi dengan tukang daging. Namun, tahukah anda bahawa pisau Jaya Mata ini sesuai digunakan di rumah kerana saiznya yang lebih sederhana iaitu 15 sentimeter. \n\nIa agak berat tetapi saiznya yang sederhana memudahkan memotong daging atau tulang yang sangat keras.\n\nBagi peminat buah-buahan, pisau Tramontina Athus ini semestinya menjadi keperluan anda. Pisau ini pendek, meruncing, berlekuk dan bergerigi memudahkan untuk mengupas buah-buahan. \n\nMuncungnya yang tirus juga akan memudahkan penyingkiran biji buah dengan betul. Perlu diingat bahawa pisau ini hanya sesuai untuk buah-buahan berkulit nipis seperti epal, betik dan sebagainya.\n\nBerikut adalah kamera mirrorless terbaik malaysia boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda. Jom baca juga\u00a0Travel backpack terbaik,\u00a0Kamera 360 Terbaik Malaysia,\u00a0Smartphone Andriod Terbaik Malaysia dan\u00a0Sejadah Terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Ketahui cara solat jenazah serta doanya.\n\n\u00a0\u201cApabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.\u201d\n\nKematian adalah suatu perkara yang pasti terjadi kepada semua makhluk, yang berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sebagaimana Islam menghormati mereka yang masih hidup, begitu juga ketika berlakunya kematian. Iaitu, terdapat langkah-langkah tertentu untuk menguruskan jenazah dengan baik dan penuh penghormatan.\n\nMelaksanakan solat jenazah ke atas mereka yang telah meninggal dunia telah menjadi amalan masyarakat ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Solat jenazah dilakukan selepas jenazah siap dimandikan dan dikafankan.\n\nSolat jenazah merupakan kewajipan fardu kifayah kepada umat Islam. Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a berkata (maksudnya):\n\n\u201cRasulullah SAW berasa sedih atas kematian al-Najasyi. Baginda keluar ke tempat solat. Lalu Baginda menyusun saf mereka (sahabat-sahabat) dan bertakbir dengan empat takbir.\u201d \n\nMenurut mazhab Syafi\u2019i, wali kepada jenazah adalah lebih aula untuk menyembahyangkan jenazah. Ini kerana solat jenazah adalah doa untuk si mati, maka doa kaum kerabat dan waris lebih mudah dimakbulkan Allah.\n\nAda perbezaan kedudukan antara jenazah lelaki dan perempuan semasa disembahyangkan.\n\nJenazah lelaki: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kiri imam dengan kebanyakan bahagian badan jenazah di sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian kepalanya.\n\nJenazah perempuan atau khunsa: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian punggungnya.\n\nAda beberapa perkara sunat dalam solat jenazah. Ia adalah seperti berikut:\n\nCara Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0652\u0644\u0645\u064e\u064a\u0651\u0650\u062a\u0650 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e \u062a\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0652\u0631\u064e\u0627\u062a\u064d \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0643\u0650\u0641\u064e\u0627\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0652\u0644\u0645\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e \u062a\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0652\u0631\u064e\u0627\u062a\u064d \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0643\u0650\u0641\u064e\u0627\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0652\u0644\u0645\u064e\u064a\u0651\u0650\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0637\u0650\u0641\u0652\u0644\u0650 \u0627\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e \u062a\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0652\u0631\u064e\u0627\u062a\u064d \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0643\u0650\u0641\u064e\u0627\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.\u201d\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0652\u0644\u0645\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0637\u0650\u0641\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e \u062a\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0652\u0631\u064e\u0627\u062a\u064d \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0643\u0650\u0641\u064e\u0627\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\u201cSahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.\u201d\n\n2. Kedudukan tangan sama seperti dalam solat biasa.\n\n4. Takbir untuk kali kedua dan angkat tangan ke telinga. Kemudian letakkan tangan kembali ke badan.\n\n5. Baca selawat ke atas Nabi. Atau adalah lebih baik lagi dengan membaca selawat Ibrahimiyyah.\n\n6. Takbir kali ketiga dan angkat tangan ke telinga. Kemudian letakkan tangan kembali ke badan.\n\n\u201cYa Allah, ampunkanlah jenazah ini, kasihanilah dia, sejahterakan dan selamatkan dia. Muliakanlah kedudukannya, lapangkan ruang kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun suci. Lupuskan dia daripada segala noda dosa, sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran.\n\nGantikan baginya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat kediaman sebelum ini. Berikan kepadanya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangannya yang ada. Hindarkanlah dia (Ya Allah) daripada seksa kubur dan seksa neraka.\u201d\n\n\u201cYa Allah, ampunkanlah jenazah ini, kasihanilah dia, sejahterakan dan selamatkan dia. Muliakan kedudukannya, lapangkan ruang kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun suci. Lupuskan dia daripada segala noda dosa, sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran.\n\nGantikan baginya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat kediaman sebelum ini. Berikan kepadanya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangan yang ada. Hindarkanlah dia (ya Allah) daripada seksa kubur dan seksa neraka.\u201d\n\n8. Takbir kali keempat dan sunat membaca doa.\n\n\u201cYa Allah, janganlah Engkau sisihkan kami daripada mendapat pahala (menguruskan jenazah)nya. Jangan pula Engkau biarkan fitnah melanda kami sepeninggalannya.\n\nAmpuni dosa kami, dosa si mati dan saudara-saudara kami yang lain yang lebih awal beriman daripada kami. Jangan Engkau bibitkan di dalam hati kami rasa benci dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami (yang mulia), Engkau sangat Penyantun dan sangat Penyokong.\u201d\n\n\u201cYa Allah, janganlah Engkau sisihkan kami daripada mendapat pahala (menguruskan jenazah)nya. Jangan pula Engkau biarkan fitnah melanda kami sepeninggalannya.\n\nAmpuni dosa kami, dosa si mati dan saudara-saudara kami yang lain yang lebih awal beriman daripada kami. Jangan Engkau bibitkan di dalam hati kami rasa benci dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami (yang mulia), Engkau sangat penyantun dan sangat penyayang.\u201d\n\n\u201cSegala puji bagi Allah Tuhan Alam semesta. Selawat dan salam untuk penghulu kami Sayyidina Muhammad Nabi dan Rasul yang paling mulia, juga ke atas para sahabat Baginda sekaliannya. Ya Allah, jadikanlah kuburnya seperti taman daripada taman-taman syurga.\n\nYa Allah, Engkaulah Tuhannya, Engkau yang menjadikannya, Engkau yang juga memberikannya petunjuk sehingga dia menganut agama Islam. Namun, Engkau juga yang mematikannya, Engkau lebih tahu hal ehwalnya, baik yang tersembunyi mahu pun yang terang.\n\nYa Allah, kami hadir di sini dengan penuh rasa berharap untuk memohon baginya pertolongan-Mu. Oleh itu, ampunkanlah kami semua dan dirinya dengan ihsan dan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.\n\nSelawat dan restu Allah untuk Rasul junjungan kami Nabi Muhammad, juga kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda, semoga sejahtera mereka semuanya. Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.\u201d\n\n11. Kemudian teruskan dengan doa ini;\n\n\u00a0\u201cYa Allah, curahkanlah rahmat atas Nabi Muhammad dan kepada keluarga Nabi Muhammad. Ya Allah, dengan berkat surah al-Fatihah, bebaskanlah dosa kami dan dosa mayat ini dari seksaan api neraka. Ya Allah curahkanlah rahmat dan berilah keampunan kepada mayat ini.\n\nDan jadikanlah tempat kuburnya itu taman daripada syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya itu lubang jurang neraka. Dan semoga Allah memberi rahmat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.\u201d\n\nSolat jenazah adalah solat yang perlu diketahui cara menunaikannya, kerana ianya adalah fardhu kifayah. Ini bermaksud jika ada seorang yang mengetahui cara melakukan solat jenazah, maka kewajipan ke atas orang lain pun akan terlepas.\n\nNamun begitu, untuk menjadi seorang umat Islam yang bertanggungjawab, hendaklah kita semua mempunyai ilmu mengenai solat jenazah ini tanpa bergantung harap kepada orang lain.\n\nSemoga mendapat manfaat daripada artikel cara solat jenazah ini. Jom baca artikel solat yang lain. Jangan lupa untuk share dan like ya jika bermanfaat."
"Sebelum menghadapi hari bersalin, pelbagai persediaan yang perlu dibuat untuk ibu hamil. Barang-barang bayi dan ibu semasa tinggal di hospital. Bagi ibu yang bekerja perlu memberitahu majikan untuk mendapatkan cuti bersalin. Suami juga perlu bersedia untuk menyambut kelahiran bayi dari segi mental dan fizikal.\n\nPerkara yang paling ditakuti ibu hamil ketika bersalin adalah takut kene \u2018gunting\u2019 kerana lubang tidak cukup besar untuk keluarkan bayi. Apabila difikirkan, ia memang amat mengilukan dan boleh rasa sakitnya. Sakit bersalin tidak sama dengan sakit demam panas dan penyakit-penyakit lain. Hanya wanita yang terpilih sahaja yang dapat merasa sakit bersalin.\n\nJadi, bagaimanakah untuk elakkan kene \u2018gunting\u2019 semasa bersalin?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 langkah urutan perineum untuk elakkan kena \u2018gunting semasa bersalin\u2019. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.\n\nPernah tak ibu- ibu dengar mengenai urutan perineum? Haa, inilah urutan yang dimaksudkan Ibu semenjak awal tadi. Jika ada yang belum tahu, meh Ibu cerita. Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakkan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko \u2018kena gunting\u2019 oleh doktor.\n\nKebanyakkan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal.\n\nAnda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.\n\nAntaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu.\u00a0\n\nAnda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.\n\n1. Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah sentiasa pendek.\n\n2. Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung. \u00a0Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.\n\n3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda\n\n4. Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.\n\n5. Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung\n\n6. Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.\n\n7. Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.\n\n8. Gerakkan semua jari bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit setiap kali.\n\n9. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.\n\n*Urutan ini khas untuk wanita hamil bagi memudahkan proses bersalin nanti. Jika rasa ragu-ragu, boleh berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran untuk melakukan urutan perineum. Rasa takut dan gementar itu biasa, semua ibu yang hamil akan rasa perasaan tersebut.\n\nJadi, jangan malu-malu berjumpa dengan doktor dan bertanya kepada doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kemalangan di tempat kerja memang tidak dapat dielakkan jika kita tidak berhati-hati. Tidak kira di mana kita bekerja sama ada di pejabat atau tempat tapak pembinaan, mesti akan berlaku kemalangan kecil atau besar. Hal ini yang menjadi masalah kerana ia boleh membuat kerja kita tertangguh dan lambat untuk disiapkan.\n\nKemalangan yang selalu berlaku adalah kaki atau tangan terseliuh semasa melakukan kerja. Bunyi seperti tidak teruk tapi jika tidak dijaga dengan baik, ia akan lambat sembuh. Jenuh kita perlu ulang alik klinik untuk merawat kaki atau tangan terseliuh ini. Adakah cara untuk mengurangkan bengkak terseliuh ini?\n\nMari kami kongsikan info mengenai petua legakan sakit terseliuh menggunakan halia dan putih telur. Petua ini dikongsikan oleh Puan Diana Said. Puan Diana suka berkongsi tipa dan petua di Facebooknya. Jom kita baca petua yang dikongsikan oleh Puan Diana.\n\nPetua ni untuk bengkak, terseliuh tapi kalau ada luka tak sesuai guna tau. Kalau jatuh lepas main bola ke boleh guna petua ni. Jom kita tengok cara nak ubati bengkak jatuh.\n\nDIY bahan-bahan untuk legakan sakit terseliuh.\n\n1) Basuh halia bersih bersih dan tumbuk halia sampai halus.\n\n2) Pecahkan 2 biji telur dan ambil bahagian putih sahaja\n\n3) Gaul halia dengan putih telur hingga sebati\n\n4) Tekan halia dengan sudu untuk keluarkan air halia, buang air halia\n\n5) Bentangkan kapas dan jadikan tuala sebagai alas.\n\n6) Letakkan halia yang telah disejat tadi ke atas kapas dan ratakan.\u00a0\n\n7) Ambil kapas lain dan tutup semua bahagian atas halia.\u00a0\n\n8.) Ambil minyak masak sapu kan di bahagian yang sakit dan ingin dibalut bersama selawat dan niat untuk Allah beri kesembuhan.\n\n9) Angkat tuala perlahan-lahan dan tekapkan di bahagian sakit, tarik kain tuala dan biarkan kapas melekat di tubuh kemudian balut dengan kain pembalut dengan kemas.\n\n10) Buka balutan apabila ingin mandi keesokan hari. Lakukan selama 3 hari berturut turut insyaallah sakit dan bengkak akan semakin kurang.\n\nSuami Puan Diana kata mula mula dia akan rasa sejuk, kemudian akan rasa panas halia lebih kurang 6 jam juga. Nak sembuh kan tahan lah panas sikit.\n\nMasa rata kan halia tu better pakai sarung tangan takut rasa panas pula nanti. Yang penting halia jangan terus terkena kulit kena ada kapas selapis, baru lah kulit tak merah nanti.\n\n*Jika rajin dan selalu ikut petua ini, Insyaallah sakit kaki atau tangan terseliuh akan berkurangan. Petua ini amat mudah dan boleh digunakan oleh semua golongan masyarakat. \n\nPetua ini sekadar untuk membantu mengurangkan sakit terseliuh. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Pemakanan yang sihat menentukan kesihatan pergigian yang baik. Penjagaan gigi pula membantu ke arah pembentukan muka\u00a0 yang sempurna dan menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh dengan teratur. Penjagaan mulut si kecil perlu dipraktikkan dari mula untuk dihindari daripada masalah pertumbuhan gigi.\n\nIbu bapa memainkan peranan penting mengasuh dan menggalakkan anak-anak dalam menentukan kesihatan mulut dan gigi mereka. Penjagaan gigi perlulah dilakukan dari peringkat kanak-kanak hinggalah mereka boleh memberus gigi dengan sendiri lebih kurang pada usia 6 tahun. \n\nGigi pertama tumbuh lebih kurang pada usia enam bulan sehinggalah kesemua 20 batang gigi susu tumbuh pada usia dua tahun setengah. Ibu bapa mesti memberi perhatian supaya tidak membiarkan anak mereka tertidur dengan botol susu. \n\nBagaimanakah cara untuk menjaha kesihatan mulut bayi?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips penjagaan rapi mulut si kecil. Info ini dikongsikan oleh Puan Sharipah Eyie. Beliau bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau rajin menjawab pertanyaan pengikutnya lebih-lebih lagi mengenai kesihatan di laman sosialnya.\n\n1. Beri bayi minum air kosong selepas makan (flush mulut)\n\n2. Lap gusi bayi dengan tuala yang bersih (buat bayi terbiasa parent \u2018explore\u2019 dalam mulut nya)\n\n3. Perkenalkan berus gigi kepada bayi (hilangkan takut towards berus gigi)\n\n4. Berus gigi (parents) bersama anak kecil. biar anak lihat parents juga praktik kan apa yang kita minta mereka buat.\n\n5. Buat pemeriksaan mulut anak di klinik pergigian seawal usia 6bulan. (walaupun tiada gigi)\n\n*5 tips sahaja untuk menjaga kesihatan mulut si kecil. Tips yang diberikan oleh puan Sharipah juga mudah untuk dilakukan oleh mana-mana ibu bapa. Ia hanya memerlukan masa dan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa.\n\nSebelum kita menyuruh anak untuk menjaga kebersihan mulut, sebagai ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Hari-hari makan nasi. Jemu dah kan? Jadi sekali sekala apa salahnya kalau tukarkan menu kepada mee. Hmm.. tapi nak buat mee apa kan? Terdapat banyak jenis menu mee seperti mee kuah,mee jawa, mee sup, mee hailam dan lain-lain lagi. Dah nak masak mee tapi buntulah pula nak masakkan mee apa. Apa kata cuba mee rojak mamak style versi homemade pula. Pasti puas makan kan. Yela mengikut citarasa sendiri. Dan yang paling penting, kebersihan terjamin.\n\nResepi ini sangatlah sesuai dengan kaki-kaki mamak. Boleh lah lepas rindu dendam masakan mamak kat kedai tuh. Jadi, apa lagi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Saleha Maarof di laman Facebook. Resepi yang mudah dan senang ini pasti buat anda puas hati. Makanlah sebanyak mana yang mungkin dan penuh keyakinan. Jom.\n\n1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering, panaskan minyak dan apabila minyak dah panas, tumis bawang yang telah dikisar bersama cili kering.\n\n2. Apabila dah naik bau masukkan air asam jawa. Tunggu sehingga mendidih dan bolehlah masukkan kacang yang telah dikisar tadi.\n\n3. Masukkan gula garam secukup rasa. Selepas itu masukkan biskut meri yang telah dibancuh. Masa masukkan biskut marie tu kita kena kacau sebab takut bertetel atau berketul. Kacau sampai lah rasa dah tak berketul-ketul.\n\n1. Letak tepung gandum tu dalam 2 bekas tau fu fa. Lepas tu masuk 3 sudu tepung goreng pisang adabi.\n\n2. Kemudian masukkan \u00bd yis yang telah dibancuh lepas tu tambah garam dan gula. Masukkan udang kertas dan daun kucai/tauge.\n\n3. Bancuh kesemua bahan tu dalam satu bekas. Jangan terlampau cair dan jangan terlalu pekat. Sedang sedang sahaja.\n\n4. Dah siap. Bolehlah mula menggoreng.\n\nBahan2 lain utk campur dlm rojak :\n\nDah siap semuanya. Bolehlah dihidangkan di atas meja. Nanti nak makan , barulah masing ambil-ambil. Untung buat sendiri nih, sebab nya boleh pilih bahan mana yang nak lebih dan kurang. Dah siap isi, bolehlah tuangkan kuah kacang di atasnya. Selamat menjamu selera. Resepi menarik lain untuk dikongsikan."
"Ramai ibu bapa mendoakan anak syurga mereka di media sosial. Anak syurga yang telah tiada lagi di bumi ini, ya anak-anak ini telah meninggal dunia seawal mereka lahir sehingga mereka belum baligh. Itulah yang sering digelar anak syurga. \n\nNamun begitu, kedengaran anak syurga juga adalah daripada golongan anak-anak yang suci bersih tanpa apa-apa dosa, yang sering beramal dengan Al-Quran dan lain-lain lagi. Sebenarnya, konsep anak syurga adalah pelbagai. Namun, ada kisahnya di sebalik siapa sebenarnya anak syurga.\n\nAnak syurga adalah anak yang baru lahir, ketika lahir, keguguran atau yang telah meninggal dunia sebelum usia baligh mereka. Juga dikatakan anak yang cacat atau tidak waras adalah anak syurga kerana mereka tidak dihisab. Anak syurga adalah anak yang meninggalkan dunia secara suci tanpa ada dosa dan sebelum dosa mereka dikira.\n\nAnak Syurga Dari Sabda Nabi SAW\n\nMenurut sumber Mufti Wilayah Persekutuan, Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa anak yang telah meninggal dunia sebelum baligh akan menarik kedua ibu bapanya untuk masuk syurga.\n\n\u062d\u064e\u062f\u064e\u0651\u062b\u064e\u062a\u0652\u0646\u0650\u064a \u062d\u064e\u0628\u0650\u064a\u0628\u064e\u0629\u064f\u060c \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627: \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0639\u064e\u0627\u0626\u0650\u0634\u064e\u0629\u064e\u060c \u0641\u064e\u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u062f\u064e\u062e\u064e\u0644\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u00ab\u0645\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u064a\u064e\u0645\u064f\u0648\u062a\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u062b\u064e\u0644\u064e\u0627\u062b\u064e\u0629\u064c \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u0650 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0628\u0652\u0644\u064f\u063a\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u0646\u0652\u062b\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u062c\u0650\u064a\u0621\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064f\u0648\u0642\u064e\u0641\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0628\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0641\u064e\u064a\u064f\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064f \u0627\u062f\u0652\u062e\u064f\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0641\u064e\u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064e\u062f\u0652\u062e\u064f\u0644\u064e \u0622\u0628\u064e\u0627\u0624\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0641\u064e\u064a\u064f\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0650 \u0627\u062f\u0652\u062e\u064f\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0622\u0628\u064e\u0627\u0624\u064f\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e\n\nMaksudnya: \u201cAku berada bersama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibubapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibubapa kamu ke dalam Syurga\u201d.\n\n[Lihat: Mu\u2019jam\u00a0al-Kabir, no. hadith 571, 24/225]\u00a0[Imam al-Haithami mengatakan perawi-perawinya thiqah di dalam Majma\u2019 al-Zawaid dan al-Albani menghukum hadith ini sahih sebagaimana di dalam sahih al-Targhib] (Riwayat Habibah RA)\n\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0648\u064e\u0627\u062a\u064e\u0651\u0628\u064e\u0639\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0630\u064f\u0631\u0650\u0651\u064a\u064e\u0651\u062a\u064f\u0647\u064f\u0645 \u0628\u0650\u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u064d \u0623\u064e\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0630\u064f\u0631\u0650\u0651\u064a\u064e\u0651\u062a\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0644\u064e\u062a\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u0650\u0647\u0650\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0646 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u0627\u0645\u0652\u0631\u0650\u0626\u064d \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0633\u064e\u0628\u064e \u0631\u064e\u0647\u0650\u064a\u0646\u064c\n\nMaksudnya: \u201cDan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannyaa\u201d.\n\nKetika di Padang Masyhar dan berlakunya keadaan yang amat panas di antara semua kalangan manusia, anak yang meninggal sebelum baligh ini semuanya diberikan minum untuk diberikan kepada ibu bapa mereka. Mereka akan menyusup di antara ramai orang untuk mencari ibu bapa mereka sedangkan manusia lain tersangatlah dahaga.\n\nSepanjang kematian mereka dari kecil, mereka telah dikumpulkan di suatu tempat dan telah diasuh oleh Nabi Ibrahim AS. Apabila berlakunya kiamat, anak-anak ini terus akan dipindahkan ke syurga tanpa melalui hisab, pengadilan Mahkamah Rabbul-Jali, tidak melalui mizan, titian sirat, tidak terkena matahari dan lain-lain lagi. \n\nKetika di syurga, Malaikat akan memberitahu bahawa semua ibu bapa mereka telah berada di depan pintu syurga. Semua anak syurga bergegas berlari mencari ibu bapa masing-masing. Sehinggalah mereka yang tidak berjumpa akan bertanya kepada malaikat, dan jawapan malaikat adalah, \u201cWahai Wildan, Ayah dan bonda kamu telah terjatuh ke dalam neraka\u201d.\n\nIstilah \u201cal-wildan\u201d dalam Hadis Qudsi yang digelar oleh malaikat kepada anak syurga asalnya kata tunggalnya iaitu \u201cal-walid\u201d, yang bermaksud anak yang baru dilahirkan: bayi atau anak kecil yang belum akil baligh.\n\nAnak syurga ini akan menangis mendengar khabar ibu bapa mereka yang berada di neraka. Justeru, malaikat meminta mereka mengadu kepada Nabi Muhammad SAW. Seraya mengadu kepada Nabi SAW, nabi mengangkat tangannya berdoa dan akhirnya orang mukmin yang masuk neraka dan didoakan itu dikeluarkan dari neraka. Mereka terus masuk ke dalam Syurga dan disambut oleh anak syurga mereka yang telah terpisah di dunia dahulu. \n\nTelah Allah SWT berfirman dalam Al-Quran (Ad-Dahr: 11): Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.\n\nBeruntunglah anda yang mempunyai anak syurga di dunia dan di akhirat kelak. Anak syurga yang telah lama meninggalkan kita atau belum pun kenali kita di dunia tetap akan menunggu kita di sana nanti. Mereka adalah penyelamat kita pada jalan terakhirnya untuk kita masuk syurga.\n\nSyafaat anak syurga adalah anak syurga boleh menarik dan meminta kepada Allah SWT untuk memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga bersama-samanya. Syafaat adalah keajaiban doa atau hal yang diperkenankan oleh Allah SWT, selalunya adalah para nabi dan orang-orang soleh. Namun siapa sangka, seorang anak syurga akan menunggu untuk masuk syurga bersama ibu bapanya.\n\nSekiranya kita mempunyai anak syurga, redhalah walau kita hanya menjaganya seketika waktu. Keredhaan dan kesabaran kita akan dinilai oleh Allah SWT dan malaikat. Sudah pasti ada hikmahnya di dunia ini dan ganjaran yang besar menanti anda di akhirat sana.\n\nItulah dia maksud anak syurga yang sebenarnya dan syafaat anak syurga terhadap kedua ibu bapa. Beruntunglah anda yang mempunyai anak syurga di sana! Jom baca juga Cara ambil anak angkat di hospital, Peranan ibu bapa dan Cara berbuat baik kepada ibu bapa."
"Mak adalah segala-segalanya untuk kita. Siapalah kita jika mak tidak menjaga kita dengan begitu baik sekali. Mak adalah wanita yang terkuat pernah kita jumpa, mereka boleh melakukan apa-apa sahaja termasuk memasak, mengemas, didik anak, bekerja dan\u00a0 macam-macam lagi. Tugas seorang mak bukanlah tugas yang ringan.\n\nMak kita juga dalam pada masa yang sama ingin berhias dan bercantik-cantik. Kemudian bergambar dengan keluarga, kawan-kawan dan sedara mara. Kita sebagai anak dan suami, perkara apakah yang boleh kita lakukan untuk menggembirakan hati seorang mak dan membuatkan beliau kelihatan sangat cantik?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perkara yang membuatkan mak menjadi cantik setiap hari. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n5 Perkara yang membuatkan mak cantik setiap hari\n\n1. Dia diberikan bajet khusus untuk Self Care diri. Tak perlu banyak tapi yang penting cukup untuk dia merawat dan mencantikkan diri.\n\n2. Dia diberikan masa khusus untuk memanjakan diri sendiri. Kadang tak perlu ke spa atau salon pun. Asalkan diberikan peluang dan masa memang mereka akan cari cara untuk merawat dan mencantikkan diri sendiri.\n\n3. Dia diberikan peluang untuk Self Reward diri sendiri seperti melancong, shopping dan sebagainya. Selepas berhempas pulas menjaga pasangan dan anak anak, Self Reward ni sangat perlu untuk menjaga motivasi dalaman diri. Hilang motivasi diri, maka hilanglah seri.\n\n4. Dia diberikan nafkah batin yang mencukupi keperluan diri. Nafkah batin ini termasuklah pergaulan yang baik dan kasih sayang yang membuatkan hatinya menjadi tenteram dan tenang.\n\n5. Dia perlukan pasangan yang memahami psikologi dan keperluan diri seorang wanita. Perbezaan jantina membuatkan ramai wanita tidak memahami lelaki dan ramai lelaki tidak memahami wanita sedangkan ilmu memahami pasangan adalah ilmu yang sangat penting untuk keharmonian rumahtangga.\n\n*Berikut adalah perkara yang kita boleh lakukan untuk menggembirakan hati seorang mak dan membuatkan beliau kelihatan cantik setiap hari. Jika ada masa lapang, lebih-lebih lagi di musim PKPP ini cuba luangkan masa bersama mereka dan dengar cerita-cerita mereka. Ia dapat menggembirakan hati mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Oil cleanser adalah produk pembersih wajah yang berasaskan minyak yang berguna untuk menghilangkan kesan alat solek, radikal bebas dan kotoran yang terdapat pada wajah. \n\nOil cleanser terbaik sesuai untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit yang sensitif. Ia dapat membersihkan kesan alat solek tebal dan solekan yang kalis air. Amat mudah guna oil cleanser sekiranya kita sering mekap atau mekap tebal.\n\nIa juga boleh digunakan untuk membersih eyeliner, maskara, foundation, lipstik kalis air dan sebagainya yang kita pakai. Terdapat banyak produk oil cleanser di pasaran terbaik dan murah yang mampu dimiliki. Jom lihat antara 14 oil cleanser terbaik dan murah.\n\n1. Biore Makeup Remover Cleansing Oil\n\nSekiranya anda gemar bersolek, cleanser oil ini sangat sesuai untuk menghilangkan dan membersihkan solekan degil di muka anda. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit sensitif kerana mengandungi wangian yang sangat kuat. \n\nCleanser oil ini sangat baik sebagai penghilang solekan dan pembersih wajah kerana ianya akan menjadikan kulit lembut setelah dicuci menggunakannya.\n\n2. Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil\n\nCleanser oil dari Neutrogena ini sangat popular dan berjaya melawan minyak dan sebum bagi membersihkan semua kotoran yang menyumbat liang-liang pori di bahagian muka. \n\nWalaupun bahan formula clenser oil ini mengandungi minyak, ia amat sesuai untuk pengguna yang memiliki jenis kulit berminyak. Iaberfungsi untuk menghilangkan minyak berlebihan di wajah dan sesuai digunakan untuk membersihkan kesan solekan kalis air dan segala kotoran di muka.\n\n3. The Body Shop Camomile Silky Cleansing Oil\n\nSekiranya anda ingin membiasakan diri dengan cleanser oil dan bimbang ia membahayakan kulit, cubalah cleanser oil The Body Shop yang diperkaya dengan ekstrak bunga Chamomile. \n\nOil cleanser terbaik dan murah ini akan membantu mengurangkan jerawat dan juga melegakan kulit muka yang bermasalah. Selain itu, khasiatnya menghilangkan solekan pada wajah dengan cepat dan menjadikan kulit terasa bersih, segar dan sempurna.\n\n4. Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil\n\nCleanser daripada Korea ini merupakan gabungan minyak sayuran yang membantu penjagaan wajah. Teksturnya lembut dan tidak meninggalkan kesan melekit setelah dicuci menjadikannya sangat sesuai untuk kulit sensitif kerana bebas daripada alkohol dan paraben. \n\nCleanser oil ini diperkaya dengan minyak bijan hitam, kacang hitam dan anggur hitam yang akan membantu mengawal pengeluaran sebum, meningkatkan keanjalan kulit, menghidrat wajah dan sebagainya.\n\nCleanser ini diperbuat daripada ekstrak minyak zaitun, minyak biji Camellia Japnocia dan Rh-Oligopeptide-1 sangat berkesan untuk menghilangkan kesan solekan dan melembabkan kulit.\n\nDi samping itu, ia juga menghilangkan kulit kusam agar kulit menjadi lebih berseri dan cerah. Kulit juga akan menjadi sangat lembut.\n\n6. Simple Kind To Skin Hydrating Cleansing Oil\n\nCleanser oil ini sering dicari oleh pengguna yang mempunyai kulit sensitif kerana kandungan bahan-bahannya sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. \n\nOil Cleanser terbaik dan murah ini juga dikatakan sangat berkesan untuk membersihkan alat solek dan kotoran pada wajah. Ia boleh digunakan pada kulit sensitif dan kering kerana tidak mempunyai alkohol dan wangian.\n\n7. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil\n\nSekiranya anda mempunyai kulit yang bermasalah, disarankan untuk mencuba menggunakan produk Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing ini. \n\nOil cleanser terbaik dan murah ini dapat memerangkap kelembapan pada lapisan wajah sehinggakan kulit berhenti menghasilkan sebum tambahan. Selain itu, ia bukan sahaja bertindak sebagai agen pembersih, tetapi juga membantu melindungi kulit dari kesan pencemaran seperti asap kenderaan, jerebu, dan radikal bebas yang melekat pada kulit.\n\n8. Safi Natural Micellar Oil Honey & Olive Cleansing\n\nTanggalkan solekan kalis air, berasaskan minyak dan kekotoran anda dengan berkesan dalam masa kurang dari 1 minit dengan SAFI Micellar Natural Cleansing Oil (Madu). Produk ini menanggalkan makeup dengan baik.\n\nProduk yang berasaskan minyak ini membuatkan kulit anda berasa lembap tanpa rasa selepas berminyak. Produk ini juga tidak mengandungi alkohol, paraben, minyak mineral dan pewarna. Madu berada ditempat ke-13 didalam ingredient list.\n\n9. Kose Cosmeport Softymo Deep Cleansing Oil\n\nKose Cosmeport Softymo Deep Cleansing Oil ini diperkaya dengan minyak beras yang berkesan untuk menanggalkan alat solek dan juga kotoran daripada liang pori wajah dan di bahagian leher. \n\nIa dapat membuang sel kulit mati sehingga kulit wajah terasa lebih bersih dan segar. Sekiranya anda gemar menggunakan solekan kalis air sehinggakan warnanya menjadi berlapis, cleanser oil ini akan menanggalkannya dengan baik.\n\nDHC Deep Cleansing Oil ini sesuai untuk semua jenis kulit dimana ia berfungsi membersihkan kulit dari kotoran, alat solek, habuk dan sebagainya. \n\nSelain itu, cleanser oil terbaik dan murah ini juga mampu menanggalkan sel kulit mati serta membersihkan, menyuburkan, dan menghidrat kulit agar kekal sihat dan berseri.\n\n11. Laneige Fresh Brightening Cleansing Oil\n\nLaneige Fresh Brightening Cleansing Oil yang dapat membersihkan wajah anda ini sememangnya terkenal hasilnya dari Korea Selatan. Ia diperkaya dengan minyak aprikot yang menyegarkan. \n\nDi samping itu, cleanser oil ini juga mengandungi minyak biji oren Bali yang kaya dengan vitamin C yang dapat membantu mencerahkan kulit anda dan mengurangkan kemerahan pada kulit.\u00a0\n\nSelain itu, terdapat kandungan ekstrak akar Gypsophila paniculata yang berkesan untuk menghilangkan kotoran pada wajah. Bagi aroma produk ini, haruman bunganya sangat menyegarkan.\n\nSenka adalah jenama penjagaan kulityang menyediakan banyak produk wajah yang berkualiti. Salah satunya adalah produk cleanser oil terbaik iaitu All Clear Oil. \n\nCleanser oil yang berasaskan minyak ini mampu membersihkan alat solek dan semua kotoran di wajah dengan baik. Dari segi kandungannya pula, ia diperkaya dengan esen kepompong putih, asid hyaluronik dan minyak dedak beras yang dapat menghaluskan kulit wajah.\n\nDengan menggunakan produk ini dengan konsisten, wajah anda akan menjadi lebih cerah dan sangat berseri.\n\nSemua minyak pembersih bertujuan untuk memecahkan kekotoran larut minyak seperti pelindung matahari dan alat solek, menjadikan pembersihan mudah. Sulwhasoo Gentle Cleansing Oil dirumus dengan squalane, minyak isirong aprikot, dan ekstrak kulit jeruk keprok serta menjanjikan pembersihan yang berkesan dan lembut.\n\nProduk ini juga menanggalkan solekan di sekitar mata dan maskara dengan baik tanpa menjadikan kulit di sekitar mata kering. Oil cleansing ini juga menjadikan kulit lembap dan lembut.\n\n14. Madagascar Centella Light Cleansing Oil\n\nMinyak pembersih, dibuat dengan campuran Minyak Centella dari Madagascar, sifat yang tidak disentuh, dan 6 minyak berasaskan tumbuhan berbeza, untuk mencairkan kekotoran permukaan dan solekan, serta membersihkan kulit dengan formula ringan, menjadikan kulit bersih dan segar.\n\n\u00a0Produk ini juga tidak menanggalkan makeup dengan senang tanpa perlu menggosok dengan kuat. Produk ini menjadikan kulit lebih ringan dan licin selepas menggun.\n\nItulah dia antara 14 jenis oil cleanser terbaik dan murah boleh kita cuba. Jom baca juga Vitamin untuk mata, moisturizer terbaik, sunblock terbaik dan serum terbaik.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
"Tidak semua bayi yang dilahirkan dengan sempurna dari segi fizikal. Ada pelbagai kes bayi lahir tidak cukup sifat. Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila melihat bayi mereka dilahirkan sebegitu. Namun jauh dalam sudut hati mereka, rasa syukur terhadap illahi kerana dikurniakan anak.\n\nPasangan suami isteri yang dapat anak perlu bersyukur kerana bukan semua orang dapat boleh mendapat anak dengan cepat. Ada yang mengambil masa bertahun-tahun baru dikurniakan rezeki anak. Ada juga yang memang tidak dapat melahirkan anak.\n\nBayi yang baru lahir mungkin akan mengalami beberapa masalah. Contoh yang selalu kita dengar adalah demam kuning. Bayi perlu ditahan wad beberapa hari untuk dipantau oleh doktor. Tetapi tahukah anda mengenai bayi yang ada masalah \u2018tongue tie\u2019 ?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 masalah jika bayi mempunyai \u2018tongue tie\u2019. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.\n\nJadikanlah amalan untuk terus melihat bawah lidah bayi setelah lahir. Sekiranya nampak seperti ada tali yang menambat lidah si bayi, itu adalah tongue tie, dan ia boleh mengganggu bayi untuk menyusu dengan sempurna. Lihat juga sekiranya bayi tidak pernah keluarkan lidah dari mulut, dan sekiranya dijulurkan keluar, lidah kelihatan seperti bentuk\u00a0hati\u00a0atau W shape.\n\n5 Masalah jika bayi mempunyai \u2018tongue tie\u2019\n\nAntara masalah yang boleh dijangkakan dengan kehadiran \u2018tongue tie\u2019 :\n\n1. Hisapan yang sering terlepas, lidah tidak dapat mengekalkan hisapan.\n\n2. Bayi mengamuk sewaktu atau selepas menyusu. Ini boleh disebabkan susu yang dapat tidak banyak seperti yang sepatutnya, dan bayi boleh jadi penat kerana harus berusaha lebih untuk dapatkan susu.\n\n3. Ibu rasa sakit pada puting dan boleh menyebabkan luka. Ini disebabkan bayi banyak hisap pada bahagian puting.\n\n4. Peningkatan berat badan bayi yang tidak memberangsangkan. Sekiranya bayi tidak dapat menyusu dengan baik, pada pemeriksaan pada 1 bulan pertama, akan dapat lihat bahawa berat bayi tidak naik seperti diharapkan.\n\n5. Bayi ingin mengempeng setiap masa. Ada juga bayi yang terus menerus ingin menyusu, dan ini akan menyebabkan ibu berasa stress.\n\nAda kes yang memenuhi kesemua ciri di atas, ada juga kes kes terpencil di mana bayi membesar dengan baik, dan ibu tidak merasakan sakit.\n\nSekiranya si bayi boleh menyusu dengan bagus walaupun dengan kehadiran tongue tie, pada usianya 2 tahun nanti, mungkin bayi boleh mempunyai masalah pertuturan. Sama ada lewat bercakap, ataupun pelat. Tapi tak semua akan mengalami masalah ini.\n\n*Jika orang dulu-dulu mungkin tidak tahu akan kehadiran \u2018tongue tie\u2019 ini. Sekarang teknologi semakin berkembang maju dan klinik juga semakin banyak, jadi rajin-rajinlah bawa anak untuk diperiksa dengan doktor pakar. Ini untuk kebaikan bayi dalam pembesaran dan juga si ibu yang menyusukan anak.\n\nSemoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Dalam artikel yang lepas (Kisah Ashabul Kahfi), kita telah mengetahui kisah pemuda-pemuda Kahfi ini dengan terperinci daripada waktu sebelum mereka memasuki gua, ketika mereka di dalam gua dan juga selepas mereka telah keluar daripada gua setelah beratus-ratus tahun lamanya.\n\nKisah ini telah dicerita oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui surah al-Kahfi. Di dalam Surah al-Kahfi sebenarnya terdapat 3 kisah utama yang terkandung banyak pengajaran untuk kita. Kisah-kisah itu adalah kisah Ashabul Kahfi, kisah Nabi Musa as bersama Nabi Khidir as dan kisah Raja Zulkarnain. Manakala, nama surah ini diambil sempena kisah Ashabul Kahfi.\n\nKisah Ashabul Kahfi ini terlalu banyak serta sarat dengan pengajaran yang kita\u00a0 oleh ambil lebih-lebih lagi buat para pemuda yang hidup di akhir zaman ini. Kisah ini bukan sahaja menceritakan tentang soal akidah, tetapi juga mengisahkan tentang jatidiri seorang Muslim yang sejati. Antara pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah Ashabul Kahfi adalah:\n\n1) Berpegang Teguh Kepada Aqidah Islamiah\n\nZaman Ashabul Kahfi adalah zaman pemerintahan raja yang zalim dan kebanyakan rakyat pada waktu itu kufur pada Allah swt. Jika kita ingin kaitkan dengan zaman kini, dunia kini diketuai oleh pemerintah kufar semenjak kejatuhan khilafah Islam pada tahun 1924.\n\nDengan pelbagai ideologi songsang yang merebak, ia sebenarnya merupakan anasir-anasir yang boleh menggugat keimanan serta aqidah Islam. Oleh itu, kita perlu contohi keutuhan aqidah Ashabul Kahfi sekalipun diancam oleh raja yang zalim.\n\nSekalipun orang di sekeliling kita kufur kepada Allah swt, kita harus tetap teguh mempertahan aqidah, keislaman serta ketaqwaan kita hanya kepada Allah swt.\n\n\u0628\u064e\u062f\u064e\u0623\u064e \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0633\u0652\u0644\u064e\u0627\u0645\u064f \u063a\u064e\u0631\u0650\u064a\u0628\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0633\u064e\u064a\u064e\u0639\u064f\u0648\u062f\u064f \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0628\u064e\u062f\u064e\u0623\u064e \u063a\u064e\u0631\u0650\u064a\u0628\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0637\u064f\u0648\u0628\u064e\u0649 \u0644\u0650\u0644\u0652\u063a\u064f\u0631\u064e\u0628\u064e\u0627\u0621\u0650\n\nMaksudnya, \u201cIslam itu bermula dalam keadaan asing (gharib) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba\u2019).\u201d (HR Muslim)\n\n2) Memohon Pertolongan Dan Perlindungan Allah SWT\n\nDalam apa jua keadaan sekalipun, kita perlu sentiasa berdoa memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah swt. Doa Ashabul Kafhi antara doa yang kitab oleh amalkan agar Allah swt sentiasa memberi petunjuk dalam apa juga keputusan dan urusan yang kita lakukan.\n\nKeputusan Ashabul Kahfi untuk lari bersembunyi adalah untuk menyelamatkan aqidah mereka. Tindakan mengasingkan diri daripada kerosakan serta kemaksiatan adalah salah satu cara terakhir yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan diri dan aqidah kita. Seperti mana firman Allah swt\n\n\u00a0\u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u0650 \u0627\u0639\u0652\u062a\u064e\u0632\u064e\u0644\u0652\u062a\u064f\u0645\u064f\u0648\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0646\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u064e \u0641\u064e\u0623\u0652\u0648\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0647\u0652\u0641\u0650 \u064a\u064e\u0646\u0634\u064f\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064f\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0646 \u0631\u0651\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u064a\u064f\u0647\u064e\u064a\u0650\u0651\u0626\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0650\u0651\u0631\u0652\u0641\u064e\u0642\u064b\u0627 \n\nMaksudnya, \u201cDan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah swt, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna.\u201d\n\nHal ini jugalah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sebelum Baginda dilantik menjadi rasul. Baginda beruzlah di Gua Hira\u2019 untuk mengasingkan dirinya daripada masyarakat Quraisy yang menyembah berhala.\n\n4) Mencari Makanan Yang Halal Lagi Baik\n\nWalaupun pemuda-pemuda ini dalam keadaan darurat kerana diburu oleh raja yang zalim, tetapi mereka tetap berusaha untuk mencari makanan yang paling baik iaitu halalan toyyiba. Firman Allah swt;\n\n\u0648\u064e\u0643\u064e\u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0628\u064e\u0639\u064e\u062b\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0644\u0650\u064a\u064e\u062a\u064e\u0633\u064e\u0627\u0621\u064e\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652\u06da \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0642\u064e\u0627\u0626\u0650\u0644\u064c \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0628\u0650\u062b\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652\u06d6 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0644\u064e\u0628\u0650\u062b\u0652\u0646\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d\u06da \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0628\u0650\u062b\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0627\u0628\u0652\u0639\u064e\u062b\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0628\u0650\u0648\u064e\u0631\u0650\u0642\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0647\u064e\u0640\u0670\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0629\u0650 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0646\u0638\u064f\u0631\u0652 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0632\u0652\u0643\u064e\u0649\u0670 \u0637\u064e\u0639\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u0643\u064f\u0645 \u0628\u0650\u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u064d \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u062a\u064e\u0644\u064e\u0637\u0651\u064e\u0641\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0634\u0652\u0639\u0650\u0631\u064e\u0646\u0651\u064e \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cMaka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), \n\nmaka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. (Surah al-Kahfi, Ayat 19)\n\n5) Tidak Berdebat Pada Perkara Yang Tidak Pasti\n\n\u0633\u064e\u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u062b\u064e\u0644\u064e\u0627\u062b\u064e\u0629\u064c \u0631\u064e\u0627\u0628\u0650\u0639\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0644\u0652\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u064e\u0629\u064c \u0633\u064e\u0627\u062f\u0650\u0633\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0644\u0652\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0631\u064e\u062c\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u064a\u0652\u0628\u0650 \u06d6 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u0633\u064e\u0628\u0652\u0639\u064e\u0629\u064c \u0648\u064e\u062b\u064e\u0627\u0645\u0650\u0646\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u0644\u0652\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u06da \u0642\u064f\u0644\u0652 \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650\u064a \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0628\u0650\u0639\u0650\u062f\u0651\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0644\u0650\u064a\u0644\u064c \u06d7 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0645\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0631\u064e\u0627\u0621\u064b \u0638\u064e\u0627\u0647\u0650\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0641\u0652\u062a\u0650 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064b\n\nMaksudnya, \u201cNanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan,\u00a0\u201c(Jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjingnya,\u201d sebagai tekaan terhadap barang yang ghaib; dan (yang lain lagi) mengatakan,\u00a0\n\n\u201c(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kelapan adalah anjingnya.\u201d Katakanlah, \u201cRabbku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit.\u201d \n\nKerana itu janganlah kamu (Muhammad) berdebat tentang hal mereka, kecuali perdebatan yang lahir sahaja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka.\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 22)\n\nMelalui ayat ini, Allah mengajar kita agar tidak berdebat terhadap perkara yang kita tidak tahu. Sesungguhnya hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Dan melalui ayat ini juga, kita dapat ketahui bahawa jika kita ingin mengetahui sesuatu ilmu atau maklumat, pastikan kita bertanya kepada orang yang ahli dan benar-benar tahu akan hal tersebut.\n\n6) Allah Berkuasa Menghidupkan Dan Mematikan \n\nPercaya kepada perkara ghaib seperti percaya kepada Allah swt, percaya kepada Malaikat dan percaya kepada Hari Akhirat terkandung dalam Rukun Iman. Kepercayaaan ini sememangny perlu didasari dengan aqidah yang kuat kepada Allah swt. Ini kerana, kita harus yakin serta percaya dengan sepenuh hati pada perkara ghaib yang kita tidak nampak.\n\nNamun, kisah Ashabul Kahfi telah membuktikan kekuasaan Allah swt untuk mematikan dan menghidupkan mahkluk. Pemuda-pemuda itu tidur selama beratus-ratus tahun dalam jagaan Allah swt dan mereka juga boleh terjaga daripada tidur yang panjang. Firman Allah swt;\n\n\u0648\u064e\u0643\u064e\u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u0639\u0652\u062b\u064e\u0631\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0644\u0650\u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u0650 \u062d\u064e\u0642\u0651\u064c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0627\u0639\u064e\u0629\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0631\u064e\u064a\u0652\u0628\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0630\u0652 \u064a\u064e\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627\u0632\u064e\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652\n\nMaksudnya, \u201cDan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah\u00a0swt\u00a0menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya.\u201d\u00a0(Surah al-Kahfi, Ayat 21)\n\n7) Membuktikan Kerasulan Nabi Muhammad SAW\n\nNabi saw telah ditanya sebanyak 3 soalan oleh pendeta Yahudi untuk membuktikan kerasulannya. Mereka menyatakan, sekiranya Nabi Berjaya menjawab soalan-soalan ini, maka Nabi saw sememangnya seorang rasul yang benar. Salah satu soalan yang diberikan adalah tentang para pemuda pada zaman dahulu yang memiliki kisah menakjubkan.\n\nPertanya berkenaan Asyabul Kahfi ini telah dikisahkan oleh Allah swt dalam Surah al-Kahfi, ayat 9-26. Wahyu ini turun selepas 15 hari Nabi Muhammad saw ditanya soalan oleh pendeta tersebut. Penjelasan Nabi Muhammad saw tentang kisah Ashabul Kahfi ini telah membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah swt.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan pengajaran kisah Ashabul Kahfi yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Demam biasanya berpunca daripada jangkitan kuman tetapi faktor lain yang menyebabkan radang pada tisu badan juga boleh menyebabkan demam. Demam tidak semestinya berbahaya, ia merupakan tindak balas fisiologi yang penting.\n\nIa juga adalah salah satu perisai badan untuk melawan penyakit. Kenaikan suhu badan dapat membasmi \u00a0kuman. Bagaimanapun, tahap demam tidak dijadikan penanda aras keseriusan penyakit. Sebagai contoh, demam rendah pada bayi boleh disebabkan jangkitan yang serius. Manakala pada kanak-kanak yang lebih besar, jangkitan selesema biasa boleh menyebabkan demam yang tinggi.\n\nAdakah demam yang berulang sesuatu yang normal?\u00a0Demam yang berulang tanpa gejala pelik adalah normal. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak kerap demam \u00a0iaitu:\n\nApa yang ibu perlu buat kalau anak kerap demam?\n\n1. Pastikan anak minum air kosong secukupnya\n\nSewaktu demam, anak perlu minum air kosong secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Kekurangan air boleh menyebabkan imuniti anak menjadi rendah lalu mudah demam.\n\nMakanan sunnah seperti madu, kurma, habbatussauda, dan kismis sememangnya membantu meningkatkan imuniti anak.\n\n3. Berikan anak makanan tambahan atau supplement\n\nSelain makanan sunnah, supplement atau makanan tambahan juga membantu menaikkan imuniti anak supaya tidak kerap demam. Anda boleh berikan minyak ikan yang kaya dengan omega 3 atau pun vitamin c.\n\n4. Elakkan makanan segera dan makanan ringan\n\nSemua makanan ini amat kurang nilai nutrisi dan mengandungi kandungan garam, gula, pengawet, bahan perasa, serta pewarna tiruan yang tinggi. Makanan segera dan makanan ringan merendahkan imuniti anak dan menyebabkan anak kerap demam.\n\n5. Elakkan bersesak di tempat awam\n\nApabila anda membawa anak ke tempat sesak, anak akan terdedah kepada pelbagai bakteria dan virus \u00a0yang berlegar-legar di ruang udara. Kuman dan virus boleh menyelinap masuk ke dalam tubuh anak kecil dengan lebih mudah kerana sistem pertahanan mereka yang belum matang.\n\nSemasa memilih pusat asuhan atau taska, pastikan nisbah antara penjaga dan kanak-kanak seimbang. Jika makan di luar, pilihlah tempat yang bersih dan makanan yang diselia rapi.\n\n6. Jauhkan anak daripada asap rokok\n\nMerokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan perokok, tetapi ia juga merbahaya kepada orang di sekeliling mereka.\u00a0Ini kerana asap rokok mampu membunuh dan merosakkan sel-sel yang penting dalam tubuh terutamanya anak kecil.\n\n7. Banyakkan aktitivi riadah di luar\n\nAnak kecil zaman kini lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah. Oleh itu, kebanyakannya cenderung menjadi kurang aktif kerana kurang melakukan aktiviti fizikal. Hidupkan\u00a0amalan bersenam dan ajaklah anak-anak beriadah di luar dengan kerap. Aktiviti seperti ini bukan saja menyihatkan, tetapi ia turut menambah bilangan natural killer cell, sekaligus meningkatkan imuniti tubuh.\n\nWaktu tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang, termasuklah anak kecil. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh mengurangkan penghasilan\u00a0natural killer cell, iaitu senjata pertahanan tubuh yang berfungsi menyerang mikrob dan sel kanser. Ini akan membuatkan kanak-kanak lebih mudah terkena jangkitan.\n\nSalah satu cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan imuniti anak adalah dengan menambahkan bawang putih dalam menu harian mereka. Bawang putih mengandungi bahan anti-virus dan anti-bakteria yang membantu menstimulasikan sel pertahanan\u00a0dan menambah penghasilan antibodi. Ia juga memiliki sejenis kompaun sulfur yang bersifat anti-oksidan.\n\n10. Pastikan anak makan sayur dan buah\n\nPastikan anak-anak mendapat sumber sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna kerana setiapnya mengandungi nutrisi yang berbeza. Kalau anak susah makan sayuran dan buah, kita janganlah berputus asa untuk mencuba menu-menu baru dalam hidangan harian mereka.\n\nSelain dimakan dalam bentuk segar, buah-buahan juga boleh diolah dalam bentuk lain seperti jus, aiskrim, smoothie, dan sebagainya untuk menarik minat mereka. Namun, jangan masukkan gula.\n\nBagi anak yang masih menyusu, penyusuan badan adalah antara cara yang terbaik untuk meningkatkan imuniti dalam tubuh mereka. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi dan sel darah putih \u00a0iaitu 2 bahan utama yang meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan.\n\n12. Perhatikan gejala lain semasa demam\n\nDemam yang berulang-ulang tetapi tidak disertai dengan gejala yang bahaya \u00a0mungkin disebabkan oleh jangkitan virus biasa. Namun jika terdapat gejala lain seperti:\n\nSiasatan lanjutan untuk mengesan penyakit seperti leukaemia atau immunodeficiency akan dilakukan.\n\nAjarkan anak menutup mulut ketika bersin, batuk, dan buang hingus yang dihembuskan pada tisu atau sapu tangan khas. Tabiat ini melindungi anak daripada menyebarkan kuman ke serata tempat.\n\nBagi anak kecil pula, perhatikan mereka dengan lebih kerap sekiranya mereka sedang tumbuh gigi dan suka mengeluarkan air liur. Pastikan wajah mereka selalu dilap. Kebersihan gusi dan gigi juga penting.\n\nItulah dia info tentang anak kerap demam yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang\u00a0tips demam panas dan Influenza A H1N1."
"Minat makan ulam bersama nasi panas? Jom baca manfaat kesihatan makan serta khasiat ulam-ulaman ini.\n\nUlam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, atau direbus sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan.\n\nUlam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga.\n\nJom ketahui khasiat ulam yang biasa kita makan.\n\nUlam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus tumbuh meliar dan dijadikan sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang cantik.\u00a0 Antara khasiat ulam raja adalah mampu mengurangkan gejala kencing manis berdasarkan kajian yang pernah dibuat oleh penyelidik dari UPM pada tahun 2017.\n\nSelain itu, ulam raja juga mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memberi keanjalan kepada kulit.\n\nMalah klorofil yang diekstrak daripada daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi, dan dapat membantutkan aktiviti bakteria pembawa penyakit seperti E.coli.\n\nKajian fitokimia melaporkan kehadiran asid fenolik, flavonoid, tannin, sesquiterpene lakton, karbohidrat, mineral, vitamin dan fenilpropanoid dalam ulam raja. Sebatian bioaktif ini memberikan nilai kesihatan seperti antihipertensi, antihiperlipidemik, antidiabetik, antimikrob, antioksidan dan antiosteoporotik.\n\nNama saintifik bagi daun selom ialah Oenanthe javanica. Di Malaysia, daun selom digunakan dalam masakan seperti laksa, sebagai hiasan atau dikisar sekali untuk dibuat kuah. Ada juga yang menggunakannya dalam Nasi Kerabu.\n\nDaun selom juga dikenali sebagai Chinese celery di negara Barat kerana penggunaannya yang terkenal dalam kalangan orang Cina untuk tujuan perubatan.\n\nBerbeza dengan Western celery yang biasa kita tengok, daun selom mempunyai batang yang kecil dan rasa daun yang kuat berbanding Western celery yang mempunyai batang yang rangup dan rasa manis. Kedua-duanya kaya dengan vitamin A, B, C, D, zat besi dan potasium.\n\nDalam perubatan Cina, daun selom boleh mengubati demam kuning (jaundice), demam panas, melawas kencing, merawat sembelit dan membantu dalam meningkatkan selera makan. Kebiasaannya, daun selom dihidangkan dalam jus atau direndam dalam air panas dan diperah untuk mendapatkan jusnya. Ia kemudian dihidang panas-panas untuk diminum.\n\nDaun selom\u00a0 juga sesuai untuk orang yang selalu stress. Orang stress ni biasanya sukar tidur (insomnia) dan selalu sakit-sakit kepala. Mereka yang ada simptom ini digalakkan untuk amalkan makan daun selom dengan kerap ataupun amalkan minum secawan jus daun selom yang dicampur dengan susu. Ia dapat membantu menenangkan sistem saraf sekaligus memudahkan proses untuk tidur.\n\nNama saintifik bagi gajus ialah Anacardium occidental, sejenis tumbuhan yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalam. Pucuk gajus yang biasa dibuat ulam ialah pucuk gajus muda berwarna merah atau merah perang. Rasanya kelat masam dan dimakan bersama sambal belacan dan nasi.\n\nKhasiat pucuk gajus dipercayai boleh mengelakkan terkena penyakit kanser, membantu penghadaman dan sesuai untuk mereka yang menghidap darah tinggi. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.\n\nPucuk gajus juga mampu melawan dan meneutralkan bahan toksik dalam badan kerana terdapat antioksida di dalamnya. Pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan dan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.\n\nSelain dari khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis.\n\nBagi yang ada ulser dalam mulut, bolehlah menggunakan air rebusan pucuk gajus untuk berkumur. Daun pucuk gajus juga boleh disapukan pada pipi untuk mengurangkan sakit gigi dan disapu pada kulit yang melecur dengan menumbuknya sampai lumat.\n\nSekumpulan penyelidik dari Nigeria pada tahun 2001 melaporkan kandungan tannin yang tinggi dalam daun pucuk gajus ini menyebabkan kesan antiradang dan pengecutan tisu yang baik. Menurut mereka, amalan makanan pucuk gajus ini ditemui di seluruh dunia dengan pelbagai tujuan, contohnya di\u00a0 Peru (merawat diarrhea), Brazil (masalah kulit) dan Amerika Utara (masalah pernafasan dan sistem pencernaan).\n\nNama saintifik bagi kacang botol ialah Psophocarpus tetragonolobus. Khasiatnya termasuklah melambatkan penuaan, memastikan kandungan dalam keadaan sihat, membantu masalah penglihatan dan membantu dalam mengurangkan berat badan kerana kandungan kalorinya yang rendah.\n\nVitamin C dalam kacang botol membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan kanser kerana kandungan antioksida yang sangat kuat. Vitamin A pula membantu mengelakkan kerosakan DNA. Vitamin B pula membantu meningkatkan tenaga sekaligus memberi mood yang baik.\n\nSerat adalah sangat penting dalam imun sistem badan jadi dengan memakan kacang botor ia membolehkan pertumbuhan bakteria probiotik (bakteria baik) dalam kolon badan kita dan enzim hidup untuk meningkatkan kesihatan badan. Kacang botol juga mengandungi kalsium dan fosforus yang tinggi untuk membantu pembentukan tulang yang kuat.\n\nMenurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007, komponen nutrien penting dalam kacang botol ialan lektin, asid erusik dan poliasid lemak tidak tepu.\n\nNama saintifik bagi daun pegaga ini ialah Centella asiatica.\u00a0Daun pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Kerana khasiat yang banyak ini, pegaga dikatakan boleh merawat parut, masalah selulit wanita, merangsang peredaran darah dan menjadi agen antipenuaan.\n\nDaun pegaga boleh dimakan begitu saja, direbus, dikisar menjadi air minuman dan disapu pada kulit. Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.\n\nMasalah keputihan dan haid yang sering dialami oleh wanita juga dapat diatasi dengan mengamalkan daun pegaga. Ia mampu melancarkan aliran darah dan merawat masalah kegatalan faraj wanita yang berpunca dari keputihan.\n\nAmalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen sekaligus mengurangkan masalah parut atau regangan kulit.\n\nBagi Gohil dan rakan-rakan pada tahun 2010, mereka mendapati bahawa kandungan triterpenoid dan saponin merupakan komponen utama dalam pegaga yang bertanggungjawab ke atas tindakan terapeutik dan khasiat yang ditunjukkan oleh pegaga. Mereka juga mengulas bahawa pegaga turut boleh digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit kulit seperti leprosi, lupus, ulser, eczema, psoriasi selain meningkatkan keupayaan kognitif otak.\n\nNama saintifiknya ialah\u00a0Cucumis sativus. Timun\u00a0 mengandungi banyak nutrien seperti protein, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1,B2 dan C.\n\nBerdasarkan kajian lepas, timun mengandungi racun alkoholis jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak-kanak kecacingan.\n\nSecara tradisionalnya, timun\u00a0 membantu merawat sakit tekak akibat batuk dan dapat mengubati penyakit berak berdarah.\n\nPara penyelidik di Institusi Farmasi di India pada tahun 2015 ada menyenaraikan beberapa bahan fitokimia dalam timun seperti tannin, terpenoid, resin, saponin, fitosterol, alkaloid, flavonoid, glikosida, steroid dan pelbagai lagi yang menyumbang kepada nilai kesihatan jika diambil.\n\nAntara aktiviti farmakologikal yang dipamerkan oleh timun ialah sifat antibakteria, antikulat, aktiviti sitotoksik, aktiviti penyembuhan luka dan lain-lain. Kajian lain juga menyokong kenyataan bahawa timun selamat digunakan untuk kegunaan terapeutik.\n\nItulah dia khasiat ulam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Terdapat pelbagai lagi ulam-ulaman di luar sana yang turut mempunyai khasiat tersendiri.\n\nKita khasnya penduduk di Malaysia perlulah bersyukur dan memanfaatkan anugerah alam yang boleh dijumpai di negara kita kerana ternyata tumbuhan-tumbuhan ini memberi banyak khasiat kesihatan.\n\nNamun, pengambilan ulam-ulaman ini perlulah dalam kadar yang sederhana tanpa berlebihan kerana dikhuatiri pada kuantiti yang terlalu banyak, bakal menyebabkan kesan sampingan kesihatan pula.\n\nSekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat kacip fatimah dan khasiat avokado.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Oh isteri, suami juga mempunyai bahasa yang pelik. Jom fahaminya melalui artikel ini.\n\n\nimgarcade.com\n\nApabila isteri buat kerja rumah, masak lauk yang sedap-sedap tidak dipujinya dengan lisan. Tetapi apabila dia sendiri yang buat kerja rumah yang jarang\u00b2 dilakukan, akan rasa \u2018hangin\u2019 satu badan bila isteri tidak ucap terima kasih.\n\nBila lelaki beritahu sudah makan di pejabat dan waktu itu isteri sedang masak. Apabila dihidangkan makanan, dia duduk sekali \u2018melantak\u2019. Tadi kata sudah makan.\n\nBila lelaki buat kerja rumah yang memang jarang dilakukannya, dia rasa sangat bagus pada hari itu. Berbuih-buih mulut cerita kerenah anak-anak yang dijaganya kepada isteri walaupun baru setengah hari. Dia tidak tahukah kerja itu isteri buat hari-hari.\n\nApabila isteri minta belikan sesuatu atau uruskan sesuatu di luar rumah. Kemudian dia terlupa. Apabila pulang, isteri tanya dan dia beritahu dia terlupa. Selepas itu disalahkan isteri kerana tidak ingatkan dia dalam perjalanan tadi. Eh.eh.eh, mamat ni. Hehe!\n\nApabila isteri tanya, \u201cSaya beli dua ya bang?\u201d Dia pun jawab, \u201cAwak ambillah sepuluh pun.\u201d Kemudian isteri beli sepuluh, kemudian dia tanya balik, \u201cKenapa beli banyak sangat?\u201d\n\nApabila lelaki mencari sesuatu barang dan dia tidak temui. Dalam masa 15 saat dia akan tanya isteri. Apabila isteri jawab tidak tahu atau tidak nampak.\n\nDia akan angkat suara dan berkata kepada isteri dengan ayat, \u201cTakkan awak tak nampak.\u201d Dia ingat barang peribadinya semua isteri tahu. Hehe!\n\nApabila lelaki memandu dalam suasana diam seketika. Kemudian dia terus bertanya atau bercakap tentang perkara yang tidak tahu pokok pangkalnya. Lazimnya apa yang dia sedang fikir.\n\nApabila isteri tidak faham dan \u2018blur\u2019 seketika. Dia akan tanya, \u201cAwak dengar ke tak?\u201d Bayangkan, tiba-tiba diceritakan tentang falsafah Ikhwan al-Safa\u2019, boleh pitam isteri untuk faham.\n\nApabila lelaki solat di awal waktu. Laju sahaja berleter suruh solat awal. Apabila gilirannya asyik sehingga waktu solat pun hampir luput. Tidak ada pula leteran yang sama."
"Mari ketahui cara solat sunat istisqa dan doa minta hujan ini.\n\nSecara istilahnya \u2018Istisqa\u2019 bermaksud\u00a0meminta siraman air, manakala solat sunat Istisqa\u2019 adalah solat meminta hujan, iaitu ketika berlakunya musim panas atau kemarau. Jadi solat ini bertujuan untuk memohon rahmat Allah S.W.T agar diturunkan hujan serta diampunkan segala dosa dan kesalahan.\n\nHukum\u00a0mendirikan solat ini adalah sunat muakkad. Namun, jika tidak berkehendakkan hujan maka hukumnya adalah tidak harus dan tidak sah. Solat Sunat Istisqa\u2019 boleh didirikan secara berseorangan atau berjemaah. Namun adalah lebih baik dan afdal jika ditunaikan secara berjemaah serta diketuai oleh imam.\n\nRasulullah S.A.W pernah mengerjakan solat minta hujan seperti yang dinyatakan oleh Abu Hurairah r.a:\n\n\u201cNabi S.A.W keluar pada suatu hari untuk meminta hujan, lalu bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamat. Kemudian Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah S.W.T, dan menghadap mukanya ke arah kiblat dengan menadah kedua-dua tangannya, kemudian memalingkan kain rida\u2019 (selendang) memindahkan yang di sebelah kanan ke sebelah kiri dan yang di sebelah kiri ke sebelah kanan.\u201d\n\n\u201cSahaja aku solat sunat Istisqa\u2019 dua rakaat (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala.\u201d\n\nSelesai memberi salam, imam atau khatib disunatkan untuk membaca khutbah yang mengandungi peringatan, pujian akan\u00a0 kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T, serta memberi nasihat dalam memperbanyak amalan baik, meningkatkan keimanan dan menjauhi dosa dan larangan Allah S.W.T. Khutbah ini hampir menyamai solat sunat hari raya.\n\n\u201cYa Allah! turunkanlah hujan kepada kami dan jangan Engkau jadikan kami ini golongan orang-orang yang berputus asa.\n\nYa Allah! sekalian hamba, negeri, ternakan, seluruh makhluk, sedang menghadapi keletihan, kesukaran serta kepayahan. Tiada tempat mengadu semua ini melainkan kepadaMu.\n\nYa Allah! tumbuhkanlah tanaman kami, keluarkan susu perahan kami, hujanilah kami dengan berkah langit dan tumbuhilah kami dari berkah bumi.\n\nYa Allah! lenyapkanlah kesukaran kami, kelaparan dan kemiskinan, halaukanlah semua bencana dari diri kami, sebab tiada yang dapat menghalaukan itu selain Engkau.\n\nYa Allah! kami mohon kempunanMu, sebab Engkau adalah Maha Pengampun. Kerana itu turunkanlah hujan dari langit dengan selebat-lebatnya.\u201d\n\nPerkara yang Harus Dilakukan Sebelum Mendirikan Solat Sunat Istisqa\n\nSesungguhnya Allah itu sangatlah Penyayang dan Pengasih, dan Dialah jua yang menentukan rezeki serta menurunkannya. Bahkan Allah jua berhak untuk menarik balik rezeki yang telah diberikan-Nya.\n\nNamun, tidak akan sesekali Dia menurunkan sesuatu perkara tanpa asbab dan hikmah yang tertentu. Jadi sebagai hamba, selalu ada cara untuk meminta bantuan Allah S.W.T agar dapat keluar daripada kesusahan dan ujian-Nya, termasuklah dengan menurunkan hujan sewaktu kekeringan.\n\nDengan itu segala pertolongan tersebut mestilah diminta dengan penuh tawaduk dan bersunguh-sungguh agar lebih mudah dimakbulkan dan diperkenan oleh-Nya.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca lebih banyak koleksi artikel kami yang lebih menarik;"
"Anak-anak sekarang gemar melihat program di televisyen yang berunsurkan lagu dan tarian. Lebih-lebih lagi kartun yang berbentuk kecil dan comel. Sebagai contoh, \u201cDidi and Friends\u201d dan \u201comar dan hana\u201d.\n\nSekarang juga ada siaran televisyen yang sememangnya adalah siaran kartun khas untuk kanak-kanak. Program yang ditayangkan memang sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga ke 3 tahun. Program yang ditayangkan adalah berunsurkan lagu dan tarian yang mudah diikuti oleh kanak-kanak.\n\nTetapi, kita sebagai ibu bapa takkan mahu mengharapkan program sebegitu sahaja untuk mendidik anak-anak. Kita juga boleh mendidik anak-anak melalui intonasi dan gaya yang menarik seperti di televisyen. Bagaimana?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai intonasi dan gaya dapat menarik minat anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor. Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya.\n\nTips cara menggunakan intonasi dengan anak \n\nBerikut adalah tips untuk menggunakan intonasi dengan anak :\n\n 1) Semasa mengeluarkan sesuatu objek, ibu bapa boleh gunakan intonasi suara yang menarik.\n\n\u2013 ketika mengeluarkan bola, ibu bapa sebut \u2018Waahh, BESARNYAA bola ni\u2019.\n\n\u2013 ketika lego siap dipasang tinggi-tinggi, boleh sebut \u2018TINGGINYAA lego ni\u2019.\n\n2) Ibu bapa boleh guna gaya/aksi\n\nGaya/aksi dapay membuat anak faham konsep sekiranya objek/permainan itu berkaitan dgn konsep.\n\n\u2013 ibu bapa boleh mendepakan tangan utk menunjukkan bola yg besar tadi.\n\n\u2013 ibu bapa boleh angkat tangan tinggi-tinggi untuk tunjuk kepada anak tinggi tu bagaimana. \n\n*Ibu bapa mungkin ini hal remeh temeh, tetapi setiap perbuatan kecil yang kita lakukan akan diikuti oleh anak-anak kita. Selain dapat mendidik anak-anak, kita juga dapat mengenali isi hati anak dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Cuaca Janda Baik yang sejuk dan nyaman, kehijauan yang mendamaikan, dan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana membuatkan ianya menjadi destinasi perlancongan pilihan ramai. Anda belum pernah pergi ke sana? Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Janda Baik.\n\nAnda boleh lakukan pelbagai aktiviti di Sungai Janda Baik. Mandi sungai, berkelah, barbeku, dan bersantai sambil menikmati airnya yang sejuk dan bersih. Seharian di sini, anda pasti takkan sedar masa yang berlalu dengan pantas. Untuk yang beranak kecil, sungai di sini sangat sesuai untuk anda kerana rata-rata sungai di sini adalah cetek dan arusnya tidak laju.\n\nAda pelbagai pilihan sungai mengikut citarasa anda. Nak sungai yang berbatu? Nak sungai yang landai dan cetek? Nak sungai umpama kolam kecil? Semuanya ada di sini. Selusuri sepanjang sungai dan pilih pot kegemaran anda.\n\nAnda boleh nikmati keindahan Kampung Janda Baik dengan menaiki kereta, berjalan kaki atau menunggang basikal. Jika anda memilih untuk menunggang basikal, tidak perlu membawa basikal sendiri. Di sini ada disediakan basikal untuk disewa. Kami cadangkan anda selusuri keindahan Kampung Janda Baik sambil menunggang basikal untuk pengalaman yang lain dari yang lain. Anda pasti tak menyesal!\n\nAnda sukakan aktiviti lasak terutamanya paintball? Di Janda Baik juga terdapat fasiliti untuk melakukan aktiviti paintball. Swat Paintball Jan Baik adalah di antara yang terkenal di sini. Kaki paintball semestinya kenal dengan Swa Paintball Janda Baik. Bukan sahaja menjadi pilihan pemain paintball tempatan, malah ia juga pemain dari liar negara juga suka bermain di sini.\n\nSelain Swat Paintball Janda Baik, terdapat juga beberapa chalet di Janda Baik yang menyediakan gelanggang paintball, di antaranya Chalet Pak Samad. Jika Swat Paintball Janda Baik penuh, anda terus pergi ke Chalet Pak Samad dan enjoy your time! Mainlah paintball sepuasnya.\n\nSelain paintball, terdapat juga aktiviti ATV offroad di Janda Baik. ATV disediakan di beberapa resort di sini dengan harga anggaran RM80 untuk trek sejauh 5 kilometer yang mengambil masa lebih kurang 45 minit sehingga satu jam. Kalau anda cuma nak merasa untuk naik ATV, boleh juga ambil pakej ATV sekeliling resort dengan harga anggaran RM30 untuk aktiviti lebih-kurang 10 minit.\n\nterdapat banyak resort di Janda Baik yang menyediakan aktiviti ATV. Di antaranya ialah Resort Papamama. Kalau anda belum pernah melakukan aktiviti ATV, inilah masanya untuk mencuba. Bila lagi, kan?\n\nSelain sungai, di Janda Baik juga terdapat air terjun yang menjadi tarikan para pencinta air terjun dan alam sekitar. Airnya sangat sejuk dan jernih. Air dari bukit ini sangat bersih dan dan selamat dari sebarang pencemaran, anda boleh terus minum jika teringin nak merasa air bukit semulajadi yang fresh. Selain mandi-manda, anda juga boleh berkelah dan berbeku di sini.\n\nJika tak puas berkelah, anda boleh bermalam di Air Terjun Janda Baik Resort.\n\nSelain mandi-manda, berkelah dan berbarkebu di Air Terjun Janda Baik, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking di Waterfall Trekking Janda Baik. Trekking ini mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sepanjang perjalanan anda akan menikmati keindahan pemandangan Banjaran Titiwangsa yang menakjubkan.\n\nJika anda berasa tak puas dengan Waterfall Trekking Janda Baik, anda boleh pilih untuk trekking ke Gunung Nuang yang akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.\n\nJika anda sukakan aktiviti menunggang kuda, jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda di Cheringin Hill Janda Baik. Terdapat pelbagai pilihan aktiviti menunggang kuda di sini, di antaranya ialah \u2018Joy Ride\u2019\u00a0 selama 10 Minit,\u00a0 \u2018Trailride\u2018 sejauh 13 kilometer, atau\u00a0 \u2018Single Lesson\u2018 selama 40 minit.\n\nApa yang menariknya, kuda di sini bersaiz besar memandangkan kuda yang digunakan adalah kuda untuk aktiviti sukan polo. Menarik kan?\n\nAnda sukakan aktiviti memanah? Majnoon Archery merupakan tempat yang wajib anda kunjungi jika pergi ke Janda Baik. Selain aktiviti memanah, Majnoon Campsite Archery juga menyediakan khemah untuk bermalam. Apa yang menarik, khemah di sini dibina di atas pokok, lengkap dengan powerpoint untuk mengecas handphone. Wah! Menarik sungguh kan!\n\n9. Kolam Pancing Janda Baik NQS\n\nBagi kaki pancing, anda boleh memancing di Kolam Pancing Janda Baik NQS yang terletak di Kampung Chemperoh, Janda Baik. Harganya pun amat berbaloi iaitu RM20 sahaja untuk 4 jam. Kalau anda belum puas memancing dan nak tambah masa, bayarannya cuma RM5 sejam. Murah sangat kan?\n\nMemancing di sini pastinya menarik kerana cuacanya yang sejuk. Tak perlu risau anda sunburn disebabkan matahari terik. Pada malam minggu biasanya diadakan mini game, cubalah. Mana tahu kot anda bertuah.\n\nBuat kaki pancing, selain Kolam Pancing Janda Baik NQS, anda juga boleh mencing di Centella Asiatica Resort. Harganya cuma RM30 untuk satu hari. Ada 2 kolam pancing di sini. Haaaaa, memancinglah anda sampai puas. Berbaloi-baloi sangat harganya. Di antara spesis ikan yang ada di sini ialah jelawat. Sedap sangat ikan ni.\n\nSailor\u2019s Rest menawarkan pelbagai pilihan penginapan dengan suasana yang berbeza mengikut citarasa anda. Jika anda inginkan penginapan yang simple, anda boleh memilih On-room Annex ataupun Chalet Moden, jika anda inginkan penginapan dalam suasana kampung dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan taman hijau, Kampung Chalet adalah pilihannya.\n\nSekiranya anda ingin berumah di atas bot yang dikelilingi air yang tenang, pilih Boathouse yang ditawarkan Sailor\u2019s Rest, dapatlah anda merasai pengalaman yang lain daripada biasa. Tak berani berumah di atas air? Anda juga boleh mendapatkan percutian unik di sini dengan cara berglamping ataupun\u00a0 berglamorous camping.\n\nKalau anda ingin terus terjun ke dalam air tanpa perlu berjalan jauh dari penginapan, anda boleh memilih banglo yang ditawarkan kerana sungai terletak betul-betul bersebelahan dengannya.\n\nItulah dia 11 tempat menarik di Janda Baik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Menarik kan?\n\nAnda suka senarai yang dikongsikan di atas? Selain tempat menarik di Janda Baik, kami juga menulis tempat menarik lain di Malaysia. Jemput baca. Jangan lupa untuk share dan komen ya di bawah."
"Keadaan Anda Pada Minggu ke-4 Kehamilan\n\nOvum yang tersenyawa bergerak melalui tiub fallopio ke uterus, di mana ia menanam dirinya di dalam endometrium. Ini boleh mengambil masa selama 3-10 hari. Sesetengah wanita mempunyai pendarahan yang kecil atau tompokan dalam tempoh implantasi.\n\nAnda mungkin tidak menyedari adanya perubahan dalam tubuh anda seperti buah dada yang sakit dan keletihan. Tapi pada penghujung minggu ini, anda mungkin sudah terlewat haid dan sedang tertanya-tanya kalau-kalau anda sedang hamil.\n\nBayi Anda Semasa Anda Hamil 4 Minggu\n\nSebaik hamil, ovum yang tersenyawa dipanggil sebagai blastosista mula membahagikan dirinya sendiri. Pada penghujung minggu ini, ia adalah sebiji bola yang memiliki kira-kira 2\u2014sel dan diameter 4-5mm. Di dalam bola ini, 3 lapisan terbentuk.\n\nDi luar blastosista terbahagi kepada dua bahagian:\n\nSeiras atau monozigot. Kembar terhasil bila satu sperma mensenyawakan satu ovum. Pada peringkat awalnya iaitu semasa proses pembahagian sel, telur yang disenyawakan terbahagi kepada dua dan mula membentuk dua orang bayi.\n\nKembar seiras mempunyai gen yang sama. Oleh itu mereka mempunyai jantina yang sama."
"Selamat petang semua. Siapa pengemar cheseetart buncit? Beli di luar satu biji RM 1.50 ke atas. Baik buat sendiri, senang puas makan bukan?\n\nDikatakan cheese tart buncit kerana bentukannya yang buncit dan gebu. Cheese dipaipkan penuh ke atas shell tart hingga membukit dan buncit.\n\nResepi cheese tart buncit ala Nur Dayana di laman Facebook ini menggunakan topping coklat bar jenama dicairkan dan diletak ke atas permukaan cheese.\n\nMesti ramai yang tercari-cari resepi cheese tart buncit. Sekali gigit tart meletop cheese di dalam mulut. Sudah tidak sabar bukan? Mari lihat resepinya.\n\nSelain resepi cheese tart buncit, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Wah, jangan terkejut terdapat banyaknya khasiat kacang kuda.\n\nMasih ingat lagi, sewaktu zaman sekolah, apabila tamat waktu persekolahan, pakcik jual kacang kuda sudah setia menunggu di luar pagar sekolah.\n\nKacang kuda kukus yang panas memang sedap dimakan buat kudapan sepanjang perjalanan pulang ke rumah. 1 bungkus biasanya dijual dengan harga RM1 sahaja.\n\nKacang kuda atau nama saintifiknya Cicer arietinum L. juga dipanggil kacang garbanzo. Ia salah satu tanaman tertua di dunia yang dipercayai berasal dari Turki dan Syria. Malah menjadi sebahagian daripada diet tradisional selama lebih 7500 tahun. Kacang kuda mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan.\n\nItulah sebabnya kacang kuda merupakan kacang yang banyak ditanam dan dimakan di seluruh dunia selepas kacang soya.\n\nAntara kebaikan kacang kuda adalah meningkatkan penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindrom metabolik dan penyakit jantung, dan banyak lagi.\n\nAntara nutrisi yang terkandung dalam kacang kuda termasuk pakej protein, vitamin dan mineral yang tinggi, sebab itulah ia sering disertakan dalam banyak makanan penyembuhan, termasuk diet Ayurveda dan diet Mediterranean.\n\nKacang kuda adalah sumber utama protein bagi tumbuhan, selain serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin B dan banyak lagi. Kacang boleh dikategorikan dalam kumpulan karbohidrat dan juga protein. Ini kerana, kekacang adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan unik kerana ia mengandungi gabungan protein, kanji, serat dan mineral. Malah ia juga rendah kalori.\n\nKacang kuda juga boleh dianggap sebagai karbohidrat yang baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Kacang kuda juga turut mengandungi vitamin A, C, E dan niasin.\n\n5 Khasiat Kacang Kuda Untuk Kesihatan\n\n1) Stabilkan Bacaan Gula Dalam Darah\n\nKacang kuda sangat tinggi serat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang mengamalkan diet serat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pengambilan serat yang lebih tinggi dapat meningkatkan kadar gula darah, lipid, dan insulin.\n\nGaris Panduan Pemakanan untuk Amerika mengesyorkan sekurang-kurangnya 21 hingga 25 gram serat setiap hari untuk wanita dan 30 hingga 38 g sehari untuk lelaki.\u00a0Mengikut hasil kajian luar, jumlah kandungan serat dalam kacang kuda mentah ialah sebanyak 18-22 gram bagi setiap 100 gram hidangan.\n\nSelain itu, kacang kuda merupakan karbohidrat baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Maka, ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes.\n\nKacang kuda kaya dengan serat, potassium, vitamin C, dan vitamin B6. Nutrien ini semuanya menyokong kesihatan jantung. Kacang kuda mengandungi sejumlah besar serat, yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah, secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.\n\nDalam satu kajian, mereka yang menggunakan 4,069mg kalium setiap hari mempunyai 49% risiko kematian yang lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding dengan mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1,000 mg sehari).\n\nZat besi, fosfat, kalsium, magnesium, mangan, zink, dan vitamin K dalam kacang kuda menyumbang kepada pembinaan dan penyelenggaraan struktur dan kekuatan tulang.\n\nWalaupun fosfat dan kalsium keduanya penting dalam struktur tulang, keseimbangan antara kedua-dua mineral ini diperlukan untuk mineralisasi tulang yang betul. Penggunaan terlalu banyak fosforus dengan pengambilan kalsium yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kerapuhan tulang.\n\nPembentukan tulang memerlukan mineral seperti mangan, besi dan zink memainkan peranan penting dalam pengeluaran dan pematangan kolagen.\n\nPenggunaan vitamin K yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tulang yang baik kerana ia meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan mendapan kalsium dalam kencing, memastikan kalsium yang cukup untuk membina dan memperbaiki tulang. Kekurangan vitamin K dikaitkan dengan risiko keretakan tulang yang lebih tinggi.\n\nKacang kuda mengandungi mineral selenium. Ia membantu enzim hati untuk berfungsi dengan baik dan menyahtoksik beberapa sebatian penyebab kanser di dalam badan. Selain itu, selenium menghalang keradangan dan menurunkan kadar pertumbuhan tumor.\n\nKacang kuda juga mengandungi folat, yang memainkan peranan dalam sintesis dan pembaikan DNA, dan seterusnya membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser daripada mutasi dalam DNA. Saponin, phytokimia yang terdapat dalam kacang kuda dapat mencegah sel-sel kanser daripada membiak dan menyebar ke seluruh badan.\n\nPengambilan serat tinggi daripada kacang kuda, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran dikaitkan dengan risiko menurunkan kanser kolorektal. Selain itu, vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.\n\nTambahan pula, penyelidik dari Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerbitkan kajian mereka di jurnal Nutrients yang menyatakan bahawa kacang kuda mengandungi sebatian bernama butyrate. Sebatian ini sangat berupaya untuk menghentikan pertumbuhan sel kanser dan menyebabkan kematian sel melalui proses apoptosis sel.\n\nDiet serat berfungsi sebagai \u201cejen bulking\u201d dalam sistem pencernaan. Kompaun ini meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan, Hal ini menjadikan orang berasa kenyang lebih lama dan dengan itu menurunkan pengambilan kalori secara keseluruhan.\n\nBanyak kajian menunjukkan bahawa mengamalkan makanan tumbuhan seperti kacang kuda dapat mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, menggalakkan kulit yang sihat, rambut yang sihat, meningkatkan tenaga, dan berat badan secara keseluruhan lebih rendah.\n\nPara penyelidik bersama dari India dan Kanada mendapati bahawa kandungan lemak dalam kacang kuda adalah sangat rendah iaitu kira-kira 2 gram lemak bagi setiap 100 gram hidangan. Maka, diet berasaskan kacang kuda mengandungi kalori yang rendah dan sesuai untuk mengenyangkan.\n\nKekacang mengandungi oligosakarida yang dikenal sebagai galactans, atau gula kompleks. Tubuh tidak dapat mencerna gula komples ini kerana tidak mempunyai enzim alpha-galactosidase. Enzim ini diperlukan untuk memecahkan gula-gula ini.\n\nAkibatnya, pemakanan kekacang seperti kacang kuda akan menyebabkan beberapa masalah gas di bahagian usus dan ketidakselesaan.\n\nBagi mereka yang mengalami gejala ini ketika memakan kekacang harus mengamalkan kekacang secara perlahan-lahan. Tidak boleh makan kekacang dalam kuantiti yang banayk sekali gus.\n\nCara lain untuk atasi masalah ini ialah dengan mengalirkan air ketika merendam kekacang kering. Ini bertujuan membuang oligosakarida, raffinose dan stachyose. Hal ini dapat mengelakkan beberapa masalah pencernaan.\n\nIsu ini disebabkan oleh kandungan antinutrien seperti acrylamide dalam kacang kuda yang boleh diatasi dengan cara penyediaan masakan seperti rebusan dalam air mendidih, kukus pada suhu tinggi dan dimasak bersama masakan lain selain pembersihan yang teliti semasa proses penyediaannya.\n\nKacang kuda antara kacang yang mudah didapati dan murah. Khasiatnya sangat banyak untuk kesihatan kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga adalah karbohidrat baik yang kerana tercerna secara perlahan-lahan dan dapat menstabilkan paras gula dalam darah. Malah ia juga rendah kalori.\n\nDaripada makan makanan ringan atau makanan yang terproses, kacang kuda adalah lebih ideal dijadikan sebagai kudapan harian anda.\n\nSelain artikel khasiat kacang kuca, kami juga menulis artikel berkenaan yang m,enarik. Jemput baca dan jangan lupa untuk simpan atau berkongsi dengan menekan butang Like atau Share.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Suka makan tomato? Tahu tentang khasiat tomato? Jika belum pasti, di sini akan dikongsikan beberapa khasiat tomato berdasarkan bahan bacaan mengenai kajian yang telah dibuat.\n\nUntuk pengetahuan awal, tomato atau nama saintifiknya Solanum lycopersicum adalah dalam kategori sayur yang berasal dari Amerika. Tomato adalah makanan yang mudah didapati namun sayangnya tidak semua orang gemar untuk menikmati buah tomato dengan rasa yang masam manis ini.\u00a0\n\nTomato digunakan secara meluas sebagai komoditi barangan segar dan juga pelbagai bentuk pemprosesan seperti puri, pes, jus, tomato kering, sos tomato dan sup. Awalnya, buah tomato hanya digunakan dalam diet makanan di Amerika dan kawasan Mediterranean.\n\nPokok tomato boleh mencecah ketinggian sehingga 1-3 meter dengan batang yang agak lembut. Pokok ini biasanya tumbuh di kawasan dengan suhu sederhana.\n\nBuah tomato khasnya mengandungi kelembapan yang tinggi (94.8%), protein (1.17%), jumlah lipid (0.97%) dan karbohidrat (3.18%) beserta vitamin, mineral dan serat yang pelbagai.\n\nTomato dan produk tomato dilaporkan mengandungi pelbagai sebatian bioaktif yang bermanfaat, antaranya lycopene, neoxanthin. violaxanthin, a-cryptoxanthin, zeaxanthin, lutein, karotena, siklokopene neurosporene dan macam-macam lagi.\n\nWarna merah pada buah tomato adalah disebabkan kehadiran karotenoid yang semakin tinggi kandungannya, semakin merah warna buah tomato.\n\nKenali Apa Itu Lycopene Dalam Buah Tomato\n\nLycopene ialah karotenoid yang bertanggungjawab untuk pigmen merah yang dilihat dalam tomato, tembikai, dan betik. Ia merupakan salah satu antioksidan paling kuat dalam kalangan kumpulan karotenoid. Di bawah ini ialah nilai komposisi nutrien dalam tomato:\n\nBerat tomato \u00a0 :- 39.6g (2 biji tomato bersaiz kecil)\n\nMenerusi komposisi nutrien dalam tomato ini, kita boleh lihat bahawa nilai karotenoidnya tinggi walaupun berat tomato hanyalah sekadar 39.6g.\u00a0\n\nTomato Merupakan Sumber Antioksidan Yang Bagus\n\nTahukah anda lycopene ini adalah sumber antioksidan yang paling bagus sekali. Antioksidan ini berfungsi sebagai pelindung sel tubuh badan daripada radikal bebas. Radikal bebas ini ialah dalang kepada proses penuaan, kardiovaskular dan kanser!\n\nJusteru itu, bagi sesiapa yang mempunyai niat untuk mengurangkan penuaan di wajah bolehlah amalkan pengambilan buah tomato dari sekarang!\n\nKajian Perveen dan rakan-rakan pada tahun 2015 mendapati bahawa pengambilan tomato yang mengandungi lycopene selama 3 bulan (60 mg lycopene/hari) menunjukkan aktiviti anti pengoksidaan sel yang sangat baik.\n\nJadi, dengan meningkatkan pengambilan tomato, kita mampu meningkatkan kandungan antioksidan dalam tubuh badan. Dengan itu, dapatlah tubuh badan kita menghalang atau mengurangkan aktiviti radikal bebas ini.\n\nMenerusi beberapa kajian, kandungan lycopene yang tinggi dalam tomato dikatakan membantu mengurangkan kadar risiko mendapatkan kanser prostate, kolon dan perut.\n\nHal ini disebabkan oleh, kandungan antioksidan yang tinggi dalam lycopene membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser dalam tubuh badan.\u00a0\n\nMekansime ini dikaji oleh para penyelidik terdahulu yang menemui bahawa lycopene turut mencegah kerosakan DNA. Seterusnya, hal ini akan melindungi DNA daripada berlakunya mutasi yang boleh menyebabkan pembentukan sel kanser.\n\nTomato Mentah Mengandungi Vitamin C yang Agak Tinggi\n\nManfaat tomato yang seterusnya ialah sumber yang baik untuk vitamin C. Buat pengetahuan umum, vitamin C bukanlah manfaat utama dalam buah tomato ini, tetapi kita akan mendapat khasiat vitamin C sekiranya mengambil buah tomato ini. Dalam erti kata yang mudah, kita akan mendapatkan khasiat yang pelbagai sekiranya mengambil buah tomato ini.\u00a0\n\nTetapi harus diingatkan, untuk mendapatkan khasiat vitamin C ini, pengambilan tomato haruslah yang bukan dimasak. Hal ini disebabkan, vitamin C akan hilang apabila mendapat haba atau suhu yang terlalu panas. \n\nVitamin C ini berperanan sebagai salah satu sumber antioksidan selain daripada lycopene.\u00a0\n\nPara penyelidik dari Sepanyol pada tahun 2005 ada melaporkan kandungan vitamin C yang tertinggi adalah dalam sampel jus segar buah tomato apabila dibandingkan dengan buah tomato yang dipasteur dan dimasak. Tambah mereka, sebatian biaokatif tomato seperti vitamin C ini sangat berguna untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif.\n\nVitamin C ini sangat bagus untuk kecantikkan kulit. Jadi, bagi sesiapa yang meminati buah tomato secara umumnya mereka seorang yang bijak dalam menjaga kecantikkan kulit.\u00a0\n\nTips Penjagaan Kulit Menggunakan Buah Tomato (Kegunaan Luaran)\n\nBuah tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah. Cara untuk menggunakan tomato ini pada wajah adalah dengan memotong buah tomato dalam bentuk bulatan. Setelah itu, letakkan buah tomato dikawasan muka selama 10 minit. Selepas 10 minit, cuci muka menggunakan air. Kita akan merasakan kulit muka lebih bersih dan segar.\n\nTerakhir sekali, bagi sesiapa yang mahu menurunkan berat badan, mereka boleh menggantikan makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok dengan buah tomato. Dalam ingin berdiet, kita juga boleh mendapatkan khasiat yang lebih daripada buah tomato ini.\u00a0\n\nMengapa Buah Tomato Sesuai Sebagai Pengganti Junk Food?\u00a0\u00a0\n\nKhasiat tomato juga boleh dijadikan sebagai salah satu makanan tambahan. Buah tomato mempunyai kadar kuantiti air yang tinggi tetapi nilai tenaga yang rendah. Oleh itu, pengambilan buah tomato sebagai pengganti junk food lebih sihat serta tidak menggangu pengambilan tenaga yang berlebihan dalam kehidupan seharian bagi yang mahu berdiet. \n\nSelain itu, kuantiti air yang tinggi dalam buah tomato juga membantu seseorang itu berasa kenyang dengan lebih mudah berbanding dengan pengambilan junk food.\u00a0\n\nAnda boleh mendapatkan sekilo tomato dengan harga serenda RM3 di pasaraya. Cuba bandingkan dengan harga junk food yang sudahlah mahal, tidak berkhasiat dan tidak mengenyangkan!\n\nBerdasarkan kajian lepas, tomato mengandungi sejenis bahan aktif yang dipanggil tomatine yang mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengurangkan tahap kolestrol setelah dikaji secara in vivo dan in vitro. Kajian ke atas hamster yang diberikan diet tomato menunjukkan penurunan kandungan kolestrol sebanyak 41%.\n\nMENARIK: Turut Ada Eksperimen Dibuat untuk Nyalakan Lampu Guna Tomato\n\nAda juga eksperimen yang tomato ini boleh memberikan kuasa untuk hidupkan mentol selama 1 minit. Tapi ini tidak dapat dipastikan sama ada benar-benar menjadi ataupun tidak. Kalau nak tahu sama ada info ini satu perkara yang betul atau sebaliknya, maka bolehlah cuba-cuba buat sendiri nanti kat rumah. Eksperimen ni turut dimuat naik dalam bentuk video yang telah dikongsikan melalui saluran Youtube.\n\nBuah tomato memang berkhasiat, boleh dimakan mentah atau dimasak dengan bahan yang lain. Ternyata sayuran ini sangat istimewa kerana mempunyai khasiat untuk tubuh di samping kegunaan luar pada wajah juga. Makin mengenali tomato makin banyak pula rahsia khasiat tomato yang dapat dibongkar.\n\nTerlalu banyak khasiat tomato yang masih lagi kita tidak ketahui. Bagi mereka yang kurang minat untuk makan sayur-sayuran, tomato boleh dijadikan sebagai permulaan pengambilan sayur-sayuran.\n\nJemput baca juga 10 keistimewaan bunga raya Malaysia sebagai manfaat kepada manusia, petua hamil cepat selepas gugur dan 6 petua untuk hasilkan bunga ros yang lebat dan cantik.\u00a0\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
"Masalah rahim jatuh, jika tidak diubati dengan segera akan menjadi semakin teruk. Tahap yang paling teruk ialah akan keluar tumbung pada vagina anda. Kalau anda mengalami rahim jatuh, jom amalkan 15 petua yang kami kongsikan di sini.\n\nSenaman kegel merupakan senaman menguatkan otot lantai pelvik yang bukan sahaja mampu mengetatkan vagina malah membantu masalah rahim jatuh. Ia merupakan senaman mudah yang boleh anda lakukan sendiri di rumah atau di pejabat. Caranya:\n\nAmalan bertangas bukan sahaja membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah kotor dari rahim, malah ia juga sangat membantu wanita yang mengalami masalah rahim jatuh. Stim berrherba yang masuk ke dalam peranakan anda akan membantu membetulkan semula kedudukan rahim. Untuk kesan yang lebih optimum, anda digalakkan untuk bertungku selepas bertangas.\n\nSelain bertangas, bertungku juga sangat membantu wanita yang mengalami masalah rahim jatuh. Tungku yang terbaik ialah batu sungai yang bulat, bersaiz sederhana, dan tidak terlalu berat. Jika anda tak dapat cari batu sungai, boleh juga gunakan tungku besi. Elakkan bertungku dengan hot water bag.\n\nPanaskan tungku diatas api dapur selama lima minit, dan balut dengan kain batik. Baring, mulakan bertungku di bahagian perut. Mulakan dari bawah perut iaitu bahagian rahim dengan gerakan menolak peranakan anda ke atas, seolah-olah anda sedang mencungkil. Seelok-eloknya bertungku dua kaki sehari selepas mandi pagi dan petang.\n\nSengkak rahim adalah sejenis urutan yang dilakukan oleh tukang urut atau bidan bagi membetulkan semula kedudukam rahim. Kebiasaannya, sengkak rahim dilakukan selepas bersalin atau keguguran. Namun ianya boleh juga dilakukan untuk membetulkan rahim yang jatuh dari kedudukan asal.\n\nSementara mencari bidan atau tukang urut yang pandai sengkak rahim, anda boleh juga berurut sendiri untuk menaikkan semula rahim yang jatuh, Caranya:\n\nPengambilan jamu dan makjun juga boleh membantu mengatasi masalah rahim jatuh. Terdapat pelgabai jamu di pasaran. Pastikan anda beli jamu yang mempunyai kelulusan KKM, elakkan jamu homemade melainkan buatan anda sendiri.\n\nSelain jamu dan makjun, air rebusan akar kayu juga sangat membantu menaikkan semula rahim anda yang jatuh. Minum air rebusan akar kayu 2 kali sehari sehingga masalah rahim jatuh anda tiada lagi.\n\nNenas batu sudah lama digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan rahim. Ia juga membantu membetulkan semula kedudukan rahim jatuh. Rebus nenas batu sehingga mendidih. Minum secawan air rebusan pada waktu pagi dan\n\n9. Elakkan hubungan seks buat sementara waktu\n\nApabika anda mengalami masalah rahim jatuh, elakkan daripada bersama suami buat sementara waktu bagi mengelakkan masalah anda menjadi semakin parah.\n\nPastikan anda memakain stokin kaki sentiasa seperti ibu dalam pantang. Tujuannya ialah bagi mengelakkan angin dari kipas atau penghawa dingin masuk ke kaki anda.\n\nElakkan berdiri terlalu lama kerana ia akan menyebabkan masalah rahim jatuh yang anda alami menjadi semakin serius. Ambil peluang untuk duduk setiap kali berkesempatan.\n\nSelain berdiri terlalu lama, mengangkat berat juga akan menyebabkan masalah anda menjadi semakin serius. Elakkan mengangkat berat jika anda ingin sihat seperti sedia kala.\n\nAis adalah musuh utama yang wajib anda elakkan sepanjang mengalami masalah rahim jatuh. Ia akan menyebabkan rahim menjadi sejuk dan kembang, lalu menyebabkan rahim semakin jatuh.\n\n14. Jangan meneran semasa membuang air besar\n\nMeneran akan menyebabkan rahim jatuh yang anda alami menjadi semakin parah. Sekiranya anda mengalami sembelit, dapatkan ubat untuk mengatasinya secepat mungkin.\n\nSelain menguruskan badan, bengkung juga membantu membetulkan kedudukan rahim sulaya kembali ke tempat asal. Cuma pastikan anda tidak memakai dengan terlalu ketat. Anda boleh gunakan apa-pa jenis bengkung sama ada tradisionak atau moden. Seeloknya bertungku dahulu sebelum berbengkung. Elakkan daripada memakai korset.\n\nItulah dia 15 petua rahim jatuh yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai\u00a0punca peranakan jatuh petua hilangkan senggugut dan petua hilangkan fibroid"
"Sudahlah cantik sedap pula, itu dia bubur candil. Siapa pernah makan bubur candil?\n\nBubur candil diperbuat daripada ubi keledek ungu yang dilenyek. Tapi sebelum dilenyek kena dikukus dulu sampai empuk. Tidak hanya guna keledek ungu, bahan lain seperti tepung ubi juga turut dipakai untuk menambah tekstur kenyal.\n\nJika anda pernah tengok orang buat boba, doh bubur candil ini cara pembuatannya lebih kurang macam buat boba itu. Adunan direbus berasingan baru kemudian dimasukkan ke dalam kuah santan lemak manis.\n\nBubur candil sedap dimakan sebagai hidangan pencuci mulut. Boleh makan panas atau sejuk ikut selera. Jom cuba buat bubur candil mudah dan menggoda, resepi daripada Nor Haidah Md Said berkongsi di laman Facebook.\n\nSelain bubur candil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Sarapan pagi adalah suatu perkara asas yang perlu diambil. Terutamanya kanak-kanak. Memujuk kanak-kanak untuk mengambil sarapan adalah bukan sesuatu yang mudah. Kami kongsikan 8 sarapan yang \u2018awesome\u2019 untuk kanak-kanak yang boleh anda cuba.\n\nSarapan yang ditonjolkan memang menyelerakan. Rasanya bukan sahaja kanak-kanak akan menyukainya, anda juga pasti akan terliur melihatnya. Kami sangat sukakan sarapan yang menggunakan mentega kacang. Anda pula bagaimana?\n\n8 Sarapan Pagi Yang Sungguh Awesome\n\nIanya amat menyelerakan. Anda cuma memerlukan roti jenis pratha dan kemudiannya disapukan dengan mentega. Untuk menarik, letakkan sedikit pisang dan butiran coklat. Anda juga boleh menggunakan roti canai jika anda mahu.\n\nSarapan ini pasti akan membuatkan anak anda mahukannya setiap hari! Perisa mangga dan strawberi yang digunakan memang sesuai.\n\n3. English muffin +Telur + Cheddar+ Epal\n\nTidak sukar membuat sarapan pagi jenis ini. Hanya perlukan epal yang dihiris dan kemudiannya disapukan dengan telur. Cheese jenis cheddar digunakan dan diletakkan di atas. Kemudiannnya, apa yang diperlukan adalah dipanaskan atau dibakar untuk seketika.\n\nIni sememangnya pilihan kami. Bukan kanak-kanak sahaja akan menyukainya, malah anda turut akan mengidamkannya.Hanya perlukan pisang, mentega almond dan sedikit kekacang.\n\nBubur bijiran ini juga menarik untuk dicuba. Gandum ini dimasak ala-ala bubur dengan menggunakan \u2018slow cooker\u2019.\n\nIni salah satu sarapan pagi yang menarik dan \u2018awesome\u2019 yang senang dicuba. Nampak seperti aiskrim yang mengalir tetapi sebenarnya pisang sahaja.\n\nJika anak anda sukakan imaginasi, sarapan pagi ini mungkin boleh dicuba. Ianya dibuat seolah-olah nampak seperti bendera. Untuk menarik, cubalah buat bendera Malaysia. Jem, pisang dan lain-lain boleh digunakan untuk membuatnya.\n\nKami akui aiskrim ini sedikit sukar untuk dibuat, tetapi apabila siap pasti akan menyebabkan anak anda senyum keriangan. Aiskrim buah-buahan ini boleh sahaja digunakan dengan pelbagai jenis buah.\n\nAnda sukakan yang mana? Jangan lupa share jika ianya bermanfaat."
"\u201cwahh sedapnya belangkas, tak sabar nak makan!\u201d\n\n\u201cAduhhh, gelinya makan belangkas.. tak lalunya.. takut\u201d\n\nDikatakan haiwan eksotik dan dua alam, belangkas mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ramai tak tahu bahawa haiwan yang umumnya mempunyai racun ini amat sedap dan boleh dimakan. Betul ke sedap? \n\nAda yang mengatakan ia kena dengan selera mereka, ada juga yang tidak lalu langsung makan belangkas. Lazimnya, rasa isi belangkas lebih kurang seperti ketam tetapi ia tidak terlalu manis dan berlemak, telurnya pula agak sedap bagi penggemar belangkas.\n\nBelangkas dimakan pada telurnya, bukanlah pada isinya. Anda tak perlu risau kerana banyak resepi dan menu makanan belangkas yang boleh anda cuba. Pasti ia membantu meningkatkan selera anda terhadap belangkas. Sebelum itu, mari lihat khasiat belangkas yang ramai tak tahu!\n\nTahukah anda, belangkas bersifat sebagai antivirus dan antibakteria menjadikan belangkas sebagai satu alternatif untuk menghilangkan bakteria dan kuman dalam tubuh badan. Sehingga di barat juga telah menggunakan belangkas untuk hindari penyakit dengan ciptaan Kit anti-toksin sejak tahun 1988.\n\nKhasiat belangkas juga adalah dapat mengurangkan berat badan dan menghapuskan lemak. Siapa sangka kulit belangkas sangat bernilai? Ia mengandungi kitin dimana dapat menghasilkan kitosan yang berfungsi menguruskan badan. \n\nTak sangka ia amat berguna sekali untuk mereka yang ingin berdiet dengan lebih sihat. Apa kata anda cuba diet dengan memakan belangkas, 2 minggu sekali pula.\n\nUntuk pengetahuan anda, belangkas juga bersifat anti-radang. Ia mencegah dan menghalang tubuh anda daripada gatal-gatal dan mengalami masalah kulit gatal. \n\nMakanlah sedikit belangkas kerana ia tidak sama seperti makanan laut yang lain, malah dalam Islam, ia juga diperbolehkan makan. Sekiranya tidak memudaratkan dan halal, makanlah untuk kebaikan anda.\n\nBermula dari siang belangkas sehinggalah makan belangkas, anda harus tahu satu persatu caranya. Siang belangkas sudah pastilah mempunyai caranya yang tersendiri dan tidak sama dengan cara-cara yang lain memandangkan kulit belakang juga tak begitu lembut dan tak terlalu keras.\n\nBelangkas bukan perlu direndam begitu sahaja, tetapi anda harus rendam belangkas ke dalam air beras untuk menghilangkan baunya. Basuh belangkas bersih-bersih. Di setiap lubang atau sudut belangkas, pastikan ia benar-benar bersih.\n\nApabila belangkas tidak berbau hanyir, maka berjayalah anda membasuh belangkas! teruskan langkah seterusnya dengan memoton belangkas pula.\n\n2. Potong Belangkas Dengan Cara Yang Betul\n\nUntuk makan, gunakan belangkas betina kerana ia mempunyai telur dan ramai mengatakan bahawa rasanya sedap. Bermula dari memotong belangkas, belangkas boleh dipotong tengah dan tarik kakinya keluar. Potongan ini bertujuan untuk mencuci belangkas secara dalaman dari perutnya sebelum dipotong untuk dimasak.\n\n3. Buang Najis Dan Racun Belangkas\n\nAnda akan melihat najis dan racun belangkas di bahagian tengah perutnya. Buangkan racun dan najis belangkas dengan berhati-hati. Bahagian itu penting dibersihkan dan dibuangkan kesannya. Jika tersilap sediakan, takut-takut termakan racun belangkas nanti. Pastikan anda bertanya kepada mereka yang mahir potong belangkas atau kedai makan.\n\nJangan potong terlalu besar dan jangan potong terlalu kecil juga. Cukuplah ia bersaiz sederhana untuk memudahkan anda makan. Selepas siap menyediakan belangkas, anda boleh sediakannya untuk memasak menu hidangan hari ini.\n\nRebuskan dahulu belangkas sebelum masak menu yang sesuai. Jika ingin terus masak belangkas bersama resepi anda, pastikan isi dan telur belangkas benar-benar masak.\n\nSekiranya sudah tahu menu yang ingin anda masak, sediakan bahan-bahan dahulu. Pastikan bahan-bahan cukup dan lengkap. Mulakan operasi masak memasak anda pada hari ini.\n\n\u201cTak sabar nak makan belangkas yang anda masak tu! Bolehlah bagi rasa sikit, pasti sedap lagi menyelerakannnn! \u201c\n\nMenu Makanan Yang Boleh Dimasak Dengan Belangkas\n\nMenu makanan yang menggunakan belangkas sebagai lauk atau sayur pasti ada. Itulah yang menjadi dambaan peminat-peminat belangkas selalunya. Apa kata anda cuba hidangan belangkas yang sangat istimewa ini pula.\n\nBanyak lagi menu belangkas yang boleh anda minta di mana-mana restoran yang menyediakan menu belangkas yang sangat istimewa. Budaya makan belangkas tidak lapuk ditelan zaman dan masih diamalkan sehingga kini. \n\nUsai makan belangkas, jangan lupa minum air kopi atau air kelapa untuk mengelakkan pening kepala selepas makan nanti. Ia memang menjadikan anda sedikit pening apatah lagi anda suka makan dan lama tinggalkan makan belangkas. Sekali makan, pasti pening semula. \n\nItulah dia manfaat dan cara makan belangkas yang sebenar untuk tatapan anda. Selepas ini, jangan was-was lagi ya untuk makan belangkas. Rugi jika anda masih tidak mencubanya. Ikuti panduan makan belangkas yang telah kami sediakan di blog ini.\n\nJemput baca juga Makanan untuk darah rendah, Makanan bervitamin tinggi dan Makanan Diproses perlu elakkan."
"Pernah terbaca atau mengetahui tentang kanser perut? Jom ketahui punca dan tanda-tanda kanser perut.\n\nKanser perut berlaku apabila sel-sel kanser terbentuk pada lapisan perut.Jenis kanser ini sering disebut sebagai adenocarcinoma.\n\nWalaupun bilangan kes kanser perut semakin menurun, kanser ini sangat sukar dikenalpasti.Sel-sel kanser yang membahagi tanpa kawalan akan membentuk tumor.\n\nProses ini berlaku secara perlahan (mengambil masa bertahun-tahun) dan mampu merebak ke kawasan organ yang lain.\n\n2. Perut terasa kembung selepas makan\n\n3. Rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja\n\n4. Pedih uluhati yang teruk dan berterusan\n\n6. Mual yang berterusan tanpa sebab\n\n7. Sakit perut terutamanya selepas makan\n\n9. Kehilangan berat badan yang abnormal\n\nKebanyakan gejala-gejala ini sering diabaikan oleh pesakit kerana dianggap sebagai sakit biasa. Akibatnya, peluang untuk sembuh daripada kanser ini semakin nipis.\n\nRamai juga dalam kalangan pesakit kanser perut yang langsung tiada simptom yang jelas dan menyebabkan kanser hanya didiagnos pada peringkat yang kritikal.\n\n2. Jangkitan bakteria H. pylori (jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan ulser)\n\n3. Ketumbuhan pada bahagian pencernaan yang lain.\n\n4. Polip pada perut (ketumbuhan tisu abnormal pada lapisan perut)\n\n5. Berusia 50 tahun ke atas\n\n8. Mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit kanser perut\n\n9. Orang Asia terutamanya Korea dan Jepun, warga Amerika Selatan, atau keturunan Belarusia\n\n10. Diet yang tinggi garam dan makanan terproses.\n\n14. Tidak menyimpan makanan dan memasak dengan betul\n\nDisebabkan kanser perut jarang menunjukkan simptom pada peringkat awal, kanser ini selalunya sukar dikenalpasti sehingga ia merebak.\n\nUntuk mendiagnos penyakit ini, pakar akan menjalankan pemeriksaan fizikal untuk mengelpasti sebarang tanda-tanda.\n\nUjian darah serta ujian kehadiran bakteria H. pylori juga lazim digunakan.\n\nLebih banyak ujian diagnostik yang perlu dijalankan jika pakar mendapati sebarang tanda-tanda kanser perut pada pesakit.\n\nUjian diagnostik secara spesifik untuk mencari ketumbuhan dan keabnormalan lain dalam perut dan esofagus boleh dilakukan dengan menjalankan pemeriksaan berikut:\n\n3. ujian pengimejan seperti \u2018CT scans\u2019 dan X-ray\n\nKebiasaannya, kanser perut dirawat dengan kaedah berikut:\n\n4. \u2018Immunotherapy\u2019 seperti vaksin dan ubatan\n\nKaedah rawatan ditentukan berdasarkan peringkat kanser dan lokasi asal sel kanser.\n\nUmur dan keadaan kesihatan juga diambil kira untuk menentukan kaedah rawatan.\n\nSelain merawat kanser, tujuan rawatan juga adalah untuk menghalang sel kanser daripada merebak ke organ lain seperti jantung, nod limfa, tulang dan hati.\n\nPeluang untuk sembuh lebih tinggi sekiranya diagnosis dilakukan semasa peringkat awal lagi.Jika asal sel kanser tidak diketahui, semakin sukar untuk mendiagnos dan mengenalpasti peringkat kanser.\n\nHal ini juga menyebabkan kanser sukar dirawat.Ujian klinikal membantu menentukan sama ada prosedur perubatan baru, peranti, atau rawatan lain adalah berkesan untuk merawat penyakit dan simptom tertentu.\n\nSetakat ini, masih tiada lagi cara yang paling berkesan untuk menghalang diri daripada menghidap kanser perut.Namun begitu, risiko menghidap kanser ini boleh dikurangkan dengan cara berikut:\n\n1. Mengamalkan diet yang sihat dan penuh nutrisi yang diperlukan\n\n2. Mengawal berat badan dan banyak melakukan aktiviti fizikal\n\nBerat badan ideal penting bagi mengelakkan obesiti yang menjadi punca kepada banyak penyakit berbahaya.\n\nPenggunaan tembakau boleh meningkatkan risiko kanser perut proksimal (bahagian perut yang paling dekat dengan esofagus).\n\nPenggunaan tembakau meningkatkan risiko untuk pelbagai jenis kanser lain.\n\nKajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa tembakau merupakan penyebab untuk kira-kira satu pertiga daripada semua kematian kanser.\n\nSekiranya anda tidak menggunakan tembakau, jangan mulakan.\n\nDalam kajian terbaru, masih belum jelas sama ada pesakit yang dijangkiti bakteria ini yang tidak mempunyai simptom perlu diberi antibiotik ataupun tidak.\n\nKajian lepas mendapati bahawa antibiotik akan mengurangkan bilangan luka pra-kanser di dalam perut dan mengurangkan risiko kanser perut.\n\nWalaubagaimanapun, banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk memastikan perkara ini. Walaupun kanser perut dianggap sebagai penyakit yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat kita, pengetahuan tentang kanser ini amat penting.\n\nBak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.\n\nSegera dapatkan nasihat daripada pakar sekiranya anda mempunyai risiko yang tinggi terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser. Jalankan ujian genetik untuk memastikan kesihatan anda terjamin.\n\nJemput juga baca artikel kanser lain tulisan kami. Contohnya seperti kanser rahim, kanser usus dan kanser limfoma."
"Anda selalu makan daging goreng kunyit? Mungkin yang biasa biasa itu selalu dijumpai. Tapi untuk cari yang sedap pasti susah. Apa kata anda cuba sendiri resepi daging goreng kunyit ini. Gerenti sedap.\n\nMakan nasi putih panas panas dengan daging goreng kunyit pasti sedap! Tambah pula jika kuantiti kunyit dan garam itu kena dengan selera anda. Pasti marvelous makan tengah hari anda.\n\nSelain daripada makan bersama nasi putih, ia turut dihidangkan sebagai juadah sampingan bersama dengan nasi goreng di restoran. Memang tak rugi untuk anda cuba sendiri memasak daging goreng kunyit ini!\n\nResepi ini dikongsikan oleh\u00a0HasnieZa Nor\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Tengok gamabr pun dah mengliurkan.\n\nSelain resepi daging masak kunyit, kami juga mempunyai beberapa resepi daging yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Badan kita memerlukan tenaga yang minima bagi menjadikan setiap organ berfungsi dengan baik. Jika kita tidak sekat atau makan makanan yang rendah kalori dan hanya makan sayur dan buah dalam jangka masa yang lama, tubuh badan kita akan berasa lemah dan tidak bermaya.\n\nKalori yang diambil bergantung kepada tinggi, berat, umur dan jantina seseorang. Sebagai contoh, lelaki memerlukan lebih banyak tenaga berbanding wanita kerana lelaki melakukan kerja-kerja yang berat. Manakala, wanita pula memerlukan tenaga yang minima dan lebih rendah berbanding lelaki kerana wanita tidak melakukan kerja-kerja yang berat.\n\nTetapi sayang sekali, ramai yang ingin menurukan berat badan dengan cepat tanpa berfikir kesan negatif yang akan mereka terima nanti. Kaedah yang digunakan untuk menurunkan berat badan secara \u2018extreme\u2019 adalah pemakanan kebulur atau disebut sebagai VLCD (Very Low Calories Diet).\n\nDr. Suhazeli Abdullah berkongsikan tentang info sebenar mengenai kesan negatif mengamalkan pemakanan kebulur atau VLCD.\n\nKesan kaedah pemakanan kebulur (VLCD) ini kepada kesihatan tubuh badan adalah:\n\n1- Metabolisma dan keseimbangan badan akan tergangu\n\nKajian menyatakan 23% otot-otot akan menyusut. Akhirnya tubuh tak bermaya, tenaga untuk melakukan aktiviti terbantut. Tidak semua pesakit boleh bertahan dengan keadaan pemakanan kebulur seperti ini. Kajian dari National Institute of Health US mendapati pesakit yang pada awal mencuba kaedah pemakanan kebulur, 80% dari mereka akan kembali gemuk dan penyakit tidak dapat dirawat kerana tidak tahan dengan nafsu pemakanan sedemikian.\n\n2- Letih lesu dan zat makanan yang berkurangan\n\nPengambilan pemakana kebulur ini akan menyebabkan banyak zat-zat pemakanan tidak diambil dengan seimbang. Zat besi, folate, vitamin B12 untuk pembinaan sel darah dan sel otot akan terbantut. Menyebabkan pesakit akan mengalami episod letih lesu sepanjang hari. Zat-zat ini boleh diperolehi dari pemakanan seimbang termasuk karbohidrat dan protein. Jika sayur-sayuran semata-mata, tidak mencukupi jizi zat nutrien sehari-hari.\n\nKekurangan pengambilan protin juga akan menyebabkan sel otot akan menyusut, rambut menjadi nipis dan kuku menjadi lembik. Pembinaan otot, rambut dan kuku bergantung besar kepada pengambilan protin dalam makanan kita. \n\nBegitu juga dengan kalsium, magnesium, vitamin A dan vitamin-vitamin lain lagi, terdapat dalam pemakanan lengkap yang terdiri dari karbohidrat, protein, dan sayur-sayuran. Pembinaan dan kesimbangan hormon-hormon badan pula amat memerlukan lemak yang secukupnya.\n\n3- Kesuburan dan sistem imuniti berkurang\n\nHormon kesuburan memerlukan lemak asas seperti kolesterol. Walaupun 80% kolesterol dibina sendiri oleh hati, tetapi kelesterol dari makanan juga diperlukan dalam kadar tertentu.\n\nMineral asas seperti kalsium, natrium, potassium dan lain-lain lagi diperlukan untuk keseimbangan struktur tulang-temulang. Justeru, pengambilan kalori ekstrim akan merencat pengukuhan tulang.\n\n*Jika anda ingin diet, amalkan pemakanan yang sihat dan lebih banyakkan aktiviti bersukan. Kaedah ini lebih sihat dan dijamin tidak memberi kesan negatif kepada tubuh badan. \n\nKalau anda ada masalah menurunkan berat badan, berjumpa dengan doktor dan minta nasihat bagaimana mahu menurunkan berat badan dengan baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Diheret isteri tersayang masuk ke kompleks membeli-belah. Sangkaan pada awal, adalah barang yang hendak dibelinya. Tetiba dibawa masuk ke kedai samsung, dan isteri memilih tablet, sambil ditanya pada sang faqir, ini ok tak? Itu ok tak?\n\nAkhirnya isteri memilih model keluaran yang paling baharu dengan teknologi yang terkini. Bergayalah dia dengan tablet barunya untuk kerja-kerjanya.\n\nApabila sampai di dalam kereta, isteri tersayang menghulurkan beg yang berisi set tablet baharu tadi kepada sang faqir, \u201cthis is for you, darling\u201d Terkejut campur teruja. Hanya boleh ucapkan \u201cThank you my sweetheart\u201d.\n\nPara isteri di luar sana perlu sentiasa membuat kejutan pada suami, supaya suami tiada niat untuk membuat \u2018kejutan\u2019 pada isteri.\n\nHadiah atau kejutan tidak semestinya yang mahal dan berjenama, dengan sekadar senyuman manis setiap kali suami keluar dan pulang bekerja, itu juga sudah teramat menenangkan hati suami, apatahlagi jika ada hadiah secara zohiriah yang mampu membuat suami sentiasa rindukan isteri apabila berada di luar untuk urusan pekerjaan.\n\nDan hadiah paling berharga yang tiada mampu seorang suami balas kepada isteri adalah melahirkan zuriat untuk suami.\n\nHarga menghargai antara satu sama lain, itu kunci kasih sayang dalam rumahtangga.\n\nKasih sayang umpama bunga yang perlu disiram rohnya. [Gekkou]\n\nImam Syafie RahimahULLAHu Taala pernah ditanya oleh isteri Beliau, \u201cSuamiku, apakah engkau mencintaiku?\u201d\n\nBeliau menjawab, \u201cYa tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.\u201d\n\nMendengar itu, isterinya bertanya lagi \u201cApakah engkau juga mencintai ALLAH? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang Mu\u2019min, Cinta kepada ALLAH dan juga mencintaiku?\u201d\n\nBeliau tersenyum dan mengatakan kepada isteri beliau dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang.\n\n\u201cKerana cintaku kepada ALLAH, maka aku mencintai makhlukNYA, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada ALLAH.\u201d\n\nMencintai isteri dan anak-anak kerana ALLAH adalah Ibadah, apatahlagi jika mencintai ibubapa sendiri.\n\nBegitulah juga kepada para isteri, menyenangkan hati suami yang mengikut landas syariat, seumpama sedang menyiapkan pakaian sebagai Ahli Syurga ALLAH."
"Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Kecantikan memang menjadi perhatian sesiapa saja. Tak hairanlah model di dalam kaca televisyen dipaparkan seorang yang cantik, putih dan kurus. Tujuannya untuk melariskan produk.\n\nMalahan, jika ditanya kepada sesetengah lelaki tentang wanita pilihan hati. Jawapan yang diberikan biarlah seorang wanita yang ada rupa, putih gebu, kurus dan bergaya. Jadi, tak hairanlah para wanita begitu bersusah-payah menjaga kecantikan kerana standard kecantikan yang telah ditetapkan sedemikian rupa.\n\nTak kiralah wanita yang sudah berkahwin atau pun anak dara, masing-masing berlumba-lumba untuk menjaga kecantikan. Tujuannya untuk lebih berkeyakinan di depan semua orang termasuklah suami, pasangan dan juga masyarakat.\n\nMakna kecantikan itu bukanlah yang terpamer secara fizikal sahaja tetapi yang lebih penting keperibadian hati. Namun, perkara itu bukanlah hal yang penting kerana tak dipandang orang katanya. Kulit mesti putih, bibir persis delima, kulit licin bak kaca dan langsing seperti model.\n\nDalam artikel kali ni, penulis akan membincangkan topik yang cukup panas sejak beberapa tahun kebelakangan ini iaitu produk krim timbang kilo. Ramai wanita yang mungkin tak sedar bahaya produk timbang kilo. Mereka masih menggunakannya secara meluas.\n\nAda yang mungkin dah maklum melalui penyebaran maklumat di laman sosial dan amaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, yang menjadi masalah utama ialah produk timbang kilo masih banyak di pasaran.\n\nOrang kata tiada permintaan, tiadalah penawaran kan? Lepas satu jenama, keluar pula jenama yang lain. Jika menepati piawaian KKM dan selamat digunakan, tidak menjadi masalah.\n\nIdeologi yang diagungkan oleh masyarakat dunia terutamanya masyarakat Asia ialah berkulit putih itu cantik. Wanita yang berkulit putih nampak menarik, lebih berkeyakinan dan menjadi perhatian.\n\nDisebabkan inilah keluar pelbagai jenis produk timbang kilo yang memudaratkan kulit dan kesihatan. Buka sahaja laman Facebook dan Instagram, terbentang pelbagai jenis jenama yang boleh dibeli dengan mudah.\n\nMalahan, tokoh-tokoh jamu dan kedai-kedai kecil juga menjualnya secara terbuka. Semuanya mempromosikan kulit yang putih itu cantik. Jika dilahirkan berkulit gelap, hitam manis atau sawo matang, nampaknya nasib kurang menyebelahi anda.\n\nJadi, cara mudah ialah pakai produk timbang kilo yang boleh nampak kesannya seawal seminggu selepas pemakaian. Lihat saja tagline yang digunakan.\n\nYang disenaraikan ini merupakan tagline iklan produk kecantikan yang anda boleh lihat di Internet. Kulit putih, gebu dan berseri seperti artis Korea menjadi role model untuk wanita yang obses untuk kelihatan cantik.\n\nApakah yang dimaksudkan dengan produk timbang kilo? Kenapa ianya berbahaya? Produk timbang kilo kebiasaannya ialah produk penjagaan kulit wajah dan tubuh. Kesan pemakaiannya membuat para pengguna tak berfikir panjang untuk membelinya terus-menerus.\n\nKrim timbang kilo dibeli secara pukal mengikut timbangan berat krim oleh pengasas produk terbabit. Produk ini dihasilkan oleh sebuah kilang yang sama (untuk produk yang lain juga) dan dikenali sebagai Original Equipment Manufacturer (OEM).\n\nBiasanya kilang OEM ini terletak di Thailand, Malaysia, Vietnam dan sebagainya. Pihak kilang akan membuat pembungkusan mengikut cita rasa pengasas. Oleh itu, jika anda ada wang yang banyak, anda boleh jadi pengasas produk kecantikan. Semudah itu!\n\nDisebabkan itulah terdapat pelbagai produk kecantikan di pasaran mempunyai pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, semua krim malam dan krim siang produk A dan produk B sama saja. Warna krim, kotak dan jenama saja yang lain.\n\nKilang ini juga menghasilkan produk yang lain seperti serbuk minuman dan makanan, makanan kesihatan dan sebagainya. Kesemua produk ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak bagi membolehkan para peniaga menjualnya mengikut ketetapan mereka.\n\nKenapa produk timbang kilo tiba-tiba menjadi pilihan para pengasas yang kononnya membuat kajian bertahun-tahun? Sebab utamanya ialah kerana harga pukalnya murah dan boleh dijual secara berasingan dengan meletakkan jenama masing-masing.\n\nDisebabkan itulah ia menjadi pilihan para selebriti, artis dan juga golongan instafamous yang mempunyai peminat tersendiri. Ada yang sanggup menipu pengguna dengan mengatakan produk tersebut dibuat selepas kajian makmal dan diformulasikan oleh pakar kecantikan.\n\nHakikatnya, kebanyakkan \u2018pengasas\u2019 ini tak mempunyai latar belakang pendidikan tentang produk kecantikan dalam bidang medik. Disebabkan mereka terkenal, para peminat yakin untuk membeli produk-produk timbang kilo ini.\n\nMenurut ahli farmasi dan influncer, Siti Hawa Mohd Nor, produk timbang kilo mengandungi bahan terlarang sama ada ia produk original atau pun palsu. Bahan kimia berlebihan di dalamnya boleh merosakkan kulit wajah, saraf dan buah pinggang.\n\nKandungan merkuri, hidrokuinon dan tretinoin yang tinggi boleh memberi kesan yang pantas dan mencantikkan kulit muka. Hasilnya kulit akan kelihatan putih gebu, licin tanpa jerawat dan jeragat serta nampak berseri-seri. Namun, tahukah anda kesannya tak lama?\n\nKandungan merkuri di dalam produk tersebut menghalang penghasilan melanin yang berfungsi untuk menghasilkan warna kulit. Tubuh badan setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap produk tersebut. Ia juga bergantung kepada tempoh penggunaan.\n\nAda yang mendapat kesan yang teruk pada wajah. Ada yang sederhana saja dan ada pengguna yang tiada sebarang masalah. Namun, jika tiada sebarang kesan pada wajah, mungkin ia memberi kesan pada buah pinggang dan merosakkan saraf.\n\nBanyak laporan yang menunjukkan pengguna mengalami alahan yang teruk pada kulit wajah. Kulit wajah menjadi nipis, bernanah, kulit menjadi biru kehitaman, berjerawat dan berjeragat teruk. Yang lebih teruk boleh mengakibatkan kanser kulit.\n\nCara Kenal Pasti Produk Timbang Kilo\n\n\u00a0Ingin ditekankan, bukan semua set penjagaan kecantikan tempatan merupakan produk timbang kilo. Hanya sebahagian saja yang perlu dijauhi. Masih banyak produk yang bagus di luar sana.\n\nJika anda risau akan tertipu dengan produk timbang kilo, di bawah ini disenaraikan beberapa ciri-cirinya berdasarkan pandangan Khairul Yoi. Beliau lantang mengutuk pengasas dan produk timbang kilo di media sosial. Antaranya ialah:\n\nDiharapkan dengan perbincangan isu produk timbang kilo ni, para pembaca akan lebih berhati-hati dalam. Mencantikkan diri tu tak salah, namun janganlah sampai membahayakan kesihatan.\n\nMasih banyak produk yang berkualiti, terjamin dan selamat di pasaran. Jadilah pengguna yang bijak dan boikot produk timbang kilo. Jangan berlumba-lumba nak cantikkan diri sehingga menggadai nyawa. Moga bermanfaat.\n\nJemput juga baca tips cara penjagaan muka dan cara penjagaan muka artis korea"
"Mencari resepi telur yang menarik? Hidangan telur ialah hidangan yang selalu menjadi favorit ramai. Memasak telur sangat mudah, praktis, dan pantas sedunia. Bahan-bahan yang digunakan tidak susah untuk didapatkan. Masa memasak pula boleh siap dalam 2 minit sahaja.\n\nBiasanya anak-anak juga lebih suka memakan telur berbanding makanan lainnya seperti ikan, ayam dan daging. Masakan telur juga boleh dicampur dengan bahan lain seperti sayur dan daging sehingga protein dan vitamin lainnya dapat diserap tubuh anak. Telur juga banyak dicampurkan kedalam mee dan nasi goreng.\n\nTahukan anda ada banyak resepi telur mudah, tidak hanya telur dadar, ada telur sambal, acar telur dan lain-lain. Maka itu, kami berkongsikan 35 resepi telur kepada anda. Tentunya kesemua resepi ini ialah praktis dan mudah namun sedap sangat.\n\nTunggu apalagi, jom tengok resepi di bawah ini. Sajikan telur sebagai sarapan mahupun bekal keluarga anda. Confirm mereka akan suka dan makan pun bertambah. Selamat mencuba.\n\nResepi berikutnya masak telur paling mudah dan menyelerakan. Rebus telur hanya 7 minit. Buat air asam pula 10 minit. Makan jangan tanya berapa minit sebab makan bertambah. Rasa asam makin menaikkan selera makan. Resepi dikongsikan oleh Norul Haisyu di laman Facebook.\n\nKata orang rasam telur baik untuk orang yang selsema atau demam. Setakat mana kebenarannya, tak cuba tak tahu. Tapi yang pasti rasanya sedap. Makan jadi bertambah-tambah. Pencinta rasam kena cuba masakan ini. Resepi dikongsikan oleh Eliza Amin Kolam di laman Facebook.\n\nSekaya telur merupakan makanan tradisi yang dibuat daripada telur, tepung, dan gula merah. Sekaya telur sejenis dessert yang lembut, lemak, manis. Sekali cuba sekaya telur mesti teringin lagi. Mari cubakan resepi sekaya telur yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika di laman Facebook.\n\n4. Resepi Sambal Telur Rebus Goreng\n\nSambal telur pembuka selera sedia untuk temankan makan tengah hari anda. Orang ramai minat sambal telur rebus sebab aroma khas telur itu masih terasa sangat. Selain itu luaran telur digoreng sedikit supaya agak garing di luar. Ikan bilis boleh diguna untuk memberi rasa yang lagi lazat. Sila cubakan resepi sambal telur rebus goreng oleh Siti Fatimah di laman Facebook.\n\n5. Resepi Telur Sotong Goreng Kunyit\n\nSiapa penggemar telur sotong? Ada lagi yang belum pernah makan telur sotong? Agak susah cari orang yang jual menu telur sotong. Yang paling popular dari menu ini ialah telur sotong goreng kunyit. Jika anda penasaran kami adakan resepi daripada Shira Ishak di laman Facebook.\n\n6. Resepi Gulai Telur Itik Kelantan\n\nAdakah yang suka gulai telur? Kali ini kita datangkan resepi daripada Kelantan pula. Gulai kuning telur itik. Jom intip resepinya perkongsian daripada \u200eRosmini Rozi\u200e di Facebook. Berlemak enak dan sedap menjilat jari.\n\nBosan dengan masakan telur yang kering-kering saja? Boleh lah cuba buat telur bistik pula. Sesiapa penggemar telur bistik tu sila cuba resepi daripada \u200eNorhafizah Shabudin\u200e di lama Facebook ini. Sedap berkuah.\n\nAntara menu telur berkuah yang sedap lainnya ialah sup telur. Masakan ini sangat disukai kanak-kanak. Sup telur juga dapat membangkitkan selera makan. Resepi mudahnya dikongsikan oleh Joha Hassan\u200e di laman Facebook. Sila cuba resepinya.\n\nTelur gulung goreng ialah antara hidangan telur yang amat disukai kanak-kanak. Menu ini memang paling digemari di negara jiran terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Hidangan ini unik kerana menggulung telur bersama sojej menggunakan lidi. Resepi daripada \u200eNurul Hanisah\u200e di laman Facebook. Makan dengan sos jadi makin sedap.\n\n10. Resepi Tart Telur Simple (Kulit Roti Gardenia)\n\nIni dia tart telur yang viral. Kalau biasanya resepi lain menggunakan adunan doh untuk kulit tart. Namun pada resepi yang dikongsikan oleh Anna Rozza\u200e di Facebook ini menggunakan roti keping gardenia sebagai kulit tart. Mari tengok resepi simple namun sedap ini. Kena makan panas-panas baru rangup.\n\nTelur digoreng separa masak, kemudian dimasak dengan rempah masak kicap yang lazat. Dimakan bersama nasi putih panas-panas. Boleh bertambah 2 pinggan makan nasi. Resepi dikongsikan oleh Roshida Rifqi Raisha Rayyan di laman Facebook. Gerenti sedap dan lazat.\n\nMudah sangat resepinya dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook. Penyajiannya simple di mana telur digoreng mata terlebih dulu baru kemudian digaul dengan sos. Masak sekejap 5 hingga 10 minit boleh terus siap. Tidak rugi cubakan resepi ini. Sedap dimakan dengan nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng. Selamat mencuba.\n\n13. Resepi Telur Dadar ala Thai\n\nAyam, daging dan ikan telah habis, memang kena buat telur lah agaknya. Sekalinya ingin buat telur dadar ala restaurant Thai. Telur dadar yang rangup dan garing, sedap, lazat, krup.. krap masa makan. Rupanya ada rahsia untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan sama macam resepi telur dadar biasa.\n\nSebahagian orang mesti ada yang rasa percaya tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini resepi daripada Murni Rahmat di laman Facebook.\n\n14. Resepi Telur Bungkus ala Thai\n\nHidangan ini diberi nama telur bungkus kerana ianya berupa sayur-sayuran dan ayam cincang yang dibungkus dengan telur.\u00a0 Kesedapan telur bungkus sangat bergantung kepada isi dalam yang berupa sayur dan ayam cincang tersebut.\u00a0Telur bungkus sedap dimakan bersama nasi putih panas. Jom tengok resepi telur bungkus daripada \u200eNor Shakinah Md Zainal\u200e di laman Facebook.\n\nCara Membuat Telur dan Membungkus :\n\nLayaknya masakan kurma ayam atau daging, kurma telur dimasak dengan santan, kentang, rempah dan bahan masak kurma di mana telur direbus bulat-bulat dan digoreng terlebih dulu. Kurma telur sesuai untuk anda yang ada alahan ayam/daging, boleh gantikan dengan telur. Makan nasi putih dengan kurma telur sedap sungguh merangsang selera. Resepi\u00a0mudah dan lazat dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman Facebook.\n\n16. Resepi Kari Telur Ubi Kentang\n\nKari telur enak dimakan bersama nasi putih. Selain sedap dimakan dengan nasi putih rupanya kari telur sedap dimakan dengan roti jala. Seperti resepi kari telur yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di laman Facebook. Cik Ana membuat kari telur makan cicah dengan roti jala untuk anak-anak. Untuk semakin menarik, kari telur dicampur dengan ubi kentang.\n\n17. Resepi Sup Tauhu Telur (Mudah dan Lazat)\n\nTauhu telur atau tauhu jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Berbeza dengan tauhu pada umumnya yang agak keras, rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras. Anak-anak juga sangat menyukai sup tauhu telur kerana rasanya sama sekali tidak pedas dan simple.\u00a0Anda yang teringin menghidangkan sup tauhu telur untuk keluarga anda di rumah, sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Salina Ismail di Facebook.\n\nResepi ini ialah yang paling mudah. Sangat sesuai untuk anda yang ingin makan hidangan praktis namun sedap. Acar memang takde dimasak ya. Semua bahan ialah mentah. Jom tengok resepinya perkongsian ramai daripada Kak Ida\u2019s Kitchen\u200e di Facebook seperti di bawah ini.\n\n19. \u200eResepi Telur Kicap Cabai Masam Manis\n\nSeterusnya resepi telur kicap cabai masam manis yang semestinya membuka selera anda. Perasa masam manis menaikkan selera makan. Apalagi ini bukan menu telur kicap manis biasa. Rasa pedas mengambil peran agar rasanya tidak menjemukan. Resepi telur kicap cabai masam manis dikongsikan oleh \u200eKay Ahmad\u200e di Facebook.\n\nResepi menarik berikut ini ialah telur madu tiga. Siapa pernah makan hidangan ini? Orang sarawak biasanya tahu telur madu tiga ini bukan? mari cuba buat resepi yang unik ini bersama resepi oleh Amoi Sha di laman Facebook.\n\nTelur pindang selalunya dapat sambutan bila tiba musim kenduri. Sekarang adakah telur legend ini masih dapat sambutan lagi? Memandangkan harga telur sudah mahal dan cara pembuatannya pun makan masa 4 sampai 5 hari. Siapa yang mencari resepi pindang telur ayuh cubakan resepi orang dulu-dulu yang dikongsikan oleh \u200eCahaya Hidayah Qaseh di laman Facebook.\n\n22. \u200eResepi Telur Burung Masak Thai\n\nSelain telur ayam dan telur itik, telur burung juga menarik perhatian ramai. Ciri hidangan Thailand mestilah ada rasa asam. Rasa asam itulah yang menaikkan selera makan. Sila cuba masak hidangan ini, resepi dikongsikan oleh \u200eSiti Fatimah di laman Facebook.\n\n23. \u200eResepi Telur Dadar Celup Tepung\n\nJika anda selalu menjumpai omelette yang lembut, kali ini kami hadirkan kepada anda resepi omelette crispy pula. Rasanya bukan main sedap, ada garing di luar namun juicy di dalam. Rasanya jadi makin sedap dan lazat. Resepi dikongsikan oleh Nur Fakhira Mohd Rosli di laman Facebook. \u2063\n\n24. Resepi Telur Mata Bawang Sedap\n\nBiasanya kalau masak telur mata, makan dengan kicap sahaja. Selain buat masak kicap dan masam manis atau masak merah. Pada resepi ini kami buat lain sedikit. Resepi daripada \u200eWan Nooraihan di laman Facebook. Telur mata cantik dan memang sedap. Buat pun senang.\n\nResepi telur yang paling lazat. Masakan telur ini sangat menyelerakan. Siapa yang pernah makan mesti tahu betapa sedapnya telur masak macam ini. Masak telur macam ini boleh jimat masak sedikit untuk makan ramai-ramai. Resepi dikongsikan oleh \u200eHasnah Hassan\u200e di laman Facebook.\n\nPernahkah anda makan parpu telur? Rugi siapa yang tidak makan parpu telur. Parpu telur dimasak dengan kacang parpu atau dal. Parpu telur ala-ala masakan india. Sila cubakan resepi parpu telur daripada Masni Bahari di laman Facebook.\n\n27. Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api\n\nMenu kampung satu ini gerenti bikin rindu masakan mak. Hidangan lemak pedas ini jadi kegemaran ramai kerana amat mudah menyediakannya. Telur itik pula boleh direbus atau dipecah. Memang padu sangat dapat makan dengan nasi putih. Resepi didatangkan daripada SuiSan Aliezsha di laman Facebook.\n\nMasak telur scramble kicap kemudian gaul dengan nasi panas. Makanan ini kegemaran masa kecil-kecil dulu. Berjaya juga pujuk anak makan dengan menu ini. walaupun simple tapi menu ini sedap. Jom suap anak dengan lauk ini. Resepi didatangkan daripada Sue Fami di laman Facebook.\n\nPetang-petang masak telur masak tauco. Makan dengan nasi putih panas dengan sambal goreng sedikit, sedap tiada kata. Resepi yang dikongsikan oleh Zaiton Salleh di laman Facebook adalah senang sangat. Sila cubakan.\n\n30. Resepi Sup Telur Chinese Style\u00a0\n\nSegar dan simple sangat, anak-anak pun suka. Siapa nak makan menu sihat sup telur ala Chinese? Kami ada resepinya didatangkan daripada Sue Fami di laman Facebook.\n\nMenu ringkas dan mudah sesuai untuk sarapan. Menu pantas untuk anda yang tidak banyak masa di dapur. Wrap telur menggunakan kulit wrap dan telur dadar. Tampak menyelerakan bukan? Sila cuba resepi wrap telur daripada Rusmanira Mustapha yang berkongsi di laman Facebook.\n\nNampak biasa saja, tapi rasanya memang luar biasa. Masak telur letak tepung jagung dan bawang putih, bila sudah goreng jadi wangi semerbak. Jom ikut resepi daripada Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook. Crunchy krup krap krup krap.\n\nTelur sarang ini menjadi pilihan selain daripada telur dadar. Bentuknya yang hampir sama namun terdapat perbezaan sedikit pada bahan yang digunakan. Mari tengok resepi mudah daripada Alia Ismail\u200e di laman Facebook. \u2013\n\nNote : Kalau untuk niaga tak apa minyak banyak. Anda jangan pakai minyak banyak-banyak. Nak lagi sihat goreng pakai minyak kelapa tanak ya.\n\n34. Resepi Telur Sambal Cili Padi\n\nFavorite along makcik. Sambal telur cili padi. Boleh makan dengan pulut kukus. Memang berpinggan makan nanti. Jom buat di rumah. Resepi perkongsian ramai daripada CikMar Jhd\u200e di Facebook ini confirm akan menitik air liur anda.\n\nResepi telur gulung yang lembut, renyah dan sedap. Pada resepi ini Faizah Rosdi di Facebook menggunakan kuali leper untuk memudahkan proses menggulung telur. Tunggu apalagi jom tengok resepinya di bawah ini.\n\nResepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi telur, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Semperit telah menjadi kegemaran ramai sejak dulu. Tidak kira anak-anak hingga orang dewasa mesti suka semperit. Lebih-lebih lagi bila raya.\n\nTerdapat pelbagai jenis semperit. Antaranya semperit yang ramai dicari ialah semperit cheese. Macam menarik semperit cheese. Variasi citarasa semperit yang moden.\n\nResepi semperit cheese rangup ini patut anda cuba. Dibuat sebagai kudapan makan anak-anak. Pasti anak suka makan tidak cukup sebalang. Jom buat semperit cheese resepi daripada Mazriha Radzi\u200e di laman Facebook.\n\nTip: Untuk biskut, tidak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan [email\u00a0protected] pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, ia akan masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.\n\nSelain resepi semperit cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tercari-cari makanan yang sedap untuk acara bersama keluarga? Ayam golek jawabnya. Ayam golek bukan hanya dihidang pada majlis-majlis besar sahaja, namun boleh dihidang untuk dimakan bersama keluarga sempena hari jadi.\n\nResepi ayam golek yang dikongsikan oleh Iela Sahari di Facebook ini semacam rasa ayam Kenny Rogers. Konfirm keluarga anda akan berkali-kali makan dan kata ayam golek ini sangat sedap. Sememangnya resepi ini mendapat perkongsian hingga 4.8K.\n\nUntuk membuat resepi ini anda hanya perlu 1 ekor ayam. Kalau ayam bersaiz besar anda boleh gandakan bahan-bahannya. Dalam tulisan ini pula kami akan berkongsi resepi sos lada hitam yang dimakan bersama ayam golek. Makan ayam golek dengan sos lada hitam akan membangkitkan selera makan anda. Selamat mencuba.\n\nResepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers\n\n1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.\n\n2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi di luar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.\n\n3. Perap selama 1 1/2 jam.\n\n4. Sapu sedikit mentega pada keseluruhan ayam dan bakar/panggang selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.\n\n5. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama; sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.\n\n1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery, didihkan.\n\n2. Kemudian tapis. Buang bawang dan juga salery. (Kalau tak nak tapis pun tak apa)\n\n3. Didihkan semula. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang, garam dan gula jika perlu.\n\n3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.\n\nSelain resepi Ayam Golek, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Resepi Rendang Hitam Daging ini dikongsikan oleh Azian Buaian Kuntum di laman Facebook di mana resepi nya merupakan resepi arwah tok beliau Hajah Rahmah bt Hj Ismail dengan harapan ilmu memasak yang dikongsikan ini boleh dijadikan bekalan di sana nanti sebagai ilmu yang dipanjangkan.\n\nSelain resepi rendang hitam daging ini, kami juga mempunyai beberapa resepi daging yang lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Adakah anda mempunyai anak berumur 1 hingga 6 tahun ? Ataupun adik, anak buah atau sepupu ? Kanak-kanak di umur begini agak mencabar untuk mendidik mereka menjadi anak yang baik dan hormat pada orang tua. Tetapi, dalam pada masa yang sama, mudah untuk didik mereka jika kita tahu cara yang betul.\n\nBagi para ibu bapa di luar sana yang tiada pengalaman atau baru pertama kali mempunyai anak, tips ini sangat membantu anda dan dapat mendidik anak anda menjadi insan yang penyayang dan mendengar kata ibu bapa.\n\nApakah cara-cara yang terbaik untuk didik anak berumur 1 hingga 6 tahun ini?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 tips terbaik cara didik anak umur 1 hingga 6 tahun. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\n10 Tips terbaik cara didik anak umur 1 hingga 6 tahun\n\n*Berikut adalah tips yang terbaik bagi ibu bapa yang pertama kalinya mempunyai anak yang berumur 1 hingga 6 tahun ini. Ikuti tips ini dan Insyaallah, anak anda boleh menjadi anak yang penyayang dan manja dengan ibu bapa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. \n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Asyik-asyik hidung terasa gatal dan tersumbat gara-gara alahan resdung? Adakah anda mengalaminya setiap hari? Sampai merah hidung dibuatnya kan, sebab terpaksa menghembus keluar hingus berulang kali dengan tisu. Ditambah lagi dengan sakit kepala.\n\nMesti anda sudah penat mencari punca serta rawatan berkaitan, atau tercari-cari bagaimana hendak mengurangkan kekerapan resdung yang dialami. Bolehlah ikuti tip di bawah yang disarankan oleh Dr Ezairy M.Sallih untuk mengatasi masalah resdung anda, tanpa perlu penggunaan ubat-ubatan, selain impak resdung kepada kehidupan penderita resdung.\n\nApakah Tip Untuk Diamalkan Pesakit Alahan Resdung?\n\nRawatan dengan cara betul dan kawalan alahan adalah kunci utama untuk mencapai kualiti hidup yang baik bagi pesakit resdung.\n\n1.Elak keluar rumah apabila kawasan luar rumah berjerebu dan habuk.\n\n2.Elakkan makanan yang menyebabkan anda alahan. Ia seperti makanan laut, sesetengah ikan dan sebagainya. Bergantung pesakit\n\n3.Bersihkan badan dan mandi segera selepas berada di luar.\n\n4.Pastikan tingkap dan pintu anda ditutup sekiranya persekitaran luar berjerebu dan berdebu yang teruk .\n\n5.Gunakan penutup mulut dan hidung anda semasa menjalankan kerja-kerja di luar yang tidak sihat.\n\n6.Elakkan terdedah kepada haiwan peliharaan berbulu seperti kucing yang boleh menyebabkan gejala alahan lebih susah dikawal\n\n7.Keluarkan permaidani dari bilik tidur anda jika anda alah terhadap hama habuk.\n\n8.Jika gejala alahan anda semakin teruk ketika di dalam peghawa dingin, maka elakkan.\n\n9.Sentiasa patuh dan ikut arahan yang diberi oleh doktor dan pihak hospital.\n\n10.Amalkan gaya hidup sihat. Ia termasuk makanan seperti buah-buahan dan sayuran . Dan juga aktiviti riadah bersama keluarga.\n\nBagaimana Alahan Resdung Memberi Kesan Kepada Si Penghidap?\n\n1.Masalah tidur disebabkan oleh gejala-gejala yang mengganggu anda pada waktu malam\n\n3.Boleh menyebabkan jangkitan telinga yang kerap\n\n4.Jangkitan sinus yang kronik dan mengakibatkan komplikasi buruk seperti pembengkakan mata, jangkitan ke struktur berdekatan dan lain-lain.\n\n5.Kerap tidak hadir ke sekolah atau kerja akibat masalah yang dialami\n\n7.Komplikasi juga boleh timbul akibat kesan sampingan ubat antihistamin yang diambil tanpa nasihat doktor. Paling umum, rasa mengantuk boleh berlaku. Kesan sampingan yang lain termasuk sakit kepala, kebimbangan, dan insomnia.\n\nPERINGATAN: Jangan cuba-cuba rawatan resdung yang salah. Teknik asap-asap, lilin-lilin, produk tanpa kelulusan KKM dan seumpamanya tidak akan berkesan. Jumpalah doktor sekiranya anda ada masalah. Jika dinasihat menggunakan ubat, ikut dan patuh arahan hospital.\n\n*Siapa tahu, entah-entah satu atau beberapa tip yang dikongsikan berkesan untuk anda. Tidak perlu ubat-ubatan pun! Jangan lupa kongsi info ini kepada keluarga dan rakan taulan anda ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Jemput baca artikel doa pelembut hati ini. Himpunan doa untuk melembutkan hati orang yang kita sayang terutamanya.\n\nMengikut pandangan kasar, kita pasti mengatakan bahawa akal dan minda adalah penguasa dalam setiap tubuh manusia. Kerana akal, kita boleh berfikiran waras dan membezakan yang mana baik dan buruk. Namun, dalam Islam, bukanlah akal yang menjadi penguasa, tetapi hati yang menjadi raja bagi tubuh manusia.\n\nHati sangat berpengaruh dalam tindak-tanduk seharian manusia. Jika baik hatinya, maka akan baiklah seluruh kehidupannya dan sebaliknya. Seperti mana dalam hadis Nabi saw,\n\n\u0623\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0633\u064e\u062f\u0650 \u0645\u064f\u0636\u0652\u063a\u064e\u0629\u064b \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0644\u064e\u062d\u064e\u062a\u0652 \u0635\u064e\u0644\u064e\u062d\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0633\u064e\u062f\u064f \u0643\u064f\u0644\u0651\u064f\u0647\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0633\u064e\u062f\u064e\u062a\u0652 \u0641\u064e\u0633\u064e\u062f\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0633\u064e\u062f\u064f \u0643\u064f\u0644\u0651\u064f\u0647\u064f \u0623\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u0650\u064a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0644\u0652\u0628\u064f\n\nMaksudnya, \u201cKetahuilah sesungguhnya pada tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Apabila ia bagus, seluruh tubuh bagus. Apabila ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah segumpal daging itu ialah hati.\u201d (HR Muslim)\n\nSeorang ulama pernah mengatakan, \u201cHati adalah raja. Ketika yang merawatnya bagus maka rakyatnyapun bagus.\u201d (Lihat\u00a0Kitab Syarah Arbain Nawawi, Yahya bin Syarafuddin, hal-29, hadis ke-6) Malah, terdapat hadis yang diriwayatkan dari Abu Sa\u2019id Al-Khudri ra, Rasulullah saw bersabda:\n\n\u201cSepasang mata adalah petunjuk. Sepasang telinga adalah corong. Lisan adalah juru bicara. Kedua tangan adalah sayap. Perut adalah kasih sayang. Limpa adalah senyuman. Paru-paru adalah jiwa. Kedua pinggang adalah tipu daya. Dan hati adalah raja. Ketika rajanya bagus, maka rakyatnya pun bagus. Dan jika rajanya rosak maka rakyatnya pun rosak.\u201d\n\n(HR Ibnu Hibban, Abu Syaikh dan Abu Nu\u2019aim).\n\nBegitulah peri pentingnya fungsi hati bagi manusia. Oleh sebab itu, pelbagai nasihat dan amalan yang diajarkan kepada kita agar hati kita sentiasa baik.\n\nRacun bagi hati itu ada 4 perkara, iaitu:\n\nBanyak ayat al-Quran dan sabda Rasulullah saw serta ucapan salafus soleh yang memperingatkan kita tentang bahaya dan kerosakan lidah. Diantaranya firman Allah swt yang bermaksud, \u201cTiadalah suatu perkataan pun yang diucapkannya, melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.\u201d (Surah Qaf, Ayat 18)\n\nNabi saw bersabda, \u201cBarangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam.\u201d (HR Bukhari dan Muslim)\n\nSungguh, banyak berkata-kata cenderung untuk merosakkan hati. Ini kerana, lidah yang tidak bertulang ini berisiko untuk melukakan hati orang lain, mengumpat, menfitnah juga mengatakan perkata yang lagha. Itulah sebabnya, Nabi berpesan agar lebih baik diam jika kita tak mampu mengatakan perkara yang baik-baik.\n\nSedikit makan itu melembutkan hati, menguatkan daya fikiran, serta melemahkan hawa nafsu dan sifat marah. Sedangkan banyak makan, akan mengakibatkan sebaliknya. Allah berfirman,\n\u201c.Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.\u201d (Surah Al-A\u2019raf, Ayat 31)\n\nBerlebih-lebihan dalam makan, akan mengakibatkan banyak hal buruk. Ia boleh menggerakkan anggota tubuh untuk melakukan maksiat, serta menjadikan kita bermalas-malasan dan merasa berat untuk taat dan menunaikan ibadah. Cukuplah dua hal ini sebagai suatu keburukan asbab daripada banyak makan. Akhirnya, ia boleh merosakkan hati yang menjadi raja bagi tubuh.\n\nDari Jarir berkata, \u201cAku bertanya kepada Rasulullah tentang pandangan yang tiba-tiba (tidak sengaja). Beliau menjawab, \u201cAlihkan pandanganmu.\u201d (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Ahmad)\n\nIslam mengajar kita untuk menjaga dan menundukkan pandangan. Dalam Surah an-Nur ayat 30-31, Allah turut memerintahkan agar lelaki dan wanita, kedua-duanya menjaga pandangan dan memelihara kehormatan.\n\nKita biasa mendengar pepatah, \u2018dari mata turun ke hati\u2019. Begitulah kaitannya mata dan hati, jika baik yang dipandang mata, maka baiklah apa yang jatuh ke dalam hati, namun, jika perkara yang buruk yang dipandang oleh hati, maka buruklah perkara yang jatuh ke dalam hati.\n\nIslam sangat menitik-beratkan silaturrahim sesama manusia. Namun begitu, kita perlu berhati-hati dalam memilih sahabat. Salah memilih sahabat, ia bakal merosakkan diri kita sendiri.\n\nRasulullah saw bersabda, \u201cSeseorang itu mengikuti agama sahabatnya. Maka hendaklah kalian memperhatikan siapa sahabat kalian.\u201d\u00a0Rasulullah saw turut bersabda, \u201cJanganlah kamu berteman melainkan dengan orang mukmin dan janganlah memakan makananmu, kecuali orang bertaqwa.\u201d\u00a0 (HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi)\n\nBerkata Bilal bin Sa\u2019ad, \u201cSaudaramu yang selalu mengingatkanmu akan kedudukanmu di sisi Allah adalah lebih baik bagimu, daripada saudaramu yang selalu memberimu dinar harta benda.\u201d\n\nUbat kepada hati itu ada 5 perkara seperti yang dikatakan oleh Abdullah al-Antaki. 5 perkara ini mampu melembutkan hati yang keras dan mengubati hati dari kerosakan. 5 perkara itu adalah:\n\n#1 Bergaul dengan orang yang soleh, iaitu dengan cara menghadiri majlis-majlis ilmu. Dan dalam masa yang sama berusaha untuk menjauhi mereka yang hanyut dalam kesalahan dan maksiat.\n\n#2 Membaca al-Quran disertai tadabbur makna-maknanya.\n\n#3 Mengosongkan perut adalah dengan cara berpuasa atau dengan cara mengambil sedikit sahaja dari yang halal. Dalam sebuah hadis marfu\u2019 dikatakan, \u201cTiga perkara akan menjadikan hati keras, iaitu suka makan, suka tidur dan suka berehat.\u201d\n\n#4 Solat malam, iaitu melakukan qiyamullail. Solat sunat setelah bangun tidur di malam hari.\n\n#5 Bersembah sujud di waktu menjelang Subuh, kerana dalam waktu ini terdapat ketenangan dan di sinilah waktu diturunkan rahmat dari Allah swt.\n\nDoa adalah salah satu ibadah yang kita lakukan untuk memohon serta meletakkan pergantungan hanya kepada Allah swt. Allah juga Maha Membolak-balikkan hati.\n\nOleh itu, sangat wajar untuk kita sentiasa berdoa kepada Allah swt agar hati kita bersih dan lembut. Antara doa yang kita boleh amalkan untuk melembutkan hati, bukan setakat melembutkan hati kita, tetapi juga berdoa agar pasangan, anak-anak serta orang lain juga boleh berlembut hati, ialah:\n\nDoa Pelembut Hati ini adalah diambil daripada kisah Saidina Umar yang tersentuh hatinya ketika mendengar adiknya membaca ayat suci al-Quran. Pada waktu itu, Saidina Umar belum memeluk Islam. Beliau adalah seorang yang tegas dan garang, tetapi, hatinya menjadi lembut dan sangat terkesan pada ayat tersebut. Ayat itu adalah Ayat 1-5 Surah Taha.\n\nSesua untuk doa pelebut hati suami.\n\nMaksudnya, \u201cTaha. Kami tidak menurunkan Al-Quran ini padamu supaya kau menjadi susah, namun sebagai peringatan untuk orang yang takut kepada Allah, iaitu diturunkan dari Tuhan yang telah menjadikan bumi berserta langit yang tinggi, (Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas \u2018Arsy.\u201d (Surah Taha, Ayat 1-5)\n\n#2 Doa Nabi Daud Melembutkan Besi\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0622\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u062f\u064e\u0627\u0648\u064f\u062f\u064e \u0645\u0650\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0627 \u064a\u064e\u0627 \u062c\u0650\u0628\u064e\u0627\u0644\u064f \u0623\u064e\u0648\u0651\u0650\u0628\u0650\u064a \u0645\u064e\u0639\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0637\u0651\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0644\u064e\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064e. \u0623\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u0652 \u0633\u064e\u0627\u0628\u0650\u063a\u064e\u0627\u062a\u064d \u0648\u064e\u0642\u064e\u062f\u0651\u0650\u0631\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0631\u0652\u062f\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u064e\u0635\u0650\u064a\u0631\u064c\n\nMaksudnya, \u201cDan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami.\u00a0(Kami berfirman),\u00a0\u201cHai gunung-gunung dan burung\u00ad-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud.\u201d Dan Kami telah melunakkan besi untuknya,\u00a0(iaitu)\u00a0buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.\u201d (Surah Saba, Ayat 10-11)\n\nDaripada dalil di atas, kita dapat mengetahui bahawa salah satu mukjizat Nabi Daud as adalah melenturkan besi dengan mudah. Seperti kita tahu, besi sifatnya keras dan sukar untuk dilenturkan kecuali dengan menggunakan suhu yang tinggi (api). Tetapi, kuasa Allah swt menyebabkan Nabi Daud dapat melenturkan besi hanya menggunakan tangan untuk membuat baju besi.\n\nOleh sebab itu, terdapat teks doa yang disandarkan kepada kebolehan Nabi Daud as melentur besi \u00a0sebagai Doa Pelembut Hati. Dengan harapan, hati yang keras juga dapat dilembutkan dengan mudah seperti mana Nabi Daud as melenturkan besi yang keras dengan sangat mudah.\n\nMaksudnya, \u201cYa Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi.\u201d\n\nMaksudnya, \u201cSekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.\u201d\n\nMaksudnya, \u201cAllah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada siapa saja yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.\u201d (Surah as-Syuraa, Ayat 19)\n\nHakikatnya, hanya Allah swt yang berkuasa memegang hati-hati manusia. Oleh itu, berdoalah dengan sepenuh keyakinan kepada Allah swt, bahawa Allah swt akan menjaga dan memelihara hati kita dari kekotoran dan kerosakan. Semoga hati kita lembut dan sentiasa bersih untuk menerima hidayah daripada Allah swt.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Doa Pelembut Hati yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Sekarang ini, drama 7 Hari Mencintaiku 2 tengah popular di kalangan rakyat Malaysia. Drama yang tengah trending kot. Buat peminat setia drama ini, pasti tahu Khuzairi sangatlah suka dengan kuih bakar pandan ini. Sebenarnya tak susah pun nak buat kuih bakar nih. Bolehlah para isteri buatkan untuk suami atau pun keluarga mertua. Bolehlah ambil hati mereka nanti dengan kuih bakar pandan ini. Jom tengok resepi yang dapat ribuan tanda suka di laman \u201cFacebook\u201d. Resepi Kuih Bakar Pandan dikongsikan oleh Nur Aisyah Nasa . Resepi ini sangat mudah difahami, diikuti dan yang paling ianya menggunakan sukatan cawan. Apa lagi, jom mencubanya.\n\nSelamat Mencuba. Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Masakan singgang cukup popular dalam kalangan orang negeri Terengganu. Walaupun jarang orang memasak singgang ikan, namun masakan ini menarik terutama jika anda pertama cuba. Maka tidak ada salahnya jika sekali-sekala anda cuba masak singgang.\n\nSelain daripada daging, rupanya ikan juga boleh dibuat singgang. Bila kehabisan idea untuk mencari variasi masakan ikan, boleh cuba masak ikan singgang mudah ini. Resepi singgang pedas ikan versi Terengganu ini mesti sesuai dengan selera anda.\n\nHanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapat dan sangat simple kerana hanya menggunakan air saja tidak perlu pakai santan. Makan dengan nasi putih, singgang pedas ikan ini akan memuaskan makan tengah hari anda tentunya.\n\nTidak sabar ingin resepinya? Mari lihat di bawah ini, resepi singgang ikan pedas versi Terengganu oleh Hanieliza Kamarudin\u200e yang dikongsikan di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi singgang ikan pedas, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Bila kelembutan kasih-sayang dirasai oleh sesaorang anak, hatinya penuh dengan kasih-sayang. EQnya berkembang. Ini menyebabkan anak itu boleh merasai perasaan orang lain terutamannya ibu bapa mereka. Mereka menjadi lebih prihatin.\n\nMaka bila tiba masa untuk memohon maaf, hati mereka memang sudah besar dan merah menyala untuk itu. Kasih-sayang yang mereka rasai terhadap ibu bapa mereka, akan menginsafkan mereka dan ini menyebabkan mereka menghulur tangan dengan penuh keikhlasan.\n\nItulah sebabnya, sebelum kita hendak mengajar anak memohon maaf dengan ikhlas, anak itu perlu merasai keikhlasan hati kita mendidik mereka.\n\nJangan banyak bersungut bila membuat kerja kerana anak dan untuk anak. Bila hendak memandikannya, lakukan dengan ceria walaupun anda sedang mengejar masa. Rasakan di dalam hati, \u2018This is your precious\u2019. Lalu suruh mandi atau mandikan dengan penuh rasa bersyukur.\n\nSekarang sudah menjelang hari raya, maka mulalah bercerita mengenai apa maksud hari raya itu. Apakah yang penting dilakukan semasa hari raya. Dua perkara yang sangat penting, mengukuhkan silaturrahim dan meraikan kemenangan mendidik hati semasa Ramadhan.\n\nKemudian terangkan bagaimana mengukuhkan silaturahim. Dengan memohon ampun maaf dan ziarah menziarahi\n\nKemudian terangkanlah bagaimana untuk memohon maaf dengan ikhlas, supaya betul-betul kosong-kosong.\n\nJika sesuai, biar anak-anak melihat bagaimana anda suami-isteri bermaaf-maafan. Bila mereka melihat contoh yang baik, maka mudah untuk mereka melakukan yang betul.\n\nJangan kaitkan duit raya dengan memohon maaf dengan penuh keikhlasan. Bagilah duit raya itu pada masa yang lain. Mungkin malam sebelum raya atau pada masa lain yang sesuai.\n\nKerana kita tidak mahu anak-anak kecil terfaham bahawa bila minta maaf akan dapat duit. Kita tidak mahu anak-anak kita terfaham begitu. Memohon maaf biarlah seikhlas yang dia boleh lakukan.\n\nMengata anak tidak ikhlas meminta-maaf. Jika nampak anak acuh tak acuh meminta maaf. Ini petanda dia malu , rasa janggal dan dia belum berani lagi meluahkan hatinya.\n\nMungkin kerana tidak biasa, atau anda sendiri tidak mewujudkan rasa selamat untuk dia meminta maaf atau hanya kerana dia belum matang lagi untuk memahami semua ini. Maka bersabarlah mendidik dan membina rasa selamat di dalam dirinya itu.\n\nJika anak masih tersangat kecil, maka memadai untuk anak kecil itu mengikut-ngikut sahaja.\n\nPerlukah Kita Meminta Maaf Pada Anak?\n\nBila anak sudah meminta maaf dan anda memberi maaf kepada anak, secara ikhlas mohonlah juga maaf dari anak. Anak itu juga manusia yang kita berinteraksi, \u2018Hablumminannas\u2019, maka elok juga untuk kita memohon maaf dengan baik darinya.\n\n\u201d Mama maafkan kakak. Kakak anak yang baik. Kakak selalu tolong mama. Kadang-kadang kakak ada tersilap, degil cakap mama, lawan mama.\n\nMama maafkan semua itu sebab mama tahu anak mama baik dan mama tahu kakak tersilap dan boleh jadi lebih baik.\n\nMama juga mohon maaf dari kakak sebab ada kalanya mama termarah lebih dan tak usul periksa. Mama manusia dan juga bat silap.\n\nTapi mama sayang sangat kakak dan mama terus berusaha menjadi mama yang baik untuk anak-anak mama. Kita sama-sama maaf-memaafi ya..sayang anak mama ni.\u201d\n\nBila anak hendak pergi dan bangun dari tempat itu, ucapkan terima kasih kerana dia meminta maaf dengan ikhlas dan baik. Ini akan memberi keyakinan kepada anak itu untuk berakhlak mulia seperti itu.\n\nIni adalah maklum balas yang diberi untuk anak berasa selamat untuk berbuat baik. Ketahuilah, ramai anak-anak confuse bagaimana untuk berkelakuan baik kerana bila mereka melakukan kebaikan, tidak ada maklum balas.\n\nSemoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ibu bapa yang lain"
"Smoothie atau adunan kuih adakalanya memerlukan kita menggunakan blender berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Tanpa menggunakan blender yang berkualiti tinggi, hasil kisaran bahan-bahan pasti tidak seperti yang kita harapkan. \n\nTekstur hasil kisaran perlu kasar atau lembut mengikut jenis makanan yang ingin kita sediakan. Selain itu, kualiti tahap blender juga dinilai melalui tahap gangguan bunyi mesinnya. Nak tahu blender apa yang terbaik dan berkualiti pilihan ramai? Jom kami senaraikan 13 blender terbaik yang diperlukan di rumah anda.\n\nBlack Decker Perfect Fusion 1.5L L600V\n\nBlender keluaran Black Decker ini bukan sahaja berfungsi dengan baik, malah ia juga mempunyai pelbagai fungsi tambahan. Blender ini juga mempunyai 5 kelajuan yang boleh dilaraskan mengikut kegunaan anda. Jadi, ia sangat mudah kerana bahan-bahan yang dikisar menjadi lebih bagus mengikut cita rasa anda tersendiri.\u00a0\n\nWalau bagaimanapun, blender ini memerlukan adapter untuk menggunakannya di rumah kerana ia tidak menggunakan power plug yang sama seperti kita. Oleh itu, sekiranya memilih blender, jangan lupa untuk membeli adapternya juga ya!\n\nCuisinart SmartPower Duet Blender / Food Processor\n\nBlender Cuisinart yang sangat popular ini mempunyai balang kaca yang mempunyai kelebihan untuk tidak mengubah warna atau menyerap bau makanan seperti balang plastik yang lain. Dengan kuasa 500 watt, blender ini bukanlah berkuasa tinggi tetapi ia akan menawarkan tujuh pilihan pengadunan dan pemprosesan yang sangat mudah digunakan. Oleh itu, ramai pelanggan memilih blender ini kerana ia dapat memproses makanan dikisar dengan sempurna.\n\nVitamix A3500 Ascent Series Smart Blender\n\nBlender berjenama Vitamix ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana dikatakan blender terbaik dalam mengisar biji kopi, mengadun susu kocak dan smoothie. Ia mempunyai balang 64 auns yang sangat besar. Walaupun blender ini berkuasa tinggi tetapi ia juga tidak mengeluarkan bunyi yang sangat bising.\u00a0\n\nUntuk pengetahuan anda, blender terbaik kawalan skrin sentuh ini sangat mudah digunakan. Ia boleh disambungkan ke aplikasi telefon anda secara wayarles untuk membantu kerja anda menjadi lebih mudah. Bagi anda yang mencari blender terbaik dan moden, kami syorkan Vitamix A3500 Ascent Series Smart Blender.\n\nBlender Instant Pot Ace 60 Cooking\n\nJangan terkejut jika terdapat blender mampu memproses makanan seperti sup. Sekiranya anda tidak percaya, jom lihat blender serbaguna ataupun pengisar yang dikenali sebagai Instant Pot Ace 60 Cooking Blender ini. Ia bukan sahaja mampu menghancurkan buah-buahan untuk dijadikan smoothie, tetapi ia juga mampu memanaskan makanan di dalam balang pengisarnya hingga mencapai suhu sehingga 200\u00b0F.\n\nJadi, boleh dikatakan bahawa pengisar ini sangat ideal untuk memproses makanan seperti sup buatan sendiri, susu soya dan pelbagai jenis menu lain. Blender terbaik ini juga turut boleh diprogramkan untuk membuat ais krim, susu kacang dan banyak lagi. Namun, jenama ini tidak sesuai untuk mengisar sesuatu yang besar dan keras.\n\nBlender Breville 3X Bluicer Pro ini merupakan blender terbaik untuk mengadun atau membuat jus. Blender terbaik pilihan ramai ini disukai oleh kebanyakan pengguna. Fungsinya sangat bagus mengisar epal, lobak merah dan pelbagai jenis buah-buahan tanpa meninggalkan sebarang pulpa dan menjadikannya jus yang sangat sedap. Khas untuk anda yang sukakan soothie, blender ini harus anda miliki!\n\nBlender KitchenAid K400 Countertop ini mampu mengisar pelbagai jenis bahan yang sukar dikisar oleh blender lain. Pengaturan yang diberikan oleh blender ini sangat mudah digunakan. Bagi anda yang suka ais blend, blender ini mampu mengisar bongkah ais dengan senang.\n\nSelain itu, ia mudah dicuci. Reka bentuknya pula kelihatan sangat cantik. Harganya lebih murah berbanding dengan blender berkuasa tinggi yang lain. Lebih menyeronokkan lagi, ia didatangkan dengan pelbagai jenis warna yang menarik.\n\nCuisinart Hurricane Compact Juicing merupakan blender terbaik dalam mengisar jus dan ia mudah digunakan. Sangat mudah dipegang serta mempunyai balang dan cawan pengisar adalah kemudahannya. Blender terbaik ini yang tidak memerlukan ruang yang besar adalah blender Cuisinart Hurricane Compact Juicing.\n\nBlender Oster My Blend adalah pilihan ramai pengguna untuk membuat protein shake semasa dalam perjalanan atau percutian. Caranya hanya cukup mengisi balang dengan bahan-bahan dan kemudiannya kisar sehingga sebati. Apabila sudah siap, tukarkan bilah blender tersebut dengan penutup botol.\n\nJadi, ia sangat senang digunakan! Namun apa yang mengecewakan adalah blender ini sangat terhad penggunaannya. Ia hanya mampu mengisar bahan lembut seperti smoothie, protein shake dan juga jus tetapi tidak mampu untuk mengisar bahan-bahan yang bertekstur keras.\n\nDengan ketepatan dan kawalan yang berkualiti tinggi, blender terbaik ini mampu mengisar pelbagai jenis bahan seperti mentega, kacang dan banyak lagi. Motor ultranya berkuasa tinggi mempunyai 10 tetapan kelajuan yang berubah-ubah. Kawalan pada blender ini adalah intuitif dan bebas daripada pencemaran bunyi.\n\nBlender pilihan ramai ini sangat sesuai untuk anda yang ingin mengisar pelbagai jenis bahan-bahan yang kasar. Namun harganya juga agak mahal, maklumlah barang berkualiti dan tahan lama.\n\nSamu Giken Multifunction Blender Set 7 Dalam 1 SG-MFB1400B\n\nKini, terdapat banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan blender yang banyak kegunaan pada harga yang sangat berpatutan. Dengan blender Samu Giken ini, anda boleh mengisar bahan yang anda inginkan mengikut keperluan tanpa perlu menggunakan jenis blender yang berbeza-beza. Di samping itu, blender ini juga turut mempunyai kuasa 400W dan sangat sesuai dengan kegunaan harian.\u00a0\n\nNamun, blender ini tidak sesuai digunakan untuk mengisar ketulan ais kerana akan menyebabkan kerosakan pada bilahnya. Harganya juga tidaklah mahal dan sesuai dijadikan hadiah kenang-kenangan untuk yang tersayang.\n\nButterfly B-592 Commercial Heavy Duty Blender\n\nSekiranya anda mencari blender bagi kegunaan heavy duty, inilah blender terbaik yang sesuai untuk anda. Blender ini boleh mengisar ketulan ais dengan baik serta mempunyai 6 bilah yang tidak akan berkarat. Malah, bahagian bawahnya juga mempunyai anti slip yang dapat menahan daripada bergerak ketika mengisar.\u00a0\n\nBunyinya juga tidak mengganggu jika dibandingkan dengan pengisar biasa lain. Jika anda mempunyai perniagaan di gerai, blender Butterfly B-592 berkualiti ini sesuai untuk anda.\n\nPhilips Avance Collection 1400W 2.0L Blender HR3652\n\nDengan kuasa 1,400W, pengisar ini mempunyai kebolehan untuk mengisar bahan-bahan dengan baik dan cepat. Menakjubkan, motornya boleh berputar sebanyak 35,000 pusingan bagi setiap minit. Tapaknya juga sangat kukuh dan kekal semasa digunakan. \n\nDi samping itu, dengan reka bentuk yang menawan dan canggih, anda pasti inginkan blender ini berada di dapur rumah anda. Kapasitinya cukup besar dan tahan lasak.\n\nTefal Perfect Mix+ 1200W 2.0L Blender BL811D\n\nProduk keluaran Tefal sememangnya berkualiti tinggi dan tahan lama, begitu juga dengan blender terbaik keluaran mereka ini yang mempunyai sistem penyejukan. Ia dapat mengelakkan pengisar motor menjadi terlalu panas. \n\nPutaran pengisar blender ini dikatakan mampu berputar pada tahap maksimum dengan 28,000 putaran setiap minit. Selain itu, ia juga mempunyai 6 bilah anti-karat serta didatangkan dengan kelajuan berbeza bagi memudahkan penggunaan harian anda.\n\nBlender Tefal Perfect Mix+ 1200W ini sesuai untuk anda yang inginkan blender yang canggih dan tahan lama. Dari segi harga, ia cukup berbaloi dengan kualitinya yang sangat menakjubkan.\n\nBerikut adalah 13 blender terbaik berkualiti pilihan ramai. Jom lihat juga Vacuum terbaik, Vacuum Robot terbaik dan Penutup muka Kn95. \n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Hai.. Ada yang suka makan bihun goreng singapore tak? Sedap kan rasanya? Bihun goreng singapore ini berbeza dengan kebiasaan bihun goreng dari segi warna dan bahan-bahannya. Warna bihun goreng singapore ini warna putih kekelabuan disebabkan lada manakala bihun goreng biasa warna merah cili atau hitam kicap.\n\nCara penyedian bihun singapore lebih mudah kerana tidak perlu tunggu cili pecah minyak dan sebagainya. Sangatlah sesuai untuk insan yang bekerjaya yang masih ingin merasa air tangan sendiri. Resepi yang dikongsikan oleh Siti Noraliyah Watman ini lebih mudah dari resepi asal. Nak cepat dan senang lah katakan.\n\n1) 5 ulas bawang putih dicincang halus2) 5 biji cili padi diketuk3) 1 sudu makan black peper readymate4) 1/2 biji lobak dihiris halus5) 2 biji telur6) 1 peket bihun yang sudah direndam\n\n1) Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan cili padi. Masukkan black peper readymate dan tumis sampai naik bau.\n\n2) Kemudian masukkan lobak merah. Biarkan sekejap sehingga lobak lembut sedikit.\n\n3) Pecahkan telur, dan kacau sehingga hancur. Masukkan sedikit garam dan perasa secukupnya.\n\n4) Masukkan bihun, gaul rata dan tuangkan sedikit air supaya bihun lembut sedikit.\n\n5) Akhir sekali masukkan udang, gaulkan sehingga bihun masak. Untuk hiasan tu, boleh la letak bawang goreng or daun sup ke. Baru naik seri. \n\nOkay, dah siap. Sedia untuk dihidang. Nampak tak? Mudahkan resepi yang dikongsikan ini. Hanya dengan ikuti lima langkah ini dah boleh makan sedap. Kalau nak bawa sebagai bekal pun sempat tau.\n\nJangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain ya. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami."
"Jom ketahui kelebihan Nuzul al-Quran dengan membaca artikel ini. Nuzul merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud penurunan, manakala al-Quran dari segi bahasa bermakna sesuatu yang dibaca, sesuai dengan kitab al-Quran yang kekal dibaca dan diulang sehingga ke hari ini. Justeru itu, makna Nuzul al-Quran adalah penurunan al-Quran.\n\nDi Malaysia serta Muslim di kebanyakan negara menyambut Hari Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan setiap tahun. Sebenarnya, penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini hanyalah simbolik kepada penurunan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian serta kemuliaan al-Quran.\n\nSecara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Muhammad saw.\n\nMenjadi tanda tanya kepada kebanyakan kita apakah benar peristiwa Nurzul al-Quran sebenarnya terjadi pada 17 Ramadan? Berdasarkan firman Allah swt,\n\nMaksudnya, \u201cSesungguhnya kami menurunkannya (Al-Qur\u2019an) pada lailatul Qadar (malam kemuliaan).\u201d\u00a0(Surah al-Qadr, Ayat 1)\n\nSedangkan, Lailatul Qadar itu berlaku pada malam ganjil pada 10 malam terakhir Bulan Ramadan menurut hadis Nabi saw,\n\n\u062a\u064e\u062d\u064e\u0631\u0651\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0648\u064e\u0627\u062e\u0650\u0631\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\n\nMaksudnya, \u201cCarilah\u00a0lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.\u201d (HR Bukhari)\n\nOleh sebab itu, untuk menjawab pertanyaan ini, kita perlu tahu bahawa proses penurunan al-Quran itu melalui 2 peringkat, iaitu:\n\nPertama: Al-Qur\u2019an Diturunkan Secara Sekaligus Ke Baitul Izzah (Langit Dunia) Dari Lauh Mahfuz\n\nAl-Quran ditulis di Lauh Mahfuz (lembaran-lembaran yang terpelihara), sebagaimana firman Allah swt,\n\n\u0628\u064e\u0644\u0652 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u064c \u0645\u0651\u064e\u062c\u0650\u064a\u062f. \u0641\u0650\u0649 \u0644\u064e\u0648\u0652\u062d\u064d \u0645\u0651\u064e\u062d\u0652\u0641\u064f\u0648\u0638\u064d\u06ed\n\nMaksudnya, \u201cBahkan ia adalah al-Quran yang mulia. (Lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Lauh Mahfuz\u201d. (Surah al-Buruj, Ayat 21-22)\n\nKemudian dari Lauh Mahfuz, al-Quran diturunkan secara sekali gus ke Baitul Izzah (rumah kemuliaan) yang berada di langit pertama pada bulan Ramadan, sebagai mana firman Allah swt,\n\n\u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064f \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0623\u064f\u0646\u0652\u0632\u0650\u0644\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u064f\n\nMaksudnya, \u201cBulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur\u2019an.\u201d\u00a0(Surah al-Baqarah, Ayat 185)\n\nMaksudnya, \u201cSesungguhnya kami menurunkannya (Al-Qur\u2019an) pada malam kemuliaan.\u201d\u00a0(Surah al-Qadr, Ayat 1)\n\nMaksudnya, \u201cSesungguhnya kami menurunkannya (Al-Qur\u2019an) pada malam yang diberkahi.\u201d\u00a0(Surah ad-dukhon, Ayat 3)\n\nDalam 3 ayat di atas, semua menjelaskan tentang turunnya Al-Quran pertama kali, iaitu pada bulan Ramadan dan tepatnya pada Lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan. Dan pada surat ad-Dukhon yang dimaksud malam\u00a0mubarok\u00a0ialah malam lailatul qadar pada bulan Ramadhan sebagaimana yang dikatakan oleh kebanyakan ulama tafsir. (lihat\u00a0Tafsir Al-Alusi)\n\nDalam kitab\u00a0Al-Burhan Fi \u2018Ulumil-Qur\u2019an\u00a0karangan Syeikh Badruddin Az-Zarkasyi (W. 794 H), beliau mengatakan bahawa dalam hal ini para ulama berbeza pendapat dan yang paling kuat dan benar ialah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama ialah:\n\nBahawa al-Quran diturunkan sekaligus ke langit dunia (Baitul Izzah)\u00a0pada Lailatul Qadar kemudian diturunkan dengan cara beransur-ansur sepanjang tempoh kehidupan Nabi saw setelah beliau diangkat menjadi Nabi di Mekah dan Madinah sampai wafat beliau.\n\nKebanyakan ulama mengatakan bahawa pendapat inilah yang paling mendekati kebenaran, berdasarkan suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Hakim dengan sanad yang sahih, dari Ibnu Abbas\u00a0ra, beliau mengatakan bahawa al-Quran itu turun sekaligus ke langit dunia pada Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan beransur-ansur selama 23 tahun. Seperti mana firman Allah swt,\n\n\u0648\u064e\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u0627\u064b \u0641\u064e\u0631\u064e\u0642\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u0644\u0650\u062a\u064e\u0642\u0652\u0631\u064e\u0623\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u0643\u0652\u062b\u064d \u0648\u064e\u0646\u064e\u0632\u064e\u0651\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u062a\u064e\u0646\u0632\u0650\u064a\u0644\u0627\u064b\n\nMaksudnya, \u201cDan al-Quran itu telah kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan kami menurunkannya bahagian demi bahagian.\u201d\u00a0(Surah al-Isra, Ayat 106)\n\nImam An-Nasa\u2019i juga meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas\u00a0ra, beliau berkata:\u00a0\u201c..dan al-Quran diletakkan di Baitul Izzah dari langit dunia kemudian Jibril turun dengan membawanya kepada Muhammad saw.\u201d\n\nKedua: Al-Qur\u2019an Diturunkan Secara Beransur-ansur kepada Nabi SAW\n\nSetelah diturunkan secara lengkap (keseluruhan) dari Lauh Mahfudz ke langit dunia (Baitul Izzah), al-Quran turun secara beransur-ansur selama 23 tahun (ini menurut pendapat yang kuat), iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Dan turunnya al-Quran secara beransur-ansur telah dijelaskan dalam firman Allah swt,\n\n\u0648\u064e\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u0627\u064b \u0641\u064e\u0631\u064e\u0642\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u0644\u0650\u062a\u064e\u0642\u0652\u0631\u064e\u0623\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u0643\u0652\u062b\u064d \u0648\u064e\u0646\u064e\u0632\u064e\u0651\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u062a\u064e\u0646\u0632\u0650\u064a\u0644\u0627\u064b\n\nMaksudnya, \u201cDan Al Quran itu telah kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan kami menurunkannya bagian demi bagian.\u201d\u00a0(Surah al-Isra, Ayat 106)\n\nDan inilah salah satu keistimewaan al-Quran, bahawa kitab suci umat Nabi Muhammad ini turun secara beransuran setelah sebelumnya diturunkan secara lengkap/sekaligus. Hal ini berbeza dengan kitab-kitab samawi yang lain iaitu Kitab Zabur, Kitab Taurat dan Kitab Injil yang diturunkan secara sekaligus tanpa ada ansur-ansur. Allah swt berfirman,\n\n\u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0644\u064e\u0648\u0652\u0644\u0627 \u0646\u064f\u0632\u0650\u0651\u0644\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u064f \u062c\u064f\u0645\u0652\u0644\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u064e\u0629\u064b \u0643\u064e\u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0644\u0650\u0646\u064f\u062b\u064e\u0628\u0650\u0651\u062a\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0641\u064f\u0624\u064e\u0627\u062f\u064e\u0643\u064e \u0648\u064e\u0631\u064e\u062a\u064e\u0651\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u062a\u064e\u0631\u0652\u062a\u0650\u064a\u0644 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u064f\u0648\u0646\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0645\u064e\u062b\u064e\u0644\u064d \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u062c\u0650\u0626\u0652\u0646\u064e\u0627\u0643\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u0650\u0651 \u0648\u064e\u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064e \u062a\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627\n\nMaksudnya, \u201cBerkatalah orang-orang yang kafir: \u201cMengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?\u201d; demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar). \n\nTidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya.\u00a0(Surah al-Furqan, Ayat 32-33)\n\nDan wahyu pertama yang turun menurut kebanyakan ulama ialah Surah al-Alaq, ayat 1-5 (dan ini adalah pendapat yang kuat), atau biasa kita sebut dengan Ayat Iqra\u2019. Ini berdasarkan riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab Sahih dari \u2018Aisyah\u00a0ra.\n\nBilakah Wahyu Pertama (Ayat Iqra\u2019) Diturunkan?\n\nPara ulama dan ahli sejarah berbeza pendapat tentang bilakah tarikh yang tepat turunnya wahyu pertama kepada Nabi saw sewaktu Baginda beruzlah di Gua Hira\u2019. Ada yang mengatakan bulan Rabiul Awal, ada juga yang mengatakan bulan Ramadan, dan ada juga yang mengatakan bulan Rejab.\n\nNamun pendapat yang kuat ialah bulan Ramadan sesuai firman Allah swt yang bermaksud:\u00a0\u201cBulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur\u2019an.\u201d\u00a0(Surah al-Baqarah, Ayat 185).\n\nDan kebanyakan ulama juga sepakat bahawa Surah al-Alaq, ayat 1-5 adalah wahyu yang pertama turun, juga sebagai tanda kenabian Muhammad saw.\n\nPeristiwa ini terjadi pada hari Isnin, sesuai dengan hadis. Dari sahabat Abu Qotadah\u00a0ra,\u00a0bahawa Nabi saw pernah ditanya tentang puasa hari Isnin, kemudian beliau menjawab:\u00a0\u201cItu adalah hari di mana aku dilahirkan dan diturunkan wahyu kepadaku.\u201d (HR Muslim)\n\nKemudian ulama juga berbeza pendapat tentang tarikh sebenar penurunan wahyu pertama ini. Ada yang mengatakan malam 7 Ramadan, ada juga yang mengatakan malam 17 Ramadan, ada juga yang mengatakan pada malam 21 Ramadan, dan ada juga yang mengatakan pada malam ke-24.\n\nSheikh Shofiyur-Rohman Al-Mubarokfuri mengatakan dalam kitab Sirah Nabawi karangannya\u00a0Rahiqul-Makhtum:\u00a0\u201cSetelah melakukan penelitian yang cukup dalam, mungkin dapat disimpulkan bahawa hari itu ialah hari Isnin tanggal malam ke-21 bulan Ramadan.\n\nIaitu pada tarikh 10 Ogos 660M, dan ketika itu umur Rasulullah saw tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari. Hari Isnin pada bulan Ramadan tahun itu ialah antara 7, 14, 21, dan 28, dan dari beberapa riwayat yang sahih bahawa malam Lailatul Qadar itu tidak terjadi kecuali pada malam-malam ganjil dari sepuluh akhir bulan Ramadan.\n\nJika kita bandingkan firman Allah dalam surah Al-Qadr ayat 1, dengan hadis Abu Qotadah yang menjelaskan bahawa wahyu diturunkan hari Isnin di atas, dan dengan hitungan hari Isnin pada bulan Ramadan tahun tersebut, maka dapat disimpulkan bahawa wahyu pertama turun kepada Rasul saw itu tanggal 21 Ramadan malam\u201d.\n\nKenapa 17 Ramadan Disimbolikkan kepada Hari Nuzul al-Quran?\n\n17 Ramadan dianggap sebagai hari Nuzul al-Quran, berkemungkinan berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Imam Ibnu Katsir (W. 774 H) dalam kitabnya\u00a0Al-Bidayah wan-Nihayah.\u00a0\n\nAl-Waqidi meriwayatkan dari Abu Ja\u2019far Al-Baqir yang mengatakan bahawa \u201cWahyu pertama kali turun pada Rasul saw adalah pada hari Isnin 17 Ramadhan dan dikatakan juga 24 Ramadan.\u201d\u00a0Wallahu a\u2019lam.\n\nWalaupun para ulama berbeza pendapat bilakah tarikh sebenar al-Quran diturunkan, namun kita sebagai hamba Allah swt harus berpegang bahawa al-Quran itu diturunkan pada Lailatul Qadar, selari dengan firman Allah swt dalam ayat 1, surah al-Qadr.\n\nDan kita juga harus tahu bahawa al-Quran itu diturunkan secara 2 peringkat. Peringkat pertama, al-Quran diturunkan secara sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah. Manakala pada peringkat kedua pula, al-Quran turun secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad saw selama 23 tahun (13 ahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah) melalui perantaraan Malaikat Jibril.\n\nYang paling penting bagi kita selaku hamba Allah swt adalah kita terus-menerus dan berusaha untuk istiqamah membaca al-Quran serta beramal dengan hukum-hakam yang Allah perintahkan dalam al-Quran.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan kelebihan Nuzul Al-Quran yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Roti adalah makanan tidak asing lagi pada waktu sarapan pagi. Ia juga sering dimakan untuk penurunan berat badan. Karbohidrat yang terdapat di dalam kandungan roti juga amat bagus untuk tubuh badan dan menjadi sebahagian daripada kumpulan dalam piramid makanan yang sihat.\n\nJika pengambilannya secara berlebihan, ia boleh meningkatkan kalori dalam badan. Sekeping roti juga dapat menambahkan karbohidrat dan kalori dengan cepat di dalam badan jika tidak berhati-hati. Baiklah, jom kita lihat kalori roti.\n\nBagi anda yang ingin mengamalkan diet dengan roti, anda haruslah memilih roti yang skala Indeks Glisemiknya (GI) adalah sangat rendah. Jadi, semakin tinggi nilai indeks glasemik, semakin banyaklah tahap gula yang terkandung. Roti yang sememangnya sesuai untuk diet adalah skala GI 46, yang sememangnya kaya dengan serat dan sumber vitamin.\n\nJom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak."
"Tanggungjawab seorang ayah amat besar dan perlu dilaksanakan untuk membimbing keluarga. Bukan calang-calang orang yang boleh menjadi ayah dan ketua keluarga. Oleh sebab itu, sebelum mendirikan keluarga, seseorang lelaki itu perlu tahu pengetahuan asas dan agama yang teguh sebelum mendirikan sebuah keluarga.\n\nDi mata anak-anak, ayah adalah hero mereka yang sentiasa ada semasa mereka susah dan memerlukan bantuan. Ayah yang selalu menjadi idaman anak-anak adalah ayah yang sekuat hero seperti \u2018Superman\u2019. Gelaran \u2018Superman\u2019 yang diberikan kepada seorang ayah adalah salah satu pujian yang diidam oleh semua ayah di seluruh dunia.\n\nApakah ciri-ciri seorang ayah \u2018Superman\u2019 yang menjadi idaman anak-anak dan isteri?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai ciri-ciri ayah \u2018Superman\u2019 di mata keluarga dan anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.\n\nCiri-ciri ayah \u2018Superman\u2019 di mata keluarga dan anak-anak\n\nTerdapat 2 ciri ayah \u2018Superman\u2019 yang ayah-ayah lain boleh contohi. Ciri-ciri seorang ayah \u2018Superman\u2019 adalah ayah yang ada AUTHORITY :\n\nAyah yang dihormati dan disegai anak juga adalah ayah yang ada CREDIBILITY :\n\n*Ayah yang baik adalah ayah yang ada masa untuk anak-anak dan mengajar mereka tentang ilmu dunia dan agama dengan betul. Oleh itu, sebagai seorang ayah, kita perlu bijak membahagikan masa antara kerja, keluarga dan kawan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini."
"Banyak pilihan hadiah untuk anak lelaki yang bermanfaat dan pasti meninggalkan memori manis buat si cilik. Pasti ada yang buntu dalam memilih hadiah yang sesuai dan menarik untuk diberikan sewaktu hari jadi atau sekadar membuatkan mereka gembira.\n\nJangan risau, kami telah sediakan 30 idea hadiah untuk anak lelaki yang boleh anda pilih mengikut minat mereka, umur dan paling penting bersesuaian dengan bajet anda. Pautan pembelian di Shopee turut disediakan agar urusan anda lebih cepat. Jom tengok 30 senarai tersebut!\n\nKebanyakan kanak-kanak lelaki sehingga dewasa memang suka bermain Lego. Jika anda memberikan set Lego pasti mereka akan suka. Antara kelebihan bermain Lego adalah dapat melatih kemahiran berfikir, mengenal pelbagai bentuk, bilangan atau warna serta mengembangkan kreativiti membina Lego.\n\nDalam set Lego Classic, terdapat 1504 kepingan Lego dengan model yang menarik dan turut diberi panduan untuk membinanya. Seawal umur 4 tahun, anak-anak boleh membina model katak, kapal lanun, istana, gajah dan lain-lain.\n\nKereta elektrik mini ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 8 tahun. Jika anak anda berumur lima tahun dan ke atas, mereka boleh memandunya sendiri. Dilengkapi dengan ciri keselamatan, ibu bapa tidak perlu risau namun masih perlu berwaspada dengan situasi anak.\n\nNak kawal guna remote pun boleh. Hanya ambil 6 hingga 8 jam untuk cas ia boleh bertahan sehingga 2 jam. Terdapat tiga kelajuan dan setiap permulaan enjin akan bergerak perlahan. Sesuai untuk dua orang kanak-kanak dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan.\n\nJika anda mencari hadiah untuk anak lelaki yang aktif dan lasak, apa kata anda berikan skuter mini. Pada waktu lapang, boleh bersiar-siar di kawasan rumah atau taman. Bermain skuter mini bagus untuk perkembangan koordinasi dan kesihatan si cilik.\n\nSkuter ini mempunyai 3 roda dengan dilengkapi dengan lampu LED pasti dapat menarik perhatian anak-anak untuk bermain. Pemegang berbentuk T dan kunci keselamatan boleh dilaraskan mengikut ketinggian. Mudah di bawa kemana-mana sahaja kerana mudah dilipat.\n\nSesuai untuk pembelajaran awal kanak-kanak, mereka dapat mengenal pelbagai jenis dan bentuk jentera awam yang berada di dunia. Pelbagai set jentera yang boleh dijadikan hadiah seperti set jentera bomba, askar, polis, kapal selam dan lain-lain.\n\nBanyak blok sesuai untuk kanak-kanak terutama yang berumur 6 tahun ke bawah. Pilih set mengikut bajet dan minat anak-anak anda.\n\nPembelajaran alaf baru, buku elektronik sudah pasti dapat menarik minat dan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak kerana mempunyai ilustrasi dan pelbagai bunyi menarik. Buku digital mampu mengelakkan ketagihan kanak-kanak terhadap gajet.\n\nBuku digital keluaran MommyHana antara yang sesuai dalam pembelajaran awal si kecil. Terdapat dua siri iaitu My First Book yang sesuai untuk kanak-kanak dari 6 bulan hingga 6 tahun dan My Islamik Book yang sesuai untuk 4 tahun hingga 12 tahun.\n\nKandungan setiap buku memang bermanfaat kerana mengandungi ilmu dunia dan ilmu agama. Setiap pembelian buku akan mendapat dummy pen, marker pen, bateri dan satu hadiah tambahan yang boleh dipilih.\n\nAlat tulis merupakan hadiah untuk anak lelaki yang bermanfaat. Hadiah ini dapat dapat memupuk minat si cilik untuk melukis, menulis dan belajar. Pelbagai corak yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki seperti spiderman dan Disney cars.\n\nPakej ini termasuk kotak pensil, warna magik, krayon, pensil warna, pengasah, pemadam, pembaris dan buku mewarna. Alat tulis ini membantu melatih kreativiti, kemahiran berfikir, memupuk minat dan lain-lain.\n\nMeja belajar juga mampu menarik minat anak-anak untuk belajar lebih-lebih lagi yang bersifat digital dan mempunyai reka bentuk yang menarik.\n\nUniknya meja ini kerana mempunyai LED dengan 24 pilihan gambar yang terkandung dalam 3 kanta. Setiap kanta perlu dimasukkan ke dalam projektor dan paparan dengan pelbagai objek akan muncul pada meja.\n\nKanak-kanak bukan sahaja dapat belajar mengenal objek, malah mereka boleh melukis mengikut bentuk paparan di atas meja. Setiap pembelian akan mendapat meja LED, 3 kanta, 1 pemadam meja, buku melukis dan mewarna serta 12 batang warna magik.\n\nTurut dikenali sebagai kereta control, memberi kereta ini kepada anak-anak mampu mengimbau kembali permainan suatu ketika dahulu. Permainan ini secara tidak langsung dapat mengembangkan fikiran kognitif, menerokai ilmu fizik dan meningkatkan perasaan ingin tahu terhadap mereka.\n\nDengan reka bentuk yang menarik, kereta ini mampu berputar 360 darjah. Sesuai untuk bermain atau perlumbaan dengan rakan yang lain. Kawalan jauh menggunakan remote sehingga 50 meter. Sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas.\n\nKolam renang mini dengan 3 saiz berbeza pasti dapat memenuhi keperluan anak-anak untuk mandi kolam dengan riang. Keselamatan anak-anak lebih terjamin dan lebih puas mandi di kolam di rumah. Anak-anak juga boleh bebas mandi kolam tanpa had waktu.\n\nAnda boleh pilih kolam yang mempunyai corak. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas, kanak-kanak boleh mandi, berenang dan bermain. Material kolam adalah mesra alam, mudah disimpan dan dibawa kemana-mana.\n\nSesuai untuk kanak-kanak 7 tahun dan ke atas, bermain puzzle dapat melatih kesabaran, meransang otak dan kemahiran berfikir kanak-kanak. Bukan itu sahaja, ianya bagus untuk daya menyelesaikan masalah.\n\nGambaran puzzle menarik, jelas dan terdapat pelbagai tema yang anda boleh pilih bersesuaian dengan minat kanak-kanak. Terdapat 1000 kepingan puzzle kecil yang boleh anda selesaikan bersama mereka.\n\nJika ingin berikan hadiah untuk bayi dan kanak-kanak lelaki hingga 4 tahun, kasut adalah antara cadangan yang bermanfaat buat mereka. Berikan kasut yang berjenama agar lebih selesa dan tahan lama.\n\nKasut keluaran Puma seperti Puma Baby Smash V2 Animals adalah antara kasut yang mempunyai corak yang comel dan sesuai untuk kanak-kanak lelaki. Sockliner dalam kasut lembut dan akan membuatkan si kecil selesa memakainya.\n\nJika anak anda meminati animasi, wajarlah memberikan mereka komik sebagai hadiah. Membaca komik dapat menambah imaginasi, memberi nilai pengajaran, menambah kosa kata dan sebagainya.\n\nMungkin anda boleh berikan mereka koleksi komik Ejen Ali yang mempunyai 23 siri atau misi. Animasi dari Malaysia ini memang sangat terkenal di layar tv. Anak anda mungkin salah satu peminatnya pasti gembira jika menerima hadiah ini.\n\nHadiahkan si kecil sepasang baju pasti mereka suka lebih-lebih lagi dari anda. Sesekali belikan mereka baju berjenama pasti dapat menambat hati mereka.\n\nBrand Anakku tidak asing lagi dalam pengeluaran barang-barang untuk kanak-kanak termasuk pakaian.\u00a0 Set baju di atas sesuai untuk kanak-kanak lelaki berusia 3 hingga 24 bulan. Pakaian kasual ini sesuai ke mana-mana tempat dan selesa dipakai kerana diperbuat dari cotton.\n\nSekiranya anak anda baru memasuki alam persekolahan, hadiahkan mereka globe yang bersaiz 32cm pasti membuatkan mereka teruja untuk mengenal dan mempelajari tentang negara di dunia.\n\nGlobe bersaiz besar ini boleh diputar sehingga 360 darjah sesuai untuk kanak-kanak bermula 7 tahun dan ke atas. Globe juga membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti kedudukan semua negara di dunia.\n\nWalaupun kelihatan sebuah hadiah yang simple, siapa tahu pemberian ini menjadi yang bermakna dan membuat kanak-kanak sering minum dan bagus untuk mereka kekal hidrasi. Botol air ini mempunyai straw, penutup dan tempat pemegang yang kukuh.\n\nBotol air di atas mempunyai 14 corak berbezak dan corak yang sesuai dengan kanak-kanak lelaki adalah Thomas, Tsum Tsum, Avengers dan Spiderman. Boleh memuatkan 500ml, botol ini sangat berkualiti dan senang untuk di basuh.\n\nHadiahkan snapback cap kepada kanak-kanak lelaki agar mereka nampak lebih bergaya di samping melindungi wajah dari panas yang terik. Dengan snapback bolehlah mereka memakainya sewaktu keluar bercuti, membeli barang atau sewaktu bersukan di taska.\n\nSnapback jenama OEM ini sesuai untuk semua lapisan kanak-kanak. Terdapat dua pilihan warna dengan logo Superman. Kualiti sememangnya bagus dan berkualiti.\n\nTrampoline sesuai dijadikan hadiah buat anak yang aktif, suka melompat atau memanjat. Banyak kebaikan melompat atas trampoline seperti meningkatkan keseimbangan badan, bagus untuk kesihatan jantung dan hilangkan tekanan.\n\nTrampoline di atas mampu menampung berat sehingga 150KG. Terdapat ciri keselamatan yang baik sepertisafety pad, spring yang kukuh dan jaring yang melindungi anak-anak daripada jatuh. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak seawal dari tiga tahun.\n\nBeg sekolah yang kelihatan simple ini pasti sesuai untuk kanak-kanak yang suka bergaya dengan macho. Sesuai untuk kanak-kanak yang ingin menjadikannya sebagai beg sekolah. Terdapat tiga pilihan warna dengan ruang penyimpanan yang banyak.\n\nSekiranya anda risau atau tiada masa untuk bawa anak-anak ke taman permainan, beli saja set gelongsor mini tiga dalam satu untuk mereka. Puas dan boleh bermain pada bila-bila masa. Keselamatan si kecil juga terjamin.\n\nPermainan yang ada seperti gelongsor, buaian dan jaring bola keranjang. Paling penting, dilengkapi dengan ciri keselamatan dan material setiap permainan juga selamat. Sesuai untuk bayi sehingga kanak-kanak berumur 5 tahun.\n\nLazimnya kanak-kanak lelaki lebih menyukai miniatur dinasour berbanding kanak-kanak perempuan yang menyukai anak patung. Hadiahkan set miniatur dinasour kepada anak lelaki pasti mereka suka. Secara tidak langsung, mereka boleh mempelajari jenis haiwan prasejarah ini.\n\nMiniatur ini diperbuat daripada plastik ABS yang bukan toksik. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 12 tahun. Set miniatur dinasour mengandungi 46 miniatur dengan pelbagai saiz, jenis dan bentuk. Anda juga boleh mendapat bekas mainan secara percuma.\n\nAnak-anak suka menonton cerita aksi? Pistol mainan pasti menambah \u2018feel\u2019 buat mereka bermain bersama rakan atau keluarga. Sesuai juga untuk anak-anak yang bercita-cita ingin menjadi polis. Boleh memupuk atau mendedahkan mereka dengan kerjaya ini.\n\nMempunyai ciri keselamatan yang baik untuk kanak-kanak kerana peluru diperbuat daripada EVA yang ringan dan lembut dan dilontarkan sejauh 39 kaki sahaja. Permainan ini dicadangkan untuk kanak-kanak berumur 7 tahun dan ke atas.\n\nSet Bola Sepak dan Bola Keranjang\n\nJika anda mencari permainan untuk kanak-kanak lelaki sambil yang boleh mencungkil atau mengasah bakat mereka, set bola sepak dan bola keranjang adalah pilihan terbaik. Bukan itu sahaja, malah permainan ini menjadikan kanak-kanak aktif bersukan dan sihat tubuh badan.\n\nPakej termasuk 1 bola sepak, 1 bola keranjang, 1 jaring bola sepak dan satu jaring bola keranjang. Anak-anak boleh bermain pada bila-bila masa dengan riang dan tanpa batasan waktu.\n\nFoosball adalah bola sepak meja yang dimainkan menggunakan tangan. Permainan ini lazimnya dimainkan oleh dua orang. Keluarga juga boleh turut bermain permainan ini bersama anak-anak pada waktu lapang.\n\nTerdapat dua saiz yang boleh anda pilih yang dibekalkan bersama 2 biji bola. Permainan ini dapat membentuk perkembangan anak-anak.\n\nWalaupun ianya jam digital yang canggih, namun harga memang bersesuaian dengan kualiti dan bawah RM 50 sahaja. Anak-anak pasti kelihatan bergaya dan kacak jika memakai jam digital ini.\n\nPaling penting, jam digital kanak-kanak mempunyai pelbagai ciri menarik seperti boleh dimasukkan simkad, boleh membuat panggilan, ambil gambar dan sebagainya. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa permainan untuk kanak-kanak yang membolehkan mereka turut belajar.\n\nKanak-kanak lelaki pasti suka bermain dan mengumpul koleksi hotwheels. Jika dari kecil mempunyai minat atau hobi ini, pasti sampai ke dewasa mereka akan meneruskan hobi unik ini.\n\nApa kata anda berikan set hot wheels edisi stunt garage untuk peringkat yang pasti menarik minat mereka untuk bermain. Terdapat empat laluan bertingkat dengan 1 hot wheels disediakan dalam pakej, anak-anak boleh bermain dengan aksi atau debaran yang lebih tinggi.\n\nPupuk amalan menabung dari kecil agar kanak-kanak belajar untuk berjimat serta menyimpan wang untuk masa hadapan. Berikan tabung yang mempunyai reka bentuk dan corak menarik agar mereka lebih berminat untuk menabung.\n\nUniknya tabung di atas, ia mempunyai musik dan latar suara. Paling menarik, terdapat kata kunci pada tabung ini jika anda ingin mengeluarkan wang yang telah disimpan. Ruang penyimpanan juga luas dengan anggaran 500 syiling atau 200 helai wang kertas.\n\nMelihat bapa sibuk bertukang, pasti ada anak-anak yang turut ingin bertukang sehingga meniru aksi yang dilakukan. Dengan teknologi kini, drill mainan blok dicipta khas yang mirip dengan perkakas bertukang iaitu hand drill dan skrew.\n\nHanya dalam satu kotak boleh memuatkan 1 hand drill dengan 276 kepingan pelbagai bentuk bersama skrew. Anak-anak boleh membina pelbagai model 2D dan 3D mengikut panduan yang disertakan.\n\nSejadah digital sebagai hadiah untuk kanak-kanak adalah hadiah berguna dan sangat bermanfaat buat kanak-kanak terutama yang baru belajar untuk solat. Dengan suara atau audio yang jelas dan mudah diikuti, kanak-kanak akan mudah memahami dan menghafal.\n\nTerdapat bacaan dari awal hingga akhir solat, bacaan surah lazim, doa, cara berwudhuk dan sebagainya hanya dalam satu produk. Diperbuat daripada kain baldu, ianya sangat selesa untuk kanak-kanak. Sejadah ini berfungsi menggunakan bateri.\n\nPipe line juga antara permainan untuk kanak-kanak yang menarik. Permainan ini mampu meningkatkan imaginasi dan kreativiti, meningkatkan kemahiran berfikir, meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta sebagainya.\n\nPelbagai bentuk pipe dan roda yang berwarna-warni disediakan dan anak-anak cuma perlu menyambungkannya mengikut bentuk yang diingini. Panduan juga disediakan agar si kecil mudah untuk mencipta model dari pipe ini.\n\nJika anda mempunyai bajet yang lebih, apa kata anda berikan anak-anak sebuah tablet. Jangan risau, tablet Huawei Matepad T10s sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana mempunyai beberapa ciri menarik dan bagus untuk mereka.\n\nKapasiti storan sebanyak 64GB, resolusi kamera adalah 5MP. Sangat ringan untuk di bawa. Tetapan TUV Rheinland dapat melindungi mata anak-anak daripada terdedah dengan cahaya biru dari paparan skrin yang berbahaya. Ibu bapa juga boleh mengawal tempoh penggunaan tablet anak-anak serta memantau aplikasi yang dibuka menerusi App Management.\n\nHadiah untuk anak lelaki ini bukan sekadar permainan atau hadiah, malah ia memberi 1001 makna dan ada yang memberi manfaat terutama terhadap perkembangan kanak-kanak. Tunggu apa lagi? Jom beli untuk si cilik!\n\nJom baca artikel kami yang lain seperti:\n\nPandangan dan pendapat di atas bukan pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis."
"\u201cAda sejenis kuih tiga segi.. Di luar tepung di dalamnya inti. Makanan orang tiada bergigi.\u201d\n\nAyat di atas ialah sebuah lagu perumpamaan untuk sebuah makanan. Ia ialah kuih tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.\n\nKuih ini diperbuat daripada tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (gula melaka) di dalamnya. Di Malaysia ia popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan. Kuih apakah itu?\n\nYep itu ialah Kuih Koci, kuih koci memiliki tekstur yang lembut dan lembik. Rasanya yang sangat \u201ctradisional\u201d membuat kuih koci selalu diminati dari dulu hingga sekarang. Kuih koci biasanya dihidangkan untuk pencuci mulut dalam acara kenduri ataupun sehari-hari.\n\nBaiklah kali ini kami akan menyajikan kepada anda resepi kuih koci tanpa kukus dengan resipi yang moden dan sangat berbaloi untuk dicubakan dirumah, dan pastinya akan disukai oleh ahli keluarga anda. Resepi ini dikongsikan oleh Diena Anilda di facebook dengan mendapat perkongsian sebanyak 2.3K. Wow mestilah dengan perkongsian sebanyak itu, confirm rasanya sangat sedap. Tunggu apalagi, simpan resepi ini dan cuba di dapur anda..\n\nResepi Kuih Koci (Moden dan Berbaloi)\n\nFinishing : Cara Memasak Doh dengan Inti dan Santan\n\nBagaimana? apakah anda tertarik mencubanya? meskipun kerjanya agak leceh namun hasilnya sangat berbaloi. Sila dicuba.\n\nSelain dari resepi kuih koci yang moden dan berbaloi, kami juga menulis resepi menarik lainnya yang mendapatkan perkongsian ramai. Jemput baca dan sila dicuba. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Menjadi seorang ibu bukanlah perkara yang mudah. Terlalu banyak tanggung jawab yang digalas dibahu, tak kira anda seorang ibu yang berkerjaya atau suri rumah. Menguruskan rumah tangga nampak saja mudah dari luaran namun percayalah, kerjanya terlalu banyak dan tak habis-habis. Pendek kata dari pagi membawa ke\u00a0 malam sentiasa ada sahaja kerja yang perlu dilakukan. Memasak, mencuci, mengemas, menyapu, belum lagi diambil kira menguruskan anak-anak yang sentiasa memerlukan perhatian ibunya.\n\nKalau beranak kecil, semakin huru-hara urusan seharian si ibu. Itulah sebabnya kenapa anda perlu menguruskan kerja rumah dengan cara yang teratur. Jika anda melakukan tugasan harian secara teratur, pastinya anda akan berasa kurang terbeban dan yang paling penting sekali kurang stress. Hari ini kami akan kongsikan tips urus rumah cepat dan efektif yang boleh dipraktiskan oleh para ibu terutamanya yang bergelar suri rumah tangga.\n\nSediakan senarai tugasan yang perlu dilakukan pada hari tersebut\n\nKalau nakkan tugasan menguruskan rumah berjalan dengan lancar, adalah sangat penting untuk anda menyediakan senarai tugasan yang perlu dilakukan pada hari tersebut atau juga dikenali sebagai To Do List. Apabila anda menyediakan senarai tersebut, anda akan nampak berapa banyak tugasan yang perlu dilakukan.\n\nJika tidak, anda mungkin tak perasan yang anda mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan lalu melakukan kerja dengan sambil lewa dan bermalas-malasan sedangkan sepatutnya anda perlu menyelesaikan semua kerja dengan cepat. Individu yang mempunyai To Do List biasanya lebih teratur dan berjaya menyelesaikan urusan harian dengan lebih tenang dan teratur.\n\nKenal pasti urusan yang penting dan perlu dilakukan dengan segera\n\nSetelah anda mempunyai senarai tugasan atau To Do List, perkara seterusnya yang perlu anda lakukan ialah untuk mengenal pasti yang mana satu adalah urusan yang penting dan perlu dilakukan dengan segera pada hari tersebut tanpa boleh ditangguh. Lihat semula senarai To Do List anda tadi, pastinya anda akan dapat mengenal pasti mana satu adalah urusan yang penting dan perlu dilakukan dengan segera. Sebagai contoh, mengambil anak balik dari sekolah adalah urusan yang penting dan tidak boleh ditangguhkan. Nak tak nak anda perlu lakukan juga. Selain itu, sekiranya anak anda sakit, urusan untuk pergi ke klinik juga masuk ke dalam kategori urusan penting dan tidak boleh ditangguhkan.\n\nKenal pasti urusan yang boleh ditangguhkan dan dilakukan kemudian\n\nTips uruskan kerja rumah cepat dan efektif yang seterusnya ialah dengan cara mengenal pasti urusan yang boleh ditangguhkan atau dilakukan kemudian. Ini adalah kerja-kerja yang tidak termasuk dalam kategori penting dan segera yang perlu diselesaikan pada hari tersebut. Di antara contoh tugasan rumah yang masuk ke dalam kategori ini ialah:\n\nKenal pasti urusan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa\n\nLangkah seterusnya ialah untuk mengenal pasti tugasan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Ini adalah tugasan yang ada dalam senarai To Do List anda tapi ianya adalah urusan yang tidak begitu penting dan tidak akan mendatangkan sebarang masalah atau kesan yang buruk jika tidak dilakukan. Di antara tugasan yang masuk ke dalam kategori ini ialah:\n\nKenal pasti tugasan yang boleh dilakukan bersama suami dan anak-anak atau diserahkan terus kepada mereka\n\nIni juga adalah tips uruskan kerja rumah dengan cepat dan efektif namun tak ramai yang amalkan. Tahukah anda bahawa ada sesetengah kerja rumah boleh dilakukan bersama ahli keluarga yang lain, dan tak perlu untuk anda selesaikan sendirian. Jangan segan untuk meminta bantuan suami dan anak-anak. Di antara tugas yang boleh jatuh ke dalam kategori ini ialah membasuh tandas, melipat baju, membasuh pinggan, dan sebagainya.\n\nSusun jadual melakukan kerja rumah mengikut turutan yang sesuai\n\nTips yang seterusnya ialah dengan menyusun jadual melakukan kerja rumah mengikut turutan yang sesuai. Macam mana cara untuk menyusun jadual tugasan ini? Utamakan kerja yang penting dan perlu diselesaikan pada hari tersebut didikuti oleh tugasan lain yang kurang penting. Adalah sangat penting untuk anda meletakkan sekali anggaran masa untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Dengan cara ini, pastinya tugasan anda akan berjalan dengan lebih lancar.\n\nDisiplinkan diri untuk mengikut jadual To Do List yang disediakan\n\nTips urus rumah yang terakhir ialah dengan cara mendidiplinkan diri untuk mengikut jadual To Do List yang telah anda sediakan. Dah ada jadual? Ikut. Buat kerja rumah dengan mengikut perancangan yang telah dibuat. Jika anda memilih untuk tidak mengikut jadual yang disediakan, tiada bezanya dengan anda tidak menyediakan jadual tadi. Di penghujung hari pastinya anda akan berasa menyesal.\n\nIkut jadual senarai kerja yang anda telah buat, dan adjust mengikut keadaan semasa asalkan tidak terlalu jauh menyimpang dari perancangan yang asal. Jika anda konsisten mengikut jadual yang telah anda buat, pastinya urusan menguruskan rumah akan menjadi lebih cepat dan efektif. Hidup anda juga akan menjadi semakin terurus.\n\nItulah dia info tentang tips urus rumah cepat dan efektif yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara susun baju, cara susun kasut, kemas rumah cara KonMari dan kelebihan menjadi suri rumah."
"Masalah kurang darah atau Anemia sangat berbahaya jika terus dibiarkan begitu saja lagi-lagi untuk ibu hamil. Kerana itu ada baiknya berusaha untuk tambah darah yang kurang. Terdapat banyak makanan untuk tambah darah merah yang boleh diamalkan terutama bagi mereka yang menghidap masalah anemia ini.\n\nAntara Simptom Untuk Masalah Anemia (Kurang Darah)\n\nMasalah kurang darah tidak boleh di ambil ringan kerana ianya akan menyebabkan pening kepala, kelesuan, kelihatan pucat, berasa sesak nafas, berasa seram sejuk dan juga boleh menyebabkan kebas pada tangan. \n\nSekiranya kita ada tanda-tanda seperti itu, pastikan kita mengambil makanan atau buah-buahan yang boleh menambah darah dalam badan.\n\nBanyak jenis makanan yang mengandungi zat besi yang sangat penting berfungsi\u00a0 dalam menambah darah yang boleh diamalkan dalam pemakanan seharian kita dan bagi meningkatkan kadar hemoglobin (Hb) dalam tubuh badan. \n\nCadangan 10 Makanan Tambah Darah Yang Boleh Dicuba\n\nMakanan tambah darah\u00a0tak kisahlah sama ada ketika hamil ataupun tidak perlu diamalkan supaya masalah ini dapat di atasi. Kepada ibu hamil, sila ambil perhatian kerana anemia boleh menyebabkan kelahiran\u00a0bayi pramatang. \n\nBagi yang masih belum tahu apakah antara makanan yang boleh di makan untuk bantu tambah darah, di sini turut disenaraikan 10 jenis makanan tambah darah yang boleh membantu secara natural. Antaranya adalah :\n\nKerang cukup mudah didapati dan murah serta ianya cukup dikenali sebagai makanan yang boleh menambah darah dan mencegah anemia. Setiap 100 gram kerang mengandungi 28 miligram zat besi. Selain kerang, tiram juga mampu membantu penambahan darah. Bagi mengekalkan nutrien didalam kerang, apa kata kita rebus dan cicah dengan sos, mudah bukan!\n\nSelain dari itu kandung asid lemak Omega-3 dalam ikan boleh meningkatkkan bacaan Hb dan Vitamin B-12 dalam ikan baik untuk pembentukan sel-sel darah malah telur ikan punya nutrisi berkhasiat seperti protein, karbohidrat dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.\n\nDaging merah segar dari kambing, kerbau atau lembu sememangnya kaya dengan protein dan mengandungi pelbagai zat besi. Antaranya vitamin A, D, L, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3 dan Selenium dan semua mineral ini mampu meningkatkan kadar hemoglobin dengan cepat. \n\nDalam setiap 100 mg daging merah terdapat 2.4 mg zat besi yang dikatakan lebih mudah diserap oleh badan berbanding dari sumber kekacang dan suka diingatkan amalan makan daging merah ini boleh menaikkan jumlah berat badan. Jadi elok amalkan secara diet yang teratur.\n\nIkan bilis sudah biasa dengan menu orang kita. Ianya amat mudah didapati dan mudah disediakan. Kalau nak tahu, kandungan zat besi di dalam ikan bilis ini juga mampu menambah darah. Bagi mendapatkan zat besi daripada ikan bilis, adalah disarankan makan ikan bilis ini berserta dengan bahagian kepalanya sekali. \n\nBahagian kuning telur mengandung nutrien termasuk zat besi dan pengambilan kuning telur boleh menambahkan dan mengekalkan jumlah haemoglobin di dalam darah. Namun untuk wanita hamil sila elakkan pengambilan telur yang tidak masak sepenuhnya.\n\nBuah kurma semakin mudah untuk didapati dan yang paling best, buah kurma ini juga sememangnya dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah. Buah kurma juga boleh memberi tenaga kepada tubuh badan kita.\n\nAmat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan terutama yang mengandungi Vitamin C. Vitamin C ini boleh membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh dan kajian ada menunjukkan yang jambu batu berwarna merah mengandungi Vitamin C yang jauh lebih tinggi walaupun harganya agak murah.\n\nBuah ini mengandungi zat besi dan dikatakan boleh mempertahankan jumlah sel darah merah seterusnya menambah darah dalam badan. Nampaknya buah delima bukan saja sedap tetapi juga sangat berkhasiat. Patutlah harga pasaran untuk buah delima ini agak mahal harganya. \n\nDaun ketumbar seringkali tertukar dengan daun sup. Mungkin disebabkan oleh rupanya yang hampir sama. Daun ketumbar ini yang cukup banyak seringkali digunakan dalam menu masakan Thailand seperti Tom Yam dan sebagainya. \n\nMalah daun ketumbar ini juga selalu dimasukkan kedalam kerabu. Ternyata daun ketumbar sangat hebat dengan kandungan zat besi yang agak tinggi. Selain diletakkan di dalam masakan, ketumbar juga voleh di buat jus yang cukup mudah disediakan.\n\nPengambilan pelbagai jenis sayuran seperti brokoli, kangkung dan bayam boleh membantu pembentukan sel darah merah atau hemoglobin (Hb). Paling mudah di masak adalah bayam. Sayur bayam sangat cepat disediakan dengan menu rebus manis yang sangat cepat masa penyediaannnya.\n\nSayuran yang sinonim dengan kartun Popeye itu sememangnya mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi selain serat, protein, kalsium hingga vitamin A dan E yang juga bagus untuk kulit dan kesihatan mata.\n\nBuah-buahan kering juga boleh memberi manfaat untuk misi tambah darah. Antaranya buah-buahan kering tersebut adalah seperti kismis, kurma, prun, aprikot dan buah tin yang boleh di makan seperti snek kudapan pada bila-bila masa yang disukai. \n\nMasalah kurang darah sememangnya tidak boleh di pandang ringan lagi-lagi untuk ibu yang sedang hamil. Makanan perlu sentiasa di jaga dan makanlah makanan yang boleh tambah darah secara natural ini sebagai langkah penjagaan awal bagi mengelakkan diri dari masalah kesihatan yang lain di depan hari."
"Sedang bersiap sedia untuk temuduga paling penting dalam hidup anda? Zaman serba mencabar ini, persaingan untuk mendapatkan kerja sangat sengit.\n\nAnda perlu menjadi seorang calon temuduga yang menyerlah untuk mendapatkan pekerjaan yang dipohon. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips temuduga untuk pastikan anda mendapat kerja yang dipohon.\n\nResume boleh dianggap sebagai wakil diri anda. Jika anda betul-betul nak dapatkan kerja, pastikan resume anda elok dan berada dalam keadaan yang baik. Tak tahu macam mana nak buat resume? Cara termudah ialah dengan membuka akaun jobstreet dan isi maklumat dalam borang yang disediakan.\n\nSelain mencari kerja di jobstreet, anda juga boleh save resume tersebut dan gunakan untuk memohon kerja di tempat lain. Resume di jobstreet juga boleh anda cetak. Semasa menghadiri temuduga, jangan lupa bawa beberapa salinan resume anda.\n\n2. Berpakaian formal, kemas & menarik\n\nPakaian mencerminkan keperibadian anda. Penemuduga juga akan mendapat tanggapan pertama dari melihat pakaian yang anda kenakan untuk sesi temuduga. Tips memilih pakaian untuk menghadiri temuduga ialah:\n\n3. Susun sijil & dokumen dengan kemas\n\nBawa semua sijil, dokumen, dan transcrip ijazah anda. Susun dalam fail dengan kemas. Cara yang terbaik ialah dengan memasukkannya ke dalam clear folder. Apakah susunan yang betul? Kami cadangkan anda susun sijil dan dokumen dalam turutan berikut:\n\nPastikan anda bawa salinan asal & fotocopy setiap sijil dan dokumen.\n\nApabila anda mendapat panggilan temuduga, kaji serba sedikit latar belakang syarikat tersebut. Pastikan anda boleh memberikan sedikit info tentang syarikat seperti tahun penubuhan, visi & misi, jenis perniagaa yang dijalankan, dan sebagainya. Selain itu, kaji juga tugas yang bakal anda lakukan sekiranya dipilih untuk memegang jawatan yang dipinta.\n\nIni merupakan point yang sangat penting. Sehari sebelum sesi temuduga, sepatutnya anda pergi ke lokasi berkenaan untuk supaya anda tidak sesat pada hari paling penting dalam hidup. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah terlambat datang untuk temuduga bekerja.\n\n6. Sampai 30 minit lebih awal\n\nPada hari temuduga, pastikan anda sampai awal ke lokasi. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sesi temuduga bermula. Sampai awal akan menjadikan anda lebih tenang & bersedia untuk ditemuduga. Ia juga memberikan masa untuk anda memeriksa semula semua dokumen dan bersiap sedia dengan soalan yang bakal ditanya.\n\nJangan lupa untuk bawa pen. Sebelum temuduga, anda mungkin akan diminta untuk mengisi beberapa borang pengenalan diri. Malah semasa temuduga, anda juga mungkin akan diberikan sedikit masa untuk menjawab soalan bertulis. Jangan rosakkan peluang anda untuk mendapat kerja dengan terlupa membawa pen sendiri sesama ditemuduga.\n\nKeyakinan diri akan mengelakkan anda daripada berasa gugup semasa menjawab soalan yang diberikan oleh penemuduga. Keyakinan diri juga akan membuatkan penemuduga berasa lebih yakin untuk mengambil anda bekerja.\n\n9. Beri salam kepada penemuduga & berjabat tangan\n\nApabila nama anda dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga, jangan terus duduk. Berikan salam, berjabat tangan jika penemuduga adalah sama jantina dengan anda, dan minta kebenaran untuk duduk. Elakkan daripada masuk ke bilik dan duduk walau segugup mana pun anda.\n\n10. Duduk dalam postur yang tegak\n\nSemasa ditemuduga, cara anda duduk juga akan menentukan sama ada anda akan diambil bekerja atau tidak. Pastikan anda duduk dengan tegak sambil merapatkan kaki. Letakkan kedua-dua tangan di atas riba. Elakkan daripada:\n\nSemasa menjawab soalan, pastikan anda memandang tepat ke mata penemuduga. Elakkan daripada ditemuduga sambil memandang lantai, memandang dinding, memandang ke luar tingkap, atau memandang kaki sendiri. Kalau anda terlalu gugup untuk melihat tepat ke mata penemuduga, anda boleh memandang ke arah kening atau hidungnya. Mudah sikit, kan?\n\n12. Ambil masa untuk menjawab soalan\n\nUsah terburu-buru untuk menjawab soalan yang diberikan. Ambil masa untuk memahami apakah soalan yang ditanya, dan ambil juga masa untuk menyusun jawapan yang sesuai. Menjawab soalan dengan terburu-buru akan menampakkan anda sedang gugup dan tidak bersedia untuk ditemuduga. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa juga akan menyebabkan anda memberikan jawapan yang tidak bernas.\n\nKebiasaannya, sebelum temuduga berakhir, penemuduga akan bertanya soalan maut ini: Anda ada apa-apa soalan? Jangan jawab tiada. sebenarnya soalan ini adalah perangkap pada anda. Mungkin anda menjawab tiada kerana tidak mahu menyusahkan penemuduga untuk menjawab soalan anda.\n\nNamun yang sebenarnya, penemuduga mengharapkan anda memberikan soalan yang bernas untuk mendapat point bonus. Inilah sebabnya anda perlu mengkaji sedikit tentang latar belakang syarikat & tugasan untuk jawatan yang bakal anda sandang. Apabil diminta memberikan soalan, anda dapat bertanya soalan bernas yang akan memberi kelebihan kepada anda.\n\nItulah dia 13 tips temuduga yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga boleh membaca perkongsian kami tentang menyeimbangkan keluarga dan kerjaya, pengurusan masa antara keluarga dan kerjaya, tips bekerja selepas bersalin."
"Setiap kali nak masak daging, mulalah risau kalau daging lambat masak, liat dan keras. Betul kan? Situasi ni berlaku bila ada majlis keramaian, perkahwinan atau musim perayaan. Malah, kadang nak jamu keluarga pun berjam-jam nak siapkan masakan.\n\n\u201cAlamak, liat lagilah daging ni! Malu kalau tetamu terkial-kial nak kunyah daging masak hitam istimewa aku ni. Apa nak buat ni?\u201d\n\nMesti ada di antara kita yang pernah mengalami situasi macam ni kan? Jangan risau. Artikel ni akan berkongsi tips untuk melembutkan daging dengan cepat. Nanti bolehlah jimat masa dan elektrik. Anak-anak pun taklah kelaparan tunggu hidangan disiapkan.\n\nKadangkala rasa macam tak logik petua-petua ni, tapi belum cuba belum tahu kan. Kesemua tips yang dikongsikan ni, in shaa Allah berkesan. Jom baca tips yang diberikan ni.\n\nMenurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebook miliknya, cara memotong daging penting jika mahu daging cepat empuk. Beliau memberikan tips iaitu jika nak daging lebih lerai, kita perlu potong daging secara melintang arah urat daging.\n\nMaksudnya, daging perlu dipotong lawan arah serat daging itu mengunjur. Malah, jangan lupa buang selaput putih (fascia) yang menyelaputi daging. Jika masih mentah, selaput putih ni hanya nipis dan lembut. Namun, selepas dimasak, ia akan menjadi terlalu liat dan kenyal.\n\nMasak daging di dalam periuk tekanan tinggi (pressure cooker) merupakan cara paling pantas untuk lembutkan daging. Tak hairanlah ia menjadi idaman para suri rumah. Harganya juga boleh tahan mahal.\n\nNamun, petua ni hanya untuk mereka yang kebetulan mempunyai periuk jenis ini. Jika menggunakan periuk tekanan, daging akan empuk kurang setengah jam berbanding cara biasa. Namun, berhati-hati ketika menggunakannya. Tekanan udara akan menyebabkan wap yang terlalu panas terkumpul di dalam periuk.\n\nMenggunakan tukul daging(meat mallet) untuk mengetuk daging merupakan satu cara untuk menghancurkan serat otot. Serat otot pada daging sangat liat dan lambat masak. Caranya, ketuk-ketuk saja permukaan daging sebelum dipotong kecil-kecil.\n\nSelain menggunakan tukul daging, kita juga boleh menggunakan pisau atau garpu untuk mencucuk permukaan daging. Bahagian-bahagian tisu yang liat akan terputus. Oleh itu, daging lebih senang empuk. Malahan, rasa masakan juga menjadi lebih enak kerana rempah-ratus dapat menyerap ke dalam daging.\n\nJika anda bercadang nak buat daging panggang, bakar atau steak, cara terbaik ialah perap daging terlebih dahulu. Bahan perapan menggunakan cuka, jus lemon, susu masam dan tairu sangat efektif dalam melembutkan daging. Malahan, rasa daging juga lebih enak.\n\nBahan perapan tersebut mempunyai kandungan berasid yang mampu memecahkan protein yang degil. Ini menyebabkan daging akan \u2018pre-cook\u2019 sebelum dimasak atau dibakar. Perap selama lebih kurang 30 minit hingga 2 jam. Jika nak lebih lembut, boleh diperap lebih lama.\n\nJangan tak tahu, ada beberapa jenis buah yang berkesan untuk melembutkan daging. Antaranya ialah buah nanas, kiwi, betik, pear dan sebagainya. Macam mana caranya?\n\nKisar buah-buah ni, kemudian perapkan purinya dengan daging yang hendak dimasak. Hasilnya daging akan lebih enak, berjus dan lembut. Buah-buahan ni mempunyai kandungan enzim yang mampu melembutkan daging.\n\nSebenarnya penggunaan garam sama kesannya dengan bahan perapan. Sebelum dimasak, taburkan garam dalam jumlah yang agak banyak. Kemudian, biarkan ia menyerap 24 jam atau lebih. Bila nak masak, jangan lupa basuh daging tu.\n\nGaram akan menyingkirkan kelembapan di dalam daging. Ia juga boleh memecahkan fiber otot yang sangat liat. Tak percaya? Cubalah.\n\nLembu yang diternak bebas mempunyai lapisan lemak yang kurang. Ini kerana diberikan rumput segar dan bergerak bebas. Bagi daging lembu seperti ini, biarkan ia pada suhu bilik selama 30 minit sebelum dimasak.\n\nDikatakan bahawa daging akan masak sekata dan lebih mudah empuk. Bolehlah kongsikan tips ni kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang ada menternak lembu.\n\nJika nak masak sup daging, soto atau bakso, rasanya tak ada masalah kerana daging akan direbus dahulu. Malah, supnya juga akan digunakan sebagai bahan utama. Tapi kalau nak masak daging kicap atau daging black pepper macam mana pula?\n\nAda satu cara yang mudah. Cuci daging bersih-bersih, kemudian rebus dahulu. Setelah daging empuk, barulah dibuat masakan lain. Jika risau daging menjadi kurang manis, jangan buang air rebusan. Gunakan ketika hendak menyediakan kuah.\n\nMalahan, air rebusan atau stok daging boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan akan datang. Yang penting sekali semasa merebus daging, tutup dengan tudung periuk. Biarkan wapnya tak keluar. Mudah bukan?\n\nJangan ingat soda bikarbonat berguna untuk membuat kek dan roti saja tau. Ia juga boleh melembutkan daging. Caranya campurkan sedikit soda bikarbonat dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, basuh bersih-bersih sebelum dimasak.\n\nBetul ke ni? Ye, memang betul. Dikatakan bahawa banyak restoran dan hotel di luar negara menggunakan Coca-cola sebagai bahan perapan untuk membuat steak. Ini kerana rasanya yang berasid dan manis sangat membantu dalam penyediaan steak yang enak.\n\nBahan perapan ini dibiarkan selama lapan jam atau semalaman. Kemudian, bahan lain seperti sos akan dicampurkan. Ingat, daging yang diperap tadi tak perlu dibasuh. Coca-cola akan mengunci rasa manis di bahagian luar dan dalam daging. Nak cuba tak?\n\nAh, tips ni penulis pernah cuba. Memang berkesan. Caranya ambil beberapa helai daun nangka. Cuci bersih-bersih dan buang getah pada bahagian tangkai daun. Masukkan dalam masakan. Gerenti tak menyesal!\n\nPaling mudah masukkan sudu atau garpu saja. Ni merupakan cara tradisional yang paling popular. Tak percaya tanyalah mak atau nenek. Penggunaan bahan besi dan tembaga ini akan meningkatkan suhu di dalam periuk. \n\nCara ni pun penulis dah cuba. Memang menakjubkan hasilnya. \n\nDengan perkongsian artikel ni, diharapkan tiada lagi sungutan di rumah tentang daging lambat masak, liat dan sebagainya. Apa kata anda cuba dulu mana-mana petua yang dikongsikan ni. Kemudian, kongsikan pengalaman anda itu kepada kami dan para pembaca yang lain.\n\n*Jemput juga membaca artikel lain kami seperti khasiat daun parsley dan khasiat limau purut"
"Nasi gulung Korea atau nama popularnya Kimbap atau Gimbap. Nasi gulung Jepun pula dipanggil Maki Sushi. Konsep hidangan yang sama tapi sedikit berbeza. Menu ini antara menu yang boleh diubah-ubah bahan intinya. Yang asasnya dalah nasi dan kepingan rumpai laut kering. Intinya boleh dipelbagaikan di mana kebiasaan intinya mengandungi protein dan sayuran. Jadi boleh dikira, menu ini cukup nutrisi nya iaitu karbohidrat dari nasi, protein dan sayuran dari intinya dan rumpai laut.\n\nDibawah ini kami kongsikan resepi kimbap korea yang telah dikongsikan oleh\u00a0Zurina Zulkefli di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Resepinya mudah sahaja. Jemput baca dan mencubanya. Tapi ingat ya, tikar pengguung adalah wajib ada. Tikar ini digunakan untuk menggulung kimbap tersebut supaya lepas rapat dan kemas dan tak berderai bila makan.\n\nDah siap bahan-bahan untuk membuat gulungan kimbap. Mudah kan? Tak perlu nak masak-masak beria pun. Jadi seterusnya, bolehlah mebuat gulungan\u00a0 kimbap ini satu persatu. Nak lagi seronok buatlah ramai-ramai. Boleh dijadikan aktiviti untuk merapatkan ukhuwah tau.\n\n1. Tebar tikar penggulung.\n2. Alas sekeping rumpai laut.\n3. Rata kan nasi ke atas rumpai laut. (Pastikan ada ruang seperti gambar di bawah)\n\n4. Letak inti satu per satu. Jangan kedekut, lagi banyak inti lagi sedap.\n\n5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar kimbap menjadi kemas.\n\n6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu.\n\n7. Boleh letak mayonis ke atas kimbap (Pastikan jenama Kewpie)\n8. Sedia dihidang.\n\nDah siap gulung? Boleh lah dipotong, agak-agak satu inci. Selain resepi Kimbap Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya"
"Kalau pergi Melaka atau Johor, pasti tercari-cari menu masakan asam pedas. Biasanya asam pedas ini dimasak secara tumis. Menu ini sangat viral di Melaka dan Johor tau. Kami akan kongsikan resepi Asam Pedas Melaka Asli yang sedap dan mudah.\n\nKebiasaannya asam pedas menggunakan bahan asas iaitu ikan, semua jenis ikan. Sukatan harus mengikuti selera kerana kadang ada yang suka lebihkan pedas ataupun lebihkan asam.\n\nResepi yang dibuat oleh Nazarina Che Man di laman Facebook ini menggunakan jenis ikan sahaja. Rasanya jadi menarik dan sedap tentunya. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi asam pedas melaka asli, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Puding Karamel Kukus kalau dimakan sewaktu sejuk amat lazat dan menyegarkan. Rasanya yang manis beserta dengan karamel yang pahit amat melengkapkan selera kita. \n\nCara pembuatan puding karamel kukus juga amat mudah untuk disediakan. Selain itu, puding karamel kukus juga boleh dimakan oleh seisi keluarga. \n\nJom kita lihat resepi puding karamel kukus yang telah dikongsikan oleh Nadia dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. \n\nNota: Kalau masukkan kedalam peti ais sekejap lagi sedap!\n\nResepi \u2013 resepi lain yang anda boleh cuba:"
"Kita adalah apa yang kita makan. Elok makanan yang masuk ke dalam mulut kita, maka sihatlah tubuh badan dan minda kita. Makanan berkhasiat adalah salah satu keperluan tubuh badan bagi setiap peringkat umur, bermula dari bayi sehingga orang tua. Kegagalan untuk mendapat makanan berkhasiat bukan sahaja akan menyebabkan kita kurang sihat secara fizikal, malah akan mempengaruhi kecerdasan otak juga.\n\nOleh itu adalah sangat penting untuk kita mengetahui apakah makanan berkhasiat yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam menu harian. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai makanan berkhasiat yang bukan sahaja baik untuk kesihatan malah membantu tubuh untuk kekal langsing tanpa perlu bersenam atau berlapar.\n\nJom lihat makanan untuk kekal langsing. Semoga bermanfaat buat anda.\n\nMakanan berkhasiat yang pertama ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini ialah epal. Biasa dengar pepatah inggeris \u201c An apple a day keep the doctor away\u201d? Pepatah ini adalah sesuatu yang bukannya omong kosong semata-mata. Kajian yang dijalankan di negara barat sejak dulu lagi telah membuktikan bahawa epal adalah sangat baik untuk kesihatan manusia. Di antara kebaikan yang ada dalam epal ialah:\n\nPastinya anda tahu bahawa bawang putih adalah salah satu makanan berkhasiat yang sangat membantu dalam penjagaan kesihatan dan dalam masa yang sama membantu anda untuk kekal langsing. Di antara kebaikan bawang putih ialah:\n\nTidak dapat dinafikan bahawa sayur-sayuran hijau adalah makanan berkhasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Di antara sayuran hijau yang boleh anda masukkan dalam diet seharian ialah brokoli. Rasanya bukan sahaja enak malah boleh dipelbagaikan cara masakannya. Malah anak-anak juga biasanya tidak akan menolak apabila dihidangkan masakan yang mempunyai brokoli.\n\nDi antara khasiat dan kebaikan yang ada dalam sayur brokoli ialah seperti berikut:\n\nPerkara pertama yang mungkin bermain di fikiran anda apabila menbaca perkataan ikan salmon, pastinya tentang harganya yang agak mahal. Tahukah anda bahawa terdapat pasaraya dan hypermarket yang menjual ikan salmon dengan harga yang sangatb murah. Apa yang penting, anda kena rajin untuk membandingkan harga. Ikan salmon adalah makanan berkhasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja kaya dengan pelbagai khasiat malah membantu anda untuk kurus.\n\nDi antara kebaikan yang ada dalam ikan salmon ialah:\n\nItulah dia info tentang makanan berkhasiat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang makanan berkhasiat,\u00a0dan jenis makanan yang tidak baik untuk anak."
"Zaman kini, ramai individu lebih memilih untuk menggunakan teknologi yang memudahkan kerja mereka. Jika dilihat kepada teknologi yang digunakan untuk merakam aksi di bangunan yang tinggi, mesti ramai yang terfikir akan kos yang perlu ditanggung oleh pihak produksi.\u00a0\n\nDrone merupakan salah satu teknologi yang semakin banyak digunakan dalam kalangan masyarakat sama ada untuk melakukan penggambaran, membuat video mahupun untuk melihat kawasan sekeliling dengan pemandangan yang luas dan tinggi.\n\nRamai individu yang mencari drone untuk kegunaan mereka sama ada untuk dijadikan sebagai hobi mahupun untuk kegunaan mereka yang bekerja sebagai content creator. Di sini merupakan senarai drone terbaik yang berbaloi untuk dibeli.\n\nSekiranya anda seorang yang baru ingin mencuba merasai pengalaman mengawal drone, Syma X20P merupakan pilihan yang terbaik. Drone ini menawarkan harga yang murah tetapi fungsi yang menarik kepada penggunanya.\u00a0\n\nJika dilihat dari reka bentuknya yang mempunyai 4 sisi, drone ini mampu memberikan kawalan yang stabil. Drone ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menggunakannya di tempat yang luas. Battery drone yang tahan lama pastinya akan memberikan pengguna kepuasan untuk meneroka sekeliling dengan menggunakan drone tanpa perlu risau.\n\nAntara kelebihan drone ini ialah lampu LED memudahkan pengguna untuk mengawal drone walaupun dalam kawasan yang gelap. Terdapat beberapa teknik yang menarik dapat dilakukan oleh pengguna drone ini seperti membuat pusingan sebanyak 360 darjah dan mengawal drone tersebut walaupun sejauh 20-meter ke atas.\u00a0\n\nSaiz drone yang kecil tetapi mempunyai kelebihan yang banyak. Saiz drone yang kecil pastinya memudahkan anda untuk membawa drone ini ke mana-mana. Drone JXD 512W ini juga menjadi drone hebat yang pastinya menarik perhatian mereka yang membuat video kerana ketahanannya terhadap kawasan dan cuaca yang tinggi.\n\nSaiz yang kecil tidak menjadi halangan untuk menerbangkan drone ini di kawasan yang berangin dan licin. Kelebihannya yang tahan cuaca dan lasak menyebabkan drone ini sesuai untuk digunakan di kawasan luar rumah.\u00a0\n\nDrone ini juga mempunyai alat kawalan jauh yang dapat digunakan untuk mengawal pergerakannya. Jika anda tidak mempunyai alat kawalan, anda hanya perlu memuat turun aplikasi drone dan anda boleh terus menggunakan telefon sebagai ganti.\u00a0\n\nDrone ini juga tidak mudah diganggu oleh signal yang lain. Sekiranya anda merupakan seorang content creator, drone ini pastinya sesuai untuk digunakan sebagai alat kerja anda.\u00a0\n\nDrone ini dilengkapi dengan pelbagai kelebihan yang menarik. Antara kelebihan drone ini ialah mempunyai konsep hybrid dan menawarkan kualiti pengambilan video yang sangat baik.\u00a0\n\nDrone ini mempunyai kamera dengan sensor 1/2.3 inci yang resolusinya adalah 12 megapiksel. Walaupun drone diterbangkan dengan kelajuan tinggi, proses pengambilan anda tidak akan terganggu.\n\nSebagai drone FPV, terdapat tiga aksesori, iaitu FPV Goggles V2, remote controller dan motion controller. Aksosori FPV Goggles V2 dapat menunjukkan view yang dilihat secara langsung.\n\nSelain itu, motion controller menawarkan kawalan yang lebih mudah dan fleksibel jika dibandingkan dengan menggunakan remote controller. Hal ini kerana pergerakan drone boleh dikawal dengan pergerakan tangan anda. Memang sangat menarik!\n\nDrone terbaik yang lain ialah drone jenis Novix E88 4K. Sekiranya anda seorang youtuber, anda pastinya akan menyukai kelebihan yang terdapat pada drone ini. Dapat merakam dengan jarak jauh dan ketinggian pastinya akan membuatkan konten anda lebih menarik.\n\nKualiti video yang bersaiz 1080p dengan HD view dapat memberikan kualiti yang terbaik bagi rakaman dan gambar yang diambil oleh anda. Video dan gambar yang diambil juga boleh dirakam dari sudut 90 darjah sehingga 180 darjah.\u00a0\n\nDrone ini boleh diterbangkan selama 15 minit dan dapat dikawal sehingga 100 meter. Disebabkan kelebihan ini, youtuber pastinya akan menjadikan drone ini sebagai pilihan untuk mereka miliki.\u00a0\n\nDrone jenama ni menyajikan kualiti yang terbaik. Sesuai dengan Namanya DJI yang terkenal dengan drone terbaik, drone ini dilengkapi dengan kamera yang bernilai beribu-ribu.\u00a0\n\nDrone jenama ini dikenali kerana rekaannya yang kukuh. Drone ini juga dilengkapi dengan mode melantun untuk mengelakkan drone dari jatuh terus ke tanah dan rosak. Jika anda merupakan beginner bagi pemain drone, mode ini sangat membantu memastikan drone anda selamat dan tidak rosak.\n\nDi samping itu, drone ini turut menyediakan ciri 8D Flips untuk membolehkan anda mengawal drone ini secara automatik dengan menggunakan tangan. Kamera yang dilengkapi drone ini adalah berkualiti 720p. Menariknya lagi, drone ini dapat dikawal sejauh 100-meter dan mampu terbang selamat 13 minit.\n\nSelain itu, drone ini juga dilengkapi dengan ciri Fail Safe Protection. Jenama drone ini membolehkan drone mendarat dengan selamat walaupun tidak mendapat signal. , drone ini juga akan memberitahu pengguna sekiranya battery hampir habis.\n\nKepada pemula, drone ini sangat menarik kerana mempunyai banyak kelebihan dan menawarkan harga yang lebih murah tetapi mempunyai kualiti seperti drone yang berharga mahal.\u00a0\n\nBagi mereka yang menggunakan drone sebagai alat kerja, drone jenama DJI Air 2S ini pastinya akan menarik perhatian. Sistem yang dilengkapi dengan mode video yang canggih, pengguna boleh zum sehingga 4x pada resolusi 4K / 30p sehingga 8X pada 1080p / 30p.\n\nKamera yang digunakan juga mempunyai sudut pandangan yang luas. Drone yang dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih sememangnya menjadikan drone ini sebagai pilihan bagi setiap individu.\n\nDrone ini juga mempunyai 3 warna yang dapat anda pilih apabila merakam video. Kesemua gambar dan video yang diambil juga boleh disimpan terus dengan kapasiti 8GB.\u00a0\n\nMenariknya lagi, anda boleh menetapkan laluan yang ingin dilalui ketika menerbangkan drone. Anda hanya perlu menggunakan ciri Master Shots. Sekiranya anda telah menetapkan laluan ini, anda boleh mengawal drone untuk terbang secara automatik.\u00a0\n\nDrone ini lebih menarik kerana boleh mengesan kehadiran pesawat atau helikopter di sekelilingnya. Drone ini juga dilengkapi dengan keupayaan untuk kembali ke titik permulaan penerbangan automatik apabila bateri lemah atau isyarat hilang.\n\nDrone ini pastinya menjadi kegemaran jurugambar. Drone ini menyediakan pelbagai ciri dalam bidang fotografi dan videografi yang baik.\n\nKualiti drone yang terbaik yang dapat mengekalkan penerbangannya di kedudukan asal walaupun terdapat halangan dari keadaan cuaca.\u00a0\n\nDrone ini mempunyai saiz yang kecil. Sekiranya anda ingin membawa drone ini ke lokasi fotografi, and hanya perlu meletakkan drone ini ke dalam beg anda.\u00a0\n\nDrone ini juga mempunyai kelebihan untuk mengesan kedudukan telefon anda dan mengikutinya. Kerana kedudukan GPS yang tepat, drone ini tidak akan tersesat. Walau bagaimanapun, drone ini hanya bertahan selama 15-18 minit.\n\nSekiranya anda seorang yang suka mengambil gambar, drone ini pastinya akan menarik perhatian anda. Model drone ini direka untuk membuat rakaman video dan mengambil selfie yang lebih menarik.\u00a0\n\nDrone ini sesuai untuk menggantikan monopod atau stick selfie. Disebabkan drone ini boleh digunakan untuk mengambil gambar dari atas, pasti ramai yang ingin mengambil gambar selfie mereka dengan menggunakan drone ini bagi memperlihatkan view sekitar.\n\nReka bentuk drone yang mempunyai 4 kipas membuatkan pengawalan drone lebih stabil dan mudah untuk dikawal. Drone ini juga boleh memperlihatkan kawasan sekitar berposisi 360 darjah. Kamera drone yang berkualiti tinggi juga membuatkan kualiti gambar lebih menarik dan cantik.\u00a0\n\nCiri-ciri lain yang terdapat pada drone ini ialah terdapat butang yang boleh digunakan untuk kembali dengan automatik yang ditulis sebagai \u201cHome\u201d. Drone ini boleh dikawal sehingga 80-meter dari anda. Sekiranya anda kaki selfie, boleh dapatkan drone ini untuk merakam memori anda bercuti dengan view yang cantik.\u00a0\n\nSekiranya anda mencari drone yang murah tetapi dengan kualiti yang menarik, anda mungkin akan suka dengan drone Beta FPV Cetus Kit. Jika anda seorang yang baru ingin mencuba, drone ini boleh menahan drone pada ketinggian agar tidak mudah jatuh.\u00a0\n\nDrone ini juga turut dilengkapi dengan ketahanan bateri yang sangat baik. Bateri pada drone ini boleh bertahan sehingga 8 jam. Hal ini pastinya akan memberikan anda lebih masa untuk mempelajari menerbangkan drone.\u00a0\n\nDrone terbaik yang lain ialah Syma X56W. Menariknya mengenai drone ini, ia boleh dilipat bagi memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja.\u00a0\n\nDrone ini juga boleh dikawal sejauh 80-meter dan sejauh 25-meter sekiranya dikawal melalui telefon pintar. Drone ini juga mempunyai fungsi untuk mengawal trek, anda boleh melukis trek penerbangan seperti yang anda mahu pada telefon pintar.\u00a0\n\nMenariknya mengenai drone ini adalah terdapatnya kamera yang digunakan untuk merakam video dan mengambil gambar. Gambar yang diambil di kamera drone tersebut boleh di akses dan dikongsikan ke media sosial. Anda boleh berkongsi video dengan pemandangan yang menarik di tempat yang anda lawati.\u00a0\n\nDJI Mavic Mini ini juga dilengkapi dengan reka bentuk yang sangat ringan. Sama seperti jenama DJI yang lain, DJI Mavic Mini ini juga dipasang dengan kamera. Kamera ini juga dilengkapi dengan 1/2.3 sensor. Video yang dirakam juga berkualiti tinggi iaitu 2.7k 24p dan full HD 60p.\u00a0\n\nSekiranya anda ingin mengawal drone ini di kawasan yang jauh, anda mungkin akan suka dengan drone DJI Manic Mini ini. Jarak penerbangannya yang sejauh 4000-meter dengan jarak ketinggian yang sama, anda pasti boleh merakam view yang menarik.\u00a0\n\nBattery drone ini juga lebih tahan lama iaitu sehingga 30 minit. Ciri-ciri lain Mavic Mini juga mempunyai GPS dan WiFi yang pastinya dapat memudahkan pengawalan drone.\n\nBanyak jenama drone yang sememangnya menawarkan kualiti yang terbaik. Jika anda peminat drone, senarai ini mungkin membantu anda untuk membuat pilihan drone yang tepat.\n\nAnda boleh melihat drone dari segi harga dan kelebihan yang ditawarkan oleh drone tersebut. Semoga senarai drone terbaik ini dapat membantu anda.\u00a0\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis."
"Urusan cara membuat visa umrah hari ini lebih mudah berbanding yang sebelum ini. Para jemaah boleh memohon E-visa umrah sendiri bagi tujuan umrah.\n\nUmrah merupakan ibadah suci yang dilakukan oleh umat Muslim dengan tujuan untuk mengunjungi kota suci Makkah dan Masjidil Haram. Ibadah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun, namun lebih afdhal jika dapat dilakukan dalam bulan Ramadhan. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara membuat visa umrah sendiri yang boleh anda lakukan sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah umrah di tanah suci. \n\nVisa umrah adalah satu dokumen rasmi yang memberikan izin seseorang itu untuk tinggal di Arab Saudi yang bertujuan hanya untuk menunaikan umrah. Ia dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi (KBSA) kepada sesebuah negara.\n\nUntuk pengetahuan anda, Malaysia adalah salah satu daripada 35 buah negara yang dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk memohon E-visa.\n\nMudah dengan mohon di e-Visa Arab Saudi\n\nSebuah portal dalam talian iaitu e-Visa Arab Saudi diwujudkan untuk memudahkan cara membuat visa umrah sendiri bagi jemaah di seluruh dunia untuk memohon e-Visa. \n\nServis yang menjadi tumpuan ramai orang adalah segala aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan dan umrah.\n\nDi bawah ini adalah beberapa maklumat penting mengenai e-Visa Arab Saudi:\n\nSecara umumnya, terdapat tiga dokumen penting yang perlu disediakan bagi sesiapa yang mahu membuat permohonan visa umrah. Antaranya adalah seperti:\n\nSelain itu terdapat juga dokumen tambahan lain yang perlu diserahkan mengikut jenis-jenis jemaah yang akan berdaftar. Berikut adalah maklumat terperincinya:\n\nCara daftar e-Visa Arab Saudi secara online\n\nBerikut adalah cara membuat visa umrah sendiri (pendaftaran): \n\nCara permohonan e-Visa Arab Saudi secara online\n\nBerikut adalah cara membuat visa umrah sendiri (permohonon): \n\nBeza visa umrah dan visa ziarah\n\nDiharapkan semoga perkongsian kami mengenai cara membuat visa umrah sendiri ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan para jemaah umrah semua. \n\nSelain dari cara membuat visa umrah ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan umrah dan haji seperti:"
"Kami hadirkan resepi kerepek bawang mudah, sedap dan garing daripada Nur Hidayu di laman Facebook. Sangat sedap dan sesuai untuk hidangan masa raya nanti.\n\nRaya kali ini anda tidak perlu beli kerepek bawang lagi. Buat sendiri dapat banyak puas makan tetamu. Cara membuatnya senang saja. Bahan-bahan yang diguna juga mudah.\n\nKerepek bawang yang sedap kenalah rangup, garing dan nipis jadi tidak keras dimakan. Kerepek ini kegemaran semua orang tidak kira tua muda dan kanak-kanak mesti suka. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi kerepek bawang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Sebagai insan biasa, kita tidak terlepas mempunyai tabiat buruk masing-masing. Mana ada manusia yang sempurna, bukan? Tidak salah mempunyai tabiat buruk, asalkan ia tidaklah memudaratkan diri sendiri dan orang lain.\n\nNamun begitu, terdapat beberapa tabiat buruk yang harus anda pertimbangkan untuk dihentikan \u2013 lebih-lebih lagi setelah menjadi ibu bapa. Hidup ini hanya sementara. Perbaikilah mana yang mampu\u00a0demi kesejahteraan hubungan anda dengan anak-anak. InshaAllah.\n\nLumrah manusia, kita sering membanding-banding kehidupan kita dengan orang lain. Skeptikal tatkala melihat ada ibu bapa yang membawa anaknya makan malam di restoran makanan ringan seperti McDonald.\n\nMemandang serong apabila ada ibu bapa yang mengherdik anaknya di Toys \u2018R\u2019 Us kerana anaknya memberontak mahukan permainan yang diidamkan. Tidak setuju apabila melihat sesetengah ibu bapa membiarkan sahaja anak mereka tidur lambat hingga 12 tengah malam untuk menonton tv. Semuanya serba tak kena.\n\nHanya cara didikan kita adalah yang terbaik. Hakikatnya, kesemua ibu bapa mahukan yang terbaik dari yang terbaik untuk anak mereka. Kalau tidak, masakan kita sanggup bekerja keras semata-mata mahu memberi keselesaan hidup pada mereka.\n\nPengajarannya: Janganlah menghakimi ibu bapa lain. Setiap individu mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam mendidik anak mereka.\n\n#2\u00a0Bercakap negatif tentang\u00a0diri sendiri\n\nPernah tak anda memarahi diri sendiri atau bercakap perkara yang tidak berapa elok tentang diri sendiri? Contohnya seperti; \u201cishhh. Bodohnya aku! Kenapa la aku terlupa kunci pintu tadi?\u201d atau \u201calahai gemuknya aku bila tengok kat cermin ni. Macam panda\u201d atau apa sahaja.\n\nKadang kala hinggakan menjadi satu tabiat menyalahkan diri sendiri. Mulai saat ini, fikir dua tiga kali setiap kali mahu bercakap perkara negatif tentang diri sendiri \u2013 lebih-lebih lagi apabila anak anda ada berdekatan. Ketahuilah, anak-anak kita memandang tinggi pada kita. Cuba letakkan diri anda di tempat mereka.\n\nPernahkah anda terfikir apa agaknya perasaan mereka apabila mereka mengetahui ibu bapa mereka tidak memandang tinggi akan diri sendiri? Pasti tidak elok.\n\nDan apabila anak-anak anda kerap mendengarnya, dikhuatiri mereka mula membuat pada diri mereka juga \u2013 sekaligus mengurangkan tahap keyakinan mereka pada diri sendiri.\n\nPengajarannya: Berbuat baiklah dengan diri sendiri. Sayangilah diri sendiri.\n\nBilakah kali terakhir anda menghabiskan cuti hujung minggu tanpa smartphone, ipad dan segala jenis gadjet yang ada? Akhir-akhir ini, kadang kala apabila makan di luar, saya terperasan, walaupun satu keluarga makan bersama-sama di restoran, tetapi kesemuanya hanyut dalam gadjet masing-masing.\n\nMereka kurang berbual antara satu sama lain. Sedangkan, tujuan untuk makan di luar, adalah untuk menghabiskan masa bersama-sama. Aneh, bukan? Saya tertanya-tanya, dimanakah kualiti masa yang dihabiskan kalau semua orang sibuk dengan dunia masing-masing?\n\nDaripada bermain candy crush, upload gambar di instagram ataupun check-in lokasi di facebook, cuba letakkan gadjet anda sebentar dan nikmati momen tersebut sepuas-puasnya. Mungkin anda boleh meletakkan satu peraturan:\n\nTiada gadjet selepas jam 7 malam. Semua orang wajib mengikutinya termasuk diri anda sendiri. Berbuallah, menonton tv bersama, atau bermain monopoly bersama. Anda pasti akan berasa seronok dengan kualiti masa yang dihabiskan \u2013 mood pun boleh menjadi bertambah baik.\n\nPengajarannya:\u00a0Berhenti seketika. Ingatlah, hidup ini singkat. Anda tidak tahu bila kali terakhir anda menghabiskan masa dengan orang yang tersayang.\n\n#4\u00a0Berkata buruk tentang orang yang anak-anak sayangi\n\nTidak kira sama ada adik-beradik anda, cikgu anak anda, ibu bapa mertua ataupun bekas suami/isteri. Jangan sekali-kali berkata buruk tentang orang yang anak-anak anda sayangi. Islam juga melarang berkata buruk berkenaan orang lain \u2013 inikan pula orang yang rapat dengan anak-anak kita.\n\nSaya yakin, anda pasti tidak akan marah tidak tentu hala. Pasti bersebab. Tetapi sekiranya tidak dapat mengawal diri pun, pastikan anda tidak melakukannya dihadapan anak anda. Ingatlah, sekiranya anda berkata buruk tentang orang lain, sebenarnya anda lebih menggambarkan diri anda sendiri. Jangan rosakkan imej buruk orang lain, dan imej buruk diri anda sendiri.\n\nPengajarannya: Jangan libatkan anak-anak yang tidak berdosa dengan masalah orang dewasa. Biarlah mereka hidup dengan gembira.\n\n#5\u00a0Cuba untuk mengawal semua perkara\n\nSebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita tidak mahu melihat mereka, susah, sakit, cedera, sedih, gagal atau kecewa. Tetapi tahukah anda, kesemuanya adalah sebahagian dari hidup? Jika bukan sekarang anak anda akan alaminya, pasti di masa hadapan mereka akan alaminya.\n\nJangan menjadi terlalu \u201coverprotective\u201c. Dikhuatiri mereka akan tertekan, menyimpan perasaan, memberontak dan melakukan perkata yang tidak sepatutnya satu hari nanti. Saya sendiri diwaktu muda, mengakui sering terdetik dalam hati apabila ibu bapa sayang melarang melakukan sesuatu \u201csikit-sikit tak boleh. Semua tak boleh. Rasa nak lari rumah la!\u201d.\n\nSaya tertekan kerana ibu saya tidak membenarkan saya keluar ke pusat beli belah sendirian. Sedangkan sedikit pun saya tidak tahu, beliau sebenarnya risaukan keselamatan saya.\n\nJangan terlalu mengongkong, tetapi jangan pula terlalu memberi kelonggaran. Biarlah anak\u00a0mengumpul pengalaman mereka sendiri, agar lambat laun, beliau dapat membezakan sendiri mana yang baik dan mana yang buruk.\n\nPengajarannya:\u00a0Berilah anak anda\u00a0sedikit ruang untuk membuat kesilapan, agar membantu beliau\u00a0membuat keputusan di masa hadapan.\n\n#6\u00a0Mengambil gambar hampir semua benda!\n\nDi zaman teknologi kini, hampir semua benda kita mahu kongsikan di media sosial. Tetapi ketahuilah, ada bezanya mengambil gambar untuk kenangan, dengan mengambil gambar hampir semua benda!\n\nTidak salahnya nak bergambar di hari raya, di birthday party, di majlis penyampaian hadiah anak atau bergambar sewaktu percutian keluarga. Semestinya anda mahu\u00a0merakam memori indah untuk simpanan di hari tua. Tetapi kadang kala.. KADANG KALA, lebih baik sekiranya anda berhenti seketika mengambil gambar dan menikmati momen tersebut semaksimum mungkin.\n\nApabila difikirkan kembali, menikmati sendiri saat tersebut lebih kekal dalam ingatan kita berbanding sibuk mengambil gambar. Demi mengambil gambar yang cantik, angle yang menarik, selalunya kita pasti akan terlepas saat indah yang sebenar.\n\nSaya mempunyai seorang rakan yang sentiasa melekat dengan ipad beliau. Hampir setiap peristiwa, sama ada majlis sambutan atau percutian keluarga di Australia, semuanya beliau merakamnya dengan ipad tersebut. Sehinggakan kadang kala, saya tertanya sendirian. Apa bezanya dengan menonton sahaja video tersebut di youtube?\n\nPengajarannya: Bergambar dan berkongsi di media sosial biarlah berpada. Sekali lagi, hidup ini sementara. Kita tidak pasti bila kali terakhir dapat menikmatinya.\n\nBenar, apa lah sangat permainan RM20 dikedai atau ais krim baskin robin di hujung minggu. Pasti tidak menjadi masalah untuk setiap ibu bapa memenuhinya. Lagipun, kita pasti mahu anak-anak sentiasa gembira.\n\nNamun, janganlah menjadikan ia sebagai suatu kebiasaan. Dikhuatiri, lama kelamaan anak anda tidak boleh menerima \u201ctidak\u201d sebagai jawapan. Pasti yang dia minta wajib kita penuhi. Dikhuatiri juga, anak anda tidak akan terlalu menghargai apa yang beliau ada. Kerana sudah tertanam dalam fikirannya \u201capa yang aku mahu, pasti aku akan dapat\u201d. Takut sekiranya perasaan syukur hilang darinya.\n\nSebagaimana saya sewaktu kecil dahulu. Saya akan dapat basikal yang saya idam-idamkan hanya setelah saya memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR. Jadi, saya akan terdorong untuk berusaha bersungguh-sungguh dan menjaga sebaik-baiknya\u00a0pemberian ayah hasil dari usaha diri sendiri.\n\nPengajarannya: Letakkan limit untuk setiap permintaan dan pemberian.\n\nSekiranya anda bencikan roller coaster, anda pasti tidak akan membawa anak-anak ke taman hiburan. Sekiranya anda tidak suka terik panas matahari dan berenang, anda pasti tidak akan membawa anak-anak ke tepi pantai. Sekiranya anda tidak suka makanan Jepun, tentu restoran\u00a0sushi tidak akan anak anda jejaki.\n\nMudah untuk mengelakkan sahaja perkara yang anda tidak suka lakukan. Tetapi ia mungkin tidak adil untuk anak anda. Tidak salah sekiranya membiarkan mereka meneroka sendiri kehidupan ini serta memilih apa yang mereka suka dan tidak suka lakukan.\n\nTidak mustahil mereka lebih berani bermain roller coaster dari anda. Tidak mustahil mereka lebih gemarkan snorkeling dan bermain pasir di pantai. Luangkan sedikit masa, dan biarlah anak anda merasai pengalaman baru.\u00a0Manalah tahu, anda pula akan bertukar minat dan persepsi berkenaan aktiviti itu.\n\nPengajarannya:\u00a0Janganlah mementingkan diri sendiri. Beri peluang untuk anak anda merasai pengalaman baru.\n\n#9\u00a0Melewat-lewatkan solat dan tidak solat berjemaah\n\nSungguhpun banyak lagi amalan agama lain yang boleh dititikberatkan seperti membaca al-Quran, berzikir, menderma dan berpuasa sunat; tetapi ketahuilah, solat itu tiang agama. Sekiranya tiangnya tidak teguh, masakan binaan\u00a0tersebut kukuh, bukan?\n\nSolat itu penting terutamanya untuk menegah kita dari melakukan perkara yang mendatangkan dosa. Saya akui, saya sendiri bergelut untuk berusaha solat di awal waktu. Pasti ada sahaja perkara yang tiba-tiba urgent untuk dilakukan sehingga melalaikan saya.\n\nSekiranya kita mahu anak-anak menjadi anak yang soleh dan menjaga solat, paling utama, semuanya harus bermula dengan diri kita dahulu.\n\nSelain itu, solat berjemaah adalah pengikat kasih dan hubungan sesama ahli keluarga. Amalkan solat berjemaah setiap kali bersolat. Nescaya, Allah akan merahmati dan memberkati keluarga anda, inshaAllah.\n\nPengajarannya:\u00a0Bak kata pepatah, \u201cmemimpin melalui teladan\u201d. Kata-kata, nasihat pada anak-anak\u00a0dan menghantar mereka ke sekolah agama \u00a0tidak cukup, selagi kita sendiri tidak mengamalkannya.\n\n10. Tidak mengucapkan\u00a0\u2018I Love You\u2019. \n\n\u201cI love you.\u201d atau \u201csaya sayang awak\u201d. Tiga perkataan yang tampak mudah, tetapi susah untuk diucapkan oleh kebanyakan ibu bapa terutamanya kaum bapa. Mungkin bukan budaya kita, atau mungkin sahaja ramai ibu bapa berpendapat \u201cperbuatan yang ditunjukkan adalah lebih baik berbanding sekadar kata-kata ucapan\u201d.\n\nBenar pebuatan itu penting, tetapi anak-anak kebanyakannya tidak tahu andai kata kita sendiri tidak memberitahu mereka. Anak-anak tahu\u00a0betapa anda sayangkan mereka sama ada secara perbuatan dan luahan kata-kata merupakan antara hadiah terindah yang boleh diberikan kita kepada mereka.\n\nPergilah. Beritahu mereka anda menyayangi mereka \u2013 tidak kira anak anda sudah meningkat remaja atau masih dibuaian.\n\nPengajarannya: Buangkan rasa ego atau malu dan\u00a0luahkan perasaan sayang anda pada anak-anak.\n\nKredit gambar: Mike Franks, Cool Fundamentalist, Marwa Morgan"
"Siapa tidak tahu bahawa baju kurung adalah pakaian tradisional Melayu yang dimaksudkan sebagai \u2018pakaian tertutup\u2019 oleh masyarakat Melayu terdahulu.\u00a0 Ia merupakan sejenis baju kebangsaan Malaysia yang juga sering digunakan untuk upacara rasmi. \n\nBaju kurung tradisional adalah lebih labuh dan longgar berbanding dengan baju kurung moden.\u00a0 Baju kurung ini telah dipopularkan pada abad ke-19 oleh Sultan Johor pada masa itu iaitu Sultan Abu Bakar. Baju kurung juga telah dilaporkan menjadi sangat popular semasa Islamisasi Malaysia pada tahun 1970 an dan 1980 an.\u00a0\n\nTerdapat banyak jenis baju kurung tradisional di Malaysia. Jom kita lihat satu persatu.\n\nKeindahan pakaian jenis baju kurung dari Sarawak terserlah dengan hiasan kreatif yang mempamerkan kemahiran menghiaskan corak menggunakan tangan. Corak hiasan pada baju kurung ini membentuk motif-motif etnik sama ada daripada tenunan, jalinan manik dan labuci. Paling penting sekali, ia seringkali menggunakan kain songket.\n\nNegeri Sembilan amat kaya dengan budaya kesenian dari segi pertukangan sehinggalah kepada pakaian yang cantik-cantik. Biasanya kaum wanita di sana gemar mengenakan baju Kurung Negeri Sembilan. Jenis Baju Kurung ini sama seperti Baju Kurung Teluk Belanga dan Kebaya labuh yang dipadankan pula dengan kain sarung.\u00a0\n\nBagi wanita bangsawan yang berketurunan Minangkabau, pakaian baju kurungnya diperbuat daripada kain baldu bersulam benang emas yang bertatahkan labuci. Kain sarungnya pula diperbuat dari kain songket penuh yang ditenun khas dari Pandai Sikek atau dari Batu Bara di Sumatera\n\nBaju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thailand.\u00a0 Jenis baju kurung ini menyerupai baju blaus pendek yang dibuat singkat sampai ke paras punggung. Jika anda lihat sendiri, jenis baju kurung ini amat menyerupai baju blaus di selatan Thailand bukan?\u00a0\n\nBaju Kurung Kedah merupakan jenis baju kurung yang longgar dan diperbuat daripada kain kapas (cotton) yang berbunga kecil atau kain kasa tebal atau nipis yang jarang. Namun, bergantung kepada corak yang dipilih. Di bahagian leher pula, dibuat bentuk potongan bujur sireh.\u00a0\n\nBaju Kurung Kedah biasanya dipakai bersama kain sarung. Kain sarung tersebut diikat secara ambak mengalur dan di masuk sebelah kiri atau kanan kain. Baju Kurung Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian seharian ataupun sebagai pakaian basahan.\n\nJenis baju kurung ini sukar untuk dilihat pada masa kini. Biasanya baju kurung ini dipakai oleh puteri di perak pada zaman dahulu. Reka bentuk baju kurung ini juga amat berbeza daripada baju kurung yang lain kerana ia perlu dipakai dengan seluar dan sampin. \n\nRekaan baju kurung ini juga mempunyai persamaan dengan baju kurung cekak musang kerana memiliki kolar di bahagian leher.\n\nJenis Baju Kurung ini dikenali sabagai Baju Kurung Riau Pahang. Baju kurung ini dikatakan sebagai simbolik menyingkap sejarah pertalian antara kedua negeri Riau dan Pahang. \n\nWalaupun dua negeri ini adalah berjauhan, hubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah. Dengan keutuhan tersebut, maka terciptalah jenis baju kurung ini yang juga dikenal sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. \n\nBerbeza dengan pesak jenis baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang adalah jenis berpesak bunga yang disambungkan dengan kekek gantung. Baju ini amat sangat menarik sekali dipakai dengan butang yang ganjil bilangannya iaitu tujuh atau sembilan biji butang.\n\nPakaian tradisional wanita Melayu Melaka pula selesa mengenakan jenis baju kurung teluk belanga. Uniknya, baju kurung ini diubah dengan gayanya yang tersendiri. Baju kurung ini diubah dengan mempunyai hiasan dada dihiasi dengan sibar layang dari baldu beserta manik dan labuci.\n\nBaju kurung Cekak Musang ini lebih kurang seperti jenis baju kurung teluk belanga. Namun ianya berbeza pada struktur gaya lehernya, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak. Jenis baju kurung ini dipercayai menerima potongan daripada pengaruh gaya India dan China.\n\nBaju kurung ini juga dikenali sebagai salah satu jenis baju kurung Johor. Baju kurung ini mula diperkenalkan semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar. Baginda menetapkan supaya baju perempuan labuhnya sampai ke bawah lutut, alas lehernya dijahit halus dan tidak mempunyai kocek atau poket. \n\nKini, perbagai jenis modifikasi dan pengubahsuaian telah dilakukan oleh para pereka fesyen yang selari dengan perubahan fesyen masa kini.\n\nJenis baju kurung ini mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar juga. Ianya terjadi ketika baginda bersemayam di Teluk Belanga sebelum berpindah ke Tanjung Puteri. Terdapat pelbagai bentuk sulaman baju kurung Johor iaitu mata lalat, tulang belut dan insang pari. \n\nSewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, baginda telah mengubah rekaan baju kurung tersebut seperti Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad.\u00a0\n\nAntara yang digubah oleh baginda pada baju kurung tersebut adalah ditambah kocek dan mengenakan kain bersusun di sebelah kiri. Baju kurung ini amat popular dalam kalangan masyarakat Johor dan dipakai pada hari perayaan dan apabila menghadiri pelbagai majlis tertentu.\n\nBaju kurung pesak merupakan jenis baju kurung tradisional Johor. Baju kurung ini mengenakan potongan klasik yang mula-mula dipakai oleh semua wanita Melayu. \n\nApa yang membezakan rekaan baju kurung ini dengan rekaan yang lain adalah baju kurung ini mempunyai potongan pesak di bahagian kiri dan kanan baju.\n\nItulah dia jenis baju kurung tradisional di Malaysia yang harus anda kenali. Jom baca juga tips pilih baju pengantin, Idea penyangkut baju dan Kisah baju raya anak Saidini Umar Al Khattab."
"Siapa kata cuci kusyen kereta tidak penting dalam penjagaan kereta agar tahan lama? Kusyen kereta yang kotor dan berhabuk boleh mengundang pelbagai jenis bakteria untuk bersarang dalam kereta kita tanpa sedar. \n\nArtikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang beberapa cara bagaimana untuk cuci kusyen kereta agar jadi nampak baru. \n\nBagaimana kaedah cuci kereta di Malaysia?\n\nTerdapat tiga kaedah cuci kereta yang biasa digunakan oleh rata-rata masyarakat di Malaysia ini. Berikut adalah beberapa kaedah cucian yang perlu anda tahu.\n\nKereta yang dicuci secara manual merupakan kaedah paling selamat dan kebanyakkan dari kita sendiri menggunakannya. \n\nSama ada kita upah orang untuk basuh di kedai atau basuh sendiri, kedua-duanya menggunakan kaedah yang serupa.\n\nAsas kepada cucian tersebut, kereta akan dibilas dengan air bersih sebelum menyembuh semburan buih pada permukaannya. \n\nKemudian, kain mikrofiber akan digunakan untuk menyental segala kekototan pada kereta. Apabila siap mencuci, bilas sekali lagi kereta sehingga hilang buih dan bersih.\n\nKaedah ini memang sangat efektif berbanding kaedah cucian lain kerana caranya yang lebih berhemah dan lembut. \n\nCucian tanpa air (waterless car wash)\n\nBagi cucian tanpa air pula, ianya lebih mudah kerana kita hanya perlukan bahan semburan dalam botol dan tuala mikrofiber untuk mengelap kereta. \n\nNamun begitu, kaedah ini hanya sesuai digunakan apabila keadaan kereta tidaklah terlalu teruk dan kotor. Ia sekadar berguna untuk menampakkan kereta lebih berkilat dan baru.\n\nBila timbul rasa malas untuk basuh kereta tetapi keadaan kereta memang terlalu kotor, solusi terbaik untuk anda adalah dengan menggunakan keadah cucian automatik sahaja.\n\nTerowong cuci kereta ini banyak disediakan di lokasi tertentu seperti stesen minyak atau tempat tumpuan orang ramai. \n\nKereta akan digerakkan menggunakan tali sawat yang membawa kereta melalui berus dan penyembur air automatik, dan pembersihan boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan efisien tanpa menggunakan tenaga manusia.\n\nTips cuci kusyen kereta hilangkan segala kekotoran\n\nDua masalah yang sering menyebabkan kita kerap untuk cuci kusyen kereta adalah kerana kusyen berpeta dan kotor.\n\nUntuk menangani masalah kedua-duanya ini, berikut kami kongsikan langkah yang efektif untuk menyelesaikannya. \n\nSelain dari cara cuci kusyen kereta ini, anda juga boleh baca artikel tentang tips penjagaan kereta yang lain seperti:"
"Bawang putih adalah salah satu makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi. Ada yang gemar makan bawang putih, kalau boleh setiap masakan perlu letak bawang putih. Ada juga yang tidak suka bawang putih kerana dikata ia boleh menyebabkan bau badan yang busuk.\n\nTetapi adakah anda tahu bawang putih boleh merawat pelbagai penyakit? Antaranya adalah kanser. Contoh-contoh kanser adalah kanser payudara, kanser usus, kanser hati, kanser rahim, kanser kulit dan kanser paru-paru. Jadi, adakah bawang putih mampu untuk merawat penyakit kanser ini?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai bawang putih mampu merawat kanser. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri. \n\nBawang putih telah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Bahan berkhasiat dalam bawang putih dipanggil allicin dan ajoene. Allicin mempunyai sifat antikanser yang kuat khususnya antikanser payudara, prostat, usus besar, kulit, rahim, pundi kencing dan paru-paru.\n\nSelain dari itu, ia membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. Justeru, minumlah air bawang putih jika kita demam, batuk atau sakit tekak\n\nCara betul untuk dapat khasiat bawang putih\n\nAllicin akan terbentuk jika bawang putih diketuk. Caranya adalah dengan mengetuk 2 ulas bawang putih, biarkan selama 10 minit, ditambah madu, air suam dan seterusnya diminum.\n\nJika bawang putih diketuk (dibiarkan selama 10 minit) dan ditambah minyak zaitun. Bahan yang terbentuk adalah ajoene. Bahan ini merencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser darah (leukimia).\n\nJika bawang putih dipanaskan selama 1 minit dalam mikrowave dan 45 minit dalam oven. Bawang putih akan hilang keupayaan untuk bertindak sebagai antikanser.\n\nBahan berkhasiat allicin juga akan hilang sehingga 22% jika disimpan selama 180 hari dalam petisejuk dan akan hilang sehingga 99% jika bawang putih digoreng.\n\n*Info yang dikongsikan oleh Dr. Suri amat bermanfaat untuk semua, lebih-lebih lagi bagi pesakit yang menghidap penyakit kanser. Tidak salah untuk kita mencuba dahulu, mana tahu ia boleh merawat kanser. Kita perlu berusaha jika ingin kembali sihat dan bertenaga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Anda pernah dengar mengenai difteria? Penyakit difteria ini, sekali pandang ingatkan ia merujuk kepada cirit-birit. Ternyata bukan ya! \n\nApabila dibaca dengan lebih mendalam, rupanya ia sesuatu yang sangat serius yang perlu dibendung secepatnya kerana penyakit ini mudah tersebar.\n\nBukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan kematian jika penggunaan vaksin tidak dititikberatkan. Jom kita lihat perkongsian Dr Ezairy M.Sallih mengenai penyakit berbahaya ini.\n\nDifteria boleh membawa maut. Mengapa ianya sangat berbahaya?\n\nDifteria adalah jangkitan bakteria yang serius yang menjejaskan membran mukus tekak dan hidung. Walaupun ia mudah tersebar dari seseorang ke individu lain, jangkitan ini dapat dicegah melalui penggunaan vaksin. Ya, vaksin!\n\nApa Penyebab Dan Bagaimana Difteria Tersebar?\n\nSejenis bakteria dipanggil Corynebacterium diphtheriae menyebabkan berlakunya jangkitan diphtheria. Keadaan ini biasanya tersebar melalui jangkitan antara orang terdekat atau melalui sentuhan dengan objek yang mempunyai bakteria pada mereka, seperti cawan atau tisu yang digunakan.\n\nAnda juga boleh mendapatkan difteria jika anda berada di sekitar orang yang dijangkiti ketika bersin, batuk, atau menghembus hidungnya.\n\nSiapa Berisiko Untuk Mendapat Jangkitan Ini?\n\nOrang ramai juga lebih berisiko untuk mendapat jangkitan difteria jika mereka:\n\n1. tidak up to date mengenai vaksin mereka2. melawat negara yang tidak menyediakan imunisasi3. mempunyai gangguan sistem imun, seperti AIDS4. hidup dalam keadaan atau kediaman yang sesak\n\nApakah Gejala Dan Simptom Pesakit Difteria?\n\nSimptom yang paling ketara dan biasa dialami ialah adalah salutan tebal, kelabu pada tekak dan tonsil. Gejala-gejala umum yang lain termasuk:\n\n1. demam menggigil2. kelenjar bengkak di leher3. batuk yang kuat4. sakit tekak5. kulit kebiruan6. air liur meleleh7. Untuk kes yang lebih teruk, pesakit mungkin akan alami gejala tambahan seperti kesukaran bernafas atau menelan, perubahan dalam penglihatan dan percakapan yang tidak jelas\n\nDapatkan pemeriksaan doktor jika anda dan ahli keluarga anda alami gejala seperti ini.\n\n*Jangan main-main, pencegahan awal memang disarankan kerana difteria mengundang bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang sekeliling. Jom share infonya ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Ramai orang susah untuk belajar simpan duit kerana mereka mempunyai satu gambaran yang \u201cserabut\u201d mengenai amalan menabung ini. Gaji kecil, banyak tanggungan, gaya hidup yang melebihi kemampuan, dan bermacam lagi dijadikan alasan kenapa orang gagal dalam mengaplikasikan cara konsisten simpan duit.\n\nArtikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda semua tentang cara konsisten simpan duit paling mudah yang kita boleh buat dalam kehidupan seharian. \n\n75% rakyat Malaysia tiada simpanan RM1,000\n\nBaru tiga hari masuk tahun baru 2023, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Shamsiah Mohd Yunus sudah memberikan satu gambaran jelas bahawa tanda-tanda inflasi sudah mula menampakkan kesannya yang didorong oleh permintaan dalam persekitaran deposit yang tinggi.\n\nBank Dunia dan IMF bahkan turut memberi amaran ekonomi global berdepan kemelesetan susulan tindakan bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah. \n\nIni malah makin didorong oleh kemelut pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan perintah berkurung di China. Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak akan terlepas dari tempias ini yang justeru menjejaskan lagi pertumbuhannya.\n\nHanya dengan adanya simpanan kewangan, setiap masyarakat dapat hidup dengan \u201cseadanya\u201d ketika berhadapan dengan krisis ini. Namun apa yang memeranjatkan kita daripada laporam kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75% dariapda rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM 1,000.\n\nDalam kita tidak sedar, situasi ini sangat membimbangkan untuk kita menghadapi cabaran krisis ekonomi 2023.\n\nMengambil langkah pantas untuk berdepan dengan isu ekonomi yang lebih merisaukan di masa depan, ini kami kongsikan kepada anda cara konsisten simpan duit.\n\n1. Mula simpan dengan nilai duit yang kecil\n\nMemasang target dalam menyimpan itu memang penting. Namun apabila kita memberatkan soal nilai untuk menyimpan semata-mata, percayalah kita tidak akan mampu untuk terus konsisten simpan duit.\n\nKita perlu faham bahawa untuk melentur buluh yang sudah \u201ckeras\u201d ini amatlah sukar. Justeru itu, langkah permulaan untuk menyimpan mula simpan dengan jumlah yang kecil dahulu.\n\nSungguhpun nilainya kecil ini tidak bermaksud ia satu perkara yang mudah untuk dilakukan jika tanpa disiplin yang tinggi. Bermula dengan simpanan yang sedikit adalah lebih baik daripada tiada langsung simpanan. \n\n2. Buat simpanan melalui pemotongan gaji\n\nCara konsisten simpan duit yang lain adalah dengan membuat pemotongan gaji. Cara ini sudah banyak dipraktikkan oleh ramai pihak dan diperakui ianya sangat berkesan. \n\nSimpan melalui pemotongan gaji lebih mudah kerana duit ditolak secara automatik selepas gaji kita masuk untuk setiap bulan. Bahkan belum sempat untuk kita keluarkan dan nikmati duit gaji lagi, mereka sudah pun mendebitkannya ke dalam akaun kedua kita. \n\nCara ini nampak agak \u201ckasar\u201d tetapi ia cukup berkesan khususnya kepada mereka yang boros atau mempunyai 1001 alasan untuk mula menyimpan.\n\n3. Asingkan akaun simpanan dan perbelanjaan\n\nDengan mengasingkan bank akaun untuk simpanan dan perbelanjaan, kita boleh menetapkan dua fungsi dan objektif yang berbeza bagi kedua-duanya.\n\nContohnya Akaun A untuk berbelanja, kita boleh gunakan untuk membuat pembayaran keperluan harian, bil, pinjaman, dan sebagainya.\n\nManakala untuk Akaun B pula adalah untuk simpanan, akaun tersebut tidak boleh terusik sedikit pun nilainya hanya boleh terus kekal bertambah. \n\n4. Berjimat-cermat dalam membuat perbelanjaan harian\n\nMerubah gaya hidup dari boros berbelanja kepada bijak dan berjimat-cermat ketika berbelanja memberi perubahan yang sangat besar dalam hidup kita sebenarnya. \n\nUsahakan untuk buat semakan setiap kali kita berbelanja supaya kita tahu di mana duit dihabiskan bagi setiap perbelanjaan harian. Dari situ, perlahan-lahan kita dapat \u201cdetect\u201d dan kurangkan perbelanjaan tersebut.\n\n5. Amalkan sikap simpan baru belanja\n\nBagaimana kita membeli sebuah barang peribadi yang mahal seperti iPhone misalnya? Kebiasaan, kita akan target untuk gunakan gaji pada bulan hadapan kesemuanya untuk membeli iPhone tersebutkan.\n\nInilah silap kita dalam menguruskan perbelanjaan. Cara yang paling tepat adalah dengan simpan dahulu baru berbelanja. \n\nSebuah iPhone yang berharga RM5,000 dengan gaji kita yang hanya RM2,500 sebulan, kita memerlukan kira-kira setahun atau setahun setengah untuk dapat membelinya jika kita menyimpan RM400 sebulan. \n\nCara ini lebih selamat untuk jangka masa yang panjang kerana selain ia teknik yang bijak dalam berbelanja, cara ini juga boleh mengajar kita dua perkara.\n\nPertama, ia melatih kita untuk berfikir dengan lebih rasional tentang keperluan dan kehendak. Kedua, sekiranya di pertengahan jalan kita merubah fikiran dan tidak mahu membeli barang idaman itu lagi, duit yang dikumpul itu kekal menjadi simpanan. \n\n6. Buka akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB)\n\nRamai orang Melayu tidak faham kebaikan yang ada pada Amanah Saham Bumiputra (ASB). ASB menyediakan platform untuk kita menyimpan sambil melabur.\n\nBahkan ASB turut menyediakan kadar dividen yang lebih tinggi dan lebih berbaloi daripada bank. Dua cara untuk anda simpan dalam akaun ASB adalah secara manual atau automatik.\n\nJika menggunakan cara automatik, anda boleh setkan mode Auto Deduction atau Auto Labur agar akaun tersebut memotong duit automatik dari akaun kita. \n\n7. Berhenti gunakan kad kredit dan berhutang\n\nKad kredit amat bahaya jika kita jenis seorang yang leka dan boros berbelanja. Oleh kerana, wang yang keluar semuanya secara transaksi online kita tidak nampak berapa banyak hutang itu bertambah dan semakin bertambah. \n\nJusteru itu, adalah lebih baik untuk elak dari menggunakan kad kredit dan berhutang selagi boleh. \n\nSelain dari tips mengenai cara konsisten simpan duit ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan kewangan seperti:"
"Apa yang kita tahu tentang perasaan anak-anak kita?\n\nAdakah kita sudah cukup memahami perasaan mereka?\n\nBagaimana kita mahu didik anak-anak untuk mengurus perasaan mereka dengan baik?\n\nMenafikan perasaan anak adalah satu kesilapan yang sering kita terlepas pandang sebagai ibu bapa. Adakah situasi-situasi di bawah yang boleh dijadikan contoh dalam penafian perasaan anak-anak\u00a0sering berlaku kepada kita juga?\n\nSelalukan dialog-dialog di atas kita ucapkan kepada anak-anak?. Penafian yang berterusan ini akan menyebabkan anak-anak keliru dan akhirnya akan membuatkan mereka bertambah marah kerana ibu bapa tidak percaya akan kata-kata dan tidak cuba untuk memahami mereka.\n\nSebagai ibu bapa kita perlulah meraikan perasaan anak-anak dan menjadi pendengar yang baik apabila mereka meluahkan perasaan. Beri mereka peluang meluahkan rasa hati walaupun ia sesuatu yang negatif kerana dari situ kita boleh berikan tunjuk ajar bagaimana untuk mereka menguruskan emosi dengan baik.\n\nMerujuk kepada Adele Faber dan Elaine Mazlish dalam buku yang bertajuk \u201cHow To Talk, So Kids Will Listen\u201d, mereka menggariskan 4 cara yang berkesan sebagai panduan kepada ibu bapa dalam membantu anak-anak menguruskan perasaan dan emosi mereka.\n\nApakah perasaan jika kita bercakap tetapi orang melihat telefon? Hanya acuh tidak acuh mendengar. Sudah pasti sakit hati bukan? Begitu juga anak kita, pastikan kita mendengar dengan postur badan dan respons yang baik.\n\nHalakan badan ke arah anak dan pastikan mata kita selaras dengan mereka. Dengar setiap bicara, luahan mereka dengan perasaan empati. Seolah-olah kita berada di tempat mereka.\n\nKadangkala, \u00a0perhatian tanpa suara itu adalah yang diperlukan anak. Hanya PERHATIAN dari ibu bapa sudah memadai.\n\nRaikan perasaan mereka dengan perkataan \u201cOh\u201d, \u201cMmmmm\u201d, dan \u201cBegitu..\u201d.\n\nEkspresi seperti ini ditambah dengan sikap ambil berat daripada ibu bapa akan membuatkan anak-anak lebih menerokai fikiran dan perasaan mereka.\n\nAkhirnya, anak mungkin menemui jalan penyelesaian mereka sendiri terhadap permasalahan yang dihadapi.\n\nBagaimana cara untuk menamakan perasaan anak? Mari lihat contoh di bawah:\n\nDengan memberikan respons begini, anak-anak akan lebih mudah ditenangkan jika dalam keadaan marah, sedih atau takut kerana merasakan ada orang yang memahami perasaan dan pengalaman mereka.\n\n4. \u00a0Tunaikan Permintaan Anak Secara Imaginasi\n\nApabila anak mahukan sesuatu yang mereka tidak boleh dapatkan, selalunya ibu bapa akan memberikan alasan logik sebab mengapa anak tidak boleh dapatkan sesuatu yang diinginkan seperti \u201cbasikal itu mahal\u201d, \u201cmainan itu tidak berfaedah\u201d, dan \u201cbiskut itu sudah habis\u201d.\n\nSebenarnya, kita boleh menukar pernyataan di atas kepada pernyataan yang lebih mesra dan positif. Ajak mereka berimaginasi bersama-sama seolah-olah kita tetap cuba menunaikan permintaan mereka walaupun secara fantasi sahaja.\n\nContohnya, \u201cIbu harap ibu ada kuasa magis untuk keluarkan kotak biskut yang baru kepada awak\u201d dan \u201cMari kita melukis basikal bersama- sama, mesti basikal yang dilukis kamu lebih cantik dari itu\u201d.\n\nNamun, sebenarnya, sikap kita memainkan peranan yang lebih penting daripada apa yang kita ucapkan. Seiringkan setiap ucapan kita dengan perasaan empati supaya anak-anak akan merasakan yang ibu bapanya memahami setiap perasaan yang diluahkan mereka. Kuncinya ialah EMPATI!\n\nSumber: Buku \u201cHow To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk\u201d"
"Selamat pagi buat semua! Di hujung minggu di bulan Ramadhan ini eloklah kita perbanyakkan lagi amalan-amalan untuk kita peroleh lebih pahala dan keberkatan dariNya. Jangan asyik nak tido ajee kan. Ahaks!\n\nHujung minggu ni biasa kita ada energy lebih lah sikit since kita ada 2 hari untuk berehat sebelum kita mulakan rutin bekerja di hari-hari biasa. Jadi, bolehlah kita main masak-masak dan mencuba resepi baru. Anda suka resepi sihat masakan bakar-bakar?\n\nKalau ada sesiapa yang tengah on diet tu eloklah pilih masakan cara bakar, rebus dan kukus. Biasanya yang famous adalah masakan jenis bakar sebab rasanya dapat menambah selera makan. Nak diet pun kita kena pastikan menu yang dipilih tu mestilah enak selain sihat. Barulah bersemangat nak diet!\n\nMasakan jenis bakar contohnya ikan bakar, sotong bakar dan sebagainya tidak akan lengkap tanpa pencicah air asam. Hari ini, kami akan kongsikan resepi air asam yang sangat sedap ini dari saudara Syed Mohd Nazli di facebook. Semoga bermanfaat.\n\nRumusannya,bahan bahan boleh ditambah seandainya kurang rasa kesedapannya.\n\nDiharap agar anda boleh share dan mencubanya ya. Selain resepi ini, kami juga ada kongsikan banyak resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. WAJIB cuba tau!"
"Memiliki anak ialah impian semua pasangan yang sudah berkahwin. Bukanlah sesuatu yang menghairankan, jika pasangan hamil dalam jangka waktu yang cepat. Mereka tak perlu tunggu lama. Ada yang dimurahkan rezeki dengan hamil \u2018bunting pelamin.\u2019\n\nKelahiran anak pertama dan seterusnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua orang tak kira pasangan, ahli keluarga dan saudara-mara. Masyarakat beranggapan bahawa anaklah yang bakal menjadi penyeri rumah tangga. Anak juga merupakan pewaris keturunan, harta dan sebagainya.\n\nNamun, ada yang terpaksa menunggu sehingga sepuluh tahun lebih sebelum dapat anak pertama. Ada pula yang langsung tidak dapat menikmati anugerah berharga itu. Apakah sebab berlakunya keadaan ini?\n\nBagi pasangan yang diuji dengan kesukaran untuk mendapat anak, pelbagai rawatan dilakukan sama ada secara tradisional dan moden. Malah, bukan sedikit kos yang dikeluarkan untuk tujuan rawatan tersebut. Ada yang berjaya, ada juga yang gagal.\n\nSalah satu sebab berlakunya masalah ini ialah faktor ketidaksuburan sama ada salah seorang atau kedua-dua pasangan. Menurut konteks perubatan, ketidaksuburan ialah kegagalan untuk hamil selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan secara tetap selama setahun.\n\nTerdapat beberapa sebab berlakunya ketidaksuburan, iaitu:\n\nJangan salahkan isteri jika anda berhadapan dengan masalah kesukaran mendapat anak. Kajian mendapati bahawa peratus untuk menghadapi masalah ini ialah sama iaitu 50 peratus bagi suami dan isteri.\n\nOleh itu, pasangan perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan selepas 2 tahun gagal memperoleh cahaya mata. Jika terlewat mendapatkan rawatan, dikhuatiri kadar kesuburan bagi wanita akan menurun dan lebih sukar untuk memperoleh anak.\n\nSalah satu rawatan yang boleh dicuba oleh pasangan yang merancang untuk mendapatkan anak ialah melalui kaedah Persenyawaan In Vitro (IVF). IVF juga dikenali sebagai bayi tabung uji iaitu teknologi bantuan reproduktif.\n\nIVF membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan melalui proses persenyawaan ovum oleh sperma di luar badan manusia. Kaedah ini dilakukan selepas teknik bantuan reproduktif yang lain gagal.\n\nBiasanya IVF akan disyorkan oleh pakar sakit puan selepas teknik bantuan rawatan IUI gagal. Bagi wanita yang sudah berusaha untuk mendapatkan anak selama 2 tahun, kaedah ini boleh dicuba.\n\nMenurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beberapa langkah akan dilakukan oleh doktor bertauliah. Mula-mula sekali, ovari akan dirangsang (hiperstimulasi) untuk menghasilkan folikel yang banyak.\n\nProses ini bergantung pada umur, protokol dan dos hormon (FSH) yang diberikan. FSH yang disuntik ini akan dipantau secara berkala termasuk pemantauan perkembangan folikel sehingga hari ke-10 suntikan diberi.\n\nKemudian, suntikan Human Chorionic Gonadotropin (hCG) akan diberikan kepada pesakit. Fungsi suntikan ini ialah untuk membantu mematangkan ovum. Selepas 34 hingga 36 jam suntikan hCG diberikan, ovum akan diambil.\n\nKemudian, sperma yang berkualiti akan diambil daripada pasangan anda. Ovum dan sperma tersebut akan disenyawakan di dalam makmal. Seterusnya, embrio (janin) yang terbentuk akan dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj.\n\nUsia dan bilangan embrio yang akan dipindahkan ke dalam rahim bergantung kepada bilangan embrio yang berkualiti, umur wanita dan faktor kesihatan.\n\nUbat-ubatan akan diberikan untuk menguatkan rahim sehingga hari ujian kehamilan dijalankan. Ujian ini akan diberikan selepas 2 minggu pemindahan embrio ke dalam rahim dilakukan.\n\nInfo Yang Perlu Anda Tahu Tentang IVF\n\nTerdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum dan selepas kaedah IVF dijalankan. Antaranya ialah:\n\nKejayaan prosedur IVF memerlukan ovum yang sihat dan berkualiti, sperma yang mampu mensenyawakan ovum dan rahim yang mampu meneruskan kehamilan.\n\nMalahan, faktor utama yang menyumbang kandungan dan kadar kehamilan melalui prosedur IVF ialah umur wanita. Umur yang paling baik untuk prosedur ini ialah 23 hingga 42 tahun.\n\nTerdapat beberapa sebab yang mengakibatkan prosedur IVF boleh gagal iaitu wanita yang tak dapat menangani stres. Wanita yang melalui prosedur IVF akan cenderung untuk murung dan mengalami tekanan. Ini akan mengganggu kestabilan hormon.\n\nFaktor-faktor lain ialah masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, merokok, kualiti sperma yang rendah, BMI yang tak normal dan sebagainya.\n\nSeperti mana rawatan kehamilan yang lain, IVF juga mempunyai kebarangkalian untuk berlaku komplikasi. Antaranya:\n\nTerdapat lebih 35 premis yang menyediakan perkhidmatan rawatan IVF di Malaysia. Bagi hospital kerajaan hanya terdapat 4 buah hospital sahaja yang menyediakan rawatan ini, iaitu:\n\nManakala, selebihnya ialah hospital dan klinik swasta. Antaranya ialah:\n\nSeperti yang kita sedia maklum, kos untuk prosedur IVF bukanlah murah. Namun begitu, kos IVF di hospital kerajaan lebih murah berbanding di hospital swasta disebabkan subsidi ubat-ubatan oleh kerajaan.\n\nAnggaran kos rawatan di hospital kerajaan ialah dalam RM 5,000 hingga RM 10,000. Namun, anda perlu menunggu giliran sehingga hampir setahun. Malahan, ada beberapa syarat yang dikenakan untuk membuat prosedur IVF di hospital kerajaan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terlebih dahulu.\n\nManakala, di hospital swasta, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 14,000 hingga RM 20,000 bergantung pada usia wanita tersebut. Ini kerana keperluan dos ubat meningkat mengikut keupayaan umur. Namun, permohonan IVF di hospital swasta lebih mudah.\n\nCara Mohon Rawatan IVF di Hospital Kerajaan\n\nDiharapkan para pembaca mendapat banyak maklumat berkaitan IVF. Seperti yang dinyatakan, pasangan yang ingin mendapatkan rawatan perlu bersedia dari aspek mental dan fizikal. Malahan, kos kewangan juga perlu diambil tahu.\n\nPenulis mendoakan pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan anak dipermudahkan semua urusan. Jika berjaya, alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Jika sebaliknya, sabar dan redha dengan ujian Allah. Sesungguhnya ada hikmah dan rezeki lain yang Allah akan berikan kelak."
"Mencari resepi nasi kak wok yang sedap? Kali ini kami akan berkongsikan resepi nasi kak wok yang sedap dan lazat. Resepi asal daripada \u200eMazliza Ahmad\u200e di laman Facebook.\n\nNasi kak wok ialah nasi dihidangkan dengan gulai, ayam goreng dan sambal belacan. Nasi kak wok ramai peminatnya, ianya biasa dibeli sebagai santapan makan tengah hari. Nasi kak wok ramai diminati oleh orang-orang yang bekerja mahupun pelajar sebagai bekal makan.\n\nSelain daripada itu, nasi kak wok juga boleh dijadikan sebagai hidangan untuk acara kenduri-kendara. Nasi kak wok yang bersayur lengkap dengan ayam goreng tentunya akan memuasakan selera tetamu.\n\nAnda yang mencari-cari resepi nasi kak wok, sila cuba resepi ini. Selamat menjamu selera.\n\nHidangkan dengan nasi putih yang diletakkan daun pandan 2 @ 3 helai.\nSangat menarik bukan? Selamat mencuba.\n\nSelain resepi nasi kak wok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Mak ayah mana yang tak risau bila bayi comel kesayangan tiba-tiba tak dapat bernafas dengan betul disebabkan oleh masalah hidung tersumbat. Lagi susah hati apabila melihat bayi anda meragam dan menangis akibat tidak selesa. Makin bayi anda menangis, makin teruk hidungnya akan tersumbat. Puas dipujuk supaya jangan menangis tapi manalah bayi kecil ank faham apa yang kita katakan.\n\nHakikatnya, kita yang dah dewasa pun akan rasa tersiksa apabila mengidap masalah hidung tersumbat. Rasa nafas tak sampai. Rasa sesak dada. Rasa serba tak kena. Bayangkan sengsaranya kalau bayi kecil yang terkena. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang hidung bayi tersumbat. Apakah sebabnya dan apa yang ibu bapa boleh buat untuk menghilangkannya.\n\nBiasanya hidung bayi tersumbat adalah disebabkan oleh selsema. Apabila bayi anda selsema, akan ada banyak hingus yang mengisi rongga hidung bayi anda lalu lama-lama akan mengeras dan menyumbat saluran hidung bayi anda lalu mengganggu pernafasannya. \n\nSelain itu, cuaca dan persekitaran yang terlalu sejuk juga boleh menyebabkan hidung bayi anda tersumbat. Itulah sebabnya apabil bayi anda berada dalam bilik berhawa dingin yang terlalu sejuk atau sedang bercuti di Cameron Highlands, bayi anda mudah tersumbat.\n\nApakah petua untuk hilangkan hidung tersumbat pada bayi dengan cepat dan berkesan?\n\nUsah susah hati. Jom kami kongsikan petua hilangkan hidung tersumbat bayi dengan cepat dan kami jamin berkesan. Lepas ni anda tidak akan susah hati lagi melihat bayi anda tidak selesa kerana hidung tersumbat. Di antara petua yang boleh anda lakukan ialah:\n\nSapukan kunyi hidup pada atas batang hidung bayi dan dahi\n\nIni adalah petua orang lama yang sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Selain menghilangkan hidung tersumbat, ia juga membantu menghilangkan selsema bayi anda dengan cepat. Caranya, ambil sedikit kunyit hidup. \n\nSagat kunyit tadi dan ambil kunyit yang telah disagat tadi lalu sapukan pada batang hidung dan dahi bayi anda. Mungkin bayi anda akan kelihatan pelik dengan kekuningan pada hidung dan dahi, namun percayalah ianya sangat membantu. Sekejap sahaja hidung bayi anda akan bebas dari tersumbat.\n\nVicks Vaporub merupakan barang keperluan bayi yang wajib ada di rumah anda. Ianya merupakan minyak panas dengan pelbagai guna. Ianya boleh disapukan pada bayi anda apabila gatal digigit nyamuk, selsema, perut kembung, malah boleh membantu untuk menghilangkan masalah hidung tersumbat. Ada dua cara yang boleh anda gunakan iaitu:\n\nMungkin anda tidak tahu bahawa Vicks Vaporub botol biru yang biasa kita gunakan tidak sesuai untuk bayi berumur dibawah 2 tahun kerana mengandungi Camphor. Untuk bayi dibawah dua tahun, anda perlu membeli Vicks Vaporub dengan botol berwarna merah jambu yang dicipta khas untuk bayi bawah 2 tahun. Ingat ya! Beli Vicks Vaporub botol merah jambu, bukannya biru.\n\nSatu lagi petua hilangkan hidung tersumbat pada bayi yang berkesan boleh anda cuba ialah dengan menggunakan semburan hidung Sterimar atau Sterimar Nasal Spray. Ia boleh dibeli di farmasi atau klinik. Jangan bimbang, semburan hidung Sterimar adalah selamat untuk digunakan pada bayi anda. Ia adalah air laut semulajadi yang selamat untuk bayi dibawah 2 tahun.\n\nSpray ini perlu anda semburkan ke dalam hidung bayi anda. Selepas semburan, hingus bayi anda akan keluar dengan banyak dan saluran hidung bayi anda akan kosong dari hingus. Cara menggunakan semburan hidung Sterimar adalah seperti berikut:\n\nItulah dia info tentang hidung bayi tersumbat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang punca bayi menangis malam dan gripe water untuk bayi"
"Deria bau anda mungkin jadi semakin kuat dan bau-bau yang biasa mungkin akan membuatkan anda jatuh sakit. Begitu juga dengan selera makan dan deria rasa anda. Jaga-jaga dengan kepala yang rasa berpusing-pusing \u2013 jika anda rasa hendak pitam, pastikan anda duduk.\n\nJika anda mempunyai apa-apa pendarahan atau kekejangan, hubungi doktor atau bidan anda dengan segera.\n\nJika anda baru sahaja mengetahui yang atau fikir anda sedang hamil, buat temujanji untuk berjumpa dengan GP anda untuk memulakan penjagaan kehamilan anda.\n\nIbu boleh jadi semakin bahagia dengan pengalaman kelahiran mereka apabila mereka mempunyai orang atau kumpulan yang sama untuk menjaga mereka sepanjang kehamilan, kelahiran dan selepas melahirkan. Ia adalah idea yang baik untuk bertanya kepada GP anda tentang bagaimana semua hal ini boleh berjalan dengan baik.\n\nIni adalah masa yang amat penting untuk perkembangan bayi anda, tapi ini juga adalah masanya di mana ramai wanita tidak tahu yang mereka sedang hamil.\n\nJika ada kemungkinan yang anda telah hamil, buat pemeriksaan dengan GP anda kalau-kalau ada ubat-ubatan yang anda ambil baik untuk bayi anda.\n\nIa juga adalah idea yang baik untuk bercakap tentang apa-apa perubahan gaya hidup yang anda mahu lakukan. Sebagai contoh, jika anda merokok, minum arak, atau menggunakan dadah yang lain, anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor anda berkaitan tentang menghentikan semua itu.\n\nMakan makanan yang sihat dan pengambilan makanan tambahan berupa asid folik juga adalah penting, begitu juga dengan mengelakkan beberapa jenis makanan yang boleh membuatkan anda jatuh sakit dan membahayakan bayi anda.\n\nBayi Anda Semasa Anda Hamil 6 Minggu\n\nSecara keseluruhannya, bayi anda kelihatan seperti seekor berudu, dan mempunyai panjang kira-kira 5mm dari kepala ke ekornya. Pada ultrabunyi (biasanya tidak dijalankan pada tahap ini), bayi anda kelihatan seperti titik kecil yang terang dengan denyutan jantungnya amat laju dan berima.\n\nBerikut ada sebahagian perkembangan yang penting:"
"Petua orang dulu-dulu masih lagi diguna pakai sehingga ke hari ini terutamanya di mana-mana kampung dan juga orang-orang tua kita. Pastinya ia tidak lapuk ditelan zaman memandangkan ramai mak bidan yang masih lagi mengamalkannya sehingga hari ini. \n\nTerdapat banyak petua nenek yang membolehkan anda menjaga kesihatan dan memastikan kecantikan anda tidak hilang sepanjang hari. Petua nenek yang boleh kita amalkan akan membantu anda menyelesaikan masalah sekaligus menjimatkan kos perbelanjaan untuk barang-barang yang diperlukan dalam kehidupan anda.\n\nJom lihat petua nenek yang boleh anda ikuti. Mana tahu, selepas ini kita sama-sama boleh amalkan petua-petua ini!\n\nPetua nenek zaman dahulu mengatakan mandi awal pagi sebelum subuh dapat menganjalkan kulit tubuh dan wajah. Begitu jugalah kebaikan yang telah disebutkan oleh Nabi SAW sendiri iaitu mandi sebelum subuh dapat menguatkan badan dan mencantikkan wajah. Selain kuat, pasti anda lebih awet muda.\n\n#2 Minum Air Masak Setiap Pagi\n\nSebelum mandi atau melakukan apa-apa hal di pagi hari, terus ke dapur dan minum segelas air suam dahulu. Ia bagus untuk kesihatan kulit dan melancarkan sistem pencernaan anda. Dengar kata, petua nenek ini juga sesuai untuk anda yang ingin lebih muda dan tidak berkedut.\n\n#3 Air Mawar Untuk Seri Wajah\n\nSelepas mandi, gunakan air mawar untuk disapukan ke kulit wajah anda secara sekata. Air mawar dapat menaikkan seri wajah anda sekaligus dapat melicinkan kulit wajah dan pori-pori makin mengecil. Air mawar mempunyai vitamin yang hebat untuk kecantikan wajah anda.\n\n#4 Air Beras Untuk Kulit Mulus\n\nYa, kalau nakkan kulit yang lebih mulus, ikuti petua nenek ini. Setiap 3 hari anda perlu membasuh muka dengan air basuhan beras kali pertama. Sebelum itu, selawat terlebih dahulu 3 kali. Lakukannya setiap minggu. Ia amat berkesan untuk mencantikkan kulit wajah serta menaikkan serinya.\n\nSekiranya anda mempunyai penyakit darah tinggi, beberapa petua nenek ini boleh anda ikuti. Pertama, ramas asam jawa dengan segelas air panas. Letakkan sedikit satu sudu gula merah dan minum. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan makan belimbing besi pada setiap hari. Ianya juga amat mujarab!\n\nKeputihan adalah masalah besar bagi semua wanita. Mudah sahaja, anda boleh rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali. Kemudian, campurkan sedikit garam untuk rasa yang lebih baik. Amalkan minum dua kali sehari sehingga sembuh dan pulih sedikit daripada keputihan yang teruk.\n\nAngin dalam tubuh badan menjadikan anda lemah tidak bermaya. Petua nenek bagi menghilangkan angin memerlukan anda merebus buah mata kucing bersama dengan sedikit halia dan gula merah (untuk memberi rasa yang lebih sedap). \n\nMinumlah ketika suhu air tersebut menjadi sedikit suam. Petua nenek ini perlu diamalkan setiap hari. Sebaik-baiknya minum selepas ada makan nasi atau makan makanan yang berat.\n\nKetuat amat degil untuk hilang walaupun pelbagai produk telah kita gunakan. Sebenarnya, terdapat petua nenek yang berkesan untuk menghilangkan ketuat. Mudah sahaja. Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Kemudian, titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. \n\nAnda boleh lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri. Tak percaya, cubalah sendiri!\n\nTerdapat banyak petua nenek untuk kelihatan lebih awet muda. Namun, jangan tinggal lakukan petua nenek yang paling berkesan ini. Semasa berdandan pada waktu pagi, jangan lupa baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta dengan niat anda dalam hati. \n\nMintalah agar Allah SWT indahkan wajah anda seperti wajahnya Nabi Yusuf A.S. Amalkan setiap pagi untuk kesan yang lebih baik. Cara ini amat berkesan kerana Selawat untuk Nabi Yusuf amat tinggi zatnya untuk lebih cantik dan muda.\n\nApa kata kali ini anda cantik secara semulajadi pula. Tak perlu produk-produk pelik, cukuplah sekadar anda sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. \n\nDengan mengamalkan sapuan madu pada bibir selalu, bibir akan merah semulajadi seperti anda memakai lipgloss. Cantik bukan? Jimat pula tu! Anda boleh amalkan sapuan madu pada bibir pada waktu pagi juga.\n\nPetua nenek bagi penawar resdung ini sering kita dengari daripada kawan-kawan sepejabat bukan? Ia sudah terkenal sejak dari dulu lagi. Anda boelh mengamalkan menyedut air ke dalam hidung seolah-olah anda berwuduk.\n\nKemudian, anda perlu picit atau tutup sedikit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Ia perlu dibuat di kedua-dua belah hidung secara berulang-ulang sehingga selesai. Ia seolah-olah anda mengeluarkan kotoran resdung dari hidung.\n\nSelepas itu, basuhlah muka dengan bersih. Anda boleh lakukannya setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, sama anda di pejabat, rumah atau dimana sahaja. Kesannya sungguh menakjubkan walaupun anda perlu bertahan sedikit.\n\nPetua nenek ini sering ditanya oleh mereka yang selalu merokok dan yang hormonnya tidak stabil sehingga menyebabkan bau mulut yang berpanjangan. Dengan mengamalkan petua nenek ini, Insyallah bau mulut anda akan mudah hilang dengan berkesan.\n\nAnda perlukan 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Tumbukkan bahan tersebut secara halus. Kemudian, gosokkan bahan yang telah ditumbuk itu di bahagian gigi dan kumurlah sehingga bersih. Anda boleh lakukannya 3 hari sekali. Pasti berkesan!\n\nItulah dia 12 petua nenek paling berkesan untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian. Jangan risau, ia benar-benar menjadi, bukan tahyul dan syirik. Semoga bermanfaat.\n\nJom baca juga urutan manja untuk suami, cara sejukkan badan dan perkara perlu buat jika terkena air panas."
"Anda selalu kena migrain? Sakit yang amat sangat sampai rasa nak hantukkan kepada ke dinding. Jom kami kongsikan 20 petua hilangkan migrain yang teruk dengan sepantas kilat.\n\nJika anda mula terkena migrain, jangan berlengah. Cepat-cepat sapukan minyak panas ke kepala, leher, belakang telinga & tengkok supaya migrain anda tidak menjadi semakin teruk. Dah sapu minyak, urut supaya darah dikepal dan leher berjalan dengan lancar.\n\nSelain minyak panas, minyak aromaterapi juga membantu untuk menghilangkan migrain. Kalau anda tak suka bau minyak panas, boleh pilih minyak aromaterapi yang anda suka. Sama ada lavender, jasmine, green tea atau sitrus.\n\nUrutan adalah petua menghilangkan migrain yang paling berkesan. Anda boleh urut sendiri atau minta orang tolong urutkan. Mulakan dengan bahagian bahu, diikuti leher, tengkok, belakang telinga, dan kepala. Tarik rambut bagi melepaskan haba yang terkumpul. Urutan membantu untuk membaiki perjalanan darah di kepala.\n\nUrutan juga boleh mmbuatkan anda lebih relax dan selesa, di samping membantu menghilangkan stress yang menjadi punca migrain.\n\nBila dilanda migrain, segera berehat di dalam bilik yang gelap. Cahaya yang terlalu terang adalah di antara punca anda migrain. Cahaya juga boleh menyebabkan migrain menjadi semakin teruk. Oleh itu, duduk di dalam bilik gelap adalah sangat membantu. Elakkan cahaya. Kalau anda tak boleh nak pergi ke tempat gelap, tutup mata dengan kain untuk meminimumkan cahaya.\n\n5. Duduk dalam suasana yang tenang\n\nSuasana yang senyap, damai, sejuk, dan selesa sangat membantu menghilangkan migrain. Kalau anda terus duduk dalam keadaan yang bising, sesak, panas, berhimpit, dan merimaskan, migrain anda akan menjadi semakin teruk.\n\nBauan aromaterapi bukan sahaja menenangkan malah membantu menghilangkan migrain. Bau lavender sememangnya terkenal dengan efek mendamaikan. Kalau anda tak suka bau lavender, boleh pilih bau green tea. Bila anda berasa tenang, secara automatik migrain juga akan hilang.\n\nPetua yang seterusnya adalah petua masyarakat cina. Apabila anda dilanda migrain, basahkan keseluruhan rambut dari hujung hingga ke kulit kepala. Tujuannya ialah untuk membebaskan haba yang terperangkap pada kulit kepala dan untuk menyejukkan kepala yang panas.\n\nIni kerana, kepala yang panas adalah antara punca kenapa anda terkena migrain. Kalau kami, lagi suka untuk duduk dibawah pancuran air. Air sejuk dari pancuran memang membantu menghilangkan migrain.\n\nAnada juga boleh membalut kepala dengan tuala basah.\n\nKalau anda berada di luar & tak boleh nak basuh rambut atau mandi dibawah pancuran, boleh cari pek ais untuk diletakkan di kepala. Letakkan di bahagian yang paling sakit dan biarkan si situ. Lapik dengan kain supaya kepala anda tak basah. Boleh juga guna cool fever.\n\nPetua yang kesembilan ialah perahan limau kasturi. Ini adalah petua orang lama masyarakat melayu. Caranya, ambil 3 biji limau kasturi & perahkan ke kepala. Kemudian ratakan perahan limau tadi supaya rata dan terkena ke seluruh kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala & ramas rambut supaya air perahan limau sampai ke rambut.\n\nKulit limau tadi masukkan ke dalam bekas berisi air kemudian basuh kepala selepas migrain anda hilang.\n\nKalau anda selalu sangat terkena migrain, mungkin ianya berpunca daripada makanan. Elakkan makanan tinggi MSG. MSG merangsang neuron yang menjadi punca migrain.\n\nSemasa migrain, ambil epal hijau dan cium baunya. Bau epal hijau boleh menghilangkan migrain. Anda juga boleh makan epal hijau tadi.\n\nSetiap kali migrain, minum air campuran 1 sudu cuka epal dan segelas air suam. Rasanya agak masam. Tapi percayalah, migrain anda akan hilang dengan sepantas kilat. Selain itu, anda juga boleh gunakan air campuran tadi untuk membasahkan rambut.\n\nMinuman berlektrolit juga boleh menghilangkan migrain. Contohnya air Gatorade atau 100 Plus. Lain kali kalau anda migrain, cuba minum air berelektrolit.\n\n14. Rendam kaki dalam air panas\n\nMerendam kaki dalam air panas boleh membantu sekiranya anda sedang migrain. Apabila kaki direndam, anda menggalakkan peredaran darah pergi ke kaki dan mengurangkan bebanan di bahagian kepala. Selain itu, anda akan berasa relax dan secara automatik migrain anda akan hilang.\n\nKalau anda selalu sangat migrain, rawatan Akupuntur adalah pilihan yang baik. Jarum-jarum kecil akan dimasukkan ke bawah kulit untuk menyelaraskan kembali aliran tenaga dalam tubuh badan & mengurangkan migrain.\n\n16. Garam himalaya & limau nipis\n\nCampurkan satu sudu garam himalaya ke dalam segelas air suam. Minum semasa migrain.\n\n17. Kacang hijau, garam kasar & lada hitam\n\nKetiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat. Insya Allah, anda tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Bayangkan cas-cas negatif dari\u00a0 kepala mengalir masuk ke garam, lada dan kacang hijau yang dipijak.\n\n18. Berbaring terbalik, kepala dibawah kaki diatas\n\nNaik ke atas katil, duduk di sisi dan turunkan kepala ke bawah katil. Bunyi macam pelik. Tapi cubalah, insya Allah membantu.\n\nPosisi bersujud membolehkan darah memasuki semua saluran darah yang ada didalam otak lalu membantu menghilangkan migrain. Setiap kali anda migrain, duduk dalam posisi bersujud sehingga migrain anda berkurangan.\n\nBerbekam bukan sahaja membantu menghilangkan migrain malah digunakan untuk merawat pelbagai penyakit lain. Dalam Islam juga disarankan untuk berbekam sabagai salah satu cara merawat penyakit. Sepertimana seorang khadam Rasullullah saw mengatakan:\n\n\u201cTidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. \u201cBerbekamlah\u201d (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., \u201cBahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda\u201d. (Sahih Ibn Khuzaimah dengan tahkik al-Azhami).\n\nItulah dia 20 petua hilangkan migrain yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.\n\nJemput juga baca artikel lain seperti petua sakit perut, cara hilangkan gastrik dan cara hilangkan parut jerawat."
"Anak demam panas? Demam panas ini tidak boleh dibawa main-main tau. Memang setiap kali anak mengalaminya secara tiba-tiba, mesti para ibu bapa bingung, pusing kepala hendak buat apa.\n\nApatah lagi apabila si ibu dan si bapa sibuk bekerja mencari rezeki, susah hendak minta cuti untuk menghantar anak ke klinik atau hospital untuk diperiksa, hanya berkesempatan menjenguk sebentar. \n\nAduhai, kesiannya anak perlu menahan kesakitan buat sementara, menunggu si ibu atau si bapa berkelapangan penuh untuk menghantar mereka. Atau mungkin sahaja, tidak berkesempatan langsung.\n\nHaaaaa, oleh kerana itu si ibu dan si bapa hendaklah serba tahu bagaimana hendak menangani keadaan anak yang tengah demam panas di rumah, terutamanya sebelum dan selepas masa bekerja, juga di masa rehat jika sempat singgah balik ke rumah. Jadi, mari baca perkongsian ilmu dari\u00a0Dr. Ezairy M.Sallih apabila badan anak tiba-tiba bersuhu tinggi.\n\nBagaimana Ibu Bapa Dapat Membantu Anak Yang Tengah Demam Panas?\n\nTerus bawa ke hospital? Tak tahu nak buat apa?\n\nPerkara paling penting ialah jangan panik! Anda perlu melihat keadaan anak atau bayi anda di rumah dengan lebih dekat.\n\nIkuti 10 langkah dan tip-tip ini:\n\n1. Beri mereka banyak air. Perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak-anak.\n\n2. Berikan mereka makanan jika mereka mahu. Jangan disekat-sekat.\n\n3. Perhati dengan lebih kerap anak-anak anda secara teratur terutama pada waktu malam.\n\n4. Elakkan banyak keluar ke tempat ramai orang. Sebaiknya, berehat di rumah terlebih dahulu sehingga anak anda sembuh.\n\n5. Beri mereka paracetamol mengikut dos yang sepatutnya. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu. Jangan beri sesuka hati!\n\n6. Jangan sapukan tubuh mereka dengan apa-apa jenis daun dan sebagainya untuk menyejukkannya \u2013 ini tidak membantu mengurangkan demam.\n\n7. Jangan tutup mereka dengan terlalu banyak pakaian atau pakaian tidur dengan tujuan mengelakkan sejuk.\n\n8. Jangan menggabungkan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan paracetamol, kecuali selepas berjumpa doktor. Bahaya!\n\n9. Elak beri paracetamol dan ibuprofen untuk kanak-kanak di bawah 2 bulan kecuali atas nasihat dan pemeriksaan doktor. Jangan sesuka hati ambil produk tambahan, suplemen dan ubat tanpa pengawasan doktor.\n\n10. Bawa berjumpa doktor sekiranya ada tanda-tanda ini :\n\n*Tidak susah bukan? Demi anak-anak tersayang, mestilah kena tahu benda-benda begini. Apa tunggu lagi, jom share info ini sebagai panduan kepada para ibu bapa di luar sana yang kurang tahu\u00a0ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Apabila disebut mengenai aloe vera pasti ramai yang terfikir mengenai kegunaan dan kebaikannya kepada manusia. Kita juga dapat melihat bahawa sesetengah produk pada masa kini mempunyai kandungan aloe vera. \n\nHal ini kerana ianya mempunyai pelbagai kebaikan kepada kita. Contohnya, produk kecantikan muka dan pencuci rambut mengandungi kandungan aloe vera.\n\nJom kita lihat input yang menarik daripada Puan Noor Fazliana Yana mengenai kebaikan aloe vera kepada kulit wajah.\n\n3. Anti Penuaan dan Anti Oksida.\n\n4. Melegakan Kulit Dari Panas Matahari.\n\n*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu anda untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang kebaikan aloe vera. \n\nHal ini kerana Aloe vera bukan sahaja dapat membantu dari segi kulit wajah sahaja tetapi ianya juga mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh badan manusia.\n\nAnda boleh merujuk sumber yang asal di sini."
"Selalu teringin untuk makan ayam masak butter? Tapi malas untuk keluar rumah? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Jom cuba resepi ayam butter.\n\nAyam butter atau pun popular di kalangan rakyat Malaysia sebagai Butter Chicken telah mendapat tempat di hati masyarakat sejak akhir akhir ini. Selain menggunakan ayam, resepi ini juga turut boleh diaplikasikan untuk isi ikan dory, ikan cod atau pun udang. Menarik bukan? Satu resepi untuk bermacam macam masakan.\n\nButter Chicken ini amat sesuai untuk dihidangkan untuk makan tengah hari dan makan malam. Lebih menarik lagi, anda boleh juga turut cuba untuk menghidangkan semasa majlis yang bersesuaian. Pasti anda tidak akan malu kerana ayam butter ini memang confirm menjadi!\n\nSebanyak 2.1 ribu orang telah pun share resepi ini dan rata ratanya memuji keenakkan dan rasa lemak di dalam masakan ini.\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan\u00a0Lisa Dahlan\u200e dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nIsi ayam (boneless chicken)\n\u2013 gaulkan dengan serbuk kari and sikit garam\n1 biji telur\n\u2013 celup ayam tadi dalam telur\u00a0\nTepung gandum\n\u2013 then gaulkan kat tepung gandum\n\n\nButter 2-4 sudu besar\nCheese ( 1 slice atau boleh guna kraft cheddar)\nSusu cair (suku atau setengah tin) agaklah\nSusu pekat manis (1 -2 sudu bsr)\nDaun Kari\nBawang putih 3-4 ulas (cincang halus)\nCili padi dihiris atau belah dua)\n\nGoreng ayam yang dah di celup telur and salut tepung tadi ( deep fried sampai garing)\n\n2.\u00a0Bila dah garing boleh di angkat and toskan minyak\n\n3.\u00a0Dalam kuali berasingan, panaskan 2-4 sudu butter ( ikut suka).\n\nKemudian tumis Bawang Putih dalam butter tu. Campurkan sekali Cili padi potong or cili merah. Masukkan susu cair ( agak agak).\u00a0Tambahkan 1- 2 sudu besar susu pekat manis (ikut nak manis sikit atau lebih). \n\nTambah air sikit. Kemudian masukkan cheese yang dah di potong kecik. Biarkan cheese tu melted\n\n4.\u00a0Last sekali masukkan daun kari & juga ayam yang dah digoreng tadi. Kacau kacau and rasa. Jika dah cukup masin tak perlu tambah garam\n\nSelain resepi ayam butter, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
"Nota Editor : Sesetengah ibu mungkin sedikit gusar kerana kekurangnya vitamin untuk anak yang dihamilkan atau disusui. Semoga artikel tips puasa semasa hamil ini dapat membantu.\n\n#1 Persiapkan Mental Dan Luruskan Niat\n\nBeritahu pada diri, \u201cSaya cukup kuat dan saya boleh berpuasa seperti orang lain\u201d. Jangan beri peluang kepada minda untuk beralasan \u201cKau kan tengah preggy/breastfeeding, pastinya akan cepat letih dan tidak mampu berpuasa, gunakan sahaja rukhsah/kemudahan yang ada.\u201d\n\nNiat dan mindsetting sangat memainkan peranan dalam mempengaruhi kemampuan dan kekuatan fizikal. Bagi ibu yang menyusu, yakinlah rezeki itu dari Allah.\n\nBanyakkan berdoa, \u201cYa Allah, aku ingin menyusukan anakku keranaMu. Bantulah aku agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan mudahkanlah aku menyusui anakku walaupun sedang berpuasa\u201d.\n\nLatihlah berpuasa dari bulan Rejab dan Syaaban sebagai persediaan menghadapi puasa Ramadhan.\n\n#3 Melewatkan Sahur Dan Menyegerakan Berbuka Puasa\n\nIni bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW, sepertimana yang terdapat dalam hadith-hadith sahih. Bukan hanya untuk ibu mengandung atau menyusu, tapi untuk semua yang berpuasa.\n\nBerbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang memberi tenaga. Bagi yang menyusu, banyakkan pengambilan makanan yang boleh menjadi pemangkin penghasilan susu seperti soya, susu, kurma, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang dan halba.\n\nPastikan minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya 2-3 liter ketika berbuka puasa dan bersahur. Elakkan minuman berkafein dan bergas.\n\n#6 Sahur Dengan Makanan Yang Lambat Dihadam\n\nMakan makanan yang lambat dihadam ketika bersahur untuk mengelakkan cepat lapar, contohnya makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan oat.\n\nDalam keadaan berpuasa, vitamin & makanan tambahan (supplements) sangat membantu membekalkan tenaga berpanjangan, terutama untuk ibu mengandung dan menyusu.\n\nDi samping itu, supplemen akan memastikan pengambilan nutrien harian mencukupi walaupun berpuasa seharian dalam keadaan menyusu/mengandung. Ia juga penting untuk mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.\n\nBagi ibu yang menyusu, sediakan stok susu yang mencukupi untuk sebulan, terutama bagi yang mempunyai anak kecil yang masih bergantung sepenuhnya kepada susu badan.\n\n#9 Direct Feeding Pada Waktu Malam\n\nLebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Penyusuan malam merangsang hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu.\n\nMenyusukan bayi sebanyak mungkin pada waktu malam mampu mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari.\n\nSentiasa berfikiran tenang, positif, ceria, dan jauhi stress kerana ia boleh memudaratkan kandungan dan mengurangkan penghasilan susu.\n\nPercayalah, stress akan mengganggu penghasilan hormon oxytocin dan prolaktin yang akhirnya menyebabkan produksi susu anda terjejas!\n\nDalam Islam, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi stress yang negatif. Anda boleh perbanyakkan zikir, baca Al-Quran (serta terjemahan/tafsirnya), solat dan bermunajat/mengadulah pada Allah Yang Maha Mendengar, dll lagi \u2013 ini semua stress-reliever yang pasti berkesan, In shaa Allah!"
"Buasir bukan penyakit luar biasa. Ia adalah penyakit yang sering berlaku. Ia juga penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.\n\nWalaupun begitu, orang dewasa yang berusia 30 tahun ke atas dan wanita mengandung adalah kumpulan yang selalu mendapat penyakit ini. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, berdiri lama setiap hari atau mengangkat benda berat juga adalah mangsa kepada penyakit buasir.\n\nBuasir adalah punca paling biasa berlakunya pendarahan rektum. Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur.\n\nMasalah mulai timbul apabila ia menjadi radang atau membengkak. Walaupun ia jarang berbahaya dan boleh sembuh dalam masa beberapa minggu, tetapi pesakit masih perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan tiada masalah yang lebih serius sedang dihadapi.\n\nAda beberapa sebab yang menjadi punca berlakunya buasir. Cuba lihat senarai di bawah dan periksa jika anda memilikinya;\n\nSemua punca yanng disenaraikan di atas menyebabkan berlakunya buasir kerana adanya tekanan pada bahagian bawah rektum yang boleh memberi kesan kepada aliran darah dan menjadikan vena membengkak.\n\nBuasir mempunya dua tahap. Mengetahui di mana tahap buasir seseorang sangat membantu dalam menentukan rawatan yang sesuai. Radang diklasifikasikan kepada dua iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.\n\nSepertimana namanya, buasir dalaman adalah salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit tidak merasa sakit tetapi akan menyedari adanya pendarahan pada najis. Sesetengah pesakit akan merasa seperti ada unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Namun, unjuran ini boleh hilang sendiri atau pesakit perlu menolak unjuran ini balik ke dalam.\n\nBuasir luaran merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Buasir luaran lebih teruk di mana pesakit akan merasa sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Tetapi, rasa sakit ini berbeza kepada setiap orang. Ada yang berasa agak tidak selesa dan ada yang merasa panas atau amat pedih. Kesakitan teruk yang dirasai mungkin disebabkan oleh salur darah yang tersumbat akibat darah beku.\n\nBuasir mungkin tidak serius dan boleh dirawati. Namun, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dari doktor untuk memastikan sama ada ia buasir atau penyakit yang lebih serius seperti kanser usus.\n\nSelepas mendapatkan pengesahan daripada doktor, maka tiba pula masanya untuk memulakan rawatan bagi mengubati buasir.\n\nLangkah-langkah merawat buasir boleh melibatkan pembedahan dan sebahagiannya boleh dilakukan sendiri dengan nasihat daripada doktor.\n\nKita mulakan dengan melegakan kesakitan dan kegatalan dengan air suam. Pesakit hanya perlu duduk di dalam air suam setinggi 3 inci selama kira-kira 15 minit untuk beberapa kali sehari. Ini dapat membantu mengurangkan bengkak dan merehatkan otot. Usaha ini amat sesuai dilakukan selepas pesakit membuang air besar.\n\nSelain air suam, pesakit juga boleh meletakkan pek ais selama beberapa minit untuk mengurangkan bengkaknya.\n\nTerdapat juga ubat dalam bentuk minyak atau krim yang boleh disapukan pada bahagian luar atau dalam dubur anda. Namun, sebahagian ubat-ubatan ini tidak digalakkan untuk digunakan melebihi satu minggu atau selama mana dibenarkan oleh doktor.\n\nDiet yang tinggi serat juga amat bagus kepada pesakit buasir. Pesakit digalakkan untuk makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan bijirin untuk mengelakkan sembelit. Buah-buahan segar adalah lebih baik daripada makanan berasaskan buah-buahan seperti pai epal. Dapatkan juga snek yang lebih sihat seperti aprikot kering dan kurma. Jika makan bjirin, cuba campurkan buah-buahan ke dalamnya. Pesakit juga boleh memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air seperti tembikai dan timun.\n\nPelanggan juga perlu minum sebanyak tujuh sehingga lapan gelas air sehari. Tetapi, ini bergantung kepada keadaan cuaca di tempat pesakit. Cuaca panas seperti di Malaysia mungkin memerlukan pesakit untuk minum lebih daripada itu dalam sehari.\n\nPenjagaan pemakanan adalah sangat penting. Sekiranya anda makan ubat atau melakukan pembedahan untuk buasir sekalipun, anda masih perlu mengubah cara pemakanan anda. Ini bagi mengelakkan buasir kembali dalam hidup pesakit.\n\nPesakit tidak digalakkan untuk makan makanan yang diproses. Jika doktor mendapati anda kekurangan serat, mungkin anda akan diberikan makanan tambahan untuk menambah kandungan serat tersebut.\n\nApakah makanan yang patut dielakkan? Makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang boleh menyebabkan sembelit seperti produk tenusu seperti susu dan keju, daging dan makanan yang diproses seperti makanan segera dan hidangan sejuk beku. Pesakit juga perlu berhati-hati dengan makanan bergaram. Pengambilan garam pada jumlah yang banyak menyebabkan tubuh terlalu bergantung kepada air. Ini menyebabkan tekanan kepada pembuluh darah.\n\nBersenam memang bagus untuk kesihatan. Sebab itulah senaman juga penting kepada mereka yang mengalami buasir. Berjalan kira-kira 20 hingga 30 minit sehari boleh membantu pesakit.\n\nPesakit juga digalakkan untuk duduk di atas kusyen yang lembut dan bukan permukaan yang keras. Walaupun tampak remeh, tapi ini dapat mengurangkan bengkak. Pesakit juga diminta agar bangun dan bergerak kira-kira lima minit selepas duduk dalam tempoh masa yang lama.\n\nPesakit juga boleh mendapatkan ubat dari farmasi yang boleh melegakan sakit seperti aspirin dan ibuprofen.\n\nBagi menghilangkan kegatalan, elakkan menggaru kerana ia boleh merosakkan kulit dan menyebabkan gatal menjadi lebih teruk. Pemilihan seluar dalam juga penting. Pilihlah seluar dalam yang longgar dengan bahan yang lembut seperti kapas. Ini memberi angin pada ruang dan menghentikan kelembapan yang menrangsang buasir.\n\nApa yang pesakit lakukan di dalam bilik air juga penting. Jangan menahan diri daripada membuang air besar. Ini hanya akan menambah tekanan. Jangan buang masa membuang air besar selepas mendapati anda tidak membuang air selepas beberapa minit. Usah memaksa diri dan cuba tetapkan masa tertentu sebagai rutin membuang air.\n\nSelain tandas cangkung, pada masa kini juga terdapat banyak tandas duduk. Malah, kebanyakan rumah mempunyai tandas duduk berbanding tandas cangkung. Tahukah anda yang tandas cangkung memberi lebih manfaat berbanding tandas duduk? Bagi mereka yang mengalami sembelit, mencangkung boleh membantu melegakan masalah buasir. Oleh itu, tandas cangkung adalah yang terbaik untuk pesakit buasir.\n\nJika makanan dan langkah-langkah melegakan sakit tidak berkesan, pesakit mungkin terpaksa menjalani pembedahan dengan mengecilkan atau membuang buasir itu. Namun begitu, pembedahan boleh mendatangkan risiko-risiko lain seperti pendarahan, jangkitan, dan reaksi kepada anestasia.\n\nBuasir merupakan masalah kesihatan yang boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup. Elakkan masalah buasir menjadi lebih teruk dengan menjaga mengambil berat terhadap diet pemakanan dan gaya hidup sihat.\n\nKami juga ada menulis tentang petua hilangkan buasir dan buasir ketika hamil"
"Kalau kita dengar mengenai Air Kathira, pasti sahaja ianya popular di pasar malam ataupun bazar Ramadhan. Walaupun begitu, Air Kathira juga boleh dibuat sendiri tau. Bolehlah dihidangkan pada waktu makan. \n\nAir Kathira mempunya rasanya yang tersendiri. Ianya juga amatlah menyegarkan. Jadi, amatlah disarankan untuk anda buat sendiri di rumah dan boleh dihidangkan terus kepada ahli keluarga. Jimat masa, jimat wang!\n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Hairul Nizam Ijam dan mendapat komen yang positif. \n\nBahan \u2013 bahannya perlu disediakan lebih awal.\n\nPenyediaan\nSirap \u2013 Permulaannya anda perlu didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.\nKemudian anda masukkan 1 helai daun pandan dan masak sehingga larut gulanya.\n\n2-3\nketul biji katira \u2013 anda perlu merendam biji kathira semalaman, dan perlu\nbuangkan kekotoran serta ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.\n\n10 butir kembang semangkuk \u2013 Perlu direndam semalaman dan buangkan biji serta kulitnya. Kemudian anda perlu menapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi. 1 sudu besar biji selasih \u2013 Perlu direndam dengan air masak sehingga ianya mengembang, kemudian ditapis lagi. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nHa senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!"
"Produk milk booster terbaik pastinya menjadi pilihan para wanita yang baru bergelar ibu. Susu ibu adalah susu untuk bayi yang paling terbaik di dunia. Yelah susu ibu ini 100% tulen dan semulajadi ciptaan Ilahi secara zahir maka mana bisa digantikan dengan mana-mana susu yang lain. \n\nKandungan susu ibu ini juga sangat lengkap untuk tumbesaran bayi. Antara bahan berkhasiat yang terkandung di dalam susu ibu ini adalah seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air. Malah, nutrien yang terkandung dalam susu ibu dapat membantu melancarkan proses penghadaman bayi dengan baik tanpa sebarang masalah alahan sama sekali.\n\nProses ibu menyusukan bayi memang ada cabarannya yang tersendiri. Makin mencabar untuk ibu muda yang baru pertama kali ingin menyusukan bayi. Saat awal penyusuan tidak dinafikan agak sukaar namun ibu-ibu jangan risau kerana itu semua normal.\n\nPerkara pertama yang dibimbangkan selalunya jika bayi tidak pandai menghisap. Eh, jangan khuatir ibu kerana si bayi memang telah dilahirkan dengan naluri untuk menghisap dari puting ibunya. Perkara ke dua pula yang dibimbangkan adalah masalah kekurangan susu. Dan betul masalah kekurangan susu ini memang sering terjadi dikalangan para ibu menyusu badan.\n\nAmalkan Pemakanan Milk Booster Untuk Atasi Masalah Kurang Susu\n\nSebenarnya, susu yang dihasilkan oleh payudara adalah mengikut keperluan si bayi itu sendiri. Sebagai info tambahan, saiz perut yang baru lahir ini hanyalah sebesar gulu maka para ibu tak perlu bimbang jika baby tidak cukup susu. \n\nCuma kehendak bayi ke atas penyusuan akan bertambah seiring dengan usia maka kala ini ibu perlu amalkan pemakanan yang baik supaya proses menyusu bayi secara terus ini dapat berhasil dengan sempurna. \n\nPengambilan makanan yang ada peranan sebagai \u2018milkbooster\u2019 boleh bantu para ibu lebih bersedia dengan jumlah susu yang setanding dengan kehendak bayi. Milkbooster ini sebenarnya boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, karbohidrat, produk tenusu dan sebagainya. \n\nAntara Makanan / Minuman Yang Ada Fungsi Milkbooster\n\nAntara makanan atau minuman yang boleh diambil semasa tempoh proses penyusuan untuk misi menambahkan jumlah penghasilan susu ibu ini adalah seperti :\n\nMakanan sunnah memang sudah biasa kita dengar. Antaranya, buah kurma, habbatussauda dan juga madu. Tiga makanan sunnah ini boleh di makan begitu saja dan boleh juga di bancuh dengan air suam. Paling berkesan jika minum / makan kala perut kosong supaya khasiat yang ada dapat diserap oleh tubuh dengan lebih berkesan. Makanan sunnah ini elok diamalkan sekurangnya sekali sehari untuk kesan yang lebih mujarab.\n\nSendiri dah cuba dan ternyata memang benar anggur hitam dapat berperanan sebagai \u2018milkbooster\u2019. Buah anggur hitam bukan hanya sedap di makan tetapi juga mengandugi khasiat yang banyak. Kepada yang belum mencuba, silakanlah. Rezeki nasib baik anda juga boleh mendapatkan jumlah susu badan yang lebih banyak berkat mengamalkan anggur hitam ini selalu.\n\nBarli bukan sebarang minuman. Biji barli yang telah direbus kemudian dikisar untuk dijadikan bancuhan air sangat elok untuk menyejukkan badan. Dalam masa yang sama ia juga turut boleh memberi kesan positif kepada penghasilan susu oleh tubuh badan. Ia paling elok di minum dalam bentuk suam dan boleh diamalkan sebagai minuman harian pada bila-bila masa yang disukai.\n\nLobak putih sering diamalkan oleh ramai wanita Korea sebagai makanan harian untuk kesihatan tubuh badan. Bahkan lobak putih ini turut dipercayai dapat membantu penambahan susu badan yang banyak. Caranya mudah saja. Anda cuma perlu parut lobak putih ini ialah dengan diparut dan diperah airnya lalu diminum. Rasanya memang agak kurang sedap tapi hasilnya memang sangat bagus dan berkesan. \n\nSawi adalah sayur biasa yang sering dimakan oleh masyarakat kita. Cuma mungkin ramai belum tahu yang sayur sawi ini sebenarnya punya banyak khasiat. Bukan sembarangan sayur, sawi mengandungi vitamin yang dipercayai boleh memperbanyakkan susu badan. Ibu yang sedang hamil juga digalakkan untuk makan sawi dengan lebih kerap untuk membantu mengatasi masalah sembelit. \n\nBijirn oat bukan hanya bertujuan untuk makanan diet yang seimbang. Akan tetapi bijiran oat ini juga dapat membantu proses penghadaman. Dalam masa yang sama khasiat yang ada di dalam oat ini turut dapat menjadikan susu ibu menjadi lebih banyak daripada biasa. Oat memang agak kurang sedap jika di makan begitu saja, jadi untuk rasa yang lebih menyelerakan, oat ini boleh dicampurkan dengan makanan lain seperti susu, milo dan sebagainya untuk rasa yang lebih umphhh. \n\n7 Jenis Milk Booster Siap Proses Untuk Lebih Mudah Dan Cepat\n\nBagi anda yang tak ada masa untuk mencari anggur hitam mahupun menyediakan lobak putih dan biji barli yang agak remeh, anda boleh terus dapatkan produk milkbooster yang ada banyak di pasaran. Antara jenama produk milk booster yang ada di pasaran adalah seperti : \n\n1- Mama\u2019s Choice Almond Milk Booster\n\nPasti ramai di antara anda yang risau tentang penghasilan susu badan terutamanya bagi mereka yang baru bergelar ibu, apa kata anda cuba jenama susu Mama\u2019s Choice ini. Jenama susu ini merupakan jenama milk booster pertama yang menggabungkan bahan semulajadi DHA dan Fenugreek atau dikenali sebagai halba.\n\nIstimewanya mengenai susu ini, kandungan DHA yang terdapat di dalam minuman ini mampu membantu meningkatkan perkembangan otak anak anda. Kombinasi fenugreek yang terkenal kerana dapat membantu Ibu meningkatkan pengeluaran susu badan serta meningkatkan kualiti susu ibu. Susu ini merupakan susu plant-based yang dirumus degan kacang badam.\n\nMenariknya mengenai susu ini, bahannya terdiri dari 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya, pengawet, perisa dan pewarna tiruan. Milk booster ini juga mengandungi bahan seperti, kurma dan daun katuk yang dikenali dengan kemampuannya dalam meningkatkan hormon penyusuan dalam penghasilan susu badan.\n\nSusu ini juga telah terbukti secara klinikal baik untuk ibu mengandung dan diiktiraf halal. Jadi anda tidak perlu risau untuk meminum susu ini kerana ianya dijamin selamat untuk ibu menyusu. Susu ini juga mempunyai 2 flavour yang dapat anda pilih iaitu matcha atau coklat.\n\n2- MOEDER Milk Booster Genius Pregnancy Formula\n\nMilk booster dengan nama Moeder ini diformulasikan dengan kandungan bahan makanan mengikut Sunnah seperti susu kambing, Habbatus Sauda, kurma dan madu. Bagi anda yang mengemari makanan sunnah anda boleh dapatkan khasiat dengan mudah melalui produk Moeder. Produk ini juga mengandungi bahan semulajadi seperti sarang burung dan rumpai laut untuk menggalakkan penghasilan susu badan dengan lebih banyak.\u00a0\n\nSesuai untuk ibu mengandung dan yang baru melahirkan anak, anda boleh amalkan sejak hamil sehingga sepanjang tempoh penyusuan. Bahan-bahan dalam milk booster ini juga turut dapat membantu mengurangkan masalah kekuningan serta mencantikkan kulit ibu dan bayi.\u00a0\u00a0\n\nUntuk MaMom Milk booster ini pula, ia mengandungi khasiat yang banyak hasil dari campuran kurma, kismis, serbuk kacang soya, susu kambing, alfalfa, halba, bawang putih, halia, Habbatus Sauda dan juga madu lebah. Rasanya sangat sedap dan cara pengambilannya hanya perlu dikunyah 2 atau 3 biji sehari ketika perut kosong. Produk MaMom ini telah mendapat pengiktirafan halal oleh Jakim dan selamat digunakan dengan kelulusan KKM di Malaysia.\n\nUntuk Milk booster dari jenama Nufiya ini pula, ia dihasilkan dari bahan organik seperti kurma merah, kurma hitam, longan kering, Goji Berry, Rosebud dan madu batu. Ia dapat membantu memperbanyakkan susu badan dan dalam masa yang sama dapat membantu memekatkan susu, memberi tenaga yang berpanjangan serta mengurangkan masalah sembelit.\u00a0\n\nMilk booster ini sesuai diambil oleh ibu yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan. Tidak hanya itu, ia juga dapat bantu untuk masalah sengugut dan haid tidak teratur. Sangat elok diamalkan untuk kekal awet muda dan ia juga sesuai diamalkan oleh ibu yang mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis.\n\nNak milk booster dalam bentuk kudapan yang sedap untuk dikunyah? Jika ya, anda boleh dapatkan produk LactoMomma Milk Booster Cookies. Ia dijamin 100% halal. Dihasilkan daripada ramuan bahan terpilih serta mengandungi galactagogues (sejenis agen untuk meningkatkan penghasilan susu). \n\nIa didatangkan dalam 4 pilihan perasa. Perasa Dates & Goats Milk adalah milk booster cookies pertama di dunia yang diperbuat daripada gabungan makanan Sunnah.\u00a0Hebat bukan?\n\nJika anda kurang gemarkan susu lembu, anda boleh dapatkan susu kambing jenama Wildan sebagai usaha untuk membanyakkan susu sendiri untuk bayi. Ia bukan saja dapat bantu tingkatkan penghasilan susu badan tetapi juga boleh bantu menambah tenaga dan meningkatkan imunisasi tubuh badan selepas bersalin.\u00a0\n\nSusu kambing ini juga mempunyai kandungan serat yang tinggi untuk mengelakkan sembelit. Jangan risau kerana ia tidak bau yang hamis dan sangat sedap untuk dinikmati sehari-hari.\u00a0 \n\nBagi anda yang masih mencari susu tepung yang dikhususkan untuk ibu yang sedang menyusu, produk dari jenama Enfamama pastinya dapat membantu anda. Hal ini kerana, susu ini sememangnya dikhaskan bagi wanita yang sedang mengandung mahupun masih menyusu. Kandungan susu yang kaya dengan zat seperti folic acid, zat besi, dan kalsium menjadikannya pilihan ramai ibu-ibu.\n\nJenama susu ini juga merupakan antara jenama susu yang terkenal dalam kalangan ibu-ibu kerana mempunyai kandungan kalsium yang mencukupi. Sangat penting bagi ibu-ibu yang sedang menyusu untuk mempunyai kandungan kalsium yang mencukupi. Disebabkan hal ini, para ibu disarankan untuk meminum susu tambahan yang dapat menghasilkan kualiti susu yang terbaik serta mempunyai tenaga yang mencukupi.\n\nLain daripada susu booster yang lain, jenama ini merupakan susu kambing yang dikhaskan bagi ibu-ibu. Sekiranya anda seorang penggemar susu kambing, jenama ini pastinya akan menjadi pilihan anda. Kandungan kalsium yang terdapat di dalam susu kambing lebih banyak daripada kandungan kalsium yang terdapat di dalam susu lembu.\n\nSelain itu, susu ini juga mempunyai kandungan protein dan potassium yang lebih tinggi. Zat yang terdapat di dalam susu ini juga sangat bagus untuk menguatkan badan ibu yang masih menyusu. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa susu kambing lebih mudah untuk dihadam dan kurang mengakibatkan tanda-tanda ketidakhadaman lactose seperti cirit-birit dan kembung perut.\n\nJika anda sedang berada dalam pantang, tak perlu susah payah ke kedai farmasi atau pasaraya kerana saat ini anda sudah boleh membeli secara online. Lazada Malaysia ada jual \u2018milkbooster\u2019 untuk para ibu. Pilih saja mana yang anda rasa berkenan dan amalkan dengan konsisten untuk bayi tersayang.\n\nProduk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my"
"Siapa mahu resepi viral? Resepi makanan viral kali ini datang daripada cheese creamy yang penuh lemak dan enak. Strawberry cheesecake rolls namanya. Resepi terkenal ini confirm takkan buat anda kecewa. Dari nama saja sudah tahu kalau makanan ini sangat sedap.\n\nGerenti seratus peratus kesedapan yang merangsang selera. Cheese creamy berlemak dipadankan dengan strawberry kemudian digulung menggunakan kulit popia yang rangup. Sangat menarik membuat siapapun ingin mencubanya.\n\nTerutamanya pecinta cheese patut cuba resepi ini. Cheese yang sangat melekit dan sedap menjilat jari. Bayangkan cuma menggunakan 5 bahan sahaja dan step-step mudah. Resepi daripada Hurun\u2019Iin Malik\u200e di laman Facebook ini sudah mendapat perkongsian hingga 11K.\n\nTunggu apalagi, resepi sudah kami tuliskan di bawah ini. Anda hanya perlu simpan dan cubakan resepinya di rumah. Selamat menjamu selera.\n\nSelain resepi strawberry cheesecake rolls, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Tidak dinafikan telur merupakan lauk kegemaran ramai. Hampir semua orang suka makan telur kerana ia sedap lazat dan mudah. Bertuah lah sesiapa yang tidak ada alahan makan telur kerana boleh merasa pelbagai jenis hidangan telur.\n\nPada tulisan kali ini, kami hadirkan resepi sambal tumis telur hancur. Ini bukan resepi biasa-biasa. Resepi yang dikongsikan oleh Mamaamna Aisyaa di laman Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai dalam kalangan warga internet. Lauk ini amat menarik tampilannya. Mula-mula anda kena masak sambal dulu, bila sambal sudah hampir masak, baru masukkan telur dan kacau-kacau jadi hancur. Wangi jangan tanya lagi, sangat-sangat merangsang selera.\n\nAyuh makan sambal tumis telur hancur dengan nasi panas dan ulam timun pun lazat. Gerenti ahli keluarga suka dan ketagih.\n\nSelain sambal tumis telur hancur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
"Anda sedang cirit-birit? Penat berulang-alik ke bilik air? Badan pun dah lembik. Jom kami kongsikan petua hilangkan cirit-birit yang paling cepat dan berkesan.\n\n1. Diarea akut iaitu cirit-birit yang berlaku secara tiba-tiba.\n\n2. Disebabkan oleh jangkitan saluran gastro-usus, pengambilan dadah atau pengeluaran toksin oleh bakteria.\n\n3. Disebabkan oleh jangkitan virus seperti norwalk dan hotavirus.\n\n4. Disebabkan oleh bakteria seperti staphylococcus aureus, bacillus cereus, clostridium perfringes dan vibrio cholerae.\n\n5. Disebabkan sejenis protozoa iaitu giardia lamblia dan ertamoeba histolytica.\n\nSecara amnya, jangkitan cirit-birit tersebar melalui pengambilan makanan dan minuman yang tercemar, dengan tangan yang kotor, atau menyentuh najis. Pelbagai jenis virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan gastroenteritis dan seterusnya cirit-birit. Antara kuman yang biasa adalah:\n\nSerangan cirit-birit biasanya akan hilang selepas beberapa hari, namun adalah penting untuk tidak mengalami dehidrasi pada waktu ini.\n\nOral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.\n\nUntuk menyediakannya, ia amat mudah. ORS telah disediakan khas dalam paket-paket kecil. Untuk kegunaan, kandungan satu paket ORS haruslah dicampurkan dengan 250mls air masak.\n\nCuba makan seperti biasa, tetapi pastikan dalam hidangan yang kecil dan ringan. Elakkan mengambil makanan pedas, masin atau bergula. Bagi bayi yang mengalami cirit-birit, anda perlu terus menyusukan mereka seperti biasa.\n\nBRAT diet atau singkatan daripada perkataan (Banana, Rice, Applesauce dan Toast) ini disarankan pada orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami cirit-birit.\u00a0Bagaimana BRAT diet boleh merawat masalah sakit perut dan cirit-birit?\n\nBRAT diet adalah makanan lembut yang dicadangkan kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami cirit-birit. Kebaikan mengamalkan BRAT diet untuk merawat masalah sakit perut dan cirit-birit termasuklah:\n\nDalam BRAT Diet \u00a0ada pisang yang mengandungi potassium yang dapat membantu usus menyerap air dan juga epal yang mengandungi pectin yang dapat memekatkan makanan dalam usus.\n\nMakanan berkanji tidak akan menyakitkan perut. Selepas anda mengalami cirit-birit atau muntah. Makan mengikut BRAT diet bagi membantu badan kembali pada tabiat makan yang normal. Diet ini juga membantu mual dan muntah yang dialami oleh sesetengah ibu hamil.\n\nAnda boleh tambah lain jenis makanan berkanji ke dalam BRAT diet. Contohnya, biskut kracker, kentang atau clear soup broths. Jangan makanan produk tenusu, bergula atau berlemak kerana ia mungkin boleh mencetuskan mual dan lebih banyak cirit-birit.\n\nBila diserang cirit-birit yang teruk, jangan terus makan makanan dalam BRAT diet tetapi hanya hirup/minum cecair sahaja. Tunggu sehingga anak anda boleh makan makanan makanan pejal tanpa muntah lagi. Jika anda mengalami muntah atau cirit-birit teruk, cuba minum minuman yang berelektrolit untuk memastikan badan kekal hidrasi.\n\nIkut nasihat doktor tentang pengambilan makanan yang betul bila mengalami masalah berkaitan perut.\u00a0Selepas anak kembali normal, pastikan dia diberi makanan yang sihat kerana BRAT diet tidak dapat memenuhi keperluan diet yang cukup. Dia perlu kembali makan seperti biasa tetapi banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam masa 24 hingga 48 jam selepas mengalami muntah dan cirit-birit.\n\nRendam beberapa sudu daun teh ke dalam segelas air panas tanpa gula sehingga daun teh kembang. Minum air tersebut beberapa kali sehari sehingga sembuh.\n\nJika anda cirit-birit, boleh makan beberapa helai pucuk daun jambu batu.\n\nAmbil beberapa biji buahciku muda dan rebus. Minum air rebusan tersebut.\n\nAnda juga boleh minum air tepung gandum. Caranya, rendam tepung dalam air masak. Apabila tepung sudah mendap di bawah, ambil airnya dan minum.\n\nMakan kentang tanpa ditambah perisa dan garam selepas direbus empuk.\n\nCirit birit boleh menyebabkan badan anda menjadi dehidrasi. Tingkatkan hidrasi anda dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Anda juga boleh minum air kelapa dan minuman tanpa kafein serta makan makanan yang bersup.\n\nTeh bunga mengandungi bahan antispamodic yang memberi kelegaan pada sakit perut dan masalah gangguan perut. Ia juga dapat mengurangkan keradangan usus. Anda juga boleh minum\u00a0green tea untuk membantu sistem pencernaan untuk berfungsi dengan baik.\n\n11. Pil Chi Kit Teck Aun\n\nMudah didapati di mana-mana kedai runcit dan kedai 24-jam. Biasanya, selepas makan, akan rasa lega dalam masa dua jam.\n\nNasi putih ialah antara makanan yang patut anda makan semasa cirit birit kerana ia mudah untuk dimakan.\u00a0Makan sedikit nasi putih tanpa lauk atau kuah dan perlahan-lahan tambahkan jumlah nasi yang anda makan apabila sakit semakin pulih.\n\nApabila anda mengalami cirit birit, anda disarankan untuk makan pisang. Pisang mengandungi kandungan pektin yang tinggi. Pektin adalah fiber larut air yang boleh membantu anda mengurangkan cirit birit. Makan beberapa pisang sehari sehingga sakit berkurang.\n\nHalia selalu digunakan sebagai rawatan untuk keracunan makanan dan ia juga dapat menghilangkan cirit-birit. Hiris sedikit halia dan tambah satu sudu teh madu dan makan campuran ini untuk mengeluarkan angin lalu memulihkan pencernaan. Elak minum air selepas makan campuran ini.\n\nAnda juga boleh minum teh halia dua ke tiga kali sehari untuk memulihkan cirit-birit. Potong sedikit halia dan letakkan dalam satu cawan air. Didihkan air tersebut untuk beberapa minit, toskan dan tambah madu sebelum minum.\n\nItulah dia petua cirit-birit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!"
"Lain orang lain pula air tangannya. Begitu pula dengan nasi goreng, lain orang mesti punya lain resepi nasi goreng.\n\nNamun begitu, demi tercipta satu rasa lazat yang sama dan sempurna, kami tuliskan di bawah ini resepi pes nasi goreng yang sedap sungguh. Resepi pes popular ini telah mendapat perkongsian ramai di dunia Facebook.\n\nUntuk pemula yang teringin masak nasi goreng, kini anda tidak risau lagi menyediakan pes nasi goreng. Tidak perlu beli pes segera yang terkadang rasanya tidak sesuai selera itu. Nanti bukan jadi mengisi perut malah terbuang jadinya.\n\nBuat pes nasi goreng dalam kuantiti yang banyak, simpan dalam peti sejuk. Nanti bila teringin masak nasi goreng, tinggal letak nasi dan sayur. Sesuai untuk anda yang teringin masak praktis, ringkas dan pantas.\n\nTanpa tumis ini itu, tidak perlu tambah perasa dan perencah lain. Alangkah memudahkan resepi pes nasi goreng yang dikongsikan oleh Ciksu Said di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi pes nasi goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Apabila anda sedang berusaha untuk menguruskan badan, di antara perkara pertama yang akan dilakukan ialah mengira BMI. BMI adalah di antara teknik ukuran yang paling popular di kalangan mereka yang berdiet. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan BMI?\n\nBMI atau\u00a0 Indeks Jisim Tubuh adalah kiraan untuk menilai berat badan berbanding tinggi. Untuk mengira BMI, anda cuma perlu tahu berapa berat & tinggi. Formula BMI dicipta pada tahun 1832 oleh seorang ahli matematik dari Belgium iaitu Adolphe Quetelet.\n\nAdakah kiraan BMI sesuai untuk anda?\n\nKiraan BMI sesuai digunakan oleh semua lelaki dan wanita dewasa yang berusia 18 hingga 64 tahun. Walau bagaimana pun, kiraan BMI tidak sesuai digunakan oleh:\n\nJika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, kiraan BMI\u00a0 adalah sangat membantu. Dengan kiraan BMI, anda akan tahu sama ada anda sekarang berada pada tahap kekurangan berat badan, berat badan unggul, berlebihan berat, atau obes. Dari sini, anda boleh tetapkan target berapa kilogram yang perlu dibuang untuk mendapatkan berat badan unggul.\n\nMengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, BMI boleh dibahagikan\u00a0 kepada 4 kategori iaitu:\n\nBagaimana cara untuk anda mengira BMI?\n\nFormula BMI adalah sangat mudah. Apa yang anda perlukan ialah berat badan & tinggi. Apabila anda dah dapat kedua-dua info tersebut, anda boleh gunakan formula kiraan berikut:\n\nSebagai contoh, katakan berat badan anda ialah 70 kilogram, manakala tinggi anda ialah 165 cm. Maka anda perlu bahagikan 70 kilogram dengan 1.65 meter x 1.65 meter. Anda akan dapat berapa kiraan BMI anda. Contoh seperti dibawah:\n\nBMI anda ialah 25.7.\u00a0 Anda boleh rujuk carta BMI di bawah untuk mengetahui anda masuk kategori berat badan yang mana.\n\nDengan BMI sebanyak 25.7, anda berada dalam kategori overweight iaitu lebihan berat badan. Berat badan yang unggul untuk anda ialah di antara 51 kg hingga 67 kg. Ini adalah berat badan yang perlu anda target. Maksudnya, anda perlu hilangkan sekurang-kurangnya 3 kilogram. Tak banyak pun, kan.\n\nUntuk lagi mudah, anda boleh download online BMI calculator atau masukkan data di website yang menyediakan perkhidmatan mengira BMI secara percuma. Di antara website yang boleh anda lawati ialah:\n\nManakala untuk application di playstore, di antara applikasi percuma yang boleh anda download ialah:\n\nJika anda pengguna Iphone, anda boleh download applikasi berikut di Appstore:\n\nAdakah kiraan BMI boleh menentukan dengan tepat bahawa anda mempunyai berat badan yang unggul?\n\nBagaimana? Apakah kategori berat badan anda? Berapa kilogram yang perlu anda tambah atau buang untuk mencapai berat badan unggul?\n\nWalau bagaimana pun, kiraan BMI bukanlah satu-satunya cara untuk mengira sama ada anda mempunyai berat badan yang unggul atau pun tidak. Terdapat beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi kiraan BMI anda. Di antaranya ialah:\n\nApakah risiko sekiranya BMI anda adalah berlebihan berat badan, obes, atau kekurangan berat badan ?\n\nKebiasaannya, berat badan berlebihan, obes, atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko anda mendapat masalah kesihatan dan mengidap penyakit kronik yang boleh menjejaskan kesihatan. Namun, kiraan BMI bukanlah kayu pengukur yang menentukan sama ada anda cergas dan sihat. Ia hanyalah salah satu alat untuk mengira, dan ianya tidak semestinya tepat.\n\nJadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang?\n\nSekarang anda dah tahu di mana kedudukan anda. Kalau anda memiliki berat badan unggul, tahniah kami ucapkan. Jika anda mempunyai kurang berat badan, atau berlebihan berat badan, anda perlu tetapkan target. Berapa kilogram yang perlu ditambah atau dikurangkan untuk mendapat berat badan unggul.\n\nApabila dah dapat target, bolehlah anda mula jaga pemakanan dan mula bersenam.\n\nItulah dia perkongsian kami tentang BMI untuk hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang khasiat daun kari, khasiat minyak zaitun, dan khasiat madu lebah."
"Anjing liar adalah di antara binatang yang paling ditakuti oleh semua manusia dimuka bumi. Bukan orang melayu islam sahaja. Anjing liar digeruni kerana dikhuatiri ia akan melakukan perkara yang tidak dijangka seperti mengejar atau menggigit kita. Gigitan anjing, terutamanya anjing yang bersaiz besar boleh membawa maut akibat kecederaan yang parah. Hari ini kami akan kongsikan petua halau anjing yang boleh anda lakukan sekiranya tiba-tiba anda didekati oleh anjing liar atau ada anjing liar yang selalu datang ke rumah anda.\n\nAnjing liar dianggap sebagai binatang merbahaya yang boleh menggugat keselamatan manusia. Tak hairanlah jika ada majlis perbandaran atau PBT yang melakukan operasi menembak anjing liar sekiranya didapati terdapat terlalu banyak anjing liar di sesuatu kawasan. Di antara bahaya anjing kepada manusia ialah:\n\nJika anda mempunyai masalah anjing liar yang selalu berkeliaran dan datang ke rumah anda, berikut adalah di antara petua berkesan yang boleh anda cuba.\n\nAnjing adalah sejenis haiwan yang garang namun ia sangat takut dengan harimau. Sekiranya ia dapat menghidu bau badan atau air kencing harimau, dari jauh lagi anjing liar akan lari dan menjauhkan diri bagi mengelakkan daripada terserempak dengan harimau tersebut. Petua untuk menghalau anjing liar daripada datang ke rumah ialah dengan meletakkan air kencing harimau di kawasan halaman rumah.\n\nIa adalah petua yang dijamin berkesan. Namun pastinya anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendapatkan air kencing harimau? Jawapannya ialah anda boleh bancuh sendiri air yang menyerupai bau air kencing harimau. Apa yang anda perlu lakukan ialah bancuh dan peram sahaja bahan-bahan berikut:\n\nCampurkan kesemua bahan tersebut dan rebus sehingga mendidih. Kemudian anda peram air tersebut selama seminggu. Baunya menyerupai bau air kencing harimau. Bolehlah air bancuhan tadi disiram di halaman rumah anda atau diletakkan didalam bekas yang terbuka agar baunya memenuhi halaman rumah anda. Atau anda juga boleh campurkan air peraman tadi dengan 10 liter air kosong dan sembur di seluruh halaman rumah anda. Anjing liar tidak akan mendekati rumah anda lagi.\n\nCara halau anjing liar yang seterusnya ialah dengan cara memasukkan air ke dalam botol. Kita biasa dengar tentang air merah yang dimasukkan kedalam botol untuk menghalau kucing. Namun tahukah anda bahawa anjing juga takutkan air yang diisi dalam botol. Cuma tidak semestinya anda menggunakan air yang berwarna merah. Untuk menghalau anjing liar menggunakan air botol, apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nAnda pernah dengar tentang wisel anjing? Berbeza daripada wisel biasa yang kita gunakan, wisel anjing mengeluarkan bunyi dalam frekuensi yang berbeza dan hasilnya, bunyi tersebut hanya boleh didengar oleh anjing. Oleh itu, jika anda selalu mempunyai masalah gangguan anjing liar, kami sarankan anda membeli wisel anjing dan gunakan wisel tersebut apabila perlu.\n\nApabila ada anjing liar yang masuk ke kawasan rumah anda, tiup wisel anjing dengan sekuat hati. Begitu juga sekiranya ada anjing liar yang selalu mengekori anda semasa pulang ke rumah, pastikan wisel anjing sentiasa di tangan. Tiup wisel tersebut apabila ada anjing yang mula mengekori anda. Bunyi yang dihasilkan oleh wisel tadi akan menyebabkan anjing berasa takut dan lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.\n\n4. Jangan takut dan pura-pura mengambil batu\n\nPetua halau anjing yang seterusnya ialah jangan tunjukkan yang anda sedang ketakutan. Anjing adalah haiwan yang mempunyai deria yang tinggi dan mampu menghidu ketakutan yang dirasai oleh manusia. Semakin anda takut. Anjing liar akan berasa berani untuk menyerang anda. Oleh itu, apabila berdepan dngan anjing liar, beranikan diri dan pura-pura mencari batu untuk dibaling kea rah anjing tersebut. Keberanian anda akan menakutkan anjing liar.\n\nPetua halau anjing liar yang terakhir ialah dengan membaca Surah Al-Masad atau tabbat yada apabila berdepan dengan anjing liar. Surah hebat ini mempunyai aura tersendiri dan ditakuti oleh anjing.\n\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.\n\n\u062a\u064e\u0628\u064e\u0651\u062a\u0652 \u064a\u064e\u062f\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a \u0644\u064e\u0647\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u062a\u064e\u0628\u064e\u0651 Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!\n\n\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u063a\u0652\u0646\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0645\u064e\u0627\u0644\u064f\u0647\u064f \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0633\u064e\u0628\u064e Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.\n\n\u0633\u064e\u064a\u064e\u0635\u0652\u0644\u064e\u0649 \u0646\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627 \u0630\u064e\u0627\u062a\u064e \u0644\u064e\u0647\u064e\u0628\u064d Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.\n\n\u0648\u064e\u0627\u0645\u0652\u0631\u064e\u0623\u064e\u062a\u064f\u0647\u064f \u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0637\u064e\u0628\u0650 Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. \u2013\n\n\u0641\u0650\u064a \u062c\u0650\u064a\u062f\u0650\u0647\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0628\u0652\u0644\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064e\u0633\u064e\u062f\u064d Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.\n\nItulah dia info \u00a0tentang petua halau anjing liar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua halau belalang, petua halau lipas , petua tumit merekah dan petua sembelit."
"Rumah anda banyak nyamuk? Setiap kali maghrib menjelma nyamuk mula masuk ke rumah. Berbintat badan anak-anak akibat digigit nyamuk. Lagi risau kalau ada nyamuk aedes, takut terkena demam denggi. Usah risau lagi, jom kami kongsikan tips halau nyamuk yang boleh anda cuba.\n\nPastikan kawasan rumah anda bersih daripada sampah-sarap, ranting-ranting dan barang lama yang tidak dipakai bagi mengelakkan rumah anda menjadi kawasan tumpuan nyamuk.\n\nNyamuk membiak dalam air yang bertakung. Mungkin rumah anda banyak nyamuk kerana terdapat air bertakung yang menjadi pusat pembiakan nyamuk yang mengganggu anda. Di antara tempat yang biasa menjadi kawasan air bertakung kegemaran nyamuk ialah:\n\n3. Pastikan longkang anda tidak tersumbat\n\nLongkang tersumbat akan menjadi habitat nyamuk. Oleh itu pastikan longkang di sekeliling rumah anda tidak tersumbat. Jika longkang besar tersumbat, anda boleh melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan atau boleh juga buat gotong-royong dengan jiran-jiran untuk membersihkannya secara beramai-ramai.\n\n4. Bungu cengkih, serai, & limau nipis\n\nAnda boleh gunakan bahan-bahan yang ada di dalam dapur untuk menghalau nyamuk dari rumah. Caranya:\n\nSelain air dari buag cengkih, serai, dan limau nipis tadi, anda juga boleh sapukan Vicks Vaporub pada kulit untuk mengelakkan daripada digigit nyamuk. Nyamuk juga tidak sukakan baunya.\n\nMinyak essential oil seperti serai wangi, pudina, dan minyak kayu putih tidak disukai oleh nyamuk kerana baunya. Untuk menghalau nyamuk dari rumah anda, anda boleh gunakan minyak essential oil dengan memilih salah satu daripada cara berikut:\n\n7. Limau nipis & bunga cengkih\n\nSeperti yang kami nyatakan di atas, nyamuk tidak sukakan bau limau nipis dan bunga cengkih. Petua halau nyamuk yang seterusnya menggunakan limau nipis dan bunga cengkih. Caranya:\n\nMembakar sabut kelapa semasa maghrib juga dikatakan di antara petua halau nyamuk yang berkesan. Asap yang keluar daripada pembakaran tersebut akan memaksa nyamuk untuk pergi ke tempat lain. Kalau anda boleh dapatkan sabut kelapa dengan mudah, bolehlah cuba petua ini.\n\nTerdapat pelbagai pokok yang dikatakan mampu menghalau nyamuk dari rumah. Di antara pokok penghalau nyamuk ialah:\n\nJika rumah anda ada banyak nyamuk, anda boleh berikhtiar dengan cara menanam pokok serai wangi di sekeliling rumah, dan sebaiknya letak berdekatan dengan laluan nyamuk masuk ke dalam rumah seperti pintu dan tingkap. Elok juga kalau anda tanam berdekatan kawasan yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk seperti longkang, tempayan, dan akuarium.\n\nSelain serai wangi, pokok jeremin juga boleh ditanam di sekeliling rumah sebagai petua untuk menghalau nyamuk.\n\nSeperti pokok serai wangi dan pokok jeremin, nyamuk juga tidak sukakan pokok bunga tapak dara.\n\nNyamuk tidak sukakan bau yang dikeluarkan oleh bunga kantan.\n\nPokok Citrosa Mosquito berasal dari Belanda dan mengeluarkan bau seperti limau. Oleh kerana nyamuk tidak sukakan bau limau nipis, secara automatik mereka juga tidak sukakan bau yang dikeluarkan oleh pokok ini.\n\nBunga lavender mengandungi linalool dan lynalyl acetate yang akan menyebabkan nyamuk berasa mengantuk dan khayal menyebabkan mereka akan cuba menjauhkan daripada kawasan yang ditanam pokok bunga lavender.\n\nBunga tahi ayam atau marigold juga tidak disukai oleh nyamuk.\n\nPokok ini berasal dari Papua New Geinea dan sangat berguna untuk menghalau nyamuk.\n\nPokok ini juga boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.\n\nAnda boleh juga tanam pokok selasih sebagai usaha untuk menghalau nyamuk dari rumah.\n\nPetua halang nyamuk yang seterusnya ialah dengan menggunakan lilin aromaterapi. Anda boleh pilih mana-mana bau kegemaran anda sama ada lavender, vanilla, lemongrass atau green tea. Wangian yang keluar semasa lilin tersebut dibakar juga dikatakan mampu menghalang nyamuk daripada masuk ke dalam rumah anda.\n\nItulah dia 10 tips halau nyamuk yang ingin kami kongsikan pada hari ini.\u00a0Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua sakit tekak, petua migrain, dan petua hilangkan parut jerawat."
"Doa wukuf adalah doa mustajab yang dikhususkan untuk dibaca oleh jemaah haji dan mana-mana umat Islam yang tidak mengerjakan haji.\n\nDalam kesibukan umat Islam membuat persiapan menanti kehadiran Hari Raya Aidiladha, jangan terlupa untuk memperbanyakkan berdaoa pada 9 Zulhijjah yang merupakan Hari Wukuf atau Hari Arafah bagi mereka mengerjakan ibadah haji.\n\nSesungguhnya pad hari tersebut ia merupakan salah satu dari waktu paling mustajab untuk berdoa seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.\n\nBerikut ini adalah antara himpunan doa wukuf yang bagus untuk anda amalkan.\n\n1. Zikir Nabi SAW semasa hari Arafah\n\nDaripada Abdullah bin \u2018Amr, Rasulullah SAW bersabda, \u201cSebaik-baik doa adalah doa wukuf pada hari Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah\n\n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c\n\nMaksudnya: \u201cTiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Tirmizi, hadis hasan)\n\nKelebihan membaca zikir ini 100 kali\n\nDaripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c \u0641\u0650\u064a \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064e \u0645\u064e\u0631\u064e\u0651\u0629\u064d \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u062f\u0652\u0644\u064e \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0631\u0650\u0642\u064e\u0627\u0628\u064d \u0648\u064e\u0643\u064f\u062a\u0650\u0628\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064f \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0645\u064f\u062d\u0650\u064a\u064e\u062a\u0652 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064f \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u0626\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u062d\u0650\u0631\u0652\u0632\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u064a\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u0647\u064f \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u064a\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0628\u0650\u0623\u064e\u0641\u0652\u0636\u064e\u0644\u064e \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064e \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e\n\n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c\u2019\n\nLaa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa \u2018alaa kulli syai\u2019in qodir\u2019\n\n(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),\n\nsebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, ditetapkan baginya 100 kebaikan dan dijauhkan daripadanya 100 keburukan dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Bukhari, hadis sahih)\n\n2. Doa wukuf serah diri kepada Allah\n\nDaripada Ali Bin Abi Thalib beliau berkata: Kebanyakan doa wukuf yang diucapkan Rasulullah SAW pada hari Arafah di tempat wukuf adalah:\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0643\u064e\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0646\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0648\u064e\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0646\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0643\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0646\u064f\u0633\u064f\u0643\u0650\u064a \u0648\u064e\u0645\u064e\u062d\u0652\u064a\u064e\u0627\u064a\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0645\u064e\u0622\u0628\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u062a\u064f\u0631\u064e\u0627\u062b\u0650\u064a \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0628\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0648\u064e\u0633\u0652\u0648\u064e\u0633\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u062f\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0634\u064e\u062a\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062c\u0650\u064a\u0621\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u0650\u0651\u064a\u062d\u064f\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Tirmidzi, hadis gharib)\n\nDaripada Syaddad bin Aus RA, Rasulullah SAW bersabda:\n\n\u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u064f \u0627\u0644\u0650\u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u063a\u0652\u0641\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064e: \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u064a \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e\u060c \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u0652\u062a\u064e\u0646\u0650\u064a \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f\u0643\u064e\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f\u060c \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0646\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f\u060c \u0623\u064e\u0628\u064f\u0648\u0621\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0628\u064f\u0648\u0621\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u064a \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0630\u064f\u0651\u0646\u064f\u0648\u0628\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e\n\nMaksudnya: \u201cSayyidul Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Bukhari, hadis sahih)\n\n\u00ab\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0645\u064f\u0648\u0642\u0650\u0646\u064b\u0627 \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627\u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650\u0647\u0650 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u064a\u064e\u060c \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u064f\u0648\u0642\u0650\u0646\u064c \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627\u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u064e \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0635\u0652\u0628\u0650\u062d\u064e\u060c \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650\u00bb\n\nMaksudnya: \u201cBarangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Bukhari, hadis sahih)\n\n4. Doa mohon ampun daripada Allah \n\nAbu Bakar as-Siddiq RA pernah meminta Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu doa kepadanya. Lalu baginda SAW bersabda:\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0638\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652\u062a\u064f \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u064a \u0638\u064f\u0644\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0630\u064f\u0651\u0646\u064f\u0648\u0628\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u0650\u064a \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u0641\u064f\u0648\u0631\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u064f\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Bukhari, hadis sahih)\n\n5. Doa mohon ampun kedua ibu bapa\n\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u0633\u064e\u0627\u0628\u064f\n\nMaksudnya: \u201cWahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.\u201d \u2013 (Surah Ibrahim 14: 41)\n\n6. Doa mohon rahmat daripada Allah\n\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0622 \u0621\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0641\u064e\u0671\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0671\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0671\u0644\u0631\u064e\u0651\u0670\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya: \u201cYa Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.\u201d \u2013 (Surah al-Mukminun 23:109)\n\n7. Doa ditetapkan hati dalam ketaatan\n\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0627\u064e \u062a\u064f\u0632\u0650\u063a\u0652 \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0625\u0650\u0630\u0652 \u0647\u064e\u062f\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646 \u0644\u064e\u0651\u062f\u064f\u0646\u0643\u064e \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0647\u064e\u0651\u0627\u0628\u064f\n\nMaksudnya: \u201cWahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.\u201d \u2013 (Surah Ali \u2018Imran 3: 8 )\n\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0630\u064f\u0631\u0650\u0651\u064a\u0651\u0670\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0631\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u064e\u0639\u0652\u064a\u064f\u0646\u064d \u0648\u064e\u0651\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u064e\u0651\u0642\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627\n\nMaksudnya: \u201cYa Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.\u201d \u2013 (Surah al-Furqan 25: 74)\n\n9. Doa menjadi hamba Nya yang bersyukur\n\n\u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0632\u0650\u0639\u0652\u0646\u0650\u0649\u0653 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064e \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u064e\u0643\u064e \u0671\u0644\u064e\u0651\u062a\u0650\u0649\u0653 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0670\u0644\u0650\u062f\u064e\u0649\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e \u0635\u064e\u0670\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0649\u0670\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u0652\u0646\u0650\u0649 \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0641\u0650\u0649 \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650\u0643\u064e \u0671\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0646\u064e\n\nMaksudnya: \u201cYa Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.\u201d \u2013 (Surah al-Naml 27: 19)\n\n10. \u00a0Doa dijauhi rasa hadas dengki\n\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0625\u0650\u062e\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0633\u064e\u0628\u064e\u0642\u064f\u0648\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u0650\u0646\u064e\u0627 \u063a\u0650\u0644\u064b\u0651\u0627 \u0644\u0650\u0651\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0631\u064e\u0621\u064f\u0648\u0641\u064c \u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u064c\n\nMaksudnya: \u201cYa Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.\u201d \u2013 (Surah al-Hasyr 59:10)\n\n11. Teks doa arafah Tabung Haji\n\nDi bawah ini adalah teks doa wukuf yang dikeluarkan oleh Tabung Haji. \n\nSelain dari petua masak rendang ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan tips dalam masakan seperti:"
"Salah satu perbezaan seterika wap dan seterika biasa adalah ia memberikan hasil yang lebih baik dalam menghilangkan kedutan dengan lebih cepat dan cekap. Bukan itu sahaja, malah seterika wap menawarkan kemasan yang berkualiti kepada pakaian yang digosok.\u00a0\n\nBagi para isteri yang buntu dalam memilih seterika wap terbaik, jom lihat antara 12 seterika wap terbaik pantas dan mudah digunakan.\n\nSunbeam Steammaster merupakan antara seterika wap terbaik berkualiti tinggi dengan kabel sepanjang lapan kaki yang menjadikannya sangat mudah digunakan bagi kawasan yang sedikit jauh dari plug.\u00a0\n\nSeterika wap ini mempunyai ciri pintar \u2018auto-off\u2019 dengan gerakan tiga hala untuk pengalaman menyeterika yang selamat.\u00a0 Lengkap juga dengan sistem pembersihan sendiri yang pasti bebas kotoran. Prestasinya juga berjalan secara optimum.\n\nSelain itu, terdapat pilihan semburan berkabus yang menjadikannya sesuai untuk menyeterika pakaian yang berbeza. Bagi anda yang mempunyai keluasan bilik yang luas, disyorkan menggunakan seterika wap ini.\n\nSeterika Wap Maytag Speed Heat ini lebih pantas daripada kebanyakan seterika tradisional. Buktinya, ia mencapai suhu maksimum dalam masa kurang daripada satu minit. Ia juga mempunyai semburan anti-kedut untuk menghilangkan kedutan dengan lebih cepat.\u00a0\n\nSelain itu, seterika wap terbaik ini dibuat daripada keluli tahan karat agar anda dapat menyeterika dengan licin dan mudah. Seterika wap ini dapat memberikan prestasi yang lebih baik pada kuasa yang rendah.\n\nSeterika wap terbaik yang kalis calar dan tidak melekat pada kain adalah Seterika Wap T-fal. Ia mempunyai wayar yang lebih panjang bagi pengalaman menyeterika yang lancar. Pastinya ia adalah untuk menghalang kedutan pada fabrik yang telah diseterika.\u00a0\n\nTerdapat juga fungsi pembersihan sendiri, sistem anti-skala dan anti-titisan bersepadu yang dapat memudahkan kerja kita semua.\n\nSeterika wap Black Decker Vitessa merupakan seterika wap terbaik yang mempunyai enam tetapan suhu berbeza, kabus semburan dan ciri \u2018auto-off\u2019 tiga hala.\u00a0\n\nIa juga dilengkapi dengan tapak yang tidak melekat dan berfungsi pada teknologi SmartSteam. Selain itu, ianya juga dapat menyeterika tanpa kerumitan dan mudah dalam masa yang singkat.\n\nSeterika Wap Sunbeam Versa Glide Cordless Iron\n\nSeterika wap terbaik jenis hibrid dan serba boleh daripada Sunbeam ini dapat menghilangkan kedutan tanpa sebarang masalah. Ia sangat ringan bagi memudahkan penyimpanannya.\u00a0\n\nUntuk pengetahuan anda, ia memiliki fungsi semburan wap secara menegak. Plat keluli yang direka pada tapak seterika wap terbaik ini dapat menyeterika dengan lancar di atas pakaian dan memberikan rasa yang segar.\n\nSeterika Wap Reliable Ovo Portable Steam Iron And Garment Steamer\n\nSeterika wap terbaik bersaiz tapak tangan berjenama Reliable ini sangat ringan dan mudah digunakan. Ia akan menghasilkan wap secara berterusan untuk menjadikan pakaian anda licin dan cantik.\u00a0\n\nSeterika mudah alih ini bersaiz 4 hingga 5 inci ini sangat berkuasa, mempunyai lampu indikator dan sesuai untuk menggosok pelbagai jenis pakaian.\n\nDireka untuk menyeterika semua fabrik pada haba yang optimum, seterika wap terbaik ini sangat sesuai untuk anda. Ia mempunyai reka bentuk berbilang lapisan dalaman bagi menghasilkan wap panas tanpa menjadikan tapak seterika tersebut terlalu panas.\u00a0\n\nSeterika wap ini mempunyai semburan kabus halus yang boleh menghilangkan kedutan yang sangat degil dan muncungnya sesuai untuk digosok pada kawasan yang sukar dicapai.\n\nSeterika Wap Panasonic Dry And Steam Iron\n\nSeterusnya, seterika wap terbaik berjenama Panasonic ini mempunyai tapak seramik tidak melekat yang melengkung, licin dan besar untuk meminimumkan halangan ketika proses menyeterika pakaian.\u00a0\n\nTerdapat juga tetapan wap yang boleh dilaras untuk disesuaikan dengan jenis pakaian yang digosok. Seterika wap ini amat sesuai untuk anda yang sentiasa menggosok pelbagai jenis pakaian yang banyak setiap hari.\n\nSeterika wap Chi adalah seterika wap terbaik berkuasa tinggi yang mempunyai tapak seramik titanium yang tahan calar dan mudah untuk dibersihkan. Selain itu, ia dapat meratakan permukaan yang digosok. Ia juga lengkap dengan panduan penetapan suhu yang betul untuk fabrik yang diseterika. Seterika wap ini didatangkan dalam lima jenis pilihan warna yang mengagumkan.\n\nSeterika wap yang seberat 3.2 paun ini sangat mudah dikendalikan. Ianya mempunyai tapak 8.5 inci dengan lubang mikro dan juga tangki air 260ml untuk mengukus wap. Seterika wap terbaik ini boleh didapati dalam dua warna dan empat saiz yang sangat cantik.\n\nSeterika Wap Rowenta Digital Display Steam Iron\n\nSeterika wap Rowenta yang mewah dengan paparan digital ini dapat membawa inovasi suasana Jerman ke dalam rumah anda. Seterika ini menghilangkan kedutan pada pakaian, peralatan tempat tidur, selimut dan juga langsir.\u00a0\n\nSelain itu, ia mempunyai reka bentuk berbilang lapisan untuk menghasilkan wap panas tanpa membuat tapak seterika menjadi panas. Menakjubkan lagi, terdapat sensor gerakan wap berfungsi mematikan wap apabila anda berhenti menggerakkan seterika ini.\u00a0\n\nSekiranya anda menggemarkan barangan berjenama Jerman, jangan lupa memiliki seterika wap terbaik ini.\n\nSekiranya anda sering melancong atau makan angin, seterika wap mini dari jenama Steamfast ini akan menjadi teman yang sempurna buat anda. Berkualiti tinggi dan mudah disimpan di dalam beg pakaian anda.\u00a0\n\nSeterika wap terbaik ini dapat memanaskan tangki air 1.4oz dalam masa 15 saat dan mempunyai dwi voltan yang menjadikannya boleh digunakan pada kadar elektrik yang sangat rendah. Ia terdiri dari tiga tetapan suhu yang menjadikannya amat sesuai untuk sebarang jenis pakaian.\n\nItulah antara seterika wap terbaik yang mudah digunakan dan pantas. Jom baca juga Seterika terbaik, Vacuum Terbaik, hair dryer terbaik dan Blender Terbaik.\n\nPandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
"Kencing kotor ini berlaku apabila kuman telah memasuki saluran air kencing. Jadi, apabila terkena kencing kotor, ia sememangnya memeritkan dan menyakitkan lebih-lebih lagi di bahagian pundi kencing. Ia selalu berlaku di kalangan wanita.\n\nMenurut\u00a0kajian, hampir\u00a050% wanita\u00a0akan mengalami kencing kotor atau jangkitan kencing sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.\u00a0Daripada jumlah ini,\u00a020%\u00a0daripada mereka yang pernah terkena kencing kotor akan\u00a0mengalaminya lagi. \n\nApakah tanda-tanda kita ada kencing kotor dan bagaimanakan cara untuk mencegahnya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 tanda rahim jatuh. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \u26a0\ufe0fKencing keruh / berbau / berdarah\n\n\u26a0\ufe0fSakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang\n\n\u26a0\ufe0fTanda-tanda dan gejala radang pundi kencing\n\n\u26a0\ufe0fRenjatan septik \u2013 perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.\n\n5. Buang air kecil sebelum dan selepas buat seks\n\n6. Tukar tuala wanita dengan lebih kerap\n\n*Bagi para wanita diluar sana, perlu berhati-hati kerana majoriti yang ada kencing kotor adalah wanita. Jangan pernah sesekali tahan kencing, jika rasa mahu terkencing cepat-cepat pergi ke tandas untuk melepaskan hajat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Adakah anda mencari resepi yang mudah dan cepat tetapi sedap? Ramai orang mencari-cari resepi yang cepat dan pantas kerana selain penyediaan dan bahan-bahannya senang, ia juga tidak memakan masa.\n\nKami hadirkan untuk anda resepi-resepi yang mudah dan senang lagi sedap untuk anda hidangkan kepada keluarga anda. Sempena menyambut hari bercuti, bolehlah anda sediakan masa untuk mengolah resepi di bawah ini.\n\n10 koleksi resepi di bawah ini ialah resepi kumpulan makanan yang telah mendapat perkongsian ramai. Tentunya sedap, viral dan amat mudah! Tanpa perlu keahlian memasak pun, konfirm resepi ini mesti selalu menjadi.\n\nResepi mudah kuih, bihun, ayam, kek, pastry dan lainnya ini akan menyamankan tekak anda. Sila kongsikan resepi mudah dan menarik kepada rekan-rekan anda. Selamat menjamu selera.\n\nJIka di Indonesia kuih ini dipanggil kue gabin goreng dan intinya pula menggunakan tapai. Resepi yang tak kalah sedap juga dikongsikan oleh \u200eFitria Ria\u200e di laman Facebook iaitu resepi kuih gabin goreng tanpa tapai. Anda patut cuba buat resepi ini boleh dijadikan hidangan petang-petang mahupun niaga.\n\nSiapa kata durian tak sedap? Mungkin belum rasa lagi bingka durian ini. Kalau biasanya ada bingka ubi dan lain-lain. Sekarang pula kami menyuguhi anda dengan bingka durian. Resepi perkongsian ramai daripada \u200eBunga Dahlia di laman Facebook. Sangat senang, mudah, cepat dan sedap. Penyuka durian patut cuba resepi ini.\n\nAnda yang sudah cukup lama tak masak bihun pama homemade, patut cuba masak sekarang. Resepi mudah, ringkas dan sedap daripada Cik Pooja\u200e di laman Facebook. Selain sedap yang penting juga sangat mengenyangkan. Rasanya sama macam yang segera punya. Proses penyediaan hanya 10 minit. Penyediaan untuk makan 2 orang.\n\nPergh sedap sungguh kek viral ini. Mesti anda ternanti-nanti resepinya. Resepi kek biskut chipsmore yang dikongsikan oleh Lyana Laa\u200e di laman Facebook ini memang mudah sangat. Selain itu juga senang dan cepat siap kerana hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Rasanya pun sangat moist. Anda patut cuba resepi favorit ini.\n\nResepi Ayam Masak Cili Kering Style Cina Muslim\n\nResepi yang ini konfirm sedap sangat. Kalau pergi makan di restoran cina muslim, anda mesti nampak menu ini. Resepi yang dikongsikan oleh \u200eFatin Pauzi\u200e di Facebook ini rasanya masam-masam manis pedas. Sangat identik dengan citarasa cina muslim. Jika anda penyuka makanan restoran cina muslim, anda patut cuba resepi ini.\n\nResepi Portuguese Egg Tart @ Tart Telur Portugis\n\nResepi ini sangat mudah. Tak perlu asing telur, tak bazir telur dan tak muak. Resepi olahan sendri daripada \u200eIedah Abdullah\u200e di Facebook. Resepi ini biasa digunakan untuk niaga. Memang terbukti laku dan laris dijual. Boleh juga dihidangkan untuk menjamu selera tetamu yang datang ke rumah.\n\nAda yang mahu resepi mudah ini? Seronok makan sambil tengok cerita, buat kerja atau sambil sembang-sembang memang paling best. Jika anda ingin memanjakan selera dengan coklat terutamanya anak-anak anda, boleh buatkan mereka bubble rice coklat leleh ini. Resepi daripada \u200eAisyah Abdullah\u200e di Facebook ini sangat mudah, sedap dan bikin ketagih.\n\nTips :\nKalau letak coklat yang sudah dicairkan dalam peti ais cukup 30 minit saja ya. Kalau terlampau lama nanti keras.\nLepas itu letak di suhu bilik saja semalaman (buat malam, pagi boleh letak dalam bubble rice). Elok likat sikit senang nak letak dalam bubble rice.\n\nTeringin nak makan apam balik tapi selalunya orang jual di pasar malam sahaja. Sudah tak perlu nak peningkan itu sekarang. Kerana sekarang kami suguhkan kepada anda resepi apam balik yang amat mudah resepi oleh \u200eJuju Minhad\u200e di Facebook. Boleh dibuatkan untuk sarapan anak-anak juga. Lagi puas kerana boleh letak topping suka hati seperti Oreo, jagung, chocolate rice, cheese, pisang, Nutella, peanut butter. Buat sendiri macam-macam topping bole buat anak-anak memang suka.\n\nMudah sangat-sangat nak buat puff sardin ini. Hanya menggunakan puff pastry dan sardin tin sahaja sudah boleh dapatkan puff yang sangat nyaman. Resepi mudah ini dikongsikan oleh Maya Miera\u200e di Facebook.\n\nSiapa kata tepung bestari hanya untuk ayam sahaja? Jika anda ada roti jumbo pack dok tergolek di atas meja tiada sesiapa nak makan, esok pula dah nak expired. Anda boleh ubah roti itu jadi camilan ini. Cik Pooja\u200e berkongsikan resepi roti telur celup tepung bestari yang jadi viral. Resepinya sangat simple, mudah dan sedap. Sangat dialu-alukan anda mencubanya.\n\nResepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi di atas, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Banyak orang yang menyukai kek sebagai dessert, salah satu contoh kek yang sangat lazat iaitu kek batik. Kek batik pula banyak macamnya, seperti kek batik cheese yang dikongsikan oleh Nor Izan Mustapa di Facebook ini.\n\nKek batik cheese memang sangat sedap. Melihat gambarnya saja sudah menitikkan air liur. Cheese yang meleleh di atas permukaan kek, sangat menggoda selera.\n\nKek batik ialah hidangan yang paling simple untuk para tetamu. Jika dilihat dari bentuknya, kek batik seakan keras, namun setelah dimakan kek batik sangat lembut di lidah. Apalagi kek batik yang diletakkan cheese akan menambah kelazatan kek batik tersebut.\n\nResepi Kek Batik Cheese (Sangat Lazat)\n\n1. Double boil coklat masakan bersama 2/3 cawan non dairy whipping cream hingga coklat\ncair. Kacau sebati dan biar sejuk sekejap.\n\n2. Dalam bekas lain satukan cream cheese, 1 cawan non dairy whipping cream dan susu pekat. Pukul hingga kembang.\n\n3. Seterusnya, alas loyang dengan plastik dan susun biskut hingga penuh dasar loyang.\n\n4. Tuang coklat di atas biskut dan ratakan.\n\n5. Susun lagi biskut di atasnya, tuang cream cheese dan ratakan. Ulang semula step hingga habis.\n\n6. Parut coklat masakan di atas lapisan biskut jika suka.\n\n7. Akhir sekali, sejukkan 1-2 jam.\n\n8. Jika suka boleh celup biskut ke dalam susu sekejap sebelum susun ke dalam loyang.\n\nSelain resepi Kek Batik Cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Resepi German cookies ialah biskut sedap dengan rasa lembut dan teksur cair di mulut. Tidak diketahui dengan pasti kenapa diberi nama German cookies, namun biskut lazat ini sayang anda lewatkan. Kali ini kami akan berkongsikan resepinya untuk anda buat hidangan lazat.\n\nResepi german cookies boleh dikatakan paling mudah di dunia. Kerana itu cookies ini sangat popular dalam kalangan ibu bapa dibuat untuk si buah hati semasa acara sambut hari raya atau kudapan semata.\n\nGerman cookies berbahan asas tepung kentang. Anda boleh dapatkan tepung kentang di kedai bakeri. Cara membuatnya amat mudah, anda hanya perlu untuk mencampur kesemua bahan, gentel adunan dan bakar. Resepi german cookie marble dikongsikan oleh MiR\u00e4 M\u00f6d\u00ebRn\u00f6 di laman Facebook.\n\nKami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Apakah beza emas padu dan kosong yang perlu kita tahu untuk elak dari ditipu dan rugi?\n\nKaum wanita dan perhiasan emas pastinya tidak dapat dipisahkan. Bila harga emas turun mendadak pastinya kedai-kedai emas menjadi tumpuan mereka berbanding pusat beli-belah. \n\nSeiringnya dengan itu juga ada segelintir penjual yang mencari peluang ini untuk menipu pelanggan semasa membeli emas. Sebagai pembeli, kita sudah tentu inginkan yang terbaik dan telus dalam urusan jual beli yang dibuat. \n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara beza emas padu dan kosong sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.\n\nPerhiasan emas padu ini diperbuat daripada emas yang padat. Emas di dalamnya sangat mampat dan padat.\n\nWalaupun kelihatan kecil, tetapi emas padu tentunya lebih berat berbanding emas kosong. Selain itu, ia juga tidak mudah rosak, putus dan kemek. \n\nSekiranya berlaku kerosakan sekalipun, kesannya kepada emas tersebut tidaklah terlalu teruk berbanding emas kosong.\n\nEmas kosong atau juga dikenali sebagai emas hollow adalah emas yang kosong di dalamnya. Emas seperti ini pada umumnya mempunyai design saiz perhiasan yang besar dari biasa. \n\nNamun, emas kosong ini amatlah ringan apabila dipegang dan akan berbunyi-bunyi bila digoncang. \n\nSelain itu, ia juga mudah rosak, putus dan kemek lebih-lebih lagi bila berlaku kerosakan kesannya boleh hancur dengan sekelip mata. \n\nDesign emas padu dan emas kosong yang ada di pasaran\n\nBerikut ini kami kongsikan antara design-design emas padu dan emas kosong yang boleh anda jumpai di mana-mana kedai emas berdekatan. \n\nRantai tangan jenis coco mempunyai design yang kosong sungguhpun saiznya tampak besar berbanding biasa. \n\nOleh kerana dalamannya yang kosong, ia menimbulkan rasa kurang selesa kepada orang lain untuk memakai kerana bunyi yang seakan tin kosong.\n\nDikenali sebagai design yang ramai permintaan peminat emas kerana saiznya yang besar sudah tentu rantai tangan lipan.\n\nNamun tidak ramai yang sedar jenis design ini dalam kategori emas kosong. Justeru itu bagi sesiapa yang ingin pakai pastikan anda juga seorang yang sangat berhati-hati.\n\nSejak ramai orang mula menjual emas dari live media sosial ini, rantai pulut dakap boleh dikatakan sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri. \n\nBagi yang tangan besar, memang sesuai untuk pakai emas seperti ini. Tetapi perlu diingatkan ini adalah emas kosong. \n\nSesiapa yang ingin memakainya perlu berhati-hati apatah lagi tali penyambungnya sangat kecil sehingga cepat sekali putus.\n\n4. Rantai tangan tapak gajah (kosong)\n\nDesign rantai tangan tapak gajah tidak sesuai dipakai setiap hari oleh kerana emasnya yang kosong di dalam. \n\n5. Rantai tangan pintal (kosong, padu mengikut design)\n\nRantai tangan pintal agak unik berbanding yang laiin. Designnya pintal-pintal berpusing sebenarnya mempunyai dua jenis iaitu emas kosong dan emas padu.\n\nBeza emas padu dan kosong ini boleh dilihat dari jenis design yang dijual. Secara teorinya, kita boleh rasakan sendiri kepaduan dan kekukuhan emas tersebut apabila dipakai. \n\nDipanggil sebagai rantai tangan jagung kerana memang bentuknya seakan-akan butir jagung. Rantai jenis ini memang emas padu dan tidak rugi sesiapa yang membelinya. \n\nRantai tangan jenis siput adalah emas kosong. Habuk dan kotoran sangat mudah diperangkap dalam ruang kosong yang ada di dalamnya. \n\nRantai tangan Gucci biasanya dipakai oleh kanak-kanak atau baby. Memang siapa yang pakai rantai ini tampak manis dipandang.\n\nNamun perlu diingatkan bahawa rantai tangan Gucci jenis emas kosong yang mudah rosak jika kurang penjagaan. \n\nEmas padu lain yang boleh anda beli adalah rantai belut. Rantai tangan ini saiznya halus dan tidak terlalu besar. \n\nDikatakan rantai ini juga lebih tampak menarik dan bersinar dipakai berbanding rantai mesin. Namun kelemahannya hanya satu iaitu kadang kala pemakai kurang selesa akan rasa kasar dari rantai ini di tangan. \n\nRantai mesin agak serupa dengan rantai belut oleh kerana itu ramai orang agak keliru sedikit semasa membelinya.\n\nNamun persamaannya antara kedua-duanya hanya satu iaitu diperbuat dari emas padu. \n\nTengok sahaja pada saiznya pasti kita sudah tahu kenapa ia diberi nama rantai biji sawi. Design ini sesuai dipakai oleh kanak-kanak dan orang dewasa. \n\nSetiap biji-biji pada rantai itu adalah emas padu yang sangat berbaloi jika dibeli. \n\n12. Rantai tangan snake skin (kosong)\n\nRantai tangan snake skin ini adalah emas kosong yang memerlukan penjagaan yang terperinci dan lebih berhati-hati. \n\nTips semasa beli emas, elak kena tipu\n\nJika dahulu beli emas orang sanggup beratur panjang untuk membeli di kedai, namun hari ini adanya kedai atas talian sesetengah pembeli gemar membeli emas secara onliine.\n\nJusteru itu ini adalah antara tips semasa beli emas untuk elak dari berlaku penipuan:\n\nSelain dari cara beza emas padu dan kosong ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan emas seperti:"
"Boleh dikatakan semua dapur mempunyai jintan putih. Jintan putih biadanya dimasukkan kedalam makanan untuk menyedapkan & menaikkan aroma makanan yang dimasak.\n\nTahukah anda, yang sebenarnya jintan putih mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan anda. Jom kami kongsikan khasiat jintan putih yang pasti mengejutkan anda.\n\nJintan putih atau dalam English \u201ccumin\u201d ini merupakan herba ked-2 paling banyak digunakan di seluruh dunia selepas lada hitam.\n\nNama saintifiknya Cuminum cyminum\u00a0dan seringkali orang ramai terkeliru dengan jintan manis (fennel seed) yang mempunyai bentuk dan rupa yang seakan mirip.\n\nIroninya, jintan manis warnanya lebih putih daripada jintan putih yang berwarna gelap kehitaman. Jintan putih ini selalu digandingkan bersama jintan manis sebagai bahan perapan, rempah masakan dan petua tradisional.\n\nAmalan penggunaan jintan putih ini banyak dilihat dalam budaya setempat antara kaum Melayu, Cina dan India dalam masakan seharian, tidak ketinggalan warga Timur Tengah yang menggunakannya dalam masakan seperti kari, kebab dan makanan panggang.\n\nAyuh ketahui dengan lebih lanjut khasiat kesihatan jintan putih ini berserta penemuan sains yang membuktikannya.\n\nTak ramai yang tahu bahawa jintan putih bukan sahaja menyedapkan makanan malah membantu melangsingkan tubuh badan. Untuk mendapatkan badan yang cantik dan langsing, anda boleh amalkan teh jintan putih setiap pagi dan malam. Cara menyediakan teh jintan putih adalah seperti berikut:\n\n1 sudu besar jintan putih\n2 gelas air kosong\n1 inci serai\n1 inci halia\n1 sudu besar \u00a0madu asli\n\nJintan putih kaya dengan ferum yang membantu meningkatkan jumlah sel darah merah dalam badan.\n\nSekiranya anda mempunyai masalah anemia, jintan putih merupakan alternatif yang baik untuk anda selain makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.\n\nSalah satu keperluan nutrien untuk sistem peranakan yang baik ialah bekalan zink yang mencukupi oleh sistem badan.\n\nKandungan zink dalam jintan putih membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan & memulihkan kesihatan sistem reproduktif.\n\nJintan putih juga menyihatkan sistem penghadaman anda melalui kandungan zink yang tinggi selain kandungan serat yang tinggi.\n\nNutrien utama dalam jintan putih yang membantu sistem penghadaman yang baik ialah, antaranya 20.85% protein, 38.20% lemak, 4.64% air, 4.37% pepejal, 7.94% serat dan 31.94% jumlah karbohidrat.\n\nJintan putih sangat baik untuk kanak-kanak kerana ia membantu menggalakkan pertumbuhan fizikal secara optimum.\n\nJintan putih mengandungi kandungan potassium yang tinggi. Salah satu daripada fungsi potassium ialah menjaga kesihatan jantung.\n\nPotassium berperanan sebagai pengawal ritma jantung yang normal.\n\nSelain menjaga kesihatan jantung, potassium dalam jintan putih juga membantu mengawal tekanan darah dalam tubuh badan anda.\n\nSelain itu, jintan putih dilaporkan mengandungi kandungan sodium yang rendah. Hal ini amat penting bagi mengurangkan tekanan darah yang secara kebiasaannya akan meningkat jika kandungan sodium adalah tinggi.\n\nJintan putih juga telah dikenal pasti sebagai agen antioksidan yang sangat baik untuk tubuh badan anda.\n\nKajian daripada Institut Penyelidikan Teknologi Makanan di India pada tahun 2005 mendedahkan bahawa jintan putih kaya dengan sebatian fenolik.\n\nSebatian fenolik ini merupakan bahan antioksidan yang sangat baik terutamanya dalam melawan serangan oksidan seperti radikal bebas, hidroksil dan peroksi pada peringkat sel.\n\nWanita yang hampir menopos juga akan mengalami beberapa simptom seperti sakit kepala, kekeringan semasa melakukan hubungan seks, mood swing, sukar tidur, dan sebagainya.\n\nPengambilan jintan putih dalam menu harian membantu mengurangkan simptom-simptom tersebut.\n\nKandungan sebatian bioaktif dalam jintan putih akan memastikan tubuh badan mendapat nutrien yang secukupnya. Hal ini seterusnya dapat menjadikan sistem fisiologi tubuh lebih lancar dan bekerja dengan baik.\n\nJintan putih mempunyai kadar serat yang tinggi yang membantu \u2018mencuci\u2019 segala toksin dan kotoran dari usus kecil dan usus besar anda.\n\nUsus yang bersih akan meningkatkan proses pencernaan dan mengelakkan masalah sembelit atau cirit-birit.\n\nSatu lagi fungsi jintan putih ialah membunuh sel kanser yang terdapat dalam badan anda. Ia mengelakkan kanser menjadi semakin besar & mengelakkan masalah kanser berulang.\n\nDakwaan ini cuba dibuktikan oleh sekumpulan penyelidik dari Philadelphia, Amerika Syarikat pada tahun 2011. Mereka berjaya mengekstrak dua sebatian daripada jintan putih iaitu thymoquinone dan alpha-hederin.\n\nSebatian tersebut mempunyai keupayaan antikanser yang tinggi yang merencatkan pertumbuhan dan penggandaan sel kanser.\n\nPerasan tak, susu anda akan menjadi semakin meriah setiap kali anda makan makanan yang mengandungi jintan putih?\n\nIni kerana jintan putih merupakan salah satu daripada makanan penggalak susu yang murah dan mudah untuk diperolehi. Perkara ini menjadi petua tradisional yang menjadi amalan turun temurun berdasarkan pemerhatian orang dulu-dulu.\n\nKuantiti susu yang bertambah ini boleh dikaitkan dengan kandungan mineral yang banyak dalam jintan putih yang membantu penghasilan susu yang lebih baik.\n\nJika anda mengalami masalah kegatalan kulit, rendam jintan putih di dalam air panas dan sapukan pada kulit yang gatal.\n\nAnda juga boleh menurunkan suhu badan yang demam dengan menggunakan jintan putih. Caranya:\n\nJika anda nak awet muda, boleh amalkan mencuci muka dengan air rendaman jintan putih setiap pagi.\n\nDengan kehadiran antioksidan yang tinggi, sistem peredaran darah yang lebih lancar dan keperluan nutrien yang mencukupi, inilah rahsia awet muda yang sebenarnya secara saintifik!\n\nMenurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Mesir dan Pakistan pada tahun 2010, jintan putih mempunyai lebih banyak antioksidan berbanding halia.\n\nDalam jintan putih, antara bahan antioksidan yang dianggap \u2018berharga\u2019 untuk menjadi sebatian antioksidan aktif ialah cuminal, \u03b3-terpinene dan pinocarveol.\n\nJintan putih membantu menghilangkan kembung perut akibat masalah ketidak hadaman, radang perut dan asid berlebihan dalam usus.\n\n17. Mengawal tahap kolesterol dalam darah\n\nJintan putih dilaporkan mengandungi vitamin A,B, dan C yang tinggi.\n\nHal ini membantu mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan dengan menyingkirkan kolesterol jahat pada plasma darah dan mengekalkan kolesterol baik untuk sistem peredaran darah yang lebih lancar.\n\n18. Menjaga kesihatan sendi dan otot\n\nJintan putih dilaporkan mengandungi sejenis sebatian yang dinamakan anethole.\n\nSebatian ini terkenal dengan fungsinya untuk merawat masalah bengkak atau keradangan pada sendi, tulang dan otot. Aktiviti anti keradangan oleh jintan putih turut dilaporkan oleh kajian-kajian lepas.\n\nSekiranya anda mempunyai masalah nafas berbau, anda boleh gunakan air kumuran jintan putih untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya:\n\nJika anda terkena sakit mata, boleh gunakan jintan putih untuk menghilangkannya dengan cepat. Caranya:\n\nSifat anti radang dan antimikrob berdasarkan penemuan pelbagai sebatian biokatif dalam jintan putih menjadikannya rintang terhadap serangan mikrob atau keadaan keradangan yang boleh menyebabkan kemerahan dan bengkakan.\n\nMalah, dalam kajian saintifik yang pernah diterbitkan di Journal of Food Science, sebatian bioaktif jintan putih berupaya membunuh pertumbuhan mikroorganisma berbahaya seperti E. coli,\u00a0S. aureus dan S. faecalis.\n\nAkhir sekali, jintan putih juga boleh digunakan untuk menghilangkan masalah batuk berkahak. Caranya:\n\nDalam penyelidikan yang diterbitkan oleh Journal of Egyptian Archaeology, masyarakat Mesir Kuno mengamalkan minuman jintan putih bersama madu dan susu untuk mengurangkan simptom batuk.\n\nNamun, pemerhatian ini hanyalah bersandarkan amalan petua tradisional tanpa pembuktian klinikal dan saintifik yang dikendalikan.\n\nItulah dia 21 khasiat jintan putih yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat cekur, khasiat daun sirih, dan khasiat bunga telang.\n\nArtikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
"Sekali makan pulut mangga ini memang boleh jadi ketagih. Pulut mangga ialah dessert tradisional daripada Thailand, oleh sebab itu pulut mangga selalunya dihidangkan di restaurant ala Thailand.\n\nSepinggan pulut mangga biasa harganya mencapai RM 5-8 ringgit. Satu porsi tidak terlalu banyak, hanya beberapa potong mangga dengan satu senduk pulut dengan kuah santan.\n\nJika anda pernah makan pulut mangga, anda mesti teringin lagi dan lagi. Kombinasi rasa manis mangga dengan liatnya pulut serta santan sangat menarik dan bikin ketagih.\n\nMembuat pulut mangga sangat senang, tidak memakan masa yang lama kecuali untuk menyediakan pulutnya. Yang paling penting ialah keenakan santan yang lemak manis tersebut. Oleh itu resepi yang sedap dan terangkat sangat diperlukan untuk membuat pulut mangga yang lazat.\n\nTanpa tunggu lama, di bawah ini kami tuliskan resepi pulut mangga yang mudah, lezat terangkat. Resepi ini dikongsikan oleh \u200eMunirah Jafar di laman Facebook. Jom tengok resepinya.\n\n1. Mula-mula panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.\n\n2. Kemudian bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya.\n\n3. Setelah kering airnya, masukkan pulut ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.\n\n3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.\n\n4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.\n\n5. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.\n\n6. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.\n\n7. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.\n\n8. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.\n\n1. Mula-mula panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.\n\n2. Kemudian masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.\n\n3. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.\n\nSelain resepi pulut mangga, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Ada sesetengah ibu yang lebih suka menyimpan susunya dan membekukannya. Tidak dinafikan, cara ini adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan payudara anda membengkak.\n\nTetapi, tahukah anda, ada beberapa cara yang spesifik untuk menyimpan susu ibu ini. Tambah tambah lagi jika anda bercadang untung menyimpannya sendiri, adalah lebih baik untuk anda ketahui cara yang betul untuk menyimpan.\n\nDengan membaca artikel ini sepenuhnya, anda boleh mengetahui cara untuk menyimpan susu ibu dengan kaedah yang betul.\n\nApabila sebut mengenai menyimpan susu, ini bermakna anda mengeluarkan susu untuk disimpan di kemudian hari. Cara ini sangat berkesan bagi ibu ibu yang sibuk tetapi masih mahu menyusukan anak.\n\nAntara sebab untuk menyimpan susu adalah pyudara anda akan membengkak jika susu tidak diminum. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk memberikan susu kepada anak anda jika berlaku kecemasan.\n\nSesetengah wanita mungkin berpendapat menyimpan susu adalah perkara mudah. Tetapi, tidak semua orang berasa begitu. Ia bergantung kepada individu itu sendiri, bagi yang baru melahirkan anak, menyimpan susu akan mengambil masa untuk belajar sedikit demi sedikit.\n\nLain wanita akan mengeluarkan berlainan kuantiti susu. Terdapat banyak factor bergantung tentang permasalahan ini. Ini termasuklah badan anda, kali terakhir bayi menyusu, usia bayi dan berapa kerap anda menyimpan susu.\n\nJika anda mempunyai masalah untuk menyimpan susu, jangan ragu ragu untuk hubungi pakar bidan anda atau mungkin boleh terus ke hospital untuk mendapatkan konsultasi.\n\nTerdapat tiga cara untuk anda menyimpan susu:\n\n#2 Dengan Menggunakan Pam Tangan (Semi-Manual)\n\nPenggunaan pam tangan adalah sangat berkesan. Hal ini kerana anda tidak perlu untuk menadah susu dengan menggunakan bekas, plastic dan sebagainya. Selalunya pam tangan akan didatangkan sekali dengan tempat penyimpan susu.\n\nSama seperti proses pam dengan menggunakan tangan, anda perlu menenangkan diri anda sebelum memulakan proses. Ibu ibu dinasihatkan untuk cuba menyesuaikan diri dengan keberadaan pam tersebut di payudara anda. Jika anda terfikir untuk mengurut payudara juga tidak ada masalah.\n\nMalahan, adalah sangat digalakkan untuk mengurut kerana ini akan membantu anda untuk menyesuaikan diri\n\nApabila anda telah bersedia, ikutilah beberapa langkah di bawah:\n\n#3 Dengan Menggunakan Pam Elektrik (Auto)\n\nPam elektrik ini sangat efisien dan mudah untuk digunakan. Ia sangat membantu bagiibu ibu yang tidak mmempunyai tenaga yang kuat untuk memerah susu. Fungsinya sama seperti pam tangan. Bezanya adalah anda tidak perlu pam dengan sendirinya. Biarkan pam elektrrik melakukan tugasnya!\n\nLetakkan cawan pam di payudara anda seperti menggunakan pam tangan dengan puting berada di tengah tengah pam. Adalah sangat penting untuk anda menenangkan diri dan selesa dengan pam itu\n\nJika anda pam susu dengan menggunakan tangan, kebarangkalian anda untuk mendapat lebih banyak susu setelah susu berhenti adalah sangat tinggi. Jadi, adalah digalakkan untuk anda pam payu dara anda dengan menggunakan tangan setelah selesai pam dengan menggunakan pam elektrik.\n\nPanduan Untuk Menyimpan Susu Yang Telah Diperah\n\nSelepas diperah, susu ibu perlu diletakkan di dalamm peti ais atau peti sejuk beku, ini untuk mengelakkan daripada susu tersebut menjadi rosak dan untuk mengekalkan keaslian khasiat susu itu sendiri. Berikut merupakan cara untuk anda menyimpan susu yang diperah dan berapa lama untuk anda menyimpannya.\n\nLetakkan susu tersebut di dalam bekas yang berpenutup atau pun plastik bag yang boleh ditutup. Jangan lupa untuk asingkan setiap susu yang diperah pada berlainan hari.\n\nBerikut adalah langkah untuk menyimpan susu yang baru siapp diperah:\n\u2022 Bagi tempoh 6 ke 8 jam pertama, anda boleh letakkan susu tersebut di suhu bilik (24C)\n\u2022 Bagi yang mahukan susu untuk tahan selama 72 jam berikutnya, boleh cuba letakkan di bahagian peti ais dengan memastikan suhu 4C atau lebih rendah.\n\u2022 Letakkan di bahagian Sejuk Beku (Freezer) yang sama pintu dengan Peti Ais untuk susu tersebut tahan selama 2 minggu.\n\u2022 Bagi Freezeer yang berlainan pintu dengan peti ais, anda boleh simpan sehingga 3 bulan\n\u2022 Jika mahu simpan dalam tempoh yang lama iaitu 6 ke 12 bulan, letakkan susu dalam peti sejuk beku yang bersuhu -18\u00baC atau lebih rendah.\n\n Susu Yang Telah Direndam Dengan Air Suam\n\nSudah pasti anda telah mengeluarkan susu beberapa jam sebelum anda menyusukan anak anda bukan. Trdapat beberapa cara untuk anda menyimpan susu sebegini.\n\nSeperti yang anda tahu, membekukan semula susu adalah sangat dilarang. Anda boleh membiarkan susu tersebut di luar peti sejuk sehingga selesai anda menyusukannya. Setelah itu anda boleh membuang susu tersebut.\n\nLangkah Menyediakan Susu Untuk Diminum Bayi\n\nJangan takut untuk memberikan anak anda minum dengan menggunakan cawan. Ianya sama seperti menggunakan botol susu. Untuk memberikan mereka minum, anda boleh menggunakan cawan, sudu atau pun botol susu.\n\nRendamkan bekas yang anda gunakan untuk menyimpan susu dengan menggunakan air panas. Tetapi, jika anda masih mempunyai susu di payu dara anda, anda boleh terus memberikannya kepada si kecil anda. Berlainan pula jika anda menggunakan susu yang telah disejuk bekukan, letakkan bekas tersebut di dalam air panas untuk beberapa ketika.\n\nJangan lupa. Anda perlu menggoncang botol atau bekas yang digunakan secara perlahan lahan. Ini adalah untuk memastikan suhu susu tersebut sekata. Dan diingatkan untuk mencuba dahulu suhu tersebut sebelum diberikan kepada anak anda.\n\nPastikan anda tidak menggunakan microwave untuk memanaskan susu tersebut kerana microwave akan memusnahkan beberapa nutrient penting yang terdapat dalam susu. Tambahan pula, jika ia terlalu panas, mulut si kecil mungkin akan melecur.\n\nUntuk memastikan kebersihan, pastikan anda membasuh semua peralaatan yang anda gunakan dengan bersih. Ini termasuklah bekas susu, pam dan sebagainya.\n\nBasuhlah dengan air suam dan keringkan dengan betul untuk memastikan bekas tersebut tidak dicemari. Dengan cara ini boleh lah anda menggunakan bekas yang sama berulang ulang kali. Simpan dengan baik sehingga penggunaan seterusnya.\n\nAnda diwajibkan untuk membasuh bahagian bahagian pam setiap 24 jam jika anda menggunakannya. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman yang tidak diingini pada payudara anda.\n\nSepanjang tempoh 24 jam tersebut, anda boleh simpan pam di dalam peti sejuk tanpa perlu dibasuh dengan menutup petutupnya. Tetapi adalah lebih elok jika anda membasuh dan letakkan di dalam bilik dengan menutup penutupnya.\n\nDiharapkan informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ibu yang menyusukan anak. Panduan ini adalah untuk bayi yang dalam keadaan yang sihat. Jika bayi anda mempunyai masalah, jangan ragu ragu untuk hubungi pakar kesihatan anda atau bawakkan bayi anda ke hospital. Semestinya bantuan daripada pakar adalah yang terbaik."
"Kali ini kembali kami akan kongsikan resepi ala Korea. Namun kali ini resepi Korea yang menarik ini menggunakan bahan nasi pula.\n\nIalah nasi goreng kimchi, nasi goreng ala Korea yang mampu membuat anda tidak mampu tahan godaan.\n\nSeperti namanya, nasi goreng kimchi diperbuat dengan cara menggoreng nasi dengan kimchi, pes lada, minyak bijan. Resepi nasi goreng kimchi ini mudah dan rasanya sebijik seratus peratus macam restoran Korea.\n\nSaking sedapnya resepi ini gerenti anda akan makan bertambah hingga lupa diri. Sedap sungguh resepi nasi goreng kimchi yang dikongsikan oleh Siti Nurfatimah di laman Facebook ini.\n\nBoleh masukkan ayam goreng jika ingin. Ayam digoreng dulu tanpa letak apa-apa rempah. Ketepikan dan kemudian masukkan kimchi. Letak balik ayam sebelum masukkan nasi.\n\nSelain resepi nasi goreng kimchi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tak kira perempuan atau lelaki, ada yang sangat suka memakai masker. Pemakaian masker merupakan antara rutin penting dalam penjagaan kulit wajah. Tengok sajalah masyarakat Korea. Betapa mereka mementingkan pemakaian masker setiap hari.\n\nKini, terdapat pelbagai masker di pasaran. Semuanya bergantung pada masalah kulit, jenis rawatan dan kemampuan anda. Antaranya ialah jenis wash off iaitu masker jenis krim atau gel yang perlu dibiarkan kering di muka. Kemudian, anda perlu membasuh muka dengan bersih.\n\nTerdapat juga jenis peel off iaitu biasanya bentuk krim atau gel yang melekit seperti gam. Selepas kering, ia perlu ditanggalkan dan wajah perlu dicuci. Masker jenis ni berkesan untuk tanggalkan bintik hitam dan putih dibahagian hidung, pipi, dagu dan dahi.\n\nAda juga jenis sheet mask yang sangat terkenal di Korea. Masker jenis ini berbentuk topeng dan selepas masa yang disarankan, anda perlu menanggalkannya. Biasanya tak perlu basuh muka lagi. Boleh teruskan rutin penjagaan wajah yang lain.\n\nMalahan, ada juga jenis sleeping mask. Masker jenis ini perlu dipakai sebelum tidur dengan produk penjagaan wajah yang lain. Esok pagi selepas bangun tidur, barulah anda mencuci muka seperti biasa.\n\nOleh itu, setiap jenis masker ini boleh dipakai mengikut jenis kulit dan masalah anda. Namun, harganya tak begitu murah. Jadi, dalam penulisan artikel ni akan dikongsikan DIY masker muka yang anda boleh buat di rumah.\n\nPastinya kosnya juga lebih murah, selamat tanpa bahan kimia dan berkesan. Sebelum tu, mari kita baca dulu kebaikan memakai masker.\n\nBila baca tentang kebaikan penggunaan masker seperti yang dinyatakan di atas, pasti hati tertarik nak mencubanya. Jangan risau, penulis berbesar hati membuat sedikit kajian berkaitan tips terbaik bagi mendapatkan kulit yang flawless dan glowing. Semuanya dengan DIY masker semula jadi yang boleh dibuat di rumah.\n\nNi merupakan masker asas yang boleh dilakukan di rumah. Masker asas ni bertujuan untuk memelihara kulit pada peringkat awal. Namun, jangan risau hasilnya tetap terbaik.\n\nKisar buah tomato dan tapis jusnya. Tambahkan yogurt (untuk kulit berminyak) atau minyak badam (untuk kulit kering). Dengan tangan yang bersih, sapukan ke seluruh muka. Elakkan bahagian mata ye. Biarkan 10 minit dan urut lembut wajah sebelum membasuhnya.\n\nMasker ini berfungsi untuk meremajakan kulit. Hasilnya kulit yang kelihatan matang akan nampak muda berseri. Malahan, ia juga membantu mengurangkan garis-garis halus.\n\nJika anda mempunyai kulit berminyak, campurkan putih telur dan jus lemon. Sapukan di seluruh wajah dan elakkan terkena di sekeliling mata. Bagi yang ada masalah kulit kering pula, kisarkan sebiji buah avocado dan campurkan di dalam bahan-bahan tadi. Ia akan menyegarkan kulit yang kering.\n\nKadangkala, bila terlalu penat atau tak cukup tidur wajah akan kelihatan sembap dan tak bermaya. Oleh itu, cara pantas bagi mengatasi masalah ni ialah cuba masker buah epal.\n\n1/2 biji epal (dikupas dan kisar)\n\nBagi kulit kering, anda boleh mencampurkan semua bahan di atas. Sapukan di muka dan berehat dalam 20 minit. Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering gantikan minyak badam dengan minyak jojoba.\n\nBila wajah ditumbuhi jerawat, kesan kemerahan akan nampak ketara. Malahan, ruam-ruam halus di muka juga akan membuat kita berasa malu dan tak selesa. Apa kata cuba petua mudah ni.\n\n1 sudu teh jus lobak merah\n\n1 sudu teh bawang putih (dilenyek)\n\nPukul putih telur hingga kembang. Campurkan bahan-bahan lain. Sapukan di seluruh muka atau di kawasan yang ada kesan kemerahan. Biarkan selama 20 minit.\n\nBagi mereka yang mempunyai kulit yang kering atau terlampau kering, bolehlah cuba buat masker mudah ni. Khasiatnya ialah dapat melembap dan meremajakan kulit.\n\nCampurkan kesemua bahan. Sapukan di muka dan biarkan selama 20 minit. Jika nak masker tahan lama dan boleh digunakan semula, jangan menggunakan tangan. Seeloknya ambil secukupnya saja dan bakinya disimpan di peti sejuk.\n\nApabila sering mengenakan solekan dan tak mencuci wajah dengan betul, liang pori-pori di wajah akan tersumbat. Ini akan menyebabkan berlakunya keradangan yang mengakibatkan tumbuhnya jerawat, bintik hitam dan putih. Bagi mengatasi masalah ni, anda boleh mencuba tips ni.\n\n1 sudu teh jus lobak merah\n\nCampurkan kesemua bahan dan sapukan ke seluruh wajah kecuali kawasan mata. Jika anda mempunyai kulit yang berminyak atau mempunyai tompok-tompok hitam, tambah 1 sudu teh jus lemon di dalam bahan tadi. Jika kulit anda terlalu kering, tambahkan minyak badam 1 sudu teh lagi.\n\nMasker ni akan membuang segala kekotoran yang tersumbat di pori-pori dan membersihkan sel-sel kulit mati. Ia akan menjadikan kulit bertambah lembut, cerah dan bersih.\n\nCampurkan kesemua bahan-bahan ini sehingga menjadi pes. Sapukan lapisan yang nipis di wajah. Untuk hasil yang terbaik, cuci muka menggunakan air mawar yang telah disejukkan terlebih dahulu.\n\nKebaikan oats untuk kesihatan dan kecantikan tak dapat dinafikan lagi. Jika anda mempunyai kulit yang kusam, kasar dan warna tak sekata, apa kata cuba masker ni. Mana tahu, masalah anda boleh diatasi dengan baik.\n\n2 sudu teh oat (kisar halus)\n\n2 sudu besar kulit oren (kisar halus)\n\nCampurkan kesemua bahan dan sapukan di muka dengan lapisan yang nipis. Jika anda mempunyai kulit kering campurkan dengan yogurt secukupnya. Sebaliknya, jika ada masalah kulit kering, gantikan yogurt dengan minyak badam.\n\nKebaikan kentang yang kaya dengan vitamin C mampu menganjal dan menegangkan kulit. Jika anda berusia lebih 25 tahun dan ke atas, masker ni sangat sesuai untuk melambatkan proses penuaan.\n\n1 sudu besar tepung kacang kuda\n\nCampurkan kedua-dua bahan dan bolehlah disapukan ke muka untuk merasai khasiatnya. Jika kulit berminyak, boleh tambahkan sedikit minyak zaitun dan jus lemon. Jika berkulit kering pula, tambahkan sedikit minyak zaitun dan yogurt. Sesuaikan kepekatan pes tersebut.\n\nMasker ni boleh diletakkan di bawah mata untuk mengurangkan dark circle dan kulit berkedut kerana kering. Malahan, ia juga boleh disapukan ke seluruh muka untuk mengatasi masalah kulit kering, tona tak sekata dan gelap.\n\nAmbil kapas muka dan celup ke dalam air mawar dan letakkan di bahagian mata. Biarkan selama 20 minit. Mata anda akan berasa lebih segar dan bertenaga. Jika hendak disapukan ke seluruh wajah, tambahkan sedikit susu tepung dan madu.\n\nSemoga artikel ni memberi manfaat kepada para pembaca tentang cara-cara menjaga kulit wajah menggunakan masker DIY. Semua bahan yang dinyatakan murah saja dan tentunya ada di dapur rumah. Yang paling penting ianya selamat dan menggunakan bahan semula jadi.\n\nJangan lupa mencubanya! Kongsikan pengalaman anda itu kepada kami dan para pembaca.\n\n*Jemput juga membaca artikel tentang cara naikkan seri wajah dan petua nenek"
"Jom kenali kanser usus yang tidak dikenali ramai ini.\n\nKanser kolorektal atau kanser usus merupakan kanser kedua paling popular di Malaysia diikuti oleh kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser nasofarink.\n\nSumber dari Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2007-2011 melaporkan bahawa kanser usus ialah kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki (16.4%) dan kanser kedua paling kerap berlaku dalam kalangan wanita (10.7%).\n\nApa yang lebih membimbangkan adalah sekitar 60 peratus kes kanser usus di negara ini hanya dikesan pada tahap III dan IV.\n\nSegelintir pesakit kurang jelas akan simptom-simptom kanser usus, tidak kurang juga ada yang lebih selesa mengamalkan rawatan alternatif untuk mengurangkan tanda-tanda awal yang dihadapi tanpa merujuk kepada pakar.\n\nSikap sesetengah pihak yang kurang prihatin ini akhirnya memakan diri dan mengurangkan peluang untuk sembuh dari penyakit ini.\n\nDalam kebanyakan kes, kanser usus bermula dengan gumpalan sel bukan kanser yang tidak berbahaya yang dinamakan polip adenomatous.\u00a0Polip boleh berubah menjadi kanser usus dari semasa ke semasa dan adakalanya menyebabkan beberapa gejala kanser usus.\n\nGejala-gejala ini berbeza pada setiap pesakit berdasarkan saiz sel kanser dan lokasinya di dalam usus besar.\n\nSegolongan besar pesakit langsung tidak mengalami sebarang gejala pada peringkat awal kanser.\n\nSehingga kini, penyebab kanser usus masih belum diketahui dengan jelas. Walaubagaimanapun, faktor genetik memainkan peranan penting dalam pembentukan kanser ini.\n\nSel- sel yang rosak menyebabkan sel terus membahagi secara berlebihan sehingga membentuk tumor. Sel kanser akan menyerang dan merosakkan tisu normal yang berdekatan.\n\nSel kanser juga mampu merebak ke bahagian tubuh yang lain dan seterusnya membentuk mendapan (metastasis). Mutasi gen yang diwarisi daripada keluarga akan meningkatkan risiko kanser usus.\n\nAntara sindrom kanser usus yang diwarisi adalah Hereditary nonpolyposis colorectal cancer(HNPCC) dan Familialadenomatous polyposis (FAP).\n\nHNPCC atau sindrom Lynch meningkatkan risiko kanser usus dan kanser lain manakala FAP pula menyebabkan pembentukan ribuan polip pada usus dan rektum.\n\nSindrom-sindrom seperti ini boleh dikenalpasti melalui ujian genetik oleh pakar.\n\nOleh itu, jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini dengan segera!\n\nTahap 0: Sel abnormal didapati pada dinding usus. Dikenali sebagai kanser primari.\n\nTahap I: Kanser terbentuk di lapisan dalam usus, menyerang submukosa.\n\nTahap II: Kanser merebak ke dalam dinding otot usus.\n\nTahap III: Kanser merebak ke dalam nod limfa di sekitar usus.\n\nTahap IV: Kanser merebak pada organ seperti jantung, hati, dinding abdomen dan ovari.\n\nKanser usus boleh menyerang semula meskipun selepas rawatan dijalankan terutamanya pada kawasan usus dan organ.\n\nJaga-jaga, mungkin ada di antara faktor berikut yang anda belum ketahui,\n\nJangan risau, setiap penyakit pasti ada ubatnya. Antara rawatan yang boleh digunakan adalah;\n\nAlatan yang canggih digunakan untuk mencegah perebakan sel kanser dan meningkatkan keberkesanan kemoterapi tanpa sebarang kesan toksik kemoterapi.\n\nKaedah ini lebih berkesan kerana lebih tepat menyasarkan dan membunuh tumor dan memelihara sel yang normal dalam masa yang sama.\n\nKadar kelangsungan hidup dan kualiti hidup pesakit lebih terjamin selepas rawatan. Rawatan ini juga boleh dilakukan berulang kali tanpa sebarang masalah metabolisma sel kanser.\n\nMeskipun penyakit kanser usus belum mempunyai punca-punca yang jelas, risiko menghidap penyakit ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.\n\nDiet yang sihat juga mampu membantu mengurangkan risiko penyakit ini. Kawal pemakanan yang kurang sihat dan pastikan berat badan anda yang ideal.\n\nPesakit juga perlu segera mendapatkan nasihat daripada doktor pakar bagi mengelakkan sebarang kemudaratan di kemudian hari."
"Enak tak rasa dadih nih? Rasanya yang lemak berkrim, ditambah tekstur nya yang lembut dengan pelbagai rasa mampu membuatkan si pemakan terasa indahnya dunia. Tambah-tambah jika makan ketika ianya sejuk. Lagilah terasa keenakkannya. Tak boleh nak berhenti tau. Itu orang dewasa, kanak-kanak apatah lagi kan? Lagilah nak lagi dan lagi.\n\nSekarang nih banyak serbuk-serbuk dadih yang pelbagai perisa dan jenis di pasaran. Terlalu banyak pilihan. Tapi kalau ada mak-mak yang nak mencuba resepi dadih tanpa serbuk , boleh lah gantikan dengan agar-agar tali. Bolehlah buat dalam kuantiti yang banyak. Cara ini adalah lebih mudah, jimat dan sedap. Serious tak menyesal.\n\nSesiapa pun boleh cuba membuat Dadih versi agar-agar ini. Jadi, jom cuba membuatnya menggunakan resepi dari Niswah Hasina. Walaupun untuk \u2018first timer\u2019. Jangan risau! Resepinya sangat mudah. Tak \u2018complicated\u2019 pun. Hanya campur-campur, kacau dan tunggu sejuk dan keras sedikit. Dah siap. Apa lagi. Jom tengok resepinya. \n\nYeayyyy. Dah siap dadih homemade nya. Mudah dan cepatkan?Tak payah kalut-kalut nak pergi cari barang. Kalau nak tukar perisa pun boleh. Hanya gantikan susu dengan perisa yang dikehendaki. Seronok kan?\n\nSelain daripada resepi Dadih ini, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Adakah anda seorang penggemar cheese cake? Terdapat banyak jenis cheese cake yang berada di pasaran sekarang. Pastinya setiap satu daripadanya mempunyai rasa yang unik dan enak. Rasa cheese cake ini memang sangat digemari oleh seisi keluarga.\n\nKita akan berkongsikan resepi japanese cotton cheese cake bersama dengan anda pada hari ini. Cheese cake ini sudah pasti akan spongy apabila sudah siap dibakar nanti. Bolehlah dijadikan hidangan bersama keluarga pada masa terluang.\n\nResepi Japanese Cotton Cheese Cake ini telah dikongsikan oleh Zahasrina Zarynn di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian dan like. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi yang menarik ini.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMudah bukan cara \u2013 cara untuk membuat resepi ini. Jika anda rasa resepi ini menarik, sila kongsikan resepi ini bersama rakan-rakan anda supaya mereka juga dapat mencuba resepi ini. Klik pautan di bawah untuk melihat resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan."
"Anak tidak suka makan sayur? Cuba resepi salad sayur menakjubkan ini.\n\nPenyelesaian masalah untuk para mak yang mana anak-anak tidak suka makan sayur. Dengan mengubah masakan sayur biasa menjadi salad yang lazat. Gerenti akan menaikkan selera makan anak.\n\nSelain itu, salad sayur juga paling sesuai untuk orang yang tengah berdiet. Ianya amat sihat dan berkhasiat. Boleh dimakan dengan roti, kentang tumbuk, daging atau ayam grill dan lain sebagainya.\n\nSelain daripada bahan yang digunakan di bawah ini, anda boleh juga menambahkan sayur-sayuran lain yang anda suka. Jom cubakan resepi sayur salad sedap daripada Siti Zanariah Ahmad\u200e\u200e di laman Facebook.\n\nSelain resepi salad sayur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"\u201cjenis emas yang manakah paling terbaik?\u201d\n\nItulah soalan yang sering ditanyakan oleh pembeli apabila mereka ingin membeli emas.\u00a0 Seringkali mereka keliru dengan pelbagai jenis emas berbeza yang ditawarkan kepada mereka.\n\nEmas merupakan logam bernilai yang sangat dicari dan boleh menjadi aset. Ia sangat lembut dan mudah dibentuk.\u00a0 Tahukah anda, emas tulen tidak sesuai untuk kebanyakan barangan perhiasan. Oleh itu, untuk kegunaan harian, emas biasanya dicampurkan dengan logam lain untuk memastikan bentuknya kukuh dan keras.\n\nWalaupun secara teknikalnya, tidak ada perkara yang berbeza mengenai jenis emas, namun ia merujuk kepada aloi emas. Untuk pengetahuan anda, terdapat sejumlah besar bilangan aloi emas. Apabila anda membeli barang kemas emas khususnya, ia pasti akan menjadi aloi emas.\u00a0\n\nJenis logam dalam campuran aloi sangat penting dari segi fungsi, estetik dan kos. Secara amnya, satu-satunya penggunaan emas 100% tulen adalah untuk pelaburan emas dalam bentuk bar emas dan syiling emas.\n\nJenis emas yang dikenali sebagai Syiling Emas Numismatik ini umumnya tidak mempunyai berat tetap padanya. Ia cenderung menjadi syiling emas tua yang tiada lagi dalam pengeluaran. \n\nHal ini menyebabkan barangan syiling emas atau barangan antik ini mempunyai nilai yang jauh melebihi beratnya dalam emas. Selain sukar ditemui, kandungan syiling emas numismatik ini juga amat sukar diolah.\n\nEmas dalam keadaan mentah atau asalnya secara semula jadi tidak sempurna dan mempunyai bentuk yang berbeza. Nuggets emas misalnya adalah semulajadi emas asli yang mempunyai saiz yang agak besar dan mempunyai kesucian yang terdiri dari 20K-23K. Jenis emas yang tidak ditapis juga merupakan dari debu emas atau jenis emas lain.\n\nEmas skrap merujuk kepada sebarang item emas yang mempunyai lebih banyak nilai emas di dalamnya daripada harganya. Biasanya barang kemas emas yang rosak dan barang-barang lama yang terletak di sekitar rumah anda seperti barang elektronik yang dilapisi emas yang tidak lagi digunakan merupakan kandungan dan contoh jenis emas skrap ini.\n\nBanyak gred dan jenis skrap emas yang wujud. Antaranya adalah Gold Plated Electro, Gold Plate, Gold Wash, Gold Filled, Rolled Gold dan sebagainya.\n\nEmas 999 memiliki jumlah kandungan 99.9% emas dimana ia adalah original emas tanpa campuran bahan lain.\u00a0 Selain nama ema 999, ia juga digelar sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K). Kebanyakan jenis emas ini berbentuk \u2018gold bar\u2019.\n\nMempunyai kandungan 95.0% emas, emas 950 dicampurkan dengan 5.0% campuran kandungan lain iaitu aluminium, besi atau lain lagi.\u00a0 Selain nama emsa 950, ia juga dikenali sebagai Emas 23 Karat (23K).\n\nMudah sahaja untuk kenal pasti jenis emas ini, sudah pasti ia mempunyai kandungan 91.6% emas. 8.4% daripadanya adalah campuran kandungan lain boleh jadi aluminium, besi, tembaga dan lain-lain lagi. Dikenali dengan nama Emas 22 Karat (22K), emas jenis ini amat terkenal di seluruh Malaysia.\n\nEmas 835 juga digelar Emas 20 Karat (20K) yang merupakan emas campuran 16.5% kandungan lain.\u00a0 83.5% pula adalah daripada emas asal.\u00a0 Kebanyakan orang kelantan suka membeli jenis emas ini.\n\nEmas 750 dipanggil juga Paun atau Emas 18 Karat (18K).\u00a0 Ia terdiri daripada 75% emas dan 25% kandungan campuran seperti tembaga, besi, aluminium dan macam-macam lagi.\u00a0 Kualitinya sangat elok, kerana itulah ia menjadi pilihan ramai.\n\nKarat atau kehalusan jenis emas mentakrifkan perkadaran emas ke dalam logam lain dalam aloi. Karat mengukur bahagian emas pada dua puluh empat bahagian, yang bermaksud 24 karat adalah emas tulen dan tertinggi yang dapat dihasilkan. 8 karat bermakna hanya satu pertiga daripada barang itu dibuat dari emas.\n\nEmas 8k biasanya digunakan di beberapa tempat di Eropah dan United Kingdom. Kesempurnaan mengukur bahagian dalam jenis emas juga dikenali sebagai sistem milesimal. Kehalusan 999.9 adalah emas kukuh, 99.99% tulen. Kehalusan 333 jenis emas pula akan sama dengan 8 karat atau 33.3% tulen.\n\nJenis logam yang digunakan dalam aloi emas membawa kepada variasi warna. Warna juga semakin kuat dengan perkadaran logam yang lebih besar. Kumpulan platinum logam putih dan tembaga adalah logam yang paling biasa digunakan untuk membuat aloi emas.\u00a0\n\nLogam putih seperti perak, platinum dan paladium akan membawa kepada aloi emas putih. Tembaga pula akan memberikan warna merah. Logam kurang digunakan untuk aloi adalah zink, besi, aluminium, dan kadmium.\u00a0\n\nZink dan nikel juga akan memberikan salutan warna putih, besi memberikan salutan warna biru, aluminium berwarna ungu dan kadmium berwarna salutan hijau.\n\nBeberapa barang emas mungkin bukan emas padat atau aloi emas padu tetapi bahan lain yang diliputi dalam emas. Terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk salutan barangan dalam emas.\u00a0\n\nKayu misalnya boleh disapu emas dalam memberi penampilan emas. Satu lagi kaedah lain ialah penyaduran emas yang menggunakan lapisan lebih nipis.\n\nJenis Emas Dan Kandungan Yang Paling Mahal?\n\nSecara amnya, semakin tinggi kadar emas, semakin besar kosnya. Perhiasan yang dibuat dengan logam seperti emas dan platinum atau palladium lebih mahal daripada logam asas seperti tembaga atau besi. Banyak barang yang dikelaskan sebagai emas putih sebenarnya adalah jenis emas saduran rhodium.\u00a0\n\nTidak mustahil untuk mencapai warna putih terang dengan mencampurkan emas dengan perak, platinum atau paladium. Aloi ini sentiasa mempunyai warna kuning sedikit daripada emas. Walaupun logam asas aloi emas putih, penyaduran rhodium sering digunakan untuk memberikan warna kemasan yang diingini.\n\nTidak seperti lapisan lain, emas putih berlapis rhodium bukanlah proses penjimatan kos. Rhodium lebih mahal daripada emas tulen. Ia menjadikan emas putih bersalut emas mahal sebagai produk yang premium.\n\nJenis emas terbaik biasanya ditentukan sepenuhnya oleh kandungan apa yang digunakan. Dalam hal barang kemas, keutamaan adalah pada ketahanan dan penampilan jenis nilai sesuatu emas tersebut.\u00a0\n\nSatu aloi emas 18 karat putih, platinum atau paladium adalah pilihan yang popular untuk produk yang sangat mewah. Bagi peniaga dan pelabur emas, selalunya mereka akan memilih emas 24 karat yang asli.\u00a0\n\nBerikut adalah jenis emas dan kandungannya, semoga bermanfaat! Jom baca juga Tips bekerja dari rumah, Cara kemas rumah dan Kemas rumah gaya Konmari."
"Peewit! Kedengaran seorang lelaki menegur seorang wanita. Ini biasa, tersangat biasa kerana lelaki memang sangat suka memandang sesuatu yang cantik. Pandangan mata lelaki ini tajam dan jika tidak dibendung boleh mendatangkan masalah pada dirinya sendiri.\n\nJika dipandang sudut positif, pastinya si wanita ini agak beruntung kerana berjaya menarik minat\u00a0lelaki tersebut. Tetapi! Bagaimana jika yang menarik perhatian itu adalah pada pakaian yang kadang menjolok\u00a0mata. Oh tidak! Jangan biarkan ini berlaku lagi.\u00a0 \n\nPandangan Mata Lelaki, Dari Mata Turun Ke Hati\n\n Mata\u00a0dan renungan adalah bahagian paling penuh perasaan pada tubuh seorang\u00a0lelaki dan seperti yang kita tahu, mata dan hati saling berkait rapat malah hati ialah raja dalam kerajaan diri. Manakala mata umpama utusan yang bertugas sebagai penyampai maklumat yang sangat dipercayai oleh raja. Jika maklumat disampaikan baik, maka baiklah hati.\n\nPandangan pula akan menentukan perasaan dan keadaan hati. Dari mata turun ke hati, dari hati lahirnya lisan dan tindakan. Jadi perlunya menjaga mata supaya tidak dirosakkan oleh virus dosa. \n\nMaksudnya ialah jaga pandangan mata dari melihat perkara-perkara yang tak elok. Benda-benda yang akan menaikkan syahwat kaum lelaki/wanita iaitu perkara-perkara yang mendekati zina dan seumpamanya.\n\nJagalah Mata Kerana Ia Boleh Merosakkan Kebersihan Hati\n\nSeseorang lelaki yang punya akhlak tinggi serta tebal iman tidak akan sewenang \u2013 wenangnya memandang seorang wanita dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan atau perkara yang boleh menyebabkan mereka lalai. Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja.\n\nDalam perjalanan apabila terserempak gadis cantik melirik manja, cepat-cepatlah memalingkan pandangan kita. Kena ingat, pandangan mata yang pertama boleh untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak digalakkan untuk diteruskan. \n\nTakut bila melihat, macam-macam yang akan difikirkan. Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan dalam jaga pandangan mata ditengah ramai orang bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan.\n\nYa, lelaki dan perempuan masing-masing kena jaga pandangan mata TAPI di sini kita tidak mahu bercerita tentang pandangan mata perempuan tetapi kita hendak bercerita tentang pandangan mata lelaki. Macam mana lelaki perlu lakukan dalam menjaga pandangan mata mereka.\n\n10 Sebab Mengapa Lelaki Perlu Jaga Pandangan Mata\n\nJom baca 10 sebab kenapa lelaki perlu jaga pandangan mata ini. Semoga dengan adanya perkongsian ini dapatlah membantu dalam memberi sedikit sebanyak info dan ilmu yang mereka yang memerlukan. \n\n1 \u2013 Bila jaga pandangan mata maka ia akan turut menguatkan hati\n\n2 \u2013 Bila jaga pandangan mata, nafsu syahwat semakin boleh dijaga\n\n3 \u2013 Bila jaga pandangan mata maka si lelaki ini dapat menangkis anak panah berapi syaitan yang sangat beracun hingga boleh mengakibatkan kemusnahan moral manusia itu.\n\n4 \u2013 Jaga pandangan mata lelaki dapat menguatkan akal dan menambahkan kecerdasan. Boleh berfikir baik buruk yakan akan berlaku atas setiap tindakan.\n\n5 \u2013 Jaga pandangan mata dari lihat perkara yang boleh membawa fikiran ke arah keburukan bagi mengelakkan daripada maksiat\n\n6 \u2013 Menjaga pandangan mata pada golongan lelaki ini boleh melahirkan hati yang lebih mantap dan bersih. \n\n7. Lelaki perlu juga jaga pandangan mata ini kerana ia dapat membebaskan hati dan minda dari berangan-angan tinggi dalam mencapai perkara yang dilihatnya itu. Jika perkara baik tidak mengapa, takut nanti sebaliknya.\n\n8. Jaga pandangan mata juga dapat mengurangkan sikap lalai dikalangan kaum lelaki dari buat perkara yang tidak berfaedah.\n\n9. Sebagai lelaki, dengan jaganya pandangan mata ini mereka boleh mendapat aura keteguhan hati dan keberanian di dalam diri.\n\n10. Menjaga pandangan mata lelaki ini boleh menunjukkan bahawa seseorang itu patuh pada perintah Allah SWT.\n\nPandangan Mata Lelaki Sangat Bahaya Jika Tidak Dikawal \n\nIslam mempunyai kaedah\u00a0 \u2018mencegah lebih baik dari berubat\u2019.\u00a0 Justeru dalam merawat penyakit zina ini, Islam menganjurkan ummatnya lelaki dan wanita supaya menundukkan pandangan.\u00a0 Menundukkan pandangan bukan bererti menundukkan kepala sehingga berjalan terlanggar tiang!\n\nAllah perintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan.\u00a0 Kemudian barulah diperintahkan kaum wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat.\u00a0 Ia membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapannya.\u00a0 \n\nAllah tidak membebankan hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dilakukan. Selebihnya bergantung pada hati kita sendiri, mahu atau tidak.\u00a0\u00a0\n\nJika kita membiarkan mata kita memandang seenaknya hawa nafsu, hmm pasti kita akan mula berangan \u2013 angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya. \n\nMungkin perkara ini sangat sukar dilakukan namun tidak dinafikan juga untuk menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Baca juga kenapa masih ada lelaki lambat kahwin.\n\nMata Adalah Anugerah Allah Yang Perlu Kita Guna Dengan Cara Baik \n\nSemuanya bermula daripada satu pandangan yang boleh berakhir dengan desakan untuk ingin melihatnya lagi, lagi dan lagi. Hal beginilah yang boleh membuatkan seseorang itu ketagih! Ini jugalah yang berlaku di kalangan anak remaja kita. \n\nBetapa sedihnya melihat anak remaja lelaki sudah mula pandai melihat video yang tidak sepatutnya walau usia baru saja setahun jagung. Kesudahannya? Bermulalah bermacam tragedi seperti rogol dan sebagainya. Allahuakbar, semoga Allah jauhkan ujian yang seperti ini. \n\nJagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Allah berikan nikmat mata untuk melihat akan kebesarannya bukannya untuk menatap perkara yang boleh membawa ke arah neraka. Semoga mata yang kita pelihara ini akan dapat menikmati anugerah yang paling besar diakhirat kelak iaitu menatap wajah Allah SWT!"
"Siapa teringin makan roti sedap ala Korea? Kesan banyak layan drama Korea, jadi teringin merasa garlic cheese bread Korea ini. Roti sedap ini cukup terkenal akhir-akhir ini terutamanya dalam kalangan pecinta roti.\n\nKorean garlic cheese bread bukan roti biasa-biasa. Cara penyediaannya yang unik membuat orang ramai terpancing untuk mencubanya. Tidak hanya tampilan bahkan rasanya pula amat menarik di lidah.\n\nBun roti yang dibuat sendiri menaikkan markah kesedapan roti. Tambahan pula pes garlic yang dibalutkan kepada roti menambahkan keenakan citarasa roti yang berintikan cheese krim.\n\nKami tahu anda mesti inginkan resepi luar biasa sedap yang mampu membawa anda menerokai suasana di Korea. Resepi tidak kalah sedap diberikan oleh \u200eWawa Nazami di laman Facebook untuk anda cubakan.\n\nCara Meletak Filling dan Garlic Spread :\n\nSelain korean garlic cheese bread, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Tidur selepas solat Subuh memang cukup sedap, tambah-tambah kalau pada waktu cuti, cuaca sejuk atau hujan renyai-renyai.\n\nKetika saya di universiti dulu, tidur selepas Subuh pada hujung minggu atau pada waktu cuti (banyak juga yang langsung tak bangun solat dalam waktunya) seolah-olah satu perkara yang wajib dilakukan. Suasana di blok asrama akan menjadi senyap sunyi pada pagi Jumaat. Menjelang jam 9 ke 10 pagi, barulah suasana akan hidup semula.\n\nSekarang ini pun, suasana tidak banyak berubah, tinjauan saya beberapa kali ke dewan penginapan pelajar pada waktu pagi hari cuti menunjukkan suasana masih sama. Pelajar-pelajar masih suka untuk tidur selepas waktu solat Subuh.\n\nSaya percaya, tabiat tidur selepas solat Subuh ini tidak bermula di asrama, tapi ia bermula di rumah. Kadang-kadang, ada ibu bapa yang kasihan anak-anak yang bangkit awal setiap hari untuk ke sekolah, membiarkan anak-anak tidur hingga matahari meninggi pada waktu cuti sekolah.\n\nBerikut merupakan sebab untuk tidak tidur selepas solat Subuh\n\nDalam satu hadis riwayat Baihaqi diriwayatkan bahawa\n\n\u201cSatu hari Rasulullah datang ke rumah Fatimah pada waktu pagi dan melihatnya sedang tidur. Rasulullah SAW membangunkannya dan bersabda, \u201cbangunlah, dan carilah rezeki rabbmu.\u201d\n(Hadis Riwayat Baihaqi)\n\nItu kisah Rasulullah. Ada satu lagi kisah berkenaan tidur selepas solat Subuh yang melibatkan Ibnu Abbas RA, salah seorang sahabat besar Rasulullah SAW.\n\nDalam kitab Zaadul Maad tulisan Ibnul Qayyim, dikisahkan pada satu hari Ibnu Abbas RA pada suatu hari melihat anaknya tidur di waktu pagi, lalu Ibnu Abbas mengatakan kepada anaknya, \u201cbangunlah! Apakah engkau tidur pada saat rezeki dibahagikan?\u201d\n\nDua kisah dari kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat baginda ini memberi petunjuk kepada kita bahawa anak-anak mesti diajar sejak awal untuk tidak tidur pada waktu pagi, terutamanya selepas solat Subuh.\n\nTidur Selepas Subuh Adalah Satu Perbuatan Yang Menunujukkan Sifat Malas\n\nJadual kehidupan seorang Muslim bermula awal pagi, sekurang-kurangnya dengan solat Subuh berjemaah di surau atau masjid, diikuti dengan zikir pagi dan bacaan Al Quran selepas solat Subuh yang cukup besar ganjarannya.\n\nKemudian dia berpagi-pagi mencari rezeki atau pada waktu cuti, menggunakan waktu lapang untuk melakukan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti berbasikal dan berkebun.\n\nMuslim yang baik tidak akan membazirkan waktu paginya dengan tidur hingga tengahari, tapi menggunakan waktu pagi untuk mencari keberkatan.\n\nSesekali jika terlalu mengantuk kerana ada urusan yang panjang di waktu malam mungkin tidak mengapa, tapi jika selalu dilakukan hingga menjadi tabiat, perlu diubah agar hidup lebih berkat dan murah rezeki."
"Merangkak dapat menguatkan otot leher, tangan dan kaki terutama sekali pada bayi. Pergerakan yang perlu dibuat berulang kali ini adalah untuk merangsang neuron dan otak bagi mengawal bahagian kognitif dimana ia bagus untuk memori dan dapat memberi tumpuan yang lebih baik.\n\nMerangkak juga dapat menggerakkan kedua-dua kaki dan tangan bayi, secara tak langsung ia menguatkan otot kanan dan kiri. Bayi merangkak justeru dapat melatih koordinasi mata supaya si kecil mudah untuk cepat membaca dan menulis di kemudian hari kelak. \n\nNamun begitu, segelintir bayi lambat untuk merangkak. Oleh itu ia menjadi persoalan kepada si ibu. Jom lihat 7 punca bayi lambat merangkak!\n\n1. Bayi Tidak Diajar Untuk Merangkak\n\nIbu bapa sering sibuk dengan pekerjaan sehinggakan tiada masa untuk mengajar bayi merangkak. Hal ini kerana ibubapa menganggap bahawa proses merangkak ini tidak penting. Oleh itu, bayi masih lagi tidak mengetahui cara untuk merangkak.\n\nBayi lewat merangkak sangat berisiko kerana otot tangan pada bayi akan menjadi kurang kuat. Bayi kurang melakukan aktiviti seperti bangkit sendiri dari lantai, monkey bar dan makan sendiri akan menjadi punca bayi lambat merangkak.\n\n2. Bayi Lebih Selesa Bergerak Dengan Cara Lain\n\nAda bayi lebih suka bergerak dengan cara mengesot, berguling atau dengan cara yang dapat menggerakkan tubuhnya ke suatu tempat ke tempat yang lain. Selalunya perkara ini bukanlah sesuatu yang patut dirisaukan. Bayi lebih gemar menggerakkan anggota tubuhnya yang lain juga adalah punca bayi lambat merangkak. \n\nWalaupun, si kecil ini tidak gemar untuk merangkak tetapi kita haruslah mengajarnya untuk merangkak juga. Kita boleh membesarkan bayi secara normal melalui setiap proses yang bayi alami.\n\nBayi yang lahir pramatang akan cenderung mempelajari \u00a0sesuatu dari segi perkembangan Bahasa, kemahiran motor dan perkembangan kognitif dibandingkan dengan bayi normal yang dilahirkan cukup bulan.\n\nBayi yang berusia 13 bulan sudah dikira cukup bulan, manakala bayi yang dilahirakan 2 atau 3 bulan lebih awal ini bermakna bayi itu adalah bayi pramatang. Faktor ini juga sebenarnya adalah punca bayi lambat merangkak.\n\nMenurut sumber yang dipercayai, bayi yang terlalu kerap didukung akan mengurangkan kemahirannya dalam merangkak atau melakukan pergerakkan yang lain dengan sendirinya. \n\nSebagai alternatif, ibubapa perlulah menyediakan ruang yang selamat dipagari atau play mat yang comel untuk merangsang bayi dari bermain dengan bebas di sekeliling tempat tersebut. Mereka akan belajar merangkak dengan sendirinya.\n\nTidak salah menggunakan baby walker tetapi bayi akan kurang masa untuk belajar merangkak. Baby walker dapat melatih bayi dari berjalan dan dapat memudahkan ibu-ibu untuk menguruskan rumah atau masak dan mudah untuk dipantau dari semasa ke semasa. Namun, anda harus mencari masa untuk lepaskan bayi bebas merangkak.\n\nSetiap bayi mungkin mengalami keadaan kaki yang berbeza. Contohnya, ada bayi yang mempunyai kaki yang meninjik ke bawah, melengkung dan membongkok ke arah dalam. \n\nOleh itu, setiap bayi yang mempunyai diagnosis yang seperti berikut hendaklah diberikan rawatan sepenuhnya seawal kedua kelahiran. Masalah flat feet kaki si kecil juga dapat menggangu bayi untuk merangkak dan menjadi punca bayi merangkak lambat. \n\nSalah satu cara duduk kanak-kanak sangat suka adalah posisi \u2018W\u2019 kerana posisi ini sangat selesa bagi mereka. Namun hal demikian juga mendatangkan keburukan apabila kanak-kanak sangat suka duduk seperti ini. \n\nSalah satu keburukannya adalah mudah terbentuk postur yang kurang baik pada kaki dan \u00a0kurang latihan untuk mengimbangkan badan. Ia juga menjadi punca bayi merangkak lambat dan memberi risiko tulang paha beralih.\n\n5 Cara Membantu Bayi Merangkak Dengan Mudah\n\nMelakukan aktiviti seperti melompat, memanjat dan sebagainya dapat menguatkan otot dan tulang kaki. Ia amat sesuai untuk bayi. Lebih bagus lagi, ibu bapa haruslah membiarkan sahaja si kecil ini untuk melakukan pelbagai aktiviti.\n\nSi kecil juga boleh merangkak sekiranya dibiarkan dia melakukan aktivitinya tersendiri. Namun, anda harus memantaunya juga! Bawalah dia bermain dengan rakan sebayanya atau anak saudara mara anda. \n\nSekirannya seseorang bertemu dengan rakannya pasti dia akan menjadi sangat aktif. Hal ini dapat mempercepatkan proses merangkak kerana apabila dia melihat kawannya melakukan hal yang demikian, pasti dia mahu turut serta.\n\nKanak-kanak selalunya sering sahaja melakukan tindakan sama sepeti ibu bapanya lakukan. Anda sendiri harus menjadi contoh untuk anak anda. Apa kata anda tunjukkan cara merangkak atau lebih tepat merangkak bersamanya untuk dia melakukan tindakan yang sama seperti anda!\n\nDari proses ini, akan membuatkan si kecil mengikut bersama dalam melakukan aktiviti seperti merangkak. Perkara ini juga dapat mengajar anak \u00a0dan melatih anak untuk menguatkan daya ingatannya.\n\n3. Selalu Melatihnya Merangkak Sejak Awal Lagi\n\nSelalu melatihnya dari awal kelahiran lagi untuk membuatkan dia sudah terbiasa. \u00a0Namun begitu, ini adalah salah satu rangsangan terbaik kerana dari situ bayi dapat mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perutnya.\n\nBiarkan anak anda mengeksplorasi sekitarnya ketika sedang ditiarapkan. Jangan terlalu cepat mengangkat bayi walaupun dia kelihatan tidak selesa. Yang penting, perhatikan posisi bayi merangkak agar dia tidak mudah terjatuh.\n\nLetakkan mainan kesukaan anak anda pada jarak yang sukar untuk dia capai membuatkannya lagi berusaha bergerak untuk mengambilnya. Hal ini dapat membuatkan si kecil itu merangkak ke arah mainan itu. \n\nKanak-kanak mudah tertarik pada mainan yang disukainya dan akan cuba berusaha untuk mendapatkannya dengan cara apa sekali pun seperti, menangis, meronta dan memujuk. Perkara itulah yang membuatkan ibubapa bertindak untuk memberikan mainan yang disukainya bagi menghentikan rengekan tersebut.\n\n5. Galakkan Pijak di Tempat Yang Tidak Rata\n\nMemijak benda yang tidak rata seperti tembok jalan, naik turun tangga dan batu-batu dapat melancarkan pendarahan pada kaki. Sebahagian bayi amat menyukainya kerana jalan yang tidak rata ini seperti jalan yang sangat berbeza buat mereka. Jalan yang tidak rata sekaligus dapat membuatkan bayi merangkak dan cuba lagi.\n\nItulah dia punca bayi lambat merangkak dan cara membantu bayi merangkak dengan mudah. Jemput baca Punca bayi cirit-birit, Kebaikan bayi merangkak dan Cara bedung bayi yang betul."
"Jom ketahui hukum gantung gambar keluarga.\n\nSudah menjadi kelaziman untuk kita menggantung gambar keluarga di dinding rumah sebagai kenangan. Kebiasaannya kita menggantung gambar yang penuh dengan kenangan seperti gambar pernikahan, gambar konvokasyen, gambar anak-anak, malah gambar semasa bercuti bersama keluarga.\n\nPastinya tiada niat lain semasa kita mengantung gambar-gambar tersebut melainkan sebagai kenangan sambil mencantikkan rumah dengan hiasan di dinding.\n\nNamun sejak akhir-akhir ini ada ustaz dan ustazah yang mengatakan bahawa yang sebenarnya hukum menggantung gambar keluarga di dinding adalah haram dan perbuatan tersebut akan menyebabkan malaikat rahmat tidak masuk ke rumah kita.\n\nApabila malaikat rahmat tidak masuk ke rumah, maka ahli keluarga di dalamnya tidak akan berada dalam rahmat Allah dan tidak mendapat keberkatan hidup.\n\nMenurut Ustaz Zahazan, hukum menggantung gambar keluarga di dinding adala harus sekiranya gambar yang digantung adalah patuh syariah di mana tiada pendedahan aurat berlaku dan gambar yang digantung adalah sopan tanpa aksi yang kurang manis. Namun hukum gantung gambar keluarga akan bertukar kepada haram sekiranya gambar yang digantung mempunyai ciri-ciri berikut:\n\nMalah Ustaz Zahazan berpendapat bahawa lukisan dan gambar yang diambil menggunakan kamera adalah dua perkara yang berbeza. Lukisan benda bernyawa seperti manusia mungkin boleh menyebabkan berlakunya pemujaan ke atas gambar tersebut namun gambar fotografi adalah sekadar untuk kenang-kenangan. Oleh itu, Ustaz Zahazan berpendapat bahawa menggantung gambar keluarga di dinding adalah harus asalkan tidak mempunyai ciri-ciri yang kami nyatakan di atas tadi.\n\nWalau bagaimana pun, Mufti Pulau Pinang mempunyai pendapat yang berbeza tentang isu gantung gambar keluarga di dinding. Menurut beliau, terdapat khilaf dalam isu ini maka sebagai seorang muslim yang baik seeloknya kita jauhkan diri daripada melakukan perkara tersebut. Menurut beliau, umat islam seeloknya mengelakkan daripada menggantung gambar makhluk bernyawa berdasarkan hadith-hadith berikut:\n\nDaripada Aisyah RA, beliau menjelaskan: \u201cAku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah SAW melihat ia, baginda berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah, kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya.\u201d\n\nAisyah berkata: \u201cWahai Rasulullah, aku bertaubat kepada ALLAH dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosaku?\u201d\n\nRasulullah SAW berkata: \u201cAda apa dengan bantal ini?\u201d\n\nLalu Aisyah menjawab: \u201cAku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya.\u201d\n\nRasulullah SAW berkata: \u201cPembuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat. Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.\u201d (Riwayat al-Bukhari)\n\nDalam sebuah lagi hadis, daripada Ibnu \u2018Abbas: \u201cAbu Talhah, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata: \u201cMalaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.\u201d Yang dimaksudkan ialah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.\u201d (Riwayat al-Bukhari)\n\nMenurut beliau, gambar kenangan keluarga boleh disimpan di dalam komputer dan album gambar tanpa perlu digantung di dinding. Jika ingin menghias dinding dengan gambar, sebaiknya pilih gambar yang bukannya makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan dan tumbuh-tumbuhan.\n\nPendapat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nMufti Kuala Lumpur juga sependapat dengan Mufti Pulau Pinang berkenaan isu hukum gantung gambar keluarga di dinding. Menurut beliau, menggantung gambar makhluk bernyawa di dinding walau pun dalam keadaan tidak sempurna seperti separuh badan sahaja adalah khilaf maka perlu dijauhi. Walau bagaimana pun dibenarkan untuk menyimpan gambar dalam buku atau album gambar.\n\nMenurut beliau, ia adalah sejajar dengan sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:\n\nDaripada Ibnu \u2018Abbas, \u201cAbu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam Peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,\n\n\u201d Malaikat pembawa rahmat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar\u201d\n\nYang dimaksudkan dengan gambar di dalam hadith ini ialah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa. Apabila malaikat rahmat tidak masuk ke dalam rumah, kesannya akan dirasai oleh penghuni rumah tersebut. Di antara kesan yang boleh dirasai ialah:\n\nSelain larangan menggantung gambar makhluk bernyawa di dinding, larangan ini juga meliputi larangan daripada menyimpan sebarang patung berbentuk makhluk bernyawa di dalam rumah termasuk patung yang menyerupai kucing, gajah, zirafah, dan sebagainya. Malah teddy bear atau patung beruang juga tidak boleh disimpan sebagai perhiasan melainkan ianya untuk dijadikan sebagai permainan.\n\nItulah dia info tentang hukum gantung gambar keluarga yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tuntutan nafkah anak, tahnik bayi, dan bayi tabung uji."
"Anak kedua selalunya mempunyai ciri yang unik dan tersendiri memandangkan kedudukannya sebagai anak kedua di mana dia perlu bersaing dengan anak pertama dan adik yang ada dibawahnya. Setiap individu adalah berbeza namun kali ini kami akan kongsikan fakta anak kedua berdasarkan kajian sains dan pakar psikologi.\n\nSikap suka memberontak yang ada pada diri anak kedua adalah berkaitan dengan second child syndrome atau sindrom anak kedua yang telah lama dikaji oleh pakar psikologi dan pakar keluarga. Sindrom anak kedua ini sebenarnya berkaitan dengan ibu bapa itu sendiri. Jom kami terangkan dengan lebih lanjut supaya anda lebih faham.\n\nBiasanya untuk kandungan yang kedua, ada ibu bapa yang berasa kurang teruja berbanding kali pertama mengandung. Persediaan untuk menyambut anak kedua juga tidak sehebat seperti anak pertama. Malah untuk anak kedua, ibu bapa selalu kurang mengambil perhatian seperti mana anda mengikuti perkembangan anak pertama.\n\nSedikit sebanyak, sikap anda dan pasangan semasa menerima kehadiran anak kedua dan proses membesarkannya mempengaruhi ciri yang ada dalam diri anak anda dan membentuk sindrom anak kedua. Oleh itu, jika anak anda jenis suka memberontak, tiba masanya untuk anda muhasabah diri dan merenung semula. Mungkin tanpa sedar ianya datang dari diri anda sendiri.\n\n2. Suka bersaing dengan orang lain\n\nIni adalah fakta. Menurut\u00a0Jurnal Perkembangan\u00a0Kanak-Kanak\u00a0yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library, anak kedua biasanya suka bersaing dengan orang lain. Ini kerana sejak kecil mereka terpaksa bersaing dengan adik-beradik lain untuk mendapatkan perhatian kedua ibu bapa. Kebiasaannya anak pertama akan lebih mengalah, namun anak kedua terpaksa bersaing dengan adik-adik lain yang lebih kecil dan lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang. \n\nSikap suka bersaing adalah baik namun jika tidak dikawal, akan menyebabkan anak kedua cenderung untuk bersaing dengan cara yang keterlaluan dan memakan diri sendiri.\n\n3. Lebih berdikari berbanding adik-beradik yang lain\n\nJurnal Perkembangan\u00a0Kanak-Kanak\u00a0yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library juga menyatakan bahawa anak kedua biasanya lebih berdikari berbanding adik-beradik yang lain. Ini berlaku kerana kebiasaannya ibu bapa dan anak sulong akan lebih menumpukan perhatian kepada adik-adik lain yang lebih kecil dan memerlukan penjagaan yang lebih berbanding anak kedua.\n\nOleh itu, anak kedua terpaksa mengajar diri sendiri untuk berdikari supaya boleh meneruskan kemandirian. Sikap berdikari ini akan terus melekat dalam diri anak kedua, menjadikannya seorang yang kental dan tabah.\n\n4. Suka menarik perhatian orang lain\n\nFakta anak kedua yang seterusnya ialah anak kedua cenderung untuk mempunyai sifat suka menarik perhatian orang lain. Sekali lagi kami merujuk kepada Jurnal Perkembangan\u00a0Kanak-Kanak\u00a0yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library. \n\nMenurut jurnal tersebut, sejak azali anak kedua merasakan bahawa mereka perlu berusaha untuk menarik perhatian ibu bapa yang lebih menumpukan perhatian kepada adik-adik yang lain.\n\nAnak kedua merasakan bahawa mereka tidak mendapat kasih sayang, perhatian, dan layanan yang sepatutnya. Mereka sangat dahagakan perhatian daripada kedua ibu bapanya. \n\n5. Hyperaktif dan lebih ligat berbanding anak yang lain\n\nSiapa setuju dengan kami? Anak kedua biasanya hyperaktif dan sangat ligat berbanding anak yang lain. Kenapa ye? Menurut artikel\u00a0How Firstborns and Secondborns Compare, anak kedua cenderung untuk menjadi hyperaktif dan sangat ligat kerana mereka dilahirkan secara pemikiran semulajadi bahawa mereka mempunyai pesaing iaitu adik-beradik yang lain. \n\nOleh itu, jika anak kedua anda seorang yang hyperaktif, usah risau. Ia adalah sesuatu yang normal dan telah menjadi lumrah kepada ibu bapa lainh di seluruh dunia. \n\n6. Suka melakukan perkara yang memeningkan kepala ibu bapa\n\nMenurut artikel\u00a0How Firstborns and Secondborns Compare lagi, anak kedua yang dilahirkan dengan naluri semulajadi untuk bersaing dan terpaksa menarik perhatian akan memberikan satu impak yang sangat ketara iaitu mereka suka melalukan perkara yang memeningkan kepala kedua ibu bapa.\n\nAnak kedua anda selalu tantrum, membuli kawan-kawan lain di tadika, malah suka menyelerakkan rumah adalah juga satu kelakuan yang normal. Namun apabila kami mengatakan bahawa ia adalah sesuatu yang normal, tak bermakna anda tidak perlu menegur dan menasihati anak kedua anda supaya berubah. Adalah menjadi tanggung jawab anda sebagai ibu bapa untuk menegur dan membentuk diri anak anda.\n\n7. Seorang yang sensitif dan suka memendam perasaan\n\nAnak kedua biasanya seorang yang sensitif kerana sejak kecil mereka sudah biasa dibiarkan dan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Ia akan menjadikan anak kedua lebih sensitif, mudah terasa, namun suka memendam perasaan.\n\n8. Lebih rapat dengan kawan berbanding ibu bapa\n\nAnak kedua cenderung untuk lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ibu bapa sendiri memandangkan sejak kecil perhatian ibu bapa lebih tertumpu kepad adik lain yang lebih kecil. Maka anak kedua akan mencari perhatian di luar rumah iaitu kawan sebaya yang biasanya sangat memahami dan sentiasa ada masa untuk mereka.\n\nIni juga adalah satu fakta. Anak kedua biasanya adalah seorang yang manipulatif dan suka memanipulasi orang sekeliling untuk kepentingan diri sendiri. Sikap manipulatif ini wujud akibat daripada sikap suka bersaing dan naluri untuk meneruskan kemandirian yang wujud sejak mereka kecil.\n\nFakta anak kedua yang terakhir ialah mereka kurang bergantung kepada keluarga. Ini berlaku kerana sejak kecil mereka sudah biasa berdikari dan tidak mengharapkan bantuan ibu bapa dan kakak atau abang yang sibuk dengan adik yang lain.\n\nItulah dia fakta anak bongsu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang fakta anak sulung, fakta anak keempat, dan fakta anak bongsu"
"Apabila sebut perkataan skizofrenia pastinya anda terus terfikirkan masalah gangguan mental di mana pesakit akan berhalusinasi, bercakap seorang diri, malah anda pasti akan berasa ngeri bila teringat betapa banyak kes jenayah kejam yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia. Apakah yang dimaksudkan dengan skizofrenia? Apakah jenis, faktor, dan terapi skizofrenia?\n\nSkizofrenia adalah satu jenis penyakit mental dan kecelaruan otak yang dianggap sebagai serius di mana pesakitnya akan mengalami gejala dan simptom yang jelas seperti:\n\nApakah faktor yang menjadi punca seseorang mendapat skizofrenia?\n\nTerdapat beberapa punca yang menjadi penyumbang kepada seseorang untuk mengalami skizofrenia. Di antaranya ialah:\n\nDi Malaysia, terdapat beberapa jenis terapi yang biasanya digunakan untuk merawat skizofrenia. Di antara terapi yang biasa digunakan ialah:\n\nItulah dia info tentang skizofrenia yang ingin kami kongsikan kepada anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca kemurungan, jenis kemurungan, dan tips mengatasi kemurungan"
"Apabila perkahwinan anda berada dalam kesusahan dan menjadi semakin parah, maka anda perlu keluar dan mendapatkan bantuan. Anda tentu sekali tidak boleh memperbaiki keadaan anda sendiri jika keadaan semakin tidak terkawal.\n\nDapatkan nasihat dan bantuan daripada orang yang berpengalaman secepat mungkin. Jangan biarkan perkahwinan anda terus dibuai keresahan.\n\nPenyelamat atau Penyelesaian Masalah Perkahwinan Anda Mungkin Berada di Sekeliling\n\nJadi persoalannya sekarang, di mana atau dengan siapa anda boleh dapatkan bantuan untuk perkahwinan anda? Jawapannya; di mana-mana atau sesiapa sahaja! Apa yang anda perlu lakukan adalah bersikap terbuka dengan semua kritikan atau nasihat yang anda terima dan aplikasikannya ke dalam perkahwinan anda. Cubalah!\n\nBerikut adalah beberapa tempat bagi mencari bantuan untuk perkahwinan anda:\n\nKadang-kala kita sukar untuk berkongsi masalah dengan kawan kita kerana sebab-sebab tertentu. Tapi kawan-kawan juga sebenarnya boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah perkahwinan anda. Namun, bukan semua rakan atau kawan anda sesuai untuk diberitahu tentang masalah anda.\n\nCarilah kawan-kawan yang benar-benar anda percaya dan seeloknya kawan-kawan anda yang berpengalaman dalam hal-hal sebegini. Hal ini kerana, mereka yang berpengalaman dan telah melalui detik-detik masalah dalam perkahwinan bakal membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda.\n\nJika anda terlalu takut untuk bercakap dengan orang yang anda kenali, maka anda mungkin mahu berbincang dengan sekumpulan orang yang tidak dikenali. Mengapa anda akan berbuat demikian? Kerana mereka akan bersikap terbuka dan jujur dengan anda dalam hal semua.\n\nMereka akan memberitahu anda apa sahaja kesalahan yang anda lakukan tanpa bimbang tentang menyakiti perasaan anda, dan mereka akan memberi pendapat mereka sejelas-jelasnya dan tanpa berselindung. Itulah keindahan internet \u2013 tidak ada wajah di sebalik nasihat itu dan mereka boleh mengatakan apa yang mereka mahu katakan.\n\nAnda akan mendapat pendapat dan nasihat berdasarkan pelbagai jenis pengalaman dan kepercayaan. Ini boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih bermaklumat berbanding jika anda mendasarkan pada satu sudut pandangan sahaja.\n\nBantuan kaunseling bukanlah suatu perkara yang teruk! Ia tidak seharusnya menjadi pilihan terakhir. Ia adalah cara untuk setiap pasangan tahu dan sedar masalah sebenar dalam perkahwinan mereka.\n\nAntara kelemahan kaunseling ialah bayaran untuk khidmat kaunseling biasanya memerlukan perbelanjaan yang tinggi bergantung kepada tahap kepakaran kaunselor tersebut dan kaunseling juga bukan penentu atau penjamin kepada penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi dalam perkahwinan.\n\nSatu lagi masalah ialah anda mungkin mendapati pasangan anda tidak mahu untuk menghadiri khidmat kaunseling. Ia boleh menjadi sukar untuk mendapatkan seseorang yang enggan untuk bekerjasama dengan kaunseling.\n\nKesimpulannya, perkara penting yang perlu diingat apabila anda mempunyai masalah perkahwinan adalah untuk mendapatkan beberapa jenis bantuan dan segera mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah anda.\n\nJika anda bersikap sambil lewa dan bertangguh untuk menyelesaikannya, berkemungkinan perkahwinan anda tidak akan ke mana-mana dan anda akan membazirkan minggu, bulan, atau bertahun-tahun dalam perasaan tidak berpuas hati dan tertekan tentang perkahwinan anda. Atau anda akan menghadapi masalah yang lebih parah iaitu perceraian!"
"Cuti sekolah kembali lagi. Pasti ruih kembali rumah dengan pelbagai ragam anak-anak. Sudah tentu ibu bapa sudah merancang pelbagai aktiviti yang bakal dilakukan bersama keluarga. \n\nTidak kurang yang bercuti dan melancong samada di dalam negara atau luar negara. Namun, ada juga keluarga yang mungkin tidak berkesempatan untuk kemana-mana, hanya menghabiskan masa di rumah sahaja.\n\nJangan risau. Jangan pening. Pelbagai aktiviti menarik masih boleh dilakukan di rumah. Jom lihat senarai aktiviti menarik seperti di bawah.\n\nKita boleh menghasilkan sabun sendiri di rumah seperti sabun kopi, sabun kunyit atau sabun oat. Projek ini jika dilakukan bersama anak, sudah pasti akan mengujakan mereka. \n\nCaranya, soap base perlulah disediakan terlebih dahulu sebelum menambah campuran lain seperti essential oil dan sebagainya dengan kaedah double boiling. \n\nSelepas campuran itu tadi sebati, boleh masukkan ke dalam acuan dan tunggu sehingga sabun tersebut menjadi keras. Siap!\n\nPelbagai resepi atau cara digunakan untuk menghasilkan slime. Selalunya menggunakan borax, peluntur dan sabun pencuci sebagai bahan utama. Namun, ibu ayah jangan risau, ikuti perkongsian Puan Azleen di sini untuk menghasilkan slime yang menggunakan bahan yang lebih selamat. \n\nAktiviti yang menarik dan sangat mudah dilakukan. Hanya letakkan pewarna makanan yang berlainan warna dan bekukan. Siap! Boleh ajak anak mewarna dengan gembira!.\n\nCaranya mudah, masak agar-agar di atas dapur dan masukkan pewarna makanan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu di dalam bekas yang sesuai sebelum bermain.\n\nAktiviti ini bagus untuk sensori anak-anak kecil dan tidak menggunakan bahan yang merbahaya.\n\nBekas telur jangan dibuang. Sebaliknya, gunakan sebagai bahan untuk aktiviti kraf bersama anak-anak. \n\nBekas telur dipotong satu demi satu dan di sambung dengan tali untuk dicantumkan menjadi tren yang panjang. \n\nAjak anak mewarna tren tersebut untuk merangsang kreativiti mereka. Lebih mudah jika warnakan bekas telur yang telah dipotong terlebih dahulu sebelum mencantumkannya.\n\nProjek kreatif ini hanya menggunakan kotak dan beberapa bahan tambahan untuk dekorasi model jalan raya anak-anak.\n\nKenalkan mereka dengan simbol-simbol papan tanda yang terdapat di jalan raya untuk memberikan gambaran jelas bagaimana mahu mereka model jalan raya yang lengkap.\n\nPelbagai model boleh dihasilkan dengan hanya menggunakan batang aiskrim. Contohnya, model rumah ini. Beberapa batang aiskrim dicantum dengan menggunakan glue gun untuk menghasilkan sebuah rumah yang kreatif.\n\nIngin menggalakkan anak untuk mencipta sesuatu senibina? Berfikir seperti seorang jurutera cilik? Nah, ajak anak bersama-sama membina sebuah jambatan dengan menggunakan batang aiskrim.\n\nBukan aktiviti biasa-biasa, tetapi menyelitkan konsep S.T.E.M dalam projek ini. Anak-anak akan belajar bagaimana membina sebuah struktur binaan yang stabil dan kukuh.\n\nSebelum mereka cipta sebuah kereta menggunakan kuasa elektrik dan sebagainya, apa kata kita mulakan dengan membina kereta belon. Lebih mudah dan ringkas.\n\nProjek ini sangat popular dilaksanakan di sekolah-sekolah. Malah, pasti ada pertandingan yang dijalankan saban tahun untuk menguji pengetahuan sains para pelajar sekolah.\n\nKita juga boleh jalankan projek ini dirumah bersama anak. Caranya mudah sahaja. Boleh klik link untuk mengetahui bagaimana membuat sebuah roket air dengan lebih lanjut.\n\nEksperimen sains mudah ini sangat sesuai untuk anak-anak. Hanya menggunakan pasir (model gunung berapi), soda bikarbonat dan cuka.\n\nAnda boleh menambah pewarna makanan untuk membuat campuran tersebut berwarna dan menarik perhatian anak-anak semasa bereksperimen.\n\nAktiviti ini mendidik anak bagaimana cara untuk mengerakkan sesebuah kereta itu selain menggunakan kuasa bateri. \n\nIbu bapa boleh menerangkan ciri-ciri magnet terutamanya mengenai kutub yang berbeza dan bagaimana ia boleh menarik dan menolak sesuatu objek yang diuji.\n\nAktiviti ini juga salah satu aktiviti S.T.E.M yang mudah dan sesuai untuk kanak-kanak.\n\nSatu projek yang mengasah minda kejuruteraan dalam diri anak kecil. Tidak memerlukan kos yang besar. Mudah dan jimat!\n\nJom lihat bagaimana untuk menghasilkan projek ini di sini. \n\nSalah satu projek sains yang dikenali sebagai cartesian diver experiment. Aktiviti ini akan menerangkan bagaimana prinsip sains, keapungan digunakan pakai. \n\nAktiviti ini boleh dijalankan berulang kali tanpa perlu menggantikan dengan bahan-bahan yang lain. Kesempatan ini boleh diambil oleh ibu bapa untuk menerangkan konsep keapungan (buoyancy) kepada anak dengan lebih jelas lagi.\n\nPelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan dengan menggunakan kotak-kotak terpakai. Membina model rumah seperti ini akan meningkatkan lagi daya kreativiti kanak-kanak semasa beraktiviti.\n\nSesiapa yang mempunyai anak berminat dalam bidang pertukangan, projek membina dapur ni sangat sesuai dilakukan bersama-sama mereka.\n\nPelbagai aksesori peralatan dapur boleh ditambah selain dapat memperkenalkan kepada anak-anak tentang nama dan fungsi peralatan tersebut.\n\nAktiviti yang mampu mengasah bakat anak-anak untuk menjadi seorang arkitek!. Projek yang boleh dijalankan tanpa memerlukan kos yang besar. \n\nAnda boleh menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kotak bijirin untuk membuat model bangunan dan sebagainya.\n\nSelain merangsang daya kreativiti dan imaginasi anak-anak untuk membina sungai buatan, aktiviti ini juga dapat memperkenalkan beberapa konsep sains kepada mereka.\n\nSalah satunya ialah daya graviti dan juga jenis permukaan asas binaan. Bagaimana aliran sungai mengalir dan apakah faktor-faktor yang boleh menjejaskan kelancaran arus air sungai tersebut.\n\nSalah satu projek sains yang akan menerangkan bagaimana sebuah bateri itu berfungsi dan menjawab persoalan bagaimana tindakbalas kimia itu boleh menghasilkan kuasa eletrik. \n\nEksperimen yang ringkas dan mudah. Ingin tahu bagaimana caranya? Jom lihat di sini. \n\nAdakah anda pernah terfikir anda boleh menggunakan kentang sebagai pengganti bateri? Mengapa kentang?.\n\nIni kerana kentang mempunyai asid fosforik yang boleh menjadi sebatian kimia yang diperlukan untuk mengalirkan caj elektrik apabila bertindak balas dengan permukaan logam.\n\nBoleh lihat penerangan di sini untuk mengetahui kaedah ekperimen ini dijalankan.\n\nBanyakkan aktiviti yang boleh dilakukan di rumah? Semoga cuti sekolah anak-anak anda dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Selamat mencuba!"
"Seronoknya membuat kuih talam jika menjadi. Tidak kisah lah jenis kuih talam apa pun. Kuih talam labu ke, kuih talam keladi ke, kuih talam sagu ke. Janji kuih talam. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih talam ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan tambah-tambah di bulan puasa.\n\nTapi itulah, nak membuat kuih talam ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih talam nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.\n\nResepi daripada\u200e\u00a0Khamisah Halik \u00a0ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi jika ikut sukatannya. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal kuih talam buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.\u00a0\n\nMudahkan caranya? Rasa boleh buatkan? Selamat mencuba. Nak lagi seronok, proses membuat kuih talam ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti dengan anak-anak. Mesti anak-anak seronok punya. Hanya sediakan bahan, campur dan kukus.\n\nOh ya, selain dari resepi Kuih Talam Labu, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain."
"Selesaikan masalah perkahwinan dengan teknik mudah. Semua perkahwinan pasti akan ada masalah. Jika anda sedang mencari bantuan dalam menyelesaikan masalah perkahwinan anda sendiri, penting untuk anda sedar bahawa anda tidak keseorangan.\n\nRamai yang menghadapi masalah dalam perkahwinan seperti anda. Apabila melihat beberapa masalah yang kerap berlaku dalam perkahwinan, teknik-teknik yang mudah boleh dilakukan dalam kebanyakan kes untuk menghentikan masalah ini daripada terus berpanjangan.\n\nAntara masalah yang paling biasa dan kerap berlaku dalam perkahwinan ialah masalah kewangan, tidak mempunyai masa bersama yang cukup antara satu sama lain, masalah komunikasi, perbezaan pendapat dalam membesarkan anak dan juga masalah pasangan kurang romantik.\n\nApabila anda mengambil nasihat yang disenaraikan di bawah, anda akan mempelajari beberapa teknik mudah untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang kerap berlaku ketika ini.\n\nElakkan dari Pergaduhan Yang Tidak Adil\n\nTidak kira apa jua masalah yang berlaku dalam perkahwinan, ianya penting untuk anda membincangkannya dan menyelesaikannya dalam keadaan yang cukup bertolak-ansur dan saling memahami.\n\nPerselisihan pendapat dalam apa-apa hubungan dan hubungan pasti akan terjadi. Namun, perselisihan itu perlulah berlaku dalam keadaan yang terkawal. Anda tidak perlu terlalu bersikap pentingkan diri sendiri atau terlalu mempertahankan diri anda.\n\nJangan sekali-kali mengungkit kembali kesilapan lalu pasangan anda. Fokus dan hanya berbincang isu yang sedang berlaku sahaja, bukannya isu-isu lama yang diungkit kembali. Anda juga tidak perlu mengkritik pasangan anda sama sekali.\n\nPerselisihan dan perbezaan pendapat kadang-kala baik untuk perkahwinan sebagai asam garam kehidupan, tetapi berselisih pendapat dalam keadaan yang tidak adil dan mengikut nafsu amarah hanya akan membawa perasaan buruk dan fikiran negatif terhadap pasangan anda.\n\nApabila anda berbincang dengan aman dan adil, komunikasi antara pasangan akan lebih terbuka dan masing-masing akan sedar akan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, dan seterusnya dapat mencari penyelesaian bersama.\n\nSentiasa Memaafkan dan Melupakan Kesalahan Lalu\n\nBila-bila masa anda berhujah atau berselisih faham dengan pasangan anda, anda harus cuba untuk menyelesaikannya, memaafkan dan melupakan masalah tersebut.\n\nBerbincang masalah semasa sahaja, bukan terbawa-bawa dengan masalah lampau dan cubalah untuk saling berfikiran terbuka semasa berbincang. Setelah penyelesaian telah dipersetujui, lupakan masalah tersebut dan amalkan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.\n\nJanji yang terungkap di bibir selalunya indah-indah dan manis-manis belaka, tapi apabila tiba masa untuk menunaikan janji-janji tersebut, anda gagal untuk melakukannya!\u00a0 Percayalah bahawa anda telah melakukan kesilapan besar dan jika tidak ditangani dengan betul, masalah ini akan mengganggu kesejahteraan perkahwinan anda.\n\nJadi, penting untuk kita tepati janji walaupun janji tersebut sekecil-kecil janji seperti berjanji ingin keluar makan bersama. Perlu diingat bahawa janji-janji kecil yang tidak ditepati juga boleh mengakibatkan kemusnahan hubungan anda.\n\nSalah satu kaedah yang sangat berjaya dalam menyelesaikan masalah biasa dalam perkahwinan adalah dengan mengatur \u2018dating\u2019 semula dengan pasangan anda seolah-olah pertemuan pertama dahulu. Teknik ini akan mengimbas kembali kenangan anda ketika anda mula-mula jatuh cinta.\n\nAnda akan ingat bagaimana rasanya untuk bersama-sama apabila anda pertama kali bertemu dan anda selalu bercakap tentang kegembiraan anda bersama pasangan. Bercakaplah tentang kehidupan bersama pasangan anda. Luahkan segala perasaan anda terhadapnya.\n\nAmalan sebegini pasti akan memberi perbezaan yang besar dalam perjalanan perkahwinan anda yang bahagia."
"Tat telur Portugis merupakan salah satu jenis tat telur yang selalunya terdapat di bakeri. Harganya juga boleh dikatakan mahal kerana bahannya yang berkualiti. Akan tetapi, hari ini kami akan bawakan resepi tat telur portugis! Kini anda boleh gunakan resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Dengan menyediakannya sendiri, hidangan anda akan lebih terjamin kebersihannya serta anda boleh menyesuaikan mengikut selera anda. Selain itu, hidangan yang disediakan sendiri pasti sahaja menjadi lebih bermakna untuk dihidangkan. \n\nHidangan ini berasal daripada Portugal, dimana sekiranya anda kesana, ini adalah salah satu juadah yang wajib untuk anda rasa. Kulitnya rangup diluar, ditambah pula dengan kemanisan kastad di dalam dapat menarik minat sesiapa sahaja! \n\nResepi yang kami bawakan kali ini dikongsikan oleh Siti Suhaida Mohd Sani dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif di media sosial. Jom kita lihat!\n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nTerdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi \u2013 resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!"
"Ingin mencari vacuum robot yang sesuai dengan anda? Jom baca review tentang vacuum robot ROIDMI EVE Plus Xiaomi ini dulu. Kami telah berpeluang untuk mencuba dan memberi review tentang vacuum ini.\n\nIa merupakan sebuah vacuum pintar yang sangat lengkap kemudahannya dan mempunyai sistem steril. Berdasarkan review di Shopee dan laman lain, vacuum robot ini adalah antara yang mendapat komen dan feedback yang positif. Boleh baca SINI tentang produk ini untuk komen-komen yang diterima.\n\nTidak dapat dinafikan, salah satu jenama vacuum robot terbaik adalah ROIDMI EVE Plus Xiaomi. Kami agak teruja apabila menerima parcel yang dihantar. \n\nVacuum robot ini dihasilkan bagi memudahkan aktiviti mencuci dan membersihkan rumah tanpa perlu meluangkan masa dan tenaga. Dengan menggunakan vacuum robot ini, masalah kebersihan rumah akan selesai dengan mudah dalam masa yang pantas.\n\nVacuum ini mempunyai spesifikasi seperti berikut:\n\nCiri-Ciri Vacuum Robot ROIDMI EVE Plus\n\nPerbezaan vacuum robot ROIDMI EVE Plus dengan robot vacuum yang lain adalah dari rupa bentuk, jumlah kuasa dan kualiti fungsinya. Jom lihat beberapa ciri vacuum robot ROIDMI EVE Plus ini.\n\nRobot vacuum ini menggunakan ciri automatik dimana ia akan membantu anda menyapu sampah, vacuum dan juga mengemop rumah. Robot ini juga bergerak mengikut ciri yang telah ditetapkan iaitu menggunakan pergerakan lurus atau zigzag. Dengan itu, anda tak perlu menggerakkan mop, vacuum ataupun menyapu sampah secara manual lagi.\n\nRobot ini juga mempunyai sistem pensterilan. Pensterilan yang dimaksudkan adalah pengosongan kendiri dimana debu-debu kotoran tidak akan memberi masalah kepada vacuum robot ini. Robot vacuum ini akan membersih dengan baik, memastikan ia kosong dan mensterilkannya sendiri serta menyahbauan. Semuanya berfungsi secara automatik, hebat bukan?\n\nDengan adanya pembuangan kotoran automatik, lebih bersih dan mudah untuk kotoran disapu. Selain itu, fungsi vacuum serta mop lantai juga dapat dilakukan dengan baik. Ia juga dapat melindungi robot vacuum itu sendiri seperti tangki sampah terjaga dengan baik tanpa sebarang masalah.\n\nJangan bimbang untuk menguruskan vacuum robot ini, ianya mudah diguakan. Butang Power, Spot dan Dock (untuk pulang ke rumah). Ia turut mempunyai apps di handphone yang mudah dikawal. Jika inginkan robot vacuum ini berhenti atau bergerak, anda boleh sahaja mengawal menggunakan apps ini\n\nAnda hanya perlu mengdownlaod app ROIDMI. Kami sangat teruja tentang fungsi ini. Kami dapat mengarah vacuum ini melakukan tugasan dari jauh sahaja, sambil melihat televisyen ataupun daripada katil. Memang terbaik!\n\nRobot Roidmi Xiaomi sangat pintar kerana ia mempunyai teknologi LDS yang berfungsi menunjukkan jalan untuk robot tujui. Ia bukan sahaja sekadar bergerak mengikut gerakan yang panjang atau berulang. Oleh itu, sekiranya bilik bertingkat, robot Roidmi Xiaomi ini juga akan ke bilik anda dan tidak berpusing pada satu tempat.\n\nTerdapat banyak lagi ciri Vacuum Robot terbaik ini yang bakal membantu anda membersihkan rumah. Jom lihat apakah fungsi dan kegunaannya pula.\n\nKegunaan Dan Fungsi Vacuum Robot ROIDMI EVE Plus \n\nRobot Roidmi Xiaomi tidak hanya mempunyai fungsi menyapu, tetapi boleh mengemop. Daripada cucian kering sehingga cucian basah juga lengkap disediakan. Untuk pengetahuan anda, robot ini menyediakan tangki air 250 ml dan ia cukup untuk membersihkan bilik sehingga 250 meter persegi. Mudahnya kerja!\n\nVacuum robot Roidmi Xiaomi ini mempunyai pangkalan pengisian beg sampah 3 Liter untuk kegunaan pembersihan. Apabila ia penuh, paparan LED akan mengeluarkan isyarat untuk perlu diganti. Robot ini juga memiliki alatan asas pengisian seperti pembersihan antibakteria, penyahbauan ozon dan pembersih beg debu pembersih vakum. Sebagai contoh, pangkalan pengisian mempunyai beg sampah tiga liter. Apabila mengisi, paparan LED memberi isyarat perlunya menggantinya.\n\n3. Mempunyai 2 Fungsi Utama: Menyapu Dan Mop\n\nSatu robot ini boleh menjalankan 2 tugasan iaitu menyapu dan mop. Ia menyapu di setiap ruang, sudut dan penjuru dimana robot ini dapat memuatkan diri ke setiap bahagian. Ia akan membersihkan secara menyeluruh. Ketika menyapu, sampah kotoran dan debu akan diangkat dengan rapi dan kemas.\n\nHabuk dan debu akan disedut dengan baik di dalam pengisian sampah. Ia berfungsi dengan lancar dan laju. Robot vacuum akan bergerak seperti biasa sambil vacuum kotoran habuk yang ada.\n\nBagi fungsi yang kedua, Robot Xiaomi ini akan mengawal pencucian yang basah dari segi air cucian yang diperlukan, membilas dan mengemop lantai rumah anda. Proses mengemop lantai ini menjadikan lantai lebih licin dan bersih.\n\nTerdapat banyak sensor keselamatan pada vacuum robot ini. Sensor anti langgar menyebabkan robot dapat kenalpasti akan barang-barang besar yang ada di depannya supaya tidak terlanggar, manakala sensor anti jatuh pula akan menghalang robot dari terjatuh dari tempat tinggi seperti tangga dan sebagainya. Selain itu, ia juga mempunyai sensor pecutan, steril, radar dan mod turbo dan senyap.\n\nVacuum robot ROIDMI EVE Plus Xiaomi ini sangat menarik digunakan kerana ia mudah dikawal, berkualiti tinggi dan mempunyai nilai antarabangsa, pilihan dunia. Pakej vacuum robot ini terdiri daripada Robot Vacuum\u00a0Cleaner, Side Brush , Single-use mop,\u00a0Automatic Suction Station, tangki air dan\u00a0Dust Bag. Anda boleh mendapatkan waranti bagi tempoh 2 tahun. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Jika tanya kami patit beli atau tidak, jawapannya adalah ya.\n\nUntuk maklumat lanjut yang lain boleh sahaja ke laman web utama ROIDMI ."
"Kenali punca kanser limforma dan tanda-tanda kanser limfoma.\n\nMelihat kepada gaya hidup masa kini, tidak hairanlah mengapa semakin ramai rakyat dikesan dengan penyakit kanser.\n\nSejak tahun 1996 hingga 2018, bilangan kematian yang disebabkan kanser meningkat sebanyak 50 peratus.Pada tahun 2016 , sebanyak 13.9 peratus kematian dicatatkan disebabkan oleh kanser berbanding 8.9 peratus pada tahun 1996.\n\nKementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan bahawa kanser merupakan penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung dan sekatan saluran pernafasan.\n\nMendengar perkataan kanser sahaja sudah membuatkan kita \u00a0tidak tentu arah, apatah lagi apabila ada diantara kenalan kita yang menderita akibat kanser.\n\nPerbincangan kita pada kali ini adalah mengenai KANSER LIMFOMA atau juga dikenali sebagai kanser kelenjar limfa.\n\nSebelum ini kanser limfoma tidak begitu mendapat perhatian dari masyarakat Malaysia.\n\nNamun apabila penyanyi terkenal Elyana dan pendakwah bebas iaitu Ustaz\u00a0 Hanafiah Abdul Malek mengeluarkan kenyataan mengenai kanser yang telah dihidapi mereka, ramai yang tertanya-tanya apa itu kanser limfoma.\n\nSecara definisi perubatan, kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel tidak normal secara tidak terkawal di dalam tubuh badan.\n\nKanser akan menjadi lebih membimbangkan apabila\u00a0 sistem pertahanan badan gagal berfungsi dengan baik bagi melawan kuman atau bakteria jahat di dalam badan.\n\nKanser limfoma\u00a0 merupakan kanser darah yang disebabkan oleh bilangan sel darah putih lymphocytes tidak normal akibat aktiviti penggandaan oleh sel darah putih itu sendiri.\n\nPenggandaan sel darah putih lymphocytes yang tidak normal akan menganggu sistem imunisasi badan sekaligus\u00a0 mengurangkan daya tahan badan terhadap gangguan penyakit.\n\nDi dalam sistem imunisasi badan manusia, sel darah putih memainkan peranan penting dan bendalir yang dikenali sebagai limfa berfungsi untuk mengangkut sel \u00a0darah putih ke seluruh tubuh badan.\n\nNamun apabila nodus limfa membengkak , sel darah putih lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor dan menyebabkan kanser limfoma.\n\nKanser limfoma terbahagi kepada dua jenis iaitu;\n\nMenurut Datuk Dr. Chan Kian Meng Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, statistik menunjukkan satu \u00a0daripada lima rakyat Malaysia menghidap kanser limfoma.\n\nJumlah ini dijangka akan terus meningkat andai rakyat Malaysia mempunyai sikap tidak acuh kepada \u00a0status kesihatan masing-masing.\n\nMenurut kajian Jabatan Hematologi Kebangsaan ,\u00a0 mereka yang berumur 15 hingga 30 tahun berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit kanser\u00a0 Limfoma Hodgkin .\n\nManakala kanser Limfoma Bukan Hodgkin biasanya menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas.\n\nSeperti\u00a0 diawal artikel, kita tahu bahawa kanser limfoma adalah penyakit yang berkaitan kelenjar darah.\n\nSimptom paling ketara yang kita boleh lihat adalah bengkak di sekitar leher, \u00a0ketiak dan celah peha. \u00a0Bengkak ini sebabkan oleh jangkitan kuman disekitar nodus limfa tersebut.\n\nKemudian, pesakit akan mula hilang selera makan sekaligus menyebabkan penurunan berat badan yang drastik.\n\nBerpeluh secara berlebihan pada malam hari juga merupakan salah satu simptom yang ditunjukkan oleh pesakit Kanser Limfoma.\n\nSekiranya\u00a0 bengkak tidak beransur pulih dan badan mula rasa letih serta mengalami\u00a0 demam berpanjangan sebaiknya perlu berjumpa doktor dengan segera.\n\nDoktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal di sekitar leher, ketiak dan pangkal paha untuk mencari nod limpa.\n\nKemudian, pesakit yang disyaki menghidapi kanser limfoma akan diminta untuk menjalani ujian darah bagi mengesan kewujudan sel kanser.\u00a0 Dan pesakit juga akan diarahkan untuk menjalani ujian X-Ray atau tomografi berkomputer untuk mengesan kedudukan kanser tersebut.\n\nKanser Limfoma ini merupakan antara penyakit yang boleh dirawat sekiranya kita mengambil langkah rawatan pada peringkat awal.\n\nJangkitan virus dan bakteria seperti HIV, hepatitis B dan hepatitis C.\n\nSistem imun yang lemah akan menyebabkan sel darah putih lymphocytes merebak dan berjangkit dengan mudah.\n\nSekiranya terdapat ahli keluarga yang menghidapi kanser limfoma , kemungkinan untuk mendapat kanser limfoma juga tinggi.\n\nPendedahan kepada racun seperti; racun serangga dan racun rumpai\n\nPengambilan ubat-ubatan secara tidak terkawal akan menyebabkan sistem imunisasi badan terganggu dan mendorong kepada sel darah putih bertindak diluar kawalan.\n\nMerokok , minum minuman beralkohol dan pengambilan makanan tidak berzat akan mendorong kepada jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kanser limfoma.\n\nSebelum rawatan dimulakan, pesakit perlu menjalani prosedur untuk mengetahui tahap kanser yang dihidapi.\n\nAntara prosedur yang perlu dijalani adalah pembedahan kecil untuk mendapatkan sel nodus limfa. Sel nodus limfa ini akan dihantar ke makmal untuk dibuat ujian.\n\nProsedur yang terakhir adalah\u00a0 mengambil darah dan tulang sum-sum. Darah dikeluarkan dari tulang sum-sum menggunakan jarum dan darah tersebut akan dihantar ke makmal untuk tujuan mengesan peringkat kanser limfoma yang dihidapi.\n\nSekiranya pesakit memang positif menghidapi kanser limfoma, pesakit perlu menjalani kemoterapi.\n\nRawatan kemoterapi bertujuan untuk memusnahkan sel kanser. Ubat akan dimasukkan ke dalam badan pesakit melalui \u2018drip\u2019 dan ubat kemo dibiarkan mengalir ke seluruh badan untuk memusnahkan sel kanser tersebut.\n\nMelalui rawatan terapi sinaran, sinaran akan dipancarkan ke bahagian kanser \u00a0bertujuan untuk mengecutkan tumor yang ada.\n\nRawatan seterusnya adalah pemindahan sum-sum tulang. Sebelum kemoterapi dijalankan, pesakit perlu menjalani prosedur mengambil sum-sum tulang\u00a0 dan selepas rawatan kemoterapi dijalankan, sum-sum tulang akan dimasukkan semula untuk penghasilan sel darah merah dan darah putih yang sihat.\n\nTerapi biologi dijalankan untuk mengaktifkan semula sistem imunisasi badan pesakit dengan bantuan bahan kimia.\u00a0 Apabila sistem imunisasi diaktifkan semula, sel tubuh akan melawan sel-sel kanser di dalam badan.\n\nTahukah anda , kita boleh menjauhi penyakit kanser dengan beberapa kaedah antaranya adalah mengamalkan gaya hidup sihat.\n\nAmalan gaya hidup sihat termasuklah pengambilan makanan seimbang, senaman dan pengurusan tekanan yang baik.Kurangkan pengambilan makanan proses sebaliknya pilih makanan semulajadi dan segar sahaja.\n\nSenaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain tubuh badan menjadi sihat apabila bersenam, minda kita juga akan lebih sihat . Senaman yang paling mudah adalah \u2018morning walk\u2019 selama 45 minit setiap pagi.\n\nStress merupakan musuh utama kepada kanser. Dapatkan bantuan pakar bagi menangani stress atau buat sesuatu yang membuatkan anda gembira.\n\nAmbil tahu mengenai KANSER LIMFOMA untuk membantu mereka yang memerlukan.\n\nJemput juga baca tulisan lain kami mengenai kanser. Antara artikel kanser yang ditulis adalah kanser perut, kanser rahim dan kanser darah."
"Kita semua pun tahu, bonding sangat penting antara anak dengan emak ayahnya.\u00a0Tanpa bonding yang bagus, macamana anak nak duduk dengan kita mengadap buku iqra\u2019 sedangkan kartun favoritenya sedang ditayangkan di tv? Boleh \u2013 tapi muka monyok dengan muncung sedepa.\n\nBila anak dah mula berkawan dan bersekolah, macamana dia nak ceritakan tentang kawan-kawan dan apa yang mereka satu geng buat kalau \u2013 yang dia ingat hanya muka emak atau ayah yang garang?\n\nSoalnya bukan bonding itu. Sebab saya yakin, secara fitrah, setiap emak dan ayah yang waras memang inginkan hubungan yang baik, mesra, rapat dengan anak.\n\nHampir setiap hari kita sibuk. Kalau yang bekerja, pagi-pagi dah keluar rumah. Lebih awal dari burung keluar cari makan. Hari dah petang atau malam baru terpacul balik depan pintu rumah. Kalau yang berbisness, lagilah jangan cakap.\n\nItu satu. Lepas tu, bila dah sampai rumah, bukannya tenaga kita macam baru bangun tidur. Agaknya kalau dapat tilam dengan bantal, tak sampai 1 minit dah terlelap.\n\nAgaknya lah. Sebab biasanya memang tak dapat pun nak jumpa tilam dengan bantal. Masuk-masuk rumah je, dapur dah melambai-lambai. Bawang dan sayur sudah tidak sabar untuk dipertemukan dengan ayam di dalam kuali. Berbakti untuk manusia yang kelaparan (dan kepenatan).\n\nZup zap zup zap, tau-tau dah pukul 10 malam. Anak pun dah ternguap-nguap sambil mata kuyu tengok tv. Dengan kita-kita sekali.\n\nMemang betul, bonding boleh dilakukan sambil-sambil kita menyuapkan anak makan, peluk cium anak sebelum tidur, ketika hantar ke sekolah. Ataupun pada hujung minggu kalau takde jemputan kenduri kahwin, beli barang dapur, temujanji dengan kawan dan sebagainya.\n\nTapi, kan best kalau kita boleh bonding dgn anak, setiap hari. Diulangi, setiap hari. Sekejap tapi sangat berkesan. Kalaupun sebelum tu kita baru je marah anak sebab pecahkan pasu yang kita baru beli di Ikea, tapi dalam masa 10 minit anak dah mesra balik dengan kita macam baru lepas dapat hadiah.\n\nCara yang paling cepat dan berkesan ialah BERGURAU dengan anak.\n\nGurau ikut cara yang anak suka, apa yang buat dia terkekek ketawa gembira sampai habis nampak semua gusi.\n\nContohnya, anak-anak saya suka main kejar-kejar. Saya jadi dinasour. Sekali dinasour dapat tangkap, anak kena geletek.\n\nDapat bergurau 10 minit pun dah cukup untuk menghilangkan rindu anak pada kita yang sepanjang siang tadi tak jumpa. Cukup untuk menghilangkan sedih tadi kena marah. Cukup untuk buat anak mesra dengan kita.\n\n10 minit, tapi kesannya sangat extreme.\n\nMampu untuk menggembirakan hati anak-anak kita dan buat mereka tahu, yang walaupun kita sibuk dengan macam-macam tugasan, kita sangat sayangkan mereka."
"Kek Sarang Semut adalah salah satu juadah pencuci mulut yang amat digemari kita, rakyat Malaysia. Uniknya resepi ini adalah pada teksturnya yang berpori seakan \u2013 akan sarang semut. Pasti ada diantara anda yang tertanya \u2013 tanya apakah resepi disebalik kek sarang semut ini. \n\nKali ini, kami bawakan resepi ini khas buat anda semua. Tahukah anda, sebenarnya, kek sarang semut ini boleh dibuat oleh sesiapa sahaja? Kami disini juga menyediakan langkah \u2013 langkah yang mudah untuk anda ikuti. \n\nResepi kek sarang semut ini telah dikongsikan oleh Ainiey Tart Nenas dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. \n\nNota: Sediakan dahulu gula hangus dengan masukkan bahan bahan ke dalam kuali sehingga cair dan kacau sedikit. Kemudian masukkan air panas 1 cawan sedikit demi sedikit sambil kacau. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nMudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!"
"Hai nasi goreng. Sungguh enak. Sungguh lazat. terngiang-ngiang lagu dalam iklan perencah nasi goreng. Mesti nyanyi sama kan. Tapi kan, tahu tak yang sebenarnya menu ini pun boleh sedap dan lazat tanpa menggunakan perencah segera tuh. Bahan pun mudah. Cara nak membuatnya pun ringkas dan tak makan masa. Sesuai sangatlah dengan isteri-isteri yang bekerjaya ataupun anak bujang. \n\nJadi muncullah peminat-peminat nasi goreng. Apa kata cuba resepi mudah dan ringkas yang dikongsikan oleh Lynda Dean yang mendapat perkongsian ramai di kalangan pengguna Facebook. Buat yang baru-baru nak berjinak untuk memasak, sangatlah sesuai untuk mencuba resepi ini. Pasti berjaya. Kalau dah berjaya masak, orang puji, pastilah akan berkobar-kobar lagi semangat untuk memasak kan? \n\nApa lagi. Jom sediakan bahan-bahnnya dan mencubanya.\n\nSangat mudah kan? Buat encik-encik suami yang teringin untuk cuba masakkan untuk isteri dan keluarga tercinta pun boleh cuba resepi ini. Sekali sekala bolehlah tunjuk skill. Selain dari resepi Nasi Goreng ini, terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat."
"Sungai Petani juga dikenali sebagai Bandar Perindustrian Kedah. Ada ke tempat menarik kat sini? Tentulah ada. Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Sungai Petani yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.\n\n1. Menara Jam Besar Sungai Petani\n\nKalau anda sampai ke Sungai Petani, wajib lawati menara jam ini. Didirikan pada tahun 1934, Menara Jam Besar Sungai Petani merupakan hadiah daripada seorang tauke Cina, Lim Lean Teng kepada penduduk kawasan ini untuk meraikan sambutan Jubli Perak King George V dan Queen Mary.\n\nYang menariknya, jam gergasi antik ini masih lagi berfungsi. Pada waktu malam, jam ini akan dilimpahi dengan cahaya lampu yang indah dan menjadi tempat untuk bersantai sambil ambil angin malam.\n\nTerletak di dalam Cinta Sayang Golf and Country Resort, taman tema yang berkeluasan 7 hektar ini padat dengan pelbagai tarikan menarik seperti 4 Water Coasters, Wall Climbing, Kids Area Play dan Lazy River.\n\nDah puas bermain air? Jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda yang juga merupakan salah satu aktiviti yang ditawarkan di sini. Apa salahnya buat lebih daripada 1 aktiviti cool dalam masa sehari, kan?\n\nIsnin \u2013 Khamis: Dewasa RM20, Kanak-kanak RM18\n\nJumaat, Sabtu & Ahad: Dewasa RM28, Kanak-kanak RM20\n\nNak sejukkan mata melihat keindahan flora dan fauna sambil menghirup udara yang segar? Bawalah keluarga anda berkelah sambil mandi-manda di Air Terjun Tupah. Terletak tidak jauh dari Pekan Semeling, air terjun ini agak mudah untuk dicari.\n\nIanya cukup terkenal sebagai destinasi riadah pilihan ramai penduduk tempatan terutama pada hujung minggu. Bagi pencinta fotografi, jangan lupa untuk bawa kamera.\n\nLokasi bersejarah ini menyimpan seribu satu bukti kewujudan tamadun tertua di Asia Tenggara yang dikatakan berkemungkinan telah wujud dari abad pertama Masihi lagi. Perkataan \u2018Bujang\u2019 jika dikaji maknanya, selain bermaksud gadis dan pemuda yang belum berkahwin, di dalam bahasa Sanskrit \u2018bujang\u2019 juga bermaksud \u2018ular\u2019.\n\nPenggunaan perkataan Ular mungkin disebabkan oleh bentuk Sungai Bujang yang\u00a0 bengkang-bengkok seperti seekor ular. Di sini terdapat\u00a0bukti kerajaan Hindu-Buddha purba berdasarkan daripada peninggalan sekitar 50 buah kuil yang dijumpai.\n\nSelain itu, banyak lagi penemuan artifak lain turut dipamerkan seperti tembikar Cina, lembing keagamaan, ukiran batu, manik, seramik Parsi dan tanah liat.\n\nKurang 10 km jaraknya daripada Sungai Petani, di dalam sebuah ladang kelapa sawit tersimpannya sebuah lagi tapak yang menjadi bukti kewujudan antara tamadun tertua di negeri Jelapang Padi ini iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu.\n\nJika diputarkan masa pada sekitar 600 tahun sebelum Masihi, Tapak Arkeologi Sungai Batu ini agak meriah dengan pelbagai aktiviti perdagangan kerana merupakan kawasan daratan yang terdekat dengan laut. Apabila digali dan dikaji kawasan sekitar tapak arkeologi ini, Sungai Batu rupa-rupanya meninggalkan lebih daripada 10 binaan jeti, bangunan pentadbiran dan gudang.\n\nDi samping itu, para pengkaji turut menemui belasan tapak peleburan besi yang dipercayai telah digunakan secara berterusan buat 2300 tahun lamanya.\n\nDamai Park Resort\u00a0bukanlah sebuah resort biasa, kerana di sini anda sekeluarga dapat merasakan nikmat kehidupan di kampung dengan sepuas hati. Selain penginapan, Damai Park Resort turut memiliki dusun buah duriannya sendiri di mana anda boleh menikmati dengan sepuas hati. Makan sampai puas.\n\nBukan itu sahaja, ada bermacam-macam jenis penginapan yang disediakan. Kalau nak rasa pengalaman kampung yang sebenar, anda boleh booking Traditional Chalet yang cukup comel reka bentuknya dan dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok yang tumbuh rendang.\n\nTeringin mandi di sungai? Anda boleh bermandi-manda di dalam sungai yang terletak\u00a0 di depan resort ini. Memang best!\n\nBagi anda yang sukakan aktiviti lasak, apa kata untuk cuti kali ini anda cuba mendaki Gunung Jerai. Untuk mendaki gunung ini, trail dari kaki hingga ke puncaknya ataupun untuk ke kawasan air terjun telah tersedia.\n\nKalau anda nak tahu, pada asalnya Gunung Jerai ini adalah sebuah pulau yang bernama Pulau Serai, namun disebabkan aras laut turun dengan banyak, terbentuklah gunung ini.\u00a0 Terletak pada ketinggian lebih daripada 1170\u00a0 meter dari paras laut, sesiapa yang berjaya menaklukinya dapat menikmati pemandangan persis lukisan.\n\nDi puncak gunung ini, anda dapat melihat pemandangan sawah padi yang penuh dengan kehijauan seluas pandangan mata sambil menghirup udara segar.\n\nTercari-cari tempat untuk meluangkan waktu lapang apabila malam menjelma di Sungai Petani? Apa kata kalau anda pergi ke Dataran Zero Kilometer. Anda boleh luangkan masa bersama yang tersayang ataupun berjalan-jalan di sekitar sambil melihat keindahan cahaya lampu LED yang mewarnai bangunan di dataran ini.\n\nLimpahan cahaya LED sangat menarik untuk pencinta fotografi.\n\nMasjid Sultan Muzaffar Shah yang terletak di Jalan Sungai Layar ini juga boleh dikatakan sebagai sebuah masjid di dalam taman kerana lokasinya yang betul-betul bersebelahan dengan Taman Jubli Perak.\n\nMasjid indah ini terletak cukup dekat dengan kawasan pusat bandar Sungai Petani, memudahkan akses sesiapa yang ingin menunaikan solat 5 waktu. Ia juga cukup terjaga dan bersih membolehkan anda sekeluarga beribadah dengan penuh kekhusyukan.\n\nSemeling Street Art memaparkan hasil karya kreatif yang dilukiskan pada dinding-dinding di belakang deretan kedai di Jalan Raya Semeling. Dikatakan terdapat sekitar 95 buah mural termasuklah lukisan 3D yang dihasilkan pada banyak kedai-kedai dan rumah yang sudah berusia di kawasan ini.\n\nStreet Art di sini telah dihasilkan oleh pelukis dari sekitar Kedah, iaitu dari Kulim, Alor Setar dan Sungai Petani. Antara lukisan yang dapat anda jadikan background posing adalah watak-watak kartun seperti Elmo, Snoopy, Spongebob, Patrick, Doraemon, Avengers dan banyak lagi.\n\nSelain itu, turut dihasilkan adalah mural yang menggambarkan kehidupan masyarakat Kedah dan alam semula jadi.\n\n11. KS Coins & Collectibles Antique Shop\n\nDi sini ada bermacam barangan antik termasuklah seramik, duit lama dan lain-lain lagi yang dipamerkan\u00a0 dan untuk\u00a0 dijual. Nak duit lebih? Bolehlah anda mencuba nasib untuk menjual barangan antik yang anda miliki kepada pemilik kedai ini.\n\nPeminat barang antik jangan lepaskan peluang untuk ke sini.\n\nTak lengkap percutian ke Sungai Petani kalau tak singgah ke Pantai Merdeka. Di antara aktiviti menarik di sini ialah bermain layang-layang, berkayak, berkhemah, memancing, menaiki bot dan banyak lagi.\n\nDah puas berseronok, anda boleh makan di gerai yang menawarkan pelbagai makanan menyelerakan seperti char kuew teow, cendol, ABC, laici kang, mee ketam, mee udang dan sebagainya.\n\nTidak jauh dari Pantai Merdeka terletaknya Tanjung Dawai yang merupakan destinasi wajib dilawati bagi anda yang ingin merasa makanan laut dan pelbagai hasil laut yang segar. Di antara yang diniagakan di sini adalah ikan bilis, ikan masin, belacan dan macam-macam lagi. Keropok yang dijual di sini juga datang dalam pelbagai perisa seperti ikan, sotong dan udang.\n\nSudahlah banyak pilihan yang segar, harganya juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan tempat lain kerana terletak berdekatan kawasan pantai yang mana kebanyakan penduduknya bekerja sebagai nelayan. Memang rugi kalau tak shopping di sini.\n\nDah puas bershopping, anda boleh singgah di kedai makan seafood yang ada di sini.\n\nItulah dia 13 tempat menarik di Sungai Petani yang ingin kami kongsikan pada kali ini. Selamat bercuti! Jemput juga abca artikel tempat menarik di Lumut dan tempat menarik di Pahang."
"Pastinya anda akan berasa susah hati sebaik sahaja doktor mengesahkan bahawa bayi anda mengalami pneumonia atau pun jangkitan kuman pada paru-paru. Masakan anda tidak risau, paru-paru adalah organ pernafasan yang sangat penting bagi bayi anda. Kami faham. \n\nNamun, anda boleh cuba untuk tenangkan fikiran dan baca info tentang penyakit pneumonia iaitu jangkitan kuman pada paru-paru bayi yang akan kami kongsikan di sini.\n\nApabila anda mempunyai info tepat tentang penyakit pneumonia yang menjangkiti bayi anda, pastinya anda akan berasa lebih relax dan mudah untuk menerima kenyataan. Apabila anda redha, pastinya anda dapat menjaga dan merawat bayi anda dengan cara yang terbaik. Perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah apa yang dimaksudkan dengan pneumonia.\n\nPneumonia ialah radang atau jangkitan yang berlaku kepada salah satu atau kedua-dua belah paru-paru bayi anda. Kebanyakan kes pneumonia berlaku disebabkan oleh serangan virus namun ada juga kes pneumonia yang berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria. \n\nJangkitan yang berlaku pada paru-paru bayi anda akan menyebabka saluran pernafasan ke paru-paru yang masih belum matang menjadi bengkak dan dalam masa yang sama akan menghasilkan lebih banyak cecair atau lendiran mukus.\n\nKeadaan saluran pernafasan ke paru-paru yang membengkak dan ditambah lagi dengan kehadiran cecair atau lendiran mukus akan menyebabkan berlakunya sekatan pada saluran pernafasan bayi anda. Akibatnya bayi anda akan mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen di dalam badan. Pneumonia boleh berlaku pada satu bahagian paru-paru malah ia juga boleh menjangkiti keseluruhan paru-paru bayi anda jika tidak dirawat dengan segera.\n\nLazimnya kes pneumonia biasa berlaku kepada seorang bayi selepas bayi tersebut mengalami jangkitan saluran pernafasan seperti selesema atau flu. Pneumonia mungkin kedengaran seperti sesuatu yang mengerikan namun ketahuilah bahawa kebanyakan bayi dan kanak-kanak yang mengalami pneumonia akan sembuh dengan cepat sekiranya mendapat rawatan dengan segera dan diberikan penjagaan yang baik.\n\nAda banyak organisma yang boleh menjadi punca pneumonia seperti bakteria, virus, mikoplasma, fungus (chlamydia) dan mikobakteria. Bagi bayi yang baru lahir sehingga berumur 30 hari, kebiasaannya pneumonia yang berlaku adalah disebabkan oleh patogen iaitu kuman yang mungkin berada di dalam uterus dan bayi anda mendapat jangkitan ketika dilahirkan. Atau mungkin juga bayi anda mendapat jangkitan melalui sentuhan dari orang lain atau peralatan selepas dilahirkan.\n\nSementara bagi bayi yang lebih besar, punca pneumonia yang paling kerap berlaku ialah disebabkan oleh virus. Menurut data, 90 peratus kes pnuemonia pada bayi yang berumur 30 hari ke atas adalah disebabkan oleh jangkitan pada salur pernafasan bawah. Virus pernafasan sinsitia (RSV) adalah patogen yang paling biasa ditemui pada bayi dalam lingkungan umur berkenaan diikuti oleh virus influenza jenis 1, 2, 3, A atau B. \n\nJangkitan bakteria pada bayi yang berumur 30 hari ke atas sangat jarang berlaku. Jika ada sekali pun, biasanya ia disebabkan oleh Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenza jenis B atau Staphylococcus aureus.\n\nBagi kebanyakan kes jangkitan kuman pada paru-paru bayi atau pneumonia, kebanyakannya akan memberikan simptom yang lebih kurang sama namun sedikit berbeza di antara bayi yang baru lahir dan bayi yang sudah besar. Di antara simptom yang boleh anda perhatikan ialah:\n\nSebaik sahaja disahkan mengalami pneumonia, bayi anda akan diperiksa untuk memastikan sama ada mempunyai ciri-ciri berikut:\n\nJika bayi anda mempunyai kesemua keadan di atas, bayi anda akan dimasukkan ke dalam wad dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Bayi anda akan diberikan antibiotik melalui suntikan ke dalam salur darah atau drip jika pneumonia yang berlaku disyaki disebabkan oleh jangkitan bakteria.\n\nJika bayi anda mengalami dehidrasi, air akan dimasukkan ke dalam tubuhnya melalui drip. Sekiranya pernafasan bayi anda sangat teruk, bantuan pernafasan akan diberikan bagi memastikan bayi anda mendapat oksigen yang secukupnya. Kekurangan oksigen pada bayi boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti kerosakan organ malah boleh menyebabkan kematian. \n\nItulah dia info tentang penyakit pneumonia iaitu jangkitan paru-paru pada bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang anak tak nak makan influenza A dan nafas bayi berbunyi"
"Kami ingin kongsikan resepi puding roti.\n\nMencari idea untuk resepi minum petang atau pemanis mulut? Ya! Sudah pastinya, puding roti menjadi salah satu pilihan sebagai juadah minum petang atau pemanis mulut.\n\nSelain bahan bahan yang mudah untuk dicari, cara cara memasak yang mudah juga menjadi salah satu sebab mengapa puding roti ini dijadikan pilihan sebagai juadah minum petang atau pemanis mulut.\n\nTanpa membuang masa lagi, jom kita cuba resepi puding roti bersos kastad yang dikongsikan oleh Noor Lela\u00a0. Buat pengetahuan anda semua, resepi ini telah mendapat lebih 1.8 ribu perkongsian di Facebook!\n\n1. Roti dikoyak-koyak dan dimasukkan ke dalam loyang kemudian ketepikan.\n\n2.Masukkan kesemua bahan bahagian B ke dalam periuk dan kacau hingga semua sebati, tidak perlu sehingga mendidih. Gunakan api kecil.\n\nApabila bahan bahan sudah sebati, curahkan keatas roti tadi dan taburkan kismis diatasnya.\n\n3. Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah celcius selama 45 minit.\n\nOven perlu dipanaskan terlebih dahulu dan didalam dulang ketuhar, letakkan segelas air kemudian barulah letakkan loyang agar suhu didalam oven sekata.\n\n4. Sementara puding roti masak, kita buat sos kastad pula. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk, masak dengan api yang kecil. Apabila semua bahan sudah sebati serta mendidih dan menjadi agak likat, tutup api.\n\nSendukkan puding roti yang telah masak kedalam pinggan dan curahkan sos kastad diatas puding roti tadi.\n\nResepi resepi menarik yang patut anda cuba!\n\nSelain daripada resepi puding roti ini, terdapat juga beberapa resepi lain yang semestinya dapat menarik minat semua. Jangan malu jangan segan untuk menekan link dibawah dan mencuba ya."
"Hujung-hujung minggu nih best juga kan kalau buat muffin dengan anak-anak kan. Tapi muffin coklat ke muffin pisang eh? Dedua sedap. Pening-pening sangat campur jela dedua. Jom cuba resepi muffin pisang coklat gebu gebas.\n\nResepi yang dikongsikan oleh Shafinar Shariff di laman Facebook ini gerenti jadi. Muffin pisang yang terhasil baik untuk makan sendiri atau dijual.\n\nRasa muffin lembut dipenuhi aroma pisang yang wangi dengan rasa coklat, sangat merangsang selera. Bentuknya yang menarik akan menarik hati siapapun yang melirik. Anak-anak mesti sangat suka makan muffin pisang ini.\n\nResepinya pun amat senang. Kejadian muffin gebu dan menggoda selera. Siapa ingin cuba bolehlah tengok resepi ini. Buat jual pun boleh. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi\u00a0 ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Di zaman moden ini, majoriti bakal pasangan sudahpun mengenali bakal calon hidup masing-masing sebelum mengambil keputusan untuk mengikat ikatan yang sah dengan bernikah. Era ini, situasi bercinta sebelum berkahwin sehingga makan masa bertahun-tahun sudah menjadi satu perkara biasa. \n\nNamun tempoh perkenalan yang lama itu sama sekali tidak boleh dijadikan jaminan yang kita telahpun mengenali hati budi pasangan sepenuhnya. Ada juga yang baru je berkenalan dah berkenan untuk terus jadi pasangan sehidup semati. Yang ini memang golongan \u2018rare\u2019 yang sangat special!\n\nJangan Terus Terima Sebaliknya Lihat Dulu Siapakah Calon Pasangan\n\nBagi lelaki yang terjatuh hati pada wanita yang menutup wajahnya dengan berpurdah, mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk membuat keputusan jika berniat untuk menjadikan wanita itu sebagai peneman hidup. \n\nTapi jangan risau, jika benar niat di hati untuk menjadikan wanita tersebut sebagai isteri, Islam membenarkan lelaki\u00a0 untuk melihat calon pasangannya walaupun si gadis itu berpurdah. Lagipun purdah atau niqab ini bukanlah satu perkara yang wajib maka boleh saja minta di bukakan sekejap untuk melihat rupa parasnya. \n\nJika Ibubapa Yang Pilihkan Calon, Mohonlah Untuk Lihat Sendiri Sebelum Beri Keputusan\n\nAda juga yang tidak pernah\nmengenali\u00a0 dan tidak pernah bersua muka\ntetapi keluarga yang mengaturkan mereka untuk berkahwin. Ini juga mungkin\nmenimbulkan sedikit kesukaran pada lelaki atau wanita tersebut sebab tidak\nsaling mengenali tapi kena berkahwin kerana pilihan keluarga.\n\nWalau macamana cara sekalipun ada baiknya untuk kita berkenalan dengan bakal pasangan hidup kita itu. Bukan maksud berkenalan untuk sengaja mencari kekurangan sebaliknya untuk melihat apakah bakal pasangan yang ingin dikahwini itu sesuai untuk dijadikan pasangan. \n\nBagi wanita pula eloklah di uji dengan bertanyakan soalan berkaitan agama dan mungkin boleh test minta beliau imamkan solat beramai-ramai untuk lihat samada lelaki tersebut menepati ajaran wajib dan sunat berdasarkan Islam. Jika semuanya okay maka bolehlah di anggap yang lelaki tersebut sesuai dan sedia untuk bergelar seorang ketua keluarga untuk sebuah ikatan rumahtangga. \n\n10 Faedah Melihat Calon Pasangan Sebelum Bernikah \n\nApakah sebenarnya manfaat yang boleh diperoleh dengan cara melihat pasangan sebelum bernikah ini? Jika nak tahu, boleh baca semua info di bawah ini sebagai bantuan dalam menetapkan hati dalam misi penceraian bakal pasangan. \u00a0Jom kita mentelaah bersama!\n\nWalaupun belum saling mengenali, sekiranya berpeluang untuk melihat calon pasangan, rasa cinta mungkin dapat diwujudkan di antara lelaki dan wanita yang bakal dikahwinkan. Rasa cinta perlu ada untuk memastikan hubungan suami isteri yang bakal dijalinkan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dengan izin Allah.\n\nUntuk memastikan hubungan suami isteri yang bakal dibina sentiasa harmoni, keserasian perlu ada di antara pasangan. Jadi dengan melihat dahulu calon pasangan, mungkin dapat membina keserasian dengan diadakan sesi perkenalan di antara lelaki dan wanita tersebut.\n\nSelalunya, jika pasangan adalah pilihan ibu bapa, lelaki dan wanita yang akan dinikahkan ini mungkin tak pernah melihat wajah masing-masing. Jadi dengan adanya sesi taaruf atau bertemu, mungkin dapat mengelakkan berlakunya kekecewaan dalam diri masing-masing jika pasangan yang bakal dijodohkan kurang menepati ciri-ciri fizikal dan luaran idaman hati.\n\n Melalui proses melihat terlebih dahulu calon pasangan, lelaki dan wanita yang akan bernikah mungkin dapat mengenali serba sedikit hati budi pasangan yang bakal jadi teman sehidup semati. Dengan mengenali hati budi begini, dapatlah membina keserasian dan mewujudkan rasa cinta di antara lelaki dan wanita yang akan dinikahkan. \n\nApabila berpeluang bertemu mata dengan calon pasangan, lelaki dan wanita yang bakal dinikahkan juga dapat berkenalan dengan dengan ahli keluarga pasangan secara tidak langsung. Mengenali ahli keluarga calon pasangan juga merupakan perkara penting untuk memastikan hubungan kekeluargaan yang bakal terjalin menjadi mesra.\n\nBagaimana hendak bina rasa percaya kalau tidak pernah melihat calon pasangan yang akan menjadi sebahagian dalam hidup kita kan? Jadi, inilah salah satu faedah yang kita akan dapat kalau berpeluang untuk melihat calon pasangan terlebih dahulu. Rasa percaya mungkin dapat dipupuk apabila dapat melihat sendiri tingkah laku bakal pasangan bila berhadapan dengan kita. \n\n7- Menjauhkan Rasa Tidak Puas Hati\n\nBila calon pasangan yang bakal menjadi \u2018housemate\u2019 kita ditentukan oleh ibu bapa, mungkin akan timbul rasa tidak puas hati pada diri kita. Jadi untuk menjauhkan rasa tidak puas hati terhadap pilihan ibu bapa, mungkin dengan melihat sendiri calon pasangan akan dapat mengelakkan perkara ini berlaku. \n\n8 \u2013 Dapat Mengetahui Latar Belakang Bakal Pasangan\n\n Kebiasaanya, bila calon pasangan dicari oleh pihak lain, kita tidak mengetahui latar belakang lelaki atau wanita tersebut secara terperinci. Jadi dengan melihat sendiri calon pasangan secara bertentang mata, dapat berbicara dan berkenalan, mungkin kita akan dapat mengenali serba sedikit latar belakang calon pasangan seperti pendidikan, pekerjaan, minat, dan sebagainya. Ini salah satu faktor yang penting dalam pemilihan calon pasangan sebenarnya.\n\n9 \u2013 Memberi Ruang Untuk Berfikir Sebelum Membuat Keputusan\n\nApabila kita diberi peluang untuk melihat dulu calon pasangan, ini dapat memberikan kita ruang untuk berfikir sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk meneruskan hubungan ke status suami isteri. Perbincangan hati ke hati juga dapat dibuat samada kedua-duanya redha dan bersetuju untuk dinikahkan. Ini penting untuk memastikan \u2018masjid\u2019 yang dibina dapat kekal dan bahagia sehingga hujung nyawa.\n\n10 \u2013 Memastikan Calon Pasangan Menepati Ciri Idaman Hati\n\nSalah satu yang penting dalam pemilihan calon pasangan ialah mereka menepati ciri idaman hati kita. Jadi dengan melihat sendiri calon pasangan boleh memastikan perkara ini dengan lebih jelas.\u00a0 Terutamanya dari segi fizikal dan luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar. \n\nAda Hadis Yang Turut Menceritakan Tentang Perkara Ini\n\nDalam suatu hadis daripada Abu Hurairah R.A, beliau menceritakan bahawa ada seseorang telah menyampaikan kepada Rasulullah S.A.W. bahawa dirinya telah berkahwin dengan seorang wanita Ansar. Rasulullah S.A.W. kemudian bertanya:\n\nKemudian Rasulullah S.A.W. menyarankan, \u201clihatlah calon isterimu, kerana di bahagian mata orang Ansar ada sesuatu.\u201d\n\nDaripada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa Rasulullah S.A.W. sangat menyarankan kepada pasangan yang ingin berkahwin untuk melihat wajah bakal isterinya. Tujuan melihat adalah supaya diberi rasa ketenangan dan kedamaian jiwa untuk meneruskan perkahwinan.\n\nDalam satu hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Mughirah bin Syu\u2019bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita:\n\n\u201cLihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua\u201d\n\n(Hadis Riwayat Tirmizi dan beliau mengatakan hadis ini hasan dalam kitab nikah, bab hadis-hadis berkaitan dengan melihat tunang no. 1087)\n\nWanita juga berhak untuk melihat lelaki jika dia ingin berkahwin dengan lelaki tersebut supaya dia boleh melihat keadaannya dengan lebih jelas agar tidak menyesal selepas berkahwin. Seperti halnya lelaki, perempuan juga tertarik dengan beberapa sifat seseorang lelaki sebagaimana lelaki tertarik dengan beberapa sifat seseorang perempuan.\n\nPilihlah Pasangan Berdasarkan Keperibadian Dan Hati Berbanding Paras Rupa\n\nItulah dia 10 faedah yang boleh dijadikan panduan untuk kita sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang dengan calon pasangan yang dicari. \n\nIngat! Bernikah bukanlah pengakhiran segalanya dan bukan semata-mata satu kata sepakat bagi membuktikan cinta dan kasih sayang di antara lelaki dan wanita. Perkahwinan merupakan permulaan satu peranan yang besar untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. \n\nMaka buatlah keputusan dengan bijak dan gunakanlah manfaat melihat pasangan sebelum bernikah ini sebagai garis panduan supaya tidak tersalah memilih pasangan kelak. Pastikan anda memilih dengan menilai ciri-ciri keperibadiannya berbanding dengan paras rupa yang hanya bersifat sementara."
"Anda ingin makan di Kenny Rogers? Tetapi malas untuk keluar rumah?\n\nApa kata anda cuba memasak sendiri di rumah dengan Resepi Ayam Bakar yang confirm sama rasanya macam Kenny Rogers! Tidak perlu keluar rumah. Hanya perlu ke dapur! Dengan menggunakan kos yang rendah dan mampu milik, anda mampu untuk memastikan seisi keluarga anda kenyang sampai menjilat jari.\n\nBahan bahan yang digunakan pula memang confirm ada di dalam peti sejuk anda. Apa tunggu lagi. Ayuh mencuba sendiri keenakan ayam bakar air tangan sendiri!\n\nResepi ini dikongsikan oleh Puan Salimah Olie dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nOk, dah selesai makan. Kita share resepi ayam bakar ala kenny rogers. Walaupun sebenarnya saya sendiri tak pernah makan kenny rogers tu. Hahaha. Boleh la kot ye ?\n\nSeekor ayam (saya belah 4 bahagian)\n\nSelain resepi ayam bakar, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
"Kek comel ini sangat diminati ramai. Anda dapat menemukan macaron di hampir kesemua kedai kek. \n\nMacaron ialah makanan manis yang berasal daripada Prancis. Macaron ialah kek berbasis meringue yang biasanya dibuat dengan putih telur, gula aising, gula pasir, tepung almond atau almond bubuk dan pewarna makanan.\n\nResepi shell macaron berperisa lemon lazat dan yummy pula telah dibuat oleh\u00a0Ida Alina Salleh\u200e\u00a0 di Facebook. Berikut resepi akan kami kongsikan seperti di bawah.\u00a0Macaron shells boleh anda isi dengan apa-apa perisa buttercream yang disukai.\n\nMacaron umumnya terdiri daripada ganache atau isian lain seperti buttercream sebagai isi daripada dua kek kering yang mengapit isian tersebut. Kata Macaron berasal dari kata Italia macarone, maccarone atau maccherone, yaitu meringue.\n\nKek ini ditandai dengan bagian atas yang halus, bahagian pinggiran yang kasar (disebut dengan \u201cfoot\u201d atau \u201cpied\u201d), dan bahagian bawah yang rata. Macaron biasanya ditemukan dengan berbagai rasa dan warna. Isian daripada macaron tradisional ialah cokelat dan rasberi sedangkan yang lebih moden iaitu matcha, butterscotch atau bubblegum.\n\n1. Satukan tepung badam dan gula aising dalam food processor. Pulse 15 kali untuk haluskan dan satukan kedua-dua bahan.\n\n2. Ayak tepung badam dan gula aising tadi 2 kali. Kalau ada badam yang tak lepas dari ayakan, ketepikan. Jangan guna.\n\n3. Lap mangkuk dan pemukul telur dengan cuka sehingga kering. Kemudian pukul putih telur hingga kembang sedikit.\n\n4. Masukkan cream of tartar. Pukul lagi hingga \u201csoft peaks\u201d.\n\n5. Masukkan gula castor sedikit-sedikit. Masukkan juga beberapa titik gel pewarna.\n\n6. Pukul putih telur hingga \u201cstiff peaks\u201d atau bertanduk\n\n7. Satukan tepung badam tadi ke dalam putih telur, masukkan dalam 3 batch, sedikit-sedikit. Fold hingga adunan mengalir seperti lava mengalir apabila dijatuhkan dari spatula\n\n8. Isi dalam piping bag. Guna muncung bulat untuk paip macaron.\n\n9. Paipkan bulat-bulat atas \u201cparchment paper\u201d.\n\n10. Keringkan 2-3 jam hingga atasnya kusam dan keras. Lebih elok jika ada bilik air-cond.\n\n11. Bakar dalam oven 150\u2019C selama 12-14 minit. Sejukkan sebelum di angkat dari tray.\n\n12. Macaron shells yang sudah disejukkan boleh diisi dengan perisa buttercream yang disukai.\nMacaron sudah siap.\n\nJangan guna kertas minyak ya! Pergi kedai baking dan minta \u201cparchment paper\u201d. Kalau salah guna kertas, macaron ni akan jadi gunung berapi, meletus di tengah.\n\nSelain resepi macaron, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Bagi anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, atau jika anda adalah seorang yang sangat mementingkan kesihatan, pastinya anda sangat mengambil berat tentang jumlah kalori setiap makanan yang masuk ke dalam mulut anda. Pepatah yang mengatakan bahawa \u201d Kita adalah apa yang kita makan \u201d adalah sangat benar. \n\nMakanan Malaysia sememangnya enak namun ramai tak tahu bahawa jumlah kalorinya agak tinggi. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan senarai kalori makanan Malaysia sebagai panduan dalam pemakanan setiap hari.\n\nBagaimanakah cara untuk mengira kalori dalam makanan?\n\nSebelum kami senaraikan jumlah kalori makanan kegemaran rakyat Malaysia, jom kami kongsikan dulu sedikit info tentang kalori dan cara untuk mengira kalori. Apa itu kalori? Kalori adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga. Jumlah kalori dalam makanan bermaksud tenaga yang dibekalkan oleh makanan tersebut kepada tubuh badan.\n\nAdakah tubuh badan manusia memerlukan kalori? Jawapannya ialah YA. Tubuh badan manusia memerlukan kalori sebagai sumber tenaga. Tanpa kalori yang secukupnya setiap hari, manusia akan berasa tidak bertenaga dan lemah.\n\nBagaimanakah cara untuk mengira kalori? Formula untuk mengira kalori adalah seperti berikut:\n\nKarbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gramProtein: Didarab dengan 4 kalori setiap gramLemak: Didarab dengan 9 kalori setiap gram\n\nBerapakah jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa setiap hari? Seorang lelaki dewasa memerlukan\u00a02000-2500\u00a0kalori sehari sementara seorang wanita memerlukan 1600-2000 kalori setiap hari. Sementara bagi wanita mengandung & yang menyusukan bayi, jumlah kalori harian yang diperlukan ialah sebanyak\u00a02000-2500\u00a0kalori.\n\nApa yang akan berlaku jika anda mengambil kalori yang lebih daripada diperlukan? Untuk pengetahuan anda, bagi setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan dan tidak dibakar sebagai tenaga, ia akan menyebabkan berat anda naik sebanyak 1 kilogram.\n\nSenarai kalori bagi makanan segera kegemaran rakyat Malaysia\n\nAnda suka makan makanan segera? Berikut adalah senarai kalori bagi makanan segera kegemaran rakyat Malaysia:\n\nSenarai kalori buah-buahan kegemaran rakyat Malaysia\n\nRamai yang menyangka bahawa makan buah adalah cara diet yang berkesan. Namun tahukah anda bahawa terdapat buah yang mempunyai kalori yang tinggi. Berikut adalah senarai kalori buah-buahan kegemaran rakyat Malaysia:\n\nSenarai kalori kuih-muih kegemaran rakyat Malaysia\n\nAnda pasti nak tahu berapakah kalori untuk kuih-muih kegemaran anda. Berikut adalah senarai kalori kuih-muih di Malaysia:\n\nSekarang kami akan kongsikan senarai kalori lauk-pauk kegemaran rakyat Malaysia:\n\nNasi dan mee adalah makanan wajib yang dimakan oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jom ketahui berapakah kalori yang ada dalam setiap makanan dalam kategori ini:\n\nSenarai kalori minuman kegemaran rakyat Malaysia\n\nAkhir sekali, jom ketahui nilai kalori bagi setiap minuman yang biasa anda minum setiap hari:\n\nItulah dia info tentang senarai kalori makanan Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang makanan rendah kalori,\u00a0diet atkins,dan\u00a0makanan untuk diet."
"Siapa sahaja tak suka makan ayam kan? Kali ini kami bawakan resepi Pasta Ayam Rangup yang amat lazat dan sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat umur. \n\nAnda boleh hidangkan resepi ini kepada anak anda, atau hidangkan semasa majlis keraian kerana resepi ini amat mudah dan lazat! Resepi ini juga amat senang untuk diikuti kerana bahannya mudah didapati! Pasta juga merupakan karbohidrat yang lebih kompleks daripada nasi dan pastinya memberikan lebih kekenyangan. \n\nResepi ini telah dikongsikan oleh Chek Kuna Ahmad dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom kita lihat!\n\n Resepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nAda pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!"
"MENURUT Pakar Pemakanan dari DEMC Hospital Shah Alam, Siti Nurhayati Ali, penggunaan minyak masak dalam menyediakan hidangan bagi tumisan mahupun gorengan perlu dihadkan dalam masakan seharian apatah lagi sekiranya minyak yang digunakan itu telah dipakai berulang kali.\n\nKatanya, semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang mencemar udara dan boleh masuk ke dalam sistem pernafasan manusia.\n\nSisa toksik ini juga tertinggal di dalam minyak ketika menggoreng. Oleh itu, semakin kerap minyak masak digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik yang terkumpul.\n\nMakanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.\n\n\u201cApabila seseorang makan makanan itu, ia mengundang masalah-masalah kesihatan yang serius seperti penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.\n\n\u201cOleh kerana itu, sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.\n\n\u201cItupun bergantung kepada perubahan struktur atau kelikatan warna minyak berkenaan,\u201d kata Siti Nurhayati.\n\nBeliau menambah, sekiranya minyak berkenaan telah bertukar warna dan kelikatannya, kelihatan kehitaman atau perang kehitaman, minyak berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang.\n\nSiti Nurhayati juga menjelaskan minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang.\n\nIni kerana darah haiwan yang bercampur ke dalam minyak berkenaan akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.\n\n\u201cHal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, kuih-muih dan sebagainya.\n\n\u201cMinyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang,\u201d katanya.\n\nSiti Nurhayati mengakui, disebabkan mahu mengurangkan kos, kebanyakan peniaga akan menggunakan minyak masak berulangkali.\n\nSekiranya peniaga perlu juga menggoreng dalam minyak yang sama, gorengan berkenaan perlu dilakukan dengan cepat dan tidak perlu direndam (di dalam minyak) terlalu lama.\n\n\u201cSebagai pengguna, kita perlu lebih peka dengan makanan yang dibeli dan perlu bersikap memilih terhadap gerai atau kedai makanan. Jika berkesempatan lihat dahulu sama ada minyak yang digunakan adakah telah bertukar kehitaman.\n\n\u201cIni kerana minyak yang digunakan berulangkali akan bertukar menjadi gelap akibat pembentukan karbon. Minyak ini berbahaya kerana mengandungi bahan toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang tinggi,\u201d katanya.\n\nSiti Nurhayati menambah, bukan hanya minyak yang hangus sahaja membahayakan malah makanan yang hangus seperti contoh sate, roti bakar, char kuey tiau atau apa sahaja makanan yang bewarna hitam akibat sisa hangus adalah tidak elok kerana mengandungi HNE.\n\nPengambilan makanan hangus untuk jangka masa panjang boleh mengundang penyakit keradangan dan kanser di dalam badan.\n\nSiti Nurhayati menerangkan, pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.\n\nMinyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikkannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging.\n\n\u201cMinyak zaitun sebagai contoh adalah minyak mono tidak tepu. Minyak ini baik kerana ia mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.\n\n\u201cContoh-contoh minyak mono lain adalah minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari. Minyak-minyak ini juga mempunyai omega 3 dan 6 yang diperlukan oleh badan.\n\n\u201cWalau bagaimanapun, minyak tidak tepu ini tidak sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan jangka masa yang lama atau terdedah kepada suhu yang terlalu tinggi kerana minyak ini akan cepat hangus,\u201d katanya.\n\nSiti Nurhayati menyarankan agar setiap isi rumah mempunyai dua jenis minyak masak iaitu minyak kelapa sawit dan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu.\n\nGunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng atau deep fry manakala gunakan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu seperti minyak zaitun untuk menumis atau dijadikan sos salad (salad dressing).\n\nNamun apa pun makanan bergoreng perlu dihadkan kepada tiga kali seminggu manakala bagi hari-hari lain pilihlah cara masakan yang lebih sihat seperti sup, kukus, panggang dan gril. Apabila minyak digunakan terlalu banyak ia juga sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan badan dan kolesterol yang tinggi. Rosmah Dain 1 gram (gm) minyak = 9 kalori berbanding 1 gm karbohidrat = 5 kalori 1 sudu makan minyak = 15 gram sebab itu 1 sudu makan minyak = 15 gram x 9 kalori = 135 kalori\n\nCuba bayangkan sekiranya minyak yang digunakan dalam jumlah yang banyak.\n\nAgaknya berapa ratus atau ribu kalori yang kita serap setiap kali makan makanan yang bergoreng?\n\nSumber : Utusan Malaysia [Khamis 26/12/2013]"
"Ada sesiapa yang teringin masak sotong sambal? Mari hari ini makan malam dengan resepi sotong sambal petai. Sambal sotong yang pastinya menjadi kegemaran ramai.\n\nSotong sambal biasanya dimakan dengan nasi putih dan nasi lemak. Antara resepi sotong yang digemari ialah sotong sambal petai. Pasti makan sedap sampai menjilat jari.\n\nMerujuk pada resepi yang dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook untuk tips memasak sotong, sotong harus direbus dahulu dan ditoskan. Tapi jangan lama takut nanti sotong jadi liat. Selamat mencuba.\n\nJom cuba resepi sotong yang lain di sini.\n\nSelain resepi sotong sambal petai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Khabar gembira kepada pecinta donut dan \u201cred velvet\u201d. Ingat kek atau biskut sahaja ada red velvet? Sekarang donut pun ada red velvet. Unik dari segi tampilan gebu gebas dan warna yang amat cantik, tidak dinafikan donut red velvet antara makanan paling famous di negara ini. Tambahan pula mendapat sambutan meriah daripada penggemar makanan jadikan donut red velvet tular sejak kebelakangan ini.\n\nApabila masak donut red velvet kena ambil perhatian bahan-bahan dan cara supaya kejadian donut tidak mengecewakan. Nisbah warna pula kena diperhatikan untuk dapatkan warna merah merona. Nampak sukar kah?\n\nJangan risau sebab tidak sukar pun kalau anda ikut resepi kami. Resepi kali ini yang dikongsikan oleh Chia KY di laman Facebook boleh dikatakan paling mudah dan senang kerana guna tepung kek red velvet sahaja. Resepi donut pun biasa, cuma tambah tepung gandum untuk bagi cukup 3 cawan, sebab 1 paket tepung itu sedikit sangat jadi kena tambah tepung gandum. Pewarna makanan tidak perlu bubuh sebab tepung sudah merah. Senang bukan? Jom cari tepung kek red velvet untuk buat donut red velvet tular sekarang.\n\nTips: Api jangan kuat sangat nanti cepat hangit.\n\nSelain resepi Donut Red Velvet, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Selamat mencuba!"
"Karipap merupakan sejenis makanan pencuci mulut yang popular di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya.\n\nBahan utama karipap ialah adunan tepung dan pelbagai inti seperti ubi, sardin, kentang dan sebagainya.\n\nKaripap atau curry puff boleh dihidangkan pada masa panas mahupun sejuk. Karipap memang sangat digemari oleh netizen, daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa. Harga satu karipap ada ada 50 sen atau kurang daripada 1 ringgit.\n\nNamun bagaimana jika anda termasuk penggemar berat karipap? atau anda ingin menyajikan karipap untuk tetamu atau keluarga anda di rumah? tentunya harga yang anda keluarkan untuk membeli karipap akan menggunung juga.\n\nOleh kerana itu, kami ingin berkongsikan kepada anda resepi karipap yang sedap yang didapati daripada JJ Pau Mawar di Facebook yang mendapat perkongsian lebih dari lebih darai 1.3K. Dalam resepi ini ia menggunakan 3 jenis tepung, namun jika anda ingin membuat dengan tepung gandum sahaja pun boleh tiada masalah. Inti yang digunakan untuk karipap ini ialah sardin. Dengan mengikuti resepi ini dan mencuba di rumah anda tak perlu lagi pergi balik ke kedai.\n\nKaripap ini boleh disimpan frozen dan tentunya anda boleh memasak seberapa banyak yang anda mahu pada bila-bila masa sahaja. Resepi karipap ini conform sangat lazat! Silakan mencuba.\n\nResepi Karipap Sardin (Lazat dan Garing)\n\n1. Panaskan butter, minyak dan shortening hingga berbuih.\n2. Tuang bahan no.1 ke dalam tepung. gaul hingga sebati. (gunakan senduk utk menggaul kerana minyak masih panas)\n3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh\n4. Perap 15 minit\n\n1. Tumis bawang putih hingga naik bau.\n2. Masukkan cili kisar, tumis hingga garing.\n3. Masukkan ikan sardin, kentang, bawang besar dan air. Kacau biarkan hingga semuanya empuk.\n4. Bila hampir kering masukkan telur.\n5. Masukkan asam jawa adabi tambah sedikit garam dan gula.\n6. Masak hingga inti mnjadi agak kering dan masukkan sedikit daun sup jika suka.\n7. Canaikan doh. Timbang 20 gram.\n8. Masukkan inti dan kelim dengan kemas\n9. Goreng dengan api sederhana untuk hasil kulit karipap yg licin.\n\nSelain resepi karipap sardin yang lazat dan garing, kami juga berkongsi resepi menarik lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"Tahukah anda, pada lima tahun terawal dalam usia kanak-kanak, perkembangan otak mereka digunakan sehingga hampir 90 peratus! Dan dalam jangka masa pendek ini, sel-sel dalam otak mereka akan berhubung dalam kadar 700-1000 per saat!\n\nMenakjubkan, bukan? Jadi disebabkan itu, adalah penting untuk kita memaksimumkan kebolehan pembelajaran anak kita setiap hari, terutamanya dalam fasa umur begini.\n\nDi sini saya kongsikan 10 aktiviti yang mudah dan ringkas, yang boleh dilakukan setiap hari untuk membantu merangsang perkembangan minda anak anda.\n\nNota editor bidadari.my: Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini pada orang lain untuk sama-sama mendapat manfaat darinya. Namun, admin sangat berharap supaya SEBARANG PERKONGSIAN DISERTAKAN SEKALI LINK ASAL ARTIKEL. Hormatilah usaha dan masa penulis asal.\n\nPenting bagi ibu bapa menanam sifat suka membaca dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Membaca bersama-sama setiap hari menggalakkan anak kita mengenal perkataan, bunyi dan lenggok bahasa tersebut \u2013 sekaligus membina kemahiran literasinya.\n\nMembaca juga boleh meningkatkan daya imaginasi anak anda, lebih-lebih dengan gambar yang menarik, lagu-lagu dan karekter kegemarannya.\n\nAnda boleh juga membacakan kisah-kisah nabi pada anak-anak. Bukan terhad hanya pada buku cerita kanak-kanak semata-mata.\n\n#2 Mengajak Anak Membantu Di Dapur\n\nTerimbau kenangan semasa zaman kanak-kanak saya. Mak saya suka mengajak saya menolongnya di dapur terutamanya apabila dia membuat kek, biskut atau kuih. Saya berpelung untuk mereka sendiri corak biskut yang saya mahukan.\n\nApabila siap dibakar, walaupun kuih/biskut saya tidak secantik kepunyaan mak saya, tetapi saya rasa sangat berpuas hati dan bangga dengan hasil kerja saya. Saya rasa tidak sabar untuk menolong mak dimasa hadapan.\n\nSemasa membantu anda di dapur, anda boleh mengajar anak anda mengira, membersih, menggaul, mengenali jenis barang masakan di dapur dan macam-macam lagi! Benar, tempoh memasak akan menjadi lebih lama dan renyah. Tetapi bayangkan keseronokan dan kepuasan yang bakal anak anda dapat hasil dari aktiviti ini. Percayalah, tidak ternilai!\n\nDalam usia lebih kurang dua tahun, secara umumnya anak-anak sudah boleh mengira dari 1 hingga 10. Seperti anak saya, ada kalanya beliau terkeliru kedudukan nombor 7 dan 9 apabila dikira mengikut urutan.\n\nJangan risau sekiranya anak anda juga begitu. Sekurang-kurangnya, dia menunjukkan perkembangan yang baik. Galakkannya menyebut serta mengenalpasti setiap nombor dengan baik.\n\nApabila anak anda menjangkau umur tiga hingga empat tahun, kebiasaannya dia mampu untuk mencapai konsep matematik mudah seperti menambah dan menolak.\n\nGalakkan perkembangan anak anda dalam mengira dengan mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh: Berapa banyak buah oren dalam mangkuk ni? Cuba kira ada berapa kereta warna merah di depan rumah kita? Cuba teka ada berapa banyak jari kita ada?\n\nBlok dan lego merupakan antara permainan yang sangat signifikan terutamanya pada zaman kanak-kanak saya. Kami adik-beradik akan leka berimaginasi membina apa jua yang kami bayangkan \u2013 sama ada kereta, istana, rumah atau apa saja.\n\nSebenarnya dengan bermain lego atau blok, ia dapat membentuk koordinasi mata dan tangan serta skil motor dan spacial anak-anak selain dari mempupuk kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah.\n\nAnda juga boleh turut serta bermain bersama mereka. Dengan cara ini, anda boleh menggalakkan komunikasi dan semangat kerja berpasukan dalam diri mereka sejak awal lagi.\n\n#5 Menampal Huruf Dan Nombor Disekitar Rumah\n\nAnda boleh menampal poster atau kertas berhuruf dan bernombor di dinding rumah anda. Jika takut ia akan mengotorkan dinding rumah, apa kata tampalnya di pintu, cermin atau belikan huruf bermagnet untuk dilekatkan pada peti sejuk anda.\n\nCara ini memudahkan anak anda melihatnya dan mengenalpasti huruf-huruf tersebut dengan lebih mudah.\n\n#6 Memperdengarkan Bacaan Suci Al-Quran Dan Lagu Kanak-kanak\n\nPernahkah anda terbaca perkongsian seorang ibu baru-baru ini bahawa anaknya yang baru berumur 3 tahun tetapi sudah mampu menghafal dengan baik 25 surah dalam al-Quran? Tips ibunya, dia hanya memperdengarkan bacaan ayat al-Quran 24 jam pada anaknya walaupun anaknya sedang tidur.\n\nSudah saya nyatakan, minda dan otak anak kita adalah sangat cekap terutamanya diawal usianya. Selain memupuk sifat baik dalam dirinya, memperdengarkan bacaan al-Quran boleh menguatkan lagi memorinya.\n\nAnak anda juga akan digalakkan untuk menangkap cara sebutan dan bunyi yang betul \u2013 penting untuk kemahiran komunikasi dan literasinya.\n\nSelain itu, anda juga boleh mendedahkan anak anda dengan lagu kanak-kanak yang menarik minatnya.\n\nSeperti di sekolah-sekolah rendah di Australia, mereka mempunyai satu sesi dinamakan \u201cshow and tell\u201d seminggu sekali. Pada sesi itu, anak-anak digalakkan untuk bercerita apa jua aktiviti mereka di hujung minggu, atau menunjukkan karya mereka.\n\nKaedah ini bukan sahaja menggalakkan daya imaginasi anak, ia juga memberi peluang anak-anak melahirkan apa yang mereka fikirkan, membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri mereka dan mengukuhkan daya ingatan mereka.\n\nSaya berpendapat kita juga boleh menerapkan aktiviti ini di rumah. Anda boleh lakukannya dihujung minggu atau diwaktu lapang. Beri anak-anak peluang melahirkan pendapat dan buah fikiran mereka, menunjukkan hasil karya mereka, atau sekadar bercerita apa sahaja yang menarik minat mereka.\n\nCara ini merupakan antara cara untuk mengukuhkan hubungan anda dengan si manja anda. Selain itu, ia memupuk anak untuk memahami apa yang berlaku disekeliling mereka.\n\nLumrah manusia, kita pasti akan terdetik \u201cala, budak lagi. Dia bukan faham\u201d atau \u201cmalasnya nak terangkan. Nanti dah besar dia tau la\u201d. Tanggapan tersebut sebenarnya SALAH!\n\nBerikan anak anda peluang untuk faham. Terangkan dengan bahasa mudah. Lama kelamaan anda pasti akan terkejut dengan keupayaannnya menceritakan kembali apa yang pernah anda terangkan dahulu padanya.\n\nSebagai contoh, semasa anda sedang melipat kain, anda boleh terangkan padanya apa yang sedang anda lipat dan kepunyaan siapa setiap pakaian tersebut. Semasa bersiar-siar di taman, anda boleh menerangkannya kejadian awan dan matahari.\n\nTidak kira apa jua usia anak anda, melihat gambar membantu menguatkan daya ingatan anak dan menggalakkannya mengenalpasti sesuatu. Gambar juga membolehkan anda mengajarnya menyebut perkataan-perkataan penting.\n\nSebagai contoh, tunjukkan padanya gambar ayahnya dan ulang berkali-kali \u201cayah\u201d. Atau tunjuk gambar-gambar lama anak anda dan suruh beliau meneka siapa individu dalam gambar tersebut.\n\nUmum mengetahui solat adalah tiang agama. Dengan mengajak anak solat bersama-sama sejak kecil, anda boleh menerapkan betapa pentingnya solat pada mereka. Solat bersama juga boleh mengukuhkan kasih sayang anda dan anak-anak.\n\nMengajar anak solat boleh menguatkan daya ingatan beliau. Jangan memaksanya mengikut sehingga habis solat. Asalkan anak anda berada berhampiran semasa solat sudah memadai. Lama kelamaan, dia akan mula mengikut sedikit demi sedikit setiap pergerakan anda.\n\nSolat bersama juga boleh mendedahkannya dengan surah mudah dalam al-Quran. Jika dilakukan setiap waktu, inshaAllah anak anda boleh menghafal sedikit demi sedikit surah-surah tersebut.\n\nWalau apa pun anda cuba terapkan pada anak anda, kunci utama adalah bermula dari diri anda sendiri. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya menunjukkan contoh yang baik padanya \u2013 barulah anak anda mudah untuk mengikut apa yang anda mahukan.\n\nJangan lupa, anak anda adalah cerminan diri anda sendiri. Jika semuanya tidak bermula dari anda, usaha untuk menyuruhnya melakukan apa sahaja akan berakhir dengan kegagalan. Jadilah contoh yang terbaik untuk si manja anda."
"Ibu bapa? Bukankah mereka yang sepatutnya kita taati selepas Allah dan Rasul?. Ya, kedudukan dan darjat mereka diangkat tinggi oleh Allah swt.\n\nOleh itu, andai jika kita direzekikan masih mempunyai ibu bapa sehingga kini, seharusnya perlu merebut peluang untuk banyak berbakti kepada mereka sehingga akhir hayatnya.\n\nIkuti 7 perkara yang seharusnya dilakukan oleh seorang anak buat ibu bapanya:\n\n1. Sentiasa Memasak Untuk Ibu Bapa\n\nKita tidak seharusnya mengharapkan masakan ibu. Sebaliknya, kitalah sepatutnya bersungguh-sungguh memasak untuk ibu bapa. Sentiasa mengembirakan hati mereka dengan hidangan kegemaran mereka.\n\nMemang tidak dinafikan memang air tangan ibu itu adalah yang terbaik dan menjadi tagihan anak-anak. Namun, berpada-padalah jangan sampai dari sarapan pagi hingga ke minum malam, kudrat tangan berkedut itu juga yang masih susah payah menyediakan segalanya buat si anak kesayangan.\n\nSaling membantu antara anak dan ibu. Lebihkan rehat buat si ibu berbanding lebihkan kudrat mereka semata-mata.\n\nKita tidak seharusnya mengharapkan jasa mereka. Sebaliknya, kitalah yang perlu berjasa kepada ibu bapa selagi hayat dikandung badan.\n\nSudah berpuluh tahun mereka membesarkan kita tanpa sebarang balasan. Masih tidak cukupkah jasa mereka buat kita yang sudah besar panjang ini?. Fikir-fikirkanlah.\n\nWalau tidak mampu menyediakan wang setinggi gunung, rumah sebesar istana dan emas penuh sepeti. Cukuplah dengan..\n\nJasa itu bukan hanya dinilai dari segi material semata-mata.\n\n3. Banyak Memberi Kepada Ibu Bapa\n\nKini bukan masa kita menunggu pemberian mereka. Namun, kitalah yang perlu banyak memberi kepada ibu bapa.\n\nBerikan apa mampu, sekadar kemampuan kita sebagai anak. Jika tidak mampu memberi lebih, pemberian sedikit itu pun sudah cukup bermakna buat ibu bapa.\n\nBukan masa mengharapkan ibu bapa berkorban untuk anak-anaknya yang telah dewasa. Sepatutnya, kitalah yang perlu berkorban untuk mereka.\n\nAndai terpaksa mengharapkan bantuan ibu bapa, berpada-padalah. Jangan sampai sehingga habis kudrat mereka dikikis. Hilang masa untuk melepaskan lelah, berehat dan yang paling penting masa beribadah mereka.\n\nIngatlah, hujung-hujung inilah masa mereka untuk berlama-lama bermunajat kepada Maha Pencipta. Kini bukan masanya mereka terkejar-kejar dalam solat, tergopoh-gapah dalam berdoa kerana terdengar tangisan cucu mengharapkan susu.\n\n5. Berikan Kasih Sayang Kepada Ibu Bapa\n\nBukan kita yang mengharapkan ibu bapa menunjukkan bukti kasih sayangnya buat anak-anak. Namun, anak-anaklah yang perlu tunjuk bertapa sayangnya kita kepada mereka.\n\nSelalu berusaha untuk meraikan mereka. Sekali-sekala bawa mereka bercuti, makan bersama keluarga besar. Pasti mereka terhibur melihat telatah anak-anak dan cucu-cucu yang semakin ramai.\n\nKasih sayang itu bukan diukur dengan hanya mampu memberikan wang belanja untuk mereka. Namun, dapat meluangkan masa dengan mereka juga sudah cukup baik.\n\n6. Sentiasa Bertanya Khabar Ibu Bapa\n\nSaat ini bukan kita yang menunggu khabar berita daripada mereka. Seharusnya, anak-anaklah yang perlu sentiasa bertanya khabar ibu bapa.\n\nAda anak yang akan setiap hari menelefon ibu bapanya di kampung. Bila ditanya mengapa setiap hari perlu telefon?.\n\nJawabnya mudah, \u201chati aku tak senang jika tidak mendengar suara mak aku walaupun sehari, mungkin itu suaranya yang terakhir dapat aku dengar\u201d.\n\nJadikan ini sebagai teladan buat kita. Mungkin tidak setiap hari, usaha untuk sentiasa menelefon mereka selalu pun sudah baik. Sentiasa bertanya khabar ibu bapa. Fahamilah, sesungguhnya melihat rumah yang kosong dari suara anak-anak itu sangat menyeksakan jiwa orang tua kita.\n\nBukan masanya kita yang menunggu kunjungan kedua ibu bapa ke rumah kita. Seharusnya, kitalah yang perlu berusaha untuk selalu menziarahi mereka.\n\nPernah tengok sebuah drama lakonan aktres hebat ibu Fauziah Nawi?. Beliau berlakon menjadi ibu yang terlalu rindukan anaknya yang sibuk bekerja di kota. Sehingga masih setia menunggu dimalam raya, anaknya masih tidak kunjung tiba.\n\nAkhirnya, si ibu kemalangan dalam perjalanan menuju ke rumah anaknya. Bertapa menyesalnya si anak ketika itu melihat sekujur tubuh ibu tercinta yang sudah tidak bernyawa. Menyesal pun tiada gunanya jika mata itu sudah tertutup buat selama-lamanya!.\n\nSentiasa berusaha untuk menziarahi mereka, tambahan lagi ibu bapa yang tinggal berjauhan di kampung kerana entah sampai bila lagi kita masih mampu menatap wajah itu.\n\nAndai kita masih direzekikan ada ibu bapa di dunia ini, berusahalah untuk berbuat sehabis baik terhadap mereka kerana tika mata itu telah tertutup, pintu keberkatan di dunia ini juga turut sama tertutup.\n\nJadilah anak yang mentaati kedua ibu bapanya selepas Allah dan Rasul.\n\nSumber: Laman facebook Bahagian Dakwah, Jakim."
"Adakah kita sedar kadang kala tindakan kita sebagai ibu bapa telah membunuh minat, potensi dan emosi anak-anak?. Persoalannya, apakah tindakan tersebut? Adakah..\n\nAdakah persoalan di atas ini boleh dikatakan sebagai tindakan yang menbunuh potensi anak?. Mari kita lihat 10 tindakan yang kita lakukan mungkin tanpa sedar telah memberi kesan buruk kepada perkembangan anak-anak kita.\n\n1. Tidak Bawa Anak Beraktiviti Luar\n\nTerlalu banyak manfaat jika anak diberi peluang bermain di luar. Terutamanya bagi kemahiran motor mereka. Berlari, memanjat, melompat, bermain pasir, memijak rumput, memegang daun dan ranting. Melakukan\u00a0aktiviti-aktiviti luar seperti ini akan merangsang kesemua sensori mereka secara optimum! Bukan sahaja fizikal bahkan aspek sosio-emosi anak-anak juga dapat dipenuhi apabila mereka bermain di luar.\n\nJom bawa anak-anak ke taman permainan\ud83d\ude0a.\n\n2. Tidak Beri Anak Peluang Membuat Keputusan\n\n\u201cHari ini kita main gunting-gunting, esok baru main masak-masak\u201d.\n\nAnak suka kasut hijau, ibu suruh beli kasut merah.\n\nAnak tengah main, ibu suruh mandi tanpa kompromi.\n\nAnak nak main masak-masak, tapi mak suruh main gunting-gunting.\n\nBila pula suara, pendapat dan perasaan anak akan didengari?. Jika hanya kata-kata ibu ayah yang terpaksa dituruti. Dengar suara mereka juga, ini akan membuatkan mereka rasa dihormati dan dihargai. Keyakinan diri mereka juga turut akan meningkat.\n\n3. Tidak Beri Pengalaman Aktiviti Hands On Kepada Anak\n\nKanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti hands on akan membantu dalam perkembangan otak mereka. Mereka akan belajar dengan lebih baik jika suatu proses pembelajaran itu dijalankan dengan adanya penglibatan aktif kanak-kanak dan merangsang kesemua deria yang ada.\n\nJika ingin belajar tentang sayur, lebih bagus lagi jika kanak-kanak itu dapat memegang, menghidu, \u00a0dan sebagainya.\u00a0Ajar mereka cara-cara bagaimana untuk menanam sayur. Rekodkan pemerhatian tumbesarannya. Dengan cara ini, mereka akan lebih faham dan mengingati apa yang dipelajari.\n\n4. Tidak Mengawal Masa Mereka Menonton TV Dan Bermain Gajet\n\nPengaruh gajet masa kini terhadap kanak-kanak memang kuat sekali. Tengok sahaja keliling kita,sama ada di rumah, restoren, pusat asuhan memang kerap kali dilihat kanak-kanak disuakan dengan gajet untuk \u2018diam\u2019.\n\nSedangkan kita tahu usia 0-6 tahun ini adalah fasa kritikal perkembangan kanak-kanak. Seluruh sensori mereka perlu dirangsang dengan optimum untuk perkembangan otak yang baik. Namun, apakah rangsangan yang anak-anak kita akan dapat jika hanya menghadap gajet tanpa kawalan?. Sudah pasti banyak buruk dari baiknya.\n\nBermain itu fitrah kanak-kanak. Jangan disekat fitrah itu dengan mengejar akademik semata-mata. Teringat kata-kata Puan Fauziah Sirat di laman facebook beliau iaitu kanak-kanak masa kini..\n\nAmbil tahu tentang statistik DEPRESI yang semakin meningkat saban tahun di kalangan kanak-kanak.\n\nMengapa ia semakin meningkat?. Punca utamanya, ibu bapa terlalu panik dengan keperluan akademik yang tinggi di sekolah kelak sehingga lupa anak-anak perlu BERMAIN di usia kecil mereka.\n\n6. Tidak Menyediakan Persekitaran yang Kondusif Di Rumah\n\nRumah yang ada sudut khas untuk anak-anak bermain adalah sangat bagus dalam membantu perkembangan mereka. Menarik sekali jika kita dapat mewujudkan sudut-sudut khas di dalam rumah seperti:\n\nKeperluan bermain bukan hanya terhad di luar rumah, malah di dalam rumah juga anak-anak boleh bermain jika ibu bapa bijak menyediakan ruang kreatif dan kondusif buat mereka.\n\nKetahuilah ibu ayah bahawa membiarkan anak dengan pelbagai soalan tanpa dijawab oleh kita adalah satu benda yang sangat menyedihkan hati si anak.\n\nTapi, memang selalukan kita rasa dah tak larat nak jawab setiap soalan anak-anak. Kadang kala kita penat, letih, serabut, banyak kerja nak buat. Memang tak terlayan kadang kala soalan-soalan mereka \ud83d\ude05.\n\nCuba untuk berubah dan sedar. Anak yang banyak bertanya itu bijak!. Raikan soalan-soalan mereka itu. Secara tidak langsung dapat merangsang daya fikir mereka juga.\n\n8. Tidak Meluangkan Masa Bersama Mereka\n\nKualiti masa bersama anak itu sangat penting. Istilah orang putihnya\u00a0bonding time. Cipta waktu khusus untuk bersama anak dan keluarga setiap hari seperti formula dari Juruterapis, Puan Siti \u2018Aisyah Rozalli iaitu Q-15.\n\nApa itu Q-15?. Luangkan masa 15 minit waktu yang paling kualiti kita dengan anak-anak dalam sehari. Pastikan tiada sebarang gangguan. Layan mereka bersembang, bermain atau dengar cerita yang ingin mereka kongsikan.\n\nMasa bersama-sama adalah \u2018makanan jiwa\u2019 anak-anak. Mereka akan rasa kehadiran ibu bapa mereka. Pasti lahir perasaan gembira, kasih sayang dan bahagia itu dalam diri anak-anak.\n\n9. Tidak Menggalakkan Sifat Ingin Tahu Mereka\n\nBudaya spoon\u00a0feeding di kalangan kita sebenarnya boleh merencatkan daya kreativiti dan imaginasi anak-anak. Jika ada projek sekolah, bukan anak yang sibuk mencipta tetapi ibu bapa yang beriya menyiapkan tugasan anak dari\u00a0 A \u2013 Z . Aduhh!Parah!\n\nSepatutnya, orang dewasa perlu galakkan mereka berfikir, menjana idea, berkreativiti dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Barulah minda mereka\u00a0 dapat berkembang dengan baik.\n\nHayati juga fenomena alam sekeliling bersama anak-anak dan galakkan mereka berfikir dan bertanya bagaimana sesuatu fenomena atau kejadian itu berlaku seperti:\n\nTerlalu banyak benda yang boleh dipelajari anak jika mereka bermesra dengan alam sekeliling.\n\nBanyakkan juga aktiviti hands on seperti yang diterangkan di atas kepada anak-anak.\u00a0 Contohnya, mencipta kapal terbang dari kotak, rumah terapung dari span dan baju dari kertas surat khabar.\n\nWalaupun nampak mudah, namun aktiviti inilah mampu merangsang sifat ingin tahu mereka untuk mencipta pelbagai benda hasil kreativiti dan imaginasi mereka.\n\n10.\u00a0 Tidak Mengelakkan Gula Putih dan Junk Food Dalam Diet Mereka\n\nUmum sudah ketahui bahawa gula putih, makanan segera, jajan, keropok, gula-gula dan sebagainya adalah makanan yang tidak sihat.\n\nBukan hanya mendatangkan penyakit seperti obesiti malah turut merencatkan perkembangan otak kanak-kanak. Hyperactive atau sawan gula \u2018sugar seizures\u2019 dikalangan kanak-kanak juga adalah berpunca daripada paras gula yang tinggi dalam badan mereka.\n\nOleh itu, periksa semula diet makanan anak-anak setiap hari. Pastikan mereka hanya makan makanan yang sihat demi perkembangan mental, fizikal dan emosi yang baik.\n\nSemoga kita dapat elakkan tindakan-tindakan seperti di atas agar anak-anak kita dapat membesar dengan baik dari segala aspek fizikal, emosi, kognitif dan sosial.\n\nSumber: Laman facebook Al Fateh Homeschooling"
"Memang tidak dinafikan dari satu pandangan, pemberian gajet kepada kanak-kanak boleh menyebabkan pelbagai permasalahan kepada perlakuan kanak-kanak, seperti perlakuan anti-sosial, sebagai contoh.\n\nNamun jika dilihat disebaliknya, iPad juga turut boleh membantu kanak-kanak belajar; jika digunakan dengan sewajarnya dan diawasi. Ia juga turut boleh mengajar kanak-kanak cara untuk berkomunikasi jika ibubapa memanafaatkan sepenuhnya.\n\nJadi persoalannya, bagaimana kita selaku ibubapa boleh mengawal atau mengajar kanak-kanak untuk menggunakan kemudahan seperti iPad dengan sebetulnya?\n\nJika anda selaku ibubapa seringkali menggunakan gajet setiap masa di hadapan kanak-kanak, adalah sukar untuk mereka memahami mengapa mereka tidak patut menggunakan gajet setiap masa. Bak kata pepatah Melayu, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.\n\nJadi, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengurangkan penggunaan gajet di hadapan anak-anak anda. Tunjukkan melalui teladan bahawa anda sendiri kurang menggunakan gajet, barulah mereka berasa lebih adil dan mudah menerima.\n\nSekiranya perlu, masuk ke tandas untuk menjawab whatsapp rakan anda!\n\n#2 Memperkenalkan Peraturan Untuk Penggunaan Gajet\n\nSekiranya anak-anak dibiarkan bermain dengan gajet sepanjang masa tanpa peraturan, pelbagai masalah mungkin timbul. Masalah seperti bateri habis, dibiarkan merata, dicampakkan ke sana-sini, dan pelbagai lagi masalah mungkin timbul.\n\nJadi kita perkenalkan peraturan untuk menggunakan gajet. Sebagai contoh:\n\nKita boleh memperkenalkan peraturan ini untuk memudahkan semua pihak, disamping mengajar tanggungjawab kepada anak-anak.\n\n#3 Menentukan Masa Untuk Bermain Gajet\n\nTentukan masa yang spesifik anak-anak boleh bermain gajet. Masa seperti waktu makan dan waktu membuat kerja sekolah adalah dilarang sama sekali. Masa sebelum waktu tidur juga turut tidak dibenarkan kerana terdapat permainan-permainan di dalam gajet yang boleh menyebabkan kanak-kanak semakin bersemangat lalu menyebabkan mereka sukar tidur.\n\nKanak-kanak, jika dibiarkan bermain gajet, memang akan berlarutan. Kalau dibiarkan, memang sampai tengah malam pun belum tamat. Jadi kita perlu menetapkan masa mereka bermain, dan ajar mereka sejak dari kecil lagi agar mematuhi peraturan tersebut.\n\nSebagai contoh, gunakan jam randik atau jam loceng untuk menetapkan masa menggunakan gajet. Tetapkan sejam, atau dua jam; dan sebaik sahaja jam tersebut berbunyi, anda perlu mengambil semula gajet tersebut. Mungkin sukar pada mulanya untuk memulakan langkah ini, tapi kaedah ini juga dipanggil conditioning.\n\nKanak-kanak akan memberikan respond kepada bunyi loceng tersebut. Akan tiba satu masa bila berbunyi saja bunyi loceng, anak anda sendiri datang dan menyerahkan gajet kepada anda!\n\n#5 Tentukan Aplikasi Jenis Apa Yang Boleh Digunakan\n\nKenalpasti aplikasi apa yang boleh menyebabkan anak anda leka atau menyebabkan mood mereka menjadi buruk. Kemudian buang atau kuncikan (lock) aplikasi tersebut agar mereka tidak menggunakannya lagi.\n\nInternet browser seperti Chrome, Firefox dan lain-lain lagi perlu ditetapkan agar dipasang Child Lock. Dalam dunia internet dihujung jari ini, pelbagai kandungan yang tidak bersesuaian dengan kanak-kanak boleh didapati dengan sekali klik. Jadi pihak Google sendiri telah memperkenalkan Child Lock untuk menapis gambar atau website yang tidak bersesuaian.\n\nJuga, jangan benarkan anak anda mendownload aplikasi sendiri dari PlayStore atau iTunes. Sekiranya berlaku, buang aplikasi tersebut serta-merta dan pasang lock untuk menghalang mereka untuk menginstall sebarang aplikasi. Jika mereka ingin bermain satu aplikasi dari market, mereka boleh meminta kebenaran anda. Jika dirasakan aplikasi tersebut okay, anda sendiri yang perlu memuat turun aplikasi tersebut.\n\n#6 Jadikan Gajet Sebagai Bahan Ganjaran\n\nAnda selaku ibubapa boleh menggunakan kaedah ini untuk menyuruh anak anda melakukan sesuatu. Sebagai ganjaran, mereka akan diberikan masa untuk bermain gajet. Sebagai contoh:\n\nDisamping mengajar anak anda melakukan kerja-kerja rumah, kerja anda juga turut dimudahkan. Bak kata pepatah Inggeris, kill two birds with one stone.\n\nAnda selaku ibubapa bermurah hati memberikan gajet untuk anak-anak anda bermain. Jadi anda juga turut boleh mengambilnya semula. Jadi gunakan gajet ini sebagai hukuman.\n\nSebagai contoh, sekiranya mendapat B di sekolah, mereka tidak boleh bermain gajet untuk sebulan. Contoh lain adalah sekiranya mereka berlaku nakal, atau berkata kasar, anda boleh mengambil semula gajet sehinggalah mereka belajar tidak melakukannya semula.\n\n#8 Tunjukkan Kuasa Anda Selaku Ibubapa\n\nMungkin ada ibubapa di luar sana yang memberikan gajet kepada anak mereka apabila diminta agar anak mereka tidak menangis. Perlakuan ini akan memberikan idea kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh mendapat gajet hanya dengan berguling di atas lantai.\n\nJadi, apabila sampai masa untuk anda sendiri ingin menggunakan gajet tersebut, ambil sahaja dari mereka. Biar saja mereka berguling, menangis, meratap. Sekiranya ini berlaku, jangan berikan semula gajet tersebut kepada mereka sehinggalah mereka belajar bahawa gajet tersebut adalah milik anda dan mereka perlu memberikannya semula apabila anda memerlukannya.\n\nMereka hanya menggunakannya sebagai satu keistimewaan, dan keistimewaan tersebut boleh ditarik bila-bila masa. Apabila mereka sudah memahami peraturan tersebut, baru boleh dikembalikan semula.\n\nMasih kurang kajian dilakukan untuk mengetahui kesan sebenar gajet kepada kanak-kanak. Ada yang berpendapat gajet bagus, dan boleh membantu kanak-kanak belajar dan menjadi lebih kreatif. Ada juga yang berpendapat gajet boleh menyebabkan kanak-kanak terlalu taksub di dalam dunia khayalan dan menyebabkan perlakuan anti-sosial.\n\nNamun walau apa pun pendapat anda, adalah tidak digalakkan untuk membelikan gajet persendirian untuk kanak-kanak yang masih bayi dan di peringkat sekolah rendah.\n\nKanak-kanak memerlukan pelbagai pengalaman terhadap deria-deria mereka yang gajet-gajet di luar sana tak mampu berikan. Mungkin boleh menggunakan satu sahaja gajet seperti iPad bagi seluruh keluarga, dan dikongsikan bersama.\n\nApa pun pendapat anda, penggunaan gajet adalah perlu dihadkan agar tidak mengganggu proses tumbesaran fizikal dan mental anak anda."
"Jom cuba resepi pizza yang menggunakan roti putih ini.\n\nResepi pizza ini sangat simple dan memerlukan sekitar 15 minit sahaja. Pizza ini menggunakan roti putih, suatu yang mudah diperolehi. Anda tidak perlu leceh membuat adunan doh roti pizza. Cukup guna roti putih yang ada di rumah anda. Kalau ada roti yang hampir expired namun tidak habis lagi. Boleh diubah menjadi roti pizza yang sedap sangat!\n\nPizza simple ini boleh dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan atau dijadikan bekal untuk anak-anak anda pergi sekolah mahupun bekal sarapan untuk suami anda pergi bekerja.\n\nDi bawah ini kami kongsikan resepi pizza mudah serta lengkap dengan gambar step by step yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di facebook. Anda jangan risau, resepi ini sangat mudah dan tidak memakan masa. Sila cuba resepi ini.\n\n1. Letak roti ke dalam dulang pembakar.\n\n2. Letak sos spaghetti dan sos cili.\n\n6. Akhir sekali, bakar selama 10 minit pada suhu 150\u2019C. Siap.\n\nSelain resepi pizza roti putih, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Apakah piramid makanan ibu hamil yang disarankan oleh pakar-pakar perubatan sepanjang proses kehamilan?\n\nSemasa mengandung, pemakanan yang seimbang dan sihat adalah penting untuk memastikan kehamilan yang sihat dan perkembangan janin yang baik. \n\nWalaupun istilah \u201cmakan untuk dua orang\u201d sering digunakan, tetapi hakikatnya, anda hanya memerlukan peningkatan jumlah kalori dan nutrien tertentu semasa mengandung. \n\nBerikut adalah beberapa tip penting mengenai piramid makanan ibu hamil yang perlu diperhatikan.\n\nSemasa mengandung, anda memerlukan lebih banyak kalori untuk menyokong pertumbuhan bayi dan perubahan badan anda. Walau bagaimanapun, tidak semua kalori dicipta sama. \n\nLebih baik mendapatkan kalori dari makanan yang sihat dan berkhasiat daripada makanan yang tinggi gula dan lemak. \n\nPastikan anda mengambil sumber kalori yang berkualiti seperti bijirin penuh, protein tanpa lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan\n\nProtein adalah nutrien penting semasa mengandung kerana ia membantu dalam pembentukan jaringan dan organ bayi yang baru. \n\nSumber protein yang baik termasuk daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur, kacang-kacangan, dan produk tenusu rendah lemak. \n\nPastikan anda mengambil jumlah protein yang mencukupi setiap hari.\n\nKarbohidrat yang kompleks seperti bijirin penuh, ubi keledek, dan kentang adalah sumber tenaga yang baik untuk ibu mengandung. Ia memberikan nutrien penting seperti serat, zat besi, dan vitamin B kompleks.\n\n Hindari makanan karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan gula yang tinggi kerana mereka tidak memberikan nutrien yang berkualiti.\n\nWalaupun lemak sering dikaitkan dengan perkara negatif, tetapi tidak semua lemak adalah buruk. \n\nLemak yang sihat seperti lemak tak tepu monounsaturated dan polunsaturated yang terdapat dalam minyak zaitun, ikan berlemak seperti salmon, dan kekakacang adalah penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi. \n\nHindari lemak tepu dan trans yang terdapat dalam makanan segera dan makanan olahan.\n\n5. Kepekatan zat besi yang sihat\n\nPeningkatan kepekatan zat besi adalah penting semasa mengandung kerana ia membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mengangkut oksigen ke bayi. \n\nSumber zat besi yang baik termasuk daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang, dan bijirin penuh. \n\nMengambil makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran hijau gelap dapat membantu penyerapan zat besi.\n\nSusu dan produk tenusu adalah sumber kalsium yang baik untuk perkembangan tulang bayi. \n\nPastikan anda mengambil susu rendah lemak atau tidak berlemak, yogurt rendah lemak, dan keju rendah lemak sebagai sebahagian daripada pemakanan harian anda.\n\nPeningkatan pengambilan serat semasa mengandung adalah penting untuk menjaga sistem pencernaan yang sihat dan mencegah sembelit. \n\nMakan makanan tinggi serat seperti bijirin penuh, sayur-sayuran hijau, buah-buahan, dan kekacang boleh membantu memenuhi keperluan harian serat anda.\n\n8. Vitamin dan mineral yang penting\n\nSelain kepekatan zat besi, anda juga perlu memastikan pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi semasa mengandung. \n\nVitamin yang penting termasuk asid folik, kalsium, vitamin D, vitamin C, dan vitamin B kompleks. Makan makanan yang kaya dengan nutrien ini atau ambil suplemen seperti yang ditetapkan oleh doktor anda.\n\nSemasa mengandung, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan makanan yang anda makan selamat dan terhindar dari jangkitan atau racun. \n\nElak makan makanan mentah seperti daging mentah atau separuh masak, telur mentah, dan produk tenusu yang tidak dipasteurkan. \n\nPastikan makan makanan yang dimasak sepenuhnya dan ambil perhatian terhadap tarikh luput makanan.\n\nTerdapat beberapa jenis makanan yang sebaiknya dielakkan semasa mengandung kerana mereka boleh membawa risiko kepada perkembangan janin. \n\nMakanan seperti ikan dengan kandungan merkuri tinggi seperti tuna sirip kuning, haiwan liar atau eksotik, dan makanan laut mentah sebaiknya dihindari. \n\nJuga elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh dalam kuantiti berlebihan.\n\nPengambilan air yang mencukupi adalah penting semasa mengandung untuk memastikan tubuh anda sentiasa terhidrat. \n\nMinum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat yang boleh menyebabkan dehidrasi.\n\nSelain daripada mengambil makanan yang seimbang, amalan pemakanan yang sihat juga penting semasa mengandung. \n\nMakanlah dalam kuantiti kecil tetapi kerap, dan amalkan makan secara perlahan. Berikan tumpuan kepada makanan yang memberi tenaga dan nutrien yang tinggi. \n\nJuga, pastikan untuk mengimbangi pemakanan dengan senaman fizikal yang bersesuaian dan rehat yang mencukupi.\n\nKesimpulannya, pemakanan semasa mengandung adalah penting bagi kehamilan yang sihat dan perkembangan janin yang baik. Dengan menjaga pemakanan semasa mengandung yang sihat, anda memberi peluang terbaik kepada bayi anda untuk tumbuh dan berkembang dengan baik. \n\nSelain dari panduan piramid makanan ibu hamil ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:"
"Jom kita kenali jenis roti yang biasa kita makan.\n\nRoti putih diperbuat daripada biji gandum yang diproses untuk menghilangkan dedak dan kuman. Tekstur roti putih juga mempunyai rasa dan tekstur yang lebih ringan dan lembut. Sekiranya anda ingin memakan roti putih, pastikan kuantiti yang anda ambil sedikit.\n\nRoti putih sesuai untuk dimakan bersama jem, salad, mayonis, coklat dan banyak lagi. Diingatkan, kandungan roti putih memberikan kandungan protein dan vitamin yang diperlukan untuk badan tetapi tidak sebanyak roti wheat dan whole. Roti putih juga boleh mengenyangkan perut.\n\nBukan itu sahaja, roti putih diperkaya dengan thiamin, iodin dan asid folik. Walau bagaimanapun, bahan perasa yang ditambah ke dalam adunan tepung boleh menyebabkan indeks glisemik (GI) roti putih meningkat. Hal ini menyebabkan tenaga yang di dapati daripada sepotong roti putih selalunya tidak kekal lama.\n\nJenis roti yang lain ialah roti gandum. Berbanding dengan roti putih, roti gandum memiliki jumlah nutrisi mikro dan serat yang lebih tinggi berbanding dengan roti putih. Roti gandum juga diperbuat daripada bijirin gandum. Dari segi nutrient, roti gandum memiliki nutrient yang hampir sama dengan roti putih.\n\nRoti gandum mempunyai biji-bijian dan barli yang mampu memberikan nutrisi yang diperlukan untuk badan. Roti gandum boleh dijadikan sumber karbohidrat yang sihat. Roti gandum boleh membantu untuk melancarkan pencernaan. Kandungan serat yang bernutrisi mampu membantu perkembangan bakteria baik yang terdapat di dalam usus.\n\nRoti gandum penuh merupakan satu jenis roti lain yang baik untuk kesihatan. Roti tersebut mengandungi aprikot, berbagai jenis kekacang dan juga oat. Roti gandum ini juga mempunyai \u2018fortified\u2019 dengan serat larut. Kebaikan roti gandum penuh ini ialah dapat mengenyangkan berbanding roti putih atau roti gandum biasa.\n\nSelain itu, roti ini mempunyai serat tidak larut yang dapat membantu roti ini untuk bergerak dengan lebih pantas dalam usus. Hal ini seterusnya dapat memberikan kelebihan yang berguna dalam mencegah sembelit. Disamping itu, pengambilan serat tak larut turut dikatakan mampu mengawal paras glukosa dalam darah.\n\nRoti gandum penuh juga mengandungi vitamin dan mineral yang mana sebahagian besar terikat pada selaput fiber atau bran gandum berkenaan. Disebabkan itu, warna roti gandum penuh lebih gelap daripada roti putih. Gelap di sini menunjukkan kehadiran vitamin dan mineral dalam makanan tersebut.\n\nRoti multigrain selalunya mengandungi tepung putih dan termasuk bijirin, yang menyediakan serat yang baik untuk kesihatan pencernaan anda. Roti multigrain juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah daripada roti putih. Walau bagaimanapun, nilai pemakanan roti multigrain bergantung pada bijirin yang dibuat dan sama ada ia adalah bijirin penuh atau tidak.\n\nRoti multigrain yang mempunyai bijirin penuh boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit. Antara penyakit yang dapat dielakkan dengan memakan roti ini ialah\u00a0 mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, stroke dan diabetes. Walau bagaimanapun, tidak semua roti multigrain adalah bijirin penuh. Jika bahan pertama adalah tepung gandum dan bukannya tepung gandum penuh, kebiasaannya tidak mengandungi bijirin penuh.\n\nRoti bijirin penuh dan roti gandum berkongsi manfaat kesihatan yang hampir sama. Kedua-dua bijirin penuh dan roti gandum mengandungi keseluruhan bijirin yang baik untuk badan anda. Hal ini menjadikan mereka berkongsi fungsi untuk mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung, stroke dan diabetes.\n\nRoti bijirin penuh ialah sebarang jenis roti yang mengandungi bijirin penuh. Sama ada roti bijirin penuh mengandungi gandum atau tidak bergantung pada jenis bijirin yang diperbuat daripadanya. Roti bijirin penuh boleh dibuat daripada pelbagai bijirin termasuk quinoa, jagung, barli, rai, beras, triticale, millet, teff, sorghum dan gandum. Roti bijirin penuh mengandungi gandum keseluruhan jika ia terdiri daripada isirong bijirin gandum.\n\nSprouted Grain Bread menjadi popular di kalangan orang yang mementingkan kesihatan. Hal ini kerana roti ini mempunyai gandum atau gluten yang bermanfaat kepada tubuh badan mereka. Kandungan roti yang menggunakan bijirin penuh bukan sahaja baik tetapi proses untuk membuat roti ini sebenarnya memecahkan protein dan karbohidrat yang terdapat di dalam bijirin. \n\nKandungan roti ini juga mampu meningkatkan kandungan vitamin kepada pemakan. Sprouted Grain Bread menyediakan badan dengan bijirin yang telah dipecahkan disebabkan oleh enzim yang terdapat di dalam kandungan roti ini. Disebabkan itu, proses untuk penyerapan nutrisi kepada badan menjadi lebih mudah dan khasiat yang terdapat di dalam roti tidak akan hilang ketika proses penghadaman dijalankan.\n\nRoti ini juga memberikan banyak manfaat penting yang diperlukan oleh tubuh badan selain daripada kandungan bijirin itu sendiri. Antara kebaikan yang anda dapat apabila memakan roti ini ialah meningkatkan penghadaman, meningkatkan penyerapan mineral, meningkatkan antioksidan, dan meningkatkan vitamin C dan vitamin B.\n\nBerbanding dengan jenis roti yang lain, roti sourdough mempunyai rasa untik iaitu masam. Hal ini disebabkan doh roti ini menjalani proses penapaian daripada menggunakan yis secara terus. Sourdough terkenal dengan rasa masamnya, tekstur kenyal dan keraknya yang rangup.\n\nDari sudut kesihatan pula, roti ini sangat baik berbanding dengan roti yang sedia ada di pasar raya. Asid semulajadi dan penapaian lama membantu memecahkan gluten, menjadikannya lebih mudah dihadam dan mudah diserap oleh badan. Roti ini juga merupakan sumber antioksidan yang sangat baik.\n\nKajian telah menunjukkan bahawa antioksidan seperti peptida yang terdapat dalam makanan masam boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, tanda penuaan, atau penyakit kronik seperti rheumatoid arthritis.\n\nRoti Rye adalah roti yang dibuat dengan tepung rai. Roti rye biasanya lebih padat dan lebih tinggi serat daripada roti gandum. Boleh jadi bijirin penuh. Roti rai selalunya dibuat dengan tambahan seperti molase dan serbuk koko, yang menambah warna dan rasa kepada roti. Roti ini mempunyai rasa ringan, lembut di dalam dan rangup di luar.\n\nWalaupun anda boleh membuat roti yang dibuat 100% rai, roti itu cenderung agak padat dan berat. Untuk roti yang lebih ringan yang masih mempunyai rasa rai yang baik, campurkan tepung rai dengan tepung roti. Hal ini dapat membantu membentuk struktur gluten yang lebih baik dalam doh.\n\nRoti Pumpernickel biasanya dibuat dengan kadar tepung rai yang tinggi dan sedikit tepung gandum. Roti ini menggunakan tepung rai kasar yang dikisar dari keseluruhan beri rai dan diperam dengan pemula doh. Rasanya lebih manis daripada roti rai. \n\nHidangan rai kasar biasanya dipanggil tepung \u201cpumpernickel\u201d. Nama roti ini diambil dari bahasa Jerman yang merujuk kepada kesannya pada sistem pencernaan. \u201cPumpern\u201d ialah perkataan Jerman yang merujuk \u201cangin usus\u201d dan \u201cnikel\u201d ialah perkataan untuk syaitan atau sprite.\n\nBerbeza dengan tepung yang digunakan untuk pumpernickel, tepung rai biasa dikisar daripada endosperma beri rai selepas lapisan luar dedak dan kuman telah dikeluarkan. Berbeza dengan tepung gandum, tepung rai cenderung lebih gelap. Hal ini adalah disebabkan kandungan abunya, yang berbeza-beza mengikut cara setiap jenama mengisar beri rai.\n\nBrioche merupakan jenis roti yang sangat kaya dengan rasa. Hal ini kerana brioche diperbuat dengan tambahan telur, susu dan mentega. Teksturnya yang lembut, manis dan kaya yang berfungsi dalam hidangan manis dan berperisa. Brioche mempunyai tekstur yang ringan dan lembut serta rasa yang menakjubkan. Hal ini menjadikan roti ini mengandungi lemak dan protein yang lebih tinggi daripada kebanyakan roti lain.\n\nBrioche diambil dari perkataan Perancis yang disebut sebagai \u201cbri-yosh\u201d. Panggilan nama roti ini disebut dengan berbeza bergantung kepada negara. Sebagai contoh Amerika cenderung untuk menyebut \u201cbree-aash\u201d manakala orang dari Britain menyebut \u201cbree-osh\u201d.\n\nBerbanding dengan roti lain yang menggunakan ragi, roti ini tidak menggunakan ragi. Hal inilah yang menyebabkan bentuk roti ini menjadi leper. Kandungan yang terdapat dalam roti ini juga adalah bahan asas iaitu tepung, air, dan garam sebagai bahan utama. Roti ini juga biasanya dimasak di dalam ketuhar bata. \n\nBagaimanapun terdapat sesetengah flat Bread yang mungkin mengandungi yis, seperti pita atau naan. Walaupun ia berasal dari Mesir purba, banyak budaya mempunyai versi roti rata. Dari naan di Afghanistan dan India ke tortilla di Amerika Tengah dan Selatan ke piadina di Romagna, Itali, roti rata telah dihasilkan hampir di mana-mana.\n\nTerdapat pelbagai jenis roti dengan khasiat yang berbeza. Sekiranya anda menyukai roti, anda mungkin akan mencuba pelbagai jenis roti yang berbeza dari segi rasanya yang unik serta teksturnya yang lembut maupun rangup.\n\nWalaupun tidak dinyatakan secara khusus, roti juga dapat dijadikan sebagai menu diet jika dimakan dengan kuantiti yang disarankan. Sebagai contoh, roti wholemeal yang disarankan bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan juga mereka yang ingin berdiet.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Ramai yang tidak tahu mengenai kebaikan rumput kucing. Sebagai haiwan peliharaan, anda pasti pernah melihat si manja anda memakan rumput. Lebih-lebih lagi ketika mereka tidak sihat dan sakit. Banyak manfaat rumput yang dapat membantu kucing anda merasa lebih sihat.\n\nWalaupun kucing dikenali sebagai haiwan karnivor, tetapi memakan rumput dapat membantu kucing untuk mengeluarkan racun ataupun sari makanan yang tidak sesuai untuk badan mereka. Disebabkan inilah kebiasaannya, kucing yang memakan rumput akan memuntahkan kembali rumput tersebut bersama dengan racun yang terdapat di dalam badannya.\n\nRumput mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kucing. Antara membekalkan asam folat kepada kucing. Asam float yang terdapat di dalam kencing kucing baik untuk membantu melancarkan darah. Tumbuhan ini juga membantu menghasilkan oksigen ke dalam darah kucing.\n\nTerdapat beberapa masalah yang akan dihadapi kucing sekiranya mereka kekurangan asam folat. Hal ini akan menyebabkan anemia, dan pertumbuhan kucing muda yang terbantut sekiranya asam folat tidak mencukupi.\n\nBanyak kajian yang menunjukkan bahawa kucing akan memakan rumput bagi membantu melancarkan pencernaan. Sama seperti manusia yang mempunyai masalah susah membuang, kucing juga mengalami masalah yang sama. Kucing akan memakan tumbuhan ini untuk membuang cacing dan memuntahkan bulu yang terdapat di dalam badannya.\n\nSeperti yang kita semua tahu, kucing akan membersihkan badanya setiap hari. Disebabkan hal ini, kucing akan sering muntah untuk mengeluarkan bulu badannya. Pencernaan kucing tidak seperti pencernaan lembu mahupun kambing yang mempunyai Regurgitasi. Hal inilah yang menyebabkan kucing sering muntah.\n\nBadan kucing juga tidak dapat memproses tanaman. Disebabkan ini, apabila haiwan anda memakan rumput, ia akan memuntahkan rumput sekali racun yang terdapat di dalam badannya. Apabila kucing memuntahkan racun dan bahan yang tidak boleh diproses oleh badannya, hal ini akan membuatkan mereka merasa lebih baik.\n\nRumput barli kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan makanan kepada haiwan seperti kambing, lembu mahupun biri-biri. Tetapi terdapat juga kebaikan untuk si manja yang memakan rumput ini.\n\nRasa rumput barli yang manis dan teksturnya yang lembut menjadikan tumbuhan ini digemari oleh kucing. Tumbuhan hijau ini membantu untuk sistem penghadaman serta mencegah bulu kucing daripada bergumpal.\n\nPucuk barli mempunyai sumber serat, vitamin dan mineral yang baik untuk kucing. Rumput barli juga dikenali sebagai makanan tambahan yang baik untuk diet haiwan kesayangan anda. Pucuk barli juga mempunyai vitamin c, protein, asid amino dan banyak lagi manfaat yang baik untuk kucing.\n\nRumput Rai lain daripada rumput yang biasa kerana rumputnya yang pendek seakan rumput karpet. Rumput ini juga sangat halus dan boleh dijumpai di kawasan perumahan mahupun taman-taman Rumput ini mudah dijumpai kerana mempunyai ketahanan yang tinggi kepada suhu yang rendah.\n\nSiapa yang tidak kenal dengan rumput pendul. Rumput pendula tau dikenali sebagai rumput helicopter. Rumput ini merupakan rumput yang pernah viral disebabkan keberkesanannya yang dapat merawat penyakit Parvo.\n\nBagi mereka yang mempunyai kucing sebagai haiwan belaan, mereka pastinya tahu mengenai beberapa manfaat tumbuhan kepada kucing. Kucing sering terkena penyakit arvo. Kucing yang mempunyai penyakit ini kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam wad bagi menerima rawatan. Rawatan ini juga memerlukan kos yang tinggi.\n\nTumbuhan ini dapat merawat penyakit dengan merebus rumput parvo dan mencampurkannya ke dalam wet food milik si manja anda. Air rebusan ini juga perlu diberikan sebanyak 2 kali sehari bagi melihat keberkesanannya.\n\nSama seperti gandum, rumput gandum juga mempunyai banyak manfaat yang baik kepada si manja. Antara kebaikan rumput gandum ialah dapat membantu melancarkan sistem pencernaan, membantu kucing untuk mengeluarkan bahan asing dari badan, melancarkan aliran darah, mempunyai vitamin yang baik untuk si manja dan banyak lagi.\n\nRumput gandum dikatakan dapat membantu mengatasi masalah sembelit kucing. Apabila kucing mempunyai bulu yang belum dikeluarkan dari dalam badannya, Hal ini akan menyebabkan kucing mengalami sembelit. Sama seperti rumput membantu kucing untuk muntah bagi mengeluarkan racun dalam badannya, mahupun mengeluarkan bulu badannya.\n\nSelain itu, rumput gandum mempunyai banyak vitamin dan mineral yang baik untuk si manja. Antara vitamin yang terdapat di dalam\u00a0 rumput gandum ialah vitamin E, vitamin B, B3 dan B12 yang baik untuk membantu mencegah kanser, anemia dan banyak lagi.\n\nRumput yang lain ialah rumput Dactylis Glomerata. Tumbuhan ini mempunyai fungsi yang penting untuk kucing. Rumput ini bertindak sebagai agent penyucian. Si manja memakan rumput ini untuk mencuci perut mereka dari bulu badan yang telah mereka telan.\n\nSelain dikenali dengan rumput Dactylis Glomerata, rumput ini juga dikenali dengan Kamogawa. Menariknya mengenai tumbuhan ini, ia berfungsi sama seperti ubat yang diberikan oleh doktor untuk menyembuhkan kucing. Ubat ini berfungsi seperti antibiotic.\n\nRumput ini boleh didapati di kawasan kapang dengan keadaan tanah yang agak lembab. Anda boleh mencari tumbuhan ini di celah-celah pokok besar. Air rebusan tumbuhan ini juga sesuai diminum apabila kucing anda tiada selera makan.\n\nTumbuhan alfalfa merupakan salah satu tumbuhan yang baik untuk kucing. Walaupun tidak ramai yang tahu mengenai tumbuhan ini, kebanyakan doktor kucing telah menyarankan rumput ini sebagai ubat terbaik bagi kucing peliharaan yang menghidapi CKD.\n\nTumbuhan ini membantu menurunkan paras kolestrol dan gula dalam darah dan memang baik untuk pengidap CKD. Sama seperti tumbuhan yang lain, tumbuhan hijau ini juga mempunyai vitamin yang baik untuk kucing. Antara vitamin yang terdapat di dalam rumput ini ialah vitamin C, k dan magnesium yang baik untuk kucing.\n\nTumbuhan ini juga telah dikaji dan menunjukkan keberkesanan untuk membantu mencegah dan merawat penyakit buah pinggang pada kucing. Anda boleh mendapatkan benih ini di internet.\n\nWalaupun si manja diberikan vitamin dan dijaga dengan baik, memakan rumput juga dapat mengurangkan stress kucing. Hal inilah yang menyebabkan penanaman rumput bagi mereka yang menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaannya sangat penting. Walaupun begitu, haiwan ini tidak memakan semua jenis rumput dan terdapat beberapa jenis rumput yang dikhususkan dapat membantu sistem badan kucing.\n\nKebiasaannya, tuan kucing akan menanam rumput oat yang dikatakan memberikan banyak kebaikan pada kucing termasuk dengan membantu menyembuhkan penyakit. Anda tidak perlu risau untuk membeli rumput yang baik untuk kucing. Hal ini kerana, pada masa kini ramai yang mula menjual rumput kucing bagi membantu kucing untuk terus sihat dan tidak stress.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:"
"Masalah loya dan muntah adalah simpton yang selalu berlaku terhadap ibu yang hamil pada awal kehamilan. Ia adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu hamil. Tetapi ada juga, ibu hamil yang tidak mengalami simpton seperti loya dan muntah-muntah.\n\nBagi ibu hamil yang bertuah, mereka dapat merasai pengalaman bagaimana rasa loya dan muntah-muntah ketika hamil. Ia satu pengalaman yang bagus untuk ibu hamil. Tetapi jika berlaku loya dan muntah-muntah yang berlebihan sehingga hilang selera makan ia adalah satu masalah besar. Ia dapat memberi kesan negatif\u00a0 kepada kandungan kerana kekurangan zat.\n\nMasalah ini dinamakan Hyperemesis Gravidarum. Apakah maksudnya?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai Hyperemesis Gravidarum. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nApabila hamil, dianggarkan 80% daripadanya mengalami masalah loya dan muntah. Sebilangan kecil daripada wanita hamil tidak dapat minum air atau apa-apa jenis minuman dan akan muntah sebaik sahaja cuba untuk minum.\n\nGolongan ini akan mengalami keletihan, tidak berselera untuk makan dan lesu seluruh badan. Masalah ini dikenali sebagai hyperemesis gravidarum. Mereka yang mengalami masalah ini memerlukan rawatan doktor bagi:\n\n\u2714\ufe0f Merawat masalah dehidrasi dengan menggunakan intra-venous drip.\n\n\u2714\ufe0f Menerima ubat untuk menahan muntah.\n\n\u2714\ufe0f Penyiasatan makmal bagi memastikan tiada masalah penyakit tiroid dan sebagainya (masalah sebegini juga boleh menyebabkan masalah loya dan muntah yang teruk).\n\n\u2714\ufe0f Penyiasatan ultrasound juga perlu untuk memastikan janin sihat (dalam masa yang sama memastikan jumlah janin yang dikandungi kerana kandungan kembar dikaitkan dengan masalah loya dan muntah yang teruk juga).\n\nHyperemesis gravidarum dikatakan berlaku akibat tahap hormon beta HCG yang meningkat di trimester pertama kehamilan. Tahap hormon ini mula menurun selepas 12 minggu. Oleh itu, ramai wanita hamil lebih selesa selepas kandungan berusia 12 minggu ke atas.\n\nJika tidak dirawat, masalah muntah yang berterusan boleh menyebabkan muntah darah (akibat luka di saluran esofagus), masalah kekurangan vitamin B1 dan masalah psikologi. Kajian juga mendapati hyperemesis lebih banyak berlaku di kalangan wanita yang berusia 30 tahun ke bawah.\n\nOleh itu, secara amnya, masalah loya dan muntah adalah gejala yang sering menyerang wanita hamil. Namun, bagi kes ini di mana loya dan muntah menyebabkan hilang terus selera makan, puan memerlukan pemeriksaan di hospital yang berdekatan. Ini bagi memastikan puan tidak tergolong dalam kumpulan wanita yang mengalami hyperemesis gravidarum.\n\n*Jika anda seorang ibu hamil yang mengalami loya dan muntah-muntah berlebihan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan agar masalah ini tidak berpanjangan. Lebih-lebih lagi ibu hamil yang berumur bawah 30 tahun dan tidak ada pengalaman hamil sebelum ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Siapa yang tidak tahu dengan air starbuck yang cukup terkenal dengan kemewahannya. Bagi yang memandang, pasti mempunyai persepsi bahawa air starbuck hanya diminum oleh mereka yang bekerjaya, terkenal dan kaya. Mana taknya, harganya yang mahal serta packaging yang cantik cukup untuk menunjukkan peringkat cafenya.\n\nWalaupun begitu, anda pastinya teringin untuk merasai air starbuck ini. Lagi-lagi apabila terdapat menu starbuck yang viral di dalam tiktok. Masalahnya apabila ingin order pasti tak ramai yang tahu nak order apa. \n\nHal ini kerana terdapat banyak perkataan yang pasti ramai tidak tahu. Lepas ni tak perlu risau lagi, jom tengok senarai menu starbuck viral dan secet yang pasti tak ramai tahu. Jom tengok cara order starbuck yang betul.\n\nStarbuck merupakan kedai kopi yang terbesar di dunia. Kedainya yang mempunyai lebih dari 28000 menjadikan kedai starbuck boleh dijumpai di setiap pelusuk dunia. 74 peratus keuntungan yang diperoleh dari starbuck adalah melalui penjualan minumannya sahaja. Manakala selebihnya adalah melalui penjualan muffin, sandwich dan barang khas starbuck.\n\nStarbuck pada mulanya diasaskan oleh 3 orang bekas pelajar di University of San Francisco. Mereka pada mulanya hanya ingin menjual biji kopi yang berkualiti dan sama sekali tidak menyangka bahawa syarikat mereka akan mencapai kejayaan yang luar biasa.\n\nKedai starbuck juga pertama kali dibuka pada tahun 1971 di Washington. Pada tahun 1987, seorang lelaki yang Bernama Howard telah membeli starbuck dari pemilik asalnya dan mengembangkan kedai starbuck secara agresif sehingga berjaya seperti sekarang.\n\nSekiranya anda baru ingin mencuba minuman starbuck, terdapat terms yang digunakan untuk menunjukkan saiz minuman di kedai ini. Di sini, mereka menggunakan terms seperti tall untuk menunjukkan cawan kecil, grade untuk cawan medium dan venti untuk cawan besar. Beza bagi setiap saiz cawan yang diminta mempunyai charge penambahan sebanyak RM 1.\n\nJom tengok pelbagai jenis minuman yang viral dan secret yang dapat anda cuba.\u00a0\n\nResepi yang pernah viral di tiktok ini cukup menarik perhatian ramai termasuk mereka yang baru pertama kali ingin mencuba air starbuck. Kalau pergi starbuck, cakap sahaja nak air Sally, pekerja starbuck pastinya tahu. Terdapat juga beberapa air viral yang dikongsi oleh tiktokers terkenal yang mungkin anda tidak tahu. Jom tengok senarai air starbuck viral di bawah:\n\nTambah 3 pam sirap toffee nut\n\nTambah buah naga dan blackberry inclusions\n\n2 pam karamel dan sirap hazelnut\n\nTambah drizzle di atas dan di dalam cawan\n\nTambah krim putar dan buah strawberry di atas bersama strawberry inclusions\n\nFrap vanila kacang tinggi bersama buah naga\n\nJus epal di baris ke 2\n\nBagi mereka yang suka dengan makanan manis, apa kata anda cuba resepi ini. Menu ini merupakan secret menu yang terdapat di starbuck ynag tak ramai tahu. Jom tengok resepinya.\n\nPesan 1 Toffee Nut (tersedia pada hari christmas)\n\n2 senduk kacang almond dibland bersama\n\nSeparuh pumpkin spice syrup sub dengan white mocha\n\nBland 2 pam pumpkin spice dan 2 pam white mocha\n\nTambah sirap mocha (1 pam tall, 3 pam venti, 2 pam grande)\n\nHiaskan dengan serbuk biskut dan chocolate whip\n\nTambah sirap kayu manis dolce (3 pam tall, 5 venti, 4 grande)\n\nTopping dengan krim putar, biskut graham dan taburan dolce kayu manis\n\nWalaupun starbuck merupakan jenama air yang mahal, terdapat juga beberapa menu air yang mempunyai harga yang berpatutan. Cara untuk mengorder starbuck juga sangat mudah sama ada dengan menunjukkan screenshoot menu mahupun menunjukkan menu tersebut kepada staff starbuck. \n\nTidak salah untuk meminum air starbuck sekali sekala untuk belanja diri sendiri. Jangan lupa untuk mencubanya sendiri!\n\nAnda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Tuhau. Anda pernah dengar? Bagi orang semenanjung mungkin perkataan ini agak aneh bagi kita namun bagi mereka yang menetap di kepulauan Borneo terutamanya di Sabah, pastinya air liur mereka mahu meleleh apabila mendengar perkataan tuhau.\n\nTuhau adalah sejenis tumbuhan yang sedap dimakan. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau boleh juga dimasak. Yang sebenarnya di semenanjung juga ada tuhau cuma kita mengenalinya dengan nama yang lain.\n\nTuhau adalah makanan tradisi suku Kadazan-Dusun. Ia merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori yang sama sepertu halia dan lengkuas. Ia juga dikenali sebagai Upak Kechalak. Pokoknya berbatang panjang dan mempunyai daun yang kurus dan panjang.\n\nTuhau biasanya tumbuh di kawasan yang redup dan lembab seperti di tepi sungai atau paya. Ia agak sukar untuk tumbuh di kawasan yang panas dan bertanah kering. Jika di Sabah, tuhau banyak ditemui di kawasan pedalaman seperti di daerah Keningau, Tambunan,Tenom, Ranau dan juga Nabawan.\n\nTuhau mempunyai aroma yang harum dan sedap untuk dihidu, hampir sama dengan aroma bunga kantan. Yang sebenarnya di semenanjung juga ada tuhau, cuma kita memanggilnya dengan nama tepus. Anda pernah dengar atau makan pucuk tepus? Nah itulah dia tuhau yang popular di Sabah.\n\nApakah resepi tuhau yang boleh kita cuba?\n\nAda pelbagai cara untuk makan tuhau. Ia adalah makanan istimewa di Sabah dan biasanya dimasak pada Hari Gawai dan Hari Keamatan. Ia boleh dimakan begitu sehaja sebagai ulam dan boleh juga dimasak. Nak tak kalau kami kongsikan resepi tuhau yang boleh anda cuba? Percayalah sekali anda cuba tuhau, pastinya anda akan jatuh cinta dan ingin makan lagi. Di antara resepi tuhau yang boleh anda cuba adalah seperti berikut:\n\nTuhau sangat sedap jika dijadikan sebagai ulam. Apa yang perlu anda lakukan ialah ambil batang tuhau yang masih lembut. Pastikan anda ambil batang tuhau muda yang masih lembut dan bukannya tuhau tua yang keras. Sekiranya anda mengambil batang tuhau yang sudah keras, ia tidak sedap lagi untuk dimakan dan susah untuk dikunyah.\n\nSesudah diambil, bersihkan tuhau dan potong halus-halus seperti anda memotong ulam lain seperti timun. Kemudian anda boleh makan ulam tuhau tadi dengan nasi. Lebih enak kalau dimakan bersama nasi panas dan sambal.\n\nTuhau garing bersama cili putih, bawang goreng dan ikan bilis\n\nIni adalah sejenis resepi yang sangat garing seolah sambal kering yang boleh disimpan lama sehingga setahun, jika anda simpan dalam bekas bersih dan kedap udara. Ia akan tahan dengan lebih lama jika anda menyimpan di dalam peti ais. Cara untuk menyediakan tuhau garing bersama cili putih, bawnag goreng, dan ikan bilis adalah seperti berikut:\n\nResepi tuhau yang ketiga ingin kami kongsikan pada hari ini ialah tuhau ditumis bersama cili putih. Untuk menyediakannya:\n\nTuhau ditumis bersama cili putih dan ikan bilis\n\nIni pula ialah resepi tuhau yang ditumis bersama cili putih dan ikan bilis. Ini adalah salah satu resepi tuhau kegemaran kami dan anda wajib cuba. Untuk menyediakan menu ini, apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nJeruk tuhau tahan sangat lama. Is boleh disimpan sehingga 6 bulan dan akan tahan dengan lebih lama jika anda menyimpan di dalam peti ais. Untuk membuat jeruk tuhau, apa yang perlu anda lakukan ialah:\n\nSedap sungguh semua resepi tuhau yang kami kongsikan tadi kan? Kalau anda teringin untuk merasa, bolehlah cari tuhau atau tepus di pasar pagi atau pasar basah berdekatan.\u00a0Itulah dia info tentang tuhau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat.\n\nSemoga\u00a0 kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pokok dukung anak dan khasiat bawang putih"
"Di musim panas di Malaysia kini boleh mengakibatkan semua orang kekurangan air dalam badan atau dehydration jika tidak minum air kosong dengan secukupnya. Jika kita tidak minum air dengan secukupnya pada musim panas, kemungkinan untuk terkena strok haba adalah tinggi dan ia amat berbahaya. Lebih-lebih lagi kita pergi ke tempat yang ramai orang dan sesak dengan udara yang tidak bersih penuh dengan asap kereta.\n\nTetapi kini, Malaysia telah menjalankan PKP di seluruh negeri maka kita dinasihatkan untuk duduk di rumah dan hanya keluar bila perlu sahaja. Jadi, tiada lagi tempat yang sesak yang ramai orang. Namun begitu, anda masih perlu minum air secukupnya walaupun tinggal di rumah kerana di rumah juga kita masih boleh terkena strok haba. Selain orang dewasa, kanak-kanak dan bayi juga boleh mengalami dehydration.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenaipetanda bayi anda mengalami dehydration. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nDehydration adalah kekurangan air dalam badan. Ia boleh berlaku akibat terlalu banyak hilang air dari badan atau kurang air yang masuk ke dalam badan. Demam yang terlalu panas akan menyebabkan kehilangan air yang banyak. Selain itu, muntah dan cirit birit juga akan menyebakan kehilangan air yang banyak dari badan.\n\nKehilangan air ini perlu digantikan agar fungsi organ dalaman tidak terganggu. Air boleh diganti melalui minuman, makanan atau intravenous drip. Jadi bagaimana nak tahu baby tu mengalami dehydration atau tidak?\n\n1. Kurang aktif dari biasa, kurang ceria dan lebih banyak menangis.\n\n2. Kencing kurang dari biasa, bolehperasan bila time nak tukar diapers, diapers kering dan tidak basah seperti biasa.\n\n3. Mulut kering dan bibir kering dan pecah. Ulser dalam mulut juga boleh berlaku akibat mulut yang terlalu kering ini. Ini akan menyebabkan maslah bertambah teruk. Baby akan lebih sakit dan tidak mahu makan/minum.\n\n4. Kerap menangis, tapi air mata kurang atau langsung tiada. Yang ni ramai ibu bapa tak perasan. Jadi kena alert ya.\n\n5. Soft fontanel (ubun-ubun), di atas kepala baby akan tengelam. Yang ni biasanya hanya boleh dilihat untuk baby bawah setahun, selepas setahun fontanel ini akan tertutup secara sendiri diantara umur 1-2 tahun.\n\nSimptoms ini, hampir 90% ibu bapa tidak tahu. Rata-rata ibu bapa yang saya tanya, mereka tidak pernah memeriksa anterior fontanele ini. Ini adalah petanda yang paling mudah nak ketahui adakah anak anda mengalami dehydration yang perlu dirawat segera di hospital. Jika dah tenggelam itu, tandanya perlu segera ke hospital.\n\nPada masa ini, kurang dapat dilihat kanak-kanak/baby yang mengalami severe dehydration kerana access kepada rawatan perubatan adalah mudah. Namun masih boleh dilihat pada masyarakat di pedalaman yang sukar mendapatkan khidmata rawatan kesihatan.\n\n2. Tidur sahaja dan langsung tidak aktif.\n\n3. Kencing yang sangat kurang atau langsung tidak kencing.\n\n4. Kulit yang berkedut dan hilang ketegangan kulit yang normal.\n\n5. Tangan dan kaki yang sejuk dan pucat akibat kurang darah mengalir ke kulit.\n\n*Jika bayi anda mempunyai tanda-tanda dehydration seperti di atas, pergi segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan. Bertindak awal dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Ibu bapa perlu pastikan bayi dalam keadaan bayi lebih-lebih lagi di musim COVID19 kini. Elakkan membawa anak anda keluar daripada rumah dengan masa yang lama. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Badan kita kadang-kadang rasa sakit je, lagi-lagi di bahagian perut. Bila kita pergi berurut, tukang urut kata badan banyak angin. Lepas mengurut lega sikit badan sebab angin-angin semua dah keluar. Tetapi, esok lusa badan sakit-sakit balik sebab sudah dimasuki angin.\n\nHal ini kerana kita terlalu kuat bekerja sehingga lupa untuk berehat. Mahu pergi mengurut tapi tidak berkesempatan kerana sibuk bekerja. Balik kerja sudah lewat, esok pagi sudah pergi ke tempat kerja. Memang begitu penat sekali.\n\nJadi, bagaimana kita mahu buang angin dalam badan dengan senang tanpa pergi mengurut? Walaupun sapu minyak angin satu badan, tetapi rasa sakit masih rasa.\n\nMari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai resepi air buang angin dalam badan. Info ini dikongsikan oleh Puan Fadzilah Mahmud. Puan Fadzilah suka berkongsikan tips dan petua kecantikan di Facebooknya. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Puan Fadzilah.\n\nResepi air buang angin dalam badan.\n\n1. Ketuk serai ,halia kemudian panaskan periuk masakkan 3 gelas air sekali. Rebus sampai jadi segelas untuk diminum.\n\n2. Masukkan susu tepung apa jenama pun boleh Dila guna EVERYDAY. Hehe sedap rasanya.\n\n3. Kacau dan biar mendidih sekejap tutup api. Minum suam-suaam waktu pagi perut kosong tau.\n\n4. Boleh amalkan seminggu 2x kali. Insyaallah angin akan berlumba-lumba keluar.\n\n*Resepi ini amat mudah dan cepat untuk kita buang angin dalam badan. Hanya 2 kali seminggu sahaja, tidak perlu lagi berhabis wang untuk pergi mengurut. Barang-barang dapur juga mudah didapati dan yang lebih penting jimat. \n\nResepi ini amat sesuai untuk orang yang kuat bekerja dan badan selalu sakit-sakit kerana kuat bekerja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Bila terpandang wanita timur tengah naik cemburu pula rasa dalam hati. Cantiknya mereka ni! Kulit nampak lembab dengan rambut yang hitam berkilat. Tak macam orang yang tinggal di kawasan bersuhu panas pula gayanya. \n\nTapi itu semua tak mustahil. Kalau anda nak tahu, salah satu rahsia cantik untuk gadis dan wanita Timur Tengah ini adalah dengan menggunakan minyak argan secara rutin untuk bantu mencantikkan diri.\n\nMaka tidak hairanlah mengapa minyak argan ini semakin terkenal di seluruh dunia. Malah permintaannya juga telah melonjak naik dengan drastik. Namun bukan mudah untuk mendapatkan minyak argan yang asli 100% tanpa sebarang campuran bahan lain. \n\nIni kerana minyak argan ini sangat sukar untuk di dapati di tambah dengan harganya yang agak mahal. Almaklumlah, minyak argan ini adalah salah satu jenis minyak yang paling mahal di dunia. \n\nBagaimanakah Sebenarnya Minyak Argan Ini Terhasil?\n\nMinyak argan adalah minyak yang berasal dari ekstrak biji pohon argan yang hanya tumbuh di daratan Maroko. Minyak argan sering disebut \u2018carian emas\u2019 dek karena khasiatnya yang banyak pada tubuh. Minyak argan ini telah dikenal sejak zaman sebelum masehi lagi. \n\nKebiasaannya untuk mendapatkan minyak, kaum perempuan dari penduduk setempat yang terdiri dari suku Berber akan menggunakan cara manual untuk memecahkan kacang. Di dalam kacang ini ada biji dan biji inilah yang mengandungi minyak di dalamnya. \n\nBukan mudah untuk lakukan proses bagi mendapatkan minyak argan secara manual ini. Kini sudah ada pihak yang dapat menyudahkan proses bagi mendapatkan minyak argan ini dengan cara yang lebih canggih dan mudah.\n\n12 Kelebihan Minyak Argan Pada Kulit Wajah Dan Tubuh\n\n#1 \u2013 Kaya Dengan Vitamin dan Antioksidan\n\nMinyak ini sangat kaya dengan kandungan vitamin A dan vitamin E. Malah kandungan vitaminnyaadalah dua kali ganda lebih banyak berbanding Minyak Zaitun. \n\nVitamin E kaya dengan antioksidan dan secara tidak langsung ianya dapat membantu untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan masalah penuaan pada kulit wajah. \n\n#2 \u2013 Merawat dan Menyembuhkan Penyakit Kulit\u00a0Dan\u00a0Masalah\u00a0Jerawat\n\nMinyak argan ini juga dipercayai dapat membantu merawat jerawat ringan dan menyembuhkan parut jerawat. Untuk jerawat yang baru tumbuh, cepat-cepat sapu minyak argan pada kawasan jerawat tersebut. Inshaa Allah bangun pagi esok jerawat tu dah surut. \n\nIa juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah pertumbuhan ketuat pada tubuh. masa yang sama minyak argan ini juga dapat merawat beberapa jenis penyakit kulit seperti\u00a0eczema, psoriasis, cacar air, chicken pox, kudis, kurap dan sebagainya. \n\n#3 \u2013 Mengurangkan Kedutan Yang Muncul Pada Kulit Wajah\n\nApabila usia kita makin bertambah, mula lah datang\u00a0wrinkles\u00a0atau kedutan pada wajah. Kedutan paling banyak berlaku pada kawasan bawah mata dan juga dahi. Makin tak cantik kan? \n\nNak cuba kawal kedutan dari banyak berlaku boleh cuba amalkan penggunaan minyak argan ini. Ramai yang berkata minyak argan ini dapat bantu masalah kedut pada muka dan siapa tahu anda juga boleh mendapatkan kesan yang sama nanti. \n\n#4 \u2013 Mencerahkan Tona Kulit Secara Semulajadi\n\n Minyak argan juga berfungsi untuk mencerahkan kulit dengan membuat tona kulit lebih sekata. Tak perlu guna kosmetik yang berbahaya, guna sahaja minyak argan. \n\nMungkin hasilnya agak lambat berbanding dengan produk khusus untuk cerahkan kulit yang ada di pasaran namun bukankah cantik dengan cara selamat itu adalah jauh lebih baik untuk sifat yang lebih kekal lama. \n\n#5 \u2013 Melembapkan Kembali Kulit Yang Kering\n\nMinyak Argan juga berfungsi melembapkan kulit yang kering dan membuatkan kulit anda lebih lembap. Jika anda mempunyai kulit kering, anda memang dinasihatkan menggunakan produk yang berasaskan semulajadi seperti minyak argan ini untuk mengembalikan kelembapan kulit. \n\nBerkerja terlalu lama di dalam suasana berhawa dingin adalah salah satu punca utama hilang kelembapan sehingga boleh menjadi kering. \n\n#6 \u2013 Boleh Menjadi Penganti Toner Untuk Kulit Yang Lebih Segar\n\nTak dinafikan ramai yang rasa malas nak guna toner walaupun tahu toner tu penting. Ya benar toner agak melecehkan tetapi fungsi toner itu sangat bagus untuk kulit. \n\nBagi yang punya masalah malas nak beli dan nak pakai toner ni, anda bakal dapat pengganti toner dengan pemakaian minyak argan ini. Caranya mudah saja, sebelum tidur titiskan 2 atau 3 titis minyak argan pada tapak tangan dan gosok. Kemudian sapulah ke seluruh wajah dan pangkal leher dengan urutan secara memutar. \n\n#7 \u2013 Mengurangkan Kadar Kolestrol Dalam Badan\n\nAnda tahu minyak zaitun itu bagus kan? Sedangkan minyak zaitun itu bagus inikan pula minyak argan yang ada khasiat dua kali ganda darinya. Amalkan pengambilan minyak argan dalam diet pemakanan dan anda akan lihat bagaimana berat badan anda akan mula menurun. \n\nIni kerana minyak argan ini mampu untuk membantu menurunkan tahap kolestrol dalam badan dengan cara menghalang penyerapan kolestrol yang tidak baik dari saluran usus. \n\n#8 \u2013 Membantu Proses Penghadaman Yang Baik\n\nTidak hanya boleh bantu turunkan kolestrol malah ia juga dapat bantu tingkatkan proses penghadaman dan pencernaan yang baik. Secara tidak langsung tubuh badan akan semakin sihat dan kekal solid tanpa masalah berat badan yang berlebihan lagi seperti dulu. \n\n#9 \u2013 Menguatkan Kuku\u00a0Dan\u00a0Rambut\n\nKuku lebih kuat dan lebih sihat secara semulajadi dengan menggunakan minyak argan. Ciri-ciri anti radang dan anti bakteria yang ada pada minyak argan membantu melawan infeksi pada kulit dan kuku. Kuku bukan hanya akan kelihatan lebih sihat tetapi juga semakin bersinar dan bermaya. \n\nMasalah kulit bibir kering, pecah dan menggelupas memang sering berlaku. Biasalah cuaca di negara kita ini kan agak panas. Jika anda seorang yang kurang minum air kosong maka masalah bibir pecah sebegini akan menjadi lebih teruk lagi.\n\nDengan penggunaan minyak argan pada bibir, masalah bibir pecah dan kering dapat di atasi. Malah penggunaan yang scara berterusan akan menjadikan bibir lebih sihat, lembab dan cantik. Barulah sapu lipstik pun jadi lebih mudah dan menarik.\n\nCara Menggunakan Minyak Argan Dengan Betul\n\nCuci bersih permukaan kulit wajah dengan pembersih muka kegemaran sehingga bersih. Titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah. \n\nUrut perlahan-lahan sehingga minyak argan meresap kedalam kulit. Boleh guna waktu siang dan malam sebagai pelembap dan boleh dicampurkan dengan sebarang jenis\u00a0foundationmakeup. \n\nUntuk rawatan rambut, anda hanya perlu titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada permukaan kulit kepala serta rambut dengan cara mengurut. Gunakan sikit demi sedikit secara berterusan berulang kali pada bila-bila masa yang anda suka. Anda juga boleh biarkan semalaman sebelum di cuci rambut tersebut pada esok hari. \n\nMinyak Argan Mudah Disesuaikan Dengan Semua Jenis Kulit\n\nAkhir sekali, apa yang best dan menarik mengenai minyak argan ini adalah ia sesuai dengan semua jenis kulit. Jadi dah tak perlu risau kalau tak sesuai dengan kulit. Minyak argan selamat digunakan! Selamat mencuba."
"Dalam kisah-kisah kehidupan Rasulullah SAW, terlalu banyak mutiara berkenaan pendidikan anak-anak yang boleh dikutip. Bermula dari sebelum seorang bayi lahir, hinggalah pendidikan anak-anak menjelang remaja. Dari ibadah khusus seperti kepentingan solat kepada anak-anak, hinggalah adab makan yang diajar terus oleh Rasulullah SAW kepada anak-anak.\n\nHari ini saya ingin berkongsi satu kisah tentang bagaimana Rasulullah SAW mendidik seorang anak agar bersikap amanah.\n\nDiriwayatkan daripada Abdullah bin Busr Al Mazini RA, dia mengatakan, \u201cPada suatu ketika, ibuku memerintahkan aku membawa setangkai anggur kepada Rasulullah SAW. \n\nLalu aku memakan sebahagian anggur itu sebelum aku serahkan kepada baginda. Sesampai di hadapan Rasulullah, maka baginda menjentik telingaku dan mengatakan,\u201dWahai pengkhianat.\u201d\n\nMungkin bagi sesetengah orang, ada yang akan berkata, \u201cala, anggur je pun, biar je la, dah budak tu nak makan.\u201d\n\nRasulullah SAW memang terkenal sebagai seorang yang cukup menyayangi anak-anak, bahkan dalam banyak hadis kita akan dapat lihat betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada anak-anak, terutamanya kedua cucunya dan anak-anak yatim.\n\nAkan tetapi dalam kes ini, ia sedikit berbeza. Walaupun yang tidak sampai kepada Rasulullah itu hanyalah sedikit anggur, tapi Rasulullah ingin mendidik anak itu tentang sikap amanah. Kasih sayang Rasulullah untuk menjadikan anak itu seorang yang bersifat amanah lebih besar dari kasih sayangnya terhadap kepuasan anak itu memakan anggur.\n\nInilah satu perkara yang kita perlu beri perhatian secara khusus dalam pendidikan anak-anak. Contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan kita hari ini, bila anak-anak kita suruh untuk pergi ke kedai bagi membeli beberapa barang keperluan, pastikan anak-anak itu membeli apa yang disuruh sahaja dan memulangkan wang bakinya dengan cukup.\n\nAudit anak-anak dan pesan agar mereka amanah walaupun hanya sepuluh sen. Jika ingin memberi upah, berikan kepada mereka selepas itu. Apa yang penting, adalah sikap amanah mesti diterapkan sejak kecil.\n\nBegitu juga ketika anak-anak kita yang masih kecil pergi ke pasar. Kadang-kadang, ada anak yang mengambil coklat atau buah dan terus memakannya sebelum membayarnya. Walaupun pekedai itu mungkin tidak kisah, tapi pastikan anak-anak kita dididik dengan sifat amanah.\n\nBudayakan mereka meminta izin jika ingin mendapatkan sesuatu. Walaupun buah jambu air yang terjulur di halaman rumah kepunyaan jiran tetangga.\n\nMoga anak-anak kita semuanya akan menjadi orang yang amanah, insya-Allah."
"Ramai dikalangan kaum\u00a0lelaki\u00a0di Malaysia ini yang nak\u00a0kahwin\u00a0dan ramai juga yang masih belum berkahwin. Yang nikah banyak pun berlambak juga. Bila difikir secara rasional, siapa yang tidak mahu berkahwin. Tidak kira lelaki atau perempuan semuanya mahu berkahwin. Cuma lambat atau cepat ja sesatu perkahwinan itu. \n\nDulu, sering kita dengar kaum lelaki dalam umur 20an kebanyakkannya sudah berkahwin. Berbanding dengan la, semuanya nak mengelak bila di tanya tentang perkahwinan. Kadang-kadang tiada jawapan yang boleh diberi. \n\nTambah pula bila si lelaki dah ada pasangannya, persoalan tentang bila nak kahwin mesti akan timbul dan mereka seakan mengelak dengan persoalan itu. Ini menyebabkan si perempuan akan mengaanggap si lelaki tidak serius dan hanya main-main dengan mereka.\n\nTidak mustahil dan pelik bila kita dengar, trend sekarang, ramai lelaki berkahwin lewat ataupun tidak berkahwin langsung. Dan dalam kehidupan sekeliling kita, pasti ada saudara atau kenalan kita yang tidak berkahwin lagi walaupun umur mereka dah masuk 30an atau 40an.\n\n15 Sebab Mengapa Lelaki Lambat Kahwin\n\nDUIT. Ya duit adalah sebab utama mengapa ramai lelaki lambat kahwin. Faktor duit adalah salah satu sebab yang paling popular. Tapi kalau difikirkan balik memang betul juga. Kalau duit tak cukup macamana nak berkahwin dan nak sara anak orang. Macam-macam yang perlu difikirkan, duit hantaran duit kenduri. Semuanya guna duit.\n\nBukan kaum perempuan jer yang cerewet, malah kaum lelaki pun ada cerewetnya dalam cari pasangan. Malah ada yang lagi teruk sikap cerewetnya. Serba tak kena, semuanya nak yang perfect di mata mereka. Pilih punya pilih, tetap tak jumpa pilihan hati. Sedar tak sedar, umur semakin berganjak naik dari 20an ke 40an.\n\nSebab ramai lelaki lambat kahwin yang seterusnya adalah kerana mereka masih lagi menanggung keluarga mereka. Pengorbanan seorang lelaki yang cukup besar bila sanggup tepikan perasaan mereka dalam memenuhi tanggung jawab mereka terhadap keluarga.\n\nAlasan yang selalu juga diberi tetapi sampai bila si lelaki baru nak bersedia. Kalau tak bersedia jawapannya kena belajar. Dalam kehidupan seharian kita, kita akan belajar tentang kehidupan dan semua tu kita boleh praktikkan selepas berkahwin. Kalau kita kata kita tak bersedia sampai bila-bila pun kita tak akan bersedia.\n\n5. Pernah Kecewa Dan Gagal Dalam Bercinta\n\nPengalaman putus cinta di masa lalu menyebabkan si lelaki ada sebab lambat berkahwin. Pengalaman yang menyakitkan, perit ditinggalkan membuatkan si lelaki serik untuk bercinta lagi.\n\n6. Banyak Perkara Nak Kena Fikirkan\n\nYa, memang banyak perkara yang nak difikirkan. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Banyak benda nak kena fikir dan buat. Bukan boleh redah sesuka hati saja. Patutlah ramai lelaki lambat kahwin, banyak benda nak fikir rupanya.\n\nSebab lambat berkahwin bila si lelaki kata \u2018 tak sampai seru lagi\u2019. Salah 1 ayat yang paling glamour bila ditanya tentang soalan perkahwinan. Tapi macam mana nak sampai serunya kalau pasangan pun tak ada lagi.\n\nBila si lelaki tidak yakin untuk berkahwin kerana sakit. Masih dalam rawatan dan nak tunggu penyakit itu sembuh dulu baru nak fikir soal kahwin. Perasaan itu membuatkan mereka teragak-agak dan mengambil masa untuk berfikir untuk memikirkan tentang soal perkahwinan. Biar jadi penyumbang kepada kumpulan ramai lelaki lambat kahwin asalkan diri sihat dulu untuk bersama bakal isteri.\u00a0\n\nSambung belajar antara sebab lambat berkahwin. Ada yang boleh fokus bila berkahwin ada yang tak boleh. Mereka akan tunggu sampai habis belajar baru nak fikirkan soal perkahwinan.\n\nAkibat dari pengalaman penceraian ibu bapa mereka di masa lepas membuatkan si lelaki ambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkahwinan. Mereka dah lalui situasi penceraian itu dan takut kejadian itu akan berulang dalam kehidupan mereka.\n\nSebab lambat berkahwin bila si lelaki baru mula bekerja dan ingin bina kerjaya mereka dahulu untuk kehidupan yang lebih stabil. Tak dinafikan memang ramai lelaki lambat kahwin kerana nak siapkan rumah, kereta dan lain-lain untuk hidup dalam keadaan ekonomi yang lebih kukuh bersama keluarga yang bakal dibinanya kelak.\u00a0\n\n12. Ada Jodoh Tetapi Tidak Direstui Famili\n\nAda lagi zaman sekarang ni bila jodoh anak-anak masih ditentukan oleh ibu ayah. Kadang-kadang si lelaki sudah ada calon pilihan hati dan tidak direstui keluarga menyebabkan si lelaki berlengah-lengah dalam soal perkahwinan.\n\nKerap kita dengar \u2018enjoy puas-puas dulu pastu puas baru kahwin\u2019 . Macam-macam hendak dilakukannya sementara masih single. Mungkin kerana takut kalau lepas kahwin nanti dah tak boleh nak suka-suka dengan kengkawan macam ketika masih bujang.\u00a0\n\n14. Ingin Rasa Hidup Bebas Tanpa Dikongkong\n\nLelaki kerapa merasakan yang segalanya akan berubah setelah berkahwin. Kadang-kadang, lelaki ni banyak sangat outdoor activity mereka. Bila berkahwin maka mereka rasakan semuanya akan tersekat. Tapi boleh saja berbincang dahulu dengan pasangan mengenai masalah ni. Yang penting kena ada sikap bertolak ansur.\n\nSalah satu sebab lambat berkahwin bila si lelaki ada masalah kecelaruan dalam diri. Tidak tahu sama ada suka lelaki ataupun perempuan. Memang beetl-betul bermasalah ni. Mereka boleh mengambil masa yang sangat lama dalam memulihkan masalah tersebut.\n\nSebab Lelaki Lambat Kahwin Bukan Semua Sengaja Di Buat-Buat, Jangan Paksa!\n\nJadi, tidak jadi masalah bila lelaki berkahwin lewat. Sudah semestinya kita tidak boleh memaksa mereka berkahwin hanya untuk penuhi impian orang lain. Pasti mereka ada sebab dan alasan tersendiri kenapa mereka lewat berkahwin. \n\nSoal jodoh itu semuanya rahsia Allah tapi takkan kita nak tunggu jodoh tu datang bergolek macam tu saja. Kita kena juga berusaha dalam mencari jodoh kita."
"Jom kenali salah satu tokoh Islam iaitu kisah Uwais al-Qarni terkenal di langit tidak terkenal di bumi.\n\nNama Uwais Al Qarni adalah Uwais bin \u2018Amir bin Juz\u2019in bin Malik al-Qarni al-Muradi al-Yamani. Manakala nama gelarannya adalah Abu \u2018Amr. Beliau merupakan golongan tabi\u2019in yang hidup pada zaman Nabi saw semasa beliau masuk Islam, namun tidak pernah berjumpa dengan Nabi saw sepanjang hayatnya.\n\nBeliau tidak berpeluang menziarahi Nabi saw di Madinah kerana menjaga serta berkhidmat kepada ibu beliau yang sudah tua dan uzur (Hilyatul \u2018Auliya 2/87).\n\nItulah sebabnya beliau tidak dikategorikan sebagai sahabat (kerana tidak bertemu dengan Nabi saw), tetapi dikategorikan sebagai tabi\u2019in. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Yaman. Az-Zahabi berkata mengenai beliau,\n\n\u201cUwais al-Qarni adalah seorang teladan yang zuhud, penghulu para tabi\u2019in di zamannya, termasuk di antara wali-wali Allah yang soleh lagi bertaqwa, dan hamba-hambanya yang ikhlas.\u201d (Siyar A\u2019lam An Nubala\u2019 4/19)\n\n1) Dari Usair bin Jabir, bahawa penduduk Kufah mengutus beberapa utusan kepada Umar bin Khattab, dan di antara mereka ada seseorang yang biasa mencela Uwais. Maka Umar berkata; \u201cApakah di sini ada yang berasal dari Qaran. Lalu orang itu menghadap Umar. Kemudian Umar berkata: \u201cSesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda\u201d:\n\n\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064b\u0627 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0645\u064e\u0646\u0650 \u064a\u064f\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0623\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0633\u064c \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062f\u064e\u0639\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0645\u064e\u0646\u0650 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e \u0623\u064f\u0645\u0651\u064d \u0644\u064e\u0647\u064f \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0628\u064e\u064a\u064e\u0627\u0636\u064c \u0641\u064e\u062f\u064e\u0639\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0641\u064e\u0623\u064e\u0630\u0652\u0647\u064e\u0628\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0648\u0652\u0636\u0650\u0639\u064e \u0627\u0644\u062f\u0651\u0650\u064a\u0646\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0627\u0644\u062f\u0651\u0650\u0631\u0652\u0647\u064e\u0645\u0650 \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0642\u0650\u064a\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652\n\nMaksudnya, \u201cSesungguhnya akan datang kepadamu seorang lelaki dari Yaman yang biasa dipanggil dengan Uwais. Dia tinggal di Yaman bersama ibunya. Dahulu pada kulitnya ada penyakit belang (berwarna putih). Lalu dia berdoa kepada Allah, dan Allah pun menghilangkan penyakit itu, kecuali tinggal sebesar wang dinar atau dirham sahaja. Barangsiapa di antara kalian yg menemuinya, maka mintalah kepadanya untuk memohon ampun kepada Allah untuk kalian.\u201d (HR Muslim No.4612)\n\n2) Dari Umar al-Khattab, dia berkata;\n\n\u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0633\u064e\u0645\u0650\u0639\u0652\u062a\u064f \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0627\u0628\u0650\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u064a\u064f\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0623\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0633\u064c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u0629\u064c \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0628\u064e\u064a\u064e\u0627\u0636\u064c \u0641\u064e\u0645\u064f\u0631\u064f\u0648\u0647\u064f \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652\n\nMaksudnya,\u00a0\u201cAku mendengar Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda: \u201cSebaik-baik tabi\u2019in adalah seorang lelaki yang dipanggil Uwais, dia mempunyai seorang ibu, dan padanya terdapat tanda putih, maka suruhlah dia untuk memintakan ampun bagi kalian.\u201d (HR Muslim).\n\n3) Dari Usair Bin Jabir, dia berkata;\n\n\u00a0\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064f \u0628\u0652\u0646\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0637\u0651\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062a\u064e\u0649\u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u062f\u064e\u0627\u062f\u064f \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0645\u064e\u0646\u0650 \u0633\u064e\u0623\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0641\u0650\u064a\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0633\u064f \u0628\u0652\u0646\u064f \u0639\u064e\u0627\u0645\u0650\u0631\u064d \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u0623\u064e\u062a\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0633\u064d \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0623\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0633\u064f \u0628\u0652\u0646\u064f \u0639\u064e\u0627\u0645\u0650\u0631\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0646\u064e\u0639\u064e\u0645\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0631\u064e\u0627\u062f\u064d \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0631\u064e\u0646\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0646\u064e\u0639\u064e\u0645\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0641\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0643\u064e \u0628\u064e\u0631\u064e\u0635\u064c \u0641\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e\u0623\u0652\u062a\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0648\u0652\u0636\u0650\u0639\u064e \u062f\u0650\u0631\u0652\u0647\u064e\u0645\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0646\u064e\u0639\u064e\u0645\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u0629\u064c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0646\u064e\u0639\u064e\u0645\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0633\u064e\u0645\u0650\u0639\u0652\u062a\u064f \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0633\u064f \u0628\u0652\u0646\u064f \u0639\u064e\u0627\u0645\u0650\u0631\u064d \u0645\u064e\u0639\u064e \u0623\u064e\u0645\u0652\u062f\u064e\u0627\u062f\u0650 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0645\u064e\u0646\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0631\u064e\u0627\u062f\u064d \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0631\u064e\u0646\u064d \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0628\u064e\u0631\u064e\u0635\u064c \u0641\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e\u0623\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0648\u0652\u0636\u0650\u0639\u064e \u062f\u0650\u0631\u0652\u0647\u064e\u0645\u064d \u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u0629\u064c \u0647\u064f\u0648\u064e \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0631\u0651\u064c \u0644\u064e\u0648\u0652 \u0623\u064e\u0642\u0652\u0633\u064e\u0645\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0644\u064e\u0623\u064e\u0628\u064e\u0631\u0651\u064e\u0647\u064f \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u064e\u0639\u0652\u062a\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0641\u064e\u0627\u0641\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u064e\u0631\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064f \u0623\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u062a\u064f\u0631\u0650\u064a\u062f\u064f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u064f\u0648\u0641\u064e\u0629\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0643\u0652\u062a\u064f\u0628\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0627\u0645\u0650\u0644\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0643\u064f\u0648\u0646\u064f \u0641\u0650\u064a \u063a\u064e\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0628\u0651\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0651\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0642\u0652\u0628\u0650\u0644\u0650 \u062d\u064e\u062c\u0651\u064e \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0634\u0652\u0631\u064e\u0627\u0641\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0648\u064e\u0627\u0641\u064e\u0642\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064e \u0641\u064e\u0633\u064e\u0623\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0633\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u062a\u064e\u0631\u064e\u0643\u0652\u062a\u064f\u0647\u064f \u0631\u064e\u062b\u0651\u064e \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u064a\u0652\u062a\u0650 \u0642\u064e\u0644\u0650\u064a\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062a\u064e\u0627\u0639\u0650 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0633\u064e\u0645\u0650\u0639\u0652\u062a\u064f \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0633\u064f \u0628\u0652\u0646\u064f \u0639\u064e\u0627\u0645\u0650\u0631\u064d \u0645\u064e\u0639\u064e \u0623\u064e\u0645\u0652\u062f\u064e\u0627\u062f\u0650 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0645\u064e\u0646\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064f\u0631\u064e\u0627\u062f\u064d \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0631\u064e\u0646\u064d \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0628\u064e\u0631\u064e\u0635\u064c \u0641\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e\u0623\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0648\u0652\u0636\u0650\u0639\u064e \u062f\u0650\u0631\u0652\u0647\u064e\u0645\u064d \u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u0629\u064c \u0647\u064f\u0648\u064e \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0631\u0651\u064c \u0644\u064e\u0648\u0652 \u0623\u064e\u0642\u0652\u0633\u064e\u0645\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0644\u064e\u0623\u064e\u0628\u064e\u0631\u0651\u064e\u0647\u064f \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u064e\u0639\u0652\u062a\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0641\u064e\u0627\u0641\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0641\u064e\u0623\u064e\u062a\u064e\u0649 \u0623\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0633\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0623\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u062b\u064f \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u064b\u0627 \u0628\u0650\u0633\u064e\u0641\u064e\u0631\u064d \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064d \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0623\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u062b\u064f \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u064b\u0627 \u0628\u0650\u0633\u064e\u0641\u064e\u0631\u064d \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064d \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0642\u0650\u064a\u062a\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0646\u064e\u0639\u064e\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u064e\u0631\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u064e\u0641\u064e\u0637\u0650\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u064f \u0641\u064e\u0627\u0646\u0652\u0637\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u0650\u0647\u0650 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064f\u0633\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0648\u064e\u0643\u064e\u0633\u064e\u0648\u0652\u062a\u064f\u0647\u064f \u0628\u064f\u0631\u0652\u062f\u064e\u0629\u064b \u0641\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0643\u064f\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0622\u0647\u064f \u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0644\u0650\u0623\u064f\u0648\u064e\u064a\u0652\u0633\u064d \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064f\u0631\u0652\u062f\u064e\u0629\u064f\n\nMaksudnya, \u201cKetika Umar Bin al-Khattab didatangi oleh rombongan orang Yaman, dia selalu bertanya kepada mereka;\n\n\u2018Apakah Uwais bin Amir ada dalam rombongan kalian?\u2019 \n\nHingga pada suatu hari, Khalifah Umar bin Khattab bertemu dengan Uwais seraya bertanya;\n\nUwais menjawab; \u2018Ya. Benar saya adalah Uwais.\u2019\n\nKhalifah Umar bertanya lagi; \u2018Kamu berasal dari Murad dan kemudian dan Qaran?\u2019\n\nSelanjutnya Khalifah Umar bertanya lagi; \u2018Apakah kamu pernah diserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar mata wang dirham pada dirimu?\u2019\n\nKhalifah Umar bertanya lagi; \u2018Apakah ibumu masih ada?\u2019\n\nUwais menjawab; \u2018Ya, ibu saya masih ada.\u2019\n\nKhalifah Umar bin Khattab berkata; \u2018Hai Uwais, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: \u2018Uwais bin Amir akan datang kepadamu bersama rombongan orang-orang Yaman yang berasal dari Murad kemudian dari Qaran. \n\nIa pernah terserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar wang dirham. Ibunya masih hidup dan dia selalu berbakti kepadanya. Kalau dia bersumpah atas nama Allah maka akan dikabulkan sumpahnya itu, maka jika kamu dapat memohon agar dia memohonkan ampunan untuk kalian, lakukanlah! Oleh kerana itu wahai Uwais, mohonkanlah ampunan untukku!\u2019 \n\nLalu Uwais pun memohonkan ampunan untuk Umar bin Khattab.\n\nSetelah itu, Khalifah Umar bertanya kepada Uwais; \u2018Hendak ke mana kamu pergi wahai Uwais?\u2019\n\nUwais bin Amir menjawab; \u2018Saya hendak pergi ke Kufah ya Amirul Mukminin.\u2019\n\nKhalifah Umar berkata lagi; \u2018Apakah aku perlu membuatkan surat khusus kepada Gabenor Kufah?\n\n\u2018Uwais bin Amir menjawab; \u2018Saya Iebih senang berada bersama rakyat jelata ya Amirul Mukminin.\u2019\n\nUsair bin Jabir berkata; \u2018Pada tahun berikutnya, seorang Gabenor Tinggi Kufah pergi melaksanakan ibadah haji ke Mekah. Selesai melaksanakan ibadah haji, dia pun pergi mengunjungi Khalifah Umar bin Khattab. Lalu Khalifah pun menanyakan tentang berita Uwais kepadanya. Gabenor itu menjawab;\n\n\u2018Saya membiarkan Uwais tinggal di rumah tua dan hidup dalam keadaan yang sangat sederhana.\u2019 \n\nUmar bin Khattab berkata; \u2018Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: \u2018Kelak Uwais bin Amir akan datang kepadamu bersama rombongan orang-orang Yaman. \n\nIa berasal dari Murad dan kemudian dari Qaran. Ia pernah terserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar mata wang dirham. Kalau dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya akan dikabulkan sumpahnya. Jika kamu dapat meminta agar dia berkenan memohonkan ampunan untukmu, maka laksanakanlah!\u2019\n\nSetelah itu, Gabenor Kufah tersebut Iangsung menemui Uwais dan berkata kepadanya; \u2018Wahai Uwais, mohonkanlah ampunan untukku!\u2019\n\nUwais bin Amir dengan perasaan hairan menjawab; \u2018Bukankah engkau baru saja pulang dari perjalanan suci, ibadah haji di Mekah? Maka seharusnya engkau yang memohonkan ampunan untukku.\u2019\n\nGabenor tersebut tetap berkeras dan berkata; \u2018Mohonkanlah ampunan untukku wahai Uwais?\u2019\n\nUwais bin Amir pun menjawab; \u2018Engkau baru pulang dari ibadah haji, maka engkau yang Iebih baik berdoa untukku.\u2019\n\nKemudian Uwais bertanya kepada Gabenor itu; \u2018Apakah engkau telah bertemu dengan Khalifah Umar bin Khattab di Madinah?\u2019\n\nGabenor Kufah itu menjawab; \u2018Ya. Aku telah bertemu dengannya.\u2019\n\nAkhirnya Uwais pun memohonkan ampunan untuk Gabenor Kufah tersebut.\n\nSetelah itu, Uwais dikenali oleh masyarakat ramai, tetapi dia tetap tidak berubah hidupnya dan tetap seperti dahulu.\n\nUsair berkata; \u2018Maka aku memberikan Uwais sehelai selendang yang indah, hingga setiap kali orang yang melihatnya pasti akan bertanya; \u2018Dari mana Uwais memperoleh selendang itu?\u201d (HR Muslim)\n\nUwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak (penyakit kulit tompok-tompok putih). Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh dan amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sehingga beliau dewasa.\n\nSuatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais al-Qarni bahawa dia sangat berhajat untuk mengerjakan ibadat haji di Mekah. Kerana kemiskinan, Uwais al-Qarni\u00a0tidak mampu untuk mencari perbelanjaan buat ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya \u2018Haudat\u2019.\n\n\u2018Haudat\u2019 ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan. Selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.\n\nPada suatu hari, ibu Uwais al-Qarni yang semakin uzur berkata kepada anaknya: \u201cAnakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.\u201d\n\nUwais al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau telah membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah kecil untuk anak lembu tersebut di atas sebuah bukit. Apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu itu naik ke atas bukit.\n\nManakala, pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari bukit tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada kalanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit di mana tempat untuk lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.\n\nMemang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni adalah seorang yang bijak.\n\nLembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah dia mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.\n\nSebenarnya perbuatan Uwais al-Qarni selama ini adalah satu latihan dan persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah mendukung ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya.\n\nLembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan beliau juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.\n\nGambar sekadar untuk tujuan ilustrasi. Imej via edysmail\n\nSetelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: \u201cUwais, apakah yang kamu doakan sepanjang kamu berada di mekah?\u201d\n\nUwais al-Qarni menjawab: \u201cSaya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu\u201d.\n\nIbunya bertanya lagi: \u201cBagaimana pula dengan dosa kamu?\u201d\n\nUwais Al-Qarni menjawab: \u201cDengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.\u201d\n\nIbunya berkata lagi: \u201cIbu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.\u201d\n\nUwais Al-Qarni berkata: \u201cSaya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, seperti saya tidak bersyukur dengan Allah taala.\u201d\n\nIbunya menambah: \u201cKalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.\u201d\n\nAkhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan penyakit putih sopak yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: \u201cTolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.\u201d\n\nAllah swt menyembuhkan penyakit sopaknya serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais al-Qarni inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:\n\n\u201cDahulu pada kulitnya ada penyakit belang (berwarna putih). Lalu dia berdoa kepada Allah, dan Allah pun menghilangkan penyakit itu, kecuali tinggal sebesar wang dinar atau dirham sahaja.\u201d\n\nNabi Muhammad saw berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra untuk mencari pemuda yang bernama Uwais al-Qarni supaya mendoakan keampunan buat mereka. Dari sini, sudah jelas bahawa Uwais al-Qarni bukanlah seorang pemuda yang biasa-biasa.\n\nDia adalah pemuda yang sangat istimewa sehingga doanya begitu makbul. Itulah sebabnya ramai yang menyifatkan Uwais al-Qarni sebagai pemuda yang tidak mahsyur di bumi, tetapi tersangat mahsyur di langit.\n\nHadis berkenaan Uwais al-Qarni ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim. Namun begitu, kisah berkenaan Uwais dan ibunya terdapat banyak versi dan penulis sendiri tidak pasti dari mana sumber asli tentang kisah ini. Namun begitu, dari kisah ini, kita dapat ketahui bahawa Uwais al-Qarni merupakan seorang anak yang sangat taat kepada ibunya dan sanggup berbakti kepada ibunya yang uzur.\n\nBerbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah Allah swt kepada setiap insan yang bergelar anak. Malah, keredhaan Allah swt juga terletak pada keredhaan ibu bapa. Seperti mana hadis Nabi saw,\n\n\u0631\u0650\u0636\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0641\u0650\u0649 \u0631\u0650\u0636\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064f\u062e\u0652\u0637\u064f\u0647\u064f \u0641\u0650\u0649 \u0633\u064f\u062e\u0652\u0637\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627\n\nMaksudnya, \u201cRedha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.\u201d (HR at-Tabrani)\n\nMudah-mudahan, kisah Uwais al-Qarni ini menjadi inspirasi kepada kita semua agar berbakti kepada ibu bapa selagi hayat mereka ada. Jika mereka telah pergi menghadap Ilahi, menjadi tanggungjawab kita sebagai anak untuk mendoakan kebahagian serta kesejahteraan ibu bapa di alam sana.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Kisah Uwais al-Qarni yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk nd abaca iaitu:"
"Pada perkongsian kali ini kami menuliskan resepi cendawan shiitake yang menarik dan patut cuba. Resepi cendawan shiitake sos tiram.\n\nCendawan shiitake berwarna hitam dan agak bulat. Ianya lembut dan beraroma khas. Biasanya dimasak sebagai pelengkap dalam sizzling, mee dan sup.\n\nResepi cendawan shiitake sos tiram, sedap dihidang panas-panas, gandingkan dengan tom yam dan telur dadar. Juga sedap dimakan dengan nasi ayam madu.\n\nHidangkan cendawan shiitake sos tiram untuk makan tengah hari ini. Mestilah ramai ahli keluarga yang suka. Resepi daripada Rozmaliza Omar di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi cendawan shiitake , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Ada sebahagian orang yang suka dan tidak suka makan hati ayam. Namun begitu hati ayam juga kaya akan nutrien dan mineral.\n\nPada perkongsian ini kami menuliskan resepi hati ayam goreng pedal dan kacang panjang yang mudah. Bahan lain yang diperlukan dalam resepi ini ialah hati dan pedal dan kacang panjang. Hati dan pedal digoreng dulu baru kemudian ditumis bersama kacang panjang.\n\nTumis menggunakan cili padi, lagi menggigit rasanya. Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi putih. Ada juga yang menjadikan hidangan ini sebagai ganingan kepada lauk lain.\n\nMaka itu anda yang inginkan resepi hati pedal sila tengok pada perkongsian di bawah ini. Resepi daripada Miya Aira\u200e di laman Facebook.\n\nResepi Hati Pedal Goreng Kacang Panjang\n\nSelain resepi kacang panjang goreng pedal hati, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Anda selalu teringin nak makan daging masak paprik? Jika ya anda datang ke tempat yang betul kerana hari ini kami akan kongsikan resepi daging masak paprik yang power\n\nKalau anda sebut tentang paprik, perkara pertama yang terlintas di fikiran mesti nasi goreng. Ya, nasi goreng dan paprik tidak dapat dipisahkan.\n\nAnda boleh cuba sendiri resepi ini di rumah dengan hanya menggunakan bahan bahan yang ada di dapur sahaja. Mudah bukan? Sememangnya ia memudahkan urusan untuk ibu ibu di luar sana\n\nKini anda tidak perlu keluar ke rumah lagi untuk makan nasi goreng paprik. Anda hanya perlu ke dapur sahaja! Apa tunggu lagi. Ayuh cuba resepi ini sekarang.\n\nResepi ini dikongsikan oleh\u00a0Nurul Hawa Nadila Sari\u00a0dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.\n\nKite ada lada besar je. Lobak takde\n\n*guna barang yang ada dalam peti je\n\nSelain resepi daging masak paprik, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.\n\nJangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
"Surabaya juga dikenali sebagai Kota Pahlawan. Terlalu banyak catitan sejarah di sini semasa rakyat Indonesia berjuang untuk kebebasan dari Belanda. Jom kami kongsikan 30 tempat menarik di Surabaya yang wajib anda lawati.\n\nDibangunkan pada tahun\u00a0 1862, muzium yang terletak di tengah-tengah kota Surabaya ini memiliki reka bentuk kolonial Belanda. Pada asalnya, bangunan muzium ini dijadikan pusat pendidikan oleh pihak Belanda, namun pada tahun 1932 ianya dibeli oleh Liem Seeng Tee untuk dijadikan kilang rokok Sampoerna.\n\nSebaik menjejakkan kaki ke dalam\u00a0Muzium House of Sampoerna\u00a0ini anda akan disambut dengan bau tembakau dan kolam ikan dengan bunyi pancuran air yang mewujudkan atmosfera menyenangkan. Antara pameran yang dapat dilihat di sini adalah koleksi antik mesin percetakan kotak rokok, peralatan yang digunakan di dalam makmal untuk menguji kualiti bahan rokok dan banyak lagi.\n\nDi tingkat kedua muzium ini pula anda dapat melihat pekerja kilang ini menyiapkan rokok, dikatakan setiap pekerja di sini dapat menyiapkan sekitar 300 batang rokok dalam masa sejam.\n\nKya Kya Kembang Jepun menempatkan pasar malam yang terkenal di Surabaya. Sekiranya anda ingin membeli pelbagai barangan cenderamata yang menarik kepada yang jauh di mata, jadikan ini salah satu lokasi shopping anda.\n\nSambil membeli-belah disini, anda boleh mencuci mata melihat banyak bangunan-bangunan klasik yang terdapat disekitarnya yang termasuklah tokong-tokong cina dengan warna yang membuatkan mata anda sentiasa terbuka.\n\nJembatan Biru Kenjeran merupakan sebuah tarikan yang masih baru di Surabaya.\u00a0Jambatan ini dibina untuk menghubungkan Pantai Ria Kenjeran Baru dan juga Pantai Kenjeran Lama. Pada waktu malam, pemandangan di sini sangat cantik apabila lampu berwarna-warni dipasang. Jika anda datang pada malam sabtu dan ahad, ada persembahan pancuran air yang berwarna-warni.\n\nPada asalnya bangunan perpustakaan ini merupakan tempat tinggal kepada Gabenor De Javasche Bank. Kini, fungsinya adalah sebagai Perpustakaan Bank Indonesia yang mana anda dapat menemui pelbagai koleksi jurnal dan buku berkaitan ekonomi.\n\nAnda boleh menjamu minda sambil bersantai di tempat-tempat duduk yang selesa seperti di taman dan di ruang lobi perpustakaan ini. Bukan ulat buku? Di sini anda juga boleh bergambar dalam bangunan dengan reka bentuk klasik ini.\n\n5. De Mata Trick Eye Museum\n\nIni bukanlah muzium arkeologi mahupun sains, tapi merupakansebuah muzium dengan 200 karya-karya 3D, 4D, 5D, ilusi dan\u00a0augmented reality\u00a0yang pelik dan menakjubkan. Anda pasti akan menghabiskan masa yang sangat lama untuk bergambar di sini.\n\nAir Terjun Coban Rondo adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang terletak di Gunung Panderman. Air terjun yang berketinggian 60 meter ini mempunyai lagenda yang\u00a0 tersendiri. Konon pada suatu ketika dahulu terdapat pasangan puteri dan putera yang baru sahaja berkahwin. Mereka dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga si putera.\n\nNamun, perjalanan mereka dihalang oleh seorang lelaki bernama Joko Lelono yang terjatuh hati dengan sang puteri. Putera dan Joko Lelono bergaduh berebutkan puteri. Para hulubalang terpaksa menyelamatkan puteri dengan membawanya ke kawasan yang selamati aitu air terjun ini.\n\nJoko dan suaminya mati sewaktu bertarung.\u00a0Rondo\u00a0di dalam bahasa Jawa bermaksud janda dan air terjun pula adalah\u00a0coban.\u00a0Jadi, begitulah kisah air terjun ini mendapat nama.\n\nDi Selecta Recreational Park,\u00a0 terdapat pelbagai tarikan untuk anda seisi keluarga seperti kolam renang, taman tema air,\u00a0flying fox, akuarium bersaiz gergasi, taman bunga dan banyak lagi. Apa yang menarik, taman ini berkedudukan pada ketinggian 1100 meter dari aras laut membuatkan cuacanya sejuk dan nyaman.\n\nBatu Secret Zoo adalah sebuah zoo yang menggabungkan taman haiwan dan taman tema, gabungan yang menyeronokkan bukan sahaja kanak-kanak malahan juga orang dewasa. Setelah puas melihat pelbagai jenis haiwan di sekitar zoo ini, anda akan sampai ke kawasan taman temanya.\n\nTaman tema ini terbahagi kepada dua, iaitu Jatim Park 1 dan Jatim Park 2. Jatim Park 1 menempatkan banyak permainan yang bersesuaian untuk remaja, manakala Jatim Park 2 pula lebih sesuai untuk kanak-kanak.\n\nMuseum Sepuluh November didirikan untuk memperingati pahlawan Indonesia, Sutomo ataupun lebih dikenali oleh rakyat Indonesia sebagai Bung Tomo yang terkenal dalam menyemarakkan semangat rakyat Indonesia untuk mempertahankan kemerdekaan Indonesia dan menentang pihak Belanda daripada cubaan menjajah. Di sini anda dapat melihat senjata, dokumen dan juga video yang berkaitan dengan perjuangan ini.\n\nMonumen yang berketinggian 41 meter ini bukanlah sekadar sebuah Tugu Pahlawan. Di dalamnya\u00a0 koleksi-koleksi patung, senjata, model 3D pertarungan dahulukala. Persekitarannya juga sangat menarik dengan kehijauan.\n\nIanya merupakan sebuah zoo. Kebun Binatang Surabaya menempatkan sekitar 2000 ekor haiwan yang terdiri daripada 315 spesies haiwan yang berbeza. Di sini juga ada kedai makan, kedai cenderahati dan juga ruang pendidikan di mana anda dan anak-anak berpeluang memberikan haiwan-haiwan di sini makan.\n\nMonumen Bambu Runcing telah dibina untuk menunjukkan penghargaan kepada para pejuang Surabaya yang telah banyak berkorban sewaktu Indonesia di bawah penjajahan. Di samping dapat melihat monumen yang penting di Surabaya ini, anda juga dapat menikmati pancuran air yang terdapat di sekitarnya.\n\nKalau anda ingin melihat pemandangan yang lebih indah di sekitar monumen ini, anda boleh rancang untuk ke sini di malam hari iaitu waktu ketika taman ini disirami dengan cahaya berwarna-warni.\n\nTaman Bungkul adalah sebuah taman rekreasi yang lengkap dengan tempat bermain\u00a0skateboard, laluan basikal, trek\u00a0jogging\u00a0dan lain-lain. Di sini anda boleh melihat bagaimana masyarakat tempatan Surabaya menghabiskan masa bersantai di waktu petang. Di sini ada disediakan wifi percuma.\n\nIndonesia pernah menjadi salah satu negara dengan kekuatan ketenteraan yang digeruni di Asia suatu ketika dahulu?\u00a0Indonesia memiliki bilangan kapal selam yang agak banyak kerana lokasinya yang terletak di kawasan yang berlautan luas. Anda ingin melihat dengan lebih dekat salah satu kapal selam yang dimiliki kerajaan Indonesia? Singgahlah ke Monumen Kapal Selam.\n\nDi Surabaya Carnival Park, anda akan berseronok di taman tema\u00a0indoor\u00a0dan\u00a0outdoor. Tarikan taman tema\u00a0indoornya adalah seperti muzium seni 3D, bioskop 4D dan patung lilin manakala taman tema\u00a0outdoornya pula terkenal dengan\u00a0ferris wheel\u00a0dan\u00a0roller coaster. Dari\u00a0ferris wheel\u00a0di karnival ini anda boleh menikmati pemandangan sekitar bandar Surabaya.\n\nTaman Remaja Surabaya juga merupakan sebuah taman tema. Di antara yang menarik di sini adalah kolam mandi,\u00a0kiddy boat,\u00a0boom boom car,\u00a0roller coaster mini,\u00a0flying fox, rumah hantu dan bermacam lagi. Selain tarikan ini, kemudahan lain yang disediakan adalah cafe dengan persembahan muzik\u00a0live\u00a0dan kedai cenderamata.\n\nGunung Bromo adalah gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Berketinggian 2000 meter dari aras laut, suhu di puncak gunung cukup sejuk sekali. Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan matahari terbenam dan naik yang terindah namun tidak berdaya untuk mendaki gunung, anda boleh mendapatkan khidmat lawatan menggunakan jeep yang disediakan oleh beberapa penginapan yang terdapat di sini.\n\nTerletak di kawasan yang dikatakan sebagai \u2018Chinatown\u2019 Surabaya, di sekitar Pantai Ria Kenjeran ini terdapat banyak bangunan dengan reka bentuk Cina yang menarik untuk dilihat seperti Pagoda Tian Ti, Dewi Kwan In, Klenteng Sanggar Agung dan banyak lagi.\n\nDi kawasan Pantai Ria Kenjeran ini pula lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak, gazebo, kedai cendramata, kedai makan dan lain-lain. Di pantai ini juga anda boleh menyewa kapal ataupun perahu.\n\nKlenteng Sanggar Agung adalah tokong Cina yang terletak di tepi laut. Tokong ini dikelilingi oleh pohon bakau yang tumbuh secara semulajadi. Destinasi ini memberikan latar belakang yang cantik bagi pencinta fotografi.\n\nCiputra Waterpark\u00a0merupakan taman tema air yang terbesar di Indonesia. Antara tarikan utama di sini ialah Sinbad\u2019s Playground dengan drum air raksasa yang mencurahkan 3000 liter air. Syracuse Beach pula adalah kolam ombak berkeluasan 1800 meter persegi. Di Roc Tower, jantung anda akan berdegup kencang bermain gelongsor-gelongsor panjang yang terdapat di sini.\n\nIngin melawat tempat yang indah pada waktu malam semasa di Surabaya? Taman Pelangi adalah lokasi yang wajib anda lawati. Ianya sangat cantik pada waktu malam dengan lampu yang berwarna-warni. Dari pintu masuknya anda pasti terpesona dengan cahaya yang dipancarkan dari 31 batang tiang dengan reka bentuk daun. Di sini juga ada taman permainan kanak-kanak dan air pancuran.\n\n22. Kebun Bibit Wonojero @ Taman Flora\n\nKebun Bibit Wonorejo adalah taman flora indah dengan taman bunga dan rumah anggerik beserta sebuah tasik buatan. Di sini juga terdapat bukit kecil yang cukup luas untuk anda sekeluarga\u00a0 beraktiviti dan berseronok sambil menikmati udara segar. Tarikan lain yang terdapat di Kebun Bibit Wonorejo ini adalah tarikan\u00a0wall climbing\u00a0yang sesuai untuk kanak-kanak dan lengkap dengan segala peralatan memanjat, laluan jogging, peralatan senaman dan taman permainan.\n\nPernah terfikir dari mana datangnya nama \u2018Surabaya\u2019 ini? Apakah maksudnya? Jika anda lihat dari Monumen Suroboyo yang terletak di hadapan Kebun Binatang Surabaya ini, anda dapat melihat dua ekor haiwan iaitu ikan jerung ataupun \u2018sura\u2019 dan buaya.\u00a0 Dua ekor haiwan inilah yang menjadi inspirasi nama Surabaya.\n\nTerletak di dalam taman bunga yang indah dengan udara yang segar iaitu Taman Apsari, Monumen Patung Gubernur Suryo ini didirikan untuk memberikan penghormatan kepada gabenor\u00a0 pertama Surabaya yang terbunuh sewaktu pemberontakan PKI pada tahun 1948.\n\nWisata Citra Raya\u00a0merupakan sebuah tarikan kota yang dibina dengan menjadikan Singapura sebagai inspirasi dan konsep utamanya. Dengar sahaja Singapura, pastinya anda membayangkan sebuah kota yang membangun dan dalam masa yang sama bersih dan terjaga lanskapnya.\n\nInilah fokus sebenar pembinaan Wisata Citra Raya iaitu untuk mewujudkan \u201ckota yang bersih, hijau dan moden.\u201d Antara kemudahan yang tersedia di sini adalah lapangan golf, sekolah antarabangsa, pasar, gym, taman tema air dan sebagainya.\n\nTerletak di pusat membeli-belah Lenmarc Surabaya, Trans Studio Mini merupakan taman tema\u00a0indoor\u00a0yang mengetengahkan konsep bandaraya New York. Dah namanya pun New York, sudah semestinya terdapat patung ikonik New York iaitu patung Liberty untuk anda bergambar sepuas hati.\n\nSelain itu, di dalam taman tema ini juga terdapat Jurassic Park yang menempatkan banyak patung\u00a0 dinosaur yang boleh bergerak.\u00a0Tarikan lain yang terdapat di sini adalah pelbagai mesin permainan dan juga roller coaster mini yang akan membawa anda melingkar keluar dari bangunan dan kemudiannya masuk kembali.\n\nIngin melihat bagaimana batik dihasilkan? Anda sekeluarga dapat melihat secara percuma demonstrasi pembuatan batik di Rumah Batik. Corak-corak batik yang dihasilkan di sini adalah menggunakan teknik tulis ataupun teknik cap. Motif-motif yang dapat anda lihat daripada pameran batiknya pula adalah gabungan motif dari Surabaya sendiri, Sumenep, Jombang, Tuban, Sidoarjo, Bojonegoro dan banyak lagi.\n\nTerdapat lebih daripada 1000 barangan yang dipamerkan di Muzium Surabaya. Antara yang dipamerkan di sini adalah wayang kulit, kerusi dan meja yang digunakan pda tahun 1950-an, mesin kira, Grand Piano yang digunakan pada suatu ketika dahulu untuk menghiburkan penjajah dan banyak lagi. Pencinta barangan aktik wajib datang ke sini.\n\nMonumen ini merupakan salah satu monumen penting di Surabaya yang wajib anda lawati. Sebagai Kota Pahlawan, monumen ini adalah salah satu simbol kekuatan Surabaya. Jalesveva Jayamahe membawa maksud \u201cdi lautan kita jaya\u201d yang juga merupakan motto Angkatan Laut Indonesia. Monumen yang berketinggian 30.6 meter ini didirikan di atas bangunan yang menempatkan muzium angkatan laut Indonesia.\n\n30. Hutan Bambu dan Taman Sakura\n\nHutan Bambu dan Taman Sakura mengetengahkan konsep taman bandar dan hutan bandar.\u00a0Di Taman Sakuranya anda akan disajikan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang tersusun rapi mengikut warna seperti putih, jingga, merah, ungu, merah jambu dan kuning. Pastikan anda datang pada waktu peralihan musim iaitu antara musim hujan dan panas untuk nikmati pemandangan bunga-bungaan yang tumbuh dengan mekar.\n\nItulah dia 30 tempat menarik di Surabaya yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Best juga kan? Selamat bercuti.\n\nKami harap anda sukakan senarai tempat menarik di Surabaya, tidak kisalah sama ada hutan di Surabaya ataupun tempat yang lain. Selain tempat di surabaya, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan."
"Nak tahu kenapa perempuan membebel kepada lelaki?\n\n\u201cPenat kemas rumah tak habis lagi, budak-budak ni dah buat sepah lagi. Abang pun satu, kalau nampak anak-anak tu sepahkan rumah, cuba tegur. Saya tengah masak kat dapur. Haaiii, ingat kita robot ke apa. Macam ni kena upah bibik, bolehlah saya berehat sedikit.bla bla bla..\u201d\n\nSituasi macam ni bukanlah sesuatu yang ganjil dalam sesebuah keluarga. Di sebalik sifat semula jadi yang penuh dengan kasih sayang dan kelembutan, jangan dijolok sarang tebuan. Itulah bahananya kalau perempuan dah mula membebel.\n\nWalau pun kebanyakan lelaki tak suka, kalau ibu, adik-beradik perempuan atau isteri membebel, namun ada sebabnya bebelan tu. Cuba tahankan hati untuk dengar butir-butir bebelan tu. Ada maklumat-maklumat penting di sebalik cakap tak henti tu.\n\nDalam artikel ni, penulis akan berkongsi 15 sebab perempuan suka bebel. Mungkin lelaki tak suka dengar bebelan yang membingitkan telinga. Ada sebabnya wanita suka membebel. Mungkin ada perkara yang boleh dibetulkan untuk kebaikan bersama.\n\nJangan pula ingat penulis menyokong wanita yang suka membebel. Itu memang fitrah semula jadi kebanyakan wanita yang tanpa sedar menjadi bertih jagung. Artikel ni hanya bertujuan mengorek beberapa rahsia di sebalik kenapa perempuan membebel panjang tu.\n\nMana tahu lelaki ada terlepas pandang beberapa perkara penting. Ah, jom baca kenapa perempuan membebel sama-sama!\n\nMana-mana wanita pun akan jadi gunung berapi yang meletus kalau barang yang dicari hilang dari tempatnya. Boleh buat gaduh tu. Sebagai pengurus rumah tangga, tentunya mereka lebih arif tentang susun atur barang-barang di rumah.\n\nNamun, kadang-kadang suami atau anak-anak tak ambil endah sangat perkara sebegini. Lepas ambil barang yang diingini, mulalah letak merata-rata. Contohnya selepas mandi, tuala yang sepatutnya disangkut pada penyidai, dicampak pula di atas katil.\n\nBayangkan dah janji nak keluar makan pukul 6.00 petang, batang hidung tak nampak sampailah pukul 7.00 lebih. Memang tahanlah telinga kena bebelan dari rumah sehingga ke dalam kereta. Kalau nasib tak baik, lepas makan sambung lagi membebel di rumah.\n\nMana taknya, berbanding lelaki, perempuan tentunya lebih lambat bersiap. Dengan nak cari bajunya. Kena pula padankan dengan tudung yang sesuai. Belum lagi bersolek dan pakai tudung. Semua ni ambil masa yang lama. Kalau dah siap tapi tak sampai-sampai juga memang cari masalah.\n\nWanita memang dilahirkan dengan sifat yang kompleks dan mempunyai sentimen yang tinggi atas perkara-perkara tertentu. Itulah sebabnya mereka tak pernah lupa tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun kelahiran, perkahwinan dan sebagainya.\n\nBerbeza dengan lelaki, bagi mereka tu semua perkara remeh. Kalau tiba-tiba kekasih hati atau isteri tarik muka, cuba ingat betul-betul sebelum kena bebel.\n\nBiasanya lelaki yang akan memandu kereta dan si isteri lebih selesa menjadi penumpang di sebelah. Yang jadi masalahnya, ketika leka membelek telefon bimbit, suami menekan brek secara tiba-tiba.\n\nJawabnya tak hentilah mulut si isteri membebel kerana fikirkan keselamatan mereka. Yang lebih teruk, kalau semasa tekan brek si isteri sedang pakai gincu. Hmmmmm..\n\nAda lelaki yang mempunyai hobi bermain game. Jika ada waktu terluang memang fokusnya hanya pada game. Jika keterlaluan, si isteri boleh hilang sabar dibuatnya. Mana taknya, masa habis begitu saja. Bil elektrik juga melambung naik.\n\n#6 Suami Lebihkan Kawan Berbanding Isteri\n\nBerbanding wanita, kaum lelaki masih bebas berjumpa dengan kawan-kawan tak kira masa. Wanita pula sibuk di tempat kerja dan di rumah. Mereka perlu masak dan uruskan anak-anak. Bila suami sering tiada di rumah, pastinya mereka akan berasa bosan.\n\nJika dah tak mampu nak simpan lagi, mereka akan mula membebel untuk meluahkan perasaan marah dan geram. Jangan pula masa tu marahkan isteri sebab tak memahami.\n\nWalaupun kelakar, kena bebel tu pasti berlaku. Lain yang suruh dibeli, lain pula yang dibawa pulang. Minta daun sup, dibelikan daun ketumbar. Malah, ada yang tak tahu jenis-jenis ikan yang isteri minta. Nak masak ikan siakap 3 rasa, terpaksa masak ikan tongkol pula.\n\nMencari nafkah tentunya tanggungjawab kaum lelaki. Namun, ada juga kes suami yang malas bekerja dan isteri pula sibuk cari rezeki. Jika sihat tubuh badan dan mental, tiada alasan untuk tak bekerja.\n\nSuami yang ambil kesempatan macam ni memang perlu dielakkan sama sekali. Isteri mana yang sanggup tahan. Tak cukup penat cari duit, perlu pula uruskan makan minum suami dan anak-anak. Jika dah tak larat lagi, memang kena bebel 24 jam.\n\n#9 Dah 10 Tahun Tak Tukar Perabot\n\nBelek-belek katalog Ikea, terdetik dalam hati nak tukar perabot untuk raya tahun ni. Dah bagi macam-macam hint pada suami. Hujung-hujung janji tinggal janji. Bila pergi beraya rumah saudara-mara atau kenalan, hati berapi-api tengok perabot baru.\n\nBalik rumah, tadahlah telinga kena bebel dengan isteri sebab perabot tak pernah tukar dari dulu. Yang penting kalau masih elok dan boleh digunakan, jangan bazir beli baru jika ada komitmen lain.\n\n#10 Berat Mulut Puji Masakan Isteri\n\nPastinya sedih kalau penat-penat bersilat di dapur menyediakan makanan kegemaran, suami hanya makan tanpa cakap apa-apa. Kalau beli lauk di gerai Cik Siti, puji bukan main lagi. Memang bernanahlah telinga kena bebel kalau masakan isteri sendiri liat nak puji.\n\n#11 Jika Sakit Malas Nak Pergi Klinik\n\nAda orang yang tak suka ke klinik atau hospital kalau sakit. Mereka lebih suka berehat di rumah atau makan ubat tahan sakit. Sebagai isteri yang mengambil berat akan kesihatan suami, tentunya mereka akan paksa suami untuk dapatkan rawatan.\n\n#12 Tiap Tahun Beraya Rumah Mertua\n\nSetiap kali raya, kes yang paling banyak diperkatakan adalah tentang pergaduhan suami isteri tentang destinasi balik kampung. Kalau setiap kali raya puasa atau raya haji asyik nak balik ke rumah mak bapa suami, isteri mana boleh tahan.\n\nSepatutnya hari yang mulia disambut dengan kemeriahan dan kesyukuran berakhir dengan pergaduhan dan leteran tanpa henti. Bertolak-ansur lebih baik dan buatlah sistem giliran balik kampung.\n\n#13 Kereta Rosak di Tengah-Tengah Jalan\n\nBaru nak mood gembira dapat berjalan-jalan dengan keluarga tercinta, tiba-tiba kereta boleh buat hal. Yang lebih haru, kereta rosak di tengah-tengah jalan yang kiri kanannya hanya hutan tebal saja.\n\nBukan tak memahami keadaan suami, namun disebabkan risau keselamatan diri dan anak-anak, biasanya wanita akan terbebel tanpa sengaja. Suami yang sedang kalut bertambah stres jadinya.\n\n#14 Habiskan Duit Pada Hobi Kegemaran\n\nBila dah bergaji, mulalah si suami beli barangan aksesori kereta. Yang minat alat permainan seperti kereta kawalan jauh sanggup cari yang lebih terkini. Kebanyakan hobi yang disukai lelaki memerlukan kos yang tinggi.\n\nAda isteri yang tak suka suami yang obses dengan hobi sebegini. Jika beli sesekali, masih boleh diterima. Ni kalau sampai setiap bulan, memang saja buat isteri marah.\n\n#15 Tanpa Bebelan, Tak Adalah Hiburan\n\nJangan salah faham, bebelan seorang wanita bukan semuanya kerana rasa marah, geram atau sakit hati. Kadang-kadang mereka membebel untuk bergurau dengan suami dan anak-anak.\n\nSeronok bila tengok respon suami yang kena bebel untuk hal-hal kecil. Anggaplah ia hiburan dalam keluarga. Bosan jadinya rumah yang sunyi tanpa gurauan dan tawa.\n\nMacam mana kaum lelaki? Setuju tak dengan senarai 15 sebab kenapa perempuan membebel? Bagi kaum wanita jangan jadikan tabiat suka membebel sebagai suatu cara untuk menunjukkan kemarahan atau tak puas hati.\n\nCara yang paling baik ialah berbincang dan berterus-terang. Ini kerana kadangkala kita tak menyampaikan sesuatu secara telus, bebelan sekadar untuk menyindir dan sampaikan secara tersirat. Bebelan akan membuat lelaki menjadi semakin ego dan sakit hati.\n\nJemput juga baca tanda suami tak sayang dan urutan untuk suami"
"Sejak kebelakangan ini, penggunaan cheese di dalam makanan di Malaysia semakin terkenal dan ramai juga yang meminatinya. Daripada pisang goreng cheese sehinggalah ke popia cheese. Kesemuanya mendapat sambutan yang baik daripada semua segenap lapisan masyarakat tidak mengira umur dan bangsa.\n\nKombinasi cheese dan kek juga tidak terlepas dan sudah pun menjadi terkenal. Kek cheese leleh ini sudah semestinya akan membuatkan anda ketagih dengan cheese. Rasanya yang manis manis dan diselangi dengan rasa cheese yang enak membuatkan kek cheese leleh menjadi kegemaran ramai orang.\n\nTanpa membuang masa lagi mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara penyediaannya. Resepi kek cheese leleh ini telah dikongsikan oleh Aaliaanis Kitchen di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSelain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Oh, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!"
"Nyanyian sangat sinonim dalam kehidupan seharian kita semua termasuk kanak-kanak dan juga bayi. \n\nMasing-masing pasti mempunyai minat yang tersendiri tidak kira sama ada ianya adalah alunan zikir, lagu nasyid, lagu kanak-kanak, lagu rakyat dan sebagainya.\n\nTahukah anda, dengan menjadikan nyanyian sebagai rutin harian bersama si kecil, ia sebenarnya memberi pelbagai manfaat buat mereka?\n\nIkuti perkongsian Puan Masturah A. Latib yang merupakan seorang guru atau lebih dikenali sebagai Teacher Mas, melalui laman Facebook peribadinya tentang 7 manfaat menyanyi untuk anak kecil ini.\n\nApabila bayi berada dalam keresahan dan tidak tenteram, nyanyian ibu bapa dapat menjadi salah satu sumber ketenangan bagi mereka.\n\nPsychology Today melaporkan bahawa sejak usia 25 minggu dalam kandungan, bayi mempunyai kelebihan untuk mengingati getar suara dan irama dari persekitarannya, lebih-lebih lagi jika nyanyian tersebut didengari daripada individu terdekat dan sering diulang-ulang.\n\nMindanya yang sedang pesat berkembang amat mudah untuk mengenali lagu tersebut dan seterusnya memberi bayi rasa \u2018familiar\u2019 dengan lagu tersebut. Secara tidak langsung, ianya dapat memberi ketenangan dan keselesaan kepada bayi dan anak kecil.\n\nMenyanyi merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan hubungan (bonding) antara bayi dan individu di sekelilingnya. \n\nMenariknya, kajian yang dilaporkan oleh The Times mendapati bahawa dengan menyanyi kepada bayi, wanita dapat mengurangkan risiko \u2018postpartum depression\u2019 atau tekanan emosi yang dialami.\n\nIbu dan ayah juga boleh memberi galakan buat si abang atau kakak untuk berkomunikasi dengan bayi yang baru lahir dengan cara menyanyi. Ini kerana, lebih kerap kita menyanyi untuknya, lebih mudah untuk bayi mengingati suara dan mengenali kita. \n\nSekaligus, ianya dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.\n\nMelalui nyanyian, ibu dan ayah dapat melatih kemahiran si kecil untuk mendengar dengan baik. Nyanyian merupakan salah satu kaedah terbaik bagi mengasah kebolehan bayi dan anak kecil untuk mendengar bunyi serta perkataan yang berbeza, dalam lirik lagu yang didengarinya.\n\nMelalui perkataan yang didengari melalui nyanyian juga, bayi dan anak kecil dapat belajar memahami emosi yang digambarkan melalui mimik muka kita semasa menyanyi.\n\nDengan terbinanya kemahiran mendengar yang baik, lama-kelamaan bayi dapat memberi tindak balas yang baik apabila kita berbicara dengannya. Kelak, anak kecil ini akan dapat menggunakan perkataan yang dipelajari melalui nyanyian tersebut dalam perbualan seharian.\n\nSeperti yang dijelaskan dalam sebuah artikel oleh National Association for the Education of Young Children, apabila kita menerapkan nyanyian tertentu dalam setiap aktiviti yang dilakukan \u2013 seperti bangun pagi, mandi atau tidur, semakin lama minda bayi akan semakin terlatih untuk melakukan sesuatu perkara dengan tertib dan mengikut rutin.\n\nSebagai contoh, apabila kita menyanyikan lagu Didi & Friends kepada anak semasa bermain dan alunan zikir semasa mendodoikan mereka tidur, mereka akan terbiasa dengan nyanyian ini dan dapat mengenal pasti jenis nyanyian tertentu bagi melambangkan aktiviti tertentu.\n\nCara ini dapat memudahkan ibu dan ayah untuk menarik perhatian si kecil untuk mengajak mereka melakukan aktiviti berkenaan. Kelak, bayi dan anak kecil akan terlatih untuk mengikuti aktiviti harian tersebut secara semulajadi.\n\nDengan irama yang menarik, bahasa akan menjadi lebih indah melalui lagu. Selain berbual dengan si kecil, menyanyi juga memberi kesan positif kepada otak mereka untuk menerima serta mempelajari bahasa asing dengan mudah dan lancar, pada usia 3 tahun pertama mereka. \n\nMenurut kajian yang dilaporkan oleh Frontiers Academy, apabila anak mencecah usia 8 hingga 12 tahun, kebolehan semulajadi mereka ini akan semakin berkurang.\n\nDi Malaysia, kita cukup bertuah kerana terdapat banyak bahasa yang boleh didedahkan kepada anak-anak seperti bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil, dan bahasa Arab.\n\nOleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyanyi bersama bayi dan anak kecil, dalam usaha memberi pendedahan pelbagai bahasa buat mereka sejak awal usia.\n\nDalam setiap bait-bait lirik yang dinyanyikan, sama ada melalui lagu moden mahu pun lagu rakyat, bayi dan anak kecil pasti dapat menangkap dan mengingati perkataan yang kerap disebut melalui nyanyian itu.\n\nApabila kita menyanyi sambil memandang tepat ke mata si kecil, mereka akan berasa lebih yakin untuk turut sama menyebut perkataan-perkataan yang didengari, sekaligus menggalakkan mereka untuk bertutur.\n\nMelalui nyanyian, ianya dapat memperluas perbendaharaan kata si kecil dan seterusnya akan digunakan untuk bertutur serta membina ayat apabila tiba masanya kelak.\n\nBagi anak yang aktif, mungkin agak sukar untuk menarik perhatian mereka supaya belajar serta menumpukan perhatian melalui aktiviti membaca dan duduk setempat. Maka, ibu dan ayah boleh menggunakan pendekatan nyanyian beserta gaya agar mereka dapat belajar pelbagai perkara sambil bergerak aktif dalam nyanyian.\n\nSebagai contoh, ibu dan ayah boleh menyanyikan lagu mudah seperti lagu Anggota Badan beserta dengan pergerakan mengikut lirik lagu tersebut. \n\nMemandangkan anak kecil berkebolehan dan gemar meniru gaya melalui apa yang dilihat di persekitaran mereka, secara tidak langsung, anak kecil dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dengan cara yang lebih menarik, iaitu meniru gaya tersebut sambil menyanyi. Anak kecil juga turut belajar cara mengawal anggota badan mereka melalui aktiviti menyanyi sambil menari ini.\n\nTerdapat banyak pilihan lagu yang \u2018catchy\u2019 di internet yang boleh dinyanyikan dan dimainkan. Namun, ibu dan ayah wajib memantau dan tidak \u2018lepas tangan\u2019 dengan membiarkan anak menyanyi menghadap gajet semata-mata. Bagi memastikan proses pembelajaran berlaku dengan berkesan, ibu dan ayah perlu menyanyi serta sama-sama aktif menari dengan anak.\n\nSangat banyak manfaat yang diperolehi melalui aktiviti menyanyi untuk bayi dan bersama anak kecil ini, bukan?\n\nMemandangkan terdapat banyak perkara dapat disampaikan dengan berkesan melalui kaedah nyanyian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa aktiviti menyanyi merupakan medium pembelajaran yang baik buat kanak-kanak. \n\nIanya bukan sahaja sesuai untuk dilaksanakan di sekolah, malah sangat berguna untuk mempersiap anak kecil sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ini kerana,\n\nOleh itu, jadikan aktiviti menyanyi untuk bayi dan menyanyi bersama anak kecil sebagai rutin seharian yang sangat menyeronokkan buat mereka.\n\nJom ibu ayah, kita nyanyi sama-sama dan cipta memori indah bersama anak-anak melalui nyanyian!\n\n(Kredit kepada Puan Nik Eliani Nik Nawi iaitu penulis buku bersama Bacalah Anakku dan Read Easy untuk perkongsian beliau kepada Puan Masturah A. Latib tentang manfaat menyanyi bersama anak ini).\n\n*Sumber asal perkongsian ini adalah daripada Puan Masturah A. Latib melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau."
"Apabila hampir hari jadi ayah atau hari ayah sedunia, pasti ramai mencari-cari apakah hadiah terbaik untuk ayah anda. Percayalah, konsepnya sama sahaja, anda pasti berikan hadiah yang cukup ringkas buat ayah anda. Apa kata anda buat sedikit kelainan dengan memberikan hadiah yang luar biasa untuk mereka.\n\nAnda perlu elakkan dari memberi hadiah yang selalu ayah terima, tetapi berilah hadiah yang unik dan luar biasa jarang atau tidak pernah mereka terima. Sama ada barang kegunaan atau perhiasan, asalkan ayah amat sukakannya. \n\nUntuk itu, penting bagi anda ketahui minat mereka supaya mudah anda memilih hadiah untuk ayah. Jom lihat hadiah untuk ayah yang menarik dan luar biasa.\n\n1. Smart Bluetooth A1 Smart Watch \n\nBerikan hadiah untuk ayah yang belum pernah mereka ada. Jam smart bluetooth ini berfungsi menghubungkan jam dengan telefon bimbit anda. Dengan melihat di jam sahaja, ayah anda akan melihat mesej dan panggilan telefon yang masuk. Ia juga dapat memantau waktu tidur ayah anda supaya ayah mendapat tidur dan rehat secukupnya.\n\nSekiranya ayah anda seorang kaki pancing, apa salahnya anda jadikan set memancing sebagai hadiah untuk ayah. Mereka pasti teruja mendapat hadiah berupa minat mereka. Ayah akan bertambah gembira dan tersenyum sepanjang hari.\n\nWangian adalah sesuatu yang menenangkan. Hadiahkan perfume atau wangian kegemaran ayah anda untuk memberikan ketenangan kepada mereka. Apa sahaja minyak wangi yang anda pilih, pasti mereka terima, namun berilah minyak wangi kegemaran mereka dan bersesuaian untuk seorang lelaki.\n\nHadiah untuk ayah yang sesuai diberikan juga adalah Rayban. Rayban berwarna hitam dan dilengkapi khas dengan kad hadiah, kotak hadiah adalah sangat cantik dijadikan hadiah ayah anda. Anda boleh pilih pelbagai rayban yang cantik dan sesuai di Lazada.\n\nSet penjagaan diri adalah set terbaik untuk ayah anda memanjakan diri di rumah. Mereka pasti akan gunakan set penjagaan diri pemberian anda itu. Pastikan jenama yang anda pilih menepati citarasa anda. Sebagai contoh, pilihlah set grooming for men Nivea. Ia pasti menjadi pilihan ramai lelaki.\n\nPilihan jam tangan sebagai hadiah untuk ayah bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ramai yang akan membeli jam tangan untuk ayah, namun bezanya jenis jam tangan bagaimana yang harus anda beli? Bergantung kepada minat ayah anda juga, jika mereka sukakan jam tangan klasik, anda boleh dapatkan jenama DANIEL WELLINGTON Classic Black St Mawes Watch. Banyak lagi pilihan yang boleh anda pilih selain jam tangan minimalis ini.\n\nTerdapat banyak jenis baju kurta yang mempunyai design menarik akhir-akhir ini, baju kurta ini juga sesuai dipakai keluar rumah ke kerja dan majlis-majlis. Apa kata hadiahkan ayah anda sehelai baju kurta. Pilih sahaja design kurta yang anda inginkan, ayah pasti sukakannya. Hadiah untuk ayah ini sesuai dipakai ke mana sahaja yang mereka pergi.\n\nHadiah untuk ayah yang amat bernilai adalah supplemen vitamin. Vitamin seperti Berocca, Blackmores dan lain-lain lagi sesuai diambil oleh mereka yang berusia seperti ayah anda. Ia penting untuk kesihatan jantung dan tubuh badan mereka. Belilah satu untuk mereka!\n\nSama seperti surprise delivery yang lain, set buah-buahan dan coklat adalah hadiah untuk ayah yang amat mengejutkan. Ayah pasti tak sangka akan hadiah yang mereka terima ini. Tambah-tambah apabila anda meminta surprise planner menghantar set hadiah ini ke pejabat ayah anda.\n\nBeg poket lelaki ini sesuai dijadikan hadiah untuk ayah. Mereka boleh gunakannya untuk ke mana sahaja bagi meletak barang-barang penting seperti dompet, kunci kereta, rokok, kitab dan lain-lain lagi. Untuk travel, ia amat sesuai digunakan.\n\nAyah siapa yang tidak pernah ada jambang, janggut atau misai? Pasti semuanya ada dan pasti akan suka untuk kemaskan bahagian tersebut, bukan? Inilah dia mesin cukur lelaki yang boleh anda jadikan hadiah untuk ayah anda. Mesin pencukur lelaki elektrik ini agak mewah dan mudah untuk digunakan.\n\n12. Set Kitab Selawat Barakah Makkiyah\n\nKitab selawat Barakah Makkiyah adalah himpunan selawat-selawat nabi SAW yang sesuai untuk diamalkan oleh anda sekeluarga dalam mendapatkan sesuatu hajat. Hadiah untuk ayah ini mempunyai dua jenis iaitu kitab selawat dan juga kitab terjermahan. Ayah anda akan menghargainya sekiranya mengetahui nilai dan kebaikan beramal dengan kitab ini.\n\nMesin urut sama ada mesin urut badan, tangan atau kaki sesuai untuk digunakan oleh ayah anda. Anda boleh menghargai mereka dari segi menghadiahkan sesuatu yang dapat melegakan otot dan saraf mereka. Ia juga amat bagus untuk kesihatan, ayah pasti akan menghargainya!\n\nHadiah untuk ayah yang pasti akan buatkan mereka teruja adalah pakej spa lelaki. Pakej spa yang merangkumi facial, menicure, pedicure, shaving, srub, massage dan lain-lain lagi akan membuatkan ayah anda tenang dan gembira. Jarang sekali seorang lelaki bergelar ayah menghabiskan masa di spa, inilah masanya untuk anda hadiahkan pakej ini kepada mereka.\n\nMenarik bukan hadiah untuk ayah kali ini? Pilihlah mana satu hadiah yang sesuai untuk diberikan pada ayah anda. Semuanya luar biasa dan agak unik, mereka pasti akan suka. Semoga hadiah untuk ayah ini juga menjadi kenangan indah seorang ayah dan diingati selamanya.\n\nJemput baca Hadiah untuk ibu dan ayah, Hadiah untuk ibu dan Hadiah hari jadi anak perempuan."
"Anak-anak kalau sudah sakit tu, memang tidak tidurlah ibu bapa hendak memastikan mereka kembali sihat seperti sebelumnya. Sudah namanya sayang kan.\n\nMacam biasalah, asyik-asyik demam, batuk dan selesema. Tetapi, para ibu bapa pernah tidak tertanya-tanya bagaimana caranya supaya anak tidak kerap jatuh sakit?\n\nDi sini, terdapat perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih untuk dijadikan pedoman bagi para ibu bapa di luar sana.\n\n1. Selalu dibawa ke tempat ramai orang. Jangkitan virus mudah berlaku apabila anak kita terdedah kepada orang ramai. Titisan cecair ketika batuk dan bersin boleh mengakibatkan penularan kuman.\n\n2. Pengudaran di dalam rumah yang kurang baik. Pastikan tingkap dibuka, ruang tidak terlalu tertutup, ada ruang untuk udara keluar masuk.\n\n3. Terdedah kepada mereka yang sedang alami jangkitan. Ini akan meningkatkan risiko anak kita turut mendapat jangkitan. Cuba jauhkan daripada anak-anak kecil lain sekiranya mereka sedang alami flu dan demam.\n\n4. Kebersihan diri yang kurang dijaga. Sebaik keluar tandas atau bilik air, pastikan tangan dibasuh bersih-bersih dengan sabun. Jangkitan boleh merebak secara terus atau secara tidak langsung seperti meja makan, alat permainan, tombol pintu m, stroller dan sebagainya.\n\n5. Lewat dibawa berjumpa doktor. Sekiranya anda mendapati anak anda tidak sembuh walau sudah memberi rawatan awal di rumah, jangan tunggu lagi. Bawa segera berjumpa doktor. Rawatan awal amat membantu.\n\n*Apa tunggu lagi, marilah kita bersama-sama kongsi info ini kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana ya!\n\n*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
"Keluarga bahagia merupakan impian setiap wanita yang sudah berumah-tangga. Suami yang penyayang, setia, dan sentiasa ada bersama disaat susah dan senang. Anak-anak yang comel, bijak, soleh, dan mendengar kata. Satu keluarga hidup dengan bahagia, aman, dan harmoni. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips keluarga bahagia.\n\nSebagai manusia yang beragama islam, solat adalah tiang agama. Oleh itu, jika anda inginkan keluarga bahagia, pastikan anda sekeluarga solat dengan sempurna 5 waktu sehari semalam. Solat awal waktu sekiranya berkesempatan.\n\nBagi suami, boleh amalkan bersolat jemaah di masjid pada waktu subuh dan maghrib. Jadikan juga solat berjemaah sebagai amalan harian anda sekeluarga.\n\n2. Jadikan Al-Quran & ceramah agama sebagai hiburan di rumah\n\nBerapa ramai yang menjadikan Al-Quran dan ceramah agama sebagai hiburan di rumah? Berapa ramai yang mengaji bersama keluarga selepas solat maghrib berjemaah? Kebiasaanya, keluarga biasa menghabiskan masa menonton rancangan hiburan di televisyen.\n\nApa kata mulai hari ini anda tukar, buka saluran agama dan dengar ceramah dari para cendekiawan agama sebagai santapan rohani anda sekeluarga.\n\nSentiasa ingat bahawa Allah ada bersama kita. Apabila terdetik dihati untuk melakukan sesuatu yang bakal melukakan perasaan pasangan, ingat bahawa Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Sebagai anak, sekiranya kita melakukan maksiat, ingatlah bahawa mungkin ibu bapa anda tidak tahu, tapi Allah maha mengetahui. Keluarga yang sentiasa mengingati Allah akan menjadi sebuah keluarga yang bahagia.\n\nSetiap hari, pastikan anda sekeluarga makan bersama sekurang-kurangnya sekali, sama ada waktu bersarapan pagi atau makan malam. Keluarga yang makan bersama biasanya lebih rapat dan bahagia berbanding keluarga yang tidak mengamalkan aktiviti makan bersama.\n\nUntuk menjadi sebuah keluarga bahagia, setiap ahli keluarga perlu mengamalkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Walau pun anda bergelar ibu, tidak bermakna anak anda tidak layak untuk membuat keputusan, terutamanya apabila anak sudah dewasa dan memulakan kehidupan sendiri. Jika ingin dihormati, anda juga perlu menghormati orang lain.\n\n6. Saling memaafkan & melupakan kesalahan yang lalu\n\nDalam kehidupan seharian, kita takkan lari dari melakukan kesalahan. Akan ada perbuatan anak atau suami yang melukakan hati anda. Namun, untuk mendapat keluarga bahagia anda perlu belajar untuk memaafkan dan melupakan kesalah yang dilakukan. Berikan peluang kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya kerana keluarga adalah yang paling utama dalam hidup anda.\n\nSukar untuk memafkan kerana anda terlalu terluka? Mungkin hati anda hancur apabila dapat tahu ada wanita lain dihati suami. Tak dinafikan, ianya sangat menyakitkan namun anda harus ingat bahawa tiada manusia yang sempurna. Mungkin suami anda tersilap langkah, terperdaya dengan godaan di luar rumah tapi itu tak bermakna suami tidak layak untuk mendapat peluang kedua.\n\nSiapa tahu, selepas anda memberi kemaafan dan berikan suami peluang kedua, suami anda menjadi suami dan ayah yang lebih baik kepada anda dan anak-anak. Kalau selama ini suami kurang memberikan perhatian kepada anda, mungkin selepas menyedari kesilapannya, anda akan dilayan bak permaisuri.\n\nDalam hidup berumah tangga, perlu ada sikap bertolak-ansur dan tidak mementingkan diri sendiri. Bertimbang rasa akan menjadikan keluarga anda lebih harmoni. Anda takkan rugi sekiranya sudi bertolak-ansur dalam sesuatu perkara.\n\nSebagai contoh, sepatutnya cuti sekolah nanti anda sekeluarga telah merancang untuk bercuti ke luar negara selama seminggu namun tiba-tiba ibu mertua anda jatuh sakit. Tak salah jika anda tunda percutian sehingga ibu mertua anda sihat semula. Malah pasti suami akan lebih menghargai anda.\n\n9. Sentiasa ada untuk satu sama lain\n\nKeluarga adalah insan yang akan sentiasa ada untuk satu sama lain setiap masa. Semasa anak anda berhempas-pulas untuk menghadapi peperiksa akhir tahun, tak salah kalau anda dan suami memberikan sokongan dengan belajar bersama-sama. Jika suami anda perlu berjaga malam untuk menyiapkan kerja, apa salahnya kalau anda temankan sambil bancuhkan kopi dan sediakan sedikit juadah untuk menghilangkan mengantuk.\n\nJika ada ahli keluarga sedang menghadapi masalah, anda sebagai ibu perlu menjadi pendengar yang setia supaya anda akan sentiasa menjadi orang yang paling rapat dengan anak. Begitu juga dengan suami, pastikan anda sentiasa mendengar luahannya jika ada masalah di tempat kerja. Ingatlah, jika anda gagal menjadi pendengar setia untuk mereka yang tersayang, akan ada orang lain yang mengambil tempat anda.\n\nSekali-sekala, bawa keluarga berjalan-jalan makan angin untuk mencipta memori bersama, lebih-lebih lagi semasa anak-anak masih kecil. Semua memori ini akan diingati sampai bila-bila dan mengeratkan hubungan anda sekeluarga.\n\n12. Kurangkan penggunaan gajet semasa bersama keluarga\n\nDi zaman moden ini, gajet terutamanya handphone sudah menjadi pesaing untuk anda mendapat perhatian orang yang tersayang. Berapa ramai di antara kita yang duduk bersama keluarga, namun masing-masing leka dengan handphone di tangan? Seolah-olah ada tapi tiada.\n\nUntuk mendapatkan keluarga bahagia, kurangkan penggunaan gajet semasa bersama keluarga. Tinggalkan group whatsapp sekolah yang sedang bergelak ketawa berjenaka, dan pilih untuk bergelak-ketawa bersama ahli keluarga.\n\nJangan pernah lupa harii istimewa setiap ahli keluarga, contohnya tarikh lahir. Tak salah kalau anda belikan hadiah dan masak makanan istimewa untuk meraikan hari istimewa tersebut. Penghargaan yang diberikan akan membuatkan keluarga anda lebih bahagia.\n\nItulah dia 13 tips keluarga bahagia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tips selesaikan masalah perkahwinan, doa untuk anak, dan\u00a0tanggung jawab isteri."
"Jika datang mood rajin masak, mesti pelbagai jenis makanan ingin dibuat. Berbagai-bagai jenis makanan yang menarik patut untuk mengisi masa kosong sebelum mood masak jadi hilang.\n\nResepi pai ayam cendawan atau mushroom chiken pie dengan cheese amat tular dalam kalangan masyarakat melayu sejak kebelakangan ini. Mak patut cubakan resepi ini apabila ada masa lapang.\n\nCara yang sama dan resepi crust yang sama dengan pai telur yang sempat viral masa itu. Cuma Nor Izyanti Ismail\u200e dalam perkongsiannya di laman Facebook mengolah inti telur jadi ayam dengan rasa yang semestinya lagi sedap.\n\nKepada sesiapa yang tidak punya oven boleh buat pai ini. Senang saja cara buatnya walaupun hanya menggunakan sukatan yang diagak-agak sahaja. Hidangkan untuk minum petang-petang. Selamat mencuba.\n\nNota : Sayur-sayur boleh digantikan dengan mix vegetables.\n\nSelain resepi pai ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Tart nenas, biskut yang tidak pernah lekang oleh masa. Tart nenas selalu dicari untuk dihidangkan pada hari raya. Letak sebalang dua balang tart nenas untuk tetamu konfirm akan cepat habis.\n\nKalau selalunya anda beli tart nenas di kedai, apa kata tahun ini anda cuba buat sendiri. Resepi tart nenas gebu dan sedap akan kami berikan secara percuma kepada anda.\n\nBuat sendiri tart nenas lebih puas dan berbaloi, boleh dapat berbalang-balang, boleh simpan stock sampai habis masa raya. Tanpa perlu tunggu masa raya pun, anda boleh saja buat tart nenas hari ini juga. Dijadikan camilan untuk seluruh ahli keluarga.\n\nTanpa buang masa, jom tengok resepi tart nenas yang dikongsikan oleh Suhaila Azhar di laman Facebook ini. Walaupun jem nenas boleh anda dapatkan di kedai kek, namun dalam resepi ini pula ada cara membuat jem nenas homemade. Selamat mencuba dan menikmati tart nenas anda.\n\n1. Mula-mula gaul sebati bahan bertanda * guna senduk.2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.3. Uli kesemua bahan hingga tidak melekat di tangan. Kalau lembik, tambahkan tepung gandum sedikit.4. Kemudian terapkan, letak inti dan glaze kuning telur. (Glaze = 2 kuning telur, 1sudu air dan beberapa tiris pewarna kuning, dikocak sebati dan sapu ke atas tart sebelum dibakar).\n\n5. Seterusnya bakar selama 30 minit pada suhu 180\u2019C menggunakan api atas bawah/sehingga garing.\n\n1. 3 biji nenas diblend/sagat dan sejat airnya.2. Masak nenas dlm kuali hingga kering air4. Kemudian masukkan 1/2 kg gula, 1 batang kayu manis, sedikit pewarna kuning telur.5. Akhir sekali, kacau lagi hingga gula larut dan jem kental, jika sudah siap terus sejukkan dan simpan dalam peti supaya senang diguna bila jem sejuk.\n\nNota : Acuan untuk terap doh tart nenas.\n\nSelain resepi tart nenas, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya."
"Artikel di bawah menunjukkan beberapa fakta kucing munchkin yang mungkin tidak ramai yang tahu. Bagi pencinta kucing, baka munchkin pasti membuatkan anda gemas. Kemunculan kucing munchkin ini telah membuatkan semua orang terkejut. Walau bagaimanapun, kucing munchkinn ini dikira sebagai kucing yang cacat kerana mempunyai kaki yang pendek.\n\nSama seperti bentuk tubuhnya yang unik, nama \u201cmunchkin\u201d juga diambil dari karakter fiksi dalam serial buku Oz milik penulis L. Frank Baum. Walaupun begitu, nama pertama kucing ini ialah Blackberry. Hal ini kerana seseorang yang bernama Hochenedel yang menemukan kucing ini secara tidak sengaja menamainya dengan Blackberry.\n\nSekiranya anda menyatakan bahawa baka kucing ini akan dibiakkan sesama mereka, ianya tidak benar. Ha ini kerana, kucing Munchkin dilarang untuk dibiakkan sesama baka mereka disebabkan faktor genetic mereka yang berisiko. Seperti yang anda tahu, baka kucing ini dikatakan mempunyai kecacatan kerana kakinya yang pendek. Disebabkan itu, jika baka ini dibiakkan sesama mereka, anak mereka kemungkinan besar akan mempunyai risiko untuk mati dan banyak lagi.\n\nSelain itu, kucing ini kebiasaannya akan dibiakkan dengan kucing domestik shorthair atau longhair. Sekiranya anda lihat baka munchkin pada masa kini, kebanyakan mereka mempunyai bulu berkilau, halus, dan kaki yang tidak terlalu pendek.\n\nFakta kucing munchkins yang tak ramai tahu adalah pergerakannya yang lincah. Jika dilihat daripada bentuk fizikalnya iaitu kakinya yang pendek, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa kucing munchkins dapat bergerak dengan laju. Walau bagaimanapun, baka kucing ini mempunyai jumlah tenaga yang tinggi menjadikannya lebih aktif berbanding baka kucing yang lain.\n\nBaka kucing ini juga mempunyai kelebihan iaitu dapat bergerak dengan lebih stabil. Disebabkan kakinya yang pendek, kucing ini boleh bergerak dengan stabil walaupun ketika berlari melalui selekoh. Kakinya yang rendah menjadikan badannya tetap dekat dengan tanah dan mengelakkan mereka dari tergelincir mahupun jatuh ketika berlari. Baka ini juga sangat laju dan tangkas.\n\nSekiranya anda menyangka bahawa kucing ini tidak dapat hidup dengan lama disebabkan kelainan genetiknya, anda silap. Hal ini kerana jangka hayat baka kucing ini tergolong dalam baka kucing yang hidup dengan lama.\n\nKucing munchkin ini dianggarkan dapat hidup selama 12 hingga 15 tahun lamanya jika dirawat dengan baik oleh pemiliknya. Rawatan yang diperlukan oleh baka ini sama dengan kucing lainnya. Antaranya ialah memberi vitamin pada kucing serta menyuntik vaksin.\n\nSeperti yang anda semua tahu, baka kucing ini memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih. Baka kucing ini mengalami kesusahan untuk membersihkan diri. Hal ini kerana keadaan kaki dan tangannya yang pendek menyebabkan dia tidak dapat mencapai bahagian-bahagian tertentu untuk dibersihkan.\n\nDisebabkan hal ini, kebanyakan pemilik kucing ini kebiasaannya akan membantu menguruskan kucing ini serta membersihkan diri mereka. Walaupun begitu, masih ramai yang berminat untuk menjaga kucing ini disebabkan sifatnya yang comel dan manja.\n\nBerbanding dengan kaki kucing normal yang lain, kaki kucing munchkin lebih pendek. Hal ini kerana kucing ini merupakan mutasi genetic alami. Dikatakan kucing ini mula dijumpai pada sekitar tahun 1980-an di Amerika Selatan.\n\nKebiasaannya, kucing yang memiliki bentuk kaki yang pendek akan mengalami penyakit yang berkaitan dengan gangguan tulang punggung tetapi bagi kucing munchkin, mereka tidak mempunyai sebarang gangguan menyebabkan ramai yang mula menjadikan kucing ini sebagai kucing peliharaan mereka.\n\nKakinya yang pendek menjadikannya lebih comel walaupun ketika berjalan. Kucing ini juga pernah dimasukkan dalam buku Guinness\u2019 Book of Record kerana memiliki kaki yang terpendek dalam kalangan genetic kucing yang lain.\n\nWalaupun kucing ini dikatakan lebih senang untuk mendapat penyakit seperti lordosis iaitu pertumbuhan otot tulang belakang yang pendek, tetapi terdapat juga kucing dari baka biasa yang terkena penyakit ini. Hal ini menjadikan baka kucing ini sama seperti kucing yang lain.\n\nBagaimanapun, masih ramai yang beranggapan genetik kucing ini tergolong sebagai cacat. Walaupun begitu, jika dibandingkan dengan genetik kucing yang lain, kucing ini lebih sihat kerana kucing ini boleh hidup sehingga 15 tahun lamanya.\n\nSama seperti kucing lain yang membawa balik serangga sebagai hadiah untuk tuannya, baka kucing ini tidak jauh bezanya. Lebih menarik lagi, mungkin disebabkan sifat ingin tahunya yang tinggi menyebabkan kucing Munchkin suka mengumpul barangan yang dilihatnya.\n\nSekiranya anda mempunyai baka kucing ini sebagai haiwan peliharaan, pastikan anda menyimpan barang yang berharga dan berkilau di tempat yang selamat dan jauh dari penglihatan kucing ini. Hal ini kerana, kucing ini suka melihat barangan yang berkilat dan akan mengumpulkannya di satu tempat rahsia sama seperti simpanan harta karun.\u00a0\u00a0\n\nMenariknya mengenai baka kucing ini, kucing ini mempunyai gaya duduk yang unik atau lebih kepada gaya duduk Arnab. Mungkin disebabkan kaki mereka yang pendek, mereka akan duduk di atas kaki mereka seakan berdiri. Kucing Munchkin akan kerap duduk seperti ini jika terdapat benda yang menarik perhatian mereka.\n\nKucing Munchkin sangat manja dengan pemiliknya. Hal ini kerana baka ini memerlukan mental yang kuat untuk membantunya kekal cerdas. Sama seperti kucing yang lain, kucing munchkin juga sangat suka dengan pelukan dan belaian dari pemiliknya.\n\nPerbezaan antara kucing ini dengan kucing yang biasa adalah kucing ini memerlukan lebih perhatian dari pemiliknya. Sekiranya anda terfikir untuk mengambil kucing ini sebagai kucing peliharaan, pastikan anda selalu meluangkan masa untuk bermain dan membelainya.\n\nSifat ingin tahu yang ada pada kucing biasa lebih rendah berbanding dengan sifat ingin tahu yang terdapat di dalam diri kucing munchkins. Kucing munchkins cenderung untuk meneroka tempat kediaman anda untuk mengetahui setiap sudut dan celah yang menarik minatnya. Kemungkinan anda akan melihat kucing ini datang ke sudut yang sama beberapa kali untuk meneliti lebih lagi.\n\nSeperti kucing lain yang membawa serangga untuk diberikan kepada tuan mereka, kucing munchkin pula cenderung untuk mengumpulkan barangan yang dilihat menarik di matanya. Barang tersebut mungkin mempunyai kilauan dan sesuatu yang cantik.\n\nFakta kucing Munchkin yang lain ialah dari namanya sendiri. Kemunculan nama pertama untuk kucing ini sebelum dikenali dengan Munchkin adalah Blackberry. Walau bagaimanapun, nama kucing ini mula berubah apabila baka pertama ini diperkenalkan dalam rancangan Good Morning America.\n\nPemilik kucing Munchkin ini iaitu Pflueger memberitahu bahawa nama baka ini adalah \u2018Munchkin\u2019 sebagai penghargaan kepada filem klasik dan novel Wizard of Oz. Nama \u201cmunchkin\u201d diambil dari karakter fiksi dalam serial buku Oz milik penulis L. Frank Baum.\n\nBaka kucing Munchkin ini telah dikesan seawal tahun 1930-an, kucing Munchkin hari ini adalah hasil penemuan yang tidak sengaja pada tahun 1983 di Louisiana, di mana seorang guru muzik bernama Sandra Hochenedel. Di sebabkan bentuknya yang unik dengan kaki pendek, kucing ini tidak diakui oleh banyak kelab pencinta kucing. Hal ini kerana, mereka berpendapat kucing ini cacat dan tidak sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan.\n\nWalau bagaimanapun, genetik kucing ini mula dikaji dan dikatakan mengalami mutasi genetik menjadikan kaki kucing ini lebih pendek. Mereka berpendapat, sekiranya baka kucing ini diiktiraf, perkembangan baka kucing cacat ini akan semakin berleluasa dan menyebabkan banyak kucing jenis ini mati dengan cepat sekiranya dijadikan haiwan peliharaan.\n\nWalau bagaimanapun, kemunculan kucing ini telah diiktiraf dengan rasmi oleh The International Cat Association (TICA) dan South African Cat Council (SACC). Bagaimanapun, sehingga kini, masih banyak kelab kucing yang tidak mengiktiraf kehadirannya.\n\nKucing munchkins sememangnya cukup unik. Bentuk tubuh badannya yang comel menyebabkan ramai pencinta kucing yang tergila-gila dengan baka ini. Walaubagaimanapun, kos untuk merawat kucing ini menjadikan beberapa dari pencinta kucing terpaksa melupakan Hasrat mereka untuk memiliki kucing ini.\n\nSememangnya kucing baka ini memerlukan penjagaan yang rapi. Hal ini juga adalah untuk memastikan baka kucing munchkin terus kekal sehingga ke generasi yang akan datang.\n\nAnda juga dijemput untuk membaca beberapa artikel menarik kami yang lain seperti:"
"Nota Editor : Wanita adalah makhluk ciptaanNya yang berbeza daripada lelaki. Lebih-lebih lagi dari sudut kehendak emosi. Wanita mahukan lebih pujian daripada lelaki. Semoga artikel ini membantu dalam memperolehi pujian yang betul.\n\n____________________________________________________________________\n\nBagaimanakah caranya seorang isteri ingin mendapatkan pujian daripada suaminya yang matanya jenis \u201cbuta warna\u201d. Kerana hanya pujian daripada orang yang disayangi sahaja yang boleh menambahkan hormon oxytocinnya (hormon keceriaannya).\n\nJika dia terima pujian daripada orang lain, hormon oxytocinya belum pasti keluar kerana fikirannya berputar-putar memikirkan apakah maksud pujian orang itu kepadanya jujur atau sebaliknya.\n\nTetapi kalau daripada orang yang dia sayang yang ada \u201cchemistry\u201d pasti melonjak oxytocinnya.\n\nSetiap kali anda beli pakaian atau asesori, tunjukkan kepada suami anda agar dia sedar perkara itu. Jangan harap suami anda tahu dengan sendiri melainkan anda sendiri beritahu kepadanya.\n\nJika inginkan pandangan dia mengenai pakaian baru anda itu, carilah waktu suami yang sesuai. Iatu semasa dia selesai makan dan sedang bersantai merehatkan badan di sofa kesayangannya. Waktu dia tidak sibuk dengan tugasannya.\n\n#3 Meminta Pandangan Dan Bukannya Keputusan\n\nHanya meminta pandangannya bukan meminta buat keputusan serius mengenai pakaian itu. Contoh, \u201cAbang, Yam nak minta pandangan abang je, bukan apa-apa, Yam baru beli baju ni, nak kongsi dengan Abang je\u201d.\n\nJika percakapan anda menggambarkan dia perlu menyelesaikannya, dia terus stres. Dia sedar yang dirinya buta warna dan tidak pandai membuat keputusan.\n\nSila sediakan soalan objektif yang ada dua jawapan untuk dia pilih. Contoh, \u201cAbang, sesuai tak baju baru ni jika Yam pakai ke pejabat?.\u201d \u201cDiantara baju merah ini dengan baju biru, yang mana abang suka?\u201d\n\nJangan gunakan soalan subjektif yang memerlukan jawapan terbuka. Ini menyebabkan dia terus stres. Contoh, \u201cApa pandangan abang baju baru ini?\u201d.\n\nBeri kucupan di pipinya jika dia telah memenuhi kehendak emosi anda walaupun anda tahu yang dia buta warna dan mungkin dia sendiri tidak faham akan pujiannya tadi."
"Kebanyakan ibu selalu pening memikirkan resepi apa yang sesuai untuk baby setiap hari. Terutamanya untuk bayi umur 6 bulan kerana pada usia 6 bulan, anak akan mula lalui proses \u201cweaning\u201d. Maksudnya dari hanya menyusu susu badan atau susu tepung, bayi akan mula makan.\n\nAntara zat penting yang mula merosot dalam badan bayi pada usia 6 bulan ke atas ialah zat besi. Susu ibu sudah tidak dapat menampung permintaan (demand) zat besi yang mencukupi bila bayi mula cecah usia 6 bulan. Sebab itu proses weaning sangat penting untuk dimulakan seawal umur 6 bulan. Maka dari makanan bayi, barulah bayi dapat zat besi yang mencukupi.\n\nOleh itu, kami mengongsikan resepi makanan yang sesuai untuk bayi berumur 6 bulan. Di bawah ini ada 10 resepi yang penuh khasiat untuk bayi umur 6 bulan. Resepi ini cukup mudah dan senang. Lepas ini mommy tak payah pening-pening kepala. Cukup 15 minit, mommy sudah boleh duduk bersila breakfast di atas sofa empuk.\n\nPenting diketahui bahawa selepas mula makan ini, susu jangan dilupa pula. Naikkan jumlah makanan yang diberi dan mula kurangkan jumlah susu yang diberi sehingga usia anak cecah 2 tahun. Yang terbaik kalau anda bagi anak makan dulu sebelum bagi susu. Kalau bagi susu dulu, baby jadi kenyang dan kurang minat makan.\n\nPuri ini boleh dibuat banyak-banyak dan simpan sehingga 2-3 bulan di dalam freezer. Anda tidak perlu risau untuk menyimpannya lama. Sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Redza Zainol di Facebook ini dan kongsikan kepada jiran belakang rumah, rakan pejabat dan adik beradik anda.\n\nResepi Makanan Bayi Umur 6 Bulan (Sihat dan Bergizi)\n\n1. Puri Lobak Merah dan Labu\n\n\u2022 50 g labu.\n\u2022 1/2 batang lobak merah (saiz sederhana).\n\n1. Labu dan lobak merah dipotong dadu.\n2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.\n3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut.\n4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.\n\n2. Puri Keledek dan Bunga Kubis\n\n\u2022 1 biji keledek ( saiz sederhana ).\n\u2022 50 g bunga kubis.\n\n1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.\n2. Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.\n2. Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut.\n3. Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.\n\n\u2022 1 biji keledek ( saiz sederhana ).\n\u2022 50 gram labu.\n\n1. Labu dan keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.\n2. Stim labu dan keledek yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.\n3. Masukkan labu dan keledek ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.\n\n4. Puri Lobak Merah dan Kentang\n\n\u2022 1 biji kentang (saiz sederhana ).\n\u2022 1 batang lobak merah saiz sederhana.\n\n1. Lobak merah dan kentang dibersihkan dan dipotong dadu.\n2. Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.\n3. Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.\n\n5. Puri Kentang dan Kubis Bunga\n\n\u2022 2 biji kentang ( saiz sederhana ).\n\u2022 50 gram kubis bunga.\n\n1. Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.\n2. Bersihkan kubis bunga dan potong kecil.\n3. Masukkan kentang ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.\n4. Kemudian, masukkan bunga kubis dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga kubis bunga menjadi lembut.\n5. Masukkan kentang dan kubis bunga ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga sebati.\n\n6. Puri Epal , Pir dan Kayu Manis\n\n\u2022 1 biji epal merah.\n\u2022 1 biji pir hijau.\n\u2022 Sebatang kayu manis.\n\u2022 3-5 sudu air.\n\n1. Potong dadu epal dan pir.\n2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.\n3. Tutup periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah-buahan tadi lembut.\n4. Setelah lembut, keluarkan kayu manis dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati.\n\n\u2022 1 biji pir hijau.\n\u2022 1 biji avocado.\n\n1. Potong dadu pir dan renehkan dalam periuk selama 10 minit atau hingga pir jadi lembut.\n2. Masukkan pir dan avocado yang didadu ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.\n\n\u2022 1 biji epal merah.\n\u2022 1 biji pisang ( saiz sederhana ).\n\n1. Potong dadu epal dan renehkan di dalam periuk selama 10 minit atau hingga buah-buahan tadi lembut.\n2. Masukkan epal dan pisang yang telah dipotong-potong ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.\n\n\u2022 1 biji mangga ( saiz sederhana ).\n\u2022 2 biji avocado.\n\n1. Potong isi mangga dan avacado dan masukkan ke dalam mesin pengisar.\n2. Kisarkan sampai sebati. Campurkan sedikit air atau susu ibu jika perlu untuk memudahkan proses pengisaran.\n\n10. Puri Epal, Pic Kering dan Kurma\n\n\u2022 1 biji epal merah.\n\u2022 4-5 pic kering.\n\u2022 1 biji kurma.\n\n1. Potong dadu epal.\n2. Hiris kasar kurma dan pic kering.\n3. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air.\n4. Renehkan semua bahan selama 10 minit atau sehingga lembut.\n5. Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar.\n\n* Untuk semua resipi yang menggunakan air boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan.\n* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging.\n\nSelain resepi Makanan Bayi Umur 6 Bulan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Hidangan ikan tiga rasa antara resepi kegemaran ramai. Tidak kira kanak-kanak hingga orang tua suka makan ikan tiga rasa.\n\nRasa masakan ini haruslah terasa manis, pedas dan masam barulah menjadi tiga rasa tersebut. Apalagi kalau ikan yang digunakan ialah ikan siakap yang memang terkenal paling sedap dimasak tiga rasa. Lagi berselera makan.\n\nDari banyak-banyak resepi, resepi ikan siakap tiga rasa daripada\u00a0\u200eAfy AL Habibi\u200e di laman Facebook ini antara yang mendapat perkongsian ramai. Kerana ia menggunakan resepi yang sedikit berbeza berbanding resepi lain\u00a0 umumnya.\n\nTanpa membuat anda tertunggu, sila intip resepi ikan siakap tiga rasa di bawah ini dan kongsikan kepada jiran dan rakan anda. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi ikan siakap tiga rasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Keadaan Anda Pada Minggu Kedua Kehamilan\n\nHaid anda sudah pun tamat pada masa ini. Salah satu daripada ovari anda sudah bersedia untuk melepaskan ovum. Ovari juga turut menghasilkan banyak estrogen. Estrogen adalah permulaan beberapa proses penting di dalam tubuh anda.\n\nOvulasi biasanya berlaku dalam pada kira-kira hari ke 14 jika anda mempunyai kitaran menstruasi sebanyak 28 hari. Anda berkemungkinan besar untuk hamil jika melakukan hubugan seks pada 1-3 hari sebelum ovulasi."
"Roti jala termasuk makanan melayu yang paling sederhana cara membuat namun rupanya menarik. Dikatakan roti jala sebab makanan ini bentuknya menyerupai jala dan cara membuatnya seperti \u2018menjala\u2019.\n\nNamun, pernahkah anda terfikir mencipta dan berkreasi dengan roti jala tersebut? \u200e\u200eIntan Zulhilmi telah mencubanya. Ia membuat roti jala rose dan berkongsikan resepi di laman Facebook. Tentunya bentuk roti jala yang macam ini menarik perhatian ramai dan mendapat banyak perkongsian.\n\nWalaupun tampak sukar, tapi untuk membuat bentuk ros amatlah senang. Di bawah kami jelaskan tahap demi tahap untuk membuat roti jala ros disertakan gambar. Selamat mencuba.\n\nSelain roti jala ros, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
"Keguguran rambut bukan lagi perkara asing bagi wanita. Wanita yang bertudung atau pun tidak bertudung semestinya akan mengalami masalah rambut gugur samada banyak atau sikit. Maka, penjagaan rambut wanita lebih terperinci daripada lelaki.\n\nTetapi lain pula bagi wanita yang baru lepas bersalin. Mereka akan mengalami keguguran rambut yang lebih banyak berbanding sebelum bersalin. Jangan risau kerana ia adalah perkara yang normal akan berlaku kepada setiap wanita selepas bersalin. Mengapakah perkara tersebut berlaku?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 cara untuk elakkan keguguran rambut yang banyak selepas bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.\n\nKeguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh kehilangan antara 50-100 urat rambut setiap hari. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik sahaja bayi mencecah umur setahun.\n\nBiasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.\n\nSelepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih sedar akan masalah ini.\n\nTeruskan mengambil makanan yang berkhasiat serta kaya dengan protein dan zat besi.\n\n Elakkan membuat rawatan rambut seperti melurus dan mengerintingkan rambut.\n\n Elakkan menggunakan bahan kimia seperti mewarna rambut sehingga lah rambut kembali normal.\n\n Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.\n\n Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.\n\n*Berikut adalah cara-cara untuk elakkan keguguran rambut yang banyak. Rambut gugur adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Maka, selepas bersalin perlu mengambil makanan yang sihat dan kurangkan pengambilan garam dan gula yang berlebihan. Oleh kerana itu, selepas bersalin wanita perlu berpantang untuk mendapatkan semula tubuh badan yang asal. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Rabiatul Adawiyah atau nama sebenar beliau Umm Al-khair binti Ismail al-Adawiyah telah tergolong dalam senarai wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam.\n\nBeliau dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah, iaitu pada tahun 99H/ 717 M berhampiran kota\u00a0Basrah\u00a0di\u00a0Iraq dan meninggal dunia di kota itu juga pada tahun 185H/\u00a0801M.\u00a0Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan, namun kaya dengan\u00a0ibadah kepada Allah swt.\n\nSemasa beliau kecil, beliau hidup seperti kanak-kanak biasa yang selalu bermain dan sebagainya. Akan tetapi, ada yang menyatakan bahawa kebijaksaan Rabiatul Adawiyah sudah terserlah sejak beliau kecil.\n\nDiceritakan\u00a0bahawa\u00a0Rabiah menghafal Al-Quran pada usia sepuluh tahun. Rabiah sering dibawa beribadat dan\u00a0bermunajat oleh ayahnya sejak kecil di masjid berdekatan pinggiran Kota Basrah.\n\nTidak banyak catatan tentang keluarga Rabiatul Adawiyah. Antara yang tercatat dalam kitab-kitab ialah Rabitul Adawiyah telah dididik oleh bapanya untuk menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikan oleh bapanya kepada Rabiatul Adawiyah adalah bersumberkan Al-Quran. Kesannya, Rabiah berjaya menghafal al-Quran dan menghayati isi kandungannya. Sejak kecil lagi, Rabiah sememangnya berjiwa halus serta mempunyai keyakinan yang tinggi dan keimanan yang mendalam.\n\nNamun, menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi\u00a0sempit dan susah.\u00a0Keadaan itu semakin\u00a0buruk\u00a0setelah\u00a0ibu dan ayahnya meninggal dunia. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian Allah swt untuk membuktikan keteguhan imannya.\n\nAda riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah serta asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali\u00a0bertaubat. Babak-babak taubat Rabiatul Adawiyah inilah yang sangat berguna buat kita semua untuk diambil iktibar dan pengajaran.\n\nRabiatul Adawiyah merupakan orang pertama yang mengalunkan irama cintai Ilahi. Hal ini kerana generasi sebelumnya merintis aliran Islam berdasarkan rasa takut (khauf) dan pengharapan (raja\u2019) kepada Allah (zuhud) seperti yang diajarkan oleh Hasan al-Basri.\n\nManakala, Rabiatul Adawiyah mempelopori rasa tulus ikhlas serta cinta kepada Allah swt. Sikap dan pandangan Rabiatul Adawiyah tentang cinta dapat difahami dari kata-katanya, baik yang langsung mahupun yang disandarkan kepadanya. Beliau memperkayakan penulisan Islam dengan kisah-kisah pengalaman sufinya dalam sajak-sajak yang tinggi nilai bahasanya.\n\nRabiatul Adawiyah juga mempopularkan konsep Mahabbah dalam kalangan ahli sufi, Konsep ini dibahagikan kepada berikut:\n\nPertama adalah memeluk kepatuhan kepada Allah dan membenci sikap melawannya;\n\nKedua adalah menyerahkan seluruh diri kepada yang dikasihi; dan\n\nKetiga adalah mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali yang dikasihi.\n\nAbu Nashr as-Sarraj at-Thusi mengatakan, cinta para sufi dan ma\u2019rifat itu timbul dari pandangan dan pengetahuan mereka tentang cinta abadi dan tanpa mengharap balasan daripada Allah swt.\n\nCinta itu timbul tanpa ada maksud dan tujuan apa pun. Apa yang diajarkan Rabi\u2019ah melalui konsep mahabbah ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Hasan al-Basri dengan konsep khauf (takut) dan raja\u2019 (harapan).\n\nCinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah sebegitu kuat membelenggu hatinya, sehingga hatinya pun tidak\u00a0mampu untuk\u00a0berpaling kepada\u00a0selain\u00a0Allah.\n\nPernah suatu\u00a0ketika\u00a0Rabi\u2019ah ditanya, \u201cApakah Rabi\u2019ah tidak mencintai Rasul?\u201d\n\nIa menjawab, \u201cYa, aku sangat mencintainya, tetapi cintaku kepada Pencipta membuat aku berpaling dari mencintai makhluknya.\u201d Allah adalah teman sekaligus Kekasih buat Rabiatul Adawiyah, sehingga ke mana\u00a0saja Rabi\u2019ah pergi, hanya Allah\u00a0sahaja yang ada dalam hatinya. Dia mencintai Allah dengan sepenuh\u00a0hati dan keimanannya.\n\nDisebabkan kecintaannya kepada Allah swt terlalu mendalam, Rabiah merelakan dirinya menjadi \u2018gadis abadi\u2019. Dia tidak mahu bernikah bukan kerana tidak ada yang meminangnya, tetapi dia memilih \u2018kegadisan abadi\u2019 kerana tidak tertarik dengan kenikmatan hidup duniawi.\n\nKetika Rabiah ditanya: \u201cKenapa engkau tidak bernikah, wahai Rabi\u2019ah?\u201d\n\nDia menjawab: \u201cTidak ada tempat di hatiku kecuali untuk Kekasih Sejati.\u201d Rabiah menyembah Tuhan dengan penuh cinta dan kerinduan, yang sukar untuk diluahkan melalui pena, diungkapkan melalui pemahaman. Pada pandangan Rabiah, cinta pada Penciptanya adalah kehidupan spiritual, cinta berasal daripada Allah dan untuk Allah swt.\n\n5 Sifat Rabiatul Adawiyah Yang Patut Dicontohi\n\nSewaktu di istana, Rabiah menjadi penghibur yang digemari raja. Ada riwayat mengatakan beliau sudah terjebak dalam kancah dosa. Namun dengan limpah hidayah, beliau mulai insaf dan kembali mengingati Allah.\n\nDi kesunyian malam, Rabiah bermunajat setulus hati kepada Allah swt:\n\n\u201cYa Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!\n\nTuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.\n\nSekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan hiburannya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu.\n\nMaka semoga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.\u201d\n\nSetelah Rabiatul Adawiyah dibebeaskan oleh raja, dia membuktikan kesyukurannya dengan meningkatkan amalan kerohaniannya. Dia dipimpin oleh seorang mursyid bernama Hassan al-Basri dan akhirnya Rabiatul Adawiyah telah beriktikad untuk menghambakan diri sepenuh masa terhadap penciptaNya.\n\nRabiatul Adawiyah menghabiskan sisa hidupnya untuk tinggal di dalam pondok kecil dan tidur berbantalkan serpihan tembikar dan berselimutkan tikar lusuh. Tiada sekelumit pun rasa keduniaan yang membenam dalam hatinya.\n\nSuatu hari, seorang pencuri telah menyelinap masuk ke pondok Rabiatul Adawiyah. Kemudian dia mendapati tiada apa-apa barang berharga. Sebelum keluar, Rabiatul muncul dan menyuruh pencuri itu mengambil bekas air milik beliau untuk berwuduk.\n\nKemudian pencuri itu menunaikan solat dua rakaat. Ternyata pencuri tersebut merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tidak pernah dirasa sebelum ini. Rabiatul Adawiyah lantas berdoa,\n\n\u201cYa Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapanMu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmatMu.\u201d\n\nKecintaan Rabiatul Adawiyah kepada Allah sering diluahkan dalam kuntuman syair-syairnya,\n\n\u201cAku mencintaiMu dengan dua cinta, cinta kerana diriku dan cinta kerana diriMu.\n\nCinta kerana diriku, adalah keadaan sentiasa mengingatMu,\n\nCinta kerana diriMu, adalah keadaanMu mengungkapkan tabir, hingga Engkau kulihat, baik untuk ini mahupun untuk itu,\n\nPujian bukanlah bagiku, bagiMu pujian untuk semua itu.\u201d\n\nAda petikan syair yang mengatakan betapa pasrahnya hati beliau akan Tuhan,\n\n\u201cKekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.\u201d\n\n\u201cJika aku menyembahMu kerana takut daripada api nerakaMu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu maka haramkanlah aku daripadanya!\n\nTetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.\u201d\n\n5) Berserah Diri Hanya Kepada Allah\n\nMenjelang akhir hayatnya, banyak sekali orang alim duduk mengelilinginya. Rabiatul Adawiyah meminta kepada mereka,\n\n\u201cBangkit dan keluarlah; berikan jalan kepada pesuruh-pesuruh Allah Yang Maha Agung!\u201d\n\nMaka, semua orang bangkit dan keluar, dan pada saat mereka menutup pintu, mereka mendengar suara Rabiah mengucapkan kalimat syahadah dan mereka mendengar sebuah suara,\n\n\u201c. Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu, berpuas-puaslah denganNya. Maka masuklah bersama golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyurgaKu.\u201d Surah al-Fajr, ayat 27-30\n\nRabiatul Adawiyah adalah ikon bagi Muslimah yang meletakkan kecintaannya hanya kepada Allah swt. Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Namun pengajaran yang besar dari kisah Rabiatul Adawiyah adalah keikhlasan taubat kita kepada Allah swt.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Rabiatul Adawiyah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Sebagai seorang yang beragama islam, seorang ibu yang baru melahirkan anak wajib untuk mandi nifas setelah darah nifasnya kering. Malangnya masih ada ibu yang tidak mengetahui perkara ini dan tidak mandi nifas pada waktu yang sepatutnya. \n\nIa adalah satu perkara yang sangat menyedihkan kerana akan menjejaskan ibadah kita seumur hidup. Ilmu tentang mandi nifas adalah ilmu fardhu ain yang wajib diketahui oleh suami dan isteri agar kita tidak terlepas daripada melakukannya apabila perlu.\n\nIstimewa\nuntuk anda, hari ini kami akan kongsikan kepada anda info lengkap tentang mandi\nnifas termasuk hukumnya, cara mandi nifas, hikmah, dan tips untuk ibu baru\nbersalin cepat segar dan cantik berseri seperti tuan puteri semula. Pastinya\nanda tak sabar nak baca.\n\nApakah hukum\nmandi nifas ke atas ibu yang baru melahirkan?\n\nBersalin\nadalah satu proses yang menyakitkan dan membuatkan seorang ibu menjadi lemah\ndari segi fizikal dan mental. Salah satu daripada puncanya ialah kerana proses\nbersalin itu sendiri adalah sangat menyakitkan dan memenatkan. Selain itu,\nbersalin akan menyebabkan seorang ibu kehilangan banyak darah dari tubuh badan.\nTerdapat dua jenis darah yang keluar iaitu:\n\nWalau bagaimana pun, ada ibu yang bersalin dan mengeluarkan darah wiladah namun tidak mempunyai darah nifas. Ia bukanlah sesuatu yang pelik. Selain bersalin, darah wiladah dan darah nifas juga berlaku kepada ibu yang keguguran atau mengalami anak meninggal dunia semasa berada dalam kandungan. \n\nApabila darah sudah kering dan tidak keluar lagi, maka ibu tersebut wajib mandi nifas atau mandi wiladah. Hukum mandi nifas dan mandi wiladah adalah wajib ke atas ibu yang melahirkan dan mengalami keguguran.\n\nPersoalan\nyang selalu timbul ialah perlukah ibu tersebut melakukan mandi nifas dan mandi\nwiladah sebanyak dua kali dan secara berasingan. Jawapannya ialah tidak. Cukup\nCuma mandi satu kali sahaja. Sebagai contoh, jika ibu tersebut Cuma mempunyai\ndarah wiladah tanpa didatangi darah nifas, maka sebaik sahaja darah wiladahnya kering,\nmaka ibu tadi boleh terus mandi wiladah dan dianggap sebagai suci dan boleh\nmelakukan ibadah wajib seperti solat, puasa, dan lain-lain.\n\nBagi ibu yang didatangi darah wiladah dan darah nifas, perlu menanti sehingga darah nifa betul-betul kering sebelum mandi nifas. Tidak perlu mandi wiladah memandangkan keadaan diri yang masih berdarah nifas dan bukannya berada dalam keadaan suci. \n\nSebaik sahaja darah nifas kering, ibu tadi boleh terus mandi nifas. Cukup mandi sekali sahaja untuk meliputi darah nifas dan darah wiladah yang keluar. Sebaik sahaja anda mandi nifas, anda dianggap sebagai suci dan wajib melakukan ibadah seperti biasa.\n\nMandi nifas\nadalah mandi wajib yang dilakukan oleh seorang wanita yang baru melahirkan apabila\ndarah nifasnya sudah betul-betul kering. Cara mandi nifas yang bakal kami\nkongsikan sebentar lagi juga boleh digunakan untuk tujuan mandi wiladah. Cara\nmandi nifas adalah seperti berikut:\n\nPerlu\ndiingat bahawa wuduk anda akan terbatal sekiranya anda menyentuh kemaluan\nsemasa mandi wajib, oleh itu jika anda mahu bersolat selepas mandi nifas, anda\nperlu mengambil wuduk semula selepas selesai mandi nifas.\n\nApakah tips\nuntuk ibu lepas bersalin cepat cergas dan cantik berseri semula?\n\nSekarang\nkami nak kongsikan tips yang boleh anda amalkan supaya cepat cergas dan cantik\nberseri semula. Kalau anda amalkan tips yang kami kongsikan ini, insya Allah\nanda akan kelihatan berseri-seri apabila masuk kerja semula. Pastinya ramai\nyang akan cemburukan anda. Di antara tips yang boleh anda amalkan ialah:\n\nItulah dia info tentang mandi nifas yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tidak period selepas bersalin dan resepi lobak putih."
"Anda sudah tahu apa yang hendak anda masak untuk makan pada hujung minggu nanti? Sudah muak makan makanan yang sama berulang-ulang kali? Anda peminat tempoyak dan petai? Sudah tentu resepi pada kali ini akan menarik perhatian anda. \n\nResepi yang akan kita kongsikan pada hari ini ialah resepi sambal tempoyak goreng petai ikan bilis. Hidangan ini boleh disediakan untuk makan malam atau tengah hari pada hujung minggu nanti. Sudah tentu hidangan ini boleh menambah selera anda di meja makan nanti. Dihidangkan bersama nasi panas-panas pun sudah cukup buat anda terliur.\n\nTanpa membuang masa mari kita lihat resepi yang telah dibawakan oleh Aishah Masri yang telah dikongsikan di laman sosial Facebook.\n\nResepi Sambal Tempoyak Goreng Petai Ikan Bilis\n\nNota: Bahan yang ditanda dengan * hendaklah dikisar.\n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik:\n\nSaya telah berkongsi banyak lagi resepi-resepi yang menarik di sini. Anda boleh melihat resepi-resepi tersebut di bawah ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang lain ya!"
"Sakit pinggang ketika hamil boleh berlaku pada mana-mana wanita yang sedang mengandung sejak kandungan masih di peringkat awal lagi. Dalam erti kata lain, sakit pinggang ketika mengandung adalah satu perkara biasa yang boleh berlaku pada mana-mana bakal ibu. Ada juga di kalangan ibu mengandung\u00a0ini akan mengalami rasa sakit\u00a0di bahagian punggung yang juga dikenali sebagai \u2018tulang ekor\u2019. \n\nMakin besar usia kandungan maka akan bertambahlah sakit pinggang ini. Walaubagaimanapun, para bakal ibu tidak perlu panik kerana ini adalah perkara biasa yang bisa terjadi pada sesiapa saja. \n\nApakah Punca / Penyebab Kepada Masalah Sakit Pinggang Semasa Mengandung Ini? \n\nMenurut kajian dan pendapat pakar perubatan berdasarkan bahan bacaan yang banyak terdapat di internet (Google), terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan sakit pinggang semasa hamil ini berlaku. Antara tips untuk atasi\u00a0masalah sakit\u00a0belakang dan pinggul ketika hamil ini adalah seperti : \n\n#1 \u2013 Berat Badan Si Ibu Yang Semakin Bertambah \n\nPenambahan berat si ibu semasa sedang mengandung akan menyebabkan bentuk tubuh akan mula berubah. Berat badan yang semakin meningkat sesuai dengan usia kehamilan adalah antara punca sakit belakang paling utama. \n\nIni kerana apabila berat badan bertambah maka beban tersebut akan bertambah pada otot-otot pinggang dan tulang belakang. Sekaligus ia akan menyebabkan otot pada bahagian pinggang dan tulang belakang ini mula berasa sakit tekanan yang sedang berlaku pada bahagian ini. \n\n#2 \u2013 Pusat Graviti Yang Telah Berubah\u00a0\n\nSemakin besar rahim (baby) dan perut si ibu, maka pusat graviti juga akan turut berubah ke hadapan. Apabila keadaan ini berlaku maka ia akan menyebabkan tubuh si ibu yang sedang mengandung ini akan lebih cenderung ke hadapan. \n\nMaka apabila di lihat dengan mata kasar keadaan ini akan menyebabkan postur tubuh\u00a0si ibu akan mula berubah dengan lebih cenderung untuk tunduk dan membongkong dengan sendirinya tanpa disedari. \n\nSelain daripada dua perkara di atas, ada juga di antara ibu yang sedang hamil ini akan berasa sakit pinggang dan tulang belakang akibat oleh peningkatan hormon di dalam tubuhnya. Ini sering berlaku sejak kandungan berada di awal kehamilan lagi. Selalunya peningkatan hormon ini akan menyebabkan berat badan si ibu akan meningkat naik dengan mendadak. \n\nAda juga dikalangan ibu hamil ini yang menyifatkan bahawa peningkatan hormon itu sendiri adalah punca sakit belakang semasa hamil. Hormon yang dilepaskan ini sebenarnya\u00a0adalah untuk mempersiapkan tubuh si ibu untuk melalui proses kehamilan tersebut. Dalam masa yang sama ia ia mungkin akan menyebabkan berlakunya sendi yang melembut dan ligamen yang mengendur hingga mempengaruhi beban kerja tulang belakang. \n\nApakah Tips / Cara Untuk Melegakan Sakit Pinggang Semasa Mengandung Ini?\n\nDi sini akan turut dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk melegakan sakit pinggang semasa mengandung. Kebanyakan daripada tips ini memang telah sering digunakan oleh ibu-ibu yang sedang hamil dan semoga ianya akan dapat membantu anda juga. \n\nAntara kaedah untuk melegakan sakit pinggang semasa mengandung ini adalah :\n\nUntuk ibu yang sedang hamil ini, terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan seperti yoga, senaman kegel dan juga senaman perut. Ibu yang sedang hamil ini juga boleh bersenam untuk membantu mengurangkan tekanan dan memberi kelegaan pada bahagian\u00a0sakit pinggang dan belakang. \n\nTerdapat beberapa jenis senaman yang sangat sesuai bagi wanita hamil seperti:\n\nAntara senaman yang harus dielakkan pula adalah:\n\n#2 \u2013 Pakai Kasut Yang Bertumit Rata \n\nIbu yang sedang hamil adalah tidak digalakkan untuk memakai kasut bertumit tinggi. Ianya bukan kerana boleh membawa bahaya tergelincir dan sebagainya namun ia akan turut memberi rasa kurang selesa dan juga kurang sokongan pada tubuh ketika sedang melangkah. \n\nKasut rendah bertumit rata adalah lebih cocok untuk membantu ibu bergerak dan dalam masa yang sama dapat juga kurangkan rasa sakit pada pinggang dan tulang belakang itu. \n\n#3 \u2013 Minta Suami Lakukan Urutan \n\nMengurut juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit pinggang semasa mengandung ni cuma pastikan urutan tu tidak terlalu kuat. Lebih afdal jika suami sendiri dapat mengurut si isteri yang sedang berbadan dua ini. Barulah pasangan menjadi semakin erat dan bahagia. \n\nTidak perlu pakar mengurut melainkan urut secara perlahan-lahan dan gunakan juga minyak aromaterapi untuk kesan yang lebih baik.\n\n#4 \u2013 Selalu Lakukan Regangan Pada Tubuh\n\nElakkan daripada duduk atau berdiri terlalu lama dalam satu-satu masa. Setiap 30 minit atau 1 jam, lakukan senaman regangan yang mudah untuk melancarkan peredaran darah. Perhatikan postur dan jangan\u00a0duduk membongkok. Cuba duduk di atas kusyen lembut\u00a0dan tambahkan sokongan seperti bantal atau kain lembut jika perlu.\n\n#5 \u2013 Gunakan Bantal Lebih Sebagai Bantuan Semasa Tidur\n\nBukan mudah mendapatkan posisi tidur yang selesa sepanjang kehamilan, lebih-lebih lagi apabila saiz kandungan semakin membesar. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menyusunkan bantal-bantal lembut mengikut keselesaan anda seperti pada kaki atau sisi. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pregnancy pillow yang direka khas bagi mendapatkan posisi tidur yang optimum. Memang empuk dan sangat selesa!\n\n#6 \u2013 Mandi Dengan Air Panas Untuk Lebih Selesa\n\nSungguhpun mandian air panas seperti sauna atau\u00a0bath tub\u00a0tidak digalakkan, pancuran air yang sederhana panas atau shower sangat membantu untuk memberi kelegaan. Oleh itu, sekiranya sakit pinggang semasa hamil bertambah kerap dan sakit, cubalah melegakannya dengan cara ini.\n\n#7 \u2013 Gunakan Tali Pinggang Sokongan Pada Bahagian Perut\n\nBeli dan guna tali\u00a0pinggang\u00a0sokongan khas untuk ibu mengandung. Tali\u00a0pinggang\u00a0ini dapat menampung berat bayi dan mengurangkan rasa sakit belakang. Ramai ibu mengandung terutama dari luar negara menggunakan tali pinggang ini dan rata-rata berpendapat ianya benar dapat bantu kurangkan rasa sakit pinggang semasa mengandung tersebut. \n\n#8 \u2013 Dapatkan Rehat Yang Cukup\n\nAkhir sekali, cuba dapatkan rehat yang cukup dan elakkan stres yang melampau. Amalkan juga pemakanan yang seimbang dan lebihkan pengambilan makanan daripada sumber kalsium dan magnesium seperti sayuran berdaun hijau.\n\n#9 \u2013 Jangan Mengangkat Benda Berat\n\n Ibu yang sedang hamil tidak boleh terlalu lasak dengan mengangkat benda yang berat. Ini kerana dikhuatiri masalah sakit pinggang tersebut akan semakin parah. Ini juga membawa risiko mengalami masalah slip disc.\n\n#10 \u2013 Elakkan Diri Dari Mengikuti Perjalanan Yang Jauh \n\nSakit pinggang boleh menjadi semakin teruk jika si ibu hanya duduk saja dalam masa yang sangat lama. Lebih-lebih lagi jika duduk di dalam kereta untuk satu perjalanan yang jauh. Jika benar perlu lakukan perjalanan tersebut ada baiknya duduk di tempat duduk belakang yang lebih luas dan selesa. Baring bila perlu dan jangan hanya duduk saja selama berjam-jam. \n\nPerlukah Berjumpa Dengan Doktor Untuk Maklumkan Tentang Sakit Pinggang Semasa Mengandung Ini?\n\nSakit pinggang semasa\u00a0hamil ini mungkin nampak biasa saja di mata orang lain namun hakikatnya ia benar-benar boleh memberi rasa sakit yang agak memeritkan. Sakit pinggang ini bukan saja boleh mengganggu aktiviti harian malah boleh juga mengganggu emosi. \n\nPara suami perlu sentiasa peka untuk sebarang kesakitan yang di adu oleh isteri dan jika di tanya apakah perlu berjumpa dengan doktor? Jawapannya adalah YA! Berjumpalah doktor dan beritahulah masalah ini supaya doktor dapat beri nasihat dan bekalkan ubat jika perlu."
"Buttermilk Chicken merupakan resepi yang amat lazat untuk dimakan bersama nasi. Aromanya dapat menarik minat sesiapa sahaja dan rasanya memikat hati sesiapa yang merasainya. Tambah pula kepedasan daripada cili api, sekali makan pasti nak lagi. \n\nAkan tetapi, kalau makan diluar sahaja, habislah duit kita. Lagi lagi buat yang keluarga besar, tak puas kalau hanya makan di restoran. Oleh itu, kami bawakan khas kepada anda, resepi buttemilk chicken. Kini, anda bolehlah mencuba resepi ini. \n\nResepi ini dikongsikan oleh Rozmaliza Omar dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.\n\nMudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!"
"Anak saya lambat bercakap, pelat dan gagap. Persoalan ini andalah antara persoalan yang ditanya bagi kebanyakkan ibubapa. Jawapannya adalah satu.\n\nBawa dirinya berjumpa doktor atau Terapis Pertuturan Bahasa. Terapis Pertuturan Bahasa atau secara ringkasnya disebut SLT (Speech & Language Therapist).\n\nSiapakah Terapis Pertuturan Bahasa? Apa yang mereka lakukan?\n\nRamai yang tidak mengetahui terdapatnya profesionals yang dipanggil Terapis Pertuturan bahasa ini, tidak kurang juga yang tidak tahu apakah yang dilakukan oleh SLT ini.\n\nJika dilihat dari nama profession itu sendiri, ia mestilah berkaitan dengan bahasa dan pertuturan tidak kira bagi orang dewasa ataupun kanak-kanak.\n\nJadi secara ringkasnya peranan yang dimainkan oleh SLP adalah untuk menilai dan merawat masalah yang berkaitan dengan bahasa, pertuturan dan komunikasi. SLP juga terlibat dalam menilai dan merawat masalah-masalah yang melibatkan kesukaran untuk makan dan menelan.\n\nTerdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah bahasa & pertuturan. Antaranya adalah:-\n\nDalam setiap kes yang dirujuk, SLT akan melakukan penilaian lengkap terlebih dahulu yang mana ianya berbeza mengikut masalah/kecelaruan yang dialami oleh kanak-kanak atau orang dewasa tersebut.\n\nPerlu diingatkan bahawa setiap kes adalah unik. Pada kebiasaannya, penilaian yang dilakukan akan merangkumi kefahaman dan penghasilan bahasa, sebutan bunyi perkataan, kemahiran komunikasi, kebolehan makan dan menelan dan juga fungsi oral motor.\n\nDaripada maklumat penilaian yang diperolehi, SLT akan mereka program yang spesifik bagi setiap masalah yang dihadapi. Rawatan yang diberikan juga akan berbeza-beza mengikut masalah dan keperluan seseorang kanak-kanak atau orang dewasa tersebut.\n\nTerapi pertuturan \u2013 bahasa biasanya dilakukan secara perseorangan (one-one) dan boleh juga dilakukan secara berkumpulan. Semoga artikel ini membantu."
"Siapa di sini yang suka pakai tudung bawal? Penulis percaya kebanyakan pembaca bidadari.my suka pakai tudung bawal. Apa sebenarnya yang ada pada tudung bawal sehingga menjadi kegilaan para wanita tanpa kira peringkat umur.\n\nSeingat penulis, tudung bawal mula terkenal pada awal tahun 2000. Ketika menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan, kebanyakan pelajar suka memakai tudung bawal. Termasuk juga penulis!\n\nAntara sebab ia digilai kerana senang dipakai dan nampak kemas. Walaupun ada yang mahal, namun ada juga yang cukup murah. Paling penting, wajah boleh berubah nampak lebih awet muda. Tak percaya? Cuba pakai.\n\nPada penulisan kali ini, penulis akan kongsikan beberapa cara untuk pakai tudung bawal agar kelihatan lebih glam dan cantik. Taklah asyik dengan gaya yang sama kan. Apa kata tukar gaya silang depan yang biasa dibuat dengan style yang lebih terkini.\n\nSebelum tu apa kata kita baca dulu serba sedikit sejarah tudung bawal ni. Kenapa nama ikan pula yang diberi?\n\nTudung bawal sudah mula diperkenalkan di negara kita pada tahun 1998. Asalnya tudung ini diperbuat daripada kain voile. Perkataan voile ini berasal dari Perancis yang kemudiannya ditukar kepada bahasa Melayu dengan nama glamournya \u2018bawal\u2019.\n\nJadi, tudung bawal tak ada kena-mengena dengan ikan bawal tau. Kain voile ini diperbuat daripada fabrik 100% kapas (cotton). Ada juga cotton yang dicampur dengan linen, polister atau sutera.\n\nKainnya sangat lembut dan mudah dibentuk. Itulah sebabnya tudung bawal tak pernah dimakan zaman. Pelbagai jenis tudung datang silih berganti, namun tudung bawal tetap mempunyai peminatnya tersendiri.\n\nTudung bawal berbentuk segi empat. Biasanya cara memakai tudung ini ialah dilipat menjadi bentuk segi tiga dan dipakai mengikut fesyen yang disukai. Kini, terdapat pelbagai jenis tudung bawal di pasaran dari segi corak dan jenis kain.\n\nKalau dulu, yang paling terkenal ialah jenis kain polos (plain). Namun, sekarang ada jenis corak, sulam dan batu tampal. Terdapat juga pelbagai jenis fabrik seperti chiffon, satin, georgette dan sebagainya.\n\nWalaupun ada yang kata, fabrik-fabrik selain voile bukannya tudung bawal, namun tetap bawal juga yang akan disebut. Terpulang kepada pemahaman pembaca.\n\nJom tengok cara-cara memakai tudung bawal agar anda kelihatan lebih glam dan cantik. Pautan video di bawah memudahkan anda untuk mencubanya.\n\nMinat pakai shawl tapi tak pandai nak belit-belit. Atau anda tak suka pakai peniti banyak sangat sampai rasa nak tercekik? Cuba tengok video ni. Pasti rakan-rakan pejabat ingat yang anda sedang pakai shawl. Cantik dan menjimatkan masa.\n\n2. Gaya bertudung ala orang Arab\n\nNak cantik macam wanita Arab? Apa kata anda cuba cara pakai tudung gaya mereka. Biasanya wanita Arab suka memakai tudung cotton jenis crumple (berkedut). Lebih mudah dan jimat masa. Anda tak perlu menggosok tudung sebelum memakainya. Hasilnya tetap elegan.\n\n(Tutorial Bawal Boleh Buat Shawl Labuh)\n\nBagi yang menitikberatkan soal aurat dan penampilan diri, anda masih boleh bergaya. Yang penting tudung yang dipakai tetap labuh. Bagi mencuba cara ini, pastikan anda pilih tudung yang tebal dan tidak jarang. Ada pelbagai jenis kain di pasaran yang ringan namun tidak nipis.\n\n( 4 Gaya Cantik \u2013 Cara Pakai Tudung Bawal Paling Rare & Simple For Ramadan)\n\nDalam video ini ditunjukkan pelbagai cara untuk memakai tudung bawal dengan cara yang mudah, ringkas dan cukup bergaya. Cara ini sesuai dengan para remaja yang masih belajar di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Percayalah anda tak akan terlambat ke kelas nanti.\n\n5. Buat bentuk muka nampak lebih runcing\n\n(3 Cara Pakai Tudung Luxe Crochet ( Square Scarf ))\n\nBagi pembaca yang mempunyai bentuk muka bulat, segi empat, yang ada masalah pipi pau atau double chin, anda wajib tengok video ni. Selain fabrik yang digunakan mestilah sesuai dengan bentuk muka, cara pakai tudung juga perlu betul.\n\nDi bawah ini dikongsikan sekali tips-tips memakai tudung bawal. Jom semak.\n\nSekiranya anda memakai baju bercorak, padankan baju dengan tudung plain dan sebaliknya. Jangan memakai baju dan tudung yang mempunyai corak berlainan. Anda akan kelihatan sangat sarat.\n\nPilihlah warna yang bersesuaian dengan tona kulit anda. Jika anda memakai baju bercorak, pilihlah warna minimum untuk dipadankan dengan tudung bawal. Jika baju anda plain pula, anda boleh mencuba tudung plain colour block yang menarik.\n\nMisalnya jika baju anda berwarna maroon, anda boleh menggayakan tudung bawal berwarna kelabu cair, krim, putih atau beige. Warna yang kontras akan menghasilkan kombinasi yang menarik untuk si pemakai.\n\nBerbanding selendang atau shawl yang lebih panjang dan lebar, tudung bawal kurang digayakan. Namun, anda boleh cuba teknik-teknik yang dikongsikan di atas. Pasti anda akan kelihatan lebih bergaya dan menarik.\n\nSeeloknya tudung bawal jenis voile dibasuh menggunakan tangan berbanding dibasuh menggunakan mesin basuh. Ini untuk memastikan kualitinya akan lebih tahan lama. Cara penjagaan yang betul akan membuatkan tudung bawal tidak mudah menipis, berbulu dan luntur warnanya.\n\nNampaknya, itu saja perkongsian penulis tentang cara pakai tudung bawal agar anda kelihatan lebih glam dan cantik. Semoga anda akan mendapat idea untuk bergaya nanti. Tak kiralah sama ada untuk menghadiri majlis keramaian, ke kolej, tempat kerja, malahan ketika hari raya juga.\n\nTak perlu beli tudung bawal yang mahal-mahal. Kalau pandai digayakan, yang murah pun tetap akan nampak cantik. Yang penting, anda mestilah yakin dan sentiasa nampak kemas. Cubalah!\n\nJemput juga baca tentang cara-cara pakai shawl\u00a0dan manfaat memakai hijab. Semoga bermanfaat."
"Bagi bakal raja sehari, kad jemputan kahwin pastinya amat penting bukan? Kad jemputan kahwin akan mula diedarkan sebulan atau 2 bulan sebelum majlis berlangsung.\n\nKad jemputan ini lebih praktikal berbanding jemputan secara lisan. Selain terdapat nama bakal pengantin, alamat dan tarikh juga akan dipaparkan. Ia akan memudahkan para tetamu untuk menyusun jadual aktiviti hujung minggu mereka.\n\nKad Jemputan Kahwin Tempah VS Kad DIY\n\nKini, terdapat pelbagai jenis kad jemputan kahwin di pasaran. Kebanyakan pasangan pengantin akan menempahnya melalui syarikat percetakan. Ada yang murah, ada juga yang mahal. Harganya bergantung kepada design, kualiti kertas dan juga saiz.\n\nKita sedia maklum bahawa majlis kahwin menelan kos yang cukup tinggi. Dari aspek makanan tetamu, dekorasi, pelamin, pakaian pengantin, goodies dan macam-macam lagi. Itu tak termasuk majlis risik, majlis tunang hinggalah ke majlis kahwin.\n\nBagi bakal pengantin yang mempunyai kewangan yang kukuh mungkin tiada masalah. Namun, jika anda bercadang untuk membuat majlis yang sederhana dan simple, apa kata cuba buat kad jemputan kahwin DIY.\n\nGunakan kreativiti untuk menghasilkan kad jemputan kahwin yang cantik dan begitu dekat di hati anda. Ini kerana semuanya merupakan sentuhan peribadi anda nanti. Walaupun DIY, kosnya cukup rendah dan senang dibuat.\n\nDalam artikel ini, penulis akan kongsikan beberapa panduan membuat kad jemputan kahwin DIY. Pastinya para tetamu akan terbeliak mata melihat kad yang cantik dan sangat unik. Jom baca!\n\nKad jemputan kahwin yang dijual di kedai percetakan biasanya mengikut jenis dan kualiti kertas. Jika anda hendak membuat kad kahwin yang bajet saja, terdapat beberapa jenis kertas yang boleh digunakan.\n\nAntaranya ialah kad manila, kertas lukisan dan kertas kraf (art paper). Kesemua jenis kertas ini boleh dibeli di kedai atas secara online. Harganya juga murah dan mampu milik.\n\nJika anda mempunyai tema warna tertentu, anda boleh memilih kad manila dan kertas kraf. Biasanya kertas jenis ini mempunyai pilihan warna yang pelbagai. Anda mempunyai banyak pilihan warna untuk mengikut kesesuaian tema.\n\n2. Design Kad Jemputan Kahwin Menggunakan Software\n\nBiasanya kad jemputan kahwin yang dibeli melalui kedai atau secara online akan mengenakan upah untuk design kad. Anda boleh mengurangkan kos ini dengan cara design sendiri kad jemputan kahwin anda.\n\nUntuk buat design sendiri, benda pertama yang anda perlukan ialah komputer sama ada desktop atau laptop. Tiada masalah untuk menggunakan Windows atau pun Mac.\n\nJika anda mahir menggunakan software seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, bonus di situ. Namun, jangan risau, anda masih boleh menggunakan Microsoft Word ataupun PowerPoint.\n\nMalahan, ada juga software online seperti Canva dan Crello untuk design kad jemputan kahwin anda. Di bawah ini, penulis sertakan beberapa tutorial buat kad kahwin untuk memudahkan anda mendapat idea.\n\n3. Tentukan Jumlah Kad Jemputan Kahwin\n\nSelepas membuat design yang diingini, anda perlu menetapkan jumlah kad yang akan diedarkan nanti. Jika banyak kad kahwin yang hendak dicetak, semakin tinggilah kos anda nanti.\n\nBincang dengan ahli keluarga untuk menentukan jumlah jemputan. Pastikan kad jemputan nanti tak dibazirkan.\n\nJika majlis perkahwinan anda hanya dibuat secara kecil-kecilan, misalnya bawah 200 orang, anda boleh mencetaknya sendiri. Cuma pastikan anda dapat siapkan kad kahwin itu lebih awal sebulan sebelum kad diedarkan.\n\nAnda memerlukan beberapa peralatan penting jika anda bercadang untuk mencetaknya sendiri, iaitu:\n\nKalau anda mencetaknya sendiri, kebanyakan kertas boleh dicetak saiz A4. Sekeping kad kahwin A4 boleh dipotong kepada 3 bahagian bagi saiz 4\u201d x 6\u201d atau 4\u201d x 8\u201d. Anda boleh menentukan saiz yang diingini.\n\nJika anda tak yakin dapat mencetaknya dengan cantik dan menghasilkan potongan kad yang kemas, anda boleh ke kedai percetakan. Di sana nanti anda boleh mengupah mereka untuk memotong kad kahwin yang dah siap design.\n\nKedai-kedai percetakan sememangnya mempunyai printer yang canggih. Printer ini boleh mencetak dengan banyak dan pantas. Malahan, mereka juga mempunyai peralatan memotong yang besar. Dalam masa cepat, ratusan kad dapat dipotong.\n\nAnda boleh survey dulu kedai-kedai berdekatan rumah yang menawarkan harga yang rendah. Jika anda mencetak dalam jumlah yang banyak, berbincang dengan mereka untuk mendapatkan diskaun dan sebagainya.\n\nBagi para tetamu yang rapat dan istimewa misalnya majikan, rakan sekerja, rakan baik dan ahli keluarga terdekat, anda boleh memberikan kad yang istimewa. Tanpa mengeluarkan kos yang tinggi anda boleh menghiasnya sendiri.\n\nOleh kerana jumlah tetamu istimewa ini tak ramai, anda boleh DIY kad kahwin agar kelihatan eksklusif. Misalnya dilekatkan reben, dihias bunga-bunga kering dan batu tampal. Pastikan kosnya masih rendah dan tak membebankan.\n\nAda sesetengah kedai percetakan yang akan memberi sampul kad secara percuma saja. Jika anda tidak mahu menggunakan sampul yang biasa, apa kata cuba cara lain pula.\n\nAnda boleh membeli kertas-kertas nipis yang mempunyai pelbagai corak yang cantik. Letak di bahagian bawah atau tengah kad. Kertas yang boleh digunakan ialah kertas alas kek. Anda boleh membelinya di kedai menjual barangan membuat kek.\n\nMalahan, anda boleh mengikat kad anda itu dengan reben atau tali jerami yang cantik. Semua barang-barang ini boleh dibeli di Eco atau Mr DIY. Malahan, ada juga orang yang membuat kad kahwin seperti penanda buku.\n\nAnda boleh menghiasnya mengikut kreativiti anda. Pastinya anda hendakkan sebuah majlis perkahwinan yang indah, istimewa dan mempunyai sentuhan peribadi. Jangan risau, jika anda tak ada bajet yang tinggi.\n\nTak perlu membazir wang membuat kad yang mahal-mahal kerana hujungnya nanti ke tong sampah tempatnya. Anda hanya memerlukan sedikit masa, usaha dan kreativiti untuk menghasilkan kad jemputan kahwin DIY.\n\nJika dah cuba buat nanti, jangan lupakan kongsikan dengan kami di page Facebook Bidadari.my. Anda juga boleh baca tentang cara buat bunga manggar DIY dan idea doorgift kahwin yang cantik."
"Ayuh ketahui doa-doa Nabi Ibrahim yang wajar dijadikan amalan kita bersama.\n\nNabi Ibrahim a.s merupakan salah seorang nabi \u00a0 dalam \u00a0golongan\u00a0 Ulul\u2019 Azmi. Baginda merupakan utusan terpenting yang membawa ajaran benar kepada kaum Yahudi dan Nasrani.\u00a0 Kisah Baginda yang terselamat daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud, serta pengorbannya yang sanggup menyembelihkan anaknya Ismail atas perintah Allah SWT telah membuktikan ketaatan Baginda. Bahkan dengan keimanannya itu Baginda diberi gelaran Khalil Ullah\u00a0iaitu \u2018Sahabat Allah\u2019\n\nMalah, daripada Bagindalah menyusur keturunannya kepada Nabi Muhammad SAW, sehinggakan dalam selawat ke atas Rasulullah SAW pun terdapat nama Baginda.\n\nDisebutkan, terdapat sebuah hadis tentang pertanyaan para sahabat, bagaimanakah cara berselawat kepadamu? Rasulullah SAW pun menjawab, \u201cBacalah:\n\n\u201cYa Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. (Ya Allah), berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya, Engkau Maha Terpuji dan Maha mulia.\u201d\n\nDoa-doa Nabi Ibrahim a.s yang Boleh Dijadikan Amalan\n\nTerdapat banyak doa\u00a0 yang dikirimkan oleh Baginda Nabi Ibrahim a.s kepada Allah SWT, malah doa-doa tersebut sangat sesuai diamalkan oleh kita pula dalam membuat permintaan terhadap Allah SWT. Antara doa-doa tersebut ialah:\n\n#1. Doa Agar Dianugerahkan Kemuliaan oleh Allah SWT di Hari Akhirat\n\n\u201cYa Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang memusakai syurga yang penuh kenikmatan, dan ampunilah bapaku,kerana sesungguhnya ia adalah termasuk golongan orang-orang yang sesat, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.\u201d\u00a0\n\n#2. Doa Memohon Dijauhkan Dari Menjadi Fitnah Bagi Orang Kafir\n\n\u201cYa Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.\u201d\u00a0\n\n#3. Doa Memohon Dikurniakan Zuriat Yang Soleh\n\n\u201cYa Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.\u201d\u00a0\n\n#4. Doa Agar Dijauhkan daripada Berpaling kepada Allah\n\n\u201cWahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.\u201d\n\n\u201cWahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat)\u201d\n\n#6. Doa Memohon Dibukakan Pintu Hati dan Rezeki\n\n\u201cWahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.\u201d\n\n#7. Doa Agar Dikurniakan Keturunan yang Mendirikan Solat\n\n\u201cWahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.\u201d\n\n#8. Doa Memohon Ampun Untuk Diri dan Kedua Orang Tua\n\n\u201cWahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan\u201d\n\nJemput baca artikel menarik kami yang lain. Anda pasti menyukai kisah syaikh sudais waktu kecil\u00a0\u00a0dan doa neelofa untuk murah rezeki"
"Penggemar kaki ayam patut cuba resepi sup kaki ayam ala Thai yang kami kongsikan di bawah ini.\n\nKaki ayam terdapat sedikit daging pejal, banyak kulit dan daging lunak. Ia pula banyak terdapat sumsum tulang. Sehingganya kaki ayam sangat disukai oleh sebahagian orang.\n\nResepi yang paling sesuai untuk kaki ayam ialah sup. Kerana lembut dagingnya terjaga kekal dan tidak dikikis oleh minyak seperti kalau digoreng.\n\nBayangkan setiap kelazatan yang ada di kaki ayam ketika anda mula menggigit-gigit manja kaki ayam. Hisap sumsum tulang bagian favorit. Hirup kuah sup makan dengan nasi putih. Nyaman sungguh! Sila buat sup kaki ayam ala Thai, resepi kredit kepada Leeina Qaliena di laman Facebook.\n\nResepi Sup Kaki Ayam Ala Thai\n\nSelain resepi sup kaki ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.\n\nTerima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya"
"Hari ini kami bawakan resepi yang teristimewa, sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu sewaktu makan tengahari iaitu nasi ayam penyet. \n\nNasi Ayam Penyet berasal daripada Indonesia dan apa yang menarik tentangnya adalah sambalnya yang sangat pedas dan unik. Nasi ayam penyet ini juga mempunyai ayam goreng berempah yang amat lazat digabungkan dengan sup yang sangat sedap. Sambal tomat ataupun teras yang terdapat sekali bersama ayam penyet ini juga merupakan keistimewaan nasi ayam penyet ini. \n\nTak lengkaplah nasi ayam penyet tanpa tempe, tahu dan ulam. Gabungan kesemua ini pasti membangkit selera sesiapa sahaja. Pasti anda semua sudah kecur air liur kan? \n\nResepi kali ini dibawakan oleh Habibah Badar Bajrai dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. \n\nResepi \u2013 resepi lain yang menarik: \n\nTerdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!"
"Mee Kari merupakan resepi yang amat lazat untuk dimakan bersama seisi keluarga. Aroma karinya dapat menarik minat sesiapa sahaja dan rasanya memikat hati sesiapa yang merasainya. Dari jauh pun dah boleh bau tau. Kalau tetamu nak datang, bolehlah sediakan resepi mee kari nih. Sebab caranya mudah, murah dan jimat. Yang paling penting sedap !!\n\nOleh itu, kami bawakan resepi yang tersangatlah mudah kepada anda. Kini, anda bolehlah mencuba resepi ini. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Ricik\u00a0dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook.\n\n1. Ayam 1/2 ekor (potong kecil)2. 10-15 biji cili kering (blend) \u2013 pastikan direbus dahulu3. 3 biji bawang besar (blend)4. 3 ulas bawang putih (blend)5. Serai 3 batang6. Daun kari (agak2)7. Tauhu goreng ( dibelah 2 @ 3)8. Fish cake 3 (dipotong)9. Santan 1 kotak kecil10. 1 biji Kentang (saya mendurharkakan\u00a0resepi.. Haha sbb tetiba ada kentang.. Hahaha!)11. Fish ball 15 biji (potong tengah)12. 3 sudu besar serbuk kari (saya bancuh dengan air suam dulu)\n\n1. 20-25 biji cili kering (blend) \u2013 pastikan direbus dahulu2. 4 biji bawang besar3. 3 ulas bawang putih\n\n1. Panaskan minyak dan goreng sekejap serai2. Letakkan barang yang diblend tumis sehingga pecah minyak4. Letakkan serbuk kari5. Letakkan ayam dan masak seketika6. Letakkan santan 1 kotak7. Letakkan kentang8. Letakkan air secukupnya dan biarkan mendidih10. Letak daun kari11. Sudah mendidih letak fish cake, fish ball dan tauhu goreng12. Letakkan garam dan secukup rasa, kacau.. Dan siap\n\n1. Tumis bahan diblend sehingga pecah minyak2. Letakkan garam dan gula. Dan sedia dihidang\n\n1. Cili merah dipotong serong2. Bawang goreng3. Sayur sawi di celur4. Taugeh di celur5. Telur direbus\n\nMenarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!"
"Sang faqir seringkali diajukan oleh sahabat-sahabat, kebanyakannya dalam bentuk gurauan, dengan soalan.\n\n\u201cBila hendak tambah cawangan lagi? Kalau ada 2 mudah uruskan urusan.\u201d\n\nLazimnya sang faqir akan tersenyum sahaja.\n\nAdakala ada dari kalangan sahabat begitu bersungguh untuk berpoligami dan kalimat yang sering mereka garistebalkan adalah Sunnah, sang faqir akan soalkan semula,\n\n\u201cBerapa banyak sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam yang antum dah istiqomah setakat ini?\u201d\n\nAda yang tersenyum siput, ada yang menjawab dengan yakin dan ada yang hanya terdiam.\n\nAdakah sang faqir tidak berminat untuk berpoligami?\n\nJawapan persoalan itu sebenarnya harus hadir dalam bentuk Iman dan Empati (bukan simpati). Apabila jawapan sang faqir berikan, ada juga yang berbunyi,\n\n\u201cAla, jenis takut bini ni. Tidak mahu mengaku.\u201d\n\nIzinkan sang faqir berkongsi sebuah cerita benar kisah seorang wanita hebat di sisi sang faqir, tatkala susah, tatkala senang.\n\nSang faqir bernikah dengan isteri sang faqir yang tiada meminta sebarang hantaran dan dengan mas kahwin sebanyak rm88.80 sahaja serta sebentuk cincin belah rotan berharga rm90.\n\nSeawal pernikahan kami, kami diuji dengan kesusahan yang tiada tergambar bagi pasangan yang baharu menikah.\n\nSeawal pernikahan, yang waktu itu masih belajar, diuji akan kami dengan masalah kewangan, sehinggakan 10 sen yang bergolek masuk ke longkang dari poket, kami kejar, dek kerana tiada wang yang cukup untuk membeli makan. Dan ketika itu, sang faqir hanya mampu menahan air mata melihat isteri sewaktu itu ALLAH hadirkan benih ke dalam rahimnya.\n\n\u201cAbang, jangan risau, Nur ok, kita susah sama-sama. Nur selalu dengan abang. ALLAH selalu dengan kita.\u201d\n\nKata-kata semangat ini masih segar sehingga saat ini yang diucapkan ketika sebulan sang faqir sakit terbaring sakit, tidak mampu bangun dan bekerja, malahan wanita inilah yang bekerja dan dalam masa yang sama menjaga kebajikan sang faqir yang terbaring lemah. Apatahlagi dalam keadaan membawa benih di dalam rahim.\n\nKami diuji ALLAH dengan jiran langsung tidak mengambil tahu hal ehwal kami. Kami dipandang seumpama kucing kurap. Ketika sang faqir dalam keadaan yang lemah dengan keadaan ini, wanita ini bersuara,\n\n\u201cTakpe abang, biarlah orang tidak pandang kita, asal kita tidak buat pun benda salah, kita buat yang betul saja.\u201d\n\nKetika sang faqir diuji ALLAH dengan hal keadaan semua majikan tidak mahu menerima sang faqir bekerja, wanita ini bersuara,\n\n\u201cMacam ni, abang jaga anak di rumah, biar Nur yang kerja, kita makan apa yang ada saja. Nanti ada rezeki, abang pula kerja. Abang sabar ya.\u201d\n\nSewaktu sahabat lain sedang gembira menyambut majlis konvokesyen meraikan tamat zaman pengajian, wanita ini sedang sibuk di rumah menjaga suami yang terbaring sakit walaupun pada hakikatnya dia sepatutnya berada di majlis tersebut kerana kecemerlangannya, apabila ditanya, kenapa tak pergi ikut rombongan konvo, jawab wanita ini,\n\n\u201cAbang lebih penting bagi Nur, lebih penting dari segalanya. Nur nak duduk di sisi abang.\u201d\n\nSewaktu sedang sarat hamil membawa Hafidz Nuruddin di dalam kandungan, dek kerana ingin mengumpul wang sendiri supaya tidak menyusahkan sang faqir apabila dirinya dalam pantang kelak, wanita ini sanggup mengambil upah membuat urutan dan bekam sehingga beberapa kali hampir pitam.\n\n\u201cNur kerja untuk kita semua, kita sama-sama susah, kita sama-sama senang. Apa-apa jadi kat Nur, abang guna duit Nur, jaga anak-anak kita.\u201d\n\nJadi, dengan pengorbanan demi pengorbanan ini, adakah suatu yang baik dan elok untuk sang faqir merasakan poligami itu baik untuk sang faqir?\n\nSebagaimana keadaannya Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam tidak menduakan Sayyiditina Khadijah At Thohirah sewaktu dalam hayat beliau, kerana pengorbanan dan kesetiaan Sayyiditina Khadijah RadhiyALLAHu Anha, seperti itulah keadaannya sang faqir kepada isteri tersayang.\n\nMaka, tidak berpoligami bukan bermaksud tidak menyokong sunnah dan berpoligami juga bukan bermaksud hidup dalam sunnah.\n\nImbangilah sesuatu keadaan dengan waras, empati dan kasih sayang.\n\nSunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam bukan poligami semata-mata."
"Amalan berkhatan ini diwajibkan dalam islam bagi lelaki dan wanita. Perbezaannya, wanita dikhatankan ketika bayi manakala lelaki dikhatankan ketika berusia lebih 6 tahun. Kajian juga telah menunjukkan bahawan berkhatan bagus dan dapat mengelakkan daripada terkena penyakit yang merbahaya.\n\nApabila tiba musim berkhatan, ibu bapa akan sibuk untuk daftar anak berkhatan. Sekarang klinik juga menyediakan tempat untuk berkhatan. Tidak seperti dulu-dulu, berkhatan beramai-ramai di kampung yang begitu meriah sekali. Bermacam ragam kita dapat lihat kelakuan anak-anak lelaki, ada yang menangis, lari dan ada yang tenang sahaja.\n\nMasalah pertama untuk menghantar anak untuk berkhatan tidak begitu merisaukan ibu bapa. Masalah yang merisaukan ibu bapa adalah ketika menjaga anak yang sedang berkhatan. Bagi ibu bapa yang kurang pengalaman, mereka tidak tahu cara yang betul untuk menjaga luka berkhatan.\n\nApakah cara yang betul untuk menjaga luka berkhatan?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai tips bagi ibu bapa menjaga luka anak yang sedang berkhatan. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. \n\n10 Tips penjagaan luka anak yang sedang berkhatan\n\nBerikut adalah tips yang dikongsikan oleh doktor :\n\n1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam.\n\nIa perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:\n\n2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline.\n\n\u2014 Bersihkan daki / darah beku sekitar luka\n\n\u2014 Cuci luka dengan normal saline\n\n\u2014 Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan\n\n\u2014 Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda\n\n3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan\n\n\u2014 Tahan sakit: diambil bila perlu\n\n\u2014 Antibiotik: perlu diambil ikut jadual\n\n\u2014 Ubat cucian: lazimnya normal saline\n\n\u2014 Elak sapu minyak/herba pada luka\n\n4. Rasa ngilu di bahagian kepala zakar adalah normal\n\nAnak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.\n\nPakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.\n\nSelepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.\n\nPastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.\n\nJaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.\n\n9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari.\n\nJika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor :\n\nMungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.\u00a0\n\n\u2014 Jahitan konvensional: tak perlu dibuka\n\n\u2014 Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka\n\n\u2014 Gam: tak perlu jumpa doktor semula\n\n\u2014 Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.\n\n*Ibu bapa yang begitu risaukan anak yang sedang berkhatan boleh mengikut tips yang dikongsikan oleh doktor ini. Apa-apa pun dapatkan nasihat daripada doktor pakar yang terdekat kerana mereka lebih mengetahu dan berpengalaman dalam bab ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Remaja zaman kini, susah untuk kita cari yang beradab dengan orang yang lebih tua. Ramai di kalangan remaja sekarang yang kurang beradab di hadapan orang tua. Mereka berkomunikasi dengan orang tua menggunakan bahasa yang kurang enak didengari.\n\nMungkin disebabkan pengaruh dari barat yang membuatkan remaja di Malaysia menjadi kurang beradab. Oleh itu kita perlu membuat sesuatu agar perkara ini berhenti dan melahirkan remaja yang penuh adab sopan di hadapan orang tua. Bagaimana?\n\nItu sememangnya tanggungjawab ibu bapa. Siapa lagi yang akan mengajar anak untuk beradab di rumah kalau bukan ibu bapanya sendiri. Jadi sebelum anak memasuki usia remaja, ibu bapa perlu mengajar anak cara-cara adab berkomunikasi.\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai ajari anak adab berkomunikasi dengan orang tua. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas \u201cTelegram Channel Parenting\u201d terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. \n\n5 Adab berkomunikasi dengan orang yang lebih tua\n\n1. Ajar anak MINTA IZIN kalau nak menggunakan atau pinjam barang orang lain\n\n2. Ajar anak MINTA MAAF ketika tersilap atau terbuat kesalahan secara sengaja ataupun tidak sengaja\n\n3. Ajar anak guna perkataan MINTA TOLONG jika nak minta sesuatu daripada orang lain\n\n4. Ajar anak ucap TERIMA KASIH dan berikan SENYUMAN kepada orang yang memberikan bantuan ataupun ketika mendapat pemberian daripada seseorang\n\n5. Ajar anak untuk gunakan seindah indah perkataan ketika bergaul dengan kawan kawannya kerana anak anak yang pandai memilih perkataan akan menjadi lebih\u00a0hebat\u00a0dan menyerlah dibandingkan anak anak yang bercakap sesuka hati tanpa sebarang tapisan.\n\n*Di usia kanak-kanak, mereka akan lebih terbuka untuk belajar benyak perkara. Jika kita serapkan adab di dalam diri mereka, adab itu akan kekal sehingga mereka dewasa. Kemudian, mereka akan ajar pula adab-adab kepada waris seterusnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Kami pasti ramai yang mempunyai tabiat suka mengunyah makanan seperti gula-gula, kekacang, biskut, kuih muih dan sebagainya. Bagi yang tidak mempunyai masalah kesihatan, memang bahagialah mengunyah sampai ke sudah yer dak? Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, mengunyah tu haruslah berpada-pada agar tidak menjejaskan kesihatan diri.\n\nNampak macam sedikit je apa yang kita ambil sebagai snek, namun awas kandungan kalori yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh, sekeping biskut coklat chip mempunyai 30 kalori. Tapi, biasanya orang akan makan 3-4 keping jugak yer dak habis minimum pun. So, total lebih kurang 120 kalori. Kalau bertambah lagi selera, makin bertambah lah lagi kalori tu. Bila nak buang kalori tu?\n\nHa sebab tu kita kene berjaga-jaga dengan jumlah kalori makanan yang kita ambil. Sesuaikan diri kita dengan tahap olahraga dan senaman harian kita. Kalau kalori banyak yang diambil namun senaman tidak dilakukan, itu boleh mengundang bahaya pada tahap kesihatan diri kita.\n\nBercakap pasal makanan dan kalori, hari ini kami akan kongsikan resepi biskut cornflakes buat anda. Resepi ini menggunakan bahan utama bijiran cornflakes berkhasiat buat santapan snek anda. Namun, kalori tetap ada ya, jadi berpada-padalah dalam mengambil portion yang betul untuk diri sendiri.\n\nResepi ini telah dimuatnaik oleh saudari Nur Kaseh di laman facebook. Selamat mencuba ya!\n\nSelain resepi biskut yang mudah ini, terdapat banyak lagi resepi-resepi sedap yang lain. Jemput lihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
"Mencari resepi spaghetti yang sedap? Spaghetti ialah salah satu masakan tradisional dari Italia yang dibuat daripada gandum giling dan air. Sedangkan Bolognese ialah sos daging yang sangat digemari daripada kawasan Bolona, Italia.\n\nMulanya sos ini hanya\u00a0 berbasiskan daging tanpa tomato, tetapi semakin lama banyak yang membuat sos bolognese menggunakan daging dan tomato. Makanan bercita rasa western ini sangat digemari di seluruh nusantara.\n\nAnda patut untuk mencuba memasak spaghetti bolognese ini. Memanjakan lidah anda dengan makanan cita rasa Italia dengan spaghetti yang lembut dan mengenyangkan serta sos bolognese yang menggigit lidah.\n\nBerikut ini kami menyajikan untuk anda resepi membuat spaghetti bolognese yang lazat dan mudah yang didapatkan daripada resepi oleh \u200eAfrina Zulqarnaen\u200e di facebook. Tidak perlu masa lama untuk membuat spaghetti ini dan sangat memanjakan selera anda. Sila dicuba..\n\n1 packet pasta (rebus selama 13 minit)\n\n1 botol sos pasta mushroom (adabi)\n\n1 botol sos pasta asli (adabi)\n\nSedikit air (ikut pekat kuah yang kita nak)\n\nSedikit garam (*optional, saya tak letak sebab kuah dia dah cukup rasa)\n\n2. Masuk daging hancur dan tunggu sehingga empuk.\n\n3. Masukkan carrot dan tunggu sehingga empuk.\n\n4. Masukkan sos pasta, sos cili, dan sedikit air.\n\n5. Masukkan sosej, cili padi dan blackpapper. Tunggu sehingga sos menggelegak. Tutup api dan hidangkan bersama pasta.\n\nSelamat mencuba dan menikmati masakan anda.\n\nSelain resepi Spaghetti Bolognese ini, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.."
"Siapa suka pizza dan suka membuat pizza? Boleh cuba pizza mini resepi daripada\u00a0Natasha Jeffrey yang dikongsikan di Facebook.\n\nKanak-kanak suka pizza mini ini kerana saiznya yang kecil dan comel yang membuat ianya mudah dimakan. Tentunya kanak-kanak akan lebih suka dan tertarik dengan pizza mini.\n\nPizza mini boleh dijadikan menu petang-petang. Boleh juga dijadikan antara menu kudapan untuk kenduri kendara mahupun untuk jualan.\n\nRasanya sedap dan lazat. Dengan pizza mini anda boleh menikmati pizza ala restoran dengan saiz yang lebih kecil lagi berbaloi. Selamat berpizza.\n\nMembuat Doh Pizza @ Roti Pizza :\n\nSelain resepi pizza mini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
"Siapa di sini teringin buat bebola daging namun tidak tahu resepi yang sedap dan perlu diikuti? Tidak perlu risau kerana kami akan berkongsikan resepi bebola daging yang super sedap! Lengkap dengan kuah.\n\nBebola daging biasanya dibuat daripada campuran daging lembu dan tepung ubi kayu, tetapi boleh juga dibuat daripada daging ayam, ikan atau udang.\n\nDi Indonesia, bebola daging dipanggil bakso dan disajikan dengan kuah yang mengandungi mihun, sayur, kailan\u00a0 dan dihidangkan bersama bawang goreng dan daun saderi. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Nasariah Aziz di Facebook pada resepi di bawah ini.\n\nBanyak variasi masakan bebola daging seperti dipanggang, disayur mahupun digoreng. Masakan perancis pula menyajikan bebola daging dengan pasta.\n\nMesti anda teringin membuat bebola daging yang super sedap seperti pada gambar di bawah kan! Melihatnya saja sudah menitikkan air liur.\n\nSila cuba resepi bebola daging yang mendapat perkongsian ramai ini.\n\n1. Masukkan semua bahan bebola daging dalam satu bekas.\n\n2. Gaul hingga adunan menjadi halus.\n\n3. Selepas itu masukkan pada bekas lain dan tutup guna plastik.\n\n4. Masukkan adunan tadi dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.\n\n5. Kemudian bulat-bulatkan ikut saiz yang kita suka.\n\n6. Rebus air dalam periuk kemudian masukkan bebola daging.\n\n7. Rebus menggunakan api kecil hingga bebola timbul. Tutup api.\n\n1. Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.\n\n2. Rebus tulang lembu hingga sedikit empuk. Simpan sedikit air baki rebusan untuk sambal.\n\n3. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.\n\n4. Masukkan serai yang sudah diketuk.\n\n5. Masukkan tulang lembu bersama air, rebus hingga empuk.\n\n6. Kemudian masukkan kiub daging, lada hitam/sulah, perasa, garam. Bila sudah masak, tutup api.\n\n7. Hidangkan bersama mihun/sohun, daun sup/bawang, bawang goreng, hirisan kobis.\n\n2. Asingkan cili hijau dan merah.\n\n3. Tumbuk kasar cili merah, letak sedikit cuka dan perasa, tambah sedikit air rebusan tulang tadi.\n\n4. Cara yang sama untuk sambal hijau.\n\nMasa menyajikan bebola daging boleh letak kicap manis untuk dapatkan rasa yang lagi sedap.\n\nSelain resepi bebola daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
"Daging dalam peti banyak? Tak tahu nak masak apa? Asyik-asyik daging goreng kunyit dan kari daging sahaja. Nak cuba resepi baru yang mudah dan sedap. Apa kata jom hidangkan lauk Daging Masak Hitam. Semestinya bahan-bahnnya mudah disediakan, mudah di cari, mudah di masak dan yang paling penting sedap sehingga menjilat jari. Jadi, apa lagi. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Noor Farhana di laman muka buku ini. Senang difahami dan diikuti. Serius sedap tau daging masak hitam yang simple ni. Tapi kalau makan memang boleh bertambah. Tambah makan dengan pulut ke perghhh memang berebut.\n\n-daging \u2013 anggaran 1 kg -Rempah 4 sekawan -Kerisik -Santan -Daun kari -Gula merah -kicap pekat -kicap manis -garam\n\n-Bawang besar 3 bji -Bawang putih 4 ulas -Tomato 2 bji besar -Halia 2cm -Lengkuas 2cm -Serai 3 batang -Cili blend\n\n1) Tumis rempah 4 sekawan, bahan blender, cili blend (ikut kepedasan) , daun kari. Tumis kejap. 2) Lepas tu masukkan daging, kicap pekat, kicap manis, gula merah 2 sudu besar dan kerisik. Masak sampai daging empuk dan pecah minyak 3)Bagi kuah kering sedikit dan masukkan pati santan. Perasakan dengan garam. Dah siap. Mudah ke mudah? Bolehlah hidang panas panas makan dengan nasi putih atau pulut. Jangan lupa share resepi Daging Masak Hitam ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Ikan Cencaru Bakar ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba."
"Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik di Malaysia yang paling banyak kontroversi, selain Dato Seri Najib tun Razak dan Tun Dr Mahathir sendiri. Perjalanan politik Anwar Ibrahim adalah sangat menarik. Dari parti Umno berhijrah ke parti Keadilan Rakyat. Malah pernah dipernjarakan. Perjalanan politik beliau adalah sangat menarik.\n\nSelain karier politiknya, ahli keluarga Anwar Ibrahim juga menjadi perhatian ramai. Terutamanya isteri beliau Dr Wan Azizah dan anak perempuan mereka Nurul Izzah Anwar. Jom kami kongsikan nama dan sedikit latar belakang anak Anwar Ibrahim. Pastinya banyak info menarik tentang keluarga ini yang anda belum tahu.\n\nBeliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947. Beliau adalah satu-satunya ahli politik ikonik di Malaysia yang dikenakan hukuman penjara dengan kesalahan yang berikut:\n\nDato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail\n\nDato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan isteri kepada Anwar Ibrahim. Beliau bergiat aktif dalam dunia politik selepas penangkapan suaminya pada tahun 1999. Beliau adalah insan yang bertanggung jawab menubuhkan Parti Keadilan Rakyat. Apa yang membanggakan, Dato Seri Dr Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama di Malaysia.\n\nDato\u2019 Seri Dr. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas,\u00a0Alor Setar dan kemudiannya meneruskan pengajian ke\u00a0Kolej Tunku Kurshiah\u00a0di\u00a0Seremban.\u00a0Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke\u00a0Dublin,\u00a0Ireland dan mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di sana beliau menerima anugerah pingat emas \u2018MacNoughton-Jones Gold Medal\u2019.\n\nSekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang\u00a0pakar oftalmologi\u00a0di\u00a0Hospital Besar Kuala Lumpur\u00a0dan di Hospital Universiti Universiti Malaya namun meletak jawatan pada tahun 1993 apabila suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.\n\nNurul Izzah merupakan anak Anwar Ibrahim yang paling terkenal dan menjadi perhatian kerana karier politiknya. Beliau dilahirkan pada 19 November 1980 dan merupakan seorang ahli politik yang berjaya. Nurul Izzah bersekolah di\u00a0Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara,\u00a0Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Sri Bandaraya dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.\n\nKemudian beliau melanjutkan pelajaran di\u00a0Universiti Teknologi Petronas\u00a0(UTP) di\u00a0Tronoh,\u00a0Perak namun kemudian berpindah ke\u00a0Universiti Tenaga Nasional\u00a0(UNITEN) di\u00a0Bangi\u00a0dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004. Kemudian Nurul Izzah menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS),\u00a0Universiti Johns Hopkins,\u00a0Washington\u00a0di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan menamatkan pengajian pada Mei 2007.\n\nNurul Izzah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Raja Nur Safiyah & Raja Harith. Apa yang menarik, Anwar Ibrahim masih bergelar banduan di Penjara Sungai Buloh semasa Nurul Izzah bernikah. \n\nAnwar Ibrahim dibenarkan untuk keluar dan mewalikan anaknya. Turut hadir dalam majlis perkahwinan tersebut ialah Tan Sri\u00a0Azizan Zainul Abidin, Tan Sri\u00a0Hassan Merican\u00a0dan Datuk Seri\u00a0Nazri Aziz. Apa yang lebih hebat,\u00a0Sultan Terengganu iaitu\u00a0Sultan Mizan Zainal Abidin\u00a0turut hadir dalam majlis berkenaan. \n\nNurul Nuha merupakan anak kedua Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang politik namun tidak serancak kakaknya Nurul Izzah. Nuruh Nuha memilih untuk menjalani hidup yang lebih low profile. Semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan pada tahun 1999, Nurul Nuha baru berusia 13 tahun. Namun beliaun sangat matang dan memahami apa yang berlaku.\n\nEhsan Anwar adalah satu-satunya anak lelaki Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail. Ehsan agak kurang dikenali kerana tidak berminat untuk menyertai arena politik. Beliau memilih untuk menjadi seorang aktivis dan bukannya seorang ahli politik.\n\nNama Nurul Iman Anwar tidaklah segah kakaknya Nurul Izzah. Ini kerana Nurul Iman masih baru dalam arena politik. Namun kita dapat melihat kesungguhan beliau semasa pilihan raya umum baru-baru ini dimana Nurul Iman banyak memberikan ucapan semasa kempen pilihanraya.\n\nSeperti Nurul Iman, Nurul Ilham juga tidak semahsyur kakaknya Nurul Izzah. Namun pada hari ini Nurul Ilham bergerak aktif dalam Parti Keadilan Rakyat. Nurul Ilham bernikah dengan Mohd Reza Bin Mohd Rafie pada 24 Disember 2011. \n\nNurul Hana merupakan anak bongsu dalam keluarga ini dan dilahirkan pada 19 November 1980 . Semasa Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1999, Nurul Hana baru berumur 6 tahun. \n\nNurul Hana turut merekodkan peristiwa penangkapan ayahnya di mana rumah mereka diserbu dan ditangkap di hadapan ahli keluarga yang lain. Buku hasil tulisannya yang bertajuk \u2018Sayang Buat Papa\u2019 yang dilancarkan pada 2015 menceritakan peristiwa ngeri malam tersebut secara terperinci.\n\nItulah dia info tentang nama anak Anwar Ibrahim yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Sama-sama kita doakan semoga Malaysia bumi tercinta sentiasa berada dibawah rahmat dan perlindungan dariNya. Aamiin."
"Kita sebagai rakyat Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk membangunkan negara agar lebih dikenali di seluruh dunia. Seperti negara Jepun, Korea, China dan lain-lain lagi. Negara-negara tersebut adalah negara yang maju dari segi teknologi.\n\nApabila negara terlalu maju, akan ada banyak rintangannya. Antaranya adalah penyakit yang merbahaya. Negara terlalu fokus untuk membangunkan negara sehingga lupa benda yang penting iaitu kebersihan. Kebersihan amat penting dalam sesebuah negara kerana ia akan memberi kesan terhadap kesihatan rakyat.\n\nPenyakit yang dimaksudkan adalah Rotavirus. Apakah penyakit Rotavirus?\n\nMari kami kongsikan info sebenar mengenai penyakit rotavirus, ketahui punca dan cegah penyakit ini. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai \u2018service\u2019 terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan \u2018service\u2019 untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. \n\nRotavirus adalah sejenis virus yg menjadi punca utama cirit-birit teruk atau AGE di kalangan kanak-kanak di negara maju dan negara membangun. Ia juga dikenali sebagai pembunuh kedua kanak2 di seluruh dunia selepas radang peparu.\n\nPenyebab utama rotavirus adalah tahap kebersihan keadaan sekeliling yg kurang baik. Rotavirus tersebar melalui najis yg mengandungi rotavirus ke mulut serta makanan dan air tercemar. Virus ini juga boleh berjangkit melalui permukaan peralatan spt permainan, tombol pintu dan pinggan-mangkuk yg tak dibasuh dgn betul.\n\nRotavirus boleh kekal selama beberaja jam di atas kulit manusia dan mampu bertahan beberapa hari di permukaan yg keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dlm najis individu yg dijangkiti. Cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak biasanya 5 tahun ke bawah.\n\nBayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak. Jaga kebersihan kawasan rumah lebih-lebih lagi kalau ada bayi yang kecil.\n\nSelain itu kita juga perlu ;-\n\n*Penyakit Rotavirus ini sangat merbahaya untuk kanak-kanak. Jika ada anak kecil di rumah yang suka makan, jilat dan gigit barang di rumah, lebih baik bersihkan terdahulu sebelum bagi anak bermain. Terutama sekali barang mainan anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.\n\nArtikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
"Jom ketahui cara betul mencatat carta pergerakan Janin.\n\n\u201cAduhhh. Kuatnya sayang mama tendang perut mama.\u201d\n\nInilah situasi yang perlu dihadapi oleh setiap ibu hamil apabila kandungannya telah masuk bulan ke-4. Janin pada waktu ini sudah sempurna sifatnya. Malah, Islam menyatakan setelah janin berusia 4 bulan, roh telah ditiupkan ke dalam jasadnya. Ini bermakna, janin itu sudah bernyawa.\n\nPergerakan janin dalam kandungan bukan sekadar penghibur hati buat ibu. Tetapi ia juga adalah suatu perkara penting yang menjadi petanda bahawa bayi dalam kandungan anda aktif dan selamat. Itulah sebabnya, apabila kandungan anda memasuki 28 minggu, anda akan dikehendaki untuk mencatat pergerakan janin dalam buku pink atau buku catatan kehamilan yang dibekalkan oleh pihak klinik setiap kali anda melakukan pemeriksaan bulanan (monthly check-up).\n\nApakah Pergerakan Yang Dilakukan Oleh Janin Di Dalam Rahim?\n\nImbasan ultrabunyi\u00a0(ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dilakukan oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula sejak usia kandungan 2 bulan, tetapi waktu ini ibu tidak dapat merasai pergerakannya kerana saiz janin yang masih kecil.\n\nPada usia ini, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut. Bayi anda juga mula menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan. Dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat, menguap dan menggerakkan matanya.\n\nSecara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda rasai. Malah, semakin bertambah usia kandungan, semakin kerap bayi anda menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya. Namun, bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa kerana ada masa tertentu, bayi akan berehat dan tidur.\n\nKetika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).\n\nKarung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair. Hal ini membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.\n\nBayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.\n\nAnda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Tendangannya semakin kuat namun jarang-jarang. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.\n\nPada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.\n\nSekiranya ini\u00a0bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.\n\nBadan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Mulai sekarang, bayi anda sudah tetap pada posisinya dalam pelvis anda dan sedang menunggu masa untuk membuat perjalanan keluar. Anda mungkin rasa kepalanya seolah-olah sebiji tembikai yang menekan\u00a0lantai pelvis\u00a0anda.\n\nCarta pergerakan janin seperti yang terdapat dalam buku pink adalah\u00a0method pemantauan pergerakan bayi dalam kandungan. Ibu wajib mencatatnya\u00a0setiap hari tanpa gagal bermula dari kandungan 28 minggu sehingga bayi dilahirkan. Ia perkara penting kerana\u00a0kita tidak nampak keadaan bayi\u00a0dan hanya ibu sahaja yang \u2018rasa\u2019 sama ada bayi sihat atau tidak.\n\nMelalui carta pergerakan janin ini, kitab oleh menilai kebiasaan pergerakan bayi dalam kandungan. Sekiranya ibu merasakan bayi kurang aktif atau kurang pergerakan seperti kebiasaan, ibu perlu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Ini kerana, bayi kurang gerak membawa tanda bahawa keadaannya kurang sihat. Mungkin keadaannya terbelit tali pusat, dijangkiti kuman atau faktor lain yang membuatkan janin tidak sihat.\n\nMelalui carta pergerakan janin, kita boleh lihat pola pergerakan bayi anda. Kebiasaannya, jam 4,5,6 atau 7 malam, 10 gerakan janin sudah lengkap. Bayi juga kebiasaannya melakukan 1-2 tendangan kuat atau gerakan dalam masa 1 jam. Namun, kadang kala bayi akan tidur untuk tempoh masa tertentu. Jika anda tidak dapat merasai gerakan dalam masa 1 jam, ia masih lagi normal kerana kemungkinan bayi anda sedang tidur. Namun, sekiranya dalam masa 3 jam berturut-turut, anda masih tidak merasai tendangan bayi, anda boleh segera ke klinik/hospital untuk pemeriksaan lanjut.\n\nSelain itu terdapat juga 2 keadaan yang menentukan pergrakan janin anda tidak normal.\n\nJika kebiasaannya pergerakan bayi anda lengkap 10 gerakan pada jam 4-5 petang, namun pada satu hari, gerakan bayi anda hanya lengkap pada jam 9 malam atau selepas jam 9 malam, makan ini adalah pergerakan yang tidak normal.\n\nJika satu hari, anda merasakan pergerakan bayi anda terlalu aktif, sehinggakan 10 gerakan telah lengkap terlalu awal (contoh, jam 11 pagi telah lengkap 10 gerakan), ini juga adalah pergerakan yang tidak normal.\n\nSekiranya anda mendapati pergerakan bayi anda tidak normal, anda perlu segera ke klinik/hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Ini kerana, kita tidak tahu apa yang terjadi pada bayi di dalam kandungan. Hanya doktor di klinik/hospital sahaja yang boleh melakukan pemeriksaan ultrasound atau cardiotograph CTG untuk mengetahui keadaan bayi.\n\nAdakah Ibu Perlu Pantau Pergerakan Janin Setelah Lengkap 10 Gerakan?\n\nYa. Ibu masih perlu memantau pergerakan janin sekalipun 10 gerakan telah lengkap untuk hari tersebut. Sebagai contoh, anda tidak merasa sebarang gerakan bayi selama 4 jam berturut-turut bermula jam 8 malam hingga 12 malam, maka ia juga satu perkara yang tidak normal.\n\nPerlu segera ke klinik/hospital (bahagian kecemasan bersalin) sekiranya:\n\n1) Tidak cukup 10 gerakan dlam tempoh 12 jam.\n\n2) Gerakan bayi sangat cepat daripada kebiasaan.\n\n3) Gerakan bayi sangat perlahan daripada kebiasaan.\n\n4) Bayi tidak melakukan sebarang gerakan dalam tempoh 3 jam berturut-turut.\n\nBagaimana dengan artikel berkenaan Carta Pergerakan Janin yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?\n\nJangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
"Adakah anda merupakan peminat yan suka makan tempe goreng dengan sambal kicap? Ataupun jenis yang suka makan dengan sambal tumis?\n\nOrang darah jawa memang penggemar tempe goreng. Hingga kebiasan ini turun ke orang melayu.\n\nTempe goreng biasanya digandingkan untuk makan bersama dengan ayam penyet. Di mana tempe digoreng rangup ini sedap dimakan dengan sambal penyet atau dicicah sambal kicap atau diratah macam itu sahaja. Makin sedap jika\u00a0 dimakan bersama-sama dengan ayam goreng dan sayur.\n\nIngin makan tengah hari anda jadi makin berselera? Sila cuba hidangkan tempe goreng, mesti ramai yang suka dan berselera makan. Resepi didatangkan daripada Noraini Hussin\u200e di laman Facebook. Selamat mencuba.\n\nSelain resepi tempe goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."